Selangor · 21 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · not final · 493 turns · 47,142 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 21 November 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, membentangkan kertas mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bil.40 Tahun 2024 – Maklum balas Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) bagi Dewan Negeri Selangor berhubung Projek Selangor Maritime Gateway. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat sekalian saya mengalu-alukan kehadiran semua ke sidang Dewan Negeri Selangor pada pagi ini. Marilah kita mulakan sesi ini dengan penuh tekad dalam melaksanakan tanggungjawab kita. Sebagai wakil rakyat, demi kepentingan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Dewan juga ingin mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada Mahasiswa di bawah DUN Bukit Melawati Kuala Lumpur, eh Kuala Selangor sorry seramai lapan (8) orang yang diketuai oleh Encik Mohd Firazo bin Zulkifli. Untuk sesi pagi ini kita mulakan dengan sesi soalan-soalan lisan daripada Ahli Dewan Negeri dipersilakan Yang Berhormat Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Buah saga hanyar tanam, soalan saya nombor 36.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Sukan PermotoranQuestions

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Apakah telah ada cadangan lokasi / jalan raya yang sesuai dikemukakan untuk dijadikan litar lumba rakyat atau sprint / drag?

b)

Adakah pihak kerajaan telah melakukan kajian impak-sosial dan alam sekitar terhadap cadangan lokasi kawasan dan laluan jalan raya yang mahu dijadikan litar lumba rakyat atau sprint / drag?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tak prepare lah pantun. Tak boleh nak jawab. Terima kasih Y.B Tuan Speaker, Terima kasih Y.B Sungai Panjang. Soalan Sungai Panjang nombor 36. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong segala usaha untuk memajukan sukan permotoran di Negeri Selangor. Antara usaha yang dijalankan adalah dengan membina sebuah litar lumba. Sehubungan itu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor telah mengenal pasti beberapa lokasi tapak cadangan seperti di Mukim Batu Sungai Tua Gombak, Jalan Panglima Besar Sungai Gumut, Kampung Pasir Putih Kalumpang dan Lembah Beringin. Namun semua lokasi tapak cadangan tersebut tidak sesuai bagi tujuan pembangunan litar lumba. Justeru itu, PTG Selangor akan mengkaji semula dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti tapak yang lebih bersesuaian agar usaha dalam merealisasikan pembangunan Kompleks Litar Lumba ini dapat merangkumi segala aspek kejuruteraan, ekonomi, kesan alam sekeliling serta jaminan penggunaan optimum pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, untuk makluman buat masa ini, Kerajaan Negeri lebih menumpukan usaha untuk mengenal pasti tanah Kerajaan bagi tujuan pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA). Pada tahun 2020 satu lokasi tapak cadangan telah dikenal pasti bagi tujuan pembangunan Kompleks Litar Lumba yang mempunyai keluasan 40 ekar di Mukim Batu, Sungai Tua, Gombak. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah melantik perunding bagi menjalankan kajian kemungkinan dengan izin, feasibility study di kawasan tersebut yang melibatkan kajian dari aspek kejuruteraan, ekonomi, kesan terhadap alam sekeliling dan impak sosial. Pihak perunding telah mengemukakan hasil kajian seperti berikut; pertama berdasarkan keluasan kawasan 40 ekar, anggaran panjang maksimum litar lumba yang dapat dihasilkan adalah 2.25 kilometer. Ianya tidak dapat digunakan bagi drag racing (400m Straight Line Race) kerana jarak litar lurus yang dapat dihasilkan hanya sejauh 340-meter jika dibandingkan dengan panjang minimum termasuk keselamatan yang diluluskan adalah sejauh 600 meter. Kedua, terdapat aliran sungai pada kawasan kajian dan air sungai tersebut berakhir di Empangan Batu, Sungai Tua. Jika kerja-kerja dijalankan seperti kerja tanah dan berlaku hujan, ia akan memberi kesan kepada air sungai serta menjejaskan kebersihan empangan tersebut. Perkara ini akan menyebabkan bekalan air terganggu kesan daripada pencemaran.Ketiga, kawasan tersebut juga termasuk di dalam Aspek Environmental Sensitivity Area (ESA). Berikut adalah ciri-ciri teratas ESA di kawasan tersebut; pertama ESA Rank 1 : Terdapat kawasan tadahan air iaitu Empangan Batu dan hutan simpan. Kedua, ESA Rank 2 :

Terdapat aliran Sungai Batu dan anak sungai dan ketiga ESA Rank 3, terdapat kawasan cerun dengan ketinggian 150 meter hingga 300 meter dan yang keempat menurut Management Criteria bagi ESA Rank 1 menjelaskan bahawa tiada pembangunan atau pembalakan yang dibenarkan kecuali kerja pembangunan yang memberi kesan sedikit pada alam semulajadi seperti eko-pelancongan, pusat kajian serta pendidikan alam.

Kesimpulan dari kajian yang dijalankan, pihak perunding mencadangkan agar pembangunan bagi projek litar lumba tersebut tidak sesuai dijalankan di kawasan Sungai Tua, Gombak kerana ia telah melibatkan Environmental Sensitivity Area Rank 1 di samping melibatkan kos yang tinggi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan

Timbalan Speaker

Silakan Gombak Setia

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat EXCO, saya ingin bertanya soalan tambahan berkenaan dengan litar lumba tadi. Maksudnya, apakah cadangan untuk membangunkan litar lumba itu telah dibatalkan ataupun ianya masih lagi hendak diteruskan oleh Kerajaan Negeri dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang lain sebab setahu saya ianya telah pun dimasukkan dalam belanjawan 2019 lagi. Jadi sebab itu saya nak tanya apakah projek pembangunan litar lumba rakyat ini dibatalkan terus ataupun ianya nak dialihkan tetapi bila dan di mana, isunya? Bila akan siap? Ia telah dibajetkan pada tahun 2019 dan jadi adakah 2020 berapa atau 2030 berapa baru nak siap? Sebab saya kira penting saya melihat salah satu alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sungai Tua Ketika itu, ialah pembangunan litar lumba rakyat ini akan melengkapkan kemudahan yang ada di litar lumba Sepang yang kita ada pada hari ini.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik terima kasih yang Berhormat Gombak Setia. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga hari ini tiada lagi cadangan pembatalan terhadap Projek Pembangunan Litar Lumba tersebut cuma yang dijelaskan tadi adalah dari segi kesesuaian lokasi. Ia tidak sesuai dibangunkan di kawasan Sungai Tua dan buat masa ini kita sedang mengenal pasti tapak yang sesuai dan sekiranya di peringkat Yang Berhormat mungkin Sungai Panjang kalau ada lokasi mungkin boleh dicadangkan. Dia Sungai Panjang juga sebab Sungai Panjang ini dia special setiap kali sidang dia akan bawa persoalan tentang permotoran. Tetapi dia tidak pernah cadangkan buat di kawasan dia lagi. Jadi kalau ada dalam kawasan Sungai Panjang itu yang sesuai mungkin kita boleh buat kajian dan sekiranya ada keperluan boleh kita bina di situ. Terima kasih

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan tambahan

Timbalan Speaker

Satu lagi Sungai Panjang

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sebelum soalan tambahan, sedikit pemakluman lah. Kejayaan anak-anak kampung dalam Sukan Permotoran Peringkat Antarabangsa dan juga Peringkat Nasional dalam kategori Super Open di Songkhla Thailand anak muda dari Meor Auto Work, champion, Nombor 1 dan Kategori Kereta Terlaju di Malaysia tetapi tidak dapat pengiktirafan di Malaysia cuma di peringkat Antarabangsa. Yang kedua, Malaysia Fastest 2ZZ semua motor RXZ juga mendapat champion. Ini anak-anak kampung. Jadi, pertanyaan Sungai Panjang ada dua pertanyaan. Pertama, apakah kerajaan ada perancangan untuk menaja pelumba-pelumba yang telah mengharumkan nama negara dan juga negeri Selangor ini?. Sebab kita telah ramai sebelum ini. Sebelum ini kami telah menaja motor dan sebagainya tetapi mereka tidak boleh untuk terus kerana kekangan kewangan dan juga tajaan dari pada penaja-penaja. Yang kedua, kita lihat litar lumba di Selangor pun ada tetapi aktiviti lumba haram ini masih lagi ada di malam minggulah kalau kita tengok di Klang ada tempatnya, di Tanjung Karang pun ada tempatnya. Jadi kenapa aktiviti ini masih lagi berleluasa sedangkan litar-litar lumba ini ada di negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Soalan yang pertama tadi tentang sama ada Kerajaan Negeri berhasrat ataupun berminat untuk menaja wakil-wakil ataupun anak-anak muda yang mencipta kejayaan di peringkat Antarabangsa dalam Sukan Permotoran, kita memang menilai daripada pelbagai segi cuma sukan permotoran ini dari segi kos itu memang tinggi tetapi kalau nak dapatkan penajaan daripada anak-anak syarikat negeri itu kita boleh bincangkan macam sekarang ini pun ada syarikat-syarikat persendirian misalnya PETRONAS ada menaja ataupun membangunkan atlet-atlet permotoran ini cuma di peringkat Negeri Selangor ini kita secara khusus tidak ada lagi lah yang kita taja untuk pergi ke hadapan tetapi kita boleh bincang dengan mungkin kalau Yang Berhormat ada contact ataupun hubungan dengan wakil-wakil ini boleh kita boleh bertemu dan kita lihat kepada kesesuaian dan keperluan sama ada mereka ini boleh kita taja menerusi anak-anak syarikat kita

Dan untuk soalan kedua, tentang gejala rempit walaupun telah ada litar di banyak tempat di Negeri Selangor. Untuk makluman, itu memang antara masalah yang bukan hanya negeri Selangor hadapi masalah Mat Rempit ini. Negeri-negeri lain pun ada. Bahkan di Sepang kawasan yang ada Litar Sepang pun ada budaya rempit juga itu dalam keadaan ada litar paling besar di Malaysia tetapi kita lihat kepada keperluan. Maksudnya litar ini bukan kita sediakan semata-mata untuk mengatasi masalah merempit, yang penting

adalah sejauh mana kita educate ataupun dengan izin mendidik anak-anak muda ini dan daripada semasa ke semasa kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk mendekatkan diri, menyantuni mereka dan saya kira perlu juga kita ambil contoh negeri-negeri yang menyantuni secara langsung terlibat dalam bidang permotoran misal kata Terengganu baru-baru ini saya lihat ada buat inisiatif menyantuni komuniti RXZ yang kita Negeri Selangor sedang dalam proses melihat kepada kesesuaian dan keperluan untuk kita juga mungkin boleh meneroka peluang-peluang dan juga aktiviti yang sama dalam mana kita nak mendekat dan menyantuni segmen anak muda ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Cukuplah dua sahaja soalan tambahannya. Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 37.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Pemulihan Perumahan PprQuestions

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Bagaimanakah proses pemulihan sedang dijalankan untuk perumahan PPR yang banyak tidak dihuni, termasuk isu pemindahan tidak rasmi serta masalah penyewaan haram?

b)

Apakah status pemutihan terakhir secara terperinci?

c)

Adakah mempunyai rancangan untuk menambah rumah PPR bagi golongan miskin masyarakat B40?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Yang Berhormat Kota Kemuning ada menyatakan tiga (3) soalan. Yang pertama, bagaimanakah proses

pemulihan sedang dijalankan untuk perumahan PPR yang banyak tidak dihuni, termasuk isu pemindahan tidak rasmi serta masalah penyewaan haram dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah melantik Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) sebagai agen pengurusan bagi Program Perumahan Rakyat Kampung Baru Hicom, Shah Alam. Unit-unit kosong sedia ada dan dikenal pasti terdapat berlaku kerosakan yang memerlukan pembaikan yang besar atau major disebabkan terdapat segelintir penyewa yang keluar daripada sewaan unit tanpa memaklumkan kepada pengurusan PHSSB dengan meninggalkan unit tersebut dalam keadaan rosak dan dipenuhi barang-barang terbuang serta berkeadaan kotor. Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan pembaikan bagi 20 unit dan kerja-kerja baik pulih sedang dilaksanakan pada masa ini sebelum dimasukkan penyewa baru. Terdapat juga baki sebanyak 13 unit yang sedang dibaik pulih kerja-kerja tersebut dan akan disiapkan dalam peruntukan tahun 2025.

Berkenaan dengan pemindahan yang tidak rasmi iaitu soalan (b) status pemutihan bagi ini masalah penyewaan haram, PHSSB telah menjalankan operasi bancian ke unit pada bulan Januari 2024 dan Februari 2024. Terbaru pada 25 September 2024 bagi beberapa unit yang masih belum dibanci kerana ketiadaan penghuni rumah untuk dijalankan pembancian. Daripada operasi bancian tersebut, PHSSB telah mengenal pasti unit-unit yang dihuni oleh bukan penama asal atau sewa atas sewa iaitu sublet termasuk juga berdasarkan aduan daripada penduduk PPR sendiri. Jadi kadang-kadang mereka ini penyewa asal keluar memberi kepada anak dia mungkin, dia tinggalkan dan bagi kepada anak tanpa memberi tahu kepada pihak pengurusan. Ini menyebabkan berlakunya sublet. Dan kadang-kadang kita tidak dapat kesan kita buat bancian mereka tiada di rumah. Dan kita hanya berpandukan juga kadang-kadang laporan daripada jiran-jiran yang menyatakan berlakunya sublet rumah-rumah tersebut. Kerjasama daripada penduduk yang saya sebutkan tadi melaporkan perkara ini dan kita akan ambil tindakan.

Sehubungan dengan itu status pemutihan terakhir yang telah dijalankan oleh PHSSB bagi tahun 2024 sebanyak 29 notis telah dikeluarkan kesalahan sublet di Kampung Baru Hicom Shah Alam. Saya bacakan status dia, telah keluar sekarang 17 unit ya, 17 unit dan dibawah Skim Smart Sewa ada 1. Pengakuan penama asal yang tinggal ada 5 lagi, masih pemantauan dan pemotongan untuk api dan air yang kita buat ada 2 unit dan tempoh pengosongan belum tamat ada 4 lagi ertinya kita dah hantar notis masih dalam tempoh untuk pengosongan ada 4 unit lagi. Kerajaan Negeri sedang berkerjasama dengan pihak Kementerian Perumahan Tempatan bagi merancang membangun Program Rumah PPR di negeri Selangor bagi membantu golongan B40 terutamanya mereka di bawah kemiskinan dan buat masa ini ada dua (2) projek yang sedang dirancang dan mendapat kelulusan iaitu PPR Kampung Ahmad Razali, Sepang

melibatkan pembinaan sebanyak 200 unit di atas tanah milikan LPHS dan telah diluluskan oleh KPKT pada tahun 2023. Pelaksanaan akan dibuat pada tahun 2025.

Yang kedua iaitu PPR Harmoni Madani di Bestari Jaya, Kuala Selangor melibatkan pembinaan sebanyak 245 unit di atas tanah milikan asal oleh Bestari Jaya Cities Sdn. Bhd. melalui serahan tanah kepada Kerajaan Negeri sebagai tanah kerajaan dan pemilikan tanah dibuat kepada Lembaga Perumahan dengan PRIMA dilantik sebagai agensi pelaksana. Projek ini telah diluluskan oleh KPKT projek PPR baharu iaitu pada tahun ini pada tahun 2024 terima kasih Yang Berhormat

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, silakan Kota Kemuning

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat EXCO, soalan saya apabila kita membuat pemutihan kita mendapati bahawa penghuni sebenar tidak tinggal di rumah tersebut tetapi disewakan. Apa rungutan yang selalu saya terima sama ada proses pemindahan rumah itu kepada penyewa tersebut bolehkah perkara itu dijalankan, adakah ia dibenarkan dalam proses pemutihan ini.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita tidak lah mengambil jalan dekat ya. Kalau dia sublet kita pun ada pertimbangan sebab itu syarat-syarat permohonan PPR ini pertama, mestilah warga Malaysia. Permohonan pasangan juga mesti warga Malaysia kalau dia sublet kan kepada bukan warganegara, maka kita tidak boleh pertimbangkan. Kedua bertaraf perkahwinan dan mempunyai hubungan sama ada dia bapa atau ibu tunggal yang boeh dipertimbangkan dan umur 18 tahun ke atas dan pendapatan seisi rumah RM3,000 dan ke bawah. Yang ini tangah di bincangkan lagi mungkin RM5,000 ke atas. Dasar sekarang masih lagi RM3,000 dan tinggal serta bekerja di Selangor. Tak boleh sewa kat sini kerja di Perak atau Negeri Sembilan. Kemudian tidak memiliki rumah atau tanah. Itu antara dasar-dasar kita dan kalau kita lihat di sublet mungkin boleh dipertimbangkan kerana atas desakan kehidupan dan sebagainya. Jadi kita akan membantu insya-Allah.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan soalan

Timbalan Speaker

Silakan sungai Ramal

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Speaker, Yang Berhormat EXCO mengenai perumahan ini saya percaya semua kita sedar bahawa the demand, kemahuan serta tuntutan dari Rakyat Selangor sangat tinggi. Sebab Kita punya penduduk yang sangat ramai. Saya pernah bertanya kepada Yang Berhormat mengenai cadangan untuk merobohkan perumahan bertingkat yang lama, yang usang yang tidak

dihuni oleh pemiliknya dan Yang Berhormat menjawab soalan ini untuk mengkaji. Jadi apakah sudah siap kajian itu dan apakah dalam tempoh terdekat ini kerajaan ada hasrat untuk merobohkan rumah-rumah lama ini dan dibina semula untuk keperluan golongan B40. Terima kasih.

Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

: Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Yang ini memang ada kita ada jawab sebelum ini dan masih dalam perancangan dan kita lihat baru-baru ini saya ada membuat satu program dipanggil Rewang Community di Semenyih di mana ada kawasan perumahan ini yang banyak blok dia daripada A sehingga X cuma tiada Y, Z sahaja. Ini penghuninya begitu ramai dan kita lihat bangunan ini terlalu uzur dan ada juga kita bincang untuk buat redevelopment balik. Tetapi bukan mudah proses ini kerana kita perlu mendapatkan kelulusan dan persetujuan dari semua penduduk jadi satu perkara yang agak rumit tetapi ke arah itu kita tengah bincangkan kerana untuk memindahkan mereka ini, kita mesti memerlukan dulu bangunan khusus untuk mereka. Sebelum kita pindahkan. Jadi kalau kita mengharapkan mereka ini dipindahkan, development buat kemudian, ini tentulah menjadi kekangan untuk mereka meneruskan tempat tinggal dan sebagainya. Jadi, terima kasih yang ini memang ada cadangan kita untuk buat balik semula redevelopment bagi kawasan-kawasan yang telah melebihi 30 tahun dan sebagainya. Terima kasih

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sekarang Yang Berhormat Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Sungai kandis soalan nombor 38.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Lesen Perniagaan Kepada Warga AsingQuestions

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah lesen perniagaan yang telah dibatalkan oleh PBT yang telah menyalahguna lesen milik tempatan kepada warga asing sejak 3 tahun lepas?

b)

Berapa kerapkah operasi penguatkuasaan bagi membanteras premis yang beroperasi oleh warga asing menggunakan lesen tempatan?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Sungai Kandis. Jumlah lesen perniagaan yang telah dibatalkan oleh PBT kerana menyalahgunakan lesen dengan menyewakan lesen kepada warga asing adalah seperti berikut:

PIHAK BERKUASA TEMPATN BILANGAN LESEN PERNIAGAAN DIBATALKAN BIL OPERASI YANG TELAH DIJALANKAN BAGI MEMBENTERAS PREMIS YANG DIOPERASIKAN OLEH WARGA ASING MBSA 0 79 MBPJ 0 12 MBSJ 16 34 MBDK 0 12 MPSELAYANG 0 37 MPKj 3 57 MPAJ 0 0 MPSEPANG 0 7 MPKL 3 31 MPKS 2 5 MPHS 5 2 MDSB 3 46 JUMLAH 32 322

Sekian terima kasih.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Soalan tambahan Y.B EXCO. Berapa ramaikah pemilik lesen perniagaan tempatan didapati menyewakan lesen mereka dengan aktiviti ini dan yang kedua adakah, Kerajaan Negeri Selangor sudah atau pernah mengarahkan PBT untuk membatalkan atau menyenarai hitamkan lesen perniagaan yang disewakan. Soalan pertama dah jawab tadi.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Oleh sebab Sungai Kandis bertanyakan berapa jumlah. Itu tiada dalam soalan ini jadi tambahan ini saya bagi jawapan bertulis. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Silakan Seri serdang.

Yang berhormat Speaker dan Yang Berhormat EXCO. Apakah pandangan Yang Berhormat EXCO untuk kerjaan Negeri Selangor untuk ada satu enakmen baru khusus menangani masalah perniagaan warga asing ni. Sebab sekarang ini ada satu lagi isu seperti di dalam Dewan yang lepas. Warga asing ni dia berkahwin dengan warga tempatan. Tidak kisah lah sama ada isteri atau suami itu bukan warga tempatan tapi sebenarnya matlamat perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan lesen-lesen yang ada di dalam kawasan kita. Bersedia tak atau ada perancangan dari pihak kerajaan kita adakah satu enakmen untuk kita mengekang gejala ini supaya tidak lebih berleluasa. Terima kasih

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Satu pertanyaan tambahan yang begitu baik di mana memang wujud di lapangan, Tuan Timbalan Speaker, wujud di lapangan banyak warga-warga asing dah lama di Malaysia ini mereka pun dah serasi dengan warga tempatan dan mungkin ketampanannya dan mungkin kegantengannya, kacak dan sebagainya dia menarik minat warga tempatan. Jadi berkahwin mereka. Ini yang diceritakan oleh Seri Serdang. Berkahwin, akhirnya mereka gunakan peluang tersebut utk berniaga. Itu yang betul-betul cinta sejati. Itu cinta sejati ya, sama ada perempuan atau lelaki cinta sejati, merpati sejoli cinta sejati.

Namun ada yang mereka bukan cinta sejati. Cinta olok-olok iaitu cinta opportunist, cari peluang. Dia bukan macam pembangkang, dia opportunist. Dia opportunist, dia nak cari peluang gunakan perkahwinan itu untuk berniaga. Itu wujud di lapangan. Jadi ini cinta yang tidak sejati ni kita akan cari ruang dan peluang dengan bagaimana kita tambah baik. Memang wujud di lapangan di sana sini kadang-kadang sukar kita nak buat penguatkuasaan. Kita pergi ke sana, nama isteri warga tempatan tetapi belakangnya siapa?, warga asing. Itu yang selalu berlaku. Jadi kita akan kerjasama dengan semua agensi kita cari bagaimana keperluan untuk hendak ubah satu dasar itu memang ada tetapi kita kena cari bincang balik bagaimana untuk mengatasi. Mereka ini memang pandai. Maklumlah Malaysia ini lubuk emas. Mereka suka datang dan senang untuk mereka cari nafkah hidup. Jadilah ini tarikan untuk mereka. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih yang berhormat EXCO. Soalan seterusnya Yang Berhormat Ijok.

Dhulur ku lanang wong Sekinchan, soalan Ijok nombor 39, dengan izin.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Kadar Penggajian Di Negeri SelangorQuestions

39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk memastikan kadar gaji minimum RM1,700 dilaksanakan di negeri ini?

b)

Berapakah purata gaji dan pendapatan median di Negeri Selangor ketika ini dibandingkan dengan negeri-negeri lain?

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Ijok kerana membawa isu kadar penggajian di Selangor ada dua (2) soalan pertamanya adalah, apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk memastikan kadar gaji minimum RM1700 dilaksanakan di negeri ini. Kedua berapakah purata gaji dan pendapatan median di negeri Selangor ketika ini dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Tuan Timbalan speaker, seperti mana Yang Berhormat Ijok sedia maklum. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan kadar pelaksanaan gaji minimum iaitu RM1,700 bermula tahun 2025. Kerajaan Negeri sudah pasti akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kadar gaji minimum iaitu RM1,700 dilaksanakan di negeri ini selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Kerjaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019 telah menetapkan gaji minimum nasional RM1,200 bagi sektor swasta di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak pula adalah RM1,100. Sebagai salah satu negeri yang maju dan mempunyai ekonomi yang lebih berkembang, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah lebih proaktif untuk meningkatkan kadar gaji minimum di negeri ini. Pada 1 Julai 2020, Selangor telah mengumumkan bahawa kadar gaji minimA yang wajib dilaksanakan untuk pekerja di negeri ini adalah sebanyak RM1,500. Untuk pekerja swasta dan peruntukan bahawa kadar ini akan dinaikkan kepada RM1,700 pada masa hadapan seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang perkembangan peniaga di negeri ini. Pendekatan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan pelaksanaan kadar gaji minima di negeri ini adalah melalui Penguatkuasaan Undang-Undang bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Tenaga Kerja memberi sokongan dan bantuan kepada syarikat mikro kecil dan sederhana agar dapat mengadaptasikan perubahan tanpa menjejaskan operasi dan memastikan pekerja diberi latihan dan pendidikan mengenai hak mereka.

Selain itu bagi mencapai sasaran gaji minima yang ditetapkan, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Badan Berkanun dan sektor swasta untuk menggalakkan pemberian gaji yang adil dan berpatutan di samping mengambil kira keadaan ekonomi dan kadar inflasi dan memastikan syarikat yang mendapat kontrak daripada Kerajaan Negeri mematuhi gaji minima yang ditetapkan. Kerajaan Negeri komited memastikan kadar gaji minima RM 1,700.00 dilaksanakan di negeri ini. Namun pelaksanaan yang berkesan memerlukan pemantauan berterusan dan kesedaran bersama daripada semua pihak. Bagi menjawab soalan kedua pula, untuk makluman Yang Berhormat Ijok berdasarkan survey gaji dan upah (GU), yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu DOSM pada tahun 2022, penengah gaji di negeri Selangor adalah sebanyak RM 3,154.00 yang mencatatkan penengah gaji dan upah ketiga tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Berdasarkan pecahan mengikut negeri pada tahun 2022 Wilayah Persekutuan mencatatkan penengah gaji ataupun upah bulanan tertinggi sebanyak RM 3,916.00 diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan RM3,276.00, Selangor dengan RM 3,194, Wilayah Persekutuan Labuan dengan RM2,703.00 dan Pulau Pinang dengan RM 2,507.00. Kelima-lima negeri ini mempunyai paras penggaji dan upah bulanan nasional pada RM 2,420.00. Jadi memang melebihi lah dia melepasi paras tu. Pada masa yang sama berdasarkan penemuan survey juga mendapati purata gaji dan upah bulanan dan negeri Selangor adalah pada RM 3,737.00 meletakkan negeri Selangor di tempat ketiga berdasarkan purata gaji dan upah yang tertinggi. Seterusnya meletakkan negeri Selangor antara negeri yang melepasi paras gaji purata nasional iaitu RM 3,212.00 selain itu empat negeri yang lain melepasi paras purata nasional iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan dengan RM 4,666.00 yang mempunyai purata gaji dan upah bulanan yang tertinggi diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan RM 4,207.00 dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan RM 3,418.00 dan Pulau Pinang pada RM 3,313.00. Memang saya ada jadual yang ada penuh tepat dan merangkumi semua angka-angka yang ada mungkin saya boleh share kepada Yang Berhormat Ijok dengan bertulis. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan Ijok.

Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang diberikan. Ijok menyambut baik berkenaan dengan keputusan kerajaan dengan penyelarasan gaji minimum yang melindungi pekerja dan masa depan mereka. Bagaimanapun dengan pekerja dan anggota perkhidmatan awam yang telah berkhidmat ada yang bertahun, berbelas tahun dan saya dimaklumkan juga ada yang hampir berpuluh tahun yang telah berkhidmat tetapi masih bertaraf kontrak. Apakah ada usaha Kerajaan Negeri untuk menjamin masa depan mereka dalam keadaan mereka tidak ada benefit ataupun

kelebihanlah seperti pencen, tidak dapat membuat pinjaman perumahan dan lain-lain sedangkan pegawai-pegawai kontrak inilah yang telah berkhidmat telah memberi khidmat dan menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor. Terima kasih.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Ijok kerana saya rasa kami adalah sehaluan. Semasa saya menjadi Ahli Majlis di Shah Alam (MBSA), saya juga menyuarakan apa tu, masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja kontrak sebab kebanyakkan hampir separuh 50% lebih kurang 700 pekerja MBSA adalah kontrak. Sebenarnya perkara ini kita perlu berganding bahu bersama-sama di Dewan yang Mulia ini membawa kepada ke pihak JPA untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab saya setuju sangat mereka-mereka yang bekerja sambilan ataupun kontrak ataupun COS itu tidak mendapat kelulusan loan daripada bank untuk pembiayaan rumah walau kereta dan sebagainya. Jadi mereka mengalami satu dilema sepanjang mereka berkhidmat sebagai pegawai kontrak di kerajaan. Jadi saya memang betul bersetuju dan juga bersama-sama kita membangkitkan perkara kepada JPA untuk menyelesaikan perkara ini di peringkat Persekutuan. Sekian, terima kasih.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Dari mana?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ada soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Okay, silakan Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat, saya ada nak tanya selalu disebutkan berkenaan dengan kadar inflasi di mana apa kadar inflasi sekarang di Malaysia yang saya baru-baru check adalah dalam kadar 1.8 hingga 2% berbanding dengan kerajaan sebelum ini pada tahun 2022 kadar inflasi adalah 4.7. Memang saya tidak mahu membuat calling names seperti mana rakan saya buat iaitu mengatakan berkenaan dengan DAP. Saya pun boleh kata PM adalah penyangkal nasional, penyapu nasional all this, but I don’t believe dengan izin, in a mature quality of debate. Namun demikian soalan saya ini untuk menutup jurang inflasi dan juga membantu rakyat mencapai satu pendapatan tinggi adalah progressive wage dan juga minimum wage ini akan membantu rakyat seperti mana dijangkakan oleh World Bank ya baru-baru ini World Bank jangkakan pada 10 haribulan 10, 2024 bahawa Malaysia akan menjadi satu high income economy pada tahun 2028. Apakah itu membantu dari segi penaikan progressive wage dan minimum wage.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kemuning. Saya rasa soalan itu pun telah memang merangkumi jawapan yang sangat tepat. Memandangkan pada zaman-zaman dahulu kadar inflasi adalah 4 perpuluhan dan ke atas. Tetapi apabila kita membuat perbandingan pada masa ini kita mencapai lebih kurang 1.8+, 2 something. Itu menunjukkan satu kenaikan graf yang ekonomi begitu baik dan tidak lupa juga kita boleh mengatakan sekarang dengan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ekonomi kita masih makin lama makin pulih. Itu adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak apabila kita membuat perbandingan USD dengan duit RM sekarang kita. Jadi memang pencapaian itu ada, mungkin dia memakan masa sebab damage has been done. Long ago la been long way. So, kita perlu sabar sikit tetapi kembali kepada soalan yang dikemukakan oleh Kota Kemuning, saya pasti dengan daya saing kita yang di bawah pimpinan Dato’ Seri Menteri Besar kita dan juga Yang Berhormat EXCO Kinrara, memang kita invite so many pelaburan kepada negeri kita supaya banyak peniaga-peniaga ataupun industri-industri pemangkin ke hadapan untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih tinggi supaya rakyat di negeri Selangor yang dapat menikmati kekayaan bersama dan inilah permulaan bagi saya. Sebab itu World Bank begitu confident dengan kejayaan kita. Jadi saya rasa kita dalam keadaan ada dalam landasan yang betul just follow the flow kita boleh mencapai apa yang kita nak. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya daripada Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih. Soalan yang ke 40.

Timbalan Speaker

EXCO okay?

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. KesihatanQuestions

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah antara program diwujudkan untuk kesihatan pergigian?

b)

Apakah tindakan kesihatan gigi untuk melibatkan dalam Program Iltizam Selangor Sihat?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Ya, yerima kasih soalan daripada Bandar Baru Klang yang bertanyakan tentang program diwujudkan untuk kesihatan pergigian dan apakah tindakan kesihatan gigi yang dilibatkan dalam projek ISS. Kerajaan Negeri melalui SELCARE Management Sdn. Bhd. telah menyediakan program pemeriksaan kesihatan gigi yang dilaksanakan di bawah Program Selangor Saring sejak tahun 2022. Jadi bagi tahun 2024 sehingga 31 Oktober, sejumlah 3,867 individu telah menjalani pemeriksaan kesihatan gigi. Yang untuk yang kedua, untuk makluman Yang Berhormat rawatan gigi merupakan salah satu prosedur kesihatan yang ditawarkan di bawah manfaat rawatan asas Iltizam Selangor Sihat selain daripada vaksinasi. Jadi orang yang mempunyai kad ISS tak semestinya hanya mengambil ubat sahaja boleh juga jalankan rawatan lain sebagai contohnya untuk kesihatan gigi dan juga vaksinasi. Dan setiap penerima ISS dan ahli keluarga berdaftar layak mendapatkan rawatan gigi dengan had charge rawatan berjumlah RM70 bagi setiap rawatan di 21 klinik panel yang telah mendaftar di bawah ISS.

Speaker

Tiada soalan tambahan ya. Teruskan dengan soalan seterusnya daripada Bukit Melawati.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 41.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 41. Isu Kutipan Sampah Di Kawasan Kampung TradisiQuestions

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah terdapat usaha untuk menambah bilangan tempat pembuangan sampah dalam kawasan kampung tradisi di DUN Bukit Melawati?

b)

Berapakah kekerapan kutipan sampah oleh pihak kontraktor di kawasan kampung-kampung tradisi?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Bukit Melawati yang bertanya tentang isu kutipan sampah di kawasan kampung tradisi. Pihak jabatan masih mengekalkan lokasi penempatan tong sampah dan bilangan tong sampah yang sama mengikut bill of quantity (BQ) dalam dokumen perjanjian di antara Majlis Perbandaran Kuala Selangor dengan pihak KDEB Waste Management yang akan tamat pada 31 Disember 2026. Walau bagaimanapun lokasi baru akan dipertimbang mengikut keperluan dalam perjanjian akan datang. BQ sedia ada adalah 60 buah kampung dan jumlah keseluruhan tong 216 unit. (B) kekerapan kutipan seperti berikut.

Jenis Kerja Kekerapan Kutipan Kutipan sampah domestik 3 kali / minggu kutipan sampah pukal 1 kali / seminggu

Sekian, terima kasih.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

YB EXCO, okay di kawasan saya ni kampung tradisi macam Bukit Kuching, Bukit Cerakah semua ni, saya difahamkan tak banyak tong. Hanya di sana lima buah kampung lebih kurang tapi penduduknya ramai. Tong sampah ini tak silap saya hanya tiga tempat sahaja. Jadi kalau tiga itu untuk menampung banyak kampung seluruh kata MB tu untuk buang sampah di sana. Jadi saya mohon pertanyaan saya adakah kampung yang tradisi ini macam Bukit Kucing, Bukit Cerakah pada hemahannya untuk ditambahkan bilangan kekerapan untuk kutipan sahaja.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik terima kasih Bukit Melawati yang prihatin tentang isu-isu berbangkit di lapangan khususnya di beberapa buah kampung Bukit Kuching, Bukit Cerakah ya di kampung tradisi memang perkara ini berbangkit. Kita dalam kontrak memang ada kekangan kerana kontrak, masa kontrak lama kalau begitu pihak majlis perlu menambah kos untuk penyelenggaraan tersebut namun begitu pihak Yang Berhormat boleh panjangkan perkara ini terus ke pihak majlis. Saya akan selaraskan sekiranya tiada halangan dan sebagainya kita boleh bantu dari masa ke semasa mengikut keperluan semasa untuk selesaikan masalah isu di lapangan. Sekian sahaja, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Bernam.

Soalan Hulu Bernam nombor 42.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Penyertaan Belia Dalam Pembangunan EkonomiQuestions

42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri meningkatkan penyertaan belia luar bandar dalam pembangunan ekonomi Negeri Selangor?

b)

Apakah program-program di luar bandar yang telah dilaksanakan bagi membantu belia mendapatkan peluang pekerjaan?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih yang Berhormat Hulu Bernam. Untuk menjawab soalan daripada Hulu Bernam, umum mengetahui Kerajaan Negeri Selangor adalah penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia dengan anggaran sebanyak 25% setiap tahun. Namun, Kerajaan Negeri masih berhadapan dengan cabaran untuk menyeimbangkan jalur ekonomi di antara bandar dan luar bandar. Oleh yang demikian, melalui Rancangan Selangor 1 (RS-1), tumpuan utama adalah penyediaan peluang ekonomi yang menjana pendapatan dan intervensi sosial melalui teknologi semasa. Secara umumnya, Kerajaan Negeri sedang menumpukan kepada pembangunan infrastruktur utama yang melibatkan kawasan luar bandar seperti Pembangunan Carey Selangor, IDRISS, SABDA dan Selangor Aero Park yang pastinya memberi peluang dan menyediakan prospek pekerjaan kepada para belia di Negeri Selangor. Untuk jangka masa pendek, Kerajaan Negeri melalui RS-1 telah menyediakan pelbagai platform pemerkasaan ekonomi. Antaranya adalah; pertama, Geran Dana Usahawan Madani Negeri Selangor (DUMS). Kedua, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. Ketiga, Pinjaman Mikro Kredit Hijrah Selangor. Keempat, Skim Pembiayaan Digitalisasi ataupun GO Digital. Kelima, Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC). Keenam, Liga Usahawan OKU Selangor atau SAY LEAD . Ketujuh, Liga Usahawan Eksport Selangor – SAY ASPIRE

Selangor merupakan destinasi penting dalam menyediakan peluang kerjaya terutama bagi golongan belia yang baru pertama kali mencari pekerjaan dan yang datang daripada kawasan luar bandar untuk merangsang sektor pekerjaan Pasca Covid-19, Kerajaan

Negeri telah mengambil pelbagai pendekatan bagi menyediakan peluang kepada majikan untuk mencari pekerja dan pada masa yang sama menyediakan ruang dan platform bagi mereka memperkasa kemahiran belia di pelbagai bidang. Untuk makluman Yang Berhormat antara usaha Kerajaan Negeri adalah menganjurkan Program Job Fair Selangor yang diadakan setiap tahun bagi menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada belia di dalam bidang kemahiran termasuk kemahiran TVET selain bidang-bidang lain seperti bidang perhotelan, makanan dan minuman, automotif dan sebagainya. Program ini pernah diadakan di beberapa lokasi seperti di Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Baharu, Hulu Langat dan Sungai Buloh. Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) juga bermatlamat menyediakan tenaga kerja mahir di Selangor dan meningkatkan keboleh pasaran belia dan graduan menganggur. Pembangunan latihan dalam Program IKTISASS merupakan pendekatan untuk lepasan latihan memasuki alam pekerjaan dan keusahawanan dengan kepakaran yang berkualiti. Seterusnya program Selangor Kerjaya yang telah dilaksanakan oleh pihak MBI atau Menteri Besar Selangor Pemerbadanan. Program ini juga menawarkan peluang pekerjaan melalui pemadanan kerjaya ataupun business matching yang berkesan dan pemohon perlu mendaftar dengan melayari laman web www.selangorkerjaya.com.my. Yang seterusnya program Selangor Freelance adalah inisiatif bagi meningkatkan kemahiran dan keboleh pasaran belia negeri Selangor dalam arena global menerusi aktiviti freelancing digital.

Speaker

Soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas respon yang diberikan. Jadi saya nak menarik perhatian Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan program-program yang telah pun berjaya dilaksanakan ini. Bagaimana kerajaan negeri mengukur indikator tahap keberjayaan program-program yang telah pun dilaksanakan sebelum ini bagi menawarkan belia ini untuk job matching dan sebagainya dalam bidang ekonomi industrial itu yang pertama. Yang keduanya saya nak bertanya dengan Yang Berhormat EXCO bagaimanakah Selangor International Business Summit ini ia dapat memberi peluang kepada belia meneroka pasaran Asia Tenggara. Apakah ada di kalangan belia kita yang berjaya meneroka pasaran Asia Tenggara setakat inilah. Dan yang ketiga bagaimana respond Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan pertumbuhannya, segmen penyertaan tidak formal yang terus meningkat di kalangan rata-rata belia kita ini. Jadi adakah ia satu pertumbuhan ekonomi yang baik dalam tempoh jangka masa panjang. Yang ketiga tadi berkaitan dengan peningkatan penyertaan golongan belia kita ini dalam segmen tidak formal ni adakah ia satu pertumbuhan ekonomi yang baik untuk tempoh jangka masa panjang. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk ukuran kejayaan nanti saya perlu rujuk dengan Jawatankuasa Sumber Manusia di bawah Y.B. Paparaidu kerana kebanyakan program yang berkaitan dengan kerjaya ini biasa dianjurkan di bawah portfolio beliau. Dan kita akan dapatkan data sejauh mana keberkesanan pelaksanaan program-program ni nanti dan mungkin kita boleh jawab secara bertulis. Dan untuk soalan kedua, tentang sejauh mana penganjuran SIBS membantu usahawan belia kita meneroka pasaran Antarabangsa. Untuk makluman Yang Berhormat SIBS dari segi penganjurannya adalah menumpukan kepada pemain-pemain industri yang bersifat lebih besar, tetapi kalau dalam konteks usahawan kita, yang kita sedang bangunkan Usahawan Muda kita ini memang kita memberikan ruang kepada mereka untuk meneroka dan juga memasarkan produk-produk mereka ini ke luar negara. Sebagai contoh misalnya baru-baru ini dalam Expo di China, Naning. China Asian Expo yang merupakan salah satu Expo Perdagangan terbesar di China melibatkan penyertaan daripada negara-negara Asean, kita telah membawa lebih kurang 20 orang usahawan daripada negeri Selangor. Usahawan-usahawan muda kita yang mana kita telah saring dan kenal pasti daripada segi kejayaan dan juga pencapaian mereka di negeri Selangor dan kita bantu mereka ni beri ruang kepada mereka dapatkan tapak di situ untuk mereka pasarkan produk mereka. Dan pada masa sama di Expo tersebut mereka juga berpeluang untuk membina jaringan dan mengenal pasti potensi-potensi yang boleh diteroka di China dan juga negara-negara Asian yang lain. Jadi itu sebagian daripada usaha kerajaan negeri dan kita akan teruskan setiap tahun menerusi program promosi usahawan kita. Dan kaedah pemilihan nya agak ketat di mana kita mengambil kira pelbagai faktor terutamanya dari segi kekuatan dan juga keboleh pasaran barangan ataupun produk-produk mereka. Dan untuk yang ketiga peningkatan belia dalam segmen yang tidak formal kalau boleh saya dapatkan.

Macam ekonomi GIG.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Oh. GIG Ekonomi? Daripada segi GIG Ekonomi sebelum ini kita meneroka, membantu dari segi menyediakan bantuan one off kepada mereka yang terlibat dalam segmen e-hailing dan p-hailing ini. Kita memberikan bantuan dari segi mencarum sistem skim perlindungan keselamatan sosial PERKESO dan KWSP untuk mereka dan pada masa sama baru-baru ini kita juga telah bertemu dengan pihak (STDC) Selangor Teknologi Development Centre di mana kita sedang melihat potensi ataupun peluang-peluang yang boleh kita berikan kepada mereka yang terlibat dalam GIG Ekonomi ini. Sebab kita semua sedia maklum GIG Ekonomi ini dia bukan satu segmen ataupun bidang yang sustainable. Macam contoh mereka yang terlibat dalam kerjaya menghantar makanan ataupun kereta tambang ini, kereta sapu ini yang menghantar penumpang misalnya. Kebanyakan daripada mereka ni menganggap ini adalah satu side income ataupun kerja yang bukan tetap. Tetapi apa yang berlaku hari

ini kebanyakan belia kita menganggap pekerjaan dalam bidang GIG Ekonomi ini adalah kerja tetap. Jadi mereka meletakkan sepenuh tumpuan kepada pekerjaan ini yang mana ia tidak sustainable tetapi kita lihat selepas ni kita nak cari peluang dengan (STDC) untuk kita sediakan ruang kepada rider-rider kita ini kalau ada yang mungkin berminat untuk mengikuti kursus-kursus pendek yang bersifat TVET ini nanti dan mereka akan diberikan sijil yang lebih kompetitif dan sijil tersebut boleh digunakan untuk mereka mencari pekerjaan dalam bidang lain. Misalnya dalam bidang automotif dalam bidang teknikal. Jadi kita sedang meneliti usaha ke arah itu maknanya kita tidak mahu lagi pemberian bantuan ataupun insentif tu bersifat one off semata-mata tetapi lebih sustainable kepada penerima di mana mereka ini ada knowledge ataupun ada kemahiran yang bukan hanya bertumpu kepada GIG Ekonomi saja. Maksudnya dia nak buat GIG Ekonomi ni okay secara part time tapi kalau boleh kita nak mereka ni ada pekerjaan yang lebih menjamin dari segi pendapatan dan dari segi jaminan ekonomi kepada mereka ini nanti. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Batu Tiga.

