Selangor · 20 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · not final · 506 turns · 41,166 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Selamat pagi. Saya jemput Subang Jaya.
Tuan Speaker, izinkan saya untuk mengucapkan Selamat Hari Kanak-kanak kepada semua kanak-kanak di negeri Selangor. Moga kita sebagai wakil rakyat teruskan usaha untuk melindungi generasi yang akan mewarisi negeri ini. Tuan Speaker, pagi ini soalan Subang Jaya no. 23.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Kajian Baseline Gas Rumah Hijau Negeri SelangorQuestions
23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan (jika ada) hasil Kajian Baseline Gas Rumah Hijau bagi Selangor. Jika kajian belum dibuat, adakah terdapat perancangan untuk melaksanakannya?
b)
Nyatakan progres garis panduan pengiraan kredit karbon bagi Selangor dan bagaimana ia akan membawa impak kepada Kajian Baseline tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Saya menjawab bagi pihak Yang Berhormat Bandar Utama sebab ada pakar ENT pun tak tau bagi ubat.
Ubat belum ada lagi Taman Medan.
Ya betul you ENT (ears, nose and throat). Yang Berhormat sekalian, saya ingin menjelaskan bahawa sebelum apa yang disebutkan sebagai baseline gas rumah hijau yang disebutkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya, sebelum kita menetapkan baseline ataupun garis panduan-garis panduan yang ditetapkan untuk mengira pelepasan rumah hijau, Kerajaan Negeri sedang menyelesaikan apa yang dikata rangka kerja ataupun framework. Kerana dalam framework itu nanti kita akan menggariskan tentang baseline study, akan disebutkan tentang GHG Inventory dan juga garis-garis panduan. Ketiga-tiga ini memerlukan satu framework kerana frameworknya ada dua pendekatan sama ada pendekatan top down ataupun pendekatan bottom up. Jadi pendekatan top down ini biasanya agak muda apabila kita boleh mendapatkan data-data daripada jabatan ataupun institusi yang melepaskan gas ataupun melepaskan karbon. Contohnya seperti TNB dan sebagainya. Tetapi data yang lebih sempurna kalau kita dapat daripada bottom up seperti daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan jauh lebih baik apabila secara individu rakyat dan masyarakat juga mampu untuk mengeluarkan data-data tersebut. Selepas framework itu kita uruskan nanti barulah kita akan menetapkan base-base tertentu kerana kita kena melihat secara keseluruhan dan pada waktu ini Kementerian di peringkat Persekutuan juga belum menyediakan rangka kerja atau belum menyediakan base-base tersebut. Kalau telah disediakan nanti mungkin kita boleh gunakan supaya kita boleh membuat inventori rumah hijau dan seterusnya cita-cita kita untuk bandar rendah karbon yang disebutkan oleh Pihak PBT dapat dilaksanakan. Jadi dalam rangka kerja itu nanti saya sudah pasti akan minta Pihak Berkuasa Tempatan bersedia untuk menyalurkan maklumat-maklumat yang mereka peroleh di samping kita menggunakan pendekatan top down juga supaya institusi seperti TNB ataupun syarikat-syarikat yang melibatkan oil and gas atau syarikat petroleum yang ada yang berpusat di negeri Selangor juga mengeluarkan data-data mereka supaya kita boleh membandingkan apa yang dilepaskan secara institusi dan apa penggunaan-penggunaan domestik supaya kita mempunyai data yang lebih menyeluruh. Di situ la nanti kita boleh menetapkan baseline dan pada ketika ini Kerajaan Negeri telah bertemu dengan beberapa pihak antara yang telah kita temui adalah International Green Training Center (IGTC) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation untuk membangunkan apa yang dikatakan kajian asas bagi gas rumah hijau. Walau bagaimanapun kita belum menetapkan, walaupun kita telah engage dan kita telah berurusan. Soalan kedua tentang carbon credit pendekatan kita lebih praktikal. Pendekatan kita pada ketika ini kita sedang membuat projek rintis. Projek rintis itu sedang dilaksanakan oleh landasan lumayan untuk melihat kesan-kesan kredit ataupun apakah data-data yang kita boleh kutip daripada hutan simpan kekal raja Lumu, Hutan Simpan Kekal Pulau-Pulau Klang dan status-status dan
juga nilai-nilai ini kemudian kita akan ambil kira ataupun kita sedang buat kajian terperinci yang telah dimulakan sejak Ogos 2024 dan selesai pada September 2024. Dijangkakan awal tahun depan kita akan dapatkan dan saya sedia Yang Berhormat Bandar Utama akan melaporkan hal tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan. Subang Jaya.
Tuan Speaker, terima kasih. Soalan tambahan saya ada dua, berkenaan framework yang dirujuk dan juga baseline tadi apakah jangka masa yang dijangkakan untuk kerja-kerja tersebut memandangkan bahawa RS-1 kita ada sasaran untuk menurunkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 30%. Yang kedua, siapakah agensi yang bertanggungjawab untuk framework study dan juga baseline study. Terima kasih.
Setakat ini kita belum dapat menubuhkan lagi atau menyempurnakan penubuhan dan pembentukan pusat adaptasi iklim atau pusat adaptasi perubahan iklim. Itulah di antara sentral point kita yang akan bergerak selepas ini tapi pada ketiga ini tanggungjawab tersebut sudah pasti digalas oleh jawatankuasa tetap di bawah kelolaan Yang Berhormat Bandar Utama dan untuk meneliti perkembangan dan sebab itu kami menjangkakan pada awal tahun hadapan garis panduan ataupun framework itu dapat kita tuntaskan dan kita putuskan di samping kajian-kajian baseline itu untuk kita tetapkan dalam quarter pertama tahun depan dan masih lagi dikelola dan selepas pusat adaptasi iklim berjaya kita tubuhkan pusat itu akan menjadikan ini sebagai antara projek awal supaya sasaran kita pada bandar rendah karbon dapat dicapai. Di samping itu Pihak Berkuasa Tempatan giat melaksanakan tapi bagaimana saya sebut ia dilaksanakan dengan framework mereka sendiri. Bila framework itu tidak ada satu standard yang ditetap baseline itu akhirnya setiap PBT mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza dan ini akan memberi kesan juga sebab itu setakat ini apa yang kita ada ialah kita menggunakan dapatan ataupun perekodan data dengan menggunakan kaedah separa manual. Ia berdasarkan kepada kemahiran pegawai-pegawai terbabit kalau ada berlaku pertukaran pegawai terbabit kemungkinan kita perlu mengambil masa pula melatih pegawai baru. Justeru apa yang dikatakan framework yang saya sebutkan tadi akan disediakan dalam bentuk online dan semua pihak lebih mudah untuk mendaftarkan serta merekodkan kesan gas rumah hijau ataupun apakah langkah-langkah pengurangan pelepasan karbon untuk setiap bandar raya ataupun pihak-pihak berkuasa tempatan yang akan menjadi focus point kita selepas ini sesuai dengan cita-cita untuk menjadi bandar rendah karbon. Terima kasih.
Kuang.
Yang Berhormat Speaker, Peraturan Tetap 24(2) saya mohon mengambil soalan Kuang.
Ya silakan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Bantuan BencanaQuestions
24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Selepas kejadian banjir di Kuang baru-baru ini, ramai mangsa banjir ingin membuat permohonan bantuan bencana tetapi menghadapi masalah untuk menghantar permohonan. Apakah perancangan kerajaan bagi memudahkan permohonan dan pemprosesan permohonan mangsa banjir terbabit?
Baik terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Untuk soalan nombor 24, selepas kejadian banjir di Kuang baru-baru ini, ramai mangsa banjir ingin membuat permohonan bantuan bencana tetapi menghadapi masalah untuk menghantar permohonan. Apakah perancangan kerajaan bagi memudahkan permohonan dan pemprosesan permohonan mangsa banjir terbabit? Kerajaan Negeri Selangor memberikan bantuan berdasarkan kadar dan kaedah yang telah dinyatakan dalam ketetapan Surat Ikatan Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang berkuat kuasa mulai 9 Februari 2023. Ada jadual dan saya akan bentangkan. Ada empat perkara. Pertama mangsa banjir terbahagi kepada 2 kategori. Mangsa banjir yang termenung dan banjir kilat. Dan untuk banjir termenung kadar maksimum RM500.00 dan banjir kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa, pembayaran yang tidak boleh melebihi kadar tahunan adalah sebanyak RM250.00 kadar maksimum setahun. Yang kedua, mangsa kebakaran. Kalau musnah keseluruhan kadar maksimum RM500.00. Kalau musnah sebahagian RM200.00. Yang ketiga, mangsa tanah runtuh dan ribut kadar maksimum RM500.00 dan yang keempat waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia kadar maksimum RM1,000.00. Untuk makluman Yang Berhormat peruntukan sejumlah RM50,000.00 melalui Tabung Bencana Daerah. Selain itu, Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah boleh membuat pengeluaran wang tunai sejumlah RM10,000.00 melalui sistem Auto-Teller Machine (ATM) bagi tujuan penyerahan bantuan kepada mangsa bencana
dengan kadar segera. Untuk makluman Yang Berhormat, punca kelewatan pembayaran sumbangan adalah disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut. Pertama dokumen permohonan yang tidak lengkap, kedua permohonan dari individu yang bukan warganegara, ketiga permohonan bertindih sama ada mangsa telah kemukakan permohonan ataupun waris pun telah kemukakan permohonan jadi berlaku pertindihan permohonan di situ. Yang keempat, permohonan daripada individu yang bukan mangsa bencana. Maksudnya yang mereka ini bukan kena bencana tapi kemungkinan tinggal di Kawasan tersebut banyak contoh adalah tuan rumah yang tinggal penyewa jadi penyewa itu kena mohon. Tapi kadang-kadang tuan rumah ambil kesempatan dia mohon juga. Jadi ada berlaku banyak yang kes begitu. Dan yang keempat, berikut adalah penyelesaian yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Penyerahan berfasa untuk permohonan lengkap dan berkelayakan. Kedua, dokumen laporan polis dibuat secara berkumpulan untuk satu kawasan yang terkesan akibat bencana. Ketiga, RM 50,000.00 disediakan dalam tabung bencana peringkat daerah bagi memudahkan pengeluaran dan penyerahan bantuan kepada mangsa bencana. Keempat, Peruntukan tambahan khas bagi bencana besar dalam tempoh 7 hari setelah dokumen permohonan lengkap diperoleh daripada Pejabat Daerah dan Tanah.
Soalan tambahan. Sekiranya rumah itu disewa, kalau berlaku kebakaran yang nak menuntut itu tuan rumah atau penyewa itu?.
Baik, biasanya kalau kes begitu kita akan minta tuan rumah. Dia biasanya tuan rumah ini boleh bincang dengan penyewa untuk lakukan tuntutan tapi perlu ada dokumentasi. Maksudnya perlu ada pengesahan yang mana rumah itu adalah milik tuan rumah dan kalau penyewa yang membuat tuntutan dia perlu maklumkan dia penyewa dan dapat pengesahan daripada owner rumah dan dokumen susulan. Laporan polis, bukti-bukti berlakunya kebakaran dan terus hantar ke Unit Bencana dan kita akan proses mengikut sistem dan prosedur yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat.
Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 25.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 25. Pelan Jangka Panjang Kerajaan Negeri Untuk Membangunkan Sektor Pelancongan Di Sungai BurongQuestions
25. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pelan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor pelancongan di Sungai Burong dengan potensi sumber alam yang sedia ada?
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Sungai Burong yang prihatin dan minat terhadap pelancongan. Berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2035, antara produk pelancongan yang terlibat di kawasan Sungai Burong adalah terbahagi kepada Pelancongan Inap Desa - Homestay Sg. Sireh. Kedua, Pelancongan Rekreasi - ATV Fun Ride Tanjong Karang. Ketiga, Pelancongan Agro - Coconut Farm Village. Keempat, Pelancongan Makanan dan Beli-Belah - Restoran Dangau Rimba Tanjong Karang. Berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (Penggubahan 1) 2025, yang diwartakan pada 14 Febuari 2019 dengan no. warta 525, Kampung Sg. Burong Batu 12 dicadangkan sebagai salah satu pembangunan pelancongan. Untuk makluman, Kampung Sg. Burong Batu 12 merupakan antara kawasan penanaman padi utama di Negeri Selangor dan ianya menjadi kekuatan potensi agro pelancongan dengan cara memajukan tempat-tempat tarikan pelancongan yang berhubung kait dengan penanaman padi seperti cadangan muzium padi, agro village dan pelancongan desa-homestay.
Tuan Speaker, bagi cadangan pembangunan pelancongan agro village, gabungan komponen termasuklah muzium padi, muzium kebudayaan, ‘Agro resort’ yang berdensiti rendah, dan juga penghayatan kehidupan petani untuk kawasan kampung yang berhampiran. Cadangan Pelancongan Desa - program Homestay pula adalah dengan penyediaan rumah-rumah hos yang berminat, dewan orang ramai dan pusat industri desa, dan sebagainya. Majlis Perbandaran Kuala Selangor sentiasa mempromosi pelancongan daerah Kuala Selangor di dalam dan di luar negara seperti apa yang saya tegaskan iaitu Anjung Utara. Anjung Utara mula dari Bukit Melawati, terus Sky Mirror terus sampai Sungai Burung kemudian baru Sekinchan, baru Sungai Panjang. Jadi Sungai Burong terangkum di dalam Anjung Utara. Pelancongan di DUN Sungai Burong adalah berkonsepkan Agro Tourism, antara pelancongan yang terdapat di sana adalah Inap Desa, Sungai Sireh yang mengetengahkan pelancongan, suasana dan aktiviti kampung manakala di Taman Agro Teknologi MARDI Sungai Sireh pula terdapat galeri
padi, aktiviti memancing ikan, menanam padi dan pelbagai aktiviti di sana. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Sungai Burong.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang diberikan tadi. Cuma ada sedikit soalan tambahan mengenai inap desa ataupun homestay yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ini adalah suatu petanda yang baik bahawa agro-pelancongan disambut baik oleh rakyat, pun begitu kebanyakan mereka tidak berdaftar dan apabila hendak melakukan demikian, perlu kepada KM Kebenaran Merancang dan sesuatu yang sangat membebankan. Jadi adakah kita hanya boleh berbangga dengan inap desa Sungai Sireh yang berdaftar tetapi sebenarnya masih ramai lagi yang tidak berdaftar kerana dianggap sebagai birokrasi untuk mengadakan penempatan homestay itu.
Terima kasih di atas soalan tambahan tadi itu oleh Yang Berhormat Sungai Burong. Memang inap desa sekarang menjadi satu trend khusus di kawasan Anjung Utara dan Anjung Selatan. Ramai yang sukakan suasana desa kerana orang bandar sekarang penat dan bosan dengan kehidupan bandar yang banyak dengan jammed dan sebagainya dan di kawasan luar bandar ini tarikan utama, jadi Sungai Burong pun antara tarikan seperti di homestay Sungai Sireh dan sebagainya. Namun oleh kerana banyak inap desa, permintaan itu banyak dan kawasan-kawasan yang dibangunkan dengan individu-individu sendiri jadi keperluan minimum yang ada untuk mereka yang pertama wajib untuk berdaftar dengan MOTAC. Itu yang pertama tetapi ramai kita dah galakkan, kita sudah uar-uarkan Tourism dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan yang lain-lain, kita sudah uar-uarkan supaya galakkan mereka buat pendaftaran, itu yang pertama. Yang kedua tentang KM dan sebagainya, memang itu diperlukan. Kalau tidak kalau tidak ada permohonan KM tidak boleh diberi insurans tidak akan buat coverage. Ini juga mendatangkan isu keselamatan. Apabila berlaku sesuatu insiden, pihak PBT juga kerajaan akan disalahkan. Namun begitu pihak kerajaan akan mengambil maklum dan prihatin terhadap pengusaha-pengusaha inap desa yang skala kecil dan sebagainya walaupun mereka terpaksa menghadapi untuk KM dan sebagainya boleh mereka membuat permohonan dan panjangkan ke MTES dan sebagainya untuk pertimbangan case by case mungkin kalau tidak rigid sangat kita boleh pertimbangkan untuk permit sementara. Itu antara kaedah yang Kerajaan Negeri pakai sekarang. Kita cuba membantu bukan untuk menyusahkan. Tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk membangunkan Industri Agro Tourism dan Pelancongan di Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Okay, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat, saya sangat-sangat bersetuju dan menyokong baik tentang Agro Tourism khususnya di Utara Selangor. Tetapi seperti Yang Berhormat tentang Kebenaran Merancang. Di tempat saya di Sawah Sempadan, kita banyak homestay dibina di atas kawasan sawah Yang Berhormat. Jadi untuk memohon kebenaran merancang ini, kawasan sawah kita tahu memang tidak boleh sedangkan kita hendak tanam tanaman lain pun tidak dibenarkan, apatah lagi hendak membuat homestay dan sebagainya. Jadi apabila ingin memohon kebenaran merancang untuk pengusaha di kawasan sawah memang sukar, dengan izin Tuan Speaker, it is almost imposibble for us to get kebenaran merancang sebab khusus tanah itu hanya untuk sawah padi dan kita kena meminta pula kebenaran kepada agensi lain sebagai contoh IADA dan setakat ini memang tidak pernah lagi lah yang dibenarkan. Jadi saya memohon adakah Kerajaan Negeri ada ingin memberi sokongan khas ataupun inisiatif kelepasan khas atau apa-apa untuk kita maybe can dengan izin Tuan Speaker, kita boleh amend something on the peraturan untuk kita memberi, untuk kita memberi kemudahan sebab di sana telah ramai yang buat dan mereka ini bukan di buat di dalam margin yang besar dia hanya buat dalam dua atau tiga pintu sahaja. Jadi adakah Kerajaan Negeri boleh memberi pertimbangan untuk kita membantu mereka yang membuat homestay di atas kawasan sawah ini tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang yang membangkitkan isu yang hampir sama homestay, inap desa di Tanjung Karang, Permatang ini isu yang berlanjutan. Ini bukan sahaja di Anjung Utara, Anjung Selatan, di Dengkil, di Sungai Pelek, Sepang ada juga masalah yang demikian. Tapi saya maklum, saya faham, saya turun dan saya teliti tinjau banyak kawasan. Ada yang dua tiga unit, sepuluh unit ada yang berskala besar. Jadi kita boleh menggunakan satu pendekatan bahawa kita memberi pelepasan secara keseluruhan, kita kena ikut undang-undang juga tapi Majlis Perbandaran Kuala Selangor, kita akan teliti, kita akan bincang teliti apakah kaedah yang lebih baik untuk kita bantu pengusaha-pengusaha kecil-kecilan ini. Seperti apa yang saya cadangkan, permit sementara untuk pemutihan homestay ini dilakukan dengan minimum requirement teknikal dengan perancangan yang paling minimum. Itu yang kita akan cuba lakukan. Saya akan cuba minta majlis PBT untuk kita teliti pada masa akan datang, kalau boleh satu garis panduan tentang inap desa homestay ini kita lakukan supaya kita dapat bantu industri atau pun pengusaha-pengusaha kecil-kecilan ini di kawasan-kawasan sawah khusus kawasan sawah padi kerana kawasan sawah ini tidak boleh diteroka dengan sewenang-wenangnya. Dia adalah food security
keterjaminan makanan. Jadi kalau sewenang-wenangnya seolah kita memberi galakan tapi kalau dia membuat di situ kalau kita hendak menghalang kita sukar dan jadi kita di dalam dilema. Oleh itu kita kena ambil pendekatan menang-menang dan bantu. Kita tidak mahu bagi satu signal seolah-olah sawah ini boleh diteroka dan boleh ditukar kaedah guna tanah dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Sungai Panjang.
Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 26.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Isu Pencemaran Sungai Berjiran Dengan Lembah JayaQuestions
26. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan menangani isu pembuangan sampah haram dan pencemaran sungai di Lembah Jaya, terutamanya di Sungai Klang yang bersempadan dengan kawasan ini?
b)
Apakah inisiatif kesedaran awam yang akan dilaksanakan untuk mendidik penduduk tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar?
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengambil soalan ini untuk menjawab soalan ini bagi pihak Yang Berhormat Bandar Utama. Ini soalan daripada Yang Berhormat Lembah Jaya berhubung dengan isu langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam menangani isu pembuangan sampah haram dan pencemaran sungai di Lembah Jaya, terutamanya di Sungai Klang dan inisiatif kesedaran awam yang akan dilaksanakan. Untuk jawapan yang pertama, Kerajaan Negeri melalui LUAS ataupun Lembaga Urus Air Selangor telah dilaksanakan bagi menangani isu pencemaran sungai di Lembah Jaya dan sempadan di
Sungai Klang seperti berikut ; yang pertama pemantauan berkala di kawasan sub lembangan Sungai Ampang sebab Sungai Ampang ini adalah sebahagian daripada lembangan Sungai Klang dan bersedia menyiasat sekiranya menerima sebarang aduan berkaitan aktiviti pencemaran yang akan diambil tindakan di bawah Seksyen 79(1) Enakmen LUAS 1999 dan inisiatif ini akan terus dilaksanakan untuk menangani isu pencemaran sungai. Yang kedua, telah melaksanakan blok pemantauan kualiti air. Kalau dahulunya pemantauan itu dibuat di satu atau dua tempat di sungai. Sekarang ini ada satu program yang dipanggil sebagai River Monitoring Programme (RMP) di mana pemantauan di buat secara blok di sungai itu, kalau tak silap saya dalam 1.5 kilometer setiap blok itu, dipantau dari segi kualiti airnya. Di sepanjang rizab utama sungai air Selangor dan juga anak-anak sungai yang berisiko. Inisiatif ini juga sedang dilaksanakan di Lembangan Sungai Ampang yang berada di bawah kawasan Lembah Jaya. Yang ketiga, telah menggerakkan inisiatif Polluter Pay Princple dan Zero Discharge Policy, PPP dan ZPP. Ini merupakan inisiatif pertama di dalam negara kita sebenarnya. Bukan di Selangor saja di negara kita yang pertama melaksanakan ZPP, PPP yang mengawal air yang dikembalikan ke dalam sungai. Mereka akan terus melaksanakan inisiatif tersebut secara berfasa yang akan turut melibatkan kawasan Lembah Jaya. Yang keempat, telah menjalankan dan melaksanakan tindakan bersepadu, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Agensi berkaitan untuk mengambil tindakan bersepadu berdasarkan bidang kuasa agensi masing-masing dan yang kelima kita telah melaksanakan juga friend of rivers, setakat yang tahun ini 38 kita telah menggalakkan lebih ramai lagi NGO ini untuk berdaftar bagi melaksanakan program-program kesedaran dan juga kawasan-kawasan sungai di sekitar di seluruh Negeri Selangor termasuklah anak-anak sungai Ampang.
Bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai pembersihan persekitaran, usaha ini perlu dibuat secara berterusan bagi mewujudkan rasa tanggungjawab bersama setiap responsibility. Untuk meningkatkan orang awam mengenai kepentingan menjaga kebersihan, beberapa inisiatif dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO dan komuniti dalam mendidik masyarakat kelestarian alam seperti berikut; yang pertama melaksanakan kempen pembersihan berserentak bersempena dengan kempen world clean up dengan izin yang dijalankan di seluruh negeri Selangor. Aktiviti yang mendapat sambutan menggalakkan ini melibatkan komuniti setempat, sukarelawan, badan-badan bukan kerajaan dan agensi berkaitan. Pada tahun ini Kerajaan Negeri melalui Pejabat EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar telah melaksanakan kempen pembersihan ini dengan kerjasama Earth Warrior Association bersempena dengan Earth Warrior 2024 dan World Clean Up 2024 di pelbagai lokasi di Negeri Selangor yang telah melibatkan seramai 5,161 sukarelawan dan komuniti yang telah mengumpulkan sebanyak 1.1 tan sampah. Dua, mempertingkatkan pengurusan sisa elektrik dan elektronik e-waste melalui program pengumpulan sisa elektrik dan
elektronik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan kerjasama Earth sebagai usaha dan menggalakkan dan mendidik warga Selangor mengurus e-waste dengan tanggungjawab. Yang ketiga meningkatkan pengurangan sisa dan pengasingan sisa melalui punca dari program kesedaran 5R Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery dan pembudayaan pembersihan di jabatan, agensi kerajaan dan sektor swasta. Yang keempat, program Kitar Semula juga akan ditambah baik dengan sasaran untuk menyediakan 100 tong kitar semula di setiap Pihak Berkuasa Tempatan yang akan diletakkan di taman-taman perumahan dan akan dikutip secara berkala untuk dihantar ke pusat kitar semula. Yang kelima, perancangan Pelaksanaan Program Pendidikan Alam Sekitar di sekolah-sekolah di Negeri Selangor yang akan diusulkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang keenam, promosi Kempen Kesedaran Pembuangan Sampah Secara Betul di kawasan perumahan, taman awam, sekolah dan lain-lain. Tutorial kitar semula, kesedaran e-waste dan kempen bebas plastik dan yang ketujuh promosi dan pelaksanaan Program Pendidikan Dan Kesedaran Masyarakat berkaitan kebersihan secara insentif dan meluas kepada rakyat melalui pelbagai saluran media seperti media sosial, media elektronik dan media cetak dan hebahan melalui billboard, iklan di pengangkutan awam, LED board, komuniti board dan juga media digital yang lain. Sekian, terima kasih.
Balakong.
Tuan Speaker, soalan nombor 27.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. SemikonduktorQuestions
27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan kerajaan dalam memastikan industri semikonduktor di Selangor terus berkembang dan memanfaatkan rakyat Selangor?
b)
Adakah IC Design Park di Selangor akan terus ditambah?
c)
Apakah kayu ukur kepada kejayaan IC Design Park Selangor?
Tuan Speaker, saya mohon soalan nombor 27 daripada Balakong ini mengenai industri semikonduktor dan IC design park dijawab bersekali dengan soalan bernombor nombor 47 daripada Meru, 238 daripada Kampung Tungku, 240 daripada Bukit Lanjan dan 331 dari Lembah Jaya. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk memastikan industri semikonduktor terus berkembang dan memberikan faedah kepada rakyat. Antaranya ialah; yang pertama pembangunan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu atau pun IC Design Park di Puchong semikonduktor terbesar di Asia Tenggara dijangka membuka hampir 500 peluang pekerjaan profesional. Yang kedua, pembangunan Modal Insan, melalui kerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dan Akademi Semikonduktor Malaysia (ASEM), pelbagai program latihan telah disediakan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam semikonduktor dan AI. Yang ketiga, sumbangan kepada Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS), Selangor berhasrat untuk menyumbang sehingga 30% kepada NSS, yang bertujuan menjana RM100 bilion setahun dalam industri elektrik dan elektronik.
Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menambah bilangan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC Design Park) bagi memenuhi permintaan industri semikonduktor yang semakin meningkat.Selepas kejayaan IC Design Park pertama di Puchong yang kini telah mencapai kapasiti penuh, perancangan sedang dijalankan untuk membangunkan taman kedua di Cyberjaya. Pihak SIDEC sedang meneroka Park 2 at the Cyberjaya yang dijangka akan menyediakan eko-sistem yang baik untuk menampung lebih ramai jurutera. Perancangan ini dijangka dilancarkan pada awal tahun pertengahan tahun depan. Daripada segi pelaburan Langsung Asing (FDI) dan pelaburan Langsung Domestik (DDI). Pembangunan IC Design Park di Selangor dijangka menarik pelaburan yang signifikan. Kerajaan Malaysia menyasarkan pelaburan sekurang-kurangnya RM500 bilion untuk fasa pertama dalam pelan strategik Semi Konduktor Kebangsaan. Dengan pelaburan Langsung Domestik memfokuskan kepada reka bentuk litar bersepadu, pembungkusan termaju dan peralatan pembuatan. Daripada segi nilai eksport, Persatuan Industri Semi Konduktor Malaysia menyasarkan hasil eksport konduktor mencecah RM1.2 trilion menjelang tahun 2030. Daripada segi potensi pendapatan, pembangunan ICD Park di Selangor dijangka memberikan pulangan yang tinggi sebagai contoh, Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu di Puchong dijangka menawarkan lebih 500 pekerjaan profesional dalam tempoh setahun beroperasi dan gaji permulaan bulanan antara RM5,000 hingga RM7,000. Selain itu Pelan Semi Konduktor Strategik menyasarkan untuk menjana nilai tahunan RM100 bilion dalam sektor Semi Konduktor dan eksport elektrik dan elektronik. Dengan Selangor bersedia menyumbang
30% daripada sasaran tersebut. Secara keseluruhan penambahan IC Design Park di Selangor dijangka memberikan impak positif kepada ekonomi negeri melalui peningkatan pelaburan nilai eksport dan pendapatan serta mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi bagi rakyat tempatan.
Dan Yang Berhormat Meru juga bertanya berkenaan inisiatif kewangan untuk membantu PKS beralih kepada teknologi Semi Konduktor. Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi yang berkaitan ada menyediakan insentif dan bantuan kepada yang berhasrat untuk beralih kepada penggunaan teknologi terkini dalam operasi syarikat. Sebagai contoh MIDA menawarkan beberapa insentif seperti berikut. Yang pertama Application for New Automation Capital Allowance. Yang kedua insentif For Reinvesment under the NIMP 2030. Dan Bukit Lanjan ada bertanya berkenaan Kerajaan Negeri berkerjasama dengan Institusi Pendidikan Tinggi untuk membangunkan bakat di bidang teknologi semi konduktor. Bukit Lanjan tidak ada, perlu saya jawab tak, Yang Berhormat Tuan Speaker?
Ya, tidak mengapa, boleh.
Ya, habiskan ya, baik. Kerajaan Negeri Selangor melalui inisiatif SIDEC telah menganjurkan latihan berkaitan bidang teknologi semikonduktor dan kecerdasan buatan. Latihan ini dilaksanakan oleh pihak AI Nusantara yang kini dikenal pasti sebagai Akademi Semikonduktor Malaysia dan telah melatih seramai 600 pelajar yang daripada pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Para pelajar akan diberikan latihan kemahiran berkaitan kecerdasan buatan bagi menambah potensi pelajar dalam memenuhi keperluan di bidang pekerjaan masa ini. Selain itu, pihak AI Nusantara juga telah melaksanakan kursus latihan Train The Trainer kepada 30 pensyarah turut terdiri daripada 20 institut pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Sains Malaysia (USM), Multimedia Universiti (MMU), Universiti Selangor (UNISEL), Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kursus latihan ini dijalankan selama sebulan ini merangkumi menghadiri latihan secara fizikal di Akademia Signika, Taiwan. Sesi mentor secara atas talian dan pembentangan projek di mana hasilnya para tenaga pengajar ini dapat mengadaptasi keperluan pengetahuan teknologi masa kini dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pengajar dari luar negara, terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Gombak Setia.
Terima kasih EXCO. Saya ingin bertanya berhubung industri semikonduktor, apakah pelaksanaan semua perancangan-perancangan negeri khususnya tentang semikonduktor ini akan di laksana oleh pihak SIDEC atau pun SIDEC akan menggunakan khidmat syarikat perunding daripada luar.
Terima kasih. Pelaksana bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi industri semikonduktor adalah di bawah SIDEC dan satu Jawatankuasa Semi Konduktor juga telah ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada SIDEC dan Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut merangkumi UPEN, Invest Selangor dan juga pakar-pakar daripada bidang semi konduktor, terima kasih.
Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker, saya ada satu soalan tambahan mengenai apabila peningkatan dalam industri AI dengan izin dan juga semikonduktor ini ia akan memakan sumber seperti tenaga elektrik dan juga air untuk cooling, dengan izin. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani cabaran yang akan datang dengan peningkatan demand sekali lagi dengan izin, tenaga elektrik dan air sebagai sistem untuk menyejukkan server-server AI ini, terima kasih.
Sebenarnya bagi pembangunan IC Design Park, dia tidak melibatkan penggunaan elektrik atau air yang terlampau tinggi. Yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lembah Jaya itu berkemungkinan rujuk kepada data centre, juga merupakan sebahagian daripada ekosistem bagi semikonduktor. Jadi bagi pembangunan data centre, satu garis panduan akan dikeluarkan oleh MITI berkenaan data centre. Garis panduan bagi pembangunan data centre sebagai satu rujukan kepada semua agensi termasuk Kerajaan Negeri iaitu kami, saya difahamkan dalam garis panduan tersebut akan memberi fokus kepada power usage eficiency dan juga water usage eficiency. Sekiranya data centre ingin melabuh di bukan saja di Selangor, ingin melabuh di Malaysia, tidak memenuhi kedua-dua syarat utama itu, maka dia tidak akan diberi laluan untuk membangunkan data centre di Malaysia, terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Ini berhubung jawapan Yang Berhormat EXCO tentang kemungkinan pelaburan dalam sektor ataupun bidang data centre di Negeri Selangor. Saya percaya Yang Berhormat EXCO dan Kerajaan Negeri dapat meneliti beberapa laporan yang terkini di mana beberapa buah negara-negara maju sudah tidak lagi menerima pelaburan dari segi data
centre kerana tekanan penggunaan electricity dan juga utilities yang lain khususnya air itu terlalu tinggi sedangkan peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan berteknologi tinggi terlalu kecil. Banyak contoh yang kita boleh berikan di mana data centre yang dibangunkan itu tidak memberikan nilai kepada negeri yang berkenaan dan juga peluang pekerjaan yang berteknologi tinggi. Jadi apakah Kerajaan Negeri masih lagi meletakkan pelaburan data centre ini sebagai keutamaan sebab semalam jawapan Yang Berhormat EXCO masih lagi merujuk kepada kemungkinan untuk menarik pelaburan dalam data centre ke Negeri Selangor, terima kasih.
Terima kasih seperti apa yang saya jawab tadi, bagi data centre yang akan masuk ke bukan saja ke Negeri Selangor tetapi ke Malaysia, kami sedang menunggu satu garis panduan daripada MITI. Dalam garis panduan itu akan menekankan power usage efficiency dan juga water usage efficiency. Sebenarnya data centre bukan merupakan satu pelaburan yang baru di Malaysia, dah lama kita ada data centre. Tetapi apa yang kita nampak sekarang adalah merupakan satu influx data centre kepada Malaysia, kenapa, kerana kita ada mempunyai buat masa ini kita masih mempunyai simpanan tenaga ataupun reserved yang mencukupi dan juga bekalan air yang mencukupi di Negeri Selangor. Jadi untuk bab ini, tadi juga sebut peluang pekerjaan yang tidak begitu banyak daripada pelaburan data centre, yang itu betul, yang itu satu hakikat yang betul di mana data centre kerana dia berteknologi tinggi tak perlu ramai sangat pekerja ataupun engineer di dalam setiap data centre tersebut. Tetapi harus kita ingat, data centre merupakan salah satu bahagian daripada entire ekosistem bagi semi konduktor. Kita juga memerlukan data centre bilangan data centre yang mencukupi dan juga data centre yang satu kuantiti yang berpatutan supaya kita dapat membangunkan semikonduktor industri. Kita harus tengok spill of wave effect daripada data centre juga dan salah satu perkara yang saya rasa kita perlu tekankan adalah local content bagi setiap pembangunan data centre. Berapa peratusan local vendor ataupun syarikat tempatan yang dapat juga mengambil bahagian dalam pembangunan data centre dan operasi data centre itu adalah merupakan perkara-perkara penting dan dalam setiap permohonan itu, Kerajaan Negeri Selangor akan ambil pertimbangan dan tengok kepada semua sudut-sudut ini, terima kasih.
Ya, Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya nampak Selangor ada langkah yang tersusun dalam memperkembangkan industri semikonduktor ini tetapi saya hendak tanya, selaras dengan cita-cita atau hasrat yang dikemukakan oleh Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Rafizi Ramli di mana kita hendak beranjak daripada made in Malaysia kepada made by Malaysia, dengan izin. Bagaimanakah langkah Kerajaan
Negeri Selangor untuk memastikan industri semikonduktor ini lebih bersifat high value dengan izin, dan ada value add, terima kasih.
Merupakan satu soalan yang sangat baik. Saya perlu jelaskan selama ini pembangunan semikonduktor di Malaysia ini telah dibangunkan dengan sangat baik pada 5 tahun yang sebelum ini. Dan selama ini, kita memberi lebih tumpuan pada downstream iaitu pada assembly dan juga testing. Jadi kalau kita hendak beralih daripada Made in Malaysia kepada Made by Malaysia, kita perlu ada reka bentuk sendiri. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan IC Design Park yang pertama di Puchong dan tahun depan kita akan tubuh lagi satu IC Design Park yang kedua di Cyberjaya untuk tujuan ini. Kita perlu menambah lagi lebih banyak reka bentuk hasil IC design itu daripada Malaysia. Oleh itu, sekarang kita perlu memberi lebih fokus, lebih banyak fokus di upstream bagi semi konduktor di Negeri Selangor, terima kasih.
Dengkil.
Tuan Speaker soalan nombor 28.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Tenaga Kerja Di Sekolah Kafa, Kafai Dan SraQuestions
28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Penambahan murid yang mendadak memerlukan penambahan tenaga kerja seperti guru, kerani pejabat, tukang kebun dan pengawal keselamatan perlu diberi perhatian.
b)
Cadangan pembinaan sekolah-sekolah agama di Bandar Cyber South, Cyberjaya dan Kota Warisan kerana penambahan penduduk yang semakin padat.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dengkil atas soalan yang dikemukakan. Cuma saya ingin menegur sedikit sebab soalan ini tidak berbentuk soalan, dia berbunyi cadangan atau pun pernyataan. Namun begitu saya cuba fahami maksud soalan yang dikemukakan
dan kita cuba jawab. Yang pertama adalah soalannya penambahan murid yang mendadak memerlukan penambahan tenaga kerja seperti guru, kerani pejabat, tukang kebun dan pengawal keselamatan perlu diberi perhatian. Yang ini saya ucapkan terima kasih atas pemakluman. Dan pihak JAIS sentiasa mengambil inisiatif dan langkah-langkah yang sesuai untuk menyelaraskan keperluan tenaga sumber manusia dan keselamatan pelajar di sekolah berdasarkan dasar agensi-agensi terlibat dan keupayaan kewangan Kerajaan Negeri.
Untuk bahagian kedua, cadangan pembinaan sekolah-sekolah agama di Bandar Cyber South, Cyberjaya dan Kota Warisan kerana penambahan penduduk yang semakin padat. JAIS telah memasukkan pembinaan SRA Kota Warisan dalam RMK-12 bernilai RM11.83 juta dan kerja-kerja awalan akan dilakukan pada tahun 2025. Manakala bagi Cyberjaya juga telah dikenal pasti tapak sekolah bersebelahan Masjid Cyber 10. Untuk pewartaan dan akan dicadangkan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Namun begitu saya juga amat terbuka untuk mendengar pandangan-pandangan dan cadangan untuk kawasan-kawasan lain yang bersesuaian sekiranya ada, terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Dengkil.
