Selangor · 22 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · not final · 327 turns · 36,867 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 22 November 2024 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa (Doa dibaca).
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan.
Salam sejahtera dan selamat pagi diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, tanpa melengahkan masa, saya menjemput Yang Berhormat Paya Jaras.
Tuan Speaker.
Ya.
Peraturan Tetap 24 (2).
Sementa, apa dia?
Soalan nombor 50.
Baik saya benarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Jalan Masuk Ke Kampung Bahagia, Bukit Lagong, Sungai BulohQuestions
50. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status permohonan untuk menurap semula jalan utama masuk ke Kampung Bahagia Bukit Lagong, Sungai Buloh?
b) Bilakah projek ini dapat dilaksanakan?
Bismillahirahmanirahim. Assalamalaikum Warahmatullhi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan terima kasih Yang Berhormat Sementa, yang mengambil soalan bagi Yang Berhormat Paya Jaras. Tuan Speaker, soalan Paya Jaras berhubung dengan isu jalan masuk ke Kampung Bahagia Bukit Lagong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jalan ini adalah di bawah jalan kampung yang di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Telah menjalankan kerja-kerja penurapan bermula 20 Oktober 2024 dan telah mencapai tahap 90% siap bagi kerja-kerja penurapan sepanjang lebih kurang 530 meter dengan menggunakan peruntukan projek mesra rakyat sebanyak RM100,000.00. Projek ini kita juga letakkan bahan yang baik iaitu menggunakan asphalt concrete wearing course ACWC 14 ya dengan 50 milimeter ketebalan dan untuk garisan jalan bagi ketahanan kita menggunakan reflective thermo plastic dengan izin, bagi memastikan keselamatan dan ketahanan yang lebih baik. Saya rasa boleh siap dalam bulan ini ataupun pertengahan bulan 12 ini. Terima kasih.
Selat Klang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 51.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. PerumahanQuestions
51. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah dan akan dibina untuk membantu rakyat miskin di Selangor memiliki rumah sendiri?
b)
Berapakah jumlah yang siap dibina telah berjaya diduduki oleh golongan tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Selat Klang. Yang Berhormat Selat Klang bertanyakan berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah dan akan dibina untuk membantu rakyat miskin di Selangor memiliki rumah sendiri? Dan seterusnya soalan (b), berapakah jumlah yang telah siap dibina telah berjaya diduduki oleh golongan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Perumahan Mampu Milik atau Rumah Selangorku 3.0 adalah untuk merealisasikan matlamat Satu Keluarga Satu Kediaman, yang sempurnanya adalah untuk memastikan rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik dan selesa untuk didiami. Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014 sehingga 31 Oktober 2024. Terdapat 445 projek dengan 252,894 unit Rumah Selangorku telah dibina dan Mesyuarat Kerajaan Negeri daripada jumlah tersebut, 128 projek dengan 41,196 unit Rumah Selangorku telah dibina dan diserahkan kunci kepada pembeli. 59 projek dengan 23,224 unit sedang dalam pembinaan dan 258 projek dengan 188,474 masih di peringkat perancangan. Berdasarkan statistik pada Kerajaan Negeri, sebanyak 128 projek dengan 41,196 unit Rumah Selangorku telah diserahkan kunci kepada para pembeli, yang telah disempurnakan oleh pemaju. Untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak memfokuskan secara khusus pembinaan rumah mampu milik kepada kategori rakyat miskin. Antara lainnya adalah kerana melibatkan kemampuan pembelian dan penilaian yang dibuat oleh institusi kewangan untuk membiayai pinjaman perumahan. Di mana terdapatnya satu skim Smart Sewa yang juga bertujuan membantu menyediakan dan memiliki unit rumah untuk kediaman bagi pembeli-pembeli yang kurang mampu. Namun begitu Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia Pembasmian Kemiskinan Hal Ehwal Orang Asli dan juga minoriti menawarkan bantuan baru iaitu baik pulih rumah bagi rakyat miskin di Negeri Selangor di bawah Skim Bantuan Baik pulih dan Bina Rumah Baru Prihatin yang merupakan salah satu di bawah Program Iltizam Selangor Penyayang. Program Bantuan Rumah Prihatin ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa dan selamat sebagai tempat berteduh. Terdapat 2 jenis bantuan di bawah program ini iaitu kos baik pulih sebanyak RM35,000.00 dan juga rumah bantuan baru, membina baru yang berkeluasan 660 kaki persegi dengan had siling RM85,000 bagi sebuah rumah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang didapati di Pejabat Daerah atau Pejabat Penghulu Mukim. Antara syarat-syarat untuk memohon Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Rumah Baru Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut; yang pertama emohon merupakan pengundi di dalam Negeri Selangor dan bermastautin melebihi 15 tahun.
Yang kedua, pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM2,000 sebulan dan umur antaranya 45 tahun sehingga 75 tahun adalah kecuali orang OKU. Ini bermaksud 45 tahun kerana dia dalam keadaan yang tidak berupaya untuk membina rumah. Hanya
dua keluarga sahaja, ketua keluarga sahaja yang layak untuk memohon dan pastikan dia beristeri pertama sahaja. Bagi isteri kedua tiada di dalam syarat ini. Untuk isteri pertama sahaja. Keadaan rumah daif dan tidak sesuai diduduki, untuk baik pulih. Kemudian rumah pemohon mestilah rumah berada di kawasan perkampungan tradisi dan kampung baru yang mana rumah tersebut di atas tanah milik sendiri atau pun tanah milik TOL yang diberikan kebenaran oleh pejabat tanah. Yang ini di bawah STANCO Sumber Manusia Yang Berhormat Banting. Untuk makluman jua 2023 sebanyak 260 penerima telah diluluskan bantuan bina rumah baru dan juga 479 buah rumah yang telah lulus baik pulih rumah. Secara keseluruhannya memberi manfaat kepada 739 penerima yang telah menerima. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat kerana telah memberikan jawapan yang begitu baik dan menunjukkan bagaimana prihatinnya Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyatnya. Soalan saya daripada beberapa projek ini, berapakah projek yang menggunakan atau yang dilaksanakan melalui konsep sewa beli lease to hold dalam bahasa Inggeris satu. Yang keduanya Yang Berhormat, di luar sana saya rasa ramai anak-anak muda khasnya yang inginkan yang mempunyai impian untuk membeli rumah tetapi ada kekangan-kekangan yang mereka hadapi seperti tindakan mahkamah umpamanya yang banyak sekali saya mendapat maklumat mereka-mereka yang terlibat dengan kredit kad, tak bayar kredit kad, pinjaman kenderaan, pinjaman perniagaan dan sebagainya. Jadi apakah tindakan ataupun apakah tindakan yang kerajaan boleh buat untuk membantu mereka-mereka yang di dalam golongan ini untuk mencapai impian mereka untuk mendapatkan beli rumah untuk mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, untuk... saya tidak ada rujukan tetapi walau bagaimanapun konsep itu masih lagi kita teruskan dan kita melihat lagi ada beberapa kawasan lagi yang perlu diberi perhatian untuk memastikan pemilikan rumah ini kepada golongan sasaran kita. Dan bagi yang tidak layak untuk membuat pinjaman dan sebagainya kita juga ada memberi pandangan dan juga nasihat jika mereka memerlukan. Datang ke LPHS kita melihat apakah keperluan yang kita boleh bantu dari segi kemungkinan dia tidak layak, isterinya atau keluarga-keluarga terdekat yang boleh kita pastikan mereka ini mendapat pelepasan dan juga bantuan dari segi guaman dan sebagainya. Jadi yang ini memang ada beberapa kes yang telah kita dapat bantu tapi dengan syarat-syarat yang memberikan mereka ini tidak terikat dengan perundangan dan sebagainya. Terima kasih.
Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat, soalan saya nombor 52.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Wanita Berdaya SelangorQuestions
52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perkembangan terkini agensi Wanita Berdaya Selangor dan pelan rancangan?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Sentosa. Soalan berkaitan perkembangan terkini agensi Wanita Berdaya Selangor dan pelan rancangan? Tuan Speaker, Kerajaan Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor WBS telah melancarkan Dasar dan Pelan Wanita Selangor bagi tempoh 2024-2026 pada 31 Mei 2024 yang lalu. Usaha ini adalah kesinambungan kepada dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan Bagi Tahun 2017-2020. Melalui dasar ini lima titik tumpuan telah dimuktamadkan meliputi pengarus pembangunan gender pembangunan ekonomi dan kehidupan kepimpinan dan perwakilan dan kesejahteraan dan keselamatan kreativiti dan inovasi. Selaras dengan dasar tersebut strategik telah ditetapkan bagi memandu pengoperasian WBS seperti berikut ;
1. Pembangunan Dasar dan Polisi – Di mana WBS bertanggungjawab memastikan pelaksanaan dan pemantauan Dasar Wanita di negeri ini dengan tumpuan diberikan kepada matlamat pertama menggalakkan kerangka pembangunan peka gender di mana projek rintis pengarus perdanaan gender sedang dilaksanakan bagi kohod ketiga pada tahun 2024. Sebanyak 11 jabatan atau agensi kerajaan dilibatkan di dalam sesi latihan kapasiti audit gender dan pembangunan pelan tindakan gender di organisasi masing-masing.
2. WBS juga merupakan agensi pelaksana utama dalam pembangunan dasar ekonomi penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2030 di mana
dasar ini akan memandu inisiatif dan program bagi mencapai visi Selangor sebagai hub ekonomi penjagaan dalam masa yang sama mengangkat ekosistem penjagaan sebagai peluang ekonomi khususnya bagi wanita.
3. WBS dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor LPHS sedang menjalankan kajian pembudayaan wanita ke arah matlamat pembangunan lestari melalui pemilikan rumah wanita di Negeri Selangor. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap akses peluang dan pembedayaan wanita bagi pemilikan rumah.
Untuk aspek kedua bagi pembedayaan wanita WBS melalui pusat Wanita Berdaya PWB di seluruh 56 DUN telah memastikan pelbagai program melalui modul kapasiti dan kemahiran untuk meningkatkan sosio ekonomi wanita di komuniti dengan jumlah penerima manfaat sehingga hari ini seramai 35,746 orang. Bagi menambah baik modul pembangunan ekonomi WBS telah melancarkan Program Dana Pembangunan Ekonomi Wanita DEW bagi meningkatkan daya saing usahawan dalam bentuk kraf tangan seiring perkembangan semasa di mana program ini adalah hasil kerjasama Khadijah International Wakaf Foundation KIWF. Untuk pengetahuan juga beberapa produk atau pun daripada karya PWB akan ditempatkan di Merdeka 118. Pada tahun 2024 juga kerajaan melalui WBS juga telah memberi geran bantuan rumah perlindungan kepada 6 badan bukan Kerajaan Negeri Selangor di mana geran ini bertujuan membantu menambah baik perkhidmatan rumah perlindungan dari segi fasiliti dan program latihan dan geran yang telah diserahkan dalam satu majlis semalam berjumlah RM73,000.00. Yang ketiga, WBS juga melaksanakan kempen 16 hari melawan keganasan berasaskan gender bermula 25 November sehingga 10 Disember 2024 yang dijalankan setiap tahun. Program ini mendidik masyarakat supaya lebih sedar dan faham mengenai bentuk keganasan, mental dan fizikal khususnya berlaku terhadap wanita dan kanak-kanak.
Dan aspek ketiga, tumpuan wanita negeri Selangor ialah pembinaan kepimpinan di mana menerusi program Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) yang bermatlamat melahirkan lebih ramai pemimpin wanita di lapangan politik dan kerja sosial dan program bagi kohort 4 sedang berlangsung dengan penyertaan seramai 112 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang terlibat secara aktif bersama dengan badan bukan kerajaan atau NGO. Di bawah pembinaan kepimpinan juga WBS sedang melaksanakan sidang wanita Selangor SIWANIS dengan kerjasama Pejabat Speaker Negeri ia merupakan satu simulasi sidang Dewan Negeri yang bertujuan membentuk pemimpin wanita yang lebih berkualiti. Seramai 56 perwakilan wanita sedang melalui latihan pembangunan kapasiti dan sesi mentoring bersama tenaga pengajar dan mentor yang berpengalaman luas. Yang ketiga, program Insentif Digital Media Usahawanita Muda 2024 telah dilaksanakan melibatkan lebih daripada 237 orang peserta dan program ini bertujuan memupuk
kesedaran wanita muda tentang penggunaan teknologi digital bagi menjalankan dan mengembangkan perniagaan. Yang terakhir, untuk pembinaan kepimpinan, Biasiswa Wanita Berdaya Selangor ataupun Biasiswa Wanita Berdaya ini menawarkan sokongan kewangan dengan memberi tajaan pengajian di peringkat pelbagai daripada Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dan sehingga kini Alhamdulillah seramai 24 orang telah menerima biasiswa WBS dan melanjutkan pengajian di Open University Malaysia (OUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia. Sekian, dimaklumkan.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana memberikan satu jawapan yang cukup lengkap dan hanya satu soalan sahaja. Memandangkan PWB sekarang banyak program tertumpukan kepada golongan B40, adakah untuk tahun 2025 ada program untuk tertentu yang direka ataupun di rancang untuk golongan M40 dan juga untuk golongan profesional. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat untuk soalan tambahan. Sebenarnya PWB ini tidak mengkhususkan kepada sasaran, kepada kelompok B40 semata-mata tetapi komposisi kompetensi dan juga kemahiran itu boleh diluaskan mengikut kesesuaian demografi. Di luar daripada kapasiti PWB pelbagai program yang akan dilaksanakan untuk memenuhi matlamat merapatkan jurang sosioekonomi yang saya kira kita akan luaskan kepada networking atau peluasan jaringan hubungan kepada kelompok profesional di kalangan wanita seperti arkitek, akauntan dan sebagainya. Dan juga ruang untuk majlis ilmu yang juga menggunakan perantara bahasa Inggeris yang mana ini adalah satu segmen yang juga dimiliki ataupun diminati oleh kelompok M40 ke atas. Jadi saya kira kita tidak membataskan PWB dan program-program WBS hanya untuk kelompok B40 tetapi kita menstrategikan supaya wanita berdaya Selangor ini memenuhi aspek dasar wanita dan pelan tindakan untuk tempoh 2023 hingga 2026.
Soalan seterusnya. Subang Jaya.
Tuan Speaker, soalan Subang Jaya no. 53.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Selangor Sasar 60% Guna Pengangkutan AwamQuestions
53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah progres pencapaian sasaran 60% penggunaan pengangkutan awam bagi Negeri Selangor?
b)
Nyatakan strategi Blueprint Pengangkutan Awam Negeri Selangor.
Tuan Speaker, saya mohon soalan 53 daripada Subang Jaya dijawab bersekali dengan soalan 71 daripada Balakong. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor melalui pelaksana inisiatif-inisiatif di bawah Selangor Mobiliti mendapati bahawa capaian penggunaan pengangkutan awam semakin mendapat sambutan yang baik daripada pengguna di mana bilangan jumlah penumpang meningkat dari semasa ke semasa. Berdasarkan data terkini purata penggunaan harian pengangkutan awam di Selangor adalah sekitar 1.1 juta penumpang. Ini termasuk perkhidmatan yang dikendali oleh Prasarana Malaysia Berhad seperti LRT, MRT, Monorel dan bas. Selain itu projek pembinaan LRT 3 yang menghubungkan kawasan Bandar Utama Petaling Jaya hingga ke Johan Setia yang dijangka beroperasi mulai pertengahan tahun 2025 juga akan memberikan impak yang positif terhadap peningkatan penggunaan pengangkutan awam oleh orang ramai. Walau bagaimanapun masih terdapat perkara yang perlu ditambah baik merangkumi penyediaan infrastruktur dan kesaling hubungan rangkaian pengangkutan awam di Negeri Selangor. Hal ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor begitu komited untuk mencapai sasaran 60% pengguna pengangkutan awam menjelang tahun 2035. Kerajaan Negeri dalam perancangan menyediakan sebuah pelan pengangkutan awam yang komprehensif. Pelan ini memberi tumpuan kepada pembangunan dan penyediaan perkhidmatan jaringan pengangkutan yang menyeluruh dan memenuhi keperluan first mile last mile connectivity. Pelan ini tidak hanya memfokuskan kepada mode pengangkutan seperti bas, rel, teksi atau e-hailing sahaja. Tetapi juga merangkumi semua aspek pengangkutan dalam satu ekosistem yang melibatkan infrastruktur lain seperti perhentian bas, hab pengangkutan awam, mikro mobiliti, e-skuter dan laluan pejalan kaki. Pada masa ini, terma rujukan ataupun term of reference untuk kajian pelan induk mobiliti Selangor sedang dalam peringkat akhir penyediaannya. Sesi bengkel bersama semua PBT negeri Selangor dengan Jabatan teknikal telah diadakan pada 1 hingga 4 Ogos 2024 bagi membincangkan terma rujukan bagi memastikan kajian yang akan dilaksanakan adalah
menyeluruh dan mengambil kira dasar strategi dan garis panduan yang berkaitan sama ada yang merangkumi di peringkat negeri, negara dan antarabangsa selain memberi pendekatan terhadap isu pengangkutan awam yang dihadapi oleh setiap PBT dan memberi fokus kepada usaha Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan accessibility kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih selesa dan efisien kepada rakyat di negeri ini. Dan bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balakong pada waktu ini Kerajaan Negeri sedang mengkaji DUN yang berpotensi untuk dikembangkan bagi perkhidmatan DRT dan sebagainya. Kerajaan sedang memuktamadkan perancangan pelaksanaan penuh DRT ini. Beberapa Ahli Dewan Negeri telah pun membuat permohonan untuk perkhidmatan ini seperti Taman Templer, Taman Medan, Petaling Jaya, Lembah Jaya, Balakong dan beberapa lagi. Cadangan ini sedang diperhalusi bagi pelaksanaan tersebut. Untuk perkhidmatan bas Smart Selangor, di kawasan DUN Balakong telah mempunyai perkhidmatan bas Smart Selangor laluan KJ 03 iaitu dari Stesen LRT Bandar Tun Hussain Onn ke Taman Tun Perak yang telah beroperasi sejak tahun 2017 hingga kini. Terima kasih.
Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan yang saya ingin tujukan berkenaan dengan pengangkutan bas Selangorku di mana kita dapati banyak anak-anak murid, keluarga mereka tidak dapat menampung kos transport mereka sehingga banyak anak murid ini tidak dapat pergi ke sekolah. Bolehkah kita merancang laluan-laluan khas sebelah pagi dan sebelah tengah hari untuk anak-anak ini, untuk ambil bas Selangorku yang boleh lalu ke kawasan-kawasan sekolah khususnya untuk membantu golongan-golongan keluarga yang tidak dapat menampung kos transport. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Sebenarnya kebanyakan laluan bagi bas Smart Selangor bukan bas Selangorku ya, bas Smart Selangor melalui sekolah-sekolah, hospital, pusat membeli belah, kawasan komersial dan sebagainya. Jadi sekiranya Yang Berhormat Sentosa ada cadangan untuk melalui mana-mana sekolah yang Yang Berhormat rasa penting boleh bagi cadangan ini melalui PBT supaya kita boleh ubahsuai ataupun menambahbaikkan laluan yang telah disediakan di kawasan Sentosa. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingat perkhidmatan bas Smart Selangor di Kuala Langat ini boleh saya nak katakan dalam pembaziran sebab kerap kali apabila saya bertembung ini memang jumlah hampir kadang-kadang kosong, tak ada pun. Saya ingat ini kena ambil satu tindakan yang segera kerana saya melihat ini juga satu pembaziran. Yang keduanya adalah saya kira dengan terlaksananya WCE ya yang di Selangor pun selesai jajarannya nanti dan akan ada kesinambungan jajaran sehingga ke Johor perkhidmatan pengguna pengangkutan awam ini akan bertambah dan saya ingat antara isunya yang berlaku di kawasan Kuala Langat ini saya tak tahu apa status hentian integrasi di Banting, di Kuala Langat ini kerana itu antara perkara yang sangat penting bagi tujuan pengangkutan awam mungkin daripada Utara mungkin ke Banting atau daripada Selatan sehingga ke Banting untuk pengguna menggunakan perkhidmatan awam ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Sijangkang, sebenarnya ayat pembaziran itu saya kurang setuju kerana segala peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri demi kebajikan rakyat itu saya rasa itu bukan pembaziran. Tetapi kalau kata sambutan bas Smart Selangor di kawasan Sekinchan, eh bukan Sekinchan maaf, Sijangkang ataupun Kuala Langat yang itu kurang memuaskan itu mungkin kita perlu kaji semula laluan-laluan yang sedia ada. Adakah laluan baru seperti melalui sekolah akan dapat sambutan lebih baik dan itu satu kaedah dan kaedah kedua adalah kita sedang mengkaji bagaimana kita untuk memperluaskan perkhidmatan DRT ke kawasan luar bandar seperti di Kuala Langat kerana buat masa ini perkhidmatan DRT dapat sambutan cukup baik di kawasan bandar dan mungkin juga akan dapat sambutan yang baik di kawasan luar bandar. Jadi ini adalah salah satu, salah satu hala tuju bagi Kerajaan Negeri Selangor untuk memperluaskan lagi perkhidmatan DRT supaya kita dapat merangkumi lebih banyak kawasan perkhidmatan pengangkutan awam ini. Terima kasih.
Seterusnya Seri Serdang.
Tuan Speaker. Tuan Speaker, Peraturan Tetap 24 (2) saya tanyakan untuk Seri Serdang.
Saya benarkan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no. 54.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Isu Gerai HaramQuestions
54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Terdapat premis gerai yang diberi lesen walaupun berada di tanah yang tidak sah. Apakah pendirian dan tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini?
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Lembah Jaya yang mengangkat soalan Seri Serdang. Seri Serdang bertanyakan tentang premis gerai tanpa lesen. Untuk makluman Yang Berhormat, Pihak Berkuasa Tempatan PBT tidak melesenkan, tidak melesenkan mana-mana gerai haram yang didirikan di atas tanah Kerajaan ataupun tanah yang tidak sah. Tindakan sitaan dan kompaun akan dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-undang Kecil PBT, Undang-Undang Kecil Penjaja 2007 Dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Establishment Makanan 2007 jika premis perniagaan tidak mempunyai lesen perniagaan. Walau bagaimanapun, sekiranya premis didirikan di atas tanah rizab atau tanah kerajaan dokumen yang disyaratkan adalah perlu mengemukakan salinan permohonan lesen pendudukan sementara MPS daripada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), pihak PBT akan mempertimbangkan permit perniagaan sementara dalam tempoh 6 bulan iaitu tempoh percubaan dengan syarat pemilik perlu mengemukakan kelulusan lesen pendudukan sementara daripada Pejabat Daerah dan Tanah bagi kelulusan pembaharuan permit akan datang. Sekian, terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Gombak Setia.
Tuan Speaker, soalan 55.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Industri Halal Negeri SelangorQuestions
55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan industri Halal di Negeri Selangor?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Soalan ini bertanyakan mengenai apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan industri halal di negeri Selangor. Inisiatif promosi halal Selangor dalam Rancangan Selangor 1 bertujuan menjadikan Selangor hab halal utama di peringkat nasional dan global. Melalui inisiatif ini Kerajaan Negeri berusaha mempromosikan produk dan perkhidmatan halal Selangor secara meluas ke pasaran antarabangsa. Di antara usaha spesifik yang dilaksanakan adalah pertamanya Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC). SELHAC adalah acara tahunan yang menyediakan platform bagi industri halal tempatan dan antarabangsa untuk berinteraksi dan mencari peluang perniagaan. SELHAC 2024 berlangsung di KLCC dengan tema Merancakkan Ekosistem Halal Berfokuskan pematuhan persijilan logistik halal dan inovasi digital. Acara ini menghubungkan syarikat dari pelbagai negara dengan nilai padanan perniagaan melebihi RM60 juta yang diharapkan akan mencapai RM71 juta sepanjang tahun 2024. Yang kedua, penyertaan dalam pameran EXPO dan halal antarabangsa, Kerajaan Negeri Selangor melalui HISS menyertai pelbagai pameran halal termasuk Selangor International Business Summit (SIBS), Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), Penang International Halal EXPO serta yang terkini program antarabangsa seperti MIHAS at Dubai. Melalui penyertaan ini Selangor memperkenalkan produk halal negeri dan membuka peluang rangkaian perniagaan global kepada usahawan-usahawan tempatan. Yang ketiga, diadakan juga majlis townhall bersama PMKS Negeri Selangor. Program ini bertujuan bagi meningkatkan persijilan halal dalam kalangan PMKS di semua daerah di Negeri Selangor dengan mengatasi isu-isu yang dihadapi oleh PMKS dalam mendapatkan sijil pengesahan halal Malaysia. Usaha ini dilakukan bersama dengan JAIS dan HIS Toyyiba.
Nanti Yang Berhormat saya dengar ada bunyi alarm ini. Siapa punya? Jam siapa? Saya mohon semua perhatikan Peraturan Tetap supaya tidak mewujudkan apa-apa gangguan. Silakan Seri Setia.
Terima Kasih Tuan Speaker. Selain itu di antara inisiatif mempromosikan halal Negeri Selangor juga adalah melalui kerjasama dengan PLATS, platform Selangor, Hijrah Selangor dan Selangor Youth Community (Say) bagi membantu menyediakan sokongan menyeluruh kepada usahawan tempatan. Inisiatif promosi Halal Selangor ini memperkukuhkan kedudukan negeri sebagai Pusat Industri Halal Global menjelang 2030. Kerajaan Negeri turut menggalakkan PMKS untuk
mengambil inisiatif segera pensijilan halal ISPHM 2.0 bagi mempercepatkan proses pensijilan halal kepada kurang daripada 30 hari. Kerajaan Negeri juga melalui HIS Toyyiba telah menyediakan Certification Readiness Assessment (CRA) untuk memudahkan pemohon pendapat sijil membuat persediaan sebelum memohon SPHM. Usaha ini juga diharapkan dapat meningkatkan sumbangan ekonomi halal kepada Selangor dan Negara secara keseluruhan. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan 56.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 56. Prestasi Program-Program Iltizam Selangor PenyayangQuestions
56. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status pencapaian serta prestasi program-program Iltizam Selangor Penyayang sehingga kini?
Terima kasih Sijangkang di atas soalan yang telah dikemukakan dan semua sedia maklum bahawa Iltizam Selangor penyayang merupakan satu perubahan dan pergerakan yang telah kita lakukan demi untuk terus memperkasakan program-program social safety net di Negeri Selangor dan dariPADA masa ke semasa kita sudah pasti ingin menambah nilai dan memperbaiki dari segi penyertaan, content dan juga pengisian program-program ini dan kita turut telah merekodkan secara keseluruhan sebab kesemuanya Sijangkang kita ada 46 program secara keseluruhan. Jadi kalau saya baca satu persatu akan mengambil masa yang panjang tetapi saya ambil beberapa program yang saya rasa boleh disebutkan di sini sebagai contoh Program Skim Mesra Usia Emas. Saban tahun kita akan memberikan lebih kepada RM250 ribu. Contohnya tahun 2023, 250,988 peserta dan tahun 2024 jumlahnya adalah 299,690 peserta. Manakala kematiannya sebanyak 6,519 pada tahun 2023 dan khairat kematian RM500 yang diterima adalah sekitar 5,710 pada tahun 2024 sehingga Oktober. Jadi ini antara program yang secara konsisten berlangsung. Kalau kita lihat Jom Shopping Perayaan lebih kurang sama tahun 2023 sekitar 57,123 orang
dan jumlah yang menerima pada tahun 2024 adalah sebanyak 58,043 orang dan ada pertambahan khususnya apabila kita telah menambah beberapa kuota yang diperlukan. Untuk Program Bingkas sebagai contoh pada tahun lepas ada 27,532. Tahun ini ada peningkatan sedikit 27,778 dan ini masih lagi terkandung dalam senarai mereka yang masih lagi belum lengkap sepenuhnya. Untuk Jelajah Ehsan Rahmah Madani tahun 2023 ada 7,031,825. Ini jumlah keseluruhan yang dihitung dan hitungan sehingga kini untuk tahun 2024 sehingga Oktober, hitungan kini adalah 383,700. Ini sedikit sebanyak kerana kita sedang menstrategikan semula daripada JER menumpu kepada sepuluh, sebelas kawasan sebaliknya kita ingin menumpu untuk pembinaan Ehsan Mart yang sedang giat dilaksanakan sebab itu angkanya sedikit berkurang kerana kita hendak buat lebih banyak statik dengan kerjasama dengan Segi dan sebagainya. Untuk projek program seperti Pemeriksaan Kesihatan Mata ada 1,958, tahun ini 1,995, ini antara sebab program-program yang kita lakukan. Malahan program seperti program tuberkulosis ataupun untuk batuk kering, batuk kering yang melanda di Negeri Selangor sebagai contoh disebabkan oleh kemasukan warga asing dan kesan-kesannya juga dalam angka yang sekitar 800 hingga ke 900. Angka ini saya akan berikan dan dia agak dinamik dan fleksibel ada sebagainya kita sedang mengaturkan semula dan ada kadang-kadang ada perbezaan yang ketara antaranya contohnya adalah program RiDE. Itu sebelum ini kita berikan kepada 3,000 orang. Sehingga kini RiDE kita sedang aturkan semula jadi mungkin tahun ini kita tidak dapat laksanakan kita kena susun balik program anak muda. Jadi ini jumlah-jumlah yang kita kumpulkan kalau kita masuk dalam program Skim Air Selangor Darul Ehsan keseluruhan yang mendapat langsung daripada program ini adalah di antara 3 hingga 3.5 juta rakyat daripada 7 juta rakyat. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya Sijangkang.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar. Saya kira bukan program yang baru tetapi program yang bersifat pericentric yang telah dimulakan semenjak 2008 sehingga pada hari ini. Walaupun begitu adalah satu program yang dinamik sudah tentu ada penambahbaikkan harus dilakukan. Yang kedua saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang saya kira sebuah Kerajaan yang mendengar keluhan daripada rakyat dan juga daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri yang membahaskan kemudiannya dan akhirnya tahun hadapan akan dimulakan pemberian khairat kepada RM1,000.00. Jadi persoalan saya adalah kalau kita lihat seperti mana juga jawapan Yang Amat Berhormat di dalam Parlimen contohnya SADE, Sistem Air Darul Ehsan yang pencapai pendaftarannya tidak sehingga 2/3 pun. Kita sasarkan 600 ribu yang akan terlibat tetapi dalam 300 ribu begitu walaupun kita telah tingkatkan kepada mereka yang berpendapatan RM5,000.00, bukan sahaja kepada B40
tetapi pencapaian itu adakah ini satu capaian mungkin sasaran ataupun saya melihat ada kelemahan sebab di kawasan saya masih tidak didaftarkan. Dan satu lagi saya setuju kalau kita lihat daripada Taman Medan sebutkan bahawa pendaftaran Skim Peduli Sihat pun masih lagi dalam keadaan yang rendah walaupun ia boleh didaftarkan secara online dan saya mengharapkan saya hendak tanya juga kepada Kerajaan peruntukan RM10,000.00 untuk Program Skim Peduli Sihat untuk Pembangkang, saya tidak tahu kaedah kriteria hendak guna kalau kita buat program pun redundant dengan yang Kerajaan lakukan dan akhirnya seingat saya beberapa tahun ini kita terpaksa memohon untuk kita gunakan program-program yang lain. Dan saya harapkan juga supaya Pembangkang ini akan dilibatkan dalam Program-program Selangor Sihat untuk membantu terutamanya di kawasan saya, kita lantik penyelarasan agak lambat dan rakyat yang terkesan untuk mendapat surat pengesahan dan sebagainya dan saya harapkan SELangkah ini mungkin boleh diperkasakan kalau dulu hanya semata-mata untuk Covid-19 tetapi mungkin boleh jadi data sebagai rujukan supaya pemberian kita berikan kepada kawasan pembangkang ini tidak redundant dengan apa yang telah mereka dapat daripada pihak Kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk data terkini SADE, Skim Air Darul Ehsan sehingga malam tadi sebab meeting Air Selangor malam tadi malam semalam kita telah ada lebih kurang 319,000 keluarga ataupun isi rumah yang telah mendapat program langsung daripada Skim Air Darul Ehsan dan pendaftaran yang kita terima adalah 340,000 maknanya ada baki lebih kurang 20,000 yang tidak menepati syarat dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat memang sebenarnya kita mengambil sikap untuk membuka pendaftaran itu kerana kita beranggapan dengan satu base, tidak semua orang ingin dan memerlukan air percuma dan dengan sebab itu juga kita dapat memastikan bahawa hanya mereka betul-betul memerlukan mendapat air percuma ini dan tidak hanya berdasarkan kepada andaian. Jadi kita telah buka dengan lama Yang Berhormat. Kita sudah masuk tahun yang keempat ataupun tahun yang ketiga kita laksanakan, tapi saya sedia menerima pandangan mungkin kita perlu naikkan lantai penerima sekarang ini dalam RM5,000.00. Kita tengok balik untuk memenuhkan ramai lagi kita akan menaikkan lantai penerima tujuh atau lapan. Itu berdasarkan penemuan yang kita laksanakan dan umumkan tadi. Berkenaan dengan semalam saya rasa EXCO Kesihatan sudah jawab ada beberapa perubahan yang telah kita pertingkatkan. Namun masih banyak yang perlu kita perkemasan daripada segi pendaftaran-pendaftaran termasuk apa yang dirujuk oleh Taman Medan. Bila Taman Medan sebut 8% sahaja yang mendaftar untuk ISS, sehingga kini telah jejaki kepada 40% di Taman Medan setelah kita lantik penyelaras. Jadi hal-hal ini mungkin faktanya tidak terkini tetapi kita dah tambah baik khususnya untuk penyertaan-penyertaan tersebut dan kita juga akan lihat macam mana barisan kawan-kawan di sana boleh menolong untuk mendaftarkan
dan menyampaikan senarai peserta-peserta terlibat dan terbabit dalam program-program kebajikan Kerajaan Negeri yang telah kita laksanakan sebelum ini. Terima kasih.
Rawang.
Terima kasih Tuan Speaker Soalan saya nombor 57.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Isu Negeri Warga TuaQuestions
57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah Selangor dijangka menjadi negeri Warga Tua?
b)
Apakah perancangan kerajaan untuk menghadapi realiti ini?
c)
Bagaimanakah perkara ini akan menjejaskan produktiviti negeri?