Yang Berhormat Kota Anggerik saya mendengar tentang pelan perancangan untuk kita bawa usahawan kita keluar negara. Saya percaya juga melalui SIDEC dan juga HIJRAH kita telah lakukan beberapa usaha yang sangat baik. Soalan saya apakah negara yang kita berikan tumpuan akan datang kita telah pergi ke China dan saya dimaklumkan oleh SIDEC sebelum ni pun kita telah pergi ke Silicon Valley, so saya nak tahu ke manakah hala tuju kita punya pasaran yang kita sasarkan dan sebenarnya daripada kita bawa usahawan kita pergi ke luar negara dan dapat pitching itu, apa usaha yang kita laksanakan selepas itu. Adakah kita bantu mereka untuk expand business melalui geran dan sebagainya dan perancangannya bagaimana. Saya melihat tujuan kita bawa itu bagus cuma bagaimana mereka boleh mengembangkan perniagaan itu ialah satu perkara yang mungkin kita boleh perhalusi.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Untuk sasaran negara yang kita sasarkan untuk kita pasar dan promosikan usahawan kita, kita melihat dari segi strategi lah. Jika sebelum ni mungkin ada yang berminat nak pergi ke pasaran Eropah tetapi kita memberikan nasihat kepada mereka sekurang-kurangnya cuba teroka pasaran serantau dahulu. Mungkin di peringkat Asean. Tetapi sebenarnya kalau ikutkan berdasarkan pengalaman Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, kita lihat negara China adalah satu-satu negara yang boleh kita teroka

dengan lebih agresif kerana pasaran mereka besar. Dan mereka suka dengan produk-produk yang dibangunkan yang diusahakan oleh usahawan-usahawan kita dan saya boleh ambil contoh misalnya salah sorang salah satu usahawan kita yang kalau kita pernah dengar produk NIMS Coklat. NIMS Coklat yang dalam bekas itu dan tube itu, itu adalah usahawan di bawah tajaan PKNS dan negeri Selangor dan mereka bukan hanya sekarang ini memasarkan produk mereka di negara-negara serantau tetapi telah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat. Dan sekarang ni kalau kita pergi ke Amerika Syarikat kita boleh tengok produk NIMS Coklat tu. Yang kalau kita tengok sekarang di Petronas memang banyak tapi pasaran di Amerika Syarikat mereka telah berjaya teroka. Dan ini asalnya kita bawa mereka ni untuk bantu mereka di peringkat regional di peringkat serantau sahaja. Tetapi selepas daripada mereka berjaya explore dan expand dengan izin, perniagaan mereka. Mereka lihat ada potensi di Amerika Syarikat dan Alhamdulillah telah berjaya masuk ke sana. Jadi daripada masa ke semasa memang kita membantu dan membimbing usahawan kita menerusi pelbagai agensi Jawatankuasa Tetap Usahawan, bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, SIDEC, Yayasan HIJRAH dan pelbagai lagi agensi yang mana kita bantu dan bekerjasama dengan pihak MATRADE di peringkat federal. Agensi yang banyak membantu usahawan-usahawan kita untuk melihat potensi dan meneroka pasaran-pasaran baru di luar negara.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kuala Kubu Baharu.

Tuan Speaker, saya berdiri atas peraturan tetap 24 (2) mengambil soalan Kuala Kubu Baharu.

Speaker

Silakan. Soalan nombor berapa?

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Kanak-Kanak Tanpa KewarganegaraanQuestions

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan jumlah permohonan dan bilangan kes berjaya mendapat kelulusan dibawah MySel mengikut bagi tahun 2022, 2021, 2022, 2023 dan 2024.

b)

Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara telah diluluskan, adakah MySel sedia bantu kanak-kanak tersebut?

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Damansara mewakili Kuala Kubu Baru. Ada 2 soalan mengenai kanak-kanak tanpa kewarganegaraan. Pertamanya adalah Nyatakan jumlah permohonan dan bilangan kes berjaya mendapat kelulusan di bawah MySel mengikut bagi tahun 2022 hingga 2024 dan soalan kedua adalah Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara telah diluluskan, adakah MySel sedia bantu kanak-kanak tersebut? Memang satu soalan yang bagus dan terima kasih juga kepada semua pihak. Dewan Yang mulia ini. Tuan Speaker, Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri ataupun MySel di laksana bagi memudah cara permohonan dengan memberi panduan dan maklumat saluran yang betul kepada pemohon dan membantu menangani permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negeri Selangor khususnya dalam mendapatkan pengenalan diri asas dan penting seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan Sijil Kewarganegaraan. Peranan utama Pegawai Operasi MySel adalah untuk membantu menyelaras dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan serta memastikan setiap permohonan yang dikemukakan kepada agensi dan jabatan berkenaan adalah lengkap dan teratur. Segala permohonan adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat semasa di bawah bidang kuasa beberapa pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM. Bilangan permohonan diterima di bawah program MySel daripada tahun 2020 hingga Oktober 2024 adalah sebanyak 5,058 kes dengan 2,178 kes telah berjaya mendapatkan kelulusan dan diselesaikan. Di sini saya berterima kasih dan memuji pegawai-pegawai MySel yang bertungkus-lumus pergi ke setiap pelosok negeri kita untuk membantu untuk interviu untuk mendapatkan dokumen dan sebagainya untuk menyelesaikan kes-kes seperti ini. Sebab bagi saya daripada 5,000 kes ke mereka mendapat selesaikan 2000. 178 adalah satu angka yang besar jadi ini menunjukkan pegawai-pegawai saya ataupun team saya yang begitu rajin untuk membantu menyelesaikan kes-kes seperti ini. Statistik kes permohonan yang diterima yang berjaya di selesaikan mengikut kaum dan kategori bagi tahun 2020 – 2024 adalah seperti lampiran. Saya ada lampiran mungkin nanti Kuala Kubu Baru, Yang Berhormat boleh mendapatkan lampiran ni, ini ada lampiran memang kita genap. Sedihnya apabila saya melihat lampiran ni, jumlah yang terbesar adalah di kalangan kaum Melayu iaitu 2,266 dan seterusnya adalah kaum Cina 1,513 dan ketiga ialah orang India 1363 dan orang Asal ataupun orang Asli seramai 478 dan yang lain sebanyak 399. Biasanya ini adalah satu angka yang menyedihkan tetapi seperti mana saya biasa memberitahu dalam jawapan lisan saya, pegawai saya adalah bukan pegawai Imigresen ataupun pegawai Kementerian Dalam Negeri. Mereka hanya fasilitator iaitu mereka membantu kadang-kadang kita membayar fee teksi, mereka tak dapat duit untuk membayar teksi fee untuk datang ke Putrajaya dan juga Pejabat Imigresen dan

sebagainya. Jadi pegawai-pegawai saya mereka terlalu lama dalam field ini mulai daripada mantan Y.B. EXCO Ganabatirau dan mereka begitu pengalaman luas dalam bidang ini dan mereka membantu. Setahu saya, kita menghargai jasa mereka lah dan bagi soalan kedua pula berhubung pindaan perlembagaan berkaitan Hak Kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang telah diluluskan. Kita bersama-sama amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Sebagai pemimpin yang mendengar keluhan dan rintihan rakyat setelah beberapa dekan ini adalah satu kelulusan yang sangat-sangat penting dan bersejarah. Memang ramai warganegara Malaysia di kalangan wanita yang mungkin belajar, bekerja di overseas mereka melahirkan anak. Tetapi memandangkan dia perlu satu siasatan yang begitu rapi, baru kita memberikan kewarganegaraan yang selama ini. Tetapi kali ini, since kabinet dah meluluskan perkara itu untuk ringkaskan permohonan ataupun shorten dia punya kelulusan, jadi memang satu kejayaan kepada warga wanita di dalam negara ini. Tepukan gemuruh kepada Yang Amat Behormat Perdana Menteri kita. Justeru itu, pusat dokumen Pengenalan Diri MySel yang diuruskan oleh pegawai-pegawai operasi yang dilantik sentiasa bersedia dan terbuka untuk membantu anak-anak tersebut mendapatkan hak kewarganegaraan mereka mengikut syarat dan kriteria yang di tetapkan. Kita bukan over rule ataupun kita bukan buat sesuka hati. Memang syarat yang di tetapkan imigresen dan juga KDN, jadi kita mengikut, mendapatkan nasihat. Kita mengikut apa yang ditetapkan oleh KDN. Untuk maklumat Yang Berhormat sekalian, ingin saya jelaskan bahawa pegawai-pegawai operasi MySel ini adalah hanya berupaya untuk membantu serta membimbing mereka dari segi penyediaan dokumentasi permohonan dan borang-borang berkaitan untuk dikemukakan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan. Namun begitu mereka tiada kuasa dalam memberikan sebarang kelulusan terhadap permohonan tersebut. Sebab ini ada di luar sana, ada pihak yang menyatakan, pihak Y.B EXCO mengadakan satu team, memberikan kelulusan semata-mata kepada warga asing dan sebagainya. Saya memang menafikan tuduhan itu sebab mengikut apa yang kita buat selama ini, atau kami menjalankan selama ini I’m very particular on documentation dan kita membuat apa yang ternyata atau pun disyaratkan oleh KDN dan sebagainya. Sekian terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kota Damansara, silakan.

Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat EXCO. Cuma Yang Berhormat EXCO bila dibentangkan jumlah berdasarkan kaum, kalau kita tengok kaum Melayu antara majoriti yang tidak mempunyai, kanak-kanak tidak mempunyai warganegara. Ada kes di Kota Damansara di mana suami berkahwin dua atau tiga di luar negara dan akhirnya bila kembali anaknya

tidak didaftarkan dan lebih malangnya suaminya meninggal dunia. Jadi dia tidak boleh membuktikan perkahwinan dan sebagainya. Mungkin di pihak Yang Berhormat EXCO atau Kerajaan Negeri ada perbincangan di antara Yang Berhormat EXCO Seri Setia dah alang-alang duduk bersebelahan. Mungkin ada perbincangan yang mana untuk membantu golongan-golongan khusus berkenaan ini khususnya. Sebab kadang-kadang ini menjadi masalah, lelaki banyak kahwin dua kadang-kadang tetapi dia tidak bertanggung jawab. Ha yang ini masalah.

Itu kita kena lihat kelab itu baru kita boleh follow. Tak apa, terima kasih pada Kota Damansara kerana soalan tambahan. Memang banyak kes, kita pun meneliti contoh yang telah dikemukakan oleh Kota Damansara itu, seperti memang mereka berkahwin dan mereka tidak declare, bukan di kalangan Melayu sahaja tetapi kaum orang India dan orang Cina pun ada juga. Saya kena beritahu perkara ini sebab saya ialah pegawai lapangan. Kita membuat siasatan pelbagai kes dia atas meja saya. Tetapi ada satu formula untuk mendapatkan kesahihan ataupun kepastian adalah formula diguna pakai oleh Jabatan Imigresen iaitu DNA test. Apabila mereka membuat DNA test terhadap kanak-kanak tersebut ia dapat satu kata putus di mana memang betullah di mana suami dan isteri ataupun bapa dan wife dia melahirkan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan DNA test itu memang memberikan jawapan yang positif kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen dan sebagainya. Malangnya ada beberapa kes juga yang sangat rumit seperti anak angkat. Itu yang membuatkan pejabat saya memang susah, kadang-kadang ada contoh ada satu kes memang anak-kanak itu ada dengan ibu bapa tetapi surat beranak itu atas ibu bapa yang angkat, atas nama parents yang angkat. Padahal apabila kita menjalani DNA test itu ia tidak sepadan ataupun matching. Jadi itulah kes yang biasanya dia pergi ke mahkamah dan sabit kesalahan. Saya menyarankan atau pun memberi nasihat kepada rakyat Negeri Selangor ini sekiranya berlaku kes-kes begitu tolong datang ke pejabat saya untuk mendapatkan nasihat daripada saya. Mungkin ramai yang tidak, apa itu takut dengan Jabatan imigresen dan juga KDN. Sebab itu adalah satu kesalahan. Kita angkat orang punya anak menjadikan anak kita dan kita mengemukakan dokumen yang palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara itu adalah satu kesalahan yang paling serius. Jadi memang semua kesalahan ada kemaafan, dan juga denda dan sebaginya. Tetapi formula yang saya gunakan di pejabat saya, kita mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen ataupun KDN dan sebagainya. Kita mengikut prosedur, memang boleh ada pelepasan cuma masa akan makan. Satu lagi adalah ramai pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pun tidak mempunyai kad pengenalan. Itu pun juga satu isu yang paling besar. Ada satu berita baik, last year, tahun lalu dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah memberi sebanyak 40 lebih kad pengenalan kepada kanak-kanak. Dua kanak-kanak antara mereka adalah calon peperiksaan SPM, mereka begitu gembira sampai menangis pun ada. Jadi, kanak-kanak

yang tidak bersalah, tetapi parents yang membuat perkara yang tidak betul in the end kanak-kanak pula di dera dan mereka susah untuk menjalankan kehidupan seharian mereka dengan biasa. Jadi itulah, senario yang saya hadapi di pejabat saya. Sekian terima kasih, untuk soalan tambahan tadi.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Batang Kali.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 44.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Kebajikan Ibu-Ibu Tunggal Dan Bapa-Bapa TunggalQuestions

44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu dan menjaga kepentingan serta kebajikan Ibu-Ibu Tunggal dan Bapa-Bapa Tunggal di Selangor?

b)

Apakah skim-skim Kerajaan Negeri yang boleh membantu menaik taraf pendapatan dan kehidupan ibu dan bapa tunggal di Selangor?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Batang Kali. Soalan berkaitan inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu dan menjaga kepentingan serta kebajikan Ibu-Ibu Tunggal dan Bapa-Bapa Tunggal di Selangor? Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali kerana prihatin terhadap nasib bapa-bapa tunggal. Kerajaan Negeri menyediakan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang terbuka kepada semua golongan yang berkelayakan termasuk ibu-ibu dan bapa-bapa tunggal, di mana bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi menampung keperluan kehidupan asas yang semakin mencabar pada masa kini. Bantuan Am Negeri turut disediakan dengan tiga kadar iaitu RM250.00 , RM300.00 atau RM350.00, sebulan di mana kedua-dua bantuan ini dipertimbangkan kepada keluarga miskin dan kumpulan sasar lain yang memerlukan termasuk ibu dan bapa tunggal yang menjaga anak-anak mereka dengan Pendapatan Garis Kemiskinan ataupun PGK di

bawah RM1,500.00 atau pendapatan per kapita tidak melebihi RM350.00. Selain itu bagi menyokong keluarga kurang berkemampuan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan kanak-kanak dengan kadar RM250.00 seorang bagi anak berusia 6 tahun ke bawah serta RM200.00 seorang bagi anak yang berumur 7 hingga 18 tahun hingga maksimum RM1,000.00 sebulan bagi sebuah keluarga.

Bagi soalan b, apakah skim-skim Kerajaan Negeri yang boleh membantu menaik taraf pendapatan dan kehidupan ibu dan bapa tunggal di Selangor? Secara umumnya penyertaan bagi bantuan dan skim penjagaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri menerusi Iltizam Selangor Penyayang adalah inklusif dan terbuka kepada semua golongan termasuk ibu tunggal dan bapa tunggal. Antaranya Program Bantuan Blue Print Pembasmian Kemiskinan, Geran Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) serta Skim Hijrah Mikrokredit. Di bawah Wanita Berdaya Selangor pula, antara usaha untuk membantu golongan ibu tunggal adalah melalui program Pemberian Geran Ibu Tunggal sebanyak RM5,000.00 secara one-off kepada Persatuan Ibu Tunggal berdaftar di Negeri Selangor. Pemberian geran ini bertujuan untuk menyuntik dana kepada persatuan agar mereka dapat bergiat lebih aktif ke arah memperkasa golongan ibu tunggal serta ibu tinggal di Selangor termasuk dalam aspek kebajikan. Selain itu bagi membantu rakyat termasuk ibu dan bapa tunggal memajukan diri dan menaik taraf kehidupan, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran sedia ada ataupun up skilling atau mempelajari kemahiran baharu iaitu reskilling dan pelbagai program latihan atau kursus disediakan oleh Institut Pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Selangor seperti Selangor Technical Skills Development Center (STDC) dulu dikenali sebagai INSPEN International College dan juga Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC). Beberapa siri kursus atau latihan pembangunan kerjaya turut diadakan di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia, di bawah Yang Berhormat Banting melalui Unit Pembedayaan Pekerja Selangor ataupun UPPS bagi memacu pertumbuhan ekonomi rakyat. Program yang menyediakan latihan kemahiran jangka pendek ini boleh dimanfaatkan oleh golongan B40 dan fakir miskin termasuk ibu dan bapa tunggal untuk mendapatkan peluang pekerjaan atau memulakan perniagaan selepas tamat kurus. Sekian dimaklumkan.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Satu sahaja.

Kita sedia maklum bahawa terdapat 5 stigma utama yang dihadapi oleh golongan-golongan ini, khususnya ibu-ibu dan bapa-bapa tunggal. Dari segi cabaran kewangan cabaran sosial, cabaran dalam diri sendiri, kelesuan dan tekanan ikonik, kesan status tersebut. So, soalan saya,

apakah bantuan khas yang boleh Kerajaan Negeri berikan kepada golongan-golongan ini untuk beradaptasi dengan persekitaran khususnya kepada golongan yang berumur 35 tahun dan ke bawah. Dan juga apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan-golongan ini dari segi kaunseling dan kesihatan mental yang dihadapi oleh mereka dalam usia yang muda. Sekian.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali. Seperti mana yang telah saya sebutkan sebentar tadi bahawa bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bersifat inklusif dan tidak terhad ataupun terbatas kepada kelompok tertentu. Sekiranya mereka memerlukan bantuan sokongan dari segi kesihatan mental, kaunseling dan sebagainya, ada pelbagai program Mental Sihat yang di tawarkan di bawah Yang Berhormat Kesihatan, yang mana tawaran-tawaran ini juga kita akan bekerjasama dengan agensi persekutuan di negeri iaitu LPPKN. Di mana khidmat kaunseling ditawarkan secara minima kosnya ataupun percuma dan ini sebenarnya membantu terutamanya bagi ibu-ibu tunggal dan ibu-ibu tinggal terkait dengan apa yang di sebut oleh Yang Berhormat Kota Damansara, kerana isu poligami, isu perceraian hidup ini berkaitan dengan perundangan dan apa yang perlu kita bila nasib ibu-ibu tunggal dan ibu-ibu tinggal ini adalah bukan sahaja tentang stigma, tentang tuntutan hak mereka di mahkamah dan tentang kemudahan yang dipermudahkan oleh pihak JAKESS untuk mereka menuntut. Dan di sebabkan itu Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan skim ataupun insentif Dana Bantuan Guaman Selangor, kerana mereka ini bukan tentang kesihatan mental tetapi juga menuntut hak mereka untuk mereka dapat menyelesaikan isu sosioekonomi dan taraf kehidupan. Sekian dimaklumkan.

Timbalan Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 46. 45 minta maaf, minta maaf.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Kualiti Udara Di Kawasan PerindustrianQuestions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kualiti udara di kawasan Perindustrian khususnya di Telok Gong?

b)

Bagaimanakah pemantauan kualiti udara dijalankan?

c)

Apakah tindakan yang diambil terhadap kilang yang mencemarkan udara?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Kalau 46 saya tak jawab dah. Terima kasih pada soalan yang ditanyakan oleh Pelabuhan Klang. Untuk makluman Yang Berhormat, pertamanya antara usaha dan inisiatif yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk memperbaiki kualiti udara di kawasan perindustrian Telok Gong a dalah pertamanya mengadakan OPS Gempur iaitu operasi penguatkuasaan oleh pasukan-pasukan yang terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor serta juga agensi-agensi yang berkaitan bagi menggembleng tenaga dan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh di kawasan Telok Gong. Keduanya menjalankan penguatkuasaan secara berkala ke atas kilang-kilang di dalam kawasan perindustrian Telok Gong khususnya yang berisiko menghasilkan pencemaran udara. Jadi pemeriksaan dijalankan secara menyeluruh dan pemeriksaan ulang lawat juga dipertingkatkan bagi memastikan pihak kilang supaya sentiasa mematuhi hal-hal yang dibenarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain daripada itu Jabatan Alam Sekitar juga telah mengarahkan premis di kawasan perindustrian supaya memasang Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) serta di selenggara dan di pantau oleh orang yang berwibawa atau pun kompeten persen bagi memastikan prestasi SKPU tersebut berada di tahap yang optimum yang berfungsi dengan berkesan dengan mengawal pelepasan bahan pencemaran ke udara. Selanjutnya adalah rondaan mencegah pencemaran turut dilaksanakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar bagi memantau dan mencegah pencemaran yang dihasilkan oleh pihak kilang di luar waktu kerja atau pun waktu pejabat. Khususnya pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu. Jadi kaedah pemantauan kualiti udara yang dijalankan adalah seperti berikut ; pertamanya pemantauan kualiti udara dijalankan oleh pihak kilang seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Sekeliling 1974 iaitu dengan melantik perunding alam sekitar bertauliah bagi menjalankan Isokinetic sampling iaitu percontohan cerobong bagi mengenal pasti tahap pelepasan kilang sama ada mematuhi had-had yang dibenarkan ataupun sebaliknya.

Jadi percontohan ini dibuat secara insitu pada tempoh tertentu ke atas parameter-parameter yang dilepaskan berdasarkan jenis dan aktiviti premis. Selain daripada itu, kaedah pemantauan secara continuous emission monitoring system ataupun CEMS juga menggunakan, mengguna pakai kelengkapan pemantauan kualiti udara yang dapat

memantau kualiti udara secara berterusan bagi kilang yang tertakluk pada pemasangan di bawah peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih Tahun 2014. Jadi monitoring system itu memang ada di dalam kilang tersebut untuk 24 jam dan maklumat itu akan dihantar terus kepada Jabatan Alam Sekitar. Dan setiap bacaan yang dicerap secara atas talian itu akan beradalah di pusat data kawalan di ibu pejabat JAS. Dan seterusnya akan mendapat, dapat menjana laporan bagi tujuan penguatkuasaan. Dan pada sesetengah keadaan yang tertentu, sekiranya locality kawasan tersebut disyaki terdapat kehadiran bahan pencemar udara seperti habuk dan gas, Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan pengukuran udara bagi mengenal pasti jenis bahan pencemaran di dalam udara.

Untuk soalan (c), kilang-kilang yang mencemarkan udara dengan melebihi had yang dibenarkan akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah peruntukan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih 2014 dengan tindakan seperti pertamanya, seperti pendakwaan di mahkamah, notis arahan di bawah seksyen 31 dan 37, Akta 1974 dan juga penahanan operasi kelengkapan serta perintah larangan. Jadi, kilang haram yang mencemarkan alam sekitar tidak terkecuali daripada dikenakan Tindakan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Gasing. Tiada. Ada

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Timbalan Speaker, saya mohon kebenaran bawah Peraturan Tetap 24(2) untuk mengambil soalan 46 bagi pihak Bukit Gasing.

Timbalan Speaker

Silakan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Tahap Kepuasan Rakyat Terdapat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Questions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah tahap kepuasan rakyat terhadap semua PBT di Selangor mengikut kajian terkini?

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Terima kasih Subang Jaya, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Berdasarkan pengumpulan data oleh Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development 2.0, MURNInet 2.0, tahap kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor pada 2023 mencatitkan kadar 89.84 dan pada masa yang sama survey daripada Merdeka Centre pada tahun 2023, tahap kepuasan rakyat terhadap PBT adalah 77%. Angka ini mencerminkan komitmen tinggi semua PBT di Negeri Selangor dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat sejajar dengan aspirasi negeri untuk meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat setempat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya soalan dari Meru. Tak ada juga. Ada siapa yang bawa soalan dari Meru? Telah dijawab.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Telah dijawab.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya daripada Dusun Tua.

Soalan saya nombor 48.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Projek Ekve (EAST Klang Valley Expressway) Dusun Tua – AmpangQuestions

48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan sempadan penyelenggaraan projek tersebut khasnya di dalam DUN Dusun Tua.

b)

Apakah tanggungjawab EKVE dalam menyelenggara jambatan dan persimpangan Jalan Kuari Sungai Long yang sering rosak dan menjadi punca kemalangan akibat jalan yang tidak diselenggara dengan baik?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua, Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Dusun Tua bertanyakan soalan berhubung, berkaitan dengan EKVE, East Klang Valley Expressway di Dusun Tua. Untuk makluman Yang Berhormat bagi soalan yang bahagian pertama, had penyelenggaraan projek EKVE yang terlibat di Dusun Tua adalah seperti berikut. Yang pertama ialah simpang Jalan Kuari iaitu Jalan Hulu Langat FT 3201 ke jalan, dan juga Jalan Kuari. Had sempadan EKVE bagi persimpangan ini ialah 500 meter di Jalan Hulu Langat FT 5210 dan 950 meter di Jalan Kuari Sungai Long. Itu yang pertama. Yang kedua ialah melibatkan jambatan BR16 Sungai Michu di FT 3210 had sempadan EKVE adalah 100 meter selepas jambatan Sungai Michu. Dan yang ketiga ialah jambatan BR18 Jalan Ampang ke Hulu Langat, B62, had sempadan EKVE adalah 250 meter. Untuk bahagian kedua, pihak JKR telah mengeluarkan syarat permohonan pelan jalan dan perparitan bagi projek EKVE pada tarikh 14 Februari 2018. Dalam syarat tersebut, tanggungjawab penyelenggaraan telah diserahkan sepenuhnya, bukan seluruhnya kepada projek EKVE dari Jalan Industri Hulu Langat ke Jalan Kuari FT 3210. JKR sentiasa memastikan tindakan pembaikan dilaksanakan oleh pihak EKVE dan sekiranya terdapat kerosakan dan aduan di kawasan tersebut. Sekiranya maklum balas lewat diterima dan tiada tindakan daripada pihak EKVE, maka tindakan susulan akan dibuat dengan melantik pihak ketiga untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut. Sekian.

Timbalan Speaker

Dusun Tua. Sila.

Soalan tambahan Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas jawapan. Ada jambatan di Kuari Sungai Long ini, saya sendiri pun buat aduan sampai lima kali. Dia membuat jambatan sementara ini menggunakan plat besi letak sahaja. Motor pun dah ada jatuh bawah. Jadi dah lima kali saya buat aduan. Jadi saya ingat dah sampai masanya pihak ketiga untuk perbaiki jambatan itu.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya sebagaimana sedia maklum, kita memang menghadapi sedikit isu dengan EKVE ini sebab sebahagian kerjanya ada tertangguh dan mereka sedang mula untuk mendapatkan kembali kecukupan danalah bagi meneruskan projek mereka. Jadi ada sikit kerja-kerja penyelenggaraan yang mengganggu di sepanjang projek EKVE ini. Jadi kita ambil pandangan daripada maklum balas daripada

Yang Berhormat akan kita betulkan untuk membetulkan keadaan supaya tidak membawa ke bahaya kepada pengguna jalan raya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, soalan 49.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Prestasi Perdagangan SelangorQuestions

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan prestasi perdagangan dalam tahun 2024. Sejauh mana CPTPP dan RCEP telah membantu melonjakkan ekonomi Negeri Selangor? Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pengeksport Selangor menikmati insentif seperti import duti, peraturan pasaran antarabangsa dan juga akses pasaran baru?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ada. Ada. Bersemangat. Tuan Speaker, bagi tempoh Januari hingga September 2024, Negeri Selangor merekodkan nilai dagangan berjumlah RM 639.2 bilion iaitu sebanyak 29.9% kepada Jumlah Perdagangan Negara. Jumlah yang direkodkan ini meningkat sebanyak 13.9% peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023. Manakala sumbangan kepada Jumlah Eksport Negara pula, Selangor merekodkan sebanyak RM 264 bilion dan menyumbang sebanyak 23.7% dan Negeri Selangor juga turut merekodkan sebanyak RM 375.2 bilion iaitu 36.6% kepada Jumlah Import Negara. Antara produk utama perdagangan Negeri Selangor adalah jentera dan kelengkapan peralatan berjumlah RM273.35 bilion ataupun bersamaan dengan 42.8%, barangan perkilangan berjumlah RM 101.99 bilion bersamaan dengan 16.0%, bahan kimia berjumlah RM 78.65 bilion iaitu 12.3%, pelbagai artikel perkilangan berjumlah RM 65.35 bilion bersamaan dengan 10.2% dan makanan berjumlah RM 46.37 bilion ataupun 7.3%. Manakala, rakan dagangan utama Selangor seperti China adalah 23.9%, Amerika Syarikat, 12.1%, Jepun, 6.5%, Indonesia, 4.4% dan India, 4.1%.

Merujuk kepada rekod Jumlah Eksport Negara, prestasi perdagangan Negeri Selangor menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan menunjukkan impak yang positif selepas penglibatan Malaysia dalam RCEP dan CPTPP pada tahun 2022. Sebagai

contoh, purata nilai dagangan yang dicatatkan bagi tempoh 3 tahun sebelum penglibatan Malaysia dalam RCEP dan CPTPP adalah sebanyak RM 615.44 Bilion. Manakala selepas tahun 2022, nilai purata dagangan yang direkodkan adalah sebanyak RM 738.47 bilion. Antara usaha yang dilaksanakan untuk membantu pengeksport Selangor menikmati insentif seperti import duti, peraturan pasaran antarabangsa dan juga akses pasaran baru seperti, yang pertama, penyertaan syarikat Selangor dalam program MATRADE iaitu Geran Pembangunan Pasaran, Dana Perkhidmatan Eksport, e-Trade, Latihan Pengekport, Mid-Tier Company Development Program, Bumiputera, Women & Youth Exporters Development Program. Yang kedua, penglibatan syarikat Selangor dalam program anjuran MATRADE seperti Hari Eksport dan Program Promosi Eksport.

Yang ketiga, Kerajaan Negeri pula, turut menganjurkan program pameran seperti Selangor International Business Summit dan SELHAC bagi mempromosikan produk-produk keluaran Negeri Selangor untuk pasaran luar negara. Penglibatan syarikat dari Negeri Selangor dalam program-program anjuran MATRADE dan Kerajaan Negeri secara langsung dapat meningkatkan prestasi perdagangan Negeri Selangor dan mengukuhkan kedudukan Negeri Selangor sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan KDNK negara. Terima kasih. Silakan.

Timbalan Speaker

Soalan. Ada soalan tambahan, Hulu Kelang. Ada

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Wajib

Timbalan Speaker

Wajib. Silakan. Kita pun tak ada masa banyak lagi, silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Saya menyambut baik kenyataan Yang Berhormat yang mengesahkan bahawa penyertaan Malaysia dalam RCEP dan juga CPTPP telah banyak membantu meningkatkan prestasi perdagangan negara dan juga KDNK Negara Malaysia. Persoalan saya ialah apakah Kerajaan Negeri telah melaksanakan CBA ataupun Cost Benefit Analysis untuk melihat peningkatan KDNK Negeri Selangor dalam tempoh lapan tahun daripada tarikh pelaksanaan dan penyertaan Malaysia dalam CPTPP dan juga RCEP sehingga 2030 dan juga jumlah perdagangan dari segi peningkatan eksport dan juga nilai import. Kerana CBA ini pada pandangan saya penting untuk menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri untuk meneroka bidang-bidang baru dan sektor baru supaya prestasi ekonomi Negeri Selangor ini terus mampan untuk satu tempoh jangka panjang.

Yang keduanya semalam kita ada bincang soal precautional remasures yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri ekoran krisis perdagangan di antara Amerika Syarikat dan

juga China, apakah Yang Berhormat setuju bahawa kebergantungan kepada sesebuah ekonomi termasuk China ini akan memberikan kesan yang negatif untuk jangka panjang bagi Negeri Selangor sebagai sebuah negeri perdagangan dan kita harus meneroka pasaran baru di kalangan anggota-anggota RCEP dan juga CPTPP. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih.

Timbalan Speaker

Teruskan ya Y.B. EXCO. Kita tidak ada masa.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Okay, terima kasih kepada Hulu Kelang. Yang pertamanya, bagi cadangan untuk membuat analisa bagi CBA, itu merupakan satu saranan yang baik dan Kerajaan Negeri Selangor mengambil cadangan ini dengan terbuka dan kami akan membuat kajian yang lebih teliti untuk memastikan kita sentiasa mengemas kini dan menambah baik penglibatan Malaysia di dalam CPTPP dan juga di dalam RCEP.

Dan bagi soalan yang kedua, precautionary action yang perlu kita ambil. Sebenarnya kita tidak bergantung kepada satu negara sahaja seperti China yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Tadi saya ada sebut sebenarnya rakan dagangan utama bagi Selangor, China hanya 23.9%, negara lain seperti Amerika Syarikat, 12.1, Jepun, 6.5, Indonesia, 4.4 dan India, 4.1 peratus. Jadi, salah satu tindakan yang saya nampak usaha yang baik daripada PMX adalah menyertai BRICS. BRICS merupakan satu blok ekonomi yang baru, di mana dengan usaha-usaha PMX untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan lebih banyak negara, maka ia dapat membuka pasaran yang baru dan pasaran yang besar seperti Rusia dan juga Brazil bagi Malaysia khususnya bagi syarikat-syarikat Negeri Selangor. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO, saya sebut semalam, sikit sahaja.

Timbalan Speaker

11.30

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

BRICS ini blok ekonomi yang masih loose berbanding dengan CPTPP dan juga RCEP. Oleh kerana CPTPP dan RCEP telah pun bukan sahaja dipersetujui tetapi telah diratifikasi oleh Kerajaan Malaysia, maka elok Kerajaan Negeri menumpukan kepada dua perjanjian perdagangan ini kerana opportunities nya masih luas dan masih banyak pengusaha dalam Negeri Selangor yang belum mendapat

Timbalan Speaker

Hulu Kelang

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

manfaat daripada dua perjanjian perdagangan ini kerana BRICS ini masih awal, malahan saya sebut Presiden Putin telah umumkan...

Timbalan Speaker

Teruskan, Hulu Kelang.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Keanggotaan BRICS telah di tutup untuk ketika ini. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya mohon izin satu minit bagi saya balas soalan ini.

Timbalan Speaker

Okay teruskan, cepat-cepat.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya. Jadi penglibatan Malaysia dalam RCEP dan CPTPP itu memang baik, tidak dinafikan. Tadi saya telah sebut memang menunjukkan satu prestasi yang baik selepas kita melibatkan dalam RCEP dan CPTPP. Tetapi, kalau kita nak buat perbandingan, kita perlu buat perbandingan yang adil. Kita tak boleh sama kan BRICS dengan RCEP dan CPTPP. Yang RCEP dan CPTPP itu merupakan satu FTA, tetapi bagi BRICS bukan FTA. Bricks itu merupakan ec300000000000000000000...onomy block, di mana kita sedang mengusaha untuk mencari pasaran baru dan besar. Jadi kita tak boleh sama kan kedua-dua ini mempunyai satu kedudukan yang sama penting tapi kita tak boleh banding BRICS dengan FTA. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 semua peringkat.

Timbalan Speaker

Saya mempersilakan Sungai Pelek untuk teruskan.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Speaker. Hebat tadi persaingan antara CPTPP dan BRICS, sempat ya saya semalam tercicir sikit. Salam Sejahtera dan Salam Kita Selangor Maju Bersama kepada Ahli-Ahli Dewan yang saya kasihi. Terima kasih saya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker dengan ruang Sungai Pelek turut serta dalam perbahasan ucapan Belanjawan 2025. Pertama sekali, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor atas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 yang

komprehensif berasaskan prinsip nilai dan berperaksikan aspirasi kesejahteraan rakyat. Belanjawan ini sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjunjung keadilan kesaksamaan dan pembangunan mampan.

Tahniah dan syabas dengan purata pertubuhan KDNK Selangor sebanyak 7.43 peratus. Selari dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam Rancangan Selangor yang pertama, juga telah mencatat sejarah dengan nilai ekuiti ekonomi berjumlah RM406.1 bilion dilihat sebagai satu kejayaan yang besar. Belanjawan ini bertemakan Selangor Dinamik, Cinta Sempurna, Malaysia Madani. Jelas mencerminkan wawasan strategik dan komitmen kerajaan negeri untuk membangunkan negeri dengan prinsip inkusiviti dan keberlanjutan.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menyediakan sistem pengangkutan, inklusif melalui pelaksanaan Jajaran Rel Kita Selangor. Dengan pelaksanaan projek ini dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian, seterusnya mengurangkan kesesakan dan menyokong matlamat karbon sifar. Kajian kebolehlaksanaan projek ini telah dilakukan sepanjang 211km daripada Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan dan akan dijangka selesai pada Januari 2025. Sungai Pelek berharap dengan pembinaan Jajaran Rel ini, diharapkan memberi impak positif dari segi ekonomi, membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan merangsang pertubuhan ekonomi dengan keutamaan diberikan kepada sektor pelancongan. Dianjung selatan Selangor dan meliputi hotspot pelancongan seperti di ladang buah naga di pekan Sepang, Pantai Bagan Lalang dan Pekan Sungai Pelek, kerana destinasi ini menjadi tumpuan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Tuan Speaker, kerajaan juga telah menunjukkan komitmen dalam memperkasakan pendidikan dalam peruntukkan RM sebanyak RM70.95 juta dan saya menyokong penuh program seperti program tuisyen rakyat Selangor yang terbukti meningkat prestasi pelajar SPM serta usaha memperluaskan program ini ke sekolah rendah. Namun, saya ingin mencadangkan supaya lebih banyak fokus diberikan kepada pendidikan. Selaras dengan keperluan industri teknologi tinggi yang semakin berkembang di negeri kita.

Tidak lupa juga dengan peruntukan yang dikhaskan untuk program kepimpinan di peringkat sekolah berjumlah RM1 juta bagi keperluan ditambah kerana Sungai Pelek berpandangan program seperti ini memberi impak yang positif yang selari dengan kadar peningkatan gejala sosial yang dilihat semakin meningkat ketika ini. Satu langkah komprehensif perlu dirangka dan penglibatan pihak sekolah bersama pemimpin setempat dalam usaha menangani isu ini seperti Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua kampung dan wakil-wakil pada mukim pusat khidmat. Hal ini berdasarkan statistik daripada sistem sahsiah diri murid daripada Kementerian Pendidikan. Menunjukkan jumlah kes buli meningkat daripada tahun 2021 hingga ke 2023, berjumlah sebanyak 4994 kes.

Tuan Speaker, sungai Pelek menyambut baik dengan peruntukkan sebanyak RM6.25 juta untuk penyelesaian bagi kerja menaik taraf jalan di 48 yang sering saya bangkitkan dalam Dewan ini. Daripada simpang tiga Jenderam ke pekan Sepang. Namun Sungai pelek berharap pelaksanaan projek ini dilaksanakan dengan penuh keterusan agar kontraktor yang dilantik adalah kontraktor yang berupaya dan berkaliber dalam menyiapkan projek menaik taraf ini dalam tempoh yang telah ditetapkan serta memastikan manfaat dirasi oleh semua lapisan masyarakat di Sungai Pelek. Tuan Speaker, Belanjawan 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM62.3 juta kepada JPS iaitu Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor dalam memastikan pengurusan air Selangor yang cekap adalah satu langkah yang positif. Dengan peruntukkan yang diletakkan dalam Belanjawan 2025, Sungai Pelek mencadang pihak JPS membuat semakan pengambilan kembali mana-mana parit, saliran ataupun sungai yang tidak bertuan, kerana di DUN Sungai Pelek, terdapat banyak kes melibatkan tebing sungai yang terhakis dan bersebelahan dengan rumah penduduk kampung. Ini adalah satu isu yang sangat kritikal, sebab itu saya bawa dalam Dewan. Banyak penghuni-penghuni tersebut tidak ada cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sistem pengurusan pengaliran di ladang-ladang juga perlu dilihat kerana jika tidak diselenggara dengan baik, boleh juga mengakibatkan banjir kilat. Di setengah tempah seperti contoh, banjir kilat yang sering melanda di pekan Sepang. Sungai Pelek juga mencadang setiap ladang-ladang perlu menyediakan kolam tadahan bagi membendung permasalahan ini. Sungai Pelek juga berharap pihak kerajaan negeri akan mengkaji atau merunding dengan pihak yang berkaitan untuk membuat dasar ataupun syarat bagi menyediakan kolam tadahan di ladang-ladang tersebut.

Tahun Melawat Selangor 2025 adalah jadi acara utama dalam kalendar negeri, bertujuan untuk merancakkan interaksi pelancongan. Sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk promosi dan acara pelancongan serta menaik taraf lokasi pelancongan. Kempen, Suprising Selangor sedang giat dijalankan untuk merangsangkan ekonomi pelancongan domestik dengan fokus kepada produk pelancongan di kawasan utara Selangor iaitu di kawasan mungkin terlibat dengan Sekinchan ini, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan selatan ada dari kawasan saya, mungkin Dengkil juga terlibat, Sepang dan Kuala Langat. Sungai Pelek mencadang diteruskan kembali program seperti Gagasan Rumpun Selangor yang dilihat dapat memberi impak positif kerana dapat membina hubungan di antara institusi diraja dengan rakyat. Program ini juga dilihat dapat mempromosikan tempat-tempat bersejarah dan pelancongan di seluruh Selangor di samping dapat mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025. Di kesempatan ini juga Sungai Pelek ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Sungai Air Tawar dalam kerjaya menganjurkan Gagasan Rumpun. Sungai Pelek juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Sekinchan kerana

telah menganjurkan program-program pelancongan yang mempromosikan produk-produk di DUN Sungai Pelek seperti contoh Buah Naga. Begitu juga tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat EXCO jiran saya Tanjung Sepat dalam penganjuran Fiesta Makanan Warisan Selangor baru-baru ini yang dapat banyak mendapat sambutan. Pengunjung yang amat memberangsangkan termasuk Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Selangor pun turut hadir.

Pusat warga emas, saya nak cerita fasal pusat warga emas di telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sepang dan Kuala Selangor adalah antara sebelas negeri di Malaysia yang telah dikenal pasti sebagai daerah menua di Malaysia berdasarkan dapatan anggaran penduduk semasa. Daerah pentadbiran 2024 oleh DOSM, Sungai Pelek mencadang supaya satu atau lebih banyak pusat khidmat pusat warga emas didirikan melalui kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk menampung atau menggalakkan aktiviti daripada kalangan yang menua atau warga emas.

Sukan Program Pembangunan Sukan yang berprestasi tinggi, Sungai Pelek melihat kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada sukan boling padang yang telah menjadikan Sepang antara daerah yang terawal dalam sukan boling padang. Di Malaysia ini, selain ini juga boling padang di Sepang ini telah melahirkan ramai atlet pada peringkat akar umbi sehingganya di peringkat elit, antarabangsa pun ada daripada Sepang. Sejajar dengan penganjuran SUKMA 2026, sukan boling padang di Sepang perlu dijadikan sebagai satu main event untuk sukan boling padang. Maka Sungai Pelek memohon peruntukan tambahan untuk menaik taraf padang tersebut, yang sedia ada menjadikan padang itu bertaraf elit.