Apakah kajian yang telah dibuat untuk mengenal pasti masalah kekurangan tenaga kerja di Sekolah KAFA dan Sekolah Rendah Agama dan keduanya apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah pun dikenal pasti oleh pihak Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
Baik terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Kajian telah dijalankan saya kira dan kita akan bermula pertamanya dengan kita mengukuhkan lagi kedudukan dan juga tenaga-tenaga pelajar KAFA yang telah ada di Negeri Selangor. Seperti contoh pada tahun depan kita akan sediakan satu peruntukan untuk memastikan kesemua guru KAFA di Negeri Selangor ini dibayar KWSP dan juga caruman PERKESO secara penuh, itu yang pertama. Yang kedua disebut juga soal perlunya guru-guru tambahan dan kadang-kadang guru yang kerja separuh hari di sekolah A dan pergi ke sekolah B akan diselaraskan nanti dan akan dibentangkan untuk pertimbangan Ahli-Ahli Dewan semua.
Semenyih. Semenyih
Terima kasih Tuan Speaker, DUN Semenyih bersempadanan dengan Negeri Sembilan, soalan Semenyih soalan nombor 29.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Pengurusan Air Dan EmpanganQuestions
29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan paras air terkini empangan di Selangor.
b)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang meluaskan penggunaan teknologi Ai dan IoT untuk mengawal pengesanan paras air (Smart Water Level) bagi amaran awal banjir dan kualiti air (Smart Water Quality) bagi menjamin air bersih?
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih, Tuan Speaker. Semenyih bertanyakan mengenai status empangan Negeri Selangor dan cadangan penggunaan Smart Teknologi atau AI dan IOT bagi mengawal paras air bagi amaran awal banjir dan kualiti air. Untuk makluman Yang Berhormat setakat 4 November 2024, paras air empangan di Selangor ialah seperti berikut. Kita ada 7 empangan dan satu ORS. Empangan pertama ialah Empangan Sungai Selangor sebanyak 98.51% yang boleh bertahan 143 hari tanpa hujan, Empangan Sungai Tinggi sebanyak 94.40% bertahan sehingga 82 hari, Empangan Sungai Semenyih sebanyak 97.17% bertahan 149 hari, Empangan Sungai Langat sebanyak 97.15% bertahan 132 hari, Empangan Sungai Batu sebanyak 96.89% bertahan 191 hari, Empangan Klang Gates sebanyak 91.80% bertahan 92 hari, dan Empangan Tasik Subang sebanyak 94.18% bertahan 170 hari. Satu yang daripada ini yang Off River Storage (ORS) Sungai Labu sebanyak 99.24% bertahan 66 hari tanpa menggunakan air sungai. Kerajaan Negeri Selangor melalui, bagaimanapun kalau maklumat harian sebenarnya boleh diperoleh dengan daripada Portal Integrated Water Resources Information Management System (IWRIMS) boleh didapatkan maklumat harian mengenai paras air di empangan. Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS menjalankan pemantauan paras air empangan secara telemetry secara remote hubungan terus di dalam talian ari aspek kuantiti dan kualiti melalui Integrated Water Resources Information Management System (IWRIMS) dengan izin yang telah dibangunkan secara berfasa bermula pada tahun 2012. Sistem dalam talian
ini digunakan untuk mengurus dan merekodkan data-data hidrologi di Negeri Selangor seperti paras air, kapasiti empangan, kadar hujan, paras air sungai, kadar abstraksi muka sauk, kadar pengepaman air kolam, data kualiti air dan juga integrasi secara perkongsian data, secara File Transfer Protocol (FTP) atau Application Program In Protocol (API) bagi station kuantiti dan kualiti air dengan agensi-agensi lain yang berkepentingan melalui MUO yang ditandatangani oleh LUAS ia ada beberapa agensi jabatan yang terlibat dalam pemantauan atau merekodkan hujan dan sebagainya. Di samping itu juga LUAS telah membangunkan LUAS Intelligent Support System (LISS) bagi membantu dalam menguruskan lembangan sungai secara holistik dengan mengambil kira pemodelan hydrology dan juga data-data Jabatan Meteorogical Malaysia (MET) serta Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia (JPS) bagi meramalkan kadar alir yang optimum untuk tempoh satu dua puluh jam ke hadapan bagi kadar pelepasan air empangan yang optimum untuk Sungai Selangor dan Sungai Langat. Kerajaan Selangor juga melalui LUAS dan juga Pengurusan Air Selangor telah mengguna pakai teknologi terkini dalam mengesan pencemaran air mentah melalui pemantauan menggunakan River Monitoring System (RMS) station pantauan ini dipasang di beberapa lokasi di sungai utama untuk mengumpul data melalui sensor bagi mengesan kualiti air sungai berdasarkan kepada petunjuk utama pencemaran air mentah dan data ini boleh dibaca terus oleh petugas LUAS. Selain itu, LUAS turut bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan sedang membangunkan Selangor Earth Surface Activity Monitoring System (SESAMS) dengan menggunakan teknologi satelit bagi mengesan pembukaan tanah dari aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti air sungai di Negeri Selangor. Dalam isu banjir, Kerajaan Negeri Selangor mengguna pakai perkhidmatan pemantauan hidrologi secara masa nyata (Real Time) yang dibangunkan oleh Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Air Selangor sedang meneroka penggunaan teknologi rawatan air terkini menerusi kecerdasan buatan (AI) bagi memantau, meramal dan mengesan kualiti sumber air dari sungai sebelum ianya dirawat di 34 loji rawatan air di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dalam pemakaian AI dan Internet Of Things (IoT), analitik lanjutan dan sensor jarak jauh yang boleh membantu mengawal pengesanan paras air (Smart Water Level) bagi amaran awal banjir dan kualiti air (Smart Water Quality) dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengurusan air di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri yakin sistem pengurusan air yang dibantu oleh teknologi ini dan sensor jarak jauh boleh menjimatkan penggunaan air, mengurangkan kos dan menyumbang kepada kemampanan alam sekitar. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang diberikan. Semenyih risau dengan banjir. Cuma maklumat yang Semenyih dapat 2025 ada kebarangkalian kemarau pula datang ke apakah langkah persediaan sekiranya ia berlaku dan adakah sebarang perancangan kalau ada sebarang untuk empangan baru hendak disediakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat soalan tambahan. Sebagaimana saya pernah sebut dalam Dewan ini pengurusan air Negeri Selangor di bawah Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) bukan sahaja mengambil kira mengenai pengurusan kecukupan air untuk bekalan dan juga pengurusan banjir tetapi juga pengurusan air ketika berlaku kemarau kerana bukan sahaja melibatkan bekalan air untuk minuman tetapi juga bekalan air untuk pertanian dan juga ternakan. Jadi ini diambil kira dalam kita merancang pelaksanaan ataupun pengurusan sumber air di Negeri Selangor. Memang kita diberi maklum oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kemungkinan tinggi akan berlaku kemarau yang besar pada 2025 atau 2026. Ini ramalan dan kita bersedia itu yang saya sebutkan tadi selain daripada kita melihat daripada sumber air yang ada kita telah mengenal pasti saya sebut sebelum ini lebih daripada 100 kolam dan tasik yang ada di Negeri Selangor yang sedang kita bangunkan untuk disambungkan sistemnya sebagai part of the river scheme untuk memastikan air ini dapat digunakan dan takat kiraan kita pada hari ini daripada 100 tasik dan kolam ini ia mempunyai hampir lebih kepada 100 juta cubic metre atau meter padu yang boleh tahan hingga tiga ke empat bulan. Jadi kalau dengan empangan kita boleh bertahan empat ke lima bulan dicampurkan dengan air ini dan juga hubungan kita ataupun air yang kita ambil dari Negeri lain jadi Pahang terutamanya maka kita berkemampuan untuk menguruskan air dengan lebih baik. Jadi usaha juga sedang dibuat untuk melihat bagaimana agihan air jika berlaku jika berlaku kemarau yang di maksudkan itu. Ini persiapan kita menghadapi kemarau yang dibangkitkan tadi. Terima kasih.
Kota Damansara.
Tuan Speaker, 24(2) Tuan Speaker saya mengambil soalan Kota Damansara.
Dibenarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Pelaburan Dalam NegeriQuestions
30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah target pelaburan yang tetapkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2024?
b)
Berapakah jumlah perlaburan yang telah berjaya didapatkan pada tahun 2024?
c)
Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan jumlah pelaburan dapat dicapai bagi tahun 2024?
Tuan Speaker, saya mohon jawab soalan ini bersekali dengan soalan dari Bandar Baru Klang nombor 128. Bagi tempoh tahun 2023 sehingga Jun 2024 sebanyak ,132 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan dalam Negeri Selangor dengan nilai pelaburan bernilai berjumlah RM90.1 bilion. Bagi tahun 2023 sebanyak 1,311 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM55.24 bilion. Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 sebanyak 821 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM34.97 bilion. Pelaburan yang nilai tertinggi dalam Negeri Selangor mengikut sektor utama dan sub sektor industri bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 seperti berikut. Bagi main facturing ataupun pembuatan sub sektor yang pertama adalah transport equipment telah mencipta peluang pekerjaan sebanyak 1,437 dengan jumlah pelaburan RM2.8 bilion. Yang kedua fabricated metal products peluang pekerjaan 1,447 dengan jumlah pelaburan RM857 juta. Machinery and equipment, peluang pekerjaan 836 dengan jumlah pelaburan RM687.7 juta dan yang keempat basic metal products telah memberi peluang pekerjaan sebanyak 120 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM686.7 juta dan kelima adalah non metallic mineral products, peluang pekerjaan 313 dengan jumlah pelaburan RM561.6 juta dan bagi sektor perkhidmatan sub sektor yang pertama ialah real estate dengan jumlah pelaburan RM9.64 bilion dan yang kedua adalah information and communication telah mencipta peluang pekerjaan sebanyak 11,503 dengan jumlah pelaburan RM9 bilion dan ketiga transport services telah memberi peluang pekerjaan sebanyak 3,069 pekerjaan dengan jumlah pelaburan RM4.33 bilion, yang keempat utilities jumlah pelaburan RM1.44 bilion dan kelima distributive trade peluang pekerjaan 7,797 dan jumlah pelaburan RM1.39 bilion dan jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam setiap sektor pelaburan di Negeri Selangor bagi tempoh 2023 hingga Jun 2024 adalah sebanyak 63,912 potensi
peluang pekerjaan. Daripada jumlah ini sebanyak 20,241 potensi peluang pekerjaan hasil daripada kelulusan bagi projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan sebanyak 43,671 potensi peluang pekerjaan hasil daripada kelulusan projek pelaburan dalam sektor perkhidmatan. Bagi tempoh tahun 2024, Kerajaan Negeri menyasarkan pelaburan berjumlah RM 50 bilion di mana sebanyak RM15 bilion dalam sektor pembuatan dan sebanyak RM 35 bilion bagi sektor perkhidmatan. Bagi memastikan sasaran ini tercapai memastikan sasaran ini dicapai Kerajaan Negeri melalu Invest Selangor Berhad telah melaksanakan pelbagai program antaranya yang pertama melaksanakan program-program promosi penggalakan pelaburan dengan pertemuan secara fizikal mahupun visual dengan pihak dewan-dewan perniagaan di dalam dan luar Negara termasuk misi-misi pelaburan. Yang kedua memberi penekanan kepada industri-industri tumpuan seperti Sains Hayat, Pembuatan Makanan dan Minuman (F&B), Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik, Kelengkapan Pengangkutan seperti industri Aeroangkasa dan Dron serta Mesin dan Peralatan bagi sektor pembuatan ataupun perkilangan. Manakala bagi sektor perkhidmatan pula, Kerajaan memberi penumpuan kepada industri Perkhidmatan Logistik dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology. Yang ketiga, memperkenalkan dan mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara melalui penganjuran program-program pameran tahunan bertaraf antarabangsa seperti Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show (SAS) dan keempat memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program, dan Selangor Lab Partnership Program bagi menyediakan kemudahan dan khidmat sokongan pelaburan yang diperlukan oleh pelabur serta membantu mempercepatkan perlaksanaan projek-projek pelaburan yang dirancang. Kelima, menggalakkan pembangunan kawasan-kawasan industri baru yang kondusif berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) untuk keperluan para pelabur dan keenam, mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara berkala setiap bulan bagi memantau dan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pelabur agar cadangan projek pelaburan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Terima kasih.
Tuan Speaker ada soalan tambahan.
Ya silakan Kota Kemuning.
Yang Berhormat EXCO telah memberi tahu kepada kita bahawa ada banyak pertumbuhan ekonomi pembuatan so ini menunjukkan bahawa ada banyak logistik yang akan menggunakan jalan-jalan di kawasan Selangor. Apakah projek infrastruktur yang telah dibina atau dirancang untuk membina untuk menyokong pertumbuhan ekonomi ini. Itu soalan saya.
Terima kasih. Bagi setiap pembangunan pembuatan yang besar seperti hub logistik ia memerlukan permohonan ataupun mendapatan kebenaran KM daripada pihak PBT dan juga dapat sokongan daripada agensi-agensi yang lain. Dalam setiap permohonan itu biasanya EIA diperlukan untuk memastikan traffic impact di kawasan yang akan dibangunkan. Ada satu kajian akan dibuat di kawasan tersebut dan syarat-syarat untuk menaiktaraf jalan yang berdekatan dengan pembangunan tersebut juga akan dikenakan di dalam setiap permohonan dan kita perlu tengok keseluruhan, bukan di kawasan pembangunan sahaja. Kita perlu tengok keseluruhan bagi pembangunan infrastruktur seperti rel, jajaran Rel Kita Selangor yang kita disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Ia juga merupakan salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kita punya logistic service, kita punya perkhidmatan logistik itu dapat dibangunkan dengan pembangunan infrastruktur seperti rel dan juga beberapa jalan baharu dan lebuh raya di lancarkan di kawasan khususnya yang berdekatan dengan kawasan Pelabuhan Klang. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya Bandar Baru Klang
Yang Berhormat EXCO adakah peluang pekerjaan diwujudkan terhad kepada Malaysian sahaja?
Bagi kebanyakan pelaburan berteknologi tinggi yang bakal beroperasi di negeri Selangor, kebanyakan itu akan menggunakan kepakaran warga Malaysia seperti IC Design Park yang tadi saya jawab dengan panjang lebar. Hampir semua IC design engineer yang masuk ke dalam IC Design Park di Puchong semua warga Malaysia dan semua graduan baru daripada institusi tinggi di Malaysia dan sudah tentunya ada beberapa pakar dari luar negara berada di sana untuk memberi training ataupun tunjuk ajar kepada graduan baru ini supaya mereka juga akan menjadi pakar bidang ini pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Teratai, Teratai.
Speaker. Soalan saya nombor 31.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Kebajikan Dan Pendidikan Kanak-KanakQuestions
31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif kerajaan untuk memperkasakan kebajikan dan pendidikan kanak-kanak di negeri ini?
b)
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan kes seperti GISB terhadap kanak-kanak berlaku pada masa depan?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Teratai. Soalan berkaitan apakah inisiatif kerajaan untuk memperkasakan kebajikan dan pendidikan kanak-kanak di negeri ini? Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan kebajikan dan pendidikan kanak-kanak bagi memastikan masa depan yang lebih baik bagi anak-anak negeri Selangor. Antara inisiatif utama yang telah ditawarkan adalah; pertama, Program Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan program yang menjadikan subsidi kepada ibu bapa menampung yuran tadika sehingga RM1000 yang akan dibayar secara langsung kepada tadika yang telah berdaftar di bawah program ini. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah dengan perbelanjaan yuran anak-anak mereka dengan memastikan anak-anak dari pendapatan rendah untuk memulakan pendidikan awal yang berkualiti penting dalam perkembangan akademik mereka. Kedua, Skim Bantuan Asuh Pintar (Asuh Pintar) iaitu bantuan yuran TASKA ataupun Nurseri di bawah kelolaan YAWAS di mana anak-anak yang berusia 4 tahun sebanyak RM100 setiap bulan. Dan, bantuan yuran juga akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri. Yang ketiga, Program Iltizam Anak Selangor atau ANAS yang mana program ini di bawah skim jenama Iltizam Selangor Penyayang di bawah pengelolaan YAWAS juga dan menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022. Dan setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022. Yang keempat, perpustakaan Mesra Transit yang dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Perkhidmatan oleh perbadanan tersebut yang beraspirasi untuk menyediakan persekitaran kondusif, selamat dan selesa kepada anak-anak terutama selepas peralihan sesi atau selepas waktu sekolah. Ini terutamanya semasa peralihan sesi persekolahan bagi pelajar sekolah rendah sekolah
menengah. Sebanyak 13 buah perpustakaan akan terlibat dalam projek perintis ini. Kesemua perpustakaan ini dilengkapi dengan bilik air yang lengkap termasuk pancuran air (shower) untuk mandi serta kafe atau pantri bagi memudahkan anak-anak makan sebelum pergi sekolah atau habis sekolah, dan juga disediakan tempat solat dan rehat yang selesa dan yang kelima program Advokasi Pelindungan Kanak-kanak. Di mana program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan tujuan memberi kesedaran kepada kanak-kanak dan guru berkenaan hak dan keselamatan kanak-kanak. Program ini telah dijalankan di 11 buah sekolah termasuk di kesemua sekolah di daerah Negeri Selangor termasuk Pusat Aktiviti Kanak-kanak PPR, Hicom.
Soalan tambahan.
Morib.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 32.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Satu Kampung Satu PadangQuestions
32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan membuat satu padang di setiap kampung untuk kegunaan penduduk kampung untuk riadah dan rekreasi serta bersukan seperti padang bola, gelanggang futsal dan sebagainya?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Morib. Soalan Yang Hormat, adakah Kerajaan Negeri Selangor akan membuat satu padang di setiap kampung untuk kegunaan penduduk kampung untuk riadah dan rekreasi serta bersukan seperti padang bola, gelanggang futsal dan sebagainya? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan Negeri belum ada perancangan untuk 1 padang untuk setiap kampung di negeri Selangor berikut
kekurangan tanah kerajaan untuk dijadikan padang. Walau bagaimanapun, sekiranya ada tanah kerajaan yang sesuai dijadikan padang bagi aktiviti riadah dan rekreasi, Yang Berhormat boleh memohon atau cadangkan serta mengemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan pewartaan tanah kerajaan bagi tujuan padang. Terima kasih
Soalan tambahan.
Ya Morib.
Terima kasih atas jawapan EXCO. Kita lihat padang yang sedia ada, yang rata-rata yang sedia ada yang tidak diselenggara. Oleh itu saya ada 2 persoalan ya padang-padang yang sedia ada ini, adakah padang-padang ini sudah di selenggara oleh Jawatankuasa Kampung ataupun kita boleh beri jika tidak di selenggara oleh Jawatankuasa Kampung, beri kepada ini cadanganlah beri pada NGO sukan atau persatuan-persatuan sukan ini untuk mereka lebih menggunakan padang-padang ini untuk aktiviti sukan mereka. Dan yang kedua, kita lihat juga taman-taman perumahan yang lama ya, kita lihat ada taman-taman permainan yang kita tengok telah lama dan usang, ini membahayakan bagi saya kepada keselamatan anak-anak dan penduduk di situ. Jadi saya juga ada mencadangkan untuk supaya jika tidak diselenggara ataupun dibaiki taman-taman permainan yang rosak ini boleh juga dibuat satu padang yang lapang ataupun untuk riadah, berjogging atau pun kita buat dewan kecil yang berbumbung untuk mereka bersosial ataupun beriadah, bersukan di situ. Saya rasa itu lebih bermanfaat daripada kita membiarkan padang-padang atau alat-alatan yang rosak dan berkarat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan penyelenggaraan padang, pertama kita perlu melihat sama ada padang itu kepunyaan individu ataupun kepunyaan kerajaan. Kebiasaannya jika padang itu di bawah kerajaan dan di bawah kawasan PBT, pihak PBT akan mengadakan kerja-kerja penyelenggaraan. Tetapi sekiranya ada padang-padang individu ataupun bukan padang milikan kerajaan yang dilihat tidak diurus, mungkin pihak Yang Berhormat boleh mengemukakan terus cadangan kepada Pejabat Daerah dan Tanah ataupun tuan individu kepunyaan tanah untuk diserahkan kepada pihak NGO ataupun diadakan kerjasama bagi program gotong-royong ataupun untuk diadakan aktiviti-aktiviti sukan, riadah di kawasan itu. Berkenaan dengan soalan kedua, taman-taman perumahan yang dilihat usang di negeri Selangor, perkara ini boleh diajukan kepada pihak PBT ataupun pihak Jawatankuasa Taman agar taman-taman ini di selenggara dengan segera. Ini satu cadangan yang baik Yang Berhormat. Dan saya kira pihak Kerajaan Negeri sedang dan sentiasa merancang untuk
menambah baik pusat-pusat rekreasi di kawasan-kawasan luar bandar dan juga di kawasan-kawasan taman yang di bawah naungan PBT. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 33.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Kilang Tanpa KebenaranQuestions
33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah tindakan pihak kerajaan ke atas KTK di tanah pertanian?
b)
Sub-soalan telah di tolak
Terima kasih Tuan Speaker, Terima kasih Sementa yang membangkitkan isu kilang tanpa kebenaran, apakah tindakannya di tanah pertanian. Dalam memastikan usaha memastikan usaha pemulihan kilang-kilang yang disenaraikan dalam Program Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) melalui inisiatif Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor Tahun 2025 hingga 2027 yang baharu ini, pihak Kerajaan Negeri \mengambil pendekatan yang lebih serius, yang lebih serius dan holistik dengan penawaran insentif secara carrot and stick, dengan izin terhadap pemilik tanah dan pengusaha kilang yang terlibat dengan KTK agar mereka mengemukakan permohonan menukar syarat kepada kategori perindustrian. Mana-mana pihak atau pengusaha atau pemilik tanah yang disenaraikan oleh pihak PBT sebagai lot-lot yang melanggar syarat kerana terdapat struktur kilang di atas tanahnya akan diberikan Notis 7A (Seksyen 128) Kanun Tanah Negara (KTN) (Akta 828) iaitu Notis Untuk Memulih Pelanggaran Syarat. Keingkaran pemilik tanah untuk mematuhi notis tersebut akan diambil tindakan dan seterusnya, tambahan di sini Penguatkuasaan bermula dengan penyampaian yang saya sampaikan
7A tadi pada 1 Januari 2025 kepada pemilik kemudian jika tiada sebarang tindakan positif sehingga 31 Disember 2025, Notis 7B Seksyen 129 dan Notis 8A Seksyen 130 akan mula dikeluarkan pada 1 Januari 2026. Keingkaran pemilik, pengusaha untuk memulihkan mematuhi notis tersebut akan mengakibatkan tanah dilucutkan hak ataupun dirampas dan menjadi Tanah Kerajaan. Ini pendekatan stick (Bahasa Cina) dengan izin, baik (Bahasa Cina) dengan izin lah, jawa (Bahasa Jawa). Maksudnya, jadi apa inisiatif yang kita berikan? Tadi baru kita bagi stick, sekarang saya nak bagi carrot pula. Apa carrot yang kita boleh bagi. Sekarang saya bagi data kilang yang ada. Data kilang yang ada, kilang tanpa kebenaran, (Bahasa Jawa) dengan izin, sehingga Oktotober 2024 terdapat 6,690, bukan nombor bertuah ya. 6,690, enam ribu enam ratus sembilan puluh kilang tanpa kebenaran yang beroperasi di atas 5,352, lima ribu tiga ratus lima puluh dua lot tanah di Selangor. Inilah yang kita kumpul di 12 PBT dengan inventori yang ada sampai 2019. Baik. Pendekatan, carrot yang kita hendak bagi, insentif yang kita nak bagi iaitu diskaun 30% bagi pembayaran premium untuk tukar syarat tanah. (Bahasa Jawa) Kita bagi 30% Sementa, 30%.
Kedua, pengurangan 30% untuk caruman Improvement Service Fund (ISF). Caj pemajuan dan infrastruktur sosial di PBT, 30% lagi ISF dengan caj pemajuan. Kemudian, bayaran nominal untuk premium tanah, premium khas. Premium tanah kena bayar nominal, ada yang tak mampu bayar dah convert, tak mampu bayar berjuta-juta kita boleh bagi bayar minimum paling kurang 300 ribu. Mana nak cari kerajaan yang prihatin sedemikian untuk pengusaha-pengusaha KTK ini. Kemudian, permit khas tanah, lesen perniagaan sementara kita berikan pematuhan kepada syarat teknikal minimum di PBT.
Inilah antara kaedah carrot and stick yang akan kita lakukan untuk pendekatan supaya tujuannya tidak lain tidak bukan kita nak minta seluruhnya pengusaha-pengusaha KTK 6690 ini tampil ke depan buat permohonan tukar syarat ya, untuk kita uruskan supaya perniagaan mereka di lapangan ini menjadi perniagaan perusahaan yang mematuhi undang-undang, mematuhi syarat dan boleh sama-sama kita padu majukan ekonomi Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Sementa.
Ok. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas pencerahan sebentar tadi. Cuma ada beberapa pandangan dan persoalan tambahan. Yang pertamanya, disebutkan tadi tentang tukar syarat. Ini bermakna KTK yang berada di tanah pertanian sekarang ini boleh ditukar syarat untuk mendapat KM dan boleh beroperasi di tanah pertanian, yang pertama. Yang
keduanya, dalam tempoh pemutihan ini sehingga hujung tahun 2025 banyak kenderaan-kenderaan mereka akan melalui jalan-jalan kampung. Yang mana jalan kampung ini di bawah JKR dan PLB yang tidak mampu untuk menampung beban berat kenderaan tersebut. Kesannya jalan-jalan kampung rosak dan baru-baru ini berlaku di Jalan Kempas, Kampung Perepat bagaimana lori boleh tumbang sebab jalan dah senget yang amat sangat. Ini jalan di bawah JKR dan inilah kesan-kesan yang akan dilalui oleh penduduk-penduk kampung dalam tempoh berkenaan jika tidak diambil kira bebanan kenderaan berat yang akan melalui jalan kampung khususnya jalan-jalan JKR lebih-lebih lagi jalan PLB sebab jalan PLB ini tidak ada peruntukan khusus untuk menurap jalan jika ada kecemasan. Dia biasanya setahun sekali atau ada permohonan.....
Yang Berhormat boleh ringkaskan soalan itu?
Berbeza dengan jalan-jalan JKR. Maka apakah sikap dan tindakan Kerajaan Negeri di dalam untuk menangani isu-isu ini khususnya berkaitan dengan jalan-jalan kampung yang tidak boleh menampung bebanan kenderaan-kenderaan berat tersebut? Terima kasih.
Ya.
Y.B. DATO’ NG SUEE LIM
: Terima kasih Yang Berhormat Sementa yang bertanyakan soalan tambahan yang panjang lebar. Yang pertama, saya jawab tentang KTK yang di dalam kawasan pertanian. Kita dalam garis panduan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor Tahun 2025 – 2027 ini yang di dalam zoning sahaja. Dia boleh memohon untuk tukar syarat. Yang di luar zoning di kawasan pertanian enggak bisa tukar syarat sebab zoningnya tidak menepati, itu enggak bisa, orak keno. Tetapi mereka boleh datang untuk mohon permit sementara dalam tempoh tiga tahun, kemudian mereka perlu membayar caj yang lebih tinggi, itu satu. Yang kedua, mereka perlu memikirkan tempat, cari tempat baru untuk pindah. Kalau tidak zoning mereka tidak sepadan, tidak mematuhi, tidak boleh diputihkan. Itu kekangan yang mesti kita terima hakikat ini. Pada masa yang sama, pertanyaan yang kedua tambahan yang kedua tentang jalan-jalan PLB, jalan JKR di Kampung Perepat dan sebagainya semua rosak akibat daripada kilang-kilang tanpa kebenaran yang ada. Saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, ekosistem ini wujud sejak sekian lama. Aktiviti ini wujud bukan hari ini. Uko iki tino wes swi bangat. Bukan hari ini, sudah lama sangat Yang Berhormat Paya Jaras tentu tahu ya, swi bangat. Jadi, sejak 2006 kita dah ambik pemutihan kilang tanpa kebenaran. Dah tujuh kali kita extend. Petong kali, belum kita berjaya pulihkan semua. Tapi kali ini kita pastikan mereka kena tampil ke depan supaya kita boleh putihkan dan boleh sama-sama kita jamin menang-menang. Situasi menang-menang. Win-win situation dapat dicapai
dan soal jalan rosak kita perlulah serah kepada EXCO Infrastruktur untuk jawab kemudian. Terima kasih.
Sungai Pelek. Ya, Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 34.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Pusat Khidmat MasyarakatQuestions
34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menaikkan elaun / gaji bagi pegawai yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat?
b)
Adakah ada perancangan untuk menambah bilangan staff pusat khidmat masyarakat?
Terima kasih Sungai Pelek atas soalan yang telah dikemukakan. Pada ketika ini, pihak Kerajaan Negeri sedang menimbang beberapa cadangan untuk meningkatkan pelarasan gaji bagi kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat seluruh Negeri Selangor sesuai dengan pengumuman terbaharu pihak Kerajaan Persekutuan. Justeru, kita juga turut mempertimbangkan agar gaji di kalangan pegawai-pegawai di pusat khidmat ini dipertingkatkan. Soalan kedua, kita akan cadangkan Insya-Allah akhir tahun ini ataupun awal tahun depan kita akan kemukakan kepada semua Ahli-Ahli Dewan sekalian. Untuk yang kedua pula, kita sedang kita juga pada ketika ini masih lagi mengekalkan kuota ataupun menetapkan empat pegawai tersebut di samping menimbang semula tentang bebanan yang patut diterima oleh pusat-pusat khidmat terutamanya dalam menguruskan program-program bulanan dan mingguan dengan pengumuman terbaru sebagai contoh Khairat Kematian. Saya ingin maklumkan bahawa kemungkinan beban itu akan bertambah. Paling tidak adalah dalam proses pembayaran RM1,000.00 yang kita tetapkan. Dan tidak lama lagi tahun 2026, kita akan mula melunaskan seramai 21,000 di kalangan batch pertama ataupun kelompok pertama dalam Tabung Anak Warisan Selangor ataupun peserta-peserta TAWAS. Janji yang telah kita muktamadkan tahun 2008 akan mula dibayar tahun 2026
bagi mereka yang berusia 18 tahun dan sekali lagi saya percaya pusat khidmat akan terus berfungsi dengan ataupun akan mempunyai bebanan tersebut. Justeru, kalau ada keperluan saya minta masa sampai bulan enam untuk menambah itu sebab melihat keperluan tahun 2026 dan beberapa kerja-kerja baharu seperti Program Khairat Darul Ehsan yang memerlukan kerjasama. Semalam pun dalam Mesyuarat YAWAS pun kita telah mempertimbangkan kaedah. Walaupun belum tuntas, belum lengkap sepenuhnya kita akan cuba lengkapkan sebaik mungkin sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Jun 2026 nanti, 2025 maafkan saya. Terima kasih.
Ya, Sungai Pelek.
Terima kasih atas jawapan dijawab oleh Yang Amat Berhormat MB. Sebenarnya soalan lanjutan saya adalah berkaitan dengan pusat khidmat ini. Sebenarnya terdapat juga pusat khidmat di luar kawasan DUN. Ini akan menambahkan saya rasa beban daripada jiran, saya rasa. Saya cadang supaya Kerajaan Negeri memastikan pusat khidmat ini adalah terletak di DUN sendirilah. itu cadangan saya. Dan soalan saya adakah kerajaan akan memastikan perkara itu sebenarnya cadangan dan saya soalan jugalah pada Yang Amat Berhormat MB.
Itu soalan ke cadangan tu?
Yang Berhormat kena kemukakan soalan.
Terima kasih. Itu sepatutnya sewajarnyalah sepatutnya pusat-pusat khidmat berada di kawasan. Tapi kita bukanlah nak impose ataupun nak menekan untuk melaksanakan dan mewajibkannya kerana mungkin akan menimbulkan kos. Di samping itu, saya juga hendak memaklumkan mungkin kita sedang pertimbangkan untuk menilai semula peruntukan bulanan bagi pusat-pusat khidmat termasuk opposition. Sebab pada waktu ini, saya dapat lihat kos-kos untuk penyewaan pusat-pusat khidmat memerlukan peningkatan kos. Jadi, sekali lagi saya akan cuba kaji keseluruhan memandangkan saya tahu bebanan kalau di kawasan Tanjung Karang sebagai contoh mungkin sewaannya boleh di bawah RM2,000.00. Tapi kalau di bawah Klang di kawasan Petaling dan sebagainya mungkin memerlukan kos yang lebih. Tapi kita akan lihat menyeluruh hal-hal ini dan mungkin kita akan kalau ada penambahan di masa depan pun pada peruntukan itu, saya minta nanti sampai bulan enam sebab kita nak tengok secara menyeluruh kerana kos saya tahu penyewaan-penyewaan tertentu memerlukan kos yang besar, tersendiri yang boleh ada aset sendiri tak apalah macam kediaman sendiri ataupun pejabat tu mungkin dapat mengurangkan. Tapi saya tahu rata-rata memerlukan untuk menyewa dengan premis-premis dipunyai oleh pihak lain. Terima kasih.
Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 35.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Tangkapan Anjing LiarQuestions
35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah “Standard Operating Procedure" yang diguna pakai oleh PBT dalam menangkap anjing liar di Selangor?
b)
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan bahawa penangkapan anjing liar dilakukan secara berperikemanusiaan tanpa menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan tersebut?
Terima kasih Tuan Speaker. Ini berkenaan dengan isu Permatang yang prihatin dengan anjing iki, anjing liar. Anjing liar sing tolan-tolan kenen mupeng kenen mupeng kono lah. Standard Operating Procedure yang digunakan oleh PBT di Negeri Selangor adalah dengan merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014, Tatacara Operasi Piawaian (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. (B), Berdasarkan kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014, Tatacara Operasi Piawaian (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing ni di pihak berkuasa adalah terdapat tiga kaedah penangkapan yang digunakan iaitu penggunaan perangkap iaitu pemasangan perangkap di kawasan hotspot. Nombor dua, tangkapan menggunakan jaring dan rope dan yang ketiga menggunakan umpan. Ini yang dibenarkan. Selain daripada itu, kakitangan PBT yang terlibat diberikan latihan bagi pengurusan dan pengendalian anjing liar. Terima kasih.
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Bagaimana pula Kerajaan Negeri menilai keberkesanan SOP yang diterangkan oleh Yang Berhormat tadi dalam tindakan yang telah diambil dalam menangani isu anjing liar ini khususnya di kawasan luar bandar kerana sekarang ini isu anjing liar ini sudah menjadi-jadi. Di kawasan saya di Permatang yang juga sudah mula mengganggu penduduk khususnya di Kampung Parit Serong. Jadi, adakah Kerajaan Negeri juga bercadang untuk menambah rumah anjing liar di luar bandar? Dan mungkin boleh fokus kepada program pensterilan bagi mengawal populasi anjing liar ini tadi secara lebih mesra alam selain daripada kita hanya menangkap dan memusnahkan mereka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Memang fenomena, kejadian-kejadian berlakunya anjing liar menyerang penduduk, kacau ganggu, timbulkan kacau ganggu di kawasan kampung ataupun di kawasan hotspot pelancongan, sering kali berlaku di sana sini. Oleh sebab terdapat golongan-golongan yang tertentu yang tidak bertanggungjawab melepaskan anjing-anjing mereka di sana sini dan mereka biarkan begitu. Jadi, anjing liar ini jadi kadang-kadang tak tahu mana datang anjing liar. Kita tak boleh kesan anjing tu datang dari mana. Namun begitu, oleh kerana wujudnya gangguan-gangguan sedemikian, pihak Majlis PBT sentiasa mengambil sikap peduli dan sentiasa turun ke lapangan untuk menjalankan penguatkuasaan. Namun, apabila kita menjalankan penguatkuasaan sering kali juga berhadapan dengan maki hamun penduduk, NGO-NGO yang sayangkan anjing, yang prihatin dengan anjing mereka marah sebab cara tangkapannya tak bolehlah cara tangkapannya macam mana. Seperti kita gunakan perangkap dan sebagainya mereka kata zalim dan sebagainya. Dan kadang-kadang kita ada baru-baru viral kita letak dalam trak lori besi dan sebagainya waktu cahaya panas terik kita dituduh bahawa tidak berperikemanusiaan. Ini bukan berperikemanusiaan. Tidak berperikeanjingan. Kebinatangan. Ini yang berlaku. Jadi, kita juga PBT dalam keadaan dilema juga kadang-kadang. Kita kena cari kaedah yang terbaik. Walau bagaimanapun kita hendak selesaikan masalah, aduan-aduan penduduk ini untuk selesaikan anjing liar. Kita akan gunakan kaedah yang lebih berperikeanjingan, berperikebinatangan. Kita akan tangkap dengan cara yang baik. Tapi kalau dengan cara yang baik anjing itu lari. Tak tertangkap kadang-kadang anjing itu, tak tertangkap. Kedua, kita akan gunakan kaedah kerjasama dengan pihak-pihak NGO untuk buat pemandulan dan sebagainya untuk anjing-anjing ini supaya anjing ini tidak membiak dengan cepat. Berhenti di situ. Stop di sini. Stop di sini untuk anjing itu tidak membiak dan akan mengurangkan bilangan. Pada masa yang sama, saya menggesalah Ahli-Ahli Dewan yang prihatin dan juga semua masyarakat dan penduduk dapat bekerjasama dengan kerajaan pastikan anjing-anjing liar ini, anjing-anjing yang ada ini jangan dibiarkan jadi anjing liar. Kalau tak nak anjing boleh cari
kaedah yang terbaik bagi kat kawan dan sebagainya. Jangan lontarkan di merata tempat, bawa kereta sampai taman orang lepaskan anjing. Saya tahu. Ada orang buat kerja sedemikian. Sampaikan depan rumah orang, malam-malam dia lepaskan anjing dua ekor, tiga ekor. Lepas itu dia cabut. Ini kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab. Mula-mula sukakan anjing. Apabila dah tak cinta pada anjing itu, dia lepaskan merata tempat. Dan, pada masa yang sama cadangan daripada Yang Berhormat untuk memperbanyakkan rumah perlindungan anjing di kawasan luar bandar, ini satu cadangan yang baik. Kita akan teliti supaya boleh kita kerjasama dengan ADN, Ahli Yang Berhormat, dengan semua NGO dan juga PBT untuk kita buat rumah perlindungan supaya ada satu tempat khas untuk lindung anjing ini. Kita patut kena sayang semua sebab anjing ke, kucing ke, binatang ini semua ciptaan tuhan maha kuasa. Kita perlu santuni dan sayangi mereka. Sekian, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Dengan ini saya tangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025, semua peringkatBill
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025, semua peringkat.