Terima kasih Yang Berhormat Rawang soalan berkaitan bilakan Selangor dijangka menjadi Negeri warga tua. Untuk makluman Yang Berhormat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membahagikan tahap penuaan sesebuah Negara dengan populasi 65 tahun ke atas kepada tiga kategori. Pertama kategori masyarakat menua aging society di mana peratusan populasi yang berumur 65 tahun ke atas adalah lebih 7%. Yang kedua masyarakat tua age society dengan peratusan populasi lebih 65 tahun adalah lebih 14% dan yang ketiga masyarakat tua super age society iaitu peratusan lebih 20%. Di Malaysia dasar warga emas negara mendefinisikan warga emas sebagai individu yang berumur 60 tahu dan ke atas di mana pada tahun 2023 jumlah warga emas di Malaysia berjumlah 3.7 juta orang iaitu mewakili 11.3% daripada jumlah penduduk. Manakala Selangor mencatatkan jumlah warga emas seramai 822,000 orang iaitu 11.4%. Berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Negara akan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030 dengan jumlah warga emas mencapai 15%. Selain itu turut berlaku peningkatan jangka hayat penduduk iaitu berumur 78.1 tahun dan penurunan kadar kesuburan atau total fertility rate di Selangor kepada 1.5 anak. Jumlah penggantian adalah 2 tetapi terdapat 4 Negeri di
dalam Malaysia termasuk Selangor mempunyai kadar penggantian bawah daripada 2. Soalan kedua soalan (b) berkaitan apakah perancangan Kerajaan untuk menghadapi realiti ini dengan perubahan demografi yang berlaku sudah tentu memberikan cabaran yang besar terhadap aspek ekonomi, sosial dan pembangunan negeri maka negeri Selangor akan menjadi negeri pertama yang akan melancarkan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024 hingga 2030 pada sidang Dewan Negeri pada kali ini. Dasar ini akan memberi perhatian kepada aspek penjagaan yang berkualiti, mudah diakses dan mampu milik untuk warga emas selain itu Kerajaan Negeri Selangor juga sedang melaksanakan kajian bagi membangunkan dasar Warga Emas Selangor dan kajian tersebut akan mengenal pasti dan memahami keperluan kesihatan, sosial dan ekonomi warga emas Selangor dan hasil kajian akan digunakan bagi membangun rangka kerja untuk dasar inklusif bagi warga emas di Negeri Selangor. Bagi soalan (c), bagaimanakah perkara ini menjejaskan produktiviti Negeri dan sebagai Negeri yang menua perubahan demografi sudah pasti mempengaruhi pasaran tenaga kerja pada masa depan, bilangan saiz isi rumah akan menjadi semakin mengecil serta berlakunya peningkatan nisbah tanggungan bagi penduduk tua. Di Selangor nisbah tanggungan bagi penduduk tua meningkat kepada 11.4% pada tahun 2024 dan situasi ini menjejaskan produktiviti Negeri dalam aspek pengurangan tenaga kerja muda, beban kerja yang meningkat serta penurunan produktiviti pekerja lanjut usia. Dimaklumkan.
Soalan tambahan.
Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Merujuk kepada jawapan Yang Berhormat EXCO tadi kita lihat Selangor menjadi Negeri menua ini adalah satu isu yang sangat serius. Jadi realitinya Tuan Speaker warga emas hari ini di kawasan luar bandar ramai anak-anak yang terpaksa berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Jadi dia terpaksa meninggalkan ibu dan bapanya di kawasan luar bandar itu sangat ramai di bandar. Jadi walaupun kita lihat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini diperkenalkan dan warga emas mendapat manfaat setahun sekali, namun hakikat sebenar warga emas di kawasan luar bandar ini kita ada masalah menghadapi cabaran logistik dan kurang maklumat mengenai program-program kebajikan. Jadi bagaimana Kerajaan Negeri dapat memastikan tiada warga emas yang duduk dalam keadaan terpencil seorang diri dan terpinggir daripada bantuan kebajikan ini tadi?
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Dalam penggulungan perbahasan saya semalam saya ada nyatakan tentang di bawah Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor kita akan membangunkan satu data based di mana generatif AI atau artificial intelligence yang akan menggunakan atau memadankan antara
permintaan dan penawaran, yang mana menggunakan data based di mana warga emas ini berada kita boleh padankan dengan keperluan penjagaan kerana dalam ekonomi penjagaan ia bukan hanya semata-mata kepada kebajikan ataupun welfare dan sekiranya kita menumpukan tawaran kebajikan Negeri Selangor kepada warga emas hanya kepada Skim Mesra Usia Emas itu tidak memadai kerana setahun sekali sahaja jadi kami dalam proses untuk melakukan kajian, sekiranya ada sebahagian warga emas yang keperluannya bukan wang ringgit tetapi lebih kepada menemani ataupun membawa kepada perkhidmatan kesihatan dan kami telah melakukan penanda aras ke beberapa negara, ke Jepun dan ke Thailand untuk melihat bagaimana agensi pemegang taruh seperi PBT yang juga menggerakkan bantuan melalui bantuan kepada penjagaan dan contohnya di Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Selangor juga telah menawarkan khidmat bantu di rumah (KBDR) dan saya kira yang paling penting adalah data base untuk kita mengenal pasti di mana warga emas ini berada. Dan kita boleh membahagikan semula redistribute responsibility dengan izin, itu kita berkongsi tanggungjawab di antara hanya pada keluarga kepada komuniti hanya kepada kerajaan kepada sektor swasta. Jadi saya kira di kawasan-kawasan terpencil kajian dan kerjasama perlu dilakukan. Data terperinci yang diperolehi daripada DOSM itu akan dipetakan dalam apa yang kami panggil sebagai dalam sejagat dan akan luncurkan dalam sidang Dewan ini dan itu akan memberi manfaat kepada semua Yang Berhormat sekalian, untuk memadankan usaha Kerajaan Negeri dengan keperluan di akar umbi.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya adalah lebih ke arah kepada soalan (b) tadi, rancangan Kerajaan Negeri untuk menghadapi realiti di mana apabila ramai orang tua tidak bersedia secara kewangan dia. Macam mana peranan kerajaan? Apakah kesediaan Kerajaan Negeri terhadap menangani masalah di mana ramai warga emas tidak mempunyai kapasiti kewangan untuk menghadapi keadaan mereka dalam of their old age untuk bayar sewa rumah, apabila telah mencecah umur 80 tahun sebab mungkin semua saving dia sudah habis, untuk menangani kos jika ada dementia ataupun jika tidak dapat berjalan dan perlu ada caregiver, tidak ada anak, banyak individu ataupun pasangan hari ini memilih untuk tidak ada anak. Jadi macammana kita hendak menangani peningkatan kos yang dijangka yang akan mengikuti pengikuti peningkatan peratus warga emas dalam masyarakat kita.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya juga telah memaklumkan bahawa soalan bahawa Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap memang sedang melakukan kajian penyelidikan dengan kerjasama
dengan Sosial Wellfare Research Centre, Universiti Malaya dan juga UiTM. Yang mana akan menguji kaji penambahbaikan ke dalam BINGKAS. Dalam maklum balas berkaitan BINGKAS, bukan sahaja permohonan tertakluk kategori keluarga muda yang mempunyai anak 18 tahun, 2 orang ke bawah. Tetapi juga kita mendapati terdapat permintaan di kalangan warga emas yang tiada lagi pendapatan dan tiada kudrat untuk bekerja dan di sebab itu kajian ini mengambil kira kemungkinan menggunakan life cycle approach, teknikal kitaran kehidupan yang mana itu akan merangka dari segi kemampanan kewangan menggunakan social protection dan social security, dengan izin) di mana pelindungan sosial atau perlindungan keselamatan sosial warga emas ini yang di kategori dijadikan golongan rentan. Jadi, kajian akan dijangka siap pada Januari 2025 dan polisi recommendation ataupun cadangan penambahbaikkan untuk polisi akan dirangka dalam insentif sedia ada ataupun program-program yang berbeza yang akan menepati sasaran kelompok ini.
Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 58.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Status Naik Taraf Masjid Jamek Samadiah, Pelabuhan KlangQuestions
58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan status terkini projek naik taraf Masjid Jamek Samadiah.
b)
Berapakah peruntukan yang akan diperuntukkan untuk projek naik taraf ini?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang BwehormatPandamaran kerana mempunyai jiwa sangat prihatin akan keadaan masjid-masjid di Pandamaran. Semoga Allah memberi hidayah kepada Yang Berhormat. Soalan daripada Yang Berhormat Pandamaran adalah, yang pertama, dia dakwah ini ada macam-macam cara kan. Pertama adalah nyatakan status terkini projek menaik taraf Masjid Jamek Samadiah. Projek menaik taraf Masjid Jamek Samadiah masih belum dapat dimulakan dan projek ini akan dibawa ke dalam Rancangan Malaysia
Ke-13 mula tahun 2026. Soalan kedua adalah, berapakah peruntukan yang akan diperuntukkan untuk projek naik taraf ini? Sebenarnya dalam RMK-12 telah diperuntukkan 12 Juta tapi buat masa ini duit itu masih lagi belum boleh diturunkan dan kita menjangkakan dan kita akan push RMK-13 dan kita akan kaji semula sekiranya peruntukan itu telah bertambah. Terima kasih
Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker. Cuma Pandamaran nak tanya sebab penduduk-penduduk sekitar masjid ini dia dah, sebab mereka dah tahu sebenarnya dah nak mula tapi tak ada. Itu yang saya bawa soalan ke sidang ini dan saya harap betul-betul Kerajaan Negeri kena pastikanlah peruntukan ini kena turunkan ke masjid itu untuk naik taraf sebab memang dah uzur dah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran, saya on record saya komitmen untuk kita akan masukkan dalam RMK 13 ya. Terima kasih.
Batu Tiga.
Tuan Speaker soalan 59.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Pembangunan KeluargaQuestions
59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan institusi keluarga di Selangor, terutamanya melalui program sokongan keibubapaan dan pembangunan kanak-kanak?
b)
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu keluarga B40 dalam menangani isu seperti tekanan ekonomi, kos pendidikan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga, soalannya apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan institusi keluarga di Selangor, terutamanya melalui program sokongan keibubapaan dan pembangunan kanak-kanak. Di peringkat Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan program sokongan keibubapaan dan pembangunan kanak-kanak seperti berikut; pertama Program Kasih Keibubapaan Digital yang telah dilaksanakan dengan kerjasama LPPKN Selangor bagi memberi mendedahkan ibu bapa dengan pengetahuan kemahiran dalam mendidik anak-anak menggunakan tentang kaedah teknologi digital yang maklumat yang tepat dengan selamat. Terdapat 10 siri dilaksanakan di seluruh Selangor seramai 300 orang peserta daripada kalangan ibu bapa telah mendapat manfaat ini daripada program ini. Yang kedua, Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak yang telah dilaksanakan dengan kerjasama JKM, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan rogram ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak dalam aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dan program ini telah dilaksanakan di 11 buah sekolah-sekolah di semua daerah di negeri Selangor dan satu program di Pusat Aktiviti Kanak-kanak PPR Hicom.
Soalan bertanyakan bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu keluarga B40 menangani isu seperti tekanan ekonomi, kos pendidikan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan. Seperti mana jawapan, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bukit Gasing tadi saya nyatakan melalui pendekatan kitaran kehidupan ataupun life cycle approach, Kerajaan Negeri telah merangka dan melaksanakan sebanyak 46 inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bagi memastikan kesejahteraan rakyat khusus bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi tekanan ekonomi, kos pendidikan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan antara bantuan berbentuk kewangan dan manfaat diberikan melalui Program BINGKAS, Iltizam Selangor Sihat, Bantuan Sihat Selangor (BSS), Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Iltizam Anak Selangor (ANAS), Bayaran Yuran Asas Universiti dan Iltizam Mahasiswa Selangor dan sebagainya.
Soalan tambahan.
Batu Tiga.
Yang Berhormat EXCO, saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan kerjasama daripada pihak LPPKN dan saya dimaklumkan LPPKN Pusat LPPKN ini tidak ada banyak di negeri Selangor. Dan dimaklumkan hanya ada seorang kaunselor sahaja di LPPKN Selangor di Seksyen 16 yang cover satu negeri. So, apakah itu apa
perancangan jika kita hendak bergantung kepada satu LPPKN Pusat semata-mata saya rasa dia tidak mampu untuk cover masalah sosial yang kita ada dan apa usaha yang kita boleh laksanakan dan bantu pihak LPPKN?
Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira urusan kaunseling juga adalah dalam bidang kuasa Yang Berhormat Bandar Utama yang mana untuk penambahan kaunselor-kaunselor juga diseragamkan atau diselaraskan dengan penambahan kaunselor-kaunselor daripada Kerajaan Persekutuan. Dan saya melihat pengupayaan kaunselor swasta adalah juga ruang dan juga kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang akan menjadi penyokong dan pendukung kepada usaha untuk membantu mitigasi isu-isu berkaitan sosial dan kekeluargaan. Dan, saya ingin menyatakan di dalam Dewan yang Mulia ini bahawa untuk tahun 2025, Jawatankuasa Tetap Wanita dan Pembangunan Keluarga juga akan memberikan fokus kepada pemerkasaan atau pemberdayaan keluarga, di mana kita akan mengembalikan ataupun mengusahakan kempen yang akan mengukuhkan peranan bapa ataupun peranan ketua ahli keluarga lelaki yang akan menjadi pemimpin dan juga pemelihara kepada keluarga sendiri. Jadi saya kira kaunselor sudah tentu tidak memadai daripada peringkat agensi Persekutuan yang berada di negeri seperti LPPKN Selangor tapi saya berhadap kerjasama dan integrasi yang baik dengan STANDCO Kesihatan, Jawatankuasa Tetap Kesihatan akan mengukuhkan usaha ini.
Soalan tambahan, Tuan Speaker.
Sungai Ramal
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO. EXCO ada menyebut tentang peranan bapa dalam membawa keluar masalah keluarga ini untuk menjadi sebuah keluarga yang berdaya maju dan kuat. Soalan saya ialah bagaimana usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengeluarkan keluarga ini daripada lingkaran kemiskinan dengan memastikan bapa ini sebagai tunggak sendiri, di pacu dan diberikan motivasi dan diberikan bantuan seperti BINGKAS dan sebagainya supaya mereka berani untuk keluar. Sebab rata-ratanya yang mendengar bantuan, mendapat bantuan ini mereka tidak mahu keluar daripada kepompong atau lingkaran ini. Apa usaha Kerajaan sebenarnya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal yang prihatin tentang dalam peranan sebagai bapa, peranan sebagai lelaki. Seperti yang saya nyatakan bahawa penyelidikan sedang dalam penyelidikan bersama SWRC dari Universiti Malaya dan juga UITM di mana pendekatan life cycle approach ataupun pendekatan kitaran kehidupan itu akan menghadkan tempoh bantuan terutamanya
bantuan kewangan, cash assistant seperti BINGKAS dan Skim Mesra dan sebagainya. Dan kita akan memfokuskan kepada penjajaran bantuan-bantuan ini dengan ISP atau Iltizam Selangor Penyayang yang lain dan saya melihat perkara-perkara yang kita upayakan peranan lelaki ataupun bapa. Di mana kami beberapa bulan lalu kami telah mengadakan round table discussion tentang isu nikah sindiket dan poligami tanpa kebenaran. Di mana ini adalah dalam rangka untuk proses penambahan baikkan ataupun pindaan Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor pada tahun 2026 nanti, yang mana kita melihat peranan lelaki dan tindakan penguatkuasaan ini juga perlu untuk mengembalikan kebertanggungjawaban lelaki kepada keluarganya. Dan untuk tempoh tertentu, saya kira terdapat juga usaha seperti daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor melakukan Program B40 yang mana anak-anak penerima bantuan bulanan yang mana mereka ini seramai 40 orang juga melanjutkan pelajaran di STDC. Selangor Technical Development Center dan tamat kursus pendek, mereka ini telah ditawarkan job placement ataupun penempatan kerja dan selaras dengan itu mereka akan keluar dari kategori B40 kerana telah menerima gaji ataupun pendapatan yang minima, lebih daripada tahap kemiskinan mereka.
Jeram.
Soalan saya nombor 60.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Kempen Tangkapan Ikan BandarayaQuestions
60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sejauh manakah impak dan keberkesanan tawaran pemberian ganjaran RM1 oleh Kerajaan Negeri bagi setiap 1 kilogram tangkapan ikan bandaraya setakat 1 Oktober 2024?
b)
Adakah tawaran sebegini berjaya mencapai objektif dan sasarannya?
Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Tuan Speaker, terima kasih juga kepada Jeram yang membawa tajuk yang menarik pada pagi ini iaitu berhubung dengan Program Kempen Tangkapan Ikan bandaraya. Untuk
makluman ahli-ahli Yang Berhormat semua bahawa ikan bandaraya ataupun ada yang menggunakan istilah ikan tombot ataupun ikan sebenarnya nama dia ikan pleco merupakan ikan asing yang invasive, yang banyak memenuhi sungai-sungai dan juga sistem saluran kita yang berasal dari Amerika Selatan ikan ini. Jadi Kerajaan Negeri telah melihat kepada isu infestasi ikan asing ini terutama yang invasive. Invasive makna dia merebak dengan cepat di sistem saliran kita kerana ia menggugat ekosistem ikan-ikan kita. Dan antara ikan yang paling banyak sekali ialah yang memenuhi sistem saliran adalah ikan pleco ini ataupun ikan bandaraya. Jadi kita telah membuat kajian awal sebelum kita melaksanakan program RM1.00 1 kilo ini dan saya boleh berkongsi disini dengan Ahli Yang Berhormat bahawa kita pernah buat sebelum ini di Sungai Langat pada bulan, kalau tak silap saya bulan Ogos iaitu dalam menggunakan 20 jala daripada pemburu, Komuniti pemburu Ikan Bandar Raya ini bersama-sama dengan NGO. 20 jala, 4 jam kita dapat menangkap 737 kilogram ikan bandaraya di Sungai Langat berhampiran dengan Denai Kebangsaan di UKM dan satu lagi, kita lebih kurang sebulan yang selepas itu di Sungai Damansara berhampiran dengan Airport Subang, Lapangan Terbang Subang, 15 jala 2 jam dengan juga Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya 1.07 tan ikan dan yang jadi, yang paling menyedihkan juga ialah tangkapan ikan tempatan yang kita dapat hasil daripada jala ini hanya sangat-sangat sedikit hanya beberapa ekor sahaja. Ini menunjukkan bahawa ikan ini telah menyebabkan kepupusan kepada ikan-ikan tempatan. Jadi, pemberian RM1.00 ini merupakan selepas kita laksanakan pada bulan September, daripada 1 September hingga 30 September bagi menarik minat lebih ramai supaya dapat terlibat sama dalam melaksanakan program pemburuan ikan ini bagi mengurangkan atau meminimakan populasinya dengan kerjasama NGO ini dan kita telah mula laksanakan dengan kerjasama daripada NGO ini, Jabatan Perikanan, MBI, Landasan Lumayan dan UNISEL di Denai Kebangsaan ini daripada 1 September hingga 30 September dengan penyertaan lebih 109 orang pada setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad. Kita telah berjaya mendaratkan hampir 4.47 tan dalam masa satu bulan itu di hujung minggu sahaja dan ini merupakan satu angka yang besar walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak begitu bagus disebabkan hujung tahun dengan hujanm, dengan menggunakan jala ini di sungai-sungai besar ini ada sedikit kekangan. Dan, kita sangat positif, kesedaran pun tinggi, viral saya dengar dan untuk makluman juga Ahli-Ahli Yang Berhormat juga bahawa dia bukan sahaja ikan-ikan ini ikan asing. Kita ada banyak lagi ikan-ikan asing yang kita perlu laksanakan dan kerajaan berhasrat pada tahun hadapan ini untuk meningkatkan lagi. Program ini kita teruskan yang penangkapan ikan pleco ini kita akan teruskan sehingga ke tahun depan dan juga dalam masa yang sama juga kita jadi tumpuan ikan-ikan lain yang invasive contohnya ikan baung ekor merah, keli afrika, pleco.. ikan pleco, ikan patin chao phraya dan yang terbaru ini ialah alligator gar ataupun ikan mulut buaya yang ditangkap di Sungai Klang. Jadi, ini antara usaha kita dan kita bukan sahaja menangkap ikan ini untuk dilupuskan. Ikan ini sebenarnya mempunyai nilai komersial juga. Ia sebenarnya boleh digunakan yang
pertamanya untuk membuat palet makanan ikan lain dan kita telah membuat kajian bersama UNISEL, didapati kosnya lebih murah. 30% lebih murah daripada harga palet ikan yang dijual di pasaran. Ini antara usaha-usaha komersial bagi menggalakkan lagi lebih ramai orang akan menangkap dan juga boleh juga digunakan untuk pembajaan, untuk membaja ya. Jadi, ini antara perkara-perkara yang kita akan teruskan pada tahun yang akan datang ini dengan langkah yang lebih luas dan kempen yang lebih besar lagi bagi memastikan sistem saliran kita, sungai dan terutama kolam kita akan bersih ataupun meminima pada ikan-ikan asing ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Jeram, silakan.
Yang Berhormat EXCO terima kasih. Saya juga menjemput sebenarnya pihak Yang Berhormat EXCO untuk turun ke beberapa tasik dalam kawasan DUN Jeram secara spesifiknya di Bandar Puncak Alam kerana seperti mana Yang Berhormat sebut terdapat beribu-ribu ikan bandaraya atau ikan pleco. Bukan sahaja untuk menawarkan kempen 1kilogram RM1.00 ini tapi ikan ini juga ternyata menghakis tebisan benteng, apa ini kolam-kolam ataupun sungai yang satu masa nanti akan mengakibatkan bencana banjir. Jadi, saya merasakan bahawa kempen ini perlulah secara spesifik. Yang Berhormat EXCO, saya minta kalau boleh disebutkan ataupun adakah tawaran ini terbuka kepada mana-mana tasik ataupun sungai kerana seperti saya sebut tadi terbukti di Bandar Puncak Alam memang terdapat beberapa tasik yang memang penuh dengan ikan ini dan saya sendiri telah turun. Ada juga yang dah tangkap dan memasak dan saya pun dah makan ikan itu tapi itu tidak mengurangkan jumlah. Boleh makan, boleh. Dia goreng boleh makan. Terima kasih.
Sedap ke Yang Berhormat?
Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jeram yang begitu berminat dan telah pun merasai ikan ini. Saya sebenarnya tak gamak nak makan lagi walaupun dah berkali-kali mereka dah masak depan saya dengan satenya dengan masak asam pedas tapi masih tak boleh sumbat masuk lagi. Tapi walaubagaimanapun, dalam aspek ini saya minta kerjasama semua. Ini memang kita akan besarkan perluaskan kempen ini dan saya faham ikan ini, kenapa ikan bandaraya? Pertama, kerana dia ialah ikan yang sangat resilient, makna dia bertahan, sangat lasak. Ikan ini boleh adapt, boleh berubah kehidupan dia dalam apabila juga jenis air. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya ikan ini, apabila diternak masa kecil di dalam akuarium dia memang kerja dia kan nama bandaraya, dia sedut semua segala kekotoran dan dia makan ikan-ikan yang mati. Tapi apabila dia dah besar, dia
menyebabkan kerosakan pada akuarium itu. Jadi, sebab itu pemiliknya melepaskan dalam sungai. Jadi, ini yang menyebabkan lambakan yang begitu banyak dan kita juga menyeru pada yang mendengar pada perbahasan hari ini, supaya jangan melepaskan ikan ini ke dalam sistem saliran kita, dia ambil jalan mudah. Boleh lupuskan ikan ini dan kita boleh bantu lupuskan. Kita akan sediakan kemudahan untuk lupuskan. Dan, betul, benar seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat, ikan ini apabila satu lagi kepelikan ikan ini ialah dia apabila dia nak bertelur dia akan korek lubang tebing di sungai ataupun di kolam. Setiap seekor satu lubang, satu rumah dia, dia satu rumah. Dan, dia menyebabkan kelopongan kepada tebing kita dan akhirnya menyebabkan keruntuhan. Kita dah ada bukti daripada kajian UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan habitat ini memang begitu kaedah, cara dia bertelur dan yang seterusnya juga ikan ini ialah sangat lasak saya sebut tadi, dia boleh adapt dan dia juga tidak ada pemangsa. Tak ada ikan yang berani makan. Kalau makan ikan dia akan tercekik sebab dia terlalu keras kulitnya dan juga kepalanya dan siripnya sangat tajam. Jadi, tentang makanan kita mungkin nak cipta juga selain daripada buat palet, buat baja mungkin kita boleh jadikan pertandingan masak masakan menu terbaik ikan bandaraya untuk menggalakkan. Jadi, kita mulakan dengan kawasan Jeram. Jadi kita akan teruskan dan kita akan buka kepada lebih ramai cuma kebimbangan kita Yang Berhormat, tak buka secara meluas begitu kerana kebimbangan nanti ada pula yang tangkap di negeri-negeri lain bawa ke Selangor untuk nak dapatkan RM1.00. Itu kebimbangan kita. Kita akan pastikan ikan-ikan ini ditangkap di Negeri Selangor untuk kita kurangkan populasi ikan ini. Terima kasih.
Ya, Bukit Melawati.
YB EXCO. Okay. Kita lihat ikan bandaraya ini kebanyakan banyak di kawasan-kawasan Negeri Selangor. Jadi, tadi Y.B. EXCO dah bagi tahu kita dah komersialkan mungkin dia boleh komersialkan dari segi palet untuk makanan dan baja. Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk komersialkan dari segi makanan memandangkan Y.B. Jeram pun dah makan, dia bagi tahu saya sihat dan kuat. Jadi, mungkin ada perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk komersialkan dari segi makanan?
Saya, macam saya sebut tadi yang pasti komersialnya ialah kita dari segi palet kita dah bersedia bersama dengan UNISEL. UNISEL telah pun membeli alat palet yang kita peruntukkan bawah Kerajaan Negeri bagi peruntukan UNISEL. Itu memang kita akan komersialkan untuk buat palet. Untuk yang pembajaan pun kita telah ada syarikat yang bersedia untuk buat tapi kena pastikan sumber yang inilah. Sebab dia kandungan protein tinggi. Apabila dia buat baja, dalam tu kandungan dia 84% protein, kandungan protein, sangat tinggi. Jadi, untuk tentang masakan ini saya sebenarnya saya sebut tadi ada stigma lagi dan ada pandangan
daripada pakar-pakar saintis dan pakar juga kesihatan, ikan ini kalau dia membiak di kawasan yang airnya agak tercemar tidak digalakkan untuk makanlah. Tapi kalau air di kawasan ni boleh dimakan sahaja dan saya difahamkan dibagi tahu yang dah makan rasanya pun macam ayam. Ini tak tahulah. Kita, mungkin kita boleh, mungkin saya boleh cuba bawa ke Dewan lah nanti untuk kita makan ikan bandaraya dan tengok macam mana rasa dia. Okay, terima kasih.
Sungai Ramal.
Speaker, jom kita kempen makan ikan bandaraya. Soalan saya soalan nombor 61.
Y.B. TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAH (N26 SUNGAI RAMAL)
TAJUK : BENTUK BANTUAN KERAJAAN NEGERI KEPADA FAS
61. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah bentuk bantuan Kerajaan Negeri kepada FAS bagi tahun 2020 - 2023 dan berapakah nilai RM-nya?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Sungai Ramal walaupun pantun tak ritma, tak sama tadi. Tak masuk. Baik, untuk menjawab soalan Sungai Ramal Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dan menyokong penuh dalam memastikan program pembangunan bola sepak yang dijalankan oleh semua pihak di Negeri Selangor terutamanya melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dengan Persatuan Bola Sepak Selangor mahupun Selangor FC. Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta setiap tahun kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor bagi tahun 2020 hingga 2023. Peruntukan tersebut disalurkan kepada pengurusan pasukan Bola Sepak Negeri Selangor bagi memastikan kesinambungan program pembangunan bola sepak negeri serta kegemilangan skuad Merah Kuning.
Tambahan Speaker.
Silakan.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO dengan memaklumkan bantuan sebanyak RM10 juta untuk Persatuan Bola Sepak Selangor. Soalan saya ialah apakah dengan bantuan ini negeri ada say atau ada suara dalam pengurusan persatuan ini? Terutama untuk memberikan pandangan bagi meningkatkan keupayaan dana dan kemampuan persatuan untuk memacu lebih baik lagi persatuan kerana rakyat Selangor sangat-sangat berharap kepada kemajuan yang lebih tinggi, persatuan ini boleh mengatasi beberapa persatuan bola sepak yang terlalu tinggi di puncak kejuaraan, yang pertama. Yang kedua, apa status siasatan terhadap Faisal Halim? Terima kasih.
Baik.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya memiliki akses dan juga say, dengan izin terhadap pengurusan pasukan Negeri Selangor dan menerusi anak syarikat RGFC Red Giant FC Sdn. Bhd., kita juga ada board of directors yang melibatkan pegawai tinggi Kerajaan Negeri daripada pihak pentadbiran SUK dan pada masa sama daripada masa ke semasa pihak pasukan pengurusan Selangor juga turut memberikan laporan dan kemas kini terhadap sebarang bentuk perkembangan yang melibatkan pasukan Bola Sepak Selangor. Dan, untuk menjawab tentang status kes Faisal Halim, untuk makluman Dewan dan Ahli Yang Berhormat hari ini kita pun masih tidak mengetahui apa status kes beliau. Yang kali terakhir yang kita dimaklumkan oleh Tuan Speaker telah menulis surat kepada pihak polis memaklumkan tentang Usul yang telah dipersetujui secara konsesus dalam sidang yang lepas di mana kita meminta siasatan menyeluruh dan meminta laporan terhadap siasatan tersebut didedahkan kepada khalayak tetapi sekarang ini kita masih tidak menerima sebarang maklum balas. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang dulu kemudian Taman Medan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya kira program mencungkil bakat bola sepak di Selangor ini harus diperkasakan lagi. Dengan jumlah penduduk yang hampir pada 7 juta ini sepatutnya kita mempunyai satu team yang kuat dan pelbagai program harus dijalankan. Saya nak tanya secara spesifiknya FAS ini dalam program-program mencari bakat sehingga ke peringkat akar umbi mereka harus memainkan peranan. Kalau tidak pun saya ingat apa juga persatuan yang ada di Selangor ini, yang ada program-program mencungkil bakat dan juga menaikkan nama Selangor ini harus juga diberikan peruntukan-peruntukan yang tertentu supaya kita berada di puncak kembali bola sepak ini. Cuma dan juga saya cadangkan kalau dapat Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor sebagai contoh yang baru-baru ini
memberikan nama kepada Selangor sebagai juara Piala Agung harus juga dipertimbangkan untuk diberikan jumlah-jumlah yang tertentu dan juga membangunkan bola sepak dalam Negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Sijangkang. Untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang dan Ahli Dewan, memang pihak Persatuan Bola Sepak Selangor dan juga Selangor FC menganjurkan program-program latihan dan juga pembangunan bakat di peringkat akar umbi dan menurut yang kita terima laporan daripada mereka secara rumusan jumlah program tahunan FAS di peringkat akar umbi adalah sebanyak 117 program seperti pertandingan, klinik-klinik komuniti dan juga kursus bola sepak yang melibatkan seramai 17,936 orang peserta berumur daripada 7 hingga 40 tahun. Jadi, daripada segi pembangunan bola sepak akar umbi itu memang di peringkat Selangor FC dan juga FAS menjalankan dengan baik dan kita juga sedia maklum menerima pandangan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Sijangkang untuk kita turut menggalakkan program-program seumpama itu kepada sukan-sukan lain. Jadi, mungkin daripada segi peruntukan itu kita boleh menyemak dan mengkaji semula untuk tambah kepada pembangunan sukan di peringkat akar umbi khususnya melibatkan sukan lain sebab kalau kita lihat memang sukan bola sepak ini menerima peruntukan yang sangat besar daripada Kerajaan Negeri dan kita cuba kalau boleh menyeimbangkan peruntukan tersebut kepada persatuan-persatuan sukan yang lain juga supaya mereka pun dapat menjalankan program-program pembangunan di peringkat akar umbi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Kota Anggerik, saya ucap tahniah atas kejayaan Kerajaan Negeri yang terus-menerus membantu pasukan Bola Sepak Selangor dan kita juga bangga kerana pasukan Bola Sepak Selangor ini taklah kita dengar ada isu masalah tunggakan gaji dan sebagainya. Cuma saya nak mungkin Yang Berhormat boleh kongsikan adakah selain daripada Kerajaan Negeri, adakah syarikat-syarikat di bawah Kerajaan Negeri turut sama menyumbang dan mungkin boleh dikongsikan berapa yang telah ditaja oleh syarikat-syarikat berkaitan anak negeri?
Baik.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Kalau daripada sudut soalan tadi dia tanya tentang sumbangan Kerajaan Negeri. Yang itu kita boleh spesifik jawab. Cuma yang melibatkan anak-anak syarikat ini saya kira kita perlu dapatkan, pihak kami perlu dapatkan maklumat
yang jelas, lengkap daripada pihak pengurusan pasukan Selangor FC. Cuma maklumat yang kita ada setakat ini yang sponsor utama, yang besar daripada anak-anak syarikat kita adalah PKNS sebanyak RM10 juta dan juga Menteri Besar Selangor diperbadankan sebanyak RM10 juta. Itu yang, yang kita ada maklumat. Terima kasih. Jadi, total daripada anak syarikat yang dua itu RM20 juta. Yang lain kita boleh jawab bertulis nantilah.
Kajang
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 62.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Tanah Rizab Untuk Sekolah, Tadika, Polis, Klinik, Hospital Dan BombaQuestions
62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah tindakan diambil terhadap tanah rizab yang belum dibangun dan bersemak?
b)
Senaraikan tanah rizab sekolah, tadika, polis, bomba dan hospital di seluruh Selangor belum dibangunkan.
c)
Nyatakan tanah rizab sekolah, tadika, polis, bomba dan hospital yang tidak perlu pembangunan masa hadapan.
