Selangor · 25 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · not final · 567 turns · 47,142 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Aturan urusan Mesyuarat Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15 pada 25 November 2024 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Selamat Pagi. Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, Pejabat Dewan Negeri Selangor telah menerima maklum balas mengenai Usul 17(1) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor oleh Yang Berhormat Seri Serdang daripada Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Selangor dan berikut adalah status kes tersebut. Pihak PDRM mengambil serius terhadap penyiasatan kes ini di mana siasatan kes telah diambil alih oleh Pasukan Khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, yang mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat dalam kejadian ini. Dewan pada pagi ini juga ingin mengalu-alukan lawatan ke Dewan Negeri Selangor daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, seramai 20 orang. Yang diketuai oleh Puan Mahanun binti Che Omar. Lawatan ini diuruskan oleh Yang Berhormat Kota Anggerik.
Tuan Speaker.
Ya.
Boleh nak dapatkan kepastian yang kes tu kes yang mana? Kes Faisal Halim ataupun kes safe house. Kes yang mana tu?
Yang ni kes mengenai Usul 17(1) Peraturan-Peraturan Tetap Selangor oleh Yang Berhormat Seri Serdang daripada Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia mengenai pemain bola sepak Malaysia. Ahli-Ahli Yang Berhormat ya, kita mulakan sesi soalan lisan pada pagi ini saya persilakan Yang Berhormat Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya sekali lagi ingin mengalu-alukan kehadiran adik-adik saya daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam kerana saya pernah bersekolah di situ daripada tahun 1998 sehingga tahun 2000 dan saya merupakan pioneer batch sekolah itu dan juga merupakan pengawas macam mereka di atas ni. Dulu saya pakai macam tulah tapi sekarang dah tak muat dah. Saya teruskan soalan saya nombor 64 Yang Berhormat.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 64. Agenda Kesan Perubahan IklimQuestions
64. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (IKLIM)?
b)
Berapakah perbelanjaan yang telah dibelanjakan daripada peruntukan sebanyak RM800,000 untuk tahun 2024 dan untuk tujuan apa?
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke-32/2024 bertarikh 24 Oktober 2024 dan disahkan oleh MMKN Ke-31/2024 bertarikh 30 Oktober 2024 telah meluluskan cadangan penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim Dan Teknologi Hijau dan buat ketika ini Kerajaan Negeri sedang dalam proses mewujudkan perjawatan seramai empat orang pegawai sebagai permulaan yang akan menumpukan dan menyelaras operasi pusat ini bagi melaksanakan dasar serta polisi dan juga program Kerajaan Negeri berkaitan dengan alam sekitar, perubahan iklim dan teknologi hijau. Pusat ini dijangka akan beroperasi pada 1 Disember 2024. Dan untuk makluman Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau telah memperuntukkan sebanyak RM800,000 untuk penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor seperti yang dinyatakan, Kerajaan Negeri sedang dalam proses mewujudkan perjawatan bagi melaksanakan pusat adaptasi ini yang dijangka akan beroperasi selepas Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor dilancarkan pada hari ini lah. Jadi kita akan ada press
conference pada hari ini ketika 1p.m. dan selepas itu kita susulilah dengan penubuhan Pusat Adaptasi dijangka pada Disember ini.
Soalan tambahan ya? Silakan Ijok. Yang Berhormat.
Peraturan Tetap.
Peraturan Tetap?
Ya 24. 24(2).
Berapa?
24(2)
24(2) ok.
Ijok mengambil soalan Sabak Bernam nombor 65.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 65. Fenomena Cuaca Dan Ban Pecah Serta Kesan Ke Atas Pesawah PadiQuestions
65. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan bantuan kepada pesawah akibat kerugian kerana padi ditenggelami air.
b)
Apakah bentuk bantuan kerajaan kepada pesawah?
c)
Strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan kesan buruk diminimumkan dan tidak berulang lagi.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat. Siapa yang ambil tadi ya?
Yang Berhormat Ijok ya, yang mengambil soalan bagi yang Berhormat Sabak. Terima kasih Yang Tuan Timbalan Speaker. Soalan bertanyakan berhubung fenomena cuaca dan ban pecah terkesan ke atas pesawah ya. Untuk makluman Yang Berhormat segala bencana yang berkaitan tanaman padi seperti banjir, kemarau dan padi rebah yang dialami oleh pesawah perlu dilaporkan kepada pihak IADA Barat Laut dan juga Jabatan Pertanian untuk siasatan. Untuk Jabatan Pertanian ini bukan sahaja melibatkan sawah ya. Kalau juga melibatkan banjir ataupun bencana di kawasan-kawasan pertanian yang lain untuk siasatan, semakan dan pengesahan sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa Bencana peringkat Negeri dan Persekutuan. Penyaluran bantuan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) akan dilaksanakan di bawah Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan KPKM seperti berikut ; yang pertama bantuan kerugian hasil padi pada peringkat tanaman padi 71 hingga 120 hari RM1,800/sehektar. Ini jenis-jenis bantuan yang jadi mangsa bencana. Yang kedua ialah bantuan penanaman semula padi pada peringkat tanaman 1 hingga 70 hari sebanyak RM876/sehektar. Yang ketiga bantuan bencana kemarau pada peringkat tanaman padi 1 hingga 120 hari RM876/hektar juga dan yang keempat bantuan input tanaman padi tertakluk pada perancangan Jawatankuasa Teknikal dan kita pernah menyalurkan sebagaimana saya sebutkan dalam penggulungan pada hari minggu lepas iaitu peruntukan tahun lepas kita telah berikan RM8.9juta bagi mengurangkan beban disebabkan kerugian diserang penyakit iaitu RM500/sehektar. Dan kita akan teliti dan melihat keperluan ikut masa ke semasa. Ikut jenis bencana yang diterima dan berapa banyak yang menerima, yang terkena dengan bencana ini.
Yang bahagian dua soalan ini di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) ini terdapat dua jenis bantuan iaitu dalam bentuk input pertanian iaitu jenis baja racun dan sebagainya atau kewangan mengikut kelulusan Jawatankuasa Bencana. Walau bagaimanapun yang terbaru ini pada 13 September 2024 Skim Takaful Tanaman Padi SSTP telah dilancarkan bagi menggantikan Tabung Bencana Tanaman Padi. Ini skim insurans ya dipanggil Skim Takaful Tanaman Padi ini di bawah kementerian Pertanian. STTP ini dilaksanakan sebagai tindakan penambahbaikan kepada TPTB kerana melindungi kemusnahan tanaman padi akibat bencana alam seperti banjir sehingga RM3,000/sehektar semusim dan serangan makhluk perosak dan penyakit tanaman sehingga RM1,500/sehektar semusim. AgroBank dalam proses hebahan maklumat kepada pesawah dan agensi berkaitan. Ini proses sekarang ni dalam hebahan dan juga pendaftaran. Dalam masa yang sama pengumpulan data, pendaftaran pesawah daripada pertubuhan peladang kawasan sedang berjalan dan para pesawah diminta untuk membuka akaun dan mendaftar di STTP ini di AgroBank. Setakat ini baru 330. Banyak lagi yang belum daftar. Yang kita akan tingkatkan hebahan untuk mendaftarkan pesawah kita di bawah skim takaful ini. Berhubung dengan soalan bahagian ketiga iaitu tentang sistem saliran yang dibangkitkan. JPS melalui JPS Sabak Bernam melaksanakan
strategi ada jangka pendek dan jangka panjang bagi meminima kesan buruk antaranya ialah meningkatkan di segi penyelenggaraan pam di bawah di selenggara mengikut jadual untuk pengoperasian secara optimum. Yang kedua ialah penyelenggaraan parit pembuang iaitu kerja pengorekan dan pembersihan parit. Itu pun kita ada bincang sebelum ini dan yang ketiga ialah penyelenggaraan pintu air. Jadi tiga jenis penyelenggaraan iaitu pam, parit yang discharge parit itu dan juga pintu air. Untuk jangka panjangnya sebagaimananya saya telah sebut dalam penggulungan kita telah menyediakan laporan lengkap berhubung sistem saliran dan kita akan dapatkan kelulusan pihak Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke Federal, Persekutuan berhubung dengan penambah baik sistem saliran yang saya rasa dah terlalu uzur dan sebagainya. Terima kasih.
Ada tak soalan tambahan ya? Kita teruskan dengan Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 66.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan SelangorQuestions
66. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini pelaksanaan insentif IDRISS?
b)
Bagaimanakah IDRISS dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan selatan Selangor dan apakah sektor-sektor yang mendapat manfaat langsung daripada pembangunan ini?
c)
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur asing menyertai IDRISS?
Tuan Speaker. Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil.17/2024 bertarikh 7 Jun 2024 telah meluluskan penambahbaikan insentif bagi Pembangunan IDRISS dan surat pekeliling bagi
perlaksanaan insentif akan diedarkan kepada jabatan–jabatan teknikal yang berkaitan dijangka pada minggu ketiga bulan November 2024. Dalam Pembangunan IDRISS melibatkan cadangan pembangunan hartanah bagi tujuan aktiviti perindustrian, komersil, industri perkhidmatan, pelancongan dan aktiviti perkhidmatan berkaitan pelabuhan, pelabuhan ya. Pembangunan IDRISS yang berkeluasan 15,585.56 ekar yang melibatkan 9 projek yang aktif ketika ini dijangka akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan Selatan Selangor apabila projek–projek yang dirancang dilaksanakan kelak. Antara sektor–sektor yang mendapat manfaat langsung daripada pembangunan ini adalah seperti industri Elektronik dan Elektrikal perkhidmatan pergudangan, industri farmaseutikal, industri pembuatan makanan, industri pembuatan mesin dan peralatan, industri aeroangkasa dan lain–lain lagi. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur asing menyertai IDRISS adalah melalui pelaksanaan program Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK) 2024. Promosi melalui misi Lawatan Pelaburan Ke Luar Negara dan penerbitan bahan promosi dalam media cetak mahupun elektronik. Bagi menyediakan pakej pelaburan yang menarik untuk menggalakkan penglibatan pelabur dalam IDRISS, Kerajaan Negeri turut menyediakan insentif kepada pemaju dan juga pelabur dalam pembangunan IDRISS. Antara insentif yang ditawarkan seperti; yang pertama Insentif Skim Premium Khas. Yang kedua bayaran Ansuran Caj Pemajuan Tanah Tanpa Faedah. Yang ketiga Insentif Potongan 50% (Diskaun) pada kadar cukai yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi tanah kosong dan bangunan kosong bagi tempoh 3 tahun dan yang keempat Insentif Pengecualian Bayaran Lesen Perniagaan bagi tempoh 5 tahun. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan yang berhormat.
Saya nak tahu apakah insentif penambahbaikan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat EXCO?
Insentif yang?
Insentif penambahbaikan yang mana Yang Berhormat jawab soalan nombor pertama saya.
Ya. Seperti apa yang saya jawab tadi ada insentif skim premium khas, bayaran ansuran caj pemajuan tanpa faedah dan juga insentif potongan 50% pada kadar yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi tanah kosong dan bangunan kosong bagi tahun 3 tahun dan satu lagi adalah potongan pengecualian lesen
perniagaan bagi tempoh lima tahun. Ini merupakan insentif-insentif tambahan yang agak menarik bagi pelabur yang masuk ke IDRISS. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Sijangkang. Yang Berhormat Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Daripada pertanyaan bertulis yang saya dapat jawapannya di sini, daripada 13 projek yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri ada empat projek yang digugurkan atas sebab boleh dikatakan bahawa dia tidak viable sebab sementara ini dan dikatakan akan ada permohonan semula. Kalau boleh apakah projek-projek yang berlaku yang disebutkan itu? Dan setakat ini apakah status projek pembangunan Pulau Carey ini dan keterlibatan kerajaan ni di dalam perancangan pembangunan yang lain? Yang mana dulu disebutkan ini antara kawasan yang dikatakan untuk pembangunan sokongan maritim, yang kalau hari ini kita lihat pun jeti-jeti yang ada di situ sama ada saya tak pasti jeti-jeti yang telah mendapat kebenaran atau tidak mendapat kebenaran begitu banyak di situ dan laluan jalan raya yang teruk disebabkan oleh jentera-jentera yang berat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Seperti yang semua sedia maklum. Pembangunan IDRISS ini sebenarnya merupakan inisiatif daripada pemaju swasta. Dan buat masa ini ya empat telah digugurkan kerana tiada perancangan selanjutnya daripada syarikat swasta dan buat masa ini masih yang aktif ada sembilan projek masih aktif di kawasan pembangunan IDRISS. Dan bagi soalan Pulau Carey, buat masa ini masih dalam perbincangan antara Kerajaan Persekutuan bersama stakeholder yang berkaitan. Buat masa ini masih belum ada satu rancangan yang muktamad bagi pembangunan Pulau Carey. Walaubagaimanapun perbincangan ini akan diteruskan bersama semua agensi yang terlibat termasuk agensi-agensi Kerajaan Negeri supaya comment dan juga pandangan daripada Kerajaan Negeri diambil kira untuk membangunkan Pulau Carey supaya semua sektor termasuk infrastruktur yang diperlukan akan diambil kira dalam pembangunan ini. Dan PlanMalaysia, Selangor sebenarnya telah melancarkan satu Pelan Perancangan bagi Infrastruktur seperti jalan sambungan rel, utiliti dan sebagainya. Sebagai rujukan kepada pembangunan Pulau Carey. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sebelum saya silakan, mempersilakan Seri Kembangan saya ada nak bacakan satu mengenai lawatan. Lawatan ke Dewan Negeri Selangor daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru, YB Mariam. Dewan mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada Pusat Khidmat
Masyarakat Dun Meru ini yang diketuai oleh Puan Anis Zunyani. Seterusnya Seri Kembangan. Yang Berhormat.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Soalan saya nombor 67.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 67. Penggerak Belia Selangor (PEBS)Questions
67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila senaraikan 10 PeBS yang paling aktif pada tahun ini.
b)
Apakah sebab utama kerajaan mengendalikan sistem PeBS ke zaman PeBT iaitu mengikut zon PBT berbanding dengan sistem PeBS dijaga bawah ADN? Adakah penukaran sistem ini membawa kemajuan atas urusan PeBS?
Terima kasih Tuan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan atas soalan. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia telah melaksanakan pelantikan Penggerak Belia Selangor (PeBS) bermula daripada bulan Mei 2024. Sehingga Oktober 2024, seramai 267 orang Penggerak Belia Selangor telah dilantik meliputi 267 zon di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Majlis Sukan Negeri Selangor selaku urus setia penuh kepada Penggerak Belia Selangor akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan keaktifan Penggerak Belia Selangor dan keberkesanan program-program yang dijalankan. Berikut merupakan butiran Penggerak Belia Selangor yang paling aktif, sembilan tertinggi mengikut zon dan bilangan program seperti mana dalam soalan;
Bil PBT Zon 1. Majlis Perbandaran Selayang 14 2. Majlis Perbandaran Hulu Selangor 20
Bil PBT Zon 3. Majlis Perbandaran Kuala Langat 13 4. 24 5. Majlis Bandaraya DiRaja Klang 42A 6. Majlis Perbandaran Sepang Labu 7. Majlis Perbandaran Selayang 19 8. Majlis Perbandaran Kajang 4 9. 21
Penggerak Belia Selangor (PeBS) atau dulu dikenali sebagai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah menjangkaui usia 16 tahun penubuhannya. Pelbagai kejayaan telah dikecapi dan ada di kalangan Penggerak Belia Tempatan yang dahulunya terlibat telah menjadi pimpinan utama parti masing-masing bahkan juga ada yang menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memastikan Penggerak Belia Selangor berjalan dengan baik. Untuk makluman Dewan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersetuju dan meluluskan pindaan penstrukturan Penggerak Belia Selangor ini pada Februari 2024 seperti yang berikut; pertama enambahbaikan Tatacara Penggerak Belia Selangor. Kedua, penubuhan Jawatankuasa Belia Negeri Selangor (JKBNS) yang berperanan dalam proses pencalonan dan pelantikan Penggerak Belia Selangor. Ahli-ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada ADUN-ADUN Muda yang dipilih oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia. Yang ketiga, penyelarasan proses permohonan program dan tuntutan elaun dan yang keempat enyelarasan domain Dasar Belia Selangor 2020 yang diselarikan dengan 10 Gaya Hidup Rakan Muda bagi program-program di lapangan. Dengan penstrukturan yang baru ini, Kerajaan Negeri berharap Penggerak Belia Selangor yang telah dilantik boleh digilap sebagai pelapis pimpinan negeri pada masa akan datang. Dan Kerajaan Negeri juga terbuka kepada sebarang cadangan khusus bagi pembangunan belia di negeri ini.
Soalan tambahan.
Batu Tiga sila.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO saya menyambut baik daripada belanjawan tempoh hari peruntukkan PeBS naik daripada RM5,000 ke RM10,000. Saya ingin bertanya apakah ada perancangan yang khusus, mungkin mereka boleh membuka lebih luas
kategori program yang boleh mereka laksanakan ataupun ada apa-apa perancangan daripada pihak Pejabat EXCO. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Memang kita dalam proses sekarang ini membimbing dan juga memantau Penggerak-Penggerak Belia Selangor kita yang majoriti daripada lantikan untuk penggal ini adalah daripada generasi baru. Yang mana mereka ini bukan daripada generasi awal dahulu dan pada masa yang sama kita telah memberi bimbingan untuk mereka ini keluar daripada mentaliti ataupun pendekatan di mana program-program pembangunan belia ataupun program-program di peringkat komuniti ini lebih banyak ditumpukan sebelum ini kepada program-program kesukanan. Program futsal, program badminton dan untuk masa depan kita menggalakkan mereka dan juga membimbing mereka untuk melaksanakan program-program yang keluar daripada skop sukan semata-mata dan juga menumpukan kepada program-program bersifat literasi politik, program-program kesedaran alam sekitar dan juga program-program kesenian dan kebudayaan. Dan pada yang sama kita juga memberikan ruang kepada Penggerak Belia Selangor ini untuk kita dedahkan di peringkat antarabangsa dan insya-Allah dalam masa terdekat kita akan cuba untuk memilih pimpinan-pimpinan PeBS yang ke depan yang aktif ini untuk berikan mereka ini latihan dan juga pendedahan mungkin secara pertukaran budaya di luar negara. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan boleh? Speaker, soalan tambahan boleh?
Okay, boleh. Soalan tambahan. Silakan. Tak nampak. Minta maaf Yang Berhormat. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO saya tertarik dengan hal berkaitan dengan PeBS ini. Yang mana PeBS ini dia menjalankan program mengikut Dasar Belia Selangor ada tujuh perkara yang mereka laksanakan. Cuma saya lihat daripada soalan pertanyaan bertulis saya ini saya lihat dari segi penganjuran program pada hubungan antarabangsa dan juga pemikiran global itu terlalu kurang. Kalau saya boleh dapatkan pencerahan daripada Yang Berhormat EXCO bagaimana sebenarnya program ini dan juga adakah dia perlu di dalam Dasar Belia Selangor itu sendiri? Terima kasih.
Baik, terima kasih Hulu Bernam. Macam yang saya sebutkan tadi, memang kita ada lihat kelemahan dan juga banyak perkara yang perlu kita perbaiki daripada segi pelaksanaan program dan juga pendekatan Penggerak Belia Selangor ini di mana mereka ini kurang pendedahan dan juga exposure
dengan izin, dari segi dalaman konteks keantarabangsaan. Sebab itu kita galakkan mereka ini dari masa ke semasa Kerajaan Negeri juga sedang menyusun program-program yang boleh mendedahkan mereka ini kepada budaya dan juga dunia luar. Di mana mereka tidak hanya tertumpu skop mereka di dalam negeri Selangor sahaja. Tetapi daripada masa ke semasa kita memang menjalankan kerjasama di antara negeri-negeri lain juga. Cuma untuk masa akan datang ini kita melihat kepada keperluan untuk menyesuaikan PeBS ini dalam konteks sebagai tuan rumah ASEAN pada tahun hadapan 2025 Malaysia telah dipilih sebagai pengerusi ASEAN dan kita melihat ruang untuk kita mendedahkan belia-belia di negeri Selangor khususnya yang terlibat dalam Penggerak Belia Selangor ini kepada hal-hal ataupun program-program pengantarabangsaan yang lebih mungkin sifatnya mencabar tapi pada masa yang sama boleh memberikan mereka ini satu nilai tambah kepada proses kepimpinan mereka. Terima kasih Yang Berhormat.
Oh saya ingatkan Kajang nak tanya soalan tambahan. Dipersilakan Yang Berhormat Kuang.
Saya nak bagi pantunlah kat EXCO pagi ini.
Sorong Papan Tarik Papan, Papan dijual di Tanjung Karang, Soalan Saya Nombor Enam Puluh Lapan, Harap EXCO Jawab Dengan Jelas dan Terang.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 68. Pembinaan Sekolah Baru Di Dun KuangQuestions
68. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Perumahan dan pembangunan rancak berlaku di Kuang, tetapi sekolah tidak dibina. Bilakah sekolah baru akan dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat?
b)
Daripada 8 tapak sekolah di Bandar Tasik Puteri, hanya 3 telah digunakan. Bilakah sekolah baru akan dibina?
Tuan Speaker. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil maklum akan keprihatinan Ahli Yang Berhormat yang berkaitan isu pertambahan kawasan perumahan yang rancak di Kuang sehingga menyebabkan peningkatan kepada permintaan kepada kemudahan pendidikan iaitu sekolah di kawasan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuang tadi. Semakan JPN Selangor mendapati bahawa tiada tanah rizab pendidikan baharu diwartakan di kawasan Kuang. Walau bagaimanapun, terdapat satu projek sekolah baharu iaitu SK Bukit Rahman Putra (2) dalam radius 3.7 km yang telah diluluskan dalam RMK ke-12, RP-4 tahun 2024 dan sedang dalam proses prapembinaan. Yang sekolah baharu ini mengandungi 36 Bilik Darjah, 3 Bilik Darjah Pra-sekolah, 6 Bilik Darjah PPKI dan kemudahan lain mengikut piawaian. JPN Selangor yakin, apabila sekolah baharu tersebut siap kelak, ia akan mampu memenuhi keperluan bagi kemudahan pendidikan di kawasan Kuang seterusnya mengurangkan kepadatan murid di sekolah sedia ada yang berhampiran. JPN Selangor menyedari isu kepadatan murid di sekolah sedia ada di kawasan Bandar Tasik Puteri. Untuk makluman bersama, sebuah sekolah baharu telah diluluskan dalam RMK ke-12 RP-5 bagi kawasan Bandar Tasik Puteri iaitu SMK Bandar Tasik Puteri 2. Sekolah baharu ini mengandungi 42 bilik darjah, 5 bilik darjah PPKI dan kemudahan lain mengikut piawaian. Pelaksanaan pembinaan bagi sekolah ini dijangka akan bermula pada tahun 2026. Untuk makluman yang Ahli Yang Berhormat, JPN Selangor telah merancang untuk mengangkat permohonan bagi SK Bandar Tasik Puteri (3) dalam RMK ke-13 RP-3 Tahun 2028 kelak. JPN Selangor yakin pembinaan kedua-dua sekolah tersebut nanti akan mampu mengatasi isu kepadatan penduduk di sekolah sedia ada dan menampung kekurangan sekolah di kawasan Bandar Tasik Puteri yang sedang pesat membangun. Terima kasih.
Soalan tambahan. Silakan.
Terima kasih EXCO, jawapan yang sangat jelas dan terang. Saya tiada soalan tambahan.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 69.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 69. Perancangan Masa Depan Untuk Meningkatkan Peluang PekerjaanQuestions
69. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bolehkah Kerajaan Negeri menggariskan perancangan masa depan untuk meningkatkan peluang pekerjaan?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada Sungai Burong kerana bertanya tentang perancangan masa depan untuk peningkatan peluang pekerjaan. Soalannya berbunyi seperti berikut; bolehkah kerajaan Negeri menggariskan perancangan masa depan untuk meningkatkan peluang pekerjaan di negeri Selangor? Tuan Speaker, untuk maklumat yang Berhormat Sungai Burong, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan melalui pelbagai inisiatif dan program di bawah Rancangan Selangor Pertama tahun 2021 hingga 2025. RS-1 telah dirangka untuk memenuhi keperluan jangka pendek negeri dan membina daya tahan yang kukuh di masa hadapan. Justeru RS-1 telah dan dijangka akan terus merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri dengan peluang pelaburan yang menarik melalui pendekatan mesra perniagaan. Salah satu daripada tema strategik RS-1 yang telah digariskan adalah pengukuhan ekonomi dan objektif utamanya adalah untuk menyelaraskan pembangunan pertumbuhan ekonomi Selangor dan strategi pelaburan untuk menarik minat syarikat bertaraf antarabangsa termasuk syarikat-syarikat unicorn yang berpotensi tinggi. Ia juga bertujuan untuk memacu projek pemangkin dalam sektor tumpuan utama dan kawasan geografi terpilih dan yang bakal memberi manfaat dan kelebihan daya saing negeri. Ia secara tidak langsung telah dan akan terus membantu mewujudkan peluang pekerjaan tambahan di masa hadapan. Dalam usaha memperkukuhkan status negeri Selangor sebagai Pusat Pembangunan Ekonomi dan destinasi utama untuk pelaburan strategi di Malaysia dan dirantau Asia. RS1 telah mengambil 2 pendekatan pembangunan ekonomi iaitu pendekatan pembangunan ekonomi berasaskan sektor tumpuan dan pendekatan pembangunan berasaskan Geografi. RS-1 telah mengenal pasti 9 sektor tumpuan berdasarkan sumbangan KDNK semasa. Potensi pertumbuhan pasaran dan permintaan masa hadapan yang akan terus memacu ekonomi Selangor. 9 Sektor tumpuan ini termasuk pelaburan dan logistik, pelancongan, ekonomi digital, aeroangkasa, automotif, elektrik dan elektronik dan jentera & kejuruteraan, industri halal, sains hayat dan agroteknologi. Kesemua ini berpotensi melonjakkan kedudukan ekonomi Selangor untuk menguasai
ekonomi serantau di samping menjana peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi di negeri ini. Antara projek pemacu perubahan, game changer yang telah dikenal pasti berupaya meningkatkan peluang pekerjaan di masa hadapan termasuklah pembangunan projek Carey Island Selangor, Projek Selangor International Aeropark, Projek Kawasan Pembangunan Sabak Bernam, dan Projek Stesyen Janakuasa Pulau Indah. Selain daripada pelaksanaan usaha ke arah memastikan pengukuhan ekonomi di negeri untuk meningkatkan peluang pekerjaan, antara inisiatif lain yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah pelaksanaan program berkonsepkan pameran kerjaya dan temu duga terbuka iaitu Karnival Jelajah Job Care Selangor. Program tersebut merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia yang telah dianjurkan sejak tahun 2021 dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial iaitu PERKESO dalam usaha menyediakan akses kepada peluang pekerjaan di satu-satu lokasi karnival. Pada peringkat awal pelaksanaannya, program ini bermatlamatkan membantu rakyat negeri ini yang kehilangan pekerjaan dan menangani isu pengangguran yang tinggi akibat pandemik Covid-19. Program ini dilaksanakan secara berperingkat di 9 daerah negeri Selangor setiap tahun dan terbuka kepada semua golongan mencari kerja untuk menerokai potensi diri dan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan yang dipilih kawasan komuniti berkenaan. Pelaksanaan program ini melibatkan penyertaan 25 hingga 30 majikan yang di setiap daerah yang menawarkan lebih kurang 35 ribu peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor ekonomi dan industri dengan tangga gaji minima RM1,700.00 hingga RM12,000.00. Bagi 2024 pelaksanaan program Karnival Jelajah Job Care Selangor di 7 daerah sehingga Oktober 2024 telah mencatatkan kehadiran seramai 1,859 orang peserta dengan 800 orang peserta berjaya mendapat pekerjaan melalui temu duga terbuka di lokasi program. Manakala peserta yang ditawarkan temu duga kali ke-2 adalah seramai 1,526 orang, dengan 171 orang ditawarkan pekerjaan. Tangga gaji bagi peserta-peserta yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui program ini adalah dalam lingkungan RM1,700.00 hingga RM6,000.00 Kerajaan Negeri juga akan terus merangka pelbagai program dan inisiatif ke arah memperkukuhkan ekonomi negeri Selangor bagi meningkatkan peluang pekerjaan di bawah Rancangan Selangor Kedua (RS-2) kelak. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan,Yang Berhormat Bukit Gasing
Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN
: Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya adalah berkenaan golongan yang lebih berumur katakan yang berumur 50-an yang masih nak cari pekerjaan tetapi mereka walaupun pergi kepada website-website yang menawarkan pekerjaan dan mohon 100, 200, 300 pekerjaan mereka tak dapat interview sebab mereka berumur. Banyak majikan lebih suka memilih mereka yang berumur 20-an, 30-an. Jadi macam mana Kerajaan Negeri bercadang untuk
membantu mereka yang berumur masih boleh bekerja tetapi lebih berumur katakan dalam 50-an untuk mencari pekerjaan ataupun memadankan mereka dengan majikan yang memerlukan.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Memang apabila saya menghadiri program Job Care ini, saya melihat ada juga peluang-peluang pekerjaan kepada 35 tahun ke atas sebab mereka adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh syarikat besar itu lebih kepada eksekutif dan sebagainya. Kadang-kadang syarikat-syarikat besar ini akan memilih seorang calon lebih berpengalaman dan juga berumah tangga sebab mereka itu adalah anggap sebagai aset kepada syarikat tu. Mereka tidak akan memilih ataupun menukar kerja serta-merta dan sebagainya sebab yang umur 25 ataupun 30 ke atas biasanya bagi saya, pendapat saya, mereka adalah berumah tangga dan mereka suka bekerja setempat dia anggap kerja itu sebagai dia punya passion dan sebagainya. Dan ada juga syarikat-syarikat, ada international companies mereka juga memilih calon-calon muda sebab mereka ingin membayar gaji permulaan yang begitu murah. Itu adalah, I dapat rumuskan kenapa syarikat-syarikat kadang-kadang mereka memilih calon-calon muda. Tetapi saya mengesyorkan mereka-mereka yang berumur tinggi, tolong hadir kepada program Job Care ini supaya mereka dapat di temu duga on the spot dan juga yang kali kedua kita boleh, mereka juga boleh mendapat satu pengalaman dari segi job market ataupun keperluan pasaran. Apakah kerja-kerja yang ada di pasaran dan juga mereka boleh mendapat kerjaya ataupun memilih kerjaya untuk masa depan diri sendiri dan kawan-kawan. Satu lagi perkara yang penting saya ingin berkongsi pada pagi ini adalah untuk makluman Dewan yang Mulia ini, Job Care ini dia memainkan peranan penting khususnya 9 daerah yang saya telah buat dan saya nampak kebanyakan juga hadir oleh ibu bapa untuk mendapatkan maklumat terperinci daripada apa yang kita telah lakukan di lapangan. Dia adalah satu maklumat kepada semua orang di mana apakah pasaran ataupun job care yang available for that time of period, dengan izin. Ini adalah satu maklumat kepada mereka-mereka yang ingin mungkin upskilling dan reskilling juga mereka belum pakai sebab dia adalah Job Care ini adalah satu kita kena anggap sebagai supply and demand. Apakah pasaran job care yang ada pada hari ini. Apakah yang boleh kita melantik ataupun menghantar anak-anak kita kepada courses, kursus, courses kursus yang tersusun dan sebagainya. Dan ini adalah satu maklumat yang patut kita berkongsi kepada semua di lapangan untuk mereka bersedia menghadapi cabaran di masa yang akan datang. Sekian terima kasih.
Meru. Yang Berhormat Meru.
Soalan saya, berkaitan dengan Jelajah Job Care ataupun Pameran Kerjaya. Adakah kerajaan juga membuka peluang
kepada golongan OKU untuk memohon pekerjaan, pertama. Kedua ialah adakah juga usaha-usaha daripada Yang Berhormat EXCO ataupun kerajaan untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk kita menggalakkan mereka menerima golongan OKU untuk mendapatkan pekerjaan. Dan satu lagi soalan ialah apakah juga ada usaha kerajaan untuk mencapai sasaran 1 % golongan OKU yang nak ada dalam Akta OKU untuk bekerja di Sektor Awam khususnya kita mulakan dalam Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Ada 2 soalan 1 adalah mengenai OKU dan peluang pekerjaan. Terima kasih kerana baru-baru ini pejabat saya dan juga PERKESO telah mengadakan satu Program Jelajah Job Care istimewa di di apa tu, di Shah Alam seksyen 13. Dia adalah sebuah bangunan yang dimiliki oleh MBSA dan kita mengadakan satu program iaitu Karnival Job Care Istimewa tajuknya. Padahal MB yang telah merasmikan program itu. Di dalam program Jelajah Job Care Istimewa itu, saya melihat ramai OKU ataupun golongan istimewa ramai yang datang untuk menghadiri interview ataupun melihat apakah kerja-kerja yang boleh mereka menceburi. Memang ramai peserta telah mengambil bahagian. Bagi saya itu adalah satu usaha yang baik oleh Kerajaan Negeri dan pejabat EXCO saya untuk memberi peluang kepada mereka-mereka yang telah menghadapi masalah kesihatan baik dari fizikal dan juga mental. Memang berjaya saya akan bagi list yang telah berjaya untuk yang telah menghadiri interview tu saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat Meru. Dan satu lagi saya ingin tambah adalah, pejabat saya ataupun usaha saya sendiri telah membuat perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan termasuk Penjara. Ya penjara dia melibatkan banduan ataupun parol yang bakal keluar daripada penjara itu. Itu adalah usaha di mana saya melihat kita kena bagi second chance kepada banduan-banduan yang bakal keluar daripada penjara tu. Sebab kebarangkalian mungkin mereka juga akan tidak diterima oleh keluarga ataupun kawan-kawan dan mereka pula pergi balik ke pangkuan yang asal mereka. Jadi usaha saya untuk mengembalikan mereka daripada penjara itu kepada normal life ataupun kehidupan biasa itu melalui kerja yang kita offer kepada mereka. Dan dalam usaha saya ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada KEDB ya. Sebab merekalah yang menghulurkan bantuan dan dapat berbincang beberapa kali dengan pejabat saya, 2-3 perbincangan dan kini dalam usaha terakhir kami untuk memeterai MOU daripada di antara Penjara dan juga KEDB. Beberapa syarikat kerajaan juga saya telah menghantar surat supaya kita mula daripada bantuan ini daripada pihak kerajaan dulu. Ya itu adalah usaha saya dan bagi soalan kedua adalah 1% OKU patut diberi peluang pekerjaan kepada syarikat-syarikat awam di luar sana. Saya memang tertarik dengan apa tu cadangan ataupun undang-undang yang sedia ada ni. Saya telah melihat dan juga mula beberapa slot kepada syarikat-syarikat yang giant. Tetapi untuk makluman Yang Berhormat Meru dan juga Ahli-Ahli Dewan Undangan pada pagi ini, memang ramai
seperti KFC, Mc Donalds dan beberapa syarikat di luar sana memang mereka melantik pekerja-pekerja OKU untuk apa itu bisnes seharian itu. Saya sendiri pernah melihat di KFC ada seorang OKU di Kota Kemuning, sorry di Kemuning Utama, dia tak boleh dengar tetapi dia boleh membersihkan plate, makanan ataupun barang-barang yang kita tinggalkan atas meja. Ini adalah satu usaha yang murni dan kita sama-sama kena membantu syarikat-syarikat giant macam ini untuk memberi peluang 1% kepada OKU di lapangan. Dan syarikat-syarikat yang lain saya juga menasihat kepada mereka-mereka yang tidak mengguna apa tu Akta ataupun mengguna formula ni dalam pelantikan pekerja mereka. Saya minta sangat tolong usahakan kalau saya nampak sekiranya ada syarikat-syarikat yang mengingkar ataupun tidak mengikut kehendak ini, saya mungkin akan mengadakan satu perbincangan dengan kementerian di peringkat Persekutuan untuk mendapatkan tindakan lanjutan kepada mereka-mereka yang tidak mengikut apa yang kehendak formula ini. Sekian, terima kasih.
Batu Tiga.
Batu Tiga, Sila.
Yang Berhormat EXCO saya ingat perkara ini menarik dan bagus untuk kita bincangkan. Bila bercakap tentang bilangan, peluang pekerjaan yang ada ini, saya tertanya apakah kita boleh memfokuskan peluang pekerjaan ini untuk rakyat yang berada di sekitar komuniti itu. Pertama supaya kita boleh mengurangkan kos perjalanan dan transport. Keduanya saya pun nak cuba mengelak, kalau boleh jangan lah yang nak dapatkan pekerjaan itu adalah rombongan satu bas daripada Terengganu datang ke negeri Selangor. Kita nak bagi peluang pekerjaan kepada adik-adik kita di Sekolah Seksyen 9. Mereka berhak mendapatkan pekerjaan di negeri Selangor. So apa pandangan Yang Berhormat EXCO supaya kita boleh menguar-uarkan kepada mungkin kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat terlebih dahulu dan kita boleh aturkan Kempen ataupun Karnival Kerjaya di tempat kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Memang satu cadangan yang cukup bagus tetapi selepas kita buat Jelajah Job Care kali ke-5 dan ke-6, saya telah mencadangkan kepada pegawai yang terlibat untuk menjemput satu adalah Ahli-ahli Majlis dan juga ADUN kawasan, ahli Parlimen, dan juga Ketua-Ketua komuniti, komponen dan sebagainya. Sebab ini akan membatu menguar-uarkan di lapangan untuk ramai datang kepada program ni. Satu lagi adalah saya telah mencadangkan atleast 10% ataupun 15% daripada syarikat-syarikat yang datang ke program itu, mesti mewakili komuniti-komuniti kawasan. Seperti contoh kita buat program Jelajah Job Care di PJ, saya syaratkan kita kena juga ada syarikat-syarikat
yang menawarkan pekerjaan di kawasan itu sebab apa yang Yang Berhormat Batu Tiga juga beritahu adalah kita boleh mengurangkan kos pengangkutan dan juga hostel dan sebagainya. Ini ialah satu cadangan yang cukup bagus sebab saya pun terlalu biasanya saya memujuk ataupun inform kepada pegawai-pegawai saya, kita pergi satu tempat pastikan ada syarikat-syarikat local players contoh seperti syarikat Mc Donalds sekarang ataupun KFC. Apabila kita offer biasanya mereka datang daripada pusat ataupun di peringkat negeri Selangor. Jadi saya juga telah mencadangkan kepada mereka. Di PJ kalau ada u datang buka Booth mungkin daripada kawasan PJ. Di Klang sama, dan di Sabak Bernam dan sebagainya sama juga. Di Sabak Bernam, kita nak buat program Jelajah Job Care pada 14 Disember.
Saya juga menawarkan kepada syarikat-syarikat tempatan yang lebih kepada Agro Pertanian seperti mana RS-1 ataupun RS-2, bakal kita nak promosikan agrotek ini adalah untuk kepada petani-petani yang memainkan peranan dalam menghasilkan makanan ataupun bijirin ataupun keterjaminan makanan kepada Negeri Selangor kita. Dalam usaha ini saya sebagai EXCO Sumber Manusia mesti memainkan peranan yang penting, saya memang melihat ada peluang dalam usaha saya untuk memajukan perkara ini. Apa yang di bincang oleh pejabat saya dengan beberapa agensi ini, kita juga ada pelbagai usaha untuk meningkatkan apa tu penduduk yang luar bandar mostly kepada sektor pertanian. Mereka boleh mempelajari cara guna pakai dron dan sebagainya untuk meningkatkan eco-pertanian ini kepada satu tahap yang lebih tinggi. Jadi apa yang di bangkitkan oleh Batu Tiga memang betul, saya dalam usaha untuk apa tu selesaikan perkara ini. Sekian terima kasih.
Sungai Burong dulu saya bagi.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan berdasarkan statistik 2022, 29,000 graduan menganggur pada sukuan yang pertama dan mungkin ada penambahbaikkan lah pada tahun-tahun yang berikutnya. Di samping Job Fair yang telah disebutkan tadi adalah membantu kepada usaha pencarian kerja oleh graduan ini, ada tak sebarang usaha lebih awal, maksudnya segala bidang yang ditawarkan paling tak pun di Selangor di UIS termasuklah di UNISEL, kesemuanya di buat kajian awal, semuanya ada penempatan kepada industri yang akan terlibat kemudian. Sebab kita tengok jumlah ini adalah jumlah yang masih lagi menakutkan masih tinggi, so ada tak di peringkat awal bukan di peringkat hujung Job Fair dan seumpama dengannya. Terima kasih.
Baik, terima kasih kepada Sungai Burong kerana soalan tambahan. Memang itu asal saya sebenarnya. Sebenarnya kita ada banyak portal ataupun website untuk mendaftarkan diri. Ini apa yang saya
maksudkan selama ini adalah karnival ataupun mereka menghadiri diri sendiri tetapi mengikut portal Job Care dan daripada PERKESO dan juga Job Street dan sebagainya, memang mereka menawarkan pelbagai pekerjaan. Kadang-kadang apa yang saya lihat adalah kita terlalu choosy saya juga telah memberi press release baru-baru ini apabila saya pergi ke Job Fair ini, mereka itu kadang-kadang lepasan graduan ataupun Universiti ini mereka terlalu v. Bagi saya peluang yang mereka patut grab apa yang ada for time being sekiranya mereka ingin menceburi dalam bidang pekerjaan, whatever grab program yang ada ata pun jawatan kosong ada. Yes grab it first. Itu yang cadangan, saya telah memberi kenyataan media dan later on, dengan izin later on mereka ini boleh meningkatkan diri, mereka boleh mendapatkan peluang pekerjaan mengikut taraf pendidikan mereka. Yang biasanya yang berlaku even my own children kadang mereka terlalu choosy dan mereka anggap itu adalah tidak bersesuain dengan pendidikan ataupun dengan sijil yang mereka memiliki, bagi saya itu adalah satu benda yang patut kita ubah. Sebab job yang mereka ceburi ini adalah mungkin mereka boleh belajar pelbagai perkara seperti working environment dengan izin dan mungkin dengan kawan-kawan, cara attend dan intercommunication skill dan sebagainya. Jadi saya anggap sangat graduan-graduan ini yang keluar daripada universiti ini mereka dapat kan pekerjaan yang ada on the market first, then apa tu pergi ke meningkatkan taraf mereka mengikut pelajaran yang mereka ceburi. Sekian terima kasih.
Bukit Gasing. Yang Berhormat Bukit Gasing bukan dah bangun ke tadi? Okay, sekali lagi, soalan terakhir soalan tambahan terakhir.
