Selangor · 27 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · not final · 385 turns · 43,113 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 27 November 2024 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
TUAN SPEAKER
: Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Soalan yang ke-86 telah pun dijawab bersekali dengan soalan yang kelima. Saya menjemput seterusnya Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Ya Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Dipertua Speaker. Soalan saya nombor 87.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Pembangunan RumahQuestions
87. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status pembinaan 245 unit rumah PPR bagi pekerja ladang di lima estet di Bestari Jaya (Ladang Minyak, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Mary, Ladang Nigel Garder dan Ladang Bukit Tagar)?
b)
Apakah jenis reka bentuk dan harga PPR tersebut?
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima Kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Yang Berhormat Speaker, Kuala Kubu Baharu
bertanyakan berhubung dengan isu pembinaan atau pembangunan rumah di kawasan yang berkaitan ya di Kuala Kubu Baharu. Yang berkait dengan 245 unit rumah PPR bagi pekerja ladang di 5 estet Bestari Jaya dan iaitu di Ladang Minyak, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Mary, Ladang Nigel Garder dan Ladang Bukit Tagar. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Perumahan Rakyat (PPR) atau kini dikenali sebagai Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani, Bestari Jaya bagi penempatan kepada bekas pekerja ladang melibatkan lima (5) ladang iaitu Ladang Minyak, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Mary, Ladang Nigel Garder dan Ladang Bukit Tagar yang terletak di Bestari Jaya, Kuala Selangor. Keputusan bagi penyelesaian kepada bekas pekerja ladang di Bestari Jaya telah dipersetujui bersama oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kos keseluruhan pembangunan sebanyak RM75 juta. Ini selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-13/2024 bertarikh 10 Mei 2024 telah bersetuju secara dasarnya dengan cadangan penyelesaian Rumah Kediaman Bekas Pekerja Ladang Berjaya City dengan peruntukan sejumlah RM75 juta melalui peruntukan KPKT sejumlah RM 40 juta dan Kerajaan Negeri Selangor sejumlah RM35 juta. Buat masa ini, status pembinaan 245 unit rumah PRR Harmoni Madani telah pun mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada 28 Oktober 2024 dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak PRIMA selaku agensi pelaksana. Seterusnya, proses kelulusan pelan bangunan akan dikemukakan permohonan oleh pihak PRIMA kelak. Berdasarkan perancangan pembangunan ini, kerja-kerja memulakan pembinaan dijangkakan akan dilaksanakan pada awal tahun 2025 dengan tempoh siap selama 2 tahun. Cadangan pembangunan, bahagian 2 soalan, Cadangan pembangunan PRR Harmoni Madani ini melibatkan pembangunan 245 unit komponen rumah teres 1 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan cadangan keluasan lot iaitu 20 kaki X 60 kaki. Walau bagaimanapun, cadangan reka bentuk kediaman tersebut akan dimuktamadkan setelah mendapat kelulusan Pelan Bangunan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Manakala harga jualan seunit PRR ini yang ditetapkan adalah RM45,000.00 seunit kepada bekas pekerja ladang yang telah diperakukan. Terima kasih.
Soalan yang ke-88 telah pun dijawab semasa sesi penggulungan. Saya memanggil ....
Tuan Speaker.
Saya memanggil Pelabuhan Kelang. Ya Yang Berhormat.
Soalan saya yang ke-88 tu ada satu soalan tidak dijawab.
Yang Berhormat.
Yang Berkaitan dengan adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji ataupun tidak mengkaji semula.
Yang Berhormat boleh semak handsard 21hb November 2024. Yang Berhormat Sekinchan telah pun secara khusus dan spesifik nya menyatakan jawapan kepada Yang Berhormat telah pun diberi semasa penggulungan. Itu sahaja. Pelabuhan Klang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 89.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 89. Rancangan Pembangunan Pekan Pelabuhan KlangQuestions
89. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini Rancangan Pembangunan Pekan Pelabuhan Klang?
b)
Bilakah pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang akan memajukan pekan Pelabuhan Klang kerana sehingga kini tiada apa-apa perkembangan walaupun setelah 5 kali perkara ini dibangkitkan di dalam Sidang Dewan Negeri Selangor sebelum ini?
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Pelabuhan Klang yang ceria pada pagi ini dengan senyumannya. Baik yang ingin mengetahui tentang rancangan Pembangunan Pekan Pelabuhan Klang. Sesuai dengan Pelabuhan Klang ya rancangan dia. Kerja-kerja menaik taraf infrastruktur di Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Shah Bandar dan sekitarnya di Pelabuhan Klang telah dimulakan pada 12/4/2024 dengan kos RM 797,961.00 dan dijangka siap pada 1/8/2024 yang lalu.
Walau bagaimanapun, dianggarkan 97% telah siap dan tinggal kerja-kerja premis sebelum disiapkan sepenuhnya kerja-kerja menaik taraf melibatkan; satu menaik taraf laluan pejalan kaki. Dua, membaik pulih pepulau dan median. Tiga, mengecat dan membaik pulih jejambat. Empat, membina tonggak jalan. Lima, kerja-kerja landskap iaitu pasu konkrit dan papan tanda. Itu telah dalam proses. Kerja-kerja menaik taraf ini akan diteruskan secara berperingkat mengikut fasa. Kerja-kerja bagi fasa 1 dan fasa 2 telah dimulakan. Kerja seterusnya melibatkan fasa 3 iaitu kerja-kerja pembersihan poket park sedia ada, reka bentuk landskap, plaza dan mercu tanda. Manakala bagi fasa 4 sebahagian ya fasa 4 cadangan melibatkan meroboh dan membina semula tapak gerai sedia ada dan menyediakan gerai berkonsepkan kontena di tapak tersebut. Sekian terima kasih.
Bukit Gasing.
Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN
: Terima kasih Tuan Speaker, soalan 90.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 90. Prestasi Kewangan Air SelangorQuestions
90. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah prestasi kewangan Air Selangor secara keseluruhan?
b)
Apakah purata harga jualan dan harga kos satu m3 air oleh Air Selangor?
c)
Apakah kadar faedah purata bagi semua pinjaman Air Selangor?
Terima Kasih Bukit Gasing yang bertanyakan tentang prestasi kewangan Air Selangor. Pada tahun 2023, hasil Air Selangor telah meningkat sekitar 12.5% daripada RM 2.2 bilion pada tahun 2022 kepada RM2.5 bilion susulan daripada pelarasan tarif bagi kategori domestik dan khas yang telah dilaksanakan pada 1 Ogos 2022. Dalam tempoh yang sama, kos juga telah meningkat pada kadar 8.7% daripada RM3.2 bilion kepada RM3.5 bilion termasuk kos susut nilai, pajakan dan pinjaman. Terutamanya disebabkan oleh kenaikan (i) kos pinjaman akibat
daripada peningkatan dalam jumlah Sukuk Murabahah yang diterbitkan untuk membiayai kos menaik taraf infrastruktur air daripada RM3.4 bilion kepada RM5.1 bilion. Kos electricity disebabkan peningkatan Imbalance Cost Pass Through ataupun (ICPT) surcaj yang dikenakan oleh Tenaga Nasional daripada RM0.037 / kWh kepada RM0.20 / kWh untuk kategori tarif E2 dan G pada 1H, pada first quarter 2023. Kos penyelenggaraan, yang ketiga adalah disebabkan oleh kos penyelenggaraan dan pembaikan aset agihan air yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kos pembaikan yang lebih tinggi susulan daripada peningkatandan pengesanan kebocoran untuk mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW).
Hasilnya, Air Selangor telah mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM610.0 juta, iaitu pengurangan daripada RM1.1 bilion yang dicatatkan pada tahun 2023. Untuk soalan (b) purata harga jualan air pada tahun 2023 telah meningkat daripada RM1.59 / m3 pada tahun 2022 kepada RM1.76 / m3. Namun begitu, purata harga jualan air ini masih rendah berbanding kos satu m3 air yang berjumlah RM2.55 / m3I. Untuk soalan (c) adar faedah purata bagi semua pinjaman Air Selangor adalah 4.49%. Terima kasih.
Bukit Gasing.
Y.B. RAJIV A/L RISHYAKARAN
: Terima kasih Tuan Speaker. Memandangkan ada masih selepas peningkatan tarif air ni masih ada kerugian RM610 juta yang dihuraikan oleh Menteri Besar, apakah rancangan Air Selangor untuk bergerak ke hadapan adakah tarif air akan naik sekali lagi, supaya tidak lagi rugi ataupun kita akan menanggung kerugian untuk beberapa tahun akan datang.
Sebagaimana yang saya sebutkan, kita mempunyai pelan perniagaan yang kita hantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN. Di sana kita menetapkan tarikh-tarikh tertentu, tempoh-tempoh tertentu bilakah Air Selangor akan memperoleh keuntungan daripada operasi secara keseluruhan. Dan daripada anggaran awal sebelum kita menangguhkan pelarasan tarif yang telah disebutkan semenjak daripada tahun 2019 sebenarnya nak di naikkan. Hanya dapat dilaksanakan pada tahun 2023 dan 2022 dan kita terpaksa menganjakkan tempoh Air Selangor untuk mencatatkan keuntungan itu pada tahun 2031 dan ke atas. Selepas 2031, Air Selangor akan mempunyai kadar margin dalam sekitar RM 200 juta dan ia berdasarkan kepada pelarasan-pelarasan tarif. Tapi proses pelarasan tarif akan mengambil proses pula dengan hubungan dengan semua negeri dan juga apa yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Dan salah satu daripada bebanan yang mungkin ditanggung ialah tentang apa yang disebut tadi tentang kenaikan tarif elektrik ataupun Imbalance Course Pass thru ataupun ICPT. Di sinilah antara cabaran besar kerana mereka telah menetapkan kadar dalam tempoh beberapa tahun. Namun
begitu Air Selangor bersedia untuk menghadap ataupun menyerap kesan itu melalui beberapa proses misalnya peningkatan kepada industri terlebih dahulu berbanding dengan Domestik. Maknanya domestik akan menjadi pilihan terakhir kalau ada sebarang kenaikan-kenaikan kos kerana kita lihat keperluan-keperluan tersebut harus didahulukan rakyat berbanding dengan syarikat. Walaupun syarikat mempunyai peranannya juga dalam pembangunan negara dan negeri. Ada beberapa pelan baru yang sedang di rencana dan di rancang di pihak Kementerian PETRA yang menguruskan air dan tenaga supaya kita mengenakan caj yang lebih tinggi kepada industri-industri yang menggunakan tenaga yang agak tinggi. Antara yang selalu disebutkan adalah data centre. Ini bukan bermaksud kita nak naikkan dengan kadar yang besar ia masih lagi perbincangan yang awal kerana pada pandangan setengah pihak ataupun proposal yang dibentangkan baru dalam seminggu dua minggu yang lepas itu. Industri sepatutnya memberikan kelebihan dan juga menambah nilai kepada prestasi tenaga dan keperluan tenaga. Namun begitu Air Selangor juga merupakan antara syarikat air yang terkedepan terutamanya dalam mendapatkan geran. Geran-geran ini diperoleh kerana kita berjaya mengurangkan NRW. Sebagai contoh pada tahun 2023, 2021 kita mencatatkan jumlah sasarannya di bawah 28% dan pada hari ini kadar semasa ialah 27.2% NRW kita. Dan kita dalam right track untuk mencapai sasaran kita iaitu 27% pada tahun 2024. Apabila kita dapat tahun 2024 sasaran tersebut kita akan dapat sekitar RM200 juta daripada SPAN dan juga daripada kementerian kerana capaian kita terhadap NRW ataupun non-revenue water. Terima kasih.
Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 91.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 91. Saringan Kesihatan Warga EmasQuestions
91. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan statistik peserta Selangor Saring dari segi umur dan jantina.
b)
Bagaimana perancangan kerajaan bagi melaksanakan program saringan kesihatan khas untuk warga emas?
c)
Adakah ada inisiatif tambahan yang akan diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran warga emas mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pencegahan?
Terima kasih Yang Berhormat Meru telah bertanyakan tentang statistik Status Selangor saring dari segi umur dan jantina. Perancangan kerajaan mengenai pelaksanaan Program Saringan Kesihatan khususnya untuk Warga Emas dan apakah inisiatif yang akan diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran warga emas mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pencegahan. Untuk soalan yang pertama, apabila kita melihat hampir 7000 peserta pada saringan kesihatan, tidak kira apakah jenis peringkat umur sebab saya ada kategori daripada umur 18 hingga 30, 31 hingga 45, 46 hingga 64, 65 ke atas. Lelaki mengambil peratusan anggaran 27 hingga 28% dan perempuan adalah dalam anggaran 72 hingga 73% dan di dalam kategori umur ini, kebanyakan para peserta adalah mereka yang berumur di antara 31 hingga 45 tahun dan 46 hingga 64 tahun. Nanti saya boleh berikan secara terperinci lah. Okay, untuk soalan (b) dan (c) akan dijawab bersekali. Untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini Kerajaan Negeri sedang menjalankan program rintis berkaitan dengan pencegahan keuzuran di kalangan warga emas yang sedang dilaksanakan oleh B-vital sebuah badan bukan kerajaan yang memberikan fokus kepada program kesihatan awam termasuk warga emas. Dan melalui projek rintis ini kita telah jalankan di beberapa kawasan penilaian asas status kesihatan warga emas dan saringan keuzuran akan dijalankan di lokasi yang telah dikenal pasti berdasarkan jumlah warga emas yang tinggi sebagai contoh di Klang. Dan kriteria yang utama warga emas mestinya berkaitan dengan umur iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Dan susulan daripada saringan dijalankan selain daripada saringan dalam program inisiatif ini juga kita akan jalankan taklimat berbentuk pendidikan, program senaman, senaman kerapuhan dan rawatan fisioterapi yang akan disediakan untuk peserta yang dikenal pasti mempunyai risiko ataupun menghadapi masalah kerapuhan. Jadi kaedah pelaksanaan program ini difokuskan kepada 2 kategori iaitu; pertamanya pra kerapuhan iaitu skor kurang daripada 4 dan keduanya kerapuhan lah, skor sama ataupun lebih daripada 4.
Yang individu dengan pra kerapuhan akan menerima nasihat daripada pakar kesihatan dan digalakkan untuk menyertai sesi pendidikan serta senaman. Manakala individu dengan kerapuhan disyorkan menjalani rawatan dan pemulihan. Saringan susulan akan ditetapkan untuk memastikan pemantauan berterusan dan penilaian lanjut. Jadi sehingga 1 Oktober lepas, seramai 1,688 warga emas telah menjalani program ini dan kerajaan negeri akan menilai keberkesanan program ini selepas ia nya ditamatkan pada bulan Disember tahun ini sebelum pertimbangan bagaimana kita nak teruskan lah pada tahun yang ke hadapan. Dan negeri Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai
golongan warga emas yang teramai di Malaysia selari dengan Belanjawan 2025. Oleh itu juga yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar Selangor. Kerajaan negeri juga akan merangka inisiatif berkaitan dengan penjagaan kesihatan bagi golongan warga emas dengan peruntukan sebanyak RM 400,000.00. Dan Jawatankuasa ini juga akan mengadakan perbincangan lanjut untuk merangka pelan dan program yang bersesuaian untuk kebajikan warga emas termasuk dalam aspek kesihatan.
Soalan tambahan. Adakah kerajaan melalui Pejabat EXCO ada perancangan untuk bekerjasama dengan PAWE daerah-daerah di negeri Selangor untuk melaksanakan program kesihatan warga emas? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Ini juga dalam salah satu rancangan lah kerana apa yang kita akan tetapkan daripada projek rintis bersama dengan B-Vital ini adalah selepas ini, manakah kawasan-kawasan yang boleh kita laksanakan berkaitan dengan saringan kesihatan, taklimat kesihatan dan sebagainya. Dan dengan ini antara kawasan-kawasan yang akan dipilih berdasarkan adakah kawasan itu popular dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan warga emas. Oleh kerana itu semestinya PAWE juga akan dimasukkan sebagai salah satu pilihan, dan sekiranya di kawasan DUN berkenaan memang kawasan PAWE itulah yang popular, yang kita boleh jalankan aktiviti itu bersama dengan Persatuan Warga Emas yang telah ditetapkan untuk menjaga PAWE berkenaan. Terima Kasih.
Soalan tambahan.
Ya silakan. Sijangkang.
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya nak tanyakan sebab di bawah Kerajaan Pusat juga ada program saringan Warga Emas bagaimana ini dapat diselaraskan agar ia dapat memberi impak yang baik kepada warga emas daripada sudut tanggungjawab kerajaan kepada kesihatan mereka. Dan yang kedua juga adakah mungkin kerajaan merangka satu dasar warga emas di negeri Selangor ini terutamanya dari sudut kesihatannya lah agar kita dapat jadikan dan satu kaedah bagaimana warga emas ini kita dapat santuninya atau kita dapat jaga dengan baik di Selangor daripada sudut semua sudut termasuklah ekonomi, mungkin sosial mereka dan juga kesihatan. Terima kasih.
Terima kasih soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Sijangkang. Sebenarnya dalam tempoh setahun ini banyak inisiatif lah yang berkaitan dengan kesihatan awam telah kami usahakan bersama
dengan jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Jadi untuk tahun hadapan sebelum kita melahirkan apa-apa jenis projek ataupun inisiatif, sebenarnya tahun ini pun kita telah menjalankan beberapa kali perbincangan bersama dengan jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Dan kita juga telah menjalankan lawatan bersama di Jepun untuk melihat bagaimana kita boleh mengambil pengalaman dan menggerakkan gerak kerja bersama dalam isu berkaitan dengan kesihatan warga emas. Jadi untuk tahun hadapan walaupun Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM400,00.00 berkaitan dengan isu kesihatan warga emas, pada waktu yang sama memang bukan saja isu yang berkaitan dengan kesihatan warga emas termasuk kesihatan mental dan sebagainya. Memang kita ada usahakan bersama supaya kita pastikan sumber yang didapatkan daripada JKMNS sebagai contoh boleh digunakan ataupun dilaksanakan serentak dengan sumber yang telah di.. apa tu ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jadi sebagai contoh di negeri Selangor memang kita mempunyai DUN-DUN di kawasan tertentu, jadi harapannya adalah kita dapat menggabungkan usaha saringan kesihatan warga emas ini supaya kita dapat bergerak ke lebih banyak kawasan dan DUN. Dan soalan kedua adalah berkenaan, adakah kita akan melahirkan dasar dan polisi berkaitan dengan warga emas. Dan dasar ataupun polisi berkaitan dengan warga emas ini sebenarnya melibatkan portfolio saya dan juga portfolio Yang Berhormat Taman Templer lah. Jadi dia bergantung kepada perkara apa. Dan sekiranya berkaitan dengan kesihatan memang daripada Kerajaan Persekutuan pun sudah mempunyai dasar kesihatan berkaitan dengan warga emas. Jadi apa yang kita sedang buat untuk tempoh masa ini adalah kita menjalankan projek rintis. Kita melihat dan mendalami polisi dan dasar yang telah baru saja dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kesihatan dan selepas itu sekiranya diperlukan adjustment dengan izin, ataupun penambahbaikan supaya kita dapat menjadikan ia nya lebih sesuai untuk negeri Selangor. Sekiranya mempunyai keperluan sebegitu kita akan keluarkan dasar berkenaan berkaitan dengan dasar kesihatan warga emas. Terima kasih.
Dusun Tua. Tidak hadir. Hulu Kelang.
Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
: Tuan Speaker, 93.
Tuan Speaker, sebenarnya soalan ini telah dijawab bersekali dengan soalan 84.
Oh ya. Betul, betul. Maaf.
Tapi saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Hulu Kelang kerana dilantik sebagai Setiausaha Agung BERSATU. Tahniah.
Baik, Paya Jaras.
Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
: Terima kasih.
Soalan saya Speaker, 94
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 94. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Di Sungai SubangQuestions
94. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini perkembangan projek RTB Sungai Subang?
b)
Bilakah projek ini dijangka siap?
c)
Adakah terdapat masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan projek ini?
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras, Tuan Speaker. Paya Jaras bertanyakan berhubung dengan perkembangan terbaru Projek Tebatan Banjir Subang. Untuk makluman Yang Berhormat Rancangan Tebatan Banjir Sungai Subang di Kampung Kubu Gajah, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor adalah melibatkan projek penaiktarafan sistem saliran dan pembinaan drop structure dengan izin, dengan kos RM7,318,000.00 yang telah bermula pada tahun ini pada tahun ini pada bulan Februari 2024 dan dalam sedang pelaksanaan. Status semasa setakat 30 Oktober 2024 ialah kerja-kerja di tapak ialah sebanyak 18% kemajuan berbanding dengan sepatutnya 23% ada penurunan. Ada 5% short ya. Jadi ini disebabkan oleh masalah cuaca ya. Yang cuaca yang sekarang ni yang kebetulannya agak sukar tapi walaubagaimanapun kita meneliti dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan supaya projek ini tidak akan berlaku kelewatan. Dan satu lagi masalah yang dihadapi di sini ialah masalah sampah haram yang terlalu banyak di mana kawasan jajaran ini pengorekan ini dipenuhi dengan sampah yang perlu dibawa keluar dari tapak ke tapak pelupusan yang dibenarkan. Ini kita tidak benarkan sebarangan dibuang sampah ini, mereka perlu melupuskan di tempat yang telah dibenarkan sahaja. Jadi ini
memerlukan sedikit masa dan kos tambahan oleh pihak kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja ini. Selain daripada itu tidak ada masalah lain yang dihadapi untuk menyiapkan projek yang berkaitan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO yang telah menjelaskan. Cuma kalau ikut progress jadual tu bulan Februari tapi kerja-kerja sebenarnya bermula pada bulan Julai. So ada tak kemungkinan projek ni akan dilanjutkan sebab nya menjadi suatu concern dengan izin, dengan penduduk Kampung khususnya kawasan Gajah 16 dan Gajah 23, sebab mereka sentiasa memantau rupanya mereka memantau. Tiap-tiap hari pantau sehingga mereka kata bila nak siap? Bila nak siap? Jadi mereka sangat risau sebab ini kalau lambat maka proses tu akan menyebabkan banjir kilat lebih kerap berlaku. Jadi apabila Speaker boleh maklumkan. Yang kedua berdasarkan kepada syarikat yang dilantik ni Syarikat Zen Matrade Malaysia Berhad ini kalau kita tengok dia punya syarikat ini ialah construction house and motion picture, video television programme, so boleh tak EXCO jelaskan adakah syarikat ini mempunyai kepakaran dalam konteks pembinaan saliran air dan berkaitan dengan JPS lah secara khususnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat tentang soalan tambahan itu. Saya sebutkan tadi kalau dia bermula dari Februari tu kerja-kerja awal lah dan sebab tempat ini sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum juga melibatkan isu-isu pencerobohan yang terpaksa kita selesaikan. Kerja-kerja awal ini biasanya memang makan masa sikit. Kerja-kerja ukur dan sebagainya jadi itu yang menyebabkan. Jadi setakat ini tidak ada permohonan untuk extension of time dengan izin, ini masih berjalan ikut jadual dan kita akan pastikan supaya semaksimum yang mungkin supaya tidak, apa nama ni keperluan itu tidak timbul. Dan tentang syarat-syarat pembinaan ini ataupun syarikat ataupun kontraktor ini memang kita menilai dengan teliti sebarang kontraktor yang kita nak lantik ataupun pilih daripada kontrak-kontrak adalah mereka yang mempunyai kelayakan-kelayakan. Kita membuat penelitian yang rapi dan saya berkeyakinan tidak ada masalah bagi mereka untuk melaksanakan projek ini. Terima kasih.
Selat Klang.
Tuan Speaker, saya ingin mengambil soalan Selat Klang bagi pihak dia ikut peraturan 24(2).
Okay baik, teruskan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 95. PelanconganQuestions
95. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini?
b)
Apakah terdapat program yang menumpukan kepada pelancongan perubatan memandangkan banyak hospital swasta di negeri ini mampu menangani penyakit kronik yang dihidap pelancong?
Terima kasih Tuan Speaker, Terima kasih Subang Jaya yang mengambil soalan daripada Selat Klang. Selat Klang bertanyakan soal pelancongan. Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah kehadiran pelancong ke negeri Selangor. Satu, kempen pelancongan. Kempen “Nak Bercuti,Pusing Selangor Dulu!” dan kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere” sedang giat dijalankan semenjak tahun 2021 bagi menarik para pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui (TSSB) Tourism Selangor telah membuat persediaan dan melancarkan kempen Tahun Melawat Selangor 2025, dengan tag line Suprising Selangor, Selangor Penuh Kejutan (Bahasa Cina) dengan izin, dan “Selangor akan Kagetan” (dengan izin) penuh kejutan dan menyediakan pelbagai program dan aktiviti pelancongan khususnya untuk menarik kehadiran pelancong ke negeri Selangor dengan sasaran sebanyak 8 juta pelancong. Dua, penyediaan konten kreatif dan promosi melalui media sosial. Pihak TSSB turut bergerak aktif di dalam mempromosikan destinasi pelancongan menarik yang terdapat di Negeri Selangor melalui 16 akaun rasmi pelbagai bahasa di digital platform rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok yang telah mencatat jumlah pengikut lebih dari 800,000 dan jumlah capaian sebanyak 55 juta. Tiga, penganjuran program FAM Trip. Pihak TSSB juga telah menganjurkan program FAM Trip kepada pengamal media antarabangsa , influencer antarabangsa , agensi pelancongan luar negara dan penggiat industri yang lain. Tujuan pelaksanaan Fam Trip ini adalah bagi memberi pendedahan tentang keunikan lokasi pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor. Keempat, penganjuran program promosi berkala. Antara inisiatif penganjuran program promosi pelancongan domestik yang dilaksanakan adalah Selangor Travel Fair,
Penyertaan dalam MATTA Fair, Skuad Visit Selangor Year, dan Program Jelajah Negeri. Manakala, Inisiatif Program Promosi Luar Negara yang telah dilaksanakan adalah seperti ITB Berlin, SATTE India, Sales Mission di Eropah dan China. Lima, penganjuran acara pelancongan. Penganjuran Acara Pelancongan amat penting bagi menarik para pelancong untuk datang ke Negeri Selangor. Antara acara pelancongan yang diadakan adalah seperti Wings of Kuala Kubu Baharu (KKB), Raja Muda International Regatta, Bon Odori Festival, Petronas Grand Prix MotoGP 2024 yang di yang berlangsung sebelum ini. Pesta Kelaut Kelanang haa Pesta Kelaut Kelanang, Shah Alam Art Fiesta, Gunung Nuang Ultra Run, Sambutan Hari Kelip-kelip Sedunia, Pesta Sayap dan sebagainya.
Pihak Tourism Selangor telah berkolaborasi bersama pemain industri bagi Pelancongan Kesihatan sepanjang tahun 2020 hingga 2024. Berikut adalah program-program yang telah dilaksanakan dan di rancang bagi Sektor Pelancongan Perubatan ke Negeri Selangor dari tahun 2020 hingga 2024.
1. Tahun 2020 • Penyertaan Siri Promosi Pelancongan Malaysia Health Care Expo Di Jakarta 2020 • Lawatan Kerja Domestik ke Penang Global Tourism • Webinar Healthcare Tourism For Post Covid-19 • Webinar Insight 2020 bersama pihak Malaysia Healthcare Travel Council • Taklimat Bersepadu Covid-19 bagi Segmen Pelancongan Kesihatan Negeri Selangor Tahun 2020.
2. Tahun 2021 • Kempen Focus Tourism Live Talk sempena penubuhan 20 tahun Tourism Selangor pada tahun 2021.
3. Tahun 2022 • Penyertaan Siri Promosi Malaysia Healthcare Expo Jakarta 2022 • Penyertaan Siri Promosi Pelancongan Healthcare Expo Medan 2022
4. Tahun 2023 • Key Opion Leader (KOL) siri video bersama Malaysia Healthcare Travel Council 2023 • Sesi Product Update & Fam Trip Pelancongan Kesihatan 2023 • Medical Tourism Media (Indonesia ,Filipina & Bangladesh) FAM Trip 2023
5. Tahun 2024 • MHX Expo Surabaya, Selangor Week 2024
• FAM TRIP Pelancongan Kesuburan Pasaran China • FAM Trip Media BERSAMA Kumpulan KPJ Healthcare
Dan untuk makluman Tuan Speaker, Medical Health Care EXPO di Surabaya-Selangor telah mendapat respons yang sangat baik dan saya diberitahu oleh AVISENA dan juga KPJ, ramai pesakit-pesakit ataupun pelancong-pelancong health care tourism ini, medical tourism ini telah datang untuk berubat di AVISENA dan di KPJ lebih daripada 30% mereka melalui expo-expo daripada Negeri Selangor ini. Jadi medical tourism antara yang sangat menarik di Selangor yang boleh kita kembangkan. Inilah antara maklumat tambahan kepada Subang Jaya. Sekian terima kasih.
Sentosa, tidak hadir. Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Subang Jaya nombor 97.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 97. Isu Penjualan Lot Bumi Kepada Bukan Bumiputera Di Usj One ParkQuestions
97. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan progres permohonan dan penyerahan hak milik strata kepada penduduk USJ One Park.
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya yang bertanyakan soalan berhubung penjualan lot bumi kepada bukan bumiputera di USJ One Park. Untuk makluman Yang Berhormat, proses permohonan dan penyerahan hak milik strata kepada penduduk USJ One Park adalah seperti berikut ; pihak pelikuidasi telah mengemukakan permohonan pelepasan kuota Bumiputera Negeri Selangor peringkat keempat (PPKB-4) kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) pada 26 Jun 2024. Walau bagaimanapun, dokumen permohonan yang dikemukakan oleh pihak pemohon tidak lengkap di mana statistik jualan dan senarai nama pembeli bukan Bumiputera tidak terkini dan tidak teratur
menyebabkan permohonan tersebut tidak dapat diproses. LPHS telah menghubungi pihak pelikuidasi sebanyak lima (5) kali iaitu pada 01 Julai 2024, 04 Julai 2024, 25 Julai 2024, 10 September 2024, 08 Oktober 2024 serta telah mengadakan tiga (3) kali perjumpaan iaitu pada 10 Oktober 2024, 18 Oktober 2024 dan kali terakhir pada 22 Oktober 2024 bagi membincangkan berkenaan statistik jualan terkini dan pengemukaan senarai nama pembeli terkini. Statistik jualan dan senarai nama pembeli terkini ini diperlukan bagi memastikan unit-unit yang disenaraikan tersebut merupakan unit yang telah dijual kepada pembeli bukan Bumiputera dan yang masih lagi tidak memperoleh kelulusan pindah milik dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bagi memastikan tiada unit-unit yang tercicir. Setelah memperoleh maklumat berkenaan statistik jualan dan senarai nama pembeli bukan Bumiputera terkini dari pihak Pelikuidasi pada 22 Oktober 2024, LPHS telah memproses permohonan pelepasan kuota bumiputera Negeri Selangor peringkat keempat (PPKB-4) dan mendapati sebanyak 207 unit telah terlebih jual kepada pembeli bukan Bumiputera dan yang masih belum memperoleh kelulusan pindah milik. Jumlah bayaran yang dikenakan adalah berjumlah RM15,324.530.40. Perincian bayaran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
Bil Jenis Bangunan Jumlah Unit Terlebih Jual Pemulangan potongan harga Bumiputera (rumah) @ 7% (RM) Jumlah (RM) 1. Rumah Berkembar / Teres 3 Tingkat 35 3,465,070.00 5,940,120.00 2. Pangsapuri Kos Sederhana Rendah (Blok A) 92 2,825,896.50 4,844,394.00 3. Pangsapuri Kos Sederhana (Blok B) 80 2,648,342.90 4,540,016.40
Jumlah
207 8,939,309.40 15,324,530.40
Seterusnya LPHS kini dalam proses penyediaan kertas pertimbangan bagi pengecualian bayaran 7% pemulangan potongan harga Bumiputera dan 5% Caj Pelanggaran Mekanisme Penyelenggaraan Kuota Bumiputera bagi 207 unit ini untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Kertas pertimbangan tersebut dijangka akan dibentangkan di dalam mesyuarat MMKN yang akan datang dan dijangka proses ini
dapat diselesaikan pada penghujung tahun ini. Ini cadangan ya, ada di MMKN ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sekiranya pengecualian bayaran 7% pemulangan potongan harga Bumiputera dan 5% caj pelanggaran mekanisme penyelenggaraan kuota Bumiputera bagi 207 unit diluluskan oleh MMKN kelak, LPHS akan mengeluarkan surat sokongan pindah milik kepada pihak PTGS ke atas kesemua 207 unit yang terlebih jual dan surat sokongan pindah milik tersebut turut disalinkan kepada pihak pelikuidasi. Seterusnya adalah menjadi tanggungjawab pihak pelikuidasi untuk melaksanakan segala proses pindah milik kepada pembeli-pembeli tersebut dengan membuat permohonan kepada pihak PTGS. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Yang Berhormat Seri Serdang.
Tuan Speaker No.98.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 98. Kutipan Zakat Negeri SelangorQuestions
98. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapa jumlah kutipan zakat bagi tahun 2023-2024 dan berapa jumlah agihan zakat kepada penerima bagi tahun 2023-2024?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Soalan mengenai berapakah jumlah kutipan zakat bagi tahun 2023-2024 dan berapa jumlah agihan zakat pada tahun yang sama. Untuk tahun 2023, jumlah kutipan zakat di negeri Selangor adalah sejumlah RM 1,118,913,991.00 manakala agihan bagi tahun 2023 pula RM1,151,140,207.00. Untuk tahun 2024, angka yang dibekalkan hanyalah daripada Januari hingga Jun, untuk kutipan seujmlah RM 559,331,621.00 telah dikutip setakat Jun 2024. Untuk agihan adalah sebanyak RM 556,596,271.00. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya. Seri Serdang.
Yang Berhormat EXCO Seri Setia. Alhamdulillah kutipan kita agak memberangsangkan. Tahniah kepada semua pembayar-pembayar zakat. Cuma untuk agihan zakat ini. Boleh tak Seri Serdang nak tahu tentang jumlah agihan kepada anak-anak yang belajar di Universiti sama ada dalam negeri atau pun luar negara kerana kita melihat anak-anak ini ramai yang berkebolehan, berbakat dan juga pandai untuk sampai belajar ke dalam negeri dan juga luar negeri tetapi dalam masa yang sama juga mereka hadapi masalah kewangan yang perlu dibantu oleh pihak Kerjaan Negeri
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan itu sangat spesifik. Saya akan bekalkan secara bertulis. Boleh. Terima kasih.
Gombak Setia, tidak hadir.
Boleh Tuan Speaker, saya ambil Peraturan Tetap 24 (2).
Ye. baik. Soalan diambil.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 99. Hutan Simpan Kekal Di Negeri SelangorQuestions
99. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan peratusan hutan simpanan kekal di Negeri Selangor?
Soalan yang ditanyakan adalah mengenai usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan peratusan hutan simpanan kekal di Negeri Selangor. Jadi menjadi komitmen Kerajaan Negeri Selangor adalah dengan mengekalkan sekurang-kurangnya 30% hutan simpan kekal daripada keluasan tanah
negeri sebagai salah satu strategi di bawah Teras Kelestarian dalam Rancangan Selangor 1. Dan sehingga kini keluasan hutan simpan kekal di Negeri Selangor adalah berjumlah 250,987.12 hektar atau pun bersamaan 31.7 daripada keluasan Negeri Selangor dan juga seperti yang telah dibangkitkan dalam Dewan sebelum ini dalam tempoh 5 tahun ini telah di rekodkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bahawa terdapat pertambahan keluasan Hutan Simpanan Kekal sebayak 779.73 hektar. Jadi mengenal pasti mana-mana kawasan hutan yang berstatus Tanah Kerajaan, Tanah Rizab dan Tanah Beri Milik yang berpotensi untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal adalah satu aktiviti yang di jalankan secara berkala. Dan selain daripada itu juga menguatkuasakan kaedah Penyiasatan Awam Selangor 2014 bagi mana-mana kawasan Hutan Simpan Kekal yang ingin di Nyah Warta mengenakan syarat untuk penggantian kawasan yang lebih setara bagi mana-mana kawasan Hutan Simpan Kekal yang di Nyah Warta dan proses ini perlu dilaksanakan secara serentak dan membuat kajian mengenal pasti kawasan tanah kerajaan yang berpotensi untuk di wartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dalam jajaran CFF dan memelihara kawasan rangkaian ekologi CFF iaitu Central Forest Spine, melibatkan 2 koridor, Secondary Linkages iaitu BSL 1 - Hutan Simpanan Raja Musa, Hutan Simpanan Bukit Tarik, Hutan Simpanan Gading. Dan BSL 2 - Hutan Simpanan Sungai Lalang sehingga Hutan Simpanan Hulu Langat.
Soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya agak spesifik kalau tiada soalan, boleh beri soalan bertulislah. Saya nak tahu berapa keluasan Hutan Paya Bakau yang ada di Selangor ini. Dan inisiatif yang berterusan dalam program memelihara dan memulihara hutan bakau ini, sebab saya tengok di kawasan saya pun banyak kawasan-kawasan hutan bakau ini yang terlibat dalam hakisan dan sebahagiannya ada beberapa pemilik yang dah jadi sungai. Saya kira ini harus diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri dalam menjaga pantai di Negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang, saya tidak ada maklumat buat masa ini. Nanti saya hantarkan secara bertulislah.
Baik sebelum saya memanggil Yang Berhormat Sijangkang, Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran tiga orang wakil daripada Akademi Kepimpinan Wanita, diketuai oleh Nor Zawani Muhammad Zakaria. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sijangkang.
Soalan saya nombor 100, Tuan Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 100. Pembangunan Lembah Klang RayaQuestions
100. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status pembangunan Lembah Klang Raya seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, dan juga Sijangkang yang bertanyakan tentang Pembangunan Lembah Klang Raya ataupun Selangor Greatest Klang Valley. Pembangunan Lembah Klang Raya sedang berjalan dengan rancak, memberangsangkan dan mengikut jadual yang ditetapkan. Projek ini menggabungkan empat bandaraya utama iaitu Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran, Bandaraya Shah Alam, maaf dan Majlis Bandaraya DiRaja Klang. Empat bandaraya besar ini dengan tujuan menjadikannya kawasan metropolis yang bernilai tinggi Lembah Klang Raya berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama di Asia Tenggara dan mampu bersaing dengan bandar-bandar besar lain di rantau ini. Selain itu, berbagai inisiatif sedang diambil untuk menyelaraskan undang-undang dan garis panduan di keempat-empat bandar ini bagi memastikan pembangunan yang mampan dan teratur dan cadangan pembangunan Lembah Klang Raya ini adalah idea daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan prosesnya sedang berjalan dengan lancar dan kita akan bangunkan, jadikan dia sebagai seumpama Greatest London Authority (GLA) dan juga Tokyo Metropolis Government (TMG), Regional Development Victoria, (RDV) ataupun Iskandar Regional Development Authority (IRDA) seperti di Iskandar. Inilah antara cadangan satu Lembah Klang Raya yang begitu besar dan di situlah ada penduduk untuk tambahan Tuan Speaker, empat bandar besar ini penduduknya 3.8 juta. Lebih separuh daripada penduduk di Negeri Selangor. Ini akan menjadi satu kuasa yang besar kalau kita seragamkan semua proses, prosedurnya dan sebagainya dia akan menjadi satu wilayah khas yang cukup mampan dan teratur dengan berbagai kemudahan, pendigitalan dan sebagainya. Kita semua sumber boleh diguna pakai bersama dan pada masa yang sama
juga melalui pejabat urus setia sementara SGKV melalui Menteri Besar Selangor Perbadanan (MBI) sedang dalam proses lantikan perunding untuk penyediaan comprehensive development plan yang dinamakan blueprint Selangor Greastest Klang Valley 2035 serta kajian penanda aras dan penggubahan enakmen dengan anggaran kos sebanyak RM1.4 juta. Dan kedua-dua dokumen ini dijangka akan di muktamadkan pada suku tahun 2025. Pejabat urus setia sementara SGKV juga sedang menyelaras proses inventori bagi mengenal pasti beberapa tapak yang berpotensi untuk projek flagship ataupun projek berimpak tinggi dan melalui Belanjawan Selangor dinamik ini, oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang dibentangkan, diluluskan peruntukan tahun hadapan 2025 untuk SGKV ini, RM3 juta. Maknanya Selangor sangat fokus tentang untuk menjayakan pembangunan Selangor Greatest Klang Valley. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Saya bagi Batu Tiga dulu.