Tuan Speaker, Belanjawan Selangor 2025 adalah dokumen yang mencerminkan perhatian keprihatinan wawasan dan keazaman kerajaan negeri untuk terus memacu negeri ke depan dengan dasar inklusif dan mampan. Saya yakin Selangor akan terus menjadi modal pembangunan bagi negeri-negeri lain di Malaysia. Namun, pelaksanaan adalah kunci kejayaan, saya menyeru semua pihak termasuk sektor swasta dan masyarakat untuk sama-sama memastikan setiap inisiatif dalam belanjawan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat Selangor.

Sebelum Sungai Pelek menghadiri perbahasan ini, Sungai Pelek ingin mengucapkan terima kasih walaupun Yang Berhormat Kuang tak ada. Kerana telah menyokong semalam dia telah mengatakan dia dua hari lepas, dia menyokong Belanjawan bagi tahu 2025 walaupun dia telah menetapkan satu syarat bahawa kerajaan ini perlu menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu. Saya memang memberi penghormatan kerana beliau telah menyokong, walaupun ada syarat. Di sini juga, saya ingin membuat atau berkongsi pengalaman berkenaan dengan isu dibawakkan oleh Yang Berhormat

Kuang, berkenaan sekolah, pembinaan sekolah. Setahu saya, projek pembangunan yang skala besar, semestinya mendapat kebenaran merancang di PBT, semua PBT, ini mantan Ahli Majlis yang saya rasa Yang Berhormat Banting pun dia tahu. Jadi untuk yang berskala besar ini, semestinya ada kelulusan tersebut dan kelulusan tersebut mesti ada diletakkan syarat, syarat tapak sekolah, masjid, balai polis, balai bomba dan sebagainya. Dan saya harap dalam perkara ini Yang Berhormat boleh memaklumkan kepada Ahli Parlimen dan dibawa kepada Sidang Dewan Rakyat, memandangkan peruntukkan membina sekolah adalah daripada Kementerian Pendidikan, di bawah persekutuan dan saya percaya dengan semangat dan berjiwa rakyat Yang Berhormat Kuang, pasti dia akan berjaya. Begitu juga dengan Yang Berhormat Sungai Kandis, yang beliau telah membangkitkan isu yang terdapat bilangan warga asing yang ramai dan saya mencadang supaya operasi bersepadu bersama dengan Imigresen, PDRM, malahan boleh dapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau di kawasan hotspot untuk mengenal pastikan identiti warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah atau sebaliknya.

Dan Sungai Pelek ini tidak mempunyai mentaliti pelik ya, tak ada ya, tidak mentaliti pelik. Saya tidak pelik. Dengan itu Sungai Pelek setuju dengan Sabak Bernam, Yang Berhormat Sabak Bernam, berkenaan dengan isu binatang ternakan yang terbiar yang berkeliaran sehingga mengakibatkan kemalangan maut. Sungai Pelek juga berpendapat Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu mengambil inisiatif malahan pihak Kerajaan Negeri pula perlu mengadakan kerjasama atau bincangan atau rundingan bersama pihak Veterinar, bagi menangani atau mengatasi masalah ini. Kerana dia bukan sekali, telah banyak kali berlaku. Seperti kes yang dibawa oleh Yang Berhormat Sabak Bernam berlaku juga insiden yang sama di Sungai Pelek. Sama juga di jiran saya percaya Yang Berhormat EXCO Tanjung Sepat, sama juga Yang Berhormat saya rasa di Dengkil, di Kota Warisan khususnya banyak juga kes lembu berlaku kemalangan melibatkan binatang ternakan. Dan saya juga ingin memberi cadangan kepada sahabat saya Yang Berhormat Morib yang semalam ada dia mengatakan sebenarnya di sebelah sini ada mentaliti macam rasa besar atau berkuasa ,tidak sebenarnya. Saya nak bagi satu penerangan kepada Yang Berhormat Morib, saya harap boleh terima dengan hati yang besar, dengan jiwa yang terbuka sebenarnya kita cuma berada di platform yang berlainan dalam situasi yang berlainan. Di sebelah sini sebagai tanggungjawab dan tugas kami adalah untuk menyokong belanjawan ini dan menyokong dan memberi sumbangan, tenaga dan juga idea kepada Kerajaan dan malahan di sebelah sana adalah untuk memberi komen-komen atau seperti dikatakan Yang Berhormat Sabak kritik tetapi dengan niat yang baik. Untuk menambahbaikkan, untuk memberi idea, untuk memajukan negeri Selangor yang tercinta ini. Di sana ada yang hebat-hebat belaka ada bekas Menteri Besar, yang bakal Perdana Menteri dikatanya. Ada juga sahabat saya yang tidak ada Taman Medan juga tak ada, dia adalah sejak saya kenal dia di Pulau Pinang, dia

ada seorang EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, beliau adalah seorang yang sangat berjiwa besar, berjiwa rakyat dan saya masih ingat saya berjumpa dia di Pulau Pinang untuk kerja-kerja turun padang untuk membantu

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Beri peluang kepada Morib.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Kejap ya, kejap saya bagi peluang. Saya bagi laluan. Untuk membantu bangsa-bangsa banjir.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat masa pun dan habis sebenarnya Yang Berhormat. Teruskan, ringkaskan.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

dah cukup masa, boleh 30 saat saya bagi.

Timbalan Speaker

Okay teruskan sebab special.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Okay terima kasih Sungai Pelek. Apa yang saya bagi tahu pada semalam adalah dengan motif yang baik juga. Cuma tidak perlulah menuding jari kepada pihak pembangkang. Pihak pembangkang banyak memberi pendapat. Saya rasa pendapat ini yang perlu diambil baik kepada pihak Kerajaan. Tapi bila kami memberi pendapat, pihak di sana meremehkan, itu menjadi satu masalah dan macam kita ini seperti yang diberitahu kita tak ada belanjawan, kita ada. Tetapi sebagai

Timbalan Speaker

Ringkaskan.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

nak ulas balik apa yang diberi tahu tadi.

Timbalan Speaker

Masa dah tak ada teruskan. Teruskan jawab.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih sahabat saya, jiran dekat Yang Berhormat Morib.

Timbalan Speaker

Satu minit.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Okay, okay sempat. Cuma katakan tadi yang buka temeh remah nak dijawab dan sebagainya. Bagi saya mana orang kata cadangan yang diberi oleh pihak pembangkang adalah merupakan pengimbang, penyemak untuk menjadi demi kebaikkan negeri Selangor.

Sungai Pelek, sikit boleh?Sikit.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Ya boleh.

Terima kasih Sungai Pelek. Setuju atau tidak Sungai Pelek, kita lihat perbahasan juga teguran daripada blok pembangkang seperti Sabak, Sungai Ramal yang sangat-sangat bagi saya sangat berkualiti dan sangat membantu Kerajaan Negeri Selangor dan setuju tak Sungai Pelek perbahasan ataupun teguran dan sangat keras seperti melabel, ke timbang sebagai kencing, perkataan-perkataan sebegini, yang ini setuju tak kalau kita katakan ini tidak menepati kepada standard Dewan Negeri Selangor yang ada pada hari ini?

Timbalan Speaker

Sungai Pelek satu minit sahaja, saya bagi special sebab pembahas terakhir saya bagi lebih sikit.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Ya sebab saya tercicir semalam. Terima kasih saya amat setuju itu yang sebenarnya dalam Dewan ini kita berbahas dengan budi bahasa dengan kesopanan. Tidak sesuai kalau kita guna ayat-ayat yang kurang atau tuduhan atau tohmahan. Itu memang saya setuju sangatlah. Saya rasa bagi pembangkang, saya bukan ada niat sindir ataupun niat yang tidak baik. Sebenarnya saya rasa dari kami pun sentiasa kita perlukan pembangkang. Kita perlukan pembangkang saya ingat lagi, satu masa di Singapore ya di Singapore sampai orang kata Perdana Menteri dia melantik, walaupun tidak ada sifar pembangkang, dia melantik pembangkang, jadi dia boleh jadi pengimbang dan juga menyemak.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek landing.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Okay jadi saya akhiri dengan puisi, okay.

Sungai Pelek mengalir tenang sekali, Membawa rezeki ke setiap desa, Belanjawan Selangor penuh janji, Menjamin kemakmuran sejahtera.

Dengan ini saya menyokong penuh belanjawan 2025. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Pelek. Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Sesi Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2025 dari Ahli-ahli Yang Berhormat lalui dengan penuh, kita lalui dengan penuh tertib dan matang. Terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dan menyumbangkan pandangan dan cadangan serta kritikan yang membina

demi kepentingan rakyat dan Negeri Selangor yang kita cintai. Kini tibalah giliran pihak Kerajaan jika ingin memberi penjelasan dan menggulung perbahasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat. Dengan ini saya menjemput wakil Kerajaan, Yang Berhormat Taman Templer iaitu EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat. Dipersilakan.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Kita Selangor. Saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negeri yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan belanjawan Negeri Selangor 2025 dan menyentuh aspek berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor. Sebelum bermula saya ingin menyatakan bahawa perubahan ataupun keberanian untuk membawa perubahan itu adalah satu yang perlu dan ini saya petik daripada syair Iman Syafie saya bacakan sedikit. (Bahasa Arab) Aku melihat air yang tenang kalau bertakung akan tercemar. (Bahasa Arab) Sekiranya ia mengalir akan baik, sekiranya tidak mengalir ia tercemar. (Bahasa Arab) Singa jika tidak meninggalkan sarang, tidak akan mendapat mangsa. (Bahasa Arab) Anak panah yang tidak terlepas dari busurnya tidak akan mengena sasaran. Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Lanjan dalam perbahasan beliau menyentuh tentang cadangan inisiatif untuk memberikan wanita muda peluang dalam pendidikan terutama dalam industri baru. Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat ini, kerana di peringkat Kerajaan Negeri kita laksanakan program sepanjang hayat atau dipanggil Biasiswa Wanita Berdaya Selangor. Biasiswa ini diberikan kepada para wanita Selangor untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dari tahap sedia ada. Itu di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Sehingga tahun 2024 terdapat seramai 34 orang penerima yang dianugerahkan biasiswa menyambung pengajian merangkumi bidang berkeperluan tinggi seperti terapi cara kerja, bagi kecacatan perkembangan, pendidikan bimbingan dan kaunseling, fisioterapi, psikologi serta pengajian gender. Pihak Wanita Berdaya Selangor sedang meneliti beberapa bidang lain yang berpotensi seperti kecerdasan buatan, artificial intelligent, perniagaan digital dan agro teknologi untuk ditawarkan kepada calon penerima biasiswa bagi tahun 2025.

Seterusnya Yang Berhormat, Seri Kembangan ada membangkitkan mengenai, peri pentingnya untuk menyediakan satu ekosistem yang baik untuk wanita di Negeri Selangor terutamanya bagi wanita yang berkerjaya. Ahli-ahli Yang Berhormat, tahun lau apabila kita laksanakan Insentif Mama Kerja, kita dapati antara kesukaran bagi wanita yang bekerja ialah kos penjagaan anak yang tinggi, masa bekerja yang tidak fleksibel kerja dan kebimbangan mereka terdapat kualiti penjagaan dan keselamatan anak-anak. Dalam hal ini saya menyambut baik beberapa inisiatif yang telah diumumkan peringkat

persekutuan seperti potongan cukai kepada majikan yang memberikan kemudahan cuti penjagaan tambahan berbayar ataupun care paid leave. Majikan yang mengaji wanita bekerja serta potongan cukai tambahan terhadap perbelanjaan pembangunan kapasiti dan perolehan perisian dalam melaksanakan pengaturan kerja-kerja fleksibel. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong apa jua langkah untuk memastikan lebih ramai wanita kekal dalam tenaga kerja dan untuk tempoh yang lebih lama. Maka Dasar Wanita Selangor 2024 hingga 2026 melalui matlamat ketiga, merapatkan jurang gender di semua peringkat dan aspek pasaran buruh. Mengariskan beberapa pelan tindakan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh. Kadar sedia ada KPTB ataupun kadar penyertaan tenaga buruh di Negeri Selangor ialah 69.9% bagi wanita. Berbanding 83.5% bagi lelaki. Bagi mengatasi jurang yang wujud, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kewangan untuk mengurangkan beban ibu bapa untuk kos penjagaan anak ke TASKA termasuklah Intensif Mama Kerja, Asuh Pintar dan Tunas. Selain itu Kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor ataupun YAWAS melaksanakan Program IMPAK bagi memberdaya suri rumah yang merupakan pengasuh untuk melakukan penjagaan yang berkualiti dan selamat di rumah. Di sini saya ingin menyeru kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri terutama di bawah MBI dan PKNS untuk melaksanakan segala strategi bagi menyokong wanita terus bekerja. Seperti menyediakan pusat penjagaan, pusat jagaan di tempat kerja, melaksanakan aturan kerja fleksibel bagi ibu bapa yang memerlukan, pemberian cuti paternity dan maternity serta pengambilan wanita yang telah meninggal alam pekerjaan untuk kembali bekerja ataupun Career Come Back Programme. Parental Act Reform ataupun Reformasi Akta Ibu Bapa di negara maju seperti di Finland menjadi batu loncatan kepada lonjakan kepada KPTB ini. Dalam konteks ini setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada pihak MBI yang telah menubuhkan TASKA OKU yang pertama berdaftar di Selangor di Bangunan Darul Ehsan dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Negeri Selangor. Usaha murni adalah sebagai langkah menyokong kakitangan syarikat yang mempunyai anak-anak istimewa.

Ahli-ahli Yang Berhormat, ekosistem sebegini ini lah yang akhirnya memberi peluang kepada wanita untuk cemerlang dalam kerjaya dan mampu duduk di peringkat membuat keputusan dalam sektor korporat seperti mana yang ditekanlah oleh yang Berhormat Kota Kemuning. Saya memuji kefahaman beliau tentang perspektif gender dalam membahaskan soal inklusif dan peluang yang saksama. Yang mana kualiti kefahaman seumpama ini harus dimiliki oleh semua pembuat dasar di Dewan yang mulia ini. Tuan Speaker, Yang Berhormat Meru ada menyebutkan tentang peruntukan bagi Pembedayaan Wanita yang dilihat berkurangan dari sebelumnya iaitu RM2.4 juta berbanding RM4 juta pada tahun 2024. Saya mengambil serius perkara ini dan akan mengadakan perbincangan segera dengan pihak Pegawai Kewangan Negeri agar peruntukan diberikan kepada Jawatankuasa Wanita & Keluarga haruslah sekurang-

kurangnya kekal seperti sebelumnya. Memandangkan segala inisiatif sosial yang kita rencanakan akan dapat memberdaya wanita dan memperkukuh institusi keluarga yang merupakan kunci penting kepada binaan modal insan dan kemajuan negeri Selangor. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Meru dan Permatang atas perhatian yang diberikan kepada peruntukan bagi Pemberdayaan Orang Kurang Upaya dan Anak Istimewa Selangor ataupun Anis yang kita lihat berkurang untuk tahun 2025. Semua sedia maklum bahawa pembedayaan OKU dan ANIS Negeri Selangor sejak 5 tahun terdahulu menjadi tumpuan dan rujukan dari negeri-negeri lain. Namun segala inisiatif yang kita laksanakan masih belum cukup untuk menjamin kualiti hidup dan kesejahteraan golong ini. Maka saya percaya dengan pengoperasi YANIS atau Yayasan Insan Istimewa Selangor akan bermula suka pertama tahun 2025 kelak, kita akan mampu bergerak lebih laju dan terus menerajui Pemberdayaan OKU dan Anis.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Batu Tiga melontarkan pandangan tentang Program Disability Equality Training (DET) dan menyeru agensi kerajaan, anak syarikat dan institusi di bawah Kerajaan Negeri untuk menghantar lebih ramai kakitangan menyertai program ini dan saya amat bersetuju dengan pandangan ini memandangkan Program DET merupakan satu proses penyertaan masyarakat dalam memahami tentang elemen ketidakupayaan. Kefahaman yang mendalam terhadap ketidakupayaan

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Izin saya tambahan.

Timbalan Speaker

Ada yang mencelah.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Okay. Tadi terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tadi berkenaan dengan ANIS yang dibentangkan tadi. Saya ingin bertanya sebab sekarang ini pusat-pusat ANIS ini banyaknya di bandarlah, di Shah Alam. Jadi saya nak tanya adakah memandangkan kita lihat peruntukan pun dah dikurangkan, jadi adakah Kerajaan Negeri bercadang masih lagi dengan perancangan untuk mengadakan lebih banyak Pusat-pusat ANIS ini terutama sekali di kawasan luar bandar? Sebagai contoh di Permatang kerana di kawasan saya pun ada ramai anak-anak OKU dan sebagainya yang masih lagi mendapat kurang perhatian. Jadi saya minta penjelasan.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Seperti saya sebut sebentar tadi kita percaya tentang pengoperasian YANIS, Yayasan yang mana akan dimulakan pada suku pertama tahun 2025 kelak yang berupaya untuk menjana sumber-sumber lain daripada hanya kepada geran daripada Kerajaan Negeri sahaja. Jadi untuk Program Pusat ANIS, kita faham tentang permintaan dan antara yang dalam perancangan adalah kerjasama dengan Perbadanan

Perpustakaan Awam Selangor di perpustakaan daerah ataupun desa di mana program-program intervensi ataupun saringan mobil secara bergerak yang mana itu juga akan membantu akses warga OKU dari kawasan luar bandar. Seterusnya kefahaman yang mendalam terhadap ketidakupayaan akan membantu majikan menambah baik perkhidmatan atau infra yang mesra OKU, menggalakkan pengambilan pekerja OKU, seterusnya menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk insan istimewa. Dan di kesempatan ini saya turut ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para atlet Para SUKMA yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang baru-baru ini. Saya berharap agar peluang dan kemudahan yang sama diberikan kepada para atlet Para SUKMA agar mereka boleh turut bersama menyumbang kepada kecemerlangan sukan di negeri kita kelak.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Ramal bertanya tentang statistik terkini remaja hamil luar nikah di Negeri Selangor. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, statistik remaja hamil luar nikah bagi Negeri Selangor bagi tahun 2023 adalah sebanyak 799 kes. Manakala setakat September 2024, Selangor mencatatkan sebanyak 555 kes iaitu kategori umur 10 hingga 14 tahun sebanyak 13 kes, 15 hingga 17 tahun sebanyak 157 kes dan 18 hingga 19 tahun sebanyak 385 kes.

Kerajaan Negeri memandang serius isu ini terutama apabila melihatkan dan melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun. Maka bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak dalam aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak daripada gangguan seksual dan ia telah dilaksanakan sebanyak 12 siri iaitu 11 program di sekolah-sekolah semua daerah di Negeri Selangor termasuk satu program di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak PPR Hicom.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker. Saya ucap terima kasih kepada Taman Templer yang berikan data kepada Dewan ini tentang jumlah kanak-kanak atau remaja wanita hamil luar nikah dan saya juga menyambut baik program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk turun ke bawah berikan kempen kesedaran kepada rakyat khusus sekolah-sekolah untuk maksud ini. Cuma saya belum terdengar dengan jumlah yang munasabah kempen diadakan di sekolah-sekolah dalam kawasan Hulu Langat dan khusus untuk kawasan Sungai Ramal dan mohon diberikan perhatian sebab kawasan ini adalah penduduk yang ramai dan saya bimbang dia melibatkan kawasan-kawasan yang hampir dengan komuniti Melayu Muslim. Dan sekiranya pihak

Kerajaan Negeri ada hasrat untuk turun di kawasan kami tolong maklumkan untuk kami turut serta. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum untuk cadangan penambahbaikan pada tahun 2025 dan selain itu Kerajaan Negeri juga melaksanakan Program Kasih Keibubapaan Digital dengan kerjasama LPPKN Selangor bagi mendedahkan ibu bapa dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik anak-anak tentang kaedah penggunaan teknologi digital yang selamat. Terdapat 10 siri dilaksanakan di seluruh daerah Negeri Selangor dan seramai 300 orang peserta daripada kalangan ibu bapa telah mendapat manfaat ini dan bagi mendapat maklum balas dan merangka cadangan solusi yang lebih komprehensif bersama pelbagai pemegang taruh, Kerajaan Negeri telah memulakan rangka kerja awal bagi melaksanakan Round Table Discussion (RTD) menangani isu remaja hamil luar nikah yang akan dilaksanakan pada suku pertama pada tahun 2025 melalui Wanita Berdaya Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Persatuan Kebajikan Bayt Al-Rahmah.

Tuan Speaker, di peringkat Persekutuan, isu kehamilan remaja luar nikah ini adalah salah satu yang amat serius yang mana KPWKM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merangka beberapa strategi komprehensif termasuk pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, inisiatif, kaunseling serta sokongan komuniti. Beberapa strategi komprehensif untuk mengatasi isu ini adalah; pertama dasar dan pelan tindakan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial yang dinamakan sebagai PEKERTI bermatlamat untuk membangunkan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah selain meningkatkan kompetensi pendidik termasuk memperkasa ibu bapa berkaitan isu ini. Yang kedua, mengetengahkan tindakan sinergi antara kementerian bagi pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial remaja dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bilangan 2 Tahun 2023 dengan beberapa tindakan penambahbaikan yang dilaksanakan iaitu PEKERTI ini dimasukkan sebagai program di peringkat institusi pengajian tinggi dan sekolah agama rakyat. Yang kedua, melaksanakan Program PEKERTI di peringkat komuniti dengan penglibatan Ketua Komuniti, kumpulan sukarelawan dan agensi kerajaan berkaitan. Ketiga, memperluas khidmat sokongan untuk remaja melalui Pusat Remaja KafeTEEN dan Program Sahabat KafeTEEN di sekolah. Keempat, memperkukuh kolaborasi agensi terlibat dalam Pelan Tindakan Dasar PEKERTI 2022 hingga 2025; dan kelima memperluas aktiviti promosi dan advokasi serta kolaborasi secara CSR bersama media massa swasta. LPPKN juga telah menyediakan 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN, satu buah trak kafeTEEN dan aplikasi maya MyKafeTEEN untuk meningkatkan akses remaja kepada maklumat ini. Yang keempat, melalui pelan strategik kebangsaan bagi menangani punca perkahwinan

bawah umur KPWM juga telah menetapkan komitmen pemegang taruh utama di peringkat kerajaan, swasta mahupun NGO di bawah faktor gua iaitu kekurangan atau ketiadaan akses pada pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual. Dan di bawah faktor ini, empat strategi utama melibatkan penyediaan platform penyampaian informasi SRH kepada kanak-kanak dan ibu bapa dan menyediakan perkhidmatan SRH mesra kanak-kanak dan yang terakhir di peringkat KPWKM juga mewujudkan Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Putrajaya pada tahun 2017 dan Kuching pada tahun 2018 serta pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah SUHAKAM pada tahun 2019 telah memperkukuhkan lagi sistem perundangan seiring trend isu jenayah seksual kanak-kanak di era digitalisasi ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya beralih pula kepada Portfolio Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan. Yang Berhormat Subang Jaya dalam perbahasan beliau bertanyakan status Dana Bantuan Guaman Selangor ataupun DBGS. Adakah program ini masih diteruskan pada tahun hadapan? Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan meneruskan Program DBGS ini pada tahun 2025 dengan menggunakan peruntukan yang disalurkan kepada Selangor Bar Council bagi permohonan kes-kes sivil dan syariah serta menambah baik penyampaian maklumat program kepada golongan sasar yang memerlukan. Sepanjang sesi pertanyaan dan perbahasan kali ini, terdapat tumpuan yang diberikan kepada negeri menua dan warga emas seperti yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Lembah Jaya.

Yang Berhormat EXCO, berkenaan Bantuan Guaman. Cuma Yang Berhormat EXCO, ada sebahagian daripada mereka yang bermasalah kadang-kadang mereka tak tahu nak rujuk kepada siapa. Selalunya mereka sama ada kalau di kawasan kampung dia akan rujuk Ketua Kampunglah. Kalau di kawasan seperti kami ni kadang-kadang dia datang jumpa ADUN-ADUN dahulu. Mungkin Yang Berhormat ada perbincangan dengan Majlis Peguam Syarie yang mendapat dana daripada Dana Bantuan Guaman ini mungkin boleh serahkan beberapa senarai daripada mereka untuk kami adjust kan. Jadi kalau ada, jadi kami boleh bagi tahu okay ini nombor-nombor yang telah disediakan untuk membantu pihak mereka yang memerlukan supaya lebih mudah untuk mereka. Sebab kalau nanti bila kita cakap oh ini kena jumpa dengan mereka ini dorang pun tak tahu nak ke mana. Bila akhirnya bila mereka pulang akhirnya mereka nasib mereka tak terbela. Mungkin saya mohon bantuanlah daripada sini agar disenaraikan dan diberikan kepada setiap ADUN mereka-mereka yang boleh dibantu untuk ini. Terima kasih.

Y.B. PUAN ANFAAL BINTI SAARI

: Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Saya mengambil maklum untuk penambahbaikan dan kami juga ingin

menambah focal point di mana pengadu-pengadu boleh merujuk kepada beberapa agensi yang akan menyalurkan maklumat tersebut. Contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga beberapa focal point ya.

Sepanjang sesi dalam sesi perbahasan ini, saya bersetuju bahawa cabaran negeri menua adalah sesuatu yang serius untuk kita tumpukan. Kita menghadapi kadar penuaan yang pantas berbanding negara lain seperti Jepun yang mengambil masa yang lama untuk menjadi negeri tua. Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersedia menghadapi impak perubahan demografi ini baik any means necessary seperti frasa popular yang disebutkan oleh Malcolm X kerana cabaran yang dihadapi oleh warga emas meliputi pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan kesihatan. Apabila telah mencapai umur lebih 60 tahun warga emas sering tinggal sendirian, terpinggir dari aktiviti sosial dan kemasyarakatan, tidak mempunyai simpanan yang cukup dan tidak mampu mengakses kemudahan kerana keuzuran. Populasi warga emas yang tinggi sudah tentu menyumbang kepada isu produktiviti kerana tidak ramai yang boleh berpartisipasi dalam tenaga buruh. Mereka yang di umur bekerja harus menampung dua generasi yang kita katakan sebagai generasi sandwic. Mereka inilah menanggung keperluan penjagaan ibu bapa yang menginjak usia serta anak-anak yang masih kecil yang akhirnya turut beri kesan kepada kesihatan mental.

Tuan Speaker, Alhamdulillah bagi tahun 2025 Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM800,000 bagi warga emas merangkumi dua inisiatif iaitu pembangunan empat buah Pusat Aktiviti Warga Emas ataupun PAWE dan pelaksanaan saringan kesihatan warga emas. Selain inisiatif yang diumumkan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan Selangor 2025, Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan akan melaksanakan kajian warga emas Negeri Selangor bermula Disember 2024. Kajian ini penting agar kita boleh merencana strategi dan program yang benar-benar diperlukan oleh warga emas dalam menjalani kehidupan yang sejahtera dan berkualiti. Dan kajian akan menumpukan keperluan mereka dalam aspek ekonomi, sosial dan kesihatan selain turut akan melihat keupayaan mereka dalam mengakses teknologi dan digital termasuklah jika perlu bagi menjalankan program literasi AI seperti cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan. Saya juga mengambil perhatian cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Taman Medan tentang penggunaan peranti sokongan bagi penjagaan warga emas yang menghidapi penyakit demensia. Penggunaan produk termasuk peranti sokongan serta perkhidmatan berkaitan penjagaan telah diambil kira dalam Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024 hingga 2026 yang akan kita lancarkan dalam sesi persidangan kali ini.

Suka untuk saya kongsikan ketika Wanita Berdaya Selangor menerusi pasukan penyelidik membangunkan dasar, satu portal analitikal pemerhatian dan observasi telah dibangunkan bagi mengintegrasikan pelbagai sumber data sebagai platform yang terperinci dan interaktif untuk kita memahami taburan populasi kumpulan sasar dan ketersediaan perkhidmatan serta kemudahan yang relevan di Selangor. Ini membantu dalam perancangan dan peruntukan sumber yang lebih baik untuk memenuhi keperluan kumpulan demografi yang berbeza termasuk kanak-kanak, warga emas dan individu yang kurang upaya. Selain itu, portal ini juga menggunakan kecerdasan buatan generatif (generative artificial intelligence) yang menyediakan analisa dapatan yang lebih mendalam, meramalkan kesan masa depan dan membolehkan ujian senario hipotetikal dijalankan secara kos efektif. Seiring dengan perkembangan teknologi integrasi elemen ini ke dalam proses pembuatan dasar boleh membantu kita merangka dasar berasaskan data dan tepat dengan keperluan masyarakat yang kompleks.

Tuan Speaker, saya akan menyentuh tentang Program BINGKAS ataupun Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan. Beliau mencadangkan agar Kerajaan Negeri menilai semula syarat kelayakan kerana permohonan semasa yang meningkat.

Saya faham situasi di Pusat Khidmat yang perlu memproses yang banyak, namun Kerajaan Negeri telah melakukan beberapa langkah kawalan termasuklah menjalankan permohonan secara berperingkat iaitu pada Julai sehingga Ogos bagi fasa satu. Kemudian tempoh masa panjang diberikan kepada Pusat Khidmat iaitu 75 hari untuk memproses permohonan dan kini permohonan dibuka semula pada 1 hingga 30 November untuk fasa kedua. Kerajaan Negeri juga dengan kerjasama Social Wellbeing Research Centre (SWRC), Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang melaksanakan kajian khusus berkaitan keberkesanan dan impak pemberian bantuan kewangan ataupun cash transfer dengan fokus khusus kepada BINGKAS. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah baik pembahagian kuota, targetting ataupun penyasaran, proses pelaksanaan serta jika bersesuaian menambah elemen pemberdayaan sebagai exit policy bagi membantu para penerima untuk mencari jalan bagi meningkatkan ekonomi keluarga dan keluar dari kepompong kemiskinan. Conditional Cash Transfer ataupun CCT atau pemberian bantuan kewangan bersyarat telah lama dilaksanakan di negara-negara lain seperti Brazil dan Mexico yang terbukti berkesan untuk menggalakkan penerima bekerja dan ahli keluarga dalam menjana pendapatan, meningkatkan tahap pendidikan dan kesihatan sekaligus dapat memberikan daya tahan individu dan keluarga dalam menghadapi cabaran ekonomi. Selain itu, Yang Berhormat Bukit Lanjan juga mencadangkan agar proses permohonan dan pendaftaran dilaksanakan secara digital menerusi aplikasi dan laman sesawang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan program BINGKAS secara

digital menerusi aplikasi SELangkah, yang mana permohonan boleh dilakukan oleh pemohon sendiri atau menerusi Pusat khidmat bagi pemohon yang memerlukan bantuan dalam proses pendaftaran.

Tuan Speaker, berkenaan Khairat Darul Ehsan, Seri kembangan memohon agar Kerajaan Negeri mengawalkan pelaksanaannya, berbanding tarikh yang diumumkan iaitu pada 1 Jun 2025. Beberapa hari lalu YAB Dato’ Menteri Besar telah mengarahkan perbincangan segera diadakan bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan inisiatif ini dan insya-Allah Jawatankuasa Tetap bersama Seksyen Sektoral UPEN dan YAWAS akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya mengakhiri penggulungan dan menutup kali ini dengan nukilan Mahatma Gandhi, “The difference between what we do and what we capable of doing would suffice to solve most of the world’s problem. Sekiranya ia mengalir, ia akan baik. Sekiranya ia tidak mengalir, ia akan tercemar.”

Sekian ucapan penggulungan saya, Assalamualaikum WBT.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Sekejap, Yang Berhormat. Sikit. Nak tanya tentang PAWE di bawah Yang Berhormat atau di bawah porftfolio lain.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Kita akan berkerjasama dengan, ada dua jenis PAWE. PAWE di bawah agensi Kerajaan Persekutuan adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tapi terkini kita telah menubuhkan satu PAWE yang diuruskan oleh PBT, iaitu Majlis Perbandaran Selayang. Jadi model seumpama ini kita akan perhalusi, di mana 4 PAWE ini, akan kita bangunkan di bawah PBT, di bawah seksyen PBT.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Makna jika ada persoalan ataupun permintaan daripada pihak kami, kami boleh rujuk ke PBT.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Ya dan PAWE ini kebanyakan yang telah dibuka sebelum ini diuruskan oleh NGO. Jadi mana-mana NGO yang menubuhkan boleh memohon untuk dijadikan salah satu dari senarai pusat aktiviti warga emas, yang akan mendapat peruntukan sekitar RM50,000.00 setahun untuk operasinya.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

So, ini pada PBT, begitu.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Ini untuk yang peringkat 2025

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

NGO yang laksanakan, NGO laksanakan, Cuma salurannya ke PBT ataupun terus kepada Kerajaan Negeri.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Saya cadangkan, untuk perbincangan tersebut diusulkan kepada mana-mana pihak PBT, jika ada lokasi yang sesuai dan perbincangan teknikal itu, boleh dilakukan lanjut.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Baik, terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Sama-sama.

Speaker

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Kita Selangor Maju Bersama. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025. Di semua peringkat serta telah menyentuh portfolio di bawah Jawatankuasa Tetap Kemajuan, Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi, Perpaduan Nasional, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2025, dengan tema, Selangor Dinamik, Cita Sempurna, Masyarakat Madani tempohari telah mengumumkan sejumlah RM24.5 juta bagi pembangunan luar bandar. Walaupun ada yang pertikaikan jumlah yang kedengarannya tidak besar, tetapi harus saya tekankan bahawasanya jumlah ini adalah satu peruntukan yang khusus bagi pembangunan luar bandar serta tidak termasuk peruntukan-peruntukan lain menerusi pelbagai inisiatif dan program-program kerajaan negeri, yang akan disalurkan melalui 5 teras Belanjawan 2025 ini. Dengan kata lain, jika dibaca dengan teliti pembahagian peruntukan keseluruhan RM3 bilion ini, jumlah yang diterima bagi rakyat luar bandar di negeri ini adalah jauh lebih tinggi berbanding apa yang telah diumumkan, secara spesifik oleh Dato’ Menteri Besar.

Berkenaan permohonan pembinaan baru serta naik taraf atau baik pulih jalan-jalan, serta kemudahan luar bandar, seperti yang dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri dalam belanjawan 2025 ini, komited memperuntukkan RM2 juta, bagi tujuan ini. Selain daripada pelaksanaan projek yang dirancang, kita juga akan menilai apa-apa permohonan, daripada semasa ke semasa. Dan sekiranya keperluan mendesak, yang berkepentingan orang ramai, Insya-Allah, kita akan usahakan untuk kita laksanakan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) serta Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), di peringkat persekutuan, yang mana kedua-dua kementerian ini di bawah dua orang Timbalan Perdana Menteri, untuk kita laksanakan

projek-projek yang lain. Saya dimaklumkan oleh KKDW bahawa bagi tahun 2025, terdapat keseluruhan 93 projek di seluruh negeri Selangor ini, dengan peruntukan sebanyak RM1.22 bilion, yang mana 24 adalah projek baru dan 69 adalah projek sambungan dengan pelaksanaan adalah pelbagai agensi di bawah KKDW. Manakala di bawah PETRA pula, terdapat 21 projek pembangunan secara keseluruhan di negeri melibatkan peruntukan sebanyak RM340 juta dengan 12 projek adalah di kawasan luar bandar untuk dilaksanakan pada tahun 2025. Buat masa ini, kita sedang mendapatkan perincian senarai projek-projek tersebut.

Yang Berhormat Hulu Bernam, pada dua hari yang lepas telah menyebut nama saya dalam perbahasan dan telah memberikan cadangan agar klinik bergerak serta jaringan pengangkutan awam diwujudkan di kawasan beliau. Kerajaan Negeri akan memperhalusi cadangan-cadangan ini dan memandangkan beliau menyebut nama saya, saya sendiri akan berbincang dengan EXCO-EXCO yang terlibat tentang bagaimana kita boleh memastikan kawasan-kawasan yang jauh daripada akses kesihatan dan pengangkutan awam ini diberikan perhatian yang sewajarnya bagi memastikan jurang yang wujud ketika ini dapat dirapatkan. Berkenaan kampung digital pula, suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Hulu Bernam, Kerajaan Negeri ketika ini, sedang dalam usaha memperluaskan Pusat Smart Desa, yang dilaksanakan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa yakni PlanMalaysia. Pusat Smart Desa ini, berperanan sebagai pusat sehenti untuk kegunaan warga desa. Pelbagai lapisan menggunakan perkhidmatan jalur lebar percuma, pusat internet, kelas tambahan dan pusat komuniti. Bagi tahun 2024, Pusat Smart Desa ini telah dilaksanakan secara rintis di Kampung Budiman, Bukit Raja, Daerah Petaling dan Kampung Sri Taman Baru, Hulu Langat dengan kos pelaksanaan RM250 ribu bagi setiap kampung. Ketika ini, secara keseluruhannya terdapat empat buah Pusat Smart Desa di seluruh negeri. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga telah menyatakan komitmen beliau untuk Kerajaan Negeri memperluaskan Pusat Smart Desa ini ke semua daerah lain secara berperingkat dan jika terdapat keperluan, dalam satu-satu daerah itu mungkin diwujudkan lebih daripada satu Pusat Smart Desa.

Yang Berhormat Sabak, semalam, telah membangkitkan mengenai SABDA atau Sabak Bernam Development Area. Yang Berhormat Sabak menyatakan SABDA ini tidak diyakini boleh berjaya dan telah meminta penjelasan tentang kemajuan terkini SABDA. Seperti mana yang pernah saya nyatakan sebelum ini, SABDA ini merupakan sebahagian daripada Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Seperti mana Rancangan Malaysia, semua projek yang dirancang dan dikenal pasti di bawah RS-1 termasuklah SABDA, akan diperbaiki dari masa ke semasa dan dinilai kemajuan dari sudut pelaksanaannya. Menerusi SABDA, sebanyak 18 projek telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah RS-1, manakala 5 lagi projek adalah projek baharu. Suka saya tekankan bahawa SABDA secara dasarnya dipandu menerusi kerjasama awam dan swasta menerusi public-private

initiative yakni PPI. Kesemua projek di bawah SABDA adalah bersifat jangka masa panjang dan kita hanya boleh melihat hasil SABDA ini dalam tempoh beberapa tahun lagi. Maka dalam hal yang disebut oleh Yang Berhormat Sabak, iaitu berkenaan Projek Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan Sungai Lang dan secara khususnya merujuk kepada ikan tuna, ianya adalah projek yang dinilai semula oleh Kerajaan Negeri memandangkan buat masa ini, permintaan kepada hasil daripada projek ini masih lagi rendah. Tetapi sekiranya terdapat pihak swasta atau pelabur yang menunjukkan minat untuk melaksanakan projek ini, Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI) terbuka untuk bekerjasama dan memudah cara kepada perkara ini.

Selain itu, Yang Berhormat Sabak juga membangkitkan tentang pusat pemprosesan ayam yang diarah tutup kerana terlalu hampir dengan sungai. Untuk makluman, pusat pemprosesan ayam ini telah mendapat rungutan kerana selain daripada terlalu dekat sungai yang membawa pencemaran, ia juga dikesan membawa pencemaran bau yang menjejaskan kehidupan penduduk sekitar. Selain daripada pencemaran yang disebutkan, ia juga membawa risiko kesihatan. Jadi dalam penilaian Majlis Daerah Sabak Bernam, pusat pemprosesan ayam ini perlu ditutup. Sekiranya hendak menjalankan operasi semula, pengusaha perlu memastikan perkara-perkara yang berbangkit ini diatasi terlebih dahulu. Jika tidak, kita harus membuat ketetapan bagi memastikan keterjaminan alam sekitar terpelihara dan lebih utama, soal kesihatan tidak disampingkan. Sebagai penutup kepada Yang Berhormat Sabak, walaupun mungkin beberapa projek bagi SABDA ini sedang dinilai semula, tidak bermakna SABDA ini secara keseluruhannya tidak mampu mencapai matlamatnya.

Speaker. Terima kasih, saya nak tanya berkaitan dengan pusat sembelihan tadi. Surat telah dihantar oleh pihak Majlis untuk arahan menutup dan jawapan EXCO, seolah ada ruang lagi kepada pengusaha ini untuk meneruskan operasi mereka di tempat itu, dengan syarat, dia mematuhi. Dan saya telah pun membuat tinjauan, saya pergi sendiri dan mendapati keadaan memang bersih, memang bersih dan pada saya tidak timbul bau dan sebagainya yang boleh mencemar persekitaran ketika saya membuat tinjauan itu. Jadi apakah kerajaan bersedia memberikan peluang dia meneruskan semula. Dan kalau mereka pindah, adakah dia sendiri yang perlu cari tempat ataupun kerajaan yang akan mencarikan tempat untuk meeka. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih, Yang Berhormat Sabak. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, masalah awal pusat sembelihan ini adalah asalnya ia tidak diurus dengan baik, sehingga sisa buangannya itu menyebabkan pencemaran dan bau. Atas sebab itu, pihak MDSB dan saya sendiri pada waktu ketika itu turun dan melihat memang berlaku bau, dan pihak pengusaha sendiri mengaku. Selepas itu pusat itu

diarahkan tutup, dan saya difahamkan kini pusat sembelihan itu juga telah diperbaiki seperti mana Yang Berhormat Sabak maklumkan tadi dan saya sendiri, ada membuat surat selaku ADUN Sungai Ait Tawar, untuk dilihat semula, agar pusat sembelihan ini, boleh diberi, untuk dilaksanakan semula. Walau bagaimanapun, jawapan daripada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam mereka perlu menilai dulu secara terperinci dan perlu mendapatkan ulasan daripada pihak veterinar dan alam sekitar bagi kelulusan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Jadi bagi pihak saya, saya akan minta pihak MDSB berbincang dengan pihak penyembelihan ini supaya segala masalah dapat di atasi dan sekiranya ia mendapat ulasan dan sokongan daripada pihak Veterinar, saya yakin, pusat sembelihan ini boleh diteruskan. Terima kasih.

Seterusnya, seperti yang saya perkatakan tadi seperti apa Yang Berhormat Sabak perkatakan tentang Sabak, Insya-Allah dengan usaha yang sedang dilaksanakan ini kita akan mampu melihat hasil SABDA ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Ini penting kerana hasrat utama Kerajaan Negeri mewujudkan SABDA ini adalah untuk memastikan daerah Sabak Bernam tidak ketinggalan dan dapat merasai arus kemodenan seperti mana daerah-daerah lain. Yang Berhormat Sungai Pelek juga tadi ada menyentuh mengenai Gagasan Rumpun Selangor sebentar tadi dan saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Sungai Pelek dan kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang telah memberikan kerjasama sepanjang program Gagasan Rumpun Selangor ini berjalan di sembilan daerah. Ya untuk makluman Dewan pada tahun hadapan Insya-Allah Gagasan Rumpun Selangor akan ditambah baik pelaksanaannya dengan pengisian program yang lebih menyentuh denyut nadi rakyat serta memberi kesan yang lebih menyeluruh dalam usaha kita mengangkat warisan dan perpaduan di Negeri Selangor ini.

Tuan Speaker sampai di sini sahaja penggulungan saya pada hari ini. Perkara-perkara lain yang tidak disentuh oleh saya mungkin akan disentuh oleh EXCO-EXCO yang lain yang menyentuh portfolio mereka, sekian.

Speaker

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tanjong Sepat, siap sedia.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negeri yang mengambil bahagian dalam Sidang Dewan Negeri kali ini dengan Perbahasan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2025 khususnya bagi Program/Projek/Inisiatif (PPI) berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat dan Warisan. Sesungguhnya

penglibatan semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam memberi idea, cadangan dan penambahbaikan semangat untuk membantu demi pembangunan negeri ini.

