Selangor · 19 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · not final · 463 turns · 46,303 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 19 November 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum W.B.T., Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Ahli-ahli, kepada semua, makluman kepada semua, hari ini Dewan pada pagi ini mengalu-alukan kehadiran 19 orang perwakilan Sidang Wanita Negeri Selangor (SIWANIS) daripada Wanita Berdaya Selangor yang diketuai oleh Puan Nor Yasmin. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk pagi ini kita mulakan dengan sesi soalan lisan daripada Ahli Dewan Negeri. Dengan ini saya silakan Yang Berhormat Sijangkang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 12.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Ekonomi GigQuestions

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah prestasi program BikeCare-1000 Negeri Selangor?

b)

Sejauh manakah Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) benar-benar menjadi pemangkin kerjaya jangka panjang anak-anak muda Selangor?

Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Sijangkang kerana membawa isu tentang Ekonomi GIG ya. Ada dua soalan, pertamanya apakah prestasi program BikeCare-1000 Negeri Selangor? Dan yang kedua

adalah sejauh manakah Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) benar-benar menjadi pemangkin kerjaya jangka panjang anak-anak muda Selangor?

Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang, Program Bike Care-1000 ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan rakyat di negeri Selangor untuk menyertai perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan seterusnya menjana pendapatan bagi di bawah GIG Ekonomi GIG. Program ini diperkenalkan pada tahun 2022 dengan mensasarkan pekerja yang telah kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan semula pekerjaan dalam suasana baru sebagai pekerja di bawah ekonomi gig. Namun program ini terbuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi pekerja ekonomi gig. Pemberian sumbangan adalah berbentuk wang pendahuluan iaitu deposit berjumlah RM1000 kepada setiap penerima yang layak untuk membeli sebuah motosikal yang bersesuaian bukan motosikal yang besar-besar, yang bersesuaian. Setiap permohonan bantuan di bawah program BikeCare-1000 adalah melalui Unit Pembedayaan Pekerja Selangor di PPS iaitu satu unit khas ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia yang berperanan dalam membantu melancarkan pelaksanaan program-program yang dirancang. Bagi tahun 2022, sebanyak hampir 200 permohonan telah diterima dan diproses. Daripada keseluruhan tersebut, seramai 100 orang telah dipertimbangkan dan diluluskan untuk mendapat manfaat di bawah program ini. Manakala bagi tahun 2023 pula, seramai 200 orang telah dipertimbangkan dan diluluskan untuk menerima manfaat ini. Majlis penyerahan motosikal kepada penerima manfaat pada 2023 telah dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, program BikeCare-1000 ini tidak diteruskan pada tahun 2024 oleh Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia bagi memberi fokus kepada program yang lebih bersesuai dengan peranan dan fungsinya.

Bagi soalan kedua, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor merupakan pentadbiran yang paling awal mengiktiraf peranan penunggang e-hailing. Inisiatif produk Darul Ehsan iaitu RiDE yang telah berjaya dilaksanakan di bawah portfolio Standco Belia Sukan dan Keusahawanan sejak tiga tahun yang kebelakangan ini telah memberi penghargaan kepada seramai 9,000 orang penggiat e-hailing. Walau bagaimanapun, bantuan yang telah disalurkan kepada penerima adalah secara one-off sahaja. Namun, pada masa yang sama, penggiat e-hailing perlu meningkatkan taraf kehidupan dan tidak terus bersandar kepada ekonomi gig. Mereka juga tidak boleh menganggap ini sebagai satu pendapat yang tetap kerana ekonomi gig adalah pasaran pekerjaan yang tidak tetap. Walaupun terdapat beberapa kelebihan dalam industri ini, namun apa yang lebih membimbangkan adalah penggiat ekonomi gig ini berisiko berhadapan dengan beberapa kekurangan, antaranya isu pendapatan yang tidak stabil, kekurangan finance assurance, caruman KWSP dan sebagainya serta keselamatan yang menjadi taruhan setiap individu khusus bagi mereka yang menggunakan motosikal.

Oleh itu, bagi memastikan setiap individu penerima, boleh membina kerjaya baru. Kerajaan Negeri di bawah stanco Belia Sukan dan Keusahawanan bercadang untuk membuka peluang latihan dan pemantapan kemahiran melalui agensi seperti Selangor Techinical Skill Development Centre dan Institusi Pendidikan Tinggi seperti UITM dan UNISEL. Sekian, terima kasih.

Soalan Tambahan. Terima Kasih EXCO, terima kasih Tuan Speaker. Saya kira sebahagian besar daripada kita berpengalaman dengan pekerja-pekerja gig ekonomi ini, sama ada e-hailing ataupun e-hailing dan kita mempunyai pengalaman dan saya sendiri mempunyai pengalaman berdepan dengan mereka ini yang sebahagian besarnya tidak melanjutkan pelajaran hatta sebelum SPM ataupun selepas SPM kerana kerjaya ini mudah mendapat pendapatan terutamanya kepada kumpulan B40. Sebahagian mereka ini juga adalah mereka yang hilang pekerjaan hatta ada yang mempunyai ijazah dan mereka terlibat untuk mendapatkan pendapatan kepada keluarga.Cuma soalan saya, apakah inisiatif yang mungkin boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi memperkasakan lagi e-hailing ini sebagai pendapatan kepada anak-anak muda yang tidak ada pilihan lain dan juga mungkin ada inisiatif untuk melibatkan mereka ini memberikan peluang kedua selepas mereka mungkin berhenti sebab faktor untuk mendapatkan sumber pendapatan tetapi tidak mengambil SPM, mendedahkan mereka kepada peluang kedua untuk mereka mendapat pendidikan dan mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik, kalau kita katakan tadi, EXCO sebutkan ini satu pendapatan yang mungkin bukan sifat jangka masa panjang. Dan juga apa inisiatif mungkin kepada Kerajaan Negeri, mempunyai satu program madanan kepada mereka ini yang mungkin mempunyai ijazah tetapi masih lagi tidak mempunyai peluang pekerjaan yang sebaiknya dan terpaksa meneruskan dalam bidang e-hailing ini. Kerana pada hari ini pun, kekangan ini menyebabkan kekangan Malaysia kita hanya mempunyai lebih kurang dalam 28% pekerja berkemahiran tinggi yang kita sasarkan pada tahun 2030 selepas jumlah 35% berkemahiran tinggi. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang, memang satu soalan ataupun satu pandangan yang baik. Saya melihat semenjak saya menjadi EXCO, kita ada program Job Fair dan juga Job Care di seluruh Negeri Selangor. Dalam program itu, kita juga mengalu-alukan institusi seperti STDC dan juga Universiti dan TVET dan juga vokasional instituition memberi ruang ataupun membuka pendaftaran kepada mereka yang hadir dalam program itu. Saya melihat seramai 982 pengunjung telah berjaya mendapatkan satu pekerjaan yang tetap daripada program yang saya telah laksanakan selama ini. Hampir sepuluh program telah dilaksanakan, yang last kami akan laksanakan bulan Disember di Sabak Bernam. Jadi program-program yang telah kami laksanakan ini, memang mendapat satu baik kepada masyarakat setempat khususnya di

kawasan-kawasan daerah masing-masing. Tetapi kembali kepada soalan ataupun cadangan kepada Yang Berhormat Sijangkang, saya memang mengalu-alukan cadangan dan cadangan itu sebab, kami di peringkat EXCO saya, bekerja rapat dengan STDC iaitu Selangor Technical Development Center dan juga TVET.

Program-program ini menawarkan pelbagai inisiatif kepada anak-anak muda kita. Biasanya it’s not about the second chance, saya harap pelajar-pelajar yang tidak melengkap SPM ataupun mendapat markah yang tinggi dalam SPM pun, mereka ada peluang, second chance daripada program-program TVET. Kita jangan anggap, apa tu program TVET ini adalah second class ataupun third class program. Di mana bagi negara-negara maju seperti Jepun dan German, mereka anggap TVET adalah satu program yang paling tinggi, apa yang kita panggil di negara, white collars doktor dan juga lawyer. Jadi kita perlu berganding dengan ataupun kita perlu menukar mentaliti parents kita bahawa vokasional adalah satu bidang yang paling stabil in the future, sebab masa akan datang akan menentukan oleh vokasional, technical dan sebagainya. Saya harap rakyat kita dapat manfaat daripada program-program saya seperti saya cakap tadi STDC dan juga TVET membuka ruang kepada mereka yang ingin masuk ke dalam program ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat EXCO telah menyatakan bahawa bagi tahun 2024, program ini tidak lagi dijalankan iaitu BikeCare. Tapi soalan saya, apakah alternatif program yang telah dijalankan bagi peruntukkan tersebut dan juga pencapaian berkenaan dengan sekiranya digunakan untuk TVET, apakah pencapaian bagi tahun 2024 dari segi recrutment daripada pelajar-pelajar ataupun pekerja-pekerja ini dan apakah efisiensi daripada alternatif program tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning kerana ada soalan tambahan. Memang pejabat saya, UPEN sedang merangka dan merancang untuk alternatif program bagi BikeCares, sebab memandangkan dulu kita buka program ini adalah lebih kepada mereka-mereka yang terjejas daripada COVID-19. Jadi kami nampak ekonomi gig akan membantu for short terms solution dan juga satu lagi pesanan daripada lapangan adalah pengguna motosikal, tidak begitu bersesuaian kepada long run. Alternatif itu seperti mana saya cakap tadi, memang pejabat saya dan UPEN telah rancang, mungkin kita tukar kepada laptop ataupun sesuatu benda yang lebih efektif kepada pelajar-pelajar yang keluar

daripada Universiti. Seperti I ada cadangan seperti we are providing them blazer suit kepada graduate, budak-budak graduate daripada Universiti itu at least they got a new suit untuk attend interview dan sebagainya tapi itu belum dimuktamadkan, masih saya menunggu beberapa cadangan baik daripada even cadangan daripada Kota Kemuning, saya menganggap itu adalah satu cadangan yang baik. Thank you so much, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 13.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. SmueQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bilangan Baucar Jom Shopping SMUE yang telah diagihkan pada tahun ini mengikut DUN.

b)

Adakah kerajaan merancang untuk meningkatkan sumbangan khairat kematian kepada warga emas?

c)

Adakah kerajaan akan menaikkan nilai baucar SMUE setara dengan nilai Jom Shopping Perayaan, iaitu RM200?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Speaker dan Yang Berhormat Rawang bagi pertanyaan berkaitan bilangan baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas yang diagihkan kepada DUN mengikut tahun ini. Bagi senarai penerima Jom Shopping Mesra yang telah diagihkan mengikut DUN sehingga Oktober 2024 ada dalam lampiran yang akan diberikan Yang Berhormat, tapi saya akan nyatakan jumlah bagi Rawang setakat ini adalah 7,746 dan seluruh baucar yang telah diagihkan berjumlah RM296,174. Dan bagi soalan (b), Adakah kerajaan merancang untuk meningkatkan sumbangan khairat kematian kepada warga emas? Dan soalan nombor 13 (b) ini dijawab bersekali dengan soalan nombor 78 (b) oleh Yang Berhormat Sungai Pelek. Untuk makluman, khairat kematian adalah salah satu komponen bagi program Skim Mesra sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan

Belanjawan 2025 dan Kerajaan Negeri akan melaksanakan Khairat Darul Ehsan dan program ini mensasarkan 20,000 penerima manfaat berumur 50 tahun ke atas dan orang kurang upaya akan dilaksanakan bermula 01 Jun 2025. Menerusi inisiatif ini, jumlah manfaat khairat kematian bagi warga emas akan dinaikkan kepada RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini.

Bagi soalan (c), berkaitan peningkatan jumlah daripada RM150 ke jumlah lain. Buat masa ini Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan bagi menambah baik kesihatan dan inisiatif warga emas yang lebih holistik termasuklah perkhidmatan yang bertepatan dengan keperluan golongan tersebut. Oleh itu, tiada sebarang perancangan untuk menaikkan jumlah nilai bantuan baucar Jom Shopping Skim Mesra.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Soalan Tambahan. Selepas kenaikan sumbangan khairat kematian daripada RM500 kepada RM1,000, adakah Jom Shopping akan teruskan lagi pada tahun depan, ini soalan yang pertama. Yang kedua adalah, Jom Shopping baucar perayaan, dia bernilai RM200 dan untuk SMUE RM150 dan dalam sidang yang lepas ramai Adun, Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah membentang bahawa disebabkan perbezaan nilainya ada banyak pertanyaan daripada masyarakat. So adakah kerajaan berhasrat untuk samakan nilai yang diberi kepada masyarakat.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Rawang, bagi program Jom Shopping akan tetap diteruskan meskipun program dasar ataupun Khairat Darul Ehsan akan dimulakan pada 01 Jun, manakala Skim Mesra tersebut akan diteruskan seperti biasa mulai Januari ini 2025, berserta dengan khairat seperti biasa, kemudian pada 01 Jun 2025 kita akan selaraskan sejajarkan supaya dana itu akan menggunakan peruntukkan 20 juta tersebut.

Bagi pertanyaan, jumlah baucar perayaan RM200 dan cadangan untuk disamakan, di mana Jom Shopping perlu dinaikkan. Buat masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk menyamaratakan jumlah tersebut kerana tujuannya berbeza dan dalam tempoh perayaan tiga kali setahun juga kita mendapati akan mengagihkan kepada kelompok yang berbeza. Jadi terpulang kepada kreativiti pusat khidmat DUN, tetapi saya kira kita juga mempunyai NGO seperti PEKAWANIS, walaupun tidak berikan agihan dan sumbangan yang banyak, tetapi itu juga adalah satu jumlah yang boleh menampung dalam tempoh perayaan dan juga menyantuni warga emas.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Kita dapat lihat dalam contohnya elemen baucar jom shoping dalam SMUE ini sering mendapat sambutan. Di DUN saya pun, saya sendiri pun ada juga mendaftarkan sebenarnya untuk mendaftar SMUE ini. Namun begitu, kita melihat khairat kematian ini seolah-seolah macam kurang sikit mendapat perhatian dan ramai masih ramai warga emas dan warisnya yang kurang mengetahui berkenaan dengan khairat kematian dalam SMUE ini. Dan saya mohon dapat, baru-baru ini dalam belanjawan kita pun ada menyebutkan yang khairat kematian ini akan dinaikkan kepada RM1,000. Jadi saya nak tanya, adakah Kerajaan Negeri yakin yang langkah ini mencukupi untuk menjadikan insentif ini lebih relevan dan apakah kajian yang telah dilakukan untuk memastikan khairat kematian ini benar-benar memenuhi keperluan waris warga emas yang ditinggalkan dan bagaimana langkah kita untuk mempercepatkan proses pemberian bagi mengelakkan untuk membebankan dan kelewatan dalam kepada waris yang menunggu ini tadi.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Buat pengetahuan Yang Berhormat, dalam tempoh semasa Skim Mesra ini juga dibuka untuk pendaftaran khairat kematian di mana bayaran RM500 akan disalurkan kepada waris yang telah dinamakan oleh peserta atau ahli Skim Mesra ini. Pun begitu, kita melihat trend ataupun pattern permohonan tuntutan khairat kematian sekitar 10% daripada ahli dan proses pemutihan juga perlu dilaksanakan mungkin kerana ada sebahagian warga emas itu ahli Skim Mesra ini yang tidak dapat akses untuk mengambil ataupun menebus baucar.

Jadi untuk khairat kematian, Khairat Darul Ehsan yang akan dilaksanakan. Pihak kerajaan sedang meneliti bagaimana proses yang akan dipercepatkan dan dipermudahkan, mungkin perbincangan akan dilakukan bersama dengan Jabatan Pendaftaran Negara, supaya kita tidak terlepas mana-mana warga emas ataupun warga yang berumur 50 tahun ke atas yang telah meninggal dan yang paling penting adalah proses penamaan waris kerana kita tidak mahu tak tentu sesiapa yang akan menuntut wang khairat kematian tersebut. Dan saya kira ini adalah komitmen dan iltizam Kerajaan Negeri Selangor untuk menyalurkan dan membantu meskipun saya tahu ada di setengah tempat, kos pengurusan jenazah dan sebagainya boleh mencecah RM1,200, RM1,500. Pun begitu, amaun RM1,000 ini adalah salah satu daripada pelaksanaan manifesto perpaduan yang mana meningkatkan daripada RM500 kepada RM1,000. Jadi saya kira, ia akan sangat membantu kepada waris yang meninggal.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Timbalan Speaker, soalan saya 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. I-Seed Dan BlueprintQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan prestasi dan kejayaan dalam Program Blueprint dan I-Seed.

b)

Berapakah penerima masih menjalankan perniagaan selepas menerima bantuan?

c)

Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan penerima dapat meneruskan perniagaan selepas mendapat bantuan Blueprint atau I-Seed?

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran, terima kasih juga Tuan Speaker kerana bertanya tentang isu I-Seed dan Blueprint. Ada tiga soalan, pertama nyatakan prestasi dan kejayaan dalam Program Blueprint dan I-Seed. Kedua, berapakah penerima masih menjalankan perniagaan selepas menerima bantuan?. Ketiga, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan penerima dapat meneruskan perniagaan selepas mendapat bantuan Blueprint atau I-Seed? Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Pandamaran, sehingga kini program bantuan peralatan blueprint, pembasmian kemiskinan ini telah memberi manfaat kepada seramai 5645 orang penerima yang terdiri dari peniaga kecil-kecilan yang berpendapatan rendah. Sepanjang 16 tahun, program ini dijalankan RM21,198,963.10 telah dibelanjakan dan peruntukan ini digunakan untuk penyediaan peralatan bantuan yang diperlukan oleh penerima bagi pembantu meningkatkan taraf hidup mereka. Program bantuan peralatan usahawan ini dia I-Seed telah memberi manfaat kepada 410 orang penerima dengan jumlah peruntukan yang dibelanjakan sejumlah RM2.3 juta semenjak dimulakan pada tahun 2021. Dengan bantuan peralatan Blueprint dan I-Seed ini, ramai penerima manfaat telah mampu meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi seperti pertanian, peniagaan kecil dan ternakan. Program ini juga telah menyumbang kepada pembangunan sosial dengan mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan mereka secara keseluruhan. Secara tidak langsung, program Blueprint dan I-Seed ini telah menggalakkan keterlibatan komuniti dalam proses pembasmian kemiskinan serta membina jaringan sokongan di kalangan penerima manfaat. Selain bantuan peralatan, program ini juga memberi pendidikan latihan kepada penerima manfaat tentang cara menggunakan peralatan

dengan berkesan serta pengurusan kewangan dan perniagaan yang baik. Secara keseluruhan, program ini telah memberi impak positif dalam usaha membasmi kemiskinan di Selangor dan membangun masyarakat yang lebih mampan di Negeri Selangor. Kedua, Kerajaan Negeri Selangor melalui penghulu mukim dan Pejabat Daerah Dan Tanah dan juga KKI telah membuat pemantauan terhadap penerima bantuan Blueprint dan I-Seed ini secara langsung dan tidak langsung, untuk ini saya juga ada pegawai incharge iaitu Encik Madavan juga membuat pemantauan secara one-off.

Pemantauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat penerima bantuan yang tidak lagi menjalankan perniagaan dan barangan bantuan yang perlu diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Melalui maklumat yang dikumpul, kebanyakan penerima bantuan, masih berniaga dan menjana pendapatan dari peralatan bantuan yang diterima. Namun begitu, terdapat juga segelintir penerima bantuan yang tidak lagi menjalankan perniagaan kerana telah meninggal dunia, peralatan telah rosak tidak dapat dibaiki dan penerima telah berpindah kerana pulang ke kampung dan sebagainya. Yang ketiga, antara usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan penerima dapat meneruskan perniagaan selepas mendapat bantuan adalah dengan memberikan peluang perniagaan kepada mereka dalam program-program Kerajaan Negeri di peringkat daerah. Penerima juga digalakkan untuk menyertai komuniti perniagaan tempatan untuk jaringan sokongan yang dapat membantu menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman, mendapat nasihat dan membina kerjasama. Selain dari itu, melalui Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan, telah mengadakan karnival Blueprint dan I-Seed pada tahun 2019 yang bertujuan untuk memberikan platform kepada penerima bantuan untuk mempamerkan dan menjual produk-produk ataupun perkhidmatan mereka kepada masyarakat umum. Membantu mereka mendapatkan lebih banyak pelanggan. Menawarkan sesi latihan dan bengkel yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan, pemasaran dan kemahiran teknikal bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan peserta.

Mewujudkan peluang untuk peserta berinteraksi dan membina jaringan dengan usahawan yang lain, pembekal dan pelanggan yang boleh membawa kepada kerjasama dan peluang perniagaan baru. Memberikan maklumat mengenai sumber dan sokongan yang tersedia untuk usahawan termasuk akses kepada pembiayaan, bimbingan dan bantuan teknikal. Menyokong pertubuhan ekonomi tempatan dengan membantu usahawan kecil, sederhana memperkembangkan perniagaan mereka dan seterusnya dapat mencipta peluang pekerjaan.

Karnival Blueprint dan I-Seed ini dicadangkan untuk diadakan pada tahun 2025 iaitu tahun depan nanti bagi terus membantu semua penerima bantuan Blueprint dan I-Seed di negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Timbalan Speaker. Pandamaran ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana banyak membantu lebih kurang dari, lebih daripada 5,000 penerima tapi Pandamaran ada khuatir sebab ada segelintir dipercayai apabila mereka menerima bantuan Blueprint ataupu I-Seed itu, mereka akan jualkan barang-barang yang telah diberi sumbang oleh Kerajaan Negeri Selangor dan apakah tindakan daripada Kerajaan Negeri, jika mendapat orang atau penerima itu jualkan ataupun untuk dapatkan wang itu, jadi apa tindakan daripada kerajaan jika mendapati perkara ini berlaku. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran, memang satu soalan yang baik. Untuk makluman Dewan Yang Mulia dan juga orang awam di luar sana, untuk penggal ini saya telah memperkenalkan sebuah sticker di mana kita akan tampalkan atas barangan, sebab baru-baru ini Yang Berhormat Pelabuhan Klang pun tahu perkara itu, kami tampalkan sticker itu ke atas barang yang telah diedarkan kepada penerima dan untuk soalan yang ditanya oleh Pandamaran, apakah tindakan undang-undang.

Saya rasa memang kita mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang memungkir janji ataupun yang melanggar janji, sebab barang peralatan ini kita memberi kepada individu yang betul2 memerlukan barang-barang itu. Seperti potong rumput, ABC aiskrim mesin dan sebagainya. Jadi barangan ini adalah kita dapat daripada hasil cukai rakyat. Jadi pemberian itu patut diguna pakai untuk kegunaan tersendiri dan dari itu patut dia meningkatkan diri sendiri dari segi sosial dan ekonomi tetapi ada juga pihak kami dengar, ada juga pihak yang menyalahi seperti mana yang Pandamaran menyatakan, dia jual.

Memang satu tindakan undang-undang akan diambil dan saya juga telah mengarahkan kepada ketua kampung, baik penghulu dan juga pegawai-pegawai I-Seed untuk membuat laporan polis untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Timbalan Speaker

Ada lagi. Saya bagi Yang Berhormat Sentosa dulu.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan susulan saya adalah berkenaan dengan apa yang telah dibentangkan oleh EXCO tadi berkenaan dengan I-Seed dan juga Blueprint. Kita sedia maklum, program ini adalah satu program sama tapi dia menumpukan pada masyarakat India. Kita sedia maklum ada 2 program yang telah diperkenalkan iaitu SITHAM dan juga I-Seed. Saya nak tahu berkenaan,

Sentosa nak tahu berkenaan kesinambungan kerja yang di mana dulu di bawah SITHAM kita ada latihan pembangunan usahawan, kursus kemahiran dan pembuatan, grow juga adalah satu program bimbingan perniagaan dan juga geran bantuan perladang perniagaan. Adakah program ini dijalankan ataupun SITHAM sudah dikeluarkan dan apakah hala tuju untuk tahun 2025. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Memang tugasan saya adalah Blueprint dan I-SEED sahaja di bawah portfolio saya tapi saya akan panjangkan soalan Yang Berhormat Sentosa kepada Yang Berhormat Kota Anggerik sebab kemungkinan besar beliau mungkin akan jawab. Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa, program yang dijalankan di bawah saya iaitu I-SEED dan Blueprint memang begitu mendapat positif impak dari lapangan atau ground. Baru-baru ini kami telah pun mengedarkan sebuah enjin bot di Kuala Selangor di mana penerima enjin bot itu telah memberi satu kenyataan media di sosial media, memang mungkin lebih daripada 100 panggilan telah pun saya terima dan ramai berterima kasih kepada saya dan juga Kerajaan Negeri sebab ini lah usaha-usaha yang patut dilakukan oleh mana-mana kerajaan tidak kira pembangkang ke negeri-negeri di utara hingga ke peringkat persekutuan. Program-program ini saya rasa saya dapat green light daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita untuk teruskan. Itu sahaja jawapan saya yang untuk sistem itu mungkin Kota Anggerik akan menjawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Batu Tiga.

Tuan Speaker. Pemilihan Bersatu sudah lepas, soalan saya nombor 15.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Prestasi Kewangan Negeri SelangorQuestions

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan kerajaan dalam inovasi mendapatkan hasil baharu pada tahun 2025?

b)

Berikutkan pencapaian KDNK memberangsangkan, apakah usaha Kerajaan Pusat membantu Kerajaan Negeri dari sudut kewangan?

c)

Berapakah jumlah belanjawan setiap PBT di Negeri Selangor bagi tahun 2025?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Batu Tiga atas soalan yang telah dikemukakan. Ada tiga (3) soalan berkaitan dengan prestasi dan hasil atau pun lebih tertumpu pada mekanisme dan hasil tambahan-tambahan baharu. Hasil kepada Kerajaan Negeri. Pada tahun 2024, melalui Mesyuarat MMKN ke-23 Tahun 2024 iaitu pada Ogos telah menetapkan beberapa perkara agar anak-anak syarikat, badan berkanun, agensi kerajaan negeri melaksanakan program berkaitan tanggungjawab sosial korporat ataupun CSR dan menetapkan untuk menjadi sebahagian daripada hasil baharu Kerajaan Negeri. Ini yang pertama.

Menteri Besar Selangor Incorporated lebih kurang RM30.3 juta, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor RM10 juta dan insya-Allah pada akhir bulan ini kita akan dapat lagi RM10 juta untuk melengkapkan RM40 juta tersebut. Namun begitu, ada beberapa lagi tambahan yang kita telah kemukakan antaranya ialah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan Worldwide Holdings. Masing-masing menyumbang RM2.15 dan RM2.03. Kedua-dua peruntukan yang disediakan ini sebahagiannya digunakan untuk Jelajah Ehsan Rahmah dan juga program seperti sumbangan lembu korban dan kambing sempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidiladha. Kita juga mendapat satu hasil baharu yang diberikan oleh Badan Berkanun Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Pada tahun ini, anggaran kita adalah pada sekitar RM17.5 juta sehingga RM18 juta. Sebagaimana makluman saya dalam Ucapan Belanjawan yang lepas dengan beberapa penetapan kadar dan tarif baharu, kita akan mampu meningkatkan hingga ke RM72 juta pada tahun 2025 sumbangan dari Lembaga Urus Air Selangor ini kepada tabung kepada hasil Kerajaan Negeri secara langsung setelah kita perkenalkan zero discharge policy ataupun polluter pays principles yang telah kita berpandukan kepada enakmen LUAS 1995. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, maknanya itu tambahan baharu yang pada tahun 2025.

Soalan (b), berkenaan dengan sumbangan Kerajaan Persekutuan, ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertama, Geran MARRIS untuk jalan, lampu jalan dan juga perparitan serta aksesori dia. Kedua, tahap pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi infrastruktur dan kesejahteraan hidup. Yang ketiga, Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT), 10% penglibatan kakitangan kerajaan dalam projek persekutuan, 50% belanja mengurus dan geran bilangan penduduk selangor atau pun capitation grant dan geran pemberian pelancongan. Ada sebahagiannya seperti Geran

Pemberian Pelancongan tidak lah diumumkan saban tahun. Seingat saya kita baru dapat dua (2) kali lebih kurang, nilainya lebih kurang RM10juta berdasarkan cukai pelancongan yang kita kutip kali pertama pada tahun 2019 dan kali kedua pada tahun 2022, kalau tidak silap saya. Itu dua kali yang kita dapat daripada Kerajaan Persekutuan.

Soalan ketiga, Belanjawan setiap PBT belum lagi dibentangkan kepada pihak Kerajaan Negeri sekarang mereka dalam proses untuk menyediakan belanjawan setelah mereka membentangkan belanjawan dan diluluskan di Mesyuarat Penuh Majlis-Majlis berkaitan dan barulah kita akan dibentangkan dan selepas itu saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat berkenaan dengan setiap PBT pada tahun 2025 sebab soalan Yang Berhormat adalah berkaitan tahun 2025. Terima kasih.

Soalan tambahan

Timbalan Speaker

Soalan tambahan Batu Tiga

Y.A.B Dato’ Menteri Besar saya menyambut baik usaha yang telah dibuat sebelum ini di mana kita menggalakkan semua PBT menggunakan rizab sebanyak 10%. Saya ingin bertanya apakah status dan impak daripada usaha itu. Adakah dengan kita menggalakkan penggunaan rizab itu ada berlaku penambahan servis dan perkhidmatan kepada PBT atau pun bagaimana respons yang kita terima. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya rasa saya tidak dapat laporan yang terperincinya tetapi arahan kita yang jelas bahawa penggunaan 10% daripada setiap PBT yang berkemampuan. Saya rasa hanya Majlis Daerah Sabak Bernam yang kurang berkemampuan dan juga sedikit mungkin masalah dihadapi oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya disebabkan oleh pendapatan mereka yang agak terhad. Lain-lain PBT saya rasa mempunyai lebihan-lebihannya dan 10% boleh digunakan dan tumpuannya untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan awam seperti balai raya, dewan-dewan masyarakat atau pun kemudahan gelanggang serta kemudahan-kemudahan milik Majlis tempatan terbabit. Saya rasa nanti Yang Berhormat Sekinchan akan menjelaskan sejauh mana penggunaan 10% yang terbabit.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, saya juga nak maklumkan satu perkara bahawa pada pembentangan tahun 2020, sebagai contoh kita telah mengemukakan satu cadangan untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri melalui Dasar 100 Hari. Kerana dengan Dasar 100 Hari maknanya kita akan mempercepatkan penggunaan-penggunaan tanah dan pengurusan tanah terutamanya untuk pembangunan-pembangunan tertentu dan kos

untuk penggunaan Dasar 100 Hari agak tinggi terutamanya kerana perlu membayar lebih kurang 150% daripada kadar semasa ketika ingin melaksanakan Dasar 100 Hari tersebut. Justeru, dengan dasar seperti speed Selangor saya percaya kalau kita dapat memendekkan tempoh-tempoh kelulusan sebagaimana yang telah digariskan dalam speed Selangor ini semua adalah langkah-langkah yang lebih konkrit untuk kita melaksanakan Pembangunan di samping mempercepatkan proses-proses untuk membugarkan tanah-tanah tersebut untuk program-program pembangunan. Terima kasih

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kota Damansara

Okay terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Soalan saya ialah apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menambahkan jumlah pendapatan yang datang daripada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Federal memandangkan kita tengok hasil pada tahun 2024 hanya 10% daripada hasil ialah Sumbangan daripada Kerajaan Federal. Cuma semestinya Selangor penyumbang KDNK paling besar. seharusnya kita dapat jumlah yang lebih banyak. Tidak lah lebih banyak seperti Negeri Terengganu 80% hasilnya daripada Kerajaan Persekutuan tapi walau bagaimanapun 10% tu seperti strategi sesuai perbincangan dari segi 10% boleh pergi ke 15% atau 20%. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Daripada masa ke semasa, sebagai contoh pihak Kerajaan Negeri mengemukakan beberapa cadangan-cadangan atau pun mengemukakan beberapa permohonan-permohonan sebagai contoh permohonan Pengurusan Cerun. Kebetulan dalam pengumuman belanjawan baru-baru ini ada peruntukan hampir RM500 juta untuk Pengurusan Cerun kerana beberapa pengurusan cerun kita terutama bila melibatkan tanah runtuh di Batang Kali dan juga di Hulu Langat tempoh hari, kesemua peruntukan itu diuruskan sepenuhnya oleh Pihak Kerajaan Negeri dan hampir semua saya ingat yang berlaku di Selayang, di Ampang sebelum ini semuanya proses pemulihan-pemulihan diuruskan oleh pihak Kerajaan Negeri di samping dalam pada masa yang sama ada beberapa kaedah yang boleh diguna pakai oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) yang telah mengeluarkan satu formula supaya kita dapat mengetengahkan kaedah pembinaan Masjid. Sebahagian pembinaan-pembinaan Masjid boleh dikatakan kita boleh gunakan sebahagian peruntukan daripada Kerajaan Negeri, sebahagian menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Ini telah kita laksanakan tak silap saya pada tahun 2021. Kita buat tambahan RM1 juta diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri dan kita menyiapkan satu Masjid di Subang Jaya pada ketika itu dan formula tersebut boleh diguna pakai dengan

formula 6 dan 4. Di mana 60% digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan 40% disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui tabungan daripada Kementerian. Dengan itu, lebih banyak masjid boleh dibina dan peruntukan Kerajaan Negeri juga boleh dikendalikan dan boleh diuruskan untuk urusan-urusan lain.

Dalam beberapa cadangan yang lain, kita turut mencadangkan untuk Kerajaan Negeri diberikan beberapa peruntukan yang lebih besar terutamanya dalam membangunkan SME. Kerana SME kadang-kadang apa yang berlaku di negeri kita, kita ada kelompongan di dalam membantu SME. Kita banyak membantu micro business I-SEED, HIJRAH kebanyakan adalah untuk micro business. Tetapi bila nak masuk SME peruntukan-peruntukan lebih besar dan peruntukan- peruntukan yang lebih besar ini tidak mampu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebab sumbangan nya kena bernilai lebih daripada RM200, RM300 hinggalah RM1-RM2 juta baru memberi makna yang lebih kepada SME-SME terbabit. Untuk perniagaan-perniagaan yang telah berdaya saing kebanyakan mereka memerlukan fasiliti, bukan kewangan. Hanya kemudahan tertentu dan itu Kerajaan Negeri boleh laksanakan melalui beberapa dasar-dasar Speed Selangor, Dasar 100 Hari dan sebagainya. Jadi saya telah kemukakan agar 5% daripada sumbangan dana Kerajaan Negeri dan rizab Kerajaan Pusat itu boleh diberikan kepada semua negeri termasuk Selangor. Dan itu kalau 5% kita peroleh dia sebenarnya satu lonjakan yang besar nilai daripada Sumbangan Kerajaan Persekutuan tetapi perkara tersebut masih dalam penilaian Kerajaan Persekutuan. Terima kasih

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amar Berhormat Dato’ Menteri Besar. Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Jeram

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih. Soalan saya nombor 16.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Pembinaan Ban Menggunakan Kaedah Schematic Precast System (SPS)Questions

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Daripada nilai dana RM10 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pembinaan ban menggunakan kaedah Schematic Precast System (SPS), berapakah nilai yang bakal diperuntukkan untuk kawasan taman perumahan seperti di Taman Saujana Aman, Kuala Selangor yang kerap dilanda banjir?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillah dan Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih Yang Berhormat Jeram, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan mengalukan kehadiran Yang Berhormat Paya Jaras. kita doa semoga Yang Berhormat sihat insya-Allah.

Yang Berhormat Jeram saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jeram kerana menunjukkan minat dalam pelaksanaan skim kaedah pembinaan SPS (Schematic Precast System) yang agak baharu di luluskan oleh Kerajaan Negeri yang dimaksudkan Yang Berhormat ini adalah merupakan projek perintis RM10 juta ini dua projek Perintis yang Kerajaan Negeri buat melalui JPS dan JKR. Di mana JPS itu ialah melaksanakan kerja projek perintis kerja membaik pulih dan pengukuhan ban Sungai Langat yang bernilai RM8 juta manakala di bawah JKR akan melaksanakan projek perintis ini kerja-kerja membaik pulih tebing di sebahagian jalan ban pasir di daerah Kuala Selangor. Ini projek perintis jadi kita akan melaksanakan untuk dilihat keberkesanannya sistem ini dalam untuk diperluaskan lagi. Untuk makluman Yang Berhormat, sistem SPS ini atau Sistem Panel Serba guna ini adalah teknologi pembinaan dalam bentuk bahan panel konkrit pratuang atau precast yang dimasukkan ke dalam sistem struktur rangka dan dinding konkrit di mana tanah dimasukkan ke dalam kerangka dan dipadatkan rangka tersebut. Sistem ini sangat popular di Indonesia tetapi di negara kita merupakan yang pertama kali. Bukan sahaja di Selangor tetapi di Negara Malaysia merupakan yang pertama kali akan diperkenalkan di Selangor. Yang banyak digunakan untuk tujuan penambakan sungai, jalan masuk, tembok penahan asas tetulang jalan kereta api dan sebagainya. Pengisian tanah ini dilakukan secara lapisan demi lapisan supaya pemadatan yang baik dan juga kerangka ini akan tersusun terancang untuk menjadikan dia monolitik iaitu satu unit apabila dah siap.

Jadi ini adalah hasrat Kerajaan Negeri melaksanakan ini adalah untuk membantu mengurangkan hakisan terutama melibatkan ban di kawasan sungai dan juga pantai. Dan ini adalah teknologi tambahan yang baharu di Malaysia yang selain daripada apa yang kita gunakan sekarang iaitu sistem sheet piling dan juga retaining wall. Jadi, sistem ini agak unik dan bagus kita dapati dalam kajian dan lawatan kita ke Indonesia dia telah digunakan agak lama hampir 10 tahun di Jakarta dan Bali dan dia tidak, 1 kelebihannya SPS ini dia sangat sesuai di tanah yang lembut. Malah tanah yang berbunyi kosong bacaan SPT, iaitu Standard Penetration Test) 20-30 meter pun boleh dipasang tanpa memerlukan cerucuk. Ini akan menjimatkan kos yang banyak. Dan juga dia adalah mudah dibina serta harganya lebih murah berbanding kaedah-kaedah lain seperti sheet piling dan juga retaining wall. Jadi ini, itu menjadikan dia lebih sesuai untuk kegunaan tanah kita. Walau bagaimanapun kita akan melihat kajian yang lebih terperinci apabila

hendak digunakan apabila dilaksanakan di tempat-tempat yang disebut oleh Yang Berhormat.

Jadi Yang Berhormat ada menyebut mengenai keperluan untuk pelaksanaan nya di Taman Saujana Aman Kuala Selangor yang sering dilanda banjir. Ini disebabkan oleh rebakkan ban. Jadi untuk sementara, memang kita sedang melaksanakan beberapa kerja di sana termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan benteng Kampung Sri Aman dan juga membaik pulih benteng rebak di sana dan juga kerja penyelenggaraan Sungai Buloh serta kerja berkaitan di kawasan berkenaan bernilai RM210,000.00 yang telah siap pada bulan ini untuk sementara dan kita akan melihat kesesuaian sistem ini untuk selepas projek perintis ini dan jika kita dapati sesuai dilaksanakan kita akan laksanakan di tempat di taman yang berkaitan. Juga dalam masa sama juga perlu saya sebutkan di sini bahawa penyelesaian jangka panjang baik kawasan di sepanjang Sungai Buloh ini termasuk di kawasan Paya Jaras ini adalah bergantung rapat dengan permohonan kita untuk rancangan tebatan banjir fasa dua yang bernilai RM781 juta. RM781 juta kepada Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) yang telah kita buat permohonan tetapi masih belum diberi kelulusan dan kita akan terus membuat follow up lah untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan, diluluskan lebih awal. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jeram.

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya faham projek yang ini SPS ini adalah sebuah projek perintis tetapi apakah sasaran ataupun bilakah disasarkan projek-projek perintis ini akan ditamatkan kerana Yang Berhormat EXCO sebut tentang dua tapak yang telah pun dimulakan dan apakah status perkembangan projek itu dan juga sasaran keberkesanan projek ini? Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebagaimana yang saya sebutkan tadi projek ini baru sahaja diluluskan dalam proses untuk award ataupun diberi kepada syarikat berkaitan ini. Dan kita sebenarnya telah melihat pelbagai jenis kegunaan projek ini di Indonesia dan di kawasan tanah yang hampir serupa, di Bali, Jakarta dan di Medan. Dan ada memang kita lihat ada sembilan tahun terdiri di tanah hampir serupa iaitu marine clay, ataupun pit soil iaitu kaedah tanpa perlukan cerucuk memang bertahan dan nampak boleh digunakan juga untuk pembinaan jalan di atasnya. Itu pun telah dilaksanakan cuma di sini kita nak juga lihat keberkesanan sistem itu bila dibuat di sini tapi kita perlukan sedikit masa projek ini tidak panjang masanya hanya memerlukan kalau di bahagian pasir itu mungkin dalam tiga bulan untuk siap. Jadi kita akan bagi masa beberapa bulan dan dalam masa yang sama saya telah meminta pihak JPS memberikan senarai tempat-tempat ban kita yang sering runtuh ini termasuk mungkin di kawasan Taman Saujana ini

supaya tempat yang berulang kali ini untuk kita laksanakan projek ini bagi memastikan tidak ada rebakkan kalau kita nak ganti semua mungkin itu proses yang panjang dan sangat kos yang tinggi tapi masih saya sebutkan tadi kalau kita ada buat perbandingan masih murah berbanding dengan penggunaan sheet pile ataupun retaining wall itu. Sangat-sangat dan masanya pun separuh je. Kalau kata sheet pile tu piling dia nak buat dua tahun mungkin separuh je, mungkin setahun sahaja. Itu kita telah buat perbandingan-perbandingan itu dan saya yakin ini adalah satu lagi pelaksanaan teknikal yang kita dapat cadangkan yang boleh membantu banyak dalam kita menguruskan ban yang menjadi komponen penting dalam pengurusan banjir kita. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima Kasih Speaker. Soalan saya soalan nombor 17.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Bentuk Bantuan Kerajaan Kepada Pengurusan Kuil Hindu Di SelangorQuestions

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah bentuk bantuan kerajaan kepada pengurusan kuil Hindu di Selangor?

b)

Apakah cara bantuan tersebut disampaikan?

c)

Jika berbentuk wang berapakah nilainya bagi setiap satu kuil?

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker kerana membangkitkan tentang bantuan kerajaan kepada pengurusan kuil Hindu di negeri Selangor. Ada tiga soalan. Pertama apakah bentuk bantuan kerajaan kepada pengurusan kuil Hindu di Negeri Selangor. Kedua, apakah cara bantuan tersebut disampaikan? Dan yang ketiga, jika berbentuk wang berapakah nilai bagi setiap satu kuil itu? Terima kasih ya. Tuan Speaker, bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada pengurusan kuil Hindu

dan rumah ibadat bukan Islam yang lain adalah khidmat nasihat bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan rumah ibadat melalui Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Singh dan Tao di negeri Selangor yang singkatnya dikenali sebagai LIMAS. Selaku urus setia bersama dengan agensi-agensi teknikal seperti Pejabat Tanah Dan Galian (PTG), Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu bantuan kewangan turut diberikan bagi tujuan seperti yang berikut. Pertama, baik pulih bangunan keagamaan yang sedia ada. Kedua, sumbangan bagi tujuan untuk memindahkan bangunan keagamaan yang dirobohkan ataupun pembinaan baru bagi bangunan keagamaan. Ketiga, pendidikan keagamaan dan keempat, pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama dan sebagainya. Bagi jawab soalan (b) pula, bantuan kewangan ini disampaikan sama ada melalui cheque ataupun Electronic Fund Transfer (EFT) kepada akaun bank persatuan yang memohon dan diluluskan permohonan melalui sistem bantuan kewangan Rumah Ibadat Lima Agama iaitu LIMAS. Bagi soalan ketiga, tiada nilai spesifik yang ditetapkan bagi kuil atau mana-mana rumah ibadat bukan Islam yang memohon bantuan kewangan dengan kerajaan negeri. Namun penilaian bagi penentuan jumlah sumbangan kepada sesebuah rumah ibadat akan melihat kepada faktor keluasan rumah ibadat, keperluan pembaikan dan penyelenggaraan kedudukan kewangan semasa rumah ibadat serta jumlah penganut yang beribadat di dalam rumah ibadat tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan Speaker.