Yang Berhormat EXCO, pembentangan yang sangat menarik bila bercakap tentang Lembah Klang Raya. Namun saya ingin mengambil sedikit ruang, perbahasan saya masih belum dijawab sebenarnya berkaitan dengan penyeragaman infrastruktur di kawasan kampung. Apakah ia boleh dilaksanakan sebab kita sudah ada satu model di mana MBSJ, Subang Jaya sudah mengambil alih infrastruktur kampung yang mereka sendiri, PBT sendiri laksanakan. So saya harap ada juga keseragaman daripada sudut itu melibatkan keempat-empat PBT yang lain. Terima kasih.
Terima kasih Batu Tiga. Berkaitan pengambilan kampung, longkang dan sebagainya sebenarnya di bawah portfolio Yang Berhormat Pandan Indah yang begitu indah sekali. Nanti dia akan responlah waktu penggulungan usul pembangunan. Terima kasih.
Ya, Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Tadi sebutkan bahawa ada Pejabat urus setia yang melihat kemajuan ataupun pembangunan Lembah Klang Raya. Cuma saya nak dapat maklumat, kita dimaklumkan bahawa akan ada satu Jawatankuasa Induk Pembangunan Lembah, Majlis Lembah, Majlis Pembangunan Lembah Klang Raya. Bagaimanakah jawatankuasa ini dan siapa yang mempengerusikan buat masa ini dan adakah apa-apa fokus yang tertentu yang telah dimulakan kerana antara perkara yang katanya yang akan difokuskan adalah berkaitan
dengan sistem pengangkutan awam yang akan dibangunkan secara terangkai dan juga sistem digitalisasi dan bandar low carbon city dan sebagainya, OKU friendly yang mungkin sudah mula dilihat ataupun telah dimulakan. Terima kasih.
Terima kasih Sijangkang yang prihatin dan sangat tumpu minat dengan SGKV. Memang sasaran matlamat Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membangunkan Lembah Klang Raya ini, tujuannya adalah menjadikan dia sebagai satu kawasan, satu bandaraya metropolis yang berdaya, berdaya saing, berdaya huni dan mengwujudkan pengkalan data SGKV seluruhnya dan berbagai pendigitalisasikan, digitalisasi semuanya, Smart Selangornya semua sistem yang terbaik kita akan cuba implement dalam Lembah Klang Raya ini supaya dia menjadi contoh di seluruh Malaysia. Contoh yang terbaik seluruhnya. Ini yang akan kita lakukan. Dan dalam jawatankuasa induk telah kita tubuhkan di pengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, dan Dato’ Setiausaha Kerajaan dan juga seluruh PBT, stakeholder yang berkaitan, Pejabat Daerah dan Tanah, SPBT dan EXCO-EXCO yang berkaitan, semua ada dalam satu jawatankuasa. Kalau senarai tu penuh dengan senarai tersebut. Dan kemudiannya dalam kita memantau contoh Lembah Klang Raya ini, kita juga memantau beberapa perkara bagaimana kita nak selaraskan dengan cadangan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu Speed Selangor. Pecutan Selangor itu macam mana nak pecut. Pecut Speed Selangor itu. (Bahasa Cina). Jadi, kita nak cepat, sekarang semua nak cepat. Zaman globalisasi semua nak cepat. Permohonan pun kena cepat. Jadi sekarang kita nak implement OsC, one stop centre tu, OSC 3.0 plus, 3.0 plus. Jadi, semua permohonan tu kena cepat. Kalau dulu tiga bulan setengah sekarang kita nak 14 hari dan sebagainya. 75 hari, 14 hari, hari ini 3.0 plus. Ini pun semua diteliti dalam satu jawatankuasa. Dan kemudiannya ada satu lagi jawatankuasa. Jawatankuasa Penyeragaman dan Amalan Baik PBT. Amalan Baik PBT juga kita tubuhkan. Saya sebagai, sendiri sebagai Pengerusi bersama juga SGKV, empat pendidik dan juga kita telah buat fokus, fokus group discussion dengan semua stakeholder termasuk REHDA, Persatuan Kemajuan Perumahan dan juga konsultasi arkitek dan sebagainya. Semua kita jumpa, dah ada lapan, lapan pertemuan, discussion termasuk dengan Ahli Dewan Negeri dan juga Ahli Majlis untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di lapangan tentang keberkesanan PBT dan sebagainya untuk kita selaraskan dalam SGKV ini. Dan banyak perkara telah dibincangkan antaranya kita juga nak pastikan seperti apa yang disarankan bukan sahaja Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Speed Selangor, termasuk juga apa yang disarankan oleh PMX, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu reformasi karenah birokrasi, RKB. Reformasi karenah birokrasi juga kita nak kurangkan semuanya dalam SGKV akan kita pantau. Kita nak pastikan masa dapat dijimatkan. Kemudian, wang ringgit juga kita dapat jimat dan sebagainya supaya kita menjadi contohlah yang terbaik dalam SGKV ini. Dan saya akan buat satu PC khas khusus untuk SGKV tengah hari ini untuk kita umumkan apa langkah-
langkah yang kita telah laksanakan oleh team urus setia sementara SGKV. Mereka banyak buat kerja, antaranya pengerusinya adalah mantan YDP Sepang, Dato’ Puasa. Itu orang yang sangat competent, orang yang faham dan juga perancang TBR, town planner, Ismail, mantanlah yang semua di Majlis Bandaraya Subang Jaya dan juga Dr. Samzaini, town planner dari Pengarah Pelan Malaysia dulu. Malaysia, Malaysia. Dia, dan juga Tan Ah Kau seorang Ahli Majlis yang senior dalam SGKV ini. Mereka inilah yang akan lakukan yang terbaik untuk bangunkan Lembah Klang Raya, Selangor Greatest Klang Valley yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Insya-Allah kita akan perolehi kejayaan. Terima kasih.
Bukit Gasing. Bukit Gasing. Tenang semua, Bukit Gasing ada soalan dia.
Terima kasih Tuan Speaker. Cukup semangat Yang Berhormat daripada Sekinchan. Kita memang nak The Greatest Klang Valley dan memandangkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dah berpindah daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya, demi mendapatkan Greater Klang Valley yang terbaik, adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memohon untuk ambil balik Kuala Lumpur menjadi satu daerah di negeri Selangor dan menjadi sebahagian daripada Selangor Greater Klang Valley ini.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing yang punya cadangan dan impian yang begitu besar. Ini satu impian besar, gede, gede bangat wong jowo dengan izin, gede bangat. Tapi impian yang sebegitu besar bukan taraf saya untuk jawablah. Kita serahkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk jawab soalan ini. Sekian, terima kasih.
Boleh ada MC sebelum jawab tu. Terima kasih Yang Berhormat. Sudah pasti kita tertakluk kepada satu perjanjian penyerahan Kuala Lumpur di atas butiran-butiran tertentulah. Antara perkara-perkara yang harus menjadi tanggungjawab kepada Kuala Lumpur untuk diserahkan ada beberapa butiran. Antara butiran itu ialah menjadikan pusat pentadbiran dan pusat pentadbiran telah beralih daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya pada Ketika ini.Yang kedua adalah Parlimen. Parlimen. Tapi Parlimen masih ada di sana dan selagi ada Parlimen tu, perjanjiannya selagi ada bulan dan bintang, kita belum boleh menuntut Kuala Lumpur sebagai satu daerah baru, ataupun satu wilayah yang dimiliki. Nanti jadi Sanusi pula minta Penang sama dengan. Yang kedua, sorry Sanusi, sorry. Yang kedua, saya nak juga sebut ialah, yang kedua pula adalah kita juga telah melaraskan dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh MITI baru-baru ni. Memang ada cadangan mengabungkan beberapa wilayah di antara Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan
Kuala Lumpur sebab kita ada koridor-koridor yang ada di utara, ada di selatan Iskandar dan ada di pantai timur. Tapi kita tidak ada Koridor Tengah. So, koridor tengah ini dijalankan oleh Kementerian MITI dan memang saya sebutkan untuk Kuala Lumpur bekerjasama kerana kalau empat city yang kita gabungkan itu, empat bandaraya campur Kuala Lumpur, kita akan jadi lima bandaraya yang baik. Mungkin tidak dalam bentuk daerah yang kita ambil di bawah negeri tetapi juga boleh dijadikan, diselaraskan daripada segi kerjasama, parking dan sebagainya. Sebagai contoh, senegeri-negeri, daerah-daerah ataupun majlis-majlis tempatan di negeri Selangor, kaedah parkingnya adalah menggunakan kaedah Smart Parking. Dan Smart Parking tu dah diguna pakai di Petaling Jaya sampailah ke Klang. Jadi kalau dia boleh masuk di dalam Kuala Lumpur, saya rasa valuenya akan lebih tinggi dan ia akan menjadi tarikan yang lebih baik kepada semua. Itu satu contoh sahaja iaitu parkir kenderaan ataupun tempat letak kenderaan. Tapi jawapannya mudah Yang Berhormat belum boleh lagi, kita tunggu mana-mana pemimpin daripada Putrajaya tiba-tiba nak alih Parlimen. Itu memang saya tunggu lama-lama, memang saya tunggu, kita tunggu sekian lama dan bila dia alih itu sebenarnya kita boleh meminta balik atau memohon balik Kuala Lumpur sebagai daerah baru ataupun sebagai daerah kembali kepada negeri Selangor. Terima kasih.
Jadi Dewan Negeri Selangor boleh pindah ke sanalah. Rawang.
Soalan saya sudah jawab.
Ya sudah jawab.
Jawab.
Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 102.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 102. Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)Questions
102. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah JPS dapat memasukkan daerah Klang untuk kajian PISMA pada tahun depan?
b)
Jika ya, nyatakan kawasan yang terlibat. Jika tidak, nyatakan sebab-sebab.
Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Tuan Speaker, Pandamaran bertanyakan soalan berhubung dengan kajian PISMA yang di kawasan ataupun di daerah Klang. Untuk makluman ahli Yang Berhormat PISMA ini ataupun singkatan bagi Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam merupakan satu program atau satu kajian yang penting dalam merangka, bagi kita merangka pelan dan induk jangka panjang di dalam pengurusan air-air larian hujan bagi mengurangkan risiko banjir dan juga dalam mengurangkan kesan pencemaran dan yang seterusnya adalah bertujuan untuk membangunkan inventori, aset sistem saliran di kawasan yang dikaji itu. Ini merupakan satu program yang penting yang dilaksanakan oleh pihak JPS. Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan sebenarnya untuk melaksanakan kajian pelan induk ini, PISMA ini dan untuk daerah Klang sebenarnya telah siap dulu pada 2009 ya iaitu preparation of storm water management dan drainage of master plan study for the town of Klang pada tahun Mei, Mei 2009. Dan untuk yang terbaru tumpuan kita lebih kepada melihat kepada kawasan yang lebih kecil kawasan lebih padat iaitu bandar dan ini pelaksanaan yang diusahakan untuk PISMA bagi bandar Sepang, Meru, Pekan Meru dan Puchong. Meru itu termasuk daerah Klang la ye. Yang sedang kita teliti pelaksanaannya dan telahpun siap proses tender perolehan data LiDar. Merupakan langkah awal untuk kajian LiDAR dulu dan itu akan makan masa 9 bulan untuk kajian LiDAR ini dan tempoh kajian PISMA 15 bulan. Jadi memerlukan masa yang agak lama juga ye dalam tempoh masa 1 setengah tahun 2 tahun menyiapkan kajian ini dengan kos RM7.5 juta. Sebenarnya kita telah melaksanakan setakat ini 11 PISMA di negeri Selangor ini iaitu melibatkan Klang, Sungai Buloh, Seri Kembangan dan Sungai Besi, Kajang, Banting, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Semenyih, Selayang, Rawang dan Kuang. Ada yang dah siap, ada yang dekat nak siap dan juga di bandar Sepang, Pekan Meru dan Puchong saya sebut tadi dalam kajian. Ini peruntukkan di bawah Kerajaan Persekutuan. Di bawah Kerajaan Negeri, ada 6, 6 kajian PISMA yang dah siap dan ada dalam perancangan. Yang dah siap ialah PISMA di Sepang dan Kuala Selangor. Untuk Hulu Langat dalam penilaian tender, penilaian tender. Petaling ada perancangan untuk Petaling, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Itu merupakan antara perkara yang kita telah laksanakan bernilai 7.795 juta daripada negeri dan dalam kajian yang kita akan buat untuk Sepang dan Meru dan Puchong ini kita akan tengok kalau kata ada peluang untuk meluaskan kajian itu daripada contohnya Meru, kalau kita perlu keperluan untuk meluaskan kita akan perluaskan tapi tumpuan kita ni pada bandar dulu. Bukan daerah yang besar, dia makan masa yang lama
kita buat bandar kita buat keperluan kita kembangkan ke bandar-bandar yang berdekatan ataupun kepada untuk memperluakan skop dia. Itu yang fokus kita sekarang sama ada peruntukan daripada peruntukan Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan. Terima Kasih.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Pandamaran
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Tadi Yang Berhormat EXCO telah kata PISMA telah dikaji, dibuat kajian dekat daerah Klang pada 2009. Tapi adakah saya nak tanya pandangan kepada Yang Berhormat EXCO, adakah pandangan Yang Berhormat EXCO bahawa PISMA ini berjaya atau tidak sebab kita nampak ni walaupun 2009 telah siap kajian, tapi kita nampak daerah Klang ni asyik dilanda banjir kilat dan kita tak dapat nak selesaikan betul-betul. Jadi adakah PISMA dapat betul-betul di membantulah untuk apa ni menyelesaikan banjir kilat ni. Terima kasih.
Ada 2 perkara sini yang daripada soalan Yang Berhormat tadi. Pertama, kajian ini 2009 ini agak lama jadi sekarang ni dah tahun 2024 jadi itu yang salah satu kelemahan sistem PISMA ini dia kena dilihat secara berkala. Dia tak boleh dah 10 tahun dah banyak perubahan-perubahan berlaku pembangunan pesat di bandar-bandar di Klang Valley ataupun Lembah Klang di Selangor ini. Jadi kajian itu sksn menjadi kurang relevan. Ini sebab apa? Dia kajian melihat kepada kemampuan sistem saliran dalam mengalirkan air ini. Jadi bila bertambahnya longkang parit dah 10 tahun ini, dah lebih 10 tahun, dah 15 tahun ini tentulah akan menyebabkan perbezaan perubahan-perubahan pada kajian itu, keperluan kajian itu. Ini sebab itu kita tumpuan kepada melihat kepada bandar-bandar supaya lebih fokus dan cepat dilaksanakan tapi dengan teknologi yang ada ini dengan LiDAR dan sebagainya masa tu mungkin tidak penggunaan remote sensing dan sebagainya. Sekarang ini penggunaan LiDAR agak murah dan juga agak cepat, jadi kita boleh fokus lebih kepada kawasan-kawasan yang lebih kecil tapi dapat dilaksanakan dengan lebih cepat kerana LiDAR ini penting. Yang keduanya ialah penting ialah kajian ini merupakan kajian, kajian ini menentukan keperluan sistem saliran itu sama ada invert level dia atau besar longkang parit dan sebagainya, tapi kalau tidak dilaksanakan dia jadi kajian sahaja lah. Ini antara kelemahan salah satu lagi masalah yang kita hadapi, makna apabila JPS melaksanakan tugas ini dan siap laporan ini, pihak-pihak agensi dan jabatan berkaitan kena melaksanakan terutamanya pihak berkuasa tempatan. Jadi itu yang dikongsi maklumat ini makna PBT tak payah buatlah kajian ini bila JPS dah buat bukan hanya untuk keperluan JPS sahaja tapi keperluan kepada jabatan agensi yang terlibat menguruskan sistem saliran termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pejabat daerah. Jadi benda ni dikongsi, pelaksanaan projek-projek itu perlu dibuat dan ini juga makan masa dan kos. Ini lagi satu macam saya
sebut berkali-kali contohnya Shah Alam, SASUD itu. Dia berdasarkan kepada PISMA di hadkan kepada keperluan ini, 300 juta untuk 5 tahun. Kos yang banyak ya. Jadi ini yang satu lagi isu yang kita hadapi dankita akan cuba semaksimum yang mungkin untuk melaksanakan berdasarkan pada kajian PISMA yang dikeluarkan ini. Terima Kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Pelek
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan saya berkaitan dengan PISMA ini adakah Kerajaan Negeri syarat penyelarasan dengan Pihak Berkuasa Tempatan, JKR dan lain-lain sebab memandangkan kebanyakkan sekarang keadaan yang ada di lapangan adalah berkaitan dengan banjir ini tidak banyak parit-parit, longkang-longkang yang tidak orang kata dikenal pasti, di verifiedkan dengan izin di pihak mana yang perlu menangani masalah. Seperti dikatakan parit, longkang-longkang ini ada kalangan tu ada di kadang-kadang JKR, ada di JPS dan ada di PBT . Jadi banyak yang belum dikenalpasti. Saya menyambut baik apa yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bila kita nak justifikasikan mana parit dan longkang-longkang yang tidak bertuan inilah dN ini mungkin dapat menyelesaikan masalah di lapangan. Cuma yang sekarang cuma ada syarat penyelarasan itu paling penting sedangkan PISMA ini dah bermula 2019 dikatakan oleh Yang Berhormat di kawasan-kawasan khusus ini diSepang ni telah ada banyak permbangunan yang drastik, jadi saya rasa kajian tu perlu lebih details lagi terima kasih.
: Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Itu yang saya sebutkan sebelum ini dalam ucapan sebelum ini, dalam pengumuman saya sebut longkang tak bertuan ini. Yang kita telah laksanakannya hampir 600 kilometer yang kita buat fasa 1, fasa 2. Dan kita juga telah buat ketetapan bahawa untuk sebelum akhir tahun ini kita akan selesaikan penyerahan itu one-off dalam 5 Juta itu one-off satu untuk penyelesaian parit dan longkang penyeragaan ini dan kita akan serahkan pada agensi dan jabatan sebelum akhir tahun ini. Untuk mereka laksanakan secara berkala selepas ini, tidak akan timbul lagi istilah longkang tak bertuan selepas ini cuma belum selesai lagi jalan tak bertuan ini pun kita akan tengok banyak tak bertuan jadi yang longkang kita akan selesaikan jalan ini akan selesaikan penyelarasan diantara jabatan saya akan dilakukan. Cuma nak diperkemaskan lagi selama ini pun PISMA ni memang dikongsi untuk penggunaan jabatan dan agensi lain. Jadi penyelarasan itu termasuklah longkang tak bertuan tadi dan juga saya sebutkan bahawa ini yang terbaru yang kita akan selaraskan program-program tebatan banjir di peringkat PBT yang masih lagi kita belum kemas lagi bersama dengan yang JPS kita dah clear tapi pihak berkuasa tempatan ni saya perlukan penyelarasan dan juga Langkah-langkah segera setengah tempat ini yang
perlukan Tindakan segera untuk sementara menunggu projek-projek yang panjang ini terutamanya ini siap kita perlukan Langkah-langkah segera dulu bagi mengurangkan meminimakan impak banjir yang sedang berlaku. Sekian terima kasih.
Ya Pandamaran
Terima kasih Tuan Speaker saya nak tanya kepada Yang Berhormat adakah Kerajaan Negeri dapat tubuhkan satu katakana task-force untuk memantau kajian-kajian PISMA ini dapat dilaksanakan dan diselesaikan supaya banjir-banjir seperti seperti banjir kilat yang sering berlaku di Selangor terutamanya di Klang dapat diselesaikan adakah Kerajaan Negeri dapat menubuhkan sesuatu agensi untuk memantau. Terima kasih.
: sebenarnya memang dah ada pun agensinya memang dibawah JPS, sebenarnya sentiasa ada laporan dan pembentangan saya dan laporan samaada dalam jawatankuasa sejam skim jaminan air mentah atapun dibawah task force banjir yang saya dua-dua yang saya pengerusikan. Ini memang kita saya sentiasa 4 kali mesyuarat kita dalam setahun setiap suku tahun kita akan ada satu mesyuarat berselang seli bermesyuarat task force banjir dua-dua ni akan dibentangkan kemajuan akan saya pantau. Macam saya sebut tadi ini adalah pelan induk sistem saliran perlaksanaan itu paling penting apabila kita dah tahu invert level tidak betul ini kena betulkan libatkan kos semua ni kita perkemas dan perjelaskan kepada jabatan dan agensi yang terutama pihak berkuasa tempatanlah dengan JPS supaya dilaksanakan projek ini mengikut kajian-kajian PISMA yang telah kita selesai. Kita perlukan dana untuk buat kajian lagi kita tak boleh pembangunan kita terlalu pesat dalam masa 5 tahun kita dah tambah berapa banyak longkang dan parit jadi dia memerlukan tambahan-tambahan untuk melihat kajian ini dia tak relevan dah dia tambah di Klang ni 2009 mungkin kesan aras laut itu belum masuk kiraan sekarang itu merupakan salah satu factor kajian yang telah dibuat untuk tentang kenaikan aras laut yang telahpun siap, memerlukan penaiktarafan ban dan sebagainya. Inipun dalam sebahagian kajian PISMA ini. Terima kasih.
Batu Tiga
Tuan Speaker soalan 103.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga bertanyakan dengan pembangunan tanah rizab Melayu dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Yang pertama perancangan untuk membangunkan tanah rizab Melayu tanpa
mengorbankan pemilikan induvidu adalah masih tertakluk kepada peruntukkan undang-undang yang berkuatkuasa. Mana-mana tanah yang diendorse di atas hak milik tanah rizab Melayu boleh dibangunkan, dipajak atau disewa tertakluk pada sekatan rizab Melayu MB bab 1 Bab 2 Selangor ataupun Malay Reserved Reservation Enactment (FMS), as applicable to the state of Selangor dengan izin tanpa mengorbankan sebarang kepentingan hak pemilik tanah tersebut. Ini enakmen yang sediaada dan beberapa tanah-tanah yang diwartakan ataupun telah direservedkan sebagai reserved Melayu akan tertakluk pada urusan-urusan pembangunan Kerajaan Negeri juga sedang meneliti langkah terbaru Kerajaan Persekutuan sebagai contoh dengan meletakkan beberapa kawasan yang telah sedia terbangun di Kuala Lumpur sebagai contoh sebagai kawasan rizab Melayu 50 ekar yang diberikan oleh Perdana Menteri sewaktu Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun ini. Dan mungkin itu sebahagian daripada strategi daripada kita reservedkan kawasan-kawasan kosong dan yang kemudian kawasan-kawasan itu tidak boleh dibangunkan ataupun lambat dibangunkan ataupun mempunyai nilai pasaran yang lemah lebih baik kita reservedkan kawasan-kawasan yang mempunya nilai-nilai kawasan yang tinggi cuma kita perlu ada perimbangan Yang Berhormat secara terbukanya daripada segi pasaran apabila tanah itu berstatus lebih bebas dia akan lebih jauh bernilai terutamanya pemilikan orang asing ataupun pemilikan daripada bukan dikalangan bumiputera. Namun ia boleh disusunkan kita mempunyai rangkaian usahawan-usahawan Bumiputera yang boleh bekerja ataupun boleh menjalankan tanggungjawab tersebut tapi tidaklah hanya kosmetik kita akan tengok yang significant termasuk di kawasan-kawasan yang berdaya saing kawasan yang digazetkan sebagai kawasan kita sedang mencari tapak-tapak tersebut. Itu diantara langkah yang saya rasa kita boleh dilakukan sekarang demi untuk memastikan kualiti dan juga nilai rizabkan Melayu itu bernilai tinggi. Daripada kita rizabkan kawasan yang berdekatan dengan hutan, kita boleh rizabkan kawasan yang dalam kawasan tegar pembangunan. Itu satu langkah yang mungkin boleh diatur susunkan oleh PKNS yang sebahagian daripada motifnya adapun penubuhannya adalah untuk membangunkan ekonomi Bumiputera.
Yang kedua, kerajaan bersedia membantu pemilik lot lidi untuk mendapatkan hak pemilikan tanah. Justeru kerajaan mencadangkan agar pemilik-pemilik lot lidi ini untuk membuat permohonan tukar syarat bagi menukar kategori syarat daripada pertanian kepada kediaman dan membuat permohonan pecah sempadan. Walau bagaimanapun kelulusan permohonan tukar syarat dan pecah sempadan ini adalah tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa. Kita nak bantu mereka yang kena scam ini terutamanya dengan lot-lot lidi ini adalah dengan membantu mereka untuk menukar kos tanah dan inilah yang banyak berlaku bukan hanya di satu-satu daerah tapi di semua daerah terutamanya daerah-daerah yang belum cukup dibangunkan kerana mereka di tawarkan dengan harga premis dan tanah yang murah berbanding dengan harga di kawasan persekitaran. Tetapi akhirnya tanah-tanah itu belum dipecah bahagiankan lagi
dan yang kedua akan berdepan dengan masalah warisan yang berpanjangan kerana masih lagi pada singal name dengan izin pada geran tersebut. Dan ada sebahagian dari tanah-tanah tersebut masih lagi dalam kategori tanah pertanian. Dan ini satu cabaran yang besar kerana mereka bergerak sebagaiannya dengan cukup licik dan ada kaitan dan ada keterlibatan daripada beberapa mereka yang tidak bertanggungjawab terutamanya di pejabat-pejabat. Yang ketiga berkenaan dengan Pembangunan Infra Awam khususnya di kawasan yang Melayu tanah individu. Ini saya rasa Yang Berhormat Pandan Indah mempunyai jawapan yang panjangnyalah. Asas begini Yang berhormat akan membangunkan infra struktur awam tanah hak milik kerajaan. Apa dah jadi kalau tanah itu berada tanah di tanah individu? Ada 2 kaedah, kaedah pertama adalah dengan melakukan proses pengambilan dan proses pengambilan ini akan mengambil proses kewangan dan juga hal yang melibatkan dana yang agak besar sebab pengambilan balik tanah terutamanya yang nilai tanah yang semakin meningkat. Dan yang kedua dipanggil sebagai izin lalu. Tapi izin lalu ini mengalami masalah juga sebab pada waktu-waktu tertentu ketika penyelenggaraan ingin dilakukan segala audit dan perakuan kita juga perlu akurat ataupun perlu ada kebertanggungjawaban. Kalau ia dilakukan di tanah hak milik private atau peribadi tanpa penyerahan yang jelas dari tuan punya tanah kita akan ada masalah. Itu tekanan yang kita hadapi. Saya rasa di KKB ada satu yang panjang di kawasan Lembah Beringin yang tanah hak milik itu belum diserahkan lagi kepada Kerajaan Negeri. Jadi proses-proses pengambilan ini saya rasa kita kena tengok secara menyeluruh nanti. Terutama sekali yang melibatkan pemajuan-pemajuan yang bertingkat tinggi ataupun yang berskala besar. Banyak sebenarnya sebelum ini yang projek terbengkalai tidak dapat diserahkan. Mungkin Kerajaan Negeri boleh mengambil peluang itu untuk mengambilnya dengan memotong beberapa percukaian-percukaian mereka ataupun menggantikan dengan cukai-cukai yang belum dilunaskan dan sebagainya. Sebab status tanah itu kalau tanah pertanian sebagai contoh. Nak ditukar kepada jalan, nak ditukar kepada kolam takungan nak ditukar kepada longkang, dia memerlukan proses perubahan warta atau perubahan hak milik. Kalau ia kekal sebagai kawasan pertanian bolehlah tetapi pada satu-satu masa tuan punya tanah tidak membenarkan dan ini boleh timbul lebih besar terutamanya apabila pemilik yang asal itu meninggal dunia. Di peringkat awal mereka okay, tapi bila meninggal dunia dan waris-waris akan mencari atau merebut hak milik itu kerana secara status di atas kertas dan juga persijilan itu tanah adalah pada hak milik pewarisan kepada keluarga terbabit. Jadi ia bukan perkara yang mudah lot lidi Yang Berhormat terima kasih.
Soalan tambahan.
Batu Tiga.
Sungai Tua. Yang Amat Berhormat. Bila kita bincangkan lot lidi ini, saya yakin dia akan berkait dengan pemilikan tanah. Kita cakap pasal infra tadi yang disebut oleh Yang Amat Berhormat, cuma saya rasa satu perkara lagi yang perlu kita perhalusi juga ialah missing link. Sebab bila ia melibatkan tanah persendirian ini bila dibina di satu dan bila nak dihubungkan dengan salah satu jalan besar ataupun jalan lain dia akan ada missing link sebab kebenaran pihak sebelah tanah sebelah sini tak bagi, sini bagi. So itu juga perkara-perkara saya fikir perlu diselesaikan saya mohon nanti kalau Kerajaan Negeri mempunyai perancangan yang lebih besar untuk menguruskannya terutama di kawasan kampung dalam kawasan bandar, ha kawasan kampung dalam kawasan bandar, itu saya fikir amat membantu kita semua. Terima kasih.
Yang Berhormat, dalam peraturan-peraturan tertentu di Pihak Berkuasa Tempatan sebagai contoh. Kita ada beberapa landasan undang-undang punca kuasa yang dalam erti kata memastikan ada laluan masuk ataupun jalan masuk kepada mana-mana pembangunan ataupun mana-mana hak milik premis dan sebagainya. Dan ini akan boleh dikenakan apabila Pihak Berkuasa Tempatan menerima permohonan daripada tuan punya tanah di depan ataupun di belakang supaya izin lalu atau bukan izin lalu, jalan masuk itu disiapkan dan disiapkan kalau tidak, kita tidak memberikan KM dan bangunan dan sebagainya. Ini selalu proses itu akan dapat dibuat selepas pembangunan-pembangunan tertentu dilaksanakan. Cuma saya sedar apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kadang kala tanah di depan itu tidak lagi ingin membangunkan, sebaliknya tanah di kawasan belakang itu ingin dibangunkan dahulu. Jadi laluan masuknya tidak ada pilihan selain melalui tanah dari pada tuan punya tanah yang ada di depan. Itu pun kerajaan akan jadi mediator ataupun berbincang dengan mereka supaya peraturan laluan masuk itu dikuatkuasakan awal dan kalau tidak, mereka juga akan terkesan dengan tuntutan-tuntutan pembangunan ataupun kebenaran-kebenaran yang mereka akan mohon kemudian. Jadi laluan masuk itu memang ada dalam peraturan sedia ada terutamanya untuk pembangunan dan satu kawasan pembangunan. Tidak adil kalau kita tak siapkan kawasan jalan masuk. Termasuk dalam jalan pertanian, pengkuarian dan juga tempat-tempat lain. Laluan-laluan masuk ini kalau lalu tanah kerajaan bukan isunya. Tapi bagaimana kita melaksanakan dengan laluan-laluan di tanah hak milik swasta. Peraturan yang ada di bawah kementerian di bawah enakmen, di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.
Cuma kadang-kadang penguatkuasaannya hanya boleh dilakukan sepenuhnya terutamanya apabila kita melaksanakan kelulusan ataupun proses-proses kelulusan di mana-mana kawasan pembangunan yang sedia ada. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima Tuan Pengerusi, saya amat menghargai hasrat Yang Amat berhormat Dato’ Menteri Besar, kalau tak silap saya dalam tahun 2019 untuk mengadakan satu dasar untuk lot lidi ini, yang saya kira menjadi masalah kepada Negeri Selangor dan saya banyak menyuarakan dan ramai lagi Ahli-ahli Dewan Negeri juga menyuarakan soal lot lidi ini. Saya harap kalau dapat, kalau belum ada supaya diadakan satu jawatankuasa dengan segera untuk menyelesaikan ini dengan meletakkan dasar-dasar atau polisi pra syarat- pra syarat yang tertentu. Contoh rizab jalan berapa kaki keluasan lot lidi yang boleh dijual untuk substesen dan sebagainya supaya ini dapat dipatuhi dan akhirnya kita dapat menyelesaikan isu-isu lot lidi ini. Kerana saya kira ini adalah sangat penting sebab selalu saya pun menyuarakan di Pejabat Tanah Daerah isu-isu yang sentiasa terus berjalan. Tapi tidak jalan penyelesainya, saya ingat mungkin dengan hasrat Yang Amat Berhormat untuk mengadakan satu dasar, satu hasrat yang sangat baik dapat direalisasikan dapat menyelesaikan masalah yang disebutkan yang Yang Amat Berhormat tadi. Terima kasih.
Okay Sijangkang saya ambil maklum terhadap cadangan maklum cadangan beliau. Kita akan mewujudkan jawatankuasa khas ataupun task force untuk menangani hal ini, sebab ini merata-rata di setiap daerah berlalu dan kita dah halang pembentukan ataupun kewujudan lot-lot lidi dengan menghadkan PA. Kadang-kadang ini berlaku diberi PA di peringkat awal, dan bila had-had tertentu itu diputuskan dalam beberapa penggal yang lepas. Kita dapati kes baharu berkurang tapi kes yang lama yang perlu dipulihkan itu masih kita perlu lakukan dan sedia maklum dengan cadangan ambil makmum cadangan Berhormat dan kita akan bawa ke Jawatankuasa Tanah Negeri ataupun Standco Jawatankuasa Negeri dan Mineral untuk menyelesaikan isu-isu lot lidi kerana hak milik itu akhirnya juga akan memberi pulangan hasil daripada bentuk cukai dan sebagainya. Dan juga memberi hak kepada Tuan punya yang telah mengorbankan diri membeli nilaian tanah dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.
Jeram.
Tuan Speaker soalan saya nombor 104.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 104. Sistem Amaran Bencana AwalQuestions
104. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status semasa pembinaan sistem amaran bencana awal seperti yang terdapat dalam Rancangan Selangor 1?
Terima kasih Jeram. Untuk menjawab soalan Jeram, program ramalan awal banjir di dalam dua fasa iaitu PRB Fasa 1 dan PRAB Fasa 2 dan ini kena dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun bermula 2015 hingga 2025 di mana bagi projek PRAB Fasa 1, PRABF akan dilaksanakan 3 lembangan sungai utama, iaitu Sungai Kelantan, Terengganu dan Sungai Pahang. Untuk makluman dewan projek ini adalah di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Dan bagi projek PRAB Fasa 2 yang melibatkan di Selangor yang telah bermula tahun 2019 dan dijangka akan siap pada tahun 2025. PRAB Fasa 2 juga ini akan melibatkan pembangunan modal ramalan banjir dia 38 lembangan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam memastikan pelaksanaan skop kerja pemantau ramalan dan amaran Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor mempunyai stesen hidrologi di seluruh Negeri Selangor. Stesen hidrologi utama terdiri daripada Stesen Telemetri (hujan dan aras air), Siren, internet protocol dengan izin (IP) Camera dan Rangkaian Hidrologi National (RHN). Bagi mendapatkan data-data taburan hujan dan aras air, stesen telemetri hujan dan aras air telah dibina di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh daerah di Negeri Selangor. Sehingga kini, terdapat 146 stesen telemetri hujan (RF), 82 stesen telemetri aras air (WL), 119 stesen siren dan 72 stesen IP Kamera. Stesen tersebut berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk memberi amaran awal kemungkinan berlakunya banjir di kawasan-kawasan berisiko dan hotspot banjir.
Soalan tambahan.
Ya Jeram.
Yang Berhormat EXCO boleh tak kita mendapatkan senarai stesen-stesen tadi terutama dalam DUN Jeram. Terima kasih.
Baik Yang Berhormat. Kalau boleh saya boleh jawab secara bertulis secara perincian nanti. Terima kasih
Tuan Speaker. Saya memang tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO atas amaran bencana. Saya hanya nak tanya biasanya selepas bencana berlaku atau pun baru-baru di Botanik banjir telah berlaku 77mm. Boleh tak Jabatan berkenaan itu memberikan satu laporan selepas bencana ataupun banjir berlaku di kawasan tertentu di mana masyarakat perlu taburan air hujan, kerana kita sedia maklum selalu dia cakap banjir tapi taburan air tu tinggi pada masa itu. Boleh tak mereka mengeluarkan satu kenyataan akhbar atau pun satu laporan bagi untuk kawasan tertentu berkenaan hujan atau pun aras laut dan sebagainya? Terima kasih.
Baik terima kasih Sentosa. Memang amalan dan juga pendekatan daripada Jabatan-jabatan Kerajaan Pengairan dan Saliran dan Metrologi yang akan memberikan makluman awal sekiranya risiko berlakunya bencana risiko hujan di luar kebiasaan dan akui memang pasca bencana itu kita tidak ada pemakluman tersebut, mungkin secara dalaman kami memang ada makluman kami dapat laporan daripada jabatan-jabatan berkaitan dengan bencana ataupun banjir yang telah berlaku dan saya boleh cadangkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, Agensi-agensi Kerajaan Negeri supaya memberikan ataupun mewar-warkan laporan selepas bencana atau bencana berlaku supaya penduduk mendapat maklumat yang sebenar tentang punca dan juga bagaimana untuk menangani langkah-langkah seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Sungai Ramal.
Speaker soalan saya 105.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 105. Council Homes Di SelangorQuestions
105. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah ‘council homes’ di Selangor?
b)
Berapakah kadar sewa bagi unit-unit rumah Council Homes di Bangi?
c)
Apakah kerajaan tidak bersedia membina rumah kebajikan seperti itu di setiap daerah?
Terima kasih yang Berhormat Sungai Ramal yang bertanyakan soalan berhubung dengan Council Homes dengan izin. Council Homes di Selangor dan juga terutama di Sungai Ramal. Saya untuk makluman semua Council Homes ini istilah yang digunakan dahulu daripada dulu merujuk kepada perumahan-perumahan yang dibangunkan oleh yang uruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan itu yang local council homes tu. Sebenarnya dia hanya rumah sewa yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Memang ada banyak di Selangor ini, tapi untuk rujukan kai ini lebih daripada lebih diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB). Yang ini untuk makluman Yang Berhormat ada 200 unit yang terdiri daripada 2 blok iaitu Blok A dan Blok B di Pangsapuri Seri Cempaka, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Ini ada 200 unit yang berkonsepkan Council Homes. Kadar sewa bagi unit rumah council homes di Bangi adalah bermula RM250.00 sebulan sehingga RM600.00 sebulan. Perbezaan kadar sewa adalah berdasarkan kepada aras tingkat unit rumah iaitu tingkat berapa, status perkahwinan kita pertimbangkan dan juga pendapatan isi rumah tersebut. Jadi ini merupakan council homes. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada dalam perancangan untuk melaksanakan pembangunan council homes baharu di Selangor. Namun demikian, Kerajaan Negeri pada masa ini sedang menumpukan usaha dalam memperluaskan dan memperbanyakkan penyediaan penyewaan kediaman di bawah Skim Smart Sewa sehingga 3,000 unit menjelang akhir tahun 2025. Kita dah switch walaupun nampak macam sama, sewa tapi dia ada berbeza, skim Smart Sewa ini di mana duit sewa yang mereka berikan itu akan di sebahagian nanti akan ditukar kepada down payment bagi pembelian rumah baru mereka. Ini agak beza sikit daripada council homes tadi. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekali masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul No.14 Tahun 2024- Usul Peruntukan Pembangunan 2025Motion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Usul No.14 Tahun 2024- Usul Peruntukan Pembangunan 2025.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Seri Setia untuk menyambung penjelasan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya sambung semula semalam dengan pertama sekali soalan daripada Yang Berhormat Sungai Burong mengenai peruntukan untuk Masjid As-Solihin Sungai Burong, Kuala Selangor disebut bahawa kos dalam Buku Belanjawan RM6.2 juta dan dikhabarkan ada penjimatan sebanyak RM2 juta. Masjid ini Yang Berhormat telah pun siap pada tahun 2020 lagi. Yang diperuntukkan dalam RMK-12 adalah sambungan sebanyak RM1.28 juta telah dibekalkan. Namun penjimatan yang berlaku itu telah pun dibelanjakan untuk tujuan lain. Kalau sekiranya ada keperluan untuk naik taraf boleh mohon secara rasmi dan kita akan pertimbangkan semula.
Seterusnya Yang Berhormat Seri Serdang ada bertanya mengenai Masjid Taman Lestari Putra.
Sikit, sikit.
Sila.
Boleh saya tahu butiran dialihkan ke mana tu?