Bagi menjawab perbahasan yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang, Tuan Speaker Yang Berhormat, kos pembangunan rumah ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju dan kos pembinaannya berbeza dari satu pemaju kepada satu pemaju yang lain. Ianya berkait rapat dengan kebolehan pemaju dan mendapatkan harga bekalan….

Speaker

Yang Berhormat, Permatang tidak ada di tempat dia. Tapi terpulanglah kepada Yang Berhormat.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Baik, saya akan baca balik kalau dia ada.

Speaker

Untuk jimatkan masa.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Ha, dah ada dah. Yang Berhormat Permatang dah ada.

TUAN SPEAKER

: Okay baik.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Selain daripada itu, dasar Kerajaan Negeri juga membenarkan untuk penambahan unit rumah 120 unit per ekar daripada 60 – 80 unit per ekar bagi perumahan bebas turut memberi pengecualian terhadap caj pemajuan bagi mengurangkan kos pembinaan serta menggalakkan pembinaan Rumah Selangorku untuk memastikan penyediaan dan permintaan adalah seimbang. Jadi maksudnya dulu kekangan mungkin disebabkan hanya kebenaran daripada 60-80 unit per ekar tapi sekarang kita telah membuat dasar untuk memberi kebenaran untuk 100 unit untuk densiti dan kita baru-baru ini telah mendapat kelulusan untuk melepaskan cas pemajuan. Jadi ini agak mengurangkan lagi bebanan bagi pemaju-pemaju. Kos-kos ini tidak memberi kesan kepada keseluruhan projek dan bakal menyebabkan kenaikan harga. Jadi ini boleh menyebabkan harga yang berpatutan boleh ditawarkan. Permohonan untuk unit juga di kontra dengan ditampung oleh pemaju melalui Gross Development Cost, kos keseluruhan projek. Jadi kontra ini juga memberi kesan yang baik kepada pemaju supaya keseimbangan harga itu bagi pemaju-pemaju di Negeri Selangor. Dasar perumahan Negeri Selangor telah memansuhkan konsep subsidi bersilang melalui Dasar Rumah Selangorku 3.0 dan sekiranya terdapat kos-kos tambahan yang timbul disebabkan dasar, kos tersebut akan ditimbal balik melalui peningkatan densiti dan insentif-insentif yang diperkenal oleh Kerajaan Negeri. Sebab itu

dulu kita ada Dasar 2.0, sekarang 3.0 disebabkan selepas pandemik ada beberapa kekangan disebabkan kenaikan kos dan sebagainya. Rumah-rumah unit kontra ini akan dimanfaatkan melalui pengagihan secara penawaran kepada golongan sasaran iaitu B40 dan juga M40 dalam bentuk penyewaan yang dikenali sebagai Skim Smart Sewa. Sehingga kini, dianggarkan Kerajaan Negeri akan memperolehi sebanyak 4,986 unit di seluruh Negeri Selangor dan sebanyak 85 unit telah dapat diserahkan kepada Kerajaan Negeri dan dijangka manakala baki pada 4,901 unit akan diterima secara berfasa dalam tempoh 3-5 tahun akan datang. Dan seterusnya bagi Yang Berhormat Gombak Setia.........

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, boleh saya mencelah sedikit? Terima kasih. Saya ada membangkitkan isu Skim Biaya Rumah yang berjumlah RM100 juta yang telah diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan Selangor 2023. Yang Berhormat Tanjong Sepat telah memaklumkan dalam Dewan ini bahawa Program ini tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab khususnya kekangan bidang kuasa Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Yang Berhomat juga telah menyatakan peruntukan RM100 juta ini telah digunakan untuk Program yang lain iaitu Program Smart Sewa. Persoalan saya, apakah bidang kuasa yang, punca kuasa yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengalihkan RM100 juta ini daripada Skim Biaya Rumah yang diluluskan oleh Dewan ini kepada satu program lain yang belum mendapat kelulusan oleh Dewan Negeri. Saya pohon penjelasan, terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Walaupun tak dibahaskan usul ini tapi saya telah menjawab lebih awal dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Hulu Kelang, ini peruntukan di bawah Tabung Amanah Lembaga Perumahan dan ini dipanggil Ikatan Amanah ataupun trust deed. Ini boleh diluluskan di peringkat Kerajaan Negeri, Perbendaharaan dan juga Pihak UPEN serta LPHS. Jadi hanya jawatankuasa ini, boleh meluluskan trust deed ini untuk digunakan tanpa dibawa di dalam laporan sidang Dewan, terima kasih. Saya teruskan, seterusnya daripada Yang Berhormat...

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya mencelah sikit...

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat Permatang ada soalan.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya ada soalan tambahan sikit. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penerangan tadi. Seperti yang kita dengar berkenaan dengan Skim Smart Sewa sekarang ini memang ramai anak muda tambah lagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin mencari rumah adalah satu kekangan bagi mereka. Jadi saya lihat Smart Sewa ini satu alternatif untuk membantu

mereka tetapi kita kena ingat, pasangan-pasangan muda ini bukan hanya ada di kawasan-kawasan bandar. Jadi saya ingin bertanya, apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu, adakah smart sewa ini akan di adakan juga di kawasan luar bandar sebagai contoh di kawasan Tanjung Karang, di Tanjung Karang lah dan seandainya ada, adakah dengan izin adakah target berapakah target penempatan Smart Sewa di kawasan luar bandar juga.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Sebenarnya Smart Sewa ini adalah hasil kedua, pertama kita beli melalui tabung amanah yang ada dan kita melihat kebanyakan yang kita beli ini adalah rumah-rumah pangsa. Yang kedua adalah dari skim kontra yang kita benarkan kepada pertukaran daripada dasar 2.0 kepada 3.0. Dan saya melihat untuk Skim Smart Sewa ini memang kita akan adakan bagi semua daerah termasuk sama ada di Sabak Bernam sehingga ke Sepang. Dan kita lihat jika ada unit-unit kontra di kawasan-kawasan tersebut dan kita beranggapan anak-anak tempatan berhak memohon dan kita menyediakan. Selain daripada itu juga, rumah-rumah yang saya sebut tadi rumah PPR sama ada yang landed ataupun rumah murah yang disediakan yang itu juga yang menyebabkan boleh membantu bagi anak-anak muda ataupun bagi anak-anak yang baru berkahwin untuk mendapat rumah keselesaan, baik terima kasih. Seterusnya saya menjawab untuk Yang Berhormat Serdang mengenai Isu Status Lestari Putera dan juga Saujana Puchong. Saya ingat....

Speaker

Seri Serdang tiada, ada....

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Untuk makluman Yang Berhormat, hak milik yang individu melibatkan pembangunan di Lestari Putera, Saujana Puchong telah didaftarkan kepada Lestari Puchong Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, Lestari Puchong Sdn Bhd telah dikenakan perintah penggulungan pada 12 Ogos 2015 telah dikenakan perintah peggulungan pada 12 Ogos 2015 di bawah tanggungjawab pelikuidasi yang mana dilantik iaitu Tetuan HLB Ler Lum Advisory Services Sdn. Bhd. menyebabkan proses pindahmilik hakmilik kepada pembeli tergendala dan seharusnya, pihak yang telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk menyelesaikan isu hakmilik individu tersebut perlu melibatkan beberapa perkara untuk penyelesaian isu pindahmilik ini, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) bersama dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) bersedia untuk bertindak sebagai pemudahcara bagi mendapatkan persetujuan semua pihak bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan hak milik. Dan seterusnya Yang Berhormat Subang Jaya....

YB EXCO, minta sikit, boleh? Ya terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cumanya penjelasan tadi itu secara umumnya gitulah. Cumanya sudi atau tidak ataupun seharusnya Kerajaan Negeri juga masuk campur dalam isu ini. Kerana tadi dia melibatkan hampir 10,000 unit kediaman landed yang di kawasan, itu belum masuk strata lagi Yang Berhormat, yang itu baru yang landed sahaja. Saya mengharapkan campur tangan daripada Kerajaan Negeri untuk kita sama-sama cari penyelesaian kerana syarikat liquidator ini memang bersikap tidak mahu berbincang dan sebagainya dan charges yang dikenakan kepada pembeli-pembeli ini agak tinggi hampir ke RM11,000.00 untuk service charge sahaja belum masuk lagi lawyers fees ataupun MOT. Jadi saya mohon pada Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada isu ini terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Seri Serdang, sebenarnya itulah kekangan kami disebabkan apabila kita panggil Liquidator untuk mesyuarat, berbincang mereka tidak hadir. Kadang-kadang mereka hanya menghantar wakil, wakil itu tidak boleh membuat keputusan menyebabkan kekangan begitu besar. Untuk pengetahuan semua Yang berhormat, untuk memiliki strata title ini secara proses ini mempunyai 3 perkara yang harus diluluskan. Iaitu pertama Kelulusan Merancang, kedua Kelulusan Pelan Pembangunan, ketiga Permohonan Sijil untuk Pembelian Unit Share. Yang keempat Fail Jadual Petak ke COB lepas itu lesen pemajuan dan perjanjian jual beli. Ini kadang-kadang masalah ini, masalah S&P bila kes yang terlalu lama menyebabkan S&P pun tidak ada kita perlu mendapatkan daripada liquidator ataupun daripada pemilik-pemilik syarikat yang telah pun membuat pembinaan dan seterusnya peringkat struktur utama dan juga permohonan hakmilik strata. Proses ini sehingga ketiga belas penamatan dan pembangunan semula. Ini memerlukan masa yang jangka masa panjang. Tapi walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya bagi jaminan insya-Allah kita akan bantu kerana Yang Berhormat punya kawasan ini berhampiran dengan kawasan DUN Dengkil iaitu Putera Perdana yang kita telah laksanakan dan telah kita selesaikan pun hampir 11,000 dalam proses untuk mendapat Borang 5A, insya-Allah.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Subang Jaya. Ada?, terima kasih. Yang Berhormat Subang Jaya telah menimbulkan mengenai Hakmilik Strata Pangsapuri The Spectrum, PJS 11/6 Bandar Sunway dan Indah Villa Apartment, PJS 11/12 Bandar Sunway. Dan seterusnya status bagi sebidang tanah tadika yang sepatutnya adalah untuk kegunaan awam tetapi telah digunakan oleh Rancangan Tempatan adalah di bawah kediaman pangsapuri. Untuk jawapan Yang Berhormat, status terkini hakmilik strata pangsapuri The Spectrum, PJS 11/6 adalah seperti berikut; Hakmilik: HSD 323480 PT 9338, Bandar/Daerah/Mukim: Damansara. Status: Pemilik tanah asal (PTA) adalah Deepa Sdn Bhd dan 6 Mei 1988, PTA telah melantik Prisma Development Sdn Bhd sebagai pemaju yang bertanggungjawab untuk membangunkan tanah di atas lot PT 9338 dan sebahagian

lot PT 9339 yang dikenali sebagai Parcel B. Sehingga 31 Oktober 2024, pemaju belum menyerahkan balik tanah dan menyebabkan proses selanjutnya untuk pengeluaran geran tidak dapat dilakukan. Yang kedua status terkini hakmilik strata kondominium Indah Villa, PJS 11/12 adalah seperti berikut; Hakmilik: PN 54715 No Lot 28606, Bandar/Daerah/Mukim: Damansara/Daerah Petaling. Status: Pemilik tanah asal (PTA) adalah Deepa Sdn Bhd dan pemaju adalah Prisma Development Sdn Bhd. Kondominium Indah Villa terletak di bawah Parcel B. Sehingga 31 Oktober 2024, pemaju belum lagi mengemukakan permohonan hakmilik strata bagi skim berkaitan.

Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan oleh pihak pemaju dan penduduk melalui Mesyuarat Agong Khas (AGM) bagi menyelesaikan isu Hak Milik Strata yang tidak dapat disempurnakan oleh pemaju asal iaitu Deepa Sdn. Bhd. Pada 17 Oktober 2024, Majlis Bandaraya Subang Jaya telah mengambil inisiatif dengan menjemput pihak pemaju iaitu Briswood Sdn. Bhd. yang dilantik oleh pemaju asal melalui pemberian Power of Attonery ataupun PA, membentangkan beberapa cadangan awal untuk penyelesaian isu hak milik strata yang telah tertangguh sekian lama. Hasil daripada taklimat tersebut, pemaju perlu mengemukakan serta mendapatkan pengesahan pelan expanding daripada Jabatan Pembangunan MBSJ supaya proses permohonan pendaftaran Hak Milik Strata dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Jadi pemilik, pemohon juga mengemukakan kebenaran merancang dan permohonan Pelan Bangunan bagi MBSJ sebelum proses pendaftaran Hak Milik Strata dikemukakan kepada Pejabat Tanah. Semakan rekod Majlis, kelulusan pelan susun atur no rujukan: MPSJ.PS(J)/260/1/141 bertarikh 3 Jun 2015, pemaju Projek Muara di atas tanah lot 63970 berkeluasan 0.17 ekar telah diluluskan sebagai tapak Dewan Orang Ramai. Ini dah diluluskan, kita dah ada pengesahan dan ada dalam rekod. Tapak ini juga selaras dengan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian) yang telah dizonkan sebagai Kemudahan Awam. Jadi pelan susun atur Projek Muara ini diluluskan pada 2010 dan kod warna tapak ini tidak mengikut kod warna guna tanah yang dikeluarkan oleh PLANMalaysia dan perlu dipinda untuk diselaraskan dengan RTSJ 2035 untuk penggantian. Jelas ya Yang Berhormat.

Seterusnya Yang Berhormat Morib, Rumah Terbengkalai Bekas Pekerja Ladang Dusun Durian dan juga Rumah Terbengkalai Rumah Selangorku. Untuk Pengetahuan Yang Berhormat Morib, Pada tahun 2019 selepas beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah diadakan oleh Kerajaan Negeri bersama semua agensi yang berkepentingan dan mencadangkan agar isu projek perumahan ini diselesaikan melalui saluran perundangan. Cadangan ini diberikan kepada pihak kontraktor iaitu Era Permai Sdn. Bhd. dan 109 penduduk yang merupakan pemilik tanah projek tersebut memandangkan tiada kesepakatan yang dicapai harga baharu. Ini yang untuk pengetahuan Yang Berhormat

Morib, tawaran ini 18 tahun dulu, dengan harga 80 ribu, rumah landed ya dan mereka tidak mahu lagi rumah mereka dengan kadar harga yang baru menyebabkan ada kekangan perbincangan di antara pemaju dengan pemilik dan ada perjanjian tanah ini menyebabkan ada yang kaveat dan menjadi perkara ini sukar untuk diselesaikan. Saya masih ingat Yang Amat Berhormat Menteri Besar pernah turun ke Kawasan Dusun Durian ini dan mendapat jalan buntu bila masalah penduduk dan juga syarikat tidak boleh bekerjasama. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, 109 pekerja ladang ini telah memperolehi hakmilik individu dan telah menandatangani Perjanjian. Surat Kuasa dan Wakil ataupun Power Attorney dengan pihak kontraktor. Itu yang saya sebutkan tadi, ada pertindihan perjanjian antara pemilik dengan kontraktor. Jadi Kerajaan Negeri tak boleh campur tangan. Cuma kita boleh membantu dan menjadi apa ni orang tengah untuk menyelesaikan perkara ini, dan jika mereka dapat kerjasama yang sepenuhnya, saya rasa itu satu jalan yang paling baiklah. Sekiranya berlaku kemungkiran di antara dan kegagalan melaksanakan di bawah perjanjian tersebut, pihak-pihak yang berkontrak boleh menamatkan perjanjian yang ditandatangani. Jadi dalam perjanjian yang saya check begitu syarat-syarat dia. Namun sehingga kini, pemilik tanah dengan pemaju masih lagi gagal capai kata sepakat bagi menyelesaikan masalah ini. Cadangan Kerajaan Negeri adalah penyelesaian muktamad dulu di mahkamah dulu kemudian langkah terbaik terlebih dahulu selesaikan masalah tanah dan tindakan pemulihan boleh dirangka. Dia sekatan ini kita rangka nak membangun tapi masalah tanah tak selesai, jadi kita tak boleh nak bergerak. Jadi Kerajaan Negeri juga terus menerus berusaha berunding pihak terlibat dan mencari kaedah-kaedah terbaik. Baru-baru ini ada wakil daripada syarikat hadir dan kita agak ada prasangka sedikit tandatangan-tandatangan yang diperolehi itu, secara random kita call ada yang tak sign, bukan sign. Jadi itu yang menyebabkan kita perlu berhati-hati dalam membuat Keputusan. Mereka datang hanya dengan syarikat tidak membawa wakil-wakil pemilik ataupun penduduk tapi membawa dengan surat tandatangan yang kita lihat ada mencurigakan. Jadi itu yang perlu dibincangkan dan diselesaikan. Silakan.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Baru-baru ni juga, terima kasih Yang Berhormat EXCO, baru-baru ni juga saya ada buat perjumpaan apa yang diberitahu pada Yang Berhormat EXCO benar. Apa yang diberitahu itu adalah mereka ada menghantar wakil untuk berjumpa dengan Pihak Era tetapi yang diberitahu pada saya tidak ada wakil cuma wakil bukan kepada penduduk tapi wakil yang membuat keputusan itu. Cuma jadi persoalan sekarang ini, kenapa Pihak pemaju Era Permai ini juga selepas 18 tahun, kenapa tidak ada tindakan daripada 18 tahun itu untuk diubah kepada Pemaju yang lain dan boleh dipulangkan balik dan saya rasa pihak Kerajaan Negeri Selangor boleh jadi orang tengah ya untuk, saya tahu kes ini melibatkan kewangan yang melibatkan 1 Juta lebih setelah mereka mengambil deposit, tapi asalnya sini yang saya jadi persoalan mengapa hampir 18 tahun harga yang dulu dengan harga yang sekarang dan masih

kekal pihak Era jugak yang akan buat projek ini? Jadi bagi saya itu satu persoalan yang saya ingin penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat. Saya dah jelaskan tadi, dia masalah tanah ini kerana antara pembeli dengan pemaju dia ada agreement yang ada kekangan untuk kita selesaikan melainkan ada persetujuan ketiga-tiga party ni, kedua-dua party ini. Kami akan cuba sebaik mungkin membawa sebab sebelum ini saya dah mencadangkan pihak LPHS untuk memanggil ADUN Kawasan, Penyelaras, kita panggil pemaju dan juga pemilik ataupun penduduk untuk duduk sama sekali lagi, kita tengok apakah cadangan yang boleh diselesaikan. Yang Berhormat untuk soalan kedua mengenai mempunyai rumah mempunyai rumah dasar mampu milik ataupun rumah Selangorku yang bertujuan untuk membanyakkan. Okay soalan kedua itu tentang Rumah Selangorku di Morib ini, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat sebenarnya Rumah Selangorku ni adalah satu branding sahaja nama rumah Selangorku. Banyak persepsi masyarakat Rumah Selangorku ni dibuat oleh kerajaan, sebenarnya kita tak buat rumah kerajaan kita tak buat Rumah Selangorku. Kita hanya menjadi pemudahcara bagi developer-developer untuk mereka membangunkan untuk rumah-rumah berkonsep yang membantu rakyat tetapi walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat, projek ni sebenarnya kalau ikut keseluruhan daripada tahun 2014 kita mempunyai 128 projek yang melibatkan 41,196 unit yang telah berjaya kita buat. Cuma ada 2 projek yang menyebabkan terbelangkalai di antaranya Morib dan ada satu lagi saya lupa. 2 tempat sahaja tetapi 0.1% lah ertinya. Sekarang ini di Morib ini yang jadi pemasalahnya pemajunya sebab saya telah kenal pasti siapakah pemilik tanah ini sebenarnya. Bila kita check kita selidik rupanya anak syarikat pada (PNB) syarikat Permodalan Nasional Berhad. Baru-baru ni saya telah memanggil bermesyuarat untuk menasihatkan kepada syarikat PNSB, eh PNB memanggil developer ini atau partner supaya menyelesaikan masalah ini. Kita juga menunggu laporan daripada pihak Kementerian Perumahan untuk disenaraikan sekarang ni kita senaraikan bagi projek sakit, tapi kalau terbengkalai dia akan melalui proses yang lebih panjang menyebabkan lagi lebih parah dan sebagainya. Jadi jaminan daripada pihak PNB akan berbincang terus kepada pihak syarikat pemaju untuk memastikan projek ni dapat diteruskan dengan Syarikat Sentoria Morib ni untuk diteruskan dan kita akan memantau bagi pihak ni dan saya juga bercadang sama Yang Berhormat supaya projek ni juga akan panggil pihak PNB, pihak Yang Berhormat, penyelaras Dun, dan wakil pembeli-pembeli mencari satu penyelesaian yang terbaik dan kita libat juga KPKT sekali untuk perbincangan ini.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Sikit.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Ya sila.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Sikit. Okay saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat EXCO dan sebenarnya saya perlu bawa sentiasa perkara-perkara ini untuk dibentangkan dan dibahaskan dan apa yang diberitahu tadi adalah satu mungkin satu alternatif yang boleh dibawa oleh pihak Yang Berhormat EXCO dan saya mengharapkan agar perkara ini bolehlah kita bawa berbincang bersama-sama untuk mereka dan saya juga ada diberitahu di pihak ladang Dusun Durian tu pun di bawah tanah PNB boleh la kita selarikan untuk kita buat perjumpaan sama-sama penduduk untuk kita selesaikan masalah yang berlarutan selama-lama terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Baik yang seterusnya..

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Ya, silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada satu perkara dasar baru yang dengar Yang Berhormat EXCO umumkan sebentar tadi bahawa peranan Kerajaan Negeri hanya sebagai pemudahcara dalam konteks pembangunan Rumah Selangorku. Kalau ini dasar baru, saya kira ianya perlu kita bincangkan semula kerana bagaimana mandat yang diberikan kepada PKNS dan juga beberapa anak syarikat yang lain untuk bersama-sama membangunkan rumah kos sederhana ataupun rumah mampu milik dan juga Rumah Selangorku sebab dalam beberapa pengumuman belanjawan sebelum ini PKNS juga telah diberikan mandat untuk membina rumah-rumah yang dapat mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah. Terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, Sebenarnya kita dasar tu maksudnya kita bukan satu dasar kita sebagai memain peranan Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah perumahan dan juga pembangunan tetapi dalam pada masa yang sama, anak-anak syarikat juga memain peranan. Mereka memain peranan untuk membantu permasalahan perumahan di negeri tetapi di bawah kawalan kita juga memastikan juga mereka mengikuti dasar-dasar, peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh LPHS. Seperti yang kita lihat sebagai contoh PNSB, MBI dan sebagainya mereka membawa dasar baru ataupun program-program Idaman, Harapan dan sebagainya dan ini kita harapkan dapat kerjasama dari semua agensi termasuk juga PKNS tidak terkecuali daripada dasar yang ada perlu dilaksanakan sebaik mungkin terima kasih. Dan seterusnya Gombak Setia mengenai Kerajaan Negeri masih lagi mengamalkan polisi perumahan mampu milik sejak dari 10 tahun yang lepas. Bagaimanapun Kerajaan Negeri menarik lebih ramai pemaju swasta untuk membangunkan rumah mampu milik berdasarkan polisi kerana kos pembinaan semakin meningkat. Saya rasa sedikit lebih kurang jawapan yang saya bagi kepada

Permatang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan komited terhadap beberala isu-isu yang berlaku pada masa kini serta mengambil langkah proaktif dengan melihat semula dasar-dasar dan polisi sedia ada untuk di sesuaikan dengan keadaan ekonomi dan geopolitik setempat. Pelbagai dasar serta inisiatif yang telah diperkenalkan bagi memastikan situasi menang-menang dapat diwujudkan di antara penggiat industri perumahan dan juga pemegang-pemegang taruh. Antaranya adalah penghapusan konsep subsidi silang dalam pembinaan Rumah Selangorku dengan menaikkan jualan harga jualan Rumah Selangorku bermula daripada RM114,750.00 seunit berbanding harga lebih awal dahulu RM42,000.00. Konsep ini dapat memberi kelegaan kepada pemaju untuk membina Rumah Selangorku tanpa bergantung kepada hasil jualan Rumah Harga Bebas mereka terdahulu. Selain daripada itu, pemaju dapat mengawal serta merancang aliran tunai mereka dengan baik dan sistematik. Pengenalan kepada Dasar Rumah Idaman dan juga Rumah Selangorku Harapan, juga memberi sambutan, dapat mendapat sambutan menggalakkan daripada pemaju kerana ia membenarkan..

Speaker

Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan pukul 1 petang. Maka Dewan ini perlu ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Salam Sejahtera, Selamat Petang. Kita sambung semula penggulungan daripada wakil kerajaan bagi urusan Mesyuarat Rang Undang-Undang Pembekalan 2025. Sebelum itu Dewan ingin mengucapkan selamat datang kepada delegasi daripada PeBS Bandar Utama, Zon 6 seramai 20 orang yang diketuai oleh Yuz Youn. Selamat datang ke Dewan. Ahli-Ahli Yang Berhormat kita sambung semula penggulungan dengan mempersilakan Yang Berhormat EXCO Perumahan dan Kebudayaan.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Gombak Setia tiada ya, Meru pun tiada. Jadi akhirnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesempatan ini.

Tuan Speaker, saya minta untuk menjawab juga.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Ha boleh.

Kerana tiada peruntukkan Dewan yang menyatakan tidak ada....

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Peruntukkan?

Timbalan Speaker

Tapi boleh petua daripada Speaker boleh tapi tak apalah atas permintaan Yang Berhormat. Silakan.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih. Boleh Yang Berhormat Sungai Burong. Selain daripada itu Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat MMKN pada 30 Oktober 2024 telah bersetuju untuk mengecualikan 100% bayaran cas kemajuan kepada pemaju perumahan bagi melaksanakan kemajuan rumah mampu milik. Pengecualian dijadikan inisiatif kekal dan tidak bertempoh. Ini salah satu inisiatiflah Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa kerajaan memberi kerjasama kepada developer kita telah mengecualikan cas kemajuan tanpa tempoh dan inisiatif ini juga akan mengurangkan lagi kos pembinaan mampu milik sebagai galakkan pemaju dan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik. Seterusnya inisiatif-inisiatif yang dikenalkan oleh kerajaan negeri ini telah menggalakkan pembinaan rumah mampu milik melalui pelaksanaan, pertama dasar Rumah Selangorku 1.0 pada 2014 sehingga 2018. Dasar kedua iaitu dasar Rumah Selangorku 2.0 iaitu 2018 kepada 2023 dan akhirnya dasar rumah MBI iaitu Idaman dan Rumah Selangorku harapan 2020 dan seterusnya Rumah Selangorku 3.0, 2023 sehingga kini. Dan seterusnya dasar Rumah Selangorku 3.1 ataupun 3.1 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025. Sehingga kini Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan sebanyak 448 projek bersamaan dengan 254,606 unit yang mana 128 unit yang melibatkan 41,196 unit telah siap dibina. 63 projek iaitu melibatkan 26,667 unit dalam pembinaan dan 257 projek sebanyak 186, 743 unit dalam perancangan di seluruh negeri Selangor. Ini menunjukkan bahawa dasar dan program yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini menepati dan serta diterima baik dengan semua pihak kerana kita memberi pelepasan-pelepasan seperti yang saya sebutkan tadi iaitu caj kemajuan dan juga menaikkan identiti daripada 60

hingga 120. Ini memberi keselesaan sedikit kepada pemaju-pemaju dan kita berkonsep menang-menang. Terima kasih.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan. Soalan tambahan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Baik. Terima kasih Yang Berhormat EXCO...

Speaker

Bukan soalan tambahan, pencelahan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Oh pencelahan. Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan sebentar tadi saya mendengar dengan teliti pelbagai dasar yang dibuat ada 1.0, 2.0 dan sebagainya. Tetapi isunya pada hari ini ialah inflasi yang berlaku dalam negara kita ini telah mengakibatkan akhirnya kos pembinaan itu semakin hari semakin meningkat. Yang Berhormat sebut tadi soal caj pemajuan percuma. Yang Berhormat sebut tadi soal kelonggaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan densiti projek tersebut. Sebab itu saya kata dan saya tegaskan dalam perbahasan saya bahawa dasar yang dilaksanakan pada hari ini masih kekal dengan dasar yang pernah dilakukan sepuluh tahun sebelum ini. Sepuluh tahun sebelum ini pun caj pemajuannya percuma. Sepuluh tahun sebelum ini pun kita membenarkan pemaju untuk meningkatkan densiti. Jadi sebab itu kos pembangunan yang semakin hari semakin meningkat. Sepuluh tahun dulu mungkin kos dia lebih rendah daripada kos hari ini. sebab itu saya nak tanya apakah dasar ini akan terus dikekalkan ataupun Kerajaan Negeri berhasrat untuk menggubal satu lagi dasar yang lebih progresif khususnya untuk menangani masalah inflasi berdasarkan realiti ekonomi semasa dan akhirnya membantu para pemaju ini untuk turut sama terlibat bagi membangunkan Rumah Mampu Milik bersama Kerajaan Negeri?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Sebenarnya dasar yang kita sebut antara yang kita bagi pengecualian tu yang lepas itu 60 naik ke 80 idensiti. Kemudian yang terbaru ini kita telah meluluskan sehingga 120 unit per ekar. Dan sebenarnya caj kemajuan itu sebelum ini memang ada tatapi kita baru-baru ini diangkat ke dalam Mesyuarat MMKN supaya diberi pelepasan tanpa syarat dan tanpa sekatan. Dan satu lagi perkara selain daripada rumah dalam keadaan yang lebih selesa, kita juga meminimumkan sebanyak 1,000 kaki persegi dan dalam keadaan rumah yang agak selesa dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan ruang tamu dan ruang makan serta ruang dapur. Selain daripada itu, kita juga menyediakan

dua unit tempat letak kereta yang bagi setiap pemilik. Dan yang paling kita beranggapan membantu pembeli dan memberi kerjasama kepada pihak pemaju apabila pemilik ini membeli rumah baru tentulah melibatkan kos, melibatkan nak membayar agreement, deposit dan sebagainya. Maka kita telah menjalankan satu perbincangan dengan pihak developer untuk menyediakan semi-full furnish yang ini kita minta supaya dia menyediakan sebagai hadiah apabila masuk ke rumah baru dalam keadaan peralatan yang baru di mana penghawa dingin dan setiap bilik tidur dan kita sediakan almari pakaian pasang siap di setiap bilik tidur dan kabinet TV dan sebagainya termasuk juga kabinet dapur, peti sejuk dan pemanas air. Dan selain daripada itu....

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat EXCO sikit.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Oh ya.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat bagi ruang ya.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Baik.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sewaktu saya dengar penjelasan itu, menyediakan parking kemudian nak fully furnish, half furnish dan sebagainya. Tetapi dalam keadaan hari ini dia ada dua Yang Berhormat, satu untuk rakyat. Betul. Kita nak berikan rumah mampu milik yang harganya affordable yang dapat rakyat miliki. Apa juga kelebihan yang kita boleh berikan kepada mereka, kita berikan, kita tawarkan. Itu kreativiti dan juga inovasi pemaju. Tetapi yang saya tanyakan pada hari ini ialah bagaimana kita nak menarik lebih ramai pemaju swasta itu bersama-sama dengan Kerajaan Negeri bagi menyediakan Rumah Mampu Milik. Sebab pada hari ini kos pembinaan ini semakin hari semakin meningkat. Yang Berhormat tadi sebut nak suruh dia buat dua parking lot. Yang Berhormat kalau dulu mungkin satu parking lot, dua parking lot. Itu mungkin memberikan lebih keselesaan kepada pembeli tetapi in reality dari segi kos pembinaan buat parking ini satu perkara yang kosnya begitu tinggi. Jadi kalau kita tetapkan kos dia itu tetapkan dua parking misalnya kos pembinaannya juga akan terus meningkat. Jadi sebab tu saya minta pedoman daripada Yang Berhormat tentang apakah kelonggaran ataupun insentif yang Yang Berhormat boleh tawarkan yang Kerajaan Negeri boleh tawarkan supaya lebih ramai lagi pemaju-pemaju dapat bersama-sama membantu Kerajaan Negeri yang berusaha untuk Yang Berhormat sebutkan tadi memudah cara misalnya supaya kita dapat membangunkan lebih banyak lagi rumah-rumah mampu milik yang berkualiti yang dapat menjamin kehidupan rakyat yang lebih sejahtera pada masa hadapan. Sebab saya bimbang macam Yang Berhormat sebut tadi hari ini margin dia dah semakin lama semakin kecil daripada satu parking kita suruh pula

dia buat dua parking, kos dia semakin meninggi, meningkat. Dia buat juga rumah itu tetapi nanti dia akan abaikan soal kualiti perumahan itu. Akhirnya rakyat kita mungkin dapat rumah tetapi rumah itu tidak berkualiti yang akhirnya akan memberikan ketidakselesaan dan juga sebagaimana harapan kita terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dari segi kualiti mereka menepati dan kita nak tahu sebenarnya di Selangor ini ada 400 lebih pemain pemaju di bawah REHDA, mereka tahu sebab apa, kita punya penduduk di sini seramai 7.4juta yang market untuk permintaan perumahan sangat tinggi sebab itu, saya yakin dan percaya setakat sekarang ini mereka masih lagi mampu dan mengikut juga apa-apa yang telah kita permohonan untuk win-win seperti yang saya sebutkan tadi menang-menang. Pihak pemaju boleh sedikit mendapat keuntungan dan memberi faedah juga kepada pembeli. Jadi saya berkeyakinan dengan dasar Selangor yang ada sekarang ini di antara dasar kita ini antara dasar yang terbaik juga yang kita bawa di dalam Malaysia. Mudah-mudahan dengan adanya kerjasama daripada semua pihak pemaju dan juga pihak syarikat serta pihak Kementerian Perumahan akan menjadikan satu realisasi bagi rakyat negeri Selangor dalam hidup keselesaan rumah yang lebih sempurna. Baik yang seterusnya saya nak ke Meru. Meru tak ada. Jadi saya minta izin saya akan jawab secara bertulis. Akhirnya di kesempatan ini saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat dan Ahli-Ahli yang telah berbahas di dalam STANCO saya Perumahan dan Kebudayaan dan juga kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah terlibat di dalam Program Rewang Komuniti sepanjang tahun 2024 yang mana sebanyak 5 lokasi yang telah saya hadir iaitu Pandan Indah, Gombak Setia, Kota Kemuning, Semenyih, Kota Damansara dan insya-Allah dengan ada sedikit bajet lagi yang telah diluluskan pada tahun depan saya akan turun ke daerah-daerah ataupun ke kawasan Dun-Dun yang mempunyai bangunan-bangunan strata, kediaman strata untuk saya santuni masyarakat di kawasan tersebut. Jadi saya rasa dengan Penganjuran Rewang Komuniti ini sedikit sebanyak dapat kita manfaatkan program ini bersama rakyat memperkukuhkan hubungan sosial dan juga komuniti setempat. Terima kasih.

Yang Berhormat EXCO.

Timbalan Speaker

Dah habis ke nak ada celahan lagi.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Berkenaan rewang?

Tu final eh. Oh habis eh. Bukan. Bukan rewang. Sebab saya ada bangkitkan berkenaan di Seksyen U4

kawasan saya apartmen berkenaan strata juga cuma tak dijawab. Mungkin saya minta Yang Berhormat EXCO boleh jawab secara bertulislah kepada saya bertulislah. Terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Sebenarnya yang saya ambil lump sum. Sebenarnya ramai yang menyebutkan tentang strata. Saya akan jawab dalam bentuk bertulis dan kita akan kenal pasti kawasan-kawasan yang diberi tumpuanlah terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih banyak Yang Berhormat EXCO Perumahan dan Kebudayaan.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat Tuan Speaker. Ada soalan tambahan. Saya ingin mencelah.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO. Celahan dah tutup dah kerana yang Berhormat EXCO dah duduk dah.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Sebab tak dijawab. Tak menjawab.

Timbalan Speaker

Kita sambung nanti mungkin dalam urusan...

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Berkaitan keceriaan bangunan-bangunan lama. Apartmen-apartmen di Putra Perdana.

Timbalan Speaker

Nanti jawab bertulis ya.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tentang apa tu?

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Keceriaan iaitu tidak di cat semulalah. So, supaya diberi sedikit peruntukkan sebab bangunan ini terlampau lama lebih 20 tahun dan tempat-tempat lain telah pun dibuat cuma di situ tidak diambil tindakan lagi.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat nak menjawab atau nak jawab bertulis.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tak apalah saya jawab je. Sebenarnya itu di bawah Skim Ceria dan Insya-Allah Yang Berhormat Dengkil boleh menyampaikan memanjangkan permohonan dan kita akan lihat dan kita akan proses. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya wakil dari kerajaan daripada EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi.

Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Pertama-tama saya ucapkan terima kasih kepada kesemua Ahli-Ahli Dewan yang bertanya kepada soalan-soalan yang terkait dengan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Industri Halal, Sains Teknologi Inovasi dan juga Infrastruktur Digital. Terima kasih juga kepada kesemua penjawat awam yang telah menjayakan Belanjawan 2025 dan urusan dewan ini dengan baik dan jayanya. Saya ingin memulakan dengan menyambut baik lantunan dan cadangan daripada Yang Berhormat Semenyih agar kita semua bekerjasama untuk terus memajukan negeri Selangor yang tercinta ini. Hal yang sama juga ditekankan oleh Yang Berhormat Sabak dengan ayat Al-Quran (bahasa arab). Yang bermaksud hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan dan janganlah pula kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan serta hendaklah kamu takut kepada Allah kerana sesungguhnya azab Allah itu sangatlah dahsyat. Saya menyambut baik saranan-saranan ini dan izinkan saya juga berkongsi sepotong hadis untuk kita lengkapkan cadangan-cadangan ini sebagai satu asas kerjasama ke hadapan. Al-Imam muslim rahimallah meriwayatkan dalam sahih beliau pada Kitab “Al-Bir wash-Shilah wal Adab” daripada Saidina Abu Hurairah sebuah hadis yang menjelaskan syarat-syarat yang dapat memelihara dan mengukuhkan kesatuan dan persaudaraan sesama umat islam yang saya petik sebahagian nya bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda (petikan ayat hadis) yang bermaksud hendaklah kamu semua menjadi hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim itu adalah saudara kepada Muslim yang lain dan dia tidak akan menzaliminya , dia juga tidak akan membiarkan saudara yang dizalimi tanpa dibantu, dia tidak berdusta terhadapnya dan tidak menghina serta mengejeknya. Takwa itu di sini dan Rasulullah mengisyaratkan kepada dada baginda sebanyak 3 kali. Dapat diambil pengajaran dari hadis ini bahawa setiap seruan persaudaraan dan kesatuan itu perlulah didasari dengan ketulusan dan keikhlasan. Saya berdoa agar persaudaraan kita ini terus dipelihara oleh Allah untuk kita diberikan kekuatan untuk mengangkat Negeri Selangor ke tahap yang lebih tinggi.

Saya akan memulakan bahagian pertama penggulungan saya mengenai soalan-soalan terkait dengan Industri Halal Negeri Selangor. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang ada bertanya apakah usaha kita untuk tap into potensi Global Halal sekitar 5 trilion USD

dan dicadangkan agar kita meneroka sektor-sektor industri yang baru selain F&B, yang di situ dicadangkan kosmetik dan juga tourism. Saya ingin membahagikan cadangan kepada 2 perkara. Pertama soal pembesaran sektor-sektor itu tersebut kalau soalan itu di dalam konteks membesarkan sektor farmaseutikal, Kosmetik dan juga tourism. Saya rasa soalan ini wajar di tanya dan di jawab oleh Yang Berhormat Kinrara. Namun untuk kosmetik dan farmaseutikal serta medical devices ini tidak bermakna setakat ini tidak ada sebarang syarikat yang memegang sijil halal di Negeri Selangor dalam bidang-bidang ini. Izinkan saya berkongsi bahawa setakat ini data daripada JAIS menyebut bahawa daripada 1319 PMKS Negeri Selangor, majoriti nya memang betul yang memegang sijil ini adalah dalam bidang produk makanan, premis makanan. Tetapi kalau kita lihat kepada kosmetik hanya 75 sahaja yang berhormat. Farmaseutikal 49, dan medical device 0 langsung. Dan ada sebabnya di sini kerana saya merasakan bahawa secara umum nya syarikat-syarikat ini tidak merasakan ada keperluan mendesak untuk mereka mendapatkan sijil halal kerana dalam proses penghasilan produk-produk seperti ini ia nya telah pun melalui dan mematuhi garis panduan yang sangat ketat seperti ISO 13485 untuk peranti perubatan Good manufacturing practise dan USFDA ataupun lain-lain standard yang diperlukan oleh kesatuan Eropah. Satu lagi isu juga adalah untuk ketiga-tiga sektor ini isu high barrier to entry juga menyebabkan bilangan nya juga tidak beberapa banyak. Untuk Halal Tourism saya serahkan kepada Yang Berhormat Sekinchan. Tentunya sedang meneliti perkara ini sempena tahun melawat Selangor 2025 nanti.

Jadi kedua sekiranya soalan dikhususkan kepada apa yang kita boleh buat selaku Negeri Selangor untuk sektor-sektor ini jadi saya dah sebut setakat ini adalah penggunaan ISPHM inisiatif segera Pensijilan Halal Malaysia seawal November 2023. Yang mana sebelum ini kalau proses mengambil masa 60 hari. Di Selangor kita telah berjaya mengurangkannya sesegera 15 hari melalui penggunaan Digital tools untuk tujuan semakan dan pemantauan dan begitu juga dengan penambahan tenaga-tenaga kerja yang diperlukan. Walaupun baru diperkenalkan pada November 2023 kita dapat melihat pertambahan awal kepada bilangan sijil-sijil SPHM yang diluluskan ini. Sebagai contoh pada tahun 2024 ni saja daripada Januari sehingga Oktober 2024 5314 SPHM telah diluluskan. Ke timbang 2023, 5085 dan 2022 hanya 4519. Jadi ialah tanda-tanda awal yang sangat positif yang saya kira di mana proses yang lebih segera telah pun diterima baik oleh industri dan Insya-Allah kita akan terus men war-war kan kepada Semi yang ada di luar sana. Jadi mudahnya di sini adalah di Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Halal, yang lambat kita segerakan yang susah kita mudahkan. Untuk yang mahu memohon kita wajar bimbing dan kita utamakan. Ini akan membantu menyelesaikan isu 200 ribu syarikat-syarikat yang belum ada sijil halal seperti yang disebut Yang Berhormat Hulu Kelang semalam. Dan untuk membantu syarikat-syarikat yang telah ada sijil halal untuk menerokai pasaran dunia, Kerajaan Negeri melalui HIS

Toyyiba telah melakukan beberapa lawatan ke luar negara dan berjumpa dengan badan-badan pensijilan Antarabangsa dan di situ melihat kepada hubungan bilateral bagaimana kita boleh memperkenalkan produk-produk kita dan juga membawa masuk produk-produk mereka kepada kita. Izinkan saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita telah menerima jemputan dan pelawaan daripada Uzbekistan sebagai contoh untuk kita membuka sebuah Halal Hub di Uzbekistan sebagai gate way kepada Central Asia dan daripada Bosnia yang mencadangkan agar kita menggunakan Bosnia sebagai gate way produk-produk Asia untuk masuk ke Eropah. Baik, jadi balik kepada isu nya 200 ribu syarikat ni kenapa, kenapa ramai yang tidak mahu ambil sijil halal. Saya ingin berkongsi satu data yang diperolehi daripada HIS Toyyiba dalam satu sesi Town hall yang dibuat tahun ini daripada 765 responden satu Selangor diambil secara stratified sampling 20% mengatakan mereka tidak bersedia. Maknanya apa, maknanya bukan dia tak nak boleh ambil dia tak bersedia nak ambil sebab tanggungan dan mungkin skill of business tu belum cukup besar untuk mereka ambil proses yang sebegini. Lebih kurang 13% mengatakan mereka kurang faham dengan proses dan kaedah permohonan yang ada dan sebab itu lah kita mengambil tindakan meringkas dan memudahkan supaya lebih ramai yang dapat ambil dan kalau disebut soal birokrasi dan kerenyahan tu hanya 4% yang mengatakan kita ada masalah-masalah itu. Jadi ini sedang diselesaikan dan ini semua akan menggalakkan lagi SME - SME kita mengambil SPHM yang ada. Dicadangkan juga oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, cadangan daripada pihak HTC untuk memudahkan sijil halal ini ialah :

1) Hire and train full time Halal Compliance officer.