Terima kasih Kajang atas soalan berkenaan dengan tanah rizab negeri yang saya rasa soalannya lebih terjurus kepada apa yang difahami ramai pihak sebagai rizab-rizab untuk sekolah, tadika, balai polis bomba, hospital saya rasa begitulah, kenapa rizab-rizab ini tidak diguna dan bagaimana langkah Kerajaan Negeri. Secara keseluruhan nya ni jangan supaya kita faham sedikit, bila kita diwartakan Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, itu tidak lah semestinya untuk rizab-rizab ini sebab mana-mana tanah yang belum lagi hak milik yang akan perlukan diwartakan dan salah satu perizaban di bawah kerajaan Negeri adalah di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. So tanah-tanah ini kita boleh anggap sebagai rizab tanah Negeri jadi rizab tanah negeri yang akan tidak dimiliki yang tidak terbiar yang tidak diusahakan dia melalui
beberapa proses biasanya kadang-kadang kita benarkan proses-proses seperti proses (LPS) Lesen Pendudukan Sementara atau pun dipanggil sebagai TOL. Ini secara umum ya Yang Berhormat. Jadi TOL ini biasa kita hanya benarkan tiga kali sambungan setahun campur setahun campur setahun kadang-kadang satu tahun campur satu tahun itu adalah dalam proses untuk pajakan atau pemberi milikan, pajakan itu kadang-kadang dia berusia 21 tahun dan pemberi milikan berusia ataupun berlamanya jangkanya sampai mencecah 99 tahun maksimum, boleh juga boleh 60 tahun. Soalan (b) Yang Berhormat berkenaan dengan rizab sekolah, tadika, bomba, hospital, ini adalah satu perkara yang biasanya dinamakan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, daripada mana tanah-tanah ini adalah daripada tanah rizab-rizab tadi yang tidak dipohon. Jadi soalan Yang Berhormat kalau ia melibatkan tanah-tanah yang sudah terletak di bawah PTP, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan semenjak beberapa penggal yang lepas kita telah melaksanakan beberapa polisi, antara polisinya mengehadkan penggunaan itu untuk tujuan yang spesifik, kerana terdapat sebelum ini banyak tujuan-tujuan untuk sekolah, tujuan untuk balai bomba, tujuan untuk balai polis akhirnya digunakan untuk komersial yang saya rasakan tidak adil kerana ia didapatkan secara nominal, iaitu melalui proses mewartakan ataupun rizab yang nilainya ada pekeliling. Pekeliling-pekeliling tertentu, ada percentage- percentage yang telah diputuskan dalam JKPTG. Sebagai contoh untuk sekolah, nilai untuk dapatkan oleh PTP atau permohonan oleh PTP ataupun JKPTG itu adalah nilainya 1,000 ringgit. Tapi ada kejadian tanah-tanah tersebut dijadikan untuk komersial. Jadi, apa yang dilakukan dalam penggal-penggal sebelum ini kita mengehadkan proses ataupun pemindaan di tanah tersebut hanya untuk tujuan sekolah dan itu lah yang sedikit sebanyak memberi kesan. Antara kesannya kebanyakannya peruntukan-peruntukan pembinaan sekolah ini biasanya didapati daripada Kerajaan Persekutuan dan belum ada lagi polisi untuk Kerjaan Negeri membina. Memang kos nya agak tinggi sebab satu-satu kawasan sekolah biasanya lima ekar, nilaian untuk pembinaan satu sekolah diukur daripada nilai bilik darjah. Satu bilik darjah bersamaan dengan RM1 juta lebih kurang dia punya ratio. Maknanya ratio itu termasuk tandas, termasuk perkara-perkara lain. Jadi memang banyak kalau saya bagi contoh ada banyak kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan untuk sekolah tidak dibina dan sebab kita telah menghadkan, mereka tidak boleh guna untuk tujuan-tujuan lain. Memang ada baiknya Yang Berhormat. Kalau tidak kita akan membenarkan sebab ada beberapa kejadian-kejadian sebelum ini, tanah untuk rizab balai polis akhirnya jadi bangunan komersial, tanah untuk rizab sekolah akhirnya jadi bangunan komersial. Ini satu tidak sihat kerana keperluan sekolah bagi pihak Kerajaan Negeri kita ingin menyediakan keperluan-keperluan sekolah, jadinya soalan ada (2) rizab ya ada LPS tapi bila sudah dimiliki oleh PTP ataupun Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, dia kita kecilkan dan kita tiruskan kepada fungsi-fungsi dan juga pembinaan unit-unit tertentu untuk tujuan-tujuan tersebut. Jadi maklumat-maklumat itu sebenarnya kita sedang dapatkan daripada PTP Yang Berhormat, saya soalan kedua Yang Berhormat berapa banyak rizab yang tidak
digunakan kita sedang dapatkan daripada PTP. Yang kita serahkan kepada PTP ada, nanti saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat secara bertulis setelah kita dapatkan maklumat daripada PTP, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan
Ya Kajang dulu.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Dato’ MB. Persoalan saya sekiranya ada tanah rizab untuk sekolah tetapi tempat itu tidak perlu bina sekolah tetapi perlu lain seperti mana macam balai polis atau bomba atau klinik, adakah kerajaan boleh bagi kelulusan?
Terima kasih Yang Berhormat. Prosesnya tuan pemilik tanah ataupun the custodian yang menguruskan hal itu adalah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Bagi pihak Kerajaan Negeri kita telah serahkan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, cuma kita letakkan beberapa had supaya mereka tidak gunakan untuk fungsi-fungsi lain. Jadi untuk mengalih hal itu ia harus dipohon oleh PTP dan juga ia boleh bermula daripada penduduk. Saya rasa penduduk kena ajukan hal ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan ataupun PBT dan pihak PBT juga ada One Stop Agency, OSC di sana lah saya rasa banyak agensi-agensi yang boleh dikemukakan ataupun dipanggil dan seterusnya boleh pula menyatakan kepada PTP dan PTP boleh mengemukakan balik pada Kerajaan Negeri ataupun kepada PTGS untuk kita longgarkan had-had tertentu supaya pembinaan seperti kawasan untuk tadika digunakan untuk balai polis sebagai contoh, kawasan sekolah digunakan untuk balai polis. Ia adalah berdasarkan daripada permohonan daripada Pihak Berkuasa Tempatan ataupun Majlis Tempatan di kawasan terbabit, terima kasih.
Bukit Gasing
Terima kasih, Yang Amat Berhormat. Jawapan yang cukup mengajar kita semua apa perbezaan antara jenis tanah tetapi hakikatnya di persekitaran perbandaran kami cukup banyak tanah PTP yang bersemak. Dia tanah kosong, tanah yang bersemak dan ia menjadi kacau ganggu kepada penduduk sekeliling. Jadi boleh tak Kerajaan Negeri proaktif terhadap tanah PTP yang masih kosong dan bersemak. Kalau kosong pasti dia tak akan mengeluarkan bajet untuk membuat penyelenggaraan kerap seperti potong rumput setiap bulan.
Saya kira keputusan asas ataupun polisi asasnya jelas, tuan punya tanah bertanggungjawab terhadap tanah tersebut kalau tanah tersebut terdapat aktiviti-aktiviti yang melanggar peraturan tuan punya tanah boleh dikenakan tindakan-tindakan tertentu termasuk sampai kepada penyebaran dan ataupun wujudnya aedes ataupun penyebaran kepada penyakit denggi dan sebagainya yang pernah kita bincangkan dengan panjang lebar. Justeru saya seru kepada PDT, Pejabat Tanah Daerah masing-masing mahupun Pihak Berkuasa Tempatan tolong maklumkan kawasan-kawasan terbabit dan untuk terus maklumkan kepada PTP ataupun JKPTG kawasan-kawasan yang kita dapati lihat hak milik JKPTG atau pun PTP ini yang didapati terbiar dan tidak diuruskan dengan betul. Saya rasa hal ini datanya tidak boleh hanya dicerap oleh PTGS, ia terletak di Pejabat -Pejabat Tanah Daerah langkah yang proaktif saya sarankan sebagaimana saranan Bukit Gasing amat perlu kerajaan ia memberi kesan kepada kualiti perbandaran, keindahan, dan juga masalah kesihatan yang mungkin boleh timbul sebagai mana demam denggi dan sebagainya. Terima kasih.
Boleh tambahan?
Sijangkang
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingat sudah tiba masanya Kerajaan Negeri untuk melihat dengan agak detail lah terutamanya dalam perancangan-perancangan RT oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Saya tidak meremahkan di peringkat PBT tetapi ada beberapa keadaan yang boleh saya ambil contohnya di kawasan saya, di Kuala Langat. Apabila keperluan sebagai contoh sekolah dengan pelajar-pelajar yang begitu ramai, kalau di Sekolah Kebangsaan Kebun Baru sebagai contoh hampir 3,000 pelajar dan seluruh kawasan perkampungan di situ telah diwartakan sebagai kawasan penempatan tetapi saya melihat seolah-olah tidak mengambil kira beberapa kawasan-kawasan pembangunan kemudahan awam yang mungkin dulu sasaran daripada peringkat awalnya tidak melihat penduduk yang begitu ramai. Akhirnya ia menjadi bebanan pada hari ini, pihak JPS atau pun pihak pejabat daerah merasakan perlu ada pembangunan sekolah tetapi tidak ada tapak ataupun tidak ada tanah lagi. Saya fikir ini harus di lihat bukan sahaja kita bergantung pada pembangunan bandar baru yang sudah tentunya adalah meletakkan kuota-kuota untuk pembangunan umum dan awam ini tetapi di rancang sebegitu. Kalau tidak akhirnya yang berlaku di beberapa sekolah di Kuala Langat ini sekolah rendah pelajar sampai 50 pelajar satu kelas, jadi ini tidak sesuatu yang selesa. Mungkin ini boleh dilihat untuk terus membaiki kemajuan yang ada di Negeri Selangor, terima kasih.
Terima kasih, Sijangkang. Saya sepakat dengan pandangan Sijangkang berkenaan dengan keperluan sekolah ini memang acap kali bila
bertemu dengan Menteri Pendidikan ataupun ada isu-isu yang melibatkan Kementerian dengan pegawai Persekutuan, saya akan bangkitkan kerana Selangor antara negeri yang sangat terkesan dengan limpahan penduduk dan limpahan murid di satu-satu kelas. Lebih daripada 40 dah tak selesa dah, 50 banyak dan Meru sekolah Kebangsaan Meru antara sekolah yang paling padat di Negeri Selangor. Malahan sampai ke tahap-tahap tertentu memang agak menyedihkan kerana mereka terpaksa menggunakan kabin sebagai kelas yang saya rasa sangat tidak sesuai dengan keadaan dan keperluan pelajar-pelajar pada hari ini tapi ada satu pendekatan yang dilaksanakan oleh JKPTG iaitu mereka akan membuat proses yang dipanggil tukar guna dengan kementerian ataupun jabatan-jabatan pengguna. Ini melihat tukar ganti ini kadang-kadang kita tengok ada keperluan ini, tapi tidak boleh digunakan di situ atau tidak sesuai lagi di situ macam soalan Kajang tadi, dia boleh tukar ganti dengan tempat lain. Tukar ganti ini akhirnya akan terletak kembali di bawah JKPTG untuk dengan kementerian, untuk digunakan untuk tujuan-tujuan lain termasuk apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Sijangkang sebentar tadi. Adakah kawasan yang kadang-kadang kawasan ini perlukan sekolah, sekolah di tanah lain ada perlu jadi kita boleh ganti dengan rizab yang lain. Mungkin rizab itu rizab kawasan lapang, kawasan lapang mungkin kena ganti tempat lain. Mungkin rizab tu kawasan masjid sebagai contoh ataupun rizab kawasan lain sebelum diwartakan di bawah MAIS tapi digantikan dengan tanah lain atau kalau ia tidak melibatkan telah dibina, tapi kalau sudah di bina kita tidak boleh lah. Kena bincang dengan jabatan sebab, bila dah bina dan didaftarkan di bawah MAIS dan diwartakan atau diwakafkan, ia tidak boleh disentuh lagi. Jadi apa yang saya sebutkan boleh ditukar guna berdasarkan daripada JKPTG dan kementerian-kementerian terbabit. Jadi ini, antara langkah dan strategi yang pernah dilaksanakan dan saya, saya tahu kita agak terhad kerana saiz tanah kita sangat kecil, terima kasih.
Seterusnya Kampung Tunku
Terima kasih Tuan Speaker. Rakyat Selangor Perpaduan jaga, soalan saya 63
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 63. Manfaat Hospitalisasi Iltizam Sihat SelangorQuestions
63. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapa bilangan penerima manfaat hospitalisasi ISS dan amaun yang telah digunakan?
b)
Nyatakan jenis prosedur yang paling banyak diluluskan.
c)
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah hospital swasta / universiti hospital lain ke senarainya, terutamanya di Petaling Jaya?
Terima kasih, soalan yang ditanyakan oleh Kampung Tunku. Setakat ini sebanyak 6 permohonan telah diluluskan bagi permohonan manfaat hospitalisasi di mana pemohon-pemohon penerima manfaat sehingga 10,000.00. Jenis prosedur yang telah diluluskan adalah seperti berikut, terdapat 6 iaitu hiperplasia of prostate iaitu abnormal pada kelenjar prostat, otitis media (Jangkitan kuman di bahagian telinga), ovarian cyst (cyst ovari), osteoarthritis of knee, penyakit sendi digeneratif lutut, ulcerative colitis and esophagitis, keradangan di usus dan esophagus dan juga cellulitis and acute lymphangitis parts of limbs, jangkitan kuman di bahagian lengan. Kerajaan Negeri melalui SELCARE Management Sdn.Bhd. dalam proses menjadikan juga tiga lagi hospital swasta dan Hospital Universiti sebagai panel Manfaat Hospitalisasi seperti berikut, Pusat Perubatan Univeriti Malaya ataupun PPUM yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampung Tunku, Alpha Specialist Center Petaling Jaya dan juga yang terakhir Hospital Al-Sultan Abdullah Uitm Puncak Alam. Untuk makluman Yang Berhormat juga setakat ini terdapat 30 buah hospital swasta dan hospital universiti serta 18 buah fasiliti kesihatan awam yang telah menjadi panel Manfaat Hospitalisasi di bawah program ISS.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa sekarang telah pun menunjukkan jam 11.00 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2025 semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2025 semua peringkat.
Dengan ini saya mempersilakan, pihak Kerajaan untuk memberikan apa-apa penjelasan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Kinrara.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Negeri yang telah membahaskan pelbagai isu berkaitan Pelaburan, Perdagangan, Pembangunan PKS Dan Mobiliti Negeri Selangor pada persidangan kali ini. Saya mulakan penggulungan saya untuk menjawab perkara berkaitan mobiliti dan pengangkutan awam di Selangor. Yang Berhormat Subang Jaya memohon maklum balas mengenai status inisiatif mikro mobiliti di kawasan SS15, Subang Jaya. Untuk makluman, MBSJ telah mengenal pasti lokasi yang bersesuaian bagi cadangan untuk menyediakan infrastruktur mikro mobiliti iaitu di SS15,Subang Jaya. MBSJ telah mengemukakan surat status pelaksanaan naik taraf infrastruktur Sandbox bertarikh 7 November 2024 kepada pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia ataupun MIROS, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi pertimbangan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan Sandbox. Selain itu, Jabatan Kejuruteraan MBSA juga telah menaik taraf infrastruktur seperti laluan pejalan kaki dan pagar penghadang di kawasan perniagaan SS15 bagi memastikan keselesaan pengguna. Seterusnya, Yang Berhormat Kota Kemuning mohon penjelasan tentang perancangan Kerajaan Negeri bagi cadangan pelebaran rangkaian LRT dan MRT di Kota Kemuning kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk meningkatkan capaian pengangkutan awam bagi pergerakan penduduk di sekitar kawasan Kota Kemuning, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah menyediakan kemudahan bas Smart Selangor melalui bas SA06 iaitu dari Kota Kemuning sehingga ke Seksyen 19 dan bas SA08 LRT Alam Megah ke Meranti Terrace yang membantu pengguna untuk ke stesen LRT terdekat.
Pihak Kerajaan Negeri terbuka untuk mengemukakan cadangan pelebaran rangkaian LRT dan MRT berdasarkan permintaan dan keperluan yang tinggi di sesuatu kawasan. Perkara ini boleh diteliti dengan lebih lanjut oleh Jawatankuasa Tetap Mobiliti Negeri Selangor walau bagaimanapun, pembinaan Jajaran LRT dan MRT yang baru adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Persekutuan melalui Mesyuarat Jemaah Negeri, Jemaah Menteri. Yang Berhormat Permatang memohon penjelasan tentang kawasan yang terlibat bagi cadangan pelaksanaan Rel Kita Selangor. Untuk makluman kawasan Jajaran Rel Kita Selangor masih sama seperti mana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 iaitu dari Klang ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam serta cadangan yang terkandung dalam Tekad Pertama bagi tawaran Kita Selangor, Lima (5) Tekad untuk lima (5) tahun Selangor. Itu Jajaran Rel ini menghubungkan KLIA ke Tanjung Sepat dan Sungai Pelek agar Wilayah Pantai Barat Selangor menjadi Koridor Perkhidmatan Rel. Jadi, Tanjung Karang tu, Rel Kita Selangor ini masih akan melalui Kuala Selangor dan Tanjung Karang. Jadi, cadangan Jajaran Rel Selangor berhasrat untuk meningkatkan capaian pengangkutan awam Negeri Selangor melalui perkhidmatan rel mengatasi kesesakan trafik dan secara tidak langsung dijangka akan
dapat membantu pemugaran ekonomi di sepanjang kawasan jajaran dan pembangunan kawasan-kawasan berpotensi di sekitar jajaran. Jajaran Rel Kita Selangor akan melibatkan cadangan kedua-dua jenis perkhidmatan rel iaitu perkhidmatan penumpang ataupun passenger dan perkhidmatan barangan kargo. Selain daripada jajaran utama dari Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan, Jajaran Rel Selangor juga mengenal pasti beberapa spurline untuk membantu capaian pengangkutan rel kepada kawasan-kawasan yang berpotensi untuk penggunaan yang tinggi seperti Westport, Pelabuhan Klang dan Unisel Bestari Jaya. Pembangunan dan pembinaan jajaran yang dicadangkan untuk dilaksanakan secara berfasa mengikut keperluan semasa.
Cadangan Jajaran Rel Selangor adalah dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan bagi memastikan pembangunan projek tersebut adalah berdaya maju untuk dilaksanakan. Cadangan pengenalpastian kawasan jajaran sehingga ke Negeri Sembilan dibuat berdasarkan jajaran landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi perkhidmatan kargo yang boleh dijajarkan dari Negeri Sembilan sehingga ke Westport dan Pelabuhan Klang melalui Jajaran Rel Kita Selangor. Cadangan ini diambil kira untuk dimasukkan dalam aspek kajian bagi membantu menyokong sektor perindustrian di Selangor, meningkatkan kesalinghubungan pelabuhan darat untuk menyokong penggunaan domestik dan perdagangan asing dalam jangka masa panjang di samping menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik kepada masyarakat dengan lebih menyeluruh. Kajian yang sedang dilaksanakan ini dijangka akan selesai pada Januari 2025 dan kos pelaksanaan projek pembangunan Jajaran Rel Selangor akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri setelah selesai tempoh kajian dengan mengambil kira semua aspek termasuk kos pembinaan, kos pengoperasian, kos penyelenggaraan, kos pengambilan tanah dan sebagainya. Kajian Jajaran Rel Kita Selangor juga akan dilihat daripada aspek pemerkasaan dan ketersambungan sistem kargo yang kini dipelopori oleh pihak KTIM. Selain perkhidmatan ECRL yang dijangka siap pada 2027. Dengan perkhidmatan rel kargo yang lebih cekap, ia akan membantu perkembangan sektor logistik dan seterusnya menyokong usaha Kerajaan Persekutuan untuk memindahkan sistem kargo daripada jalan raya ke sistem rel. Perkara ini telah dapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan di mana ia telah dinyatakan dalam Pelan Strategi Kerajaan, Kementerian Pengangkutan 2021 hingga 2025. Teras II, Strategik II iaitu meningkatkan penggunaan perkhidmatan kereta api bagi penumpang dan barangan. Salah satu inisiatif yang disasarkan oleh pihak Kementerian berhubung isu ini adalah untuk melaksanakan kajian bagi meningkatkan mode shift cargo iaitu from road to rail ataupun dari jalan raya kepada perkhidmatan rel.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Batu Tiga telah menyentuh berkenaan pembangunan kawasan industri yang bersepadu dan menyediakan kemudahan asrama pekerja bagi menangani isu-isu sosial yang berpunca daripada lambakan pekerja asing termasuk penyediaan depot bagi kenderaan berat. Kerajaan Negeri menyedari isu-isu sosial yang
berbangkit disebabkan kehadiran pekerja-pekerja asing di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri mewujudkan kawasan perindustrian yang kondusif dan selesa kepada para pelabur dan penduduk sekitar. Pihak Kerajaan Negeri telah memperkenalkan konsep Managed Industrial Park ataupun MIP bagi cadangan pembangunan kawasan-kawasan perindustrian yang baru di mana dalam pembangunan kawasan perindustrian berkonsepkan MIP ini pihak pemaju perlu menyediakan asrama atau penginapan bagi pekerja yang dalam kawasan perindustrian tersebut. Komponen pembangunan asrama pekerja atau penginapan ini adalah salah satu komponen yang disyaratkan dalam pembangunan MIP. Selain itu, terdapat juga pihak pemaju yang menyediakan kemudahan tempat letak kontena serta lain-lain kemudahan yang diperlukan dalam kawasan industri yang akan dibangunkan. Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan pematuhan terhadap piawaian penginapan pekerja melalui Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta 446. Akta ini adalah untuk memastikan semua pekerja yang disediakan penginapan tanpa mengira sektor dapat menikmati kemudahan penginapan yang selamat, sihat dan kondusif. Kerajaan Negeri melalui PKNS turut mengenal pasti kawasan-kawasan berpotensi untuk dibangunkan asrama pekerja secara berpusat bagi kawasan-kawasan industri yang sedia ada di Selangor. Sebagai contoh pihak PKNS telah mengenal pasti dan merancang untuk pembangunan asrama pekerja berpusat di kawasan perindustrian Bandar Sulaiman Fasa 4 di Pelabuhan Klang manakala pihak Central Spectrum pula telah menyediakan asrama pekerja berpusat di Pulau Indah. Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam usaha menyediakan kemudahan asrama pekerja secara berpusat. Antara syarikat yang terlibat dalam penyediaan asrama pekerja ini seperti Pasco di Pulau Indah, CLQ Purple House di Subang Jaya. Dalam usaha mengurangkan kesan pembangunan projek-projek pelaburan kepada masyarakat setempat, Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan teknikal akan mensyaratkan kepada pemaju untuk menaik taraf kemudahan infra yang berkaitan seperti jalan raya dan lain-lain. Mengenai peruntukan ..
: Mohon laluan Yang Berhormat Kinrara. Mana? Dua-dua? Sila dulu.
Sebelum itu Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat EXCO masih ada lagi ke atau saya boleh tanya atau pun nak habiskan dulu? Masih ada lagi ke? Boleh? Okay. Yang Berhormat EXCO, bila bercakap tentang Pusat Industri Bersepadu ini, saya nampak bila ada satu cadangan dibuat satu Program Managed Industrial Park, itu saya percaya itu untuk Pusat Industri baharu. So bila bercakap tentang pusat industri semasa, yang mana saya boleh maklumkan di kawasan Batu Tiga contohnya, kita sudah tidak ada tanah extra yang
memungkinkan Pihak Berkuasa untuk mencari satu tapak membangunkan pusat asrama dan sebagainya. Saya kira, kita hendak menyelesaikan masalah lambakan warga asing dulu di kawasan kita. So, antara yang saya boleh cadangkan ialah mungkin pihak Kerajaan boleh menilai semula, mungkin kawasan-kawasan kilang yang sudah tidak beroperasi mungkin boleh diambil alih dan sebagainya. Antaranya mungkin saya boleh cadangkan ialah Goodyear, yang tempoh hari telah tutup di Seksyen 15. So, mungkin juga boleh melihat kawasan-kawasan industri yang sedia ada tetapi tidak beroperasi untuk diambil alih. So ini cadangan saya lah untuk kita tengok sebab kawasan kami tidak ada tanah baru dah.
Taman Medan.
Yang Berhormat Kinrara saya hendak bertanya sebab saya telah membangkitkan beberapa isu tentang mobiliti terutama isu DRT. Adakah... belum lagi? Sebab tadi mobiliti, belum? Sebab tadi mobiliti .. akan jawab lah?
Belum, belum kerana berkaitan dengan kesesakan lalu lintas yang dibangkitkan oleh Batu Tiga.
Saya tunggu dengan sabar.
Baru nak masuk DRT. Belum, belum. Baik, jadi saya jawab Batu Tiga dulu. Betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Tiga itu memang merupakan satu masalah utama di kawasan Shah Alam kerana Shah Alam merupakan satu bandar yang telah lama dibangunkan dan kawasan perindustrian di Shah Alam juga telah mencapai satu status yang bagi saya status yang sangat matang jadi memang tiada tempat ataupun tanah yang cukup luas untuk membangunkan Managed Industrial Park. Jadi, bagi perkara ini saya rasa kita masih ada peluang untuk menaik taraf fasiliti di kawasan ataupun kemudahan di kawasan perindustrian Shah Alam. Jadi, saya ingin mengesyorkan satu perjumpaan antara Yang Berhormat Batu Tiga bersama agensi-agensi dan juga pemaju-pemaju di kawasan Shah Alam. Kita boleh duduk bersama untuk membincangkan keadaan paling sesuai untuk membangunkan semula kawasan-kawasan industri yang tidak berapa teratur di kawasan Batu Tiga Shah Alam. Terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Batu Tiga.
Baik, sekarang saya masuk kepada DRT. Mengenai peruntukan kepada inisiatif Selangor Mobiliti dan Sistem DRT. Suka dijelaskan bahawa keseluruhan peruntukan yang dicadangkan di dalam Belanjawan 2025 adalah sebanyak RM20 juta untuk keseluruhan inisiatif termasuk Bas Smart Selangor, DRT Selangor, Mobiliti, Laluan
Pejalan Kaki dan Mikro Mobiliti. Jadi, ia merangkumi semua program ataupun semua inisiatif di bawah Selangor Mobiliti bukan untuk DRT sahaja. Jadi, saya juga mengharapkan saya boleh dapat satu peruntukan yang besar untuk perkhidmatan DRT tetapi kita perlu agih ya dengan peruntukan yang telah disediakan iaitu RM20 juta untuk portfolio Selangor Mobiliti. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan, pada perancangan awal hanya RM5 juta akan disediakan, RM5 juta daripada RM20 juta akan diagihkan untuk pembangunan ataupun memperluaskan kawasan perkhidmatan DRT kerana memang terdapat banyak permintaan ataupun permohonan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Taman Medan sendiri ya. Jadi, untuk pelaksanaan penuh DRT bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri secara dasarnya telah pun bersetuju untuk memberi ruang kepada semua pengendali perkhidmatan yang sah dan memperolehi lesen-lesen berkaitan termasuk daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk menyertai program ini. Jadi, bagi sesiapa, mana-mana syarikat yang mempunyai lesen ataupun permit yang sah daripada agensi-agensi yang berkaitan termasuk APAD bolehlah mengambil bahagian dalam perkhidmatan DRT yang akan ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor termasuk kalau Yang Berhormat Taman Medan ada kenal sesiapa atau mana-mana syarikat yang mempunyai permit tersebut juga boleh kemukakan permohonan, cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadi salah sebuah pengendali bagi perkhidmatan ini. Okay.
Terima kasih Yang Berhormat, jadi kita maklum sekarang bahawa daripada RM20 juta itu, RM5 juta akan diperuntukkan untuk program DRT bagi tahun hadapan. Dan saya percaya tahun ini juga kita dah berikan bayaran kepada dua (2) syarikat yang melaksanakan program ini iaitu Badanbas dan juga Asia Mobiliti. Saya nak Yang Berhormat Kinrara boleh kongsikan pada Dewan, berapa sebenarnya yang telah dibayar dan berapakah ridership yang sebenarnya telah dicatat oleh dua (2) syarikat ini dalam memberikan perkhidmatan DRT di dalam Negeri Selangor. Dan yang ketiga saya percaya kalau tahun depan kita peruntukan RM5 juta, adakah ianya masih lagi diberi kepada syarikat-syarikat ini? Kerana syarikat ini telah memulakan program mereka pada tahun ini, adakah tahun hadapan we still have to support their business? Adakah kita masih perlu beri subsidi atau geran secara terus ini kepada mereka? Jadi, saya nak penjelasan daripada Yang Berhormat Kinrara.
Baik, terima kasih. Bagi tadi sentuh berkenaan bayaran kepada kedua-dua pengendali iaitu Asia Mobility dan Badan Bas bagi tahun ini untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan, belum semua bayaran dibuat atau pun disalurkan kepada kedua-dua syarikat ini. Lebih kurang 20% masih belum dibayar kepada kedua-dua syarikat kerana masih dalam peringkat untuk memastikan mereka memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jadi masih ada lebih kurang 20% yang belum dibayar kepada kedua-dua syarikat ini dan buat masa ini bagi jumlah pengguna
bagi Asia Mobility adalah seramai 8,58 dan bagi Badan Bas ada seramai 5,157 dan bagi untuk menjawab soalan ketiga adakah bagi peruntukan RM5 juta yang disediakan oleh bagi tahun 2025, RM5 juta itu akan terus bagi kepada kedua-dua syarikat ini. Jawapannya jelas, tidak. Ia akan melalui satu proses apa itu IRP untuk mengenal pasti syarikat-syarikat yang yang layak dan mempunyai permit-permit atau pun lesen yang berkaitan, terima kasih. Ada lagi?
Terima kasih, Yang Berhormat...saya gembira Yang Berhormat berkongsi kepada Dewan tentang perkara ini dengan telus cuma saya ingat tadi Yang Berhormat sebut bahawa telah dibayar 80%. Bolehkah kita tahu berapa kuantum yang telah dibayar 80% ini dan what is the expected full amount yang kita akan bayar kepada syarikat-syarikat ini? Pertama..
Keduanya tadi Yang Berhormat sebut tentang Asia Mobility 8,500 orang, aktif user ya. Saya rasa, saya difahamkan DRT ini pembayarannya adalah RM2 kalau tak salah saya. Sekali ridership, naik sekali sahaja RM2 yang akan dibayar oleh pengguna. Dalam masa yang sama saya percaya bahawa geran yang telah kita sediakan sebelum ini adalah dibayar kepada syarikat untuk subsidize. Jadi maknanya kalau dalam 8,500 orang aktif user ini, saya rasa spesifik Yang Berhormat Kinrara boleh kongsikan kepada kita sebab ini proof of concept kita terima bahawa this is proof of concept. Kita nak tahu berapa ridership it’s about aktif user berapa kali digunakan, berapa banyak kos yang telah dibelanjakan oleh syarikat, berapa banyak kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri, untuk sebenarnya untuk mencapai, sebab saya tau Kinrara dan saya mengharapkan the last mile problem ini kita dapat selesaikan. Cuma at what expand? Adakah kita nak belanja berjuta ringgit tetapi ridership tidaklah seperti yang kita harapkan. Jadi, ini yang saya nak tahu sebab saya ambil contoh saya dah lihat sendiri bagaimana Badan Bas menyusun route yang mereka lakukan which saya rasa lebih sustainable berbanding Asia Mobility kerana Asia Mobility buat patches tetapi Badan Bas expand mengikut kawasan, sebab itu mereka datang ke Taman Medan dan juga berbincang supaya boleh expand daripada Sunway. Jadi sebab itu saya rasa proof of concept bila saya tanya semalam, saya rasa Dewan dan juga Ahli Dewan ini dan rakyat Selangor nak tengok whether the concept has been proven ataupun tidak dan itu saya rasa kita boleh capai tahun ini kerana saya tengok dalam belanjawan ada sebut nak peruntukan RM1 juta untuk membuat kajian pula, tetapi with the data yang kita ada seharusnya data ini dibentangkan dahulu yakinkan kami untuk kami sokong tahun hadapan untuk bagi lagi RM5 juta bagi Program Mobiliti DRT ini.
Okay, saya jawab soalan pertama berkenaan berapakah yang telah disediakan oleh setiap syarikat? Lebih kurang RM2 juta geran telah disediakan untuk setiap syarikat iaitu RM2 juta untuk Asia Mobility dan RM2 juta
untuk Badan Bas tetapi belum penuh, bayaran penuh belum dibuat kepada kedua-dua syarikat ini. Dan tadi juga Taman Medan sentuh berkenaan RM1 juta untuk kajian untuk Pelan Induk Mobiliti Selangor yang itu sebenarnya bukan untuk DRT sahaja dia untuk keseluruhan jangan, jangan apa itu, mixed up yang RM1 juta ini untuk kajian pelan induk dan saya setuju berkenaan POC yang disentuh oleh Taman Medan bahawa tujuan kita adakan POC adalah kita perlu satu kajian dalam satu tempoh yang tertentu di kawasan tertentu untuk memastikan adakah konsep ini bersesuaian dengan keadaan di Negeri Selangor. Ada beberapa used cases yang kita perlu ambil kira antaranya adalah seperti di kawasan mana yang sesuai untuk kita laksanakan perkhidmatan berkonsepkan baru ini iaitu DRT seperti first mile last mile connectivity yang disebutkan oleh Taman Medan dan juga para transit, adakah para transit juga boleh gunakan konsep ini dan juga kawasan komersial, kawasan of peak hours dan juga kawasan luar bandar yang diminta oleh Yang Berhormat Sijangkang dan juga regional mobility. Jadi ini merupakan kawasan-kawasan berbeza kita perlu adakan POC untuk memastikan di manakah kawasan yang sesuai atau pun kawasan boleh terima perkhidmatan DRT ini.
Jadi, pada peringkat ini ridership ataupun jumlah penumpang bukan merupakan segala apa itu, bukan merupakan satu indikator yang paling penting untuk segala-galanya. Ia merupakan satu indikator, ya ia penting tapi bukan di only one kita perlu mengambil..mengambil kira semua faktor-faktor untuk memastikan adakah DRT ini perkhidmatan DRT ini boleh diteruskan dan boleh selesaikan masalah dan dia..dia bersama dengan hala tuju Kerajaan Negeri Selangor. Jadi ini merupakan faktor-faktor utama mengapa kita perlu adakan perkhidmatan DRT.
Sikit sahaja. Jadi pada pandangan Yang Berhormat, since almost setahun hampir setahun Badan Bas dan Asia Mobility telah mulakan the projek untuk proof of concept ini. Pada pandangan Yang Berhormatlah dengan data yang ada dan juga laporan yang Yang Berhormat terima, adakah mereka mampu untuk sustain on their own, kalau tahun depan atau tahun-tahun mendatang diteruskan program ini dan dalam masa yang sama adakah Kerajaan Negeri masih perlu subsidize mereka untuk meneruskan Program DRT ini?
Baik, pandangan saya secara jujur tiada syarikat pengangkutan awam di Malaysia termasuk syarikat pengendali DRT boleh sustain tanpa subsidi daripada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Semua mode pengangkutan awam termasuk LRT, MRT ataupun Rapid Bas semua memerlukan subsidi daripada Kerajaan supaya mereka dapat meneruskan perkhidmatan ini termasuk DRT. Jadi, oleh itu kenapa kita perlu menyediakan RM5 juta. RM5 juta itu sebenarnya tidak besar bagi pengangkutan awam. Jadi ini merupakan satu inisiatif, satu permulaan
dan Kerajaan Negeri Selangor mengharapkan inisiatif ini boleh berjaya dan boleh mengembang ke lebih banyak tempat di luar Negeri Selangor juga.