Perbelanjaan ini diberikan kepada pembangunan masjid-masjid lain. Jadi dalam setahun tu ada banyak masjid dan dipecahkan dan dibekalkan. Kalau ada keperluan spesifik untuk masjid ini boleh nyatakan secara khusus dan kita boleh pertimbangkanlah.
Untuk Yang Berhormat Seri Serdang Masjid Taman Lestari Putra. Berita baiknya adalah kita akan mulakan kerja-kerja awalan pada tahun 2025. Pada 4 Oktober yang lalu telah ada satu mesyuarat dengan pengurusan masjid, jawatankuasa pembinaan masjid dan kos ditetapkan pada RM18 juta. JKR akan mulakan proses-proses tender untuk pembinaan. Jadi kita akan mulakan pada tahun 2025.
Seterusnya daripada Yang Berhormat Batu Tiga. Status Surau Al-Jannah, Seksyen 23, Shah Alam. Yang ini khabarnya adalah untuk naik taraf. Surau tu akan dinaik taraf daripada kapasiti 700 orang kepada 1,500 orang. KM telah diluluskan bersyarat oleh MBSA dan dimaklumkan dalam tabung kariah ada RM3.5 juta. Tender-tender akan dimulakan dengan segera.
Seterusnya daripada Yang Berhormat Batang Kali. Ada? Soalan Yang Berhormat Batang Kali ada dua mengenai Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa. Pertamanya adalah soalan mengenai isu cerun, yang itu saya biar Yang Amat Berhormat Dato’
Menteri Besar jawab. Tapi yang kedua untuk sekolah ini ada bangunan tambahan yang akan kita mulakan, dah mulakan kerja awalannya pada tahun ini juga sebanyak RM1.8 juta akan ada bangunan tambahan yang sedang dibangunkan melibatkan 20 kelas baru, satu surau dan satu kantin. So ini sedang berlaku dan kita akan selesaikan.
Untuk bahagian kedua permohonan RM16.3 juta Yang Berhormat untuk RM30,000 kepada 550 buah sekolah. Ingin saya tekankan di sini bahawa dalam Buku Belanjawan ini saja untuk sekolah agama dan guru-guru agama, kalau diteliti kita telah peruntukan RM40.7 juta. So RM40.7 juta ini dah ada dalam buku yang kita akan luluskan hari ini Insya-Allah, kalau kita selesai Dewan. Apakah itu banding dengan RM16.3j uta yang dipohon dan gajah di depan mata yang lebih besar adalah kalau kita teliti keseluruhan yang telah kita peruntukan untuk Pengurusan Agama Islam Negeri Selangor kalau kita ambil kira Pejabat Mufti, JAKESS, JPSS dan JAIS secara keseluruhannya RM478.92 juta telah kita peruntukan untuk pembangunan umat Islam di negeri Selangor. Apakah kita kurang Islam atau kurang Selangor seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat daripada Batang Kali?
Yang Berhormat Sungai Ramal
Yang Berhormat EXCO.
Sila.
Permohonan ataupun cadangan daripada saya pada semalam, sidang Dewan yang lepas ada beberapa tempat ataupun sekolah-sekolah agama yang sangat daif. Sebab itu saya mohon untuk peruntukan RM30,000 ini one off bagi kepada sekolah-sekolah yang belum diwartakan. Kebanyakan sekolah-sekolah juga belum ada diwartakan untuk tapak sekolah, sebagai contoh di kawasan Batang Kali saja terdapat lima buah sekolah yang belum selesai pewartaan. So sekolah-sekolah KAFA ni memang terbiar dan juga tidak ada peruntukan-peruntukan daripada mana-mana pun. Dia mengharapkan bantuan-bantuan yang dibagi oleh penduduk setempat ataupun masyarakat sekeliling yang ingin menderma. Saya bagi contoh Sekolah Kafa Integrasi Bukit Sentosa 3. Yang Berhormat EXCO maklumkan itu, itu peruntukan RM1.8 juta tu tahun lepas. Tahun ini juga diperuntukkan RM1.8 juta untuk membina SRA yang baru. Dekat kawasan Bukit Sentosa ini ada tiga buah sekolah. Dua buah sekolah, satu buah sekolah di Telipot, satu buah sekolah lagi di Bakawali. Yang masalah isu kecerunan itu di Bakawali, yang masalah berkaitan dengan isu keselamatan. Saya dah pergi ke sana dan saya mohon Kerajaan
Negeri untuk teliti balik sebab bumbung, atap dalam bilik darjah, ruang legar memang sangat-sangat membahayakan kepada pelajar-pelajar tersebut. Benda ni bukan baru daripada tahun 2022, tahun 2023 dan tahun 2024, tahun ini. Saya mohon untuk pertimbangan semula dengan kewajaran yang ada kepada Kerajaan Negeri bagi membantu sekolah-sekolah agama yang daif. Okay, sekian terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya dapat tadi maklum sekolah di Telipot dan Bakawali. Tak apa, itu saya sendiri akan cuba turun dan selesaikan dengan bantuan JAIS. Tapi kalau ada senarai lain di kawasan Batang Kali tu boleh bekalkan. Sebab mungkin kita masukkan untuk peruntukan tahun-tahun akan datang.
Yang Berhormat Speaker.
Baik, Batu Tiga sila.
Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya mendengar semula ucapan Batang Kali semalam dan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO, saya rasa tidak ada satu-satu pun imej yang tidak baik yang diberikan yang seperti yang disebutkan Batang Kali kepada Kerajaan. Kita ini tidak Islam, tidak prihatin kepada Islam. Saya rasa itu penyataan yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang Ahli Yang Berhormat. Sebab saya rasa apa yang perlu ialah bertanya soalan dan bila membuat sangkaan jahat seperti itu, ia memberikan cerminan yang tidak baik kepada pihak Kerajaan. Saya mohon Petua daripada Speaker untuk perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Saya mohon kepada Yang Berhormat Batang Kali untuk menyunting ataupun menarik balik dan menggantikan dengan perkataan yang lebih sesuai dan saya memberi peringatan kepada semua Ahli Yang Berhormat supaya apabila kita berdiri dan berucap dan mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini, kita mewakili semua kaum yang ada di negeri Selangor, semua agama yang ada di Negeri Selangor termasuk Orang Asli. Jadi saya mohon Yang Berhormat Batang Kali kalau boleh mungkin kamu, saya bercadang dan menasihat kamu untuk meminda ataupun amend statement Yang Berhormat, kenyataan Yang Berhormat semalam dan memberi satu kenyataan yang lebih neutral dan juga bertanyakan soalan yang lebih tuntas terhadap Kerajaan Negeri untuk mereka jawab. Ya, ya.
Tuan Speaker, saya tak faham perkataan apa yang saya buatkan ia seolah-olah seperti mana yang dilaporkan oleh Yang Berhormat Speaker. Boleh bagi penjelasan?
Yang Berhormat Batu Tiga.
Yang Berhormat Speaker, semalam bila disebutkan oleh Batang Kali tentang berapa banyak sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pihak pembangunan pendidikan agama Islam. Saya rasa itu sangat valid soalan itu. Tetapi bila dikaitkan dengan kenapa kita tidak bantu, kenapa Federal bantu lebih banyak sekolah cina dan india dan apakah kita di Negeri Selangor ini tidak Islam, tidak membantu orang Islam kita. So, saya ingat apa statement dan sangkaan jahat yang diberikan oleh pihak Batang Kali. Sebab saya rasa very clear statement. Boleh bertanya soalan dan berapakah jumlah sumbangan ataupun berapa peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pendidikan Islam. Saya kira sekadar itu pun sudah memadai. Namun sangkaan itu dibuat oleh Batang Kali kepada pihak kerajaan. Saya mohon ditarik balik perkataan tersebut. Terima kasih.
Ya lah. Yang Berhormat, saya cadangkan supaya tarik balik. Tak apa, Sijangkang. Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Batang Kali supaya tarik baliklah kenyataan semalam yang mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan kepada sekolah cina dan sebagainya apatah lagi sekarang ini kita membahas belanjawan dan bajet untuk Kerajaan Negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan. Jadi tidak perlulah Yang Berhormat buat perbandingan itu kerana seperti apa yang saya kata setiap sen dan wang ringgit oleh kerajaan adalah untuk rakyat Malaysia. Yang Berhormat Batang Kali, Sijangkang ada apa?
Speaker, kalau Peraturan 36(6) biasanya secara konvensional perkataan yang berniat jahat, fitnah dan sebagainya. Isu ini berlaku semalam. Saya tak tahu sama ada semalam diperbahaskan ataupun diminta tarik balik ataupun tidak. Jadi secara konvensionalnya apabila dah berlaku semalam, hari ini kita tidak boleh buat keputusan kecuali kalau ada Usul daripada Ahli Dewan Negeri yang lain untuk bawa isu ini.
Tak apalah. Saya rasa boleh. Boleh ditarik balik kerana Persidangan kita masih ada lagi. Jadi saya mohon supaya Batang Kali supaya perbetulkanlah. Tidak perlu buat perbandingan yang sedemikian rupa. Kalau ada masalah tentang kekurangan peruntukan untuk pembangunan Islam dan pembinaan masjid baru dan sebagainya bolehlah tanya kepada Yang Berhormat Seri Setia dengan cara dan bahasa yang berbudi bahasalah. Yang Berhormat Batang Kali? Setuju?
Tuan Speaker, semalam yang seingat saya. Saya bagi tahu itu adalah contoh bagaimana kejayaan Kerajaan Persekutuan. Saya nak Kerajaan Negeri mencontohi bagaimana dia membela sekolah-sekolah walaupun persendirian Cina tapi dia bagi satu peruntukan yang besar. Kenapa kita, Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh bagi peruntukan kecil yang melibatkan dengan sekolah-sekolah KAFA, SRA dan juga SAR? Sebab sekolah-sekolah ini kebanyakannya yang tidak ada orang kata apa, tiada peruntukan-peruntukan khas untuk membaik pulih. Memang boleh one off. Bukan ada kaitan
Okay, baik.
Itu adalah maksud saya.
tadi
Tuan Speaker.
Tadi Seri Setia sudah jawab.
Saya ingat benda ini data yang salah ni. Sebab dia kata seolah-olah tak ada peruntukan khas. Kalau kita tengok balik rekod 2018, untuk sekolah agama kita ada RM10 juta kita peruntukkan.
Yang Berhormat Speaker.
(Dewan Riuh)
Baik, baik, baik.
Yang Berhormat Speaker, ini perbahasan ke apa?
Pada 2018, RM6 juta je untuk SJK(C).
Kota Damansara bangkit peraturan berapa? Ini bukan waktu Kota Damansara.
So, jadi benda macam ini saya ingat tak boleh buat penerangan. Penerangan berdasarkan data. Dia tak boleh nak hanya penerangan semata.
Yang Berhormat Speaker, data Kerajaan Negeri bagi pun banyak salah.
Ya. Saya jemput Seri Setia untuk memberi penjelasan.
(Dewan Riuh)
Saya minta Seri Setia untuk berdiri memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan yang ada di sini. itu saja.
(Dewan Riuh)
Taman Templer, Gombak Setia duduk. Batang Kali duduk.
(Dewan Riuh)
Speaker, please manage the floor Speaker.
Seri Setia. Kota Damansara sudah cukup. Seri Setia silakan untuk memberi penjelasan ataupun penggulungan terhadap apa yang dibangkitkan tadi. Kuang duduk. Taman Medan duduk. Silakanlah. Jelaskan.
Baik, terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat semua. Saya rasa semalam yang dibangkitkan adalah isu yang dimohon oleh Batang Kali iaitu dia mohonkan dibekalkan RM30,000 untuk 550 buah sekolah. Dan jumlah itu kalau kita jumlahkan RM16.3 juta dan sebab jumlah itu sedikit, dibangkitkan semalam bahawa ada keperluan kita harus lebih prihatin terhadap sekolah-sekolah agama, membela umat Islam dan sebagainya. Dan pagi tadi saya tadi baru saja jawab bahawa sebenarnya kalau dilihat kepada apa yang telah kita lulus untuk kita luluskan, adalah jauh lebih besar daripada itu. RM40.7 juta untuk sekolah-sekolah agama yang ada. Dan kalau dilihat pengurusan umat Islam keseluruhan, kita bekalkan RM479 juta hampir pada tahun depan untuk pengurusan kesemua institusi-institusi agama di Negeri Selangor. Jadi selesailah masalah itu dan saya harap saya jawab dengan baik dan saya harap Batang Kali boleh terima dengan baik juga ya. Baik, baik. Sabar Taman Medan. Taman Medan, anai-anai dah selesai semalam.
Yang Berhormat Sungai Ramal ada bertanya mengenai Sekolah Agama Bandar Teknologi Kajang, bila akan bermula? Saya telah diberikan jaminan oleh pihak JAIS kita akan mulakan pada tahun 2025, peruntukan awal RM500,000 telah disediakan dan kita akan mulakan kerja-kerja awalnya tahun hadapan. Soalan kedua, Masjid West Country. Ada ke tidak projek ni kan? Untuk RMK12 jawapan rasmi yang saya terima terkini adalah tidak ada kerana peruntukan itu telah pun kita pindahkan untuk pembangunan Masjid Bandar Mahkota Cheras yang lebih utama tetapi kita akan masukkan ke dalam RMK ke-13 tahun 2026 hingga 2030. Kita jawab jujur kekandaku begitu.
Seterusnya daripada Yang Berhormat Jeram bertanya mengenai Masjid Dengkil. Bilakah akan bermula? Kita akan mulakan dalam RMK yang ke-13. Saya ambil maklum di atas cadangan-cadangan yang baik dari segi pengurusan projek dan sebagainya. Tapi isu masjid ini adalah ada isu tuntutan tanah oleh Orang Asli yang perlu kita selesaikan dahulu dan JAIS akan mulakan mesyuarat dengan pelbagai agensi dan ada multiagency coordination yang perlu berlaku untuk kita selesaikan isu-isu tanah terlebih dahulu sebelum kita mulakan pembinaan Masjid Dengkil tersebut.
Yang terakhir daripada saya adalah soalan daripada Taman Medan juga last ni mengenai peruntukan Smart Selangor Taman Medan yang hanya dibekalkan RM5 juta pada tahun 2025. Sebenarnya kebanyakan daripada dana tersebut biasanya RM15 juta itu telah kita pindahkan di bawah kelolaan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di bawah program pendidikan dan juga program-program khusus untuk pembangunan artificial intelligent pada tahun hadapan. Jadi, itu saja daripada saya. Terima kasih.
Sungai Tua.
Terima kasih Speaker dan Ahli-ahli Dewan. Saya mohon izin untuk menggulung awal sebelum Ahli-ahli Yang Berhormat ataupun Ahli-ahli EXCO lain menggulung. Sebab, petang nanti kita akan sama-sama merasmikan Selangor Education Summit yang turut dihadiri ataupun turut bersama adalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Jadi, sesi petang saya terpaksa mengiringi untuk Tuanku terutamanya untuk majlis tersebut.
Saya ucap terima kasih di atas beberapa pandangan-pandangan Yang Berhormat, khususnya Yang Berhormat Yang Berhormat, berkenaan dengan pembangunan di negeri Selangor secara menyeluruh. Dan sebahagian besar daripada luahan, pandangan daripada Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang ialah berkenaan jumlah peruntukan dan program-program pembangunan-pembangunan yang direncanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Terutamanya, dalam bidang pembangunan sosial di peringkat
negeri Selangor. Secara keseluruhan, saya ada tujuh perkara yang saya akan kembangkan di dalam penggulungan ini. Daripada peruntukan sukan hinggalah kepada program pembangunan masyarakat India.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin merujuk kepada kekurangan yang dilaporkan beberapa kali, berkenaan dengan peruntukan dan pembangunan atlet. Kebetulan, kita akan berdepan dengan SUKMA pada tahun 2026. Dan Selangor menjadi tuan rumah selepas tahun 1998. Justeru ada pandangan kenapa peruntukan tentang pembangunan atlet dan sukan ini berkurang daripada RM8 juta tiap-tiap tahun kepada RM6 juta. Secara asasnya begini Yang Berhormat, kita telah meletakkan satu syiling dalam Rancangan Malaysia ke-12, dan juga Rancangan Selangor, peruntukan untuk Majlis Sukan Negeri Selangor ini adalah sebanyak RM35 juta dalam tempoh lima tahun iaitu sampai 2025. Dan pada tahun ini, tahun 2024, kita telah berbelanja sampai RM29 juta kerana kita telah menambah 2.78 juta untuk pembangunan dan persiapan atlet menjelang SUKMA 2024 dan juga RM1.5 juta dalam bentuk insentif-insentif kepada pemenang-pemenang pingat emas, perak dan gangsa, termasuk juga sebahagian bantuan untuk paralimpik SUKMA yang telah berlangsung. Jadi dengan sebab itu tinggal balance dia adalah RM 6 juta. Tapi jangan bimbang sebab di dalam kod Pelbagai Yang Berhormat, kalau boleh saya rincikan, salah satu perkaranya adalah berkenaan dengan pembangunan untuk SUKMA Projek Khas. Dan di sana disiapkan RM10 juta lagi untuk pembangunan SUKMA tersebut. Jadi saya percaya, RM4 juta, kita boleh agihkan nanti mengikut kepada persetujuan MSN. Sama ada untuk pembangunan atlet dan selebihnya untuk persediaan kita bagi penyediaan venue-venue dan juga kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan. Secara keseluruhan kita melihat kos untuk menganjurkan SUKMA itu dianggarkan lebih daripada RM150 juta. Dan itu memerlukan satu penelitian khas. Saya kira dalam tempoh beberapa hari lagi SUKMA ataupun negeri Selangor akan mengumumkan siapakah CEO atau penganjuran SUKMA tersebut. Dan di sana kita akan muktamadkan apakah kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan. Sebahagian daripada tempat-tempat dan venue yang telah kita tetapkan itu sudah ada. Misal contoh, kolam renang. Penambahbaikannya mungkin tak begitu banyak. Kalau kita kata lawn ball, lawn ball, kita ada Institut ataupun D’Bayu Mas, yang memang sebagai pusat latihan lawn ball sebelum ini. Aktiviti-aktiviti lain, memanah, dewan orang ramai sekarang sedang dikenal pasti. Malahan baru-baru ini, saya bersama EXCO Sukan merasmikan pertandingan Silat Tempur sebagai satu persediaan. Dan kita lihat bangunan dewan di UiTM Shah Alam itu sangat berpatutan ataupun UiTM Selangor boleh digunakan untuk aktiviti tersebut di samping beberapa kemudahan-kemudahan lain. Jadi kalau saya nak rujuk kepada perbahasan Sijangkang, apakah kita nak jadi penganjur dan gunakan kelengkapan negeri lain. Secara keseluruhannya, saya percaya 90% kita boleh gunakan yang ada di negeri Selangor. Mungkin ada keperluan kita di luar. Sebagai contoh ialah penggunaan velodrom, jika kita ingin menganjurkan kejohanan basikal dengan velodrom dan tidak
dengan hanya lebuhraya. Velodrom itu, kita akan gunakan kelengkapan di Nilai sebagai contoh, kerana jaraknya tidak begitu jauh. Dan perasmian, perasmian memandangkan mungkin stadium kita tak siap lagi. Stadium kita mungkin akan siap awal tahun 2027. Dan kita telah merancang antara tempat yang kita fikirkan adalah Stadium Merdeka di Kuala Lumpur. Satu, dua cadangan yang kita fikirkan itu. Jadi, sama ada kita nak gunakan kelengkapan lain, tempat lain, kemungkinan ada tetapi itu belum muktamad kerana pihak CEO dan pihak penganjuran SUKMA akan memikirkan apa selanjutnya. Jadi pada tahun 2025, minimum ada RM6 juta yang akan boleh digunakan untuk infrastruktur dan juga tempahan-tempahan yang sedia ada. Kalau ada tambahan, kita akan sediakan bajet khas nanti. Bajet khas itu kita sedang rangka balik kerana kita nak dapat angka dan juga peruntukan yang muktamad, berapakah kita perlukan. Kalau ikut kos yang dianjurkan oleh negeri lain mencecahkan RM250 juta. Kebetulan pihak Kementerian Belia akan memberikan RM50 juta sebagai geran untuk penganjuran Sukan Malaysia selaku tuan rumah pada tahun 2026 nanti. Jadi RM50 juta yang kita gunakan itu, boehlah kita gunakan sekarang sebelum dibayar balik oleh pihak Kerajaan Persekutuan terutamanya penumpuan terhadap infrastruktur-infrastruktur ataupun penambahbaikan infrastruktur yang diperlukan untuk acara trek dan balapan.
Kita ada beberapa stadium yang tidaklah begitu besar. Sebagai contoh, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ataupun stadium-stadium lain seperti Selayang, yang boleh digunakan kerana kalau kita gunakan stadium besar sekalipun, akhirnya ia tidak dipenuhi ketika acara trek dan balapan. Tapi acara-acara lain saya rasa hampir keseluruhannya kita mampu untuk laksanakan. Dan dengan RM50 juta yang disiapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan, saya rasa mencukupi untuk keperluan-keperluan fizikal ataupun keperluan-keperluan penambahbaikan aktiviti tersebut. Maknanya akan ada tambahan RM4 juta, 2 hingga 4 juta, terpulang kepada MSM. Tapi pihak perbendaharaan akan meneliti, sama ada peruntukan tersebut berguna ataupun tidak. Seterusnya, saya nak rujuk kepada ANIS.
Sebelum itu, boleh?
Mana.
Sini. Pertamanya, saya nak minta izin, sebab saya ingat saya bahas dalam peringkat dasar, tapi belum dijawab. Saya minta mungkin respons daripada Dato’ Menteri Besar, supaya dilibatkan Ahli-ahli Dewan Negeri Pembangkang dalam mesyuarat Peringkat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan juga majlis PBT. Kerana saya melihat banyak isu-isu yang remeh dapat kita selesaikan apabila kita bersama-sama dalam mesyuarat. Tak perlu di bawa dalam sidang Dewan ini. Yang kedua, berkaitan dengan peruntukan. Itu terpulang kepada Yang Amat Berhormat Dato’
Menteri Besar, jumlahnya. Tetapi saya mengharapkan peruntukan itu diberikan kelonggaran kepada kita ini. Supaya bukan hanya guna untuk sumbangan pendidikan dan juga perubatan. Makna ada kelonggaran di situ dan saya ingat yang peruntukan RM10,000.00 untuk Skim Peduli Sihat itu, mungkin dimansuhkan. Kalau tidak, saya ingat sebahagian besar, sebab kita tidak terlibat dalam program-program ini, Iltizam Negeri Selangor. Kalau tak, setiap tahun kita terpaksa minta permohonan untuk dikecualikan dan untuk digunakan sebagai peruntukan yang lain. Dan yang kedua, berkaitan isu yang ini, saya nak dapat maklumat daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri berkaitan dengan baik pulih Hotel Carlton yang akan dijangkakan sedang gedung e-sport. Sebab saya tengok, terlalu usang. Begitu juga dengan tempat letak keretanya. Sama ada RM1 juta itu untuk keseluruhan. Saya ingat, baik kalau nak kita baik pulihnya atau naik taraf adalah parking dan juga hotel itu sendiri. Dan saya ingat mungkin jumlahnya makan begitu besar. Mungkin ada penjelasan daripada Yang Amat Berhormat sendiri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau merujuk kepada kehadiran ahli-ahli wakil rakyat opposition atau pembangkang dalam Majlis Tindakan-tindakan Daerah, saya akan maklumkan nanti kepada pegawai-pegawai daerah, terutamanya satu-satu perbincangan itu melibatkan kawasan-kawasan dan lokaliti pihak berkuasa, pihak-pihak ADUN terbabit. Insya-Allah kita akan melaksanakan dasar tersebut selepas satu pekeliling baru akan ditetapkan. Terutama kalau ada isu spesifik lah Yang Berhormat, bukan semua isu. Kadang-kadang ada perkara itu agak menyeluruh yang melibatkan kehadiran PBT dan sebagainya. Itu yang pertama. Yang kedua, berkenaan dengan peruntukan. Peruntukan ini sebenarnya transpire ataupun terhasil apabila melibatkan perbincangan pertama saya dengan pihak pembangkang. Dan itulah yang disebutkan iaitu pendidikan, kesihatan dan beberapa perkara-perkara lain. Dan insya-Allah kita boleh mempertimbangkan selepas jika ada permohonan daripada pihak barisan Perikatan terutamanya, untuk menambah terhadap beberapa unsur-unsur lain, untuk perbelanjaan tersebut. Saya juga dapat permohonan-permohonan tertentu daripada pihak opposition terutamanya dan juga kerajaan, terutamanya, untuk menggantikan projek-projek kecil. Saya beranggapan projek kecil ini bermakna dan kita selesaikan case by case ataupun setiap kes itu, kita tengok kepada tuntutan tertentu. Dan memang sebenarnya di pihak kerajaan dan pembangkang, di pihak kerajaan pun kita belum ada luluskan lagi kebenaran untuk menggunakan projek kecil mereka, untuk projek-projek ataupun peruntukan lain. Tapi untuk itu boleh dipohon secara individu dan untuk skop itu boleh dibincangkan nanti untuk tahun 2025 selepas ini. Dan itu hanyalah urusan pentadbiran dan pengurusan.
Yang ketiga, adalah berkenaan Carlton Hotel. Saya rasa Yang Berhormat juga faham, bahawa Carlton Hotel ini adalah di bawah kelolaan Majlis, MBI, Menteri Besar Selangor Incoporated ataupun perbadanan. Dan di antara bebanan adalah perjanjian lama yang
akan selesai dalam tempoh tertentu. Dan kita baru sahaja berbincang dengan pihak terbabit dan pihak terbabit setuju untuk kita bangun semula. Kalau tidak ada perjanjian lama yang menghantui kita dan kita terpaksa mempertimbangkannya. Jadi RM1 juta yang kita peruntukan itu, sebenarnya adalah untuk mengisi setelah gedung disiapkan. Gedung itu akan disiapkan dengan kerjasama swasta, kerana bukan hanya gedung akan disiapkan. Saya rasa ada pembangunan menyeluruh di keseluruhan bangunan infrastruktur ataupun premis Carlton Holiday Hotel itu, yang dibangunkan di antara bangunannya dan juga tempat parking ataupun tempat letak kereta. Tempat parking tersebut sebenarnya, sebenarnya tidak berapa sesuai dan tidak begitu selamat daripada segi reka bentuk dan bentuknya. Saya percaya satu pembangunan menyeluruh yang akan dibuat dan sebahagian komponen itu adalah gedung e-sport. Dan pengisiannya adalah program latihan ataupun pertandingan dengan nilai RM1 juta yang kita siapkan dalam peruntukan pelbagai yang ada turut disiapkan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bergerak kepada ANIS. Peruntukan PK 6, Wanita, Kebajikan dan Kesihatan, 06001 – Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk Anak Istimewa di bawah ANIS. Dan mendapat dan terdapat sedikit penurunan peruntukan daripada RM3 juta kepada RM2.3 juta. Saya nak maklumkan, kenapakah perkara ini berlaku. Perkara ini berlaku, kerana pada ketika ini ANIS sedang di formula semula kepada YANIS ataupun Yayasan ANIS. Kerana sebelum ini, ANIS beroperasi di bawah YAWAS ataupun Yayasan Anak Selangor yang menguruskan TAWAS. Ada satu department kecil yang kita namakan department ANIS, dan sekarang telah bergerak menjadi YANIS ataupun Yayasan ANIS yang Insya-Allah akan sempurna dalam tempoh tertentu. Kalau kita lihat, pengurangannya, mungkin dalam sekitar RM700,000.00. Lebih kurang daripada keperluan daripada tahun lepas. Jadi nilai RM700,00.00 itu kita nak lihat kepada pembentukan YANIS nanti dan sebahagian daripada peruntukan pelbagai masih boleh ditambah, untuk peruntukan YANIS pada tahun depan dan Insya-Allah kita boleh tambah sekitar RM1 juta daripada RM2.3 juta yang ada dalam peruntukan ANIS pada tahun 2025. Selepas kita lengkapkan penubuhan YANIS. Untuk makluman Yang Berhormat, YANIS telah diluluskan oleh pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam bulan 10, bulan 11 yang lepas, kira-kira. Dan mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAWAS juga telah diberi maklum. Cuma kita kena selesaikan daripada segi sudut OPEX ataupun daripada sudut pengurusan YANIS itu. Daripada segi gaji, pegawainya dan sebagainya yang dipisahkan daripada YAWAS dan selepas itu, kita akan tambah. Dan tambahan itu kita ada simpan didalam pelbagai. Kerana kita nak lihat balik kesesuaian dan pelaksanaan-pelaksanaan program YANIS ataupun program-program ANIS. Maknanya daripada 2.3 juta, kita boleh tambah balik menjadi 3 juta ataupun tengok kepada keperluan YANIS setelah YANIS tertubuh sebagai sebuah Yayasan yang boleh juga, sebenarnya yayasan ini menerima dana dan juga menerima bantuan, sokongan daripada syarikat yang lain ataupun syarikat-syarikat seperti GLC dan
anak-anak syarikat yang lain. Sebelum ini, sebagai contoh MBI terlibat dalam early invention program pada beberapa tahun yang lepas. Dan sebahagian daripada program CSR itu boleh diagihkan di situ untuk peruntukan-peruntukan tambahan YANIS dan sebenarnya kita mempunyai yang cukup tapi YANIS perlu di kemaskinikan dan perlu dimuktamadkan dengan segera. Itu berkenaan dengan ANIS ataupun peruntukan untuk ANIS.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga nak merujuk kepada apa yang berlaku dalam LIMAS ataupun Hal Ehwal Selain Islam. Kita dapati ada penurunan RM2 juta daripada peruntukan tahun lepas, iaitu daripada RM6 kepada RM4 juta. Sebenarnya Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti which department ataupun pihak mana yang akan menguruskan dana tambahan RM2 juta yang kita akan tambahkan daripada peruntukan pelbagai untuk peruntukan rumah ibadat kerana pada waktu ini, kita sedang menimbang satu proposal daripada pihak-pihak tertentu untuk menjadikan satu rumah ibadat mesra alam. Dengan meletakkan kitar semula ataupun bahan-bahan seperti solar, dan juga perkara-perkara lain yang boleh mengurangkan kesan pelepasan gas rumah hijau dalam misi low carbon city kita. Jadi dua juta yang kita ada tu, kita simpan dulu di dalam pihak pelbagai kerana nanti dua juta itu akan ditambah, kalau yang uruskan nanti LIMAS. Peruntukan-peruntukan tambahan untuk LIMAS itu digunakan ataupun ditambah di dalam peruntukan tersebut oleh LIMAS, maka kita akan serahkan kepada LIMAS. Tapi LIMAS ini adalah Jawatankuasa di bawah Unit Perancang Ekonomi. Kita mungkin ada unit tertentu di bawah EXCO Alam Sekitar seperti pusat adaptasi iklim. Jadi pusat adaptasi iklim boleh menjalankan proses-proses pertukaran rumah mesra alam atau rumah ibadat mesra alam selain rumah selain Islam. Dan kita ada juga ada simpan dua juta untuk masjid dan surau. Untuk rumah-rumah ibadat mesra alam ataupun rumah-rumah ibadat Islam atau pun masjid dan surau yang mesra alam RM2 juta lagi maknanya ada RM4 juta lagi untuk alam sekitar tapi saya tak umumkan dalam belanjawan kerana datanya belum lengkap dan juga proposalnya belum lengkap jadi kita letak dulu di dalam Pelbagai sementara kita akan belanjakan tambahan RM2 juta untuk masjid dan RM2 juta lagi untuk LIMAS menjadikan RM6 juta secara keseluruhannya. Untuk LIMAS sebenarnya tidak ada pengurangan. Sebenarnya RM2 juta itu terpaksa kita letakkan dulu sementara menunggu peruntukan-peruntukan tambahan ataupun apa yang dipanggil sebagai projek baru yang lebih spesifik. Kalau tidak rumah-rumah ibadat ini kita berikan adalah sumbangan-sumbangan dan sumbangan-sumbangan itu biasanya menggunakan aktiviti-aktiviti biasa yang mungkin menaik taraf kemudahan dan sebagainya tetapi demi ke arah sebuah negeri yang lebih lestari, sustainable dengan izin, jadi kita juga spesifik akan melaksanakan projek perumahan rumah ibadat mesra alam. Kalau rumah ibadat hijau nanti semua jadi PAS pula, susah pula. Jadi itu tambahan RM2 juta yang akan kita siapkan.mAhli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga merujuk kepada Projek Pembangunan Kampung Baru Kerajaan Negeri Selangor yang mengetengahkan usaha
untuk meningkatkan kualiti infrastruktur. Ini satu lagi ya, di Kampung Baru memang ada sedikit penurunan daripada kadar yang kita benarkan sekarang. Sebab apa yang kita telah siapkan juga adalah dana untuk infrastruktur. Kita sedang fikirkan sama ada nak letak di bawah EXCO Infrastruktur ataupun nak letak di bawah EXCO Kampung Baru, itu benda kita sedang siapkan dan kita ada tambahan kira-kira peningkatan sebanyak RM3 juta secara keseluruhan menjadi RM4.1 juta untuk tahun hadapan. Keseluruhannya menjadi RM7 juta, secara keseluruhannya pada tahun hadapan untuk Kampung Baru kerana ada spesifik projek yang kita masih lagi belum tetapkan siapa yang bertanggungjawab untuk membangunkan projek-projek dan juga secara keseluruhannya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita juga sedang menilai berkenaan dengan peruntukan di kalangan masyarakat India, yang dikatakan ada penurunan dan di antara tambahan yang kita siapkan ataupun persediaan tambahan yang kita sedang fikirkan adalah untuk menilai semula 3 perayaan yang sedang dilangsungkan. Kita ada perayaan Ponggal, perayaan Thaipusam dan Deepavali. Ketiga-tiga perayaan ini sebelum ini peruntukkannya hampir RM1 Juta secara keseluruhan dan kita beranggapan program-program ini juga merupakan sebahagian daripada program pelancongan sebagai contoh. Dan sebab itu kita siapkan RM2 juta tambahan untuk program karnival dan festival selain coffee dan pickleball yang saya sebut tadi sebenarnya kita tambah RM1 juta dan RM2 juta untuk tourism kerana program-program Thaipusam juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti tourism yang boleh dilaksanakan. Selain daripada Ponggal dan juga Deepavali dan Deepavali juga boleh dianggap sebagai Program Tahun Melawat Selangor tahun hadapan dan ia akan diuruskan melalui sumbangan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Jadi secara keseluruhan 3 perayaan ini Ponggal, Thaipusam, Deepavali walaupun dalam peruntukkan yang sedia ada itu dalam sekitar RM300,000.00 sebenarnya, sebenarnya kita dah naikkan menjadi RM1 juta secara keseluruhan. Yang ketiga adalah berkenaan dengan Pembangunan Usahawan. Sebelum ini kita ada beberapa program seperti SITHAM seperti I-SEED dan kebetulan bila pembentukan Kerajaan Perpaduan kali kedua kita ada hubungan yang lebih akrab dengan Kerajaan Persekutuan, kita ada program-program di bawah TEKUN dan juga program-program di bawah MITRA. Sebenarnya tak lama Yang Berhormat di suku pertama tahun, bukan suku pertama di dalam bulan pertama tahun 2025, saya sedang menunggu pengesahan daripada pihak MITRA sebab mereka secara keseluruhannya dan TEKUN bersedia secara asas, secara lisan. Kita kena lengkapkan, untuk program-program keusahawanan ini tambahan RM6 Juta lagi daripada peringkat persekutuan untuk khas masyarakat India di dalam Negeri Selangor. Jadi RM6 Juta yang kita siapkan itu tak perlulah gunakan dana negeri yang sedia ada dengan I-SEED dan sebagainya. Kita akan selaras di mana Program I-SEED yang boleh diletakkan dilaksanakan itu menjadi wakil kepada MITRA di masa depan di Negeri Selangor untuk agihan program-program yang ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri selain daripada program-program yang dianjurkan oleh pihak
MITRA. Memang saya sedang berurusan dengan pihak MITRA. Sebab itu Program Pembangunan Keusahawanan Masyarakat India itu ada nampak pengurangan sedikit tetapi sebenarnya RM6 juta kita siapkan daripada dana dan peruntukan persekutuan secara keseluruhan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga nak menyentuh tadi berkenaan dengan peruntukan sekolah agama selain daripada RM40 juta yang disebut oleh Yang Berhormat Seri Setia sebentar tadi, tahun depan juga sebenarnya kita akan menyiapkan RM11 juta untuk 483 buah Sekolah-sekolah Agama yang bukan bantuan penuh kerajaan pada tahun 2025. Dan ini adalah peningkatan daripada tahun lepas yang berjumlah lebih kurang RM10 juta. Jadi tak cukup dengan SRA, SRAI yang di bawah kelolaan JAIS sebagai contoh yang keseluruhannya ada 551 sekolah. MITS ada 5, SRA ada 230, SRAI ada 11, KAFAI ada 292, PRA Sekolah ada 13. 551 ini secara keseluruhannya semua di bawah tanggungan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Untuk anggaran tahun 2025 sahaja kita akan belanjakan RM13.5 juta untuk CAPEX pembangunan yang disebut oleh Yang Berhormat Seri Setia tadi adalah OPEX Pengurusan bernilai RM40 Juta. Jadi saya percaya cadangan yang dibuat oleh Batang Kali itu overlap lah dengan cadangan apa yang kita siapkan di bawah kelolaan JAIS dan sekolah-sekolah yang di bawah kelolaan bukan penuh kelolaan Jabatan Agama Islam ataupun di bawah pengurusan kerajaan iaitu sekolah rendah agama peribadi yang begitu banyak, ataupun sekolah-sekolah agama yang ada di dalam negeri Selangor. Kita ada ada Al-Huda, kita ada Al-Amin, kita ada Safianatuh Najah sebagai contoh ini baru 3. Al-Hira, ada 4. Secara keseluruhannya yang BUDI di Gombak ada 4, 5 yang memang ada dan memang kita siapkan peruntukan RM11 Juta yang kita siapkan itu kita boleh diagihkan dan diberikan. Keseluruhan daripada RM26 juta itu kita akan agihkan kepada sekolah-sekolah rendah agama yang ada di negeri Selangor. Malahan pada tahun ini juga pihak Persekutuan saya percaya masih lagi meneruskan geran RM10,000.00 kepada sekolah-sekolah agama persendirian yang dah dihentikan sebanyak daripada tahun 1999 dan 2000, terima kasih.
Terima kasih, Terima kasih Speaker. Cuma saya nak mendapatkan sedikit penjelasan adakah peruntukan-peruntukan itu juga melibatkan kepada sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan. Sebab saya tengok, SABK ini sekolah menengah agama ini sebahagian besarnya bangunan-bangunan lama yang uzur yang saya kira perlu pendanaan juga daripada Kerajaan Negeri dan kerana ini sebahagiannya adalah sepatutnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Untuk sekolah-sekolah menengah agama ini saya rasa Yang Berhormat juga faham bahawa sebahagian besar ataupun semua sekolah-sekolah agama ini kecuali MITS adalah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi RM11 juta ataupun yang kita siapkan itu juga saya rasa kita
boleh buka untuk sekolah-sekolah menengah agama yang mungkin mengalami masalah-masalah tertentu tetapi kita akan dahulukan ataupun berikan aulawiyat dan priority nya kepada Sekolah-sekolah bukan bantuan penuh kerajaan. Sebab setelah ada bantuan penuh kerajaan kalau kita tambah lagi sedangkan sekolah-sekolah bukan bantuan penuh kerajaan hingga kepada maahad-maahad tahfiz pun turut kita bantu dan kita salurkan. Cuma kita juga akan bertindak dengan lebih tegas selepas ini terutamanya untuk memastikan sekolah-sekolah persendirian dan sekolah-sekolah tahfiz sebagai contoh mempunyai silibus yang berpadanan. Silibus yang berpadanan supaya kita tak melahirkan masalah graduan yang tidak berkemahiran dan tidak mempunyai pelbagai kemahiran-kemahiran tertentu. Itu pun Kerajaan Negeri membantu dalam fast track SPM untuk pelajar-pelajar Tahfiz sebagai contoh. Itu di luar, di luar daripada bantuan untuk sekolah agama. kita ada fast track SPM yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dan itu untuk membantu ekosistem dengan sokongan daripada PITAS dan sebagainya Yang Berhormat terima kasih.