Okay yang terakhir. Berkenaan Job Fair yang dibuat hari ini dengan lawan web dan sebagainya. Ia lebih kepada pendekatan majikan datang dengan kekosongan. Saya ada 50 kekosongan ataupun 300 kekosongan dan kita membantu majikan untuk mengisi kekosongan mencari pekerja untuk kekosongan. Ini bagus harus dilakukan, tetapi pendekatan yang kedua saya nampak kurang dijalankan di mana kita mengambil data mereka yang mencari pekerjaan. Kenapa mereka yang data-data mereka yang memohon pekerjaan dan pergi interviu 30,40,50 kali tetapi tak dapat apa-apa pekerjaan, kita harus ada satu sistem untuk bantu mereka. Saya tahu yang mereka yang terlalu memilih tidak mengapa. Mungkin yang itu mereka kata mereka dah dapat 3 tawaran, mereka tak nak. Mereka yang terlalu choosy kita letak ke tepi, tetapi mereka yang tidak pernah dapat tawaran tapi nak kerja, macam mana kita nak bantu mereka. Berapa ramai rakyat dalam kategori ini. Sebab selama ini kita selalu ambil pendekatan daripada kekosongan. Kita tawarkan kekosongan dan kita cari orang untuk isi kekosongan, tetapi kita tidak pernah ambil pendekatan kita cari orang yang mencari pekerjaan. Adakah kita ada 50,000 ataupun 100,000 rakyat Selangor yang mencari pekerjaan, tetapi tak jumpa-jumpa pekerjaan. Di mana rakyat-rakyat ini, berapa ramai rakyat-rakyat ini, apa jenis pekerjaan dan kenapa mereka tidak berjaya dan macam
mana kita boleh bantu mereka untuk berjaya. Mungkin pendekatan ini harus diambil kira, saya harap Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Apa yang diutarakan oleh Bukit Gasing adalah satu point yang cukup bagus, sebab ia melibatkan seperti mana saya cakap tadi adalah supply demand. Apabila calon-calon kita itu, pendidikan ataupun latar belakang dan pengalaman yang berlainan dan di pasaran pula job ataupun kerja yang di offer adalah different sikit. Jadi mereka yang hadir contoh ya, bagi satu senario, seorang mantan bekas manager dan bergaji yang lebih kurang RM10,00.00 dan sebagainya. Oleh kerana retrench dan sebagainya, mereka di berhentikan, dan mereka kadang-kadang itu demandable person, dia pergi ke Job Care atau pun website kadang-kadang mereka minta gaji yang seumpama apa yang mereka telah menerima selama ini, itu yang menyukarkan kita untuk match making benda ini, satu. Senario kedua pula adalah, seperti Yang Berhormat telah beritahu ialah mereka, kehendak apa yang mereka complete their education, dia punya pelajaran dan pengalaman. Itu pula satu perkara yang susah untuk kita match making, tetapi apa yang saya telah beritahu adalah, calon-calon ini mesti menganggap, sebab formulation kita wujudkan perkara ini ialah semenjak tahun 19 dan 2021 adalah Covid-19. Pada masa itu pengangguran terlalu banyak dan pada masa itu juga contoh yang terakhir saya nak bagi adalah, Good Year di Seksyen 15, apabila pejabat saya pergi ke tempat itu untuk offer beberapa kerja malangnya, ada staff yang mereka ada di sana adalah hanya pakar dalam sesuatu bidang di mana, macam boiler dan sebagainya. Dan kepakaran mereka itu tidak boleh diguna pakai oleh syarikat-syarikat yang lain, sebab mereka tiada kena mengena dengan apa yang mereka lakukan selama ini. Jadi kita hari ini, memang pasaran itu terlalu luas, memang keperluan pekerja itu ramai di lapangan lebih kurang 30,000 hingga 40,000 orang tetapi masih kita tidak dapat match making mereka daripada di antara majikan dan juga pekerja yang mencari pekerjaan. Bagi saya very simple, kalau calon berminat sangat ingin nak bekerja mana-mana boleh cari. They have to rajin sikit, they have to rajin sikit dan program-program kita aturkan. Kalau tak dapat website pun tak apa, walk in dulu dan kita ada yang maklumat tambahan. Pegawai-pegawai saya memang ada di sana untuk memberikan maklumat tambahan kepada mereka-mereka yang ingin, even reskilling, upskilling in their life style. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Lembah Jaya tidak hadir. Ya, Yang Berhormat Kajang.
Tumpang lalu, Tuan Timbalan Speaker. Peraturan Tetap 24(2), Kajang mewakili Lembah Jaya menanya soalan 70.
Silakan Yang Berhormat EXCO.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 70. Kebersihan KomunitiQuestions
70. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak inisiatif kitar semula atau program kebersihan komuniti?
Terima kasih Yang Berhormat Kajang yang telah mengangkat soalan Yang Berhormat Lembah Jaya. Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan pelbagai inisiatif Kitar Semula dan Program Kebersihan Komuniti sebagai usaha bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar serta membentuk komuniti lebih bersih dan mampan. Jadi berikut adalah beberapa inisiatif dan program yang telah di laksanakan untuk mempromosikan kitar semulA dan kebersihan dalam komuniti. Antaranya yang pertama adalah inisiatif-inisiatif berkaitan dengan kitar semula, kita dapat lihat terdapatnya pusat pelaksanaan kitar semula komuniti di mana Pihak Berkuasa Tempatan telah mewujudkan pusat kitar semula di kawasan yang strategik di kawasan tempat letak kereta, pusat komuniti ataupun di mana penduduk boleh membuang barang-barang seperti kertas, plastik, kaca dan logam untuk di kitar semula. Jadi antara inisiatif kitar semula yang aktif di laksanakan adalah sebagai contoh di pusat kecemerlangan ekonomi kitaran PJ Eco Recycling Plaza, kabin kitar semula Majlis Bandaraya Subang Jaya dan projek rumah kitar semula bersama Persatuan Suci. Selain daripada itu juga terdapat inisiatif sistem pengasingan sampah di mana program diadakan untuk pengasingan sampah dan penduduk perlu mengasingkan sampah organik dan bukan organik sebelum dibuang bagi mematikan proses kitar semula yang lebih bersih dan efisien dan PBT Negeri Selangor juga telah menyediakan tong-tong kitar semula di beberapa lokasi strategik bagi memudahkan pengguna untuk mengakses fasiliti tersebut. Dan selain daripada itu terdapat juga program dan kempen kesedaran kitar semula iaitu kita fokuskan kepada penganjuran kempen pendidikan untuk memaklumkan penduduk mengenai pertamanya yang paling utama kepentingan kitar semula dan cara yang betul bagi mengasingkan sampah dan pelbagai jenis aktiviti yang telah dijalankan termasuklah ceramah, bengkel dan pameran
yang diadakan bukan sahaja di pusat komuniti malah di sekolah-sekolah yang berkaitan dan yang terpilih. Dan antara program yang dilaksanakan sebagi contoh seperti Program Explorace Pendidikan alam sekitar bersama dengan pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat dan program kesedaran bebas beg plastik Sekolah Kebangsaan Sungai Lui. Dan selain daripada itu, tahun ini juga kerajaan telah mengenalkan kempen kitar semula barangan elektronik di mana Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah menyediakan tempat pengumpulan barangan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan seperti telefon bimbit, komputer, mesin pencetak dan lain-lain, dan buat masa ini Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar sedang bekerjasama dengan agen pengumpulan e-waste yang sah dan berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar iaitu Electronic Recycling Through Heroes ataupun EARTH dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat dalam isu melupuskan atau membuang e-waste di tempat yang selamat dan mesra alam. Dan kita juga telah menjalankan program rintis seperti program kitar semula door-to-door bersama Nestle di 5 PBT, iaitu termasuk MBPJ, MBSJ, MBSA, MBDK dan seterusnya MPKL dan akan terus dilaksanakan pada masa yang akan datang dan sebagaimana dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2025 oleh Yang Amat Berhomat Dato’ Seri Amirudin bin Shari iaitu Dato’ Menteri Besar Selangor, kita akan laksanakan program kitar semula pada tahun yang akan datang dengan penambahbaikan sasaran untuk menyediakan 100 tong kitar semula di setiap PBT, yang akan diletakan di taman-taman perumahan yang terpilih dan dikutip secara berkala untuk dihantar ke pusat kitar semula. Dan selain itu juga kita adakan pelbagai jenis program kebersihan komuniti di samping kempen cintai alam sekitar di mana kita menggalakkan penduduk untuk juga menjaga kebersihan di sekitar kawasan kediaman mereka dan akhirnya kita adakan hebahan kempen kesedaran melalui media sosial sebagai platform untuk menyebarkan maklumat mengenai amalan kitar semula, cara pengurusan sampah yang betul dan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar serta pelbagai jenis inisiatif, pertandingan yang di adakan di bawah PBT dan juga di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Jadi secara kesimpulannya inisiatif kitar semula dan kebersihan komuniti adalah langkah penting dalam usaha supaya kita dapat memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta bagaimana kita dapat meningkatkan kualiti hidup dan pentingnya juga dengan penglibatan aktif daripada setiap individu dalam komuniti dan ia akan memberikan manfaat jangka masa panjang pada masyarakat dan persekitaran. Dan Kerajaan Negeri akan sentiasa memperkasa dan melaksanakan pelbagai jenis inisiatif melalui pendidikan, gotong-royong, kerjasama dengan pelbagai jenis pihak bukan sahaja kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan supaya Negeri Selangor dapat menjadi sebuah negeri yang mampan dan berdaya tahan.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan, Meru.
Soalan saya, walaupun kita telah mengenakan caj beg plastik di pasar raya-pasar raya, namun penggunaan plastik masih dilihat berleluasa di kalangan masyarakat. Jadi, soalan saya apakah ada perancangan daripada Pejabat EXCO sendiri untuk mempergiatkan kempen-kempen sifar, penggunaan sifar plastik dan juga terutama penggunaan straw di kedai-kedai ataupun di perniagaan F&B. Satu perkara lagi iaitu masih ada lagi penggunaan polisterin di kalangan mereka yang perniagaan F&B. Jadi mohon respons oleh Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Meru. Memang merupakan satu soalan yang bagus. Kita telah menjalankan kempen bebas plastik dengan mengenakan charge dalam beberapa tahun ini, tapi harus juga diterangkan bahawa dalam tempoh tahun ini sebenarnya kita telah menjalankan beberapa bengkel kerana kita melihat terdapat beberapa kelemahan lah daripada segi penguatkuasaan termasuk perundangan. Jadi pada tahun ini sebenarnya kita telah mengadakan bengkel untuk memastikan kita dapat memperkuatkan ataupun memperketatkan undang-undang dan juga tindakan penguatkuasaan sebelum pada tahun hadapan pada tahun 2025, insya-Allah kita mungkin akan menambah jenis perundangan dan inisiatif termasuk kempen bebas beg plastik iaitu sebagai contoh pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, mungkin kita tidak membenarkan penggunaan beg plastik langsung di mana-mana super market, mini market ataupun tempat-tempat yang kita mahu memperketatkanlah penggunaan beg plastik. Cuma pada masa ini pentingnya juga kita mengetahui apakah jenis punca kuasa yang boleh kita gunakan melalui di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri supaya kita dapat pastikan apabila kita mengumumkan inisiatif seperti ini yang dapat dilaksanakan juga dengan tindakan penguatkuasaan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Seri Serdang, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cumanya saya cuba dapatkan statistik kebersihan pada tahun 2022 ketika itu Malaysia jatuh ke tangga 130 indeks bersih dunia. Kita hanya menang dengan Laos, Indonesia, Kemboja. Jadi saya kira dari segi infrastrukturnya memang tip-top dengan izin. Kita dengan PBT nya, dengan bawah EXCO nya, bawah Kerajaan Negeri, bawah juga Pejabat Daerah dan sebagainya memang dari segi infra, memang cantik, memang kita dah lengkap hampir, hampir lengkap keseluruhannya. Tetapi kita lihat masalah kebersihan ini masih dipandang remeh, dipandang enteng oleh sebilangan
besar rakyat kita, penduduk kita. Ada tak perancangan dan saya kira perancangan pendidikan tentang kebersihan bermula daripada sekolah misalnya. Kalau kita lihat Jepun, mereka develop tentang isu kebersihan hampir 100 tahun bermula daripada generasi yang baru dan ada tak usaha daripada Kerajaan Negeri supaya kita didik anak-anak kita tentang kebersihan, pentingnya menjaga kebersihan ini bermula daripada tadika misalnya. Mungkin boleh kolaborasi dengan EXCO-EXCO yang lain, yang berkenaan tentang bagaimana untuk kita berikan kesedaran pendidikan untuk kesedaran pentingnya menjaga kebersihan. Terima kasih.
Terima kasih soalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Seri Serdang. Sebenarnya pada tahun ini juga pejabat saya ada menjalankan lawatan lah ke Bali untuk memahami sekiranya kita boleh melakukan apa-apa jenis inisiatif bagi memastikan kita juga mengutamakan pendidikan awal di dalam sekolah di mana kita melihat pengalaman di Bali, terdapatnya sekolah ecologist. Di mana mereka namakan sekolah ecologist ertinya mereka telah menerapkan pelbagai jenis didikan berkenaan dengan alam sekitar. Sebagai contoh kitar semula, composting, tidak boleh membawa beg plastik ke dalam sekolah-sekolah yang terpilih. Bukan semua sekolah ecologist dia memang mempunyai sekolah-sekolah yang terpilih. Oleh kerana itu sebenarnya pejabat saya sedang dalam perbincangan dan juga memohon tarikh untuk berjumpa dengan pihak Kementerian melihat sekiranya terdapat apa-apa jenis ruang yang kita boleh juga menjadikan sekolah ecologist ini sebagai projek rintis di bawah Negeri Selangor ataupun mungkin kita boleh namakan dengan nama sendiri sebagai contoh sekolah lestari dan sebagainya. Dan benda ini dalam perbincanganlah dan ini juga akan melibatkan perbincangan bersama dengan Pejabat Menteri Besar kerana Pejabat Menteri Besar juga in-charge ataupun mengambil portfolio pendidikan ini. Dan memang ada inisiatif sebegini sekiranya perbincangan ini berjaya mungkin kita akan umumkan pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.
Tambahan Speaker.
Silakan Yang Berhormat Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya cukup sungguh kagum dengan jawapan yang telah diberikan oleh EXCO di atas inisiatif-inisiatif kitar semula. Saya nak tanya tentang, tak tahu bahawa EXCO boleh jawab atau EXCO PBT tapi adakah program-program yang atas program kebersihan komuniti di mana I tengok banyak aktiviti untuk kitar semula dirancang dan di, you dapat banyak penglibatan CSR dan sebagainya. Adakah ada program ataupun perancangan untuk pemberian tong-tong sampah percuma memandangkan ada PBT yang memberikan, ada PBT-PBT tak berikan. Adakah perancangan untuk Kerajaan
Negeri atau PBT untuk memberikan tong sampah percuma kepada semua pembayar cukai khususnya di Negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa, saya itu lebih terletak di bawah portfolio Dato’ Ng lah. Cuma seperti yang dikatakan tadi, pada tahun hadapan memang kita akan ada tong-tong kitar semula. Dia bukan sampah biasa, kitar semula yang diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar di tempat-tempat yang tertentu melalui kerjasama bersama dengan persatuan penduduk dan ahli-ahli yang aktif bagi memastikan inisiatif ini akan berjaya.
Speaker, ada tambahan.
Tuan Timbalan Speaker.
Okay soalan yang terakhir, Sungai Ramal.
Boleh saya tak tambah sikit yang tadi itu sebab ada kaitan sikit.
Teruskan EXCO.
Boleh ya, sedikit sahaj. Tentang program kebersihan komuniti memang dilakukan secara berkalalah di mana-mana bersama penduduk setempat dan juga persatuan-persatuan pada masa yang sama pembinaan, pembelian tong sampah percuma ini mengikut kemampuan PBT. Ada PBT yang mampu memang mereka ada buat untuk bagi tong sampah percuma, tapi banyak PBT yang dalam keadaan yang kurang mampu, mereka masih dalam pengertianlah. Walau bagaimanapun apabila Akta 672 telah dimeterai, kita akan cuba bagi satu program untuk pembelian tong percuma kepada seluruh pembayar cukai. Itu akan diperhalusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker.
Yang Berhormat EXCO. Silakan Yang Berhormat Sungai Ramal.
Terima kasih Tuan Speaker dan saya merujuk, masih merujuk kepada kebersihan dan juga alam sekitar ni. Berkait langsung dengan satu perkara yang sangat signifikan tetapi mungkin kurang difokus iaitu penggunaan bahan-bahan biodegradable. Saya terlibat banyak aktiviti pungut-pungut
sampah di jalanan ni, kita dapati banyak sangat sampah-sampah yang bersifat tak boleh di lupus, plastik sebagainya. Apakah kerajaan tidak memberikan fokus yang lebih banyak ke sekolah, universiti, komuniti, kampung, PBT kepada option ataupun pilihan memberikan kepada masyarakat setempat menggunakan bahan-bahan bersifat biodegradable seperti bekas makanan, bekas buang sampah dan sebagainya. Sebab kalau kita mengatakan kita tak menggalakkan penggunaan plastik hari Sabtu, Ahad diharamkan pakai plastik contohnya, ia tak memberikan solution kepada masyarakat saya fikir, lebih baik kita menggalakkan mereka mendapatkan option yang kedua, pilihan yang kedua iaitu bahan-bahan yang lebih mesra alam. Terima kasih.
Terima kasih soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal. Itu memang merupakan salah satu topik yang kita bincangkan. Outcome dengan izin ataupun sebenarnya, apa itu, kesimpulan yang terbaik adalah membawa beg sendiri kerana penggunaan plastik biodegradable juga dia mempunyai risiko-risiko yang tertentu. Sebagai contoh, sekiranya pelupusan itu tidak dilakukan dengan selamat, ataupun plastik itu dibiarkan terlalu lama, terdapat juga jenis-jenis plastik biodegradable yang akan mengakibatkan sisa-sisa ataupun mikro plastik. Dan benda itu akan termasuk kepada sistem mungkin sistem dalam badan manusia juga. Jadi perkara itu juga perlu diperbincangkan kerana kita memang sering popularlah dengan topik biodegradable dan sebagainya. Tapi dia juga sebenarnya mempunyai kesan-kesan tertentu yang mungkin tidak di ke sedari, tidak diketahui umum.
Jadi perkara itu perlu diambil perhatian. Apa perkara yang paling penting kita melihat terdapat sebenarnya banyak juga contoh sebagai contoh saya ambil kerajaan, Kerajaan Penang lah. Pulau Pinang. Sebenarnya kita lihat apabila mereka mengenakan charge seringgit pada ketika ini lebih ramai dan semakin popular di kalangan penduduk yang menggunakan beg sendiri. Dan saya kira dalam beberapa juga inisiatif yang telah dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan, contohnya di kedai-kedai tertentu seperti contoh yang saya tahu apabila mereka telah menjalankan MOU bersama super market, mini market ataupun franchise seperti Watson, apabila mereka tidak mempunyai plastik yang secara automatically nya ataupun secara automatik penduduk-penduduk pada beberapa kali lawatan ke mini market dan super market berkenaan mereka akan mengingati. Dan selain daripada itu, sebenarnya dia banyak, kebanyakan super market yang menggalakkan tidak menggunakan plastik, mereka pun ada menjual beg-beg sendiri. Jadi saya rasa itu sebenarnya mungkin ke arah yang kita hendaki tetapi kita tidak akan membuang topik yang berkaitan dengan biodegradable lah. Cuma kita juga mahu memastikan orang awam mempunyai pendidikan ataupun pengetahuan tentang biodegradable itu kerana itu juga membawa risiko-risiko lain yang kita masih tidak mempunyai solusi ataupun peruntukan terhadap isu mikro plastik ini. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan yang nombor 71 dari Balakong telah dijawab bersama dengan soalan 53. Saya teruskan dengan soalan seterusnya dari Yang Berhormat Dengkil.
Soalan nombor 72, Tuan Speaker.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Dengkil bertanyakan soalan tentang masalah pembangunan Bandar Serenia yang memberi kesan kepada penduduk tempatan dan persekitaran. Majlis Perbandaran Sepang sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam menjalankan Ops Lumpur bagi memeriksa kerja-kerja pembangunan tanah yang dijalankan di tapak mengikut Kelulusan Pelan Kerja Tanah dan Kelulusan Pelan Jalan dan Perparitan serta Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimentasi, ESCP Plan yang telah diluluskan. Sekiranya pihak pemaju gagal mematuhi Kelulusan Pelan Kerja Tanah dan Kelulusan Pelan Jalan dan Perparitan serta Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimentasi, ESCP Plan, pihak pemaju boleh dikenakan tindakan Notis Berhenti Kerja, berhenti kerja sehingga kerja-kerja pembaikan dilaksanakan di tapak. Selain itu, pihak pemaju juga akan dikenakan tindakan kompaun mengikut Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, silakan Dengkil.
Saya masih lagi mendapat aduan daripada penduduk persekitaran dan terdapat banyak kesan-kesan yang berlaku khususnya banjir, banjir-banjir kilat daripada projek pembangunan berkenaan. Jadi, ada apakah tindakan yang boleh diambil kepada pihak syarikat khususnya dari segi pembayaran ganti rugi kepada mereka-mereka yang terlibat.
Setakat ini, pihak Majlis Perbandaran Sepang terus memantau perkara berkaitan, namun tentang bayaran setakat ini tiada. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Terima kasih.
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Silakan.
Yang Berhormat EXCO, terima kasih berkenaan dengan jawapan tadi. Tapi saya cadangkan Yang Berhormat EXCO bahawa
tindakan kompaun itu adalah tidak mencukupi. Contoh saya bagi satu keadaan di kawasan Kemuning Greenville. Ada pembangunan dibuat oleh satu developer tetapi halfway sahaja. Apa yang berlaku pasir-pasir dan tanah-tanah itu semua masuk ke kawasan perumahan tersebut. Adakah cukup kita kata berhenti dan kita kompaun lepas itu developer besar, dia syarikat besar, dia boleh just pay the compound. I think apa yang kita perlu buat dalam perkara ini, memberikan satu isyarat di mana mereka perlu menyelesaikan semua perkara dalam masa tersebut dan sehingga mereka siapkan apa-apa cara untuk mengurangkan ataupun mengelakkan isu ini, sehingga itu kita tidak harus memberikan kelulusan untuk mereka meneruskan apa-apa pembinaan di kawasan mereka.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning yang bangkitkan isu berkaitan. Walaupun dia luar, tapi dia berkaitan. Walaupun luar tapi dia berkaitan saya respon soal pembangunan Kemuning Greenville yang telah menyebabkan penduduk buat aduan dan juga mendatangkan kesulitan, kerugian sebab penduduk seperti juga di Dengkil yang dibangkitkan. Saya akan bincang dan arahkan Majlis ambil tindakan yang lebih tegas kalau bole minta mereka berhenti kerja sehingga kerja-kerja saliran dan sebagainya diselesaikan terlebih dahulu barulah benarkan mereka mulakan kerja. Kalau tidak, ini menyebabkan penduduk-penduduk sekitar mengeluh dan menghadapi kesulitan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Seri Serdang.
Baik soalan berkaitan yang sama juga kerana kita bukan anti kepada pembangunan yang baru Yang Berhormat EXCO. Cumanya kalau saya relate dengan Kawasan Dun Seri Serdang banyak pembangunan-pembangunan terutama housing yang baru, yang sedang naik dan akan naik. Boleh atau tidak kita syaratkan dalam kebenaran merancang mungkin, untuk pastikan pemaju-pemaju ini adakan parit ataupun saliran yang baru. Jangan gunakan saliran-saliran yang lama, yang dah ada existing dengan izin, supaya pada masa yang akan datang contohnyalah kita bina sampai 3,000 unit rumah tetapi dari segi peparitan hanya tab sahaja dengan izin, parit yang ada. Begitu juga dengan jalan jangan tab Sahaja. Maksudnya kena ada perancangan baru supaya saliran tu longkang dan parit tu ada yang baru untuk kegunaan dan juga kapasiti 3,000 unit rumah yang baru. Begitu dengan jalan raya pun sama juga Yang Berhormat EXCO, masih nak gunakan jalan raya yang sedia ada, yang dah dibina 20 tahun lepas, TIA 20 tahun lepas tapi nak digunakan pada hari ini. Apa pandangan EXCO?
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang, memang saya setuju adakalanya dalam KM, kelulusan merancang ini banyak kelulusan jalan-jalan yang sedia ada mereka boleh tab dan juga sistem perparitan yang ada rancangan tersebut pembangunan baru mereka boleh tab disitu, boleh sambung disitu. adakalanya boleh tetapi kadang-kadang berlaku dilapangan apabila mereka tab mereka mungkin kapasiti tidak boleh menampung dan sebagainya menyebabkan berlaku banjir kilat dan sebagainya. Ini semua perkara akan berlaku apabila berlakunya hujan lebat dan sebagainya di lapangan. Apabila kelulusan dilaksanakan pihak Majlis mungkin mereka mengambil kira ini boleh lagi dan mereka memberi mempermudah carakan kepada pembangunan-pembangunan baru. Namun begitu, saya akan mengambil maklumat ini untuk bincang dalam jawatankuasa Standco PBT Bersama pihak Dato Bandar dan juga YDP perancang untuk kita bincang perkara sedemikian pada masa akan datang bagaimana kita tambah baik dalam kelulusan merancang ini. Terima Kasih.
Yang Berhormat Sungai Pelek.
Terima Kasih Timbalan Tuan Speaker, sebenarnya untuk perkara ini mungkin saya minta izin untuk saya ada juga soalan saya berkaitan adakah pihak Kerajaan Negeri untuk menentukan dasar atau undang-undang yang lebih ketat ke atas mana yang menyumbangkan perkara ini menjadikan berlakunya banjir. Sebenarnya saya rasa pengalaman saya di Sepang, kita dah buat terbaik. Saya nak terangkan sedikit je eh. Sebenarnya di OSC kami dah tentukan di Sepang ye, kami dah tentukan mana pembangunan dia nak gunakan cara untuk nak buat keluar tanah, nak jual tanah dan sebagainya memang tidak dibenarkan. Dia kena buat satu submission atau kebenaran merancang yang sangat detail berkenaan itu. Kalau dia nak keluarkan tanah dia nak korek tanah sahaja memang di Sepang kita tak dibenarkanlah, itu pengalaman saya ketika saya di OSC. Tetapi ada kelemahan ye apabila dalam sesuatu perancangan yang mereka dah masuk dalam KM dan nyatakan spesifik sekali bila ada pembangunan berlanjutan, maksudnya dia akan buat projek dia untuk buat submission bangunan tetapi masa yang digunakan untuk dia jual tanah tu dan dia jangka masa itu sangat Panjang. Jadi masa tu sangat panjang mempunyai kemungkinan berlakunya tanah runtuh, tanah-tanah sumbat di parit-parit berkenaan yang menyumbang pada banjir lah. Saya harap di pihak ni kerajaan mungkin boleh buat dasar, seperti yang dikatakan Yang Berhormat EXCO perlu ada perbincangan detail lah dan ada undang-undang yang tertentu untuk dikenakan jangka masa dalam kebenaran atau kelulusan kebenaran merancang, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek yang membangkitkan isu berkaitan dengan infra dan sebagainya tentang kelulusan merancang infra. Saya rasa perkara ini dia complicated dan saya akan bincang dengan Yang
Berhormat EXCO Infra Pandan Indah untuk kita sama-sama selesai, bagaimana selesaikan masalah yang bangkit di lapangan lah. Terima kasih.
Yang Berhormat Semenyih..
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, soalan Semenyih soalan 73.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 73. Penyelenggaraan JalanQuestions
73. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah untuk mengatasi kerosakan jalan yang kerap berlaku terutama jalan yang melibatkan pembinaan perumahan?
b)
Apakah perancangan jangkamasa panjang untuk atasi masalah ini?
c)
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai garis panduan yang telah disyaratkan kepada pemaju bagi mengurangkan kerosakan jalanraya?
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan ini sebenarnya berkait rapat juga soalan daripada Yang Berhormat EXCO sebelum ini, berkaitan dengan isu-isu berkaitan dengan isu-isu berkaitan dengan infrastruktur di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi Yang Berhormat Semenyih bertanyakan berhubung dengan langkah mengatasi kerosakan jalan-jalan terutama di kawasan yang melibatkan pembinaan perumahan yang banyak di Semenyih. Tahniah kepada Semenyih kerana pembangunan begitu pesat, tapi itulah hasilnya kita dapati infrastruktur pun perlu dijaga terutamanya jalan dan parit dan longkang. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, di bawah sebgaimana yang disebut Yang berhormat sebelum ini EXCO, iaitu apabila perancangan pembangunan perumahan ini termasuklah katergori dimana kebenaran merancang itu bila diluluskan mensyaratkan pelbagai aspek berhubung dengan maintenance ataupun penyelenggaraan infra di kawasan berkenaan termasuklah parit dan juga jalan. Jadi Pihak Berkuasa Tempatan sedang pemantau di bawah projek-projek yang diluluskan ini
ada pemantauan terhadap pelaksanaan kerja-kerja untuk menurap semula jalan-jalan yang rosak di kawasan projek perumahan seperti yang disyaratkan dalam syarat-syarat dalam pembangunan. Pertama, satu lagi kaedah yang telah dipakai ialah pihak pemaju perlu menurap semula jalan sedia ada sepanjang sempadan projek. Haa ini isu dia sepanjang sempadan projek sebelum mendapat sokongan CCC projek perumahan dari PBT ataupun JKR daerah. Ini syarat yang kalau melibatkan jalan-jalan didalam kawasan sempadan perumahan itu projek itu yang perlu disiapkan sebelum didapat kelulusan CCC ya. Yang keduanya jika didapati pemaju tidak menjalankan kerja-kerja penyelenggaran dengan baik terhadap jalan-jalan awam dan perabot jalan sedia ada, Pihak Berkuasa Tempatan termasuk JKR jika ada jalan-jalan JKR yang terlibat didalam itu, akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran, pembaikan dan kos kerja itu akan ditolak daripada wang cagaran yang telah mereka jelaskan. Ini akan, kalua didapati lambat dalam tindakan, sebab ketika projek berjalan pun penyelenggaran jalan itu parit perlu dilaksanakan. Makna tidak ditunggu sehingga projek siap baru sebelum siap baru disiapkan, tapi sepanjang projek itu kerja-kerja pemantauan melibatkan kerosakan jalan atau parit sebagainya atau banjir perlu mereka juga melaksanakan penyelenggaraan itu dan jika mereka tidak buat dalam masa yang diberikan maka Pihak Berkuasa Tempatan, JKR akan melaksanakan dan akan ditolak daripada kos wang cagaran mereka. Dan pihak pemaju juga tertakluk di bawah Akta Jalan, Parit Dan Pembangunan 1974, Akta 133 dibaca bersama Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan Jalan Parit Dan Bangunan 205 dan untuk sentiasa mematuhi Pihak Berkuasa Tempatan dari masa ke semasa dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan . Terima kasih.
Soalan tambahan.
Saya tinggal.. seminit dulu, nanti selepas ni Bukit Gasing.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker. Terima kasih pada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan. Ya terima kasih nampak di atas nampak ada SOP. Cuma sejujurnya kami merasakan dari sudut pemantauan itu terasa sangat kurang berkesan, kesannya adalah kepada penduduk sekitar, especially kalau di jalan, saya faham Jalan Bangi Lama Semenyih adalah di bawah Persekutuan F31 tetapi kesannya pada orang kampung yang betul-betul duduk kat sebelah dia. Kalau boleh dianggarkan kos menyebabkan motor rosak, kereta rosak sebenarnya terlalu teruk dengan kecederaan akibat kemalangan. Maka adakah kebarangkalian pihak Kerajaan Negeri contohnya boleh menetapkan satu dasar atau polisi sebelum dibuat sebarang projek itu bermula, buat terus laluan alternatif atau upgrade siap-siap jalan itu sebab sebelum itu jalan itu biasa-biasa tetapi bila projek beratus ekar dan sebagainya, sudah tentu tiap-tiap hari berpuluh dan mungkin beratus
kali lori-lori besar dengan tayar bukan setakat 8, 12 biji terlalu banyak. So kesesakan itu satu hal tapi kita focus pada isu jalanraya itu dan mungkin kalau bagi saya lah, upgrade terus siap-siap jalan itu sebagai solusi. Itu sekadar pandangan, mohon pandangan daripada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih satu pandangan yang baik walaupun dari segi praktikalnya amat sukar ya untuk kita laksanakan terutamanya kawasan yang dah padat, dengan nak cari jalan nak dapatkan ROW, right of way lagi tentulah agak sukar. Tetapi saya boleh faham dia menjadi isunya dalam proses sempadan itu mudah dilaksanakan kalau diluar sempadan kerjanya itu ini yang jadi satu isu. Sebab kita kalau kata pembangunan banyak situ kita pun tak tahu nak salahkan pembangunan yang mana. Kalau ada projek-projek perumahan yang berdekatan yang banyak kita tak tahu. Kalau kita luar kawasan sempadan kerjanya kita tak tahu siapa yang menyebabkan dan kalau public atau awam menggunakan pula jalan itu kita pun tak tahu yang mana satu menyebabkan kerosakan. Ini menjadi isu bukan sahaja melibat kawasan perumahan juga kawasan-kawasan yang kerja-kerja berat seperti di dekat kuari berdekatan patching plant. Ini tempat-tempat yang selalu menyebabkan kerosakan bukan dalam kawasan ini je, di luar lagi sebab dia akan menjadi jalan keluar. Ini antara kekangan yang kita hadapi dalam menguruskan. Walaubagaimanapun pelaksanaan saya telah ada Bukit Langong itu saya pernah melihat bagaimana bukan satu perkara yang mudah melibatkan perundangan dan sebagainya untuk bila jalan itu jalan yang diluar kawasan kerjanya. Ini kita akan teliti dan lihat bagaimana penambah baikan yang kita boleh laksanakan dan kadang kita juga memerlukan kerjasama pihak persekutuan seperti JPJ dan sebagainya untuk melaksanakan penguatkuasaan di luar kawasan ini. Kawasan-kawasan jalan awam ini lori mereka ini bukan mengikut had muatan yang dibenarkan. Kebiasaan lori ini akan membawa muatan jauh lebih daripada mereka yang disyarat dibenarkan. Jadi ini benar-benar memerlukan kerjasama di pihak-pihak persekutuan untuk dibantu terutamanya. Dan jalan ini saya dah bagitahu jalan ini dia melibatkan jalan Persekutuan, jalan JKR Negeri, jalan JKR Malaysia dan juga melibatkan PBT. Ini yang banyaklah dan yang lain pejabat daerah tu jalan kampung dan juga jalan pertanian. Dan ini kerjasama ini kita dah wujudkan diantara pihak JKR dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan jalan ini penyelenggaraan dapat dibuat. Untuk Federal pun kita cuma sebaik mungkin memaklumkan keperluan-keperluan untuk mereka melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tapi diperingkat negeri dengan PBT ini kita telah mula laksanakan dan sebenarnya dah mula banyak jalan-jalan Pihak Berkuasa Tempatan pun telah kita serahkan di bawah InfraSel dah mula dan bermula dengan Kuala Langat supaya penyelarasan itu dapat dibuat dengan baik penyelenggaraan, terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Gasing.
Terima kasih. Soalan tambahan saya adalah berkenaan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat EXCO tadi, sebelum CCC tu boleh lepas, dia kena baiki jalan sepenuhnya. Masalahnya daripada tarikh kerosakan sehingga tarikh CCC mungkin ambil masa 2, 3 tahun. Jadi kita perlu peraturan yang berbeza, kita tak boleh tunggu sampai CCC sehingga dia membaiki jalan secara menyeluruh. Jadi saya mohon komen Kerajaan Negeri adakah kita akan tukar peraturan supaya daripada tarikh kerosakan, dia dibagi masa mungkin 2 hari jika siap membaiki kerosakan tersebut, pulihkan jalan dan bukan kita tunggu sampai CCC.
2 minit sahaja…
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Memang betul itu yang saya sebutkan tadi ada 2 kaedah yang kita telah tetapkan sekarang. Cuma dari segi d ikalangan PBT tidak sama tindakan mereka. Ini yang kita akan cuba selaraskan iaitu tindakan pertama ialah apabila kerja-kerja sebelum siap sebelum CCC, itu perlu dibuat memenuhi segala syarat tetapi dalam masa projek itu berjalan, penyelenggaraan berkala itu perlu dibuat. Ini bukan sahaja melibatkan jalan tapi juga melibatkan longkang yang kadang-kadang masa pembinaan itulah menyebabkan banyak banjir dan sebagainya. Tanah lumpur masuk ke parit longkang dan itu penyelenggaraan itu perlu dibuat dan itu memang kita syaratkan sepanjang perjalanan projek. Cuma perbezaan dengan PBT ni tak sama dia punya kaedah yang mereka amalkan untuk memastikan penyelenggaraan jalan, longkang, parit juga berlaku sepanjang projek bukan menunggu sehingga hampir siap baru menyiapkan semua ini. Ini adalah antara perkara-perkara yang kita telah perbetulkan kita akan pastikan penyelesaian ini akan dibuat dengan baik.
Timbalan Tuan Speaker. Sikit je.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tak sempat dah jam dah 11.30.
Okay, okay.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-Undang Pembekalan 2025 semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-Undang Pembekalan 2025 semua peringkat.
Tuan Speaker, saya nak bawa Peraturan Mesyuarat 14A (1). Untuk makluman Tuan Speaker pada, hari Jumaat yang lalu 22 November.
Sekejap Ketua Pembangkang, sila bacakan.
14A(1)
Sila bacakan.
Ucapan Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang boleh pada waktu yang ditetapkan menurut Peraturan Tetap 13, berdiri di tempatnya dan memberi ucapan beliau kepada Dewan mengikut teks ucapan yang telah dihantar terlebih dahulu kepada Speaker tidak kurang daripada 2 hari sebelum persidangan mesyuarat yang hendak dikeluarkan perkara itu. Untuk makluman Tuan Speaker, pada hari Jumaat yang lalu 22 November, saya telah mengeluarkan satu notis kepada Tuan Speaker di bawah Peraturan Tetap 14A (1) dan juga Peraturan Tetap 13Q, Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor yang mana saya sebagai Ketua Pembangkang Ahli Dewan Negeri boleh membuat satu ucapan dalam sesi Mesyuarat Ketiga Bajet Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan yang ke-15 ini. Jadi sehingga hari ini saya belum mendapat jawapan daripada Tuan Speaker. Maka saya ingin mendapat Petua dan juga keputusan daripada tuan Speaker, apakah saya dibenarkan untuk berdiri di bawah Peraturan Tetap ini untuk memberikan ucapan dalam sidang kali ini terima kasih.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Saya sedia maklum tentang permohonan daripada Ketua Pembangkang. Sekarang ini pihak Speaker masih akan membuat keputusan tentang permintaan mengenai Peraturan Tetap tersebut. Nanti kita dapat petua terus daripada Tuan Speaker.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa Pembekalan di bawah Peraturan Tetap 66 (3) untuk menimbangkan Rang Undang-Undang ini fasal demi fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Pembekalan.
Jadual B1, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan. Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh Sembilan Juta Lapan Ratus Tujuh Ribu RM139,807.000.00
Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada B01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Khususnya butiran 5640, maaf 505000 iaitu kod objek sebagai 11000 Gaji dan juga Upahan. Muka surat ? Bukan ini disiapkan oleh Kerajaan Negeri? Muka surat 44. Saya membantu MMKN pada pagi ini Tuan Speaker.
Terima kasih Ketua Pembangkang.
Untuk merujuk kepada dokumen Anggaran Belanjawan Negeri Selangor 2025, muka surat 44. Tuan Pengerusi, sekiranya kita melihat perkara B01 Anggaran Perbelanjaan Mengurus pada tahun 2025 meningkat daripada RM120 juta kepada RM139 juta. Ini bermakna ada satu peningkatan yang signifikan Tuan Pengerusi, untuk Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dan antara pecahan yang agak signifikan di dalam perkara B01 ialah kod objek 10000 Emolumen yang meningkat daripada RM26 juta kepada RM27 juta. Maka pada pagi ini Tuan Pengerusi, saya ada beberapa perkara yang ingin saya lontarkan bagi mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri. Pertama, apakah peningkatan yang saya nyatakan tadi menggambarkan bahawa ada pertambahan perjawatan yang telah diluluskan oleh pihak JPA kepada Kerajaan Negeri dan ini akan menyebabkan ada implikasi kewangan bagi tahu 2025 dalam kod emolumen yang meningkat sebanyak hampir RM1 juta? Yang keduanya Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya berapakah jumlah anggota perkhidmatan awam negeri di bawah kawal selia Kerajaan Negeri Selangor dari segi penggajiannya kerana saya faham sebahagian daripada anggota perkhidmatan awam dan pegawai tertakluk kepada sistem pengajian di peringkat Persekutuan tetapi saya percaya hampir 20 ribu anggota perkhidmatan awam di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri ini di bawah kawal selia Kerajaan Negeri. Maka saya ingin melihat apakah implikasi kewangan dengan pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2024? Saya faham bagi tahun 2024 walaupun telah diumumkan pelarasan kenaikan gaji ini berkuat kuasa pada 1 Disember, Kerajaan Negeri ketika itu telah pun membentangkan belanjawan bagi tahun 2024 dan kita melihat ada permohonan untuk belanja tambahan yang boleh kita bincangkan mungkin pada petang ini ataupun esok tentang keperluan peruntukan tambahan ini. Tetapi persoalan yang ingin saya bangkitkan, apakah implikasi kewangan negeri dengan pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam ini bagi tahun yang berikutnya tahun 2025 kerana
saya tidak dapat melihat butiran-butiran di dalam perkara B01 ini yang menunjukkan bahawa pelarasan kenaikan skim gaji penjawat ini boleh dibayar bagi tahun 2025 sekiranya tidak ada satu peruntukan yang jelas di dalam perkara B01. Seterusnya persoalan yang ingin saya bangkitkan, kita ada Pihak Berkuasa Tempatan di dalam negeri Selangor. Sekiranya pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam ini berkuat kuasa pada 1 Disember, hampir kesemua PBT terlibat dengan pelarasan ini. Jadi bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan dapat menampung implikasi kewangan dengan pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam di peringkat PBT? Saya difahamkan ada di PBT terpaksa menanggung hampir RM8 juta kerana pelarasan kenaikan skim gaji ini. Jadi di mana peranan Kerajaan Negeri untuk membantu PBT-PBT ini khususnya PBT yang kita bincang semalam di mana kedudukan aliran tunai itu memerlukan dokongan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri pastinya mereka tidak menampung pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam yang berkuat kuasa pada 1 Disember tahun lalu.
Seterusnya saya juga ingin memohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri tentang pegawai-pegawai kontrak dan anggota perkhidmatan awam di dalam negeri Selangor yang telah berkhidmat sekian lama, lebih 10 tahun di mana sumbangan dan khidmat mereka itu amat penting dalam pembangunan negeri Selangor. Persoalan yang sering dibangkitkan, apakah peranan Kerajaan Negeri untuk melihat masa depan mereka kerana sekali lagi kita tidak dapat melibat sebarang ini inisiatif dan usaha untuk memastikan pegawai-pegawai dan anggota kontrak ini dapat diserapkan dalam perkhidmatan. Di mana mereka telah berkhidmat sekian lama dan sekiranya tidak ada sebarang usaha ke arah itu, sama ada dari segi perjawatan yang diwujudkan oleh pihak JPA belum diterima oleh Kerajaan Negeri, maka apakah tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk menjamin masa depan mereka dan memberikan manfaat yang adil kepada mereka setelah mereka berkhidmat sekian lama?
Tuan Pengerusi, saya juga ingin memohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri kerana saya lihat dalam perkara B01 ini tidak dinyatakan dengan jelas pembayaran luar jangka yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Saya tidak pasti sama ada perkara ini tertakluk di bawah perkara B01 ataupun B04, Perbendaharaan Negeri Selangor di muka surat 62. Sekiranya perkara ini tertakluk kepada Anggaran Perbelanjaan Mengurus Perbendaharaan Negeri Selangor, ianya juga tidak dapat tercatat dalam B04 kerana bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2025 bagi Perbendaharaan Negeri Selangor hanyalah RM75 juta. Sedangkan implikasi kewangan bagi pembayaran luar jangka yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi menanggung perbelanjaan serta penyelesaian kes-kes Mahkamah untuk tahun 2023 dan 2024 sudah mencecah hampir RM500 juta, tetapi seperti yang saya nyatakan dalam perbahasaan dalam peringkat dasar, berdasarkan permohonan belanja tambahan bagi tahun 2024, permohonan yang tertera di dalam nota ini berjumlah hanya RM190 juta. Yang kita akan bahaskan dalam
sidang ini. Persoalannya sekiranya yang dimohon RM190 juta, masih ada baki berjumlah hampir RM300 juta yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Walaupun ini perkara-perkara yang telah diputuskan bagi tahun 2023 dan juga 2024, tetapi berdasarkan permohonan belanja tambahan bagi tahun 2024 mencatatkan hanya RM190 juta. Maka saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah sumber pembiayaan bagi menampung implikasi kewangan khususnya untuk pembayaran luar jangka bagi tahun-tahun yang dinyatakan tadi kerana saya lihat di dalam perkara B01 dan juga B04 belum dinyatakan dengan jelas sumber pembiayaan berjumlah RM300 juta daripada perkara pembayaran luar jangka yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Itulah lah perkara-perkara yang ingin saya mohon penjelasan Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih dan saya berharap Dewan ini dapat diberikan penjelasan yang cukup terperinci tentang perkara-perkara yang melibatkan kewangan Kerajaan Negeri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Hulu Kelang. Yang Berhormat Hulu Kelang. Ada yang lain. Yang Berhormat Sijangkang. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi di atas ruang untuk memberikan, saya juga turut terlibat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa. Saya merujuk terus kepada B01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khususnya pada butiran 505000, muka surat 44, 28000 Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Yang Dibeli, kalau kita lihat di situ ada satu peruntukan one off pada tahun hadapan berjumlah RM4,428,000.00. Saya ingin penjelasan apakah aktiviti ataupun keperluan peruntukan pada dalam one off itu? Kemudian saya merujuk kepada jenis perbelanjaan di bawah Adat Istiadat Melayu dan Warisan, dan Warisan yang saya kira di bawah tanggungjawab Yang berhormat EXCO. Saya ingin mendapat maklum balas daripada Kerajaan Negeri yang kita sediakan maklum Muzium Selangor masih lagi dalam proses baik pulih dan masih belum lagi dibuka. Apakah alasan-alasan dan juga apakah tindakan di ambil Kerajaan Negeri agar kewangan yang kita belanjakan itu dia setimpal dengan ROI yang akan kita perolehi? Begitu juga dengan Muzium Setem, yang saya maklumkan juga masih dalam proses pembinaan dan juga masih mengambil masa yang lama. Apakah juga alasan yang kedua-dua ini projek baik pulih dan juga bina baru ia masih belum lagi dapat diselesaikan?