Okay, jadi untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan lagi pertama sekali INSAN eh... Laporan Audit tidak menyatakan sama sekali kerugian berjumlah RM21 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi Program Insan. Laporan Audit juga menyatakan pada perkara 5.1 bahawa sasaran 6 juta polisi untuk INSAN Konvensional telah dicapai 100%. Malah tahap kepuasan penerima manfaat adalah cemerlang daripada aspek proses tuntutan kepada yang layak. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa kadar penyaluran manfaat yang rendah berbanding dengan jumlah peruntukan program sehingga 31 Oktober 2024, jumlah tuntutan bagi INSAN Konvensional adalah berjumlah RM1,183.000.00 kepada 108 orang penerima. Manakala bagi INSAN Takaful manfaat berjumlah RM66,000.00 telah disalurkan kepada 6 orang penerima Program INSAN Konvensional telah tamat polisi pada 30 September 2024 lalu. Manakala, tempoh pengaktifan polisi bagi Program INSAN Takaful adalah sehingga 3 Ogos 2025. Sebagai usaha meningkatkan jumlah pendaftaran INSAN Takaful dan secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah tuntutan manfaat, Kerajaan Negeri telah melaksanakan proses pendaftaran kepada kakitangan, guru dan murid sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor untuk turut sama menerima manfaat yang ditawarkan di bawah INSAN. Selain itu, pendaftaran Program INSAN turut dipajangkan kepada penerima manfaat program-program Kerajaan Negeri sedia ada seperti Iltizam Selangor Sihat, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Air Darul Ehsan. Mengenai pelaksanaan Program INSAN, hasrat Kerajaan Negeri di dalam pelaksanaan program ini adalah untuk memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Selangor. Walaupun tuntutan Insurans INSAN ini rendah seperti dinyatakan saya percaya kita semua faham apabila kita membeli insurans ia ialah ia adalah untuk perlindungan dan untuk persediaan jika berlaku kemalangan atau keadaan yang tidak diingini. Apabila berlaku kemalangan atau perkara yang boleh dituntut barulah ada tuntutan diterima. Ini juga terbukti, pentadbiran ini bawah Yang Amat Berhormat Sungai Tua telah memberi satu keadaan yang sangat kondusif Negeri Selangor ini kini berada dalam keadaan yang aman, sihat dan selamat. Oleh itu..
Boleh lagi Yang Berhormat Kinrara? Terima kasih Yang Berhormat Kinrara telah memetik Audit yang telah ini..tetapi saya nak nasihat Yang Berhormat Kinrara kalau kita nak baca Laporan Audit kita kena baca semua. Memanglah betul dari segi pembayaran tak ada masalah itu makna Pegawai Kewangan Negeri dan juga semua pihak UPEN memang menyelesaikan pembayaran mengikut jadual dan juga proses tatacaranya dijalankan dengan betul. Tetapi kalau kita lihat kepada Laporan Audit yang dipetik oleh Y.B. Kinrara. Sebagai contoh tentang isu
data pendaftaran yang telah digunakan pada pandangan Audit, dokumen penyerahan data melibatkan data awam perlu disediakan dan disimpan secara teratur kerana dalam Audit ini semakan Audit mendapati tiada pembuktian penyerahan data awam ini yang boleh menimbulkan keraguan tentang keboleh kepercayaan data kerana tidak dapat dikenal pasti. Data ini siapa serahkan? Itu pertama.
Keduanya, Audit juga mendapati berlaku yang mana dalam pembayaran itu ada seramai 809,362 orang yang tidak layak dilindungi, yang mana pembayaran telah dibuat. Yang melibatkan pembiayaan sebanyak RM1.62 juta. Jadi, pada pendapat Audit pembayaran polisi bagi individu yang tidak layak adalah merugikan Kerajaan dan jumlah tersebut perlu dikembalikan atau ditolak daripada bayaran akhir. Ini dalam Laporan Audit. Dalam Laporan Audit ini juga ada disebut tentang rumusan akhir kerana saya tak faham ialah saya fahamlah Kerajaan nak mempertahankan, Kinrara nak pertahankan bahawa program ini bagus dan sebagainya tetapi Audit yang sama menyebut bahawa pencapaian Program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) adalah tidak memuaskan. Sasaran output yang menyasarkan Perlindungan Pelan Takaful kepada 3 juta rakyat di Selangor tidak tercapai dan pencapaian keberhasilan bagi penilaian kesedaran rakyat Selangor juga tidak memuaskan terhadap program ini.
Betul, Kerajaan Negeri bayar kepada pihak insurans. Memanglah duit itu pergi ke Syarikat Insurans tetapi dari segi coverage hanya RM900 ribu sahaja yang dituntut balik daripada RM21 juta yang dibayar dan itu Audit menyebut bahawa pada pandangan Audit nilai tuntutan ini adalah rendah dan tidak memuaskan. Kita faham Skim Insurans macam mana it operate’s, even that in the conventional world ia dianggap tidak mencapai matlamat insurans itu secara keseluruhannya. Hanya 1 pihak sahaja yang dapat manfaat sekarang, manfaat yang besar iaitu Syarikat Insurans dan Syarikat WavPay yang mana yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk mengendalikan program ini. Ini persoalan kita Yang Berhormat dan saya sendiri maklum betul sampai 2025. Dalam Belanjawan 2025 tak disebut langsung tentang Program INSAN. Maknanya this is just a one-off program atau adakah akan diteruskan juga lagi pada tahun hadapan? Tak disebut. Kita tanya komitmen daripada mana-mana agensi Kerajaan Negeri pada Menteri Besar, pada Yang Berhormat Kinrara adakah INSAN akan diteruskan lagi? Tidak, kerana kita perlu beritahu kepada rakyat Selangor. Sebelum ini Kerajaan Negeri beritahu kita beri Skim Perlindungan Kemalangan ini berkelompok kepada seluruh rakyat Negeri Selangor tapi ada 800 ribu orang tak layak pun masuk dalam senarai nama.
Kita kehilangan RM1.62 juta dan saya tidak tahu apa statusnya sama ada Kerajaan Negeri dah tuntut balik kepada syarikat yang telah di, Syarikat Insurans ini. Kerana Laporan Audit menyebut bahawa sewajarnya dituntut balik dalam bayaran akhir. Jadi ini Yang Berhormat Kinrara kena jelaskan kepada kami. Sebab itu, bila Speaker jemput
Yang Berhormat Kinrara datang pada pendengaran awam, kena datanglah supaya kita boleh tanya waktu itu. Now, sekarang Kinrara tak datang waktu itu macam mana kami nak tanya waktu pendengaran awam. Jadi saya terpaksa tanya dalam Dewan ini, kerana kami semua mewakili rakyat Selangor yang hari-hari tanya kami tentang perkara ini.
Hulu Kelang macam happy je? Bersemangat. Baik, yang, memang betul, memang ada kekurangan ataupun kelemahan dalam pendaftaran. Oleh itu, kita tidak kata pendaftaran itu telah dilaksanakan dengan sempurna. Memang ada kelemahan dan kekurangan. Jadi sekiranya ada apa-apa kekurangan ataupun kelemahan, kita perlu mengambil langkah yang betul untuk menambah baik program yang ditawarkan kepada penduduk ataupun rakyat Selangor. Seperti apa yang saya telah jawab tadi, ini adalah skim insurans. Skim insurans kita tak boleh banding atau samakan berapa nilai ataupun angka yang dituntut oleh rakyat kerana memang kita harapkan semua dalam keadaan yang sihat dan selamat. Hanya tuntutan itu akan dibuat semasa ada keadaan yang tidak diingini. Jadi ini saya rasa semua skim insurans macam tu. Kita perlu bayar dulu, barulah kita boleh dapat perlindungan ataupun coverage daripada skim insurans. Jadi sekarang kelemahan bagi program ini yang ini kita mengaku, kelemahan bagi program ini adalah dari segi pendaftaran. Yang itu kurang memuaskan. Jadi untuk move forward pada masa depan, sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga telah membentangkan dalam ucapan Belanjawan beliau, iaitu satu program baharu yang berkenaan wang khairat mati itu akan di apa itu, diadakan bagi tahun depan untuk menggantikan program INSAN yang telah dijalankan sebelum ini. Jadi ini adalah sebahagian daripada kebajikan yang Kerajaan Negeri Selangor ingin tawarkan kepada semua rakyat di Negeri Selangor.
Jadi Tuan Speaker, izinkan saya beralih kepada tajuk Pelaburan Perdagangan dan Industri. Saya perlu jawab sedikit soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. Izinkan saya untuk jawab. Untuk program pembangunan PKS Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan program-program bagi membantu usahawan PKS tempatan untuk bersaing dan menembusi pasaran global termasuk Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor ataupun Selangor International Business Summit) yang telah menjadi platform perbincangan bagi syarikat dari dalam dan luar negara untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dan menerokai pasaran di Selangor dan Asia Tenggara. Program-program seperti Selangor International Business Expo ataupun F&B dan Selangor Life Sciences Convention yang diadakan memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan dan meneroka peluang pasaran ke peringkat global. Untuk SIBS 2024, seramai 194 pembeli berpotensi telah menyertai program ini daripada 17 buah negara seperti Indonesia, Brunei, China, Singapura, Vietnam, Hong Kong, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain. Jumlah potensi transaksi untuk Selangor International Expo direkodkan berjumlah RM300.41 juta manakala bagi Selangor Life
Selangor Sicences Convention berjumlah RM3.31 juta. Kerajaan Negeri melalui SIDEC telah mengambil inisiatif untuk membantu usahawan PKS untuk melaksanakan program-program seperti berikut; Yang pertamanya Malaysia Top E-Commerce Merchant Award. Ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada perniagaan dan perdagangan dalam talian yang telah berjaya dan berinovasi dalam sektor e-dagang. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada perniagaan yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam memanfaatkan platform e-commerce untuk mengembangkan perniagaan mereka. Program ini tidak hanya mengiktiraf perniagaan yang berjaya tetapi juga memberi pendedahan kepada mereka yang mungkin belum begitu dikenali. Dilancarkan pada tahun 2016 dengan penyertaan seramai 60 peserta. Pertandingan ini telah berkembang dengan jumlah peserta yang mengagumkan sebanyak 516 pada tahun 2024, meraih RM109.6 juta dalam gross merchandise value. Yang kedua adalah Selangor 1000 Digital. Program ini bertujuan untuk membantu 500 usahawan yang dengan teknologi dan penyelesaian e-dagang & digital yang membuka potensi tumbesaran usahawan dan 500 hos penstriman langsung atau pun live seller yang boleh menjana pendapatan melalui platform digital di Selangor beralih ke arah pendigitalan.
Tuan Speaker, Selangor sememangnya telah menjadi hub transit dan perdagangan serantau dengan wujudnya Pelabuhan Klang, pelabuhan yang ke-11 tersibuk di dunia. Faktor ini memberi peluang pelaburan dalam sektor perkhidmatan seperti industri perkhidmatan, industry perkhidmatan logistik dan pergudangan yang semakin berkembang di Selangor. Antara pemain industri logistik utama bertapak di Selangor seperti DHL, Schenker Logistics, IKEA Distribution, Nippon Express, Taipan Co., LAZADA E-logistic, ZALORA Warehouse, CJ Century, PKT Logistics, DAISO, Mapletree, Daiwa, Tiongnam dan lain-lain lagi. Perkhidmatan perniagaan serantau atau global business services adalah industri berpotensi baharu yang diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri. Industri ini sedang berkembang pesat di mana syarikat berstatus MNC seperti Shell, DELL dan Roche telah bertapak di Negeri Selangor. Lebih kurang seramai 60 ribu orang terlibat dalam industri ini di Selangor. Industri ini memerlukan penggunaan teknologi tinggi seperti AI, automation serta cloud services dan tahap kemahiran dan pengalaman kerja di semua bidang perjawatan seperti finance, IT dan engineering. Pada masa ini industri ini lebih tertumpu di Cyberjaya, Petaling Jaya dan Subang Jaya. Bagi menarik pelaburan dalam industri ini, Kerajaan Negeri akan mempromosikan Selangor sebagai lokasi pilihan di peringkat global melalui progam-program misi pelaburan dan pertemuan bersama pelabur asing yang berpotensi. Industri ini berpotensi menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada pekerja tempatan di Selangor. Untuk itu Kerajaan Negeri akan menawarkan program-program latihan kepada graduan di mana inisiatif ini akan dilaksanakan dengan Kerjasama pihak univerisiti dan institut latihan kemahiran yang berkaitan. Bagi menarik minat penglibatan anak muda tempatan serta
dalam usaha menyediakan sumber tenaga kerja yang mencukupi bagi keperluan industri ini, pihak Kerajaan Negeri akan mempromosikan global business services sebagai kerjaya pilihan. Dari sudut rancangan dan dasar perdagangan pula, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa terbuka untuk menjalinkan perhubungan perniagaan dengan mana-mana negara samada di dalam perjanjian FTA, RCEP mahupun CPTPP. Mengenai penyertaan sebagai negara rakan kongsi BRICS, Selangor sebagai gerbang ekonomi Malaysia. The Economic Power House sentiasa mendukung dasar dan ketetapan Kerajaan Malaysia untuk bekerjasama dengan blog-blog ekonomi negara di seluruh dunia. Dalam masa yang sama usaha meningkatkan capaian perdagangan bersama negara di dalam perjanjian perdagangan lain termasuk RCEP dan CPTPP akan terus diperkemas dan ditambahbaik.
Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Kinrara. Saya mendengar penjelasan Yang Berhormat Kinrara tentang beberapa inisiatif dan langkah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pemain-pemain industri tempatan bagi meningkatkan keupayaan mereka. Namun yang saya nak memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Kinrara ialah mengenai MPC, Perbadanan Produktiviti Malaysia yang diwujudkan untuk membantu menambahbaik peraturan bagi mewujudkan satu ekosistem perniagaan yang lebih kondusif ke arah melonjakkan produktiviti dan juga pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pelaburan yang berimpak tinggi. Saya percaya Yang Berhormat sedia maklum pada Julai 2020, MPC telah membentuk satu inisiatif myMudah yang telah diperkenalkan dalam bulan Julai 2020 as a fast forward solution di mana unit myMudah ini, ianya bertujuan untuk membantu pemain-pemain industri dan juga perniagaan dalam mengurangkan beban peraturan yang tidak wajar. Dengan izin, to reduce unnecessary regulations burden dan yang keduanya untuk mengurangkan kos perniagaan dan yang ketiga to enhance the ease of doing business. Satu lagi perkembangan ialah pada November 2021, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan unit myMudah bukan sahaja di peringkat Kementerian MITI tetapi di semua kementerian, agensi, kerajaan-kerajaan Negeri dan juga PBT. Maka persoalan saya ada dua perkara, apakah Kerajaan Negeri telahpun membentuk unit myMudah di peringkat Negeri ataupun mana-mana PBT di dalam Negeri Selangor dan yang keduanya sejauh mana Kerajaan Negeri telah mengadakan kerjasama strategik dengan myMudah supaya ianya dapat membantu pemain-pemain industri dalam Negeri Selangor untuk mematuhi peraturan-peraturan perdagangan termasuk di peringkat global kerana Yang Berhormat telah nyatakan tadi kita juga sedang memanfaatkan FTA, RCEP dan juga CPTPP. Jadi itu soalan saya yang pertama untuk dapatkan penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Ya, MPC memang merupakan satu perbadanan ataupun agensi yang sangat penting bagi kita
untuk bersama-sama meningkatkan produktiviti. Jadi Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor sentiasa ada engagement bersama MPC supaya kita boleh bekerjasama demi meningkatkan produktiviti di Negeri Selangor. Jadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang yang myMudah tu memang merupakan satu program yang baik bagi kita untuk mengurangkan red tape ataupun mengurangkan birokrasi semasa kita mengemukakan ataupun pelabur mengemukakan permohonan untuk melabur di Negeri Selangor. Oleh itu Kerajaan Negeri Selangor akan melancarkan ataupun merasmikan satu program baharu yang juga telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar semasa pembentangan bajet iaitu program ini akan dinamakan sebagai Speed Selangor. Apakah itu Speed Selangor? Satu kelajuan yang kita nak lancarkan untuk memastikan semua permohonan yang dikemukakan kepada agensi-agensi di Negeri Selangor ini dapat diproses dalam masa yang paling singkat. Kita nak ambil, nak keluarkan birokrasi, kita nak keluarkan red tape supaya semua proses itu dapat dijalankan dengan lancar. Itu yang kita masukkan ease of doing business. Dan satu bengkel ease of doing business juga telah diadakan pada lebih kurang awal tahun ini supaya kita dapat maklumat dan feedback, komen daripada semua PBT dan agensi yang berkaitan bagaimana kita boleh adakan satu garis panduan yang paling mudah bagi pelabur-pelabur. Kita sedar, kos perniagaan ataupun kos pelaburan sekarang adalah semakin tinggi. Ianya kita tak dapat membantu pelabur itu untuk mengurangkan kos pelaburan secara langsung secara tidak langsung kita boleh bantu mereka untuk menjimatkan kos melalui program Speed Selangor iaitu membantu mereka menjimatkan masa pemprosesan segala-gala permohonan. Ini adalah sangat penting because we believe time is money. Jadi ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Terima kasih. Ada lagi?
Yang Berhormat Kinrara, saya bangkitkan isu myMudah ini kerana saya juga merujuk kepada ucapan Dato’ Menteri Besar tentang satu inisiatif yang dinyatakan tadi, Speed. Persoalan saya – apakah perbezaan di antara Speed dengan myMudah? Saya tekankan myMudah ini kerana ini adalah satu inisiatif Persekutuan yang telah diselaraskan dengan semua kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan dan juga di peringkat Negeri. Apakah Kerajaan Negeri Selangor mahu mewujudkan satu lagi inisiatif yang berasingan dengan satu struktur yang telah sedia ada di peringkat persekutuan dan juga semua kementerian atau apakah bentuk kerjasama di antara Speed dengan myMudah. Itu yang pertama. Yang kedua, bagaimana kita nak mengukur kejayaan Kerajaan Negeri membantu pemain-pemain industri tempatan dari Negeri Selangor meneroka pasaran baharu dalam RCEP dan CPTPP. Saya kira tidak cukup untuk kenyataan mengatakan bahawa kita telah melakukan sesuatu untuk pemain tempatan kerana RCEP dan CPTPP ini bukan sahaja telah diluluskan tetapi telah diratifikasi selama 2 tahun semenjak tahun 2022. Maka saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kinrara kalau itulah keadaannya, berapakah jumlah PCO yang telah diperoleh oleh pemain-pemain dari Negeri Selangor, di mana sijil
tempasal berkeutamaan ini diberikan kepada pengeksport-pengeksport tempatan bagi membolehkan produk mereka mendapat layanan berkeutamaan ataupun preferential treatment di negara yang mereka eksport produk itu. Dari situ kita tahu kejayaan Kerajaan Negeri membantu pemain-pemain tempatan, jadi berapa banyak PCO ataupun preferential certificate of origins ini yang telah dikeluarkan kepada pemain industri dari Negeri Selangor, terima kasih.
Ok, bagi, ya sudah tentunya setiap permohonan pelaburan perlu melibatkan agensi-agensi yang Kerajaan Persekutuan dan juga agensi-agensi Selangor. Jadi bagi inisiatif baru iaitu Speed Selangor, dia akan merangkumi semua. Oleh itu saya telah sebutkan tadi bahawa Invest Selangor selalu akan ada engagement bersama NPC, salah satu tujuannya adalah bagi keselarasan kesemua garis panduan ataupun polisi-polisi akan digariskan sebelum kita lancarkan apa-apa inisiatif yang terkini termasuk Speed Selangor.
Dan bagi persoalan yang berkenaan PCO ataupun Sijil Tempasal, saya akan semak berapa syarikat yang telah terima Sijil Tempasal ini dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Hulu Kelang kemudian. Dan bagi kita untuk mempromosikan atau pun membantu lebih banyak syarikat tempatan untuk menerokai pasaran besar di negara-negara RCEP dan CPTPP, salah satu kaedah yang paling efektif adalah bekerjasama dengan MATRADE. Dan semalam semasa menjawab soalan daripada Yang Amat Berhormat, saya juga telah menjelaskan banyak inisiatif bersama MATRADE telah diadakan seperti kita telah dapat manfaat daripada kemudahan-kemudahan perniagaan seperti geran pembangunan pasaran dan perkhidmatan eksport dan sebagainya. Jadi ini merupakan inisiatif-inisiatif yang sangat baik di mana saya setuju dengan Hulu Kelang di mana Kerajaan Negeri perlu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi apa-apa polisi yang kita akan gariskan, ini adalah sangat penting, terima kasih kepada Hulu Kelang. Ada lagi, kalau tidak ada saya akan sambung.
Jadi Yang Berhormat Ahli Dewan, pada tahun 2020 Negeri Selangor telah berhadapan dengan cabaran Covid-19 yang memberi kesan kepada kehidupan kita semua. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab yang prihatin dan berpandangan jauh, Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua, telah merangka pelbagai inisiatif agar kita dapat membantu negara keluar daripada krisis ini dan membuka semula sektor ekonomi dengan segera. Setelah keluar daripada krisis, pembangunan ekonomi Selangor telah terus berkembang dengan Selangor masih terus mendominasi KDNK negara dengan peningkatan sumbangan KDNK kepada 25.9% dan saiz ekonomi melepasi paras RM400 bilion. Di samping itu, kadar pengangguran di Selangor juga konsisten berada di bawah paras 2% sehingga suku ketiga tahun ini membuktikan pelaksanaan strategi Kerajaan Negeri Selangor berada di landasan yang
baik. Melangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri percaya kerjasama yang erat, kukuh, kestabilan politik dan kolaborasi yang jitu bersama Kerajaan Perpaduan di Putrajaya akan terus memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. Terima kasih ...
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Kinrara. Yang Berhormat telah berkongsi dengan Dewan bahawa Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah untuk mempercepatkan proses pemulihan ekoran daripada pandemik Covid-19 dan ini satu tindakan yang kita dukung. Cuma sehingga hari ini, sehingga pembentangan Belanjawan 2025, kita masih lagi membahaskan soal hasil dan pendapatan negeri yang terlalu bergantung pada hasil tanah, premium dan cukai tanah yang mencecah sehingga 85% termasuk 10% daripada pemberian Persekutuan. Maka persoalan yang saya ingin dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Kinrara, sekiranya Yang Berhormat bersungguh-sungguh meletakkan pelaburan yang berimpak tinggi, berteknologi tinggi sebagai agenda utama Kerajaan Negeri, apakah sasaran Yang Berhormat Kinrara untuk 3 tahun yang akan datang? Pendapatan dan hasil negeri akan disumbangkan oleh sektor-sektor yang baru ini seperti kecerdasan buatan, teknologi hijau dan juga beberapa sektor dan pertumbuhan baru. Bukan lagi bergantung pada hasil dan cukai tanah. Ini saya hendak minta, saya percaya Yang Berhormat Kinrara mesti ada satu sasaran, kita bekerja dalam keadaan kita meletakkan satu sasaran yang positif and we work towards that objective. Jadi apakah sasaran Yang Berhormat Kinrara untuk memastikan hasil dan pendapatan negeri untuk tempoh 3 tahun yang akan dating dapat mengurangkan kebergantungan kepada hasil dan cukai tanah tetapi apakah jumlah ataupun quantum yang disasarkan oleh Yang Berhormat yang boleh kita capai dalam tempoh 3 tahun dalam sektor-sektor baru dan ekonomi baru di Negeri Selangor, terima kasih.
Terima kasih, sebenarnya ini adalah di bawah bukan bawah portfolio Pelaburan, ini adalah bawah portfolio kewangan di bawah Yang Amat Berhormat Sungai Tua, tetapi secara ringkasnya saya setuju, sekarang ke bertanggungan kepada hasil daripada premium tanah itu adalah sangat tinggi. Jadi banyak usaha telah di bincang di dalam Kerajaan Negeri Selangor untuk mempelbagaikan pendapatan bagi Kerajaan Negeri Selangor termasuk pelaburan di dalam beberapa bidang baru seperti Semi Konduktur, IC Design Park di syarikat yang masuk ke dalam kita punya IC Design Park, semuanya merupakan syarikat yang berpengalaman dalam IC Design. Oleh itu, salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk menubuhkan virtual capital dan sebagainya untuk melabur di syarikat-syarikat tersebut ini merupakan salah satu inisiatif. Jadi berkenaan sasaran 3 tahun itu, saya tidak ada jawapan buat masa ini kerana belum ada perbincangan untuk menetapkan peratusan beberapa sasaran untuk 3 atau 5 tahun yang akan datang. Ini saya ambil maklum dan kita akan bincang dalam
mesyuarat dalaman Kerajaan Negeri Selangor untuk menggariskan satu hala tuju yang lebih baik dan lebih kondusif.
Saya hendak ingatkan juga YB EXCO untuk merumuskan juga ya. Boleh bagi tapi nanti rumuskan.
Biar, biar saya habiskan saja. Saya rumuskan saja, ayat terakhir.
Satu, satu saja,
Tak cukup lagi? Yang Berhormat,
Ada lagi 7 minit. Dia pukul 3:00 petang, Pandan Indan pukul 3.00 petang. Jangan, jangan tergesa-gesa menjawab soalan, ini Dewan kita bukan bersidang selalu. Yang Berhormat Kinrara, saya nak tanya, saya setuju bahawa sektor semikonduktor ini merupakan satu sektor yang amat penting dan Selangor begitu juga negara Malaysia merupakan hab dalam sektor semikonduktor ini dan pelbagai usaha sedang dilakukan untuk terus meningkatkan jumlah pelaburan dalam semikonduktor. Tetapi kalau saya lihat jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh Januari hingga Jun Tahun 2024, jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan hanya mencatatkan RM7.3 bilion sahaja, berbanding dengan sektor perkhidmatan yang mencecah nilai pelaburan berjumlah RM25 bilion. Sektor perkhidmatan saya setuju juga satu sektor yang amat penting, satu sektor yang baru seperti perkhidmatan logistik yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, tetapi nampaknya sektor pembuatan ini tidak mencatatkan satu prestasi yang dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri, ini sehingga Jun 2024. Maka saya hendak tanya Yang Berhormat Kinrara, apakah langkah-langkah lain yang perlu dilakukan untuk memastikan sektor pembuatan dan perkilangan dalam Negeri Selangor ini terus mencatatkan satu jumlah pelaburan yang tinggi dan dapat menyediakan pekerjaan yang berkualiti kepada anak-anak di dalam Negeri Selangor ini. Terima kasih.
Untuk makluman Kinrara, kita tangguh pukul 12:00 tau hari ini, bukan 12:30.
Pukul 12:00 ya, jadi tinggal 4 minit lagi. Ok, saya rasa kita semua setuju di dalam Dewan yang mulia ini bahawa Negeri Selangor merupakan negeri yang paling maju daripada segi ekonomi dan segala-galanya. Jadi sebagai sebuah negeri yang maju, status ekonomi dalam negeri maju atau pun negara maju dan biasanya akan shift from pembuatan kepada perkhidmatan. Yang itu berlaku di semua negara maju
ataupun negeri maju di negara lain. Jadi sekarang, status Negeri Selangor adalah berada di status ini. Jadi tidak hairan perkhidmatan sumbangan daripada sektor perkhidmatan lebih tinggi daripada sektor pembuatan. Tetapi tadi soalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, adakah, apakah usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan lagi sektor pembuatan. Salah satu usaha yang paling signifikan adalah pembangunan IC Design Park dan juga kita memberi fokus di dalam sektor E&E dan juga berteknologi tinggi. Ini akan dapat menyumbang dalam sektor pembuatan dalam masa yang terdekat, dalam masa 2 hingga ke 3 tahun. Kita akan nampak sekiranya ini berjaya, kita akan nampak sektor pembuatan memainkan peranan yang lebih penting dalam ekonomi di Negeri Selangor, okay. Jadi dengan, sampai mana, okay lah dah hampir habis penggulungan saya, terima kasihlah saya ingin ucapkan kepada ...
Yang Berhormat, Yang Berhormat belum jawab soal BRICKS.
BRICKS?
Ya.
BRICKS kan semalam saya telah jawab. Kita tak boleh samakan.
Itu dalam sesi soal jawab, ini sesi penggulungan.
Baik-baik, saya boleh ulang sekali lagi. Kita tidak boleh samakan BRICKS dengan RCEP dan CPTPP. Kalau kita hendak buat perbandingan, it as to be apple and apple, tak boleh banding apple dengan orange. Walaupun dua-dua ini merupakan perjanjian hubungan ekonomi, tetapi kedua-dua itu berbeza. RSET dan CPTPP itu merupakan FTA (Free Trade Agreement) tetapi bagi BRICKS adalah satu gabungan atau pun blok ekonomi. Dan kini Malaysia telah menjadi partner country dan kelebihan menjadi partner country adalah kita mempunyai satu pasaran yang baru dan pasaran yang lebih besar seperti Brazil, mempunyai kalau tak salah saya mempunyai populasi 300 juta lebih dan juga Rusia dengan populasi 130 juta. Ini merupakan pasaran yang baru untuk syarikat-syarikat di Malaysia. Jadi saya percaya, sekiranya kita kalau syarikat-syarikat kita boleh mengambil peluang ini, kita akan dapat mengembangkan kita punya ekonomi dan kita punya eksport ke negara-negara seperti ini dan juga India merupakan satu negara yang populasinya sangat tinggi. Dan India juga sebahagian dalam kita punya FTP. Jadi yang ini saya tidak nampak ada masalah, kita boleh
bekerjasama dengan semua negara dan ini merupakan satu hubungan atau pun satu polisi diplomatik yang sangat bagus dan berjaya yang dikenali oleh PMX kerana kita hendak jadi kawan bagi semua negara-negara yang boleh memberi manfaat kepada negara kita. Cukuplah, cukuplah.
Boleh rumus, boleh rumuskan terus, tutupkanlah.
Saya, saya nak maklum...
Jadi terima kasih kepada kakitangan Kerajaan Negeri Selangor ...
Bagilah saya respons sikit.
Cukup, cukup, tak ada masa, saya kena, ayat yang terakhir terima kasih kepada kakitangan Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan anak-anak syarikat yang sentiasa bersama dalam perancangan dan pelaksanaan ini. Kita susah dan senang bersama dan akan terus bersama demi kemajuan dan kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan, sekian terima kasih.
Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti. Satu perbahasan penggulungan yang sangat hebat, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat waktu kini menunjukkan jam 12:00 tengah hari, Dewan akan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada solat Jumaat dan rehat tengah hari, sidang Dewan akan bersambung semula pada jam 3:00 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T, selamat petang. Dewan pada petang ini mengalu-alukan kehadiran pelawat daripada Sunway Debate Club seramai 13 orang yang diketuai oleh Encik Kelvin Ng Kah Weng dan juga pelawat daripada Penggerak Belia Selangor, Majlis Perbandaran Kajang.
PeBS, MBPK Zon 6 seramai 21 orang yang diketuai oleh Lim Kah Soon Joshua. Selamat datang ke dewan. Ok kita sambung semula sesi penggulungan oleh pihak kerajaan, dipersilakan YB EXCO Infra dan Pertanian, YB. Pandan Indah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Ahli-Ahli Yang Berhormat, (Selawat). Terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan berhubung dengan infrastruktur dan pertanian yang saya ada di depan saya ini memang banyak sekali, sering kali sidang dewan begitulah ya. Infrastruktur ini merupakan tajuk yang agak popular dan panas yang In sha Allah kita akan cuba sedaya upaya kita untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit berhubung dengan terutamanya infrastruktur. Walau bagaimanapun, pada petang ini saya nak mulakan dengan pertanian dulu. Untuk menyelesaikan dulu soalan-soalan dan pertanyaan berhubung dengan pertanian. Dari Yang Berhormat Sijangkang oh belum masuk eh. Saya pergi terus kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sabak, Sungai Panjang dan juga Ijok berhubung dengan isu padi dan juga sawah.
Isu ini memang sering menjadi pertanyaan daripada Yang Berhormat Sabak dan juga Sungai Panjang. Untuk makluman soalan yang pertama itu antara perkara yang dibangkitkan ialah berhubung dengan masalah bekalan air di sawah padi. Kita akui memang sebahagian daripada kawasan barat laut ini menghadapi masalah bekalan air yang mencukupi untuk sawah dan penyelesaiannya ialah kita telah pun menyediakan satu laporan yang lengkap yang sebenarnya saya bersama-sama dengan Barat Laut IADA. IADA Barat Laut, Jabatan Pertanian dan juga Unit Perancang Ekonomi sentiasa meneliti dan juga JPS untuk melihat bagaimana kita dapat cari jalan yang terbaik baik bagi kita menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan terutamanya infrastruktur pengairan ataupun saliran di sawah kita di Barat Laut yang sekitar 18,000 hektar ini.
Jadi kita telah pun menyiapkan, cuma perkara ini agak baru dan bukan barulah lama belum kita bawa ke MTES lagi, sebenarnya akan selepas sidang dewan ini Mesyuarat MTES ini akan di bawa kertas ini. Tetapi saya berkongsi sedikit sebanyak sebagai makluman awal kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berhubung dengan cadangan kita untuk penambahbaikan berhubung dengan kawasan sawah kita di Barat Laut, IADA Barat Laut. Ada 5 tajuk penting yang kita akan, 6 tajuk penting yang kita akan buat permohonan dan melibatkan peruntukan negeri dan persekutuan dan berjumlah sekitar RM1.3 bilion. Bukan angka yang kecil ya sebab kita menghadapi masalah saliran ini bukan baru ya, saliran yang ada itu setelah digunakan sejak tahun 1976. Sudah lebih 30 tahun, ada yang dah 50 tahun pun ada yang sistem palong yang berada di kawasan barat laut. Jadi kita telah buat kajian dan perincian ada beberapa perkara saya sebut, kalau saya sebut panjang ya. Yang pertama ialah kita akan memperkenalkan kos insentif
peningkatan hasil padi. Walaupun ada skim insentif yang ada sekarang yang dikemukakan oleh Kementerian Pertanian, contohnya yang diperkenalkan insentif bajakan telah dinaikkan RM500 ditambah kepada, ditambah lagi baru ini, kemudian insentif tuaian pun ada tetapi ini yang kita cadangkan di bawah negeri ialah kos insentif peningkatan hasil. Maknanya kalu dia mencapai sekian-sekian hasil atau yell dia lebih daripada 5 tan atau 6 tan daripada 1 hektar kita akan bagi lagi insentif RM100 bagi setiap metrik tan. Ini contoh insentif untuk menggalakkan mereka meningkatkan hasil. Ini di sekitar RM13 juta kita peruntuk kita minta permohonan peruntukan.