Untuk masyarakat India juga sebenarnya pada ketika ini pihak Kerajaan Negeri juga selepas ini akan menilai bagaimana proses kita membangunkan komuniti masyarakat India dengan lebih menyeluruh. Salah satu daripada cadangan sebenarnya telah dikemukakan semenjak daripada tahun 2016 ialah dengan mewujudkan endowment ataupun mewujudkan macam seolah-olah wakaf, endowment. Kita ada Perbadanan Wakaf di peringkat negeri. Tetapi endowment itu pernah di buat di Negeri Pulau Pinang sebelum ini dan pada tahun 2016 pada ketika itu nampaknya tidak begitu dipersetujui lagi dan Kerajaan Negeri bersedia untuk menilai semula kerana kita sedar walaupun ramai masalah kemiskinan ini merebak dekat semua pihak, semua golongan tetapi isu di kalangan masyarakat India ada isu-isu yang lebih kritikal yang melibatkan kanak-kanak, anak-anak mereka, bekas-bekas pekerja ladang, ketidakmahuan mereka pergi ke sekolah, sebab itu kerah dan ubah sikit program-program ini sebagai contoh bantuan bas ataupun bas sekolah. Itu semua contoh sebagai menggalakkan mereka terlibat dan sebahagian daripada dana Iktisas yang bernilai RM13 juta itu juga kita akan spesifikkan untuk membantu mereka kepada program-program kemahiran yang ada di bawah kelolaan pihak Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga tertarik berkenaan dengan cerun tadi. Yang berlaku di Batang Kali yang dibangkitkan oleh Batang Kali. Setakat ini kita belum menerima permohonan rasmi daripada pihak sekolah terbabit ataupun daripada pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Menjadi dasar kita adalah melihat masalah dan kita selesaikan. Ia adalah berdasarkan daripada dapatan dan kajian daripada pihak-pihak tertentu. Jadi kalau betul-betul perkara itu serius dan perlu ditangani tolong bawakan dan angkat ke Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dan biasanya kita luluskan. Sebab banyak kejadian-kejadian tanah runtuh yang berlaku sebelum ini pihak Kerajaan Negeri
membantu hatta kepada kawasan hak milik persendirian. Kerana akhirnya kesannya bukan hanya kepada pihak tanah pemilik tanah tetapi juga kepada penduduk. Dan nanti kita akan cas balik kepada tuan punya tanah. Isunya mungkin saya dah tengok, mungkin adalah kawasan-kawasan tanah itu bukan ada rizab kerajaan. Kalau rizab kerajaan saya rasa tiada kekangan dan halangan. Tetapi kalau jadi hak milik peribadi kita akan minta, pemilik-pemilik tanah tersebut untuk menyelesaikan kawasan tanah runtuh yang berlaku. Kalau ia menjadi hak milik awam, kawasan awam seperti jalan dan sebagainya kita akan bantu selesaikan dan bantu secara menyeluruh.
Yang Berhormat, saya juga nak sentuh tadi berkenaan dengan Smart Selangor. Sebab Smart Selangor akan menuju kepada tempoh kelengkapan pada tahun 2025, jadi RM5 juta yang kita peruntukkan sebahagian itu adalah untuk melengkapkan beberapa proses-proses yang telah dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri dan kita akan menilai balik pencapaian-pencapaian yang dibuat. Tetapi kita tak berhenti di situ kerana RM5 juta yang kita siapkan tadi adalah persediaan kita ke Gerbang AI. Pagi tadi pun dalam jam 9.00 pagi saya bertemu wakil daripada Siemens ataupun daripada Jerman. Siemens adalah syarikat yang berpangkalan di Jerman. Mereka juga ada menawarkan beberapa solusi-solusi AI untuk industri sebagai contoh. Dan hal ini kita akan berkerjasama walaupun dalam ucapan belanjawan tadi saya sebutkan beberapa minggu lepas bahawa kita nak berkerjasama dengan Google kerana Google memang telah memberikan cadangan-cadangan itu kepada 3 program sebagainya didanai sepenuhnya oleh mereka untuk mengenal pasti start up, start up sebagai contoh. Itu didanai sepenuhnya oleh mereka tetapi perubahan ataupun peralihan adaptasi AI kepada penjawat-penjawat awam dan juga kepada agensi-agensi awam dalam Negeri Selangor melibatkan beberapa kos sebab melibatkan server. Nilainya dalam RM2 hingga RM3 juta tetapi yang lain-lain itu adalah program-program latihan untuk mereka yang ingin mendalami dan juga terlibat sama untuk menjadi pengendali AI. Tetapi kita juga terlibat saya sebut M Media baru-baru ini, dan tadi Siemens, siemens nak terlibat dengan industri pula. Bagaimana penyelenggaraan, pengurusan machinery, 70% daripada machinery perkilangan di Malaysia ini memang menggunakan peralatan daripadan Siemens sebagai contoh. Jadi mereka juga nak beralih kepada AI. Jadi kita boleh kerjasama nanti dengan menggunakan dana tersebut kerana industri 4.0 ataupun smart city ataupun smart life sekarang ni empowered ataupun digerakkan dengan AI, jadi Negeri Selangor terkedepan dengan melaksanakan program-program AI yang dilaksanakan tadi. Jadi saya kira saya dah menjawab sebahagian besar daripada cadangan-cadangan ataupun daripada perkara-perkara yang dibangkitkan. Jadi insya-Allah daripada apa yang kita sediakan dengan peruntukan secara keseluruhan itu sebenarnya mencukupi dan saya menunggu sebenarnya cadangan daripada pihak terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya nampak Yang Berhormat dah nak landing dah. Saya minta sedikit yang Berhormat untuk memberikan penjelasan kepada Dewan. Kalau kita tengok P01 tahun lepas kita belanja RM900 juta, tahun RM1 billion dan antara pertambahan besarnya adalah dalam PK19 Am iaitu Pelbagai dan Pelbagai itu lebih kurang RM200 juta Yang Amat Berhormat berbanding dengan tahun lalu. Mohon Yang Amat Berhormat dapat berikan sedikit penjelasan kepada Dewan apakah tujuan pelbagai ini dalam PK19 Am ini supaya kami semua dapat maklum kerana pertambahannya sangat signifikan berbanding dengan anggaran Belanjawan 2024 dan dibandingkan dengan 2025.
Secara keseluruhan apa yang saya sebut tadi ada sebahagian benda-benda ataupun projek-projek itu yang belum dimuktamadkan di department mana-mana. Sebagai contoh, kita ada satu projek tambahan khas untuk naik taraf Sungai Klang di bawah SMG. Di sana sahaja ada dalam sekitar RM30 juta. Tapi ia adalah berdasarkan kepada performance dan pelan kerjanya. Setakat ini apa yang dibuat dredging sebagai contoh di kawasan Sungai Klang itu sebenarnya bagi impak yang baik apabila kawasan Sri Muda tidak lagi dinaiki air sebagaimana seriusnya sebelum-sebelum ini. Dan kita tengok kepada performance, itu antara perkara yang besar yang kita libatkan, yang lain semua kecil-kecil sahaja. Sebagai contoh, menaik taraf balai cerap Sungai Lang, Sabak Bernam RM1.15 juta. Ini kita siapkan di bawah projek khas kerana adalah projek one-off. Kita juga ada dana yang kecil sebagai contoh, perancangan pembangunan Geopark Gombak, Hulu Langat, RM150 ribu. Dan pelbagai ini bagi keselesaan untuk kita menguruskan balik dan tidak spesifik sebagai contoh, MSN tadi. MSN tadi 10 juta yang kita siapkan untuk baik pulih dan juga beberapa program Gagasan Rumpun Selangor, yang sekarang berlangsung. Apabila Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda turun ke setiap daerah dan akan berakhir ke Gombak dalam bulan 12 nanti atau bulan 1 nanti dan sekarang ada di Sabak Bernam dengan nilai RM4.5 juta.
Kompleks Pembangunan Agama Islam Negeri Selangor di Klang, nilainya ada RM5 juta. Itu kalau ikutkan di bawah Jabatan Agama Islam, tapi 5 juta yang kita siapkan itu adalah projek-projek khas yang disiapkan ataupun yang dikendalikan kerana ia adalah satu projek baru. Kita juga akan menubuhkan sebagai contoh Yayasan Turath Islami. Yayasan Turath Islami selepas kita buat festival Turath Islami untuk meneruskan pengajian-pengajian Turath, kita akan buat yayasan Turath Islami. Cuma siapakah akan bertanggungjawab, adakah masjid negeri ataupun bahagian pendidikan Jabatan Agama Islam ataupun apa. Jadi itu masih diletakkan di bawah Pejabat Menteri Besar sebagai kelolaan ataupun kuasa Menteri Besar.
Kita juga siapkan Khairat Darul Ehsan (KDE), jadi jangan KDEB Waste sudah. KDE, Khairat Darul Ehsan, nilainya RM20 juta. Sebab apa, sebab itu program baru dan program baru itu nanti sama ada di tanggungjawab kan kepada Selgate ataupun kepada YAWAS dan sebagainya. Dan sebahagiannya kadang-kadang kita bawa ke depan, sebagai contoh apabila kerajaan negeri menyediakan peruntukan ada balance ataupun ada peruntukan lebihan 20 juta pada ketika ini yang tidak digunakan dalam kesihatan sebagai contoh Yang Berhormat.
Kerana hospitalitasi tidak merangkumi rawatan buah pinggang ataupun dialisis, tetapi apabila kita komit tahun ini, dia punya komitmen itu sampai tahun depan. Jadi sebab itu kadang-kadang nampak kurang, sebab komitmen 20 juta yang kita bawa pada tahun ini, Insya-Allah akan diisi, setakat ini ada empat ribu orang yang menunggu untuk dialisis sebagai contoh, jadi itulah antara sebab-sebab tertentu.
Kita ada program baru iaitu Taman Rakyat Madani. Taman Rakyat Madani ini enam juta, maknanya lima ratus ribu kita siapkan untuk setiap pihak berkuasa tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan kena belanja lagi lima ratus ribu untuk sediakan satu taman rakyat yang boleh menjadi tempat tumpuan rakyat terutamanya selepas pandemik ini kan ramai orang nak healing, sampai lah di bangunan SUK pun kita tengok jalan masuk itu, tiap-tiap malam, malam minggu terutamanya ramai orang duduk minum kopi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, ada satu lagi yang nak minta pencerahan daripada Yang Amat Berhormat berkenaan dengan peruntukan untuk generasi muda, PeBS kita. Berlaku sedikit pengurangan dan pertambahan kepada peruntukkan setiap PeBS kita. So apa kaedah yang telah difikirkan oleh Yang Amat Berhormat untuk supaya nampak dia lebih cantik dan tidak jadi masalah untuk pelaksanaan nanti, terima kasih.
Terima kasih. PeBS mengalami beberapa restructure sebenarnya Yang Berhormat. Sebenarnya sebelum ini, PeBS memang lantikannya begitu, tapi dalam penggal yang lepas, kami PeBS bergerak sebagai satu komponen yang agak negeri. Kali ini kita nak ubah pendekatannya lebih ke arah lokal, sebagaimana pelaksanaan PBT dahulu. Jadi dananya kita sedangkan siapkan, sebab itu sekali lagi sama adan dia diletakkan di bawah Majlis Sukan Negeri, nilai tambahan yang kita berikan sebab kita nak umumkan kenaikan sepuluh ribu itu daripada enam ribu, kepada sepuluh ribu, selepas tiada peningkatan empat ribu. Cuma di pihak negeri, kita hold dulu di bawah pihak pelbagai, sebab saya nak tahu apakah dia tambahan-tambahan program yang nak dibuat, apakah aktiviti yang nak dibuat. Kita pun tak nak dia lari sangat dan semua orang nanti tak habis-habis, semua buat pickleball sebagai contoh, penat la kita. Jadi kita nak macam satu ketika dulu, masa saya dengan Sijangkang buat, semua nak buat futsal,
sampai tak ada english camp, sampai tak ada program kepimpinan, sampai tak ada program alam sekitar, so kita nak keseimbangan tersebut.
Jadi ada tambahan-tambahan lagi dalam 2 juta sebenarnya kita telah siapkan untuk belia negeri Selangor. Dan program itu akan membantu program pembangunan belia, sebab kita mengalami evolusi yang sangat pantas dalam program pembangunan belia. Sebab itu kita lihat mana-mana pun baik kerajaan persekutuan dan juga kewujudan majlis-majlis belia, kewujudan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor ini, terpaksa kita tampung dengan kewujudan PeBS, kerana kita lihat, ada kekangan-kekangan tertentu. Kalau kita lihat dulu, PBT ditubuhkan, itu memang suitable ataupun sangat serasi dengan kehendak dan juga reputasi masyarakat pada ketika itu. Tapi selepas beberapa tahun, kita dapat lihat apa yang saya suntik ataupun apa yang saya nukilkan dalam kutipan Jonathan Haidt dalam bukunya The Anxious Generation itu. Itu adalah realiti baru yang kena ditangani dan realiti itu, kadang-kadang menyentuh kepada peralatan yang mereka gunakan, permainan yang mereka ceburi, sikap mereka dan sebagainya. Justeru, saya percaya kalau PeBS boleh melihat apakah tambahan-tambahan baru itu, kita sedia siapkan sebab apa yang saya sebutkan kita letakkan pelbagai ini sebab kalau ada perkara-perkara yang belum lagi dapat disahkan ataupun dapat dimuktamadkan, siapakah yang nak laksanakan, macam rumah ibadat hijau ataupun rumah ibadat mesra alam tadi yang saya sebut. Dia akan diletak di bawah alam sekitar atau di bawah EXCO yang berkenaan.
Dan kewujudan endownment ataupun Yayasan. Yayasan untuk pembangunan masyarakat India yang menyeluruh, itu juga sedang dalam prosesnya dan bagaimana pendanaan OPEX nya nanti sebab kita tak nak kita hanya tumpu OPEX dan akhirnya CAPEX tidak ada ataupun pembangunan-pembangunan menyeluruh tidak ada. Jadi saya ucap terima kasih, Alhamdulillah sekali lagi kepada semua dan Insya-Allah program-program pembangunan kita secara majoritinya perbahasan yang ditimbulkan di sini adalah perbahasan berkenaan dengan perkhidmatan sosial ataupun pembangunan sosial. Pihak Kerajaan Negeri cuba mengimbangkan juga dengan pembangunan fizikal, supaya kita selari dan berkembang sama.
Sebab itu Kerajaan Negeri mengambil keputusan yang tidak popular untuk menghapus, untuk melaksanakan air percuma sebagai contoh. Tapi setelah kita buka pendaftaran air percuma dengan kadar syarat tertentu, pendaftarannya hanya sebegitu walaupun kita dah buka setiap hari, setiap masa saya sebutkan berulang kali, kita turun ke karnival setiap kali ada booth dipamerkan, maknanya keperluan asas pada pandangan kita setelah tiga tahun, itulah jumlah yang memerlukan air percuma. Tetapi apakah kita akan menghapuskan air percuma? Tidak juga. Sebab sebagaimana saya sebut tadi dalam pelan perniagaan. Kalau air Selangor dah boleh mencatatkan keuntungan lebih dua ratus
juta, selepas 2031, masa itu kita boleh lebarkan air percuma kepada rakyat kerana dia lebih sustainable. Yang mana satu kita pentingkan? Nak tukar paip, ganti ataupun kita nak terus dengan populis play ataupun game dengan meletakkan air percuma. Jadi keseimbangan itu sedang di selaraskan oleh pihak Kerajaan Negeri dan kita sedang ...
Sungai Burong. Terima kasih Yang amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Sedikit penjelasan tentang SADE, Skim Air Darul Ehsan, walaupun sasaran masih lagi tidak sampai dan dibuat unjuran seolah-seolah itulah bilangan yang wajar untuk menerima skim air. Adakah masanya untuk kita membuka secara automatik seperti mana zaman Tan Sri Khalid dahulu kepada golongan sasar untuk memastikan sasaran yang dicari tercapai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Kita memang bergantung dengan data, sebabnya anggaran kita ialah enam ratus ribu. Memang kita siap-siapkan untuk enam ratus ribu kos secara keseluruhan. Nilainya mungkin tujuh puluh hingga lapan puluh juta ringgit Malaysia untuk itu sahaja. Tapi malangnya, setelah kita buka bertahun-tahun, tak ada. Tapi kalau kita nak bagi secara automatik, siapa yang ingin mengesahkan lima ratus ribu atau lima ribu pendapatan isi rumah itu dan itu adalah bergantung pada permohonan. Kadang-kadang mereka memerlukan. Dan baiknya SADE Yang Berhormat sebab ia bukan bergantung pada premis. Kalau dahulu kalau bergantung pada premis, nikmat yang besarnya adalah di terima oleh mereka yang menjadi tuan rumah. Sebaliknya ia diberikan secara individu, secara isi rumah. Jadi kalau dia menyewa, esok dia menyewa di rumah yang lain, dia masih layak untuk mendapat Skim Air Darul Ehsan. Jadi, tentang itu saya rasa kalau boleh juga nanti kita minta supaya barisan opposition bantu kita untuk daftarkan selepas penyelaras ketua kampung kita pun, saya sedangkan galakkan dan giatkan mereka untuk daftarkan lebih banyak dan mungkin maklumat-maklumat tidak sampai, itu sedikit kelemahan yang harus kita tangani dan kita tak sustainable sebenarnya Yang Berhormat, kalau kita buat air percuma secara menyeluruh, sebab ada mereka tidak memerlukan air percuma ni. Ada mereka yang mempunyai aset dekat lapan sembilan buah rumah-rumah.
Dan kalau kita biarkan hal ini berterusan, akhirnya nanti kita tak boleh selenggara kemudahan-kemudahan dan aset kita yang sepatutnya ditampung oleh Air Selangor. Apa yang idea Allahyarham Tan Sri Khalid adalah perkhidmatan air ini dikembalikan kepada rakyat dan kembalikan setelah mereka mencatatkan keuntungan nanti. Iaitu selepas 2029 ataupun 2031 berdasarkan pelan tersebut. Jadi cukuplah kita buka sampai enam ratus ribu, kalau kita dapat reach sampai enam ratus ribu, kalau tak ada, mungkin akhir tahun ini, tahun-tahun depan, kita sedangkan fikirkan untuk tambah syilingnya ataupun lantainya daripada lima ribu ringgit kepada angka yang tertentu yang kita sedang
muktamadkan berdasarkan kepada pelan ekonomi dan pelan bisnes, pelan perniagaan Air Selangor demi sustainability pengurusan air.
Yang Berhormat, saya nak singkap ke belakang sedikit. Saya tertarik dengan Turath Islamik, Pengajian Kitab Turath tadi ini dan diletakkan peruntukan itu sementara waktu di bawah Menteri Besar dan ini sebenarnya menangkis dakwaan yang mengatakan kita Kerajaan Negeri Selangor tidak menitikberatkan, memberi perhatian kepada soal keislaman seperti yang dibangkitkan oleh beberapa ADUN dan juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Dan saya minta pandangan daripada Yang Berhormat. Saya lihat Yang Berhormat ada trip ke Mesir. Kita ramai pelajar-pelajar kita di Mesir, apa pandangan Yang Berhormat gunakan setelah mereka ini habis belajar nanti di Mesir, bersesuaian dengan course yang mereka ambil di Mesir itu, di Al-Azhar contohnya, untuk kita guna pakai mereka balik untuk pengajian Kitab Turath ini, kerana mereka ini bila balik pun mereka perlu cari pekerjaan yang lain. Kalau dah disediakan dengan satu program yang mereka boleh terlibat sama, terlibat, maka mereka balik ke negeri Selangor dan mereka sudah ada pekerjaan. Apa pandangan Yang Amat Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya lawatan terakhir saya adalah pada bulan Oktober yang lepas ke bumi Mesir dan di sana kita meneruskan program yang dipanggil sebagai Konvensyen Mahasiswa Timur Tengah yang telah dilangsungkan untuk kali keempat. Dalam Konvensyen tersebut sahaja, kita mempunyai lebih daripada lima belas hingga enam belas kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam membincangkan masalah umat secara menyeluruh. Dan aspek kepedulian ilmu dan pengetahuan itulah yang kita terapkan dan sebahagian daripada idea tentang Festival Turath ini memang lahir selepas lawatan saya ke bumi Mesir. Apabila melihat bagaimana Universiti Al- Azhar sebagai contoh, dengan merujuk kepada Al-Allamah Dr. Syeikh Ali Jum’ah yang telah membangunkan turath khususnya pada tahun 90an dan saya rasa sebahagian besar yang belajar di Mesir ini akan menjadikan beliau sebagai salah satu daripada marji’ ataupun rujukan dalam beberapa pandangan-pandangan Islam. Dan, itulah yang kita nak kembangkan di sini dan di sana juga kita bekerjasama dengan Ruak Jawi sebagai contoh. Ruak Jawi ini adalah satu tradisi yang telah berkembang cukup lama di Al- Azhar terutama di masjid Al- Azhar satu ketika dahulu. Apabila tiang-tiang tertentu di sana dijadikan tempat pengajian, selepas pengajian di Universiti. Dan Ruak Jawi yang ada sekarang ini tidak berkembang di Al-Azhar Universiti lagi ataupun di masjid Al- Azhar, tetapi dibangunkan dengan bangunan milik daripada Ruak Jawi. Daripada Ruak Jawi itulah kemudian kita mencari asatizah-asatizah dan sebahagiannya dikembangkan di dalam program seperti Turath Islamik, kemudian dipanjangkan dalam Yayasan Turath Islamik, kemudian dibawa kepada Konvensyen Mahasiswa Timur Tengah. Sebahagian daripada mereka yang terlibat
dalam konvensyen dalam Yayasan Turath, dalam sama hadis, sebagai contoh baru-baru ini yang berlangsung di Putrajaya, ataupun yang terlibat dalam Festival Turath Islamik adalah sebahagian yang saya temui dan kita berdiskusi dan kita membawa perbincangan-perbincangan ilmiah semasa saya melaksanakan lawatan pertama dan lawatan kedua, 2018 dan 2019 ke bumi Mesir ataupun bertemu dengan pelajar-pelajar Al- Azhar tempoh hari.
Motifnya jelas, bahawa kita ingin mengembangkan ilmu dan pengajian Islam, dan juga membawa konsep yang lebih besar dan lebih kukuh, di samping mengukuhkan apa yang sudah bertapak di dalam negara dan negeri kita, supaya kita tidak mudah terpedaya ataupun kita tidak mudah termakan dengan permainan tuduhan-tuduhan ataupun gelagat-gelagat ekstrem yang mungkin timbul semasa pendebatan politik ataupun saya sebut perdebatan mazhab baru-baru ini yang saya rasa agak panas dan tidak begitu produktif. Tidak produktif, walaupun panjang ceritanya keluar di sosial media sebagainya dan saya rasa Kerajaan Negeri dan pimpinan kita kena bertanggungjawab supaya kita tidak encorage, masalahnya kadang-kadang kita encorage fighthing itu. Encorage akhirnya jadi apa, akhirnya jadi permusuhan dan tuduh menjadi takfiri, kafir mengkafir, yang saya rasa tidak ada dan tidak mahu diadakan dalam negeri kita, di negeri Selangor dan sebagainya. Saya tak nak label mana-mana sebab ia bukan hanya masalah politik sahaja, ini kadang-kadang masalah mazhab, buku tajam itu luar biasa, tapi kita kena sedari benda-benda ini dan kita kena fahami. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima Kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Seterusnya Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan, sila.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya pun tak mahu ambil masa yang panjang untuk penggulungan kerana kebanyakan daripada inti penggulungan telah dirumuskan dengan begitu jitu oleh Dato’ Menteri Besar tadi. Cuma ada beberapa perkara. Ada beberapa perkara sedikit yang saya akan singgung dan ulas. Terutamanya, saya ucapkan terima kasih daripada pihak Kerajaan Negeri kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saya dimaklumkan dua (2) hari lepas, susulan daripada perbincangan dan perbahasan kita tentang insiden yang menimpa saudara Faisal Halim, pihak PDRM telah pun menjawab dan mengemukakan maklum balas kepada Dewan tentang status siasatan yang mana kita dimaklumkan status siasatan kes Faizal Halim ini telah dibawa dan dirujuk ke Unit Jenayah Terkelas PDRM. Dan kita harapkan sekali lagi agar laporan dan juga hasil siasatan ini dapat didedahkan dengan telus selepas ini dan semoga ada sinar keadilan buat saudara Faisal Halim. Dan saya hendak sentuh dua (2) perkara sahaja. Pertama, daripada Gombak Setia berkenaan dengan bola sepak yang beliau sentuh tentang peruntukan yang telah kita berikan dengan kadar besar dan juga prestasi ...
Yang Berhormat EXCO, sikit.
Sikit sahaja, saya satu dulu. Sekejap lagi ya. Tentang bola sepak yang telah disentuh dalam perbahasan Gombak Setia berkenaan peruntukan dan juga prestasi pasukan Selangor FC. Untuk makluman Yang Berhormat Gombak Setia, memang di peringkat Kerajaan Negeri kita dari pada masa ke semasa sentiasa berhubung dan berbincang dengan pihak pengurusan Selangor FC untuk memastikan prestasi dan juga pencapaian mereka ini standard, dengan izin berkadaran dengan jumlah pelaburan dan juga peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri. Tetapi sebagaimana yang kita sedia maklum pada ketika ini ekosistem bola sepak itu semakin mencabar. Ia tidak seperti mana pada tahun 90an ketika liga, ketika era pemain-pemain semi pro dan ketika ini kalau kita lihat liga atau pun permainan bola sepak ini, dunia bola sepak ini memerlukan belanja yang besar. Bukan hanya daripada konteks pengurusan pasukan tetapi juga bayaran gaji pemain dan juga elaun, kemudahan-kemudahan mereka dan pada masa sama pengendalian, pasukan ini memang memerlukan satu peruntukan yang besar daripada pihak Kerajaan Negeri dan juga anak-anak syarikat dan kita juga mengharapkan pasukan Selangor FC sekurang-kurangnya boleh membanggakan negeri Selangor. Dan saya setuju dengan pihak Gombak Setia di mana kita telah kemarau piala hampir 10 tahun. Dan mudah-mudahan untuk tahun ini atau pun tahun akan datang, pihak pasukan Selangor FC dapat memberikan sekurang-kurangnya satu piala kepada negeri Selangor dan seterusnya membanggakan, mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negeri Selangor. Baik, itu yang pertama. Saya beri ruang tadi Seri Serdang ada yang hendak dibangkitkan.
Cuma Yang Berhormat EXCO, saya mohon supaya berkenaan dengan isu Faisal Halim tadi ini, walaupun ya kita faham dengan penerangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Speaker berkenaan dengan ke mana kes ini dah di bawa. Cumanya, concern saya dengan izin, ialah kita tidak boleh biarkan atau pun hanya biarkan gitu sahaja isu ini kerana ia melibatkan keganasan kepada atlet. Dan Selangor adalah satu negeri yang dikenali sebagai kilang atlet. Jadi, kita tidak mahu lagi isu-isu sebegini terjadi dalam negeri kita apatah lagi kita hendak berhadapan dengan SUKMA pada tahun 2026 ini. So, saya mohon dan juga pandangan daripada Yang Berhormat EXCO supaya isu Faisal Halim ini tidak kita tinggalkan begitu sahaja dan kita terus monitor dengan izin, isu ini supaya tidak berulang lagi. Terima kasih.
Baik, terima kasi Seri Serdang. Kita di peringkat Kerajaan Negeri dan juga pengurusan Selangor FC dan juga Persatuan
Bola Sepak Selangor sentiasa memantau dan tidak meremehkan atau mengetepikan terus kes Faisal Halim ini sebab itu dari semasa ke semasa saya harap kita di pihak Ahli-Ahli Dewan pun dapat memberikan sedikit tekanan kepada pihak berkuasa untuk mereka laporkan dan memberikan perincian tentang hasil siasatan. Sebab kalau kita nak kira dari tempoh insiden itu berlaku dari bulan 5, bulan Mei tahun ini dan sekarang ini dah masuk bulan 11, sudah lebih kurang enam bulan daripada tarikh berlakunya kejadian tersebut sehingga hari ini kita masih belum tahun apa hasil siasatan. Jadi, dengan makluman yang telah diberikan oleh pihak PDRM bahawa kes ini telah dipindahkan ke Unit Jenayah Terkelas, kita harap siasatan tersebut akan dipercepatkan dan pada masa sama dapat diberikan sedikit pencerahan atau pun maklumat kepada masyarakat kepada rakyat tentang apa sebenarnya yang terjadi, siapakah di sebalik serangan, siapakah yang melakukan serangan dan apa motif serangan tersebut kepada saudara Faisal Halim. Ini yang sebenarnya kita nak tahu daripada pihak berkuasa.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik. Saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat, baru-baru ini kita juga tau ada satu kes yang mana seorang OKU, pemandu Grab driver yang telah ditumbuk di hadapan sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang melibatkan VVIP, kenamaan yang mana telah dibawa kes itu. Kes yang hampir sama, lama berlarutan tak da pendakwaan dan baru ini telah berlaku pendakwaan dan kita lihat tekanan yang diberikan cukup besar supaya kes ini di bawa kepada pendakwaan. Dalam kes Faisal Halim ini, adakah Yang Berhormat setuju jika kita memberikan satu date line kepada pihak polis jika tak ada, maka Kerajaan Negeri mungkin Selangor FC boleh mempertimbangkan supaya satu tindakan saman dilakukan supaya benda ini di bawah ke Mahkamah. Apa pandangan Yang Berhormat tentang cadangan ini?
Baik Yang Berhormat. Terima kasih. Pertama, yang berkaitan dengan insiden melibatkan pemandu OKU memang tiada kena mengena dengan insiden yang melibatkan Faisal Halim itu perkara yang berbeza. Dan saya difahamkan insiden tersebut telah pun di tangani melalui saluran undang-undang dan mereka yang terlibat telah pun didakwa dan dijatuhkan hukuman. Dan berkenaan dengan kes Faisal Halim, di peringkat SFC memang mereka telah mengupah dan melantik peguam untuk terus memantau kes ini dan tindakan-tindakan susulan yang berkaitan dengan kes tersebut kita memang serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan pada masa sama kita tidak menolak keperluan untuk pihak peguam dan juga pengurusan Selangor FC mengambil tindakan yang sewajarnya di peringkat yang lebih tinggi sekiranya tiada apa-apa keputusan daripada siasatan atau pun hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Yang terakhir, saya respons tentang isu yang dibangkitkan oleh Sementa berkaitan dengan status Kompleks Rakan Muda di Klang Perdana. Tentang perancangan untuk pembaikan atau dirobohkan. Untuk makluman Yang Berhormat Sementa dan Ahli-Ahli Dewan, Kompleks Rakan Muda Klang Perdana ini adalah terletak di bawah penyeliaan Kementerian Belia dan Sukan di bawah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor dan untuk makluman pihak KBS akan memohon peruntukan bagi kerja-kerja mendapan tanah dalam RMK ke-13 iaitu pada tahun hadapan dan ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2026 sekiranya permohonan tersebut diluluskan.
Untuk makluman, di kawasan tersebut memang ada isu berkaitan dengan structure tanah di mana selepas dibaik pulih pun tanah di situ pun memang mendap. Jadi bila dibuat kajian tanah, dia tidak sesuai untuk dibangunkan sebenarnya satu fasiliti sukan di situ dan mungkin di peringkat KBS ada rundingan tertentu dengan agensi berkaitan sama ada hendak bangunkan semula. Tetapi bila kita dapat maklumat ini mereka sedang dalam proses hendak buat kerja-kerja pembaikan, pembaik pulih tanah tersebut. Sebab sebelum ini untuk makluman Yang Berhormat, ada cadangan agar tanah tersebut di swap dengan agensi berkaitan pertanian agar nya dibangunkan untuk pertanian tetapi pihak KBS masih lagi ingin mengendalikan tanah tersebut dan mereka sedang dalam proses mendapatkan peruntukan untuk kerja-kerja baik pulih mendapan tanah di kawasan berkaitan.
Sikit. Yang Berhormat EXCO, saya juga ada bertanyakan tentang menaik taraf dan membina baharu infrastruktur sukan. Saya lihat di sini tidak ada satu pun peruntukan yang diberi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah berkenaan menaik taraf dengan pembaikan infrastruktur sukan ini di letakkan di peringkat PBT atau pun masih di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Morib. Tadi saya fikir Dato’ Menteri Besar ada menjelaskan serba sedikit cuma saya boleh berikan perincian. Untuk pembangunan infrastruktur ni memang kalau dalam anggaran buku tersebut dia di letakkan RM10 sebab apa, kita ada peruntukan siling dalam RMK dan ini telah habis. Walau bagaimanapun macam Dato’ Menteri Besar jelaskan, kita akan dapat satu peruntukan khusus dari pihak KBS untuk SUKMA nanti dan ia adalah di bawah Peruntukan tersebut RM50 juta daripada KBS merangkumi untuk kerja-kerja persiapan SUKMA dan juga kerja-kerja naik taraf peringkat negeri dan juga di peringkat PBT. Jadi kita akan cuba selaraskan nanti PBT pun ada peruntukan khusus yang mereka gunakan untuk baik pulih dan juga naik taraf kemudahan mereka tetapi pada masa sama peruntukan tambahan daripada pihak Persekutuan nanti kita akan selaraskan dengan PBT dan kita akan kenal pasti mana-mana vanue atau lokasi yang
mungkin kita akan gunakan untuk penganjuran SUKMA nanti kita akan gunakan peruntukan tersebut untuk naik taraf dan perbaiki kemudahan tersebut. Terima kasih. Daripada saya itu sahaja Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan dan Usahawan. Sekarang kita persilakan EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang mengambil bahagian dalam perbahasan terutamanya usul pembangunan ini daripada Yang Berhormat Kajang, Kota Damansara, Sentosa, Sungai Ramal dan saya ingin memberi sedikit penjelasan berkenaan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kajang, Yang Berhormat Kajang tentang.. walaupun dia keluar sedikit tetapi saya jawap lah ya tentang Kementerian Kerja Raya. Kementerian Kerja Raya memohon hak milik bagi memastikan aktiviti iklan, papan iklan billboard di tanah kerajaan Negeri terutamanya di jalan-jalan di highway dan sebagainya. Isu ini telah berlanjutan dan menimbulkan tafsiran undang-undang dan pada 28 Ogos 2023, KSU Kementerian Kerja Raya telah menyatakan pandangan Peguam Negara (AG) bahawa hak pendudukan struktur papan iklan di sepanjang Jalan Persekutuan adalah di bawah kuasa menteri dan tidak lagi tertakluk kepada kelulusan PBT atau mana-mana pihak lain termasuk Pihak Berkuasa Negeri atau Kerajaan Negeri. Itu tafsiran oleh Peguam Negara yang disampaikan pada 28 Ogos. Kemudian pada 19 Mac 2024 SUK, pejabat SUK, Setiausaha Kerajaan Negeri memohon KPKT mencadangkan semula isu pengurusan struktur paparan iklan di dalam rizab jalan Persekutuan serta dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan bagi MMKT. Pada 8 April 2024, MMKN bersetuju agar Pihak Berkuasa Tempatan negeri Selangor tidak melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas struktur papan iklan di dalam rizab Persekutuan seperti di lebuhraya sehingga ke satu ketetapan diputuskan oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan. Dan pada 10 September 2024, ha Yang Berhormat pada 10 mSeptember 2024 saya telah menghadiri Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan bersama UPEN, Unit Perancang Ekonomi dan saya telah bangkitkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri 2, Yang Berhormat Dato’ Sri Fadillah bin Yusof mengenai isu yang berbangkit tentang penguatkuasaan dan juga hak dari segi billboard ini di Jalan Persekutuan dan Jalan Lebuh raya dan pengerusi TPM 2 bersetuju bahawa isu ini perlu di bincangkan kembali. Dibincang kerana PBT ramai tidak setuju tentang apa yang ditafsirkan oleh Peguam Negara kerana semua billboard dan sebagainya dia perlu mengemukakan KM, kelulusan merancang kenapa tiba-tiba hak kita hilang hak PBT ini juga harus kita pertahankan. Jadi saya sebagai EXCO Kerajaan Tempatan wajib saya pertahankan seluruhnya hak kita.
Jadi saya minta TPM waktu itu Dato’ Sri Fadillah bin Yusof supaya buat keputusan beliau telah meminta Menteri Kerja Raya Yang Berhormat Dato’ Sri Alexander Linggi untuk berbincang dengan Kerajaan Negeri dan perkara ini akan dibincangkan dengan Kerajaan Negeri berkaitan perkara sedemikian dan sekarang kita menunggu respons lagi pada Mesyuarat yang akan datang. Sekiranya tiada perkembangan, saya akan bangkit kembali isu ini. Kita tidak akan kompromi kerana hak Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak berkuasa negeri itu penting untuk kita pertahankan. Boleh bincang tetapi mengatakan kita tiada langsung tiada hak, saya rasa adalah tidak wajar.
Seterusnya, saya respons sedikit tentang Kota Damansara yang minta e-sport untuk dijadikan, bukan. Nak minta undang-undang kecil tentang isu kucing, anjing dan lembu bantu untuk menangani kesukaran untuk menangkap dan sebagainya. Kerajaan Negeri Selangor sedang merangkan undang-undang kecil pelesenan anjing bagi menjelaskan punca kuasa PBT untuk melaksanakan penguatkuasaan. Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan libat urus dengan Jabatan Veterinar bagi menjelaskan bidang kusa dan isu-isu lain yang terkait dengan penangkapan. (Bahasa Jawa) pengurusan dan pelupusan anjing dan kucing liar sebab seperti apa yang saya tegaskan kita kena ada perikehaiwanan, perikehaiwanan kena ada. Jadi kita kena bincang supaya boleh kita selesai masalah tersebut.
Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat EXCO.
Ya. Teruskan.
Dia sebab punca kadang-kadang di Pejabat Vaterinar ini ada kuasanya cuma ada overlap someting. Iyelah saya pun jawa juga jadi bila Yang Berhormat sebut ni saya faham semua. Jadi masalah utama dia kadang-kadang penguatkuasaan Speaker. Sebab kalau macam di bandar masalah dia anjing liar, kucing liar. Di luar bandar masalah lembu liar. Lembu ni bila dia terlepas dia ada tuan dia. Tapi bila dia langgar orang, orang langgar dia, jadi tak ada tuan. Jadi saya ingat penguatkuasaan ini sangat pentinglah especially untuk kita tangkap lembu ni. Tak apa. Dia bila tangkap ni, bila dah banyak lembu ditangkap dan lepas tu di lelong, tuan-tuan ni semua akan lebih alert dengan izin terhadap haiwan-haiwan yang jagaan mereka ini. Terima kasih.
Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Kota Damansara yang prihatin tentang anjing-anjing liar, kucing, lembu dan kerbau dan semualah. Ini seluruh yang ini tentang haiwan ini. Dan Kerajaan Negeri sedang meneliti bersama Veterinar dan sebagainya di bawah Pertanian Exco Pandan Indah yang ada saya
sebutkan sentiasa indah, kita tengah teliti untuk pinda, pinda enakmen lembu dan kerbau itu pun kita nak kena pinda. Ada enakmen tersebut. Kita akan pinda. Mana yang kita nak tambah baik supaya pengurusan penguatkuasaan akan menjadi lebih baiklah. Saya respons kepada Sentosa, Yang Berhormat Sentosa mengenai Dewan Kemudahan Awam mohon pembinaan dewan dibina di Taman Sentosa. Lokasi yang dicadangkan adalah di Jalan Datuk Langgang, 41 Taman Sentosa dengan keluasan tapak 0.88 ekar. Ya ekar. Yang juga termasuklah dalam rancangan pembangunan jangka masa lima tahun. Dengan keluasan ini dewan yang lebih besar dapat direalisasikan untuk menampung lebih ramai penggunalah. Pengguna dan memberi kemudahan yang lebih baik kepada penduduk di kawasan tersebut. Ini dalam perancanganlah. Saya akan push supaya benda ini boleh cepat direalisasikan, saya minta Yang Berhormat Sentosa juga boleh terus berhubung dengan Majlis Bandaraya Daerah Kelang dan sebagainya agensi berkaitan untuk push supaya cepat dilaksanakan. Itu untuk Sentosa. Kemudian Sungai Ramal juga membangkitkan isu tong sampah. Isu tong sampah yang tidak kawasan penyediaan tong sampah di pangsapuri ya tidak di bahagian belakang premis perniagaan dan sebagainya tidak diganti bagi kawasan Majlis Perbandaran Kajang. Penyediaan tong sampah di kawasan pangsapuri adalah di bawah tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama, JMB dan Perbadanan Pengurusan MC. Pihak PBT hanya melaksanakan aktiviti kutipan sisa pepejal sahaja. Bagi kawasan industri dan komersial pula pemilik premis wajib menyediakan tong sampah sendiri seperti yang dikehendaki di dalam syarat lesen perniagaan. Tong sampah perlu diletak di dalam, diletakkan di belakang premis untuk mengelakkan gangguan ke atas kawasan parkir dan memastikan kebersihan kawasan hadapan premis. Inilah jawapan saya respons saya kepada Yang Berhormat Sungai Ramal.
