Selangor · 21 February 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 280 turns · 36,244 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 21 Februari 2025 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa. (Doa dibaca)
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Selamat Pagi semua. Kita mulakan pertanyaan lisan daripada Yang Berhormat Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 18.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Isu Gisb Holdings (GISBH)Questions
18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan bilangan kanak-kanak yang telah dilepaskan dengan bon kepada penjaga.
b)
Nyatakan jenis bon dan pemantauan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan, serta langkah penguatkuasaan.
c)
Apakah kriteria kesesuaian penjaga bagi membenarkan pelepasan anak-anak?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku. Soalan bertanyakan tentang bilangan kanak-kanak yang telah dilepaskan dengan Bon kepada penjaga. Subseksyen
30(8) Akta Kanak-kanak 2001 memberi kuasa kepada mahkamah bagi mengenakan sebarang syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 185 kanak-kanak yang telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak Mahkamah.
Bagi jawapan (b), jenis bon yang dikenakan ialah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 30(1)(a) iaitu bon tanpa cagaran. Manakala terdapat syarat tambahan di bawah Subseksyen 30(8) seperti berikut; pertama ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan kepada Pelindung sekiranya ingin bertukar alamat ataupun tempat tinggal. Kedua, ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan sebarang perbuatan berunsur penganiayaan, penderaan dan pengabaian tidak akan berlaku ke atas kanak-kanak ini. Yang ketiga ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan atau persekolahan formal yang sewajarnya. Keempat, ibu bapa atau penjaga tidak boleh memindahkan hak penjagaan ke atas kanak-kanak kepada orang lain atau meletakkan kanak-kanak di suatu pusat tanpa pengetahuan pelindung dan kebenaran mahkamah. Kelima, pelindung bila-bila masa berhak untuk hadir dan melawat kanak-kanak di alamat tempat tinggal. Keenam, ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan segala keperluan dan kebajikan kanak-kanak terjaga dan terjamin. Ketujuh, ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama kanak-kanak ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran tiga (3) bulan sekali bagi tujuan pengawasan dan penyeliaan bagi kanak-kanak sepanjang perintah ini berkuat kuasa. Kelapan, ibu bapa atau penjaga hendaklah hadir bersama kanak-kanak untuk mengikuti apa-apa program atau aktiviti yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi kerajaan berkaitan sepanjang perintah ini berkuat kuasa dan kesembilan anak-kanak tidak boleh dijadikan kandungan (content) di media sosial atau mana-mana platform media. Dan semua kriteria bagi soalan (c), kriteria kesesuaian penjaga bagi membenarkan pelepasan anak-anak tersebut adalah berdasarkan penilaian terhadap empat (4) perkara iaitu; pertama ketersediaan sosial keluarga menerima kanak-kanak. Kedua, ketersediaan ekonomi keluarga. Ketiga, kesesuaian persekitaran tempat tinggal dan keempat ketersediaan bagi memenuhi keperluan anak-anak persekolahan. Sekian dimaklumkan.
Soalan Tambahan.
Silakan Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Agama Sijangkang adalah salah
satu pusat untuk pemulihan dewasa dan juga kanak-kanak. Dan saya dimaklumkan lebih kurang dalam 40 dewasa dan lebih kurang dalam 80 kanak-kanak begitu. Soalan saya apakah kriteria bagi pusat-pusat pemulihan mereka ini dan bagaimana mungkin daripada sudut pemantauan kalau mereka ini tidak tinggal di kawasan situ sebab saya dimaklumkan bahawa pemilihan ini berdasarkan kepada zon selatan, Kuala langat dan juga Sepang. Dan kekerapan program yang dijalankan dan jangkaan mungkin keberhasilan sebab mereka mungkin tu duduk di rumah. Saya tak pasti ataupun ada penempatan tertentu kalau dengan jumlah yang besar saya kira agak sukar untuk meletakkan mereka pada satu tempat-tempat yang tertentu. Mungkin ada pemakluman. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Berkaitan dengan lokasi tersebut saya akan semak semula tetapi dalam taskforce pemilihan, pemulihan kanak-kanak GISBH ini, kami bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga pihak MAIS telah mengenal pasti lokasi-lokasi yang kita wartakan sebagai tempat selamat. Dengan tempat selamat ini yang digazet atau diwartakan, mereka yang berada dalam tempat lokasi tersebut menjalani semua program-program yang telah kita tetapkan. Tapi untuk makluman Yang Berhormat pada Januari kita telah memulangkan kanak-kanak ini dan saya perlu semak di lokasi tersebut kerana untuk pemulihan warga dewasa adalah dalam bidang kuasa MKN dan ada sebahagiannya di bawah MAIS tetapi untuk kanak-kanak dalam bidang kuasa saya adalah dengan kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memastikan semua tempat-tempat tersebut adalah warta tempat selamat. Jadi program yang kita telah lakukan dalam tempoh 3 atau 4 bulan dan mereka ini melalui proses mahkamah yang akhirnya dipulangkan dengan Bon berserta syarat yang saya nyatakan tadi.
Mohon jawapan secara bertulis untuk yang tadi tu.
Silakan Yang Berhormat.
Terima Kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang detail. Cuma saya ingin tanya sama ada terdapat mekanisme pemantauan bagi pergerakan merentas negeri ataupun keluar negara. Terima kasih.
Seperti yang dimaklumkan dalam syarat tambahan di bawah Sub Seksyen 30(8) dinyatakan tentang ibu bapa ataupun penjaga hendaklah memaklumkan kepada pelindung. Jadi dari masa ke semasa pelindung akan memantau sekiranya mereka melanggar syarat yang dikenakan, maka yang Bon tanpa cagaran ini mereka telah melanggar kesalahan. Dan tindakan untuk mengambil semula
kanak-kanak tersebut kerana dikhuatiri akan berlaku semula penganiayaan dan sebagainya akan diambil tindakan oleh pihak JKM.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor dari kalangan mahasiswa seramai 10 orang. Yang diketuai oleh Lee Jun Yuang yang diatur oleh Yang Berhormat Kinrara. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Soalan lisan seterusnya Taman Medan, Yang Berhormat Taman Medan silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 19.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Pencemaran SungaiQuestions
19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah kes pencemaran sungai yang telah direkodkan sepanjang tahun 2024 dan apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab? Apakah langkah terkini yang telah diambil Kerajaan Negeri bagi mengurangkan pencemaran air sungai?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan yang telah bertanyakan berapakah jumlah kes pencemaran sungai yang telah direkodkan sepanjang tahun 2024 dan apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab? Serta apakah langkah terkini yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan pencemaran air sungai? Yang Berhormat Timbalan Speaker, sepanjang tahun 2024 jumlah kes pencemaran sungai yang direkodkan adalah sebanyak 80. Bagi kes pencemaran sungai ini siasatan dijalankan oleh pihak LUAS bagi mengenal pasti punca dan pelaku. Bagi kes yang telah lengkap kertas siasatan serta telah dikenal pasti punca dan pelaku, tindakan kompaun bagi kesalahan di bawah Enakmen LUAS 1999 telah dikenakan kepada pelaku selepas mendapat izin kompaun daripada pihak pendakwaan. Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS melaksanakan tindakan dan kaedah untuk menangani masalah pencemaran sungai seperti yang berikut yang
merangkumi; pertamanya, pemantauan 24 jam melalui Skuad Elit Air LUAS (SKEAL) yang bermula sejak tahun 2020. Kedua, tinjauan sungai-sungai bagi mengenal pasti aktiviti-aktiviti dalam 50 meter rizab sungai yang berisiko. Ketiga, menjalankan Kajian Inventori Guna Tanah Di Rizab Sungai bagi sungai-sungai yang berisiko. Keempat, melaksanakan pemasangan stesen telemetri kualiti air di hulu muka sauk sebagai sistem amaran awal/ early warning system, dengan izin dan juga pemantauan berkala ke atas kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai zon perlindungan di bawah seksyen 48 Enakmen LUAS 1999 dan juga serta pengkompaunan atau pendakwaan secara terus bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pencemaran sumber air tanpa lesen atau pun tanpa kebenaran LUAS. Dan seterusnya kolaborasi bersama agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam mengesan suspek-suspek yang disyaki menyebabkan pencemaran air. Dan ketika ini juga LUAS sedang melaksanakan blok pemantauan kualiti air ataupun dikenali sebagai River Monitoring Program (RMP) di sepanjang rizab sungai utama Negeri Selangor dan juga anak-anak sungai yang berisiko. Dan selain daripada itu, LUAS juga mempergiatkan usaha dan memperkasakan penglibatan agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai oleh komuniti di Negeri Selangor. Dan untuk tindakan terbaru pelaksanaan Zero Discharge Policy ataupun (ZDP) pada tahun ini bermula akhir tahun lepas melalui Peraturan-peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 bagi pengawalan pelepasan daripada punca dan akhirnya pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi isu-isu pencemaran melalui Jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Yang Berhormat, saya ingin maklum bahawa LUAS memang kita tahu telah menjadi the main agency yang menguruskan soal sungai di negeri Selangor ni. Cuma kita pun juga tahu, saya ambil contoh Sungai Klang lah ye. Sungai Klang ni jurisdiction dia across beberapa municipality maknanya daripada Ampang termasuk di PJ. Tengah-tengah ada di DBKL sampai lah ke Shah Alam dan Klang dan juga MBSJ. Adakah ada perkongsian tanggungjawab termasuk dari segi funding maknanya dari segi peruntukan di antara pihak Majlis dan juga LUAS dalam nak menguruskan sungai di negeri Selangor. Ini yang saya nak tahu. Keduanya, adakah sudah tiba masanya skop LUAS ini diberikan peranan yang lebih besar yang mana dia juga seperti saya sebut tadi boleh terlibat sama PBT-PBT. Kerana saya merasakan PBT juga harus ambil tanggungjawab untuk menguruskan sungai-sungai ini. Lebih-lebih lagi PBT yang mempunyai reserve yang besar kerana saya ambil contoh ketika lawatan Jawatankuasa ABAS ke projek SMG ya, melihat Projek River Clean Up. Antara soalan yang saya tanya kepada pihak swasta yang menguruskan
projek ini, mereka memaklumkan selagi ada pihak yang membiayai projek ini, maka adalah orang yang akan buat river cleanup ini. So saya tanya sampai bila? Sampai orang tu nak bagi duit. Itu jawapan daripada pegawai, daripada officer di Selangor Maritime Gateway. Maknanya ia nya masih lagi comercial driven kerana kita tahu SMG ini pact dia dengan development project. Jadi kalau lah selesai perkara ini semua.
Soalan dia..
Soalan nya tu lah tadi , satu LUAS. Keduanya adakah dari segi funding ini sudah ada colaboration untuk diwujudkan tabung yang bersama untuk menguruskan sungai-sungai di negeri Selangor ini.
Setakat ini menurut pengetahuan saya masih belum ada tabung yang khusus diwujudkan oleh LUAS bersama dengan agensi-agensi lain. Bagaimanapun memang terdapat kerjasama lah antara LUAS dengan PBT. Contohnya baru-baru ini apabila kita melaksanakan bengkel River Monitoring Program memang dilaksanakan bersama dengan agensi-agensi lain seperti PBT, PDT dan juga SPAN, IWK dan juga agensi-agensi yang berkaitan lah. Jadi terdapat projek-projek yang membersihkan sungai yang mungkin juga ditaja oleh Kerajaan Tempatan tetapi ianya bukan sesuatu yang wajib. Apa yang telah dimulakan pada tahun ini bermula daripada tahun lepas tapi giat dipromosikan pada tahun ini adalah Zero Discharge Policy dan mengapa Zero Discharge Policy ini penting kerana caj-caj yang dikenakan kepada pihak industri akan digunakan sebaiknya untuk aktiviti dan inisiatif yang berkaitan dengan bagaimana kita boleh meningkatkan kualiti air ataupun sumber air di dalam sungai. Jadi, pada masa ini memang Kerajaan Negeri juga sedang mengusahakan sesuatu bagi menjamin pada masa yang akan datang memang kita mempunyai peruntukan tambahan untuk projek-projek ataupun inisiatif yang penting di bawah Kerajaan Negeri berkaitan dengan bagaimana kita boleh memperbaiki dan menambah baik sumber air sungai bawah Negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Sabak.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 20.
Yang Berhormat.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Insentif Dan Strategi Kerajaan Negeri Untuk Menjamin Keberdayaan Homestay Dalam Menyokong Tahun Melawat SelangorQuestions
20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakan insentif dari Kerajaan Negeri bagi memastikan homestay-homestay yang tumbuh bagai cendawan akan terus berdaya saing dan lestari?
b)
Apakah strategi lain dari kerajaan bagi memastikan homestay-homestay ini dapat membantu bagi menjayakan Tahun Melawat Selangor?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor ada menyediakan insentif berupa geran industri Tahun Melawat Selangor 2025 untuk menyemarak sektor pelancongan Negeri Selangor. Tujuan utama pemberian geran industri ini adalah untuk memastikan supaya sektor pelancongan, industri pelancongan negeri Selangor terus berdaya saing menerusi sokongan kepada pihak swasta serta pemain industri di samping untuk mempromosi kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Selain itu, pemberian geran ini adalah bagi menyokong usaha untuk menyediakan infrastruktur pelancongan yang lebih baik dan membantu dalam penganjuran acara pelancongan yang dapat menarik pengunjung ke negeri Selangor. Melalui pemberian geran Tahun Melawat Selangor 2025 Fasa 1 yang telah dilaksanakan bermula Disember 2024 sebanyak 20 buah, 20 pemain industri yang berdaftar dengan ROS dan MOTAC menerima peruntukan berjumlah RM10,000.00 setiap satu permohonan bagi galakan menyemarakkan kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Untuk membantu para pengusaha homestay memasarkan perkhidmatan, Kerajaan Negeri turut menyediakan platform digital untuk mempromosikan produk yang ditawarkan kepada pelancong menerusi media sosial rasmi pelancongan Negeri Selangor iaitu www.visitselangor2025.my dan Discover Selangor.