Yang kedua ialah yang ini yang paling besar ialah kos penambahbaikan sistem pengairan. Ini melibatkan juga pembinaan kolam baru untuk tambahan yang saya sebutkan dalam sidang yang lepas iaitu di Tanjong Karang kolam baru iaitu bernilai RM200 juta. Jadi keseluruhan ini melibatkan pembersihan, canal terusan dan juga bekalan air juga kolam di Hj Dorani pun kita masukkan. Itu ber sekitar RM25 juta diperlukan. Bukan sahaja kolam itu perlu dibuat di salting ataupun pembersihan tetapi juga sistemnya pun dah rosak banyak. Dia punya inlet dia sebagainya pun dah rosak, perlu diperbaiki di sekitar RM260 juta. Kos penyelenggaraan jalan pertanian iaitu jalan ladang di sekitar RM5.3 juta. Kos mekanisasi, ini saya sebut pada banyak kali tetapi Sabak kata ini sembang kari. Bukan sembang kari ya, saya kalau kari kepala ikan saya suka tetapi sembang kari tak dak. Sebab apa, kita telah pun mula mengagihkan jentera ini sebenarnya. Baru ini kita telah agihkan lebih kurang 2 bulan lepas melalui Jabatan Pertanian 2 mesin mini harvester ini. Jenis Kubota yang bernilai lebih RM280 ribu setiap unit melalui Jabatan Pertanian dan terbaru kita dah luluskan bulan lepas 2 lagi unit melalui Pertubuhan Peladang Negeri.
Semuanya berada di Tanjung Karang dan kita akan tambah lagi sebab saya dah sebut berkali-kali mesin ini dia akan dapat membantu mengurangkan padi yang jatuh ke bumi. Kalau biasa kita pakai Holland sekarang ini yang sesuai untuk gandum itu sekitar 20 % akan hilang. Tetapi dengan penggunaan mesin ini kita akan kurang hanya sekitar 5 % sahaja. Jadi 15 % itu kalau kita terjemahkan di sekitar kawasan kita yang 17 ribu, 18 ribu hektar ini. Kita boleh save di sekitar 9 ribu dengan 10 ribu tan. Padi kita akan selamat, bukannya sikit ya dan saya telah dalam pertemuan dengan dialog baru ini dengan Menteri Pertanian dan juga EXCO-EXCO Pertanian yang lain di Kementerian, saya sebutkan yang sama dalam ucapan saya. Saya bagi tahu bahawa ini langkah paling awal patut dibuat sekarang ini untuk membanyakkan mesin-mesin yang mini harvester ataupun mesin Mini Jentuai ini untuk kita banyakkan supaya mereka menukar kepada combine harvester ataupun mini harvester ini untuk mengurangkan kehilangan padi-padi kita. Ini pun kita dah masukkan di sekitar RM1.38 juta.
Kos menambah sistem saliran ini merujuk kepada penambahan pam. Pam-pam yang telah pun daif dan juga menambah isi padu borrow pit untuk menambah lagi meningkatkan lagi bekalan air kita. Ini pun di sekitar RM23 juta dan penambahbaikan sistem palong dan sistem saliran ini semua bernilai RM347 juta dan yang paling besar sekali sebenarnya antara yang paling besar ialah kos pengambilan tanah dia bila melibatkan juga pengambilan tanah dan juga maintenance road, ini sekitar RM660 juta. Kos pengambilan tanah yang akan diperlukan untuk menyediakan sistem saliran yang saya sebutkan. Ini sekitar semua RM1.3 bilion kalau kita tolak separuh itu daripada tanah makna ada RM600 juta lebih adalah diperlukan infrastruktur. Ini yang akan kita bentang dalam MTES dalam mesyuarat akan datang dan kita akan mohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan sebahagian besar daripada peruntukan ini kerana saya difahamkan saya dengar baru-baru ini MADA dapat lebih daripada RM3 bilion untuk sistem saliran mereka. Mereka Jelapang Padi kenapa kita tak boleh dapat ya. Selangor pun Jelapang Padi juga di Barat Laut, jadi kita akan mengharapkan Kerajaan Persekutuan juga akan beri pertimbangan untuk kita dapatkan bagi memperbaiki sistem saliran kita di Barat Laut. Untuk ..
Yang Berhormat.
Ya.
Saya nak sedikit penjelasan, bagi sawah-sawah yang pendapatan mereka tidak produktif sebagaimana yang YB EXCO sebut tadi, pendapatan yang, hanya yang ada insentif ialah yang melebihi 5 tan sehektar di atas dan kebanyakan kalau dibelah-belah Sabak itu ada yang 5, ada yang 4, ada yang 3 yang 2 pun ada. Adakah kerajaan bercadang bagi yang tidak produktif ini kerajaan akan menghentikan? Sebab ada negeri-negeri yang menghentikan untuk kerja-kerja tanah semula. Menghentikan untuk beberapa musim dan kerajaan membantu bagi melaksanakan kerja-kerja tanah semula bagi memastikan kesuburan tanah dan barulah selepas itu disambung semula kerja-kerja penanaman ini.
Terima kasih Yang Berhormat, ini yang saya sebutkan tadi secara umum ya. Sekarang ini buat masa ini kalau ikut musim yang lepas kita mempunyai purata di sekitar 3.7 juta tan per setiap hektar. Itu dia punya puratanya keseluruhan. Walaupun kita tahu sebahagian besar ada sebahagiannya mempunyai pencapaian tinggi keluarannya ada 8 tan pun ada di Sekinchan dan juga ada yang 6 dan 7 sebagainya tetapi puratanya sekitar 3.7. 3.7 ini sebenarnya purata yang merugikan sebenarnya. Kalau kita congak, kira, kita buat kiraan basic, 1 hektar sebenarnya subsidi bernilai sekitar RM1500. Kos untuk sawah mungkin di sekitar RM3000. Jadi makna dia perlukan RM4500 sekurang-kurangnya ataupun untuk dia
bukan RM4500 dia memerlukan 4.5 tan sekurang-kurangnya untuk dia bernafas lega dalam pengeluaran padi ini. Itu kiraan yang mudah ya. Sebahagiannya kos yang dikeluarkan sendiri sebagainya adalah daripada Kementerian. Memang banyak subsidi dikeluarkan untuk padi, macam yang saya sebut tadi, bantuan baja, bantuan NPK, bantuan racun, bantuan daripada segi insentif bajakan dan dinaikkan baru ini insentif tuaian. Kemudian harga lantai yang subsidi beras daripada jualan padi oleh BERNAS dan kita negeri pun tahun lepas kita tambah kita bagi RM500 lagi semua, kita tidak kira dia keluaran macam mana kita bagi RM500 per hektar. Bernilai RM8.9 juta kita keluarkan dan 2 tahun lepas kita keluarkan juga bantuan untuk membantu dari segi penyakit yang melanda masa itu. Jadi, semua itu maknanya kita bagi pertimbangan, cuma saya sebut tambahan tadi ialah insentif kepada mereka yang berupaya untuk sebahagian mereka meningkatkan hasil. Saya menyebut semua ini bukan apa, sebab padi ini bukan satu yang mudah. Saya dah daripada awal dulu sentiasa memberi perhatian bagaimana kita dapat improve. Tetapi infrastruktur ini perlu dibawa, di adalah sebahagian daripada sokongan kita dalam menyelesaikan atau meningkatkan hasil kerana saya nak bagi tahu padi sekarang ini keluaran negara di sekitar hanya di sekitar 6.2 % sahaja SSR kita. Sekarang ini dah di kiraan terbaru DOSM Jabatan Statistik kena keluarkan 6 % dan yang digunakan untuk benih. 6 % benih jadi sekarang ini SSR kita automatik dah turun ke 56 % sahaja tinggal. Jadi 45 % lagi import. Selangor hanya berupaya menyediakan di sekitar 11 % sahaja keperluan dan kita populasi makin kuat kemudian makan nasi pun banyak. Itu saya galakkan supaya kurangkan makan nasi sikit. Tetapi bukan apa, bukanlah maknanya itu penyelesaian tetapi itu boleh membantu dan kesihatan pun lebih baik ya untuk kurangkan sikit makan nasi, makan lauk banyak tak apa. Ikan Bandaraya kita tak masuk dalam menu ya.
Jadi ini boleh membantu tetapi lagi satu perkara yang nak difahamkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Selangor ini pengeluaran padi kita di sekitar sekarang ini dah 67 ribu sahaja setahun. Kita pernah mencapai 100-110 ribu. 120 ribu pun pernah. Jadi kita akan tengok balik macam mana kita nak tingkatkan balik dan sekarang ini 50 % padi yang kita keluarkan adalah untuk benih. 50 % padi yang dikeluarkan oleh Barat Laut IADA 50 % lagi adalah untuk makanan 50 % untuk benih dan benih ini tidak ada halangan dia boleh bawa ke Kedah, bawa ke Terengganu,bawa ke merata. Tidak ada sekatan nak bawa keluar benih padi ini daripada luar ke luar Selangor. Ini pun jadi satu lagi isu, sebab itu kita hanya ada 50 %, dahlah keluaran kita menurun. Sekarang ini 50 % digunakan untuk benih. Jadi ini semua sedikit sebanyak memberi kesan kita kepada industri padi kita.
Yang Berhormat izin mencelah.
Yang Berhormat, ada yang bangun. Silakan siapa.
Boleh-boleh?
Permatang.
Terima kasih Speaker.
Permatang dulu, belakang yang saya nak bagi Sabak Bernam, nak bagi laluan Sijangkang ke macam mana.
Sikit je, sikit.
Permatang ya.
Ok. Terima kasih Tuan Speaker, baru-baru ini berkenaan dengan sawah di tempat saya kita ada masalah di mana kalau dulu subsidi baja ini diberi secara terus kepada pesawah dan sekarang ini sudah ada kontraktor untuk apa membaja. Jadi baru-baru ini dalam musim yang lepas kita ada masalah di tempat saya di mana ada kontraktor ini lambatlah baja, jadual pembajaan itu tak seperti yang kita jangkakan atau masalah kontraktor ini kekurangan dron dan sebagainya. Jadi saya nak tanya adakah apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan pada musim yang akan datang masalah seperti ini tidak akan terjadi dan adakah kita terfikir semula untuk memberikan seperti dulu? Sebab kerana pesawah ini jadual membaja itu berbeza-beza kerana mereka tanam itu tak semua orang tanam pada waktu yang sama. Jadi itu masalah dia, bila ada itu, dah terlambat baja jadinya bantut dan sebagainya. Jadi apakah inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini.
Yang Berhormat Permatang, ada lagi, ok, ok.
Berkaitan juga. Ok, terima kasih Tuan Speaker, EXCO. Saya bahas keterjaminan makanan antaranya adalah sumber padi kitalah. Ok, saya ingat antara isu yang disebutkan oleh hasil kita ini adalah tanah kita yang dikatakan sudah tidak subur. Walaupun diberikan baja dan sebagainya dan isu yang kita hadapi ini adalah yang berkaitan unjuran kita musim kemarau yang akan kita hadapi tidak berapa lama lagi dan agak panjang. Kekhuatiran kita adalah apabila nanti kalau kita baiki saluran pun, sumber airnya tidak ada, dia tidak akan ke mana. Adakah inisiatif untuk melihat, mungkin benih-benih padi huma yang mungkin boleh mengeluarkan hasil yang lebih baik daripada yang konvensional di kawasan jelapang padi kita, atau pun benih yang mungkin pernah disebutkan oleh Menteri Kementerian sendiri, ada yang boleh tahan dengan air masin yang mungkin menjadi sumber air,
pengairannya. Tapi hasil kita adalah lebih baik daripada padi yang konvensional, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang dan juga Yang Berhormat Sijangkang kerana memberi ...
Sungai Panjang boleh? Sekali saja jawab nanti.
Ada lagi? Sungai Panjang lagi?
Sungai Panjang sekali.
Ok, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat EXCO. Pertamanya ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif peningkatan hasil yang Sungai Panjang suarakan pada perbahasan yang sebelum-sebelum ini. Yang keduanya berkenaan dengan Sungai Panjang mohon sangat supaya disegerakan penelitian untuk kapal korek yang dekat tengah-tengah sungai itu. Sebab isunya bila kapal korek, dia korek dari tepi banyak ban-ban yang pecah dan jalan-jalan juga dia kontraktor itu dia malas ambil balik tanah. So, kaki lima akan kecil, kaki lima akan kecil. Yang ketiganya infra jalan ini juga rosak, itulah sebab antaranya jentera-jentera berat macam mesin padi Holland itu, kalau dapat terus tukar pada mesin padi yang ada sekarang ini yang kecil dan jalan pun ok, tanah pun tidak banyak mengganggu sebab selepas tuai, banyak tanah tahi-tahi tanah itu banyak mengganggu dan banyak berlaku accident.
Dan yang terakhirnya Sungai Panjang berharap supaya juga difikirkan data itu secara overall, maknanya berkurangan pertambahan dengan homestay lagi dan sebab banyaknya homestay ini jadi TNB itu jadi low voltage. Jadi di peringkat pertanyaan boleh bertanya kepada TNB kena pergi untuk sediakan tanah-tanah sama ada rizab dan sebagainya di kawasan bendang supaya TNB boleh meletakkan pencawang-pencawang mereka untuk salurkan elektrik kepada penduduk-penduduk sekitar di sana, terima kasih.
Sungai Panjang, jadi banyak soalan yang ditimbulkan. Untuk makluman Yang Berhormat Permatang, sebenarnya isu tentang pengurusan baja, bantuan ini adalah di bawah Kerajaan Pusat yang berhubung langsung dengan melalui NAFAS sebelum ini untuk membekalkan baja. Dan dulunya memang melalui NAFAS ini dia akan agihkan melalui Pertubuhan Peladang kawasan untuk
membekalkan baja-baja ini. Tetapi mereka telah menetapkan kaedah baru yang juga menggunakan khidmat kontraktor selain daripada Pertubuhan Peladang. Jadi ada sedikit gangguan sebab penggunaan drone ini yang kadang-kadang tidak dalam jadualnya serentak, terlalu banyak menyebabkan kekurangan masalah drone, itu yang menyebabkan berlaku. Kita hanya Kerajaan Negeri hanya boleh memberi input kepada Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pertanian untuk maklumkan bahawa ada masalah tetapi dapat diselesaikanlah. Sebab ini kali pertama mungkin di depan ini yang akan diperbaikilah, itu kita telah maklumkan melalui Jabatan Pertanian dan juga melalui IADA supaya perkara ini tidak berlaku kerana padi ini tidak boleh lewat sebab dia ada penjadualan bajanya. Atau kelewatan itu boleh menyebabkan masalah, itu telah kita sampaikan kepada pihak Kerajaan Pusat.
Untuk makluman yang lagi satu, saya telah sebut banyak kali dalam Dewan ini, banyak masalah kita hadapi sawah ini. Sawah ini tanaman monocrock, padi monocrock ini maknanya single crock. Single crock ini dalam sains pertanian, kalau diulang-ulang tanpa membuat rawatan yang sempurna, dia akan menyebabkan dua masalah. Yang pertama dia punya kegersangan tanah itu akan berlaku, yang keduanya penyakit itu bersambung dia tidak putus sebab apa, dia tanaman yang sama diulang di tempat itu. Sebab itu di mana-mana negara yang mengamalkan rotation crock, kitaran ini tanaman ini, dia lebih subur dan penyakit dia putus. Itu yang berlaku antaranya contohnya padi dengan jagung. Tapi saya dah cuba buat, tapi nampaknya pesawah kita masih tidak boleh menerima lagi perkara ini, tapi tidak mengapalah kita akan cuba lagi, tapi maksud saya yang disebut Sijangkang tadi, tanah kita sebenarnya sawah ini sebab dia monocrok, kita kena buat treatment. Soil proffiling ini kajian tanah itu telah dibuat di keseluruhan oleh IADA, dah buat, kita tahu dah masalah tanah macam mana. Sebenarnya tidaklah seteruk itu, cuma disebabkan kita penggunaan bahan-bahan kimia daripada baja dan juga racun, jadi bakteria yang baik ini atau pun microp ini dah mati. Ini yang kita cuba masukkan microp ini, ramai yang tidak faham, dia ingat baja saja sudah cukup suburkan tanah. Bukan baja ya, baja pun kalau berlebihan dia tidak membantu, dia kena masuk kena rawatkan tanah itu dengan contohnya asid dia tinggi kita masukkan kapur. Kalau kita kena masukkan microp yang baik untuk bakteria yang baik supaya tanah itu menjadi subur. Baja itu salah satu komponen saja dan banyak lagi yang kita perlu masukkan. Sebab itu inisiatif Kerajaan Negeri ini menyediakan juga microp ini atau EM ini untuk digunakan juga di sawah dan mengurangkan penggunaan bahan kimia dengan penggunaan baja organik.
Ini akan membantu juga bukan sahaja dari segi kesuburan dan juga mengurangkan penyakit dan juga tidak mencemar air, ini antara perkara-perkara yang kita buat dan mekanisasi benih, benda-benda basic ya. Nanti kita berharap Yang Berhormat terutama di kawasan sawah ini bantu saya bagi penerangan, sebab tahun depan saya dah melihat ketua-ketua blok ini kita kena tengok balik peranan mereka supaya mereka betul-betul
berfungsi dalam menjaga kawasan-kawasan pertanian ini. Selama ini saya tidak berapa kisah pun, yang mana JPS cadang, saya lulus saja. Tapi kali ini saya hendak tengok sebab mereka berperanan penting untuk penerangan. Contoh saya beri simple, kalau satu blok ini 50 lot ya, 50 lot 60 hektar, kalau padi yang mereka tanam sama benihnya, contohnya MR297, kalau tanam sama, jadi masa dia sama. Jadi bila dia tuai, padi tidak rosak, jadi tapi masalahnya ada yang tanam 297, ada yang 217, macam-macam jenis itu, masa tidak sama. Bila datang mesin tuai, dia kena tuai sekali, kalau dia tuai tinggal dia saja, nanti kos dia tinggi. Jadi padi tak rosak, potongan dia tinggi. Benda-benda macam inilah, kadang-kadang benih yang sama tapi orang lain dah tanam, dia belum lagi.
Jadi ini banyak isu-isu yang juga melibatkan kesedaran daripada pihak pesawah pun perlu kita bantu untuk mereka tingkatkan hasil mereka. Saya berkeyakinan kalau di Sekinchan boleh dapat tujuh lapan tan, tak ada sebab kenapa tempat di Sabak dan Sungai Panjang dan sebagainya tidak boleh dapat, tak ada sebab, boleh. Kita boleh sama-sama bantu cari jalan bagaimana kita sedia untuk membantu sebenarnya. Dan saya harapkan ini akan dapat meningkatkan hasil mereka. Kita dah buat kajian, memang kita tahu ada yang buat homestay, ada yang buat tanam sayur, upah Bangla tanam sayur, saya pergi melawat semua itu, subur sayur-sayur dia, Bangladesh tanam. Tapi saya tahu, saya faham, kadang-kadang kita hendak tegur pun susah, tapi kita sudah buat di sekitar ke 5% ke 10%, maknanya kita masih ada 17 ribu hektar lagi padi dalam 1,000 lebih hektar ini telah digunakan untuk tujuan lain. Kita akan pergi dan saya yakin kalau hasil kita tingkatkan mereka akan kembali menanam padi ini nanti, ini antara perkara-perkara yang saya akan, jadi saya rasa kalau kita hendak cerita panjang, Yang Berhormat Sekinchan pun dah cerita mengenai garis panduan berhubung dengan inap desa dan sebagainya untuk sawah padi. Dan juga pihak MPOB (Malaysia Palm Oil Board) pun sedang meminda syarat-syarat lesen untuk memastikan buah tandan segar itu yang mana lesen hanya dikeluarkan pada musim menanam sawit di kawasan status tanah yang nyata sawit atau pun pertanian sahaja. Kalau ada sawah, tanam sawit di sawah, dia tak akan terima nanti pembelian. Itu antara sekarang ini usaha yang dibuat untuk memastikan kita memulihara dan memelihara kawasan sawah kita. Kita tak ada tempat lagi nak buat sawah dah, nanti Pertanian minta sawah, lagi tidak ada, kita hanya boleh tingkatkan hasil. Negeri lain mungkin ada tanah, tapi Selangor kita ini saja yang ada untuk kita jaga sebagai jelapang padi kita.
Saya juga ingin menyentuh mengenai pertanyaan Sungai Panjang berhubung dengan isu ladang PKPS yang menyebabkan ban pecah menyebabkan banjir ini. Tentang ban ini saya dah lihat dan usaha sedang dibuat. Saya difahamkan 15 Oktober pecah, tarikh tutup daripada JPS 5 November dan masih lakukan penambahbaikan. Untuk ban ini saya dah sebut banyak kali, kita mempunyai panjang ban yang cukup panjang. Untuk ban sungai saja kita ada sekitar 750 kilometer. Untuk pesisir pantai kita ada 200
kilometer. Hampir 1,000 kilometer dan saya telah minta JPS menyediakan laporan lengkap bahagian-bahagian mana ban ini sering rebak atau runtuh ini. Dan kita akan mengambil langkah penambahbaikan kepada tempat yang sering roboh ini. Kita hendak buat roboh semua hendak ganti, mustahil kerana terlalu panjang, kosnya terlalu tinggi. Sebab itu antara sistem SPS yang saya terangkan baru ini dalam soalan itu, itu adalah antara kaedah teknologi yang terbaru yang kita boleh gunakan selain daripada kaedah lain seperti girovet dan sebagainya yang kita tengok kesesuaiannya.
Tapi keperluan itu tetap ada dan ini termasuk di tempat ini kerana kesan daripada ban pecah ini ialah banjir yang berlaku berleluasa menyebabkan bukan saja di kawasan ini tetapi di kawasan pertanian tapi kalau di kawasan perumahan akan menyebabkan kehilangan banyak kereta, tidak boleh terimalah, saya pun sendiri rasa tertekan juga melihatkan tengah itu baru setahun banjir, baru beli perabot, banjir lagi, perabot habis. Sebab dia buat chipboard daripada perabot ini, sekali kena air, tak payah lama sekejap saja, memang habis. Jadi tertekan dengan isu ini tentulah kita melihat ini sebagai satu usaha yang bersungguh-sungguh yang kita sedang usahakan untuk memastikan kita dapat minimum kan seminimum mungkin kesan banjir ini. Jadi ini antara tempat yang disebutkan di sini berhampiran dengan Ladang Gagasan di ...
Yang Berhormat Speaker, berkenaan tanah di PKS sendiri ...
Ya Yang Berhormat, bangun.
Mohon juga untuk status terkini tanah bersebelahan dia lot 4293 yang di sita Pejabat Daerah itu, yang dicadangkan untuk Selangor Smart Agro Park (SSAP) sebab itu juga untuk tujuan food security, status terkinilah macam mana.
Saya ambil perhatianlah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Memang banyak isulah yang perlu kita perkemaskan. Cuma saya perlu dapatkan detail untuk dilaksanakan ya. Tentang pertanyaan Sabak mengenai loji ayam ini, loji penyembelihan ayam ini atau pun Abattoir ini yang telah luluskan dan terpaksa kita batalkan sebabkan isu ini, saya maklumkan Yang Berhormat Sabak, bukan kita batalkan terus. Kita batalkan untuk RMK Ke-12 ini sebab kita tidak ada tapak yang sesuai lagi, sebab tempat itu dah menjadi masalah. Kita akan masukkan semula tahun depan, kita masuk semula untuk RMK Ke-13. Dah nak habis, dah nak mula dah, tahun depan last, kita akan masukkan dan sehingga kita selesaikan tapak ini, kita akan masukkan di bawah RMK Ke-13 bagi pembinaan pusat
penyembelihan ayam di Sabak Bernam. Ini memang adalah agenda penting kita kerana kita perlukan sangat kawasan penyembelihan ayam di kawasan yang berkaitan.
Untuk berkaitan dengan soalan daripada Sabak juga, banyak soalan Sabak ya, tentang lembu ini. Saya mengakui memang isu ini memang banyak saya terima aduan, bukan saja di Sabak Bernam, di Kuala Langat, di Hulu Langat. Banyak kes kemalangan, saya akui tetapi bila kita buat kajian, kita dapati kita ada kelemahan, kelopongan pada undang-undang enakmen kita ini. Jadi sekarang ini kita dah ready untuk kita laksanakan enakmen mengawal lembu, kerbau satu-satu ini, kita telah ada pindaan yang kita cadangkan. Dan dasarnya itu kita akan dapat kelulusan dasar dalam pihak Veterinar dah siap kertas untuk mengangkat pada MTES bagi mendapat kelulusan satu kaedah di mana, kaedah itu menetapkan jenis hukuman penalti kepada mereka-mereka yang ternak ini perlu ada kawasan ternakan. Kalau mereka ternak tidak ada dan mereka membiarkan rayau, mereka akan ada kena penalti. Itu antara peranan kita dan lembu-lembu ini akan di tagging itu, itu disebut tagging itu, dia memerlukan peruntukan ini, kita akan mendapat kelulusan dasar selepas sidang ini, kita memang dah ready kertas MTES dan kita akan angkat. Yang pihak PBT pula akan mengangkat juga untuk mendapatkan kelulusan untuk meminda enakmen lembu kerbau ini, enakmen memelihara lembu kerbau ini dan juga akan bersama-sama DVS untuk mendapatkan pandangan untuk kita finalize kan. Saya hendak beritahu untuk lembu kerbau ini bila kita laksanakan dalam masa terdekat ini kita akan bagikan moratorium kepada mereka, kita tak boleh bagi terlalu lama kerana sudah terlalu banyak kes-kes kemalangan dan insiden yang melibatkan lembu kerbau ini, kita akan laksanakan moratorium mungkin 6 bulan maka sebab itu kita akan ambil tindakan segera, kalau mereka tidak menyediakan tempat berpagar, merayau kita akan ambil tindakan menangkap dan mendenda pemilik-pemilik lembu ini.
Tambahan EXCO. Baik saya ada dua cadangan. Pertama sekali, dua pertanyaan, boleh atau tidak kerajaan atau PBT ke apa melibatkan masyarakat kampung untuk sekurang-kurangnya memantau lembu-lembu yang berkeliaran ini dengan memberikan sedikit insentif kepada masyarakat kampung apa-apa saja yang boleh melibatkan ketua kampung dan masyarakat kampung yang dapat bukti secara bergambar atau video dan sebagainya sehinggalah dapat ditangkap lembu itu dan beri sedikit insentif kepada masyarakat kampung. Yang kedua, menyampaikan pesan daripada keluarga yang terlibat Arwah Muhammad Zaidi bin Mohad Salihan di Batu 4 yang meninggal dunia jadi minta kalau boleh pihak Kerajaan Negeriatau EXCO datanglah melawat keluarga ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, kita akan mengambil pertimbangan yang disebutkan tadi, saya akan tengok apa cadangan daripada Yang Berhormat tadi adakah kesesuaian, kewajaran sebab dia akan melibatkan
juga dalam aspek undang-undang juga bagaimana nanti kalau kita bagi lembu yang orang lain yang uruskan orang lain. Kalau jadi isu-isu yang berkaitan siapa hendak tanggung semua ini. Kita kena tengok semua sudut, jadi ini antara perkaranya.
Seterusnya pertanyaan dari Balakong, Sungai Ramal, Bukit Melawati berhubung dengan isu Ehsan Mart ini atau pun yang merupakan satu inisiatif tambahan oleh Kerajaan Negeridalam kita memperluaskan peranan dalam jualan Ehsan Rahmah ini sebagai mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kita menetapkan untuk membuka Ehsan Mart ini sehingga satu DUN ada satu. Tujuannya adalah Ehsan Mart ini sentiasa terbuka, produk-produk ini memang ada sekitar 10% ke 15% lebih murah daripada pasaran dan kita juga menyediakan peluang ini untuk usahawan-usahawan kita untuk masuk tetapi JER akan melibatkan sebenarnya subsidi 6 barangan itu. Itu kita akan teruskan cuma akan di tempat-tempat yang sudah ada Ehsan Mart ini kita boleh membuat statik di situ. Tapi hari yang berlaku jualan JER itu jualan 6 barangan itu kita masih kekalkan pada harga yang sama. Itu tujuannya sebenarnya dan di waktu yang lain mereka boleh membeli dengan harga yang mungkin tidak dapat jualan JER tapi berpatutan dan lebih murah dari harga pasaran itu yang sedang kita atur dan tahun depan ada 10 lagi yang akan kita bangunkan , dia berbeza itu dengan satu lagi yang bekerjasama dengan PKPS itu yang kita bangunkan lebih kepada produk-produk segar yang kita akan laksanakan.
Untuk soalan mengenai jalan atau pun di bawah JKR ini saya menerima juga banyak pertanyaan jadi saya sudah meneliti dan melihat bahawa peruntukan-peruntukan yang kita sedia ada, kita akan memberi pertimbangan kepada permohonan. Yang Berhormat Sentosa ada menyebut meminta supaya peruntukan yang mencukupi. Kita akan cari, saya faham keperluan dia tinggi, saya sudah sebut sebahagian jalan besar jalan kita sudah perlu dinaik taraf. Naik taraf ini bermakna kalau dia tampal pun tak guna, Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Yang Berhormat memang sinonim dengan jalan dia kena naik taraf, jadi bila naik taraf strukturnya sudah rosak kena naik taraf jadi bila lebih 20 tahun biasanya kita buat naik taraf. Jadi kita telah buat PCA atau Payment Connection Assessment ini kita peruntukan setiap tahun 10 juta untuk buat kajian jalan-jalan yang bukan jalan-jalan JKR, jalan PBT yang mana telah mencapai tahap hampir tarikh luput ini kita berperingkat-peringkat kita peruntukan untuk naik taraf, ini yang kita lakukan kita sedang memantau dan kita juga dalam masa yang sama kita menyediakan juga macam program penurapan mega itu khas untuk turapan. Tahun hadapan kita sudah tambah. Tahun ini 20 juta saya tahu banyak yang memohon tetapi tidak cukup sebab tahun ini kita memberi keutamaan kepada jalan PBT sahaja 20 juta. Tahun depan kita akan pertimbangkan juga jalan-jalan yang lain untuk kita laksanakan dan berdaftar dengan MARRIS bagi pelaksanaan mega turapan. Juga kita telah pun baru ini kita telah pun perkenalkan penggunaan jet patcher yang di bawah teknologi baru yang penampalan boleh memberikan penampalan yang jauh lebih baik. Tahun ini kita tambah lagi juga
dengan juga thermal pathcer. Ini sebenarnya semua kita sudah tengok yang telah dilaksanakan memberikan kesan yang baik kalau betul berjaya dan berprestasi bagus kita tambah lagi penggunaan teknologi-teknologi tambahan ini. Saya ambil perhatian dari DUN Sentosa tentang tambahan juga daripada Meru tentang jalan paip yang disebutkan. Saya ambil perhatian, kita faham, kita minta pihak JKR kita masukkan sebab selalu sangat kita dengar isu untuk kita masukkan dalam perancangan pelaksanaan penaiktarafan jalan paip ini. Dan juga dalam masa yang sama saya menerima juga permohonan daripada Dusun Tua, Dusun Tua tak ada tak apa, sikit lagi, JKR dan juga daripada Kota Damansara berhubung dengan jalan tiga-tiga tempat ini pun saya sudah kita teliti dan memantau keadaan sinkhole, tanah jerlus yang berlaku di jalan-jalan yang berkenaan. Ini bukanlah tanah jerlus bukanlah kerana ada air bawah tanah kerana calvert pecah jadi itu yang menyebabkan tanah jerlus, kita telah arahkan pihak Infrasel untuk laksanakan kerja-kerja termasuklah di Jalan 4D sekali.
Seterusnya berhubung dengan KTM, bagi KTM Bukit Lanjan ini saya rasa setiap kali sidang boleh kata menimbulkan isu banjir di kawasan KTM Sungai Buloh ini. Kita menghadapi masalah yang besar ini punca dia, Sungai Gasi di situ sebab sungainya tinggi dan outletnya itu tidak boleh keluar sebab air sudah mengalir balik backflow jadi kita akan cadangkan supaya sedang dalam pelaksanaan untuk mengalirkan air back flow ini untuk menghalang supaya disalurkan kita sedang melaksanakan barrier di sana dan pembukaan scupper drain baru di situ. Jadi dia dalam pelaksanaan dan akan siap akhir bulan ini kita tengok macam mana kalau ada keperluan lain pihak JPS mencadangkan juga supaya kita wujudkan satu kolam takungan di situ sebab tidak ada kemampuan untuk kita mengatasi isu ini. Ini isu lama yang akan kita akan atasi dalam masa terdekat.
Saya rasa ini yang terakhir berhubung dengan banjir ini. Saya hendak sebut di sini, banjir ini memang banyak soalan saya terima, saya tidak akan pergi kepada satu persatu taip saya teliti semuanya dalam senarai. Saya maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat sendiri secara umum. Kita sekarang dalam pelaksanaan bernilai 3.16 bilion. Projek Tebatan Banjir di bawah Kerajaan Persekutuan ada 12 yang terbaru 512 juta ada campur dengan semua yang sedang dilaksanakan dan yang baru 3.162 bilion seluruh Selangor, kita tidak cerita Malaysia, semua Selangor dan di bawah peruntukan Kerajaan Negeriada 45 projek bernilai 485 juta di pelbagai peringkat. Ada peringkat reka bentuk, ada peringkat ukur, ada peringkat pengambilan tanah, ada peringkat utiliti, ada peringkat sedang buat, ada peringkat yang hendak habis dan ada yang sakit. Saya bagi tahu tak ada yang sembunyi ada yang sakit satu dua termasuk Sijangkang. Di Sijangkang Projek Tebatan Banjir di Sungai Buloh ada, yang itu di bawah negeri dan di Sungai Buloh itu di bawah federal. Banyak projeknya tapi saya sudah bagi tahu kepada JPS baru ini dan juga JKR projek ini berjalan tiga empat tahun, pertama kita nak tengok macam mana hendak percepatkan. Atau kaedah-kaedah kita boleh perkemaskan contoh reka bentuk,
kenapa reka bentuk setahun jadi kita hendak tengok, memang sebenarnya ada sedikit masalah di situ. Lantikan kena buat berasingan, juru ukur kita akan betulkan dan percepatkan. Dan satu lagi kita lihat kalau berlaku projek sakit, apa yang berlaku ialah di peringkat Persekutuan ia ada satu dipanggil panel kontraktor penyiap penyelamat dipanggil. Jadi kita boleh wujudkan di Selangor, kita akan panggil dan minta kelulusan. Kalau berlaku kita terminate mana-mana kontraktor panel boleh siapkan. Ini sudah dibuat di peringkat persekutuan jadi kita mungkin buat di Selangor. Ini penambaikan yang kita akan buat. Sebab masa dari dia terminate itu tamat sampai hendak lantik baru terlalu lama. Yang ketiga macam banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat isunya saya sudah bincang sementara itu boleh buat, besarkan sikit sungai itu, saya akan turun dan kita buatkan projek besar hendak tunggu lambat lagi kita selesaikan dahulu yang mana boleh selesai termasuklah jalan di Taman Mutiara. Saya turun pun kerana ia melibatkan open cut jalan memang tidak benarkan kalau JKR benarkan bebas open cut habis jalan kita, hendak betulkan balik sudah tidak elok. Tapi sebab emergency kita benarkan, sebab itu sangkut. Kita benarkan buka jadi saya akan tengok satu-satu isu yang mana boleh sementara ini kita akan buat dulu. Sementara menunggu siapnya projek ini yang biasa makan tiga ke empat tahun. ini yang akan kita laksanakan dalam masa yang terdekat ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah Yang Berhormat EXCO. Mengenai projek sakit yang khususnya berkaitan tebatan banjir ini disebut tadi ada faktor kelewatan. Di antara faktor kelewatan yang pernah di sebut sebelum ini memberikan tindakan black list kepada kontraktor-kontraktor untuk tidak lagi berkhidmat atau pun memberi perkhidmatan tetapi sebelum black list itu apakah mekanisma di pihak Kerajaan Negerimemilih kontraktor yang betul yang berkompetensi untuk melaksanakan projek supaya projek sakit ini tidak berulang banyak kali? Terima kasih.