Sikit ya Yang Berhormat? Boleh?
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Exco yang menjelaskan tentang siapa yang bertanggungjawab menyediakan tong sampah bagi kawasan JMB. Isu yang berlaku ialah Yang Berhormat, JMB tak berfungsi kemudian diserahkan kepada ejen yang menguruskan. Tak pasti ejen ini mempunyai bidang kuasa yang terhad. Hanya mengutip kutipan daripada penghuni. Ada masalahnya ialah tak disediakan tong sampah ini oleh ejen dan sebahagian penghuni itu membayar full penuh. Jadi bila tiada tong sampah menjadi ketidakadilan kepada penghuni yang membayar penuh ini kerana mereka tiada kemudahan yang sepatutnya mereka dapat. Mohon perhatian pihak kerajaan supaya dibantu ataupun diambil apa-apa inisiatif supaya ejen ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan tong sampah berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Memang JMB la, MC dan sebagainya kadang-kadang ada masalah. Itu yang berlaku di lapangan. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan, kutipan pun lembap dan sebagainya. Mungkin tidak ada kutipan, mungkin tiada dana, mungkin ada hanky panky dan sebagainya. Semua berlaku di lapangan. Setiap hari berlaku di sini di sana. Jadi isu ini menjadi beban pula kepada Kerajaan Negeri ataupun pihak PBT. Jadi kita akan selaraskan tengok mana yang boleh bantulah. Yang boleh bantu kita minta Ahli Majlis turun kawasan untuk tengokkan, boleh bantu kita bantu. Kalau di luar daripada bidang kuasa kita, kita enggak mampu untuk kita, untuk kita bantulah. Baik seterusnya. Saya akan terus kepada respons kepaya menyentuh Portfolio Pelancongan, Yang Berhormat terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Damansara, Sentosa, Hulu Bernam dan Dengkil berkaitan dengan isu cadangan daripada Yang Berhormat Kota Damansara untuk e-sport supaya dijadikan acara pelancongan. Saya mengalu-alukan. Kita terima cadangan yang baik ini untuk e-Sport ini yang boleh menarik ramai anak muda untuk menyertai e-sport tersebut dan kita akan saya akan kerjasama dengan Yang Berhormat Kota Anggerik, Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan untuk pastikan acara ini kita promotelah sebagai acara pelancongan dan seperti apa yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar peruntukkan RM1 juta untuk Hotel Carlton dan group e-sport ini akan kita realisasikan secara berperingkat. Saya yakin Selangor akan menjadi antara peneraju untuk e-sportlah yang ke hadapan lebih-lebih lagi Kota Damansara, wong Jowo, Singapore, numgi eso denwangilah dengan izin orang Jawa yang muda ini anak muda dia boleh bantu dalam contest e-sport inilah dengan izin.
Baik, seterusnya berkaitan dengan respons kepada Yang Berhormat Sentosa cadangkan Masjid Jamek Cina Muslim Klang yang baru, yang baru itu sebagai destinasi pelancongan. Saya mengalu-alukan saya terima sebab memang daripada angka-angka yang kita terima rumah-rumah ibadat ini boleh kita transformasikan sebagai kawasan lokasi pelancongan. Contoh-contoh, Masjid Biru, Masjid Negeri, Blue Mosque di Shah Alam ni tumpuan pelancong. Beribu-ribu, berjuta pelancong datang setiap tahun ke Masjid Biru termasuk pelancong dari negeri China pun datang untuk ambil gambar dan suka dengan reka bentuk dan sebagainya. Ini kawasan-kawasan keagamaan semua diminati. Kedua, Batu Caves dengan Dewa Murugannya, 272 anak tangga dengan berwarna-warni dan juga perayaan untuk orang Hindu dan sebagainya di situ. Itu juga tarikan. Kemudian Fo Guang Shan di Jenjarom. Itu juga tarikan untuk Buddhisme dan sebagainya. Dengan lantern light lepas tu perayaan Cina berpusu-pusu. Sesungguhnya Yang Berhormat Sijangkang tahu perkara tersebut ya. Ramai yang pergi, ini juga tarikan. Jadi Masjid Jamek Cina yang berukiran Cina ni di Klang ini pastinya kita akan jadikan dia sebagai lokasi pelancongan untuk kita masuklah dalam promosi tourism ya.
Seterusnya berkaitan dengan Hulu Bernam yang minta fokus kepada Agro Pelancongan saya nak bagi sikit butiran.
Tuan Speaker.
Silakan.
Yang Berhormat EXCO saya tertarik dengan jawapan tadi. Saya tanya adakah kita ada satu cadangan untuk kita mewujudkan satu pembangunan seperti Brickfields di Jalan Tengku Kelana? Kerana saya lihat di Brickfields dia menjadi satu tumpuan daripada bukan dari dalam negeri tetapi dari luar negeri untuk datang untuk buat shopping kerana keadaan dia lebih cantik. Adakah kita mempunyai apa-apa cadangan untuk membina semula Jalan Tengku Kelana kerana ia adalah satu tumpuan utama bagi kaum India khususnya masa festival dan juga banyak lagi? So adakah kita ada cadangan untuk membangunkan untuk membangunkan pelancongan di situ?
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning yang bagi cadangan baik. Memang kita akan cuba serahan dengan Majlis Bandaraya PBT, Majlis Bandaraya Diraja Kelang, khususnya di Tengku Kelana ya. Itu memang kawasan yang menjadi tumpuan pelancong, ramai orang yang shopping dan sebagainya dan Bercuti Pusing Selangor dulu sampailah ke di India di Tengku Kelana semua akan datang ke situ nak cari barang-barang dan sebagainya. Perayaan di waktu Deepavali dan sebagainya. Itulah tumpuannya. Jadi saya minta Majlis Bandaraya Diraja Klang boleh terus promotelah adakan bajet untuk kita nak jadikan dia satu sebagai satu culture street dan sebagainya. Dan kawasan yang lain juga boleh kita lakukan yang sama. Banyak idea-idea jadi saya minta ada idea tambahan cadangan tambahan daripada Yang Berhormat Kota Kemuning boleh kemukakan kepada saya. Saya akan cuma menafaat, agar cuba kita mempertimbangkan untuk direalisasikan dan dilaksanakan bersama kerjasama semua pihak.
Baik. Seterusnya berkaitan dengan Hulu Bernam. Beliau bertanyakan tentang kawasan-kawasan agro yang kita kenal pasti di Tahun Melawat Selangor 2025 ini pada tahun hadapan memang kita promote terus ya. Yang pentingnya kawasan agro pelancongan ya yang kita sasarkan Anjung Utara, Anjung Utara di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Anjung Utara ni daripada Bukit Melawati, Sky Mirror, sampai ke Sekinchan. Kawasan bendang yang terbentang luas dengan pokok harapannya Pantai Redang dan kemudian ke Pusat Konservensi Kelip-Kelip Sungai Panjang sampailah ke Sungai Air Tawar. Dengan makanan Punten, Nasi Ambengnya, Karpes dan seluruhnya. Yang ini Anjung Utara kemudian Anjung Selatan. Ada juga agro-agro kawasan pemodalan agro
pelancongan yang kita kenal pasti di Anjung Selatan iaitu Sepang dan Buah Naga. Acce’el, dragon fruits farm dan kemudian maps dan kemudian Ladang Farm Fresh, UPM, Perkampungan Tradisi, Banghuris. Banghuris homestay. Banghuris Homestay juga ada dengan identiti yang tersendiri, tarikan yang tersendiri kemudian di Hulu Langat di Semenyih di Eco Venture dan di Sungai Congkak dan sebagainya. Termasuk juga di Fraser Valley di KKB dan sebagainya. Ya Yang Berhormat silakan, Sungai Pelek.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan saya adalah berkaitan sama ada Yang Berhormat ada perancangan untuk berinteraksikan dengan Portfolio EXCO - EXCO lain? Sebab saya tengok pada banyak program yang dianjurkan oleh pihak negeri yang sangat membawa makna dan juga membawa orang kata hangat kepada rakyat seperti Gagasan Rumpun dan juga Pesta Makanan Warisan. Yang tiga-tiga program ini pernah dianjurkan di DUN Sungai Pelek dan mendapatkan sambutan yang sangat memberangsangkan. Jadi saya rasa kalau kita ada satu jadual untuk bersamakan tiga program ini dalam satu masa jangka masa yang sama jadi untuk menghangatkan lagi membawa lebih banyak impactlah pada penglibatan daripada orang awam, ataupun rakyat ataupun pelancong daripada luar negeri. Itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Yang cadangkan supaya Gagasan Rumpun Selangor dan lain-lain semua program boleh kita gabungkan selaraskan. Memang itu antara tindakan dan penelitian Pihak Kerajaan Negeri untuk selaraskan dan untuk makluman Tuan Timbalan Speaker dan Dewan yang mulia ini bermula semalam sampai ke hari esok, tiga hari dua malam Gagasan Rumpun Selangor di bawah Yang Berhormat EXCO Luar Bandar iaitu Yang Berhormat Sungai Air Tawar dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor ke Sabak Bernam, Kota Agropolitan yang bermula semalam. Peringkat pertamanya di Sekinchan kemudian sampai ke Sungai Besar dan sampai ke Sabak Bernam. Inilah antara program juga membantu untuk promosi pelancongan. Walaupun dia Gagasan Rumpun Selangor. Gagasan ini semua kita sebagai keluarga besar untuk negeri selangor. Tiada masalah, soal Melayu, Cina, India seluruhnya adalah Rumpun Selangor. Ha ini dia. Silakan.
Celahan.
Yang Berhormat Exco, saya ada bangkitkan tentang kawasan tadi Yang Berhormat sebut Sungai Congkak di dalam Dusun Tua termasuk dalam pelancongan. Satu lagi Sungai Gabai, saya dah bangkitkan ianya masuk gazet dalam Geopark yang baru minggu lepas Tuanku Sultan rasmikan. Tapi sehingga ke hari ini tiada apa. Saya rasa Yang Berhormat Exco dah pergi pun Sungai Gabai tu. Dulu ada tanah sawah, ada surau sekarang ini bila lepas banjir dah total lost, hancur dengan izin. Jadi saya merayu supaya pasal dah masuk dalam Geopark nanti
akan diperkenalkan mungkin pelancong luar negara pun boleh datang. Mohon supaya dipertimbangkan satu peruntukkan khas untuk Sungai Gabai.
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua memang isu Hutan Rimba Sungai Gabai ini banyak kali dibangkitkan oleh kerana banjir besar dan sebagainya telah merosakkan malah kecelakaan tersebut malah petaka tersebut telah menyebabkan kerosakan dan sebagainya. Semua kemudahan infra dan semua seluruhnya telah rosak dan sekarang tidak dapat menarik pelancong ke situ. Ini perlu satu dana yang besar dan bagi Kerajaan Negeri kita ada kekangan dari segi itu dan saya akan bincang dengan Menteri Pelancongan, MOTAC dan sebagainya untuk nak cari dana mana untuk kita nak bantu pulihkan kembalikan kemudahan untuk tarikan di Sungai Gabai ini. Kita akan cuba cadangan tersebut sangat baik. Akan dicubalah dilakukan supaya ada tindakan daripada MOTAC boleh bantu kita. Sebab dia perlukan duit yang besar. Dan seterusnya saya respons sikit kepada Dengkil.
Pencerahan sikit Yang Berhormat EXCO. Tadi Yang Berhormat EXCO jawab soalan saya kan?
Ya. Dah.
Saya nak mencelah sikit. Terima Kasih Yang Berhormat EXCO yang menerangkan berkaitan dengan anjung-anjung yang diberi tumpuan untuk agro pelancongan inilah. Dalam persidangan yang lepas saya masih ingat bahawa saya ada menyebut bahawa Hulu Selangor ini merupakan hak tanaman durian. Namun saya tak mendengar daripada Yang Berhormat EXCO yang menyebut bahawa Agro Pelancongan di Hulu Selangor ini nak dimasukkan bahawasanya durian menjadi satu tumpuan kepada dunia luarlah. Jadi saya nak mengajak Yang Berhormat EXCO sebenarnya di Sungai Sabai di Kelompang itu ada tapak...
Tolong ringkaskan ya soalan.
Ada tapak perkampungan lama yang boleh dijadikan sebagai Hub Durian dan boleh dibangunkan sebab di Hulu Selangor itu sendiri ramai pengusaha-pengusaha tanaman durian. Terima kasih Yang Berhormat EXCO.
Yang Berhormat EXCO nak jawab atau nak sambung kemudian? Jawab terus? Tutup terus?
Terima kasih. Saya nak jawab lepas tu saya nak habiskanlah. Ending je ya.
Ok. Seminit.
Terima kasih Hulu Bernam memang durian antara tarikan kita. Jadi kita tengok macam mana di Hulu Bernam inilah. Boleh kalau kita ambil maklum dulu. Kalau ada potensi kita cuba kita mesti promote durian kerana durian itu antara Raja Buah di Malaysia. Satu tarikan untuk Malaysia. Jadi dengan Dengkil tadi soal peruntukkan RM10 itu memang kita ada dalam promosi sekali dalam promosi dan tarikan pelancongan dan sebagainya semua dalam tu RM8 juta ya. Baik, saya rasa sekadar itu untuk belanjawan. Saya terima kasih kepada semua Selangor Dinamik Cita-Cita Sempurna Malaysia Madani Nak Bercuti Pusing Selangor Dulu! Spicing Selangor, Selangor penuh kejutan, akai kageten, Selangor (Bahasa Cina). Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Ahli-ahli Yang Berhormat waktu terkini menunjukkan jam 1.00 tengah hari. Dewan akan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada rehat tengah hari. Sidang Dewan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Selamat Petang. Kita mulakan sesi petang ini bagi penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai Usul Peruntukan Pembangunan 2025, di persilakan EXCO Infra dan Pertanian.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat atau pun yang turut sama-sama membahas dan membincangkan mengenai Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan di bawah belanjawan kita pada tahun 2025 ini. Saya juga dalam masa yang sama, ingin mengambil kesempatan untuk memberikan juga
ulasan, mewakili Yang Berhormat EXCO Perumahan kerana kesihatannya kurang baik. Jadi saya akan cuba ulas dan beri jawapan kepada beberapa pertanyaan yang timbul.
Yang pertama ialah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan, Kuang dan juga Seri Serdang berhubung dengan isu Skim CERIA 2025 yang hanya bernilai RM4 juta. Jadi sebenarnya bawah Kerajaan Negeri mempunyai program sebenarnya yang tambahan apa yang dipanggil sebagai Program Iltizam Selangor Penyayang atau pun Projek Selangor Penyayang (PSP). Di mana program ini telah diberi peruntukan RM250,000.00 kepada setiap ADN atau pun di setiap-setiap DUN bagi bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada program-program pemulihan atau pun penambahbaikan infrastruktur termasuklah mengecat semula bangunan pangsapuri kos rendah dan kos sederhana di setiap DUN. Program ini boleh digunakan dan juga kalau kita congak buat kiraan akan membabitkan juga hampir RM14 juta untuk di seluruh Negeri Selangor. Ini boleh digunakan bagi membantu menampung kekurangan pada Skim CERIA tahun ini. Tahun depan hanya diperuntukkan RM4 juta. Selain daripada itu Program Ceria juga memberi bantuan baik pulih fizikal untuk kos rendah ini, dana juga boleh diperolehi melalui unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri - ICU, JPM yang bertindak sebagai penyelaras untuk merancang dan melaksanakan projek pembangunan terutama yang memerlukan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Di bawah KPKT juga ada tabung penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) yang juga berdasar kepada permohonan daripada Badan pengurusan (JMB) dan MC kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Lembaga Perumahan Negeri seterusnya dipanjangkan kepada bahagian penyelenggaraan perumahan. Ini pun ada peruntukan yang disediakan melalui permohonan untuk penyelenggaraan bagi pangsapuri dan sebagainya.
Seterusnya tentang isu. Permatang tiada ye. Jadi saya teruskan kepada. Saya hanya akan memberikan ulasan pada yang ada dalam Dewan sebab masa dah terlalu banyak macam biasa memang menjadi tajuk kegemaran infrastruktur ini yang terpaksa saya.. Jadi saya akan lihat siapa yang ada di dalam Dewan saya akan jawab apa yang dibangkitkan.
Berhubung dengan banjir. Isu banjir yang dibangkitkan. Daripada Yang Berhormat Sentosa ada membangkitkan isu mengenai penstabilan dan pengukuhan tebing bagi Sungai Aur. Yang ini Vot ini diagihkan kepada daerah bagi pelaksanaan kepada kerja penstabilan. Kod yang kita pakai adalah P.13. Kod PK.3 Objek 303100 - untuk Sungai Aur, penstabilan tebing Sungai Aur telah disiapkan pada 3 Mac 2023 dengan peruntukan persekutuan bernilai RM10.32juta, sebagai tambahan, JPS telah mengangkat permohonan pelaksanaan projek pemulihan dan penstabilan tebing Sungai Aur fasa 2 kepada Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia -13 (RMK-13), 13 tak lama
Yang Berhormat, tahun 2026 mula. Jadi setahun lagi, ini kos tambahan sebanyak RM15 juta telah dipohon untuk tujuan yang berkaitan.
Bagi Ahli Yang Berhormat Sungai Burong bertanyakan mengenai Vot P.13 PK 1 Kod Objek 014020 Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, rancangan tebatan banjir yang dimaksudkan ini ialah berdasarkan reka bentuk awalan Sungai Selangor, terdapat keperluan untuk membina dan menaik taraf pintu air sedia ada. Jadi pembinaan rumah pam dan pengukuhan tebing. Walau bagaimana pun sebarang konsep reka bentuk perlu diluluskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Teknikal dan pihak perunding sedang menyiapkan cadangan itu yang membabitkan di kawasan tebatan banjir Sungai Selangor ini iaitu pada 16 Disember ini akan dibentangkan cadangan skop bagi pelaksanaan projek ini. JPS Selangor akan mengambil inisiatif melaksanakan skop segera dengan peruntukan yang diluluskan. Manakala baki skop akan diangkat pada fasa seterusnya. Ini akan dibentangkan pada Disember ini.
Dan untuk yang berkait dengan Objek 06105 – Menaik Taraf Benteng Parit 4 , Sekinchan ini. Sebenarnya projek ini telah pun siap pada 31 Ogos 2023, untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat bila ada RM10.00 dalam mana-mana Kod ini dia sama ada merujuk projek itu tidak jadi kita buat atau projek itu sudah siap. Dan kita tidak boleh keluarkan dia daripada senarai sebab ia terduduk di bawah RMK-12. Jadi dia akan kekal di situ sehingga kita buat kajian semula untuk RMK-13. Jadi bila dia dah ada dalam Vot dalam Kod Objek dalam mana-mana di bawah RMK-12, kod projek itu sama ada dikaji semula atau pun sudah siap, kita kekal ada dalam tu. Cuma angka dia jadi RM10.00. Itu saya harap dapat faham ye di mana ada pertanyaan-pertanyaan kenapa ada RM10.00. Tapi memang betul ada projek yang kita kaji semula. Tapi pada umumnya itulah dia komen saya berhubung isu RM10.00 ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Pandan Indah. Tadi daripada jawapan yang diberikan seolah-olah menunjukkan adanya fasa. Sebab mengikut komplen daripada penduduk apabila berlaku fasa-fasa dalam projek ini. Ia akan tidak menyelesaikan secara menyeluruh. Ia akan terkena pada fasa yang terabai. Jadi saya mencadangkan supaya mengeluarkan peruntukan yang masih lagi dilihat pada item nombor yang dinyatakan itu untuk membuat pada skala yang lebih besar secara menyeluruh. Apa komen.
Okay. Yang Berhormat, itu yang saya sebutkan tadi, bila kita buat berfasa ini bukanlah bermakna kita buat projek separuh jalan. Bukan ya. Berfasa itu maksudnya, lembangan kita ini besar. Bila kita buat tebatan banjir kita melihat kepada lembangan atau pun river basin terlalu besar macam Sungai
Selangor ini, kita tidak boleh nak buat serentak keseluruhan. Ia akan menelan kos yang tinggi satu kemudian sangat lama pelaksanaannya. Jadi kita buat berperingkat-berperingkat tapi kita ada kajian keseluruhan cuma kita buat berperingkat untuk menyelesaikan maslah secara berfasa. Ini yang kita maksudkan, dengan cara itu lebih cepat pelaksanaan projek untuk mengatasi. Dan kita beri keutamaan yang mana yang aula yang mana dahulu, kita dahulukan. Kalau kata isu flat wall atau pun ketinggian tebing itu tidak sesuai, kita akan buat flat wall dulu. Ini di antara pelaksanaan. Dan kajian teknikal ini, dia ada badan penyelarasan teknikal yang perlu kita dapat kelulusan untuk melihat sama ada kewajaran untuk kita laksanakan. Sama ada 1 fasa 2 fasa atau 3 fasa. Ini semua akan dibuat secara profesional. Secara teknikal. Terima kasih.
Jadi saya sambung daripada Seri Serdang bertanya tentang penaik taraf saliran kawasan tradisi. Kampung Tradisi Puchong, Kg. Kuala Sungai Baru dan juga berhubung dengan Objek 02105 berhubung saliran, Seri Serdang tapi tiada lokasi spesifik. Tentang naik taraf ini. Naik taraf ini ialah kampung ini akan di iklankan pada 28 November. Hari ini berapa hari bulan. Esok la.. itu iklan untuk pelaksanaan naik taraf bagi Kampung Tradisi Puchong, Kg. Kuala Sungai Baru itu telah diiklankan untuk pelaksanaan. Tarikh taklimat lawatan tapak adalah 4 Disember. Jangkaan mula projek di tapak adalah pada suku 2 tahun 2025 iaitu bermula projek pelaksanaan bagi naik taraf. Untuk yang naik taraf yang tiada spesifik itu, sebenarnya ia adalah sebahagian daripada projek di bawah Projek Tebatan Banjir Sungai Kuyoh. Jadi sebab itu termasuk sebahagian daripada kos. Kalau Yang Berhormat boleh ingat, saya ada sebut Sungai Kuyoh ini RM300 juta ya. Projek Tebatan Banjir Sungai Kuyoh. Ini termasuklah seperti Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, deretan kedai di jalan 18/45, 18/55 (A), serta perumahan di jalan 18/57 dan jalan 18/50.
Pandan Indah, sikit. Saya merujuk kepada tadi yang peruntukan umum kepada Seri Serdang itu. Boleh atau tidak kita andaikan begini, ketika pembinaan RTB Sungai Kuyoh itu berjalan, kemudian berlaku banjir-banjir di kawasan sekitar, kawasan yang terlibat dengan pembangunan RTB Sungai Kuyoh ini, maksudnya peruntukan itu boleh digunakan untuk mengatasi masalah-masalah yang di sekitar kawasan yang terlibat itu. Terima kasih.
Kita akan lihat secara teliti, sebab saya ada juga pernah menyebutkan di Dewan Yang Mulia ini, bahawa kadang-kadang kita buat projek cantik, pelaksanaan nampak macam bagus, tetapi dalam masa pembinaan itu kadang-kadang ia menyebabkan gangguan. Macam juga lebuh raya dan sebagainya. Bila kita buat, dalam masa proses pembinaan pun perlu di teliti kadang-kadang pun ia melibatkan banjir. Ini pun kita akan tengok dalam masa pelaksanaan ini, untuk melihat memastikan bahawa masa binaan, masa dah siap ia akan membantu sistem saliran
supaya tidak ada gangguan atau pun isu-isu yang berkaitan dengan sumbat dan sebagainya. Ini kita akan tengok dan juga dia punya limpahan yang saya sebut sebelum ini, penyelarasan dengan pihak ini, projek JPS ini bila di buat ia kadang-kadang akan melibatkan juga pihak PBT di luar. Jadi kerjasama penyelarasan dengan pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah juga perlu di buat. Untuk memastikan kontinuiti air itu, saliran itu berjalan dengan baik.
Untuk Sungai Pelek yang menimbulkan isu Kod ini, yang saya sebutkan tadi RM10.00 iaitu Kod 01505, 01506, 01507 Tebatan Banjir Sungai Semarang, Sungai Labu, Sungai Chincang. Itu Yang Berhormat memang RM10.00 sebab projek ini dah siap. Untuk Sungai Semarang 15 Disember 2020. Untuk Sungai Labu 5 Mei 2023. Untuk Sungai Chincang 21 September 2021. Jadi semua sudah siap. Sebab saya dah sebut tadi, kita kena kekalkan dalam Belanjawan Bajet ini, kerana ini ialah projek yang terletak di bawah RMK-12. Jadi kalau siap pun kita kena kekalkan di situ, ia akan berubah, hanya bila ada RMK-13.
Okay. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cuma ada masalah yang berlaku di Kampung Chincang sebenarnya. Walaupun projek itu dah siap seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, tetapi banyak juga yang berlakunya banjir kilat. Saya juga pernah tanya pegawai daripada JPS dan mereka ada juga bagi komen mengatakan mungkin perlu ada tambahan kerja dilakukan. Mungkin itu saya minta Yang Berhormat EXCO untuk tengokkan . Sebab saya tengok jika dah siap, sepatunya tidak berlaku banjir kilat. Tetapi sekarang, setiap kali hujan lebat ia akan berlaku juga banjir kilat. Tahun ini dah 3 kali ke 4 kali Yang Berhormat. Terima kasih.
Memang itu, saya sebut tadi yang ditimbulkan tadi tentang berperingkat-berperingkat. Sungai Burong tadi. Itu saya sebutkan tadi bahawa kita akan terus meneliti dan melihat. Saya bagi contoh, Sungai Labu. Sungai Labu ini kita dapati bahawa dia punya sungai ini selalu menghadapi masalah back flow, disebabkan Sungai Langat tu jauh, air jauh lebih tinggi saya rasa. Jadi kita telah ada kaedah dan baru ini pun kita telah luluskan cadangan daripada pihak Majlis Perbandaran Sepang untuk membuat satu saliran baru terus ke laut. Ini cadangan, cadangan yang dibuat dan juga yang JPS pun ada cadangan itu dan kita teliti untuk melihat bagaimana penambahbaikan dari segi pelaksanaan projek-projek ini supaya tebatan banjir ini lebih efektif dan efisyen. Padahal kita berjaya selesaikan masalah banjir di situ. Ini akan proses yang berterusan yang kita buat.
Untuk Ijok, yang menyebut, yang menyentuh mengenai 02600 mengenai berhubung dengan isu ban. Saya sendiri, Yang Berhormat sendiri pun dah hadir, tempat tu pun kita dah lihat bagaimana. Dan saya dah sebut berkali-kali tentang isu ban ini yang kita dah
hantar. Dan ini termasuk sebenarnya dalam projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh bersekali dengan isu penambahbaikan ban. Dan tempat yang sering runtuh ni, kita dah, saya dah sebut. Kita akan lihat dan teliti ada beberapa tempat yang hotspot ini kita akan tukar kaedah pembinaan dan kita tidak boleh berterusan menggunakan bahan yang sama. Kita tau dah runtuh berkali-kali makna dia situ mungkin arus kuat, tanah terlalu lembut, jadi menyebabkan runtuhan dan sebagainya kalau kita pakai tanah. Jadi, kita tukar kepada kaedah lain sama ada sheet piling ataupun amour rock, dan terbaru ni SPS yang kita akan laksanakan berperingkat-peringkat untuk memastikan keteguhan atau ban kita daripada rebakan. Dan untuk
Yang bangun. Ada apa-apa
Saya tak habis lagi. Biar saya terang dulu.
Pasal ban tadi. Pasal ban tadi.
Cerita ban. Okay.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang saya maksudkan tu bukan ban yang berada di Ban 06. Yang saya maksudkan itu adalah ban sebelum Jambatan Bukit Mayong. Ada, kalau yang saya difahamkan tu, Fasa 1 ni bermula daripada Bukit Mayong, Jambatan Bukit Mayong sebelah kanan terusan ke downstream. Ini Jambatan Bukit Mayong sebelah kiri naik ke upstream. Terima kasih.
Ban ini sebenarnya memang tertakluk di bawah Rancangan Tebatan Banjir 1, Fasa 1 dan Fasa 2. Yang mana tak masuk Fasa 1, Fasa 2 tu yang 780 juta yang kita mohon tu masih belum dapat kelulusan. Tapi walaupun begitu, projek ni makan masa macam saya sebut, jika ada keperluan untuk kita menaik taraf dalam masa antara 3, 4 tahun ini, kita akan buat. Itu yang saya sebut ini. Sebab apa, ban ini komponen penting dalam banjir. Kalau dia pecah tak guna kita pam pun. Mana nak pam apa kalau dah ban pecah. Kita kena selesaikan ini dulu. Barulah kita boleh kita tingkatkan sama ada nak letak tambahan pam atau sebagainya. Yang ini kita akan terus buat pemantauan dan pelaksanaan.
Untuk yang berhubung dengan 02603, sistem saliran Kampung Jaya Setia. Ini sebenarnya telah kita luluskan untuk menaik taraf kolam takungan dan menaik taraf saliran keluar. Yang ini kos RM3 juta ni telah pun kita luluskan dan sekarang ni peringkat reka bentuk, stage 1 untuk pelaksanaan bagi projek ini.
Pembersihan sampah ni saya dah beritahu, kita apa yang kita akan buat tentang sampah yang banyak di kawasan RTB Sungai Buloh Fasa 1 ini ialah kita telah minta, kita telah bagi arahan pada kontraktor untuk membuat pembersihan logboom tersebut dan akan bermula pada Disember ini secara menyeluruh dan juga menyiapkan segera logboom baru. Ini saya tengok, saya dapati, itu pun saya nampak dah ada kerosakan dan sebagainya untuk pasang logboom baru bagi dan diserah pada JPS untuk kerja-kerja pembinaan secara berkala. Kita tak tunggu projek habis. Biasanya masa pembinaan, sebarang isu yang berlaku di tapak, termasuk sampah, dia kena uruskan. Tapi tak. Kita akan pastikan itu sebab pengalaman kita mengajar, kita tidak boleh biarkan dia. Kalau tidak sampah terlalu banyak di kawasan berkenaan.
Dan seterusnya untuk parit tak bertuan yang Fasa 2 ni akan masuklah senarai mana-mana lagi. Ada pertanyaan Yang Berhormat tadi berhubung dengan isu parit tak bertuan yang mana yang belum masuk senarai Fasa 1, Fasa 2 ni akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Sepatutnya minggu depan dah mula pelaksanaan untuk bagi Fasa 2 mana yang baki parit tak bertuan yang belum lagi dilaksanakan. Untuk yang Kota Damansara yang bangkitkan..
Permatang bangun. Permatang, ada, teruskan.
Permatang, nanti kejap. Nanti saya jawab yang ini dulu, yang Kota Damansara. Kota Damansara ini berhubung dengan penyelenggaraan kolam. Kolam ini, tiga kolam yang disebut di sini ialah AU5/122 Jalan Tembusu ini. Untuk makluman Yang Berhormat ketiga-tiga kolam takungan ini, telah bulan Julai itu telah di selenggara. Mungkin yang kali terakhir Yang Berhormat melawat tak tahulah bila. Tapi telah di selenggara kolam A, gambar pun ada di sini. Kolam takungan AU5/122 berhampiran Jalan Tembusu, kolam B pun telah dan juga dry point berhampiran kedai motor Azam ni pun telah di, telah di buat penyelenggaraan.
Berkaitan dengan isu tembok di Taman Setia Warisan. Untuk menangani banjir dan saya ucap terima kasihlah Yang Berhormat pun pujilah dah berjaya menyelamatkan flux wall itu berjaya. Berkaitan dengan tanah korekan sungai ini dijadikan ban ini lagi satu isulah yang kita hadapi. Bila kita korek, kadang kita letak itu, sebab kos nak transport bahan-bahan yang korekan ini pun sangat tinggi. Jadi, walau macam mana pun itu tidak boleh dijadikan alasanlah untuk biarkan di situ kerana bila hujan datang dia masuk balik dalam sungai itu. Jadi kita akan cari kaedah yang terbaik lepas ini untuk memastikan kelodak ini dapat kita keluarkan dan kita boleh letak dalam kawasan rizab tapi tidak terlalu dekat dengan sungai adalah yang boleh menyebabkan dia masuk balik ke dalam, kita akan ambil perhatian.
Morib mana? Untuk Yang Berhormat Morib yang bertanya mengenai pembaikan tembok penahan ombak di Pantai Dataran Morib. Memang kalau kita lihat, bahawa bila kita buat sebarang program-program yang berkaitan dengan beach nourishment ataupun apa yang silap dengan izin, dia akan memberi kesan juga kepada pantai yang lain. Ini memang ada sedikit kesan kepada pantai Kelanang yang mana dibangkitkan. Jadi, apa yang berlaku ialah kita akan melihat juga sekarang ini, kita dah buat permohonan di bawah RMK 13 bagi bagaimana projek pengawalan hakisan pula Pantai Kelanang. Ini kita akan tengok, yang kita anggarkan dalam RM50 juta juga untuk pelaksanaan projek berkenaan. Ini akan melibatkan kerja ukur tanah dan perunding dan pilihan tapak dan juga struktur kawalan hakisan pantai yang kita akan masukkan sepanjang 2 kilometer. Ini yang kita telah pun ada kajian dan kita akan buat permohonan kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan bagi projek pengawalan hakisan Pantai Kelanang.
Bagi Batu Tiga, ada Batu Tiga. Batu Tiga bertanya berhubung dengan tebatan banjir di Sungai Rasah dan Padang Jawa. Penaik tarafan tebatan banjir Sungai Rasah dan Padang Jawa ini, kita di bawah P.K 1, 01307, itu Projek Tebatan Banjir Sungai Rasah Shah Alam Sambungan, itu Projek Tebatan Banjir ini sebanyak RM23.142 juta itu. Projek ini dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada 25 Disember 2024. Ini projek yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Yang lagi satu itu ialah 02103, Projek Menaik taraf Pam dan Membina Kolam Takungan di Kampung Padang Jawa Sambungan, ini di bawah P.K 2, Pembangunan Sistem Saliran dengan kos projek RM5.050 juta. Itu telah siap pada 14 September 2023. Itu yang projek yang dimaksudkan.
Bukit Melawati, Yang Berhormat bertanyakan mengenai 01402, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Selangor. Ini yang, saya dah jawab tadi. Belum. Ini adalah projek luluskan peruntukan sebanyak RM30 juta melibatkan kawasan DUN Ijok. Termasuk juga, DUN Ijok. Bukit Melawati dan Permatang, ini sekali. Dia projek ini memang untuk, akan melibatkan Ijok, Bukit Melawati dan Permatang. Status projek adalah dalam reka bentuk laporan interim, berdasarkan reka bentuk awalan projek ini, terdapat keperluan untuk membina menaik taraf pintu air sedia ada, pembinaan rumah pam dan kerja pengukuhan tebing sungai. Jadi, ini yang akan dibentangkan nanti pada bulan Disember. Jadi makna dia projek ini melibatkan tiga ADUN yang akan, saya akan maklumkan nanti apa hasil daripada kajian ataupun pembentang pada 16 Disember nanti.
Untuk yang Sungai Ramal, yang bertanya berhubung dengan projek tebatan banjir Sungai Lemas. Nama pun Sungai Lemas. Kalau boleh kita fikir nama yang elok sikitlah. Ada satu sungai tu dia panggil sungai, antara yang paling cemar, Sungai Air Busuk. Jadi, nak, tapi nasib baik saya cek balik bukan di Selangor, di Kuala Lumpur. Okaylah. Nama pun dah Air Busuk dah memang sampai bila pun tak selesai masalah ni. Jadi sungai,
Projek Tebatan di Sungai Lemas ini dalam proses pengambilan tanah. Ini pengambilan tanah ini itulah kalau saya sebut projek melibatkan pengambilan tanah dan alih utiliti dia memakan masa sikit. Yang ini akan dijangka bermula pada suku ketiga tahun depan. Kita nak selesaikan pengambilan tanah dulu. Pengalaman kita selagi tak selesai pengambilan tanah, jangan mula projek. Dia akan jadi terbengkalai, nanti kontraktor akan claim. Idling itu di panggil sebab tak buat kerja dia akan claim. Jadi kita selesaikan dulu pengambilan tanah ini sebelum kita dapat laksanakan projek.
Sementa bertanya berhubung dengan Projek Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil Daerah Klang. Projek ini sebenarnya Yang Berhormat, projek ini jangan disalah faham dengan Projek TBBT itu ya. Projek ni dah siap. Projek ni dah siap pada 20 Disember 2020. Yang terbaru yang saya umumkan hari itu, projek bawah Persekutuan itu yang 200 juta lebih itu, itu projek yang baru. Itu yang dipanggil projek yang berkeutamaan tinggi yang telah diluluskan dalam peringkat reka bentuk sekarang untuk pelaksanaan. Dan lokasi kuarters yang sedia ada ini, ada enam lokasi kuarters baru. Satu adalah pintu air Jalan Papan, Pandamaran. Dua, kuarters pintu air Jalan Kenangan, Kapar, ini yang bina baru. Tiga, kuarters Pintu Air Sungai Kapar Kecil, Kapar. Keempat, kuarters pintu air Kampung Tok Muda, Kapar. Yang kelima, kuarters pintu air Kampung Pandan. Dan yang keenam, kuarters pintu air Taman Seri Muda, Shah Alam. Itu yang baru. Yang sedia ada yang ganti, yang ganti kuarters sedia ada, ada dua. Iaitu satu, kuarters pintu air Yacht Club Pelabuhan Klang dan Pintu Air Sungai Aur, Pandamaran. Ini yang gantian. Saya rasa itu je yang untuk banjir.
Seterusnya berhubung dengan JKR yang berkait dengan jalan. Yang saya akan sentuh di sini secara mengikut apa yang di pertanyaan daripada yang Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang pertama ialah berhubung dengan Kajang. Kajang ada bertanya mengenai, mengenai jambatan yang menghala ke Sungai Buaya. Jadi untuk maklumat Jenjarom, ada dua situ yang menghubungkan jalan B124 dan jalan B340. Jadi B ini bila B ini makna Jalan Negeri, jalan JKR Negeri. Projek JKR telah menyediakan perancangan untuk pelaksanaan projek ini dan akan diangkat pada Rancangan Selangor Kedua, RS2 untuk pertimbangan kelulusan ini kita belum dapat kelulusan kita dah buat permohonan untuk masukkan di bawah Rancangan Selangor Kedua. Ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri iaitu Jalan Negeri.