Untuk (b), untuk makluman Yang Berhormat Sabak, Kerajaan Negeri Selangor turut melaksanakan pelbagai strategi lain untuk memastikan homestay-homestay di negeri ini
memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025. Berikut adalah beberapa strategi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan industri homestay menyumbang kepada kejayaan Tahun Melawat Selangor 2025. Satu, Kerajaan Negeri melalui pihak Tourism Selangor Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, agensi pelancongan dan pengusaha homestay untuk menawarkan pakej pelancongan yang lengkap dengan menggabungkan perkhidmatan homestay dengan destinasi pelancongan lain di Negeri Selangor. Misalnya, contoh, pelancong boleh menginap di homestay di Sabak Bernam sambil mengadakan lawatan ke kawasan pertanian dan agro pelancongan sekitar. Dengan berbuat demikian, para pelancong dapat menikmati pengalaman percutian yang holistik sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan homestay sebagai penginapan pilihan yang menarik dalam kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Dua, melibatkan pengusaha homestay dalam pameran pelancongan domestik seperti MATTA Fair bagi mempromosikan perkhidmatan penginapan yang ditawarkan kepada pengunjung-pengunjung pameran. Tiga, menjadikan perkhidmatan homestay lebih menarik dengan menawarkan pakej gabungan pengalaman, kebudayaan tempatan yang unik seperti permainan tradisional, aktiviti kraf tangan, memasak masakan tempatan contoh punten, nasi ambeng dan merasakan pengalaman kehidupan luar bandar yang unik. Empat, melaksanakan acara-acara pelancongan yang menyokong kempen Tahun Melawat Selangor 2025 di kawasan luar bandar seperti Program Karnival Ban Canal yang dilaksanakan setiap tahun di Daerah Sabak Bernam. ‘Surprising Selangor, Selangor kan ada’. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Sekinchan, daripada seluruh homestay yang ada di Sabak Bernam, saya difahamkan hanya tujuh homestay yang mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan. Jadi, kalau benar bagaimana kita nak membantu supaya homestay-homestay ini semuanya, seluruhnya akan dapat penarafan? Yang kedua, apakah Kerajaan Negeri berhasrat ataupun melalui Kementerian Pelancongan untuk membuat penarafan dari segi kategori lima bintang, empat bintang, tiga bintang. Ini sekali gus untuk melihat supaya homestay-homestay ini ada ciri-ciri yang ada ciri-ciri yang diperlukan umpamanya soal keselamatan, ada kolam renang dan sebagainya. Jadi, apakah ada cadangan ini akan dilakukan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak yang cukup minat dengan seluruh homestay di Negeri Selangor khususnya di Sabak. Jadi, Sabak memang kita ada tujuh homestay yang ada penarafan. Di Selangor ni sebenarnya tak banyak homestay yang ada penarafan. Setakat ini dengan MOTAC dan sebagainya
16. Yang lain, banyak homestay berpuluh, beratus homestay tetapi tiada penarafan kerana mereka tidak mematuhi kriteria-kriteria yang dibenarkan, ditetapkan. Ada yang tidak memohon lesen dan sebagainya. Ini juga dalam proses kita untuk memutihkan homestay-homestay ini bagaimana mereka boleh kita bantu supaya mereka dapat penarafan daripada MOTAC. Dapat penarafan daripada MOTAC baru boleh dapat geran. Kalau tidak geran-geran yang disediakan oleh MOTAC dan sebagainya, homestay-homestay yang tidak terlibat, tidak tergolong dalam terangkum dapat penarafan itu tidak berhak dan tidak akan mendapat bantuan dan galakan tersebut. Itu satu.
Yang kedua, saya sangat setuju, menyokong 100% dengan Sabak dengan kita nak pastikan homestay yang ada penarafan itu ada lima bintang, ono limo, ono papat, ono telu, dengan izinlah. Ada tiga, ada empat bintang-bintangnya. Di mana bintangnya bersinar. Itu ada kolam renang, kemudian ada tempat ikan, menyediakan ikan dan sebagainya. Ini semua akan memberi keseronokan, pengalaman yang luar biasa kepada pelancong-pelancong, pengunjung-pengunjung yang datang ke homestay tersebut. Mereka akan suka datang ke kawasan tersebut. Contohnya di Sekinchan ada satu homestay, bila yang ada tempat kolam renang dan sebagainya. Dan seterusnya, tentang homestay ini kita akan pastikan satu jawatankuasa untuk nak teliti balik supaya homestay-homestay di Selangor ini lebih selamat kepada pengunjung-pengunjung dari soal keselamatannya, perkhidmatan yang lebih baik. Jadi, penarafan tu apa yang disebut tadi sangat-sangat penting. Jadi, saya menyokonglah, saya akan ke arah usaha ini, saya akan kerjasama Tourism Selangor dengan MOTAC akan kita teliti mana-mana homestay yang belum mendapat penarafan kita akan minta mereka, panggil mereka untuk menyertai pemutihan tersebut supaya kita sama-sama ganding bahu pastikan sasaran 8 juta pelancong ke Negeri Selangor Tahun Melawat Selangor 2025 dapat tercapai. ‘Surprising Selangor. Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu’. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya daripada Lembah Jaya, Yang Berhormat Lembah Jaya silakan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 21.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Peluang Kerja AeroangkasaQuestions
21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Melalui kerjasama ini, berapa banyak peluang pekerjaan yang dijangka akan diwujudkan?
Tuan Speaker, Selangor telah lama menjadi pemacu utama dalam pembangunan industri aeroangkasa negara. Oleh itu, Kerajaan Negeri bersama-sama agensi berkaitan sentiasa berusaha untuk mendapatkan work packages ataupun pakej kerja yang berkualiti bagi menjamin peluang pekerjaan yang mampan untuk rakyat Malaysia. Mengikut data daripada NAICO Malaysia, jumlah tenaga kerja yang telah diwujudkan dalam industri aeroangkasa dari tahun 2019 hingga tahun 2024 adalah sebanyak 29,900 pekerjaan. Daripada jumlah ini, 14,300 pekerja ataupun hampir separuh tenaga kerja aeroangkasa di dalam Malaysia berada di negeri Selangor, menjadikan negeri ini sebagai penyumbang utama tenaga kerja dalam sektor aeroangkasa. Angka keseluruhan ini juga hampir mencapai sasaran RMK ke-12 yang menetapkan penciptaan 30,000 peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa negara menjelang 2025. Dalam usaha untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor aeroangkasa, pihak Kerajaan Negeri sentiasa menjalin hubungan bersama OEM atau pun Original Equipment Manufacturer dan pemain Industri bagi mendapat work packages yang berimpak tinggi dan peluang pekerjaan yang berkualiti. Selain itu, Kerajaan Negeri terus menganjurkan pameran kerjaya untuk menghubungkan pemain industri dengan bakat tempatan. Inisiatif ini bertujuan memastikan tenaga kerja yang tersedia dapat diserap ke dalam industri dengan lebih berkesan sekali gus mengurangkan jurang antara keperluan majikan dan pencari kerja. Pada edisi keempat penganjuran Selangor Aviation Show (SAS), sebanyak 2,270 peluang pekerjaan ditawarkan oleh pelbagai syarikat aeroangkasa dan sebanyak 222 peluang pekerjaan telah berjaya diisi. Melalui inisiatif-inisiatif ini, Kerajaan Negeri menjangka bahawa sebanyak 32,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2030 sejajar dengan sasaran yang digariskan dalam Malaysia Aerospace Industry Blueprint (MAIB) 2030. Usaha ini akan terus mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai hub aeroangkasa utama di Malaysia dan di rantau ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Lembah Jaya.
Terima kasih Y.B. EXCO. Mungkin Y.B. EXCO boleh cuba memperincikan dari segi angka ataupun peratusan daripada 32,000 unjuran pekerjaan yang akan dicipta, berapa daripadanya datang daripada sektor TVET? Kerana berdasarkan sesi sembang santai dengan anak-anak muda di Lembah Jaya, terdapat peningkatan dalam minat berkerjaya dalam sektor TVET ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Berkenaan soalan yang pertama berapakah peratusan daripada golongan TVET? Sebenarnya sebahagian besar pekerjaannya yang kita cipta itu adalah di dalam bidang MRO iaitu Maintenance, Repair & Overhaul). Jadi, ini adalah melalui skim latihan TVET dan lebih kurang 85% ataupun 29,900 peluang pekerjaan adalah daripada pekerjaan TVET. Jadi, ini adalah merupakan satu penyumbang yang terbesar bagi sektor aeroangkasa. Dan, berkenaan soalan yang kedua adalah berkenaan berapa peminat ataupun penduduk Lembah Jaya yang berminat dalam sektor aeroangkasa ini? Saya memohon maaf kerana Kerajaan Negeri tidak ada satu data sehingga setiap DUN berapa penduduk yang bekerja di bidang aeroangkasa. Tetapi apa yang saya ingin maklumkan di sini, buat masa ini pihak Invest Selangor bersama NAICO kita sedang berusaha untuk menganjurkan program outreach ke sekolah-sekolah menengah di kawasan setiap, di setiap kawasan. Jadi, dengan adanya program outreach ini, kita mengharapkan kita dapat mencungkil minat para pelajar di sekolah menengah supaya mereka nampak peluang pekerjaan yang begitu cerah dan berimpak tinggi di sektor aeroangkasa. Dan, saya nak tawarkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini termasuk pembangkang sekiranya ada sekolah-sekolah yang berminat ataupun Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berminat untuk menganjurkan program outreach ini bersama boleh whatsapp saya. Saya akan aturkan program sebegini di DUN-DUN masing-masing. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Yang Berhormat, saya ingin bertanya. Daripada berpuluh ribu peluang pekerjaan ini berapakah kekosongan yang telah diisikan? Yang pertama. Yang kedua, adakah kerajaan juga bercadang untuk menubuhkan satu institusi pendidikan yang khusus sebagai langkah penyediaan tenaga kerja aeroangkasa? Terima kasih.
Sebenarnya peluang pekerjaan yang diwujudkan di bawah sektor aeroangkasa ini banyak. Kalau saya boleh rujuk kepada satu data daripada
Airbus daripada Boeing dan Airbus sebanyak 70,000 pekerjaan diperlukan menjelang tahun 2043. Yang ini bagi South East Asia sahaja memerlukan lebih daripada 70,000 techical work force bagi sektor ini. Jadi Kerajaan Negeri Selangor melalui pelbagai program, bekerjasama dengan TVET yang berada seperti Politeknik di Banting sebagainya. Kami telah menganjurkan program sama supaya kita dapat melatih lebih ramai apa itu technician ataupun engineer yang diperlukan di dalam sektor aeroangkasa untuk mengisi peluang-peluang pekerjaan yang berimpak tinggi dan dapat memberi gaji yang lebih tinggi kepada anak-anak muda kita.
Soalan lisan seterusnya. Yang Berhormat Seri Kembangan.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Soalan saya nombor 22.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Penilaian Prestasi Penjawat AwamQuestions
22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimana ADN dan Ahli-Ahli Majlis menilai kan prestasi penjawat awam terutamanya pegawai-pegawai di PBT, PDT dan agensi-agensi lain?
b)
Adakah penilaian ini akan diambil kira semasa kerajaan mempertimbangkan naik pangkat atau menyesuaikan gaji bagi penjawat awam?
Terima kasih Timbalan Speaker, Balakong, Seri Kembangan atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk maklumat Yang Berhormat secara umumnya penilaian prestasi selaras pekeliling Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam (SSPA) menetapkan penilaian dilaksanakan di kalangan penjawat awam. Penilaian ini akan dalam menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pemberian ganjaran berasaskan prestasi. Contohnya Pergerakan Gaji Tahunan (PGT), Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs), dan ganjaran lain iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Darjah Kebesaran, Bintang
dan Pingat serta tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, PBT dan agensi-agensi boleh menimbang untuk memasukkan elemen-elemen tertentu bagi membolehkan Ahli-Ahli Dewan Negeri, Ahli-Ahli Majlis dan Pemimpin Masyarakat membuat penilaian ke atas pegawai-pegawai di bawah jabatan tersebut melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pihak Berkuasa Melantik PBT masing-masing. Maksudnya dalam pada ketika ini penilaian yang telah dibuat adalah berdasarkan daripada penilaian jabatan yang diketuai oleh Ketua Jabatan. Justeru, di pihak ahli pemimpin-pemimpin masyarakat sama ada secara rasmi dan tidak rasmi mampu untuk menyampaikan maklumat-maklumat dan juga pandangan-pandangan tertentu kerana kita ada konsep pemisahan kuasa sudah pasti, di antara executive and legislative dan di situ juga ada ruangan tertentu sebagai contoh kewujudan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan ABBAS, Jawatankuasa PBT, anak syarikat. Ini semua menjadi salah satu daripada medium yang boleh dilaksanakan ataupun yang boleh digunakan oleh pihak pimpinan seperti Ahli Dewan Negeri untuk memberikan penilaian secara langsung dan tidak langsung kepada mana-mana pegawai jabatan dan agensi.
Insya-Allah penilaian-penilaian itu akan diambil kira kerana di pihak pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa berbincang dengan pihak pentadbiran terutamanya melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh jajarannya dalam menempatkan pegawai-pegawai dalam menentukan tanggungjawab-tanggungjawab baru pegawai dan
memberikan pengalaman-pengalaman baru kepada pegawai-pegawai supaya ia juga memberikan keluasan pengalaman kepada mereka sebelum mereka boleh menaiki pangkat-pankgat tertentu ataupun memegang jawatan-jawatan yang berfungsi dengan baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Soalan lisan seterusnya daripada Yang Berhormat Kuang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 23.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Isu Jalan Dan Longkang Dibawah Pembangunan Luar Bandar (PLB)Questions
23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah PLB diberikan peruntukan untuk menyelenggara dan membaiki jalan-jalan dan longkang di bawah seliaan PLB dan sekiranya ada berapakah jumlah peruntukan tersebut?
b)
Adakah PLB diberikan peruntukan kecemasan untuk membaiki jalan-jalan dan longkang yang rosak akibat bencana alam?
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Tuan Timbalan Speaker, Kuang bertanyakan isu berhubung dengan pengurusan ataupun pembangunan penyelenggaraan jalan, longkang di bawah Pembangunan Luar Bandar. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil berat berhubung penyelenggaraan jalan dan juga longkang kawasan luar bandar di kampung tradisi dan kampung baru. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan keseluruhannya RM4 Juta pada 2025 di bawah program seperti berikut; iaitu penyelenggaraan Luar Bandar dan melibatkan Kampung Tradisi: RM2 Juta dan Kampung Baru RM2 Juta. Peruntukan penyelenggaraan jalan dan longkang luar bandar ini diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan pihak Pejabat Daerah dan Tanah akan mengemukakan permohonan mengikut keutamaan di daerah masing-masing. Dalam masa sama, Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor juga menyelaraskan keperluan menyelenggara jalan-jalan dan juga longkang luar bandar menggunakan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Program MARRIS kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah berjumlah RM35 Juta. Keseluruhannya pada Tahun 2025, Kerajaan Negeri mempunyai dana RM39 Juta bagi tujuan penyelenggaraan jalan dan longkang luar bandar. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah akan menyelaras keutamaan permohonan berdasarkan skop projek yang ditetapkan di bawah setiap peruntukan yang tersedia kepada pihak Perbendaharaan Negeri Selangor atau Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Bahagian (b) ini kita jawab bersekali juga dengan jawapan dan soalan daripada Jeram, soalan 231 iaitu berhubung dengan kerja-kerja apa bencana ya, berkait bencana atau kecemasan. Kerajaan Negeri juga melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan menyelaras peruntukan luar bandar tahunan sedia ada mengikut keutamaan. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah boleh memohon kepada pihak Perbendaharaan Negeri Selangor bagi kerja-kerja kecemasan untuk membaiki jalan-jalan dan longkang yang rosak akibat bencana alam dengan menggunakan peruntukan di bawah MARRIS. Yang kedua, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan peruntukan perkhidmatan masyarakat kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah berjumlah RM53.8 Juta. Ini untuk dan 30
peratus ataupun RM16.1 Juta daripada peruntukan ini adalah bagi pelaksanaan projek kecil yang juga boleh digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan, menebang pokok contohnya, membaiki jalan/ longkang, kemudahan awam yang rosak akibat bencana alam tertakluk kepada ketetapan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2019 : Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih, soalan tambahan daripada Sijangkang.
