Selangor · 26 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · not final · 394 turns · 34,268 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-15 Belas pada 26 November 2024 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Salam sejahtera dan selamat pagi diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Kota Damansara untuk mengemukakan soalannya, Dewan yang Mulia ini mengalu-alukan rombongan dan lawatan ke Dewan Negeri Selangor daripada SMK Subang Bestari seramai 35 orang pelajar dan 4 orang guru diketuai oleh Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru iaitu Encik Mohamad Sani bin Awang, diatur oleh Yang Berhormat Kota Damansara. Perkara yang kedua, saya ingin memberi teguran kepada Yang Berhormat Sungai Panjang berkenaan dengan kod pakaian, saya mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa pakaian kod etika pakaian kita adalah lounge suit bagi lelaki pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis adalah lounge suit berwarna gelap. Jadi saya memohon peringatan ini dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang. Itu sahaja Yang Berhormat.
Speaker.
Ya Seri Serdang.
Nak minta Petua dari Tuan Speaker, berkenaan dengan pemakaian kita. Dalam Dewan ini semuanya menggunakan lounge suit berwarna gelap. Itu memang seperti yang kita faham. Tapi hari ini ada di kalangan Ahli Dewan yang memakai lounge suit yang colour cerah. Nak minta Petua daripada Speaker, apakah Ahli Dewan ini masih boleh kekal untuk bermesyuarat di dalam Dewan ini ataupun perlu salin pakaian.
Saya, Dewan yang mulia ini merupakan sebuah Dewan yang terbuka. Memandangkan beliau memakai pakaian dan lounge suit dan ini kali pertama beliau memakai pakaian dalam warna yang terang dan cerah, jadi saya memohon kalau boleh sebelah petang tukar, kalau tidak sempat saya berharap esok bila sambung kita,
Yang Berhormat pakailah dalam pakaian ataupun warna yang betul. Itu sahaja Yang Berhormat. Jadi untuk itu saya menjemput Yang Berhormat, boleh ya Sungai Panjang? Yang Berhormat Kota Damansara.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Sarapan pagi makan lepat, soalan Kota Damansara 74. Haa pantun, ada penyokong, ada penyokong.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 74. Rumah Terbengkalai Di Kota DamansaraQuestions
74. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan projek ini berjalan semula?
b)
Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan insentif kepada syarikat penyelamat bagi meneruskan projek ini?
c)
Adakah kerajaan bercadang untuk mengubah perancangan daripada rumah kos rendah kepada kos sederhana bagi memastikan projek ini berjalan?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara, Yang Berhormat Tuan Speaker. Kota Damansara bertanya berhubung dengan rumah terbengkalai di Kota Damansara. Untuk makluman Yang Berhormat, di DUN Kota Damansara terdapat 4 projek yang dikategorikan sebagai projek terbengkalai / bermasalah di DUN Kota Damansara ini ya. Kerajaan Negeri sentiasa proaktif bertindak sebagai fasilitator atau mediator dalam usaha-usaha memulihkan atau menyelesaikan isu projek terbengkalai atau bermasalah di Negeri Selangor. Walaupun punca dan bidang kuasa Kerajaan Negeri adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].
Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pemaju penyelamat yang berkeupayaan untuk mengambil alih projek-projek terbengkalai di Negeri Selangor dan antara insentif yang diberikan kepada mereka adalah satu, memudah cara urusan perbincangan dengan
semua jabatan teknikal bertujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan. Kedua, berkolaborasi bersama Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan mengadakan mesyuarat Smart Partnership bertujuan mencari dana bagi tujuan melancarkan lagi kerja-kerja pemulihan projek. Ketiga, melihat keperluan pindaan komponen pembangunan bagi tujuan menaikkan nilai pembangunan untuk menanggung kos pemulihan projek. Berhubung dengan pandangan ataupun soalan dari Yang Berhormat tentang adakah kerajaan bercadang untuk mengubah perancangan dari rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana bagi memastikan projek ini berjalan, itu antara satu opsyen atau pilihan yang dipertimbangkan dalam meneruskan atau memastikan projek-projek terbengkalai ini dapat dilaksanakan. Kerajaan Negeri terbuka untuk meneliti sebarang cadangan pindaan komponen pembangunan sekiranya ianya dapat meningkatkan tahap kebolehlaksanaan pemulihan projek, namun perkara ini perlu diteliti dari sudut perundangan dan juga kewajarankewangannya khususnya ikatan kontrak pihak-pihak yang berkepentingan dalam projek tersebut terutamanya hak para pembeli. Sekiranya hak mereka dipelihara dan dijaga oleh pemaju penyelamat, Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan cadangan pindaan tersebut. Sekian, terima kasih.
Seterusnya, Teratai.
Tuan Speaker, soalan saya 75.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 75. Inisiatif Dan Sokongan PendidikanQuestions
75. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan infrastruktur teknologi dan makmal komputer di sekolah-sekolah bagi membolehkan pelajar celik teknologi?
b)
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan pelajar OKU mendapat sokongan yang mencukupi dari segi infrastruktur, teknologi, dan tenaga pengajar yang terlatih?
Tuan Speaker, saya bangun jawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Tuan Speaker, Yang Berhormat Teratai bertanya apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan infrastruktur teknologi dan makmal komputer di sekolah-sekolah bagi membolehkan pelajar celik teknologi dan langkah kerajaan untuk memastikan pelajar OKU dapat sokongan yang mencukupi. Tuan Speaker, Kementerian Pendidikan Malaysia dan JPN Selangor telah melaksanakan 2 inisiatif utama melibatkan dana yang bernilai RM128.78 juta bagi pelaksanaan projek untuk tempoh bermula tahun 2021 hingga 2029. Berikut adalah perinci projek berkaitan inisiatif ICT. Yang pertama adalah Pembekalan perkhidmatan internet kepada semua sekolah di bawah JPN Selangor telah disediakan secara kontrak berpusat bermula 2019 hingga Jun 2024 melibatkan 3 lokasi utama iaitu Pejabat, Bilik Guru dan Makmal Komputer. Kesinambungan perkhidmatan ini telah dibuat di peringkat JPN Selangor bermula Julai 2024 melibatkan 927 sekolah dan 2,583 talian dengan dana bernilai RM4.5 juta dan kedua adalah perkakasan ICT makmal komputer telah dilaksanakan melalui kontrak berpusat secara berfasa iaitu 2021 hingga 2029 bagi melengkapkan keperluan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran makmal komputer sekolah. Secara keseluruhannya, peralatan yang telah dibekalkan kepada makmal komputer adalah sebanyak 22,998 unit dalam tempoh 2021 hingga 2029 dengan dana bernilai RM124.2 juta untuk sekolah-sekolah di bawah JPN Selangor. JPN Selangor ambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan sokongan yang mencukupi kepada pelajar OKU dari segi infrastruktur, teknologi, dan tenaga pengajar yang terlatih.
KPM dan JPN Selangor telah melaksanakan tindakan seperti yang berikut. Sebanyak 1440 peralatan dan bahan sokongan pendidikan khas tahun 2023 telah dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Khas dan ia melibatkan kos sebanyak RM2.8 juta. Dan yang kedua, sebanyak 29 buah sekolah dengan peruntukan sebanyak RM11.6 juta telah menerima projek naik taraf bilik darjah menjadi bengkel kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia bagi Program Pendidikan Khas Integrasi yang memberi manfaat kepada 2 758 orang Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Dan itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Batu Tiga nak tanya soalan apa.
Yang Berhormat EXCO, walaupun saya pasti mungkin jawapannya tidak ada tapi saya mohon direkodkan soalan saya. Berkenaan dengan peralatan dan perkakasan untuk pelajar pendidikan khas saya rasa dan saya maklum penempatan untuk pelajar khas di PPKI sekarang ini sangat limited. So apa usaha Kerajaan Negeri boleh bantu bersama dan
saya ambil contoh di DUN Batu Tiga Seksyen 20 kita terpaksa tambah kabin untuk memberikan kemudahan tambahan kepada PPKI yang mana saya rasa kabin juga tidak beberapa sesuai untuk anak istimewa. Jadi mungkin apa saranan dan cadangan yang boleh kita laksanakan di peringkat Kerajaan Negeri untuk bantu pihak sekolah. Terima kasih.
Ya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Batu Tiga dan memang perkara ini berlaku di banyak kawasan dan di banyak tempat dan kita memang memerlukan lebih banyak sekolah atau bilik darjah untuk pendidikan khas. Jadi bagi perkara ini Kerajaan Negeri Selangor akan duduk bersama JPN dan KPM untuk membangkitkan masalah ini yang berlaku di negeri Selangor kerana penduduk di Selangor merupakan sebuah negeri yang penduduknya sangat padat. Jadi kita memang memerlukan lebih banyak bilik darjah untuk pendidikan khas dan juga lebih banyak sekolah untuk menampung lebih masyarakat setempat. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Tambah juga, ya silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan ini saya kira ada dengan, sedikit sebanyak berkaitan dengan STEM (Science, Technology, Engineering dan juga Maths) jadi kalau kita lihat infrastruktur ini menjadi satu topik yang utama di sekolah-sekolah yang mana kerajaan perlu memperuntukkan satu peruntukan yang agak besar untuk membina makmal-makmal ini. Jadi saya nak bertanya dengan Yang Berhormat EXCO, sebab kita ada adik-adik yang sedang memerhatikan tentang perkara ini jadi saya nak bertanyakan Yang Berhormat EXCO adakah Kerajaan Negeri boleh melibatkan pemain-pemain industri ini turut menyediakan bilik latihan. Kalau pengalaman saya dahulu di tempat kerja ada disediakan dojo ataupun pusat latihan, bilik latihan yang boleh dipanggil pelajar-pelajar ini untuk hadir ke bilik latihan dan mereka boleh menggunakan teknologi yang ada di syarikat-syarikat yang berasaskan STEM ini, Sains, Teknologi, Kujuruteraan dan juga Maths ini sendiri. Saya mohon pandangan Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih. Ini memang merupakan satu cadangan yang cukup baik dan sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan kolaborasi seperti macam ni bersama syarikat swasta. Saya boleh bagi contoh Selangor Technical Development Center (STDC) telah melakukan kolaborasi dengan syarikat swasta dan termasuk UNISEL dan juga Semikonduktor Institut juga telah mengadakan kerjasama seperti macam ini supaya kita dapat memberi latihan kepada kita punya anak-
anak muda dan juga murid-murid sekolah yang bakal masuk ke dalam bidang yang tersebut. Terima kasih.
Morib.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 76.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Perkembangan Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Kemuning BantingQuestions
76. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perkembangan terkini berkenaan SRA Taman Kemuning Banting?
b)
Adakah kerja-kerja awalan telah dimulakan menggunakan peruntukan sedia ada jabatan seperti yang telah diberitahu pada persidangan yang lepas?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Morib. Soalan mengenai perkembangan terkini SRA Taman Kemuning, Banting. Pihak JAIS akan memohon pihak JKR Selangor utk melaksanakan kerja penyiasatan tanah ataupun soil investigation, dengan izin dan kerja ukur iaitu kerja-kerja awalan pada tahun 2025. Justeru, kerja-kerja pembinaan dijangka akan dilaksanakan pada RMK Ke-13 suku tahun pertama, setelah semua kajian teknikal selesai di peringkat JKR Selangor. Untuk bahagian (b), adakah kerja-kerja awalan telah dimulakan menggunakan peruntukan sedia ada. Seperti yang diberitahu pada persidangan yang lepas, setakat ini belum dilaksanakan lagi Yang Berhormat dan kita bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja awalan ini pada tahun 2025, konsisten dengan jawapan saya pada sidang sebelum ini. Terima kasih.
Ya, soalan tambahan. Morib.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya mohon agar perkara ini dipertimbangkan. Cuma soalan saya adakah peruntukan yang
diberitahu adalah RM13 juta walaupun 2018 bermula dengan RM8 juta dan setiap tahun penambahan itu RM1 juta dan saya bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor adakah peruntukan itu sama juga RM13 juta. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Yang ini akan tertakluk kepada kerja-kerja awalan yang akan dibuat sekiranya akan ada peningkatan kos, itu akan dimasukkan dalam RMK ke-13. Itu kita akan tahu setelah kita mulakan kerja-kerja awalan pada tahun hadapan. Terima kasih.
Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 77.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. Projek Mitigasi Banjir Di Daerah KlangQuestions
77. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah laporan terkini pelaksanaan projek mitigasi banjir di Daerah Klang dan bagaimana ia dapat membantu mengurangkan risiko banjir?
Terima kasih Yang Berhormat Sementa yang bertanyakan soalan berhubung dengan status projek mitigasi banjir atau tembatan banjir daerah Klang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM133.8 juta dan RM359.7 juta ke Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor untuk melaksanakan projek mitigasi banjir di daerah Klang bagi tujuan mengurangkan risiko banjir. Perkara ini saya sudah sentuh dalam penggulungan, cuma hari ini saya akan detailkan sedikit untuk khususnya bagi daerah Klang. Untuk peruntukan, dalam peruntukan Negeri projeknya daripada 45 yang saya sebutkan sebelum ini projek tambatan banjir di bawah peruntukan Kerajaan Negeri, 11 adalah berada dalam Daerah Klang. Saya boleh sebut secara sepintas lalu projek-projek ini, untuk perincian lebih mungkin saya boleh berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Yang pertama Projek Tebatan Banjir Sungai Kandis (Fasa 2), ini melibatkan penaiktarafan sungai yang bernilai RM16.1 juta. Dalam pelaksanaan jadual 44% dan
jadual sebenar adalah 32%. Kalau ikut jadual sebenar sepatutnya RM44%. Jadi ada sedikit kelewatan di situ. Yang kedua adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rasau Fasa 2, Daerah Klang. Ini melibatkan pembinaan rumah pam dan pintu air bernilai RM18.62 juta. Ini sebenar dalam 28% kalau ikut jadual 27% makna dia, dia cepat 1%. Yang ketiga adalah Kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran Taman Melawis daripada yang selalu ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pandamaran ini dapat melibatkan rumah pam RM18.5 juta. Dalam pelaksanaan kalau ikut jadual sepatutnya 69% sebenar sekarang 66%. Ini selepas diberi extention ya. Yang keempat menaik taraf sistem saliran dan struktur missing link dalam lembangan Sungai Rasau (Fasa 1), ini menaik taraf sistem saliran RM4.756 juta mengikut jadual dan sebenar 77% sama ya dan kelima Projek Tebatan Banjir Sungai Kembong, Pulau Indah. Ini menarik taraf sistem saliran dan rumah pam RM6.456 juta dalam pelaksanaan. Jadual kalau ikut sepatutnya 80% tapi sebenarnya 49%, ini ada sedikit isu di sini yang sedang kita, sedang atasi. Yang keenam adalah Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang yang melibatkan pintu aur dan menaik taras saliran RM3.528 juta. Dalam pelaksanaan jadual 89%, kerja sebenar 52%. Ini pun ada sedikit masalah yang kita usahakan. Yang ketujuh adalah Kolam Takungan Banjir di Taman Mutiara bersebelahan Lebuhraya Shapadu ini menyebabkan sistem pam dan pembinaan kolam takungan banjir. Jadual sepatut 67 % tapi 22%. Ini melibatkan kerja-kerja open cut ataupun pipe jacking yang melibatkan highway dan jalan juga jalan JKR. Ini telah kita selesaikan untuk memudahkan mempercepatkan kembali kerja projek di sini. Yang lima lagi adalah di dalam pelaksanaan ataupun pra-pelaksanaan, empat lagi iaitu Projek Tebatan Banjir di Sungai Batu 6 Sementa. Ini dalam pra-tender, RM15 juta melibatkan penaiktarafan sungai dan naik taraf jambatan. Yang kedua adalah menaik taraf sistem saliran di Batu 4 Jalan Kapar dan Taman Klang Utama (Fasa 2), RM13 juta juga menaik taraf sistem saliran peringkat pra-tender, peringkat tender. Yang ketiga menaik taraf sistem saliran Batu 7 dan Batu 8 Jalan Bukit Kemuning, menaik taraf sistem saliran RM34.8 juta peringkat reka bentuk dan telah pun siap untuk bersedia, sedia untuk di tenderkan. Cuma ada sedikit penyelesaian isu utiliti, pengalihan utiliti. Yang keempat menaik taraf sistem saliran di kawasan Kampung Johan Setia (Fasa 2), RM15 juta. Ini di peringkat reka bentuk dan dijangka akan di tender pada suku pertama tahun depan. Untuk Kerajaan, di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan ada dua projek yang melibatkan Daerah Klang. Pertama adalah tebatan banjir Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam, Daerah Klang. Ini melibatkan juga dalam daerah Klang ya iaitu RM140.7 juta. Dalam penyediaan reka bentuk, 13.99% sebenar adalah 12.85%. Ada 1% lagi delay di situ ya, kelewatan. Yang kedua adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar Daerah Klang melibatkan kolam takungan banjir, menaiktaraf sungai dan juga pembinaan barrage ya di sini, ini barrage pertama yang akan dibina di Negeri Selangor di Sungai Kapar kecil dan Sungai Kapar Besar bernilai RM219 juta dalam pelaksanaan reka bentuk baru bermula iaitu dalam 2%. Sekian itu sahaja.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas pencerahan tadi dengan harapan dengan usaha-usaha ini dapat kita membantu menyelesaikan masalah-masalah banjir kilat khususnya di kawasan-kawasan yang sering dihadapi. Cumanya pada tahun lepas bulan November kita bersidang di sini saya ada menyebutkan satu kampung iaitu Kampung Jalan Bukit Payung dan Jalan Pinang Sebatang di Bukit Kapar. Dalam bulan November sahaja tahun lepas tiga kali banjir kilat. Bermakna tiga kali terpaksa penduduk kampung mencuci rumah masing-masing dan terakhir berlaku pada minggu lepas hari Selasa. So apakah usaha-usaha yang disebutkan tadi ada melibatkan kampung yang berkenaan dan kita minta supaya ianya dapat di libatkan sekali sebab apabila kita datang Mesyuarat Task Force Banjir Kilat tempoh hari dengan jemputan Yang Berhormat EXCO, Sementa di jemput sekali tapi dalam pembentangan tersebut DUN Sementa tidak ada. Agak terkilan juga kita dijemput tapi tempat kita tiada pembentangan tentang banjir kilat. So soalan saya, apakah nama-nama atau kawasan yang saya sebutkan tadi dan dalam perbahasan yang lepas, adakah diambil kira untuk mengatasi banjir kilat. Kalau boleh saya ulang lagi sekali, termasuklah Jalan Bukit Bayung, Jalan Pinang Sebatang, Jalan Bahagia, Jalan Alias, Kampung Bukit Kapar dan yang terbaru Taman Perepat Indah. Taman ini saya sudah bincang dengan pihak MBDK pun tidak selesai lagi isu banjir ditambah pula ada perumahan baru yang dibina bersebelah taman ini. Termasuk yang taman lama Taman Cempaka Sari dan Taman Seri Sementa. Itu taman yang lama, taman yang baharu ini juga banjir kilat setiap kali hujan sejam atau dua jam mohon diambil tindakan.
Saya mengambil maklum nama-nama ini. Saya catitkan Kampung Jalan Bukit Payung, Pinang Sebatang, Taman Cempaka Sari, Taman Sementa ini antara nama-nama taman. Macam saya sebutkan Yang Berhormat dalam ucapan penggulungan, ada di antara tempat-tempat banjir kilat ini melibatkan sistem saliran dalaman yang di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi penyelarasan itu saya sedang buat s berperingkat-peringat antara langkah pertama yang saya buat saya sebut ialah melaksanakan sistem membersihkan longkang part tidak bertuan ini. Ini berlaku yang menyebabkan banjir kilat ini ialah sistem saliran ini tidak pernah diurus. Kita sudah mulakan dan saya akan tengok dan teliti lagi adakah isu ini di bawah Pihak Berkuasa Tempatan, saya akan selaraskan kerja-kerja untuk tidak ada dalam hotspot dulu itu sebab itu laporan yang kita terima daripada JPS. Kalau lepas ini kita akan masukkan juga kawasan hotspot banjir ini yang melibatkan kawasan PBT, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga di bawah pejabat-pejabat daerah. Ini pun berlaku juga isu-isu banjir kilat di dalam kawasan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah. Terima kasih.
Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak bangkitkan kepada Yang Berhormat EXCO bahawa peruntukan ini dan projek-projek yang disebut tadi oleh Yang Berhormat EXCO, adakah ini untuk JPS? Dan jika kalau Majlis bagaimana dengan Majlis? Kalau Majlis tidak cukup peruntukan adakah mereka boleh mohon kepada Kerajaan Negeri untuk dapatkan peruntukan untuk tebatan banjir ini sebab banyak kali saya bangkitkan isu banjir kilat di kawasan saya di dalam Dewan yang Mulia ini tidak pernah di jawab. Baru-baru ini pun juga tak jawab, saya tidak tahu kenapa Majlis tidak bawa jawapan. Jadi saya berharap Yang Berhormat EXCO boleh teliti. Terima kasih.
Itu yang saya cakap tadi sebelum ini kita ada sedikit break down comunication atau putus hubungan di antara Pihak Berkuasa Tempatan dan juga JPS. Ramai yang beranggapan urusan banjir ini hanya diuruskan oleh JPS sebenarnya tidak dia juga ada juga berlaku banjir di kawasan di bawah Pejabat Daerah, jalan-jalan kampung, longkang-longkang, parit-parit kampung dan ada yang melibatkan PBT. Sebab itu saya telah bertemu beberapa kali bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan kita akan teruskan pertemuan untuk menyelaras dan saya telah minta mereka ini supaya menamakan projek-projek penaiktarafan sekurang-kurang untuk lima tahun ke depan. Sebab kita kena faham berkenaan banjir ini parit, sungai boleh menyelesaikan tetapi longkang dalaman di bawah Pihak Berkuasa Tempatan tidak sampai di situ jadi air tidak dapat sebab dia air yang sama, dia berkait di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan di bawah JPS. Jadi pembahagian tugas itu perlu dilaksanakan secara diselarasan dan itu yang senang saya buat, bukan satu perkara yang mudah macam Shah Alam dia dah dinamakan di bawah program lima tahun penaik tarafan longkang dan parit mereka di namakan SASUD, Shah Alam Sustainable Urban Drainage. Jadi saya suruh juga macam Klang, kawasan yang sering banjir namakan untuk lima tahun ke depan ini projek-projek yang berkaitan tebatan banjir ini supaya dinamakan dan diselaraskan dengan projek-projek banjir di bawah JPS, supaya penerusan ataupun kesinambungan ini berlaku antara pergerakan air itu. Ini adalah perkara yang memang bukan mudah tetapi berterusan kita laksanakan untuk menyelesaikan isu banjir yang kadang-kadang berlaku localized ataupun bersifat tempatan itu. Itu yang kita sedang, dah buat ya.
Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 78.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 78. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)Questions
78. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah ahli yang berdaftar pada tahun 2023-2024? Berapakah jumlah perbelanjaan yang melibatkan SMUE?
b)
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaikkan jumlah bantuan yang sedia ada?
c)
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengagihkan kupon SMUE mengikut bulan bagi mengelakkan kesesakan pada PKM?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Pelek. Soalan berapakah jumlah ahli yang berdaftar untuk Skim Mesra Usia Emas pada tahun 2023 hingga 2024 dan juga jumlah perbelanjaan. Berikut adalah jadual ahli Skim Mesra di mana pada tahun 2023 ahli berdaftar seramai 557,215 dengan perbelanjaan melibatkan RM40,443,502.11 dan bagi tahun 2024 ahli berdaftar berjumlah 617,926 orang melibatkan perbelanjaan RM43,013,577.04. Bagi soalan (b), soalan (a) ini dijawab bersekali dengan soalan nombor 13 (b) Yang Berhormat Rawang dan untuk makluman, Bantuan Skim Mesra terdiri daripada dua jenis Jom Shopping Mesra dan Khairat Kematian. Bagi Khairat Kematian, Kerajaan Negeri akan melaksanakan Skim Bantuan Khairat Kematian bermula pada 1 Jun 2025 dengan manfaat jumlah RM1,000.00 yang ditingkatkan diberikan kepada waris kumpulan sasar iaitu warga emas, OKU dan B40. Bagi soalan (b) adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaikkan jumlah, buat masa ini kita tidak memberikan keutamaan tetapi lebih kepada menambah baik inisiatif warga emas dengan lebih holistik dengan perkhidmatan yang bertepatan kepada kelompok tersebut. Dan bagi soalan seterusnya adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengagihkan kupon SMUE mengikut bulan bagi mengelakkan kesesakan? Sebenarnya dasar ini telah dimulakan tetapi kita dapati terdapat juga permintaan jadi ada sebahagiannya mengikut case by case basis, dengan izin. Sekian dimaklumkan.
Soalan tambahan.
Ya Meru.
Yang Berhormat EXCO oleh kerana muktakhir hir ini banyak permohonan yang disebutkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Semalam selepas Kerajaan Perpaduan kita bersama-sama, di pertambahan permohonan SMUE ini sangat mendadak. Jadi berapa lamakah tempoh selepas mereka memohon sehingga mereka boleh, melayakkan mereka untuk mendapat insentif itu terutamanya baucar shopping RM150.00. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Dalam SOP yang telah kami tetapkan, saya telah minta maksimum tiga bulan dan dalam proses untuk beralih kepada digitalisasi, proses itu akan diproses dengan lebih cepat lagi. Pun begitu disebabkan bajet atau peruntukan untuk Skim Mesra Usia Emas bagi tahun 2025 berjumlah RM40 juta kami akan uruskan untuk proses penambahbaikan dengan usaha digitalisasi dan sebagainya.
Permatang.
Terang sungguh sinar rembulan, soalan saya nombor 79.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 79. Skim Bantuan Tadika SelangorQuestions
79. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah bilangan pelajar yang berdaftar di bawah Skim Bantuan Tadika Selangor setakat hari ini di seluruh Selangor dan juga di dalam DUN Permatang?
b)
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan bantuan ini dapat menampung keseluruhan kanak-kanak di Selangor yang memerlukan bantuan?
Terima kasih Yang Berhormat Pematang. Soalan berkaitan Berapakah bilangan pelajar yang berdaftar di bawah Skim Bantuan Tadika Selangor setakat hari ini di seluruh Selangor dan berikut adalah di mana jadualnya melibatkan bagi tempoh 2020 hingga kini terdapat 10,487 penerima manfaat di seluruh
Selangor telah menerima manfaat ini dan 30 penerima adalah daripada DUN Permatang. Saya akan berikan secara bertulis pecahan mengikut DUN dari N01 Sungai Air Tawar sehingga N59 Sungai Pelek. Di mana 10,487 yang berjaya merupakan sebahagian 19,892 yang telah memohon, sebahagiannya lulus, sebahagian tidak lengkap, sebahagiannya gagal dan ada yang belum disemak. Bagi soalan (b), apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan bantuan ini dapat menampung keseluruhan kanak-kanak di Selangor yang memerlukan bantuan? Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri iaitu akan sentiasa memastikan agar program TUNAS ini akan dikekalkan dengan beberapa strategik iaitu dengan memastikan semakan berkala dari aspek syarat permohonan dengan nilai manfaat ini dari masa ke semasa mengikut keperluan, agar akhirnya bantuan ini sampai kepada golongan sasaran. Sekian.
Ya, Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Merujuk kepada senarai tadika di tempat saya iaitu di DUN Permatang, saya lihat insentif ini hanya melibatkan, kebanyakannya hanya melibatkan Tadika KEMAS. Sedangkan yang kita rata-rata tahu, Tadika KEMAS ni boleh dianggap tadika yang bersubsidi Kerajaan Persekutuan dan bayaran hanyalah RM30 sebulan. Jadi sedangkan kalau kita lihat Skim Bantuan Tadika ini adalah satu skim yang sangat memberangsangkan lah kita lihat memberi lebih kurang RM50 kalau tidak silap saya secara terus kepada tadika. Jadi adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melibatkan lebih banyak kepada tadika swasta untuk memberi peluang kepada anak-anak kita terutama sekali kawasan luar bandar ini untuk membuat pilihan untuk belajar sama ada di tadika yang bersubsidi kerajaan ataupun swasta? Dan juga, ini juga saya kira boleh membantu pengusaha-pengusaha tadika swasta khususnya di luar bandar dalam membantu menaikkan, dalam memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak tadika ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum untuk penambahbaikkan tersebut. Pun begitu di bawah Jawatankuasa Tetap Wanita, Pembangunan Keluarga akan berkerjasama dengan Jawatankuasa Tetap Pendidikan untuk menyelaraskan kembali inisiatif-inisiatif bersifat bantuan kepada Ibu Bapa berkaitan sokongan bagi mereka yang bekerja dan menghantar anak ke tadika dan juga taska. Jadi, untuk makluman tentang tadika swasta atau sebagainya, kita akan selaraskan dengan agensi pelaksana Yayasan Warisan Anak Selangor untuk memastikan bantuan ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Soalan tambahan Yang Berhormat EXCO.
Meru.
Kita semua maklum bahawa ada tadika-tadika yang tidak mendaftar, tidak mendapat insentif daripada Kerajaan Negeri Selangor, Skim Bantuan Tadika ini. Cuma Meru ingin tahu, setakat ini berapakah tadika yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri Selangor yang mendapat insentif Skim Bantuan Tadika Anak Selangor? Kita difahamkan ada banyak tadika-tadika mendaftar, bukan sahaja Tadika KEMAS ya. Terima kasih.
Seperti saya maklumkan sebentar tadi, jumlah tadika yang menerima bantuan Skim TUNAS tadi adalah 10,487 manfaat, pun begitu pecahan ini kami akan berikan maklumbalas secara jawapan bertulis nanti.
Sungai Panjang.
Terima kasih kepada Tuan Speaker dan terima kasih atas sekali lagi nasihat dan teguran tadi. Terima kasih. Walaupun Tuan Speaker boleh tegur secara WhatsApp sebelum ini, tapi saya tak pasti niat secara umum.
Teruskan kepada soalan.
Kecil rasanya. Masuk ke hutan tebang buluh, soalan Sungai Panjang ke-80.”
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 80. NelayanQuestions
80. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapa banyak projek pembangunan Tukun Tiruan dan Unjam Hibrid yang telah dilaksanakan?
b)
Apakah faktor utama yang mengakibatkan, pengeluaran benih kerang Sabak Bernam semakin merosot dari 555,048 di tahun (2019) sehingga menjadi 0 di tahun (2023)?
c)
Nyatakan perbezaan bot-bot yang dimiliki para nelayan.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Jarang-jarang orang bertanyakan soalan ini yang saya rasa agak baru dekat Dewan ini yang bertanya mengenai nelayan dan hasil laut ini. Yang Berhormat bertanyakan kepada pembangunan tukun tiruan dan juga unjam hibrid yang dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perikanan Malaysia dan melalui Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah menjalankan inisiatif tukun tiruan yang merupakan struktur pembinaan manusia diletakkan di dasar laut bertujuan untuk menambah kepadatan sumber marin. Kawasan tukun tiruan menjadi kawasan perlindungan dan pembiakan pelbagai spesis ikan. Bermula tahun 2010, Jabatan Perikanan mula melabuhkan tukun tiruan konservasi dasar lembut atau soft bed ini bagi menghalang pukat tunda yang mempunyai fungsi tambahan juga dalam menghalang dan mengawal aktiviti tangkapan pukat tunda di persisiran pantai. Selain beberapa fungsi sebagai tempat untuk, tempat perlindungan hasil marin, sumber marin juga sebagai menghalang daripada pukat tunda ini.
Pada tahun 2022, Jabatan Perikanan juga melalui peruntukan Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan SIRIM untuk melaksana pembinaan tukun ataupun tukun tiruan hibrid sebanyak 8 unit tukun tiruan hibrid telah dilabuhkan pada November 2022. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini sebanyak 234 unit tukun tiruan ini telah dilabuhkan di perairan 4 daerah negeri Selangor. Manakala terdapat 8 unit tukun tiruan hibrid ataupun unjam ya, unjam hibrid telah dilabuhkan di daerah Sabak Bernam.