Speaker

Okay silakan Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat EXCO yang memberi penjelasan terhadap soalan saya ini. Saya mengemukakan soalan ini kerana ada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Hindu Singgam yang adakan pertemuan dengan saya baru-baru ini. Khususnya mengenai isu pemindahan daripada kuil yang dibina dalam compoud rumah individu. Bila PBT yang mengambil tindakan menguatkuasakan supaya pengusaha ini memindahkan kuil mereka ke tempat yang disediakan oleh PBT, mereka ada yang bermasalah iaitu masalah peruntukkan untuk memulakan pembinaan. Jadi jika Yang Berhormat mengatakan ada bantuan diberikan untuk kuil yang seperti ini untuk memulakan pemindahan-pemindahan dan pembangunannya berapakah sebenarnya yang paling mudah, minimum yang mereka boleh dapat untuk memulakan supaya yang ditinggalkan itu tidak akan menjadikan penganut-penganutnya tak boleh beribadah di tempat yang baru. Terima kasih.

Terima kasih, Sungai Ramal kerana ada soalan tambahan. Saya ingin mengambil platform ini untuk menjelaskan dua perkara. Satu adalah kuil Hindu di dalam kawasan rumah ataupun di rumah penganut itu sendiri.

Satu lagi adalah situasi di mana kita ada perumahan dan di kawasan perumahan itu ada juga sebidang tanah telah dikhususkan kepada mungkin formili mereka di kenali sebagai estate temple ataupun tokong yang melibatkan lebih daripada 50 ataupun lebih seratus tahun. Okay untuk kes senario pertama, kebanyakan orang Hindu saya daripada Banting, saya pun tahulah benda ni berlaku mereka membuat rumah itu sebagai tempat beribadat ataupun sembahyang. Mereka tukar rumah itu kepada kuil atau sebagainya. Untuk itu bagi saya ia lebih kepada penguatkuasaan. Memang satu benda yang patut kita mengambil tindakan tegas sebab penyembahan ataupun cara kita sembah tuhan kaum Hindu kita pun tahu ada pelbagai bunyi loceng dan sebagainya ia mungkin mengganggu ketenteraman awam. Saya setuju itu sangat. Tetapi ada juga beberapa kes saya juga telah sendiri melihat kawasan-kawasan khususnya Yang Berhormat Sentosa saya pun melihat ada juga yang mereka buat di dalam rumah tersebut tetapi tidak ada aduan ataupun gangguan. Dia menganggap sebagai di antara mereka sembahyang di dalam rumah. So memang bagi saya, saya sebagai mantan Ahli Majlis sekiranya tiada aduan, kami biasanya okay. Jangan ada aduan. Sekiranya ada aduan, dia macam mengganggu ketenteraman awam. Dulu juga kita ada ambil tindakan di Sri Muda ataupun di bawah arwah YB Shuhaimi dulu di Dun Sri Muda kita pernah mengambil tindakan. Saya sebagai Ahli Majlis kawasan pada masa itu. So, dia adalah walaupun di tepi ban dan tanah kerajaan tetapi selama ini mereka tak ada buat perarakan dan sebagainya. Tiba-tiba mereka membuat annual prayer dan sembahyang tahunan mereka ada perarakan dan sebagainya, jadi penduduk setempat itu tidak berpuas hati dan mereka membuat aduan dan MBSA kita menggunakan penguatkuasa untuk clearkan tempat itu, shrine lain it’s not a temple. Dan satu lagi senario yang saya ingin beritahu tadi adalah kewujudan temple yang lama sangat. Biasanya kami, saya terima aduan, mungkin YB tempat ini boleh kita pindahkan ke tempat lain tak ataupun ke kawasan TB yang lain? Tetapi apabila kita melihat pelan susun atur ataupun KM kebenaran asal, kebenaran merancang asal memang kewujudan temple itu dah ada. Kita nak ubah temple itu bukan senang. Ia membabitkan pelbagai department, jabatan dan sebagainya untuk memberi sokongan, yang paling penting adalah pengerusi temple tersebut. Kalau mereka nak pindah okay, kita tak ada masalah. Saya bagi satu contoh, mungkin penggal yang lalu Seafield Temple, pengerusi itu setuju untuk pindah dan juga kita telah menawarkan sebidang tanah satu ekar di belakang kawasan itu dan mereka juga mendapat pelbagai bantuan kewangan daripada pelbagai pihak termasuk developer itu tetapi ada juga pihak yang ketiga selepas mereka pindah mengambil alih temple-temple yang lama itu dan dia pula declare itu adalah temple kami lah, kamilah memuja temple ini selama beratusan tahun dan sebagainya. Jadi perkara sebegini, sensitiviti begini sampai jangan kita lupa melayang nyawa seorang anggota, anggota bomba dan sebagainya ya. Kita jangan lupa, kita ambil ini sebagai satu pengajaran yang memang baik untuk kita semua dan untuk menyelesaikan perkara sensitif seperti ini marilah kita duduk sama-sama berbincang dan menyelesaikan perkara ini daripada akar umbi. Baik

daripada pengerusi, kawasan penduduk setempat semua setuju ataupun tidak. Satu lagi yang biasa saya buat lawatan untuk menyelesaikan kes-kes seperti ini apabila kita melihat pembelian tanah, penukaran tanah dan pembagunan tanah dan sebagainya. Saya sendiri lawat walaupun saya sibuk, saya minta pegawai saya untuk uruskan jadual saya pergi lawat tempat itu. Baru-baru ini saya pergi dekat kawasan Kuala Selangor, ada sebuah temple memang boleh dikatalah 70-80 tahun yang lama dan saya juga mendapat green light daripada pemilik tanah itu dia akan kekalkan temple itu dan saya minta black and white. Dan dia pun bagi. Dan saya pun jumpa pembeli. Pembeli you setuju tak temple ini kekal tiada masalah YB saya akan bagi green light ataupun satu surat sumpahan ataupun commissional jadi saya lebih senang. Jadi pembeli pun setuju, penjual pun setuju, penduduk pun setuju. Benda macam ini sepatutnya dikendali perkara-perkara ini daripada awal. Kalau kita kendali perkara ini daripada awal sebegini saya rasa tidaklah muncul pelbagai isu selepas pembangunan berlaku dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Kajang.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Timbalan Speaker, boleh saya tanya satu soalan tambahan?

Timbalan Speaker

Okay, Kajang bagi ruang kepada Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih yang berhormat EXCO. Saya percaya memang Yang Berhormat EXCO bekerja kuat dalam menyelesaikan isu-isu kuil. Ada lagi satu isu berkenaan Kuil Bukit Cermin yang telah dipanjagkan kepada pejabat EXCO di mana kuil ini dikatakan berada di kawasan itu selama seratus tahun. Seterusnya pemilik tanah tersebut telah menjual tanah tersebut kepada pemilik baru. Isu saya adakah penting untuk kita mengadakan satu dasar di mana sekiranya ada kuil ataupun apa-apa rumah ibadat perlu pemilik tanah yang membeli tanah tersebut perlu mendapatkan konsep daripada temple tersebut ataupun persatuan tersebut untuk mengesahkan kedudukan mereka di kawasan tersebut. Kalau tidak, setiap kali pemilik datang dia kata kamu keluar saya tidak tahu berkenaan dengan temple ini malahan temple itu berada di sana berada 100 tahun dan satu bangunan besar di situ kamu tidak boleh mengatakan kamu tidak tahu. Itu satu. Kedua, apakah rancangan kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini. Sekiranya kita tahu temple itu adalah lebih kurang seratus tahun, adakah kita akan menjalankan satu land acquisition dan mendapatkan tanah itu minta persatuan ataupun kuil-kuil itu membeli tanah tersebut instead of ask them to move out, can we do a land acquisition? Adakah itu boleh dijalankan dalam dasar-dasar kita?

Y.B. TUAN PAPPARAIDU A/L VERAMAN Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning kerana menanya soalan tambahan dan saya dapat peluang menjelaskan lebih detail sedikit. Okay biasanya setiap tanah melibatkan lebih daripada seratus ekar dan statusnya mestilah pertanian memang mereka hantar fail itu kepada pejabat saya untuk membuat penelitian ataupun siasatan. Memang selepas saya memberi green light baru mereka akan tukar tanah tukar nama dan sebagainya akan berlaku. Even pembangunan juga akan berlaku selepas itu.

Tetapi bagi tanah-tanah yang kecil seperti ini bawah daripada 100 ekar saya tidak melibatkan diri direct dalam isu ini. Tetapi untuk soalan Yang Berhormat Kota Kemuning memang Bukit Cermin ni sebuah temple yang paling lama dan boleh dikategorikan sebagai estate temple. Tetapi selepas saya membuat siasatan mereka sendiri mempunyai masalah internal pentadbiran. Dia ada NGO dan sebagainya internal fight between them dan pada masa zaman mantan EXCO Y.B Ganabatirau kita telah juga memberi sebuah sebidang tanah untuk mereka tetapi mereka ingat dan mereka ingin kekalkan di sana itu adalah lebih kepada pendirian mereka. Dan saya percaya sekiranya mereka ingin membeli tanah itu, kita boleh, Saya.. Pejabat saya boleh menjadi orang tengah ataupun mediator untuk menyelesaikan perkara ini dengan kekuatan kewangan kalau mereka mencukupi saya rasa kita boleh buat perbincangan. Satu lagi saya nasihatkan kepada semua ADUN-ADUN bukan saja di Kota Kemuning, saya rasa di Sepang pun ada satu kes yang sama juga. Mereka telah jumpa saya dan itu adalah kes yang berlainan yang saya berkesian dengan pemilik tanah ataupun pembeli tanah. Pada awal nya pembeli tanah tu telah berjumpa dengan small shrine la temple tu dan mereka pun setuju untuk berpindah. Selepas I think 4 acre, 4- 5 acre. Selepas penukaran berlaku, pemilik shrine itu meminta 1 ekar daripada 4 ekar. Is it fair? Bagi saya it’s not fair, tidak adil. Tanah keluasan hanya 4 ekar. Pembeli telah beli 4 ekar itu dan pemilik kuil pula minta 1 ekar. Bagi saya benda-benda kebulian itu patut kita mengambil tindakan yang tegas. Tapi isu yang dibangkitkan oleh tadi Kota Kemuning, saya, pejabat saya menunggu kehadiran kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perkara ini dengan aman dan damai. Saya setuju sangat. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker. Kajang bersih, Kajang di hatiku. Soalan Kajang No. 18.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Pemeliharaan Bangunan BersejarahQuestions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah kerajaan merancang untuk memelihara bangunan bersejarah dan identiti budaya di Bandar Kajang sambil memastikan pembangunan moden tidak menjejaskan nilai warisan sejarah yang penting bagi Selangor?

b)

Adakah Kerajaan Negeri bersedia memberi insentif kepada pemilik bangunan bersejarah untuk memelihara bangunan tersebut?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Kajang, Pantun 2 kerat ni. Soalan Yang Berhormat Kajang, bagaimanakah kerajaan merancang untuk memelihara bangunan bersejarah dan identiti budaya di Bandar Kajang sambil memastikan pembangunan moden tidak menjejaskan nilai warisan sejarah yang penting bagi Selangor? Soalan (b) adakah Kerajaan Negeri bersedia memberi insentif kepada pemilik bangunan bersejarah untuk memelihara bangunan tersebut? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bangunan bersejarah yang digazetkan di bawah bangunan warisan perlu dilaksanakan secara kaedah konservasi iaitu kawalan akan dibuat supaya bangunan tersebut diubahsuai dengan memelihara ciri-ciri asalnya. Apabila kita dah gazetkan dia perlu pengubahsuaian mengikut yang telah ditetapkan. Dan di antara Kerajaan Selangor melalui MPKj untuk memelihara dan mengekalkan bangunan warisan di Bandar Kajang adalah seperti berikut; mengangkat beberapa bangunan di Bandar Kajang sebagai Kajang Heritage dimana Pusat Warisan Kajang, Tokong, Masjid Kajang, Pejabat Pos dan Bangunan Dato’ Nazir. Ini antara yang kita kenal pasti bangunan heritage untuk diwartakan. Dan projek pengindahan lorong pejalan kaki Jalan Sulaiman ataupun dipanggil Kajang Dulu-dulu. Untuk jawapan (b) Kerajaan Negeri adalah sentiasa prihatin dengan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah di Selangor. Oleh itu pemilik bangunan bersejarah boleh mengemukakan permohonan peruntukan pemulihan dan pemeliharaan, ubah suai dan naik taraf kepada pihak berkuasa tempatan masing-masing untuk di angkat kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya ataupun MOTAC menerusi sokongan kerajaan Negeri ataupun melalui PADAT dan melalui jawatankuasa tetap kebudayaan dan MOTAC di bawah program dan setiap permohonan menepati syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan untuk berpeluang untuk dipertimbangkan bantuan sebanyak RM 250,000.00 setiap satu projek. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kampung Tunku.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Takpe teruskan, teruskan Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 19.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Penyelesaian Isu Hakmilik StrataQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan bilangan kes hakmilik strata yang sedang diteliti Taskforce Penyelesaian Hakmilik Strata pada tahun 2024.

b)

Nyatakan bilangan kes yang selesai dan bilangan kes tertunggak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

c)

Berapa peratus daripada KPI Taskforce telah dicapai bagi tahun 2024?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih, Yang Berhormat Kampung Tunku. Yang Berhormat Kampung Tunku ada bertanyakan tentang Strata khususnya di daerah Petaling Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, pada 31 Oktober 2024, sebanyak 649 Skim yang melibatkan 138,817 petak yang telah dikenal pasti oleh Jawatankuasa Taskforce yang masih belum lagi memiliki hakmilik strata di seluruh Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut sebanyak 136 skim melibatkan 50,890 petak berstatus kediaman kos rendah manakala baki yang lain nya adalah di bawah perumahan harga bebas dan komersial serta industri. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan kes hakmilik strata yang telah selesai adalah sebanyak 112 skim. Manakala bagi bilangan kes hakmilik strata yang masih tertunggak sebanyak 75 skim di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Untuk jawapan (c), Jawatankuasa Khas bagi tahun 2024

telah menyediakan inventori bangunan tanpa hak milik strata di seluruh Negeri Selangor dan mengenal pasti bahawa projek yang berpotensi untuk diselesaikan oleh pihak Jawatankuasa Khas. Inventori bertujuan untuk mengenal pasti bangunan tidak mempunyai strata atas sebab tidak kelengkapan dokumen-dokumen utama seperti tidak mempunyai pelan bangunan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi membuat permohonan dan pengeluaran hak milik strata di bawah Akta Hak milik Strata 1985. Justeru pihak Akta Hak milik berkuasa pada telah menetapkan punca kuasa perundangan membolehkan permohonan hak milik strata dibuat dengan mengecualikan dokumen-dokumen bagi bangunan khas. Isu untuk pengeluaran strata ini timbul apabila pembangunan di peringkat seperti berikut tidak lengkap. Pertama kelulusan merancang ataupun KM kemudian kelulusan pelan Bangunan ataupun BP, permohonan sijil formula unit share, permohonan fail untuk jadual petak bagi COB, lesen pemaju dan perjanjian jual beli, pembinaan dan kelulusan pelan cadangan strata. Selain daripada itu dokumen yang tidak lengkap kekangan utama ialah menyelesaikan hak individu, setakat ini adalah disebabkan masalah timbul apabila pemilik perlu menjelaskan kos tambahan. Yang perlu dijelaskan seperti kos untuk mendapatkan arahan mahkamah dan pembayaran kos upah ukur yang mencapai 1 unit sebanyak 1,800 unit. Ini melibatkan kos-kos yang telah ditetapkan seperti juruukur, penyediaan pelan bangunan, bayaran kos sijil untuk unit share, bayaran permohonan pecah bangunan dan sebagainya. Jadi anggaran ini juga telah termasuk kos untuk tanah dan penyelesaian teknikal sekiranya terdapat isu-isu yang berbangkit yang belum diselesaikan. Sehingga Oktober 2024, pihak Berkuasa Khas telah menyempurnakan ada 2 tugasan iaitu bagi Shop Apartment Antilia bangunan Tasik Puteri Rawang yang melibatkan 8 blok dan 400 unit dan selain daripada itu dalam proses sekarang ini iaitu bagi Blok G di Taman Putra Perdana Sepang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan saya nombor 20.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Dasar Alam SekitarQuestions

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah visi jangka panjang Kerajaan Negeri Selangor mengenai pembangunan mampan yang seimbang antara ekonomi, alam sekitar dan kesihatan masyarakat?

b)

Bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk melibatkan komuniti dalam penggubalan dasar berkaitan alam sekitar?

Timbalan Speaker

Untuk soalan ini diminta kerana Bandar Utama ada masalah suara. Kita minta Yang Berhormat EXCO Banting untuk tolong jawab kan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya sedih, saya sedih. Tak apa lah. Jawab hari lain lah, jawab hari lain.

Saya sebagai penyampai sahaja.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Dia nak dengar suara tu Taman Medan, Taman Medan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO silakan jawab.

Terima kasih Taman Medan kerana mengemukakan Dasar Alam Sekitar. Ada 2 Persoalan. Apakah visi jangka panjang Kerajaan Negeri Selangor mengenai pembangunan mampan yang seimbang antara ekonomi, alam sekitar dan kesihatan masyarakat? Itu adalah soalan pertama, terima kasih. Soalan ke-2 adalah, bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk melibatkan komuniti dalam penggubalan dasar berkaitan alam sekitar? Itu adalah soalan kedua. Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia Ini. Pertama konsep pembangunan mampan menekankan Pembangunan yang menyeluruh dengan mempertimbangkan impak terhadap alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat. Kerajaan Negeri Selangor mempunyai misi jangka panjang yang melibatkan keseimbangan dalam aspek ekonomi, alam sekitar dan kesihatan masyarakat. Beberapa aspek utama dalam misi pembangunan mampan negeri Selangor adalah seperti yang berikut; pertama Kerajaan Negeri kini dalam peringkat perbincangan untuk menyediakan dasar khusus yang memfokuskan kepada penggalakan industri hijau, pengenalan inovasi teknologi rendah karbon dan memperkukuhkan sektor tenaga boleh diperbaharui. Ia nya akan menjadi petunjuk keutamaan negeri yang lebih strategik dalam memastikan kelestarian tenaga pemuliharaan alam sekitar dan peluang pelaburan jangka panjang. Landskap ini akan memangkinkan pertubuhan ekonomi dan kedudukan fiskal negeri yang kukuh melalui jaminan bekalan tenaga dan sumber supaya mempunyai keupayaan berdaya saing yang mampan. Selain itu kerajaan Negeri Selangor melalui dasar perubahan iklim Selangor juga berhasrat untuk mengintegrasikan tindakan perubahan

iklim melalui 5 prinsip utama iaitu Pembangunan Lestari, Pemulihan Alam Sekitar dan Sumber Asli, Pelaksanaan bersepadu, Penglibatan berkesan serta pemantauan menyeluruh. Point ketiga Dasar perubahan iklim Selangor ini juga turut menekankan kecekapan tenaga, penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan industri berasaskan ekonomi kitaran. Di samping itu dasar ini juga akan memastikan pengurusan sisa yang lebih mampan, peningkatan kadar kitar semula, dan pembangunan kawasan penempatan yang rendah karbon serta berdaya iklim. Bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat, dasar ini juga memberi fokus pada peningkatan kualiti udara, pengurusan risiko bencana, dan penyediaan sistem pencemaran awal untuk menghadapi bahaya iklim. Point yang keempat dan terakhir, peranan dan pelaksanaan dasar-dasar ini adalah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Rancangan Selangor Pertama 2022 dan 2025. Dan Smart Selangor mampan 2035, Lokal Agenda 21 akan mempromosikan Gaya Hidup Sihat yang akan meningkatkan taraf kesihatan komuniti, stabil mengurangkan pencemaran melalui pengurangan sisa dan tenaga hijau. Dari segi ekonomi pendekatan ini menggalakkan kerjasama dalam perancangan ekonomi dan sosial yang mampu menarik pelaburan hijau dan mencipta peluang pekerjaan. Ini memberi manfaat kepada alam sekitar, dengan mengurangkan jejak karbon dan memastikan pemuliharaan bio-diversiti menjadikan Selangor sebuah negeri yang mampan serta selamat untuk generasi yang akan datang.

Bagi soalan yang kedua, Kerajaan Negeri sentiasa menekankan penglibatan komuniti secara aktif dalam perancangan pengurusan Alam Sekitar dan setiap program serta inisiatif. Pendekatan ini akan menggalakkan penyertaan komuniti untuk melaksanakan aktiviti pengurusan Alam Sekitar dengan lebih baik sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Alam Sekitar Negara dan Agenda 21. Pertama, pihak Kerajaan Negeri sentiasa melibatkan komuniti dan golongan belia dalam acara ataupun program ataupun inisiatif dan pembangunan dasar melalui sesi libat urus dan perkongsian maklumat. Ini dapat dilihat dari penganjuran bengkel atau sesi libat urus dalam penyediaan dasar dan pelan tindakan perubahan iklim di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan dan taklimat berkaitan pelaksanaan Pengurusan Sumber Air iaitu Dasar pelepasan sifar. Point kedua, Mewujudkan pasukan ataupun kumpulan khas seperti Sahabat Alam Sekitar, Friends Of River Selangor yang ditubuhkan di bawah agensi kerajaan negeri Selangor Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) atau Duta Sifar Sisa yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam. Bagi menjalankan aktiviti ataupun program konservasi yang menyalurkan maklumat berkaitan alam sekitar kepada Kerajaan Negeri. Point ketiga, menyediakan platform untuk berkomunikasi membolehkan perkongsian amalan terbaik pengetahuan dan kepakaran dan kerjasama semua pihak dalam bidang berkaitan terutamanya pihak PBT, Jabatan atau agensi negeri seperti Jabatan Alam Sekitar, Institusi penyelidikan serta sektor swasta.

Point yang keempat, menyediakan platform latihan atau kemahiran terutamanya dalam persediaan menghadapi bencana termasuk sesi latihan yang responsif terhadap jantina seperti tindakan atau respons kepada bencana, pertolongan cemas dan pengurusan tempat perlindungan. Dengan menerapkan prinsip-prinsip ini ke dalam strategi kesiapsiagaan pembangunan dasar dan pemulihan komuniti dapat memastikan ketahanan iklim dibina secara inklusif dan adil yang menyokong keselamatan dan kesejahteraan jangka panjang bagi semua.

Dan terakhir point 5 penglibatan komuniti dalam sesi maklum balas untuk mengumpul input dan pandangan tentang kawasan yang boleh di perbaiki. Pendekatan berterusan ini membolehkan peningkatan berterusan dalam langkah-langkah kesiapsiagaan berdasarkan input komuniti yang paling terjejas dan membantu pihak berkuasa, pengurusan bencana dan menyediakan asas keperluan yang lebih sesuai. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Ada soalan tambahan? Yang Berhormat EXCO, boleh jawab ya.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tidak mengapa. Soalan tambahan ini saya kemukakan tapi mungkin waktu penggulungan Yang Berhormat boleh jawab.

Timbalan Speaker

Ataupun jawapan bertulis ke.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak tanya berkenaan keanggotaan dalam pusat kajian perubahan iklim ini yang mana kita tahu dalam belanjawan lepas pun telah diperuntukan RM800 ribu dan baru ini pun ada dengar ada di peruntukan RM500 ribu untuk inisiatif ini. Apakah Yang Berhormat EXCO boleh kongsikan dari segi keanggotaan pusat kajian ini, adakah ia melibatkan semua pihak termasuk kami di sini, kerana isu alam sekitar ini isu perubahan iklim ini saya rasa isu global dan ianya mengenai semua orang jadi mohon pandangan daripada Yang Berhormat EXCO.

Timbalan Speaker

Nak jawab ataupun nak bagi jawapan bertulis. Nak jawab bertulis ya. Okay bagi ruang nanti Yang berhormat EXCO jawab jawapan bertulis. Okay teruskan

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Timbalan Tuan Speaker kalau saya dah sihat saya jawab gulung, kalau tak panjang tu sangat saya jawab bertulis.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Nanti saya bagi ubat ya.

Timbalan Speaker

Okay. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Sabak.

Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Kampung TradisiQuestions

21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah cabaran kerajaan dalam mengekalkan warisan budaya kampung tradisi ini?

b)

Apakah ada sebarang pengiktirafan kampung tradisi di peringkat antarabangsa? Jika ada sila nyatakan.

c)

Strategi kerajaan dalam mengekalkan warisan budaya kampung tradisi ini.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sabak. Yang Berhormat Sabak ada mengajukan soalan yang bertajuk Kampung Tradisi, di mana soalan 1 adalah apakah cabaran Kerajaan dalam mengekalkan warisan budaya Kampung Tradisi ini. Manakala soalan 2 apakah ada sebarang pengiktirafan Kampung Tradisi di Peringkat Antarabangsa. Jika ada sila nyatakan. Dan soalan 3 strategi kerajaan dalam mengekalkan warisan budaya Kampung Tradisi. Saya melihat soalan ini sebenarnya ada sedikit sambungan dengan Yang Berhormat Tanjung Sepat di Bawah Perumahan Dan Kebudayaan. Walau bagaimanapun, saya bagi pihak Kerajaan Negeri akan menjawab soalan 1 , 2 dan 3 ini di mana soalan 1: Kerajaan Negeri Selangor menghadapi cabaran dalam mengekalkan warisan budaya Kampung Tradisi seiring dengan perkembangan pesat Negeri ini, pembangunan yang melibatkan projek perumahan dan komersial membawa manfaat ekonomi tetapi turut memberi tekanan untuk manfaat tanah yang mungkin menjejaskan kampung-kampung tradisi. Selain itu perubahan demografi dengan generasi muda lebih cenderung berhijrah ke bandar menyebabkan kampung tradisi mengalami kekurangan penduduk menjadikan pewarisan adat dan tradisi menjadi lebih mencabar. Kesedaran budaya dalam kalangan generasi juga menjadi keprihatinan kerana tanpa usaha untuk

mendidik dan memupuk penghargaan terhadap warisan budaya ini tradisi ini mungkin terpinggir selain itu kos penyelenggaraan struktur warisan seperti rumah kayu yang tinggi memerlukan sokongan yang berterusan. Pengaruh liabilisasi juga memainkan peranan dalam mencabar keunikan budaya tempatan. Menjadikan ia satu usaha kolaboratif antara kerajaan, masyarakat dan organisasi budaya penting dalam memelihara warisan ini. Dan soalan 2 buat masa ini masih belum ada sebarang pengiktirafan bagi mana-mana Kampung Tradisi Negeri Selangor di peringkat antarabangsa. Dan soalan 3 bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi tujuan inisiatif Pembangunan Desa Dan Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi. Manakala sebanyak RM4 juta bagi tujuan pembangunan kemudahan awam asas desa dan naik taraf baik pulih jalan luar bandar serta peruntukan dana ini adalah bagi menyokong aktiviti ekonomi tempatan di samping kemudahan asas sedia ada bagi tujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat sambil memastikan identiti budaya kampung tidak terhakis. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Kita silakan, ringkaskan soalan ya.

Ya, okay- okay. Terima kasih jawapan yang baik. Jawapan yang baik itu menggambarkan gurunya yang baik. Satu daripada cabaran juga yang perlu kita lihat Kampung Tradisi ini ialah lambakan kedatangan warga-warga asing di kampung-kampung. Kalau kita masuk ke kebun dia ada di kebun, masuk sawah dia ada di sawah. Di mana ada ikan adalah dia, di mana ada belut adalah dia. Jadi ini akan mengubah ataupun mengubah landskap sosio budaya masyarakat kampung, masyarakat tradisi. Adakah apa-apa dasar Kerajaan Negeri terhadap lambakan warga asing ini yang duduk di kampung-kampung terutama sekali. Mungkin kerana gaji yang rendah anak-anak muda tidak minat untuk kerja dan sebagainya. Yang ke-2 setuju ataupun tidak yang Berhormat EXCO, bahawa bila disebut tradisi ini, maka menggambarkan banyak jalan-jalan PLB yang rosak yang tidak dibaiki, lama dibaiki atau pun persisir-persisir sungainya yang jadi bahan buangan sisa-sisa kilang sebagaimana dipersisir sungai sabak itu dan begitu juga bayak lampu-lampu jalan yang banyak rosak tapi lama dibaiki. Apakah ini, apakah bersetuju ini suasana tradisi bagi Kampung Tradisi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Okay teruskan Yang Berhormat EXCO.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sabak yang merupakan cikgu saya dulu di sekolah. Terima kasih atas soalan yang sebegini baik. Berkenaan dengan lambakan warga asing di kawasan-kawasan Kampung Tradisi saya kira memang Kerajaan sebenarnya dari segi dasar kita memberi keutamaan kepada

warga tempatan sebab itu banyak program-program khusus melatih pekerja-pekerja tempatan dalam sudut TVET dan sebagainya, untuk memastikan sektor pertanian, atau pun sektor-sektor pekerjaan di luar bandar ini dapat di isi oleh golongan tempatan khususnya rakyat tempatan di negara ini. Walau bagaimanapun dengan lambakan warga asing yang seperti mana Yang Berhormat maklumkan tadi, pihak Kerajaan akan mengambil maklum dan meneliti adakah benar lambakan ini berlaku dan pekerja asing ini mempunyai permit atau pun tidak, sekiranya ia kita akan mengambil langkah-langkah bagi menangani masalah pendatang asing tanpa permit dan sebagainya. Untuk memastikan peluang pekerjaan ini dapat di isi oleh warga tempatan khusus di beri keutamaan. Soalan ke 2, berkenaan dengan jalan-jalan kampung yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sabak, seperti mana yang selalu Yang Berhormat Pandan Indah nyatakan, sebenarnya banyak projek-projek menaik taraf ataupun membaiki jalan-jalan luar bandar ini sedang dilaksanakan mengikut peringkat dari masa ke semasa, mungkin jawapannya akan dijawab secara lebih detail oleh Yang Berhormat Pandan Indah secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Bukit Lanjan, sila kan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih yang berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 22.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)Questions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah pelajar yang telah dimanfaatkan bawah PTRS di seluruh Selangor bagi tahun 2024?

b)

Apakah langkah yang diambil untuk memastikan lebih ramai pelajar, khususnya dari kawasan luar bandar dapat mengakses program ini?

c)

Apakah mekanisme yang digunakan untuk menilai keberkesanan PTRS?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya menjawab soalan terakhir, mungkin saya mengucapkan Selamat Hari Lelaki Sedunia. Semoga kita diberikan keberanian sebagaimana Pandan Indah dan juga Sungai Air Tawar dan cikgu dia Sabak. Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk jumlah pelajar PTRS keseluruhan tahun 2024 kita telah merakamkan sebanyak 130,000 pelajar-pelajar yang mendapat nikmat dan juga hasil daripada program PTRS, kerana kita telah mengembangkan program ini untuk pelajar-pelajar tingkatan 4, bermakna hanya pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, 130,000 orang dan tahun 2024 kita telah memulakan untuk Program Didik Kasih bagi tambahan 20,000 lagi untuk sekolah-sekolah rendah kerana kita dapati 20,000 ini adalah jumlah yang terkesan sebagaimana makluman yang telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri yang mengalami masalah-masalah asas membaca, menulis dan mengira. Dan insya-Allah program ini kita akan teruskan dengan jumlah yang sama 130,000 pada tahun 2025 dan 20,000 lagi untuk program literasi dan numerasi ataupun program meningkatkan 3M. Yang ke 2, kita telah mengembangkan modul dan juga pembelajaran melalui mobile apps dan juga beberapa laman sesawang https://eptrs.my dengan makna yang lain pelajar-pelajar ataupun mereka yang tidak mengikuti kelas ini pun masih boleh mengikuti modul yang dibentangkan tapi tanpa panduan daripada guru. Tetapi modul yang dibentangkan dalam aplikasi tersebut bukannya modul 1 hala, ia boleh menjadi modul 2 hala kerana pelajar-pelajar turut boleh menanyakan soalan kepada mesin itu, dan mereka akan menjawab dalam bentuk teks pada masa ini, kita belum dapat lagi menggunakan AI yang boleh menjawab secara langsung. Namun begitu soalan (b) adalah berkenaan dengan luar bandar. Di luar bandar ini kita masih lagi menggunakan kaedah guru secara langsung bersama dengan murid-murid mereka dan modul-modul yang kita berikan dalam aplikasi atau pun dalam laman sesawang itu akan digunakan sebagai bantuan asas untuk mendidik mereka terutama di luar bandar dan sebagainya. Kalau diukur, apakah ukuran kita terhadap kejayaan PTRS yang pertama sudah pasti kita melihat kepada gred purata negeri. Gred Purata Negeri ini merupakan pencapaian gred yang di ukur terhadap keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 2023 gred purata Negeri Selangor telah meningkat kepada 4.67 berbanding 4.80 pada tahun 2022, maknanya kalau makin kecil nombornya makin lebih baik. Lebih kurang 4.67, dah jumlah mereka yang lulus secara asas atau puan pada tahun 2023 yang lulus adalah sebanyak 91.14% berbanding tahun 2022 sebanyak 89.25% dan ini kita rakamkan juga sebanyak 58,082 daripada keseluruhan yang mengambil SPM telah lulus atau telah mendapat kelulusan yang baik. Jadi dua perkara yang kita buat Gred Purata Nasional (GPN) dan telah meningkat dan Jumlah Lulus yang sudah semakin meningkat. Sebagaimana saya maklum, pemilihan peserta-peserta kebanyakannya kini bukan kita beri kepada mereka-mereka yang cemerlang, ini adalah kepada mereka-mereka yang kita dapati mungkin berdepan maslah atau pun berdepan isu untuk melanjutkan pendidikan di dalam tuisyen rakyat yang diberikan secara percuma ataupun mendapatkan tuisyen. Untuk maklumat Yang

Berhormat, beberapa buah negeri turut melaksanakan beberapa kaedah seperti kita, sebagai contoh di Pahang mula diperkenalkan tuisyen Tok Wan sempena dengan nama Menteri Besarnya, dinamakan tuisyen Tok Wan. Di Negeri Johor dan beberapa negeri juga akan di perkenalkan malah kita telah berkongsi maklumat kita dengan Jabatan Pendidikan Negeri kerana pada pandangan saya, RM10 juta yang kita peruntukan itu sudah mampu membantu 130,000. Mungkin di negeri-negeri lain mereka tidak memerlukan kos 10 juta dan ia patut difikirkan oleh Kerajaan Persekutukan dan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan dan melihat modul ini cuma belum dapat maklum balas lagi ia ingin dipraktikkan dan dilaksanakan oleh pihak Kerjaan Negeri.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sebenarnya kita dah tak sempat untuk soalan tambahan. Okay bagi soalan tambahan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Satu soalan sahaja. Apakah usaha Kerajaan dalam memastikan atau pun kerja-kerja usaha untuk follow up atau pun ada engagement terhadap pelajar yang lepas daripada PTRS.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Program-program lanjutan selepas ini kita laksanakan melalui pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan sebab itu rekodnya treknya kita ikuti. Dan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mempunyai 7A - 8A kita adakan program khusus sumbangan dan juga penghargaan terhadap pencapaian-pencapaian cemerlang yang telah dicatatkan oleh mereka. Sementara itu, tahun hadapan kita juga akan melaksanakan program di pusingan akhir ataupun di pecutan akhir yang mana program itu akan membenarkan untuk pemimpin-pemimpin masyarakat ataupun PIBG terutamanya dapat mendekati program-program tuisyen rakyat ini ataupun peserta-peserta tuisyen rakyat supaya follow up-follow up itu dapat dilaksanakan di peringkat tempatan berbanding centralize di peringkat negeri ataupun berpusat di peringkat negeri. Terima kasih.11.30 dah.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 semua peringkat.

Timbalan Speaker

Dengan ini saya mempersilakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin membahaskan Rang Undang-Undang ini. Kota Kemuning, Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T., salam Kita Selangor, salam Malaysia Madani. Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri Selangor, Lembah Jaya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan ucapan Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pimpinan Negeri yang sentiasa bekerja keras mengurus ekonomi negeri. Selangor terus memacu pertumbuhan ekonomi negara kita, menyumbang 25.9% kepada KDNK Malaysia pada tahun 2023. Kutipan hasil negeri juga mencatat RM2.218 bilion melepasi sasaran asal. Saya percaya kejayaan menguruskan hasil maksum negeri oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dato’ Seri Amirudin Shari ini boleh dikatakan sebagai satu gold standard ataupun piawaian emas yang boleh dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari turut memetik karya John Rolls yang memperkenalkan konsep ketidaksamaan sosial dan ekonomi boleh diterima. Maaf. Ketidaksamaan sosial dan ekonomi yang hanya boleh diterima jika ia memberi manfaat kepada golongan yang paling kurang bernasib baik. Ini bermakna menyediakan peluang yang sama rata dan memastikan sebarang ketidaksamaan akhirnya meningkatkan taraf hidup golongan miskin dalam masyarakat kita. Semangat yang ingin diangkat oleh Dato’ Seri Menteri Besar ini jika dapat direalisasikan insya-Allahrakyat Negeri Selangor di semua lapisan masyarakat bakal mendapat pelbagai manfaat yang dapat menjamin kesejahteraan hidup mereka.

Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri Selangor, hari ini saya ingin mengangkat satu isu yang semakin menjadi perhatian di peringkat nasional dan juga di negeri kita, Selangor Darul Ehsan iaitu, cabaran masyarakat atau negeri, negara yang menua. Berdasarkan data terkini, Malaysia dijangka mencapai status aging nation dengan izin menjelang tahun 2030. Enam tahun lagi di mana melebihi 15% penduduknya akan berusia 60 tahun ke atas. Mengikut sebuah kajian dengan izin exploring aging population trends in local council the case of Selangor, didapati Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Bandar raya Petaling jaya, tiga agensi ini mempunyai peratusan warga emas tertinggi di Malaysia, bukan di Selangor. Sebagai negeri yang pesat membangun, cabaran aging population dengan izin ini semestinya mengesankan buat warga Negeri Selangor. Cabaran ini bukan sekadar memberi kesan kepada golongan tua, tetapi untuk memetik kata kunci Y.B. Exco Sekinchan melibatkan seluruh golongan yang turut terkesan akibat negara menua dan sebenarnya juga golongan muda. Mereka ini dikenali sebagai dengan izin the sandwich generation iaitu generasi yang terpaksa

menanggung dua tanggungjawab besar menyokong keperluan ibu bapa mereka yang semakin tua sambil membesarkan anak-anak mereka. Generasi ini menghadapi tekanan kewangan dan emosi yang besar dengan kos sara hidup yang kian meningkat dan mereka sering berada dilema antara memastikan kesejahteraan ibu bapa mereka, pendidikan anak-anak mereka dan keperluan diri sendiri. Jika dibiarkan tanpa sokongan, generasi ini berisiko mengalami tekanan mental yang serius sekali gus menjejaskan produktiviti mereka. Lembah Jaya menghargai peruntukan penaiktarafan kemudahan PAWE Ampang dan berharap lebih banyak PAWE ataupun pusat aktiviti warga emas dibina di Negeri Selangor. Peruntukan pada pembangunan kemudahan kesihatan dan pusat jagaan komuniti bagi warga emas ini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor kepada semua warga negeri-negerinya.

Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri Selangor, saya percaya penguasaan ekonomi mampu menyelesaikan masalah sandwich generation ini kerana penguasaan teknologi mampu memberi anak-anak muda satu kelebihan dalam meningkatkan pendapatan mereka. Salah satu langkah yang amat saya hargai dalam belanjawan ini adalah pengenalan kertas putih kecerdasan buatan. Ini adalah pendekatan yang tepat untuk memanfaatkan teknologi moden dan baru bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan pengurusan negeri. Peruntukan RM50 juta untuk pendidikan berkaitan AI atau kecerdasan buatan merupakan lonjakan signifikan daripada 20 juta pada tahun lepas. Universiti di Selangor akan memainkan peranan utama dalam penyelidikan AI ini termasuk aplikasi dalam perubatan, teknologi, perkomputeran dan juga penterjemahan bahasa. Lembah Jaya berharap pelaburan dalam pendidikan AI dan ini digunakan untuk membuka peluang pekerjaan berkualiti tinggi buat semua rakyat Negeri Selangor khususnya anak muda bagi membantu mereka mendahului zaman pekerjaan dan bersedia menghadapi arus kemodenan. Dengan dalam keterujaan kita mengejar kemodenan teknologi kecerdasan buatan ini, saya juga berharap Kerajaan Negeri dapat memastikan industri kreatif kita tidak menjadi mangsa penggunaan generatif AI dalam bidang grafik dan komunikasi. Kerajaan perlu perincian yang lebih mendalam bagi memastikan penggiat industri kreatif tidak terus diabaikan. Saya juga berharap Kerajaan Negeri melihat teknologi ini dari perspektif yang lebih holistik untuk digunakan sebagai problem solver dengan izin dan bukan sekadar mengejar trend semata-mata. Terdapat pelbagai lagi teknologi yang boleh digunakan untuk memudahkan urusan rakyat-rakyat kita. Misalnya penggunaan block chain atau decentralization ledger di dalam pengurusan geran pemilikan tanah dan juga logistik. Tentunya semua ini memerlukan tekad politik dan kajian yang lebih mendalam.

Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri Selangor dengan izin, we are the first generation to feel the effect of climate change and the last generation who can do something about it. Petikan kata-kata Barrack Obama, bekas Presiden Amerika Syarikat. Perancangan

untuk membina pusat pengurusan sisa pepejal bersepadu atau ISWMC dengan teknologi waste energy, WTE amatlah dialu-alukan. Teknologi hijau ini akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 30% insya-Allah dan menyumbang kepada matlamat karbon sifar bersih menjelang 2050. Negeri Selangor menjadi sebuah negeri maju perlu menjadi perintis yang paling ke hadapan dalam proses dan sisi tenaga ini, dan penting kalau kita ingin menjadi sekali lagi negeri perintis untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan. Jadi boleh dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain, insya-Allah. Pada masa yang sama, projek ini menawarkan lebih 2,500 peluang pekerjaan tetapi juga berupaya menghasilkan lebih 50 mega watt tenaga elektrik untuk grid nasional kita. Lembah Jaya berharap Kerajaan Negeri ini dapat membentuk satu mekanisme supaya anak-anak jati Selangor diberi keutamaan untuk mengisi pekerjaan-pekerjaan sebanyak 2,500 ini. Saya yakin kejayaan projek ini akan menjadi model kepada negeri-negeri lain dalam mengadaptasikan teknologi yang mampan dan lebih hijau untuk masa depan kita dan anak cucu kita.

Tahun 2025 menyaksikan peningkatan 31.09% dalam peruntukan infrastruktur termasuk naik taraf bekalan air, jalan raya dan pengurusan sisa pepejal. Tidak dilupakan persiapan tahun melawat Selangor 2025 dan juga SUKMA 2026 yang turut menjadi agenda utama bagi Negeri Selangor. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri tetap menitik beratkan pembangunan sosial dengan peruntukan sebanyak 354.08 juta. Keseimbangan antara pembangunan fizikal dan sosial memperlihatkan konsep Cita Sempurna yang diangkat sebuah philosophy pembentukan dengan izin the ideal society kepada sebuah pelaksanaan dengan perancangan jelas di dalam belanjawan Selangor dinamik cita sempurna. Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri Selangor, jenis pemimpin yang mempunyai cita sempurna pertama terunggul sepanjang zaman ini adalah Sayidina Ali Bin Abi Talib dan juga Omar Bin Abdul Aziz. Mereka dipandu oleh cita sempurna dalam bentuk pemerintahan negara yang berdasarkan hukum Al-Quran dan Hadis. Mereka tidak mengumpul harta, tidak menyalah guna kuasa dan tidak menindas golongan yang lemah. Mereka tidak bertindak sewenang-wenang dan juga melindungi, dan tidak melindungi petugas yang menyeleweng. Bagi mencapai kejayaan di Negeri Selangor, inilah prinsip-prinsip yang perlu diutamakan oleh kita semua di dalam pelaksanaan belanjawan 2025 ini.