Yang berhormat perkara ini telah pun menjadi syarat yang wajib dalam sijil SPHM yang disarankan agar bilangan Compliance officer ni tergantung kepada saiz syarikat yang memohon.

2) Isu akses kepada Halal Certified halal ingredients. Yang ini setakat syarat dalam SPHM adalah syarikat-syarikat yang mengisytiharkan ramuan yang halal ini wajib memasukkan ramuan ini ke dalam My e-Halal, sistem yang dikelolakan oleh JAKIM yang mana sistem ini akan menyimpan ramuan-ramuan yang halal dan ketika ini akan boleh digunakan oleh pihak berkuasa pensijilan halal negeri pada bulan Januari 2025 ini dan juga akan disediakan nanti satu portal halal yang digunakan oleh syarikat-syarikat PKMS untuk mereka mengenal pasti bahan mentah apa dan ramuan apa yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang di Malaysia ini yang telah pun mempunyai HPNM. Jadi ni pun akan memudahkan mereka untuk memiliih bahan-bahan ramuan yang halal.

3) Dicadangkan juga supaya membuat ubahsuai terhadap premis simpanan bahan makanan ini untuk mengelakkan cross contamination ataupun pencemaran silang.

Prosedur ini telah pun dimasukkan ke dalam manual prosedur pensijilan halal Malaysia tahun 2020. Prosedur 17(3), (4), (5), (8) yang menyatakan dengan jelas kriteria yang perlu dipenuhi berhubung dengan kawasan pemprosesan penyimpanan alatan dan perkakasan serta premis. Untuk makluman Yang Berhormat juga Bank Islam dan juga pihak JAKIM telah menyediakan satu yang kita panggil Halal Cube. Halal cube ni adalah dapur mudah alih dalam bentuk kontena yang boleh dipinjam dan disewa oleh penyedia-penyedia F&B makanan supaya ada satu dapur yang asing daripada dapur yang digunakan di rumah. Jadi ianya adalah satu kemudahan yang telah diberikan untuk membantu mereka mendapatkan HPNM untuk tujuan memperbesarkan lagi perniagaan. Yang Berhormat Sungai Ramal bertanyakan 5 soalan khusus.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya ingin mencelah.

Sila, Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Daripada statistik Yang Berhormat kemukakan tadi 13% daripada SME di dalam Negeri Selangor ini mempunyai kekangan dari segi kemahiran termasuk prosedur perdagangan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Bagi saya ini satu peratusan yang agak significant yang perlu Kerajaan Negeri membimbing mereka untuk menguasai kefahaman tentang peraturan-peraturan ini dan tidak dibiarkan mereka sendirian. Walaupun Yang Berhormat menyebut kita sudah ada beberapa standard yang lain, yang mengenakan syarat-syarat yang ketat seperti FDA dan juga ISO malahan ada lagi beberapa standard yang kita sedia maklum seperti (GMP) Good Manufacturing Practices Certification dan kita juga ada beberapa sijil yang lain USDA Organic tetapi market capitalization yang saya bangkitkan dalam perbahasan itu memerlukan kefahaman dan kemahiran the local players dalam standard yang baharu. Kerana industri halal ini walaupun ianya satu perkara yang penting, tetapi dia mempunyai beberapa standard yang berasingan daripada apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat dan yang ketiga saya juga ingin bertanya bagaimana Kerajaan Negeri boleh membuat maping tentang industri halal ini supaya ianya juga memenuhi kriteria ESG dan juga United Nation Global Compact Principal dan ini akan membuka ruang yang cukup luas kepada pemain-pemain dan industri tempatan untuk menembusi pasaran-pasaran baru di peringkat serantau dan juga Global. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Cantik cadangan itu sebab itu membuka soalan sebenarnya yang akan dijawab selepas ni. Kita telah pun bermula dengan membuat satu pangkalan data industri halal dan syarikat-syarikat halal yang mempunyai HPNM di Negeri Selangor dan dari situ lagi antara maklumat yang akan kita kumpul adalah size revenue dan sebagainya. Jadi ini akan memberikan kita gambaran untuk maping apa kekuatan kita di Negeri Selangor dan di waktu yang sama bila kita pergi melawat ke negara-negara lain

melihat pasaran-pasaran Antarabangsa itu, itu memberikan kita satu gambaran apakah ruang dan peluang yang ada untuk produk-produk kita dikembang luaskan ke negara-negara luar. Jadi terima kasih atas cadangan sangat baik itu dan perkara ini sedang diteliti oleh pihak HIS Negeri Selangor. Saya teruskan dengan soalan Yang Berhormat Sungai Ramal . 5 Soalan iaitu :

1) Apakah status pangkalan data halal yang dikatakan akan meliputi PMKS. Proses perolehan Pangkalan data industri halal sedang dilaksanakan oleh HIS Toyyiba, manakala proses pengumpulan data industri halal telah dimulakan seawal tahun 2024 sehingga November 2024. 5408 bilangan sijil pengesahan halal Malaysia yang meliputi 1608 syarikat di Selangor telah direkodkan menerusi Town hall dan dilakukan di semua daerah di Negeri Selangor. Ini data awal yang telah kita perolehi dan ini sangat berguna di antara perkara yang ingin kita dapat daripada data ini adalah sebenarnya berapakah sumbangan ekonomi industri halal ini kepada keseluruhan ekonomi Negeri Selangor. Jadi itu pun sedang kita cerakin dan usahakan.

2) Kedua soalannya adalah bilakah ianya akan dibangunkan? Jadi dijangkakan pembangunan ini akan bermula bulan Januari dan akan siap pada Mac 2025. Digital sistem itu akan disiap pada Mac 2025 tapi pengumpulan data untuk tujuan sistem itu telah kita mulakan seawal Januari 2024.

3) Berapakah banyak data yang di atas data PKMS sudah direkodkan?Saya sudah sebutkan tadi ada 1319 kalau boleh dicerakinkan mengikut industri saya boleh bekalkan secara bertulis.

4) Apakah status semakan digital PANTAS pensijilan halal Negeri Selangor? Baik, sistem digital PANTAS pensijilan halal Negeri Selangor yang dikelolakan oleh JAIS adalah seperti berikut : JAIS telah melantik syarikat Logicwise Sdn. Bhd melalui proses sebut harga bagi projek pembangunan sistem digital PANTAS digital halal Negeri Selangor dan SST daripada pihak syarikat telah diterima pada 6 November 2024. Pembangunan ini akan dijangka mengambil masa selama 12 bulan. Akan merangkumi modul-modul seperti berikut :

• E- tracking permohonan. Jadi permohonan boleh di lihat secara real time. • E. Audit. Sekiranya permohonan itu perlu dikemas kini dan audit apa status audit. • E- surveillance yang mengandungi maklumat dan data pemantauan, maklumat syarikat dipantau dan tidak dipantau, laporan pemantauan, dan jumlah premis yang dipantau.

• E- Pasca pensjilan. Selepas dapat sijil dan kami terus memerhati dan sebagainya dan akhirnya adalah modul e-penguatkuasaan. Inisiatif ini akan dijangka dapat memperkenalkan inovasi yang baru untuk proses pensijilan halal di Negeri Selangor dan justifikasi ianya di bangunkan adalah sebagai satu sistem sokongan kepada sistem MYeHALAL, kita tahu di pihak JAKIM ada sistem MYeHALAL ini. Dan ini akan menjadi complimentary kepada sistem tersebut dan bukan untuk mengambil alih kepada sistem yang telah ada, dan ia akan memudahkan pengiraan tempoh masa automatik proses pensijilan yang setakat ini susah untuk di track. Penjanaan dan laporan statistik dan juga untuk mempercepatkan aduan dan siasatan dan penguasaan yang lebih efisien. Termasuk juga dalam modul ini adalah sistem ini dapat memberikan maklum balas yang segera kepada para pengadu sekiranya ada laporan mengenai penyalah gunaan sijil-sijil halal yang ada di luar sana. Jadi ini dijangka akan dapat melengkapkan kekurangan kepada sistem MYeHALAL JAKIM yang ada dan melicinkan juga proses persijilan halal dan memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai peneraju dalam sektor halal.

5) Soalan no 5 adalah apakah pekerjaan baharu future job yang bakal diwujudkan dan di sini disebut bahawa antara pekerjaan baharu yang boleh diwujudkan adalah yang pertamanya ialah pengaudit halal yang bertanggungjawab memastikan produk dan perkhidmatan yang mematuhi piawaian halal yang ditetapkan. Kedua, eksekutif halal yang akan memberikan panduan kepada syarikat dalam proses persijilan halal serta memastikan pematuhan ini berterusan. Ketiga, penasihat atau pakar konsultan dalam sektor berkaitan jadi kepakaran yang khusus dalam bidang-bidang farmasitical, perbankan, insurans dan logistik halal dan akhirnya adalah penyedia perkhidmatan sertu. Ini adalah salah satu proses yang telah, dienakmenkan di Negeri Selangor di mana kita akan melaksanakan sertu dan penyertu-penyertu ini harus mempunyai tauliah dari pihak MAIS sebelum mereka melakukan penyertuan kepada warehouse atau gudang-gudang ataupun logistik-logistik halal yang di perlukan.

Saya terus sahaja kepada bahagian kedua pengurusan hal ehwal agama Islam. Belanjawan 2025 telah fokuskan kepada pemerkasaan guru-guru KAFA dan juga akan mewujudkan sebuah pembangunan pusat perkembangan Islam di Selangor yang terbuka untuk orang Islam dan juga orang bukan Islam ini. Peruntukan RM5 juta telah diberikan dari sudut pembangunan rohaniah ia akan diteruskan dengan pembangunan modul-modul pengajian turath di bawah Akademik Turath Negeri Selangor dan penubuhan sebuah Majlis Syeikhul Maqari Selangor dengan 21 orang pakar pengajar Al-Quran yang

pertama dibawa ALAS Akademi Literasi Al-Quran Selangor untuk membimbing guru-guru dan pemegang-pemegang tauliah pengajar Al-Quran di Negeri Selangor. Yang Berhormat Ijok bertanya soal kebajikan guru-guru KAFA dan cadangan kenaikan gaji serta elaun petrol.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Mencelah.

Timbalan Speaker

Semenyih.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Berkaitan dengan Syeikhul Maqari itu, Semenyih sangat bersetuju cuma mohon di panjangkan juga latihan kepada imam-iman sebab di Semenyih ada sekitar 86 masjid dan surau, bila pusing-pusing kadang-kadang dengar bacaan tu masih boleh diperbaiki, walaupun kita berterima kasih syukur sekarang imam dah tak semestinya ustaz. Ramai ustaz boleh jadi imam sangat baik, cuma perlu bimbingan daripada Maqari kita semua. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Itu lah hasrat asalnya juga, pengajian ini juga akan dipanjangkan kepada imam-imam di Negeri Selangor. Baik, soalan Yang Berhormat Ijok mengenai guru-guru KAFA, kebajikan mereka dan juga elaun petrol untuk guru-guru yang layak. Perlu diperjelaskan bahawa daripada 7,000 guru KAFA di Negeri Selangor, 2,800 dibiayai oleh JAKIM, manakala hanya 4,200 sahaja yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui JAIS. Jadi saya tumpu khusus kepada guru-guru KAFA di bawah Kerajaan Negeri Selangor ini. Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kepada JAIS RM1.5 juta untuk tujuan bayaran KWSP guru-guru KAFA Negeri Selangor, dan juga peruntukan sebayak RM3.3 juta untuk 150 perjawatan baru guru KAFA Kerajaan Negeri Selangor termasuk KWSP dan juga PERKESO. Kesannya adalah kesemua 4200 guru-guru KAFA di bawah Kerajaan Negeri Selangor ini akan mempunyai KWSP dan juga PERKESO. So ini kita jaga kebajikan guru-guru kita dan kepada mana-mana guru yang merasakan ada keperluan diberikan pertimbangan tentang sekolah yang lebih sesuai ataupun keperluan kepada elaun petrol saya cadangkan agar kemukakan secara rasmi secara bertulis kepada pihak JAIS boleh sahaja Cc saya, tiada masalah.

Yang Berhormat Sungai Burung mencadangkan pemantau-pemantau untuk mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan dan begitu juga yang Berhormat Batang Kali ada mencadangkan perkara yang sama, saya ingin menjawab di sini bahawa Lembaga Zakat Selangor telah pun ada pemantau-pemantau seperti ini dan ini boleh dibuktikan daripada peningkatan jumlah asnaf yang keluar daripada asnaf pada tahun 2023 adalah seramai 3,684 ke timbang 1,893 pada tahun 2022. Jadi telah ada peningkatan dan pasti ada para pegawai yang melihat kepada perkembangan mereka. Untuk isu zakat asnaf

mualaf yang dipotong, saya dimaklumkan ada program naik taraf sistem agihan zakat di Lembaga Zakat Selangor pada bulan Mei 2024 yang menyebabkan sedikit gangguan kepada pembayaran namun kesemua pembayaran tertunggak ini telah hampir selesai. Pembayaran sebanyak RM13.7 juta telah dilunaskan. Pihak Lembaga Zakat Selangor memohon maaf di atas kesulitan ini dan memberi jaminan bahawa kesemua bayaran tertunggak ini akan diselesaikan pada 22 November 2024.

Mencelah. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Lanjutan daripada saranan Sungai Burung mengenai pemantau yang mengeluarkan asnaf zakat kepada tidak lagi menjadi asnaf. Kadang-kadang realiti kita tengok yang miskin mereka ini bukan sekadar miskin ekonomi tetapi miskin juga serba serbi termasuklah pendidikan. Boleh tak jika kerajaan juga mewujudkan pemantau sehingga datang ke rumah untuk membuatkan pendidikan, kelas fardu ain atau pun seumpama dengannya, bagi memastikan mereka-mereka ini terbela bukan sekadar ekonominya tetapi pendidikannya juga. Dan tarbiah di rumah-rumah mungkin, sebab kalau nak di ajak ke Masjid ni tidak bersifat wajib. Apa pandangan.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burung. Perkara ini memang berlaku dan memang ada pasukan-pasukan khas yang ditubuhkan contohnya, Skuad Sayidina Omar yang pergi ke flat-flat cari asnaf ini. Namun saya mahu kongsikan di sini ada jenis asnaf yang disebut asnaf mukaddam. Yang ini adalah asnaf yang tidak mahu keluar daripada keasnafan mereka, buatlah macam mana pun dia kekal kat situ. Kita juga ada tanggungjawab untuk menjaga mereka ini tetapi untuk asnaf yang ada hasrat dan jiwa dan cita-cita untuk keluar daripada keasnafan mereka ini pastinya ada program-program pembangunan asnaf yang telah dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mencelah.

Sila Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Berkenaan asnaf, Sungai Panjang mohon pencerahan tentang perbezaan dermasiswa hufaz yang sebahagiannya dapat penuh dan ada pelajar asnaf tidak dapat penuh Dermasiswa Hufaz. Mohon pencerahan.

Soalan itu terlalu khusus, kalau boleh nanti garis panduannya saya sediakan dan saya rasa itu tertakluk kepada kekuatan kewangan dan juga keperluan para penerima yang sedang dipertimbangkan itu tadi.

Baik saya terus sahaja pada Yang Berhormat Kajang, ada bertanya mengenai naik taraf Masjid Bandar Mahkota Cheras ke kapasiti 2,000 jemah. Tengok orang bukan Islam pun nak masjid kita lagi besar. So Masjid ini memang dalam pertimbangan JAIS dan kerja-kerja awalan akan dimulakan pada tahun 2025 nanti. Yang Berhormat Kota Damansara bertanya akan status Sekolah Agama Kota Damansara, saya rasa dia cuba nasib ni. Saya mohon maaf pada tahun 2025 ini tidak ada peruntukan lagi, tapi kita akan cuba masukan dalam RMK-13 bermula 2026.

Yang Berhormat Batang Kali bertanya mengenai peruntukan one-off RM30,000 setiap sekolah agama. Ini satu cadangan yang baik Yang Berhormat Batang Kali, saya rasa kalau kita ada duit kita akan bagilah. Sebab matematiknya kita ada 551 sekolah kalau kita darabkan dengan 30,000 maka bebanan kewangannya adalah RM16.4 juta yang kita masih belum ada pada ketika ini. Apa yang berlaku pada ketika ini bila kita melihat kepada pembetulan dan juga baik pulih sekolah-sekolah ini, ada formula dan merit yang digunakan oleh pihak JAIS untuk memberikan keutamaan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan iaitu akan diselesaikan dahulu. Sekolah-sekolah lain akan diselesaikan kemudian. Jadi kalau kita nak pukul rata macam itu mungkin tidak begitu adil pada sekolah-sekolah yang memerlukan berbanding sekolah-sekolah yang tidak memerlukan.

Yang Berhormat Morib bertanya mengenai Sekolah Rendah Agama Taman Kemuning, yang ini kerja-kerja awalan akan dimulakan pada 2025 dan pembinaannya pasti dalam RMK-13.

Untuk bahagian yang akhir saya akan terus kepada bahagian yang melibatkan infrastruktur digital sains teknologi dan juga inovasi. Yang Berhormat Paya Jaras mencadangkan program robotik STEM di MITS JAIS dan tambahan peruntukan untuk STEM dan pendidikan robotik kepada sekolah-sekolah. Ini satu cadangan yang amat baik dan saya setuju di bawah Jawatankuasa Tetap Sains Teknologi Dan Inovasi kita akan mengadakan perjumpaan dengan pihak MOSTI pada bulan depan untuk kita merangka program 2025 dengan menyelaraskan program STEM di peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri supaya impaknya itu jauh lebih besar. untuk STEM robotik di MITS JAIS, saya sendiri akan memastikan bahawa kita akan buat satu program di bawah peruntukan saya pada tahun 2025 ini. Yang Berhormat Batang Kali bertanyakan mengenai kualiti jaringan 4G di Batang Kali katanya bukan soal tidak ada signal, signal itu ada tapi kadang-kadang putus-putus dan drop call itu lah yang saya faham tadi. MCMC memaklumkan bahawa setakat September 2024 kesemua projek naik taraf sambungan fiber dan juga stesen pemancar 4G telah selesai. Ada 249 stesen pemancar yang dinaik taraf dan 44,000 sambungan fiber to home pun telah selesai. Sekiranya ada tempat-tempat spesifik atau pun aduan yang spesifik, pengarah MCMC

Selangor telah menawarkan diri untuk membuat kunjungan hormat ke pejabat Yang Berhormat untuk menyelesaikan masalah ini. Nanti boleh berhubung ya.

Yang Berhormat Bukit Malawati bersetuju agar program Smart Selangor di teruskan. Saya kira ini cadangan yang sangat baik juga dan kita sebenarnya sedang merangka pelan selanjutnya untuk tahun 2026 ke tahun 2030 dan dalam Dewan Yang Mulia ini saya ingin mengajak Yang Berhormat -Yang Berhormat yang berminat boleh menghubungi pejabat saya untuk kita terlibat sama dalam satu libat urus untuk kita sama-sama laksanakan program ini yang akan bermula pada tahun 2026. Jadi libat urusnya kita akan buat pada tahun hadapan dan program ini kita mulakan pada tahun 2026. Saya rasa ini adalah satu perkara yang sangat menarik di ketika negeri ini sedang sarat dengan ledakan dengan penggunaan AI dan sistem-sistem AI yang ada.

Untuk cadangan selanjutnya, cadangan daripada Yang Berhormat Kota Kemuning dan juga Sementa yang mencadangkan sebuah Pusat Inovasi AI. Yang ini saya mohon tak la panjang sagat tapi tiada teks. Insyallah yang ini. Saya sebenarnya ingin menzahirkan sedikit kebimbangan dalam keghairahan kita dalam ingin membangunkan Artificial Intelligence (AI) , kita terlupa sebenarnya komponen actual intelligence itu kita tidak ambil kira dan sebenarnya wajib di ambil kira, sebab AI ini dia bukannya macam kita beli buku, kita beli kereta dia bukan begitu. Sebenarnya di belakangnya itu adalah penggunaan modul-modul, Sungai Panjang bukan modul yang macam itu, modul matematik, dalam itu ada language modul, model untuk mengkaji imej, suara dan juga data-data yang berstruktur, ada auto ritmanya di belakang dan ini memerlukan kepakaran-kepakaran khusus yang memulakan kepada kepakaran asas seperti penggunaan ilmu matematik dan juga ilmu coding. Dan bila kalau boleh kita bangunkan modul-modul ini pun, seharunya modul-modul ini harus dipintarkan harus diajar dengan data, harus dilatih dengan data daripada pelbagai punca untuk mematangkan dan memantapkan lagi AI yang digunakan ini. Tetapi secara zahirnya kalau kita teruskan program yang semacam ini, you akan nampak seorang analis dan komputernya duduk coding dan sebaginya, itu yang kita nampak. Apa cabaran kita rasa AI sebenarnya. Sebenarnya jika dilihat kepada keperluan tadi keperluan kepada data dan bayak data ini soalan kepada kerajaan negeri adalah apakah ketersediaan data untuk tujuan AI ini dan kesediaan ketersediaan yang ada di pihak SUK ataupun Pejabat Daerah ataupun PBT untuk berkongsi data. Sebab AI ini, kalau nak pandai, dia kena banyak data, tapi kalau setiap PBT dia ada AI dia sendiri untuk melihat siapa yang tidak bayar cukai pintu, dia jadi 12 jenis AI dan data itu sikit, kalau AI yang lebih pandai ini perlu 12 set of data. Jadi itu soalan yang pertama.

Soalan yang kedua, penggunaan AI ini bukan dia macam dekat thumb drive cucuk dekat komputer boleh pakai diam-diam. Tak, ia akan terkait dengan penggunaan cloud ataupun pengkomputeran awan. Ada dasar di peringkat Kerajaan Negeri yang menggalakkan

penggunaan cloud tapi sampai sekarang ini kita masih belum melihat penggunaan yang meluas dan dijadikan alasan sebab sekuriti, sebab ini itu dan sebagainya. Saya rasa tiba masanya untuk kita lihat semula kita harus melihat dan harus kita buat satu gerakan menuju ke cloud secara besar-besaran. Sebab hari ini microsoft office yang ada di pejabat itu pun telah di akses cloud, kalau tak percaya buka microsoft office tiada internet, tidak boleh akses. Sebab semuanya berada di cloud. Dan yang ketiga disebabkan perlu keperluan kepada penyambungan di antara komputer itu datanya dan cloud harus ada connectivity yang sangat baik. Kita harus bermula di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri ini sendiri. Di sini dimaklumkan bahawa kelajuan internet yang ada adalah 400 mbps. Jujurnya sewaktu saya melawat Huawei baru-baru ini dan diperkenalkan dengan server AI yang ada, sebab bayangkan server ni nak kena ada data yang banyak dan data ini harus dimasukkan dengan begitu laju, minimum speed yang diperlukan untuk conncectivity tersebut adalah 400 gigabits per second, 400 kali 1,000 mbps. Yang ada dekat SUK tadi berapa, baru 400 mbps. Kalau kita nak wujudkan pusat inovasi, kalau kita betul-betul nak buat AI, yang kita rasa amat perlu, amat perlu, dan perlu di telusuri dan diketuai oleh Kerajaan Negeri harus bermula di sini. Dan itu dari segi teknologi dan infrastruktur yang kita perlukan. Lebih penting lagi adalah AI ini harus kita gunakan dalam konteks menyelesaikan masalah. Siapa yang nak pergi cari used cases ni menetapkan KPI-KPI yang perlu maksudnya sebelum mengguna AI berapa performance dia, selepas guna AI berapa prestasinya, ada peningkatan atau tidak? Berapa kos yang akan diperlukan? Siapa yang nak mengendalikan? dan sebagainya. Soalan-soalan sebegitu harusnya dijawab dan harus dijawab menerusi penubuhan sebuah lead agency dalam Kerajaan Negeri. Ruang ini terbuka anak syarikat ada, cuma kita tak perlu tubuhkan satu lagi jabatan kerajaan lah saya ingat. Jadi peluang ini ada dan kita amat memerlukan ini on top of ataupun di atas training centre ataupun training centre yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di STDC yang bakal diwujudkan. Yang itu untuk latihan, ... ia tiada masalah. Tapi untuk mengetuai penggunaan AI secara besar dan meluas ni ada keperluan kepada sebuah leading agency di peringkat Kerajaan Negeri dan saya sambut baik cadangan daripada Kota Kemuning dan Sementa dan saya rasa inilah komponen-komponen yang wajib saya rasa di ambil kira oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk kita jayakan program AI ini supaya dia tak jadi program procurement beli barang lepas tu tak guna. Tak digunakan. Ini harus digunakan dan saya sebut AI-AI yang dibentuk ini dia akan jadi lebih pintar dengan banyaknya data dan harus dikemas kini dan terus dilatih supaya kepintaran itu benar-benar wujud.

Jadi ini sebenarnya adalah usaha-usaha kita dan kenapa kita ambil pendekatan usaha-usaha yang sebegini adalah kerana kita ingin menyegarkan dan menyemarakkan semula tahap kecekapan perkhidmatan awam di Negeri Selangor. Dan saya rasa harus kita hidupkan kembali jiwa-jiwa yang ingin kepada perubahan ini dan saya kira ada di luar sana dan sebab itulah kita bagi satu cabaran baru untuk mereka ambil supaya akhirnya

nanti tahap kecekapan, efficiency dan juga service levels Kerajaan Negeri akan meningkat. Ini semua penting Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian kerana Selangor bukan sahaja deserve to be better, Selangor deserve the very best. Sekian, penggulungan daripada saya Seri Setia, mohon menyokong belanjawan 2025 ini. Terima kasih.

Speaker

Sebelum saya menjemput Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang seterusnya untuk membuat penggulungan, sukacita saya ingin memberi peringatan kepada semua Ahli Yang Berhormat supaya memberi perhatian terhadap portfolio yang akan naik untuk penggulungan supaya Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian tidak akan tertinggal isu-isu yang telah pun dibangkitkan dalam ucapan Yang Berhormat sewaktu perbahasan. Dan seboleh-bolehnya elaklah daripada berdiri untuk bertanyakan soalan, mencelah dan sebagainya apabila EXCO hampir ataupun telah pun siap penggulungan mereka. Dengan itu saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kota Anggerik untuk memberi penggulungan terhadap portfolio kamu. Silakan.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau boleh saya request kita perlahankan pendingin hawa boleh tak, kalau boleh buat usullah. Fasal sejuk sangat, macam sidang di London. Baik, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker di atas ruang yang telah diberikan kepada saya untuk menggulung pada petang ini. Pertama saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil kesempatan berbahas dan melontarkan idea, pandangan serta teguran terhadap beberapa isu yang telah dibentangkan dalam belanjawan Negeri pada Jumaat yang lepas khususnya yang terkait dengan portfolio belia sukan keusahawanan dan pengurusan bencana. Sebahagian daripada cadangan tersebut berasas mempunyai nilai konstruktif dan ada juga yang mencabar dan pastinya tidak mudah untuk dilaksanakan secara serta-merta namun saya percaya bahawa melalui pendekatan yang berstruktur dan berasaskan data setiap input yang Ahli Dewan telah membangkitkan kita akan ambil maklum dan juga disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.

Seterusnya saya menghargai semangat serta kesediaan kita untuk memperbaiki dan mengukuhkan kualiti perbahasan pada sidang kali ini yang mana saya kira dari segi penglibatan dan juga lontaran idea nampak kita bersifat lebih konstruktif dan lebih menghargai di antara satu dengan yang lain.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyentuh tentang portfolio belia yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan yang berbahas sepanjang beberapa hari ini. Pertama, untuk Yang Berhormat Kajang yang telah membangkitkan tentang program pemerkasaan belia bagi Negeri Selangor. Semestinya ia telah bermula sejak 2008 ketika Kerajaan

Pakatan Rakyat dibentuk ketika itu dan kita telah tubuhkan Penggerak Belia Tempatan, PBT sejak 2009 dan kini dengan dasar yang telah diperbaharui iaitu dasar belia Negeri Selangor pada tahun 2020, program pemerkasaan belia sentiasa digerakkan menerusi jentera Penggerak Belia Selangor yang juga telah dijenamakan. Untuk makluman Dewan, PBS bergerak di atas dasar Belia Negeri Selangor yang merangkumi 10 domain utama yang relevan buat masa kini dengan hasrat dan cita-cita Kerajaan Negeri untuk mewujudkan smart state seperti yang telah di rencana di bawah Rancangan Selangor Pertama. Setiap pengerusi Penggerak Belia Selangor telah disarankan untuk mewujudkan jawatankuasa sendiri dan menggerakkan aktiviti-aktiviti belia setempat serta merancang pelbagai program. Antara domain yang terkait dengan kepimpinan adalah kepimpinan dalam dasar Belia Selangor itu adalah kepimpinan dan literasi politik. Program-program yang direkodkan adalah seperti dialog bersama ADN muda, lawatan ke Dewan Negeri dan Negara, ziarah bersama ADN dan Ahli Majlis ke kawasan-kawasan dan program pemantapan sejati diri belia.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya bagi menjawab perbahasan Yang Berhormat Jeram. Tadi ada dah, dia mungkin memanaskan badan di luar. Jadi saya sentuh sikitlah Yang Berhormat Jeram ada membangkitkan tentang indeks core pembangunan belia di Negeri Selangor. Saya ingin nyatakan bahawa Kerajaan Negeri memahami akan keperluan mendesak untuk kita meningkatkan mutu dan kehidupan belia terutamanya pasca pandemik COVID-19. Secara keseluruhannya Malaysia mengalami penurunan skor indeks belia kepada 58.4%. Umum mengetahui jumlah belia adalah dianggarkan sekitar 50% atau 3 juta orang yang berada di Negeri Selangor. Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam memberi peluang kepada belia untuk melibatkan diri dengan program-program Kerajaan Negeri dan sudah pastinya menerima inisiatif-inisiatif yang layak bagi mereka. Tiada istilah syok sendiri dalam melaksanakan program-program di peringkat akar umbi dan kita cuba ubah pendekatan kita yang mana sebelum ini belia hanya menggerakkan program-program bersifat kesukanan semata-mata. Tapi selepas ini kita akan pastikan belia-belia di Negeri Selangor bukan hanya buat program yang bersifat kesukanan tetapi juga yang menyentuh dan menyantuni segmen literasi politik, kesedaran alam sekitar, kerohanian dan agama dan juga pada masa sama untuk mereka ini lengkapkan diri dengan pendedahan di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, antara program kita yang telah kita gerakkan untuk menyantuni belia adalah Inisiatif Roda Darul Ehsan, RiDE yang mana jumlah pemohon yang direkodkan adalah sekitar 22 ribu yang telah menerima manfaat sekitar, adalah sekitar 9 ribu orang yang merangkumi semua belia yang berada di pelosok Negeri Selangor.

Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Lanjan membangkitkan tentang keperluan untuk kita mewujudkan platform untuk mengasah bakat dan mencambah idea golongan

mahasiswa, khususnya belia. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor menerusi pembentangan belanjawan Selangor 2025 akan memperuntukkan sejumlah 8.7 juta untuk penyediaan program pembangunan mahasiswa Negeri Selangor. Pembentukan mahasiswa yang holistik dan teratur melalui core system dan sistematik amat membantu dalam menyokong hala tuju pembangunan modal insan. Dan kita juga akan bekerjasama dengan pelbagai NGO mahasiswa, antaranya Persatuan Mahasiswa Anak Selangor, PERMAS, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS, Majlis Belia Negeri Selangor, MBS dan juga Persatuan Pelajar Islam Selangor, PPIAS.

Seterusnya, tadi saya dah jawab yang Jeram punya tadi. Baik, saya sentuh ke bahagian portfolio sukan. Ini antara yang mendapat banyak perhatian dan juga perbahasan daripada Ahli Dewan, antaranya Hulu Kelang, Pelabuhan Klang, sahabat-sahabat saya Gombak Setia, dan juga Kampung Tunku, Seri Serdang dan Kota Damansara. Kita sememangnya menyedari tentang peruntukan pembangunan sukan yang sangat-sangat kita titik beratkan, terutamanya dalam kita membuat persediaan untuk menjadi tuan rumah sukan Malaysia ke-22 pada 2026 ini. Memandangkan kita menjadi tuan rumah, ini adalah peluang yang terbaik untuk kita menonjolkan atlet-atlet dan juga tokoh-tokoh sukan kita yang lebih baik dan seterusnya kita nak menyasarkan untuk menjadi juara keseluruhan untuk SUKMA yang kali ini.

Justeru, keperluan untuk mempersiapkan atlet dan pasukan lebih awal adalah perlu dan dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor. Pelbagai keperluan yang kita ambil kira bagi memastikan program persediaan atlet dan pasukan ini antaranya pertama, elaun latihan mereka. Kedua, tempat latihan. Ketiga, jurulatih yang berprestasi tinggi. Keempat, peralatan latihan dan juga pertandingan. Kelima, perlindungan insurans dan kemalangan buat para atlet. Keenam, kemudahan serta sokongan daripada segmen sains sukan. Dan ketujuh adalah pendedahan kejohanan dalam dan luar negara kepada atlet-atlet kita. Dan sudah pastinya ia memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi bagi memenuhi keperluan tersebut. Dan kita mengambil maklum bahawa jumlah peruntukan 6 juta dilihat kurang mencukupi dan memandangkan pihak majlis perlu menguruskan jumlah kontinjen dan persiapan yang luar biasa selepas ini, oleh itu berdasarkan kiraan yang telah kita buat menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor, berdasarkan keperluan kos, menyediakan atlet dan penganjuran sukan Malaysia 2026 nanti, kita akan mengambil pendirian dan juga pendekatan untuk meneruskan kerjasama dan juga hubungan baik melalui penglibatan anak-anak syarikat milik negeri untuk membantu membangunkan dan juga mengangkat persatuan sukan ini supaya kita supaya kita boleh compliment each other dengan izin maksudnya dari segi kerjasama itu kita memerlukan sokongan daripada semua pihak.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat EXCO. Terima kasih EXCO di atas jawapan tadi. Saya mendengar Yang Berhormat EXCO sebutkan peruntukan 6 juta memang tidak mencukupi. Tapi dalam keadaan hari ini, apatah lagi dalam keadaan kita ingin menjadi tuan rumah SUKMA dan sudah tentulah sebagai tuan rumah kita nak menang. Dalam SUKMA sebelum ini di Sarawak, kita belanja untuk pembangunan sukan 8 juta, kita sasar 61, kita menang 57, betul? Kita menang 56 emas. Itu pun tidak mencapai sasaran kita. Maka sudah tentulah bila kita nak jadi tuan rumah SUKMA, kita nak menang. Kita harus berbelanja dan saya tak fikir bahawa sesuai untuk Kerajaan Negeri pada hari ini mengharapkan anak-anak syarikat juga untuk membantu. Paling tidak we have to spent some fix amount untuk memastikan soal kebajikan atlet, soal prasarana semuanya dapat diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita memohon bantuan daripada anak-anak syarikat bagi membantu. Itu yang pertama.

Kedua, saya inginkan jawapan Yang Berhormat tentang isu pesta pickleball yang saya sebutkan. Saya juga dengar dan saya dimaklumkan bahawa Selangor juga melobi untuk sukan pickleball ini dimasukkan sebagai salah satu acara SUKMA. Tapi sukan ini sukan baru Yang Berhormat. Sebagai satu sukan yang baru, belum banyak kemudahannya, belum banyak atletnya. Kita juga harus membangunkan mereka dan sebab itu bagi saya sasaran yang kita letakkan itu mesti berpaksikan bagaimana kita boleh menjamin kemaslahatan atlet secara keseluruhannya, dan bukan main pick apa sukan yang kita nak. Mentang-mentang sukan pickleball ini sekarang ini jadi trend walaupun baru empat lima bulan okaylah, kita terus ambil sebab kita nak popular. Tak boleh. Hari ini kalau kita nak hantar atlet kita pun, di mana atlet kita nak latih sukan pickleball. Kemudahannya belum banyak. Kemudian kita pula nak anjurkan pesta pickeball peruntukan satu juta. Bagi saya ini satu pembaziran yang tidak diperlukan dan saya harap supaya Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan supaya satu juta peruntukan untuk buat pesta pickleball ini lebih baik serap je dalam usaha untuk membangunkan sukan di seluruh negeri Selangor dan Insya-Allah, saya yakin kita boleh menang dalam SUKMA yang akan datang. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Gombak Setia. Berkenaan dengan cadangan Gombak Setia dan juga menyentuh tentang pick a ball tadi. Saya ambil maklum dan saya kira boleh kita perbincangkan, saya akan usulkan nanti dan mungkin dengan pihak Majlis Sukan Negeri yang merupakan agensi pelaksana kepada pembangunan sukan di negeri Selangor. Kita pun sedia maklum tentang hasrat Kerajaan Negeriuntuk kita nak bangunkan ekosistem sukan pickleball, tapi macam sebagaimana yang Gombak Setia maklum, saya rasa perlu diakui daripada segi infrastruktur, kemudahan-kemudahan yang melibatkan permainan pick a ball ia sukan yang baru sebenarnya secara relatif, sukan pickleball ini memang popular di bandar, di Petaling

Jaya, di Subang Jaya, bahkan di Shah Alam pun telah ada banyak kemudahan asas yang melibatkan sukan pickleball, tapi kalau kita lihat di luar bandar barangkali mungkin belum lagi menular ke situ dan saya rasa perlu diambil kira dalam, saya akan masukkan dalam ucapan penggulungan saya ini, maklum balas daripada Gombak Setia.

Dan mungkin saya akan boleh bincang nanti dengan pihak Kerajaan Negeridan juga Majlis Sukan, sekiranya peruntukkan sejuta pada pickleball itu tadi, kita boleh selaraskan semula bukan hanya bertumpu kepada pembangunan sukan pickleball semata-mata, tetapi juga boleh diserap untuk pembangunan sukan-sukan lain yang lebih berprestasi tinggi yang kita lebih sasarkan untuk menang, macam kita melihat kalau kita nak kejar sukan pick a ball semata-mata, tetapi kita mengetepikan sukan-sukan teras yang lain seumpama badminton, renang, olahraga, bola sepak dan sebagainya, takut kita tercicir yang sepatutnya kita fokus. Jadi saya ingat pandangan daripada Gombak Setia itu, saya masukkan dalam penggulungan dan saya akan perbincangkan dengan lebih lanjut dengan pihak Majlis Sukan Negeri, supaya dana satu juta itu tidak berlaku pembaziran seperti Gombak Setia cadangkan tadi, itu yang kita nak elakkan, kita boleh bersetuju baik di peringkat kerajaan dan pembangkang, kita tidak mahu sebarang pembaziran peruntukkan yang telah di bentang dan diumumkan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih Gombak Setia.

Seterusnya, saya menyentuh kepada Kampung Tunku dan juga sahabat saya Morib, Morib pun mungkin di luar juga. Tentang infrastruktur dan kemudahan sukan, dia perkara yang sama, Kampung Tunku pun ada bangkitkan, boleh saya jelaskan berkenaan dengan kemudahan sukan ini. Biasanya kita melihat kepada bidang kuasa, macam semalam saya difahamkan Morib bangkitkan tentang satu kemudahan asas dewan di kawasan beliau, di mana ianya tidak diselenggara dan seolah-olah terbiar dan bila kita telah buat semakan, ianya bukan di bawah kerajaan negeri, maksudnya bukan di bawah Majlis Sukan, tetapi adalah di bawah authority pihak berkuasa tempatan dan kita boleh bincang dengan pihak PBT dan juga pejabat daerah misalnya untuk mereka melihat dan mengkaji sama ada boleh dinaik taraf kemudahan tersebut dan kalau sekiranya tidak mencukupi peruntukkan dan sebagainya, kita cuba ikhtiar kan daripada Kerajaan Negeriataupun daripada agensi-agensi yang boleh menyumbang.

Cuma, suka untuk saya tegaskan, ianya ada, kita perlu faham bidang kuasa ataupun jurisdiction sebab setengah tanah mungkin kita lihat kita nampak ini tanah di kawasan JKK, tapi bila kita tengok rupanya itu adalah tanah PBT. Jadi itu tidak mengapa, saya akan semak semula dengan pihak PBT dan juga pejabat daerah untuk kita manfaatkan kawasan-kawasan ataupun kemudahan-kemudahan sukan yang sebelum ini digunakan, tetapi mungkin terbengkalai ataupun tidak dimanfaatkan dengan sewajarnya. Silakan Hulu Bernam.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, berkaitan dengan bidang kuasa yang menyelenggara kemudahan-kemudahan sukan ini. Saya turut nak mencadangkan Yang Berhormat EXCO, bahawa diletakkan satu papan tanda siapa yang menyelenggara, sebab berlaku banyak isu yang berkaitan dengan siapakah yang menyelenggara, ada banyak pihak yang perlu ambil tanggungjawab terhadap selenggaraan facilities ini. Jadi cadangan ini, saya kira dapat membantu semua pihak, bukan sahaja di peringkat Adun, malah ketua kampung, ahli majlis dan sebagainya. Begitu juga dengan rakyat, mereka dapat terus direct berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab, terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Hulu Bernam. Nanti saya akan usulkan kepada EXCO Kerajaan Tempatan untuk perhalusi cadangan tersebut, mungkin selepas ini kalau ada padang-padang awam, ataupun kemudahan-kemudahan sukan, kita boleh pacak papan tanda, maklumkan kawasan untuk kemudahan ini adalah diselenggara pihak yang berkaitan. Saya setuju.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat, sikit. Tentang kemudahan sukan sebagaimana yang dibangkitkan tadi oleh Hulu Bernam. Banyak juga kemudahan-kemudahan sukan yang hari ini dimiliki oleh Kerajaan Negeriyang tidak diselenggara dengan baik. Misalnya, tennis court yang ada di Kelab Shah Alam. Ada sebahagiannya yang telah dinaik taraf tapi baru-baru ini waktu saya berkunjung ke Kelab Shah Alam, saya tengok ada beberapa tennis court lain, yang rundown, memang tak boleh digunakan langsung dah. Tapi sayang, kalau fasiliti dan kemudahan seperti ini tidak diselenggara dengan baik, kerana ia juga memungkinkan Kerajaan Negeribukan sahaja boleh perbaiki untuk kemudahan, tapi juga can get some income. Jadi apakah Kerajaan Negeri khususnya di peringkat portfolio sukan, melihat bahawa ada kepentingan untuk Kerajaan Negerimelaksanakan satu program ataupun dasar bagi mungkin mengadakan kerjasama dengan operator-operator swasta yang boleh bukan sahaja bantu untuk operate ataupun untuk menyelenggarakan kemudahan tersebut, tetapi pada masa yang sama mereka juga membantu Kerajaan Negeriuntuk menaik taraf kemudahan-kemudahan ini supaya dapat dimanfaatkan untuk rakyat. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Gombak Setia. Sememangnya memang kita merancang untuk tahun hadapan untuk kita tambah baik kemudahan-kemudahan ataupun infrastruktur sukan kita, khususnya dalam kita nak menjadi tuan rumah nanti. Dan itu kita akan selaraskan menerusi kerjasama dengan pihak PBT dan Pejabat Pendidikan, Pejabat Daerah dan Tanah. Dan berkenaan dengan court tennis, misalnya di Kelab Shah Alam, saya sedia maklum ada sebanyak empat gelanggang tenis di Kelab Shah Alam dan dua daripadanya berada dalam keadaan

downline kita dan kita dalam proses untuk membantu Kelab Shah Alam menaik taraf gelanggang tersebut dan kita pun sedia maklum di Kelana Jaya ada juga gelanggang tenis yang diguna pakai oleh masyarakat, tetapi tidak diselenggara dengan baik, iaitu di Kelana Jaya di Kompleks PKNS, Kompleks Sukan PKNS. itu pun dalam perancangan untuk kita berbincang dengan PKNS supaya dapat naik taraf gelanggang tenis di Kelana Jaya itu untuk kita jadikan salah satu arena ataupun lokasi tenis yang boleh menjadi homeground kepada tenis Selangor. Jadi memang kita ada perancagan tersebut dan ia bukan hanya merangkumi sukan tenis, walaupun saya tahu Gombak Setia sekarang pun dah nak belajar main tenis.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Nanti Kerajaan Negerirepair, kita main.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Kita main, kita boleh buat nanti. Dan dia bukan tertakluk pada tenis sahaja, tetapi kita juga melihat kepada sukan-sukan lain hoki misalnya, bola sepak dan juga kemudahan-kemudahan olahraga kita yang lain.