Butir-butirannya adalah seperti berikut: Sabak Bernam daripada tahun 2007 sehingga 2023 - 46 tukun dan 8 juga unjam hibrid. Bagi daerah Kuala Selangor daripada 2007 hingga 2023, sebanyak 79 tukun tiruan dan di Kuala Langat 95 Tukun daripada 2006 hingga 2019 dan juga di Sepang 14. Keseluruhan jumlah nya adalah 234. Tukun ini bukan tukun yang kecil ya. Satu tukun tu sebesar rumah. Hampir besar rumah, rumah murah itu dan bernilai RM10,000.00 begitu, satu unit dan peruntukan ini telah berkongsi bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Untuk soalan yang kedua, berhubung dengan bahagian kedua berhubung dengan isu kerang, benih kerang. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kita menghadapi masalah besar dalam menguruskan isu terutama kekurangan pengeluaran ini. Walaupun kerang di perairan terutamanya Kuala Selangor merupakan benih kualiti yang sangat tinggi ya, antara benih berkualiti tinggi kerang di dalam negara kita. Pertama adalah disebabkan kejatuhan benih kerang di tapak semula jadi tidak dilaporkan oleh nelayan,
tempat bagi tujuan pensampelan untuk pembukaan kawasan. Yang kedua, berlaku kecurian benih kerang oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan penyeludupan terutamanya ke Thailand. Yang ketiga, keadaan dasar laut dan kualiti air yang merosot menjadikannya kurang sesuai bagi pembiakkan kerang semula jadi. Laporan kajian awal pihak SIRIM yang kita telah gunakan untuk, menunjukkan kualiti air di sekitar lot kerang adalah sangat keadaan tercemar. Yang keempat, lokasi kejatuhan benih kerang yang ini yang cetek, kawasan cetek berlumpur ini menyukarkan lagi aktiviti penguatkuasaan dan tangkapan.
Yang bahagian ketiga berhubung dengan perbezaan bot-bot nelayan ini terdapat 3 kategori bot ataupun vessel penangkapan ikan. Iaitu satu adalah bot tradisional ataupun vessel tradisional. Yang kedua vessel komersial. Yang ketiga, vessel bantuan aktiviti menangkap ikan. Bagi kategori yang vessel tradisional ataupun bot tradisional, vessel ini beroperasi di zon A dan menggunakan peralatan menangkap ikan tradisional. Vessel di Zon A terdiri daripada vessel seperti berikut; Sampan. Pertama sampan yang kebiasaannya menggunakan enjin sangkut dan menggunakan peralatan tradisional seperti pukat hanyut, bubu, kail, jala dan lain-lain. Sampan ini kebiasaannya beroperasi 10 batu nautika daripada pantai. Kedua, vessel enjin dalam Zon A yang menggunakan peralatan tangkapan tradisional tapi lebih berkemampuan untuk pergi lebih jauh ke laut. Kategori yang seterusnya, ialah vessel komersial. Vessel ini menggunakan peralatan komersial danberoperasi 5 batu nautika ke atas. Vessel ini mempunyai muatan yang lebih besar dan lebih efisien serta mempunyai kemampuan untuk menangkap dengan jarak yang lebih jauh. Vessel komersial ini terdiri daripada vessel Zon B, Zon C serta Zon C2 laut dalam. Vessel-vessel zon ini kebiasanya menggunakan menangkap ikan seperti pukat tunda dan pukat jerut. Yang ketiga ialah, kategori vessel bantuan aktiviti menangkap ikan. Ini berperanan membantu vessel utama atau sektor utama yang lain. Vessel ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai vessel menangkap ikan. Hanya sokongan sahaja. Antara contoh vessel bantuan ialah vessel menunggu peranti mengumpul ikan (MPPI) dan vessel sistem kultur laut (SKL). Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Panjang.
Untuk makluman Yang Berhormat EXCO dan Ahli Dewan- Ahli Dewan, Sungai Panjang ini dia unik, di situlah ada nelayan, situlah ada sawah padi dan di situlah ada sawit. Jadi minyak, beras, ikan banyak datang dari Sungai Panjang. Sebab itu saya juga bertanya juga tentang nelayan, tukun atau unjam hibrid dah pergi tengok dan pergi lihat. Ada yang baik dan ada yang perlu dibaiki. Persoalan dan pertanyaan, pertama berkenaan penyeludupan dan kecurian kerang. Kita maklum pada
tahun 2023 tidak ada penghasilan – kosong. Daripada 2019 kita mengeluarkan 550,048 benih anak kerang yang kita makan ataupun buat kerang bakar.
Tapi semenjak 2023 dah tidak ada pengeluaran yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi. Jadi berkenaan dengan penyeludupan dan kecurian ini, mohon pihak Kerajaan kuatkuasakan agensi-agensi dengan kerjasama daripada semua pihak. Sebab kami mendapat makluman bahawa penyeludupan dan kecurian ini bukan daripada rakyat kita tapi daripada PATI. PATI maksudnya pendatang asing tanpa izin. Itu maklumat yang kami, kami dapat. Yang kedua, berkeadaan dengan jeti-jeti yang diluluskan di Sabak Bernam sebanyak, bukan dilulus, yang ada senarai sebanyak 374 tetapi sebanyak 163 tidak ada kebenaran lesen dan juga kebenaran bertulis daripada pihak LUAS. Jadi apakah tindakan Kerajaan terhadap 163 jeti yang tidak mendapat dua-dua lesen dan juga kebenaran bertulis daripada pihak LUAS? Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Itu yang saya sebutkan tadi, kerang di perairan kita ini terutama di daerah Kuala Selangor ini merupakan kerang yang bernilai dan berkualiti tinggi. Kita hadapi masalah besar kerana sekian lama agak diabaikan dan juga pencemaran. Kita buat kajian dengan SIRIM fasa 1 yang melibatkan Kuala Selangor. Saya lihat sendiri bagaimana air daripada Sungai Buloh ini terutamanya, di kawasan sekitar air daripada Sungai Buloh yang keluar di laut itu, kita buat kajian oleh SIRIM kita dapati, memang kalau kawasan yang tercemar itu, memang kerang ini kita dapati sangat kecil, kalau ada pun dia toksin, mengandungi toksin yang tidak boleh digunakan untuk makanan. Tapi kajian bahagian di Sabak Bernam sedang dibuat. Kita telah pun menyediakan peruntukkan negeri untuk biar SIRIM menyambung, membuat kajian melihat bagaimana di kawasan Sabak Bernam. Potensinya besar sangat ada di Kuala Selangor ini, termasuk juga kupang. Sebenarnya kupang kita berkualiti tinggi di laut lepas. Jadi di Kuala Selangor itu apabila ia letak pukat jaring lama dibiarkan dalam laut terbuka ini di oleh nelayan, saya pernah melawat di beberapa tempat, dia akan lekat di situ dan kupang ini bernilai tinggi. Sama je macam kerang tadi dan kita antara cadangan yang dibawa oleh Jabatan Perikanan ialah pertama kita nak kena lihat semula lot yang kita telah pun putuskan untuk diberikan, diagihkan. Kebanyakan lot yang diserahkan kepada pengusaha ini tidak diusahakan lagi. Yang keduanya ialah itu kita kena buat dulu, ukur dia untuk menentukan lot-lot di kawasan persisir pantai yang untuk kerang ini.
Yang keduanya ialah yang cadangan yang bawa itu ialah kita kena gembur semula tanah ini sebab dia yang kulit-kulit yang mati dalam lumpur ini terlalu banyak. Dia tidak membenarkan untuk kerang ini dapat subur dengan lebih baik. Kulit-kulit kerang yang lama ini. Lumpur tu memang perlulah. Dia duduk dalam lumpur. Tapi kulit-kulit kerang ini perlu digembur semula. Dan yang ketiga ialah penguatkuasaan. Memang susah. Dia,
mereka memang selalu curi masa air cetek dan tempat ini kalau bot daripada perikanan atau marin datang memang sangkut. Tak boleh pergi. Dia terlalu cetek. Dia pakai bot yang panjang tu. Dia yang sebenarnya tidak dibenarkan, dia pakai apa dia panggil istilah tu? Yang pancung? Bot pancung. Laju ya. Memang kita baru start nak sampai dia dah sangkut situ dia dah hilang. Dan memang ada kita dapat tangkap kerjasama dengan orang tempatan, ada. Memang betul PATI ini tapi dia terlibat juga dan kita telah ambil beberapa tindakan dan tangkapan dan kita akan teruskan usaha kita. Saya dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari tu pernah kita naik daripada sekitar kawasan ini untuk melihat dengan APM, APMM untuk melihat MARIN untuk melihat keadaan ini dan minta kepada Jabatan Perikanan supaya kita teruskan tindakan susulan bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan. Tentang isu, apa tadi satu lagi? Jeti. Jeti ni memang proses program berterusan daripada LUAS untuk membuat pemutihan. Memang bukan satu perkara yang mudah sebab kita nelayan ini dia kalau boleh satu jeti, satu orang. Satu bot tu satu, satu jeti dan ini kita telah cuba selesaikan di beberapa tempat di negeri Selangor ini untuk dan kemudian program ini program yang berterusan untuk kita buat pemutihan dan ada beberapa tempat itu kita buat perobohanlah untuk tidak, sebab tidak selamat. Ini kerjasama ini kita buat juga bersama dengan LKIM untuk menentukan supaya jeti-jeti ini semua dapat diuruskan dengan baik dan selamat sebab ada kes-kes runtuhan. Yang Berhormat Sijangkang juga pernah hampir jatuh kerana jeti-jeti yang dibuat secara yang tidak selamat. Itu kita teruskan di bawah LUAS, usaha LUAS. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker. Ok. Yang pertamanya nak bertanya tentang apa nasib kerang di Jeti Nelayan Tok Muda? Di Tok Muda. Dulu Tok Muda terkenal dengan hasil kerang tapi sekarang ni, itu nak tanya nasib dia pagi ini. Yang keduanya, dalam soalan bertulis saya berkaitan tentang nelayan sebab di DUN Sementa ni ada 12 pangkalan nelayan. Dan soalan saya berkaitan bantuan pada nelayan dan antara jawapan yang diberikan ialah baik pulih jeti nelayan Kampung Perepat yang tarikh siap 25.9.2023. Hampir setahun dah tapi saya banyak aduan tentang kerosakan jeti nelayan ini. So, saya nak dapatkan maklumat apa job spec yang dibuat sebelum daripada ini dan kalau boleh peruntukan daripada mana dan yang ketiga siapa yang buat? Kalau bolehlah untuk maklumat dan tindakan susulan. Terima kasih.
Nasib kerang itu kita akan tengoklah macam mana ya. Saya pun baru kali pertama saya dengar ini. Tapi tak apa kita akan
tengok teliti apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Tentang nelayan ni sebagaimana semua sedia maklum, kebajikan mereka, urusan mereka ini ialah di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan kita sentiasa bekerjasama LKIM di bawah persatuan-persatuan nelayan. Saya sentiasa melawat mereka dan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan. Kerajaan Negeri ni kita tidak pernah putus memberi sokongan kepada mereka dalam bentuk bantuan jeti ke, pembaikan jeti ataupun peralatan. Tiap-tiap tahun memang kita ada buat dan sekian lama dulu pun bot mereka pun tak diberikan tapi saya masa zaman saya benarkan semula pemberian bot dan juga enjin kepada nelayan. Dah banyak tahun. Dah tiga empat tahun kita mulakan dan kita akan teruskan. Jadi, kita akan teliti dan biasanya permohonan-permohonan ini dibuat melalui persatuan, persatuan nelayan setempat dan juga melalui LKIM dan kita akan tengok dan teliti dan timbangkan dan kita akan beri bantuan-bantuan yang sewajarnya. Saya akan lihat jeti itu isu apa yang masalah sebenarnya. Terima kasih.
Kota Kemuning.
Tuan Speaker, peraturan 24 (2), saya mengambil soalan Kota Kemuning.
Ya, dibenarkan.
Soalan nombor 84, 81 minta maaf.
81.
Saya bangun untuk menjawab bagi pihak EXCO PBT.
Bandar Utama.
Ya, Bandar Utama.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 81. Isu Sampah Haram Dan KontraktorQuestions
81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah yang telah diambil oleh PBT / KDEB untuk menangani isu sampah haram di DUN Kota Kemuning yang menjadi punca banjir?
b)
Apakah tindakan terhadap kontraktor yang gagal menjalankan tugas dan masalah kekurangan kontraktor?
c)
Bagaimana kerajaan memastikan kontraktor menjalankan kerja dengan efisien?
Tuan Speaker, untuk maklumat Yang Berhormat Kota Kemuning sampah haram sebenarnya bukan di bawah skop KDEB Waste Management. Walaupun, walau bagaimanapun, sebagai salah sebuah entiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor dan atas dasar tanggungjawab sosial korporat ataupun CSR, KDEB Waste Management sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan dan bekerjasama bagi membersihkan sampah-sampah haram ini bukan sahaja di kawasan DUN Kota Kemuning, malah di mana-mana jua sahaja kawasan yang diperlukan sekiranya terdapat permintaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Dan berkenaan tentang kegagalan serta kekurangan kontraktor, KDEB Waste Management dan semua kontraktor mereka telah pun memeterai perjanjian perkhidmatan untuk tempoh tujuh tahun dan di dalam perjanjian tersebut, turut termaktub klausa-klausa berkenaan dengan kontraktor yang gagal memenuhi obligasi mereka termasuklah gagal menyediakan jumlah pekerja yang mencukupi. Dan kontraktor yang gagal melaksanakan tugas mereka pertamanya akan dikenakan notis tindakan pembetulan ataupun NTP yang melibatkan denda penolakan bayaran bulanan dan pengeluaran NTP ini akan menyebabkan kontraktor dikenakan penolakan mata dimerit dan menjejaskan markah prestasi mereka dan sekiranya mana-mana kontraktor yang gagal mencapai markah prestasi minimum yang telah ditetapkan akan diberi surat amaran. Dan, sekiranya mereka menerima surat amaran tiga kali berturut-turut tindakan penggantungan akan dikenakan kepada mereka dan kawasan perkhidmatan mereka akan diambil alih sementara oleh kontraktor sokongan ataupun back up kontraktor yang dilantik. Dan, setelah penggantungan ini tamat, kontraktor asal akan diberikan peluang kedua untuk kembali melaksanakan perkhidmatan di kawasan mereka dan sekiranya mereka masih gagal mencapai prestasi yang sepatutnya, kontraktor mereka akan, kontrak mereka akan ditamatkan dan markah prestasi serta tindakan-tindakan yang diambil ke atas kontraktor ini akan dimaklumkan kepada PBT melalui Mesyuarat Pengindahan Bandar yang kebiasaannya diadakan pada setiap bulan. Dan, mengenai tahap keefisienan kontraktor sebagai sebuah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi mengendalikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh Negeri Selangor, KDEB Waste Management pada setiap bulan akan melaksanakan audit prestasi sebagai langkah untuk memastikan semua
kontraktor di bawah seliaannya melaksanakan kerja dengan efisien. Jadi, audit ini bertujuan supaya kita dapat menilai prestasi kontraktor di lapangan dan hasil dapatan audit ini akan digunakan sebagai satu asas untuk penambahbaikan secara berterusan. Selain daripada itu, sebagai sebuah syarikat yang mempunyai pensijilan ISO semua kontraktor KDEB Waste Management wajib mematuhi standard dan piawaian kualiti yang telah ditetapkan. KDEB Waste Management juga secara konsisten sentiasa memberikan teguran dan peringatan kepada semua kontraktor supaya melaksanakan kerja-kerja mereka dengan efektif dan efisien bagi memastikan Negeri Selangor sentiasa bersih dan sihat.
Sungai Kandis.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Sungai Kandis nombor 82.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 82. Bantuan Kepada Anak-Anak Istimewa (OKU)Questions
82. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah program dan bantuan Kerajaan Negeri kepada golongan OKU?
b)
Berapakah jumlah OKU yang berdaftar di daerah Klang dan DUN Sungai Kandis?
c)
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kepada rumah kebajikan OKU?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sungai Kandis. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah menjalankan aktiviti pembangunan dan pemberdayaan anak-anak istimewa di Selangor sejak daripada tahun 2020. Antara program-program yang telah dijalankan adalah seperti berikut. Pertama, Pusat ANIS iaitu Pusat Sokongan Awal Anak Istimewa Selangor yang mana ia merupakan sebuah pusat yang membantu meringankan beban dengan menyediakan perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak istimewa kelahiran Negeri Selangor bagi berumur antara empat hingga enam
tahun dan Pusat ANIS juga menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas seiring dengan perkembangan murid. Selain itu, ia juga memberdaya golongan ibu bapa dengan ilmu bagi memastikan kemenjadian anak istimewa. Yang kedua adalah saringan awal ANIS. Program ini membantu ibu bapa dalam mengenal pasti tahap perkembangan anak dan ianya dijalankan secara percuma dan membantu ibu bapa dapat mengurangkan kos perbelanjaan proses saringan awal. Dalam proses mempercepatkan untuk mendapat diagnosis lewat perkembangan anak yang dialami oleh anak, yang dialami oleh anak dan itu juga dibantu dengan memudahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengeluarkan kad OKU kepada kanak-kanak yang terlibat. Yang ketiga adalah Program Independent Living Support Centre (ILSC). Ia merupakan sebuah pusat yang menyediakan kursus kemahiran kepada golongan OKU pembelajaran yang berumur 17 hingga 25 tahun serta menyediakan penempatan pekerjaan selepas tamat kursus selama tiga hingga enam bulan. Yang keempat adalah Program Celebral Pulsy Care Unit (CPCU). Program ini berfungsi sebagai inisiatif khusus yang bertujuan untuk menangani keperluan spesifik individu dengan kecacatan fizikal terutamanya mereka yang hidup dengan CP dan memerlukan rawatan khusus untuk tempoh tertentu. Program CP Care Unit ini menawarkan perkhidmatan penjagaan dan pemulihan yang komprehensif disesuaikan dengan cabaran unik yang dihadapi oleh individu dengan CP dan ini memberi tumpuan kepada peningkatan kesejahteraan mereka secara keseluruhan, meningkatkan keupayaan fizikal dan mempromosikan integrasi sosial.Program kelima adalah Akademi ANIS. Ini adalah program bersifat seminar dan kursus dianjurkan untuk memberi sokongan dan bimbingan kepada golongan yang terlibat dalam pengendalian anak OKU dan program ini menyasarkan penyertaan ibu bapa, guru-guru, pengusaha taska dan tadika serta sukarelawan dan setakat ini Jabatan ANIS telah bekerjasama dengan pusat terapi di seluruh Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan juga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam penganjuran program-program di bawah Akademi ANIS. Dan yang keenam Didik ANIS. Program ini dibuka khusus kepada semua institusi pendidikan anak istimewa ataupun pusat Early Intervention Programme (EIP), Pusat Pembangunan Orang Kurang Upaya dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang berdaftar di Selangor sahaja. Pemberian bantuan program kepada penjaga ataupun golongan OKU sendiri sebanyak RM5,000.00 satu keluarga membantu memperkasa dan meningkatkan kemahiran khususnya buat penjaga dalam menguruskan anak-anak istimewa. Dan yang terakhir, Program Bantuan Khas ANIS merupakan bantuan subsidi yuran, bantuan ubat-ubatan dan keperluan harian serta bantuan peralatan kepada anak-anak istimewa di Selangor di mana bantuan sehingga RM5,000.00 satu keluarga juga disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban. Sehingga bagi soalan (b) sehingga 30 September 2024, terdapat 20,131 orang OKU berdaftar di Daerah Klang dan daripada jumlah tersebut terdapat 4,123 OKU yang berdaftar di DUN Sungai Kandis dengan pecahan kategori OKU seperti berikut. Kategori penglihatan, OKU
penglihatan seramai 342 orang, kategori OKU pendengaran seramai 283 orang, kategori OKU pertuturan 16 orang, kategori OKU fizikal 1,819 orang, kategori OKU pembelajaran 1,172 orang, OKU mental 238 dan OKU pelbagai 253. Bagi soalan (c), Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kepada rumah kebajikan termasuk bagi golongan OKU bagi Program Pusat Kebajikan Lestari iaitu bantuan geran untuk pembelian peralatan, perubatan dan kesihatan serta lain-lain keperluan untuk memberdaya penghuni rumah kebajikan antaranya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan bagi program ini adalah berjumlah RM150,000.00. Sekian.
Baik, soalan tambahan.
Sungai Kandis.
Yang Berhormat EXCO. Terima kasih atas penerangan dan banyak daripada soalan yang saya hendak bertanya di sini pun dah dijawab, termasuk di dalam your explanation tadi. Tapi ada satu yang saya ingin bangkitkan, kalau boleh saya minta dipertimbangkan di dalam OKU mental, di dalam OKU mental kadang-kadang simptom untuk mental ini dia apabila selepas umur 21 tahun baru kita sebagai penjaga akan nampak. Mungkin dia sudah datang daripada awal seawal umur 16 tahun atau 17 tahun ataupun 13 tahun tapi pada masa itu kita mungkin pandang anak-anak kita seperti mungkin nakal atau perangai kanak-kanak. Tetapi apabila dia sudah masuk universiti atau pusat pengajian tinggi, di situ akan bermula tekanan apabila mendapat beban pembelajaran jadi tekanan di situ dan rawatan yang kita akan mula ambil selepas kita tengok itu bermakna umur sudah melebihi 21 tahun mungkin 22 tahun atau 23 tahun ataupun mungkin selepas berkahwin dengan masalah rumah tangga, jadi tekanan ini akan datang. Nasib mereka ini apabila sudah mendapat penyakit mental ada yang bermacam-macam-macam, ada yang sehingga tidak boleh bekerja dan perlukan pengawasan. Jadi, di sini saya berfikiran untuk pesakit-pesakit ini yang keluarga mereka adalah daripada kakitangan kerajaan yang berpencen, kalau ikut daripada peraturan sekarang selepas umur 21 tahun dan disahkan sebagai OKU mereka ini tidak layak menerima pencen daripada peninggalan kedua ibu bapa mereka yang daripada pegawai kerajaan boleh untuk dipertimbangkan supaya walaupun pengesahan mereka ini selepas berusia 21 tahun, mereka layak untuk menerima pencen kedua-dua ibu bapa mereka, pencen terbitan itu supaya mereka ini dapat meneruskan perubatan seperti kaunseling, psikiatri, kaunselor apa semua.
Mohon ringkaskan
Jadi itu soalan saya, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Kandis. Saya dapati sepanjang daripada awal sidang Yang Berhormat sangat berminat dengan topik Kesihatan Mental, saya hargainya. Saya ambil maklum tentang cadangan tentang kelayakan untuk mendapat wang pencen ibu bapa walaupun pengesahan dibuat selepas umur 21 tahun. Pun begitu saya suka untuk terangkan sebagai tujuan pengetahuan dan pendidikan asas kepada ahli sidang Dewan yang Mulia, yang mana terdapat dua kategori OKU kelainan pembelajaran, learning disability yang mana itu boleh di diagnos ataupun dikenal pasti lebih awal lebih baik iaitu dengan melalui intervensi dan saringan. Contohnya ada kategori ADHD, autism, GDD, global delay itu adalah neurodivisity, kelainan dalam pemikiran. Pun begitu tentang kesihatan mental, ia tidak dapat dikenal pasti lebih awal memandangkan simptom-simptom perlu dirujuk kepada bukan sahaja kaunselor tapi kepada pihak psikiatrik dan saya kira adalah penting untuk kita maklum bahawa mereka yang memegang kad OKU itu buat masa ini kita ingin mencadangkan bahawa stigma yang dihadapi pada mereka yang memiliki kad OKU mental akan juga di lakukan diskriminasi untuk peluang pekerjaan dan sebagainya. Dan di peringkat Kerajaan Negeri di bawah Majlis Tindakan OKU Selangor yang juga Yang Berhormat Batu 3 selaku pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor, kita dalam proses untuk merangka dasar OKU Selangor yang mana kita akan melibat seluruh aspek bukan sahaja tentang hak tetapi peluang pekerjaan, peluang untuk inclusivity mereka dalam masyarakat. Jadi saya ambil maklum untuk pandangan tersebut dan kita akan tambah baik sekiranya ia boleh dilakukan dalam pindaan dan sebagainya.
Tambahan Speaker.
Ya Sungai Ramal.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih EXCO yang menjawab soalan berkaitan dengan penjagaan, saya membaca buku ini Dasar Ekonomi Penjagaan dan saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri mewujudkan satu dasar untuk memastikan penjagaan mereka terjamin. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada JKM Hulu Langat atas responsive mereka dalam aduan-aduan yang kami sampaikan untuk menjaga OKU. Persoalan saya ialah mengenai penjagaan OKU yang tak sampai ke telinga ibu bapa. Ada ramai lagi penjaga-penjaga OKU ini tidak melepaskan anak mereka, melepaskan anggota keluarga mereka kepada pusat-pusat penjagaan yang disediakan, sama ada disediakan oleh pihak swasta ataupun kerajaan. Soalan saya bagaimana untuk menarik perhatian mereka supaya mereka melepaskan anak-anak mereka ini di pusat-pusat penjagaan terutama anak-anak yang hyper-active yang memerlukan didikan, yang perlukan kawalan. Kalau ibu bapa sendiri yang menjaga mereka tidak boleh kawal anak ini dan pastinya anak tak kan dididik. Yang pertama
bagaimana untuk meyakinkan mereka supaya mereka melepaskan anak-anak ini kepada pusat pendidikan. Yang kedua ialah, masalah mobiliti ataupun masalah pengangkutan yang menjadi kekangan utama bagi ibu bapa untuk menghantar dan mengambil anak mereka di pusat penjagaan. Apakah dalam dasar ada diambil serius mengenai pengangkutan untuk mengambil dan menghantar ke rumah masing-masing selepas di hantar di pusat penjagaan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal, soalan tentang meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak, itu memang adalah pilihan ibu bapa masing-masing. Pun begitu, dalam Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor teras utama yang kami letakkan adalah advokasi dan promosi. Dalam kita mengadvokasikan tentang konsep penjagaan dan peluang saksama untuk anak OKU ini dan juga sanity dengan izin, ibu bapa ataupun penjaga supaya mereka boleh inklusif dan hidup secara berkualiti dan saya kita dalam kerangka Pelan Tindakan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2024-2026, 2030 itu, kami akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk kita melakukan anjakan paradigma dan perspektif tentang penjagaan kanak-kanak OKU ini. Jadi saya kira itu adalah satu cabaran yang real, yang sebenar yang akan kita hadapi. Pun begitu konsep perkongsian tanggungjawab, redistribution of responsibility ini adalah sangat penting dia bukan hanya kepada ibu bapa itu tetapi juga kepada komuniti sekitar, bukan hanya kepada kerajaan tetapi juga dengan pihak swasta. Untuk soalan kedua tentang mobiliti, dalam Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor ada teras ke empat iaitu tentang kolaborasi ataupun kerjasama dan pelaburan dan sinilah kita mahu tingkatkan ruang di mana Selangor ini menjadi satu ekosistem yang sangat mesra kepada pemain-pemain industri, yang mana aspek pengangkutan dan sebagai yang boleh membawa peluang dari segi komersial dan sebagainya dan kita kerjasama mungkin kerajaan boleh memberikan geran dan kemudahan tersebut walaupun tak sepenuhnya dan kita melihat usaha dengan Jawatankuasa Tetap Mobiliti juga mengambil kira inclusivity tersebut.
Ijok
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Ijok nombor 83
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 83. Pertukaran Status TanahQuestions
83. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mempertimbang atau meluluskan sekiranya ada permohonan pertukaran status tanah yang telah ditambak di rizab sungai / lembangan di Sungai Buloh, Kuala Selangor?
b)
Apakah cadangan atau saranan Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini?
Terima kasih Yang Berhormat Ijok, yang bertanyakan soalan berhubung dengan isu status tanah yang di kawasan rizab sungai. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya Kerajaan Negeri sentiasa memberi pertimbangkan kepada permohonan-permohonan tanah masuk lah juga tanah-tanah di kawasan rizab sungai. Malah Kerajaan Negeri telah meluluskan garis panduan berhubung dengan penggunaan ataupun permohonan tanah rizab sungai. Sebagaimana semua sedia maklum, rizab sungai ini berfungsi sebagai kawasan saliran kedua selepas sungai. Jadi sebarang pembangunan ataupun penggunaan tanah di kawasan rizab tertakluk kepada aktiviti-aktiviti yang dibenarkan. Ada lima aktiviti kalau tak silap saya, ada lima. Yang terlibat ialah yang dibenarkan ialah nurseri, tanaman kontan, juga parking dan juga infra awam seperti jalan dan sebagainya dibenarkan. Ini ulasan permohonan boleh dibuat melalui pejabat daerah dan juga akan di buat ulasan oleh pihak JPS dan juga pihak LUAS kerana juga nak dilihat sama ada aktiviti pencemaran ada berlaku di situ. Juga Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan juga dalam sedang menyiapkan garis panduan di rizab sungai ini berhubung dua lagi aktiviti iaitu satu jeti, pembinaan jeti yang kedua ialah pembinaan restoran-restoran tepi sungai. Ini pun sedang kita teliti dan juga satu lagi tak silap saya yang berhubung pembinaan homestay ataupun kawasan-kawasan di binaan seperti chalet dan sebagainya di kawasan-kawasan sungai ini. Ini antara perkara yang sedang dipertimbangkan tapi kita mengambil saya sebut tadi ialah isu berhubung penggunaan sungai ini sebagai secondary river di sebut. Jadi kalau sungai itu biasanya rizab dia apabila sungai itu melimpah, rizab itu adalah merupakan sungai kedua untuk mengalirkan air. Jadi sebarang pembinaan tidak boleh mengganggu fungsi asal sungai dan juga dia perlu juga dibenarkan laluan untuk dia membuat, melakukan kerja-kerja selenggaraan. Ini juga jadi masalah apabila dia buat tanaman sepanjang sungai jadi peralatan yang nak masuk dan buat penyenggaraan jadi masalah kepada pihak JPS. Itu antara pertimbangan-pertimbangan yang akan keluarkan sebelum kita memberi sebarang kelulusan. Terima kasih.
Ijok
Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang diberikan. Ada soalan tambahan daripada Ijok, apakah langkah mitigasi dan langkah diambil untuk memastikan pertukaran status tanah tadi ini, tidak menjejaskan keselamatan awam dan alam sekitar. Ini berikutan yang saya ambil contoh, contonhya di lembangan dan rizab sungai di Sungai Buloh. YB EXCO pun, Yang Berhormat EXCO pun maklum kawasan lembangan sungai dan rizab sungai di Sungai Buloh in adalah kawasan yang sepatutnya menjadi kawasan tadahan ataupun kawasan simpanan air sebelum pergi ke laut, tetapi kalau di lihat sekarang ini di lembangan Sungai Buloh banyak terdapat tambakan-tambakan sampah daripada sampah plastik, kayu kayan, bahan binaan dan pelbagai yang menyebabkan tempat tadahan air ini berkurang. Jadi apa pun saya mengharapkan kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agar ambil tindakan segera lah, supaya pilih lah kawasan-kawasan tertentu cadangan yang mana tadi Yang Berhormat suka maklum kan untuk program-program pembangunan kita tak dapat nak elakkan tetapi pastikan lah kawasan yang sepatutnya menjadi tadahan air itu, dikekalkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya rasa itu perkara saya dapati ada keunikan sungai ialah dia apa yang dipanggil sebagai maraan ataupun dipanggil mandering, dengan izin. Maknanya sungai ini dia bergerak. Apabila pergerakan itu berlaku, kadang-kadang dia akhirnya menyebabkan pembentukan tasik ladam. Tasik ladam dan juga tanah sebelah kanan kadang-kadang dia pusing sebelah kiri belah kanan itu akhirnya menjadi satu tanah yang luas. Ini kadang-kadang yang perlu kita uruskan sungai ini satu fenomena yang semula jadi yang kita perlu uruskan tanah-tanah ini kerana sepanjang sungai itu akan berlaku perkara ini. Jadi tanah-tanah ini kadang luas dan kita akan tengok kewajaran tanah itu. Kalau tanah itu sebahagian dari sistem sungai, dia dipanggil dataran banjir maka kita tidak benarkan sebarang dekat Kampung Harmoni yang kita tidak benarkan. Sebab itu apabila berlaku limpahan sungai dia jadikan dataran banjir kita tidak boleh dibenarkan sebarang binaan di situ, ini perkara-perkara yang saya sebut tadi pertimbangan yang perlu kita buat untuk memastikan yang supaya tidak berlaku dan juga kita juga mengambil langkah membenarkan sebarang, sedikit pembangunan di sungai, di kawasan sungai saya sebut kategori yang tadi kerana sebelum ini, sebarang aktiviti rizab sungai tak dibenarkan langsung jadi akhirnya jadi semak samun dan jadikan tempat buangan sampah. Jadi kalau kita buat bangunkan baik, di negara-negara maju kalau kita pergi tebing-tebing dia benarkan macam untuk prasarana awam ini jadi cantik, sebab orang tak buang sampah. Dia buat denai, sebagai yang dibuat oleh JPS, sekarang denai-denai tepi sungai supaya mereka dapat pastikan tidak ada yang menyalah guna tempat ini untuk buat reban ayam, kandang lembu dan juga pembuangan sampah. Ini antara pendekatan baru Kerajaan Negeri untuk memastikan tapi kita jaga juga supaya ada ruang untuk laluan nak buat maintanance atau
penyelenggaraan sungai ini kalau tidak nanti akan jadi masalah nanti. Itu keseimbangan antara peranan sungai ini dan juga menjaga tebing ini itu yang itu kita akan pertingkatkan dan perluaskan untuk memastikan sungai kita memenuhi fungsinya dalam masa menjaga kebersihan dan sebagainya, terima kasih.