Kemudian dalam jenis perbelanjaan Hal Ehwal Agama Islam. Kalau kita lihat di situ dalam tahun hadapan Hal Ehwal Agama Islam diturunkan daripada RM100,000.00 kepada RM80,000.00. Kemudian industri halal juga diturunkan daripada RM100,000.00 kepada RM80,000.00. Pembangunan sains, teknologi dan inovasi ada peruntukan sejumlah RM60,000.00 di situ ya. Saya melihat bahawa, saya tak tahu kalau dapat ada
respons daripada Kerajaan Negeri prestasi penggunaan pada tahun ini, dalam peruntukan ini. Kerana saya melihat, bagi saya tidak wajar ianya diturunkan. Sebagai contoh mungkin di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor itu ada Jabatan Kehakiman Syariah, ada Jabatan Pendakwaan dan sebagainya sudah tentu memerlukan peruntukan yang sangat besar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti. Begitu juga dengan industri halal yang saya kira ini juga adalah satu perancangan oleh Kerajaan Negeri keterlibatan dalam projek industri halal ini adalah satu projek yang cukup besar dan sepatutnya juga tidak berlaku penurunan di situ. Berkaitan dengan mungkin alasan ketiga-tiga jenis perbelanjaan ini dikurangkan kepada RM80,000.00 kerana ada satu pembangunan sains dan teknologi dan inovasi yang peruntukan RM60,000.00 situ. Saya kira dengan keterlibatan Kerajaan Negeri, di peringkat negeri dan juga penyertaan kerajaan yang sama dan program-program STEM sebagai contoh yang bermula dekat sekolah yang Kerajaan Negeri juga terlibat, saya kira satu peruntukan yang signifikan harus ada di situ. Kerana kita mahu menggalakkan lebih ramai lagi anak-anak kita di dalam program STEM terutamanya di peringkat sekolah rendah mungkin yang juga saya kira RM60,000.00 itu hanya satu jumlah yang sangat kecil dan saya mencadangkan supaya ada satu jumlah yang signifikan. Mungkin keempat-empat perbelanjaan itu boleh dinaikkan kepada RM100,000.
Kemudian saya merujuk kepada 552000, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Di situ juga kita ada dasar baharu RM3.5 juta bagi tahun hadapan. Saya juga ingin penjelasan daripada Kerajaan Negeri apakah aktiviti-aktiviti yang diberikan untuk peruntukan yang agak besar di situ. Begitu juga berkaitan dengan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, sewaan one off pada tahun hadapan. RM7,202,000 yang diperuntukkan itu. Di situ juga saya mahu penjelasan daripada Kerajaan Negeri apakah sebenarnya aktiviti yang akan dengan peruntukan yang diadakan itu. Kemudian 56500, Unit MMKN, muka surat 50, 24000 – Sewaan yang melibatkan jumlah RM1,450,000. Saya nak juga penjelasan daripada Kerajaan Negeri. Cuma di sini saya juga nak bertanya dan juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri keperluan-keperluan bilik-bilik untuk kita mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas ini kerana kita hari ini pun saban penggal ada sahaja penambahan-penambahan Jawatankuasa Pilihan Khas dan mesyuarat ini kadang-kadang terpaksa menunggu kekosongan bilik. Dan itu mungkin menjadi juga kerintangan kita untuk membincangkan isu-isu yang mungkin boleh kita lihat dan saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan supaya apa juga yang akan kita bincangkan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas yang dicadangkan pada penggal tersebut itu dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Saya ingat itu beberapa perkara yang saya ingin sentuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang.
Kita mempersilakan penjelasan
Tuan Speaker.
Ada lagi? Silakan Yang Berhormat Kajang.
Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Kita Selangor. Butiran 526000, muka surat 150. Butiran ini merupakan butiran yang melibatkan hasil di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat. Di bawah butiran ini Kerajaan menjangkakan. Ini belum?
Kita baru B1.
Okay, saya tersalah faham. Minta maaf. Tarik balik.
Ada? Okay kita minta penjelasan dan jawapan daripada wakil Kerajaan atas isu-isu perkara yang dibawakan oleh pembahas tadi.
Speaker, nak jawab terus atau memberi peluang kepada kami bahas lagi?
Saya bagi Sungai Ramal.
Terima kasih Pengerusi. Saya akan menyebut dua, tiga perkara sahaja untuk
Tapi perkara yang sama ya. B1.
Ya, B01. Iaitu kod 55000, muka surat 45, bertanya mengenai perkara yang disebut oleh Sijangkang tadi iaitu pengurangan peruntukan tahunan kepada EXCO di bawah Portfolio EXCO Seri Setia. Bagaimana berlaku penurunan yang nyata daripada RM100,000.00 kepada RM80,000.00. Walaupun kelihatan ada penambahan RM60,000.00 dalam aspek IT dan juga aspek yang dinaungi oleh EXCO Seri Setia, tapi saya ingin bertanya sama ada Kerajaan memang mengambil sikap sekiranya ada keperluan di dalam EXCO itu, Portfolio EXCO itu maka keperluan jumlah bajet di EXCO itu akan diturunkan daripada RM100,000.00 ke RM80,000.00. Ada tiga item yang diturunkan sebanyak RM20,000 tiap-tiap satu. Sedangkan mengikut pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang
Portfolio Seri Setia ini ialah mengenai industri halal yang akan disemarakkan sehingga mahu menjadikan bahawa Selangor menjadi Hab Halal yang signifikan bagi negara kita. Jadi sekiranya masih memberi kesan kepada pengurangan peruntukan kepada portfolio ini, bagaimana mungkin Selangor boleh mencapai cita-cita dia untuk menyemarakkan industri halal bagi negeri ini?
Satu lagi B01, 562000 Tuan Pengerusi. Muka surat 49 iaitu mengenai Audit Dalaman. Saya melihat jumlah yang diperuntukkan bagi tahun 2024 dan 2025 adalah sama. Ini menunjukkan bahawa apa yang akan dibuat oleh Bahagian Unit Dalaman ini adalah sama. Sedangkan saya berpendapat bahawa Kerajaan bertindak lebih aktif untuk memperluaskan aktiviti audit ini kepada lain-lain item, lain-lain produk khususnya produk kebajikan negeri supaya dia menjadi begitu berkesan kepada rakyat. Saya mengambil contoh apabila Jawatankuasa Audit telah memberikan maklum balas mengenai Modal Insan, maka terbuka mata kita betapa perlunya Kerajaan melihat dan menilai semula produk Kerajaan Negeri khususnya yang diwar-warkan sebagai bagus dan baik itu supaya dia tidak hanya berada di sekitar angan-angan ataupun manis mulut sahaja. Tapi dia punya implikasinya, kesan baiknya tak sampai ke bawah. Justeru pada pendapat saya, Negeri patutnya tidak mengekalkan jumlah ini kepada Audit Dalaman sebab Jawatankuasa ini penting untuk memastikan plot Selangor ini akan sampai ke bawah. Terima kasih Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Saya persilakan wakil daripada Kerajaan untuk memberi penjelasan.
Terima kasih Tuan Speaker. Bagi persoalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Sijangkang. Yang Berhormat Sijangkang di mana dalam kod adat istiadat ini adalah pengurusan Yang Berhormat. Belum masuk lagi pembangunan. Nanti pembangunan saya akan jawablah ya. Itu pengurusan RM100,000.00.
Saya faham EXCO. Tapi saya ingat dia tidak, bukan melibatkan soal peruntukan pembangunan. Tidak. Tapi saya kira ini melibatkan pengurusan kerana dia sudah tertangguh begitu lama. Dan saya dimaklumkan bukan satu syarikat, dah kepada saya agak syarikat ketiga kalau tidak silap saya. Makna, ada sesuatu yang harus diambil oleh tindakan oleh Kerajaan Negeri ya.
Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang sebenarnya Muzium Negeri ini dalam proses yang terakhir dan dijangka buka pada hujung bulan 12. Saya memantau setiap minggu dan akhirnya akan dibuka kepada orang awam iaitu pada cuti sekolah penggal yang akan datang ini,
untuk Muzium Negeri akan dibuka. Dan juga pembukaan semula itu secara rasmi akan kita maklumkan kemudian. Ini disebabkan kekangan yang lepas iaitu pembangunan ada penambahan dan juga disebabkan pandemik. Jadi ada beberapa teknikal dan akhirnya kita telah berjaya juga melantik semula syarikat untuk meneruskan pembangunan dan sebagainya. Dan juga termasuk juga Muzium Setem yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sijangkang. Dan ini juga permasalahannya apabila berlakunya pandemik dan akhirnya kita serah semula balik kepada JKR untuk dinilai semula dan pelantikan semula bagi penyambungan kerja-kerja ini akan dilaksanakan terus. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya Yang Berhormat
Saya bukan bakal Menteri Besar ya. Cuma nak jawab untuk bagi pihak Yang Amat Berhormat yang terpaksa hadir Program Multaqa dengan Duli Yang Mulia Tuanku pada pagi ini. Jadi saya cuba jawablah yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Yang pertama berhubung dengan isu yang kenaikan gaji tadi itu ya, di bawah gaji tadi. Sebenarnya itu adalah gaji tahunan 3% yang dinaikkan kepada kakitangan. Yang berkait dengan gaji 8% penyelarasan untuk tahun ini, dia terletak di bawah B29. B29 ni boleh rujuk pada B29. Itu yang membabitkan 26 jabatan untuk kenaikan 8% pada tahun depan bermula pada Disember dan juga 7% lagi pada tahun 2026. Itu, 8% itu kenaikan terletak di bawah B29. Yang 11000, kod itu 11000 itu) ialah kenaikan tahunan 3% untuk yang melibatkan 491 orang kakitangan awam yang akan di kenaikan gaji tahunan. Untuk makluman juga Yang Berhormat, yang dibangkitkan berhubung dengan RM4 juta tadi. Itu adalah kalau di bawah ini belanja mengurus. Itu adalah penyewaan kuarters atau membaik pulih menaik taraf kuarters bangunan kerajaan berjumlah RM4 juta.
Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang tadi berhubung dengan luar jangka. Nanti kejap ya. Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang tadi RM100,000.00 ini mengurus Stanco, Jawatankuasa Tetap yang biasanya setiap EXCO ni ada lebih kurang tiga Stanco nya. Jadi melibatkan RM300,000 kepada setiap EXCO. Jadi ini yang pengurangan ini adalah cadangan kepada EXCO halal tadi antaranya halal, agama dan sebagainya pengurangan. Jadi pada tahun ini merupakan dasar barulah. Jadi kita akan tengoklah kalau dia ada logik di belakang ke pengurangan RM20,000 itu dan sebagainya itu mungkin perbelanjaan tidak besar yang diperlukan. Itu pandangan. Tapi kalau saya rasa tak banyak pengurangan itu pun. Itu boleh membantu dari segi mengurus Jawatankuasa Tetap masing-masing.
Pengerusi.
Untuk perbelanjaan luar jangka ni.
EXCO.
Kejap, kejap. Bagi saya habiskan ni dulu. Ini banyak ni. Saya bukan Menteri Besar ya. Saya cuma membantu ya. Untuk yang MMKN tadi yang bangkitkan oleh Yang Berhormat tadi ini adalah berkaitan dengan sewaan kereta. Sebab sekarang ni kita masih menyewa kereta RM17,000 dan kita akan sambung ke hingga bulan Mac. Setakat ini masih bulan Mac untuk terus menyewa kerana kita belum membuat keputusan nak membeli kereta baru. Jadi masih menyewa lagi. Jadi itulah peruntukan yang terletak di bawah mengurus RM1.45 juta itu termasuk kereta Speaker dan sebagainya ya. Untuk di luar jangka tadi, ini adalah RM150 juta disediakan untuk kes luar jangka. Ini adalah kes-kes yang melibatkan mahkamah. Ini yang telah kita sediakan kita provide for RM150 juta bagi kes mahkamah dan akan digunakan peruntukan di bawah rizab nanti kita sediakan untuk rizab di bawah rizab Selangor ya. Saya tak ingat ni mana yang.
Yang Berhormat.
Pembayaran luar jangka juga melibatkan peruntukan di bawah Vot B29 juga dan yang tersebut tadi RM150 juta keseluruhan itu bagi kes-kes penyediaan kita bagi menghadapi apa nama ni kes-kes mahkamah, tuntutan mahkamah. Saya rasa itu saja yang
Tuan Pengerusi, boleh saya membantu EXCO? Jumlah
Saya menolong jawab.
Saya faham setakat hari ini Yang Berhormat belum lagi menjadi Menteri Besar. Jadi saya nak membantu sedikit lah. Jumlah Yang Berhormat sebut, RM150 juta tadi, bukanlah jumlah besar bagi pembayaran luar jangka yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Kerana mengikut jawapan yang diberikan oleh Dato’ Menteri Besar jumlah bagi tahun 2023 dan 2024 adalah hampir RM500 juta. Perinciannya bagi tahun 2023, berjumlah RM194.4 juta dan bagi tahun 2024, RM300 juta. Jadi hampir RM500 juta. Persoalan yang saya lontarkan sebentar tadi ialah berdasarkan belanja tambahan yang dipohon oleh Kerajaan Negeri adalah RM150 juta termasuk RM40 juta untuk Kumpulan Wang Pembangunan. Jadi jumlah tambahan RM190 juta. Persoalan saya apabila implikasi kewangannya berjumlah RM500 juta, yang dipohon hanya RM150 juta, maka ada lagi baki sebanyak RM350 juta. Kalau saya tidak masukkan dengan RM40 juta untuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Jadi persoalan saya, oleh sebab tidak ada perincian di dalam B01, apakah sumber pembiayaan bagi menampung RM300 juta untuk menyelesaikan kes-kes mahkamah ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham. Ini sumber sebagaimana yang diterangkan oleh Yang Amat Berhormat sebelum ini, Menteri Besar, bahawa peruntukan kita sediakan adalah peruntukan yang kita buat anggaran ataupun ramalan yang kita akan terima pada tahun depan. Itu dimasukkan dalam bajet untuk terimaan tahun depan. Yang kedua, ialah, kita akan tidak mencukupi, bakinya kita akan ambil daripada reserve, yang kita telah sebut, saya sebutkan awal tadi. Itu sumber kita dan kebiasaan, untuk tahun ini, biasanya ada lebih wangnya. Kadang-kadang kita terima hujung tahun. Itu akaun yang disatukan, boleh digunakan untuk digunakan sebagai sokongan kepada keperluan defisit jika berlaku defisit untuk tahun depan. Jadi tiga sumber itulah, daripada akaun yang disatukan, daripada, anggaran penerimaan tahun depan dan juga daripada reserve, kita sendiri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi.
Kita teruskan. Ya, silakan Hulu Kelang, yang terakhir. Teruskan, yang terakhir.
Yang Berhormat EXCO, saya hanya nak membantu sekali lagilah. Jumlah implikasi kewangan ini memang telah ditetapkan dan telah diputuskan oleh mahkamah. Maknanya, Kerajaan Negeri sedia maklum inilah jumlah kos yang perlu dibayar bagi tahun 2023 dan 2024. Jadi bukan lagi satu jangkaan ataupun andaian kerana quantum ataupun jumlah itu telah pun ditetapkan. Satu perkara yang berkaitan dengan pembayaran luar jangka ini, Yang Berhormat kalau boleh bantu saya, kalau tidak boleh buat secara bertulis sehingga Menteri Besar kembali semula ke Dewan ini. Saya telah bertanya Dato’ Menteri Besar tentang berapakah jumlah pembayaran luar jangka, yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2023 dan 2024. Maka di senaraikanlah jumlah dan implikasi kewangan tersebut. Cuma ada satu perkara yang saya mohon Yang Berhormat Pandan Indah kena perbetulkan, kerana dalam salah satu butiran yang diberikan kepada saya secara bertulis ialah tentang pembayaran kepada Puncak Niaga, berjumlah RM45 juta. Tetapi di dalam butiran ini Yang Berhormat Pandan Indah, disebut bayaran penyelesaian luar mahkamah ke atas kes Mahkamah Tinggi Malaysia di Shah Alam. No. Guaman BA 21NCVC7210/2017, antara Puncak Niaga Holdings Berhad selaku plaintif dan Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan selaku defendan-defendan dan Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam dan seterusnya.
Soalan ini saya bertanya pada bulan November 2024. Maka jawapan yang saya terima, saya andaikan ini jawapan yang terkini. Tetapi jawapan ini adalah tidak betul, Yang Berhormat kerana saya nak merujuk kepada keputusan mahkamah. Di mana pada Februari 2021, saya dengan izin, Tuan Pengerusi, “Court reinstate RM15 billion sued, by
Puncak Niaga against Selangor Government and Ex-Menteri Besar, Khalid Ibrahim. However, court upholds earlier decision to cancel the claim against Khalid successor Azmin Ali”. Tahun 2021, Mahkamah Rayuan telah pun mengetepikan saman terhadap saya oleh Puncak Niaga. Jadi mengapa Kerajaan Negeri masih lagi memberikan gambaran seolah-olah kes ini adalah di antara Puncak Niaga dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dan saya sebagai defendan. Kalau Yang Berhormat Pandan Indah lihat di sini, Mahkamah Rayuan memerintahkan kes saman berjumlah RM13.5 bilion, yang difailkan oleh Puncak Niaga Holdings terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor berhubung penstrukturan semula industri air negeri dibicarakan. Bagaimanapun, Hanifah yang bersidang bersama-sama Dato’ Wazir Alam Maidin Mira dan Dato’ S.Nanthabalan, menolak rayuan Puncak Niaga berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman terhadap Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam prosiding yang berlangsung hari ini. Jadi mahkamah telah membuat keputusan seawal 2021, tetapi jawapan oleh Dato’ Menteri Besar kepada saya dalam bulan November 2024 masih lagi mengaitkan nama saya. Jadi saya pohon Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pandan Indah yang mewakili bidang kuasa Dato’ Menteri Besar pada pagi ini dapat memperbetulkan ini supaya rekod dalam Dewan ini adalah rekod yang bersih dan tepat.
Yang Berhormat EXCO, saya nak bantu, kerana ini adalah isu undang-undang. Boleh jawab.
Biar saya jawab. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang, Ketua Pembangkang, kerana telah menyebut perkara ini dan kita akan ambil perhatian kepada ini. Kita akan sampaikan secara proper. Cuma saya nak sebut dari segi peruntukan atau provision yang kita sediakan untuk kes-kes tuntutan mahkamah ini, sebenarnya kita memang menyediakan berdasarkan pada andaian kita, keperluan itu. Sebab kes mahkamah berjalan dan rundingan masih berlaku. Mungkin dalam kes yang spesifik, mungkin Yang Berhormat sebut tadi, mungkin akan diberi penerangan yang lebih lanjut. Tapi pengalaman saya dalam satu kes yang saya terlibat sendiri iaitu JW Land yang telah sekian lama. Walaupun diputus oleh mahkamah sebanyak, kalau tak silap saya, sebanyak RM52 juta tuntutan itu. Tetapi selepas kita melalui beberapa lagi proses mahkamah yang seterusnya, kita berjaya menang kes ini, yang dah turun kepada RM1 juta lebih sahaja. Jadi ini menunjukkan ada masih proses masih terbuka, untuk kita rundingkan berapa kes-kes mahkamah itu. Sebab itu kita menyediakan peruntukan ini berdasarkan kepada andaian kita. Tapi kes itu masih berjalan dan mungkin tidak semua perlu diselesaikan pada tahun 2025. Sebab itu penyediaan itu perlu, tetapi tidak semestinya kes itu akan dibuat pembayarannya ataupun kalau diselesaikan pada 2025. Kita hanya menyediakan di luar jangkaan itu. Jadi ini apa yang berlaku, specifically case tadi itu saya perlukan, dapatkan penjelasan yang kita akan
berikan yang lebih lanjut berhubung yang disebutkan tadi. Tapi pada umumnya memang kita sediakan.
Yang Berhormat. Pegawai kontrak.
Kota Kemuning.
Tuan Pengerusi, ada satu, perbahasan saya mengenai jumlah pegawai kontrak di dalam negeri. Jadi apakah masa depan mereka. Saya mohon bantuan Pandan Indah.
Saya mohon tanya, kalau EXCO ada jawapan, kalau tidak, apa kata kalau semua itu jawab secara bertulis lah kerana soalan itu spesifik. Kota kemuning ada soalan. Tak ada, ada?
Just untuk klarifikasi Hulu kelang, kenapa nama Hulu Kelang masih ada di.. di.. Soalan tadi, Hulu Kelang, saya just nak clarified in term of proses mahkamah.
Soalan Kemuning kepada Pandan Indah ke, kepada Hulu Kelang?
Tak ada, tak ada, saya nak jelaskan sahaja. Kalau Hulu Kelang nak tau, kenapa nama Hulu Kelang masih sued di Mahkamah Tinggi, kalau Hulu kelang, perlu klarifikasi, saya boleh bagi. Kalau tak ada, tak apa. Jumpa kat belakang nanti.
Ya, Yang Berhormat Sijangkang , ada soalan yang belum jawab atau pun dijawab secara bertulis.
Ada soalan tak dijawab. Saya mengandaikan bahawa EXCO PBT ada jawapan sebab kita dpat buku ini, dah agak awal lagi. RM7 juta, kalaulah ada maklumat daripada EXCO untuk maklumkan kepada Dewan ini. Terima kasih.
Ya, kalau ada, kalau boleh dijawab secara bertulis. Boleh dijawab dengan lebih terperinci, dengan ada jawapan bertulis. Jadi Yang Berhormat sekalian, Jadual B.1 – iaitu wang sejumlah RM139,807,000.00 (Satu Ratus Tiga Puluh Sembilan Juta Lapan Ratus Tujuh Ribu) untuk kepala B.1 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Jadual B.2 – Pelbagai Perkhidmatan, RM66,100,000.00(Enam Puluh Enam Juta Satu Ratus Ribu).
Ya Hulu kelang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada perkara B02, Butiran 505000, Kod Objek 42000, iaitu Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan juga Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS). Tuan Pengerusi, kalau kita lihat perkara B02, anggaran perbelanjaan mengurus yang dicadangkan bagi Perbendaharaan Negeri Selangor, berjumlah RM66.1 juta. Ada penambahan daripada tahun 2024 yang diperuntukkan hanya RM62.9 juta dan hari ini dicadangkan peningkatan kepada RM66.1 juta. Namun persoalan saya ialah, mengapa perbelanjaan mengurus bagi LPHS ini, kekal sama dengan peruntukan tahun 2024, iaitu RM3 juta sahaja. Sedangkan, Yang Berhormat Tanjung Sepat sering kali tampil dalam Dewan ini memberi maklumat bahawa cabaran yang terpaksa ditanggung oleh LPHS itu amat besar. Untuk memastikan pengurusan, pembangunan rumah-rumah mampu milik dan rumah-rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat negeri Selangor dapat terus dirancakkan dan sudah tentulah kita memerlukan satu pasukan yang kuat di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dengan perjawatan yang mencukupi. Supaya mereka juga dapat membantu merancang pembangunan rumah-rumah mampu milik di dalam negeri Selangor ini dan juga mengambil pendekatan-pendekatan yang lebih inovatif tentang bagaimana kita dapat menyediakan pilihan atau opsyen bagi mereka yang memerlukan perumahan yang livable, yang berkualiti, dan pada masa yang sama, mampu dimiliki atau sekurang-kurangnya seperti yang kita telah perkenalkan sebelum ini, Skim Smart Sewa untuk mereka yang memerlukan tempat penginapan yang selesa di kawasan bandar, di sekitar negeri Selangor. Tetapi kalau kita melihat belanja mengurus yang diperuntukkan kepada LPHS ini, masih kekal RM3 juta. Saya kira, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, selayaknya mendapat satu jumlah yang lebih munasabah, supaya mereka dapat menyediakan satu perancangan yang lebih comprehensive dan juga berkualiti untuk membantu Kerajaan Negeri meneruskan pembangunan perumahan untuk rakyat di dalam negeri Selangor ini.
Saya juga melihat dengan perasaan yang cukup sedih, apabila Majlis Sukan Negeri Selangor, mendapat peningkatan hanya RM100,000.00 sahaja. Daripada RM6.4 juta kepada RM6.5 juta untuk perbelanjaan mengurus. Sedangkan kita sering kali berbahas
dalam Dewan ini, bagaimana peranan anak muda dan belia itu penting untuk masa depan negeri Selangor. Kita tidak melihat sukan ini, hanya dalam sektor riadah sahaja. Tetapi pastinya sukan juga memberikan kesan limpahan kepada pertumbuhan dan penjanaan ekonomi di dalam negeri Selangor ini, kerana potensi, kemahiran anak-anak muda dan belia di negeri Selangor ini, harus digilap dan didukung, dipimpin, dibimbing oleh Yang Berhormat Tanjung Sepat, Yang Berhormat Kota Anggerik dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang muda-muda ini, supaya masa depan mereka ini lebih terjamin. Tetapi kalau Majlis Sukan Negeri Selangor, diperuntukkan perbelanjaan mengurus hanya peningkatan RM100,000.00, saya bimbang kita tidak dapat memberikan manfaat yang sewajarnya kepada masa depan mereka. Kita juga sedia maklum belanja pembangunan untuk sektor sukan juga asalnya RM8 juta telah dikurangkan RM6 juta. Dan hari ini kita menyaksikan belanja mengurus juga tidak diperuntukkan dengan jumlah yang sewajarnya untuk menjamin masa depan anak-anak muda dan belia dalam sektor sukan di Negeri Selangor. Jadi saya pohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri tentang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan juga Majlis Sukan Negeri Selangor supaya kedua-dua agensi ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya dan kalau boleh pindahlah cadangan ini supaya dapat diberikan sejumlah yang lebih adil kepada mereka. Saya pohon penjelasan, terima kasih Tuan Pengerusi.
Dengkil.
Dengkil. Saya beri 5 minit setiap orang.
Okay. Saya mempunyai dua pertanyaan, penjelasan iaitu di muka surat 54, iaitu di bawah Lembaga Urus Air Selangor. Di mana peruntukkan 2024 sebanyak RM6 Juta dan pada tahun 2025 sebanyak RM7 juta. Saya ingin mendapatkan perincian peningkatan sebanyak RM1 juta itu untuk tujuan apa penambahannya sebayak RM1 Juta. Yang kedua on Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB) ada peningkatan sebanyak RM100,000.00. Bagi saya memandangkan pada tahun 2025, Selangor akan menjadi Tahun Melawat Selangor, jadi dengan penambahan RM100,000.00 itu apakah yang boleh dibuat melalui Tourism Selangor Sdn. Bhd. ini. Jadi saya yakin pihak Yang Berhormat EXCO boleh memberikan penjelasan. Itu sahaja daripada saya.
TUAN PENGERUSI
: Ada lagi? Kalau tidak ada lagi saya mohon Ahli Majlis-Majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berkaitan untuk memberikan jawapan, sekiranya ada.
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM
: Saya berikan jawapan untuk semua. Insya-Allah saya cuba. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang dan juga
daripada Dengkil. Ini top form ini daripada Ketua Pembangkang kita. Terima kasih banyak-banyak bagi pandangan yang baik dan hebat. Saya terima pandangan-pandangan yang baik ini dan keprihatinan Yang Berhormat di atas peruntukan mengurus daripada agensi dan jabatan yang diperlukan. Untuk yang berkait dengan LPHS ini, kita tidak mempunyai penambahan kita rasa keperluannya mencukupi untuk sumber dalamannya dalam mengurus. Kita dah tengok keperluan dalamannya dan mereka mempunyai sumber dalam mereka sendiri untuk mengurus kita bagi tambahan RM3 juta ini sahaja, mencukupi. Dan juga berkait dengan MSN ini sebagaimana yang saya sebut tadi ini belanja mengurus dan untuk kenaikan ini sebenarnya memadai untuk mereka. Cuma dalam yang pembangunan itu yang kita sebutkan tadi kita akan bincang dalam pembangunan nanti, memang kita ada memikirkan kaedah lain bagaimana kita hendak membantu. Sebab kita akan menghadapi SUKMA, kita ada peruntukan lain tambahan yang kita akan ambil sama ada melalui GLC dan sebagainya yang akan membantu bagi pembangunan sukan ini ya. Dan LUAS ini, sebagaimana juga sedia maklum bahawa Lembaga Urus Air Selangor ini juga mereka mempunyai hasil mereka sendiri dan penambahan ini lebih kepada membantu mereka sebab LUAS ini dalam proses pembesaran ataupun pengembangan kerana tugas dan tanggungjawab yang makin berat. Iaitu pelaksanaan contoh ZDPPP ini memerlukan lagi lebih ramai tenaga, manusia atau sumber manusia yang perlu di tingkatkan dan juga sistem dari segi penggunaan sistem komputer dan sebagainya yang diperlukan untuk membantu mereka. Itu kita bagi peningkatan itu sebab pembesaran oleh LUAS ini. Itu kita tambahkan naik mengurus mereka itu kepada RM1 juta lagi dan mereka juga berkemampuan juga mempunyai sumber-sumber yang hasil tambahan mulai tahun, sekarang tahun ini pun ada mula, jadi itukan banyak membantu dari segi lebih kepada belanja pembangunan mereka nanti ya. Dan Tourism ini saya faham, macam mana saya sebut tadilah ini belanja mengurus walaupun tahun melawat, banyak peruntukan itu terletak di bawah pembangunan nanti. Ini lebih kepada mengurus. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, minta tambahan sikit.
Jadual B2 iaitu wang sejumlah RM66,100,000.00 untuk kepala B2 Pelbagai Perkhidmatan Menjadi Sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.
Dipersetujui.
Jadual B3 Dewan Negeri Selangor Ringgit Malaysia Tiga Puluh Tiga Juta Empat Ratus Satu Ribu.
Jadual B3 iaitu wang sejumlah RM33,401,000.00 untuk Kepala B3 Dewan Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya,
Yang Berhormat..
TUAN PENGERUSI
: Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak, Dipersetujui. Ya.
Mohon tadi untuk berbahas.
Dah lepas dah Yang Berhormat. Dah B4.
Saya bangun, saya berdiri.
Saya tidak nampak Yang Berhormat bangun, jadi Setiausaha Dewan teruskan.
Hai susahlah..
Jadual B4 Perbendaharaan Negeri...
Saya berdiri terus lah macam ini.
Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Dua Juta Satu Ratus Enam Puluh Tujuh Ribu Tujuh Ratus.
Tuan Pengerusi...
B4.
B04. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang nampak kelibat saya bangun untuk berbahas dalam perkara B04 ini iaitu Perbendaharaan. Seperti yang saya nyatakan tadi Tuan Pengerusi bahawa beberapa butiran yang perlu diperjelaskan dalam Dewan ini mungkin berada di dalam perkara B04 tapi sekali lagi seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO tadi, perkara-perkara yang terkait dengan perbelanjaan luar jangka mungkin dapat di cerakinkan dalam
Perkara B29. Namun pada perkara B04 ini saya merujuk kepada butiran tentang anggaran perbelanjaan mengurus yang mencatatkan jumlah RM72 juta. Pada pandangan saya, Perbendaharaan Negeri Selangor memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan pengurusan...
Butiran mana satu, Kod Objek apa...
Butiran 50500, Gaji dan Upahan.
Kod Objek, Kod Objek.
11000. .
11000 Gaji dan Upahan. Ya...
Saya ulang lagi, saya ulang. Perkara B04, Butiran 50500...
Tak perlu ulang, Kod Objek 11000. Sila teruskan butiran tersebut.
Kod Objek 11000, Gaji dan Upahan. Di mana berlaku kenaikan daripada RM5.695 juta kepada RM6.043 juta. Kenaikan yang dicatat ini mungkin satu keperluan untuk memenuhi beberapa perkara yang sedang dirancang oleh Kerajaan Negeri. Namun seperti yang saya nyatakan tadi dengan jumlah upah dan gaji yang telah dicadangkan ini, saya berharap Perbendaharaan Negeri Selangor dapat memainkan peranan yang lebih efektif untuk membantu juga beberapa jabatan dan agensi yang lain dari segi pengagihan peruntukan belanja mengurus dan juga belanja pembangunan yang akan kita bincangkan kemudian. Saya juga melihat keperluan di dalam Butiran 53600 iaitu Pengurusan Hasil. Saya percaya Perbendaharaan Negeri telah mempunyai Perancangan yang cukup rapi untuk meneliti perbahasan kita di peringkat dasar tentang pengurusan hasil di dalam Kerajaan Negeri ini supaya ianya dapat ditingkatkan dengan pendekatan dengan lebih inovasi dan juga lebih efektif supaya jabatan-jabatan dan agensi yang lain juga dapat manfaat termasuk PBT-PBT di dalam Negeri Selangor. Jadi Tuan Pengerusi itu cadangan awal saya kepada Perbendaharaan Negeri dan saya pohon pencerahan daripada MMKN. Kalau jawapan seperti di awal tadi elok diberikan secara bertulis sahaja, terima kasih Pandan Indah.
Selesai ya, jadi...
Kejap penyelesainya, jawapan. Yang mudahnya tadi yang ditimbulkan 11000 Gaji dan Upah saya dah sebut tadi, ini sebenarnya ialah kenaikan gaji tahunan 3% untuk kakitangan di bawah Perbendaharaan. Itu sahaja. Yang kenaikan yang 8% itu tidak duduk di sini ya. Ini untuk 3% itu sahaja. Terima kasih.
Jadual...
Yang lain pandangan Yang Berhormat, kita ambil maklum ya.
Jadual B4 iaitu wang sejumlah RM72,167,700.00 untuk Kepala B4 Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.
Dipersetujui.
Jadual B6, Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri. Ringgit Malaysia Satu Bilion Tiga Ratus Juta.
Jadual. Ya, teruskan
Ini B06.
TUAN PENGERUSI
: B06.
Ya. Saya merujuk kepada Butiran 509000 iaitu Kod Objek sebagai 40000, Pemberian dan juga Kenaan Bayaran Tetap yang juga menyaksikan peningkatan sebanyak lebih kurang RM100,000.00 daripada RM1.173 juta kepada RM1.273 juta. Saya ingin bertanya, apakah kandungan ataupun elemen dalam kenaikan bagi pemberian dan Kenaan Bayaran tetap ini yang dicadangkan bagi tahun 2025 untuk Caruman Kumpulan Wang Pembangunan Hutan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Maklum balas daripada pihak Kerajaan, Tak ada? Satu Bilion Tiga Ratus Juta Ringgit, Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri. Ada?, Kalau ada...
Tuan Pengerusi saya betulkan, RM100 juta kenaikan.
Ha, ya RM100 juta.
Ini satu kenaikan yang besar. Jadi saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri. Tuan Pengerusi saya lihat hari ini seolah-olah MMKN ini tidak bersedia untuk menggulung peringkat jawatankuasa. Ini satu perkara yang tidak sihat Tuan Pengerusi.
TUAN PENGERUSI
: Terima kasih, apa Yang Berhormat Pandan Indah.
Isunya ya, kita faham memang sepatutnya Yang Amat Berhormat akan ada sini. Tetapi program dengan Tuanku tu kena masa yang sama jadi menyebabkan kita yang ada ini akan menjawab. Cuma bagi kita masa sikit, beri masa sikit untuk kita jawab. Terima kasih.
Okay, Jadual B6 iaitu Wang Sejumlah Satu Bilion Tiga Ratus Juta...
Yang Berhormat tadi sebut RM100 juta kan, jadi kita dapat jawapan ya. Yang naik RM100 juta ini ialah untuk menampung kenaikan peruntukan pembangunan. RM100 juta iaitu 1.3 bilion itu RM100 juta itu diperlukan tambahan. Untuk jadikan dia sebagai kenaikan peruntukan pembangunan itu 1.3 kita perlukan RM100 juta itu untuk dimasukkan di dalam peruntukan pembangunan.
Jadual B6 iaitu wang sejumlah Satu Bilion Tiga Ratus Juta untuk Kepala B6, Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B7, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor, Ringgit Malaysia Satu Juta Lapan Ratus Dua Puluh Empat Ribu Dua Ratus.
Ya, Hulu Kelang.
Alhamdulillah Dato’ Menteri Besar telah pun masuk saya harap jawapannya lebih cantik, padat, padu kerana saya lihat MMKN Yang Amat Berhormat, terlalu bergantung pada Yang Amat Berhormat untuk memberikan jawapan. Saya merujuk kepada Butiran 509000 Kod Objek 42000, maaf SPA ya, SPN. Butiran 505000, Kod Objek 11000 Gaji dan Upahan. Jumlah yang dicadangkan pada tahun 2025 adalah RM557,589.00.
Persoalan saya Tuan Pengerusi ringkas, saya ingin melihat apakah kerjasama yang wujud di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dengan pihak JPA, Jabatan Perkhidmatan Awam? Kerana saya yakin Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ini dapat membantu JPA khususnya dalam menentukan pengisian perjawatan-perjawatan penting untuk membantu MMKN dan juga Kerajaan Negeri dalam perancangan pembangunan di masa yang akan datang.
Sering kali berlaku, jawatan-jawatan ini berlaku kekosongan untuk satu tempoh yang agak panjang dan ini akan mengganggu perancangan Kerajaan Negeri untuk merancang dan menentukan hala tuju seterusnya. Sebagai contoh, saya difahamkan dalam tempoh sekitar dua bulan, kemungkinan besar Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan menamatkan perkhidmatannya. Walaupun saya mengenali beliau dan saya percaya beliau telah memberikan perkhidmatan yang cukup cemerlang kepada negeri Selangor selama berpuluh tahun dan perkhidmatan beliau masih diperlukan sekiranya dibenarkan oleh pihak JPA ataupun Kerajaan Negeri. Tetapi apakah sudah ada perbincangan di antara Kerajaan Negeri dengan pihak Persekutuan, supaya bila berlaku peralihan ini, ianya berlaku dalam keadaan yang cukup cepat dan pantas supaya tidak terganggu perancangan Kerajaan Negeri dan saya percaya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mungkin boleh mendapat pandangan dan maklum balas daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dan kemudian diangkat kepada JPA sebelum diteruskan proses rundingan dengan pelbagai pihak yang lain untuk menetapkan pengganti Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada awal tahun hadapan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Silakan Sungai Tua.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Untuk pertambahan yang berlaku pada butiran sebelas ribu ataupun 11000 itu ialah berkenaan dengan gaji tahunan yang meningkat lebih kurang 3 peratus dan atas soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat, semenjak daripada Ogos sebenarnya kita sudah mula berutusan dengan pihak KPPA dan juga dengan pihak KSN untuk menetapkan siapakah pengganti-pengganti yang sesuai. Malahan senarai semak itu juga telah senarai pendek itu juga telah kita ajukan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan kita sedang
menunggu tarikh yang sesuai. Berkenaan dengan Dato’ Setia Setiausaha Kerajaan Negeri kita, kita telah melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau sebanyak dua kali, bukan sekali, dah dua kali dah kita panjangkan dan saya rasa untuk penggantian kepada barisan kepimpinan yang lebih muda, saya rasa lebih sesuai juga untuk kita membenarkan beliau bersara setelah dua kali dia kemas barang, lepas itu dia buka balik, sebab jadi Setiausaha Kerajaan Negeri semula. Jadi terima kasih, nampaknya pun pembangkang masih bergantung pada Yang Berhormat Setiausaha kita, terima kasih.
Jadual B7 iaitu wang sejumlah Satu Juta Lapan Ratus Dua Puluh Empat Ribu Dua Ratus kepala untuk kepala B7, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Jadual B8, Jabatan Pertanian. Ringgit Malaysia Dua Puluh Tiga Juta Satu Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu.
Jadual B8 iaitu wang sejumlah Dua Puluh Tiga Juta Seratus Sembilan Puluh Empat Ribu untuk kepala B8, Jabatan Pertanian menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Jadual B9, Pejabat Tanah dan Galian. Ringgit Malaysia Tiga Puluh Tiga Juta Enam Ratus Enam Puluh Satu Ribu Enam Ratus.
Tuan Pengerusi.
Ya, silakan Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk perkara B9, Butiran 505000, kod objek 11000 Gaji dan Upahan. Sekali lagi kita melihat ada peningkatan daripada 3.8 juta kepada 3.9 juta untuk tahun 2025. Saya terima bahawa ini adalah kenaikan 3 peratus gaji tahunan bagi pegawai dan anggota
perkhidmatan awam di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Tetapi pada masa yang sama, saya juga menyaksikan ada satu dasar baru yang dicadangkan pada tahun 2025, pada butiran yang sama yang berjumlah RM1.56 juta. Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, apakah butiran tentang keperluan tambahan sebanyak RM1.56 juta ini di bawah dasar baru bagi tahun 2025. Pada masa yang sama, saya juga ingin mendapat pencerahan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana Pejabat Tanah dan Galian Selangor ini merupakan satu jabatan yang terpenting dalam Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan pengurusan tanah dan juga hasil bumi di negeri Selangor ini dapat diuruskan dengan bertanggungjawab. Dan mengikut pengalaman saya dan saya percaya pasukan yang ada sekarang pun adalah mereka-mereka yang cukup competent yang mempunyai kemahiran, ilmu pengetahuan yang baik dalam pengurusan tanah dan hasil bumi di negeri Selangor. Baik, yang saya nak bangkitkan ini ialah berdasarkan jawapan Dato’ Menteri Besar kepada saya berhubung jumlah pembayaran luar jangka yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri, ada beberapa butiran Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang saya pohon rujuk di sini, ini tentang bayaran penyelesaian mahkamah kepada beberapa syarikat. Sebagai contoh Bandar Tanming Sdn. Bhd. berjumlah RM75 juta. Ini adalah permohonan sivil di antara PTG maaf, Pentadbir Tanah Daerah Kuala Langat dan juga dengan Bandar Tanming Sdn. Bhd., 75 juta, ini sebagai satu contoh. Ada lagi beberapa syarikat yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Negeri, sebagai contoh Tan & Tan Realty Sdn. Bhd., WildWood Sd. Bhd., ini 1.2 juta dan panjang lagi senarainya. Persoalan saya ialah bagaimana Kerajaan Negeri dapat mendukung pengurusan PTG Selangor, supaya pengurusan tanah itu benar-benar cekap menggunakan teknologi dan inovasi supaya semua rekod-rekod ini dapat dikemaskinikan dan tidak ada lagi tuntutan-tuntutan oleh pihak ketiga di masa yang akan datang yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Jadi saya pohon penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar, terima kasih Tuan Pengerusi.
Bukit Gasing.