Yang Berhormat EXCO, boleh mencelah sikit. Yang Berhormat EXCO, saya tertarik apabila kita bincangkan tentang infrastruktur sukan, yang mana kalau infrastruktur itu kita bincangkan sudah tentu ia membawa kepada persiapan kita menghadapi SUKMA. Soalan utama saya, apakah kita boleh melaksanakan joint venture, maksudnya kita bekerjasama dengan pihak yang sudah memiliki fasiliti itu, instead of kita memperbaiki infra itu, sudah tentu kos itu kita akan belanjakan banyak. Tumpuan yang saya nak berikan ialah adakah dua tahun ini, kita tumpu pada pembangunan infra ataupun mengenai atlet, sebab dua tahun untuk melatih atlet-atlet baru yang sudah pun, ialah SUKMA ini umurnya 21 tahun, bila dah habis, kita kena lantik atlet yang baru, concern kita ialah kos itu akan dihabiskan banyaknya ke mana. So instead kita memperbaiki, infrastruktur, kita habiskan kepada latihan.

Keduanya ialah, saya tak masukkan dalam perbahasan saya, ialah berkenaan dengan pusat latihan atlet para sukma. Sebab mereka ini akan berhadapan dengan masalah di mana kalau tempat itu berubah setiap kali latihan itu nak dilaksanakan. Dia akan berhadapan dengan masalah aksesibiliti dan juga jarak yang akan main peranan. Kalau melibatkan perjalanan transport, dia akan susah, setiap kali latihan, pergi ke tempat lain, kejap Bangi, kejap Shah Alam, dia akan menyusahkan atlet Para Sukma kita. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Batu Tiga. Memang kita kalau boleh kita nak proses ataupun pelaksanaan untuk naik taraf

kemudahan infra sukan dan juga pembangunan atlet ini dia seharusnya bergerak serentak. Kita tak boleh tunggu, kita dah repair ataupun kita naik taraf satu kemudahan baru kita benarkan atlet kita untuk guna. Maksud, kita ada banyak sebenarnya fasiliti dan kemudahan sukan, jadi mana yang boleh kita manfaatkan, kita guna dulu, mana yang perlu naik taraf, kita naik taraf dan selepas dah selesai itu, kita boleh benarkan kepada atlet-atlet kita untuk gunakan kemudahan tersebut.

Dan merujuk kepada cadangan Batu Tiga untuk berikan ruang kepada atlet-atlet para sukma juga, memang kita bersetuju dan kita sedang melihat kepada keperluan dan kesesuaian untuk kita modify ataupun ubah suai beberapa kemudahan sukan yang sebelum ini hanya boleh digunakan oleh atlet-atlet bukan para, tetapi kita nak pastikan atlet para kita pun tidak tercicir dari segi latihan dan juga tentang tawaran Yang Berhormat Batu Tiga untuk menjadi Chief de Mission dekat para sukma nanti, kita boleh pertimbangkan yang itu sebab Yang Berhormat Batu Tiga juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor dan saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Batu Tiga, sudi menawarkan diri untuk memimpin dan mengetuai atlet para sukma nanti. Jadi kita meletakkan keutamaan untuk Batu Tiga nanti, bila dah selesai segala proses nanti, kita akan berhubung dengan Batu Tiga.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Kampung Tunku.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Kampung Tunku, Presiden Persatuan Ragbi.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas pencerahan tentang fasiliti dan bidang kuasa. Cuma saya nak dapat pencerahan sejauh manakah fasiliti ataupun kemudahan sukan yang telah ditentukan, dah ditentukan untuk SUKMA telah disediakan dan berapa lama kalau belum bersedia lagi, akan berapa lama masa yang akan diambil untuk menentukan venue untuk SUKMA. Kerana kalau melibatkan PBT ia juga akan memakan masa, so contohnya di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kami juga berterima kasih kerana sudah ada peruntukkan untuk membaiki the track field dengan izin. So soalan saya ialah how ready and how much dengan izin have we decided of facility untuk SUKMA. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, Yang Berhormat Kampung Tunku. Kita sekarang dalam proses untuk menubuhkan sekretariat pengurusan SUKMA yang akan datang dan selesai Insya-Allah dalam tahun ini kita selesai dan pada tahun depan kita akan mulakan gerak kerja bersama dengan pertemuan dengan PBT dan juga agensi-agensi kerajaan untuk kita kenal pasti keperluan dan juga kemudahan mana yang perlu dinaik taraf dan kita nak pastikan dinaik taraf mengikut piawaian yang telah di

tetapkan oleh Majlis Sukan Negara dan pada masa yang sama, kita juga akan bincang dengan pihak MSN, Majlis Sukan Negara untuk meletakkan tarikh ataupun bila pelaksanaan SUKMA tersebut. Sebab bila kita lihat kepada takwim sukan pada tahun 2026, ada banyak kejohanan antarabangsa yang akan berlangsung pada tahun tersebut antaranya sukan Komanwel, sukan Asia, sukan antara Universiti Asian yang mana Malaysia sendiri menjadi tuan rumah, dan kita juga perlu mengambil kira cuti-cuti, peperiksaan, cuti semester universiti, kerana kemungkinan kita akan mengguna pakai kemudahan-kemudahan kampus di dalam negeri Selangor untuk dijadikan perkampungan sukan. Jadi segala perkara tersebut memang kita ambil kira dan pastinya kita akan selaraskan dengan baik.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kota Anggerik, saya minta sikit je pasal fasiliti sukan.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tak bahas pun.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Memang tak bahas, sebab masa kan pendek speaker bagi. Tak boleh nak cakap semua. Terima kasih. Kota Anggerik, saya nak minta kerjasama pada Kota Anggerik sebab pada awal penggal ini, saya pernah utarakan tentang masalah ketiadaan padang bola sepak yang baik di DUN Taman Medan. Saya telah kenal pasti beberapa, cuma saya minta nanti Yang Berhormat Kota Anggerik boleh juga beri perhatian, kerana saya percaya untuk Bandaraya seperti Petaling Jaya amat mudah untuk nak facilitade sama ada upgrade jadi padang rumput biasa ataupun padang sintetik itu adalah satu perkara yang saya rasa peluang yang tak dioptimumkan lagi di Petaling Jaya. Jadi saya mohon EXCO beri sedikit perhatian tentang fasiliti ini di Taman Medan dan juga di Petaling Jaya.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Saya sedia maklum ada satu lokasi yang telah kita teliti sebelum ini dan mungkin selepas ini kita boleh buat perbincangan susulan dengan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kemungkinan untuk kita JV ataupun kita minta MBPJ sendiri yang bangunkan, saya rasa itu perlu kita perhalusi semula. Tapi saya tidak ada halangan untuk kita tambah padang bola khususnya di Petaling Jaya walaupun sebenarnya di PJ itu dah banyak padang bola, tapi sedia maklum Taman Medan memerlukan padang bola yang lebih praktikal dan juga sesuai untuk anak-anak muda di sana main. Terima kasih Taman Medan. Saya ...

Yang Berhormat Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Kota Damansara pun nak juga padang bola.

Insya-Allah, Kota Damansara kita ada banyak padang bola, kita nak padang ragbi je. Baik, pertama sekali saya meneliti perbahasan ucapan daripada Yang Berhormat EXCO. Cuma tadi saya terdengar yang mana Yang Berhormat EXCO ada akan menubuhkan satu sekretariat SUKMA yang akan dibuat pada tahun ini dan akan menilai kembali dan kemungkinan beberapa fasiliti yang mula akan dibaik pulih sama ada pada tahun hadapan. Cuma saya mohon daripada pihak EXCO mungkin untuk mempercepatkan sebab kalau boleh kita nak repair ini, biarlah kita repair pada tahun ini supaya atlet kita pelung untuk train di kawasan sini kalau tahun depan jadi dia akan ada masalah jadi bila saya andai kata daripada tempoh mungkin 5 atau 6 bulan pada tahun hadapan sekretariat ditubuhkan dan mengenal pasti mungkin dalam 6 bulan terakhir itu beberapa tempat boleh di upgred terlebih dahulu. Jadi atlet kita pun mempunyai peluang lebih lama dan besar dan potensi untuk menang itu lebih tinggi. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik. Ingatkan minta padang bola juga tadi. Ialah perancangan itu kita dah ada, cuma kita perlu melihat kepada pentadbiran, belanjawan, peruntukan dan sebagainya. Belanjawan pun baru bentang kalau dah lulus semua nanti insya-Allah kita akan laksanakan dengan seberapa segera Kota Damansara supaya proses tersebut tidak menganggu dan menjejaskan persiapan atlet-atlet kita. Baik saya beralih ke. Datuk, satu lagi.

Yang Berhormat EXCO, saya dalam ucapan perbahasan bajet ada menyebut tentang dua padang bola. Satu di Kampung Sungai Lui juga ekoran sebabkan banjir 2021, daripada 2021 sampai sekarang tak dapat pakai dan padang Batu 14 Hulu Langat.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik untuk Yang Berhormat Dusun Tua, tentang padang bola yang cadangan padang bola Sungai Lui dan Batu 14 tu, saya teliti baliklah yang Batu 14 sebenarnya kita telah naik taraf sebelum ini tetapi berlaku masalah yang melibatkan pihak Pejabat Daerah di mana selepas Majlis Sukan Negeri menyerahkan padang tersebut kepada Pejabat Daerah ia ada isu pertindihan di Pejabat Daerah dan PBT dan saya difahamkan sedang diselesaikanlah dari segi hak milik atau pun siapa yang akan menyelenggara padang tersebut. Bagaimanapun kita akan melihat kepada peluang ataupun apa orang kata Sungai Lui ini saya tengok balik nanti berdasarkan bajet yang kita ada, kalau ada boleh kita naik taraf, kita cubalah. Tapi saya tak nak beri komitmen terus sebab kita perlu melihat kepada kesesuaian dan juga peruntukan yang ada. Terima kasih Dusun Tua. Baik seterusnya last.

Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Kota Anggerik, Yang Berhormat, Yang Berhormat EXCO ada tadi dalam perbahasan saya sebut gelanggang bola boling padang. Saya rasa itu perlu diberikan perhatianlah. Saya tahu saya di Selangor ini tak banyak gelanggang boling padang. Yang adanya sebuah kira lengkaplah di Sepang, betul-betul di Pejabat Daerah Sepang. Jadi saya harap cadangan saya itu pihak EXCO boleh bagi cadangan atau perhatian kepada gelanggang tersebut. Sebab saya rasa di Sepang ini telah melahirkan ramai atlet antarabangsa termasuk kebangsaan. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik terima kasih Sungai Pelek. Tentang cadangan gelanggang boling padang. Memang dah ada kan, sudah ada kan.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Cuma saya mohon untuk naik tarafkan, sekarang dalam keadaan yang..

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Ada dalam perancangan.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Sebab dah lama padang itu dah masuk 20 tahun. Jadi semua program yang ada sekarang pun memang gunakan gelanggang tersebut. Saya ras perlunya masa untuk kita naik taraf.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya ambil maklum, saya akan semak, nanti kalau ada.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Saya mohon perhatian

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Boleh-boleh. Baik terima kasih Sungai Pelek. Saya selesaikan untuk portfolio keusahawanan. Dibangkitkan oleh Yang berhormat Kajang tentang dasar progresif keusahawanan dan mikro kecil dan sederhana. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Keusahawanan sedang dalam tindakan untuk merangka pelan tindakan ekonomi kreatif Negeri Selangor dan juga merupakan salah satu komponen dalam dasar bagi perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS di Negeri Selangor. Untuk tujuan tersebut, sekadar makluman Ahli-ahli Dewan, Jawatankuasa Tetap Keusahawanan telah mengadakan beberapa siri Focus Group Discussion (FGD) dan perbincangan meja bulat yang melibatkan agensi-agensi swasta, jabatan-jabatan kerajaan, institusi usahawan dan juga pemain-pemain industri bagi memastikan dasar yang dibentuk bersifat menyeluruh dan holistik dan dalam pada masa sama Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa

Keusahawanan juga sedang menyediakan pelbagai inisiatif dan insentif kepada usahawan-usahawan dalam bidang PMKS dan antara yang boleh kita sebut tadi dana Usahawan Madani Selangor, Program Pinjaman Mikro Kredit Hijrah dan beberapa latihan program-program promosi keusahawanan.

Dan untuk menyentuh sedikit tentang isu yang bangkitkan oleh Yang Berhormat Sentosa berkenaan dengan Program SITHAM yang sekarang ini kita telah selaraskan di bawah program I-SEED kerana bila kita melihat pada tahun lepas kita kaji dan nilai semula program-program sedang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri, kita lihat ada banyak pertindihan misalnya program I-SEED di bawah Standco yang Berhormat Banting. Bertindih dengan Progtam SITHAM di mana modul ataupun objektifnya adalah sama, sasaran juga sama dan kita lihat bahawa kita tidak memerlukan dua program sama pada dasarnya dengan nama yang berbeza jadi kita selaraskan, kita jadikannya satu program sahaja. Sebab asasnya adalah sama, jadi kalau dua program dua EXCO buat program yang sama jadi ialah adalah satu bentuk yang redundant, sedangkan kita telah melaksanakan yang sama jadi kita telah selaraskan dan sekadar perbandingan Program SITHAM sebelum ini ia menawarkan geran kemiskinan ataupun geran pembasmian kemiskinan, pun ada dalam konteks I-SEED juga dan untuk membantu usahawan memang kita ada sediakan geran dan geran usahawan ini tidak merangkumi tidak menyasarkan kepada mana-mana kaum pun. Ia terbuka untuk semua kaum Melayu, Cina atau India. Kita dana geran Usahawan Madani Selangor yang tadi pun kita ada I-SEED dan kita juga ada pembiayaan Hijrah. Dan yang kedua adalah latihan permohonan usahawan yang juga turun digerakkan oleh SITHAM dan di bawah beberapa agensi kita ada PKNS menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan dan juga menyediakan Program Pembangunan Usahawan. Kita ada SIDEC yang turut melakukan Program Pembangunan Usahawan tetapi yang bersifat digital dan juga kita ada agensi Kerajaan Persekutuan seperti INSKEN yang turut menyediakan Program-program Latihan Pembangunan Usahawan serta kursus kemahiran.

Dan ketiga adalah Program Bimbingan Perniagaan GROW yang sebelum ini dilaksanakan oleh SITHAM bila kita semak dengan agensi lain, agensi lain pun ada juga program yang sama iaitu klinik usahawan Selangor yang digerakkan oleh PKNS dan kita juga ada Program Liga Usahawan Selangor yang kita bekerjasama dengan pihak dengan NGO Selangor Youth Community Say dan pada yang sama kita juga ada platform atas talian Selangor iaitu Platfom Selangor (PLATS) yang digerakkan oleh MBI Selangor. Jadi untuk tujuan kita nak mengelakkan pertindihan tersebut, kita telah selaraskan sistem, letakkan bersekali di bawah standco Yang Berhormat Banting. Sila YB tengok dia bangun.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jawapan yang saya telah bentangkan dalam perbahasan saya. Saya ingin membawa ataupun mengingati balik, peruntukan untuk masyarakat India untuk sosio ekonomi pembangunan Sosio ekonomi, kita mula dengan RM3 juta lepas itu dikurangkan, lepas itu dibahagikan kepada dua EXCO. Satu untuk program I-SEED satu lagi untuk program di bawah SITHAM di bawah EXCO yang lain. Sekarang saya tengok satu program ini sekarang dari dua EXCO jadi satu EXCO tapi peruntukan untuk EXCO untuk buat program I-SEED tu sekarang berkurangan. Dah kurang RM1 juta, so dah jadi pada RM2 juta. Pasal itu saya bentangkan dalam perbahasan saya untuk wujudkan satu dana khas untuk sosio ekonomi India khususnya. 5% daripada macam MITRA RM1 juta saya tak minta banyak mungkin kembalikan balikkan balik RM3 juta seperti kita mulakan. Untuk khas untuk Pembangunan Usahawan India, kenapa memang saya dalam perbahasan saya tanya berkenaan program-program untuk usahawan India macam ini kita boleh membantu membangunkan usahawan India khususnya dengan dana RM3 juta yang kita mulakan. Sekarang dan kurang, so kita yang saya minta Yang berhormat EXCO untuk bantu wujudkan balik untuk membantu usahawan-usahawan kita untuk berjaya.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Sentosa.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat EXCO, sambung sikit. Sikit lagi, berkenaan dengan dibangkitkan oleh Sentosa, sebab itu dalam perbahasan sebelum ini saya bangkitkan ada beberapa program-program yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri, dia kalau kita nak belanja ini Yang berhormat, belanja ini mesti ada impak. Kalau kita belanja ini setengah-setengah tak berguna, dia tak akan memberi impak yang penuh bukan sahaja kepada masyarakat tetap juga untuk melonjakkan ekonomi Negeri Selangor. Ini antara salah satu yang satu yang saya sebut itu, Selangor Coffee Festival, kalau kita nak anjurkan Festival Coffee dengan belanja dengan sampai RM1 juta ini nak buat apa, ini juga satu pembaziran. Ini tadi dia punya peruntukan untuk memberdaya usahawan India dari RM3 juta diturunkan tinggal semua tinggal RM1 juta. Entah-entah RM1 juta dia ambil untuk buat program coffee. Tadi sebab itu saya kata kalau matlamat kita itu sebagaimana Yang Berhormat ECXO sebut tadi awal tadi, kalau kita nak laksanakan program pemberdayaan dia mesti program yang konkrit, jadi kita sekadar membazir RM1 juta untuk menganjurkan akhirnya nanti buat pasang khemah, buat bayar band dan sebagainya jadi lebih baik itu digunakan dan dimanfaatkan untuk memberdaya usahawan-usahawan coffee misalnya. Cadangan daripada saya.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Sentosa dan Gombak Setia. Pertama yang macam taktik pula. Pertama yang Sentosa bangkitkan saya akan bincang EXCO Pembasmian Kemiskinan Yang Berhormat Pappraidu kerana

ia di bawah bidang penyeliaan beliau pentadbiran portfolio beliau. Walau bagaimanapun saya setuju perlu ada peningkatan ataupun kajian semual terhadap peruntukan tersebut secara relatifnya sedikit dan untuk pandangan Gombak Setia kurang setuju nak kata membazir belum lagi, dia tak boleh kita nak prejudge dia bukan dibazirkan, kita kena sekurang-kurangnya kita kena optimis cadangan itu kita kena optimis dulu. Tapi sejauh mana pelaksanaan itu kita boleh bincang macam tadi Gombak Setia cadang maklumkan RM1 juta itu terlalu tinggi, tetapi kita ambil kira pandangan tersebut dan kita akan rujuk kembali dengan pihak Kerajaan Negeri untuk kita selaraskan semula. Mungkin RM1 juta yang diumumkan itu, kita cuba salurkan kepada program-program atau pun inisiatif lebih memerlukan.

Gombak Setia tadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, Gombak Setia itu ambil peluang untuk, bukan taktik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya tahu.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Saya tak ambil kesempatan.

Saya memang suka coffee tapi dia ambil kesempatan. Coffee ini satu program kalau tak salah saya program tahun depan menjelang Tahun Melawat Selangor dan sebagainya. Gombak Setia perlu faham.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Sebenarnya Yang Berhormat , coffee ini kita nampak coffee dia Selangor sebab ramai usahawan coffee. Jadi kita nak membantu support ekosistem usahawan coffee ini. Tetapi kita boleh lihat baliklah. Dia sebut tadi RM1 juta, dia takut pembaziran. Saya setuju kita tak nak pembaziran. Cuma kita kena.

Kalau boleh..

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan EXCO saya minta wujudkan satu dana, kita ada 4 Yang Berhormat berbangsa India yang boleh membantu memperkasakan usahawan India di Selangor dengan bantuan dana minimum RM3 juta pun bagus juga. Duit coffee itu bagi kitalah.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Duit coffee masih lagi..

Speaker

Yang Berhormat Kota Anggerik panjang lagi?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

1 minit. Duit cofffee tak boleh nanti SPRM datang, jangan. Beli coffee tak apa.

Speaker

Panjang lagi ke?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya nak simpul saya nak rumus pasal masa saya nak sentuh Hulu Bernam. Ada Hulu Bernam punya.

Yang tentang pertindihan.

Speaker

Sijangkang apa dia.

Saya nak minta kebenaran.

Speaker

Nak bagi laluan tidak?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya bagi.

Speaker

Nak bagi pada siapa?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Hulu Bernam.

Speaker

Hulu Bernam.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Hulu Bernam itu sekejap sahaja.

Terima Yang Berhormat EXCO. Saya nak menyentuh berkaitan dengan pertindihan inisiatif-inisiatif Pembangunan Usahawan ini, kalau kita lihat Yang Berhormat EXCO Kota Anggerik juga ada inisiatif-inisiatif Pembangunan Usahawan, Seri Setia pun ada, MB sendiri pun ada. UPLATS macam mana saya UPLATS di bawah MBI. Program let’s halal usahawan di bawah Yang Berhormat Seri Setia, jadi Gombak Setia menyebut impak, jadi saya rasa point yang di bawa Gombak Setia itu tepat, apabila kita dapatk satukan di bawah satu portfolio maka kita dapat merancang lebih sempurna dari segi sudut impak kepada masyarakat itu sendiri. Mohon respons dari pihak EXCO.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik terima kasih Hulu Bernam. Memang kita pernah mencadangkan melihat sekarang ini mengkaji keperluan untuk kita

menyelaraskan semua insentif ini di bawah satu portfolio. Portfolio tu dah ada Jawatankuasa Tetap Keusahawanan, cuma di negeri Selangor ini kita melihat, kita tidak macam negeri lain seumpamanya Johor, dia ada sebuah Perbadanan Usahawan Negeri Johor. Yang mana di bawah Perbadanan ini dia menyelaraskan semua program-program usahawan di bawah EXCO Keusahawanan. Tetapi di negeri Selangor berbeza sikit sebab kita ada banyak agensi yang macam tadilah Yang Berhormat kata dia melaksanakan pelbagai insentif yang hampir sama. Sebab itu di peringkat jawatankuasa keusahawanan memang kita telah ada perancangan untuk kita study semula insentif-insentif program-program yang dilaksanakan contoh PKNS ada bahagian pembangunan usahawan dia yang mana dia melaksanakan program usahawan SME membantu kontraktor-kontraktor kelas yang apa kelas F, kelas D dan sebagainya untuk mereka dapatkan tauliah dan sebagainya. Jadi agensi banyak PLATS misalnya tadi MBI Selangor melalui platform Selangor pun melaksanakan program-program keusahawanan juga. SIDEX pun ada program keusahawanan juga. Jadi kita memang sedang lihat keperluan untuk kita study semula ataupun kaji semula insentif-insentif ini dan untuk kita cuba selaraskan supaya ia tak berlaku pertindihan. Dan yang pertama tadi yang saya sebut tadi bila kita lihat inisiatif SITHAM dan juga I-SEED itu ada pertindihan, kita cuba untuk selaraskan semula dan biarkan dia bergerak dengan di bawah satu badan sahaja.

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Ini antara yang sedang kita laksanakanlah. Ok.

Speaker

Ya. Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Dengan ini saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut ‘Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6 petang’.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Yang Berhormat Speaker, saya sokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat

yang setuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Usul ini DIPERSETUJUI. Silakan Yang Berhormat Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik. Saya simpulkan.

Speaker

Teruskan.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, saya simpulkan.

Speaker

Panjang lagi ke Yang Berhormat?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya sentuh tentang..

Speaker

Panjang lagi ke?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya sikit lagi dah nak landing dah.

Speaker

Ok, silakan. Teruskan.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Ok, tak apa. Saya bagi ruang kepada Sijangkang.

Speaker

Ya.

Boleh Tuan Speaker?

Speaker

Sila Sijangkang. Diberi laluan.

Terima kasih. Minta maaf saya tidak termasuk dalam point perbahasan saya. Tapi saya kira ini sangat penting. Terima kasih kepada Speaker pagi tadi saya dapat tawaran untuk sambung tapi saya dah putuskan. Saya terlibat dalam soalan lisan di Parlimen. Saya khuatir dalam Jawatankuasa nanti pun saya tak dapat bahas. Cuma isunya adalah saya ingat Yang Berhormat pun maklum kalau tidak dapat jawab pun mungkin boleh secara bertulis. Isu kegagalan projek ladang cendawan.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tak dapat lagi ya?

saya ingat dia situasi begini. Projek ini adalah projek yang dah gagal dan sebahagian besarnya adalah di Sijangkang. Dan itu satu-satunya projek pun. Isunya adalah para peserta ini masih lagi belum mendapat keputusan sama ada mereka terpaksa bayar balik ataupun tidak. Jadi sebahagian daripada peserta ini dah sakit. Ada yang kencing manis, dah buta, dah kena dialisis. Jadi khuatir dia sebutkan pada saya sendiri dengan rasa sedihlah. Kalau mati, dia berhutang lagi. Jadi saya harapkan ini dapat dibuat keputusan secara segera dan sebahagian besar daripada peserta memang tak mampu sebab ini adalah yang melalui Program HIJRAH dan mereka ini adalah golongan B40 dan saya harapkan ada keputusan yang terbaik untuk mereka ini. Kegagalan bukan (bagi saya) kegagalan bukan disebabkan mereka tetapi disebabkan oleh pengusaha program ataupun syarikat yang diberikan amanah untuk menyerahkan program ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Sijangkang. Saya sedia maklum tentang isu ini. Saya kira telah ada jawapan bertulis sebelum ini kepada Sijangkang tapi walau bagaimanapun saya akan rujuk semula dengan pihak pengurusan Yayasan HIJRAH Selangor dan minta mereka untuk bertemu sekurang-kurangnya dengan para peserta program ini dan memberikan penjelasan dan juga mungkin boleh menyelesaikan terus isu-isu yang berbangkit dan tertunggak daripada projek cendawan ini nanti. Saya ambil maklum itu dan saya masukkan dalam ucapan saya juga.

Baik, saya kira setakat itu Yang Berhormat Speaker penggulungan saya untuk petang ini. Terima kasih banyak kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan juga yang telah mencelah dalam penggulungan pada hari ini. Mudah-mudahan kita dapat melaksanakan segala perancangan dan di pihak Kerajaan Negeri kita mengambil baik sebarang kritikan, teguran mahupun cadangan yang telah dilontarkan oleh semua Ahi-ahli Yang Berhormat dan pastinya kita akan menjalankan dan menggerakkan kerja dan tugasan kita dengan lebih baik Insya-Allah selepas ini. Terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.

Speaker

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Banting.

Terima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali saya berterima kasih dan ucap syabas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam Persidangan Ketiga Bajet Penggal Kedua ini yang bertanya mengenai sumber manusia, pembasmian kemiskinan dan orang asli serta LIMAS. Saya juga ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan juga Ahli-ahli MMKN dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus untuk menyediakan jawapan-jawapan tak kira siang dan malamlah ya.

Dan saya juga rasa amat gembira dengan kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu aktif dalam perbahasan dan di persidangan ini ya.

Bagi penggulungan (bagi saya) perbahasan yang oleh DUN Permatang berhubung pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 Belanjawan membangkitkan isu tambang bas sekolah yang hanya terhad kepada murid SJKT dan mencadangkan agar program ini diperluaskan kepada semua murid pelajar komuniti kaum India di Selangor tidak mengira jenis sekolah. Ini adalah daripada Permatang. Dan saya amat berterima kasih dan menghargai keprihatinan Yang Berhormat Permatang yang membangkitkan isu ini. Program Tambang Bas Sekolah yang terhad kepada murid di SJKT saja dan mencadangkan agar diperluas kepada semua murid-murid, pelajar komuniti India dalam kalangan B40 dengan tidak mengira tahap dan jenis sekolah. Saya sendiri amat berharap agar semua murid dan pelajar India dalam kalangan B40 di Selangor dapat menikmati manfaat di bawah Program Subsidi Tambang Bas Sekolah. Namun terdapat beberapa kekangan yang memerlukan penelitian dan perancangan oleh Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan yang dipengerusikan oleh saya.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Tambang Bas Sekolah sejak tahun 2013 yang pada awalnya terhad kepada anak-anak pelajar di Selangor (anak-anak pelajar ladang di Selangor). Namun program ini telah diperluas kepada semua murid-murid SJKT komuniti India dalam kalangan B40 bermula tahun 2022 rentetan daripada cadangan mantan EXCO yang melibat. Ramai golongan B40 pelajar India yang tinggal di kawasan selain ladang-ladang yang memerlukan bantuan. Justeru perbelanjaan bagi program ini telah meningkat dengan agak tinggi atau signifikan dengan perluasan ini. Saya amat berterima kasih terhadap kepimpinan tertinggi negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah menyokong perluaskan Program Tambang Bas Sekolah dengan memperuntukkan sejumlah yang besar diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun yang lepas. Kerajaan Negeri sentiasa komited menambah baik pengurusan dan pelaksanaan dasar agar memberikan impak yang baik dan tinggi terhadap kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor berdasarkan prinsip (dengan izin) we learn and unlearn. Justeru kepimpinan negeri sentiasa menyambut baik. Sebarang cadangan yang baik dan impactfull (dengan izin) sama ada daripada pihak kawan mahupun lawan. Bagi perbahasan daripada Yang Berhormat Dengkil pula

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan.

Sila.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Mencelah sikit. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seperti Yang Berhormat EXCO terangkan tadi yang program ini secara khusus dia mensasarkan kepada pelajar SJKT dan keperluannyalah. Keperluan utama, fokus utama ialah sebenarnya untuk pelajar-pelajar ladang estet tapi sebagai Yang Berhormat. Saya rasa Dewan yang mulia ini pun sudah maklum berkenaan di tempat saya sebagai contoh estet di tempat saya hampir kesemua estet di kawasan Permatang, kita ada sekolah SJKT di dalam estet itu sendiri. Maksudnya pelajar yang belajar di SJKT di estet-estet ini dia hanya boleh jalan kaki saja ke sekolah tapi di estet-estet ini masalah sekarang adalah kepada pelajar sekolah menengah di mana sekolah menengah terpaksa berjalan lebih kurang dalam 20km dengan jalan yang sangat daif di estet-estet. Jadi saya faham yang subsidi ini hanya kepada pelajar-pelajar SJKT saja.

Jadi soalan saya adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memperluas bantuan ini kepada mereka yang mempunyai masalah seperti di Permatang tadi? Dan ini adalah sekadar cadangan kepada Kerajaan Negeri kalau di bandar-bandar kita ada Selangor Mobiliti dan sebagainya. Tapi di kawasan-kawasan estet dan pedalaman tiada kemudahan seperti ini. Jadi mungkin Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan di kawasan-kawasan yang tertentu sebagai contoh di ladang-ladang (Ladang Meri, Ladang Sungai Tinggi). Di sana mungkin kita boleh ada kemudahan seperti Selangor Mobiliti. Bukan saja untuk kemudahan anak-anak ke sekolah, tetapi juga untuk penduduk di sana untuk mereka dapat bergerak ke bandar kerana jarak daripada estet ini ke bandar adalah sangat jauh dan jalan yang sangat susah sebenarnya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Memang satu cadangan yang cukup baik. Saya pun mengalu-alukan cadangan ini sebab sidang lalu pun Yang Berhormat telah mencadangkan perkara yang sama. Cuma dia melibatkan wang dan ringgit ataupun kos. Saya percaya sama juga kita perlu melihat apakah itu pendidikan sangat penting bagi masa depan anak-anak kita. Jadi untuk melanjutkan pelajaran mereka ataupun menyambung pendidikan mereka di peringkat sekolah menengah memang satu cadangan yang cukup bagus. Mungkin saya akan diutarakan kepada EXCO Mobiliti dalam untuk menangani perkara ini ya. Saya ucapkan terima kasih.

Dan kepada isu yang seterusnya adalah perbahasan oleh Yang Berhormat Dengkil berhubung pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 Belanjawan Selangor 2025 membangkitkan isu peruntukan bagi pembangunan pendidikan masyarakat India sebanyak RM1.185juta sebagai tidak mencukupi dan mahu peruntukan ditingkatkan kepada jumlah yang munasabah. Saya rasa perkara yang sama juga ataupun cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Sentosa dan juga Yang Berhormat yang lain mengenai meningkatkan taraf kehidupan orang India. Terima kasih.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dengkil di atas keprihatinan dalam perbahasan isu peruntukan bagi pembangunan pendidikan masyarakat India. Yang Berhormat Dengkil ada bangkitkan bahawa peruntukan sebanyak RM1.185juta untuk masyarakat India tidak mencukupi dan telah mencadangkan agar peruntukan-peruntukan ditingkatkan kepada jumlah yang munasabah.

Untuk makluman Yang Berhormat serta Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan purata antara RM2.5juta sehingga RM3juta setahun bagi tempoh tiga tahun yang lepas bagi pembangunan pendidikan masyarakat India. Saya amat berbesar hati atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memperuntukkan sejumlah besar peruntukan sepanjang tiga tahun yang lepas bagi masyarakat India terutamanya dalam membantu golongan B40, menampung kos tambang bas sekolah, pengangkutan ke sekolah dan membiayai yuran pengajian tinggi IPTA dan IPTS.

Sebagaimana Yang Berhormat Dengkil sedia maklum, Kerajaan Negeri telah melaksanakan dua program utama bagi membantu meringankan beban ibu bapa komuniti kaum India dalam kalangan B40 dan memastikan anak-anak golongan B40 ini tidak tercicir daripada mendapatkan pendidikan di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Program Subsidi Tambang Bas Sekolah dan Program Bantuan Yuran Pengajian Tinggi di IPTA dan IPTS telah diperkenalkan sejak tahun 2013 bagi membantu anak-anak pekerja ladang dan diperluas kepada murid SJKT atau pelajar IPTA dan IPTS dari komuniti kaum India B40.

Justeru saya amat bersetuju dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dengkil bahawa peruntukan RM1.18juta adalah tidak mencukupi dan yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mempertimbangkan dan menambah peruntukan sebanyak RM1.18juta itu yang telah diumumkan kepada jumlah yang setara dengan atau lebih daripada perbelanjaan sepanjang tiga tahun yang lepas.

Dan seterusnya adalah mengenai isu I-SEED yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kemuning. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kemuning dan serta Ahli-ahli Mesyuarat ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Negeri, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk memperluas skop Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor itu (I-SEED) di dalam memberikan bantuan kepada warganegara Malaysia dan pemastautin Selangor yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan yang terdiri daripada usahawan kecil masyarakat India yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun.

Program BantuanI-Seed ini, baru bermula sejak tahun 2021. Dan masih banyak lagi penambahbaikan yang berterusan, yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan dan memperluaskan skop sedia ada. Bagi tahun 2025, program ini akan diteruskan bagi memberi manfaat kepada usahawan kecil komuniti India dan permohonan program Bantuan Usahawan India Selangor ini dan permohonan dan siasatan akan dilakukan oleh Ketua Komuniti kaum India bersama dengan pegawai I-Seed. Formula yang saya telah memperkenalkan ialah semua KKI di bawah setiap ADN di kawasan masing-masing akan memberi kelulusan dan membuat siasatan untuk permohonan yang telah mohon barang-barang ataupun peralatan itu. Dan pegawai I-Seed juga akan siasat dan dia akan kemukakan kepada saya. Saya sebagai Final Authority, dengan izin, meluluskan permohonan itu.

Program Blueprint bantuan I-Seed ini telah diberi manfaat kepada 410 penerima. Dengan jumlah peruntukan sejumlah RM2.3 juta, semenjak dimulakan pada tahun 2021. Dengan bantuan peralatan I-Seed ini, ramai penerima manfaat telah mampu meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi, seperti pertanian, perniagaan kecil, dan penternakan. Program ini juga, telah menyumbang kepada pembangunan sosial ekonomi dengan mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan masyarakat, secara keseluruhan. Secara keseluruhan, program I-Seed ini juga telah memberikan impak positif dalam usaha pembasmian kemiskinan di negeri Selangor dan membangun masyarakat yang lebih mampan di negeri Selangor.

Cadangan Yang Berhormat Kota Kemuning untuk menambahkan peruntukan, untuk program I-Seed amatlah dihargai. Namun begitu, perkara ini haruslah diteliti dengan mendalam dari segi struktur kewangan kita pada ketika ini dan ada tahun-tahun yang akan datang, di mana negeri Selangor akan menumpukan seluruh tenaga untuk, dalam melaksanakan SUKMA tahun 2026 di negeri ini. Pihak pejabat EXCO, saya sentiasa bersedia untuk menerima sebarang cadangan ataupun idea-idea yang bernas, bagi menambahbaikkan untuk membantu menaiktaraf komuniti kaum india yang masih dilihat ketinggalan arus pembangunan sosio ekonomi di negara kita ini.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat EXCO, boleh saya celah. Yang Berhormat EXCO, saya ada satu soalan berkenaan dengan pembiayaan graduan bagi pembayaran universiti mereka. Apa yang saya difahamkan bahawa, pembiayaan itu hanyalah bagi first year sahaja. Tetapi bagi second year atau third year, ia tidak dibenarkan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk memastikan, bahawa second year dan third year juga, pembayaran pembiayaan graduan itu boleh dibenarkan. Ini kerana, kalau first year, dia tak cukup duit untuk bayar, second year pun sama keadaan dia. Third year pun sama keadaan dia. Kenapa hanya first year,

dia dapat, second year dan third year, dia tidak dapat. Boleh kita, either kita tambahkan ataupun kita cari penyelesaian bagi perkara ini.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Untuk maklumat dewan yang mulia ini, kita meluluskan IPT dan IPTS bagi tahun satu, dua dan tiga. Tetapi once for all, sekali saja kita meluluskan. Either permohonan itu daripada pelajar universiti tahun pertama, kedua ketiga, bukan keempat. Sebab final year, kita tidak membiayai. Jadi yang kita bayar kepada calon ataupun pelajar itu, bagi universiti ataupun degree kita membayar. Before this, RM5,000,00 dan Diploma, kita bayar RM3,000.00 sekali sahaja. Tetapi memandangkan permohonan pada tahun ini, saya telah menerima 1500 permohonan. Bajet yang saya ada hanya RM1.1 juta. Kalau saya bayar seorang pelajar, saya bayar RM3,000.00, saya perlukan RM4.5 juta. So, apa yang saya telah buat, pejabat saya telah membuat saringan. Pertamanya adalah first come, first serve. Keduanya ialah isi pendapatan sekeluarga. Kita menetapkan RM3,000.00 ke bawah. Tetapi juga, saya nampak ada juga berlaku dengan sedihnya, ada juga berlaku, dokumen yang tidak lengkap dan juga tidak betul, kadang-kadang information yang tidak tepat ataupun tidak betul dan sebagainya. Jadi saya memerlukan satu masa yang panjang, pejabat saya untuk membuat saringan.

Dan saya telah membuat saringan dan kelulusan telah diberikan seramai 605 pelajar. Dan kali ini, kita hanya membayar RM3,000.00 kepada degree programme dan RM2,000.00 kepada program diploma. Kita kurangkan. Sebab dalam borang itu pun telah menyatakan maksimum, kita akan bagi RM5,000.00. Seperti dalam ucapan Belanjawan Dato’ Menteri Besar telah menyatakan sama juga. Kita akan membayar maksimum for degree, kos degree adalah sebanyak RM5,000.00 dan diploma RM3,000.00. Tetapi memandang permohonan yang begitu ramai dan begitu banyak, saya telah re-adjust balik mengikut bajet yang saya ada. Tetapi untuk jawapan saudara, yang Berhormat Kota Kemuning, itu adalah tidak benar. Kita meluluskan pada pelajar tahun pertama kedua dan ketiga bukan tahun empat.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ada cadangan untuk tambahkan dana atau tidak? EXCO ada buat permohonan. Kerana itu, kita tahu ini adalah masalah, kita perlu selesaikan masalah ini dan adalah tugas tanggungjawab kita untuk tambahkan peruntukan supaya semua mendapat pembiayaan secara adil.

Okey, setuju. Memang saya ada buat permintaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, cuma satu lagi program yang patut kita kena tap-in adalah program MITRA. Pelajar-pelajar yang tidak berjaya peringkat negeri mereka juga boleh tap-in daripada program MITRA, di mana mereka akan membayar RM1,000.00, dan juga lain-lain program yang ditawarkan oleh kerajaan

persekutuan untuk pelajar-pelajar universiti dan sebagainya. Jadi, pelajar-pelajar itu kena cekap, dia kena pandai sikit. Mana dapat duit. Tapi yang paling penting adalah kelayakan. Jangan lah gaji parent itu lebih daripada RM5,000.00, dan you mohon benda-benda macam ini, mungkin mesti tak dapat. Terima kasih Yang Berhormat.

Okey, Yang Berhormat Dengkil, satu lagi, soalan, dengan apa, di atas keprihatinan dalam usaha membahaskan isu elaun Batin, Tok Batin dan pewartaan-pewartaan tanah orang asli di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor, telah meluluskan pemberian inisiatif tambahan, insentif tambahan iaitu sebanyak RM600.00 sebulan kepada pemimpin Masyarakat Orang Asli (Tok Batin) dengan Geran Pembangunan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli, mula diberi pada tahun 2023.

Bayaran elaun RM600.00 kepada Tok Batin ataupun Ketua Kampung Orang Asli tersebut, telah mula disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah, untuk dibayar terus kepada pemimpin masyarakat orang asli, bermula Januari 2023. Untuk maklumat Yang Berhormat Dengkil, semua Tok Batin kampung Orang Asli, juga menerima elaun tetap secara bulanan berjumlah RM900.00 daripada Kerajaan Persekutuan, melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor. Oleh yang demikian dengan pertambahan RM600.00 dari Kerajaan Negeri Selangor, semua Tok Batin Kampung Orang Asli menerima elaun sebanyak RM1500.00 sebulan bermula Januari 2023.

Manakala Geran Pembangunan Orang Asli sebanyak RM10,000.00 kepada setiap Ketua Kampung Orang Asli pula telah mula disalurkan secara pemberian langsung, direct grant, kepada akaun Pegawai Daerah dan Tanah bermula September 2023. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk setiap Ketua Kampung Orang Asli untuk merancang dan melaksanakan program memakmurkan komuniti orang asli yang melibatkan penganjuran aktiviti-aktiviti kampung dan program mesra rakyat serta sambutan perayaan selaras dengan surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil 3 Tahun 2023 - Peluasan Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ketua Kampung, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ketua Komuniti India (KKI) Negeri Selangor kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA). Usaha untuk melindungi hak tanah Orang Asli adalah satu isu yang penting dalam pembangunan dan pemeliharaan kesejahteraan komuniti Orang Asli di Malaysia dan di negeri selangor, usaha ini dijalankan secara berterusan. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mempunyai peranan penting dalam memastikan hak tanah Orang Asli dilindungi, bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan jabatan dan agensi berkaitan. Bagi melindungi hak tanah Orang Asli, sebarang pencerobohan atau pengambilan tanah Orang Asli dilindungi seperti mana terkandung dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134). Tiada pihak sewenang-wenangnya memasuki tanah atau perkampungan..