Terima kasih Speaker. Berkaitan dengan longkang dan ataupun sistem perparitan luar bandar ini. Adakah Kerajaan Negeri merancang sesuatu, menjadikan sesuatu dasar terutamanya perparitan di kawasan luar bandar ini, yang mana melibatkan kawasan-kawasan pembangunan perumahan plot-plot kecil dengan penduduk yang kalau kita lihat mungkin dalam pra syarat itu ada anjakan daripada reserve parit ataupun longkang kawasan perumahan yang baru dengan jalan berbeza dengan reserve ataupun plot pemilik ukuran. Jadi jalan itu dia jadi bengkang bengkok dan kedudukan longkang kawasan perumahan ini ada yang lebih dalam yang menyebabkan aliran tidak baik menyebabkan sebu, nyamuk juga apa ini membiak di situ dan akhirnya sistem saliran ini tidak cantik. Mungkin boleh difikirkan satu sistem supaya saliran ini menjadi lebih lurus atau pun bagaimana supaya akhirnya tidak menyebabkan banjir dan sebagainya. Terutamanya dalam sistem saliran bawah PLB ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang yang kita sebenarnya memang saya dah sebut dalam dewan ini beberapa kali. Isu berhubung dengan jalan-jalan dan juga longkang ini. Bukan satu perkara yang mudah nak diuruskan sebab kita ada banyak, terutamanya banyak pemilik jalan-jalan ini dan longkang ini. Yang kedua ialah ada yang tak bertuan pun ada. Jadi dan juga ada melibatkan pelbagai kategori longkang dan parit ini. Jadi ini perkara yang kita Negeri telah buat dan saya dah buat beberapa perubahan dan kita telah mencapai apa kemajuan. Walaupun isu ini sebenarnya berpuluh-puluh tahun ya yang kita hadapi masalah ini. Contohnya dari segi parit ataupun longkang yang tak bertuan. Kita telah mula laksanakan fasa 1 ya, fasa 2 ini bulan ini akan mula yang mana melibatkan hampir 500 kilometer longkang parit tidak bertuan yang kita one-off. Tetapi one-off sahaja itu pun tidak selesai sebab apa, dia akan berulang lagi kalau kita tidak uruskan lagi tahun ini. Jadi kita telah dalam peringkat akhir inventori untuk kita serahkan kepada pihak-pihak ataupun jabatan, agensi tertentu. Dia tak boleh jadi tak ada tuan. Jadi ini yang perkara yang, kita contohnya saya bagi contoh, kalau longkang jalan JKR kalau lebih daripada
1.2 meter lebar dia tak boleh buat. Jadi kita kena serahkan kepada jabatan lain ataupun agensi lain untuk melaksanakan dan kita dalam proses terakhir itu, tetapi kerja one-off itu akan berjalan fasa 2 bulan ini. Yang berkait dengan pemilik longkang yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, saya ini pun jadi isu besar sebab apa, kita melihat bahawa pengurusan terutamanya di jalan kampung ini agak sukar kerana dia melibatkan pemilikan atau pun tanah-tanah yang dimiliki, bukan tanah yang rizab longkang dan sebagainya. Jadi kita kena dapat consent nak pergi masuk dan sebagainya. Ini merupakan satu isu besar, terutama jalan ataupun longkang ataupun parit, tanah. Ini kita perlu kebenaran dan sebagainya yang mana yang kita ada kebenaran boleh masuk macam ini kita masuk, tetapi yang tidak ada yang pembangunan apa nama dia ini panggil pocket development ini ataupun yang pembangunan yang tidak mengikut KM yang masuk dia akan bina lot parit dan masing-masing ikut sedap hati masing-masing menyebabkan invert level tak sama.
Kalau invert level longkang ini biasanya dia makin lama makin rendah. Baru air mengalir. Dia tak ada, ada kadang naik tinggi, lepas itu rendah balik. Jadi air akan sangkut. Ini proses yang akan memakan masa kita ada inventorinya dan kita sedang meneliti bagaimana kita nak menguruskan dengan kita buat one-off dulu tetapi kita kena ambil dasar seterusnya ialah untuk membetulkan keadaan ini dan menyelesaikan isu-isu terutama melibatkan tanah-tanah persendirian ini. Longkang yang melalui atau parit di kawasan tanah persendirian yang kita menghadapi masalah, ada yang tidak benarkan kita masuk dan ada kita kena pernah kena tindakan undang-undang pun ada, masuk kerana untuk menyelenggara longkang dan parit ini. Ini semua kita akan melihat secara menyeluruh dan memang dalam proses pelaksanaan dan saya yakin tahun ini kita akan selesai pengagihan longkang iaitu parit, termasuk jalan tak bertuan kepada agensi jabatan dan kita kena bekalkan juga bajet. Bukan boleh bagi je macam itu. Kena ada bajet pula yang kita kena sediakan untuk menyelesaikan isu-isu mengenai sistem saliran dan juga jalan yang tak bertuan terutamanya. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Paya Jaras.
Terima kasih. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Saya merujuk isu memang satu dari isu banjir, isu longkang tak bertuan, longkang yang tak ada siapa punya. Kalau dapat boleh tak EXCO bila dah dapat senarai ini, kita dapat letakkan dalam sistem supaya bila kita buat aduan kita tahu kat mana tuannya. Sebab contoh saya buat aduan dekat MPS. Eh bukan kami punya, JKR pula. Dia kata bukan kami punya, last-last 3 kali SISPA yang kita buat. So bagi saya proses itu dia nak cepat tetapi akhirnya sebab prosedur 3 agensi kalau
boleh minta bilakah pelaksanaan ini dapat dilaksanakan. Yang kedua, boleh tak letak dalam sistem supaya bila kita detect. Kita akan buat, kita nak bantu penduduk, kita nak bantu agensi supaya cepat. Kalau yang mudah macam IWK mudah, kalau longkang ada JPP itu cepat juga kita dapat aduan kita report hari ini esok sampai. Tetapi bila longkang ini Yang Berhormat dia akan tendang 3 tempat. Ini dah 4 kes. Jadi saya minta apa pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini. Terima kasih.
Ya memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat Paya Jaras, memang kalau tanya di jabatan ini dia kata bukan dia punya. Sebab apa dia itu panggil tak bertuan. Dia tak ada tuan. Jadi kita tanya siapa pun dia akan tolak. Ini sebenarnya kita ada senarai yang sebut tadi panjang, terlalu panjang hampir 500 kilometer. Jadi sebab itu kita telah buat fasa 1 dalam 220 kilometer. Ini ada fasa 2, sebab fasa 2 ini dia yang lambat sedikit sebulan, 2 bulan delay. Ini sekarang nak pastikan tidak ada overlapping. Tidak ada pertindihan itu yang lambat sikit itu. Bukan kerana kita tak nak buat segera. Jadi bulan ini akan, saya yakin akan selesai dan boleh kita mulakan fasa 2 dan senarai inventori ini kita akan pastikan dia akan letakkan di bawah jabatan lepas ini.
Tidak ada longkang ataupun kalau adapun mungkin yang baru-baru inilah yang akan kita selesai. Tetapi yang lama-lama ini yang lebih 500 kilometer ini kita akan agihkan ada jabatan, agensi untuk kita pastikan penyelenggaraan itu lepas ini menjadi berkala. Itu yang pertama, yang kedua saya nak share juga ya berkongsi ini ialah kadang-kadang longkang parit ini dia milik satu jabatan. Macam contoh jalan, longkang jalan JKR. Tetapi bila dia masuk kawasan PBT. Longkang-longkang daripada PBT ini dia masuk punch kepada longkang jalan dia. Jadi menyebabkan itu yang selalu jadi masalah sebab apa longkang itu hanya untuk mengendalikan air jalan sahaja. Tetapi bila masuk daripada taman ke longkang JKR ini menyebabkan limpahan dan sebagainya. Ini yang kena diselesaikan sebab dia melibatkan 2 jabatan juga agensi. Itu yang saya setakat ini berjaya selesaikan dan kita akan kenal pasti lagi kes-kes yang macam ini yang banyak ini supaya longkang itu dapat dibesarkan oleh kedua-dua pihak untuk memastikan saliran yang akan masuk ke sungai tanpa melimpah ke jalan dan sebagainya. Ini lagi satu isu-isu yang dan yang satu lagi yang paling besar ialah utiliti yang dia korek dulu, yang lamalah cerita ya. Dia korek, dia tanam kabel atau paip tengah-tengah longkang. Dia tidak ini, jadi sampah sangkut, air melimpah air dan jadi banjir. Ini pun antara perkara besar yang perlu kita buat untuk nak alihkan supaya laluan air itu tidak tersekat oleh sampah dan sebagainya. Ini lagi satu cabaran besar yang sedang kita uruskan inventorinya. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 24.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Isu Pemilikan Rumah Bagi Golongan M40 Yang Tidak Layak Mendapat Bantuan B40 Tetapi Tidak Mampu Membeli Rumah Pasaran TerbukaQuestions
24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Walaupun pendapatan isi rumah di luar bandar signifikan rendah, sedangkan harga rumah dan kos membina rumah meningkat, bagaimanakah kerajaan bercadang menyelesaikan isu pemilikan rumah bagi golongan M40 yang tidak layak mendapat bantuan B40 tetapi tidak mampu membeli rumah pasaran terbuka?
Terima Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Yang Berhormat Sungai Burong bertanya mengenai pendapatan bagi luar bandar yang signifikan rendah sedangkan harga rumah kos yang dibina meningkat dan bagaimanakah kerajaan bercadang untuk menyelesaikan isu pemilikan rumah bagi rumah M40 yang tidak layak mendapat bantuan bagi B40 yang tidak mampu memiliki rumah harga pasaran terbuka? Untuk makluman Yang Berhormat, berdasar Jabatan Perangkaan Malaysia, golongan M40 ataupun pertengahan adalah berpendapatan seisi keluarga puratanya bulanan iaitu RM9,000.00 hingga RM14,000.00 sebulan. Berdasarkan kepada purata bulanan pendapatan tersebut, golongan M40 layak untuk memohon Rumah Selangorku ataupun hartanah rumah harga kawalan. Ertinya walaupun dia M40 dia layak untuk dalam Skim Rumah Selangorku. Pemohon perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Terkawal Negeri Selangor dan penawaran kepada pemohon akan dibuat berdasarkan pada merit yang telah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Dia adalah syarat-syarat yang ditetapkan. Jadi sekiranya pemohon didapati tidak layak, jika didapati tidak layak kita ada satu skim lagi sebagai alternatif dia boleh memohon dan menyertai Skim Smart Sewa. Ini Skim Smart Sewa ini kalau dia tidak memiliki rumah dia boleh memohon kepada Skim Smart Sewa ini dalam masa
berapa tahun dia menyewa, maksimum 5 tahun dan kita akan pulangkan semula 30% iaitu sebagai satu inisiatif untuk dia membayar deposit atau memiliki rumah yang lain. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan Sungai Burong. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker terima kasih jawapan daripada EXCO Tanjung Sepat. Soalan tambahan saya dalam pada penambahbaikan pemilikan perumahan daripada golongan B40 ataupun M40 kita rasa boleh meningkat lagi Sungai Burong nampak boleh meningkat lagi potensi pemilikan rumah ini sebab sebagai asas dengan pemilikan dana. Jadi oleh sebab itu saya melihat banyak lagi rizab-rizab sungai yang diduduki oleh penduduk-penduduk rizab jalan, peneroka-peneroka bandar, jadi ada tak satu perancangan supaya tanah ini boleh dimiliki dalam seterusnya boleh memohon perumahan-perumahan? Saya dapat jawapan bertulis harga yang ditawarkan sehingga RM42,000.00 sehingga RM250,000.00. Jadi mohon komen.
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang pemilikan tanah bagi rizab-rizab ataupun tanah-tanah yang kosong sama ada tanah kerajaan yang terbiar atau pun dirizabkan mengikut peraturan ditetapkan jika melibatkan tanah-tanah rizab jalan atau pun tanah-tanah rizab sungai dan sebagainya, ini perlu mendapatkan kelulusan daripada agensi-agensi tertentu. Walau bagaimanapun kita banyak juga menyediakan rumah idaman dan harapan di mana ada kerjasama dengan agensi kerajaan di bawah GLC kerajaan seperti MBI dan sebagainya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, DUN Sungai Burong yang berhampiran di kawasan Yang Berhormat kita ada iaitu Taman Air Manis Sabak yang mana jenis D Idaman rumah Teres Satu Tingkat yang harga RM250,000.00 sebanyak 54 unit dan sekarang dalam 90% pembinaan. Nampaknya penjualannya habis. Dan ada fasa kedua iaitu di taman yang sama teres juga sebanyak 67 unit juga telah dijual sebanyak 70% dalam pembinaan sekarang. Jadi ertinya pihak GLC Kerajaan jika ada peluang diberi tanah-tanah terbiar yang mungkin boleh dimiliki untuk dibuat kerjasama dengan developer, maka ini mungkin menyumbangkan kos pembinaan dan sebagainya. Jadi itu adalah usaha yang kita cuba dapat. Sebagai contoh di LPHS kita ada bina rumah PPR di Dengkil. Rumah itu tanah itu milik LPHS dan kerjasama dengan KPKT dan ini kita boleh memberi satu ruang pendudukan rumah bagi PPR penduduk yang tak mampu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dewan Negeri Selangor juga hari ini mengalu-alukan kehadiran lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor dari Pertubuhan Kebajikan Amal Penduduk Hulu Selangor seramai 5 orang yang diketuai oleh Mohamad Azri bin Kasim. Juga lawatan daripada Ahli Dewan Negeri
Gombak Setia seramai 19 orang yang diketuai oleh Saudara Sakil Arif. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Kota Damansara.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Kota Damansara nombor 25.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 25. Persempadanan Selangor Dan Wilayah Kuala LumpurQuestions
25. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah status perbincangan berkenaan Garisan Sempadan antara Selangor dan Wilayah?
b)
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan perbincangan ini dapat dimuktamadkan?
c)
Adakah kerajaan bercadang untuk mengambil kembali Wilayah Persekutuan jika perbincangan ini menemui jalan buntu?
Terima kasih Kota Damasara atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk maklumat semua pada yang terkini iaitu pada 31 Oktober 2025 pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM telah menyelesaikan Fasa Pengukuran dan Penandanan Sempadan yang berjarak 3.7 kilometer di antara Kuala Lumpur dan juga Selangor dan pada ketika ini keseluruhannya mempunyai lebih kurang 86 lembaran peta dengan keluasan 103.37 kilometer tersebut. Dan pada ketika ini kita sedang menentukan dan menetapkan apa yang dipanggil sebagai outstanding boundary problem ataupun OBP bagi kita selesaikan sebagaimana nilai-nilai ataupun jumlah-jumlah yang telah ditetapkan pada 5 Mac 2020. Maknanya pada 5 Mac 2020 kita telah menandakan beberapa kawasan yang dipanggil sebagai OBP supaya kita boleh lihat kawasan-kawasan ini boleh ditentukan di mana sempadannya dan kita akan tambah lagi selepas selesai ukuran yang telah dilaksanakan oleh JUPEM pada 31 Oktober 2024 yang lepas. Bagi memastikan perbincangan dapat dimuktamadkan, pihak PTGS ataupun
Pejabat Tanah dan Galian Selangor sentiasa mengadakan perbincangan dan sesi libat urus bersama dengan Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan dan pihak JUPEM. Beberapa siri dan perbincangan dan mesyuarat telah dilakukan dan insya-Allah mesyuarat seterusnya akan berlangsung pada 11 Mac 2025. Kita sangat optimis bahawa kita dapat menyelesaikan isu sempadan ini walaupun kawasan sempadan di antara Kuala Lumpur dan Selangor sedikit rumit berbanding dengan pengalaman kita menyelesaikan ukuran dengan Negeri Sembilan dan juga dengan negeri Pahang dan kita belum bermula dengan negeri Perak. Kerumitan itu timbul akibat daripada kedudukan sempadan yang mungkin agak complicated lebih kurang kerana ada sebahagiannya melibatkan premis, sebahagian melibatkan jalan, sebahagiannya melibatkan longkang dan kawasan tertentu termasuk premis-premis perniagaan yang perlu dimuktamadkan. Beberapa garis-garis sempadan tahun 1970 sebelum ini tidak diukur dan akibatnya ada beberapa premis itu telah dibangunkan oleh pihak berkuasa seperti DBKL, ada juga dibangunkan oleh pihak PBT Selangor tetapi dalam buku sekarang termasuk dalam sempadan Kuala Lumpur. Jadi hal-hal lain seperti ini harus dimuktamadkan dalam OBP tadi dan kita akan pasti dapat selesaikan hari ini sebelum satu perjanjian yang akan ditandatangani oleh Menteri Besar dan juga Menteri Wilayah yang akan menetapkan garis sempadan ini dan sekali gus menentu sahkan kedaulatan tanah dan wilayah negeri Selangor supaya dapat dibangunkan dengan lebih baik dan juga perancangan-perancangan dapat dilaksanakan. Ia bukan hanya menjurus kepada hak milik hartanah individu atau pun hak milik premis syarikat atau pun mana entiti yang dimiliki di negeri Selangor mahupun Wilayah. Ia juga melibatkan kos-kos tertentu seperti kos penyelenggaraan. Terdapat beberapa laporan yang kita dapati sebahagian tanah atau pun sebahagian kawasan yang telah di selenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya sebagai contoh satu ketika dahulu, strech nya tak panjang dalam sekitar 500 hingga 700 meter sebenarnya berada dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebab penentu sah-an kawasan-kawasan tersebut tidak ditetapkan. Berlakulah insiden-insiden seperti ini dan ia akan mengganggu sedikit pelan perancangan dan juga pelan pembangunan mahupun daripada yang dipanggil sebagai Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan, pengubahan-pengubahan Rancangan Tempatan yang ingin dilaksanakan oleh Pihak-pihak Berkuasa Tempatan. Maknanya ada turut memberi kesan langsung kepada agensi dan kesan langsung kepada jabatan dalam menentukan kerja, belanjawan mahupun pelan-pelan dan perancangan yang disebutkan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
soalan tambahan, silakan Kota Damansara
Terima kasih Sungai Tua. Kota Damansara ingin menanyakan adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk
mempunyai jawatankuasa antara PBT-PBT di kawasan sempadan dengan DBKL kerana kalau kita lihat di kawasan-kawasan yang padat dan pesat membangun selalunya masalah utamanya ialah dari segi maintenance bila mana kawasan seperti banjir, banjir kilat dan sebagainya. Jadi perkara-perkara ini akan menjadi masalah yang sangat besar bila PBT di negeri Selangor terpaksa, terbuat di kawasan Wilayah dan Wilayah terbuat di kawasan Selangor. Jadi kalau andai kata ada jawatankuasa seperti ini mungkin sementara menunggu tahun 2025, jadi dapat kita selesaikan beberapa isu-isu kecil yang menjadi keresahan masyarakat khususnya duduk di daerah sempadan. Terima kasih.