Di peringkat dasar kami sebagai wakil rakyat di dalam Dewan ini akan terus berjuang untuk memastikan pelaksanaan belanjawan selari dengan perancangan. Saya pasti dengan penyelarasan gaji dan bonus dalam bentuk bantuan khas kewangan atau BKK dua bulan, penjawat awam juga pasti teruja dan bersemangat untuk memastikan pelaksanaan belanjawan 2025 berjalan lancar dan membawa manfaat buat seluruh rakyat Negeri Selangor dengan mempertingkatkan produktiviti mereka apabila memberi khidmat kepada rakyat Negeri Selangor. Akhir kalam saya sebagai wakil rakyat Lembah

Jaya berharap apa saja kebaikan daripada belanjawan ini dapat dinikmati bersama-sama oleh semua warga di Lembah Jaya. Lembah Jaya akhiri perbahasan ini dengan serangkap pantun. Belanjawan dirangka penuh ketelitian, aspirasi rakyat diberi perhatian, demi kemakmuran dan kesejahteraan, Lembah Jaya menyokong sepenuh harapan. Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

Speaker

Terima kasih Lembah Jaya. Yang Berhormat Gombak Setia.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Baik, terima kasih Tuan Speaker. Gombak Setia sering kali memulakan perbahasan seterusnya dalam perbahasan belanjawan dengan mengajak seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri untuk menggunakan ruang dan peluang perbahasan ini sebagai wahana untuk kita menilai semula prestasi ekonomi dan kewangan negeri dengan penuh sikap yang jujur, ikhlas serta membawa suara rakyat Negeri Selangor yang sememangnya layak and deserve, dengan izin untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bermartabat. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Haj ayat ketujuh yang bermaksud “apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya, dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah dan bagi Rasullulah dan bagi kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir. Ketetapan yang demikian supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu”.

Tuan Speaker, untuk mencapai objektif ini, kita sebagai Ahli Dewan Negeri seharusnya mengambil sikap yang bertanggungjawab dan kita harus insaf bahawa antara tujuan sesebuah belanjawan itu digubal adalah untuk mendepani suasana ekonomi semasa serta menjamin keperluan sosial selain daripada merancang perbelanjaan dan pendapatan serta mengawal perbelanjaan kerajaan. Justeru unjuran belanjawan yang dibentangkan serta kebijakan yang digubal itu mestilah mengambil kira persekitaran ekonomi semasa kerana isu-isu ekonomi rakyat yang harus kita lihat secara pragmatik dan inilah matlamat kita di mana akhirnya belanjawan ini tujuannya untuk menjamin kehidupan rakyat yang berkualiti serta sejahtera pada masa yang akan datang.

Saya suka untuk mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa tidak ada gunanya kita membangunkan gedung-gedung besar, melaksanakan projek-projek mega tetapi kehidupan rakyat semakin lama semakin melarat, dan apalah gunanya kita membawa pelaburan yang berteknologi tinggi yang hebat, yang canggih tetapi akhirnya kita tidak dapat menciptakan peluang-peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat. Tuan Speaker, saya memulakan mukadimah kita dengan mengingatkan kita semua di dalam Dewan ini kerana realiti hari ini amat membimbangkan saya. Saya mendengar dengan teliti pembentangan Belanjawan yang dibentangkan hampir 3 jam oleh Yang Amat Berhormat

Dato Menteri Besar, saya telaah satu-satu setiap helaian dokumen yang dibentangkan dan akhirnya saya dapat membuat satu kesimpulan bahawa Belanjawan Negeri Selangor 2025 yang dibentangkan adalah sebuah Belanjawan yang tercabut daripada realiti permasalahan rakyat di bawah ataupun boleh saya sebut sebagai tidak bersifat people centric dan memahami realiti rakyat yang ada di bawah pada hari ini. Dan ini sama sekali bertentangan dengan hujah Yang Amat Berhormat Sungai Tua ketika menukilkan tulisan Isaiah Berlin bahawa kita tidak boleh terperangkap dengan pendekatan yang disebut isolationist. Payah nak sebut, yang mengasingkan diri daripada berbaur dengan masyarakat yang akhirnya kita terperuk sebagai katak di bawah tempurung. Dan ini juga sebagai mana yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Lembah Jaya bahawa kalau nak menghadirkan Cita Sempurna itu, Cita itu haruslah cita rakyat dia bukan semata-mata cita kerajaan. Kalau kita tidak memahami realiti masalah rakyat di bawah, akhirnya kita tidak akan benar-benar mampu mengangkat suara rakyat kecil di bawah dan menampilkan sebuah belanjawan yang baik, yang dapat menjamin kehidupan mereka pada masa yang akan datang. Dan inilah Belanjawan Negeri Selangor 2025 dibentangkan tanpa menghiraukan isu-isu fundamental ekonomi serta pemasalahan rakyat kecil di bawah. Saya lihat tidak ada sebarang usaha pada peringkat asas dan kerangka belanjawan ini untuk pembaikan struktur ekonomi yang dibentangkan oleh Kerajaaan Negeri khususnya bagi mendepani masalah rakyat hari ini. Saya kira masalah utama rakyat hari ini isu kos sara hidup isu inflasi serta pemberdayaan ekonomi rakyat khususnya bukan semata-mata golongan B40, tetapi juga golongan M40 yang ada di dalam negara kita pada hari ini amat terkesan dengan isu-isu kenaikan kos sara hidup. Bayangkan isu pembentangan 3 jam saya semak satu per satu Tuan Speaker, hanya sekali hanya satu perkataan inflasi disebutkan dalam ucapan belanjawan ini. Itu pun tentang isu inflasi global. Di mana penjelasan Kerajaan Negeri tentang isu inflasi negara? Isu inflasi di peringkat negeri, begitu juga dalam isu kos sara hidup. Hanya 2 kali disebut. Sekejap.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Gombak Setia Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Saya bagi jangan risau. Saya bukan Pelabuhan Klang. Hanya dua kali disebut isu kos sara hidup perkataan itu dan itu pun ketika Yang Amat Berhormat Sungai Tua nak mengumumkan peruntukan untuk Jualan Ehsan Rahmat dan Ehsan Mart. Jadi sebab itu saya melihat Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Negeri kali mungkin alpa daripada keadaan dan situasi ekonomi semasa begitu juga soal peruntukan, begitu juga soal dasar polisi serta kebijakan kerajaan yang dilihat tidak ada perubahannya untuk mendepani isu-isu kos sara hidup serta pembangunan yang semakin meningkat dan ini sangat bahaya kerana ianya bakal merencatkan bukan sahaja kesejahteraan hidup tetapi juga kualiti hidup yang ada di negara kita. Nobel Laureate yang juga seorang ahli economist, Amartya Sen mengukapkan bahawa the success of an economy and economic policy cannot be

separated from the leave that people are able to lead and the freedom they enjoyed Tuan Speaker. Silakan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Okay, terima kasih Gombak Setia. Saya mengikut perbahasan Gombak Setia memang saya ada soalan-soalan yang timbul untuk saya mendapat penjelasan. Gombak Setia setuju bahawa dalam framework sesuatu budget ada 3 perkara penting iaitu first, emphasize in term of allocation dengan izin ini adalah apa yang dinyatakan oleh Richard Musgrave seorang ekonomi ada 3 perkara. Satu emphasized on allocation in providing public goods. Kedua distribution itu penting iaitu ensuring equity. Ketiga stabilization iaitu mantaining economy sustainbility. Ini tiga perkara yang paling penting tapi apa yang kita lihat dalam bajet ini Yang Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri telah membuat rangkaian yang comprehensive berkenaan dengan menghadapi isu inflasi iaitu dengan adanya JER Mart untuk memulakan penjualan dengan harga yang lebih murah adakah ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri juga prihatin terhadap inflasi yang dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Yang Berhormat. Bunga dia panjang tapi isu dia soal jualan prihatin ataupun Ehsan Rahmah. Itu betul satu program yang kita laksanakan tapi itu one off Yang Berhormat, itu yang saya sebutkan dalam soal tadi soal pemberdayaan ekonomi

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

It’s cannot be one off. Its going on.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Bukan hanya membantu rakyat B40 tetapi hari ini dalam keadaan ekonomi hari ini betul mungkin ketika kita berhadapan dengan krisis Covid-19, kita memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya golongan B40 tetapi hari ini golongan yang paling terkesan dalam negara kita dalam keadaan inflasi yang semakin meningkat adalah golongan M40 khususnya M1 dan M2 dan sebab itu saya sebutkan dalam soal ini, kita harus mengambil langkah-langkah beranjak kepada dasar-dasar polisi ekonomi yang baru yang boleh dapat memberdayakan rakyat dari segi ekonomi. Seterusnya Tuan Speaker, saya juga ingin mengajak

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tuan Timbalan Speaker, mohon laluan. Kampung Tunku. Saya nak sentuh tentang Jelajah JER

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Apa dia?

Timbalan Speaker

Ada soalan bagi ruang? Gombak Setia tak bagi ruang.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Saya nak sentuh berkenaan dengan JER. Ada sedikit pembetulan, I think persepsi yang

Timbalan Speaker

Gombak Setia bagi ruang ke? Bagi.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Gombak Setia. Gombak Setia telah mengambil JER sebagai satu contoh di mana kerajaan negeri seolah-olah hanya menjaga kebajikan B40 tetapi tiada syarat di bawah JER yang menetapkan bahawa peserta ataupun mereka yang datang membeli barangan di JER mesti daripada golongan B40 jadi M40 pun boleh masuk untuk membeli barangan yang lebih murah di bawah JER. Saya harap Gombak Setia boleh perbetulkan.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Dalam soal JER ini peruntukkan hanya 30 Juta sahaja. 30 Juta apa kita boleh selesaikan masalah B40 dalam negeri kita? Selesaikan masalah dalam M40 dalam negrara kita? Sebab itu kita harus juga saya sebut tadi mengambil langkah pemberdayaan ekonomi dan Tuan Speaker kita juga harus hari ini dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar, mengapa saya menyatakan bahawa kita juga harus melihat bagaimana usaha pemberdayaan golongan M40 ini amat penting kerana kumpulan ini memainkan peranan yang amat kritikal dalam usaha mendukung ekonomi dan menjamin kestabilan sosial. Dan ini juga terzahir dalam belanjawan kita. Saya lihat saranan insentif ini bagus tetapi dalam keadaan kita juga nak beranjak kepada ekonomi yang lebih baik pada masa hadapan, maka sebab itu saya katakan bahawa kumpulan M40 yang cukup terkesan dengan isu peningkatan kos sara hidup menerusi pembelajaran pendidikan, penjagaan kesihatan, penyelarasan subsidi, isu-isu perumahan, maka kita harus bantu kumpulan ini kerana membantu kumpulan ini, akan membantu juga Kerajaan Negeri mengerakkan ekonomi melalui permintaan domestik yang akan semakin meningkat. Mengurangkan kesenjangan pendapatan di kalangan rakyat. Meningkatkan mobiliti sosial termasuk juga mendukung usaha-usaha Kerajaan Negeri ke arah peralihan ekonomi negeri daripada ekonomi kovensional kepada ekonomi digital dan ekonomi yang berteknologi tinggi. Jadi sebab itu saya sebut bahawa penting untuk Kerajaan Negeri melihat semula bagaimana usaha menyokong kumpulan ini dengan peruntukan yang lebih besar melalui penyediaan insentif keusahawanan, bantuan pendidikan, kesihatan serta sokongan perumahan buat mereka dan ini antara isu yang penting saya juga ingin mengutarakan Tuan Speaker, di mana belanjawan ini selain daripada menyediakan suatu peruntukan yang besar amat significant untuk kita juga meneliti kembali dasar, polisi, kebijakkan kerajaan yang harus berubah dan beranjak berdasarkan situasi ekonomi semasa.

Misalnya, saya nak ingin bangkitkan dalam isu perumahan mampu milik, tak salah jika saya katakan bahawa Kerajaan Negeri hari ini masih lagi mengamalkan polisi perumahan

mampu milik yang mirip dengan kerangka dasar kebijakkan rumah mampu milik 10 tahun yang dulu. Dan sebab itu kita lihat dari segi charge pemajuannya dari segi plot rationya, dari segi kelulusannya, harganya juga masih sama. Sedangkan masa dah berlalu dan beranjak hampir sepuluh tahun dan hari ini kita semua tahu akibat daripada inflasi, akibat daripada kenaikan kos sara hidup, kita hari ini berhadapan dengan realiti kos pembinaan yang semakin hari semakin meningkat. Bagaimana kita nak tarik lebih banyak pemaju swasta untuk terlibat dalam pembangunan rumah mampu milik sedangkan hakikatnya mereka tidak berminat sebab mereka ini berorentasikan keuntungan. Keuntungan mereka 10 tahun dulu mungkin tak sama lagi dengan realiti keuntungan hari ini sebab margin mereka dah semakin rendah akibat kos pembinaan yang tinggi. Sebab itu Kerajaan Negeri harus tampil dengan dasar yang lebih progesif, dengan kebijakan ease of doing business yang lebih terancang dan lebih unggul untuk menarik lebih banyak pemaju-pemaju swasta membantu meringankan beban rakyat dalam industri ataupun sektor perumahan. Sebaliknya jika kita gagal menggubal polisi yang baru, kita terus menekan para pemaju swasta ini juga menjadi kebimbangan saya sebab mereka tetap melakukan ataupun pelaksanaan pembinaan tetapi akhirnya nanti rumah yang disediakan itu kualitinya rendah dan tidak sebagai mana yang dihasratkan oleh kita semua. Tuan Speaker saya mendengar dan saya kira tidak perlu nak perbahas lagi dalam soal nak meneroka sumber pendapatan baru untuk negeri. Yang Berhormat Hulu Kelang semalam dah bahas panjang dalam soal ini dan saya mahu menegaskan bahawa kita sebagai pentadbir harus mempunyai dan memiliki keutamaan dalam perbelanjaan ataupun kita harus patuh kepada maqasid sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua sebelum ini. Dalam keadaan pendapatan dan peruntukan kita yang terhad, kita harus akui..

Timbalan Speaker

Dah boleh landing ya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sikit lagi. Kita tak boleh nak buat semua benda Tuan Speaker. Namun penting untuk kita pastikan setiap perbelanjaan kita itu dapat kita dapat memberi kesan dan dampak yang positif terhadap kehidupan serta menjamin prestasi dan menjana pertumbuhan negeri dengan baik. Ini saya lihat Kerajaan Negeri dalam belanjawan kali ini dia nak buat semua benda, tapi akhirnya kita berbelanja dalam keadaan yang tidak ada impak yang positif. Sebagai contoh, ini saya ambil satu contoh sahaja, portfolio pembangunan generasi muda sukan dan usahawan ini sahabat saya. Hanya 6 Juta diperuntukkan untuk tujuan pembangunan sukan. Tahun-tahun sebelum ini pun saya tak kira pernah ada peruntukkan yang sekecil ini. 6 Juta sahaja untuk peruntukan sukan, paling tidak zaman Yang Berhormat Hulu Kelang dulu peruntukannya lebih besar, dan ini pula dalam keadaan kita nak menjadi tuan rumah kepada SUKMA 2026. Kita nak prepare, kita nak jadi tuan rumah takkan lah kita nak

kalah, mesti kita nak menang tapi kita berbelanja paling kecil untuk Tahun 2025 tapi pada masa yang sama kita juga

Timbalan Speaker

Gombak Setia, sila tutup.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sikit lagi Tuan Speaker, kita juga mahu menaik taraf Hotel Carlton sebagai stadium e-sport, peruntukan RM1 juta, saya jamin Tuan Speaker,

Timbalan Speaker

Satu minit,

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sikit, kita kena jaga Tuan Speaker, EXCO ni.

Timbalan Speaker

Satu minit, teruskan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Dia jaga orang muda dalam negara kita.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Nak renovate Hotel Carlton peruntukan RM1 juta tak cukup dan saya yakin Yang Berhormat EXCO pun pasti setuju dengan saya. Kemudian kita nak heret dan ajar anak muda negeri Selangor dengan trend-trend terkini. Orang main pickleball, kita pun nak buat pesta pickleball, belanjawan 1 juta. Orang minum kopi kita pun nak buat Selangor Coffee Festival, pun RM1 juta. Patutnya kalau kita nak berbelanja patutnya lebih baik dan lebih bermanfaat kita peruntukan RM1 juta itu untuk usahawan-usahawan F B dalam negeri Selangor supaya mereka dapat diberdayakan dari segi ekonomi mereka. Tuan Speaker satu point yang terakhir. Hal yang sama saya nak bangkitkan sebab kita mesti memaparkan sikap yang betul-betul prihatin dan peduli kepada rakyat dan dalam keadaan hari ini saya nak bangkitkan berhubung peruntukan Ahli Dewan Negeri Pembangkang. Saya ucapan terima kasih pada Kerajaan Negeri. Dasar kebijakkan mereka membenarkan ADUN-ADUN pembangkang menerima peruntukan. Tepuklah kuat sikit dah macam tak sokong Sungai Tua. Tepuk kuat sikit, tetapi saya nak minta supaya Yang Amat Berhormat Sungai Tua juga memberi pertimbangan, sebab dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada kami berdasarkan situasi semasa, kami hanya boleh gunakan untuk dua tujuan. Pertama untuk kesihatan bantuan perubatan. Kedua hanya untuk pendidikan. Itu pun kedua-duanya syiling RM1,000 sahaja Tuan Speaker. Tuan Speaker, hari ini Pusat Khidmat saya dikunjungi oleh banyak pesakit-pesakit kritikal. Saya ada pengalaman ada pesakit buah pinggang datang ke Pusat Khidmat saya meminta bantuan. Syiling yang diberikan kepada saya untuk luluskan peruntukan RM1,000 kepada mereka. Tuan Speaker hari

ini nak buat tapak dialisis pergi hospital kerajaan bukan hospital swasta, hospital kerajaan, jumlahnya RM2,500. Kalau kita luluskan RM1,000, di mana mereka nak cari RM1,500 lagi Tuan Speaker. Jadi sebab itu saya nak mohon supaya Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar memberi pertimbangan supaya kami dapat meluluskan suatu peruntukan yang munasabah angkanya dan bukan hanya setakat soal pendidikan dan juga soal perubatan tetapi hari ini yang paling ramai datang ke Pusat-pusat Khidmat kami adalah, Sentosa tak payahlah ada pusat khidmat sendiri, pergi khidmat itu jangan malas nak pergi. Mereka ramai datang untuk mendapatkan bantuan kos sara hidup seharian mereka.

Gombak Setia saya bagi tahu, nasib Pembangkang baik kerana dia di kawasan masing-masing ada dua Pusat Perkhidmatan, kami ada satu sahaja.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Jangan risau Sentosa, kita pernah sama-sama pembangkang, kita pernah sama-sama Kerajaan.

Kalau nak minta bantuan, minta penduduk pergi ke Pusat Penyelaras senang.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya nak nyatakan minta pertimbangan daripada Kerajaan supaya kita berikan ruang kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri ini untuk meluluskan satu peruntukan yang munasabah berdasarkan situasi ekonomi dan realiti semasa pada hari ini. Yang Berhormat Speaker saya nak tutup, bahawa ahli ekonomi Joseph Stiglitz dia menyebut economic policies should not, should be judge not just by the impact of GDP but on whether they promote shared prosperity, reduce inequality and improve the quality of life for all citizens. Jadi sebab itu saya minta tujuan dan hasrat kita baik. Kita bentang belanjawan ini dengan niat baik. Pelaksanaan juga mesti dengan niat yang baik dan sebab itu saya minta supaya Kerajaan Negeri memberi pertimbangan dan perhatian kepada setiap permasalahan-permasalahan ini berdasarkan realiti semasa. Tuan Speaker terima kasih.

Speaker

Ya Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Ya Teratai teruskan.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Dalam ucapan ini izinkan saya mengetengahkan beberapa isu dihadapi oleh penduduk DUN Teratai dan juga rakyat Selangor. Untuk pengetahuan

semua Teratai adalah kawasan agak padat penduduknya. Oleh yang demikian kita sering menghadapi dengan masalah-masalah urban dengan izin, antara masalah-masalah ini adalah masalah sering berulang seperti banjir kilat, masalah pembuangan sampah haram, masalah kemiskinan bandar dan satu lagi yang saya akan bawa masuk dalam sidang Dewan ini iaitu tanah runtuh. Setakat ini saya dimaklumkan pihak PBT sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah-masalah ini namun mereka juga sedang berdepan dengan halangan-halangan seperti kewangan, sumber dan juga kakitangan. Merujuk semula kepada belanjawan telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin bin Shari yang mana dasar-dasar yang dibentangkan oleh beliau mampu membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di DUN Teratai dan juga di DUN kawasan sekitar. Saya percaya dasar-dasar dibentangkan sangat optimum dan mampu mengerakkan negeri Selangor sebuah negeri yang maju dan ke hadapan. Izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk disertakan di dalam belanjawan yang telah dibentangkan.

Tuan Speaker antara isu penting yang ingin saya ketengahkan di sini adalah berkaitan dengan baik pulih cerun. Untuk pengetahuan semua kawasan DUN Tetarai di dalam kawasan pentadbiran MPAJ berdepan dengan masalah cerun yang agak serius. Sehingga ia sampai satu tahap yang sangat membimbangkan. Ia merupakan satu masalah berkaitan kaitkan dengan cuaca yang tidak menentu sehingga setiap kali semasa hujan berlaku penduduk di kawasan Teratai akan bimbang dan risau terhadap kejadian tanah runtuh yang berkemungkinan besar berlaku di tempat mereka duduki. Buat masa ini pihak MPAJ dengan bantuan Kerajaan Negeri Selangor, sudah pun mengusahakan banyak inisiatif untuk mengukuhkan cerun sedia ada, namun begitu kos kerja-kerja yang membaik pulih dan menyelenggarakan cerun ini sangat tinggi dan tidak mampu dibiayai sepenuhnya pihak PBT. Oleh sebab situasi tersebut juga pihak berkuasa, kemudiannya terpaksa mengambil pilihan yang mampu untuk mengatasi masalah tersebut. Isu lain yang terbit pula adalah pilihan-pilihan yang sedia ada pula, adalah pilihan untuk jangka pendek, jangka masa pendek. Masalah cerun ini menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan hujan lebat yang sekali gus menjurus kepada masalah banjir kilat. Tambahan pula masalah cerun ini adalah masalah yang sudah wujud sebelum saya di pilih menjadi Ahli Dewan Negeri lagi. Sudah tiba masanya isu ini dinotakan sepenuhnya. Saya memohon kepada pihak Kerajaan untuk menambah peruntukan untuk pembaik pulih dan penyelenggaraan cerun dan menyediakan pelan tuntas untuk menyelesaikan masalah cerun di sekitar Selangor. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada MPAJ dan JPS Hulu Langat atas tindakan yang cukup pantas. Selepas kejadian tanah runtuh, monsoon drain yang berlaku di Lembah Maju baru-baru ini.

Tuan Speaker di sini saya juga ingin mengingatkan Yang Berhormat Hulu Kelang bahawa semasa Yang Berhormat merupakan Menteri Besar dan juga ADUN kawasan Bukit Antarabangsa, banjir kilat yang telah berlaku sepanjang semenjak tahun 70an atau pun lebih awal di Kampung Baru Ampang, masih tidak selesaikan sehingga ke hari ini. Untuk maklumkan semua, salah satu tempat tarikan pelancongan yang berusia lebih daripada 160 tahun iaitu Tokong Kau Ong Yah juga terletak di kawasan tersebut. Banjir kilat telah berlaku pada bulan yang lepas semasa mereka mengadakan perayaan besar-besaran yang berjaya menarik berpuluh ribu orang pengunjung bukan saja daripada tempatan tetapi dari seluruh dunia, telah melibat dengan mata mereka sendiri bahawa air yang pasang sehingga ketinggiannya satu setengah kaki di dalam dan luar halaman tokong. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kejadian seperti ini berulang berlaku sejak tahun 70an sehingga bekas Menteri Besar pada ketika juga memegang jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dari tahun 2014 hingga ke 2018 tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat di situ. Adakah ini merupakan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu kelang kepentingan rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat didahulukan?

Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Silakan.

Seperti yang semalam yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, cuma Hulu Kelang kita kena cakap hati-hati ataupun kita terlebih cakap, fasal masalah mentaliti. Mentaliti DAP nanti. Pastinya apa yang terjadi pada hari ini adakan kesan daripada hari semalam tak mungkin banjir yang berlaku ataupun pengurusan parit, longkang dan sungai ini berlaku hanya di tempoh sebulan, setahun yang ada ini. Pada pandangan Teratai ada apa tindakan ketika Hulu Kelang jadi Menteri Besar? Apa tindakan yang dibuat untuk mengatasi masalah banjir? Seperti mana yang dikatakan semalam pelbagai yang dibuat dan sebagainya berjumpa keluarga, kaum dan jumpa semua, apakah tindakan dibuat Hulu Kelang ketika menjadi Menteri Besar dahulu?

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Yang Berhormat Seri Serdang, saya tidak pasti sebab kalau ada sesuatu yang telah berlaku ke atas insiden yang berlaku pada masa ketika, saya rasa masalah itu memang boleh diselesaikan sebab beliau ada kuasa sebagai seorang Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah di situ. Seterusnya, masalah banjir kilat kerap kali berlaku di kawasan Teratai. Suka atau tidak ini adalah masalah klasik yang dihadapi oleh kebanyakan di DUN di Selangor, ditambah lagi dengan cuaca semasa yang tidak menentu di kebelakangan ini. Sidang Dewan dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM62.3 juta yang merangkumi pembangunan projek tebatan banjir, pembangunan sistem saliran, pembangunan lembangan sungai,

pembangunan sumber air dan hidrologi. Pengurusan saliran mesra alam dan pembangunan pantai yang melebihi 100 projek. Jika kita berbanding dengan tahun 2024, ia telah menurun sebanyak RM2.7 juta daripada RM65 juta. Pada hemah saya selain daripada kerja-kerja pembaik pulih dan penyelenggara sistem saliran adalah lebih wajar juga kita bagi Kerajaan Negeri untuk merombak sistem saliran terutamanya di kawasan Teratai. Sistem saliran yang sedia ada pada masa ini sudah berpuluh tahun usianya dan mungkin tidak lagi dapat menampung bilangan air yang meningkat saban hari. Kerja-kerja ini dapat dijalankan secara berfasa dengan sistem saliran yang baru, bagus dan komprehensif. Kita mampu mengelakkan kejadian ini berlaku dengan kerap.

Tuan Speaker, kesan pelaburan langsung asing FDI terhadap pertumbuhan ekonomi adalah satu topik yang sering dibahaskan. Dalam globalisasi ini syarikat multinasional MMC dengan izin, bergerak bebas dari negara maju ke negara membangun oleh itu sebilangan besar pelaburan langsung asing mengalir ke negara membangun melalui MMC. Justeru itu FDI telah dianggap sebagai sumber utama pengumpulan modal dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara penerima. Jumlah aliran pelaburan asing kian meningkat dengan ketara kesan daripada globalisasi ini di antara negara maju dan yang sedang membangun. Salah satu impak positif yang saya ingin menarik perhatian adalah peluang pekerjaan yang memanfaatkan kepada orang tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa kami memerlukan pelaburan daripada negara asing. Tetapi mereka semata-matanya melabur di negara kita dengan mendirikan kilang pembuatan yang merupakan bidang tidak memerlukan pekerja tempatan yang banyak gaji dengan bayaran gaji yang lebih tinggi sebaliknya mereka mengambil pekerja warga asing tanpa mahir akhirnya mengakibatkan kurang penglibatan warga tempatan. Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor boleh mengutamakan syarikat-syarikat atau pelabur yang boleh menyumbang peluang pekerjaan kepada warga Malaysia. Selain menetapkan syarat kepada pelabur asing untuk mengutamakan pengambilan pekerja tempatan dalam semua sektor. Pelaburan asing harus dikaitkan dengan program latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja tempatan agar mereka sesuai dengan keperluan teknologi dan industri yang dibawa masuk.

Memberikan fokus kepada sektor yang memerlukan tenaga mahir tempatan seperti teknologi hijau, pembuatan maju, advanced manufacturing, dengan izin dan industri kreatif yang secara tradisinya lebih menarik untuk tenaga kerja tempatan. Pelaburan dalam sektor seperti pendidikan, kesihatan dan pelancongan yang sering melibatkan interaksi langsung dengan masyarakat setempat juga haruslah diutamakan. Peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi akan membantu rakyat tempatan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka menjadikan industri lebih stabil dengan tenaga kerja tempatan yang lebih berdedikasi dan berinteraksi langsung dengan masyarakat setempat.

Dengan ini juga, saya akhiri ucapan saya dan saya menyambut baik, sokong Belanjawan 2025 yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Assalamualaikum W.B.T., Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Izinkan Sungai Panjang memulakan perbahasan Bajet 2025 dengan serangkap pantun

Pergi berlayar naik sampan, Bertembung pula dengan perahu, Katanya inklusif dan mampan, Tapi sebenarnya eksklusif dan sendu.

Tuan Speaker, Ahli Dewan yang dimuliakan, saya mulakan dengan Frman Allah Jalla Jalaluh, dengan izin (Ayat Al-Quran)

“Apa saja harta yang dibelanjakan atau harta yang diperoleh tanpa peperangan yang dianugerahkan oleh Allah cala-calalah kepada Rasul Nya dari penduduk beberapa negeri adalah untuk Allah, untuk Rasul, kerabatnya, anak yatim, orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan. Demikian harta itu tidak beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepada kamu terima dan apa yang dilarang, maka janganlah ambil. Bertakwalah. Sesungguhnya hukuman Allah itu sangat keras”. (Surah Hasyr, Surah : 59, Ayat : 7, Juzuk : 28, Halaman 546)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan apa itu fai’ iaitu peruntukan dan juga singkatnya supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Tetapi harus memiliki fungsi sosial seperti air mengalir ke tempat yang lebih rendah sehingga bermanfaat kepada kaum-kaum yang tu’afa’, golongan mustad afin yang selalu disebut oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Kemudian diterangkan bahawa Allah menetapkan pembahagian-pembahagian yang demikian bertujuan agar harta itu tidak jatuh ke bawah kekuasaan orang-orang kaya dan dibagi-bagi oleh mereka sehingga harta itu hanya berputar di kalangan mereka saja seperti biasa dilakukan oleh orang-orang arab jahiliah. Dan pagi tadi berbetulan di Masjid Negeri, Tadabur ayat dalam Surah Al-Zukhruf pada ayat 48 sehingga ayat 60 yang menggambarkan bagaimana kerajaan Firaun membuat pengisytiharan kepada kaumnya menunjukkan keakuan Firaun itu bahawa ini semua aku buat, semua aku buat, semua aku buat tanpa mengambil kira pandangan-pandangan daripada golongan-golongan yang bawah.

Yang Berhormat Speaker dan juga Ahli Dewan, di awalnya Sungai Panjang mahu mengingatkan bersama hari ini telah genap 400 hari tindakan tidak berperikemanusiaan yang berlaku di luar sana seperti genocide, urbicide, politicide, democide yang menyebabkan ekonomi memberi kesan kepada seluruh dunia. Bayangkan Amerika satu sahaja dron dia dengan jumlah jutaan USD Dolar. Jadi dari mana dia nak mengambil duit yang banyak melainkan kepada negara-negara yang lemah? Termasuklah Malaysia dan Negeri Selangor ini di bawah Malaysia. Sebab itu kita jangan berpegang kepada satu-satu bentuk ekonomi ataupun satu bentuk negara sahaja. Dalam hal ini, Sungai Panjang ada tiga perkara yang ingin dibangkitkan daripada hasil pembentangan Yang Berhormat Menteri Besar. Pertama, berkenaan dengan ketidakseimbangan pembangunan. Yang kedua, golongan rentan dan sosial dan yang ketiga pengurusan risiko banjir. Ahli-ahli Dewan Negeri yang dimuliakan, contoh ketidakseimbangan pembangunan, penyelesaian isu pesawah, petani, pekebun yang mana golongan-golongan ini juga patutnya diberikan tumpuan kerana kepada mereka inilah untuk kita melihat kelangsungan, keterjaminan makanan yang Sungai Panjang kira tidak disentuh isu ini dalam Perbahasan Bajet pada kali ini.

Sebab itulah apa yang berlaku di Sungai Panjang, contohnya penerokaan Hutan Simpan Sungai Karang yang diluluskan dan soalan yang berkali-kali diajukan dalam soalan bertulis ataupun soalan lisan kesannya yang memberikan kesan kepada kampung-kampung dan juga sawah-sawah padi yang jawapan walaupun jawapan yang diberikan secara bertulis itu kedudukan tempatnya tidak tepat. Disebut kawasan yang terlibat adalah Parit 3 Timur, kawasan yang terlibat adalah Parit 4 Timur. Sedangkan kawasan itu tidak terlibat. Timur jauh ke sana. Kawasan-kawasan yang terlibat ini adalah kawasan Parit 2, 3, 4, 5 Sungai Haji Dorani atau Gambut yang kesannya daripada penerokaan itu menjadikan banjir, sawah banjir, dan petani-petani menjadi hasil mereka menjadi berkurangan dan ada yang terpaksa menanam dua kali. Tabur kebanyakannya kawasan Sungai Panjang banjir pada kali ini. Dah tabur, tenggelam kemudian bila banjir tenggelam, terpaksa ditabur lagi kerana benih tidak hidup. Maka masalah banjir yang berlaku kawasan Parit 5, Parit 4, Parit 3 Sungai Haji Dorani ini mohon pihak yang berkenaan buat pembuangan air dari Parit 3 Sungai Haji Dorani sampai Parit Cabang Tebuk Marso. Sebab ini air tak ada buang. Air melekat dekat situ sahaja. Maka perlu difikirkan cara yang lebih baik. Dan begitu juga jalan-jalan yang perlu dinaik taraf khususnya Blok A-15, Blok A-20, Parit 3 sehingga ke Parit 5 Sungai Haji Dorani sebelum bermula musim menuai kali kedua 2024 pada bulan Januari. Ini kena selesaikan dulu. Kalau tidak padi tidak boleh keluar. Bila padi tak boleh keluar, beras tak ada. Barulah betul beras tak ada. Hari ini beras ada, cuma keluar dari kilang jadi beras import. Jadi kena selesaikan jalan-jalan ini. Dan kolam takungan di Parit 4 Sungai Haji Dorani juga perlu diselenggara dengan baik. Begitu juga rumah pam kitar semula air sawah di Parit

1, Parit 3, Parit 4 Sungai Haji Dorani tidak berfungsi walaupun sudah dibaik pulih. Saya tak pasti ada masalah apa.

Sungai Panjang, beri laluan. Sungai Panjang.

Speaker

Ya, Sungai Panjang. Meru berdiri.

Hulu Kelang kata Meru dia memang suka kacau Sungai Panjang.

Speaker

Boleh bagi laluan?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Hulu Kelang dah janji.

Speaker

Ya, bagi.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Okay.

Speaker

Ya, silakan Meru.

Saya nak tanya Hulu Kelang ada. Eh saya nak tanya Sungai Panjang.

Speaker

Sungai Panjang

Sungai Panjang ada bukti tak bahawa beras yang keluar daripada kilang-kilang khususnya daripada sawah tempatan, hasil dari beras tempatan ditukarkan kepada beras import? Ada bukti dan fakta tak?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih. Terima kasih. Cuma saya nak tanya ke mana perginya beras yang, padi yang kami potong? Ada 18,000 hektar. Mana pergi 18,000 hektar?

Tapi

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Letak di mana?

Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Kalau tidak ada langsung beras, beras tempatan. Itu isunya.

Speaker

Ya Sungai Panjang. Ada dua

Sungai Panjang.

Speaker

Meru dengan Sabak.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sabak la pula. Bagi kawan dulu.

Terima kasih. Saya bertanya pada Sungai Panjang. Kenyataan daripada Menteri Pertanian baru-baru ini di Parlimen secara berterus-terang dan juga Presiden kepada parti daripada Meru menyatakan bahawa memang beras tempatan itu ada tapi ikut arahan. Disimpan untuk tujuan kerajaan. Itu Presiden yang jawab sendiri. Jadi saya rasa Meru tahu dah jawab soalan tu. Tak payah tanya bukti lagi

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Masukkan dalam perbahasan saya jawapan Presiden Amanah.

Tadi dia sebut beras tempatan di convert ke beras import

Speaker

ya

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya teruskan

Itu yang soalan saya.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Contoh yang kedua, contoh yang kedua

Satu lagi Sungai Panjang

Speaker

Sungai Panjang bagi ke Meru?

Laluan, laluan, laluan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Masa tak cukup. Ada dua lagi point.

Tapi saya hairan bagaimana Sekinchan boleh keluarkan

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Point utama. Golongan rentan dan pengurusan risiko banjir.

Sampai 9 tan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Contoh yang kedua, minta maaf Meru.

Speaker

Okay, tak apalah Meru.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Contoh yang kedua dalam apa nama ketidakseimbangan bangunan ini, pembangunan ini. Kalau diberi masa yang lebih Insya-Allah saya boleh berikan kepada yang lain. Contohnya ketidakseimbangan ini saya beri contoh, dah lampu kuning. Saya berikan contoh iaitu bagaimana peniaga-peniaga di Majlis Daerah Sabak Bernam. Untuk pengetahuan Ahli Dewan, dalam Negeri Selangor ini Sabak Bernam saja yang jadi Majlis Daerah dan selalu diperli sebagai daerah asnaf. Kalau asnaf, bantulah, tolong. Jangan perli sahaja. Maka apa yang berlaku pada persatuan-persatuan peniaga ini mengadu, tahun depan kenaikan tiga kali ganda sewa tapak daripada satu tapak RM52 kepada RM156 satu tapak. Tiga kali ganda! 200%! Adakah ini kerajaan yang adil? Bayangkan kebiasaan yang majoritinya mereka berniaga dua tapak. Itu baru satu tapak, satu kawasan. Kalau ada 8 kawasan? Dua tapak dia dah kena bayar darab dengan 8 kawasan bersamaan dengan RM2,456 bayar tapak niaga je dan persatuan dah hantar surat nak jumpa tetapi dimaklumkan

Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ada tekanan daripada ahli majlis-ahli majlis supaya jangan bertemu dengan

Speaker

Ya, Sungai Panjang. Sungai Panjang, Seri Serdang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Lampu kuning. Kalau lampu kuning tu tukar balik hijau saya bagi. Boleh? Boleh Tuan Speaker?

Speaker

Bagi tidak?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Kalau kuning tu tukar sikit hijau saya bagi. Dia bukan soal selalu. Dia akan panjang jela-jela lepas tu baru soal.

Speaker

Itu bergantung kepada Yang Berhormat sama ada nak bagi ke tidak.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Jadi saya tak bagilah.

Speaker

Ya.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Kalau nak soal saja, janji nak soal saja setengah minit saya bagi.

Speaker

Soalan, soalan.

soalan sayalah tu. Dengarlah dulu Sungai Panjang. Tak dengar soalan saya mana tau panjang pendek.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ha soal cepat.

Speaker

Ok baik, Seri Serdang ringkaskanlah.

Tadi Sungai Panjang ada bagi tau tentang nak minta tolong kerajaan negeri

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan?

Minta tolong untuk Majlis Daerah Sabak Bernam

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan?

Dapatkan income. Tapak itu sedar atau tidak Sungai Panjang

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

soalan?

Tapak perniagaan itu

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan?

Adalah sumber kewangan, pendapatan kepada Majlis

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Baik saya teruskan.

Daerah Sabak Bernam?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya teruskan kepada perkara yang kedua golongan

Speaker

Soalan dia?

Soalan saya sedar atau tidak Sungai Panjang sewaan tapak-tapak perniagaan ini adalah income ataupun sumber pendapatan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam? Jadi macam clash

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang Berhormat.

Antara dua hujah

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang Berhormat, itu bukan soalan.

Sungai Panjang tadi ni saya nampak macam ada pertelingkahan hujah antara dua tu.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya terus kepada isu saya yang kedua.

Speaker

Baik. Soalan daripada Seri Serdang.

Soalan saya, sedar atau tidak Sungai Panjang bahawasanya sewaan tapak itu adalah pendapatan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam dan membantu Majlis Daerah Sabak Bernam untuk meningkatkan pendapatan mereka?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Boleh saya jawab bertulis?

Speaker

Yang Berhormat, dalam Dewan ini tulis jawapan bertulis adalah daripada pihak EXCO sahaja.

Dia ini macam EXCO pula.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya jawab.

Nak jadi EXCO, Sungai Panjang, boleh. Datang ke sini, insya-Allah kita pertimbangkan bersama parti Amanah.

Tak boleh beza ke.

Speaker

Baik, saya minta itu saja. Sungai Panjang nak jawab macam mana.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya teruskan kepada yang kedua. Iaitu golongan rentan .

Hai, tak nak jawab, tanya soalan, tak jawab.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Jawab bertulis.

Speaker

Sungai Panjang, bergantunglah, nak jawab atau tidak. Bergantung. Sila teruskan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ya. Okay. Golongan rentan dan juga sosial. Khutbah jumaat minggu lepas. Khutbah minggu lepas, 15.11.2024, laporan daripada AADK. Sepanjang 2024, seramai 169,691 penagih dadah. Pada tahun 2024, peningkatan sebanyak 3.1% daripada tahun 2023. Dan sebanyak 58.8% adalah mereka yang berumur daripada 15 tahun sehingga 39 tahun. Ini adalah generasi-generasi yang akan memimpin negeri dan negara. Kalau generasi ini, dah bahasa kita kata lalok sahaja, jadi apa dia nak buat. Rasuah ke apa segalanya, dia tak kisah. Habis generasi ini. Dan amat malang, ingat, amat malang, seramai 76.8% adalah daripada kalangan Muslim. Pemimpin-pemimpin yang beragama Islam, ambil berat perkara ini. Sungai Panjang ucapkan tahniah kepada MAIS, dengan Zakat yang ada, melalui asnaf Ar-Riqab. Dan negeri-negeri lain lagi dimaklumkan tak buat. Dia telah berusaha untuk mengadakan dua rumah, dua rumah dan juga dua pusat pemulihan. Dan juga ada program-program rohani. Negeri Selangor, Kerajaan Negeri, apa Kerajaan Negeri buat, bagi golongan-golongan ini. Hari ini, penagih yang guna AIS ini, dia tak macam kita tengok dah. Mereka ini Smart. Mereka ni pakai tie, kolar putih dan sebagainya.

Sungai Panjang, bab dadah.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Dan yang seterusnya, pengurusan risiko banjir.

Speaker

Sungai Panjang, tak bagi.

Enta ni...

Speaker

Seri Serdang, dia tak bagi.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ana, ada sikit jer lagi, itu pun dah nak habis.

Sahabat lama, sheikh..

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Contohnya, pengurusan risiko banjir. Sungai Panjang, baru-baru ini, diuji dengan banjir. Tahniah, di ucapkan, pasukan Tuan Pegawai Tanah, Tuan D.O. kita, Tuan Ali bin Sadikin. Satu hari sebelum itu, dah buat, simulasi banjir. Satu hari sebelum itu buat simulasi. Macam ada wali, tau esok nak banjir. Esoknya banjir. Malam itu semua turun. Semua turun. Tahniah. Dapat buka 2 PPS, dan juga sampai maksudnya. Sampai kita kata kepada mangsa-mangsanya. Ada yang, apa nama, OKU, ada orang tua yang dah terdampar. Pasukan-pasukan ini bantu. Tahniah. Salute kepada mereka walaupun, ada sikitlah, walaupun, Ahli Dewan Negerinya di situ daripada PN, tidak dimasukkan whatsapp group. Whatsapp group, je pun. Itu pun takut, tentang maklumat-maklumat keadaan banjir.

Sokong kerajaan la.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya tak tahu lah siapa yang bagi arahan kan. Jadi kita terpaksa dapatkan maklumat daripada pegawai. Datang jumpa, jumpa pegawai, apa yang berlaku. Isunya di sini, Sungai Panjang mencadangkan, sebab antara salah satu faktornya adalah ladang PKPS, yang ada di Belia 2. Selain daripada air sungai naik, hujan dan sebagainya, ladang PKPS itu, empangannya pecah. Dan air itu bawa kepada penduduk-penduduk di Belia 2, sehingga ke atas pinggang. Walaupun, perkara itu berlaku 20 tahun sekali. 20 tahun lepas, berlaku yang sama dan tahun ini, berlaku yang sama. Maka, dalam isu ini,

Speaker

Yang Berhormat boleh landing lah. Masa dah..

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mencadangkan, cadang ini kira akhir lah.