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi ke? Panjang lagi?

Panjang lagi.

Speaker

Teruskan. Teruskan.

Tiada pihak sewenang-wenangnya memasuki tanah atau perkampungan Orang Asli kecuali mendapat kebenaran dari pihak JAKOA agar pemantauan dapat dilakukan. Kerajaan Negeri Selangor juga komited untuk memastikan semua tanah Orang Asli diwartakan samada di bawah Seksyen 6 atau Seksyen 7, Akta Orang Asli. Bagi tahun 2025, permohonan bagi menampung bayaran kerja ukur tanah dan penyediaan pelan pra-hitungan bagi menyelesaikan isu pewartaan Kampung Orang Asli di Negeri Selangor boleh dimohon melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli di pejabat saya.

Seterusnya saya mengucapkan terima kasih kepada Paya Jaras di atas keprihatinan dalam membahaskan isu miskin dan miskin tegar dan juga Hulu Kelang, yang telah membangkitkan isu miskin dan miskin tegar. Terima kasih, ya. Kadar kemiskinan Negeri Selangor ditentukan melalui pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) bagi satu keluarga dan garis kemiskinan yang ditentukan oleh Paras Garis Kemiskinan (PGK). PGK tahun 2022 yang digunakan kini adalah mengikut kategori miskin dan miskin tegar serta mengikut status bandar dan luar bandar. PGK miskin di bandar adalah RM2,848 manakala bagi kategori miskin di luar bandar adalah RM2,421. PGK miskin tegar di bandar pula adalah RM1,274 dan bagi kategori miskin tegar di luar bandar adalah RM1,262. Sistem eKasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional yang telah dibangunkan dan diguna pakai oleh Kerajaan bermula tahun 2008 untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan selain mengintegrasikan data dan maklumat isi rumah di bawah pendapatan garis kemiskinan. Data Ketua Isi Rumah miskin dan miskin tegar di siasat dan dikumpul melalui pendaftaran Ketua Isi Rumah dan bancian akan dijalankan oleh pembanci yang dilantik oleh ICU Selangor yang ditempatkan di setiap daerah dan kemudian data akan dikemaskini dalam Sistem eKasih.

Seterusnya Data eKasih ini dijadikan rujukan oleh semua agensi pemberi bantuan Persekutuan dan juga Negeri bagi menyalurkan bantuan program-program pembasmian kemiskinan dan juga dalam usaha-usaha pembasmian kemiskinan. Menoktahkan miskin tegar adalah satu tugas yang berat dan usaha secara berterusan perlu dilakukan dengan kerjasama semua pihak, iaitu jabatan dan agensi pemberi bantuan. Oleh yang demikian, pihak ICU selangor telah mengambil langkah untuk mengunci data (locked figure) Ketua Isi Rumah miskin tegar supaya dapat memberi fokus untuk mengeluarkan Ketua Isi Rumah ini dari kelompok miskin tegar dengan menyelaras bantuan yang bersesuaian

dari agensi dan jabatan pemberi bantuan. Setelah dalam data locked figure ini keluar dari kelompok miskin tegar, maka pihak ICU akan mengunci data miskin Ketua Isi Rumah tegar yang seterusnya dan akan mengulangi proses yang sama Ketua Isi Rumah semula dalam proses menoktahkan miskin tegar seperti saranan PMX.

Perumpamaan yang sesuai bagi situasi menoktahkan miskin tegar ini, situasi lock figure bolehlah diandaikan seperti kita menaiki pesawat, dimana kita menaiki pesawat dengan tiket pergi dan pulang dengan tiket yang sama yang bersifat tetap mengikut masa dan waktu pergi dan balik. Manakala bagi data dinamik miskin dan miskin tegar pula, boleh diumpamakan sebagai menaiki bas mini, dimana ada penumpang yang turun dan naik dan jumlah penumpang sentiasa berubah sepanjang laluan bas tersebut. Ini sama dengan keadaan pendaftaran Ketua Isi Rumah miskin dan miskin tegar sentiasa turun dan naik dan menoktahkan miskin tegar hanya boleh diukur menggunakan data locked figure, dan bukan data dinamik. Bagi saya, saya boleh membuat perbandingan bagi negeri-negeri lain termasuklah yang Yang Berhormat Hulu Kelang ataupun Ketua Pembangkang menyatakan, banyak info saya telah mengumpulkan not even di negeri kita tetapi di Negeri Sembilan, formula yang sama diguna pakai untuk menoktahkan miskin tegar. Tetapi mereka juga berjaya, ini satu dan juga kita ada utusan ataupun ucapan daripada PMX kita di Kelantan pun sama juga dan di Terengganu. Terengganu pun sama dan paling latest di Pahang. Di Pahang mereka telah berjaya menoktahkan miskin tegar, sama juga untuk hari ini, saya dengan bangganya ingin memberi tahu di Negeri Selangor hanya seramai 4 orang sahaja yang tinggal, miskin tegar. Data tu nanti saya boleh sharekan kepada Hulu Kelang dan juga Ketua Pembangkang ya. Untuk makluman...

Pencerahan. Pencerahan boleh?

Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri, data terkini sehingga 15 November hanya berbaki 4...

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Sila.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Speaker saya agak terkejut dengan statistik yang dibentangkan oleh Banting yang mengatakan hanya 4 orang miskin tegar dalam Negeri Selangor. Tetapi dari segi

realitinya kalau Yang Berhormat boleh turun kelapangan, ini bukanlah gambaran sebenar di bawah. Kemiskinan tegar jauh lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Saya telah bangkitkan dalam perbahasan, bahawa mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri mengatakan jumlah setakat bulan Oktober, 15 Oktober 2024 seramai 23,026 Ketua Isi Rumah di Selangor adalah dikategorikan sebagai miskin ataupun miskin tegar. Ini angka daripada Jabatan Perdana Menteri dan kalau saya lihat dan merujuk kepada penggulungan Yang Berhormat pada 10 Julai 2024, Yang Berhormat sendiri mengatakan realitinya adalah mustahil, dua kali mustahil Yang Berhormat sebut dan kita boleh ke arah ke sana tetapi mustahil, kali ketiga kita nak menoktahkan kemiskinan itu.

Jadi Yang Berhormat, saya merujuk kepada keterangan Yang Berhormat sendiri berikan dalam dewan ini pada 10 Julai dan juga statistik daripada Jabatan Perdana Menteri. Tetapi hari ini kita diberikan satu angka yang saya berpandangan tidak realistik sama sekali jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di lapangan, jadi saya pohon pencerahan dan penjelasan daripada Yang Berhormat.

Boleh, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Memang benar data-data itu Yang Berhormat telah menyatakan memang betul, tapi kita perlu mengasingkan miskin tegar dan miskin. Miskin adalah seramai 22,330 orang, manakala miskin tegar adalah 145 143 pada 15 November 2024 yang lalu. Okay, tetapi dengan menggunakan formula locked figure seperti mana yang saya nyatakan, untuk menyelesaikan miskin tegar ini kita tidak boleh seandainya, okay saya boleh menghapuskan seratus peratus, oleh itu saya telah menyatakan mustahil itu betul. Tetapi apa yang formula yang diguna pakai oleh kerajaan ataupun ICU ataupun Jabatan Kebajikan adalah locked figure di mana dalam satu tempoh masa contoh dalam November, first November kita locked figure itu contoh yang ada pada haritu adalah seramai pada 15 November yang lalu 2024 seramai 1,024 orang manakala dalam masa ini kami di peringkat Negeri Selangor dengan mendapatkan bantuan daripada jabatan kebajikan EXCO-EXCO lain kita telah selesaikan seramai 1,020 maksudnya itulah yang baki saya ingin apa tu memberikan. Fakta ini bukanlah satu dokumen yang tidak betul. Saya dapat dokumen ini daripada ICU. Saya ingin mempamerkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa baki hanyalah 4 orang. Itu yang saya tadi confident ingin memberitahu kepada Dewan yang mulia ini kita telah berjaya menoktahkan miskin tegar di Negeri Selangor tetapi apa yang dibawa oleh Hulu Kelang adalah tentang miskin. Memang saya setuju, seramai 22,330 orang memang ada. Data pun saya ada. Tetapi we are not talking about miskin tegar. Okay. Terima kasih ya.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO, panjang lagi ke.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kejap Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Kalau boleh teruskan Yang Berhormat EXCO.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Satu je Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat Dewan Negeri..

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat Banting, satu je. Saya nak respons kepada jawapan Yang Berhormat.

Sila, sila...

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat setuju dengan angka yang saya berikan iaitu 23,026 Ketua Isi Rumah sehingga 15 Oktober 2024 dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar. Tetapi pada masa yang sama kalau Yang Berhormat bagi tahu kita kena pecahkan di antara miskin dan miskin tegar. Miskin tegar disebut 22,300 orang, kita masih ada lagi 1,026 orang. Itu tapi berbeza dengan jawapan Yang Berhormat hanya ada 4 orang. Jadi saya hendak pencerahan oleh Yang Berhormat.

Boleh, boleh. Jadi itu yang nak saya terangkan data terkini sehingga 15 November 2024 yang lalu hanya berbaki 4 Ketua Isi Rumah miskin tegar dari locked figure 1 Ogos 2024 seramai 1,024 orang. Menurun kepada 1,020 telah berjaya seperti mana saya cakap tadi. EXCO dan juga Jabatan-jabatan Kerajaan telah memainkan peranan penting untuk menyelesaikan, mengeluarkan mereka daripada belenggu miskin tegar mungkin kepada miskin dan sebagainya itu yang telah saya maksudkan tadi. Oleh itu saya too confident dengan dokumen yang saya ada, saya boleh share nanti. Mungkin kita boleh share. Berikan saya meneruskan ya. Manakala data Ketua Isi Rumah miskin tegar sehingga 15 November 2024 berdasarkan data dinamik terdapat...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO, kalau boleh cepat lajukan sikit. Pendekkan kerana dah nak abis masa..

Dah nak abis dah, dah nak abis. Terdapat 143 Ketua Isi Rumah miskin tegar dan 22,330 Ketua Isi Rumah miskin di Negeri Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan agihan bantuan dibuat dengan adil dan segala perbelanjaan dilakukan dengan berhemah supaya semua rakyat mendapat kebaikan secara keseluruhan.

Saya juga menyambut baik, rakan saya Yang Berhormat Morib yang telah mengutarakan mengenai Isu Dusun Durian dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian telah bangkit baik daripada Sungai Pelek. Memanglah semua yang membawa idea-idea bernas untuk menyokong dan Check dan Balance seimbang untuk kerajaan berjalan dengan lancar dan mengikut apa yang kehendak semua pihak.

Jadi akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan Speaker kita, Tuan Timbalan Speaker kita dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli MMKN, ADN-ADN dan pegawai-pegawai Daerah kerajaan termasuk Datuk-datuk Bandar, YDP-YDP, pegawai-pegawai kanan dan semua pegawai-pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus bagi menjayakan persidangan ini.

Saya juga amat gembira apabila melihat di kedua-dua belah pihak baik daripada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang yang telah menyumbangkan pelbagai idea bernas ataupun cadangan-cadangan yang baik demi kemakmuran Negeri Selangor. Kita sebagai pihak kerajaan, kita akan memastikan delivery system iaitu perkhidmatan yang terbaik akan diberikan kepada rakyat Selangor. Namun begitu, ada juga kemungkinan kita terlepas pandang dalam beberapa sektor atau bahagian, jadi adalah tugasan kita bagi pihak pembangkang untuk memberitahu kita supaya kita dapat membuat terbaik yang check and balance, mengimbang perkara tersebut.

Seperti yang biasa dibangkit oleh even Sijangkang mengenai jalan, longkang pelbagai isu la saya rasa persidangan ini ataupun perbahasan ini adalah satu platform yang cukup baik untuk kedua-dua belah pihak. Kita lebih kepada share idea, kita lebih kepada apa tu, sharing and caring dengan izinlah. Itu yang saya maksudkan tetapi kita patut macam contoh Taman Medan telah membangkitkan isu INSAN Insurans dan sebagainya.

Untuk maklumat Dewan yang mulia dan kawan-kawan di luar sana, kita bayar Insurans. Contoh bayar kereta ya, kita bayar 10 tahun insurans renew dia punya apa tu roadtax tiada kemalangan berlaku. Contoh setahun saya bayar RM5,000, jadi 10 tahun tu saya bayar RM50,000 tanpa kenakan sebarang. Saya tak dapat apa-apa untung. Adakah pembayaran RM50,000 itu melibatkan satu cara yang tidak betul. Insurans adalah untuk keterjaminan keselamatan. Itu yang satu maksud.

Jadi, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Persidangan Dewan kali ke-3 ini dan perbahasan budget tahun 2025.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sabar dulu Yang Berhormat. Saya ingin mencelah.

Dengan ini, saya menyokong penuh perbahasan budget tahun 2025. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Eh komen tiada....

Timbalan Speaker

Sekarang giliran Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan untuk menggulung, dipersilakan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Salam sejahtera, Salam Kita Selangor Maju Bersama, Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian....

Timbalan Speaker

30 minit ya.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Perbahasan dalam Belanjawan Negeri Selangor yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan saya ingin memberi respons kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang bangkit dengan isu-isu yang berbangkit yang terutamanya daripada Yang Berhormat Kajang ada satu isu yang dibahaskan tentang PBT dalam soal penguatkuasaan supaya tidak mengganggulah dari segi penjaja.

Ada satu isu di mana penguatkuasaan telah dijalankan di kawasan di Kajang. Di mana telah berlaku pemindahan penempatan peniaga-peniaga tanpa kebenaran di kawasan tersebut. Iaitu merupakan satu rizab jalan bagi penempatan peniaga-peniaga di sepanjang Jalan Mesra niaga Batu 13 di MyKiosk KPKT 2.0. Itu isulah di lapangan yang telah menimbulkan kekecohan tempoh hari dan siri lawatan dan juga campur tangan daripada peniaga dan NGO dan juga Yang Berhormat prihatin juga turun selesaikan ada selisihan faham dan sebagainya.

Namun saya yakin pihak MPAJ MPKJ akan terus adakan sesi libat urus dengan semua pihak supaya perkara tersebut dapat diselesaikan dengan lebih baik. Saya minta semualah Majlis Perbandaran Kajang dapat melaksanakan tugasnya dengan baik tidak ada pilih kasih dan buat kerja yang boleh pastikan semua pelaksanaan dengan baik dan juga mengambil kira pandangan-pandangan daripada pihak Yang Berhormatlah supaya isu di lapangan dapat diselesaikan dan rakyat juga berpuas hati dan rezeki peniaga-peniaga tidak terjejas dalam konteks tersebut. Jadi saya rasa itulah untuk Kajang, Kajang..

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Boleh saya tambah sikit, Speaker. Tuan Speaker, semalam petang Kajang terima whatsapp dari Sungai Ramal Bangi. Ada satu perobohan lagi di Sungai Ramal petang itu. Jadi alasan dia, dia pergi nak roboh, peniaga cuba nak berhenti, nak telefon, dia tak dibenarkan dah tunjuk dokumen kenapa dia belum pindah pun dia tak dengar. Dia tegas nak roboh, dia cakap laporan suruh dia pindah ke pelesenan punya tempat dia belum. So, lepas itu pagi saya suruh dia pergi hantar dokumen bagi saya dengan surat-surat, dia beritahu dia bulan 7 dapat lesen dan dia belum pindah sebab dia minta meter TNB belum ada power supply. Jadi dia tidak boleh pindahlah pindah ke tempat itu dan lepas itu petang dia hantar satu video bagi saya bahawa pasar itu memang uzur, rooft ada lubang, wiring tiada lampu tiada. Macam mana nak pindah, okay Sungai Ramal tempat itu. Okay so, dia di paksa, dia tak dengar cakap orang misikin, dia dah bayar deposit tapi TNB belum sambung bukan salah dia.

Jadi kenapa nak, okay persoalan begini, penguat kuasa pergi, dia tidak ambil kira lain, dia nak paksa dia tetapi yang pengurus harta itu dia belum siapkan benda itu. Tidak buat repairing semua benda-benda ini dan lesen dia keluar lesen sahaja. Dia tidak kira sama ada tempat itu sesuai atau tidak, ready atau tidak. Jadi bila benda ini berlaku, siapa yang kena? Peniaga, nombor dua Wakil Rakyat, nombor tiga YDP. Saya memang kesian YDP ini. Saya memang kesian YDP ini, dia baru datang-datang tak sampai satu tahun, muda, dinamik tapi selalu kena tembak seperti saya, kena tembak. Kenapa tiga-tiga jabatan itu pelesenan jaga harta itu dengan itu penguatkuasa tidak synchronize, coordinate, sedangkan mereka di bawah satu bumbung, bukan luar tempat. Kenapa dia tak boleh tanya dia, tak boleh ke? Itu memang saya memang saya kesian diorang, kerja-kerja macam ini adakah soalan saya, boleh tak kalau tiga-tiga jabatan ini kerja tidak begitu pandai saya cakap itu, boleh tak tukar, kasi pilih dalam jabatan diorang yang lebih pandai, lebih elok naik pangkat, bagi dia buat kerja ini. Kalau tidak saya memang kesian YDP, saya pun tak tahu macam mana nak..

Timbalan Speaker

Kajang, YB EXCO dah berdiri.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih luahan hati daripada Yang Berhormat Kajang yang memperjuangkan nasib YDP dan juga peniaga ayam, saya rasa gerai ayam di operasi sitaan di sepanjang jalan 3/1, 3/29 seksyen 3 Bandar Baru Bangi, betul? Di situ ada peniaga ayam dan sebagainya di situ, memang isu kekeliruan, keserabutan di lapangan. Perkara ini boleh diselesaikan, cuma kena understanding semua pihak dan saya minta pihak berkuat kuasa dengan YDP semua dengan Yang Berhormat, duduk, buat satu libat urus, mesyuarat betul-betul. Jangan kita tekan peniaga, tapi kena ikut semua undang-undang, tapi kalau belum, TNB belum sampai semua dan sebagainya, kena bagi masa sedikit. Saya rasa begitulah, jadi saya rasa ini semua boleh selesai, tidak ada benda yang tidak boleh diselesaikan.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Speaker, saya memang kita tahu boleh selesai. Tetapi kenapa setiap kali boleh buat salah, salah, salah? Ada yang sudah lima belas tahun, dua puluh tahun, tak kan dia tak tahu coordinate dalam dia, batu tiga belas jalan cheras, kajang, minggu lepas, sama juga. Saya sudah coordinate tolong dia untuk pindahan, tetapi akhirmya benda ini berlaku lagi. So saya harap mereka, penjawat awam patut dia coordinate dalam satu bumbung, dia selesai, bukan selalu minta maaf. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Kajang. Yang betul-betul memperjuangkan hak semua pihak yang seluruhnya dia perjuangkan. Saya ambil maklum dan saya akan bertemu Yang Di Pertua untuk kita bincang apa solusi yang terbaik, supaya isu di lapangan dapat diselesaikan. Saya yakin bukan semua kita nak menyusahkan orang, tapi kadang-kadang timbul isu kordinasi yang serba, salah faham, ada pemikiran berlainan dan sebagainya. Itu menyebabkan kadang-kadang apabila enforcement berlaku, penguatkuasaan berlaku, ada yang dengar, ada yang tak dengar, ada tidak mengikut arahan, macam-macam lagi. Jadi, saya harap dalam setiap PBT pun, kordinasinya kena padu, itu baru boleh lakukan kerja dengan baik.

Terima kasih Yang Berhormat Kajang. Seterusnya berkaitan dengan isu Yang Berhormat Kajang juga, dia ada isu tuntutan, tadi ada isu pasar, sekarang isu soal anjing liar dan termasuk juga Yang Berhormat Permatang pun ada bangkit soal anjing liar. Jadi pagi tadi, saya pun bagi jawapan tentang anjing liar, jadi saya tidak mahu panjang, tapi yang pentingnya, kita nak melindungi semua binatang-binatang ini, pada masa yang sama kita nak lupus juga kalau dia terlebih anjing terbiar. Ini juga satu isu yang saya telah beritahu, jadi kita kena ambil pendekatan menang-menanglah. Pusat perlindungan anjing antara solusinya akan kita lakukan dan saya akan pada masa akan datang dan masa yang terdekat, saya akan jumpa Colition Animal Welfare NGO, satu NGO Animal Walfare, mereka nak minta satu akta kebajikan haiwan 2025 yang boleh digubah di Parlimen. Supaya kita boleh mempertahankan melindungi haiwan-haiwan ini, anjing dan sebagi yang terbiar dengan lebih berperikeanjinan, kehaiwanan dan sebagainya. Ini yang saya nyatakan di sini, saya ambil maklum tentang perkara yang diperjuangkan oleh Kajang dan Permatang.

Dan seterusnya Batu Tiga menyatakan soal rizab PBT. Memang dalam bajet yang lepas, Belanjawan yang lepas 10%, rizab PBT kita telah minta sembilan PBT untuk peruntukkan sebanyak RM173.5 juta daripada tunai masing-masing untuk membangunkan infrastruktur di PBT masing-masing kecuali tiga kecuali Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Ampang, yang dalam kewangan tidak begitu stabil dan saya akan pantau dari masa ke semasa supaya status perbelanjaannya dan juga kemudahan-kemudahan infrastruktur yang dibangunkan itu menepati apa yang

disarankan. Sekian, seterusnya tentang respon kepada Taman Medan yang meminta kebolehlaksanaan kadar kitar semula. Saya ambil untuk PBT untuk jawab.

Kita memang tahun 2025, sasaran kita paling kurang 15 peratus untuk kitar semula. Jadi soal kerja kitar semula bukan mudah, dia perlu kerjasama dari semua pihak. Satu didikan pendidikan sejak anak-anak kecil lagi, kedua kesedaran sivik, ketiga kerjasama daripada masyarakat setempat, NGO, ahli parlimen, adun dan sebagainya, ketua kampung, semua, ketua masyarakat, semuanya seluruhnya kena kerjasama supaya kita boleh kurangkan sampah-sampah dan kitar semula ini antara contoh-contoh dalam Rancangan Selangor satu ini, kita sasarkan 15% dan di MBPJ antara yang mereka lakukan. Saya bagi contoh, inisiatif digital, Majlis Bandaraya PJ menggalakkan penggunaan aplikasi 3R famili untuk memudahkan komunikasi dengan penduduk dengan jadual kutipan kitar semula. Aplikasi ini membantu meningkatkan kesedaran dan penyertaan penduduk dengan menyediakan maklumat terkini, termasuk lokasi pusat kitar semula dan waktu kutipan. Ini juga antara kaedah-kaedah yang diguna pakai. Keberkesanannya pada 2023, MBPJ berjaya mengumpulkan 4339 tan bilangan kitar semula dengan sebahagian besar melalui program pengumpulan pintu ke pintu dia 85 kawasan perumahan, inisiatif ini menjadikan modal terbaik untuk meningkatkan penglibatan komuniti setempat dalam konteks kitar semula.

Jadi MBSA juga begitu, MBSA juga ada kerjasama dengan 60, kita sekarang dah gerakkan capaian program, kita suruh 60 ribu kediaman di Shah Alam. Di Shah Alam kerjasama dengan syarikat Nestle, dan juga KPJ ada untuk buat kitar semula ini. Jadi, ini adalah satu peningkatan pencapaian yang, saya sebutkan kitar semula ini seperti apa yang saya tegaskan selalu, (bahasa cina) sampai itu tidak jatuh ke tempat yang tidak sepatutnya dia boleh dikitar semula (bahasa cina) dengan izin, maksunya kitar semula ini semua orang kena buat, buat siapkan kitar semua ini untuk semua orang, ini maksudnya ada ngomong jowo, tak cukup masa. Ini juga, ini untuk Taman Medan, baik Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan. Cuma saya menyambut pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar dalam belanjawan nak menyediakan seratus tong kitar semula. Tapi kita juga maklum dalam RS-1 itu, sudah ada target yang diletak. Cuma saya merasakan, perlu ada pendekatan yang lebih strategik dari segi berapa sebenarnya dari segi data yang kita nak capai, untuk capai 15% itu berapa tan sampah yang perlu kita kurangkan. Sebab dalam soal pengurusan sampah ini, macam saya sebut semalam, kerajaan negeri bercadang buat WTE besar, makna nak bakar sampah untuk produce energy.

Yang itu perlukan sampah, tapi dalam masa yang sama untuk kita sustaine dan juga nak address isu perubahan iklim ini, kita kena balance sama ada kita nak kurangkan penghasilan sampah atau kita hanya nak bakar lebih banyak sampah. Jadi saya harap, kerajaan negeri dan ini dan saya tak rasa Sekinchan ada jawapan kepada semuanya. Saya mengharapkan kerajaan negeri ada pendekatan kajian yang lebih menyeluruh supaya bukan hanya dengan mewar-warkan bahawa kita bagi seratus tong, setiap PBT, maka kita mengharapkan 15% itu kita dapat capai. Saya nak kerajaan negeri Selangor dan rakyat Selangor dapat capai kadar kitar semula ini, cuma saya merasakan detail berapa sebenarnya tan yang kita perlu kurangkan, sebab saya ada jawapan yang saya terima dalam pertanyaan bertulis. Secara rambangnya nampak macam adalah pengurangan sampah, kutipan sampah, tetapi statistik ini pun saya rasa tidak tally lagi, tidak betul lagi. Cuma saya harapkan kerajaan negeri dapat kemukakan nanti dalam sesi-sesi yang akan datang, berapa exactly sebenarnya jumlah sampah dan biar rakyat negeri Selangor tahu, berapa yang perlu dikurangkan supaya kita dapat capai sasaran net zero city 2050. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan yang begitu fokus dan prihatin tentang pengasingan dalam kitar semula ini, untuk kurangkan bilangan sampah ini. Ini cukup baik, dan saya ambil maklum tentang cadangan-cadangan tadi untuk kita laporkan dari masa ke semasa. Jadi kita akan buat juga, kalau dapat ada figure nya kita akan umum melalui sesi akan datang Yang Berhormat Taman Medan, petang ini cukup profesional persoalannya. Bagus.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya setiap waktu professional.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ok, bagus. Baik, seterusnya saya ingin respon kepada Yang Berhormat Jeram dan juga Batang Kali berkenaan dengan isu yang berbangkit berkaitan dengan kewajaran kerajaan negeri untuk tentang kenaikan cukai hiburan, pengurangan cukai hiburan dan juga kenaikan untuk penilaian semula cukai taksiran ini tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa itu cukai taksiran. Proses penilaian semula ini telah bermula dari tahun 2020, namun kerajaan negeri telah memutuskan untuk menggunakan kenaikan cukai taksiran ini mengambil kira ujian dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat, susulan pandemik covid-19 dan juga banjir besar yang melanda Selangor. Walau bagaimanapun, seperti yang semua sedia maklum, PBT terikat dengan akta dan perundangan yang menyatakan senarai nilaian baharu PBT perlu disahkan setiap lima tahun. Kali terakhir PBT melaksanakan penilaian semula adalah 18 tahun yang lalu. Pada tahun 2006 melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam, yang paling lama adalah Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 1986, iaitu 38 tahun yang lalu. Seterusnya, berkaitan dengan Hulu Selangor, itulah antara isu yang berbangkitlah. Silakan Hulu Selangor.

Timbalan Speaker

Batang Kali.

Kalau ikutkan berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor, setiap tahun perbelanjaan yang digunakan itu tidak terpengaruh dengan kenaikan cukai yang akan dilaksanakan pada tahun 2025. Pada sidang dewan yang lepas juga saya bawakan dalam mohon kepada Yang Berhormat Exco untuk mengkaji semula dan sehingga ke hari ini, jawapan yang sama juga diberikan dan pada bajet 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita dapati pada teras yang kelima, duti ataupun cukai hiburan diturunkan. Betul? Yang membawa implikasi kewangan sebanyak 13.1 juta untuk tahun hadapan. Itu yang dilaporkan dalam belanjawan pembentangan belanjawan dan soalan saya pada semalam, adakah wajar kerajaan negeri semasa menurunkan cukai taksiran minta maaf, semasa menurunkan cukai duti dan hiburan pada masa sama cukai-cukai taksiran di setiap PBT dinaikkan, soalan saya mudah, wajar ataupun tidak, itu sahaja.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Batang Kali tentang soalan yang dibangkitkan. Saya nak jawab mudah saja, perkara ini cukai taksiran dia cukai taksiran. Cukai hiburan ini kita nak buat sebab tahun melawat Selangor, tahun melawat Selangor tahun hadapan, Tahun Melawat Selangor nak bercuti pusing Selangor dulu, suprising Selangor, Selangor penuh kejutan (bahasa cina). Ini yang kita nak buat sebab kita nak galakkan lebih ramai artis tempatan dan juga artis luar negara datang ke sini untuk membuat pertunjukan, ada tiket dan sebagainya, kita bagi sedikit pengurungan dari segi cukai hiburan tersebut. Tapi untuk setahun, kita bukan bagi seterusnya, untuk nak galakkan lebih ramai, paling kurang lapan juta pelancong domestik dan juga tempatan akan datang ke negeri Selangor, untuk jana ekonomi yang lebih besar di negeri Selangor, impak ekonominya. Itu yang kita nak buat untuk spesial implikasi kewangannya hampir 14.7 juta untuk setahun untuk duti hiburannya.

Untuk apa saya katakan tadi, jawapan saya dah beritahu Sidang yang lepas. Saya dah beri tahu kekangan di PBT itu banyak antaranya kekangan akta dan juga mahkamah dan pada masa yang sama sudah lama kita tidak buat semakan dan sekarang banyak PBT ada hadapi masalah. Ia tentang masalah Pengurusan Sisa Pepejal. Setiap hari kenaikan kosnya (ongkosnya). Bayangkan 7 tahun yang lepas kontrak dengan KDEB RM6.80 selepas 7 tahun pun baru naik RM0.20 sen jadi RM7.00. Bagaimana dengan kos gaji minimum RM900 dahulu, sekarang gaji minimum jadi RM1,200 kemudian RM1,500 kemudian RM1,700. Hampir sekali ganda tetapi dengan naik RM0.20 sen untuk RM7.00 pihak PBT tak boleh naik kan lebih kerana mereka tak mampu. Hampir 40%-50% ongkos perbelanjaan di PBT ini untuk kos pengurusan Sisa Pepejal. Kita nak Selangor Bersih. Kita nak seluruh tempat termasuk di Batang Kali bersih. Jadi keperluan itu ada. Jadi kita

akan pastikan dia tidak membebankan. Inilah respons saya kepada Batang Kali dan Batang Kali juga bertanya dalam soalan 88 isu yang sama. Jadi saya jawab di sini tak perlu jawab 88 ye. Terima kasih. Seterusnya, kepada Yang Berhormat untuk...

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Yang Berhormat EXCO

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Jeram. Jarang-jarang ya.

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Saya hanya hendak mencadangkan. Walaupun telah Yang Berhormat EXCO telah menerangkan bahawa cukai-cukai taksiran telah lama tidak dinaikkan dan juga baru-baru ini di PBT contoh di Kuala Selangor tergesa-gesa dibuat kenaikan Fi Perlesenan dan sebagainya. Jadi cadangan saya, saya faham kenaikan ini perlu dibuat cuma akan datang apa yang perlu dibuat adalah engagement awal. Apa kata pihak PBT untuk meredakan keresahan di bawah, Orang kampung, orang bandar ni yang datang kepada ADN kita meredakan dengan engagement awal, sesi libat urus awal dengan Ketua-Ketua Masyarakat. Perkara ini telah saya sebut sebelum ini tetapi sehingga hari ini saya nampak kurang. Kurang digunakan orang-orang tengah ini atau pun ADUN atau pun penyelaras untuk engagement bersama Ketua Masyarakat. Terima kasih

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Jeram yang bagi satu cadangan yang sangat baik. Memang setakat ini engagement ini tidak begitu padat, kurang jadi kita akan libatkan. Saya minta dalam sebulan dua ini saya minta semua Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh bantu termasuk Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang juga Perikatan Nasional termasuk Jeram untuk bantu kita adakan sesi hebahan dan penerangan yang lebih wajar tetapi semakan dan bantahan kita dah lakukan prosesnya. Saya ambil maklum tentang perkara tersebut.

Jadi seterusnya saya ingin respons kepada Yang Berhormat Semenyih tentang pelaksanaan SSPA iaitu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menyebabkan lebih 50 orang kakitangan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terkesan secara langsung dengan kebarangkalian ada di kalangan staff tidak akan disambung dan sebagainya. Bagi tujuan itu, bagi perkara itu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan perbincangan bersama PBT-PBT di Selangor pada 7 November 2024 lalu untuk menyelaraskan permohonan kelonggaran syarat di JPA dan sebagainya. Jadi kita akan terokai masalah tersebut. Kita ambil maklum semua tentang keprihatinan Yang Berhormat Semenyih berkenaan 70 kakitangan tersebut.

Seterusnya, berkaitan dengan Subang Jaya. Subang Jaya dan juga Pandamaran, Kajang sekali lagi. Kajang, Pandamaran Yang Berhormat Pandamaran saya dulu jawab

dengan respons kepada Subang Jaya tentang bilakah Kerajaan Negeri akan menandatangani Akta 672 dan apakah langkah yang perlu diambil untuk menandatangani Akta 672 dengan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri sedang dalam fasa pelaksanaan kajian awal due diligence bagi pemakaian Akta 672 di Negeri Selangor. Fasa pelaksanaan kajian awal ini dijangka siap pada penghujung Januari 2025. Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada peringkat tertinggi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk digunakan oleh pihak konsultan sebagai rujukan semasa proses kajian due diligence kelak. Tuan Timbalan Speaker, dapatan oleh pihak konsultan akan dianalisis dan dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri. Sekiranya diluluskan, rundingan bagi menandatangani semuanya berjalan dengan lancar, perjanjian three party antara PBT Negeri Selangor dan juga Kerajaan Persekutuan akan dimuktamadkan. Ini flow nya untuk yang Berhormat Subang Jaya.

Dan seterusnya isu berkaitan ini juga tentang Yang Berhormat Kajang, Yang Berhormat Pandamaran yang prihatin tentang undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk mengatasi masalah tapak sampah haram. Sampah haram di sini di sana ini biasanya berlaku. Sebelum ini Gombak pun ada bangkitkan dan juga Sementa pernah. Ini soal tapak-tapak ini. Ini bukan isu yang baharu tetapi memang berlaku di lapangan. Saya ambil maklum.

Kerajaan Negeri sedang dalam kajian awal seperti apa yang saya katakan Akta 672 ini supaya Akta 672 apabila kita dah selesai untuk muktamadkan Akta 672 ini, pemakaiannya jadi kita dapat menyeragamkan fasiliti dan perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal di seluruh negeri Selangor dan boleh menggunakan penguatkuasaan di bawah Akta 672 di mana lebih berkuasa. Lebih kuat di mana kesalahannya kita boleh hukum. Sesiapa yang melakukan kerja-kerja membuang sampah haram, tapak sampah haram dan sebagainya boleh dihukum antara RM100,000 atau penjara 5 tahun. Kalau sekarang hanya guna Akta 1976 Akta 171 dengan RM2,000 belum cukuplah. Tidak memadai.

Maka kita minta apabila sampainya kita dapat selesaikan masalah 672 ini. Ada kuasa yang lebih kuat lebih besar dan pada masa yang sama juga kita juga akan bincangkan penambahbaikan dalam Akta 672 yang sedia ada bagi mengambil kira tindakan penguat kuasa bukan sahaja kepada pemilik tanah, pengusaha lori, sisa pepejal tetapi juga kepada pihak yang mengurus dan mengoperasikan tapak sampah haram. Sekali kita akan tangkap mereka dalam konteks ini.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Silakan Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cuma Pandamaran ada satu soalan sebab ada baru-baru ini di kawasan Pandamaran ada tapak pembuangan sampah haram. Di mana tuan tanah memang tidak benarkan. Orang yang buang sampah itu yang menjaga itu ada latar belakang gengster dan dia ugut dia buat laporan polis bahawa Tuan Tanah mintak untuk bayar baru boleh buang sampah di situ. Tetapi sebelum ini tuan tanah telah membuat laporan kepada pihak polis dan juga PBT. Satu bulan jadi tuan tanah memang tidak benarkan tetapi mereka tidak boleh buat apa. Mereka telah buat laporan polis, laporan kepada PBT tetapi masih aktiviti pembuangan sampah haram ini masih ada. Jadi kalau kerajaan ambil tindakan terhadap kepada tuan tanah itu, bagi Pandamaran tidak adil sebab pernah berlaku di Pelabuhan Klang juga. Besar-besaran dan sampai kena buat press conference. Jadi ini satu perkara yang lain lah jika lain daripada tuan tanah itu benarkan untuk buang sampah. Jadi apa pandangan daripada Yang Berhormat EXCO

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Pandamaran

Boleh sambung sikit daripada apa yang disebutkan Pandamaran

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Iya boleh boleh sambung..

Terima kasih. Cuma saya hendak dapat maklum balas daripada Kerajaan Negeri, daripada EXCO mana yang saya bahaskan dalam sesi yang lepas. 14 kawasan hotspot di Felcra Batu 8 Sijangkang yang kita juga dapat makluman bahawa ada unsur gengsterisme yang di belakangnya sehingga pembakaran terbuka dilakukan. Cuma apa tindakan yang telah diambil kalau ada jawapan boleh maklumkan, kalau tidak jawapan secara bertulis. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Y.B EXCO panjang lagi?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ada lagi setengah part. Masuk separuh masa pertama dah. Sekarang masuk separuh masa kedua.

Timbalan Speaker

Jaga masa.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya dah ringkaskan kalau tidak seluruhnya sampai ke malam. Tidak boleh. Saya cuba pendek pendek pendek kan ya. Pandamaran terima kasih atas keprihatinan. Memang kadang-kadang kita yang berlaku lazimnya, kebiasaannya tuan tanah mereka ada

bersekongkol dengan penggiat-penggiat sampah-sampah haram ini di lapangan. Itu kes yang biasa. Tetapi yang tidak biasa, yang luar biasa apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandamaran adalah tuan tanah tidak rela, tidak izinkan tetapi ada komplot gengster di situ. Ini agak sukar. Saya sebagai EXCO Kerajaan Tempatan pun dengan pihak berkuasa kadang-kadang kita turun, saya tiada pistol dan pihak berkuasa pun tiada pistol. Sukar sikit. Kita kena perlu bantuan daripada polis. Walau bagaimanapun kes ini terpencil lah. Kita kena turun juga tengok bagaimana kita akan kerjasama dengan pihak PDRM lah. Untuk cekup mereka sebab mereka mungkin ada kuasa yang lebih besar di lapangan tersebut. Tak tau lah kuasa apa. Kalau bukan kuasa Ayah pin pun saya tak tahu (dengan izin). Baik saya ambil maklum tentang perkara tersebut. Bukan senang untuk selesaikan

Untuk Sijangkang, baru Sijangkang bangun saya terus nampak respons untuk Sijangkang ye. Sijangkang memang tapak-tapak sampah haram berlaku lagi. Hari tu pun saya dah panjangkan ke Majlis Perbandaran Kuala Langat. Ada buat serbuan dan sebagainya tetapi masih berlaku. Jadi memang mereka suka membuat kerja-kerja sedemikian sebab Akta belum cukup ketat. Oleh sebab itu Akta 672 walau apa pun kita perlu segerakan supaya ada penguatkuasaan undang-undang yang ketat yang kuat boleh menangkap mereka. Boleh menyerbu mereka.

Untuk respons kepada premis barang lusuh di Sungai Manggis yang dibangkitkan oleh ada sebuah syarikat yang membeli dan menjual besi buruk dan barangan lusuh nama syarikat SASDAS Trading di Blok 519, Jalan Banting Dengkil,Sungai Manggis Banting. Pemohon telah menghantar surat permohonan rayuan kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat 9 Mei 2024 dan permohonan tersebut telah dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan Bil.10 tahun 2024 yang telah di adakan pada 17 Oktober 2024.

Untuk makluman pihak pemohon mempunyai surat sokongan permit tanah pertanian bagi kegunaan selain daripada tujuan pertanian daripada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat pada 4 Mac 2024 sehingga 31 Disember 2024. Kedua, sokongan dan kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat juga telah diperolehi pada 7 Jun 2024. Ketiga, sokongan daripada Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada 8 September 2024. Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan Bil.10 Tahun 2024 17 Oktober 2024 bersidang telah bersetuju lulus lesen sementara untuk tempoh 1 tahun bermula 17 Oktober 2024 hingga 16 Oktober 2025 bagi memberi masa sedikit masa kepada pemohon untuk berpindah ke tempat yang sepatutnya. Kelulusan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pelesen untuk berpindah ke tempat lain bagi jenis perniagaan yang dijalankan. Kelulusan lesen ini juga tertakluk kepada kelulusan Jabatan lain seperti Permit Tanah Pertanian bagi kegunaan selain daripada tujuan

pertanian yang perlu diperbaharui pada tahun 2025. Lesen sementara ini hanya akan diperbaharui semula selepas tamat tempoh 1 tahun. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Inilah kita akan pantau isu ini ya. Terima kasih. Silakan

Terima kasih EXCO. Saya ingat terima kasih atas respons yang sangat baik. Cuma Isu ini bukan isu baharu sudah beberapa kali lanjutan-lanjutan tempoh untuk kebenaran ini. Cuma saya nak dapat maklum balas daripada EXCO adakah syarat lokasi penempatan Pusat Kitar Semula Barang Lusuh dan Besi Buruk ini kita beri kelonggaran atau pun masih kita benarkan di kawasan-kawasan tanah pertanian atau pun kita balik kepada syarat asal iaitu mesti di kawasan industri. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Secara kebiasaannya memang perlu di kawasan industri tetapi sekarang di lapangan masih ada kes-kes tertentu yang masih berada di tanah-tanah pertanian dan sebagainya. Jadi kita akan teliti case by case dan kita akan kurangkan semaksimum yang boleh. Kita tidak akan luluskan kecuali ada syarat-syarat tertentu lah. Isu-isu yang berlainan. Kalau tidak saya yakin dan percaya pihak agensi kerajaan ini tidak akan luluskan sebab tidak menepati syarat. Kita mahu mereka dipindah ke kawasan perindustrian. Baik, sekarang saya pusing dulu ye. Pusing daripada PBT Kerajaan Tempatan saya masuk ke nak bercuti pusing Selangor dahulu. Tahun Melawat Selangor 2025.

Belum masuk separuh masak kedua. Saya rasa persoalan saya tentang pengambilalihan pengurusan infrastruktur kampung oleh PBT tidak dijawab lagi

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tentang pengambilalihan infrastruktur ini saya beri kepada Yang Berhormat Pandan Indah untuk jawab sebab infrastruktur banyak terlibat dengan..

Tetapi cadangan saya oleh PBT.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

PBT ada kadang-kadang sikit kuasa di tengah tetapi banyak kepada JKR dan sebagainya. Jadi saya rasa orang yang lebih arif dalam soal infrastruktur tidak lain tidak bukan adalah Pandan Indah yang begitu Indah Sekali ya pada petang sore ini.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang Berhormat EXCO belum respons berkenaan dengan tiga kali ganda kenaikan cukai petak kepada peniaga-peniaga yang

mengakibatkan kesan kepada peniaga-peniaga. Kalaulah alasan itu hanya semata-mata untuk kutipan tahunan tidak berapa praktikal sebab hanya sekali sahaja dan sepatutnya Ahli Majlis boleh memikirkan banyak perkara lagi seperti di Sungai Panjang ini ada yang tak ada kat tempat lain Kelip-kelip dan Enggang. Ini Ahli Majlis dan Pelancongan boleh fikirkan akan dapat income setiap masa kalau petak tadi hanya sekali sahaja begitu juga dengan saman-saman kepada pembangunan-pembangunan yang tidak dapat, tidak dapat kebenaran daripada Majlis Daerah. Bukan Ahli Majlis hanya memikirkan masuk mesyuarat asyik nak fikir luluskan Pusat Snuker, luluskan Pusat Urut dan sebagainya. Ada Pusat Snuker yang mohon hanya dibenarkan tiga meja tapi dia buka lima meja. Dibenarkan sampai pukul 12 tapi buka sampai 4 pagi. Ini income mereka, sepatutnya Ahli Majlis fikir itu bukan hanya semata-mata nak naikkan ni. Brainstorming.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baiklah Yang Berhormat Sungai Panjang.