Saya di depan. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya pun rujuk kod yang sama pada muka surat 75. Saya ingin membangkitkan dua perkara yang berkaitan dengan PTG. Yang pertama adalah berkaitan kajian dasar di mana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah mengatakan bahawa Kerajaan Negeri akan mencari formula baru bagi melanjutkan tempoh pajakan tanah komersial di negeri Selangor. Saya bangun daripada Bukit Gasing, kita ada banyak kawasan berstatus tanah pajakan, leasehold land yang hampir mengakhiri tempoh pajakan mereka dan juga ada tanah-tanah yang sudah luput pajakan mereka. Tetapi formula yang sedia ada, Dato’ Menteri Besar pun telah kata akan mengkaji dan come out with a solution dengan izin, mohon apakah status gerak kerja formula ini, kami mengharapkan dalam
perbahasan, wait dalam ucapan bajet itu sudah ada pengumuman tersebut, mungkin Dato’ Menteri Besar boleh bagi sedikit ulasan. Itu yang pertama. Yang kedua, berkenaan saranan daripada JP-PADAT beberapa tahun yang lepas supaya PTG menggunakan khidmat Angkasa, MYSA daripada Kerajaan Persekutuan yang mempunyai data-data satelit supaya dapat mengesan pencerobohan tanah. Jika kita nak penguatkuasaan yang efektif terhadap mana-mana pencerobohan tanah kerajaan sama ada di hutan, di tepi sungai, membuat kilang haram, membuat pertanian secara haram, membuat pembangunan perumahan secara haram, tak mungkin pegawai boleh memantau atas tanah secara sendiri memakai kenderaan four wheel drive dengan izin, sangat sukar, terlalu luas negeri Selangor ini dan bilangan pegawai penguat kuasa ini memang tak cukup. Kita perlu menggunakan teknologi, perlu menggunakan maklumat satelit supaya setiap minggu kita boleh lihat di mana ada clearing dengan izin, tanah secara haram yang tidak ada kelulusan oleh kerajaan. Jadi apakah status penguatkuasaan ini, supaya contohnya Sekinchan ini tak payah kejar lagi kilang haram ini, sepatutnya tak wujud kilang haram yang baru. Sepatutnya dia nak wujud dalam minggu pertama itu dah tangkap, jangan sampai habis dirikan mula operasi, masuk dalam program pemutihan kilang haram seterusnya. Sekian, terima kasih.
Dengkil.
Ya Sijangkang.
Terima kasih. Saya merujuk kepada muka surat 74, 28, 29000 pembelian Ikhtisas. Perkara yang saya nak bangkitkan ini adalah berkaitan dengan tanah, pengurusan tanah terutamanya lot-lot lidi. Yang saya kira satu ketika dulu, memang hari ini pun kita masih lagi tidak dapat menyelesaikan dan isu ini terus berlaku dan pembangunan-pembangunan rumah di lot lidi, di kawasan-kawasan di kampung-kampung dan desa terutamanya terus berlaku dan kita seolah-olah tidak membuat apa-apa. Saya menghormati Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tempoh hari ada mengatakan bahawa satu dasar baru akan dibangunkan. Saya kira sudah tiba masanya untuk kita melihat, mungkin melalui profesional-profesional kita boleh minta pandangan-pandangan mereka, bagaimana di Selangor ini sebagai sebuah negeri yang maju dengan keadaan tanahnya yang memang sangat terhad dan berlaku lot-lot lidi seperti yang harus kita selesaikan. Ia menjadi isu apabila lot, rizab jalan yang terlalu kecil, ia menjadi isu apabila bekalan elektrik yang tidak cukup untuk dibangunkan substation pun tidak ada tempat. Dan ini harus kita tangani di negeri Selangor. Jadi saya harapkan, saya tak pasti sama ada peruntukan 1.844 juta itu untuk tujuan apa dalam dasar baru, tapi saya mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin. Sudah tentu kita mempunyai cerdik-cerdik pandai di negeri Selangor ini yang boleh membantu untuk merangka dasar tanah lot-lot lidi ini, terima kasih.
Dengkil.
Ya Dengkil.
Saya juga mungkin menyentuh tentang butiran muka surat 74, 29000 berkaitan perkhidmatan Ikhtisas. Iaitu ada kenaikan sebanyak Satu Juta Lapan Ratus Empat Puluh Empat Ribu Enam Ratus iaitu berkaitan dengan dasar baru. Dan saya ingin mengetahui apakah perinciannya pertambahan yang begitu besar ini? Dan kalau kita lihat di Selangor ini terlampau banyak isu-isu pencerobohan tanah, tetapi perkara ini masih lagi tidak boleh diselesaikan. Dan yang keduanya, bawah 29000 juga, muka surat 75 iaitu...
Mana, mana satu.
Bukan, 27000 kod objek sebagai 27000. Ada satu dasar baru sebanyak 1 juta. Yang ini juga saya harap satu perincian dan saya.. Yang ketiganya ialah berkaitan kehadiran Pegawai Kewangan Negeri untuk hadir sama dalam mesyuarat ini. Ini adalah satu mesyuarat yang penting dan saya berharap kehadiran pegawai kanan adalah amat penting untuk membantu EXCO-EXCO yang sedia ada.
Ya. Baik, ya silakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan butiran-butiran yang disebutkan sebentar tadi. Sudah pasti yang pertama apabila menyebut tentang perkara 11000 ia akan menyentuh kepada penggajian dan juga upahan dan ia melibatkan beberapa tambahan-tambahan yang perlu dilakukan atas dua faktor selain daripada peningkatan 3%, ia juga disumbangkan daripada peningkatan saraan penjawat-penjawat awam yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bermula bulan Disember dan akan berlanjutan pada sepanjang tahun lepas, sebagaimana kesimpulan yang saya telah maklumkan bahawa ada peningkatan lebih 100 juta daripada 400 juta kepada 500 juta kepada upahan dan gajian atau emolumen untuk penjawat-penjawat awam yang ada di dalam negeri Selangor. Untuk dasar baru pula, dasar baru yang disebutkan itu adalah untuk memastikan beberapa pelantikan-pelantikan ataupun pelarasan elaun tetap dan elaun lebih masa yang telah ditetapkan oleh PTG. Mereka kadang-kadang terpaksa berurusan dengan tempoh yang lebih panjang dan emolumen-emolumen seperti emolumen kontrak. Ini kadang-kadang kita perlukan untuk data entry, untuk mendapatkan beberapa kerja-kerja tambahan semasa pengurusan-pengurusan tanah sebagaimana saya sebutkan. Kalau daerah, dua daerah yang mempunyai pegangan aset
yang paling besar itu adalah daerah Petaling dan juga Hulu Langat. Dua daerah ini hampir 2 juta pegangan yang ada di kalangan dua, di kalangan dua daerah ini dan sudah pasti kita tidak mencukupi tentang dasar atau pun dengan wakil-wakil sedia ada.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh saya nak interjack kat sini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi tujuan Elaun Lebih Masa Dato’ Menteri Besar dia memang telah dicadangkan pertambahan RM200,000.00 bagi tahun 2025 cuma yang kami bangkitkan ini ialah dasar baharu yang berasingan daripada Elaun Lebih Masa dan Elaun Tetap yang dicadangkan RM1.566 juta. Jadi, persoalan saya apakah perincian bagi dasar baharu yang dicadangkan untuk jumlah yang berkenaan?. Terima kasih.
Daripada maklumat yang saya perolehi, baharu sahaja saya perolehi dasar baharu ini meliputi jawatan kontrak baharu. Jadi, RM1.65 juta ini adalah untuk perjawatan-perjawatan kontrak. Perjawatan kontrak ini biasanya kita wujudkan atas keperluan-keperluan tambahan di PTG dan ini sebelum diwujudkan tapak-tapak baharu yang dipanggil untuk waran sebelum kita wujudkan perjawatan baharu dan proses perjawatan baharu biasanya akan mengambil tempoh masa dan jangka masa yang panjang. So RM1.65 juta adalah untuk emolumen kontrak, pegawai-pegawai kontrak yang telah dipilih. Ahli Yang Berhormat sekalian, Ahli Yang Berhormat serta Tuan Pengerusi saya juga ingin menyentuh tentang Dengkil berkenaan dengan Ikhtisas. Ikhtisas ini adalah melibatkan out sourcing atau pun kontrak-kontrak kerja yang kita perlukan untuk proses-proses utiliti dan pembersihan. Bukan utiliti, pembersihan di jabatan tanah , di kawasan aset-aset milik PTG. Dan PTG ini jangan ingat pejabat PTG sahaja kita ada juga bilik kebal ataupun ada bilik simpanan fail-fail kita yang telah kita simpan dan ini memerlukan proses untuk pembersihan dan penyelenggaraan yang kemas dan tersusun. Sebab itu Ikhtisas ataupun peruntukan Ikhtisas yang berjumlah lebih RM1 juta itu kita perlukan.
Kembali kepada Hulu Kelang berkenaan dengan apakah langkah-langkah yang telah ditetapkan. Semenjak daripada tempoh saya ingat daripada zaman Yang Berhormat dan sampai sekarang kita sudah mula mengetatkan proses-proses untuk tidak berlaku beberapa pelepasan-pelepasan tanah hatta kepada penganugerahan.. bukan penganugerahan, pemberian-pemberian tanah yang bertindih. Sebahagian daripada masalah-masalah terdahulu ada, ada senggang ataupun ada kelompongan di antara proses ketika pendaftaran dan proses ketika menunggu keputusan daripada MMKN. Dan kadang-kadang pada waktu sebelum ini ada charting nya tidak diisi malahan di isi secara manual dan sekarang ini sebenarnya transformasi digital kita telah berlaku semenjak sebelum ini dan bila kita laksanakan e-Tanah pada hari ini secara keseluruhan saya tandatangani kontrak pun pada penggal yang lepas. Proses ini jauh lebih baik dan jauh
lebih kemas dan teliti dan tidak ada kes-kes pertindihan baharu khususnya dalam tempoh selepas tahun 2013 atau 2014 sampai sekarang kalau berbanding tahun 2006, 1997,1998 dan 1999. Dan sebahagian pula kes-kes mahkamah yang kita hadapi dan kita kesan itu kadang-kadang bukan disebabkan oleh dasar kita sangat kadang-kadang disebabkan dasar pihak ketiga atau pun keputusan daripada pihak ketiga. Antaranya yang tersentuh adalah sudah pasti di kawasan Ampang. Yang Berhormat sudah sebutkan beberapa hari lepas kepada saya. Apabila ia merupakan projek Kerajaan Persekutuan. Proses pengambilan tanah perlu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Kita hanya melaksanakan dan kita telah melihat kepada semua proses yang berlaku. Secara tiba-tiba ia telah beralih alignment dan tiba-tiba tanah itu tidak diperlukan ataupun ditarik balik. Dan ini memberikan malahan kita turut disaman atas sebab-sebab tertentu.
Menyebut tentang Tanming. Ini adalah kisah yang sangat panjang. Ia bermula daripada tahun 2008 apabila kita telah merampas kembali ataupun kita telah membuat pengambilan tanah untuk satu projek infrastruktur, tetapi sampai ke satu ketika pihak Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk tidak melanjutkan canal tersebut dan akhirnya kita telah mendapat kelulusan ataupun mendapat keputusan daripada mahkamah yang lebih rendah sebelum dia bawa kepada mahkamah tinggi. Dan proses pembangunan di tanah tersebut telah dijalankan dan ada keuntungan yang diperolehi. Dan pihak yang telah merasakan tanah mereka diambil dan tanah itu tidak dijadikan sebagai projek infrastruktur dijadikan pula sebagai projek komersial berasaskan kepada keputusan daripada Mahkamah Tinggi pada dua penggal yang lepas, kita pula disaman oleh pihak Pemula itu dan setelah meneliti beberapa perkembangan termasuk saya perlu sebutkan ada miscommunication di antara mahkamah dan juga pihak MBI yang memegang tanah tersebut.
Miscommunication itulah yang menyebabkan dokumentasi tidak begitu lengkap dan akhirnya mahkamah tidak ada punya pilihan selain daripada memberikan ataupun menyatakan bahawa seperti sangat tipis dan saya merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri ataupun kepada peguam yang telah dilantik dan kita telah ambil tindakan kepada Jabatan Peguam sebab maklumat itu dihantar ketika pandemik. Di awal-awal pandemik dan kita mis betul-betul maklumat itu dan sampai masa yang sama peguam yang kita lantik juga tidak menyampaikan kepada mahkamah. Dengan sebab perkara itu walaupun appeal telah kita lakukan beberapa kali dan walaupun kita rasa kita mempunyai strong case akhirnya kita berbincang dengan pihak tuan punya tanah sebelum kita kena caj-caj tertentu yang lebih besar dan sebab itu RM75 juta itu kita siapkan untuk tahun ini bagi proses pembayaran balik untuk Tanming. Jadi itu yang berlaku.
Tuan Pengerusi, Dato’ Menteri Besar saya nak merujuk kepada jawapan sebentar tadi tentang kes pengambilan tanah
di Bukit Antarabangsa yang saya percaya Yang Amat Berhormat sedia maklum dan saya menerima penjelasan bahawa pengambilan tanah untuk projek Lebuhraya EKVE itu asalnya diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan sepatutnya Kerajaan Persekutuan yang menampung kos pengambilan tanah dan termasuk dalam kos keseluruhan projek berkenaan. Tetapi oleh sebab proses pengambilan tanah itu diuruskan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, maka pemilik tanah iaitu Christine yang kita sedia maklum telah pun mengambil tindakan mahkamah dan sekarang bukan hanya ada judgement by the Court, dengan izin tuan pengerusi tetapi mahkamah telah keluarkan Cerificate Of Judgement against the State Government. Kita faham bahawa ini adalah projek Kerajaan Persekutuan. Jadi persoalan saya oleh kerana negeri telah mendapat arahan daripada mahkamah, bukan sahaja penghakiman tetapi sudah ada Certificate Of Judgement. Maka apakah peranan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan perkara ini secara baik dengan pemilik tanah dan juga dengan Kerajaan Persekutuan dalam masa yang terdekat?. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat.
Kita melaksanakan tugas itu dah alhamdulillah kita dah selesaikan. Pembayaran pun telah selesai dibuat oleh pihak Pejabat Tanah (JKPTG) ataupun pihak Kerajaan Persekutuan dan tetapi malangnya ada beberapa keputusan lain untuk alignment saya sebutkan saya rasa Yang Berhormat tahu dan saya rasa Lembah Jaya pun tahu, Timbalan Speaker lebih tahu sebab Timbalan Speaker lebih banyak kena harassed dengan syarikat terbabit. Jadi Yang Berhormat, apa yang kita buat kita tuntut balik daripada Kerajaan Persetkutuan sebab itu adalah tanggungjawab yang kita kena buat. Projeknya Kerajaan Persekutuan tetapi apa yang berlaku ialah kita pula menjadi burden nya dan pihak yang terbabit akan terus menuntut sebab dah ada judgement, dah ada keputusan malahan sudah ada certificate kepada keputusan tersebut. Sudah pasti kita akan melaksanakan pembayaran setelah mendapat pengesahan dan jaminan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai kemudian. Sebab kita pun tak nak mereka delay sangat sebab pihak tuan punya tanah sudah pasti terkesan dengan sebab-sebab terbabit.
Saya merujuk pula kepada Bukit Gasing berkenaan dengan formula baharu itu. Kita sedang tunggu lagi daripada pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor kerana mereka sedang menunggu pelarasan dan juga maklum balas daripada Kamar Undang-Undang dan pihak Kamar akan memberikan beberapa pandangan-pandangan sebab ia akan melibatkan Kanun Tanah Negara dan juga peraturan-peraturan sedia ada dan kita perlu pastikan dia sentiasa intact supaya tidak bagi kesan jangka panjang kepada Kerajaan Negeri dan ini akan berlarutan nanti di Klang selepas ini, sebahagian lepas itu akan lepas itu di daerah-daerah lain di Hulu Langat kerana unit-unit komersial ini nilainya jutaan ringgit Malaysia tetapi penduduk-penduduk ini tidak boleh duduk balik. Mungkin satu jangka pendek kita akan laksanakan untuk beri TOL dulu supaya mereka boleh
duduk bagi mereka yang dah habis sementara kita putuskan dasar baharu yang lebih kemas. Berkenaan dengan MYSA, kita tidak buat dengan PTGS dahulu Yang Berhormat. Pada masa ini MYSA dan LUAS telah bergabung dan LUAS menggunakan data-data MYSA ini supaya kita dapat mengenal pasti apakah aktiviti di persisir sepanjang lembangan-lembangan sungai yang bermakna. Ada 3 lembangan penting, Lembangan Langat, Lembangan Sungai Selangor dan Lembangan Klang. Di 3 lembangan inilah ada satu lagi lah Sungai Bernam tetapi Sungai Bernam kecil sahaja tetapi yang ketiga ini kita akan berikan tumpuan dan di situlah kita akan kemas kini apakah aktiviti-aktiviti dan mengemas kini dari segi maklumat-maklumat itu secara mingguan ataupun secara bulanan berdasarkan daripada kerjasama yang telah diaturkan dan sudah pasti kerjasama penguatkuasaan bukan hanya melibatkan LUAS, dia akan juga melibatkan PTGS kemudian kerana tanah-tanah tersebut adalah tanah-tanah yang disiapkan untuk reserve.
Daripada Sijangkang berkenaan dengan lot-lot lidi. Ini masih lagi kedengaran di sana sini terutamanya di kawasan pinggir bandar dan kawasan luar bandar kerana ada mereka yang berfungsi dan bertugas selaku runner, dengan izin yang selalu mengambil kesempatan-kesempatan daripada ke kurang arif nya anak-anak penduduk kampung dan juga masyarakat berkenaan dengan pemilikan tanah. Dan ini bukan berlaku dengan tidak tersusun. Saya boleh sebutkan di mana-mana ada conection di antara runners ini dengan beberapa officer dan pegawai dan kita telah mengingatkan kepada para pegawai-pegawai supaya jangan terlibat sama sekali, kalau kita dapati kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Yang kedua juga, kita meningkatkan kefahaman kepada masyarakat dengan program-program pendidikan melalui Penghulu, melalui Ketua Kampung. Nak jelaskan bagaimana proses pemilikan tanah ini bagaimana, permohonannya bagaimana. Semua boleh memohon tetapi bila dah pohon dia kena bayar certain kos dan certain peruntukan yang tertentu dan certain budget yang tertentu untuk certain pembayaran tertentu ataupun pembayaran tertentu untuk memastikan mereka mengikut cara yang sah dan betul. Dan setiap kali MMKN, kita bukan luluskan tanah hanya untuk syarikat. Kita banya juga luluskan individu yang dijalankan secara berkelompok yang diuruskan dengan tertib di pejabat-pejabat tanah. Di sini saya rasa perlukan lebih banyak pengetahuan supaya tidak di manipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih.
Jadual B9 iaitu Wang Sejumlah RM33,661,600 untuk kepala B9 Pejabat Tanah dan Galian menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Jadual B10, Jabatan Perhutanan RM29,696,200.
Perhutanan. Ya, Hulu Kelang
Terima kasih saya merujuk kepada Perkara B10 Butiran 560000 Operasi Hutan. Ini merupakan satu jabatan yang penting di Negeri Selangor. Seperti yang kita sedia maklum antara mandat yang diberikan kepada Jabatan Perhutanan Negeri adalah untuk mengekalkan Hutan Simpan Kekal di dalam Negeri Selangor ini apatah lagi dalam suasana kita juga membahaskan isu climate change, dengan izin ataupun perubahan iklim dan juga situasi alam sekitar yang semakin mencabar. Maka dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini Tuan Pengerusi saya ingin memohon sedikit penjelasan daripada Kerajaan Negeri tentang beberapa perkara yang terkait dengan peranan dan tanggungjawab Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Antara perkara yang ingin saya mohon penjelasan ialah berapakah keluasan Hutan Simpan Kekal yang ada di Negeri Selangor pada ketika ini. Saya percaya kita mempunyai dasar untuk mengekalkan Hutan Simpan Kekal bagi menjamin tidak ada pencemaran atau pun kerosakan kepada alam sekitar. Jadi, oleh sebab pembangunan yang begitu pesat yang kita saksikan, apakah ada tindakan untuk kita tidak kompromi dengan penebangan atau pun kerosakan yang berlaku dalam Hutan Simpan Kekal di Negeri Selangor. Yang kedua, dalam konteks operasi hutan di Negeri Selangor ini, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin membangkitkan perkara yang sama di mana pasukan di Jabatan hutan ini dapat mengawal hutan-hutan di dalam Negeri Selangor ini supaya ia dapat diuruskan dengan baik. Sekali lagi ada di hadapan saya satu implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM30 juta bagi tahun 2024. Di mana terdapat bayaran penyelesaian luar mahkamah bagi penarikan kelulusan yang telah diberikan kepada Syarikat Simsui Sdn. Bhd. untuk sebahagian Compartment 7 dan Compartment 29 Hutan Simpan Bukit Balata Hulu Selangor. Sekali lagi ini membebankan Kerajaan Negeri, sekiranya pengurusan itu tidak cekap atau cuai maka ada tuntutan-tuntutan ini seperti yang saya nyatakan tadi. Sekarang Kerajaan Negeri terpaksa menanggung sejumlah RM30 juta atas keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah bagi penyelesaian di luar Mahkamah. Jadi saya ingin mendapat pengesahan daripada Kerajaan Negeri. Kita tidak boleh berterusan, tadi ada RM75 juta isu tanah, sekarang isu RM30 juta dan ini akan memberikan kesan dan implikasi kewangan yang berterusan.
Yang Berhormat.
Okay jadi itu sahaja soalan saya, jadi pukul 2.30 Yang Berhormat berilah jawapan yang cukup padat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Jam telah menunjukkan jam 1.00 petang dengan ini saya menangguhkan sidang Dewan ini ke pukul 2.30. Oh ya. Saya mohon Bentara untuk teruskan dengan ...
Dewan bersidang semula. Ya. Baik Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya menangguhkan sidang Dewan kita ke jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Selamat Petang diucapkan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat. Dengan ini saya minta sidang ditukar kepada Jawatankuasa Pembekalan.
Tadi kita berada di mana? Jadual B10. Untuk Jadual B10 ini di minta MB untuk memberi maklum balas.
Terima kasih atas soalan yang dikemukakan berkenaan dengan pengurusan hutan sebentar tadi oleh Ketua Pembangkang. Yang pertama saya nak rujuk bahawa jumlah keluasan hutan simpan di Negeri Selangor adalah berjumlah 250,987.12 Hektar iaitu bersamaan dengan 31.7% daripada keluasan Negeri Selangor dan kita telah melepasi daripada kadar minima yang telah kita commit ataupun kita telah menyatakan sikap menjaganya iaitu 30% daripada keseluruhan kawasan hutan. Dan untuk maklumannya juga saya ingin maklumkan juga sepanjang 5 tahun yang lalu, keluasan Hutan Simpan Kekal telah bertambah sebanyak 779.73 Hektar. Ini tambahan yang kita buat kerana sebagaimana yang kita laksanakan dalam dasar-dasar sebelum ini. Pengambilan-pengambilan kawasan Hutan Simpan digantikan. Malahan penggantian-penggantian itu melibatkan pertambahan-pertambahan yang lebih besar daripada kawasan yang kita ambil. Sebab itu macam Hutan Simpan Buluh Telur sebagai contoh di kawasan Hulu Selangor. Itu antara kawasan-kawasan baru yang kita ambil setelah mengeluarkan kawasan-kawasan tertentu untuk penggantian ECRL dan penggantian-penggantian kawasan lain. Yang kedua adalah berkenaan dengan 30 juta yang akan dibelanjakan atau yang akan digunakan untuk membayar ganti rugi. Ini adalah bersesuaian juga dengan dasar
Moratorium Pembalakan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan Negeri selama 3 penggal yang lepas. Dengan 25 tahun Moratorium yang telah disebabkan itu kita terpaksa membayar kerana ia merupakan komitmen yang telah dikeluarkan oleh pentadbiran sebelum 2008 untuk setengah-setengah syarikat mendapat konsesi pembalakan di dalam Negeri Selangor. Dan sebab tersebut kita tidak punya jalan lain selain daripada berbincang dengan pihak terbabit untuk melepaskan konsesi tersebut dan dibayar tapi pembayaran itu tidaklah sepenuhnya dengan harga konsesi sebagaimana yang ada dalam perjanjian dan ini memang harga yang besar yang patut dibayar oleh pihak Kerajaan Negeri, tapi kerana komitmen kita untuk memelihara Hutan Simpan dan juga memastikan kehijauan Negeri Selangor terus terjamin, kita gunakan 30 juta itu untuk menjaga Alam Sekitar kita untuk warisan dan juga untuk masa anak cucu cicit kita. Terima kasih.
Jadual B10 iaitu Wang sejumlah RM 29,696,200.00 untuk kepala B. 10 Jabatan Perhutanan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B. 11 – Jabatan Mufti, RM 5,923,300.00.
Ya, Sijangkang.
Terima kasih Pengerusi. Saya terus rujuk kepada butiran 505000 Kod Objek 30000 ASET. Kalau kita lihat di situ ada peruntukan one-off berjumlah RM 1,626,200.00 bagi tahun hadapan. Saya minta sedikit penjelasan daripada pihak kerajaan tujuan aset tersebut. Cuma saya melihat juga bagaimana perlunya di bawah Jabatan Mufti ini Ilmu falak ini diperkasakan lagi. Antaranya mungkin menyebabkan keperluan untuk perolehan-perolehan seperti teleskop bukan sahaja untuk tujuan pengurusan tetapi juga untuk pendidikan kepada mereka-mereka yang memang berminat dalam ilmu falak ini dan saya kira dia ada kepentingan kerana saya melihat saya tak tahu keadaan pada masa ini tetapi pada sebelum ini memang kita mempunyai kekurangan yang agak nyata untuk keperluan teleskop terutama nya tentang menentukan tarikh-tarikh kalendar Islam. Terima kasih.
Ya saya jemput pihak kerajaan sekiranya ada untuk memberi apa-apa ulasan ataupun jawapan.
Terima kasih. Apa yang butiran yang disebut tadi iaitu 30000 daripada butiran 505000 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Sijangkang sebentar tadi adalah untuk penyelenggaraan ruang pejabat Jabatan Mufti Selangor. Kita ingin memperkemaskan pejabat Mufti tahun lepas kita libatkan Pejabat Mufti dalam banyak program-program dan antaranya melibatkan pula kelahiran beberapa laman web mahu sebentar tadi pun sempena dengan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris kita telah merasmikan E-Falak sebagai contoh. Kita telah melancarkan soal jawab ataupun E-Fatwa yang boleh dirujuk ataupun boleh seperti beberapa jabatan Mufti, seperti Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan memang menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkasakan institusi ini supaya mereka boleh beroperasi berkomunikasi serta memberi maklum balas kepada masyarakat dan penduduk berkenaan dengan teleskop dan sebagainya itu termasuk dalam bidang tugas penyelenggaraan yang memang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri. Dan kalau ada sebarang kekurangan sudah pasti ada permohonan daripada jabatan terbabit kerana teleskop dan alatan-alatan ini merupakan alatan yang telah yang sangat perlu untuk menentu sahkan tarikh-tarikh penting yang diambil setiap bulan dan juga menentukan tentang hal-hal berkenaan dengan falak. Saya ingat Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Mufti antara yang paling agresif ataupun yang paling aktif melaksanakan urusan diskusi, seminar berkenaan falak dan kewujudan E-Falak sebagai contoh membuktikan bagaimana komitmen kita supaya masa, waktu dan juga tempoh bagi urusan umat Islam yang sangat accurate terutamanya waktu berbuka puasa, tarikh awal muharram dan sebagainya itu dapat disahkan dengan baik dan dengan teliti. Terima kasih. Maafkan saya, ada satu lagi kita juga membuat perolehan satu unit kenderaan MPV untuk selepas mungkin daripada tempoh tertentu kenderaan-kenderaan tersebut perlu digantikan. Terima kasih.
Ya Sijangkang.
Saya beri ulasan sedikit. Saya harapkan pihak Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan Persatuan Falak Negeri Selangor yang saya ingat yang profesional mereka juga mempunyai kekangan-kekangan tertentulah terutamanya daripada peralatan-peralatan yang saya sebutkan tadi. Saya ingat mungkin Kerajaan Negeri boleh memberikan sumbangan-sumbangan kerana dulu ketika saya jaga hal ehwal Islam ini saya ingat banyak keperluan-keperluan mereka terutamanya dalam perkasakan falak itu sendiri. Terima kasih.
Terima kasih. Untuk Persatuan ataupun Badan bukan kerajaan seperti Persatuan Falak, kita memang ada siapkan untuk setiap EXCO sekitar RM 50,000.00 hingga RM 100,000.00 untuk disumbangkan kepada persatuan-persatuan ini mengikut kepada keperluan-keperluan semasa dan juga apakah
sokongan-sokongan yang diperlukan saya rasa itu di dalam tajuk Pembangunan yang memang kita siapkan untuk bantuan NGO. Terima kasih Yang Berhormat.
Jadual B. 11 iaitu Wang sejumlah 5, 923,300.00 untuk Kepala B. 11 Jabatan Mufti menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B. 12 – Jabatan Kerja Raya, RM 140,072,500.00
Jadual B. 12 iaitu Wang sejumlah RM 140,072,500.00 untuk Kepala B. 12 Jabatan Kerja Raya menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B. 13 – Jabatan Pengairan dan Saliran, RM 128,375,200.00.
Saya bagi kepada Sungai Panjang dulu.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
5 minit lah, 5 minit. Silakan.
Perkara B. 13 muka surat 98 butiran program 55000 kod Objek 9000. Sungai Panjang melihat di sini tidak ada dasar baru bahkan dasar yang sedia ada daripada 2024 dan 2025 berkurang kepada 357,399.00 jadi Sungai Panjang bertanya adakah pihak Kerajaan Negeri telah memuktamadkan berkaitan jawatan Jurutera Daerah dari Gred yang sebelum ini kepada Gred yang baharu sebagaimana kita sedia maklum JD – JD JPS Grednya rendah daripada JD Jurutera dan yang lain-lain. Yang kedua, sekiranya telah dimuktamadkan
berapakah perjawatan baharu yang akan wujud untuk Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Terima Kasih.
Silakan Hulu Kelang.
Saya juga merujuk butiran 505000 dan bersama dengan butiran 512000 ini merupakan satu jabatan yang penting di Negeri Selangor. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Dalam butiran yang telah dikemukakan kita mendapati bahawa jumlah anggaran perbelanjaan mengurus bagi JPS cukup besar . Ia nya menyaksikan satu peningkatan daripada 123,000.00 bagi tahun 2024 kepada 128,000.00 pada tahun 2025. Persoalan yang saya ingin bangkitkan mengenai kejadian banjir kilat, banjir di beberapa kawasan daerah di dalam Negeri Selangor. Sudah tentulah perkara ini banyak dibincangkan dalam peringkat dasar dan saya percaya apabila usul pembangunan, perkara ini juga akan dibangkitkan kerana hasrat semua ahli dewan negeri untuk melihat perkara ini dapat ditangani dengan baik. Namun dalam anggaran perbelanjaan mengurus yang telah kita cadangkan kepada JPS, saya ingin melihat bagaimana pengurusan JPS yang sedia ada ini dapat mengadakan kerjasama dengan beberapa jabatan teknikal yang lain khususnya JKR sama ada peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan supaya tragedi dan juga insiden kejadian tanah runtuh itu tidak menimbulkan masalah dan tidak menjadi punca kepada banjir kilat di dalam Negeri Selangor. Begitu juga perkara yang kita bincangkan dalam peringkat dasar di mana kejadian banjir kilat ini berpunca daripada aliran permukaan yang semakin tinggi ekoran perubahan cuaca Global Warming dan taburan hujan yang semakin lebat. Sudah tentulah sistem perparitan yang sedia ada pada hari ini yang telah dibina mungkin 30 atau 40 tahun yang lalu tidak dapat lagi menampung keperluan taburan hujan yang berlaku pada hari ini. Maka di sini lah letaknya tanggungjawab yang begitu besar kepada pengurusan JPS untuk memastikan mereka mengadakan perancangan yang cukup komprehensif, memberikan perhatian kepada beberapa kawasan hot spot yang kerap berlaku banjir kilat ataupun banjir yang telah menyebabkan kesan ekonomi kepada Negeri Selangor. Dan saya harap dengan peruntukan yang dicadangkan ini kita dapat mewujudkan satu pasukan yang kuat dan cukup profesional untuk membantu Kerajaan Negeri menangani masalah banjir kilat di Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ye Sementa. Apa ni Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker. VOT B.13 Butiran 505000 Kod 14000 - Elaun Lebih Masa. Saya nak menyentuh soal isu penjaga kunci air. Yang pertama keterbatasan elaun lebih masa. Apakah di sana ada had minimum atau pun maksimum yang dikenakan kepada penjaga
kunci air, sebab memandangkan cuaca yang tidak menentu dan kerja lebih mereka, habis yang turun ke bawah adalah yang berbunyi dan sebagainya. Yang kedua sering berlaku pertukaran kakitangan dan kekadang bila berlakunya air pasang, tiada siapa yang hendak menutup sebab mereka berada di tempat yang lain pula. Dan yang ketiganya rumah-rumah yang disediakan oleh pihak JPS tidak diduduki. Cukup sayang dan di menjadi terbiar. Wallahualam. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya masuk pada Butiran 505000 berkaitan dengan Kod 11000. Saya kira sudah tiba masanya di Negeri Selangor ini, organisasi ataupun pengurusan JPS ini diperkasakan. Dia tidaklah semata-mata centralize di bawah JPS Negeri daripada peruntukan dan sebagainya. Tetapi diperkasakan daripada sudut organisasi pengurusan dan juga peruntukannya dikendalikan di peringkat daerah-daerah, kerana saya melihat sekiranya ini kita dapat perkasakan, mungkin segala tindakan ataupun gerak kerja di peringkat daerah itu dia menjadi lebih baik, lebih cepat dan mungkin masalah-masalah yang timbul pada hari ini dapat dikurangkan. Kalau saya lihat sebagai contoh saya tidak menuduh JPS Kuala Langat itu tidak berpotensi tetapi beberapa kelewatan-kelewatan projek termasuk adalah tebatan banjir, memasang konkrit yang mungkin itu adalah masalah-masalah kontraktor tetapi saya berasakan bahawa Selangor sudah tiba masanya kita perkasakan dari sudut organisasinya, peruntukan dikendalikan di peringkat daerah-daerah. Dan ini mungkin boleh dibincangkan di peringkat JPS pusat dengan Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Morib.
Terima kasih Tuan Pengerusi. 505000 Kod Objek 34000, di sini saya nak memberitahu tentang keperluan di peringkat jentera-jentera di JPS sendiri kerana kita lihat jentera-jentera yang sedia ada itu banyak yang rosak dan perlu penyelenggaraan yang lebih baik dan penambahan jentera baru pun saya rasa perlu untuk menangani kes-kes kecemasan. Kita tahu banjir ini selalu berlaku dan kita tidak boleh menunggu dan boleh digunakan oleh jentera-jentera daripada pihak JPS. Saya lihat sini ada satu peruntukan One-off pada RM5,55,000.00 yang saya ingin ketahui apakah detail peruntukan One-off ini. Sekian terima kasih.
Saya jemput Pihak Kerajaan. Pandan Indah.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Jadi sebagaimana yang disebut oleh Hulu Kelang tadi, saya ambil
maklum berhubung dengan aspek pengurusan dan juga pembangunan Rancangan Tebatan Banjir dan saya akan sentuh lebih banyak lagi dalam Pembangunan ya. Sebab banyak melibatkan pembangunan. Projek-projek banjir yang telah diluluskan atau yang sedang berjalan. Untuk soalan berhubung dengan pengurusan (Mengurus), kalau kita lihat di bawah 505000 itu, kebanyakan kos-kos di 28000 itulah bayak yang digunakan untuk penyelenggaraan. Fasiliti sama ada pintu air atau pun kawasan-kawasan kolam takungannya, itu dah naik daripada RM64juta kepada RM66juta. Itu adalah penyelenggaraan. Yang lainnya terletak di bawah pembangunan nanti yang kita akan bentangkan nanti. Berkait dengan saya ambil maklum juga, berkaitan dengan isu emolumen ini. Gaji ini. Makna, saya sudah pernah menyebut beberapa kali perkara ini tentang bagaimana penggredan atau pun kajian semula berhubung dengan gred gaji pegawai-pegawai JPS ini agak ketinggalan berbanding dengan rakan sejawatnya contohnya JKR. Jadi perkara itu saya dimaklumkan telah dibuat dan telah siap. Cuma kita belum mendapat panduan lagi berhubung dengan penggredan baru ini dan saya harapkan yang terbaiklah untuk pegawai-pegawai di JPS, kerana mereka ini mengendalikan projek bukan kecil ya, projek yang besar melibatkan ratusan, juta, bilion. Tetapi masih lagi berada di gred-gred yang lama termasuklah Jurutera Daerah (JD) Jadi itu pun kita mengharapkan supaya dapat di lihat semula dan saya difahamkan dah siap dan dah pun di luluskan untuk di bawa nanti. Saya akan maklumkan apabila ada perubahan itu. Tentang kenderaan jentera ini semua, ini termasuk menukar kenderaan jabatan, biasanya kenderaan pejabatlah yang di perlukan. Tentang aspek-aspek lain biasanya kita beli di bawah pembangunan untuk projek-projek seperti pam dan sebagainya bersekali dengan projek. Tambahan-tambahan juga kita dah buat tentang fasiliti sama ada generator, mobile generator atau pun pam atau pun bot kita dah ada lengkap bukan sahaja yang kita beli yang kita sewa pun ada. Jadi semua dah standby untuk menghadapi dan saya sentiasa memperingatkan pegawai kalau ada keperluan kita tambah, kita tidak boleh menunggu. Sebab dia yang macam pam tu yang jadi banyak tu. Dia bila disebut mudah alih (mobile) tetapi dia duduk di projek jadi dia jadi permanent. Bila projek itu tiga tahun baru siap, baru boleh dialihkan pam itu. Itu yang kategori itu saya dah beri perhatian, kalau duduk di projek jangan anggap dia sebagai mobile sebab dia tidak boleh dialihkan sehingga projek siap. Perkara-perkara ini kita telah selesaikan untuk memastikan tip top peralatan jentera untuk menghadapi banjir itu, siap siaga itu dipertingkatkan yang maksimum di peringkat JPS di Negeri Selangor. Itu kita telah berjaya adakan. Selain berkait yang lain. Saya rasa itu sahaja yang disentuh tadi berkaitan dengan.. itu sahaja daripada Sijangkang tadi.
Perjawatan Sungai Panjang.
Sama-sama perjawatan itu saya sebut sekali, kita lihat bersekali semua. Pengisian itu kadang-kadang saya ingin tentang. Saya
pun sentiasa mengingat juga sebab penggantian berlaku terlalu cepat. Kadang-kadang datang sekejap dah dipindahkan. Ini pun menjadi masalah kepada kita. Dan kita mengharapkan pihak persekutuan juga bila menghantar pengarah terutamanya supaya dapat kekal lebih lama. Dan saya harap kali ini, agak muda mungkin lama sikit. Bukan la datang untuk pencen di sini. Itu memudahkan dari segi gerak kerja. Tentang isu lebih masa yang disebutkan tadi. Bila berkait dengan aspek-aspek penyelenggaraan atau pun pengoperasian tempat-tempat yang sensitif ini contoh pintu air ini kita tidak ada kompromi dari segi lebih masa, kita akan benarkan dan kita akan pastikan sentiasa ada walaupun ada usaha untuk kita nak buat secara remote tetapi masih lagi di peringkat awal kerana ada masalah-masalah bekalan elektrik dan sebagainya, kita akan usaha berperingkat untuk buat secara remote kawalannya. Tetapi masih kita meletakan mereka-mereka yang bertanggung jawab untuk menguruskan pintu-pintu air ini mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini kita akan pastikan dan lebih masa itu bukalah dijadikan halangan untuk mereka bertugas dengan penuh efisien. Terima kasih.
Jadual B.13 - iaitu wang sejumlah RM128,375,200.00 untuk Kepala B.13, Jabatan Pengairan dan Saliran, menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.14 – Jabatan Agama Islam Selangor, RM367,752,200.00.
Ya Permatang.
Saya ingin merujuk kepada Butiran Program 548000 KAFA Kod Objek 13000 – Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan. Di sini kita lihat ada peningkatan yang ketara daripada RM2,091,134.00 kepada RM4,539,761.00. Jadi soalan saya adakah peningkatan ini berpunca daripada penambahan bilangan guru KAFA atau kenaikan elaun guru KAFA itu. Dan adakah guru-guru KAFA ini turut terlibat dalam pelaksanaan gaji minimum RM1,700.00 yang diumumkan baru-baru ini. Dan juga pada tahun lalu lebih kurang pada tahun 2023 kerajaan ada mengumumkan bahawa dana RM14.55juta untuk menambah 656 orang guru KAFA secara berperingkat sehingga 2027 dengan sasaran permulaan 150 guru akan dilantik pada tahun 2023. Dan sekarang kita sudah sampai ke tahun 2024 dan hampir berakhir. Jadi soalan saya berapakah bilangan guru KAFA yang telah dilantik setakat ini semenjak daripada tahun 2023 itu. Kerana dan juga kita kena tahu bahawa
guru KAFA ini memainkan peranan yang penting terutama sekali dalam pendidikan anak-anak kita Selangor ini. Jadi setelah kita mendengar ada banyak isu tentang elaun guru KAFA diletakan di kadar yang minimum dan juga bebanan kerja dan sebagainya. Jadi saya meminta penjelasan seandainya ada peningkatan daripada bilangan guru dan berkenaan gaji minimum tadi.
Sungai Burong.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Soalan saya ataupun Butiran Program 515000 Pendidikan Islam Kod Projek Sebagai 41000 – Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan. Disaksikan pada butiran tersebut tiada peningkatan sama ada 2024 ke 2025 dengan amaun yang sama. Saya memetik sedikit statistik daripada total pelajar Selangor di Mesir sebanyak 383 pelajar, hanya 27 orang sahaja yang mendapat Dermasiswa Zakat, 23 orang sahaja Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara, Biasiswa Dato’ Menteri Besar hanya 9 orang dan persendirian sebanyak 278 pelajar. Jadi dalam keadaan kita dah tahu nak keluar daripada kepompong kemiskinan ini antara dengan ilmu bahkan kita tengok bajet negeri Selangor tentang Thurat pun meningkat dengan jutaan ringgit. Maka apalah salahnya 278 orang ini diberi perhatian berbanding 27 orang. Kerana saya dapat maklum bahawa kutipan zakat hampir 1.5 bilion. Kalaulah 278 pelajar yang tidak terbela tadi hanya diberi RM5,000.00 setahun baru mencecah amaun RM1.5juta kurang lebih. Maka apakah yang boleh diberikan penjelasan pada amaun yang tidak berubah ini dan komitmen kerajaan untuk membantu pelajar di Mesir khususnya. Terima kasih.
Kuang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua perkara yang saya nak bawa. Di bawah Butiran 515000 Kod 25000 – Bahan- bahan Makanan dan Minuman. Saya lihat di sini berlaku peningkatan daripada RM4.5juta kepada RM4.8juta tahun ini. Dan yang saya nak tanya ialah ada di bawah kolum Dasar Baru berjumlah RM2,986,000.00 untuk bahan-bahan makanan dan minuman. Jadi saya mohon penjelasan mengenai perbelanjaan RM2.986juta di bawah Dasar Baru.