Yang Berhormat sebenarnya isu ini kita banyak kali kita bincangkan. Memang kita ada kaedah kita, bukan kita lantik sembarangan melantik kontraktor ini, memang ada kontraktor yang telah buat projek memang hebat tetapi bila datang ada ketikanya dia pun sangkut. Kita check kedudukan kewangannya kita tengok berapa bulan dua bulan, tiga bulan kita tengok ada berapa dalam akaun dia, kita check pula track rekod dia. Semua kita buat. Tapi ada kadang-kadang ada berlaku di mana mereka menghadapi mungkin silap dari bagi harga contohnya atau pun berlaku kenaikan harga yang mendadak pada bahan-bahan binaan yang menyebabkan mereka sangkut, ini semua kita buat. Jadi tidak ada isu kata kita tidak bagi ambil saja semata-mata kontraktor untuk melaksanakan kerja, memang kita melalui proses yang agak, cuma saya ..
Terima kasih Pandan Indah, masalah banjir ini Yang Berhormat telah lama bukannya setahun dua masalah ini. Saya yakin pihak Kerajaan Negeridan pihak Kerajaan Persekutuan telah mengambil maklum tentang permasalahan banjir yang berlaku di dalam Negeri Selangor. Kita tak boleh kata masalah banjir ini sebulan dua atau pun tahun ini, 10 tahun, tahun ke belakang sudah ada masalah banjir ini. Jadi peruntukan 300 bilion ini Yang Berhormat Pandan Indah bagi tahu tadi untuk tahun hadapan tahun ini tahun depan mungkin. Tapi sebelum ini takkan tak ada peruntukan yang sesuai yang mencukupi untuk menampung atau pun perbelanjaan bagi mengatasi masalah banjir di dalam Negeri Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Sebenarnya saya sebut semasa ini 3.162 bilion daripada federal bukan kata baru lulus hari ini ada yang sudah hampir siap, saya ceritakan keseluruhan buat masa ini, yang sudah siap kita tidak masuk dalam 3 bilion itu , itu maksud saya maknanya prosesnya berterusan dan kajian banjir ini perlu dibuat berterusan kerana tempat-tempat yang kita sudah buat selesai macam contoh Batu Tiga itu selepas okay sekarang sampai sekarang tidak banjir. Di kawasan Pandan saya sendiri pun bila kita telah buat okay sudah 20 tahun lebih banji bila kita laksanakan Insya Allah tapi permasalahannya ialah projek belum siap, jadi bila projek belum siap jadi kalau Sidang Dewan ada tiga tahun, tiga tahun Yang Berhormat Ketua Pembangkang 3 tahun 9 kali Sidang Dewan jadi 9 kali pertanyaan akan timbul sebab belum siap bukan bermakna saya kata kita lepas tangan. Bagi saya isu banjir ini adalah isu yang paling saya rasa cukup tersentuh kerana bukan sahaja melibatkan nyawa tapi melibatkan harta benda. Ini yang kita kena fikirkan siang dan malam bagaimana cara kita boleh minimumkan, nak selesaikan tak boleh. Minimumkan kerana perubahan cuaca dan sebagainya. Ini urbanisasi menyebabkan terlalu banyak kes-kes yang melibatkan isu banjir ini.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah. Yang Berhormat sebentar tadi merujuk kepada isu banjir di Jalan J1 Taman Melawati dan mencadangkan supaya ada satu langkah jangka pendek untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Pandan Indah sebenarnya JPS Daerah Gombak telah pun memulakan kerja-kerja menaik taraf outlet saliran dalaman daripada jalan J1, dan saya boleh bekalkan beberapa keping gambar yang membuktikan bahawa kerja-kerja pelaksanaan oleh JPS Daerah Gombak ini sedang berlangsung. Dan dijangka akan disiapkan pada 15 November ini iaitu beberapa hari yang lalu. Namun yang kita bincangkan ialah apakah penyelesaian jangka panjang kerana masalah banjir di Jalan J1, J2 Taman Melawati ini berlaku hampir setiap 3 bulan. 4 5 kali setahun. Dan ini amat membebankan bagi sebuah taman perumahan yang telah lama dibangunkan. Sebenarnya Jabatan Pengairan dan Salinan Negeri Selangor telah pun mengenal pasti
penyelesaian jangka panjang iaitu ia berpunca daripada sistem saliran dalaman taman yang tidak dapat mengalir keluar ke sungai apabila paras air Sungai Klang tinggi terutamanya di jajaran Sungai Klang di Kampung Fajar dan JPS ada mencadangkan supaya penyelesaian jangka panjang ini dapat dilaksanakan segera dengan menyelesaikan masalah setinggan di Kampung Fajar yang masih belum ada penyelesaiannya. Jadi saya mohon Yang Berhormat Pandan Indah supaya dapat memberi perhatian kepada perkara ini kerana ia tidak melibatkan satu kos yang begitu besar tetapi kalau kita dapat menyelesaikan peneroka bandar di Kampung Fajar dan kita dapat mengambil tindakan seperti yang dicadangkan oleh JPS saya kira masalah banjir di Jalan J1, J2 dan Taman Melawati ini dapat ditangani untuk satu tempoh yang panjang. Terima kasih.
Yang Berhormat sebenarnya saya memang aware apa sedang dibuat itu. Cuma saya sebutkan ini langkah sementara. Langkah untuk jangka panjang ialah akan melibatkan pengambilan tanah di sekitar Sungai Klang itu yang agak tinggi juga sebenarnya. Proses pengambilan tanah ini bukannya tinggi. Ia melibatkan masa. Tentang Kampung Fajar sebenarnya kita baru luluskan sebelum sidang Dewan ini kita telah luluskan untuk diletak di bawah MBI pelaksanaan penyelesaian kepada isu-isu perumahan di situ. Yang melibatkan kawasan setinggan dan sebagainya. Cuma kita tidak dapat tanah itu belum bersedia untuk dilupuskan kita tak boleh tunggu kita nak selesaikan bukan sahaja isu banjir di situ juga menyelesaikan isu setinggan yang sekian lama berada di situ. Jadi saya rasa yang saya nak sebutkan tadi dari segi penyelesaian sementara yang satu lagi yang saya nak sebutkan di sini yang kita sedang usahakan ialah yang telah saya buat selama ini dan kita akan tingkatkan. Kebanyakan kadang-kadang banjir ini berlaku dalam longkang dalaman dan kemampuan pihak PBT kita ini dengan belanja besar untuk dikeluarkan bagi meningkatkan menaik taraf bagi longkang parit mereka sebelum sampai ke sistem sungai. Ini lagi satu masalah yang dihadapi. Di Sri Muda yang kita tak berapa dengar dah banjir. Kita telah siapkan berkapasiti tinggi lima kali ganda yang skru pam yang kita dah bawa 3 bulan lepas atau 4 bulan lepas yang kita telah pun lancarkan. Tetapi kadang-kadang longkang dalaman itu makan masa sikit untuk dinaik taraf. Jadi air tak sampai sedangkan air dah kering dipam. Ini perkara penyelarasan yang kita akan buat. Yang satu lagi yang saya nak sebut ialah longkang tak bertuan ada ditimbulkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Kita dah pun melaksanakan dan saya berjanji nak buat dan tahun ni saya ingat lagi kalau tak silap dalam sidang bulan 7. Sekarang ini dalam pelaksanaan Fasa 1 RM2.5 juta hampir 300km longkang tak bertuan sedang dilaksanakan dan hujung bulan ini fasa 2 lagi RM2.5 juta lagi 300km akan dilaksanakan. Jadi kita dah luluskan bajet untuk RM5 juta itu bagi one off penyelesaian kepada longkang-longkang yang dah puluhan tahun daripada zaman Yang Berhormat Mantan Menteri Besar kita pun masa tu pun dah ada longkang ini tidak diuruskan. Kita buat sekarang ini, kita tak kira sebab kita
benda ini benda lama yang tak ada tuan ini kita selesaikan dan di akhir hujung tahun ini kita akan letakkan di bawah jabatan agensi mana yang terbabit tidak ada lagi lepas ni kita dengar longkang parit tidak bertuan. Ini yang kita akan laksanakan. Saya juga menyeru kita sama-sama pihak pembangkang dan kerajaan. Satu lagi saya dah sebut kepada Yang Berhormat Menteri Besar penting..
Sungai Pelek sila bangun.
Terima kasih Pandan Indah. Cuma yang tadi saya menyambut baik dengan longkang dan parit tidak bertuan kerana di Sungai Pelek saya rasa di kawasan yang berhampiran dengna saya ini banyak parit dan longkang tak bertuan. Ini saya rasa dapat membantu selama ini inilah yang menyumbangkan kepada banjir kilat. Seterusnya saya ingin tanya berkaitan dengan soalan yang mungkin sebelum ini saya tanya kepada Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan limpahan air daripada ladang-ladang, daripada estet jadi saya rasa Yang Berhormat perlu ada rundingan atau perbincangan dengan JPS supaya mengeluarkan arahan estet atau ladang ini menyediakan kolam tadahan. Saya rasa itu mungkin seblum ini saya ada terlibat dalam mesyuarat di kawasan saya dengan ladang-ladang sebagai satu cara penyelarasan tetapi estet itu kata perlu cadangan ataupun yang lebih katanya adalah Laporan Statistik dan Profesional daripada JPS. Saya rasa mungkin dari situ Yang Berhormat bolehlah berbincang dengan JPS supaya adakan cara atau dasar supaya ladang-ladang estet ini dia boleh adakah kolam tadahan dan supaya air itu tidak melimpah daripada pintu sebab kita dah kaji daripada JKR dan JPS memang tak ada masalah. Semua parit ok. Jalan tak ada masalah. Longkang tak ada masalah. Masalah adalah kapasiti air itu terlampau besar daripada ladang. Itu saya harap Yang Berhormat boleh bantu. Terima kasih.
Sebelum Yang Berhormat EXCO jawab, saya ada bawa satu usul daripada Yang Berhormat Dato Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang berhormat sekalian oleh kerana urusan Dewan ini masih belum selesai. Maka Dewan pada hari ini perlu disambung. Saya mohon persilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul.
Terima kasih Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah dilanjutkan sehingga selesai penggulungan dari Pihak Kerajaan di peringkat dasar untuk bacaan kali kedua pada hari ini.
Tuan Speaker, saya menyokong
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tak bersetuju sila kata TIDAK. Usul DIPERSETUJUI. Silakan Yang Berhormat EXCO.
Saya ada 6 minit ya. Cuma terima pandangan daripada Sungai Pelek tadi yang kita akan tengok sebab kadang-kadang agak sukar kalau pertanian ini kita akan minta kerjasama sebab kalau kita memohon untuk pembangunan mudah. Kita boleh syaratkan kolam takungan dan sebagainya. Kalau kawasan ladang ini yang kita perlu kaedah bagaimana kita nak meminta kerjasama mereka. Cuma saya nak sebut di akhir ini tentang banjir ini kita akan menyediakan satu laporan lengkap di bawah pelan induk air dan telah disebutkan oleh Yang Berhormat yang kita akan sediakan peruntukan. Kita nak melihat keseluruhan dan saya melihat bahawa isu ini dah saya banyak kali bercakap. Dan baru-baru ini saya ada sebutkan lagi ada keluar dalam media. Kenapa kita buat lebuh raya. Kenapa tak buat jalan biasa sahaja. Kerana jalan biasa ini dia akan tersekat dengan traffic light dan sebagainya. Kita nak mass transport nak bergerak secara mass kenderaan kita perlu highway sebab dia besar jalannya dan dia laju. Tidak ada halangan boleh travel dengan laju. Sebab itu perlukan highway. Sama dengan air kalau banyak sungai kita ada pembentung masuk, ada parit, ada longkang dia menyebabkan banyak back flow banyak gangguan limpahan dan sebagainya. Jadi kita sudah sampai masanya negara kita memerlukan sistem saliran highway air. Highway air ini memang ada disebut sebagai smart tunnel itu tapi tidaklah berapa smart kerana air yang diambil itu akhirnya sampai ke Selangor juga. Tapi sebenarnya smart itu bermakna dia pintar. Smart itu maknanya storm management dan road transport. Dua fungsi. Itu maknanya. Kita kena ada dan saya bawa kembali dari Jepun baru pulang melihat pelaksanaan highway air mereka di Saitama dan Kawasaki. Turun bawah hingga 60 meter untuk terowong yang besar. 30 meter diameter dan 10 meter diameter dan transport airnya. Jadi Kuala Lumpur dan Selangor ini perlukan sistem ini sebab sungai kita tidak akan mampu menguruskan taburan hujan yang begitu besar 120mm pun dah habis. Jadi kita perlu tab air ini dibeberapa tempat empat lima tempat yang saya dah kenalpasti untuk kita bawa turun dan transfer ke laut. Itu sahaja sebenarnya saya terus terang dalam ini untuk masuk hansard untuk bagitahu supaya keperluan itu kajian detail itu perlu dibuat. Sebab kalau kita dapat ambil air ini pun jadi air sungai dapat mengalir dengan aliran yang biasa dan tidak akan menyebabkan limpahan kepada kawasan--kawasan rendah diseluruh selangor dan juga di Lembah Klang. Ini adalah satu usaha yang perlu di ambil perhatian oleh terutama pihak Persekutuan.
Bukit Gasing bangun.
Terima kasih bagi laluan untuk minta clarification. Kalau lebih raya air membawa dengan laju air ke laut saya jangka kos dia dalam berbilion-bilion ringgit. Adakah Kerajaan Negeri membuat kajian analisis kos benefit terhadap cadangan kita lambatkan air. Kalau banyak takungan bawah tanah. Adakah itu mungkin lebih murah? Kita simpan air di sumber kalau air itu cepat sampai ke sungai, sungai akan melimpah. Satu cara kita lajukan air ke laut satu lagi kita perlahankan air masuk ke dalam sungai. Sponge city biasa diperkatakan kita serap air. Kalau setiap rumah ada satu tangki untuk menyimpan air hujan, dia akan melambatkan air hujan sampai ke sungai. Impaknya ialah kos. Kalau opsyen satu RM6 billion tapi opsyen dua R1 bilion kita harus menilai. Jadi saya harap Kerajaan Negeri boleh ada sekurang-kurangnya lima kalau tak sepuluh sebelum kita melabur berbilion-bilion dalam satu pilihan.
Sijangkang pula.
Ini dual fungsi tadi saya ingat saya dapat maklumat bahawa muka sauh Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang kita bangunkan itu juga salah satunya adalah untuk mitigasi banjir yang sepatutnya sudah dimulakan atau pun serahan kontrak pada awal tahun ini. Tapi sehingga sekarang pun masih belum lagi. Saya tahu itu isu Persekutuan yang saya kira impaknya juga cukup besar ke kawasan Kampung Lombong dan juga kawasan Desa Sepakat dikawan saya yang terdedah kepada banjir ini. Jadi apa punca sebab? Sebab kalau projek itu berjalan ia akan dapat menyelesaikan banyak perkara.
Sebenarnya projek masa kalau Yang Berhormat Sijangkang telah ada termasuk yang RM3.162 bilion telah dimasukkan cuma prosesnya sebab dia turnkey design and built maka reka bentuk dan bina dia dalam proses reka bentuk sekarang. Itu telah pun diluluskan. Yang belum diluluskan ialah intervensi untuk Rasau. Itu diasingkan. Tidak disekalikan. Tak apa itu tajuk berbeza. Cuma yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing tadi, itu masuk dalam agenda kita. Konsep sponge city yang kita nak buat bukanlah konsep sponge city yang kalau tengok yang asal bermula di negara China dan sebenarnya mereka adalah kombinasi antara kolam takungan dan juga terowong tadi. Dia alihkan juga air. Jadi kita boleh lihat dan kita dah buat anggaran disekitar RM5 bilion kosnya dan akan menyelamatkan Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi saya rasa untuk jangka panjang perlu dipertimbangkan bagaimana kita dapat mengumpul air. Dan air ini tidak perlu semuanya disalurkan ke laut sebahagian besarnya boleh digunakan untuk penggunaan semula air ataupun untuk water treatment. Ini kita buat kajian konsepnya sahaja. Saya berkeyakinan untuk menghadapi suasana perubahan cuaca yang luar biasa ini. Dan juga urbanisasi yang berlaku begitu rapid ini. Saya rasa kaedah ini jauh lebih baik untuk..
Dua orang bangun.
Dilaksanakan. Sudah Pukul 4.00.
Ada dua orang yang bangun Yang Berhormat EXCO.
Ada satu isu yang Berhormat belum jelaskan iaitu tentang masalah cerun yang saya bangkitkan dalam perbahasan. Saya merujuk kepada Belanjawan Negeri Selangor yang mencadangkan sebanyak RM500 ribu untuk tahun 2025 bagi kerja-kerja baik pulih cerun dan bagi pembaikan cerun. Bagi saya peruntukan RM500 ribu ini satu jumlah yang agak terlalu kecil untuk menyelesaikan masalah pengukuhan cerun dan pembaikan cerun. Sekiranya saya bandingkan dengan peruntukan KKR bagi tahun 2025 mereka menerima sejumlah RM118 juta yang akan digunakan bagi pelaksanaan pembaikan cerun dan juga pembaikan pencegahan cerun. Maka persoalan saya daripada RM118 juta yang diperuntukkan kepada KKR khusus untuk pengukuhan dan pembaikan cerun apakah ada sejumlah peruntukkan diberikan kepada Negeri Selangor kerana jumlah yang dapat ditampung oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu kecil sedangkan hot spot kawasan cerun yang kritikal ini agak besar di Negeri Selangor dan saya bimbang kalau masalah ini tidak diselesaikan segera kesan kepada ekonomi Selangor itu jauh lebih besar daripada jumlah peruntukan yang patut disediakan untuk memperbaik dan memperkukuhkan cerun di Negeri Selangor ini. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat. Satu lagi komitmen Kerajaan Negeri untuk mempamerkan Pelan Risiko dan Bahaya Cerun. Saya tahu keterangan yang Berhormat EXCO dia sedang mengimbangkan di antara spekulasi hartanah dengan keselamatan rakyat jadi bagi saya dalam keadaan situasi semasa dengan global warming, perubahan iklim pertimbangan keselamatan nyawa mesti mengatasi segala-galanya. Jadi saya pohon komitmen Kerajaan Negeri untuk membenarkan Pelan Risiko dan Bahaya Cerun ini dipamerkan kepada penduduk dan awam supaya mereka dapat mengambil pendekatan bersiap siaga sekiranya berlaku sebarang musibah. Pohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Berbalik kepada banjir tadi di bandingkan dengan kawasan lain DUN Sungai Kandis yang kita nampak daripada apa yang kita observe bukan masalah terlalu besar sangat cuma sebabkan longkang-longkang dan perparitan ini tidak dibuat penyelenggaraan sebenar jadi kalau kata dibuat selenggara yang ikut kepada schedule betul-betul rasanya tidak lah buruk di mana hujan sahaja terus banjir kilat. Jadi kadang-kadang kita tengok longkang air penuh tapi di sebelah sini kosong so jadi itu yang kita ambil conclusion yang servis longkang-longkang itu perlu untuk diselia dengan cara yang
schedule dengan jadual yang tetap. Jadi kalau hendak dikira nak buat macam-macam belanja yang banyak saya rasa tidak seteruk itu sebab lagi pun air daripada Sijangkang, Rimbayu turun ke Jalan Mastam kawasan itu pun masuk ke sini, air dari Kota Kemuning daripada Econsave pun hala ke Jalan Kebun macam itu juga di Kampung Pandang pun sama Johan Setia pun sama, Bukit Naga juga the same air tidak boleh nak lalu straight ke Sungai Kandis. Jadi mohon yang itu di tengok dahulu bukan hendak belanja yang besar tapi penyelenggaraan bagi betul sahaja kalau tidak kesian penduduk. Terima kasih.
Kita take note lah kalau hendak bercerita panjang cerita ini cerita banjir ini tetapi saya faham sebab itu kita ambil langkah-langkah yang saya sebut tadi. Yang Berhormat saya rasa masa saya tidak apa nanti kita.
Saya hendak tambah sikit mungkin Hulu Kelang yang tadi RM500 ribu itu mungkin untuk konsultasi fees.
Tidak saya sudah sebutkan dalam jawapan yang pertama dahulu hari pertama tentang isu cerun ini saya sudah cakap pun. Isu cerun ini sebenarnya kita sebelum ini memang tidak ada satu pendanaan selama ini tidak ada pendanaan khusus untuk menguruskan cerun. Sejak berlaku peristiwa debris flow yang besar banjir besar yang mula menimbulkan kesedaran tinggi tapi bukan bermakna kita let go macam itu sahan kita biarkan begitu sebab itu saya sebut dalam jawapan hari pertama soalan pertama bahawa kita sedang menyediakan lengkap penyediaan kita lengkap mengenai berhubung isu autoriti badan mana yang akan mengawal kemudian kaedah bagaimana kerjasama antara PBT, JKR dan juga JMG ini Jabatan Mineral Dan Geosains dalam menguruskan maintenance atau SOP maintenance bagi cerun dan juga isu-isu berkaitan dengan tanah swasta dan tanah Kerajaan tanah pemilikan bagaimana kita hendak menguruskan isu ini. Ini satu perkara dan termasuk juga dana itu yang kita sebut bajet tadi di prepare sebelum ini lagi jadi RM500 ribu tapi untuk kita kena ingat RM500 ribu ini hanya untuk one off yang luar tetapi mana yang berkait dengan jalan cerun di jalan yang kebanyakannya cerun jalan ia tertakluk di bawah juga peruntukan boleh diguna di bawah MARIS ini yang saya sebutkan dan saya juga akan meneliti dan melihat bagaimana lagi dana yang kita boleh dapat daripada Kerajaan Persekutuan itu memang antara perkara yang kita sedang usahakan juga untuk menyelesaikan dan selama ini pun permohonan daripada PBT tambahan-tambahan memang kita luluskan di pihak MPAJ juga RM20 juta lebih, Selayang pun kita luluskan RM15 juta ke RM18 juta Yang Berhormat baru-baru ini isu cerun tapi ke depan ini kita kena ada kaedah lebih yang orang kata mampan untuk dalam menguruskan cerun ini insyaallah kita akan sediakan dan juga tentang risiko, peta itu kita kena bawa dalam MMKN untuk dibincangkan bagaimana kita hendak seimbang antara betul nyawa penting
dan sama juga kita hendak jaga juga isu spekulasi hartanah ini dalam kita menyediakan Pelan Risiko dan hazard map ini dan insyaAllah yang banjir kita akan beri perhatian seperti saya sebut tadi dalam perhatian projek sedang berjalan yang mana langkah sementara itu kita akan ambil penyelesaian. Jadi saya rasa itu sahaja saya dapat sampaikan yang lain itu kalau terlepas saya minta maaf kita hantar bertulis untuk kepada Ahli-ahli yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Pandamaran hendak bawa kepada perhatian kepada EXCO mana kawasan Pelabuhan Klang bawah DUN Pandamaran sekarang banjir kilat dah. Jadi saya ada minta untuk Majlis Bandar Raya Diraja Klang ini untuk mengkaji beberapa kawasan saya harap yang Berhormat EXCO dalam membantu push kan sebab banyak kali banjir tidak habis-habis. Terima kasih.
Seterusnya saya jemput Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Robbisrohli sodri wayassirli amri wahlul uqdatanmillisani yafqohu qouli, terima kasih Speaker, Ahli-ahli Dewan semua dan seluruh Ahli Dewan yang mengikuti Sidang ini semenjak hari Jumaat yang lalu dan alhamdulillah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 45 orang Ahli-ahli Dewan Negeri yang telah mengambil bahagian sepanjang Dewan ini bersidang sejak daripada Isnin terutamanya dalam tempoh persidangan sehinggalah kita dapat menggulung beberapa asas yang telah di bahaskan sepanjang sidang ini berlangsung. Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan Belanjawan Tahun 2025 dirangka dengan meneliti kepada keadaan persekitaran terutamanya berkaitan dengan Dinamika Politik. Kesan-kesan daripada climax change dengan izin dan juga isu-isu setempat setelah kita dalam proses pemulihan proses ekonomi Negeri selepas daripada Pandemik COVID-19. Kesemua aspek-aspek itu telah dipertimbangkan oleh pihak pentadbiran ini dan juga oleh Perbendaharaan Negeri dan komitmen yang telah kita tetapkan bagi memastikan Negeri Selangor sentiasa berada dalam landasan yang tepat dalam meneruskan trend pembangunan dan kemajuan kepada Negeri lebih-lebih lagi. Negeri ini merupakan Negeri yang merupakan teramai di Malaysia dengan jumlah penduduk telah mencecah lebih daripada 7 juta orang berbanding dengan kadar lebih kurang 6.5 juta seawal saya diamanahkan pada tahun 2018 yang lalu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian pada awal ini saya ingin mengulas beberapa perkara khususnya daripada segi konsep dan juga kaedah perbelanjaan ini dilaksanakan.
Antara perkara yang acap kali disebutkan oleh Ketua Pembangkang dan Barisan Pembangkang adalah kita gagal untuk melaksanakan Belanjawan yang menyeluruh kerana kita perlu melaksanakan perbelanjaan-perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan-
perbelanjaan tambahan yang diadakan tiap-tiap tahun itu merupakan satu perkara yang sebenarnya dibenarkan ataupun yang sebenarnya ada dalam konklusi kita yang boleh dilaksanakan dan satu perkara pula setiap perbelanjaan itu harus diukur daripada apakah sumbangannya kepada KDNK dan sumbangannya kepada Negeri dan Negara dan acap kali kita dengar daripada Ketua Pembangkang, daripada barisan rakan-rakan pembahas di Barisan Perikatan menyebutkan kita tidak menyebutkan tentang realiti yang sebenar sedangkan angka-angka yang kita peroleh dan angka-angka yang kita dapatkan itu daripada department of statistics ia adalah angka-angka yang telah di kaji dan dilihat dengan penuh teliti supaya kita dapat menetapkan apakah dasar-dasar dan laksana yang kita ingin buat dan kita ingin laksanakan dan malahan kalau kita lihat daripada impak Belanjawan hampir tiap-tiap tahun sebenarnya kalau kita ambil pertama bagaimana Hulu Kelang sebutkan tentang hasil Negeri hampir tiap-tiap tahun sebenarnya kita mencatatkan lebihan daripada apa yang kita sasarkan. Tahun lepas kita sasarkan RM2 bilion kita mampu mencapai RM2.7 bilion dan ini merupakan 135% daripada angka yang telah disasarkan dan kalau Hulu Kelang sebutkan pada tahun 2018 dalam Belanjawan beliau, beliau menganggarkan bahawa kita kan memperoleh RM2.25 itu lah pada tahun 2018 saya ambil alih pada tahun bulan enam ataupun bulan Jun selepas Pilihan Raya Umum. Itulah kali pertama kita mencatatkan 88% jadi Belanjawan yang besar dengan nilai purata, defisit lebih daripada RM700 juta, RM800 juta bukanlah menjadi satu anggaran yang menandakan ekonomi akan tiada hasil ataupun mendatangkan kesan kepada ekonomi. Tahun 2018 buktinya ada kita kurang lebih kurang RM 811 juta daripada anggaran kita. Kita hanya mampu mengutip RM1.9 bilion dan pada tiap-tiap tahun alhamdulillah bila kita sebut tentang apa yang kita sasarkan kita dapat lebih malahan pada tahun ini sebelum tutup buku kira-kira kita telah dapat capai lebih daripada 111% sebab itu dalam Belanjawan ini apabila saya ungkapkan beberapa tema antaranya cita sempurna ini saya ambil dan saya nukilan daripada pandangan Allayarham Syed Hussein Alatas seorang tokoh pendidik dan juga pensyarah ilmuan yang besar yang menggambarkan kepada kita bahawa kita harus mempunyai cita sempurna dengan melihat kepada cita sejarah ataupun yang dipanggil sebagai cita bencana dan cita-cita sempurna ini merupakan apa yang disebutkan sebagai idealisme, idea terhadap Negeri dan Negara itu harus dijelaskan dan difahami daripada awal. Kalau kita tidak memahami apa yang dikatakan idealisme kita hendak dibawa ke mana sudah pasti tidak sampai dan tidak capai kepada tujuan.
Saya lihat bila dibangkitkan padahal jelas saya sebutkan apakah hasil tambahan Kerajaan Negeri dalam ucapan Belanjawan saya sebutkan dalam jawapan saya sebutkan sebelum ini saya telah sebutkan bahawa ada beberapa langkah-langkah kita menambah hasil. Kita tambah hasil dapat antaranya daripada anak syarikat kita sasarkan RM40 juta setakat ini RM30 juta daripada angka yang kita sasaran RM30 juta itu dijangkakan pada bulan 12 ini kita akan dapat RM10 juta untuk melengkapkan RM40 juta dan itu belum
pernah dibuat Hulu Kelang ketika menjadi Menteri Besar Negeri Selangor. KUSEL tidak pernah ada inisiatif daripada Hulu Kelang sebelum ini dan tahun ini KUSEL kali pertama akan menyumbang RM1 juta setelah kita membenarkan underneath perkara-perkara yang berada di bawah itu tidak dapat di kelaskan tidak dapat dilesenkan dan dapat hasil dan kita dapat hasil daripada ZDP, Zero Discharge Policy anggaran kita sebenarnya RM120 juta keseluruhan kalau kita dapat capai. Tahun ini sudah dapat belum? Sudah RM18 juta akan dapat lagi atau tidak? Dapat, tahun ini ketika kita laksanakan ZDP beberapa pengusaha-pengusaha dan kilang nilai seluruhnya lebih daripada RM20 ribu hingga RM30 ribu perindustrian yang ada di Negeri Selangor syarikat-syarikat tertentu sudah membayar sampai RM143 ribu kutipan pertama kita pada bulan November Tahun 2024 mencecah RM1 juta d an maknanya adakah Kerajaan Negeri tidak berbuat apa-apa untuk menambah hasil pendapatan? Kita ada buat tapi bila Hulu Kelang sebut, Hulu Kelang masa dia memperkemaskan perkhidmatan pentadbiran. Apa yang dia buat pada segi bentuk, dasar, polisi dan tindakan. Hanya dengan berdasarkan kata-kata ‘yang belum di suruh telah datang, belum dipanggil telah pergi. Nak tambah bukan dengan kata-kata indah dan kata-kata berbunga. Dan lama sangat duduk dengan Mat Jagen, itu sebab jadi macam ini.
Apa dia? Apabila Yang Berhormat menyebut fasal dasar Smart Selangor, Blueprint? sebab Selangor hanya dibentangkan Smart Selangor 2018. Pelan opsyen hanya dibentangkan pada tahun 2019, tidak ada apa pertambahan yang diffusing dari Smart Selangor atau pengukuhan perkhidmatan perjawatan sedikit sebanyak kita laksanakan walaupun tidak sempurna. Saya ambil contoh apabila kita laksanakan drop box ataupun smart box di PTG. Pada hari ini orang ramai tak perlu berbaris seperti dahulu, tidak ada runner seperti dahulu, smart box / drop box dan mengelakkan percanggahan perbarisan ataupun menempah. Kalau dahulu memang berbaris panjang, sekarang masih berbaris panjang juga tapi telah berkurang. Kita tidak buat hanya setakat di PTGS sahaja, kita tambah di Pejabat Daerah-Pejabat Daerah pada waktu ini dan kita akan tambah di tempat-tempat lain selepas ini. Sebab itu pertambahan-pertambahan sebab itu dapat dilihat 3 tahun lepas kita lebih RM700 Juta daripada anggaran hasil yang kita dapatkan. Ini adalah daripada hasil perkhidmatan yang cekap daripada dasar dan polisi tindakan yang telah diatur oleh pentadbiran dan pengurusan ini. Dan memberikan hasil yang konsisten saban tahun. Bukan hanya menumpu kepada apakah yang kita belanjakan daripada masa ke semasa yang tak capai ataupun yang tak tercapai kepada tujuan yang telah ditetapkan.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya mengikuti mukadimah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang nampaknya sedikit emosi pada petang ini.
Bukan emosi. Tegas.
Kalau jawapan ini datang daripada Pelabuhan Klang saya faham ya. Tetapi kalau jawapan ini datang daripada Sungai Tua, saya kurang faham. Kerana Yang Amat Berhormat ketika dasar-dasar ini diputuskan, Yang Amat Berhormat adalah salah seorang daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Semua keputusan yang dibuat sama ada MMKN hari ini atau MMKN 10 tahun dahulu adalah collective decision. So it is very unfair for Sungai Tua untuk tampil pada petang ini dengan izin ..
Yang Berhormat gunakan Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu bukan Bahasa Malaysia.
Bahasa Melayu saya kata Melayu tadi.
It’s very unfair untuk Sungai Tua tampil pada petang ini menyerang dasar-dasar yang kita putuskan secara collective. Saya tidak bersama-sama Pelabuhan Klang ketika itu, sebab saya tahu dia tidak ada kemampuan untuk duduk dalam MMKN. Tetapi, saya letak Sungai Tua supaya kita dapat bersama-sama mengubal dasar-dasar yang berkenaan, itu yang pertama. Jadi jangan terikut-ikut rentak Pelabuhan Klang ya. Kerana dia perlu buat sesuatu untuk beralih daripada kerusi situ ke kerusi sana dalam masa terdekat, kalau dipertimbangkan. Tetapi sebagai Menteri Besar, Menteri Besar harus bersikap dengan lebih bertanggungjawab. Pada saya ada bawa 2 pembentangan Belanjawan pada tahun 2018 dan juga tahun 2017. Kedua-dua Belanjawan yang dibentangkan ini dengan jelas mencerakinkan dasar Smart Selangor. Maknanya bukan kata-kata Yang Amat Berhormat, kita bersama meluluskan Belanjawan ini pada tahun 2017 kita mencerakinkan apa yang dimaksudkan dengan Smart Selangor sebagai Smart State, yang apa yang disebut di sini harus bergerak seiring dengan pembangunan incremental ecosystem digital. Saya boleh kupas panjang lebar kalau diberi peluang ruang kami membentangkan belanjawan alternatif dalam Negeri Selangor pada kali ini. Tapi tidak apa ia telah dibentangkan Yang Amat Berhormat bersama-sama saya ketika ini. Jadi tidak perlulah nak menyinggung saya. Apa yang diputuskan keputusan 10 tahun dahulu sebenarnya sesuatu benda yang tidak baik kerana Yang Amat Berhormat juga harus memikul tanggungjawab ini. Itu yang Pertama, yang kedua.