Sebelum saya menjemput Sungai Ramal untuk menyambung dewan ini dengan sukacitanya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Kota Raya seramai 4 orang diketuai oleh Puan Norziah binti Bidin itu juga dengan Pusat Wanita Berdaya seramai 8 orang diketuai oleh Puan Rozita binti Roslan selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Dengan ini saya menjemput Sungai Ramal untuk sambung. Diberi 10 minit.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera terima kasih Tuan Speaker diberi izin sekali lagi bangun untuk berbahas Belanjawan Selangor 2025 yang bangkitkan angka 3 billion dalam belanjawan pada kali ini dengan meletakkan 1.7 billion untuk belanja mengurus dan 1.3 billion untuk belanja pembangunan, ini bermakna pembangunan menjadi aspek penting dalam kerangka asas pembangunan Negeri Selangor ini, dan sudah pasti dia memberikan kesan baik kepada rakyat Negeri Selangor, terima kasih. Namun pada masa yang sama, kita harus melihat kesan-kesan yang kurang baik yang dirasai juga oleh rakyat Selangor isu untuk menjadikan ia sempurna dan baik untuk keseluruhan dari aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat sewajarnya lah kerajaan memperlihatkan secara details dan terperinci tentang aspek-aspek yang kurang baik ini untuk ditangani dan dikekangi.
Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada kesan yang tidak baik kepada pembangunan yang telah diperlihatkan dengan jelas dalam mata kasar kita iaitu pada
tahun 2022 banjir besar yang berlaku di negeri yang kita sayangi ini. Di mana banjir besar ini telah menelan kerugian sebanyak 6.1 billion jumlahnya. Walaupun Dato’ Menteri Besar menyebut tentang jumlah kerugian sebanyak 1.4 billion tetapi Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlahnya sebanyak 6.1 billion dan kerugian melibatkan perumahan sahaja melibatkan 1.6 billion. Ini serius dan sangat-sangat menakutkan sekiranya dia berulang pada masa-masa akan datang yang melibatkan negeri yang sangat maju sangat baik ini terhadap rakyat yang sedang mendiami Negeri Selangor yang dicintai ini. bagi saya dia adalah serius yang perlukan pandangan dan juga perhatian serius pihak Negeri Selangor untuk memastikan kesejahteraan rakyat akan dijaga dengan pembangunan yang sedang dicadangkan dirancakkan di negeri ini. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, banjir ini akan datang daripada beberapa aspek dikatakan daripada monsun juga daripada banjir-banjir kilat dan pihak kerajaan Negeri telah membentangkan tentang beberapa projek rancangan tambatan banjir yang begitu banyak walaupun disebut oleh Yang Berhormat EXCO tentang ada masih jumlah 9 lagi yang masih sakit itu adalah dalam program baik pulih namun itu adalah aspek yang melalui sungai ataupun jajaran air yang besar yang sampai ke laut. Ada lagi satu aspek yang perlu diambil serius iaitu banjir yang berlaku di kawasan perumahan dan pembangunan yang pesat di persekitaran penduduk kampung yang akibatnya adalah banjir kilat yang makan kerugian yang begitu besar.
Kita ada beberapa dasar dan peraturan yang diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengawal kejadian banjir seumpama ini dan sudah pasti ia diamalkan secara berterusan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, namun bila melihat kepada kesan yang teruk ini apakah salahnya supaya kerajaan melihat kembali tentang dasar dan aplikasi atau tindakan pembangunan yang sedang dijalankan di peringkat kampung dan sekitarnya kerana dia melibatkan penduduk yang begitu ramai yang sedang mendiami kawasan berkenaan dan bila melibatkan pembangunan terutamanya di awal-awal pembangunan itu dibuat, yang akan kita lihat ialah banjir kilat yang akan dirasai langsung oleh rakyat teramai di kawasan-kawasan berkenaan. Saya mengambil contoh, 2 kawasan iaitu di Bangi lama dan di kedua di Sungai Ramal Dalam, kedua-dua ini sedang dibangunkan beberapa perumahan bertingkat, yang begitu banyak unitnya dan dia berada sekitar kawasan kampung bahkan di tengah-tengah kawasan perkampungan. Justeru bila mana dia dibangunkan dimulakan maka bermula masalah yang akan dirasai oleh masyarakat setempat. Kalau kita tanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang memberikan kebenaran merancang, kesemuanya ikut peraturan kalau tanya pula kepada pemaju yang membangunkan bangunan ini katanya juga kesemuanya ikut peraturan. Tapi kalau ditanya kepada penduduk yang merasai kesakitan dan kesengsaraan ini seolah-olah semua tak ikut peraturan. Justeru perlu ditemukan dua keadaan ini, dua keresahan ini supaya rakyat yang duduk di situ merasa sejahtera dan tidak dikacau ganggu oleh pembangunan setempat yang begitu pesat. Kita ada dasar kita ada
peraturan kita ada prosedur dan apakah dasar ini, prosedur ini, peraturan ini masih relevan pada hari ini? Dan saya tidak boleh menafikan bahawa kesemuanya ikut peraturan tetapi relevansinya apa kah masih sesuai pada hari ini atau memerlukan kepada semakan semula, dilihat semula, nilai semula, supaya dinaik taraf dan diubah mana-mana yang patut supaya kejadian banjir kilat yang sering berlaku dan berulang itu terus berlaku dapat dikawal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ini belum lagi ada aplikasi sepenuhnya Speed Selangor bila mana, kebenaran merancang akan diproses dengan cepat dan cepatnya ini akan memberi kesan cepatnya gangguan kepada masyarakat setempat. Harus diperhatikan dengan serius, perlu diimbangkan antara kawasan-kawasan yang berkepentingan, sekiranya Speed Selangor boleh diaplikasikan kepada kawasan-kawasan tertentu kawasan perbandaran yang jauh daripada penduduk yang menghuni lama di kawasan tersebut, harus dilihat juga mungkin harus dibezakan dengan kawasan yang berpenghuni padat supaya Speed Selangor ini akan disesuaikan dengan keperluan setempat supaya jangan mengganggu keseluruhan masyarakat yang sedang berada kawasan-kawasan berkenaan. Justeru saya ingin mengesyorkan supaya pihak kerajaan, khususnya pihak PBT yang menjadi penguasa, penyelia di kawasan-kawasan yang berkepadatan penduduk ini melihat semula, menilai semula dasar dan peraturan yang sesuai pakai pada hari ini. Bukan kita menafikan kewujudan ini, kewujudan dasar ini bagus, peraturan ini bagus tetapi harus dilihat supaya dibaguskan lagi supaya sesuai dengan suasana terkini pada hari ini. Maklum sahaja dasar dan peraturan ini dibuat mungkin 10 tahun dulu, 20 tahun dahulu hari ini perlu lihat semula untuk menjadi dia sesuai dengan zaman yang ada pada hari ini. Allah SWT menyebut dalam al-Quran”(Ayat Al-Quran), maksudnya “telah pampang kerosakan di darat dan di laut akibat tangan-tangan manusia supaya mereka tahu dan melihat apa kejadian-kejadian yang telah dibuat oleh tangan-tangan ini supaya mereka mengambil pengajaran”. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, ayat ini Allah mengajar kita sebagai pihak yang mentadbir alam ini berhati-hati, jangan sampai tangan kita yang meluluskan tangan kita membenarkan, tangan ini lah yang menjadi punca kepada kerosakan. Oleh sebab itu gunakan lah tangan ini, kuasa ini untuk membaik kerosakan yang ada untuk menaik taraf kelemahan yang ada supaya kesejahteraan rakyat yang dicita-citakan dalam Belanjawan 2025 akan tercapai.
Tuan Speaker, saya ada lima perkara ringkas untuk memenuhi ruang ini untuk diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Yang pertama, mengenai industri halal Selangor, saya ingin bertanya apakah status pangkalan data yang dikatakan akan meliputi perusahaan mikro kecil dan sederhana, apakah statusnya? Yang kedua, bila ia dibangunkan? Tiga berapa banyak data di atas sudah direkodkan? Empat, apakah status semakan digital pantas pensijilan halal Selangor? Yang kelima, apakah future job yang dijana oleh negeri dalam industri halal ini? Ringkasan kedua, tentang program Jelajah Ehsan Rakyat yang menurut Belanjawan 2025 masih teruskan untuk tahun-tahun mendatang. Apakah
kerajaan Ngeri ada melalukan audit bagi program JER ini sejak ia mula dilancarkan sehingga tahun 2023 yang meliputi aspek kewangan dan pengurusan program ini dan bagaimana audit dilakukan dan kepada siapakah ianya dibentangkan. Ringkasan yang ketiga, PAWE. Pusat Aktiviti Warga Emas dan pembentangan Belanjawan 2025 ini tidak menerangkan satu PAWE yang aktif iaitu PAWE UKM Bangi yang aktiviti mereka dilangsungkan dua hari seminggu. Pertama dibuat pada hari Rabu, kedua pada hari Ahad. Ini adalah antara PAWE yang aktif di sekitar DUN Sungai Ramal dan mohon perhatian pihak kerajaan supaya mereka dilihat dan disantuni serta dibantu apa yang patut supaya mereka rasa gembira dengan bantuan yang akan diberikan. Ringkasan yang keempat, lambakan warga asing di kampung Sungai Tangkas, Kajang dalam DUN Sungai Ramal. Saya telah bangkitkan perkara ini dalam sidang yang lepas namun tidak nampak tindakan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Lambakan warga asing ini sekarang telah menguasai peniagaan di kampung Sungai Tangkas, di premis-premis yang tidak berlesen dan di tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Sudah pasti dia memerlukan perhatian serius oleh pihak kerajaan kerana ini adalah tanah milik Kerajaan Negeri dan warga asing yang menguasainya. Mohon tindakan pihak kerajaan. Dan yang kelima ringkasan yang kelima kes remaja hamil, Y.B. Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat memaklumkan tentang jumlah remaja hamil terkini dalam tempoh lima tahun ialah sebanyak 44,263 kes. Dengan jumlah itu seramai 17,646 adalah remaja yang hamil di luar nikah. Soalan saya, apakah tindakan Selangor mengekang gejala ini merebak dan bertambah negeri ini dan berapakah jumlah sebenar remaja hamil luar nikah di negeri ini? Supaya kita tahu dan ambil perhatian dan berusaha memastikan dia dapat dikurangkan dan dihapuskan dan negeri yang tercinta, terima kasih daripada saya Tuan Speaker, Assalamualaikum.
Paya Jaras, silakan. 15 minit.
Assalamualaikum W.B.T., dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih Speaker, saya mengambil bahagian dalam membahaskan Belanjawan Selangor 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor pada Jumaat lepas, sempat tengok live di dalam bilik wad sebab nak tengok apa sebenarnya tahun yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi Belanjawan tahun hadapan. Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang penting dalam konteks perbahasan Dewan ini dan sebelum ini telah pun dibahaskan oleh rakan-rakan lain yang telah dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Hulu Kelang dan juga rakan-rakan lain dan saya mengharapkan segala pandangan-pandangan diberikan oleh rakan-rakan pembangkang ini diberikan perhatian kerana kita nak pastikan supaya rakyat Negeri Selangor akan mendapat yang terbaik daripada belanjawan yang dibuat pada 2025 ini. Kita menyokong segala perancangan yang baik
yang pada rakyat. Cuma jika ada cadangan-cadangan yang sesuai untuk menambahbaikkan, kita mengharapkan supaya perkara ini diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri kerana yang penting kepada kita ialah agar rakyat Selangor ini hidup dalam keadaan sejahtera dan bahagia.
Saya, pada mulanya nak bincang banyak juga isu banjir tapi bila tengok bahas daripada semalam, daripada hari Isnin, saya tengok secara live, juga secara semalam dan juga hari ini, isu banjir ini masih lagi jadi isu perdebatan yang cukup hangat dalam Dewan ini, saya faham memahami bahawa EXCO yang menjaga infra ini dia sangat tertekan dengan keadaan suasana pada ini sebab seolah-olahnya kita ini sedang berbahas di dalam sebuah negeri yang sentiasa banjir seperti Kelantan, Terengganu tetapi Negeri Selangor yang maju ini kita masih menghadapi suatu masalah banjir yang tidak hampir selesai sampai sekarang. Untuk makluman, kalau di kawasan Paya Jaras tuan-tuan sekalian, orang Paya Jaras ini kalau ditanya kalau hujan dia kata banjir tak? Itu soalan pertama. Bila hujan, banjir, bila hujan, banjir. Kalau tengok gelap langit, mereka akan whatsapp group tanya macam mana keadaan? Sebab banjir ini kerap berlaku di kawasan saya. Tahun ini sahaja, daripada 2 Ogos 2023 sehingga tahun ini, empat kali banjir besar kilat telah berlaku. Dan ada kawasan yang sampai lapan kali banjir. Maknanya, ada kawasan yang empat, ada yang lapan. Ini memberikan satu tekanan yang sangat besar kepada para penduduk. Kerana itu tuan-tuan sekalian, kita perlu beri perhatian isu banjir ini kerana pada saya dalam pembentangan sebelum ini isu fundamental banjir ini masih kabur dan seolah-olah tiada penghujungnya. Kerana itu, saya mengesyorkan satu perancangan yang teliti, comprehensive and strategic master plan, dengan izin, perlu diwujudkan dengan segera yang melibatkan semua stakeholder yang berkaitan. Dicadangkan juga satu taskforce khas yang melibatkan semua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan diaktifkan kerana isu banjir sekarang ini telah semakin kritikal dengan pemanasan global dan juga perubahan cuaca yang cukup mudah berlaku banjir dan juga hujan lebat secara tiba-tiba. Pendekatan banjir, untuk menghadapi banjir perlulah dalam satu keadaan yang baharu. Mesti ada satu perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendek kita kena lihat longkang-longkang, parit-parit yang ada di sekitar kawasan-kawasan yang kerap banjir ini perlulah diteliti, perlulah dilihat secara kerap. Begitu juga jangka panjang. Kerana itu, satu pelan aktif perlu dilakukan yang melibatkan semua agensi Kerajaan kerana banjir ini, ia tidak hanya kepada JPS, ia akan melibatkan juga parit-parit JKR. Parit di bawah MBSA, atau daerah Petaling, kalau MBSA Petalinglah, di bawah PBT, ada kawasan yang memang persendirian. Jadi, tidak boleh satu JPS sahaja, ia kena melibatkan satu agensi dan beberapa agensi agar isu banjir ini dilihat secara kolektif. Kalau tidak, ia tidak akan berlaku dengan baik.
Paya Jaras, mohon mencelah sikit, boleh?
Sila, sila.
Saya mendengar dengan teliti perbahasan Paya Jaras berkenaan dengan isu banjir. Saya ingin mengambil perhatian sedikit Ahli-ahli Dewan semua, memandangkan dengan suasana yang tidak menentu dengan keadaan cuaca kita, dan juga ramalan-ramalan meteorologi juga kadang-kadang tersasar. Maksud saya tersasar dari sudut taburan hujannya mungkin dijangka rendah tetapi kadang-kadang berlaku di luar jangkaan. Saya mengambil beberapa keadaan di Batu Tiga juga, menyebut tentang disebutkan tentang banjir itu, saya kira perkara pertama yang perlu diperhalusi oleh agensi ialah berfikir di luar kotak sebenarnya. Kalau kita berfikir tentang infrastruktur sedia ada sahaja semata-mata saya ingat ia tidak akan mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang akan berlaku. Saya mohon dan saya ingin menyokong sedikit usaha, perbahasan itu dengan menggesa ataupun menggalakkan agensi-agensi itu berfikir di luar kotak. Sebab kalau kita guna kaedah yang sama, cara yang lama dan ulang-ulang perkara yang sama, saya ingat ia tidak akan menyelesaikan masalah. Saya mohon pandangan daripada Paya Jaras.
Terima kasih Batu Tiga. Saya rasa ini ialah perkara yang perlu diberi perhatian. Sebab itu, impak besar banjir, saya setuju dengan Batu Tiga, impak banjir ini sangat besar. Kalau di kawasan saya, di Paya Jaras ini tuan-tuan, impak banjir ini, melibatkan, kebanyakan melibatkan kawasan B40 yang kalau rosak, rumah rosak, barang perabot, barang elektrik, kenderaan, barang asas makanan yang kosnya beribu ringgit. Dan ini amat memeritkan mereka. Dan kalau pasca banjir pula ia nak pulih ni mengambil masa beberapa bulan. Nak cuci rumah kadang ambil satu bulan. Nak saya sebut, pagi kerja, petang kerja, rumah di luar kiri, di atas, sampai ke tahap, kalau sampai barang elektrik kena tukar kena beli, kos sangat tinggi. Sebab itu, siapa yang dapat tahan? Siapa yang dapat sabar kalau, saya sebutkan tadi, kalau dalam masa setahun boleh berlaku banjir sampai lapan kali, sampai ada lapan kali. Kita boleh tengok, kita bersimpati, kita boleh melawat, kita boleh bagi sumbangan tetapi bagaimana keadaan mereka ini yang sebenarnya cukup kritikal, kesihatan mental mereka tertekan. Dengan pendapatan mereka yang terhad, bila balik rumah barang terapung dengan kereta yang rosak dengan motor yang rosak maka isu banjir ini perlulah diberikan tumpuan secara holistik dan juga secara komprehensif dan perlu melibatkan banyak agensi dan juga pihak agar pada tahun depan kita tak nak dengar lagi perbahasan berkaitan banjir dalam semua kawasan Negeri Selangor, bukan Paya Jaras, semua kawasan tersebut banjir, banjir, banjir, seolah-olah kita berada di Kelantan, Terengganu, Kedah, yang kerap banjir tetapi ini di Selangor Negeri maju sepatutnya isu fundamental ini dapat diselesaikan. Data DOSM untuk Negeri Selangor sahaja pada tahun 2022 ialah
RM95 juta, tahun 2023 RM13.9 juta. Di daerah Petaling sahaja kerugian kenderaan pada tahun 2023 ialah RM1.8 juta dan kenderaan ini tuan-tuan, sahabat-sahabat semua Ahli Yang Berhormat ialah kenderaan motosikal, kereta, yang tak sempat mereka nak alihkan kerana banjir berlaku dalam masa 5 hingga 10 minit sahaja dan mengambil masa dua, tiga jam untuk, akan surut. Di daerah Petaling itu jumlah yang saya sebutkan RM1.8 juta. Dan kerugian pada 2023 untuk sektor pertanian ialah RM3.3 juta dan pada tahun 2023, aset awam yang rosaklah, RM8 juta dan ini adalah satu jumlah yang besar.
Sebab itu saya mengesyorkan supaya peruntukan belanjawan sebanyak RM62.3 juta untuk JPS perlu ditambahkan lagi. Jumlah ini adalah amat kecil kerana projek pembangunan, penyelenggaraan longkang, parit, tali air, monsoon drain, sungai yang semua ini menyumbang kepada banjir memerlukan peruntukan yang lebih tinggi dan peruntukan juga diberikan sebanyak RM1 juta untuk Lembangan Sungai Buloh adalah sangat kecil dibandingkan dengan keperluan yang sebenar. Saya memahami bahawa kerjasama dengan bantuan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh ini adalah penting. Saya memohon dengan Kerajaan Negeri untuk berundinglah dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyegerakan RTB Sungai Buloh Fasa 2. Pastinya RTB ini mengambil masa yang panjang untuk disiapkan. Persoalannya adakah penduduk akan terus menghadapi masalah banjir selama 7 hingga 10 tahun lagi? Dengan sumbangan Selangor sebanyak 25.9% kepada KDNK pada tahun 2023 dapatlah kiranya diberikan keutamaan untuk menyelesaikan masalah banjir di negeri ini. Berundinglah, pujuklah Kerajaan Persekutuan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Selangor negeri yang maju, isu fundamental seperti banjir ini sepatutnya dapat diselesaikan dengan sebaiknya sebab Selangor deserve better. Kita tidak mahu musibah banjir besar berlaku lagi kerana perubahan cuaca yang agak extreme menyembunyikan apa juga berlaku.
Saya hendak menyentuh perkara kedua yang agak kritikal berkaitan dengan letupan kuari di Desa Bukit Indah saya dah bangkitkan dalam sesi lepas. Saya hendak menyampaikan rasa kebimbangan di kalangan penduduk yang menyatakan bahawa penduduk merasa gusar dengan jumlah letupan yang dilakukan. Kekuatan letupan yang saya paling bimbang ialah serpihan batu letupan itu telah masuk ke kawasan perumahan. Saya pergi ke rumah mangsa tersebut, mujur, mujur anak dia yang biasa waktu tengah hari balik sekolah hari itu pergi tidur di rumah makciknya, batu itu tidak kena kepada anaknya di dalam bilik itu. Besar ni batu kalau masuk, bayangkan kalau anak itu di situ dan menimpa mungkin akan berlaku kemalangan jiwa. Sebab itu isu batu kuari ini perlu diberi perhatian sebab batu itu telah melantun ke dalam kawasan perumahan, gegaran retakan itu berlaku dan seolah-olah kawasan itu tidak lagi selamat untuk mereka tinggal. Saya mohon kepada pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri bertindak segera dengan tegas untuk mengelakkan kemalangan jiwa berlaku.
Saya hendak menyentuh perkara yang ketiga, berkaitan dengan pengurusan isu pepejal Akta 672. Dalam bajet ini, Kerajaan Negeri telah menyatakan secara prinsip bersetuju untuk menerima Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Aspek ini penting diteliti bagaimana kedudukan anak syarikat KDEB dalam aspek ini. Apakah telah dilaksanakan cost and benefit analysis, dengan izin, terhadap penerimaan Akta 672 ini, pastinya ada pro dan kontra dalam menerima Akta 672 ini. Tuan Speaker, saya hendak menyentuh berkaitan pendidikan Sains dan Teknologi. Bajet kali ini tidak memberikan tumpuan secara spesifik kepada Pendidikan Robotik yang merupakan bidang yang sedang berkembang pesat dalam Pendidikan Teknologi. Bermula di peringkat sekolah sepatutnya peruntukan atau insentif khas diberikan kepada Sekolah MITS di bawah JAIS dalam mengembangkan Pendidikan Robotik di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Peruntukan untuk STEM juga perlu ditambahkan lagi untuk memastikan pelajar-pelajar di peringkat rendah dan menengah berminat dalam bidang sains dan teknologi yang kini semakin kurang diminati. Gunakanlah peluang yang ada ini untuk memperkenalkan Pendidikan Robotik kepada mereka kerana ini adalah sebahagian daripada proses untuk mereka minat dalam bidang sains dan teknologi. Perkara kelima yang hendak disebutkan ialah tentang jurang ekonomi dan sosial. Saya hendak menyentuh ini berkaitan tentang bagaimana kita hendak membantu para peniaga kecil atau penjaja yang berada di sekitar Negeri Selangor? Dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi ramai rakyat kini terpaksa berniaga kecil-kecilan, sebagai peniaga sepenuh masa atau separuh masa. Saya ingin mengesyorkan pihak PBT memudahcara mereka mendapatkan lesen sementara penjaja atau peniaga. Sokonglah mereka dengan geran yang ada, wujudkan tempat perniagaan sementara yang sesuai. Ini penting, kadang-kadang bagi tempat perniagaan tetapi tidak ada sesiapa yang nak datang, so, pada saya tempat perniagaan ini juga so kena tempat yang sesuai untuk mereka berniaga. Letak kat hujung kawasan tak ada siapa nak datang. Ini akan dapat membantu penjaja menjana pendapatan bagi menyara keluarga mereka. Secara tidak langsung mengaktifkan lagi kitaran ekonomi tempatan. Saya yakin jika pihak PBT menyediakan tempat dan lesen yang sah pastinya mereka akan patuh daripada aspek mandatori kesihatan, penjagaan kebersihan, membayar tapak perniagaan dan juga membuka khemah sewaktu selepas perniagaan. Ini adalah satu sokongan yang paling simple, yang paling mudah, dengan izin, boleh diberikan kepada penjaja kecil.
Yang keenam, saya ingin menyentuh tentang peruntukan untuk UIS, UNISEL dan STDC. UNISEL, UIS dan STDC telah diperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk menaiktaraf dan membaik pulih, menambah infrastruktur ketiga institusi ini. Namun, ia termasuk kepada menaiktaraf infrastruktur asrama Yayasan Selangor di Klang dan Sabak Bernam. Jadi, berapa sebenarnya peruntukan untuk ketiga IPT ini? Jumlah RM9 juta adalah amat kecil.
Dengan hasil dan modal yang dikeluarkan untuk negara sekurang-kurangnya pada pandangan saya RM25 juta hendaklah diperuntukkan untuk meningkatkan infrastruktur kemudahan pembelajaran-pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi dan kemudahan pendidikan, kerjasama, kemudahan dan pendidikan. Kerjasama strategik antara ketiga IPT ini perlu digagaskan di dalam satu pelan induk pendidikan tinggi Negeri Selangor, sinergi kepakaran mereka dapat digabungkan dan dijalinkan untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri yang sejahtera. Saya juga ingin merujuk kepada beberapa perkara berkaitan tentang soal bagaimana kita nak memastikan bahawa infrastruktur di Negeri Selangor ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Sebab itu saya mengesyorkan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk sesama memantau iaitu program-program yang dapat melihat bagaimana infrastruktur jalan raya yang saya rasa yang perlu diberikan tumpuan termasuk juga penyelenggaraan parit, saliran sungai, tali air ini perlu diberikan tumpuan sebab ini semalam jadi asas yang tidak sepatutnya menjadi satu persoalan kepada sebuah negeri yang dikatakan negeri maju. Sebab itu, saya sebutkan banyak kali di mana-mana pun Yang Berhormat menyebutkan isu banjir ini perlu ditumpaskan jangan kita berhentilah sampai boleh berhenti tahun depan, kalau boleh jangan bahas soal banjir lagilah, selesailah walaupun jangka panjang kita cari jalanlah macam mana isu banjir dapat kita selesaikan.
Tuan Speaker, saya juga ingin melihat kepada suatu pandangan berkaitan tentang ekonomi yang ada pada hari ini. Saya menganggarkan bajet kita pada tahun ini adalah RM2.33 bilion. Satu bajet yang besar tapi pengagihan itu bagaimana? Saya bimbang isu yang disebutkan miskin tegar ini masih lagi menjadi isu di mana-mana kawasan. Kita bercakap soal duit yang banyak tapi kena agihkan kepada tempat yang betul. Kalau di kawasan saya ramai lagi dipanggil miskin tegar yang masih lagi memerlukan bantuan. So, agihkanlah. Saya kata banyakkanlah program-program yang kata Bingkas, program sangat terhad. Banyakkan bagi mereka dapat mereka memberi bantuan, kadang-kadang datang ke pejabat, pergi ke pejabat kita nak minta sekampit beras. Tak ada dah beras nak makan dah. Dapat bantuan?dapat? Tak ada bantuan dapat duit RM300. RM300 pada masa sekarang dapat apa? Tak dapat apa nak beli, hanya sedikit sahaja kadang tak ada duit nak pergi jumpa doktor. Sebab itu saya sokong pandangan daripada Gombak Setia supaya bila kesihatan ditingkatkanlah bukan sekadar RM1,000 kalau boleh dinaikkan sedikit kita boleh beri bantuan kepada mereka. Sebab inilah satu keadaan yang cukup kita perlu di Negeri Selangor. Sebab itu negeri yang sejahtera ini kena pastikan rakyat mendapat kebaikan, yakinlah kalau rakyat gembira dengan kita, dia akan doakan kita untuk kebahagiaan kita. Tapi kalau kita kedekut dengan rakyat, kacau kita. Sebab itu belanja dengan reserve ini dengan penuh hemah, jangan boros jangan tamak. Kalau tamak memang kena kecam. Kalau boros, Allah kecam. Jadi berbelanjalah dengan berhemah pastikan semua rakyat mendapat kebaikan.
Sebelum saya huraikan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.B. Pandan Indah yang juga Pegawai Daerah, Jutera JPS, JKR Daerah Petaling, Gombak, Kuala Selangor, MBSA, MPS, MPKS yang telah memberi perhatian kepada projek baik pulih beberapa kemudahan infra. Antaranya Gajah 23 ini yang top, Gajah 23 nama pun jalan Gajah 23 yang memang selesai dah. Terowong Matang Pagar, Taman Impian Indah, longkang-longkang di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh dan Petrol Sungai Buloh, Persimpangan Persiaran Saujana Utama iaitu Simpang DIY dikenali sebagai Simpang DIY, jajar sekitar Paya Jaras, Merbau Sempak, Sungai Buloh, Kubu Gajah serta Bukit Lagong dan dua projek yang saya rasa telah lama dinantikan oleh penduduk kawasan Paya Jaras iaitu naik taraf jalan di Persimpangan 3 Jalan Hidin berdekatan Masjid Al-Huda Paya Jaras dan persimpangan yang Jalan Merbau Sempak yang telah dibetulkan dalam bajet ini. Terima kasih, ini projek yang telah lama dinantikan oleh rakyat Paya Jaras. Kesimpulannya, belanjawan yang baik perlu disokong dengan pelaksanaan konkrit dan sistem pemantauan yang sistematik yang jelas hala tujunya. Reserve yang berjumlah RM 4.365 bilion perlu diurus dengan wisdom, kebijaksanaan dan keutamaan berasaskan dharuriyah, hajjiyah dan tahsiniyyah. Kedekut tidak, boros tidak. Selangor adalah negeri yang maju dalam bidang pembangunan dan ekonomi. Namun, jangan kita selesa kerana banyak perkara yang perlu kita tingkatkan lagi. Selangor mampu menjadi sebuah negeri yang lebih baik jika mengambil langkah-langkah yang berani dan berinovasi. Kita perlu pastikan ekonomi Selangor terus berkembang dengan mampan. Memberi bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Masih ramai rakyat yang tertekan dihambat oleh masalah kemiskinan tegar. Agihan ekonomi yang seimbang sekali gus menyumbang kepada kestabilan sosial. Isu fundemental, mitigasi banjir, kemiskinan tegar, isu sosial perlulah di atasi dengan segera kerana saya sebutkan Selangor deserve better, terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.
Terima kasih banyak Yang Berhormat Paya Jaras. Sekejap ya, saya ada buat pengumuman sedikit, Dewan mengalu-alukan kehadiran 4 orang pelajar tahun akhir Sains Politik daripada universiti mana tidak dinyatakan, juga Jawatankuasa Seri Kandi Muda dari Kota Raja seramai 4 orang yang diketuai oleh Enche Syarifah Damia binti Enche Karimi, Selamat datang ke Dewan.
Perbahas yang seterusnya, Bandar Baru Klang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Y.B. Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi perbahasan. Ucapan penglibatan semua Ahli Yang Berhormat dalam
memberi idea dan cadangan sememangnya sangat membantu demi pembangunan negeri ini.
Tuan Speaker, dengan tema the greatest health atau kesihatan adalah kekayaan sebenar. Bandar Baru Klang ingin mencadangkan sebahagian daripada peruntukan RM40 juta untuk inisiatif kesihatan awam diberi kepada penjagaan kesihatan pergigian di bawah Iltizam Selangor Sihat. Kesihatan pergigian adalah aspek penting dalam kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan namun di Malaysia ia sering diabaikan. Walaupun kerajaan dan persatuan pergigian telah berusaha untuk meningkatkan akses kepada penjagaan pergigian, ramai rakyat Malaysia masih menghadapi cabaran besar dalam mengekalkan kesihatan oral yang baik. Terutamanya kanak-kanak dan golongan yang berpendapatan rendah. Dengan anggaran kira-kira 2,500 doktor pergigian yang berdaftar di negara ini, ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai akses kepada pencegahan pergigian asas. Keadaan ini adalah lebih teruk di kawasan luar bandar di mana Klinik Pergigian sering sukar didapati. Tambahan pula, ramai rakyat Malaysia tidak mampu membayar sendiri perkhidmatan pergigian dan Klinik Pergigian Awam sering penuh, sesak dan kekurangan kakitangan.
Walaupun menghadapi cabaran ini terdapat peluang untuk penambaik dalam penjagaan pergigian di Malaysia. Sebagai contoh Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan beberapa inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penjagaan pergigian seperti klinik bergerak atau mobile klinik yang menyediakan rawatan pergigian percuma kepada komuniti yang kurang, yang low income, kurang berpendapatan rendah. Bandar Baru Klang bercadang agar Klinik Pergigian dimasukkan ke dalam Skim Iltizam Selangor. Peruntukan tahunan sebanyak RM500 untuk keluarga dan RM250 untuk individu boleh digunakan untuk rawatan pergigian. Langkah menangani denggi dengan peruntukan RM4 juta untuk kawalan dan pencegahan denggi. BBK, Bandar Baru Klang menyambut baik usaha Kerajaan Selangor yang sedang meneroka penggunaan vaksin denggi terbaru iaitu Q-denga. Walaupun vaksin ini masih baru, ia telah menunjukkan keberkesanan yang baik di Singapura dan Thailand. Oleh itu, Bandar Baru Klang mencadangkan agar Kerajaan Selangor bersubsidi vaksin ini dengan baki kos ditanggung oleh pesakit. Kesihatan adalah kekayaan sebenar, pelaburan dalam kesihatan memastikan kualiti hidup yang baik untuk rakyat yang sihat adalah aset kepada negeri.
Tuan Speaker, untuk mitigasi banjir. Bandar Baru Klang mengalu-alukan peruntukan RM34.27 juta oleh Kerajaan Negeri untuk Projek Mitigasi Banjir. Memandangkan perubahan iklim dan pembangunan pesat di Selangor, Bandar Baru Klang mencadangkan agar proses ini dipercepatkan dengan berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh, banjir di Bandar Bukit Raja telah menyebabkan banyak penderitaan kepada penduduk. Bahagian Hilir dari Aman Perdana sepanjang Sungai 10
Kelang hingga ke pintu air tidak menunjukkan sebarang peningkatan sistem perparitan yang menyebabkan air melimpah balik ke Bandar Bukit Raja. Bandar Baru Klang ingin mencadangkan bahawa agar Kerajaan Selangor menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk menangani Mitigasi Banjir. Jawatankuasa ini akan berfungsi sebagai perhubungan di antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Peranan ia adalah untuk menyelesaikan masalah banjir dan mempercepatkan proses dan melancarkan isu teknikal dari semua jabatan yang terlibat.
Tuan Speaker, Bandar Baru Klang ingin mengucapkan tahniah kepada Selangor kerana kekal sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia dengan 822 projek pelaburan yang bernilai RM3.5 bilion dan sebanyak 31 ribu peluang pekerjaan telah diwujudkan. Bandar Baru Klang mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengesakan syarikat-syarikat untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Peralihan daripada sistem yang bergantung kepada tenaga kerja asing kepada tenaga kerja berasas teknologi adalah bukanlah tanpa cabaran. Kos awal dan berkaitan dengan penggunaan teknologi internet of things atau IOT dan robatik boleh menjadi tinggi. Menyukarkan perusahaan kecil dan sederhana untuk mengadaptasikan teknologi ini. Bagi menangani isu ini, kerajaan dan institut swasta boleh mewujudkan kerjasama atau menawarkan pinjaman atau geran dan subsidi untuk menyokong PKS mendapat teknologi ini. Mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing melalui integrasi IOT atau robotik adalah matlamat yang boleh dicapai dengan memanfaatkan IOT untuk automasi robotik untuk tugas intensif tenaga kerja dan insentif untuk mengelakkan penggunaan teknologi industri dapat meningkatkan produktiviti dan kecepatan sambil minimumkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Kehadiran pekerja asing juga telah menyumbangkan kepada beberapa isu sosial negatif yang memberi kesan kepada komuniti setempat sebagai contoh, tekanan perubahan, baik. Ramai pekaja asing tinggal di kawasan yang padat, menyebabkan keadaan perumahan yang sesak, penginapan berkongsi di kediaman sering melebihi kapasiti yang ditetapkan. Ia juga menimbulkan ketidakselesaan kepada pekerja dan penduduk setempat. Isu kebersihan pengurusan sisa yang lemah di kawasan dan dengan tumpuan pekerja asing yang tinggi boleh menyumbangkan keadaan yang tidak bersih dan masalah kesihatan awam. Pembuangan sampah haram juga adalah isu dan beberapa kes pekerja asing di kawasan yang sesak sering membuat pembuangan sampah haram. Oleh itu, ia memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan estetik kawasan kejiranan.
Untuk Jawatankuasa Khas agama Buddha, Kristian, Singh atau Limas. Peruntukan sebanyak RM4 juta perlu ditingkatkan kepada 6 juta atau lebih. Terdapat banyak rumah ibadah bukan Islam di seluruh Selangor yang memerlukan maintenance atau penyelenggaraan dan sokongan yang berterusan. Meningkatkan produktiviti ini juga
akan membantu memelihara dan memastikan tempat ibadah berada dalam keadaan yang kondusif dan aktiviti keagamaan dan sosial.
Tuan Speaker, Bandar Baru Klang juga mencadangkan agar pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan dipertingkatkan dengan pelaksanaan lesen khas untuk produk vape. Langkah ini penting untuk mengawal selia industri yang semakin berkembang pesat sambil memenuhi kesihatan awam dan menjana pendapatan baru. Dalam isu konteks vape, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, populariti vape meningkat dengan pantas terutamanya dalam golongan muda. Menurut kajian kesihatan, National Health Mobidity Survey 2022, pengguna vape di kalangan remaja dari umur 13-17 tahun meningkat daripada 9.8% pada tahun 2017 ke 14.9% pada tahun 2022. Penggunaan rokok tradisional dalam kalangan remaja juga menurun daripada 13.8% pada tahun 2017 ke 6.2% pada tahun 2022. Sumber mendapat produk tembakau adalah dari kedai 35%, kedai vape khusus 34.6%, dari kawan-kawan 34.8%. Data ini menunjukkan bahawa remaja beralih daripada rokok tradisional kepada vape yang turut membawa risiko kesihatan. Oleh itu mengenakan keperluan lesen untuk peruncit sama seperti untuk alkohol atau lesen khas untuk vape atau rokok electronik or e-cigarette untuk memastikan kawalan yang lebih baik ke atas pengedaran produk vape. Bandar Baru Klang berharap Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah ini untuk memperjuangkan kesihatan generasi muda kita sambil mendapat peluang meningkatkan hasil pendapatan. Bagi mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mencadangkan bajet mesra rakyat dan berwawasan. Bandar Baru Klang sokong Bajet 2025. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Bandar Baru Klang. Batu Tiga?