Pernah satu ketika kita mencadangkan satu komuniti bersama di antara pihak DBKL dan juga pihak majlis-majlis Tempatan dan sebagainya. Namun ada beberapa kekangan-kekangan peraturan yang tidak menjadikan hal itu menjadi realiti lah. Ada peraturan tertentu saya lupa nanti saya maklumkan kepada Yang Berhormat. Tapi peraturan dalam constitution itu menghalang ada jawatankuasa rentas begitu lebih kurang bentuknya. Dan dalam masa yang sama kita juga mempunyai jawatankuasa teknikal ataupun jawatankuasa JBT, Jawatankuasa Bersama Teknikal. Dalam Jawatankuasa Bersama Teknikal ini lah dalam menentukan kawasan-kawasan tersebut akan dipanggil Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan supaya kita dapat selesaikan hal itu dengan tuntaslah. Ada berapa perkara yang telah kita laksanakan dahulu, ada pembangunan yang telah dibangunkan dahulu, ada melibatkan premis, melibatkan puluhan, mungkin ratusan pekedai-pekedai, penjaja-penjaja yang telah dibangunkan oleh DBKL atau pun mungkin dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Selayang. Ini semua adalah perkara-perkara yang akan diteliti oleh Jabatan Bersama Teknikal ini supaya garis sempadan itu tidak memecahkan. Masalahnya kadang-kadang dia pecahkan satu rumah tinggal beranda sahaja. Beranda dalam Selangor kena bayar cukai dengan Selangor, kawasan depannya kena bayar dengan Kuala Lumpur. Itu akan itu perkara yang kita akan elakkan. Dan kita juga akan mempermudahkan, permudahkan contohnya laluannya tidak sempadannya, tidaklah di tengah jalan. Kadang-kadang ada dulu sempadannya di tengah garis jalan. Bila berlaku kemalangan di sebelah Selangor depan tu Balai Polis Kuala Lumpur kena nun datang daripada daerah yang lain. Ini semua kadang-kadang akan bagi kesan yang tidak realistik ataupun tidak mudah untuk diuruskan dalam pentadbiran. Jadi mungkin kalau kita habiskan, kita habiskan sempadan jalan dan elakkan kawasan tertentu dan juga selepas ini ialah penguatkuasaan sebab sempadan ini kadang-kadang memberi implikasi undang-undang dalam penguatkuasaan. Ini banyak kali kita ceritakan, banyak kali semua pun faham. Bila peniaga di sini menjaja sebagai contoh, bila mereka lari ke sempadan Kuala Lumpur, peniaga-peniaga kita penjaja-penjaja kita, penguat kuasa kita tidak menjalankan tugas dengan baik. Jadi ini antara perkara-perkara asas yang telah disefahami antara saya dengan Menteri Wilayah dan kita mempunyai peluang yang jauh lebih besar. Antaranya adalah idea tentang Greater Klang Valley, setelah kita lihat
beberapa pelan pembangunan negara berasaskan kepada pembangunan wilayah wujudnya Koridor Pembangunan Utara Selatan Timur, rupanya di kawasan tengah kita tidak ada koridor.
Baru ini dalam jawatankuasa yang telah dipengerusikan oleh Menteri MITI menyebutkan bahawa ada kemungkinan kita nak buat satu kawasan wilayah dengan melingkungkan kawasan di antara Melaka sampailah ke negeri Selangor sebagai satu kawasan Pembangunan Wilayah Ekonomi. Dan kita telah menideakan tentang Greater Klang Vallely ataupun Lembah Klang Raya dan perkara itu telah saya sampaikan dalam mesyuarat pertama dan Greater Klang Valley berbincang dengan Kuala Lumpur, langsung Greater Klang Valley akan menghubungkan lima bandar raya daripada Kuala Lumpur sampailah ke Klang sebagai satu konurbasi ataupun metropolitan Malaysia yang paling vibrant yang sedikit padat dan juga yang paling padat yang mempunyai teknologi terkini dan akan diselaraskan dengan sistem pengurusan bersama yang komprehensif dan efisien. Jadi ini peluang yang mungkin yang boleh diguna pakai dalam pemikiran Greater Klang Valley atau pun idea untuk mengembangkan Greater Klang Valley dengan memasukkan Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada kawasan dan wilayah pembangunan yang diuruskan bersama. Jadi soalan ketiga (c), berkenaan kemungkinan ambil balik dan sebagainya saya rasa dah ulang balik jawapan terhadap Bukit Gasing tempoh hari kita akan honour ataupun kita akan menghormati perpindahan ataupun perjanjian yang telah dibuat dan ia bukan melibatkan Kerajaan Negeri sahaja, ia turut perbincangan dengan Wilayah di bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan sebagainya, jadi ketika ini jawapannya tidaklah. Sebab mereka masih lagi dalam merangkumi peraturan-peraturan dalam perjanjian penyerahan Kuala Lumpur pada tahun 70an lepas. Terima kasih.
Speaker soalan tambahan.
Gombak Setia.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua atas jawapan dan penjelasan sebentar tadi. Saya suka untuk terlibat dan ambil peluang ini kerana kawasan saya antara kawasan yang bagi saya betul-betul berada di sempadan antara Selangor dengan Kuala Lumpur. Dalam kawasan saya itu, Kampung Changkat, Gombak Setia, Taman Changkat dia Parlimen Batu. Walaupun hanya di pisah dengan sebatang jalan yang dua laluan sahaja. Dan saya setuju dengan penjelasan Yang Amat Berhormat Sungai Tua tadi antara masalah-masalah utama kita di kawasan-kawasan ini ialah isu penguatkuasaan. Jadi, dalam usaha Kerajaan Negeri memberdaya sebagai mana yang disebut tadi, Greater Klang Valley tadi, saya ingin bertanya apakah ada kemungkinan bahawa sampai satu masa nanti kita harus tubuhkan
satu agensi untuk menyelaras pentadbiran dan juga penguatkuasaan tentang kawasan-kawasan sempadan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang Gombak secara keseluruhannya memang akan bersempadan dengan Kuala Lumpur sebahagian besarnya termasuk di kawasan Sungai Tua, Batu Caves, Gombak Setia sampailah ke kawasan Hulu Kelang. Bersempadan dengan Wangsa Maju, bersempadan dengan Setapak, bersempadan dengan Selayang, Kuala Lumpur, Kepong dan sebagainya. Dan ini adalah kawasan-kawasan yang saya kata agak tricky sebentar tadi yang perlu di muktamadkan. Kalau melibatkan kawasan Bukit Gasing saya rasa hutan di Bukit Gasing itu menjadi sempadan yang sangat baik untuk memisahkan Kuala Lumpur dan juga Selangor. Tapi di Gombak sebahagiannya ada hubungan persaudaraan, ada hubungan keluarga, ada hubungan lain yang terpisah di antara dua negeri. Itu situasinya. Justeru, saya, kita boleh fikirkan satu commitee khas, tetapi Greater Klang Valley yang saya sebutkan sebentar tadi mungkin menjadi satu platform ataupun menjadi satu wahana yang boleh di fikirkan bersama sebagai platform tersebut. Kita melihat bagaimana wilayah pembangunan khas, LADA sebagai contoh. LADA di Langkawi. Itu adalah contoh bagaimana unsur pembangunan dan juga pelan pembangunan dirangka bersama dalam satu pulau dan kawasan. Tapi Greater Klang Valley ini akan lebih rumit kerana ia akan melibatkan dua negeri dan beberapa daerah-daerah tertentu.
Jadi cadangan-cadangan itu boleh dilaksanakan, malahan kita pernah cadangkan pun pada ketika ini satu commitee bersama. Tapi bila kita semak ada kekangan Undang-Undang. Nanti saya maklumkan kepada Yang Berhormat kekangan Undang-Undang apa tu yang menghalang daripada perkara itu diputuskan. Tak silap saya hal ini dibangkitkan sekitar tahun 21 ataupun 22. Ada satu komiti bersama untuk tangani hal tersebut, kawasan-kawasan sempadan. Tapi hal itu ada beberapa peraturan. Saya kena maklumkan balik kepada LA, nanti saya akan maklumkan, sebab ada kekangan itu. Kalau tak, tak ada masalah. Tapi bila ada enakmen yang dipanggil Greater Klang Valley nanti kita akan cuba masukkan dan kita dapat rungkai bersama dengan Putrajaya untuk satu pengurusan yang lebih berkesan kerana di sini bukan hanya lambang kepada Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan. Ini bukan lambang kepada Malaysia, kepada Negeri Selangor, maafkan saya. Tapi ini lambang kepada Malaysia kerana inilah pusat kepada aktiviti ekonomi, pusat perbankan, pusat perindustrian dan sebagainya yang boleh menjadikan satu contoh kepada Malaysia.
Yang Berhormat Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya kagum begitu banyak mesyuarat diperlukan untuk kita merunding sempadan antara
Kuala Lumpur dengan Selangor. Apa kata walaupun kita menghormati perjanjian terdahulu, dengan menghormati perjanjian terdahulu, kita masih boleh merunding untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini di kembalikan ke Selangor. Jangka masa yang kita spend untuk bermesyuarat berkenaan sempadan tu, baik kita gunakan dia untuk runding. Kembalikanlah Kuala Lumpur kepada Selangor sebab Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan yang sebenar, Pusat Pentadbiran Negara yang sebenar. Kita bagi autonomi Parlimen kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi selain daripada bangunan Parlimen dan persekitarannya, yang lain tu kembalikan Negeri Selangor. Kita runding, bukan kita demand. Kita runding.
Ini semangat Barcelona nama dia. Yang Berhormat, saya rasa pendirian, ini pandangan, pandangan kita boleh bincang dan kita boleh perhalusi. Namun begitu saya rasa memang Selangor mempunyai pelan yang tertentu dalam memastikan kelangsungan dan keutuhan nasional itu dapat diperkukuhkan. Malahan dalam sejarah Selangor ada tiga Wilayah Selangor yang kita lepaskan. Lukut, lepas Lukut, Kuala Lumpur, lepas Kuala Lumpur, Putrajaya. Tiga kawasan ini, dan ia bukan mudah. Ia juga turut menguris begitu ramai perasaan dan hati rakyat dan juga pihak tertentu. Kalau tak, Port Dickson masuk dalam Selangor.
Jadi Yang Berhormat, saya berpandangan atas misi nasional yang telah lahir di tahun 70 an tersebut, saya rasa kita boleh kekalkan. Cuma, beberapa isu-isu yang berkaitan pendetailan itu boleh dibuat sebab agreementnya disebut selagi ada bulan dan bintang. Selagi ada bulan dan bintang. Selagi sampai sebelum kiamat, maknanya kita tidak boleh mudah-mudah untuk menggagalkan ataupun menarik balik Undang-Undang ataupun penyerahan tersebut. Tapi kalau ada persefahaman sebab ia melibatkan bukan hanya Menteri Besar, Menteri, Perdana Menteri, ia turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, ia turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong sebagai pemegang Wilayah Persekutuan dan ia melibatkan satu proses yang panjang dan rumit. Lebih rumit daripada bincang. Lebih baik kita settlekan sempadan ini. Segera dan tinggal tahun depan Yang Berhormat, tak yah nak tunggu lama-lama dan ambil balik dan sebagainya.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan lisan seterusnya dari Yang Berhormat Balakong.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya 26.
PERTANYAAN-PERTANYAAN LISAN DARIPADA Y.B. TUAN ONG CHUN WEI
TAJUK : KESIHATAN WARGA EMAS
26. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan inisiatif yang diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran warga emas mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pada 2025.
b)
Apakah rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menghadapi situasi Negara Menua pada masa akan datang?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Balakong yang telah bertanyakan inisiatif yang telah diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran warga emas mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pada tahun 2025 dan apakah rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menghadapi situasi negara menua pada masa yang akan datang. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan program kesihatan warga emas yang bermula pada tahun 2025 iaitu satu program baru yang melibatkan peruntukan berjumlah RM470 dan program ini akan dilaksanakan di sembilan daerah dan melibatkan dua komponen utama. Iaitu pertamanya saringan kesihatan yang fokus kepada kesihatan warga emas dan kedua adalah program intervensi. Di bawah kedua-dua komponen ini, warga emas yang terlibat akan menerima khidmat kesihatan termasuk saringan asas kesihatan seperti ujian darah, berat badan dan ketinggian, saringan kesihatan mata, taklimat pemakanan sihat dan seimbang, senaman warga emas dan sesi konsultasi bersama pakar kesihatan. Dan kerajaan Negeri mensasarkan seramai 2,700 orang warga emas yang akan menerima manfaat di bawah program ini sebagai permulaan. Dan melalui inisiatif saringan kesihatan, warga emas akan lebih memahami keadaan kesihatan mereka sendiri. Dan mereka dapat mengetahui tahap kesihatan mereka, risiko yang akan dihadapi oleh mereka, dan langkah pencegahan yang perlu diambil. Ini memberi mereka pengetahuan yang lebih mendalam mengenai pentingnya penjagaan kesihatan secara berterusan.