Soalan tambahan
Ijok
Terima kasih YB EXCO. Ijok tidak menghalang atau pun pembangunan tetapi cara tambakan yang kita lihat sekarang ini menggunakan sampah plastik, sampah sarap yang mana bila air itu naik, sampah-sampah ini lah yang akan masuk ke kampung, masuk ke taman, jadi itu yang mungkin pihak berkuasa kena kuat kuasakan. Penambakan tersebut hanya boleh menggunakan tanah-tanah yang terpilih sahaja, bukan dari segi sampah plastik, sampah-sampah makanan dan sampah-sampah yang tidak sepatutnya dibuang di lembangan sungai.
Yang Berhormat, itu yang saya minta kerjasama daripada Yang Berhormat EXCO Alam Sekitar kita lah untuk yang menguruskan sampah-sampah ini yang plastik-plastik, plastik. Tapi tak apa yang penting saya nak kongsi juga dengan Yang Berhormat baru ini, baru lagi sebelum sidang Dewan ini kita telah meluluskan satu perintis projek, projek perintis di Sungai Klang. Di mana kita dapati sampah-sampah terutama plastik ini dia datang banyak daripada monsoon drain ataupun parit yang masuk sungai utama. Jadi kita telah luluskan pembinaan log boom, mini log boom ini di sepanjang sungai Klang ini untuk Sungai Klang sebagai perintis. Log boom ini di kawasan parit ataupun anak sungai yang masuk ke Sungai Klang. Jadi ia akan diuruskan oleh PBT-PBT berkaitan. Jadi kalau di Klang, Klang lah. Kalau di Shah Alam, Shah Alam. Untuk menghalang supaya sebanyak mungkin, log boom ini akan menghalang sampah-sampah sebelum dia masuk ke sungai utama kita, ini antara perkara yang baru yang kita luluskan untuk diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi ada kos sikit kat situ dan sebagai tapi kena buat benda ini selain daripada usaha kempen dan sebagainya ini antara usaha yang kita tambah, nilai tambah untuk memastikan sampah tidak masuk ke sungai utama kita, terima kasih.
Tambahan lagi Tuan Speaker.
Bandar Baru Klang.
Soalan 84.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Pusat DataQuestions
84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan nama syarikat dan lokasi pusat data di Negeri Selangor.
b)
Nyatakan jumlah nilai pelaburan yang dijana oleh pusat data.
c)
Sila nyatakan peluang pekerjaan yang telah diwujudkan melalui pusat data.
Tuan Speaker, saya mohon izin untuk menjawab soalan 84 daripada Bandar Baru Klang bersama dengan soalan 93 daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. Tuan Speaker, nama syarikat dan lokasi pusat data di Selangor seperti berikut:
a) Nama syarikat dan lokasi pusat data di Selangor seperti berikut:-No Operator Lokasi 1. Google Sungai Buloh 2. NextDC Petaling Jaya 3. Vantage Data Centre Cyberjaya 4. Bridge Data Centre Cyberjaya 5. Equinix Cyberjaya 6. NTT Global Data Centre Cyberjaya 7. Microsoft Cyberjaya 8. EdgeConneX Cyberjaya 9. ST Telemedia Global Data Centre Cyberjaya 10. HeiTech Padu Shah Alam
Sebenarnya ada beberapa lagi yang pusat data terletak di Negeri Selangor tetapi oleh KERANA kita terikat dengan perjanjian, perkongsian informasi sensitif dan sulit, maka Kerajaan Negeri hanya boleh berkongsi maklumat yang dihebahkan secara am. Jumlah potensi nilai pelaburan pusat data di Negeri Selangor setakat ini dianggarkan melebihi dianggarkan melebihi RM52 billion untuk jangka masa 10 tahun melalui 17 buah projek
pusat data yang telah direkodkan. Kategori peluang pekerjaan yang dicipta oleh operator pusat data berbeza antara satu sama lain. Antara jenis pekerjaan umum yang boleh diwujudkan melalui pembangunan pusat data adalah seperti berikut:
i. Pengurus Operasi Pusat Data / Data Center Operations Manager. ii. Jurutera DevOps / DevOps Engineer. iii. Pengurus Fasiliti / Facilities Manager. iv. Pengurus Projek / Project Manager. v. Jurutera Awan / Cloud Engineer. vi. Jurutera Rangkaian / Network Engineer. vii. Jurutera Penyelidikan & Pembangunan / Research & Development Engineer.
Sekian sahaja, terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Kinrara. Yang Berhormat menyatakan bahawa jumlah pelaburan yang dibawa masuk melalui pusat data ini melebihi RM50 bilion, RM52 bilion untuk tempoh tiga (3) tahun, 10 tahun. Persoalan yang kita bangkitkan dalam Dewan ini, apakah trend ini akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri kerana kita sedia maklum pembangunan dan pelaburan pusat data ini tidak dapat mewujudkan multiplying effect ataupun kesan gandaan. Malahan ianya memberikan tekanan kepada pihak penguasa untuk menyediakan bekalan elektrik dan juga utiliti yang lain dengan kadar yang begitu tinggi tetapi tidak dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang benar-benar berkemahiran dan berteknologi tinggi selari dengan permintaan industri dan ekonomi masa depan. Jadi, apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang pelaburan pusat data di masa yang akan datang? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Sebenarnya soalan ini saya juga telah jawab soalan ini dua, tiga hari yang lepas. Saya sebenarnya kurang setuju sepenuhnya sekiranya dikatakan pembangunan pusat data ini tidak mendatangkan multiplying effect. Mungkin dia terhad tetapi dia mendatangkan multiplying effect seperti dia akan membantu seluruh ekosistem dalam pembangunan semiconductor industry. Jadi ini merupakan salah satu komponen yang sangat penting, sekiranya kita hendak membangunkan semikonduktor. Jadi multiplying effect itu ada mungkin tak sebanyak kalau kita banding dengan industri lain yang masuk ke Negeri Selangor. Jadi, dalam usaha untuk mengawal dan membantu perancangan pembangunan pusat data di Negeri Selangor khususnya, Kerajaan Negeri akan mengguna pakai garis panduan dan perancangan pusat data yang diterbitkan oleh
PLANMalaysia. Garis panduan tersebut menjadikan panduan dan rujukan yang seragam kepada semua PBT dan juga Pihak Berkuasa Negeri dan agensi-agensi teknikal yang terlibat dalam pemantauan perancangan pembangunan pusat data. Jadi, Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor juga telah mengadakan perbincangan kumpulan sasar ataupun focus group discussion bagi mengkaji tentang pelaburan pusat data dan perkhidmatan awam yang menyentuh berkenaan ketersediaan infrastruktur seperti pembekalan elektrik dan air di Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Batu Tiga.
Yang Berhormat EXCO, saya mendengar bila disebutkan jumlah potensi pelaburan ialah bernilai RM50 bilion untuk tempoh 10 tahun. Maknanya, saya rasa ini adalah salah satu pelaburan yang sangat bagus memberikan impak yang direct kepada Kerajaan Negeri. Kalau kita nak bandingkan ya lah, Hulu Kelang sebutkan sebentar tadi, saya bukan nak tanya Hulu Kelang lah, bila Hulu Kelang sebutkan adakah ini beri multiplying effect dan sebagainya, sekurang-kurangnya ia membuktikan bahawa pelaburan ini berjaya berbanding Widad Langkasuka dan sebagainya. Pelaburan ini ditarik balik. So, saya harapkan daripada pelaburan seperti ini walaupun akan ada kesan daripada kita memberikan, terpaksa membekalkan elektrik yang banyak, kawalan kepada jenis perniagaan dan pelaburan ini saya rasa panduannya mungkin telah disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi. Jangkaan, apa jangkaan sebenarnya daripada pihak EXCO, berapa lagi ramai, berapa ramai lagi yang sudah pun pitching dengan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat data di Negeri Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Buat masa ini, kita masih ada beberapa pelaburan ataupun pertanyaan pusat data yang berminat untuk masuk ke Negeri Selangor. Seperti apa yang saya jawab tadi, kita perlu tengok keseluruhannya adakah kawasan tersebut, kawasan tertentu yang dipilih oleh pusat data itu sesuai untuk membangunkan pusat data di kawasan itu dan adakah infrastruktur di kawasan itu dapat memberikan bekalan yang mencukupi. Jadi, ini semua merupakan perkara-perkara yang akan ditimbangkan sebelum kita meluluskan projek tersebut. Dan Invest Selangor juga apa tu, adakan mesyuarat susulan setiap bulan untuk melihat kepada semua jenis pelaburan termasuk pusat data untuk memastikan kita dapat memberi facilitation dengan izin, dan juga memberi maklumat yang, yang terkini untuk
memastikan pelaburan itu adalah selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri Selangor, terima kasih.
Soalan tambahan.
Tambahan.
Ya, Bandar Baru Klang.
Yang Berhormat Tuan EXCO, dengan izin, memang kita memang menyediakan banyak peluang bekerja kan, pusat data di Selangor. Di Johor pun ada. Dengan izin, how do you make sure and ensure that pekerja ini stay in Selangor? Dia tidak pergi ke Johor.
Sebenarnya bagi saya dia pergi ke Johor atau dia pergi ke Selangor atau pergi ke Pulau Pinang tidak menjadi isu atau menjadi masalah kepada Malaysia kerana what we are doing is part of the Malaysia punya national service. Kita hendak membangunkan industri semikonduktor. Jadi selagi mereka ada dalam negara ini tak kira di Selangor ataupun di Johor, dia, kepakaran ini tetap kekal di Malaysia, itu yang paling penting. Terima kasih.
Bukit Melawati.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 85.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 85. Pemasangan Lampu Solar Di Persimpangan UtamaQuestions
85. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah peruntukan bagi tujuan pemasangan lampu solar di seluruh Negeri Selangor?
b)
Berapakah jumlah lampu solar yang telah dipasang di Daerah Kuala Selangor bagi tahun 2024?
c)
Siapakah yang bertanggungjawab seandainya berlaku kerosakan pada lampu solar ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati yang bertanyakan soalan berhubung dengan isu lampu solar. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan tahunan bagi pemasangan baru lampu jalan di negeri, jalan negeri ialah sebanyak RM4 juta dan peruntukan tahunan bagi selenggaraan lampu jalan negeri ialah, di bawah Marris ialah sebanyak RM4 juta juga. Setelah mengambil kira pemasangan lampu solar LED sekiranya memenuhi kriteria pemasangan dan boleh mengoptimumkan serta kos pemasangan serta kos selenggaraan jangka panjang. Selain dari itu, program pemasangan lampu solar LED seluruh Selangor di bawah program #SelangorBercahaya telah dilaksanakan sejak tahun 2020 dengan butiran seperti berikut; tahun 2022 peruntukan RM3 juta untuk 390 tiang. Yang kedua, Fasa kedua tahun 2023 RM3 juta, 400 tiang dan untuk tahun ini 2024 RM1.5 juta, 180 tiang.
Berikut, butiran pemasangan lampu solar LED di daerah Kuala Selangor bagi tahun 2024. Pertama di bawah Marris Kerajaan Negeri sebanyak 20 tiang. Pemasangan lampu baru di jalan gelap di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan 10 tiang dan selenggaraan lampu, penggantian ya, untuk jalan Persekutuan 10 tiang. Pemasangan baru lampu jalan di Kampung Baru di bawah KPKT, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan 52 tiang dan Program #SelangorBercahaya, Kerajaan Negeri, 21 tiang. Keseluruhan daerah Kuala Selangor untuk tahun ini 113 tiang bagi pemasangan lampu solar LED.
Untuk kerja-kerja penyelenggaraan, bagi pemasangan baru lampu solar LED, pihak yang bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan lampu ini adalah di bawah kontraktor pemasangan untuk tempoh 1 tahun di bawah tanggungan kecacatan DLP ya, defect liability period ialah 1 tahun. Selepas tamat tempoh tersebut, pihak pembekal adalah bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan produk selama 4 tahun sepanjang tempoh jaminan waranti. Selepas 5 tahun, pemasangan lampu solar LED akan diambil alih oleh JKR sekiranya pemasangan itu di bawah JKR dan jika di bawah KPKT tadi, adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan yang akan mengendalikan urusan penyelenggaraan itu. Sekian.
Soalan tambahan
Bukit Melawati.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat EXCO, bila kita tengok lampu solar ini adalah lampu yang boleh dikatakan jimat, penjimatan dari segi penggunaannya. Persoalan saya, adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengganti lampu-lampu yang sedia ada ini kepada lampu solar di dalam kawasan DUN Bukit Melawati? Dan soalan yang kedua berkenaan dengan GLC-GLC kerajaan ini, adakah kerjasama bersama GLC ini untuk pemasangan lampu-lampu solar ini? Bermakna kerjasama di peringkat GLC untuk pemasangan lampu-lampu solar ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat pada soalan tambahan ini. Sememangnya, memang kelebihan besar ya penggunaan solar, lampu solar LED ini. Ada banyak sebab jadi kita boleh lihat sendiri. Pertamanya, tidak payah bayar bil. Jadi sekarang ini dengan kenaikan tarif elektrik, memang kita kalau tengok dalam peruntukan kita pun, bajet menunjukkan peningkatan yang agak tinggi kepada bayaran bil elektrik bagi lampu jalan ini. Ini adalah satu, sebenarnya kebaikan dalam sistem solar. Walaupun kosnya agak tinggi juga tetapi untuk jangka panjang jauh lebih baik. Yang kedua ialah untuk mengelakkan kecurian. Kecurian kabel ini dan sebagainya menjadi punca antara banyak lampu-lampu jalan kita yang tidak dapat, yang sering padam ini, yang sering tidak menyala itu, yang tidak berfungsi ini adalah kerana kecurian kabel yang masih berleluasa. Dan dengan penggunaan lampu solar ini terutama yang dilaksanakan di bawah Program #SelangorBercahaya ini, ia adalah high performance, performance tinggi. Itu di sekitar RM8,000.00 hingga RM10,000.00 satu tiang itu dan merupakan satu, agak sukar untuk melakukan, untuk dicuri dan sebagainya dan tidak ada apa pun dia nak curi pun. Kabel tidak turun ke bawah, ia hanya di atas tiang saja, tinggi, agak sukar. Jadi ini banyak sebenarnya membantu dan kita memang berhasrat untuk meningkat dan menambah lagi penggunaan lampu-lampu solar ini cuma kita perlu selaraskan dari segi spesifikasi dia supaya tidak ada yang bermutu rendah untuk dipasang di kawasan-kawasan jalan. Ini yang kita telah uruskan bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan penggunaan ini dapat dibuat berperingkat-peringkat dan juga dalam masa yang sama menentukan jenis spesifikasi yang sesuai supaya kita mengelakkan daripada ada yang bermutu rendah dan sebagainya. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah pun menunjukkan jam 11:30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Speaker, Peraturan Tetap.
Ya.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Speaker, Peraturan Tetap 24(8) sekali lagi tentang pertanyaan ataupun bagi jawapan bertulis hendaklah dijawab dan jawapan bertulis diedarkan kepada Ahli yang bertanyakan soalan tersebut pada minggu pertama.
Ya.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Saya ingin menarik perhatian Speaker bahawa sehingga hari ini, ini boleh jadi hari yang terakhir, boleh jadi esok hari yang terakhir, tapi yang confirm hari ini minggu yang terakhir. Saya masih ada baki satu soalan yang belum dijawab dan soalan tersebut nombor 387. Jadi saya mohon Petua daripada Speaker, supaya jawapan ini saya dapat terima dan hal ini tidak lagi berulang. Terima kasih.
Ya, terima kasih. Terima kasih atas peringatan daripada Gombak Setia. Saya mohon perkara ini Yang Berhormat Gombak Setia putuskan kepada saya secara bertulis dan pada masa yang sama saya berharap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk membekalkan jawapan kepada soalan yang dinyatakan itu pada hari ini juga. Itu sahaja. Saya mohon Gombak Setia untuk tulis kepada saya secara rasmi ya. Ya, Yang Berhormat Hulu Kelang.
Peraturan Mesyuarat 14A(1).
Ya, ya.
semalam saya ada bangkitkan perkara ini berhubung notis yang saya kemukakan pada hari 22 November 2024. Timbalan Speaker yang presided the session semalam meminta saya dapat Petua daripada Tuan Speaker apakah notis yang saya kemukakan itu diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Tuan Speaker, terima kasih.
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Mengikut Peraturan Tetap 14A(1) yang membawa tajuk ucapan Ketua Pembangkang, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum ucapan Ketua Pembangkang dibenarkan iaitu:
i) Bahawasanya teks ucapan itu perlu dihantar kepada Tuan Speaker dalam masa tidak kurang daripada 2 hari sebelum persidangan mesyuarat yang hantar yang dikeluarkan perkara itu; ii) Bahawa teks ucapan itu tidak boleh melebihi 2000 patah perkataan; iii) Bahawasanya teks ucapan itu hendaklah berkenaan dengan apa-apa perkara tadbir dalam tanggungjawab Menteri Besar; dan iv) Bahawasanya perkara tadbir dalam tanggungjawab Menteri Besar yang dimasukkan dalam teks ucapan itu merupakan perkara yang belum dibincangkan dalam mesyuarat yang sama.
Saya telah menerima notis atau pun pemberitahu daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang pada pukul 3.00 petang, hari Jumaat yang lepas 22 November 2024. Saya telah mendapati pemberitahu serta teks ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang di bawah Peraturan Tetap 14A telah mematuhi syarat (i), (ii) dan (iii). Memandangkan kesemua isu yang diketengahkan dalam teks ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah pun dibangkitkan oleh hampir semua Ahli Dewan Negeri Selangor sama ada dari pihak Kerajaan atau pun Pembangkang termasuk Yang Berhormat Ketua Pembangkang sendiri di mana jawapan juga sama ada bertulis atau lisan juga telah pun diberikan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sepanjang sesi persidangan ini bermula sama ada dalam sesi pertanyaan soal jawab ataupun perbahasan dalam semua peringkat Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 dan Usul Pembangunan yang sedang berlangsung. Maka, dengan itu saya mendapati pemberitahu serta teks ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang di bawah Peraturan Tetap 14A tidak memenuhi dan mematuhi syarat yang keempat. Iaitu perkara tadbir dalam tanggungjawab Menteri Besar yang dimasukkan teks ucapan itu perlulah merupakan perkara yang telah pun dibincangkan dalam mesyuarat yang sama dan dengan itu, saya membuat keputusan bahawa permohonan ucapan Ketua Pembangkang di bawah Peraturan Tetap 14A ditolak dengan rasminya. Itu sahaja Yang Berhormat.
Tuan Speaker, boleh saya dapat sedikit pandangan. Saya menghormati keputusan Speaker untuk tidak membenarkan saya berucap dalam sidang kali ini, mengikut Peraturan 14A(1). Walaupun Tuan Speaker mengesahkan bahawa 3 syarat yang ditetapkan itu telah pun saya penuhi kecuali syarat yang keempat.
Ya..
Cuma pandangan saya Tuan Speaker, walaupun perkara ini telah dibincangkan sebahagiannya dalam perbahasan di peringkat dasar, di peringkat Jawatankuasa dan kini dalam Usul Pembangunan, tetapi kalau
diizinkan saya Tuan Speaker, dalam teks ucapan yang telah saya kemukakan kepada Tuan Speaker juga saya ada membuat 7 syor baru yang sebenarnya belum kita bahas dan kupas dengan panjang lebar tentang bagaimana perbekalan dan juga Belanjawan bagi Negeri Selangor ini dapat ditambah baik dan diperkemaskan. Jadi, ada syor-syor baru. Itu maksud saya lah. Walaupun saya hormati keputusan Speaker tetapi saya kira untuk masa depan Tuan Speaker, kalau ada cadangan-cadangan baru, saya minta pertimbangan Tuan Speaker memberikan ruang kepada kami untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Peraturan, terima kasih.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang jangan bimbang sekarang ini kita dalam masih dalam Usul Perbahasan, Usul Pembangunan. Yang Berhormat pastinya ada peluang untuk menyampaikan ucapan Yang Berhormat sekiranya Yang Berhormat ingin dan sekarang ini sebenarnya Gombak Setia akan dipanggil dan saya rasa ada peluang yang secukup-cukup luasnya untuk Yang Berhormat. Cuma untuk juga untuk peringatan semua, syor-syor daripada Yang Berhormat sebahagian besar ataupun hampir kesemuanya telah pun, telah dan penah atau pun sedang dibangkitkan dan dibahas oleh ADUN-ADUN semua. Jadi, saya rasa ucapan Ketua Pembangkang ini barangkali tidak diperlukan tetapi sekiranya Yang Berhormat ingin zoom in dengan izin, terhadap beberapa perkara khusus yang ada dalam syor itu saya rasa Yang Berhormat boleh ambil bahagian dalam perbahasan di dalam Usul Pembangunan nanti. Kalau ada juga beberapa usul yang akan dikemukakan. Kemudian seperti Usul Dasar Ekonomi Penjagaan dan juga usul berkenaan dengan Jawatankuasa-Jawatankuasa punya Penyata, saya rasa ada peluang untuk Yang Berhormat masuk ataupun bahas nanti. Itu saja daripada saya. Dengan itu saya menjemput Setiausaha Dewan untuk, untuk meneruskan.
Sambungan Usul nombor 14 Tahun 2024. Usul Peruntukan Pembangunan 2025Motion
Peraturan Mesyuarat seterusnya sambungan Usul nombor 14 Tahun 2024. Usul Peruntukan Pembangunan 2025.
Dengan itu saya mempersilakan Yang Berhormat Gombak Setia untuk sambung perbahasan. 2 minit ya.
Terima kasih Speaker, Seri Serdang jangan kacau.
Okay, baik. 2 minit.
Baik, Tuan Speaker saya sambung semalam tentang PK–707004 tentang Pembangunan Bola Sepak Negeri Selangor. Saya maklumkan semalam bahawa dalam Negeri Selangor ini setiap tahun kalau kita tengok
buku butiran belanjawan, satu je sukan yang ada dalam itu iaitu Sukan Bola Sepak dan diperuntukkan sejumlah peruntukkan yang besar RM10 juta. Dan kita semua tahu setiap tahun anak-anak syarikat kita, GLC juga membantu untuk pembangunan sukan bola sepak Negeri Selangor. Tetapi isunya bukan saya nak bahaskan sama ada peruntukan itu cukup atau pun tidak, yang saya nak bangkitkan ini ialah soal konsistensi pengurusan bola sepak Negeri Selangor, supaya kita dapat mencapai satu tahap yang lebih meyakinkan dan pada masa yang sama kita dapat menamatkan kemarau kejuaraan piala, yang tahun depan genaplah 10 tahun kita kemarau daripada sebarang kejuaraan. Sebab itu, Tuan Speaker saya pohon daripada pertimbangan daripada Kerajaan Negeri sebab ketika mana kita menang dulu yang kali terakhir 2015 waktu itu Yang Berhormat Hulu Kelang, Menteri Besar, Yang Berhormat Sungai Tua EXCO Kerajaan Negeri. Dia juga Pengurus Bola Sepak. Jadi, saya yakin bila Kerajaan Negeri berbelanja dan ada wakil Kerajaan Negeri di dalam pengurusan, jadi ada semangat, komitmen dan rasa tanggungjawab untuk pastikan setiap perbelanjaan yang kita belanjakan itu benar-benar dapat kita manfaatkan untuk kegemilangan dan mengembalikan kegemilangan bola sepak Negeri Selangor sebab Tuan Speaker ini keluhan daripada para penyokong kita. Saya lihat di sosial media banyak dan rata-rata penyokong-penyokong kita ini mereka sanggup berbelanja untuk beli tiket, bahkan ada yang sanggup berbelanja sampai ke luar negara semata-mata untuk menyokong pasukan bola sepak Negeri Selangor kita ini dan saya yakin dengan iltizam yang tinggi dengan apa program-program pembangunan yang kita ada, kita dah boleh membangunkan bola sepak kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Tetapi isunya ialah konsistensi di mana setiap kali dalam satu season ataupun dalam satu ini, tiba-tiba jurulatih ditukar dan sebagainya. Jadi sebab itu saya minta ianya menjadi sebahagian daripada perhatian Kerajaan Negeri pada hari ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Ya, Hulu Kelang nak bahas ya. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker saya juga ingin menyertai perbahasan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan untuk P-14 Jabatan Agama Islam Selangor dengan merujuk kod projek PK-3 dan kodnya 03200 iaitu Pembangunan Masjid dalam Daerah Gombak. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri tentang komitmen Kerajaan Negeri untuk meneruskan pembangunan Kompleks Islam Al-Islah atau KIAI di AU2 Taman Seri Keramat Hulu Kelang. Untuk makluman Yang Berhormat Seri Setia, projek ini telah pun diputuskan dan dirancang untuk pembangunan satu kompleks baru yang terangkum di dalamnya pembangunan masjid, sekolah agama, sekolah tahfiz dan juga kuarters pegawai-pegawai masjid dan ianya telah dirancang lebih 5 tahun yang lalu. Isu tanah seluas hampir 2 ekar yang melibatkan tapak sedia ada Surau Al-Islah dan juga tapak Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) di sebelahnya telah pun selesai dan telah pun diwartakan kepada JAIS
bagi untuk tujuan pembangunan dan pembesaran Surau Al-Islah AU2 Taman Seri Keramat. Untuk makluman Kerajaan Negeri, ketika saya berada di peringkat Persekutuan, saya telah meluluskan sejumlah RM1 juta bagi kerja-kerja awal Pembangunan KIAI di Taman Seri Keramat dan hari ini pihak ICU, Jabatan Perdana Menteri juga telah bersetuju memberikan komitmen untuk meneruskan pembangunan KIAI ini dan baru-baru ini ICU telah menulis surat rasmi kepada pengurusan dan jawatankuasa pembangunan KIAI, di mana pihak ICU telah memberikan komitmen peruntukan sejumlah 60% dan mencadangkan Kerajaan Negeri menyalurkan 30%. Penduduk-penduduk menyumbang 10% untuk pembangunan fasa pertama, bukan untuk tujuan keseluruhan Kompleks Islam Al-Islah tetapi untuk pembangunan masjid kerana Surau Al-Islah yang sedia ada ini tidak dapat lagi menampung kepadatan penduduk-penduduk di kalangan umat Islam di Hulu Kelang khususnya di Taman Seri keramat.
Bagi tujuan pembangunan masjid dalam fasa pertama ini kos pembangunan dijangkakan mencecah hampir RM12 juta. Maka ICU di peringkat Persekutuan telah bersetuju menyerapkan RM1 juta yang saya luluskan di peringkat awal, dalam sumbangan 60% daripada pihak ICU, negeri dicadangkan untuk menyumbang 30% dan penduduk 10%. Untuk makluman Kerajaan Negeri, penduduk-penduduk sekitar Taman Seri Keramat telah pun mengadakan perbincangan dan mereka telah bersetuju untuk menyumbang 10% daripada kos projek pembangunan masjid ini yang bernilai hampir RM12 juta. Maka yang ditunggu-tunggu belum tiba adalah komitmen daripada Kerajaan Negeri. Sedangkan ini adalah pembangunan masjid dalam Negeri Selangor. Ianya di dalam daerah Gombak dan saya berharap Yang Berhormat Seri Setia dapat memberikan perhatian untuk menyumbang 30% untuk fasa pertama pembangunan masjid dan 60% lagi telah pun diberikan komitmen oleh Kerajaan Persekutuan dan 10% diberikan komitmen oleh penduduk-penduduk. Saya memohon pertimbangan segera daripada Kerajaan Negeri kerana kedudukan Surau Al-Islah yang ada pada hari ini cukup padat dan sesak dan saya melihat keperluan yang amat mendesak untuk pembangunan KIAI dan pada peringkat yang pertama ini saya kira amat wajar untuk Kerajaan Negeri memberikan perhatian bagi meneruskan pembangunan masjid di AU2. Terima kasih dan saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Seri Setia. Terima kasih Tuan Speaker.
Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih atas peluang diberikan kepada Lembah Jaya untuk turut serta dalam perbahasan pembangunan pada hari ini. Lembah Jaya menyambut baik langkah pragmatik yang diambil Kerajaan Negeri untuk meningkatkan perbelanjaan infrastruktur sebanyak RM100 juta kepada jumlah keseluruhan RM404,000,017.00. Bagi P-13, Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Selangor pecahan kepala 011001 Pembangunan
Projek Tebatan Banjir. Sebagai wakil rakyat Lembah Jaya, saya ingin membawa perhatian Dewan yang Mulia ini kepada keperluan yang agak mendesak untuk pembangunan infrastructure di kawasan saya, Lembah Jaya dengan penduduk yang semakin bertambah dan pembangunan yang pesat. Ini memerlukan satu perhatian yang khusus dalam beberapa aspek kritikal. pertama, sistem saliran dan pengurusan banjir yang perlu diberi perhatian terutama di kawasan-kawasan seperti Kampung Lembah Jaya Utara, Kampung Muhibah dan juga Kampung Bukit Sungai Putih. Tak boleh dinafikan bahawa projek-projek mitigasi banjir seperti mendalamkan sungai melalui proses korekan dan penambahan sangkar batu telah lebih 50% siap, tapi kalau boleh saya ingin minta bagi pihak warga Lembah Jaya untuk dipercepatkan lagi jadi, semua perancangan ini berjaya dilaksanakan secara sepenuhnya. Bagi P12 – Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Pecahan Kepala Kod Projek-02500, infrastruktur dan jalan raya juga perlu dinaiktaraf dan diberikan perhatian. Pembinaan jalan baharu seperti jalan masuk ke Kampung Lembah Jaya Utara skali lagi perlu diberi perhatian. Jadi saya ingin memohon jasa baik YB EXCO Izham ataupun YB EXCO Pandan Indah untuk mempertimbangkan pembinaan jalan ini kerana penduduk sudah mula menyuarakan keperluan untuk jalan yang lebih selesa untuk menjalani kehidupan harian mereka. Selain itu, isu penyiapan tertangguh Lebuhraya EKVE ini juga menjadi satu topik yang sering dibawa kepada perhatian saya. Setiap kali saya turun padang dan mendengar maklum balas daripada penduduk-penduduk. Walaupun lebuhraya ini di bawah pemantauan JKR dan juga Lembaga Lebuhraya Persekutuan, kelewatan yang disebabkan oleh pandemik memberi impak kepada usaha dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor secara amnya.
Bagi P14 – Jabatan Agama Islam Negeri Selangor untuk pecahan kepala 3 – kod projek 03900, baikpulih masjid. Dalam Teras Ketiga belanjawan kita memupuk negeri penyayang untuk dapat peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menaiktaraf masjid. Lembah Jaya ingin memohon sedikit peruntukan untuk pemulihan Masjid Al-Ubudiah di Kampung Tasik Taman Ampang. Pembaikan Masjid Al-Ubudiah ini akan memberikan impak yang besar kepada kehidupan beragama dan bersosial masyarakat setempat. Saya berharap sahabat saya, EXCO Agama Islam, Seri Setia dapat merealisasikan hasrat ini. Seterusnya bagi Pecahan Kepala 1 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor–PK 14, Kod Kerja 14011 – menaiktaraf perpustakaan di cawangan atau cawangan perpustakaan. Selain daripada permohonan-permohonan baharu, saya percaya kita juga memastikan, perlu memastikan fasiliti yang sedia ada dapat dimanfaatkan seterusnya saya mengucapkan terima kasih bagi pihak warga-warga Lembah Jaya, perpustakaan Baharu, perpustakaan awam baharu yang telah siap di Taman Sri Ampang, tapi masih belum dilancarkan untuk digunapakai. Bangunan ini sudah serba lengkap dan kami menunggu masa untuk ia dapat beroperasi dan digunakan dengan sebaiknya. Jadi Lembah Jaya berharap pihak yang bertanggungjawab boleh
mengambil langkah segera agar fasiliti ini boleh dimanfaatkan oleh rakyat. Selari dengan peningkatan rakyat Negeri Selangor ke 7 juta penduduk dan terus bertambah, perhatian juga perlu diberi ke arah pemerkasaan Dewan Negeri bagaimana masa bahas dan jawapan telah ditambah sejak tahun 2008, pertambahan bangunan atau extension dengan izin, Bangunan Dewan Negeri perlu diteliti. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, saya berdiri dalam Dewan ini harini sebagai wakil kepada penduduk di Lembah Jaya bukan sekadar untuk meminta peruntukan tetapi untuk menyuarakan aspirasi warga Lembah Jaya yang mahukan masa depan yang lebih cerah dan inclusive. Marilah kita buktikan bersama-sama bahawa Selangor sebagai negeri maju tidak akan meninggalkan seorang pun rakyatnya ketinggalan dalam arus pembangunan. Terima kasih.