Yang ketiga, Yang Amat Berhormat tentang Belanjawan Tambahan. Saya tidak kata tidak boleh. Saya cuma memberi peringatan Belanjawan Tambahan ini kita boleh pertimbangkan dalam situasi tertentu. Malahan dalam ucapan Belanjawan saya dalam
Dewan juga pada tahun lepas saya telah menggariskan apakah situasi yang membolehkan Kerajaan Negeri mengemukakan Belanjawan Tambahan? Seperti mala petaka, bencana, pandemik dan juga kecemasan. Bukannya perbelanjaan yang kita boleh kita rancang dari awal. Tetapi apabila saya melihat Belanjawan Tambahan yang dibentangkan dalam sesi kali ini yang akan kita bincang pada minggu depan antaranya memang belanja di luar jangka saya tidak nafikan. Tetapi ada juga kompenan seperti bayaran utiliti, Bantuan Geran Kerajaan Negeri, kos sewaan, kenaikan SST saya boleh pertimbangkan kerana ada kenaikan 6% kepada 8%, jadi ini tidak kita rancang pada tahun lepas. Tapi Ada kompenan Yang Amat Berhormat yang perlu teliti perkara-perkara terancang dari awal supaya perbelanjaan kita lebih berhemah. Itu sahaja. Tapi janganlah emosi sangat pada petang ini. Saya perlukan jawapan yang bertanggungjawab daripada Dato’ Menteri Besar. Terima kasih.
Terima kasih. saya masih boleh tersenyum, sebab itu saya pakai baju pink. Yang Berhormat, sebab itu saya sebutkan apabila Yang Berhormat menjawab, apakah hasil Yang Berhormat tambah? Dengan melaksanakan dasar Smart Selangor. Saya boleh sebutkan sebab saya ada dalam pentadbiran. Blueprintnya tidak bentangkan. Bila Blueprint nya tidak dibentangkan plan of action nya tidak dilaksanakan. Perbelanjaannya mungkin ada RM10 Juta. Tapi apa yang digunakan untuk RM10 Juta? Apa nilai 10 juta yang tambah hasil pendapatan negeri? CO cakap nak bentang Blueprint tapi pengerusi tak bagi. Itu Sebabnya.
Yang Amat Berhormat saya ingat itu tuduhan yang tidak berasas.
Bukan tidak berasas. Saya tahu. Saya berada di Pejabat Dato’ Menteri Besar pada masa itu.
Buktikan bahawa perkara itu berlaku? Ini bukan jawapan yang diperlukan di Dewan.
Yang Berhormat nak bagi laluan? Sungai Tua masih beri laluan?
Kalau nak menyerang, hendak menyinggung tanpa fakta, ini bukan ruangnya. Buktikan di mana ada permohonan daripada pihak yang berkenaan tetapi dihalang oleh Menteri Besar? Buktikan di dalam Dewan. Jangan cakap kosong.
Sebab Menteri Besar tidak jawab dalam MMKN.
Ini bukan satu cara dan watak sebagai Menteri Besar yang bertanggungjawab.
Menteri Besar tidak bawa dalam MMKN.
Ini masa Dato’ Menteri Besar Gulung bagi Menteri Besar gulunglah.
Saya percaya Menteri Besar ada access kepada information ini. Buktikan bahawa ada rekod saya menghalang? Saya cabar Menteri Besar. Buktikan! Jangan cakap kosong dalam Sidang Dewan ini.
(Dewan Riuh)
Tidak perlu emosi. Mengapa emosi?
Hulu Kelang jangan emosi, Hulu Kelang.
Sungai Tua. Jelaskan.
Kepimpinan yang lebih bertanggungjawab dalam membahaskan dan menggulung..
Hulu Kelang sudah, cukup-cukup.
Isu ini.
Hulu Kelang duduk. Tenang. Sungai Tua jelaskan.
Sebab itu datanya hanya dibentangkan tahun 2018. Saudara telah bangkitkan dari Tahun 2015. Disebutkan pada 2017. Kenapa hendak tunggu masa panjang sampai 2018 baru hendak bentangkan atau nak tunggu saya bentangkan dulu? Kenapa tidak bentangkan? Kemudian sebut pula jawapan daripada Pelabuhan Klang. Saya hanya petik jawapan Yang Berhormat, saya laksanakan dasar Smart State. Apa benda yang berubahnya? Command Center pun baru dibuat pada tahun 2020. Kemudian beberapa langkah- langkah susulan kita sampailah kita ada plan of action. Sampailah kita buat PLATS. Sampai kita mampu berdepan dengan pandemik dengan kateria dan langkah-langkah yang diluluskan daripada tahun 2018 dan tahun 2019.
Sebab itu apabila Yang Berhormat tanyakan bertambahan hasil, apakah langkah-langkah yang dibuat? Kita laksanakan langkah-langkah bukan hanya dengan melaksanakan langkah yang ingin kita lakukan, tetapi kita lakukan. KUSEL sebagai contoh. Ingin dilakukan, telah dibuat dan menambah hasil. ZDP, ingin dilakukan Perubahan Enakmen LUAS dalam Dewan ini pada penggal lepas mendapat hasil. Hasilnya berapa? RM18 Juta pada tahun ini. Tahun depan boleh dapat berapa? Boleh sampai 100 Juta lebih dari tapi kita letakkan harga dalam 94 kerana perlu mendapat hasil-hasil yang ditetapkan. Saya ambil nota dan maklum terhadap dasar berkenaan perbelanjaan tambahan kerana terdapat beberapa perbelanjaan luar jangka ketika perbelanjaan tersebut. Nanti kita bahaskan. Belanjaan tambahan tersebut. Jangan perbelanjaan tambahan sekarang. Ahli Yang Berhormat sekalian,
Menteri Besar, ada lagi. Ini perbahasan dan penggulungan, kita ada tetamu daripada Debate Club.
Teruskan. Teruskan.
Sudah balik dah?
Masa tu emas. Hulu Kelang teruskan. Hulu Kelang teruskan. Teruskan.
Jangan ganggu. Ok. Saya hendak rujuk kepada pandangan Dato Menteri Besar seolah-olah tiada peningkatan. Kita lihat statistik dan data, Rizab Kerajaan Negeri pada Disember 2022 meningkat kepada RM3.08 Bilion. Oktober 2016 naik kepada RM3.62 Billion, Disember 2015 RM3.26 Bilion. Kita bersama ketika itu.
Sepatutnya Yang Amat Berhormat bersyukur. Ini angka 8 tahun, 10 tahun yang lalu tidak jauh dengan angka Rizab Yang Amat Berhormat catat hari ini sekitar RM4 Bilion. Sedangkan inflasi ketika itu lebih jauh dari inflasi hari ini. Nilai ketika itu tidak sama dengan nilai Ringgit hari ini. Jadi saya hendak mencadangkan kepada Dato’ Menteri Besar sementara pencapaian itu membanggakan, sepatutnya kita guna ruang ini untuk membincangkan langkah-langkah yang lebih proaktif supaya terus melonjak. Bukan menidakkan pencapaian yang terdahulu dalam keadaan situasi yang berbeza, cabaran berbeza, tuntutan berbeza, nilai ekonomi juga berbeza. Sedangkan pada 2016 kita sudah mencapai RM3.6 Bilion ketika Yang Amat Berhormat EXCO dan saya Menteri Besar. Itulah pencapaian kita
Hari ini saya di sini dan saya masih akan terus mendukung supaya 4 Bilion itu satu kejayaan tetapi kita hendak capai dengan lebih besar. Apa masalahnya yang hendak bergaduh petang ini? Terima kasih.
Emosi...
Mentaliti Hulu Kelang.
Eh mana datang ni? Minum air, minum air. Dah nak terima menantu yang kelima ni sabar sikit. Sebab itu Yang Berhormat saya hendak tanyakan, apabila saya tanyakan apakah strategik kita tambah hasil? Supaya tambah hasil supaya tidak bergantung sektor hartanah, ini soalan asas daripada perbahasan Yang Berhormat. Sedikit sebanyak yang timbul dalam berbahas tadi itu dengan apa yang kita lakukan. Ketika itu Yang Berhormat tidak ada spesifik langkah-langkah dilakukan itu sahaja. Kita yang saya belajar dan saya perbaiki. Jika bercerita fasal ambil pentadbiran di kerusi yang panas ni dah RM2.1 Bilion Yang Berhormat. Yang Berhormat belanja kita selesai,kita selesaikan Jambatan Ketiga Klang, kita selesai itu. Jika lihat daripada hasil, lihat daripada hasil, lihat Yang Berhormat belanjakan pada tahun 2018 hasil kita paling rendah 1.19 itu faktanya Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Rizab yang dibandingkan oleh Yang Amat Berhormat mungkin berkurangan dengan rizab pada hari ini tetapi Yang Amat Berhormat jangan nafikan, ini UPEN ada belakang, ok. Pegawai-pegawai bajet ada di belakang. Pegawai-pegawai kewangan negeri ada di belakang. Kita harus tunjukkan satu sikap yang lebih bertanggungjawab. Yang Amat Berhormat, saya nak beritahu walaupun 2018 bila saya serahkan kepimpinan on the silver plate kepada Yang Amat Berhormat, ok, ketika itu, nanti-nanti dulu, belanja pembangunan melonjak kepada 53.2%. Ini yang kita bahaskan hari ini mengapa belanja pembangunan merudum kepada 43%? Yang Amat Berhormat boleh bangga rizab empat bilion, lima bilion, enam bilion tetapi rakyat di bawah menderita. Saya tingkatkan belanja pembangunan sehingga 53.2% untuk pembangunan yang substantif bagi menjamin keperluan pembangunan yang mampan sama ada infrastruktur ataupun keadilan sosial ataupun kesihatan dan kebajikan. Jadi, jangan banggakan dengan rizab yang jauh lebih besar dari saya tetapi belanja pembangunan terlalu rendah 43% dan belanja operasi meningkat sampai 57%. Satu lagi Yang Amat Berhormat saya nak tegaskan di sini, dalam ucapan Yang Amat Berhormat mengatakan oh kita naikkan belanja pembangunan RM100 juta tetapi Yang Amat Berhormat tidak adil kerana tidak laporkan dalam Dewan ini belanja mengurus melonjak lebih RM400 juta, lebih empat kali daripada belanja pembangunan. Apa yang nak dibanggakan? Sebab itu pegawai-pegawai di belakang
pun membisikkan kepada saya ‘Azmin jangan garanglah, jangan garang’. Sebab? Mereka tahu saya ada data. Saya ada statistik. Saya hanya nak bertanya mengapa belanja pembangunan merudum kepada 43%?
(Dewan Riuh)
Ini Sungai Tua nak bagi laluan lagi ke macam mana? Hulu Kelang, ya.
Sekinchan jangan emosi Sekinchan, sabar Sekinchan.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Sekinchan muka sampai merah.
Sungai Tua, Sungai Tua. Sungai Tua.
Sebab itu Yang Berhormat...
Semua diam, semua diam. Gombak Setia duduk, Taman Medan, Sekinchan, tenang. Sungai Tua
Sebab itu Yang Berhormat bila Yang Berhormat bangkitkan tentang rizab, saya jawab rizab. Dah tu Yang Berhormat sebut angka 100 juta itu seolah-olah manipulasi. Bukan manipulasi. 100 juta itu real. Manipulasi digunakan oleh siapa? Manipulasi ini digunakan dalam percentage. Memang percentage ni nampak rendah 43%. Tapi dengan 43% kita tambah 100 juta untuk pembangunan. Apa benda masalah manipulatif dengan angka ni? Macam mana jadi cikgu matematik dulu macam ni? Yang Berhormat saya sebut...
Jangan emosi, jangan emosi Hulu Kelang. Relaks, jangan emosi.
Yang Berhormat, saya sebut. Kalau Yang Berhormat sebut tentang angka itu memberikan pergerakan ekonomi, ya betul. Memang tahun 2017 pertambahan kita 21 bilion daripada segi nilai ekonomi. Yang Berhormat Hulu Kelang, Gombak Setia sebut jangan hanya bergantung dengan percentage growth ataupun sumbangan. Ini nilai yang sebenar. Ada pertambahan daripada T281 juta kepada 302 juta pada tahun 2017. Kitaran ekonomi Negeri Selangor. Pertambahannya berapa? RM21 juta. Tapi dalam angka yang saya sebutkan saya juga tak kurang 2019
kita tambah 19 juta kurang 2 juta daripada, maafkan saya, kita tambah 19 bilion, maafkan saya tadi 21 bilion, kita tambah 19 bilion kepada nilaian ekonomi. Tahun 2022, dengan Rancangan Selangor Pertama, dengan beberapa langkah digitalisasi yang kita lakukan yang ampuh, kita buka pusat-pusat industri yang tersusun dan kemas, Smart Industrial Park sebagai contoh pertambahan kita naik sampai RM41 bilion kepada kitaran ekonomi pada tahun 2022 daripada 344 kepada RM385 bilion. Sebab itu pertambahan kegiatan ekonomi itu adalah bukan hanya angka sumbangan 25.6, 25.7, sekarang 25.9 tapi saya sertakan dengan nilai. Berapa pertambahan nilai itu? Kalau pertambahan nilai itu berlaku, itu bukan berlaku dengan sebab datang daripada langit tetapi dengan beberapa dasar-dasar yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri. Saya akuilah. Hulu Kelang dulu nama dia Bukit Antarabangsa. Masa Bukit Antarabangsa, marah pula nanti. Saya, saya ada pertambahan tapi pertambahan yang lebih ketara daripada tahun 2015 sampai tahun 2023 adalah pada tahun 2022. Pertambahan kita sampai RM41 bilion. Sebab itu rangka-rangka ekonomi yang kita buat itu saya ambil dulu daripada apa pandangan Yang Berhormat Hulu Kelang dan Gombak Setia, adakah strategi-strategi kita itu menambah aktiviti ekonomi? Ya, ada. Angkanya jelas. Pertambahan KDNK jelas. Growth kalau diambil percentage pun jelas. Mungkin ada pertikaian kalau Gombak Setia kata dia tidak begitu realiti. Tapi saya buat akhirnya. 41 bilion tambahan daripada 344 kepada 385 juta. Jadi, saya selesaikan satu hal. Adakah bajet, belanjawan-belanjawan trek rekod kita jejak rekamnya itu dapat menambah hasil? Ya, dapat tambah hasil dan nilainya bertambah. Bertambah. Kegiatan ekonominya bertambah. Adakah kita berusaha untuk tambah hasil Kerajaan Negeri? Kita tambah hasil Kerajaan Negeri. Tahun 2017, ketika Yang Berhormat kata tambahan, pertambahan belanja ataupun pertambahan hasil Yang Berhormat paling besar pada tahun 2017 sampai RM2.8 bilion pada ketika itu. Sebahagiannya disumbangkan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri. Daripada mana? Daripada pembayaran premium Datum Jelatek. Lebih RM200 juta pada ketika itu. Adakah Datum Jelatek selesai sekarang? Selesai. Adakah nilai kitaran ekonominya berjalan tak sempurna berjalan Yang Berhormat? Sebab dia akan run and loss for the next five years. Sebab kos pengangkutan dan pembesarannya semakin tinggi atau kos pembinaannya adalah tinggi. Itu angka-angka kalau kita nak sidang nak bincang pasal angkalah Yang Berhormat. Dan, bila Yang Berhormat sebut, saya sebutkan tentang kadar purata. Ini saya dah sebutkan ketika pembentangan kajian separuh penggal. Kadar purata itu memang diambil daripada tiap-tiap tahun bagi tiga tahun. Jadilah puratanya. Jadi, kalau kadar purata tu tak menunjukkan kadar yang sebenar saya tak tahu lagi macam mana nak tunjuk kadar yang sebenar dan angka yang sebenar. Sebab itu Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian...
Yang Amat Berhormat.
Apabila disebut...baik.
Ni sebagai guru matematiklah ya. Apakah Yang Amat Berhormat setuju bahawa KDNK purata. Saya tak pernah pertikaikan istilah purata. Saya tahu KDNK purata bermakna ianya diambil daripada jumlah beberapa tahun yang saya lihat dalam ucapan itu daripada tahun 2021 sehingga 2024 maka puratanya 7.43%. I mean no dispute on that particular figure. Cuma, apakah Yang Amat Berhormat setuju bahawa 7.43% pertumbuhan KDNK itu disumbangkan 85% daripada hasil tanah, premium tanah 48%, cukai tanah dan juga hasil pemberian persekutuan 10%? Maknanya 85% menyumbang kepada 7.43% purata KDNK negeri. Hanya 15% daripada sumber lain. Apakah Yang Amat Berhormat setuju?
Yang Berhormat, mungkin saya perlu jelaskan. Itu kadar purata KDNK. Apa Yang Berhormat sebutkan 48%, 78, 81% itu adalah hasil negeri. Hasil negeri dengan KDNK ni kena bezalah sikit. Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat sebutkan hasil negeri 85% daripada tanah, masa Yang Berhormat juga 78, 79% daripada hasil tanah dan kita tambah dengan hasil-hasil yang lain. Tapi bila kita sebut tentang tanah memanglah tanah. Tetapi tanah memang dibangunkan dengan industri, dengan perumahan. Kita unlocked the land dan itulah hasil kepada negeri. Tanpa unlocked the land macam mana kita nak buat? Bukan dengan hanya jual tanah. Tetapi kalau perusahaan masuk, FDI masuk, pusat latihan masuk, itulah yang dihasilkan melalui perkhidmatan ataupun melalui production ataupun melalui hasil daripada perkilangan.
Sekarang Yang Amat Berhormat bersetuju hari ini 85% di bawah pentadbiran saya sebelum ini bersama Yang Amat Berhormat 78% sekitar 75%. Ini yang persoalan yang kita bangkitkan. Kebergantungan kepada hasil tanah sepatutnya berkurangan bukannya meningkat. Kalau 10 tahun dahulu 78%, mengapa 10 tahun kemudian 85%? Sedangkan hari ini ataupun dua tahun, tiga tahun yang lalu kita telah pun meningkatkan keupayaan kita dalam inovasi, teknologi dan juga hasil-hasil baru. Itu perdebatan pada petang ini Yang Amat Berhormat. Yang diakui sendiri oleh Yang Amat Berhormat bahawa ada peningkatan daripada hasil tanah yang sepatutnya tidak berlaku. Apa pandangan?
Yang Berhormat, bila kita sebut tentang teknologi, perkilangan, perkhidmatan, dia landing dekat mana? Dekat dalam air? Dekat atas udara? Dekat tanahlah Yang Berhormat. Tetapi pada teknologi itu menghasilkan nilai, hasil negeri. Itu yang saya sebut apakah yang kita dapatkan daripada hasil negeri? Apakah tambahannya? Saya sebutkan dalam ucapan belanjawan. 100 juta sasaran yang sebenar tapi kita tengok mungkin tahun depan kita boleh dapat 94 juta lebih kurang dengan kadar tarif. Sebab ia dikenakan kepada IWK sebagai contoh. Sudah pasti mereka akan mengenakan atau memohon pindaan-pindaan. Air Selangor juga kita tak nak membebankan rakyat kemudiannya. Sudah pasti kita akan menilai semula.
Semalam kita bincang panjang dalam majlis-majlis ataupun dalam Mesyuarat Air Selangor. Sebab itu Yang Berhormat saya sebutkan realitinya mana negeri pun hasilnya, hasil tanah kecuali negeri itu dengan hasil GLC. Sebab itu saya kenakan supaya GLC memberikan hasil melalui perusahaan-perusahaan mereka. Apabila Pulau Indah Power Plant beroperasi tengah tahun ini, Worldwide akan sumbangkan melalui operasi daripada sektor itu. Tapi dia bergerak di mana? Di atas tanah di Pulau Indah. Unlocked tanah, dulu unlocked tanah tapi sekarang ni kita nak unlocked tanah tu lagi? Tak mungkin. Jadi, kita jadikan dengan hasil daripada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Hasilnya itu. Apakah tak ada hasil baru? Ada. Kenapa 85%? Menunjukkan tanah-tanah kita sudah diunlocked sebahagiannya. Sebab itu apabila kita laksanakan projek jajaran rail, kita sedar di utara Selangor kita belum unlocked potensi ataupun kita belum bugarkan potensi-potensi yang sedia ada. Jadi, projek infrastruktur yang kita letakkan itu tidak lain dan tidak bukan untuk membugarkan pelaburan dan hasil-hasil baru di samping untuk mendapatkan hasil-hasil pada pihak Kerajaan Negeri. Saya ingat jelas pasal hasil.
Satu lagi Yang Amat Berhormat. Saya nak merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara Suku Tahun Ketiga 2024 yang diterbitkan pada bulan Oktober 2024. Dalam Laporan Ketua Audit Negara ini ia memberi fokus kepada Akaun Belum Terima tahun 2023 dan antara perkara yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini adalah tunggakan cukai tanah dan cukai petak tahun 2023 yang bernilai RM439.93 juta. Persoalan saya ialah dalam keadaan perbahasan yang panas pada petang ini yang memberikan tumpuan kepada kebergantungan hasil tanah masih ada lagi loophole ataupun kecuaian dalam mengutip tunggakan cukai tanah dan juga cukai petak bagi tahun 2023. Dan, kalau saya merujuk kepada muka surat 79 dalam Laporan Ketua Audit Negara ini dinyatakan bahawa tunggakan cukai tanah dan cukai petak pada tahun 2023 yang terbesar adalah di Daerah Petaling RM174.42 juta. Persoalan yang saya nak minta penjelasan pada Yang Amat Berhormat mengapa Daerah Petaling mencatatkan tunggakan cukai tanah dan cukai petak yang begitu besar sedangkan ini adalah kawasan maha kaya yang sepatutnya juga bertanggungjawab untuk membayar cukai-cukai tanah dan cukai-cukai petak. Saya tidak mahu wujud persepsi di Sabak Bernam, di Kuala Langat, di Hulu Langat kita buru pemilik premis untuk membayar cukai dan cukai petak. Di Petaling Jaya kita tutup sebelah mata dan inilah Laporan Ketua Audit Negara dan kalau kita lihat dalam muka surat 71 .. 72, syor daripada Ketua Audit Negara kepada Kerajaan Negeri adalah meningkatkan usaha untuk mengutip tunggakan hasil agar kedudukan kewangan Kerajaan Negeri berada dalam keadaan yang kukuh dan memastikan tindakan susulan serta pemantauan dibuat terhadap tunggakan akaun belum diterima. Jadi, persoalan yang akhir, apakah tindakan yang akan diambil kepada pemilik-pemilik premis dan juga petak di daerah Petaling Jaya yang gagal membayar cukai berjumlah RM174.42 juta ini dan menyumbang kepada jumlah besar RM439.93 juta, Saya pohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat.
Dasar cukai petak adalah sebahagian daripada Dasar Baru yang kita telah luluskan semasa Yang Berhormat menjadi Menteri Besar dan hanya dilaksanakan selepas tahun 2018. Kesedaran terhadap pembayaran cukai-cukai petak, masih lagi terhad dan masih lagi tidak lengkap. Kadar yang kita terima tahunan, kadar semasa ya, saya ingatnya dalam sekitar 50% hingga 60%. Memang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memang acap kali kita sebutkan dan di samping Jawatankuasa Tanah supaya kita mempertingkatkan kesedaran tapi tak sampailah kita nak seal bangunan-bangunan. Bahagian kedua pula, adalah disebabkan oleh Petaling Jaya sudah mencapai beberapa kawasan sampai tempoh matang atau daerah Petaling. Dan daerah Petaling ini janganlah ingat Petaling Jaya sahaja Yang Berhormat, dia sampai ke Shah Alam, sampai ke Subang, sampai ke Puchong sampai ke banyak kawasan lain, antara daerah yang terbesar. Jumlah pegangan di Petaling Jaya sahaja lebih daripada satu (1) juta, pegangan. Walaupun angka daripada tak dapat itu nampak angkanya tetapi hasil percentage dan juga daripada keseluruhan Petaling masih lagi mengutip hasil-hasil cukai pintu dan cukai petak yang paling tinggi. Terima kasih kepada Pegawai-pegawai Tanah dan Daerah di daerah Petaling yang telah bekerja keras (Ahli Dewan menepuk tangan / meja).
Kalau kita sudut, bila Hulu Kelang ataupun Gombak Setia sebut tentang inflasi, saya juga menyemak tentang beberapa data-data dan juga tentang kedudukan Selangor di Malaysia dalam pada kadar inflasi. Walaupun kita merupakan negeri yang paling besar penduduk dan juga rakyatnya, kadar inflasi kita ialah pada kadar 2.3%, di tempat yang ketiga. Berbanding dengan Pulau Pinang iaitu 3.1% dan Pahang 2.7%. Kadar inflasi yang direkodkan ini sudah pasti menunjukkan bahawa kita masih lagi di kalangan kadar 2% hingga 3% yang masih lagi terkawal itu pun Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa nilai tambah seperti Program Jelajah Ehsan Rahmah dan juga Ehsan Mart yang kita akan laksanakan pada waktu ini dan pada masa-masa yang akan datang. Berkenaan dengan perbelanjaan mengurus, Yang Berhormat sekalian, saya hendak sebutkan bahawa perbelanjaan mengurus kita telah meningkat sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan gaji. Hasil daripada dasar yang telah dikemukakan oleh Kementerian Kewangan di bawah Perdana Menteri yang ke sepuluh. Pada tahun 2022 sebagai contoh, emolumen kita ialah RM446.3 juta tetapi pada tahun 2025, nilai kita telah bertambah RM100 juta lebih kepada RM530 juta daripada angka yang telah ditetapkan iaitu meningkat lebih kurang RM133 juta secara keseluruhan. Jadi, pertambahan nilai yang besar RM133 juta sahaja daripada RM400 juta Yang Berhormat sebutkan itu, hasilnya datang daripada nilai-nilai yang kita terpaksa bayar untuk meningkatkan pencen dan juga meningkatkan bayaran penjawat-penjawat awam yang telah kita naikkan gaji supaya hasrat Kerangka Ekonomi Madani untuk mempertingkatkan lantai dan meninggikan siling itu dapat kita laksanakan bermula dengan pertambahan-pertambahan
gaji di kalangan penjawat-penjawat awam yang sudah lama menunggukan peningkatan hasil tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ..
Yang Berhormat, boleh saya bangkitkan isu belanja mengurus ini? Seperti Yang Amat Berhormat nyatakan, permintaan dan permohonan tambahan, ataupun peningkatan belanja mengurus ini ekoran kenaikan ataupun penyelarasan gaji yang telah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan di mana Kerajaan Negeri juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Maka, ada permohonan belanja tambahan sebanyak RM190 juta walaupun Yang Amat Berhormat kata jangan bahas hari ini, tangguh minggu depan tapi oleh sebab perkara ini sudah dibangkitkan saya hanya nak rujuk kepada tujuan Yang Amat Berhormat sebut tadi tentang pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam. Dan ada beberapa item yang lain yang menjadikan jumlah keseluruhannya RM190 juta ini termasuk juga peruntukan pembangunan tambahan sebanyak RM40 juta, jadi, kalau belanja mengurus RM150 juta. Tetapi saya nak berkongsi dengan Yang Amat Berhormat, saya ada rekod di sini di mana implikasi kewangan bagi pembayaran luar jangka yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi menampung perbelanjaan dan juga penyelesaian beberapa kes mahkamah untuk tahun 2023 dan juga 2024 berjumlah RM495 juta. Maka, antara komponen RM495 juta ini adalah RM150 juta yang kita sebut sebentar tadi termasuk penyelarasan gaji. Maknanya, ada kekurangan lebih kurang RM150 juta lagi yang perlu ditampung untuk menyelesaikan perbelanjaan luar jangka ini. Kalau kita lihat senarai yang saya terima daripada Kerajaan Negeri tahun 2024 sahaja, jumlah pembayaran luar jangka sebanyak RM300 juta. Jadi, kalau dipohon hanya RM150 juta, ada RM150 juta lagi bagi tahun 2024 yang perlu diselesaikan. Jadi, di mana sumber pembiayaan bagi perbelanjaan luar jangka ini? Saya pohon penjelasan.
Sabarlah, nanti masa perbelanjaan tambahanlah kita bincang. Sekarang ini kita bincang pasal tahun 2025. Masuk 2024 pula. Tapi hasilnya ada, sudah pasti memang kita sedang pertimbangkan, kira ada beberapa nanti. Saya, PWN akan hantar nota kepada saya untuk saya jawab secara langsung sebab angka-angkanya spesifik. Jadi, Yang Berhormat sekalian, kalau dari sebab itu, kita juga mempergiat kalau kita bukan hanya, sekarang ini sebenarnya kita mengalami sedikit penguncupan daripada segi sektor perkilangan. Satu ketika dahulu sektor perkilangan kita lebih daripada 30%. Sekarang telah turun sedikit menjadi 29%. Dan selebihnya dan sektor perkhidmatan pula meningkat kepada 70% lebih dan ini sudah pasti kita ingin menumpu, sebab itu Kerajaan Negeri menggerakkan usaha-usaha untuk meningkatkan usaha pelaburan kita dalam, ataupun investment kita dan juga usaha-usaha kita dalam memberikan perkhidmatan dalam semi konduktor. Dan semi konduktor ini saya ingat saya bertemu dengan mereka ini pada bulan Januari tahun 2024 dan seawal bulan Julai dalam tempoh enam (6) bulan sahaja, kita telah berjaya membuka IC
Design Park kita yang pertama dan IC Design Park kita yang kedua. Tadi, Yang Berhormat Kinrara dah sebutkan sedikit perkembangannya. Ia bukan hanya dengan IC Design Park sahaja sebab semi konduktor ini ada tiga (3) perkara IC Design, Advance Packaging yang kemudiannya ialah akan dimasukkan dalam sektor perkilangan dan juga wafer. Wafer akan kita kena proses dengan berhati-hati kerana ia akan melibatkan kos air. Selain itu, kos-kos perbelanjaan juga disebabkan dengan komitmen bayaran SST. Komitmen bayaran SST kita mencecah lebih RM35 juta pada tahun lepas dan tahun hadapan dengan 26 agensi yang terlibat projek-projek tersebut akan bertambah kepada mungkin lebih daripada RM35 juta dan juga ada peningkatan sebagai contoh pelantikan 150 guru Kafa dan masjid pengurusan dan 20 masjid untuk pembinaan ataupun melantik ataupun mengubah masjid-masjid qariah kepada masjid pengurusan untuk 20 masjid lagi. Dan ini adalah sebahagian daripada kesan-kesan yang memberi impak kepada pertambahan dan juga hasil, kesan daripada perbelanjaan pengurusan yang bertambah pada tahun 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya ingin menjelaskan pula beberapa perkara yang spesifik berkenaan tanah di dalam jawapan yang telah disediakan oleh, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Yang Berhormat ada, masih dalam bidang kewangan lagi. Saya ingin melihat apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu PBT-PBT di dalam negeri ini kerana kita melihat ada keperluan tambahan dari segi peruntukan supaya PBT dapat memainkan peranan yang lebih efektif dan berkesan untuk membantu pembangunan di kawasan masing-masing. Cuma kalau saya lihat sekali lagi rekod yang disiapkan oleh Kerajaan Negeri ya, simpanan tunai oleh beberapa PBT dalam Negeri Selangor ini amat besar Yang Amat Berhormat. Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Petaling Jaya mempunyai rizab tunai RM840 juta, Majlis Bandar raya Daerah Klang, Majlis Bandar raya Diraja Klang mempunyai simpanan rizab tunai RM293.5 juta, Majlis Perbandaran Sepang RM418 juta. Ini satu jumlah yang besar ya. Kita ucapkan tahniah kepada pengurusan dan pimpinan PBT-PBT di dalam negeri Selangor tetapi sekiranya PBT itu telah mempunyai rizab tunai ..
Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya ingin bertanya. Yang Berhormat ada bangkitkan tentang PBT dalam perbahasan Yang Berhormat?
Pengurusan kewangan, ini soal belanjawan..
Ya lah, PBT. Pengurusan kewangan PBT, ada? Saya rasa tak ada. Saya mohon semak sebab saya rasa tak ada.
Ya, ya. Ada.
Saya mohon semak sebab saya rasa tak ada. Sebab dalam Perbelanjaan Perbekalan ini iaitu yang disentuh ialah perbelanjaan di peringkat Kerajaan Negeri sahaja.
Sebab itu, Dato’ Speaker, saya mulakan tadi dengan menyatakan apabila kedudukan kewangan negeri itu, kita bincangkan pada hari ini, memerlukan peruntukan tambahan bagi PBT-PBT yang berkenaan. Dia ada kaitan. Tetapi ..
Ya saya tahu tetapi Yang Berhormat tidak sebutkan dalam ucapan.
Bukan secara spesifik nak kena sebut semua perkara. Ini soal belanjawan.
Secara tidak spesifik dan tidak langsung pun tidak ada.
Saya tidak setuju kerana belanjawan negeri, belanjawan negeri adalah soal hasil dan pendapatan
Jadi, tak apa. Saya tidak membahas. Yang Berhormat, saya tidak membahas.
Nanti dulu.
Saya tidak membahas, cuma saya ingatkan Yang Berhormat untuk dekatkan dengan apa yang ..
Okay
Kita bahaskan di sini iaitu Kerajaan ..
Sebab itu saya nak, saya nak justify mengapa saya mengambil pendekatan ini.
Ya.
Bila kita bincang soal belanjawan negeri ia adalah soal hasil dan soal perbelanjaan. Itulah belanjawan. Menteri Besar pun tunduk pada saya, dia setuju.
Saya hanya nak ingatkan sahaja.
Jadi bila hasil negeri itu agak, bukanlah terkawal tetapi agak limited, persoalan saya bagaimana perbelanjaan negeri untuk tujuan membantu PBT.
Ya, ya.
Saya kira, itu satu perkara yang boleh dijawab oleh Kerajaan Negeri.
Saya mohon ..
Persoalan saya ialah apabila PBT-PBT ini mempunyai jumlah rizab tunai yang besar, apakah mereka boleh juga membantu Kerajaan Negeri supaya dana dan peruntukan daripada Kerajaan Negeri ini dapat diberikan kepada PBT yang memerlukan. Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak ada rizab tunai. Negatif. Begitu juga dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Jadi, ini saya nak lihat bagaimana Kerajaan Negeri menguruskan peruntukan yang sedia ada supaya semua PBT dapat membantu pembangunan di kawasan masing-masing.