Taman Medan, Taman Medan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi, tengahari lah. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2025 yang saya kira sangat komprehensif. Namun di sebalik itu sudah tentu walaupun ada kritikan daripada pembangkang sudah tentu juga di pihak BBC ada juga pandangan-pandangan yang perlu kita berikan dan inilah sebenarnya mentaliti yang saya nak bawakan Hulu Kelang. Terima kasih. Pertama sekali saya mengambil kesempatan untuk membawa satu isu besar yang berkaitan dengan hal berkaitan OKU, yang mana kalau bercakap tentang OKU sudah pasti ia adalah satu segmen yang kecil dan walaupun dalam keadaan bilangan pendaftaran OKU dalam rekod JKM itu kecil, sebenarnya bilangan itu besar disebabkan kecelaruan ataupun ketidakseimbangan pendaftaran itu dan sebenarnya kalau kita pergi
go in detail, sebenarnya boleh pergi lebih besar bilangan pendaftaran OKU itu. Berkaitan dengan penempatan pekerjaan untuk warga OKU dan suasana inklusif tempat kerja saya mengambil peluang di sini untuk memberikan kredit kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui inisiatif yang telah dilaksanakan melalui ANIS, ataupun program Independent Living Support Centre yang telah memberikan perkhidmatan, latihan dan juga persediaan pekerjaan kepada warga OKU dan ini juga selari dengan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapan belanjawan iaitu memetik daripada petikan buku John Rawls iaitu disebut sebagai Justice As Fairness – Keadilan Sebagai Kesaksamaan dan dalam mengambil kesempatan itu saya ingin memetik sedikit jurnal yang boleh saya bacakan sedikit: Isu dan cabaran Pekerja Orang Kurang Upaya di Malaysia yang dihasilkan jurnal ini oleh tiga orang daripada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Disebut dalam ini berapa cabaran yang dihadapi oleh warga OKU dalam bidang pekerjaan; yang pertama ialah diskriminasi yang mana keadaan ini tidak memberikan mereka ruang yang sepatutnya untuk mendapatkan pekerjaan yang selayaknya. Penguasaan dasar yang sedia ada di Malaysia kelihatan tidak dapat menjaminkan OKU mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain. Golongan OKU juga berdepan dengan stigma dan diskriminasi dalam masyarakat di Malaysia khususnya, mereka berdepan dengan pengasingan sosial, pengecualian, diskriminasi dalam pelbagai aspek dan antara perkara besar yang disebut dalam jurnal ini ialah tiada sifat empati dalam kalangan masyarakat sekeliling. Saya mengambil perhatian dan rujukan daripada jurnal ini supaya kita sedar sistem sedia ada pada hari ini tidak boleh menjamin warga OKU kita untuk mendapat pekerjaan yang selayaknya untuk mereka. Sudah pasti dalam kesibukan itu juga, kesibukan majikan mendapatkan keuntungan memberikan perkhidmatan, saya kira yang paling penting ialah pelaksanaan program disability equality training, DET itu juga perlu ditingkatkan. Saya mencadangkan kalau boleh pihak Kerajaan membuat satu jadual KPI untuk seluruh GLC yang berada di bawah Kerajaan Negeri Selangor ini untuk membuat KPI sekurang-kurangnya pada tahun 2025 lebih 50% ataupun 60% daripada syarikat GLC ini menghadiri program DET supaya mereka semua mempunyai kesedaran untuk menyediakan infrastruktur yang berpadanan untuk pengambilan pekerja OKU.
Kedua, saya beralih kepada sukan Para SUKMA yang juga tidak disebut dalam perbahasan mana-mana ahli Yang Berhormat setakat ini. Saya mengambil peluang untuk membacakan prestasi pencapaian
Mohon izin mencelah.
Sila.
Terima kasih Batu Tiga. Saya lihat Batu Tiga terangkan tadi Kerajaan Negeri dilihat seperti menekankan komitmen kepada kebajikan OKU ini tadi. Namun apabila saya perhatikan Tuan Speaker dalam peruntukan dalam peruntukan belanjawan baru-baru ini, untuk peruntukan ANIS dan juga Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS) yang secara langsung menyentuh keperluan golongan OKU ini tadi. Dalam belanjawan baru-baru ini kelihatan belanjawan ini peruntukannya semakin menyusut bagi tahun 2025. Tahun lalu saya perhatikan peruntukan RM250 ribu untuk MTOS namun tahun ini RM200 ribu. Jadi adakah ini bermakna golongan yang paling memerlukan sekarang kelihatannya kurang menjadi keutamaan untuk Kerajaan Negeri. Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan Orang Kurang Upaya ini tadi, bagaimana badan-badan yang memperjuangkan OKU ini mampu terus beroperasi dengan bajet yang semakin kecil? Adakah Batu Tiga bersetuju dengan Permatang seandainya Permatang katakan Kerajaan seharusnya memberi lebih peruntukan kepada agensi-agensi yang menjaga kebajikan OKU ini memandangkan pada hari ini golongan OKU ini tadi adalah golongan yang amat memerlukan kerana tak gunalah kalau kita nak berbangga dengan belanjawan yang berbilion-bilion kalau kepentingan golongan OKU ini semakin kurang mendapat perhatian.
Terima kasih, Permatang. Saya bersetuju dan saya masukkan dalam ucapan saya dan saya juga ingin memberikan penekanan bahawa walaupun belanjawan itu dikurangkan, saya percaya perkhidmatan kerajaan terhadap warga OKU masih lagi kita perhalusi dan pertimbangkan. Berkenaan dengan Para SUKMA saya ingin membacakan Prestasi atlet Para SUKMA Negeri Selangor sejak tahun 2018. 2018 kita mendapat tempat kelapan dengan 61 jumlah pingat keseluruhan. Tahun 2022 di Kuala Lumpur kita dapat 78 pingat dan dapat tempat yang keempat dan pada tahun 2024 baru-baru ini kita mendapat tempat keempat dengan jumlah pingat terkumpul sebanyak 112 pingat. Saya ingin mengambil kesempatan mengajak seluruh Ahli Dewan berikan penghargaan kepada atlet Para OKU kita. Ini adalah bukti dan komitmen sebenarnya dalam kita memberikan penekanan kepada kebajikan dan juga penyediaan pekerjaan kepada warga OKU, saya harap dalam tempoh 2 tahun persiapan Para SUKMA kita, kita juga berikan sedikit insentif ataupun berikan sedikit peruntukan yang sewajarnya sebab hari ini kita faham, Para SUKMA tidak diuruskan sepenuhnya oleh MSN, ia diuruskan oleh pihak JBS, Jabatan Belia Sukan Negeri Selangor dan saya harap dengan komitmen kita mengharungi 2 tahun lagi penganjuran SUKMA dan Para SUKMA pada tahun 2026, saya harap kita berikan perhatian dengan sebaiknya. Ijok ada?
Saya ingin mencelah. Terima kasih kepada Batu Tiga. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Berkenaan dengan Para SUKMA yang baru
sahaja selesai beberapa bulan yang lepas. Ijok ingin berkongsi dan memanjangkan keluhan daripada sebahagian atlet Para SUKMA ini. Bajet untuk atlet Para SUKMA ataupun bajet untuk atlet Para Selangor kurang berbanding dengan atlet biasa yang difahamkan kerana atlet Para Selangor ini berada di bawah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) sedangkan atlet biasa ataupun SUKMA ini berada di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS). Jadi adakah Batu Tiga bersetuju jika atlet Para Selangor ini ditempatkan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor dan ditambah peruntukannya? Sedikit lagi, mohon izin.
Jangan panjang sangat ya. Batu Tiga dah bangun dah. Ijok.
Semasa Para SUKMA yang lepas, selama 12 hari Ijok difahamkan atlet ini telah mendapat elaun sebanyak RM500 dalam tempoh 12 hari dengan nilaian RM500 tadi Ijok rasa tidak memadai kerana antara atlet-atlet ini adalah bekerja sendiri, ada yang membawa Grab. Adakah Batu Tiga setuju dengan Ijok untuk perkara ini dikaji dan dinilai agar elaun harian dan elaun pertandingan dan latihan dinaikkan. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Ijok atas pandangan dan soalan. Saya boleh sebutkan bahawa yes, dengan elaun yang kita berikan sudah tentu ia tidaklah relative ataupun kita anggap elaun itu adalah pendapatan sementara mereka dalam kejohanan. Ia tidak boleh dianggap begitu. Namun amaun itu saya kira ia perlu juga dinaikkan disebabkan hari ini kita bersaing dengan negeri-negeri lain yang menawarkan elaun yang lebih tinggi so kita harapkan dengan atlet yang kita latih dalam tempoh 2 tahun ini mereka kekal berada bersama dengan Negeri Selangor dan tidak beralih kepada negeri lain disebabkan tawaran elaun itu. Saya bersetuju dan saya harap kita dapat perhalusi bersama. Saya memetik sedikit daripada Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh berkata, jumlah OKU berdaftar pada tahun yang terkini ialah RM685 ribu dan ini adalah jumlah yang paling rendah, setakat yang kita, bukan yang paling rendah tapi masih di peringkat yang rendah, dan kita harapkan dengan penambahan pendaftaran itu juga menyumbang kepada pencarian bakat-bakat baharu di kalangan OKU yang kita nak dapatkan. Dan mengikut jadual prestasi yang telah kita sebutkan tadi dan juga saranan Kerajaan untuk terus berjuang dalam Kejohanan SUKMA pada 2 tahun akan datang, saya dengan rendah hati sebagai Pengerusi Majlis Tindakan OKU Negeri Selangor saya menawarkan diri sebagai Chief De Mission bagi Para SUKMA untuk kita memastikan kejayaan yang lebih baik untuk kita capai pada tahun 2026.
Seterusnya ini saya pergi kepada kejayaan e-sports Selangor yang telah disebutkan oleh Kota Damansara serta beberapa Ahli Dewan yang lain saya tidak berhasrat untuk berucap panjang cuma saya ingin mengambil satu contoh bagaimana negara lain melihat penganjuran dan pembangunan e-sport ini boleh memberikan kejayaan kepada anak-anak muda. Ada satu model relative yang saya boleh ambil dan contohnya di Filipina mereka mengadakan E-sport Community Road Show di mana klinik e-sport dan bengkel teknikal diadakan di kawasan-kawasan komuniti dan terbukti berhasil kalau kita buat perbandingan di Malaysia kita hanya ada satu ataupun boleh sebut dua atau tiga pasukan yang hebat di mata dunia tetapi kalau di Filipina ada banyak lebih banyak pasukan-pasukan yang hebat yang berada dalam pentas antarabangsa yang berbeza dengan kita. Saya harap dengan ekosistem yang boleh kita ubah, mungkin kita akan boleh melihat lebih ramai atlet-atlet e-sport sukan pada masa akan datang dan juga menyokong kepada usaha yang dibuat oleh KBS melalui ESI dan mereka juga telah menghasilkan Nesdeg. Nesdeg ini ialah Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan dan saya harap panduan ini juga boleh diadaptasi di Negeri Selangor supaya kita memberikan panduan kepada atlet-atlet profesional e-sport ini supaya mereka aware antaranya pengurusan kontrak, pemain, tadbir urus penganjuran dan pemantauan perlindungan. Ini semua akan terbit apabila mereka masuk ke dalam dunia profesional tanpa kontrak yang baik, mereka terus akan dipermainkan oleh industri.
Seterusnya saya beralih kepada pelaburan bersepadu. Ahli Yang Berhormat sekalian, seiring dengan usaha Kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor pelaburan dalam industri-industri berat dan berteknologi tinggi perlu menjadi keutamaan. Telah pun kita sebutkan dan telah saya dengar jawapan daripada Kinrara sebentar tadi dan beberapa jawapan sebelum ini berkaitan dengan pelaburan yang akan masuk ke dalam Negeri Selangor. Pertamanya mungkin jawapan yang diberikan oleh EXCO ialah kita tidak tahu jenis pelaburan yang akan masuk. Namun saya kira apa jua pelaburan yang bakal masuk itu, sudah tentu akan berhadapan dengan polisi yang kita akan laksanakan. Saya mengambil salah satu contoh Dasar Speed ataupun dasar yang telah ada tapi tidak ada satu dasar yang disebutkan oleh pihak Kerajaan ialah menyediakan sebuah kompleks ataupun pusat industri bersepadu. Hari ini kita berdepan dengan lambakan warga asing disebabkan industri-industri yang banyak dalam negeri Selangor ini. So, saya berharap agar ada satu polisi dan panduan diberikan ataupun diwujudkan supaya kita boleh mengawal, ya kita tidak menolak pembangunan, kita tidak pelaburan, namun kawalan kepada penempatan warga asing itu saya kira itu boleh dilaksanakan melalui polisi kita. Saya mencadangkan agar kita membangunkan kuarters pekerja asing dalam mana-mana pembangunan infrastruktur pelaburan yang baru dan juga berserta dengan depot kenderaan dan pengurusan pengangkutan supaya ia tidak menjadi kesan kepada komuniti sekitar. Dan lanjutan daripada itu ialah jajaran Rel Kita Selangor saya harap dan mohon Kerajaan pertimbangkan agar pelaburan-pelaburan
baru yang melibatkan pengangkutan kenderaan berat juga mengambil kira rangkaian jajaran Rel Kita Selangor supaya pengangkutan darat, jalan raya boleh dipindahkan kepada rel kargo. Cepatnya lampu kuning, banyak lagi.
Seterusnya saya pergi Dasar Speed Selangor. Yang Berhormat Sekinchan telah menjawab beberapa perkara tentang dasar di PBT tapi saya kira ada berapa kelemahan yang perlu kita perhalusi lagi. Mengambil beberapa dialog KTK yang telah dilaksanakan oleh EXCO PBT saya kira itu satu usaha yang baik. Namun saya kira perhatian perlu kita berikan lebih kepada bagaimana cara penyelesaiannya telah dijawab sebentar tadi oleh Yang Berhormat Sekinchan iaitu diskaun tukar status, diskaun caj pemajuan dan juga minimum bayaran premium dan sebagainya tapi saya masih lagi merasakan kita mengalami kerugian daripada perjalanan operasi KTK ini sebab tanpa tindakan yang kita boleh buat pada hari ini sebenarnya kita mengalami kerugian yang banyak dari KTK. So saya mencadangkan kalau boleh kita buat lah mungkin, mungkin, saya rasa kita boleh berfikir di luar kotak mungkin lesen bersyarat yang sekurang-kurangnya dalam tempoh mereka menjalani proses permohonan pemutihan KTK itu, kita mendapat hasil. Kalau tidak, setahun kita tunggu mereka buat proses, nak comply dengan syarat-syarat, saya ingat dalam tempoh itu kita kehilangan banyak perkara. So, ease of doing business policy yang kita sebutkan dalam Belanjawan bukan hanya kepada pelaburan baru tetapi juga kepada industri yang sedia ada termasuk dengan kilang tanpa kebenaran. Belum. Ada banyak lagi, belum makan tengah hari lagi.
Seterusnya saya beralih kepada satu lagi perkara. Pengambil alihan pengurusan infrastruktur kampung oleh PBT. Perkara ini mungkin tidak meluas kita bincangkan tetapi bila ada satu model dan contoh oleh pihak MBSJ, Subang Jaya, saya kira ini satu perkara yang boleh kita laksanakan. Dalam kerancakan kita bincangkan tentang Lembah Klang Raya yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, saya kira ini juga perkara penting yang boleh kita sebutkan. Apabila kita menyebut Lembah Klang Raya, jangan hanya kita melihat kepada kemegahan bandar metropolitan, kita juga perlu tengok dan perhalusi juga kawasan-kawasan kampung kita dan apabila pentadbiran jalan, parit dan sebagainya di kawasan kampung itu tidak diselaraskan, dalam mana-mana pentadbiran, maksudnya PBT berasingan dengan JPS, berasingan dengan JKR, saya nampak ada kelompangan di situ. Bila ada satu contoh dan model dari Majlis Bandaraya Subang Jaya dan saya kira daripada 4 PBT yang terlibat sama dalam Lembah Klang Raya ini saya ingat ia boleh diselaraskan. Kalau boleh saya mencadangkan PBT di bawah Lembah Klang Raya ini mengambil alih keseluruhan infrastruktur di bawah kampung untuk diselaraskan perkhidmatan dan pentadbirannya dan bila kita jayakan Lembah Klang Raya saya ingat ia lebih memberikan cermin yang baik kepada kita semua.
Yang Berhormat Batu Tiga, ringkaskan ya.
Yang terakhir, saya kira tidak lengkap kalau saya tidak bawa isu tempatan. Berkenaan dengan apartment Alam Prima di Seksyen 22 Shah Alam. Saya telah ajukan kepada Yang Berhormat Pandan Indah, saya harap diberikan juga perhatian walaupun sebelum ini kos untuk kita perbaiki tanah mendap di Apartmen Indah Ria berjumlah RM25 juta itu telah kita belanjakan, saya harap perhatian yang sama diberikan kepada Apartmen Alam Prima sebab tanah mendap itu memberi kesan yang sangat tidak baik dan ia memberikan satu suasana yang tidak selamat kepada warga apartment tersebut. Saya harap ada sedikit perhatian daripada jumlah peruntukan yang diperuntukkan untuk projek tebatan banjir sebanyak RM34.27 juta ini, saya percaya ia tidak termasuk dalam mana-mana rancangan untuk membaiki kawasan perumahan yang terkesan dengan mendapan, saya harap dia diberikan perhatian juga.
Dan saya harap dengan segala cadangan yang saya berikan, saya mewakili Batu Tiga saya berharap ia akan menjadi satu panduan dan juga pertimbangan daripada Kerajaan untuk mempertimbangkan semuanya dan di akhirnya saya menyokong Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga, Yang Berhormat Taman Medan.
Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Speaker dan juga Ahli Dewan tentang satu kisah yang saya lalui baru-baru ini apabila saya berbual dengan seorang pemuda daripada Kampung Dato’ Haron. Saya namakan dia Ahmad la. Ahmad ni dia peniaga pasar malam dan dia mempunyai 3 orang anak, seorang isteri, isteri membantu dia meniaga. Dia ni kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu makan. Dan dia juga adalah satu-satunya bread winner of the family yang mana isterinya membantu dia meniaga. Dia mengeluh kepada saya, dia kata sekarang ni cabarannya harga barang naik, orang datang pasar malam tak ada, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menaikkan sewa dan juga lesen. Kemudian, bila dia meniaga di kawasan Petaling Jaya dan juga Shah Alam. Bila dia meniaga tu hari-hari travel, sekarang musim hujan, baru-baru ni van dia sangkut dalam hujan. Banjir. Ini bukan negeri Kelantan, ini di negeri Selangor, di Shah Alam. Shah Alam ini (menunjukkan gambar). Sekinchan, nampak ni? Ini banjir di Shah Alam. Bila banjir sekali overhaul sekali RM4,000.00 hingga RM5,000.00 kena bayar. Ini adalah cabaran dan apa yang dilalui oleh rakyat Selangor pada hari ini, ini lah masalah yang dihadapi. Jadi bila saya sembang, saya kata tak apa lah, Belanjawan Kerajaan Negeri dah bentang. Dia kata saya tengok tak ada apa pun YB. Tak adapun yang boleh
bantu saya. Saya meniaga tetap susah. Saya pergi ke pasar malam orang tak datang beli, harga barang naik dan bila banjir berlaku musibah macam ini dia tak ada safety net untuk selesaikan masalah ni. Jadi ini lah cabaran yang kita hadapi di negeri Selangor, bukan hanya cabaran ekonomi tetapi cabaran perubahan iklim yang sangat dahsyat ini juga adalah satu peperangan besar yang perlu kita hadapi di negeri Selangor. Sebab itu saya nak memetik kata-kata daripada, saya nak sebut tentang isu perubahan iklim ini, yang mana saya nak sebut dan quote Greta Thunberg iaitu seorang aktivis alam sekitar yang menyebut, ‘What we do today, right now will have an impact on generations to come restoring nature and cutting emission is about our survival”. Ini adalah masalah yang rakyat sedang hadapi di negeri Selangor. It’s about how to survive, it’s not only about Selangor deserves better, tetapi rakyat Selangor sekarang ini berfikir bagaimana kita nak survive tinggal di negeri Selangor. Sebab itu bila saya tengok isu banjir di Shah Alam ini bukan isu baru. Dulu Shah Alam ni orang kenal sebab saya anak jati Shah Alam, orang kenal Shah Alam ni bandar roundabout, sebab banyak roundabout, sekarang kalau orang tanya Shah Alam, banjir ke tak banjir. Ahli Parlimen Shah Alam ni dulu daripada Amanah, Ahli Parlimen Shah Alam sekarang pun daripada Amanah juga. Saya tak tau mentaliti Amanah nak selesaikan benda ini macam mana. Jadi bila saya nak sebut ini, sabar, sabar, sabar, tak banyak masa. Jadi saya nak sebut perkara ini kerana isu perubahan cuaca, tak apa, tak apa nanti EXCO jawab.
Ini nak bincang pasal parti ke bincang pasal isu negeri?
Isu banjir. Mentaliti banjir macam mana nak selesaikan. Jadi usaha itu juga, Kerajaan Negeri memberi, dalam Belanjawan mengumumkan peruntukan RM500,000.00 untuk melaksanakan pelan induk Net Zero City 2050. Kita tahu Selangor ini menghadapi proses urbanisasi yang sangat pesat. Pokok dipotong, bukit ditarah, banyak kawasan hijau dihapuskan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Macam mana kita nak achieve atau capai matlamat Net Zero City 2050 kalau kita masih lagi tak selesaikan isu-isu pokok ini? Kerajaan Negeri bangga mengumumkan berbilion ringgit untuk membina WTE, Waste to Energy tapi mana program yang untuk mengurangkan penghasilan sampah? Kalau kita buat WTE berbilion-bilion mesti lah nak kena la ada sampah masuk situ. Kalau fikir logik untung ekonomi atau untung duit, saya lebih suka sampah banyak, supaya masuk ke situ supaya ada lah pulangan dari segi kewangan. Jadi di mana keseimbangan? Saya tidak kata bahawa apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ini tidak bagus tetapi di mana keseimbangan yang perlu kita cari untuk kita capai supaya apa yang kita buat hari ini akan memberikan impak yang positif kepada generasi yang akan datang. Dan kita tahu masalah-masalah perubahan iklim ini adalah masalah global, it’s a global challenge, dia bukan hanya kena pada orang Pakatan Harapan, dia bukan hanya kena pada orang Perikatan Nasional, dia kena pada
semua tak kita bangsa, tak kira agama dan juga tak kira umur. Jadi sebab itu, saya nak melihat dari segi pembentangan Belanjawan ini, saya nampak keseimbangan atau komitmen untuk sebenarnya mencapai Nett Zero City belum berada di landasan atau strategi yang betul.
Keduanya, kita lihat dalam RS-1, Kerajaan Negeri meletakkan sasaran bahawa kadar kitar semula Negeri Selangor perlulah mencapai lebih 15%, walhal tahun ini sahaja kita tahu baru capai 8.4%, dah nak habis dah RS-1 ni. Boleh lah, bagus la umum buat 100 tong kitar semula untuk setiap PBT. Lepas ni seronok la bandar Utama pergi bagi tong kitar semula di semua PBT. Tetapi adakah program itu seiring dengan kesedaran di kalangan masyarakat supaya melakukan kitar semula? Ada tong tapi tak ada isi tak guna. Ini juga saya rasa perlu diberi penekanan dalam Belanjawan ini dan saya harap Kerajaan Negeri, Menteri Besar mempertimbangkan supaya ada satu pendekatan yang lebih holistik untuk perkara ini supaya ianys benar-benar dapat yang kita sebut tadi, restoring nature and cutting emission is about our survival. This is about our survival as a human dan juga sebagai humanity.
Seterusnya, saya nak sebut, tadi saya sebut pada Kinrara, saya minta dia ada dalam Dewan, tapi dia tak ada. Saya nak sebut tentng isu Mobiliti Selangor. Diumumkan oleh Menteri Besar bahawa RM20 juta akan diperuntukkan untuk program DRT bagi belanjawan tahun hadapan. Kita tahu sebelum ini dah belanja RM2 juta, bagi kepada 2 syarikat. 1 syarikat tu nama Asia Mobility. CEO pemiliknya adalah suami kepada seorang Menteri Pakatan Harapan. Siapa dia? Saya ingat boleh sebut. Kepada Menteri KBS, yang mana suaminya adalah pemilik kepada syarikat ini. Saya nak tanya pada Kinrara, projek ini, program ini adalah proof of concept. Has the concept being proven atau tidak? Pertama, keduanya, adakah pembayaran telah dibuat secara sepenuhnya kepada syarikat Asia Mobility pada tahun ini? Kerana peruntukan telah diberikan untuk mewujudkan program ini dan tahun hadapan diumumkan RM20 juta pula. Saya nak tanya pada Kinrara, adakah program DRT ini juga akan menggunakan konsep Proof of Concept yang sama yang mana diberikan secara direct kepada syarikat-syarikat ini atas pretext syarikat ini sahaja lah yang ada lesen ini. Lesen diberikan oleh APAD. APAD di bawah Kementerian MOT, Ministry of Transport yang mana Menterinya daripada Parti Ng Suee Lim, Parti Sekinchan, minta maaf, tersebut.
Ada Parti Ng Suee Lim? Ada didaftar kan ke tidak Parti Ng Suee Lim? Parti Ng Suee Lim? Tak apa, nanti saya bagi Pengerusi kepada Hulu Kelang la parti Ng Suee Lim.
Tak apa. Parti yang diwakili oleh Sekinchan. Terima kasih.
Kena kuat-kuat sikit.
Parti yang diwakili oleh Sekinchan. Itu Menterinya, yang bagi lesen kepada Asia Mobility, Asia Mobility isterinya Menteri Dalam Kabinet Pakatan Harapan daripada parti Sekinchan. Jadi adakah tahun hadapan RM20 juta ini bagi pada syarikat yang sama lagi dan kita nak tahu adakah proof of concept ini benar-benar telah terbukti. Kalau tidak, kita tukar nama parti ini, dia jadi direct award parti. Sebab ini yang saya nak tahu, sebab ini saya belum cerita ada satu lagi Program yang dianjurkan juga oleh parti ini. Kejap lagi saya nak sebut dan sebab itu, saya nak tahu apakah tatakelola yang akan bakal digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi melantik syarikat ini nak belanja RM20 juta tahun hadapan. Kota Kemuning you kena.
Nak saya jawab.
Tak payah jawab. You bukan EXCO, you duduk.
You nak saya jawab?
Tak payah jawab you duduk. You duduk, you duduk. Bagi saya habiskan.
Taman Medan bagi ruang ke?
Kota Kemuning bukan EXCO. Nanti, nanti tunggu jadi, dilantik jadi EXCO. Duduk, duduk.
Saya boleh jawab, Taman Medan.
Saya belum habis, you duduk, duduk, duduk. Bagi saya habiskan.
Taman Medan bagi ruang ke? Taman Medan tak bagi ruang.
Terima kasih kerana endorse, endorse.
Saya tak bagi ruang. Sebab itu saya nak sebut bahawa jangan sibuk nak cerita benda yang tak ada kepastian yang hanya hearsay
walhal depan mata, apa orang kata gajah di, kuman di seberang laut nampak, gajah depan hidung tak nampak. Macam itulah lebih kurang. Jadi saya nak mintak Kerajaan Negeri menjelaskan bagaimana pelaksanaan DRT ini pada tahun hadapan.
Taman Medan ada soalan boleh?
Saya tak banyak masa.
Menantu lari dari, keluar negeri you tahu? I tahu kes itu.
Sudahlah-sudahlah. Tak apa.
Kenapa.
Saya bagi, ada lagi satu. Saya bagi lagi satu.
Taman Medan bagi tak? Tak bagi?
Tak bagi.
Taman Medan tak bagi.
Presiden parti, anak menantu sedang lari. Kenapa tak balik.
Pandamaran.
Duduk-duduk
SPRM dah issued red notice tak balik. Kena datang balik.
Duduklah Kemuning.
Duduk-duduk. Tak apa saya minta Kinrara jawab sahaja nak bagi direct award ke nak bagi secara open tender ke, jawab. Biar kita semua tahu. Biar rakyat tahu, biar orang Selangor tahu DRT ini RM20 juta nak belanja, siapa yang nak jawab. Itu sahaja pertama. Keduanya saya nak bangkit tentang
isu pendengaran awam baru-baru ini kita buat. Di bawah Program INSAN. INSAN ini dah tak sebut dah dalam Belanjawan. Tak ada siapa pun bangga nak sebut. Saya ingat ADUN-ADUN PH yang ada depan saya ini pun tak berani dah nak kempen pasal INSAN ni. Sebab saya nak baca apa rumusan audit yang dikeluarkan sendiri oleh Kerajaan Negeri, yang dah dibelanjakan. Untuk makluman tuan-tuan, daripada dapatan kami ketika persidangan SELCAT, yang dah dibelanjakan dan yang dah dibayar adalah RM21.740 juta telah dibayar. RM21 juta, telah dibayar kepada syarikat yang memberi perkhidmatan ini untuk dibayar kepada syarikat insurans RM21 juta. Yang dituntut hanya 954,000 daripada RM21 juta. Macam mana kami tahu? Sebab kami duduk dalam SELCAT, kami bawa pada pendengaran awam. Ada audit, ada ADUN-ADUN PH datang? Tak ada. Bahkan yang lebih malang Speaker telah menjemput supaya EXCO datang sendiri menjelaskan dalam SELCAT, EXCO tak datang. Menteri Besar pun tak datang dan saya nak bagi tahu apa laporan audit? Laporan audit, rumusan keseluruhan audit, saya bacakan sebutir-sebutir, saya tak nak silap nanti “Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa pencapaian Program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) adalah tidak memuaskan. Sasaran output yang menyasarkan perlindungan takaful kepada tiga. juta rakyat di Selangor tidak tercapai dan pencapaian keberhasilan bagi penilaian kesedaran rakyat Selangor juga tidak memuaskan terhadap program ini. Pengurusan program juga tidak memuaskan kerana proses penyerahan data yang tidak jelas dan teratur. Selain itu, nama yang dilindungi juga tidak memenuhi kriteria kelayakan dan terdapat permohonan berganda dalam sistem yang disediakan”. Ini, tak payah nak forensic audit Kota Kemuning, ini audit yang datang pada Kerajaan Negeri sendiri. Memberi tahu kepada kami dalam persidangan SELCAT bahawa Program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) adalah tidak memuaskan. Tak memuaskan berapa kita hilang? RM21 juta. Mana suara kawan-kawan semua yang ada depan ini. Mana suara anda semua? This is in your government. You use this during campaign. Masa Pilihan Raya Negeri anda kempenkan benda ini. 1RM21 juta dibelanjakan tak tahu siapa dapat, komisen dapat kat siapa? Seorang pun tak berani nak mempersoalkan ini. Nasib baik ada kami daripada Perikatan Nasional yang mempersoalkan tentang perkara ini dalam Dewan ini. Tak payah koyak. Ini rumusan audit yang bagus. Sebab kita tahu pegawai-pegawai kerajaan di sini semua bagus-bagus. Mereka yang buat rumusan ini, 2mereka tahu sebahagian pembuat dasar yang ada depan ini corrupt. 3Mereka tahu tindakan mereka ini sebenarnya merosakkan Kerajaan Negeri. Sebab itu mereka berani keluar laporan audit seperti ini. Jadi jangan sebut tentang audit forensic apa semua. Sini ada.
1 Bahagian ini dikeluarkan daripada ucapan perbahasan Yang Berhormat Taman Medan atas arahan Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor 2 Bahagian ini dikeluarkan daripada ucapan perbahasan Yang Berhormat Taman Medan atas arahan Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor 3 Bahagian ini dikeluarkan daripada ucapan perbahasan Yang Berhormat Taman Medan atas arahan Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor
Tuan Speaker, Tuan Speaker.
Ini dah ditunjukkan. Jadi Yang Berhormat.
Timbalan Speaker.
Taman Medan.
36 (6).
Taman Medan
36 (6)
Peraturan Mesyuarat.
Pandaraman bangun. Taman Medan.
Tak apa saya hanya minta.
Ada, Taman Medan ada Peraturan Tetap.
Bagi.
36(6)
Peraturan Tetap.
Peraturan Tetap, apa tak bagi. Ini Peraturan Tetap.
Yang mana Peraturan Tetap yang mana dulu.
36 (6)
36 (6) ya. Ok.
Tuan Speaker, 36 (6) seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain. Tuan Speaker dalam apa yang dibicarakan oleh rakan saya.
Saya sebut siapa, janganlah buang masa. Saya tak sebut siapa-siapa.
Bagi, dengar Taman Medan kita dengar penjelasan daripada Pandamaran dulu.
Dengar dulu.
Teruskan Pandamaran. Pandamaran teruskan.
Duduklah, duduk bila you pakai 36 (6) kita dengar. Hormat sikit.
Pandamaran boleh jadi Speaker. Tak apa, tak apa.
Pandamaran apa.
Tuan Timbalan Speaker, saya bangkitkan 36 (6), rakan saya tadi mengatakan audit menyatakan bahawa pentadbir yang membuat dasar tersebut adalah corrupt. So ia menunjukkan kepada pembuat dasar tersebut. So saya minta beliau tarik balik perkataan corrupt tersebut kepada EXCO Members yang telah membuat dasar tersebut. Saya minta beliau tarik balik.
Taman Medan, kalau boleh jangan ulang lagi benda-benda seperti itu dan tarik balik.
Tak boleh. Okay, tak apa.
Timbalan Speaker, Timbalan Speaker.
Itu perkataan umum yang memberi.
Speaker, speaker
Saya takkan ulang, tetapi kalau keluar kt TikTok saya tak tahu. Jadi saya teruskan.
Yang itu di luar Dewan ke
Speaker, Speaker belum tarik balik.
Saya tak ada keperluan nak tarik balik.
Belum tarik balik. Tarik balik dulu.
(Dewan riuh)
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Peraturan Mesyuarat.
Saya tak namakan siapa-siapa.
Peraturan Mesyuarat .
Timbalan Speaker, kita bawa 36 (6), Taman Medan kena tarik balik.
Ada mana-mana yang nak bawa Peraturan Tetap ke apa. Bagi ruang kepada Speaker dulu.
Peraturan Mesyuarat.
Sungai Panjang bawa Peraturan Mesyuarat tu betul ke tu?
Peraturan Mesyuarat seterusnya Hulu Kelang, Peraturan Mesyuarat daripada Sungai Panjang.
36 (9).
Tolong bacakan.
Dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat mana-mana Ahli Parlimen atau Dewan atau mana-mana pegawai selain kelakuan pada menjalankan tugas urusannya.
Okay, penjelasan dia?.
Dia menjalankan urusannya.
Tuan Timbalan Speaker.
Corrupt ini tadi celah mana yang Sungai Panjang. Sungai Panjang jangan bazir masa Taman Templer. Peraturan Mesyuarat itu tengok betul-betul.
Ahli-ahli Dewan sila duduk.
(Dewan riuh)
Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap 75, Tuan Timbalan Speaker.
Tak, kita minta dia tarik balik.
Ada Peraturan Tetap lagi ya sekejap.
Ada, ada Tuan Timbalan Speaker ada Peraturan Tetap 75.
Sekejap ya, sekejap apa ini Subang Jaya. Tadi Petua yang saya beri, maklumkan tadi saya minta Taman Medan untuk tarik balik yang tadi. Sudah ke belum?
Tuan Speaker, corrupt tu. Perkataan corrupt tu Taman Templer.
Tak Speaker, tadi petua, tak ini sebenarnya masa saya Speaker. Floor saya Speaker.
Jangan ulang okay.
Okay. Speaker kata jangan ulang. Okay saya setuju.
Jangan ulang.
Taman Temple, Taman Templer, Taman Medan, Taman Medan.
Saya dah setuju dan tidak ulang.
Okay, sekarang ini Taman Medan duduk dulu. Saya nak dengar ada Peraturan Tetap baru
Saya dah penat, saya berdiri je boleh?
Peraturan Tetap persilakan Subang Jaya. Peraturan Tetap Subang Jaya silakan.
Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap 75. Keterangan yang diambil di depan sebuah Jawatankuasa Pilihan.
Peraturan Tetap apa tadi?
75.
75.
dan apa-apa dokumen yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa Ahli Jawatankuasa itu atau oleh sesiapa juga sebelum jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Dewan.
Ini pendengaran awam Subang Jaya. Pendengaran awam Subang Jaya, it’s a public knowledge.
Jadi, sebelum penyata, tetapi penyata itu belum di bawa kepada Dewan. Jadi sebarang perkara yang telah disiarkan oleh Taman Medan.
Macam mana ulang sekali lagi, saya tak dapat dengar sebab Taman Medan kacau tadi. Saya nak dengar apa yang dah dikatakan. Ini
Peraturan Tetap ini ada hak ada untuk apa Subang Jaya berdiri untuk nyatakan Peraturan Tetap.
Saya berdiri je, saya tak kacau.
(75) Tuan Speaker.
Tarik balik Tuan Speaker, dia tak kacau dia berhujah.
Tak apa, peraturan Dewan tidak boleh 2 ahli dewan berdiri serentak. Jadi saya minta Subang Jaya nyatakan apa yang dinyatakan oleh Peraturan Tetap. Sila duduk.
Peraturan Tetap (75) Tuan Timbalan Speaker, jelas menyatakan bahawa sebelum penyata dikemukakan oleh jawatankuasa pilihan, sebarang keterangan di dalamnya tidak boleh disiarkan oleh mana-mana ahli. Walaupun pendengaran terbuka. Jadi apa yang telah dibuat oleh Taman Medan adalah salah di sisi Peraturan Tetap. Jadi saya minta ruling daripada Speaker untuk kesemuanya keluar daripada Hansard dan kalau diperlu, rujuk Taman Medan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Amboi.
Kerana melanggar Peraturan Tetap.
Setuju saya menyokong.
Speaker.
Speaker boleh saya jelaskan Speaker?
Sekarang ini saya nak mendengar penjelasan daripada Taman Medan dulu ke Hulu Kelang.
Speaker, Speaker boleh saya bagi
Saya nak bantu, saya nak bantu
Taman Medan
Sekejap-sekejap.Tuan Speaker saya nak bantu.
Atas kapasiti Ketua Pembangkang saya bagi ruang.
Terima kasih.
Terima kasih.
Memang bagus Speaker Dewan Negeri Selangor ini ya.
Tapi sekejap sahaja ya. Hulu Kelang kita tak ada masa Hulu Kelang.
Ya saya ingin nak membantu Tuan Speaker. Pertama ada pandangan daripada apa ini Batu Tiga minta Petua Tuan Speaker tentang Perkara 36 (6), saya setuju. Tetapi perkara ini telah pun diputuskan oleh Tuan Speaker, di mana Petua Tuan Speaker kepada Taman Medan jangan ulang lagi. Jangan ulang, bukan macam orang itu, saya ulang, dia kata jangan ulang dan Taman Medan sekejap, Taman Medan setuju tidak ulang. Itu sudah putuskan.
Hulu Kelang, Hulu Kelang perkara itu saya dah putuskan tadi sekarang ini kita ke Peraturan Tetap Subang Jaya .
Baik, yang Taman Medan telah diputuskan jangan ulang. Tentang Subang Jaya, saya nak beri pandangan sahaja. Yang itu Peraturan 75 untuk Pendengaran Jawatankuasa Pilihan, berbeza dengan Pendengaran Awam. Pendengaran Awam ini orang awam boleh hadir, pegawai boleh hadir, seluruh dunia pun menyaksikan pendengaran awam tersebut. Seluruh dunia.
Terima kasih Hulu Kelang.
