Selangor · 20 February 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 351 turns · 46,743 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 20 Februari 2025 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa. (Doa dibaca)
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, membentangkan kertas-kertas mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2025, maklum balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan, Keluarga, Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup. JPK–Sejahtera berhubung Program Bantuan Sejahtera Selangor BINGKAS 2024. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan juga hadirin sekalian. Tanpa melengahkan masa lagi, saya menjemput Yang Berhormat Rawang untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 8.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Tahun Melawat Selangor 2025Questions
8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah strategi dan program yang dirancang untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2025
b)
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan tahap kebersihan kawasan pelancongan berada pada tahap yang memuaskan?
c)
Berapakah peruntukan tambahan yang diberikan khusus untuk Tahun Melawat Selangor 2025?
Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan Yang Berhormat Rawang, selain Rawang Yang Berhormat Subang Jaya (172), Yang Berhormat Pelabuhan Klang (204), Yang Berhormat Teratai (270) dan Yang Berhormat Kota Damansara (379) berkenaan dengan Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025). Apakah KPI melawat, Tahun Melawat Selangor 2025? Berikut merupakan KPI Tahun Melawat Selangor 2025: i. Mencapai 8 juta pelancong dari dalam dan luar negara. ii. Menjana pendapatan pelancongan tourism sebanyak RM11.7 bilion melalui aktiviti pelancongan. iii. Menganjurkan lebih daripada 60 acara pelancongan di seluruh negeri. iv. Melaksanakan lebih daripada 50 inisiatif promosi pelancongan untuk meningkatkan kesedaran dan menarik minat pelancong. v. Mencapai 30 juta capaian dan tontotan di platform media sosial bagi mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025.
Seterusnya, apakah inisiatif strategi dan program yang akan dirancang bagi menarik pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2025. Strategi Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor (TSSB) sebagai agensi promosi pelancongan rasmi Kerajaan Negeri untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri sempena penganjuran kempen Tahun Melawat Selangor 2025.
i. Program Hebahan Dan Program Pelancongan a) Melaksanakan kempen pengiklanan melalui pelbagai saluran seperti papan iklan digital, media cetak elektronik, serta platform dalam talian dan media sosial. Selain itu sebanyak 15 buah pesawat Air Asia telah diperuntukkan 20 slot paparan iklan di tempat bagasi overhead dan 6 slot paparan iklan di belakang tempat duduk dengan kontrak selama 2 tahun. b) Menghasilkan kandungan kreatif berdasarkan trend semasa dengan bekerjasama dengan pempengaruh media sosial, youtuber dan blogger. c) Melaksanakan kempen pengiklanan berbayar di platform seperti Youtube, Facebook dan Tiktok. d) Melaksanakan kerjasama dengan platform tempahan pelancongan dalam talian seperti Agoda, Booking.com dan Expedia. e) Mengadakan peraduan berkala dengan menawarkan hadiah-hadiah seperti baucar pelancongan, hotel dan taman tema.
ii. Program Promosi Domestik a) Menganjurkan lebih 100 acara dan program di setiap daerah sepanjang tahun 2025 seperti Selangor Travel Fair. b) Menyertai Matta Fair, Squad Visit Selangor Year dan Program Jelajah Negeri. c) Memperkenalkan program pelancongan seperti pelancongan warisan, pelancongan gastronomi, pelancongan alam semula jadi dan pelancongan sukan ekstrem.
iii. Program Promosi Antarabangsa a) Mengambil bahagian di dalam acara pelancongan seperti World Expo 2025 di Osaka, OTM Mumbai iaitu travel mark di Mumbai, ATM Dubai (Arabian Travel Market) Dubai 2025 dan Misi ke Jualan ke China, India, Macau dan Taiwan .
iv. Pembangunan Produk Pelancongan a) Memperkenalkan geran khas sebagai insentif kepada penggiat industri pelancongan untuk mempergiatkan usaha mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025. b) Melaksanakan Program Hos Komuniti Setempat Selangor (HKSS) heritage work dan Program Pengiktirafan Produk Pelancongan.
v. Program Kerjasama Dengan Pemain Industri Pelancongan a) Bekerjasama dengan pemain industri pelancongan seperti pengusaha hotel, pengendali pelancongan, pemandu pelancong dan pembekal produk pelancongan untuk menawarkan pakej pelancongan yang menarik dan berpatutan. b) Menjalinkan perkongsian strategik dengan agensi pelancongan untuk menyediakan promosi dan tawaran menarik seperti potongan harga untuk pelancong antarabangsa yang datang ke Negeri Selangor.
vi. Penggunaan Teknologi dan Inovasi a) Membangunkan aplikasi pelancongan Negeri Selangor untuk memudahkan pelancong merancang jadual perjalanan serta menyediakan maklumat terkini mengenai destinasi menarik, penginapan,restoran dan acara pelancongan. b) Mengintegrasikan teknologi AI untuk pengalaman pelancongan yang lebih interaktif dan menarik melalui penggunaan teknologi.
vii. Pemantauan dan Penilaian a) Melaksanakan penilaian berkala mengenai impak dan keberkesanan kempen dan aktiviti pelancongan yang dilaksanakan serta menyesuaikan strategi mengikut keperluan pasaran.
viii. Sokongan Kerajaan Negeri a) Menyediakan insentif dan geran kepada pemain industri pelancongan yang terlibat di dalam kempen Tahun Melawat Selangor 2025.
Dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, semalam Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah merasmikan kempen Showcase Tahun Melawat Selangor 2025 di mana selama 3 hari dari 19 haribulan Rabu, hingga 21 haribulan di Foyer SUK, satu Showcase Tahun Melawat Selangor 2025 diadakan berturut-turut selama 3 hari dan 4 MoC, Memorandum of Coorporation telah ditandatangani bersama Sony, Batik Air, GL Play by Gamuda Land dan Alpha IVF & Women Specialist dan kita juga berikan geran kepada 20 pemain industri, persatuan dan sebagainya untuk bantuan dan sebagainya.
Jawapan panjang ya?
Panjang sebab lima kita jawab bersekali ,seluruhnya bagi sedikit masa, panjang sikit, minta izin.
Silakan.
Baik, untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak TSSB dan pihak berkuasa tempatan telah merancang lebih daripada 50 inisiatif program pelancongan seperti kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Berikut merupakan ringkasan ya: i. Jumlah acara pelancongan utama 7 acara. ii. Jumlah acara dari PBT 87 acara. iii. Jumlah acara dari agensi korporat dan swasta 40 acara. iv. Jumlah acara pelancongan luar negara 8 acara di bawah Tourism Selangor
Berapa banyak program Yang Berhormat saya kita raikan. Berikut merupakan acara bertaraf antarabangsa yang telah dirancang untuk diadakan di Negeri Selangor pada Tahun 2025 adalah seperti berikut : i. Kejohanan Golf PKNS Selangor Master 2025. ii. International Junior Golf Championship yang telah dilaksanakan Januari 2025 di Kelab Golf di Negeri Selangor. iii. Perlumbaan ARKKB 2025, edisi Chapter 4 tempat dan masanya akan ditetapkan, to be confirmed Kuala Kubu Baharu. iv. Selangor Aviation Show 2025 yang dijadualkan September 2025.
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan manfaat ekonomi daripada program ini. Dirasai oleh semua lapisan masyarakat untuk menikmati manfaat ini Tahun Melawat Selangor
dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Kerajaan Negeri melalui pihak Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan PBT akan melaksanakan pelbagai langkah yang menyeluruh dan inclusive seperti berikut : i. Menyokong dan menggalakkan usahawan tempatan kerjasama bagi industri pelancongan dalam menyediakan perkhidmatan seperti penginapan, makanan dan minuman, pemandu pelancong dan kedai menjual cenderamata. ii. Menyokong penjualan penghasilan produk pelancongan yang mengangkat warisan, budaya, kraf tangan dan produk pertanian dari Negeri Selangor yang dijual kepada pelancong. iii. Menyediakan latihan dan pendidikan untuk penduduk tempatan dalam bidang pelancongan seperti Program Hos Komuniti Setempat Selangor (HKSS). iv. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat dalam membangunkan destinasi pelancongan baru terutamanya yang melibatkan pelancongan desa dan pelancongan komuniti. v. Memberikan sokongan kepada kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi menarik pelancong seperti kemudahan awam dan penginapan. vi. Menyediakan sokongan kewangan dalam bentuk insentif dan geran pelancongan. vii. Mempromosi produk tempatan yang boleh dijual kepada pelancong seperti hasil pertanian, makanan tradisional dan produk kraf tangan yang dihasilkan oleh komuniti setempat.
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan tahap kebersihan, ini satu isu yang penting. Untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui kerjasama pihak PBT dan operator produk pelancongan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan tahap kebersihan kawasan pelancongan sentiasa berada tahap yang memuaskan. Setiap PBT dan operator produk pelancongan bertanggungjawab untuk melantik kontraktor pembersihan bagi memastikan kebersihan di lokasi-lokasi pelancongan yang berada di bawah seliaan mereka sebagai contoh pihak TSSB telah melantik kontraktor yang telah ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan secara berjadual setiap hari bagi Taman Eco Rimba Kanching di Rawang. Ini contohlah dan berapakah kos yang terlibat dalam usaha sejak TSSB ini melancarkan Tahun Melawat Selangor 2025. Secara rasminya Tahun Melawat Selangor 2025 telah dilancarkan pada 2 November 2024 semasa Program Pelancongan Selangor Travel Fair yang telah dilaksanakan di Sunway Piramid Tahun 2024. Peruntukan awal bagi sektor pelancongan adalah sebanyak RM6 juta, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta sebagai persediaan bagi menghadapi Tahun Melawat Selangor 2025.
Peruntukan yang diluluskan adalah keseluruhannya 8 juta di bawah VOT P01 PK-10 Pelancongan berbanding RM6 juta untuk Belanjawan tahun 2024. Dan semalam saya telah sempat bertemu dengan KSU MOTAC bersama CEO Tourism Selangor, Puan
Chua Yee Ling untuk kita bertemu minta peruntukan tambahan daripada Kementerian Pelancongan supaya kita minta RM5 juta tambahan daripada pihak MOTAC akan menunggu tindakan susulan untuk kita tambahkan, pergiatkan promosi kita. Kempen Tahun Melawat Selangor secara umumnya telah mendapat sambutan yang positif daripada pelbagai pihak di mana beberapa elemen yang menunjukkan kejayaan kempen ini. Saya bagi contoh, satu, peningkatan bilangan pengunjung ke destinasi-destinasi pelancongan di negeri Selangor seperti Taman Botanik Shah Alam, Sekinchan Anjung Utara, Taman Eko Rimba dan juga Sky Mirror di mana terdapat laporan positif mengenai permintaan yang lebih tinggi terhadap penginapan dan pakej pelancongan tempatan. Dua, pelaksanaan acara pelancongan seperti Moto GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Selangor International Culinary Festival yang telah berjaya menarik perhatian pelancong dan pengamal media antarabangsa. Tiga, penyertaan negeri Selangor dalam pameran pelancongan antarabangsa seperti ITB Berlin dan WTM London iaitu World Travel Market London yang membuka ruang dan peluang untuk memperkenalkan negeri Selangor kepada pasaran pelancongan global dan menarik lebih ramai pelancong dari luar dan pemasaran digital melalui media sosial seperti Tiktok, Instagram, Facebook dan Youtube telah memberi impak yang besar menerusi penghasilan video dan kandungan mengenai destinasi pelancongan negeri Selangor.
Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk menambahbaik agar ia dapat mencapai matlamat yang lebih besar khususnya, untuk menarik pelancongan antarabangsa. Kurangnya kesedaran, satu, mengenai destinasi pelancongan yang terdapat di negeri Selangor di beberapa pasaran antarabangsa seperti di Eropah, Amerika Utara dan Australia. Cadangan untuk penambahbaikan ialah meningkatkan penglibatan Kerajaan Negeri di dalam pameran pelancongan antarabangsa yang lebih besar khususnya di pasaran pelancongan Eropah dan Amerika. Dua, beberapa kawasan pelancongan yang uzur dan kemudahan facilitynya yang kurang mesra pelancong. Cadangan penambahbaikan meletakkan fokus kepada pembangunan infrastruktur pelancongan yang lebih menyeluruh yang lebih dan mesra pengunjung seperti menaik taraf kemudahan pelancongan serta jalan akses ke tempat-tempat pelancong luar bandar diperkasakan. Tiga, peranan komuniti setempat yang kurang terlibat dalam proses penyediaan perkhidmatan pelancongan, penambahbaikannya menggerakkan komuniti setempat, tempatan dan pengusaha kecil untuk bersama-sama memainkan peranan lebih aktif dalam Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 termasuk memperkenalkan lebih banyak pelancong-pelancong, pelancongan komuniti, pengalaman tempatan serta pemasaran interaktif yang menggabungkan seni budaya dan warisan tempatan. Empat, melaksanakan lebih banyak data analisis mengenai keutamaan dan tingkah laku pelancong, ini penting untuk merancang kempen pelancongan yang lebih fokus. Kita kena buat analisa ya. Cara penambahbaikan, memanfaatkan teknologi analisa data untuk mengenal pasti trend pelancongan seperti keutamaan pelancong dan mesra
puncak lawatan ini akan membantu dalam penyesuaian kempen pemasaran dan memastikan negeri Selangor menawarkan pengalaman yang lebih sesuai dengan kehendak pelancong pasaran yang berbeza. Kelima, sesetengah kawasan menghadapi cabaran dalam pelaksanaan polisi kerana kekurangan insentif tujuan penggalakkan pelancongan dengan lebih berkesan. Cara mengatasi, menjalin kerjasama yang erat antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pemain industri pelancongan untuk memastikan pelancongan dan hala tuju pelancongan negeri Selangor sesuai dengan kehendak Kempen Tahun Melawat Selangor, Surprising Selangor, Selangor kan ada, Selangor Penuh Kejutan, Selangor .. (Bahasa Cina). Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Banyak sangat ni. Saya bagi kepada Kota Damansara sebab dia ada soalan yang dijawab bersama.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas penerangan yang panjang untuk lebih 10 minit tadi. Cuma soalan saya ialah berapakah jumlah influencer yang telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk kita promote Tahun Melawat Selangor, Surprising Selangor? Sebab kita tidak mahulah influencer-influencer yang diambil atau dipilih ini influencer yang dah follower nya mungkin ramai atau dia popular ketika dua tahun, tiga tahun atau lima tahun lepas tetapi ia tidak memberi impak kepada kita, itu yang pertama. Kedua, berapakah program-program yang kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang kita telah berjaya lock pada tahun ini? Mungkin macam tahun lepas kita berjaya buat program Hari Landskap Negara, mungkin pada tahun ini, mungkin tahun ini, mungkin kita boleh lock beberapa program-program yang level national untuk dibuat di Selangor untuk kita menarik lebih ramai lagi pelancong ke Selangor. Dua ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara atas soalan tambahan tadi yang begitu prihatin tentang Tahun Melawat Selangor 2025. Tentang jumlah influencer, kita tak gunakan ramai influencer, kita hanya guna sebahagian kecil, contohnya lagu Surprising Selangor, Selangor Kan Ada, lagu tersebut kita gunakan Aizat Amdan, gunakan penyanyi untuk pastikan, pastikan Aizat Amdan pastikan dia memberikan impak yang positif dan berdasarkan kewangan, kedudukan kewangan dan sebagainya kalau tahun ini kita ada kedudukan kewangan yang lebih dan mendapat bantuan daripada MOTAC kita akan bawa lebih ramai influencer untuk membantu kita dari segi promosi dalam video-video, klip video dan sebagainya ada kita buat outsource kepada mereka untuk syarikat-syarikat tertentu untuk mereka memberi kerjasama kepada Tourism Selangor. Dan yang kedua, tentang lawatan-lawatan dan
juga program bersama Kerajaan Persekutuan, kita sentiasa bekerjasama dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tahun ini adalah tahun Malaysia sebagai Pengerusi, PMX sebagai Pengerusi ASEAN, memang banyak program-program Miles iaitu berdasarkan mesyuarat dan sebagainya, conference dan sebagainya akan diadakan di Kuala Lumpur dan juga di negeri Selangor, kita akan rebut peluang yang banyak untuk mereka adakan bukan sahaja di Kuala Lumpur, di Putrajaya tetapi di Selangor, di Selangor kerana di Selangor lah resit pelancongan akan dikira di Selangor. Kalau kita gunakan lokasi di Putrajaya dan Kuala Lumpur kita tidak dapat manfaat di situ melalui kiraan tersebut dan pada masa yang sama kita akan guna ruang yang ada untuk kita buat bersama MOTAC, Tourism Malaysia dan MOTAC untuk kita adakan roadshow, roadshow di negara -negara, di negara China dan juga baru-baru ini, baru, delegasi daripada Tourism Selangor balik daripada India, OTM Mumbai, ini semua kerjasama bersama Persekutuan iaitu MOTAC dan juga Tourism Malaysia. Banyak lagi, memang kita sentiasa kerja rapat, Tourism Malaysia dengan MOTAC bersama Tourism Selangor berpisah tiada. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Tambahan, sebelum itu saya ingin mengumumkan, mengalu-alukan ketibaan dan lawatan daripada Akademi Kepimpinan Wanita diketuai oleh Puan Fadilah Gulam seramai lima (5) orang dan juga Persatuan Pelancongan Negeri Selangor diketuai oleh Puan Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor seramai 13 orang. Jadi, tadi Balakong?
Terima kasih Tuan Speaker. Saya kira persediaan dan promosi Kerajaan Negeri dalam Tahun Melawat Selangor itu dah kira hebat dan rapi lah. Cuma, hendak tanya sejauh manakah persediaan kita dalam menyambut ataupun menerima 8 juta pelancongan ini? Saya bagi contoh, kalau ada 200 buah bas masuk ke Sekinchan serentak, adakah kita dapat cope jumlah tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong yang juga fokus dan prihatin dengan Tahun Melawat Selangor 2025. Memang kita mengalu-alukan seluruhnya seramai mungkin pelancong-pelancong domestik ataupun international yang datang mungkin datang ke Anjung Utara, Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam, Sungai Air Tawar ya, Sungai Air Tawar dan juga Sungai Panjang, Kelip-Kelip dan sebagainya atau pun pergi ke Balakong pergi ke Seri Kembangan, tidak ada masalah. Kita nak bawa Anjung Utara, Anjung Selatan tetapi pada masa yang sama kalau ada 200 buah bas mungkin kita ada masalah lokaliti dan dengan masalah penginapan dan kita akan agihkan. Boleh kita selesaikan. Baru-baru ini saya menerima pelancong dari negeri
China daripada sebuah syarikat lebih 1,000 orang pada masa yang sama. Lebih 1,000 orang pada masa yang sama kita di Restoran Ching Hua di Kuala Selangor Pasir Penambang. Kita guna dua (2) slot, pukul 12 satu slot makan tengah hari, pukul 1.30 satu slot, dua (2) slot supaya mereka boleh menampung, menerima lebih ramai pelancong untuk makan ke situ. Mereka pergi ke Sky Mirror, pergi ke Kuala Selangor, pergi ke Bukit Melawati dan penginapannya kita agihkan ke Sunway, ke Klang, ke mana-mana supaya tempat-tempat penginapan mencukupi. Selangor dalam konteks penginapan itu memang mencukupi cuma di luar bandar kita masih kekurangan. Hanya ada homestay dan hotel-hotel tidak bertaraf bintang. Ini kekangan kita. Walau bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya untuk selaraskan dengan Tourism dengan pemain industri supaya berapa banyak yang datang kita boleh menyambutnya dengan baik, layanan yang mesra dan mereka suka datang ke negeri Selangor, Surprising Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Teratai, Teratai.
Terima kasih Tuan Speaker. Tadi YB Sekinchan ada sebut tentang permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta. Jadi saya minta YB Sekinchan untuk memberikan huraian tentang penggunaan peruntukan tambahan ini.
Terima kasih Yang Berhormat Teratai yang juga sangat prihatin tentang Tahun Melawat Selangor 2025. Memang kita tengah usaha untuk memohon sejak tahun lepas pun kita memohon tidak pernah kita lepaskan peluang keemasan kerana mana-mana yang boleh sumbangkan dana tambahan kepada Tourism Selangor industri pelancongan ini kita mengalu-alukan. Dan sekarang kita dalam proses permohonan. Kelulusan berapa untuk, daripada Menteri belum dipastikan, saya harap ada sekurang-kurangnya RM3 juta dan sebagainya dan kita telah plan berbagai-bagai promosi, acara dan sebagainya seperti yang telah saya sebutkan dengan panjang lebar tadi, banyak acara-acara yang sudah ada kita selitkan dan termasuk acara di Pesta Sawah Padi di Sekinchan juga kita akan salurkan dan juga di Pesta di Tanjung Sepat, program acara di laut, pantai dan sebagainya. Macam-macam kita boleh tolong, berbagai-bagai acara boleh kita bantu termasuk kita boleh bagi insentif-insentif merupakan kupon, baucar dan sebagainya untuk mereka pergi ke Taman Tema, untuk pergi ke pakej-pakej pelancongan dan kita bagi insentif diskaun ataupun tawaran-tawaran istimewa melalui bajet yang kita dapat. Boleh kita buat pelbagai, termasuk di platform digital kita boleh kerjasama dengan platform digital seperti Touch n Go dan sebagainya ataupun Shoppee barang siapa anak muda ataupun pelancong-pelancong yang nak
datang ke Selangor mereka melalui platform ini, mungkin kita akan bagi tawaran-tawaran sedemikian diskaun dan juga baucar percuma supaya mereka pergi ke hotel dapat diskaun dan sebagainya. Ini caranya akan kita lakukan tetapi cuma kita menanti sumbangan-sumbangan dan peruntukan itu datang. Kita akan uruskan supaya sasaran 8 juta pelancong datang ke negeri Selangor akan dapat direalisasikan. Sekian, terima kasih Teratai.
Ya, jemput Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Subang Jaya Nombor 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. SukmaQuestions
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah cabaran persiapan SUKMA yang telah dikenalpasti?
b)
Apakah opsyen penyelesaian yang telah dikenalpasti untuk mengatasi cabaran tersebut?
c)
Apakah bajet SUKMA 2026?
Baik, terima kasih Subang Jaya. Saya mohon izin Tuan Speaker untuk menjawab soalan Nombor 9 daripada Subang Jaya bersekali dengan soalan 331 dari Kajang. Antara cabaran utama yang dikenal pasti dalam persiapan negeri Selangor sebagai tuan rumah Sukan Malaysia 2026 adalah ketiadaan venue utama untuk penganjuran Temasya Sukma tersebut yang mana jangkaan Kompleks Sukan Shah Alam hanya akan siap pada pertengahan fasa 1 pada pertengahan tahun 2027. Di samping itu juga, tempoh masa persediaan yang sangat singkat iaitu yang hanya kurang daripada tempoh dua (2) tahun berbanding negeri-negeri tuan rumah yang lain sebelum ini mempunyai tempoh masa yang panjang antara empat (4) hingga enam (6) tahun sebelum menjadi tuan rumah bagi Temasya Sukma. Dalam
mengatasi cabaran tersebut venue-venue pertandingan telah pun dikenal pasti dan ia masih lagi boleh digunakan bagi memastikan Temasya berlangsung dengan berjaya. Kerajaan Negeri berpandangan tiada keperluan untuk membina infrastruktur sukan yang baru dan ia dilihat lebih efisien dan lebih menjimatkan. Semua venue pertandingan yang sedia ada hanya akan dinaiktaraf dan diperbaiki bagi memastikan ia mengikut standard yang telah ditetapkan namun demikian, Kerajaan Negeri percaya dengan sokongan dan kerjasama yang akan diberikan oleh semua agensi sama ada Kerajaan mahupun swasta akan memastikan semua perkara dapat diselesaikan dan penganjuran Sukma kali ini akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Bagi menjayakan pelaksanaan penganjuran SUKMA 2026 anggaran kos atau pun bajet keseluruhan berjumlah sekitar RM 257,000,000.00 yang melibatkan kos dari aspek antaranya pengurusan sekretariat, persediaan atlet, penyediaan teknikal peralatan kelengkapan pertandingan, perkampungan sukan, makan minum, sistem teknologi ICT, logistik, pengangkutan, media, promosi dan protokol, hadiah, cenderamata, keselamatan dan kecemasan, ujian doping, majlis pembukaan dan penutup, majlis makan malam rasmi, pertandingan golf rasmi, pelancaran temasya, larian obor, sukarelawan, dan infrastruktur pertandingan. Walau bagaimanapun untuk menampung kos penganjuran yang tinggi ini Kerajaan Negeri Selangor percaya akan ada jumlah penajaan daripada syarikat-syarikat agensi kerajaan, state GLC’s mahupun swasta yang akan turut serta bersama membantu dalam pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026. Kerajaan Negeri juga pada masa sama melalui Majilis Sukan Negeri Selangor telah merangka dan melaksanakan beberapa langkah dalam meningkatkan prestasi atlet serta jurulatih sukan di negeri Selangor terutamanya sebagai persiapan kontinjen negeri Selangor ke Temasya SUKMA 2026. Program latihan atlet telah bermula dari Januari 2025 berdasarkan pelan strategik yang telah dibentuk. Memandangkan Temasya SUKMA 2026 Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran untuk kontinjen Negeri Selangor sekurang-kurangnya menjadi juara SUKMA 2026. Sekurang-kurangnya menjadi juara. Walau bagaimanapun jumlah sebenar sasaran pingat secara spesifik masih belum boleh dinyatakan dan ini disebabkan jumlah acara yang akan dipertandingkan belum diputuskan lagi buat masa ini. Sekian.
Ya Yang Berhormat Seri Serdang hendak bertanya soalan tambahan ataupun.
Soalan tambahan, berkenaan dengan SUKMA. Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik. Kalau kita lihat kepada SUKMA pada tahun yang lepas di Sarawak memang kalau lihat secara overall nya kos yang sangat tinggi apatah lagi dengan opening ceremony di Kuching ini menelan belanja lebih daripada RM10 juta saya rasa. Jadi dalam keadaan begitu dan ia sangat meriah. Ia sangat meriah, cumanya dalam keadaan yang kemeriahan sebegitu saya khuatir kalau kita tidak jaga dengan baik crowd dan sebagainya terutama tentang konsert dan juga persembahan, kerana pada hari ini kita lihat banyak unsur-unsur negatif telah pun menular dalam negeri dan negara kita yang bermula daripada Pinkfish dan yang latest berkenaan dengan AJL adanya lelaki berpakaian wanita dan
sebagainya. So apa pandangan dan juga penekanan daripada pihak MSN sendiri, daripada pihak YB Kota Anggerik sendiri bagi memastikan perjalanan SUKMA ini termasuk acara hiburan ini terkawal dan tidak ada unsur-unsur yang negatif seperti yang telah berlaku.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Kita sedia maklum tentang isu-isu yang berlaku muktakhir ini yang melibatkan penganjuran sukan dan baru-baru ini ada kontroversi yang melibatkan penganjuran Anugerah Juara Lagu di mana insiden yang sangat-sangat kita kesali dan kita juga melihat ini sebagai sebahagian daripada mungkin usaha untuk menormalisasikan budaya-budaya kurang sihat, budaya songsang dan untuk penganjuran ataupun SUKMA nanti kita akan mengambil ketetapan dan menjamin tidak akan ada lagi unsur-unsur promosi atau normalisasi budaya-budaya seperti LGBT. Kalau kita lihat di kejohanan-kejohanan sukan di Paris misalnya di Olimpik, di mana atlet yang secara biologinya lelaki boleh bertanding dalam sukan wanita. Jadi di Selangor untuk SUKMA nanti kita akan pastikan daripada segi guideline hanya lelaki original yang boleh masuk bertanding dalam kategori lelaki dan perempuan yang original boleh masuk pertandingan kategori perempuan. Dia ada dua sahaja lelaki atau perempuan yang lain daripada itu perlu rawatan. Jadi untuk Selangor kita tegas kita konsisten dan kita komited untuk memastikan sebarang bentuk elemen ataupun normalisasi kepada fahaman dan budaya LGBT ini tidak akan kita sokong dan kita akan banteras dengan kerjasama dan juga dukungan daripada pelbagai agensi dan insya-Allah dalam kejohanan sukan kita dan juga penganjuran-penganjuran acara kita, kita akan pastikan tidak ada sebarang bentuk normalisasi terhadap budaya dan fahaman ini. Terima kasih Seri Serdang.
Ya Seri Serdang soalan seterusnya.
Yang Berhormat Speaker Soalan saya nombor 10.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Pendidikan Anak-Anak KafaQuestions
10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kerajaan memantau tahap pendidikan anak-anak di KAFA?
b)
Apa program Kerajaan Negeri bagi memastikan prestasi pendidikan anak-anak KAFA?
c)
Kes kematian murid KAFA Manbiul Ulum Seri Serdang. Apa bantuan kerajaan khususnya pihak Jabatan Agama Islam Selangor kepada keluarga mangsa?
JAWAPAN :
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang soalan mengenai pendidikan anak-anak KAFA bahagian (a). Apakah Kerjaan memantau tahap pendidikan anak-anak di KAFA. Pemantauan terhadap tahap pendidikan agama Islam anak-anak di peringkat KAFA dibuat dengan penekanan kepada keperluan profesionalisme guru-guru, penguasaan murid terhadap ilmu asas fardhu ain termasuk penguasaan terhadap pembacaan ayat-ayat Al-Quran, penguasaan murid terhadap mata pelajaran lain serta sahsiah dan kemandirian anak-anak melalui aktiviti kokurikulum. Pemantauan ini dibuat dengan mendapatkan pengiktirafan daripada International Standard Organization (ISO) bagi pensijilan Quality Management System (QMS), Quality Management System-Syariah Based (QMS-i), Anti Bribery Management System (ANMS) dan Education Organizational Management System (EOMS) di 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi dan 5 Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS). Selain itu JAIS juga melaksanakan kaedah Penarafan Sekolah Berkelas Tinggi Sekolah JAIS (PRESTIJ) iaitu satu standard ataupun kaedah bagi menaik taraf pengurusan pentadbiran di semua sekolah JAIS termasuk sekolah KAFA berdasarkan kualiti amalan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Negeri Selangor. Kaedah PRESTIJ ini diwujudkan berdasarkan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam, Enakmen No. 2 Tahun 1988 yang memperuntukkan tanggungjawab kepada Nazir Sekolah Islam yang dilantik untuk menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang memuaskan dilaksanakan dan berterusan di institusi pendidikan Negeri Selangor. Jadi Sekolah kita baik kita jaga dengan baik dan kita rakyat Selangor patut berbangga dengan adanya sistem yang kita sudah wujudkan ini. Jadi kita sudah buat semua ini jadi hasilnya apa. Jadi hasil daripada pemantauan tersebut Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) telah memperoleh pensijilan ISO. Antara lain hasil pemantauan melalui PRESTIJ ini juga telah menghasilkan pencapaian 100% Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) di semua sekolah, pencapaian 100% Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), tahap pencapaian kecemerlangan dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) mengikut Gred Purata Sekolah yang telah bertambah baik contohnya pada tahun 2022 GPS adalah pada kadar 2.58 dan pada tahun 2024 telah melonjak kepada 2.53 lagi rendah GPS menunjukkan sekolah itu lagi baik. Manakala tahap pencapaian kecemerlangan dalam UPKK pula telah mencatatkan sedikit penurunan pada tahun 2023 berbanding pada tahun 2022. Ini adalah disebabkan oleh perubahan format soalan daripada pihak JAKIM yang perlu disesuaikan oleh guru-guru dan semua pelajar di sekolah. Jadi di sini menunjukkan sekolah kita lebih baik masih lagi Sekolah KAFA kita menjadi idaman kepada ibu bapa dan juga anak-anak beragama Islam di Negeri Selangor disebabkan sekolah yang mempunyai kualiti yang sangat baik walaupun kita dengar ada sedikit rungutan gaji tidak cukup, infrastruktur yang tidak cantik tetapi secara global secara umumnya sekolah-sekolah ini masih lagi jadi idaman para pelajar di Negeri Selangor. Untuk bahagian (b) Apa program Kerajaan Negeri bagi memastikan prestasi pendidikan anak-anak KAFA. Prestasi pendidikan anak-anak KAFA sentiasa menjadi perhatian oleh Kerajaan Negeri melalui program pengagihan peruntukan elaun guru KAFA yang berterusan dan meningkat. Penyelarasan bantuan guru KAFA (Skim Bantuan Guru KAFA JAKIM), Skim Pinjaman Buku Teks dan penyelarasan ujian, peperiksaan dan pentaksiran murid. JAIS juga sentiasa memastikan pentadbiran sekolah berjalan mengikut ketetapan Enakmen yang berkuat kuasa. Selain itu JAIS juga turut melaksanakan program Naziran dan membuat teguran rasmi terhadap sebarang temuan dan dapatan. Untuk bahagian
(c) mengenai kes kematian murid KAFA Manbiul Ulum Seri Serdang. Apa bantuan kerajaan khususnya pihak Jabatan Agama Islam Selangor kepada keluarga mangsa. Saya ingin mengambil peluang ini untuk juga menzahirkan rasa simpati dan takziah saya dengan ucapan Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu kepada mangsa dan kedua harus nyatakan juga siasatan awal telah dimulakan dan nombor 3 Keluarga mangsa telah menerima sumbangan bantuan dari Tabung Infak Jariah Umat Islam Negeri Selangor (TIJARI) sebanyak RM1,000.00 dan Pejabat saya sendiri telah turun ke kawasan dan bertemu dengan mangsa dan memberikan sedikit sumbangan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Saya kira penjelasan daripada Yang berhormat Seri Setia itu sangat menepati kepada apa yang soalan saya itu. Cumanya dalam keadaan kita hari ini, perlu kita selalu ingati bahawa anak-anak adalah aset Negeri Selangor. Pendidikan mereka adalah satu keutamaan bagi kita sebagai Kerajaan untuk memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna di masa sama juga guru-guru juga perlu diberi perhatian. Saya maklum elaun guru-guru disediakan oleh pihak JAIS dan buku teks cumanya apabila sebuah satu KAFA itu sudah selesa dan guru itu adalah guru yang baik mengajar anak-anak ini saya kira perlu ada satu mekanisme bagaimana kalau hendak pertukaran guru-guru ini. Kita tidak mahu nanti kalau bertukar guru-guru ini dengan mudah maka anak-anak kita di KAFA akan jadi masalah ini berlaku di kawasan saya dan kita juga agak kesal dan duka cita apa yang berlaku di KAFA Manbiul Ulum dan saya mohon pihak Kerajaan Negeri Selangor terutamanya Yang Berhormat Seri setia dan agensi jabatan yang terlibat supaya memberi perhatian yang khusus kepada infrastruktur KAFA yang ada di Negeri kita. Kita Negeri yang maju kita minta semua Maahad tahfiz Daftar dapatkan sijil layak menduduki dengan PBT bagaimana dengan KAFA-KAFA kita tidakkan KAFA terlepas dari sijil layak menduduki seharusnya sudah sampai masanya kita perkasakan KAFA ini bukan sekadar kepada silibus dan juga akademik sahaja tetapi lihat kepada infrastruktur dan juga kualiti guru-guru yang ada dalam KAFA kita. Saya mohon perhatian daripada pihak Kerajaan, Yang Berhormat EXCO sendiri melihat isu dengan serius kerana kita tidak mahu perkara kemalangan melibatkan kehilangan nyawa berlaku lagi di mana-mana KAFA dalam Negeri kita kerana anak-anak ini adalah satu aset yang penting bagi Negeri Selangor. Satu kehilangan yang besar bagi Negeri Selangor apabila seorang anak yang sangat cemerlang dalam segi akademik sahsiah dan jati diri pergi begitu sahaja. Mohon perhatian daripada pihak EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat saya setuju dengan apa yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Seri Sedang Kerajaan Negeri sedang dalam melaksanakan satu kajian maksud tersebut tadi soal kualiti guru-guru KAFA. Telah kita wujudkan dan mulakan satu kajian melihat semula kepada tahap pendidikan guru-guru, kaedah pengajaran dan seumpamanya dan kedua juga dari segi infrastruktur sekolah ini memang banyak sekolah-sekolah kita isu dengan KAFA ini adalah dimulakan daripada JAKIM dan kebanyakan peruntukan daripada Persekutuan. Ada bahagian yang Kerajaan Negeri jaga iaitu dari segi penggajian guru
dan seumpama dengannya tetapi infrastruktur yang ada ini memang ada yang sudah uzur tidak kita nafikan kita sedang merangka satu program untuk mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah mana yang boleh dinaik taraf dan boleh kita baiki untuk menjamin keselamatan dan keselesaan. Saya hendak tambah sedikit juga tadi ada sebut soal Sekolah-sekolah Tahfiz yang semalam ada dibangkit oleh Yang Berhormat Hulu Kelang mungkin saya akan sentuh dengan lebih dalam, dalam penggulungan saya. Program Pemutihan Tahfiz Negeri Selangor telah pun kita mulakan dan setakat ini kita telah menemui lebih kurang 606 Sekolah-sekolah Tahfiz yang tidak pernah berdaftar sejak 2008 yang lalu. Jadi kita sudah mulakan dan kita ambil serius sebarang rungutan yang ada soal keselamatan tidak boleh kita pinggirkan dan saya rasa daripada Titah Tuanku sangat jelas bahawa sekolah-sekolah yang tidak patuh daripada pemutihan ini akan ditutup.
Soalan tambahan.
Ya Sabak.
Terima kasih Tuan Speaker, kita sedia maklum bahawa kecemerlangan pelajar ini berkait dengan kesungguhan guru-guru yang mengajar dan kita juga sedia maklum bahawa elaun guru KAFA ini setakat ini hanya menerima RM1,500.00 sebulan. Saya percaya bahawa sebahagian guru KAFA ini kalau ada pilihan lain daripada menjadi guru KAFA saya rasa akan pilih pilihan yang lain. Jadi pilihan lain yang emolumen jauh lebih besar daripada menjadi guru KAFA kerana itu tidak sampai kepada paras gaji terendah sepatutnya ialah RM1,700.00. Soalan saya ialah apa usaha Kerajaan Negeri untuk membantu guru-guru KAFA ini tidak lari dan supaya kalau boleh di tingkatkan pendapatannya paling tidak pada paras gaji terendah iaitu RM1,700.00. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak. Yang Berhormat ada tanya soalan ini tetapi saya ambil peluang ini cuba jawab sebahagian daripada soalan tersebut. Banyak orang simpati kepada guru-guru KAFA. Saya salah seorang daripadanya. Tetapi KAFA ini harus kita peringati semula bahawa dia adalah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain. Dia bukan sekolah macam sekolah kebangsaan kita atau pun sekolah orang-orang kaya persendirian Islam Ini dia bukan begitu. Dia hanya supplementary. Seolah-olah bila kita sekolah kebangsaan biasa, sebelah petang tu budak-budak boleh pergi ke sekolah KAFA untuk belajar agama. Dan saya rasa sejak diwujudkan pada tahun 1957 dahulu kalau dibandingkan dengan keadaan sekarang di mana sekolah-sekolah KPM kita, sekolah kebangsaan kita telah pun mengajarkan Al-Quran dan basic fardhu ain kepada para pelajar. Jadi, itu realiti yang ada. KAFA tidak sama dengan sekolah kebangsaan kita yang biasa. Jauh ketinggalan berbanding dengan sekolah-sekolah persendirian Islam yang lain. Jadi bila kita sebut soal gaji dan elaun guru-guru KAFA faktanya adalah, guru-guru KAFA ini hanya mengajar 5 jam sehari dan dalam 5 jam sehari itu pun mereka hanya boleh mengajar 3 jam. Jadi maknanya outside dari 5 jam itu dia boleh kerja di tempat lain lah. Ada ramai yang buat begitu. Tuisyennya, ada jadi imamnya, bilal dan sebagainya. Tetapi kalau dibandingkan guru-guru di KPM yang gajinya, ia lebih tinggi mungkin dalam kadar RM2,500.00 begitu, mereka bekerja 8 jam sehari. Jadi kalau kita nak naikkan gaji guru KAFA, saya setuju kalau mungkin perlu dinaikkan mungkin
dinaikkan ke tahap yang munasabah. Tapi kalau kita lihat daripada kadar per hour rate mereka, saya rasa hampir setara dengan guru-guru KPM yang ada disebabkan hours yang diperlukan itu adalah lebih rendahlah daripada sekolah rendah yang biasa.
Jadi, kalau soal ini tadi bolehkah kita naikkan kepada gaji minima sebagai contoh? Itu masih di peringkat kajian dan tertakluk kepada kekuatan kewangan Kerajaan Negeri dan saya kira dengan hasil yang tinggi itu kalau kita wajar naikkan, saya hendak minta juga di sini kalau Ahli-Ahli Dewan juga boleh bersetuju, kalau kita naikkan juga tahap kelayakan guru-guru KAFA ini. Sebab apa, guru KAFA hari ini tahap kelayakan minima dia apa? Dia boleh tak perlu ada diploma pun, dia ada SPM dan STAM dia boleh jadi guru. Kalau guru sekolah KPM, guru sekolah kebangsaan, minimanya ada Ijazah dan Diploma. Jadi wajarlah mereka itu diberikan gaji lebih tinggi. Guru KAFA ini kalau kita naikkan, kalau kita setuju kita naikkan juga tahap dia. Saya nak tambah 1 sahaja lagi, boleh tak juga kita beri keutamaan kepada anak-anak Selangor untuk jadi guru-guru KAFA di negeri Selangor dan kita tidak import negeri-negeri lain sebagai contoh. Kalau boleh setuju, kita boleh laksanakan. Terima kasih.
Gombak Setia.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Speaker, soalan saya nombor 11.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Pelaksanaan Pembangunan Lebuhraya Kl - KarakQuestions
11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah jaminan Kerajaan Negeri terhadap para pemilik kediaman di sepanjang jajaran Jalan Gombak Lama sekiranya pembangunan Lebuh raya KL - Karak dilaksanakan?
JAWAPAN :
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia dan Tuan Speaker, Gombak Setia bertanyakan soalan berhubung pelaksanaan pembangunan Lebuh raya Kuala Lumpur – Karak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak (KLK) telah mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan dan kerja-kerja awalan telah bermula pada Januari 2025. Skop pelebaran dengan penambahan satu (1) lorong setiap hala dari KM19.2 iaitu daripada Plaza Tol Gombak) hingga ke KM64.5 di Persimpangan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Bentong dengan panjang keseluruhan 45.30 kilometer. Dijadualkan bermula pada penghujung Februari 2025 dan dijangka siap dalam tempoh empat (4) tahun iaitu pada tahun 2029. Pelaksanaan projek ini bakal memberi
manfaat yang besar kepada pengguna lebuh raya terutamanya dalam mengatasi isu kesesakan trafik, menambah baik ciri-ciri keselamatan dan reka bentuk lebuh raya sedia ada, pemasangan lampu jalan tambahan dari Genting Sempah ke Bentong. Skop pelebaran Lebuh raya Kuala Lumpur - Karak ini akan dilaksanakan di dalam koridor/rizab jajaran lebuh raya sedia ada tanpa melibatkan pengambilan tanah tambahan. Rizab lebuh raya yang berada di dalam negeri Selangor sebahagiannya merupakan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) serta Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS). Syarikat Konsesi Lebuh Raya KL-Karak iaitu AFA PRIME Berhad telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTGS) Negeri Selangor dan JPNS, Jabatan Perhutanan dan telah mengenal pasti bahawa majoriti penempatan yang berada di pinggiran lebuh raya adalah penempatan setinggan. Sehubungan itu, Syarikat Konsesi bersama JKPTGS dan juga JPNS dan pihak-pihak yang terlibat telah mengambil inisiatif untuk membuat bancian terhadap penempatan yang terkesan. Laporan bancian tersebut akan diteliti oleh pihak JKPTGS dan JPNS untuk diambil tindakan selanjutnya selaras dengan peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa.
Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat, jika terdapat kediaman penduduk yang berada di dalam rizab lebuh raya dan perlu berpindah keluar, Kerajaan Negeri akan memastikan proses pemindahan itu adalah mengikut lunas undang-undang yang sedia ada tanpa meminggirkan kebajikan pemilik kediaman yang terlibat. Terima kasih.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Soalan tambahan.