Perkara keduanya ialah di Bawah Butiran 547000 Kod Objek 29000 – Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain Yang Di Beli dan Hospitaliti. Juga berlaku peningkatan sebanyak RM4juta di bawah Dasar Sedia Ada dan di bawah Dasar Baru ada peruntukan sebanyak RM8.701juta lagi. Mohon diberi penjelasan apakah Dasar Baru tersebut yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM8.7juta. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk terus kepada Butiran 548000 KAFA 13000. Saya nak juga minta penjelasan kepada Kerajaan Negeri. Sumbangan bagi elaun guru-guru KAFA ini daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan juga sumber daripada Lembaga Zakat, peratusan yang disumbangkan dan juga jumlah guru-guru dan adakah mereka ini termasuk dalam skim kontrak sedia ada seperti yang di Negeri Selangor atau pun apakah kaedah yang ada pada hari ini. Dan saya mencadangkan supaya satu insentif kepada ketua-ketua guru yang mana mereka tidak menyertai insentif apa pun selepas mereka bersara, kalau boleh mereka ini dilibatkan dalam pemberian insentif pergi, menunaikan Haji. Sebagai contoh, sebagai satu tanda penghormatan kepada mereka yang telah menyumbang kepada Negeri Selangor. Saya ingat jumlahnya pun tidak begitu banyak, dan kalau, saya kira kalau ini dapat diberikan satu beri manafaat yang terbaik pada mereka. Terima kasih.
Semenyih.
Ya, bagi Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. 543000, ILDAS. Okay, berkaitan dengan ILDAS ni, saya difahamkan ILDAS telah diberikan jenama baru kepada Institut Pemberdayaan Ummah Selangor, INSPES. Dari sudut latihan saya difahamkan juga dan Semenyih bersetuju dengan adanya kompleks pengembangan Islam yang akan dibuat di Klang. Cuma saya tak nampak di manakah rangka pembinaan untuk kompleks pengembangan Islam tersebut. Cumanya ILDAS tu saya percaya sebagai sebuah pusat latihan yang sudah sekian lama beroperasi, Semenyih berpandangan kena dibanyakkan lagi proses untuk mengembangkan in house trainers. Sebab setakat ini ILDAS banyak menggunakan tenaga luar, so, Semenyih berpandangan ada baiknya kalau kita sendiri ada in house trainer supaya dapat memastikan program-programnya dari sudut training tu biar up to date. Makna kata biarlah dalam suasana yang betul-betul melahirkan tenaga mahir.
Kedua berkaitan dengan latihan juga. Saya difahamkan bahawa pusat latihan ILDAS ini atau INSPES ini telah difokuskan kepada pegawai JAIS sahaja sedangkan dulu saya difahamkan Imam Masjid yang tidak direct di bawah gaji JAIS juga diberikan latihan di ILDAS. So, saya dapati di masjid, surau sekitar Semenyih banyak buat program di luar, hotel di Melaka, hotel di Janda Baik dan sebagainya, it’s okay. Cuma Semenyih berpandangan ada baiknya kalau diberikan sedikit bantuan kepada mereka sebab masjid, surau ini sangat penting. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 505000, gaji dan upahan. Sekali lagi saya menyaksikan satu peningkatan yang agak signifikan dalam dasar sedia ada daripada RM26 juta kepada RM32 juta bagi tahun 2025. Saya mendukung komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memberikan dukungan kepada peranan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor untuk mengembangkan lagi syiar Islam di setiap daerah dan pelosok Negeri Selangor. Cuma pertanyaan saya pada petang ini ialah mengenai Dasar Baru. Pada tahun ini kita telah memperuntukkan sejumlah RM5.7 juta tetapi bagi tahun 2025 ianya diturunkan kepada hanya RM2 juta sahaja. Jadi saya pohon penjelasan daripada EXCO Kerajaan Negeri, apakah punca kemerosotan pendanaan untuk Jabatan Agama Islam dari segi Dasar Baru yang akan diperkenalkan pada tahun 2025?
Seterusnya saya ingin bertanya apakah ianya juga merangkumi Dasar Baru Kerajaan Negeri untuk melantik pengurus-pengurus masjid di seluruh Negeri Selangor? Saya difahamkan ada satu pendekatan baru untuk melantik pengurus-pengurus masjid dengan sasaran 20 masjid setiap tahun. Kalau ini lah cadangan ataupun perkara yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri, saya ingin bertanya apakah rasional untuk melakukan demikian? Kerana saya faham kita mahu masjid dan institusi Islam dalam Negeri Selangor ini diuruskan oleh golongan profesional yang mempunyai ilmu pengetahuan yang baik, tetapi faktor penerimaan daripada anak-anak qariah juga penting kerana berlaku di beberapa buah masjid dalam Daerah Gombak, pengurus masjid itu dibawa daripada Daerah lain. Sebuah masjid di Taman Melawati ada dicadangkan pengurusnya datang daripada Klang. Sudah tentulah anak-anak qariah di Taman Melawati Hulu Kelang merasa sedikit janggal untuk mendekati dan mendapat khidmat yang lebih efektif daripada-daripada pengurus yang datang daripada Daerah yang lain. Saya merasakan pendekatan ini harus disemak semula sekiranya ada keperluan untuk menempatkan golongan profesional mengurus masjid, maka kita pilihlah daripada kalangan anak-anak qariah supaya mereka dapat berkhidmat dengan lebih efektif dan berkesan.
Saya juga ingin merujuk kepada butiran 537000, Masjid Negeri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO apakah status pegawai-pegawai kanan termasuk Imam-imam Besar dan Imam-imam Utama di Masjid Negeri, kerana saya difahamkan mereka masih lagi dalam perkhidmatan kontrak. Sedangkan peranan mereka itu cukup besar dalam mengimarahkan syiar Islam di sebuah masjid yang cukup indah dengan bangunan yang cukup hebat, tetapi perkhidmatan mereka seolah-olah tidak diberikan pengiktirafan bertahun-tahun dalam status kontrak. Apalah salahnya Kerajaan Negeri dapat berbincang dengan pihak JPA supaya mengwujudkan perjawatan-perjawatan yang
bersesuaian dengan peranan Imam-imam Besar dan Imam-imam Utama di Masjid Negeri ataupun Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Yang akhirnya ialah tentang 530000, halal. Sekali lagi saya tidak nampak ada Dasar Baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan mengurus sedangkan Yang Berhormat EXCO telah berulang kali menyatakan kita mahu membantu pemain-pemain industri halal dalam Negeri Selangor supaya mereka dapat meneroka pasaran-pasaran baru. Tetapi kalau pasukan pengurusan industri halal itu tidak diberikan satu peruntukan yang munasabah untuk menguruskan dasar-dasar ini, saya bimbang hasrat dan cita-cita Kerajaan Negeri tidak dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sungai Panjang.
Ya, Kota Damansara.
Baik, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil butiran 548000, kod 13000. Kalau kita tengok dekat sini bahagian sumbangan berkanun dan kakitangan ada peningkatan yang agak signifikan yang mana daripada 2 juta hingga ke 4.5 juta dan ada dasar baru yang mana penambahan daripada 1.8 juta. Saya cuma ingin bertanya kepada pihak kerajaan kalau ini adalah jumlah pengambilan daripada kakitangan kepada guru-guru KAFA khususnya, berapakah jumlah guru yang telah diambil untuk berkenaan tahun 2025. Dan jika kalau andai kata jumlah berkenaan apakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi untuk cuba memberikan lebih banyak lagi peluang khususnya kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat menjadi guru-guru kalau kita tengok ramai sebenarnya daripada mereka ini telah berkhidmat lebih 15 tahun menjadi guru-guru KAFA tapi masih lagi tidak mendapat jawatan tetap. Terima kasih.
Ya, Sungai Panjang.
Terima kasih pengerusi. Perkara B14, butiran program 518000, kod 29000. Di situ kita lihat pada dasar sedia ada dan juga dasar baru ada pertambahan. Dan dasar baru itu pertambahannya dalam lebih kurang 12 ribu sahaja. Sungai panjang ingin mendapatkan kepastian atau pencerahan, adakah peruntukan ini termasuk masjid-masjid pengurusan baru yang menjadi sasaran kepada Kerajaan Negeri dengan pertambahan yang agak kecil ini untuk melatih pengurus-pengurus masjid-masjid yang dijangka akan, akan bertambah lagi.
Yang kedua, butiran 543000, kod 28000. Sebagaimana kita maklum ILDAS telah ditukar kepada nama Institut Pemberdayaan Ummah dan Sungai Panjang lihat di sini bahawa apabila pertukaran kepada nama yang baru, sudah tentu kos untuk penjenamaan nama Institut Pemberdayaan Ummah tersebut mempunyai kos-kos yang tertentu, papan tanda dan sebagainya. Jadi, pertanyaan Sungai Panjang apakah juga dalam perkara 2800 itu termasuk dalam penjenamaan semula daripada ILDAS kepada Institut Pemberdayaan Ummah. Terima kasih.
Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Seri Setia untuk memberi penjelasan, saya, Dewan Negeri Selangor dengan ini juga ingin mengalu-alukan kehadiran seramai 17 pelawat dari Junior Chambers International Bandar Setia Alam dan Kuala Lumpur yang diketuai Encik Hilson Tan. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor dan lawatan ini diatur oleh Yang Berhormat Sekinchan. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Seterusnya saya menjemput Seri Setia untuk memberi apa-apa ulasan.
Tenang, tenang.
Ya, teruskan Seri Setia. Masa itu emas.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya teruskan dengan beberapa jawapan. Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Permatang mengenai kod 5, guru-guru KAFA, kod 548000 sekali dengan Kota Damansara. Boleh saya sebutkan di sini bahawa daripada pelan penambahan waran guru-guru KAFA yang telah kita mulakan pada tahun ini, tahun ini je kita dah ada 150 perjawatan baru. Jadi yang peruntukan yang dikemukakan dalam belanjawan ini ialah untuk menambah lagi 150 perjawatan baru guru-guru KAFA. Termasuk juga dalam peruntukan mohon pada tahun ini adalah pembayaran KWSP dan SOCSO kepada semua guru-guru KAFA di bawah Kerajaan Negeri Selangor pada, pada tahun hadapan. Jadi semua guru KAFA kita akan ada KWSP dan SOCSO.
Soalan daripada Sungai Burong mengenai 515000, biasiswa di bawah, yang ini di bawah JAIS, Yang Berhormat. Kita kekalkan seperti yang ada, amaun yang ada dan sebarang pertambahan untuk tahun hadapan akan di cover oleh Lembaga Zakat Selangor.
Untuk soalan selanjutnya daripada Kuang bertanya mengenai RM8 juta tambahan, 515000. Yang ini sebenarnya adalah satu perkara yang sangat baik sebab sebenarnya tambah ini adalah bekalan makanan untuk kelima-lima MITS yang ada di Negeri Selangor. Jadi anak-anak itu akan diberikan makanan dan juga ada cadangan naik taraf kontrak pembekalan makanan di situ juga. Jadi ini adalah untuk bekalan makanan
kepada anak-anak kita. Terkait juga di sini adalah mengenai RM8 juta tambahan kan. 2900, yang ini adalah kos kenaikan gaji dan juga tambahan gaji kepada para pegawai yang ada di bawah JAIS.
Saya teruskan dengan Yang Berhormat daripada Semenyih yang bertanya mengenai ILDAS. Jadi ILDAS sedang naik taraf, tapi sebenarnya ILDAS ni tak sama dengan kompleks pengembangan dakwah yang disebut dalam ucapan belanjawan. Yang itu adalah di bawah pembangunan B14, itu adalah bajet yang lain, untuk diwujudkan sebuah kompleks yang baru. Jadi ILDAS ini kita akan kekalkan dan dicadangkan tadi cadangan-cadangan yang baik yang boleh kita pertimbangkan. Cumanya kalau kita nak jadikan dia sebagai sebuah pusat seperti INTAN in house, ini akan menelan belanja lebih besar.
Seterusnya Yang Berhormat Hulu Kelang. 505000, itu sebenarnya kalau di campur kedua-dua nombor 2024 dan 2025, jumlah untuk, ini yang perkara 11000 emolumen tadi, jumlah untuk 2024 hanyalah dalam RM32 juta dan ada tambahan pada tahun 2025 sebanyak RM2 juta keseluruhan. Jadi, sebenarnya kita membayar gaji yang lebih besar secara keseluruhan kepada semua guru-guru yang ada di bawah kepala 11000 tersebut.
Untuk soalan mengenai pengurus-pengurus masjid. Cadangan itu boleh kita ambil kira, cuma setakat ini yang kita ada adalah dalam empat line yang dikeluarkan oleh JAIS lah. Maksudnya kita mengambil pelajar-pelajar kita yang ditaja untuk kita kembalikan, untuk menguruskan masjid daripada peringkat awal. Tapi sekiranya ada cadangan daripada anak-anak qariah yang layak itu boleh kita pertimbangkan.
Seterusnya soalan mengenai Masjid Negeri Selangor dan status kontrak imam-imam ini. Saya setuju Yang Berhormat bahawa tempoh ketidaktentuan ini perlu kita tamatkan, kita perlu beri sedikit ketentuan tapi perkara ini sedang dalam penelitian pihak JAIS dan saya tidak ada jawapan lagi pada ketika ini secara rasmi yang boleh saya umumkan tapi sedang diteliti oleh pihak-pihak JAIS untuk tujuan tersebut.
Soalan mengenai halal, tidak banyak yang, tidak ada penambahan pun daripada tahun lepas. Sebenarnya kalau untuk tujuan pengembangan ikon, ekosistem dan industri ini semua kita masukkan ke dalam belanja pembangunan dan akan dibekalkan secara terus mungkin kepada anak syarikat kita iaitu HIS Toyyiba untuk menjalankan kerja-kerja yang lebih dekat dengan industri.
Yang akhir rasanya daripada Sungai Panjang tadi bertanya 518000 adakah itu dana? Ya itu dana untuk masjid pengurusan kita tambah 3 Juta lagi. Tahun ini 2025 kita tambah 20 Masjid lagi, saya rasa soalan ILDAS tadi saya dah jawab bersekali dengan soalan Yang Berhormat Semenyih iaitu ILDAS tu kita kekalkan dan ada sedikit penjenamaan semula
tapi dia berbeda daripada pusat perkembangan dakwah yang dicadangkan dalam belanjawan 2025. Terima kasih.
Semua B14 iaitu wang sejumlah wang RM 367,752,200.00 ( Tiga Ratus Enam Puluh Tujuh Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Dua Ribu Dua Ratus) untuk kepala B.14 Jabatan Agama Islam Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila bersetuju sila kata ‘Tidak’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.15 - Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu wang sejumlah RM27,223,200.00 (Dua Puluh Tujuh Juta Dua Ratus Dua Puluh Tiga Ribu Dua Ratus) untuk kepala B.15 Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ijok.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi Ijok merujuk kepada vot B.15 mukasurat 112 untuk kod objek 11000 17 ribu dan 28000 pengerusi Ijok ingin memaklumkan bahawa PPDK ataupun Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di negeri Selangor telah diberikan geran daripada Kerajaan bagi tujuan bayaran sewaan premis. Namun Ijok berpendapat PPDK yang berperanan sebagai pusat pembelajaran golongan orang kelainan upaya ataupun OKU ini dapat diberikan berupa bangunan sendiri untuk tujuan operasi bagi mengurangkan komitmen sewa bulanan. Penglibatan sewa ini seterusnya boleh disalurkan untuk keperluan lain seperti kita dapat menaikkan elaun tenaga pengajar ataupun pembimbing PPDK ini yang masih dibawah standard gaji minimum. Dengan kenaikan elaun ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan focus motivasi dan produktiviti. Mereka yang berkaitan memandangkan proses penjagaan dan pembangunan insan bagi golongan orang kurang upaya ini tidaklah mudah, bantuan-bantuan dan sokongan yang menyuluruh daripada pihak Kerajaan amatlah diperlukan bagi memastikan keperluan OKU ini tidak terabai. Tuan Pengerusi, mereka ini telah menjalankan peranan penting dalam menguruskan orang kelainan upaya saguhati penyelia atau tenaga pengajar telah meningkat seiring dengan masa. Walaubagaimanapun, dengan pelbagai isu ini yang semakin mencabar termasuk peningkatan PPDK ini adalah masanya untuk kerajaan mempertimbangkan Kembali saguhati ataupun elaun bagi penyelia dan tenaga pengajar ini. Ijok ingin mengesyorkan agar Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan pertambahan saguhati ataupun elaun kepada Penyelia dan tenaga pengajar PPDK ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, Ijok ingin
berkenaan dengan pusat aktiviti kanak-kanak ataupun PAKK di daerah adakah ia berfungsi dengan baik atau tidak? Seterusnya apakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk tingkatkan pelbagai aktiviti di puat aktiviti kanak-kanak ini. Terima kasih.
Hulu Bernam
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi saya ingin merujuk vot B.15 yang sama juga berkaitan dengan program 50500 kod objek 15000 begitu juga 512000 perkhidmatan luar kod objek 11 000 yang membawa kepada mukasurat 114 itu kod objeknya jumlah anggaran mengurus 10000 emolumun yang kita menyaksikan ada pertambahan significant kepada jumlah tersebut tahun 2025. Namun saya ingin merujuk kepada bilangan perjawatan 2024 kepada 2025 ada penyusutan satu orang daripada 74 kepada 73 dan soalan saya saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri adakah kajian semula jawatan ini dengan bilangan yang wajar bagi JKM Selangor? Kerana apa pengalaman saya dilapangan, kita memerlukan juga pegawai-pegawai JKM ini Bersama-sama bertemu dengan masyarakat sebab ada masyarakat kita sakitnya terlantar ada yang OKU, ada juga yang kejadian-kejadian banjir yang memerlukan penjawatan bertugas dimana berlakunya banjir, satu perkara lagi saya ingin bertanyakan kepada Kerajaan Negeri adakah Kerajaan Negeri ada hasrat untuk membina perumahan EHSAN dibawah JKM? Malaysia ni hanya 2 unit sahaja, di Kuala Kubu Bharu di Terengganu. Baru-baru ni apabila nak usahakan penempatan warga OKU dan warga emas ini kita lihat bilangan kemasukkan itu hampir penuh dan adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina Rumah Ehsan (RE) di bawah Kerajaan Negeri sendiri demi kepentingan masyarakat yang memerlukan ini? Terima Kasih.
Kota Damansara.
Baik..Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk butiran 50 5000 perkara 42 000 pemberian dalam negeri kalau kita tengok pada dasar baru 2025 ada penambahan budget yang diberikan sejumlah RM5 Juta. Cuma saya ingin bertanyakan pada pihak Kerajaan Negeri adakah dasar baru yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dengan penambahan 5 Juta yang pertama, kedua adakah dasar baru ini melibatkan penambahan rumah-rumah yang dimaksudkan seperti yang disebutkan oleh sahabat saya dan mungkin juga ada Kawasan contoh rumah Anis mungkin ditambahkan satu lagi Kawasan jadi itu saja saya mohon dari pihak Kerajaan. Terima Kasih.
Permatang
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk butiran program aktiviti 505000 pentadbiran dan kewangan kod objek 29000 dibawah perkhidmatan IKTISASS dan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti. Jadi saya perhatikan bahawa jumlah yang diperuntukkan pada tahun lalu dengan tahun ini adalah sama sahaja 575 880 dan juga ada dasar baru penambahan 50 ribu. Jadi saya ingin bertanya kerana sekarang ni Kerajaan Negeri Selangor sedang bergerak ke arah Care Economy jadi dalam konteks Care Economy ni yang menjadi antara objektif Kerajaan Negeri ni bagaimana dengan kalau kita lihat memandangkan sudah pasti kita memerlukan kerjasama dengan lebih banyak pengusaha-pengusaha care economy swasta yang mungkin akan kita libat urus dalam yang menjayakan objektif care economy di Selangor dan dalam memastikan lebih ramai warga emas dan warga OKU yang dapat menikmati servis care economy ini tadi. Jadi apabila kita lihat daripada peruntukkan yang sama daripada tahun lalu dengan tahun 2025 saya risau kalau dengan tiada peruntukkan tambahan yang significant dan juga mencukupi objektif care economy ni tadi mungkin agak sukar untuk kita realisasikan. Itu soalan saya terima Kasih.
Bukit Gasing
Terima Kasih Tuan Pengerusi saya merujuk pada muka surat 112 kod objek 24000, sewaan. Dan hari ini saya nak sekali lagi mohon kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menyewa satu pejabat JKM untuk Petaling Jaya dikawasan yang tengah-tengah Kawasan Petaling Jaya. Hari ni kita lihat Subang Jaya pejabat JKM dia di Subang Jaya senang untuk penduduk capai pejabat. Di Shah Alam dekat IDCC tengah-tengah Shah Alam. Tapi di Petaling Jaya di hujung di Seksyen U5 sangat jauh, dekat dengan U tapi bukan ditengah-tengah Kawasan pentadbiran Petaling Jaya, jadi ramai orang yang memerlukan JKM yang tak perlu JKM boleh bawa kereta pergi sampai kesana tapi mereka yang betul-betul memerlukan bantuan tiada kereta nak sampai kesana sangat susah. Tak perlu pejabat yang besar tapi mohonlah buatlah pejabat buat di Bukit Gasing tak buat di Bukit Gasing pun tidak apa bukan saya minta di Bukit Gasing tetapi atleast dibuat ditengah-tengah di Petaling Jaya, sekian terima kasih.
Meru
Merujuk mukasurat 113 di bawah butiran aktiviti perkhidmatan luar kod objek 11000 gaji dan upahan. Jadi soalan untuk Yang Berhormat EXCO, adakah perkhidmatan luar gaji ataupun elaun guru-guru PPDK ini termasuk dalam jumlah 1.362 Juta 322 sebab kalau sekiranya ini termasuk dalam peruntukkan dalam Kerajaan Negeri adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menambah elaun guru-guru PPDK? Terima kasih.
Iye saya jemput mana-mana wakil daripada kementerian untuk memberi penjelasan Yang Berhormat Taman Templer.
Terima kasih Yang Berhormat untuk pertanyaan-pertanyaan berkaitan Vot B.15 Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi pertanyaan Ijok berkaitan elaun PPDK ataupun elaun penyelia PPDK ataupun guru PPDK buat masa ini masih lagi kadarnya pada yang sama dan untuk pertanyaan berkaitan geran bayaran sewaan kita maklumkan bahawa sewaan tersebut adalah untuk satu Pejabat Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah yang baru pejabat kecil di Ampang dan saya ambil maklum cadangan daripada pihak Yang Berhormat Bukit Gasing untuk perwujudan pejabat di pertengahan kawasan pusat pentadbiran di Petaling Jaya.
Dan bagi soalan Hulu Bernam tentang Rumah Ehsan (RE) yang setakat ini hanya berada di 2 sahaja iaitu di Kuala Kubu dan Terengganu buat masa ini belum ada perancangan untuk menubuhkan Rumah Ehsan (RE) yang baru. Pun begitu saya gabungkan dengan pertanyaan daripada Permatang berkaitan dengan care economy kerana itu kita melihat dari segi kemampanan bantuan kebajikan ini kita alihkan bukan hanya pada sudut pandang welfare ataupun kebajikan tapi juga dari sudut ekonomi, kerana dengan itu kita akan menarik perhatian pelabur-pelabur dan pemain-pemain industri untuk mewujudkan dalam konsep hybrid dimana mereka akan mewujudkan rumah kebajikan dan ada juga ruang dari segi model kewangannya yang boleh lebih mampan untuk menampung kos operasi. Kerana walaubagaimana banyak pun kerajaan tubuhkan Rumah-rumah Ehsan ini sudah tentu tidak mencukupi apabila kita menuju negeri menua . Jadi kita perlu lihat model yang lebih mampan samaada dalam model social security dan social protection yang pernah saya sebut sebelum ini.
Bagi soalan Ijok berkaitan PAKK daerah, Pusat Aktiviti Kanak-kanak kami akan memberikan makluman secara bertulis untuk situasi semasa kerana soalan tersebut lebih terperinci.
Dan bagi soalan Kota Damansara berkaitan kod 42000 pemberian dalam negeri dasar baru 5 Juta,ini suka untuk saya maklumkan pada tahun 2024 sebenarnya pemberian berkenaan pemberian bayaran tetap berjumlah 13.5 Juta itu sekitar 75% daripada peruntukkan sepenuhnya yang disalurkan bagi tujuan Kerajaan Negeri bagi tujuan bantuan am dimana ini memberikan bantuan bulanan kepada lebih daripada 5 600 ribu lebih daripada penerima pada kadar 250-350 ringgit. Walaubagaimanapun pada 2025, jumlah 75% bantuan disalurkan pada awal tahun itu diberikan secara lump sum itu berjumlah RM18 juta.
Dan untuk soalan daripada pihak Yang Berhormat Pematang, bantuan IKTISASS tambahan RM50 ribu seperti mana yang saya sebut tadi jumlah tersebut memang tidak memadai disebabkan itu di peringkat Kerajaan Negeri kita membangunkan dasar ekonomi penjagaan untuk beralih tidak sahaja bertumpu kepada kebajikan tapi juka ekonomi penjagaan. Saya kita saya telah menjawab soalan dan soalan Meru juga berkaitan gaji Guru-guru PDK tadi termasuk dan kita menilai semula untuk peruntukan akan datang kerana untuk buat masa ini kita kekal jumlah yang sama. Sekian dimaklumkan.
Jadual B15- iaitu wang sejumlah RM27,233,200.00 (Dua Puluh Tujuh Juta Dua Ratus Dua Puluh Tiga Ribu Dua Ratus) untuk Kepala B.15 Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B16 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa RM10,918,500.00 (Sepuluh Juta Sembilan Ratus Lapan Belas Ribu Lima Ratus).
Jadual B16 - iaitu sejumlah RM10,918,500.00 (Sepuluh Juta Sembilan Ratus Lapan Belas Ribu Lima Ratus) untuk Kepala B.16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B17 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar, RM18,152,000.00 (Lapan Belas Juta Satu Ratus Lima Puluh Dua Ribu).
Ya Sementa Veterinar.
B17.
Muka surat apa?
Muka surat 120.
120.
Ya.
505000 berkaitan tentang Elaun dan Lebih Masa. Di situ tertera 2024 dan 2025, namun dasar baru 200400 agak ketara beza dia mohon pencerahan.
Baik itu sahaja?
Ya.
Baik kalau tidak ada ADN yang ingin mengambil bahagian jila ada. Pandan Indah kalau ada.
Peruntukan untuk yang kontrak juga ya untuk overtime bagi pekerja-pekerja termasuk pekerja kontrak veterinar termasuk Inspektor semua yang di luar ya.
Inspektor daging.
Maknanya perkara itu tidak berlaku pada tahun 2024 tidak ada.
Dasar baru yang kita melibatkan overtime pada yang Inspektor terutama Inspektor di luar dia banyak buat kerja Inspektor daging di luar itu termasuk sekali.
Jadual B.17 – iaitu wang sejumlah RM18,152,000.00 (Lapan Belas Juta Satu Ratus Lima Puluh Dua Ribu) untuk Kepada B.17 jabatan Perkhidmatan Veterinar menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, RM20,297,868.00 (Dua Puluh Juta Dua Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu Lapan Ratus Enam Puluh Lapan).
Jadual B.18 – iaitu wang sejumlah RM20,297,868.00 (Dua Puluh Juta Dua Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu Lapan Ratus Enam Puluh Lapan) untuk Kepala B.18 Pejabat Daerah dan Tanah Petaling menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Gombak RM18,722,100.00 (Lapan Belas Juta Tujuh Ratus Dua Puluh Dua Ribu Satu Ratus)
Jadual B.19 - iaitu wang sejumlah RM18,722,100.00 (Lapan Belas Juta Tujuh Ratus Dua Puluh Dua Ribu Satu Ratus) untuk Kepala B.19 Pejabat Daerah dan Tanah Gombak menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Klang RM19,380,400.00 (Sembilan Belas Juta Tiga Ratus Lapan Puluh Ribu Empat Ratus).
Jadual B.20 - iaitu wang sejumlah RM19,380,400.00 (Sembilan Belas Juta Tiga Ratus Lapan Puluh Ribu Empat Ratus) untuk Kepala B.20 Pejabat Daerah dan Tanah Klang menjadi sebahagian daripada Jadual .
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.21- Pejabat Daerah dan Kuala Langat, RM20,471,000.00 (Dua Puluh Juta Empat Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu).
Ya Sijangkang.
Tuan Pengerusi saya nak merujuk kepada muka surat 143. Butiran 525000 Pengurusan Tanah 11000. Saya ingat isu ini bukan
sahaja berlaku di Kuala Langat tapi juga berlaku di daerah-daerah yang lain, berkaitan dengan urusan harta pusaka. Tuan punya tanah yang saya kira, saya dimaklumkan bahawa bukan satu pegawai di Pejabat Daerah. Walaupun perjawatan ini di bawah pengurusan pusat. Mereka berkongsi antara dua daerah dan saya kira beban kerja yang begitu banyak dan mengambil masa yang lama sebahagiannya kadang-kadang dia bawa setahun sebelumnya hampir 50% urusan-urusan pusaka yang tidak selesai lagi. Saya mengharapkan ada inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk menambah mungkin pegawai kontrak daripada negeri dan sebagainya urusan harta pusaka ini dapat diuruskan dengan segera dan mengurangkan lambakan-lambakan urusan-urusan yang tidak selesai. Jadi ini mungkin dapat pertimbangan dari Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Saya jemput sesiapa daripada pihak Kerajaan untuk menjawab.
Terima kasih. Memang salah satu daripada tekanan kepada kita adalah untuk memberikan pengesahan kepada hak milik. Dan penentuan pusaka yang tidak lengkap sudah pasti memberi kesan kepada masa depan sama ada pembangunan ataupun hak milik-hak milik tersebut. Tapi sebagaimana sedia maklum, memang butiran perkara itu di bawah naungan Kerajaan Persekutuan. Sebab dia urusan di bawah JKPTG ini tak silap saya pernah dibawa dalam Majlis Tanah Daerah, maafkan saya Majlis Tanah Negara rasa tahun 2019 yang lepas. Dan ada bantahan dari negeri-negeri kerana isunya di situ ialah siapakah yang membuat pengesahan kerana dia bukan melibatkan urusan pejabat tanah tetapi ia juga melibatkan urusan undang-undang, jadi akhirnya dia akan letak di bawah mana dan sebagainya. Tapi saya akan mengambil maklum pandangan daripada Sijangkang sebentar tadi untuk mengenal pasti berapa banyak tuntutan-tuntutan tentang harta pusaka serta hal yang berkenaan hal ketidak pengesahan belum ada lagi kemutamatan di kalangan waris-waris itu dapat kita lihat jumlahnya di Negeri Selangor dan kalau saya dapat kemukakan nanti pada sidang yang akan datang apakah langkah-langkah untuk mengatasi tanah-tanah yang belum tentu sah hak milik. Banyak Yang Berhormat sebab pengalaman saya sendiri secara peribadi yang melibatkan keluarga bukan saya tetapi keluarga mentua. Ada sekeping tanah itu melibatkan 200 orang perlu dapat kelulusan kerana telah melepasi daripada moyang cucu cicit dia punya keturunan. Jadi semakin lama semakin bertambah orangnya dan semakin lama jugalah tanah tersebut tidak dapat dimajukan ataupun digerakkan ke depan. Ini memang realiti. Terima kasih.
Ya Sijangkang.
Saya harapkan pihak Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan pusat boleh menambahkan perjawatan. Kalau tidak
sekarang ini seorang pegawai dia jaga dua daerah saya ingat ini satu kekangan yang sangat ketara. Terima kasih.
Memang tapi setakat ini di bawah urusan JKPTG . Kita akan uruskan nanti. Kita akan lihat apa keperluan tambahan yang diperlukan untuk negeri membantu hal ini. Sebab walaupun urusannya di bawahnya JKPTG atau pun JKPTG Tanah Persekutuan Galian di peringkat persekutuan tapi akhirnya kesannya kepada negeri. Sebab tanah-tanah tu berada di peringkat negeri. Insya-Allah saya akan tengok supaya paling tidak satu daerah satu orang, permohonan kita kepada JKPTG atau ada sokongan yang dibenarkan oleh JKPTG untuk Kerajaan Negeri di Pejabat tanah daerah menguruskan tentang harta pusaka ataupun tuntutan-tuntutan hak milik harta pusaka ini. Terima kasih.
Jadual B.21 – iaitu wang sejumlah RM20,471,000.00 (Dua Puluh Juta Empat Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu) untuk Kepada B.21 pejabat daerah dan Tanah Kuala Langat menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.22- Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, RM18,810,200.00 (Lapan Belas Juta Lapan Ratus Sepuluh Ribu Dua Ratus)
Jadual B.22 – iaitu wang sejumlah RM18,810,200.00 (Lapan Belas Juta Lapan ratus Sepuluh Ribu Dua Ratus) untuk Kepada B.22 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat menjadi sebahagian Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.23 - Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, RM13,248,600.00 (Tiga Belas Juta Dua Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Enam Ratus).
Jadual B.23 - iaitu wang sejumlah RM13,248,600.00 (Tiga Belas Juta Dua Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Enam Ratus) untuk Kepada B.23 Pejabat Daerah dan Tanah Sepang menjadi sebahagian Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.24 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor RM17,999,6000.00 (Tujuh Belas Juta Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan Ribu Enam Ratus).
Ya Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan butiran 524000 Pembangunan Masyarakat Kod Objek sebagai 28000 Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Yang Dibeli. Ada penganugerahan one-off di situ bernilai RM160,000.00. Jadi yang sebelum ini tidak diunjurkan. Apakah nilai nilai sebesar itu? Mohon butiran. Terima kasih
Ya siapa lagi. Itu sahaja daripada Ahli Yang Berhormat. Kuala Selangor Yang Berhormat program 52400 Pembangunan Masyarakat muka surat 161, 28000 Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Yang Dibeli one-off 2025, RM160,000.00 itu sahaja.
Yang Berhormat sudah pasti penyelenggaraan kecil ini adalah dirujuk kepada kerja-kerja membaik pulih kuarters Orang Besar Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dan kerja-kerja membaik pulih rumah Penghulu Mukim Bestari Jaya dan kerja-kerja membaik pulih Balai Penghulu Mukim Bestari Jaya. Ini 3 butiran untuk 3 butiran projek-projek tersebut yang dirangkumi pertambahan RM160,000.00 yang saya rasa berpadan dengan keperluan Orang Besar Daerah yang berfungsi sebagai wakil Tuanku dan pembangunan daerah dan juga tugasan Penghulu terhadap pertambahan penduduk dan masyarakat dan keuzuran Balai Penghulu dan juga kediaman Penghulu terbabit. Terima kasih.
Jadual B.24 - iaitu wang sejumlah RM17,999,6000.00 (Tujuh Belas Juta Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan Ribu Enam Ratus) untuk Kepala B.24 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.25 – Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor RM16,398,900.00 (Enam Belas Juta Tiga Ratus Sembilan Puluh Lapan Ribu Sembilan Ratus).
Pengerusi.
Hulu Bernam.
Terima kasih.
Saya merujuk kepada butiran program 524000 Pembangunan Masyarakat Kod Objek 29000. Saya nak bertanya berkaitan kandungan.
Muka surat mana satu Yang Berhormat.
Muka surat 166.
166.
166. Kod Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Hulu Selangor.
Kod Objek.
Kod Objek 29000 Butiran Program 524000 Pembangunan Masyarakat. Berkaitan dengan Perkhidmatan IKTISASS yang dasar barunya pada tahun 2025 ini kita nampak penyusutan yang amat ketara kalau saya bandingkan dengan 2023 pun dia RM88 ribu. Jadi saya nak tanya kandungan perkhidmatan Ikhtisas ini dilihat menurun secara mendadak, kalau boleh tak nak terganggu dengan perkhidmatan-perkhidmatan..
Muka surat 167 kan?
167 ya betul.
Muka surat 167 bukan muka surat 166.
167.
Daripada 255,600 kepada 7,800. 167.
Dan satu lagi muka surat yang sama butiran Program 525000 Pengurusan Tanah bahagian yang sama kod objek 29000 ada peningkatan yang amat ketara pada dasar baru tersebut. Jadi saya ingin tahu butiran berkaitan dengan perkhidmatan IKTISASS ini. Terima kasih
Ada pengurangan ada peningkatan. Saya jemput kalau ada apa-apa maklum balas daripada Kerajaan.
Yang Berhormat, kalau kita lihat kepada dasar sedia ada, memang ada peningkatan daripada RM1.7juta kepada RM2.04juta dan ia adalah merujuk kepada pertambahan dasar baru yang berlaku pada tahun 2024. Jadi pertambahan dasar baru yang cuma RM7,800 itu adalah untuk melengkapkan kepada perkara-perkara yang sudah sedia ada seperti kenaikan oleh sebab pembayaran gaji kakitangan penguat kuasa kontrak dan Bahagian Pengurusan Tanah. Jadi sebahagiannya telah diwartakan sebagai dasar baru pada tahun sebelumnya dan tambahan yang dibuat itu hanya sedikit dasar-dasar baru. Tidak semestinya dasar baru dia akan buat setiap masa kerana untuk melantik pegawai adalah berdasarkan kepada keperluan-keperluan dan juga permintaan semasa di pejabat-pejabat berkenaan. Jadi kalau kita perlukan pertambahan kontrak yang besar tahun lepas, tahun ini kita kekalkan lagi. Itu yang menjadi bertambah daripada RM1.7juta kepada RM2juta. Tapi tambahan RM7,000 itu, itu untuk melengkapkan proses-proses lebihan masa ataupun tuntutan lebih masa ataupun pembayaran kontrak-kontrak tertentu. Terima kasih.
Jadual B.25 iaitu wang sejumlah RM16,398,900 untuk kepala B.25 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.26 Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam RM16,175,000.
Jadual B.26 iaitu wang sejumlah RM16,175,000 untuk kepala B.26 Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’ . Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.27 Jabatan Kehakiman Syariah RM44,549,800.
Ya? Sungai Ramal.
Terima kasih Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat kerana memberikan peluang kepada saya. Pengerusi, saya nak menarik perhatian Kerajaan kepada butiran 541100 (gaji dan upahan). Saya menyokong kuat penambahbaikan institusi mahkamah syariah ini dan melihat pada hari ini tidak ada lagilah isu berbangkit tentang tak cukup hakim, tak cukup mahkamah dan sebagainya. Cuma bila ada penambahan dasar baru berjumlah RM1juta lebih ini, apakah bentuk perjawatan baru yang diwujudkan di mahkamah ini? Kerana kalau melibatkan sewa, dia bukan di situ. Sewa berada di butiran 24000 dan sekali gus saya bertanya di sini Pengerusi, apakah maksud sewaan ini? Kerana sefaham saya kalau melibatkan mahkamah, mahkamah yang di daerah sudah cukup untuk diguna pakai, tak memerlukan kepada sewaan yang baru. Dua butiran ini mohon penjelasan daripada Kerajaan. Terima kasih.
Ya? Permatang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada kod butiran program 541000 (Pentadbiran dan Kewangan) kod objek 11000 (gaji dan upahan).
Tuan Pengerusi, Kalau kita lihat sekarang ini, jumlah hakim yang sedia ada di mahkamah syariah ini ada lima orang di Mahkamah Tinggi Syariah dan 22 di Mahkamah Rendah Syariah. Jadi kalau kita lihat dengan jumlah kes penceraian yang meningkat dan berbagai-bagai-bagai lagi kes-kes hadanah dan sebagainya yang meningkat setiap tahun kita lihat sepertinya jumlah kes ini tidak dapat (bilangan hakim tadi) mungkin tidak dapat menampung jumlah kes yang bertambah ni.
Jadi saya kira, saya nak bertanya adakah ada tindakan apa dasar untuk menambah bukan saja bilangan hakim ataupun bilangan penjawat awam yang dapat untuk handle kes-kes di mahkamah ni? Kerana perlu kita ingat bahawa kes-kes yang terlibat di mahkamah syariah ni banyak melibatkan masalah keluarga, wanita dan kanak-kanak.
Jadi apabila berlakunya kelewatan dalam menyelesaikan kes-kes ni, bukan hanya mengakibatkan jumlah kes yang bertambah tapi juga mengakibatkan tekanan emosi. Bukan saja kepada ibu, juga kepada anak-anak yang terlibat. Jadi saya benar-benar berharap kalau ada sebarang dasar baru yang mungkin kita boleh buat untuk menyelesaikan masalah kes-kes yang tertunggak ni tadi.
Ya Kuang.
Terima kasih Pengerusi. Saya nak merujuk kepada butiran program 541000, kod objek 24000. Sama juga sewaan seperti yang di bawa oleh Sungai Ramal tadi.
Dasar sedia ada 2024 RM148,000 tapi tahun 2024 kita ada dasar baru berjumlah RM300,000 menjadikan perbelanjaan dasar sedia ada kita tahun ini RM448,285. Kita juga mencadangkan (Kerajaan Negeri mencadangkan) dasar baru tahun ini sebanyak RM677,000 lagi untuk sewaan dan saya perhati dekat sini kita ada perbelanjaan one-off setiap tahun RM17,664,800. Yang saya nak tanya ialah adakah trend perbelanjaan kita sebanyak RM17juta setiap tahun ni akan berterusan? Ataupun Kerajaan Negeri bercadang untuk memulakan dasar membeli aset untuk Jabatan Kehakiman supaya kita dapat mengurangkan perbelanjaan one-off kita sebanyak RM17juta lebih setiap tahun? Terima kasih.
Ya saya jemput wakil daripada Kerajaan untuk memberikan jawapan.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Sungai Ramal tadi mengenai gaji dan upah. Pertambahan sebanyak RM1.1juta itu kebanyakannya adalah :-
a) Tambahan peruntukan bagi menampung pemberian kenaikan gaji tahunan tambahan khas kepada semua pegawai / kakitangan tetap. Yang itu dalam RM243,600; kemudian
b) RM880,990 yang ini adalah tambahan peruntukan bayaran gaji kakitangan persekutuan Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.
Dua soalan ini adalah untuk penggajian kebanyakannya. Untuk soalan mengenai (rasanya tadi tanya sewaan juga Sungai Ramal kan?) sewaan tadi. I think soalan ini pun terkait dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuang yang dimaklumkan dalam RM17.66juta adalah sewaan bangunan ibu pejabat dan sembilan buah mahkamah rendah syariah daerah secara bill, lease dan transfer kepada Amanah Raya Berhad.
Seberapa lama lagi kita nak ni? Saya kurang pasti. Boleh saya bagi jawapan di luar nanti. 20 tahun ya? 20 tahun dimaklumkan tadi. Terima kasih. Jadi mungkin itu lebih murah daripada kita beli keseluruhan secara one-off. Dah jawab itu.
Kemudian mengenai soalan daripada Yang Berhormat Permatang tentang hakim dan penjawat awam. Buat masa ini yang sedang kita pertimbangkan adalah jawatan kontrak untuk Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Kontrak). Tetap tak boleh dibuat lagi kerana itu terikat dengan dasar JPA yang memerlukan kalau kita nak tambah satu, kita kena kurangkan satu. So, yang itu masih belum boleh dibuat. Tapi untuk melancarkan lagi urusan kes-kes mahkamah syariah, jawatan-jawatan kontrak ini akan diwujudkan dan sedang dibincangkan di peringkat negeri. Terima kasih.
Jadual B.27. Ya?
Saya nak jelaskan sikit supaya mungkin nanti takut keliru terutama kepada Ahli Dewan yang baru ya. Kalau bill, operate dan transfer ini sebenarnya adalah masalah warisan yang kita telah hadapi sejak 2008 ke atas ataupun 2006/2007 ke atas. Dan mungkin sewaan 20 tahun itu akan tamat dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Kalau ikut logik akalnya memang kita wajar beli tapi ni bill, operate and transfer maknanya kita akan (bill, lease and transfer) dan kita akan perolehi selepas 20 tahun aset-aset tersebut. Tapi memang ada isu-isunya dengan AmanahRaya ni. Bukan mudah. Dan sebenarnya Kerajaan Negeri dah membiayai agak kos yang tinggi untuk mengganti cermin yang pecah, struktur yang tidak teratur suatu ketika dulu. Jadi memang kalau ikutkan hati memang tak nak sambung. Tapi kita dah ada perjanjian dan we have to honour. Saya ingat dalam tempoh dua, tiga tahun lagi. Paling lambat mungkin 2028 kita akan dapat memiliki bangunan ini sepenuhnya untuk diselenggarakan supaya jelas kenapa kita teruskan bill, lease and transfer yang telah disebut. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya tertinggal satu jawapan lagi untuk Yang Berhormat Kuang tadi. Ditanyakan sewaan yang bertambah sebanyak RM677,000 itu. Itu bukan sewaan bangunan tapi RM600,000 untuk sewaan komputer dan RM77,000 lagi adalah mesin fotostat dan mesin Coway. Semuanya disewa. Terima kasih.