Ya, Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 untuk P01-Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya ingin menarik perhatian semua ahli Dewan, saya telah membuat perbandingan Anggaran Belanjawan Negeri Selangor 2024 dan juga Anggaran Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2025. Kalau kita melihat kepada pecahan kepala bagi Pejabat Menteri Besar secara keseluruhannya, dari jadual ini tahun lalu Kerajaan Negeri mencadangkan anggaran belanjawan iaitu RM906,260,000.00. Manakala pada tahun ini adalah sebanyak 1.064339 bilion. Maknanya ada pertambahan sebanyak RM158 juta. Walaupun ada pertambahan ini, tetapi bila saya melihat kepada pecahan-pecahan mengikut kod projek sebagai contoh, saya ambil kod projek PK1-Ekonomi, yang mana di dalamnya ada penyelidikan, pembangunan ekonomi, perindustrian dan pelaburan dan inisiatif Smart Selangor. Tahun lalu Kerajaan Negeri menganggarkan belanjawan sebanyak RM49 juta tetapi turun kepada, turun sebanyak RM19 juta kepada RM30 juta pada tahun ini. Yang mana apabila saya menyemak antara penurunan yang besar adalah dalam inisiatif Smart Selangor. Daripada tahun lalu diperuntukkan sebanyak RM15 juta, turun kepada RM5 juta pada tahun ini. Jadi saya mohon penjelasan tentang mengapa inisiatif Smart Selangor ini diturunkan daripada RM19 juta kepada RM5 juta pada tahun ini. Keduanya, bila saya melihat dengan jumlah belanjawan yang lebih besar pada tahun ini iaitu mencecah RM1 bilion, saya lihat lagi di mana pengurangan yang berlaku? Kerana bila saya bandingkan di antara tahun lepas dan tahun ini, saya dapat lihat dalam PK Kepala PK 2 – Luar Bandar yang mana kita dapat lihat ada banyak projek pertanian, perladangan, pembangunan, ekonomi, kampung tradisi, pembangunan desa dan sebagainya, ada berlaku penurunan sebanyak RM13 juta. Kalau tahun lalu sebanyak RM3.8 juta diperuntukkan untuk PK 2 – Luar Bandar, tahun ini hanya RM25,825,000.00 yang diperuntukkan. Lebih malang lagi, bila saya melihat kepada PK
6 – Wanita, Kebajikan dan Kesihatan yang mana tahun lalu diperuntukkan sebanyak RM181 juta tetapi tahun ini diturunkan lagi iaitu sebanyak RM158,000,980.00 yang mana menyaksikan ada penurunan sebanyak RM22 juta. Adakah ini kerana tidak diteruskan program INSAN? Saya tidak tahu. Jadi saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri kerana Menteri Besar dalam Dewan ini kata program INSAN masih diteruskan. Betul, coverage itu ya, sampai Ogos 2025 tetapi dari segi perbelanjaan sebenarnya dah tidak diteruskan. Maka tidak perlulah nak sebut bahawa program INSAN ini berjaya atau tidak. Kita dah nampak dengan jelas bahawa Kerajaan Negeri sendiri tidak mahu meneruskannya kerana saya dapat lihat ada pengurangan, anggaran perbelanjaan untuk PK 6 – Wanita, Kebajikan dan Kesihatan iaitu sebanyak RM22 juta dan jika kita lihat kepada detail, di dalam PK 6 – Pembangunan Kesihatan Awam 060003 yang mana tahun lalu dibelanjakan sebanyak RM59 juta anggaran tahun ini anggaran hanyalah RM40 juta yang di mana di situ berlaku RM19 juta pengurangan. Saya cuba melihat kepada kedua perbandingan jadual ini daripada tahun lalu dan tahun ini, dengan penambahan sebanyak RM158 juta dianggarkan dalam belanjawan 2025 mencecah kepada RM1.064 bilion saya melihat kepada PK 19 yang mana ada peningkatan yang sangat ketara. Dari segi anggaran belanjawan bagi tahun 2025 dan juga anggaran belanjawan 2024. Pada PK 19 yang bertajuk Kod Projek Am yang mana pada tahun lalu hanya RM115 juta diperuntukkan untuk kod projek ini tetapi bagi tahun ini RM424,320,000.00 telah diperuntukkan untuk projek PK 19 – Kod Am dan apakah butiran projek Kod Am ini apabila saya menyemak kepada jadual anggaran belanjawan ini, PK 19 Am ada tiga perkara, 3 kod pelbagai, baikpulih bangunan kerajaan dan juga pengambilan balik tanah. Yang paling ketara adalah peningkatan untuk PK 19 – 19001 kod iaitu Pelbagai. Tahun lalu hanya RM78 juta diperuntukkan untuk kod ini tetapi tahun ini diperuntukkan sebanyak RM234,820,000.00. Mencanak naik. Jadi kita nak tahulah, kesihatan turun, pembangunan luar bandar turun, banyak semua turun tapi jumlah meningkat. Tetapi tajuk dia Pelbagai sahaja. Apa yang Pelbagai? Adakah pickebell? Adakah pesta kopi? kita nak tahu. Mana sebenarnya fokus Kerajaan Negeri? Umum bilion, bilion reserve. Macam-macam umum. Tapi kesihatan kurangkan, nampak macam tak prihatin dengan rakyat. Pembangunan luar bandar dikurangkan, isu kebajikan dikurangkan. Jadi saya tak tahu, ke EXCO tak perform? Ha, kang kata corrupt, marah. Tak bolehlah, saya tarik balik dulu. Saya tarik baliklah. Tapi ni nampak macam tak perform. Atau adakah tidak ada perbincangan khusus daripada Menteri Besar dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri? Nampak macam tak synchronize. Umum banyak, tapi nampak dari segi perbelanjaan tak ada pun yang diperuntukkan. Saya kesian pada Bandar Utama, turun sampai RM19 juta peruntukan dia daripada RM59 juta jadi RM40 juta. Hari tu dia marah, Menteri Besar marah saya tak bagi dia ubat, ini dia tak bagi peruntukan pun pada Bandar Utama. Lagi teruk. Kalau saya Menteri Besar, saya bagi peruntukan pada Bandar Utama. Tapi tulah, ini lah dia keadaan dia sekarang. Tapi yang saya nak tarik perhatian Ahli Dewan, kalau kita dapat rujuk dalam anggaran belanjawan 2024 dan 2025,
kita harus risau dengan PK-19, Am kerana tajuknya terlampau vague, pelbagai. Jadi saya minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri, RM234 juta diperuntukkan tahun ini berbanding RM78 juta pada tahun lalu. Dan juga pengambilan balik tanah yang mana tahun lepas diperuntukkan sebanyak RM20 juta, tahun ini diperuntukkan sebanyak RM175 juta untuk pengambilan balik tanah. Jadi kita mahukan butiran ini. Kerana macam saya sebut tadi anggaran belanjawan Negeri meningkat untuk tahun 2025 kepada RM1.064 bilion dengan pertambahan RM158 juta tetapi berlaku pengurangan yang banyak dan ketara dalam pelbagai program-program sosial yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri atau yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat Negeri Selangor.
Saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Seri Setia, saya sebenarnya saya kecewa dengan Seri Setia dan juga Kerajaan Negeri kerana pada sidang yang lepas, saya telah bangkitkan tentang Sekolah Rendah Agama Taman Medan dan saya dah beritahu pun pada Seri Setia isu paling besar adalah isu tanah, kena selesai perkara ini. Selesai perkara ini, barulah kita boleh buat pembangunan semula. Bila saya semak dalam butiran P14 – Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, PK 1 untuk Daerah Petaling sekolah agama – baikpulih, tak tersenarai dah Sekolah Rendah Agama Taman Medan. Jadi kami kena tunggu setahun lagi. Jadi Yang Berhormat Seri Setia tolonglah, anak-anak Taman Medan ini nak pergi sekolah agama. Kita nak melahirkan generasi yang benar-benar berilmu, beragama, beriman yang akhirnya dapat membentuk dan membina masyarakat yang lebih baik di Taman Medan dan juga di Seri Setia. Sebelah je Yang Berhormat. Anak-anak Kampung Lindungan semua pun pergi sekolah situ. Sempadan, Yang Berhormat. Yang Berhormat pun dapat pahala, saya pun dapat pahala kalau kita sama-sama buat, insya-Allah. Jadi tolong, Yang Berhormat ya. Amin. Aku memang Islam, apa ntah. Jadi saya ucap sekali lagi terima kasih pada Yang Berhormat Speaker kerana berikan ruang kepada saya kerana terlibat sama dalam perbahasan. Terima kasih.
Sentosa?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker untuk memberi Sentosa mengambil bahagian dalam perbahasan. Tuan Speaker, saya merujuk kepada mukasurat 225, kod projek 03100 – JPS. Tengok dalam peruntukan kali ini tiada peruntukan untuk menstabilkan tebing atau memperlebarkan Sungai Aur. Baru-baru ini, dua tiga hari ini Bandar Botanik dibanjiri dan ini adalah kerana sungai dan kolam takungan tidak mencukupi untuk to contain water dan sebagainya. Sentosa minta kalau boleh untuk memberi peruntukan tambahan untuk membetulkan keadaan di Sungai Aur. Kedua ialah mukasurat 192, Kemudahan Awam. Itu saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana
meluluskan pembinaan Dewan Taman Maznah dan Sentosa juga meminta kalau boleh di bawah kemudahan awam sebuah dewan yang lebih besar dibina di Taman Sentosa kerana pada masa ini ada satu dewan sahaja iaitu yang boleh menampung 300 orang. Yang ketiga Yang Berhormat Tuan Speaker ialah mukasurat 192, berkenaan dengan Kerajaan Prihatin. Kita sedia maklum banyak masalah di hadapi oleh rumah-rumah ibadat terutamanya rumah ibadat yang masih dalam permohonan untuk mengazetekan tanah dan sebagainya. Mereka tidak mendapat bekalan elektrik dan bekalan air. Bila mereka memohon, mereka diminta untuk mendapatkan kelulusan daripada majlis kerajaan tempatan, PBT dan kerajaan tempatan tidak memberi surat untuk membenarkan mereka untuk memohon.
Bekalan elektrik amat mustahak, bekalan air pun mustahak, basic necessity right. Kalau ada tindakan di atas rumah-rumah ibadat, barulah mereka boleh potong, right. So, saya minta Kerajaan Negeri untuk mengarahkan PBT untuk memberi sokongan supaya rumah-rumah ibadat ini mendapat bekalan elektrik dan bekalan air. Mereka membayar, bukan free. Right, itu adalah satu permintaan daripada Sentosa untuk memastikan kuil ataupun rumah-rumah ibadat yang di mana kebanyakan di estet-estet pun walaupun tuan tanah sudah jual tanah, kuil masih lagi di estet, tetapi tidak ada bekalan elektrik dan air. Tuan Speaker, selain daripada itu muka surat 242, Kod Objek 33000, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Setia dan juga Yang Berhormat Menteri Besar kerana atas pembinaan satu masjid Cina Muslim yang cukup cantik di Botanik. Di mana memandangkan tahun depan adalah satu Tahun Melawat Selangor, ini juga akan satu tempat, satu masjid yang cukup cantik, yang kita boleh juga minta pelancong datang melawat. Sentosa ingin bertanya berkenaan peruntukan atau pun perancangan untuk Masjid Al-Baraqah, Taman Sentosa. Sentosa telah bawa perkara ini pada tahun lalu dan saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Seri Setia, apakah perancangan ataupun kelulusan sudah diberikan untuk membaiki Masjid Al-Baraqah yang sudah berusia dan juga jemaah pun ramai. Saya minta Sentosa minta Yang Berhormat Seri Setia untuk memberi sokongan supaya permohonan Masjid Al-Baraqah ini boleh dibina dengan segera. Yang kelima Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyambut baik permintaan daripada Yang Berhormat Meru dan Yang Berhormat Kota Kemuning dan juga daripada sebelah kanan, kawan-kawan saya daripada pembangkang yang telah menyokong atas permintaan Kod Projek-040007 iaitu Hal Ehwal selain Islam iaitu daripada permintaan untuk menaikkan ya, peruntukan RM4 juta kepada RM6 juta atau status quo ataupun lebih daripada itu, we welcome that. Kami minta juga kalau boleh Kerajaan Negeri dalam ucapan perbahasan saya, saya telah minta untuk memberikan air percuma untuk semua rumah ibadat, right. Kalau tak naikkan dana, bagilah air. Air pun menjadi satu bantuan kepada rumah-rumah ibadat.
Selain daripada itu, muka surat 191, Kod Objek-050005, pembangunan pendidikan masyarakat India. Sebanyak RM1,185 juta telah diperuntukkan, tetapi saya pelik ialah dia ditulis di sana, pembangunan pendidikan masyarakat India. Sentosa ingin tanya adakah Yang Berhormat EXCO ada perancangan baru untuk mengadakan program pendidikan atau pemberian barangan geran sahaja? Kerana saya pandang daripada jumlah peruntukan RM1.5 juta right, RM1.185 diberikan kepada EXCO untuk mengadakan program I-SEED dan RM315 ribu yang diperuntukkan untuk pembangunan masyarakat India. Saya minta kalau boleh sebenarnya peruntukan kali ini diturunkan kepada RM1.5 juta. Kita telah mulakan dengan RM3 juta di peruntukan, pada masa itu kita dah bekerjasama dengan banyak badan-badan NGO untuk adakan program-program bersama untuk masyarakat. Selepas itu dikurangkan kepada RM2.5 juta dan tahun ini kepada RM1.5 juta iaitu RM1.85 untuk program I-SEED dan RM315 ribu untuk pembangunan masyarakat India. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat untuk Menteri Besar mempertimbangkan balik untuk memberikan lebih banyak atau pun dana itu dinaikkan memandangkan kos barangan, inflasi dan juga di mana kalau bolehlah, naikkan balik kepada RM3 juta ataupun RM5 juta pun kita welcome juga. Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker, right. saya dah habis, terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Burong. Terima kasih Yang Berhormat Sentosa.
Timbalan Speaker, Timbalan Speaker. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, cuma saya hendak mencelah. Minta izin, di mana petang semalam perbahasan kami yang di penghujung sebelum tamat persidangan kita semalam, belum lagi dijawab. Jadi perbahasan saya termasuk isu yang dibawakan oleh Yang Berhormat Sentosa. Jadi saya harap dapat jawapan ...
Belum dijawab oleh pihak Kerajaan atau apa?
Ya, ya oleh pihak Kerajaan, petang semalam ...
Kemudian, selepas perbahasan nanti.
Belum dijawab lagi sebenarnya, belum dijawab lagi. Saya harap jawapan itu daripada pihak Kerajaan.
Nanti selepas dah habis perbahasan nanti, kita minta pihak Kerajaan untuk menjawab nanti. Silakan Yang Berhormat Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. (Bahasa Arab) Bajet Pembangunan seperti mana yang kita tahu, kurang daripada 50% boleh dibaiki dengan check and balance yang dibangkitkan oleh pembangkang di sebelah sini, khususnya bagi sektor luar bandar yang terendah bajetnya sebanyak hanya 1.9%. Kita tidak menuduh dan tidak menelah sesiapa ataupun ada diskriminasi tetapi berdasarkan nombor-nombor yang tertera pada bajet ini menunjukkan bahawa jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar adalah jelas ketara di situ. Saya mulakan dengan muka surat 194, Kod Projek-14008, PK-14 ya. Menaiktarafkan Perpustakaan Tanjung Karang, kos projek yang agak tinggi RMK ke-12 pun yang akan berakhir pada tahun hadapan 2025, tetapi ada sambungan projek yang terbengkalai dan tidak unjurkan untuk tahun 2025 sekitar RM1.4 juta lagi dan projek ini pernah saya bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini dan menjadi projek gajah putih. Sebelum ini masyarakat Tanjung Karang di DUN Sungai Burong melihat perpustakaan ini berbunga-bunga kerana di cat baru, ada aircond yang baru tetapi tiba-tiba terbengkalai dengan begitu sahaja. Dan saya cukup yakin dan percaya bahawa bila perkara ini diabaikan dan tidak dibangkitkan atau pun diusahakan untuk tahun hadapan, maka kos membaikinya pada masa akan datang akan bertambah.
Seterusnya Tuan Timbalan Speaker, muka surat 214, 01700 dan 01701, PK-1, lampu jalan dan lampu isyarat dan aspek keselamatan jalan raya. Peruntukan sekitar RM5 juta baru dan RM650 ribu sahaja dalam keadaan yang diluluskan untuk tahun 2025, bermakna jarak di antara RM650 ribu dengan RM5 juta tinggal setahun untuk dihabiskan, sedangkan banyak lampu-lampu jalan di DUN Sungai Burong ini mengalami masalah. Bahkan saya pernah berbincang dengan JKR dan pegawai JKR di tempatan sebelum ini ataupun dengan pihak-pihak yang berkenaan, ada jika dibahagikan mentol-mentol jalan yang rosak dan terbakar yang perlu di maintain ini dengan izin, lebih kurang satu DUN dalam bawah 10 sahaja. Jadi dengan bajet yang tidak digunakan, dengan purata mentol yang diperuntukkan sedikit dan keadaan jalan yang banyak gelap, saya hendak bertanyalah adakah ini sebuah diskriminasi ataupun bagaimana dengan angka yang ditunjukkan ini. Seterusnya muka surat 219, Kod Projek 04704 PK-4, naik Taraf Parit 1, Jalan Sungai Sireh. Ada peruntukan yang sangat besar pada RMK-12, kenapa pada Bajet 2025 langsung tidak dikeluarkan peruntukan untuk menaik taraf jalan Parit 1, Sungai Sireh ini. Kita melihat angka di situ kosong, jadi soalannya di manakah peruntukan yang diperuntukkan untuk naik taraf jalan ini pergi? Adakah kesemuanya di tarik ke bandar ataupun bagaimana?
Muka surat 226, Kod Projek001402, PK01, (RTB) Rancangan Tebatan Banjir Kuala Selangor. Untuk 2025, RM50,000 sahaja yang diperuntukkan daripada RM11 juta. Persoalannya adakah projek Rancangan Tebatan Banjir ini mengikut laporan Ketua Audit Negara dan pertimbangan Sungai Burong sebelum ini, menyatakan kalaulah projek
Rancangan Tebatan Banjir ini dilakukan secara berfasa-fasa, maka fasa yang dilakukan itu baik, fasa yang belum dilakukan itu akan terkena pula banjir. Maka sebaiknya, di nasihatkan supaya membuat projek itu sekali gus sebab berfasa-fasa ini akan menjadikan penyelesaian masalah banjir itu tidak tuntas dan tidak menyeluruh. Jadi dengan bajet yang rendah ini menunjukkan seakan-akan ia berlaku fasa demi fasa.
Seterusnya Tuan Speaker, muka surat 233, 06105 PK-5. naik taraf benteng Parit 4, Sekinchan yang dekat dengan EXCO DUN Sekinchan iaitu RM3 juta RMK-12 yang berakhir pada tahun hadapan 2025. Walaupun ada RM3 juta peruntukan untuk projek pada RMK-12, hanya RM10.00 sahaja, RM10.00 sahaja untuk peruntukan naik taraf benteng Parit 4 yang perlu diambil kira, perlu diberikan perhatian sebab ia adalah satu jalan yang penting sebelum masyarakat luar datang pusing-pusing ke Negeri Sekinchan atau pun ke DUN Sekinchan, pasti melalui Parit 4 yang tidak kurang hebat juga pantai dan seumpama dengannya. Baik, muka surat 243, Kod Projek-03702 PK-3, Masjid As-Solihin Sungai Burong Sambungan. Kos sekitar RM6.2 juta pada RMK-12 yang berakhir tahun hadapan tetapi masih ada RM1.28 juta lagi. Soalannya adakah kos ini boleh dipindahkan ke peruntukkan-peruntukkan lain atau pun Bajet Pembangunan yang lain yang kita kira dapat dimanfaatkan dengan baik, atau pun ke manakah unjuran ini pergi. Dan yang terakhir pada muka surat 246, PK-2 dan PK-3 mengenai perancangan dasar dan kajian khas. Ada dua item, satu RM450 ribu untuk perancangan dasar dan satu RM1.45 juta bagi kajian khas. Dewan dan saya rasa semua bersetuju untuk mana-mana perancangan ini ada kajian, ada bajet, ada R&D dan research yang tertentu. Tetapi research dan bajetnya boleh tahan tinggi lebih daripada hampir RM2 juta, tetapi seolah-olah sahabat saya daripada Semenyih pernah menyatakan semua projek-projek baru ini mengakibatkan banjir kilat. Adakah seolah-olah tiada perancangan bandar yang diaturkan dan dibuat, sebab hampir semua projek-projek baru pembangunan-pembangunan baru terlibat dengan banjir kilat ini. Jadi apakah butiran perancangan dasar dan kajian khas yang mengambil bajet hampir RM2 juta ini di lakukan dengan baik untuk Dewan mengetahui secara keseluruhannya. Jadi, terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum.
Terima kasih Sungai Burong. Silakan Kuang.
Terima kasih Tuan Speaker. Baik sebenarnya Kuang hendak ambil masa sikit berhujah sedikit tentang Belanjawan yang telah dibentangkan pada tahun ini. Saya berdiri hari ini dengan penuh kekeliruan sebab di hari pertama semasa Yang Amat Berhormat membentangkan Belanjawan, rata-rata Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah Kerajaan menyokong penuh dengan Belanjawan itu dan kita juga telah dibekalkan sebenarnya dengan buku Anggaran Belanjawan pada hari pertama. Tetapi pada hari ini rata-rata Ahli-Ahli Yang Berhormat berdiri, saya tengok baik sebelah kerajaan mahupun belah pembangkang menzahirkan
rasa agak sedikit kecewa dan tidak puas hati dengan peruntukan-peruntukan yang telah digariskan bila diperincikan. Saya dengar Meru juga mengeluarkan rasa gelisah dan sedikit kecewa apabila peruntukan lampu jalan yang disediakan kepada hampir semua pejabat-pejabat daerah kepada JKR Daerah yang berjumlah hampir sama rata, RM650 ribu. Yang Kota Kemuning juga pada hari awal kita bersidang menzahirkan rasa kecewa dan perlunya lampu jalan ini tetapi bila kita tengok perincian peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk tujuan lampu-lampu jalan ini adalah sangat sedikit. Sepatutnya awal-awal dulu masa dibentangkan bila kita perhati bak kata Yang Berhormat Bukit Lanjan, peruntukan untuk Kampung Baru, RM850 ribu sahaja daripada RM4 juta dulu.
Pembangunan wanita RM4.9 juta sahaja yang dulunya RM7 juta. Iltizam dah tak ada dah, tak ada peruntukan. Skim Ceria daripada RM7 juta dikurangkan kepada RM4.5 juta. Ini semua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ya. Saya cuma recap sahaja, sebab kita berada dalam, dalam apa orang kata same phase. Bila benda ini betul, kita kata betul. Kita dapati apa ini belanjawan yang dibuat ini ia baik, kita ada dapat reserve yang banyak tetapi banyak peruntukan-peruntukan kita dipotong yang saya khuatir, kita masuk Sidang DUN akan datang masalah-masalah ini tak selesai juga lagi.
Masalah lampu jalan ini antara yang kritikal. Jalan-jalan missing link, terutama dalam kawasan saya di Kuang kita ada 2 missing link . 1 daripada Kundang ke Tasik Puteri, 1 lagi daripada Tasik Puteri ke Batu Arang. Baru-baru ini jalan ini telah diturap dan jalan ini juga memerlukan kepada lampu jalan. Saya tak rasa peruntukan RM650 ribu yang diberikan kepada JKR Gombak cukup untuk menampung keperluan ADUN-ADUN, DUN-DUN dalam kawasan di bawah pentadbiran JKR Gombak. Kita semua setuju benda ini. Jadi apa kata, menjelang Sidang DUN akan datang, Yang Berhormat ADUN-ADUN semua senaraikan benda-benda yang perlu dalam DUN masing-masing, kita bentang dalam Sidang DUN akan datang, supaya satu peruntukan tambahan boleh diluluskan bagi menyelesaikan masalah-masalah semua DUN-DUN dalam Negeri Selangor sekali gus supaya kita tak payah tunggu sampai tahun depan. Kita tak perlu khuatir kerana kita ada reserve yang banyak. Kalau Kerajaan Negeri bersedia untuk mengeluarkan RM5 juta kepada setiap DUN, saya rasa masalah asas dalam semua DUN-DUN Negeri Selangor ini boleh diselesaikan dengan baik. Jadi..
Celahan Yang Berhormat.
Boleh izinkan?
Boleh-boleh.
Terima kasih. Yang Berhormat Rawang, eh Rawang pula, Kuang, sorry. Saya fikir cadangan Yang Berhormat untuk kerajaan
memberikan atau membentangkan belanjawan tambahan itu perlu difikir semula sebab, kita ada setahun lagi untuk kerajaan mengambil semua cadangan ini, masukkan dalam belanjawan utama tahun depan. Apa pandangan Yang Berhormat?
Baik terima kasih Sungai Ramal. Saya setuju sangat sebab pada pandangan saya, pengamatan saya. belanjawan kali ini seolah-olah telah dibuat tanpa berbincang dengan Yang Berhormat ADUN-ADUN baik daripada sebelah kerajaan mahupun sebelah pembangkang. Sebelah pembangkang, confirm lah dia tak bincang. Tetapi sekurang-kurangnya ada perbincangan khusus dengan Yang Berhormat ADUN-ADUN untuk menyelesaikan atau mendengar permasalahan khusus di semua DUN-DUN supaya masalah ini boleh diselesaikan. Saya rasa sedikit keliru apabila kalau yang belah pembangkang bangkit dan mencelah dan membangkitkan isu-isu berkenaan dengan peruntukan-peruntukan yang diluluskan oleh kawasan-kawasan pembangkang, biasalah kita terima lah sebab kita ini pembangkang. Tetapi bila sebelah kerajaan pun bangkit juga dan membangkitkan isu-isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan sebab telah menyokong pembentangan belanjawan itu maka saya rasa...
Yang Berhormat Kuang celah boleh?
Takkan tidak, sekejap. Takkan tidak dibincangkan dulu bersama Yang Berhormat ADUN-ADUN daripada sebelah kerajaan. Silakan.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Saya dengar 5 kali Yang Berhormat Kuang cakap kecewa, kita kecewa, kita tak kecewa, kita hanya minta untuk mempercepatkan proses apa yang kita minta. Itu yang apa yang kita saya percaya it’s how you ask, is not what you ask you know, how you ask it. Dan itulah kita minta pihak kerajaan untuk mempercepatkan proses bukan kita tidak dipanggil untuk bincang untuk permohonan apa pun. Itu hak kerajaan dan dengan ADUN kerajaan yang kita buat perbincangan untu,k my only request is apa yang YB Kuang cakap kita kecewa, kita tak kecewa. Macam mana YB Kuang cakap kita kecewa?
Baik, terima kasih. Saya kalau benda dah ada kita percepat kan itu baguslah. Ini masalahnya, bendanya pun tak ada.
Yang Berhormat Kuang mencelah.
Kuang, sikit Kuang, mencelah sikit je.
Sila-sila saya bagi laluan. Meru dulu ke siapa?.
Saya dulu.
Yang Berhormat Kuang bagi laluan pada siapa ini?.
Siapa nak dulu?
Saya dulu.
Bagi Meru dulu.
Ladies first ya.
Yang Berhormat Kuang, kita bukannya anak buah ke atau ADUN-ADUN kerajaan yang pengampu, pembodek ya. Kalau ada perlu kita menyuarakan, kita suarakan. Kita bukan yes man. Inilah bagusnya kita bila kita boleh menegur kerajaan kita sendiri, bukan kita menjadi tukang angguk, kalau ada berlaku apa-apa, apa yang dilakukan oleh pemimpin kita, kita senyap sahaja kan. Jangan sampai simpan semuanya dalam safe house kan. Jadi itulah, jadi saya ingin minta supaya Yang Berhormat Kuang, seperti mana ADUN-ADUN lain kalau nak berbahas betul-betul nak bawa isu kawasan dan sebagainya, sila rujuk ke buku ataupun anggaran belanjawan yang telah disediakan dan kita boleh sama-sama bincang. Itu kita faham di mana di pihak ADUN pembangkang ataupun kerajaan kita sama-sama, kita sama-sama nak layan, nak santuni rakyat kita setuju tetapi jangan sampai membangkitkan satu persatu apa yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN kerajaan. Ini, ini kita bersikap terbuka, Yang Berhormat EXCO pun bersikap terbuka dengan teguran ini, saya amat yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan ambil kira permohonan dan cadangan serta luahan mahupun pihak pembangkang ataupun pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih. Sila sahabat.
Terima kasih Rawang.
Ringkaskan ya.
Cuma tadi bila Rawang sebut tentang kalau ada belanjawan tambahan. Eh Kuang-Kuang sorry. Sorry Kuang. Kuang minta maaf. Bila Kuang sebutkan tentang kalau ada belanjawan tambahan, kemudian Sungai Ramal bangun, tanya balik soalan sama ada sesuai ataupun tidak dan sebagainya dan saya yakin Hulu Kelang, Ketua Pembangkang dia agak sensitif kepada belanjawan tambahan. Jadi saya kira kenyataan Kuang tadi ini macam tak synchronize pula antara satu sama lain dalam Perikatan Nasional, tak ada whatapp group ke?
Baik terima kasih. Pertama sekali pasal daripada Meru tadi ya. Meru, pertama soalan pasal kecewa lah. Ya lah, mungkin rasa tak kecewalah kan, mungkin rasa terkilanlah agaknya. Kalau boleh guna perkataan terkilanlah. Tetapi apa yang saya cuba maksudkan ialah perlunya kepada satu sistem di mana kita duduk sama-sama untuk bincang, supaya apa yang dibentangkan dalam belanjawan ini setahun sekali sahaja. Kita tak nak bentang banyak-banyak kali, ambillah pertimbangan kepada semua masalah rakyat sebelum kita memutuskan banyak mana yang kita nak simpan untuk ditambah sebagai reserve kerajaan. Kita tambah reserve yang banyak, bagus tapi lebih baik kalau reserve itu ditambah dengan menyelesaikan dulu semua masalah-masalah dalam kawasan Yang Berhormat-Yang Berhormat semua. Stakeholder kita adalah rakyat. Stakeholder kita adalah pengundi-pengundi kita yang bila kita turun kita cerita reserve kita yang banyak, tetapi dia kata kat kita reserve banyak pun kalau masalah rakyat tak selesai apa gunanya. Sebab itu saya cadangkan kita bincang supaya setiap Yang Berhormat rakyat dapat menyenaraikan dulu masalah-masalah dalam kawasan masing-masing dan benda itu di bawa dan dibincangkan dulu sebelum buku ini disediakan, supaya apabila buku ini siap disediakan dan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ia nya adalah satu buku dengan perincian kepada perbelanjaan Kerajaan Negeri yang menjurus kepada menyelesaikan semua masalah-masalah rakyat dalam Negeri Selangor. Sebab itu daripada peringkat awal, saya kata apa, saya kata saya setuju dengan pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersyarat, syaratnya adalah belanjawan kali ini dapat menyelesaikan masalah-masalah rakyat yang dibangkitkan oleh rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Yang Berhormat Seri Serdang.
Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan semua Ahli Dewan yang saya hormati. Oleh kerana masa yang tidak banyak, Seri Serdang terus ke pada point yang menjadi perhatian Seri Serdang pada perbahasan pembangunan bagi Belanjawan Negeri Selangor 2025. Pertamanya bagi Vot T02, Pejabat Dewan Negeri Selangor, Seri Serdang memohon agar diadakan peruntukan khas untuk mengubahsuai pejabat. Pihak pembangkang terutama Ketua Pembangkang kita, disediakan bilik khas yang selesa untuk semua Ahli Dewan pembangkang menjalankan urusan sepanjang DUN bersidang. Bagaimanapun, perlu juga diadakan satu ruang atau bilik yang lebih selesa untuk BBC Kerajaan bagi menjalankan urusan sepanjang Sidang DUN berlangsung. Ya lah, backbenchers ini ramai Tuan Speaker, so perlukan pengubahsuaian bilik yang lebih besar dan kami juga mahu melihat Ketua BBC kami selesa menjalankan tugas sepanjang Sidang DUN ini di Pejabat DUN dia dan kami juga dapat berurusan dengan lebih selesa di kalangan rakan-rakan backbenchers. Keduanya, Vot P01-Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Seri Serdang. Sikit je.
Taman Medan bangun, nak bagi ruang ke tak?
Pasal bilik itu.
Kali ini bagilah. Merajuk karang.