Silakan Gombak Setia.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan tadi. Memang tujuan saya bertanyakan soalan berkenaan disebabkan keresahan penduduk yang terkejut apabila setelah 40, lebih 40 tahun mereka duduk di kawasan tersebut, tiba-tiba hari ini mereka didatangi dengan notis mengarahkan mereka berpindah secara serta-merta dalam tempoh beberapa hari. Bukan sahaja notis daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan tetapi juga daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Sebab itu saya ingin bertanya beberapa soalan. Soalan yang pertama, berapa buah rumah yang terlibat? Sebab sebagaimana yang saya selaku ADUN di kawasan tersebut sedia maklum di kawasan tersebut kalau kita nak kata yang duduk di atas tanah rizab, dia bukan sahaja rizab hutan, dia bukan sahaja rizab jalan, dia bukan sahaja rizab sungai, itu jumlahnya boleh kata hampir keseluruhan kampung itu nanti. Jadi saya hendak tahu, pertama, berapa buah rumah yang terlibat dan yang telah menerima notis?
Yang kedua, saya dimaklumkan bahawa notis tersebut di hantar disebabkan borang K. Notis borang K. Dan kalau borang K ini dia merujuk kepada perakuan dan penyerahan hak milik. Jadi saya hendak mintak pengesahan daripada Kerajaan Negeri. Disebabkan oleh borang K di bawah Seksyen 22 Akta Pengambilan Tanah, apakah tanah-tanah itu telah secara rasminya di pindah milik untuk dilaksanakan pembangunan? Dan saya juga hendak tegaskan kepada Kerajaan Negeri, sebab hari ini penduduk di kawasan tersebut khususnya di kawasan Gombak Utara,
mereka ini mengalami mimpi ngeri sebab sekarang ini pembangunan ECRL sedang dilaksanakan. Dia bukan sahaja jalan berlubang, dia bukan sahaja sungai tercemar, dia bukan sahaja rumah retak tetapi yang saya nak tegaskan ialah kita tidak pernah menolak pembangunan. Tetapi pembangunan yang nak kita laksanakan itu mestilah pembangunan yang berkualiti untuk rakyat dan untuk memastikan pembangunan yang berkualiti untuk rakyat itu, kita, saya minta jaminan daripada Kerajaan Negeri apakah pelaksanaan pembangunan ini nanti dapat diselesaikan dengan usaha yang sempurna dalam kita memelihara kebajikan rakyat khususnya yang ada di kawasan Gombak Setia . Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Sebagaimana saya sebut tadi bahawa Projek ini dilaksanakan di dalam koridor rizab jadi tidak ada melibatkan tanah tambahan. Jadi bermakna, kalau laluan ini perlu dilaksanakan tambahan lorong ini akan melibatkan kawasan-kawasan yang di ceroboh. Ya, itu yang di ceroboh sebagaimana pembangunan lain yang kita buat termasuklah untuk tebatan banjir dan sebagainya. Makna bila berlaku pencerobohan makna kita akan melaksanakan penguatkuasaan mengikut kaedah, yang undang-undang yang sedia ada . Tapi memang yang penting di sini tidak ada kawasan tambahan. Cuma ada satu (1) yang melibatkan rizab hutan. Yang itu memang kita sedang meneliti walaupun dia akan melibatkan nyahwarta kerana itu adalah hutan simpan kekal. Yang sedikit bahagian yang kena itu sedang diteliti oleh Jabatan Perhutanan untuk di apa, diselesaikan. Tetapi kalau yang melibatkan kawasan-kawasan jika berlaku tetapi setakat yang kita lihat ini di pinggiran lebuh raya ini memang ada penempatan setinggan. Tetapi penelitian dari segi detail dia itu saya belum dapat lagi, belum selesai lagi yang dibuat oleh pihak JKPTGS dan saya akan mendapatkan laporan secara detail dan akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat berhubung dengan... jika betul-betul ada yang lain daripada setinggan. Tetapi setinggan ini pun kita ada proses untuk pelaksanaan penguatkuasaan dan kita akan ikut lunas undang-undang yang sedia ada bagi pelaksanaannya. Terima kasih
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Sedikit Speaker.
Ya, Yang Berhormat.
Sebab saya takut Yang Berhormat EXCO confuse. Dia bukan soal sekarang ini highway KL-Karak yang sekarang ini. Ini jajaran Lebuh raya KL-Karak dan betul sebahagian yang apa ini telah terima notis daripada Jabatan Perhutanan tetapi sebahagian besar saya kira lebih 300 buah rumah telah juga menerima notis Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan perkara ini saya pasti diambil maklum oleh Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri sebab sekarang ini berlaku trend, datang notis nak roboh, nak minta pindah lepas itu keluar surat daripada Pejabat Menteri Besar di kata, “Jangan bimbang, benda ini akan diuruskan dan diarahkan notis pengosongan itu semua tangguh sehingga dapat kelulusan MTES dan sebagainya”. Ini trend. Sebab itu rakyat pun dah tak percaya dah surat-surat macam ni. Hari ini mereka pun datang juga nak dengar pasal perkara ini dan hari Isnin yang lalu Yang Amat Berhormat Sungai Tua juga di dalam Perbahasan di Parlimen telah mempersetujui bahawa Kerajaan Negeri sedia untuk memindahkan penduduk-penduduk ini untuk memastikan pelaksanaan jajaran Lebuh raya KL-Karak ini boleh
dilaksanakan. Sebab itu kalau yang hutan itu betul tetapi yang hutan ini saya kira cuma berapa belas keluarga. Tetapi yang lebih penting lagi ialah jajaran itu yang di sepanjang Jalan Gombak Lama menuju ke Bentong sebab ini melibatkan lebih 300 buah keluarga.
Dan saya pasti di Gombak ini mereka ini bukan penceroboh Yang Berhormat. Dia orang ini dah duduk di situ, datuk dia orang dah duduk di situ, dia orang ini dah duduk di situ lebih 40 tahun. Jadi sebab itu saya minta supaya Kerajaan Negeri beri penjelasan tentang perkara itu
Itu yang saya sebut kan di sini. Ikut kita punya kajian yang kita buat di Jajaran yang sedia ada itu tidak melibatkan tanah tambahan kalau melibatkan tanah tambahan tetapi setakat ini tidak ada ya. Kalau ada keperluan untuk ada semasa pembinaan dan sebagainya, maka kita akan mengambil segala langkah perlu mengikut undang-undang sedia ada. Saya rasa selama ini dalam menguruskan ini saya pun dah banyak kali terlibat dalam menguruskan isu-isu penempatan pencerobohan di kawasan sedia ada ini termasuk di Sungai Pelempas, Sungai Kedondong. Kita mengikuti dan kita mematuhi segala peraturan sedia ada. Tidak pernah kita ambil tindakan yang boleh menyebabkan masalah atau terutama atau pemiik tanah itu sendiri. Jadi, itu yang.. banyak projek-projek yang melibatkan tergendala contohnya WCE di sebabkan inilah proses-proses yang terpaksa kita lalui jadi ini pun sama setakat yang bancian yang dah siap dibuat ini sedang diteliti bila kita dapat perincian saya akan maklumkan pada Yang Amat Berhormat dan kita akan ambil langkah mengikut lunas undang-undang yang ada untuk... kita rasa keperluan lebuh raya ini pun sampai masanya..
Yang Berhormat pun tau bila hujung minggu, bila cuti kita tengok berapa panjang kesesakan di lebuh raya ini sehingga ke Bentong sana menyebabkan banyak masalah. Ada yang ambil jalan shortcut Jalan Ulu Yam. Pergi Genting Highland masuk ikut Ulu Yam kerana terlalu sesak jalan ini. Jadi ini yang kita sedang kita usahakan dan telah diluluskan oleh pihak kerajaan persekutuan dan kita akan facilitate untuk pastikan proses yang melibatkan hak milik tanah atau pun perumahan yang sedia ada kalau terkena kita akan ambil langkah-langkah yang perlu termasuklah yang kita biasa buat pampasan dan sebagainya dan kadang-kadang kita juga melibatkan kita beri.. Malah setinggan pun kita offer rumah Selangorku pun kita pernah buat begitu. Jadi ini ialah langkah-langkah Kerajaan Negeri yang kita akan ambil bersama pihak PTP.
Sijangkang.
Tuan speaker, soalan no.12
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Pewartaan Perkampungan Orang Asli Dan Kawasan Rayau Seluruh SelangorQuestions
12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan pewartaan perkampungan orang asli dan kawasan rayau seluruh Selangor.
b)
Apakah halangan yang dihadapi dan penyelesaiannya?
c)
Apakah status pewartaan perkampungan orang asli Pulau Kempas di Kuala Langat?
JAWAPAN :
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih juga Yang Berhormat Sijangkang kerana tanya pewartaan perkampungan Orang Asli dan kawasan rayau seluruh Selangor. Ada tiga soalan; nyatakan pewartaan perkampungan Orang Asli dan kawasan rayau seluruh Selangor? Kedua, apakah halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dan penyelesaiannya? dan ketiga, apakah status pewartaan perkampungan orang asli Pulau Kempas di Kuala Langat? Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang, pewartaan perkampungan Orang Asli dan kawasan rayau di Selangor adalah penting untuk mengiktiraf dan melindungi hak-hak tanah dan tanah adat komuniti orang asli. Bagi negeri Selangor, beberapa perkampungan Orang Asli telah diwartakan sebagai kawasan penempatan rasmi mereka. Manakala kawasan rayau pula, merujuk kepada kawasan yang digunakan Orang Asli untuk mencari sumber hidup seperti memburu, berkebun biasanya mereka seperti tanaman kontang, jagung, ubi kayu, keledek, dan tebu dan sebagainya dan atau pun mengutip hasil hutan seperti durian, rotan, dan sebagainya dia lebih kepada buah-buahan dan sebagainya. Sehingga kini, bagi Negeri Selangor terdapat 33 buah Perkampungan Orang Asli yang telah diselesaikan diwartakan, manakala baki 41 buah Kampung Orang Asli masih belum diwartakan namun sedang dalam proses perbincangan bagi tujuan pewartaan. Kerana terdapat isu di mana pertindihan hak milik persendirian syarikat berada dalam rizab Melayu serta dalam tanah Kerajaan Negeri. Bagi menjawab soalan (b) pula, terdapat banyak halangan dan kekangan berkaitan menyelesaikan proses pewartaan Kampung Orang Asli seperti maklumat berikut, dia ada beberapa points kita ada, pertama pertindihan dengan tanah rizab lain seperti rizab hutan, rizab Melayu, hak milik persendirian atau pun syarikat. Kedua, terdapat perubahan pelan pengukuran tanah yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan memerlukan pembetulan. Ketiga, kekangan dari aspek peruntukan pengukuran kampung-kampung Orang Asli memang tahun ini kita ada dapat bajet daripada JAKOA Persekutuan dan di peringkat negeri pun kita sediakan. Keempat, beberapa langkah penyelesaian telah diambil bagi memastikan semua Kampung Orang Asli ditawarkan, diwartakan iaitu pertama mana-mana Kampung Orang Asli yang bertindih dengan rizab hutan akan diwartakan secara pewartaan berganda di bawah Seksyen (6) Kawasan Orang Asli, Akta 134 (Akta Orang Asli 1954).
Kedua, memastikan setiap pelan ukur yang memerlukan pembetulan diambil tindakan dengan segera. Ketiga, pada tahun 2025 sejumlah RM500,000 diperuntukkan oleh JAKOA bagi kerja ukur tanah bagi memastikan kampung-kampung Orang Asli diukur dan seterusnya diwartakan. Bagi soalan ketiga pula, status pewartaan Kampung Orang Asli Pulau Kempas adalah telah lulus warta oleh Menteri Besar Selangor dan merujuk kepada surat daripada Pejabat Tanah Kuala Langat bertarikh 5 November 2024 status tanah terkini bagi Perkampungan Orang Asli Pulau
Kempas masih lagi berstatus dalam proses dah warta di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bagi melengkapkan proses siap warta bagi Kampung Orang Asli Sungai Kempas. Sekian, terima kasih.
Silakan Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih EXCO. Dalam jawapan yang diberikan kalau disebutkan tadi, yang saya dengar 33 Kampung Orang Asli sudah diwartakan, hanya 41 lagi belum diwartakan. Dalam kalau saya merujuk kepada jawapan Kerajaan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua 2014 disebutkan bahawa 60 peratus Perkampungan Orang Asli telah diwartakan daripada 74 Kampung Orang Asli, dalam data ada menyebutkan 75 kampung ada yang menyebut 74, tak apalah. Kalau ikutkan ini tidak sampai 50 peratus pun telah diwartakan sebagai Perkampungan Orang Asli dan jawapan itu juga mengatakan bahawa target 3 tahun untuk menyelesaikan semua dan saya terima kasih kalau Perkampungan Orang Asli Pulau Kempas telah selesai diwartakan hanya tunggu untuk pengisytiharan. Selain daripada pewartaan ini saya melihat juga berlaku beberapa tempat yang mana di nyahwarta Perkampungan Orang Asli saya kira ini juga sebagai rujukan kepada kita termasuklah Kampung Orang Asli Bukit Kemandul di nyahwarta untuk tujuan pembangunan pada ketika itu, ditempatkan di tempat lain, dan kawasan rayau luar daripada Selangor yang menjadikan permasalahan kepada pengurusan Orang Asli itu sendiri. Saya nak merujuk kepada Kampung Orang Asli di kawasan Pulau Carey yang saya kira semua telah diwartakan tetapi kerisauan kepada masyarakat Orang Asli, termasuk lah Tok-tok Batin, mereka tidak tahu apa sebenarnya pembangunan Pelabuhan Carey yang dirangkakan, mereka khuatir ada yang menyebutkan sebahagian daripada kampung akan terlibat ada sebahagian menyebutkan tidak terlibat terutama Kampung Kepau Laut sebagai contoh yang kemungkinan besarnya terlibat kita tidak tahu status, saya sendiri pun tiada maklumat dengan pembangunan Pelabuhan Pulau Carey ini, dan juga yang merisaukan mereka adalah kawasan pantai dalam upacara moyang yang mereka selalu dilakukan setiap tahun yang dikatakan juga akan terlibat. Mohon, saya kira, urus antara Kerajaan dan juga masyarakat Kampung Orang Asli di Pulau Carey ini perlu diadakan dan mungkin pihak Kerajaan juga boleh memberikan sedikit maklumat dalam jawapan yang saya persoalkan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang kerana ada soalan tambahan. Pertamanya adalah memang betul saya akur memang kita selesaikan ukuran daripada 50 peratus antara kampung-kampung yang ada, kampung Orang Asli yang ada di kawasan Selangor. Cuma seperti mana yang saya telah memberitahu tadi, ada beberapa kekangan dan masalah pertindihan tanah dan sebagainya jadi saya pernah jumpa beberapa apa tu, PTG dan juga DO kawasan untuk menyelesaikan perkara ini dalam masa terdekat sebab memang mereka mengambil pelbagai inisiatif untuk turun padang sebagainya tetapi saya nampak ada juga berlaku, apa itu Orang Asli ini dia, what we call it macam masuk dalam boundary kawasan hutan supaya mereka nak tanam dan sebagainya. Jadi dia adalah 2 benda yang perlu meneliti dengan, apa itu be fair both party dengan izin saya memang begitu arif dalam menyelesaikan masalah atau pun pewartaan Perkampungan Orang Asli ini. Seperti mana Yang Berhormat telah menyatakan tadi dalam masa terdekat mungkin dalam 2-3 tahun ini kita
akan bertungkus-lumus untuk menyelesaikan pewartaannya di seluruh negeri Selangor kalau bolehlah ya. Dan kedua mengenai Pulau Carey dan juga kawasan Orang Asli Mah Meri dan sebagainya, memang beberapa mesyuarat telah diadakan di peringkat MTES dan juga MMKN dan saya juga telah menyuarakan kerisauan Orang Asli di sana, sebab saya percaya pembangunan tidak apa itu memadamkan sejarah atau pun Perkampungan Orang Asli ini. jadi saya juga telah memberi tahu dalam mesyuarat MTES bahawa kebajikan dan juga kewujudan Perkampungan Orang Asli patut dijaga dan apa itu diambil kiralah. Cuma saya juga mencadangkan kepada pembangunan Pulau Carey ini supaya melantik ataupun memberi peluang kepada peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan seperti Orang Asli ini supaya mereka dapat juga mengambil bahagian dalam pembangunan negeri dan juga Pulau Carey. Sekian, terima kasih.
Kajang
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Kajang nombor 13.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Isu Gelandangan Yang Mempunyai Masalah Mental Dan Berpenyakit Seperti HivQuestions
13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Agensi manakah yang bertanggungjawab terhadap gelandangan ini?
b)
Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan “One Stop Centre” untuk menangani isu ini?
JAWAPAN :
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Kajang soalan bertanyakan berkaitan agensi manakah yang bertanggungjawab terhadap gelandangan jawapan bagi (a), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor adalah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menguatkuasakan Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] di mana peranan Jabatan adalah untuk mengambil orang papa seperti peruntukan di bawah Akta 183 tersebut. Soalan seterusnya adalah Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan “One Stop Centre” bagi menangani isu tersebut? Untuk makluman Yang Berhormat, JKM Negeri Selangor menempatkan sementara kes-kes orang papa yang diselamatkan di Pusat Sehenti Sg Buloh iaitu Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh. Bagi mengatasi masalah orang papa dan gelandangan, JKM mengambil inisiatif dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi mengambil orang papa melalui operasi yang dijalankan sama ada secara bersepadu, berkala dan
‘ad-hoc’ melalui aduan ramai. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Disember 2024 sejumlah 199 operasi telah dijalankan dan sejumlah 155 orang papa yang diambil iaitu melibatkan 102 warganegara dan 53 orang bukan warganegara. Bagi kes orang papa warganegara mereka akan diserahkan semula kepada waris atau penjaga dan bantuan kewangan secara bulanan akan diberikan sekiranya memenuhi kelayakan. Manakala bagi kes orang papa yang tiada waris atau penjaga, mereka akan ditempatkan di Institusi Kebajikan atau Pusat Jagaan NGO dan JKM akan membuat rujukan kepada Jabatan Imigresen bagi kes orang papa bukan warganegara untuk tindakan selanjutnya. Oleh itu, kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mewujudkan “One Stop Centre” atau pusat transit gelandangan di Selangor. Sekian dimaklumkan.
Soalan tambahan.
Ya, silakan Balakong
Yang Berhormat saya nak tanya, apakah pendekatan yang boleh kita ambil terhadap orang papa yang enggan ditempatkan semula? Sebab di lapangan pun memang wujud segelintirlah apabila operasi dilakukan mereka tidak ingin mengikut team-team JKM ini.
Terima kasih Yang Berhormat, saya kira ini adalah isu yang juga mendepani pelbagai pusat khidmat atau pun kawasan DUN yang mana saya kira ini perlu dibincangkan secara bersepadu dengan JKM dan saya akan mengambil maklum balas ini dan kita akan bincangkan, antara perkara yang di bawah Kerajaan Negeri kita melihat berkaitan dengan care economy iaitu melalui jawatankuasa penambahbaikan pusat penjagaan dan kita mengambil maklum bahawa terdapat satu kes berkaitan pusat rawatan psikiatrik di Hulu Selangor yang mana mereka ini ditempatkan sama ada secara paksa atau tidak tetapi ada satu kelompongan di mana rawatan untuk pesakit mental ini tidak berada di dalam mana-mana jurisdiction jadi saya ambil kira perlu ada penambahbaikan pada undang-undang terutama tentang Akta Kesihatan Mental di bawah kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia, jadi saya ambil maklum kerana buat masa ini belum ada lagi perundangan untuk memaksa sekiranya enggan kerana itu hak mereka tapi sekiranya dia memberikan kesan kepada kacau ganggu kepada kesejahteraan awam kita perlu melihat secara lebih serius.
Soalan tambahan.
Ya, Meru.
Berkaitan dengan orang papa dan juga peminta-peminta sedekah di kalangan warganegara. Jadi saya rasa Kerajaan perlu juga memberi perhatian maksud saya di kalangan warganegara supaya kita mengenal pasti mereka ini apakah usaha yang boleh kita bantu mereka dan ada juga di kalangan OKU Penglihatan yang menjadi peminta sedekah di tempat-tempat awam iaitu pasar malam, tempat ramainya orang awam jadi rasa nya sudah sampai masa kita memberi juga perhatian kepada isu ini terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya kira itu juga antara isu yang perlu kita angkat untuk penambahbaikan dan sebenarnya dari segi beberapa kes yang saya sendiri pernah temui mereka yang dalam kategori warganegara yang meminta sedekah dan sebagainya berada dalam isu sosial, di mana mungkin pasangan terlibat dengan dadah dan juga ada sebahagian pasangannya adalah bukan warganegara tempatan iaitu warganegara asing menyebabkan dari segi peluang pekerjaan dan sebagainya terjejas tetapi kita ambil maklum kebanyakan kes kita ajukan kepada JKM untuk ambil tindakan tapi kes-kes yang berulang saya kira kita perlu telusuri secara case by case basis supaya kita dapat tangani dengan lebih baik.
Pandamaran, tidak hadir. Jeram
Tuan Speaker, soalan saya nombor 15.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Manfaat Kutipan Cukai Taksiran Masyarakat KampungQuestions
15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah penambahan kutipan cukai taksiran automatik oleh MPKS telah dan akan dimanfaatkan untuk masyarakat di kampung-kampung sekitar Kuala Selangor terutamanya di bawah DUN Jeram bagi tahun 2025 ini?
JAWAPAN :
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Jeram yang bertanyakan tentang soalan manfaat kutipan cukai taksiran masyarakat kampung. Majlis Perbandaran Kuala Selangor memberikan perkhidmatan kutipan sampah domestik dan pukal di kawasan kampung tradisi yang melibatkan 60 buah kampung mengikut bajet yang telah diluluskan sebanyak RM1,612,020.00 setahun bermula tahun 2020. Pihak Majlis telah melantik KDEB Waste Management bagi pengurusan kutipan sisa domestik dan pukal di kawasan kampung tradisi. Penambahbaikan dan inventori semula akan dibuat pada kontrak akan datang dan bergantung kepada bajet tahunan yang akan diluluskan. Pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor dari masa ke semasa akan melaksanakan penambaikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat khususnya kepada penduduk-penduduk kampung Daerah Kuala Selangor selaras kepada visi dan misi Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Fokus utama jabatan selaras dengan penyelarasan kenaikan cukai taksiran adalah bagi tujuan untuk menambahbaik serta meningkatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf kemudahan-kemudahan infrastruktur asas sediada seperti jalan kampung, lampu, dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Ya Jeram.
Yang Berhormat EXCO, terima kasih. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan jaminan, apakah cukai taksiran baru ini berbeza dan manfaat yang diterima oleh masyarakat kampung berbeza dengan yang sebelum ini? Dan apakah jaminan Kerajaan bahawa apa pun manfaat yang diberikan oleh PBT MPKS ini tidak menitikberatkan lebih kepada kawasan perbandaran berbanding dengan kampung? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor, PBT memang sentiasa fokus kita nak pastikan sebarang kenaikan itu, satu, tidak membebankan. Kedua, hasilnya akan disalurkan semula kepada semua pembayar-pembayar cukai sama ada di bandar, penduduk di bandar di kawasan tersebut ataupun di kampung kita tidak abaikan. Dan jaminan kepada penduduk kampung kita akan pastikan lebih lagi daripada dana yang mana kampung-kampung yang memerlukan dan dana itu mencukupi kita akan bantu seperti jalan kampung. Kalau sebelum ini mungkin jalan kampung yang dimohon banyak tetapi kita tidak dapat laksanakan satu persatu kerana kekangan kewangan dan sebagainya. Kali ini, kalau di bawah sediaan Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, jalan itu lebih kita nampak boleh kita lakukan. Kita akan pastikan kita akan naik taraf jalan-jalan kampung supaya orang-orang kampung merasai bahawa hasil-hasil yang dikutip ini berbaloi dan setimpal dan kembali kepada pembayar cukai, ini adalah hasrat Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Bernam, Hulu Bernam.
Okay, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya turut ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan services ataupun perkhidmatan yang ditawarkan setelah cukai ini dikutip? Yang Berhormat EXCO tadi ada menyebut berkaitan dengan sampah, pengurusan sampah dan juga infra berkaitan dengan jalan, kampung dan juga lampu, saya turut ingin bertanya adakah selenggaraan perparitan di kawasan kampung-kampung selepas ini turut akan dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran setelah cukai taksiran ini diperkenalkan? Terima kasih.
Terima kasih Hulu Bernam. Kita akan pastikan mana-mana yang di bawah seliaan Majlis, kita akan perkasakan dengan kedudukan kewangan yang ada. Kalau tambah bagus, mana yang termasuk perparitan dan sebagainya di
bawah seliaan pihak Majlis, kita akan lakukan yang terbaik untuk pastikan hak pada pembayar cukai ini dipertahankan. Sekian, terima kasih.
Sungai Ramal.
Tuan Speaker, soalan nombor 16.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Pembangunan KampungQuestions
16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah peruntukan tahunan yang diberikan kepada setiap Ketua Kampung di Selangor?
b)
Berapakah jumlah perlindungan insurans/ takaful tahunan yang melindungi Ketua Kampung lantikan negeri?
c)
Apakah imbuhan lain yang diterima oleh Ketua Kampung lantikan negeri bagi tahun 2023 dan 2024?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal atas tiga soalan yang diajukan iaitu berapakah jumlah peruntukan tahunan yang diberikan kepada setiap Ketua Kampung di negeri Selangor? Berapakah jumlah perlindungan insurans/ takaful tahunan yang melindungi Ketua Kampung lantikan negeri? Dan apakah imbuhan lain yang diterima oleh Ketua Kampung lantikan negeri bagi tahun 2023 dan 2024? Untuk makluman Yang Berhormat, setiap tahun Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kepada setiap JPKK Kampung Tradisi di Selangor khusus bagi pelaksanaan program aktiviti kemasyarakatan di peringkat kampung dan ini peruntukan tahunan yang diberikan adalah sebanyak RM20,000.00 bagi setiap JPKK. Di samping itu, bagi manfaat perubatan, Kerajaan Negeri akan memastikan Ketua Kampung, Pengerusi JPKK Kampung Tradisi Negeri Selangor dilindungi di bawah Program Iltizam Selangor, Sihat Penjawat Awam dan antara manfaat yang akan diterima adalah perlindungan perubatan komprehensif merangkumi rawatan pesakit luar,
kemasukan ke hospital serta pembedahan di hospital kerajaan dan swasta yang terpilih. Di samping itu juga manfaat kemalangan dan kecacatan kekal pampasan bagi kecederaan akibat kemalangan semasa dalam menjalankan tugas rasmi. Bantuan kematian pula, pampasan kepada waris sekiranya berlaku kematian Ketua Kampung akibat kemalangan ataupun penyakit kritikal dan pampasan hilang upaya iaitu bantuan kewangan bagi Ketua Kampung yang tidak dapat menjalankan tugas akibat kecederaan serius ataupun penyakit mental dan juga penyakit terminal. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan elaun bulanan sebanyak RM1,500.00 dan elaun menghadiri mesyuarat majlis rasmi sebanyak RM400.00 tertakluk kepada kadar RM40.00 bagi setiap mesyuarat dan juga majlis kepada Ketua Kampung serta Pengerusi JPKK Tradisi di negeri Selangor. Ketua Kampung ataupun Pengerusi JPKK Kampung Tradisi juga tidak dikecualikan daripada Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada tahun 2023 di mana setiap Pengerusi JPKK Kampung Tradisi telah menerima BKK sebanyak dua setengah bulan manakala bagi tahun 2024 sebanyak dua (2) bulan. Selain itu, bermula tahun 2025 setiap Ketua Kampung ataupun Pengerusi JPKK Tradisi ini juga turut dibekalkan dengan sebuah komputer riba dan dilengkapi dengan langganan internet bagi tujuan menambah baik pengurusan dan urusan JPKK di setiap kampung. Penyerahan komputer riba kepada setiap Ketua Kampung Tradisi telah dibuat dalam Majlis Amanat Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bersama JPKK negeri Selangor yang berlangsung pada 2 Februari 2025 yang lalu. Terima kasih.
Sungai Ramal.
Baik Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Speaker. Ada satu lagi entiti yang diwujudkan di kampung iaitu JKKP, sama ada JKKP dalam pemantauan portfolio Yang Berhormat ataupun tidak dan sama ada mereka juga mendapat elaun dan imbuhan yang sama serta peruntukan yang serupa sebelum ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi?
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan JPKKP adalah jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Kementerian KKW dan sudah pasti hubungan baik di antara Jawatankuasa Kampung negeri Selangor dengan JPKK telah pun dilakukan. Berkenaan dengan elaun JPKKP dibayar oleh Kementerian KKW. Terima kasih.
Sikit lagi Yang Berhormat Speaker. Hubungan baik antara JKK dengan JKKP ini disebut sebagai usaha yang murni tetapi saya ada maklumat mengatakan bahawa mereka tidak pernah bertembung muka dan tak pernah bermesyuarat. Apakah agensi ini tidak dipantau oleh pihak Yang Berhormat
ataupun memerlukan satu usaha yang, atau arahan yang jelas supaya mereka ini boleh berbincang dan bertemu untuk menyelesaikan masalah kampung di sekitar tanggungjawab mereka yang pertama? Yang kedua, apakah mereka dihalang untuk bertemu dan berjumpa dengan kami berkait pembangkang ini untuk berbincang masalah dan kepentingan kampung setempat? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas maklumat ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya kira perkara ini tidak berlaku di semua tempat, mungkin hanya di beberapa tempatlah Yang Berhormat difahamkan kerana dalam pemantauan saya setakat ini kerjasama berlaku dengan baik malahan kita di peringkat Kerajaan Negeri sendiri telah meminta agar Pengerusi JPKK ini memasukkan, Pengerusi JPKKP ini sebagai salah satu ahli hadir mesyuarat dalam mesyuarat di dalam JPKK untuk menjaga hubungan yang baik. Dan memang matlamat kita di peringkat negeri ini adalah untuk memastikan perpaduan bukan sahaja dengan JPKKP malahan hubungan baik di antara Pengerusi JPKK bersama dengan pertubuhan-pertubuhan lain seperti KRT, Rela, Peladang dan sebagainya serta juga hubungan dengan masjid, nazir masjid berlaku dengan baik agar segala program dapat dilaksanakan dengan jaya. Di samping itu juga, tidak ada halangan daripada kita di peringkat Kerajaan, kerjasama maksudnya hubungan di antara Ketua Kampung dan juga ADUN-ADUN pembangkang di peringkat DUN masing-masing. Kita mengalu-alukan hubungan yang baik antara Ketua Kampung dan juga ADUN-ADUN, sekiranya ADUN-ADUN ada pandangan ataupun cadangan bolehlah berbincang dengan Ketua Kampung. InsyaAllah, atas pandangan dan cadangan yang baik ini kita akan mengambil kira. Terima kasih.
Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 17.
Yang Berhormat Taman Templer. Soalan 17 Dasar Ekonomi Penjagaan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Dasar Ekonomi Penjagaan SelangorQuestions
17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha yang telah dilaksanakan setelah pelancaran Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor?
b)
Bagaimana Kerajaan Negeri berusaha untuk mewujudkan ekosistem penjagaan yang berdaya saing dan mampan, yang melibatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta, di bawah dasar ini?
Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Apakah usaha yang telah dilaksanakan setelah pelancaran Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor? Jadi di antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan setelah pelancaran Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor ialah melalui program dan inisiatif seperti berikut. Pertama, penubuhan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan Negeri Selangor (JKPPP) yang mana jawatankuasa ini berfungsi untuk menyemak, menilai dan menambah baik garis panduan berkaitan perkhidmatan penjagaan bagi kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya dan untuk tujuan tersebut Kerajaan Negeri dijangka akan mengemukakan garis panduan yang telah dinilai dan ditambahbaik pada suku ketiga tahun 2025. Kedua, geran Pusat Jagaan ataupun GPJ tahun 2025 di mana Kerajaan Negeri sedang melaksanakan pemberian GPJ bagi menggalakkan pengusaha Taska, Pusat Jagaan Warga Emas dan Orang Kurang Upaya menjalankan operasi secara sah dengan mendaftar operasi mereka dengan pihak berwajib. Pemberian geran yang berjumlah sehingga RM5,000.00 bagi setiap operator bertujuan untuk membantu pengusaha menampung kos pendaftaran yang melibatkan penyediaan pelan bangunan, pengubahsuaian dan pematuhan kepada agensi teknikal dan untuk makluman Yang Berhormat permohonan geran dibuka sepanjang tahun dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM400,000.00.
Yang ketiga, Selangor Care Accelerator Programme ataupun XCare 2025. XCare merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi mempercepat pertumbuhan sektor penjagaan di Selangor dengan memberi sokongan kepada perniagaan dalam industri ini. Inisiatif ini akan membantu perniagaan penjagaan berkembang dengan lebih cepat melalui latihan dan bengkel intensif bimbingan sesi mentoring, lawatan industri, pendedahan kepada kemahiran pitching dan menghubungkan perniagaan dengan pelabur-pelabur dan penyedia dana untuk mempercepat pertumbuhan.
Keempat, Selangor International Care Summit 2025, Program ini yang bertujuan untuk menggalakkan inovasi dalam industri penjagaan bagi membentuk, mencapai matlamat Selangor menjadi hub ekonomi penjagaan di Malaysia. Terdapat tiga (3) komponen
program ini iaitu forum, expo dan padanan perniagaan ataupun business matching dan program ini dijangka akan dilaksanakan pada 9 hingga 11 Oktober 2025 bersempena penganjuran Selangor International Business Summit (SIBS).
Yang kelima, advokasi dan promosi ekonomi penjagaan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengubah stigma, persepsi dan budaya negatif berkenaan penjagaan dan mendorong kerjasama semua pihak dalam penjagaan menerusi tanggungjawab bersama Kerajaan Negeri akan melaksanakan pelbagai bentuk kempen yang berterusan dan kempen akan dilaksanakan di platform digital dan menerusi program outreach di peringkat komuniti.
Bagi soalan (b), bagaimanakah Kerajaan Negeri berusaha untuk mewujudkan ekosistem penjagaan yang berdaya saing dan mampan, yang melibatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta, di bawah dasar ini? Ekosistem dan jaringan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta ditekankan menerusi teras pelaburan dan kerjasama dalam Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri sentiasa menggunakan strategi kerjasama pintar ataupun smart partnership bagi melibatkan pemegang taruh dalam kalangan pakar, profesional dan aktivitis dalam bidang penjagaan menerusi pelbagai inisiatif dan program. Sebagai contoh, pelaksanaan JKPPP ataupun Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Pusat Penjagaan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi teknikal termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Majlis Bandar raya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menilai, menambah, menambah baik dan menyediakan garis panduan perkhidmatan penjagaan di Selangor yang boleh digunapakai oleh para pengusaha dalam industri penjagaan.
Seterusnya Selangor International Care Summit 2025 akan menghimpunkan pelbagai pemegang taruh termasuklah pakar bidang universiti, pengusaha pusat jagaan, pembangun produk, pelabur, badan bukan kerajaan atau pun NGO dan Badan Antarabangsa. Kerajaan Negeri menerusi Wanita Berdaya Selangor atau pun WBS sedang dalam proses mengenal pasti potensi kerjasama bagi melaksanakan bagi memastikan program ini menghasilkan impak yang jelas. Antaranya termasuklah kerangka yang bertindak inovatif, potensi pelaburan, pengembangan perniagaan dan jaringan sokongan antara pemegang taruh.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Paya Jaras untuk menyambung perbahasan. Yang Berhormat diberi masa 5 minit lah, ya...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih tuan yang di pertua saya sambung ucapan semalam. Saya sering ke SACC Mall sebelum ini sebab kompleks yang dahulunya dibina untuk bumiputera dan pernah menjadi pusat membeli belah yang terbaik. Malangnya akibat pengurusan yang lemah dan tidak kompeten, kompleks yang dahulunya meriah kini menjadi beban kepada para penyewa. Saya menerima aduan peranan pengurusan untuk berbincang dengan penyewa serta keputusan yang dibuat tidak mengambil kira kepentingan perniagaan yang menyebabkan ramai penyewa terpaksa keluar antara yang telah meninggalkan ialah Guardian, Samsung, Famliy Mart, Station Noodle, Jom Bali, Olala Restoran, Palma Cafe, The Body Shop, kedai kasut serta ramai lagi peniaga kecil yang pernah memeriahkan kompleks ini dan salah satu keputusan yang tidak sensitif adalah membina pagar sekeliling SACC Mall mulai Ogos tanpa rundingan dengan penyewa.
Akibatnya, akses pelanggan ke kompleks ini menjadi amat terhad. Dalam keadaan sebegini sepatutnya sewa dikurangkan sekurang-kurangnya 80% atau pun dikecualikan sepenuhnya mulai bulan Ogos hingga Aneka Walk siap dibina, yang dijangka siap pada bulan Mac itu pun bergantung kepada keadaan. Ini kerana semua penyewa kehilangan pelanggan. Dimaklumkan pihak pengurusan bercadang pula menaikkan sewa kerana pembangunan Aneka Walk satu keputusan yang dibuat tidak berhikmah tanpa ada perasaan sensitif terhadap penyewa yang berniaga di situ hampir 20 tahun. Saya sendiri bila 2 minggu lepas ke sana saya kena pusing 2-3 kali baru jumpa jalan masuk. Ini adalah realiti yang saya hadapi.
Dimaklumkan hanya pada bulan Januari 2025 setelah semua penyewa hampir tidak mampu bertahan berniaga tanpa pelanggan barulah ditawarkan potongan sewa sebanyak 10-30% itu pun dengan syarat-syarat yang tidak munasabah. Pada pandangan saya, aspek ini atau perkara ini perlu diberi tumpuan. Perlu menukar CEO mereka
dengan individu yang benar-benar mahir perniagaan serta kepentingan menjaga hubungan baik dengan penyewa. Kejayaan sebuah pusat membeli belah bergantung pada keseimbangan antara pengurusan dan penyewa, bukan keputusan sebelah pihak yang menekan peniaga-peniaga kecil. SAAC Mall memerlukan rombakan yang menyeluruh dalam pengurusannya, jika mahu kembali menjadi sebuah pusat membeli belah yang berjaya seperti dahulu. Saya bangkitkan perkara ini kerana pembangunan harus di intepretasikan dalam bentuk yang menyeluruh, inclusive development. Bukan sekadar pembinaan bangunan tinggi, high rise building dengan izin, pusat membeli belah atau sekadar kenaikan bonus dan kenaikan gaji. Konsep ini sudah lapuk dan merupakan satu kesalahan besar jika menganggap pembangunan high rise semata-mata boleh menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan. Saya ingin mengesyorkan agar kita kembali kepada asas matlamat PKNS pada tahun 1964. Kita mahu melihat seorang CEO yang benar-benar menjiwai matlamat asal penubuhan PKNS dan bukan mereka yang hanya yang memikirkan keuntungan jangka pendek sehingga menjahanamkan masa depan SACC Mall. Pusat perniagaan Bumiputera yang penah menjadi kebanggaan suatu ketika dulu, membangunkan bangsa dan usahawan muda perlu menjadi fokus utama dan bukan sekadar slogan kosong tanpa ada pengisian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuhi perkara yang kelapan iaitu berkaitan isu dengan tahfiz dan pendidikan Islam. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Hulu Kelang sebelum ini, semalam, kewujudan sekolah-sekolah tahfiz dan agama rakyat dan persendirian memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negeri, pembangunan pendidikan di Negeri Selangor. Sekolah-sekolah ini perlu diberikan bantuan dan sokongan dan pastinya sekolah-sekolah ini perlu didaftarkan. Soal keselamatan tidak boleh sama sekali diabaikan sebagaimana Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Proses pemutihan yang dilakukan adalah satu langkah yang baik untuk memastikan sekolah-sekolah berdaftar dan selamat digunakan. Namun para pentadbir sekolah menyuarakan isu yang berkaitan dengan kerumitan proses berdaftar yang dilakukan. Rata-rata menyatakan tiada isu berkaitan dengan Bomba dan Jabatan Kesihatan, yang menjadi persoalan ialah berkaitan kelulusan pihak PBT, mereka menyatakan bahawa proses dan syarat kelulusan antara PBT berbeza antara satu sama lain khususnya di kawasan bandar. Ini menyukarkan proses permohonan kerana sekolah-sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji isu ini dan mengesyorkan agar proses dan syarat-syarat di selaraskan dan mereka ini dibantu sebaiknya.
Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa Titah Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan nasihat ini amatlah penting dalam memastikan Negeri Selangor Darul Ehsan akan terus ditadbir dengan sebaiknya demi menjamin kesejahteraan rakyat. Segala apa yang dinyatakan dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku hendaklah dijadikan panduan kita
bersama dengan izin, Selangor deserve better. Saya dengan ini menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Mulia Sultan Selangor dalam Mesyuarat Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Ke-15 sekian, terima kasih. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya, Kajang.
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Speaker atas peluang diberikan atas Kajang untuk membahas Titah Sultan Selangor. Pangsapuri kos rendah di Kajang, tempat tinggal adalah keperluan asas kepada semua orang untuk berteduh. Kajang ingin menyentuh mengenai pangsapuri kos rendah yang berada di Kajang sebelum ini Kajang telah melawat 6 buah pangsapuri kos rendah dan apa yang menyedihkan adalah keadaan pangsapuri tersebut sangat daif dan menyedihkan hati kerana majoriti keadaan bumbung pangsapuri kos rendah ini telah pecah dan rosak teruk. Cuba bayangkan keadaan bumbung yang pecah dan bocor sehingga menyebabkan air masuk ke dalam pangsapuri ini, keadaan gutter yang berkarat, patah dan telah rosak juga amat bahaya boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja. Air hujan yang turun bukan sahaja memasuki tingkap paling atas pangsapuri, yang tidak berpenghuni malah lebih menyedihkan air hujan telah menembusi ke tingkat 2 dan di atas pangsapuri tersebut sehingga memberi kemudaratan kepada penghuni yang tinggal.
Terdapat juga pokok yang tumbuh secara liar pada bumbung dan struktur bangunan sebelum ini Kerajaan Negeri ada memberikan peruntukan untuk mengecat bangunan melalui Skim Ceria Selangor. Namun peruntukan tersebut adalah untuk mengecat pangsapuri dan bukan membaiki keadaan bangunan dan bumbung pangsapuri keadaan ini di ibarat memakai topeng sahaja. Luar nampak sihat, cantik tetapi hakikatnya memiliki kanser, penyakit kronik sangat teruk dan bahaya jadi cantik untuk apa? Sedangkan hakikatnya kita sengsara Kajang amat berharap agar Kerajaan Negeri dapat mewujudkan insentif baru dengan memberi peruntukan bagi membaik pulih struktur bangunan terutamanya bumbung pangsapuri dan lain-lain faktor yang perlu dibaiki serta-merta. Kajang merasa sangat sedih melihat keadaan yang tidak selesa ini dan apa yang paling merisaukan Kajang jika keadaan ini dibiarkan lebih lama menyebabkan struktur pangsapuri jadi bahaya dan tidak selamat. Keadaan ini juga akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk seperti masalah kesihatan. Ini kerana kawasan takungan air akan memudahkan nyamuk aedes membiak dan akhirnya menyebabkan berlakunya meningkat kes demam denggi di kawasan pangsapuri kos rendah ini.
Kajang akui selayaknya golongan yang miskin ataupun golongan bernasib baik tinggal di pangsapuri kos rendah namun biarlah persekitaran pangsapuri ini memiliki standard
sebagai sebuah ruang untuk didiami bukan keadaan yang basah kerana bocor dimasuki air hujan, kotor, berbau busuk, dipenuhi sampah dan gelap seolah-olah seperti reban ayam. Biarpun mereka golongan miskin mereka juga memiliki maruah dan berhak hidup selesa dan bahagia. Selari dengan Titah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan yang mahu program-program kerajaan berfokus lebih baik kepada manfaat rakyat. Kajang berharap agar pihak Kerajaan Negeri dapat menyediakan solusi yang baik bagi memastikan rakyat marhaen tidak tertindas dan dapat hidup dengan selesa dan selamat selari dengan motto yang sering digunakan oleh kita semua iaitu “Kitaselangor Maju Bersama”, namun pada hakikatnya penghuni di pangsapuri ini.....
Kajang....
Saya punya sangat panjang..
Nak tanya, nak tanya.