Untuk yang Meru, tentang isu lampu jalan gelap. Meru tak ada. Okay tak apa. Kuala Kubu Baharu bertanyakan mengenai, mengenai 500 ribu tak cukup untuk pembaikan cerun. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya peruntukan cerun ini saya dah sebut soalan yang pertama pada hari yang pertama dulu, bahawa tidak ada peruntukan khas sebelum ini berkaitan dengan pengurusan cerun kerana fenomena cerun ataupun aliran puing ini merupakan fenomena agak baru bagi kita walaupun sebelum ini ada keruntuhan
yang berlaku. Jadi, kita akan, kita letakkan 500 ribu ni kepada yang luar daripada skop yang MARRIS. Kalau dia di bawah jalan dari bawah MARRIS sama ada jalan JKR atau jalan melibatkan PBT, kebanyakan cerun ni di jalan-jalan. Ini, kita akan gunakan peruntukan daripada MARRIS juga untuk menguruskannya dan 500 ribu ni kita letakkan untuk kebaikan cerun jika ada keperluan di luar daripada itu. Dan kalau kata ada juga berlaku kes-kes luar biasa, keruntuhan cerun yang berlaku di, contohnya daripada MPAJ, mereka memang buat permohonan pada negeri dan kita akan pertimbangkan untuk diluluskan. Memang kita dah luluskan sebelum ini daripada permohonan daripada Majlis Perbandaran Ampang jaya dan juga Majlis Perbandaran Selayang, isu-isu bencana yang berkait dengan keruntuhan cerun dan sebagainya. Ini memang kita akan laksanakan. Walau bagaimanapun, di bawah rancangan kita, pendekatan kita untuk depan kita akan fikirkan isu bagaimana kita tengah fikirkan kaedah yang terbaik dari segi pendanaan bagi cerun-cerun ini supaya mengelakkan daripada kita bertindak secara add hoc apabila ada keperluan untuk menguruskan cerun-cerun ini.
Tentang lampu solar yang tanya ni dia minta 17, dapat enam. Jadi Alhamdulillah lah enam, Yang Berhormat. Ada yang dapat dua je. Tapi tak apa. Saya dah sebut sini lampu solar ini kita akan tahun depan tahun depan kita tambah lagi tiap tahun kita akan buat kita akan buat kita akan beri tambahan-tambahan tahun ni kita dalam 1.5 Juta tahun depan kita akan naik ke 2 Juta untuk lampu-lampu solar Yang Ahli-ahli Berhormat boleh memohon kita akan beri pertimbangan untuk berikan tambahan-tambahan lampu solar ini saya dah sebut depan saya lampur solar ni bagus kerana dia sebenarnya tak payah bayar bil kecurian tak berlaku lampunya terang kitab oleh adjust pula tu. Saya buat bagi tahu pada JKR kita adjust daripada pukul 7 petang 7 malam sehingga pkl 12 terang 100% 12 hingga pkl 5 malapkan sikit kalau terang sangat ramai tak balik rumah main kat situ, jadi kita malapkan turun 40% ke 40% sahaja. Tapi bila pukul 5 kita naikkan balik sebab mula nak pergi sekolah dan kerja supaya cerah balik jadi naik ke 80% itu kita buat untuk conserved juga bateri dalam sama juga memastikan bahawa tidak disalahguna dari segi terlalu cerah tempat ini itu yang kita dah buat.
Yang Berhormat mohon mencelah tadi Yang Berhormat ada sebut Meru berkaitan tentang pencahayaan ataupun kebanyakkan jalan Lorong-lorong di kawasan kampung terutamanya gelap sebenarnya Meru pun ada kemukakan permohonan lampu solar secara spesifik tadi kami masih menunggu sebenarnya pemasangan lampu solar di kawasan-kawasan dah letak kita dah hantar terima kasih.
Sebelum Yang Berhormat nak jawab ye saya ada Dewan mengalu-alu lawatan ke Dewan Negeri Selangor daripada akademi
kepimpinan wanita seramai 8 orang yang diketuai oleh Fadhilah Gulam. Selamat datang ke Persidangan Dewan Negeri Selangor.
Terima kasih lampu solar ni macam ni la sekitar tambah cuma saya menyebut bahawa isu lampu ini dia isu teknikal jadi sekarang ni pelbagai lampu ada dipasang lampu solar ni, jadi kita cuba nak selaraskan kita dapat yang high quality je. Sebab kadang-kadang kata warranty lampu ni tak menyala dan sebagainya bila dah check bukan kita punya kita yang punya lampu tiang merah itu. Lampu tiang merah itu yang kita jadi kita nak selaraskan dan kita sentiasa memantau dan melihat teknologi terbaru supaya kita dapat laksanakan yang terbaik sebab lampu yang kita pasang ini yang merah ini adalah performance tinggi dia hampir 10 Ribu ringgit satu bukan lampu 2, 3 ribu ringgit punya. Ni memang high performance untuk memastikan ketahanan dia ye. Jadi itu antara perkara untuk Meru saya ada sebut dari segi yang dibangkitkan tentang isu gelap jalan gelap ini sebenarnya macam saya sebut tadi lampu kena curi memang dah semak dicuri dan kita dah minta pun peruntukkan 100 ribu untuk pembaikan lampu jalan yang akan dilaksana tahun 2025 untuk jalan yang dimaksudkan Yang Berhormat di jalan Meru. Untuk kota kemuning, daripada Kota Kemuning, ada belakang duduk belakang tak nampak ye jadi kita telah memohon jenuh saya nak pusing-pusing, untuk JKR Selangor telah mohon kelulusan jalan berlubang dan gelap untuk Bukit Kemuning untuk Bukit Rimau ada sebelas kerja dan telah kita luluskan untuk kerja berkala basement untuk turapan, termasuk jalan berlubang ni FT190 ini kita telah 11 kerja 19.5 Juta banyak Yang Berhormat untuk Kota Kemuning ye 11 kerja berkala, payment dan kerja penggantikan papan tanda rosak dengan kos 30 ribu dan 200 ribu lagi kita peruntukkan da untuk bekal pasang lampu solar di FT190.
Ini seterusnya bagi yang permohonan dari tersebut ni Dr. Yang Berhormat untuk lampu solar itu dari seksyen 9.8 hingga seksyen 12 bagi tahun 2025 ini peruntukkan yang telah diluluskan. Tentang yang lagi satu soalan daripada Yang Berhormat Bukit Kemuning ialah permohonan peruntukkan 6.5 Juta telah untuk payment 90 ribu bagi jadual berkala lagi payment 100 ribu pelan pembaikan jambatan 2024 namun hanya peruntukkan pembaikan jambatan sebanyak 60 ribu sahaja diluluskan. Ini permohonan-permohonan membabitkan jalan persekutuan saya sebutkan tadi membabitkan jalan-jalan persekutuan walaupun 60 ribu untuk jambatan yang lain tadi telah banyak diluluskan kerja-kerja yang melibatkan payment dan lampu solar tadi.
Untuk Dusun Tua ada membangkitkan isu kekurangan lampu di bawah di Dusun kampung Dusun Tua di bawah program Selangor bercahaya saya sebutkan 13 telah selesai dilaksanakan pada tahun 2022 bagi fasa 3 perlaksanakan 24 5 lagi kita luluskan tambah 5 lagi diperuntukkan jadi tahun depan tambah lagi untuk seterusnya permohonan penambahan itu boleh dibuat fasa 4 kita cuba tambah lagi saya nampak sambutan luar
biasa tentang lampu ini supaya ditambahkan kerja 2 Juta untuk tahun depan ni ye. Untuk Sepang yang ini berkaitan dengan pertanyaan daripada Dengkil
Yang Berhormat Dengkil tentang isu di kampung sungai buah untuk Kampung Sungai Buah ni jambatan kemajuan ialah 83.47 kalau ikut jadual tapi yang sebenar ialah .8 makna dia lebih laju daripada yang dijadualkan. Dengan kemajuan 17 hari lebih awal projek ni jangka siap April 16 April tahun depan jadi kitab oleh buat perasmian la ye tahun depan pada April nanti 2025 InsyaAllah.
Seterusnya pembinaan jalan sambungan bagi kemajuan jalan sambungan sungai kelambu ke bagi kemajuan kerja adalah 2.36 peratus jadual dan sebenar 5.29 ini pun lebih awal 27 hari projek ini dijangka siap pada 23 Mei 2027 yang isu penaiktarafan simpang kampung orang asli kampung flyover ni luar skop kita apa kita tengok isu tentang jalan yang berkait yang dibangkit Yang Berhormat.
Daripada Pandamaran bertanyakan isu berhubung dengan papan tanda pusingan U ye di bagi memudahkan perjalanan di bawah skop LRT 3 JKR telah mensyaratkan penambahan papan tanda tersebut di dalam mesyuarat perbincangan roadsafety audit pada bahagian 443 dan akan dipasang oleh LRT LRT 3 akan pasang papan tanda yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Sementa bertanya mengenai menaiktarafan jalan FT05 di jalan persekutuan lagi jalan Kuala Selangor oleh Sementa, Kementerian Ekonomi telah meluluskan sebanyak 65 Juta ringgit dalam rancangan Malaysia rolling plan ke 5 makna tahun depan untuk tahun 2025 bagi projek naik taraf bina bypass FT05 dipersimpangan jalan Johan Setia jadi ini satu berita baik la ye untuk penyelesaian masalah traffic dan banjir dikawasan tapi yang ini di daerah FT05 ni panjang ye. FT05 ni panjang jalan dia jadi yang diluluskan persimpangan jalan itu dan antara solusi bagi memperlahankan kenderaan berat ialah sekadar pembinaan bonggol oihak berkaitan perlu mengemukakan permohonan rasmi, untuk pembinaan bonggol peringkat daerah kita akan bagi pertimbangan la untuk minta dilaksanakan bagi mengurangkan kenderaan yang terlalu laju ye di Jalan Iskandar kerana kawasan tu dekat dengan hospital lagi ye.
Seterusnya Dusun Tua lagi sekali ini berhubung dengan penaiktarafan simpangan Batu 14, Batu 9 kerja-kerja menaiktaraf Batu 14, Batu 9 ini kerja-kerja penaiktaraf jalan persimpangan ini lori yang berat yang dibawa keluar masuk dikawasan projek batu 9 itu berkurang disebabkan pembinaan trackmental board segmental box girder yang telah siap sepenuhnya. Walaubagaimanapun pasukan projek khas JKR Malaysia sentiasa beri perhatian dan tindakan memastikan sebarang kerosakan jalan bawah federal ialah federal road kontraktor jalan pembaikan dari masa ke semasa ini berhubung dengan lori-lori yang keluar masuk yang besar ni ye. Okay saya rasa saya dah jawab aaaa cuma sikit saya nak sentuh tentang pertanian ye.
Yang Berhormat ada 2 lagi Yang Berhormat 2 lagi soalan yang pertama naiktaraf Jalan Reko yang kedua naiktaraf Jalan Pekeliling Persiaran University serta simpang 3 Sungai tangkas ke sungai 3 jederam, status dia Yang Berhormat
Jalan Reko ni memang penting ye, saya ingat lagi sebab kita dah bincang Jalan Reko ni cuma isu dia ada melibatkan pengambilan tanah kes Pelabuhan kelang yang kadang-kadang kos pengambilan tanah jauh lebih mahal daripada projek jadi kita perlu dapat kelulusan untuk apa kelulusan negeri untuk kelulusan bagi mendapatkan apa budjet bagi ni pengambilan tanah ini yang lain tu saya akan memaklumkan pada Yang Berhormat kemudian ye. Ada lagi yang saya tak langsung.
Yang Berhormat nak bertanya tentang tadi tentang jawapan Permatang mungkin berkenaan Jalan semalam Permatang bangkitkan Jalan Ban Pakat dan Jalan Ban Canal.Terima kasih
Saya ambil perhatianla apa-apa lagi Yang Berhormat sila …
Terima kasih Yang Berhormat saya nak tanya berkenaan dengan Jalan Kelang dari simpang Jalan Rawang B33 hingga ke Jalan FT54 untuk lampu solar ni saya dah dapat jawapan daripada JKR dia maklum kepada saya wasap yang dia beri akan keutamaan pada tahun hadapan untuk pemasangan lampu-lampu solar ni di simpang-simpang yang gelap ni tapi berkenaan dengan yang Jalan tadi tu Jalan Rawang
Jalan Rawang jalan ni sebenarnya telah diluluskan oleh FT33 ye?
B33 Yang Berhormat B33.
kalau B dibawah negeri nanti saya semak tapi bawah federal jalan telah dapat kelulusan itu memang dalam proses pelaksanaan itu memang diluluskan 5 ratus juta lebih projek itu dah diluluskan.
Yang Berhormat semalam saya ada bangkitkan beberapa isu jalan untuk Yang Berhormat buat pencerahan berkaitan dengan FT walaupun Tuan Speaker kata bawa keluar tapi kita minta ehsan daripada Kerajaan negeri untuk meneliti Jalan-jalan tersebut sebab ini
mengikut daripada rancangan tempatan 2025 penggantian daerah Kuala Selangor itu paling utama, perkara yang kedua berkaitan dengan Vot 12 semua yang saya sebut semalam, untuk Vot P12 kod projek menaiktaraf jalan PK 4 dalam belanjawan dalam budget yang dibentangkan ini semua daerah ada peruntukkan dia kecuali satu daerah Hulu Selangor, zero tidak ada dash..dash saya mohon Yang Berhormat EXCO untuk meneliti semula dan membantu kawasan daerah Hulu Selangor sebab YB KKB untuk Yang Berhormat Kuala Kubu pun di situ dulu Yang Berhormat juga dulu duduk di kawasan yang sama,saya mohon Yang Berhormat EXCO untuk meneliti semula. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya ingin bertanya berkaitan dengan pembinaan jalan sambungan dari persimpangan sanitari land field iaitu sebab dalam belanjawan saya tengok dalam syiling RM10 letakkan so saya nak tahu samaada jalan itu akan dibangunkan dalam tahun depan atau tidak.
Yang Berhormat Semenyih.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker semalam saya ada sebut tentang jalan B19 Sungai Lalang, jalan tu semakin sibuk asal jalan kampung jadi perindustrian dan dalam tu ada Nirvana Memorial Park Hills terlalu besar terlalu sibuk dan kita nak cakap tentang tahun Melawat Selangor Tahun depan mohon sangat-sangat minta kepada developer aniara tu buat flyover bagai atau kedua upgrade jalan sungai Pening pening pula jalan tu, terima kasih.
Nama hebat-hebat semua lemas la pening la.
Tuan Speaker saya nak sambung lagi sebab saya nak berucap semalam saya yang paling pendek khusus saya sebut jalan sahaja. Ada 7 ke 8 ke 9 jalan yang saya sebutkan saya pun dah tak ingat saya minta Yang Berhormat cek balik dalam hansard dewan dan beri jawapan dalam bertulis.
Terima kasih semua lah tadi jalan reko tadi memang kita ada isu pengambilan tanah dan juga kita ada isu yang tapi walaubagaimanapun kita telah ready kita dah tender ye untuk bulan ni bulan November ini dan kita akan mulakan projek tu Februari cuma tulah isu pengambilan tanah itu akan menjadi isu besarlah kita kena selesaikan tapi walaubagaimanapun projek itu akan bermula Februari 2025 nanti ye untuk Jalan Reko dan yang lain yang ditimbulkan Sungai Lalang memang saya faham apa yang dibangkitkan dan memang jadi isu yang kita akan
laksanakan. Saya rasa sebahagian projek ini kita kaji semula dan saya dah sebut kepada dengan pertemuan dengan JKR baru-baru ini. Jalan-jalan negeri yang berada dalam RMK12 itu ada yang tak relevan lagi, memang tak relevan sebab itu RM10 dan kita akan kaji semula sebab dengan peruntukan yang sedia ada kita kaji semula untuk masukkan projek yang baru ke RM13. Jadi benda itu akan dibuat tahun depan. Bulan 5 bulan 6 kita kena ready untuk nak masukkan bagi RMK13 dan sebahagian jalan yang dulunya tak kritikal sekarang kita masukkan. Sungai Lalang itu memang bada dalam senarai kita dan juga yang disebut oleh Sabak tadi kita lupa Sabak. Yang missing link itu yang di masuk yang disebut Jalan Hijau, Laluan Hijau itu pun saya telah minta supaya di tengok balik supaya dapat dilaksanakan untuk Rancangan RMK13 nanti. Itu antara perkara yang lain-lain saya akan tengok balik, senaraikan semula termasuk yang disebut tadi. Itu projek itu yang sambungan ke Landfill itu projek keutamaan tinggi. Sebenarnya kita kalau boleh nak buat segera, itu sebab saya lihat di situ ada Syarikat NCT kalau tak silap saya dan Syarikat Worldwide yang menggunakan banyak untuk kita punya tempat Landill pelupusan sampah kita menjadi sangat, kawasan itu sangat lembut tanahnya tanah gambut dan juga air water table nya tinggi, jadi saya tengok macam lori dan kenderaan macam dalam lumpur bergerak. Ini kita akan beri keutamaan untuk disiapkan segera kerana isu tanahnya yang sangat-sangat sukar untuk kita buat pembangunan di jalan yang baik yang di situ. Itu kita akan guna kaedah kemungkinan kita akan guna SPS juga di situ untuk selesai isu-isu ya. Kita akan masukkan. Untuk yang di bawah ada sikitlah isu yang berkait dengan.
Yang Berhormat saya mohon pencerahan tadi berkaitan dengan bajet untuk menaik taraf jalan di kawasan daerah Hulu Selangor. Tiada langsung peruntukan.
Itu saya kena tengok balik saya pun tak perasan, tapi kita sebenarnya, kalau penyelenggaraan kita duit sebanyak jalan-jalan negeri duduk di bawah MARRIS tidak dibentangkan di sini. Peruntukan untuk penyelenggaraan sebenarnya di bawah MARRIS termasuk perabot jalan dan sebagainya. Tapi untuk menaiktarafan itu perlukan bajet tahunan. Itu di bentang dalam apa ini di bawah belanjawan tapi untuk penyelenggaraan tidak perlu dibentangkan sebab dia duduk di bawah MARRIS. Jadi tentang jalan-jalan persekutuan ini sebenarnya walau di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan tapi pihak JKR saya rasa kita berbincang dan mencari jalan bagaimana kita dapat buat permohonan-permohonan yang perlu untuk memastikan jalan-jalan ini bukan sahaja di senggara tapi dinaik taraf. Sebab-sebab sebahagian besar jalan-jalan ini sudah pun tarikh luput dan sampai ataupun dah terlebih tarikh tutup dan perlu buat penaiktarafan kerana kalau tak dibuat penaiktarafan kita main tampal, tampalan itu tidak boleh bertahan sebab struktur dah rosak. Ini perkara yang kita buat permohonan apa nama ini permohonan dari masa ke semasa untuk mendapatkan
kelulusan dan bajet daripada Kerajaan Persekutuan bagi jalan-jalan. Untuk negeri itu saya sebut, tapi saya akan semak kalau ada melibatkan penaiktarafan kalau tak ada memang kita tak masukkan tapi kalau ada memang kita masukkan dari bawah penaiktarafan itu. Dan kalau senggaraan bukan di situ ya. Tidak perlu ada di bawah peruntukan itu. Terima kasih. Tentang...
Yang Berhormat EXCO satu last sekali. Yang untuk menaik taraf kalau ikutkan dekat sini ada 6 daripada JKR. So saya harap Yang berhormat, Yang Berhormat EXCO dapat meneliti semula sebab daerah semua berjuta-juta, daerah Hulu Selangor tiada langsung. So saya minta sekali lagi Yang Berhormat, sangat kesian Yang Berhormat.
Mungkin jalan dia masih elok. Jadi kita tak naik taraf lagi, jalan masih elok. Kalau Pelabuhan Klang dia dan menjerit lama dah, tapi tak payah buat Tik Tok, insya-Allah kita bantu. Untuk yang sikitlah mengenai dengan Pertanian, yang dibangkit saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Damansara keprihatinan kepada keperihaiwanan ataupun keperibinatangan. Yang disebut oleh saya pinjam daripada Yang Berhormat Sekinchan. Berhubung dengan isu PT17 adalah melaksanakan program kesedaran di bawah peruntukan P17 04001 sebenarnya dia lebih melaksanakan program kesedaran. Menyebar dan menyalurkan maklumat tentang penyakit haiwan tentang keselamatan daging, susu semua ini di bawah telah diperuntukkan itu. Berkenaan aktiviti menangkap haiwan terbiar seperti kucing, anjing, lembu ini, PBT Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor sedia maklum kaedah ni bawah lebih pada tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan di bawah undang-undang kecil mereka. Tentang isu klinik ini, Klinik Veterinar ini P17 04003 ini adalah untuk menaik taraf bangunan dan Klinik Veterinar ini Kerajaan Negeri berpandangan RM1000 ribu mencukupi ke atas justifikasi berikut. Pertama tahun depan merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia ke12. Jadi kalau ada keperluan kita akan masuk buat RMK13. Yang kedua kebanyakan Klinik Veterinar telah dibaik taraf di bawah RMK12 ini. Jadi tak ada keperluan untuk menaik taraf lagi. Dan ketiga peruntukan ini hanyalah untuk kerja-kerja fizikal sahaja sebab itu mencukupi dan sementara gaji dan perolehan di bawah adalah di bawah peruntukan lain mengurus. Ini lebih kepada perolehan bahan-bahan operasi klinik sahaja.
Tentang isu yang dibangkitkan oleh Permatang tentang pencemaran, ini disebabkan ternakan ayam ini. Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Veterinar dan juga Perbandaran Kuala Selangor dan Jabatan Kesihatan telah mengambil tindakan penguatkuasaan kepada reban ternakan ayam tersebut di bawah Enakmen Perladangan Unggas 2007 dan Peraturan-peraturan Perladangan 2008. Setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya 3 kompaun berjumlah RM4300 telah dikeluarkan pada pemilik ladang
pada 29 Disember 2023. Selain itu kompaun juga dikeluarkan melalui operasi bersepadu sebanyak 4 kompaun dikeluarkan pada pemilik ayam, ladang ayam tersebut dengan jumlah kompaun dengan jumlah RM4600. Bagaimanapun kita akan terus menyiasat dakwaan masih lagi pencemaran lalat sehingga mengganggu operasi Hospital Tanjung Karang. Jadi ini antara perkara yang kita akan buat dan memang di bawah nanti Yang Berhormat sedia maklum lebih awal kita telah pun siap untuk diluluskan iaitu panduan baru atau kaedah baru dalam pengurusan ternakan ayam di Negeri Selangor. Ini kita akan berkongsi dengan Yang Berhormat itu jauh lebih baik penambahbaikan bagi kita memastikan di mana lebih RM500 lebih 500 ekor dia tidak boleh ternak secara terbuka ini peraturan yang kita telah luluskan untuk memastikan bahawa tidak ada berlaku lagi gangguan-gangguan ada lagi kaedah yang kita luluskan dan saya boleh berkongsi nanti. Tapi yang paling juga dalam waktu yang sama kita kena jaga juga ayam ini, kalau terlalu masalah ayam nanti tak cukup makan susuh kita. Sebab dia sumber protein yang pertama yang paling tinggi di dalam negara kita.
Yang Berhormat, boleh saya nak tanya sikit. Terima kasih atas pencerahan yang diberikan, sangat menyeluruh saya kira. Yang kita tahu memang berkenaan dengan lalat ini memang dah banyak dah. Sebenarnya memang penguatkuasaan di Kuala Selangor boleh pujilah Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Veterinar yang memang dan juga Majlis yang membuat pemantauan yang sangat bagus saya kira dan memang Yang Berhormat memang dah banyak yang di kompaun dan sebagainya. Tapi masalah lagi masih lagi belum selesai, jadi saya menyambut baik kalau ada cadangan seperti Yang Berhormat cakap saya nak mencadangkan kalau boleh untuk kita mewajibkanlah mereban tutup tadi dan tidak ada lagi reban-reban open house ini sebab kalau reban open house ini sebenarnya Yang Berhormat memberi banyak masalah kepada lalat kepada penghasilan lalat yang tidak kawal ini.
Terima kasih Pematang ada 2 perkara. Satu memang betul tertutup itu. Yang kedua pengalaman saya ialah kalau kadang-kadang itu pengurusan ladang itu. Kalau kita lihat ladang yang tertutup pun kalau tidak urus dengan baik dia lalat akan ada juga. Di mana apabila tinja ayam itu kalau bawah itu yang bertingkat itu, di bawah itu dia kena letakkan sodas. Dalam sodas itu dia akan tabur mikro, saya pernah bawa pakar untuk mikro ini dari Universiti Malaya untuk melihat dan bila dia cadangan penggunaan itu, bila sodas itu, dan lalat tak ada lagi. Itu pengurusan kadang-kadang, kadang-kadang biasa dia tak nak letak sodas itu ataupun debu papan itu. Jadi dia tak simen sahaja, jadi bila tinja itu jatuh dia letak mikro pun, mikro itu tak hidup sebab simen aja, dia kalau dia kena ada itu. Itu benda-benda macam itu perlu kadang-kadang dia tertutup pun kalau tidak patuh pada amalan baik dalam ternakan dia akan sebabkan masalah juga.
Yang kedua Yang Berhormat bertanya mengenai isu TKPM ini. Saya memang mempertahankan tanah-tanah pertanian. Sebab apa kita dalam masa kita mebangun dengan pesat ini, industri kilang, rumah tanah pertanian pun kita kena jaga, tapi yang ini kita tak boleh elakkan sebab tanah ini Bestari ini tapak bagi Horras 3 ribu yang kita akan perlukan nanti untuk pembinaan loji air kita. Kita nak kena seimbang, kita akan menghadapi masalah nanti untuk bekalan air. Jadi kita kena seimbang walau bagaimanapun bukan kita tutup kosong ya, kita ganti. Contohnya macam di bawah sekarang ini ada 9 TKPM, Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan di bawah Jabatan Pertanian. Semua 300 ekar dan 13 TKPM di bawah jabatan Veterinar untuk ternakan 1303 ekar. Keluasan semua 4347 dan di bawah Kerajaan ini kita di bawah Jabatan Pertanian kita sedang menambah satu lagi TKPM di Sungai Kelambu Kuala Langat. Itu tambahan 80 hektar dalam proses penambahan sebagai TKPM. Selain itu kita juga buka kawasan baharu di bawah kita panggil SSAP atau Smart Selangor Agro Park atau SSAF Smart Selangor Agro Farm. Di Sungai Tawar 120 ekar itu kita tambah. Ini di bawah PKPS di Changkat Menteri 2400 ekar ini masih ada isu lagi dengan Alam Sekitar. Kita masih proses untuk dapat kelulusan. Yang seterusnya Smart Selangor Agro Farm Sungai Panjang 56 ekar. Ini untuk 2025 kita akan buka. Kawasan ini mencabar sedikit sebab dia banyak kawasan paya di situ. Seterusnya Smart Selangor Agro Farm Bukit Changgang, ini untuk jagung kita ada 50 ekar. Dan kawasan ini di bawah permit Jabatan Hutan di Kuala Langat Hutan Simpan Kuala Langat 1180 ekar ini di bawah permit Penggunaan Hutan. Bawah ada juga tanaman yang dibenarkan di situ. Jadi sebenarnya malah kita baru ini pun bila ada isu pertembungan pembangunan komersial dengan pertanian di Hulu Yam merupakan kawasan, kawasan yang paling luas kawasan yang paling terbesar pengeluaran sayur, kita buat keputusan kerajaan negeri kita kekalkan tanaman. Kita suruh pihak PNSB pemilik anak syarikat supaya cari tanam lain untuk pembangunan. Kita kekal tanam sayur di situ. Itu antara langkah serius daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan kawasan-kawasan pertanian kita akan kekal ataupunbertambah. Ok.
Yang Berhormat sikit ada soalan. Saya ada berkenaan TKPM di bestari yang sekarang menjadi tapak Horras. Jadi saya ingin bertanya dan mempunyai cadanglah kerana di Permatang kita ada di belakang tapak TPKM lama itu kita ada hutan simpan Raja Musa, Yang Berhormat. Ada juga tanah-tanah PKPS di sekitar di Raja Musa itu sendiri. Jadi saya ingin meminta pendapat lah juga bertanya kalau Kerajaan Negeri ada inisiatif untuk menggantikan tapak TKPM Bestari Jaya itu tadi ke tanah-tanah PKPS di DUN Permatang atau di hutan simpan Rama Musa itu. Ini adalah kerana ialah sebab ramai pengusaha sebenarnya pengusaha TPKM dan petani-petani yang telah kehilangan mata pencarianlah apabila TPKM Bestari dimansuhkan. Dan Yang keduanya Yang Berhormat berkenaan yang tadi ayam berkenaan tinja ayam ini. Sekarang ini contoh di Permatang ada satu reban ayam yang telah membuat loji biomass Yang Berhormat. Biomass tinja ayam ini. Saya hendak tanya
adakah Kerajaan Negeri ada nak memberikan insentif? Sebab saya nampak ini pun bagus untuk pembaharuan tenaga dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya ada dua kegunaan biomass itu mungkin agak baru penggunaan tinja ayam. Tapi yang sekarang kita buat ini ialah kita jadikan baja. Baja kompos yang penggunaan EM Mikro yang diusahakan oleh PKPS di kilangnya di Sabak bernam dia 8 tan sehari, dapat dikeluarkan. Makna dia biasanya dia makan masa jadi dia 8 hari dah boleh siap untuk jadi baja kompos dan kita akan buat galakkan lepas ini supaya lebih banyak ladang ayam akan hantar ke sana. Ini masalah pengangkutan ada isu sikit nak bawa bukan satu perkara yang muda. Tapi baja kompos dah cuba memang bagus. Impak kepada semua jenis tanaman boleh menggunakan kompos tanpa mencemarkan air. Ini kita telah buat dalam beberapa tahun. Kita bagi insentif (baja ini) percuma kepada petani dan menunjukkan hasil yang sangat baik. Jadi kita akan teruskan usaha itu.
Sikit Yang Berhormat.
Ya.
Tentang ternakan unggas ini.
Yang Berhormat tidak terlibat tadi kan?
Tak pe lah. Sikit saja. Saya nak tanya Yang Berhormat tentang ternakan unggas ini. Tentang penternakan unggas ini, kita ada Enakmen Perladangan Unggas Negeri Selangor 2007 dan juga Enakmen Penternakan Babi 1991 Negeri Selangor yang mana lesen tu kuasanya memang ada pada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar. Adakah saya nak faham. Adakah polisi Kerajaan Negeri kerana kita tahu kalau perladangan dibuat secara tutup hampir pasti risiko pencemaran dan juga masalah lalat itu akan hampir pasti boleh diselesaikan. Adakah ada ladang-ladang baru yang dibuka di Selangor ini masih lagi menggunakan sistem terbuka? Atau adakah Kerajaan Negeri telah meletakkan kaveat bahawa semua lesen-lesen baru yang nak dikeluarkan perlulah ladang tertutup (pertama)?
Keduanya jika kita masih ada lagi ladang-ladang yang terbuka ini, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meletakkan satu sasaran supaya menjelang tahun sekian-sekian kita mencapai sasaran zero atau sifar ladang terbuka lagi di Negeri Selangor ini? Mohon pandangan Yang Berhormat Pandan Indah.
Sebenarnya saya sebutkan tadi memang dah ada garis panduan. Kita sedang memurnikan kaedah penternakan ini. Baru ini pun kita ada dalam dialog dan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan juga EXCO-EXCO Pertanian Negeri, kita telah dapat keputusan untuk pelaksanaan iaitu yang paling (yang penting saya sebut ini) ialah kita tidak benarkan lagi penternakan ayam secara terbuka. Yang di kategori terbuka ini makna dia 500 ekor ke bawah saja. Kalau 500 ke atas itu mesti dia buat tertutup dan juga kita bincang mengenai KM (Kebenaran Merancang) yang perlu dibuat dan juga termasuk juga migrasi dia. Kita nak bagi masa berapa lama daripada sekarang yang mana lebih 500 ekor ini supaya dapat dia convert atau tukar kepada tertutup. Jadi ada negeri kata 6 bulan, ada negeri yang setahun. Selangor ni kita belum buat keputusan tapi saya akan tengok kewajaran. Kita tengok berapa banyak dan kewajaran untuk bagi masa yang sesuai. Sama macam lembu keslah. Bila kita akan mula penguatkuasaan mereka yang biarkan lembu rayau ni. Itu kita akan tengok kewajaran. Mungkin 6 bulan, mungkin setahun. Nanti kita akan maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Babi sebenarnya di Selangor ni dia lain sikit. Bukan babi tu lain. Makna cara ternakan tu agak berbeza. Dia hanya satu tempat je di Kuala Langat itu (dia dekat Ladang Tumbuk) itu. Satu saja kawasan yang kita benarkan. Yang lain pun kita akan mula buat pengalihan. Ada dua, tiga tempat lagi di Sepang (ada satu/dua tempat) supaya tertutup di satu tempat dan memang kita nak laksanakan tertutup ini cuma kita menghadapi masalah tanah tu yang agak mahal dan Kerajaan Negeri baru-baru ini mesyuarat dengan PKPS. Kita dah buat keputusan untuk membeli tanah itu dan mengambil pengambilan dan syarikat itu nanti akan buat binaan untuk tertutup ladang khinzir yang tertutup dan kita untuk peringkat awal ni kita akan mulakan dengan kerja-kerja untuk memulih dari segi pencemaran dulu untuk di kawasan yang berkaitan ya.
Saya nak. Saya ada sikit lagi ya Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker untuk saya sentuh di sini tentang lembu sado ni. Saya minat lembu sado. Saya sebut sikitlah.
Yang Berhormat.
Ya?
Yang Berhormat EXCO, Sungai Panjang.
Ya.
Respons tentang pertanian pada Perkara P08, halaman 204 berkenaan dengan pembangunan tanaman padi.
Ya, ya ada, ada. Belum sampai lagi. Sabar kejap.
pertanian?
Ada, ada.
Ha, ok.
EXCO kena ringkaskan juga ya.
Saya nak ringkaskan. Jadi lembu ni (lembu sado ni) memang kita ada di bawah peruntukan ini untuk lembu hibrid sado ni kerana dia boleh memberikan pulangan hasil yang tinggi untuk peningkatan daging. Malangnya di negara kita ni lembu sado ni dia lebih kepada jadi bahan untuk pameran saja. Dia tak jadi nak makan. Dia sayang pula. Tiap-tiap hari dia mandi. Dia lebih banyak mandikan lembu daripada mandi dia sendiri (dua, tiga kali mandi). Sebab dijaga, dia di pet pula. Jadi sebab itu walau bagaimanapun kita terus mensasarkan kita memang kita fokus lima terpilih untuk penternakan ini. Lima orang kita bagi bantuan untuk memilih untuk pelaksanaan lembu hibrid sado ini. Tetapi untuk ke depan ini nanti kita akan bentang nanti di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor Fasa 2, kita akan masukkan wagyu sebab kita dah ada Kaedah Penternakan Lembu Wagyu ini. Ini betul-betul untuk komersial yang kita akan buat pembakaan di Negeri Selangor. Untuk kali pertamanya pembakaan wagyu boleh dibuat di Negeri Selangor. Itu kita jaga dari segi pembakaan. Ini saya akan maklumkan nanti tentang perkara ini ya. Jadi PK09002 ni lebih kepada untuk makanan tambahan (palet yang berkualiti bagi menampung kos makanan yang meningkat).
Untuk Ijok tadi dia menimbulkan mengenai latihan kejenteraan. Memang kelulusan RM120,000 itu untuk lebih kepada peruntukan untuk latihan kejenteraan. Ini peruntukan yang diberikan. Walau bagaimanapun, kita ada keperluan kita akan tambahlah usul-usul berkaitan kos kursus ini.
Untuk Sungai Panjang bertanya mengapa peruntukan Program Peningkatan Hasil Padi RM1.8juta yang dibangkitkan yang saya sebut itu tidak ada dalam bajet. Sebenarnya yang saya peruntukkan yang saya sebut itu dari segi bantuan itu, itu lebih daripada Persekutuan. Sebab itu tak ada dalam ini. Yang saya jawab soalan itu, itu adalah bantuan di bawah Kerajaan Persekutuan. Kebanyakan saya dah masukan di sini. Kebanyakan peruntukan bantuan kepada pesawah ini adalah daripada Kerajaan Pusat (Kerajaan Persekutuan). Dia ada dia punya tu. Kalau ada berlaku banjir ke, malapetaka, bencana,
dia ada kaedah-kaedah bayarannya yang dibuat yang saya dah sebut hari tu. Tapi Negeri, kita melihat lebih kepada peningkatan hasil. Kita tengok. Macam tahun lepas kita rasa nak bagi insentif sebab penyakit, kita bagi RM500 satu hektar melibatkan peruntukan RM8.9juta. itu kita akan sediakan dari semasa ke semasa. Kalau ada bencana walaupun federal (kerajaan pusat bagi, kerajaan persekutuan bagi) negeri pun kita tengok. Kalau laporan daripada IADA dan Jabatan Pertanian kita akan pertimbangkan untuk bagi bantuan kepada ini. Tapi untuk tahun depan, peningkatan hasil RM12juta yang disebutkan itu adalah kos keseluruhan bagi tempoh RMK-12 bagi negeri. Untuk tahun 2025 adalah RM1.5juta. Itu adalah sebahagian daripada RM12.45juta.
Yang RM1.3billion yang Sungai Panjang juga sebutkan itu adalah juga saya sebut tadi cadangan daripada Kerajaan Negeri bagi untuk menaik taraf pelbagai aktiviti yang berkait dengan sawah di kawasan berkenaan termasuklah sistem saliran. Ini akan di bawa ke MTES dalam masa terdekat untuk dapat kelulusan.
Saya rasa itu saja Yang Berhormat Speaker antara ulasan dan saya akan ambil perhatian kepada yang tertinggal tadi beberapa perkara yang saya akan senaraikan untuk kita follow up dari segi pelaksanaannya. Terima kasih.
Ya seterusnya? Kalau tidak. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi ‘bahawa menurut Seksyen 9 Subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak RM1,300,000,000 yang dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama seperti mana terdapat di Jadual hendaklah diluluskan’.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya Usul No.15 Tahun 2024 (Usul Peruntukan Tambahan 2024 – Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan).
Ya pencadang?
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan sukacitanya memohon membawa satu Usul di dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut ‘bahawa menurut Seksyen 9
Subseksyen 4(2)(b) dan Subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan tambahan sebanyak RM40juta yang dinyatakan dalam bajet tambahan peruntukan pembangunan 2024 yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut Seksyen 4(1) Akta yang sama seperti terdapat di Jadual hendaklah diluluskan iaitu peruntukan tambahan 2024 perbelanjaan pembangunan P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri RM40juta’.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di dalam Persidangan Dewan Negeri yang telah diadakan 10 November 2023, satu Usul Pembangunan telah diluluskan berjumlah RM1.2billion bagi perbelanjaan pembangunan 2024. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM906,260,000 telah diperuntukkan kepada P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Tiga berdasarkan perbelanjaan yang dibuat sehingga akhir bulan Oktober 2024, terdapat keperluan peruntukan sebanyak RM40juta. Oleh itu maka satu peruntukan tambahan bertujuan untuk menampung kekurangan tersebut adalah diperlukan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tambahan bagi projek pembangunan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi kod projek pecahan kepala 9(PK9) ya Pengurusan Sisa Pepejal, pecahan kepala 18(PK18) Skim Mesra Usia Emas (SMUE), pecahan kepala 19(PK19) pelbagai yang keseluruhannya berjumlah RM40juta diperlukan oleh Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka dengan itu saya memohon mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahi Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu Usul yang dibawa oleh wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu Usul Peruntukan Tambahan 2024 Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan. Oleh itu saya kemukakan Usul ini untuk dibahaskan.
Memandangkan tidak ada Ahli Dewan yang membahaskan Usul ini, maka tidak perlulah pihak Kerajaan untuk memberi apa-apa penjelasan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi ‘bahawa menurut Seksyen 9 Subseksyen 4(2)(b) dan Subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan tambahan sebanyak RM40juta yang dinyatakan dalam Bajet Tambahan
Peruntukan Pembangunan 2024 yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama seperti mana terdapat di Jadual hendaklah diluluskan’.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul No.16 Tahun 2024 Usul Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2030.
Ini saya jemput Taman Templer untuk membentangkan.
Tuan Speaker dah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan sukacitanya memohon membawa satu Usul di dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut ‘bahawasanya Dewan yang mulia ini membuat ketetapan untuk meluluskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2030 yang berfungsi sebagai dokumen rujukan yang akan memandu inisiatif dan program yang menyumbang kepada pengukuhan ketersediaan perkhidmatan dan produk penjagaan di Negeri Selangor sekali gus akan mengiktiraf sektor penjagaan sebagai sektor essential yang bernilai tinggi dari segi ekonomi dan sosial.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Naskhah Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2030 dalam versi bahasa kebangsaan adalah seperti yang diedarkan kepada Dewan yang mulia ini. Mutakhir ini Negeri Selangor menghadapi cabaran perubahan demografi yang signifikan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Selangor menghadapi situasi peningkatan jangka hayat penduduk iaitu 78.1 tahun di Negeri Selangor berbanding nasional 74.8 tahun. Selain itu, berlaku penurunan jumlah kadar kesuburan ataupun total fertility rate iaitu dari 2.0 ke 1.5 dalam tempoh 10 tahun antara 2012 dan 2022. Menjelang tahun 2040, Selangor diunjurkan mempunyai populasi warga emas seramai 1.3juta orang di mana peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas bertambah dari 6.9% pada tahun 2020 kepada 8.1% pada tahun 2024.