Jadi bukan satu perkara yang tidak boleh dibangkitkan, yang perkara 75 hanya untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan. Itu pandangan saya Tuan Speaker. Terima kasih.
Hulu Kelang. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, saya nak dengar penjelasan daripada Taman Medan.
Terima kasih Speaker, saya berdasarkan ucapan saya tadi, saya dah sebut. Ini daripada pendengaran awam. Pendengaran awam ini semua orang datang, mungkin eh EXCO diamlah.
Taman Medan, Taman Medan.
Subang Jaya tak datang.
Taman Medan saya nak dengar penjelasan, jawapan daripada Subang Jaya.
Jadi ini pendengaran awam, pendengaran awam tak saya baru nak jelas Speaker dah nak dengar dia. Mana boleh macam ini.
Okay teruskan. Masa berjalan.
Ya masa berjalan tetapi yang kacau saya ramai. Saya nak bercakap banyak lagi.
Ok, saya bagi Petua, duduk dulu Taman Medan. Sebab masa dah 12.59.
Sambung selepas ini.
Ok.
Sambung selepas ini.
Tuan Speaker, saya minta Tuan Speaker rujuk sendiri.
Untuk Peraturan Tetap yang dibawa oleh Subang Jaya, saya bagi Petua untuk Usul itu dibawakan, hantar Usul itu kepada Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau tiada ini ya. Kita teruskan.
Jadi saya tinggal 3 seconds saya minta sambung, Yang Berhormat Timbalan Speaker lepas daripada ini boleh? Saya minta 5 minit je lagi. 5 minit je. Timbalan Speaker, gangguan sampai 10 minit.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Dah masuk waktu rehat dah.
Speaker, Taman Medan boleh sambung dekat TikTok je.
Macam ini saya bagi Petua, saya bagi ruang kepada Taman Medan 5 minit selepas ini.
Terima kasih.
Patut sambung kt TikTok je, sambung kat TikTok.
Okay boleh post kat TikTok dah.
Ahli-ahli Yang Berhormat waktu kini menunjukkan jam 1 tengah hari, Dewan akan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada rehat tengah hari. Sidang dewan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum Sidang Dewan ini bersambung semula Dewan juga ingin mengalu-alukan kehadiran sekumpulan empat orang daripada pelajar Akademi Kepimpinan Wanita Kumpulan 12 di bawah seliaan Puan Rozana Zainal Abidin mantan ADN Permatang dan Ahli Lembaga Pengarah Wanita Berdaya Selangor yang diketuai oleh Puan Norhayati Umor. Begitu juga dengan peserta akademi Kepimpinan Wanita Kohort 4 seramai 5 orang dipimpin
oleh Puan Too Chun Yoke. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Yang Berhormat Taman Medan, panjang lagi?.
Tuan Speaker, saya ada Peraturan Tetap 36 terhadap..
Tentang apa? Tenang, tenang, tenang. Kota Kemuning silakan.
Tuan Speaker, dua perkara. Satu Peraturan Tetap 36 (9) di mana dalam perbahasan tadi Taman Medan telah menyebut nama Yang Berhormat Hannah Yeoh. Dalam peraturan 9 dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat mana-mana ahli Parlimen atau Dewan Negeri atau mana-mana pegawai Kerajaan selain melakukan atau menjalankan urusan sebagai Ahli Parlimen atau Dewan Negeri atau pegawai Kerajaan. Tadi rakan saya telah pun menyatakan bahawa dalam kontrak DRT itu melibatkan Ahli Parlimen Yang Berhormat Hannah Yeoh. Saya nak minta beliau tarik balik perkataan menyatakan bahawa kontrak itu diberikan secara direct contract. Kerana dalam perbahasan sebelum ini pihak kerajaan telah pun menjelaskan cara mana tata kelola award contract tersebut. Kedua, kalau rakan saya berani nyatakan perkara itu sekali lagi di luar sana. If you dare you try. Itu satu. Kedua, saya juga menggunakan 36 (6) seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain. Tuan Speaker, tadi rakan saya juga tidak tarik balik mengatakan pembuat dasar berkenaan dengan INSAN tersebut adalah korup. Sebelum ini adalah jangan ulang tapi saya minta Tuan Speaker untuk membuat satu petua baru yang mana minta dia tarik balik. We cannot allow or condone this kind of action. Itu sahaja Tuan Speaker.
Tadi Subang Jaya juga berdiri untuk apa?
Ya Tuan Speaker sebelum makan tengah hari tadi saya telah bangkitkan isu berkenaan Peraturan Tetap 75 di mana ianya disebutkan bahawa keterangan yang diambil di hadapan sebuah Jawatankuasa Pilihan apa-apa dokumen yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa ahli jawatankuasa itu dan sesiapa juga sebelum jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Dewan. Tadi Hulu Kelang ada sebut bahawa pandangan beliau ia tidak terpakai kepada pendengaran terbuka. Saya dengan hormatnya tidak setuju kepada hujahan tersebut atas dua sebab. Yang pertama, kalau kita tengok kepada Peraturan Tetap 86 bahawa tafsiran jawatankuasa pilihan ia disebutkan bahawa ia termasuk jawatankuasa pilihan khas dan jawatankuasa pengenalan Dewan. Dalam Peraturan Tetap 75 dia tak membezakan antara pendengaran terbuka ataupun pendengaran tertutup. Itu satu. Dan
yang kedua, kita kena lihat kepada niat peraturan tetap 75. Ianya adalah untuk menjaga keadilan pendengaran sebab sefaham saya pendengaran SELCAT belum ditutup lagi dan mungkin ada saksi-saksi di mana keterangan mereka dia akan bercanggah daripada keterangan yang telah dikemukakan. Jadi jawatankuasa Pilihan seolah-olah duduk sebagai satu mahkamah dan kesemua Ahli Jawatankuasa Pilihan sebagai Hakim. Jadi untuk menjaga keadilan itulah sebabnya Peraturan Tetap 75 wujud. Supaya sehingga penyata dibentangkan dalam Dewan ini dan terdapat persetujuan antara jawatankuasa dalam SELCAT bukti-bukti seperti ini tidak patutnya disebutkan seolah-olah dia telah menjadi kesimpulan jawatankuasa tersebut. Jadi Taman Medan sebagai ahli tidak patutnya melanggar Peraturan Tetap 75 dengan begitu kerap dan itu sebab Tuan Speaker, saya telah mohon Tuan Timbalan Speaker untuk rujukkan beliau di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebab kita perlu menjaga disiplin Dewan ini kalau tidak semua ahli juga akan buat benda yang sama sebab kita semua duduk dalam jawatankuasa pilihan.
Baik, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Taman Medan untuk memberi penjelasan. Secara ringkas apa Yang Berhormat nyatakan tadi.
Tuan Speaker, pertama apa yang saya sebutkan tadi dan nyatakan adalah kebenaran yang berlaku di luar. Saya tak sebut benda yang tipu. Saya tak sebut benda yang fitnah. Saya sebut dan ulang benda yang dah memang jadi public knowledge. Pertama tentang soal siapa yang saya sebut tadi syarikat mana yang dapat itu semua adalah public knowledge dan dah disahkan dalam Dewan. Individu-individu yang terlibat juga telah keluarkan kenyataan media menyatakan betul syarikat saya punya. Saya berstatus ini dan itu. Bahkan menteri itu juga telah menjawab. It’s a public knowledge, pertama. Keduanya..
Nanti, nanti..
Bagilah saya jelaskan dahulu. Tak sabar.
Takpa, teruskan.
Kedua, ruling tadi dah dibuat oleh Timbalan Speaker bahawa saya diminta untuk tidak ulang dan saya telah bersetuju untuk tidak ulang Yang Berhormat Speaker. Dan saya tidak ulang perkara itu. Kemudian saya proceed kepada perbincangan tentang sesi pendengaran awam yang mana saya bangkitkan tentang isu INSAN. Isu INSAN ini Yang Berhormat Speaker ini sendiri chaired sesi pendengaran awam ini yang disiarkan secara langsung yang didengari oleh seluruh rakyat negeri Selangor. Apa beza saya sebut benda yang sama Yang Berhormat
Speaker ada pada ketika itu. Saya sebutkan juga laporan audit itu dalam pendengaran awam. Apa beza saya sebut dalam pendengaran awam dan saya ulang dalam Dewan Negeri ini? Bahkan saya akan ulang Laporan Audit itu kalau perlu di luar Dewan kerana itu laporan yang kita dah bentangkan kepada awam. Apa bezanya? Saya hanya menyatakan fakta. Adakah kota kemuning dan Subang Jaya tidak boleh terima bila saya menyatakan fakta. Saya bukan menipu, saya bukan beri benda palsu. Saya beri benda yang fakta. Its stated in the public forum. Bukannya saya bercakap benda macam insinuate.
Saya nak bertanya kepada Taman Medan. Tadi you kata ada corruption. Jadi adakah itu fakta. Sudah bukti ke daripada MACC bahawa telah corrupt. Tak ada kan? Tarik balik.
Yang Berhormat Pandamaran tenang. Nanti saya akan tanya.
INSAN kita belanja RM20 juta. Kita bayar RM20 juta. Claim hanya RM900 ribu. Adakah ini bukan satu korup? Jadi saya minta panduan juga pada Speaker yang saya sebut tadi adalah saya ulang saya dah setuju tadi dengan Timbalan Speaker untuk tidak ulang apa yang saya sebut kalau kata marah saya sebut korup, saya dah setuju Timbalan Speaker dah kata jangan sebut korup.
Saya terima pandangan daripada semua. Yang Berhormat tenang. Saya menarik perhatian Yang Berhormat sekalian terhadap beberapa Peraturan Tetap terutama sekali petua Speaker Peraturan 87 bahawa keputusan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsir dalah muktamad. Yang pertama. Yang kedua, saya menerima dan bersetuju dengan cadangan ataupun hujah daripada Yang Berhormat Subang Jaya perkataan Jawatankuasa Pilihan adalah difahamkan termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas atau Jawatankuasa Peraturan Dewan atau iaitu mengikut maksud ayatnya. Ini adalah di bawah Peraturan Tetap 86 tafsiran dan saya juga ingin membawa perhatian kepada 36 (6) dan juga 75 iaitu keterangan yang diambil oleh sebuah Jawatankuasa Pilihan tidak boleh disiarkan sehinggalah dibawa penyata kepada Dewan. Yang Berhormat Taman Medan saya tadi ada dengar perkataan-perkataan ini daripada Yang Berhormat. “Mereka tahu sebahagian pembuat dasar ini korup”. “Mereka tahu ini merosakkan Kerajaan Negeri”, “Tak tahu komisen pergi ke siapa”. Ini adalah ucapan daripada Yang Berhormat Taman Medan tadi. Saya memohon Yang Berhormat tarik semua perkataan dan ayat ini. Dan saya mengarahkan supaya perkataan dan ayat ini dikeluarkan daripada hansard kerana mesyuarat jawatankuasa SELCAT masih belum lagi bersidang diadakan untuk menetapkan penemuan saranan dan juga cadangan. Apa yang kita laksanakan ialah satu pendengaran terbuka yang mana memang ada hujah
daripada saksi yang telah hadir untuk memberi keterangan. Yang kedua, saya ada peluang untuk meneliti laporan audit tersebut dan saya telah baca laporan audit tersebut tidak mengandungi penyataan ataupun perkataan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Taman Medan. Itu adalah pendapat persendirian Yang Berhormat Taman Medan dan apabila Yang Berhormat menggunakan perkataan mereka, mereka itu dimaksudkan penjawat awam ataupun pegawai yang menjalankan audit tersebut. Dari segi undang-undang itu adalah satu kenyataan hear say ataupun cakap dengar kerana pegawai berkenaan tidak hadir ke jawatankuasa SELCAT dan pegawai berkenaan bukan Ahli Dewan Negeri ini. Jadi saya dengan itu membuat keputusan tadi Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker saya mendengar dan tengok balik tayangan beliau ada mengeluarkan keputusan untuk tarik balik dan jangan ulang. Dua-dua sekali. Tarik balik dan jangan ulang. Itu sebabnya saya menyatakan keputusan ini supaya Yang Berhormat tarik balik kenyataan-kenyataan tadi berkenaan dengan komisen tak tahu pergi ke siapa, mereka tahu sebahagian pembuat dasar ini korup dan merosakkan Kerajaan Negeri. Tarik balik ayat dan keseluruhan perkataan tersebut dan jangan ulang. Berkenaan dengan laporan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan saya buka kepada mana-mana ADN untuk membuat ataupun usul ataupun tulis secara rasmi kepada Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itu sahaja, Yang Berhormat sila tarik balik.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sebelum saya tarik balik saya ambil maklum frasa-frasa itu baik. Saya setuju untuk tarik balik tetapi saya masih lagi berpegang kepada fakta bahawa RM20 juta duit rakyat Selangor telah dibelanjakan.
Itu Yang Berhormat boleh memberi pendapat ataupun teguran.
Saya masih pertahankan bahawa dari segi tata kelola ada kepincangan berlaku yang mana perlu disiasat dan saya setuju dengan Yang Berhormat Speaker bahawa sesi Pendengaran Awam ini masih belum selesai. Cuma saya nak minta pandangan Yang Berhormat Speaker, kalaulah Sesi Pendengaran Awam ini telah berjalan yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Speaker dan telah didengari oleh awam adakah menjadi satu kesalahan untuk saya ulang itu dalam Dewan ini? Kerana kalau kita buat rulling Sesi Pendengaran Awam tidak boleh disiarkan maka kita tidak boleh jemput media datang.
Yang Berhormat.
Jadi saya hendak panduan daripada Yang Berhormat Speaker saya tahu kita belum conclude.
Cadangan saya pada mana-mana Yang Berhormat supaya tidak guna apa-apa dokumen ataupun bahan bukti yang diketengahkan ke dalam sesi pendengaran terbuka itu untuk mana-mana kegunaan supaya tidaklah ia menjadi sebarang gangguan ataupun pengaruh yang tidak baik ataupun tidak berasas terhadap perjalanan Dewan ini adalah lebih kurang sama dengan perjalanan Persidangan Mahkamah supaya tidak tertimbulnya kesalahan sub judice dan sebab itu saya menasihat yang Berhormat supaya elak menggunakan dan apatah lagi dalam Laporan Audit ini ada dengan saya sekarang kenyataan yang dikeluarkan oleh yang Berhormat itu memang tidak ada perkataan corrupt tidak ada, perkataan tentang wang tidak tahu mana memang sebab itu ia tidak boleh dilafazkan di dalam Sidang Dewan ini tetapi sekiranya yang Berhormat hendak membahas isu dengan INSAN ini bolehlah Yang Berhormat menjalankan perbahasan berdasarkan apa-apa yang telah pun available in public domain termasuk dalam laporan media dan sebagainya. Saya rasa teguran yang berasas adalah dibenarkan oleh Dewan yang mulia ini. Itu sahaja Yang Berhormat, saya mohon tarik balik secara rasminya dan kemudian kita move on tarik balik. Ada lagi isu yang hendak di bahas lagi. Lima minit Yang Berhormat saya tengok Yang Berhormat pakai setengah jam tadi sebelum. Kita rangkumkan
Saya tidak pakai setengah jam orang lain yang pakai saya punya.
Saya bagi lima minit sahaja cuba ringkaskan dan teruskan yang lain saya mohon supaya tidak ganggu. Terima kasih itu sahaja, sattle.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya teruskan perbahasan saya pada petang ini. Saya hendak merujuk kepada Program Iltizam Sihat Selangor saya ingat program yang memang menjadi satu program yang sangat rapat dengan saya sebab saya selalu bangkitkan tentang isu ini. Bukan kerana saya tidak sokong program Kerajaan Negeri ini, bahkan saya lebih suka kalau Menteri Besar umum bukan 100,000 sahaja boleh terima, 200,000 rakyat Selangor boleh terima kerana kita tahu dalam keadaan ekonomi yang sukar sekarang ini, rakyat memerlukan safety netting seperti ini, supaya mereka dapat apabila berlaku musibah kesihatan mereka dapatlah ada sedikit bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk mereka selesaikan isu kesihatan mereka. Kalau saya merujuk jawapan bertulis boleh ya Tuan Speaker?
Boleh.
Kena tanya, karang kena peraturan pula, semua tidak boleh. Jadi saya hendak rujuk, dalam jawapan yang diberikan kepada saya secara bertulis. Program Iltizam Selangor Sihat sehingga 30 Oktober 2024 hanya
seramai 53,452 orang ahli yang telah mendaftar, yang mana sasarannya sepatutnya adalah 100,000, saya dapat laporan daripada saya buat siasatan bahawa setiap DUN ini diberikan kuota untuk mendaftarkan untuk ISS ini, jadi setiap DUN akan ada almost equal share berapa ramai yang boleh didaftarkan. Jadi saya rujuklah, saya tak nak tengok DUN lain. Saya tengok macam DUN Subang Jaya bagus, ramai sudah daftar, tapi saya rujuk DUN Taman Medan hanya baru 8%, DUN sayalah, tapi bukan salah saya sebab kami tidak ada akses kepada sistem ini. Dan saya dari awal dewan ini bukan hanya pada hari dan sebelum-sebelum ini juga, saya menyatakan kepada Kerajaan Negeri apalah salah kiranya, berikanlah juga ruang kepada kami untuk kami sama-sama bantu daftarkan peserta-peserta ini kerana terbukti dengan hanya bergantung kepada jentera Kerajaan daripada ADUN Kerajaan dan penyelaras sahaja tidak cukup, baru 53,000 maknanya ada 45% lagi rakyat Selangor yang tidak dapat manfaat ini. Kalau ikut Pelabuhan Klang dia kata semua sihat belaka, kita pun tahu tidak betul. Ramai rakyat hendak program ini, kita hendak tolong permudahkan sebab janganlah ingat kalau kata Perikatan Nasional daftarkan mereka semua akan sokong Perikatan Nasional kami tak perlu itu, rakyat tetap akan sokong Perikatan Nasional tak jadi masalah. Yang jadi masalah sekarang ini, kita pembangkang hendak bantu Kerajaan Negeri untuk selesaikan isu ini sebab rakyat di luar sana macam saya cerita pagi tadi yang saudara Ahmad itu susah sekarang ini di Selangor, nak survive pun susah jadi bagilah ruang, saya minta sekali lagi di dalam Belanjawan 2025 ini Kerajaan Negeri buatlah keputusan sebab bila saya tanya pegawai-pegawai mereka maklum, mereka kata arahan adalah supaya Pejabat DUN dan Pejabat Penyelaras saja yang boleh laksana. Kami boleh bantu sebab kami sekarang ini, saya jadi receptionist, siapa telefon nak tanya register Program BINGKAS, sila pergi Pejabat Penyelaras, siapa nak Program ISS ini sila pergi Pejabat Penyelaras, jadi receptionist tak apa tapi kalau mereka boleh datang ke pejabat kami, kami boleh sahkan pendaftaran. Lebih mudah untuk Kerajaan Negeri dan Insya Allah saya yakin kalau minggu depan bagi kebenaran kepada kami untuk buat, kami akan usaha untuk bantu Kerajaan Negeri untuk capai 100,000 sebelum hujung tahun ini untuk didaftarkan di dalam ISS. Boleh Sekinchan saya minta macam itu?
Kedua, Yang Berhormat Speaker, saya hendak menyebut tentang aging state ini yang mana dalam laporan DOSM menyatakan bahawa tiga daerah di Selangor ini iaitu daerah Kuala Langat, Sepang dan juga Kuala Selangor adalah daerah yang aging, district aging yang ramai orang tua yang tinggal di situ. Inilah keadaan negeri kita sekarang. Kerajaan Negeri mengumumkan RM400,000 peruntukan untuk usaha nak menjaga kesihatan awam warga emas ini. Cuma saya hendak mencadangkan selain daripada saya rasa peruntukan itu tidak berapa cukup, mungkin kena tambah lagi. Tapi saya hendak mencadangkan kerana Kerajaan Negeri berminat soal AI dan juga kecerdasan artificial ini, ada wajarnya semua warga emas- warga emas yang ada di Negeri Selangor ini wujudkan satu database terutamanya mereka yang menghidapi penyakit lupa atau
demensia dan mereka yang tinggal berseorangan kerana satu tahu sebahagian banyak tempat termasuk di kawasan saya di Taman Medan ada banyak warga emas yang tinggal berseorangan. Dengan adanya advancement atau kemajuan IOT dan juga kecerdasan artificial ini dan network 5G sebenarnya kita boleh monitor warga-warga emas ini. Macam mana kita hendak buat? Kita sudah ada 5G kamera di setiap PBT, kita ada IOT sistem, kita boleh wujudkan database ini supaya kita boleh monitor supaya dalam masa yang sama juga boleh dikenal pasti di kawasan-kawasan awam mana yang ada untuk orang tua ini atau warga emas ini berlaku kecederaan terjatuh dan sebagainya, kita boleh monitor dari situ. Jadi saya hendak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya diwujudkan satu database di peringkat negeri jadi baru nampak betul-betul, kita hendak menjaga warga emas di Negeri Selangor ini Insya Allah. Jadi dua sahaja isu kawasan yang saya hendak bangkitkan Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama tentang saudara Ahmad yang pagi tadi bagi tahu saya tentang isu charge lesen penjaja sewa tapak pasar malam ini. Di Petaling Jaya, saya baru ini telah dikunjungi oleh Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, mereka maklum kepada saya bahawa keadaan sekarang ini menekan dan pelbagainya, mereka mendapat arahan baru supaya sebelum ini mereka perlu bayar hanya RM208 untuk sewa dan juga lesen di MBPJ untuk tapak penjaja pasar malam. Tapi dengan notis yang terbaru mereka perlu membayar RM352.00 jadi mereka membuat perbandingan dengan majlis perbandaran yang bersebelahan. Yang sana masih kekal dengan RM208 bahkan di DBKL hanya bayar RM88.00. Jadi saya minta tolonglah kepada Sekinchan, tolonglah bagi tahu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, mereka tidak minta free mereka minta go back to RM208.00, bukan RM352.00 macam sekarang yang telah dikeluarkan notis, supaya penjaja-penjaja ini dapatlah sedikit ruang untuk bernafas untuk meneruskan perniagaan mereka pada tahun hadapan, jadi itu satu perkara. Kedua ini tentang isu jalan di PJS 2 di mana jalan ini berlaku pelebaran jalan, ini Yang Berhormat Pelabuhan Klang jangan senyum, saya lihat hendak tahun setengah terbengkalai jalan ini. Masalahnya ialah situ ada banyak persimpangan, dan jalan PJS 2 ini adalah sempadan kita Seri Setia dan juga Taman Medan yang mana jalan ini, pelebarannya masih tidak selesai, pemindahan utiliti tidak selesai dan yang berlaku Yang Berhormat Speaker berlaku kematian yang begitu banyak akibat daripada kemalangan. Jadi saya mintalah Yang Berhormat Sekinchan, tolonglah bantu saya, bantu Seri Setia, kawasan ini sudah setahun setengah tidak selesai isu jalan, pelebaran jalan ini tidak selesai, kalau Yang Berhormat Sekinchan hendak turun esok atau petang ini saya ikut Yang Berhormat Sekinchan jadi minta tolong supaya kita sama-sama selesaikan isu ini, lebarkan jalan itu segera, letakkan aspek-aspek keselamatan supaya kita dapat kurangkan kerana telah berlaku maut di situ Yang Berhormat. Jadi saya sekali lagi Yang Berhormat saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Dewan kerana memberi ruang kepada saya untuk terlibat di dalam Belanjawan ini dan saya percaya, kami di Perikatan Nasional akan terus membahaskan dan memberikan cadangan-cadangan untuk Kerajaan Negeri supaya dapat
pertimbangkan supaya dilakukan perubahan-perubahan itu kerana kami semua percaya Selangorian deserve better. Terima kasih.
Ya, Seri Serdang, 15 minit ya.
Rasa macam kena beri lebihlah kerana Taman Medan ambil masa panjang sangat.
Yang Berhormat teruskan sahaja.
Saja timbulkan isu sahaja Taman Medan ini. Bismillahir Rahmannir Rohim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Kita Selangor, Salam Rahmah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan semua Ahli-Ahli Dewan Negeri yang saya kasihi sekalian, Seri Serdang mulakan perbahasan Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2025 dengan satu ayat Allah dari Surah Al-Qasas Ayat 36 yang bermaksud ;
“Sesungguhnya sebaik-baik orang-orang yang hendak Engkau ingin ambil bekerja ialah di kalangan mereka yang kuat, berkemampuan dan amanah”.
Tuan Speaker dan semua Ahli-Ahli Dewan Negeri, taufan Al-Aqsa genap setahun pada 7 Oktober 2024, rejim Israel terus mengganas bukan sahaja kepada bumi Gaza tetapi ia telah merebak ke negara lain seperti Lubnan. Penindasan yang membawa kepada peperangan berlarutan puluhan tahun mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa. Kini dunia menyaksikan apa yang terjadi di bumi Palestin bukan lagi isu antara agama atau bangsa atau negara tetapi dunia melihat ini adalah isu kemanusiaan. Rejim Israel terbukti bersifat kebinatangan, mengebom rumah orang awam, mengebom hospital dan rumah ibadat dan dunia menyaksikan kebangkitan rakyat bukan sahaja di negara-negara Islam tetapi kini kebangkitan rakyat di negara-negara barat yang tidak putus-putus mengadakan demonstrasi tanda solidariti kepada rakyat Palestin dan juga seharuslah mereka harus membantah kelakuan kebinatangan rejim Israel ini. Apa yang terjadi ini bukan sahaja memberi kesan kepada peradaban manusia tetapi juga kesan kepada ekonomi global. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kinrara. Malaysia dan Selangor seharusnya tidak hanya melihat peluang dan ruang pada satu-satu peluang dan ruang sahaja. Kita tidak boleh tumpu pada aset semata-mata bahkan kita boleh buka ruang kepada mana-mana peluang baru dan ruang baru dan ia bagi menjamin andai kata berlaku apa-apa perubahan maka kita tidak mengalami permasalahan yang besar dalam menguruskan ekonomi termasuk pelaburan keluar dan masuk ke dalam negeri kita dan tanda solidariti kita dalam Negeri Selangor yang maju ini
saya menyeru kepada kerajaan agar terus memberi sumbangan dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin khususnya kepada tentera-tentera Hamas yang sedang berjuang mempertahankan negara mereka. Kita tidak mampu pergi ke sana, tetapi kita boleh serahkan bantuan mungkin sumbangan Ringgit Malaysia kita serahkan seperti mana yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, saya ucapkan syabas dan tahniah dan dalam masa yang sama juga saya memohon agar GLC-GLC kita, MBI, Worldwide yang mempunyai keuntungan yang lebih salurkan juga sumbangan kepada perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada rejim Israel yang gila ini. Yang Berhormat Tuan Speaker..
Mohon mencelah Seri Serdang, Seri Serdang
Seri Serdang hendak bagi?
Baru mula Taman Medan, saya tidak bagi.
Bagi ke tidak Seri Serdang?
Bagilah sikit fasal Palestin.
Nanti dulu.
Yang Berhormat Taman Medan tidak diberi.
Saya hendak bawa isu rakyat yang saya menang 10,700 majoriti, so yang 30 itu duduk sekejap. Relax sekejap.
Ya teruskan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi, Seri Serdang melihat pembentangan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebagai satu belanjawan yang positif walaupun berdepan dengan cabaran yang semakin hebat namun Kerajaan Negeri masih mampu untuk mengutip hasil dan jumlah 3 bilion sebagai jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2025, syabas Seri Serdang ucapkan. Antara yang menawan hati Seri Serdang ialah peruntukan bagi belia Negeri Selangor, Program Tuisyen Rakyat (PTRS) yang dipertingkatkan, Program Intevensi
Literasi dan Numerasi untuk murid yang belum menguasai 3M, Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor, Pembangunan Mahasiswa Negeri Selangor, Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) dan Baucar Kita Selangor. Ini menangkis dakwaan daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Negeri Selangor tidak menitikberatkan bantuan pembangunan belia terbukti pembentangan ini memperlihatkan keseriusan Kerajaan Negeri Selangor untuk melihat anak-anak muda lebih berkualiti pendidikan yang lebih sempurna. Semua ini bagi memastikan anak-anak muda kita terus berdaya, mereka itu adalah aset yang berharga dan mereka jugalah yang akan bakal mewarisi negeri ini satu hari kelak nanti. Satu pelaburan jangka masa panjang bagi Negeri Selangor dan Insya Allah saya yakin akan menghasilkan generasi yang berilmu dan berkualiti. Dengan ilmu kehidupan anak-anak kita akan jauh daripada pengaruh negatif seperti dadah dan budaya tidak sihat yang lain. Semalam saya mendengar perbahasan daripada sahabat saya Sungai Panjang yang risau dengan pengaruh dadah yang berleluasa pada anak muda pada hari ini, saya pun bukalah mencari statistik penggunaan atau pun mereka yang terlibat dengan dadah. Statistik yang disiarkan oleh Portal Utusan Malaysia bertarikh 6 November 2024, sebanyak 169,691 penagih dadah di kesan dan yang lebih malang Kelantan mencatatkan negeri paling ramai penagih dadah bagi setiap 100 ribu penduduk ialah 980 orang. Nombor dua diikuti dengan Terengganu 884 orang dan tempat ketiga jatuh kepada Negeri Kedah seramai 790 orang bagi setiap 100 ribu penduduk.
Seri Serdang minta laluan. Yang disebut oleh Pembangkang iaitu dua tiga negeri pembangkang tentang mentaliti, saya hendak bertanya apakah Seri Serdang bersetuju dengan saya. Mentaliti Perikatan Nasional ini, hendak bercerita fasal bajet dan belanjawan sedangkan masalah sosial di negeri Perikatan sendiri pun tak selesai, apa pandangan Seri Serdang?
Ya lah kalau dah income PBT pun tak tahu, macam mana hendak bercerita yang soal-soal lagi, begitu jugalah saya tengok dalam group ini, nak eja reserved pun salah. Asbab inilah Kerajaan harus beri perhatian kepada pendidikan dan kualiti kehidupan anak-anak muda kita. Masalah ini tidak akan selesai hanya dengan slogan itu dan ini, tetapi ia memerlukan pendekatan dan inisiatif dari kerajaan. Sudah tentu ilmu sangat penting bagi mengisi dada setiap anak-anak kita sebagai pendinding daripada mereka terjebak dengan anasir negatif.
Sukan juga medium yang baik bagi membina sahsiah dan keperibadian anak-anak muda. Juga medium untuk mendidik berdisiplin. Syabas dan saya ucapkan tahniah kepada kontinjen SUKMA Selangor 2024 yang berjaya mencapai sasaran 3 teratas di SUKMA Negeri Sarawak pada tahun ini. Kecemerlangan ini harus diteruskan dan perlu dilonjakkan lagi apa tah lagi SUKMA pada tahun 2026, Selangor sebagai tuan rumahnya.
Seri Serdang menyedari cabaran khususnya kepada Majlis Sukan Negeri Selangor apabila berlaku sedikit pengurangan kepada peruntukan pembangunan sukan dari RM8 juta pada tahun 2024 tetapi hanya RM6 juta bagi tahun 2025. Namun Seri Serdang percaya dan berkeyakinan Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai perancangan khusus bagi memastikan pembangunan sukan negeri ini akan terus di perkasa lagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga pernah menjawat Menteri Belia dan Sukan pada suatu ketika dahulu, sudah pasti sebagai pemimpin muda yang berkaliber berprinsip di dalam Negeri Selangor dan negara Malaysia punya perancangan tertentu khusus bagi pembangunan sukan di Negeri Selangor.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan sekalian, Seri Serdang mengikuti perbahasan dari rakan-rakan dari semua Ahli Dewan Negeri. Ramai di kalangan Ahli Dewan Negeri berbicara mengenai isu banjir seolah-olah tiada hari esok lagi bagi penyelesaian isu banjir ini. Berbeza dengan Seri Serdang, terima kasih dan setinggi penghargaan kepada EXCO Infra, Yang Berhormat Pandan Indah dan JPS Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Madani. Projek Tebatan Banjir Sungai Kuyuh yang menelan belanja hampir RM300 juta di khabarkan sudah di peringkat akhir untuk ditenderkan.
Begitu juga projek perparitan yang menelan belanja hampir RM16 juta di Kuala Sungai Baru, dikhabarkan juga hampir selesai untuk ditenderkan dan di masa yang sama Seri Serdang memahami semua kerja ini memerlukan masa untuk disiapkan dan rakyat akan menerima faedahnya nanti. Sering kali Seri Serdang diberi penjelasan di penduduk-penduduk Seri Serdang betapa pentingnya projek-projek ini dijalankan dan ia pastinya mengambil masa untuk disiapkan demi masa hadapan yang lebih baik.
Saya ulangi sekali lagi Kerajaan Negeri Selangor tidak ada Doraemon yang ada poket yang boleh keluar mesin 2 hari siap, on the spot siap. Tidak mungkin, dan masalah banjir ini bukan masalah pada hari ini, masalah ini berlarutan daripada 10, 20 tahun yang lepas. Alhamdulillah, rata-rata di penduduk Seri Serdang memahami dan menantikan projek-projek ini membuahkan hasil. Syabas dan tahniah dan terima kasih saya ucapkan pada Majlis Bandar raya Subang Jaya yang sangat proaktif bagi menangani masalah banjir di DUN Seri Serdang. Dengan Datuk Bandarnya yang baru, saya dengar Pengarah Kejuruteraan pun baru lantik, saya berkeyakinan MBSJ boleh membantu menyelesaikan sekurang-kurangnya mengurangkan masalah banjir di dalam kawasan DUN Seri Serdang. Begitu juga ucapan selamat datang dan tahniah kepada Pengarah JKR Negeri Selangor dan juga Pengarah JPS yang baru dilantik. Kedua-duanya orang muda dan saya pasti mereka ini boleh memberi sumbangan yang maksimum kepada Negeri Selangor. Semoga segala usaha daripada semua pihak akan membuahkan hasil yang baik demi rakyat dan sentiasa dirahmati Allah.
Di kesempatan ini juga Seri Serdang ingin mengucapkan terima kasih kepada EXCO Agama, Seri Setia dan Jabatan Agama Islam Selangor, pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Lestari Putera telah dihubungi oleh pihak JAIS yang menyatakan pembinaan Masjid Lestari Putera ini akan mula diadakan dan semoga masjid ini nanti akan menjadi tempat yang menyatu padukan masyarakat dan selain dapat menunaikan ibadah dengan selesa.
Namun ada satu isu besar Yang Berhormat Speaker yang melibatkan penduduk di Lestari Putera dan Saujana Puchong. Mereka ini telah membeli dan telah pun tinggal di taman ini melebihi 25 tahun. Bahkan, pembeli dan penduduk awal di kedua-dua kawasan ini ada yang telah meninggal dunia. Unit perumahan mereka ini belum selesai dipindah milik disebabkan pemaju asal iaitu Talam Corporation Sdn Bhd telah diisytiharkan bankrap dan semua properties ini di dalam 2 taman ini diserahkan kepada Liquid Data untuk diuruskan urusan pindah milik. Jumlah unit yang terlibat ini melebihi 5,000 unit Tuan Speaker. Dan syarikat Liquid Data yang diberikan amanah untuk menguruskan urusan pindah milik ini adalah Lelam Sdn Bhd. Liquid Data yang diberi kuasa oleh mahkamah untuk menyelesaikan urusan pindah milik ini mengenakan cas yang tinggi kepada pembeli-pembeli ini. Ada yang mampu bayar dan selesai urusan tukar nama, tukar hak milik. Ada yang mampu bayar tapi tidak selesai-selesai sampai hari ini dan semestinyalah dalam keadaan pada hari ini ramai yang tidak mampu bayar dan akhirnya masalah ini tidak selesai.
Saya sebagai wakil rakyat yang sah dipilih rakyat pada pilihan raya yang lepas pun syarikat Lelam ini, Liquid Data ini tidak mahu berbincang dengan saya. Dan saya melihat isu ini tidak boleh dibiarkan lagi. Jangan biarkan mana-mana lintah darat terus menghisap darah rakyat, terus menghisap darah penduduk-penduduk ini yang sekian lama telah pun menderita. Mereka dah bayar habis pun, ada yang bayar habis pun loan mereka tetapi urusan pindah milik masih gagal dijalankan lagi.
Justeru Seri Serdang mengharapkan campur tangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk membantu pembeli-pembeli yang teraniaya ini dan ketika ini mereka sedang berhadapan dengan Liquid Data yang seolah bersikap lintah darat mengambil kesempatan di atas kesusahan mereka. Mereka ini juga mustadhafin yang perlu dibela dari Kerajaan Negeri Selangor. Saya mengharapkan isu ini dapat kita selesaikan dalam masa yang terdekat.
Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana terus peduli kepada nasib rakyat. Program iltizam Selangor Penyayang diteruskan lagi pada tahun 2025. Jajah Ehsan Rahmah (JER) misalnya dan akan datang Ehsan Mart pula, sangat-sangat membantu rakyat walaupun kekerapan JER ini tidaklah sekerap setiap hari di kawasan. Setidak-tidaknya setiap kali diadakan JER
ini rakyat akan dapat juga merasai membeli barang asas makanan di bawah harga pasaran. Terdengar kata-kata seolah-olah meremehkan proses ini dari perbahasan beberapa Ahli Dewan Negeri ya, mereka mungkin tidak memerlukan program ini kerana rumah mereka mungkin dipenuhi barang makanan yang mewah bukan setakat barangan asas, mungkin mereka sudah penuh peti ais mereka itu dengan barang makanan setiap hari. Biarlah mereka dengan kemewahan mereka yang penting, Kerajaan Negeri sentiasa peduli kepada denyut nadi rakyat.
Mohon laluan Seri Serdang.
Begitu juga program inisiatif yang lain...
Yang Berhormat Taman Medan, Seri Serdang tidak beri laluan.
Sikit je. Ingat panglima perang. Baru nak tanya.
Seperti BINGKAS, SMUE, Peduli Sihat dan akan datang ada pula skim Khairat Kematian, semua ini sangat membantu rakyat.
Taman Medan, sila duduk, duduk. Tidak ada laluan.
Menguruskan kehidupan mereka. Apalah kiranya jika Kerajaan Negeri mampu untuk menambahkan lagi kuota penerima bantuan-bantuan ini demi kebajikan rakyat. Seri Serdang juga pelik dengan perbahasan beberapa Ahli Dewan Pembangkang yang mengeluh tak dapat daftar pengundi di kawasan mereka. Dah kata macam-macam program ini, buat apa lagi hendak peduli tentang inisiatif Kerajaan Negeri Selangor. Penyelaras pun dah ada, berurusanlah wahai rakyat-rakyat, pengundi-pengundi di luar sana, berurusanlah dengan penyelaras DUN jangan berurusan dengan Ahli Dewan Negeri Pembangkang yang mereka tidak boleh mendaftarkan anda dalam program-program Kerajaan Negeri Selangor. Dan saya kempen penyelaras-penyelaras ini yang telah kita lantik, kerajaan telah lantik, akan memberi servis yang baik kepada anda semua.