Timbalan Speaker

Saya nak ingatkan Yang Berhormat EXCO sekali lagi Yang Berhormat EXCO dah ambil masa lebih kurang 40 minit.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya saya ada masa, separuh masa kedua tengah berjalan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Kena respons. Kena respons.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Saya ada satu tadi yang...

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ada. Saya tak boleh jawab keseluruhnya. Masa tidak mengizinkan.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tidak. Belum. YB EXCO belum menjawab adakah wakil rakyat tidak berhak menerima TIA report. Saya ada tanya. Adakah wakil rakyat tidak berhak dapatkan TIA report?

Timbalan Speaker

Soalan-soalan yang lain tu mungkin boleh dijawab secara bertulis.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Daripada?

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Majlis, PBT.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

TIA ini boleh. EIA ke TIA?

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

T. T

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Trafik? Ohh.. impact assessment? Boleh.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Berapa kali saya tulis surat kepada PBT belum dapat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Oh belum dapat? Saya mintalah Yang Berhormat Majlis PBT Kajang ambil maklumlah boleh bagi segera, TIA yang dimohon oleh Kajang. Saya rasa kena ada hubungan rapat sikitlah dengan Majlis Perbandaran Kajang ya. Jangan ada clash. Kalau ada clash susah. Kena ada rapat sikit baru boleh selesaikan masalah ya. Saya minta. Kalau tak boleh rapat nanti saya suruh minum teh semua baru boleh rapatlah.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Macam manalah nak tulis empat keping surat dah tulis masuk tak dapat macam mana?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik. Baik saya ambil maklum. Nanti saya bagi tahu YDP.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Nak kena belanja kopi-kopi lagi atau apa? Saya 110,000 penghuni tau. Masa ada kerja, ada masa nak buat PR lagi dengan dorang.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik. Baik.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Tuan Speaker. Tuan Speaker. Sikit je Semenyih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang terakhir yang itu nanti saya nak respons Sungai Panjang ni. Sungai Panjang ini dia bagi.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Ha ok. MPKj juga. Yang pertama isu Tasik. Taman Tasik Semenyih. Apakah status dia? saya tanya hari itu sebab kata dah serah pemaju, pemaju kata dah serah tapi tak tahu apa status. Yang kedua, berkaitan dengan kawasan perindustrian Sungai Purun yang mengakibatkan banjir sebab dia buat kilang-kilang di kawasan perindustrian bawah itu saliran air. So dia sangat mudah mengundang banjir kilat. Dan yang ketiga sebenarnya saya sebutkan juga fasal isu anjing. Tapi sekarang dah bukan setakat anjing, dengan monyet dan babi. Dah masuk dah ke kawasan-kawasan perumahan. So, tolong minta jasa baik beri perhatian, terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baiklah. Saya ambil maklum dengan perkara-perkara yang berbangkit itulah. Baik, saya nak respons kepada Sungai Panjang. Yang Melawati rehat dululah ya. Tak apa saya bagi.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Mana boleh rehat. Saya pun nak tanya fasal berkenaan kawasan saya juga.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Apa dia? Yang Berhormat bahas apa dalam perbahasan?

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Saya nak tanya berkenaan dengan penambahbaikan dekat Dataran Keris ini. Saya nak tanya dengan siapa? Saya anta surat tiga kali kepada YDP. YDP tak respons. Dalam Dewan pun saya tak dapat nak cakap.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

YDP lagi? Teruskan-teruskan.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Saya nak tanya itulah berkenaan dengan penambahbaikan di Dataran Keris, Kuala Selangor.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Dataran Keris ya?

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Ya, Dataran Keris. Dataran Keris.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya ambil maklum dan saya akan bagi tahu kepada YDP Majlis Perbandaran Kuala Selangor tentang maklum balas tidak diberitahu dan tiada tindakan dan sebagainya. Mungkin selepas soalan tambahan ini pihak PBT akan respons dengan cepatlah. Insya-Allah. Insya-Allah. Ya.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Baik. Baik.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya tidak ada masa sebab Tuan Timbalan Speaker dah tegur saya. Saya nak jawab Sungai Panjang ni. Sungai panjang kalau nak bagi soalan tambahan tu jangan ada sangkaan jahat, jangan tuduh. Sungai Panjang seorang Ahli Dewan yang baru, bukan lama. Jangan buat sikap sedemikian. Kalau saya nak tuduh nanti saya tuduh-tuduh. Tak bagus..

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Mana ada sangkaan jahat. Tak ada yang bangkitkan sangkaan jahat. Kalau ada yang membangkitkan sangkaan jahat dia....

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

You tuduh Ahli Majlis dalam Majlis nak buat nak luluskan snuker dan sebagainya. Ada kerja lain bukan sahaja snuker! Ini tak betul! Tak boleh buat macam itu tuduhan! Tak adil untuk Ahli Majlis!

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tapi tak ada yang membangkitkan sangkaan jahat. Tak ada yang membangkitkan. Tak ada yang membangkitkan sangkaan jahat. Dan perkara itu betul. Perkara itu betul.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Jadi ini satu sikap yang tidak bertanggungjawab! Jangan buat kerja sedemikian.

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Sungai Panjang boleh duduk. Sungai Panjang soleh duduk Sungai Panjang. Teruskan. Yang Berhormat EXCO teruskan. Sungai Panjang sila duduk.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik saya tak payah responslah. Saya teruskanlah. Saya tak payah responslah sebab orang yang degil macam itu tak perlu direspons. Terima kasih.

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Teruskan Sekinchan. Sungai Panjang duduk Sungai Panjang. Yang Berhormat Sungai Panjang, duduk.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Bukit Melawati, Kajang, Ijok, Seri Kembangan, Dengkil, Permatang, Rawang, Sungai Pelek dan sepuluh orang ini sangat prihatin tentang Tahun Melawat Selangor. Tahun Melawat Selangor 2025 ini mereka mengambil bahagian dan mereka begitu tertarik dengan promosi-promosi yang dilakukan oleh Tourism Selangor Kerajaan Negeri Selangor. Yang pertamanya Ijok telah bangkitkan dan juga Permatang juga bangkitkan tentang tanah-tanah dan homestay yang perlu di permudahkan, mereka nak meniaga dan sebagainya. Saya bagi respons sedikit tentang apa syaratnya. Industri pelancongan sudah berkembang di kawasan sawah padi dan akan tetapi hasil padi dan beras tempatan akan menurun secara umumnya katanya. Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Daerah Sabak Bernam ada satu garis panduan baru kita sediakan satu garis panduan yang baru di mana kawasan-kawasan sawah padi termasuklah di Kuala Selangor garis panduan tersebut menggariskan hanya 20% sahaja daripada tanah hak milik berstatus sawah padi dibenarkan untuk dibangunkan bagi tujuan aktiviti Inap Desa. Aktiviti Inap Desa ini berjalan seiring dengan aktiviti pertanian padilah. 20% sahaja. Jadi ada peraturan dan garis panduan panjang lebar saya tidak mahu panjang lebar di sini kalau nak tahu secara menyeluruh boleh mohon minta kepada Majlis Daerah Kuala Selangor boleh dapat. Itu yang pertama. Silakan Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya nak tanya berkenaan dengan dalam Belanjawan hari itu ada Yang Berhormat Menteri Besar ada menerangkan tentang speed iaitu kebenaran mempermudahkan kebenaran merancang kepada kawasan industri. Jadi saya ingin tanya dalam untuk pertanian saya ada membangkitkan hari itu untuk pertanian juga adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa cadangan untuk mengapply speed ni tadi untuk memudahkan kebenaran merancang di kawasan pertanian?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik Speed Selangor memang antara cadangan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk kita nak permudahkanlah. Jadi urusan seperti di luar bandar dan sebagainya kita juga akan panjangkan supaya boleh diteliti. Boleh, permohonan boleh dipercepatkan kalau boleh bantu kita bantu biar cepat termasuk KM, termasuk building pelan dan kawasan-kawasan yang boleh bagi permit khas. Kita akan teliti kes by kes seperti apa yang saya tegaskan ya. Bukan semua tempat kawasan membuat Inap Desa dan homestay yang kecil-kecilan itu mungkin tak perlu KM lah dan sebagainya tapi perlu permit khas. Ini dalam garis panduan. Boleh telitilah kemudian ya. Baik. Terima kasih. Dan seterusnya tentang Yang Berhormat daripada Bukit Melawati tentang ada bot yang mengganggu habitat kelip-kelip di Kuala Selangor dengan enjin yang bising dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, bot yang digunakan di kawasan kelip-kelip Kampung Kuantan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor menggunakan bot tradisional bersama pendayung. Tiada motor bot yang digunakan. Pada pendayung juga mempunyai SOP khas untuk mengendali bot tersebut agar tidak mengganggu habitat kelip-kelip pada pendayung di sana dan telah diberi informasi dan pengetahuan secara terperinci mengenai spesies dan juga habitat kelip-kelip sebagai persediaan sesi taklimat kepada para pelancong yang datang. Kita ada persediaan ya. Tak ada enjing ya. Dia dayung sendiri. Ya dia dayung. Kalau Yang Berhormat boleh turun bersama saya. Kita dayung bersama. Ya Yang Berhormat, silakan.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Ya YB EXCO, di kelip-kelip ni dia ada persatuan pendayung yang bermakna rata-rata persatuan pendayung ni dah umurnya pun dah 80 tahun. Jadi kalau kita nak kekalkan tradisi untuk mendayung ni saya rasa dalam umur 80, 60 pun agak sukar untuk mereka mencari pendayung-pendayung ni. Jadi kita minta kalau boleh bagi kaedah yang lain yang boleh membantu untuk kita gantikan pendayung ni. Makna itu kita bagi cadangan kalau boleh bot guna bateri tu.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kita tahu. Saya faham dengan apa..

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang. Sungai Panjang mencelah. Kelip-kelip.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Nanti saya jawab dulu. Jawab dulu untuk Bukit Melawati sekejap berkaitan dengan motor bot ini. Memang pendayung ada yang umur warga emas dan sebagainya. Saya tahu tentang keresahan, tentang kekuatan untuk mendayung. Saya rasa ada kaedah yang baru mungkin kita boleh guna kaedah EV ke, bateri dan sebagainya. Sebab asap itu dia mungkin mendatangkan pencemaran kepada kelip-kelip tersebut dan sebagainya. Akan berkurangan. Jadi perkara ini kita perlu halusilah dan kita mungkin boleh bagi insentif yang lebih kepada anak muda supaya anak muda kembali untuk menjadi pendayung seperti Taman Medan pun boleh tolong ya untuk pendayung-dayung sekali dualah. Sekali dualah. Sungai Panjang pun boleh yang begitu minat tentang perkara tersebut.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang, kelip-kelip cuma nak kongsi.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ha, sila.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang pakai bot. Sungai Panjang pakai bot, kelip-kelip dia. Bot dan sebab tu, promosinya kurang dan bot tu ada persatuan juga. Jadi laluan tu panjang sampai ke tempat Enggang. Jadi ini kena di promosi Kelip-Kelip dan Enggang di Sungai Panjang. Jadi mungkin boleh sembang dengan persatuan bot di Sungai Panjang.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Sungai Panjang atas pencerahan tersebut berkaitan dengan bot. Cara sedemikian saya akan respons. Sudah pasti akan respons yang terbaik, tertib. Memang Pusat Konservasi Sungai Panjang, Kelip-Kelip di situ sangat menarik. Saya dah pergi tiga kali dah. Sangat menarik. Saya bawa pelancong-pelancong tempatan dan juga pelancong daripada negeri China sampai ke situ. Mereka cukup kagum. Cukup kagum dengan Kelip-Kelip yang di situ. Bilangannya cukup banyak. Cukup besar. dan saya harapkan Kelip-Kelip yang membawa sinar harapan ini dalam kegelapan ini boleh menyinarkan harapan kita. Termasuk Yang Berhormat Sungai Panjang pastikan kita industri ini boleh kita promosi di mana-mana. Dan Anjung Utara ini antara satu destinasi yang saya akan promosikan adalah Pusat Kelip-Kelip Konservasi Sungai Panjang. Insya-Allah saya tak ada pilih kasih ya. Bukan hanya di Sekinchan sahaja. Itu tuduhan yang tidak berasas. Saya kan pastikan Anjung Utara, Anjung Selatan, Dengkil nanti tapi tak sampai Dengkil, Kuala Langat dan sebagainya termasuk Morib Jugra, pancing ikan dan sebagainya kita akan seluruhnya akan kita promosikan. Baru-baru ini di Dengkil di KLIA di Sepang. Motor GP, Motor GP pun kita promote di situ. Tourism bagi bayaran tajaan dan sebagainya semuanya daerah bukan sahaja Sekinchan. Sungai Air Tawar pun kita...

Timbalan Speaker

EXCO lama lagi ke?

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Sungai Kandis tak ada ke? Tak promote ke Sungai Kandis YB?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ok, Sungai Kandis akan sampai.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat EXCO. Masa.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya. Ada sedikit-sedikt lagi. Masa kecederaan ya masa kecederaan. Untuk Yang Berhormat Kajang tentang Jalan Mendaling kita dah ada peruntukkan 50,000 untuk penaiktarafan laman Lorong Mendaling pada 2024. Kita cubalah, saya akan selaraskan supaya Lorong Bendaling menjadi satu tempat food street dan juga tempat kebudayaan. Terima kasih atas inisiatif Yang Berhormat Kajang ya. Untuk bantu dalam mempromosikan pelancongan.

Seterusnya dengan Dusun Tua, Yang Berhormat Dusun Tua tentang Geo Park, pengisytiharan kita telah buat pengisytiharan Geo Park yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor bersama Menteri Besar tempoh hari. Gombak, Hulu Langat Geo Park dan di sini isunya tentang Sungai Gabai. Tentang Sungai Gabai, Taman Eco, Taman Eco Rimba, Sungai Gabai yang disebabkan banjir besar telah menyebabkan kerosakan dan sebagainya. Kita kena ada usahalah. Dia ada penduduk yang banyak. Saya akan cuba bantu bersama MOTAC dalam selaraskan untuk kita bangunkan bagaimana untuk hidupkan kembali di rejuvenate kembali Sungai Gabai ini supaya menarik lebih ramai penduduk tempatan dan pelancong-pelancong datang ke Taman Rimba Eco, Sungai Gabai.

Seterusnya berkaitan dengan Seri Kembangan. Seri Kembangan juga melontarkan Tahun Melawat Selangor 2025 dan ada promosi pelancongan di Seri Kembangan. Kita bimbang, saya akan mengalu-alukan bantuan dan juga seruan tersebut dan idea-idea yang dicetuskan. Geran Promosi Pelancongan Visit Selangor sehingga kini kita ada 20,000 maksimum untuk program geran promosi pelancongan dan juga Program Hos Komuniti Setempat di berapa daerah kita akan lantik, kita akan didik mereka. Baru-baru ini kita lulus 500,000 untuk kita nak training host komuniti setempat. Mereka ini adalah tour guide tempatan. De kae. Dengan izin. De kae. Tour guide tempatan supaya mereka ini berasal daripada Seri Kembangan. Anak jati, anak muda Seri Kembangan ataupun Sungai Panjang ataupun Sekinchan ataupun Banting. Mereka ini dididik mereka suka cintakan kampung halaman mereka dan mereka tahu nostalgia cerita asal usul kampung mereka. Boleh di sharing kepada semua penduduk, dan juga pelancong-pelancong supaya mereka bangga dengan warisan kampung mereka. Ini yang kita nak buat hos komuniti setempat dan banyak lagi lah perkara termasuk di TikTok dan sebagainya akan kita bantu dan industri berkaitan dengan perkilangan, pelancongan, perkilangan yang

boleh dibuat di Seri Kembangan akan kita cuba selaraskan kalau ada ruang dan peluang kita akan usahakan supaya Seri Kembangan makanannya, yang Food Gastronomi nya yang sedap boleh kita pamerkan, boleh kita tonjolkan kepada pelancong- pelancong. Seterusnya kepada ahli Yang Berhormat Dengkil, respon nya tentang pelbagai isu tentang berbangkit banyak isu. Dalam perbahasannya saya dengar dengan tekun, memang beliau sangat memang Yang Berhormat amat prihatin cuba ingin membantu dan melontarkan idea-idea yang bernas. Syabas kepada Yang Berhormat Dengkil. Inilah antara contoh Ahli Dewan yang cukup memberi pandangan yang bernas. Saya bangga dan kemudiannya untuk makluman Yang Berhormat, melalui Tourism Selangor kita sudah promote berbagai-promosi-promosi melalui MATTA, MIKA, MITTA dan Persatuan-persatuan Pelancongan untuk kita kerja bersamalah dan di kalau di promosi International Antarabangsa kita pergi ke negara China, pergi ke Europe, pergi ke Arabian Travel Market, pergi ke ITB Berlin, pergi ke India, seluruhnya termasuk Medical tourism di Surabaya, liburan sihat ke Selangor saja. Ini juga medical tourism antara yang Rawang bangkitkan tentang medical tourism dan kerjasama dengan universiti. Terima kasih Yang Berhormat Rawang, kerjasama dengan anak-anak muda universiti untuk kita jayakan kepelbagaian produk pelancongan di negeri Selangor. Saya yakin dan percaya dengan promosi yang kita lakukan bersama kerjasama daripada seluruh Ahli Dewan Negeri dalam Dewan yang mulia ini termasuk Timbalan Speaker dengan pickleball ya boleh jadikan satu tarikan pelancongan.

Kita boleh buat satu pelancongan bawa ramai warga emas daripada luar negara, anak muda daripada luar negara masuk ke negeri Selangor 3 hari 2 malam. 1 slot main picklebal. Haa boleh. Saya rasa kita jadikan Yang Berhormat Timbalan Speaker sebagai Pengerusi untuk pelaksanaan, boleh lantik ya ini cadangan. Ini lah acara program-program yang akan kita lakukan untuk kita respon kepada seluruh Ahli-ahli Dewan termasuk Yang Berhormat Rawang. Kita minta Ahli-Ahli Yang Berhormat ada idea yang baru, ada cetusan inspirasi yang baru tolong kemukakan kepada saya. Kita sama-sama maju di kawasan masing-masing. Saya yakin di Selangor banyak lagi tempat makanan yang enak-enak, saya belum ketahui. Kalau diberitahu saya akan cuba paparkan melalui TikTok termasuk Y.B. Jawa Sekinchan NG Suee Lim, tiktok di Tourism Selangor, tiktok seluruhnya. Kita akan war-war kan tanpa bayaran, tanpa bayaran free of charge dan baru-baru ini saya pergi melancong, Yang Berhormat Dengkil kata saya pergi...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Sekinchan.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Taman Medan dulu sebelum saya balas lagi Dengkil.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya tertariklah dengan retorik Sekinchan untuk nak menarik pelancong datang. Cuma soalan saya very basic kerana saya sebelum ini di Pulau Pinang. Pulau Pinang ini dari segi pelancongan lebih hebat lah daripada Selangor. Jadi di Pulau Pinang tu kita ada buat ada inisiatif yang mana kita beri kepada syarikat airline, insentif yang mana kalau mereka bawa pelancong datang, diberikan sedikit token kepada syarikat airline. Keduanya salah satu cara lagi adalah charter flight direct daripada pelancong luar untuk datang ke negeri Selangor. Saya amati dalam portfolio Yang Berhormat dan juga pembentangan Yang Berhormat dan Belanjawan tidak ada inisiatif yang seperti itu dilakukan di Selangor. Mudah lah kalau kita kata 8 juta tapi kalau semua orang Selangor balik yang datang ni, maka pulangan ekonomi itu tak begitu memberangsangkan untuk pengusaha pelancongan kita. Jadi adakah Yang Berhormat Sekinchan bercadang supaya Kerajaan Negeri pada tahun hadapan membelanjakan dalam kaedah seperti itu sama ada untuk menarik pelancong bukan hanya daripada negara China tetapi juga daripada negara Arab dan juga beberapa negara-negara lain terutamanya Eropah supaya mereka juga boleh datang ke negeri Selangor. Sebab Selangor ni saya rasa ada potensi yang mana kita ada KLIA, ada banyak direct flight daripada banyak tempat. Cabaran Penang dulu tak banyak direct flight daripada international countries. Jadi saya mohon pandangan dan concern Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih kepada...

TUAN SPEAKER

: Yang Berhormat Sekinchan, sekali lagi saya nak ingatkan dah hampir satu jam sebenarnya, Yang Berhormat Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Maknanya saya nak landing dah. Kapal terbang dah pusing dah.

TUAN SPEAKER

: Kalau yang mana patut dijawab bertulis, boleh dijawab bertulis.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih, Pramugari dah bagi annoucement untuk landing. Semua siap sedia dengan tali pinggang dan sebagainya. Aircraft akan landing ya akan landing dan insya-Allah. Baik untuk Yang Berhormat Taman Medan kalau saya nak jawab tak boleh sebab Penang boleh bagi geran untuk charter flight sebab penang perlukan banyak flight situ tapi di Selangor kita tak perlu la banyak bagi geran untuk charter flight kerana banyak flight sampai ke KLIA. KLIA sebenarnya adalah di Selangor, di Sepang Selangor. Jadi sekarang saya nak perbetulkan persepsi ramai orang ingat Kuala Lumpur International Airport, lupa ini adalah di Selangor. Jadi ini akan kita cuba lakukan. Dan Yang Berhormat Sepang juga kata di Sepang, Kuang ada..

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Sudah tukar nama. Sudah tukar nama..

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Bukan Dengkil. Yang Berhormat Dengkil ada beritahu kuang ada papan tanda dan sebagainya menunjuk arah. Di Sepang saya mintak Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang tolong bantu suntik dana dan sebagainya. Pasang lebih banyak bilboard dan sebagainya di Sepang. Selamat Datang ke Sepang, Negeri Selangor. Mitsui Outlet itu tak ada tulis Sepang, kena tulis Sepang juga supaya orang tahu itu Sepang. Dan baru-baru ini saya sempat bermusafir ke World Urband Forum atas kapasiti EXCO PBT bersama Menteri KPKT dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, delegasi PBT untuk kita ke situ membentangkan kertas kerja dan sebagainya sustainable, development, urbanized dan sebagainya. Saya sempat pergi ke Piramid, Yang Berhormat Dengkil kata kenapa saya menaiki unta dan sebagainya. Saya kena pergi ke tempat orang lain. Ini 7 keajaiban dunia kena tengok juga. Ada kesempatan kena tengok, keluar TikTok supaya tahu tempat orang bagaimana mereka menarik 1,017 juta setahun pelancong datang ke Egypt ke Cairo untuk piramid ini dan apa tarikan boleh kita bawa inspirasinya dan idea nya di Sepang dan sebagainya. Mungkin di Splash Mania, di Paya Indah Wetland boleh kita bawa kuda boleh kita bawa unta di situ. Haa... itu idea mungkin kita boleh lakukan di Splash Mania, di Dengkil, di Paya Indah Wetland. Ini antara cetusan idea. Jadi lain kali kita bawa Dengkil sekali kalau ada peruntukan lah insya-Allah. Ini saya rasa sekadar itu untuk semua ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih atas pertanyaan-pertanyaan ataupun kupasan yang prihatin terhadap PBT, Pelancongan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sekinchan. Sekinchan.. Sekinchan..

TUAN SPEAKER

: Sekinchan teruskan. Teruskan.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Habis dah, saya nak tutup dah.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sekinchan tak jawab satu tentang yang saya bangkitkan.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Apa dia.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Itu berkenaan jalan PJS 2, yang mana sesi lepas Sekinchan dah jawab dah ada extension. Jadi kali ini kita nak tahu sebab kita dah bangkitkan sebabnya Seri Setia pun terlibat sama. Jadi sebagai EXCO PBT perlu ada perhatian sebab jalan PJS 2 ini, bulan ini saja dah 2 kemalangan maut. Jadi saya minta kepada EXCO untuk jawab sebab saya dah bangkitkan dalam perbahasan.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Terima kasih, saya terima apa pandangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang untuk bagi jawapan bertulis ya, terima kasih dan jangan lupa tahun depan tahun melawat Selangor, Visit Selangor ya, nak bercuti pusing Selangor dulu. Surprising Selangor, Selangor penuh kejutan. Selangor akan... (bahasa jawa).. Selangor (bahasa cina).. Sekian terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Speaker

Terima kasih kepada EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Sekarang giliran EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar . Kita ada 20 minit.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengambil peluang ini. Gaduh lagi tinggal 19 minit Tuan Speaker.

Speaker

Teruskan. Teruskan.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Okay saya ucapkan terima kasih lah kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada kali ini. Okay, Tuan Speaker sebelum saya menjawab saya ingin maklumkan lah untuk perkara yang telah dijawab ketika soalan lisan tidak diulang. Untuk yang boleh bertulis, saya jawab bertulislah. Kecuali kalau bangkit boleh bangkitlah. Since I ada 19 minute sahaja. Okay saya akan mulakan penggulungan dengan topik pertama yang juga topik yang penting yang saya kira banyak yang bangkitkan iaitu berkaitan dengan kesihatan mental. Saya sebenarnya juga amat menghargai perhatian diberikan terhadap isu kesihatan mental daripada Yang Berhormat sekalian terutamanya Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Batu Tiga, Yang Berhormat Batang Kali dan juga Yang Berhormat Sungai Kandis. Namun tidak benar sekiranya ada yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri langsung tidak memberikan perhatian ataupun meletakkan kepentingan masalah kesihatan mental ini sebagai masalah yang utama. Sedangkan teras ketiga Belanjawan Negeri Selangor 2025 memupuk negeri penyayang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar. Kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak 500 ribu bagi program Mental Sihat yang boleh dikatakan significant berbanding dengan mana-mana negeri-negeri lain di Malaysia. Kepentingan penjagaan kesihatan mental oleh rakyat negeri Selangor juga sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri.

Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri pada 2019 telah memperkenalkan program kesihatan mental dengan kerjasama daripada Pusat Kaunseling Selangor, Persatuan kaunseling Malaysia International dan Badan Bukan Kerajaan seperti Mental Ilness Awareness & Support Association. Jadi pada tahun 2021 juga Kerajaan Negeri Selangor sendiri telah

memperkenalkan program Selangor Mental Sihat di mana melalui program ini rakyat negeri Selangor dapat menjalankan pertamanya saringan kesihatan mental secara percuma melalui khidmat sokongan kesihatan mental dengan talian SEHAT, dan sejak diperkenalkan lebih daripada sejumlah hampir 1,600 individu yang telah menggunakan talian SEHAT. Dan dari sudut advokasi pula sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor juga telah mewujudkan banyak video psiko-pendidikan di aplikasi SELangkah, di Youtube yang menyediakan berbagai jenis video yang boleh meningkatkan literasi masyarakat terhadap kesihatan mental dan penyakit mental. Dan selama ini Kerajaan Negeri telah menerbitkan 19 video bual bicara kesihatan dan 60 video psiko-pendidikan daripada pelbagai topik berkaitan dengan kesihatan mental dan selain daripada itu sejak kebelakangan ini memang kita juga melihat dengan trend terkini kita ada menjemput beberapa pempengaruh daripada pelbagai latar belakang seperti Farah Ann, Diana Danielle dan juga pempengaruh kesihatan seperti Dr. Say ataupun Dr. Malarsanti untuk terlibat dengan program kesihatan mental dan kesihatan awam di bawah inisiatif kerajaan negeri Selangor. Jadi selain daripada itu, pengguna sendiri juga boleh melakukan saringan seperti yang dikatakan kesihatan mental kendiri melalui aplikasi SELangkah dan sekiranya didapati keputusan tidak normal, pesakit boleh menjalankan saringan kedua di klinik Selcare sebelum kita boleh rujukkan ke Klinik Pakar Psikiatri dan juga psikologi yang terpilih untuk rawatan pakar dan Kerajaan Negeri apabila menawarkan inisiatif rawatan susulan ini bersama dengan Pakar Psikiatri dan Psikologi juga telah memperuntukkan rawatan bersubsidi sebanyak lima sesi dengan peruntukan sebanyak RM 1,000 bagi setiap pesakit yang merangkumi rawatan dan ubat-ubatan. Dan Tuan Speaker seramai 290 orang pesakit yang telah menerima manfaat daripada subsidi ini sejak inisiatif ini diperkenalkan. Jadi Yang Berhormat Sungai Kandis telah maklumkan bahawa program Sihat, juga ingin saya maklumkan program Sihat ini tidak menetapkan sebarang had umur dan juga ianya terbuka kepada semua warga Selangor. Jadi antara pesakit yang kita ada, ada di antaranya seawal umur 13 tahun.

Jadi selain daripada itu, Ahli-Ahli Yang Berhormat Hulu Kelang, Batu Tiga, Sungai Kandis telah berbahas tentang cadangan pembinaan fasiliti atau pusat kesihatan mental kos rendah di kawasan berkepadatan tinggi termasuk juga ada yang cadangkan menggabungkan dengan Klinik-klinik Selcare sedia ada. Dan tidak dinafikan isu kesihatan mental adalah antara isu yang perlu diberi perhatian dan saya setuju kalau kita mempunyai kapasiti sedemikian memang itu adalah sangat penting. Namun yang demikian dalam menyediakan fasiliti ataupun kesihatan khas, ianya perlu disediakan dengan bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan kesihatan dan kesejahteraan pesakit. Kita tidak boleh mengabaikan isu-isu yang perlu diperhalusi dan pertikai seperti kos perkhidmatan pakar psikologi, kos penyelenggaraan fasiliti, tahap keperluan sambutan komuniti sekitar kepada perkhidmatan tersebut dan juga penetapan lokasi yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai Pusat Kesihatan Mental tersebut.

Namun saya ingin tegaskan ini tidak bermaksud Kerajaan Negeri tidak meletakkan apa-apa usaha atau kita tidak melihat ke arah itu. Melalui Jawatankuasa Kesihatan Awam, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha bagaimana kita boleh menambah baik Program-program Kesihatan Mental dari semasa ke semasa. Jadi selain daripada program yang sedia ada iaitu Selangor Mental Sihat sejak tahun 2021 Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif Pusat Kaunseling Hub Sihat iaitu Program Rintis di mana Kerajaan Negeri dalam telah menyediakan Pusat Khidmat Kaunseling kepada penduduk di semua 9 Daerah di Negeri Selangor yang telah mula dilaksanakan sejak September ini. Jadi kita memang ada melaksanakan. Ini juga merupakan projek rintis, kita nak pastikan sambutan daripada masyarakat dan juga warga Selangor terlebih dahulu dan sementara melihat kepada isu kapasiti yang boleh ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Jadi saya ingin terangkan sikit, pusat ini beroperasi pada setiap hari Sabtu kecuali cuti umum dan merupakan satu langkah permulaan oleh Kerajaan Negeri untuk menilai tahap keperluan masyarakat setempat terhadap perkhidmatan khidmat kaunseling.

Jadi untuk makluman Dewan Yang Mulia ini sehingga hari ini seramai 105 individu yang telah menerima perkhidmatan kaunseling ini sejak ia di laksanakan pada bulan September yang lalu. Jadi program rintis ini sebenarnya adalah amat penting kerana sambutan daripada program ini akan membantu kerajaan merangka penambahbaikan kepada inisiatif Pusat Kaunseling Hub Sihat dan juga topik kesihatan mental ini. Dan selain daripada Pusat Kaunseling Hub Sihat kerajaan juga telah memulakan bengkel pencegahan bunuh diri, bengkel kesihatan mental dan juga bengkel-bengkel yang berkaitan. Ia mengikut trend yang terkini, contohnya cyber buli ataupun isu-isu semasa yang berlaku dan ia akan diadakan di semua daerah di bawah Negeri Selangor. Jadi bengkel ini menyasarkan penyertaan daripada ketua komuniti dan ketua komuniti inilah sangat penting kerana merakalah yang akan mengangkat tanggungjawab ini sekiranya kita mahu, memberi kesedaran kepada orang atau pun masyarakat yang lebih besar jumlah kuantitinya jadi dia termasuk ketua kampung, wakil pusat khidmat masyarakat, badan pengurusan bersama (JMB) dan juga sukarelawan kesihatan seperti Sukarelawan Komuniti Selangor (SUKA). Dan antara pengisian bengkel ini adalah kita menerangkan berkaitan stigma kesihatan mental dan bunuh diri. Risiko dan tanda amaran berkaitan bunuh diri serta pelan sokongan kesihatan mental berasakan komuniti jadi harapan kita adalah pemimpin komuniti ini dia boleh juga melalui ilmu dan pengalaman yang mereka ada melalui bengkel ini dan mereka boleh lebih cakna berkenaan isu kesihatan mental dan memberikan khidmat kepada komuniti selain daripada tanggungjawab untuk menyebarkan kesedaran kepada komuniti. Dan setakat ini bengkel ini telah dilaksanakan di 3 Daerah, iaitu Daerah Klang pada 14 September tahun ini, kuala Selangor 12 Oktober dan Sabak Bernam Pada 16 November dengan penyertaan setiap tempat pemimpin komuniti seramai 30 orang peserta. Jadi bengkel ini akan diteruskan di laksanakan di

daerah-daerah yang lain pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Tuan Timbalan Speaker.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Sekejap ya. Saya cuba. Okay

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Yang Berhormat mengesahkan bahawa masalah kesihatan mental ini satu isu yang perlu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak khususnya kerajaan. Yang Berhormat juga mengesahkan bahawa sudah ada pusat Khidmat Kaunseling yang bermula sejak September tahun ini iaitu sekitar dua bulan yang lalu. Cuma saya ingin mendapat penjelasan siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat kaunseling ini? Apakah mereka mempunyai sijil atau pun kelayakan untuk memenuhi permintaan daripada mereka yang memerlukan rawatan? Kerana saya telah mencadangkan dalam perbahasan saya, saya dimaklumkan pada ketika ini ada 400 clinical psychologist yang sedang memberikan khidmat di beberapa hospital sama ada swasta atau pun hospital awam, tetapi jumlah ini terlalu kecil berbandingkan dengan populasi Malaysia 34juta. Tetapi di luar sana masih ada lagi clinical psychology trainees yang sedang memerlukan consultation hour untuk memberikan khidmat kepada mereka yang memerlukan bantuan. Apakah clinical psychology trainees ini dapat kita manfaatkan kepada mereka, kemahiran mereka untuk memberi khidmat di pusat-pusat kaunseling ini? Ataupun yang saya cadangkan mungkin kita boleh tempatkan di pusat khidmat Wakil Rakyat bagi memberikan khidmat kepada komuniti di kawasan tersebut. Itu yang pertama. Yang kedua, boleh kah Yang Berhormat membantu kami memaklumkan apakah tanda-tanda orang yang ada penyakit kesihatan mental. Apakah apabila seseorang itu tidak dapat fokus kepada penggulungan itu juga salah satu tanda orang yang ada masalah kesihatan mental? Pohon pencerahan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang tanya soalan tu dua kali lima. Cakap macam tu senang.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya jawab soalan kedua dulu ye. Sabar.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tak tuduh. Saya minta pencerahan. Betul tak, saya guna istilah pencerahan. Terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya jawab soalan kedua dulu. Saya nak jugalah untuk sebarkan kesedaran sekiranya Ahli-ahli Dewan mana-manalah

saya tak kira mana-mana, tak kira sebelah sini ke sebelah sana ke, ada isu kesihatan mental dan sebagainya jangan asingkan diri. Sebab benda ini sangat subjektif, saya rasa ini perlu ditentukan oleh pakar. Mungkin siapa Yang Berhormat rasa dia ada isu kesihatan mental mungkin kita rasa orang yang berbeza. So, di bawah Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya yang berdekatan dengan SUK Selangor, kita mempunyai pusat kaunseling di Shah Alam. Jadi sesiapa yang rasakan diri dia tertekan perlukan perkhidmatan, perkhidmatan itu adalah percuma, kalau Ahli-ahli Dewan Negeri mana-mana yang nak book the booking you can also contact me (dengan izin) Timbalan Tuan Speaker. Kita berikan keutamaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri ini, kerana..

(Dewan Riuh)

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Takpa la, korang boleh jalankan saringan kesihatan. Okay. Kita berikan keutamaan kerana kesihatan terutamanya kesihatan mental Ahli-ahli Dewan Negeri ini sangat penting supaya kita dapat memperkembangkan. Saya belum jawab lagi yang soalan pertama sebenarnya soalan yang.. lepas tu saya.. sebab saya faham of course terdapat perbezaan antara kaunselor dan juga psikologi, psikiatri ia mempunyai peringkat yang berbeza, keadaan kesihatan how serious (dengan izin) penyakit atau pun isu kesihatan mental. Jadi buat masa ini memang di bawah kapasiti Kerajaan Negeri, kita pada tahun ini memang slogan kita pencegahan adalah rawatan terbaik. Jadi fokus Pusat Kaunseling Hub itu adalah kita mahu memberikan kaunseling kepada mereka yang mempunyai isu-isu yang mungkin dapat pada peringkat awal. Jadi tidak begitu serius, jadi mereka mengalami tekanan, tidak gembira, depres dan sebagainya boleh berjumpa dengan kaunselor. Dan kaunselor-kaunselor tersebut merupakan kaunselor yang mempunyai pengiktirafan yang membenarkan mereka kerana ini juga adalah kerjasama antara JKNS dan sebagainya. Dan kita juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Di mana saya juga ada info-info tambahan. Baru-baru ini sebenarnya ada permohonan 4 perjawatan baru bagi fasiliti hospital awam di Negeri Selangor untuk isu ini yang di tempatkan di Hospital Kajang, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Cyberjaya. Jadi untuk masa yang akan datang, kita akan melihat kepada bagaimana kita boleh set up (dengan izin) Jawatankuasa Kesihatan Mental ini supaya first thing that we wanted to do is that how we string. Ataupun bagaimana kita menyelaraskan supaya kita pastikan apa sahaja program ataupun usaha Kerajaan Negeri ini dia tidak bertindih dengan Kerajaan Persekutuan. So, we need to know how we can use our resources as best as possible. Terima kasih.

Jadi saya teruskanlah dengan perkara yang ditimbulkan mengenai Iltizam Selangor Sihat. Tuan Timbalan Speaker saya boleh minum air sikit?..

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Boleh Sungai Kandis bagi soalan sikit.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya tinggal lima minit

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Sementara nak minum air.

Timbalan Speaker

Teruskan. Teruskan.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Jadi Yang Berhormat Taman Medan. Sebenarnya permohonan sehingga kini ada 64,843 permohonan ahli utama ILS, dan ini ahli utama tidak termasuk pada kategori keluarga di mana lebih banyak sebenarnya permohonan adalah untuk kategori keluarga, oleh itu seluruh penerima manfaat ILS adalah seramai 121,586 orang. Jadi pada masa ini juga kita telah seperti yang dikatakan promosi tak cukup dan baru-baru ini pada September dan Oktober dan kita telah jalankan kempen promosi ISS, pembukaan kaunter pendaftaran di setiap pejabat DUN, dan kita telah mengintegrasikan program pendaftaran ILS dan melibatkan sukarelawan kesihatan komuniti Selangor dan lihat Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk menambah baik proses kelulusan. Dan seterusnya, war on sugar, memang di bawah Kerajaan Negeri Selangor kita mempunyai program-program yang kita mahu menyedarkan ataupun kempen kesedaran supaya terutamanya ibu bapa mengetahui tentang bagaimana kita sepatutnya mengurangkan pengambilan gula dan sebagainya, apakah nutrisi yang seimbang oleh kerana itu kita mempunyai program asas dan sebenarnya saya ingin mengambil ruang ini untuk mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sejak awal telah mengeluarkan pekeliling berkaitan dengan arahan mengasingkan gula dalam penyediaan minuman untuk mesyuarat dan program rasmi. Jadi saya cuma nak mengingatkan lagi sekalilah supaya semua jabatan-jabatan mengambil langkah ini.

Dan seterusnya mengenai manfaat hospitalisasi di PPUM, memang sekarang di dalam perbincangan seperti yang telah dicadangkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Kampung Tunku, kita telah dalam perbincangan cuma masing-masing sedang melihat persetujuan atau pun agreement (dengan izin). Dan isu-isu lain saya akan mengambil maklumlah sekiranya perlukan bertulis maklumkan pada saya kerana saya tinggal tiga minit untuk Alam Sekitar. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Kajang, Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Taman Medan telah membangkitkan persoalan tentang komitmen negeri dalam agenda hijau ini untuk makluman penyediaan sage yang dibangunkan pada tahun ini adalah sebahagian sahaja daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memperjuangkan 4 jenis sumber tenaga dan selain daripada itu memang saya tak akan ulang la. Kita pun mempunyai pelan induk Net Zero City. Dan juga pada minggu hadapan saya akan menjalankan press conference

(dengan izin) iaitu bagaimana kita mahu melancarkan dasar perubahan iklim Negeri Selangor. Yang telah di finalize atau pun dimuktamadkan dan selepas itu juga sebenarnya untuk Pusat Adaptasi Perubahan Iklim, kita sedang sasarkan supaya ia bermula pada Disember tahun ini. Jadi dengan semua ini kita harap ia mempunyai rangka kerja yang penuh supaya kita dapat melihat ke arah kehijauan ataupun apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian dan juga beberapa isu kawasan yang mungkin penting tentang letupan kuari Desa Bukit Indah memang secara umum Kerajaan Negeri melalui agensi teknikal yang berkaitan seperti JAS, Jabatan Mineral Geosains jabatan perhutanan akan memantau setiap aktiviti yang beroperasi dan sekiranya ada apa-apa aktiviti yang dilakukan pelesen kuari perlu mengemukakan permohonan peletupan terlebih dahulu dan biasanya Jabatan Mineral Dan Geosains akan mengikut dan memantau setiap letupan agar setiap aktiviti yang dilaksanakan mengikut perancangan dan syarat. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Jaras. Dan saya telah semak dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, aduan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat telah disiasat pada 30 Julai 2024 dan didapati tidak benar. Jadi sekiranya ada apa-apa yang rasakan memang laporan itu tidak puas hati dengan laporan tersebut dan sebagainya boleh maklumkan melalui surat rasmi supaya kita dapat lihat dan juga isu tentang penerokaan Hutan Simpan Sungai Panjang, Sungai Panjang ada bangkitkan isu penerokaan Hutan Simpan Sungai Karang. Dan untuk makluman yang berhormat senarai kampung-kampung yang dinyatakan dalam soalan bertulis adalah senarai kampung di mana sebahagian penduduknya terlibat dengan projek pertanian di dalam kawasan permit berkenaan. Kawasan yang tidak disenaraikan tidak terletak di kawasan hutan simpan yang memerlukan permit dan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Dan Kerajaan Negeri melalui JPNS akan mentadbir urus memantau dan melaksanakan penguatkuasaan dalam kawasan hutan simpanan kekal sahaja mengikut enakmen pemakaian Akta Perhutanan Negeri 1985.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang. Sebab ada..

Timbalan Speaker

Takda dah. Sekarang pukul 6.00. You tutup seminit. Okay, macam ini Yang Berhormat EXCO, mana-mana soalan yang belum dijawab oleh Yang Berhormat EXCO boleh dijawab secara bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 6.00 petang, dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 sehingga hari esok 22 November 2024 bermula jam 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)