Terima kasih Seri Serdang. Sebab saya khuatir kalau Kerajaan Negeri bercadang nak membesarkan bilik backbenchers sebab sebenarnya bilik backbenchers dan bilik pembangkang ini kita guna sama. Di Tingkat 2. Tetapi saya tak pernah nampak pun backbenchers masuk bilik itu. Tak pernah nampak pun, ada perbincangan apa berbanding dengan kami Perikatan Nasional setiap hari pukul 7.30 kita dah ada di situ bermesyuarat, membincangkan, pre-council bersama dengan Ketua Pembangkang. Apa nak bahas, apa nak diperbangkit kan. Jadi saya ingat jangan bazir duit itu, bagi kepada kami supaya kita lengkapkan dengan lebih banyak kelengkapan di situ. Sebab backbenchers saya nampak tak ada perbincangan pun. Tak adapun strategi nak bincang, Cuma hanya angguk-angguk, angguk, sokong-sokong, sokong. Itu sahaja. Tak ada perbincangan, tak ada kritik pada Kerajaan Negeri, berbeza kami.
Wah bagi ruang panjang pula dia ya.
Kami kena bincang, kena baca belanjawan. 7.30 pagi di situ, 12.00 malam kadang tak balik lagi tau.
Taman Medan. Seri Serdang, Batu Tiga bangun.
Seri Serdang, saya bila Taman Medan sebut itu saya perhatikan air muka Ketua Pembangkang sebenarnya. Dia sendiri pun terkejut bila di sebut 7.30 pagi itu. Saya ingat Ketua Pembangkang, Hulu Kelang minta dia tarik baliklah. Memalukan.
Saya setuju dengan Taman Medan ya. Sekurang-kurangnya Ketua Pembangkang sampai lebih awal. Sebelum pukul 8.00 memang Ketua Pembangkang dah ada.
Tetapi yang nampak Taman Medan masuk 10.30 tadi.
Sebab saya ada urusan yang saya hantar dia sebagai wakil saya.
Teruskan Seri Serdang.
Kenyataan Taman Medan itu macam mengelirukan Dewan itu. Saya sambung, saya sambung ya. Vot P01-Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Kod 07003, Peruntukan RM6 juta bagi pembangunan sukan pada tahun 2025. Yang ini awalnya saya nak terangkan dulu Yang Berhormat Speaker. Bukan masalah kita kecewa, tak puas hati dan sebagainya kepada kerajaan. Tidak. Tetapi seperti mana yang Meru katakan tadi, kita di pihak kerajaan BBC ini, walaupun ada perkara-perkara yang tidak menyenangkan, kita suarakan. Kerana itulah demokrasi yang ada dalam Kerajaan Perpaduan hari ini Tuan Speaker.
Yang Berhormat Seri Serdang.
Pembangunan sukan diperuntukkan....
Seri Serdang mahu mencelah. Sikit je satu, setengah minit je.
Bagi ruang ke tak? Tak bagi ruang?
Silakanlah.
Yang Berhormat,
Yang Berhormat saya nak kaitkan tentang Yang Berhormat Kuang tadi. Dia banyak bahas, perbahasan dia terkait tentang apa yang dibahaskan oleh pihak ADUN Kerajaan. Sedangkan dia sendiri tak bahaskan tentang berkaitan kawasan dia. Rata-rata ADUN kita dan sebahagian daripada pembangkang, kita bahas terkait dengan kawasan mengikut vot ataupun kod-kod projek yang tertentu. Bermakna kawasan dia dah okay lah tu. Dapat peruntukan yang mencukupi. Setuju tak?.
Ya lah nak buat macam mana. Dah itulah karakter dia kita terima sahajalah. Pembangunan sukan Negeri Selangor pada tahun 2024 adalah sebanyak RM2 juta tetapi untuk 2025, kurang RM2 juta. Selangor ini Tuan Speaker dan semua sahabat-sahabat Ahli Dewan Negeri, terkenal dengan pembangunan sukan. Bahkan banyak mengeluarkan atlet-atlet berkualiti dan ternama di dalam negara kita. Ketika SUKMA 2024, saya sendiri melihat bagaimana Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) bertungkus-lumus menyediakan segalanya dengan terbaik. Alhamdulillah kita berjaya di tempat yang ketiga keseluruhan kontinjen yang bertanding. Bahkan banyak negeri saya lihat sendiri yang mengimport dengan izin pemain-pemain kita menggunakan atlet-atlet Selangor bagi mewakili negeri mereka. Pastinya pihak MSN (Majlis Sukan Negeri) mahu meneruskan lagi kecemerlangan ini dan ia memerlukan kos yang bersesuaian bagi pembangunan sukan di dalam Negeri Selangor.
Seri Serdang mengharapkan agar ada satu tindakan dari Kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi melihat kembali peruntukan ini, sama ada ditambahkan lagi, insya-Allah. Soal dari mana pertambahan ini saya serahkan kepada kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri. Kita mahu lahirkan lebih ramai lagi Nurul Afrina Batrisyia, pelari pecut kita yang berjaya memecahkan rekod SUKMA bagi 100 meter dan 200 meter. Kita mahu pastikan pasukan bola sepak wanita kita berjaya dan mengekalkan pingat emas pada SUKMA yang akan datang. Kita mahu juga melihat sukan-sukan lain yang berpotensi dalam Negeri Selangor pastinya kos pengurusan dan pembangunan sukan negeri harus dipertingkatkan lagi. Begitu juga dengan pembangunan generasi muda atau dikenali sebagai PeBS sebelum ini ialah PeBT, memerlukan suntikan bajet yang mencukupi untuk terus diperdaya. Ramai anak-
anak muda kita yang berbakat dan berpotensi dan ternyata PeBS atau PeBT melahirkan ramai pimpinan-pimpinan anak muda yang ada pada hari ini. Seperti dalam blok Kerajaan, Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Seri Kembangan, Yang Berhormat Batu Tiga adalah produk daripada PeBS yang telah pun kita keluarkan selama ini. Begitu juga di peringkat Parlimen, Yang Berhormat Young Syefura, Yang Berhormat Rara adalah daripada produk PeBT atau pun PeBS ini. Dan seharusnyalah, peruntukan untuk PeBS ini diberikan dengan penuh kesesuaian.
Tuan Speaker, bagi Vot P01 kod-1500, peruntukan bagi 2025 sebanyak RM4.5 juta untuk Skim Ceria juga Seri Serdang melihat perlu diberi perhatian. Seri Serdang juga mempunyai banyak unit perumahan serata yang perlu kepada Skim Ceria ini. Seri Serdang baru hendak rancang untuk memohon Skim Ceria pada tahun 2025 ini. Namun bila melihat pada peruntukan ini, Seri Serdang memohon agar Kerajaan Negeri ada alternatif bagi menambahkan peruntukan bagi Skim Ceria ini.
Seterusnya bagi Vot P13, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor. Seri Serdang mengucapkan terima kasih atas peruntukan bagi kod projek 02104, menaik taraf saliran kawasan Kampung Kuala Sungai Baru. RM500 ribu, Seri Serdang menganggap ia adalah peruntukan awalan bagi kerja-kerja ini dan semestinyalah baki daripada RM18 juta ini dapat disalurkan terus kepada projek ini. Projek ini sangat penting bagi penyelesaian isu banjir di mana kawasan ini adalah hotspot banjir di DUN Seri Serdang. Begitu juga kod projek 02105, menaik taraf sistem saliran di Seri Serdang, sudah ada peruntukannya namun spesifik tempat tidak dinyatakan. Jadi bagi pemahaman Seri Serdang ia adalah peruntukan kerja-kerja mungkin, kerja-kerja adhoc ataupun kerja-kerja tambahan bagi mengatasi masalah banjir. Seri Serdang juga memohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO Pandan Indah berkenaan peruntukan di bawah Kod Projek 02105 ini.
Seterusnya pada Vot-P14, Jabatan Agama Islam Selangor, kod projek 03111, Masjid Taman Lestari Putera. Seri Serdang sekali lagi mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan bagi menyediakan peruntukan bagi pembinaan masjid ini, terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Namun, Seri Serdang dan semua penduduk di kawasan Lestari Putera ini mengharapkan agar pembinaan masjid ini dapat dimulakan dengan segera. Mereka sudah lama mengidamkan masjid mereka sendiri di mana sekarang ini mereka bersolat, beribadah dan bersolat jumaat di surau-surau kecil yang telah pun dinaik taraf atau pun diberi kebenaran untuk solat Jumaat. Lebih 25 tahun mereka menantikan pembinaan masjid di kawasan ini dapat direalisasikan. Kawasan ini juga rata-rata penduduk ini terlibat dengan mangsa tidak dapat menyelesaikan isu pindah hak milik atau MOT dan berhadapan dengan moderator yang seolah-olah lintah darat bagi mengenakan servis charge yang tinggi. Sekali lagi Seri Serdang memohon campur
tangan Kerajaan Negeri bagi membantu mereka yang teraniaya ini. Hampir 10,000 unit perumahan yang terlibat termasuk di kawasan Saujana Puchong.
Akhir sekali Seri Serdang memohon perhatian Kerajaan Negeri Selangor dan semua GLC-GLC dalam Negeri Selangor agar memberi sumbangan kepada perjuangan rakyat Palestin. Mereka manusia yang sama seperti kita, mereka juga bersedih seperti kita apabila melihat anak-anak dan ahli keluarga mereka terkorban dek kerana kebinatangan rejim Zionis Israel. Sudah pasti negeri maju seperti Negeri Selangor ini selain kepedulian kita kepada rakyat di dalam Negeri Selangor dan menjadi penyumbang kepada ekonomi Malaysia, kita juga perlu membantu saudara-saudara kita di Palestin. Moga dengan sumbangan dari Negeri Selangor ini menyumbang kepada kekuatan saudara kita di sana bagi menghentikan pembunuhan dan kejahatan yang dilakukan rejim Zionis Israel. Moga satu hari nanti kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Ansar, tempat suci yang ketiga bagi umat Islam. Sekian, Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang doakan semoga tahun 2025, Selangor akan lebih gemilang di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang, Yang Berhormat Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Selamat pagi, salam sejahtera saya ucapkan kepada Ahli-Ahli Dewan sekalian kerana memberi peluang kepada Sungai Pelek dalam melibatkan diri dalam perbahasan ini. Saya hendak rakamkan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kuang yang tadi telah membangkitkan isu di kalangan semua Adun-adun dan saya rasa beliau apa yang dikatakan adalah betul sebab beliau juga menyokong sebenarnya Belanjawan ini. Dan cuma dia kata sebelum ini ada syarat yang dia hendak selesaikan semua masalah rakyat terlebih dahulu ya. Dan saya hendak ucapkan tahniahlah kerana beliau ada seorang yang sangat berwibawa dan berpotensi boleh dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang.
Terima kasih. Okay, saya masuk terus ya kepada mana vot-vot yang saya hendak bangkitkan. Berkaitan apa yang di kawasan saya adalah di Vot P12, muka surat 214, PK1, kodnya adalah sekejap ya, minta maaf ya, kodnya adalah PK1 016001, 016002 yang semua berkaitan dengan pemasangan lampu jalan, lampu isyarat di daerah Sepang. Saya hendak ucapkan terima kasih kerana telah menyalurkan peruntukan di Sepang bagi dua-dua kerja ini. Tetapi saya menyeru supaya Kerajaan Negeri atau JKR boleh memberi fokusnya di kawasan spesifik yang saya hendak sebut adalah di pintu masuk KLIA. Sebab saya tengok yang banyak lampu-lampu jalan dan tidak diselenggarakan dengan baik di kawasan kalangan KLIA. Seperti contoh di litar lumba
antarabangsa ya, masih kebanyakan tempatnya belum ada lampu-lampu, lampu jalan maksudnya dalam waktu malam memang gelap gelitalah. Saya harap dengan adanya peruntukan ini, kena fokus atau spesifik untuk selesaikan masalah jalan lampulah di kawasan tersebut.
Seterusnya saya hendak bangkitkan juga dalam Vot P-12, PK-3 muka surat 216, membina jalan sambungan daripada persimpangan jalan sanitary landfill ke lebuhraya KLIA, extension Sepang. Saya nak, saya nak tanya soalan ini kerana saya nampak dalam peruntukan yang disediakan itu cuma adalah sebanyak RM10.00. Sebab saya rasa jalan itu adalah sangat penting yang perlu kita siapkan dalam tempoh masa yang secepat mungkin. Sebab setahu saya sebelum ini ada juga dikesankan dua bom, adalah hasil tinggalan daripada Perang Dunia Ke-2 mungkinnya dan mereka tengah buat siasatan ke atas itulah. Saya harap dengan adanya token diletak itu, boleh dipertimbangkan supaya peruntukan itu dapat di salurkan untuk menyiapkan kerja tersebut.
Seterusnya saya ingin membawa Vot P13 di muka surat 227, PK-1 berkaitan dengan 01506, 01507, 01508 sama juga untuk projek tebatan banjir di kawasan yang memang selalunya berlaku banjir kilat. Sama juga cuma diletakkan token atau syiling sebanyak RM10.00 sahaja, saya rasa tiga projek ini adalah di bawah di Sungai Labu di Sungai Cincang dan Sungai Jinjang. Saya rasa kena beri tumpuan ataupun perhatian supaya tidak berlakunya banjir kilat. Sebenarnya di kawasan inilah yang merupakan hotspot di kawasan atau di DUN Sungai Pelek. Saya mohon penjelasan daripada pihak negeri atau pun daripada Yang Berhormat EXCO.
Dan seterusnya saya ingin melihat satu perkara lagi di P14, muka surat 243, PK3 berkenaan dengan Masjid Bagan Lalang. Saya tengok di sini tidak ada peruntukan diletakkan dan walaupun saya bukan beragama Islam dan saya ingin sampaikan mesej ini, saya terima satu mesej daripada Ketua Kampung saya, saya bacakan dengan terus ya. Untuk Bagan Lalang, tidak ada masjid, hanya surau sahaja. Keadaan surau yang kayu dan lama tidak dibaik pulihkan, kayu pun dah banyak dimakan anai-anai. Surau itu pun dijadikan surau solat Jumaat untuk penduduk Bagan Lalang. Saya harap Seri Setia boleh ambil perhatian dan mungkin boleh bagi satu jawapan kepada saya dan supaya saya boleh sampaikan kepada penduduk di Bagan Lalang. Sebenarnya untuk makluman Ahli-Ahli Dewan ini, di Bagan Lalang ini sebenarnya adalah penambahan penduduk dengan drastik. Saya harap ada pembinaan ini supaya umat Islam boleh menunaikan solat Jumaat dan sebagainya.
Dan ini juga seperti dikatakan oleh Taman Medan, sebab saya menambah apa orang kata, pahala kita ya, sama-sama buat baik, bermakna kita dapat pahala yang seperti yang dikatakan. Saya rasa itu sahaja daripada saya dan terima kasih saya ucapkan.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Yang Berhormat Ijok.
Terima kasih pada Tuan Speaker. Merujuk kepada Vot P01, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Muka surat 191, PK2 Luar Bandar 02005 dan 02006 Naik Taraf dan Baik Pulih serta Kemudahan-kemudahan Asas Awam, Asas Desa. Ijok mulai dengan rasa syukur dan terima kasih. Ijok bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang telah mula dan giat membaik pulih serta menceriakan semula pondok polis Ijok. Ia juga menjadi satu impian warga Ijok, terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor atas kesediaannya mendengar segala cadangan dan aduan daripada Ijok sebelum ini. Polis dan masyarakat berpisah tiada. Ini adalah menjadi salah satu harapan Ijok agar pihak polis dapat merealisasikan slogannya bersama kami demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Ijok. Insya-Allah program-program bagi merealisasikan komuniti polis dapat dijalankan bersama rakyat bagi untuk mengawal bersama-sama mengawal jenayah, mengekang lumba haram dan menjadikan keyakinan kepada pihak perbankan untuk bersedia memberi perkhidmatan kewangan atau pun bank, terima kasih PDRM.
Seterusnya, PK2 Kod 02006 Naik Taraf Baik Pulih Jalan Luar Bandar. Ijok ingin mengambil perhatian agar Jalan Ros dan Jalan Orkid, Batu 7 Ladang, Kampung Ijok diberi perhatian untuk dibaik pulih dan Ijok difahamkan sudah lebih 5 tahun jalan ini tidak diturap dan banyak jalan-jalan berlubang. Seterusnya Tuan Timbalan Speaker, Vot P12 muka surat 219, PK-4 Kod 04700. Di sini Ijok ingin membangkitkan mengenai keperluan untuk menaikkan aras jalan yang berisiko di tenggelami air iaitu di Jalan Parit Mahang B109. Tuan Timbalan Speaker, banjir yang berlaku baru-baru ini menguatkan lagi keperluan bahawa jalan ini perlu diberi perhatian dan diberi keutamaan segera untuk dinaikkan arasnya kerana ia sering terputus apabila berlakunya banjir di antara penduduk Ijok, Parit Mahang, Kampung Bukit Cerakah dan sekitarnya. Tuan Timbalan Speaker, di jalan ini juga terdapat tiga culvert atau pembetungan lama yang perlu dinaik taraf dan perlu penyelenggaraan parit yang tidak bertuan bagi mengelakkan ia nya di telenggami air apabila hujan lebat atau limpahan air Sungai Buloh yang menyebabkan penutupan jalan tersebut. Seterusnya Ijok mohon diberikan perhatian bagi Jalan Sentosa Kampung Parit Mahang yang rosak dan difahamkan juga oleh penduduk kampung hampir 10 tahun tidak mendapat turapan sepanjang 2.1 kilometer jadi Ijok mohon diberikan pertimbangan perkara ini. Seterusnya Vot P13 muka surat 225, Kod PK1- Pembangunan Projek Tebatan Banjir. Ijok memohon supaya perancangan RTB Sungai Buloh Fasa 2, jika dapat
Kerajaan Negeri melihat semula skop-skop yang boleh diselesaikan melalui peruntukan negeri terutamanya bagi kawasan upstream iaitu kawasan Daerah Gombak dan Daerah Petaling kerana jika dua daerah ini menerima hujan yang tinggi, Ijok akan menerima kesannya. Oleh itu jika terdapat mana-mana skop yang boleh dilaksanakan dahulu, contohnya membina kolam-kolam bagi ini bagi membantu mengurangkan kesan banjir di Ijok. Ijok juga berharap pihak JPS dapat melihat dan meninjau akan ban yang pecah berada di kawasan Fasa 2 RBT Sungai Buloh sebelum jambatan Bukit Mayong yang mana ban ini telah pecah menyebabkan air masuk ke dalam kebun, melalui kebun dan melalui highway Latar dan terus masuk ke parit, terus pergi ke Kampung Ijok. Ijok juga berharap agar perkara ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan. Seterusnya PK2 02603, muka surat 229 berkenaan Sistem Saliran di Kampung Jaya Setia Mukim Ijok. Ijok mohon diberikan keterangan berkenaan status projek tersebut. Seterusnya PK3 muka surat 231, Kod Projek-03300, menaiktaraf perangkap sampah dan log boom. Ijok juga berharap perangkap sampah di Sungai Buloh, Ijok ini walaupun dia masih lagi di dalam projek RTB Sungai Buloh Fasa 1, Ijok juga mengharapkan dan Ijok juga mengucapkan terima kasih kepada kerjasama dan keprihatinan Yang Berhormat EXCO Infra yang turun bersama memberi arahan kepada kontraktor untuk membersihkan kawasan log boom yang tersebut. Untuk makluman Dewan yang Mulia hari ini bahawa sebelum ini log boom tersebut, kami menganggarkan lebih kurang panjangnya hampir 1.8 kilometer sampah di tengah-tengah sungai. Sebelum berlakunya banjir tempoh hari dengan arahan YB EXCO yang saya telah difahamkan, kontraktor telah mengeluarkan hampir 120 lori. Lori itu beratnya lori 10 tan lah, hampir 120 lori yang keluar membawa sampah disebabkan banjir tersebut, pembuangan pembersihan log boom tersebut diberhentikan kerana banjir tetapi hari ini kalau kita lihat lagi, kalau kita sama-sama turun sana, ada lebih kurang 120 meter lagi tambahan bahan sampah yang ada yang membukit di kawasan tersebut. Jadi harapan Ijok dapat diberikan perhatian untuk disegerakan pembersihan tersebut, disegerakan penyiapan log boom tersebut agar tahun hadapan JPS Kuala Selangor dapat mengadakan penjadualan pembersihan mengikut jadual yang sepatutnya, agar kita dapat mengawal keberkesanan log boom tersebut. Seterusnya PK10- Pelbagai, muka surat 235, Kod Projek 10001 bagi kerja-kerja kecemasan ataupun luar jangka. Ijok ingin menarik perhatian untuk menaik taraf saliran pembetungan ataupun culvert di Jalan Parit Mahang P109 dan mohon di selenggara juga parit yang tidak bertuan. Seterusnya menaik taraf saliran ataupun saluran di kebun-kebun kelapa sawit di Blok C, sekitar Jalan Makmur, Jalan Hasil 3 dan Jalan Parit Mahang 6B, Kampung Parit Mahang bagi mengatasi banjir termenung bagi membantu pekebun-pekebun kecil mengeluarkan hasil sawitnya. Juga mohon di pertimbangkan bagi membina pembetung atau jambatan untuk penduduk kampung bagi mengeluarkan hasil kelapa tersebut. Ijok difahamkan bahawa sebelum ini ada jambatan tetapi telah berlaku perobohan sewaktu pembinaan highway yang Ijok difahamkan pembinaan WCE tetapi Ijok sudah berbincang dengan pihak JPS Kuala Selangor, supaya perkara ini dapat
perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri. Tuan Speaker, yang terakhirnya berkenaan dengan Jabatan Pertanian, Vot P08. Tuan Speaker, merujuk kepada Vot P08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor muka surat 203, PK4, Kod 04002- Latihan Kejenteraan Pertanian PLKP Tanjung Karang. Dinyatakan RM120,000.00 untuk program di PLKP Tanjung Karang akan tetapi Ijok telah menerima jawapan dari Yang Berhormat EXCO tempoh hari, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian akan menyediakan peruntukan tahunan bernilai RM150,000.00 kepada Pusat Latihan Kejenteraan Tanjung Karang untuk melahirkan generasi petani muda sebagai usaha keterjaminan makanan dalam menyediakan kursus-kursus kejenteraan pertanian. Apa yang menjadi persoalannya dalam jawapan YB EXCO bernilai RM150,000.00, tetapi di dalam buku Belanjawan ini tertera RM120,000.00. Jadi Ijok mohon penjelasan mengapakah jumlah ini berkurang? Adakah kos untuk tahun hadapan semakin rendah sehingga ada beza RM30,000.00 untuk melaksanakan inisiatif yang dinyatakan dan dari jawapan Yang Berhormat EXCO. Tuan Speaker, akhirnya dalam Vot P08, P5 berkenaan dengan pembangunan tanaman Padi muka surat 204 yang diperuntukkan sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk pembangunan padi. Ijok ingin bertanya adakah program yang dinyatakan hanya projek rintis berdasarkan blok tertentu ataupun keseluruhan kawasan IADA Barat Laut dengan peruntukan tersebut? Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Dah habis ke? Ada, okay Yang Berhormat Sabak.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih dan salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Speaker, saya mengambil masa yang ringkas, Insya-Allah. Dalam P01 Pejabat Menteri Besar, ada PK2 Luar Bandar, 02006, naik taraf dan baik pulih jalan luar bandar. Sebagaimana rakan-rakan lain yang menyebut tentang pembangunan naik taraf dan baik pulih jalan luar bandar, 1 juta lebih kurang diperuntukkan untuk tahun ini. Tapi saya tak fikir 1 juta ini mencukupi untuk semua rakan-rakan yang telah mengeluarkan cadangan dan juga mohon untuk supaya banyak jalan-jalan untuk dibaiki maka saya juga terpanggil untuk menyebut dua perkara. Pertama ialah jalan yang perlu dinaik taraf. Itulah jalan-jalan ladang yang memang selama ini yang tidak pernah mendapat nikmat turapan jalan. Ini jalan-jalan ladang yang dulunya dikelaskan sebagai jalan ladang kerana tempat ini tidak ada banyak rumah atau pun tidak ada penempatan melainkan jalan itu ke ladang, ke sawah tapi memandangkan sekarang ini telah banyak rumah-rumah yang telah didirikan di kawasan-kawasan sawah jadi ada yang lima enam buah rumah tapi jalannya masih lagi belum berturap, belum dinaik taraf sebab itu saya mohon supaya Kerajaan diambil perhatian sebagai contoh saya sebut Jalan Parit 2 ½ Barat, Jalan Parit 3 ½ Timur, 4 ½ Timur, 8½ Timur. Begitu juga jalan yang kedua ialah jalan yang perlu dibaik pulih. Sepatutnya Kerajaan dan saya telah mendapat aduan kepada Pejabat PLB supaya
mengambil perhatian jalan-jalan ini kerana jalannya sudah terlalu teruk sangat. Ada jalannya yang sudah berlopak teruk, ada jalannya jatuh dan sebagainya. Jalan di Surau Gertak Tinggi, Jalan Kampung Kemboja di Sepintas dan Jalan Parit 11 Barat ini terlalu teruk kerana jalannya walaupun sudah berturap tapi jatuh mungkin kerana pengangkutan padi keluar masuk dan sebagainya menyebabkan jalan rosak teruk dan tidak boleh dimasuki oleh kereta pun jadi oleh sebab itu saya mohon perhatian supaya jalan-jalan ini dimasukkan di dalam pembangunan untuk baik pulih jalan pada tahun ini. Yang lain-lain sahabat-sahabat telah pun sebut point saya tadi, saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak, Yang Berhormat Morib? Boleh sikit, boleh sambung lagi.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih kerana bersama-sama dalam berbahas perbelanjaan 2025. Saya ingin menyentuh di P01, PK7 07002, 07003 dan 07004. 003, menaik taraf membina baru infra sukan. Saya lihat di peruntukan untuk 2025 hanya dibekalkan RM10.00. Kita kena faham di peringkat sukan ini banyak infra struktur sukan yang rosak dan perlukan pembaikan dan menaik taraf tetapi saya lihat peruntukan untuk 2025 ini tidak ada hanya dibekalkan RM10.00 beli kopi pun tidak cukup. Jadi bagi saya penting untuk Kerajaan Negeri Selangor, meningkatkan lagi dan menambah baik infra sukan-infra sukan kerana bagi saya Selangor ini antara pengeluar jaguh-jaguh sukan seperti tempat saya di DUN Morib, kita pun tahu legenda badminton kita pun berada di situ. Baru start sudah habis?
Kita sambung nanti, sambung balik selepas rehat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, waktu kini menunjukkan jam 1.00 tengah hari, Dewan akan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada rehat tengah hari. Sidang Dewan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita sambung semula sesi perbahasan usul Peruntukan Pembangunan 2025 saya mempersilakan Yang Berhormat Morib.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin menyambung berkenaan pembangunan sukan. Dengan peruntukan RM6 juta saya rasa itu tidak memadai dengan keadaan kita hendak memajukan sukan. Apatah lagi Kerajaan Negeri Selangor sekarang ini juga telah memperkenalkan sukan pickleball. Walaupun sukan pickleball itu ada sedikit peruntukan tetapi bagi saya itu antara sukan yang kita akan ketengahkan dan sukan-sukan lain apa yang saya sebut tadi tentang jaguh-jaguh antara keluarga Sidek yang lahir di DUN saya, DUN Morib dan ini jika ia diberi peruntukan yang lebih insya Allah saya rasa sukan ini di Selangor ini akan bertambah maju dan akan dikenali dan kita bolehlah setanding dengan negeri-negeri lain. Berkenaan tentang sukan bola sepak, dulu saya selalu pergi ke stadium untuk melihat menyaksikan perlawanan Selangor dan kita tahu pasukan Selangor adalah satu pasukan gergasi pada masa dahulu. Nampaknya sekarang ini pasukan kita perlukan suntikan yang lebih untuk menjadikan pasukan kita menjadi sebuah pasukan gergasi seperti mana pada tahun-tahun yang terdahulu.
Saya ambil sikit P01, PK.12 Program Alam Sekitar. Saya lihat di sini peruntukan hanya diberi pada RM2 juta tetapi bagi saya program alam sekitar patut kita perluaskan lagi. Saya tak pasti adakah penanaman pokok bakau itu di bawah alam sekitar Cuma saya nak memberitahu penanam pokok bakau saya diberitahu di sini jawapan bertulis yang diberitahu pihak JPS Negeri Selangor tidak menjalankan apa-apa program berkenaan kayu bakau tersebut. Jadi di sini saya memperkatakan tentang penanam pokok kayu bakau ini penting kerana kita lihat bukan sahaja di kawasan saya di Pantai Morib dan Kelanang tetapi di keseluruhan pantai-pantai di negeri Selangor ini banyak yang sudah terhakis. Jadi antara inisiatif yang saya rasa perlu dibuat adalah dengan kita mulakan lagi penanaman pokok kayu bakau ini.
Seterusnya, saya pergi ke P12 Kod Projek PK101003 Menaiktaraf Jalan-jalan Seluruh Selangor. Di sini saya lihat peruntukan yang diberi juga bagi saya perlu dipertingkatkan dan saya rasa kita bersetuju di seluruh Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini kerana menaik taraf jalan-jalan ini amat penting kerana kita adalah sebuah negeri yang maju. Negeri industri yang saya lihat kenderaan-kenderaan berat selalu melalui jalan-jalan di seluruh negeri Selangor ini jadi perlulah dipertingkatkan infrastruktur jalan-jalan raya ini yang lebih baik.
Seterusnya saya pergi ke kod projek 01401 kesan keseluruhan 01400 ada 2 di situ 401 dan 402. Memasang lampu jalan dan lampu isyarat di daerah Kuala Langat. Di sini saya
ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan lampu jalan dan lampu isyarat. Saya lihat di kampung saya di hadapan Masjid As-Solihin di Kanchong Darat itu, ada simpang empat yang sering berlaku kemalangan dan saya juga telah membuat satu pertanyaan pada pihak Kerajaan Negeri Selangor supaya jalan ini sebenarnya mungkin memerlukan lampu isyarat ataupun line untuk memperlahankan kenderaan. Sebab di sini di depan masjid itu ada sebuah stesen Petronas dan laluan di situ sebenarnya terlalu sibuk tak kira pada pagi, petang ataupun malam. Jadi saya berharap agar dipertimbangkan di kawasan ini. Insya Allah. Dan juga bagi saya keselamatan aspek juga perlu kita pertingkatkan. Saya juga ingin mencadangkan agar di setiap jalan-jalan dan taman-taman perlulah kita menambah baik dari segi pemasangan kawalan litar tertutup iaitu CCTV dan saya rasa apa yang kita tahu CCTV ini adalah satu langkah untuk kita mencegah jenayah dan bagi saya, saya tengok jawapan yang diberikan di kawasan saya tidak mencukupi bagi saya sebab taman-taman serta kawasan-kawasan hotspot seperti di simpang perlulah ditambah ataupun dinaik taraf CCTV yang lebih banyak. Saya rasa semua kawasan juga bersetuju dengan usul saya dan cadangan saya ini.
Seterusnya saya pergi ke P13 Kod Projek 06201 Kerja-Kerja Pembaikan Tembok Penahan Ombak di Pantai Dataran Morib. Saya lihat tidak ada peruntukan. Cuma saya ingin memberitahu bukan sahaja di Pantai Morib yang perlu di ketahui tetapi di sebelah Pantai Kelanang juga telah berlaku hakisan yang teruk. Lagi-lagi pada musim tengkujuh ini. Jadi saya berharap pada pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat memberi peruntukan ataupun menambah peruntukan untuk kedua-dua pantai tersebut. Dan akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada EXCO agama kita kerana beliau tadi telah memberi jaminan insya Allah pastinya itulah satu jawapan yang saya perlu mewakili di peringkat DUN saya. Terima kasih kepada EXCO dan insya Allah ini kerana bagi saya KAFA itu dah terlalu padat. Dan jika ini dibina insya Allah pelajar-pelajar dapatlah suasana yang tenang untuk belajar. Dan apa pun saya juga berharap agar semua apa yang kita adukan dan kita ketengahkan ini adalah untuk kebaikan rakyat negeri Selangor dan saya juga mengharapkan apa salahnya jika rizab kita dikeluarkan sedikit untuk kita memberi manfaat kepada rakyat dari segi infrastruktur dan apa sahaja yang kita perlukan. Jadi dengan itu sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Yang Berhormat Permatang, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Permatang pada hari ini untuk sama-sama membahaskan usul bajet peruntukan pembangunan pada hari ini. Jadi pertama sekali Permatang ingin menyentuh kepada projek P17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. Kod PK202001 di bawah program transformasi penternak unggas atau bukan
ruminan muka surat 251. Industri penternakan ayam ini memang sangat-sangat penting bagi keterjaminan makanan negara. Namun apa gunanya keterjaminan makanan jika kualiti hidup penduduk terjejas akibat pencemaran yang tidak terkawal. Kita tidak boleh terus membiarkan kaedah penternakan secara terbuka menjadi penyebab utama kepada masalah seperti pencemaran udara, bau busuk dan lebih parah lagi serangan lalat yang menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Di kawasan saya di Hospital Tanjung Karang terdapat beberapa reban-reban ayam dan juga penternakan ikan keli yang menjadi masalah lalat yang akibatnya menjadi masalah kepada penduduk setempat dan juga bukan sahaja itu tapi menjadi masalah kepada Hospital Tanjung Karang. Kerana hospital yang sepatutnya menjadi tempat rawatan ini kini menjadi lokasi yang sangat terjejas. Dan dikhabarkan tahap serius itu adalah lalat itu sudah masuk ke bilik pembedahan dan sebagainya. Jadi di sini saya ingin membawa perhatian Dewan kepada Enakmen Perladangan Unggas Negeri Selangor 2007, yang mana Negeri Perak sebelum ini telah membuat satu pindaan Enakmen Perladangan Unggas 2023 yang diluluskan baru-baru di Perak. Di mana Kerajaan Negeri Perak telah mengambil langkah tegas menetapkan tempoh muktamad semua pengusaha penternakan ayam untuk beralih kepada sistem reban tertutup sepenuhnya sebelum Disember 2025. Jadi saya mengesyorkan Kerajaan Negeri Selangor untuk sama-sama meminda undang-undang berkaitan perladangan unggas di Negeri Selangor dengan memperkenalkan tempoh muktamad dan penguatkuasaan wajib sistem reban tertutup seperti yang telah dilakukan di Perak.