Dan keduanya untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah membangunkan dasar ekonomi penjagaan Negeri Selangor ataupun singkatan DEP Negeri Selangor yang memberikan manfaat kepada kumpulan sasar iaitu warga emas, kanak-kanak, orang kelainan upaya dan penjaga formal dan tidak formal dengan menekankan perkongsian tanggungjawab seluruh masyarakat ataupun whole of society. Dan dasar ekonomi penjagaan Negeri Selangor ini akan menggariskan strategi-strategi dan tindakan-tindakan menjajarkan inisiatif sedia ada dan mengemukakan usaha-usaha kerjasama baru dan holistik yang boleh dilaksanakan dalam tempoh jangka pendek dan
sederhana sehingga tahun 2030. Justeru, komitmen seluruh jentera Kerajaan Negeri Selangor yakni merentasi portfolio pembangunan dan tata urus melibatkan aspek kesihatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, kebajikan, pelaburan, perkhidmatan perundangan di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan adalah amat penting.
Juga untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor juga sedang melaksanakan kajian warga emas bagi mengenal pasti keperluan sebenar warga emas di Selangor, terutamanya dalam aspek kesihatan, sosial dan ekonomi. Dan hasil kajian ini akan membantu Kerajaan Negeri menetapkan dan menambah baik dasar, inisiatif dan peruntukan yang lebih holistik dan tuntas, iaitu berasaskan keperluan populasi warga emas.
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Silakan Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta soalan tambahan pada Yang Berhormat Bandar Utama. Tapi yang ini Sekinchan kena beri perhatian juga. Sebab saya nak tanya berkenaan retirement home. Retirement home. Rumah persaraan untuk warga emas. Kerana di Negeri Selangor, saya difahamkan ada banyak bisnes atau perniagaan yang mula membina retirement home di Negeri Selangor ini. Tetapi saya juga difahamkan pihak PBT belum ada guideline khusus dari segi pelaksanaan dan sebab tu Sekinchan kena tahu. Sekinchan nak retirement dah. Nak duduk retirement home. Jadi, saya minta pandangan Bandar Utama, saya nak tanya pandangan Bandar Utama, adakah sudah wujud guideline di peringkat PBT di dalam negeri Selangor untuk retirement home yang berbentuk bisnes ini. Kerana banyak yang bila kita tanya mereka akan kata rujuk JKM, kalau JKM lulus baru boleh bina. Jadi kita nak tahu kalau boleh Selangor ini biarlah ada guideline daripada sekarang supaya segala perancangan untuk pembangunan seperti ini dapat dilaksanakan supaya Selangor bersedia menjadi negeri menua pada masa akan datang.
Saya rasa Yang Berhormat Taman Medan memang sukakan sangat untuk tanya Bandar Utama. Sebab ini, ini bukan portfolio di bawah Yang Berhormat Bandar Utama. Ini berkaitan dengan Sekinchan dan juga Yang Berhormat, YB Anfaal lah yang sepatutnya menjaga portfolio ini. Okay. Jadi, sikit pencerahan untuk Yang Berhormat Taman Medan, sekiranya yang ianya berkaitan dengan isu kesihatan, ia di bawah Bandar Utama lah. Tapi sekiranya tentang care economy dengan izin, ianya di bawah Yang Berhormat YB Anfaal.
Terima kasih. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Dengkil.
Soalan nombor 27 Tuan Speaker.
PERTANYAAN-PERTANYAAN LISAN DARIPADA Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH
TAJUK : KESESAKAN JALAN RAYA DI PEKAN DENGKIL
27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Kawasan Pekan Dengkil sering mengalami kesesakan jalan raya di waktu kemuncak pagi dan petang. Apakah langkah kerajaan untuk menambah baik jalan kepada dua lorong dari Pekan Dengkil menghala ke Banting serta pemasangan lampu jalan demi keselamatan pengguna?
Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Tuan Timbalan Speaker, Dengkil bertanyakan soalan berhubung dengan kesesakan jalan raya di Pekan Dengkil. Untuk makluman Yang Berhormat, lokasi kesesakan di Pekan Dengkil ini tersebut adalah melibatkan jalan Persekutuan, laluan FT 31 dan laluan FT 214. Kesesakan jalan raya ini adalah berpunca dari pembangunan di kawasan sekitar yang semakin pesat dan menyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan yang melalui Pekan Dengkil. Pihak JKR telah membuat permohonan kepada Kementerian Kerja Raya bagi menaik taraf laluan Persekutuan FT 031 dari Pekan Dengkil hingga ke Paya Indah Wetlands, Banting dengan anggaran kos RM85 juta di dalam permohonan projek tambahan bagi Rolling Pelan Satu ataupun RP1, Rancangan Malaysia yang ke 13, RMK 13. Walau bagaimanapun pada masa yang sama, kerja-kerja penyelenggaraan rutin berkala dan lampu jalan sentiasa dijalankan oleh pihak JKR dari masa ke semasa bagi memastikan jalan tersebut berada dalam keadaan yang selamat. Pada tahun 2024, pihak JKR telah melaksanakan kerja-kerja senggaraan lampu laluan FT 214 Dengkil, dengan kos RM100,000 pada bulan April 2024 yang telah disiapkan pada Jun 2024. Sekian.
Soalan tambahan.
Ada soalan tambahan. Silakan.
Sementara menunggukan pembinaan jalan tersebut, adakah usaha daripada pihak kerajaan untuk membuat jalan-jalan pintas supaya dapat apa tu mengatasi masalah kesesakan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat. Akan diberi pertimbangan sebab saya, sebahagian yang saya sebut tadi jalan persekutuan. Dan kita telah meneliti dan melihat dan kita sentiasa berhubung, menghubungi pihak JKR Malaysia untuk melihat bagaimana langkah-langkah sementara. Tapi yang paling penting ini projek ini telah pun dibuat permohonan untuk dapatkan bajet dan berkaitan dengan lampu tu, kita pun membantu juga sebenarnya jalan-jalan. Dan sebelum ni kita dah bantu di Kuala Langat, kalau ada keperluan lampu-lampu jalan yang segera ni, kita boleh masukkan lampu tiang merah kita tu yang kita telah pun berikan di Kuala Langat. Tahun ini, kalau saya ada keperluan, saya akan lihat nanti. Kita dah ada peruntukan RM2 juta untuk tahun ini bagi lampu-lampu jalan solar ini untuk meningkatkan lagi pencahayaan di kawasan ini. Tentang jalan pintas itu kita akan teliti dan lihat bagaimana sebab ini melibatkan jalan federal. Terima kasih.
Sungai Pelek.
Ada ke, Yang Berhormat, ada ke perancangan supaya pihak Negeri berbincang dengan Persekutuan untuk serahkan jalan di Dengkil ini kepada Majlis Perbandaran Sepang? Sebenarnya Majlis Perbandaran Sepang pernah buat rayuan kepada pihak Persekutuan supaya kita ambil alih, Majlis Perbandaran Sepang ambil alih jalan tersebut untuk buat penyelenggaraan. Sebab kita tengok yang disitu memang ada banyak projek mega dan ini boleh membantulah dari segi infrastruktur yang sebenarnya. Saya harap pihak Negeri boleh jadi orang perantaraan untuk berbincangkan perkara ni dengan Federal supaya pihak Majlis Perbandaran boleh ambil alih. Sebenarnya memang surat ini telah dikemukakan tapi telah ditolak oleh JKR. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Pelik. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, jalan-jalan yang kita telah peringkat kajian ini, yang kita telah agak agak advance juga kajian kita bukan sahaja melibatkan jalan federal, juga jalan-jalan JKR negeri yang kita yakini, kita rasakan sesuai diserah kepada PBT. Itu pun kita tentu lihat sekali, ini saya nak bagi tau, ya. Kita dalam proses perlaksanaan itu. Kadang-kadang, jalan kelilingnya semua PBT, tiba-tiba ada satu jalan JKR negeri kat situ. Jadi tak kena. Itu kita sedang teliti tapi ia melibatkan proses yang agak panjang sebab ia melibatkan nyah warta dan sebagainya. Yang kita akan buat. Itu maknanya jalan PBT ke, jalan JKR Negeri ke PBT, jalan federal ke PBT pun ada. Jalan federal ke jalan negeri itu pun ada yang kita sedang teliti. Ini salah satu jalan yang kita sedang lihat. Ada
beberapa jalan lagi yang kita rasa sesuai tapi proses dia makan masa sikit. Yang kita ada akan laksanakan untuk memastikan mudah penyelenggaraan dan pengurusan jalan-jalan ini. Terima kasih.
Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Semenyih.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 28.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Pembersihan Dan Pengurusan Alam SekitarQuestions
28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah PBT menangani isu pembuangan sampah haram di laluan Sungai Semata?
b)
Apakah usaha penguatkuasaan yang telah dilakukan?
c)
Adakah inisiatif kesedaran awam atau pendidikan telah dilaksanakan untuk menangani isu ini?
JAWAPAN :
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Untuk (a), Majlis Perbandaran Kajang tidak pernah menerima aduan berkenaan pembuangan sampah haram di Sungai Semata namun Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar sering menjalankan pemantauan kebersihan kualiti air di sekitar lembangan sungai bagi memastikan paras air sungai sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan boleh dirawat. Untuk (b), bagi masalah pembuangan sampah haram, Majlis Perbandaran Kajang akan mengambil tindakan dengan beberapa langkah seperti berikut; satu, Majlis Perbandaran Kajang akan memasang banner atau papan tanda larangan membuang sampah. Dua jika tidak berkesan, Majlis Perbandaran Kajang akan menjalankan intipan dan mengambil tindakan kompaun kepada individu yang tidak bertanggungjawab tersebut khususnya kepada ulat-ulat sampah. Tiga, langkah seterusnya Majlis Perbandaran Kajang akan
mengorek laluan masuk ke lokasi pembuangan sampah haram jika laluan tersebut bukan laluan orang ramai. Supaya mereka tidak boleh masuk dan gunakan batu-batu yang besar untuk menghalang daripada ulat-ulat sampah masuk ke dalam untuk buang sampah. Untuk (c), dalam memberi kesedaran kepada penduduk dan orang awam, Majlis Perbandaran Kajang sering membuka pameran di hadapan masjid pada hari jumaat dan taklimat di peringkat sekolah serta pasaraya kerana memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebersihan dan jangan membuang sampah ini sangat penting dan supaya mereka tidak melakukan kerja-kerja membuang sampah yang menyebabkan pencemaran, kekotoran dan sebagainya. Sama-sama kita terap kesedaran kepada orang ramai supaya bandaraya kita atau pun kawasan kita, bandar tanpa sampah. Pasti lebih indah. Sekian terima kasih.
Soalan Tambahan.
Silakan Yang Berhormat Semenyih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang berikan. Untuk makluman, sepanjang laluan Sungai Semata di dalam Kampung Kuala Pajam di kawasan kampung-kampung tradisi memang terdapat beberapa tempat pembuangan sampah yang boleh diberikan perhatian daripada pihak PBT. Yang pertama jurang hutan, gaung dari Jambatan Sungai Pajam ke arah tanah perkuburan Kampung Kuala Pajam. Kedua, di Sungai Beranang, atas Jambatan ke Kem Eco Millenium, Beranang. Dulu situ PLKN. Yang ketiga, semak hutan jalan dalam dari Kampung Sesapan Kelubi ke Kampung Sungai Semata. Pointnya ialah, implikasi bila sampah dilonggokan, banyak sampah, akhirnya datanglah isu anjing liar. Dan juga binatang-binatang berbisa. Dan untuk makluman, isu anjing liar ini dia dah memang bukan setakat manusia, anak-anak sekolah, dia sampai melibatkan kepada binatang-binatang ternakan pun diganggu. Punca, puncanya wahai YB, kita dapat isunya adalah sebab pengurusan sampah. Yang nilah kami mohon jasa baik pihak PBT tolong berunding dengan pihak orang kampung especially ketua-ketua kampung. Dulu, sebenarnya ada tempat diletakkan di Pekan Beranang tapi kami faham lah macam ada perkara-perkara yang belum selesai dah berpanjangan. Mohon jasa baik dan apakah pandangan YB EXCO kalau dapat dicarikan tapak-tapak milik kerajaan yang boleh dirunding dengan harmoni dengan penduduk kampung. Untuk makluman bukan hanya di kawasan kampung Teluk Pajam tapi di Sapan Batu Minangkabau dan banyaklah kampung-kampung tradisi sangat memerlukan jasa baik dari pihak YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Saya ambil maklum tentang aduan-aduannya di Sungai Pajam, Kampung Pajam, Sungai Beranang
dan kawasan-kawasan Sungai Semata dan sebagainya lah yang ada longgokan sampah dan tidak terurus. Itu saya akan mintak pihak Majlis Perbandaran Kajang dan juga ketua-ketua kampung bersama ketua kampung dan Ahli Majlis untuk teliti isu yang berlaku dilapangan supaya dapat diselesaikan dengan harmoni. Supaya tidak berlakulah sampah berkeliaran sehingga anjing liar pun datang dan juga ular-ular semua akan menyebabkan keadaan persekitaran yang tidak seronok dilihat dan sakit dari pemandangan tercemar. Tercemar pemandangan kita. Ini saya akan mintak, saya akan mintak Majlis Perbandaran Kajang turun segera. Kalau boleh hubung dengan Yang Berhormat untuk selesaikan isu di lapangan secara yang terbaik. Sekian, terima kasih.
Soalan dari Yang Berhormat Teratai.
Yang Berhormat Speaker . Soalan saya 29.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Kesihatan MentalQuestions
29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental, terutamanya di kawasan luar bandar dan berpendapatan rendah?
b)
Apakah statistik pesakit mental yang makin meningkat mengikut jantina sejak tahun 2020 (tahun bermulanya Covid-19 dan PKP) sehingga tahun 2024?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Teratai yang bertanyakan apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental terutamanya di kawasan luar bandar dan berpendapatan rendah dan jugak apakah statistik pesakit mental yang makin meningkat mengikut jantina sejak tahun 2020 sehingga tahun 2024.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Selangor Mental Sihat untuk membantu individu yang terkesan akibat masalah mental. Bagi tahun 2025, terdapat inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah program sihat ini yang turut menyediakan perkhidmatan di luar bandar dan juga termasuk mereka yang berpendapatan rendah. Jadi antara, orang kata, program yang paling penting di bawah Program Mental Sihat ini adalah program subsidi dan rawatan psikiatri dan psikologi di mana program subsidi ini menyediakan subsidi rawatan psikiatri dan psikologi di klinik panel berdaftar di bawah Program Sihat dan manfaat ini diberikan kepada individu yang telah menjalankan saringan kesihatan mental sama ada melalui Klinik Selcare ataupun SELangkah. Dan program ini adalah untuk membantu dalam memberi akses kepada mereka yang memerlukan rawatan namun tidak berkemampuan. Namun selain daripada itu, apabila kita melihat kepada program yang fokus kepada kawasan luar bandar, adalah termasuk Program Talian SEHAT, di mana Program Talian SEHAT merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Kaunseling Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan akses awal kepada perkhidmatan kaunseling. Dan terdapat dua talian sihat yang disediakan khusus disediakan khusus kepada individu yang memerlukan bantuan khidmat kaunseling secara atas talian. Jadi individu yang berhadapan dengan masalah berkaitan dengan kesihatan mental boleh menghubungi talian hotline 1-700-82-7536 atau pun 1-700-82-7537 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Jadi untuk hotline ini memang boleh diekses oleh seluruh warga Selangor malah seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan kaunseling lah. Namun, tidak mempunyai ruang masa ataupun agak jauh untuk hadir ke klinik-klinik di bawah penjagaan Selcare ini. Dan selain daripada itu juga ada yang sebelum ini telah membangkitkan bagaimana pula sekiranya ada warga Selangor yang ingin berjumpa secara fizikal untuk mendapatkan bantuan kaunseling ini. Jadi sejak tahun lepas, sebenarnya di bawah Jawatankuasa Kesihatan kita telah wujudkan program Kaunselor Hub Sihat yang merupakan program rintis yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Malaysia sebagai usaha menyediakan akses kepada khidmat nasihat kaunseling buat warga Selangor. Jadi program ini baru sahaja dimulakan dan menawarkan khidmat kaunseling secara percuma kepada masyarakat setempat pada setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari dan Kaunselor Hub Sihat ini dibuka buat masa ini di 9 buah Pusat Khidmat Masyarakat berdasarkan setiap daerah di bawah negeri Selangor lah. Jadi nanti saya boleh kongsikan maklumat yang lebih lanjut. Contohnya di Petaling, daerah Petaling adalah di bawah yang DUN Bandar Utama, Kuala Langat di DUN Morib, Hulu Langat di Pandan Indah, Sepang di Sungai Pelek, Gombak di DUN Sungai Tua, Klang di Dun Pandamaran, Sabak Bernam di DUN Sungai Air Tawar dan Kuala Selangor di DUN Ijok. Dan akhirnya Hulu Selangor di DUN KKB. Jadi kita mulakan dulu dan memantau sambutan daripada masyarakat lah. Dan bagi warga Selangor yang memerlukan perkhidmatan ini, boleh lah
menempah slot Kaunselor Hub Sihat melalui Pusat Khidmat Masyarakat atau layari instragram Selangor Mental Sihat.