Untuk urusan Pihak Berkuasa Tempatan, sudah pasti kita akan menilai case by case. Jadi, bila Pandan Indah menjawab pun sebahagian kes-kes tanah runtuh sebelum ini di Ampang, semuanya kos-kos untuk membaik pulih kawasan-kawasan cerun yang runtuh dan berpotensi runtuh adalah hasil daripada kontribusi daripada hasil pihak Kerajaan Negeri dan ia adalah nilai yang sangat besar (Ahli Dewan menepuk meja / tangan). Selayang, kita tambah dekat RM15 / 12 juta tetapi yang bagi pihak MBSA sebagai contoh, MBSA mereka mampu untuk melaksanakan beberapa projek malahan projek yang bukan melibatkan bidang kuasa mereka pun mereka belanjakan sebahagiannya. Antaranya apabila kita selesaikan masalah mendapan satu apartmen di Batu Tiga, dah selesai masalah daripada 2008 yang lepas, Alhamdulillah kita dah selesaikan sekarang dengan peruntukan yang dikeluarkan oleh MBSA yang mempunyai rizab yang besar berbanding dengan kedudukan tunai ataupun kedudukan rizab di Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang lain. Tetapi, ia harus berdasarkan daripada maklumat-maklumat dan juga berdasarkan daripada apakah yang
disiapkan ataupun apakah yang diputuskan oleh Pihak-pihak Berkuasa Tempatan untuk pembangunan, naik taraf dan juga pemulihan. Sebab itu, pada pembentangan belanjawan yang lepas, saya minta Pihak Berkuasa Tempatan membelanjakan lebihan 10%, sepuluh peratus (10%) supaya infrastruktur-infrastruktur itu dapat dinaik taraf dan memberi kemudahan kepada rakyat. Antara perkara-perkara yang kita juga fikirkan, kadangkala Kerajaan Negeri juga memberikan dalam bentuk pinjaman. Daripada rekod kita untuk Pihak Berkuasa Tempatan, secara keseluruhannya sebanyak RM101,738,082.00 kita siapkan dan kita berikan kepada Pihak-pihak Berkuasa Tempatan ini untuk menampung kos-kos perbelanjaan mereka dan sehingga kini bayaran baliknya dah cecah RM65 juta ada lagi tinggal RM35 juta. Jadi, maknanya mereka mampu membalikkan semula tapi Pihak Berkuasa Tempatan masih lagi Badan Berkanun Yang Berhormat. Jadi, apa-apa perkara yang melibatkan investment ataupun pelaburan, dengan izin, pelaburan ia memerlukan kebenaran daripada pihak Kementerian Kewangan. Pernah kita, sebagai contoh, merangka satu inovasi dan ini ialah contoh di Italy ya Yang Berhormat, apabila Pihak-pihak Berkuasa Tempatan mempunyai pegangan ekuiti dalam syarikat-syarikat yang memungut upah ataupun memungut sisa-sisa pepejal di Negeri Selangor. Tetapi, perkara itu telah dilepaskan oleh pihak Kementerian Kewangan kerana taklukan mereka suatu Kerajaan Tempatan itu masih lagi dianggap sebagai Badan Berkanun dan tidak boleh melakukan pelaburan-pelaburan yang tertentu. Jadi, kalau ada sokongan dan keperluan daripada pihak seperti MPAJ, saya cukup faham MPAJ, Parlimen Gombak sebagainya dalam MPAJ. Saya juga bertemu dengan YDP. Saya faham limitasi yang perlu dihadapi oleh MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya). Walaupun MPAJ mempunyai kawasan perumahan dan pembangunan yang sangat padat tetapi sebahagiannya tidak mampu memberikan hasil kerana banyak tertumpu di kawasan-kawasan dalam tertumpu dalam pembangunan-pembangunan domestik yang ada pada hari ini.
Yang Berhormat sekalian, saya nak beralih kepada pendidikan dululah sebab ada satu soalan. Apabila pendidikan, ini ditanya oleh Balakong, Seri Kembangan, Balakong pula, dulu Balakong. Berkenaan dengan menyalurkan banyak bantuan pendidikan kepada anak yang berjaya dalam hadiah pengajian IPT. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2021 sebanyak 457 orang dengan peruntukan sebanyak RM17,260,000.00 digunakan untuk Program Peduli Siswa. Manakala pada tahun 2022, sebanyak 595 orang peruntukan sebanyak RM11 juta telah digunakan untuk peruntukan pembangunan ataupun peruntukan bantuan Peduli Siswa. Pada tahun 2023 2,202 orang dengan peruntukan sebanyak RM19,493,000.00 lebih digunakan untuk Program Peduli Siswa. Tahun 2024, 544 orang dengan peruntukan, sehingga Oktober ya, mungkin ada ambilan-ambilan baru selepas ini, sebanyak RM42,798,000.00 digunakan untuk peruntukan bantuan-bantuan Peduli Siswa yang dalam sebahagiannya dalam bentuk pinjaman. Pada tahun 2021 pula, sebanyak 2,450 telah mendapat hasil daripada, telah mendapat
Program Hadiah IPT. Tahun 2022, 2023 dan 2024, keseluruhannya, bukan keseluruhannya, tiap-tiap tahun sebanyak 3,000 orang menggunakan peruntukan ataupun mendapat Program Hadiah IPT dengan setiap tahun ataupun saban tahun sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk program tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak ucapkan terima kasih kepada Bukit Lanjan, Kota Kemuning, Lembah Jaya kerana membahaskan tentang Jawatankuasa Kecerdasan Buatan dan Dasar Kecerdasan Buatan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat apabila saya sebutkan tentang Dasar Kecerdasan Buatan, ini ialah perkara saya cuba nukilkan secara menyeluruh supaya kita tidak terperangkap dengan teknologi baru ini dengan saya mengungkap kisah dalam kisah The Matrix dan juga Star Trek. Jadi, kalau kita nak tanya Hulu Kelang, dia takkan faham sebab Hulu Kelang dia tengok berita sahaja, tak pernah tengok filem. Sebab itu, bila kita lihat tentang masalah ini, kita kena hati-hati sebab itu kertas putih dan dasar ini kita kena kemukakan supaya kita tidak terperangkap sebagaimana perangkap yang kita pernah hadapi kali ini dan juga sebelah sana juga pernah hadapi pada tahun 2020 apabila berdepan dengan masalah serangan dan juga persepsi dalam sosial media yang mana ia dibentuk dengan apa yang dipanggil sebagai behavior modification. Inilah perkara yang kita harus titik beratkan supaya attitude, perangai dan juga kita menyalurkan dengan Artificial Intelligent dan Alhamdulillah, saya kira kita adalah negeri pertama di Malaysia yang menyediakan peruntukan untuk Artificial Intelligent sebanyak RM5 juta (Ahli Dewan menepuk tangan) dan semoga RM5 juta yang kita gunakan ini dapat menampung dan dapat menangani hal-hal ini termasuk kertas putih nanti akan menilai potensi teknologi Kecerdasan Buatan yang mampu meningkatkan kecekapan, kapasiti untuk mengaudit teknologi baru AI, menilai aspek risiko AI termasuk terhadap kesihatan mental kemudaratan fizikal dan asasi dan yang keempat meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem dan penggunaan Artifical Intelligent.
Jadi Yang Berhormat, saya juga tertarik apabila Gombak Setia menyebutkan belanjawan yang telah kita kemukakan ini tidak mengubah ataupun tidak berjaya melakukan perubahan dalam struktur ekonomi negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, struktur ekonomi negeri ini diukur dengan apakah aktiviti-aktiviti ekonomi dalam ekonomi Negeri Selangor. Setelah bertahun-tahun memang perkhidmatan mewakili 62%, pembuatan 29.4% sebelum ini 30% mungkin mengurang dan menguncup kerana peralihan teknologi mereka beralih ke negara-negara yang menawarkan buruh yang lebih murah ataupun pekerja yang lebih murah dan pembinaan 5.7% tetapi sebarang peralihan yang massive terhadap struktur ini pasti akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan. Kita sumbang 25.9%, kalau kita ubah dengan mendadak saya kurang faham, mungkin Yang Berhormat minta kita nak masuk ke struktur apa, nak masuk struktur jadi negeri pertanian? Nak masuk negeri REE? Rare earth, macam
negeri-negeri SG4? Ataupun apa? Sebab itu saya sebutkan, kita tak boleh mengubah dengan mendadak. Apa yang kita lakukan ialah memperkemas dan empower, dengan izin, sektor-sektor ini supaya mereka mampu berdaya saing sebab itu STDC, sebagai contoh, terlibat dengan syarikat-syarikat terbabit. Hari ini, masa yang lepas saya sebutkan Siemens, KNX dan Mendix sekarang ini ada The System, lepas ini kita akan ada bersama dengan Googles dan bagaimana pelaburan Googles ke Negeri Selangor, di Malaysia, yang telah dilancarkan dengan penuh gemilang oleh Perdana Menteri beberapa minggu yang lalu atau bulan yang lepas, bukan datang dengan hanya data centre tetapi mereka datang dengan program supaya kita dapat beralih ke dalam bidang Artificial Intelligent. Dan sebab itu pihak Kerajaan Negeri memang memilih-milih. Kita bukan hanya mengaut semua apa yang dikatakan tentang data centre tetapi kita juga memilih apakah nilai yang ingin dibawa dalam perubahan sektor teknologi dalam Negeri Selangor dan Google ada tiga (3) program. Antaranya Google Trailblazer yang saya sebutkan dalam Belanjawan nilai itu dan tak termasuk RM5 juta. Itu adalah nilai tambah yang akan diberikan secara percuma as a CSR oleh pihak Google kepada kita. Saya bertemu dengan wakil pihak NVIDIA, ini adalah antara pemain Artificial Intelligent yang besar. Antara tujuan NVIDIA ataupun pelan NVIDIA adalah ingin membuat sovereign AI. Sovereign AI ini ertinya, AI milik negeri dan negara iaitu InsyaAllah kita tidak boleh bergantung dengan AI-AI negara lain. Kalau kita bergantung dengan AI negara lain, maknanya negara lain akan menentu sahkan beberapa data, pengenalan kita, sikap kita. Kalau kita sebut sikap kita tentang Palestin sebagai contoh, dengan izin, sudah pasti kalau dari negara lain mereka akan cuba memesong dengan sudut pandang dia. Jadi dengan Sovereign AI yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang akan turut terlibat, sebab itu kita mulakan dengan benda yang paling asas. Apa benda yang paling asas? Iaitu latihan untuk membangun sumber daya manusia. Sumber daya manusia yang boleh adaptasi terhadap AI. Kalau mesin yang paling moden tetapi sumber daya manusianya tidak cocok dan tidak mampu untuk mengadaptasi perubahan dalam AI maknanya kita akan hanya menjadi pengguna teknologi tanpa mengaplikasikan dan memahami teknologi tersebut. Sebab itu, RM5 juta yang kita akan peruntukkan itu sebahagiannya dalam program trailblazer itu tadi secara keseluruhan dan juga NVIDIA yang saya sedang bincang sekarang ini InsyaAllah, kita akan menjadi negeri yang bersedia dalam bentuk AI apa termasuklah dalam pada masanya nanti AI itu ialah AI Selangor, yang dibuat di Negeri Selangor, yang dilahirkan daripada kecerdikan original Negeri Selangor bukan kecerdikan buatan Negeri Selangor (Ahli Dewan menepuk tangan).
Yang Berhormat sekalian, saya ingin beralih dalam isu-isu spesifik yang dibangkitkan, sebagai contoh, isu tanah ataupun isu pinjaman kepada ataupun isu-isu bantuan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, daripada rekod kita, sebanyak RM1.457 bilion, RM1,457,724,996.96 merupakan bentuk-bentuk bantuan
dalam bentuk pinjaman kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. RM807,298,000.00 lebih, ada nilainya, RM335.50, telah dibayar dan RM650,426,661.41 digunakan ataupun yang belum dibayar. Ini antara bentuk sokongan-sokongan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membantu agensi-agensi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor secara keseluruhan. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menjawab beberapa soalan-soalan dan juga perkara-perkara yang dibangkitkan tetapi apa yang saya nak sebutkan, cita-cita kita ataupun idea kita terhadap belanjawan ini tidak lain dan tidak bukan supaya kita sentiasa dinamik. Dinamik dalam mengadaptasi segala arus perubahan dan arus-arus yang berlaku tapi dalam masa yang sama juga menumpu dalam soal kebajikan dan menjaga nasib rakyat secara keseluruhan. Kalau ada orang bertanya apakah kita tak melakukan perubahan? Ya, kita lakukan perubahan sedikit sebanyak, contohnya bila program-program yang kita dapat lihat kurang berkesan jadi kita ubah dalam program yang baru sebagai contoh khairat kematian sebanyak RM1000.00 yang akan mengambil 20,000 orang dengan nilai perbelanjaan RM20 juta. Daripada mana RM20 juta ini kita belanjakan? Daripada mana angka 20,000 yang kita sasarkan? Bukan kita sasarkan orang mati tapi kita anggap ada kematian kerana saban tahun ada 32,000 kematian yang dicatatkan di Negeri Selangor. Daripada 32,000 itu sudah pasti kurang ada 50 tahun lebih kita anggarkan sekitar 20,000 orang. Sebab itu bila Yang Berhormat Taman Medan sebut apakah kita tidak bersedia tentang dasar-dasar warga emas, inilah sebahagiannya sebab kita akan menggunakan data-data yang telah dikutip daripada mereka yang berumur 50 tahun. Kita tidak boleh terus terjun masa usia mereka 60 tahun. Jadi, kita ada persediaan 10 tahun ke depan dalam memastikan hasil dan juga memastikan warga emas ini dapat kita kelola selain daripada mewujudkan pusat warga emas dan perkara-perkara seperti program-program ataupun cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang terbabit, pihak daripada Taman Medan.
Jadi, ada juga tadi saya dengar tentang INSAN, saya nak masuk sikit. INSAN masih ada lagi Yang Berhormat sebab kontrak kita hingga bulan 8 tahun hadapan. Hingga bulan 8 tahun hadapan. Jadi kita akan memperkemas, menambah lagi tetapi pengalaman kita, tapi pengalaman kita pada masa-masa yang lepas, kita dapati bahawa kaedah menggunakan insurans ini memang tidak sustainable ia akan memberikan kerugian ataupun rasa nilai yang kita belanjakan itu kurang berbaloi. Lebih baik kita belanjakan RM20 juta itu kita tahu meninggal, report dengan kita, kita bagi daripada kita menggunakan dasar insurans. Daripada mana, kenapa kita buat di peringkat awal? Sudah pasti pada ketika itu, kita nak memberikan nilai yang lebih. Kalau sekarang nilainya RM1,000.00, tapi kalau dalam program seperti INSAN, kita boleh bagi sampai up to RM10,000.00. Tetapi ia hanya memberikan hasil kepada syarikat-syarikat Insurans dan sebab itu kita akan nilai balik selepas bulan 8 tahun 2025 nanti supaya kita boleh laksanakan dengan program yang menyeluruh ataupun hasil yang lebih baik ataupun manfaat yang lebih baik kepada rakyat.
Menteri Besar, maknanya, buat pertama kalinya petang ini saya mendengar jawapan yang lebih lunak daripada Kerajaan Negeri dalam isu INSAN ini yang mana Yang Amat Berhormat sendiri bersetuju bahawa program INSAN ini telah dikenalpasti ada kelemahan dari segi pelaksanaannya dan saya menyambut baik dan menantikan supaya Kerajaan Negeri dapat menawarkan program yang lebih bermanfaat dan akhirnya perbelanjaan duit rakyat Negeri Selangor itu akan benar-benar mencapai maksud seperti yang diharapkan oleh Kerajaan Negeri, terima kasih.
Yang Berhormat, jadi tak betul yang RM21 juta itu hilang. Tak betul. Itu persepsi yang kurang tepat. Sebab itu saya takut bila Yang Berhormat cadang saya inject stem cell Yang Berhormat jual tu, saya takut pemikiran saya sama dengan cara pemikiran Yang Berhormat (ketawa). (Ahli Dewan bising). Okay, tak apa, tak apa. Kita bincang kemudian. Aduh, ada cadangkan stem cell. Sakit pun tak settle lagi (ketawa). (Ahli Dewan ketawa). Tak apa, tak apa .. ada lain lagi ke? Tak dibahas. Stem Cell tidak dibahas di sini. Dia belum diukur secara akurat daripada struktur kesihatan, Stem Cell. Skim Sel ya, telah ada di dalam Negeri Selangor.
Yang Berhormat sekalian, saya beralih kepada isu tanah. Bila isu tanah, kita sebutkan tentang status hak milik strata. Ini rasa Yang Berhormat tak sebut lagi, Hak milik strata di pangsapuri di spektrum, status hak milik strata pangsapuri di spektrum PJS116 ini daripada Subang Jaya tak silap saya pemilik tanah asal PT(a) adalah Deepa Sdn Bhd pada 6 Mei 1988. PT(a) telah melantik Prisma Development Sdn Bhd sebagai pemaju yang bertanggungjawab untuk membangun tanah atas Lot 9338 dan sebahagiannya 9339 yang dikenali sebagai Parcel B. Sehingga 31 Oktober 2024 pemaju belum menyerahkan balik tanah dan menyebabkan proses selanjutnya untuk mengeluarkan geran tidak dapat dilakukan. Status terkini hak milik strata itu..itu status spektrum Yang Berhormat untuk Kondominium Indah Villa PJS status terkininya adalah pemilik tanah asal iaitu Deepa Sdn Bhd pemaju adalah Prisma Sdn Bhd Kondominum Indah Villa terletak di Parcel B dan sehingga 31 Oktober 2024 pemaju belum mengemukakan permohonan hak milik strata bagi skim berkaitan dan jawapan bagi soalan ini ada dalam jawapan dalam Pertanyaan No.80 yang akan dijawab oleh Y.B. Tanjung Sepat, lupa pula.
Yang seterusnya adalah tentang Pangsapuri Angsana USJ1 dan proses pengeluaran hak milik strata telah selesai. Hak milik stratanya dah dikeluarkan pada 7 Februari 2013 dan status untuk Dewan Orang Ramai pula pemaju perlu membuat serahan balik kepada Kerajaan Negeri untuk pewartaan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga nak rujuk soalan ataupun pertanyaan yang dikemukakan oleh Ulu Bernam berkenaan dengan fee pejabat. Fee pejabat ini memang di antara perkara yang kita cadangkan untuk menambah hasil. Tetapi nilainya agak kecil
dan mungkin akan membebankan masalah kepada masyarakat. Jadi apa yang kita sedang fikirkan PTGS belum lagi melaksanakan kerana kita menumpukan kepada nilai-nilai yang besar, antara nilaian yang besar adalah daripada ZDP yang saya sebutkan tadi tapi kertas akan dikemukakan kepada PKM kepada MMKN untuk pelaksanaan seterusnya.
Seterusnya daripada Kajang, melalui Kajang melalui Sentosa. Permohonan pelupusan tanah Kerajaan selama-lamanya untuk satu tempoh beberapa tahun sebagai balasan kepada cukai sewa secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara boleh dipohon oleh orang-orang atau badan-badan mematuhi Seksyen 43. Manakala bagi tanah Kerajaan terlibat dengan pengambilan untuk tujuan awam seperti lebuh raya dan sekiranya terdapat elemen komersial seperti pengambilan tersebut. Tanah akan dikenakan dalam kategori bangunan dan syarat nyata bangunan perniagaan dan akan dikenakan premium mengikut kaedah tanah Selangor 2003. Sebarang cadangan pembangunan adalah tertakluk kepada rancangan tempatan Pihak Berkuasa Tempatan ini untuk soalan daripada Kajang.
Manakala Batang Kali, membangkitkan tentang bayaran premium tanah yang tinggi tahun 2023. Pada tahun 2023 daerah Klang ,mencatatkan penerimaan hasil premium tertinggi iaitu RM527 juta lebih sehingga 31 Oktober 2024. Sehingga 31 Oktober 2024 daerah Petaling mencatatkan hasil penerimaan premium tertinggi pula, 2023 tadi adalah Klang 527 juta dan daerah Petaling tahun 2024 mencatatkan hasil yang tinggi setakat ini sehingga Oktober dengan kutipan RM322 juta RM327,849 350.87 dan ia adalah hasil-hasil daripada pembangunan kawasan macam di Klang tadi antara yang membayar yang terbesar adalah Sime Darby dengan unlock atau membugarkan kawasan-kawasan pembangunan baru yang termasuk dalam apa yang disebut dalam kawasan di Bukit Raja. Manakala tahun 2024 di Petaling adalah melibatkan Rains Property Sdn Bhd bayaran pada 3.5.2024 jumlah bayarannya adalah RM81 juta tadi yang Sime Darby tadi adalah RM146 juta.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga nak menjelaskan tentang pertanyaan Sungai Burong berkenaan dengan rizab Melayu. Pada hari ini kita telah menggantikan kepada 164,743.8935 hektar kawasan tanah rizab Melayu berbanding 163,138.2479 hektar pada Laporan Audit tahun 2021. Pertambahan ini mungkin agak kecil tetapi kita sedang usahakan untuk menambah dengan lebih banyak kerana kalau ingat ucapan saya tahun 2021 sebahagian ini adalah projek-projek Persekutuan sebelum ini yang melibatkan KLIA dan beberapa kawasan-kawasan lain yang belum digantikan. Ia digantikan pada 1 tempoh yang lain pada masa hadapan demi untuk memastikan rizab Melayu kita sebagaimana Laporan Audit yang disebut itu dapat kita penuhi pada masa depan. Saya juga nak ulas apabila Sungai Burong menyebutkan...
Terima kasih Sungai Tua. Saya bangkitkan tanah rizab Melayu yang perlu digantikan itu adalah berasaskan satu background masalah iaitu penempatan-penempatan yang ditempatkan di rizab-rizab Sungai Buffer Zon yang tidak selamat dan beberapa lagi setinggan termasuklah peneroka bandar di seluruh Negeri Selangor yang harus ditempatkan dan saya kaitkan dengan sudah masanya untuk kalau rizab ini tidak diberikan untuk tujuan perumahan tersebut adalah untuk duduk bersama dengan MAIS mungkin atau Badan-Badan Korporat untuk mewakafkan tanah dan seumpamanya bagi tujuan penempatan, komen...
ok kita ambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat tersebut untuk merizabkan di bawah Akta atau Enakmen Wakaf dan juga di bawah wakaf dan sebagainya dan kita kena lihat kepada kesesuaianlah sebab kadang-kadang kalau ia melibatkan rizab-rizab sungai kita terpaksa juga untuk memastikan sungai itu dapat di selenggara dengan betul.
Kalau ia tidak diselengara sebab banjir pula. Sebab banjir jadi isu pula di Perikatan Nasional kepada kita jadi kita kena imbanglah di antara kedua-dua perkara tersebut. Jadi, kalau ia melibatkan tanah-tanah yang tidak jelas itu tidak masalah untuk kita daftarkan atau pun kita kategorikan sebagai..sebagai..sebagai..tanah-tanah rizab Melayu dengan penggantian sebagaimana komitmen yang kita buat dan memang dasar kita agak jelas saya ingat Hulu Klang pun tahu semasa Hulu Klang setiap pengambilan tanah rizab Melayu kita akan gantikan dengan jumlah saiz yang lebih besar ataupun nilai yang sepadan. Itu memang kita teruskan sampai sekarang tapi yang jadi dalam laporan 2021 itu, sebahagiannya adalah kes-kes lampau yang telah berlarutan yang diambil di tahun 1996, 1997 yang belum digantikan. Jadi, kita kena cari sebab saiznya besar jadi kita kena ambil mana-mana kawasan di samping kita juga menyedari tentang pembangunan dan kemajuan yang perlu kita ukur dan kita perlu perkembangkan pada hari ini dan juga pada masa-masa hadapan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita juga sedang meneliti beberapa perkara baru khususnya dalam memastikan sektor ekonomi kebudayaan dipertingkatkan dan sebab itu antara beberapa langkah yang kita laksanakan pada tahun 2025 adalah untuk memperkenalkan pengecualian sebanyak 10% tidak silap saya pengecualian pameran bertiket. Pameran-pameran bertiket ini merupakan sebahagian juga daripada strategi kita supaya tahun melawat Selangor akan lebih hebat dan lebih ramai kerana Negeri Selangor antara tarikan-tarikan pelancongnya itu datang daripada mana? Datang daripada apa yang dipanggil sebagai events atau pun program dan acara dan acara-acara tersebut insya-Allah Yang Berhormat sudah pasti akan menjaga susila dan tatasusila dan apa kebimbangan Y.B. Sungai Burong dengan pengecualian-
pengecualian cukai yang kita kenakan itu bukan hanya bergantung dengan konsert Yang Berhormat. Pameran bertiket ini juga boleh pameran khazanah Rasullah s.a.w. program yang kita anjurkan dengan menjemput pasukan atau pun team nasyid selawat kita juga dikenakan pengecualian-pengecualian cukai itu. Jadi kita tidak boleh hanya pandang bahawa ia hanya program itu dan tapi program-program kita juga adalah program-program yang membina dan mendidik. 3 kali 4 kali Program Darul Ehsan berselawat paling besar adalah 100 ribu orang insya-Allah akhir tahun ini demi untuk menyambut tahun baru saya buat 4 hari berturut-turut Darul Ehsan Berselawat untuk kita raikan sambutan tahun baru dan sebagai penentu masuk Negeri Selangor.
Sebab itu dinamika yang saya sebutkan dalam ucapan Belanjawan ini sangat penting bagi memastikan Negeri Selangor ini sentiasa dinamik termasuk dalam program-program pembangunan intelektual atau pun pembangunan masyarakat dengan program-program penterjemahan buku yang berterusan. Penganjuran Program Turath Islami sebagai contoh dan program-program lain yang mana kita ingin membina pemikiran dan juga corak fikir masyarakat supaya mereka tidak terkongkong, ataupun mereka tidak mudah terpedaya dengan beberapa elemen-elemen yang memecah belahkan sebagai contoh ada orang menegur saya apabila saya menyebutkan bahawa negeri ini tempat berteduh asyariah dan maturidi dalam pantun yang saya sebutkan itu dan itulah gambaran sebenar tentang negeri ini. Kita bukan tidak raikan semua sebab itu Universiti Islam Antarabangsa ada di Gombak, ada di Selangor kita pun tahu sebahagian daripada mereka itu tidak beraliran dengan aliran asyariah atau pun maturidiah yang selari dengan pandangan majoriti di kalangan masyarakat tetapi Jabatan Agama Islam, pendirian negeri kita kena jaga yang majoriti ini supaya mereka tidak mudah terpecah ataupun tersilap, terkhilaf dengan beberapa pandangan-pandangan dan juga usul-usul yang mungkin membimbangkan ataupun memecahkan pandangan-pandangan yang lazim. Ini soalan masalahan bukan hanya soal titik perit 1-2 hukum pandangan imam mana dan imam sini yang harus dikemukakan sebab itu kita menyokong penuh pendirian beliau DYMM Tuanku Majlis Agama Islam sebagai contoh supaya Negeri Selangor ini kekal dengan pendirian atau pun di bawah lindungan payung ahli sunnah wal jemaah dengan pandangan asyariah dan maturidiah dan sebab itu kita bukan membangkitkan dengan debat, dengan budaya debat kerana kalau dia debat dia dibangkitkan dengan debat ia akan disoalkan siapa menang siapa kalah.
Tapi di wacanakan dalam bentuk keilmuan, sebab itu kita lahirkan program seperti torah islamik kita terjemahkan Buku Al Ghazali, kita terjemahkan buku yang banyak dah lebih 82 judul malahan inisiatif Buku Darul Ehsan dikenali dalam pesta-pesta buku di mana sekalipun orang sedang mencari inisiatif Buku Darul Ehsan, Buku Muhammad yang kita terjemahkan itu dijual lebih daripada 50 ribu pada waktu ini antara jumlah yang terbesar yang kita jualkan tidak lain dan tidak bukan, bukan ingin menabik dada dan bangga kita
ini adalah pejuang asyariah atau pun maturidiah tetapi kita cuba membawa wacana yang sihat perkembangan dan juga pemahaman bukan dengan hanya siapa yang menang yang pada hari ini saya lihat di sosial-sosial media agak mendukakan. Agak-agak mengecewakan juga sebab yang berdebat ini kadang-kadang kalangan mereka yang cuba menggelar diri mereka ulama atau pun ustaz tetapi caranya melukakan ejekannya yang saya rasa tidak wajar untuk kita raikan di Negeri Selangor dan sebenarnya saya hargai apa yang berlaku dalam Dewan walaupun kadang-kadang panas tadi saya panas sekejap awal kemudian Hulu Klang pula panas sikit dah tu dah reda balik.
Insya-Allah sabar tapi kita membincangkan tentang topik bahas perbincangan tentang perkara bila Yang Berhormat sebutkan kita tak sentuh realiti. Realitinya saya juga jelaskan melalui angka data dan juga apa yang kita buat dan sudah pasti dasar yang kita buat itu berdasarkan angka dan juga fakta-fakta terkini yang rasmi. Ia tidak boleh berdasarkan daripada anekdoter. Sebahagian daripada cara dan juga kaedah di sebelah sana terutamanya bila saya lihat ada yang sebahagiannya yang anekdoter ada seorang di sini. Macam mana Kerajaan Negeri nak membuat dasar berdasarkan daripada 1,2,3 occasion dan perkara. Kita kena lihat daripada aspek yang menyeluruh angkanya, pertumbuhannya kalau tak tengok pada angka dan pertumbuhan kita tengok nilainya kalau nak tengok trendnya kita kena rujuk pula kepada kariah-karah sebab itu bila saya kutip john rules bile saya kutip chanel blue seorang tokoh yang dapat hadiah nobel pada tahun ini kita bukan nak hanya kutip tapi nak memahami cuma bila sebut why nation failed, kenapa negara gagal? Itu pengalaman-pengalaman kita dalam beberapa tahun yang lepas dan Selangor insya-Allah kita akan cuba mempertahankan supaya tidak berlaku negeri sebagai negeri yang gagal. Gagal untuk membangunkan negeri gagal menjaga kebajikan dan itu bukan hamburan kata-kata ataupun jaga sebaliknya itu adalah asas sebab itu saya mulakan supaya kita faham konsep supaya kita faham pendirian, supaya kita faham tentang-tentang apa yang asal dan bukan hanya menyebut enakdoter sebaliknya berdasarkan angka, dasar dan juga pandangan-pandangan tokoh yang terkemuka yang bukan hanya saya ambil di tepi jalan sebaliknya ini menjadi asas kepada negeri kita cuba untuk menjadi sebuah contoh kepada Negara Madani.
Terima kasih, Y.B. Sungai Tua disebabkan bangkitkan dengan gagasan dan data-data yang dibangkitkan dengan kebangkitan ekonomi saya nak memetik serba sedikit sebab kita tahu bahawa belanjawan ini adalah untuk semak dan imbang dan membaikkan balik apa yang atau menampal mana yang kurang supaya menjadikan 1 bajet yang lebih gah untuk seluruh rakyat Negeri Selangor. Jadi data DOSM menunjukkan bahawa Negeri Selangor KDNK daripada 2021 – 2025 walaupun ada kenaikan daripada sasaran yang diletakkan agak significant dan naik tetapi data menunjukkan bahawa eksport Negeri Selangor masih lagi tertinggal di bawah Pulau Pinang begitu juga dengan Johor. Bahkan import pula adalah
yang tertinggi kecuali pada 2024 pada sukuan yang pertama. Jadi inilah data-data yang perlu dimanfaatkan dan di muhasabahkan untuk kita sama-sama bangkit dan perbaiki, apa komen Sungai Tua?
Terima kasih Yang Berhormat sebab itu apabila saya sebutkan kita kena faham struktur ekonomi negeri. Memang struktur ekonomi negeri yang saya sebutkan kita ada penguncupan daripada sektor pengilangan ataupun pembuatan dan ada peningkatan daripada sektor perkhidmatan. Kerana apa, kerana sebahagian daripada syarikat-syarikat ini tidak lagi memerlukan buruh yang besar dan mereka mendapatkan buruh yang murah, dapat pergi daripada negara-negara seperti Vietnam ataupun Cambodia dan negara-negara lain hatta kepada Indonesia dan sebab itu kita menumpu kepada sektor untuk pencerdasan ataupun sektor kajian, research dan inovasi dan juga kalau kita lihat nilai import memang nilai import besar. Nilai import besar sebab jumlah penduduknya besar. Import makanan sahaja besar, import yang lain besar, sebab itu YB., apabila kita tangani masalah keselamatan bekalan makanan sebagai contoh, ada yang anggap kita membuat benda hanya populis dengan laksanakan Jelajah Ehsan. Tetapi sebenarnya dalam rangka peta yang kita ada dalam Negeri Selangor kita mempunyai sampai pada penghasilan daripada bahan ruminant, ataupun penternakan yang belum sempurna, tapi kita dah ada yang sempurna belum? Ada. Tanaman jagung bijian, ataupun jagung bijirin. Jagung bijirin kita, syarikat kita PKPS anak syarikatnya merupakan pemegang tanah dan juga pengeluar jagung bijirin paling besar di Malaysia. Paling besar di Malaysia. Bukan hanya di Selangor, kita ada juga di negeri lain. Tapi masalah tanah kita tak cukup, malahan kita buat kerana jagung bijirin ini akan memberi makan kepada ternakan. Dengan itu harga ayam akan dapat dikurangkan, harga ternakan juga kurangkan. Tapi kalau kita tengok hari ini dengan langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian di pusat dan beberapa langkah harga ayam sekarang RM7.00 lebih, mana zaman PN RM12.00 lebih, itu realitinya. Ada tak hasil? Ada. Caranya macamana? Mungkin dengan import dan sebagainya. Sustainable tak sustainable? Tak sustainable. Nak sustainable kita tanam. Sebab itu kita tanam ini tapi kita perlukan masa lah YB. First yeald dah buat, second yeald dah buat, tetapi kita perlu menyeluruh dan juga buat dengan berkesan dengan menyeluruh melihat kepada semua aspek. Sebab itu kalau kita nak sentuh isu kita nak sentuh isu boleh, kita nak bahas boleh, kita nak populis boleh, segera, tapi itu bukan caranya kerana kita nak jadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dengan itulah Selangor akan jadi sebuah negeri yang dinamik dan itu adalah cita sempurna ataupun the ideal of masyarakat Madani ataupun negara Madani dan negeri Madani. Terima kasih YB. sekalian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih kepada YAB. Sungai Tua atas penggulungan tadi sebagai penggulungan yang terakhir. Cadangan di hadapan Dewan sekarang ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan
sebagai kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata “YA”, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata “TIDAK”. DIPERSETUJUI.
Bacaan kali yang kedua, Rang Undang-undang ini bernama suatu enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun 2025 Dan Bagi Memperuntukkan Jumlah Wang Itu Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun Itu.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memandangkan waktu telahpun melewati pukul 5.30 dan juga penggulungan daripada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar telahpun disudahkan, maka saya dengan ini menangguhkan Sidang Dewan Yang Mulia ini ke pukul 10.00 pagi Isnin 25 November 2024. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.34 PETANG)