Speaker

Harap boleh simpulkan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mencadangkan supaya, isu utamanya, yang pertamanya, tanah pertanian terus dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Perlu ada rundingan yang jelas antara PKPS dan juga komuniti. Minggu lepas, saya pergi bank, bank Islam. Masuk bank, tengok seorang pegawai PKPS, dan belakang dia ramai ikut dalam 10 orang, orang Bangladesh. Bangga pakai baju PKPS. Kenapa saya timbulkan. Di sana ramai anak muda, di sana ramai yang memerlukan pekerjaan. Sebab itu, perlunya ada rundingan jelas antara PKPS dengan penduduk setempat. Tak ada la nak keluar ke bandar, nak cari pekerjaan. Dan, yang kedua, memperkasakan perancangan dan pemantauan tanah. Yang mana, Sungai Panjang menuntut ketelusan dalam proses pengagihan dan penggunaan tanah. Ini termasuk cadangan untuk membentuk jawatankuasa khas, di peringkat negeri, bagi memantau pengurusan tanah-tanah yang dimiliki ini. Sama ada kepada PKPS ataupun kepada Koperasi di Hutan Simpan Sungai Karang. Sebab apa, sebab, penduduk tanam sawit puluh tahun, bila masuk ini, penduduk tengok jer, orang luar bawa keluar sawit. Berlori-lori, bertan-tan. Tuan-tuan yang usahakan, kemudian, orang ambil hasil kita. Apa perasaan kita. Apa rasa kita. Ini rasa penduduk kampung, depan mata, angkut pakai lori, hasil-hasil benih sawit mereka. Hari ini dah 800 tan, lagi galak. 800 tan. Maka, sebab itulah perlukan ada jawatankuasa khas untuk memantau tanah-tanah ini, libatkan sekali orang kampung juga ADUN-ADUN.

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi ke.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Satu, yang last, penggunaan tanah yang lestari. Boleh ada cadangan dasar yang diperkenalkan bahawa tanah PKPS digunakan sepenuhnya untuk tujuan pertanian yang lestari tanpa mengabaikan matlamat negeri dalam menjamin kestabilan ekonomi.

Speaker

Ya...

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Maka, cadangan-cadangan daripada Sungai Panjang ini, diharap, ataupun kritikan-kritikan daripada Sungai Panjang ini,

Speaker, kalau panjang lagi, saya nak tanya soalan lagi, kalau panjang lagi.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Dan juga daripada PN ini, berhasrat, semata-mata untuk memastikan Selangor benar-benar sejahtera dan inklusif, sesuai dengan slogan kami, Selangor deserve better. Akhirnya,

Tangan kiwa mehambin baja Baja dihambin (tak jelas) Seantero dunia inyak menjaja Ampun bepandir aur tenggirang.

Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Sungai Panjang. Dengan ini, saya beri Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu, saya ingin penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, Barisan EXCO Negeri dan penjawat awam, yang berdedikasi. Dan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan Bajet 2025. Terutama pasukan yang bekerja keras, memastikan Bajet ini, dapat disiapkan dengan penuh teliti. Bajet 2025, adalah dokumen penting, yang mencerminkan usaha bersama kita, dan memperkukuhkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dengan tema, Selangor Dinamik, Cita Sempurna, Malaysia Madani, ia merangkumi 5 teras, yang menunjukkan Kerajaan Negeri berkomitmen melaksanakan dasar-dasar yang inklusif, lestari dan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Saya bermula perbahasan saya dengan bacaan serta petikan daripada, Richard Musgrave, sorry. Seorang economist yang terkenal, yang mengatakan seperti tadi, saya bacakan, ‘ developed the framework of a government functions in economic, emphasizing allocation providing public goods, distribution, ensuring equity dan stabilization economic maintaining economic stability.’ Saya percaya dalam perangkaan Bajet 2025 ini, ia merangkumi 3 elemen ini. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana dapat mengimbang satu bajet yang kompresif. Yang jelas, Tuan Speaker, pihak pembangkang tidak mempunyai alternatif belanjawan langsung sehingga ini. Mungkin mereka belum mampu merangka satu alternatif yang sesuai. Apa yang kita hanyalah, adalah komen sahaja. Tetapi walau bagaimana pun, sebagai satu kerajaan bertanggungjawab, tidak salah untuk kita meneliti cadangan-cadangan mereka. Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Ketua BBC kita. Beliau tak ada hari ini. Tak apa, kita rakam juga. Beliau dengan jelas dan mantap telah menghuraikan secara terperinci dan mempertahankan Belanjawan 2025 serta manfaatnya.

Dalam perbahasan ini, saya ingin menekan 5 perkara. Satu, isu ketirisan. Kedua, bidang teknologi AI. Ketiga, inclusivity. Keempat isu berkenaan dengan I-SEED dan kelima, isu kawasan, sedikit. Isu ketirisan adalah isu penting, Tuan Speaker. Walaupun kerajaan mempunyai unjuran perkembangan ekonomi atau pendapatan tinggi, namun demikian

Kerajaan Negeri kehilangan jutaan ringgit. Akibat daripada ketirisan. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan satu tangkapan terhadap bekas CEO MBI, yang berkait dengan seorang pembangkang yang sangat terpengaruh. If I may, saya dengan izin. Saya baca. I don’t want to mislead the Dewan. Saya baca daripada laporan tersebut, iaitu daripada Malaysia Kini. “MACC collars, ex-Selangor company executive business person, over alleged bribery’ dia nyatakan sendiri di sini. “The two suspects, the second one being a businessperson, were allegedly linked to ini penting, “linked to a prominent opposition leader who used to have political influence in Selangor”. Saya nak tanya kepada pembangkang, siapa ini prominent of opposition leader? Kita semua senyap, pembangkang senyap dalam perkara ini. Ya, tak apa, let me finish, let me finish. Nak jawab siapa ke?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Cakap la, siapa, sebut la, siapa, you sebut la.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya nak tanya siapa..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya challenge, you, sebut.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya nak tanya, you.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

You sebut lah.

Speaker

Yang Berhormat,

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Kenapa saya nak sebut.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

You yang tanya, tadi.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Soalan saya, dalam laporan...

(Dewan Riuh)

Speaker

Taman Medan, Taman Medan, duduk dulu.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Let me finish....

Speaker

Kota Kemuning, bagi laluan ke tidak...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

You berani, you sebut..

(Dewan Riuh)

Speaker

Kota Kemuning, Taman Medan duduk, Taman Medan duduk. Duduk, duduk.. Saya nak tanya, Kota Kemuning bagi laluan ke tidak.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya tak bagi laluan, bagi saya habis, lepas tu, boleh tanya...

Speaker

Taman Medan kena jaga tertib.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Speaker, he shouted at me first…

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

No, no, you listen, sit down first...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tuan Speaker...

Speaker

Saya minta semua bertenang. Duduk. Kota kemuning, habiskan perbahasan kamu kemudian Taman Medan, kalau ingin bertanyakan soalan ataupun mencelah, bolehlah minta dia. Tunggu selepas itu, tunggu dia habis dulu. Sila bertenang. Kota Kemuning, silakan. Jangan bimbang, ada sikit emosi, itu biasa. Kota Kemuning habiskan rangkap kamu, perenggan kamu dan sebagainya. Sila teruskan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Taman Medan, relaks okay. Saya akan bagi, saya akan bagi peluang untuk kamu, tanya soalan, don’t worry about it. Jangan takut. I’m not shouting at you, I’m just telling you...

Speaker

Please proceed. Sila teruskan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tak apa, Taman Medan. Okay. Soalan saya, soalan saya, okay. Siapakah orang yang dinyatakan dalam laporan ini. Adakah pembangkang tau, siapakah opposition leader yang dikatakan mempunyai influence di Selangor. Adakah kamu tahu atau tidak. Itu soalan saya. Okay. Kedua, kenapa saya mengatakan perkara ini, kerana Tuan Speaker apa yang menunjukkan bahawa perkara ini menunjukkan ahli politik pembangkang yang katakan terpengaruh ini terlibat dalam satu skandal rasuah yang berjutaan ringgit. Macam mana kita boleh membenarkan duit rakyat digunakan ataupun disalahgunakan untuk tujuan political events dan ia nyata mengatakan ia adalah satu konspirasi ataupun satu dipanggil common knowledge di antara businessman dan juga ahli politik ini. So ini adalah penting untuk kita mendapat satu forensic audit. Itu penting untuk kita buat satu forensic audit, kenapa, di mana wang

ini telah tercicir. Siapa yang mengambil duit ini dan juga saya cadangkan bahawa bukan itu sahaja

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Tuan Speaker, Peraturan 36(6).

Speaker

Ya, 36(6)

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain. Saya lihat apa yang Kota Kemuning buat ini dia sebut pembangkang berulang kali, ada konspirasi, ada ambil duit. Show us the proof. Dalam Dewan ini you are protected by the immunity, named it, bagi nama, you petik daripada Malaysiakini yang tak bagi laporan langsung, benda dalam siasatan MACC. Kalau contoh saya bangkit isu terowong kat sini, is it fair?. It’s not fair right? Sekarang ini benda itu ada dalam..

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Okay.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Siasatan MACC tak ada sesiapa pun dinamakan. Laporan Malaysiakini pun tak namakan. What’s the purpose of you asking us here?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

I ask whether you know, you don’t know you just sit down.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab itu saya tanya Speaker.

Speaker

Persoalan daripada persoalan tadi dia.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Daripada tadi he’s trying to point seolah-olah pembangkang terlibat. Now names it. Siapa?.

Speaker

Ya baik Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kalau tak berani nama jangan sebut.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Taman Medan relax.

Speaker

Yang Berhormat-Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Talk about the budget.

Speaker

Yang Berhormat, ya saya tanya, saya tanya dia.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Why you getting angry. Why you getting very sensitive?. You terlibat ke?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

No. Sebab very clearly 36(6), seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan kenyataan jahat terhadap sesiapa Ahli lain.

Speaker

Saya faham, saya faham maksud Yang Berhormat, ya.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Daripada tadi Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Jadi Yang Berhormat sudah menggunakannya, jadi saya faham maksud Yang Berhormat. Jadi saya minta Yang Berhormat Kota Kemuning supaya teliti Peraturan Tetap 36(6), supaya perbahasan, nanti Yang Berhormat janganlah macam itu, saya belum habis cakap. Supaya, ini teguran saya lah supaya perbahasan itu kita mendekat, supaya seberapa dekat boleh dengan fakta dan kenyataan dan tidak mewujudkan apa-apa sangkaan jahat terhadap sesiapa pun. Kalau pertanyaan itu saya benarkan dan sekiranya pertanyaan itu...

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Itu.

Speaker

Kalau ada jawapan lebih baik. Kalau tak ada pun saya rasa boleh bertanyakan tetapi janganlah tuju kepada mana-mana individu ya. Itu daripada saya.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker saya tidak menujukan kepada sesiapa, saya hanya tanya soalan.

Speaker

Tanya soalan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tanya soalan sahaja, siapa cili, siapa makan cili dia rasa pedas.

Speaker

Baik, baik, baik.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tak apa.

Speaker

Sila teruskan, sila teruskan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Dan cadangan saya Tuan Speaker, bahawa Kerajaan Negeri harus menubuhkan satu taskforce forensic. Taskforce forensic audit untuk mengaudit kontrak-kontrak yang di award kan oleh Ex-CEO ini. Kerana laporan juga menunjukkan bahawa lebih daripada 20 projek telah disiasat dan ini adalah penting untuk kita mendapat balik ataupun menuntut balik duit-duit yang telah pun di sakau menggunakan kontrak-kontrak ini, ataupun satu dari segi masukkan laporan polis kepada ataupun SPRM. Kedua dengan memfailkan tindakan sivil terhadap mereka yang terlibat dalam unsur jenayah ini. Seterusnya isu kedua Tuan Speaker, isu kedua adalah isu berkenaan dengan teknologi AI. Dalam perkembangan pesat teknologi ini, Selangor perlu berada di hadapan dan memanfaatkan AI untuk kemajuan ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, baru-baru ini Selangor menyaksikan kejayaan besar dalam Konvensyen Selangor Smart City Digital Economic Convention (SIDEC) yang diadakan di KLCC dan menarik lebih daripada 20,000 peserta dan menghasilkan potensi transaksi bernilai RM100 juta dari kerjasama strategik. Ini menunjukkan usaha kerajaan yang proaktif dan menggalakkan ekonomi digital. Untuk menjayakan industri AI, negara-negara biasanya memberikan tumpuan kepada, ini adalah cadangan saya Tuan Speaker, yang penting kita perlu mengadakan satu rangkaan dasar AI. Untuk menetapkan strategi jangka panjang untuk pembangunan AI. Ia contoh, kita perlukan satu naratif berkenaan AI policy yang merancang di negeri Selangor. Kedua, penyelidikan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan menggalakkan inovasi terkini. Kita tak boleh fokus sahaja kepada isu membawa data center di Malaysia. Kedua yang kita perlu melihat bagaimana kita menggunakan data center itu untuk membangunkan inovasi-inovasi baru, di mana kita juga boleh menjadi salah satu negara yang telah meng invent. We invent a new product seperti Goggle, Microsoft dan banyak lagi syarikat-syarikat gergasi. Ketiga, membangunkan dengan pembangunan bakat. Menyediakan program pendidikan AI dan menarik para global. Tuan Speaker, negeri Selangor perlu menunjukkan satu contoh di mana kita boleh mengadakan ataupun kita membina satu universiti specifically untuk tujuan pembinaan ataupun pembangunan AI. Ini penting Tuan Speaker kerana ini adalah modal ataupun modul yang telah digunakan oleh Singapura di Universiti Singapura di mana mereka menjadi, we call talent hub, di mana mereka telah membina ataupun membangun dalam talent hub. So kita akan ada talent pool itu dengan lebih banyak sekiranya kita mempunyai universiti sendiri dalam membina specialist AI ini. Yang ketiga, saya juga minta kerajaan untuk adakan dasar yang menyokong, menyediakan pembiayaan peraturan yang jelas dalam rangkaan kerja etika AI. We must have a legal framework terhadap ethic penggunaan AI ini. Keempat, kerjasama antara academia dan kerajaan dan juga dari sektor swasta dan keempat kebolehpercayaan data. Memastikan data ini selamat dan tidak terbuka. Ini penting di mana Yang Berhormat Menteri Besar telah menyatakan bahawa kita akan ada satu sovereign data center bagi kerajaan

Selangor dan kita perlu memastikan bahawa ia adalah selamat dan kita mempunyai legal framework yang betul untuk memastikan data-data ini adalah selamat dan digunakan untuk tujuan kebaikan rakyat sahaja dan seterusnya Tuan Speaker, isu ketiga adalah inclusivity, Selangor merupakan satu negeri yang maju, negeri yang berdaya saing dan kita sentiasa menekankan prinsip keterbukaan serta perpaduan. Oleh itu saya percaya, ini masa yang tepat untuk kita mengambil langkah proaktif dalam mencerminkan keharmonian antara kaum serta memberikan peluang kepada golongan wanita untuk melibatkan diri dalam pengurusan dan pentadbiran tinggi di peringkat GLC dan GLIC. Dengan langkah ini, Selangor dapat menjadikan contoh terbaik kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain. Di Malaysia bahawa kita serius dalam memperjuangkan keterangkuman dan kemajuan masyarakat. Keputusan dasar yang kukuh dengan potensi manfaat yang besar, berikut adalah beberapa perkara yang sebab saya nyatakan kenapa ia adalah satu dasar yang positif. Satu, menggalakkan kepelbagaian dalam dan inclusivity ia mewajibkan perwakilan semua kaum dan wanita dalam Lembaga Pengarah GLC, syarikat berkaitan kerajaan dan GLIC syarikat pelaburan berkaitan kerajaan. Membantu memastikan pembuatan keputusan mencerminkan kepelbagaian populasi Malaysia. Ini dapat meningkatkan pemahaman terhadap kepelbagaian perspektif dan keperluan penggunaan. Sekali gus menghasilkan strategi yang lebih inklusif yang mungkin manfaatkan kepada masyarakat umum. Kedua, meningkatkan prestasi organisasi. Kajian menunjukkan bahawa syarikat dengan Lembaga Pengarah yang beragam mencapai prestasi kewangan yang lebih baik dan lebih inovatif. Latar belakang dan perspektif berbeza boleh menggalakkan menyelesaikan masalah-masalah secara kreatif dan membawa keputusan yang lebih berkesan dan menyeluruh. Kepelbagaian ini dikaitkan dengan daya tahan, keupayaan menyesuaikan diri dan menguruskan risiko yang lebih baik. Menjadi contoh kemajuan jika Selangor menerajui pelaksanaan dasar ini, ia menetapkan standard progressive yang boleh memberi inspirasi kepada negeri-negeri lain dan Kerajaan Persekutuan. Kepimpinan ini boleh meletakkan kerajaan sebagai modul bagi inclusivity dan berpotensi menarik pelabur yang menghargai kepelbagaian sebagai aset. Empat, memperkasakan wanita dan golongan minoriti. Dasar ini menggalakkan perwakilan adil dan menangani keseimbangan sejarah ketidakseimbangan sejarah dalam pelantikan Lembaga Pengarah

Kota Kemuning, laluan boleh.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yes.

Kota Kemuning, saya sangat bersetuju dengan semua cadangan yang diberikan oleh Kota Kemuning dan dalam banyak-banyak perkara yang disebutkan itu semua pastinya

memerlukan belanja yang tinggi. Adakah Kota Kemuning bersetuju dengan saya sekiranya kita boleh dapat lebih banyak safehouse yang kita jumpa dan lebih banyak duit yang boleh kita dapatkan kembali, duit itu boleh kita kembalikan kepada rakyat negeri Selangor. Adakah Kota Kemuning bersetuju dengan saya?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya sangat setuju Batu Tiga. Ini adalah penting kerana kita dapat lihat sumbangan daripada GLC hanyalah RM40 juta sahaja. Maksudnya, banyak jutaan di dalam safehouse, safehouse ini. Kita nak cari, fasal itu forensic audit ini penting untuk kita cari mana lubang cacing ini ya, di mana kita boleh dapat duit-duit ini. Saya memang setuju ya okay. Safehouse itu memang penting okay. Ketiga, saya lupa pula dari mana okay, wanita-wanita, okay bagi wanita khususnya ia menyediakan peluang yang mempengaruhi perbuatan, keputusan dan kepimpinan di peringkat tinggi dan sebelum ini di dominasi kan oleh lelaki. We must share our power with women as well dengan izin Tuan Speaker. Meningkatkan kepercayaan awam, GLC dan GLIC sering memainkan fungsi yang penting dalam masyarakat. Jadi dengan mempunyai Lembaga yang mencerminkan populasi dan boleh membina kepercayaan terhadap organisasi-organisasi ini apabila rakyat melihat komuniti mereka diwakili, mereka mungkin rasa bahawa keperluan dan suara mereka lebih cenderung untuk dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara yang perlu ditimbangkan bagi memastikan kejayaan dasar ini. Bukan sewenangya kita melantik sesiapa sahaja. Ia perlukan satu dasar yang lebih cekap. So satu isu yang kita perlu teliti di sini dalam sesuatu lantikan adalah kecekapan Lembaga Pengarah, pelantikan harus berasaskan merit untuk mengekalkan standard kecekapan yang berkesan yang tinggi dalam Lembaga Pengarah. Strategik pelaksanaan ini juga penting. Menetapkan kuota secara berperingkat atau fleksibel yang membolehkan syarikat mencari calon kelayakan tanpa tergesa-gesa sekali gus menimbangkan kepelbagaian dengan keberkesanan Lembaga.

Isu keempat Tuan Speaker adalah isu I-SEED. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang merupakan satu-satunya negeri yang memberikan keprihatinan perhatian yang khusus kepada masyarakat kaum India. Data menunjukkan jumlah besar populasi yang bermasyarakat India, berbangsa India adalah di Selangor iaitu lebih kurang 700,000 orang, tetapi data juga menunjukkan bahawa kadar kemiskinan orang berbangsa India adalah yang paling tinggi. Walaupun I-SEED di wujudkan dengan hasrat memberdayakan kaum India, tetapi skopnya terhad kepada peralatan dan mesin sahaja. Namun demikian saya ingin mencadangkan bahawa supaya skop ISID ini ditambahkan dan diperuntukkan kepada RM5 juta kalau boleh untuk mendapatkan, kalau kita jumpa safehouse kita boleh tambahkan RM5 juta dengan perangkaan pelan tindakan pembangunan usahawan yang lebih komprehensif.

Speaker

Yang Berhormat. Yang Berhormat panjang lagi ke? Yang Berhormat.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ada last. Last one, last one.

Speaker

Yang Berhormat sambung sebelah petang lah. Ya?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Sebelah petang, boleh.

Speaker

Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan pukul 1.00 petang maka dengan ini saya tangguhkan sidang Dewan ke pukul 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Salam sejahtera kepada semua. Sebelum saya menjemput Kota Kemuning untuk sambung, saya ingin mengumumkan dan ucapkan Selamat Datang kepada seramai 20 orang wakil Sidang Wanita Negeri Selangor (SIWANIS) dari Wanita Berdaya Selangor yang diketuai oleh Puan Norsalbiah. Selamat Datang ke Dewan Negeri Selangor. Tanpa melengahkan masa, saya menjemput Kota Kemuning mungkin satu (1) atau dua (2) minit lagi. Point yang terakhir.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Speaker. Saya telah berhenti perbahasan saya berkenaan dengan I-seed. Saya teruskan dengan isu iaitu Peruntukan LIMAS.

Saya sokong Yang Berhormat Subang Jaya yang telah mengatakan peruntukan RM4 juta tersebut tidak mencukupi. Apa pun supaya Yang Berhormat Menteri Besar seorang pemimpin bagi semua kaum untuk menambahkan peruntukan kepada RM10 juta. RM10 juta ini adalah untuk tujuan pengagihan kepada kuil-kuil ini yang semakin menambah dan juga populasi yang semakin menambah kita perlukan satu peruntukan yang lebih besar.

Apa yang saya difahamkan bahawa satu kuil hanya menerima lebih kurang RM5,000.00 sahaja pada setiap pengagihan peruntukan ini. Saya percaya RM5,000.00 itu adalah tidak mencukupi memandangkan kos pun telah pun meningkat. Saya minta pihak Kerajaan Negeri untuk menimbang semula peruntukan ini dan tambahkan kepada RM10 juta.

Isu kelima Tuan Speaker, isu yang terakhir. Iaitu adalah tidak adil kepada penduduk DUN Kota Kemuning sekiranya saya tidak memohon supaya perhatian diberikan kepada DUN Kota Kemuning daripada peruntukan pembangunan bajet ini. Isu banjir, saya perlu merakam ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Y.A.B Menteri Besar dan Y.B EXCO Infrastruktur kita Y.B. Pandan dan juga JPS Klang. Ini kerana tiga (3) screw pump dengan kapasiti 5 kali ganda telah pun dipasang di Sri Muda baru-baru ini. Terima kasih sangat (dewan tepuk meja). Dengan ini menunjukkan saliran di Sri Muda adalah lebih lancar. Namun demikian ada dua tiga perkara saya perlu memberi tekanan iaitu aliran di dalam bagi saliran di Sri Muda di mana saliran-saliran ini perlu diperbaiki saliran longkang khususnya di Jalan Gagah 25/99. Sudah dua (2) tahun projek ini telah bermula tetapi masih belum diselesaikan. Saya pohon bahawa supaya PBT memberi satu penekanan dan cepat menghabiskan projek-projek ini kerana ia mengakibatkan banjir kilat di Kawasan tersebut. Dan tambahan seperti Taman Bunga Indah, Taman Bukit Kemuning, Kawasan Perindustrian Bukit Kemuning dan baru-baru ini Taman Green Will Kota Kemuning menjadi Kawasan hotspot baru bagi banjir kilat. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kerana Y.B Pandan sebagai selaku EXCO telah turun ke kawasan melawat kawasan-kawasan ini dan telah memberikan komitmen beliau bahawa beliau akan menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin. Wah! Bagus dia tetapi dia tiada sekarang. Bila nak puji dia tiada. Pohon supaya peruntukan yang diperuntukkan dalam bajet ini dapat menyelesaikan isu-isu di kawasan DUN Kota Kemuning.

Isu kedua adalah berkenaan dengan trafik. Kota Kemuning adalah satu destinasi popular bagi trafik. Saya amat berterima kasih kepada MBSA telah pun memulakan kajian consultant untuk pembinaan flyover di Persiaran Anggerik Mokara. Tetapi soalannya, bila akan dibina, bagaimana dengan rancangan pembinaan itu. Saya perlukan satu (1) penjelasan sama ada Kerajaan Negeri dapat memberikan satu apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan trafik di… traffic congestion di Kota Kemuning. Adakah Kerajaan Negeri berbincang dengan MOT (Ministery Of Transport) untuk melebarkan rangkaian LRT dan MRT di Kawasan DUN Kota Kemuning.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM5 juta bagi Jalan Bukit Rimau. Saya amat berterima kasih namun demikian jalan utama Bukit Kemuning – keadaannya memang teruk, berlubang dan tiada lampu jalan. Saya rasa tidak perlu untuk saya buat satu tik tok video macam Pelabuhan Klang untuk memastikan jalan itu

diperbaiki. Tetapi saya minta sangat jangan lah sampai kita hendak buat video baharu nak selesaikan masalah. Saya minta Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada perkara ini juga.

Dan seterusnya, Tuan Speaker isu berkenaan dengan tiang lampu di sepanjang jalan utama Bukit Kemuning. Untuk makluman Tuan Speaker, kami menggunakan wang peruntukan sendiri untuk membeli lampu solar di kawasan tersebut memandangkan Kawasan itu gelap dan banyak kemalangan berlaku. Banyak kali saya telah berbincang dengan semua agensi tetapi saya tidak ada apa-apa solusi dalam hal ini. Saya minta Kerajaan peruntukan kali ini diberikan secukupnya untuk kawasan Jalan Bukit Kemuning ini untuk menyelesaikan isu kegelapan di kawasan tersebut. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ada satu rangkap pantun.

Pagi Cerah Burung Berkicauan, Taman Indah Subur Berseri, Belanjawan ini Penuh Harapan, Untuk Selangor Terus Berdiri.

Dengan ini saya menyokong usul Belanjawan 2025 ini. Terima kasih.

Speaker

Selat Klang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi saya peluang bersama berhujah berbahas tentang Belanjawan 2025. Sebelum itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih. Jutaan terima kasih kerana memindahkan saya keluar dari Blok Pembangkang. Selaras dengan Surat Kebenaran saya kepada Tuan Speaker. Walau apa pun saya berasa amat terharu, teruja dengan penghargaan yang diberikan kepada saya sebagai ADUN penggal kedua dan bekas EXCO Negeri Selangor dengan menempatkan saya pada asalnya di bahagian hadapan. Sejujurnya Tuan Speaker, mempunyai sikap tulen sebagai seorang pemimpin yang menghargai sumbangan kecil saya kepada Negeri Selangor dengan tidak mengira daripada mana parti dan tanpa mengira latar belakang parti politik.

Bagaimanapun Tuan Speaker saya tidak mendapat penghargaan yang serupa daripada Parti BERSATU. Walaupun saya lah orang nya yang telah memainkan peranan besar sebagai pengasas yang menubuhkan Parti BERSATU Selangor daripada ‘0’ tidak dikenali oleh sesiapa pun hingga lah ia menjadi sebuah parti yang kuat, mantap sehingga berjaya di bawah kepimpinan saya memenangi enam (6) kerusi daripada sembilan (9)

kerusi yang dipertandingkan parti BERSATU pada PRU14 walaupun pada masa itu umur bersatu baharu setahun enam (6) bulan.

Saya berkorban berhabis-habisan untuk menguatkan Parti BERSATU dari segi tenaga, masa, titik peluh dan air mata serta jutaan ringgit dibelanjakan demi menguatkan Parti BERSATU Selangor. Tetapi akhirnya, apabila Parti BERSATU menjadi kuat, disukai serta dihormati oleh sebahagian besar rakyat Negeri Selangor terutamanya orang-orang Melayu, maka ramailah yang berminat untuk bersama-sama dalam Parti BERSATU dan dalam masa yang sama berusaha keras untuk mengetepikan saya daripada BERSATU. Berbagai-bagai tohmahan, fitnah dilemparkan kepada saya sehingga menyebabkan Presiden BERSATU mengambil keputusan untuk menyahkan saya daripada BERSATU serta terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang diberikan. Walaupun pahit saya menerima pemecatan ini dengan hati yang terbuka dan reda dengan kehendak Allah SWT kerana saya tidak pernah meminta-meminta jawatan penting di dalam BERSATU.

Tidak menggunakan kabel yang besar malah semua jawatan-jawatan penting seperti Bekas Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan juga yang terakhir Pengerusi BERSATU Selangor yang saya galas adalah daripada berdasarkan kepada kepercayaan keboleh dan kemampuan saya untuk menumbuhkan BERSATU di Selangor.

Saya merasa bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun menyandang beberapa jawatan tertinggi dalam BERSATU saya tidak terlibat dengan apa-apa kes jenayah, rasuah, salah guna kuasa atau pun dikaitkan dengan mana-mana kes rasuah. Saya tiada safe house di mana-mana di Selangor kecuali sebuah pondok kecil tempat saya berlindung bersama keluarga saya di Selat Klang.

Saya mengambil keputusan untuk menyokong Y.A.B Menteri Besar Selangor dengan rela hati dengan keikhlasan tanpa apa-apa tawaran imbuhan atau sogokan tetapi berdasarkan kepada keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan sahajalah yang layak dan terbaik untuk mentadbir Negeri Selangor (Dewan tepuk meja).

Oleh sebab saya telah dicampak keluar dari rumah BERSATU yang saya bina di Selangor. Andainya saya mengambil keputusan untuk masuk rumah baharu saya harap Parti BERSATU jangan lah marah dengan saya atau menghina saya kerana tujuan saya berpolitik adalah untuk membela rakyat. Bukan untuk mencari kesenangan hidup. Dan Insya Allah saya akan teruskan integriti dan disiplin yang tinggi semasa saya memegang jawatan dalam politik di dalam mana-mana parti sekalipun.

Berbalik kepada Belanjawan Negeri Selangor, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Y.A.B Menteri Besar kerana berjaya mengumpul hasil negeri berlebihan

daripada yang disasarkan pada tahun ini iaitu RM2.2 bilion. Jumlah hasil yang terkumpul sehingga bulan Oktober sebanyak RM2.21 bilion ini menunjukkan bahawa Y.A.B. Menteri Besar serta semua kakitangan kerajaan baik di peringkat Negeri, Daerah, Majlis Bandaraya atau Perbandaran telah bekerja keras untuk mencapai matlamat tersebut. Syabas kepada semua yang terlibat terutama sekali Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor.

Belanjawan pada tahun ini pada hemah saya adalah terbaik dan mantap yang berpaksikan dan berorientasikan dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor berjumlah RM3 bilion. Belanjawan ini adalah bukti komitmen Kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi pendidikan kesihatan dan agama infrastruktur dan lain-lain berjalan dengan seiring hala tuju yang akan membawa negeri ini ke arah pembangunan yang inklusif dan mampan.

Belanjawan Negeri Selangor tidak boleh dibandingkan dengan belanjawan negeri-negeri lain di Malaysia. Contohnya Sarawak. Memanglah belanjawan Sarawak lebih besar dari Selangor kerana Negeri Sarawak mungkin empat (4) kali besarnya dari Negeri Selangor jadi sudah tentu Kerajaan Sarawak menyediakan belanjawan yang besar untuk pembangunan fizikal untuk negeri tersebut seperti infrastruktur, hospital, bangunan kerajaan dan lain-lain demi kesejahteraan negeri tersebut.

Jika dibandingkan dengan Negeri Selangor yang kecil tetapi padat dengan pembangunan-pembangunan yang berimpak tinggi dan mendatang kan hasil yang besar kepada Negeri Selangor serta negara Malaysia di mana selangor menyumbang sebanyak 25.9% KDNK. Oleh itu perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1.3 bilion adalah mencukupi untuk pembangunan Negeri Selangor sementara perbelanjaan untuk pengurus RM1.7 bilion pada hemah saya adalah cukup dan patut.

Oleh kerana masa yang singkat ini Tuan Speaker, saya ingin menyentuh beberapa perkara di dalam belanjawan ini antaranya ialah pendidikan. Di mana Kerajaan Negeri telah memperuntukkan berjumlah RM79.95bilion untuk memantapkan lagi pembangunan pendidikan Negeri Selangor. Program-program seperti TEKAD, promosi Pendidikan, STEM, peruntukkan-peruntukkan untuk sekolah agama di bawah JAIS, Program PTRS dan juga program-program yang lain termasuk tidak melupakan mahasiswa seperti Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU), Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dan yang paling penting sekali ialah program-program di bawah inisiatif kemahiran teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor di mana TVET menjadi satu program upstream untuk kepentingan anak-anak muda Negeri Selangor. Saya mencadangkan agar lebih banyak lagi sekolah-sekolah yang berperanan TVET dibina di semua kawasan-kawasan Parlimen di Negeri Selangor termasuk Selat Klang. Sebagai seorang pengerusi sebuah institusi TVET yang beroperasi di Bandar Damansara, saya mendapati lulusan

daripada TVET mudah mendapat pekerjaan teknikal daripada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa. Malah ada yang mereka ditawarkan pekerjaan sebelum mereka tamat pengajian daripada institusi tersebut. Saya juga mengambil peluang ini untuk memohon supaya kerajaan menambah satu lagi sekolah menengah di dalam Dun Selat Klang kerana pada masa ini hanya ada satu sahaja sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Teluk Gadong yang mana jumlah pelajarnya mencecah 3,000 orang. Saya berharap sangat agar permohonan ini mendapat perhatian Kerajaan Negeri Selangor. Saya juga ingin menyentuh tentang perbelanjaan infrastruktur di mana kerajaan memperuntukkan sejumlah RM95.98juta untuk membaik pulih dan membina jaringan jalan-jalan di Negeri Selangor agar dapat memacu pertumbuhan ekonomi untuk kebajikan rakyat Selangor.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon daripada Kerajaan Negeri untuk membina sebuah jejambat menyeberangi landasan kereta api yang boleh menghubungkan Kampung Delek dan Kampung Raja Uda di Selat Klang. Jejambat ini amat penting di DUN Selat Klang kerana terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya yang melampau terutama di waktu puncak disebabkan oleh penambahan penduduk dan juga kenderaan-kenderaan di DUN Selat Klang. Dengan adanya jejambat ini penduduk boleh memilih jalan keluar alternatif daripada kawasan Selat Klang untuk terus ke lebuh raya persekutuan sama ada ke Kuala Lumpur ataupun ke Pelabuhan Kelang juga untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah menengah yang banyak berada di kawasan Pandamaran. Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh tentang sistem pengairan dan saliran di Negeri Selangor di mana kerajaan memperuntukkan sebanyak RM62.3juta kepada JPS. Memandangkan kawasan Selat Klang adalah kawasan rendah yang mudah dinaiki banjir dan saya merasakan peruntukkan untuk Selat Klang mestilah ditambah jika perlu kerana pada masa akan datang adanya projek ECRL yang akan melalui kawasan Selat Klang yang mungkin akan menjejaskan saliran-saliran air, juga kolam takungan di kawasan saya. Saya berharap Kerajaan Negeri mengambil perhatian tentang soal ini dan membantu memperbaiki saliran-saliran yang mungkin rosak disebabkan pembinaan projek ECRL ini.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang berhasrat untuk menubuhkan Kompleks Perkembangan Agama Islam Negeri Selangor. Saya merasakan ini amat penting untuk membantu Masyarakat Islam terutamanya anak-anak muda yang mungkin terleka dengan kehidupan moden dan digital yang mungkin mengganggu fikiran mereka terhadap agama Islam. Saya amat berharap pengiktirafan-pengiktirafan ahli al-Quran Negeri Selangor dapat membantu lebih ramai anak-anak muda untuk menguasai ilmu al-Quran dan Qiraat dan memperdaya pembinaan latihan al-Quran kepada imam-imam masjid, surau, guru-guru SRA, SRAI dan KAFA. Insya-Allah saya percaya dengan usaha yang murni ini kerjaan Negeri Selangor bukan sahaja

menghormati Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam masa yang sama terus memperjuangkan dan memperkembangkan agama Islam di Negeri Selangor tanpa mengabaikan penganut-penganut agama lain yang dianuti oleh orang-orang bukan Islam. Selain itu, saya mengambil peluang ini untuk memohon kepada kerajaan untuk membina sebuah masjid baru di DUN Selat Klang untuk menggantikan sebuah surau yang digunakan untuk Solat Jumaat iaitu Surau Al-Falah di Kampung Sungai Sireh di mana keadaannya begitu daif dan kedudukannya tidak sesuai di atas tanah JPS untuk menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk-penduduk di kawasan tersebut.

Tuan Speaker, sesungguhnya Belanjawan Tahun 2025 ini adalah satu dokumen yang amat komprehensif, produktif dan berguna untuk pembangunan ekonomi negeri, kesejahteraan dan kemajuan di Negeri Selangor. Dengan itu Selat Klang ingin menyokong. Terima kasih.

Speaker

Ya Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Seri Kembangan untuk buat berbahas. Terutama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan Selangor kerana telah menjelaskan semua liabiliti hutang kepada kerajaan persekutuan. Saya ingin mengimbas kembali keadaan liabiliti hutang kerajaan Selangor untuk memuliakan Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini sepanjang sepuluh tahun ini. Dalam masa sepuluh tahun ini kerajaan Selangor dipimpin oleh dua orang Menteri Besar. Dan Alhamdulillah dua orang Menteri Besar ini masih mempunyai kerusi dalam Dewan sampai sekarang. Pada tahun 2014 iaitu semasa Yang Berhormat Hulu Kelang menjadi Menteri Besar Selangor, hutang kerajaan Selangor adalah sebanyak RM957juta. Tahun 2015 hutang Selangor mencecah RM1.028bilion, tahun seterusnya RM1.095bilion dan tahun 2017 RM1.12bilion, tahun 2018 penurunan sedikit RM1.107bilion, pada tahun 2018 Yang Amat Berhormat Sungai Tua dilantik sebagai Menteri Besar kita sehingga sekarang. Tahun 2019 hutang Selangor sebanyak RM1.113bilion. Tahun 2020 di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua, hutang menurun sedikit ke RM1.106bilion tahun seterusnya walaupun tahun 2020 merupakan satu tahun yang bermulanya COVID-19. Hutang tahun 2021 diturunkan dari RM1.106bilion ke RM480 juta sahaja. Hutang negeri terus naik ke RM844 juta pada tahun 2022 tetapi kerajaan mampu membayar dan mengurangkan hutang tersebut sehingga tinggal RM207juta sahaja pada tahun 2023. Dan Belanjawan Selangor tahun 2024 tinggal sahaja RM21juta dan perlu dibayar dan tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada kerajaan Selangor kerana dalam Belanjawan Selangor tahun 2025 semua hutang yang kebanyakannya pinjam semasa Hulu Kelang menjadi Menteri Besar Selangor telah dilunaskan sepenuhnya oleh kerajaan Selangor sekarang. Walaupun kita mengalami cabaran COVID-19 di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat

Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, kerajaan Selangor akhirnya dapat melunaskan segala liabiliti hutang Kerajaan Negeri kepada kerajaan persekutuan. Ini menunjukkan kebijaksanaan dan kecekapan kerajaan Selangor dalam pengurusan kewangan. Kita tidak bergantung dengan sumber kewangan yang tidak selamat yang perlu disimpan dalam rumah selamat sebaliknya kita menjadikan seluruh Selangor ini satu negeri yang selamat kepada semua warga Selangor untuk hidup dan kerja dengan selamat di sini kerana kerajaan Selangor ini selamat dipercayai.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mencelah.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tidak kiranya dari segi kekuatan kewangan ekonomi, pendidikan, kesihatan, kehidupan dan keharmonian.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tuan Speaker, Sungai Panjang mencelah bertanya.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Sila.

Speaker

Ya Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih Tuan Speaker, Seri Kembangan berkenaan dengan hutang. Berkenaan dengan hutang boleh tak Seri Kembangan jelaskan hutang-hutang Kerajaan Negeri yang ada tu ialah adakah hutang itu untuk tujuan rakyat ataupun hutang itu hutang semata-mata untuk berfoya-foya? Jadi tolong jelaskan jenis-jenis hutang Kerajaan Negeri?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Nanti saya jawab dengan cara bertulis ya. Saya belajar.

Speaker

Yang Berhormat Seri Kembangan EXCO ke?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya belajar daripada pembangkang. dia nak bertulis saya pun nak bertulislah. Semua jadi EXCO.

Speaker

Mungkin dia nak jadi EXCO.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Haa Semua jadi EXCO.

Speaker

Baik belakang Seri Serdang ada. Jiran ini.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Ok sila-sila.

Ok. Terima kasih Seri Kembangan.

Speaker

Muka seri-seri aja.

Saya agak terkejut dengan pembentangan daripada Seri Kembangan tadi bila apabila disebut tentang kita telah berjaya Kerajaan Negeri telah berjaya membayar habis melunaskan habis hutang-hutang yang ada dalam Kerajaan Negeri Selangor. Cuma bila saya teringat Ketua Pembangkang Hulu Kelang dan beberapa rakan-rakannya itu sering menyebut tentang untuk menggunakan reserve-reserve dan reserve apa pandangan Seri Kembangan? Kerajaan Negeri Selangor menggunakan reserve yang ada pada hari ini untuk program-program dan kepentingan Kerajaan Negeri Selangor sedangkan di masa yang sama kita berjaya menguruskan kewangan dengan baik sehingga hutang kita selesai dengan kerajaan persekutuan. Apa pandangan Seri Kembangan?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Seri Serdang. Rasa saya disebabkan kita memang baik dengan pengurusan kewangan, reserve itu kenapa nama dia reserve kerana dia memang perlu reserve untuk masa-masa yang kecemasan. Jadi dengan kita sekarang boleh melunaskan liabiliti hutang-hutang kerajaan, rasa saya rizab itu biarkan jadikan reserve sahaja. Janganlah sentiasa asyik keluarkan reserve keluarkan reserve nanti memang ada kecemasan tiada pula reserve digunakan. Jadi saya ingin.

Terima kasih Seri Kembangan tiada jawapan bertulis.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak perlu.

Seri Kembangan ada soalan sedikit.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak apa saya sambungkan dulu sebab panjang saya...

Tak boleh ya?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Maaf ya, maaf saya tak beri laluan. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya tuntut ya jawapan bertulis. Dalam Hansard..

Speaker

Teruskan-teruskan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya ingin teruskan dengan topik seterusnya. Nak Bercuti Pusing Selangor Dulu! Tahun 2025 merupakan Tahun Melawat Selangor. Tahun 2026 pula merupakan Tahun Melawat Malaysia. Ini bermakna Selangor akan berpeluang menyambut pelancong yang ramai dalam masa dua tahun berturut-turut. Seri Kembangan bersiap sedia melibatkan diri kita dalam usaha bersama memajukan sektor pelancongan ini. Kami ada makanan yang enak, Bukit serdang yang indah, Sungai Kuyu yang relax, jambatan pelangi yang warna-warni, koridor pelangi yang baru siap, Malaysia-Chinese muzium yang menarik, buah tangan yang berkualiti dan sebagainya. Baru-baru ini saya baru melawat ke Melaka. Selain daripada apa-apa yang saya sebutkan tadi, saya perasan bahawa industri pelancongan yang berkembang pesat di Melaka telah menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berbeza. Terutamanya dalam pelbagai persembahan seni jalanan, perkhidmatan beca serta pembuatan cenderamata tangan yang unik. Saya memang berhasrat bahawa Tahun Melawat Selangor 2025 dapat memberi impak yang signifikan kepada rakyat Selangor terutamanya warga Seri Kembangan yang merupakan orang baru di dalam dunia pelancongan. Saya berharap lebih banyak bantuan dan inisiatif daripada kerajaan Selangor untuk mengangkat anak muda dan orang baru yang menceburi bidang pelancongan. Sebagai contohnya, proses dan syarat untuk mendapatkan lesen hiburan dapat dipermudahkan. Lesen persembahan terutamanya bagi mereka yang menjalan persembahan seni jalanan dapat dibekalkan dan digalakkan. Saya percaya usaha-usaha atau langkah-langkah ini akan meningkatkan pendapatan rakyat Selangor tidak kiranya B40, M40 ataupun T20.

Inisiatif usaha dan langkah-langkah kerajaan Selangor membantu rakyat Selangor memang boleh dilaksanakan di pelbagai bidang. Bukan seperti apa yang dibahaskan oleh Gombak Setia seolah-olahnya hanya dengan ulang berkali-kali perkataan inflasi dan kos sara hidup sahaja dalam perbahasan barulah menunjukkan kerajaan Selangor memberi perhatian kepada situasi ekonomi di Selangor. Macam kanak-kanak menjawab soalan dalam peperiksaan sahaja. Kena tulis kata kunci sahaja dapat markah ya. Kembali kepada topik pelancongan, saya ingin mengalu-alukan kerjasama di antara Tourism Selangor dengan Seri Kembangan demi melancarkan program pelancongan yang sesuai di Seri Kembangan. Saya amat berbangga dengan inisiatif kerajaan Selangor seperti Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) dan hadiah pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor yang masing-masing membantu hampir 600 orang mahasiswa dan 3000 orang dalam masa setahun sahaja. Saya dimaklumkan bahawa

seramai 6023 permohonan HPIPT telah diterima pada tahun 2023 dan seramai 3000 pemohon telah berjaya mendapatkan bantuan HPIPT.