Sangat banyak. Nanti masa tak cukup
Nak sokong Yang Berhormat, nak sokong Yang Berhormat.
Nanti-nanti sekejap,
Rugi, nak sokong ni.
Sungai Ramal, biar Kajang teruskan.
Sebab Kajang besar. Namun pada hakikatnya penghuni di pangsapuri amat mundur dan diabaikan sedang kita berkembang maju mereka masih ketinggalan di sana dalam persekitaran yang sangat menyedihkan. Adakah slogan ini bermakna bagi kita Kajang mohon pertimbangkan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Dewan sekalian, isu ini penah Kajang bahas pada Persidangan DUN yang lepas iaitu pada bulan Februari 2024. Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan. Kajang sentiasa percaya bahawa kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Pusat Khidmat DUN adalah amat penting demi menjaga kesejahteraan rakyat di Kajang. Untuk makluman Ahli Dewan pada 10 Oktober 2024 lalu, Kajang dipanggil untuk menghadiri 1 dialog bersama Majlis Perbandaran Kajang dan Persatuan Peniaga Jalan Cheras Kajang berkenaan pendapatan penjaja-penjaja di kawasan Batu 13 Jalan Cheras Kajang. Dalam sesi dialog Kajang telah membangkitkan mengenai masalah saliran air bertakung di kawasan tersebut. Pada 28
November 2024 iaitu sehari selepas berakhirnya sidang DUN lalu Kajang telah turun mengadakan lawatan tapak bersama-sama pegawai dan Ahli-Ahli Majlis MPKj bagi memantau isu perniagaan-perniagaan di Batu 13 Cheras dan perkembangannya tapak baharu untuk dijadikan tempat berniaga. Semasa lawatan tapak ini, Kajang dapati masih lagi terdapat saliran air bertakung di tapak. Oleh yang demikian, Kajang sekali lagi mengingatkan pihak majlis untuk pastikan isu saliran air bertakung di tapak perlu diselesaikan sebelum pembinaan tapak baharu untuk peniagaan-peniagaan berpindah. Apa menyedihkan ialah pada 29 Disember 2024 telah berlaku satu kemalangan jalan raya di sebabkan saliran air yang bertakung ini. Kemalangan ini melibatkan seorang warga emas yang melalui jalan tersebut pada waktu malam, dalam kejadian ini beliau cuba mengelakkan takungan air tersebut sehingga memasuki jalan yang bertentangan dan mengakibatkan beliau dilanggar oleh sebuah kereta. Kemalangan ini menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan tulang rusuk beliau patah, luka yang serius di kepala dan lain-lain kecederaan. Maka di sini Kajang ingin bertanya bilakah tindakan susulan akan diambil? Sampai bila masyarakat perlu menanggung penderitaan ini dan siapakah yang harus bertanggungjawab mengenai perkara ini? Kajang percaya sikap acuh tak acuh ini harus dibendung agar tidak membarah di dalam eko-sistem masyakat demi memastikan insiden seperti ini tidak akan berulang lagi. Sesungguhnya selaku wakil rakyat, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di Kajang adalah keutamaan bagi Kajang.
Isu kebenaran merancang, KM. Tuan Speaker Kajang ingin membangkitkan mengenai prosedur dalam isu KM. Selangor merupakan satu negeri yang maju yang menyumbangkan hasil yang besar kepada keluaran dalam negara kasar KDNK Negara. Maka, sudah pasti pelbagai perancangan sedang disediakan dalam memastikan pembangunan di Selangor terus pesat. Kajang ingin membangkitkan mengenai prosedur dalam mendapat KM di Selangor. Kajang juga pernah membangkitkan perkara ini pada persidangan lepas. Namun Kajang sekali lagi ingin membangkitkan isu permohonan KM ini, tetapi jangan salah faham ia bukanlah berlaku di Kajang, ia berlaku di tempat lain walaupun di Kajang Pengarah Perancang Haji Reduan bin Idris tidak lah semuda Tuan YDP kita tetapi beliau amat dinamik seperti Tuan YDP. Prestasi yang diberikan berada di tahap yang memuaskan. Isu KM yang ingin Kajang bangkitkan adalah berkenaan berlaku kesukaran dan perubahan yang berulang kali dalam mendapatkan KM. Sebagai contoh, apabila pihak pemaju berurusan dengan Pegawai atau Timbalan Pengarah Perancang bagi mendapatkan KM ini akan tetapi beberapa pindaan dan penambahan yang perlu dilakukan sebab kepada permohonan. Seperti biasa terdapat beberapa pindaan namun setiap pindaan dibuat masih lagi terdapat pindaan dan perubahan yang perlu dilakukan setelah semakan dibuat oleh Pengarah Jabatan Perancang. Seharusnya proses ini dipercepatkan dan bukan ditangguhkan sehingga berminggu-minggu sedangkan permohonan KM telah berada di peringkat akhir untuk mendapatkan
kelulusan. Kajang berpendapat pindaan ini haruslah sejajar dan mendapat kata sepakat daripada pihak Jabatan Perancang agar dapat memudahkan dan menjimatkan masa segala perubahan dan pindaan di saat-saat akhir ini seolah-olah berniat untuk melengah-lengahkan urusan permohonan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku ini kerana kita perlu menyambut baik penekanan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak awal pentadbiran beliau lagi iaitu dalam konteks Malaysia Madani beliau sering menekankan tentang tatakelola pengurusan negara yang baik iaitu sebagai satu daripada usaha beliau sebagai peneraju pentadbiran kerajaan untuk memastikan setiap urusan yang berkaitan dengan pengurusan dan transaksi negara dapat dilaksanakan secara telus dan saksama.
Oleh yang demikian sejajar dengan konteks Malaysia Madani yang ditekankan oleh Perdana Menteri ini, Jabatan Perancang yang terlibat seharusnya memiliki perancang yang lebih sistematik dan tersusun agar pengusaha berkaitan permohonan kem ini tidak menyukarkan pihak pemaju sekali gus akan merencatkan kemajuan di Selangor. Kerajaan menerima aduan bahawa terdapat pihak PBT telah lambat mengeluarkan surat KM kepada pemaju sedangkan keputusan kelulusan telah dibuat pada bulan 7 namun tarikh surat makluman kelulusan KM adalah pada bulan Disember dan surat makluman kelulusan diterima oleh pemaju pada awal Januari 2025. Mengikut syarat KM pemaju perlu menjalankan pembangunan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kelulusan. Namun mengikut keadaan begini permohonan telah lewat 6 bulan untuk memulakan kerja-kerja selanjutnya sedangkan masa diberikan kepada pemaju sepatutnya adalah 12 bulan untuk menjalankan kerja-kerja selanjutnya. Kerajaan Negeri seharusnya menunjukkan ekosistem perniagaan yang lebih baik dan mesra penggunaan agar dapat memudahkan urusan masyarakat serta pemaju. Maka Kajang ingin menanyakan Kerajaan Negeri adakah tidak ada prosedur jelas yang sepatutnya diikuti oleh agak memberi keadilan kepada semua pihak dalam urusan KM ini.
Isu Kesesakan Lalu Lintas Di Persimpangan Saujana Impian. Tuan Speaker, seterusnya ialah Kajang ingin membangkitkan mengenai kesesakan lalu lintas di persimpangan Saujana Impian. Kerja-kerja pembinaan fly over ini telah menyebabkan kesesakan yang terpaksa dialami oleh penduduk Kajang. Bayangkan mereka terpaksa menunggu selama 40 minit hingga 1 jam untuk melepasi persimpangan tersebut kerana aliran trafik ketika itu sangat sesak terutama pada waktu puncak. Kesesakan telah menjadi semakin teruk apabila sesi persekolahan bermula. Bila mana ibu bapa akan bawa keluar untuk mengambil dan menghantar anak ke sekolah. Sejak Jun 2024 lawatan tapak dan perbincangan telah diadakan bersama pihak YDP MPKj, Pengarah Kejuruteraan, Pengarah Perancang dan pihak pemaju. Antara cadangan diputuskan untuk menangani isu kesesakan ini adalah melakukan pelebaran jalan sementara di kawasan pembinaan. Namun begitu sehingga lawatan tapak yang di Kajang laporkan pada 28 November lalu
Kajang mendapati masih belum ada sebarang tindakan untuk pelebaran jalan dilakukan bagi menangani isu kesesakan ini. Selain itu, Kajang juga difahamkan bahawa pada 19 Disember 2024 yang lalu pihak MPKj telah mengeluarkan notis arahan satu minggu untuk pihak kontraktor membuka holding, dengan izin bagi melakukan kerja-kerja pelebaran jalan sementara ini. Namun sehingga hari ini langsung tidak diendahkan oleh pihak kontraktor iaitu tidak ada sebarang kerja-kerja pelebaran jalan dilakukan. Apa sudah jadi dengan Kerajaan Negeri dan pihak PBT? Adakah kita tidak berani bersikap tegas dan bertindak terhadap tauke-tauke besar ini sehingga sanggup melihat rakyat sengsara. Jika isu perobohan gerai kerja riuh-rendah untuk lakukan tindakan sehingga anggota polis dan FRU bersiap sedia untuk sebarang kekecohan. Namun mengapa isu kesesakan ini kita langsung tidak berani sentuh seolah-olah seperti harimau tanpa taring yang hanya kuat mengaum memberi amaran tetapi sebenarnya tidak berani untuk mengambil tindakan. Perkara ini amat saya kesali kerana kelemahan pihak Majlis mengenai isu kepentingan awam, hal masyarakat dan kemudahan awam ini masyarakat di Kajang terus menanggung derita akibat daripada kesesakan lalu lintas yang sangat padat. Kajang ingin ulang sekali lagi bahawa Kajang amat menyokong setiap pembangunan yang dijalankan. Akan tetapi proses pembangunan yang dilaksanakan haruslah menitikberatkan hak dan kesejahteraan rakyat setiap keseluruhan ini kerana Kajang tidak mahu rakyat menderita setiap kali ada pembangunan disebabkan perkara-perkara yang menyusahkan mereka. Dalam isu ini kawasan ini juga pernah bangkit laporan EIA yang Kajang minta pada persidangan yang lalu tapi masih belum terima sehingga ke hari ini. Saya nak ucap terima kasih kepada MPKj juga isu ini pagi saya terima Whatsapp bahawa pelebaran jalan sudah siap dengan gambar dihantar kepada saya. Ucap terima kasih kepada MPKj.
Penempatan sementara bagi anjing liar dan kucing liar. Isu seterusnya ingin dibangkitkan oleh Kajang mengenai anjing liar. Kajang tahun sudah banyak kali Kajang membangkitkan perkara ini tetapi kali ini lebih kepada penempatan anjing liar. Kajang berpendapat maklumat penempatan bagi anjing liar agak terhad. Kebanyakan penempatan sudah penuh sehingga menyukarkan dalam pengurusan anjing liar ini maka Kajang ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menggunakan tanah rizab hutan di bawah Jabatan Perhutanan untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara bagi menempatkan anjing liar ini. Pokok-pokok yang ada dikekalkan dan tidak boleh ditebang. Keadaan di tempat perlindungan ini di bawah pokok ini pastinya lebih sejuk dan sekali gus akan memberikan kebaikan kepada kesihatan anjing. Kajang merasakan perkara ini mampu menyelesaikan isu penempatan anjing liar di Selangor untuk sementara waktu. Kerajaan ingin memuji dan memberi penghargaan terima kasih kepada Encik Badrul Hisham bin Mamat, Pegawai Kesihatan Persekitaran bersama pasukan daripada Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj yang sangat rajin dan penuh komited dalam memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat terjaga. Kajang memuji usaha
keras dan komitmen mereka dalam menangani isu anjing liar ini. Kajang juga ingin mencadangkan agar MPKj mewujudkan penempatan sementara di Kajang bagi kucing liar. Penempatan ini adalah penting untuk memastikan perlindungan dan keselamatan kucing liar ini terjaga. Selain itu dengan adanya pusat perlindungan atau penempatan sementara ini akan mengelakkan daripada kes kacau ganggu kucing liar di kawasan-kawasan awam.
Pengambilalihan Jalan Kajang Bypass. Seterusnya Kajang ingin membangkitkan isu mengenai pengambilalihan Jalan Kajang Bypass. Isu ini sudah lama dibangkitkan pemimpin masyarakat. Kajang juga mendapat makluman proses warta dan perizaban jalan tersebut telah hampir selesai oleh JKR Negeri Selangor. Maka Kajang ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah perkembangan proses penyerahan bidang kuasa mengenai Jalan Kajang Bypass ini? Kenapa proses ini memakan masa yang begitu lama? Kajang harap dapat penjelasan daripada kerajaan mengenai isu ini.
Isu tapak pembakaran sampah di Bandar Mahkota Cheras. Seterusnya Kajang ingin membangkitkan isu mengenai pengambilalihan Jalan Kajang
Yang Berhormat, bolehlah hujahkan point yang terakhir ataupun perenggan terakhir.
5 minit. Kajang ingin membangkitkan mengenai tapak pembakaran sampah berdekatan Hanson kuari Bandar Mahkota Cheras, Kajang difahamkan bahawa pemilik tanah sedang membuat baik pulih bagi tapak pembakaran sampah ini. Maka Kajang ingin bertanya adakah pihak Pejabat Daerah dan Tanah dan pihak berkuasa tempatan telah memantau proses baik pulih tersebut? Jika ada pemantauan, adakah pihak PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah puas hati dengan proses baik pulih tersebut? Adakah proses baik pulih tersebut mengikut standard yang ditetapkan?
Projek di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kajang terlibat dalam Jawatankuasa ABAS maka Kajang mendapat makluman bahawa satu projek di bawah PKNS diberi nama Datum Jelatek mengalami kerugian dan sekarang Kerajaan sedang mencadangkan projek baharu diberi nama sebagai Shah Alam Sentral. Untuk mengelakkan perkara berulang seperti projek Datum Jelatek, apakah pengisian aktiviti-aktiviti setelah Shah Alam Sentral siap nanti? Kajang percaya perancangan awal penting agar tidak berlaku bangunan sudah siap tetapi tiada pengisian. Jangan kita hanya semata-mata membina bangunan apakah pengisian dan aktiviti yang akan jadi penentuan kejayaan sesuatu projek selain daripada itu, memandangkan kedudukan
lokasi Shah Alam Sentral yang agak terpencil dari sudut jaringan jalan keluar masuk, adakah TIA, dengan izin Traffic Impact Assessment yang disempurna telah disediakan?
Laman niaga komuniti Sungai Long
Yang Berhormat ...
Projek Laman Niaga Sungai Long adalah sudah siap dan dia adalah projek di bawah tender design & built. Sedia maklum Kajang masih menunggu pelan as built yang disahkan oleh jurutera bertauliah untuk steel structure dengan izin. Sehingga hari ini Kajang belum dapat pelan ini. Kajang risau mengenai keselamatan jika pelan as built tidak ikut piawaian.
Yang Berhormat sila ringkaskan.
Tinggal beberapa sahaja Tuan Speaker.
Ringkaskan semua itu.
Ramai yang berada di Laman Niaga maka Kajang berharap kontraktor boleh sediakan pelan as built, dengan izin yang diperakui oleh jurutera bertauliah. Saya cut short ya.
Isu Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA). PISMA pernah saya minta tahun lepas dan telah mohon dan diluluskan. Kita tidak boleh melengahkan masa lagi dan menggerakkan usul-usul mitigasi banjir selari dengan Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor maka Kajang ingin tahu apa status PISMA ini sekarang. Kajang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh PMX kerana telah meluluskan peruntukan RM520 juta bagi tebatan banjir di Hulu Langat. Terima kasih PMX.
Yang Berhormat. Ayat terakhir lah.
Satu, last, last YB. Isu Had Dan Bidang Kuasa Kerajaan Negeri Dan PBT Ke Atas Pendirian Struktur Iklan Komersial Tanpa Izin
Ayat terakhir lah. Satu ayat terakhir, point terakhir.
Minta maaf Tuan Speaker, last one. Persidangan lepas Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan YB EXCO Kerajaan Tempatan telah
memberi penjelasan dalam Dewan tentang isu had dan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan PBT ke atas pendirian struktur iklan komersial tanpa izin di rizab-rizab lebuh raya dan Jalan Persekutuan. Walau bagaimanapun isu ini masih tidak selesai dan struktur-struktur iklan komersial masih lagi dibina tanpa izin oleh syarikat-syarikat kononnya kelulusan diberi oleh Kementerian Kerja Raya. Apakah pendirian rasmi Kerajaan Negeri dan arahan terkini kepada PBT berhubung isu ini? Menurut Akta Bekalan Elektrik 1990 Akta 447 dan Pindaan 2021 TNB tidak patut memberi bekalan elektrik kepada iklan komersial tanpa izin dan tanpa apa-apa sokongan atau kelulusan daripada PBT. Saya mohon TNB ambil tindakan dan seterusnya memotong semua bekalan elektrik daripada semua iklan komersial tanpa izin dengan serta-merta.
Yang Berhormat boleh ringkaskan.
Okay last, buang buang.
Untuk isu-isu yang lain, Yang Berhormat tak sempat habiskan boleh bangkitkan semasa pencerahan ataupun dalam sesi soal jawab ataupun dalam perbahasan Usul Penyata kalau terlibat. Itu sahaja Yang Berhormat. Saya sudah beri 4 minit.
Penutupan, penutupan. Last page. Terakhir sekali daripada Kajang kita perlu terus bekerja kuat untuk menjadi Selangor sebagai Negeri Maju bukan di Malaysia sahaja tapi malah rantau Asia. Kajang ingin mengakhiri perbahasan ini dengan dua rangkap pantun:
Dewan Undangan Teguh Berdiri, Lambang Perpaduan Rakyat Sejati, Kajang Bersih Jadi Tunjang Utama, Membawa Selangor Ke Puncak Bahagia.
Kajang Bersih Impian Mulia, Dibawa Ke Dewan Penuh Setia, Tahun 2025 Langkah Bermula, Selangor Gemilang Rakyat Sejahtera
Sekian, terima kasih dan Kajang menyokong Titah DYMM Sultan Selangor. Salam Kajang Bersih dan Kajang Di Hatiku.
Yang Berhormat kena pandai uruskan dan ringkaskan point-point Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat kawasan besar, penduduk ramai, isu pun
banyak tetapi kena pandai untuk rumuskan sebab Yang Berhormat telah pun mengambil 5 minit lebih. Jadi kalau kita ambil masa lebih daripada orang lain untuk Yang Berhormat maksudnya yang lain tu mungkin akan kurang 5 minitlah. Ya, Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Ijok.
Terima kasih YB. Speaker.
Ijok pun 15 minit sahaja ya.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ijok berdiri dengan penuh semangat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Mewakili rakyat Ijok saya menyembah taat setia kepada Tuanku Sultan dan menjunjung kasih di atas titah nasihat Tuanku semasa Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 pada hari Selasa yang lepas.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, benar seperti Titah Ucapan Tuanku kita perlu menjadi contoh terbaik kepada rakyat dalam Dewan yang mulia ini. Yang mana akhirnya hasil perbahasan ini akan membuahkan manfaat kepada kemakmuran Negeri Selangor yang kita cintai ini. Justeru itu, hari ini Ijok akan mengusulkan 3 inti pati untuk dibahaskan dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Pertamanya, antara Titah Ucapan Tuanku yang perlu diambil perhatian adalah berkaitan dengan kerajaan bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian alam. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih titah Tuanku yang sentiasa mengutamakan kelestarian alam. Saya ingin membangkitkan satu isu serius yang menjejaskan alam sekitar dan kesejahteraan penduduk di sekitar Ijok. Bukan Ijok sahaja, masalah ini berlaku di Puncak Alam, kawasan Desa Coalfileds iaitu kewujudan tapak pelupusan sampah haram di Lembangan Sungai Buloh. Aktiviti pembuangan sampah secara tidak terkawal ini telah menyebabkan pelbagai masalah termasuk pencemaran sungai, banjir dan gangguan kepada ekosistem setempat. Baru-baru ini terdapat satu artikel yang telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6 Februari 2025 dengan tajuknya; Tapak Sampah Haram Semakin Melebar. Saya ingin bertanya kepada kerajaan ini, kenapa tapak sampah haram ini semakin bertambah dan kenapa penguatkuasaan ini dilihat lemah? Salah satu contoh, yang membimbangkan adalah pelupusan sampah di Kg. Seri Sentosa, Jalan Sungai Buloh, Kuala Selangor, yang dahulunya hanya seluas, 20 hektar. Kini telah melebar kira-kira 52 hektar. Keadaan ini amat merisaukan kerana sampah yang terkumpul dalam jumlah yang besar, bukan sahaja mencemarkan alam sekitar tetapi juga
dihanyutkan oleh air banjir mengalir ke Ijok. Akhirnya Ijok menjadi tempat pembuangan sampah yang membukit, sungai yang cetek dan kelancaran air yang mengakibatkan kebanjiran di kawasan Ijok. Ijok ingin bertanya sekali lagi, apakah status tapak pelupusan sampah haram di sebahagian tanah rizab JPS, yang berhampiran dengan tanah lot 17669 dan lot 17670, di Ijok. Dan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri? Isu ini selari dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, yang menegaskan bahawa, kerajaan bertanggungjawab dalam menjaga kelestarian alam dan memastikan keseimbangan ekosistem terpelihara. Jika masalah ini dibiarkan berlarutan, ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan rakyat, sumber air dan kualiti hidup masyarakat setempat. Kita tidak boleh membiarkan pencemaran ini berlaku tanpa tindakan yang tegas. Oleh itu, Ijok menyeru, Kerajaan Negeri, PBT, dan agensi yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera, iaitu menamatkan dengan semua tempat pembuangan sampah haram, terutamanya di tapak pelupusan-pelupusan yang telah digazetkan sebagai kawasan haram. Penguatkuasaan undang-undang, dengan lebih tegas, terhadap pihak yang membuang sampah secara haram. Melaksanakan pembersihan dan pemulihan sungai secara sistematik, untuk mengelakkan pencemaran terus mengalir ke Ijok. Memastikan pengurusan sisa pepejal yang sistematik dan mampan termasuk penyediaan tapak pelupusan yang sah dan terancang. Kita tidak boleh bersikap, menyapu sampah di bawah karpet. Berpura-pura, seolah-olah masalah ini tidak wujud. Jika tindakan ini tidak diambil, Ijok akan terus menjadi mangsa kepada sikap yang tidak bertanggungjawab ini.
Saya berharap Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap perkara ini demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam di negeri Selangor. Kita tidak boleh berkompromi dalam hal ini. Sungai adalah sumber kehidupan kita. Kita boleh bertindak dan jika kita tidak dengan segera, kesannya lebih parah kepada generasi akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok juga ingin menarik perhatian di dalam Dewan yang mulia tentang isu gangguan monyet liar. Yang semakin membimbangkan, di kawasan penempatan khususnya di Ijok. Ijok yakin masalah ini bukan sahaja berlaku di Ijok, tapi berlaku di kawasan-kawasan lain.
Ijok sering kali bangkitkan perkara ini.
Ya, betul, sebelum ini. Tetapi sekarang ini, makin membiak. Masalah ini bukannya sekadar gangguan biasa, Tuan Speaker, tetapi telah mengancam keselamatan penduduk. Merosakkan harta benda, dan menimbulkan pelbagai kesulitan harian. Banyak aduan telah diterima daripada, mengenai monyet-monyet masuk ke rumah, merosakkan tanaman, kes beberapa, beberapa kes ini, bertindak agresif terhadap manusia. Keadaan ini bukan sahaja mendatangkan ketakutan,
malahan menjejaskan kesejahteraan setempat. Saya menyeru, Pihak Berkuasa yang berkaitan, termasuk Jabatan Perhilitan dan PBT, untuk mengambil tindakan segera. Dan mengawal populasi monyet liar ini. Langkah-langkah seperti pemantauan lebih ketat, program pemindahan haiwan liar ke habitat yang lebih sesuai, serta kempen kesedaran kepada penduduk perlu diperkasakan. Ijok juga menghormati kepada pencinta-pencinta haiwan dan usaha mereka dalam menjaga kesejahteraan hidupan liar. Namun kami juga berharap bantuan dalam mengawal populasi monyet liar ini yang semakin membimbangkan. Kerosakan harta benda dan beban kos pembaikan yang ditanggung oleh penduduk, memerlukan penyelesaian yang seimbang. Antara pemuliharaan dan kesejahteraan masyarakat. Keselamatan dan kesejahteraan harus menjadi keutamaan. Saya berharap isu ini, dapat ditangani dengan segera, agar masyarakat dapat hidup dalam persekitaran yang lebih selamat dan harmoni, seiring dengan Titah Ucap Tuanku berkenaan kelestarian alam.
Keduanya, Titah Ucapan Tuanku juga mengutamakan pendidikan terhadap rakyat jelata. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Tuanku yang sentiasa mengutamakan pendidikan terhadap rakyat jelata di negeri Selangor ini. Tuanku telah menitahkan bahawa tahun 2025, adalah tahun untuk memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai negeri terhadapan dalam memperkasakan pendidikan yang berkualiti. Sudah tentu negeri Selangor mempunyai banyak kelebihan dalam bidang pendidikan khususnya, pendidikan tinggi apabila majoriti institusi pengajian tinggi awam dan swasta berada di dalam negeri Selangor. Ini, belum termasuk institusi pengajian tinggi yang berada di bawah kerajaan negeri iaitu Technical Skill Development Centre (STDC), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Selangor (UIS). Tuan Speaker, suka untuk saya merujuk kepada belanjawan, ucapan belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Selangor telah memaklumkan bahawa kerajaan negeri berhasrat untuk memperkasakan ketiga-tiga institusi pengajian tinggi ini, dari aspek pentadbiran, pembangunan capability, serta kompetensi tenaga pengajar dan pentadbiran. Kerjasama industri, fasiliti pengajaran serta pembelajaran dan pembangunan mahasiswa. Sebagai tambahan, bagi menjamin ekosistem pendidikan tinggi Selangor terjalin secara sistematik dengan industri secara menyeluruh, dengan mampu menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada para graduan. Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa UNISEL akan di struktur semula menjadi Universiti Industri Selangor, yang akan memfokuskan sepenuhnya kepada latihan teknikal dan vokasional, menjelang tahun 2025. Soalan saya, berikutan pelbagai isu pentadbiran dan pengurusan di UNISEL, yang kedengaran sehingga kini, seolah-olah tiada jalan penyelesaian, dengan keadaan kewangan yang dikatakan sedang meruncing. Termasuk berlakunya krisis kepimpinan yang menyebabkan berlakunya pertembungan di antara pihak pengurusan dan pensyarah, yang mewakili persatuan kakitangan akademik, yang ingin menyuarakan hak dan
kebenaran sehingga akhirnya, menyebabkan 16 pensyarah akademik telah dibuang sepanjang tahun 2024. Sejauh manakah keseriusan...
Ijok, mohon laluan. Mohon laluan sikit.
Baik.
Terima kasih, Ijok, yang menyuarakan tentang UNISEL. Saya terdengar tentang dua tiga perkataan. Satu, tentang kewangan, kedua tentang pentadbiran dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Ijok, mungkin boleh beri penjelasan yang lebih. Apakah situasi hari ini, mempunyai satu bukti yang sahih. Dan kalau ada bukti yang sahih, saya rasa itu patut dibawa ke depan. Ijok sendiri adalah alumni, dan saya sendiri sedang menjalankan pengajian di UNISEL, dan kita rasa bertanggungjawab. Kalau itu ialah isu yang besar, dan perlu di bawa ke peringkat tertinggi, saya kira, kita boleh bawa isu ini untuk dibincangkan bersama EXCO Pendidikan, dan supaya kita boleh cari jalan. Saya ingin mencadangkan, cadangan tambahan, kalau boleh UNISEL juga mengambil satu langkah, berdiri di atas kaki sendiri. Maksudnya daripada sudut kewangan, mereka bebas daripada memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan. Dan kalau boleh, ialah segala masalah dalaman mungkin yang disebut oleh Ijok itu, berdirilah di kaki sendiri, selesaikan dan cari solusi, supaya yang mendapat manfaat ialah para pelajar dalam UNISEL itu sendiri. Apa pandangan saudara Ijok. Terima kasih.
Terima kasih, kepada Batu Tiga, di atas celahan dan pandangan menarik. Jadi saya fikirkan betullah Kerajaan Negeri seharusnya menjadi perantara untuk menyelesaikan masalah ini. Saya sambung, Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan seterusnya, sejauh manakah keseriusan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan perancangan pemerkasaan institusi pengajian di bawah kerajaan negeri tersebut dapat terlaksana, memandangkan kita telah pun memasuki tahun 2025, tetapi nampak gayanya tidak banyak perubahan yang berlaku dalam pengurusan institusi pengajian tinggi tersebut, khususnya di UNISEL. Saya ingin mengesyorkan agar Kerajaan Negeri dapat membentangkan time frame, dengan izin, bagaimana pelaksanaan TVET di UNISEL dapat dijalankan dengan sepenuhnya, sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri, memandangkan sehingga ke hari ini, biarpun setelah setahun berlalu, nama UNISEL masih kekal sebagai Universiti Selangor dan bukannya Universiti Industri Selangor, seperti yang diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor dalam pembentangan belanjawan 2024 yang lalu.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya, berkenaan dengan TVET, pendidikan sepanjang hayat. Saya menyambut baik penekanan Tuanku terhadap pendidikan sepanjang hayat, sebagai pemacu pembangunan insan dan ekonomi. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga suka menyentuh, soal pendidikan sepanjang hayat. Khususnya pengiktirafan kemahiran bagi pekerja-pekerja mahir. Di kampung, seperti mekanik, tukang kayu, tukang besi, tukang masak. Mereka ini memiliki pengalaman yang bertahun-tahun, tetapi sering terhalang kerana tiada sijil yang diiktiraf. Selama ini, kerajaan negeri lebih menumpukan kepada pembelajaran TVET secara normal. Di kolej-kolej ataupun di institusi latihan. Namun, kita perlu mengiktiraf, bahawa ramai pekerja mahir memperoleh kemahiran melalui pembelajaran tidak formal. Iaitu, melalui pengalaman kerja, bimbingan orang lama, dan latihan dan pengalaman di tempat kerja. Apakah ada inisiatif daripada kerajaan negeri untuk mengiktiraf atau mempersijilkan mereka yang berkemahiran ini. Ijok ingin membawa satu situasi, bayangkan contohnya, Ali, Ah Chong dan Ravi. Mereka bertiga ini, tidak dapat belajar kemahiran sepuluh tahun yang lalu ataupun lima tahun yang lalu. Tetapi tiga orang ini telah bekerja di workshop, bekerja dengan keluarga, tetapi tidak ada sijil. Tidak ada sijil. Dengan pengalaman lima hingga sepuluh tahun, mereka ini telah mahir, tetapi tidak ada sijil dan sukar dikembangkan. Sepatutnya, dengan ada program yang baik ini, iaitu, program pencapaian pengiktirafan pencapaian terdahulu di bawah program SKM ataupun PPT, mereka ini layak untuk mendapat SKM 1, SKM 2, SKM 3, malahan layak untuk mendapat diploma. Justeru itu, Ijok, ingin mencadangkan agar kerajaan negeri memperluaskan ataupun mengkaji program ini, dapat dijalankan di bawah satu program mempersijilkan belia-belia yang berkemahiran di luar. Jadi..
Yang Berhormat, ringkaskan.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, ringkaskan. Nak bagi laluan ke tidak. Masa sudah tidak ada lagi.
Bukit Gasing suka pada TVET.
Betul, saya suka pada TVET. Kami semua seharusnya suka kepada TVET. Program tersebut sememangnya wujud. Ada banyak tempat yang mereka boleh dapat pensijilan yang disebutkan tadi. Hanya RM3,000.00 kebiasaannya. Dan RM3,000.00 pun dapat pinjaman yang agak longgar. Bayar balik pun, 3 tahun. Kurang daripada RM100.00 sebulan, untuk bayar balik pinjaman tersebut. So, kemudahan itu telah pun disediakan. Mereka pun boleh mohon. Mohon di mana-mana kolej yang mereka ingin berdaftar, yang menyediakan program PPT. So, kursus-kursus
yang berbeza, kolej yang berbeza yang sediakan. Di dalam kolej tersebut, mereka pun, boleh mohon untuk pinjaman.
Yang Berhormat ringkaskan, dalam minit terakhir.
Terima kasih, kepada Bukit Gasing. Jadi, terima kasih kepada Bukit Gasing di atas pencelahan yang menarik tersebut. Itulah cadangan daripada Ijok, agar dapat dipertimbangkan program ini diperluaskan untuk anak-anak muda belia di negeri Selangor ini. Jadi untuk akhirnya saya kira sudah cukup sekadar itu, saya menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, sekian terima kasih.
Terima kasih. Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker membenarkan Subang Jaya membahas dan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Subang Jaya hanya ingin membangkitkan 5 perkara. Yang pertama berkenaan air, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membetulkan persepsi yang telah diwujudkan melalui perbahasan Taman Medan yang seolah-olahnya Negeri Selangor selalu mengalami gangguan air. Semalam saya sebutkan contoh Subang Jaya tetapi di sini saya hendak sebutkan sedikit perincian. Kita kena faham bahawa kawasan Subang Jaya ini mendapatkan air daripada 2 sumber iaitu Sungai Selangor dan juga Sungai Semenyih.
Kedua-dua loji rawatan air daripada kedua-dua sungai ini membekalkan peratusan yang besar air untuk seluruh Negeri Selangor. Jadi apabila sungai-sungai ini mengalami gangguan air, barang kalinya ramai penduduk Selangor juga akan mengalami gangguan air. Jadi pada tahun 2020, saya telah dapatkan data bahawa terdapat 9 kali gangguan air dan kesembilan kesembilannya Subang Jaya juga terjejas. Jadi bayangkan, setiap bulan kita kena turun padang untuk edarkan air. Pertama kali masih ok, tetapi apabila berulang-ulang penduduk pun ada rasa marahnya dan kita juga di maki. Jadi saya pada masa itu saya mengakui saya sangat kritikal dan saya pernah mengatakan kepada Kerajaan Negeri bahawa kalau kita tidak menyelesaikan masalah air, kita akan kalah pada Pilihan Raya Negeri yang lepas. Tetapi bukan sahaja kita tak kalah pada Pilihan Raya Negeri yang lepas, kita dapat menambah baik keadaannya.
Dari tahun 2020, di mana kita mengalami gangguan air sebanyak 9 kali. Tahun 2024 iaitu tahun yang lepas, gangguan air telah diturunkan kepada 3 kali sahaja. Dan saya hendak sebutkan di sini keadaan pada tahun 2020 sangat serius sebab pernah satu kali gangguan air selama 8 hari. Saya sendiri pun terjejas pada tahun 2019, saya masih ingat
tarikh dia, 21 Disember 2019. Dia signifikan kepada saya sebab hari itu hari perkahwinan saya. Pagi upacara perkahwinan, malam saya edar air. Jadi sehingga hari Ini saya masih ingat hari tersebut. Tetapi isunya bukan berkenaan saya, Isunya berkenaan rakyat. Dan saya sendiri lihat apabila saya turun untuk edar air, Pusat Dialisis tidak boleh berfungsi, upacara pengebumian yang tidak boleh dijalankan dengan sempurna, warga emas, kanak-kanak yang terjejas dan sebagainya.
Jadi saya hendak puji Kerajaan pada hari ini kerana melalui Jawatankuasa Pilihan Air pada tahun 2020, kita telah membentangkan satu penyata dan dalam penyata itu kita telah mencadangkan beberapa penambahbaikan termasuk pindaan Undang-undang, pemantauan sungai, penguatkuasaan dan penggunaan teknologi dan kesemuanya diambil kira oleh Kerajaan ini. Jadi jelas bahawa bawah pentadbiran Yang Berhormat Sungai Tua ini ialah satu Kerajaan yang mendengar dan ini ialah satu Kerajaan yang berkesan. Dan sejak itu untuk Subang Jaya untuk 3 tahun kebelakangan ini kita boleh kata di sini ada sifar gangguan air di Subang Jaya. Jadi saya percaya bahawa kalau sifar gangguan air di Subang Jaya, maka sifar gangguan air di Taman Medan juga. Jadi tak betul apa yang disebutkan Taman Medan bahawa Selangor selalu ada gangguan air di Negeri Selangor. Jadi persepsi ini kena dibetulkan.
Dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Tuanku telah menekankan bahawa air bersih ialah keperluan rakyat. Walaupun kita telah mencapai penambahbaikan daripada segi gangguan air tetapi kita tidak boleh leka sebab terdapat satu cabaran yang akan datang iaitu kemarau berpanjangan yang akan melanda kita tidak lama lagi. Saya mengalu-alukan pengumuman supply management dengan izin, iaitu dengan menggazetkan kolam-kolam sebagai sumber air, menambah baik kesinambungan paip dan membangunkan loji rawatan air Sungai Rasah. Cuma satu isu utama yang kita belum tangani adalah masalah demand management, penggunaan air. lni adalah kerana Negeri Selangor mencatatkan penggunaan air yang sangat-sangat tinggi iaitu sebanyak 241 liter per kapita pada tahun 2023 iaitu 80 liter lebih tinggi daripada sasaran kebangsaan iaitu 160 liter per kapita sehari. Jadi antara faktor utama penggunaan air yang tinggi, satu adalah paip lama yang bocor dalam rumah. Masalah dia juga adalah kerana tarif dia juga agak rendah, jadi kadangkala penduduk juga rela untuk bayar fee air walaupun agak tinggi kalau dibandingkan dengan jiran-jiran mereka di mana tidak ada masalah paip yang bocor di dalam rumah.
Yang kedua adalah masalah tabiat di mana kita dah biasa menggunakan air dengan cara yang membazirkan. Contoh semasa memberus gigi, pili itu airnya masih jalan, semasa kita cuci pinggan, airnya masih berjalan dan sebagainya. Jadi kita perlu ada dasar untuk menguruskan permintaan air sebab walaupun kita dapatkan menghasilkan air tambahan tetapi penggunaannya dibazirkan ya, maka ia tidak bermakna juga. Jadi Subang Jaya
mencadangkan kita perlu ada kempen penjimatan air dan juga kempen untuk menggalakkan penduduk memeriksa kebocoran di dalam rumah. Masalah kempen adalah bahawa hayatnya rendah, maksudnya kalau saya melaksanakan kempen pada hari ini, dia hanya berkesan untuk satu bulan, kajian sudah dibuat. Dan bulan seterusnya pengguna akan balik kepada tabiat asal mereka. Jadi kita kena mengadakan kempen yang berterusan tetapi kita juga kena kaji menggunakan contoh behavioral nudging dengan izin yang sudah digunakan di Singapura. Di mana mereka menggunakan behavioral nudging untuk menggalakkan pengguna ke arah tabiat tertentu. Jadi contoh di Singapore apabila pengguna telah mencapai sasaran tertentu, maka mereka akan dipuji melalui bil air mereka. Kalau mereka belum mencapai sasaran tertentu, maka mereka akan digalakkan ke arah tersebut.
Strategi yang seterusnya yang agak boleh dipertimbangkan adalah melalui infra atau pun internet of things. Infra contohnya timber dengan izin yang boleh dipasangkan dalam pili boleh mengurangkan penggunaan air sebanyak 30%. Dan internet of things melalui Smart Meter boleh menggalakkan pengguna untuk mengecam masalah kebocoran atau pun penggunaan air yang tidak lestari daripada punca. Contoh, kalau semalam kalau pada pagi ini contoh, saya lihat kepada apps Air Selangor yang sudah ada Smart Meter dan saya boleh lihat data setiap jam dan saya dapat mengesan bahawa dari pukul 10:00 malam apabila keluarga saya sudah tidur, sehingga pagi ini contoh pukul 5:00 pagi, ada kegunaan air, maksudnya ada kebocoran di rumah dan saya boleh panggil kontraktor untuk membaiki kebocoran-kebocoran tertentu. Atau pun contoh, kalau ada anak yang suka main air semasa mandi ya, kalau saya cam pada masa itu kegunaannya agak tinggi maka saya boleh mengambil tindakan sewajarnya. Jadi internet of things juga boleh bantu daripada segi demand management.
Perkara kedua adalah berkenaan pendapatan negeri. Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas peningkatan pendapatan sebanyak RM517 juta berbanding tahun 2023. Subang Jaya juga ingin mengucapkan tahniah atas usaha menambah pendapatan sebanyak RM92 juta menerusi zero discharge policy. Pada masa yang sama ...
lngin mencelah sekejap?
Ya.
Saya setuju dari apa, dari Subang Jaya berkenaan tentang air. Morib rasa, saya rasa tentang kempen di rumah ini, saya rasa mereka semua tahu, tapi sebenarnya adalah punca air tidak ada itu daripada sungai. Adakah Subang Jaya setuju ya, kempen membersih sungai, kebersihan sungai itu amat penting sebab
berlakunya tidak ada air ini adalah dari segi sungai yang tercemar ya. Jadi saya rasa punca-punca air yang tidak dapat itu adalah daripada sungai. Jadi kempen yang bagi saya penting adalah kempen kebersihan sungai supaya kita rakyat menjaga sungai itu dengan lebih baik, terima kasih.
Ya saya setuju dengan Morib. Kita sama-sama kena menjaga sungai ya. Yang betul kita akan setuju tetapi pada masa yang sama saya juga hendak highlight kan bahawa Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan satu Projek SJAM di Sungai Selangor 1, Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 dan juga Sungai Semenyih. Di mana kalau andai kata ada masalah pencemaran maka ada air backup yang boleh disalurkan sebab kadangkala bukan masalah pembersihan tetapi masalah punca pencemaran atau pun kimia yang telah disalurkan dalam sungai ini perlukan masa yang agak panjang untuk dibersihkan. Terima kasih kepada Morib.
Saya balik kepada perbahasan iaitu berkenaan pendapatan negeri. Subang Jaya berpendapat bahawa seperti mana isu air tadi, Kerajaan Negeri Selangor juga tidak boleh leka dalam isu pendapatan. Pandangan Subang Jaya, kita boleh mencari pendapatan daripada sumber lain contohnya kredit karbon dan saya berharap agar Kerajaan Negeri lihat serius kredit karbon sebagai salah satu sumber pendapatan. Kredit karbon adalah satu sistem perdagangan. Hak pelepasan karbon yang membolehkan syarikat memberikan kredit untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka. Dalam keadaan sekarang di mana obligasi ESG, environment social and carbon dengan izin, untuk syarikat-syarikat tempatan dan juga luar negara giat dijalankan. Maka keperluan kredit karbon, Subang Jaya percaya juga akan meningkat. Jadi Kerajaan Negeri Selangor wajar ambil kesempatan ini. Pendapatan kredit karbon pada pandangan Subang Jaya lebih lestari daripada sistem, lesen pembalakan kerana kredit karbon tidak akan merosakkan alam sekitar. Mungkin ada kerisauan antara pemain- pemain industri berkenaan permintaan kayu, kalau kita tidak bersandar kepada pembalakan tetapi dalam keadaan sekarang di mana ada penambahbaikan teknologi, bekalan kayu ini sudah boleh diperolehi melalui secular economy dengan izin. Contohnya seperti by product agriculture atau pun dengan usaha mengitar semula kayu-kayu yang sedia ada dalam pasaran. Jadi Subang Jaya ingin mencadangkan agar Selangor menerajui usaha ini dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang boleh dijadikan projek kredit karbon serta menetapkan dasar-dasar untuk menarik pelaburan dalam bidang ini.
lsu ketiga, Subang Jaya bersetuju berkenaan cadangan daripada Kajang. Berkenaan masalah pangsapuri kos rendah. Cuma kalau kita selalu keluarkan dana untuk membaiki kerosakan-kerosakan pangsapuri kos rendah ini, ini cara yang mungkin tidak lestari dengan izin. lni adalah kerana dana kita terhad, kita kena fikirkan cara untuk memperoleh dana itu balik. Jadi Subang Jaya percaya bahawa kalau kita melabur dalam satu agensi,
banyak satu agensi dalam Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih kerja-kerja penyelenggaraan ini, maka banyak masalah dapat diselesaikan. Masalah punca dia adalah keyakinan, ramai penduduk tak hendak bayar fee penyelenggaraan kepada JMB dan JMC kerana mereka tidak yakin kepada keupayaan JMB dan GMC untuk menyelenggara kawasan kedudukan mereka.