Jadual B.27 iaitu wang sejumlah RM44,549,800 untuk kepala B.27 Jabatan Kehakiman Syariah menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual B.29 Perbendaharaan Negeri (Perbelanjaan Am) RM278,294,732.
Ya Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada butiran 508010 pada muka surat 180.
Pertama, saya ingin memohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri tentang kod objek 11000 (gaji dan upahan). Kalau kita lihat jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam beberapa jabatan sebelum ini ianya merupakan peningkatan gaji tahunan. Tetapi untuk perkara Perbendaharaan Negeri Selangor pada ketika ini (2024) gaji dan upahan adalah RM4juta. Tetapi untuk 2025 peningkatannya naik kepada RM80juta. Jadi ini lebih daripada 3%. Jadi apakah perincian yang menyumbang kepada peningkatan daripada RM4juta kepada RM80juta untuk tahun 2025?
Begitu juga dengan kod objek 17000 (bayaran imbuhan tahunan dan bantuan kewangan). Pada tahun ini hanya RM10 sahaja untuk bantuan kewangan. Mungkin ini sebagai token yang diletakkan dalam Belanjawan. Tetapi untuk tahun 2025, ianya meningkat daripada RM10 kepada RM14.32juta. Sekali lagi ini satu peningkatan yang cukup signifikan yang mana Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk berkongsi dengan Dewan perincian yang dimaksudkan bagi tahun 2025.
Saya juga ingin beralih kepada kod objek 28000 (penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang dibeli). Ini juga saya ingin mendapat penjelasan kerana peningkatannya agak mendadak daripada RM10 kepada RM7.1juta. Jadi bolehkah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memperincikan tentang pembaikan kecil tetapi jumlahnya besar?
Saya beralih kepada kod objek 44000. Ini ada kaitan dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Pandan Indah pada pagi ini di mana beliau memaklumkan kepada Dewan bahawa semua perbelanjaan luar jangka yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri tidak terletak di bawah B.01 ataupun B.04 tetapi di bawah B.29. Jadi sekarang kita sedang bahaskan perkara B.29 melihat kepada kod objek 44000 (tuntutan insurans dan pampasan). Apakah ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pandan Indah bahawa di sinilah letaknya semua pembayaran-pembayaran luar jangka yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan? Kalau itulah maksud butiran dan kod ini, jumlah yang diletakkan bagi tahun 2025 hanya RM150juta. Sedangkan jawapan yang saya terima
daripada Dato’ Menteri Besar bagi tahun 2024 jumlah kewangan ataupun implikasi kewangan bagi pembayaran luar jangka mencecah RM300juta.
Kalau kita fokus hanya tahun 2024, masih ada kekurangan RM150juta kerana yang disebut dalam butiran ini hanya RM150juta tetapi pembayaran luar jangka yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2024 sahaja berjumlah RM300juta. Walaupun ini cadangan untuk tahun 2025, tetapi sebahagian besar daripada RM300juta ini dimasukkan di sini. Mengapa tidak dimasukkan keseluruhan pembayaran luar jangka bagi maksud tahun 2024?
Ini belum lagi untuk tahun 2023 yang saya juga ingin mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di mana butiran untuk pembayaran berjumlah RM194juta pada tahun 2023 kerana jumlah yang dipohon dan dicadangkan bagi tahun 2025 hanya sebahagian kecil daripada tanggungan yang akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2023 dan 2024. Jadi itulah empat perkara yang saya harap Kerajaan Negeri dapat membantu Dewan ini memberikan pencerahan dan perincian untuk pertanyaan selanjutnya. Dan saya percaya mungkin Dewan ini akan disambung hingga 6.30 petang, jadi kita boleh bincang panjang. Pukul 4. Terima kasih.
Terima kasih, ya, sudah pasti pertambahan yang sangat meningkat tinggi. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah berunjuran daripada RM4 juta kepada RM80 juta. Dan RM80 juta yang disebutkan itu adalah untuk menampung peningkatan 8 peratus SSPA yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan. Maknanya untuk sepanjang tahun hadapan, ada RM80 juta yang kita rumahkan di situ, untuk menampung perubahan juga peningkatan. Sedangkan tahun lepas, sebanyak RM4 juta itu adalah untuk menampung apa yang berlaku pada bulan 12, ataupun bulan Disember sebagaimana pengumuman berperingkat seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan.
Saya juga nak maklumkan tentang Kod Objek 17000, ini merupakan Objek baru, ataupun satu rumah baru kalau istilah yang digunakan di pejabat, untuk pemberian BKK. Sebelum ini, BKK diletakkan di Vot kan secara pukal B29, di bawah Perbendaharaan. Tapi sebab dah hampir setiap tahun, kita melaksanakan BKK tanpa gagal dengan jumlah-jumlah yang telah ditetapkan tersebut. Maknanya kita masukkan jumlah itu sebahagian daripada bonus ataupun pemberian khas kewangan untuk manfaat penjawat-penjawat awam di Negeri Selangor.
Dato’ Menteri Besar, kalau khusus fasal BKK, maknanya BKK ini setahun RM14 juta. Saya nak tanya yang itu dulu.
Jumlah kita, kalau satu bulan adalah RM35 juta. Dan kalau RM14 juta ini, adalah untuk tambahan. Tambahan kepada BKK yang telah dipukalkan di dalam B29 sebelum ini, atas keputusan pihak Kerajaan Negeri. Dan selepas ini boleh dirujuk.
Terima kasih. Bila saya merujuk kepada ucapan pembentangan Belanjawan Dato’ menteri Besar, ia dipecahkan kepada dua. Sebahagian dibayar pada tahun ini, sebahagian dibayar pada tahun hadapan. Sedangkan yang disebut di sini adalah bagi tahun 2025. Jadi apakah jumlah mencukupi untuk menampung pembayaran BKK bagi fasa pertama tahun ini? Kerana zaman kita dulu, sekarang saya tak kata zaman saya, zaman kita dulu, kita bayar semuanya pada tahun yang sama. Tidak dilanjutkan pada tahun berikutnya. Jadi kalau dilanjutkan pada tahun 2025, sebanyak RM14 juta, kalau dua bulan, maknanya negeri memerlukan RM70 juta. Kalau mengikut jawapan Dato’ Menteri Besar, sebulan RM35 juta, dua bulan BKK, RM70 juta. Maknanya Kerajaan Negeri sudah bersedia dengan peruntukan RM55 juta, untuk BKK bagi tahun 2024.
Ini adalah tambahan yang diperlukan untuk melengkapkan keseluruhan BKK tersebut, kerana BKK tersebut telah diletakkan di jabatan-jabatan, agensi-agensi ataupun di jabatan-jabatan dalam belanjawan-belanjawan terbabit. Jadi secara keseluruhannya cukup. Memang kalau jumlah keseluruhan yang diterima pada tahun ini adalah dua bulan setengah. Dan tahun depan kita akan menambah lagi sebulan, jadi akhir tahun, kemungkinan kita akan tambah lagi atau tak tambah lagi, bergantung kepada prestasi semasa. Jadi jumlah itu sudah pasti adalah jumlah yang mencukupi berdasarkan pelan kewangan yang sebetulnya.
OS RM44,000.00, adalah tuntutan insurans merupakan tuntutan bayaran mahkamah yang perlu dibuat pada tahun 2025. Dan sebahagian daripada tambahan-tambahan 2024 dan 2023 itu sebenarnya sudah mencukupi kerana saban tahun, kita meletakkan sasaran tertentu dalam tanggungan-tanggungan itu. Cuma kadang-kadang kita perlu tambah kerana kita tak ada kepastian lagi masa perbincangan-perbincangan dilakukan untuk memutuskan. Sebab apa benda saya jawab tadi, tentang hutan simpan ataupun konsesi balak. Itu belum ada. Tapi kita kena letakkan satu angka yang agak munasabah, di samping meneliti perkembangan kes-kes yang berlangsung dalam tempoh yang terbabit. Jadi sebahagian daripada perkara-perkara ini memang diletakkan di bawah tanggungan, kerana ia tanggungan yang harus dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Jadi angka-angka itu saya jelaskan secara bertulis, supaya Yang Berhormat lebih faham, bagaimana nilai itu cukup dengan tambahan-tambahan yang kita laksanakan pada perbelanjaan-perbelanjaan tambahan. Terima kasih.
Dato’ Menteri Besar, kalau merujuk kepada senarai tuntutan ini, agak panjang, yang melibatkan kos RM500 juta. Jadi kalau di peruntukan RM150 juta bagi tahun 2025, apakah Kerajaan Negeri boleh memberikan senarai keutamaan daripada mereka yang menuntut ini, siapa yang akan diberikan keutamaan untuk diselesaikan bagi tahun 2025 dengan jumlah RM150 juta.
Sebahagian daripada tuntutan-tuntutan itu bukan kita bayar wang lumpsum atau bullet payments, dengan izin, satu bayaran terus. Tapi nilai-nilai itu kadang-kadang kita bayar stagged, daripada tahun ke tahun berdasarkan perbincangan dengan pihak terbabit. Dan ada perkongsian pulak dengan jabatan yang terbabit. Satu contoh, satu kes saya tadi, ia melibatkan MBI. MBI selesaikan part dia, dan kerajaan negeri menanggung sebahagian part kita. Kerana pembangunan yang dibuat itu, dilaksanakan oleh MBI sebagai contoh. Tapi pengambilan dibuat oleh pihak kerajaan negeri. Jadi kedua-dua pihak ini terbeban dengan tanggungjawab tersebut. Dan kita selesaikan dengan kaedah perbincangan dan dibayar dengan tahun demi tahun. Kadang-kadang, tahun ini, adalah nilai tertentu, dan tahun depan nilai tertentu, dan tahun depan nilai tertentu. Itu jumlah keseluruhan. Dan senarai prioriti, itu, kita lihat senarai perbincangan kitalah, dengan pihak terbabit kerana ia adalah bernilai muktamad dan bila nak dilunaskan, mengambil masa, melihat kedudukan Kerajaan Negeri. Saya rasa cukup, cuma kita pun tak nak menghabiskan semua tuntutan ini, semata-mata untuk tak nak ada kes mahkamah. Tapi kita meneliti case by case kerana, kadang-kadang kes itu memang advise lawyer daripada pihak KAMAR, baik peguam daripada luar, kita ambil itu, seolah-olah memang dah ada jalan buntu. Kalau kita teruskan pun, tidak akan ke mana-mana dan tak bawa manfaat kepada apa-apa dan tanah itu tidak akan tidak boleh dimajukan dan akhirnya tidak dapat dibangunkan. Itu antara justifikasi ataupun penilaian yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri, yang kadang-kadang, ia bukan masalah. Kalau fikirkan secara personel, Yang Berhormat, bukan masalah saya pun. Sebab saya datang, masalah tu, dah adapun. Kita kena selesaikanlah supaya tidak memberikan kesan berpanjangan kepada kerajaan negeri. Sebagaimana yang kita lihat di kerajaan persekutuan, baru-baru ini. Di Damansara, yang tanah itu bertahun-tahun tak dibincangkan, datang ke court, dan akhirnya, bangunan kerajaan, terletak kepada kawasan yang dituntut oleh mana-mana individu dan syarikat. So, kita melihat risiko kepada risiko-risiko tertentu, yang mana risiko itu akan beri kesan jangka panjang kepada rakyat dan juga kepada pentadbiran Kerajaan Negeri.
Dato’ Menteri Besar, satu lagi, Kod 28000, belum dijawab.
28000 ini adalah kerja-kerja ubahsuai di ruang-ruang pejabat di bangunan Setiausaha kerajaan Negeri. Kebanyakan daripada pejabat-
pejabat itu sudah berusia daripada lebih 15 tahun, tidak diubahsuai, keadaan tandas yang rosak, kehadiran kawasan awam, yang galeri awam yang tidak sempurna. Walaupun ia perubahan kecil, tapi kebanyakannya perlu dinaik taraf. Dan kita lanjutkan untuk naik taraf, bangunan-bangunan pejabat-pejabat termasuk sebahagian pejabat EXCO yang memerlukan tambahan, supaya mampu untuk menerima operasi dan juga urusan kerja yang semakin bertambah. Terima kasih.
Jadual B.29 – iaitu wang sejumlah RM278,294,732.00 (Dua Ratus Tujuh Puluh Lapan Juta Dua Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu Tujuh Ratus Tiga Puluh Dua) untuk Kepala B.29 – Perbendaharaan Negeri (Perbelanjaan Am) menjadi sebahagian dari Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan perlu bersidang semula.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih belum selesai, maka Dewan pada hari ini perlu disambung. Saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan Usul.
Dengan ini saya menangguhkan, tidak ada..(Ketawa).
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini, mengikut Peraturan 11 dan Peraturan Tetap Dewan Negeri hendaklah dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah disokong, saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Dewan bersidang semula sebagai Jawatankuasa Perbekalan.
Ya, Setiausaha Dewan.
Jadual B.30 – Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor, RM3,030,300.00 (Tiga Juta Tiga Puluh Ribu Tiga Ratus).
Ya, Yang Berhormat Sungai Ramal.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam tajuk, B.30 Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor ini. Yang pertama, butiran 11000, gaji dan upahan, yang menyatakan tahun 2024, sebanyak RM128,000.00 dan 2025 RM18,000.00 sahaja. Saya teringat kepada Sidang yang lepas, Yang Berhormat Seri Setia tentang kesungguhan kita meminda satu Undang-undang bagi menambah perjawatan Timbalan Pendakwa Syarie Negeri Selangor. Alhamdulillah telah diluluskan. Cumanya tidak nampak angka di sini. Dan saya faham, jawatan itu belum diwujudkan. Sedangkan keperluan kita, keperluan jawatan ini sangat tinggi katanya. Jadi apakah sebenarnya jumlah pengurangan RM100,000.00 itu, 2024 hingga 2025, hanya sekadar RM18,000.00 tanpa melibatkan perjawatan baru, Timbalan Pendakwa Syarie.
Yang kedua, butiran 21000, perbelanjaan perjalanan dan sara hidup. Yang saya nak tanyakan, RM24,000.00 sewaan. Yang kedua-duanya menunjukkan angka, RM9,000.00. Apakah bermaksud yang pertama itu, perbelanjaan itu bermaksud, tugasan luar pendakwa syarie ketika bekerja di luar kawasannya ataupun bagaimana. Dan yang sewaan itu pula bagaimana. Ia tak menyebut tentang sewaan bangunan, tidak ada. Sewaan ini daripada aspek mana yang kita pakai. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi.
Ya, Kota Damansara
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin tengok butiran 50500, muka surat 184, bagi Kod 14000, elaun lebih masa. Kalau kita tengok, banyak kes-kes khususnya kes-kes undang-undang syarie yang masih lagi kita panggil dengan izin back lock, ada keperluan. Sebab kalau kita tengok, majoriti kes-kes undang-undang syarie ini, kes-kes cerai atau lebih kepada kekeluargaan. Jadi apabila kes-kes ini menyebabkan, bila saya tengok tiada jumlah penambahan yang signifikan dalam elaun lebih masa ini, saya, consent saya,
ialah menjadi masalah kepada mereka yang menunggu jumlah kes mereka yang sedang akan dibicarakan, pertama.
Kedua, saya kembali kepada Kod Objek 11000, gaji dan upahan, yang mana pada tahun lepas, Alhamdulillah, ada penambahan, RM RM128,000.00. Jadi pada tahun ini, hanya penambahan sikit, kalau andai kata dasar baru, ada RM18,000.00. Cuma saya tanya pada pihak kerajaan, bagaimana kalau andai kata ada berapa banyak jumlah yang masih lagi di kalangan pendakwa raya yang perlu ditambah untuk memastikan kes-kes khususnya di Selangor mempunyai masalah. Maklumlah, kalau kat Selangor, kalau artis pun kalau kahwin, kalau cerai pun kat Selangor juga. Jadi dia ada, selalu kes-kes yang macam tu, dia cepat, tapi kalau macam orang-orang biasa, dia ada masalah sikit. Bila kes-kes mereka ada sedikit lambat untuk diuruskan. Jadi saya minta mohon penjelasan daripada pihak kerajaan negeri. Terima kasih.
Ya, silakan, penjelasan daripada kerajaan.
Terima kasih Tuan speaker, saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sungai Ramal. Yang pertama, mengenai pertambahan elaun 2024, 2025. Kalau kita lihat angka keseluruhan, ternyata angka pada tahun 2025 itu lebih signifikan tinggi daripada 2024. Dan di sini sebenarnya, kenaikan baru yang ditambah dalam dasar baru RM18,000.00 ini, pada tahun depan, adalah kenaikan gaji dua orang kakitangan secara time based kecemerlangan dan kemasukan pegawai LS29 yang baru. Jadi ada pertambahan kakitangan yang dimaksudkan di situ.
Untuk bahagian kedua, dibawah Kepala 21000 yang bernilai RM9,000.00 yang ini adalah penambahan amaun tuntutan menjalankan tugas rasmi dan waran udara. Selanjutnya di bawah sewaan 24000 yang ini dengan jumlah penambahan sebanyak RM9,000.00 ini sebenarnya adalah sewaan lagi sekali mesin photostat. Saya kadang-kadang Kehakiman dan Syariah ini photostat dengan coway lah perlu didigitalkan lah saya rasalah kot. Kontrak sewaan baru ini akan bermula pada April 2025 dan soalan Yang Berhormat Kota Damansara, elaun lebih masa untuk ialah saya setuju kalau perlu ditambah masa perlu ditambah, secara keseluruhan memang dah ditambah tetapi tak signifikan.
Cuma soalannya kenapa berlaku kelewatan. Ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan sama ada soal hakim atau pendakwa tidak mencukupi ataupun ada juga kebanyakan kes-kes yang bila dah dipanggil ke mahkamah untuk bersidang, saksi dan juga tertuduh tidak hadir. Jadi terpaksa diadjust dan bila diadjust yang ini yang lain pun akan terjejas sama. Jadi saya rasa ada soal pengurusan di situ. Specifically kalau berapa banyak
hakim ataupun pegawai yang kita nak tambah angka tu perlu saya rujuk semula lah kepada pihak JPSS yang saya bekalkan kemudian. Terima kasih.
Jadual B.30 – iaitu wang sejumlah RM3,030,300.00 (Tiga Juta Tiga Puluh Ribu Tiga Ratus) untuk Kepala B.30 Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jumlah Perbekalan, Ringgit Malaysia Dua Bilion, Lapan Ratus lapan Puluh Lima Juta, Enam Ratus Empat Puluh Tujuh Ribu, Satu Ratus (RM2,885,647,100.00).
Jumlah Perbekalan Dua Bilion, Lapan Ratus lapan Puluh Lima Juta, Enam Ratus Empat Puluh Tujuh Ribu, Satu Ratus (RM2,885,647,100.00) menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Fasal 1 dan Fasal 2.
Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual.
Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dimaklumkan ke Dewan Negeri sekarang.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula. Ya, Pencadang.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan diperingkat Jawatankuasa Perbekalan dan telah dipersetujui tanpa apa-apa pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2024Bill
Bacaan kali yang ketiga. Rang Udang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan 2025. Aturan Mesyuarat seterusnya, Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2024. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja, 1959.
Pencadang.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2024 perlu dipinda di bawah peruntukan bagi Kelas Tiga (III) dan Kelas Empat (IV).
Bagi Kelas Ketiga ataupun Kelas Tiga (III), peruntukan telah bertambah daripada RM7,651,788.00 (Tujuh Juta Enam Ratus Lima Puluh Satu Ribu Tujuh Ratus Lapan Puluh Lapan) kepada RM7,966,734.00 (Tujuh Juta Sembilan Ratus Enam Puluh Enam Ribu Tujuh Ratus Tiga Puluh Empat) iaitu peningkatan sebanyak RM314,946.00 (Tiga Ratus Empat Belas Ribu Sembilan Ratus Empat Puluh Enam). Pertambahan berkenaan adalah disebabkan pengiraan dan pelarasan emolumen kakitangan tetap Pejabat Istana.
Bagi Kelas Empat (IV), peruntukan telah bertambah daripada RM17,011,542.00 (Tujuh Belas Juta Sebelas Ribu Lima Ratus Empat Puluh Dua) kepada RM20,535,496.00 (Dua Puluh Juta Lima Ratus Tiga Puluh Lima Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Enam) iaitu peningkatan sebanyak RM3,523,954.00 (Tiga Juta Lima Ratus Dua Puluh Tiga Ribu Sembilan Ratus Lima Puluh Empat). Pertambahan ini diperlukan bagi penggantian peralatan serta kenaikan emolumen kakitangan kontrak Pejabat Istana bagi tahun 2025.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli sekalian, dengan penjelasan pelarasan-pelarasan tadi, saya mencadangkan satu Rang Undang-undang bernama Enakmen DiRaja (Pindaan) 2024 dibacakan kali kedua.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pihak kerajaan jika ingin menggulung atau memberi apa-apa penjelasan tentang perkara yang dibangkitkan. Kalau tidak ada maka dengan ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian cadangan di hadapan Dewan ini ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan Kali Yang Kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja 1959.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1.
Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibawa dan dipersetujui di peringkat Dewan Negeri.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2024 (Semua Peringkat)Bill
Bacaan Kali Ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan 2024).
Aturan seterusnya Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2024 (Semua Peringkat). Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Pencadang.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan sekalian. Rang Udang-undang ini untuk memberi kuasa statutory bagi bayaran tambahan tertentu dibuat untuk perkhidmatan negeri tahun 2024 yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang sedia ada.
Melalui Enakmen Perbekalan tahun 2024 yang telah dibacakan tahun 2023 yang telah diluluskan pada 22 November 2023, sejumlah RM2,467,626,700.00 (Dua Bilion, Empat Ratus Enam Puluh Tujuh Juta, Enam Ratus Dua Puluh Enam Ribu dan Tujuh Ratus) telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan tahun 2024. Berpandukan kepada kewangan semasa, terdapat kekurangan peruntukan bagi jabatan tertentu. Sehubungan itu, Enakmen Perbekalan Tambahan (No.1) sebanyak RM190,000,000.00 (Satu Ratus Sembilan Puluh Juta) adalah diperlukan untuk menampung kekurangan tersebut. Peruntukan tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
B29 Perbendaharaan Negeri sebanyak RM150,000,000.00 (Satu Ratus Lima Puluh Juta) untuk Perbelanjaan Am. B06 adalah Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM40,000,000.00 (Empat Puluh Juta) yang menjadikan keseluruhannya sebanyak RM190,000,000.00 (Seratus Sembilan Puluh Juta). Peruntukan tambahan bagi maksud Bekalan B29 – Perbendaharaan Negeri (Perbelanjaan Am), sebanyak RM150,000,000.00 (Satu Ratus Lima Puluh Juta) adalah untuk menampung kekurangan berikut:
i) RM8,000,000.00 (Lapan Juta) diperlukan bagi menampung pelarasan kenaikan Skim Gaji Penjawat Awam Tahun 2024 kepada semua penjawat awam (berkuat kuasa Disember 2024); ii) Sebanyak RM94,000,000.00 (Sembilan Puluh Empat Juta) diperlukan untuk menampung tambahan peruntukan Jabatan yang dijangka tidak mencukupi berdasarkan trend perbelanjaan Jabatan sehingga Disember 2024 bagi peningkatan bayaran utiliti, bantuan geran Kerajaan Negeri, kos sewaan, kenaikan SST kepada 8% dan penyelenggaraan bangunan dan kenderaan Jabatan; iii) Yang Ketiga, sebanyak RM33,000,000.00 (Tiga Puluh Tiga Juta) diperlukan untuk menampung pemberian Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dibayar pada Februari 2024 yang lalu; iv) Dan sebanyak RM15,000,000.00 (Lima Belas Juta) diperlukan bagi menampung penambahan siling Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Selangor.
Peruntukan tambahan bagi maksud bekalan B06 – Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan, sebanyak RM40,000,000.00 (Empat Puluh Juta) dikehendaki untuk menampung kekurangan bagi projek-projek di bawah Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu pertama:
i) RM12,000,000.00 (Dua Belas Juta) diperlukan untuk menampung bayaran Rawatan Tanah Integrated Solid Waste Management Center (Pengurusan Sisa Pepejal) di Jeram; ii) Yang Kedua, sebanyak RM12,000,000.00 (Dua Belas Juta) diperuntukkan bagi menampung bayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang menerima kemasukan anggota-anggota yang begitu ramai dan mendadak; iii) Dan Yang Ketiga Sebanyak RM16,000,000.00 (Enam Belas Juta) diperlukan bagi menampung bayaran Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang di dalam pelbagai.
Yang Berhormat, dengan penjelasan yang diberikan tadi, saya mencadangkan satu Enakmen Perbekalan Tambahan No. 1 (2024) menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan, untuk perbelanjaan tambahan 2024 berjumlah RM190,000,000.00 (Satu Ratus Sembilan Puluh Juta) bagi peruntukan wang itu dalam maksud yang ditentukan untuk bacaan Kali Yang Kedua.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Ya, Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya mendengar pembentangan belanjawan-belanjawan tambahan yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar sebentar tadi untuk memohon peruntukan tambahan berjumlah RM150,000,000.00 bagi Perbelanjaan Am dan RM40,000,000.00 sebagai Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
Kerajaan Negeri sedia maklum pandangan yang sering saya tegaskan dalam Dewan Negeri bahawa sementara belanjawan tambahan ini dibenarkan dan dibolehkan, untuk tujuan-tujuan tertentu khususnya perbelanjaan semasa kecemasan, pandemik, ataupun berlaku bencana alam, malapetaka yang di luar jangka. Maka Kerajaan Negeri boleh memohon sejumlah peruntukan tambahan bagi maksud menangani dan menguruskan perkara-perkara yang digariskan tadi. Tetapi ada juga perkara-perkara yang boleh kita rancang perbelanjaannya daripada awal tahun. Ketika Dato’ Menteri Besar membentangkan belanjawan setiap tahun sudah tentulah ada pasukan yang memberikan nasihat, pandangan dan input kepada Kerajaan Negeri. Sama ada daripada Jabatan ataupun agensi mahupun pihak swasta dan komuniti perniagaan supaya perbelanjaan yang dirancang dan dibentangkan itu, ianya lebih berhemah dan menepati kehendak dan aspirasi negeri dan juga rakyat dalam negeri yang berkenaan. Dalam konteks pembentangan pada petang ini, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri tentang Perbelanjaan Am yang dibentangkan sejumlah RM150,000,000.00.
Saya percaya Dewan boleh menimbangkan perkara yang pertama iaitu pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam tahun 2024. Perikatan Nasional tidak pernah membantah ataupun menghalang sebarang pengiktirafan kepada sumbangan besar anggota perkhidmatan awam sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri. Kerana kita harus menerima hakikat bahawa anggota perkhidmatan awam di negara dan negeri kita ini merupakan satu unit yang boleh kita banggakan dari segi prestasi mereka, komitmen mereka, profesionalisme mereka, dan integriti anggota perkhidmatan awam yang senantiasa berkhidmat untuk membangunkan negara dan negeri. Sudah tentulah apabila ada keperluan-keperluan seperti ini untuk mengiktiraf sumbangan besar mereka kepada pembangunan negara dan negeri, kita akan bersetuju dan mendukung pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam tahun 2024 yang berkuat kuasa mulai 01 Disember 2024 yang lalu. Oleh sebab pengumuman dan keputusan itu dibuat setelah Negeri Selangor belanjawan 2024, maka keperluan untuk mendapatkan peruntukkan tambahan sebanyak Lapan Juta Ringgit bagi pelarasan yang dimaksudkan, saya boleh menyokong dan mendukung permohonan tersebut.
Tetapi, kalau kita lihat perkara yang kedua, yang memerlukan penjelasan yang lebih teliti daripada Kerajaan Negeri. Ketika membentangkan belanjawan tambahan ini, Dato’ Menteri Besar menyebut bahawa peruntukkan sejumlah Sembilan Puluh Empat Juta
Ringgit ini diperlukan oleh beberapa jabatan yang dijangka tidak mencukupi berdasarkan trend perbelanjaan sehingga Disember tahun 2024. Tetapi perkara-perkara yang dicerakinkan dalam butiran ini adalah bayaran utiliti, bantuan geran Kerajaan Negeri, kos sewaan. Perkara-perkara ini pada pandangan saya kita boleh jangka dan kita boleh rangka daripada awal. Kita tahu berapa banyak bangunan, aset dan premis yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan kita juga sedia maklum berapakah bayaran utiliti sama ada electricities ataupun utilities yang lain yang telah dibelanjakan oleh jabatan dan agensi yang berkenaan bagi setiap tahun.
Begitu juga dengan kos sewaan, mungkin ada premis ataupun bangunan yang perlu disewa oleh Kerajaan Negeri, bagi memenuhi keperluan jabatan dan agensi. Kalau sewaan ini saya amat yakin kita boleh meletakkan satu jumlah daripada awal pembentangan belanjawan dan tidak ada keperluan untuk kita datang semula ke Dewan ini untuk memohon tambahan bagi maksud sewaan. Begitu juga dengan bantuan geran Kerajaan Negeri. Saya percaya dalam melaksanakan tanggungjawab, keadilan sosial dan membantu rakyat di Negeri Selangor ini, Kerajaan Negeri telah meletakkan beberapa inisiatif dan juga program bagi membantu rakyat di Negeri Selangor ini untuk tujuan-tujuan tertentu. Ataupun geran-geran yang perlu diberikan kepada pihak berkuasa tempatan, bagi maksud yang kita bincangkan dalam perbahasan di peringkat dasar. Maka saya lihat perkara yang kedua ini, ianya lebih cantik sekiranya perkara-perkara ini dapat dibincangkan dan diputuskan di peringkat awal pembentangan awal dan tidak dimasukkan dalam belanja tambahan.
Perkara yang ketiga, ini juga saya kira boleh kita pertimbangkan kerana pembayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam tahun 2024. Cuma saya nak mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri, kerana ada istilah insentif awal kajian. Apakah Tiga Puluh Tiga Juta ini diperlukan untuk maksud melakukan kajian sistem saraan perkhidmatan awam, kerana pada pandangan saya, kajian yang menyeluruh telah dilakukan oleh JPA dan di peringkat persekutuan, maka di peringkat negeri hanyalah pelaksanaan untuk menyelaraskan kenaikan skim gaji penjawat awam ataupun membayar insentif bagi sistem saraan perkhidmatan awam. Ataupun ada kajian-kajian lain yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri sehingga melibatkan satu jumlah yang besar, sebanyak Tiga Puluh Tiga Juta Ringgit.
Yang keempat tentang tambahan siling Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan sebanyak Lima Belas Juta Ringgit. Ini juga saya kira boleh kita bincang dan putuskan di peringkat awal pembentangan belanjawan 2024 ataupun belanjawan tahunan, kerana isu perumahan ini satu isu yang cukup mendesak di Negeri Selangor, sudah tentulah Kerajaan Negeri mempunyai beberapa inisiatif dan insentif termasuk membantu Lembaga Perumahan Hartanah Selangor ataupun beberapa agensi yang lain untuk
merancakkan lagi pembangunan perumahan khususnya perumahan mampu milik dan kos rendah di dalam Negeri Selangor ini.
Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh dalam perbahasan ini, ialah Caruman Wang Kumpulan Pembangunan. Disebut tadi, Empat Puluh Juta yang dipohon ini, pecahannya adalah antaranya Dua Belas Juta Ringgit untuk Skim Mesra Usia Emas. Sekali lagi ini adalah inisiatif lama yang telah sama-sama kita laksanakan, bukanlah satu dasar baru yang memerlukan satu penambahan dana di pertengahan jalan. Sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mempunyai data dan statistik, berapakah keperluan tahunan untuk program Skim Mesra Usia Emas ini, kerana ianya telah di jalan dan telah dilaksanakan, saya ingat sudah lebih sepuluh tahun, maka program-program seperti ini bukan satu program baru yang memerlukan peruntukan tambahan dan ianya boleh dirancang di peringkat awal.
Satu perkara lain yang juga saya ingin menyentuh sekali lagi walaupun saya telah membawa perkara ini dalam perbahasan dasar dan Dato’ Menteri Besar mencadangkan, eloklah saya merujuk perkara ini dalam sesi peruntukkan belanja tambahan ini. Iaitu antara perkara yang akan bayar Seratus Lima Puluh Juta Ringgit ini termasuk dalam pembayaran luar jangka. Yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri, kerana kalau saya lihat senarai yang dikemukakan oleh Dato’ Menteri Besar kepada saya, ketika saya mengemukakan soalan bertulis tentang implikasi kewangan bagi pembayaran luar jangka, yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi menampung perbelanjaan dan penyelesaian kes-kes mahkamah untuk tahun 2023 dan 2024. Butiran lima yang pertama adalah sama dengan nota untuk belanja tambahan.
Tetapi seperti yang saya sebut sebelum ini, ada lagi kos-kos lain yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri, tetapi tidak dimasukkan dalam belanja tambahan ataupun belanja perbelanjaan mengurus tambahan ini. Saya ingin sekali lagi menyatakan mengikut rekod yang ada ditangan saya bagi tahun 2023, pembayaran luar jangka yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bernilai Seratus Sembilan Puluh Empat Juta Ringgit, manakala bagi tahun 2024 jumlah implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah Tiga Ratus Juta Ringgit. Tetapi yang dipohon untuk belanja mengurus tambahan hanya Seratus Lima Puluh Juta Ringgit. Ini bermakna ada berbaki sebanyak Tiga Ratus Lima Puluh Juta Ringgit lagi. Di manakah butiran ini, di manakah sumber pembiayaan untuk menampung implikasi kewangan akibat perbelanjaan luar jangka yang telah saya cerakinkan tadi.
Jadi saya berharap, sementara kita boleh menimbangkan beberapa perkara untuk tujuan menguruskan perbelanjaan tambahan ini, saya juga sekali lagi ingin mengingatkan semua pihak supaya perbelanjaan mengurus tambahan ini dapat di teliti dengan cermat
dalam setiap pembentangan belanjawan pada setiap tahun, supaya Kerajaan Negeri tidak perlu lagi tampil ke dalam Dewan untuk memohon belanja tambahan bagi perkara-perkara yang boleh dirancang dan diputuskan dengan lebih awal. Terima kasih Tuan Speaker dan saya berharap penjelasan yang teliti oleh pihak Kerajaan Negeri sebentar lagi, terima kasih.
Itu saja. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pihak kerajaan jika ingin menggulung atau memberikan apa-apa penjelasan tentang perkara-perkara yang telah dibangkitkan tadi.
Terima kasih Timbalan Speaker, Ketua Pembangkang, atas soalan yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang berkenaan dengan perbelanjaan tambahan dan terima kasih di atas saranan khususnya sokongan sebulat suara untuk kita sama-sama menerima kenaikan ataupun pelarasan skim gaji penjawat awam tahun 2024 dan juga kesan-kesan lain sebagai contoh adalah peningkatan bayaran kenaikan sst sebanyak 8 peratus dan tidak ketinggalan adalah berkenaan dengan kajian.
Suka saya nak maklumkan, kajian yang disebutkan ini adalah kajian kepada kerajaan persekutuan. Jadi tajuknya itu adalah kajian pelarasan gaji penjawat awam, jadi pada belanjawan tahun 2024, perdana menteri telah umumkan ada tambahan yang diberikan kepada penjawat-penjawat awam seluruh Malaysia dalam amaun tertentu pada ketika itu. Yang akan dibayar pada Februari, kalau tak silap saya Lima Ratus ke Empat Ratus Ringgit, lebih kurang nilainya. Dan itu adalah bentuk kajian, bukan kita buat kajian baru Yang Berhormat, tetapi itu adalah sebahagian kajian pelaksanaan, maknanya pendahuluan terhadap pelarasan yang telah dilaksanakan ataupun yang telah diumumkan pada Mei tahun 2024 dan seterusnya dilaksanakan kali pertama pada bulan 12 dan seterusnya pada sepanjang tahun 2025 akan datang.
So, ia tajuknya kajian, kita tak buat kajian, tetapi kajian itu dalam bererti diberikan pengumuman tertentu kenaikan ataupun bayaran tertentu one-off kepada penjawat-penjawat awam yang kemudiannya diberikan pula untuk kali pertama kepada semua penjawat awam termasuk di Negeri Selangor dan ia memberi kesan kepada keseluruhan tujuh belas juta rakyat di Negeri Selangor, tujuh belas juta penjawat awam Negeri Selangor, tujuh belas ribu penjawat awam Negeri Selangor yang perlu kita bayarkan dan kita selesaikan.
Perkara kedua berkenaan dengan utiliti. Utiliti ini adalah berkenaan dengan lampu-lampu jalan dan lampu-lampu jalan ini adalah lampu-lampu bagi jalan-jalan baru yang telah disiapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Dan sebagaimana sedia maklum, kadang-
kadang ada projek tertentu mengalami kelewatan dan sebagainya, dan juga ada juga kesan-kesan kenaikan daripada kesan utiliti, peningkatan electricity dan sebagai terhadap lampu-lampu jalan, lampu isyarat dan kelengkapan-kelengkapan jalan yang memerlukan keperluan utiliti untuk jalan-jalan baru. Jadi nilai itu adalah nilai untuk kelengkapan-kelengkapan tersebut.
Manakala untuk bantuan geran. Sebenarnya kita tumpu kepada dua institusi, iaitu UNISEL dan juga Universiti Islam Selangor. UNISEL sudah pasti sedang mengalami satu proses perubahan untuk ke arah teknikal dan vokasional dan kita sediakan peruntukan tambahan kepada mereka sebanyak Dua atau Tiga Juta, Tiga Juta untuk tahun-tahun ini tahun 2024, supaya boleh menampung beberapa proses-proses perubahan. Dan begitu juga geran ini kita berikan kepada Universiti Islam Antarabangsa Selangor untuk mereka menggunakan sebahagiannya selepas dinaik taraf menjadi full Universiti ataupun menjadi Universiti penuh pada tahun 2023. Dan itu adalah geran yang kita siapkan keseluruhan untuk Sembilan Puluh Empat Juta yang kita siapkan tadi. Yang Berhormat, manakala pula saya nak maklumkan berkenaan ...
Mencelah, ini tentang Bantuan Geran, di mana Dato’ Menteri Besar memaklumkan ada dua institusi. Ada dua (2) institusi yang terlibat dalam Bantuan Geran Kerajaan Negeri iaitu UNISEL dan juga Universiti Islam Selangor. Oleh kerana, dalam jawapan awal tadi Dato’ Menteri Besar belum dapat memberikan satu jumlah yang tepat tentang jumlah Geran yang diberikan kepada UNISEL, jumlah Geran yang diberikan kepada Universiti Islam Selangor. Saya berharap mungkin selepas ini Dato’ Menteri Besar boleh memberikan secara bertulis atau pun ada bantuan sokongan daripada Pegawai Kewangan Negeri untuk memberikan angka yang tepat kerana saya nak tahu berapa UNISEL dapat dan berapa Universiti Islam Selangor dapat. Itu yang pertama.
Yang kedua, sekali lagi saya nak berhujah bahawa pemberian Geran ini tidak sewajarnya berlaku dalam Belanja Tambahan kerana setiap institusi itu ada perancangannya. Sama ada dia dapat taraf universiti atau pun ada perkembangan lain, setiap institusi yang diurus oleh pengurus yang bertanggungjawab termasuk sahabat saya daripada Paya Jaras yang pernah mengepalai KUIS ketika itu. Kita merancang pembangunan Universiti dan Institusi Islam ini dalam satu tempoh yang panjang. Ianya tidak diberikan secara adhoc sama ada dalam bentuk pembangunan di UNISEL ketika itu dan juga KUIS atau pun belanja-belanja mengurus. Mungkin untuk meningkatkan kepakaran, kemahiran, pensyarah yang bertaraf PHD atau pun Masters. Ini semua perlu dirancang daripada awal dan tidak berlaku di hujung tahun dengan memberikan peruntukan tambahan.
Jadi, saya pohon Dato’ Menteri Besar dapat membantu kami di Dewan ini. Pertama, jumlah Geran yang sebenar diberikan kepada UNISEL dan juga Universiti Islam Selangor dan perkara ini perlulah di bawa dalam perbincangan awal di kedua-dua universiti ini supaya Kerajaan Negeri dapat menyusun belanja yang lebih berhemah untuk tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih.
Saya boleh berikan sekarang. RM3 juta kita berikan kepada UNISEL dan RM8 juta kita berikan kepada Universiti Islam Selangor. Masing-masing ada isunya yang tersendiri yang harus mereka tangani yang dikemukakan hanya pada pertengahan tahun atau pun pada suku ketiga tahun 2024. Sebahagiannya disebabkan oleh beberapa perancangan-perancangan yang mereka laksanakan. Sebagai contoh UNISEL telah diberikan pengiktirafan atau pun diberikan list masukkan dalam senarai MTUN (ataupun Universiti-UniversitiTeknikal dan Vokasional) oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Timbalan Perdana Menteri. So, dengan perubahan tersebut, kita mulakan beberapa projek-projek teknikal dan vokasional itu kebanyakannya dengan pilot-pilot project sebagai menunjukkan inisiatif. Tetapi apabila kita dimasukkan dalam inisiatif teknikal dan vokasional itu sudah pasti ada nilai-nilai tambah yang perlu kita laksanakan dengan RM3 juta yang kita peruntukan.
Dengan Universiti Islam Selangor pula sebenarnya adalah permohonan daripada universiti terbabit setelah meneliti kepada lonjakan pertambahan perbelanjaan yang mereka perlu hadapi. Antara perkara yang perlu mereka hadapi sebelum ini ialah berkenaan dengan tuntutan terhadap penggunaan asrama mereka yang masih belum selesai sepenuhnya dan sekarang sedang dibincangkan oleh pihak terbabit dan juga kesan daripada beberapa kekurangan kemasukan pelajar yang menyebabkan secara keseluruhan KUIS terpaksa memohon peruntukan tambahan atau pun memohon bantuan Geran daripada Kerajaan Negeri supaya universiti itu tidak perlu berhutang atau pun tidak perlu menanggung perbelanjaan yang lebih besar terhadap kos-kos yang perlu mereka tanggung sebagai sebuah Universiti penuh atau pun universiti yang telah diiktiraf oleh kerajaan.
Yang Berhormat sekalian, saya juga nak maklumkan berkenaan dengan SMUE. Saya rasa sebanyak RM12 juta yang diperlukan untuk rawatan tanah Integrated Solid Waste Management Centre ni saya rasa semua boleh faham kerana kita nak buat Waste To Energy jadi ketika nak memulakan projek tersebut di Tanjung 12 (kalau tidak silap saya), kita perlu memulihkan, maafkan saya bukan Jeram ya di Tanjung 12 tahun depan ni kita nak mula dan tahun depan kita sediakan peruntukan tanah untuk pengambilan tetapi ini adalah untuk rawatan-rawatan kepada kawasan yang telah didirikan sebagai tempat landfill atau pun kawasan-kawasan pembuangan sampah.