Memandangkan permohonan yang begitu ramai ini menunjukkan anak-anak Selangor memang begitu cemerlang dan saya mengharapkan Kerajaan Selangor dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan demi merangkumi lebih ramai penerima bantuan HPIPT yang layak. Selain daripada itu saya mengesyorkan Kerajaan Selangor menjalinkan hubungan yang erat dengan penerima-penerima bantuan HPIPT dan BAYU ini supaya memberi peluang kepada mereka membalas budi dengan cara bekerja di Selangor terutamanya di agensi-agensi kerajaan supaya sama-samalah kami membangunkan Selangor dengan warga Selangor yang penuh berbakat dan cemerlang ini. Bukan saja anak-anak muda yang penuh berbakat saya juga ingin memberi penghargaan kepada Kerajaan Selangor kerana telah mengadakan pelbagai program untuk memperkasakan golongan wanita. Usaha-usaha yang dilakukan oleh Wanita Berdaya Selangor seperti Pusat Wanita Berdaya dan SIWANIS telah memberi peluang kepada golongan wanita tidak kiranya dari segi perkhidmatan, berkhidmat kepada rakyat ataupun disiap sedia menjadi seorang pemimpin.

Wanita mempunyai kehidupan yang sedikit berbeza di mana bagi orang biasa usia 0 sehingga 20 tahun adalah untuk tempoh belajar. 20 hingga 40 tahun adalah waktu untuk bekerja. Kuat demi kehidupan dan impian mereka. 40 ke 60 tahun adalah masa untuk mempunyai pekerjaan yang stabil. Malah mungkin menjadi pemimpin dalam bidang mereka dan selepas usia 60 tahun mereka mungkin dapat bersara dan menikmati kehidupan. Namun bagi wanita setelah usia 20 tahun mungkin disebabkan oleh perkahwinan mereka menjadi suri rumah dan menjaga keluarga sehingga mereka mencapai usia 45 ataupun 50 tahun apabila anak-anak mereka sudah dewasa. Barulah mereka mempunyai masa untuk mengejar impian sendiri. Saya berharap Kerajaan Selangor dapat mewujudkan lebih banyak inisiatif yang sesuai dengan kebanyakan wanita tanpa mengira umur bagi membantu wanita mendapat lebih banyak peluang untuk latihan, berjaya dalam kerjaya dan mempunyai kemampuan untuk bersinar dan berjaya di Negeri Selangor yang penuh kejutan ini.

Saya ingin sambung dengan teras kedua belanjawan Selangor 2025 yang melibatkan infrastruktur yang berkualiti. Saya ingin memberi penghargaan setinggi-tingginya kepada Kerajaan Selangor kerana telah memperuntukkan peruntukan sebanyak 95.98 juta ringgit demi memasang lampu jalan, menaik taraf jalan, membaik pulih cerun dan membina jambatan dan sebagainya. Usaha-usaha ini akan terus memastikan Selangor kekal sebagai sebuah negeri yang maju, selamat serta menjadi tempat yang nyaman untuk didiami dan dilawati. Walau bagaimanapun isu penaiktarafan jalan besar Seri Kembangan masih belum datangnya apa-apa perkembangan terkini. Jalan ini adalah di

bawah jagaan JKR Persekutuan seluruh jalan ini telah dinaik taraf dari jalan Putera Permai dari hujung Taman Equine sehingga jalan besar Seri Kembangan. Sekarang hanya tinggallah bahagian terakhir sahaja iaitu berdekatan dengan simpang Jalan Raya 1 dan jambatan melintasi lebuh raya Best Raya. Bahagian ini menjadi punca kesesakan di seluruh jalan besar Seri Kembangan. Kesesakan ini boleh memakan masa sekurang-kurangnya setengah jam bagi jarak yang tidak melebihi 1 km. Saya telah membangkitkan isu ini berkali-kali di dalam Dewan yang mulia ini. Dan sekali lagi saya meminta kerjasama yang lebih jitu dan rapat di antara Kerajaan Selangor dan Jabatan Kerja Raya peringkat Persekutuan demi pembangunan yang lebih baik di Selangor terutamanya di kawasan Seri Kembangan yang telah berstatus Bandar raya.

Seri Kembangan amat berterima kasih juga kepada Kerajaan Selangor atas prihatin kerajaan terhadap warga emas. Di dalam Belanjawan 2025 sebanyak 400 ribu ringgit telah diperuntukkan kepada 4 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) iaitu (PAWE) Ampang, Paya Jaras, Setia Alam dan Seri Kembangan. Demi menaik taraf dan membeli aset. Selain daripada itu program baru iaitu Khairat Darul Ehsan juga diwujudkan supaya memberi bantuan khairat kematian berjumlah 1000 ringgit bagi semua rakyat Negeri Selangor yang berusia 50 tahun ke atas serta warga kelainan upaya. Seri Kembangan berharap bahawa program ini dapat diadakan seawal mungkin. Kalau boleh lebih awal daripada 1hb jun 2025 yang dimaklumkan dalam Belanjawan Selangor 2025. Saya juga ingin mengalu-alukan kan penambah baik Iltizam Selangor Sihat. Sebelum ini hanya 500 ringgit setahun diperuntukkan kepada 1 keluarga bagi tujuan mendapatkan rawatan daripada klinik panel. Pada tahun ini ISS telah ditambah baik dengan manfaat hospitalisasi yang bernilai 10 ribu ringgit setahun. Dalam Belanjawan Selangor 2025 ISS ditambah baik lagi dengan turut meliputi rawatan dialisis. Tahniah dan syabas kepada kerajaan sekali lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat Negeri Selangor.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Seri Kembangan

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tidak. Saya tidak benarkan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Nak tanya fasal ISS.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tidak. Saya tidak benarkan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat takut?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tidak. Sila duduk. Saya tidak benarkan. Sudah banyak masa digunakan untuk ISS ini.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat tak bagi saya?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tidak boleh. Maaf ya.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak boleh Yang Berhormat?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Negeri Selangor mencatatkan jumlah pesakit dialisis baru tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain iaitu seramai 18 % selaras dengan kepadatan penduduknya yang tertinggi di Malaysia pada tahun 2023. Ramai daripada mereka bergantung dengan Bantuan Sihat Selangor (BSS) untuk meneruskan rawatan dialisis setiap tahun. Dengan tambah baik ISS lebih banyak lebih ramai lagi pesakit Dialisis akan mendapat bantuan lagi daripada Kerajaan Negeri Selangor. Ini memang satu inisiatif yang menyelamatkan nyawa rakyat Negeri Selangor. Walaupun demikian pepatah mencegah lebih baik daripada merawat tetap relevan. Kini tiba masanya bagi Selangor bagi memulakan perjuangan menentang gula atau dengan izin War On Sugar. Seri Kembangan berharap agar kerajaan melaksanakan lebih banyak inisiatif dalam usaha mengurangkan pengambilan gula sama seperti langkah-langkah mengurangkan penggunaan beg plastik. Saya amat tertarik oleh Projek Payung yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa pengumuman belanjawan Negeri Selangor 2025. Di bawah projek ini satu pembangunan ladang solar berskala besar akan dibangunkan di Bernam Jaya yang melibatkan kapasiti 150 MWp dan projek merupakan kerjasama Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan TNB Renewables Sdn Bhd. Tenaga boleh diperbaharui merupakan penyelamat alam sekitar. Malaysia sebagai satu negara yang terletak berhampiran khatulistiwa dan menerima sebanyak 6 jam cahaya matahari sehari secara purata. Hal ini menunjukkan kelebihan dan kekuatan Selangor yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ini untuk membangunkan teknologi solar. Dengan ini saya cadangkan bahawa mengutamakan pemasangan panel solar di semua bangunan Kerajaan Negeri dan PBT termasuklah gelanggang sukan, pasar awam, bangunan pentadbiran, Dewan dan sebagainya. Sekiranya pemasangan panel solar dapat dilaksanakan secara besar-besaran oleh Kerajaan Negeri ia akan menunjukkan keazaman kerajaan untuk mendukung hasrat alam sekitar yang mampan. Saya mengambil maklum bahawa kerajaan berhasrat meletakkan 100 tong kitar semula di setiap PBT yang akan diletakkan di taman-taman perumahan utama demi mengukuhkan pemuliharaan alam sekitar serta menukar budaya pengurusan sisa pepejal supaya menjadi lebih mampan. Saya mengalu-alukan inisiatif ini dan saya ingin memberi sedikit pandangan dan cadangan berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal juga. Menurut laporan daripada KDEB Waste Management, kutipan sampah domestik secara purata nya dianggarkan 6000 sehingga 8000 tan sehari pada bulan biasa dan sebahagian besar sampah itu merupakan sisa makanan yang dibuang oleh orang awam termasuk peniaga. Pada bulan Ramadan sampah domestik akan meningkat

dalam 25 % ataupun lebih. Salah satu tempat yang menghasilkan sisa makanan yang banyak adalah Pasar Awam. Setiap hari 1 Pasar Awam boleh menghasilkan lebih daripada 2 tan sisa makanan bergantung pada saiz Pasar Awam tersebut. Saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri supaya menyumbangkan mesin kompos sisa makanan yang bersaiz besar kepada Pasar-pasar Awam dan memastikan mesin kompos sisa makanan ini menjadi satu fasiliti mesti ada di setiap pasar dan medan selera yang baru. Mesin kompos sisa makanan ini bukan saja dapat mengurangkan jumlah buangan sisa makanan di tapak pelupusan sampah, ia boleh menghasilkan baja organik untuk dijual dan menjana pendapatan tambahan kepada PBT atau pihak Pengurusan Pasar Awam juga. Saya ingin memberi penghargaan kepada pihak kerajaan atas usaha melancarkan ikon Alam Sekitar juga iaitu BUMI. Dan harap-harapnya usaha ini juga diperluaskan kepada program-program yang lain juga.

Saya juga ingin membangkitkan mengenai satu isu lain juga berkaitan Alam Sekitar. Seri Kembangan penuh dengan kawasan perindustrian, namun begitu terdapat juga 2 kes pencemaran Alam Sekitar yang berlaku oleh kilang yang tidak dapat diselesaikan dengan cekap. Kes pertama melibatkan satu aduan berkenaan dengan satu pembuangan cecair berbuih yang dilepaskan oleh pihak yang tidak dapat dikenali ke longkang Bukit Serdang seksyen 7. Pihak saya menerima aduan ini bulan 12 tahun 2023. Satu lawatan telah diadakan bersama dengan pihak MBSJ, Jabatan Alam Sekitar dan Pusat Khidmat Masyarakat saya pada 19hb Disember 2023. Pegawai JIS pada masa itu telah mengambil sampel cecair berbuih tersebut demi mengesahkan apa kandungan di dalam cecair tersebut supaya pihak PBT dapat mengambil tindakan terhadap kilang yang mungkin terlibat. Apa yang mengecewakan adalah dalam masa hampir setahun ini tiada apa-apa maklum balas daripada Jabatan Alam Sekitar seperti aduan ini tidak pernah muncul walau bertanya secara bertulis surat atau dan melalui panggilan telefon. Kes kedua melibatkan satu kilang yang berada di batu 11 jalan Balakong. Saya terima aduan daripada penduduk sekitar mula Julai tahun ini. Kilang tersebut melepaskan gas berbau kimia sehingga penduduk sekitar perlu tutup semua tingkap dan pintu tetapi masih tidak dapat menghalang bau tersebut. Sehingga pagi tadi masih saya terima aduan daripada penduduk bahawa awal pagi kilang ini melepaskan gas berbau kimia ini sekali lagi. Selain itu daripada itu kilang tersebut beroperasi sehingga larut malam mahupun hari Ahad. Operasi tersebut menghasilkan bunyi ketuk besi yang kuat memang mengganggu kacau kehidupan penduduk sekitar. Saya ingin memberi kepujian kepada Majlis Bandar raya Subang Jaya kerana telah menjalankan siasatan yang cepat dan cekap dalam masa yang singkat.

Speaker

Yang Berhormat, boleh ringkaskan ya, masa semakin tidak mengizinkan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Ok. Habis dah. Ok MBSJ juga telah bersiap sedia untuk meneruskan proses undang-undang untuk menghentikan operasi kilang tersebut sehingga pihak kilang tersebut membuat penaik tarafan yang sepatutnya demi menyelesaikan masalah pencemaran bau dan bunyi yang dihasilkan oleh pihak kilang. Apa yang mengecewakan adalah proses undang-undang ini mengambil masa yang panjang dan PBT tidak berkuasa untuk menghentikan operasi kilang sebegini serta-merta dan pencemaran terus berlaku seolah-olah nya pihak kilang tidak hirau langsung aduan daripada penduduk serta tindakan yang diambil oleh PBT. Kedua-dua kes saya sebutkan tadi melibatkan Jabatan Alam Sekitar di bawah kerajaan Persekutuan. Saya mendesak kerjasama di antara kerajaan tempatan, Kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan terutamanya Jabatan Alam Sekitar perlu dieratkan lagi supaya prestasi kerajaan masing-masing dapat dinaikkan. Agar kita dapat berkhidmat degan lebih cekap dan berkesan. Demi merealisasikan teras kedua dalam Belanjawan Selangor 2025 iaitu Mendukung Hasrat Alam Sekitar Mampan dan Infrastruktur Berkualiti. Jabatan Alam Sekitar sepatutnya menjadi pihak membantu kita bukan pihak melambatkan kita. Dengan ini Seri Kembangan menyokong.

Speaker

Sementa, silakan.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker dan sahabat-sahabat Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya mulakan perbahasan saya dengan saya membaca ayat Al-Quran Nur Karim. (Bacaan ayat Al-Quran) Ayat ini mengingatkan kita agar kita tidak boros dalam menguruskan harta dan pentingnya memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sidang Dewan Yang Dimuliakan. Saya mulai perbahasan pada hari ini dengan memetik ayat dari Surah Al-Israk ayat 26-27, yang memperlihatkan tuntutan Allah S.W.T terhadap kita semua dalam menguruskan ekonomi secara tersusun dan saksama. Ia bukanlah pilihan, malah menjadi kewajipan buat kita semua untuk memenuhi tanggungjawab ini dengan penuh komitmen. Pengurusan berimbang telah pun dipandu Agama Islam yang mulia sejak sekian lama. Menjadi amanah buat kita semua bagi memastikan pengurusan ekonomi dan kewangan negara mahupun negeri berpaksi kepada 6 perkara berikut :

1. Ketelusan dan kebertanggungjawaban yakni belanjawan harus diuruskan dengan cara yang jelas dan terbuka. Memastikan setiap penggunaan dana dapat dipantau dan diuji. 2. Keadilan dan kesejahteraan. Pendapatan negara harus digunakan untuk memastikan kesejahteraan semua rakyat secara menyeluruh bagi mengurangkan desperate of income yakni jurang ketidaksamaan pendapatan terutama golongan miskin dan pendapatan rendah di lokasi bukan tumpuan.

3. Pengurangan pembaziran menghindari pembaziran dan penggunaan yang tidak efisien dana, setiap penggunaan dana harus bermaksud dan memberikan manfaat yang nyata kepada masyarakat. 4. Memastikan sedaya upaya penerimaan dan penggunaan dana halal. Dana harus bersumberkan punca yang halal dan digunakan untuk aktiviti yang halal dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah. 5. Pengurangan hutang mengurus kewangan negeri dengan bijaksana untuk mengurangkan hutang dan tidak bergantung pada pinjaman yang berlebihan. 6. Perkembangan ekonomi mengalokasikan dana untuk pembangunan infrastruktur dan perkembangan ekonomi yang berkesinambungan ke arah mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh dan berpadanan.

Sidang Dewan Yang Dimuliakan, bergerak kepada keberhasilan ekonomi, prinsip yang kita semua pertahankan adalah pada akhirnya ia menghasilkan hasil yang meningkat dan agihan yang menyeluruh. Kita semua maklum pembentangan belanjawan tidak akan lari dari mengemukakan idea biar nampak gah dan dengan seni bahasa yang indah. Namun pada akhirnya kita memerlukan pandangan rakyat di bawah sana bahawa mereka merasai hasilnya pada kadar yang optimum bersesuaian dengan keperluan mereka. Jika rakyat di DUN Sementa contohnya, penumpuan kepada pelbagai cabang potensi baru ekonomi, adalah sesuatu yang menggembirakan pada asasnya. Namun timbul persoalan adakah kami akan terlibat dengan lebih menyeluruh di dalamnya. Pada pandangan masyarakat awam, teknologi masa hadapan, kecerdasan buatan, pusat data memiliki cabaran yang tersendiri. Antaranya:

1. Automasi dan penggantian pekerjaan, peningkatan penggunaan AI dan automasi boleh menggantikan pekerjaan yang rutin dan berulang contohnya, pekerjaan dalam industri pembuatan, perkhidmatan pelanggan dan pengangkutan mungkin terjejas. Adakah cabaran ini telah difikirkan dan dilumatkan dalam menghasilkan perancang holistik bagi memastikan nikmat ekonomi era baru ini akan mencapai seluruh rakyat di kawasan sub urban dan tidak berlaku sebaliknya sehingga meluaskan lagi jurang keupayaan dan pendapatan. 2. Infrastruktur dan kapasiti pusat data pastinya akan meningkatkan keperluan untuk penyimpanan dan pemprosesan data. Ia memerlukan pusat data yang lebih canggih dan efisien. Ini bakal melibatkan pelaburan besar dalam infrastruktur yang secara langsung bakal memberikan kesan terhadap keperluan dan tenaga isu alam sekitar dan yang lainnya.

Suka saya mengingatkan dalam kita melayari tahun demi tahun berada dalam dewan yang mulia ini, cabaran alam sekitar hasil daripada ekosistem ekonomi sedia, sudah pun memiliki segala macam cabaran dan masalah yang belum pun dapat diselesaikan sepenuhnya. Bukan untuk menafikan peluang yang ada di hadapan, namun realitinya masyarakat masih lagi melihat dan menilai sejauh manakah ketelusan dan keberkesanan kerajaan menangani kekhuatiran ini secara profesional dan efisien meliputi agihan rahmat selurunya.

Sedang Dewan Yang Dimuliakan, saya menyentuh kepada Teras Yang Pertama, Kecerdasan Pembuatan Dan Pendidikan. Selangor bercita-cita tinggi dalam merealisasikan agenda inovasi dan kecerdasan buatan dengan menjadikannya sebagai salah satu teras dalam Belanjawan 2025 seperti mana yang dibentangkan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta untuk inisiatif berkaitan AI, bagi tahun 2025 bagi menyokong pelbagai program dan projek yang bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan teknologi AI dalam pelbagai sektor. Sebahagian daripada inisiatif ini adalah sebuah pusat inkubator AI, meliputi latihan, pendidikan dan program inovasi yang berkaitan. Memfokuskan teras ini daripada perspektif pendidikan, saya percaya rakyat mengharapkan sasaran yang tepat dan pengurusan yang berkesan dalam merealisasikan usaha ini. Manfaatnya mestilah menyeluruh dan tiada jurang kecekapan dalam segmen ini. Pembangunan kemahiran ekosistem pendidikan mestilah terarah dan menyeluruh kemungkinan jurang perbezaan hasil ekonomi antara kawasan bandar, separa bandar dan pendalaman mungkin akan berlaku. Namun dalam isu pendidikan, seluruh rakyat mempunyai hak yang sama rata dengan kualiti dan fokus sasaran pendidikan yang sama rata. Dalam kita membicarakan teknologi masa hadapan, kerajaan seharusnya memberikan penekanan secara lebih mendasar dan menyeluruh terhadap isu digital divide ataupun jurang digital di peringkat akar umbi, yang meliputi cabaran akses kepada internet yang stabil dan juga pemilikan peranti digital di kawasan ceruk dan juga persekitaran sekolah. Sekiranya langkah melahirkan ekonomi digital ingin dijayakan, pendidikan digital menjadi elemen paling penting sebagai asasnya, maka adalah wajar Belanjawan 2025, selain melihat kepada kejayaannya di atas sana turut memberikan perhatian yang lebih dalam menutup jurang digital ini.

Membahaskan isu pendidikan sama rata ini bukanlah isu baharu, malahan persoalan-persoalan asas wajar diberikan perhatian, sejauh manakah belanjawan kali ini dialamatkan kepada mengatasi masalah keciciran pelajar semasa. Pendekatan bersepadu pendidikan dan ekonomi mesti bergerak seiring peruntukan belanjawan kelihatan terarah kepada mereka yang berada di dalam premis pendidikan baik asas rendah, menengah dan tinggi. Namun kita wajar menjenguk mereka yang berada di luar pagar pusat pendidikan atas pelbagai faktor.

Pasukan kajian dan tindakan bersepadu dengan peruntukan yang berpadanan harus digerakkan bagi mengatasi cabaran ini. Tidak boleh dilupakan, pada usia remaja dengan tidak memiliki kerjaya yang stabil ataupun tiada pekerjaan baik yang berpendidikan mahupun tidak, terdapat golongan anak muda kita di saat ini yang berpelesiran tanpa hala tuju, terpisah dari dunia pendidikan, terpisah dari dunia kerjaya malahan terpisah daripada aspirasi masyarakat dan keluarga. Di mana usaha kita untuk mendekati mereka ini, berapa ramaikah mereka di luar sana dan siapakah yang akan mendampingi dan mengembalikan mereka kepada landasan kehidupan yang sebenar. Bagi yang beragama Islam, kerisauan melanda kita semua, apabila melihat anak bangsa kita turut terjejas dalam pengamalan agama itu sendiri, di mana solatnya dan juga ibadah-ibadah yang lain seolah-olah tidak menjadi fardu kifayah bagi ahli masyarakat untuk mengambil maklum dan menegurnya.

Kenapa? Kerana kesibukan bekerja berekonomi membuatkan pusat membeli belah, kedai-kedai makan malahan di merata-rata tempat masih di penuhi warga Muslim hatta ketika waktu Solat Jumaat itu sendiri. Yang ini saya mohon untuk pihak kerajaan melihat kepada perkara ini. Hinggakan ia sudah mencatur suasana yang di normalisasikan dengan kepesatan pembangunan ekonomi kita. Walaupun nampak seolah-olah tidak berkaitan, namun fenomena ini memperlihatkan produk akhir yang bermasalah dari segi keseimbangan pembangunan insan terkait dengan pembangunan moral, ekonomi, pendidikan dan sosial dalam situasi ini. Dan di manakah slot belanjawan kita untuk memperuntukkan usaha-usaha mengembalikan anak bangsa kita ke tapak yang asal. Ingatlah, kita semua bertanggungjawab di atas pengikut di bawahnya.

Teras yang Kedua, Alam Sekitar Dan Infrastruktur Yang Berkualiti. Kita semua maklum dan berterima kasih, Belanjawan Selangor 2025 yang memperuntukkan RM34.27 juta dalam memastikan keberkesanan pengurusan Pembangunan Projek Tebatan Banjir di Negeri ini tahun hadapan. Namun, memetik berkaitan peruntukan yang sama, Kerajaan Negeri sebelum ini turut memiliki 41 Rancangan Tebatan Banjir, namun projek RTB ini yang dilaporkan tidak bergerak seperti mana perancangan yang sebenar. Status RTB terbukti sakit dengan sini banjir kilat belum lagi banjir monsun pada musimnya nanti, yang tidak berkesudahan dan semakin memburuk. Dalam bulan ini sahaja kita menyaksikan kejadian banjir kilat yang sangat mendukacitakan. Bagi DUN Sementa, mohon untuk diberikan perhatian kawasan-kawasan hot spot yang sering menghadapi banjir kilat apabila hujan sejam hingga dua jam. Antaranya di Taman Perpat Indah, Taman Seri Sementa, Taman Cempaka Sari, Kampung Sungai Pinang, Jalan Bahagia, Jalan Alias, Jalan Pinang Sebatang Bukit Kapar. Sudah tiba masanya Kerajaan Negeri membuktikan jutaan ringgit yang diperuntukkan itu di seimbangkan dengan keseriusan dan kecekapan pengurusan projek yang ditetapkan secara holistik dan tidak hanya menunggu laporan akhir tahun yang kelak akan menceritakan kisah yang sama tahun demi tahun.

Rakyat sudah penat dan muak dengan janji dan angka yang ditaburkan, sedang hasilnya seolah-olah tenggelam dalam banjir yang berlaku dan dihanyutkan arus pada setiap tahun. Usaha tebatan banjir ini mestilah bersepadu dengan penambahbaikan dan pemulihan sistem saliran. Saya tetap berharap ia menjadi kenyataan dan tidak lagi kedengaran masalah saliran dalaman contohnya sebagai punca kepada masalah yang tidak berkesudahan ini. Selain sistem perparitan yang telah disentuh sebelum ini saya juga ingin membuat kesekian kalinya mengangkat isu berkaitan keadaan jalan. Akibat faktor kenderaan berat dan jenis tanah serta keadaan muka bumi. Banyak jalan di Sementa dalam keadaan yang menyedihkan dan aduan yang berulang-ulang diterima. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pihak Berkuasa yang terlibat sabar dan pantas menerima aduan dan membuat pemulihan kepada jalan-jalan yang dimaksudkan. Namun, harapan kami penaiktarafan menyeluruh diberikan pertimbangan oleh pihak Kerajaan Negeri bukan sahaja daripada peruntukan program turapan mega yang dilancarkan, malahan dilimpahkan peruntukan khas penaiktarafan kualiti jalan dari Klang ke Kuala Selangor yang merentasi DUN Sementa. Begitu juga mohon disemak jalan-jalan di bawah JKR, di bawah PLB dan juga di bawah PBT yang banyak berlakunya mendapan, rosak tebing jalan runtuh dan seumpamanya seperti di jalan Palembang, jalan Musran, jalan-jalan di Kampung Perepat dan seumpamanya. Antara faktor yang menjadikan jalan yang rosak ialah..

Speaker

Yang Berhormat, boleh ringkaskanlah seberapa cepat yang boleh.

Insya-Allah. Tadi lama itu tadi tu.

Speaker

Tak apa, teruskan. Saya bagi satu minit untuk ringkaskan.

Iaitu kenderaan. Isu kenderaan berat. Okay saya alih point yang lain iaitu isu kenderaan berat. Kita tidak menafikan dan tidak menghalang kemajuan di Parlimen Kapar khususnya termasuk di DUN Sementa. Kerancakan projek mega di Kapar seperti Hospital Kapar, IPD Utara, kawasan industri Kapar dan juga lebuh raya seperti yang lain-lain itu, menuntut untuk lori-lori, kenderaan-kenderaan berat melalui jalan Iskandar dan akhirnya rakyat, penduduk serta pengguna jalan raya di sepanjang jalan Iskandar menjadi mangsa. Kenapa, kerana kenderaan-kenderaan ini dibawa dengan laju dan dengan jumlah bilangan yang banyak, laju dan banyak dan memberikan kesan kepada penduduk menjadi trauma dan takut. Maka sebab itu saya telah memohon ke pihak yang berwajib untuk mengadakan beberapa operasi. Terima kasih di atas operasi yang telah dilakukan oleh pihak JPJ, polis trafik IPD Utara, termasuk PBT. Namun begitu yang menjadi kepelikan dan menjadi

perbualan rakyat di bawah sana, bila operasi diadakan maka kenderaan berat itu tidak akan lalu kawasan tersebut. Yang menjadi mangsa ialah ibu dan ayah, atuk dan nenek yang menghantar anak dan cucu pergi ke sekolah dan mengambil anak dan cucu balik ke sekolah yang terpaksa ditahan kerana kenderaan berat yang menjadi sasaran tidak melalui jalan tersebut bila operasi dilakukan. Maka saya mohon pihak kerajaan dan pihak yang berwajib yang lebih pakar dalam bab ini, so boleh dapat mencari alternatif bagaimana kenderaan berat yang lalu jalan Iskandar itu dapat diperlahankan. Penduduk bukan menghalang kemajuan, tidak. Tapi dapat diperlahankan, maka antara cadangan penduduk khususnya di kampung Bukit Kapar, buatlah beberapa bonggol agar kenderaan-kenderaan berat itu dapat diperlahankan ketika melalui jalan-jalan kampung.

Perkara yang kedua yang terakhir Tuan Speaker, berkaitan dengan tadbir urus cekap dan berwibawa. Satu perkara saja yang ingin saya bawa. Dalam mesyuarat jawatankuasa pilihan PADAT yang dipengerusikan oleh Y.B. Dusun Tua, yang mana salah satu daripada keputusan kami untuk bersetuju untuk menghantar surat rasmi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar

Speaker

Yang Berhormat, adakah ia berkaitan dengan penyata yang akan dibentangkan.

Tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak ada dalam penyata.

Speaker

Isu itu, dalam penyata ke tidak.

Tidak ada

Speaker

Tidak ada.

Maka sebab itu saya bangkitkan di sini. Telah bersetuju untuk menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, JTPD dan perkara ini dah berulang kali dibawa oleh teman-teman Yang Berhormat yang lain. Namun kami bawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan PADAT untuk menyatakan komitmen kami, keperluan ADN-ADN pembangkang untuk berada dalam mesyuarat jawatankuasa JTPD ini. Dan satu surat telah diutuskan kepada Yang Amat Berhormat yang bertarikh 27 Ogos 2024 yang ditandatangani sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa PADAT. So, saya mohon supaya surat ini ada maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.

Dan yang akhir sekali dalam kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan juga tahniah kepada Datin Paduka Noraini Roslan, iaitu Datuk Bandar Majlis Bandar raya Diraja Klang yang pertama yang saya fahamkan akan menamatkan perkhidmatan pada hari ini. Hari ini last day lah. Hari ini last day. Di atas jasa-jasa yang telah disumbangkan sepanjang menjadi Yang Dipertua dan akhirnya sempat menjadi Datuk Bandar MBDK. Mudah-mudahan semua jasa yang telah beliau berikan kepada kerajaan selama ini khususnya akan dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.

Speaker

Kota Damansara.

Assalamualaikum W.B.T. dan salam Kita Selangor maju bersama. Terima kasih kepada Tuan Speaker yang mana membenarkan Kota Damansara untuk turut serta dalam perbahasan bajet 2025. Saya mewakili rakyat Kota Damansara ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua atas pembentangan bajet 2025 tema bagi belanjawan Selangor ialah Selangor Dinamik, Cinta Sempurna, Masyarakat Madani. Dengan pembentangan sejumlah RM3 bilion menjadikan jumlah bajet terbesar yang dibentangkan dalam sejarah Selangor. Peningkatan yang besar ini kerana jumlah perbelanjaan perkhidmatan dan pembekalan merupakan komponen terbesar yang mencakupi 38.7% atas dasar keprihatinan yang sangat tinggi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan peningkatan skim gaji penjawat awam. Maka, Selangor menyambut langkah ini dengan selaras semangat Malaysia Madani.

Saya meneliti ucapan ketua pembangkang yang mempertikaikan kerajaan seakan-akan tidak serius terhadap pembangunan Negeri Selangor padahal bajet bagi pembangunan pada tahun 2025 ada peningkatan sejumlah 100 juta ketimbang tahun 2024. Dalam hujahan Yang Berhormat Hulu Kelang turut menyentuh dalam perbahasan bahawa negeri perlu mempelbagaikan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung pada premium tanah semata-mata. Tetapi hakikatnya semua negeri di Malaysia ini pendapatan utamanya datang daripada cukai tanah dan premium tanah. Malah ketika Yang Berhormat Hulu Kelang duduk di tempat Menteri Besar pun itu juga sumber pendapatan utama. Jadi, cuma bezanya Yang Amat Berhormat Sungai Tua melancarkan rancangan Selangor Pertama dengan membantu mempelbagaikan sumber hasil daripada dividen anak Syarikat, pembinaan port ketiga dengan kerajaan memegang sejumlah saham bagi mendapatkan pendapatan yang lain. Selangor juga negeri yang pertama juga melaksanakan dasar pelepasan sifar seperti yang digariskan dalam enakmen LUAS 1999 dan jumlah pendapatan baru yang akan diperoleh sebanyak 90 juta pada tahun 2025. Ini belum lagi ditambah dengan jumlah hutang persekutuan yang telah selesai. Kalau kita tengok rekod yang ada ialah hasil meningkat, reserve meningkat, hutang selesai, ini tak

boleh mampu dibuat oleh barisan Perikatan Nasional walaupun Hulu Kelang jadi Menteri Besar kita. Ini nak tunjuk betapa contohnya, betapa padunya Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sungai Tua.

Kota Damansara ingin menyentuh berkenaan teras pertama. Kalau kita tengok incubator AI Selangor merupakan fasiliti yang bakal dilengkapi dengan perolehan kelengkapan dengan kemudahan dan program-program incubator sekali gus menawarkan program-program pendidikan dan pensijilan tertentu dalam teknologi kecerdasan buatan atau AI yang dikelola oleh STDC dengan jumlah sebanyak 5 juta sebagai persediaan atau permulaan dalam fasa yang pertama menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kecerdasan buatan atau AI. Kita sebagai kerajaan, kita memulakan satu kita letakkan spark supaya pihak-pihak swasta mula bekerjasama dengan pihak kerajaan. Kita tak boleh menyediakan kesemuanya kerana kita percaya dengan ada gabungan antara pihak swasta dan kerajaan, ini juga akan membantu ekonomi. Selangor bukan sahaja mengejar pelaburan tapi juga menjadi tanggungjawab untuk menyediakan tenaga kerja yang pakar agar jumlah pendapatan mereka dapat meningkat setimpal dengan yang dikuasai oleh warga tempatan. Kalau kita tengok sini, kerajaan juga berusaha menghantar lebih kurang 200 orang untuk pergi training ke India dan ke China. Ini kerana pelabur bukan hanya melihat kerajaan, suatu kerajaan itu menyediakan infra tapi juga dia melihat tenaga kerja bersedia atau tak bersedia. Ini yang dikatakan apabila kita hanya menyediakan, kita sediakan infra dan pada yang sama juga kita menyediakan tenaga kerja walaupun tenaga itu bukan hanya 100% datang daripada Selangor. Mungkin ada anak-anak daripada negeri lain yang juga datang ke Selangor, tapi inilah Selangor pintu gerbang Malaysia.

Kota Damansara menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap pendidikan anak-anak Selangor dengan peruntukan sejumlah hampir 80 juta bagi membangunkan anak bangsa yang menjadi harapan pada masa akan datang dengan program PTRS sebanyak 10 juta bagi membantu anak-anak kurang kemampuan di setiap sekolah bagi persediaan menghadapi SPM. Ditambah pula kerajaan juga memperluaskan bukan hanya budak form 5 tapi mereka yang form 4 juga turut terlibat dalam PTRS ini juga. Program intervensi murid belum kuasai 3M. Ini sangat penting Yang Berhormat Speaker kerana, kalau kita tengok trend pelajar yang sekarang, ini trend tinggi di mana pelajar yang tidak menguasai 3M ini sangat tinggi. Ini kerana pendedahan terhadap gajet daripada umur yang terlalu awal sehingga mereka tidak diberikan pendidikan yang proper atau formal menyebabkan sebahagian besar pada mereka menyebabkan tidak boleh menguasai 3M. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta bagi membaik pulih sekolah Agama Rendah, dan di Kota Damansara juga terdapat tiga sekolah agama kerajaan dan Sekolah Agama Rendah Kampung Melayu Subang juga merupakan sekolah agama yang paling lama bagi di DUN Kota Damansara. Saya

mengharapkan bajet tersebut dapat dibantu sekolah di kawasan saya. Keselesaan khususnya bagi pelajar dan guru. Saya sendiri telah membantu sekolah tersebut untuk diberikan air conditioner baru menggunakan bajet daripada pejabat saya. Cuma saya mengharapkan mungkin dalam 4.5 juta ini, mungkin ada sedikit boleh diselaraskan di kawasan saya.

Bantuan asas yuran universiti. Ini juga antara perkara yang sangat penting. Kita semua membaca berita di mana Naib Cancelor, saya ikut Naib Cancelor Universiti Malaysia Kelantan, Dato’ Dr. Razali Che Razak berkata masalah kemiskinan merupakan penyumbang kepada lepasan SPM tidak menyambung pengajian mereka ke institut pengajian iaitu hanya melalui pendidikanlah mereka dapat mengubah nasib mereka dan keluarga mereka. Kita tak boleh terlepas talent khususnya yang di dalam Selangor hanya kerana mereka miskin. Jadi saya percaya dengan bantuan asas yuran universiti ini juga dapat kita salurkan kepada mereka-mereka yang bijak atau mereka yang cemerlang untuk sambung pelajarannya di universiti.

Program baucar buku Kita Selangor, saya mewakili JPNS Selangor juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang meneruskan program berkenaan. Ini memberikan kepercayaan juga kepada JPNS Selangor menjadikan salah satu rakan strategik bagi program tersebut dan membantu para pelajar untuk terus mencintai ilmu dan meringankan beban mereka memilih buku. Sejumlah 13.65 juta ringgit diperuntukkan untuk program ikhtisas pada tahun 2025. Bagi memastikan pendidikan tvet ini mencapai matlamat kelahiran tenaga kerja sebagai personel industri Selangor industri Selangor melangkah ke arah IR 4.0. Dengan ini mempenuhi keperluan tenaga kerja bagi memasuki gerbang AI, saya maksudkan bahawa kita bukan hanya bercakap berkenaan infra seperti yang saya sebut tadi, menarik peminat tapi pelabur juga akan melihat bagaimana persiapan daripada sudut kerajaan tenaga kerjanya. Ini anak muda akan dapat peluang pekerjaan dan berpendapat tinggi.

Saya menyambut baik dengan kenyataan Kerajaan Negeri terhadap fakta 672 kerana ini dapat memberikan implikasi yang besar terhadap servis sampah yang berada di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun kita tidak boleh melepaskan terlalu banyak pegangan terhadap anak-anak syarikat kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi, saya mohon antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bincang secara tuntasnya bagaimana kita dapat menyelesaikan sebab ini beban kewangan yang sangat tinggi. Saya percaya mana-mana PBT di peringkat Negeri Selangor pun hampir 50% bajetnya habis untuk menguruskan sampah. Cuma, kita nak juga bantuan daripada Kerajaan Federal tapi tidak boleh melepaskan percent yang terlalu besar. Jadi, kalau kita tengok projek turapan mega juga yang dilakukan pada tahun lepas memberikan impak positif yang mana 20 juta diperuntukkan bagi seluruh Selangor. Tapi pada tahun ini ada penambahan 50 juta

ringgit pastinya rakyat Selangor mengharapkan jalan-jalan di Selangor dalam keadaan yang sangat baik. Di Kota Damansara juga terdapat jalan-jalan yang agak teruk. Contohnya jalan JKR 3D dan 4D di Kampung Baru Subang. Saya mohon jalan ini diperbaiki pada tahun hadapan. Jangan ditunggu sehingga hujung tahun, kalau boleh first quarter of the year itu boleh dipercepatkan.

Tuan Speaker, saya beralih kepada peruntukan 62 juta bagi JPS Selangor. Saya mengalu-alukan bajet yang besar memandangkan permasalahan banjir yang sering melanda di Selangor. Saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa kawasan di Kampung Melayu Subang, Kampung Melayu Subang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPS yang telah mendirikan tembok 4 kaki di sepanjang 200 meter khususnya di kawasan Taman Setia Warisan. Pada bulan 10 baru-baru ini, kawasan Taman Setia Warisan tidak mengalami banjir hasil daripada tembok yang dibina. Ngam-ngam tembok itu siap, 2 hari kemudian ada berlaku banjir di kawasan Kampung Melayu Subang. Pada bahas yang lepas, saya ada membangkitkan bagi isu 3 kolam takungan yang mana memberikan, perlu dibuat maintenance oleh pihak JPS kerana mengurangkan impak banjir. Jadi kalau saya percaya, kalau kawasan tembusu ini akan memberi kelegaan kepada mereka, saya ucapkan terima kasih kepada pihak MBSA kerana sudi mengeluarkan bajet untuk membetulkan beberapa saliran di kawasan itu. Cuma saya minta di peringkat MBSA di mana fliper-fliper di bawah lubang-lubang longkang yang telah dibuat ini perlu dipasang. Kita tak, sebab dia akan jadi back flow, bila sungai naik dia akan backflow, ini akan menyebabkan kawasan Melayu Subang dalam tempoh 2 jam airnya naik boleh sampai ke paras dada tapi dalam tempoh 2 jam dia boleh turun balik. Cuma saya ada sedikit ada nak menegur di pihak JPS yang mana baru korekan di Sungai Pelepas eh Sungai Pelumut dilakukan dalam tempoh 2 hari lepas, terima kasih cuma saya nak bagitahu di pihak JPS, bila berlaku korekan tu mereka korek tapi diletakkan longgokkan pasir di tepi tu jadi dalam simen tu akan dia akan jatuh balik bila hujan pasir tu akan jatuh balik ke dalam sungai kalau boleh bila buat korekan pasir tu terus dibawa keluar.

Baik berkenaan tabung strata sebanyak 10 juta pastinya mereka yang mempunyai masalah mendapatkan strata title ini akan ini akan memberikan kelegaan kepada mereka. Sebagai contoh di kawasan Kota Damansara di Apartment seksyen U4, Apartment Damai yang mana penduduk telah cuba pelbagai cara untuk mendapatkan strata tittle tapi sehingga kini gagal yang mana mereka telah pergi ke Pejabat Daerah mereka tidak dapat keputusan. Mereka cuba berbincang dengan developer, developer cuba melengah-lengahkan, saya ingat benda ni telah terlalu lama saya percaya kalau andai katanya selesai isu ni ini juga akan memberikan impak kewangan kepada Kerajaan Negeri bilamana Kerajaan Negeri ada berlakunya transaksi-transaksi dan ini juga hasil-hasil yang boleh kita collect. Saya mewakili penduduk flat block Subang Perdana A,B,C,

dan D, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada EXCO Perumahan atas kerja-kerja mengecat yang baru yang pastinya memberikan kegembiraan pada mereka. Saya juga mewakili PPR Kota Damansara berterima kasih juga kepada pihak EXCO Perumahan dan KPKT yang telah menjalankan program rewang strata serta memberikan peruntukkan membaiki sebanyak hampir lebih daripada RM 900 ribu bagi menggantikan tangki air secara tidak langsung ini juga membantu mereka mendapatkan perkhidmatan yang baik. Saya mengalu-alukan program-program rewang strata ini memberikan lebih kerjasama antara semua dan penduduk pimpinan mereka semua lebih sebab kalau kita tahu dikawasan bandar ini dia lain mereka duduk kawasan strata ni pergi kerja balik kerja. Mereka kadang-kadang mereka tak selalu bersama-sama mereka. Jadi ni merupakan satu yang saya rasa program yang perlu diteruskan pada tahun hadapan mungkin tambah je bajetnya, mungkin Yang Berhormat boleh tambah bajet.

Tahun melawat Selangor 2025 macam saya sebut hari tu dalam soalan saya pihak EXCO perlu melihat antara ruang-ruang baru yang mana saya sebut kepada pihak E-Sport Tourism yang mana dunia sekarang ni tengah menggila dengan e-sport ni sebab kalau kita tengok bila final MPL dibuat di Johor, ramai anak muda di sana bukan anak muda sahaja, hotel, homestay semua penuh dalam keadaan yang sama juga saya mengucapkan tahniah kepada SRG Selangor yang telah menjuarai MPL 2 kali berturut-turut ini merupakan sejarah baru. Cuma saya mengharapkan di pihak Kerajaan Negeri untuk melobi pertandingan-pertandingan mungkin MPL pada tahun ni pada tahun 2025 boleh dibuat di Selangor. Pada program-program yang berlevel International, mungkin boleh dibuat di Selangor, jadi ini antara tourism antara EXCO Belia dan EXCO Pelancongan yang mana kita dapat garap sebab ini kadang kita bukan anak muda nak tengok apa sejarah sangat pun tu yang kadang-kadang saya mungkin suka sejarah, tapi mungkin Batu Tiga dia tak suka sejarah dia suka nak tengok e-sport-esport ni. Jadi stadium e-sport langkah yang baik memberikan permulaan tempat khas bagi komuniti latihan merecruit talent yang ada di Selangor sebagai contoh saya nak bagi tahu salah satu player Selangor Red Giant iaitu anak muda adik YUM yang sekarang bersama SRG yang sekarang juara dunia dia merupakan juga seorang daripada datang daripada Kota Damansara. Jadi ini antara talent-talent yang ada di Selangor, anak-anak muda kita. Kita tak boleh tengok e-sport ni hanya semata-mata membuang masa. Saya sempat ke hadir program eleven vs eleven pro-soccer pada Ahad lepas untuk melihat sendiri komuniti e-sport ni berkembang, saya percaya komuniti ni mula makin berkembang yang mana mungkin pihak MSN boleh melihat secara rapat apakah program-program yang dapat dilakukan sebab mana kita lambat selalunya dia akan menyebabkan orang lain grab dulu negeri-negeri lain dulu. Kita biarlah menjadi Selangor ni yang ke hadapan.