Ada juga masalah di mana penduduk pangsapuri kos rendah mungkin tiada kemahiran atau pun masa untuk menyertai JMB dan JMC. Ada satu lagi masalah iaitu kadangkala agen yang dilantik bawah Akta Pengurusan Strata untuk pangsapuri kos rendah tidak mempunyai modal atau pun tidak mempunyai kepakaran untuk tuntut tunggakan daripada pemilik. Jadi dengan agensi kita dapat menyelesaikan masalah modal dan juga kepakaran dan dananya untuk memulakan sememangnya sudah ada Skim Ceria. Skim Ceria dana daripada Skim Ceria boleh disalurkan dalam agensi ini dan kalau kita boleh menjadi agen maka melalui fee penyelenggaraan kita boleh kutipan semula dana yang telah dibelanja melalui Skim Ceria ini. Jadi saya percaya kalau penduduk dapat lihat bahawa terdapat perubahan positif di tapak, mereka akan lebih cenderung juga untuk membayar fee penyelenggaraan.
Subang Jaya boleh sikit?
Ya silakan.
Kita bercakap tentang strata ya. Sebenarnya masalah ini mungkin saya utarakan dan mohon pandangan daripada Subang Jaya juga, isu strata ini saya ingat dia isu yang tidak ada penghujungnyalah. Lebih-lebih lagi untuk strata yang terlalu lama, mungkin sudah 10 atau 20 tahun. Kebanyakan mereka, lagi-lagi JMB ini telah melalui beberapa fasa organisasi akhirnya tak ada orang yang hendak berada dalam Jawatankuasa itu. Dia ada dua perkaralah, satu dia fikir tentang kejiranan, kalau dia ini jadi Pengerusi JMB dia mula kutip hutang pada kawan dia sendiri. So, hubungan itu lebih teruk. Keduanya tentang tanggungjawab, apakah dia sendiri mampu dan JMB itu adakah dia berkemampuan dengan duit itu, dia ada sebut tentang kewangan itu tadikan. So, dia akan keep rolling, benda ini saya tidak nampak penyelesaian tetapi mungkin cadangan daripada Subang Jaya kita boleh ketengahkan.
Terima kasih Batu Tiga. Subang Jaya juga menghadapi masalah yang serupa ya, jadi dia akan menjadi satu vicious cycle. Itu sebabnya masalah sistem sekarang kita assume bahawa penduduk ada kepakaran, kita assume bahawa penduduk ada kemampuan untuk menyertai JMB atau pun JMC ini. Tetapi untuk menguruskan satu pangsapuri dia memerlukan kemahiran dan
pengetahuannya yang tertentu yang bukan semua penduduk ada. Jadi dah sampai masanya kita dah ada sistem ini selama banyak tahun dah, ada keperluan di mana kita kena memikirkan semula. Saya balik kepada dua perkara sahaja Tuan Speaker, iaitu AI (Artificial Intelligence) atau pun kecerdasan buatan sekarang mempunyai kegunaan luas dalam semua sektor. Sektor perubatan kini digunakan dalam pembedahan kecil. Untuk sektor Undang-Undang dalam mendraf dokumen dan membuat kajian dan dalam sektor pembuatan kini machine learning sangat penting. Jadi pendapat Subang Jaya pendidikan AI ini menjadikan sangat penting dan perlu diperkenalkan pada peringkat sekolah. Kini Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Digital iaitu MyDigital yang merupakan satu GLC telah melancarkan satu inisiatif yang dipanggil AI untuk rakyat. Jadi cadangan Subang Jaya adalah supaya Kerajaan Negeri melalui PTRS iaitu Program Tuisyen Rakyat Selangor boleh menggalakkan pelajar-pelajar menyertai PTRS untuk melalui Program AI untuk rakyat ini. Jadi dengan sistem ini kita dapat memastikan bahawa semua pelajar mempunyai asas pengetahuan AI sebelum menamatkan sekolah menengah. Kita kena pastikan untuk Negeri Selangor bahawa tiada sesiapa yang tercicir daripada gelombang perubahan ini.
Isu terakhir Tuan Speaker adalah keperluan garis panduan perubahan rumah kediaman kepada Airbnb dan hostel. Perkara ini Subang Jaya telah bangkitkan selama sepenggal, ini adalah kerana Airbnb di kawasan kediaman dalam bandar raya ya, bukan dalam Majlis Daerah atau pun Majlis Perbandaran, sebilangan Majlis Perbandaran tetapi Airbnb di kawasan bandar raya untuk kawasan kediaman amat menyebabkan gangguan kepada penduduk sekitar terutamanya apabila premis digunakan untuk tujuan yang bukan bnb (bed & breakfast) tetapi untuk perayaan. Masalah hostel di Subang Jaya juga wujud sebab Subang Jaya ada 5 universiti swasta yang ternama. Rumah kediaman apabila di ubah kepada hostel juga membawa kacau ganggu. Ini adalah kerana rumah teres contohnya design nya atau reka bentuknya adalah untuk satu keluarga sahaja. Tetapi apabila ia dipisahkan kepada 10 bilik, 20 bilik maka boleh bayangkan sampai yang dihasilkan juga bertambah, masalah parking juga bertambah, isu elektrik juga bertambah. Jadi saya berterima kasih kepada EXCO PBT sebelum ini kerana telah usahakan untuk satu garis panduan untuk hostel dan juga Airbnb pada penggal yang lepas. Tetapi Subang Jaya difahamkan bahawa terdapat cabaran kerana isu ini tidak dialami di semua PBT-PBT. Jadi contoh kawasan Sekinchan tak ada masalah ini, jarak antara satu rumah kediaman ke satu rumah kediaman yang lain dia agak jauh...
Yang Berhormat kena ringkaskanlah.
Jadi Subang Jaya ingin mencadangkan supaya setiap Majlis dibenarkan untuk mengubal garis panduan mereka sendiri. Sememangnya saya difahamkan bahawa MBPJ juga telah melaksanakan garis panduan mereka dan
saya berharap bahawa dengan itu isu ini dapat diselesaikan. Dengan itu Tuan Speaker, Subang Jaya mengakhiri ucapan saya dengan menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
Terima kasih. Ya, Sungai Ramal, 15 minit.
Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum dan selamat pagi, selamat tengah hari kepada semua Yang Berhormat dan Pegawai-pegawai Kerajaan. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk berbahas dalam ucapan menjunjung kasih Titah Tuanku Sultan yang lepas semasa perasmian Sidang Dewan dua hari lepas. Saya akan bangkitkan beberapa perkara untuk perhatian kita di dalam Dewan ini dan juga khusus kepada pihak Kerajaan. Yang pertama mengenai kebersihan sebagai penyokong industri pelancongan, yang kedua memperkasakan pendidikan berkualiti, yang ketiga khidmat wakil rakyat dan yang keempat kebajikan anak yatim dan golongan asnaf.
Tahun ini Selangor akan merealisasikan Tahun Melawat Selangor 2025. EXCO, EXCO pula tak ada nak cakap dengan EXCO ini, EXCO pelancongan dan PBT bercakap dan gembira dengan slogannya “Hendak Melancong, Pusing Selangor Dulu”. Hendak melancong pusing Selangor dulu, saya tambah hendak pusing Selangor, pusing longkang dulu, pusing perumahan-perumahan bertingkat dahulu, pusing kawasan komersial dahulu then kita cakap tentang kebersihan dan pelancongan. Sebab Tuanku bertitah dalam aspek kebersihan sebagai penyokong industri pelancongan ini adalah seperti berikut. Kebersihan negeri perlu dititik beratkan secara berterusan kerana kebersihan adalah cerminan kepada sebuah komuniti dan masyarakat. Junjung kasih Tuanku. Kita tak boleh nafikan bahawa effect yang negatif akan datang bila mana aspek kebersihan tak dijaga. Pelancongan akan terjejas terus dengan keadaan kebersihan negeri yang tak terpelihara. Betul, Yang Berhormat EXCO bercakap tentang arahan diberikan kepada pusat-pusat pelancongan supaya dijaga kebersihannya, di pastikan tak ada gangguan kebersihannya. Namun aspek pelancongan bukan sekadar di tempat-tempat pelancongan yang dikhususkan oleh Yang Berhormat EXCO, malah melebar ke seluruh Negeri Selangor. Dan pelancong akan datang ke negeri kita bukan daripada luar negara sahaja dan negeri sahaja pelancong kita ramai, terutama di pusat-pusat yang menjadi tumpuan sebagai contoh pelancongan di kawasan pengajian tinggi.
Di kawasan saya DUN Sungai Ramal khusus untuk bandar Bangi, ada berbelas-belas pusat pendidikan. Sama ada swasta atau pun kerajaan, awam dan sudah pasti faktor pendidikan ini menarik ramai pelancong tak kira pelancong luar negara mahupun dalam negara. Bila mereka datang ke kawasan ini dia akan duduk, mereka akan duduk di homestay atau rumah sewa, mereka tidak tinggal di hotel-hotel, mereka hendak belajar
di sini. Pelancong luar negara datang untuk belajar, mereka tinggal di rumah sewa, apa yang berlaku persekitaran rumah sewa mereka kotor. Pelancong dalam negara dalam negeri akan datang ke tempat ini untuk meraikan konvokesyen anak mereka, cucu mereka, keluarga mereka dan akan tinggal di homestay atau rumah sewa, duduk di kawasan perumahan bertingkat, berbelanja di kawasan komersial. Dan bila kita dapati kawasan-kawasan ini kawasan yang tidak bersih, longkangnya sumbat, sampah bertimbun-timbun, menjijikkan, meloyakan, mengerikan, anjing berkeliaran, menakutkan sehingga ada kes-kes yang saya telah bahaskan dalam sidang yang lepas, gangguan anjing menyebabkan kecederaan yang serius kepada dua orang, seorang suri rumah dan seorang kanak-kanak. Kecederaan mereka terpaksa bawa ke hospital untuk rawatan. Patah tangan dan kecederaan teruk di bahagian kaki kanak-kanak tersebut. Ini serius.
Sungai Ramal, boleh saya celah sedikit? Sungai Ramal, saya memang mengikut perbahasan Yang Berhormat Sungai Ramal. Tapi ada isu, isunya seperti ini, walaupun tindakan yang diambil oleh Kerajaan tetapi masalahnya pembuang sampah tersebut. Apa yang penting untuk kita adalah untuk kempen supaya rakyat kita sedar, pembuangan sampah itu adalah satu perkara yang tidak baik. Pasal kalau kita pergi ke Jepun, rakyat di situ tak ada tong sampah langsung tetapi rakyat di situ akan bawa sampah sendiri balik. Ya itu satu, kedua berkenaan anjing.
Saya setuju dengan Yang Berhormat. Masalah ini bukan masalah baru Yang Berhormat, bukan semalam, bukan kelmarin, bukan minggu lepas, berbulan-bulan, bertahun-tahun dan kerajaan ada semua infranya. Ada agensinya, ada Ketua Kampung Yang Berhormat Sungai Air Tawar sebut, dengan elaun, dengan insurans, dengan Takaful, dengan imbuhan, ada Ahli Majlis Yang Berhormat, yang bukan 5 orang berpuluh-puluh orang, menjaga kawasan-kawasan yang ditentukan untuk mereka jaga. Apa yang mereka buat, peruntukan ada, PBT dia di bawah penguasaan mereka, KLT mereka boleh hulurkan bantuan, mengapa tidak buat sesuatu untuk memastikan kawasan ini bersih. Bukan semalam, bukan minggu lepas, bertahun-tahun Yang Berhormat. Alah, Meru tak ada pula. Meru semalam menyebut tentang kerjasama beliau dengan Ahli Majlisnya sehingga menyebabkan kawasan Meru di katakan bersih, mungkin saya setujulah, bermakna efisien, keberkesanan Ahli Majlis itu wujud di situ. Tak ada bukan sekadar di Meru kita bercakap, di mana agensi-agensi yang patut menjadi agen kerajaan berfungsi, hendak kempen ke, hendak ajak bergotong royong ke, silakan. Kami bergotong royong juga, berkali-kali, tetapi apakah aspek gotong-royong kita boleh buat? Kita tanya orang kampung, orang perumahan, taman-taman, turun gotong-royong, apa kita boleh buat? Kita boleh mencuci sampah tabur, mengutip sampah tabur itu boleh, longkang sumbat tak boleh Yang Berhormat. Sampah bertimbun-timbun tak boleh Yang Berhormat, mesti ada kekuatan yang lain bagi memastikan kebersihan itu terbersih, terbaik terbersih dicuci, longkang bayangkan Yang
Berhormat, kita bawa pasukan gotong-royong, longkang sumbat bukan setakat daun-daun kering, bukan botol-botol kering, botol-botol kosong tetapi pasir yang berinci-inci tebalnya. Hasil buangan food court tempat makan, hasil pembuangan dapur, bertimbun-timbun menjijikkan. Bagaimana mungkin kita meminta mereka yang suka rela bergotong royong mencucikan ke dalam longkang ini, tidak mungkin, bahkan Yang Berhormat mereka kata, ini Kajang mungkin sokong saya. Mereka kata kami bayar cukai tak akan kami pula yang cuci longkang, tak masuk akal.
Sebab itu satu kesungguhan saya pendekkan, kesungguhan yang ada di tangan Kerajaan mesti dibuat, tak boleh meninggalkan kepada style lama atau cara lama untuk mencuci. Saya bercakap untuk menyokong jika ada usaha kerajaan bersungguh-sungguh untuk memastikan kebersihan persekitaran terpelihara. Buang semua sampah-sampah berlonggokan, adakan kempen besar-besaran kesedaran rakyat untuk memastikan mereka tidak terlibat dalam membuang sampah-sampah mengikut suka hati mereka. Silakan berkempen tetapi kesungguhan yang luar biasa mesti wujud dimulakan oleh pihak Kerajaan turun sampai ke Ahli-ahli Majlis Perbandaran, turut sampai ke Ketua-ketua Kampung barulah Insya-Allah kebersihan boleh berlaku depan mata kita. Barulah pelancong tak akan balik ke negeri mereka, ke kawasan mereka mengatakan “ah sama sahaja Selangor”. Mengejutkan kata Sekinchan. Apa mengejutkan? Selangor mengejutkan sebab mereka anggap Selangor sebuah negeri yang kaya, yang hebat, tetapi kotor, jijik, busuk dengan sampah sarap yang tidak dibuang oleh Pihak Berkuasa. Saya mohon, saya mohon. Sekinchan tak ada. Saya mohon Sekinchan masih...
Yang Berhormat.
berada di situ untuk menjalankan tanggungjawab portfolionya dan jangan salahkan rakyat. Terima kasih Sekinchan. Silakan Sentosa.
Terima kasih Sungai Ramal. Saya tengok dalam perbahasan Sungai Ramal macam seluruh Sungai Ramal penuh dengan banjir, I mean sampah dan sebagainya, right. Tetapi, saya di Sentosa memainkan peranan juga. Memang saya setuju ada sesetengah-sesetengah tempat kita tidak dapat control dengan tabiat orang buang sampah dan sebagainya. Tetapi kita perlu sebagai Ahli Dewan Negeri pun perlu memainkan peranan untuk anjurkan program-program gotong-royong, program kesedaran dan sebagainya. Kita tidak boleh salahkan Majlis ke Kerajaan sahaja. Seluruh tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita bersama. Terima kasih.
Terima kasih Sentosa. Saya ulang Sentosa, saya ulang, kami buat bersiri-siri gotong-royong Yang Berhormat, tetapi kita boleh buat kutip sampah tabur. Sampah jalanan. Sampah yang ringan. Longkang kita tak boleh buat. 3D punya kategori longkang ini. Jadi saya tak boleh menafikan bahawa kita perlu bergotong-royong tetapi kita perlu juga kesungguhan Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Sekinchan yang menjaga portfolio ini tolong pusing Selangor, jangan lupa pusing longkang dulu. Pusing kawasan komersial dulu. Saya sokong Yang Berhormat untuk memajukan Selangor, membersihkan Selangor dan tolong pusing longkang kawasan perumahan dan kawasan-kawasan sampah yang tak terurus sehingga pada hari ini. Jangan salahkan rakyat nanti mengatakan Yang Berhormat tak menjalankan kerja dalam portfolio Yang Berhormat. Pada masa setahun, 2 tahun Yang Berhormat masih duduk di kerusi itu ok, sama-sama kita bantu untuk memastikan Selangor ini bersih dan boleh menarik pelancong lebih ramai datang ke negeri ini.
Yang kedua, Tuan Speaker, memperkasakan pendidikan berkualiti. Tuanku bertitah dalam kita rancak memperkatakan mengenai hala tuju ekonomi dan pembangunan negeri Beta tetap mengutamakan pendidikan terhadap rakyat jelata. Menjunjung kasih Tuanku. Pendidikan berkualiti tidak hanya daripada aspek pengajaran, pedagogi, silibus sahaja tetapi juga berkait langsung dengan kemampuan pihak sekolah untuk mengendalikan jumlah pelajar yang ramai. Bila mana pelajar yang ramai, sekolah tak mampu untuk menguruskan mereka secara berkualiti. Ini berlaku kerana jumlah sekolah tidak cukup. Saya telah bercakap dalam sidang yang lepas, tentang keperluan pihak negeri berbincang dengan Federal (Persekutuan) untuk menambah jumlah sekolah terutama di kawasan-kawasan yang padat. Saya mengambil contoh kawasan MPKj. Majlis Perbandaran Kajang, saya pada 28 Ogos 2024 bertanya kepada MPKj, berapakah tapak sekolah yang disediakan untuk didirikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dalam DUN Sungai Ramal. MPKj, terima kasih MPKj menjawab soalan ini. Ada 5, yang pertama Bangi Avenue, yang kedua di Hillpark, Mukim Semenyih. Yang Ketiga di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, yang keempat, Karun Mas, Mukim Kajang.
Yang Berhormat.
Yang kelima, Hillpark.
Kena jaga masa ya.
Mukim Semenyih.
Ya.
Ya, terima kasih MPKj, lalu saya bertanya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 23 September 2024. Pejabat Kementerian Pendidikan menjawab dengan tajuk memohon maklumat berkenaan perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu kekurangan sekolah dan kepadatan murid di Daerah Hulu Langat khususnya dalam DUN Sungai Ramal. Adalah dimaklumkan bahawa, pejabat ini telah menerima surat tersebut dan perkara ini telah dipanjangkan kepada Pejabat Ketua Setiausaha dan Pejabat Ketua Pengarah, Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Maklum balas berkenaan kami akan berikan pada pihak tuan setelah keputusan tersebut diperolehi. Hari ini Yang Berhormat sekalian, Februari 2025 sampai sekarang belum ada penjelasan apakah perancangan untuk membina sekolah baru di kawasan DUN Sungai Ramal, walaupun kawasan-kawasan telah disediakan oleh pihak Perbandaran. Saya mohon pihak kerajaan, yang menjaga portfolio ini adalah Dato’ Menteri Besar, saya mohon sangat-sangat supaya ada kesungguhan untuk bertemu dan berbincang dengan pihak Kementerian Pendidikan supaya kawasan-kawasan yang padat seumpama Sungai Ramal ini dibinalah sekolah. Bukan saya minta 5 sekali gus, tidak. Buatlah 1 atau 2 yang boleh membantu Sungai Ramal, DUN Kajang dan DUN Semenyih sekali gus sudah. Sekurang-kurangnya ada usaha yang nampak depan mata dan usaha ini akan dihargai oleh warga ketiga-tiga DUN yang berkenaan.
Yang Berhormat Sungai Ramal.
Insya-Allah.
Ya.
Yang ketiga.
Ini yang ketiga yang terakhir ke atau macam mana?
Yang terakhir.
Yang terakhir ya.
Ada masa saya tambah yang keempat.
Saya bagi 1 minit lagi Yang Berhormat.
Bagi 2 minit, 2 minit please.
1 minitlah, 1 minit.
Yang ketiga, khidmat wakil rakyat. Titah Tuanku, wakil rakyat perlulah berkhidmat untuk rakyat dan memikirkan program-program yang membantu dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Saya merujuk kepada kesejahteraan masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan bertingkat. Disebut oleh Subang Jaya tadi, disebut oleh Batu Tiga tentang masalah yang berlaku di kawasan perumahan bertingkat dan Yang Berhormat Tanjung Sepat yang menjawab tentang kemahuan atau keperluan wakil rakyat mencadangkan ada bajet yang besar untuk baik pulih kawasan perumahan bertingkat, bumbung yang bocor yang tak dibaiki macam Kajang sebut bertahun-tahun tak buat. Saya nak ambil contoh yang bukan bertahun Yang Berhormat. Kawasan Taman Impian Ehsan yang dilanda ribut 27 Mei 2024 sampai hari ini belum dibaik pulih. Ini satu contoh, belum kawasan Bandar Baru Bangi yang saya telah utus surat di Pejabat Yang Berhormat. Bumbung, kawasan jalan raya, perumahan bertingkat disebut oleh beberapa Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat Tanjung Sepat sebut kita akan kaji apa kekangan yang wujud dalam Akta 757, Akta Perumahan Berstrata, Yang Berhormat kaji sampai bila nak selesai, lama kaji Yang Berhormat. Sedangkan Kerajaan Negeri telah buat program yang bagus, saya sokong. Program Ceria. Mengecat bangunan, bagus kan? Bagus dan menurap semula jalan
Yang Berhormat
Di kawasan perumahan bertingkat, bagus kan. Bagus.
Dah 2 minit dah Berhormat.
Tetapi telah dihentikan oleh Kerajaan pada 2024 yang lepas.
Yang Berhormat sudah 2 minit lebih lah.
Last, ayat-ayat terakhir.
Saya rasa Yang Berhormat ringkaskan je.
Bagus bagi masa lebih.
Ya.
1 minit. Sebab itulah bukan alasan Akta 757 Yang Berhormat pada pandangan saya. Alasannya ialah kesungguhan kerajaan untuk memberikan bajet yang membantu mereka baik pulih bumbung yang besar, membantu mereka turap semula jalan. Bukan satu tempat buat 5 kali setahun, tak. 5 tahun sekali pun cukup. Kesungguhan Yang Berhormat, negeri kan kaya berbilion-bilion kita punya reserve. Bantu rumah ini, rumah perumahan bertingkat ini bukan seorang, beribu-ribu orang duduk. Benefit nya Yang Berhormat mereka akan undi kerajaan ini.
Ya Yang Berhormat, masa dah banyak terlencong ini.
3 lagi Yang Berhormat. Sungai Ramal menjunjung kasih titah Tuanku. Terima kasih. Assalamualaikum.
Terima kasih. Seterusnya saya jemput
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Bukit Lanjan.
Bukit Lanjan.
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Terima kasih kepada Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, salam sejahtera dan salam kita Selangor untuk semua. Selangor sebagai satu jantung ekonomi Malaysia memiliki potensi yang positif dalam landskap sosial dan ekonomi negara. Permulaan 2025 ini, saya junjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk meletakkan Selangor dalam tahap yang tertinggi dan memperhalusi kilaunya dalam kanvas pembangunan demi mencapai visi Selangor dinamik, kita sempurna Malaysia Madani. Tuan Speaker, umum diketahui bahawa Selangor telah mewartakan Dasar Pelepasan Sifar, Zero Discharge Policy dengan izin. Di mana, pihak industri adalah bertanggungjawab terhadap pembuangan sisa efluen seperti yang kita sedia maklum, sungai Selangor adalah sumber air utama bagi lebih 60 % penduduk Selangor dan sebarang pencemaran boleh menyebabkan krisis air yang serius. Peraturan ini harus terpakai juga kepada kilang-kilang di bawah kategori pemutihan kilang tanpa kebenaran. Bagi menyokong industri mencapai tahap ini, saya mencadangkan satu tawaran insentif khas kepada geran hijau Selangor atau satu potongan cukai kepada syarikat yang mencapai pematuhan polisi lebih awal. Tindakan tegas juga harus dikenakan kepada kilang yang tidak mematuhi. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Top Glove Sdn. Bhd. yang telah diiktiraf sebagai pharma industry pertama di Selangor untuk menerima Anugerah Dasar Pelepasan Sifar. Ini harus menjadi satu titik permulaan dan dilebarkan sayap dan segala inisiatif untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan kilang-kilang industri di Selangor sebagai negeri pertama di Malaysia untuk memperkenalkan polisi ini. Ini adalah
sebuah pelaburan masa depan yang pastinya menjanjikan pulangan manfaat kepada rakyat. Masih pada awan pencemaran, suka saya mengingatkan pencemaran udara juga tidak kurang sama rata kesan buruknya kepada negeri. Tidak dinafikan bahawa aktiviti pembakaran haram masih giat berlaku di Selangor. Pihak yang melakukan kebakaran ini daripada kilang-kilang haram ataupun individu yang tidak bertanggungjawab. Usaha mengenal pasti insiden ini memerlukan kerjasama erat menerusi saluran maklumat daripada orang ramai. Jabatan Alam Sekitar harus lebih proaktif dan bekerjasama bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengekang kebakaran haram ini sebelum ia menjadi berlaku serius menerusi menggunakan dron kamera haba untuk mengesan aktiviti-aktiviti pembakaran yang tidak terkawal. Selain itu, Pihak Berkuasa juga disarankan untuk mewujudkan satu mini pemantauan udara di kawasan industri dan perbandaran untuk mengesan pencemaran udara lebih awal berdasarkan indeks kualiti udara. Bukan di sini sahaja, Kerajaan Selangor harus menambahkan bilangan stesen pemantauan udara di semua daerah padat di Selangor. Kejadian pencemaran udara ini menjejaskan kesihatan penduduk dan melibatkan kos operasi yang agak tinggi dan dipaksa tanggung oleh agensi kerajaan yang berkaitan selepas insiden kebakaran berlaku.
Baru-baru ini, berlaku kejadian kebakaran sampah haram di Bukit Lagong, di mana operasi pemadaman api dijalankan selama 12 hari. Pembakaran ini menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang amat serius di mana penduduk di kawasan saya seperti Kampung Masit, Valencia, Sierra Emas dan juga Kampung Desa Aman diselubungi udara yang kurang sihat. Kejadian yang sama berlaku juga di Kampung Kuang buat masa sekarang. Oleh itu, saya menyeru agar Kerajaan Negeri mempergiatkan usaha pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Program-program kesedaran dan pendidikan mengenai alam sekitar juga perlu dihebatkan lagi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat.
Bukit Lanjan, boleh sikit?
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Boleh.
1 minit lagi sebelum makan . Bukit Lanjan saya membaca soalan Dewan yang telah dikemukakan dulu dan apa tindakan yang disediakan oleh pihak kerajaan adalah salah satunya merampas tanah kepada mana-mana pihak yang membuat pembakaran secara terbuka. Tetapi apabila saya buat perbandingan dengan denda yang dikenakan kepada mereka yang membuat pencemaran air, dia didenda sebanyak RM10 juta. Apakah Bukit Lanjan bersetuju kalau kita naikkan hukuman yang boleh kita kenakan kepada pihak yang
membuat pembakaran secara terbuka ini. Mungkin sama dengan apa yang pencemaran air yang dilaksanakan sebanyak RM10 juta yang dikenakan. Apa pandangan Bukit Lanjan?
Ya, Yang Berhormat, Bukit Lanjan boleh jawab sebelah petang nantilah ya. Tetapi kena ingat apa yang ditanya.
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Memandangkan masa mencemburukan saya.Nanti saya jawab balik ya Batu Tiga. Sekian.
Baik, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 1 petang. Maka dengan ini saya menangguhkan sidang hari ini. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirahmanir Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Petang. Kita sambung semula perbahasan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Saya persilakan Bukit Lanjan, 10 minit.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya menjawab soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Batu Tiga. Saya setuju sangat mengenai cadangan daripada Yang Berhormat Batu Tiga supaya kadar kompaun terhadap pesalah yang terlibat dinaikkan lagi, ditambahkan lagi supaya tindakan yang tegas terhadap mereka. Mengambil daripada perubahan iklim dunia, masa-masa akan datang adalah berlandaskan tindakan kita pada hari ini, kita menyaksikan gelombang panas atau pun dengan izin heat wave yang melanda Rio de Janeiro dan sebelum ini awan panas api yang menutupi seluruh Los Angeles. Jangan sekali kita lega akan fenomena yang berlaku ini, saya petik amaran yang dikeluarkan oleh National Ocean Service,dengan izin sebuah penyelidikan US iaitu dengan izin continuing warming is expected to elevate sea level for over the coming years. Kawasan bandar dengan
populasi penduduk besar yang seperti Petaling Jaya sering mengalami fenomena pulau haba akibat suhu yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan luar bandar disebabkan oleh aktiviti manusia dan infrastruktur yang lemah perancangan. Fenomena ini boleh memburukkan lagi kesan gelombang panas menimbulkan cabaran untuk kesihatan awam untuk keselesaan, oleh itu Kerajaan Negeri harus memberikan perhatian dalam pembangunan taman, hutan atau pun kebun bandar dan bumbung hijau yang boleh membantu mengurangkan kesan pulau haba. Tiba masanya sekarang untuk Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang lebih proaktif dengan memanfaatkan tanah-tanah terbiar dan kawasan lapang untuk dijadikan sebagai taman komuniti dan ruang hijau yang mampu memberikan ruangan dan mengurangkan suhu setempat di kawasan bandar seperti Petaling Jaya.
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mencatatkan rekod penarikan pelaburan sebanyak 66.75 bilion pada tahun 2024. Perancangan Selangor speed juga merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri supaya menjadi lebih kompetitif dalam penarikan pelaburan di dalam tahun ini. Tahniah diucapkan. Walau bagaimanapun pembangunan infra juga perlu diseimbangi. Saya ingin membawa perhatian dewan yang mulia ini kepada isu kesesakan lalu lintas yang semakin serius di Jalan FT54, khususnya di Seksyen 46. Kesesakan ini bukan saja berpunca daripada peningkatan jumlah kenderaan akibat perkembangan pesat di kawasan sekitar tapi lebih kritikal dia berpunca dari reka bentuk jalan yang tidak efisien di lokasi tersebut pengecilan lorong secara tiba-tiba. Susunan simpang yang tidak teratur dan kurangnya laluan alternatif dan telah mengakibatkan kelewatan serius kepada pengguna jalan raya, memberikan impak yang negatif kepada penduduk. Sekiranya masalah ini tidak ditangani segera ia bukan sahaja membimbangkan rakyat dari segi masa dan kos perjalanan tetapi juga boleh menjejaskan sistem pelaburan dan perniagaan khususnya di Bukit Lanjan. Kesesakan yang berpanjangan akan mengurangkan daya saing kawasan ini sebagai hub ekonomi dan logistik. Justeru saya mohon supaya Kerajaan Negeri membantu dalam penyelarasan isu ini bersama dengan pihak Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan penyelesaian seperti mengadakan penilaian reka semula bentuk jalan dan melaksanakan pelan mitigasi dengan segera.
Tuan Speaker, seperti Yang Berhormat Bukit Gasing, Taman Medan telah menyebut semasa sesi perbahasan mereka, saya juga ingin menekankan satu keperluan bagi penduduk di sekitar kawasan Petaling Jaya terutamanya bagi golongan B40 yang berhak untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang dan pantas dan berkualiti. Menurut statistik terkini sehingga Januari Tahun 2024, daerah Petaling Jaya mencatat hampir 900,000 penduduk dengan lebih 18% daripada jumlah ini adalah terdiri daripada warga emas dan mereka yang memerlukan akses perubatan yang lebih baik dan cekap. Di kawasan saya majoriti pesakit B40 adalah datang daripada Damansara Damai, Flora Damansara,
Pelangi Damansara dan perumahan sekitarnya bergantung sepenuhnya kepada Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan juga PPUM. Namun dengan kepadatan pesakit yang agak tinggi bagi ketiga-tiga hospital ini jadi tempoh menunggu rawatan sering kali terlalu lama dan menyusahkan pesakit khususnya untuk warga emas. Menjunjung Titah Baginda Duli Yang Maha Mulia menzahirkan bahawa manfaa negeri harus dirasai sehingga ke peringkat akar umbi. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengusulkan pembinaan sebuah hospital kerajaan yang baharu di Petaling Jaya bagi menampung permintaan rawatan yang semakin meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 60% penduduk B40 di Lembah Klang tidak mampu menanggung kos rawatan harian di hospital swasta menjadikan hospital kerajaan sebagai satu-satunya pilihan mereka.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, sebagai penutup saya menyeru dengan peningkatan bahawa dunia berdepan dengan pelbagai krisis, dari pergolakan ekonomi global hingga krisis iklim yang semakin membimbangkan. Seperti saranan Duli Yang Mulia Sultan Selangor, kita tidak harus mengambil ringan akan cabaran ini tetapi perlu bersedia untuk menerajui perubahan yang diperlukan dengan berani dan juga bijaksana. Kita juga mesti menggerakkan inisiatif mesra alam, membawa teknologi hijau ke dalam pelan pembangunan dan merencana strategi yang berdaya tahan untuk memastikan bahawa kita tidak hanya bertahan tetapi juga berkembang di tengah-tengah ketidakpastian dunia. Tuan Timbalan Speaker, Bukit Lanjan dengan ini menyokong Usul Titah Duli Yang Maha Mulia, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan, sekejap, pada petang ini Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor dari Penggerak Belia Selangor PeBS, Subang Jaya seramai 21 orang yang diketuai oleh Encik Varan, diaturkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya. Selamat Datang ke Dewan Negeri Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Gombak Setia.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Gombak Setia ingin memulakan perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dengan mengajak seluruh Ahli Dewan Negeri Selangor yang bukan sahaja ada dalam dewan ini termasuk juga yang tidak ada di dalam dewan ini untuk kita menekuni dan menghadam titah nasihat serta pedoman Tuanku supaya semua Ahli-Ahli Dewan Negeri dapat berkhidmat untuk rakyat dan melaksanakan program-program yang dapat membantu memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Maksud titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini jika kita mahu bersungguh dengan tekad untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat maka kita mestilah berlaku jujur, ikhlas khususnya bila kita berbahas di dalam dewan ini dan inilah Dewan
Negeri Selangor tempat di mana kita melontarkan pandangan dan mengangkat suara rakyat yang kita wakili. Mana ada Tuan Speaker, rakyat yang pada hari ini yang tidak mengeluh tentang masalah dan juga kehidupan mereka ini. Ada pelbagai seribu satu masalah yang sedang mencengkam kehidupan rakyat pada hari ini maka saya ingin menegaskan bahawa kita mesti berikhtiar untuk melaksanakan yang terbaik tetapi pada masa yang sama menggunakan sebaik-baiknya ruang Dewan Negeri Selangor ini untuk kita bercakap tentang permasalahan dan kemudian merencanakan bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Ini bukannya tempat kita untuk membodek, bukannya tempat untuk mengampu, ini bukannya kempen pemilihan parti tapi ini tempat di mana kita hendak menggunakan ruang dengan sebaiknya supaya kita dapat menyelesaikan banyak masalah. Kita nak rancang pembangunan, kita nak pastikan pembangunan dalam negeri kita ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Sebab itu saya ingin mengajak supaya kita jangan sekadar secara membuta tuli bersetuju dengan semua tapi kita juga memberi pandangan serta cadangan tentang solusi bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah rakyat. Kalau kita membuta tuli pada akhirnya kita lihat sebagaimana Titah Ucapan Tuanku baru-baru ini Yang Berhormat Hulu Kelang sebut semalam langsung tidak disebut lagi tentang Rancangan Selangor Yang Pertama. Saya fikir saya adalah yang paling konsisten bukan hanya dari penggal yang ini, penggal yang lepas pun saya sudah bercakap tentang Rancangan Selangor Yang Pertama, Pelabuhan Klang di waktu itu menangguk-angguk, saya tanya betul ke tak betul? Boleh capai objektif 30% sumbangan kepada KDNK negara, Pelabuhan Klang kata yakin. Hari ini terbukti, ini tahun 2025 akhir di mana Rancangan Selangor Pertama akan menutup tirai, tahun depan ini hendak buka tirai baru 30% belum capai. SABDA sudah gagal, IDRIS pembangunan yang sepatutnya di Sepang, di Kuala Langat tak tahu apa jadi. Bunyinya satu trilion waktu bentang dulu tidak tahu apa yang jadi. Stadium sekarang ini betul mencapai 70% tetapi 70% roboh bukan 70% bina. Tanah pun kita tak tahu nak swap dengan tanah yang mana lagi? Saya yakin kalau saya tanya soalan ini, Menteri Besar akan jawab akan ada penyelesaiannya cuma kita tidak tahu bila akan diselesaikan. Sebab itu saya ingin menegaskan bahawa kita semua harus berlaku jujur di dalam Dewan Negeri Selangor ini bukan sekadar menyokong kesemuanya tetapi pada masa yang sama kita juga menggunakan ruang dan peluang ini untuk kita mencerakinkan pemikiran kita supaya kita dapat menyelesaikan banyak masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini.
Tuan Speaker, pasca Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat, Presiden Trump sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah presiden, Presiden Trump telah menandatangani beberapa arahan eksekutif yang antaranya merupakan pelaksanaan semula kepada polisi ekonomi beliau ketika beliau menjadi presiden pada penggal yang pertama. Sebagaimana yang berlaku sebelum ini, ketika beliau menjadi presiden dalam penggal yang pertama, saya yakin pengaktifan semula polisi ekonomi beliau ini akan
meningkatkan tekanan terhadap perang dagang the trade war between dan juga China, walau bagaimanapun kita juga harus sedar bahawa tekanan terhadap trade war ini akan memberikan kelebihan kepada rantau Asia Tenggara. Pelbagai syarikat-syarikat besar akan mula melihat kembali untuk relocate their investment khususnya ke rantau ini dan pada masa yang sama Malaysia dan Negeri Selangor kita harus bersedia untuk menggarap semua peluang-peluang ini, pelaburan-pelaburan yang mahu masuk ke Asia Tenggara ini supaya kita dapat bersaing dengan baik dengan negara-negara bahkan dengan negeri-negeri lain untuk segera mendangkap potensi ini. Kita harus bersedia dan kita tidak boleh alpa dan inilah peluang kita dan sementara Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor merangka dan melaksana strategi pelaburan, saya ingin bertanya apakah tindakan kita, apakah langkah kita untuk menangani dasar dan juga kebijakan ekonomi Putrjaya yang hari ini saya lihat dia juga akan memberi cabaran kepada Kerajaan Negeri Selangor. Saya hendak ambil satu contoh, ini cadangan polisi ekonomi Putrajaya yang akan mengenakan cukai kenderaan berdasarkan OMV yang akan menyebabkan harga kenderaan, hari ini semua orang sudah bercakap. Harga kereta, baik harga motosikal semuanya akan naik antara 10% hingga 30% disebabkan pelarasan semula cukai ini. Jadi kalau ini berlaku dan ia turut melibatkan kenderaan pemasangan tempatan CKD, jadi kita ada menerima pelaburan-pelaburan misalnya daripada Toyota yang sebelum ini pernah melabur sehingga RM2 bilion untuk membangunkan kilang bagi pasaran Asia Tenggara. Jadi, kalau ini berlaku harganya meningkat maka sudah pasti ia akan merencatkan pasaran bagi mereka dan ia akan menyebabkan sama ada pelaburan yang baru tidak mahu masuk ataupun mungkin sebahagian pelaburan-pelaburan yang dah ada dalam negeri ini mereka akan melihat bagaimana ia juga akan relocate daripada negara kita ataupun negeri kita ini ke kawasan-kawasan lain.
Tuan Speaker, kita harus segera melihat supaya kita dapat bersaing dengan baik khususnya dengan negara-negara seperti Indonesia dan juga Thailand. Semalam kita dengar Yang Berhormat Hulu Kelang juga bangkitkan isu trade deficit. Ini isu yang serius sebab kalau kita gagal menangani isu ini maka isu-isu ataupun hal-hal seperti ini juga akan memberi impak yang besar kerana kesan apabila import kita lebih besar daripada eksport, maka nilai mata wang kita akan jatuh, akan merosot kemudian inflasi akan meningkat secara serta-merta dan akhirnya yang akan terkesan ini rakyat. Rakyat akan terbeban dengan harga barang dan kenaikan kos sara hidup mereka. Tuan Speaker, saya juga mendengar dengan teliti perbahasan daripada rakan-rakan sama ada daripada Kerajaan mahupun daripada pembangkang, saya juga dengar Yang Berhormat Dusun Tua berbahas, saya juga dengar Yang Berhormat Sungai Ramal berbahas, Kajang belum lagi. Saya yakin dia akan bangkitkan juga tentang kutipan sisa, ha Kajang dah tapi isu kutipan sisa pepejal, isu kutipan sisa pepejal ini saya fikir merupakan antara isu yang senantiasa menjadi perhatian Ahli-ahli Dewan tetapi saya juga ingin bertanya tentang pendirian Kerajaan Negeri yang saya dimaklumkan sedang mempertimbangkan untuk
menyertai Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Dan saya ingin jaminan daripada Kerajaan Negeri apakah kalau kita menyertai Akta ini, kita menandatangani Akta ini maka kita dapat menjamin perkhidmatan kutipan sisa pepejal yang lebih baik? Sekarang ini ia dilaksanakan oleh KDEB, saya tidak ada masalah dan saya yakin KDEB mampu untuk menangani isu kutipan sisa pepejal dalam negeri kita ini dengan baik tetapi masalahnya ialah kalau kita serahkan kepada syarikat yang lain, KDEB jadi the second layer kemudian kita nak bagi kepada layer-layer yang di bawah akhirnya saya bimbang ia tidak akan mencapai prestasi yang baik sebagaimana yang kita harapkan untuk kesejahteraan dan juga keharmonian rakyat dalam negeri kita ini.
Tuan Speaker, dalam perbahasan yang lepas saya dah bangkitkan, ini isu perumahan mampu milik. Saya tegaskan bahawa perumahan mampu milik ini kita perlu beri perhatian yang serius sebab dalam keadaan negara kita ini berhadapan dengan inflasi, berhadapan dengan kos pembangunan yang semakin hari semakin meningkat, kita tidak ada pilihan untuk memastikan setiap pembangunan dan pembinaan yang dilakukan dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri itu merupakan pembangunan dan pembinaan yang berkualiti. Saya hendak menarik perhatian kita semua ketika mana kita semua sedang bergelut dengan Covid-19 antara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ialah mencerakinkan pelan pemulihan ekonomi yang antaranya untuk meningkatkan sumbangan sektor pembinaan kepada KDNK negeri kepada tahap 10%. Namun, hari ini kita semua sedia maklum bahawa sehingga takat ini, kita baru mencapai sumbangan sektor pembinaan kepada KDNK negeri pada tahap 4.9%. Tetapi bila saya semak
Yang Berhormat, jaga masa ya.
Sikit saja. Bila saya semak, saya semak saya lihat kenapa kita tak boleh capai 10% dan bila saya rujuk kembali dokumen yang pernah dibentangkan di dalam Dewan ini selain daripada Rumah Selangorku ataupun konsep Rumah Idaman Kerajaan Negeri juga pernah melontarkan cadangan untuk membangunkan Rumam Mampu Milik yang namanya Rumah Harapan ini. Rumah Harapan ini, yang dilengkapi dengan pelbagai infra dan kelebihan. Harga jualan tak melebihi RM250,000.00 seunit dilengkapi dengan kelengkapan asas rumah berhawa dingin, kabinet dapur, kabinet baju, pemanas air, macam-macam. Tetapi, ini yang saya nak tegaskan. Apa jadi dengan cadangan Rumah Harapan ini? Rumah Selangorku sekarang ini ialah kos pembinaan semakin hari semakin meningkat. Kita lihat PKNS kita hari ini dah naikkan harga jualan daripada RM250,000.00 kepada RM290,000.00, itu pun semalam disebut dan ditegur oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, PKNS tak laksanakan. Satu (1) unit pun tak dicadangkan. Inikan pula yang ini, Rumah Harapan ini. Ini apa nak jadi? Bila nak buat? Dan siapa nak buat? Jadi saya takut nanti Rumah Harapan, ia tidak
ada harapan, harapan tinggal harapan. Jom Pusing Selangor, Selamat Datang ke Selangor, Surprising Selangor.
Yang Berhormat, rumuskan.