Kini Negeri Selangor sudah boleh dikategorikan sebagai negeri menua atau dengan izin aging society. Lebih membimbangkan nisbah tanggungan umur tua di Selangor meningkat dari 9.7 kepada 11.4, dalam tempoh yang sama. Sekiranya kita melihat statistik ini dari lensa yang makro, hakikatnya, tekanan dan bebanan kepada negeri dan
masyarakat akan meningkat khususnya dalam isu produktiviti, bebanan fizikal, perlindungan sosial dan penjagaan jangka panjang, atau dengan izin, long term care.
Mereka yang memerlukan penjagaan, datang dari semua peringkat umur. Oleh sebab, saiz keluarga yang semakin mengecil, boleh dikatakan hampir setiap isirumah menghadapi isu-isu penjagaan. Warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya kekal, di seluruh dunia, bergantung pada keluarga. Atau institusi kebajikan untuk menjaga mereka. Ditambah pula dengan kesan komplikasi penyakit tidak berjangkit, NCD dan penyakit mental, yang semakin meruncing. Hampir semua keluarga, terpaksa menghadapi, pelbagai cabaran, terutama dari segi masa serta kewangan, bagi memastikan ahli keluarga mereka mendapat penjagaan yang baik.
Kerja penjagaan sering dianggap sebagai tanggungjawab semula jadi wanita dan kanak-kanak perempuan berbanding lelaki, wanita lebih ramai terlibat sebagai pekerja keluarga tidak berbayar. Ramai wanita yang berhenti kerja disebabkan ingin mengurus dan menjaga ahli keluarga. Dan pengagihan tanggungjawab yang tidak seimbang, menyebabkan jurang kadar penyertaan tenaga buruh ataupun KPTB, yang jelas iaitu wanita yang bekerja sebanyak 69.9% berbanding lelaki, berjumlah 83.5%. Kadar KPTB yang rendah ini tidak sejajar dengan pencapaian wanita majoritinya berjaya menempatkan diri hingga ke peringkat pengajian tinggi Yang mana seharusnya mereka ini turut berpatisipasi dalam tenaga buruh.
Di seluruh dunia terdapat hampir 300,080 juta orang bekerja dalam pelbagai jenis khidmat penjagaan. Baik dari segi kesihatan, pendidikan dan penjagaan khusus. Dan diunjurkan angka ini akan meningkat dengan ketara, pada masa hadapan apabila keperluan kepada penjagaan meningkat. Dalam masa yang sama pekerjaan penjagaan menghadapi isu rendah kadar upah kerana nilai pekerjaan mereka yang dipandang rendah oleh masyarakat. Dalam kalangan mereka ialah pembantu rumah, pengasuh, sama da di rumah atau di taska. Guru-guru di tadika serta pekerja sosial yang menjaga warga emas serta OKU di rumah-rumah penjagaan, pusat intervensi dan pemulihan. Walaupun kerja penjagaan merupakan pekerjaan yang sukar dan memerlukan kemahiran spesifik, kebanyakan penjaga tidak dibekalkan dengan ilmu dan latihan yang bersesuaian dengan profesion mereka. Apabila kita meminggirkan nilai sektor penjagaan dengan tidak memikirkan soal upah yang bermaruah ataupun decent wage. Kurangnya Ilmu dan kemahiran diperlukan, kurangnya polisi yang menyokong. Maka hal ini memberi tekanan kepada para pekerja sektor penjagaan. Akibatnya, kita menghadapi masalah kualiti perkhidmatan yang rendah. Dan mereka tidak dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada golongan rentan, yang berada di bawah penjagaan mereka.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penjagaan hakikatnya, menperjelaskan kepada kita betapa manusia saling bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan kehidupan. Bermula daripada bayi dan kanak-kanak, ketika seseorang ditimpa penyakit, atau menginjak usia, sama ada menjaga itu adalah ibu ayah, ahli keluarga, mahupun mereka yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kepada kita. Penjagaan ialah perkara asas dalam kehidupan manusia. Dan objektif utama, penjagaan adalah untuk memastikan, setiap individu mendapat penjagaan yang betul pada masa yang betul dan di tempat yang betul, dengan izin, the right care at the right time and the right place, tanpa mengira pangkat dan wang.
Maka, sekarang ialah waktu yang tepat untuk kita mengubah, cara kita menanggapi sektor penjagaan iaitu dari sekadar pilihan individu atau tanggungjawab terhadap keluarga kepada public goods, atau commodity, serta perkhidmatan essential, yang bukan hanya memberi manfaat kepada individu yang dijaga, tapi juga menyumbang kepada kesejahteraan, masyarakat dan kemajuan ekonomi negeri.
Kita harus memahami bahawa ekonomi penjagaan yang sihat dan berkembang baik, akan membuahkan hasil yang positif dan menyumbangkan kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan ataupun SDG negara. Agenda 2023, menyatakan keperluan kepada penjagaan yang lebih berkualiti dan inklusif, dengan mewajibkan tanggungjawab penjagaan diagihkan semula. Dan dilihat sebagai sebuah tanggungjawab bersama. Semua pihak, termasuklah kerajaan, pihak swasta, keluarga, individu, lelaki dan wanita, harus berganding bahu dalam melaksanakan, tugas penjagaan.
Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil satu langkah terkehadapan, iaitu dengan menjadi negeri pertama yang mengangkat ekonomi penjagaan sebagai satu portfolio yang baru di bawah Jawatankuasa Tetap Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor. Iltizam yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, menjadi batu loncatan kepada penerokaan sektor baru yang berpotensi menyumbang kepada kemajuan negeri.
Bertitik tolak daripada itu, Jawatankuasa Tetap Ekonomi Penjagaan dengan kerjasama Wanita Berdaya Selangor, WBS, sebagai agensi pelaksana utama, telah merangka dan memformulasi Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024 - 2030, seperti yang berada di tangan kita semua hari ini. Visi dasar ini ialah bagi memastikan Selangor sebagai peneraju ekonomi penjagaan yang inklusif, mapan dan berdaya tahan ke arah matlamat Selangor sebagai hub-ekonomi penjagaan. Manakala misi yang ditetapkan ialah negeri Selangor sebagai negeri progresif, mempunyai ekosistem dinamik berlandaskan prinsip masyarakat penyayang dan sinergi pelbagai pihak.
Terdapat 5 teras utama, bagi dasar ini iaitu :
i. Advokasi dan promosi ii. Tatakelola dan kawal selia. iii. Penjaga dan tenaga kerja terlatih. iv. Pelaburan dan kerjasama, v. Teknologi, inovasi dan data.
Secara keseluruhannya, terdapat 14 belas objektif, 19 strategi dan 39 pelan tindakan yang terangkum dalam dasar ini. Adalah penting untuk Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor diangkat sebagai komitmen bersama seluruh jentera Kerajaan Negeri Selangor, yakni merentasi portfolio pembangunan jabatan, anak syarikat, universiti, pemain industri, badan NGO, komuniti serta setiap individu di negeri ini. Pembangunan dasar diharapkan akan memberikan manfaat kepada kumpulan sasar iaitu warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya dan penjaga formal yang tidak formal, dengan menekankan pendekatan perkongsian tanggungjawab seluruh negeri, whole of Selangor approach.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mencadangkan sokongan terhadap Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024 -2030 yang telah pun dirangka dan dibentuk ini. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Berhormat sekalian, maka dengan itu, saya mohon mencadangkan.
Pencadang.
Saya menyokong. Terima kasih.
Saya menyokong.
Pandan Indah, telah menyokong. Adapun masalah di hadapan ini, adalah satu usul yang telah dibawa oleh wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, iaitu Usul Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024 – 2030. Oleh itu saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan. Tadi saya nampak Seri Kembangan.
Terima kasih Tuan Speaker. Emak dan ayah boleh membesarkan 10 orang anak. Tetapi belum tahu, 10 orang anak itu dapat menjaga emak dan ayah apabila mereka menjadi tua, sakit dan tidak berdaya lagi. Sudah tentu, golongan ini memerlukan penjagaan berkualiti serta kasih sayang. Tetapi kemungkinan apa yang diharap tidak kesampaian apabila anak-anak mungkin sudah berkeluarga dan sibuk dengan pekerjaan.
Yang Berhormat, sekejap ya. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih belum selesai, maka Dewan pada hari ini perlu disambung. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut ; Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah menyambung persidangan sehingga selesai semua urusan Dewan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong, saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Silakan Seri Kembangan sambung.
Adakah Ahli-ahli Yang Berhormat perasan keperluan asas warga tua dan kanak-kanak adalah serupa dalam beberapa aspek. Kedua-duanya memerlukan perhatian dari segi perubatan, walaupun mereka menghadapi keadaan kesihatan yang berbeza. Mereka juga memerlukan peneman penjaga. Mereka memerlukan pembelajaran. Mereka memerlukan pengangkutan. Mereka memerlukan sosial. Mereka memerlukan kesabaran dari orang lain, terutamanya dari segi emosi. Namun kita sering menganggap bahawa membelanjakan wang untuk pemeriksaan kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan penyertaan dalam aktiviti ko-kurikulum untuk kanak-kanak adalah sesuatu yang wajar. Tetapi apabila manfaat ini diberikan kepada warga tua kita, kita cenderung berfikir bahawa itu adalah tanggungjawab kerajaan. Dan seharusnya, merupakan kebajikan percuma yang sepatutnya dinikmati oleh warga emas. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita harus mula memberi perhatian dan mempromosikan ekonomi penjagaan dengan izin, care economy.
Ini bukan lagi bermakna kita tidak lagi memberi peruntukan untuk kebajikan warga emas, sebaliknya ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat, supaya mereka tidak hanya memahami konsep penuaan. Tetapi juga membuat
perancangan awal. Ini juga memberi lebih banyak pilihan kepada mereka yang berkemampuan, semasa menjaga kehidupan harian warga emas. Dengan cara ini, peruntukan kerajaan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai warga emas yang miskin tegar dan berpendapatan rendah. Warga emas kini adalah masa depan kita. Kebahagiaan seseorang terletak pada pilihan yang kita miliki. Untuk menambah pilihan ini, Seri Serdang, nanti bahas.
Kita memerlukan kerjasama dan usaha dari pelbagai pihak. Sebagai kerajaan, kita mempunyai tanggungjawab untuk menyokong ekonomi penjagaan dan menetapkan piawaian serta peraturan untuk model ekonomi baru ini. Ekonomi penjagaan bukanlah sesuatu yang baru. Banyak negara yang telah menjadi masyarakat yang menua, sudah mempunyai ekonomi penjagaan yang lebih matang. Seperti Jepun, Itali, Finland, China dan sebagainya. Dengan adanya, dengan izin, senior, senior ini, kita boleh merujuk kepada polisi dan model ekonomi mereka. Pada awal tahun ini, kerajaan China telah mengeluarkan satu dokumen yang memfokuskan pada ekonomi penjagaan iaitu pendapat mengenai pembangunan ekonomi warga emas untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas. Dengan izin, ( bahasa Cina ). Dengan izin, opinions on developing the silver economy and improving the well being of old person. Menjadi dokumen yang pertama China, yang menyokong perkembangan ekonomi penjagaan. Di China, 90/7/3 adalah model asas penjagaan warga emas. Iaitu kira-kira 90% penjagaan di rumah, 7% penjagaan sokongan komuniti dan 3% penjagaan institusi.
Menjaga keperluan harian penjagaan di rumah dan komuniti adalah keutamaan. Bukan sahaja terdapat banyak rumah penjagaan dan pusat aktiviti warga emas, malah terdapat katil penjagaan di rumah yang dilengkapi dengan butang panggilan kecemasan. Tilam pintar, pengesan asap, pegangan katil serta menyedia kerusi tandas, kerusi pancuran, mandian, tongkat empat kaki, lampu malam sensitif dan produk lain untuk warga emas. Melalui panggilan telefon ataupun aplikasi telefon pintar, warga emas boleh juga menikmati perkhidmatan seperti bantuan makanan, mandi, kebersihan, perubatan, kecemasan dan bantuan berjalan tanpa perlu keluar dari rumah. Ini juga merupakan industri baru yang berkembang pesat.
Dalam pembangunan ini, kita perlu mengatasi kekurangan dalam kesejahteraan rakyat dan mencipta titik pertubuhan ekonomi baru dalam menyelesaikan masalah mendesak golongan warga emas. Ini adalah fokus utama ekonomi penjagaan di China. Saya menyokong sepenuhnya atas Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024 sehingga 2030. Dasar ini telah menunjukkan keprihatinan Kerajaan Selangor terhadap keperluan dan kebajikan Warga Emas, OKU dan Kanak-kanak. Pada masa yang sama dasar ini boleh menjadi panduan untuk pembangunan Selangor untuk masa hadapan.
Pada masa 10 tahun, 20 tahun ataupun 50 tahun yang akan datang masyarakat yang bagaimana yang kita inginkan. Saya rasa masyarakat yang kita impikan adalah di mana anak-anak dapat belajar, orang muda ada ruang untuk berkembang dan dewasa dapat merealisasikan impian mereka dan semua yang menua dengan bermaruah dan akhirnya mereka yang miskin tinggal seorang diri atau sakit, semua akan mendapat perlindungan yang sewajarnya. Oleh itu dasar yang memupuk kerjasama antara semua pihak dan memastikan kerjasama semua pihak bergerak ke arah matlamat yang sama adalah sangat diperlukan, dengan ini saya menyokong. Sekian terima kasih.
Sungai Ramal.
Sungai Ramal.
Terima kasih Tuan Speaker, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang juga untuk berbahas tentang tajuk atau usul Dasar Ekonomi Penjagaan ini yang bagi saya bagus dan saya sokong untuk memastikan kehidupan sejahtera rakyat Selangor khususnya akan terpelihara.
Saya suka menyebut kepada rakan-rakan yang berusia muda daripada saya, menyebut bahawa kami usia macam ini pernah merasa muda tetapi orang muda belum tentu akan merasai usia seperti kami. Yang Berhormat EXCO menyebut tentang perbandingan kerjaya penjagaan ini di antara lelaki dan wanita. Yang menunjukkan ketidak seimbangan. Trend menunjukkan bahawa wanita lebih kerap diminta atau berkorban untuk menjaga sama ada Orang Tua ataupun OKU dengan alasan mungkin kerana mereka boleh berkorban kerjaya, berbanding orang lelaki. Tapi saya juga ingin melihat aspek yang berbeza iaitu kadang-kadang kita perlu meraikan mereka yang dijaga itu yang mahu dijaga oleh anak yang mana. Dan kebanyakannya mereka lebih suka anak perempuannya untuk menjaganya. Bukan kerana bukan kerana pilihan perempuan itu atau anak lelakinya itu tetapi pilihan ibu itu atau bapa itu supaya anak yang berjantina itu menjada dia. Jadi itu aspek yang kita kena raikan.
Yang kedua ialah persetujuan antara suami dan isteri. Yang mana bersedia untuk menjaga ibu atau bapanya yang tua. Itu juga kita kena hormati. Dan yang ketiga ialah keyakinan bahawa menjaga orang tua ini atau menjaga OKU ini akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi mereka memilih untuk kerjaya itu bagi memastikan orang yang dijaga itu akan terpelihara. Saya ingin menyentuh tentang beberapa persoalan, tiga perkara iaitu Penjagaan Orang-orang Tua, yang kedua Penjagaan Kanak-kanak, yang ketiga Penjagaan OKU. Yang secara ringkas sahaja.
Yang pertama mengenai Penjagaan Orang Tua di mana kertasnya juga menunjukkan juga bahawa beberapa institusi telah wujud, bukan beberapa banyak institusi yang telah wujud untuk mengkhususkan kepada keperluan penjagaan orang tua. Namun pada masa yang sama kita juga mengakui bahawa ramai orang-orang tua dijaga oleh keluarga mereka sendiri dan keluarga mereka sendiri terpaksa berkorban kerjaya untuk menjaga orang-orang tua. Bila kita sebut bahawa ini adalah Ekonomi Penjagaan dia melibatkan guna tenaga menyebabkan sara hidup, menyebabkan prasarana, melibatkan peralatan jadi apakah kerajaan punyai polisi peruntukkan untuk diberikan kepada penjaga-penjaga ini supaya mereka lebih komited lebih bersungguh untuk memelihara orang-orang yang di bawah tanggungan mereka di atas pilihan ibu itu ataupun bapa itu sendiri.
Yang kedua Penjagaan Kanak-kanak, kita punyai lebih daripada 10 Akta yang berkait langsung dengan Penjagaan Kanak-kanak ini. Tambah pula dengan peraturan-peraturan yang ketat bagi memastikan institusi penjagaan kanak-kanak ini akan terurus, terpelihara, terkawal bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini terhadap kanak-kanak yang mereka dipelihara. Ada banyak kes yang menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap kanak-kanak yang dijaga.
Namun isu yang paling dekat pada hari ini adalah isu gaji minimum. Di mana apabila belanjawan negara dibentuk baru-baru ini menyebut tentang kewajipan menentukan gaji minimum pekerja. Ia melibatkan gaji minimum petugas atau pekerja taska di bawah Akta Majlis Rundingan Gaji Negara 2011. Di mana jika saya lihat dalam data portal ini, ada pengecualian untuk memakai atau menggunakan Akta Majlis Rundingan Gaji Negara ini ataupun pengecualian bagi gaji minimum iaitu yang pertama Pembantu Rumah, yang kedua Tukang Kebun, yang ketiga Tukang Masak. Sekiranya ketiga-tiga ini duduk dalam kompaun rumah persendirian tetapi tidak melibatkan pekerja-pekerja taska. Sekiranya tidak ada apa-apa insentif yang boleh membantu pekerja taska ini ataupun pengusaha taska ini untuk laksanakan tanggungjawab menjaga kanak-kanak ini yang diberikan amanah oleh ramai ibu bapa, saya bimbang banyak taska akan ditutup kerana mereka tak mampu nak memberi gaji kepada pekerja-pekerja mereka.
Tambah-tambah lagi bila taska itu bersifat kecil. Dalam 5 atau 6 orang pekerja, pejabat taska ini pun kecil tak mampu untuk membiayai pekerja yang minimum sekurang-kurangnya RM1,700.00 di tambah pula sekiranya taska itu dibentuk dan didirikan di kawasan-kawasan bandar sudah pastilah isu gaji dan perdebatan ini sangat relevan untuk dilihat oleh kerajaan supaya dibantulah dari aspek-aspek yang sesuai mungkin bantuan dari aspek prasarana, bantu dari aspek latihan dan sebagainya yang mungkin bukan dalam bantuan berbentuk wang ringgit semata-mata bagi melegakan komitmen yang ditanggung oleh pengusaha-pengusaha taska yang seumpama ini.
Yang terakhir ialah Insentif kepada Sukarelawan atau NGO yang khusus menguruskan penjagaan Orang Kelainan Upaya termasuk Warga Emas. Ada sebahagian NGO ini atau Sukarelawan ini membantu Orang Sakit/ OKU yang contohnya menghantar ke Hospital, hantar ke Pusat Dialisis. Hantar ambil, hantar ambil yang kekerapannya sangat tinggi. Kalau dialisis 3 kali seminggu, kalau ulang-alik ke hospital mungkin 2 minggu sekali melibatkan OKU/ Orang Kelainan Upaya ataupun Warga Emas. Sedangkan mereka memerlukan kos-kos kenderaan, kos petrol dan sebagainya untuk memastikan mereka yang diuruskan itu akan selamat pergi dan balik.
Saya mengambil contoh kes, menamakan satu NGO yang tersohor di kawasan saya., Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat. Persatuan ini sangat aktif untuk menguruskan pesakit OKU/ Orang Tuan/ Orang Berkeperluan untuk ke Hospital atau ke Rumah Sakit ataupun Pusat Dialisis dan pastilah kekangan mereka adalah kos-kos kenderaan, kos pekerja dan sebagainya untuk memastikan mereka yang telah diberikan komitmen untuk dijaga yang mereka komited untuk melakukannya. Apakah ada apa-apa insentif untuk memastikan motivasi mereka, kesungguhan mereka terus kuat bagi memastikan mereka yang dijaga itu akan terpelihara. Semuanya ini adalah untuk memastikan masa depan rakyat ataupun Warga Emas, Warga OKU Negara kita, Negeri kita akan terpelihara. Terima kasih Speaker, Assalamualaikum.
Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih, Tuan Speaker mengenai Dasar Ekonomi Penjagaan yang dibentangkan tadi saya ada beberapa cadangan. Yang pertama saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk memperluaskan skop Program Impak Selangor dan Akademik ..untuk menawarkan modul kemahiran tetapi persoalannya selepas kursus diselesai di mana pakar-pakar ini boleh dapat pekerjaan yang dekat dengan Kampung ataupun bandar yang diduduki. Jadi saya cadang kerajaan untuk mewujudkan Big Data System dengan izin untuk mengurangkan masalah miss match yang pertama.
Yang kedua mengenai perkara Gaji Minimum juga. Saya menyambut baik cadangan kerajaan untuk memberi insentif kepada penjaga-penjaga tetapi fokus juga kena diberi untuk memberi insentif kepada pelabur ataupun pengusaha seperti juga potongan cukai taksiran ataupun memberi insentif kepada pengusaha yang hendak membangunkan...ekonomi ini sebagai contoh di TalentCorp, TalentCorp telah menyediakan program untuk membantu golongan wanita kembali bekerja ataupun mereka turut ada program untuk membantu graduan baharu untuk mendapat kerja baru. Jadi di sebalik kita memberi insentif kepada penjaga saya cadangkan kerajaan untuk
mempertimbangkan memberi insentif kepada pengusaha dan juga pelabur supaya kita boleh kill bird in one stone dengan izin.
Yang ketiga berdasarkan buku Dasar Care Ekonomi ini kita terdapat 673 Pusat Jagaan Persendirian yang berdaftar dan 400 lagi Pusat Penjagaan yang tidak lagi berdaftar. Jadi dalam pelaksanaan Dasar Care Ekonomi ini saya cadangan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada proses pemutihan supaya kita boleh memastikan semua pusat jagaan tidak kira swasta ataupun bawah kerajaan dia ada patuh kepada syarat-syarat keselamatan dan syarat-syarat PBT dan sebagainya. Justeru untuk menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan sektor penjagaan sebagai salah satu penyumbang kepada ekonomi negeri, saya ingin menegaskan bahawa persaingan amat penting untuk kita meningkatkan kecekapan bagi kita memastikan pengguna ataupun klien diberikan pilihan yang terbaik. Dengan ini saya menyokong usul ini. Terima kasih.
Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO dan semua Pegawai-pegawai kerajaan yang berkerjasama untuk menghasilkan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor Tahun 2024 hingga 2030 dengan izin.
Okay pertama sekali ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh yang pertama ialah berkenaan dengan proses pendaftaran bagi Rumah-rumah Jagaan. Kebanyakan kali apabila Rumah Orang Tua ataupun Rumah Kanak-kanak datang ke Pusat Khidmat kami. Mereka mengadu tentang isu pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga PBT. Ia ada satu situation dengan izin di mana Which come first, dengan izin chicken or eggs sebab kadangkala apabila mereka pergi ke JKM untuk mendaftar mereka diberitahu supaya berdaftar dengan PBT tetapi apabila mereka pergi ke PBT mereka dirujuk semula ke JKM. Jadi saya berharap dalam dasar ini Kerajaan Negeri dapat memudahkan proses dan stream line dengan izin proses. Saya kurang bersetuju dengan isu kos kerana kos consultan, kos membuat kebenaran merancang dan sebagainya kerana serba sedikit kos memang kena dijangka ataupun diambil kira oleh pengusaha. Cuma kita perlu semak sama ada Cost of Compliance dengan izin adalah efektif ataupun perlu penambahbaikan. Jadi itu yang pertama, saya lihat juga dalam isu penyelarasan pendaftaran, proses pendaftaran ada juga satu Badan yang mungkin belum di ambil kira ataupun belum disenaraikan dalam buku dasar ini iaitu MPKSM (Majlis Pusat Kebajikan Se-Malaysia). So, ia adalah satu kalau saya tidak silap, ia satu Badan di mana Rumah-rumah kebajikan sama ada di Rumah Orang-orang Tua ataupun Rumah Kanak-kanak yang lebih lama didaftarkan di bawah MPKSM. So, ada juga di kalangan rumah orang tua ataupun rumah kanak-kanak, di mana mereka fikir, oleh sebab mereka berada di
bawah payung MPKSM, mereka tidak perlu mendaftar dengan JKM ataupun PBT. Jadi saya berharap dalam dasar ini, semua isu-isu pendaftaran, carta aliran dan sebagainya akan diperkemaskan lagi.
Isu yang kedua berkaitan dengan isu recrutment untuk penjaga ataupun pekerja sosial. Dalam perbahasan yang dahulu, saya selalu advocate untuk penambahan penjawatan bagi pegawai-pegawai di JKM. Dari segi gaji, saya kira Kerajaan Negeri mungkin bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, terutamanya Kementerian Sumber Manusia untuk yang pertama membuat deep dive dengan izin terhadap jenis ataupun jenis pekerjaan-pekerjaan yang diperlukan dalam sektor ekonomi penjagaan dengan gaji yang munasabah dan kedua untuk bekerjasama dari segi promosi ataupun advokasi melalui Selangor Job Care dan juga PERKESO MyFutureJob.
Saya pernah melihat beberapa pameran PERKESO MyFutureJobs dan kebanyakan kerja yang ditaja ataupun dibawa di pameran adalah kerja-kerja retail. Jadi saya kira untuk lebih banyak promosi kan kerja-kerja dalam ekonomi penjagaan, mungkin Kerajaan Negeri Selangor boleh membuat satu perjanjian dengan PERKESO MyFutureJobs di mana, mana-mana pameran MyFutureJobs yang ada di Selangor ataupun di Kuala Lumpur, mempunyai slot khas untuk recruitment dengan izin, pekerjaan dalam ekonomi penjagaan dan ketiga ...
Kampung Tunku, mohon mencelah
Ya, silakan.
Adakah Kampung Tunku setuju tentang bahawa sekarang kita tengah bincang tentang dasar ekonomi penjagaan iaitu kita menganggapkan penjagaan ini satu bisnes dengan izin ataupun satu bidang yang boleh menjanakan pendapatan kepada masyarakat kita, kepada negeri kita, dan bukan sahaja tentang kebajikan sahaja, seolah-seolahnya seperti apa yang dibahaskan oleh Sungai Ramal tadi. Adakah ini adalah bukan sahaja tentang kebajikan, tetapi juga tentang ekonomi. Seperti apa yang di cakap oleh Kampung Tunku juga tadi, kita sepatutnya melihat kerja-kerja ini sebagai satu pekerjaan full-time dengan izin, tetapi bukan secara sukarelawan sahaja, terima kasih.
Terima kasih Seri Kembangan, saya sangat bersetuju. Tapi saya mungkin akan berhati-hati sikit, kita tak boleh letakkan dalam kotak perkhidmatan i mean kebajikan ataupun bisnes. Kita sedar bahawa terdapat keperluan untuk penyelarasan ataupun the instituitionlisation dengan izin ...
Sungai Ramal.
Boleh saya mencelah?
Boleh saya jawab Seri Kembangan terlebih dahulu ataupun berkaitan dengan pertanyaan Seri Kembangan.
Dia berkaitan.
Ok silakan.
Ok terima kasih Kampung Tunku, terima kasih kepada Seri Kembangan. Apa yang saya bangkitkan soal kebajikan itu, berkait langsung dengan ekonomi. Kerana bila mana individu itu berkorban untuk menjaga orang tuanya, aspek ekonomi peribadinya menyusut, tetapi aspek ekonomi keluarganya menaik. Kerana hanya dia sorang berkorban untuk menjaga ibu bapa nya, sedangkan ahli keluarga yang lain boleh menumpukan dalam perniagaan, pekerjaan. Jadi aspek ekonomi ini, aspek kebajikan ini sebenarnya memberi kesan langsung kepada ekonomi keluarga itu dan masyarakat sekitar, terima kasih. Mohon pandangan daripada Kampung Tunku.
Terima kasih Sungai Ramal. Sebenarnya dalam dasar ekonomi penjagaan ini juga menyentuh tentang penjaga yang tidak formal, contohnya anak yang menjaga ibu bapa dan sebagainya. So, kenapa dasar ini wujud juga, mungkin Yang Berhormat Exco akan terangkan dengan lebih lanjut lagi tetapi kenapa dasar ini wujud juga adalah untuk mengiktiraf pengorbanan dan treat of love dengan izin, produktiviti yang dihadap oleh seorang penjaga tidak formal, contohnya seorang anak yang menjaga ibu bapa dan dia terpaksa full time dengan izin dekat rumah. So itu merupakan satu kehilangan produktiviti dalam ekonomi pasaran. So memang dasarnya mengiktiraf pengorbanan dan juga tread of dengan izin penjaga yang tidak formal.
Sebenarnya kerajaan persekutuan pun telah mengiktiraf isu ini dengan penyediaan skim-skim seperti I-Suri dan juga PERKESO bagi suri rumah, skim perkeso untuk suri rumah yang suri rumah itu tidak terhad kepada suri rumah wanita sahaja tetapi sesiapa merupakan penjaga kepada mana-mana pihak di rumah, dia bertempat di rumah, so tak bekerja. I think itu, saya telah jawab.
Ketiga berkenaan juga dengan tenaga kerja dan sebagainya. Kampung Tunku ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan satu jaringan antara sekolah dan pusat jagaan dengan lebih rapat lagi. Contohnya di Singapura, mereka mempunyai
program yang bernama Entuisi Health dan Entuisi First Campus, My First School dengan izin, di mana warga emas dalam mana-mana pusat jagaan, mereka dibawa untuk berinteraksi dengan budak-budak sekolah, so mereka akan membaca kepada budak sekolah, tolong mereka dengan kerja rumah dan kadangkala berkongsi pengalaman dengan anak-anak. Program Intergerational dengan izin sebegini saya kira dia ada manfaatnya di mana warga emas walaupun mereka telah uzur, mereka rasa mereka ada gunanya la, boleh berkongsi pengalaman dengan anak muda dan saya nak ambil take it further dengan izin, untuk kawasan pembangunan perumahan yang baru, mungkin adalah baik untuk PBT merancang supaya pusat jagaan warga emas dan pusat jagaan kanak-kanak terletak berdekatan antara satu sama lain, kita boleh mewujudkan jaringan tersebut.
Dan yang terakhir berkenaan dengan Teras 5, Inovasi Teknologi dan Data. Saya kira, biasanya masalah dengan mana-mana kerajaan pun, selalu kita nak bangun kan portal dan apps dan akhirnya tak ada koordinasi. Jadi soalan saya adalah, bagaimana portal ini akan set dengan izin in to data base yang sedia ada, contohnya di bawah Smart Selangor. Dan kedua Kampung Tunku ingin cadangkan agar mana-mana portal ataupun aplikasi yang dibangunkan, dia juga disambung kepada sistem keselamatan yang ada contohnya CCTV supaya kita boleh lebih pantas menangani isu orang tua yang hilang ataupun anak-anak yang hilang.
Dan akhirnya, saya berharap Kerajaan Negeri juga boleh pertimbangkan selepas meluluskan dasar ekonomi penjagaan ini, supaya dikaji bagaimana kita boleh dengan izin instituitionlize its dalam bentuk enakmen, kerana saya kira kerja yang baik yang dimulakan oleh Yang Berhormat EXCO, dia memang ada kesannya dan kita nak pastikan supaya pada masa depan, ia dikekalkan dalam bentuk undang-undang bukan sekadar dasar sahaja. Jadi sekadar itu, perbahasan Kampung Tunku, Kampung Tunku mohon menyokong.
Sekarang saya jemput pihak kerajaan, sekira ada untuk memberi penjelasan terhadap apa-apa perkara yang dibangkitkan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan ada memberikan komen tentang bagaimana perkara ini dilihat sebagai bukan sahaja dari aspek kebajikan tetapi sebagai public goods. Apabila beralih daripada hanya kebajikan, kepada public goods dan essential services ataupun perkhidmatan asas dalam perniagaan dan ekonomi, itu juga akan menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan GDP ataupun KDNK.
Bagi proses pendaftaran rumah jagaan, untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli Dewan semua, bahawa di bawah inisiatif Selangor Care Economy Inisiative ataupun SELCEP, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa penambahbaikan pusat penjagaan yang mana saya telah melantik pengerusinya Yang Berhormat Subang Jaya untuk peneraju perbincangan untuk penyelarasan antara penubuhan undang-undang kecil sedia ada, garis panduan dan juga kemungkinan untuk mewujudkan enakmen berkaitan penjagaan di taska dan juga di pusat jagaan.
Dan untuk kos operasi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kubu juga, dalam satu sesi libat urus bersama dengan pengusaha-pengusaha taska, yang mana di Selangor sahaja kita mempunyai seribu lapan operator taska dan masih terdapat sekitar seratus dua puluh lapan taska yang masih belum berdaftar. Antara yang kita kenal pasti adalah faktor kos ataupun faktor kelambatan, kelewatan pematuhan antara PBT dan juga JKM.
Maka Kerajaan Negeri telah membuka satu geran yang akan dilancarkan pada Disember nanti dengan jumlahnya empat ratus ribu ringgit dan geran pendaftaran taska ini, harapnya akan memberi satu bantuan kepada pengusaha-pengusaha taska yang masih belum berdaftar untuk diberikan geran maksimum satu pengusaha lima ribu ringgit. Dan bagi big data sistem ataupun dari segi teras kelima, apa yang telah kami bangunkan itu satu portal analitikal eksplorasi dan pemerhatian, di mana Yang Berhormat sekalian boleh pergi ke ruang legar di foyer di Dewan Annex, di mana kita bawakan satu komputer ataupun skrin untuk layari bagaiman Ai, generatif AI itu akan membantu dari segi pemadanan, matching antara penawaran dan permintaan.
Dan seperti yang cadangkan oleh Kampung Tunku, bahawa cadangan apa-apa sahaja portal yang kami namakan sebagai Sejagat ini, kita ambil maklum untuk sebarang penambahbaikan, di mana sambungan dengan cctv ataupun apa jua caranya untuk lebih pantas menangani isu-isu warga emas di pusat jagaan ataupun di taska, kami ambil maklum untuk penambahbaikan tersebut.
Bagi cadangan insentif kepada pengusaha taska selain daripada geran, terdapat juga dalam pelan tindakan ini, cadangan kami adalah pengecualian cukai-cukai tanah, cukai pintu, bil air dan sebagainya insentif dan ini akan dimasukkan dalam kemungkinan perbincangan bersama dengan semua agensi-agensi ataupun pemegang taruh di setiap majlis perbandaran. Dan dalam perkara pemutihan itu, pusat-pusat jagaan yang masih lagi belum mematuhi syarat, untuk makluman Dewan Yang Mulia, bahawa tindakan adalah dalam kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan masih diteruskan dan ini akan menyebabkan kita dapat mengawal selia dan menjaga tata kelola pusat-pusat jagaan.
Bagi cadangan Sungai Ramal untuk polisi menggalakkan penjagaan warga emas. Ini yang kami letakkan dalam Teras Pertama iaitu Advokasi dan Promosi. Yang mana saya juga maklum di Bangi, terdapat sebuah rumah jagaan warga emas, kerana kita juga harus meraikan bahawa budaya, agama juga memerlukan kesesuaian yang berbeza, contohnya di Darul Insyirah di Bangi, dia lebih merupakan seperti pondok moden dan terdapat juga kemudahan pusat jagaan warga emas ini yang memenuhi keperluan golongan M40 ke atas. Dia bukan sahaja penjagaan tetapi dari segi keilmuan dan menjaga the empiness, ataupun rasa kesunyian di kalangan warga emas tersebut.
Manakala untuk isu gaji minimum, dalam sesi libat urus bersama pengusaha-pengusaha taska, kami telah edarkan kaji selidik untuk mendapat maklum balas tentang apakah bentuk insentif, boleh jadi insentif bukan dalam bentuk insentif kepada ibu bapa, tetapi lebih kepada pengoperasian dari segi kepada pengusaha taska dan sebagainya. Dan kajian akan diteruskan dan sekiranya perbincangan yang lebih mendalam perlu dilakukan, kami akan lakukan bersama dengan pihak peringkat kerajaan persekutuan di bawah KPWKM.
Manakala untuk insentif sukarelawan, yang membantu menjaga pesakit OKU, warga emas dan pesakit terlantar. Di peringkat Kerajaan Negeri di bawah stanco kebajikan, kami telah laksanakan satu geran lestari, yang mana gerannya berjumlah mulai tahun lepas, berjumlah seratus lima puluh ribu. Dan kami tawarkan kepada PPDK, pusat-pusat jagaan untuk pembelian peralatan dan sebagainya. Dan kita tidak menolak kemungkinan insentif sukarelawan yang mana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu insentif kepada Persatuan Usia Emas, untuk satu khidmat dipanggil Khidmat Bantu Di Rumah ataupun KBDR ataupun HomeHealth.
Dan sukarelawan-sukarelawan ini diberikan elaun dan mereka perlu menjaga satu, sukarelawan menjaga dua puluh klien dan tugas mereka adalah pergi ke rumah warga emas ini, menyuapkan makanan, memberikan, membelikan peralatan ataupun ubat-ubatan dan saya kira antara yang lebih penting dalam care economy atau ekonomi penjagaan adalah galakan aging in place.
Model di Australia yang mana kerajaan ingin mengagihkan kos atau pun bebanan ini apabila kita lebih monitor atau pun memantau warga emas – warga emas yang berada di rumah masing-masing supaya mereka berdikari tetapi dalam radar atau pun capaian kerajaan. Jadi, perkhidmatan kesihatan (healthcare services) harus mantap dan inilah peranan Big Data (pangkalan data) seperti Taman Medan mengusulkan bahawa untuk kita memantau dari segi warga emas yang dementia atau tinggal bersendirian. Jadi, pada saya semua usaha-usaha Kerajaan Negeri melalui yang disenaraikan dalam pelan tindakan ini inshaAllah akan mencakupi semua yang dicadangkan tadi dan mana-mana
perkara yang belum dalam perhatian kami, kita akan ambil maklum untuk tambah baik dalam pelan tindakan. Sekian, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini satu usul yang berbunyi:
Bahawasanya Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan untuk meluluskan Pelaksanaan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2024 – 2030 yang berfungsi sebagai dokumen rujukan yang akan memandu inisiatif dan program yang menyumbang kepada pengukuhan ketersediaan perkhidmatan dan produk penjagaan di negeri selangor sekali gus akan mengiktiraf sektor penjagaan sebagai sektor essential yang bernilai tinggi dari segi ekonomi dan sosial.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya, Usul nombor 17 tahun 2024 - Usul Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor
Ya, pencadang.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat Sekalian. Saya memohon untuk membawa satu (1) usul seperti berikut: Bahawasanya menurut perenggan 4, Peraturan Tetap 69 bagi Dewan Negeri Selangor Membuat Ketetapan Meminda Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Seperti Draf Cadangan Di Kertas Mesyuarat Bil.25 Tahun 2024.
Tuan Speaker Saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Usul ini telah pun disokong. Menurut perenggan 4 Peraturan Tetap 69, Usul ini tidak perlu dibahaskan lagi dan dikemukakan masalah ini kepada Mesyuarat untuk keputusan sehingga Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan menyediakan penyata berhubung dengan pindaan tersebut kepada Dewan. Oleh itu Usul ini diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan untuk dikaji dan dibincangkan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang berbunyi: Bahawasanya Menurut Perenggan 4 Peraturan Tetap 69 Bagi Dewan
Negeri Selangor Membuat Ketetapan Untuk Meminda Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Seperti Draf Cadangan Di Kertas Mesyuarat Bil.25 Tahun 2024.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya, Usul nombor 18 Tahun 2024. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) Oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Ya silakan Pelabuhan Klang
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tuan Speaker dan ahli-ahli Yang Berhomat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut: Bahawasanya mengikut peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK Infra Grow) berhubung isu peruntukan penyelenggaraan jalan yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bil.26 Tahun 2024.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Selangor sebagai sebuah negeri maju dan pusat ekonomi utama negara memiliki rangkaian jalan raya yang kompleks. Walau bagaimanapun jalan-jalan raya ini kerap berdepan dengan masalah kerosakan jalan yang bukan sahaja menjejaskan keselamatan rakyat juga memberi kesan kepada produktiviti ekonomi. Penemuan jawatankuasa ini telah mengenal pasti beberapa punca utama masalah pembaikan dan penyelenggaraan jalan yang perlu kita atasi secara tuntas.