Tuan Speaker saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB atas peningkatan peruntukan PEBS bagi tahun 2025, setelah 15 tahun akhirnya daripada jumlah

peruntukkan 5 Ribu naik kepada 10 Ribu. Ini merupakan satu pencapaian yang satu kegembiraan kepada mereka. Saya tahu sebab saya juga seorang PEBS penggerak Belia Selangor kalau dikenali sebagai Penggerak Belia Tempatan. Ini pastinya akan memberikan golongan muda lebih program dan kita pastikan anak muda sentiasa berada dihati Kerajaan Selangor. Saya memohon peruntukkan bagi pembangunan atlet yang hanya 6 Juta saya kira tidak mencukupi. Kita semua setuju bahawa untuk memastikan atlet-atlet lebih bersedia mereka perlu diberikan elaun yang lebih baik, mereka perlukan coach yang lebih baik mereka juga perlukan tempat-tempat training yang lebih baik, mereka perlukan buat latihan dengan mungkin di luar negara atau dalam negara bersama team yang lebih baik makna rakan sparing lebih baik daripada mereka baru mereka ada nilai tambah.

Akhir sekali saya memuji program PLATS yang telah diperuntukkan 5 Juta memberi impak kepada peniaga-peniaga kecil diseluruh Selangor, mereka bukan sahaja diberi bantuan malah mereka juga diberikan latihan. Ini juga ada setengah daripada mereka mendapat peningkatan jualan mereka daripada 40% ke 50% yang ini saya percaya ramai antara mereka ini memuji dan seronok dapat terlibat dengan program PLATS. Saya juga meneliti beberapa perbahasan daripada pembangkang dan rakan-rakan beliau, pelbagai kritikan yang telah berlaku terhadap bajet. Ini biasa yang mana ada orang mencadang, ada yang kritik ini perkara biasa, Cuma ada juga dikira dah tempoh setahun mereka menjadi pembangkang khususnya andai kata Sungai Panjang dia buat kira hari 400 hari jadi pembangkang atau kami jadi kerajaan. Cuma saya cadangkanlah saya cadangkan lah dalam keadaan kritikan dan sebagainya mana bajet alternatif? tahun lepas takde bajet alternatif saya mungkin harapkan diperingkat pusat kalau takde bajet alternatif ni mungkin diperingkat negeri Selangor ni PN Negeri Selangor yang mempunyai seramai 22 dulunya sekarang 21 mungkin boleh sediakan bajet alternatif apa yang hendak dibuat. Di sana kita ada pelbagai bekas Menteri Besar ada, bekas EXCO ada, bekas Timbalan Speaker ada, usahawan, Jutawan, pakai IT, pakar ekonomi semua ada semua pun ada di situ jadi saya ingat tidak terlalu berat la untuk buat. Ni nak bentang bajet alternatif ke? Kalau dibenarkan kalau Speaker kata saya tidak ada masalah.

Speaker

Beri laluan Kuang?

Saya ada soalan Kota Damansara. Kota Damansara tadi macam tak yakin je bahawa pembentangan bajet yang dibuat baru-baru ni yang dibuat YAB Menteri Besar adalah pembentangan bajet yang terbaik jadi saya nak tanya bukankah Kota Damansara yakin pembentangan bajet itu yang terbaik sehingga meminta kepada kami sebelah sini membentangkan bajet alternatif?.

Terima kasih kepada Kuang bukan nak cerita yakin tak yakin kalau nak jadi pembangkang yang baik semak imbang yang baik, perlu menawarkan sesuatu kepada pihak kerajaan. Kalau nak jadikan salur ayat kami hantar surat 220 soalan, 220 soalan dan sebagainya dan sebagainya bajet alternatif ni kan ada. Percayalah kalau kami ada kat sana pun kami akan buat bajet alternatif tu tapi masalahnya kami tiada di sana, kami di sini.

Kami tidak mahu ke sana..

Speaker

.. Batu Tiga.....

Taman Medan pun nak bajet alternatif juga? Sebab sebelum ni..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab kita dengar dia nak tukar menteri besar, kalau nak tukar meh. Kalau nak beritahu awal. Whatsapp group ada lagi.

Sebab bukan apa..

. Kota Damansara sikit..sikit boleh sikit saya nak betulkan fakta Kota Damansara sebenarnya ada belanjawan alternatif ni tahun lepas yang mana dia bawak satu kertas lipat dua disebutkan oleh Bukit Gasing so saya masih ingat masih ada dan sebenarnya saya nak betulkan fakta bukan sebab saya back up mereka tapi sebab saya nak bagitahu ada cuma tahun ni lipat kita tak jumpa dah...tahun ni tak jumpa langsung dah

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang disebut Batu Tiga tu tak betul..saya nak betulkan sikit..

Speaker

Yang mana tak betul?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang disebut Batu Tiga tu tak betul..saya nak betulkan sikit.. yang bawa kertas tu tak betul bukan belanjawan itu adalah menifesto kami yang jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan.

Speaker

Maksudnya yang lipat dua tu manisfesto sahajalah?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Dan itu adalah info grafik. Kalau tidak tahu jangan cakap.

Speaker

Taman Medan duduk ..ini adalah floor Kota Damansara jadi Kota Damansara bagi laluan Batu Tiga ada peraturan tetap jadi masing-masing dah settle dah clearlah apa yang bagikan ini jadi saya minta Yang Berhormat Kota Damansara sama ada nak ulas ke ataupun sambung perbahasan?

Terima Kasih pada Batu Tiga, Batu Tiga pun belum bahas lagi, Taman Medan pun belum bahas lagi saya pasti perbahsan dua tu lebih ranca rancak, cuma saya mengharapkan Taman Medan keluarkan beberapa cadangan kalau Taman Medan jadi kerajaan cuma ini yang saya sangat mengharapkan sebab apa..

Dia pernah jadi kerajaan

Sebab antara disebutnya Selangor deserved better, better apa kalau andai kata alternatif pun tak boleh buat? Tak ada apa pun yang betternya, semua orang pun boleh cakap, tapi pembangkang yang baik adalah sentiasa mengeluarkan bajet alternatif, kita mengeluarkan berbagai-bagai jenis bajet kritik yang ini takde masalah, apakah lebih indah lagi kalau jadi rakyat Selangor ni kritik yang ini kenapa macam ni kami boleh buat lebih baik lagi, tunjukkan ni dah masuk tahun yang kedua saya mengharapkan...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Yang Berhormat Kota Damansara..

Speaker

Kota Damansara bagi laluan tidak?

Taman Medan banyak mintak ni tapi saya bagi tau...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih ..terima kasih sahabat saya daripada Kota Damansara..saya cukup tertarik bila Kota Damansara sebut tentang isu bajet alternatif yang perlu ditawarkan oleh kami. Amalan ni memang dibuat dulu lah oleh pihak belah sana waktu jadi pembangkang harini menang esok harga minyak turun itu antara manifesto dibuatlah. Kami tak mahu tawarkan manifesto dan sebagainya dalam belanjawan kali ini kerana kalau ikuti ucapan-ucapan daripada Ahli yang sebelah sini, banyak cadangan kita beri, banyak pendapat yang kita beri dengan fakta dengan statistik dan sebahagian besar daripada kami di sini berbahas soal retorik tapi kita bangkitkan soal realiti. Yang mana, kami menantikan jawapan daripada semua EXCO-EXCO dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri jadi saya rasa Kota Damansara boleh teruskanlah ucapan tak perlu nak minta bajet alternatif pada kami, bagi juga cadangan Kota Damansara pada Kerajaan Negeri, sebab bila saya buat semakan dalam chat GPT

pagi tadi saya tanya apakah kegagalan Kerajaan Negeri Selangor dalam belanjawan 2025? Dia gariskan saya 5. Itu makna kecerdasan AI ni pun mengenal pasti bahawa Kerajaan Negeri Selangor ni banyak masalah itu baru kecerdasan AI belum kecerdasan AB, Afif Bahardin jadi tunggulah ucapan saya sebentar nanti.

Kebetulan masa Taman Medan check saya pun check juga tadi apa kelebihan chatGPT dia kata kelemahan 5 chatGPT kerajaan bajet ada 10 kebaikan kalau nak tanya chat GPT ini kecerdasan Anwar Ibrahim tu terpulang. Maklumlah dulu bossnya Taman Medan dulu ya. Minta maaf ye tapi takpe Tuan Speaker saya daripada Kota Damansara menyokong bajet 2025 terima kasih.

Speaker

Silakan Kuang

Terima Kasih Tuan Speaker..saya takde teks pun sebernarnya sebab Kuang tak pernah pakai teks bila dia berhujah saya ambil kesempatan petang ini sama-sama terlibat membahaskan pembentangan belanjawan yang dibuat YAB Menteri Besar tempoh hari selepas itu saya dah dengar hujah daripada ketua Pembangkang, saya ada dengar Pelabuhan Kelang yang cukup panjang tanpa diganggu gugat oleh sesiapa. Pelabuhan Kelang sebut macam-macam Ai lah sebagainya kita nak celah pun dia tak bagi dan akhirnya sebentar tadi kita juga telah mendengar daripada rakan saya satu ucapan yang sangat menyedihkan sangat sedih sebab daripada Selat Kelang tadi kita yang kat belakang ramai yang menangis mengenangkan nasib ini membenarkan bahawasanya saya rasa kita perlu menambah sedikit lagi peruntukkan untuk kesihatan mental. Dan sebab mungkin Yang Berhormat kita menghadapi tekanan-tekanan yang sangat tinggi yang telah menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab kita. Kita telah dengar hujahan YAB Menteri Besar pembentangan bajet daripada Menteri Besar dan kita berbangga sebab kita dapat tambah reserved kita hampir 700 Juta. Kita juga menambah perbelanjaan kita pada tahun ini tapi rata-rata bila saya dengar hujah-hujah sebelah sana mahupun sebelah sini masih lagi kita membicarakan tentang perkara-perkara asas di kawasan masing-masing. Ada Yang Berhormat yang berdiri bagitahu dia terpaksa tambah lampu jalan menggunakan peruntukkan peribadi dia. Rata-rata sebelah sana masih bercerita tentang masalah banjir dalam kawasan masing-masing. Rata-rata masih bercerita tentang perkara-perkara yang sangat asas, taman-taman permainan yang tidak diselenggara dengan baik, jalan-jalan yang rosak, nanti yang saya ulas saya Selangor deserved better. Tetapi kita masing-masing terus..

Speaker

Mohon tunggu sekejap ada Usul. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang maka Dewan pada hari ini perlu

disambung bagi meneruskan urusan dewan, dengan ini saya mempersilakan wakil YAB Dato’Menteri Besar untuk membawakan usul. Silakan Tanjung Sepat.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker, Ahli-ahli yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut, bahawa Dewan yang bersidang mengikut peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah menyambung sehingga 6.30 petang. Terima kasih.

Speaker

Penyokong.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sokong saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat TIDAK bersetuju sila kata setuju. Usul ini DIPERSETUJUI. Dengan ini saya jemput Kuang untuk sambung.

Baik, saya sambung semula perbahasan saya. Jadi bila saya dengar rata-rata, kita duduk dalam Dewan bercerita tentang reserve kita yang bertambah sebanyak RM700 juta. Jadikan reserve kita sehingga kita 4 bilion ibarat kita cerita dekat orang rumah kita besar, duit kita banyak tapi bumbung kita bocor. Bila hujan air menitik masuk dalam rumah. Sebab ini yang diutarakan oleh rata-rata ADN-ADN yang datang dalam Dewan hari ini. Ini belum di cerita masalah-masalah yang setiap kali diulang-ulang dalam Dewan ini yang sampai hari ini tak selesai masalah. Yang sampai hari ini Yang Berhormat ADN kena terus bawa cerita yang sama. Isu kuari, jalan keluar kuari tak selesai sampai hari ini. Isu kenderaan-kenderaan yang melalui jalan Lorong Melati tak ada penguatkuasaan sampai hari ini. Dan menyebabkan kemalangan dan kematian. Kita tak selesai masalah itu. Isu pembangunan perumahan-perumahan baharu, saya dengar baik beribu-ribu rumah akan dibangunkan. Tapi dalam masa yang sama, mana sekolahnya? Sekolah yang ada sudah melebihi daripada kemampuan sekolah. Tapi di sekitar kawasan tersebut ada ribuan cadangan rumah baru yang akan dibangunkan. Tapi tak ada penambahan sekolah baru pun. Ini masalah, ini time bom, yang dalam masa terdekat sekiranya tidak ditangani akan menjadi masalah yang lebih berat kepada kita dalam Kerajaan Negeri. Kita cerita macam-macam teknologi baharu. Kita akan buat macam-macam kita negeri maju gerbang Malaysia macam-macam ayat saya dengar. Tetapi dalam kita dok bercerita kita negeri maju dan sebagainya, kita masih belum boleh menyelesaikan masalah-masalah asas dalam negeri kita. Jadi saya mohonlah saya mohon saya nak sokong pembentangan belanjawan dengan syarat pertimbangan kepada masalah-

masalah semua ADN-ADN yang dibangkitkan telah pun diambil kita dan dimasukkan dalam belanjawan yang dibentangkan tempoh hari jangan sampai tahun depan tuan-tuan masuk berdiri balik dalam Dewan yang sama, bangkitkan perkara yang sama, tiap-tiap tahun. Dan kita bangga bercerita reserve kita RM4 juta RM4 bilion reserve kita naik lagi RM5 bilion tahun depan. Ini yang berlaku bangga dengan reserve yang kita ada. Saya setuju sebahagian wakil rakyat, bahawa kita perlu ada reserve, kita perlu ada reserve.

Ini ada satu lagi laporan. Tabung Amanah Bencana Alam. Saya rasa semua orang tahu, semua orang dapat buku ini, ditubuhkan daripada 2011 suntikan pertama RM50 juta. Ditambah pula RM10 juta menjadikan RM60 juta, tak pernah pakai pun. Dilabur, dilabur, dilabur untuk mendapat keuntungan, tapi bila berlaku banjir kampung-kampung tenggelam tak ada siapa pun yang menggunakan peruntukan daripada Tabung Bencana Alam, bantuan apa yang kita buat. Saya nak sampaikan juga ucapan terima kasih saya kepada DO Gombak, kepada YDP MPS, kepada JD JPS, yang baru-baru ini bila berlaku banjir besar dalam kawasan saya beberapa kampung tenggelam tindakan sangat proaktif telah diambil. Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun turun ke Selayang nak menunjukkan yang banjir itu betul-betul telah menjadi satu bencana besar kepada dalam Kuang. Beberapa PPS telah dibuka tetapi bantuan yang disalurkan Alhamdulillah ada, tetapi mungkin mengambil sedikit masa yang lama untuk sampai. Ini antara benda-benda yang perlu kita ambil perhatian kaedah-kaedah bantuan yang diturunkan perlu diubah dan diselaraskan supaya bantuan dapat segera disampaikan. Jadi sekali lagi daripada Kuang seperti yang saya katakan tadi. Saya mohon menyokong belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari dengan syarat segala masalah yang dibangkitkan oleh semua Ahli Dewan baik daripada pihak Kerajaan mahupun pihak pembangkang telah diambil kira dimasukkan dan diselesaikan dalam tempoh satu tahun, tahun hadapan 2025. Sekian terima kasih.

Speaker

Kuala Kubu Baharu.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih.

Speaker

Ya silakan Kuala Kubu Baharu.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera kepada Tuan Speaker, Yang Berhormat-Berhormat, Ketua-ketua jabatan serta anggota perkhidmatan awam. Saya telah meneliti perbahasan yang dibawa oleh pihak pembangkang yang menyatakan bahawa prestasi ekonomi Selangor tidak cukup unggul bahawa kerajaan tidak membela golong M40, B40 dengan izin. Seolah-olah kerajaan tidak inklusif. Bagi saya komen tersebut tidak meletakkan perkembangan Selangor dalam perspektif yang sebenar. Tidak mengikut realiti semasa. Maka izinkan saya

memulakan perbahasan saya dengan meneliti prospek ekonomi Malaysia sebagai asas untuk menilai kedudukan Negeri Selangor.

Belanjawan Selangor bagi tahun 2024 telah dibentangkan pada 10 hari bulan November 2023. Iaitu sebulan selepas tercetusnya konflik antara Israel dan Gaza yang bermula pada 7 hari bulan Oktober tahun lalu. Sebelum itu Malaysia turun berdepan dengan pelbagai kesan negatif termasuk ancaman terhadap bekalan makanan inflasi akibat daripada berlarut-larutnya perang Rusia dan Ukraine. Awal tahun ini kita menyambut tahun 2024 dengan amaran dan peringatan daripada pakar ekonomi bahawa tahun 2024 akan menjadi lebih mencabar akibat perang yang tidak berkesudahan. KDNK 2024 dijangka terjejas dengan kemungkinan harga barang meningkat sekiranya ke tegangan dia Asia Barat semakin meruncing. Hari ini dengan penuh keyakinan dan rasa berbesar hati, saya berdiri di sini untuk menyatakan bahawa Malaysia dan Selangor berada di landasan yang betul.

Pertama sekali pada suku kedua 2024 Malaysia mencatatkan pertubuhan keluaran dalam negara kasar KDNK sebanyak 5.9% mengatasi unjuran awal dan di luar jangkaan pakar-pakar ekonomi. Ini adalah pertumbuhan tertinggi sejak suku keempat 2022. Pada suku ketiga pula Malaysia mencatatkan pertubuhan KDNK yang kukuh sebanyak 5.3%. Kalau kita lihat jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 10.2% kepada 2.139 trilion melepasi 2 trilion dalam tempoh 9 bulan pertama berbanding dengan 10 bulan pada tahun lepas. Eksport Malaysia bagi tempoh 9 bulan pertama turut meningkat 5.2% kepada 1.115 trilion. Manakala import turun naik sebanyak 16.1% kepada 1.024 trilion. Pencapaian eksport bermaksud aktiviti pelaburan yang kukuh sementara peningkatan import turut mencerminkan daya tahan perbelanjaan isu rumah. Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun menghadapi cabaran dan ketidak tentuan sepanjang tahun lepas, Malaysia tetap menonjol di Asian Tenggara sebagai mercu tanda kestabilan dan kemajuan. Persoalan kini di manakah kedudukan negeri Selangor? Forum ekonomi dunia pada tahun 2022 memberi amaran bahawa ekonomi global menunjukkan jurang yang berbahaya dengan dunia berdepan ujian paling getir sejak perang dunia kedua akibat krisis demi krisis. Selepas 2 tahun Selangor dengan semangat kita Selangor maju bersama, berjaya mengatasi ujian tersebut dengan mencatat purata KDNK sebanyak 7.43% bagi tempoh 2021 sehingga 2023. Bukan sahaja melebihi sasaran yang ditetapkan dalam Rancangan Selangor Pertama malah ia lebih tinggi daripada KDNK negara. Apabila pakar ekonomi memberi amaran bahawa perang antara Rusia dan Ukraine konflik di Asia Barat memburukkan lagi kesan Pandemik COVID-19 dan menggugat pemulihan ekonomi. Hasil negeri Selangor bagi tahun 2024 mencapai jumlah kutipan sebanyak 2.429 bilion. Sekali lagi melebihi sasaran awal. Ini menandakan 4 berturut-turut Selangor telah melebihi sasaran kita. Walaupun kita menghadapi cabaran

ketegangan politik Selangor tetap teguh dan berjaya melepasi sasaran kutipan hasil negeri. Dan tahun ini Selangor tetap berjaya sebagai penyumbang terbesar ekonomi negara dengan sumbangan KDNK 25.9%. Nilai ekonomi Selangor turut buat pertama kali dalam sejarah mencatat 406.1 bilion. Pencapaian ini membuktikan bahawa Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengatasi ketidak tentuan ekonomi global Kerajaan Selangor mempunyai ketahanan keberanian dan kesungguhan dalam mengharungi cabaran ekonomi ketika berdunia berdepan ujian paling getir. Jadi KKB di sini ingin mengambil kesempatan untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan seluruh kepimpinan barisan pentadbiran.

Seterusnya belanjawan yang dibentangkan ini adalah belanjawan berlandasan transformasi ekonomi Selangor. Membangun industri konduktor AI untuk pekerjaan masa depan. Belanjawan yang dibentangkan ini memfokuskan wawasan transformasi ekonomi Selangor berlandaskan ekonomi masa depan, bakat masa depan dan peluang pekerjaan masa depan. Pada bulan Mac 2024, financial times surport surat khabar perniagaan berpusat di United Kingdom melaporkan bahawa Malaysia telah muncul sebagai pemenang yang mengejutkan surprising winner dalam industries semiconductor global di tengah ketegangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat dan China. Ketegangan ini mendorong pengeluar cip untuk mencari lokasi dan sumber alternatif bagi mempelbagaikan rantaian bekalan mereka dan Malaysia yang natural menjadi pilihan utama. Belanjawan yang di bentang ini sekali lagi menandakan usaha Kerajaan Selangor dalam menubuhkan Taman Rekaan bentuk litar bersepadu Selangor Malaysiaan Semikonduktor Intergrated Segi IC di Sky Park dengan merancang Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor yang kedua yang dijangka akan dibuka pada awal tahun depan di Cyberjaya Sepang. Taman Reka bentuk IC Semikonduktor pertama turut berjaya dilancarkan pada tahun ini bulan Ogos di Puchong. Ini merupakan satu perkembangan penting dalam industri semikonduktor Malaysia yang mencerminkan peralihan strategi made ini Malaysia kepada made by Malaysia. Peralihan sangat signifikan kerana ia menunjukkan iltizam Selangor untuk meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai semikonduktor beralih dari proses peringkat akhir seperti pembungkusan dan perujian kepada rekaan dan inovasi cip di peringkat awal. Dengan ini Selangor bakal membangunkan lebih banyak kepakaran tempatan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing serta meningkat bilai tambah negara. Untuk merealisasikan inisiatif ini, belanjawan ini menyumbang sebanyak RM50 juta iaitu RM10 juta setahun dari 2024 hingga 2029. Manakala Kerajaan persekutuan dijangka menyalurkan dana sebanyak RM100 juta. Projek ini dijangka akan menyediakan 500 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk graduan baru di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Pada masa yang sama belanjawan ini mensasarkan supaya Selangor Digital School dinaik taraf menjadi Advance Semicondutor Academy of Malaysia di dalam Taman Reka Bentuk IC kedua yang diletakkan di Cyberjaya.

Dan saya juga ingin menarik perhatian Dewan terhadap Pusat Inkubator AI Selangor yang akan memberi fokus kepada teknologi kecergasan buatan yang akan dibangunkan fasa pertama berkonsepkan pusat latihan teknologi. Saya harap projek-projek sebegini akan mengekalkan hala tuju ekonomi Selangor untuk menjadi sebuah ekonomi yang berlandaskan ekonomi masa depan bahkan masa depan dan peluang pekerjaan masa depan.

Seterusnya belanjawan yang dibentangkan memfokuskan belanjawan infrastruktur menangani cabaran dan memperkasakan keterjaminan awam. Belanjawan yang dibentangkan ini adalah belanjawan infrastruktur yang memberikan peruntukan bangunan yang meningkat sebanyak RM100 juta ataupun 8.3% berbanding dengan belanjawan tahun lepas. Kenaikan ini merangkumi 31% daripada keseluruhan peruntukan pembangunan dengan jumlah RM404.17juta. Saya menyambut baik pelaksanaan kerja-kerja naik taraf infrastruktur yang bertujuan untuk memastikan kestabilan bekalan air bersih, pengurusan sisa pepejal serta penambahbaikan infrastruktur jalan dan saliran. Namun, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Selangor untuk meneliti peningkatan peruntukan dalam pembaikan cerun. Berdasarkan jawapan bertulis yang saya terima daripada Dewan, terdapat 16 kawasan hot spot tanah runtuh dan hakisan cerun di Hulu Selangor. Beberapa jalan adalah di bawah seliaan JKR dan ada juga di bawah kawal seliaan Kerajaan Negeri Selangor melalui PLB ataupun PBT. Peruntukan RM500,000 untuk pembaikan cerun adalah tidak mencukupi memandangkan taburan hujan yang semakin meningkat, kesan perubahan iklim serta peningkatan aktiviti manusia yang turut meningkatkan risiko pergerakan air dalam tanah dan seterusnya menyebabkan hakisan cerun.

Pemantauan saya menerusi lawatan kajian saya di sekitar Taman Seri Batang Kali, kami mendapati bahawa di Jalan 4 dan Jalan 7 di Taman Seri menghadapi risiko hakisan cerun. Masalahnya kami mendapat feedback daripada kerajaan bahawa longkang itu di bawah seliaan PBT tetapi cerun itu adalah merupakan tanah atas tanah pemilik. Jadi kami memerlukan satu kaedah yang lebih efektif untuk memberi amaran kepada penduduk setempat dan memanfaatkan teknologi serta meningkatkan penguatkuasa di kalangan PBT supaya kita boleh mencari satu penyelesaian yang menyeluruh untuk meringankan ataupun menurunkan risiko hakisan cerun. Bak kata Melayu ‘sediakan payung sebelum hujan kerana malang itu tidak berbau’. Sepanjang tempoh 2020 sehingga 2024, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor telah melaksanakan dua projek tebatan banjir di Hulu Selangor iaitu Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Bernam, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batang Kali dengan jumlah peruntukan RM14juta. Namun saya turut ingin menarik perhatian kerajaan bagi memastikan tanah yang mencukupi untuk membaiki tebing sungai yang kerap berlaku di Sungai Liam, Kampung

Jawa, Kampung Kolam Air Panas, Ladang Sungai Jernih dan Jalan Kalong Tengah di sekitar kawasan Kuala Kubu Baharu.

Seterusnya, saya percaya bahawa kemajuan sebenarnya tidak hanya diukur dengan pertumbuhan ekonomi tetapi yang lebih penting ia juga diukur melalui sejauh mana setiap lapisan masyarakat merasai dan menikmati kekayaan negeri. Belanjawan ini tidak hanya memfokus kepada kemajuan Selangor sebagai pusat kemakmuran negara tetapi juga mencerminkan iltizam yang kukuh untuk membela nasib golongan B40 dan M40. Bulan lepas ketika saya mengadakan lawatan kerja zeriamatik di Pekan Rasa KKB, saya berpeluang bertemu dengan Puan Hayati yang memberitahu saya bahawa tanpa Jelajah Jualan Ehsan Rahmah, beliau tidak mampu untuk membeli barangan keperluan harian. Pengalaman tersebut meyakinkan saya bahawa Program JER (Jualan Ehsan Rahmah) adalah satu inisiatif yang paling tepat dalam menyampaikan sentuhan kasih kerajaan kepada rakyat khususnya untuk meringan beban kos sara hidup mereka terutamanya untuk penduduk dari kawasan luar bandar selain daripada bantuan kesihatan ISS, BINGKAS dan lain-lain. Tiap-tiap bulan kita nampak lori JER bergerak di seluruh kawasan Selangor termasuk Kuala Kubu Baharu. Bagi tahun ini, sebanyak RM30juta akan diperuntukkan untuk Program JER. Satu peningkatan yang amat dihargai berbanding dengan RM25juta yang dibelanjakan pada tahun 2022 dan 2023. Saya juga menyambut baik pelaksanaan program baru iaitu Khairat Darul Ehsan yang menyediakan bantuan khairat kematian berjumlah RM1,000 kepada semua rakyat Negeri Selangor yang berumur 50 tahun ke atas serta warga OKU untuk bantuan pengurusan jenazah dan pengebumian. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM20juta. Menjelang tahun 2030, Malaysia dijangka akan mencapai status negara menua dan oleh itu cadangan menubuhkan dua pusat aktiviti warga emas baharu di Kuala Langat dan Hulu Selangor adalah langkah yang amat dialu-alukan dan perlu diberikan perhatian.

Seterusnya saya ingin menyatakan sokongan saya kepada Yang Berhormat Subang Jaya dengan harapan Kerajaan Selangor untuk mempertimbang, untuk meningkatkan peruntukan kepada LIMAS sehingga RM10juta seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan Selangor. Dan seterusnya bagi Program Selangor Bercahaya 2024 pemasangan tiang lampu solar. Kuala Kubu Baharu telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri untuk memohon 17 batang lampu solar untuk kawasan KKB namun surat yang diterima kami hanya mendapat 6 tiang lampu solar. Sudah jelas 6 tiang lampu solar itu tidak mencukupi untuk kawasan Kuala Kubu yang agak luas dan yang itu

Speaker

Ya, Yang Berhormat begitu juga dengan masa yang ada pada Yang Berhormat.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ok, ok. Saya try. Dan saya harap saya menarik perhatian Kerajaan Selangor untuk menambahkan lagi bilangan lampu solar (tiang lampu solar) ke kawasan KKB untuk kita menampung keperluan kawasan. Seterusnya, mengukur perjawatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Majlis Perbandaran Hulu Selangor dinaik taraf pada 21 Oktober 2021. Ia meliputi kawasan seluas 175,670 hektar (hampir sama keluasan dengan Negeri Melaka). Pada tahun 2022, jumlah penduduk daerah ini adalah 243,029 orang berbandingan dengan tahun 2010 (194 orang). Hulu Selangor sedang mengalami perkembangan pesat dengan projek utama ECRL, Taman Perindustrian Bernilai Tinggi Serendah dan Hulu Selangor secara am merupakan kawasan sensitif alam sekitar dengan 50% kawasan diliputi hutan simpanan kekal dan merupakan kawasan sumber tadahan air yang membekal sebahagian besar keperluan rakyat di Selangor. Namun perbandingan dari segi jumlah kakitangan di PBT Negeri Selangor menunjukkan MPHS tergolong dalam PBT yang mempunyai jumlah kakitangan yang sedikit berbanding dengan PBT yang berstatus perbandaran yang lain. Sebagai contoh MPAJ mempunyai kakitangan

Speaker

Yang Berhormat boleh terus ke isu dan persoalan yang berkaitanlah.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ya, ya, ya. Sekarang.

Speaker

Secepat mungkin.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Seperti MPAJ mempunyai kakitangan 966 kakitangan, Majlis Perbandaran Kuala Langat 549. Penduduk di Hulu Selangor secara amnya mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap penaiktarafan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan saya harap Kerajaan Selangor boleh memperkukuhkan perjawatan di PBT bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan permohonan ini tidak akan memberi sebarang implikasi kewangan kerana MPHS sudah siap sedia dengan tawaran zero implikasi kewangan seperti yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Kesimpulannya, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada barisan pimpinan atas usaha gigih mereka dan saya harap Selangor terus maju sebagai pusat kemakmuran yang inklusif, berdaya tahan untuk kebaikan semua. Dengan ini saya menyokong Belanjawan 2025.

Speaker

Saya beri kepada Dengkil. Dengkil.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera kepada semua Ahli Dewan yang mulia. saya akan meneruskan perbahasan berkenaan Belanjawan

Selangor 2025 iaitu sebanyak RM3bilion khususnya peruntukan di bawah Belanja Mengurus RM1.7bilion.

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan juga pasukan pegawai-pegawai kerajaan yang telah terlibat untuk menyediakan Bajet Selangor 2025 ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini saya akan memperincikan beberapa isu berdasarkan lima teras yang dibentangkan sebab yang lain-lainnya telah pun disentuh oleh kawan-kawan saya yang lain. Dari segi pujian-pujian dan kritikan telah pun kita dengar. Jadi kita terus pergi kepada subject matter yang sepatutnya.

Teras yang pertama iaitu kecerdasan buatan dan pendidikan pemangkin kemajuan ekonomi negeri. Seperti mana yang kita sedia maklum, peruntukan hanya sebanyak sejumlah RM4.5juta sahaja yang diperuntukkan bagi membaik pulih sekolah agama demi keselamatan dan keselesaan pelajar. Alhamdulillah perkara ini telah saya bawa beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini. Keadaan sekolah agama yang padat dan daif perlukan sokongan daripada kerajaan untuk dibaik pulih. Tetapi bukan sekadar baik pulih. Kerajaan negeri perlu mempertimbangkan juga pembinaan sekolah-sekolah agama yang baru di Selangor ini khususnya di beberapa kawasan yang padat seperti di tempat saya ini (di Cyberjaya dan Kota Warisan) yang belum lagi memiliki sekolah rendah agama sedangkan penduduk di kawasan berkenaan mencecah puluhan ribu. Peruntukan RM4.5juta ini juga adalah terhad bagi menggantikan kemudahan asas seperti paip air dan pendawaian elektrik lama yang sudah rosak. Pada masa yang sama, dana pendidikan pada belanjawan kali ini memang menunjukkan peningkatan RM2juta berbanding tahun lalu iaitu daripada RM69.35juta kepada RM79.95juta. Peruntukan RM2.6juta bagi Program Pembangunan Modal Insan dan Sosial serta RM8juta bagi Program Pendidikan di bawah rangka Iltizam Selangor Penyayang. Tetapi perkara ini tetap tidak dapat direalisasikan jika tempat tidak mencukupi dan terlalu padat. Bayangkan sebuah sekolah kafa di Kota Warisan yang menempatkan hampir 1,000 anak murid hanya menggunakan lot kedai yang disewa dengan keadaan yang terlalu sempit dan tidak selesa. Alangkah baiknya peruntukan diturunkan bagi kepada kawasan-kawasan yang memerlukan pembinaan sekolah rendah agama yang baru.

Begitu juga Program Baucar Buku Kita Selangor. Peruntukan hanya RM400,000 sahaja disediakan pada Belanjawan 2025. Bagi saya nilai ini amat sedikit dan hanya merangkumi pelajar di peringkat universiti sahaja. Seharusnya peruntukan ini ditambah dan diberikan juga kepada pelajar sekolah rendah yang layak di mana setiap tahun harus menanggung kos pembelian buku aktiviti lebih RM400 seorang di sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Keperluan mendesak ini dihadapi oleh setiap ibu bapa dan yang

paling menyedihkan apabila ibu bapa harus menyediakan kos untuk anak-anak mereka yang ramai. Baucar buku ini harus dipertimbang supaya dapat diperluaskan lagi penerimanya.

Yang Berhormat, bagi teras kedua, mendukung hasrat alam sekitar yang mampan dan infrastruktur berkualiti. Terima kasih saya ucapkan kepada YAB Menteri Besar kerana telah meluluskan beberapa projek pembinaan dan baik pulih dalam kawasan Dengkil seperti pembinaan Jambatan Kampung Sungai Buah sebanyak RM3.17juta, menaik taraf persimpangan Jalan Kampung Orang Asli Bukit Dugang sebanyak RM1.25juta dan membina jalan sambungan Sungai Kelambu-Genting Senyen sebanyak RM10.5juta. Saya mengharapkan projek ini dapat disiapkan mengikut waktu yang telah ditetapkan bagi keselesaan penduduk sekitar.

Begitu juga saya ingin menyentuh sedikit berkenaan Tabung Penyelesaian Strata. Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Bertindak Penyelesaian Bangunan Tanpa Hak milik Strata dan tertubuhnya task force dengan izinnya yang diwakili oleh beberapa pihak pentadbiran dan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya harap peruntukan ini dapat membantu menyelesaikan masalah utama di bandar-bandar di Selangor ini khususnya di kawasan saya (Putra Perdana) yang belum selesai sepenuhnya dan menunggu hampir 20 tahun untuk selesai. Semoga segala kerisauan dan keluhan rakyat ini dapat diselesaikan dengan wujudnya tabung penyelesaian strata ini.

Teras ketiga, memupuk negeri penyayang. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pelbagai inisiatif dalam teras ini, ADN Pembangkang tidak dilibatkan. Contohnya, baucar Jom Shopping raya, Insentif Haji, Bantuan Sihat Selangor, dan macam-macam lagi insentif Kerajaan Negeri Selangor. Cuma di sini, saya ingin memberikan sedikit teguran kepada pengurusan yang menguruskan skim-skim ini, supaya memberi penjelasan yang tepat kepada masyarakat di luar. Kerana kerap kali, Pusat Khidmat, didatangi oleh pemohon yang ingin menghantar permohonan dan ingin membuat semakan berkenaan skim-skim ini, selepas dihubungi oleh pihak YAWAS, untuk pergi ke pejabat ADN tanpa memeriksa dahulu, ADN itu kerajaan ataupun Pembangkang. Seharusnya ada arahan yang jelas, supaya bantuan-bantuan ini, harus dihantar ke mana dan kepada siapa.

Seterusnya, peruntukan, dari segi peruntukan. Saya lihat peruntukan untuk kaum India, sebanyak RM1.185 juta, perlu dipertingkatkan kepada satu jumlah yang munasabah. Dengan jumlah penduduk kaum India yang besar juga di Selangor ini. Begitu juga bagi kaum, peruntukan sebanyak RM1 juta yang diperuntukkan untuk Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti, perlu ditambah, bagi meningkatkan ekonomi masyarakat orang asli di Selangor. Elaun-elaun Tok Batin juga harus dinaikkan, seiring dengan peredaran zaman dan kos sara hidup yang meningkat secara drastik pada masa

ini. Kos ini juga harus, harus diambil kira dengan pewartaan tanah-tanah milik orang asli yang masih belum dimiliki di beberapa kawasan dan menjadi masalah apabila kawasan mereka diambil oleh pemaju ataupun kerajaan negeri sendiri. Hak mereka harus dibela dengan sebaik-baiknya.

Teras keempat iaitu menjuarai tadbir urus cekap dan berwibawa. Sejumlah peruntukan RM600,000.00 untuk penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan harus digunakan dengan teliti dan berkesan. Pembaharuan harus dibuat , harus dilakukan untuk menjadikan sistem penyampaian kerajaan lebih bersifat people century, dengan izin, atau berpaksikan rakyat dan memudahkan cara urusan rakyat, serta tidak lagi dibebani dengan kerenah birokrasi. Kerajaan perlu mengamalkan kebijaksanaan di dalam pentadbiran di samping menitikberatkan aspek kelancaran dan kelicinan di dalam pengurusan. Pentadbiran kerajaan serta agenda memartabatkan budaya bangsa. Sesuatu pelaksanaan dasar baru, memerlukan satu keputusan pantas dengan mengurangkan aspek birokrasi yang boleh menyusahkan dan membebankan rakyat yang berurusan dengan pihak kerajaan. Sistem yang lebih efektif, dan tidak menyusahkan rakyat harus dilaksanakan bagi memudahkan mereka dengan mengira faktor jarak, kewangan dan perhubungan ke pejabat kerajaan untuk menguruskan sesuatu urusan.

Dan akhirnya, teras kelima, iaitu ekonomi kebudayaan dan pembangunan generasi muda. Di sini saya ingin menyentuh sedikit berkenaan tahun melawat Selangor 2025. Ia sekali gus merangkumi sektor pelancongan kebudayaan dan ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Industri pelancongan merupakan antara sektor utama menyumbang kepada ekonomi Negeri Selangor. Dalam menghasilkan daya lonjakan dalam industri ini, tahun 2025 telah ditetapkan sebagai Tahun Melawat Selangor. Dengan peruntukan sebanyak RM8 juta. Dengan kehadiran pelancong seramai 7 juta orang. Selain itu, cabaran yang dihadapi ialah persaingan daripada destinasi pelancongan yang lain di Malaysia. Seperti di Terengganu, Melaka, Pulau Pinang. Di mana negeri-negeri ini juga menawarkan tarikan pelancongan yang menarik dan telah menjadi pesaing kepada Selangor dalam menarik pelancong antarabangsa.

Seiring dengan tema Tahun Melawat Selangor, iaitu Surprising Selangor, atau, Wah Selangor Kan Ada, tindakan harus dilakukan dengan segera. Bukan sekadar menurunkan duti hiburan dari 25% kepada 10%. Banyak perkara asas perlu disentuh dahulu, supaya tahun Selangor ini, lebih realistik daripada fantasi. Langkah-langkah proaktif perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memulihkan industri pelancongan, untuk meningkatkan ekonomi negara. Promosi. Saya mohon, kita ada EXCO Pelancongan kat sini, Yang Berhormat, kerap kali mempromosi kawasan beliau di Sekinchan. Mungkin orang lain pun tahu, di Sekinchan dan juga kawasan berhampiranlah. Jadi promosi ini

harus lebih kreatif dan menyeluruh. Promosi dari pelancong itu sendiri akan tersebar luas dan menceritakan tentang negara yang dilawati. Baru-baru ini pun, saya terperanjat, ada seorang yang terkenal juga terlibat secara langsung, sektor pelancongan di Selangor ini, dia mempromosi menunggang unta, sambil memakai serban berwarna merah. Ya, mungkin orang yang memakai tu, terasa. Dia dah gelak tu. Jadi, ini bukan promosi Selangor sebenarnya, tetapi mempromosikan negeri Mesir, negara Mesir. Jadi, saya harap itu promosi-promosi yang lebih agresif patut dibuatlah.

Dikatakan banyak lawatan akan dilakukan pada tahun 2025, bagi tujuan untuk mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 ini. Sepatutnya, ia perlu dilakukan awal, bukan pada tahun hadapan, ya. Ada lawatan ke Macau, China, India dan beberapa negara di Eropah. Saya ingin mendapatkan penjelasan, dari siapa, siapakah yang akan terlibat dalam program ini? Berapakah nilai perbelanjaannya? Dan apakah KPI bagi setiap lawatan berkenaan? Promosi agresif perlu dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor, PBT dan EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Melalui pelbagai program pemasaran dan promosi ini dapat membantu mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia dan di dunia. Program pelancaran pelbagai aktiviti promosi di dalam dan di luar negara. Promosi dalam talian dan media serta peningkatan infrastruktur pelancongan dapat memainkan peranan yang penting, dalam mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan.

Pemasaran dan promosi yang efektif, akan membantu mempromosikan Selangor sebagai pusat destinasi yang menarik dan ini dapat meningkatkan jumlah pelancong ke Negeri Selangor. Informasi pelancongan berbentuk digital, yang komprehensif, perlu diwujudkan seperti face book, laman web dan Instagram, supaya segala maklumat lengkap dapat di akses dengan mudah. Selangor, khususnya di Sepang, ada satu kelebihan apabila menjadi destinasi pintu masuk utama negara. Untuk melalui iaitu melalui KLIA dan Port Klang, bagi yang melalui pengangkutan laut dan udara. Promosi harus bermula dari gerbang masuknya pelancongan ke negara ini. Maka perbaikilah keadaan kawasan tersebut. Dalam kita mempromosi tahun melawat Selangor, tetapi apabila sampai sahaja di KLIA melalui Dengkil, kita menempuh jalan berlubang, lampunya mati, landskap yang kurang dan sejuk mata memandang. Jadi bagaimana kita nak tarik pelancong ya? Kawasan itu sendiri pun tidak di maintain dengan baik.

Kemudian kerjasama dengan industri. Selain itu kerjasama dengan industri pelancongan juga sangat penting. Untuk mewujudkan produk yang baru pelancongan yang menarik. Industri pelancongan di Selangor terdiri daripada pelbagai sektor perkhidmatan seperti penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman serta pelbagai aktiviti seperti aktiviti

pantai dan kebudayaan. Kerjasama dengan industri ini, dapat mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Kita juga mempunyai banyak pusat membeli belah yang boleh menjadi daya tarikan yang popular di kalangan pelancong di seluruh dunia. Menurut laporan tahunan Global Retail Index 2020, Malaysia berada di kedudukan ke 24 sebagai destinasi membeli belah utama di dunia. Dan kebanyakan pusat membeli belah di Malaysia berada di dalam Selangor. Jadi pelancong luar akan datang dan berbelanja seperti di Mitsui Outlet PArk, IOI City Mall, ICT, Sunway Piramid dan banyak lagi.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, boleh habiskan?