Jadi, sebab itu saya nak tegaskan bahawa dalam keadaan kita sedang mengejar masa dan kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu, kita mesti cepat. Sebab itu saya yakin Duli Yang Maha Mulia Tuanku menegaskan supaya kita semua mesti melaksanakan tanggungjawab dengan integriti, efisien dan penuh berdaya saing dan ini juga termasuk dalam pembangunan-pembangunan dalam kawasan saya. Saya nak minta Kerajaan Negeri untuk respond, ini ada tiga (3) pembangunan dalam kawasan saya yang telah diluluskan pada tahun seawal tahun 2019, tahun 2020. Peruntukannya diluluskan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang ketika yang Berhormat Hulu Kelang merupakan Menteri di Persekutuan. Satu (1) surau Kampung Sungai Pusu diluluskan RM1.3 juta ini nak bina surau baru, Kafa Jabal Nur Seri Gombak diluluskan Yang Berhormat Hulu Kelang meluluskan RM2 juta tahun 2020. Pembangunan semula surau dan Kafa Pinggiran Batu Cave RM7.8 juta diluluskan. Lulus tahun 2020 tetapi sehingga ke hari ini masih di peringkat menunggu ulasan daripada SJMC. Harga pembangunan kos semakin hari semakin meningkat. Kita sedang bergelut dengan inflasi, jadi daripada tahun 2020 sekolah Kafa daripada enam (6) kelas dah tinggal empat (4) kelas. Saya takut kalau tangguh lagi dia tinggal dua (2) kelas, lama-lama no class.
Yang Berhormat sila tutup ya.
Jadi, sikit untuk penutup. Tak bagi chance langsung.
Dah lama dah merah. (Ahli Dewan ketawa)
Merah kan Harapan. Macam tak suka pula.
Sekarang ya.
Speaker, saya juga nak bangkitkan dan saya nak ulangi
Isu lain ataupun nak tutup dah Yang Berhormat?
Isu lain
Saya minta Yang Berhormat untuk buat rumusan dan tutup.
Rumusan, rumusan. Ini nak penutup. Titah Tuanku, Tuanku menitahkan semua Wakil Rakyat perlulah berkhidmat untuk rakyat dan memikirkan program-program yang boleh membantu dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Tuanku bertitah ingin melihat Kerajaan dan Perkhidmatan Awam di negeri Selangor ini melaksanakan tanggungjawab dengan integriti, efisien dan berdaya saing. Sidang yang lepas saya dah bangkitkan ini soal peruntukan ADUN. Kami ini ADUN pembangkang walaupun cuma terima RM400,000.00 kami bersyukur. Tahun ini waran pun dah sampai tetapi saya masih lagi menunggu bukan sahaja jawapan tetapi juga tindakan daripada Kerajaan Negeri supaya membenarkan ia tidak hanya di limit kan kepada peruntukan perubatan dan juga pendidikan semata-mata. Hari ini rakyat bergelut dengan kehidupan seharian mereka. Kos sara hidup yang begitu tinggi, siling kelulusan, siling kelulusan ini tidak boleh RM1,000.00 sahaja, ia mesti lebih sikit sebab saya dah ulang, saya dah sebut dalam yang lepas hari ini nak buat tapak dialisis sahaja, bagi RM1,000.00, pergi Hospital Kerajaan tak boleh buat. Tapak dialisis Hospital Kerajaan RM2,500.00 Tuan Speaker, jadi sebab itu saya mohon perhatian daripada Kerajaan supaya lihat isu ini dan berikan siling yang sesuai dengan keadaan semasa dan Tuan Speaker, satu yang terakhir tentang ini, isu kelulusan. Betul kami luluskan, kami tak minta duit itu masuk dalam akaun Pusat Khidmat kami. Kita luluskan hantar ke Pejabat Daerah, Pejabat Daerah akan keluarkan cek. Tetapi pada masa yang sama saya juga minta perhatian supaya kita dapat kurangkan birokrasi. Ini saya luluskan Bantuan Kesihatan, Bantuan Perubatan. Dulu kita boleh dapat cek dalam tempoh seminggu, paling cepat tiga (3) hari kalau di Gombak. Hari ini, saya luluskan Bantuan Perubatan saya terima cek dah jadi Bantuan Khairat Kematian sebab lebih sebulan menunggu cek. Jadi, sebab itu saya nak minta supaya kita semua dapat bekerjasama membantu dan saya nak pastikan supaya Kerajaan Negeri ini dan juga kami semua, kita semua Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor ini dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Dipersilakan Yang Berhormat Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada Lembah Jaya dalam membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istiadat Mesyuarat
Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 18 Februari 2025 di Dewan yang mulia ini. Ampun Tuanku. Patik selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya bersama sekalian Ahli Dewan yang berhimpun di Dewan yang mulia ini merafak sembah menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Patik amat menghargai keprihatinan Tuanku terhadap pelbagai isu yang menyentuh kesejahteraan rakyat dan juga kemajuan negeri. Titah Tuanku yang menekankan kepentingan perpaduan menjadi panduan utama bagi patik dan rakan-rakan dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Patik menjunjung kasih terhadap amanat Tuanku yang memuji penjimatan masa urusan pelabur dan pengusaha dengan Kerajaan dan PBT yakni Pihak Berkuasa Tempatan daripada tiga setengah bulan kepada 14 hari dan tujuh (7) hari melalui penambahbaikan proses dan prosedur semakan dan kelulusan. Ini telah menyebabkan Negeri Selangor untuk terus competitive terutamanya dari segi ease of doing business dengan izin, Tuan Speaker. Sebagai wakil kepada rakyat-rakyat Lembah Jaya, patik ingin menzahirkan penghargaan ke atas kejayaan menarik pelaburan ke Selangor yang telah membuka peluang pekerjaan kepada semua rakyat. Ini membuktikan kecekapan pentadbiran negeri dalam memastikan ekonomi negeri Darul Ehsan ini terus berkembang. Pada awalnya Kerajaan Negeri menyasarkan pelaburan sebanyak RM50 bilion. Namun, Kerajaan Negeri telah berjaya menarik RM66.75 bilion yang bakal mewujudkan sebanyak 50,222 peluang pekerjaan berkualiti dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perusahaan utama. Inisiatif ini dijajarkan di sembilan (9) daerah dalam negeri Selangor agar manfaatnya dapat dirasai hingga ke akar umbi selaras dengan matlamat menjadikan Selangor negeri yang terus maju dan tetap berdaya saing. Besar harapan ibu bapa di Lembah Jaya terutamanya yang mempunyai anak di sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi sama ada swasta ataupun awam agar ribuan peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan ini dapat menjadi sumber rezeki dan tempat membina kerjaya untuk masa depan yang lebih cerah bagi anak-anak mereka dan generasi yang akan datang. Kerajaan Tuanku yang telah melaksanakan program Kita Selangor 1.0 dan akan melancarkan program Kita Selangor 2.0 yang menekankan semangat perpaduan, ketabahan dan kesediaan dalam melakukan perubahan positif selari dengan Titah Tuanku pada Pembukaan Dewan kali ini. Selain itu, usaha tebatan banjir di Lembah Jaya yang hampir mencapai 100% persiapannya merupakan kemajuan dan satu kejayaan yang besar dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Lembah Jaya. Rancangan pengorekan sungai secara berkala telah pun dijadualkan dan di sini patik ingin merakamkan penghargaan kepada pihak yang berwajib yang telah memastikan projek ini berjalan dengan lancar terutamanya Pejabat Daerah Hulu Langat dan JPS Hulu Langat. Patik juga ingin memuji Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana berjaya mengimbangkan belanjawan dengan baik. Kalau dahulu defisitnya agak besar, dua (2) tahun lepas, kali ini diunjurkan pelan satu belanjawan yang seimbang pada tahun ini. Terima kasih kepada YDP. Diharapkan kejayaan ini dapat diteruskan dengan
meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat sejajar dengan kenaikan hasil Pihak Berkuasa melalui cukai taksiran, kami di Lembah Jaya sedar bahawa kawasan Kampung Tradisi dan Flat Kos Rendah tidak dikenakan Cukai Pentaksiran dan terdapat 7 Kampung Tradisi serta beberapa gugusan Flat Kos Rendah di kawasan kami. Justeru itu patik berharap Perkhidmatan MPAJ kepada kawasan-kawasan ini adalah sama taraf dengan yang diberikan kepada taman-taman perumahan M40 dan kawasan elit. Dalam pada itu usaha menggantikan semua paip bekalan air di Selangor secara berperingkat sedang berjalan berperingkat sedang berjalan di banyak DUN termasuk di Lembah Jaya contohnya di Jalan Ampang Indah 1. Patik mengambil semangat peribahasa berakit-rakit dahulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Meskipun kerja-kerja ini menimbulkan ketidakselesaan semasa dan sementara namun manfaat jangka panjang yang akan memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada rakyat.
Mengenai pengangkutan awam patik ingin mengajukan pertanyaan berkenaan grand design dengan izin Demand Responsive Transit (DRT) Negeri Selangor memandangkan program ini telah mendapat sambutan yang baik dan kini turut disertai oleh syarikat seperti RAPID KL. Apakah terdapat bentuk kerjasama dengan RAPID KL untuk memperkembangkan lagi inisiatif DRT ini? Patik ingin mengucapkan tahniah kepada pihak berwajib atas pelaksanaan lorong bas pertama di Negeri Selangor. Bagi laluan Jalan Ampang dan Bandar Baru Ampang setelah lebih setahun usaha ini dijalankan ia kini telah menjadi kenyataan dan sangat membantu penduduk-penduduk di ampang khususnya di Lembah Jaya untuk menggunakan pengangkutan awam jika mahu ke Kuala Lumpur. Patik berharap kekerapan bas di laluan ini dapat di tingkatkan supaya rakyat mendapat lebih manfaat khususnya bas bernombor 300 dan 303. Laporan menunjukkan peningkatan penunggangan lorong bas daripada Ampang Point ke Kuala Lumpur meningkat sebanyak 42% sejak daripada diperkenalkan dan ini menunjukkan keberkesanan inisiatif ini di kawasan Ampang. Patik juga ingin mencadangkan agar sistem DRT dapat dikembangkan selaras dengan perkenalan lorong bas di kawasan Lembah Jaya sehingga Taman Mula Jaya dan juga Lembah Jaya Utara bagi meningkatkan lagi kecekapan sistem pengangkutan awam di kawasan ini. Akhir kata patik sekali lagi menjunjung kasih di atas Titah Tuanku dan berdoa semoga Allah S.W.T. mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Sekian, wabilahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Giliran seterusnya Yang Berhormat Sungai Panjang. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan sekalian. Sungai Panjang mulakan dengan firman Allah S. W. T, auzubillah minashaitan nirajeem. Waiz qaala rabbuka lil malaaa’ikati innee jaa’ilun fil ardi khaleefatan qaalooo ataj’alu feehaa mai yufsidu feehaa wa yasfikud dimaaa’a wa nahnu nusabbihu bihamdika wa nuqaddisu laka qaala inneee a’lamu maa laa ta’lamoon. Allah S. W. T berkata kepada para malaikat aku hendak jadikan pemimpin, khalifah di muka bumi, malaikat berkata wahai tuhan adakah kau hendak jadikan golongan yang suka melakukan kerosakan dan bergaduh sampai tumpah darah dan Allah S. W. T menjawab aku tahu segala-galanya yang engkau tidak tahu. Surah Al Baqarah surah yang kedua juzuk yang pertama ayat 30 halaman yang keenam. Izinkan Sungai Panjang memulakan perbahasan Titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini dengan serangkap pantun.
Pelbagai bangsa berlainan bahasa, Bahasa Melayu menyatukan kita, Jika ingin Negeri sentosa, Al-Quran dan Al-Sunah rujukan kita.
Sungai Panjang mewakili rakyat di kawasan Sungai Panjang mengambil bahagian untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Selangor atas Titah yang menzahirkan kecaknaan kepada Kerajaan jua kebajikan rakyat sempena di Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Ke Tiga Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 pada 18 Februari 2025. Sungai Panjang juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana sudi menyampaikan Titah baginda kepada Dewan yang mulia ini pada 18 Februari 2025 lalu.
Tuan Yang Dipertua dalam Titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang lalu setiap barang Titah ke bawah Yang Maha Mulia Tuanku Sultan menggambarkan kepimpinan yang cukup berhemah, berhikmah dan selaras dengan maqasid syariah terutamanya apa yang diTitahkan berkaitan tingkah laku wakil rakyat yang mana rakyat sentiasa memerhati dan menilai wakil rakyat yang mereka pilih. Ini bagi menamatkan kemelut dan politik dendam yang tidak menentu secara harmoni. Berdasarkan Titah ucapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pada khidmat Sungai Panjang Titah nasihat dan syor Tuanku Sultan, Kerajaan Negeri perlu memperkasa, menyegerakan dan melaksanakan perkara-perkara yang di Titah seperti perkhidmatan kesihatan, keperluan air bersih, rancangan tambatan banjir dan tanah runtuh dengan mengambil langkah yang proaktif dalam menangani isu-isu ini. Tuan yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian Sungai Panjang ingin menyentuh 5 isu.
Yang Pertama berkaitan Titah Sultan, yang kedua berkaitan hubungan sesama rakyat terus diperkukuh, yang ketiga keterjaminan makanan, yang keempat pemilikan tanah dan yang kelima membela nasib peniaga. Pertama, Titah Sultan yang berkaitan dengan Titah Sultan, Sungai Panjang mendapat dua surat rujukan MSLE Sekinchan 06032023, 6 Mac 2023 ketika menjadi ADN Kawasan. Kedua MSLK Sekinchan 300524, 30 Mei 2024 surat yang sama di copy dan diletakkan Titah Sultan dalam surat ini berbunyi adalah merupakan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor semasa baginda mencemar duli ke Sekinchan pada 22 Mei 2017. Ketika disemak dalam laman web Majlis Daerah Sabak Bernam dan di dalam tentatif ini tidak adapun Titah Sultan. Sungai Panjang ingin bertanya setelah enam tahun kenapa Titah Sultan ini baru dikeluarkan adakah disorok sebagaimana Putrajaya ataupun bagaimana sebentar hearsay sekejap hearsay sekejap ada sekejap tiada. Jadi Sungai Panjang berharap selaku EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan dapat menjawab adakah Titah ini wujud ataupun tidak. Kenapa? Kerana Titah ini pada tahun 2017 dan selama dalam 6 tahun ini ada perkara-perkara yang berlaku tetapi baru dikeluarkan Titah pada 2023 dan diulang sebagai EXCO pada 2024. Yang kedua dalam Titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada 18 Mei 2025
Tuan Speaker.
Sungai Panjang ada yang bangun.
Saya mohon penjelasan sahaja. Tiada provokasi.
Minta maaf. Dalam Titah Sultan itu.
Tuan Speaker, sebab apa ia perlu diperjelaskan. Kami pun tertanya apa Titah apa yang hendak dibawa sebenarnya.
Sila duduk tiada ruang dari Sungai Panjang.
Tidak dibenarkan. Beta ingin melihat hubungan sesama rakyat terus diperkukuhkan dan dijauhi dari berpecah belah disebabkan kepentingan politik serta perbezaan bangsa dan agama. Dalam perkara yang kedua ini Sungai Panjang ingin menyentuh tentang gerakan Evangelist yang semakin meruncing di dalam masyarakat kita yang mana sebenarnya Buchanan telah menulis buku Sang Nila Utama dan The Lion Of Judah dan sebelum pada itu. Kenapa macam cepat sangat?
Teruskan sebanyak 10 minit.
Bukan 15 minit?
Bukan 15, 10 minit sahaja.
Baik, Sungai Panjang ingin menimbulkan bahawa MAIS telah mengeluarkan satu buku tentang Pendedahan Evangelist pada tahun 2014 dan pada 1988 juga Kerajaan telah mewartakan satu Enakmen tentang Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam pada tahun 1988 yang kebetulan 10 tahun sebelum itu gerakan ini telah mula bergerak di Malaysia dan sehingga ke hari ini. Pertanyaan Sungai Panjang penguatkuasaan dibuat dan perhimpunan-perhimpunan mereka ini perlu dikuatkuasakan supaya tidak akan ada lagi Muslim Evangelist. Yang seterusnya yang ketiga diringkaskan tentang keterjaminan makanan Sungai Panjang berharap bahawa selepas ini walaupun harga padi diletakkan kepada RM1,500.00 sebenarnya antara faktornya adalah waktu tuaian padi itu bersamaan dengan tuaian padi di FELCRA maka para pembeli-pembeli ini tidak dapat meletakkan harga yang tinggi bila letak harga tinggi mereka akan lari ke FELCRA maka Sungai Panjang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menyusun kembali, mengatur kembali aturan air untuk sampai di kawasan-kawasan sawah bendang di Sungai Panjang dan juga Bagan terap supaya waktu tuaian padi itu tidak bersamaan dengan tempat lain. Begitu juga tentang subsidi baja tidak perlu di serahkan kepada konsultan sebaliknya kembalikan kepada petani agar mereka dapat uruskan dan begitu juga pesawah yang menanam padi untuk beras Sungai Panjang mencadangkan supaya Kerajaan memberikan insentif kepada pesawah yang menanam padi untuk beras bukan menanam padi untuk benih kerana pesawah yang menanam padi untuk benih mereka dapat menjual dengan harga yang tinggi tetapi yang menanam untuk beras dapat harga lantai daripada RM1,600 sampai kepada sabak RM1,350 per tan. Jadi Sungai Panjang mengharapkan supaya Kerajaan memikirkan bagaimana boleh memberi insentif kepada petani yang menanam padi untuk beras. Sekarang ini yang sepatutnya kita menanam untuk beras ada sekitar 17 ribu hektar, 42% padi yang ditanam untuk beras, manakala 58%, 10 ribu hektar padi yang ditanam untuk benih dan tentang yang terakhirnya.
Terakhir Tuan Speaker, saya potong 1 point, patut lima jadi empat. Tentang dalam Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada 18 Februari menegaskan agar membela nasib peniaga dan bukan manipulasi orang tengah. Sungai Panjang ingin membangkitkan tentang isu penguasaan industri songkok oleh PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) dan kesan kepada ekonomi negara. Yang kita tahu bahawa songkok yang kita pakai ini rupanya dimonopoli oleh PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) yang mana jumlah setahun jualan songkok ini boleh mencecah 35 juta dalam kajian DOSM. Maka
sebab itu Sungai Panjang ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri mengajukan beberapa soalan. Yang pertama, apakah inisiatif atau bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada pengusaha songkok tempatan di Selangor?, adakah terdapat geran, pinjaman khas dan sebagainya?.
Kedua, apakah usaha yang telah dilakukan bagi menaikkan martabat industri songkok tempatan memandangkan songkok di pakai oleh Raja-Raja Melayu?. Hari ini yang saya pakai ini, Songkok Brunei. Ada Yang Berhormat Sungai Burung pakai Songkok Selangor. Ada yang pakai Songkok Agong sekarang (Johor). Nampak rendah sikit dan berbagai-bagai songkok maka, apakah usaha yang dilaksanakan untuk memartabatkan industri songkok?. Ketiga, adakah kerajaan bercadang untuk mendapatkan pengiktirafan standard bagi pembuatan songkok dari Jabatan Standard Malaysia. Memandangkan ia melambangkan identiti warisan budaya keagungan Raja-Raja Melayu. Jadi, apakah langkah yang konkrit yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan industri ini?.
Akhirnya, Sungai Panjang mencadangkan membangunkan hab Industri Songkok di DUN Sungai Panjang kerana kita ada anak jati Sungai Panjang Negeri Selangor “SONGKOK MALAYA’ yang mendapat Anugerah Reka Bentuk Malaysia 2023, yang mendapat 10 Usaha Wanita 2024 WANITA BERDAYA SAING Selangor, yang mendapat Anugerah Usahawan Terbaik MIDEC 2023, Anugerah INOVASI Selangor 2022. Kesimpulannya saya mendesak kerajaan agar mengambil tindakan segera terhadap penguasaan PATI dalam industri pembuatan songkok. Kita tidak boleh biarkan industri warisan ini hilang ke tangan pihak luar. Sudah tiba masanya kita mempromosikan dan melindungi perniagaan setempat sekali gus memastikan hasil cukai dari industri ini dapat diguna untuk pembangunan ekonomi negara berbanding dengan PATI.
Sila tutup Yang Berhormat
Dan akhirnya, saya tutup dengan pantun Banjar.
Lorok banyu kadalam bulan, Naik gasa mengurung si iwak paten, Islam itu agama nang damai, Damai dilahir damai di batin.
Pantun Ramadhan,
Daun pudak atau pandan, Bawaik ka pasar are arbak, Parak babanar bulan Ramadhan, Jangan ngalintar awan puasak.
Sungai Panjang menjunjung kasih Titah Ucapan Baginda Tuanku Sultan. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pajang. Dipersilakan Yang Berhormat Rawang.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker yang memberi peluang untuk saya menyertai perbahasan pada kali ini. Tuan Speaker saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh mengenai dengan status kewangan dan juga rizab negeri Selangor yang semakin kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika kita lihat kembali sejarah kewangan negeri, rizab negeri Selangor pernah mengalami penurunan mendadak pada tahun 2014 sehingga 2017. Namun, bermula pada tahun 2018 sehingga kini kita nampak satu trend pemulihan dan pengukuhan yang lebih stabil kini telah mencatat lebih daripada RM 4 bilion. Walau bagaimanapun kekukuhan kewangan ini harus dirasai oleh rakyat secara langsung. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sendiri dalam titah telah mengingatkan bahawa perancangan pembangunan negeri bukan sekadar untuk keuntungan tetapi mesti menitik beratkan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat. Ni satu peringatan penting agar Kerajaan Negeri tidak hanya berbangga dengan angka rizab yang besar tetapi perlu memastikan bahawa rizab digunakan dengan bijak dan berkesan untuk kesejahteraan rakyat. Rizab negeri yang tinggi adalah satu pencapaian yang baik. Kerana ia mencerminkan pengurusan kewangan yang berdisiplin dan juga mampan namun pada masa yang sama rizab yang kukuh tidak boleh sekadar menjadi angka di atas kertas tanpa impak langsung kepada rakyat. Kita harus bertanya bagaimana rizab ini boleh diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan Negeri memperhebatkan program kebajikan rakyat dengan mengambil pendekatan seperti berikut. Kerajaan Negeri perlu menyemak semula permohonan bantuan kebajikan supaya lebih ramai yang memerlukan dapat menikmatinya. Sebagai contoh, bantuan kewangan golongan B40 sering terhad dengan kategori tertentu sahaja. Kerajaan boleh meluaskan kelayakan kepada golongan M40 yang berada tekanan ekonomi akibat kenaikan kos sara hidup. Jika sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada kumpulan tertentu dalam skala kecil, Kerajaan Negeri boleh mempertingkatkan. Meningkatkan jumlah penerimaan manfaat agar lebih ramai rakyat dapat merasai kesan positif daripada kekukuhan kewangan negeri.
Selain daripada bantuan kewangan langsung, kerajaan boleh memperbanyakkan program kemasyarakatan yang menyumbang kepada pembangunan sosial seperti peningkatan kemudahan kesihatan, usahawan kecil sederhana serta menambah baik infrastruktur awam. Pelabur dan pembangunan di negeri Selangor perlu mengambil kira impak kepada warga tempatan bukan hanya beri tumpang kepada projek mega yang menguntungkan pelabur besar tetapi rakyat biasa tidak merasai manfaatnya.
Tuan Speaker, saya menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dalam mengukuhkan kewangan negeri Selangor. Namun, saya ingin mengingatkan bahawa rizab yang kukuh bukan sekadar satu (1) angka tetapi mesti diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat.
Tuan Speaker, dalam era ekonomi digital dan juga automasi, kita melihat satu keperluan mendesak yang meningkatkan literasi ekonomi serta kemahiran dalam kegunaan teknologi dan juga kecerdasan buatan iaitu AI dalam kalangan rakyat khususnya dalam golongan peniaga kecil, penjaja dan juga SME di Selangor di mana aktiviti berkembang pesat. Kerajaan perlu mengambil langkah positif bagi memastikan golongan ini tidak ketinggalan dalam arus perubahan ekonomi global. Hari ini kebanyakan perniagaan memerlukan pemahaman ekonomi yang lebih mendalam bukan sekadar bergantung dengan strategik tradisi. Peniaga kecil atau pun SME perlu memahami asasnya, pengurusan kewangan, kos operasi, penetapan harga, strategi pemasaran digital agar mereka dapat mengurus perniagaan dengan lebih cekap. Namun cabaran yang lebih besar ialah kekurangan pengetahuan dan juga penggunaan teknologi dan AI dalam perniagaan mereka. Banyak penjaja dan juga usahawan kecil masih tidak biasa dengan platform digital, sistem pembayaran elektronik, automasi inventori, pemasaran dalam talian dan juga analisis data. Ini menjadikan mereka kurang berdaya saing dalam pasaran yang semakin dipacu teknologi. Menurut laporan Bank Dunia, hanya 35% SME di Malaysia telah beralih kepada digitalisasi sepenuhnya. Manakala, selebihnya masih menjalani operasi yang secara konvensional. Ini menunjukkan bahawa terdapat jurang pengetahuan yang perlu di atasi bagi memastikan mereka dapat bersaing dalam ekonomi moden pada hari ini.
Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor boleh memainkan peranan yang penting dengan menggunakan fasiliti serta data sedia ada untuk menyediakan pendidikan ekonomi dan teknologi yang lebih komprehensif kepada penjaja atau pun SME. Antara langkah yang boleh diambil sebagai contoh kerajaan boleh manfaatkan pusat kemahiran sedia ada untuk menubuhkan program latihan khas untuk mengajar penjaja dan SME peniaga tentang kegunaan teknologi dan AI dalam perniagaan. Latihan ini boleh merangkumi topik seperti pembayaran digital, pengiklanan dalam talian, pengurusan inventori, dan juga analisis dan data pelanggan. Kerajaan boleh juga menawarkan geran khas atau pun insentif kewangan kepada SME yang mahu beralih
kepada sistem digital. Langkah serupa boleh diadaptasi di Selangor dengan menggunakan dana Kerajaan Negeri dan juga bantuan agensi seperti Invest Selangor untuk menyokong usaha digitalis perniagaan mereka. Kerajaan boleh menggunakan juga data-data perniagaan yang mereka memohon lesen diperoleh oleh PBT dan juga agensi berkaitan untuk mengenal pasti kumpulan peniagaan yang paling memerlukan sokongan dalam aspek ini.
Tuan Speaker, perubahan landskap ekonomi memerlukan kita bertindak pantas dalam memastikan peniaga kecil SME tidak ketinggalan dalam era digital. Juga kita mahu Selangor kekal sebagai negeri yang progresif berdaya saing kerajaan Negeri mesti mengambil inisiatif untuk memperkasakan pendidikan ekonomi dan juga teknologi dalam kalangan rakyat terutamanya dalam golongan penjaja dan juga SME. Salah satu.. Tuan Speaker, saya juga ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini dalam satu isu yang semakin meruncing dan memberi kesan besar kepada rakyat yang B40 iaitu Pengurusan Bangunan Strata Rumah kos Rendah. Kita harus menerima hakikat bahwa hampir semua Bangunan Strata Rumah Kos Rendah di negara ini berhadapan dengan masalah penyelenggaraan yang serius. Keadaan ini berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya kelemahan pengurusan dan kekangan kewangan oleh JMB atau pun MC. Salah satu isu yang menyebabkan perumahan strata kos rendah iaitu Status Kewangan yang tidak stabil oleh JMB dan MC. Banyak penduduk rumah kos rendah menghadapi kesukaran untuk membayar yuran penyelenggaraan secara konsisten. Dalam banyak kes, kadar kutipan yuran penyelenggaraan yang rendah menyebabkan MC atau pun JMB tidak mampu menampung kos baik pulih infrastruktur dalam kawasan. Akibat yang sering berlaku seperti longkang tersumbat, kawasan persekitaran tidak terurus, lampu jalan rosak.
Isu ini bukan sahaja menjejaskan kualiti penduduk tetapi menyebabkan nilai hartanah jatuh dan menimbulkan kesan sosial yang lebih besar. so, cadangan memandangkan masalah ini tidak dapat selesai sepenuhnya oleh JMB dan MC, saya ingin mencadangkan satu penyelesaian berperingkat dan lebih praktikal. Saya mencadangkan agar KN memberi/ mengambil alih penyelenggaraan kawasan luar daripada bangunan di perumahan Strata kos rendah. Termasuk jalan raya di kawasan perumahan kos rendah, longkang dan sistem perparitan, lampu jalan, lampu kawasan awam, padang permainan dan juga kawasan rekreasi. Dengan kata ini bangunan tersebut masih kekal lagi di bawah pengurusan JMB dan MC, tetapi bahagian luar bangunan diserahkan kepada Kerajaan Negeri atau pun PBT untuk diselenggarakan. Cadangan ini bukan sahaja boleh membatu meringankan beban mereka tetapi memastikan penyelenggaraan asas tetap berjalan dengan lancar tanpa bergantung dengan kutipan yuran. Kelebihan cadangan ini kita pun percaya PBT mempunyai pengalaman yang baik untuk mengambil langkah yang wajar untuk melaksanakan perkara seperti ini. Tuan Speaker saya percaya bahawa masalah
pengurusan Bangunan strata, rumah Kos rendah tidak boleh biar berlarutan. Oleh itu saya menggesa agar kerajaan negeri boleh mengambil langkah segera untuk mempertimbangkan cadangan ini.
Tuan Speaker saya juga ingin menyatakan pendirian tegas saya dalam satu isu berkaitan dengan kegunaan tanah dan bangunan bagi kediaman warga asing di kampung tradisi dan juga kampung baharu. Saya tidak setuju dengan sebarang usaha yang membolehkan kampung-kampung ini dijadikan tempat kediaman untuk pekerja kilang warga asing. Kampung tradisi dan juga kampung baharu bukan sekadar kawasan penempatan tetapi warisan sejarah dan identiti rakyat tempatan. Kampung-kampung ini mempunyai nilai budaya yang tinggi yang menjadi simbol kehidupan masyarakat tempatan sejak sekian lama. Jika kita membenarkan pekerja warga asing mendiami tanah di kawasan ini, ia membuka satu ruang hakisan identiti kampung sehingga sesuatu hari nanti. Kampung ini berisiko untuk menjadi kampung warga asing satu masa nanti. Saya memahami bahawa ada pemilik kilang yang mengambil kesempatan dengan harga tanah kampung, hartanah yang lebih murah untuk menjadikan tempat kediaman warga asing mereka namun kepentingan rakyat tempatan mesti diutamakan. Kita tidak mahu melihat keadaan di mana penduduk asal semakin terhimpit dan akhirnya kehilangan tanah serta kediaman mereka diri sendiri.
Saya menyeru agar kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan akan memastikan dasar peraturan yang lebih ketat dalam kelulusan permohonan kegunaan tanah dan juga zon dan bangunan di kampung tradisi atau pun kampung baru jangan sampai kita menyesal ini kemudian hari apabila kampung-kampung yang dahulu kita menjadi kebanggaan rakyat tempatan berubah wajah dan tidak mencerminkan identiti asalnya. Dan akhirnya saya ingin menyokong dan juga menjunjung kasih Titah Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rawang, pembahas seterusnya Yang Berhormat Sungai Kandis.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ingin saya terapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan terima kasih kerana diberikan kesempatan dan peluang untuk turut serta dalam perbahasan usul menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Setiap Titah dan saranan yang penuh kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor harus dijunjung ke arah menambahbaikkan lagi pentadbiran kerajaan Negeri dan yang paling penting sekali marilah kita menyahut seruan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan supaya menjaga perhubungan baik dan muhibah sesama rakyat sesama kita dan dijauhi daripada berpecah belah disebabkan kepentingan politik serta perbezaan bangsa dan
agama. Walau bagaimanapun saya percaya kita di sini sudah seperti saudara yang tidak akan berpecah, walaupun berbeza pendapat politik tetapi untuk kesejahteraan rakyat kita tetap akan bersama saya percaya InshaAllah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Kandis mendukung penuh Titah Yang Amat Mulia Sultan Selangor yang menyentuh isu integriti dan tanggungjawab pegawai kerajaan. Baginda Sultan menitahkan agar pegawai kerajaan dan penjawat awam khususnya di pejabat daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta menjauhi amalan rasuah dan penyelewengan. Saya tidak faham kerana Tuanku juga memberi amaran ini jadi sama-sama kita fikirkan. Pentadbiran yang bersih dan telus adalah kunci kemajuan Negeri dan penegasan baginda Sultan tentang amalan bebas rasuah diperkukuhkan dengan penguatkuasaan yang lebih ketat. Amalan salah guna kuasa dalam pemilikan tanah dan lesen perniagaan bukan sahaja merugikan rakyat tetapi juga menjejaskan kepercayaan pelabur terhadap pentadbiran Negeri. Oleh yang demikian, Sungai Kandis ingin mencadangkan agar audit berkala oleh badan bebas untuk menilai ketulusan setiap jabatan. Mekanisme kawasan dan tindakan terhadap pegawai yang terlibat dalam rasuah masih lemah kerana kesalahan sering kali diambil tindakan setelah mendapat liputan media.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Titah baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan mengingatkan ADN supaya memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting berkaitan dengan masa depan Negeri dan kesejahteraan rakyat perlu diambil serius. Sungai Kandis menyambut baik dan mendukung Titah baginda Sultan ini agar ADN-ADN perlu memberikan tumpuan kepada dasar dan inisiatif yang memberikan impak besar kepada rakyat bukannya sekadar debat politik yang tidak produktif. Kadangkala isu yang dianggap remah oleh sesetengah pihak sebenarnya mempunyai kepentingan besar kepada rakyat di peringkat bawah. Sebagai contoh,isu penyelenggaraan jalan raya mungkin tidak sehebat isu ekonomi, tetapi ia memberikan kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan juga kepada kerajaan Negeri. Di kawasan DUN Sungai Kandis, isu banjir dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan raya dan sistem perparitan menjadi isu utama yang terus dibangkitkan oleh penduduk di DUN saya.
DUN saya yang berkapasiti lebih kurang 120,000 orang, mereka tidak melihat kepada kemegahannya bangunan-bangunan tinggi mahupun kompleks membeli belah, yang besar yang tumbuh dengan pesat semata-mata. Kemajuan sesebuah negeri tidak boleh diukur hanya berdasarkan pembangunan, fizikal seperti bangunan pencakar langit, walau bagaimanapun di Sungai Kandis tidak ada pencakar langit,tetapi juga harus mengambil kira tahap kesejahteraan rakyat. Banyak negeri termasuk Selangor terus mengalami pertumbuhan pesat dalam sektor hartanah, tetapi aspek kemudahan awam seperti jalan raya, pengangkutan awam, hospital, dan sekolah masih ketinggalan saya harap semua
bersetuju. Contohnya di DUN Sungai Kandis juga masih banyak jalan-jalan yang berlubang sistem pengangkutan awam yang kurang efisien serta klinik kesihatan kerajaan yang sesak, di Sungai Kandis penduduk tidak mampu untuk pergi ke hospital ataupun klinik-klinik swasta. Jadi pusat kesihatan kerajaan tumpuan semua penduduk-penduduk sekolah-sekolah yang semakin padat yang mana anak-anak penduduk terpaksa pergi ke sekolah di kawasan jiran terima kasih kepada Kota Kemuning dan juga serta yang membenarkan anak-anak Sungai Kandis ke sana. Tidak ada jadi mohon sekiranya dapat dibangkitkan untuk diwujudkan atau ditambahkan sekolah terutama sekolah-sekolah menengah di kawasan Sungai Kandis. Rakyat lebih memerlukan kesejahteraan dalam kehidupan seharian daripada sekadar melihat bangunan-bangunan yang gah, taman-taman perumahan yang gah tapi tidak memberikan manfaat langsung kepada mereka penduduk-penduduk asal tetapi keuntungan hanya dikaut oleh developer-developer dengan izin.
Oleh yang demikian Sungai Kandis mencadangkan agar perancangan bandar perlu lebih seimbang dengan menumpukan pelaburan dan infrastruktur asas seperti pusat-pusat kesihatan awam, taman rekreasi dan pengangkutan dan juga pusat-pusat rawatan harian seperti pusat-pusat dialisis, fisioterapi dan sebagainya. Kerajaan Negeri boleh meletakkan syarat kepada pemaju agar setiap projek pembangunan turut merangkumi peruntukan untuk kemudahan awam serta menaik taraf infrastruktur yang ada, saya rasa perkara ini perlu diambil kira dengan kepesatan dan juga dengan keadaan ekonomi sekarang rakyat memerlukan dan jaminan daripada Kerajaan untuk memastikan developer menyiapkan prasarana ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti harapan baginda Sultan Sungai Kandis turut berkongsi harapan yang sama agar projek tambatan banjir oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bernilai RM1.774 billion segera diselesaikan kerana banjir telah menjadi satu ancaman utama di Selangor terutama di Sungai Kandis. Pelaksanaan projek kerajaan sering mengalami kelewatan dan kos tambahan akibat daripada pelbagai faktor termasuk pengurusan yang tidak cekap, kelewatan projek ini menyebabkan kerugian besar terutama kepada kerajaan negeri sendiri baginda Sultan turut menzahirkan rasa kekesalan dan dukacita dengan tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang suatu berTitah.
Apakah tindakan Majlis Bandaraya Klang selepas Titah baginda? Jawap Majlis Bandaraya Klang. Banyak rungutan daripada orang ramai termasuk pelancong dalam dan luar Negeri dan juga penduduk tempatan mengenai isu kekotoran termasuk sungai yang dipenuhi sampah, longkang-longkang tersebut yang tidak dijaga dengan rapi mengakibatkan banjir sering berlaku di kawasan Klang dan sebahagian Sungai Kandis adalah di dalam kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang. Baginda berTitah sudah berkali-kali menegur serta menasihati pihak berkuasa tempatan Majlis Bandar raya Diraja Klang serta menasihati Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri untuk mengambil
langkah efektif dan perancangan rapi dalam mengatasi masalah banjir di Bandar Diraja Klang. Saya berharap dengan pentadbiran Datuk Bandar yang baru di Majlis Bandaraya Klang keadaan akan cepat berubah. Saya bersimpati dengan Datuk Bandar untuk Majlis Bandaraya Klang sebab apabila Datuk menerima jawatan ini yang Datuk dapat walaupun Datuk tidak melakukan apa-apa silap di Majlis Bandaraya Klang. Pada sidang dewan yang lepas, Sungai Kandis telah mencadangkan agar satu bajet tambahan dapat disalurkan kepada PBT dan agensi yang berkaitan untuk mengurus penyelenggaraan infrastruktur asas seperti jalan raya, dan sistem perparitan yang sering diabaikan, walaupun memberi kesan besar kepada kehidupan harian rakyat. Tapi sehingga sekarang saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan semula, permintaan daripada kami.
Banyak jalan utama dan jalan kampung di Selangor mengalami kerosakan seperti berlubang permukaan tidak rata dan sistem pencahayaan yang tidak mencukupi, alhamdulillahlah daripada pihak Jabatan Kerja Raya Klang telah memberi kerjasama yang cukup untuk menjaga penduduk di kawasan saya. Saya harap lain-lain agensi juga dapat memberi kerjasama yang sama demi kesejahteraan penduduk sendiri. Penduduk tidak membawa apa-apa yang penting hanyalah keadaan infra di kawasan mereka yang diperlukan. Pembaikan jalan oleh PBT sering lakukan secara sambil lewa di mana tampalan yang tidak bermutu sering dilihat selepas dua tiga hari jalan-jalan yang ditampal. Walaupun Ahli Majlis di kawasan kami bukan daripada pihak kami tapi saya amat bersimpati, dengan Ahli-ahli Majlis terutama di kawasan saya hari demi hari di banned oleh penduduk kerana kualiti jalan yang dibuat oleh pihak kontraktor terutama di bahagian sebab Sungai Kandis sebelah kanan adalah MBSA sebelah kiri adalah MDK. Yang sering dirungut rosak jalan adalah di sebelah MDK saya mohon untuk diambil tindakan segera. Kesian Ahli Majlis dikutuk macam-macam kerana hari ini repair, esok rosak lusa rosak, jadi tolong. Sungai Kandis mencadangkan agar Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi berkaitan perlu meningkatkan kekerapan pembersihan longkang terutama di kawasan berisiko tinggi untuk itu Sungai Kandis selagi lagi merayu agar kerajaan negeri dapat membantu PBT dan agensi berkaitan untuk pertimbangkan bajet tambahan bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan dengan lebih efisien. Sebenarnya Sungai Kandis masih ada banyak untuk dibentangkan tapi Sungai Kandis adalah seorang ADN yang tahu mengikut kepada masa yang diberi, boleh kalau lagi satu dua page Yang Berhormat Tuan Speaker.
Cukup masa boleh rumuskan boleh tutup sekarang Sungai Kandis.
Ok tak apa, ini selebihnya saya cari direct dengan Yang Berhormat EXCO.
Itu yang terbaik, sila.
Untuk mengakhiri, Sungai Kandis berharap agar Kerajaan Negeri mempunyai dasar ekonomi yang lebih inklusif yang tidak hanya memberi fokus kepada B40 tetapi juga memastikan M40 tidak terpinggir ya. Ini termasuklah, termasuklah potongan cukai, skim perumahan mampu milik yang lebih efektif, subsidi pendidikan dan juga insentif kos sara hidup yang lebih menyeluruh untuk golongan pertengahan yang semakin terhimpit seperti saya. Saya sendiri pun kalau mohon kepada Yang Berhormat EXCO Perumahan, kalau ada Rumah Selangorku reserve lah pada saya satu. (Ahli Dewan ketawa). Jadi, saya mohon sebab ini juga kategori saya kami sebagai ADUN Pembangkang tidak ada apa yang lebih ya. Sekian dahulu daripada saya, Sungai Kandis menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul ini.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6.30 petang.
Ada yang menyokong?
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan kata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Ramai suara yang bersetuju, Usul ini dipersetujui. (Ahli Dewan ketawa).
Patut bolehlah panjang sikit, masa dah tambah.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Tiga untuk meneruskan perbahasan.
Perlahan sangat tadi. Patut kuat sikit. Bismillahirrahmannirrohim. Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh dan selamat petang. Saya daripada Batu Tiga ingin mengambil bahagian dalam membahaskan Usul menyokong Titah Ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor dalam perbahasan pada sidang kali ini. Menjunjung kasih ke atas Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas keprihatinan Ke bawah Duli Tuanku terhadap cabaran-cabaran yang telah diberikan, dilontarkan dalam Titah Tuanku itu termasuk dalam point pertama saya yang saya akan sebutkan. Selain daripada isu banjir, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita sudah mendengar tentang beberapa keadaan yang berkemungkinan kita akan menghadapi kemarau. Dalam satu kenyataan mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan pernah menyebut dalam ucapannya on climate change we often don’t fully appreciate that it is a problem, we think it is a problem waiting to happen. Kita sering kali tidak menghargai bahawa perubahan iklim adalah satu masalah yang terjadi sekarang dan kita mengagak perubahan iklim ini adalah masalah yang menunggu untuk ia terjadi. Berdasarkan pedoman ini kita boleh simpulkan bahawa perlu ada satu tindakan yang progresif untuk kita menghadapi kemarau yang berkemungkinan akan berlaku. Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat EXCO Pandan Indah dalam Harian Metro pada November lalu, kemungkinan kemarau akan berlaku sekitar tahun 2025 ke 2026, kemarau bukan sekadar fenomena alam tetapi ia mempunyai impak yang besar terhadap bekalan air. Pertanian, ekonomi malah kesejahteraan rakyat. Sebagai negeri yang sentiasa di hadapan dalam hal pengurusan sumber air, kita haruslah bersiap sedia dengan strategi yang mampan dan pada jangka panjang juga, saya ingin mencadangkan beberapa solusi yang boleh kita lihat dan perhalusi dan saya juga berharap agar EXCO ataupun Kerajaan Negeri juga mengambil perhatian.