Dan juga seterusnya, Yang Berhormat Teratai juga bertanya tentang data. Jadi berdasarkan data daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor jumlah kemasukkan ini kepada penyakit yang lebih serius atau inpatient, pesakit lelaki ke wad psikiatri di hospital-hospital di negeri Selangor, sekiranya berbanding dengan ratio dengan pesakit wanita telah berkurang kepada 5.66% pada tahun 2024 berbanding dengan tahun 2020, di mana bilangan sakit di kalangan lelaki 27.58% lebih tinggi berbanding dengan pesakit di kalangan wanita. Jadi sekiranya mengikut trend, sebenarnya bilangan pesakit yang meningkat sebenarnya lebih kepada golongan wanita lah berbanding dengan golongan lelaki. Nanti ada maklummat yang lain terperinci saya pun boleh bagi.
Soalan tambahan.
Sekejap ya.
Yang Berhormat Bandar Utama, terima kasih atas jawapan yang diberikan tadi. Jadi saya nak tanya, adakah Pusat Khidmat ADUN masing-masing diberikan keutamaan atau diberikan peluang untuk memohon dijadikan sebagai satu pusat kaunseling bagi pesakit mental ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Teratai. Memang antara niat kami adalah untuk lebih memperbanyakkan. Jadi pada tahun lepas mengapa kita memilih 9 daerah kerana kita pun tidak tahu keberkesanan program ini. Jadi tahun lepas merupakan projek rintis. Jadi sekiranya ada di kalangan Pusat Khidmat Masyarakat yang rasakan mereka boleh membantu daripada program ini, boleh lah memaklumkan kepada pejabat saya dan sekiranya kita mempunyai peruntukan, kita boleh membuat tambahan dan sekiranya tidak, kita akan cuba dapatkan peruntukan pada tahun yang seterusnya.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan tadi. Dewan Negeri Selangor juga mengalu-alukan kehadiran lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor daripada Pertubuhan Inspirasi Wanita Labuan (LANITA) seramai 7 orang. Yang diketuai oleh Puan Mawri binti Kidal. Pengerusi LATINA. Selamat Datang ke Sidang Dewan Negeri Selangor. Ahli-ahli yang berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk uruskan seterusnya.
Sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan Yang Berhormat Hulu Bernam untuk menyambung perbahasan. 5 minit sahaja.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Speaker. Hulu Bernam akan menyambung perbahasan pada pagi ini. Meneruskan perbahasan saya perihal pendidikan di Negeri Selangor. Pada Selasa yang lalu, Tuanku Sultan menzahirkan keprihatinan baginda terhadap pendidikan rakyat Negeri Selangor. Hulu Bernam pernah membawa perbahasan ke dalam Dewan yang mulia ini berkaitan isu pendidikan berasaskan STEM yang kurang mendapat sambutan daripada murid di sekolah dan isu ini perlu diambil serius oleh Kerajaan Negeri sebagai langkah berjaga-jaga. Negeri dan negara kita yang akan mengalami kesenjangan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan industri berasakan STEM yang banyak masuk ke negeri ini. Sekiranya langkah pro aktif tidak di segerakan, Hulu Bernam menyatakan kebimbangan bahawa tenaga kerja daripada luar terpaksa dibawa masuk untuk mengisi kekosongan-kekosongan perjawatan yang ada sedangkan usaha kita membawa masuk industri ini salah satunya adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada rakyat Selangor, untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka. Selain itu, Program Tuisyen Rakyat (PTRS) perlu dikembangkan lagi ke peringkat darjah satu, dua dan tiga kerana isu penguasaan 3M masih rendah di sekolah-sekolah. Isu ini banyak disebut dalam akhbar-akhbar dan juga dalam sesi pertemuan dan perkongsian saya bersama warga pendidik di sekolah. Mereka turut ada menimbulkan perkara ini. Hulu Bernam turut ingin mendapatkan perhatian daripada Kerajaan Negeri terhadap keperluan di sekolah SMK Kalumpang yang memerlukan sebuah traktor jenama Kubota atau New Holland bagi kegunaan murid Kelas PVMA, Pelajar Vokasional Kelas Atas khusus pertanian moden. Untuk makluman Ahli Dewan, SMK Kalumpang adalah satu-satunya sekolah di Hulu Selangor yang menawarkan aliran khusus pertanian moden di Hulu Selangor. Oleh itu saya amat berharap agar Kerajaan Negeri dapat mengusahakan sebuah traktor bagi memenuhi keperluan murid di sekolah ini dan usaha Kerajaan Negeri mempersiapkan generasi muda menjadi petani moden.
Saya teruskan lagi dengan menyentuh isu berkaitan perumahan mampu milik. Ahli Dewan sekalian, Hulu Bernam turut ingin menyinggung Kerajaan Negeri berkenaan Projek Perumahan Mampu Milik di kawasan luar bandar. Saya merujuk dokumen Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor, Rumah Selangorku 3.0. Di muka surat 4 ini ada ditunjukkan rajah Zon Pembangunan Rumah Selangorku 3.0. Kalau dilihat bahagian
atas utara Negeri Selangor ini kalau kita lihat zonnya adalah zon 4 iaitu zon nilai jualan rumah mampu milik di situ sekitar RM150 ribu hingga RM250 ribu. Inilah yang menjadi persoalan buat warga Hulu Bernam kepada saya. Kenapa kami duduk luar bandar ini yang kerja kampung, kerja sendiri kenapa buat rumah kawasan luar bandar dengan harga RM250 ribu? Bagaimana hendak bantu kami memiliki rumah? Oleh itu saya panjangkan persoalan ini kepada Yang Berhormat EXCO Perumahan untuk memberi penjelasan mengapakah kawasan luar bandar dijadikan zon 4 dengan harga jualan rumah mampu milik sekitar RM200 ribu. Apalah kiranya jika Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk turut mendirikan rumah jenis solo dan juga duo yang harga jualannya hanya sekitar RM115 ribu ke RM150 ribu sahaja di kawasan luar bandar supaya ada pilihan rumah buat rakyat di kawasan luar bandar.
Tuan Speaker, berbaki masa yang ada ini saya turut ingin menyentuh isu-isu berkaitan PBT di kawasan saya. Saya ingin Kerajaan Negeri mengambil langkah berkesan terhadap aduan berkaitan anjing liar dan kacau ganggu monyet di kawasan kampung dan taman-taman. Saya menerima aduan malah melihat sendiri kacau ganggu anjing liar dan monyet di kawasan kampung dan taman-taman yang menyebabkan sampah ni berselerak. Kejadian ini berlaku di kawasan pengumpulan sampah di Kampung Masjid Sungai Selisik. Saya difahamkan kejadian ini kerap berlaku seperti tiada penyelesaiannya. Monyet-monyet juga turut mengganggu harta benda dan warga taman di Taman Seri Geriang Utama, Taman Danau dan Kampung Seri Geriang, Hulu Bernam. Rumah-rumah terpaksa di tutup tingkap dan pintu jika tidak habis barang-barang dikirai diambil dek monyet ini. Apakah sehingga kini masih belum ada cara yang terbaik untuk mengawal ganggu anjing liar dan monyet ini? Yang Berhormat Sekinchan, saya tinggalkan persoalan ini dijawab dan diambil oleh pihak Kerajaan. Selain itu isu projek pembinaan longkang yang terbengkalai berbulan-bulan di Taman Seri Geriang Utama, Hulu Bernam. Yang ini Yang Berhormat Sekinchan, saya ingin tahu apakah statusnya. Sehingga hari ini taman ini terpaksa beban limpahan air hujan dan juga sampah daun kering dan juga rumput kering yang dibawa semasa hujan daripada kawasan padang ke kawasan taman perumahan, berselerak di laluan masuk taman tersebut. Ini hasil pertemuan saya dengan persatuan penduduk di taman tersebut, mereka mengadukan permasalahan ini. Longkang yang dicadangkan untuk dibina di taman tersebut diletakkan di tepi jalan berbulan-bulan tanpa ada status kepada penduduk di taman tersebut. Jadi saya mohon semua hal-hal yang saya bangkitkan di dalam perbahasan ini untuk dijawab semasa sesi penggulungan oleh Yang Berhormat EXCO pada sesi penggulungan nanti. Dengan sikit baki masa yang ada ini saya turut ingin menyentuh satu lagi isu berkaitan dengan FELDA. Di DUN saya ini ada empat tanah rancangan FELDA masing-masing ada masalah untuk perumahan generasi kedua. Saya ingin baca satu artikel berita yang saya terima ini pada 8 Mei 2024 iaitu sebanyak 18 kawasan di wilayah FELDA di sebelah Pahang diisytiharkan sebagai Skim Tanah Rakyat oleh Kerajaan Pahang. Jadi saya nak
mohon Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil kira keperluan penduduk generasi muda di FELDA yang ketika ini memerlukan penempatan baru supaya dilihat di mana kawasan-kawasan di dalam FELDA ini boleh dijadikan kawasan perumahan untuk generasi kedua. Jadi dengan akhir kalam Hulu Bernam ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker memberikan ruang dan peluang kepada Hulu Bernam untuk turut serta dalam perbahasan pada pagi ini. Dengan makna itu Hulu Bernam menyokong usul menjunjung kasih ke atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Wabillahit taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih
Terima kasih Hulu Bernam. Pembahas seterusnya Yang Berhormat Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli yang saya hormati sekalian, Salam Sejahtera, Salam Kita Selangor, Salam Malaysia Madani dan tidak lupa juga kepada hadirat hadirin, tuan-tuan dan puan-puan yang bersama kami dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini bagi membalas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor di Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 Tahun 2025. Titah Baginda memberi panduan dan hala tuju yang jelas dalam memastikan pembangunan, kesejahteraan di Selangor terus maju dan diperkukuh. Tuan Speaker, ingin saya juga merakamkan ribuan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah bimbingan Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan keseluruhan barisan Yang Berhormat EXCO kerana telah membawa pencapaian prestasi kewangan negeri yang mencatat hasil tertinggi di dalam sejarah sebanyak RM2.867 bilion pada tahun 2024. Pencapaian ini membuktikan keberkesanan Dasar Kerajaan Negeri dalam mengurus tadbir ekonomi dan kewangan Negeri dengan berhemah. Oleh itu, Sungai Pelek menyarankan agar pentadbiran Negeri terus mengamalkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan juga kebijaksanaan dalam mengurus hasil negeri bagi memastikan pembangunan yang mampan dan kesejahteraan rakyat. Namun demikian adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa hasil ini digunakan sebaik mungkin bagi manfaat rakyat khususnya. Dan ada pujian dan ada ganjaran saya berharap supaya Yang Berhormat- Yang Berhormat EXCO boleh mempertimbangkan penambahan kepada Program SMUE bagi penambahan setiap individu penerimanya. Dan juga kepada program mana yang dikatakan sangat membawa makna kepada rakyat adalah baucar Jom Shopping Perayaan, saya rasa perlu dikekalkan atau ditambahkan kuantitinya untuk menampung permintaan daripada rakyat. Di kawasan saya adalah kawasan desa program ini sangat membantu kepada rakyat yang mana mereka yang meraikan perayaan.
Tuan Speaker, sebagaimana yang telah dizahirkan oleh Tuanku Sultan Selangor dalam Titah Ucapan Baginda, pembangunan Negeri ini haruslah bersifat holistik dan mampan. Oleh itu, Kerajaan Negeri haruslah terus memperkukuhkan infrastruktur asas, meningkatkan daya saing sektor perindustrian dan juga mempercepatkan pelaksanaan projek-projek strategik yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Oleh yang demikian, berapa pertanyaan kepada Sungai Pelek antaranya yang pertama berkaitan dengan status kajian pelaksanaan Jajaran Rel Selangor dan di bawah perancangan Selangor Mobiliti. Sungai Pelek berharap Kerajaan Negeri akan mempercepatkan pelaksanaan Jajaran Rel Selangor ini. Kedua berkaitan dengan kelewatan dalam menyiapkan projek Jalan B48 yang telah banyak kali tergendala dan kemajuan kerja yang dijalankan oleh kontraktor dia ada di lihat perlahan dan perkara ini telah menyebabkan aliran trafik semakin teruk dan ini juga akan membawa kesan buruk ke destinasi pelancongan anjung selatan Selangor seperti di Pantai Bagan Lalang dan juga di Tanjung Sepat. Ketiga, berkaitan dengan status pembinaan jalan pintasan Ulu Chuchoh yang terletak di bawah tanah milik MAB yang perlu dibina segera memandangkan jarak lebih adalah dekat berbanding pintasan KLIA ke Banghuris kerana ramai staff atau pekerja-pekerja yang berkhidmat di KLIA, Majlis Perbandaran Sepang, Pejabat Daerah juga agensi-agensi Kerajaan yang menggunakan jalan pintasan tersebut. Seingat saya Dato’ Menteri Besar juga turun meninjau ke kawasan tersebut. Sebenarnya dari jarak Ulu Chuchoh ke KLIA ia cuma memakan sejauh 1.7 kilometer. Kalau jajaran atau pintasan yang kita hendak bina di Banghuris dan di Kuala Langat itu dia lebih jauh. Dia mungkin dalam 20 kilometer jadi itu adalah satu perbandingannya.
Tuan Speaker, industri aeroangkasa merupakan industri yang sangat penting pada masa kini. Yang mana di Selangor Sepang adalah pintu masuk utama di ke negara ini. Oleh yang sedemikian, Sungai Pelek ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan hasrat membina Selangor Aero Park di Sepang? Jika ya, apakah bentuk kerjasama yang telah dirangka bersama pihak berkepentingan serta pemain industri. Tahun lalu pihak MBI telah menandatangani MOU dengan pihak Malaysia Airport Berhad bagi pembangunan industri Aeroangkasa di Subang. Soalan Sungai Pelek adakah bentuk MOU yang sama akan dimeteraikan di Aero Park di Sepang dan apakah aktiviti khususnya Aero angkasa ini bakal dijalankan. Sungai Pelek berharap Kerajaan Negeri boleh membangunkan industri yang bernilai tinggi ini dan usaha mewujudkan usaha peluang-peluang pekerjaan supaya rakyat Selangor khususnya di Sepang mendapat manfaat serta menikmati pembangunan setempat dan ini juga akan membawa kesan besar kerana perkhidmatan Aero angkasa ini memerlukan kemahiran yang tinggi dan pendapatan gaji yang tinggi ,makanya akan menambah pendapatan generasi muda di Sepang.