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Sikit, dah nak habis. Dan kita juga banyak produk-produk pelancongan sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan sejarah dan alam semula jadi. Kita banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati. Seperti Bukit Jugra, Bukit Melawati, Kuala Kubu Baharu, Batang Kali dan Gombak Geopark. Sementara itu, keindahan alam semula jadi juga, perlu dimanfaatkan sebagai produk pelancongan. Dan selain itu, kualiti perkhidmatan juga, perlu dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai pelancong supaya mereka berpuas hati terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan. Dari segi infrastruktur pelancongan, terdapat beberapa pencemaran yang perlu di atasi. Iaitu kemudahan pengangkutan dan penginapan, serta kemudahan-kemudahan yang sepatutnya dipertingkatkan lagi untuk membolehkan pelancong-pelancong datang dengan selesa. Saya, akhiri ucapan saya dengan beberapa rangkap pantun.

Menangkap ikan memakai lukah, Lukah di pasang di rawa-rawa, Belanjawan Selangor nampak gah, Pastikan out come nya ada, tidak sambil lewa.

Berbaju kurung anak dara, Sanggul berhias kembang melati, Kalau tersilap tutur bicara, Mohon maafkan sepenuh hati.

Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Yang Berhormat Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker, kerana memberi peluang kepada Pandamaran untuk mengambil dalam perbahasan bajet Negeri Selangor 2025. Pandamaran ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Sg. Tua, kerana telah membentangkan yang mencecah RM3 bilion untuk tahun 2025. Ini terbukti pendapatan Negeri Selangor makin kukuh dan bertambah baik di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat yang berwibawa. Pandamaran juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Negeri Selangor kerana telah melangsaikan hutang persekutuan pada tahun ini. Ini terbukti kerajaan Negeri Selangor bawah Kerajaan Perpaduan berjaya mengurus kewangan dengan bijak dan baik tanpa ada safe house. Dengan kewangan yang longgar, Pandamaran percaya, kerajaan Negeri Selangor boleh memberi lebih rakyat, kepada rakyat yang bijak kerana mereka telah memilih kerajaan perpaduan.

Pandamaran menyambut baik program khairat Darul Ehsan. Program ini terbuka kepada rakyat Selangor yang berumur 50 tahun dan ke atas. Ia juga meningkatkan wang khairat kematian dari RM500 ke RM1,000. Wang khairat kematian telah memberi bantuan kewangan kepada waris untuk meringankan beban kewangan keluarga semasa menguruskan majlis pengebumian dan juga memberi sokongan kepada keluarga mangsa yang kehilangan ahli keluarga kesayangan.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran ingin menyentuh peruntukan LIMAS bagi tahun 2025. Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat telah mengumumkan peruntukan untuk LIMAS. Tetapi ia hanya RM4 juta. Pandamaran terkejut apabila mendengar pengumuman ini kerana peruntukan LIMAS pada 2024 adalah RM6 juta. Dan saya difahamkan ada ramai juga ADN-ADN telah membangkitkan isu ini. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat. Peruntukan LIMAS 2023 adalah RM8 juta. Dan telah berkurangan ke RM6 juta pada tahun 2024. DUN Pandamaran dan DUN Bandar Baru Klang mempunyai rumah ibadat bukan Islam, di dalam Negeri Selangor. Sentosa pun banyak. Jadi peruntukan LIMAS ini dapat membantu rumah ibadat bukan Islam, boleh menggunakan peruntukan untuk membaik pulih tempat-tempat sembahyang. Maka, Pandamaran dengan rendah hati, ingin memohon jasa baik daripada Yang Amat Berhormat, supaya dapat mempertimbangkan untuk kembalikan peruntukan LIMAS tahun 2025 yang sama pada tahun 2024 iaitu RM6 juta.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua, kerana tidak pernah gagal memberi peruntukan bagi Program Bantuan Kewangan Sekolah Negeri Selangor. Bantuan kewangan ini amat bermakna kerana ia dapat membantu sekolah-sekolah di Negeri Selangor, untuk membaiki infrastruktur-infrastruktur di dalam Selangor. Walau bagaimanapun, Pandamaran ingin memohon jasa baik kepada Kerajaan Negeri,

khususnya Yang Amat Berhormat supaya dapat memberi peruntukan bantuan kewangan ini pada awal tahun. Pandamaran difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Negeri Sembilan telah memberi bantuan kewangan ini pada awal tahun. Di DUN Pandamaran terdapat 40 buah sekolah. Iaitu 15 sekolah rendah kebangsaan, 4 sekolah Jenis kebangsaan Cina, 1 jenis kebangsaan Tamil, 11 sekolah menengah kebangsaan, 1 sekolah menengah persendirian, 3 KAFA, 2 Tahfiz dan lain-lain.

Pihak sekolah harap, pihak sekolah harap sangat Kerajaan Negeri dapat memberi peruntukan pada awal tahun untuk memudahkan pihak sekolah supaya mereka dapat merancang untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada masa yang sesuai. Pihak sekolah mengadu, mereka menghadapi masa yang suntuk untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf, jika menerima peruntukan pada akhir tahun. Salah satu sebab, sekolah akan menjalani ujian SPM, dan mereka tidak dapat melaksanakan kerja-kerja naik taraf pada masa itu. Selain dari itu, pihak sekolah kena menghantar laporan sebelum 31 Disember, maka mereka akan menghadapi maslah untuk membuat permohonan pada tahun depan, jika mereka gagal menghantar laporan tersebut. Oleh itu, Pandamaran ingin memohon jasa baik Yang amat Berhormat supaya dapat mempertimbangkan untuk memberi peruntukan bantuan kewangan sekolah pada awal tahun ataupun sebelum pertengahan tahun.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran ingin berterima kasih kepada Majlis Bandar raya Diraja Klang, khususnya Jabatan Kejuruteraan kerana telah banyak membantu melaksanakan projek tebatan banjir. Pandamaran ingin memberi pujian untuk projek penambah Flat Gate di Taman Seri Gadong. Selepas pemasangan Flat Gate, Pandamaran sudah tidak menerima panggilan daripada penduduk di kawasan tersebut. Walaupun, kawasan tempat lain, di DUN Pandamaran mengalami banjir kilat. Pandamaran juga ingin berterima kasih kepada MBDK kerana telah mengambil perunding untuk mengkaji kawasan-kawasan seperti Taman Setia, Taman Gembira, Taman Heng Kiat, Taman Seri Gadong, Taman Mohd Yamin dan juga Taman Dato’ Dolah. Pandamaran berharap segala cadangan dari perunding dapat diambil kira demi menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan-kawasan tersebut. Jangkaan kosnya mencecah RM15 juta dan saya harap, Pandamaran harap sangat, MBDK dapat mempertimbangkan. Kalau tidak, mengikut tahun lah.

Selain kawasan tersebut, Pandamaran juga ingin menyeru MBDK supaya dapat mengambil perunding untuk kajian di sekitar Taman Selatan, Taman Petaling Indah, Taman Panggung, Taman Chi Liong Klang dan Taman Bayu Perdana. Kawasan-kawasan tersebut, telah mengalami banjir kilat pada 9 Oktober 2024. Penduduk-penduduk amat kecewa dan marah kerana banjir kilat merupakan mimpi ngeri bagi mereka. Banjir kilat, ini telah menyebabkan seorang penduduk warga emas telah

dikejarkan ke hospital semasa banjir kilat berlaku. MBDK perlu memastikan parit monsun perlu di selenggara dari semasa ke semasa. MBDK pula perlu mengambil langkah untuk mengatasi masalah pembersihan parit apabila tamat kontrak. Pandamaran mendapati parit tidak di selenggara apabila kontrak tamat dan perlu tunggu masa yang panjang, sehingga 6 bulan dan ia akan menyebabkan parit penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan sampah. Ini akan mengakibatkan banjir kilat, jika berlaku hujan lebat. Pandamaran menyeru MBDK perlu mencari kaedah untuk mengatasi masalah tamat kontrak. Jangan sehingga penduduk mengalami banjir kilat kerana parit tidak di selenggara.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran ingin mengambil perhatian dengan tapak pembuangan sampah haram di Negeri Selangor. Pandamaran mendapati banyak tempat pembuangan sampah haram di Negeri Selangor. Antaranya ia berlaku di DUN Pandamaran dan DUN Pelabuhan Klang. Pandamaran difahamkan, orang yang membuang sampah haram ini, tidak dapat persetujuan daripada tuan tanah, tapi mereka sangat ganas dan dipercayai mempunyai latar belakang iaitu kumpulan gangster. Mereka mengugut tuan tanah serta membuat laporan polis bahawa tuan tanah meminta bayaran supaya mereka dapat membuang sampah haram di kawasan mereka. Tapi sebenarnya, tidak begitu. Kerajaan perlu buat sesuatu enakmen yang dapat mengambil tindakan terhadap orang menjadi tapak pembuangan sampah haram secara besar-besaran dan tanpa kawalan, serta mengakibatkan pencemaran udara atau sungai. Enakmen ini akan hanya kenakan kepada orang yang jadikan tapak pembuangan sampah haram dan bukannya tuan tanah, jika tuan tanah telah membuat laporan polis dan aduan kepada pihak PBT untuk mengambil tindakan.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran ingin menyentuh projek LRT 3. Pihak JKR telah membuat satu tindakan, yang Pandamaran rasa bijak iaitu penukaran aliran trafik jalan di Simpang Tiga dan Jalan Batu Unjur. Serta Jalan Langat. Ia telah melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut. Tahniah JKR Klang. Walau bagaimanapun, ciri-ciri keselamatan masih kekurangan. Ini telah menyebabkan beberapa kemalangan di simpang tersebut. Dan juga di bawah pusingan U jambatan Bukit Tinggi 1. Pandamaran telah berjumpa beberapa kali bersama JKR dan kontraktor tapi tindak balas kontraktor amat lambat. Pandamaran cadangkan kepada JKR supaya dapat memasang lebih banyak papan tanda jalan untuk mengelakkan kekeliruan pengguna jalan raya supaya mereka tidak membelok ke kanan, iaitu ke Jalan Batu Unjur dari hala Jalan Langat. JKR perlu menambah papan tanda hala tuju jalan sebelum persimpangan tersebut untuk memudahkan pengguna jalan raya dapat tahu, di mana mereka boleh membuat pusingan U, untuk memasuki ke jalan Batu Unjur. Ramai pengguna jalan raya keliru di manakah mereka boleh buat pusingan U, kerana tiada papan tanda jalan yang jelas dan besar. Pandamaran telah cadangkan kepada JKR Klang dan semoga JKR Klang, dapat memastikan kontraktor dapat memasang sebelum

penyerahan LRT 3 kepada kerajaan. Sebelum mengakhiri perbahasan bajet 2025, Pandamaran ingin merakamkan sebuah pantun.

Dari Pandamaran ke Tanjung Sepat, Pandu kereta dengan cermat, Duit kerajaan duit rakyat, Janganlah simpan dalam rumah selamat.

Pandamaran mengakhiri dengan menyokong penuh belanjawan Negeri Selangor 2025. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Saya persilakan, Yang Berhormat Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Terima kasih, YB Tuan Speaker. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih saya ucapkan, kerana dengan izin telah memberi ruang kepada Sungai Kandis dalam perbahasan bajet 2025 Negeri Selangor, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Sungai Kandis ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk membahaskan bajet 2025 Negeri Selangor yang di bawa ini dengan berlapang dada, cermat, teliti, jujur serta berhemah. Bagi memastikan kesemua agenda dan dasar memperkasakan rakyat Selangor dapat di realisasikan dan diterjemahkan bukan hanya sekadar di atas kertas.

Yang Pertama, Sungai Kandis ingin highlight kan Jabatan Metreologi Malaysia, iaitu MET Malaysia, fasa peralihan monsun dijangka bermula, sudah bermula dari September 2024 dan akan berterusan sehingga ke hujung tahun. Dan Selangor menghadapi masalah banjir yang kerap. Di banyak daerah akibat daripada taburan kadar hujan turun yang tinggi, iaitu sekitar 119mm dalam tempoh 2 – 4 jam. Kejadian banjir kilat pada 25 September, baru-baru ini, di beberapa kawasan terutama di Jalan Kebun, di Kampung Jawa dan hampir keseluruhan N49, DUN Sungai Kandis, termasuk dengan jiran saya, di Sentosa dan juga di Kota Kemuning. Kami menuntut Kerajaan Negeri untuk bertindak segera bagi menyelesaikan isu banjir kilat yang masih lagi menjadi mimpi ngeri bagi rakyat Negeri Selangor dan juga bagi kami 3 ADUN yang berdekatan. Bencana banjir kilat ini, bukan sahaja memberi kesan kepada emosi, kepada rakyat tetapi juga melibatkan implikasi kewangan yang tinggi, kepada semua pihak rakyat dan juga kerajaan sendiri. Memetik kenyataan sidang akhbar, bertarikh 10 Oktober 2024, oleh YB EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor. Sebanyak 9 rancangan tebatan banjir, RTB di Selangor, dikenal pasti dan dikategorikan sebagai projek sakit. Antaranya kerana masih tidak di siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Projek itu melibatkan RTB di

Sungai Buloh, Ijok, Sungai Kayu Ara, Sijangkang, Sungai Kandis, Sungai Kembong, Taman Mutiara, Bukit Raja serta Sungai Pinang. Kenyataan ini amat merisaukan kami, khususnya penduduk di kawasan DUN Sungai Kandis. Jangan kerana kegagalan projek tebatan banjir yang terbengkalai ini, turut menjadi penyumbang kepada banjir kilat. Justeru itu, saya ingin dapatkan penjelasan Kerajaan Negeri mengenai status pembangunan projek tebatan banjir di Negeri Selangor, terutamanya terhadap projek-projek RTB yang sakit. Bajet 2025, menyediakan peruntukan berjumlah RM34.27 juta, bagi memastikan keberkesanan pengurusan projek tebatan banjir di beberapa lembangan sungai utama negeri. Apakah jaminan Kerajaan Negeri kesemua projek RTB di Selangor dapat dilaksanakan dengan segera sekali gus menangani isu banjir di Selangor? Wajarkah penduduk menanggung beban kerana kecuaian kontraktor yang dipilih oleh kerajaan dan menanggung kerugian dan keuntungan dikaut oleh pihak lain?

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk rekod, di kawasan saya, di DUN Sungai Kandis N49, dan saya juga membantu untuk N50 dan juga N48. Dalam kejadian banjir pada 25.9.2024, yang lepas, terdapat 41 di kawasan N49 sahaja, penghuni jagaan warga emas Bait Al Mawaddah, di Jalan Kebun dipindahkan ke pusat pemindahan sementara PPS di Kem Bumi Jati. Bayangkan kepayahan mangsa banjir yang terdiri daripada warga emas ini, yang pastinya meninggalkan kesan trauma serta gangguan emosi dan mental. Walau bagaimanapun, terima kasih saya ucapkan kepada pihak berwajib yang telah membantu untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir ini. Bercakap mengenai banjir lagi. Mengikut kajian reaksi psikologi terhadap bencana, kejadian yang dilihat berpunca dari faktor alam sekitar. Berlaku secara semula jadi, secara relatif lebih mudah diterima oleh mangsa berbanding bencana yang dilihat sebagai disengajakan atau disebabkan kecuaian atau ketidakprihatinan pihak tertentu. Menurut beberapa kajian lain, sekiranya kejadian bencana dianggap memang tidak dielakkan, seperti bencana alam yang lazim berlaku pada masa yang tertentu, contohnya seperti banjir di pantai timur semenanjung, pada musim monsun begini, kesan psikologinya agak kurang berbanding banjir kilat yang sering berlaku. Sebaliknya, apabila banjir besar berlaku, di kawasan yang biasanya tidak terlibat banjir dan mangsa melihat ada faktor bukan semula jadi, seperti kurang pemantauan pihak berkaitan terhadap pembangunan yang tidak terancang. PBT-PBT mohon ambil perhatian. Sistem saliran yang tersumbat dan tidak di selenggara dengan baik termasuk longkang tidak bertuan yang sekian lama tidak di selenggara dan masih belum selesai. Kesan marah dan terkenan mental di alami mungkin akan lebih teruk. Sebagai contoh, di Dun Sungai Kandis, rungutan-rungutan penduduk di kampung Johan Setia kini lebih banyak diterima kerana kekerapan banjir kilat yang berlaku di kawasan mereka sejak projek LRT 3 bermula lagi. Begitu juga di kampung Sungai Kandis, aduan dan rungutan menjadi lebih kerap apabila banjir kilat, kerosakan jalan mulai melanda kampung mereka sejak projek air rasau dan WCE bermula yang lalu.

Sungai Kandis mohon agar isu jalan yang rosak oleh kenderaan berat dan lebih muatan ini dipandang serius oleh agensi yang bertanggungjawab. Sudahlah bajet kepada JKR Selangor terhad, dibahagi pula dengan sembilan daerah di Selangor ini. Akhirnya jumlah yang diterima oleh JKR daerah tidak mencukupi untuk menampung kos baik pulih dan penyelenggaraan jalan milik daerah Klang. Saya mohon, saya setuju dengan bajet yang diperuntukkan untuk Selangor sebanyak Tiga Bilion, tetapi saya minta sepatutnya ditinggikan lagi supaya pihak-pihak berwajib di Jabatan Kementerian ini dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih senang apabila mereka mendapat bajet yang cukup. Jadi sekiranya bajet yang cukup diberi, tentu kita di sini tak payah bergaduh, tak payah melalak, tak payah menjerit untuk menunjukkan itu salah dan ini betul. Jika tidak dapat dibaik pulih dengan sempurna pun, paling tidak kami mohon perbanyakan papan tanda had muatan diletakkan di jalan kampung dan jalan utama. Speed reducer ataupun papan tanda berjadual kepada kenderaan berat untuk tidak membenarkan menggunakan jalan raya pada waktu-waktu tertentu terutama di jalan-jalan utama kami yang berhampiran sekolah, masjid, surau, tadika dan juga pasar malam.

Saya merayu agar pihak PBT menaikkan papan tanda, letakkan waktu dengan izin peak hours transport yang nak lalu, mungkin daripada tujuh sehingga sembilan, lima sehingga tujuh petang tidak dibenarkan melalui jalan-jalan sibuk yang kecil ini. Sebab ini akan mengakibatkan kemungkinan-kemungkinan kemalangan dan penduduk memandang berat perkara ini. Saya menyampaikan rungutan penduduk, permintaan penduduk agar perkara ini diambil kira oleh pihak-pihak berkuasa tempatan dan pihak JPJ, tolong buat rondaan di jalan-jalan kecil, bukan sahaja di Sungai Kandis, mungkin di semua kawasan. Sebab lori-lori besar yang melalui jalan yang lebar lebih daripada separuh jalan, waktu-waktu puncak, kenderaan, motosikal, anak-anak kecil sekolah. Jadi ini amat membahayakan dan perkara ini sudah lama sepatutnya pihak-pihak berkaitan sudah mengambil tindakan-tindakan yang sepatutnya, tak perlu menunggu rungutan daripada penduduk-penduduk yang perlu disampaikan kepada wakil-wakil rakyat mereka untuk disampaikan ke dalam Dewan. Mohon ambil perhatian. Kalau di Sungai Kandis, jalan yang memerlukan perhatian segera adalah Jalan Kebun, FT 190 saya ingat ke jalan kebun tambahan di persimpangan traffic light, lampu isyarat berhampiran sekolah menengah jalan kebun. Untuk makluman Ahli Dewan, sebahagian jalan ini adalah di bawah tanggungjawab pihak konsesi persekutuan iaitu roadcare serta sebahagian lagi di bawah seliaan konsesi negeri under kumpulan semesta. Jalan di situ sudah mengalami kerosakan yang kritikal, jalannya sudah mendap teruk, walaupun beberapa kali dibaiki.

Saya melalui pusat khidmat DUN Sungai Kandis sudah membuat permohonan kepada JKR Klang pada bulan Mei 2024 agar satu siasatan forensik ke atas jalan berkenaan diadakan bagi mengenal pasti tahap kerosakan serta pembaikan bersesuaian yang perlu diambil. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berterusan berlaku ke

atas penggunaan jalan raya tersebut. Saya dimaklumkan oleh pihak JKR Klang, mereka telah pun memanjangkan permohonan tersebut kepada pihak JKR Persekutuan, melalui surat bertarikh 17 Mei 2024. Sungai Kandis berharap agar isu jalan mendap di jalan kebun tambahan ini diselesaikan dengan segera, sekali gus mengangkat kadar kemalangan yang sering berlaku di sini. Terima kasih kepada JKR yang sering, sentiasa membantu kami, JKR Klang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berbalik pada isu banjir tadi. Beberapa kawasan rendah di jalan kebun menjadi seperti kolam tadahan apabila hujan, pembangunan perumahan baru yang ditinggikan daripada kawasan asal mulai dibina. Ditambah pula dengan perparitan yang jarang di selenggara, susah nak bela rakyat ini. Sorry Tuan Speaker. Ditambah pula dengan sistem perparitan yang jarang di selenggara, sudah tidak boleh menampung tadah hujan yang tinggi. Bukan bererti kami menolak pembangunan di tempat kami, akan tetapi biarlah permohonan ini dirancang dengan teliti agar kaedah pelaksanaan nya kelak tidak memberikan kesan negatif kepada penduduk asal. PBT, MBSA dan juga MBDK, semua ini terpaksa ditanggung oleh penduduk di kawasan kami. Begitu juga di kawasan-kawasan lain. Saya tidak hanya bercakap untuk Sungai Kandis, saya bercakap untuk banyak kawasan yang terbabit dan semua menghadapi masalah yang sama.

Menyentuh sedikit mengenai isu kesihatan mental. Saya bersetuju dengan pandangan Hulu Kelang yang mana kerajaan negeri perlu lebih serius menangani masalah kesihatan mental terutama di kalangan belia. Bajet 2025 menyaksikan hanya RM500 ribu sahaja diperuntukkan untuk Selangor Mental Sihat. Saya juga mendukung cadangan YB Hulu Kelang serta pandangan oleh YB Batu Tiga, akan keperluan mewujudkan low cost mental health clinic yang boleh digabungkan dengan klinik-klinik SelCare yang sedia ada. Terutamanya di kawasan perumahan, penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Saya juga turut membuat saranan ini di dalam perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama yang lepas. Antara cadangan Sungai Kandis ialah agar Kerajaan Selangor menambah, memperbanyakkan pusat rawatan dan rehabilitasi kesihatan mental yang komprehensif dan bersifat mampu ditanggung pesakit terutamanya golongan B40 dan M40. Berdasarkan tinjauan, seorang pesakit perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM600 sebulan bagi tujuan rawatan, tidak termasuk khidmat kaunseling daripada pakar. Ramai pesakit mental tidak berupaya mendapat rawatan yang efisien, sekali gus menyebabkan masalah terus menjadi barah kepada masyarakat. Jadi masalah ini sepatutnya memang tidak boleh dipandang ringan dan banyak kategori masalah mental sebenarnya. Jadi bagus bila pihak kerajaan beberapa orang pihak kerajaan membangkitkan masalah ini dan kita patut sama-sama

untuk melihat gangguan mental ini sebagai salah satu penyakit moden zaman sekarang. Diharap pihak kerajaan dapat membantu dan apa yang saya cakap tadi adalah benar, kaunseling paling kurang RM250 dan tidak dapat dibuat di tempat-tempat hospital kerajaan.

Oleh yang demikian, Sungai Kandis sekali lagi menyarankan pihak Kerajaan Negeri perlu mempergiatkan promosi kesedaran dan kepada kepentingan penjagaan kesihatan mental dalam golongan muda dan mungkin aspek pendedahan terhadap isu kesihatan mental perlu di mulakan dan diterapkan kepada anak-anak di sekolah. Ditambah lagi, yang rawatan ini bukan rawatan jangka pendek, malah ia mengambil masa sehingga bertahun, mungkin seumur hidup. Saya juga ingin mencadangkan untuk diubah had umur daripada 21 tahun dilupuskan dan golongan OKU mental dan juga yang lain, ini layak diberi layanan istimewa walaupun penyakit mereka bermula selepas usia 21 tahun.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, boleh landing ya.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Dengan adanya pusat rawatan dan rehabilitasi kesihatan mental milik kerajaan Selangor yang komprehensif dan kita dapat menangani isu kesihatan awam yang semakin penting terutamanya selepas COVID-19. Saya mengakhiri bahas saya hari ini dengan satu hal yang agak penting juga, iaitu isu lesen dan kerja oleh pendatang asing. Banyak kita dapati ramai pekerja asing yang tinggal di negara kita khususnya di Selangor, telah menjadikan Selangor khasnya, khususnya di N49 Sungai Kandis, kedai-kedai besi, tukang rumah, kedai runcit, pengutip sampah, sebenarnya ramai yang telah bekerja secara haram dan menggunakan barang-barang bersubsidi tanpa kawalan yang menandakan ini telah dibiarkan, menggunakan, mengambil hak rakyat yang membayar cukai di negara kita. Rungutan ini sampaikan kepada saya oleh peniaga-peniaga di kawasan saya dan saya sangat berharap pihak Imigresen tolong sering-sering turun ke Sungai Kandis dan juga kawasan-kawasan industri lain untuk mengambil tahu perkara ini. Sekian dan saya sudahi wabilahitaufik walhidayah, terima kasih, assalamualaikum.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Yang Berhormat Sentosa, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Sentosa ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker untuk membenarkan atau untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Negeri Selangor 2025. Sentosa ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor, terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Bajet Negeri Selangor 2025. Bajet ini mencerminkan komitmen kita dalam

memastikan kesejahteraan rakyat Selangor terus terbela dan ekonomi negeri berkembang mampan dan memberi tumpuan terutamanya kepada dua aspek utama, pembangunan teknologi dan pembinaan modal insan. Yang amat relevan untuk memastikan Selangor kekal menjadi negeri termaju di Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Speaker, teras satu yang menekankan kecerdasan buatan iaitu AI dan pembangunan insan sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negeri. Peruntukkan sebanyak RM5 juta untuk pembangunan pusat inkubator AI di Selangor adalah satu langkah yang bijak, ia mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri untuk melahirkan bakat dalam bidang teknologi tinggi dan meningkatkan daya saing, industri tempatan di peringkat global. Pendidikan sebagai asas pembangunan, peruntukkan besar sebanyak RM79.95 juta untuk pendidikan, jelas menunjukkan komitmen kerajaan terhadap masa depan generasi muda. Inisiatif seperti program PTRS, sebanyak RM10 juta dan program interaksi numerasi iaitu RM1 juta adalah langkah yang sangat positif terutama untuk memastikan murid-murid yang tercicir dan mendapat perhatian. Saya berharap keberkesanan program ini dinilai secara berkala, supaya benar-benar memberi manfaat kepada pelajar. Dana yang diperuntukkan juga disasarkan kepada infrastructure sekolah terutamanya sekolah-sekolah di luar ataupun di kawasan luar bandar. Sokongan kepada pelajar dan mahasiswa, program seperti Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor sebanyak RM8 juta, bantuan yuran Universiti sebanyak RM1.5 juta dan baucar buku sebanyak RM400 ribu, menunjukkan keprihatinan terhadap pelajar yang memerlukannya. Saya percaya ini akan memberi kesan besar dalam meringankan beban kewangan keluarga, namun cadangan tambahan saya adalah meluaskan akses kepada program ini terutama kepada pelajar dari komuniti yang kurang bernasib baik. Memperkenalkan skim biasiswa berasaskan prestasi untuk mendorong kecemerlangan akademik. Peruntukkan RM9 juta untuk memperkasa institusi pengajian tinggi, di bawah kerajaan negeri adalah tepat pada masanya.

Saya mencadangkan supaya IPT, IPT ini lebih banyak terlibat dalam projek penyelidik dan pembangunan yang boleh menyumbang kepada ekonomi negeri. TVET. Syukur kita ada STDC (Selangor Technical Development Centre) di bawah MBI sejajar di bawah agenda negara untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang TVET dengan fasiliti yang baik. STDC mempunyai 10 bidang lebih kurang 20 kursus TVET dan 5,994 graduan. Empat (4) sesi ambilan iaitu Januari, April, Jun dan September. Tawaran penajaan inisiatif kemahiran teknikal SMART Selangor amat membantu pelajar B40. Pemohon hanya perlu membayar RM150 pendaftaran kemasukan asrama sekali sahaja. Itu pun sekiranya hendak menginap di asrama. Syarat permohonan ibu bapa lahir di Selangor atau telah bermastautin lebih daripada 11 tahun dengan pengesahan ADN Ketua Kampung mengikut syarat tertera. Pemohon 16 tahun – 30 tahun. Sekiranya pelajar tercicir dari sekolah tidak menduduki peperiksaan atau gagal kita tidak mau anak

Selangor tercicir begitu sahaja. Mereka mempunyai potensi mungkin mereka tidak suka peperiksaan, mereka mempunyai kemahiran tertentu sekiranya pelajar boleh menulis membaca dan mengira STDC akan menggilap dan mengasah setiap individu dalam bidang TVET diminati sehingga menjadi profesional dalam bidang tersebut.

Ahli Dewan Negeri (ADN) harus memastikan atau memainkan peranan untuk pastikan maklumat tentang Selangor Technical Development Centre sampai kepada semua lapisan masyarakat. Kita di Selangor memastikan anak-anak kita diberikan peluang untuk melanjutkan Pendidikan TVET kesungguhan setiap ADN untuk membawa maklumat seperti ini kepada masyarakat akan memastikan tiada pelajar tercicir. Sekali gus memaksimumkan potensi setiap individu. Perdana Menteri kita Y.A.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berkata di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat baru-baru ini semasa meluncurkan Dasar TVET Negara 2030 bahawa TVET adalah salah satu kunci utama dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan memberi peluang kepada pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berbakat dalam bidang teknikal. Kita boleh memanfaatkan potensi tenaga kerja negara mengurangkan tenaga kerja warga asing pengangguran dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, masalah pembelajaran. Pada bulan Mac 2024 Menteri Pendidikan Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek mendedahkan lebih 400,000 murid di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mengalami masalah pembelajaran. Sebanyak 280,985 murid sekolah rendah iaitu dari tahun 1 sehingga tahun 6 masih belum menguasai mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi pelajar sekolah menengah tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 pula adalah 154,853 daripada nya masih belum menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Amiruddin Shaari juga telah memaklumkan bahawa kira-kira 17,000 murid tahun 1,2 dan 3 di Selangor berdepan dengan masalah literasi dan masalah ini perlu diatasi. Program intervensi awal iaitu Literasi dan Numerasi dan Program Tekad Reformasi Pendidikan amat penting untuk memperkukuh kedudukan Selangor sebagai ‘negeri terhadapan’ dalam menyediakan pendidikan berkualiti melalui pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan dan inovasi pendidikan.

Sentosa telah mengadakan kelas intervensi dengan nama Sinar Ilmu Harapan Sentosa sejak tahun 2021, semasa PKP secara online untuk 30 pelajar yang telah dikenal pasti melalui pendaftaran dan saringan daripada tahun 1 ke tahun 6. Insentif program-program ini telah juga kita buka kepada lebih ramai pelajar selepas tamat era pembelajaran dan kita nampak banyak daripada anak-anak ini dalam jangka masa 1 tahun kalau diberi perhatian dan fokus untuk memberi dia bantuan, anak-anak ini akan terutamanya melalui kaedah pembelajaran Multi Sensory Approach untuk memastikan mereka lebih faham. Kini sedang menjalankan untuk lebih kurang 100 orang pelajar di satu rumah pangsa

murah di Sentosa. Mereka langsung tidak boleh membaca dan memperoleh masalah pembelajaran serius seperti Dyslexia dan sebagainya. Ada yang tidak tahu menulis nama sendiri kerana ada yang tidak pergi ke sekolah pada awalnya kerana masalah dokumen dan sebagainya. Dengan komitmen yang tinggi daripada guru-guru dan sukarelawan pendidik kini pelajar yang datang dengan masalah 3M kini boleh membaca dan menulis dalam tempoh 1 tahun. Kita perlu memberi perhatian dan intervensi awal pada pendidikan di peringkat sekolah rendah supaya mereka tidak tercicir sampai ke sekolah menengah. Result atau pun keputusan apa yang kita dapat daripada Program Sinar Ilmu Harapan Sentosa, 30 orang pelajar ini dapat menguasai asas membaca dalam tempoh 1 tahun.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Selangor jelas berada di landasan yang betul dalam memperkukuhkan asas pembangunan teknologinya sambal memastikan rakyatnya tidak ketinggalan. Dengan perancangan strategik ini, saya yakin Selangor akan terus menjadi peneraju ekonomi di Malaysia. Memang kita daripada sebelah kanan pembangkang dari segi mengkritik dari dalam perbahasan bajet, kritik ini sebenarnya mestilah membina. Tidak boleh “must be constructive result” di mana untuk memberikan pandangan perbahasan dia dapat membantu dengan memberikan pandangan berguna mengenal pasti kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan bagi memastikan perancangan belanjawan yang lebih efektif. Saya tertarik dengan Y.B Dengkil yang memberikan cara-cara kaedah-kaedah penambahbaikan. Memang dia pun telah kenal pasti kelemahan dan sebagainya. Inilah apa yang kita hendak daripada sebelah kanan pembangkang kawan-kawan saya daripada sebelah kanan mungkin harus mendapat satu petua atau menghadiri satu kelas macam mana untuk membantu membangunkan rakyat, membangunkan negeri Selangor ini. Syabas diucapkan kepada Y.B Dengkil. Walaupun bajet ini menyasarkan pelbagai keperluan beberapa cadangan yang pelaksanaan projek mesti di pantau dengan ketat untuk memastikan tiada ketirisan. Keberkesanan program bantuan harus dinilai secara berkala supaya mencapai kumpulan sasaran dengan tepat.

Tuan Speaker, memang Teras 2 mendukung Hasrat Alam Sekitar Mampan dan Infrastruktur Berkualiti. Memang ada banyak yang saya hendak perkatakan tetapi lampu dah kuning. Tetapi satu perkara yang saya ingin bentangkan ialah saya mintaklah jasa baik EXCO untuk memastikan peruntukan yang cukup untuk JPS dan JKR. Untuk mereka, selalunya Kerajaan memperuntukkan tetapi tidak cukup mungkin duit atau pun dana yang diperuntukkan untuk kerja-kerja infrastruktur terutamanya untuk Sungai dan Jalan boleh dipertingkatkan supaya kerja-kerja yang dibuat di pihak JKR dan JPS akan berjalan dengan lancar.

Tuan Speaker, dari segi pembangunan infrastruktur belanjawan ini memperuntukkan RM95.98 juta untuk Pembangunan Infrastruktur serta perbelanjaan besar untuk projek

naik taraf. Projek ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi tetapi juga meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kepentingan memastikan kerja-kerja ini mengutamakan keperluan penduduk di kawasan luar bandar yang masih kekurangan akses jalan raya. Pemantauan ketat terhadap kontraktor agar projek disiapkan tepat dan berkualiti tinggi.

Tuan speaker, dari segi pembolehan tadi saya bentangkan tentang permintaan dana untuk JPS. RM62.3 juta untuk Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor serta RM3 juta untuk pemulihan air lembangan sungai adalah yang penting. Sungai adalah nadi negeri Selangor tetapi pencemaran masih menjadi isu. Sentosa minta Sungai Aur diberi perhatian oleh JPS dan Kerajaan Negeri supaya pembinaan tebing dan juga dari segi mendalamkan nya kerana kita juga ada masalah. Bila air paras laut tinggi, air tidak dapat keluar ke laut dengan cepat dari Taman Sentosa ada masalah longkang dan sebagainya.

Cadangan pengukuhan Program Sosioekonomi Masyarakat India. Ini saya nak tumpuan Y.B Tuan Speaker. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Y.A.B Menteri Besar dan Kerajaan Negeri atas pelbagai inisiatif dan program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat India di Selangor. Program-program ini seperti Pemberian Geran Pendidikan, Latihan Kemahiran dan Sokongan kepada Usahawan Kecil jelas membuktikan komitmen Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan masyarakat India. Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu perkara penting. Walaupun usaha-usaha ini telah memberikan impak positif, terdapat keperluan untuk menilai semula keberkesanan program-program yang akan dijalankan. Kita perlu memastikan bahawa setiap ringgit daripada peruntukan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar.

Saya mencadangkan, Sentosa mencadangkan kita perlu ada satu program yang khas, spesifik untuk masyarakat India untuk membantu membangunkan masyarakat sosioekonomi masyarakat India seperti apa yang kita ada MITRA. MITRA ada peruntukan sebanyak RM100 juta tetapi Kerajaan negeri Selangor tidak ada satu Program Khas atau satu Dana Khas. Saya mencadangkan, Sentosa mencadangkan Dato’ Menteri Besar boleh membantu wujudkan satu dana seperti MITRA. Saya tidak minta banyak. Mungkin 5% atau pun 10% apa yang saya mintak RM5 juta yang boleh diperuntukkan. Saya mencadangkan agar Y.A.B Menteri Besar mempertimbangkan perkara berikut. Kajian semula peruntukan untuk program sosioekonomi masyarakat India perlu dikaji semula bagi memastikan ia mencukupi dan digunakan secara optimum. Sekiranya terdapat kekangan tambahan bajet harus dipertimbangkan agar inisiatif ini tidak terjejas. Peningkatan keberkesanan program pelaksanaan audit berkala terhadap program-program yang ada untuk menilai keberkesanan dan impaknya. Jika terdapat kekurangan ia boleh diperbaiki segera.

Tuan speaker, pengurangan Dana Rumah Ibadat Bukan Islam. Banyak Yang Berhormat atau kawan-kawan saya telah menyatakan tentang menyuarakan kebimbangan terhadap pengurangan dana daripada RM6 juta kepada RM4 juta. Saya harap Y.A.B. boleh mengkaji balik kaji semula tentang permintaan kita. Sentosa juga ingin kalau boleh...

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Mohon celahan.

Timbalan Speaker

Ada celahan. Silakan.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Y.B Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih Y.B. Sentosa, saya ingin bertanya tentang dana yang diperuntukkan untuk kaum India. Sebab saya juga bertanya yang sama di sesi yang lepas mengapa satu dana tabung yang diletakkan di bawah Sekretariat di pindahkan ke EXCO di bawah EXCO Kebajikan. Dan ini untuk kaum India bermakna dana itu wujud dan ada. Apakah Sentosa yang dah lama dalam kerajaan tidak faham dan tidak tahu ada dana ini yang fokus kepada kaum India. Saya cakap kaum India sebab saya suka menyentuh aspek ini kerana mereka memerlukan dana yang banyak untuk pembangunan masyarakat India ini. Mereka terkesan dengan ekonomi semasa dan ramai di antara mereka yang B40. Sebab itu di mana-mana sidang saya akan bercakap tentang keperluan dana kepada bangsa India ini mungkin Sentosa boleh merujuk kepada EXCO untuk membangunkan masyarakat India dengan dana tersebut.

Terima kasih Y.B Sungai Ramal. Memang...

Timbalan Speaker

Sentosa ringkaskan juga ya.

Iya. Minta 1-2 minit lagi.

Timbalan Speaker

Okey saya beri 2 minit.

Okey terima kasih. Cukup hebat Tuan Speaker. Memang cadangan Sungai Ramal saya juga setuju. Perlu kita ada satu (1) dana tetapi apa yang kita dapat tak cukup ya. Program-program yang dikendalikan dengan dana yang sedia ada khususnya untuk menjalankan program-program yang tertentu tetapi kita tidak menggunakannya. Untuk apa yang kita boleh membantu misal kata usahawan dari segi membangunkan perniagaan, memberikan mereka latihan dan sebagainya. Itu yang saya cadangkan.

Tuan Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mencadangkan agar dana ini dikaji semula dan sekurang-kurangnya dikekalkan untuk rumah ibadat khususnya sebanyak RM6 juta atau cari mekanisme lain yang diperkenalkan seperti dana tambahan melalui permohonan khas bagi rumah ibadat yang benar-benar memerlukan. Saya memang nak cadangkan lah, kalau kita boleh beri perkhidmatan kerana dari segi kalau kita tengok rumah-rumah ibadat ini mereka perlukan bantuan dari segi pengubahsuaian. Ada program-program yang dijalankan dari segi Pendidikan yang dijalankan dan sebagainya. Kalau kita kurangkan pengurangan okey kalau Kerajaan Negeri boleh bantu mereka memberi mereka air percuma atau elektrik percuma ini juga boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri terutamanya untuk semua rumah-rumah ibadat untuk mendapat air percuma. Setakat boleh membantu mengurangkan kos pengendalian rumah-rumah ibadat.

Yang ketiga ialah berkenaan perkampungan India. Baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diamanahkan untuk menjaga Perkampungan Tradisi Masyarakat India di seluruh negara bagi memenuhi aspirasi Kerajaan Madani dalam menjaga kebajikan setiap kaum di negara ini. Keputusan ini telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim susulan pertemuan yang diadakan bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan bersama berbangsa india baru-baru ini. Perkampungan India ini tidak mempunyai urus tadbir yang baik sebelum ini kerana ia tidak diletakkan di bawah penyeliaan mana-mana kementerian ataupun agensi kerajaan atau PBT. Perkampungan India merupakan sebahagian penting daripada warisan sosial dan budaya Selangor. Walaupun kerajaan pusat telah mengumumkan Kerajaan Negeri perlu memainkan peranan yang aktif untuk memastikan pelaksanaannya efektif. Apa yang saya minta ialah cabaran yang akan kita hadapi ialah untuk memastikan semua PBT ataupun Pejabat Tanah untuk memainkan peranan untuk mendapatkan maklumat-maklumat kerana infrastruktur seperti jalan raya, sistem kumbahan bekalan air dan sumber dia tidak memadai di kawasan Perkampungan India. Dan penduduk sering menghadapi kesukaran dalam mendapatkan dokumen tanah dan sebagainya. Bila kementerian sudah membuat keputusan tibalah masanya Pejabat Tanah membantu menyiapkan apa yang mereka perlukan supaya proses untuk mendapatkan kelulusan dan sebagainya dapat berjalan dengan lancar. Saya percaya. Saya percaya dengan sokongan dan kesediaan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk mengkaji semula peruntukkan dan pelaksanaan program ini Masyarakat India di Selangor akan terus maju dan berkembang sejajar dengan visi pembangunan negeri.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Klang kerana beliau akan bersara hari ini dan juga untuk memastikan pengganti beliau boleh terus datang dan memastikan banyak usaha yang telah dilakukan untuk membaiki infrastruktur, peningkatan perkhidmatan dan

sosial oleh Datuk Bandar sekarang boleh disambung oleh Datuk Bandar yang baru. Tuan Speaker, saya dari segi penutup, akhir kata saya yakin tapi ada satu permintaan dari kawan saya dari Kajang untuk satu dia tidak dapat...

Timbalan Speaker

Ringkaskan ya Yang Berhormat Sentosa. Kajang dah dapat peluang dia semalam.

Beliau telah tanya ada satu soalan yang juga saya ingin masukkan menurut Jadual Ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan Tanah merupakan senarai negeri dalam keadaan Kerajaan Negeri hanya memberikan kebenaran menggunakan tanah kerajaan bagi tujuan lebuh raya dan tiada pun pelupusan tanah dibuat di bawah mana-mana Peruntukkan Kanun Tanah Negara. Termasuk perizaban adakah Kerajaan Negeri langsung tidak mempunyai hak untuk menetapkan dasar sekiranya lebuh raya berkenaan digunakan untuk tujuan komersial atau aktiviti lain seperti struktur iklan, menara telekomunikasi, stesen minyak dan lain-lain oleh Kementerian Kerja selain daripada berkaitan dengan pengurusan, pengangkutan dan lebuh raya. Itu yang tanya berkenaan hak Kerajaan Negeri ataupun PBT untuk memberikan kebenaran kepada sesebuah syarikat untuk mengguna pakai tanah mereka. Akhir kata saya yakin di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar akan terus maju ke hadapan sebagai negeri yang progresif, inklusif. Saya berharap agar kita semua dapat terus memberikan sokongan padu kepada usaha-usaha Kerajaan Negeri demi kebaikan rakyat dan masa depan yang lebih cerah. Bajet negeri Selangor ini adalah langkah yang bijak untuk memastikan Selangor kekal sebagai negeri. Memang Hulu Kelang telah membangkitkan dia telah beritahu tadi, semalam bahawa dia telah hand over dalam silver plater. Saya pun tertanya-tanya apa yang dia sebenarnya hand over dalam silver plater? Bajet negeri adalah langkah yang untuk memastikan Selangor kekal saya menyokong penuh bajet ini dengan harapan agar pelaksanaannya dapat memenuhi aspirasi rakyat dan memacu negeri ke arah masa depan yang lebih cerah. Sentosa menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Sekarang giliran Yang Berhormat Hulu Bernam.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, seluruh Ahli Dewan dan Ketua-Ketua Jabatan dan seluruh kakitangan kerajaan yang masih setia mendengar perbahasan sehingga pada petang ini. Hulu Bernam berpegang kepada matlamat belanjawan itu adalah demi kesejahteraan rakyat, bukan sekadar angka yang mengghairahkan dan projek besar yang dibanggakan hingga berisiko meletakkan kita di tahap yang selesa. Angka dan projek besar ini harus dinilai secara jujur dan menyeluruh

supaya manfaatnya sampai kepada rakyat Selangor. Angka-angka yang menggiurkan ini juga perlu dijadikan sebagai alat mempamerkan kekuatan bagi memacu pertumbuhan ekonomi Selangor dan memberi keyakinan kepada para pelabur untuk berlabuh dengan melaksanakan dasar fiskal yang berstrategi sehingga dapat memberi limpahan manfaat yang dirasai oleh rakyat terbanyak.