Pertamanya ialah saya mencadangkan agar kita meningkatkan kualiti Loji Rawatan Air dan penggantian sistem paip yang usang. Loji-loji Rawatan Air di Selangor harus kita perkasakan dengan teknologi terkini untuk memastikan bahawa kecekapan pemprosesan air mentah kita berada di tahap yang efisien. Kedua ialah pembangunan tadahan air hujan bagi memastikan kelangsungan bekalan air, kita seharusnya menggalakkan pembangunan tadahan air hujan di kawasan-kawasan tertentu dan terutama kawasan-kawasan perumahan yang sikit sebanyak menyumbang kepada bekalan air tambahan yang boleh kita gunakan nanti. Yang terakhir ialah kesedaran awam tentang penjimatan air. Alhamdulillah saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana telah mencapai tahap NRW yang sangat memberangsangkan malah daripada penjimatan itu, kita juga telah menerima sejumlah amaun yang besar
daripada Kerajaan Persekutuan daripada hasil NRW telah kita usahakan itu. Saya ingin mendapatkan penerangan daripada Kerajaan, apakah usaha lain yang sedang kita laksanakan untuk kita benar-benar bersedia menghadapi kemarau yang berkemungkinan berlaku. Kita tidak minta ia berlaku tetapi kita berharap persediaan kita buat lebih awal supaya bila berlaku kemarau dan juga berlaku bencana bekalan air ini, kita berada pada tahap yang cukup bersedia malahan saya ingin mencadangkan dan berharap ia bukan sahaja akan merosakkan keseluruhan eko sistem kehidupan harian kita tetapi kita juga menuju kepada keterjaminan makanan, food security, itu juga akan memberikan kesan sekiranya bekalan air kita terganggu. Kedua ialah berkenaan dengan prestasi PKNS disebut oleh Hulu Kelang namun saya ingin mengambil satu angle yang berbeza. Dalam menjunjung kasih Titah Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor telah mengucapkan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar atas pencapaian prestasi kewangan yang sangat memberangsangkan. Saya juga ingin menyentuh tentang prestasi oleh PKNS walaupun disebut oleh Hulu Kelang ada beberapa keadaan yang mungkin kelemahan yang leak daripada retreat itu tapi saya nak sentuh apa yang terbuku dalam Buku Laporan Kewangan yang mungkin tidak dibaca oleh sebahagian kita tetapi buku ini menjelaskan tentang bagaimana prestasi kewangan PKNS hari ini adalah satu perkara yang boleh kita banggakan. Pada tahun 2023 buku ini ialah Laporan berakhir 31 Disember 2023. Pada tahun 2023, pendapatan PKNS ialah sebanyak RM1.736 bilion ia sedikit rendah berbanding RM2.6 bilion pada 2021 dan juga sedikit rendah pada tahun 2022 kala kita buat secara perbandingan. Namun di sebalik itu ialah PKNS juga telah mencatatkan peningkatan aset sejak 2013 berbanding sejak ditinggalkan oleh Hulu Kelang pada tahun 2018 hanyalah pada ketika itu RM9.13 bilion dan itupun hanya peningkatan pada empat (4) tahun pemerintahan Hulu Kelang, peningkatan sebanyak RM2.48 bilion sahaja.
Mohon laluan.
Saya habiskan sedikit Sahaja, tetapi di bawah Sungai Tua, daripada RM9.13 bilion pada tahun 2018, naik sebanyak RM4.39 bilion dan rekod tertinggi pada setakat ini 2023 ialah sebanyak RM13.52 bilion dan Hulu Kelang tidak boleh nafikan kenyataan itu malah saya boleh katakan terimalah hakikat bahawa prestasi kewangan PKNS dan aset pada kali ini jauh lebih baik berbanding pentadbiran sebelum ini. Silakan.
Taman Medan
Terima kasih Batu Tiga. Adakah Batu Tiga bersetuju bahawa dalam Titah Tuanku baru-baru ini, Tuanku menyebut bahawa inisiatif Kerajaan Negeri itu tidaklah harus memikirkan soal keuntungan semata-mata,
pertama. Keduanya kita tahu mandat yang diberikan kepada PKNS. PKNS ini bukan developer yang sama macam developer private, swasta di luar sana yang seharusnya fokus pada keuntungan semata-mata. Lebih pula lagi kalau kita hanya bincang sedikit sahaja pun prestasi kewangan ini. Yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang ini adalah isu penjualan tanah-tanah milik PKNS di bawah harga yang telah di value atau telah dinilai oleh pihak JPPH. Adakah Yang Berhormat Batu Tiga setuju bahawa tindakan menjual aset atau tanah milik PKNS pada harga bawah daripada harga yang selayaknya? Itu adalah satu pendekatan yang tidak baik untuk PKNS dan juga untuk Kerajaan Negeri kerana PKNS ini mandatnya itu lain, berbeza. Ia tidak sama macam pihak swasta, pemaju swasta yang lain. Bahkan hari ini, bila kita tanya PKNS berapa Rumah Mampu Milik, rumah rakyat yang telah dibina, berapa rumah rakyat yang telah dibaiki, kita susah nak jawab benda ni kerana fokusnya bukan itu sekarang. Jadi, adakah Yang Berhormat Batu Tiga, kalau kita rujuk pada prestasi kewangan semata-mata, ya lah nampak cantik on paper, atas buku tetapi di luar sana rakyat merintih mencari nak mendapatkan rumah dalam kawasan bandar di negeri Selangor, di Shah Alam, di Petaling Jaya sebagai contoh, semakin mahal? Adakah Yang Berhormat setuju bahawa itu keresahan rakyat di luar sana sekarang?
Saya boleh setuju sekiranya kita katakan bahawa Rumah Mampu Milik tidak mencukupi sebab dalam rekod LPHS yang telah saya baca, permohonan untuk mendapatkan Rumah Selangorku ataupun Rumah Mampu Milik ini melebihi daripada supply yang kita ada. Demand terlalu tinggi. Disebabkan hari ini untuk mendapatkan Rumah Mampu Milik di negeri Selangor dengan kadar harga tanahnya yang sangat tinggi sudah tentu ia mencabar. Saya boleh bersetuju sekiranya kita sebut tentang PKNS yang mana objektif penubuhannya ialah untuk pengagihan ekonomi, pertumbuhan sosio ekonomi yang adil berdasarkan kepada paksi dasar Kerajaan. Dan kalau sebutkan tentang penjualan itu, saya ingat itu Dato’ Menteri Besar boleh sebut walaupun dalam kenyataan itu saya ada, ada buktinya tetapi saya ingat tentang penjualan itu biarlah digulung oleh Dato’ Menteri Besar sendiri sebab itu berkaitan dengan proses bagaimana pembelian, pembidaan itu dilaksanakan. Saya hendak mencadangkan kepada PKNS, walaupun hari ini demand kepada Rumah Mampu Milik itu terlalu tinggi dan kalau pun tidak ada kemampuan daripada pihak PKNS untuk pelaksanaannya bila dilaksanakan sendiri, apa yang telah dilaksanakan oleh usaha Rumah Selangorku hari ini ialah satu pujian walaupun bukan dilaksanakan oleh PKNS. Bekerjasama dengan pihak developer mensyaratkan setiap township yang dilaksanakan itu mensyaratkan penubuhan Rumah Selangorku beberapa unit, itu sudah memadai untuk kita mencukupkan bilangan Rumah Mampu Milik tetapi dalam keadaan itu juga saya ingin sebutkan kepada PKNS kita juga perlu venture business-business baharu dan mungkin itu juga boleh memberi pulangan kepada masyarakat. Antaranya yang boleh saya cadangkan, kalau boleh kita buat jalinan kerjasama yang baik dengan rakan-rakan
strategik kita mungkin boleh jadi syarikat local domestik ataupun syarikat daripada antarabangsa untuk kita joint venture kepakaran. Kadang-kadang kita, di tangan kita tidak ada kemampuan mungkin dengan join venture itu kita boleh dapatkan sokongan daripada pihak luar untuk sama-sama dengan kita. Dan juga dengan kita melihat joint venture itu, kita juga boleh memonopoli pembangunan-pembangunan baharu yang boleh kita berikan manfaat kepada masyarakat. Sudah tentu saya ingat PKNS juga tidak akan kesampingkan soal digitalisasi dan juga kelestarian kita juga perlu ada dalam objektif pembangunan pada masa akan datang. Saya berharap pihak Kerajaan berikan tumpuan khusus dalam pembangunan PKNS untuk tempoh-tempoh tahun selanjutnya.
Mohon laluan Batu Tiga.
Habis dah PKNS, nak pergi tempat lain dah.
Sikit saja sebab, sebab, sebab tentang PKNS ..
Nanti panjang sangat PKNS, tak, panjang sangat, panjang sangat.
Dan ini ada kena mengena dengan Batu Tiga.
Cukuplah satu ..
Batu Tiga tak bagi, Taman Medan
Sikit saja, sikit saja ..
Tajuk lain pula, tajuk lain nanti bangun lagi
Tajuk PKNS, yang tajuk lain saya tak minat
Tajuk lain ada lagi ni, panas lagi ni, tengah sejuk kita panas sikit.
Tajuk PKNS
Ya, nanti kita bagi laluan.
Batu Tiga, Taman Medan sila duduk.
Tuan Speaker, Tuan Speaker, saya tak takut. Ini point saya lagi panas. Tak, tak, point sebenarnya, nanti bangun. Ada lagi. Tuan Speaker, saya ingin bawa satu penjelasan dan pencerahan tentang bagaimana suasana negatif permainan tentang Islam terancam ini dibawa di negeri Selangor. Tuduhan pembangkang ataupun penyokong-penyokong pembangkang dalam keterancaman Islam di negeri ini malah di negara ini ke dalam perbahasan saya ini sudah tentu akan menjadi panas pada petang ini dalam suasana kita pun tengah sejuk. Bukan apa, saya agak ralat bagaimana cara fikirnya untuk memahami situasi dan keadaan agama Islam yang sudah pun sudah dilihat harmoni pembangunannya dalam negara kita, di negeri kita tetapi tuduhan dan negatif itu dipermainkan. Apa sebenarnya mesej yang nak kita sampaikan? Menjawab tuduhan ini izinkan saya membawa beberapa aspek penting yang boleh kita lihat daripada komitmen Kerajaan Negeri untuk memartabatkan agama Islam dan juga membina keharmonian agama di negeri Selangor. Saya cerakinkan kepada beberapa contoh dalam Belanjawan Negeri Selangor, juga disebut dalam Titah Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Kerajaan Negeri bakal menaiktaraf 20 buah masjid dan juga kita, kita juga akan menubuhkan Majlis Syeikh Maqari’ Negeri Selangor. Kita juga ada usaha-usaha membangunkan program-program Turath malah dalam rekod Simpeni (Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM Selangor), Sistem Maklumat Pendidikan Jakim Negeri Selangor memegang rekod sekolah agama paling tinggi di Malaysia sebanyak 1131 buah (Ahli Dewan menepuk meja), kedua ialah negeri Johor 1,101 buah dan ketiga di Sabah 405 buah dan bilangan ini jauh meninggalkan kalau kita gabungkan keempat-empat negeri SG4 ini campur lah keempat-empat kesemuanya bilangan Sekolah Agama pun baru sekitar 789 buah. Negeri Selangor berada di tangga pertama bilangan sekolah dalam negara kita. So, apakah kita tidak memperjuangkan Islam? Apakah kita tidak membawa pembangunan Islam? Dan saya nak sebutkan juga sekolah-sekolah yang kita tubuhkan ini berada dalam rekod simfoni ini ialah sekolah-sekolah berdaftar mengikut syarat dan sudah tentu silibusnya juga dalam kawalan kita.
Saya nak mencadangkan pada pihak kerajaan ,disebut dalam Titah Tuanku sekolah-sekolah yang tidak memenuhi syarat ini kita tutup dia, dicadangkan oleh titah tuanku. Saya nak sebut dalam beberapa naratif yang disebut oleh pembangkang juga dakwaan Islam terancam, Islam diganggu, Islam terancam, tutup sekolah, tutup sekolah
persendirian agama Islam terancam. Ini apa mesej yang kita nak sampaikan? Yang sebenarnya kerajaan buat hari ini ialah pertahankan Islam, kita tak nak ada sekolah yang tidak penuhi syarat. Kita tak nak ada sekolah yang tidak selamat, kita nak bina satu institusi yang cukup infrastrukturnya, keselamatannya, pendidikannya, silibusnya kita nak pelihara semua itu. Sebab itu, usaha Kerajan Negeri Selangor ini sangat-sangat baik dan saya sokong. Kalaupun terdapat sekolah yang kemungkinannya akan ditutup kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang juga janganlah main negatif Islam terancam. Tidak. Kita nak selamatkan sekolah itu, kalau sekolah itu tak penuhi syarat, takkan kita nak bagi juga kelulusan? Bagi ruang kepada pihak kerajaan...
Sungai Burong.
Bagi teguran, teguran. Ya saya akan bagi ruang. Bagi teguran kepada pihak sekolah untuk buat pembaikian kalau tak boleh baiki juga nak buat macam mana? Kami terpaksalah tutup. Silakan..
Batu Tiga.
Tak apa, saya bagi, saya bagi. Sila.
Yang Berhormat jaga masa ya, Yang Berhormat jaga masa.
Terima kasih Batu Tiga. Apa pandangan Batu Tiga mengenai apa yang dibangkitkan tentang syiar dan usaha Kerajaan Negeri Selangor kononnya membangunkan secara Islam dan facilities. Tetapi yang nak dibangkitkan lagi bukan sekadar facilities yang perlu disediakan tetapi adalah model insan yang perlu dibangkitkan dan dibangunkan supaya ianya selari dengan Islam itu sendiri. Kita lihat konsert 1974, bercium di atas pentas berlaku di Sepang berlaku di Selangor. Kita tengok juga apa yang berlaku di Subang Jaya sempena tahun baru..
Kena ringkaskan kita jangan buang masa.
4 orang yang mati kerana dadah.
Yang Berhormat ringkaskan..
Kita lihat keharmonian agama yang baru dibentuk jawatankuasa yang kalau dibuat undian, Islam itu sendiri dan anggota-anggota Islam itu sendiri hilang majoritinya. Ini yang kita persoalkan. Bukan sekadar facilities.
Yang Berhormat Batu Tiga dah bangun, sila ringkaskan.
Apa pandangan?
Baik, begini dalam kita membina sekolah sudah tentu kita nak melahirkan masyarakat, pelajar yang boleh mempunyai nilai-nilai Islam dalam diri mereka dan saya yakin percaya 1,131 buah sekolah agama dalam Negeri Selangor ini semua pelajar-pelajar ini tak pergi konsert tu sebab itu kita nak tubuhkan lebih banyak lagi sekolah supaya ramai yang tak pergi ke konsert itu tidaklah terlibat dalam perkara-perkara yang tidak baik.
Batu Tiga.
Kalau Tuan Speaker bagi saya 5 minit, saya beri
Yang Berhormat ringkaskan soalan, lepas itu tolong tutup lepas itu. Okay Batu Tiga
Jangan laaa.
Terima kasih Batu Tiga dan juga Tuan Speaker. Saya amat setuju tentang sekolah-sekolah dan pembangunan yang jelas menunjukkan berapa Kerajaan Negeri Selangor menitik beratkan tentang Islam. Cuma bagaimana pula apa pandangan Batu Tiga berkenaan dengan asatizah-asatizah yang bergerak di dalam masjid dan surau? Yang masih lagi ada membawa sentimen-sentimen politik dalam masjid dan surau. Begitu juga saya tanya pandangan pada Batu Tiga, ada pemimpin-pemimpin di dalam Perikatan Nasional ini yang membawa naratif songsang dalam media sosial, fitnah dan akhirnya menyebabkan kerelaan tidak selesa dalam masyarakat kita. Apa pandangan Batu Tiga?
Saya mujur saya dah print siap-siap dah. Mujur Negeri Selangor ini tidak membenarkan ahli-ahli
politik berceramah dalam masjid dan surau. Kalau kita ambil contoh YB Razman Zakaria boleh buat Islam sedang diancam, kuliah di ambang Ramadhan dalam masjid lama Temelong. Ini bukan amalan yang berlaku di dalam Negeri Selangor dan kita kawal asatizah-asatizah kita dalam negeri ini supaya beri pencerahan dan penilaian ilmu yang sepatutnya. Yang Berhormat Speaker, saya pergi...
Minta tutup ya, rumuskan terus.
Satu masa lagi sebab berkaitan dengan OKU. Saya pun kena sebut juga sebab ini melibatkan golongan minoriti kita .
Ringkaskan, ringkaskan..
Terima kasih banyak. Yang Berhormat Speaker adalah menjadi tanggungjawab kita bagi memastikan pihak PBT juga mengambil tanggungjawab yang besar. Hari ini, dan beberapa bulan yang lalu saya menjalankan dialog dan juga diskusi dengan ramai, banyak kumpulan-kumpulan NGO OKU yang atas kenapa kita buat itu? Sebab kita nak lahirkan sebuah Buku Dasar Mesra OKU Selangor, Dasar OKU Selangor. Dan dalam perbincangan-perbincangan itu saya nak lontarkan pada Ahli-Ahli Dewan ramai daripada kalangan ibu bapa ini juga melontarkan pada kita mereka nak juga bawak anak pergi tengok wayang, mereka nak bawak anak pergi shopping mall, supermarket, mereka nak bawa anak pergi melancong naik kapal terbang tetapi facility kita tidak menyokong kepada usaha itu. Saya mohon PBT, saya mohon sangat-sangat PBT beri penekanan sebab setiap kali development baru masuk, saya tak pasti di mana silapnya adakah drawing itu tidak dibaca dengan baik atau pun adakah ini sekadar janji-janji manis developer yang beri kepada PBT bahawa kami akan laksanakan accessibility OKU secara keseluruhan dan apakah pelaksanaan itu benar-benar dilaksanakan dengan betul. Sebab akhirnya bila pembangunan itu siap, kita lihat audit nya semua tak lepas. Nak pergi shopping mall tak boleh, nak pergi banyak-banyak tempat tak boleh, even ini juga termasuk juga surau dan masjid. So raikanlah, raikanlah permintaan para ibu bapa yang mempunyai anak OKU ini. Mereka nak bawa anak mereka keluar kepada masyarakat tetapi kalau masyarakat dan juga infrastruktur tidak menyokong kepada itu, tak ada pilihan lain selain daripada mereka menyimpan anak-anak di rumah sahaja. So itu kita tidak mahu, dan saya nak juga sebut satu lagi perkara berkenaan dengan OKU tentang bagaimana Kerajaan berperanan untuk menjaga emosi para ibu bapa, sebab hari ini ibu bapa berada dalam keadaan yang penuh tertekan. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU sekiranya kecil okay boleh dukung, boleh angkat, boleh uruskan tetapi bila anak meningkat besar, meningkat dewasa sebab itu kita lihat pilihan yang ada kalangan ibu bapa ialah bapa
berhenti kerja berbanding dengan ibu yang berhenti kerja. Sebab anak-anak makin besar, perlakukan kudrat yang kuat untuk mengangkat anak. Akhirnya sang bapa memilih untuk duduk di rumah meninggalkan kerja. Tapi stigma masyarakat biasalah dia akan cakap lelaki tak guna, duduk dekat rumah bukan itu soalnya kita nak beri yang sepatutnya kepada anak OKU tapi apa pilihan yang mereka ada. So atas faktor itu, emosi para ibu bapa juga perlu kita perhalusi.
Yang terakhir Yang Berhormat Speaker, 2 perkara tentang Selangor Maritime Gateway. Saya hanya ingin mendapatkan status pelaksanaan di Plot SA05 Seksyen 24 Shah alam, apakah status pelaksanaan pembangunan di plot ini yang terlibat dalam DUN Batu Tiga. Dan kedua tentang saranan dan pandangan saya kepada Pihak Kerajaan tentang bagaimana PBT boleh mengambil alih pembangunan atau pun maintenance jalan dan lampu dalam kawasan kampung sebab ia telah dilaksanakan oleh pihak MBSJ dan saya yakin keempat-empat bandar raya besar dalam negeri kita ini di bawah Klang, Bandar Klang Raya ini, boleh kita laksanakan dengan mengambil alih infrastruktur di bawah kampung untuk kita pastikan kampung-kampung juga mendapat tempias pembangunan yang sangat baik dalam negeri kita. Yang terakhir saya menjunjung kasih ke Titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku saya berharap setiap cadangan dan usul yang telah kita bangkitkan ini mendapat perhatian serius daripada pihak kerajaan dan saya akhiri dengan saya menyokong usul, menjunjung kasih titah ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga, seterusnya Yang Berhormat Semenyih.
Terima kasih Tuan Speaker di atas ruang kepada Semenyih untuk turut serta dalam perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sempena Istiadat Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor ke-15. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tuan Speaker sebagai memulakan perbahasan Semenyih berkongsi Sabda Nabi S.A.W. sebagai sandaran, sokongan menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Mulia Sultan Selangor. Nabi bersabda (ayat al-Quran). Maksudnya; Nabi peringkatkan sekiranya Allah nakkan kebaikan bagi seseorang pemimpin Allah jadikan baginya pembantu-pembantu, EXCO, Kabinet, rakan-rakan ADUN yang baik-baik, yang jujur, yang benar. Sekiranya terlupa, terleka ada yang tolong peringkatkan dan sekiranya pemimpin itu ingat akan ada mereka yang akan membantu perkara-perkara baik yang nak dilakukan. Sebaliknya kata Nabi sekiranya Allah nakkan sebaliknya bagi pemimpin tersebut, Allah akan jadikan baginya pembantu-pembantu, kawan-kawan yang jahat.
Sekiranya pemimpin itu terlupa tak ada siapa nak tolong ingatkan dan kalau pemimpin itu ingat, malang sekali kalau tidak ada sesiapa yang nak membantu. Hadis sahih riwayat.
Tuan Speaker, perbahasan Semenyih hanya akan tertumpu pada 4 inti pati; Yang pertama, bercakap soal demokrasi. Sebab semalam rasanya terdapat beberapa perbahasaan menyentuh soal pembangkang, seolah-olah digambarkan pembangkang masih lagi dengan mentaliti yang ekstrem, yang ganas, yang kerjanya nak melawan ala-ala sosialis yang bersifat anti-establishment. Percayalah dalam mukaddimah Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ada menyentuh soal kesejahteraan dan keharmonian sesama rakyat agar jauh dari berpecah belah disebabkan kepentingan politik serta perbezaan agama dan bangsa. Demokrasi sudah tentu tidak lahir daripada Islam namun, Islam sebagai agama yang syumul merangkumi segenap aspek kehidupan manusia termasuk soal politik menerima konsep asas demokrasi berdasarkan konsep syura dalam Islam yang selari dengan elemen-elemen demokrasi seperti pemilihan pemimpin, kebebasan bersuara, adanya elemen check and balance dan menolak pemimpin yang diktator dan zalim. Namun perbezaan asasnya sebagaimana yang kita maklum adalah sistem demokrasi moden keputusan dibuat berdasarkan suara majoriti. Sedangkan dalam Islam meletakkan hukum syarak sebagai keutamaan sebelum akhirnya diserahkan juga kepada kehendak suara majoriti kepada perkara di naskan secara detail. Maka merujuk kepada hadis tadi Semenyih ingin berkongsi apakah sikap pembangkang dalam Islam agar Yang Berhormat, masyarakat awam termasuk penjawat awam tidak melihat pembangkang sebagai wajah sosialis yang bersifat anti-establishment semata-mata. Sebagai contoh dalam Islam sebagaimana sistem demokrasi kepimpinan bukan kuasa mutlak maka kewujudan pembangkang adalah instrumen atau mekanisme semak dan imbang atau pun hisbah di mana kita semua sama-sama bertanggungjawab membantu dan memastikan keadilan ditegakkan dengan sebaiknya. Bukan semata-mata bermatlamat untuk menjatuhkan mana-mana kuasa politik sedia ada. Islam menekankan konsep syurah perbincangan dan keputusan yang dihasilkan secara kolektif dan pihak yang tidak bersetuju boleh menyuarakan pandangan mereka secara beradab dan berakhlak dalam konteks ini pembangkang bukan sekadar mengkritik apatah lagi untuk condemn perkara-perkara baik secara semberono tetapi bertanggungjawab untuk sama-sama memberikan solusi dan cadangan penyelesaian secara bersama. Maka tugas utama pembangkang dalam konteks ini adalah untuk menegakkan kebenaran dan menolak kezaliman selain memberi pandangan-pandangan balas yang konstruktif demi kemaslahatan masyarakat. Bukan watak pembangkang yang sanggup menggunakan kekerasan seperti cara anarki dan ekstrem dalam menegur pemerintah seperti demontrasi-demontrasi liar, pemberontakan atau pun rusuhan yang biasanya dianuti oleh mereka yang beraliran sosialis dan anti-establishment. Justeru Semenyih menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat agar sama-sama kita meletakkan adab dan akhlak dalam kita berbeza pandangan dengan berdasarkan hujah
dan fakta bukannya fitnah, adu domba, permainan persepsi mahu pun sentimen yang hanya akan memecah belahkan lagi masyarakat. Percayalah kesejahteraan dan keharmonian hubungan sesama rakyat di negeri Selangor ini bermula dengan keharmonian dan hubungan baik serta adap dan akhlak kita di dalam Dewan Negeri Selangor yang mulia ini. Kita selalu mendengar kata-kata perumpamaan “ikan busuk bermula dari kepala” sebaliknya jika kita terus bersikap ke anak-anakan, bertekak, bertegang leher, ibarat anjing dengan kucing tanpa perbincangan yang harmoni dan cadangan-cadangan penambaikan dan solusi yang pintas nescaya masyarakat luar akan lebih teruk terus bersengketa, beradu domba seterusnya berpecah belah sebagaimana peribahasa mengajar kita ibarat “bapa borek, anak rintik” “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Semoga kita sama-sama memupuk politik yang matang dan sejahtera dalam membangun Selangor yang sama-sama kita cintai selaras dengan hasrat dan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Kedua, kemajuan dan pembangunan Islam di Negeri Selangor. Duli Yang Maha Mulia ada menyentuh soal penyediaan latihan kepada AJK dan pegawai masjid surau agar tahap kompetensi dan kemahiran tadbir urus menjadi lebih profesional, selain menaik taraf 20 buah masjid pengurusan pada tahun ini. Semenyih memandang positif usaha dan inisiatif JAIS dengan sasaran menaik taraf 20 Masjid pengurusan pada tahun ini pun begitu Semenyih ingin bertanya, adakah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ada membuat sebarang kajian keberkesanan masjid pengurusan ini setelah beberapa tahun dilaksanakan? Bukan apa, setakat pemerhatian kasar, Semenyih mendapati kebanyakan masjid pengurusan dikendalikan oleh para imam di kalangan anak-anak muda yang rata-ratanya bukan anak tempatan maknanya di kariah tersebut. Semenyih sangat menyokong kepercayaan dan pendedahan yang diberikan kepada imam-imam muda untuk mengendalikan masjid, tinggal lagi Semenyih percaya pengurusan masjid bukan sekadar memastikan adanya laungan azan atau imam ketika waktu masuk selain urusan tadbir penuh tanggungjawab dan berintegriti. Tetapi lebih daripada itu peranan institusi masjid juga adalah untuk membangun dan menyatu padukan masyarakat Islam khususnya termasuk soal memberi persepsi positif institusi masjid ini ke dalam masyarakat termasuk kepada yang bukan Islam. Di sinilah pada hemat Semenyih pengalaman dan kematangan pentadbir dan pengurusan masjid sangat ditagih. Justeru, Semenyih mencadangkan dan berharap latihan dan kemahiran yang sewajarnya dapat dibekalkan agar kecemerlangan institusi masjid dapat ditingkatkan lagi bahkan lebih cemerlang untuk dinikmati oleh masyarakat sebagaimana dipimpin oleh penduduk tempatan dari kalangan ahli kariah yang dulunya pasti lebih matang, berpengalaman dan dihormati dalam masyarakat. Mudah-mudahan imam-imam muda yang penuh potensi ini mampu memimpin masjid dan masyarakat dengan penuh jiwa raga, dekat dengan masyarakat sebagai institusi masjid merupakan jantung dan hati kepada masyarakat muslim di Negeri Selangor.
Ketiga, DYMM Tuanku juga ada menyentuh soal integriti efficiency perancangan pembangunan negeri yang mesti memberi manfaat kepada rakyat. Bukan soal keuntungan sahaja, juga soal nasihat Tuanku kepada pegawai kerajaan, kakitangan penjawat awam terutama di Pejabat Daerah PBT agar bertugas dengan penuh tanggungjawab dan jauhi amalan rasuah serta penyelewengan. Saya kira nasihat ini juga terpakai kepada kita semua. Dalam konteks ini Semenyih ingin mencadangkan dan berpandangan sudah masanya kerajaan Negeri Selangor memandu dan memberikan hala tuju yang jelas dan terkini kepada semua agensi-agensi, badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat. Seterusnya menyusun fungsi dan peranan masing-masing agar benar-benar relevan seterusnya mencapai hasrat dan tujuan falsafah penubuhan semua agensi-agensi ini. Sebagai contoh, dalam meletakkan KPI sudah tentu ada bezanya agensi dan anak syarikat yang memang berperanan mencari sumber kewangan untuk negeri berbanding agensi yang sifatnya adalah perkhidmatan. Ya, Semenyih faham dalam suasana ekonomi pada hari ini kaedah penjimatan dan nilai independent sangat dititikberatkan. Namun Semenyih berpandangan janganlah kerana dek nak terlalu berjimat dan menampakkan duit dan dana yang banyak dalam kantung masing-masing kita sanggup berkompromi soal kualiti dan prestasi kerja sehingga menyebabkan sistem penyampaian dan perkhidmatan yang menjadi core business agensi-agensi ini akhirnya terjejas, lambat dan menyebabkan masyarakat kepanasan apatah lagi apabila ia berkait soal keselamatan rakyat. Bila bercakap soal keselamatan rakyat DYMM juga ada menyentuh isu banjir, tanah runtuh dan rancangan tebatan banjir. Inilah yang Semenyih pernah bangkitkan dalam Sidang-sidang kita sebelum daripada ini. Semenyih bukan bermaksud untuk bermewah dalam berbelanja apatah lagi untuk membazir, akan tetapi manfaatkanlah rizab yang besar demi kemaslahatan, keselamatan dan manfaat rakyat untuk mengelak perbelanjaan yang lebih besar lagi. Kesan musibah dan bencana alam lain..(bahasa arab)... Cadangan jangan bertangguh lagi. Rancangan Tebatan Banjir mesti menjadi keutamaan dan dipercepatkan sebaik mungkin.
Kedua, penguatkuasaan secara serius, jujur, penuh integriti khususnya kepada pemaju-pemaju. Semenyih sangat membangun sebagaimana yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang, di Broga ada Mah Sing masuk bahagian Kesuma dan sebagainya maka bila berkait dengan pemaju-pemaju ini kita dapati ada di sana ruang-ruang penambahbaikan khususnya dari sudut penguatkuasaan agar pemaju-pemaju dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, warga Villa Anggerik Kesuma di Semenyih sedang menderita dengan isu air di kawasan mereka. Dahlah serahan kunci dibuat dalam keadaan yang sangat menyedihkan bahkan sehingga ke saat ini mereka tidak mempunyai air yang sah dari Air Selangor walaupun telah duduk hampir setahun. Ni nak masuk Ramadan pula. Mereka hanya dibekalkan air dari pemaju sumber air untuk dikongsi. Kebanyakan mereka terpaksa membeli water pump sendiri untuk memastikan
air di dalam tangki naik ke tangki rumah masing-masing. Itu belum dikira soal kualiti jalan. Berlakunya tanah runtuh dan infra di sekitar kawasan tersebut. Masing-masing menjadi pelik bagaimana mereka boleh mendapat kelulusan untuk duduk di situ. Begitu juga bila bercakap soal infrastruktur. Semalam sedang kita bersidang, saya terpaksa keluar awal sikit untuk menyantuni mereka di Kampung Rinching Hulu. Di situ ada penambahbaikan terhadap Jalan Persekutuan. Saya faham Jalan Persekutuan tetapi apabila ia melibatkan longkang-longkang dan sebagainya akhirnya kita dapati punca utama banjir kilat berlaku adalah disebabkan oleh tiada penyelenggaraan yang baik terhadap sistem longkang dan perparitan. Mohon jasa baik PBT untuk memastikan longkang-longkang, parit-parit dalam usaha kita menaiktaraf jalan-jalan dan sebagainya, jangan disampingkan soal-soal tersebut. Begitu juga di Taman Pinggiran Saujana, Kajang. Taman Seri Haneco bila berlaku je hujan yang lebat sedikit, akan berlakulah tanah runtuh dan sebagainya. Kesianlah kami yang berada di Semenyih yang di hujung Selangor ini. Mohon sangat-sangat perhatian dapat diberikan dan yang terakhir sebagai nak respon kepada sahabat Batu Tiga tadi, kami percaya sebenarnya kita tidak ada pertembungan sesama kita. Cuma kadang-kadang isu sensitiviti itulah kita harap sama-sama dapat jaga. Sama ada di pihak sini ataupun sana. Sama-sama kita jaga sensitiviti. Sebagai contoh saya mendapat aduan daripada kawan-kawan berbangsa Cina tentang keberadaan gambar Mao Zedong dan puisinya di puncak tanah perkuburan di Semenyih – Nirvana Memorial, Semenyih. Perkara-perkara inilah sudah tentu bukannya perkara yang kita nak dekati cuma kadang-kadang perkara-perkara inilah yang boleh mendatangkan silap faham, kegusaran dan sebagainya. Di sinilah perlunya ada keharmonian sesama kita dan insya Allah kalau kita dapat berbincang secara matang dan harmoni, perkara-perkara ini boleh diselesaikan. Tetapi kalau pendekatan yang kita ambil ialah politik untuk saling tuding-menuding, jatuh menjatuh, itulah yang akhirnya masyarakat melihat orang politik kerjanya nak bergaduh sahaja dan percayalah masyarakat sedang memerhatikan kita dan orang Islam Allah tengah memerhatikan kita sejauh mana kita bertanggungjawab terhadap kerja kita. Sekian, wabillahitaufik walhidayah WBT.
Sekarang giliran Kota Kemuning. Y.B. Kota Kemuning silakan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu Kota Kemuning mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberikan peluang bagi Kota Kemuning untuk mengambil bahagian dalam Titah perbahasan ucapan DYMM Tuanku.
Saya amat kagum dengan Titah Tuanku yang mana secara keseluruhannya telah membuat Tuanku bangga dengan pencapaian Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar dan ahli-ahli kerajaan Negeri yang cukup mengagumkan. Tahap
pelaburan yang meningkat pada 66.75 bilion dan pada masa yang sama telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 50 ribu pekerjaan berkualiti tinggi. Y.B. Menteri Besar dengan izin, have shown a more action than talk only berbanding dengan Menteri Besar terdahulu, no action, talk only. Namun demikian, adalah penting untuk kerajaan Negeri untuk keep up the momentum, dengan izin untuk menjadi the greatest thing of Malaysia, dengan izin. Pada masa yang sama keselarian dan adanya kerjasama dengan kerajaan Pusat dan Kerajaan Madani telah mendapat memperkukuhkan lagi pembangunan kerajaan Negeri Selangor. Ini dapat dilihat dalam Laporan Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi pada Ogos 2024. Dengan izin, Organization For Economy Cooperation and Development (OECD) which was released on the economics survey of Malaysia in August 2024. Menekankan bahawa ekonomi Malaysia berada dalam trajectory positive. Dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan inovasi teknologi yang menjangkakan pertubuhan ekonomi sebanyak 4.7 peratus. Maka hubungan erat kerajaan Negeri dan Persekutuan sudah tentu dapat meningkatkan dan memastikan pertumbuhan berterusan. Malaysia perlu memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti, perlindungan sosial dan strategi kelestarian alam sekitar. Di samping itu semalam kita dapat lihat ada perbandingan household income yang telah dibuat oleh Hulu Kelang iaitu Kuala Lumpur dan Selangor di mana bagi populasi Kuala Lumpur seramai 2.1 juta household income adalah RM13,325 manakala bagi Selangor adalah 7.4 juta penduduk dan household income adalah RM12,233. Apa yang jelas adalah 7.4 juta penduduk menerima household income kepada RM12,223. Ini menunjukkan satu pencapaian yang cukup bagus di mana Selangor telah mencatat pertumbuhan ekonomi yang stabil. Saya check, pada tahun 2018 apakah household income – hanyalah RM9 ribu sahaja mana logiknya masa itu Kuala Lumpur masih tinggi. Tiada apa-apa cadangan diberikan pada masa itu. Tapi apa yang kita dapat jelas, daripada RM9 ribu sekarang kita dah sampai RM12 ribu. Ini menunjukkan satu peningkatan dan kestabilan ekonomi bagi Negeri Selangor.
Seterusnya saya juga ada buat perbandingan dengan Kedah di mana bagi 2.0 juta penduduk household income sekarang adalah RM5,550 sahaja. Bagi Kelantan 1.8 juta penduduk household income RM4,885. Kalau sebegini saya berpendapat adakah ini adalah prestasi pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional? Lebih baik jadi pembangkang sajalah, tak payah jadi kerajaan. Habis, kalau Negeri Selangor kalau diberikan peluang kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan.
Mohon laluan, Yang Berhormat Kota Kemuning. Y.B. sebut negeri Kedah dan juga negeri mana tadi? Kelantan. Y.B. boleh sebut negeri Pulau Pinang tak?
Ada. One minute. Adalah lebih tinggi daripada Kelantan dan Kedah lah. Lebih tinggi. Yang di bawah Perikatan semua bawah. Yang paling high. Apa soalan dia sekarang?
Kenapa saya bangkitkan ini Y.B. tak boleh compare epal dengan buah pear. Beza.
Why, you are not capable is it?
Bukan soal capable. It’s not about capability. We talk about the infrastructure, about cabaran yang dihadapi negeri-negeri ini berbeza-beza. Bila kita bandingkan Kuala Lumpur, bila Y.B. Hulu Kelang bandingkan Kuala Lumpur
(Dewan Riuh)
Y.B. Kota Kemuning bagi ruang ke tidak?
Bagi la saya cakap kejap.
Kalau Kota Kemuning bagi ruang, Y.B. Kota Kemuning sila duduk.
Tadi dah bagi ruang. Taman Medan dah tanya berapa ramai penduduk, household income
Okay, soalan tambahan.
Taman Medan, sila duduk. Ruang dah tak dibagi.
Bagi, bagi.
Terima kasih. Sebab Y.B. bagi perbandingan sebuah negeri yang berada di utara dengan negeri yang berada di Pantai Barat berbeza. Yang Hulu Kelang bagi perbandingan di antara Kuala Lumpur dan Selangor. Kuala Lumpur ni sebahagian daripada Selangor dulu. Itu yang kita bandingkan. Demografinya, Y.B. I mean, be fair, you are a learned lawyer. Jadi jangan kita main politik nak buat perbandingan
Taman Medan, ruang dah diberi oleh Kota Kemuning, sila duduk.
Taman Medan, I hear you. You sit down.
Negeri Sembilan PKR yang lead ha, sebut. Negeri Sembilan menteri dia daripada PKR.
Taman Medan sila duduk Taman Medan. Bagi ruang Kota Kemuning untuk jawab.
Taman Medan, the problem is, kamu tidak, apa yang saya cakap adalah mengikut fakta, bukanlah auta. Iaitu, untuk populasi 7.4 juta orang, Selangor telah mencapai household income, RM12,000.00. Tetapi, bagi Kedah dan Kelantan, Taman Medan sendiri, admit ataupun setuju, bahawa kamu tidak mempunyai capability, untuk mencapai satu household income yang tinggi. Let’s admit the fact. Kalau begitu, pentadbiran daripada kerajaan Kedah dan Kelantan, menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai modal untuk meningkatkan ekonomi mereka. So, I think no need to waste time on that. So, tak faham? So, you nak bahasa apa. Don’t think that you’re clever, alright. Just sit down and behave yourself.
Kota Kemuning, teruskan, jaga masa.
Ya, I’m smart, what’s the problem?
Kota Kemuning, teruskan.
Tuan Speaker, sekarang isu AI. Bukan Anwar Ibrahim, Artificial Intelligent. Duli Yang Maha Mulia Tuanku menekankan kesediaan Kerajaan Negeri dalam bidang kecerdasan buatan (AI) iaitu komitmen Kerajaan Negeri dalam, dengan izin, the adoption and adaption of AI. Harus dipuji di mana Kerajaan Negeri mencadangkan implementasi, trailblazers. Namun demikian, saya ada cadangan kepada Kerajaan Negeri. Berkenaan dengan aspek yang perlu diberi perhatian bagi AI ini, untuk menambah baik inisiatif tersebut:
1. Laksanakan penilaian risiko sebelum menyertai program trailblazers Google. Ini adalah penting untuk kita menilai risiko tersebut.
2. Pastikan kedaulatan data dan dasar keselamatan. This is very important. Sovereign data dan juga security of the data, adalah penting, di aman kita perlu memastikan bahawa ia termaktub kepada Akta Data protection act dan juga data sharing.
3. Wajib kita melakukan satu etika, AI, untuk mencegah bias dan penyalah gunaan data. Apa etika tersebut, di mana data yang di feed kepada AI adalah lebih menyeluruh, bukan sahaja kepada satu agensi sahaja.
4. Utamakan, kalau boleh, utamakan kerjasama syarikat teknologi tempatan dan manfaatkan ekonomi jangka panjang. It’s important, dengan izin, memberikan peluang kepada syarikat-syarikat tempatan yang banyak mempunyai potensi, untuk melibatkan atau membangunkan AI di negeri Selangor.
5. Seterusnya, juga, selaraskan penggunaan AI dengan strategi transformation. Dengan digital Malaysia. di mana dengan National AI Office. Ini adalah penting, National Office, memainkan peranan untuk melihat kepada aspek AI di Malaysia dan juga boleh di refer kepada negeri Selangor.
Tuan Speaker, isu seterusnya Tuan Speaker, adalah isu kesihatan. Tuan Speaker, saya amat setuju dengan cadangan Duli Yang Maha Mulia berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan mencukupi. Adalah penting untuk kita menaik taraf peralatan perubatan dan memperkenalkan geran khas untuk hospital daerah dan klinik kesihatan. Bagi membeli peralatan perubatan moden, pada masa yang sama, saya menyeru Kerajaan Negeri supaya lebih mengutamakan pembinaan klinik kesihatan yang lebih banyak. Saya nak beri satu contoh, Tuan Speaker. Ini adalah kisah benar, seorang pakcik, yang berumur 70 tahun. Dia handicap. Ingin membuat satu pembedahan katarak. Tetapi telah minta appointment di hospital Shah Alam. Masa yang diberikan kepada beliau adalah lebih kurang, masa tunggu, adalah lebih kurang lapan bulan. Tetapi beliau merungut kepada saya, bahawa beliau tidak boleh menjalankan kerja-kerja harian kerana beliau tidak dapat melihat dan mempunyai masalah untuk membuat apa-apa kerja dan perlu bergantung pada seseorang. Ini, adalah penting untuk kita relate kepada Titah Tuanku, di mana menunjukkan bahawa kenapa adalah penting, untuk Kerajaan Negeri memberikan apa-apa geran khas ataupun menambahkan klinik-klinik di negeri Selangor, Tuan Speaker.
Di samping itu, Tuan Speaker, saya juga ingin mencadangkan untuk membina hospital haiwan di negeri Selangor. Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu program, yang dijalankan oleh Jabatan Veterinar, UPM, yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri. Apa yang dapat diperhatikan adalah kepentingan penubuhan sebuah
hospital veterinary, satu inisiatif yang mencerminkan keprihatinan dan kerjasama Universiti Putra Malaysia, bagi memastikan kepakaran dan kemudahan perubatan veterinar yang berkualiti dapat disediakan. Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Negeri untuk menyokong usaha ini, dengan, kerana haiwan juga makhluk ciptaan tuhan yang berhak menerima penjagaan dan perlindungan yang sewajarnya. Tambahan pula hospital ini dapat menjadi satu pusat rawatan bagi haiwan terbiar, dan haiwan liar yang memerlukan bantuan, sekali gus meningkatkan kebersihan dan keselamatan awam di Selangor.