Tuan Speaker, Selangor kaya dengan warisan budaya dan Agro Pelancongan. Banyak lokasi pelancongan yang menarik serta keunikan gastronomi boleh menjadikan daya tarikan utama kepada pelancong domestik dan antarabangsa. Oleh itu Sungai Pelek berpendapat sektor pelancongan perlu diberi perhatian lebih mendalam sebagai antara pemacu ekonomi negeri memandangkan tahun ini merupakan Tahun Melawat Selangor dan tahun depan 2026 adalah Tahun Melawat Malaysia. Seperti contoh perlu menyediakan counter information ataupun informasi produk pelancongan di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 dan pelbagaikan pelancongan, aktiviti pelancongan yang boleh dijalankan di Terminal 2 memandangkan Terminal 2 bukan sahaja lapangan terbang ia juga adalah kompleks membeli belah dan setiap hujung minggu terdapat ramai pengunjungnya. Sungai Pelek mencadangkan ia lebih banyak promosi dijalankan melalui kerjasama strategik atau pun pihak swasta di platform digital bagi menarik lebih ramai pelancong. Selain itu memperkenalkan lokasi-lokasi baru serta menaik taraf facility di destinasi agro pelancongan serta pembangunan pelancong berasaskan komuniti harus diperhebatkan bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat. Sungai Pelek berharap, Kerajaan Negeri dapat merealisasikan pembinaan satu jeti yang khususnya kegunaan sukan perahu naga, yang dilokasikannya di persetujui oleh Pejabat Daerah Sepang di Kampung Bagan Lalang, semasa berlangsungnya program Rumpun Selangor bersama Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, di perkenan menyata hasrat untuk menjadikan jeti ini sebagai satu hub sukan perahu naga dan berprofil tinggi. Untuk sukan tahunan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Tuan Speaker, dalam mengorak langkah menuju kemajuan, kebajikan rakyat adalah menjadi objektif utama bagi golongan B40, warga emas, ibu tunggal dan juga orang kelainan upaya, perlu diberikan lebih perhatian mendalam melalui dasar dan inklusif yang berkesan. Sungai Pelek menyambut baik inisiatif kerajaan dalam memperkukuhkan program bantuan sosial dan skim perlindungan rakyat. Namun bagi memperkemaskan sistem bantuan ini ke arah yang lebih komprehensif dan lebih bersasar dan terus, haruslah menunjukkan satu sistem tersusun, agar mereka tidak tercicir daripada mendapat sekadar bantuan yang diperuntukkan. Selain itu, Sungai Pelek juga ingin mencadangkan agar kerajaan membuat dasar bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan supaya membina lebih banyak pusat warga emas, di bandar, yang terdapat golongan menua yang tinggi. Seperti contoh di Sepang, adalah merupakan sebuah bandar yang tergolong dalam bandar menua yang tinggi. Kerana Sepang ini, ramai pesara-pesara kerajaan. Daripada swasta, telah berhijrah ke sepang sebenarnya. Kerajaan Negeri juga perlu memperkukuhkan, program-program latihan kemahiran serta ke usahawan bagi meningkatkan keupayaan rakyat dalam menjana pendapatan secara tetap atau sampingan dengan lebih mampan dan tersusun.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Yang Berhormat sekalian, pembangunan negeri ini tidak tercapai dengan usaha kerajaan sahaja. Tetapi memerlukan sokongan semua pihak, termasuk sektor swasta dan juga rakyat sendiri. Oleh itu, marilah kita sama-sama memastikan Selangor, terus maju sebagai sebuah negeri yang sejahtera, berdaya saing dan makmur. Sungai Pelek sekali lagi menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan berharap segala usaha yang kita bincangkan dalam Dewan ini, dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri. Dan sini, saya juga ingin mengambil sedikit masa sahaja, untuk memberi atau berkongsi maklumat dengan Yang Berhormat Taman Medan, dia tak ada, mungkin ada di luar. Saya nak betulkan sedikit maklumat yang telah Yang Berhormat Taman Medan, bentangkan semalam berkaitan dengan pembatalan projek tebatan banjir persekutuan tinggi (TBPT). Menurut surat balasan daripada JPS, saya bacakan. Untuk maklumat Yang Berhormat, projek tebatan banjir keseluruhan tinggi TBPT telah diluluskan di bawah Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022, di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, dengan kos keseluruhan sebanyak RM3.6 bilion. Walau bagaimanapun, semasa pertukaran kerajaan pada tahun 2022, semua perolehan tersebut telah ditangguhkan dan dinilai semula, okay. Justeru pada tahun 2023, kelulusan terkini telah diberikan bagi 5 projek TBPT di negeri Selangor dengan kos keseluruhannya, minta maaf, sebanyak RM2.258 billion, mengikut cara perolehan seperti berikut; termasuk ada saya bacakan juga. Rancangan tebatan banjir RTB Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam daerah Klang Selangor. Nombor dua Rancangan tebatan banjir RTB Sungai Kapar Kecil, Sungai Kapar Besar, daerah Klang, daerah petaling. Yang ketiga, Rancangan tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor pakej 2, daerah sepang. Inilah maklumat yang saya dapat daripada JPS. Dan saya ingin berkongsi dengan.. okay saya bagi laluan pada Subang.
Ada yang bangun. Tapi ringkaskan, ya.
Tuan Speaker, saya nak celah sedikit. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Sungai Pelek, sama ada tindakan Taman Medan, Taman Medan hari ini, patutnya hadir. Tak tahu sekarang dia kat mana dah. Tindakan Taman Medan hari itu, yang mengambil kenyataan PMX di luar konteks, adalah tidak bertanggungjawab. Memandangkan insinuasi pada hari itu, seolah-olah, projek tebatan banjir di Selangor ini, langsung tak berjalan, dan kita tak ada hala tuju. Saya sedang tengok hansard ini, Tuan Speaker. Apa yang kita terima, jawapan rasmi daripada JPS ini, menunjukkan jelas bahawa, kesemua projek tebatan banjir di bawah negeri Selangor telah pun berjalan dan sudah dilantik pada tahun 2023, satu. Yang kedua, penjimatan. Penjimatan kerana kita tidak mengadakan rundingan terus, seperti Kerajaan Perikatan Nasional. Kita buat secara tender dan oleh itu, penjimatannya sebanyak RM1.3 bilion bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Adakah Yang Berhormat setuju, bahawa tindakan ini,
adalah tindakan betul? Dan PMX telah membuat tindakan betul. Sebab ini bukan duit sesiapa, ini duit rakyat. Apakah pandangan Yang Berhormat.
Yang Berhormat, ringkaskan ya.
Okay ringkaskan. Satu minit. Terima kasih, Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Saya sangat setuju dengan perkara ini. Dan mana kerajaan kita perlu belanja dengan berhemah seperti saya telah sebut dalam teks ucapan saya. Dan saya juga ini, adalah Titah Tuanku, supaya kita belanja dengan berhemah untuk bila kita nak belanjakan satu sen pun untuk rakyat, bukannya untuk sendiri. Itu maksud saya. Dan saya ingin akhiri ucapan saya. Sekian terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Pelek. Pembahas seterusnya, Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Permatang hari ini, mewakili seluruh rakyat Permatang, merafak sembah dan menjunjung kasih atas Titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, yang menekankan kepentingan pembangunan pelancongan di negeri Selangor. Permatang juga berbangga degan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya yang indah, yang banyak di Selangor. Namun begitu Tuan Speaker, ini semua kurang ertinya, kalau tidak kita semua memanfaatkannya.
Air tenang jangan disangka, Dasarnya dalam penuh misteri, Jika hanya gah pada nama, Apa gunanya kalau tiada erti.
Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung tinggi bercabang lima, Keindahan ada jangan diserah, Pembangunan lestari ayuh kita jayakan bersama.
Permatang ingin membawa pemerhatian Dewan yang mulia ini kepada potensi besar, Sungai Ban Kenal, Tanjung Karang, sebagai destinasi air yang unggul. Mungkin ramai antara kita yang tidak berapa tahu tentang Sungai Ban Kenal, yang disebutkan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Sekinchan. Ban Kenal ini sepanjang 30 kilometer, Tuan Speaker. Ia bermula daripada Tanjung Karang hingga ke Sabak Bernam. Kita kalau lihat berkenaan pelancongan air. Mari kita lihat saja, bagaimana di Thailand, telah berjaya menjadikan pasar terapung, sebagai tarikan pelancongan yang menjana ekonomi
berbilion ringgit. Sampai bila kita mahu melihat potensi-potensi sungai-sungai ini yang kita ada ini terbazir. Saya sendiri Tuan Speaker, telah turun, melihat di Damnoen Saduak Floating Market di Thailand. Kalau kita lihat, saya percaya, kawasan pesisiran sungai di Selangor ini seperti contoh di Ban Kenal, sangat sesuai kita jadikan tarikan pelancongan. Seandainya Dewan yang mulia ini bersetuju untuk kita mewartakan aktiviti, sungai ini tadi menjadi aktiviti pelancongan dan membantu untuk menaik taraf infrastruktur yang sesuai selaras dengan Titah Tuanku yang menitahkan, penambahbaikan ke atas infrastruktur dan kemudahan pelancongan yang sedia ada. Jika benar, kita mahu menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan terunggul, maka tindakan itu perlu kita ambil sekarang. Bukan tahun depan, bukan Selepas Tahun Melawat Selangor 2025 ini nanti berakhir.
Oleh itu, Permatang ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewartakan kawasan-kawasan berpotensi seperti persisiran sungai-sungai. Seperti contoh, Sungai Ban Kenal dan Pasir Penambang sebagai tempat pelancongan. Dan bukan saja itu, saya juga ingin memohon untuk Kerajaan Negeri membina jeti khas pelancongan di Sungai Ban Kenal, Seri Tiram Jaya ini tadi dan juga membantu untuk menaik taraf jeti pelancongan di Pasir Penambang. Begitu juga dengan potensi di sungai di Kampung Lubuk. Yang kita lihat juga berpotensi untuk dijadikan jeti tarikan kelip-kelip atau firefly di Permatang. Jika betul, kita mahu menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan unggul, maka inilah masanya untuk kita bertindak. Pewartaan Ban Kenal dan persisiran sebagai zon pelancongan serta penambahbaikan infrastruktur ini berpotensi menjana ekonomi untuk penduduk setempat. Terutamanya petani, peniaga kecil dan pengusaha makanan tradisional di sekitar ini. Bukankah ini, selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan ekonomi rakyat. Atau adakah kita sama-sama hanya akan melihat pembangunan hanya berpusat di tempat di bandar-bandar besar sahaja. Setiap tahun Kerajaan Negeri telah menganjurkan Karnival Ban Kenal di Sabak Bernam dengan pelbagai aktiviti. Acara ini dikatakan, dapat menarik sehingga 14,000 pengunjung. Ini menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai potensi besar untuk dijadikan tarikan pelancongan kekal. Namun sejauh manakah keseriusan kita, dalam memastikan program ini bukan hanya sekadar satu program tahunan, atau gimik politik sahaja. Apa gunanya kita menganjurkan festival besar-besaran, kalau setiap tahun, selepas itu, kawasan itu kembali sunyi, kembali terbiar sepi tanpa ada apa-apa lagi aktiviti pelancongan selepas itu. Jadi, saya kira, jika Kerajaan Negeri serius mahu memajukan sektor pelancongan, festival ini sepatutnya menjadi titik permulaan kepada pembangunan yang lebih sistematik. Bukan sekadar satu acara tahunan sahaja. Permatang juga berharap Kerajaan Negeri Selangor dapat mengambil serius cadangan ini dan melabur dalam pembangunan infrastruktur pelancongan. Tambahan sekali di kawasan Tanjung Karang. Kerana inilah masanya untuk ita membuktikan komitmen dalam memajukan sektor pelancongan di utara Selangor, selain daripada Sekinchan,
Kedua, saya ingin menyentuh berkenaan promosi dan pemasaran dengan lebih berkesan. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk memperbanyakkan papan-papan tanda ke tempat-tempat pelancongan dan industri kecil sederhana yang berpotensi di Permatang. Kerana, Tuan Speaker, di Permatang kita hanya ada 4 sahaja papan tanda yang menuju ke tempat-tempat pelancongan ini tadi. Sedangkan kita ada banyak lagi lokasi-lokasi menarik. Jadi, apa gunanya kalau kita mempunyai banyak lokasi menarik, jika kita tidak memberitahu kepada pelancongan luar. Kepada pengunjung yang datang daripada luar. Jadi, saya kira, di Permatang, kita ada banyak kilang-kilang kerepek, contohnya industri Warisan Enterprise. Di Sungai Gulang-gulang, kita ada Ratu Kapit, kita ada Cendol Borhan. Kita ada banyak sebenarnya tempat-tempat yang viral. Begitu juga Mee Udang Melimpah dan sebagainya. Jadi, ini semua adalah tarikan-tarikan di Selangor juga. Jadi, saya memohon untuk kita adakan lebih banyak promosi dan juga papan tanda, untuk menunjukkan tempat yang menarik yang kita ada.
Sebagai langkah yang lebih pro aktif, saya mencadangkan juga, agar Kerajaan Negeri menyediakan pelan pembangunan yang lebih holistik. Saya kira dengan mengintegrasikan kawasan-kawasan pelancongan yang kurang diberi perhatian ke dalam lalu pelancongan utama. Sebagai contoh, papan tanda dan promosi tadi boleh diletakkan sepanjang laluan menuju ke utara Selangor. Untuk menggalakkan pelancong singgah dulu di Permatang. Sebelum pergi terus ke DUN sebelah.
Ada yang bangun.
Ketiga, saya juga tertarik, dengan jawapan Sekinchan, berkenaan dengan penarafan di Sabak Bernam. Saya kira, tadi, sebentar...
Okay, okay rehat kejap. Saya celah sekejap.
Sila, sila.
Terima kasih yang Berhormat
Tapi kena minta waktu lebih sikit, Tuan Speaker.
Teruskan dulu Batu Tiga.
Terima kasih, Yang Berhormat Permatang. Saya suka mendengar cadangan-cadangan dan idea untuk kita merancakkan ekonomi pelancongan kita. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat sebab kalau kata yang bagi pandangan dan cadangan itu kami, memang kena hentam teruk lah. Sebab kononnya kami ini, buat konsert dan sebagainya. Tapi saya rujuk pada poster Awesome Festival di Kelantan, yang dibuat pun di Stadium Sultan Mohammad Ke V, Kota Baharu, buat konsert. So, apa pandangan Yang Berhormat, kalau kita masukkan agenda konsert itu juga, dengan kawalan, dengan kawalan di negeri Selangor untuk kita merancakkan Tahun Melawat Selangor pada tahun ini.
Terima kasih, Batu Tiga. Jadi kalau sebut fasal konsert ini tadi, kalau ditanya kepada sayalah, Permatang, saya, bagi saya, di Selangor adalah satu kawasan, ialah, saya tidak pernah menghalanglah mana-mana konsert tapi itu semua memerlukan tatacara dan prosedur yang betul lah untuk kita mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini, seperti baru-baru ini, ketika di, menyambut Tahun baru, di Sunway, terjadi. Jadi, saya teruskan.