Seri Serdang, mohon laluan Seri Serdang. Mentaliti, mentaliti, mentaliti sempit..
Seri Serdang bagi tidak? Yang Berhormat duduk dulu, Yang Berhormat Seri Serdang beri laluan tidak?
Masa tidak cukup.
Hai, takkan tidak berani? Kata nak lawan Israel tadi. Ni Taman Medan je.
Duduk, duduk. Taman Medan duduk, duduk. Taman Medan, Taman Medan sila duduk, Taman Medan sila duduk, duduk.
Cuma yang saya pelik, saya pelik, saya pelik cerita banyak, cerita besar, macam-macam cerita, belanjawan itu ini tak kena, Belanjawan Pembangkang langsung tak ada. Ini yang kita pelik macam ini, sembang kari, sembang kari saja. Tapi saya nasihatkanlah, Tuan Speaker saya berikan kepada Lembah Jaya.
Seri Serdang, Taman Medan nk bercakap..
Hah, Lembah Jaya. Yang lain duduk, yang lain duduk.
Ha, Ini nak pergi bergaduh panggil geng. Apalah. Takde kelas.
Taman Medan duduk, Taman Medan duduk. Lembah Jaya. Taman Medan duduk, duduk, duduk. Lembah Jaya, Lembah Jaya.
Ok, saya hendak bertanya kepada Seri Serdang, andai kata, andai kata.
Tenang, tenang, tenang, saya hendak dengar apa kata Lembah Jaya.
Andai kata, andai kata ada Belanjawan daripada pihak Pembangkang bolehkah Seri Serdang terima dengan hati terbuka dan meneliti Bajet tersebut oleh Pembangkang dan kalau tiada, kalau tiada ada tak lahir rasa kecewa daripada pihak Kerajaan dan ada ke tak? Ada atau tidak? Seri Serdang dengan izin Tuan Speaker.
Baik, tak apa, tak apa, saya kena beri pada Lembah Jaya Tuan Speaker sebab majoriti dia orang besar, majoriti yang 30 ini kemudianlah. Kejap.
Seri Serdang dengan izin Tuan Speaker, Seri Serdang don’t you feel Selangor deserved better from the member’s of the opposition, of this state legislative assemblies, do better?
Cuma Lembah Jaya, kalau adapun Belanjawan daripada Pembangkang kita boleh tengok saja. Tak boleh buat apa kecuali Taman Medan buat satu Belanjawan yang hebat dan isytihar menyokong Yang Amat Berhormat Menteri Besar seperti mana Selat Klang, insyaAllah kita akan meneliti ...
Saya dah bentang dengan hebat tadi. Saya mohon bagi laluan.
Yang Berhormat Taman Medan, Taman Medan, jangan, jangan. Terutama sekali masing-masing kena diingatkan supaya menggunakan Bahasa Malaysia seberapa yang boleh dan kalau guna Malaysia dan Melayu dan Taman Medan dan Permatang, tidak ada laluan, ada laluan? Tak ada, jadi terpaksa duduklah. Hulu Kelang.
Permatang, Hulu Kelang mohon, Hulu Kelang mohon.
Panjang lagi.
Tidak ada laluan, mohon tiga-tiga ....
Aku bila Hulu Kelang ini, rimaslah.
Ya, tak ada laluan.
Terima kasih Seri Serdang, saya tertarik dengan perbahasan Seri Serdang yang mencadangkan apakah blok Perikatan Nasional boleh mengemukakan Bajet Tambahan? Kalau Seri Serdang meneliti perbahasan saya pada hari Isnin selama hampir 2 jam, selain daripada kita melontarkan beberapa kritikan terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri, kita juga telah mengemukakan
banyak cadangan. Itulah Bajet Tambahan Perikatan Nasional. Kalau Yang Berhormat ingin saya bentangkan Bajet Tambahan, saya hendak tanya apakah Yang Berhormat bersedia mendengar penggulungan saya setelah saya bentangkan Bajet Perikatan Nasional? Kalau dibenarkan satu ruang, saya dan kabinet bayangan saya boleh menggulung, saya boleh bentangkan esok.
Ok, ok. Terima kasih Hulu Kelang. Saya kalau ada cadangan untuk Bajet Belanjawan bayangan daripada Perikatan Nasional khususnya Hulu Kelang, pastinya saya akan meneliti dengan baik kerana Hulu Kelang ini mantan bakal Timbalan Perdana Menteri, eh betul ayat saya tadi? Mantan, eh tak, bakal Timbalan Perdana Menteri, sorry insyaallah. Cuma saya hendak pesan satu sahaja Taman Medan kalau hendak buat bajet bayangan pastikan jangan buat kertas A4 sehelai sahaja macam Batu 3 hari itu A4 lipat empat saya rasa tidak berapa nak kena Belanjawan macam itu.
Seri Serdang boleh? Satu minit.
Silakan.
Bagi laluan dekat saya kalau berani.
Saya sudah kata bagi majoriti yang lebih dahulu.
Seri Serdang.
Bagi laluan.
Taman Medan tidak bagi. Meru.
Bagilah saya cakap.
Taman Medan duduk.
Oleh sebab petang semalam giliran perbahasan saya tidak ramai hendak kacau saya petang semalam sebab banyak kosong di sebelah sana. Jadi hari ini saya hendak ulangi bahawa Selangor menyumbang KDNK tertinggi Malaysia 25.9% data ini daripada Jabatan Perangkaan. Saya sudah baca empat teratas dan empat terbawah jadi Negeri empat teratas yang pertama Selangor
menyumbang RM406.1 bilion Negeri kedua RM240.3 bilion Negeri ketiga adalah Johor RM148.2 bilion.
Panjang pula Meru ini.
Kemudian diikuti dengan Serawak dan Negeri ke bawah iaitu yang terbawah 0.4% Perlis RM6.3 bilion diikuti dengan Labuan 0.5% RM81 bilion diikuti dengan Kelantan 1.8% iaitu RM27.6bilion dan diikuti dengan Terengganu 2.4% iaitu RM38.2 bilion. Saya hendak tanya pandangan Seri Serdang saya setuju atau tidak kalau yang bijak pandai yang bijak di sebelah pembangkang yang bagi pandangan-pandangan hebat kepada kita dari segi Belanjawan setuju atau tidak kalau mereka menjadi penasihat pada Negeri yang tiga yang terbawah itu Perikatan Nasional.
Terima kasih Meru. Kita kena akui juga lah Negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional Negeri-negeri yang lemah jadi di Selangor ini kita ramai ADUN-ADUN kita, Wakil Rakyat, Pemimpin-pemimpin yang hebat seperti pembangkang pun dan saya setuju dengan Meru semua boleh pergi pada Negeri-negeri pembangkang ini dan beri nasihat janganlah bagi pada seorang yang berusia 99 tahun untuk menjadi Penasihat. Ramai yang muda-muda ini ada.
Seri Serdang bagi la ruang.
Yang Berhormat Speaker. Saya tidak bagi. Hendak habiskan ini.
Taman Medan tiada laluan. Teruskan Yang Berhormat.
Meru kacau, Taman Medan kacau macam mana hendak habiskan.
Taman Medan tidak diberi laluan. Seri Serdang sila teruskan.
Sudah Merah Seri Serdang.
Hulu Kelang sudah bising sudah merah, Taman Medan kacau saya. Hulu Kelang nasihat Taman Medan sekejap.
Tidak apa teruskan Seri Serdang.
Speaker, Seri Serdang sebut Taman Medan.
Saya membuat keputusan Taman Medan tidak ada peraturan tiada laluan sila duduk. Seri Serdang sila teruskan.
Saya tanya elok-elok, Seri Serdang kalau hendak continue provoke main provoke lawannya.
Taman Medan duduk.
Bagi ruang.
Tidak ada laluan. Seri Serdang bagi atau tidak?
Bagilah laluan..
(Dewan Riuh)
Taman Medan duduk, Permatang duduk tidak ada laluan. Duduk. Jangan lontarkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh tidak Parliamentarian kalau tidak ada laluan terpaksa terima saya minta Seri Serdang teruskan.
Jadi takkan saya tidak bangun Speaker. Dia sebut Taman Medan berapa kali.
Teruskan. Itu adalah hak atau budi bicara Seri Serdang untuk beri laluan atau tidak dia boleh sebut nama mana-mana kerusi mana-mana ADN. Seri Serdang teruskan.
Sebut Sekinchan banyak kali Sekinchan tidak marah.
Taman Medan macam firstime masuk Dewan.
Saya puji Sekinchan.
Baik teruskan Seri Serdang.
Macam-macam puji, marah pun tidak apa, saya terimalah tapi janganlah marah sebab.
(Dewan Riuh)
Taman Medan duduk, Sekinchan pun duduk yang lain pun duduk. Seandai dan sehingga Seri Serdang memberi laluan kepada sesiapa maka anda ada laluan kalau tidak ada laluan maksudnya adalah platform Seri Serdang, sila teruskan.
Speaker itu warna apa itu?
Teruskan.
Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian Seri Serdang mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Kerajaan Negeri Selangor di atas pembentangan Belanjawan 2025 ini. Ya kita akui jumlahnya kecil berbanding Serawak tetapi apa yang lebih penting pentadbiran yang baik ketelusan perbelanjaan dan mengelakkan ketirisan dan salah guna kuasa yang pastinya akan memberikan keuntungan kepada rakyat di Negeri Selangor. Jika performance Kerajaan seperti hari ini terus dikekalkan istiqamah pastinya ..(bahasa Arab).. dapat di realisasikan dalam Negeri Selangor ini. Seri Serdang melahirkan rasa kecewa apabila keluar di dada-dada akhbar tempatan satu dapatan yang membawa kepada penahanan seorang pegawai kanan MBI dan hasilnya penemuan berjuta-juta ringgit di safe house orang tertentu. Soal salah ataupun tidak kita serahkan kepada pihak perundangan namun isu ini dikaitkan dengan pegawai kanan yang berkhidmat yang pernah berkhidmat dengan GLC ternama di dalam Negeri Selangor ini. Justeru Seri Serdang mengharapkan kepada pihak SPRM teruskan siasatan dan bawa mereka-mereka terlibat ini ke muka pengadilan dengan kadar segera. Kita tidak boleh biarkan mereka-mereka ini terus berbelanja mewah dengan menggunakan duit rakyat Negeri Selangor. Ya, mereka itu Qowwi mereka itu kuat tetapi mereka tidak amin mereka tidak amanah di dalam menjaga Negara dan Negeri Selangor yang kita sayangi ini. Sakau menyakau bukan budaya kita, sakau menyakau bukan ajaran daripada mana-mana agama, sakau menyakau bukan budaya orang Melayu bukan budaya orang Islam apatah lagi Islam sebagai agama rasmi dalam Negeri Selangor ini.
Seri Serdang mohon laluan.
Sungai Burong.
Sekian, Seri Serdang menyokong penuh pembentangan Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2025 dengan penuh keikhlasan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Siapa pembahas seterusnya. Ya, Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat sejahtera. Terutamanya Semenyih mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Semenyih untuk turut serta berbahas dalam Belanjawan Negeri Selangor 2025. Dalam perbahasan kali ini Semenyih akan membahagikan perbahasan kepada dua segmen yang pertama berkaitan dengan pandangan Semenyih tentang dasar dan konsep Belanjawan Negeri Selangor 2025 dan kedua seperti biasa kami akan membawa suara rakyat sebagai harapan bagaimana kita sama-sama boleh menambah baik khususnya infrastruktur yang berada di bawah DUN Semenyih.
Ahli-ahli Yang berhormat yang dikasihi sekalian Semenyih berpendapat Belanjawan Selangor 2025 memperlihatkan ketidak seimbangan dalam pembangunan wilayah dengan terus mengekalkan Lembah Klang Raya sebagai anak emas untuk diberikan perhatian sepenuhnya. Semenyih boleh faham namun atas dasar ihsan yang terkandung sebagai salah satu Teras Madani yang pastinya peduli dan mempunyai perasaan belas dan kasihan dengan kami di Semenyih yang masih terdapat banyak kawasan-kawasan kampung dan luar bandar yang serba kekurangan agar mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Kerajaan Negeri. Tumpuan kepada kawasan-kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Klang dilihat lebih dominan sementara kawasan luar bandar seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Hulu Langat masih kurang mendapat perhatian yang setara. Jurang pembangunan di antara kawasan maju dan luar bandar dilihat masih belum berjaya dikurangkan dengan berkesan. Semenyih percaya tiada siapa yang menolak pembangunan namun sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab Semenyih sekadar menginginkan sebuah pembangunan yang seimbang. Kami tidak mahu sekadar seronok menyaksikan deretan rumah, bangunan-bangunan dan kedai-kedai yang naik begitu pantas namun agak malang andai kelihatan seolah-olah Negeri semaju Selangor tiada town planner atau Perancang Bandar ibarat panai jual tanah tanpa sebarang perancangan yang teliti atau tidak setidaknya cuba menambah baik infrastruktur asas yang kelihatan tidak seiring dengan pembangunan. Akhirnya sebagai contoh kawasan yang terdahulunya sekadar tiga taman 20 tahun lalu sekarang sudah menjangkau 33 taman masih menggunakan jalan yang sama, parit dan
longkang yang sama di upgrade sekadarnya. Inilah juga faktor yang mudah berlaku banjir kilat.
Ahli-ahli Yang Berhormat boleh datang sendiri tengok bagaimana suasana di Taman kantan Permai di Desa Jenaris sampai ke Prima Saujana. Begitu juga di Jalan Sungai Lalang dan Persimpangan Jalan Sungai Lalang dan Pekan Semenyih cuba bayangkan keadaan sesak yang terpaksa diharungi setiap hari di waktu puncak. Itu belum dikira di kawasan-kawasan perindustrian pula yang mengundang rasa pelik dan hairan pada penduduk sekitar Semenyih. Bagaimana boleh diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk dibina kilang-kilang di atas saliran-saliran air yang akhirnya mengundang banjir kilat dengan sangat mudah. Sila ke Taman Semenyih Indah Jalan 16 untuk melihat sendiri penderitaan dan trauma penduduk setiap kali hujan. Ini sekadar beberapa contoh ringkasnya keutamaan belanjawan menangani isu kritikal seperti mitigasi, bencana alam seperti banjir masih kelihatan kabur. Perubahan iklim yang semakin meruncing dengan taburan hujan ekstrem dan ancaman banjir kilat menuntut pelaburan segera dalam langkah pencegahan yang berkesan. Justeru sebagai cadangan Semenyih percaya pihak Kerajaan Negeri akan dapat memberi perhatian serius dan menyelesaikan masalah kami setidaknya prevention is better than cure. Sebagai Negeri yang dinamik dan maju gunakan segala kemahiran, kepakaran dan dana yang ada agar tidaklah nanti sudah terantuk baru tengadah, sudah banjir barau kelang kabut kita hendak turun tunjuk muka masing-masing agar dapat bantu. Namun ketika itu pastinya mengundang kos yang lebih tinggi dan jangan sampai pula sampai meragut nyawa. Sebagai contoh musibah banjir pada 2021 telah menyebabkan kerugian melebihi RM1 bilion bagi membantu mangsa terjejas dan tambahan RM400 juta untuk membaik pulih infrastruktur. Kos yang besar ini sepatutnya telah pun menjadi penggerak utama bagi Kerajaan untuk mengambil langkah drastik dalam memastikan perkara ini tidak berulang.
Seterusnya dalam teras ketiga Belanjawan Selangor 2025 memupuk Negeri penyayang menyentuh beberapa usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk masalah umat Islam. Sebagai orang yang pernah terlibat secara langsung bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor martabat syiar Islam di bumi Selangor Semenyih pastinya berterima kasih dengan perhatian Kerajaan Negeri terhadap Institusi-institusi Agama dan pendidikan Islam dengan usaha-usaha seperti memperkasa Institusi-institusi masjid untuk kebaikan ummah dan masyarakat. Menubuhkan Kompleks Perkembangan Islam Selangor, Majlis Syeikh Maqari' Negeri Selangor, Akademi Turath Selangor dan sebagainya. Pun begitu dalam masa sama Semenyih amat berharap dan yakin Institusi-institusi ini pastinya akan mengambil pendekatan harmoni dan mendamaikan dengan meletakkan agenda penyatuan ummah dan perpaduan ummah sebagai teras utamanya dalam usaha mengukuh kefahaman ummah agar tidak terus dihimpit dengan perpecahan
demi perpecahan. Cukuplah dengan segala macam pecahan umat Islam yang ada di semua peringkat kita tidak mahu terus bertegang leher urat dalam semua aspek kehidupan yang sebenarnya merugikan. Sebaliknya kita percaya dengan fahaman dan didikan Islam yang sebenar sewajarnya Islam adalah agama yang menyatukan semua khususnya bermula dengan kesatuan umat Islam itu sendiri. Semenyih sekadar ingin memperingatkan bagaimana Cheryl Bernard melalui saranannya dalam buku yang beliau tulis Civil Democratic Islam, Partners, Resources, and Strategies yang diterbitkan oleh RAND sekitar tahun 2003. Beliau telah menyarankan dengan meletakkan umat Islam kepada empat kategori, yang pertama fundamentalist bahasa mudah inilah kelompok yang dilabelkan sebagai pejuang Quran dan Sunah tanpa melibatkan diri dalam dunia demokrasi tolak terus politik mengambil pendekatan yang akhirnya bila dijolok-jolok akan menjadi kumpulan radical and extremist. Mereka mengambil pendekatan jaja dan tajalah mereka ini sehingga ke peringkat mereka lupa diri sehingga peringkat akhirnya mereka jauh daripada landasan Islam sebagaimana yang kita pegang. Kelompok kedua mereka kategorikan sebagai traditionalist ratanya di Malaysia kita lebih terpegang kepada kelompok ini, kelompok yang berpegang kepada Islam dan ada jati diri Melayu sebagai contohnya arab bagi bangsa arab dan mereka berpegang dengan dunia traditionalist. Pun begitu mereka telah menyarankan kepada Kerajaan Barat agar mengambil pendekatan mempertajamkan perbezaan antara golongan fundamentalist dengan traditionalist untuk melemahkan umat Islam. Akhirnya tanpa sedar, sesama umat Islam bertembung dan merugikan, bukan hanya ditempat tertentu malah di seluruh dunia. Maka pendekatan mereka, mereka tonjolkan golongan yang mereka labelkan adalah modenis. Dan juga, satu lagi yang mereka tidak mempopularkan ketika itu adalah sekularisme. Kerana mereka ketika itu melihat sekularisme tidak mendapat tempat di dalam masyarakat muslim. Maka atas dasar itu Semenyih amat-amat berharap pendekatan yang kita ambil, tanpa kita ambil tanpa sedar kita tidak mahu sebarang pertembungan yang tajam. Kita percaya di Negeri Selangor terdapat pakar-pakar, kita ada ulama, kita ada pakar agama, profesional tolong manfaatkan sebaiknya agar kita di Selangor tidak terpalit dengan sebarang pertembungan-pertembungan yang merugikan. Percayalah kita perlukan kepada kesatuan untuk masa depan di Selangor yang lebih gemilang.
Untuk segmen kedua, berkaitan isu setempat. Kami percaya bahawa kemajuan sebenar tidak diukur semata-mata dengan pertumbuhan ekonomi. Tetapi Ianya juga diukur dengan sejauh mana rakyat Selangor dapat merasai kekayaan negeri. Saya petik bulat-bulat daripada ucapan Dato’ Menteri Besar.
Pertama, Semenyih ingin menyatakan rasa sedih kerana isu sampah masih lagi belum selesai di kampung-kampung di sekitar Beranang. Semenyih tidak hendak sebut kampung mana, nanti tak fasal Ketua kampung kena cari mana bagai. Tapi cukuplah Semenyih sebut masih ada masalah kutipan sampah yang masih belum selesai.
Kesannya ada di kalangan mereka sampai membuang sampah ke negeri jiran. Ini satu imej yang sangat tidak baik.
Kedua, ada yang mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke sungai-sungai, yang sudah tentu amat mencemarkan alam sekitar. Dan kedunya, ini adalah faktor yang mengundang kepada banjir. Selain daripada itu, mengundang syak wasangka kepada ahli-ahli kariah, orang-orang kampung. “Engkau yang buang atau aku yang buang”? Akhirnya tuduh menuduh menjadikan suasana tidak harmoni di dalam kampung. Maka Semenyih mohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan mengambil pendekatan, turun terus berjumpa dengan ketua kampung, ahli-ahli kariah untuk mendapat penyelesaian yang tuntas. Tolonglah janganlah sampai ke peringkat ketua kampung sekadar berbincang bergambar akhirnya mereka ini pula cuba dikaitkan dengan menyokong Perikatan Nasional dan sebagainya. Tolong buat kerja secara profesional dan kami pun insyaallah akan terus buat kerja dengan profesional.
Kedua, isu anjing liar, ini bukan benda besar-besar, ini benda kecil sahaja. Tetapi Isu anjing liar masih terus menghambat penduduk di Semenyih. Mungkin antara faktornya adalah disebabkan pembangunan yang ada di kawasan Semenyih. Bangunan-bangunan, developer-developer dan sebagainya kilang-kilang memerlukan anjing-anjing ini. Maka di sinilah bila berlaku suasana kes-kes yang dilaporkan sangat mengerunkan. Bayangkanlah anjing ini tidak bergerak secara solo, tidak secara bersendirian bahkan adakala sampai berbelas ekor bergerak sekali. Cuba bayangkan anak-anak kita hendak pergi ke sekolah, orang-orang yang sedang beriadah dan sebagainya. Akhirnya mengundanglah kepada kena gigit. Bukan sahaja kena gigit, kena kejar, jatuh longkang, patah tangan, patah gigi dan sebagainya. Dan ianya berlaku bukan sekali skala, hampir setiap minggu ada kes yang berlaku,yang pasti setiap bulan confirm ada. Justeru dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO tadi, Semenyih memerlukan tindakan yang lebih tegas. Contoh, bila rujuk kepada MPKJ status selesai, tetapi ternyata kita face to face, bincang secara elok. “Minta maaf ustaz kami ada 10 orang sahaja” untuk cover seluruh MPKJ. Dan MPKJ bukan tempat yang kecik, lebih daripada sejuta penduduk di situ. 10 orang nak cover.
Itu belum dikaitkan dengan pelaksanaan atau dikuatkuasakan SSPA nanti. Saya dimaklumkan di MPKJ sahaja lebih daripada 50 orang akan terkesan dan ada kebarangkalian ada dikalangan mereka yang tidak akan disambung kontrak. Saya bagi pihak warga Semenyih, mohon jasa baik Kerajaan Negeri tolong berikan perhatian kepada mereka yang terkesan secara langsung dengan pelaksanaan SSPA ini. Mudah-mudahan dalam suasana kos sara hidup tekanan pada hari ini janganlah terus membebankan mereka yang khususnya mereka yang tidak ada SPM yang kategori H11 dan sebagainya dimana jawatan mereka telah dijumudkan. Maka berbalik kepada isu
anjing tadi tolong di Bandar Seri Putra terlalu, banyak kes-kes anjing liar yang berkeliaran. Itulah bersebelahan dengan Sungai Ramal, Bangi Lama. Di situ banyak sangat anjing-anjing dan Semenyih mohon jasa baik Kerajaan Negeri tolong beri perhatian dengan sewajarnya.
Dan ketiga, tasik. Pagi tadi saya mendengar jawap daripada EXCO berkenaan air empangan dan sebagainya. Semenyih ingin mendapatkan status tentang tasik di Tasik Taman Semenyih. Tasik tersebut 20 tahun lalu adalah merupakan satu pusat rekreasi, orang boleh beriadah, boleh rekreasi sebagainya. Namun antara faktornya juga banjir di tasik tersebut telah dipenuhi dengan lumpur dan keladak. Maka akhirnya apa yang kita lihat hari ini Tasik Semenyih tidak jauh dari kampung Yang Berhormat Dusun Tua. Bagaimana tasik tersebut hari ini ditumbuhi dari tumbuhan liar dan semak samun yang langsung tidak menyejukkan mata memandang. Maka di sini, persoalannya tasik tersebut milik siapa? Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Taman Tasik Semenyih mempunyai persatuan yang sangat kuat. Dan bersebelah Taman Tasik Semenyih adalah University Nottingham Malaysia (UNM), bukan Ustaz Nushi Mahfodz tapi University Of Nottingham, Malaysia. University of Nottingham ini baru-baru ini membuat satu penyelesaian yang sangat baik bagi saya. Mereka menggunakan tenaga-tenaga pakar, professor- professor yang mereka ada untuk membantu menyelesaikan masalah banjir di universiti dan Taman Tasik Semenyih.
Akhirnya tempat yang mengundang banjir mereka telah upgrade menjadi satu tasik yang sangat baik. Inilah yang saya percaya Kerajaan Negeri Selangor hari ini yang menjunjung elemen madani dan mencari pendekatan penyelesaian secara ilmiah. Kita ada pakar-pakar, kita ada professor, setidak-tidaknya di Selangor kita ada UNISEL, kita ada Iltizam Selangor. Di Semenyih kita ada University of Nottingham mereka berjaya mengubah tempat banjir itu menjadi west lake yang kebetulan dihadiri sendiri oleh Naib Canselor University Nottingham daripada UK, datang sama-sama menyaksikan sendiri bagaimana akhirnya menjadi tasik yang sangat cantik di dalam University Nottingham. Saya, Semenyih mengharapkan tasik tersebut diberi perhatian yang sewajarnya ataupun mungkin boleh bekerjasama dengan persatuan penduduk di situ untuk menyelenggara peringkat awalnya, tolong bersihkan dahulu apa nama tasik tersebut agar boleh menikmati oleh penduduk sekitar.
Maka Semenyih, percaya dengan adanya segala kepakaran di Selangor termasuk dengan segala kekayaan dan kemajuan yang ada, ayuh manfaatkanlah untuk seluruh warga Negeri Selangor untuk kebaikan bersama dengan tidak mengetepikan mana-mana segmen di dalam Negeri Selangor. Sebagai penutup, Belanjawan yang adil dan telus memerlukan lebih dari sekadar angka dan visi. Ia memerlukan tindakan konkrit dan pelaksanaan yang dapat diukur. Dalam menghadapi cabaran ekonomi perubahan iklim
dan ketidakseimbangan pembangunan Kerajaan Negeri perlu memastikan setiap perbelanjaan yang bukan sahaja dapat memberi manfaat tetapi juga dapat membawa perubahan yang mampan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor untuk masa yang panjang. Sekian. Terima kasih.
Kampung Tunku, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, kerana memberi peluang kepada Kampung Tunku. Pertamanya, saya ingin menyangkal beberapa hujah daripada Pihak Pembangkang. Pertama, Pembangkang kerap menyebut bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri mementingkan golongan B40 dan mengabaikan M40 dan golongan lain. Realitinya, Kerajaan Negeri sentiasa menghalusi dan menambah baik insentif dasar pendekatan inklusif iaitu meliputi semua lapisan masyarakat dan pendekatan intersectional (dengan izin) iaitu mengiktiraf kesenjangan taraf hidup dan kuasa yang ada dalam masyarakat dalam usaha menyelesaikan masalah spesifik dalam kumpulan tertentu contohnya orang kurang upaya, Orang Asli, masyarakat India dan sebagainya.
Kedua, saya ingin menyangkal hujah Pembangkang bahawa Kerajaan Negeri tidak membantu rakyat Selangor dalam isu kos sara hidup. Kalau kita gunakan analogy memberikan ikan ataupun pancing. Isi kandungan Belanjawan untuk tahun hadapan cukup menyeluruh. Pertama, beri ikan kepada B40 ada Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, i-SEED Iltizam Sihat Selangor untuk menangni masalah secara first hand. Kalau kita mengajar bagaimana ingin memancing B40 ada cara inisatif. Pemberdayaan, Skim SmartSel Sewa, Dana Usahawan Madani Selangor anak-anak M40 juga layak memohon untuk manfaat pendidikan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
Ketiga, kalau kita bercakap menggunakan analogy pancing ataupun ikan. Kerajaan Negeri Selangor juga membuat kolam yang baharu iaitu Kerajan Negeri Selangor berani teroka sektor ekonomi baru termasuk kecerdasan buatan Artificial Intelligence (dengan izin) teknologi hijau dan semikonduktor, pelaburan, dan juga Start Up yang dibuka kepada semua contohnya Saringan Selangor, Wanita Berdaya Selangor, Jelajah Ehsan Rahmah (JER). Pembangkang kata JER bersifat one off sahaja. Tetapi kita Kerajaan kita mendengar sebab itu kita mewujudkan Ehsan Mart. Untuk mencerminkan inflasi Kerajaan Negeri telah meningkatkan pendapatan isi rumah untuk BINGKAS daripada RM3000.00 sehingga RM5000.00. Kita juga telah meningkatkan siling pendapatan isi rumah untuk Skim Air Darul Ehsan pada tahun 2020. Siling dia RM4000 untuk isi rumah sekarang telah naik ke RM5000.00.
So, soalan saya pada hari ini adalah apa lagi Pembangkang mahu? Kerana Selangor Deserve Better itu saya setuju dengan izin. Tapi apa saya hendak kata hari ini Selangor deserve a better opposition. Silakan.
Mohon beri laluan. Terima kasih Kampung Tunku. Saya bangga Kampung Tunku berani memberi laluan kepada saya. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan petang ini oleh Kampung Tunku tentang semua program-program dan bertanya kepada Pihak Pembangkang. Kami tidak minta banyak. Kami minta supaya Kampung Tunku bersetuju dengan saya, bahawa program yang bagus sebegini dan kita juga acknowledge sebagainya, boleh beri kami ruang untuk turut sama mendaftarkan our stakeholder, which is the peoples, rakyat supaya mereka juga mendapat manfaat. Sebab Yang Berhormat pun tahu saya telah bentangkan tadi ada sebahagian program tu tidak sampai 60% pun pencapaian dari segi pendaftaran. Jadi saya rasa Kampung Tunku boleh bersetuju dengan saya jangan ambil pendekatan macam Seri Serdang tak mahu beri peluang kepada Pembangkang untuk bantu Kerajaan Negeri. Kami ini Pembangkang yang bukan sahaja Pembangkang yang pandai berbicara dan berbahas tapi kami juga beri cadangan yang baik. Kami juga mampu untuk bekerja membantu Kerajaan Negeri supaya yang akhirnya dapat manfaat bukan sekelompok satu dua orang politik tetapi yang mendapat manfaat adalah rakyat Negeri Selangor sendiri yang deserve better service daripada Kerajaan Negeri.
Isi boranglah macam Selat Klang.
Terima kasih Taman Medan atas persoalan yang timbul. Saya kira dalam banyak program dan inisiatif Negeri Selangor dia tidak terhad kepada borang manual sahaja. Ada beberapa skim contohnya BINGKAS ia boleh dipohon dalam aplikasi Selangkah sebagai ADN Pembangkang masih boleh membantu rakyat sebagaimana nak mohon BINGKAS sebagainya.
Setuju YB. Mohon beri laluan. Setuju.
Apa?
Betul, mereka daftar online ya kita bantu tapi pengesahan YB? Pengesahan itu kami tidak boleh buat. Back to ke Pejabat Penyelaras. Saya sendiri berikan alamat pejabat penyelaras, saya sendiri berikan nombor telefon penyelaras untuk mereka pergi tetapi terbukti cara itu capaiannya masih tidak bagus. Yang saya minta, bukan saya minta saya kata suruh tarik daripada penyelaras, tak. Tambah lagi. Your front liners. Dan kami 21 ADN ini ada 21 Pusat
Khidmat yang mana kami juga received peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk menguruskan pejabat ini. Apalah salahnya untuk kami bantu Kerajaan Negeri untuk daftarkan mereka ini? Itu sahaja. Dan saya rasa Yang Berhormat Kampung Tunku ini very reasonable, dan dia akan setuju dengar pandangan saya ini. Terima kasih.
Ok mungkin Taman Medan boleh lead the way dengan izin tidak seperti rakan-rakan di Parlimen yang tidak mahu berbincang dan menandatangani apa-apa MOU. Ok?
Maaf, saya mahu teruskan dengan..
Tidak dibenarkan.
Teruskan.
Saya ingin meneruskan dengan sentuh Teras kedua iaitu mendukung hasrat alam sekitar mampan dan infrastruktur yang berkualiti. Yang pertamanya berkenaan dengan Skim Jaminan Air Mentah. Ramai Ahli Dewan telah menyebut isu banjir dan walaupun DUN Kampung Tunku terletak di kawasan yang lebih tinggi, kami tidak terkecuali melihat pola hujan yang semakin lama tempohnya dan semakin lebat. Walaupun kami telah bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk melaksanakan projek menaik taraf longkang dan sebagainya sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung surface run off, dengan izin yang mengakibatkan banjir kilat. Air yang masuk dalam rumah penduduk taklah tinggi sangat kadangkala dia bawah satu meter tetapi ia tetap menyusahkan akibat kerosakan harta benda dan penduduk terpaksa membersihkan rumah. Pada masa yang sama, kita dijangka akan menghadapi musim kemarau pada tahun depan. So, saya lihat ia air banyak pun jadi masalah, air kurang pun jadi masalah. Oleh itu, saya memohon Kerajaan Negeri untuk mengkaji kaedah menambah baik sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan di Petaling Jaya. Mungkin kita boleh kaji bagaimana air hujan itu boleh disimpan, dirawat dan disalurkan bagi kegunaan masyarakat setempat. Contohnya untuk menampung keperluan jika berlaku gangguan bekalan sementara ataupun untuk menjadi water source, dengan izin untuk padang bola sepak, padang permainan dan sebagainya.
Seterusnya, teras ketiga Memupuk Negeri Penyayang. Saya ingin sentuh berkenaan manfaat Hospitalisasi Iltizam Selangor Sihat. Dalam perbahasan dasar belanjawan tahun lepas, Kampung Tunku telah membangkitkan keperluan untuk memasukkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam senarai hospital panel. Pertamanya kerana majoriti penduduk Petaling Jaya mendapat rawatan di PPUM. Kedua, tak kurang juga penduduk yang datang ke Pusat Khidmat kami untuk memohon bantuan kewangan untuk
membayar bil perubatan di PPUM. Ketiga mengambil kira kekangan Kerajaan Persekutuan untuk membina hospital kerajaan baru di Petaling Jaya termasuk kekangan kewangan, lokasi atau lot tanah yang bersesuaian dan isu perjawatan. Saya kira usahlah kita menyusahkan warga emas ataupun B40 untuk mendapat surat rujukan ke hospital swasta dan lain-lain. Saya berharap pihak kerajaan akan duduk semeja dan berbincang dengan pihak pengurusan PPUM supaya PPUM dapat dimasukkan dalam manfaat Hospitalisasi ISS. Kedua, berkenaan dengan Ambulans Kita Selangor. Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan Kementerian Kesihatan, Dato’ Sri Norazman Ayob telah mengutarakan cadangan uberization, dengan izin perkhidmatan ambulans di mana ambulans kerajaan dan swasta akan digabung bersama dalam satu aplikasi (phone apps) bagi menambah baik kecekapan respons terhadap kecemasan. Disclaimer yang ada, dengan izin ialah bahawa cadangan uberization ini bertujuan untuk menjadi pelengkap kepada talian hayat 999 dan pusat penyelarasan kecemasan perubatan ataupun medical emergency coordination centre dan akan menghantar pesakit ke hospital kerajaan dan swasta. Dalam temu ramah kebelakangan ini dengan portal media kesihatan Code Blue, Kampung Tunku telah mencadangkan agar pertamanya, KKM tidak perlu membangunkan aps baru sebaliknya dicadangkan agar bekerjasama dengan syarikat Right Share, dengan izin untuk menyatukan perkhidmatan ambulans dalam aplikasi mereka. Pendekatan ini boleh meningkatkan kebolehcapaian kerana ramai rakyat Malaysia sudah biasa dengan menggunakan apps Right Share di samping mengurangkan kos. Respons time and accuracy, dengan izin boleh dipertingkatkan dengan memanfaatkan GPS dan sistem treking syarikat Right Share. Selain itu, sesuatu perjanjian ataupun kerjasama dengan syarikat Right Share boleh menawarkan insentif untuk menggalakkan peralihan kepada ambulans yang dibawa, ambulans elektrik (EV) demi kelestarian alam sekitar. Semasa KKM sedang mengkaji keboleh laksanaan cadangan ini, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk bersiap sedia supaya program Ambulans Kita Selangor adalah fleksibel dan adaptable, dengan izin terhadap kemungkinan perubahan modus operandi KKM serta mendapat manfaat daripada teknologi terkini? Kedua, apakah kegunaan RM1 juta yang diperuntukkan? Adakah ia untuk airlong ataupun minyak ambulans ataupun juga meliputi kos penyelenggaraan ambulans yang dimiliki oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. Johns Ambulance? Kampung Tunku mohon pencerahan.
Dan terakhirnya, berkenaan dengan teras kelima Ekonomi, Kebudayaan dan Pembangunan Generasi Muda. Berkenaan dengan pembangunan persediaan atlet sebanyak RM6 juta. Terlebih dahulu saya selaku Presiden Kesatuan Ragbi Selangor ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Selangor, MBI Selangor dan penaja-penaja yang banyak membantu pasukan Ragbi Selangor. Suka saya berkongsi bahawa tahun ini Ragbi Selangor berjaya menjuarai SUKMA bagi pasukan wanita. Kita juga menjadi juara untuk MSSM untuk peringkat under 12th dan
under 18th, dengan izin dan baru-baru ini juga menjadi juara MAKSAK. Kami juga berjaya menembus peringkat semi final dan mencapai tempat keempat di Piala Agung setelah mengalami musim kemarau selama 18 tahun sejak tahun 2006. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang lain, peruntukan RM6 juta adalah terlalu rendah. Dengan izin, we are grossly under spending compared to other state pada hal Selangor mempunyai talent, dengan izin yang besar. Mungkin kerana kita sekarang berada di tail end Rancangan Malaysia Ke-12, sebab itu peruntukan untuk atlet menurun tetapi saya berharap apabila kita menjelang nak masuk RMK-13, Kerajaan Negeri akan dengan izin, increase the base spending untuk sukan. Dan akhirnya, Kampung Tunku juga ingin bertanya rancangan Kerajaan Negeri dan peruntukan menaik taraf fasiliti sukan yang akan digunakan dalam SUKMA 2026. Sekian sahaja perbahasan saya, Kampung Tunku mohon menyokong.