Akhir sekali, Tuan Speaker, saya ingin mengambil peluang ini, untuk berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri, Menteri KPKT, Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam perjuangan pembangunan inklusif dan progresif, di mana baru-baru ini, satu upacara pecah tanah pada hari Sabtu yang lepas, bagi program Harmoni Madani PPR Bestari Jaya. Melalui projek ini, Kerajaan Negeri telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menyediakan perumahan berkualiti, yang mampu milik untuk rakyat. Inisiatif ini bukan sahaja untuk memastikan kediaman yang selesa dan selamat, bagi golongan majoriti di situ adalah masyarakat india. Di ladang Mary, Nigel Garden, Bukit Tagar, Sungai Tinggi dan Ladang... Tetapi juga memupuk keharmonian serta kesejahteraan. Kerajaan Madani telah menunaikan janji, di sini, di mana pembangkang dengar ini. Kerajaan persekutuan telah memberikan RM40 juta. Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan RM35 juta dalam pembinaan rumah tersebut. Ini boleh tepuk. Kita boleh tepuk. Kuat sikit. Ini, menunjukkan apa, ini menunjukkan bahwa adalah komitmen Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani, untuk memastikan semua mendapat perhatian dan isu-isu mereka diberi perhatian. Sebelum saya akhiri, Tuan Speaker, saya juga menyentuh sedikit berkenan isu kawasan saya. Tuan Speaker, isu berkenaan.
Yang Berhormat kena buat cepat sikit. Ringkaskan.
Dah habis, saya nak rumuskan. Dah habis. Isu pam. EXCO ada di sini. Isu pam air yang untuk energies by TNB masih belum dibuat lagi di Jalan Perkhidmatan 25/35 dan Jalan Saksama 25/39. Seterusnya, juga, isu, one thing, saya perlu nyatakan di sini, komitmen YB EXCO kita, Infra, telah menunjukkan bahawa beliau turun padang, telah melihat kepada kesusahan rakyat. Tapi saya minta lagi komitmen daripada EXCO, supaya implementasi itu dapat di supervise dengan betul. Ini kerana selepas YB EXCO turun, masih tiada tindakan bagi kawasan komersial Bukit Kemuning yang selalu banjir, Tuan Speaker. Dan juga kami masih belum terima apa-apa progres berkenaan projek kerajaan persekutuan, berkenaan mitigasi banjir di Seri Muda. Yang mana penaik taraf longkang juga di Bukit Kemuning, masih tiada apa-apa tindakan dan maklumat. Dan keadaan jalan raya. Saya minta Tuan Speaker, sebagai, untuk memberikan, untuk Kerajaan Negeri memberikan komitmen di
mana jalan-jalan yang teruk, perlu diturap dan juga dibaiki secepat mungkin, Tuan Speaker. Dan juga, lagi satu, saya ingin beritahu berkenaan status pembinaan sekolah agama di Kota Kemuning. Apa yang saya difahamkan, bahawa stu tanah telah pun di reserve, bagi pembinaan sekolah ini, tetapi masih belum ada apa-apa tindakan diambil. Kalau boleh saya minta, apakah tindakan ataupun progres bagi sekolah tersebut. Dengan ini, Tuan Speaker, saya menyokong dan menjunjung kepada Titah Tuanku. Terima kasih.
Ya, saya bagi kepada Melawati dulu.
Terima kasih, Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Bukit Melawati. Yang Berhormat Speaker, Alhamdulillah, pada hari ini, Bukit Melawati, sekali lagi diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih ke atas Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas sumbangan dan bakti beliau, dalam mengetuai penjawat awam negeri Selangor dan segala keringat yang dicurahkan oleh beliau sepanjang perkhidmatannya di negeri ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, atas pelantikan selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, yang baru, dan juga kepada Yang Berhormat Dato Dr Hanif Zainal, Pegawai Kewangan Negeri, yang baru. Selamat datang dan selamat menjalankan tugas.
Yang Berhormat Speaker, beralih kepada isu, peluang pekerjaan dan penglibatan tenaga kerja tempatan, pada tahun 2024, sebanyak 50,222 peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perusahaan utama, berjaya direkodkan. Namun, persoalan terbesar daripada Bukit Melawati, berapakah peratusan tenaga kerja tempatan, khususnya, graduan anak Selangor, yang telah diserap dalam sektor-sektor yang telah digariskan ini. Apakah usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan tenaga kerja tempatan, terutamanya dalam mengisi kekosongan pekerjaan yang wujud di dalam negeri ini. Kita mempunyai ribuan, graduan anak Selangor, dari pelbagai latar belakang dan bidang. Oleh sebab itu, saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberi keutamaan kepada anak-anak kita ini, terutama dalam perangkaan sebarang dasar pada masa akan datang.
Yang Berhormat Speaker, Selangor bukan sahaja kaya dengan keindahan alam. Tetapi juga mempunyai nilai budaya dan warisan yang istimewa. Malangnya banyak lokasi pelancongan masih dalam keadaan yang kurang memuaskan. Akibat penyelenggaraan yang lemah dan perancangan yang tidak menyeluruh. Justeru, menyambut Titah Tuanku Sultan Selangor, saya percaya sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Selangor
mempromosikan dan mengkomersialkan, keistimewaan dan keunikan Selangor ini, secara lebih agresif. Dalam jawapan, Yang Berhormat EXCO, pagi tadi, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan penerbangan Air Asia. Kita faham, kerana ini adalah langkah-langkah kerjasama yang baik. Tapi bagaimanakah cara Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Air Asia ini? Adakah kita tunggu dan lihat sahaja pelancong-pelancong datang daripada luar untuk datang ke Selangor? Apakah langkah-langkah yang terbaik untuk kita mempromosikan Selangor ini dalam Tahun Melawat Selangor 2025. Seterusnya Negeri Selangor ini beruntung kerana di Selangor ini banyak padang-padang golf yang ada di Negeri Selangor. Bila kita tengok pelancong daripada Jepun, pelancong daripada China, Korea, minat dengan permainan golf itu sendiri, jadi pandangan saya lebih baik Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan promosi-promosi untuk pelancong yang minat golf ini datang sendiri ke Negeri Selangor. Kerana kita banyak padang golf, banyak hotel jadi kita pertingkatkan untuk buat promosi di negara-negara yang mana ramai minat untuk bermain golf ini. Bila kita tengok hari ini, bila promosi tengok ada poster yang mana kejohanan golf bersama Dato’ Menteri Besar ini. Jadi kalau Kerajaan Negeri melihat potensi yang besar kepada Dato’ Menteri Besar ini boleh negara-negara berpotensi yang datang ke sini minat main golf ini, ajak bersama kejohanan dengan Dato’ Menteri Besar ini. Kerana negara-negara luar ini juga bila bermain golf dengan Dato’ Menteri Besar ini adalah satu ikon di Negeri Selangor ini.
Dapat jemputan tak, dapat jemputan tak?
Hah?
Dapat jemputan tak?
Sebab tak dapat jemputanlah (Dewan ketawa). Bila saya cakap tentang mempromosikan Selangor, saya maksudkan penambahan infra dan baik pulih fasiliti di kawasan tumpuan pelancongan. Saya bagi contoh di kawasan saya di DUN Bukit Melawati yang merupakan lokasi bersejarah dengan peninggalan kubur lama dan rumah api cukup menarik untuk dijadikan salah satu ikon pelancongan di negeri ini. Namun tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, rata-rata pelancongan domestik mengadu tentang kemudahan yang tidak dijaga sistem pencahayaan yang kurang terlaluan yang tidak mesra pengunjung, begitu juga di Taman Alam ini. Saya difahamkan Taman Alam ini diuruskan oleh NGO yang diberi nama Kuala Selangor National Park oleh Kerajaan Negeri boleh saya bagi pandangan pergi jumpa dengan NGO ini nyatakan betul-betul minat NGO ini untuk menguruskan Taman Alam ini kerana Taman Alam ini saya tengok dah tak ada indah khabar dari berita untuk Taman
Alam ini. Jadi Kerajaan Negeri boleh bincang dengan NGO ini kalau betul-betul dia minat untuk melakukan perniagaan di Taman Alam ini teruskan. Kalau sekiranya tidak ada, minta ditukarkan atau pun cari yang lebih baik untuk mempromosikan Taman Alam ini.
Seterusnya Kuala Selangor yang sepatutnya menjadi pusat ekopelancongan utama tetapi masih kurang promosi dan infrastruktur yang baik. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri harus mempergiatkan usaha pemasaran digital dan kerjasama dengan agensi pelancongan serta penggiat industri bagi memastikan Selangor menjadi destinasi utama pelancong tempatan dan luar negara. Biarlah promosi dan pembangunan sektor pelancongan ini bergerak setara. Dalam titah Baginda Tuanku Sultan, Baginda telah berpesan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar menitik beratkan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat dan bukan yang boleh memberi keuntungan sahaja. Justeru Bukit Melawati sekali lagi ingin membangkitkan soal pembangunan infrastruktur yang berkualiti di DUN Bukit Melawati. Banyak jalan kampung yang masih lagi tidak di selenggara dengan baik antaranya jalan-jalan di Kampung Asam Jawa, Jalan Kampung Bukit Kuching seperti Jalan Melur dan jalan negeri di jalan kereta api lama Kampung Baharu Asam Jawa. Apa yang saya lihat adalah pada masa ini masih belum dapat perhatian walaupun aduan telah dibuat beberapa kali. Kita tidak boleh terus berada dalam keadaan di mana pelbagai projek diumumkan satu demi satu namun hasilnya tidak dapat dirasai oleh rakyat keseluruhannya. Justeru, sekali lagi saya mohon dan menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya memberikan tumpuan yang spesifikasi kepada perkara yang telah dibangkitkan.
Yang Berhormat Speaker, pendidikan adalah sektor yang paling tinggi di negeri dan negara kita. Dalam menjamin generasi akan datang justeru, keselesaan dan keboleh gunaan fasiliti pendidikan perlu dititik beratkan. Di DUN Bukit Melawati, kita ada 7 sekolah rendah dengan kapasiti murid mencecah 30 orang bagi setiap kelas. Namun di dalam kawasan yang sama hanya terdapat 2 buah sekolah menengah iaitu SMK Kuala Selangor dan SMK Seri Tanjung. Kita faham kerana bidang kuasa untuk membina sekolah-sekolah ini di bawah Kerajaan Pusat tapi kita mohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberi keutamaan tanah-tanah yang mana di bawah negeri ini untuk diberikan untuk membina sekolah menengah ini. Hal ini telah menyebabkan berlaku kebanjiran pelajar, ada yang satu kelas 50 orang dan ada juga yang seramai 60 orang. Saya rasa sangat tidak kondusif untuk suasana pembelajaran. Jadi saya mohon kepada Kerajaan Negeri melalui EXCO Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor agar isu kebanjiran pelajar di sekolah ini dapat ditangani bersama melalui perbincangan bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan. Ini bertatapan dengan fokus utama Selangor bagi tahun 2025 iaitu untuk memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai negeri terhadap dalam memperkasakan pendidikan berkualiti dengan pelbagai insentif.
Yang Berhormat Speaker, akhir kata saya harap sedikit sebanyak teguran dan cadangan diutarakan oleh Bukit Melawati pada hari ini akan dapat dipertimbangkan secara positif oleh pihak Kerajaan Negeri dan tiada apa lagi yang ingin saya lihat melainkan daripada melihat segala apa yang kita bentang, bahas dan lulus dalam Dewan yang mulia ini membawa manfaat kepada rakyat di luar sana. Akhir kata, pantun saya berikan.
Selangor Negeri penuh pesona, Dipayungi Sultan bijak bestari, Masyarakat majmuk penuh warna, Negeri aman juga lestari.
Sekian, daripada Bukit Melawati terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Bandar Baru Klang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, selamat petang dan salam sejahtera. Terlebih dahulu Bandar Baru Klang ingin mengambil kesempatan untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan titah Tuanku yang prihatin kepada rakyat. Titah Tuanku juga memberi panduan dan nasihat kepada semua yang berada dalam Dewan. Dengan ada nasihat Tuanku, Dewan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Bandar Baru Klang ingin mengambil kesempatan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pasukannya atas kejayaan cemerlang dalam menarik pelaburan berjumlah RM66.7 bilion yang telah membuka melebihi 50 ribu peluang pekerjaan dalam ekonomi tempatan khususnya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan. Sebagai nadi utama ekonomi negara, Selangor perlu terus mengekalkan momentum dan semangat ini bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan serta kemakmuran berterusan.
Oleh itu, kita memerlukan populasi yang sihat. Seperti yang dititahkan oleh Tuanku, sektor kesihatan negeri perlu diperkukuhkan terutamanya dalam meningkatkan kapasiti hospital serta memperluaskan teknologi perubatan moden. Namun sementara menanti pelaksanaan projek naik taraf dan pembinaan hospital baru, langkah-langkah proaktif harus segera diambil bagi memperkasakan pencegahan kesihatan. Inisiatif seperti Selangor Saring serta program vaksinasi di seluruh negeri perlu diperluaskan agar kesejahteraan rakyat terus dipelihara. Kita juga tidak boleh menafikan bahawa kos perkhidmatan kesihatan swasta yang semakin meningkat telah menyukarkan akses pada rawatan bagi kebanyakan rakyat. Justeru, pendekatan terhadap pencegahan kesihatan pencegahan adalah amat penting kerana ia bukan sahaja lebih menjimatkan kos tetapi juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada rawatan di hospital. Kita perlu
memastikan bahawa tenaga kerja yang proaktif berada di tempat kerja, bukan di katil hospital. Dengan iltizam yang kukuh terhadap kesihatan awam, Bandar Baru Klang yakin kita mampu membina Selangor yang lebih sihat, sejahtera dan berdaya saing. Tuan Speaker, mengenai isu denggi, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr. Mohamad Razif bin Abdul Hasan mengatakan bahawa jumlah kes denggi pada tahun lalu adalah sebanyak 122,423 kes dengan kematian 117 berbanding dengan 123 ribu kes dan 100 kematian pada tahun 2023. Selangor terus menjadi pusat utama kes denggi di Malaysia menyumbangkan hampir 50% daripada jumlah kes yang dilaporkan di seluruh negara.
Data menunjukkan bahawa dalam tempoh awal tahun ini hingga 14 Februari 2025, Selangor mencatatkan 3,558 kes daripada keseluruhan kes 8,200 yang direkodkan di Malaysia. Sebagai negeri yang menjadi pusat industri Malaysia, usaha menaikkan menangani wabak denggi adalah amat penting. Peruntukan sebanyak RM4 juta bagi program vaksinasi adalah satu langkah permulaan yang baik. Namun jumlah ini jelas tidak mencukupi untuk menampung populasi Selangor yang dianggar dalam seramai 7.2 juta orang. Oleh itu, Bandar Baru Klang mencadangkan supaya kos vaksinasi denggi dikongsi bersama penerima dalam bentuk pembayaran bersama iaitu co payment. Ini kerana setiap individu perlu mengambil tanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.
Selain itu, memandangkan vaksin denggi yang memerlukan 2 dos, mekanismenya pembayaran bersama ini akan meningkatkan kepatuhan penerima untuk melengkapkan dos kedua. Sekali gus memastikan kejayaan program vaksinasi ini. Program vaksinasi ini juga wajar diberikan keutamaan kepada golongan pekerja dan warga emas. Sasaran terhadap golongan pekerja agar untuk mengurangkan tempoh ketidakhadiran kerja akibat dengan izin, hospitalization yang dalam jangka masa panjang akan menjimatkan kos bagi individu dan majikan serta mengekalkan produktiviti tenaga kerja. Secara ringkasnya vaksinasi adalah satu bentuk penjagaan kesihatan pencegahan iaitu preventive care ia adalah pilihan yang lebih murah dan berkesan dalam jangka masa yang panjang berbanding kos rawatan hospital yang bukan saja membebankan individu tetapi juga syarikat. Bagi warga emas risiko implikasi akibat denggi adalah lebih tinggi terutamanya jika mereka mempunyai penyakit yang sedia ada iaitu core mobility. Oleh itu, vaksinasi bukan saja boleh menyelamatkan nyawa tetapi boleh juga mengurangkan beban ekonomi kepada sistem kesihatan negara.
Tuan Speaker mengenai isu influenza, pada tahun 2024 Malaysia mencatatkan peningkatan kes influenza yang ketara dengan kehadiran wabak ini sepanjang tahun serta peningkatan wabak mendadak dan musim tertentu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, Malaysia telah menjalankan ujian terhadap 46 ribu spesimen bagi saringan influenza sehingga epidemiologi spesimen iaitu awal Disember 2024, di mana
7,350 spesimen didapati positif influenza. Peningkatan kes influenza pada penghujung tahun adalah seiring dengan peningkatan hujan dan musim monsun yang sering dikaitkan dengan kadar penjangkitan penyakit pernafasan yang lebih tinggi. Oleh itu, Pihak Berkuasa Kesihatan menekankan kepentingan vaksinasi terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak kecil, warga emas, wanita hamil, individu-individu yang mempunyai penyakit kronik.
Vaksinasi tahunan adalah disyorkan bagi melindungi individu bagi varian virus influenza yang sentiasa berubah. Secara keseluruhan walaupun influenza kekal berleluasa sepanjang tahun 2024, keadaan ini telah dikawal dengan baik melalui pemantauan berterusan dan intervensi kesihatan awam. Bandar Baru Klang ingin mencadangkan agar inisiatif vaksin ini yang diperkenalkan bagi melindungi golongan berisiko tinggi. Setakat ini Kerajaan Persekutuan telah melancarkan program vaksinasi influenza melalui Apps Selangkah. Sejajar dengan itu, Selangor boleh melaksanakan inisiatif tersendiri melalui klinik panel SelCare sama ada menerusi program bersasar atau sebagai daripada inisiatif Selangor Saring.
Tuan Speaker, sambil kita memberi keutamaan kepada perlindungan kesihatan kepada penduduk dan tenaga kerja adalah sama pentingnya untuk melindungi golongan anak muda yang merupakan aset dan tunjang masa depan negara. Kita memikul tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan mereka. Isu penggunaan vape dalam golongan belia kian membimbangkan dan memerlukan perhatian segera bagi mengelakkan implikasi kesihatan jangka masa panjang yang boleh menjejaskan generasi akan datang.
Tuan Speaker, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan vape atau rokok elektronik dalam kalangan remaja Malaysia semakin meningkat secara mendadak. Trend ini semakin membimbangkan kerana ini bukan sekadar fenomena sosial tetapi sudah jadi isu kesihatan awam yang serius dan perlu ditangani segera. Menurut tinjauan kesihatan dan mobiliti atau HMS pada tahun 2017 seramai dengan izin 9.8% remaja berusia 13 hingga 17 tahun adalah pengguna vape. Pada tahun 2022, angka ini melonjak kepada dengan izin, 14.9% ini menunjukkan kenaikan drastik dalam tempoh 5 tahun. Lebih membimbangkan adalah trend ini bukan sahaja menunjukkan peningkatan dalam kalangan remaja lelaki iaitu 3.5% tetapi juga semakin melibatkan remaja perempuan iaitu 6.2%. Selain itu, data menunjukkan bahawa penggunaan rokok tradisional dalam kalangan remaja menurun daripada 13.8% pada tahun 2017 kepada 6.2% pada tahun 2022. Ini menunjukkan bahawa vape ini mengganti rokok tradisional sebagai pilihan utama dalam kalangan remaja. Vape semakin popular dalam kalangan remaja terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan ia adalah antara pengaruh rakan sebaya, remaja lebih mudah terpengaruh mencuba vape jika rakan-rakan mereka juga
menggunakannya. Tabiat merokok daripada ibu bapa, anak-anak melihat ibu bapa merokok atau menggunakan vape lebih cenderung untuk meniru tabiat tersebut. Rasa ingin tahu atau persepsi salah, ramai remaja beranggap bahawa vape lebih selamat daripada rokok tradisional sedangkan kajian menunjukkan bahawa bahan kimia dalam vape juga boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.
Yang keempat, pemasaran dan kemudahan akses produk vape sering dipasarkan sebagai trend moden dan menarik dengan pelbagai perisa dan untuk menggoda pengguna anak muda. Ketiadaan kawalan ketat yang juga memudahkan remaja membeli vape sama ada di kedai atau secara online.
Tuan Speaker, kita tidak boleh berdiam diri, Kerajaan Negeri perlulah mengambil langkah tegas dan berkesan menangani isu ini sebelum menjadi lebih parah. Bandar Baru Klang ingin mencadangkan beberapa langkah seperti berikut. Nombor satu, pelesenan khas untuk perincian vape seperti penjualan alkohol, perinci vape yang menjual vape dan rokok tradisional harus mempunyai lesen yang khas. Penguat kuasa ketat terhadap penjual kepada bawah umur. Vape tidak sepatutnya dijual kepada remaja di bawah umur. Kerajaan boleh mengadakan operasi berkala bagi memastikan pematuhan undang-undang oleh peniaga.
Ketiga, pendidikan dan kesihatan awam, kempen kesedaran adalah dipertingkatkan khususnya di sekolah dan di kalangan ibu bapa. Remaja pula diberi maklumat yang jelas mengenai bahaya vape dan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Tuan Speaker, kesihatan generasi muda harus menjadi keutamaan kita semua. Jika kita tidak bertindak sekarang, kita akan berhadapan dengan generasi yang bergantung pada vape yang akhirnya boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih besar. Bandar Baru Klang berharap Kerajaan Negeri Selangor dapat mengambil langkah proaktif dan mengawal penggunaan vape dalam kalangan remaja sebelum ia menjadi krisis kesihatan yang lebih serius. Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker, kesihatan awam adalah aset utama, kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri dengan mengambil langkah-langkah proaktif dalam mengawal isu kesihatan, kita dapat memastikan rakyat Selangor terus menikmati kehidupan yang lebih sihat, sejahtera. Bandar Baru Klang berharap EXCO dalam Dewan yang mulia ini akan menyokong inisiatif yang dicadangkan demi kesejahteraan semua. Bandar Baru Klang menyokong sepenuhnya tentang usul Titah ucapan Tuanku, sekian terima kasih.
Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker, Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera, setinggi-tinggi penghargaan saya zahirkan ke
atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang banyak menekankan soal tadbir urus yang cekap pembangunan infrastruktur serta kebajikan rakyat di negeri yang bertuah ini. Keseluruhan aspek yang dibangkitkan sememangnya amat penting kepada ke jutaan warga Selangor dan wajib untuk diambil pertimbangan oleh Kerajaan Negeri dalam merangka hala tuju pembangunan dan pentadbiran negeri.
Tuan Speaker dalam konteks nyawa dan keselamatan rakyat yang tidak sesekali boleh di kompromi Baginda Tuanku telah menyampaikan teguran kepada Kerajaan Negeri untuk tidak bersikap alpa dalam menangani musibah bencana yang melanda seperti banjir dan tanah runtuh. Biarpun bencana alam sebegini lazimnya datang tanpa diundang tetapi janganlah ini pula dijadikan sebagai satu alasan untuk pihak kerajaan melepaskan tangan atau pun lambat mengambil tindakan. Rancangan pembangunan infrastruktur yang tidak teliti dan ada kelompongan serta kelewatan demi kelewatan yang direkodkan dalam menjayakan RDT atau pun Rancangan Tembatan Banjir di negeri ini adalah penyumbang utama dan terbesar kepada bencana yang berulang. Penduduk taman perumahan Warga Desa Confield, Taman Saujana Aman, Kampung Seri Sentosa dan juga Kampung Bukit Hijau di dalam DUN Jeram masih hari ini menantikan penyelesaian masalah banjir yang berlaku berkali-kali pada setiap tahun. Tidak perlulah saya membangkitkan soal teknikal baik kerja-kerja pelebaran struktur parit mahupun pembinaan benteng, mahupun penguatkuasaan dan juga penyelenggaraan kolam-kolam tadahan air.
Semua ini sudah semestinya tersedia di dalam SOP dan kertas-kertas cadangan pihak-pihak yang tertentu. Kerajaan hari ini saya pasti tahu apa yang perlu dilaksanakan, bajet juga yang berjumlah sebanyak RM1.774 bilion sudah pun diluluskan. Maka laksanakanlah, saya mohon laksanakanlah tanpa perlu berlengah lagi. Sidang yang dimuliakan, Tuhan saja yang tahu bagaimana berbunganya hati saya apabila Baginda Tuanku telah menitahkan syor agar Jabatan Kesihatan Selangor mengadakan perbincangan yang lebih kerap dan positif bersama Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini khususnya berhubung penambahan hospital dan pusat-pusat kesihatan bagi menampung peningkatan penduduk di Selangor khususnya di kawasan-kawasan yang padat. Bukan saja kawasan-kawasan Lembah Klang seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing mahu pun Yang Berhormat Taman Medan, malah di DUN Jeram, taman perumahan seperti di Puncak Alam juga penting.
Dalam Sidang Dewan yang lepas, saya telah mempersoalkan bagaimana sebuah taman perumahan Bandar Puncak Alam yang jumlah penduduknya melebihi 100,000 ribu orang, hari ini hanya ada satu pusat kesihatan kecil. Ini pun Pusat Kesihatan ini serba kekurangan, usang, di tempatkan di tengah-tengah taman perumahan, ditempatkan di sebuah rumah teres corner lot yang sering kali mendatangkan kesesakan lalu lintas
kepada penduduk setempat. Saya memohon sekali lagi koordinasi disegerakan antara pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan juga KKM dalam melihat isu ini yang telah sekian lama tertangguh. Namun saya juga hairan hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana Menteri Kesihatan juga adalah merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor yang sepatutnya telah pun mengambil tindakan sejak 2 penggal yang lepas. Apa pun, saya pasti Titah Baginda Tuanku dalam isu ini harus diambil kira dalam usul ini untuk mengerakkan usaha ini. Saya khuatir kalau Titah Baginda Tuanku juga tidak di endah, maka hala tuju negeri ini akan menuju ke arah yang negatif.
Sidang yang dimuliakan, Baginda Tuanku juga telah mempamerkan keprihatinan dalam aspek kelestarian alam sekitar dengan menyentuh penerokaan teknologi waste to energy atau WTE yang secara kebetulannya juga terletak di dalam DUN Jeram. Dalam kita mengenengahkan keperluan menguruskan sisa-sisa pepejal dengan cekap ke arah mengurangkan pencemaran alam sekitar, saya ingin membangkitkan satu isu yang telah menghantui penduduk di sekitar Bandar Seri Confield, Desa Confield dan juga Bandar Puncak Alam setelah sedekad lamanya. Isu bukit sampah di sepanjang jalan Kuala Selangor Kepong atau pun jalan FT54 merupakan isu yang telah muak saya bangkitkan dalam hampir setiap kali sidang Dewan Negeri. Namun masalah ini masih ketara, masih belum menemui jalan keluar sehingga baru-baru ini timbul sekali lagi dalam akhbar tempatan. Saya ingin menarik Ahli-ahli Yang Berhormat hari ini, tarikh 6 Februari telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, malah tajuk ini juga lebih besar daripada gambar PMX.
Tapak sampah haram semakin melebar, ini berlaku di dalam DUN Jeram. Ini berlaku di dalam kawasan baru yang saya maksudkan. Persoalan saya mudah, kebal sangatkah pemilik-pemilik tanah yang dipenuhi sisa buangan dan sampah sarap ini untuk diambil tindakan konklusif, once and for all dengan izin. Yang Berhormat Speaker, saya telah pun panjangkan aduan dan buat semakan berkali-kali dengan pelbagai agensi. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah menyuarakan jawapan pengesahan milikan tanah, manakala PBT Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenakan kompaun, berulang-ulang kali namun hari ini keadaannya masih sama. Malah seperti mana yang saya sebutkan tadi yang seperti mana yang dilaporkan akhbar ini, keluasan tapak sampah haram ini telah bertambah sehingga 50 ekar. Saya sebenarnya mengharapkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berada dalam Dewan tapi beliau dah keluar. Tetapi saya mohon, saya mohon satu tindakan yang drastik diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah yang telah lebih 10 tahun membelenggu penduduk di kawasan DUN Jeram.
Ini juga membuktikan bahawa tindakan-tindakan sebelum ini seperti kompaun tidak mendatangkan apa-apa kesan pun. Kerajaan Negeri wajib tampil dengan kaedah yang
lebih tegas dengan penyelesaian yang berpanjangan. Saya harap cukuplah isu ini berlarutan sehingga hari ini kerana tidak ada gunanya kita bangunkan berpuluh-puluh pusat pelupusan sampah yang menelan belanja berpuluh-puluh juta ringgit sekiranya operator yang tidak bertanggungjawab ini masih bebas membuang sampah di tapak haram ini tanpa sebarang akibat ataupun legal consequences dengan izin.
Tuan Speaker, saya ingin menyuarakan satu lagi isu yang cukup besar di Bandar Puncak Alam pada hari ini iaitu kesesakan jalan Bukit Cherakah yang juga jalan FT1210. Kesesakan trafik yang amat luar biasa ini dialami oleh penduduk khususnya dari persimpangan Persiaran Puncak Alam 6 hingga Persimpangan Jalan Kuala Selangor – Kepong. Kesesakan yang teramat teruk ini sehinggakan dianggarkan ribuan pengguna jalan raya setiap hari terpaksa melalui dengan penuh sesak sehingga 2 – 3 jam hanya untuk melalui jarak jalan 2 kilometer. Sepanjang 2 minggu yang lepas, sebelum bukanya sesi persekolahan ribuan komen telah pun dipamerkan di dalam sosial media memenuhi sosial media saya sebagai wakil rakyat dan saya pasti komen-komen ini juga sampai ke pihak Yang Amat Berhormat Sungai Tua, Menteri Besar.
Kesulitan ini berpunca daripada kerja-kerja pelebaran jalan oleh pihak pemaju LBS yang telah ditangguhkan begitu lama. Keratan akhbar, saya bawa keratan akhbar Sinar Harian. Tarikh 12 November 2023. Tambah lorong jalan Bukit Cherakah elak kesesakan, kemalangan. Ketika ini, Jurutera Daerah JKR bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor telah hadir bersama pemaju dan kontraktor pemaju yang telah pun dijanjikan bahawa jalan ini akan siap sepenuhnya kepada 2025. Ini 2023, dijanjikan jalan akan siap pada 2025. Namun, awal tahun ini, pada bulan Januari bulan yang lepas, saya turun memanggil pemaju dan juga pihak agensi berkaitan. Saya pula dijanjikan dengan tarikh yang lain, iaitu pada Julai 2026. Barulah siap. Jadi, Tuan Speaker, bagaimana perkara ini berlaku. Adakah pihak pemaju dengan sewenang-wenangnya boleh melambatkan mana-mana tarikh siap jalan ataupun mana-mana tarikh pembangunan sesuatu kawasan itu. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga Tuan Speaker, projek perumahan ini diusahakan bersama Syarikat LBS dan MBI.
Maka, dalam sidang yang mulia ini, saya minta sekali lagi Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan juga pihak Kerajaan Negeri untuk melihat kepada perkara ini. Saya minta pihak MBI telitilah aduan ini. Berilah tekanan kepada pihak swasta, pihak pemaju untuk menyegerakan pelebaran jalan ini tanpa berlengah lagi. Rasailah denyutan kesusahan rakyat yang terpaksa menempuh perjalanan ini berjam-jam hanya untuk menghantar anak sekolah yang jaraknya 2 kilometer. Untuk makluman sidang Dewan mulia ini, pada minggu lepas, sebelum bermulanya sesi pembukaan sekolah, ratusan penduduk berpandangan untuk berpiket kerana aduan ini telah berkali-kali disampaikan. Tetapi tidak ada tindakan, apa pun yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Namun, setelah
berjumpa saya juga telah turun ke lapangan selama lebih 5 kali berjumpa dengan penduduk dengan kontraktor dengan pemaju, dengan agensi berkaitan. Jadi kami mengambil tindakan yang lebih rasional iaitu dengan mengharapkan pihak Kerajaan Negeri menyuarakan, menyegerakan apa cara sekalipun. Sekurang-kurangnya untuk meredakan kesesakan jalan raya. Penduduk saya pasti lebih rasional. Pelebaran jalan ini adalah satu perkara yang positif. Penduduk mengharapkan pembangunan yang kualitinya tinggi. Penduduk bukan mengharapkan jalan ini boleh siap besok ataupun bulan hadapan. Tetapi setidak-tidaknya penduduk mengharapkan pihak kerajaan, pihak kontraktor dapat meredakan, mengurangkan kesesakan ini.
Jadi, apa pun Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin berterima kasih kepada Tuan Pengarah JKR Selangor, saya nak sebut, kerana semalam hari pertama sidang Dewan, beliau telah bergegas setelah tamat Dewan terus ke lapangan. Saya juga hadir bersama-sama Tuan Pengarah JKR dan juga JKR Daerah dan juga pihak PBT, MPKS. Sekali lagi telah berusaha untuk menyenaraikan perkara-perkara yang boleh diambil tindakan oleh pihak pemaju. Jadi terima kasih sekali lagi. Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar segala permohonan berhubung masalah-masalah rakyat yang saya sebutkan tadi di DUN Jeram ini dapat diambil kira dan diperhalusi dengan serius oleh pihak Kerajaan Negeri demi kepentingan semua pihak. Saya menjunjung kasih titah Duli Tuanku Sultan Selangor. Sekian, wabillahitaufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian.
Meru.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia Madani. Salam Kita Selangor Maju Bersama. Salam Rahmah. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker, kerana memberi ruang untuk saya menyampaikan untuk saya berucap pada petang ini, di Dewan yang mulia ini. Patik menjunjung kasih dan merafak sembah atas titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj sarat dengan nasihat dan pandangan positif ke arah Selangor yang maju, sejahtera, aman dan makmur. Pertama-tama saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Infrastruktur di atas projek membaik pulih Jalan Paip yang rosak teruk yang telah saya bawa dalam sidang yang lepas, dapat dilaksanakan dengan begitu, dengan begitu baik dan tak sampai satu bulan di bawah projek turapan mega dan yang amat menggembirakan penduduk sepanjang Jalan Paip yang telah menunggu sekian lama untuk dibaik pulih.
Kedua, ialah terima kasih kepada Pengarah JPS Negeri iaitu Dato’ Ir. Ts. Nazri yang telah mengambil tanggungjawab membersihkan parit yang tidak bertuan sekian lama, iaitu
Jalan Haji Salleh yang sedikit sebanyak telah mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan tersebut. Begitu juga perkembangan positif terhadap projek kolam tadahan Kampung Budiman yang telah hampir siap, yang telah difahamkan kepada saya oleh Dato’ Pengarah JPS sendiri iaitu insya-Allah pada bulan April ini akan siap yang sedikit sebanyak boleh mengatasi masalah banjir di Meru khususnya.
Tuan Speaker, saya amat menekuni Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Saya mendapati bahawa negeri Selangor dikurniakan nikmat yang besar berupa kurniaan, kesejahteraan dan kemajuan di bawah hikmah dan kebijaksanaan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Prestasi cemerlang Kerajaan Negeri yang mencatatkan rekod hasil tertinggi pada tahun 2024 berjumlah RM2.867 bilion mencerminkan kegigihan kepimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang memandu negeri Selangor ke arah hala tuju yang jauh lebih baik dari terdahulu yang lebih lestari dan sangat merakyat. Rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Meru ingin menyinggung beberapa perkara di sidang dewan kali ini untuk dibahaskan iaitu berkaitan dengan kecerdasan buatan, keterjaminan makanan, pendidikan, penambahbaikan sekolah tahfiz dan ada satu atau dua isu kawasan.
Meru menjunjung titah Tuanku yang melihat potensi industri kecerdasan buatan yang berpotensi mencipta kesan signifikan kepada Negeri Selangor. Seperti teknologi lain, kecerdasan buatan AI akan membantu meningkatkan produktiviti dalam sesetengah pekerjaan mencipta peluang pekerjaan baru dan pada masa yang sama menggantikan beberapa pekerjaan yang sedia ada. Tuan Speaker, tinjauan oleh IPSOS Predictions 2025 di 33 buah negara mendapati bahawa Malaysia antara negara yang mencatatkan kebimbangan tertinggi terhadap kehilangan pekerjaan akibat kecerdasan buatan atau AI, dengan hampir 73 responden dari Malaysia mempercayai AI akan menyebabkan kehilangan peluang pekerjaan yang ketara berbanding purata global iaitu 65 %. Kegusaran rakyat ini ternyata ada asasnya. Data Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mencatatkan seramai 293,639 pekerja di Malaysia telah kehilangan pekerjaan sejak tahun 2020 akibat perubahan teknologi. Sektor perkilangan, perdagangan, borong dan runcit, sektor perkhidmatan profesional dan saintifik serta teknologi maklumat dan komunikasi iaitu ICT mencatatkan kadar pemberhentian kerja yang tertinggi. Maka, dalam kita teruja menyediakan infrastruktur fizikal seperti Pusat Kecerdasan Buatan, Kerajaan Negeri juga perlu memastikan bagaimana pembangunan modal insan dan penjanaan peluang pekerjaan boleh bergerak secara selari dan tidak terpisah daripada kerangka perancangan yang terbesar tentang kecerdasan buatan. Kecerdasan buatan haruslah menjadi escalator dengan izin, untuk meningkatkan produktiviti manusia. Kita tidak mahu AI melebarkan lagi jurang ketidakseimbangan atau kesenjangan dalam masyarakat. Sebagai contoh, kita harus meneliti kemungkinan jika
AI hanya menguntungkan sesetengah pihak, terutama syarikat besar yang mampu melabur dan meminggirkan usahawan kecil yang tidak mempunyai modal dan kepakaran. Justeru, Meru ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri iaitu adakah Kerajaan Negeri akan membangunkan kerangka perancangan yang lebih holistik yang menjadi asas kepada pengembangan ini, industri AI dan pembangunan modal insan di Negeri Selangor ini. Khusus bagi isu ini, Meru ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada penyediaan kerangka perlindungan sosial bagi menangani masalah pengangguran termasuk strategi promosi tenaga kerja menerusi latihan semula dan peningkatan kemahiran yang membolehkan pekerja yang diberhentikan kembali bekerja. Tuan Speaker, kini teknologi AI juga semakin berkembang dan sektor pertanian, penternakan, pengurusan rantaian bekalan serta secara keseluruhannya dalam keselamatan makanan tidak ketinggalan iaitu penggunaan teknologi ini berterusan bertujuan untuk menjadikan eko-sistem makanan lebih lestari dan lengkap. Seiring juga dengan hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku ingin melihat industri AI menjadi potensi besar untuk perkhidmatan awam dengan menerapkan teknologi ini terutama di bidang pendidikan, kewangan serta kesihatan supaya rakyat jelata mendapat manfaat. Tuan Speaker, dalam sesi belanjawan 2025 yang lalu, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada mengumumkan tentang pembinaan gudang makanan Selangor, bagi mengukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini. Saya ingin mendapatkan maklum balas berkenaan perancangan Kerajaan Negeri bagi menggunakan teknologi AI dan Internet of Things (IoT) dalam pengoperasian tersebut.
Bagaimana kah cara dan kaedah serta mekanisme nya. Tuan Speaker, kita sedia maklum bahawa musim perayaan menyaksikan peningkatan permintaan yang mendadak pada bahan makanan asas seperti ayam, daging, beras dan barang makanan asas yang lain. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri melaksanakan Jualan Ehsan Rahmah je dengan lebih kerap sepanjang bulan Ramadhan bagi membantu rakyat di negeri ini mendapatkan barang keperluan asas dengan kos yang lebih rendah dan saya ingin bertanya adakah kerajaan melalui EXCO Pertanian sudah ada satu usaha dan langkah kesiapsiagaan bagi memastikan bekalan makanan asas yang mencukupi terutama di musim perayaan iaitu yang akan mendatang iaitu Aidilfitri ya yang akan bakal kita sambut tidak lama lagi. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor menitahkan agar pihak JAIS mengawasi dan menambah baik sistem sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini yang harus didaftarkan dilengkapi dengan aspek fasaliti dan keselamatan bangunan, dalam hal ini saya ingin menyebut kenyataan Ketua Pembangkang yang sebut bahawa terdapat Ahli Majlis PBT yang menghalang pendaftaran institusi tahfiz. Saya fikir kenyataan Ketua Pembangkang dibuat kerana beliau tidak cukup memahami Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menitahkan bahawa kita perlu terus mengawasi sekolah tahfiz, termasuk dari segi keselamatan pendaftaran. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Klang, Kerajaan Negeri komited dan serius untuk memastikan keselamatan sekolah tahfiz
termasuk institusi tahfiz persendirian iaitu ITP. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Islam Negeri Selangor yang telah melaksanakan ITP pada tahun lalu dan berjaya menarik 570 buah ITP bagi menyertai program pemutihan. Langkah proaktif Kerajaan Negeri ini bertujuan membantu ITP bagi mematuhi piawaian agensi teknikal, mendapat kebenaran merancang dan seterusnya berdaftar secara sah dengan JAIS. Kenyataan Hulu Klang berkaitan adanya Ahli Majlis PBT yang menolak permohonan pentadbir pusat tahfiz adalah tidak benar sama sekali kerana saya telah mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada beberapa Ahli Majlis PBT yang terlibat dalam meluluskan di bawah Jawatankuasa OSC, perkara tersebut tidak berlaku malah telah menjemput pengusaha ITP ini untuk sama-sama bincang dan meringankan dan melonggarkan lagi kelulusan tersebut. Jadi saya mengharapkan supaya Hulu Klang menarik balik kenyataan beliau. Tuan Speaker, sedikit berkaitan dengan isu kawasan, saya ingin perhatian dewan berkaitan dengan isu projek perumahan yang sakit dan mungkin terbengkalai di Taman Kencana, Meru.
Yang Berhormat, ringkaskan.
Di Taman Kencana Meru, di mana rumahnya telah siap, infrastruktur masih tidak dapat diselesaikan. Kesannya pembeli rumah menjadi mangsa yang mana mereka terpaksa membayar hutang bank sedangkan rumah mereka tidak dapat berpindah dan mereka tidak dapat duduki lebih 10 tahun lalu. Meru memohon agar EXCO Perumahan supaya dapat membantu menyelesaikan isu ini dengan kadar segera. Isu SOP pemangkasan pokok oleh Majlis Bandar Raya Diraja Klang di mana aduan dan keluhan penduduk begitu kerap berkaitan dengan pemangkasan pokok. Jadi jangan menunggu aduan barulah dilakukan pemangkasan pokok di mana pokok yang telah tinggi, telah rendang, telah besar yang agak marabahaya kepada penduduk dan kepada orang awam terutama apabila berlaku ribut dan hujan lebat. Jadi saya harap MBDK Majlis Bandar Raya Diraja Klang dapat mengambil perhatian sebab isu ini saya pandang serius dan mengambil tindakan pantas dan menetapkan satu SOP berkaitan dengan pemangkasan pokok. Oleh kerana saya telah diberikan signal tetapi berkaitan dengan pendidikan saya ingin menyinggung Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengutamakan pendidikan rakyat. Tuan Speaker, oleh kerana terdapat sebuah sekolah di DUN Meru iaitu Sekolah Kebangsaan Meru iaitu sekolah yang paling padat sekali di dalam Malaysia ini, satu-satunya sekolah yang paling padat. Jadi saya mengharapkan supaya usaha-usaha untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya kita dapat bina sebuah sekolah lagi supaya anak-anak kita dapat belajar dengan selesa dan sempurna. Jadi oleh sebab signal dah ada supaya lebih adil kepada kawan-kawan yang lain, akhir kata marilah kita sama-sama mengambil titah dan nasihat dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai pedoman dan asas untuk kita memberikan khidmat terbaik bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Dengan penuh takzim, Meru menjunjung penuh Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya Morib.
Terima kasih Tuan Speaker, oleh kerana masa terlalu suntuk saya ringkaskan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Ahli Dewan Negeri Selangor yang saya hormati. Alhamdulillah terima kasih Tuan Speaker kerana sekali lagi diberikan peluang kepada saya untuk berbahas di Dewan Yang Mulia ini mewakili Morib Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor banyak perkara yang perlu kita ambil perhatian. Kesejahteraan, kejayaan,keselamatan dan keharmonian ini adalah kehendak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang kita sayangi dan juga rakyat di Negeri Selangor ini juga. Maka apa pun marilah kita bersama-sama ambil maklum serta tanamkan dalam diri kita apa yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor. Banyak perkara yang dititahkan, antaranya berkenaan pembangunan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat Negeri Selangor.