Keduanya saya ingin menyentuh tentang PK.2 pembangunan komoditi ternakan unggas yang memperuntukkan anggaran tahunan 2025 iaitu sebanyak RM250,020.00 agar Kerajaan Selangor dapat memberi insentif atau peruntukan tambahan Tuan Speaker untuk membantu penternak untuk bergerak ke arah mengamalkan sistem reban tertutup. Jadi Permatang ingin menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk bertindak segera untuk memberi peruntukan dan bantuan kepada penternak unggas di kawasan DUN Permatang bukan sahaja demi kesejahteraan rakyat juga keselesaan dan juga kebersihan Hospital Tanjung Karang ini tadi.
Tuan Speaker yang kedua, Permatang merujuk kepada P08 Jabatan Pertanian Selangor di bawah Kod Projek PK.1 Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan muka surat 203. Dengan jumlah hasil pertanian sebelum ini dikatakan sebanyak 29,276 tan metrik dan pulangan bernilai RM43.3 juta pada tahun 2022. Selangor sebelum ini telah menunjukkan satu potensi yang sangat baik dan besar dalam sektor pertanian namun di sebalik kejayaan ini timbul satu persoalan besar apabila kita lihat dalam buku peruntukan perbelanjaan baru-baru ini kerana bagaimana kita boleh bercakap tentang kejayaan sedangkan pada 2024 jumlah taman kekal pengeluaran makanan TKPM hanya tinggal 9 sahaja. Jadi ironinya tanah yang dikhaskan untuk pertanian semakin menyusut
sedangkan cabaran keterjaminan makanan dan keperluan kita di Selangor ini sangat-sangat mendesak sekarang. Jadi soalan saya di manakah hala tuju sebenar Kerajaan Negeri dalam memastikan sektor pertanian ini agar terus menjadi tonggak ekonomi dan sumber makanan utama rakyat. Jadi saya ingin bertanya, apakah nasib tanah TKPM yang telah dihentikan sebagai contoh di tempat saya di DUN Permatang kita ada 1 TKPM di Bestari Jaya. Satu ketika dulu memberikan hasil yang sangat memberangsangkan. Kita ada melon dan tanaman kontan. Jadi apabila tanah ini telah dihentikan apabila TKPM ini dihentikan persoalannya mengapa tidak ada langkah untuk kita menggantikan tanah tersebut dengan lokasi lain. Jadi adakah kita ini semua lebih selesa melihat tanah ini bertukar fungsi sebelum menyediakan perancangan yang baik untuk menggantikan tanah TKPM ini tadi.
Jadi saya Permatang ingin mengesyorkan agar pertama sekali mungkin Kerajaan boleh menggunakan tanah milik Kerajaan Negeri dan anak syarikat untuk menggantikan TKPM yang dihentikan sebagai contoh di Permatang kita ada banyak tanah di bawah milikan Kerajaan Negeri di bawah anak syarikat PKPS dan PKNS. Jadi keduanya cadangan dari Permatang agar kita mengoptimumkan tanah-tanah terbiar di Selangor ini untuk menggantikan TKPM yang telah dihentikan tadi. Jadi kerana Selangor kita dilihat sebagai satu negeri yang maju dan sering digambarkan kita sentiasa satu negeri yang mempedulikan rakyat tetapi seandainya sektor pertanian ini dipinggirkan dan diletakkan ke tepi saya risau Tuan Speaker keterjaminan makanan rakyat akan terganggu. Jadi tanah pertanian strategi dilihat lebih menarik sekarang apabila adanya tanah pertanian kita nampak lebih banyak untuk pembangunan-pembangunan mewah. Jadi sementara isu keterjaminan makanan ini terus dilihat seperti menjadi retorik kosong sahaja. Jadi jika Kerajaan Negeri benar-benar mendahulukan rakyat saya berharap agar tanah TKPM yang telah kita debatkan ini dapat diganti semula.
Kemudian saya ingin menyentuh tentang P01 kepala projek P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kod Projek PK202006 butiran Naik Taraf atau Baik Pulih Jalan Luar Bandar muka surat 191. Di sini kita lihat di mana belanja untuk tahun depan hanya lah RM1 juta diperuntukkan untuk baik pulih jalan luar bandar iaitu satu jumlah yang amat kecil untuk kita menaik taraf dan menaik taraf jalan-jalan di Selangor. Semalam sahabat kita, kenyataan Yang Berhormat Kota Damansara telah menambah bukti bahawa isu jalan luar bandar ini bukan sahaja memberi kesan kepada kawasan luar bandar seperti di Permatang, tetapi ia juga turun dirasai di kawasan semi bandar dan juga bandar. Di mana jalan luar bandar Tuan Speaker bukan sekadar laluan kampung, ia adalah urat nadi yang menyambung ekonomi pendidikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira lokasi. Jadi saya ingin mengutarakan isu yang amat penting di kawasan saya berkenaan keperluan menaik taraf jalan luar bandar khususnya di Kampung Seri Tiram Jaya yang melibatkan Jalan Ban Pakat sepanjang 11.4 kilometer. Setakat ini di
Permatang hanya 1.5 kilometer Jalan Ban Pakat ini telah diturap dengan bitumen, manakala selebihnya masih menggunakan turapan crusher run. Jadi ini adalah satu keadaan yang kita lihat tidak memadai lebih-lebih lagi apabila jalan ini menjadi alternatif utama yang digunakan oleh orang ramai pengguna jalan raya untuk mengelakkan kesesakan sementara projek WCE yang masih belum siap sehingga hari ini sepenuhnya.
Jadi Tuan Speaker, kelemahan keadaan jalan ini memberikan kesan besar kepada keselamatan pengguna jalan raya, komuniti penduduk setempat yang tidak selesa. Tambah lagi apabila hujan di mana mereka terpaksa tanggung habuk, lumpur dan juga kerosakan kenderaan dan sebagainya. Jadi saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri segera memberikan perhatian kepada perkara ini dengan menaik taraf keseluruhan Jalan Ban Pakat kepada turapan bitumen kerana jalan yang panjangnya keseluruhannya 11.4 kilometer ini bukan sahaja untuk kemudahan penduduk tempatan tetapi juga menyokong penggunaan jalan sebagai alternatif juga kepada pengguna jalan raya daripada luar juga. Tuan Speaker jalan luar bandar seperi Ban Pakat ini bukan sahaja infrastruktur asas tetapi ialah elemen penting dalam kesejahteraan di kawasan saya.
Kemudian saya juga ingin merujuk kepada Kod Projek 15004 butiran tepat Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai muka surat 194. Jadi saya ingin mengajukan soalan penting berkenaan nasib pembeli rumah yang menjadi mangsa projek sakit dan terbengkalai di Selangor kerana mengikut data terkini yang saya tanyakan baru-baru ini dalam soalan bertulis sebanyak 128 projek yang melibatkan 20,734 unit rumah yang telah dikategorikan sebagai projek sakit dan bermasalah di Selangor. Jadi ini adalah kita lihat angka yang amat membimbangkan dan memberi kesan langsung kepada ribuan rakyat. Jadi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ini rakyat Selangor bukan sahaja terbeban kos sara hidup yang meningkat tetapi terpaksa menanggung hutang bank untuk rumah yang tidak siap tadi. Juga mereka terpaksa menanggung kos tambahan untuk tempat tinggal sementara, mereka terpaksa menyewa rumah lain dan sebagainya. Jadi soalan saya apakah tindakan segera yang diambil untuk membantu pembeli rumah yang menjadi mangsa projek sakit ini kerana saya lihat seperti peruntukan khas di bawah Tabung Pembelian Projek Terbengkalai tempat ini tadi adalah RM10.00 atau kita panggil token untuk menangani isu ini di Selangor. Jadi adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menyediakan peruntukan tambahan dalam Belanjawan akan datang bagi membantu pembeli rumah yang terjejas? Kerana Tuan Speaker isu ini kita tidak boleh memandang rendah kerana 20,734 unit tadi bermakna berpuluh ribu Tuan Speaker keluarga yang kini berada dalam tekanan kewangan dan emosi. Jadi Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah segera untuk mengadakan satu dana khas di bawah tajuk tepat ini tadi kerana untuk membantu pembeli-pembeli rumah terbengkalai ini. Juga memandangkan kita ada banyak inisiatif perumahan jadi Permatang memohon dan menggesa untuk penyelesaian projek sakit sedia ada melalui perancangan strategik
bersama pemaju dan institusi Kewangan Negeri. Jadi kita juga boleh harap dapat memantau ketat terhadap pemaju perumahan di Selangor supaya masalah ini tidak berulang pada masa hadapan kerana Tuan Speaker masalah ini bukan hanya isu pembangunan perumahan ia ini adalah soal keadilan kepada rakyat Selangor seperti yang Amat Berhormat Menteri Besar bangkitkan dalam Belanjawan baru-baru ini keadilan kepada rakyat Selangor yang berhak mendapat tempat tinggal yang selamat dan terjamin. Jadi Kerajaan Negeri perlu tunjukkan kepimpinan dan keprihatinan dan komitmen yang sebenar untuk menyelesaikan isu ini kerana masa depan ribuan keluarga bergantung pada tindakan kita pada hari ini.
Dan juga terakhir sekali Tuan Speaker, saya ingin menyentuh Kod Projek 04702 muka surat 219 yang mana saya ingin menggesa Kerajaan Negeri agar menyegerakan proses perolehan dan pelaksanaan bagi projek menaik taraf jalan serta kerja-kerja berkaitan dari Jalan Terusan Utama B110 Ban Canal sehingga ke Jalan Raja Musa B42 Tanjung Karang. Projek in melibatkan laluan sepanjang 16.5 kilo meter yang dipecahkan kepada dua pakej utama, pakej satu dan pakej dua. Jadi dengan anggaran kos keseluruhan kita lihat sebanyak RM160 juta hanya RM48.12 juta yang telah diluluskan melalui peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke12. Jadi kita lihat reka bentuk projek yang dijangka bermula pada penghujung tahun 2023. Jawapan ini diberikan oleh Dewan kepada mantan ahli Dewan Negeri, Sungai Burong pada Mesyuarat Kedua Penggal Ke Lima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022. Masa itu pada ketika itu jawapan Dewan ialah projek ini akan bermula pada penghujung tahun 2023 namun begitu pada sesi yang lepas pula saya sekali lagi bertanya dan juga Yang Berhormat Pandan Indah ada menerangkan pula projek ini adalah di peringkat perancangan walaupun sehingga kini di penghujung tahun 2024 ini.
Jadi saya ingin menyeru Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses perolehan dan pelaksanaan projek ini kerana kalau kita lihat dalam butiran ini Tuan Speaker sama juga butiran yang diberikan token RM10.00. Jadi saya memohon agar projek ini diberi perhatian kerana projek ini bukan sekadar menaik taraf jalan ia adalah soal keselamatan rakyat Tuan Speaker kerana kita lihat saya percaya jika Kerajaan Negeri benar-benar komited untuk memperjuangkan kepentingan rakyat projek-projek di kawasan luar bandar seperti ini bolehlah kita segerakan walaupun ia berada di kawasan pembangkang. Jangan kita biarkan rakyat Tanjung Karang dan Kuala Selangor ini terus kami menunggu dalam kesabaran kerana kadang-kadang kita melihat kita menunggu-nunggu dan lama-lama kesabaran kita semakin menipis akhirnya. Jadi itu sahaja daripada saya Tuan Speaker, terima kasih.
Terima kasih Permatang. Yang Berhormat Batu Tiga.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang terima kasih Yang Berhormat Speaker di atas ruang yang diberikan saya untuk membahaskan perbelanjaan pembangunan tahun 2025. Saya mengambil ruang yang pertama bagi melihat P01 Pejabat Menteri Besar yang mana dalam bahagian ini mungkin ada banyak yang akan saya sentuh namun beberapa perkara penting antara yang tidak dibangkitkan mana-mana ahli Dewan ialah berkenaan Perpustakaan di mana dalam item PK.14 saya melihat dalam keadaan peruntukan ini diletakkan sejumlah RM17.87 juta ia sangat baik maknanya aspirasi Kerajaan Negeri dalam memperbaharui memberikan nafas baru kepada Perpustakaan kita sangat baik dan kita lihat beberapa perpustakaan telah pun dihasilkan telah juga diberikan nafas yang amat bagus kepada kita semua sekaligus membangkitkan semangat masyarakat kita rakyat Negeri Selangor untuk hadir ke perpustakaan-perpustakaan dan di sebalik itu juga saya juga menyokong mana-mana usaha daripada PBT terutamanya juga membangunkan perpustakaan contohnya di MBSA ada beberapa perpustakaan yang cantik dan koleksi bukunya bagus juga dibangunkan oleh agensi so bila melihat keadaan ini Yang Berhormat Speaker saya terfikir sebenarnya berapa banyak perpustakaan yang kita hendak bina sebenarnya sebab saya tengok itemize dalam perkara ini disebut ada membina baharu, menaik taraf, membina baharu banyak maknanya soalan saya kepada pihak Kerajaan ialah sebenarnya berapa kalau saya tidak silap bilangan perpustakaan kita ada sekitar 104 tidak silap saya jumlah perpustakaan yang sudah ada. Bila kita letakkan dalam Belanjawan kita hendak bina baharu saya terfikir sebenarnya berapa jumlah maksimum ciling kita hendak capai sebenarnya dan itu sebenarnya membawa kepada satu perbincangan apakah kita ingin membina perpustakaan semakin lama semakin banyak ataupun kita hendak menggalakkan budaya membaca itu semakin tinggi dan semakin tinggi so saya cuba juga lihat dalam Belanjawan ini tidak banyak jumlah yang diletakkan untuk pembinaan berbanding dengan program. Bila lihat di sini ada satu Program Galakan Membaca RM500 ribu pun saya tertanya ini bukan soal kita menidakkan namun saya terfikir adakah ia mencukupi dan sebenarnya kita hendak menggunakan kaedah yang bagaimana untuk menggalakkan rakyat kita pergi ke perpustakaan. Saya lihat usaha daripada PPAS sangat menarik bila ada inisiatif tempoh hari saya pergi ke sebuah majlis di PPAS seksyen 13 ada Majlis Pelancaran dan seterusnya beri anugerah dan dalam itu ada beberapa orang yang menerima anugerah pinjaman buku terbanyak dan anugerah yang membaca buku terbanyak yang direkodkan. So itu mungkin salah satu usaha tetapi banyak lagi di sebalik itu sebenarnya kita kurang lagi program galakkan kepada kempen membaca ini dan juga saya puji kepada PPAS, Perbadanan Perpustakaan kita yang juga menganjurkan saya ingat dalam dua kali dalam sekali ialah Pesta Buku Kanak-kanak dan kedua Pesta Buku Selangor yang sedang berlangsung di Setia Alam. Soalan saya dan juga saranan saya memang kita menuju kepada membina sebuah perpustakaan beberapa buah perpustakaan yang hebat dan gah namun di sebalik itu program yang saya fikir ia perlu
juga dibangunkan dan dijalankan secara serentak supaya kita boleh break even maksudnya kita boleh selari pembangunan infrastruktur untuk membaca dan juga membangun masyarakat untuk membaca dan ini sekali gus akan memberikan juga kemudahan kepada pelajar-pelajar sekolah kita mungkin berbeza memandangkan sedikit bahawa sebentar tadi saya terbaca dalam jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kita yang memansuhkan beberapa lagi peperiksaan sebenarnya saya kurang bersetuju tetapi tidak apa kita lihat dahulu apa yang dibincangkan. Cuma dari sudut itu juga perpustakaan boleh ambil peranan itu mungkin kalau ada peruntukan yang lebih kita boleh bangunkan mungkin after school programme untuk raikan pelajar-pelajar kita instead of lepas habis sekolah sesi pagi balik ke rumah mungkin tidak buat apa-apa ini sangkaan jahat minta maaf balik ke rumah tapi kita harap kalau ada after school programme di perpustakaan-perpustakaan yang kita ada mungkin boleh menabahkan nilai kepada pendidikan anak-anak kita so mungkin ini saya lontarkan kepada pihak untuk kita perhalusi dan kita berharap sebenarnya saya ingin pun tahu berapa jumlah sasaran maksimum yang kita sasarkan.
Seterusnya kepada PK.19 Baik Pulih Bangunan Kerajaan di situ juga diletakkan satu amaun berjumlah RM14.5 juta. Soalan saya ialah saya ingin bertanya di pihak agensi yang manakan bertanggungjawab untuk menguruskan amaun ini dan apakah kami daripada ADN-ADN boleh menyatakan atau mencadangkan bangunan-bangunan Kerajaan yang kita fikir perlukan penambahbaikan? Cuma mungkin yang telah kita sampaikan sebelum-sebelum ini tidak dilaksanakan lagi namun saya melihat amaun ini kita boleh gunakan dan apa syarat-sayarat nya adakah ia bangunan yang bukan milik PBT, apakah ia bangunan yang bukan agensi tertentu saya ingin bertanya pengkhususan itu sebenarnya untuk siapa dan siapa pelaksana kepada program tersebut? Dan saya rasa beberapa itemize lagi dalam P01 ini juga telah kita disebutkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi tentang LIMAS telah menurun peruntukannya dan juga soalan saya kepada Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan tantang peruntukan RM4 juta dalam 07001 juga untuk generasi muda dan sukan, apakah perinciannya? di mana mungkin kami di pihak ADN boleh sama-sama membantu mencadangkan projek yang bersesuaian dan saya puji Alhamdulillah, setelah terakhir saya menjadi Ahli PBT 2011-2012. Alhamdulillah kali ini PeBS ini diberi peruntukan selayaknya mengikut aliran zaman ya. Sebab dulu mungkin peruntukan kami RM5000.00 dengan suasana ketika itu. Tapi hari ini mungkin dengan kos peralatan, kos penganjuran program yang tinggi dan kenaikan kepada RM10 000.00 itu saya puji dan sangat hargai. Dan itu akan beri kesan langsung kepada, ya sila.
Ringkaskan ya Sungai Pelek.
Ya. Terima kasih Batu Tiga. Soalan saya, adakah Yang Berhormat setuju supaya PeBS itu mempelbagaikan programnya termasuk untuk usahawan, untuk menceburi dalam bidang-bidang perniagaan, seperti ceramah, kursus diadakan? Itu soalan saya.
Ya, saya bersetuju dan saya berharap kita boleh mengembangkan lagi aspek program di bawah Generasi Muda dan Sukan ini. Bukanlah tektakluk kepada program sukan semata-mata dan saya harap ia boleh dikembangkan kepada pelbagai aspek lain. Dan saya puji juga atas usaha yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat EXCO atas Program Wataniah, itu mungkin boleh juga menjadi salah satu program yang memberi galakan kepada anak-anak muda kita untuk sertai latihan ketenteraan dengan lebih awal. Telah disebutkan juga tadi oleh, saya tidak ingat tadi, tentang Pembangunan Wanita dan Keluarga juga peruntukkan juga berkurangan. Saya mohon juga mungkin nanti jawapan oleh Pihak kerajaan.
Seterusnya, saya beralih kepada P08 Jabatan Pertanian di situ ada satu item yang disebutkan untuk Pembangunan Teknologi Fertigasi. Maklum DUN kawasan bandar ini mungkin kita agak terhad dari sudut ruang dan tanah untuk kita jayakan apa-apa jua program pertanian. So saya ingin mengambil peluang itu dan ruang itu. Apakah kita boleh melaksanakan program teknologi fertigasi ini di kawasan bandar? Dan sememangnya kawasan Batu 3 sebagai contoh sudah tidak ada tanah rizab yang nak disebutkan rizab sekolah tiada, rizab masjid pun mungkin tiada, apa-apa rizablah. Mungkin rizab yang boleh dimanfaatkan atas tanah TOL pun agak berkurangan. Jadi saya terfikir bila ada alocation ini saya melontarkan kepada Kerajaan bawalah juga aspek pertanian ini ke kawasan bandar. Sebab kalau pun tidaklah dari sudut kos sara hidup itu ia mungkin boleh dianggap sebagai aspek pendidikan kepada anak-anak kita. Kawsan bandar mungkin terhad daripada sudut pertanian, mungkin nanti anak-anak kita yang duduk di kawasan bandar tidak ada langsung pendedahan dalam bidang pertanian ini. Mungkin fertigasi mungkin boleh jadi salah satu contoh yang mungkin kita boleh bawakan ke kawasan-kawasan bandar. Tidaklah semestinya di kawasan Batu Tiga, mungkin ada ADN-ADN lain juga mungkin boleh bersetuju dengan saya.
Saya beralih kepada P12 Jabatan Kerja Raya (JKR), disebut di sini ada peruntukan tentang bina jejambat dan jejantas sebanyak RM10 Juta. Saya lihat amaun ini mungkinlah termasuk sekali dengan jejambat kot. Saya agak, saya agak. Sebab bila diletakkan amaun RM10 Juta saya anggap itu satu amaun yang terlalu kecil. Saya ambil contoh Bandar Saujana Putra bila dibina sebuah line jejambat yang baharu 820 meter kos bernilai lebih RM70 juta. Apakah sebenarnya peruntukkan diletakkan untuk apa dan dimana? Saya ambil salah satu contoh di MBSA mereka telah perkenalkan dan bentangkan SATMAS (Shah Alam Traffic Management System).Yang mana dalam
SATMAS iru ada banyak cadangan-cadangan untuk membina jejambat yang baharu untuk mengatasi masalah kesesakan traffic light yang sedia ada. Dia ada beberapa tempat juga selain kawasan saya juga merangkumi Kota Kemuning dan beberapa kawasan lain. Dan kos itu bukan RM10 Juta. Adakah sebenarnya soalan saya kalau ada cadangan itu datang daripada PBT, apakah semuanya itu kos daripada PBT ataupun Kerajaan Negeri juga boleh contribute sama kos itu dimasukkan dalam projek pembangunan itu. Sebab saya fikir RM10 Juta sangat tidak mencukupi dan kita dikawasan bandar sekarang ini berhdapan dengan satu keadaan trafik yang sangat teruk. Kita tidak bercakap tentang musim lagi, jika musim hujan of couse jalannya akan bertambah sesak. Tapi melihat kepada jajaran Federal Highway masuk ke kawasan bandar, di kawasan Pusat Bandar Shah Alam, dan juga melalui kawasan Batu 3 untuk masyarakat yang mahu pulang ke kota kemuning, Sijangkang dan sebagainya juga akan melalui beberapa jalan yang sudah tentu sesak. Sebab itu MBSA memperkenalkan program kajian itu. Namun kos. Persoalan saya ialah kos. Apakah kos itu yang diletakkan oleh JKR ataupun saya tidak jumpa mana-mana bahagian, apakah kos itu diletakkan oleh Kerajaan untuk membantu PBT-PBT yang sudah melaksana kajian trafik mereka. Kos pelaksanaan perancangan itu, apakah ia boleh dibantu oleh pihak Kerajaan?
Saya pergi juga ke PK4 juga di bawah Jabatan, JKR. Yang menyebut Menaik taraf Tebatan Banjir Sungai Rasah dan Padang Jawa di situ diletakkan amaun nya RM. Sekejap ya, saya takut salah sebut. Betul, disitu diletakkan token RM10. Tapi sebenarnya masalah banjir dan keadaan ini masih belum selesai, Sungai Rasah dan Padang Jawa adalah hotsport banjir yang sudah dikenal pasti oleh JPS. Dan saya juga cari dalam JPS tadi tidak jumpa amaun itu. Jadi saya hendak bertanya apakah ia diletakkan di mana-mana bahagian yang lain? Dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak JPS walaupun dalam peruntukan Belanjawan tahun lepas tidak dimasukkan tetapi akibat daripada tanah, tanah yang jatuh di kawasan tebing JPS di kawasan urau di Bukit Kuda, mengakibatkan sebahagian kawasan bangunan Surau Bukit Kuda itu terpaksa dirobohkan kerana agak merbahaya. Tetapi JPS melaksanakan projek itu lebih awal. Maknanya ada satu amaun yang standby pada bila-bila masa untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak JPS. Sebab perkara ini tidak boleh tunggu. Jika itu saya pernah sebut kalau bercakap tentang tanah runtuh, tentang banjir dia tidak boleh tunggu amaun itu datang pada Belanjawan akan datang untuk dilaksanakan. Saya harap kita akan sentiasa ada satu amaun yang boleh kita standby bila-bila masa. Dan, Kemungkinan ini semua tempat pun boleh berlaku bukan hanya tempat saya. Saya hendak cakap tentang tempat saya yang ada bukit yang akan runtuh, saya tiada kawasan itu tetapi saya bercakap bagi pihak semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang juga mungkin yang bersependapat dengan saya, kita hendak kalau boleh ada satu amaun emergency yang boleh disediakan oleh pihak Kerajaan.
Dan seterusnya saya hendak bertanya tentang status kepada YB EXCO Agama di sini tentang status pembinaan naiktaraf Surau Al Jannah, Seksyen 23 Shah Alam yang saya kira sudah dibuka tabung wakaf sebahagian amaun daripada jumlah minimum itu pun dikhabarkan sudah mencukupi tetapi projek itu masih belum dimulakan. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat EXCO Agama ada jawapannya.
Dan dalam banyak-banyak juga peruntukan yang diletakkan. Saya patah balik kepada JKR tadi. Yang diletakkan peruntukan JKR ini, sayangnya tidak disebut satu amaun untuk pembaikan padang JKR yang berada di HQ JKR Selangor sendiri di Seksyen 17 Shah Alam. Padang ini isunya padang ini sudah lama. Saya dimaklumkan bahawa bila ada sekolah hendak menggunakan padang ini nak pakai pun tidak boleh, jika pihak lain hendak sewa pun tidak boleh kerana keadaan padangnya agak teruk. Tetapi peruntukkan untuk pembaikan tidak dimasukkan dalam Belanjawan kali ini. Jadi saya hendak bertanya, Kerajaan Negeri melalui JKR apakah sebenarnya perancangan terhadap padang ini? Sebab padang ini, kita panggil stadium JKRlah, Sekarang ini jika boleh dibuka sangat bagus sebab sekolah-sekolah sekarang ini semua laksanakan hari sukan sekolah di mana stadium, Kompleks Belia dan Sukan (KOM BS) ataupun tidak tahulah di mana, mungkin di Klang kot. Tetapi di Shah Alam ada 2 pilihan sebenarnya. Jika penuh sangat jadual hari sukan, Kompleks Stadium Matsushita Panasonic tu ada sapatutnya lagi satu pilihan iaitu di Stadium JKR di Shah Alam. Dan sebenarnya bukan hanya sahaja warga Shah Alam sahaja yang pakai, pelajar sekolah di Shah Alam sahaja pakai stadium ini. Mungkin sampai Subang Jaya pun pakai, Kota Kemuning juga pakai dan sebagainya. Memang terlalu demanding keperluan sebuah stadium ini. Sebab kita semua maklum padang-padang sekolah semua tidak bersesuaian digunakan untuk pelaksanaan hari sukan sekolah sebab itulah mereka pakai Stadium Matsushita Panasonic. Saya harapkan ada satu alocation yang khusus kepada pihak JKR untuk memperbaiki padang situ. Padang JKR HQ supaya dapat membantu syarikat yang mahu menyewa padang tersebut.
Dan yang terakhirlah, saya mungkin sedikit kecewa dengan kekecewaan yang dilontarkan oleh Kuang tadi. Dia sebut kenapa kita perlu nyatakan kekecewaan pada semua orang yang kerajaan, kekecewaan kepada pihak Kerajaan. itu tidak sepatutnya berlakulah. Ruang inilah yang patut kita digunakan. Saya risau bila Kuang tidak sebutkan tentang isu-isu setempat dia. Saya rasa pengundi-pengundi Kuang rasa lebih kecewa terhadap Yang Berhormat Kuang tidak bawa isu tempatan dia pun dalam Sidang pada kali ini. Bahkan perbahasan Belanjawan pun tidak, yang ini pun tidak. So, saya harap Kuang boleh lihat semualah. Ini saranan kita semua untuk kita sama-sama bawa. Sila. Saya boleh sahaja jika Kuang hendak jawab sebab apa, pentas inilah pentas kita semua. Pentas untuk kita bawa suara masyarakat.
Batu Tiga, ringkaskan ya.
Kuang minta laluan.
No problem, silakan.
Terima kasih beri laluan. Sebenarnya boleh rujuk ya, handsard Dewan. Kalau kata Kuang tak sebut masalah Kuang, itu tidak betul. Sebab Kuang ada sebut masalah missing link. Masalah jalan, begitu juga dengan Rawang jalan belum dibuat, lampu jalan tak cukup, lampu jalan tak ada. Tapi tak apa. Mungkin tak dengar tadi, saya hendak ulas balik apa yang disebut tadi sahajalah. Terima kasih.
Terima kasih Kuang. Kita rasa ini pentas kita semua. Sama-sama kitalah, bila pihak Pembangkang menggunakan ruang ini untuk sama-sama membawa isu rakyat. Saya rasa ini pentas yang sangat baik untuk kita semua jadi kita manfaatkanlah ruang ini. Walaupun di dalam Buku Anggaran Belanjawan ini tidak meletakkan setiap satu itemize dalam itu, sama juga di pihak kami kerajaan bertanya sebenarnya apa perincian itu. So, ini suara yang perlu kita bawa dan saya mengharapkan kita bawa semua terutama isu yang saya bawa juga di dengar oleh pihak Kerajaan. Dan juga saya menanti jawapan balas daripada Pihak Kerajaan. Sekian dahulu terima kasih banyak semua.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Yang bangun dulu tadi saya tengok, Yang Berhormat Bukit Melawati.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi ruang kepada Bukit Melawati. Pertama saya merujuk kepada perkara P12 Jabatan Kerja Raya Selangor.
5 minit ya, Bukit Melawati.
Kod Projek 01700 01701 01702 muka surat 214. Projek memasang lampu jalan, lampu isyarat di daerah Kuala Selangor. Saya perhatian jumlah keseluruhan mengikut projek ini kekal tanpa perubahan berbanding Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada tahun lalu. Justeru itu saya ingin bertanya kepada Dewan Yang Mulia ini status kemajuan projek ini adalah projek yang berkaitan dengan keselamatan pengguna jalan raya. Saya rasa Kerajaan Negeri kena lebih peka
dengan prihatin terhad rakyat terutama nya jalan-jalan utama tersebut kerana keperluan lampu jalan, lampu traffic light sangat diutamakan di DUN Bukit Melawati.
Seterusnya, PK4 Kod Projek 04701 04705 muka surat 209. Untuk kod projek 04071 ini saya ingin bertanya Kerajaan Negeri, adakah terhadap projek tambahan atau kekal dengan satu skop? Projek semasa yang telah selesai? Pada khidmat saya masih banyak usaha menaik taraf yang boleh di jalan-jalan ini. Kerana projek PK 4 ini adalah menaik taraf Jalan Kelab dari simpang Jalan Rawang sehingga ke Jalan Persekutuan FT 54. Untuk makluman Speaker, jalan ini adalah boleh dikatakan jalan alternatif keluar dari Tol LATAR boleh masuk Jalan Kelab ini. Jalan ini yang boleh pergi ke Kuala Selangor juga. Jalan ini amat teruk. Jalan ini juga digunakan oleh pekerja-pekerja ladang yang mana ada banyak ladang-ladang di dalam Jalan Kelab ini. Jadi, saya mohon kepada Kerajaan Negeri kalau boleh diberikan keutamaan kepada jalan ni kerana di sini saya melihat Kerajaan Negeri hanya meletakkan RM10.00, apa ni token RM10.00 jadi saya mohon sangat untuk diberi keutamaan kepada Jalan Kelab ni. Kalau kita tengok bila hari cuti tu kalau jem di jalan untuk menuju ke Kuala Selangor tu, pengguna jalan raya boleh menggunakan Jalan Kelab ni boleh akan tembus juga di Kuala Selangor.
Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, saya merujuk kepada P13 - Jabatan Pengairan dan Saliran, PK1, kod 01402, muka surat 226 bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Selangor di Daerah Kuala Selangor. Sebanyak RM50,000.00 diperuntukkan bagi tahun 2025 memandangkan peruntukan yang sama seperti belanjawan tahun lalu. Bukit Melawati percaya akan keperluan memberi peningkatan kepada peruntukan ini memandangkan keadaan banjir yang semakin teruk dalam daerah di Daerah Kuala Selangor.
Justeru, Bukit Melawati memohon Kerajaan Negeri pertimbangkan sewajarnya demi kemaslahatan rakyat di Daerah Kuala Selangor ini. Mungkin boleh dipertimbangkan untuk ditambah lagi berkenaan dengan Rancangan Tebatan Banjir di Daerah Kuala Selangor ini. Jadi, itu sahaja daripada Bukit Melawati. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Bukit Melawati. Yang Berhormat Batang Kali. Yang Berhormat Batang Kali silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillah hirrahman nirrahim. Mohon satu lagi Tuan Speaker, lampu tu silaulah. Minta dipadamkan.
Apa dia? Lampu? Lima minit je.
Saya faham Tuan Speaker seorang yang budiman. Ok. Saya straight to the point, dengan izin. PK101001, muka surat 191 dan PK101002 yang melibatkan RM25 juta perbelanjaan. Saya ingin menegaskan sekali lagi mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk meneliti mengkaji, menganalisa atau menubuhkan satu pasukan untuk menceburi bidang baru iaitu industri pengetahuan yang mana industri ini boleh mewujudkan peluang-peluang pekerjaan khusus kepada graduan-graduan yang tidak ada kerja, pekerja-pekerja ataupun yang ada skilled worker, dengan izin dan juga kepada pelajar-pelajar SPM. So, saya mohon sekali lagi untuk diadakan satu kajian yang lebih menyeluruh untuk melibatkan diri dalam bidang industri pengetahuan ataupun knowledge industry dengan izin, sebab industri ini adalah industri yang berteknologi tinggi dan technopole dan berevolusi dari 4G kepada 5G dan industri ini juga adalah industri yang melibatkan untuk jangka masa panjang dalam tempoh lima tahun hampir USD295 trilion di seluruh dunia. Industri ni penting Yang Berhormat Tuan Speaker.
Okay, perkara yang kedua berkaitan dengan PK2, muka surat 191, kod projek 02004, 02005, 02006, 02007. Kampung Rasa Tambahan, Kampung Genting Malek, Kampung Ulu Rening, Batang Kali, Kampung Sungai Buaya, Sungai Buaya, Kampung Sungai Cik, Ulu Yam, Kampung Pasir, Ulu Yam, Kampung Koskan dan Kampung Sentosa. Saya berharap melalui peruntukan yang ada ini dapat dilaksanakan projek-projek yang melibatkan sekejap ya, melibatkan projek luar bandar untuk menaik taraf sistem longkang dan perparitan bagi keselesaan penduduk sebab ini dah hampir 38 tahun kampung-kampung tersebut mengalami masalah dan pelbagai utiliti termasuk juga dengan fasiliti-fasiliti yang ada tidak seiring dengan kemajuan Kerajaan Negeri Selangor yang diuar-uarkan. Untuk muka surat yang sama 191, PK4 yang berkaitan dengan Hal Ehwal Islam, 0, kod projek 0400804001. Saya rangkumkan kedua-duanya untuk supaya Kerajaan Negeri mengambil satu inisiatif bagi membentuk generasi-generasi yang ada sekarang ini memikirkan ke arah peradaban abad 21 bagi meletakkan fitrah keagamaan dan nilai-nilai murni sejagat sesuai dengan kesucian akidah dan juga pemikiran yang tidak dipesongkan oleh pemikiran barat dan liberal. Saya mohon Kerajaan Negeri, saya mencadangkan Kerajaan Negeri juga untuk melaksanakan satu wacana di setiap peringkat daerah. Itu cadangan daripada kami, Perikatan Nasional.
Yang seterusnya, muka surat 194, PK14009, 14018, saya mencadangkan untuk Kerajaan Negeri membina sebuah perpustakaan desa yang berkaitan dengan prasarana IT di Kampung Sungai Buaya. Muka surat 195, untuk Skim Tunas 180007 kod projek, saya mohon juga kepada Kerajaan Negeri untuk memberi atau membantu ataupun memberi ruang satu inisiatif kepada pengusaha-pengusaha dan pengelola tadika swasta di kawasan Hulu Selangor yang melibatkan 63 buah tadika bagi membantu golongan pelajar-pelajar sekolah tadika yang golongan B40 dan ke bawah.
Untuk muka surat 194, PK16, 16007 skim yang melibatkan satu jumlah 12 juta, sekali lagi saya mohon juga kepada Kerajaan Negeri seperti mana perbahasan yang lepas saya mohon sekali lagi dengan jumlah 213,247 pemegang akaun Air Selangor di kawasan Batang Kali. Saya mohon Kerajaan Negeri untuk menyegerakan penukaran paip-paip lama di kawasan-kawasan yang pernah saya nyatakan sebelum ini dalam perbahasan termasuk kawasan Bukit Beruntung dan juga beberapa kawasan lain termasuk kawasan Batang Kali.
Seterusnya PK0, muka surat 193, PK05005 dan PK8, 08002 dan juga kod projek 08002 sekali lagi. Saya harap Kerajaan Negeri memandang serius dari segi pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat ataupun komuniti kaum India yang dianggap walaupun kaum minoriti tapi kita kena lebih peka kepada pendidikan dan pencerahan supaya masyarakat kaum India ini tidak terpengaruh dengan budaya-budaya yang asing daripada tradisional asal untuk komuniti kaum India. Ok. Untuk PK19..
Bukit Gasing bangun.
Pencerahan.
Bukit Gasing bangun tapi masa. Jaga masa ya.
Tak apa. Nanti, nanti dulu.
Soalan mudah. Soalan mudah.
Ok. Terima kasih. Minta maaf. Untuk PK19, kod projek 19001 yang pelbagai. Ingin saya tegaskan juga sekali lagi untuk pihak Kerajaan Negeri membina ataupun membantu memulihkan infrastruktur bangunan Jabatan Kebajikan Masyarakat di kawasan Hulu Selangor dan juga saya mohon untuk membaik pulih bangunan Kemas di Antara Gapi serta membaik pulih balai polis di Serendah dan Bukit Sentosa sebab ini adalah kepentingan masyarakat setempat yang melibatkan nyawa dan juga keselamatan serta servis yang dilaksanakan oleh pihak anggota polis kepada masyarakat setempat. Dan, saya sekali lagi menegaskan kepada Yang Berhormat EXCO saya mohon dana peruntukan one-off sebanyak RM30,000.00 kepada seluruh sekolah agama yang melibatkan 551 sekolah agama SRA, SAR dan juga KAFA. Kalau melibatkan implikasi kewangan 16.37 juta apalah sangat jika nak dibandingkan dengan peruntukan ataupun pendapatan Kerajaan Negeri yang tidak sampai 1%. Saya mohon Kerajaan Negeri sekali lagi sebab saya sangat cemburu dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Dia
berjaya memberi kepada 63 buah sekolah persendirian menengah Cina sebanyak 300,000 satu orang. Tak kan Kerajaan Negeri tidak boleh laksanakan untuk sekolah agama? Sebab ini adalah sekolah agama, agama Islam, agama saya, agama Yang Berhormat EXCO, agama Yang Berhormat Tuan Speaker. Agama rasmi, agama persekutuan, agama rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Saya harap sekali lagi Kerajaan Negeri mempertimbangkan....
Speaker.
Saya punya cadangan dan juga daripada Perikatan Nasional.
Speaker.
Ramai yang bangun tapi Batang Kali dah tak ada masa.
Tak ada masa. Minta maaf.
Tak apalah. Bagi sikit masa Speaker. Bagi sikit masa.
Tambahan.
Sikit lagi. Sikit lagi.
Tambah satu minit tapi cepat habiskan Batang Kali. Batang Kali bagi ruang ke tak?
Tambah satu minit.
Batang Kali bagi ruang ke tak?
Saya bawa banyak masalah rakyat yang perlu diselesaikan.
Ni masalah rakyat juga nak tanya ni.
Satu minit.
Ok. Untuk muka surat 203.
Batang Kali satu minit je Batang Kali.
Batang Kali.
Hampir akhir. PK4, PK8, PK9. Kod projek 0400108001...
Macam agama dia sorang je.
08002..
Dia pun Islam jugalah sini.
09002 saya rangkumkan satu kali untuk dalam satu bajet yang besar. Saya mohon dan mencadangkan sekali lagi kepada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu cara ataupun kaedah bagi membantu golongan-golongan fakir dan asnaf miskin yang terlalu ramai di kawasan Selangor ni 68,000 yang dikeluarkan oleh data Lembaga Zakat Selangor. So, saya mencadangkan melaksanakan satu program yang berkaitan dengan pertanian. Itu yang mudah dan kita lihat hampir 38% daripada jumlah asnaf tersebut boleh melaksanakan program-program tersebut. Saya mencadangkan di setiap daerah ataupun kawasan saya sendiri kawasan Batang Kali 50 hingga ke 100 orang untuk melaksanakan program tersebut di bawah kod projek yang telah saya cadangkan. Yang keenam, untuk muka surat 213...
Tadi, tadi kata tak ada masa lagi.
Sikit lagi. Ini penting. Ini melibatkan nyawa.
Batang Kali. Batang Kali.
Kalau penting kena bagi satu soalan.
1,240 orang pelajar.
Speaker, berapa masa, berapa lama masa dia sebenarnya tambahan Speaker?
Untuk kod 01001...
Yang Berhormat Batang Kali. Kalau boleh habiskan.
Speaker, berapa lama tadi?
Habiskan Yang Berhormat Batang Kali. Tutup. Kalau boleh.
Lebih seminit dah ni Speaker.
Sebab ini melibatkan nyawa. Saya mohon sekali lagi Tuan Speaker..
Kalau lebih bagilah Seri Serdang tanya soalan.
Untuk projek tersebut dibaik pulih cerun Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa sebab ini adalah laporan daripada JKR Malaysia. Kerja-kerja pembaikan cerun perlu dilakukan segera bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. Ini di Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa fasa 3. Tahun lepas pun saya bawa. Dah dua kali sidang saya bawa. Saya mohon Y.A.B. Menteri Besar Selangor mengambil tindakan yang segera sebab ini melibatkan 1,248 orang murid, nyawa murid, 43 orang guru dan lima orang pekerja. Dan, untuk yang terakhir Yang Berhormat Speaker, PK0110, sorry PK01003, PK01006, PK01004. Ini berkaitan dengan menaik taraf dan membina jalan. Saya harap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk membaik pulih jalan-jalan yang berkaitan dengan FT001, FT3208, FT001/44150, FT1208, FT3208, FT001 Seksyen 432 sehingga 433.6, FT001436 hingga 437.5, FT3208 simpang jalan Kampung Teratai.
Yang Berhormat.
Ataupun di Alamanda.
Yang Berhormat
FT001439.5 hingga 441.6 Taman Sri Cahaya ke Pekan Simpang KAFA
Yang Berhormat.
Dan beberapa kawasan lain yang akan saya senaraikan dan saya akan hantar daripada Pejabat DUN kepada Yang Berhormat EXCO.
Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat.
Bukan Yang Berhormat Batang Kali. Boleh izin laluan?
Saya ingat Speaker. Sikit lagi.
Batang Kali dah kena tutup. Kena tutup dah.
Saya nak tutup dah ni. Saya nak tutup. Ok. Untuk muka surat 226 berkaitan..
Ada lagi Batang Kali?
Kod projek PK101403 Projek Tebatan Banjir. Saya harap projek ini dapat disambung. Projek yang sedia ada akan tamat pada 12.12.2024.
Speaker, Speaker. Minta petua Speaker.
Dengan nilai projek 3 juta.
Seri Serdang...
Minta petua Speaker.
Saya harap dengan peruntukan yang disediakan ini dapat dilaksanakan segera
Batang Kali sekejap Batang Kali.
Sebab ini melibatkan nyawa penduduk-penduduk Kampung Genting Malek..
Saya nak minta petua daripada Speaker
Penduduk Kampung Sungai Masin, penduduk Kampung Kuantan..
Saya nak minta peta speaker,
Penduduk Kampung Hulu Rening, ini hampir melibatkan 1673 unit rumah.
Peraturan Tetap ke? Tak ada?
Saya nak petua Speaker, saya nak tanya berapa sebenarnya masa yang diperuntukkan kepada Ahli Dewan untuk perbahasan ini? Ni panjang sangat merapu-merapu liberal apa ni hal pulak ni?
Sebelum ini tidak ada limit tapi sekarang kita limit kan 5 minit, saya minta Batang Kali bagi penutup
Fokus je isu kawasan, macam dia sorang je Islam.
Batang Kali sila tutup.
Saya bawakan ini adalah amanah rakyat, rakyat di luar sedang melihat
Yang lain-lain ini bukan bawah Pakatan Rakyat.
Saya bawa masalah kawasan di kawasan saya sebut disebut di kawasan saya
Saya banyak dengar FT, FT ni federal..
(Dewan Riuh)
Batang Kali terus
Sekali lagi saya mohon Kerajaan Negeri untuk melihat apa cadangan-cadangan yang telah disampaikan oleh Batang Kali dan saya akan menuruti rapat-rapat segala apa yang saya bahaskan apa yang saya cadangkan untuk memastikan Kerajaan Negeri membantu di kawasan saya walaupun kawasan saya adalah kawasan Perikatan Nasional tapi dia tetap rakyat Negeri Selangor di bawah Duli Tuanku, Selangor ini bukan rakyat dan saya akhiri dengan mengucapkan terima kasih kepada Y.B. Tuan Speaker kerana memberi laluan dan berlaku adil kepada kami Perikatan Nasional dan juga berlaku adil kepada ADN-ADN Kerajaan dan InshaAllah saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan mohon Kerajaan Negeri mengkaji dan meneliti apa yang telah disampaikan oleh Batang Kali, sekian terima kasih.
Terima kasih Hulu Bernam.
Terima Kasih Tuan Speaker, ini..
Ini betul-betul 5 minit.
Ini betul 5 minit, saya janji 5 minit, ok baik terima kasih Tuan Speaker, kerana memberi ruang dan juga peluang kepada Hulu Bernam walaupun diberikan masa 5 minit inshaAllah saya cuba manfaat
masa yang pendek ini dengan membawa 3 isi perbahasan saya pada petang ini, dan saya mengucapkan terima kasih juga seluruh Ahli Dewan dan seluruh kakitangan kerajaan yang setia mendengar perbahasan kami untuk memberi pemberi penambahan baikkan kepada anggaran perbelanjaan buat tahun 2025 ini.
Jadi saya yang pertama saya ingin merujuk kepada muka surat 192 Vot-P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kod Projek-06003 Pembangunan Kesihatan Awam-dengan anggaran perbelanjaan sebanyak 40juta bagi tahun 2025 merosot 19juta berbanding tahun 2024yang diperuntukkan sebanyak RM59juta. Isunya adalah kesihatan mental yang semakin meningkat di Negara kita termasuk negeri Selangor itu sendiri, saya ingin merujuk kepada satu artikel daripada Harian Metro yang menunjukkan bahawa hampir 5juta rakyat Malaysia sakit mental dan NCD. Saya nak bacakan sedikit artikel ini tinjauan “Kebangsaan Kesihatan dan morbiditi 2023 mendedahkan seramai sejuta penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami isu kemurungan”, dan apa yang lebih bahaya ialah saya ingin sebutkan bahawa tinjauan itu juga menunjukkan hampir separuh daripada jumlah itu berfikir untuk mencederakan diri sendiri, atau membunuh diri.
Dan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak menyaksikan peningkatan daripada 7.9peratus pada 2019 meningkat kepada 16.5peratus pada 2023, dan ia semakin meningkat. Jadi dalam penyusutan anggaran perbelanjaan bagi Pembangunan Kesihatan Awam ini saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri berapakah slot rawatan insentif subsidi rawatan psikiatrik Selangor Mental Sihat yang masih diperuntukkan bagi tahun 2025 berbanding 2024 dan berapakah jumlah peruntukan tersebut dalam bentuk Ringgit Malaysia.
Saya teruskan perbahasan saya dengan merujuk muka surat yang seterus iaitu muka surat 2025 Vot-P08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor dengan Kod Projek PK13 13001-Pembangunan Agro Pelancongan dengan anggaran perbelanjaan pembangunan sebanyak RM300,000.00 dan saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat EXCO memandangkan tahun 2025 adalah Tahun Melawat Selangor dengan sasaran jumlah pelancong yang akan ke Selangor seramai lebih kurang 8juta orang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sekinchan, bolehkah Kerajaan Negeri kongsikan di manakah lokasi-lokasi yang bakal menjadi tumpuan bagi pembangunan Agro Pelancongan ini dan apakah yang telah dibangunkan?
Dan saya teruskan lagi perbahasan saya pada petang ini dengan, merujuk kepada satu lagi perkara pada muka surat 252 Vot-P17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dengan Kod Projek PK909002 Pembangunan Lembu Sado Smart Selangor, dengan anggaran perbelanjaan pembangunan sebanyak RM130,000.00. saya ingin
mengangkat satu artikel yang menceritakan tentang lembu sado, lembu sado dari Bachok terbaik di Malaysia, saya bukan nak mengangkat Bachok itu sendiri tapi saya nak membaca inti pati daripada apa yang disebutkan di dalam artikel ini, bahawasanya lembu sado ini boleh dijual sehingga sekitar 20,000.00 ringgit hingga 30,000.00 ringgit, maknanya pengusaha-pengusaha lembu sado ini boleh mengaut keuntungan sehingga 20,000.00 sehingga 30,000.00 ringgit, namun begitu saya ingin menyebut bahawa pengusaha yang disebutkan di dalam artikel ini juga yang telah mengusahakan lembu sado lebih sepuluh tahun ini terpaksa melepaskan usahanya. Beliau ada menyebut bahawasanya bela lembu sado tidak boleh bergantung pada rumput semata-mata, saya terpaksa menyembelih dan menjual daging lembu sado yang ada kerana faktor kos. Jadi soalan saya, apakah hasrat awal dan sasaran Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan pembangunan lembu sado Smart Selangor ini dan setakat mana kemajuan projek ini dengan kos dedak yang semakin mahal? Jadi ini adalah tiga perkara yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya ini, jadi saya tidak mahu melanjut panjang masa yang diberikan sudah pun tamat jadi saya sekali mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk berbahas petang ini, terima kasih.
Terima kasih, 2 orang saja 3, berapa? 5 orang, saya bagi sorang 2 minit, pertama, kedua tadi Batang Kali sudah menggunakan 15 minit, ketiga tadi Batang Kali menyebut tentang perkara berkenaan dengan bilangan Jalan FT semuanya tidak ada kaitan dengan Kerajaan Negeri dan saya mohon beritahu maklumkan kepada Yang Berhormat, kerajaan bahawa perkara itu tidak boleh diberi jawapan. 2 minit sahaja, Sungai Ramal.
Terima kasih Speaker, Assalamualaikum, Selamat Petang, yang pertama Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Kesejahteraan Bandar muka surat 190. Antara masalah Kesihatan Bandar adalah sampah jadi ada dua perkara berkaitan sampah ini yang pertama penyediaan tong sampah yang tidak diberikan ganti bagi tong-tong sampah yang rosak khususnya di perumahan bertingkat lebih khusus lagi perumahan tidak ada JMB dan lebih khusus lagi perumahan yang diuruskan oleh agen yang dilantik oleh PBT, tak banyak tong sampah yang diganti sedangkan keperluannya adalah tinggi. Saya ambil kes yang khusus sebagai contoh iaitu Apartment Kayangan Taman Kajang Utama yang memerlukan segera penggantian tong sampah awam.
Yang kedua, isu sampah juga iaitu meletakkan tong sampah premis perniagaan di depan premis mereka, ini menyebabkan ada..
Yang Berhormat, ada dipanggilkan dalam mesyuarat dua hala dengan MPKJ?
Kami tidak dipanggil dengan mesyuarat MPKJ.
Mesyuarat dua hala tidak dipanggil? Okay.
Tidak ada. Dan oleh sebab meletakkan tong sampah di depan premis perniagaan ada orang lain yang mengambil kesempatan untuk mencampakkan sampah ke situ saya melihat ada PBT lain yang menguatkuasakan peraturan meletakkan tong sampah premis perniagaan di laluan belakang, saya mohon MPKj mengambil inisiatif untuk menguatkuasakan supaya premis perniagaan meletakkan tong sampah mereka di bahagian belakang dengan mengambil contoh kes kawasan perniagaan Sri Bangi, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.
Yang kedua Jabatan Pertanian PK6 muka surat 204 Pembangunan Tanaman Kepala yang diberikan peruntukan sebanyak 350,000.00 sahaja. Saya minta Kerajaan Negeri mengembalikan projek tanaman kelapa ini ke jajaran utara Selangor dari Kuala Selangor sampai ke Sabak Bernam kerana jajaran ini pernah menjadi hub kelapa Selangor terbaik, mohon ulangi keterbaikkan ini supaya Selangor akan terjamin akan terjaga keterjaminan makanan untuk industri kelapa.
Yang ketiga, JKR PK4 muka surat 219 Kod 04500 Projek Naik Taraf Laluan B17 Jalan Reko, dengan kos 5.4juta soalan saya bilakah projek ini akan bermula? Kemudian Kod 04502 dan 04503 Projek Menaik Taraf Bulatan di Persiaran Pekeliling dan Persiaran Universiti serta menaik taraf Jalan B17 dari Simpang Tiga Teras Jernang ke Simpang Jenderam bilakah projek ini boleh disenaraikan projek yang segera dibuat oleh JKR.
Seterusnya JPS PK.1 muka surat 226 Kod Projek 10502 Projek Tambatan Banjir Sungai Lemas Kampung Sungai Dalam kod sebenar dicatatkan 10juta, bilakah projek ini akan bermula. Kelima Jabatan Agama Islam Selangor PK1 muka surat 240 Kod10703 Projek Pembinaan SRA Bandar Teknologi Kajang bila projek ini akan bermula? PK.3 muka surat 243 Kod 03505 Masjid West Country dengan kos 20juta, benarkah projek ini ada? Sebab masa saya menjadi YB Bangi dahulu 2013 hingga 2018 sudah dinamakan projek ini di dalam bajet negeri. Tapi sampai laa tak nampak lagi wajah projek ini berjalan. Mohon pencerahan supaya projek ini yang dinantikan penduduk tidak menjadi angan-angan kosong semata-mata, terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum.
Seterusnya Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker, untuk Sementa yang pertama Vot P01 PK.7 muka surat 192 07001 berkaitan Generasi Muda dan Sukan persoalan nya ialah apa status Kompleks Rakan Muda di Klang Perdana? Apakah ada rancangan pembaikan atau ada robohkan? Kita tidak mahu melihat bangunan itu akan menjadi bangunan gajah putih, yang kedua nya P12 muka surat 213 PK.1 1300 berkaitan Pemasangan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat saya mohon kepada yang berwajib untuk memberikan perhatian kepada lampu-lampu isyarat yang sentiasa rosak di Jalan Kapar Batu 6 , Jalan Kapar Persimpangan Sungai Kapar Indah dan Jalan Kapar Persimpangan Jalan Manan yang selalu rosak dan menjadikan keadaan trafik jammed di situ. Dalam masa sama perkara yang sama berkaitan tentang lampu-lampu jalan mohon di kawasan DUN Sementa banyak kawasan-kawasan yang masih gelap lagi khususnya Jalan Iskandar, Jalan Kereta api Lama, dan Jalan Kampung Perepat dan juga Jalan Kuari ke Bukit Kapar mohon supaya dapat dipasang lampu jalan di situ.
Yang seterusnya Tuan Speaker, P12 PK4 muka surat 218 04300 berkaitan tentang naik taraf jalan mohon kepada pihak yang berwajib kerajaan untuk membaiki segera jalan-jalan yang rosak yang kritikal kini iaitu Jalan Palembang, Jalan Jati Kanan dan juga beberapa jalan yang lain yang akan kita berikan salinan selepas ini. Yang seterusnya, P13 muka surat 225 PK.1 berkaitan tentang Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil. Persoalannya ialah bila akan dimulakan projek tersebut? P13 Mukasurat 235 PK8 08100 berkaitan tentang membina dan menyiapkan enam (6) unit kuarters pintu air baru dan penggantian dua (2) unit yang sedia ada. Persoalannya ialah dimanakah lokasi yang akan dibina dan dimanakah yang akan diperbaiki? Dan persoalan yang sama yang saya ajukan pagi tadi berkaitan tentang apabila kuarters ini siap kita minta supaya diduduki, jangan dibiarkan nanti ia akan menjadi bangunan yang usang walaupun baru dibina. Yang seterusnya P14 Mukasurat 242, PK3 03303 berkaitan pembinaan Masjid Al-Ehsan Kampung Tok Muda, saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor yang InsyaAllah, ia akan memulakan projek pembinaan Masjid Al-Ehsan ini dan saya mohon supaya pembinaan ini dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dan yang akhir sekali, P01 Mukasurat 191 PK4 iaitu berkaitan tentang 04007 Hal Ehwal Selain Islam dan 04001 Hal Ehwal Islam cuma mohon pencerahan tentang penggunaan perbelanjaan. Kalau saya melihat di situ untuk 04007 Hal Ehwal Selain Islam sebanyak RM4 juta manakala untuk Hal Ehwal Islam hanya RM500,000.00 sahaja. Mohon pencerahan sahaja di situ. Dan akhir sekali Tuan Speaker, dalam kesempatan ini ...
Yang Berhormat tadi yang terakhir, ada lagi yang terakhir?
Akhir dah ni, akhir dah ni ..
Ada lagi yang terakhir daripada Yang Berhormat (ketawa).
Tak ada, tak ada dah.
Cepat, cepat, cepat, cepat. Cepat, cepat, cepat.
Nanti kita sama ya. Okay, ingin merakamkan tahniah kepada Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara kerana telah menjadi johan Inovasi Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Port Dickson baru-baru ini. Okay, itu sahaja terima kasih.
Sungai Kandis.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sungai Kandis hanya akan membawa dua (2) perkara di sini ya, solid, sekejap sahaja. Jadi pertama sekali Sungai Kandis ingin bercakap tentang projek JPS Kod 01309 Projek Tebatan Banjir. Ya, terima kasih banyak-banyak kepada pihak Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan lebih RM20 juta daripada Sungai Kandis untuk menyiapkan projek ini walaupun ada delay, ada delay tapi, ya masih diteruskan. Walau bagaimanapun, tempoh siap untuk projek tebatan banjir Sungai Kandis ini agak lama lagi jadi, masalah yang penduduk Sungai Kandis, DUN Sungai Kandis alami adalah fobia apabila setiap kali hujan lebat. Masalah ini semua ADN-ADN akan bercakap benda yang sama. Jadi, di sini pihak-pihak JPS, JPS, kita buat kerja sama-sama sepatutnya, macam pembangkang dengan Kerajaan, JPS pun, Agensi-agensi Kerajaan patut membuat kerja bersama-sama antara JPS, PBT, JKR, join together buat sekali sebab apa kalau berterusan perkara-perkara banjir, banjir kilat ini berlaku di Selangor ya, terutama di DUN Sungai Kandis tapi saya percaya di seluruh Selangor tidak ada siapa yang akan datang ke tempat kita. Pelabur-pelabur akan lari, ekonomi akan terus merosot. Jadi, cut dipendekkan cerita saya mohon kepada JPS untuk teruskan bukan sekadar hanya buang pokok-pokok di atas dasar longkang-longkang tetapi terus membuat korekan. Kalau takut tanah runtuh, buat tebing. Jalan, pergi makan angin, pergi kursus di Netherland, pergi tengoklah 1/3 daripada tanah di Netherland adalah below sea level, sehingga enam (6) meter, tujuh (7) meter, kenapa mereka boleh? Kenapa kita tidak boleh? Jadi benda ini perlu dimulakan daripada sekarang.
Sebab kedua adalah saya ingin sentuh sikit tentang projek JKR Kod 01003 projek menaik taraf jalan-jalan seluruh Selangor terutama sekali saya fokus kepada DUN Sungai Kandis. Jadi, jalan-jalan di Selangor kita dapati, kita tahu kenderaan-kenderaan di Selangor ini lori saya sendiri pun kalau lalu jalan lori 100 tan saya bawa load. Lebih-lebih
kita selesaikan dengan JPJ. Ini adalah fact. Saya bercakap mengenai diri saya. Jadi, kalau jalan kita masih maintain kepada standard 8 tan, berapa hari jalan kita boleh pakai? Adakah kita suka? Every, setiap tahun buat jalan baru, grind, buat baru, grind buat baru. Kewangan kita terhad, jadi, perbelanjaan kita sepatutnya mestilah perbelanjaan yang berkualiti. Tak guna kita tambah setiap tahun peruntukan tetapi tiap-tiap tahun kita buang benda yang sama. Tolong buat sesuatu. Jalan ikutlah kepada spec-spec international walaupun mahal, sekali kita buat tapi boleh tahan 10 tahun. Jadi jalan-jalan ini merangkumi jalan-jalan di kampung juga dan juga di jalan besar. Jadi masalah ini berlaku di seluruh Selangor dan terutama sekali di DUN Sungai Kandis semua jalan North, South, East, West. Buat sebulan dua bulan rosak, buat sebulan dua bulan rosak. Penduduk merungut, penduduk kata kita makan gaji buta tetapi kita tahu JKR-JKR mempunyai tenaga-tenaga profesional yang banyak dan sekiranya tak cukup mungkin peruntukan boleh ditambah untuk menambahkan lagi Jurutera-jurutera profesional ataupun Jurutera-jurutera untuk tambahkan manpower. Jadi, diharap perkara ini dapat pertimbangan yang sewajarnya dan hal-hal lain kita akan tambah masa lain. Terima kasih.
Dengkil, dua (2) minit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin meneruskan perbahasan Peruntukan Pembangunan Selangor sebanyak RM1.3 bilion. Yang..ada dua (2) isu di sini, iaitu yang pertamanya berkaitan Jabatan Agama Islam Selangor Mukasurat 243, Kod Projek 03601 Butiran Masjid Dengkil, kos projek sebanyak RM18 juta. Peruntukan 2025 ada ya, token RM10.00. Jadi, perkara ini telah lama pun dibincangkan oleh penduduk, oleh Jawatankuasa Masjid dan Jabatan Agama Islam. Dan penduduk Dengkil sentiasa bertanyakan lah, sebab tahun lepas pun isu ini, isu yang sama juga yang ditimbulkan, mereka ingin bertanya tentang bilakah projek ini bermula dan baru ini difahamkan telah dipersetujui tetapi memang betul, cuma RM10.00 sahaja ya. Jadi, saya di sini, memandangkan Masjid Dengkil ini masjid lama dan terletak di simpang jalan yang sibuk dan sempit. Saya mencadangkan supaya projek ini diberikan perhatian yang utamalah dan boleh menggunakan sedikit peruntukan menggunakan peruntukan token tadi, menggunakan peruntukan secara virement dalaman. Jadi, empat (4) penyelesaian perlu diambil tindakan segera oleh Jabatan Agama sekiranya untuk membolehkan projek ini boleh berjalan. Yang pertamanya, saya ingin mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor penetapan, bila sebenarnya pembinaan masjid ini akan bermula? Yang kedua, peruntukan yang sedia ada RM10.00 boleh ditambah melalui virement dalaman sekiranya ada peruntukan yang tidak digunakan. Yang ketiga, mohon menyelesaikan isu tanah yang masih tidak diselesaikan dan terdapat masalah pencerobohan yang perlu diselesaikan segera. Dan yang akhirnya, penyediaan design
dan pelan projek yang lebih awal disediakan sebelum tender dibuat. Ini akan mempercepatkan proses sebelum ditender di Rancangan Malaysia Ke-13 nanti.