Bagi SMUE saya faham sebenarnya ada beberapa tarikan baharu untuk SKIM Mesra Usia Emas terutamanya selepas tahun 2023 iaitu selepas tertubuhnya gabungan perpaduan. Dulu tak banyak warga emas yang memohon tapi selepas Gabungan Perpaduan wujud, warga emas lebih ramai menyertai Skim Usia Emas ini. Dan ia sedikit sebanyak bukan sebab political sahaja Yang Berhormat tetapi juga disebabkan peningkatan bayaran atau pun peningkatan jumlah RM150 yang kita telah putuskan pada tahun 2023 dan menjadi tarikan baharu sebab mengambil masa 1 tahun pendaftaran-pendaftaran baharu kalau tidak sebelum ini apa yang berlaku ni Yang Berhormat sebenarnya kalau bergantung kepada pendaftaran sedia ada dia tak jadi masalah. Yang jadi masalah ini adalah pendaftaran baharu. Bila pendaftaran baharu sudah pasti jumlah tebusan-tebusan terhadap kad-kad jom shopping yang kita keluarkan itu sudah menjadi agak overwhelming (dengan izin) ataupun agak banyak dan pusat-pusat Khidmat sebenarnya menanggung kos yang begitu tinggi kerana tiap-tiap bulan pula kita jadi 1 hal pula terpaksa menguruskan SMUE ini dengan permohonan dan juga rintihan daripada mereka yang memohon. Memang ini dah lama tetapi bila kita keluarkan Jom Shopping kita mulakan dengan RM100 di tahun 2023 kita naikkan menjadi RM150, pertambahan itu dapat dilihat jelas semasa Ahli-Ahli mula mendaftar pada tahun 2023 (mungkin dah terlepas birthday nya dan sebagainya dan kita pula buat dasar pada tahun 2024 - penebusan itu tidak menentukan pada tarikh birthday ataupun tarikh hari lahir mereka menyebabkan hampir setiap bulan warga emas ini datang. Jadi itu sedikit sebanyak ada kesan dan kekurangannya lebih kurang RM12 juta secara keseluruhan.
Manakala soalan Yang Berhormat yang dikemukakan, daripada mana lebihan?. Ini yang kita bawa ini memang tambahan yang untuk mencukupkan jumlah keseluruhan itu (RM150) kerana kita juga mempunyai sumber daripada baki akaun hasil yang disatukan.
Implikasi tambahan kerajaan negeri bagi tujuan tuntutan mahkamah adalah selaras dengan menggunakan peruntukan di bawah Tanggungan 04. Jadi tanggungan 04 kita telah letakkan sebahagian peruntukan tertentu tetapi jumlah yang ada berdasarkan perbincangan itu tidak mencukupi dan jumlah itulah yang akan kita masukkan ke dalam bakul tanggungan tadi untuk membayar atau pun menyelesaikan beberapa komitmen-komitmen yang kita telah putuskan untuk mengelakkan negeri terus berdepan dengan kos kes yang berpanjangan atau pun kemungkinan cash atau pun kemungkinan kos yang lebih tinggi apabila kita membenarkan ataupun melanjutkan kes-kes tersebut selepas berbincang dengan Kamar dan juga dengan peguam-peguam yang terpilih. Terima kasih
Tuan Speaker. Ada beberapa, satu perkara yang saya nak mohon pencerahan dalam pembentangan Belanjawan 2025 Dato’ Menteri Besar membentangkan satu belanjawan sejumlah RM3 bilion untuk tahun 2025 dan menyatakan bahawa ini pertambahan sebanyak RM470 juta daripada
Belanjawan 2024. Kerana Belanjawan 2024 yang kita luluskan adalah berjumlah RM2.53 bilion. Jadi, bila Dato’ Menteri Besar tampil semula dengan satu jumlah RM3 bilion maka penambahan yang dinyatakan adalah RM470 juta. Tetapi, apakah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bersetuju sekiranya kita meluluskan belanjawan mengurus tambahan ini sebanyak RM190 juta. Ini menjadikan Belanjawan tahun 2024 meningkat daripada RM2.3 bilion kepada RM2.72 bilion. Maknanya pada petang ini seluruh rakyat negeri Selangor akan dimaklumkan bahawa Belanjawan 2024 adalah RM2.72 bilion dan bukan RM2.53 bilion. Tetapi, jika dibandingkan dengan Belanjawan 2025 pertambahannya hanya lah RM280 juta sahaja. Ini bukan soal manipulasi data tetapi dengan pertambahan yang diluluskan pada petang ini maka peningkatan Belanjawan 2025 sebenarnya hanya RM280 juta.
Jadi, persoalan saya dengan peningkatan yang begitu kecil dan permintaan yang begitu besar di desa, di kampung, di daerah untuk pembangunan infrastruktur prasarana dan juga program-program kebajikan yang lain. Walaupun kita telah luluskan di peringkat dasar, saya berharap Dato’ Menteri Besar dapat menimbangkan semula ada beberapa sektor dan beberapa inisiatif itu harus diberikan perhatian kerana peningkatan yang berlaku agak kecil RM280 juta tetapi dengan cabaran dengan kos sara hidup dengan inflasi dan tuntutan semasa negeri Selangor sebenarnya berupaya untuk meningkatkan lagi Belanjawan kerana rizab yang ada itu masih ada untuk dibelanjakan bagi tujuan rakyat dan negeri Selangor. Itu pandangan saya dan saya harap ianya dapat dukungan daripada Dato’ Menteri Besar kerana beberapa perkara lain saya dah sokong sebulat suara pada petang ini. Terima kasih.
Paya Jaras setuju ke sokongan tu. Takut tak setuju pula. Perlis pun dah bertukar BERSATU tu. Yang Berhormat sekalian, baik
Jangan buat provokasi petang-petang ni kang berlaku lagi macam hari tu. Jadi jawab soalan saya dengan tenang. Terima kasih
Gurau pun tak boleh dah. Bukan jadi kat Selangor, kat Perlis. (Dato’ MB ketawa) Ahli Yang Berhormat sekalian, baik sebab itu bila saya sebutkan daripada segi realitinya pertambahan yang saya sebutkan itu bukanlah satu angka yang harus kita banggakan kerana pertambahan-pertambahan yang kita nak buat itu dimana disalurkan itu lebih utama. Sebab itu daripada RM200 atau RM300 juta yang kita siapkan itu dengan saya sebutkan secara spesifik ada pertambahan RM113 juta pula untuk peningkatan emolumen dan gaji dengan sebab pelarasan-pelarasan tersebut.
Jadi, tidak adalah yang sebenarnya melompat jauh sangat daripada keperluan sebenar pengurusan dan juga pentadbiran Kerajaan Negeri. Daripada segi pengurusan itu yang pertama.
Dan yang kedua pertambahan RM100 juta di saat kita Yang Berhormat kata hanya RM200 juta RM300 juta kita naikkan juga RM100 juta untuk program-program pembangunan di pihak Kerajaan Negeri Selangor. Jadi, sudah pasti kita sedia menerima daripada masa ke semasa atau pun daripada waktu ke waktu untuk melihat apakah dia sokongan-sokongan kepada rakyat yang boleh kita tumpukan. Nanti saya jelaskan sedikit sebanyak tentang dalam usul pembangunan nanti ya. Bagaimana kita nak melaraskan peruntukan untuk sukan sebagai contoh. Saya nak jawab hari tu tapi kerana urusan kita banyak tertumpu pada kerangka besarnya, dalam usul pembangunan saya boleh jelaskan bagaimana mencukupkan peruntukan untuk pembangunan sukan yang diulang beberapa kali oleh Yang Berhormat tak cukup atau pun tidak sempurna hanya bernilai tempoh-tempoh tertentu kerana bagi akhirnya Kerajaan Negeri nak lihat semuanya dapat dibantu dan semuanya dapat disokong dengan sokongan berbagai pihak termasuk daripada pihak Kerajaan Negeri.
Saya nak beri tajuk yang lebih spesifik ya atau pun dapatan lebih spesifik supaya tidak mengelirukan Dewan atau pun datanya lebih baik. Geran RM8 juta tambahan untuk Universiti Islam adalah untuk menampung kehilangan bantuan daripada Lembaga Zakat sebanyak RM12 juta. Sebelum ini Lembaga Zakat Selangor bagi bantuan tahunan RM12 juta tetapi Lembaga Zakat Selangor menumpukan sepenuhnya untuk membantu mereka yang miskin dan juga kelompok-kelompok rentan yang lain yang agak besar kerana kutipan kita mencecah RM1 bilion sebenarnya Yang Berhormat. Jadi, dia pihak UIS meminta kita untuk menampung RM8 juta kekurangan tersebut dan pihak Kerajaan Negeri memberikan RM8 juta itu kerana RM12 juta itu tidak diperolehi daripada Lembaga Zakat. Itu lebih spesifik kenapa keperluan Universiti Islam Selangor itu diperlukan lagi RM8 juta.
Mencelah. Terima kasih Y.A.B. Dato’ Menteri Besar. saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memberikan peruntukan RM8 juta kepada KUIS ataupun UIS lah, nama KUIS nama dulu. Sebab peruntukan sangat diperlukan dalam sebuah sesi untuk naik taraf sebagai sebuah universiti dan sekarang dah naik taraf jadi pada saya kalau boleh diberikan peruntukan saya ingat tidak perlu banyak. Macam saya mohon pada tahun lepas 1 peruntukan yang agak kalau boleh macam Dato’ Seri Hulu Kelang atau pun Ketua Pembangkang ... dia ada peruntukan awal bukan one off lagi atau pun tambahan kalau saya mohon untuk dapat dipertimbangkan sekurang-kurangnya 10 tahun sejuta dalam tempoh 3-4 tahun supaya mereka stabil dan dimasukkan dalam bajet lebih baik. Sebab keperluan untuk
mengurus universiti sekarang semakin meningkat dan seperti dimaklumkan UIS ini bukan universiti yang berorientasikan kepada keuntungan. Jadi pada saya kalau boleh diberikan satu komitmen mungkin dalam tempoh katalah sepuluh juta untuk lima tahun supaya mereka dapat stabil dan dimasukkan dalam peruntukkan khas setiap tahun, saya rasa ini dapat membantu UIS dalam konteks dia memajukan diri sebagai sebuah universiti yang unggul. Dan pada masa ini pun mereka telah mencapai ke suatu tahap yang cukup baik kalau kita tengok pelajar-pelajar sarjana, pelajar PHD yang semakin meningkat. Jadi potensi untuk masa depan UIS ini sangat cemerlang. Jadi saya memohon kalau boleh dipertimbangkan pada tahun hadapan tidak jadi peruntukkan tambahan tetapi jadikan satu bajet khas termasuk UNISEL juga supaya diberikan peruntukkan khas mungkin tidak sampai-sampai sepuluh tapi bagi satu tempoh yang stabil supaya mereka dapat berdiri dengan sendiri. Sebab bila naik taraf universiti komitmen dia sangat tinggi dan ini memerlukan satu support yang kuat daripada Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Itu yang bila kata tentang Universiti Islam tadi memang saya sebutkan memang dia agak mendadak. Tahun itu kebetulan Lembaga Zakat telah memutuskan bahawa ada keperluan untuk membantu kelompok rentan. Jadi RM12juta itu tidak disambung, jadi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab meletakkan RM8juta itu sebagai tambahan. Dan kita mengambil maklum malahan dalam bajet ataupun belanjawan 2025 kita telah siapkan RM3juta untuk tahun 2025 untuk semua universiti. Saya tahu jumlahnya tidak memenuhi kepada keperluan-keperluan tersebut tapi daripada tahun ke tahun kemungkinan untuk tahun akan datang ataupun tahun 2026 ke atas memang saya sedang mendapatkan daripada kedua-dua universiti. Baik UNISEL ataupun Universiti Islam untuk meletakkan sasarannya. Dan kita kena letakkan kerana daripada penelitian pihak Kerajaan Negeri terhadap operasi kedua-dua universiti ini kalau Kerajaan Negeri tidak campur tangan membantu saya rasa makin lama dia akan makin merudum ataupun mungkin operasinya akan terkesan walaupun kita telah melahirkan begitu banyak graduan yang membina negara dan negeri dalam pelbagai bidang. Kalau Universiti Islam Selangor sebagai contoh graduannya-graduannya memang diterima masuk di universiti awam jadi pensyarah, jadi dekan, jadi banyak di banyak tempat. Universiti Selangor terutamanya pula dalam bidang Business Admin sebagai contoh memang sangat terkenal khususnya di Selangor dan di Lembah Kelang. Jadi kita tak nak bakat itu tenggelam dan hilang. Jadi kita mulakan RM3juta pada 2025 itu dalam pembangunan Yang Berhormat dan yang lain-lain kita akan tambah lagi kemudian.
Terima kasih Tuan Speaker. Ini jawapan Dato’ Menteri Besar sebentar tadi sebenarnya membuka ruang yang lebih luas untuk perbincangan pada petang ini. Di mana kutipan Lembaga Zakat Selangor
dikatakan telah mencecah RM1bilion tetapi pada masa yang sama Institusi penting seperti Universiti Islam Selangor tidak lagi mendapat manafaat pemberian zakat kepada pelajar-pelajar khususnya di kalangan asnaf di dalam Universiti Islam Selangor. Ini satu perkara yang ada pertembungan peningkatan meningkat dengan mendadak RM1bilion tapi tidak dapat dimanafaatkan oleh sebuah Institusi penting di negeri Selangor. Jadi persoalan saya petang ini bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu Dewan ini untuk mengemukakan satu data dan laporan yang lebih terperinci tentang pengurusan zakat di negeri Selangor. Sebab saya kira peningkatan kutipan zakat ini membuktikan bahawa perkembangan ekonomi khususnya di kalangan umat Islam itu bertambah baik dan mereka mula melaksanakan tanggungjawab untuk membayar zakat. Tetapi kita juga ingin tahu berapakah jumlah yang dikutip setiap tahun? Siapakah penerima-penerima zakat, sama ada individu ataupun Institusi? Berapakah jumlah yang telah disalurkan setiap tahun? Dan bagaimana usaha untuk keluarkan asnaf ini daripada kelompok penerima zakat kepada satu status yang lebih baik? Maknanya saya percaya zakat ini bukan tujuan untuk membantu mereka sepanjang masa. Tujuan kita memberi zakat ini adalah untuk mengangkat martabat umat Islam supaya mereka lebih bebas daripada kekangan kemiskinan dan golongan-golongan asnaf ini juga saya percaya mereka memerlukan bantuan di peringkat awal dan akhirnya mereka diupayakan. Tetapi kita tak ada data-data itu. Saya percaya kalau kutipannya RM1bilion tidak ada lagi golongan asnaf di negeri Selangor. Mungkin itulah harapan kita. Kita mahu supaya kutipan zakat ini dapat diagihkan dengan tertib, bertanggungjawab tidak ada ketirisan tetapi setakat ini saya belum melihat satu laporan ataupun penyata yang membantu Dewan ini untuk mendapatkan data-data ini supaya kita juga dapat menyumbang idea bagaimana pengurusan zakat ini dapat dilaksanakan.
Yang keduanya, saya kira Universiti Islam Selangor wajib mendapat sumbangan zakat. Kerana ramai juga pelajar-pelajar yang berdaftar di Universiti Islam Selangor ini di kalangan mereka dari keluarga yang miskin yang memerlukan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor dan juga Kerajaan Negeri dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri RM8juta untuk menampung pemberian zakat itu satu tindakan yang baik tetapi saya kira Lembaga Zakat Selangor juga perlu penyemak semula penerima-penerima zakat supaya ianya dapat diagihkan seluas mungkin kepada mereka yang berhak menerima zakat. Saya pohon pencerahan daripada Dato’ Menteri Besar.
Terima kasih. Semua juga sedia maklum bagaimana pengurusan dan pentadbiran Lembaga Urusan Zakat Selangor dan Zakat Selangor merupakan satu-satunya agensi yang ada di Malaysia yang merupakan pengutip dan juga penyerahan ataupun mengagihkan urusan-urusan zakat tersebut. Yang saya percaya diuruskan secara profesional dengan kelolaan di bawah langsung Di Bawah Payung Duli Yang Maha Mulia Tuanku selaku patron (penaung) kepada urusan
zakat. Tapi dalam banyak-banyak urusan tertentu sudah pasti pihak Kerajaan Negeri secara rasmi juga perlu bertanggungjawab terhadap urusan agama. Itulah yang antara beberapa pandangan yang telah diberikan. Sebab itu peruntukkan untuk masjid sebagai contoh pengurusan masjid ya. Ia masih boleh dimasukkan di dalam Fi Sabilillah sebagai contoh ataupun menuntut ilmu boleh dikatakan Fi Sabilillah. Dan di pihak urusan zakat sendiri Lembaga Urusan Zakat sendiri telah mempunyai bantuan-bantuannya untuk pendidikan secara langsung kepada pelajar-pelajar. Ia tidak diuruskan oleh universiti tetapi diuruskan secara langsung dan boleh dipohon khususnya untuk kelompok-kelompok B40. Itu pendekatan Lembaga Urusan Zakat sebab mereka kena menentusahkan betul-betul berbanding melantik ataupun meminta orang lain untuk mengagihkan. Itu pandangan saya secara peribadi melihat urusan pentadbiran zakat. Dan yang ketiga, di zakat juga ada beberapa program antaranya program Wakalah. Wakalah ini adalah di mana pembayar-pembayar zakat boleh mengembalikan semula 3/8 daripada kutipan mereka untuk diagihkan kepada jemaah ataupun audience ataupun kelompok yang diperlukan. Ini memang ada dan seingat saya UNISEL sebagai contoh memang terpilih sebagai salah satu Amil. Bila terpilih sebagai salah satu Amil kita ada hak sebagai Wakalah untuk agihkan dan Amil juga ada sebahagian portion 1/8 yang boleh digunakan untuk dibagikan. Maknanya paling tidak 4/8 ataupun 1/2 boleh dalam senarai itu kalau universiti-universiti ini menjadi Amil kepada pihak Lembaga Urusan Zakat Negeri Selangor untuk pengagihan. Tapi saya juga bersetuju agar untuk kita dapat melihat bagaimana kolaborasi ataupun kerjasama yang lebih erat kerana apabila kerajaan persekutuan mengumumkan penghapusan skim tegar sebagai contoh hampir setiap enam bulan. Bulan tujuh lepas kita dah selesaikan sebanyak 400 hingga 500 orang. Dan kita nak pastikan eradicate langsung miskin tegar, enam bulan kemudian ada kelompok yang baru. Dan ini juga memerlukan support dan sokongan daripada semua pihak termasuk program seperti BINGKAS, Program seperti Sumbangan Tunai Rahmah, itu sumbangan dana kerajaan tetapi yang di bawah zakat pula bagaimana terutama bagi yang beragama Islam supaya ia memberi manafaat yang lebih menyuluh dan menceritakan hal sebenar terhadap realiti kutipan zakat dan pengagihan. Tetapi apa yang saya dimaklumkan daripada maklumat Lembaga Urusan Zakat memang setiap tahun RM1bilion yang dikutip itu habis diagihkan. Dan memang telah dibagikan kepada setiap kelompok sebab kelompoknya itu bukan hanya rakyat miskin, ia ada juga bantu untuk rumah-rumah perlindungan. Rumah-rumah perlindungan orang tua, rumah perlindungan kanak-kanak, penagihan dadah dan sebagainya. Ini semua diturut-turut diagihkan mengikut kepada keperluan-keperluan Lembaga Urusan Zakat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-Undang ini hendaklah dibacakan Kali Yang Kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Bacaan Kali Yang Kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Tuan Speaker saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbang Rang Undang-Undang ini fasal demi fasal.
Tuan Speaker saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1 dan Fasal 2.
Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Jadual.
Jadual menjadi sebahagian Rang Undang-Undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibawa dan dibincangkan semula ke Dewan Negeri.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujui sepenuhnya tanpa pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-Undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Rang Undang-Undang Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (Pindaan) 2024Bill
Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pembekalan Tambahan 2024. Aturan seterusnya Rang Undang-Undang Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (Pindaan) 2024. Rang Undang-Undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 1949.
Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang budiman. Tujuan kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang ini adalah untuk meminda Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, 1949 dengan menambah bilangan keahlian Mesyuarat Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor selain daripada Ahli Ex-officio daripada empat orang kepada lima orang berkuat kuasa 1 Januari 2025.
Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, 1949 ataupun Selangor State Scholarship Fund Enactment, 1949 telah diwartakan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan pendidikan kepada anak-anak negeri bagi melanjutkan pendidikan dan pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi. Bagi tujuan memastikan urusan
pemberian kewangan dilaksanakan dengan berkesan Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa telah diwujudkan dengan ahlinya terdiri daripada empat orang. Ahli Ex-officio iaitu Menteri Besar Negeri Selangor selaku Pengerusi, Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Setiausaha, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri sebagai Bendahari, Pengarah Pendidikan Negeri sebagai ahli. Berdasarkan Seksyen 4 Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, 1949 terdapat empat orang Ahli Tidak Rasmi yang dilantik dengan sekurang-kurangnya dua daripadanya adalah daripada kalangan Ahli Dewan Negeri Selangor. Justeru, saya mencadangkan Yang Berhormat.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang undang-undang ini untuk dibahaskan. Daripada pihak kerajaan pun takde ya? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan kali Yang Kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Bacaan Kali Yang Kedua, Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 1949.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini Fasal demi fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1.
Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Tuan Pengerusi, saya mohon supaya perkara ini dibawa semula ke Sidang Dewan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Usul No. 14 Tahun 2024, Usul Peruntukan Pembangunan 2025Motion
Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (Pindaan)
2024. Aturan mesyuarat seterusnya, Usul No. 14 Tahun 2024, Usul Peruntukan Pembangunan 2025.
Panjangnya.. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan sukacitanya memohon membawa satu usul di dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut :-
“ Bahawa menurut seksyen 9, subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak Satu Bilion, Tiga Ratus Juta Ringgit (RM 1,300,000,000.00) yang dinyatakan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan, dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) Akta yang sama, seperti mana yang terdapat dalam Jadual.”
• P.01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. – RM 1,064,339,120.00 • P.04 Perbendaharaan Negeri Selangor – RM 500,000.00 • P.08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor – RM9,050,000.00 • P.10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor – RM 4,060,000.00 • P.12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor – RM 95,980,880.00 • P.13 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor – RM 62,300,000.00 • P.14 Jabatan Agama Islam Selangor – RM 57,600,000.00 • P.16 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa – RM 2,450,000.00 • P.17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor – RM 3,720,000.00
Dengan keseluruhannya RM 1,300,000,000.00 Sejumlah RM 7,160,595,090.00 (Tujuh Bilion satu Ratus Enam Puluh Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Lima Ribu Sembilan Puluh) telah diperuntukkan bagi siling Rancangan Selangor yang Pertama (RS-1) untuk tahun 2021 hingga 2025. Jumlah tersebut adalah termasuk RM 1, 300,000, 000.00 (Satu Bilion, Tiga Ratus Juta Ringgit) bagi membiayai projek-projek pembangunan negeri pada tahun 2025. Sejumlah RM 1,064,339,120.00 (Satu Bilion, Enam Puluh Empat Juta, Tiga Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu, Satu Ratus Dua Puluh) telah diperuntukkan kepada Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Peruntukan mengikut Pecahan Kepala atau P. K. adalah seperti berikut :
RM 30,000,000.00 (Tiga Puluh Juta) telah diperuntukkan kepada Pecahan Kepala 1 atau P.K 1- Ekonomi. Peruntukan tersebut bertujuan untuk menampung perbelanjaan penyelidikan pembangunan ekonomi, perindustrian dan pelaburan serta inisiatif Smart Selangor.
Bagi P.K 2 – Luar Bandar, peruntukkan sebanyak RM 25, 825,000.00 (Dua Puluh Lima Juta Lapan Ratus Dua Puluh Lima Ribu) disediakan bertujuan membiayai program
pertanian, perladangan dan industri asas tani, pembangunan sosioekonomi, pembangunan ekonomi kampung tradisi, pembangunan desa, kemudahan awam/ asas desa, naik taraf/ baik pulih jalan luar bandar serta pembangunan Kampung baru.
Bagi P.K 3 – Usahawan, peruntukan sebanyak RM 5,000.000.00 (Lima Juta) disediakan untuk Dana Usahawan Mikro Selangor, promosi usahawan, latihan usahawan mikro dan program peningkatan pembungkusan produk usahawan Negeri Selangor.
Manakala bagi P.K 4 – Sosial, sebanyak RM 88, 400, 000.00 (Lapan Puluh Lapan Juta Empat Ratus Ribu) disediakan untuk tujuan perkhidmatan masyarakat, pembangunan hal ehwal Orang Asli, program pembangunan modal insan, program pembangunan sosial, hal ehwal pengguna, program kebudayaan, hal ehwal selain Islam, program pembangunan minda rakyat, industri halal, bencana dan juga hal ehwal Islam.
Seterusnya, bagi P.K 5 – Pendidikan, sejumlah RM 70,535,000.00 (Tujuh Puluh Juta Lima Ratus Tiga Puluh Lima Ribu) disediakan untuk melaksanakan program pendidikan serta pendidikan tinggi, projek bantuan sekolah, program kemahiran teknikal dan pembangunan pendidikan masyarakat india.
Bagi P.K 6 – Wanita, Kebajikan dan Kesihatan, sebanyak RM 158,980,000.00 (Satu Ratus Lima Puluh Lapan Juta Sembilan Ratus Lapan Puluh Ribu) disediakan untuk menampung perbelanjaan pembangunan wanita dan keluarga, kebajikan masyarakat, pembangunan kesihatan awam dan perpaduan.
Bagi P.K 7 – Generasi Muda dan Sukan, sebanyak RM 20,000,000.00 (Dua Puluh Juta) disediakan untuk projek pembangunan generasi muda, menaik taraf/ membina baharu infrastruktur sukan, pembangunan sukan dan pembangunan bola sepak negeri Selangor.
Bagi P.K 8 – Kerajaan Prihatin, sebanyak RM 4, 315,000.00 (Empat Juta Tiga Ratus Lima Belas Ribu) disediakan untuk program kerajaan prihatin, pembangunan masyarakat India, bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pemberdayaan pekerja.
Bagi P.K 9 – Perbandaran, sebanyak RM 31,750,000.00 (Tiga Puluh Satu Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Ribu) adalah bagi menampung kos kemudahan asas dan kemudahan awam PBT, pengangkutan, pengurusan sisa pepejal serta kerajaan tempatan.
Bagi P.K 10 – Pelancongan, peruntukan sebanyak RM 8,000,000.00 (Lapan Juta) disediakan untuk menampung kos promosi dan acara pelancongan, memajukan kraf tangan serta menaik taraf produk pelancongan.
Seterusnya, bagi P.K 11 – Teknologi Maklumat dan Inovasi, sebanyak RM 17,000.000.00 (Tujuh Belas Juta) disediakan untuk melaksanakan pembangunan ICT serta projek Sains, Teknologi dan Inovasi.
Bagi P.K 12 – Alam Sekitar, sebanyak 7,643,000.00 (Tujuh Juta Enam Ratus Empat Puluh Tiga Ribu) disediakan untuk program alam sekitar, teknologi hijau serta pemuliharaan tapak pelupusan.
Bagi P.K 13 – Adat Melayu dan Warisan, sejumlah RM 3,150,000.00 (Tiga Juta Stu Ratus Lima Puluh Ribu) disediakan untuk menaik taraf kelengkapan Muzium Sultan Alam Shah (MSAS), pembangunan muzium-muzium daerah, penyelidikan adat Melayu, bahasa, kesenian, budaya dan warisan, menaik taraf tapak bersejarah monumen lama, pembelian artifak/ koleksi, serta pengisian infrastruktur dan kelengkapan Muzium Setem.
Bagi P.K 14 - Perpustakaan, sejumlah RM 17, 870,000.00 (Tujuh Belas Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Ribu) disediakan untuk projek RATU Fasa 2B, perpustakaan Daerah Kuala Selangor, membina baharu perpustakaan Daerah Sepang, membina baharu perpustakaan cawangan Dataran Prima Ampang, menaik taraf perpustakaan pekan, menaik taraf perpustakaan cawangan, menaik taraf perpustakaan desa, projek khas perpustakaan Taman Seri Medan Kuala Langat, projek usaha sama bersama agensi, kelengkapan dan koleksi, projek pembangunan prasarana IT, program penterjemah karya antarabangsa serta program galakan membaca.
Bagi P.K 15 – Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, sebanyak RM 7,800,000.00 (Tujuh Juta Lapan ratus Ribu) disediakan untuk menampung kos bagi beberapa projek yang telah dikenal pasti. Ini adalah termasuk kerja baik pulih Projek Perumahan Rakyat, kehidupan Bandar Komuniti Sejahtera serta Skim CERIA (Caring Government fo Resident’s Aid) .
Bagi P.K 16 – Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor, sebanyak RM 13,000,000.00 (Tiga Belas Juta) disediakan oleh Kerajaan Negeri. Di antara projek-projek utama di bawah Pecahan Kepala ini ialah pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labuhan Dagang Kuala Langat dan Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAMS).
P.K 17 – Projek Khas Negeri, sebanyak RM 10,151,010.00 (Sepuluh Juta Satu Ratus Lima Puluh Satu Ribu Sepuluh) disediakan untuk menampung kos beberapa projek yang telah dikenal pasti. Ini adalahlah termasuk projek pembinaan Muzium Setem, Muzium Tekstil serta kapal korek Seri Banting.
Bagi P.K 18 – Program Iltizam Selangor Penyayang, sebanyak RM 12,600,000.00 (Satu Ratus Dua Puluh Juta Enam Ratus Ribu) disediakan untuk Elaun Anak ke Nurseri (Asuh Pintar), kesedaran Kenegaraan, Program Hadiah Pengajian IPT, Skim Tunas, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Program Pemberian Air Percuma dan Program Iltizam Anak Selangor.
Bagi P.K 19 – Am, sebanyak RM 424,320,110.00 (Empat Ratus Dua Puluh Empat Juta Tiga Ratus Dua Puluh Ribu Satu Ratus Sepuluh) disediakan untuk projek baik pulih bangunan kerajaan, pengambilan balik tanah dan pelbagai projek lain.
Speaker, seterusnya peruntukan pembangunan bagi :
P.K 04 – Perbendaharaan Negeri Selangor , sejumlah RM 500,000.00 telah diperuntukkan kepada P.04 – Perbendaharaan Negeri Selangor di bawah P.K 1 untuk Pembangunan ICT bagi tujuan menaik taraf firewall pusat data Perbendaharaan Negeri Selangor serta sistem Smart Pengurusan Perolehan dan Aset Selangor (PPAS) Bahagian PPA.
P.08 – Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Sejumlah RM 9,050,000.00 (Sembilan Juta Lima Puluh Ribu) telah diperuntukkan kepada P.08 – Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 1,000,000.00 diperuntukkan kepada P.K 1 – Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Sg. Blankan dan Ulu Chuchuh Sepang, Bukit Changgang dan Kundang Kuala Langat, TKPM Semenyih Hulu Langat, TKPM Hulu Yam Hulu Selangor ,TKPM Batu Arang Gombak, dan TKPM Sg. Panjang Sabak Bernam.
Bagi P.K 2 – Pembangunan Amalan Pertanian Baik, sebanyak RM 400,000.00 telah diperuntukkan untuk pembangunan amalan pertanian baik.
Bagi P.K 3 – Pembangunan Produk Hiliran Pertanian, sejumlah RM 1,000,000.00 diperuntukkan untuk membiayai program Geran Pemadanan Peningkatan Kapasiti, menaik taraf premis, penjenamaan dan pembungkusan serta promosi produk hiliran pertanian.
Bagi P.K 4 – Pembangunan Golongan Sasar, sebanyak RM 1, 500,000.00 diperuntukkan untuk program-program latihan golongan sasar, Latihan kejenteraan Pertanian di PLKP Tanjung Karang, Latihan Inkubator Pertanian di PLP Kalumpang, inovasi dan pembangunan teknologi, Pembangunan Rakan Strategik serta Program Jualan Terus Tanaman dan Industri Asas Tani.
Seterusnya, bagi P.K 5 – Pembangunan Tanaman Padi, sejumlah RM 1,500,000.00 diperuntukkan untuk peningkatan hasil padi, pemuliharaan dan pemulihan tanah sawah, pengeluaran Padi MyGAP serta pengurusan perosak bersepadu tanaman padi.
Bagi P.K 6 – Pembangunan Tanaman Kelapa, sejumlah RM 400,000.00 diperuntukkan untuk penanaman semula kelapa dan pemulihan ladang kelapa.
Bagi P.K 7 - Pembangunan Tanaman Buah-buahan, sebanyak RM 300,000.00 telah diperuntukkan untuk pembangunan tanaman buah-buahan.
Bagi P.K 8 – Pembangunan Tanaman Sayur dan kontan, sejumlah RM 500,000.00 telah diperuntukkan untuk tanaman sayur-sayuran dan kontan.
Bagi P.K 9 – Pembangunan Tanaman industri, Herba dan Florikultur, sebanyak RM 350,000.00 diperuntukkan untuk tanaman herba dan rempah ratus, tanaman cendawan serta florikultur dan tanaman hiasan.
Bagi P.K 10 – Pembangunan Teknologi Fertigasi, sebanyak RM 1, 499,980.00 telah diperuntukkan untuk pembangunan teknologi fertigasi.
Bagi P.K 11 – Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan, sebanyak RM 50,000.00 telah diperuntukkan untuk program tersebut.
Bagi P.K 12 – Pembangunan Pengeluaran Madu Lebah dan Kelulut, sejumlah RM 250,000.00 diperuntukkan untuk pembangunan pengeluaran madu lebah dan kelulut.
Bagi P.K 13 – Pembangunan Agro Pelancongan, sebanyak RM 300,000.00 telah diperuntukkan untuk program tersebut.
Manakala bagi P.K 14 - Pembangunan Kompleks Dan Pusat Pertanian, sebanyak RM 20.00 telah diperuntukkan untuk Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam serta baik pulih dan naik taraf pusat-pusat pertanian.
P.10 – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Sejumlah RM 4,060,000.00 telah diperuntukkan kepada P.10 – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 1,400,000.00 diperuntukkan kepada P.K 1 – Program Pengurusan Sumber Hutan yang bertujuan untuk pengukuhan sumber hutan, Central Forest Spine (CFS) serta pemeliharaan sumber hutan.
P.K 2 – Program Pembangunan Sumber Hutan, sebanyak RM 1,030,000.00 diperuntukkan untuk pemeliharaan kawasan hutan terosot, pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hutan paya laut (penanaman dan rawatan/ penyelenggaraan kawasan tanaman), pembangunan dan pengurusan Pusat Kecemerlangan Hutan Paya Gambut, pembangunan pengurusan tapak semaian, pembangunan tanaman herba, pengurusan tanaman nadir, pengurusan Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR), serta pengurusan kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi (HCVF).
Dalam P.K 3 – Program Perlindungan Dan Inovasi Hutan, sebanyak RM 200,000.00 telah diperuntukkan untuk perlindungan sumber hutan.
Seterusnya, bagi P.K 4 – Program Perhutanan Sosial, sebanyak RM 1,030,000.00 diperuntukkan untuk pemerkasaan hutan.
P.K 5 – Program Pembangunan Dan Kejuruteraan Hutan, sebanyak RM 150,000.00 diperuntukkan untuk perhubungan jalan hutan.
P.K 6 – Program Penguatkuasaan Hutan, sebanyak RM200,000.00 telah disediakan untuk penguatkuasaan hutan.
P.K 7 – Program Pengusahasilan Hutan, sebanyak RM50,000.00 telah disediakan untuk pembangunan dan pengurusan sumber hutan bukan kayu (bahan batuan) di Hutan Simpan Kekal di Negeri Selangor.
P.12 – Jabatan Kerja Raya
Sejumlah RM95,980,880.00 telah di peruntukan kepada P.12 – Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM18,920,010.00 di peruntukan kepada P.K 1 – Pelbagai Rancangan Program Pembangunan Jalan, bertujuan untuk membaik pulih cerun, pengambilan balik tanah, menaik taraf jalan-jalan, kerja-kerja permulaan serta pewartaan jalan, memasang lampu jalan dan lampu isyarat serta meningkatkan aspek keselamatan jalan raya Negeri di seluruh Selangor.
P.K 2 – Membina Jambatan & Jejantas, sebanyak RM10,410,540.00 di peruntukan bagi membina dan menaik taraf jambatan serta jejantas yang telah dikenal pasti mengikut daerah di Negeri Selangor.
P.K 3 – Membina Jalan, sebanyak RM22,050,050.00 diperuntukkan bagi pembinaan jalan-jalan baharu di seluruh Selangor mengikut keutamaan dan keperluan sebenar.
P.K 4 – Menaik Taraf Jalan, sebanyak RM37,900,280.00 diperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan di seluruh Selangor mengikut daerah.
P.K 5 – Membina Dan Menaik Taraf Projek Pembangunan, sebayak RM6,700,000.00 diperuntukkan membaik pulih istana seluruh Negeri Selangor, pembangunan bersepadu bengkel dan kemudahan-kemudahan berkaitan bagi JKR Klang serta pelbagai projek pembangunan.
P.13 – Jabatan Pengairan Dan Saliran
Sejumlah RM62,300,000.00 telah diperuntukkan kepada P.13- Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM34,279,740.00 diperuntukkan kepada P.K 1 – Pembangunan Projek Tebatan Banjir
P.K 2 – Pembangunan Sistem Saliran sebayak RM2,070,100.00 diperuntukkan untuk program membina dan menaik taraf serta retrofit sistem saliran seluruh Selangor.
P.K 3 – Pembangunan Lembangan Sungai, sebanyak RM7,800,050.00 diperuntukkan untuk projek penstabilan dan pengukuhan tebing, pembinaan ban dan benteng serta kerja-kerja pembinaan / menaik taraf perangkap sampah / logboom seluruh Selangor mengikut daerah.
P.K 4 – Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi, sebanyak RM700,000.00 diperuntukkan untuk pembinaan stesen serta pembangunan sistem ramalan dan amaran banjir.
P.K 5 – Pengurusan Saliran Mesra Alam, sebayak RM3,950,040.00 diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf kolam takungan, Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) pelbagai daerah serta kawalan hakisan, kelodak dan kualiti air pelbagai daerah.
P.K 6 – Pembangunan Pantai, sebanyak RM4,000,050.00 diperuntukkan bagi memperkukuhkan benteng pantai, rancangan pemeliharaan serta pemuliharaan pantai dan muara berserta kajian keberkesanan benteng pantai.
P.K 7 – Pembangunan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal, sebanyak RM6,500,000.00 diperuntukkan bagi pemodenan dan menaik taraf sistem hidro mekanikal kawalan pintu air, rumah pam dan trash rake.
P.K 8 - Pembangunan Infrastruktur Bangunan sebanyak RM1,200,010.00 diperuntukkan bagi membina dan menyiapkan 6 unit kuarters pintu air baharu, penggantian 2 unit
kuarters sedia ada dan sebuah Kompleks Pejabat Jabatan Pengairan & Saliran daerah Sabak Bernam serta menaik taraf kuarters di pelbagai daerah.
P.K 9 – Pembangunan ICT Jabatan, sebanyak RM300,010.00 diperuntukkan untuk pemodenan infrastruktur dan infosistem ICT, Program Pembangunan Data Geospatial Jabatan serta program Keselamatan Pintar dengan Pemasangan IP Camera di rumah pam dan pintu air.
P.K 10 – Pelbagai, sebanyak RM1,500,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecemasan luar jangka JPS.
P.14 – Jabatan Agama Islam Selangor
Sejumlah RM57,600,000.00 telah diperuntukkan kepada P.14 – Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM13,526,070.40 diperuntukkan kepada P.K 1 – Sekolah Agama yang bertujuan untuk membaik pulih sekolah agama setiap Daerah di Negeri Selangor.
P.K 2 – Pejabat Agama Islam, sebanyak RM2,730,010.00 diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf bangunan Pejabat Agama Islam Daerah, Kompleks Islam Selangor, Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Kompleks Islam Kuala Langat.
P.K 3 – Masjid, sebanyak RM35,007,519.60 diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf Masjid seluruh Selangor.
P.K 4 – Surau, sebanyak RM200,000.00 diperuntukkan untuk kerja baik pulih dan naik taraf surau.
P.K 5 – Pelbagai, sebanyak RM6,136,400.00 diperuntukkan untuk menaik taraf kuarters Masjid Diraja Sultan Suleiman serta pelbagai projek pembangunan.
P.16 – Jabatan Perancangan Dan Desa Negeri Selangor
Sejumlah RM2,450,000.00 telah diperuntukkan kepada P.16 – Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM350,000.00 diperuntukkan kepada P.K 1 – Rancangan Pembangunan bagi Program Kajian Fizikal Semula Rancangan Struktur Negeri 2035 serta Rancangan Tempatan (RT).
P.K 2 – Perancangan Dasar, sebanyak RM450,000.00 diperuntukkan bagi projek Pembangunan Mampan Negeri Selangor.
P.K 3 – Projek Khas, sebanyak RM1,450,000.00 diperuntukkan bagi menampung kos kajian-kajian khas yang akan dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
P.K 4 – Pusat Maklumat Geospatial Negeri Selangor, sebanyak RM200,000.00 diperuntukkan bagi Sistem Pemantauan Rancangan Pembangunan.
P.17 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
Sejumlah RM3,720,000.00 telah diperuntukkan kepada P.17- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM679,000.00 di peruntukan kepada P.K 1 – Pembangunan Komoditi Ternakan Ruminan iaitu Program Pemodenan Ruminan Selangor dan Program Pemakanan Ruminan Selangor.
P.K 2 – Pembangunan Komoditi Ternakan Unggas / Bukan Ruminan, sebanyak RM250,020.00 di peruntukkan untuk Program Transformasi Penternakan Unggas/ Bukan Ruminan.
P.K 3 – Pembangunan Industri Hiliran Berasakan Ternakan, sebayak RM185,910.00 diperuntukkan untuk pengeluaran dan pembangunan produk Industri Asas Ternakan (IATn) serta pembangunan Bengkel IATn/Makmal IATn.
P.K 4 – Kesihatan Veterinar, sebanyak RM180,000.00 diperuntukkan untuk Program Masyarakat Prihatin Haiwan, kawalan penyakit haiwan dan Klinik Veterinar.
P.K 5 - Regulatori, sebanyak RM30,030.00 diperuntukkan untuk loji penyembelihan, kebajikan haiwan serta penternakan lestari dan keselamatan makanan.
P.K 6 – Pembangunan Kompetensi & Bimbingan Agropreneur, sebanyak RM195,030.00 di peruntukan untuk pembangunan kompetensi Agropreneur, program pengembangan veterinar dan pemasaran strategik.
P.K 7 - Pemantapan Kualiti Perkhidmatan Veterinar, sebayak RM10.00 di peruntukan untuk pejabat dan kuarters kakitangan.
P.K 8 – Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), sebanyak RM1,865,000.00 diperuntukkan untuk pembangunan TKPM/Agrotek, TKPM ayam pedaging dan pembangunan Fodder TKPM.
P.K 9 – Pembangunan Pembiakbakaan Ruminan Negeri Selangor, sebanyak RM335,000.00 diperuntukkan untuk pembangunan pembakaan ruminan dan pembangunan lembu sado Smart Selangor.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mencadangkan satu usul untuk kita bincangkan butiran-butiran di dalam usul pembangunan Negeri Selangor.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul yang telah dibawa oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar iaitu Usul Peruntukan Pembangunan 2025. Oleh itu saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan. Subang Jaya. Yang Berhormat Subang Jaya
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Subang Jaya tidak akan mengambil masa yang panjang, hanya satu perkara sahaja. Iaitu bawah Vot P14 – Jabatan Agama Islam Selangor, pada muka surat 241 Kod Projek 03100 - Masjid-masjid di bawah Daerah Petaling. Subang Jaya ingin bangkitkan isu berkenaan Masjid Al-Madaniah di USJ 18. Untuk masjid ini, ia telah mula pembinaan pada tahun 2017 dan ia telah disiapkan pada tahun 2021 jadi umur masjid ini hanya 3 tahun dan pada tahun 2021 ia siap dan telah dibuka kepada orang ramai, namun dalam masa yang singkat iaitu dalam 2 tahun sahaja pada tahun 2023 apabila saya telah melawat Masjid Al-Madaniah tersebut saya telah memerhati bahawa siling plaster telah mula bocor. Dan difahamkan bahawa bahan kalis air untuk siling menghadapi masalah. Pada tahun 2024, masalahnya telah sampai ke tahap yang amat kritikal di mana bukan sahaja siling bocor tetapi, sudah runtuh satu, dua jubin lantai juga retak dan ada banyak yang telah terkopek keluar dan ketiga penghadang glass daripada tingkat 2 juga semasa sembahyang jatuh ke tingkat 1, jadi glass pecah semasa sembahyang dan keempat terdapat juga paip air yang telah bocor. Jadi pada tahun 2024 bulan April, JKR telah keluarkan satu laporan dan telah serahkan kepada JAIS, sebab JAIS merupakan pentadbir Masjid Al-Madaniah USJ 18, dan anggaran jumlah yang di perlukan untuk membaik pulih masjid tersebut adalah RM520,000.00. Jadi berkenaan perkara ini Subang Jaya memerhati bahawa ia tidak ada dalam Bajet Pembangunan. Jadi soalan Subang Jaya adalah, satu apakah status berkenaan pembaikan Masjid Al-Madaniah. Dua apakah kos pembaikan yang telah dimuktamadkan sebab anggaran kos itu daripada JKR hanyalah anggaran sahaja dan yang ketiga, adakah tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap kontraktor berkenaan. Saya faham bahawa ada sedikit kerumitan sebab projek ini yang di luluskan pada tahun 2017 adalah bawah Pejabat Perdana Menteri, iaitu Projek Kerajaan Persekutuan. Namun sejak itu ia sudah diserahkan kepada
JAIS, jadi bawah bidang kuasa JAIS, adakah tindakan undang-undang juga akan diambil. Seterusnya bawah P01- Pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Subang Jaya memohon agar Kerajaan Negeri juga memperkasakan Dewan Undangan Negeri memandangkan bahawa kita pada hari ini ada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri, dan ada keperluan untuk kita tambahkan bangunan disebabkan ruang mesyuarat yang sedia ada terutamanya semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan tidak cukup dan sering kali kita berebut untuk ruang, satu. Dan kedua, memandangkan juga Parlimen telah melaksanakan penaiktarafan di mana Ali-ahli Parlimen ada pejabat, maka ada keperluan juga di peringkat Negeri Selangor, kita mempertimbangkan pejabat untuk ADN-ADN, supaya apabila kita sedang bersidang, kita juga boleh membuat kerja dan juga berjumpa orang dan melaksanakan tanggung jawab secara berterusan. Jadi itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Yang Berhormat Kajang.