Tuan Speaker, ada beberapa perkara yang ingin dibahaskan di Dewan yang mulia ini berkenaan perkara-perkara tersebut. Berkenaan sampah dari awal lagi semalam banyak dibahaskan berkenaan tentang sampah, dan Morib juga tidak terlepas dari masalah bukan sahaja di Morib tetapi di seluruh Negeri Selangor dan ini saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat menambah baik perkhidmatan sejajar dengan cukai yang rakyat bayar dan apa yang rakyat dapat. Masa kutipan mestilah tepat seperti apa yang dijanjikan kerana jika lewat sehari pun akan menyebabkan bau dan masalah sampah itu bersepah anjing-anjing liar yang mencari makanan di tempat sampah itu sendiri. Banyak juga aduan kelewatan untuk masa kutipan di taman-taman perumahan di sekitar kawasan di DUN Morib. Morib juga berharap perkara ini diberikan perhatian yang sewajarnya. Tuan Speaker, selain itu Morib juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Selangor berkenaan kertas cadangan projek Pengindahan Heritage Plaza di Bukit Jugra, antaranya yang melibatkan pemasangan lampu jalan daripada kaki bukit ke puncak bukit untuk kemudahan dan keselamatan pelancong pada waktu malam dan melibatkan cadangan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur sukan paragliding di Bukit Jugra. Saya juga mencadangkan agar CCTV di pasang di sekitar Bukit Jugra untuk keselamatan pengunjung di situ. Morib juga diberi maklum projek pembangunan sport tourism yang menelan belanja kos projek sebanyak RM2.5 juta dengan membina dataran berlepas dan kemudahan bagi kegunaan pelancong di Bukit Jugra. Tidak lupa juga di kaki bukit di Batu Ampar yang boleh dijadikan tempat riadah seperti kawasan memancing yang dapat menambah lebih ramai pengunjung dan menambah ekonomi penduduk
setempat dalam bidang perniagaan mereka. Soalan saya, adakah projek-projek ini telah dijalankan.
Tuan Speaker berkenaan pemasangan CCTV Morib amat mengambil perhatian dengan Titah Tuanku agar memperbanyakkan pemasangan CCTV di tempat-tempat strategik untuk mengelakkan dan mengesan kelakuan jenayah. Di kawasan saya di DUN Morib, hanya 8 unit sahaja yang pasang di sekitar DUN Morib. Antaranya di Pantai Morib, Pantai Klanang, Banting Baru dan jambatan kampung sawah dan ini tidak mencukupi. Saya mencadangkan agar ditambah lagi pemasangan CCTV ini di persimpangan jalan-jalan utama keluar masuk atau pun tempat-tempat yang sering berlaku jenayah. Bukan sahaja jenayah malah juga untuk keselamatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat.
Tuan Speaker, berkenaan hakisan pantai yang kini semakin teruk dan perlu diambil perhatian kerana punca pupusnya pokok-pokok kayu bakau. Dalam soalan saya yang lepas kepada pihak JPS Selangor ada memberikan jawapan bahawa pihak JPS tidak akan memohon peruntukan buat masa ini dan tidak ada apa-apa program penanaman pokok bakau. Saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri Selangor tidak ada minat untuk penanaman pokok kayu bakau ini walhal pokok kayu bakau ini adalah satu penyelesaian hakisan di pantai-pantai. Morib berharap perkara ini diberikan perhatian yang serius.
Berkenaan soalan saya yang mungkin sempat di jawab atau mungkin tidak sempat di jawab berkenaan dengan pendawaian elektrik di rumah yang lebih 20 tahun, tidak kira di rumah kampung atau di rumah taman-taman perumahan yang lama perlu diambil perhatian, dan Morib mencadangkan agar program kesedaran rakyat berkenaan perkara ini patut dimulakan di Negeri Selangor. Di Malaysia tempoh yang disarankan untuk menukar pendawaian elektrik pada setiap 20 hingga 30 tahun dan satu lagi setiap 10 hingga 15 tahun jika terdapat sebarang perubahan besar dalam penggunaan elektrik dalam penambahan yang diubahsuai rumah. Jadi kita anggarkan antara 10 hingga 20 tahun pendawaian elektrik ini sudah uzur dan patut kita tukar. Ini adalah saranan berdasarkan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Garis Panduan Suruhanjaya Tenaga. Kita semua sedia maklum bahawa kos penggantian pendawaian baru ini memang sangat mahal, jadi Morib mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor boleh memberikan inisiatif kepada rakyat Negeri Selangor yang ingin membuat pendawaian baru kerana antara penyebab kebakaran adalah disebabkan pendawaian elektrik di rumah yang telah uzur.
Tuan Speaker, Morib juga ingin mengetahui berkenaan tapak gelanggang futsal yang berada di dalam pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tiong Nam yang telah dicadangkan dipindahkan ke belakang padang awam yang terletak bersebelahan dengan
pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tiong Nam. Apakah kos projek yang berjumlah RM500 ribu itu telah diberi dan bilakan pembinaannya akan dimulakan? Tambahan sedikit, Morib juga ingin menyentuh berkenaan satu projek Morib anggap projek Bazar Darul Ehsan. Tetapi benda ini selalu saya bahaskan bagi soalan tetapi bukan saya sahaja mengemukakan masalah ini tetapi ADN-ADN yang lama juga mempersoalkan perkara ini. Dan saya ingin meminta Kerajaan Negeri Selangor membuat suatu keputusan yang tepat dan cepat supaya perkara ini dapat diselesaikan kerana Bazar Darul Ehsan ini sudah menjadi satu sarang maksiat dan tempat ini dulu menjadi sebagai suatu bangunan yang cantik tetapi kini menjadi sebuah bangunan tinggal.
Jadi saya tidak bercakap banyak dan masa pun terlalu cemburu dengan saya, jadi akhir kata apa pun saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPKL khususnya Tuan YDP dan juga Puan DO yang baru serta Ketua-ketua Jabatan yang selama ini bekerjasama dengan saya dan saya mengucapkan terima kasih juga kepada semua Ketua-ketua Jabatan yang lain dan juga satu perkara yang perlu saya beritahu kepada semua pemimpin-pemimpin di Negeri Selangor ini adalah kita perlu ingat kerjasama antara kita di Dewan Yang Mulia ini tidak membezakan siapa mereka yang menjadi pemimpin kerana kepercayaan rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat adalah terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Maka Kerajaan Negeri janganlah asyik mencari salah sesiapa atau pun pembangkang tetapi Kerajaanlah yang bertanggungjawab atas semua perkara baik dan buruk untuk rakyat Negeri Selangor. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Teratai.
Yang Berhormat Tuan Speaker. EXCO-EXCO Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Terima kasih Tuan Speaker di atas ruang yang diberikan. Saya menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 18 Februari 2025. Adalah penting bagi kita untuk mengamati dan mengamalkan Titah Ucapan yang disampaikan oleh Baginda Tuanku. Titah Baginda juga harus kita jadikan garis panduan dan juga pedoman di dalam kita menelusuri tanggungjawab memimpin rakyat di negeri Selangor. Dalam ucapan kali ini, izinkan saya membawa beberapa usul dan perihal-perihal berkenaan yang mampu menjadikan Selangor sebuah negeri yang maju dan berdaya asing, berdaya saing .. minta maaf. Maka, suka untuk saya menyampaikan beberapa usul penting di dalam ucapan saya ini.
Tuan Speaker, Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) merupakan inisiatif penting di negeri Selangor yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui penawaran barangan keperluan asas pada harga yang lebih rendah. Program ini adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup KPDN dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). JER menggabungkan dua (2) inisiatif sebelumnya iaitu Program Jualan Rahmah dan Jualan Ehsan Rakyat untuk memberikan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat. Melalui JER, dua (2) jenis, 12 jenis barangan keperluan asas seperti ayam segar, beras, telur ayam, minyak masak, ikan, gula pasir, daging sejuk beku dan sebagainya ditawarkan pada harga sekitar 30% lebih rendah daripada harga pasaran. Ini membantu mengurangkan perbelanjaan harian rakyat terutamanya golongan B40. Bermula Ogos 2023, Program ini diperluaskan ke 12 lokasi sehari di seluruh Selangor dengan kemungkinan peningkatan hingga 15 lokasi jika mendapat sambutan menggalakkan. Langkah ini memastikan lebih ramai penduduk termasuk di kawasan luar bandar dan komuniti B40 mendapat akses pada barangan asas pada harga yang berpatutan. Penggabungan inisiatif KPDN dan Kerajaan Negeri Selangor melalui PKPS membolehkan penyelarasan sumber dan pengurusan pengurangan kos pelaksanaan. Kerjasama ini meningkatkan impak program dan memastikan manfaatnya dirasai oleh lebih ramai rakyat Selangor. Selain program jualan bergerak, PKPS telah melancarkan Ehsan Mart, pasaraya yang menawarkan barangan asas pada harga 10% hingga 15% lebih rendah daripada harga pasaran. Ehsan Mart diharap dapat menjadi pendekatan strategik untuk mendekati rakyat serta membantu meringankan beban kos sara hidup mereka. Dengan menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah, JER bukan sahaja membantu pengguna tetapi juga melancarkan ekonomi tempatan. Program ini menggalakkan perbelanjaan dalam negeri dan menyokong pengeluaran serta pembekal tempatan. Program JER merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam membantu rakyat mendapatkan barangan asas dengan harga lebih rendah. Namun, seperti mana-mana program berskala besar terdapat beberapa cabaran yang perlu diselesaikan agar pelaksanaannya lebih efisien dan memberi manfaat maksimum pada masyarakat. Berikut adalah tiga (3) isu utama yang dihadapi oleh penganjur program JER. Pemakluman perubahan harga perlu dimaklumkan lebih awal. Penduduk sering menghadapi kesukaran apabila harga barangan dalam program JER berubah tanpa notis awal. Ini boleh menyebabkan kekeliruan dalam perancangan pembelian mereka serta menimbulkan ketidakpuasan hati apabila harga, apabila harga tidak seperti yang dijangkakan. Kedua, pihak Kerajaan Negeri perlu menyediakan khemah pengunjung seperti Jualan Rahmah peringkat Persekutuan. Ketika jualan berlangsung, keadaan cuaca panas ataupun hujan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada pengunjung. Berbanding dengan Jualan Rahmah peringkat Persekutuan yang menyediakan khemah untuk keselesaan pembeli, Program JER di Selangor masih kurang dalam aspek ini. Kos khemah sangat tinggi dan proses tuntutan bulanan mengganggu Pejabat DUN. Kos
penyediaan khemah dalam Program JER dikatakan sangat tinggi dan proses tuntutan bulanan yang perlu dibuat pada Pejabat DUN menimbulkan kesukaran birokrasi yang boleh melambatkan kelancaran jualan. Walaupun Program JER memberikan manfaat besar kepada rakyat Selangor, saya berharap usaha penambahbaikan boleh dilakukan untuk meningkatkan keberkesanannya dengan memastikan perubahan harga dimaklumkan awal, menyediakan khemah yang untuk pengunjung serta mengurangkan beban kos khemah dan proses tuntutan. Program ini boleh berjalan dengan lebih lancar dan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pembeli serta peniaga. Kerjasama antara Kerajaan Negeri, sektor swasta dan komuniti setempat amat penting untuk menjadikan JER sebagai program yang lebih mampan dan berkesan dalam jangka panjang.
Tuan Speaker, masalah pemilikan hartanah tanpa geran akibat liquidator yang tidak berfungsi merupakan satu isu yang semakin membimbangkan di negeri Selangor. Ramai pembeli rumah mendapati diri mereka terperangkap dalam keadaan di mana mereka telah membayar harga rumah ataupun unit kediaman tetapi tidak dapat memperoleh geran individu ataupun strata kerana pemaju mengalami masalah kewangan diisytiharkan muflis ataupun terlibat dalam masalah pentadbiran yang rumit. Apabila ini berlaku, proses mendapatkan hak milik penuh ke atas hartanah tersebut menjadi lebih mencabar. Salah satu cabaran terbesar adalah penduduk tidak dapat mendapatkan hak milik individu ataupun strata walaupun mereka telah menyelesaikan pembayaran rumah mereka tanpa geran mereka tidak mempunyai bukti sah bahawa mereka adalah pemilik rumah tersebut menyebabkan mereka sukar untuk melakukan transaksi hartanah seperti menjual ataupun memindahkan hakmilik. Selain itu, bank juga sukar memberikan pinjaman ataupun pembiayaan semula ke atas hartanah yang tidak mempunyai geran. Ini memberikan kesan besar kepada pemilik rumah yang ingin menjual hartanah mereka ataupun menggunakannya sebagai cagaran untuk pinjaman peribadi ataupun perniagaan. Apabila pemaju perumahan mengalami masalah kewangan ataupun diisytiharkan muflis, liquidator dilantik untuk menguruskan aset dan hutang syarikat tersebut. Namun, dalam banyak kes, liquidator yang tidak berfungsi dengan baik boleh melambatkan proses pengeluaran geran kepada pembeli rumah. Antara masalah yang sering berlaku adalah liquidator tidak memberikan keutamaannya kepada penyelesaian geran hartanah kerana lebih fokus kepada pembayaran hutang pemaju kepada pihak pemiutang. Dokumen pemilikan tidak diuruskan dengan baik menyebabkan kesukaran dalam pemindaan hakmilik. Proses komunikasi antara liquidator Pejabat Daerah dan Tanah dan pembeli menjadi lambat dan tidak telus. Pada masa yang sama, penduduk yang terperangkap dalam situasi ini sering menghadapi masalah dengan infrastruktur dan pengurusan bangunan kerana status pemilikan yang tidak jelas. Tanpa geran strata penduduk mengalami kesukaran dalam Pembentukan Perbadanan Pengurusan (JMB) secara sah untuk menguruskan penyelenggaraan bangunan, kemudahan awam dan
kawasan bersama. Ketiadaan JMB yang berfungsi boleh menyebabkan masalah seperti penyelenggaraan bangunan yang terabai termasuk lif, saliran dan sistem keselamatan. Kesukaran dalam mengutip yuran penyelenggaraan menyebabkan kewangan bagi perkhidmatan bangunan menjadi tidak mencukupi. Konflik antara penduduk dan pihak pengurusan sedia ada kerana kekurangan kuasa sah untuk mengawal aspek pentadbiran bangunan. Dalam kes-kes tertentu, apabila pemaju muflis dan aset mereka diambil alih oleh pihak tertentu, terdapat risiko bahawa pembeli rumah boleh kehilangan hak ke atas hartanah mereka. Ini kerana tanpa geran individu penduduk tidak mempunyai perlindungan undang-undang yang kukuh terhadap tuntutan pihak ketiga. Terdapat juga kes di mana tanah yang menempatkan perumahan telah dicagarkan kepada bank oleh pemaju sebelum muflis. Sekiranya pemaju gagal melunaskan hutang, bank mempunyai hak untuk lelongkan tanah tersebut yang membolehkan menyebabkan penduduk kehilangan rumah mereka walaupun mereka telah membayar harga penuh kepada pemaju. Bagi mengatasi cabaran ini, saya bercadang beberapa langkah perlu diambil oleh Pihak Berkuasa dan penduduk yang terlibat.
Yang pertama, peranan Kerajaan dan Pihak Berkuasa tanah, Pihak Berkuasa tanah ataupun Pejabat Tanah harus mempercepatkan proses pengeluaran geran bagi kes yang melibatkan pemaju muflis. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) boleh mewujudkan satu mekanisme khas untuk menangani isu ini secara lebih sistematik. Yang kedua, pemantauan ketat terhadap liquidator, Kerajaan perlu memastikan liquidator yang dilantik melaksanakan tugas mereka dengan lebih telus dan efisien. Tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap liquidator yang tidak berfungsi. Jika ada keperluan, Kerajaan Negeri Selangor boleh menubuhkan satu jawatankuasa khas ataupun task force melalui anak syarikat Kerajaan Negeri contohnya MBI untuk mengambil alih tugas liquidator untuk menyelesaikan masalah hakmilik tanah yang tidak bergerak langsung. Pemilik rumah boleh membentuk satu jawatankuasa khas untuk berunding dengan liquidator dan memastikan hak mereka diberi keutamaan. Tindakan undang-undang, penduduk boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap liquidator ataupun Pihak Berkuasa sekiranya mereka gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Mahkamah boleh diarahkan untuk campur tangan dalam kes-kes tertentu untuk mempercepatkan proses pengeluaran geran. Masalah penduduk yang tidak mempunyai geran akibat liquidator yang tidak berfungsi merupakan isu kompleks yang memerlukan kerjasama antara penduduk, Pihak Berkuasa dan sistem perundangan. Tanpa penyelesaian yang menyeluruh penduduk akan terus menghadapi kesukaran dalam mendapatkan hakmilik sah, mengurus hak tanah mereka dan melindungi hak mereka sebagai pemilik rumah. Oleh itu, adalah penting untuk memperkenalkan mekanisme pemantauan yang lebih ketat dan prosedur yang lebih telus bagi memastikan setiap pemilik rumah menerima geran mereka dengan adil dan dalam tempoh yang munasabah. Sekian, terima kasih Teratai junjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj. Semoga kita semua diberi kesihatan dan rezeki yang baik untuk negeri Selangor Darul Ehsan. Dengan ini juga Teratai menyokong usul yang dibentangkan.
Dengkil.
Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh Bismillahirrahmanirrohim. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membahaskan usul menyembah dan menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Tuan Speaker, mengambil kesempatan ini saya ingin mengutarakan enam (6) perkara sahaja untuk dibahaskan. Yang pertamanya iaitu berkaitan dengan perancangan pembangunan yang sistematik. Yang kedua, budaya penyelenggaraan, yang ketiga, promosi untuk Tahun Melawat Selangor, yang keempat, pencemaran alam sekitar, kelima isu tebatan banjir dan keenam penglibatan ADN dalam program di kawasan Dewan Negeri.
Yang pertamanya iaitu perancangan pembangunan yang sistematik. Dengkil menjunjung kasih di atas Titah Di bawah Duli Tuanku yang mengingatkan supaya perancangan pembangunan negeri perlu menitikberatkan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat dan bukan yang boleh memberikan keuntungan sahaja. Perancangan pembangunan yang dilakukan dalam kawasan Dengkil khususnya, sangat pesat membangun dan haruslah dirancang dengan rapi tanpa memberi kesan buruk kepada penduduk yang sedia ada. Kita perlu meletakkan syarat-syarat kepada pihak pemaju supaya disediakan facility-facility serta kemudahan yang akhirnya tidak membebankan Kerajaan seperti pembinaan dewan, surau, pusat komuniti, sekolah dan sebagainya. Perancangan yang baik dengan facility yang sempurna juga akan menambah nilai kehidupan masyarakat yang lebih harmoni. Jalan penghubung dengan aliran trafik yang bersistematik akan lebih menjamin keharmonian penduduk supaya tidak banyak membazirkan masa di jalanraya. Sebagai contohnya, kawasan yang pesat membangun dalam kawasan Dengkil bermula dari Southville terus ke Kota Warisan dan bersebelahan dengan dua (2) bandar baru seperti Bandar Serenia dan Sunsuria membawa ke Bandar Cybersouth terus ke Cyberjaya sangat pesat membangun tetapi kesesakan jalan raya sangatlah teruk dan kadang-kadang dengan jarak hanya 5 kilometer mengambil masa lebih satu jam. Dengan pertumbuhan pembangunan yang drastik ini memerlukan infrastruktur dengan lebih teratur memandangkan di kawasan-kawasan ini masih memiliki pengangkutan awam yang sangat terhad. Mungkin dengan adanya inisiatif pengangkutan awam yang lebih baik ia dapat mengurangkan sedikit kesesakan jalan raya yang tidak berkesudahan ini.
Seterusnya yang berkaitan dengan budaya penyelenggaraan facility saya memohon supaya Kerajaan Negeri mencari jalan untuk membuat penyelenggaraan yang berterusan untuk memastikan facility sukan dan juga pelbagai facilty yang ada supaya jangka hayatnya dapat bertahan lama. Ia akan menjimatkan kos dari membina yang baru dan tidak perlu cari tapak yang baru tidak perlu bina baru kalau yang lama pun terbiar. Adakan sedikit peruntukan masalah ini dapat diselesaikan dan boleh digunakan. Isu pengguna dapat diselesaikan dan penjimatan pada pihak Kerajaan. Begitu juga dengan kerja-kerja penyelenggaraan dewan orang ramai, balai raya, tandas awam dan gerai-gerai perlu dipertingkatkan untuk keselesaan orang ramai dan pengguna. Semuanya ini kalau dapat dibuat secara berperingkat-peringkat akhirnya akan siap juga dan mencapai objektifnya. Penggunaan dan juga Kerajaan boleh dapat menjimatkan peruntukan untuk membuat projek-projek pembangunan yang lain. Usaha untuk mempromosikan Tahun Melawat Selangor ini tersangat kurang dan Dengkil tidak melihat sebarang iklan-iklan yang dipaparkan di billboard dan kawasan-kawasan tumpuan pelancongan untuk mempromosikan Tahun Melawat Selangor. Perlu ada usaha-usaha untuk mempromosikan dengan idea-idea yang baru khususnya telah pun dilantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dan sepatutnya ia bermula bukan pada tahun ini ia patutnya bermula pada tahun sebelum ini tahun 2024 dan juga 2023. Dengkel berharap Kerajaan Negeri melalui PBT, JKR dan agensi yang berkaitan indahkanlah suasana dan landskap di beberapa kawasan yang boleh memberi impak yang baik kepada tarikan pelancong untuk datang ke Selangor dan perbaikilah facility dan infrastruktur supaya tidak mencacatkan penglihatan umum dengan jalan yang berlubang, longkang yang tersumbat, papan tanda yang sudah hilang tulisan dan warna, lampu jalan yang tidak menyala dan keadaan trafik yang tidak lancar supaya menjadi tarikan kepada pelancong untuk hadir. Perkara ini pernah di bahaskan sebelum ini iaitu Dengkel pernah bahaskan supaya satu persediaan yang rapi perlu ada untuk mempromosikan Tahun Melawat Selangor ini. Dengkel percaya Tahun Melawat Selangor ini antara tujuannya adalah untuk meningkatkan ekonomi masyarakat di Selangor memperkenalkan tempat-tempat yang menarik, mempromosikan makanan yang unik di Selangor ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan masyarakat kebudayaannya, perkhidmatannya dan sebagainya. Untuk itu utamakanlah nilai-nilai kebudayaan, etika masyarakat, keunikan makanan, kecanggihan teknologinya dan dirangkumkan menjadi salah satu tentatif program dan aktiviti bersempena dengan Tahun Melawat Selangor.
Yang keempatnya berkaitan dengan pencemaran alam sekitar seperti yang disarankan oleh ke bawah Duli Yang maha Mulia Tuanku Teknologi Waste to Energy (WTE) wajar di teroka dan dimanfaatkan. Bagi menukar sisa pepejal kepada sumber tenaga yang boleh digunakan semula sekali gus mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar dan mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada. Kerajaan perlu melihat dan manfaatkan teknologi ini Dengkel terdapat 2 kawasan pembuangan sisa pepejal pukal di
Dengkil Inert Waste Landfill dan kawasan pembuangan sisa pepejal domestic Tanjung 12 Sanitary landfill yang menjadi pusat penghantaran dariapda beberapa PBT di Selangor. Dengkel berharap kawasan sisa pepejal ini tidak memberi kesan kepada penduduk sekitar dengan menyalah guna kawasan dan terdapat pembuangan sampah haram di sekitar. Sebelum ini tersebar di media sosial dan berita mengenai pencemaran bau yang kuat di kawasan kejiranan di Bandar Cyber South yang menyebabkan rasa tidak selesa dan ada juga yang menghadapi sesak nafas. Sudah sampai masanya Dengkil Inert Waste Landfill ini dipindahkan dan tidak lagi berada di kawasan yang hampir dengan kawasan kejiranan penduduk. Tindakan tegas juga harus diambil daripada pihak berkuasa sekiranya ada perkara yang melanggar undang-undang dan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat. Tindakan tegas yang bukan sekadar di kompaun harus diambil supaya menjadi pengajaran kepada si pelaku dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama.
Yang kelimanya isu tebatan banjir, Dengkil juga menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sangat prihatin supaya Kerajaan peka dalam menangani isu banjir dan tanah runtuh. Saban tahun perkara yang sama berlaku, setiap kali tiba nya musim tengkujuh walaupun kadang kalanya cuaca panas khususnya di Jenderam Hilir, Kampung Cemperai, Labuhan Dagang dan beberapa buah kampung di pinggir sungai tetapi disebabkan hujan yang lebat dan taburan yang tinggi di Hulu Langat, Kajang dan Nilai menyebabkan banjir di pinggir-pinggir sungai tersebut. Banjir yang berulang ini memberi kesan kepada emosi, kesihatan mental, hilang harta benda dan kesan yang tertinggi kepada penduduk. Oleh itu saya berharap pihak Kerajaan peka untuk memastikan rancangan tambatan banjir yang bernilai RM1.774 bilion dapat dipercepatkan pelaksanaannya dan kurangkanlah birokrasi dalam melaksanakan projek ini. Kelewatan yang berterusan ini akan memberi kesan kepada penyiapan projek ini nanti dan saya juga berharap satu team projek yang profesional dan ada jadual penyiapan mengikut masa yang ditetapkan. Persoalan saya di sini saya ingin bertanya kedudukan kemajuan pembinaan tebatan projek banjir ini, setakat hari ini dan bilakah dijangka siap sepenuhnya. Akhir sekali berkaitan penglibatan Yang Berhormat – Yang Berhormat dalam program dalam kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri. Dengkil menyambut seruan Titah di bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya sebagai wakil rakyat akan terus berkhidmat untuk rakyat dan memikirkan program-program yang boleh membantu dan memberikan kerjasama yang baik daripada semua agensi untuk mewakilkan rakyat tidak dikecualikan dan dinafikan sebarang mesyuarat dan perbincangan mengenai perancangan kebajikan tindakan bencana yang melibatkan rakyat kerana semua wakil rakyat masih memegang mandat dan tanggungjawab kepada masyarakat di seluruh Dewan Undangan Negeri masing-masing. Kita harus dilibatkan dengan sebarang perancangan dan tindakan bencana kerana bencana tidak mengenal politik. Semua akan terkesan dan menjadi tanggungjawab semua wakil rakyat harus
membantu dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Untuk itu semua wakil rakyat harus terlibat dengan sebarang perancangan melibatkan masyarakat kerana menjadi tanggungjawab seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat berkhidmat untuk mereka. Kerjasama yang baik juga harus diteruskan melalui Pejabat Daerah dan majlis Perbandaran supaya suara rakyat yang dibawa dapat didengari oleh pihak berkenaan. Malangnya kadang-kadang telah pun dipanggil ke mesyuarat di Pejabat Daerah dan Majlis Pembandaran tetapi bila sampai bila kita sampai di pejabat berkenaan dikatakan mesyuarat dibatalkan, saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi.
Akhir kata Selangor antara Negeri yang termaju dikatakan termaju mencatatkan rekod hasil tertinggi dalam sejarah pada tahun 2024 iaitu sebanyak RM2.867 bilion tetapi jika masalah seperti sampah, sistem saliran, penyelenggaraan, perancangan pembangunan dan tebatan banjir masih tidak dapat diselesaikan dengan baik maka potensi Kerajaan Negeri yang ingin menjadi sebuah Negeri yang lestari amat sukar dizahirkan dan memberi sedikit sebanyak kesan kepada promosi tahun Melawat Selangor. Kecekapan sebuah pentadbiran bukan hanya kepada bilangan keuntungan atau betapa tinggi sumber pendapatannya tetapi keberjayaan dan peduli dengan kehendak masyarakat dan kelestarian hidup dalam keadaan yang aman dan tenang menjadi sumber inspirasi utama untuk rakyat gembira menjadi rakyat Selangor yang baik. Dengan ini Dengkil menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.
Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker Balakong ingin mulakan perbahasan dengan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Selangor pada 18 Februari 2025. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin serta Yang Berhormat Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pegawai Kewangan yang baharu juga sekalung penghargaan kepada mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Setia Haris bin Kasim atas jasa dan bakti beliau terhadap Negeri Selangor.
Tuan Speaker, sukacitanya kita menyaksikan Negara kita telah merekodkan pelaburan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan pada tahun 2024 manakala Negeri Selangor pula turut menjadi peneraju dengan nilai pelaburan RM66.8 bilion. Jumlah tersebut mungkin tidak sehebat berbanding dengan negara-negara maju yang lain tetapi saya kira ini satu pertumbuhan ekonomi yang signifikan yang mana secara keseluruhannya pelaburan Malaysia telah mencapai peningkatan sebanyak 10.7% berbanding dengan tahun 2023 manakala Selangor pula berjaya melepasi sasaran pelaburan sebanyak RM50 bilion. Ini merupakan satu indikator yang penting bahawa persekitaran ekonomi
Malaysia mahupun di Selangor adalah meyakinkan dan telah menjadi pilihan kepada para pelabur antarabangsa dan pelabur domestik. Saya setuju dengan kepentingan lebihan dagangan jadi Balakong ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor melalui SBIS dan Invest Selangor dapat menyediakan lebih banyak platform seterusnya membimbing para pengusaha pengilang industri dalam meneroka pasaran baru bagi tujuan meningkatkan jumlah eksport. Satu pertiga di kawasan di Balakong adalah kawasan pengilang industri sudah tentu mempunyai kekuatan dari segi daya pengeluaran. Oleh itu saya yakin akan pengusaha-pengusaha ini bersedia dan berpotensi menjadi penyumbang utama kepada jumlah pelaburan Negeri Selangor mahupun pada Malaysia sekiranya disuntikkan insentif dari segi peluang penerokaan pasaran baru. Saya hendak sentuh sedikit Jualan Ehsan Rahmah sejak bulan Januari lagi Pogram JER telah kembali menjelajah ke serata Negeri malahan jenis produk yang ditawarkan bertambah daripada 6 produk utama sebelum ini kepada puluhan produk. Ini telah menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri membantu meringankan kos sara hidup rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pengendali iaitu PKPS atas penerimaan Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 setelah pengiktirafan Malaysia Book Of Record. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan saya melihat yang jadi kayu ukur kepada kejayaan Jualan Ehsan Rahmah ini bukan semata-mata pada jumlah subsidi yang telah disediakan tetapi lebih kepada penjimatan yang telah diperoleh oleh rakyat kita menerusi jualan murah ini. Saya sempat berinteraksi dengan pengunjung Jualan Ehsan Rahmah dan suka cita nya difahamkan oleh pengunjung ini rata-rata dapat berjimat berpuluh-puluh ringgit pada setiap pembelian. Ini bermaksud sekiranya pengunjung ini membeli belah 4 kali sebulan dapat berjimat ratusan ringgit. Ini satu penjimatan yang boleh dikatakan sangat ketara maka Balakong menyambut baik dan mengalu-alukan pelaksanaan JER malahan ingin mencadangkan supaya Jualan Rahmah ini dapat dipertingkatkan lagi khususnya menjelang hari-hari perayaan utama seperti Chinese New Year, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas demi mengurangkan beban sambutan perayaan hari perayaan ini.
Tuan Speaker, dalam sesi soal jawab pagi tadi Yang Berhormat Tanjung Sepat telah menyatakan bahawa satu (1) kajian serta pindaan kepada Akta 757 sedang dilaksanakan di peringkat KPKT. Balakong menyambut baik kerana ini sangat penting bagi kita menyemak semula peruntukan undang-undang sedia ada dengan mengambil kira senario dan keperluan semasa termasuk pemerkasaan JMB dan MC serta aspek pertindihan peruntukan undang-undang strata yang sedia ada. Dan saya rasa sudah tibanya masa untuk kerajaan Negeri mengkaji struktur perjawatan COB yang sedia ada di peringkat PBT dengan mengoptimumkan keperluan sumber manusia untuk meningkatkan keberkesanan tadbir urus dan kawal selia. Ini termasuk pertambahan
jawatan memandangkan bangunan-bangunan strata di bawah seliaan COB bukan sahaja banyak malahan akan bertambah dari semasa ke semasa. Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Rawang tadi supaya PBT turut dibenarkan untuk mengambil alih hak penyelenggaraan terhadap common area seperti jalan, perparitan, landskap dan sebagainya bagi pangsapuri-pangsapuri yang menghadapi permasalahan kewangan. Saya mengesyorkan supaya kerajaan dapat meneliti kebolehlaksanaan sub divison hak milik strata dan menyerahkan sebahagian hak penyelenggaraan kepada PBT bagi membolehkan PBT membantu pangsapuri-pangsapuri yang mengalami masalah berlarutan akibat kekangan kewangan.
Tuan Speaker, dalam sesi soal jawab tadi juga Yang Berhormat Sekinchan telah menjelaskan hala tuju serta persediaan Kerajaan Negeri Selangor sempena Tahun Melawat Selangor. Saya yakin dengan adanya promosi yang hebat, rancangan yang rapi, Selangor mampu mencapai sasaran 8 juta pelancong seperti yang dijangkakan. Cuma di sini ada dua perkara yang saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini. Pertama, Sistem Pengurusan Sisa Pepejal bagi berhadapan dengan pertambahan sampah secara mendadak di tempat-tempat tarikan pelancongan. Saya ingin bertanya sejauh manakah penghasilan sampah ini akan bertambah dan apakah implikasi kewangannya terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Kedua, dari segi kawalan lalu lintas khususnya di desa-desa, menggunakan contoh yang telah saya sebutkan dalam sesi soal jawab, apakah mekanisme yang akan ada terhadap masalah parkir yang terhad khususnya di tarikan pelancongan yang berada di desa-desa. Saya rasa ini sangat penting bagi memastikan kemasukan kenderaan dalam jumlah yang besar serentak tidak akan mendatangkan masalah keselamatan kepada penduduk setempat.
Seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit mengenai IC Design Park. Balakong yakin akan kebolehcapaian sasaran dalam membawa pulangan ekonomi sebanyak RM1 bilion menerusi sektor semi konduktor dengan adanya IC Design Park pertamanya di Puchong seterusnya kedua di Cyberjaya, keperluan jurutera bagi bidang ini sudah pasti akan meningkat. Balakong ingin mencadangkan agar program atau kursus bidang kejuruteraan yang menjamin peluang pekerjaan yang dengan tawaran gaji tinggi sehingga RM7,000.00 sebulan harus di bawakan dan diperkenalkan kepada anak-anak muda di Selangor. Dengan itu, saya berpandangan bahawa UNISEL harus memainkan peranan dan mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kursus yang berkenaan bagi memenuhi keperluan Jurutera yang dijangka akan bertambah susulan pembangunan sekor semi konduktor yang semakin pesat di Negeri Selangor. Tuan Speaker, sekian sahaja perbahasan saya Balakong menyokong. Terima kasih.
Seterusnya, saya jemput Hulu Bernam.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada Hulu Bernam untuk turut serta dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
Memulakan perbahasan pada petang ini, Hulu Bernam ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr Ahmad Fazli bin Ahmad Tajuddin atas pelantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu. Tidak tertinggal juga ucapan tahniah saya kepada Yang Berhormat Dato’ Dr Hanis bin Zainal Abidin atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor yang baharu dan selamat menjalankan tugas. Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh kakitangan awam negeri Selangor yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang dan penuh bertanggungjawab hingga negeri Selangor dapat memungut hasil yang paling tinggi pada tahun lepas dengan jumlah kutipan sebanyak RM2.867 bilion. Pada hari Selasa yang lalu saya telah mendengar dengan penuh tekun terhadap Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang telah menyentuh banyak perkara termasuk pandangan peribadi baginda untuk diambil tindakan pada penggal ke tiga ini. Oleh itu, Hulu Bernam akan membahaskan beberapa tajuk. Antara tajuknya adalah Kos Sara Hidup, Bencana Banjir, Selangor Mobiliti, Pendidikan Negeri Selangor dan Perumahan Mampu Milik serta menyentuh beberapa hal berkaitan dengan PBT di kawasan saya. Berkaitan dengan kenaikan kos sara hidup, isu yang ingin saya bangkitkan ialah berkaitan dengan kenaikan harga kelapa, santan dan produk berasaskan kelapa.
Ahli Yang Berhormat sekalian, Hulu Bernam menjunjung kasih Titah tuanku yang menyentuh perihal sekuriti makanan rakyat Selangor yang telah menunjukkan keprihatinan tuanku sultan terhadap keperluan makanan rakyat negeri Selangor. Di sini Hulu Bernam ingin membangkitkan penawaran kelapa dan santan di negeri dan negara kita menyebabkan harga kelapa santan dan produk berasaskan kelapa dan santan naik harga mendadak. Rakyat Selangor dan peniaga yang berniaga kelapa dan santan turut terjejas disebabkan kekurangan penawaran kelapa dalam negeri dan negara ini. Rakyat terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Peniaga terpaksa menaikkan harga disebabkan pembekal mengenakan harga yang lebih tinggi kerana kelapa-kelapa ini terpaksa diimport daripada Indonesia dengan kos pengangkutan yang perlu ditanggung oleh peniaga dan pembeli. Setelah diimport pun bekalan masih lagi kurang dalam negeri kita. Harga kelapa dan santan naik bukan sikit-sikit Ahli Yang Berhormat, September 2024 harga sebiji kelapa RM1.80, Januari tahun ini harga sebiji kelapa sudah mencecah RM2.80. harga santan naik daripada RM8.00 kepada RM12.00 sekilogram. Ada ketikanya, pada waktu pagi harga lain petang pula harga lain. Ini bukan saya yang kata, ini adalah peniaga-peniaga yang berkata. Ini dicatatkan di dada-dada akhbar yang akan
saya tunjukkan selepas ini. Lihat pada 12 Februari 2025 yang lepas, dada akhbar mencatatkan santan dijangka naik sehingga RM20.00 sekilogram. Kemudian pada 20 Februari harga santan cecah RM20 sekilogram malah keluar lagi headline di akhbar ayam percik mungkin naik harga jika santan terus mahal dan juga harga santan dijangka naik lagi menjelang Ramadhan. Inilah kos sara hidup yang akan kita hadapi menjelang beberapa hari yang akan datang ini. Apabila harga kelapa dan santan meningkat, makanan-makanan berasaskan santan dan kelapa juga turut naik harga. Bulan Ramadhan pun dah dekat. Permintaan terhadap kelapa dan santan akan jadi sangat tinggi dalam keadaan bekalan yang sangat terhad. Harga makanan-makanan yang berasaskan kelapa dan santan seperti rendang dan lemang makanan bergulai dan kuih muih akan naik harga. Kesannya besar kepada 7 juta penduduk di negeri Selangor. Ini akan meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat. Malah peniaga yang saya sebutkan tadi mungkin tidak dapat meneruskan perniagaan mereka yang merupakan satu-satunya mata pencarian mereka pada hari ini. Saya ingin bertanya dengan YB EXCO Pertanian berkaitan perusahaan tanaman kelapa di negeri Selangor. Adakah kerajaan negeri memandang serius terhadap permintaan terlalu tinggi terhadap kelapa di dalam negeri kita ini. Rakyat ingin mendengar apakah ada usaha kerajaan negeri untuk berbincang dengan Kementerian Pertanian bagi menampung keperluan dalam masa yang singkat ini. Rakyat turut ingin tahu apakah perancangan masa hadapan kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan kelapa dalam negeri mencukupi malah tidak perlu terlalu bergantung dengan kelapa yang diimport masuk. Hulu Bernam melihat potensi perusahaan kelapa ini sebagai potensi yang besar buat rakyat negeri Selangor dan kerajaan negeri Selangor untuk menambah hasil negeri jika dirancang dengan rapi kerana kelapa ketika ini menjadi rebutan lima (5) buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam dan China. Saya teruskan lagi perbahasan saya dengan menyentuh perkara berkaitan bencana dan Projek Tebatan Banjir.
Tuan speaker, Hulu Bernam ingin menjunjung kasih Titah Tuanku yang menegur dan mengingatkan kerajaan Negeri melalui pandangan peribadi baginda terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana dan langkah proaktif menangani isu bencana seperti banjir dan tanah runtuh. Tahun lalu, Hulu Bernam tidak ketinggalan antara kawasan yang terjejas banjir. Bulan Ogos 2024 banjir berlaku di Kampung Serigala menyebabkan 50 buah keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Selang dua (2) bulan pada bulan Oktober 2024 banjir berlaku di Kampung Alah Batu dan Kampung Seri Keledang dan menyebabkan 47 buah keluarga terpaksa dipindahkan malah sebahagiannya terpaksa menumpang di pusat pemindahan sementara SK Kuala Slim Perak negeri seberang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila kampung-kampung tersebut terkepung selama dua (2) hari disebabkan laluan keluar dan masuk di situ ditenggelami banjir hingga bekalan makanan terpaksa di bawa masuk ke kampung tersebut menggunakan kenderaan 4x4. Banjir ini masih berlaku meskipun Projek
Tebatan Banir Lembangan Sungai Bernam Fasa 1 telah siap pada tahun 2019. Rancangan Tebatan Banjir Fasa 2 akan memberi tumpuan di sebelah Sabak Bernam. Soalnya, Rancangan Tebatan Banjir Fasa 1 pun masih belum dapat membendung masalah banjir di kawasan Hulu Bernam dan ini memerlukan kajian semula. Hulu Bernam ingin memohon Kerajaan Negeri memberi peruntukan khas dan melantik badan bertanggungjawab untuk mengkaji semula projek-projek Rancangan Tebatan Banjir yang telah selesai tetapi rancangan tebatan banjir tersebut masih tidak mampu membendung masalah banjir sedangkan wang telah dibelanjakan. Peruntukan ini supaya kajian semula ini dapat dilibatkan badan-badan pakar dan menggunakan teknologi terkini supaya hasil kajian dapat dikeluarkan segera dan recovery pelan dengan izin dapat dilaksanakan dengan cepat kerana apa, kerana akibatnya rakyat Selangor di Hulu Bernam terpaksa sekali lagi menempuh bencana banjir dan menanggung kerugian kerosakan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin meneruskan perbahasan pada petang ini dengan menyentuh berkaitan dengan Selangor Mobiliti berkaitan dengan pengangkutan awam. Tuanku Sultan menzahirkan keprihatinan baginda kepada rakyat negeri Selangor dan ingin melihat Jajaran Rel Kita Selangor di bawah rancangan Selangor mobiliti di Persisir Barat melibatkan Kapar, Jeram dan Kuala Selangor dapat direalisasikan meskipun kosnya tinggi supaya warga di sana dapat sampai ke Lembah Klang yang menjadi pusat ekonomi negeri. Di sini kita semua bersetuju bahawa pengangkutan awam adalah sangat penting untuk menghubungkan rakyat Selangor dari satu destinasi ke satu destinasi. Dan ini akan mempamerkan kemajuan sesebuah negeri. Hulu Bernam turut ingin membawa isu tiada pengangkutan awam di kawasan Hulu Bernam yang menghubungkan kawasan kampung dengan kawasan pekan-pekan yang terdekat di Hulu Bernam di Kuala Kubu Baharu dan di Batang Kali yang menjadi pusat kegiatan ekonomi dan urusan pentadbiran daerah. Saya telah membawa isu ini ke dalam Dewan ini sebelum ini dan Yang Berhormat Kinrara ada menyebut boleh memohon melalui PBT. Untuk makluman Yang Berhormat Kinrara, Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Hulu Selangor sangat memberi kerjasama yang baik membincangkan perkara ini namun untuk mencapai hasrat ini kajian perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap laluan. Permintaan terhadap lokaliti dan destinasi henti-henti di setiap laluan tersebut. Hulu Bernam memohon supaya dilantik badan tertentu untuk melaksanakan kajian tersebut dengan peruntukan khas supaya kajian ini dapat dilaksanakan. Yang penting hasrat rakyat Selangor di Hulu Bernam untuk menaiki pengangkutan awam di capai terutamanya murid yang hendak dan pergi ke sekolah dan warga kampung yang hendak melaksanakan urusan-urusan mereka di kawasan pekan.
Tuan Speaker, saya meneruskan perbahasan saya pada petang ini dengan menyentuh perihal pendidikan di negeri Selangor. Pada Selasa yang lalu Tuanku Sultan
menzahirkan keprihatinan baginda terhadap rakyat Selangor. Hulu Bernam pernah membawa perbahasan ke dalam Dewan Yang Mulia ini berkaitan isu pendidikan berasaskan STEM yang kurang mendapat sambutan daripada murid di sekolah dan...
Yang Berhormat sambung esok lah.
Sambung esok ya? 5 minit lagi.
Sambung esok lah.
Sambung esok ya? Ok lah kita sambung esok.
Yang Berhormat sekalian, jam dah menunjukkan jam 6.30 petang. Dengan ini saya tangguhkan persidangan Dewan ini ke pukul 9.30 pagi pada 21 Februari 2025 dan bukannya pukul 9.00 pagi, 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)