Belanjawan kali ini mempamerkan sekali lagi belanjawan defisit. Sungguhpun tujuh belanjawan defisit dibentangkan berturut-turut ia dilihat masih dapat membantu pertumbuhan ekonomi di Selangor. Ini kerana usaha kutipan hasil yang lebih tinggi daripada sasaran serta perbelanjaan berhemah yang tidak melebihi 95% peruntukkan bagi semua jabatan. Ini saya dapat sebut adalah sumbangan komitmen yang tinggi dan kerjasama penuh yang diberikan oleh seluruh kakitangan kerajaan yang telah memberikan khidmat terbaik mereka. Dan mereka perlu dihargai oleh Kerajaan Negeri Selangor saya ucapkan tahniah buat seluruh kakitangan awam Selangor. Namun yang demikian kebergantungan hasil negeri masih diletakkan pergantungan yang tinggi kepada jualan premium tanah iaitu 48% kerancakan ekonomi KDNK negeri sebanyak 7.3% itu pula adakah menunjukkan aktiviti ekonomi yang sebenar? Yang berlaku di Selangor atau sebahagian besarnya dipagari oleh aktiviti transaksi jualan tanah? Bagaimana pelabur-pelabur yang masuk ke negeri ini yang sepatunya menjadi multiplayer effect mempamerkan kerancakan ekonomi negeri. Sebab itu saya sebut bahawa angka-angka ini perlu diterjemahkan secara jujur. Kita semua tahu bahawa kemampanan ekonomi Selangor hari ini tapak dan asasnya telah dibina sejak bertahun lagi. Selangor pernah menyaksikan disiplin belanjawan berimbang pada tahun 2008 hingga 2014 selepas daripada itu Selangor menyaksikan pula belanjawan surplus dengan belanja pembangunannya lebih tinggi daripada belanja mengurus sehingga tahun 2018. Kini, sejak lima belanjawan yang lalu Selangor kekal dengan belanja mengurus lebih tinggi daripada belanja pembangunan. Selangor bernasib baik kerana kemampanan ekonomi dan rizab negeri Selangor yang menguat sejak dahulu menjadikan dasar fiskal tahun-tahun yang kemudiannya tetap mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri. Adapun amalan perbelanjaan defisit itu hanya menjadi wajar bagi merancakkan pembangunan negeri dengan meningkatkan belanja pembangunan bukan belanja mengurus.

Tuan Speaker belanjawan lalu dan belanjawan kali ini rakyat ingin melihat usaha Kerajaan Negeri meningkatkan hasil negeri dengan meneroka inisiatif baru pada belanjawan 2024 yang lalu, Dato’ Menteri Besar ada menyebut akan menyemak semula kadar Fi Pejabat RM1,500 yang dikenakan oleh negeri Selangor bagi kadar pindahan hak milik yang nilaian melebihi RM1juta. Apabila saya merujuk Portal Pejabat Tanah dan Galian negeri Selangor, kadar fi bagi kadar pindahan hak milik yang nilaiannya lebih RM1juta. Saya dapat print yang menunjukkan bahawa kadar itu masih kekal RM1,500.

Jadi Hulu Bernam ingin mendapatkan penjelasan setakat mana kemajuan usaha ini setahun telah pun berlalu Selangor akan terus mengalami kerugian bagi setiap transaksi pindahan hak milik yang tidak disemak semula. Bagi meneruskan perbahasan pada petang ini Hulu Bernam ingin menyinggung dua perkara utama daripada Belanjawan Selangor 2025 iaitu hal berkaitan dengan luar bandar dan hal berkaitan dengan anak muda. Dan di penutup nanti Hulu Bernam akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri satu cadangan yang praktikal tentang bagaimana ingin memacu pertumbuhan ekonomi di negeri Selangor dengan lebih stabil. Ahli Dewan sekalian, mewakili DUN Hulu Bernam yang merupakan DUN di kawasan luar bandar, Belanjawan Selangor 2025 mencerminkan bahawa rakyat di kawasan luar bandar semakin dipinggirkan. Buktinya belanja pembangunan sektor luar bandar kali ini hanya diperuntukkan dengan peruntukkan yang sangat kecil. Hanya 1.88% daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan bagi sektor luar bandar. Ini jelas merosot sebanyak 9.4juta berbanding belanjawan tahun lalu sedangkan masih banyak lagi projek pembangunan luar bandar seperti pembangunan sosial, pembangunan ekonomi komuniti yang memerlukan perhatian pihak Kerajaan Negeri. Bagi pembangunan sosial luar bandar saya mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri melalui EXCO Pembangunan Luar Bandar untuk beri perhatian terhadap dua permintaan Hulu Bernam.

Pertama, mewujudkan klinik bergerak secara berjadual di kawasan-kawasan kampung. Saya mengambil contoh di DUN saya. Warga Hulu Bernam terpaksa mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan jauh daripada kediaman mereka. Sedangkan mereka ini ada yang uzur, ada yang susah, tak ada kenderaan dan kadang terpaksa mengharapkan jiran ataupun menantikan anak-anak mereka untuk pulang membawa mereka. Mereka ada sebahagiannya terpaksa mendapatkan rawatan di Slim River. Perlu merentas negeri bagi mendapatkan rawatan. Saya pernah bersama dengan pasukan saya ada mengambil inisiatif memanggil doktor untuk hadir ke rumah-rumah pesakit yang terlantar. Ada di antara keluarga ini yang tak ada kemampuan kenderaan mahupun kemampuan fizikal untuk ke hospital ataupun klinik bagi mendapatkan rawatan. Inilah realiti masyarakat yang masih ada di negeri Selangor ini. Si ibu yang uzur terpaksa menjaga anaknya yang OKU dan sakit. Ada anak yang terpaksa berhenti kerja pulang ke kampung menjaga orang tua mereka yang sakit dan kita sangat kesian dengan kehidupan masyarakat hari ini.

Dan perkara kedua yang saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri untuk mengusahakan pengangkutan awam di DUN Hulu Bernam. Kawasan saya ini jangankan kereta api, teksi dan bas awam pun tak ada. Keter hubungan masyarakat luar bandar dengan kawasan-kawasan bandar sangat-sangatlah terbatas. Urusan-urusan banyak perlu dilakukan di kawasan yang memerlukan kepada pengangkutan awam ini.

Bagi pembangunan ekonomi komuniti pula saya ingin mengesyorkan permintaan yang ketiga saya iaitu Kerajaan Negeri membangunkan bersungguh-sungguh Projek Kampung Digital. Wujudkan pusat komuniti setempat yang membolehkan usahawan dan peniaga luar bandar ini untuk mendapatkan latihan dan sokongan secara dekat untuk membantu mereka cara mempromosikan produk dan perniagaan mereka secara atas talian atau e-dagang. Ini boleh membantu meningkatkan permintaan terhadap produk atau perniagaan mereka. Warga luar bandar ini ada yang hebat memasak Ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri boleh bantu menyediakan bantuan peralatan yang retort kepada mereka supaya makanan-makanan ini dapat dipek dan dijual keluar daripada kawasan mereka supaya boleh bertahan lebih lama. Pusat Komuniti ini juga boleh difungsikan untuk beri galakan dan sokongan latihan kepada usahawan dan peniaga. Malah pengguna supaya menggunakan QR code sebagai transaksi pembelian di kawasan luar bandar yang sangat kurang mesin ATMnya. Saya ingin memetik ucapan Dato’ Menteri Besar yang menyebut dalam belanjawan beliau, Kerajaan Negeri memberi pengurangan serta pengecualian duti hiburan yang memberi implikasi kewangan sebanyak RM13.17juta. saya ingin menyebut jika duti ini dikutip dan hasilnya dipulangkan kepada pembangunan luar bandar sudah tentu sangat besar manfaatnya kepada rakyat di kawasan luar bandar. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam merapatkan jurang ekonomi, infrastruktur sosial dan pendidikan masyarakat bandar dan luar bandar? Dan saya menantikan jawapan ini di dalam sesi penggulungan nanti.

Tuan Speaker, Hulu Bernam ingin meneruskan lagi perbahasan pada petang ini dengan menyentuh hal-hal terkait dengan generasi muda. Saya suka memetik satu kata-kata yang tidak luput dimakan zaman iaitu kata-kata daripada seorang pemimpin hebat yang pernah mentadbir sebuah wilayah Islam yang cukup besar suatu masa dahulu. Kata-katanya bahawa jika kamu mahu ingin melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah pemuda pemudi nya pada hari ini. Kata-kata yang diungkapkan ini oleh Saidina Ali R.A. telah menjadi pedoman dan warisan buat kita sepanjang zaman bahawa pentingnya pembinaan generasi muda.

Perkara pertama yang Hulu Bernam ingin bahaskan daripada belanjawan ini yang terkait dengan generasi muda adalah berkaitan dengan peruntukan 1 juta dalam program pendidikan berasaskan STEM. Hala tuju pendidikan negara hari ini telah cuba disesuaikan dengan keperluan negeri dan negara yang memerlukan satu tenaga kerja yang besar yang perlu disiapkan dalam bidang sains. Teknologi kejuruteraan dan matematik atau singkatannya disebut STEM. Kementerian Pendidikan pula telah meletakkan dasar 60 - 40 bagi menambah bilangan pelajar untuk menyertai bidang STEM. Namun sehingga hari ini masih gagal menarik minat generasi muda kepada

STEM. Buktinya saya ingin berkongsi satu artikel daripada Berita Harian, pelajar STEM berkurangan jejas kemasukan ke kursus Kejuruteraan. Kalau boleh saya bacakan sedikit petikan daripada Presiden Majlis Profesor Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose yang mengatakan bahawa bagi sesi 2023-2024 hanya 62250 daripada kira-kira 415 000 pelajar tingkatan 3 di seluruh negara memilih aliran Sains ke tingkatan 4. Jumlah itu paling rendah dalam sejarah dan jauh ketinggalan berbanding dasar 60 % yang ditetapkan pada 1967. Isunya Negeri Selangor sudah pun menjadi destinasi yang diminati pelabur dalam bidang Sains Teknologi Kejuruteraan. AI nak masuk, Semi konduktor nak dikembangkan teknologi hijau jadi bidang baru untuk diteroka namun kesenjangan ketersediaan tenaga kerja yang berkemahiran amat membimbangkan. Isu ini sudah ada kajian. Saya nak kongsi kan satu dapatan kajian yang dilakukan secara kuantitatif punca kegagalan dasar 60-40 ini yang Kerajaan Negeri perlu menampung bagi menjayakannya semula.

Kajian daripada International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences saya nak menyentuh sikit berkaitan dengan punca kegagalan ini apabila disebut antara puncanya disebabkan oleh pelajar student factor disebut among those i know the student less interest in so they choose no STEM feel. Mereka sendiri tak minat dengan STEM ini. Punca daripada sekolah pula infrastructure and facilities for science learning unlimited especially incomplete laboratories. Kita punya persiapan lab pun tak cukup di sekolah-sekolah dan juga faktor keluarga disebut parents who do not encourage student to go STEM because of the dificulties to get a job in this year. Kesedaran ibu bapa itu sendiri tentang STEM tidak cukup meluas lagi. Secara ringkas nya punca kegagalan ini berpunca pelajar itu sendiri yang tidak minat, ibu bapa mereka yang tidak memiliki kesedaran tentang peluang pekerjaan berkenaan STEM dan kelengkapan makmal yang kurang di sekolah itu sendiri. Apa yang saya boleh rumuskan bahawa punca permasalahan ini adalah berpunca daripada kurangnya pendedahan dan rangsangan kepada kumpulan ini daripada pihak kerajaan. Soalan saya kepada Kerajaan Negeri adakah Kerajaan Negeri boleh memainkan peranan untuk melibatkan pemain industri yang berasaskan STEM ini turut mengambil tanggungjawab dalam memberikan pendedahan secara terus dan meningkatkan minat pelajar sekolah terhadap pendidikan STEM? Dan saya mohon jawapan daripada pihak Kerajaan Negeri semasa sesi penggulungan nanti In sya Allah.

Tuan Speaker sebelum saya pergi kepada penutup perbahasan saya pada hari ini saya ingin menyentuh hal berkaitan isu di tempat saya. Saya mohon Kerajaan Negeri untuk memantau sistem perparitan di Kampung Serigala, Kampung Selisik, Kampung Sungai Nilam, Kampung Alah Batu dan juga Kampung Sri Keledang yang sudah lama tidak di selenggara apabila hujan biasa pun air cepat saja naik. Bukan saja lalang, pokok pun sudah pun tumbuh dalam parit tersebut. Lebih parah lagi pada tahun ini kawasan-

kawasan ini telah pun terjejas banjir banyak barang-barang rumah yang rosak sehingga ada sebahagian yang terpaksa di pindahkan ke Pusat Perpindahan sementara. Oleh itu saya ingin bertanya bagaimana Kerajaan Negeri memantau keadaan parit-parit di kawasan kampung-kampung ini supaya sentiasa berada dalam keadaan yang di selenggara. Adakah pemantauan ini dilakukan? siapa yang dilantik? Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan supaya kerja-kerja selenggara parit sentiasa berjadual.

Ahli Dewan sekalian, Tuan Speaker saya mohon sedikit masa lagi Tuan Speaker. Seperti yang saya sebut di awal perbahasan saya tadi bahawa sebagai penutup perbahasan saya pada hari ini saya akan kongsikan cadangan untuk memacu pertumbuhan ekonomi di Negeri Selangor yang lebih stabil. Belanjawan yang lalu dan kali ini kita banyak menyentuh perihal menambah hasil negeri dari sumber yang baru. Kita bicara soal menambah peruntukan pembangunan yang menjadi keperluan merancakkan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Saya ingin membawa ahli dewan sekalian melihat sistem ekonomi Islam. Yang dipakai oleh kerajaan-kerajaan Islam terdahulu sehingga yang terakhir kerajaan Turki Uthmaniah yang mampu mengekalkan kemampanan ekonomi wilayah nya yang besar. Mereka mengaplikasikan Sistem Wakaf sebagai model ekonomi mereka. Dalam konteks Negeri Selangor saya melihat Selangor berpotensi besar mengaplikasikan sistem ini bagi menampung kos sosial kebajikan dan infrastruktur yang menjadi sektor terbesar dalam belanjawan yang dibentangkan. Melihat kepada Negeri Selangor pada hari ini yang telah memiliki badan menguruskan wakaf iaitu Perbadanan Wakaf Selangor. Apa yang saya ingin cadangkan ini adalah pemerkasaan wakaf korporat sama ada dikendalikan oleh PWS sendiri atau diwujudkan satu Badan Korporat anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri yang menguruskan wakaf ini dan bertindak secara dualisme dalam menguruskan wakaf ini. Mengapa wakaf korporat?

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, sila tutup.

Sikit lagi boleh? Satu minit je.

Timbalan Speaker

Teruskan.

Mengapa Wakaf Korporat? Ini kerana Selangor mempunyai kekuatan aset wakaf yang luas dan Selangor juga memiliki banyak syarikat besar dan institusi kewangan yang boleh dilibatkan dalam wakaf korporat. Melalui wakaf korporat ini dapat penjanaan pendapatan berterusan melalui wakaf produktif dengan memanfaatkan aset wakaf seperti tanah dan bangunan untuk tujuan komersial dan juga sosial. Aset wakaf digunakan untuk pelaburan strategik dalam sektor perladangan, hartanah dan penjagaan kesihatan yang akhirnya hasil

daripada aktiviti ini dapat digunakan untuk pembangunan masyarakat dan negeri. Saya tidak sebut hasil tersebut akan dimasukkan secara langsung ke dalam Hasil Negeri tetapi hasil tersebut akan dikitarkan semula dalam pembangunan sosial dan infrastruktur. Kerajaan Negeri dapat melakukan penjimatan kepada sektor ini dan dapat menggunakan sebahagian peruntukan pembangunan itu kepada sektor-sektor lain seperti sektor pendidikan, kesihatan dan luar bandar yang menjadi pecahan terkecil dalam Belanjawan Selangor. Tuan Speaker saya tidak berhasrat memanjangkan perbahasan saya pada petang ini. Selebihnya Hulu Bernam ingin mendengar jawapan daripada pihak kerajaan sewaktu sesi penggulungan nanti. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Hulu Bernam untuk turut serta dalam perbahasan kali ini bagi mengutarakan pandangan Hulu Bernam sebagai semak imbang terhadap Belanjawan yang dibentangkan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Sekarang giliran Yang Berhormat Meru.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Salam Malaysia Madani, Salam Kita Selangor Maju Bersam. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker yang memberi keizinan untuk saya Meru membentangkan bajet yang telah di bentang oleh Y. A. B Menteri Besar Selangor yang bertemakan Selangor Dinamik, Cita Sempurna, Malaysia Madani. Saya mulakan sepotong ayat Allah S. W. T yang berfirman A’uzubillahiminassyaitonirrajim (Ayat Bahasa Arab). Yang bermaksud sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan perintah itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Sadaqallahulazim.

Pertamanya, Meru ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar serta seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kakitangan awam dengan penyediaan dan pembentangan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2025. Alhamdulillah, syukur kita dikurniakan dengan sebuah negeri yang makmur, kaya, sejahtera dan maju di Malaysia. Selangor juga telah merekodkan seperti mana yang telah dibahaskan oleh rakan-rakan saya dan kita boleh ulang kembali kejayaan baru untuk tahun ini dengan menyumbangkan 25.9% kepada keluaran dalam negara kasar, KDNK bagi Tahun 2023. Selangor juga mencipta sejarah di mana dengan menjadikan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai aktiviti ekonomi melebihi paras RM400bilion. Yakni RM406.1bilion. Jadi, saya ingin mengambil perhatian, menarik perhatian Dewan yang mulia ini, di mana data daripada Jabatan

Perangkaan berkaitan dengan KDNK negeri-negeri di Malaysia. Saya akan bacakan empat teratas dan empat terbawah. Di situ kita boleh lihat di mana kemajuan dan talent Negeri Selangor di dalam negara kita yang kita cintai. Negeri yang pertama menyumbang KDNK tertinggi sudah tentu negeri kita, Selangor RM406.1bilion. Iaitu yang saya sebutkan tadi 25.9%. Tepuklah. Dah tak ramai dah. Semuanya dah letih dan tepu. Kena akui. Pembangkang kena akui. Negeri kedua ialah Wilayah Persekutuan iaitu 15.9%, RM249.3bilion. Negeri ketiga ialah Johor 9.5%, menyumbang RM148.2bilion. Manakala negeri keempat ialah negeri Sarawak yang menyumbang 9.1% iaitu RM142.4bilion. Dan saya ingin juga bacakan yang empat terbawah negeri dalam Malaysia yang paling bawah sekali ialah Perlis, 0.4% yang menyumbang RM6.3bilion. Negeri kedua ialah 0.5%, Labuan iaitu RM8.1bilion. Ketiga terbawah ialah Kelantan, 1.8% menyumbang RM27.6bilion dan seterusnya ialah 2.4%, negeri keempat terbawah ialah Terengganu menyumbang RM38.2bilion. Jadi kita memang tidak boleh nafikan dan menyangkal bahawa Negeri Selangor adalah negeri yang termaju.

Negeri yang urus tadbir ekonominya yang terbaik di dalam negara kita selepas ataupun sepertimana yang telah dibahaskan oleh rakan-rakan kita tadi saya tidak ingin ulas berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi pesat di Negeri Selangor ini. Jadi, untuk tidak mengambil masa orang lain, sahabat-sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain saya akan terus kepada point ataupun direct kepada perbincangan ataupun perbahasan saya. Jadi, Meru yakin bahawa Belanjawan Selangor 2025, rakyat Negeri Selangor akan dapat menikmati dan memanfaat sepenuhnya hasil mahsul yang kita tunai dari kemajuan negeri berkat usaha gigih di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor bersama Yang Berhormat Exco bersama juga komitmen dan khidmat cemerlang kakitangan awam agensi-agensi, kerajaan di bawah kepimpinan Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Setia Haris Bin Kasim. Seperti yang kita lihat belanjawan kita tidak ada yang tertinggal no one lefty behind, dari kanak-kanak, baru lahir, remaja, mahasiswa, pelajar mereka yang ingin mencari pekerjaan, usahawan, pekerja, ketua keluarga dan isi rumah yang kurang berkemampuan, penjawat awam, pesakit, warga emas orang kurang upaya, wanita. Ini yang kita sebut dari bayi ke Liang Lahat atau (dengan izin) a grader to have approach. Semuanya menerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan. Tiada siapa yang boleh tertinggal atau pun no one left behid (dengan izin).

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, walaupun pendidikan termasuk dalam senarai persekutuan atau pun Bajet Persekutuan, namun Meru melihat Kerajaan Negeri sangat serius dalam merealisasikan pendidikan sebagai pemangkin kemajuan Negeri. Meru mengucapkan terima kasih di atas peruntukan RM4.5 juta disediakan kepada sekolah-sekolah agama di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor. Peruntukan diberikan ini ialah bagi menggantikan kemudahan asas demi keselesaan, keselamatan

serta kualiti pembelajaran dan pengajaran guru dan murid-murid. Sekiranya dapat ditambah lagi jumlah daripada RM4.5 juta kepada RM6.0 juta adalah lebih baik supaya kerja-kerja untuk menambah baik, menaik taraf kemudahan asas sekolah demi keselesaan anak-anak kita belajar lebih lancar lagi. Berkaitan dengan hal ini, Meru juga ingin bertanyakan, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaik taraf status perkhidmatan guru-guru KAFA, di mana bayaran yang mereka terima ketika ini adalah berbentuk elaun sebanyak RM1,500.00 sahaja. Meru ingin mencadangkan agar Sekolah Rendah Islam KAFA ini diinstitusikan seperti mana institusi pendidikan Selangor seperti UIS dan KUIS atau pun Unisel dengan status perkhidmatan guru dinaik taraf kepada Contract of Services dan diberikan kadar gaji bermaruah minimum RM2,000.00 atau pun sekurang-kurangnya, kadar gaji terendah RM1,700.00 yang telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri baru-baru ini di peringkat Persekutuan. Bagi memastikan kualiti guru dan kemenjadian murid, Meru inginkan kepastian adakah Kerajaan Negeri menyediakan latihan dan kursus bagi guru-guru KAFA yang setara dengan Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia? Dalam hal ini, Meru ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyediakan bantuan pembiayaan untuk para guru menyambung pengajian mereka di peringkat sijil, diploma serta ijazah sarjan muda. Hal ini penting supaya para guru mempunyai disiplin ilmu yang tinggi di samping menjalankan PDP bersesuaian dengan kaedah pembelajaran abad ke-21.

Tuan Timbalan Speaker, Kementerian Pendidikan baru-baru ini melaporkan pada bulan Mei yang lalu seramai 10,160 pelajar tidak hadir menduduki peperiksaan SPM, oleh kerana Kerajaan Negeri meletakan tumpuan dan peruntukan yang besar bagi aspek pendidikan, apakah bentuk sokongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi pelajar-pelajar ini khususnya anak-anak Selangor. Bagaimanakah laluan TVET dapat membantu para pelajar yang tercicir untuk menyambung pengajian seterusnya dapat bekerja dengan lebih produktif dan menyumbang kepada ekonomi negeri. Di sini juga, Meru ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri juga menerusi institusi pendidikan negeri termasuk STDC memberi fokus untuk menyasarkan pelajar yang terlepas dari menduduki SPM ini diberi peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh isu perumahan. Terima kasih kepada Y.A.B Menteri Besar yang telah mengumumkan berkaitan isu menyelesaikan hak milik strata menerusi Selangor Strata Fund (SSF). Meru sangat menghargai usaha kerajaan ini, sebab isu strata ini sangat membebankan pemilik dan terpaksa membayar tambahan deposit dan upah profesional bayaran fi hak milik strata bayaran kos issues tanah atau bangunan serta pelbagai kos-kos yang lain. Sudah tentu pengumuman ini suatu berita baik dan menggembirakan mereka yang sekian lama tinggal di rumah yang tidak mendapat hak milik strata akibat dari keculasan pemaju dan pelbagai pihak yang berkaitan. Meru mencadangkan pemaju-pemaju yang gagal menguruskan dan

menyelesaikan pemilikan strata ini di senarai hitamkan dan diambil tindakan yang tegas oleh Kerajaan supaya ia menjadi pengajaran kepada pemaju-pemaju yang lain. Dalam konteks perumahan juga, Meru ingin bertanya tentang strategi Kerajaan Negeri untuk menangani projek sakit dan projek terbengkalai di seluruh negeri serta apakah tindakan yang diambil terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kerana kita semua tahu bahawa pembeli juga turut mengalami bebanan kewangan kerana perlu membayar cukai pintu dan pinjaman yang telah pun berjalan namun projek tidak ada kemajuan. Kunci tidak dapat diserahkan. Ini juga banyak berlaku di DUN Meru dan salah satunya ialah Taman Kencana, rumah yang sudah siap tapi infrastrukturnya tidak siap lagi, kunci tidak diserahkan sedangkan mereka telah bayar loan sekian lama dan cukai pintu pun telah dikutip. Jadi ini sangat membebankan. Jadi saya yakin dan mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil inisiatif membantu dan menjadi pemudah cara bersama dengan KPKT bagi menyelesaikan isu projek sakit dan projek perumahan yang terbengkalai.

Seterusnya, Meru ingin membawa isu jalan yang rosak teruk di Meru, terutamanya di Jalan Paip yang kerap kali digunakan oleh lori yang membawa lebih muatan. Meru amat bimbang jalan yang rosak ini akan menyebabkan kemalangan pengguna jalan raya terutama bagi pengguna motosikal. Meru menekankan agar projek turapan mega diletakan keutamaan. Ada di antara jalan-jalan Meru dan juga terutamanya di Jalan Paip yang telah mengalami kerosakan yang sangat teruk demi keselamatan rakyat khususnya di DUN Meru ini.

Isu seterusnya yang ingin Meru ketengahkan ialah banjir kilat di Aman Perdana dan Sungai Kapar Indah, yang mana kawasan ini berkemungkinan terkesan dengan projek ECRL dan Projek Sime Darby. Dalam konteks ini, Meru ingin bertanya sejauh manakah Majlis Bandaraya DiRaja Klang memantau kerja-kerja pemaju agar kawasan perumahan berdekatan atau penduduk berdekatan tidak terjejas apabila berlaku hujan yang lebat. Setakat ini, Meru ingin tahu kekerapan jadual selenggara kolam tadahan dan saliran di kawasan dan perumahan yang berdekatan dengan projek-projek ini.

Tuan Timbalan Speaker, Meru menyambut baik pengumuman Y.A.B Dato' Menteri Besar baru-baru ini mengenai pusat perkembangan agama Islam Negeri Selangor yang dibina di bekas Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Menerusi peruntukan berjumlah RM5 juta, Meru percaya pusat ini dapat meluaskan lagi ilmu Islam dan memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor untuk menghayati agama Islam yang telah berkembang pesat di negeri ini yang makmur di bawah payungan pimpinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Meru mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana terus memberi komitmen kepada pembangunan sosio dengan memberi perhatian kepada golongan sasar termasuklah golongan wanita dan orang kurang upaya dan warga emas.

Walau bagaimanapun, Meru melihat terdapat pengurangan yang signifikan dalam belanjawan yang di peruntukan bagi pemerkasaan Wanita Berdaya Selangor, sebab kita semua sedia maklum di setiap DUN adanya Pusat Wanita Berdaya yang aktif yang terus bergerak memperkasakan dan memberdayakan wanita, dan kita sudah lihat hasilnya kita sudah lihat bagaimana kita dapat membangunkan wanita di kawasan itu. Jadi dengan hanya jumlah RM2.4 juta berbanding RM4 juta yang diumumkan dalam ucapan Y.A.B. Menteri Besar tahun lalu dalam Belanjawan Negeri Tahun 2024.

Meru ingin menarik perhatian dewan kepada realiti kini, populasi wanita dan lelaki di negeri ini. Jabatan Perangkaan Malaysia, menerusi laman sesawang Open Dorsum, mencatatkan populasi wanita adalah seramai 4.9% mewakili hampir separuh jumlah rakyat Negeri Selangor iaitu 6.9 juta orang. Meru berpandangan adalah wajar Kerajaan Negeri mengekalkan peruntukan sebagaimana yang diberikan pada tahun 2024 kepada Wanita Berdaya Selangor. Sebagai agensi pelaksana utama pemerdayaan wanita di negeri ini, hal ini bagi memastikan matlamat dan pelan tindakan yang di gariskan dalam dasar wanita selangor dapat dilaksanakan dalam tempoh yang digariskan. Kita boleh memuji peranan yang dimainkan oleh WBS menerusi penyelia pusat wanita berdaya (PWB) yang telah dan sedang melaksanakan pelbagai program yang melibatkan wanita di peringkat akar umbi bagi meningkatkan status sosioekonomi wanita dengan begitu baik. Malah ada yang telah menjadi usahawan yang telah berjaya melalui program-program kemahiran dan latihan.

Timbalan Speaker

Minta maaf Meru, seminit ye, seminit lagi.

Last-last. Perkara yang sama juga berlaku dengan Program Iltizam Anak Istimewa Selangor, RM2.3 juta berbanding RM5 juta, jadi Meru bercadang supaya RM5 juta itu dikekalkan supaya kesejahteraan dan kualiti kehidupan anak-anak istimewa ini dapat kita tingkatkan. Kita semua tahu bahawa perbelanjaan intervensi bagi anak istimewa menelan kos yang tinggi, jadi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini, dari isu kelewatan bercakap, misalnya perlu menghantar anak mereka ke pusat intervensi dengan yuran yang sekurang-kurangnya RM1,300.00, maka pemberian Bantuan Khas Anis serta program lain serta Pusat Anis, Saringan Awal, Didik Anis, Akademi Anis perlu diteruskan bagi membantu meringankan beban ibu bapa dan menjamin hak anak-anak ini kepada sokongan institusi.

Last Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri menerusi Anis. Sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi anak istimewa Selangor. Bahkan Negeri Selangor sentiasa menjadi rujukan negeri lain dari sudut pemerdayaan OKU dan anak istimewa. Sebab saya lihat rata-rata perbahasan daripada rakan-rakan kita Ahli Dewan Negeri, sedikit sahaja menyentuh tentang OKU, bagi saya masa satu

minit lagi. Oleh itu, seharusnya Kerajaan Negeri Memberi perhatian yang serius dan peruntukan yang konsisten demi masa depan anak-anak kita. Secara keseluruhan besar harapan Meru agar segala inisiatif dan perbelanjaan yang telah dirangka dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dijalankan dengan cekap dan berkesan. Pada akhirnya rakyat bukan sahaja melihat program yang dilaksanakan dan berapa peruntukan disediakan tetapi menyampaikan perkhidmatan termasuklah aspek komunikasi penerangan bagi membantu meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat. Akhir kata, Meru dengan ini menyokong penuh Belanjawan Negeri Selangor 2025. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah. Assalamualaikum W.B.T

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Sebentar Yang Berhormat Jeram, 15 minit sahaja.

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam Jeram Bestari. Saya mengamati Belanjawan Negeri Selangor 2025 telah dibentangkan dan dibahaskan secara terperinci dan mendapati bahawa terdapat beberapa ketidakpastian dalam pembentangan ini khususnya dari sudut ekonomi kebudayaan pembangunan generasi muda, yang masih samar-samar ataupun kurang dititik beratkan oleh pihak Kerajaan Negeri secara relatifnya. Tuan Timbalan Speaker, perbelanjaan mengurus yang tinggi. Apabila Belanjawan 2025 ini menetapkan jumlah RM1.7billion sebagai kos perbelanjaan mengurus, saya tertanya-tanya adakah Kerajaan Negeri akan benar-benar dapat memulangkan semula hasil ini kepada rakyat dalam bentuk servis yang lebih jauh berkualiti berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sepanjang tahun 2024, rakyat Selangor rata-ratanya terpaksa melalui pelbagai liku-liku yang mencabar. Antaranya kenaikan cukai taksiran yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira kesusahan dan keperitan ekonomi masyarakat yang mendiami bandar-bandar mahupun kawasan kampung. Ditambah pula baru-baru ini, program pemutihan mengejut oleh pihak PBT yang menekan pengusaha-pengusaha perniagaan kecil di kampung-kampung dalam Daerah Kuala Selangor dengan mewajibkan mereka ini membelanjakan kos lebihan dalam penyediaan lesen perniagaan. Rakyat mendambakan jaminan bahawa perbelanjaan mengurus yang melampau sebesar 1.7 bilion ini sekurang-kurangnya akan dapat meningkatkan kualiti pentadbiran Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi di bawah naungannya. Bukanlah ia menyusahkan lagi kehidupan mereka dengan pelbagai pungutan jenis, pelbagai jenis cukai dan fi pelesenan baru yang dijenamakan atas nama pemutihan ataupun penyasaran semula.

Saya mengambil contoh di kawasan saya sendiri di Kampung Bukit Kucing Tengah di Jeram, setelah berpuluh aduan rakyat yang saya terima permohonan saya kepada pihak PBT dan Pejabat Daerah untuk menebang mahupun mencantas pokok-pokok besar dan

berbahaya yang boleh tumbang pada bila-bila masa. Malah ada yang dah tumbang pun. Dah kena pun pada orang kampung. Sehingga hari ini masih belum diselesaikan. Setiap agensi ini hanya mengemukakan alasan yang sama iaitu tiada peruntukan. Saya sendiri telah turun padang ke tempat yang sama membuat costing untuk kerja-kerja menebang sembilan batang pokok yang menelan belanja hanyalah sekitar 30 ribu ringgit. Peruntukan yang mendesak ini pun tidak boleh dibekalkan. Mana perginya dana kerajaan yang berbilion-bilion. Kalau bukan dirizabkan demi pengumuman-pengumuman yang lebih bersifat populis, dimanakah keutamaan ataupun priority kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu asas dikalangan rakyat.

Tuan Speaker, kegagalan menyelesaikan kos sara hidup, saya turut berasa kecewa dengan belanjawan ini yang tidak menitikberatkan aspek kesejahteraan sosio ekonomi rakyat dan lebih tertumpu kepada pembangunan infrastruktur ataupun pemerkasaan acara-acara popular semata-mata. Benar, pemasyhuran sukan pickleball dan pengajuran Selangor Coffee festival adalah antara tarikan yang trending pada masa kini. Namun, keperluan yang lebih mendesak seperti perancangan yang meyakinkan dalam menyelesaikan isu kos sara hidup dan inflasi ini langsung tidak diutarakan. Jualan Ehsan Rahmah misalnya, tidaklah seindah yang dikhabarkan kerana lebih tertumpu pada kelegaan jangka masa pendek. Sebagai contoh, adakah pembelian keperluan asas pada harga murah yang ditawarkan ini dianjurkan dengan kekerapan yang cukup sehingga boleh menampung keperluan mana-mana keluarga golongan B40 seperti contoh di kawasan dalam DUN saya di Bandar Puncak Alam yang jumlah penduduknya melebihi 50 ribu orang. Adakah ini satu kemungkinan yang akan berlaku di mana golongan B40 ini apabila menghadiri mana-mana program ataupun Jualan Rahmah ini akan kehabisan bekalan-bekalan makanan. Begitu juga dengan inisiatif Ehsan Mart. Tiada jaminan bahawa program ini dapat membantu rakyat yang terkesan secara long term.

Tuan Speaker, ternyata usaha-usaha ini hanyalah sebagai langkah mengurangkan kesusahan sementara ataupun temporary relieve dan bukannya untuk menyelesaikan kos sara hidup rakyat secara total. Disebabkan itu jugalah Kerajaan Negeri perlu berhenti mendabik dada dengan pencapaian rizab negeri yang terlalu tinggi kerana walau rizab berjumlah 1 trilion sekalipun, tidak ada gunanya sekiranya tidak dibelanjakan secara langsung dan terus kepada rakyat yang memerlukan.

Tuan Speaker, pembangunan belia. Indeks belia Malaysia mencatatkan skor tahap kesejahteraan golongan belia di Negeri Selangor pada kedudukan antara yang terendah di dalam Malaysia. Indeks yang merangkumi beberapa domain seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan golongan muda ini pastinya memberi gambaran bahawa belia-belia di Negeri Selangor mendepani cabaran yang getir dalam meneruskan kehidupan hari-hari. Rentetan daripada kebimbangan terhadap masa depan golongan belia ini, saya

menggesa agar jumlah 2.8 juta yang diperuntukkan untuk pembangunan belia di Selangor ini dapat dibelanjakan dengan menepati keperluan sebenar golongan belia di luar sana. Dan bukannya hanya sekadar mengadakan program-program yang syok sendiri. Penyertaan belia dalam acara-acara anjuran Kerajaan Negeri ini tidak memadai jika ianya tidak dipadankan dengan peningkatan kualiti hidup mereka untuk jangka masa panjang.

Inisiatif seperti program sukarela Penggerak Belia Selangor, Selangor Youth, SAY Program dan Selangor Silver Workforce Employment Platform perlu diperincikan pelaksanaanya dan disusuli dengan hebahan yang sistematik, menyeluruh dan sampai kepada golongan belia ini terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman yang tidak dapat pendedahan akses usaha-usaha ini. Sekiranya Yang Berhormat-Yang Berhormat turun ke kawasan Kampung Bukit Kucing Tengah, ke Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Kerayong, Sungai Sembilang, inisiatif-inisiatif program yang saya sebutkan tadi ini, adalah sesuatu yang ganjil yang tidak pernah didengari oleh golongan belia di kawasan kampung. Oleh itu, aspek-aspek yang disebutkan ini wajib terangkum bersama di dalam teras pembangunan belia yang dirancang, seandainya Kerajaan Negeri benar-benar serius dalam memartabatkan segmen anak muda di Selangor.

Tuan Speaker, projek tebatan banjir. Satu lagi isu besar yang membelengu rakyat bukan sahaja di DUN Jeram, saya pasti malah separuh kawasan-kawasan DUN-DUN lain ialah bencana banjir. Sejak akhir-akhir ini bencana ini dilihat kian tidak menentu. Dengan kadar taburan hujan luar jangka yang semakin kerap, fenomena air pasang, fenomena air pasang besar dan sebagainya sehingga mengakibatkan banjir berulang beberapa kali dalam tahun ini sahaja. Belanjawan 2025 memperuntukkan dana sejumlah 34.27 juta bagi tujuan membangunkan projek tebatan banjir. Saya menyambut baik ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah menekankan betapa pentingnya projek ini dilaksanakan segera dengan mengambil maklum kepesatan pembangunan di lembangan-lembangan sungai seperti juga kawasan-kawasan di dalam DUN Jeram, taman-taman perumahan di Saujana Aman, di Kampung Seri Sentosa, di Desa Coalfields dan juga di Bandar Puncak Alam. Dalam menoktahkan bencana banjir ini secara mutlak pada masa akan datang, saya ingin mengenengahkan satu lagi saranan umum untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. Selain berbelanja besar untuk penempatan semula infrastruktur ataupun relocation of infrastructure, saya percaya bahawa sudah tiba masanya kita beralih ke penyelesaian berasaskan alam sekitar yang semakin giat dibincang di serata dunia, Nature based solution, NBS. Dengan mengambil contoh Ipswich Integrated Catchment Plan yang sedang diguna pakai di Australia, NBS ini dapat dipupuk melalui perluasan jalur penampan yang menggunakan tumbuhan-tumbuhan di sepanjang laluan air. Penggantian penggunaan tanah di dataran banjir ataupun flood plans serta penyambungan semula sungai ke tanah lembab, antara lainnya. Biarpun

memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi, saya pasti pihak Kerajaan Negeri boleh bersetuju dengan saya bahawa pembaharuan ini amat-amat berbaloi untuk diterokai secara berperingkat.

Tuan Speaker, demikianlah antara kebimbangan persoalan dan saranan saya yang saya harap dapat dijawab serta diperhalusi dengan teliti pihak Kerajaan Negeri. Dalam membolesasikan Belanjawan Selangor 2025. Akhir kata saya menaruh harapan yang tinggi agar penambahbaikan belanjawan dalam hujah saya dan rakan-rakan, saya di sebelah sini di sepajang tempoh persidangan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya demi manfaat keseluruhan rakyat Negeri Selangor. Sekian, terima kasih, Assamualaikum W.B.T.

Timbalan Speaker

Tak nak habiskan sampai 6.30. Persilakan Bandar Baru Klang. Tak apa, kita sambung, sambung esok

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Sambung esok.

Timbalan Speaker

Teruskan 5 minit, kita sambung balik esok sedikit.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Sambung, minta betul sambung esok.

Timbalan Speaker

Teruskan.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Okay.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Dia kekal, dia tak nak, bagi saya.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Okay

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Dia bagi.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Bagi

Timbalan Speaker

Sila, Sungai Ramal, tiga minit.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan suci ayat Al-Quran). Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat sekalian. Saya merasa gembira diberikan peluang untuk membahas pada petang ini dalam membahaskan belanjawan Selangor 2025 yang

dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar pada hari Jumaat yang lalu yang telah membentangkan sebanyak 3 bilion perbelanjaan dengan mengurus sebanyak 1.7 bilion dan pembangunan sebanyak 1.3 bilion. Ini bermakna hasil pembangunan terus dipacu di negeri ini sebagaimana biasa. Bukan tahun ini sahaja, tahun-tahun lepas sepanjang zaman memanglah hasil pembangunan dipacu oleh Negeri Selangor berbanding negeri lain lebih baik daripada yang dibentangkan oleh negeri lain. Tetapi, saya ingin bercakap tentang aspek yang terkesan daripada pembangunan kerana bagi saya pembangunan sahaja tidak cukup dan tak sempurna dan dia di mesti sekalikan dengan kesejahteraan hidup rakyat. Itu pun yang disebut oleh Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini. Soalnya ialah sejauh manakah kesejahteraan hidup rakyat itu berjaya dicapai daripada pembentangan bajet 2025 ini.

Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat sekalian, dalam aspek ini saya ingin menarik perhatian kepada kesan pembangunan kepada malapetaka awam. Saya ulang, malapetaka awam. Dengan saya mengambil contoh malapetaka banjir tahun 2022, dimana Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan kesan kerugian kepada banjir ini adalah sebanyak 6.1 bilion. Besar itu. Saya ulang, 6.1 bilion dan dengan jumlah itu, 1.6 bilion adalah melibatkan kerosakan, melibatkan perumahan awam. Itu kesan. Bagaimanakah, atau berapakah jumlah bajet yang Selangor bentangkan bagi tahun 2022. Selangor bentangkan, Selangor bentangkan sebanyak 1.22 bilion bagi aspek pembangunan dalam belanjawan tahun 2022. Menunjukkan bahawa kesan atau malapetaka itu cukup besar dalam aspek pembangunan yang di jana oleh Negeri Selangor. Ini bagi saya sangat serius yang memerlukan perhatian yang sungguh-sungguh dari pihak Kerajaan Negeri Selangor. Apa yang kita ada. Dalam aspek pembangunan ini kita ada banyak dasar, Dasar Pembangunan Mampan, kita ada banyak peraturan, ada banyak prosedur dan semua itu adalah yang sudah establish, terkenal, yang dipatuhi oleh semua pihak, termasuk pihak PBT yang menguruskan prosedur pembangunan di kawasan-kawasan yang berkaitan. Saya bercakap tentang kawasan PBT kerana dia tidak melibatkan RTB-RTB, Rancangan Tebatan Banjir yang dibentangkan dalam Kerajaan Negeri dalam aspek-aspek yang lain.

Timbalan Speaker

Kita sambung esok.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih saya sambung esok. Terima kasih Speaker.

Timbalan Speaker

Kita sambung lagi dalam 10 minit esok.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Esok 15 okay.

Timbalan Speaker

Okay, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 6.30 petang. Dengan ini saya menangguhkan sesi Pembahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 sehingga hari esok 20 November 2024 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)