Pertama, kekangan peruntukan dana Peruntukan MARRIS yang hanya dibenarkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan sahaja tetapi tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja pemasangan baharu atau kerja-kerja menaik taraf jalan. Ini disebabkan oleh sekatan jadual kesepuluh, bahagian dua (2) di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam keadaan di mana jumlah jalan raya semakin bertambah dan tahap penggunaan jalan raya semakin tinggi. Sekatan ini menjadi penghalang besar kepada usaha Kerajaan Selangor untuk meningkatkan kualiti jalan-jalan raya di negeri Selangor.
Kedua, percanggahan bidang kuasa didalam pengurusan jalan-jalan raya. Di Selangor terdapat pelbagai jenis jalan raya seperti jalan-jalan persekutuan, jalan-jalan raya negeri, jalan-jalan Majlis, jalan-jalan kampung, jalan-jalan pertanian, jalan-jalan JPS, jalan-jalan
industri, jalan-jalan persendirian dan juga jalan-jalan yang tidak bertuan. Setiap jenis jalan raya ini berada di bawah tanggungjawab agensi-agensi yang berbeza dengan kapasiti kewangan dan keupayaan penyelenggaraan dan pembaikan yang tidak sekata. Ini menghasilkan kualiti jalan raya yang berbeza malah menyukarkan penyelarasan di antara agensi-agensi teknikal kerajaan.
Ketiga, kekurangan koordinasi di antara syarikat-syarikat utiliti seperti TNB, IWK, Air Selangor dan syarikat-syarikat telekomunikasi serta syarikat-syarikat utiliti yang lain. Korekan jalan yang berulang-ulang oleh pihak-pihak utiliti tanpa perancangan yang komprehensif bukan sahaja merosakkan jalan yang telah diturap baharu tetapi juga secara tidak langsung membazirkan sumber kewangan kerajaan.
Keempat, perubahan penggunaan tanah daripada aktiviti-aktiviti yang kurang trafik kepada aktiviti yang bertrafik tinggi seperti Jalan Pertanian kepada jalan perindustrian. Atau jalan perhutanan kepada jalan perlombongan telah menambah beban jalan raya tanpa peningkatan yang setara dengan peruntukan penyelenggaraan. Contohnya, seperti di kawasan Teluk Gong. Status tanah telah ditukar daripada pertanian kepada industri tetapi jalan raya sedia ada masih lagi berstatus jalan kampung dan jalan pertanian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk menangani cabaran-cabaran ini, JPK Infra Grow yang dipengerusikan Yang Berhormat Subang Jaya telah mengadakan pertemuan dan mendapatkan maklum balas daripada semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor, 9 Pejabat Daerah Dan Tanah, Jabatan Kerjaraya (JKR) dan Infra sel di dalam empat (4) sesi pendengaran awam dan seterusnya telah dikemukakan beberapa cadangan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang yang jawatankuasa ingin bentangkan untuk perhatian Dewan Yang mulia ini .
Dalam jangka masa pendek, Jawatankuasa menyarankan agar kerajaan Selangor berbincang dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengusahakan pindaan perlembagaan persekutuan untuk membolehkan dan membenarkan dana peruntukan MARRIS digunakan bagi kerja-kerja menaik taraf jalan, pemasangan perabot jalan yang baharu, menaik taraf longkang-longkang yang sedia ada, pembinaan longkang-longkang baharu, pemasangan lampu-lampu jalan yang baharu dan lain-lain lagi yang difikirkan bersesuaian. Dalam masa yang sama kerajaan Selangor perlu mengagihkan peruntukan MARRIS berdasarkan keluasan jalan di bawah setiap seliaan agensi.
Dalam jangka masa sederhana cadangan melibatkan usaha memperincikan data jalan dengan mengukur lebar jalan untuk memastikan agihan peruntukan yang lebih adil. Selain itu Pihak Berkuasa Tempatan disarankan mengambil alih tanggungjawab
penyelenggaraan jalan-jalan kampung dan jalan-jalan yang tidak bertuan, secara berperingkat seperti yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandar raya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.
Dalam jangka masa panjang, penyusunan semula bidang kuasa jalan perlu dilakukan supaya hanya satu (1) agensi sahaja yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyelenggaraan jalan-jalan raya di negeri Selangor. Penyelarasan ini penting untuk memastikan keberkesanan didalam pengurusan dan penyelenggaraan jalan-jalan raya di negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Jawatankuasa juga mengesyorkan peningkatan penggunaan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI) untuk memantau kualiti jalan, mengira kos penyelenggaraan, menguruskan aduan dan merekodkan kerja-kerja penyelenggaraan. Teknologi ini boleh membantu mengoptimumkan perancangan kewangan dan meningkatkan kecekapan jabatan-jabatan teknikal yang bertanggungjawab. Selain itu, Mesyuarat koordinasi atau penyelarasan antara agensi-agensi penyelenggaraan jalan dan syarikat-syarikat utiliti perlu di adakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ini akan memastikan kerja-kerja utiliti dilakukan dengan perancangan yang rapi tanpa menjejaskan kualiti jalan raya yang sedia ada
Yang berhormat Tuan Speaker, penemuan ini juga menekankan perlunya kebenaran merancang bagi setiap perubahan guna tanah untuk memastikan jalan-jalan yang terlibat dinaik taraf mengikut spesifikasi yang sepatutnya . sebagai contoh, tanah-tanah pertanian yang telah ditukarkan kepada tanah-tanah perindustrian perlu disertakan dengan syarat menaik taraf jalan-jalan yang berhampiran atau pun jalan-jalan yang menuju ke tanah-tanah tersebut. Sekiranya ia tidak dilaksanakan maka jalan-jalan tersebut tidak mampu menampung (seperti jalan kampung) tidak menampung bebanan kenderaan berat yang melalui jalan raya tersebut.
Akhir sekali, kerajaan Selangor perlu mengkaji keperluan sebenar bagi penyelenggaraan jalan-jalan raya dengan mempertimbangkan keluasan jalan, jenis jalan, ketebalan jalan, bahan turapan serta faktor tanah dan struktur jalan. Dalam masa yang sama unjuran kewangan harus dibuat dengan mengambil kira peningkatan aliran trafik dan bilangan jalan-jalan raya yang baharu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan ini adalah langkah-langkah yang realistik dan perlu untuk memastikan sistem jalan raya di negeri Selangor terus terpelihara dan mampu memenuhi keperluan rakyat serta pembangunan ekonomi negeri Selangor. Jawatankuasa menyeru seluruh Ahli Dewan Negeri untuk menyokong usaha ini demi
kepentingan rakyat dan kemajuan negeri Selangor. Saya mohon mencadang. Sekian terima kasih.
Ya subang jaya
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Usul ini telah disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Tiada? Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi: Bahawasanya menurut Peraturan Tetap 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air Pertanian Infrastruktur dan Mobiliti (JPK Infra Grow) berhubung isu peruntukan jalan yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat Bil.26 Tahun 2024.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya, Usul nombor 19 Tahun 2024 usul dibawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Meru.
Saya mohon pencadang. Yang Berhormat Meru silakan.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut. Bahasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita serta kesejahteraan hidup JPK Sejahtera. Berhubung program Bantuan Kehidupan Sejahtera BINGKAS 2024 yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 28 Tahun 2024.
Ada yang menyokong?
Tuan Speaker, saya menyokong. Berdasarkan laporan Jawatankuasa, Selangor mempunyai lebih 1.8juta isi rumah dengan 300ribu keluarga yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan. Namun kuota penerima BINGKAS untuk setahun. Ha?
Sokong je.
Saya sokong. Boleh terus bahas. Boleh bahas lah. Tak ada masalah. Takut saya.
Boleh. YB. Yang Berhormat duduk jap. Saya minta mana-mana Ahli-Ahli Yang Berhormat yang nak berbahas, silakan. Saya bagi silakan..
Yang Berhormat Timbalan Speaker. Izinkan saya membentangkan dulu penyata ini latar belakangnya sehingga selesai dan ada saranan-saranan ya di bawah ucapan saya.
Ucapan pencadang tadi dah ke belum? Dah selesai ke belum?
Belum.
Oh belum selesai. Ok teruskan.
Terus bentang. Pada Mesyuarat JPK Sejahtera Bilangan 11/2024 bertarikh 17 September 2024, Yang Berhormat Bukit Gasing telah membangkitkan isu perubahan dasar bagi Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, Bingkas 2024 yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perubahan dasar pelaksanaan Program BINGKAS 2024 tersebut Jawatankuasa telah memutuskan untuk menjemput Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat YB Puan Anfal binti Saari ke Mesyuarat JPK Sejahtera Bilangan 12/2024 yang diadakan pada 4 Oktober dan dihadiri oleh 7 orang Ahli-Ahli Jawatankuasa. Yang Berhormat Exco telah memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN Ke 10 pada 3 April 2024 yang disahkan oleh MMKN ke 11 pada 8 April 2024 telah bersetuju dengan penambahbaikan polisi berkenaan. Dengan syarat pendapatan dan tanggungan bagi Program BINGKAS seperti berikut. Iaitu syarat isi rumah pendapatan isi rumah daripada bawah RM3,000 dipinda kepada bawah RM5,000. Jumlah tanggungan minimum daripada seorang dipinda kepada dua orang yang berusia 18 tahun ke bawah. Yang Berhormat Exco telah menjelaskan perubahan syarat kelayakan bagi pendapatan isi rumah dan jumlah tanggungan dibuat oleh kerajaan berasaskan data dan keperluan semasa rakyat negeri Selangor dan kenaikan syarat pendapatan daripada RM3,000 kepada RM5,000 adalah sejajar dengan pendapatan isi rumah kasar penengah negeri Selangor bagi kumpulan B40 iaitu RM5,708. Keputusan kerajaan negeri meningkatkan syarat tanggungan daripada seorang kepada minimum 2
orang anak adalah significant berdasarkan data DOSEM berkaitan isi rumah dan trend permohonan BINGKAS bagi 2022 dan 2024. Yang Berhormat Exco menegaskan keputusan tersebut dibuat bertujuan bagi memastikan pengagihan dana yang terhad dilaksanakan dengan adil berdasarkan pendapatan dan saiz isi rumah terutama bagi keluarga yang mempunyai bebanan kewangan yang lebih besar. Yang Berhormat Exco memaklumkan kerajaan negeri buat masa sekarang tidak akan menurunkan semula dan sebenarnya Jawatankuasa pun menyokong syarat yang syarat pendapatan RM5,000 itu tidak diturunkan ke lebih rendah atau ke asal iaitu RM3,000 sebab ianya akan membawa persepsi negatif daripada masyarakat. Penemuan Jawatankuasa berdasarkan purata jumlah golongan keluarga pendapatan berpendapatan di bawah RM5,000 di Selangor seramai 300ribu keluarga yang mungkin layak memohon permohonan BINGKAS tersebut sedangkan kuota penerima hanya 30ribu. Perkara ini memberi impak besar dan beban kepada Pusat Khidmat Masyarakat dan Ahli Dewan Negeri untuk menapis dan meluluskan permohonan yang diterima. Jawatankuasa mendapati terdapat beberapa Pusat Khidmat Masyarakat, PKM terpaksa meletakkan syarat tersendiri bagi meluluskan permohonan BINGKAS. Program BINGKAS tersebut disebabkan jumlah permohonan yang terlalu banyak dan kuota yang sedikit. Jadi selepas pengumuman tersebut jadi kami di datangi oleh pemohon-pemohon yang pendapatan bawah RM5,000 yang ada kuota yang jumlah yang kecil lebih kuota lebihan kuota contohnya di DUN Meru hanya 170 tetapi yang datang memohon hampir 2,000 orang. Jadi Pusat Khidmat Masyarakat terpaksa menetapkan syarat sendiri. Jadi contohnya ADN sendiri terpaksa menetapkan daripada anak dua kepada anak 3 orang dan kita pergi pendapatan yang terbawah dulu kecuali pendapatan RM5,000 ini sangat-sangat kritikal dengan tanggungan yang lebih ramai. Saranan Jawatankuasa. Jawatankuasa menyarankan agar kerajaan negeri mengetatkan syarat kelayakan supaya penerima yang paling layak sahaja menerima bantuan terhad ini. Jawatankuasa juga menyarankan agar kerajaan negeri menetapkan syarat khas permohonan BINGKAS kepada pemohon yang berpendapatan RM3,000 ke RM5,000 seperti mempunyai jumlah tanggungan yang ramai tapi tadi yang saya sebutkan tadi melebihi 2 orang anak OKU dan anak yang masih bersekolah kerana agar bantuan BINGKAS tersebut akan disalurkan kepada pemohon yang benar-benar layak. Terima kasih.
Ada yang menyokong?
Tuan Speaker, saya menyokong.
Duduk sekejap. Duduk sekejap.
Berdasarkan-berdasarkan.... ha?
Berdasarkan laporan Jawatankuasa...
Sekejap ya Bukit Lanjan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Saya jemput Bukit Lanjan untuk bahas.
Susahnya nak bahas ya. Berdasarkan laporan Jawatankuasa, Selangor mempunyai lebih 1.8juta isi rumah dengan 300ribu keluarga yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan. Namun kuota penerima BINGKAS hanya diberikan sebanyak 30,000 keluarga setiap tahun untuk satu Selangor. Jauh lebih rendah daripada jumlah yang layak. Jelas bahawa kita menghadapi satu situasi di mana permintaan jauh melebihi kuota yang tersedia. Usaha kerajaan negeri untuk mengetatkan syarat kelayakan ini termasuk menetapkan keperluan minimum tanggungan dua orang anak yang berusia 18 tahun dan ke bawah akan tetapi sebaliknya nampak longgarkan juga syarat permohonan dengan meningkatkan syarat pendapatan bulanan isi rumah iaitu daripada bawah RM3,000 dipinda kepada bawah RM5,000. Ini nampak timbulnya satu konflik antara usaha kedua-dua syarat ini. Saya ingin menyarankan kepada kerajaan negeri agar dengan peruntukkan yang terhad. Kita seharusnya memberi keutamaan untuk membantu mereka yang berada dalam kategori B1 dan B2 di mana pendapatan bulanan memang tidak setimpal dengan tanggungan keluarga mereka khususnya untuk mereka yang ada anak OKU. Usul ini juga membuka ruang untuk penambahbaikan untuk jangka masa panjang. Saya menyarankan agar kajian lanjut dan lebih menyeluruh dapat dilakukan bagi merangka dasar yang lebih baik menjelang tahun 2026. Tambahan pula strategi exit policy dengan izin program ini yang memastikan semakan kelayakan penerima secara berkala adalah bukti kepada kebolehlestarian program ini. Oleh itu dengan memperketatkan lagi syarat permohonan, bantuan BINGKAS boleh diberikan keutamaan kepada keluarga yang besar dengan keperluan yang mendesak dan secara langsung kita dapat memastikan setiap sen yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri memberi impak yang maksimum kepada golongan sasaran. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Ada lagi yang nak membahas. Silakan Balakong.
Tuan Speaker. Boleh? Terima Kasih Tuan Speaker. Saya menyambut baik cadangan untuk penambahbaikan syarat permohonan. Cuma saya juga ingin menarik perhatian kerajaan negeri supaya syarat permohonan juga dapat dilonggarkan berdasarkan keslah. Case by case. Saya bagi satu senario di mana saya pernah buat satu home visit. Pasangan ini pendapatan seisi rumahnya melebihi RM10,000 kalau, ikutkan syarat itu memang tak layaklah. Cuma perbelanjaan mereka
juga terpaksa melebihi apa yang mereka janakan sebab mereka mempunyai dua anak. Seorang itu autism, sorang lagi ada masalah jantung sejak lahir lagi. Baby lagi. Jadi saya rasa kes macam ini juga perlu dipertimbangkanlah diberikan bantuan BINGKAS ini. Jadi saya ingin mengemukakan senario ini untuk pertimbangan semula kerajaan negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Seri Kembangan.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Saya ingin menyokong terhadap kertas ini tetapi pada masa yang sama saya juga ingin memberi cadangan kepada pihak kerajaan supaya BINGKAS ini sepatutnya kita bantu kepada, kita beri bantuan ini kepada mereka yang memang memerlukan pada kecemasan sahaja. Bagi sekarang ini kebanyakan penerima BINGKAS memang ada satu, satu fikiran bahawa BINGKAS ini layak mereka layak memohon sekali, sekali, sekali, dua tahun, dua tahun, dua tahun, sampai bila-bila masa sahaja tapi sebab seharusnya kerajaan Selangor patutnya membantu mereka yang tiba-tiba jatuh ke golongan B40 ataupun B10. Seperti itu. Sebab untuk penjagaan sepanjang masa ataupun dengan jangka masa yang panjang. Yang itu bagi saya adalah kerja ataupun adalah tanggungjawab JKM bukannya kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor sepatutnya bantu pada mereka yang mungkin tiba-tiba suami yang satu-satunya menjaga rumah yang mendapatkan pendapatan untuk seluruh isi rumah tiba-tiba jatuh sakit ataupun kemalangan, atau pun meninggal. Jadi BINGKAS adalah sangat penting untuk mereka dan untuk mencapai matlamat ini saya cadangkan kepada pihak kerajaan bahawa bukan sahaja memberi BINGKAS tetapi pada tempoh masa penerima menerima BINGKAS, bantuan BINGKAS sepatutnya mereka juga dipantau supaya dalam dua tahun penerima ini, penerima bantuan BINGKAS ini adakah mereka ada jalan lain untuk menjanakan pendapatan dan keluar daripada miskin tegar? Itu pandangan saya. Terima kasih.
Terima kasih Seri Kembangan. Saya rasa itu sahaja yang ingin berbahas. Tak ada penjelasan daripada pihak kerajaan ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu unsur yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita serta kesejahteraan hidup JPK Sejahtera. Berhubung program bantuan kehidupan sejahtera Selangor, BINGKAS 2024 yang di bentang di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 28 Tahun 2024.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya Usul Nombor 20 Tahun 2024. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Dusun Tua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Tuan Speaker, Ahli Dewan yang saya hormati, hadirin hadirat sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di atas kepercayaan memberi saya mempengerusikan Jawatankuasa JP Padat bersama barisan Ahli Jawatankuasa yang lain pada sesi kali ini. Izinkan saya menjelaskan satu usul yang menjadi fokus perbincangan dan resolusi yang dicadangkan untuk pertimbangan pihak kerajaan negeri Selangor di dalam Dewan yang mulia ini. Usul iaitu isu berkaitan dengan pertindihan, pemilikan tanah di Kampung Orang Asli Kacau Dalam Hulu Langat. Situasi ini melibatkan 2 pihak utama.
Yang pertama, Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA ymewakili komuniti Orang Asli yang telah pun meneroka dan tinggal di situ sejak tahun 1935. Yang seterusnya kedua, Pertubuhan Peladang Hulu Langat Selatan (PPKHLS) yang telah memenuhi tanggungjawab membayar premium tanah kepada pihak pejabat Pendaftaran Tanah yang bernombor PT 15617 Mukim Hulu Semenyih pada Mac 2000. Berkeluasan 63 Ekar bagi tujuan pembangunan dan kemajuan. Pertindihan ini telah menyebabkan kekaburan dari segi hak pemilikan operasi dan penggunaan tanah yang memerlukan penyelesaian segera bagi melindungi hak serta kepentingan dua-dua pihak. JP - PADAT dalam melaksanakan mandatnya telah mengadakan beberapa siri mesyuarat teknikal serta lawatan tapak bersama pihak yang berkepentingan. Hasil daripada penilaian menyeluruh 2 resolusi telah dirumuskan untuk menyelesaikan isu ini secara adil dan berkesan.
Yang pertama, JP- PADAT mencadangkan agar kediaman penduduk Orang Asli Kampung Kacau Dalam dikekalkan namun untuk memastikan kejelasan dan keadilan dalam pengurusan tanah, yang pertama kampung ini perlu diwartakan secara rasmi. Pewartaan ini bertujuan untuk menetapkan sebarang tanah dengan jelas. Selaras dengan keperluan undang-undang serta kepentingan rakyat. Yang kedua, pengukuran sempadan harus dilaksanakan berdasar data teknikal yang tepat. Pendekatan tradisional, tanah seluas mata memandang sebagai kaedah penentuan sempadan tidak lagi sesuai memandangkan populasi komuniti Orang Asli terus berkembang dan mengekang penerokaan tanah hutan atau rizab secara berleluasa. Resolusi kedua, JP-PADAT mencadangkan agar permohonan penggantian pampasan jumlah tanah yang sama keluasan kepada pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Langat Selatan (PPKHLS). Proses ini dirasakan penting kerana dengan adanya penggantian tersebut mereka dan ahli-ahli PPK dapat membuat hasil daripada tanah yang ada. Ini juga
membolehkan Pejabat Daerah dan Tanah untuk menyelaras semula semua tuntutan secara rasmi, mengurangkan pertindihan dan memberikan penjelasan kepada pihak-pihak yang terlibat. Proses ini penting untuk memastikan PPK Hulu Langat Selatan dapat mengesahkan hak pemilikan mereka sah dan mematuhi peraturan sedia ada. Dengan cara ini kita dapat mengimbangi keperluan kedua-dua pihak memastikan hak komuniti Orang Asli dilindungi sambil mengiktiraf dan mempermudahkan urusan pihak PPK Hulu Langat dalam mendapatkan status tanah secara sah tanpa sebarang gangguan. Sebarang konflik juga dapat dicegah pada masa hadapan melalui pewartaan rasmi dan pengurusan tanah secara teratur.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Yang Dihormati. Isu seperti ini bukan saja berlaku di daerah Hulu Langat malah ia isu lazim yang dibincangkan dalam Jawatankuasa JP PADAT iaitu dengan 42 jumlah keseluruhan kampung Orang Asli yang masih belum diwartakan di negeri Selangor. Usul ini dibentangkan adalah hasil daripada analisis lanjutan dan pendekatan strategik dengan semua pihak yang berkepentingan. Tadi juga EXCO menyebutkan bahawa satu tuntutan JAKOA Masjid di Dengkil. Ini salah satu EXCO Seri Setia membangkitkan tadi. Tuntutan daripada JAKOA. Itu sebagai contoh. Saya memohon agar pihak JAKOA dan kerajaan negeri dapat menyelesaikan segala isu pewartaan tanah kampung dan pemilikan Orang Asli ini agar ia nya tidak mendatangkan masalah di masa akan datang. Saya kira sudah tiba masanya EXCO yang bertanggungjawab JAKOA haruslah duduk semeja untuk membincangkan untuk menyelesaikan hak kaum Orang Asli ini juga akan lebih terpelihara dan terbela dengan penguatkuasaan dan pewartaan pemilikan tanah ataupun sempadan yang akan dimaklumkan kepada pihak JAKOA. Kami berbincang di Pejabat Daerah tempoh hari isu yang dibangkitkan oleh pihak JAKOA iaitu kos pembiayaan untuk juruukur. Saya ada dengar EXCO daripada Banting ada menyebutkan boleh memohon untuk mendapatkan kos Juruukur ini. Jadi saya kira dah sampai masanya adakah JAKOA tidak mengetahui boleh tuntut pada EXCO ataupun tidak, saya tak ketahui. Cuma yang penting bagi saya kita kena selesaikan isu mewartakan tanah Orang Asli di negeri Selangor sejumlah 42 kampung masih belum diwartakan. Lagi lama kita biarkan isu ini, harga nilai tanah akan meningkat dan lebih baik diselesaikan dengan segera. Dan juga isu ini sangat serius kerana bagi menjamin pihak kerajaan negeri, tidak mengalami kerugian yang besar dalam perkara penggantian ataupun pembayaran pampasan ganti rugi kepada permohonan isu pewartaan segera tanah ini mahupun tanah bertindih pemilikan Orang Asli di negeri Selangor perlu diselesaikan dengan segera. Saya yakin pelaksanaan cadangan ini akan membawa penyelesaian terbaik kepada semua pihak yang terlibat. Saya memohon Usul ini untuk disokong.
Ada mana-mana Ahli Yang Berhormat yang menyokong?
Yang Berhormat Speaker, Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Silakan Batu Tiga.
Yang Berhormat Speaker saya mengambil peluang untuk membahaskan Usul berkenaan dengan JP PADAT bagi kawasan isu tanah Orang Asli di Hulu Semenyih di Kampung Kacau Dalam. Saya mengambil ruang ini bagi membahaskan bagi kita tidaklah terlalu fokus bagi isu Kacau Dalam semata-mata tapi merangkumi keseluruhan 42 kampung yang disebut Dusun Tua sebentar tadi. Yang Berhormat Speaker, saya ingin bawa beberapa perbincangan kita.
Yang pertama kita harus mengakui bahawa di pihak kerajaan, kita gagal untuk mewartakan tanah Orang Asli sebanyak 42 di negeri Selangor ini. Dan Orang-orang Asli ini sudah pun mendiami kawasan tersebut setelah sekian lama. Namun dalam tempoh kemajuan yang kita ingin laksanakan, kita terlepas pandang mungkin. Ketika tanah Anugerah dilaksanakan, ketika Tanah lense warping dilaksanakan dan sebagainya kita terlepas pandang bahawa ada satu perkampungan kawasan yang kita nak buat proses pertukaran hak milik tanah sebentar tadi. So dengan itu saya kira ia penting untuk kita mengambil kira hak adat yang mana ia dilindungi di bawah Akta Orang Asli 1954 serta Perlembagaan Persekutuan. Kedua ialah berkaitan dengan hak kemanusiaan iaitu hak Adat dan kelangsungan hidup Orang-orang Asli. Tanah Adat adalah teras kepada kelangsungan hidup komuniti Orang Asli dan ia bukan saja sebagai sumber ekonomi, tetapi juga dari segi budaya dan warisan dan sekiranya kita mengambil alih tanah tanpa mengambil kira hak-hak mereka ia akan mengancam kedudukan sosioekonomi dan identiti budaya mereka. Dan ia juga selaras mungkin dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sekinchan tentang pelancongan. Mungkin kita boleh juga masukkan kampung-kampung Orang Asli sebagai salah satu tumpuan atau pun senarai semak yang patut diziarahi di datangi oleh pelancong-pelancong untuk mengambil kira sebagai salah satu juga pusat-pusat pelancongan. Dan saya ambil salah satu contoh daripada keputusan mahkamah yang lepas antaranya yang kita semua maklum tentang Mahkamah Persekutuan berkaitan dengan kes Sagong Tasi yang telah memutuskan bahawa tanah Adat Orang Asli mempunyai kedudukan yang sah di sisi undang-undang. Ini akan memberi asas kepada perbincangan dan presiden kepada kes-kes yang berikut yang selepas ini. Saya harap kita mengambil segala pertimbangan itu dan semua kampung-kampung Orang Asli yang berada di negeri Selangor ini perlu kita pertahankan. Yang Berhormat Speaker, saya menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat BatuTiga. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di dewan ini adalah suatu Usul yang berbunyi bahawasanya menurut peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah, JP-PADAT bagi Dewan Negeri Selangor mengenai Isu Tanah Orang Asli Ulu Cimenyan di Kampung Kacau Dalam yang diberi milik kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Langat Selatan (PPKHLS) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 29 Tahun 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
Usul DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya, Usul nombor 21 Tahun 2024, Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Seri Serdang.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh terima kasih Tuan Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat yang masih kekal di dalam dewan ini. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa Usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan Yang Mulia ini menerima penyata Jawatankuasa mengenai Agensi Badan Berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri JP-ABAS bagi Dewan Negeri Selangor berhubung hala tuju syarikat Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai kertas mesyuarat bilangan 27 tahun 2024. Tuan Speaker sedikit latar belakang berkenaan dengan Usul ini dalam mesyuarat bilangan 11/2024 Jawatankuasa pilihan mengenai Jawatan Berkanun dan anak syarikat negeri Selangor JP-ABAS yang bertarikh 20 Ogos 2024. Yang Berhormat Taman Medan membangkitkan persoalan tentang Syarikat SMART Selangor Delivery Unit (SSDU) serta fungsinya. Jawatankuasa mengambil maklum tentang persoalan Yang Berhormat Taman Medan dan bersetuju memanggil SMART Selangor Delivery Unit (SSDU) bagi mendapat penerangan tentang pelan pengoperasian dan laporan kewangan syarikat tersebut. Di dalam mesyuarat JP-ABAS bil 13/2024 (SSDU) menerangkan tujuan penubuhan SMART Selangor Delivery Unit (SSDU) adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan Selangor bagi membangunkan Smart Selangor yang peduli dengan melakukan anjakan paradigma untuk menggalakkan knowledge economi dengan Smart People dan mewujudkan Smart Government. Mandat awal diberikan oleh MMKN kepada (SSDU) pada tahun 2016 adalah untuk menyediakan strategi program dan Blue Print Smart Selangor termasuk mencadangkan petunjuk prestasi utama KPI setiap projek. (SSDU) dibentuk sebagai
sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Cooperated MBI pada 2018. Sejak tahun 2016 (SSDU) telah dipantau oleh beberapa jawatankuasa di peringkat kerajaan negeri Selangor seperti Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Jawatankuasa Teknikal ICT, Jawatankuasa Pemandu ICT, Jawatankuasa Pemantauan Projek Smart Selangor dan SSAP SSDU, Stanco Pembudayaan dan Inovasi Smart Selangor dan Stanco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi. (SSDU) telah memaklumkan pengoperasian syarikat mereka pada tahun 2024 lebih tertumpu kepada :-
1) Pelaksanaan insentif Pintar 2024 2) Pembudayaan insentif dan perkongsian program 3) Pengoperasian inisiatif aplikasi yang telah siap 4) Pemantauan dan pelaporan 5) Penerokaan insentif baru.
SSDU juga mencatatkan keuntungan melalui sistem pembayaran tempat letak kereta dengan hasil pada 2021 sebanyak RM 1.5 juta yang terus meningkat dari tahun ke tahun berikutnya. (SSDU) memaklumkan keuntungan yang paling besar yang mampu dijana ialah melalui sistem pembayaran tempat kereta dan jurang keuntungan dengan Scan To Ride (STR) adalah terlalu besar. Perkhidmatan Scan To Ride (STR) bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor juga membantu dalam menjana keuntungan SSDU. Daripada 22 aktiviti bukan teras yang dijalankan oleh pihak SSDU, hanya satu aktiviti yang masih berjalan iaitu projek CCTV 414, atau CCTV 414 Statet, phase 1 dan phase 2 (dengan izin). SSDU juga tidak mempunyai sebarang projek baru untuk menjana keuntungan kepada syarikat dan SSDU tiada draf hala tuju untuk syarikat tersebut bagi tempoh 2026-2030. Penemuan Jawatankuasa yang pertama perancangan hala tuju sedia ada hanya untuk 2021-2025. Jawatankuasa juga mendapati SSDU, seperti yang dinyatakan oleh pegawainya tidak mempunyai sebarang projek baharu dan masih tidak mempunyai draf hala tuju yang jelas dalam menjadi sebuah syarikat yang berfungsi sebagai trans data dengan menjadi pengendali pusat data Negeri Selangor. Jawatankuasa juga mendapati SSDU mempunyai 4 teras strategik yang berkualiti:
1. Establish Dominant - Mewujudkan keutamaan dan pemfokusan di dalam bidang aktiviti teras menerusi hala tuju Kerajaan Negeri, kaedah penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti-aktiviti pengintegrasian. 2. Comprehensive Men Power – Mengupayakan pengurusan tenaga kerja yang komprehensif ke arah kecemerlangan bidang aktiviti teras. 3. Establish Present - Mewujudkan keterampilan sebagai panel rujukan untuk pembangunan negeri dan bandar pintar di Malaysia
4. Center Management Tool - Mengukuhkan keupayaan teknikal dan peralatan perkhidmatan sokongan pengurusan bidang aktiviti teras untuk mengupayakan kecemerlangan prestasi.
Walau bagaimanapun masih tiada sebarang pelan tindakan yang ditetapkan untuk menyokong empat teras strategik berikut dalam usaha untuk mencapai VISI dan MISI baru syarikat SSDU. Jawatankuasa menyarankan lima perkara :
1. Jawatankuasa menyarankan supaya kerajaan negeri menetapkan satu rancangan hala tuju supaya SSDU menjadi sebuah syarikat yang mampu merealisasikan Program Smart Selangor untuk membangunkan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri berdaya huni, pengurusan SSDU perlu dilibatkan secara langsung dengan Kerajaan Negeri untuk merangka rancangan ini. 2. Jawatankuasa menyarankan supaya Kerajaan Negeri merangka rancangan tindakan jangka masa pendek, sederhara dan panjang yang dapat menyokong 4 teras strategik SSDU. 3. Jawatankuasa juga menyarankan sebagai sebahagian daripada rancangan hala tuju SSDU untuk tahun 2026-2030 untuk SSDU melaksanakan pendigitalisasi penuh semua perkhidmatan-perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi-agensi Dan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor supaya semua perkhidmatan kaunter yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dapat diakses secara atas talian. 4. Jawatankuasa menyarankan supaya semua perkhidmatan pengangkutan dalam inisiatif DRT Mobiliti Selangor yang kini memerlukan aplikasi berasingan dari penyedia perkhidmatan di satukan dalam satu aplikasi yang di bangunkan oleh SSDU. 5. Jawatankuasa menyarankan supaya SSDU diberi tanggung jawab untuk memimpin usaha pembangunan Aplikasi Super untuk semua perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan Negeri.
Tuan Timbalan Speaker, Seri Serdang mohon untuk menyokong usul ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Seri Serdang. Kajang.
Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong, saya buka usul ini untuk di bahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah.....
Tuan Timbalan Speaker, ada. Sekejap sahaja boleh?
Boleh. Silakan Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, cuma beberapa soalan mengenai penyata. Yang pertama apakah jurang keuntungan sebenar antara sewa tempat letak kereta dengan Park and Ride. Yang kedua, bolehkah EXCO menyatakan status perjalanan dan garis masa projek CCTV 414 State. Ketiga berkenaan digitalisasi Perkhidmatan Kerajaan Negeri, saya memang berharap agar SSDU dapat menjadi driver (dengan izin) dan selain daripada meluaskan akses perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada warga Selangor, saya berharap dalam digitalisasi perkhidmatan Kerajaan Negeri kita dapat build (dengan izin) accountability (dengan izin) dalam sistem supaya, contohnya bila sesuatu e-mel aduan atau pun permohonan diterima. Dalam sistem ada in build (dengan izin) tempoh masa atau pun sistem perkhidmatan yang ditetapkan bagi mana-mana bahagian kerajaan untuk respons dengan e-mel aduan atau pun permohonan tersebut. Seterusnya berkenaan appearance (dengan izin) biasanya aplikasi kerajaan mana-mana pun, User Interface dengan User Experience (UIUX) (dengan izin) kurang memuaskan jadi saya berharap apabila SSDU merancang hala tuju seterusnya akan mengambil kira UI dan UX bagi keselesaan pengguna. Dan akhirnya untuk isu Super Apps. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menjalankan audit aplikasi-aplikasi yang sedia ada di bawah SSDU ada 3 dan di bawah Selangkah Venture juga ada 2 aplikasi. Saya kira go standard yang ada di luar ialah sink pass daripada Singapura dan saya juga ingin cadangkan agar apabila kita wujudkan Super Apps tersebut kita juga akan menggunakan satu function (dengan izin) yang mempunyai lebih daripada 1 atau pun 3 bahasa. Contohnya di luar negara kalau kita lihat website New York State, ada lebih dari 10 bahasa. Kalau kita lihat Greater London Authority juga ada in build function (dengan izin) untuk penterjemahan dengan pelbagai bahasa ia akan membantu Kerajaan Negeri Selangor menjadi lebih mesra kepada pelaburan antarabangsa. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Terima kasih Kampung Tunku. Ada penjelasan daripada pihak Kerajaan. Sila.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat sekalian. Saya terus menjawab sahaja. Saya rasa jurang sebenar tempat letak kereta itu, kalau ikut pengalaman saya dulu selaku CEO yang pertama. Daripada setiap RM0.60 yang diperoleh daripada setiap jam kereta diletakkan di Negeri Selangor ini, SSDU hanya memperolehi 5% kerana 10% diberikan kepada konsortium SSDU dan juga pengendali sistem. 90% dipulangkan balik kepada PBT, dan PBT telah pun melihat peningkatan hasil daripada penggunaan apps untuk pembayaran tempat letak kereta.
Yang kedua soalan mengenai CCTV 414, perkara ini masih lagi dalam tindakan pihak UPEN untuk melaksanakan satu proses tender keluar. Untuk mengenal pasti pengguna
yang sesuai atau pun pembekal yang sesuai dan juga sistem yang sesuai untuk tujuan ini.
Yang ketiga cadangan supaya SSDU sebagai leader kepada digitalisasi di Negeri Selangor, saya setuju dan saya juga telah menzahirkan hasrat yang sama terutamanya untuk pembangunan sistem-sistem AI yang bakal kita laksanakan. Sudah tentunya sistem-sistem SMART yang akan dibangunkan akan memerlukan AI di belakangnya untuk dikendalikan dan perlu ada satu unit yang memastikan bahawa perkara ini dapat diterapkan oleh kerajaan dan dapat dibangunkan dengan baik.
Yang akhir sekali, cadangan sebuah Super Apps, saya sendiri di STANDCO saya masih lagi menunggu cadangan frame work dan architecture modul Super Apps bagaimana yang perlu kita bawa. Dan saya setuju dengan Yang Berhormat dengan Kampung Tunku, tidak boleh ada banyak-bayak Apps di Negeri Selangor dan saya sendiri akan cuba untuk memastikan 12 Apps yang ada di PBT nanti kita akan console kepada 1. Jadi terima kasih dan juga UX dan UI multi language tadi yang saya rasa sangat baik dan tiba masa dengan adanya AI, saya rasa perkara-perkara ini boleh kita zahirkan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun Dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) bagi Dewan Negeri Selangor berhubung hala tuju syarikat Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai kertas mesyuarat bilangan 27 tahun 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya, usul No.22 tahun 2024. Usul Penggantian Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan.
Speaker dan Ahli Dewan sekalian. Bahawasanya, menurut Peraturan 68 Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ingin membuat ketetapan seperti berikut :
• Yang Berhormat Puan Pang Sock Tao (Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Kubu Baharu) dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Puan Michelle Ng Mei Sze (Ahli Dewan Negeri Kawasan Subang Jaya) dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan (PAC).
Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong, saya buka usul ini untuk di bahaskan. Jika ada.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi. Bahawasanya menurut Peraturan 68, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Puan Pang Sock Tao (Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Kubu Baharu) dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Puan Michelle Ng Mei Sze (Ahli Dewan Negeri Kawasan Subang Jaya) di dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan (PAC).
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘YA’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’.
DIPERSETUJUI.
Usul untuk menangguhkan DewanMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul untuk menangguhkan Dewan.
Ahli Yang Berhormat Sekalian. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mulakan dengan pantun.
Malam Ini Malam Jumaat, Amal Ibadah Dengan Bersungguh, Persidangan Kita Hampirlah Tamat, Tiba Masanya Usul Menangguh.
Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya dengan ini mencadangkan agar Dewan ini ditangguhkan sehingga suatu masa kelak. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Malam jumaat je Pandan Indah sokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan ini. Saya mengambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan di atas kerjasama yang diberikan bagi melicinkan perjalanan Mesyuarat ke-3 Persidangan Penggal ke-2 kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, urus setia, pelapor-pelapor dan juga petugas-petugas yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar. Kepada semua Yang Berhormat sila semak draf penyata yang telah dan akan diedarkan berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikan semula ke pentadbiran dewan sekiranya terdapat pembetulan agar penyata rasmi ini dapat disediakan dan diedarkan segera kepada Yang Berhormat sekalian. Dengan ini saya menangguhkan Persidangan hari ini ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)