Isu kedua ialah berkaitan dengan Kebajikan Masyarakat, Mukasurat 192 PK6 06002. Saya ingin menyentuh tentang perkhidmatan Pegawai-pegawai Kebajikan Masyarakat yang terhad pergerakannya dan Sistem Birokrasi yang perlu diperbaiki dan dipermudahkan. Saya rasa peruntukan yang ada sebanyak RM113,580,000.00 adalah mencukupi buat masa kini memandangkan petugas ya, kalau kita lihat petugas melalui Buku Perjawatan di semua sembilan (9) daerah hanya 73 ..
Yang Berhormat, sekarang kita, Yang Berhormat sekarang kita bahas tentang Pembangunan bukan Bekalan
Tak. Ini ada kaitan dengan peruntukan
Ya, sudah selepas sebenarnya
Di bawah Peruntukan Pembangunan saya nak nyatakan keperluan
Yang Berhormat boleh bahas Program Pembangunan dan juga Program Kebajikan tetapi kalau dari segi perjawatan, kakitangan tak cukup dan sebagainya, itu adalah perkara yang sepatutnya dibangkitkan semasa Jawatankuasa Perbekalan. Saya mohon Yang Berhormat
Tak apalah, saya skip lah. Saya skip
Masuk ke topik yang seterusnya.
Okay, satu lagi ialah berkaitan dengan PK09001 dan PK09002 iaitu Kemudahan Asas PBT dan juga Kemudahan Awam PBT. Peruntukan hanya RM1 juta. Saya rasa ini tidak mencukupi untuk merangkumi semua Majlis-majlis Perbandaran yang ada kerana kita lihat kemudahan-kemudahan asas yang ada sekarang ini adalah amat teruk keadaannya. Begitu, dan akhir sekali ialah berkaitan dengan Promosi dan Acara pelancongan bawah Pelancongan ya. Peruntukan hanya kepada promosi memajukan kraf tangan dan menaik taraf produk pelancongan hanya RM10.00. Jadi, bagaimana untuk meningkatkan produk pelancongan di Koridor Pelancongan Selatan?
Sebab RM10.00 tidaklah mencukupi untuk projek membangunkan apa tu, kemudahan-kemudahan pelancongan yang sedia ada. Itu sahaja daripada saya, terima kasih.
Semenyih. Semenyih pun dua (2) minit sahaja.
Boleh, boleh tak ada masalah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Dua (2) minit pun tak apa, yang pertama, saya nak bangkitkan Vot P12 JKR Selangor PK4 Menaik taraf Jalan 04500 Hulu Langat mohon masukkan di Jalan Sungai Lalang, B19 sebab jalan itu dah semakin sibuk dan perlu dinaik taraf dengan segala macam kepadatan yang ada di situ. Kedua, Semenyih ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, JPS, Vot P13 PK1 Pembangunan Tebatan Banjir. Terima kasih di atas Projek Tebatan Banjir 01501 Sungai Beranang Kampung Jai untuk Mukim Beranang dan 01513 di Sungai Rinching Kampung Rinching Hulu Mukim Semenyih. Dan yang terakhir PK12 Pembangunan Sistem Saliran 02000 Membina dan Menaik taraf Saliran daerah Hulu Langat mohon perhatian di kawasan perindustrian Sungai Purun. Disitulah yang saya maksudkan ada saliran yang dibina kilang atasnya mengundang kepada mudahnya berlaku banjir di Taman Semenyih Indah. Terima kasih.
Ya, Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sungai Panjang ada satu perkara yang akan dibangkitkan. Halaman 204, Halaman 204 kepada Perkara P08 ..
Speaker, Peraturan Tetap.
Kod Projek ..
Ya, Peraturan Tetap apa?
Peraturan Tetap 87, Petua Speaker. Keputusan Speaker berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Tetap ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada Usul bersendiri menentang keputusan Speaker. Speaker dari satu masa ke satu masa boleh mengeluarkan Petua berkenaan perkara ini. Pagi tadi, saya bangkitkan tentang etika berpakaian dan saya masih ingat Petua Speaker pada pagi tadi ialah memohon agar Sungai Panjang menukar kot pakaiannya untuk sesi petang.
Ya.
So, saya nak tahu sekali lagi Petua daripada Speaker kerana Sungai Panjang masih lagi tak tukar etika pakaiannya. Terima kasih.
Lepas itu macam mana Yang Berhormat? Ada sempat balik rumah ataupun balik hotel? (Ahli Dewan bising).
Untuk makluman rumah saya 101 km.
Ya. Jadi, saya beri kelonggaran, esok jangan ulanglah.
Terpulang pada ..
Teruskan, teruskan. Warning lah ya. Amaran telah diberilah. Jadi, Yang Berhormat teruskan
Tidak mengapa. Saya teruskan ..
Esok pakai serba hitam.
Kod Projek
Ya, teruskan, teruskan.
PK50501 Peningkatan Hasil Padi yang mana dilihat di situ, ada beberapa perbezaan daripada jawapan yang Sungai Panjang dapati daripada soalan sebelum ini berkenaan bantuan khas yang mana setakat ini Kerajaan Negeri tiada bantuan khas kepada petani-petani yang terkesan disebabkan banjir. Walau bagaimanapun, di bawah Jabatan Pertanian memperuntukkan setahun peruntukan sebanyak RM1.8 juta termasuk insentif peningkatan hasil padi, pengurusan pemulihan peningkatan padi. Pertanyaan yang inginkan pencerahan, perbezaan di sini RM1.8 juta untuk ke insentif pemuliharaan dan peningkatan tetapi pada Perkara 05001 diperuntukkan RM12,450,000.00. Yang keduanya, Sungai Panjang sangat berharap agar kajian dan kertas kerja peningkatan hasil di Jelapang Padi Selangor yang telah dibentang untuk diangkat ke Mesyuarat MTES bagi menaik taraf infrastruktur pengairan Jelapang Padi Negeri Selangor yang berjumlah RM1,311,750,750.00 agar dapat disegerakan, terima kasih.
Terima kasih, dengan ini saya mohon dan mempersilakan sesiapa daripada pihak Kerajaan untuk memberi apa-apa penjelasan terhadap perkara-
perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi. Saya menjemput Y.B. Bandar Utama. Ya, silakan..
Terima kasih, Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat saya mengambil peluang ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini terutamanya topik berkaitan dengan kesihatan awam dan kementerian diikuti dengan isu-isu alam sekitar.
Jadi, walaupun terdapat pelarasan peruntukkan di bawah Portfolio Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, tujuan utama adalah bagi supaya kita dapat memastikan penggunaan peruntukan pada tahun 2025 boleh mencapai tahap yang optimum. Dalam penyelarasan Belanjawan ini contohnya untuk menjawab kepada soalan Y.B. Taman Medan, peruntukan yang telah dikurangkan ini termasuk Ulu Bernamlah yang telah membangkitkan RM59 juta yang telah dikurangkan sehingga RM40 juta dan pengurangan itu kebanyakannya sebenarnya terletak di bawah Program Iltizam Selangor Sihat iaitu ISS dengan pengurangan RM15 juta. Jadi, sebagai perbandingan seperti mana telah dimaklumkan kepada Dewan yang mulia sebelum ini. Kerajaan Negeri telah menjalankan penambahbaikan kepada Program Selangor Sihat di mana apabila ketika kita review dengan izin atau pun kita melihat semula kepada Program Iltizam berkenaan pada tahun ini sebenarnya kita telah menambah..penambahbaikan di mana kita benarkan impatient dengan izin atau pun hospitalisasi iaitu selain daripada rawatan di Klinik pada tahun ini juga kita benarkan rawatan dalam hospital lah.
Namun demikian, sasaran penggunaan terhadap manfaat hospitalisasi adalah berbeza dengan keadaan dan keperluan penerima manfaat secara realiti. Jadi apa yang kita sasarkan mungkin berbeza dengan realiti yang ada. Jadi pada tahun hadapan itu juga dengan peruntukan yang kita nampak dan yang ada kita telah menambahkan Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menambah manfaat baru iaitu selain daripada rawatan hospitalisasi kita juga telah menambah rawatan dialisis bagi memastikan golongan yang memerlukan dapat menikmati manfaat di bawah program ini. Jadi walaupun terdapatnya pengurangan sebanyak RM15 juta itu sebenarnya kuota terhadap pengguna ISS dan juga manfaat bukan sahaja tidak dikurangkan malah terdapat penambahan manfaat yang disediakan di bawah program ini.
Oleh itu, perkara utama yang ingin disampaikan adalah penyelaras projek ini tidak menyebabkan secara realitinya apa-apa pengurangan kuota atau manfaat untuk penggunaan kad ISS lah dan justeru itu lebih kepada penyelarasan dan juga perlu dikatakan juga ada penyelarasan lain di bawah kesihatan awam berdasarkan prestasi
program dan keadaan semasa berdasarkan program yang dijalankan. Jadi, pada tahun yang hadapan sebenarnya Y.A.B. Menteri Besar pun telah umumkan pada Belanjawan yang lalu peruntukan untuk Program Selangor Mental Sihat adalah sebanyak RM500 ribu dengan RM100 ribu yang telah diperuntukkan Program SITI, Rawatan Psikatri dan jumlah ke lain atau jumlah sesi setakat ini adalah kita masih tetapkan untuk 100 kad klien bagi 500 sesi dan sesi tahun..tahun ini tidak digunakan secara keseluruhannya. Oleh kerana itu, pada tahun ini kita telah satukan peruntukan untuk kesihatan komuniti asas sihat dan slim dan sekiranya perlukan penambahan daripada skim peruntukan kita akan memastikan kita mempunyai peruntukan untuk melihat ke arah itu.
Namun pada tahun ini untuk kesihatan mental seperti apa yang telah saya bangkitkan sebelum ini sebenarnya di bawah Kerajaan Negeri Selangor selain daripada Program Sihat kita ada Pusat Kaunseling Selangor dan kita juga ada Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di mana kita mempunyai Talian Sihat pada masa sama kita mempunyai Talian Here pada masa yang sama kita telah wujudkan juga perjumpaan atau pun Kaunseling Hub di 9 Daerah daripada tahun hadapan apa yang ingin kita capai adalah bagaimana kita menyelaraskan bagi memastikan kesampaian Program Kesihatan Mental ini kepada kawasan-kawasan tertentu terutamanya di luar bandar dan juga seperti apa yang telah dibangkitkan oleh Y.B. Bukit Lanjan mengenai Program Skim Kesihatan Wanita iaitu satu Program Saringan Mamogram Percuma kepada wanita di Negeri Selangor yang diperkenalkan pada tahun 2021.
Jadi saya ingin memberikan sedikit penjelasan di sini, Skim Kesihatan Wanita merupakan satu Program di bawah Portfolio Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. Oleh kerana ketika itu pada tahun 2021 kita mempunyai Skim Kesihatan Wanita dan pada tahun 2022 kita telah wujudkan Skim Saringan Kesihatan Selangor. Jadi, oleh kerana Kerajaan ingin menyelaras semua program berkaitan dengan Saringan Kesihatan kerana Mamogram ini sepatutnya di bawah Portfolio Pembangunan Wanita tapi ketika itu Portfolio dua-dua EXCO ini merupakan EXCO yang sama. Jadi sekarang apabila terpisahnya sebab saya telah menjaga Portfolio Alam Sekitar dengan Kesihatan Awam manakala Y.B. Taman Templer menjaga Portfolio tentang wanita dengan itu vot Skim Kesihatan Wanita bawah Portfolio Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat tidak ditamatkan, namun cuma telah diintegrasikan di bawah Program Selangor Saring dengan penambahan RM200 ribu secara keseluruhan di bawah Program Selangor Saring Kanser kerana Mamogram ini dia terletak di bawah kanser jadi kita categorize nya dengan izin dengan cara yang berbeza bukan berdasarkan jantina tetapi berdasarkan jenis saringan.
Jadi Saringan Kanser telah ditambah secara keseluruhannya RM200 ribu ini menjadikan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta dan Program Selangor Saring pula kekal dengan peruntukan RM1.5 juta . Okay, dengan itu saya ingin bergerak pula kepada perkara yang
telah dibangkitkan oleh Y.B. Kajang tentang isu berkenaan dengan pembuangan sampah secara haram tetapi sampah ini memang di bawah apa itu EXCO Y.B. Sekinchan cuma, Y.B. Kajang telah sentuh tentang Kempen Pendidikan dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar. Jadi sebagaimana yang saya..
Y.B. Kajang tak ada tak payah jawablah.
Tak perlulah.
Jawab secara bertulislah. Teruskan.
Ok jadi saya pun akan skip Sijangkang lah...kerana Sijangkang...
Si Jangkang pun tak ada...
Tiada? Dan Morib..
Morib.
Morib telah...
Morib pun tak ada.
Pun tidak ada? Okay, terima kasih.
Terima kasih seterusnya Banting, silakan.
Terima kasih Y.B. Tuan Speaker dan saya berterima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat baik daripada Kerajaan dan juga di sebelah sana telah membangkitkan pelbagai isu khususnya dari segi infra, dari segi kebajikan kaum India dan juga sumber manusia dan memang ia saya nampak sebagai satu apa tu perbahasan yang cukup baik. Oleh itu, saya membuat penggulungan sedikit. Terima kasih diucapkan kepada Y.B. Meru, Y.B. Kota Kemuning, Y.B. Sentosa atas keprihatinan dalam perbahasaan dalam isu peruntukan pendidikan dan pembangunan masyarakat di India. Untuk makluman Y.B. dalam Dewan yang mulia ini di bawah Portfolio saya terdapat beberapa program berkaitan Pembangunan Masyarakat India:
Yang pertamanya adalah Program Subsidi tambah Bas Sekolah kerana Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Pemberian Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia Pembasmian Kemiskinan Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti sejak tahun 2013 lagi. Program Sumbangan Subsidi Tambah Bas Sekolah ini adalah merupakan acara tahunan dan antara program pertama di bawah Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan yang bertujuan membantu ibu bapa dalam mengurangkan kos sara hidup bulanan bagi menghantar nak-anak mereka ke sekolah. Saya juga ingin menyentuh apabila Permatang menyebut atau pun meluangkan, meluaskan lagi skop ini. Saya mengalu-alukan cadangan Y.B. Permatang tapi kita akan melihat bagaimana ia boleh di materialize kerana apa itu melibatkan wang dan sebagainya. Ramai pelajar telah dibantu di bawah program ini dan statistik menunjukkan trend peningkatan bagi setiap tahun. Saya ingin membuat perbandingan dia mula daripada 2013 dengan jumlah pelajar lebih kurang 564 dan kosnya sebanyak RM199 ribu sahaja, ya. Tetapi hari ini kita melibatkan lebih kurang 3,594 pelajar dan kosnya lebih RM1 juta ya. Baik, bagi tahun 2024 Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan peruntukan sebanyak RM1.78 juta kepada seramai 3,426 pelajar daripada 97 buah sekolah di bawah Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah bagi semua Sekolah Tamil di Negeri Selangor.
Keduanya ialah Program Bantuan Yuran Pengajian IPT dan IPTS bagi Komuniti India B40. Program ini telah diperkenalkan sejak Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar komuniti India yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan melanjutkan pelajaran ke IPT dan di dalam Malaysia. Program Bantuan Kewangan kepada pelajar B40 India yang menerima tawaran yang melanjutkan pelajaran adalah Ijazah dan Sarjana Muda dan Diploma dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Bantuan ini diberikan secara maksima sebanyak RM5,000 iaitu maksimum ya..maksimum kita bagi RM5,000 dan untuk diberi dan RM3,000 kepada Diploma sebab ini penting saya kena jelaskan all the while kita telah buat. Memang kita telah memberikan RM5,000 one-off kepada pelajar-pelajar B40 kaum golongan kaum India. RM5,000 kepada Degree, RM3,000 kepada Diploma malangnya kali ini memandangkan pemohon terlalu banyak saya terima permohonan lebih kurang 1,500 permohonan ya, saya dapat hanya meluluskan sebanyak 600 permohonan sahaja. Dia melibatkan jumlah yang besar dan saya telah apa itu men adjust balik untuk Degree diberi kepada RM3,000 dan Diploma kita bayar RM2,000. Program ini bertujuan untuk membantu golongan B40 dalam mengurangkan beban pembayaran kos pengajian tinggi serta sebagai salah satu inisiatif membantu anak-anak masyarakat India dapat mengubah nasib mereka dan keluarga dalam meningkatkan taraf kehidupan. Bagi tahun ini, kita telah menerima lebih daripada 1,500 permohonan dan ini menunjukkan program ini telah memberi impak sejak ia dilaksanakan pada tahun 2013. Ini juga sama memang pada tahun 2022 kita telah meluluskan sebanyak RM2.5 juta kepada 584 pelajar. Jadi, memang trend itu adalah
naik dan turun tetapi pada tahun 2024 kita telah meluluskan kepada 601 pelajar dengan kosnya sebanyak RM1.5 juta.
Yang seterusnya adalah terima kasih jua diucapkan kepada Y.B. Sentosa atas keprihatinan dalam membahas isu peruntukan Bantuan Usahawan India Selangor itu, I-SEED di Negeri Selangor. Untuk makluman Y.B. Sentosa dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, saya sebagai EXCO untuk menyelesaikan atau pun mengendalikan perkara ini saya pun telah di apa itu, dibuat laporan polis yang membawa fitnah. Apabila berlakunya by-election atau pun pilihan raya kecil di KKB saya telah di apa itu difitnah dengan orang ketiga bukan pembangkang..pembangkang at least dia tahu..mereka tahu apa yang kita tengah bincang dan sebagainya..tapi orang ketiga mereka yang mencari populariti murah di luar sana telah membuat laporan polis terhadap saya dan bahawa..bahawanya adalah saya telah mengguna pakai semua peruntukan I-SEED itu di kawasan KKB sahaja malangnya saya tidak pernah buka I-SEED di KKB semasa pilihan raya kecil itu.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua Yang Berhormat di atas keprihatinan dalam membahas isu Peruntukan Bantuan Usahawan India Selangor, I-SEED dan Pembangunan Masyarakat India baik dari segi Pendidikan, Pembangunan Masyarakat India di Negeri Selangor. Untuk makluman Y.B. Meru, Sentosa, Kota Kemuning, Batu Tiga serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Bantuan Peralatan Usahawan India Negeri, India Selangor I-SEED ini adalah bantuan kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor yang berpendapatan isi rumah bawah RM3000 sebulan yang terdiri daripada usahawan kecil masyarakat India yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun. Ia bukan program sepertimana yang lain, ini adalah program at least mereka kena ada pengalaman. Tujuan kita untuk membantu masyarat adalah seperti, ini adalah contoh ya, ini adalah contoh-contoh gambar yang saya ingin pamerkan. Semalam dan sebelum semalam kita telah edarkan peralatan di kawasan Sentosa dan kawasan Klang. Ini mengikut daerah. Kita mengedarkan peralatan ini mengikut daerah, bukan DUN dan Ahli Parlimen dan sebagainya.
Program bantuan I-SEED ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2021 dan akan diteruskan bagi tahun 2025 nanti bagi memberi manfaat kepada usahawan kecil komuniti India. Peruntukan bagi bantuan I-SEED pada tahun 2025 yang akan disalurkan di bawah PK2-02002 Program Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi di mana peruntukan akan diluluskan akan dibahagikan kepada mengikut program-program yang lain iaitu Program Jom Shopping perayaan dan bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. Sebenarnya bantuan Blueprint Kemiskinan adalah secara skop yang besar kepada semua masyarakat di Negeri Selangor yang sedang membuat perniagaan ataupun usaha mereka untuk memajukan diri sendiri. Memandangkan program bantuan I-SEED ini telah memberi manfaat kepada 410 penerima dengan jumlah peruntukan yang
dibelanjakan sejumlah RM2.3 juta semenjak mula diperkenalkan. Jawatankuasa ini akan memastikan program ini diteruskan dengan peruntukan yang sesuai berdasarkan kepada permohonan diterima daripada setiap DUN yang mana permohonan dan siasatan dilakukan oleh Ketua Komuniti India (KKI) bersama pegawai I-SEED saya. Ia adalah satu program di mana kita telah diformulate ataupun di re-adjust balik dahulunya hanya pegawai I-SEED yang mengendalikan kelulusan dan juga permohonan ini tetapi hari ini saya telah mengubah kepada setiap DUN yang 56 DUN mewakili KKI yang dilantik oleh penyelaras dan juga ADN supaya benda ini lebih terbuka kepada semua pihak. Program bantuan I-SEED ini telah memberi manfaat kepada ramai penerima dan telah mampu meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi seperti pertanian, perniagaan kecil dan penternakan. Perniagaan ini juga telah menyumbang kepada pembangunan social ekonomi dengan mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan masyarakat secara tidak langsung. Secara keseluruhan program I-SEED ini telah memberi impak positif dalam usaha membasmi kemiskinan di Negeri Selangor dan membangun masyarakat yang lebih mampan di Negeri Selangor.
Yang terakhir adalah mengenai pembangunan masyarakat India dan juga program bantuan kepada kaum India dan dari segi pelajaran. Terima kasih Kota Kemuning dan Sentosa di atas keprihatinan dan membahas isu peruntukan pembangunan melibatkan masyarakat India. YB. ada bangkitkan bahawa peruntukan sebanyak RM1.18 juta dan RM315 ribu masing-masing bagi Pembangunan Pendidikan Masyarakat India Vot P01-05005 dan Pembangunan Masyarakat India Vot P01-08002 yang rendah dan telah mencadangkan agar peruntukan berkenaan perlu ditambah. Untuk makluman YB. Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini purata perbelanjaan bagi tempoh 3 tahun yang lepas iaitu Pembangunan Pendidikan Masyarakat India di antara RM2.5 juta sehingga RM3 juta setahun manakala bagi Pembangunan Masyarakat India di antara RM300 ribu hingga RM400 ribu. Saya amat berbesar hati atas keprihatinan YAB. Menteri Besar yang akan memperuntukkan sejumlah yang besar untuk peruntukan sebanyak 3 tahun yang lepas bagi program Pembangunan khususnya untuk masyarakat India. YAB. Menteri Besar dan pentadbiran Kerajaan Negeri tidak teragak-agak bersetuju memperuntukkan peruntukan tambahan setiap tahun sepanjang 3 tahun yang lepas bagi mencukupkan keperluan pelaksanaan program pembangunan bagi masyarakat India. Kerajaan Negeri juga bersedia menambah program yang bermanfaat untuk masyarakat India sekiranya diberikan peruntukan yang mencukupi. Untuk maklumat YB., dua program utama yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melibatkan masyarakat India adalah program sumbangan, subsidi, tambang bas, sekolah dan program bantuan yuran pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) sepertimana saya telah jelaskan dan saya rasa untuk dapatkan maklumat terperinci, angka-angka yang baharu bagi pembangunan masyarakat kaum
India dan LIMAS juga di negeri ini, YAB. Menteri Besar akan mengupas dalam ucapan penggulungan beliau esok. Sekian, terima kasih.
Seri Setia?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB. yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya sebenarnya sangat gembira bila melihat kepada soalan-soalan yang dikemukakan kerana dalam senarai saya ada ni ada 12 masjid yang ditanyakan dan ada 6 sekolah rendah agama. Teruja sangat saya melihat kepada orang muda seperti YB. Kota Damansara dan juga orang-orang yang lama seperti YB. Hulu Kelang yang hati dan jiwanya sangat dekat dengan masjid. Mudalah jugak, dia kalau orang yang dilatih oleh Dato’ Seri Anwar ni hati dia dekat dengan masjid walau ke mana dia pergi.
Baik, saya mulakan dengan soalan daripada YB. Subang Jaya. Soalan mengenai status dan kos baikpulih Masjid Ahmadiah. Menteri Besar pun balik kejap. Okay baik. Dimaklumkan di Masjid Ahmadiah ni ada isu kerosakan terutama di siling masjid. Isunya adalah masjid ini sebenarnya adalah projek daripada ICU Persekutuan 100% dan telah diserahkan kepada pihak JAIS awal tahun in. Pihak JAIS telahpun melakukan satu audit forensik bersama dengan JKR untuk mengenalpasti masalah apa yang dihadapi dan masalahnya sekarang adalah kerja-kerja water proofing dan juga memasang jubin di ruang solat. Ada sedikit kelewatan disebabkan oleh faktor cuaca dan JKR akan memberikan EOT Extension of Time kepada pihak kontraktor. Kosnya adalah sebanyak RM671,712.00 dan dijangkakan siap sepatutnya pada hujung tahun ini.
Soalan kedua daripada Sijangkang, tapi dia tak ada jadi saya lompat sahaja. Saya terus kepada Meru. Meru bertanyakan status terkini Sekolah Agama Sungai Kapar Indah. Sebelum ini dah masuk ke RMKe-12 dan saya lihat kepada soalan-soalan Dewan sebelum ini pun, saya rasa jawapan daripada pihak JAIS sangat konsisten kerana kita akan hanya mulakan ni di dalam RMKe-13. Sekolah ini akan ada 40 buah bilik darjah dan ada kerja-kerja tanah yang perlu kita selesaikan pada peringkat awal ni. Jadi kita akan cuba mulakan tahun depan kerja-kerja awal ni tapi pembangunan sekolah ini pada RMKe-15 tahun 2026.
Seterusnya soalan daripada YB. Paya Jaras yang ni saya nak kena singgung sikit Paya Jaras kerana soalan ni mengatakan adalah pembangunan sekolah agama ini diutamakan di kawasan bandar berbanding di luar bandar. Sebenarnya kalau dilihat kepada buku Belanjawan ini sendiri RM13.5 juta telah diperuntukkan untuk sekolah agama. Kalau kita kira Hulu Langat, Kuala Langat ini kawasan-kawasan luar bandar itu sahaja dari segi peratusannya adalah lebih kurang 26% daripada jumlah RM13.5 tu Petaling hanya 9% je
YB. yang ni saya tak masuk lagi kalau saya tambah RM4.5 juta untuk kita perbaiki masjid-masjid di daerah. Itu akan menjadikan jumlah keseluruhan untuk kita belanjakan untuk masjid di luar bandar ini adalah sebanyak 57% kesemuanya.
Yang kedua, dimohon sedikit pertimbangan untuk dinaikkan taraf Sekolah Agama Merbau Sempah dan Sekolah Agama Paya Jaras. YB., sebenarnya Sekolah Rendah Agama Merbau Sempah ini telahpun ada kerja-kerja pendawaian telah dibuat dah dibelanjakan RM176 ribu dah pun. Kemudian kerosakan dinding tembok. Yang ni dibelanjakan menerusi JKR Selangor dah belanja RM200 ribu. Bukan sahaja dinding tu kita dah bangunkan, dinding tu pun kita benarkan dicat colour hijau pun, kalau tak percaya boleh tengok dalam internet. Sekolah ni pagar warna hijau semua saya pun tak tahulah kenapa, kita takde dasar lagi jadi kita benarkan warna-warni setakat ni.
Yang akhir adalah, ya ada soalan ke? Tak ada. Yang akhir di situ adalah ditanya juga berkenaan dengan
Boleh mencelah sekejap? Sikit je. Tentang Merbau Sempah ni. Saya ucapkan terima kasih sebab pembaikan tu okay, saya pun dah maklum cuma kalau pergi tempat tu sekolah ni dia kecil sangat dan dia kalau sekolah zaman sekarang ni dia punya tapi sebenarnya dia sangat lama lah. So, saya kalau boleh bukan setakat baikpulih saya nak bina sekolah baharu supaya dia boleh sesuai dengan keadaan semasa dan juga dapat menampung jumlah pelajar sebab memang padat sangat. Jadi terima kasih atas baikpulih yang diberikan. Cuma saranan saya ialah perancangan masa depan sebab di sebelah tanah sekolah Merbau Sempah tu ada tanah Majlis yang saya rasa kalau boleh diambil ataupun digazettekan sebagai sekolah sebab ada di sebelah Merbau Sempah tu ada tanah kepunyaan Majlis kalau tak silap saya, dan itu boleh dibesarkan 3 ekar tanah tu sebabnya boleh dibesarkan lagi. Dia permohonan kalau boleh akan datang boleh rancang supaya Sekolah Agama Merbau Sempah ni sebenarnya dalam perancangan tapi masih lagi tak de perancangan jadi kalau boleh dirancangkan akan datang supaya beri manfaat kepada pelajar-pelajar di sekitar Merbau Sempah. Terima kasih, YB.
Terima kasih YB. Paya Jaras saya ambil maklum dengan cadangan yang baik itu. Saya cuma nak tambah satu lagi Sekolah Rendah Agama Paya Jaras pun telah disebut. Yang ini memang telah ada baikpulih daripada peruntukan JAKIM. Seterusnya saya terus sahaja kepada Kota Damansara. Kota Damansara ada memohon untuk Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu Subang, dia kata kalau ada duit spare lebih tu boleh buat atau tidak? Kita lihatlah, kalau ada insya Allah kita akan cuba baikpulihkan terutama soal pendawaian saya dimaklumkan pihak JAIS ada wiring yang perlu kita naiktaraf.
Kedua adalah mengenai Masjid Subang Bestari yang ditanya belum siap lagi bila akan siap? Kita mendapati bahawa Masjid ini sebenarnya dijangkakan akan siap pada awal tahun 2025 dalam bulan Februari begitu dan kelewatan tu adalah kerana kelewatan pada penyambungan bekalan elektrik ke TNB sub-station yang memerlukan permit daripada KUSEL dan MBSJ dan itu sedang kita laksanakan.
Baik, setelah Kota Damansara ada satu soalan Kota Damansara bertanyakan mengenai modal wakaf untuk orang yang bukan Islam itu mungkin bukan untuk saya jawab tapi mungkin ini untuk Pegawai Kewangan Negeri melihat kepada ruang-ruang yang sebegini di mana aset-aset boleh dikumpulkan daripada sumber-sumber baharu yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk kegunaan awam.
Selanjutnya soalan daripada YB. Hulu Kelang yang bertanya mengenai Kompleks Kiyai di AU2 Hulu Kelang. Kompleks ni, YB. ada masjid, ada sekolah agama, sekolah tahfiz dan ada juga rumah untuk pegawai-pegawai masjid yang setakat ini JAIS hanya bersetuju akan hanya melihat kepada pembinaan masjid yang ada tapi masjid itu sebelum boleh kita letakkan dana dan sebagainya, disarankan agar surau yang ada Surau Al-Islah memohon kepada pihak MAIS untuk kelulusan menjadi masjid. Kalau ada yang itu Kerajaan Negeri tak ada masalah untuk membekalkan 30% daripada nisbah yang dicadangkan RM12 juta itu tadi. RM3.6 juta sahaja pun. Kalau ada yang itu kita boleh segerakan pembinaan tersebut termasuk juga mohon dana RM7.2 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
Untuk yang selanjutnya saya nak sentuh di sini permohonan daripada YB. Lembah Jaya dan juga YB. Sentosa sekali dengan YB Sungai Pelek. Ketiga-tiga masjid yang disebut, Masjid Al-Ubudiah, Masjid Al-Barakah dan juga masjid Bagan Lalang bila saya teliti masjid tu masih sembahyang lagi dan okaylah, tapi mungkin kita perlu standard yang lebih tinggi. Kalau ada sebarang penambahbaikan yang diperlukan boleh sahaja mohon secara rasmi kepada saya. Insya Allah saya boleh timbulkan permohonan tersebut ke atas.
YB. Taman Medan ada bertanya dua perkara. Yang pertama adalah isu Sekolah Rendah Agama Kampung Medan 1. Betullah, masing-masing kecewa tapi setakat ini sekolah itu dah tutup, anak-anak pun dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama Medan Harun, saya dikhabarkan, dan sekarang ni bangunan sekolah tu banyak anai-anai dan tak selamat untuk diduduki. Isu tanah sedang diselesaikan sebab tapak yang ada tu sebenarnya diwartakan untuk masjid jadi sekarang ni kita mulakan kerja-kerja ukur halus. Kita nak bahagikan wartakan bahagian sekolah dengan bahagian tanah di atas warta yang sama. Ini boleh beritahu penduduk Taman Medan Exco Agama tengah bekerja keras ni dia akan memakan sedikit masa sebab perlu pewartaan semula tanah tersebut. Atas topik anai-
anai juga ingin saya tegaskan dan maklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini buat kali pertamanya saya rasa kita ada keberanian. Bunyi macam tak besar, bahawa telah ada diwujudkan satu Vot untuk peruntukan dasar baharu di bawah B14 – Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Anai-anai kita mulakan pada tahun depan dengan peruntukan awal RM200 ribu untuk sekolah rendah agama dan juga RM200 ribu untuk masjid. Sebab sebelum ini tak pernah diambil kira jadi itu sebab berlaku perkara-perkara yang macam ni jadi kita telahpun mulakan pembaikan tersebut. Saya terus sahaja kepada soalan daripada YB. Sungai Burong mengenai Masjid As-Solihin.
Jam telah menunjukkan pukul 4.30 petang. Dengan ini saya menangguhkan sidang Dewan pada hari ini ke esok 27 November 2024 pukul 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)