Batang Kali.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillah hirrahman nirrahim. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana memberi ruang dan peluang kepada Batang Kali untuk turut berbahas pada sidang kali ini yang berkaitan dengan Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor pada minggu yang lepas yang meliputi lima teras utama. Namun, setelah mengkaji dan meneliti ucapan belanjawan tersebut masih terdapat pelbagai persoalan yang timbul kepada saya sebagai contoh, saya tidak nampak dengan jelas secara spesifik dalam bajet ini bagaimana Kerajaan Negeri dapat meningkatkan pendapatan boleh guna untuk rakyat Negeri Selangor khususnya. Kerajaan Negeri perlu lebih berinovasi dan pro aktif dalam mencari sumber-sumber baru yang boleh menjana dan meningkatkan pendapatan negeri yang sekarang ini dilihat sangat bergantung kepada hasil premium tanah. Ia dilihat kurang baik untuk jangka masa panjang. Yang Berhormat sekalian, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat meneroka beberapa industri baru yang telah rancak di persada seantero dunia dan tidak tertumpu kepada industri semi konduktor semata-mata dan AI (artificial intelligence) sedangkan masih banyak lagi industri-industri yang boleh menjamin kepada sumber pendapatan kepada Negeri Selangor. Contohnya industri pengetahuan ataupun knowledge industry, dengan izin dan industri yang sedia ada industri pertanian yang telah saya bahaskan dalam sidang dewan yang lepas. Berdasarkan data retails, sales, growth yang dikeluarkan oleh MRA dan MRCA, hanya 0.6% sahaja yang dapat dicapai pada kuarter kedua tahun 2024 berbanding dengan sasaran asal 1.76%. Maknanya tidak sampai 1%. Data ini menunjukkan Kerajaan Negeri perlu lebih melihat dengan mendalam dan teliti bagi membantu pengusaha-pengusaha atau peniaga-peniaga kecil yang dilihat bergerak secara discrete tanpa ada arah peningkatan pendapatan yang konsisten dan mereka
masih lagi terkesan dengan kenaikan SST daripada 6% kepada 8% dan pengurangan juga subsidi diesel yang berlaku baru-baru ini. Sidang Dewan yang mulia.....
Yang Berhormat nanti sekejap. Boleh duduk. Saya ingin memohon ahli EXCO untuk bawa usul.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kerana urusan Dewan ini masih panjang maka Dewan pada hari ini perlu disambung untuk meneruskan urusan Dewan. Dengan ini saya mempersilakan wakil Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.30 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘Ya’, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’. Usul ini DIPERSETUJUI. Silakan sambung Batang Kali.
Terima kasih Tuan Speaker. Sidang Dewan yang mulia. Persoalannya adakah bajet 2025 yang dibentangkan ini benar-benar untuk rakyat keseluruhannya atau hanya untuk golongan-golongan tertentu sahaja? Dan adakah bajet ini yang terbaik untuk menjaga kebajikan dan kepedulian terhadap rakyat di Selangor? Namun, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Bajet 2025 ini khususnya kepada penjawat-penjawat awam dan ia berjaya dibentangkan oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu kita perhalusi untuk menjaga kepentingan semua golongan rakyat tanpa mengira identiti, ideologi dan fahaman politik. Perkara seperti inilah yang bermain di minda kami sebagai penyemak dan imbang.
Minta laluan. Tuan Speaker.
Kota Damansara nak bagi ke? Tidak?
Baru mukadimah.
Tidak, tidak.
Punya panjang tadi mukadimah sahaja? Berapa muka surat mukadimah ni Speaker?
Yang Berhormat Kota Damansara kena duduk. Tidak ada laluan. Ya, silakan.
Perkara seperti inilah yang bermain di minda kami sebagai penyemak dan imbang kepada setiap gerak geri Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pakatan Harapan dan dibantu oleh UMNO Barisan Nasional supaya apa yang dibentangkan dalam Bajet 2025 ini benar-benar mengambil peduli dan prihatin terhadap kesengsaraan dan kos sara hidup yang masih membelenggu kehidupan rakyat di Negeri Selangor khususnya untuk golongan-golongan B40, M40, M1, M2, generasi-generasi muda yang baru untuk menjalani kehidupan selepas tamat belajar, golongan ibu-ibu tunggal yang semakin meningkat di Selangor dan tidak ketinggalan juga kepada golongan bapa-bapa tunggal. Penjaja-penjaja kecil yang bertungkus-lumus untuk menyara kehidupan seharian keluarga mereka dan golongan-golongan asnaf yang dikategorikan sebagai fakir dan miskin. Adakah dengan pembentangan bajet ini Kerajaan Negeri dapat mengurangkan kadar kemiskinan secara relatif di Selangor tanpa membandingkan dengan data dan angka yang dikeluarkan secara kumulatif? Yang Berhormat sekalian, berdasarkan laporan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor pada bulan Oktober 2024, ini realitinya Yang Berhormat sekalian. Kabur ya. Realiti pahit perlu ditelan daripada Lembaga Zakat Selangor.
Terdapat seramai 68,000 orang asnaf, fakir dan miskin di Selangor yang direkodkan dan daripada angka 68,000 tersebut terdapat empat daerah yang mencatatkan golongan asnaf miskin yang tertinggi. Yang pertama, Daerah Petaling diikuti Klang, Gombak dan Hulu Langat. Menerusi Skuad Jejak Kemiskinan (SJK), diharapkan Kerajaan Negeri dapat memperkasakan lagi program ini supaya Kerajaan Negeri benar-benar mengambil langkah yang lebih serius untuk mengesan dan membantu golongan fakir dan miskin yang berada di Selangor. Inilah keutamaan yang perlu diberi perhatian. Saya tidak mahu kawasan saya di Daerah Hulu Selangor khususnya kawasan Batang Kali, golongan-golongan fakir dan miskin ini terbiar dan tiada pembelaan yang sewajarnya daripada Kerajaan Negeri. Saya mencadangkan Kerajaan Negeri perlu mencari kaedah-kaedah yang lebih efisien untuk membantu golongan-golongan fakir dan miskin ini terbiar dan tiada pembelaan yang sewajarnya daripada Kerajaan Negeri. Saya mencadangkan
Kerajaan Negeri perlu mencari kaedah-kaedah yang lebih efisien untuk membantu golongan-golongan fakir dan miskin bagi menjana pendapatan, dan mengubah nasib mereka sebagai contoh menyediakan satu pakej pertanian yang boleh dilaksanakan mengikut daerah masing-masing dan secara tidak langsung kelompok golongan fakir ini dapat dikeluarkan daripada nasib yang menimpa mereka sekarang.
Sidang Dewan yang mulia, di dalam pembentangan bajet 2025 ini anggaran kerajaan Negeri Selangor dapat dilihat sangat bergantung pada hasil bukan cukai iaitu premium tanah. Pada tahun 2023, hasil daripada premium tanah sebanyak 1.326billion dan pada 2024 di anggaran 1.093billion dan Kerajaan Negeri menyasarkan pada tahun 2025 sebanyak 870juta berdasarkan angka ini dapat disimpulkan
Batang Kali, minta izin bagi laluan.
Batang Kali, ada yang bangun.
sabar sikit lagi, dapat disimpulkan mengikut graf statistik yang jelas, hasil daripada premium tanah berkurangan setiap tahun. Dia dilihat Kerajaan Negeri seolah-olah bergantung, minta maaf seolah-olah bergantung harap kepada hasil premium yang dikenakan bagi menampung dan menstabilkan pendapatan dan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor. Adakah ia benar dan apakah yang dimaksudkan dengan hasil premium tanah tersebut dan siapakah atau syarikat manakah yang membayar premium tanah tertinggi di Selangor pada tahun 2023 dan 2024? Mohon penjelasan yang terperinci daripada Yang Berhormat EXCO. Pada sidang yang lepas saya ada membangkitkan isu yang berkaitan dengan rizab Melayu.
Yang Berhormat, yang dimuliakan Kota Damansara,
Sikit jer..sikit jer.. sebelum masuk ke perenggan lain, macam banyak perenggan jer lagi tue.. baik terima kasih kepada Batang Kali, saya cuma nak minta pendapat Batang Kali mungkin boleh bagi pendapat sedikit mana memang mana-mana negeri di Malaysia ini pun dia akan sumber pendapatan utama dia adalah cukai tanah dan premium tanah cuma mungkin Batang Kali boleh bersetuju dengan saya lebih baik bergantung pada premium tanah dan cukai tanah daripada bergantung 80peratus daripada ihsan daripada Kerajaan Pusat macam Terengganu, boleh ulas sikit tak?
Terima kasih Kota Damansara, saya bagi analogi yang mudah Selangor negeri yang lebih besar daripada Singapura, itu maksud saya Kota Damansara. So tak akan Kerajaan Negeri tidak pandai untuk mencari sumber pendapatan yang lain sebab hasil tanah ini tidak menentukan kestabilan kepada sesebuah Negara dan juga Negeri. Isu penggantian tanah rizab Melayu yang hilang di Selangor masih lagi belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Pentingnya Kerajaan Negeri untuk segera melaksanakan penggantian tanah rizab Melayu yang hilang bagi menjaga kepentingan khususnya kaum Melayu dan bumiputera di Selangor, saya berharap Yang Berhormat EXCO atau kerajaan Negeri dapat menjelaskan tentang isu penggantian tanah rizab yang masih hilang dan apakah perkembangannya dan sehingga ke hari ini, saya tidak ada laporan bertulis yang dijanjikan pada Sidang Dewan yang lepas sebab rakyat di luar sana masih tertanya-tanya khususnya Melayu dan bumiputera.
Tuan Speaker dan Yang Berhormat sekalian, berdasarkan teras yang kelima yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Selangor, saya lihat terdapat pengurangan duti hiburan pengecualian cukai, pengurangan cukai kepada artis dan beberapa perkara yang berkaitan dengan hiburan. Ini dia tak nampak tak kan tak tengok ini yang dibentangkan YAB Menteri Besar kita. Saya ulang, Dato Menteri Besar Selangor telah mengumumkan pengurangan kadar cukai hiburan di Selangor, dengan alasan untuk merancakkan ekonomi dengan alasan yang sama juga diguna pakai oleh beberapa Adun-adun di pihak kerajaan dan saya lihat apa yang rakyat perlukan di luar dan rakyat tengah melihat bayangkan cukai hiburan kita kurangkan, namun cukai taksiran kita naikkan di seluruh di Negeri Selangor adakah ini adil dan wajar untuk rakyat Ngeri Selangor mohon Yang Berhormat EXCO untuk memperjelaskan isu tersebut perkara yang sama juga saya bawakan pada sesi Dewan yang lepas tapi tiada jawapan yang konkrit daripada Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat sekalian, kita adalah wakil rakyat yang dipilih diamanahkan untuk memperjuangkan nasib rakyat, kepentingan rakyat, sosial ekonomi rakyat dan kebajikan rakyat ini adalah perkara yang paling diutamakan sebuah kerajaan Negeri. Kita mesti berlaku adil kepada semua rakyat di negeri apakah kewajaran Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan cukai taksiran terhadap rakyat bermula tahun hadapan 2025 dan adakah ini menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat mohon Yang Berhormat EXCO untuk perjelaskan sekali lagi, saya ulang. Masalah kesihatan mental di kalangan rakyat di Negeri Selangor dilihat semakin membimbangkan, dan melalui peruntukan yang diumumkan dalam sesi bajet dapat kah kita mengatasi masalah tersebut yang makin hari semakin meningkat di setiap daerah saya mencadangkan supaya di setiap daerah ataupun di setiap Ahli Dewan Negeri kawasan masing-masing meletakkan satu orang atau mengadakan pusat kaunseling, bagi membantu mengurangkan masalah yang kita
hadapi kesihatan mental dan melalui bajet 2025 ini yang dibentangkan ini saya berharap Kerajaan Negeri Selangor dapat membantu menyelesaikan isu berkaitan tekanan air yang sangat rendah di kawasan saya sendiri, iaitu teleport Widuri, Bakawali, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Semarak Kemboja dan beberapa kawasan yang lain di kawasan Batang Kali termasuk kawasan Kuala Kubu. Masalah ini telah dihadapi hampir 20 tahun dan saya juga berharap agar Kerajaan Negeri menumpukan dan menaik taraf beberapa jalan utama di kawasan Batang Kali, Jalan Persekutuan 1208 dan Jalan Persekutuan 3218 berdasarkan dalam Rancangan Tempatan Hulu Selangor 2035 Penggantian. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya yang seterusnya
Batang Kali masa dah sampai
Sikit lagi, sikit lagi, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Persekutuan kerana pada sidang media 11.02.2024 peruntukan sebanyak 300,000 disalurkan kepada semua Sekolah Menengah Persendirian Cina, tahniah dan syabas saya ucapkan, saya yakin Kerajaan Negeri juga boleh melakukan perkara yang sama untuk Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan KAFA saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri meletakkan satu dana khas atau pun peruntukan khas sebagai contoh memberi setiap sekolah agama 30,000 one-off itu cadangan daripada Yang Berhormat Batang Kali. Seterusnya isu berkaitan dengan jaringan komunikasi dan internet di kawasan saya Yang Berhormat EXCO telah jawab pada sidang yang lepas tiada masalah, namun saya meminta Yang Berhormat EXCO untuk turut turun bersama dengan saya melalui kawasan-kawasan tertentu di kawasan Batang Kali yang saya maksudkan ini bukan 4G atau 5G tetapi kualiti itu maksud saya kualiti kawasan dan jaringan kawasan tersebut dan yang terakhir, Kerajaan Negeri perlu menyatakan pendirian jelas untuk mengeluarkan kenyataan yang rasmi dalam Dewan ini tanpa berdolak-dalik, adakah kerajaan Negeri membenarkan Ahli Dewan Negeri Pembangkang mengelola atau menguruskan program-program kerajaan tersebut di kawasan masing-masing. Mohon Kerajaan Negeri memperjelaskan dalam sesi pergulungan yang akan datang ini dan sangat terakhir sekali saya berharap agar bajet 2025 ini dapat memberikan kesan yang positif yang dipraktikkan untuk kepedulian terhadap kesemua rakyat tanpa mengira kawasan Perikatan Nasional atau pun kawasan Pakatan Harapan atau pun kawasan UMNO Barisan Nasional, semuanya adalah rakyat Negeri Selangor, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali, Yang Berhormat Morib.
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera. Morib telah
mendengar dan meneliti segala apa yang disampaikan YAB Dato’ Menteri Besar pada pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Tuan Speaker saya teruskan dengan menyentuh sedikit berkenaan tentang pembangunan infrastruktur dengan jumlah keseluruhan 95.98juta ringgit Malaysia dan peruntukan ini bagi saya masih terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur di seluruh Negeri Selangor memandangkan Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang padat dan aktif.
Dengan kepadatan penduduk dan merupakan penduduk yang paling ramai adalah satu tanggungjawab bagi Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan satu infrastruktur yang lebih baik untuk rakyat Negeri Selangor. Selangor juga adalah sebuah negeri yang sangat kaya di Malaysia dan menyumbangkan lebih daripada 25peratus dalam sektor ekonomi Negara disebut juga tadi Meru, yang mengatakan Selangor ini yang pertama betul tetapi kita kena ingat kena bersyukur kepada kita sebagai rakyat Selangor sebab kita kena tengok balik pada tahun-tahun yang dulu siapa sahaja yang memerintah di Selangor ini, tetap Selangor yang teratas. Saya rasa Yang Berhormat semua setuju jadi kita jangan terlalu angkuh bila kita menjadi Kerajaan, Selangor ini dari dulu hingga sekarang tetap yang di teratas.
Tuan Speaker, oleh itu Morib mengharapkan peruntukan yang lebih besar dan wajib diberikan untuk pembangunan infrastruktur demi kebaikan serta akan memberikan kelancaran ekonomi Negeri Selangor ini jika segala infrastruktur Negeri Selangor di dalam keadaan yang baik dan lancar. Morib mengharapkan segala infrastruktur di kawasan DUN Morib ini dapat ditambah baik dari segi jalan-jalan kampung yang masih belum dibaik pulih di kawasan DUN Morib.
Tuan speaker, itu juga dengan peruntukan pembangunan sistem saliran, yang diberi peruntukan hanya 2.07juta Ringgit Malaysia untuk Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Adakah ini berbaloi untuk di Negeri Selangor? Saya rasa Yang Berhormat juga di sebelah sana pun mungkin berfikir seperti apa yang saya fikirkan. Saya rasa sebelah sana juga bersetuju dengan Morib kerana daripada apa yang saya perhatikan di dalam perbahasan mereka juga banyak masalah berkenaan dengan sistem saliran ini. begitu juga dengan masalah infrastruktur, terlalu kecil peruntukan ini, Morib merasakan tak akan dapat untuk menyelesaikan masalah ini, ia kita tahu walau apa pun masalah itu tetap berlaku tetapi dengan apa dipersembahkan dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Selangor dengan bajet yang terlalu bagi saya 3billion tetapi untuk bajet pengurusan terlalu kecil. Jadi dari segi perparitan pada penggal yang lepas saya juga ada bertanya secara bertulis berkenaan perparitan di kawasan DUN Morib ini dan apa jawapan yang saya dapat adalah kawasan itu merupakan kawasan rendah. Jadi dengan keadaan peruntukan yang diberikan pada RM2.07 juta ini, di kawasan Morib sendiri pun terlalu banyak dan apa yang saya dapat tahu di kawasan saya juga untuk di peringkat Kuala
Langat, peruntukan itu tidak mencukupi membuat segala prasarana ataupun infrastruktur air di tiga (3) kawasan DUN di Kuala Langat. Jadi, saya ingin memberitahu jawapan yang lepas yang diberikan kepada saya seperti Lorong Haji Samin, Jalan Durian Kanchong Darat, Jalan Cempaka Kanchong Darat, Jalan Bahagia Kanchong Darat dan Jalan Pusara Kampung Sawah. Semua jawapan yang diberikan adalah kawasan yang rendah. Jadi, tidak ada satu jawapan yang konkrit. Jadi, Morib berfikiran dan pergi ke kawasan dan meneliti kawasan ini. Saya tahu, mungkin di peringkat JPS ada pergi dan melawat tetapi Morib ada juga mencadangkan jika kerja-kerja selain daripada kerja-kerja kebersihan dan mendalamkan parit-parit ini bukan bermaksud kawasan saya sahaja mungkin di kawasan-kawasan Yang Berhormat yang lain juga. Morib mencadangkan agar setiap parit adalah diwajibkan untuk memasang kelongkong untuk pembinaan jambatan dan ini mestilah dipantau oleh pihak berwajib dan berkuasa sebab kita lihat banyak parit-parit kawasan kampung tertimbus dan dimatikan oleh tuan tanah atau tuan rumah itu sendiri.
Jadi, isu yang saya ketengahkan ini adalah kita kena cari sedalam-dalamnya apakah punca-punca kenapa air tidak mengalir? Jadi, saya sendiri pergi ke kawasan dan melihat dan saya rasa antara yang perlu kita buat adalah kita memastikan setiap parit-parit itu mestilah mempunyai kelongkong. Yang kedua, akta perlu diperketatkan untuk mewajibkan setiap lot tanah ataupun rumah mestilah ada perparitan yang sempurna. Morib juga mencadangkan agar pihak Kerajaan Selangor memberi bantuan kelongkong kepada pemilik tanah ataupun jambatan yang tidak ada kelongkong untuk melancarkan pengaliran air yang lancar. Jadi, saya memohon agar belanjawan ini ya, apa salahnya penduduk-penduduk kampung ini diberi setidak-tidaknya satu kelongkong jika mereka rasa, mungkin mereka tidak mampu tetapi ini adalah satu cara untuk kita boleh menyelesaikan sedikit masalah saliran di parit-parit di seluruh kampung. Tuan Speaker, isu berkenaan perumahan bekas pekerja ladang dusun durian, saya ambil maklum sebab persidangan yang lepas, saya juga ada bertanyakan tentang berkenaan perkara ini dan saya melihat ini berpunca daripada perumahan di tanah mereka yang tak siap dan terbengkalai dan kita tahu masalah ini telah berlanjutan selama 18 tahun. Bayangkan 18 tahun daripada 2006, baru-baru ini saya telah pergi melawat mereka dan saya melihat, saya cukup bersimpati kerana mereka ini sepatutnya dah mempunyai rumah untuk mereka duduki. Jadi, setelah apa yang saya lihat keadaan mereka ini sebenarnya sungguh memilukan. Ada yang telah meninggal dunia, bagi saya kenapa mereka dihukum sebab tanah ini adalah hak mereka? Kenapa mereka perlu menunggu atau mendengar kepada pihak yang membuat rumah, pihak pemaju yang dulunya masa 2016, masa mereka ditawarkan, mereka beritahu pada saya harga mungkin tak lebih daripada RM68,000.00 tetapi sekarang ini mereka pula terpaksa membayar hampir lebih RM200,000.00? Ini yang mereka beritahu kepada saya. Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri supaya menilai balik kerana masalah ini dah terlalu lama dan saya rasa pelik.
Kenapa Pemaju ini tetap pemaju yang lama? Kenapa pihak kerajaan tidak menilai dan memberikan kepada pemaju yang lain? Ataupun pulangkan balik duit-duit mereka ini. Jadi, saya memohon agar kasihanilah mereka seramai 109 orang yang terlibat dalam masalah ini. Saya mengharapkan sangat agar pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat mendengar rintihan mereka ini. Kita juga mesti berfikir juga bila perkara ini berlaku kepada keluarga kita, kita tidak boleh, sebab perkara ini bagi saya, saya tidak memilih bulu, tidak memilih warna kerana ini adalah tanggungjawab kita dan saya harap pihak Negeri Selangor dapat membantu mereka menyelesaikan masalah yang telah berlarutan selama 18 tahun. Saya rasa tadi, saya rasa Meru pun ada masalah yang sama tentang rumah, rumah terbengkalai ini.
Tuan Speaker, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan tentang peruntukan ataupun peruntukan sukan ya. Dan saya ingin mengambil peluang untuk memberitahu ada sebuah Dewan yang dinamakan Dewan Gemilang di tempat saya, di DUN saya tetapi dah tak gemilang dah. Ia, dah terlalu uzur yang terletak di .. saya baru dapat dia punya nombor lot, Lot 3178 Jalan Cempedak off Jalan Pulai Kanchong Darat yang saya rasa terlalu uzur dan perlukan pembaikan dan saya tidak pasti sebab benda ini ada juga diusulkan oleh pihak Jawatankuasa Penduduk dan Jawatankuasa Kampung tetapi tidak ada tindakan langsung. Dan saya tertarik dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang sedang mempromosikan sukan Pickleball, bila saya pergi ke Dewan itu dan saya rasa boleh juga, kalau kita, saya cadangkan agar Dewan Gemilang ini boleh dibaikpulih dan antaranya boleh digunakan untuk sukan Pickleball. Dan saya rasa mungkin di daerah Morib ini, di kawasan DUN Morib ini boleh dimulakan dengan sukan Pickleball tetapi mestilah kita memberikan satu kawasan dan saya rasa Dewan Gemilang ini adalah satu kawasan yang sesuai untuk kita mulakan dengan sukan Pickleball. Saya juga tertarik juga dengan Timbalan Speaker untuk ajak main Pickleball sebab saya pun tak pernah dan dia pun ada sebut saya nak beli alatan itu kan? Boleh beli daripada dia, InsyaAllah. Jadi .. (ketawa).
Paddle nama dia.
Paddle..paddle..ha itu, nama pun saya tak tahu. Baru saya tahu, terima kasih. Jadi, saya rasa Dewan ini perlukan perhatian dan saya memohon kepada EXCO, EXCO Sukan ataupun EXCO Infra untuk kita boleh datang melihat padang ini sebab apa, Dewan ini, sebab Dewan ini saya rasa boleh digunakan untuk kebaikan penduduk setempat. Tuan Speaker, Morib juga ingin mengambil kesempatan tentang isu Rumah Selangorku, oh EXCO pun dah keluar, mungkin setiap kali Persidangan saya akan sebut perkara ini sebab bagi saya penting untuk saya sebut perkara ini sebab setiap hari mereka akan datang dan mereka akan menelefon saya bertanyakan bila, bila, bila mereka ini akan dapat kunci. Jadi, dan
tanggungjawab saya untuk saya bentangkan dan saya bahaskan di Dewan Mulia ini dan saya berharap selepas ini pihak Yang Berhormat EXCO bolehlah menjawab dengan betul dan janji itu seharusnya ditepati ya, InsyaAllah. Okay, satu lagi, berkenaan tentang Belanjawan 2025 ini .. lari dah .. okay, satu lagi isu sebab saya nak cepatkan. Okay, dengan isu Sekolah Rendah Taman Banting Kemuning, saya juga ingin bertanya kepada EXCO, sebab saya juga mendapat maklum, dengar-dengar cerita yang Sekolah Rendah Agama Taman Banting Kemuning ini tidak mendapat peruntukan dan sebenarnya dibagi kepada Bukit Kemuning. Jadi, saya ingin penjelasan, saya tidak tahu, mungkin ada cakap-cakap di tempat saya dan saya ingin penjelasan daripada pihak EXCO untuk menjelaskan sebab bagi saya perkara ini, tanah semua sudah selesai dan saya memohon agar pihak EXCO dapat memberi penjelasan selepas ini. Dan satu lagi, saya ingin memberitahu kepada semua, sebab saya rasa ini pun sudah nak habis, dari segi pelancongan Tuan Speaker, Morib ingin mencadangkan agar jeti memancing di Batu Hampar, Jugra agar diberi perhatian dengan penambahbaik kawasan memancing dan menyediakan tempat-tempat rehat berbumbung dan juga tandas awam kerana selain menjadi pusat pelancongan, paragliding dan tempat hiking juga akan menjadikan satu lagi tempat pelancongan dan riadah sambil memancing. Saya ada pergi tempat itu dan saya buat program dan saya rasa tempat itu boleh digunakan dan boleh dipromosikan untuk dijadikan satu tempat pelancongan. Kita tahu pada tahun hadapan adalah Tahun Melawat Selangor, jadi saya rasa tempat itu boleh kita jadikan satu kawasan pelancongan untuk Selangor. Dan saya juga pernah buat program di situ dan Alhamdulillah bukan sahaja orang-orang tempatan yang hadir dan di luar kawasan dan di lain-lain negeri juga hadir dan ini akan menambah pendapatan kita dan menambahkan hasil daripada mereka hadir dan datang ke Selangor.
Akhir kata, Morib berharap agar perkara-perkara yang Morib bentangkan ini dapatlah diberi perhatian secukupnya untuk kebaikan rakyat Negeri Selangor sendiri. Saya, sebelum saya habis perbahasan saya, saya ingin mengingatkan kepada semua termasuk saya, tanggungjawab pihak Kerajaan adalah satu tanggungjawab yang mesti digalas. Saya lihat tadi di pihak Kerajaan bercakap terlalu besar mengatakan mereka hebat, jadi bagi saya kita tak tahu bila masa kita di sini dan bila masa kita di sana. Kena ingat kalau dulu pembangkang hanya sikit, sekarang pembangkang 21 orang. Saya dulu pun di sana juga. Jadi, kena ingat Yang Berhormat semua. Kita ini adalah ..
Yang Berhormat Morib, tutup ya.
Dua minit, ya? Kita ini adalah tanggungjawab. Rakyat memilih kita untuk kita buat kerja dan bertanggungjawab. Jadi bila mereka itu memilih kita menjadi Kerajaan, jadi, adalah satu tanggungjawab Kerajaan untuk membela rakyat. Jangan asyik Kerajaan di sebelah sana menghentam kami. Kami
ada juga memberi pendapat. Tak, saya tadi, saya sebenarnya diam tetapi saya tertarik dengan keadaan yang bercakap sungguh hebat dan saya sendiri pun rasa hak saya sebagai rakyat Selangor. Betul, di luar sana rakyat tengok kita. Dengan cakap yang terlalu besar, saya ingat rakyat akan menilai. Jangan esok Pilihan Raya akan datang, yang sana akan ke sini, baru itulah mengerti.
Yang Berhormat, boleh tutuplah. Yang Berhormat tutup ya. Dah masa, tutup terus.
Okay, terima kasih Tuan Speaker. Morib juga mohon agar janganlah salah gunakan kuasa dan mandat yang telah diberikan kepada Kerajaan ini sedangkan rakyat itulah yang menjadikan Kerajaan ini berkuasa. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Sekarang giliran Yang Berhormat Balakong. Silakan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Balakong ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh perkara mengenai Infrasel. Balakong berterima kasih dan menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menambah peruntukan Infrasel kepada RM50 juta pada tahun 2025 dan baru-baru ini juga Kerajaan Negeri melalui Infrasel telah memperkenalkan jet pressure yang berupaya untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan rosak dan berlubang dengan lebih efisien serta ketahanan yang lebih baik. Ini telah menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna jalan. Balakong menghargai usaha-usaha ini, walau bagaimanapun Balakong ingin menarik perhatian Dewan ini terhadap jalan-jalan rosak dalam pangsapuri-pangsapuri kos rendah khususnya yang tidak mempunyai MC ataupun JMB. Masalah kerosakan jalan di pangsapuri-pangsapuri tersebut telah berlarutan rata-rata disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh mereka. Mahupun Skim Ceria telah disediakan, tetapi pangsapuri-pangsapuri ini sukar untuk menepati syarat permohonan. Tambahan pula, setakat ini tiada kategori membaik pulih jalan rosak dalam Skim Ceria. Sehubungan dengan itu, Balakong bercadang agar pembaikan jalan-jalan tersebut turut dapat dibantu oleh Infrasel. Begitu juga jalan-jalan yang tidak diserahkan kepada agensi pelaksanaan tetapi pemaju telah gulung tikar. Kalau tidak dapat diturapkan secara keseluruhannya sekurang-kurangnya dibaiki pothole-pothole nya supaya tiada kemalangan jalan raya yang akan di akibatkan kerosakan jalan tersebut. Seterusnya, Balakong ingin mengemukakan sedikit pandangan terhadap...
Speaker, mohon celahan kepada Balakong.
Ok, sila.
Terima kasih Balakong, saya berkongsi cita rasa Balakong sebab kita berjiran. Iaitu baik pulih dan jalan di bawah kawasan JMB yang tidak dapat dilaksanakan. Saya ada bertanya kepada Kerajaan Negeri tentang perkara ini ya Y.B. Balakong, jawapan yang diberikan kepada saya ialah Kerajaan Negeri ada melakukan turapan jalan bagi kawasan perumahan bertingkat pada tahun 2020. Tetapi tidak dibuat selepas tarikh itu, apakah Balakong bersetuju dengan saya supaya negeri kembali melaksanakan sebagaimana dia buat tahun 2020 dahulu untuk perumahan strata ini? Terima kasih.
Terima kasih Y.B. Sungai Ramal. Cadangan saya, adalah kita lebih perlu memberikan tumpuan kepada pangsapuri yang tiada JMC atau JMB. Tetapi bukan semuanya pangsapuri-pangsapuri yang menghadapi kekangan kewangan kerana kebanyakan pangsapuri ini berurusan dengan baik pengurusan dia khususnya keadaan kewangannya. Itu sebab saya, ingin mengutarakan bahawa Infrasel sekiranya boleh dapat membantu JMB (mohon maaf) pangsapuri-pangsapuri yang tiada atau pun tidak dapat menumbuhkan JMB dan JMC.
Jadi seterusnya, Balakong mengemukakan sedikit pandangan terhadap cadangan Kerajaan Negeri untuk meletakkan 100 tong Kitar Semula di setiap PBT yang akan ditempatkan di taman-taman perumahan utama. Balakong bersetuju dengan usaha kerajaan dalam pemeliharaan alam sekitar serta menukar budaya pengurusan sisa pepejal supaya menjadi lebih mampan. Akan tetapi Balakong berpandangan bahawa penempatan tong Kitar Semula ini termasuk kutipan bahan Kitar Semula perlu dipantau dengan ketat pada setiap masa supayanya tidak akan menjadi tempat longgokan sampah pukal atau pun sampah yang tidak boleh di Kitar Semula. Ini berlaku pada keadaan semasa di DUN Balakong banyak taman perumahan adanya inisiatif daripada NGO khususnya telah meletakkan tong-tong Kitar Semula tetapi kami pantau dan mendapati tong tersebut bukan sahaja dikumpulkan bahan-bahan yang boleh di Kitar Semula tetapi buangan yang contohnya baju yang tidak boleh dipakai lagi atau pun kasut yang tidak boleh dipakaikan lagi malahan ada juga perabot rosak di sekitar tong-tong Kitar Semula tersebut. Jadi saya ingin, menarik perhatian supaya pemantauan kelak dapat dilaksanakan dengan baik.
Balakong berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah bertahun-tahun secara berterusan menawarkan Insentif Hadiah Pengajian Institut, Pengajian Tinggi,
HPIPT Selangor yang memberi bantuan RM1000 khusus kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke institut pengajian tinggi awam dan institut pengajian swasta yang diiktiraf bermula dari peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma dan ijazah sarjana muda. Ini merupakan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam pembangunan modal insan yang mampu berbakti kepada negara suatu hari kelak. Ini termasuk penyediaan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) syabas Balakong mengucapkan Kerajaan Negeri Selangor.
Tuan Timbalan Speaker, Balakong mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah meneruskan peruntukan bagi rumah ibadat selain Islam pada tahun 2025. Ini telah menunjukkan bahawa pentadbiran Negeri Selangor sentiasa inklusif dan akan terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat tanpa memilih kaum dan agama, malah bersifat menyeluruh. Selain daripada sumbangan dalam bentuk kewangan, Selangor juga merupakan negeri yang tidak mengenakan premium terhadap permohonan merizabkan tanah kerajaan untuk rumah ibadah selain Islam melalui Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Bukan itu sahaja, peruntukan ini juga dicadangkan supaya diperluas kepada persatuan-persatuan perkuburan cina pada tahun 2025. Usaha-usaha ini menunjukkan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor kepada semua agama bagi memastikan keharmonian masyarakat.
Balakong ingin menyentuh sedikit mengenai Jualan Ehsan Rahmah. Sejak pelaksanaan JER ramai rakyat Selangor telah dimanfaatkan dan diringankan beban kos sara hidup melalui tawaran harga barang asas yang lebih murah daripada harga pasaran. Balakong menyambut baik cadangan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi JER pada tahun 2025 serta sasaran kerajaan dalam pembukaan Ehsan Mart di 56 lokasi atau pun 1 premis setiap premis di setiap DUN. 1 premis setiap DUN (minta maaf). Walau bagaimana pun Balakong turut berharap Jualan Ehsan bergerak seperti apa yang sedia ada sekarang dapat diteruskan bagi memudahkan para pengunjung. Kita teruja apabila mengetahui lori JER telah bergerak ke lebih daripada 1,560 lokasi sepanjang tahun 2024. Ini bermakna Kerajaan Negeri Selangor telah mendekati penduduk-penduduk setempat daripada ke semua 1,560 lokasi yang berlainan menerusi inisiatif JER. Maka sekiranya JER yang selama ini mendapatkan sambutan yang menggalakkan di transformasikan sepenuhnya kepada bentuk kedai ianya mungkin akan menyusahkan segolongan penduduk khususnya warga emas yang terpaksa travel jauh dari rumah kediaman mereka terutamanya di DUN yang berkeluasan yang besar.
Tuan Speaker Balakong ingin mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor SIDEC yang berjaya meraih kemenangan di anugerah kecemerlangan, perikatan, perkhidmatan inovasi dan teknologi global visa 2024. Pengiktirafan tahap antarabangsa itu membuktikan komitmen dan pencapaian
Kerajaan Negeri Selangor menerusi SIDEC dalam mempromosikan keterangkuman digital. Ini juga menunjukkan kejayaan Kerajaan Negeri Selangor dan SIDEC dalam memperkasa kemajuan perniagaan dalam ekonomi digital menerusi..menerusi inisiatif-inisiatif seperti Selangor 1000 Digital 2024.
Balakong melihat program seumpama ini adalah sangat penting seiring dengan pembangunan teknologi digital adalah pentingnya bagi usahawan didekatkan pengetahuan serta mempelajari teknik-teknik untuk mencipta kandungan digital dan melakukan pensiunan langsung dan menerusi program ini juga para usahawan telah diberikan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui sesi perkongsian daripada pemain industri yang establish seperti Affin Bank, TikTok, Touch ‘n Go, e-Wallet dan sebagainya. Jadi looking a head Balakong berharap agar program-program pemerkasaan ekonomi digital seumpama ini dapat diperbanyakkan lagi dan menjadikan kawasan pentadbiran MPKJ khususnya Balakong sebagai lokasi pelaksanaan bagi membangunkan usahawan-usahawan tempatan.
Tuan Timbalan Speaker, kita telah melihat beberapa inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan industri semi konduktor di Selangor terus berkembang dan membawa impak ekonomi kepada rakyat Selangor. Antaranya Pembangunan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu, IC Design Park. Pagi tadi dewan ini telah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan sasaran 5 tahun untuk memperkembangkan industri semi konduktor dengan matlamat menjadikan negeri ini hub utama dalam sektor tersebut. Kita juga melihat hasrat Negeri Selangor dalam membina ekosistem semi konduktor yang lengkap termasuk penubuhan hub reka bentuk IC dan latihan bakat tempatan dalam bidang berkaitan melalui kerjasama dengan pelbagai syarikat global.
Kerajaan Negeri Selangor komited menyumbang sehingga 30% dalam pelan strategik semi konduktor kebangsaan yang menyasarkan RM100 bilion setahun dalam industri ENE. Ini termasuk menarik pelaburan sebanyak yang bernilai RM500 bilion dan menjana nilai tahunan yang significant dalam sektor semi konduktor. Balakong mengucapkan syabas dan menyokong rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menambah bilangan IC Design Park bagi memenuhi permintaan industri semi konduktor yang semakin meningkat. Susulan kejayaan IC Design Park pertama di Puchong perancangan seterusnya sedang dijalankan untuk membangunkan taman kedua di Cyberjaya dan Balakong menyambut baik dan sokong sekiranya ada perancangan untuk membangunkan IC Design Park yang ketiga, keempat atau pun kelima dalam masa yang akan datang. Untuk itu, Balakong ingin membuat tempahan awal atau pun memohon agar Hulu Langat atau pun kawasan di bawah pentadbiran MPKJ yang merupakan kawasan pesat berkembang sebagai kawasan perindustrian aktif serta hub institusi
pengajian tinggi dapat dipertimbangkan sebagai lokasi IC Design Park yang ketiga supaya industri-industri domestik Balakong serta warga-warga di Hulu Langat turut diberikan manfaat di tahap ekonomi. Jadi, Tuan Timbalan Speaker dengan ini Balakong menyokong Belanjawan Selangor 2025, terima kasih.
Terima kasih Y.B. Balakong. Sekarang giliran Y.B. Sabak, silakan.
Assalamualaikum W.B.T. Selamat Petang, Selamat Sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker, kita telah berbahas dan memang tugas pembangkang kita kritik, kita cadang, kita berikan pandangan dan begitu juga tugas pihak kerajaan untuk memberikan segala kebaikan yang ada pada kerajaan itu biasa dalam mana-mana perbincangan dan perbahasan.