Terima kasih Tuan Pengerusi, P.K 12 - 12001 - Program Alam Sekitar, Tuan Pengerusi di DUN Kajang kami ada mewujudkan Program diberi nama.
Speaker, speaker.
Diberi nama sebagai Kempen Kajang Bersih Kajang Di Hatiku (KPKD), untuk makluman KPKD merupakan satu usaha oleh Pejabat DUN Kajang dalam memberi kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar dan kebersihan di DUN Kajang. Program ini timbul bila Kajang sedang masalah pengurusan sampah di Kajang adalah sangat Serius dan kesedaran amat kurang. Terutama dengan pembentukan tapak pembuangan sampah haram yang dilihat tiada hujungnya. Maka Kajang ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan program ini sebagai projek perintis kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2025. Kajang bersedia membantu apa yang termampu dalam memastikan objektif program ini tercapai dan akhirnya kesedaran rakyat dengan isu kebersihan dan pembuangan sampah harap dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Tuan Pengerusi. Lagi satu Kod Projek.
Tuan Speaker. Minta maaf Tuan Speaker, ini 02401 muka surat 215, Kod P.K 2, ini melibatkan Jabatan Kerja Raya di bawah program pembinaan jambatan dan jejantas. Kajang ingin membangkitkan mengenai pembinaan jambatan di Jenjarom Kuala Langat. Kajang merupakan anak tempatan bagi kawasan tersebut dan sudah pasti tahu pembinaan jambatan amat perlu di kawasan tersebut dalam menyelesaikan isu kesesakan di kawasan itu. Pada 2 tahun lalu, Yang Berhormat Loy Hee Sian ada membangkitkan perkara ini dan menyatakan keperluan perlu adanya jambatan ini. Jika
kerajaan merasakan bahawa pembinaan jambatan ini tidak perlu, Kajang bersedia membantu dalam menyediakan dokumen yang di perlukan dalam memastikan pembinaan jambatan ini dapat diteruskan dan akhirnya dapat memberi kemudahan pada orang ramainya. Untuk seterusnya Kod Projek P.K 4 muka surat 217, adakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan pihak KKR, memohon hak milik atau pajakan dari Kerajaan Negeri bagi menjalankan aktiviti komersial seperti papan iklan di atas tanah rizab lebuh raya yang masih berstatus tanah Kerajaan Negeri seperti kehendak Kanun Tanah. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Sijangkang.
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Terus ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh dalam perbahasan Perbelanjaan Pembangunan mengikut Kod Projek. Pertamanya adalah muka surat 192.
P.K 7 – Generasi Muda dan juga Sukan. Projek Pembangunan Generasi Muda RM3.9999 juta, naik taraf dan bina baru infrastruktur RM10 sekadar token sahaja, Pembangunan Sukan RM6 juta, Pembangunan Bola Sepak Negeri Selangor, RM10 juta. Apa yang saya nak bangkitkan adalah pertamanya berkaitan dengan Pembangunan Generasi Muda, RM3.999 juta. Sebagaimana yang kita maklum bahawa dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengatakan pertambahan Projek Pembangunan Generasi Muda sejumlah RM2.8 juta. Ini mengambil kira kenaikan daripada 6 ribu kepada 10 ribu setiap zon, kalau kita kira 24 zon setiap PBT, 12 zon bermakna RM2.88 juta. Tak apalah kalau 2.8 itu pun mungkin ada kawasan PBT yang tidak aktif dan sebagainya.
Kemudian, kita dimaklumkan juga bahawa sukan pickleball yang akan mula diperkenalkan dengan jumlah RM1 juta dan begitu juga dengan cadangan pembangunan gedung e-Sports RM1 juta menggunakan, menaik taraf Hotel Carlton. Kalau saya kira di situ, ini sahaja sudah berjumlah RM4.8 juta dengan peruntukan 3.9 untuk Pembangunan Generasi Muda saya ingat dia sangat kurang. Dan peruntukan RM10 untuk pembinaan infrastruktur sukan saya kira terlalu seolah tidak adalah. Kalau kita nak sebutkan tadi, gedung e-Sport Carlton Hotel RM1 juta, saya tak tahu di mana letak peruntukan itu, mungkin di bawah pembayaran online sebagainya ataupun MBI yang akan membiayai. Saya kira berasaskan kepada persiapan kita menghadapi SUKMA yang tidak berapa lama lagi, sudah tentu seharusnya naik taraf ataupun bina baru infrastruktur sukan ini sudah dimulakan mulai tahun hadapan. Saya tak tahu apa perancangan Kerajaan Negeri sama ada sahaja menjadi wakil tuan rumah kepada SUKMA dengan menggunakan infrastruktur ataupun prasarana-prasarana di luar daripada Selangor ataupun bagaimana. Kita tidak mahu nanti persiapan tergesa-gesa menghampiri kepada SUKMA
itu dan ia akan menyebabkan perbelanjaan yang begitu besar. Jadi, saya minta supaya ada penjelasan oleh Kerajaan Negeri.
Kemudian yang kedua, muka surat 194 berkaitan dengan Projek Khas Perpustakaan Taman Seri Medan, Kuala Langat dengan peruntukan pada tahun hadapan dijangkakan RM950 ribu yang mana kos projek RM4 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12 juga RM4 juta, ini bukan satu projek yang baru. Saya kira Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat sudah masuk Yang Dipertua yang keempat dan saya dimaklumkan kalau peringkat awal dulu katanya disebabkan oleh peruntukan yang agak besar untuk kerja-kerja tanah. Tapi pada hari ini, saya dimaklumkan adalah berkaitan dengan KM yang masih lagi tidak mendapat kelulusan. Jadi, dah beberapa orang Yang Dipertua Majlis kalau tak selesai juga, sebab saya kira saya melihat bahawa projek ini adalah projek yang asasnya projek Pembangunan Perpustakaan Desa di Seri Setia dan konsepnya lebih kurang konsep yang sama tetapi apakah kesukaran dia sehingga kelulusan KM pun, sehingga pada hari ini masih lagi tidak diluluskan dan saya khuatir kalau ini berlaku akhirnya apabila kita nak bangunkan kos yang lebih tinggi dan akhirnya mungkin kita tidak dapat laksanakan. Ini mengambil contoh kepada Pembangunan Madrasah Mujahidin yang peringkat awalnya diperuntukkan kos projek lebih kurang RM7 juta kemudian disebabkan oleh kalau kita nak bangunkan sekarang melibatkan kos lebih daripada RM11 juta akhirnya tahun ini dah tak ada peruntukan pun yang saya maklumkan projek ini tidak dapat di laksanakan.
Kemudian, saya masuk kepada muka surat 209, P.K 2 – Program Pembangunan Sumber Hutan, 02001 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Kawasan Hutan Terosot. Yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar awal tadi bahawa di Selangor ini kita ada lebih kurang dalam 31 hutan simpan kekal di Selangor yang saya kira ini antara inisiatif yang sangat baik. Tetapi daripada 31% itu, saya kira jumlah sejumlah yang agak besar hutan-hutan kita adalah dalam keadaan hutan yang terosot. Dan inisiatif untuk pemuliharaan dan pemeliharaan ini adalah satu inisiatif yang harus diadakan dengan bersungguh-sungguh kerana saya ingat kita ada contoh pembangunan hutan terosot seperti hutan Bukit Lagong, FRIM bangunkan sistem SMS, Selective Management System. Itu satu sistem yang, yang sangat baik. Dan di Kuala Langat, ada satu kawasan hutan simpan kekal Kuala Langat Utara, yang tempoh hari ada projek yang dibangunkan kemudian Alhamdulillah, projek itu tidak diteruskan dan diperlewatkan sebagai hutan simpan kekal semula. Dan ini adalah antara hutan terosot yang pada pandangan saya harus dibangunkan dan keadaan hutan yang sebahagiannya sudah tebangkan yang saya kira harus dimulakan. Dan ini juga adalah hutan sebagai tebatan banjir apabila berlaku kenaikan jumlah taburan hujan di kawasan Kuala Langat dan inilah kawasan yang akan menyelamatkan daripada banjir di Kuala Langat. Jadi, saya nak minta respons daripada Kerajaan Negeri, tahun 2014 dulu kita ada satu program yang khusus untuk
pemuliharaan dan pemeliharaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, masa Yang Berhormat Hulu Kelang menjadi Menteri Besar, dan telah melibatkan NGO dan saya kira itu sudah satu inisiatif yang sangat baik harus diteruskan pada hari ini.
Kemudian, saya masuk kepada muka surat 218, 04400 Kuala Langat, 04401, naik taraf jalan alternatif Klang, simpang laluan FT005, Kampung Jenjarom ke Kebun Baru dan juga Seri Cheding ke Interchange Gamuda. Jadi, saya ingat ini antara dua jalan yang pada hari ini yang terlalu sibuk. Kalau dulunya sebagai jalan alternatif, ini dah seolah-olah jalan utama. Dan setiap masa-masa puncak begitu banyak kenderaan sama ada kereta ataupun motor dan jalannya bagi saya terlalu sempit, dan ia merisikokan kepada kemalangan. Dan saya mengharapkan dua jalan ini dapat dinaik tarafkan, Jalan Seri Cheding dan juga jalan Batu Sembilan, Kebun Baru kerana penunggang-penunggang motor terutamanya mereka akan menggunakan laluan tengah dalam keadaan kesibukan waktu, waktu kemuncak yang akhirnya merisikokan kepada kemalangan. Bahu jalan pun terlalu teruk dan boleh saya katakan setiap minggu ada sahaja kemalangan yang melibatkan motor, kereta di kawasan ini. Dan saya mengharapkan kalau dapat dilebarkan lebih baik, kalau tidak sekurang-kurangnya ada laluan sikal yang boleh dibangunkan di situ kerana kemalangan bukan sahaja kemalangan biasa tetapi kemalangan maut yang telah berlaku di kawasan ini.
Kemudian saya nak menyentuh juga muka surat 227, 01511 – Daerah Kuala Langat, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sijangkang. Kalau saya lihat di sini anggaran tahun 2025, RM10 sahaja. Tapi khusus untuk kawasan Desa Kemandul dan kawasan yang berkaitan dengan kawasan pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasau. Sehingga pada hari ini mereka sentiasa terdedah kepada banjir ataupun air naik yang tenang. Dan ini sangat-sangat memberikan masalah. Baru-baru ini pun ataupun sekarang ini pun masih lagi berlaku banjir terutamanya pada ketika ini adalah waktu taburan hujan yang sangat tinggi. Jadi, saya harapkan perlu diambil sesuatu dan saya juga pernah membahaskan perkara ini di dalam sidang-sidang yang lalu.
Untuk akhirnya, muka surat 239, P.K 101601 – Madrasah Darul Mujahidin, saya mengharapkanlah Kerajaan Negeri, EXCO ambil pertimbangan kita buat pembangunan penempatan semula Darul Mujahidin bersama-sama pembangunan sekolah tempoh hari, dan kita dah untukkan dah peruntukan dan hari ini saya kira pembangunan rumah telah selesai walaupun berlaku mendapan dan sebagainya iaitu untuk kita pulangkan kepada PKNS untuk menangani tetapi untuk pembangunan madrasah ini yang masa ini masih lagi mereka menggunakan tapak di dalam Mujahidin itu, dan saya khuatir kalau apabila tapak yang diserahkan kepada PKNS ini dan mereka tidak mempunyai tempat lagi untuk mereka meneruskan pendidikan kepada anak-anak disitu. Terima kasih Tuan Speaker.
Yang Berhormat Meru.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Merujuk kepada P01, Kod Projek P.K 5 – Pendidikan 05003, Projek Bantuan Sekolah. Saya ingin bertanya apakah bentuk bantuan yang di bawah Projek Bantuan Sekolah ini dan adakah Projek Bantuan Sekolah ini melibatkan, bukan sahaja melibatkan sekolah-sekolah dalam di bawah Kerajaan Negeri, tapi juga melibatkan sekolah-sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan.
Seterusnya saya merujuk kepada Kod Projek 05005 iaitu Pembangunan Pendidikan Masyarakat India dan saya juga ingin tahu apakah bentuk Program Pembangunan Pendidikan Masyarakat India yang saya lihat peruntukannya adalah RM1.185 juta dan kita kira peruntukan itu agak rendah dan tidak mencukupi dan boleh kita tambah memandangkan kita mahukan kalau boleh masyarakat India seiring dengan masyarakat lain, bangsa-bangsa lain di sudut pendidikan.
Seterusnya di P.K 8 – Kod 08002, Pembangunan Masyarakat India juga. Tadi Pembangunan Pendidikan Masyarakat India. Ini Pembangunan Masyarakat India di mana peruntukan RM315 ribu. Jadi apakah bentuk program Pembangunan Masyarakat India dan saya lihat juga peruntukan ini juga agak rendah dan kalau boleh Pejabat EXCO kalau dapat bekerjasama dengan NGO-NGO supaya program Pembangunan Masyarakat India khususnya lebih efektif dan berkesan.
Tuan Timbalan Speaker, seterusnya merujuk kepada muka surat 213, P12 di bawah Kod Projek P.K 1 – 01300 iaitu Projek Bukan Fizikal Daerah Klang. Di mana sejumlah RM400 juta, RM400 ribu untuk peruntukan 2025 iaitu Pemasangan Lampu. Jadi, Meru mencadangkan supaya Pejabat EXCO ataupun Kerajaan memberi perhatian dan keutamaan iaitu di mana pemasangan lampu di Meru ini agak, agak kritikal di mana banyak lagi jalan-jalan gelap dan nampaknya tidak masih mencukupi pencahayaan supaya kita dapat meningkatkan tahap keselamatan khususnya masyarakat sekitar.
Seterusnya merujuk kepada P14, muka surat 239, Jabatan Agama Islam berkaitan dengan Sekolah Rendah Agama pembinaan Sekolah Rendah Agama, saya merujuk Daerah Klang, P.K 1 di mana dalam sidang lepas saya ada membangkitkan tentang pembinaan Sekolah Rendah Agama di Sungai Kapar Indah, di mana saya difahamkan telah dimasukkan dalam semula, dalam projek di bawah arahan RMK12 yang dijangka pembinaannya pada tahun 2025 tapi Meru ingin tahu apakah status pembinaan SRA Sungai Kapar yang terkini. Sekian, terima kasih.
Bukit Lanjan. Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya mula dengan muka surat 191 di bawah Vot P01 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan P.K 2 – Luar Bandar butiran 02007, Pembangunan Kampung Baru. Di mana RM825 ribu telah diperuntukkan, hanya RM825 ribu satu angka yang agak mengejutkan saya. Angka ini menunjukkan pengurangan yang sangat ketara berbanding peruntukan RM4 juta setiap tahun pada tahun-tahun sebelum ini. Pengurangan drastik ini menimbulkan persoalan yang besar tentang Kerajaan Negeri, tentang komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan Kampung Baru yang memainkan peranan yang penting dalam ekonomi tempatan, budaya masyarakat dan kestabilan sosial. Dalam Selangor, kita mempunyai 77 buah Kampung Baru yang merangkumi Kampung Baru, Bagan dan Kampung Tersusun. Kampung Baru bukan sahaja satu tempat tinggal tetapi juga merupakan satu pusat komuniti yang membawa nilai sejarah, warisan dan identiti masyarakat setempat. Dalam situasi ekonomi yang semakin mencabar ini, banyak kampung baru yang memerlukan infrastruktur yang lebih baik seperti menaiktaraf jalan, dan sistem saliran yang mengelakkan berlakunya banjir. Pembinaan kemudahan awam ataupun menaiktaraf kemudahan awam seperti Dewan orang ramai, dikampung taman rekreasi, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton dan sebagainya untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk. Disamping itu peruntukkan yang diberikan sepanjang masa ini adalah cukup dan untuk tujuan penganjuran pelbagai program komuniti kemasyarakatan disekitar kawasan kampung, bagi meningkatkan taraf hidup, memperkukuhkan identiti komuniti dan memajukan pembangunan sosial ekonomi dan budaya masyarakat setempat. Program yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti pertandingan seperti Hiasan Rumah Kampung Sempena Tahun Baru Cina, Pertandingan Bola Keranjang Piala Kampung Baru, Balik Kampung CNY Fest tahun 2024 dan banyak lagi yang telah berjaya dan dapat sambutan yang hangat dalam kalangan masyarakat. Jika peruntukkan yang dikurangkan sebegini banyak bagaimana kampung baru dapat berkembang dengan lebih baik lagi. Rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita dan kampung baru adalah lambang masyarakat akar umbi yang perlu di jaga. saya harap Kerajaan dapat mempertimbangkan semula keputusan ini demi kepentingan semua pihak.
Tuan Speaker saya merujuk mukasurat 192 PK 6 wanita kebajikan dan kesihatan kod projek 060001 pembangunan wanita dan keluarga peruntukkan sebanyak RM4.9 Juta dimana telah menunjukkan penurunan peruntukkan berbanding dengan tahun sebelum ini, yang diperuntukkan berjumlah RM7,250,000.00 tahun lepas muka surat 195 PK.18 Program Iltizam Selangor Penyayang dengan kod projek 18002 dimana skim kesihatan wanita tidak diperuntukkan tiada peruntukkan diberikan untuk tahun depan. Wanita berperanan sebagai tunjang keluarga pemaju ekonomi pemimpin masyarakat ajen berubahan dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera dan progresif. Kerajaaan Negeri sebelum ini telah menunjukkan komitmen agak besar kepada golongan wanita
dan keluarga melalui program mamakemas dan sebagainya. Kerajaan Persekutuan tahun 2025 beberapa usaha pun telah diumumkan untuk pembangunan wanita termasuk program kembali kerja, usaha menyokong usahawan wanita dan belia, insentif sokongan keluarga dan pembangunan kepimpinan wanita melalui perantis. Saya cadangkan pada Kerajaan Negeri meningkatkan lagi usaha keusahwanan wanita khususnya wanita muda seperti program latihan wanita dan bimbingan adakan khas usahawan wanita muda pusat inkubator perniagaan wanita, bazar dan platform e-dagang khas untuk promosikan produk wanita dan galakkan penggunaan platform e-dagang tempatan.
Tuan Speaker akhir sekali saya ingin merujuk kepada mukasurat 194 PK.15 Perumahan dan kesejahteraan Bandar kod projek 15003 Skim Ceria dengan izin caring government resident aid yang telah diperuntukkan sebanyak 4.5 Juta untuk makluman Dewan yang mulia ini, DUN Bukit Lanjan juga merupakan salah satu dun di Selangor dengan kepadatan penduduk yang agak tinggi, dan terdapat banyak pangsapuri kos rendah dan sederhana yang amat memerlukan bantuan daripada Kerajaan untuk baikpulih kerosakan yang dialami seperti kerosakkan jalan di apartment Lestari di Damansara Damai, hakisan cerun yang dialami penduduk di apartment Desa 1 Amanpuri, yang memerlukan bantuan kewangan yang amat besar untuk kerja-kerja membaik pulih cerun tersebut dan membaiki kerosakan lift yang berlaku di pangsapuri Flora Damansara sebelum ini dan banyak lagi yang saya tidak dapat senaraikan disini memandangkan masa yang agak terhad berbanding dengan peruntukkan tahun ini tahun sebelum ini dalam tempoh masa 5 tahun yang lepas, tahun 2024 dan 2023 diperuntukkan sebanyak 7 Juta, 2022 dan 2021 diperuntukkan seramai sejumlah 5 Juta tahun 2019 dan tahun 2020 10 Juta diperuntukkan. Dimana jumlah peruntukkan 2025 adalah dengan hanya 4.5 Juta. Oleh itu, nanti kita bincang dengan YAB Dato’Menter Besar, oleh itu saya memohon Kerajaan Negeri untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap ketiga-tiga perkara yang saya bangkitkan pada hari ini sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Paya Jaras
Terima kasih kepada Tuan Speaker saya nak merujuk kepda mukasurat 239-240 pembinaan Sekolah Agama Kawasan Petaling 1030 saya merujuk kepada terima kasih yang membetulkan 7 buah sekolah tapi saya tertinggal juga saya mohon juga pada persidangan yang lepas, untuk melihat kepada beberapa sekolah yang lama khususnya di kawasan Paya Jaras sebagai contohnya Sekolah SRA Merbau Sempak kalau EXCO boleh tengok kawasan sekolah tu zaman lama sekolah tradisional zaman lama dulu yang kecik dimana penduduknya sangatlah ramai, saya lihat dalam peruntukkan tahun ni, kebanyakkan yang banyak ini kawasan bandar-bandar start daripada Shah Alam, Puchong Perdana, Puchong Utama, Seksyen 11 kemudian Subang Bestari dan sebagainya so saya mohon peruntukkan untuk Kerajaan mempertimbangkan supaya pada masa akan datang, kalau kawasan
Petaling juga tengok juga kawasan-kawasan luar bandar yang tertinggal, 2 kawasan yang saya sebutkan SRA Merbau Sempak dan juga SRA Paya Jaras sekolah ni sekolah yang sangat lama, sangat-sangat lama dan merupakan satu pembinaan semula atau baikpulih yang lebih serius. Dalam jawapan Dewan yang lepas, saya bertanyakan apakah status kemajuan ataupun perancangan untuk menaiktaraf sekolah SRA Merbau Sempak jawapan masih belum ada perancangan, jadi saya mohon sangat supaya dalam budget ni saya mengucapkan terima kasih adun kawasan-kawasan bandar tetapi perlu juga melihat di kawasan luar bandar, supaya sekolah-sekolah luar bandar SRA mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri dan ini jumlah penduduk yang meningkat supaya ia mendapat suatu keperhatinan dan memastikan pendidikan agama sekolah-sekolah agama ini diberikan perhatian. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kota Kemuning.
Terima kasih Tuan Speaker, Tuan Speaker saya rujuk kepada mukasurat 191 kod projek PK 40400 hal ehwal selain Islam. Tuan Speaker kalau kita lihat peruntukkan yang diberikan 4 Juta sahaja, namun saya percaya jumlah tersebut adalah tidak mencukupi ini kerana berikutan daripada demand yang diperlukan oleh kuil-kuil India dan juga Cina menunjukkan bahawa peningkatan populasi rakyat dan juga menambahan projek-projek untuk penambahan kuil-kuil tersebut. So saya minta kalau boleh kita tambahkan lagi jumlah tersebut daripada 4 Juta kerana sebelum ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 6 Juta, so saya minta Kerajaan kalau boleh untuk meninggkatkan jumlah ini. Kedua, mukasurat 192 kod 050005 dimana rakan saya Meru juga telah membawa isu ini iaitu Pembangunan Pendidikan Masyarakat India, sepertimana saya ujar sebelum ini juga menunjukkan bahawa kerana kenaikan kos pendidikan di IPTS, so ini menunjukkan kita memerlukan satu jumlah yang lebih besar. Ini satu juta satu sorry RM1,185,000.00 ini tidak mencukupi, kerana pada hari ni pada tahun selepas tahun kedua, mereka memerlukan satu jumlah yang sama so ini menunjukkan bahawa kita perlukan satu kos yang lebih besar untuk menanggung kos pendidikan bagi masyarakat India yang B40 ini khususnya.
Dan isu seterusnya Tuan Speaker adalah mukasurat 213 projek PK 411300 ini adalah jumlah 400 ribu diperuntukkan untuk lampu jalan. Apa yang difahamkan saya difaham sebelum ini bahawa satu jalan di kawasan saya iaitu di Jalan Bukit Kemuning adalah jalan dibawah persekutuan, soalan saya samaada jumlah 400 ribu ini akan digunakan untuk menambahkan lampu jalan disepanjang jalan Bukit Kemuning atau tidak? Itu soalan pertama, kedua kalau tidak saya perlukan satu tegasan daripada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini. ini kerana saya dah banyak kali jumpa dengan JKR dan minta mereka datang daripada khususnya daripada persekutuan, tiada satu mesyuarat pun mereka datang, kedua tiada apa-apa jawapan daripada mereka. Kalau mereka tidak bertanggungjawab atau tidak mahu menjalankan kerja lebih baik serahkan
kepada Kerajaan Negeri kepada PBT untuk menjalankan kerja dengan lebih efision. That is my request Yang Berhormat, kalau boleh kita bincang dengan mereka kalau mereka tidak boleh buat better don’t give them the job dengan izin Tuan Speaker. Seterusnya isu sama berkenaan jalan yang sama di bawah mukasurat 219 berkenaan dengan penambahbaikan jalan JKR Persekutuan juga. Soalan jawapan yang saya terima sama ia adalah jawapan jalan persekutuan, isunya berapa lama penduduk disitu perlu menunggu menaiktaraf jalan itu. What is the requirement yang persekutuan menunggu untuk menambah baik jalan tersebut? Kalau mereka tidak mempunyai peruntukkan atau tidak bersedia lebih baik serahkan kepada PBT. PBT saya lebih baik untuk menjalankan pembaikan jalan dimana untuk rakyat dibawah situ mereka tak kira ini adakah jalan persekutuan, jalan PBT atau jalan JKR Selangor, ini ialah penting mereka menyelesaikan isu ini. So saya mohon pihak Kerajaan membuat satu pendirian dalam isu-isu ini supaya kita dapat menyelesaikan secara sepenuhnya isu-isu penaiktaraf jalan dan juga lampu. Itu sahaja Tuan Speaker.
Kota Damansara
Terima kasih pada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kota Damansara ingin merujuk kepada P01 atau PK 2 mukasurat 19102006 terdapat 2 kampung di Kota Damansara, pertama adalah Kampung Selamat kedua ialah Kampung Melayu Subang, kalau di Kampong Melayu Subang ni terdapat lebih kurang 80 jalan yang berdaftar tapi kalau yang tidak berdaftar lebih banyak lagi. Cuma di kawasan ni kalau tengok peruntukkan yang telah diperuntukkan jumlahnya agak sedikit jadi saya mohon pihak Kerajaan untuk mempertimbangkan untuk menambah peruntukkan tersebut kerana ini memberikan satu keselesaan pada penduduk. Kedua Tuan Speaker saya merujuk pada PK 4 iaitu mukasurat 192 vod kod 04010 iaitu Bencana. Kawasan Kota Damansara ni memang terkenal dengan bencana bukan hanya di Paya Jaras tapi di Kota Damansara jugak kawasan sama juga Kampung Melayu Subang kawasan yang berulang-ulang cuma saya tengok jumlah peruntukkan yang telah diletakkan untuk di bawah Vot bencana ni hanya 500 ribu mungkin perlu dipertimbangkan dan sop dipertimbangkan bila kos selalu berlaku banjir ni setahun dia boleh mohon sekali itupun 250 kalau ikutkan amoun yang diorang kerugian ni jauh lebih besar kalau andai kata contoh sebab tahun ni sahaja 2 kali seminggu selepas Raya bulan sepuluh hari tu. Saya ingat amat pentinglah kita tukar SOP yang hanya setahun 1 kali.
Kedua ialah PK 5 mukasurat 209 05002 kompleks perhutanan Sungai Buluh. Saya tengok Yang Berhormat Timbalan Speaker, kuarters Sungai Buluh ni sangat daif sebenarnya ada sebahagian daripadanya tidak boleh digunakan inilah yang terpaksa dihadapi oleh Jabatan Perhutanan yang berada di kawasan Kota Damansara jadi saya mohon kepada Kerajaan untuk mempertimbangkan kuartes-kuartes ini dibaikpulih dan
boleh diguna pakai sebab mereka juga orang yang sangat penting untuk menjaga keselamatan dan memastikan hutan-hutan simpan kita sentiasa terjaga dan tidak diceroboh oleh orang lain.
Seterusnya ialah P 12 iaitu PK 1 mukasurat 31, mukasurat 213 iaitu 01101 iaitu Pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat. Timbalan Speaker kalau tengok dikawasan daerah Petaling ni adalah kawasan yang paling banyak paling padat di Malaysia. Ada setengah-tengah tempat kalau diikutkan jumlah yang ditetapkan ini jumlah agak kecil bagi saya dan mungkin perlu ditambah lagi sebab kalau ditengokkan dikawasan Kota Damansara apabila lampu isyarat tu rosak dia memerlukan tempoh 6 bulan sebab kena tunggu satu budget boleh bayangkanlah bila saya sendiri nak gunakan budget pejabat saya kata tak boleh sebab ini melibatkan peraturan kewangan jadi saya mohonlah untuk dipertimbangkan untuk menambah. Seterusnya untuk Vot P 13 PK 1 mukasurat 225 iaitu kod 01302 Projek Tebatan Banjir Kampung Melayu Subang ada beberapa tempat yang saya tengok ialah projek di kawasan Sungai Pelepas kalau kita tengok budget telah diletakkan 100 ribu saya mengucapkan terima kasih pada pihak Kerajaan cuma saya ingin menyampaikan pesanan kepada pihak JPS apabila membuat korekan itu tolong, kalau buat korekan itu jangan diletakkan pasir di tepi sungai. Sebab akhirnya bila kita letakkan RM100 ribu pada tahun hadapan pun pasir-pasir itu akhirnya jatuh balik dan akhirnya tak beri apa. Duit kita tetap keluarkan tetapi pasir itu jatuh balik ke sungai dan kita membuat kerja yang berulang-ulang satu manfaat pun kepada orang.
Satu lagi Vot P14 P.K. 1 Sekolah Agama bagi muka surat 239 Kod 0100 01100 Baik Pulih Sekolah Agama. Yang ini saya masih lagi mencuba lagi sebab saya percaya projek-projek yang ada ini bila guna tender terbuka ini ada penjimatan jadi bajet penjimatan itu mungkin boleh dialihkan sedikit kepada kawasan Melayu Subang. Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu Subang yang agak daif dia punya pendawainya mungkin boleh bantu untuk dilihat kawasan Melayu Subang.
Vot yang sama P.K. 3 bawah Masjid muka surat 243 03104 Masjid Subang Bestari. Saya diberi maklumat pada tahun lepas pada sidang bajet ini, bahawa masjid akan disiapkan pada Jun pada 2024. Walau bagaimanapun dia tidak siap dan akhirnya diberi satu tarikh baharu pada Ogos tahun 2024 dan paling akhir saya dapat tarikh pada November. Jadi saya percaya masjid itu tidak masih siap lagi, cuma saya nak tanya bilakah tarikh sebenar masjid itu akan disiapkan? Dan apakah tindakan kerajaan terhadap kontraktor tersebut? Sebab kalau ikutkan kalau boleh saya nak siaan sebelum bulan Ramadan pada tahun hadapan.
Seterusnya ialah P.K. 5 iaitu Pelbagai muka surat 244. Saya ingin menanyakan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk bagaimana proses kita tengok di kawasan saya ada satu
surau ini yang mana arwahnya telah mewakafkan tapi akhirnya oleh kerana ada proses-proses yang agak sedikit lewat menyebabkan ayahnya telah meninggal dunia dan akhirnya anak-anak mula menuntut. Tempat tanah itu dan dibuat surau tempat tanah itu dah buat surau dah. Anaknya nak jual tanah tersebut. Jadi proses ini menyebabkan sukar. Cuma saya mengingatkan kepada pihak Kerajaan untuk mungkin mempertimbangkan badan wakaf ini dilihat secara holistik bukan hanya sebab ada kawasan-kawasan yang mana diwakafkan oleh orang iaitu untuk buat perkuburan, masjid, surau dan sekolah dan sebagainya. Tapi akhirnya perkara-perkara ini yang menyebabkan perkara-perkara teknikal ini menjadi sukar dan akhir bila ayah dia meninggal atau tuan punya tanah meninggal, anak-anak dia nak fikir untuk jual tanah ini. Tapi akhirnya ini akan menjadi satu kerugian kepada umat. Mungkin pada saya ambil tengok juga kalau kita cerita berkenaan cerita wakaf ini mungkin untuk non muslim juga tak ada lagi badan wakaf dekat dunia ini yang hampir sama dengan Malaysia. Yang mana kita ada satu badan yang untuk tengok mungkin orang Islam dia ada badan wakafnya. Non muslim mungkin boleh dipertimbangkan sebab ada juga orang-orang ini cuma memberikan tanah-tanah untuk buat sekolah-sekolah mungkin boleh pertimbangkan juga oleh pihak Kerajaan.
Tuan Speaker Vot 417 P.K. 4 Kesihatan Veterinar muka surat 251 Kod 04001 iaitu Prihatin Haiwan. Kalau kita tengok banyak kes berkenaan anjing dan kucing yang selalu bila PBT yang akan ada masalah bila cuba menangkap anjing dan kucing. Cuma saya minta dipertambahkan untuk di perhebatkan kesihatan veterinar ini khususnya bahagian prihatin haiwan ini untuk membantu PBT-PBT untuk kita menyelesaikan masalah-masalah anjing liar atau kucing liar ini bukan itu sahaja kadang-kadang kita tengok juga lembu liar, saya tengok baru-baru ini ada takziah kepada keluarga yang meninggal dunia akibat melanggar lembu. Jadi insya-Allah kita di pihak Kerajaan pertimbangkan.
Akhir sekali P.K. 4 Vot yang sama P.K. 4 Kod 04003 Klinik Veterinar. Kalau kita tengok klinik veterinar diletakkan bajet lebih kurang RM100 ribu. Kalau saya minta bajet ini dipertambahkan sebab bajet ini agak rendah kalau kita tengok Klinik Veterinar ini ada juga haiwan-haiwan yang perlu dihantar untuk keperluan bantuan daripada Klinik Veterinar. Kita bukan hanya cerita fasal lembu kambing sebagainya. Kadang-kadang ada kucing kalau kita hantar anjing yang kita tengok kat keliling mungkin dia orang perlu hantar ke Klinik Veterinar untuk bantu haiwan-haiwan, tapi walau bagaimanapun ini antara puncanya kerana kekangan bajet jadi saya minta untuk penambahan bajet boleh kita optimumkan kepada semua. Saya percaya semua sebahagian besar pada Ahli-ahli Dewan dalam sini merupakan pencinta haiwan. Saya ingat itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Speaker.
Yang Berhormat Gombak Setia.
Terima kasih Timbalan Speaker dia atas ruang yang diberikan. Gombak Setia bangkit untuk membahaskan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 khusus dalam P.K. 7077001 Pembangunan Generasi Muda. Saya lihat dalam anggaran yang diberikan, belanja untuk tahu hadapan khususnya bagi Projek Pembangunan Generasi Muda ialah RM3.9 juta. Tuan Speaker saya ingin menarik kepada pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam belanjawan baru-baru ini peruntukan untuk PeBS dinaikkan daripada RM5 setahun untuk program tahunan. Tuan Speaker PeBS ini bagi saya dalam usaha untuk menguruskan atau pun memberdayakan generasi dalam negeri Selangor. Ia suatu program yang cukup baik bahkan program ini adalah penerusan daripada dasar dan juga kebijakan yang diadakan ketika yang Berhormat Sijangkang lagi. Sebagai EXCO Kerajaan Negeri. Program ini bagi saya ada dua elemen yang amat penting. Pertama ialah soalan elaun PeBS, di mana setiap ahli ataupun pimpinan PeBS di semua 288 zon. Mereka terima elaun sebanyak RM500 sebulan. Yang mana impak kewangannya adalah untuk satu tahun kira-kira RM1.7 juta. Kemudian untuk peruntukan program yang Dato’ Menteri Besar umumkan daripada RM5000 setahun dia naik RM10 ribu setahun. Dulu impak kewangan dia ialah kira-kira RM1.44 juta. Tapi hari ini bila di umum naik sekali ganda RM5 ribu naik RM10 ribu daripada RM144 juta dia dah naik RM2.88 juta. Speaker cuba Speaker kalkulator tengok RM1.728 juta. Elaun PeBS ditambah dengan RM2.88 juta nilai dia RM4.608 juta. Tapi dalam butiran yang diberikan, saya lihat hanya RM3.99 juta yang diperuntukkan untuk tahun depan. Maksudnya untuk laksanakan kenaikan itu pun belum tentu dia boleh berlaku. Sebab dia ada short lebih kurang RM608 ribu. Tuan Speaker ini satu perkara yang serius. Macam mana Kerajaan Negeri Menteri Besar boleh umumkan dalam keadaan dalam butiran ini tak meningkat. Menteri Besar umum meningkat dalam butiran dia menurun. Bahkan kalau compare dengan tahun lepas ia berlaku penurunan Tuan Speaker. Sebab itu saya nak tanya pada Kerajaan Negeri, apakah dan bagaimana hal ini boleh berlaku pengumuman Menteri Besar tak selari dengan butiran buku belanjawan? Yang pertama dan apakah pengumuman-pengumuman yang dibuat dalam belanjawan kali ini? Ini pengumuman yang hanya nak cetus keterujaan dia tidak dirancang dengan kemas dan tersusun dan tidak dibincangkan dengan pegawai-pegawai. Jadi menteri Besar umum lain, pegawai tulis dalam butiran. Jadi sebab itu perkara ini mesti disemak kembali dan mesti ditangani supaya pada tahun tahun-tahun hadapan. Peruntukan ataupun hal-hal yang sebegini tidak boleh berlaku.
Tuan Speaker yang kedua, saya juga nak bangkit tentang butiran 07002. Ini tentang menaik taraf membina baru infra sukan. Ini sekali lagi saya sebut dalam perbahasan saya 2026 kita nak jadi tuan rumah SUKMA apakah dalam keadaan hari ini yang hanya diperuntukkan RM10 ringgit. Semua kemudahan dan prasarana dalam negeri Selangor kita ini dah siap siaga untuk berhadap dengan SUKMA. Langsung tidak ada dipertimbangkan untuk tahun hadapan sedangkan tahun hadapan ini tahun paling crucial.
Kita ada satu tahun sahaja tempoh untuk menyediakan semua prasarana dan kemudahan-kemudahan kita ini supaya boleh digunakan dalam SUKMA 2026 yang mana kita adalah tuan rumah. Sebab itu penting untuk kita Kerajaan Negeri hari ini berfikir we should protect our celebrity sebagai tuan rumah. Kita nak menganjurkan suka Malaysia yang datang atlet-atlet yang datang dari seluruh negara. Yang akan gunakan kemudahan ini nanti adalah atlet-atlet anak-anak muda yang mahu kita bangunkan mereka sebagai atlet-atlet yang lebih terkemuka pada masa hadapan. Sebab itu saya minta Kerajaan Negeri supaya pertimbangkan. Tahun depan ini tahun crucial tahun. Saya takut nanti kang ada pula jadi macam Stadium Shah Alam. Dah lulus pula nanti bila lagi takut setahun pun tak siap akhirnya tak guna SUKMA tahun bila lagi. Kita belum tentu boleh gunakan prasarana dan juga fasiliti kita.
Yang ketiga Tuan Speaker, saya juga sentuh soal butiran 07004 tentang Pembangunan Bola Sepak Negeri Selangor. Tuan Speaker saya lihat dalam butiran di peruntukan RM10 juta, saya ambil maklum dan saya sedia maklum bahawa setiap tahun selain daripada peruntukan itu ada juga penambahan-penambahan lain kira sekitar RM20 juta yang diperuntukkan melalui anak-anak syarikat kita. Tapi Tuan Speaker saya bukan nak bahas sama ada peruntukan itu cukup peruntukan itu tak cukup. Tetapi saya ingin menarik perhatian seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri bahawa dalam setiap tahun bila lihat buku butiran belanjawan hanya bola sepak yang disebut. Maksudnya kita berbelanja besar untuk sukan bola sepak. Kita peruntuk RM10 juta, anak syarikat bantu lagi dalam RM20 juta. Dalam kita berbelanja begitu besar untuk sukan bola sepak. Tuan Speaker kalau kita ingat, kali terakhir kita dapat piala Negeri Selangor ini tahun 2015. Tahun ketika mana Yang Berhormat Hulu Kelang jadi Menteri Besar. Tapi waktu itu Sungai Tua dia pengurus pasukan jadi sebab itu saya rasa kombinasi dua ini (suasana riuh) ada yang nak join, Sentosa dan nak join dah.
Gombak Setia, jangan tafsir lebih daripada itu.
Saya cuma maksudkan ketika itu Yang Berhormat Hulu Kelang Menteri Besar, Yang Berhormat Sungai Tua ketika EXCO Kerajaan Negeri jaga sukan Pengurus Pasukan Bola sepak, tapi itulah hakikatnya tahun terakhir kita menang piala. Tahun depan 2025 maksudnya dah sepuluh tahun kita kemarau tidak ada piala Speaker. Dalam keadaan kita berbelanja begitu besar dan saya lihat pula, baru-baru ini diumumkan kita dapat coach baru untuk pasukan bola sepak kita. Daripada Jepun Katsuhito Kinoshi (suasana riuh) tak boleh sebut nama. Tetapi Tuan Speaker yang penting ialah soal pengurusan ini. bagaimana kita tengah-tengah session ini tiba-tiba boleh tukar jurulatih. Sebab itu kali ini saya tarik perhatian.
Gombak Setia. Sikit boleh?
Nak join juga Sungai Tua dan Hulu Kelang. Silakan.
Ialah selain daripada Pengurusan Pasukan juga, kita juga ada alami satu insiden yang luar jangkaan kita Gombak setia. Apabila pemain utama Faisal Halim di simbah asid sebab itu Seri Serdang bawa usul itu dan kita luluskan sama-sama dalam dewan ini. jadinya faktor apa yang jadi pada hari ini pada tema FAS jangan lihat pada pengurusan sahaja kena lihat faktor-faktor luar seperti mana pada Faisal Halim. Kalau Faisal Halim ini perform saya yakin tahun ini Selangor confirm juara lagi.
Speaker.
Ada seminit lagi.
Nanti kita kena sambung esok sebab dia terlupa, Seri Serdang dia terlupa saya pun bahas usul yang sama hari itu. Saya betul, saya juga ada keyakinan sebagaimana yang Seri Serdang ada saya juga ada keyakinan kalau Faizal Halim ada, kita akan perform better. Tetapi itu baru berlaku tahun lalu. Yang yang saya sebut tadi dan 10 tahun. Jadi kita harus, kita harus sambung Speaker. Kita harus sambung, saya harap Speaker benarkan. Terima kasih.
Kalau sambung esok dua minit sahaja.
Demi Hulu Kelang dan Sungai Tua, dua minit. Okay.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 6.30 petang. Dengan ini saya menangguhkan sesi Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2025 sehingga hari esok 26 November 2024 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)