Jadi, kalau pembangkang tiba-tiba tidak mengkritik tiba-tiba nadanya sama sahaja seperti kerajaan itu bukan pembangkang dan kita akan hilang fungsi sebagai pembangkang dan pihak kerajaan kena terima kritikan terbuka hati kerana konsep kita, membangkang konsep kita memberikan pandangan. Kita bukan sekadar membangkang tetapi kita memegang prinsip dengan izin surah maidah (bahasa arab). Kita bertolong-tolongan dalam perkara-perkara yang baik dan kita tidak bertolongan dalam perkara-perkara yang membawa kepada dosa dan keburukan dan itulah prinsip kita. Sebab itu yang datang dari kerajaan kita sokong yang baik tapi yang tidak baik tentunya kerajaan bukan satu yang sempurna. Bukan suatu yang sempurna sebab itu kita membuat teguran dan kritikan dan di pihak kerajaan kena terbuka menerima jangan kecil hati dengan kritikan-kritikan itu. Tapi, saya memahami trend bahawa bila kita berbahas kita akan terus memberikan kritikan dan pandangan di pihak kerajaan pula, saya perhatikan rata-rata 15 minit, lebih kurang 7 minit pertama itu akan memuji kerajaan. Akan memberi segala kebaikan dan kebanyakannya copy paste daripada ucapan Belanjawan Menteri Besar dikemukakan lagi sekali dikeluarkan sekali lagi sebagaimana Meru sebut semalam KDNK, KDNK sebenarnya itu sudah tidak menjadi berita KDNK kan? Sebab itu semalam bila dia sebut KDNK tak ada sesiapa nak tepuk tangan, tepuk meja sehingga minta talian hayat tolonglah tepuk meja dan sayalah antara yang paling kuat sekali tepuk meja semalam. Sebab saya nak tolong dia. Jadi tuan-tuan sekalian kita kena terima hakikat sebab kita memberi cadangan bukan sekadar mengkritik tapi saya percaya di pihak kerajaan pula segala yang baik-baik sebagaimana yang disebut oleh itu kerajaan tak akan catat apa-apa pun di pihak kerajaan sebab saya pun ada pengalaman berada di pihak kerajaan. Yang akan dicatit ialah segala kritikan yang tak kena yang dibawa oleh Pembangkang ataupun pihak kerajaan. Jadi 8 minit terakhir tu yang banyak dicatit oleh pihak kerajaan. Saya percaya pihak EXCO pun apabila ada wakil rakyat kemukakan yang baik-baik kerajaan Negeri dia tak catit apa pun. Takde benda nak ulas selepas
daripada itu. Jadi oleh sebab itu ini biasa sahaja dan kita kena terbuka, dewan ini. Jadi sekian terima kasih. Sebab itu Rashid Rida melalui dalam satu makalahnya al-Manar pernah mengeluarkan satu kenyataan, satu usaha ataupun satu penyelesaian dalam konteks kita berbalah, kita iktilaf ini dia menyebut (dibacakan dalam Bahasa Arab) dan kenyataan ini dipopularkan oleh Dr. Yusuf Al Qaradawi. Itulah kita bertolongan dalam perkara-perkara yang kita sepakati. Tapi kita kena bertolak ansur dalam perkara-perkara yang kita perselisihkan. Itu sebagai asas sebab itu kalau kita kritik, buka bermakna kita hanya semata-mata kritik, kita juga memberi kritikan yang membina dan memberi cadangan-cadangan. Jadi pihak Kerajaan tak perlu nak kecil hati dan sebagainya. Saya juga nak menyebut dalam kesempatan ini berhubung kait dengan soalan sumber. Dulu dalam Persidangan yang lepas EXCO Pertanian menyebut tentang masalah yang dihadapi oleh pesawah ialah masalah sumber air bersih yang diterima di Utara Selangor terutama sekali di Sabak Bernam sebab apa, berlaku pendapatan yang terlalu rendah sebab air tidak bersih.
Jadi saya difahamkan akan ada penyelesaian apakah soalan saya, apakah dalam bajet kali ini ada penyelesaian terhadap masalah air bersih. Ini soal keterjaminan makanan. Keterjaminan makanan begitu juga yang disebut bahawa masalah pesawah ialah kerana jentera yang ada sekarang ni jentera tuai yang ada sekarang ni jentera yang akan menghilangkan lebih kurang 10-15 peratus padi jadi sudah tidak begitu efisien untuk digunakan. Mencadangkan alternatif. Saya nak bertanya juga apakah pada persidangan kali ini alternatif itu akan dikemukakan kepada petani-petani ataupun itu hanya cakap-cakap sembang kari sahaja. Jadi sebab itu saya juga nak tanya pendirian Kerajaan Negeri Selangor. Dengan apa yang dijawab oleh Menteri Keterjaminan Makanan? Menteri Pertanian? Yang menyebut tentang menjawab soalan apabila ditanya berkaitan dengan kehilangan beras tempatan di pasaran-pasaran runcit. Apakah, sebab biasanya beras ini akan timbul apabila ada Pilihanraya Kecil dan ada jualan Rahmah. Maka di situlah rakyat baru boleh dapat. Sebab itu rakyat di luar sana banyak berdoa supaya Wakil Rakyat cepat mati supaya dapat beras tempatan. Jadi dijawab oleh Menteri Pertanian bahawa memang itu kerja Kerajaan. Apakah pendirian Kerajaan Negeri berhubung kait? Maknanya kalau Kerajaan Negeri bersetuju, maknanya ini satu polemik yang besar kepada petani-petani kita memang satu kesengajaan untuk menjadikan petani-petani terpaksa membeli hasil padi membeli beras yang mahal tetapi dia terpaksa menanam padi dia sendiri yang dia tak nampak di mana hasilnya. Sebab itu trend sudah bermula sekarang ini. Jadi ini juga memerlukan kepada jawapan Kerajaan ada petani-petani yang sudah merangka sekarang ni untuk mengilang sendiri, buat mesin padi sendiri. Dia tak mahu hantar ke mana-mana bahawa dia nak kilang sendiri, nak proses sendiri untuk jadikan beras, dia simpan dan dia akan makan sendiri dan ini trend ini sudah bermula. Jadi apa pendirian Kerajaan Negeri sebab ini nanti akan berkait dengan soal
bekalan makanan negara food security. Kemudian, kejap Tuan Speaker boleh saya mintak tambah masa lagi?
Teruskan dulu, bagi ruang.
Saya bagi ruang tapi tambah lagi seminit, tambah 5 minit.
Kita tengok nanti. Kita tengok masa nanti.
Saya mendapat penjelasan sikit dari segi konsep ismi wal udwan apa konteks kewujudan matawang asing seperti Singapore Dollars dalam safe house, apa kena-mengena dengan ismi wal udwan? Terima kasih.
Saya rasa tak menyangkut dengan apa yang saya, saya pun dah berlalu jauh dah tertinggal bas. Jadi saya minta maaf nanti kita bincang di belakang sana.
Sikit sahaja. Sebab tadi sentuh tentang sawah dan semualah yang terlibat dengan industri padi ini. Pada hemat, saya nak tanya pandangan daripada hemat YB. Sabak, Kerajaan di peringkat Persekutuan dan juga Menteri Pertanian selalu menyebut berulang-ulang tentang kejayaan padi, sawah di Sekinchan bahkan dijadikan branding. Tetapi hanya di sebelah kawasan Sekinchan iaitu di Sabak, Sungai Besar dan sebagainya tidak sama seperti mana di Sekinchan. Pada hemat Sabak, kenapa perkara itu terjadi? Terima kasih.
Saya sudah sebut dah tadi. Saya juga soalan itu saya pernah lontarkan kepada Kerajaan Negeri dan dijawab oleh EXCO Pertanian bahawa masalah di Sabak itu ialah masalah sumber air bersih. Tu jawapan daripada EXCO. Sebab itu saya bertanya dalam sidang ini apa solusi Kerajaan Negeri terhadap sumber air bersih? Adakah dalam bajet kali ini akan masukkan itu sebagai satu solusi dalam belanjawan pada kali ini? Kalau tidak ada, maknanya EXCO memberi jawapan hanya sekadar cakap-cakap kosong sahaja tapi tidak ada solusinya. Jadi saya nak teruskan. Itu point saya.
Kemudian point saya yang ketiga ialah, Tuan Speaker saya telah kemukakan banyak kali dalam Dewan ini berhubung kait soal lembu-lembu yang tidak diurus dengan baik. Saya telah menyebut jalan di antara Sepintas Batu 1 sampailah ke Bagan Terap itu kawasan lembu-lembu yang selalu melintas jalan. Berkeliaran. Padahal lembu-lembu ini ada
pemilik, saya tahu ada 5 pemilik lembu dan saya tahu jumlah lembu mereka semua ada 1,805 ekor. Tiga hari lepas 1,800 ekor tapi dah beranak, dua tiga hari ini 5 ekor lagi. 1,805 ekor melalui 5 pemilik. Tak boleh ke Kerajaan Negeri melalui belanjawan-belanjawan yang lepas ataupun 3 bilion ini sekadar nak buat satu signboard yang besar sikit yang boleh dibaca “Awas Lembu Berkeliaran”. Tulis ada satu signboard gambar lembu sahaja mungkin orang kampung tak berapa faham yang saya pasti lembu pun tak faham. Mungkin gambar itu tempat dia berkumpul, apatah lagi waktu malam. Tidak dapat dibaca. Saya nak sebut ni sebab sebelum ini saya sebut tentang kehilangan nyawa sudah terlalu banyak. Saya nak menyebut Tuan Speaker, pada 22 Oktober baru-baru ini empat orang anak kecil dengan seorang surirumah menunggu kepulangan ayahnya balik daripada mencari rezeki. Pada waktu malam ayahnya baru berumur 31 tahun anak-anak masih kecil lagi. Punya ternanti-nanti ayah membawa rezeki daripada mata pencariannya. Tiba-tiba dikhabarkan suami kemalangan dan meninggal dunia. Jenazah sudah ada di hospital. Anak yatim ditinggalkan. Apa berlaku apa puncanya? Melanggar lembu. Kemudian tidak sampai satu bulan 13 haribulan baru-baru ini berlaku lagi satu kemalangan. Seorang India membawa melanggar rosak teruk kereta dia. Hampir masuk ke dalam parit. Kejadian pertama di Batu 2 SEPINTAS, kejadian kedua di Batu 4 SEPINTAS. Banyak kali dah. Takkanlah RM3 bilion nak buat signboard seperti itu pun tak mampu nak mengurus. Tak boleh ke panggil 5 orang pengusaha ini? Dulu saya dengar kata nak tagging lembu, nak buat kad pengenalan khas kepada lembu ini. Diletak di telinga dia. Apakah ini sudah berjalan, sudah dikuatkuasakan? Kalau kurang tenaga employ la tenaga. Bayar tenaga untuk sentiasa round buat siasatan, sentiasa round di kawasan-kawasan itu. Ini sangat bahaya. Saya dah sebut dua tiga kali dalam Sidang Dewan Undangan Negeri ni, harap ambil perhatian. Saya harap ada penyelesaian selepas daripada ini.
Kemudian Tuan Speaker, saya nak menyebut tentang beberapa juga perkara berkait dalam antaranya ialah soal, saya tak mendengar dalam persidangan pada kali ini. SABDA disebut walaupun satu perkataan saya tak dengar. Persidangan yang lepas sebut dan saya pun dah buat komen bahawasanya saya kurang meyakini bahawa SABDA ini akan berjaya. Kali ini satu perkataan pun tak keluar dalam belanjawan. Soalan saya: apakah status? Saya dengar-dengar, EXCO boleh tolong jawablah. Kawasan yang diletak sebagai pusat pengeluaran hasil ikan tuna di Sungai Lang itu sudahpun di terminate. Beberapa program yang dicadang sudah pun di terminate. Apakah tidak menyebut itu mengiyakan apa yang saya sebut sebelum ini bahawa saya kurang meyakini projek ini akan berjaya. Jadi saya minta jawapan nanti daripada pihak Kerajaan. Begitu juga soal tempat yang dulunya dikatakan sebagai akan diletak sebagai pusat penyembelihan. Saya juga difahamkan akan di terminate. Jadi, akan di terminate itu, ini menjadi masalah. Pusat penyembelihan yang ada terutama sekali bagi peniaga-peniaga yang saya nak sebut ada seorang peniaga yang mengalami masalah ataupun
beberapa peniaga ayam yang mengalami masalah di dalam DUN Sabak kerana pusat mereka sudah diarahkan untuk ditutup. Yang ada di Kampung Baru. Saya percaya EXCO atau pun ADN Sungai Air Tawar memaklumi tentang tempat ini. Tapi peniaga telah mendapat notis untuk ditutup iaitu Teoh Chun Wah, antaranya. Dapat surat tempat penyembelihan itu kena ditutup. Kemudian Majlis tulis surat beritahu suruh dia cari tempat sendiri. Jadi bila cari tempat sendiri, ini masalah dia mengadu
YB., masa dah tamat.
Ya, ya 2 minit lagi. Sikit lagi. Jadi di mana mereka nak cari tempat kenapa tidak Kerajaan tidak carikan tempat? Sebab alasannya katanya 200 meter dekat dengan sungai. Sedangkan dia sudah beroperasi 10 tahun lebih kurang. Apakah baru sedar tempat itu 200 meter daripada sungai? Jadi beri alasan yang betul-betul dan tolong bantu peniaga untuk dapatkan tempat. Kemudian saya nak menyebut sikit pasal beberapa persembahan YAB. dalam belanjawan pada kali ini. Dia memulakan ayat dengan (dibacakan dalam Bahasa Arab) Mungkin ada yang kata itu kesalahan kecil, tapi saya nak sebut bahawa quote terhadap ayat itu tak betul. Sebab sebelum ini saya percaya bahawa ia telahpun dibentang di semua pihak di semua peringkat. Satunya itu betul Surah Al-Anbiya tapi bukan ayat 17. Itu ayat yang ke-16. Tolong perbetulkan. Tolong perbetulkan. Kemudian bila saya semak dalam ini menyebut bahawa akses dibuka setelah ucapan selesai dibentang saya pun buka. Bila saya buka lagi satu hal. Ayat lain, terjemahan lain. Terjemahan melalui ayat yang ke 16 tapi ayatnya, ayat yang ke 17. Boleh buka. Saya tak fikir yang ini satu...
Yang Berhormat boleh tutup la.
Ya, ya. Ni nak menutup la ni. Dah, dah kecemasan dah ni. Jadi saya harap pihak Kerajaan tolong cermat, tolong perhati bahawa ini antara kelemahan dan kalau perlu pegawai, saya boleh hantar pelajar saya untuk berada di Tingkat 21 untuk tolong cek. Bagi pembentangan Belanjawan-belanjawan yang akan datang nanti. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih. Yang lain yang ada isu saya akan bawa dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa nanti. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Rawang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor atas Pembentangan Belanjawan Selangor untuk 2025 yang
penuh visi dan juga berorientasikan kesejahteraan rakyat. Belanjawan ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan holistik dan menjamin kebajikan rakyat Selangor. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua penjawat awam Selangor. Tahun depan Kerajaan Negeri seiring dengan langkah Kerajaan Persekutuan akan menaikkan gaji penjawat awam. Ini menunjukkan pengiktirafan terhadap jasa dan dedikasi mereka yang menjadi tulang belakang pentadbiran negeri. Ini lah sebabnya kita melihat peningkatan dalam peruntukan emolumen di bawah Belanjawan Pengurusan untuk tahun depan. Itu lah sebabnya peruntukan pengurusan pada tahun depan meningkat. Langkah ni penting bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terpelihara dan semangat mereka untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat Selangor kekal tinggi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Selangor akan menganjurkan Tahun Melawat Selangor pada tahun depan. Satu inisiatif penting untuk merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri. Untuk memastikan kejayaan program ini kita perlu menonjolkan kekuatan dan unik dalam Selangor bagi membezakan kita daripada negeri-negeri lain. Selangor memiliki kelebihan besar dalam sektor dengan izin, medical tourism dengan institusi perubatan bertaraf antarabangsa seperti Sunway Medical Centre, Becon Medical Centre, KPJ serta Selgate. Selangor menawarkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Hal ini dapat menarik pelancong dari dalam ataupun luar negara menjadikan negeri ini destinasi pilihan untuk rawatan kesihatan. Selangor juga mempunyai kekuatan dalam sektor pelancongan perniagaan dan juga perdagangan. Dengan kemudahan logistik bertaraf dunia serta acara antarabangsa yang menarik, Selangor berpotensi menjadi pusat utama pelancongan perniagaan, serantau. Sebagai negeri perdagangan, Selangor memiliki infrastruktur strategik seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang. Setiap tahun Selangor mengadakan persidangan antarabangsa seperti Selangor International Halal Convention dan Selangor International Business Conference tapi malangnya penganjur memilih tempat di Kuala Lumpur. So saya berharap penganjuran itu dapat cadang untuk mengadakan di Selangor supaya pelancongan, perniagaan ataupun perdagangan ini dapat dirancakkan.
Selain itu, Selangor juga berpotensi besar dalam sektor pelancongan pendidikan. Negeri ini menempatkan institusi pendidikan yang bertaraf antarabangsa seperti UM, seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, seperti UiTM dan pelbagai kolej swasta seperti Taylor’s, Sunway, Monach, Nottingham. Pelancongan pendidikan boleh dimanfaatkan kan melalui beberapa siri program seperti program pelan pertukaran pelajar antarabangsa. Selangor boleh mempromosi universiti dan kolej sebagai destinasi pelajar antarabangsa khususnya dari negara-negara Asia. Pakej lawatan pendidikan Selangor boleh memperkenalkan lawatan institusi pendidikan, pusat penyelidikan dan hub inovasi
sebagai tarikan untuk pelancong tempatan dan antarabangsa. Dan juga program latihan dan juga bengkel penganjur kursus jangka pendek dan juga bengkel antarabangsa di institusi pendidikan Selangor mampu menarik pelancong yang ingin meningkatkan kemahiran mereka.
Selain meningkatkan ekonomi pelancongan, pendidikan juga memberi peluang untuk memperkukuhkan reputasi Selangor sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri manfaat keunikan mediacal tourism dengan izinnya business tourism dan juga pelan pelancongan pendidikan sebagai tarikan utama menyediakan insentif kepada universiti dan juga institusi pendidikan untuk mempromosikan program antarabangsa menarik pelajar luar negara, menyelaraskan pelancong pendidikan dengan lebih mampan, pelbagai dan bersaing dengan peringkat global. Pelancongan pendidikan bersama-sama dengan medical tourism, pelancongan perniagaan, pelancongan perdagangan mampu meletakkan Selangor sebagai satu destinasi pelancongan yang holistik dan juga bertaraf dunia. Namun cabaran utama ialah pelancong antarabangsa yang mendarat di Selangor sering memilih melancong di negeri lain seperti di Kuala Lumpur, di Pahang ataupun di Perak. Oleh itu usaha perlu dipertingkatkan untuk memastikan pelancong lebih kekal lama di Selangor dan produk pelancongan yang lebih menarik. Saya berterima kasih juga kepada EXCO Sekinchan yang sentiasa duduk di sini untuk mencatat apa yang kita telah bentangkan supaya masalah rakyat, masalah Selangor ini dapat diselesaikan.
Isu yang kedua adalah saya ingin membawa kos mengurus pengajian IPT yang semakin meningkat. Yang Berhormat Tuan Speaker, kos menguruskan pengajian di universiti, institusi pengajian tinggi semakin meningkat khususnya akibat keperluan teknologi dan juga alat pembelajaran yang makin, semakin kompleks. Saya ingin bagi satu contoh, dahulu I rasanya tidak semua pelajar yang memerlukan komputer riba ataupun gajet peribadi untuk belajar. Kita boleh menggunakan apa alat-alat yang disediakan oleh kolej, disediakan oleh universiti. Namun kini adalah, menjadi satu keperluan wajib kepada semua mahasiswa di dalam universiti. Selain itu kursus tertentu seperti reka bentuk memerlukan peralatan khas yang sangat mahal dan harganya tinggi. Kos ini menambah beban kepada pelajar dan juga keluarga mereka. Ramai pelajar terpaksa bekerja sambilan, kerja part time untuk menampung kos ini sekali gus menjejas tumpuan dan juga kesejahteraan mereka dalam pembelajaran.
So saya ingin mencadangkan satu transformasi hadiah HP IPT kepada bantuan kewangan yang lebih tinggi. Hadiah pengajar IPT dicadangkan untuk membentuk bantuan kewangan yang lebih fleksibel yang membolehkan pelajar membeli keperluan seperti komputer riba dan juga buku. Permohonan bantuan pendidikan perlu dipermudahkan dengan membuka permohonan sepanjang tahun tapi yang seperti yang
sebelum ini agar pelajar dapat akses bantuan ini tanpa kekangan masa. Jumlah bantuan kewangan juga wajar dinaikkan agar sejajar dengan kos semasa dan juga benar-benar membantu pelajar miskin untuk meneruskan pengajian mereka. Dengan langkah ini kita dapat memastikan anak muda Selangor tidak terhalang daripada mencapai potensi penuh mereka hanya kerana kekangan kewangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dengan potensi besar di Jalan Welman, di Rawang. Kawasan ini terkenal dengan kedai barang-barang tradisi, pakaian, makanan dan juga budaya masyarakat India. Bangunan di sini mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun. Namun kurang diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Jalan Welman kerap dikunjungi pelancong dalaman seperti di negeri-negeri jiran Perak dan kawasan sekitar tetapi masalah kesesakan jalan adalah satu halangan yang sangat besar. Saya ingin mencadangkan untuk kawasan ini perlu dinaik taraf dan diiktiraf sebagai Little India di kawasan Rawang untuk meningkat tarikan pelancongan dan merancakkan ekonomi setempat.
Penyediaan ruang pejalan kaki yang lebih luas, pembinaan tempat kereta, letak kereta yang bertingkat, KTM bakal siap sepenuhnya. Itu sebabnya saya ingin mencadangkan supaya selaras dengan menaikkan taraf ini boleh menyelesaikan masalah rakyat di situ dan satu lagi boleh meningkatkan kawasan situ sebagai satu destinasi pelancongan pada masa depan. Saya menyeru agar Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh untuk memajukan Little India Rawang ini dengan kerjasama semua pihak kita dapat memelihara warisan budaya sambil menyelesaikan isu masalah infrastruktur dan juga memperkasakan ekonomi tempatan.
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini atas satu isu lagi adalah kerosakan serius yang berlaku di jalan-jalan yang dibina oleh ICU dan jalan ini dibina sebelum 2008 pada masa Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Jalan -jalan ini dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU sebelum 2018 dan di Rawang ada mempunyai satu jalan namanya Lembah Hijau, Batu Arang yang menghubung kan ke Bandar Tasik Puteri. Keadaan semasa jalan ini mengalami kerosakan yang sangat teruk dan permukaan itu berlubang dan telah lama dibiarkan tanpa penyelenggaraan. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan pergerakan penduduk tapi menjadi satu risiko keselamatan yang serius kepada mereka. Dan kenapa pihak berkuasa seperti PBT, JKR tidak dapat masuk disebabkan ICU sebelum ini mereka ini membina jalan itu di atas tanah mungkin peribadi ataupun tanah yang tidak, bukan di bawah rizab jalan.
So saya rasa patut kerajaan tak kisah la negeri atau persekutuan perlu mempunyai satu penyelesaian untuk mengatasi isu seperti ini. Saya percaya di tempat-tempat lain terutamanya di kawasan luar desa di kawasan desa mempunyai masalah yang sama.
Pembangunan yang tidak lestari hanya menyelesaikan masalah sementara penduduk telah terbiasa dengan mengguna jalan-jalan ini. Oleh itu kerajaan perlu mencari satu penyelesaian jangka panjang tanpa berkompromi terhadap isu yang boleh mengancam nyawa, keselamatan dan kesejahteraan rakyat harus menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang diambil.
So last nya saya ingin menyentuh sedikit isu bahawa blok Pembangkang dalam Sidang Dewan ini kerap menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak mementingkan kebajikan B40 dan juga M40. Sebenarnya blok Pembangkang nampaknya tidak mengkaji Belanjawan ini dengan teliti dan serangan-serangan ini dilemparkan lebih bersifat politik daripada berdasar fakta yang sebenarnya dan kalau kita meneliti apa yang kita Kerajaan Negeri Selangor yang telah laksanakan sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor adalah antara Kerajaan Negeri yang memberi banyak yang paling banyak program kebajikan kepada masyarakat dan juga rakyat terutamanya dalam M40 dan B40. Saya juga ingin menekan satu adalah pelbagai program seperti masa Perikatan Nasional menjadi Kerajaan yang ketika itu harga barang naik, yang ketika tu tak dapat vaksin, Kerajaan Negeri Selangor adalah antaranya paling ke depan untuk menyelesaikan masalah ini dengan mengumumkan pelbagai program seperti vaksin percuma dan juga BINGKAS, Iltizam Selangor Sihat dan juga Jualan Ehsan untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat. So kami memahami bahawa beliau perlu mencari kelemahan tetapi serang sebegini hanya mencerminkan ketidak sediaan untuk melihat inti pati Belanjawan secara objektif. So itu sahaja daripada ucapan saya, sekian terima kasih. Rawang mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Yang Berhormat Sijangkang silakan. 15 minit ya.
Assalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, kerana memberikan ruang kepada saya. Saya kira saya Pembahas terakhir. Esok Penggulunggan.
Esok ada satu lagi Pembahasan.
Terima kasih, alhamdulillah. Terutamanya saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T.. Pun begitu saya kira saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan terutamanya Menteri Besar sendiri yang telah membentangkan Belanjawan Selangor 2025 yang saya kira walaupun sebahagian besar di dalam mukadimah itu adalah angka-angka menunjukkan prestasi Kerajaan Negeri pun saya kira itu adalah baik ya. Tetapi
saya melihat ia sudah tentulah sebagai titik tolak bagaimana kita terus mengemudikan Negeri Selangor. Sabak Bernam tadi dan juga beberapa sahabat yang lain saya kira ruangan ini adalah ruangan semak yang imbang, semak dan imbang yang terbaik kepada Kerajaan Negeri, bukan kita bermain semata-mata untuk bertegang leher antara kerajaan dan juga pembangkang, tetapi sudah tentu ada perkara-perkara yang sangat memberi manfaat kepada kita semua. Ingatan daripada Sabak Bernam tadi, ayat Surah Al-Anbia yang dibawakan oleh Menteri Besar dalam ucapan awalnya. Betul, ayat surah yang ke-17 , cuma ayat yang ke-16 dan saya kira ini ingatan yang sangat baik. Tuan Speaker, saya melihat kalau disebutkan purata pertumbuhan KDNK 7.4 % meningkat keluar daripada jangkaan, kemudian kutipan hasil yang meningkat daripada cukai ataupun terutamanya daripada premium. Kita akui ya, ini satu manfaat yang sangat baik. Tetapi angka-angka seperti ini bukan semestinya apabila kita katakan reserve kita besar di Negeri Selangor kita nak tunjukkan kita mampu untuk menyimpan itu sahaja. Tetapi bagaimana kita dapat menggunakan reserve kita ini untuk rakyat. Kebaikan kepada Negeri Selangor dan akhirnya dia menjana kepada ekonomi Negeri Selangor.
Begitu juga, saya kira dengan kemampuan Kerajaan Negeri untuk melunaskan hutang kepada pusat, hutang operasi air, juga hutang Amanah Saham Selangor ya. Kita sambut dengan cukup baik. Tetapi saya kira apakah selepas daripada itu, dengan kekuatan kewangan kita yang ada, dengan kekuatan mungkin Air Selangor yang kita ada, adakah kita juga kerajaan juga berfikir untuk memberikan satu manfaat yang lebih baik kepada rakyat selepas ini. Sebagai contoh, mungkin difikirkan semula Saham Air Negeri Selangor yang mungkin ia juga secara tidak langsungnya kalau kita berikan kepada kumpulan B40 dia juga memberikan sedikit imbuhan kepada rakyat Negeri Selangor. Jadi saya kira kita terlalu bergantung kepada kutipan premium yang mana saya kira di Negeri Selangor ini hutan kita sekadar hanya 30 % tanah yang kita ada sebagainya. Tepu untuk kita bangunkan dan kita tak boleh bergantung selama-lamanya kepada premium tanah dan saya kira Kerajaan Negeri harus ada satu strategi yang lebih baik bagaimana kita dapat mengutip hasil yang lebih daripada itu. Walaupun kita penyumbang besar KDNK negara kita. Lebih daripada 25 %, tetapi bagaimana untuk satu jangka masa panjang. Hari ini kita kena mulakan. Walaupun mungkin dividen daripada GLC dan juga GLIC di dalam Negeri Selangor itu sendiri yang dimaklumkan pada hari ini kita sudah mengutip RM30 juta daripada anak-anak syarikat termasuklah MBI, LUAS, PKNS, Worldwide Holdings Berhad dan kita sasarkan RM40 juta sehingga hujung tahun ini.
Tetapi adalah di situ juga bagaimana kita berusaha untuk memperkasakan, memberdayakan GLC-GLC kita untuk terus memberikan sumbangan sebagai punca pendapatan kita yang saya kira kalau dibuat secara yang baik kita mampu untuk mendapatkan kutipan-kutipan yang lebih besar daripada itu. Bukan hanya sekadar GLC ataupun GLIC kita mendapat tanah daripada kerajaan kita bangunkan, bayar premium,
itu sahaja. Tetapi apa multiplying effect yang boleh GLC-GLC kita ini memberikan yang akhirnya juga memberikan pendapatan kepada Negeri Selangor. Kerana saya melihat sebahagian besar daripada GLC itu walaupun itu mungkin objektif je, pembangunan, kawasan perumahan dan sebagainya tetapi sudut pemberdayaan dan kepercayaan kepada rakyat terutamanya apabila GLC kita ini membangunkan pembangunan-pembangunan perumahan sebagai contoh, saya mengambil contoh mungkin PKNS suatu ketika sebelum ini kita dengar pembangunan perumahan di Shah Alam sendiri oleh PKNS, tanah mendap.
Baru-baru ini juga berlaku di kawasan saya pembangunan oleh PKNS tanah diberikan secara boleh dikatakan percuma untuk penempatan semula penduduk di Batu 9, Kebun Baru. Tetapi risikonya, hari ini sudah keluar dalam berita. Tanah mendap di kawasan pembangunan itu. Ini yang kita tidak mahu, bukan sahaja mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri tetapi kepercayaan oleh rakyat kepada GLC-GLC kita ini yang diberikan amanah tidak dapat berlaku dengan sebaiknya. Begitu juga kalau saya nak katakan dengan PNSB, jejambat di Bandar Saujana Putera makan masa yang begitu lama. Pembangunan Ladang Sungai Manis yang mungkin betul kerja tanahnya lebih baik, Air Manis. Dia baik tetapi dia tidak sepadan dengan sepatutnya apa yang berlaku. Jadi, Tuan Speaker, saya melihat bahawa potensi-potensi besar sebenarnya oleh GLC-GLC kita untuk menyumbang sebagai punca pendapatan kepada negeri di masa akan datang.
Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkaitan beberapa perkara yang mungkin kebetulannya tadi Sabak Bernam pun ada menyebutkan isu yang berkaitan dengan keterjaminan makanan. Hari ini ya kita berhadapan dengan ragam iklim, kita berhadapan dengan taburan hujan yang tidak menentu walaupun bukan di musim tengkujuh hujan turun dengan lebat. Akhirnya Shah Alam sendiri yang kerap berlaku banjir kilat. Ini memberikan impak yang sangat tidak baik. Terutamanya kepada pelabur-pelabur kita. Saya tidak pasti sama ada inisiatif-inisiatif untuk mitigasi banjir yang pernah disebutkan di dewan yang mulia ini benar-benar berlaku atau pun tidak. Cuma saya nak tanya kepada kerajaan antaranya adalah projek Kompleks Sukan Shah Alam yang dahulunya kita dimaklumkan bahawa kos yang agak besar itu sebahagiannya adalah disebabkan oleh komponen mitigasi banjir yang saya kira dihadapi agak besarlah. Soal banjir di Shah Alam ini dan saya mendapat jawapan bertulis bahawa komponen-komponen pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam ini tidak ada perubahan, masih tetap berlaku dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2023 tetapi saya nak mendapatkan kepastian sama ada mitigasi banjir ini masih lagi diteruskan ataupun tidak. Sebab kalau ia nya dilakukan sebaik mungkin, mungkin banjir yang berlaku di Shah Alam ini tidak berlaku selepas ini ataupun tidaklah seteruk seperti mana yang berlaku sebelum ini. Keduanya adalah berkaitan yang berkait rapat dengan Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang mana muka sauknya itu ataupun System Revert of Loji Rawatan Air Sungai
Rasau itu adalah sebahagian daripada mitigasi banjir dan saya dimaklumkan dalam jawapan bertulis bahawa sepatutnya pada 1 Januari 2024 projek yang di bawah Kerajaan Persekutuan itu sudah mula dioperasikan.
Tetapi sehingga pada hari ini, ia masih belum ada lagi keputusan daripada Kerajaan Pusat berkaitan dengan kontraktor yang akan mengoperasikan muka sauk kita. Saya mengharapkan kekhuatiran juga saya pada musim tengkujuh ini dia akan menyebabkan banjir yang selalu kerap berlaku terutamanya di Kampung Lombong, Kampung Jaya Sepakat di kawasan muka sauk loji rawatan air Sungai Rasau itu. Kemudian saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan soal keterjaminan makanan. Sedikit juga disentuh oleh Sabak Bernam tadi yang saya kira di dalam ucapan bajet kerajaan saya kira tidak ada satu fokus yang serius untuk melihat keterjaminan makanan untuk rakyat Negeri Selangor. Saya faham sumbangan pertanian kepada Negeri Selangor adalah terlalu kecil, tetapi sekurang-kurangnya kita akan menghadapi jangkaan musim kemarau 2025 sehingga 2035, 10 tahun yang hanya tinggal beberapa ketika lagi kita akan berdepan dengan musim kemarau. Kalau betul jangkaan unjuran itu, tahun 2025 saya kira kita kena memberikan fokus yang sangat besar terutamanya daripada soal keterjaminan makanan. Kita khuatir India mula tidak mengeksport beras kepada negara kita.
Hari ini, pendapatan ataupun hasil daripada sawah. Kalau dulu kita boleh banggakan di Sekinchan, 10 hingga 12 tan sehektar. Saya dimaklumkan hari ini sudah mula menyusut, apatah lagi dengan kawasan-kawasan lain dan mengatasi masalah-masalah kemarau yang mungkin akan kita hadapi sudah tentunya lah sumber-sumber air untuk petani ini harus kita lihat secara serius supaya akhirnya ini dapat kita selesaikan. Begitu juga dengan sumber makanan yang lain, kalau yang tadi padi sebagai makanan ruji, punca karbohidrat, bagaimana pula dengan sumber protein kita, keterjaminan makanan untuk sumber protein kepada rakyat Negeri Selangor, begitulah juga dengan sayur-sayuran, kalau hari ini PKPS memainkan peranan yang cukup besar dalam sekurang-kurangnya membantu pengeluaran sumber protein, ayam, telur dan juga ternakan-ternakan yang lain tetapi apakah unjuran kita untuk terus memantapkan sumber keterjaminan makanan kepada rakyat di Negeri Selangor ini. Sayur pula sebagai contoh. Kita maklum Johan Setia sebahagian ribu hektar di situ sebagai kebun sayur yang diusahakan oleh sebahagian besarnya adalah Bangladesh menjadi sumber sayur utama juga kepada Negeri Selangor. Saya kira kerajaan juga harus melihat kalau sebelum ini kita katakan kita nak majukan tanah-tanah terbiar ataupun tanah-tanah kerajaan yang tidak, belum dimanfaatkan lagi untuk tujuan-tujuan pertanian. Saya juga nak tanya kepada EXCO bagaimana pada hari ini kita dapat menggunakan tanah-tanah ini dengan mungkin teknologi-teknologi yang terbaik untuk pertanian hatta mungkin kita boleh mendirikan satu kesedaran kepada rakyat supaya hari ini rakyat akan memulakan bercucuk tanam untuk kegunaan apabila kita benar-benar menghadapi krisis keterjaminan makanan yang serius
di masa akan datang. Sebab itu saya kira ini adalah projek-projek yang ataupun fokus-fokus yang penting untuk kita bangunkan. Kemudian saya ingin juga menyentuh
Nak ingatkan Yang Berhormat ada 1 minit je.
1 minit lagi ya. Agak malang ya kepada, besok ada lagi ke.
Bukan, tak ada dah teruskan. Hari ini sahaja.
Kemudian saya nak sentuhlah berkaitan dengan proses program-program pemutihan di Negeri Selangor ini. Terutamanya kilang tanpa kebenaran, industri kitar semula dan juga barang lusuh dan juga burung walit yang saya kira bukan sebab Sekinchan tetapi saya kira ini antara isu yang telah kita cuba tangani begitu lama. Kalau isu kilang tanpa kebenaran ini semenjak 2006 hari dan hari ini sudah 2024 hampir 20 tahun kita tidak dapat selesaikan. 7 kali dah kita bagi apa ini tempoh lanjutan saya kira ini harus dilihat dengan baik bagaimana kita dapat mengatasi apatah lagi disebutkan bahawa kita rugi RM150 juta sebab kita tidak dapat kutip daripada isu kilang tanpa kebenaran dan last minta speaker.
5.30, terus 30 saat ya Yang Berhormat.
30 saat ya, ini isu yang realiti berlaku di kawasan saya berkaitan dengan industri kitar semula dan juga barangan lusuh. Kalau dalam soalan bertulis saya dikatakan bahawa di Kuala Langat ini tidak ada satu pun industri kilang lusuh dan kilang kitar semula dan juga barang lusuh ini yang lokasinya tidak memenuhi syarat. Tetapi saya melihat ada beberapa keadaan yang saya kira dia menjadi masalah kepada masyarakat tempatan. Satu sebagai contoh, saya ambil satu di Sungai Manggis kawasan sahabat saya Banting, EXCO yang mana tanah lot di situ juga dibuat barang lusuh. Jadi pertelingkahan di antara pemunya-pemunya lot bergaduh.
Terima kasih Yang Berhormat.
Dan kemudian saya dengar EXCO nak bagi, nak naik taraf jalan bila jadi isu ini dia pula tak benarkan jadi masalah kepada ini dan saya harapkan saya kira EXCO mungkin tak dapat nak suarakan tetapi boleh mengambil tindakan untuk kebaikan kepada rakyat Negeri Selangor.
Terima kasih.
Jadi apa pun terima kasih saya mengharapkan ada tambahan, tetapi tak ada tambahan.
5.30, kita lanjutkan sehingga 5.30 tadi. Esok tak ada.
Tetapi Timbalan Speaker ada kuasa untuk menambah masa lagi kan.
Usul yang dibawa hanya untuk 5.30 sahaja tadi. Terima kasih, terima kasih banyak.
Terima kasih Tuan Speaker, sekadar itu Assalamualaikum W.B.T.
Bincang di luar pula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 5.30 petang dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 hingga hari esok 21 November 2024 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)