Jadi, ketiga, saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Sekinchan tadi. Tadi saya nak tanya soalan tambahan, tapi Tuan Speaker tak bagi, jadi minta izin minta waktu lebih sikit. Jadi tadi, Yang Berhormat Sekinchan ada menyebutkan, ada 7, 7 homestay di Sabak Bernam yang mendapat penarafan. Jadi soalan saya, bagaimana cara dan prosedur untuk mendapat penarafan tu dan apa yang lebih merisaukan saya kerana bukan sahaja kita ni di kawasan utara Selangor ni homestay-homestay kita nak penarafan, sebab kita lesen pun kita susah untuk dapatkan. Jadi saya ingin menyentuh di sini, peranan Agro Pelancongan yang saya lihat diketepikan dan terlalu sukar untuk kita mendapatkan lesen dan terpaksa beroperasi secara tidak sah bertahun-tahun lamanya. Sebagai dalam usaha merealisasikan tahun melawat Selangor ni homestay di kawasan luar bandar memainkan peranan yang penting kerana tetapi pemilik homestay ni Tuan Speaker, mereka berdepan dengan kesukaran kerana tanah mereka ni dikategorikan tanah pertanian dan juga tanah sawah. Jadi mereka tidak dapat dan seolah-olah mustahil untuk beroperasi walaupun ada yang homestay nya telah dibina tapi tidak boleh beroperasi. Bukan sahaja itu, begitu juga dengan kedai-kedai makan yang terkenal dan juga viral yang dibina di kawasan pertanian. Pusat-pusat aktiviti yang dibina di atas di tanah pertanian. Sebagai contoh, di kunci air Buang kita ada satu tempat yang menarik iaitu ATV di tengah sawah tapi pengusaha ini masih hidup dalam keadaan tertekan dan gagal mendapat lesen dan juga gagal mendaftarkan TNB yakni utiliti ke tempat mereka. Sampai bila Tuan Speaker? Kami di Permatang ini tidak diberi peluang untuk berniaga dan berharap kepada pertanian semata-mata. Sampai bila potensi di
Permatang akan dibazirkan kerana isu procedural, isu birokrasi. Apakah Kerajaan Negeri hanya akan membiarkan perkara ini berlarutan tanpa penyelesaian? Jika benar kita mahu membangunkan pelancongan desa, saya tegaskan di sini, agar mekanisma khas atau garis panduan yang lebih flexible perlu kita perkenalkan dan diperhalusi bersama. Saya ingin mengalih perhatian Dewan kepada insiden yang berlaku dekat dengan Dewan yang kita bersidang pada hari ini. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden di Taman Tema I-City Shah Alam, dimana di sana sebuah pelampung dari gelongsor air kaca terjatuh menimpa seorang pengunjung wanita. Jadi akibatnya mangsa ini mengalami kecederaan dan insiden ini telah tular di media sosial menimbulkan kebimbangan awam terhadap tahap keselamatan di salah satu taman tema di Selangor. Apa yang lebih membimbangkan siasatan lanjut mendedahkan bahawa, permainan gelongsor air kaca tersebut dibina tanpa kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam. Dan katanya MBSA telah mengeluarkan kompaun. Jadi, ini menimbulkan persoalan serius Tuan Speaker. Ini yang saya mahu tunjukkan di mana di luar bandar, peniaga kecil berdepan dengan pelbagai halangan lesen yang membebankan. Mereka perlu mendapatkan kelulusan PBT menangani. Di tempat saya, kita harus menangani isu tanah dan kategori premis. Jika sedikit sahaja dokumen tidak lengkap, maka terus mereka dikenakan tindakan tegas dan ada yang dipaksa menutup operasi. Jadi, sebaliknya kalau kita lihat syarikat-syarikat besar dan gergasi ini terang-terang melanggar prosedur berbulan-bulan. Jadi, saya ingin menyeru jika kita sama-sama serius..
Permatang. Permatang, Seri Serdang.
Kejap, Dah merah dah.
Permatang beri ruang ke tak? Tak, tak bagi.
Kita sama-sama serius dalam memastikan keselamatan rakyat. Mengapa, syarikat besar yang melanggar undang-undang kita harus teruskan beroperasi sehingga kejadian bahaya ini berlaku. Jadi, Permatang juga ingin merafak sembah ke bawah.
Permatang.
Jadi, Permatang juga ingin merafak sembah, akhir sekali Tuan Speaker, Permatang ingin merafak sembah ke bawah titah Duli Tuanku yang telah mengambil maklum komitmen Kerajaan Negeri dalam memperluaskan kawasan riadah hijau melalui inisiatif Taman Rakyat Madani di bawah seliaan semua 12 pihak PBT. Namun, di sebalik komitmen ini saya menegaskan jangan
sesekali kita lupakan kawasan luar bandar kerana di Permatang juga kita ada banyak lombong-lombong...
Boleh soalan Permatang?
Dan juga hutan simpan yang mana Permatang ingin mencadangkan untuk kita adakan cadangan pembangunan fasiliti rekreasi di kawasan luar bandar untuk kita adakan lebih banyak pusat-pusat Eko Rimba. Sebagai contoh, di Hutan Simpan Raja Musa yang mempunyai eko-sistem hutan paya gambut yang unik dan menjadi habitat pelbagai flora dan fauna yang boleh kita ketengahkan. Jadi saya ingin..
Landing Permatang.
Jadi saya ingin..
Permatang?
Akhir sekali saya ingin menegaskan, bahawa pembangunan..
Dapat masa tambahan Permatang..
taman rekreasi ini, tidak boleh bersifat eksklusif hanya kepada kawasan bandar sahaja. Kejap kejap, bagi pantun kejap,
Tanam padi di tepi bendang, Hujan gerimis dari sabah, Jika potensi tidak dipanjang, Ekonomi rakyat akan rebah.
Kalau Tuan Speaker bagi saya lebih masa, saya terima daripada Seri Serdang.
Tak perlu saya rasa. Kita pun kesuntukan masa. Hari ini kita bersidang sehingga 12 tengah hari ya. Tutup. Sila tutup.
Tuan Speaker tak bagi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Pembahas seterusnya dari Yang Berhormat Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sentosa menjunjung kasih atas Titah Diraja telah disampaikan oleh Yang Maha Mulia Sultan. Titah Baginda bukan sekadar ucapan, tetapi satu pedoman dan arah tuju bagi negeri serta rakyat jelata. Baginda menekankan kepentingan kestabilan, kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, serta nilai integriti dalam pentadbiran. Sebagai wakil rakyat, kita bertanggungjawab untuk menghayati dan melaksanakan amanat ini dengan penuh dedikasi. Janganlah asyik cari salah, bagilah cadangan, bagilah pandangan yang bernas supaya Kerajaan Negeri boleh berfungsi dengan baik. Yang Berhormat Tuan Speaker, prestasi negeri Selangor sepanjang tahun 2024 khususnya dalam aspek pembangunan negeri dan pencapaian anak-anak syarikat seperti PKNS Selangor, PKNS negeri Selangor merupakan negeri termaju ya. Di Malaysia, kejayaan ini bukan sahaja bergantung kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri yang cekap, tetapi juga kepada peranan anak-anak syarikat kerajaan yang telah berfungsi untuk menaikkan sektor ekonomi dan pembangunan. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri Selangor terus mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh sepanjang tahun 2024. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekonomi, Kerajaan Negeri berjaya mengekalkan lebihan budget melalui pengurusan hasil yang berkesan serta langkah penjimatan yang strategik. Sumber pendapatan negeri seperti cukai tanah, premium tanah, dan pelaburan dalam sektor strategik telah memberi impak positif kepada kestabilan negeri. Lebih membanggakan negeri ni kekal sebagai destinasi pelaburan utama dengan jumlah pelaburan asing dan domestik yang meningkat berbanding kepada tahun-tahun sebelumnya. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri Selangor sentiasa komited dalam memperkasakan usahawan tempatan melalui pelbagai inisiatif sokongan. Salah satu langkah yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri ialah menjalin kerjasama strategik dengan Tekun Nasional bagi menyediakan bantuan pembiayaan perniagaan lebih menyeluruh. Dalam hal ini, Hijrah Selangor sebagai agensi pembiayaan mikro negeri boleh bergabung dengan bergabung tenaga dengan Tekun Nasional untuk memastikan akses yang lebih luas kepada modal perniagaan bagi golongan usahawan kecil dan sederhana. Kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Tekun Nasional boleh memperluaskan akses kepada pembiayaan, terutamanya bagi usahawan mikro dan perusahaan kecil sering menghadapi kesukaran terhadap mendapatkan pinjaman daripada Institusi Kewangan Konvensional dengan penyelarasan dana antara Hijrah Selangor dan Tekun. Lebih ramai usahawan dapat dibantu dengan skim pinjaman dengan lebih fleksibel dan kadar bayaran balik yang lebih berpatutan. Kerjasama ini juga boleh merangkumi aspek latihan dan bimbingan kepada usahawan. Tekun Nasional mempunyai pengalaman luas dalam membantu usahawan manakala Hijrah Selangor
mempunyai jaringan yang kukuh di peringkat negeri. Dengan penggabungan kepakaran ini, program latihan dan mentor perniagaan boleh diluaskan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya berkenaan dengan perasmian bandar Sentosa. Sentosa ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berjaya dalam merealisasikan bandar Sentosa yang telah lama dinantikan yang akan dirasmikan oleh Dato’ Bandar Majlis Bandaraya di Klang, Bandaraya Diraja Klang dengan jumlah kepadatan penduduk seramai 93,000 orang. Di taman ini, dinaik taraf status taman ke bandar bukan sekadar perubahan fizikal tetapi juga satu usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Infrastruktur perkhidmatan dan fokus yang lebih baik perlu dan akan diberikan akan memberikan keselesaan kepada penduduk serta merancakkan ekonomi setempat. Saya juga, Sentosa juga ingin mengucapkan terima kasih pada Dato’ Bandar Klang termasuk mantan Dato’ Bandar Klang dan pengarah perancang dan pasukan beliau yang telah membantu Sentosa menjayakan agenda ini. Sentosa mengambil peluang ini untuk menjemput semua Yang Berhormat untuk program perasmian bandar Sentosa esok di Taman Sentosa pada 8.00 pagi. Boleh hadir ya. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, penghargaan kepada kerajaan atas penyelesaian isu perumahan rakyat di 5 ladang. Hari ini saya berdiri di sini untuk menyampaikan, ya, penghargaan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, dan khususnya kepada Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan atas usaha luar biasa dalam menyelesaikan isu perumahan rakyat di 5 ladang. Satu penantian selama 28 tahun dengan pembinaan rumah untuk 245 pekerja ladang. Adalah penting bagi pihak berkuasa dan semua pihak berkepentingan untuk terus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah perumahan ladang-ladang lain di negeri Selangor demi kesejahteraan pekerja ladang. Seterusnya isu penternak, tulang belakang ekonomi dan sumber makanan negara. Sentosa ingin membangkitkan satu isu penting yang melibatkan penternak khususnya di Sabak Bernam yang sedang menghadapi cabaran besar akibat arahan pemindahan ternakan mereka. Kita harus melihat peranan mereka dalam ekonomi dan keselamatan makanan negara sebelum mengambil tindakan yang mungkin menjejaskan mata pencarian mereka. Industri penternakan adalah sektor penting dalam ekonomi negara menyediakan peluang pekerjaan dan juga menyumbang kepada rantaian bekalan makanan. Penternak di Sabak Bernam telah bertahun-tahun menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan menyediakan sumber daging segar kepada pasaran. Arahan pemindahan lembu dari Ladang Guthrie tanpa penyelesaian konkrit boleh menjejaskan kelangsungan hidup penternak. Sentosa ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Sungai Air Tawar yang telah bantu menyelesaikan masalah ini sampai 2 penternak telah ditahan oleh pihak berkuasa. Kerajaan perlu memastikan ada tempat alternatif yang sesuai, lengkap dengan infrastruktur dan kemudahan yang diperlukan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya berkenaan dengan isu banjir memang Yang Berhormat lain telah memberitahu masalah yang dihadapi Sentosa juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mantan pengarah JPS Klang saudara Fauzan yang telah berkhidmat untuk menyelesaikan masalah banjir di Sentosa, banyak lagi perancangan perlu dibuat dan harap pengarah JPS baru Klang boleh membantu menyelesaikan masalah khususnya di Bandar Botanik dan juga di Taman Sentosa. Yang Berhormat Tuan Speaker, Sentosa ingin membangkitkan isu sekolah Tamil Batu 4 Kampung Jawa yang berusia lebih 60 tahun. Dan kini dalam keadaan daif dan bumbung runtuh sebanyak 6 kelas tidak dapat berfungsi. Anak-anak murid perlu memakai dewan untuk mengadakan kelas dan sebagainya. Ini bukan sahaja menjejaskan pembelajaran malah membahayakan keselamatan pelajar dan guru. Sentosa merayu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor untuk menyalurkan peruntukkan khas bagi membaik pulih sekolah ini dengan kadar segera. Kita tidak boleh membiarkan anak-anak belajar dalam keadaan yang tidak selamat. Sentosa juga menggesa Kerajaan Negeri untuk merangka pelan jangka panjang memastikan sekolah-sekolah tamil yang uzur perlu diberi perhatian. Selain daripada itu, Sentosa juga ingin membangkitkan berkenaan dengan ada 2 kawasan perumahan di Taman Sentosa iaitu kawasan rumah terbengkalai bertahun-tahun dah. Banyak mesyuarat telah diadakan tetapi masih belum ada satu pelan tindakan untuk membangunkan ataupun membina semula rumah-rumah terbengkalai ini. selain daripada itu ada juga apartmen-apartmen yang perlu diberi perhatian supaya kita boleh membangunkan kawasan-kawasan perumahan di Taman Sentosa. Yang Berhormat Tuan Speaker, Sentosa juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara ataupun Ketua Polis Selangor, Dato’ Hussein Omar Khan. Kadar jenayah indeks Selangor mencatatkan penurunan sebanyak 12% pada tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya. Penurunan ini disumbangkan oleh pelaksanaan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah yang dipertingkatkan termasuk penyelarasan rondaan unit bermotosikal kereta peronda mengikut waktu-waktu yang dikenal pasti mempunyai risiko jenayah tinggi. Sentosa juga ingin mengucapkan selamat bersara kepada Timbalan Ketua Polis Selangor Dato’ Sasikala yang telah berkhidmat dengan cemerlang di Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker sebagai rakyat yang taat kepada raja dan negara kita semua bertanggungjawab untuk menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan bukan hanya dalam kata-kata tetapi juga dalam tindakan. Marilah kita bersama-sama memastikan dasar dan keputusan yang kita buat di dalam Dewan yang mulia ini membawa manfaat kepada rakyat dan negeri dengan iltizam dan semangat kebersamaan saya yakin Sentosa yakin kita dapat meneruskan agenda pembangunan yang seimbang memastikan kebajikan rakyat terpelihara serta mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negeri. Sentosa menjunjung kasih Tuanku. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa, Perbahas seterusnya Yang Berhormat Sijangkang.
Berapa minit Speaker?
10 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker yang memberikan kesempatan kepada saya untuk turut membahas menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam perasmian Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Ketiga baru-baru ini. Saya ingat mungkin saya banyak akan sentuh isu-isu tempatan yang saya mengharapkan ada tindakan oleh Kerajaan Negeri.
Pertamanya, saya nak mengambil petikan daripada Titah Ucapan Duli Yang Mulia Sultan Selangor yang saya kira ini sebagai peringatan kepada kita semua, juga peringatan kepada saya. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kepada pegawai kerajaan juga kakitangan penjawat awam yang bertugas di Negeri Selangor ini terutamanya di Pejabat-pejabat Daerah dan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertugaslah dengan penuh tanggungjawab dan jauhi amalan rasuah serta penyelewengan. Saya kira titah ucapan yang sangat signifikan kalau tidak mungkin Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak akan sentuh tentang perkara ini. Dan saya tahu bahawa Selangor adalah negeri yang maju yang kaya dengan sumber segala sumbernya dan kita ke arah negeri pintar yang di gagaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri. Saya nak minta makluman daripada Kerajaan Negeri, mungkin secara umumnya boleh disebutkan di dalam dewan ini tetapi secara detail nya saya mengharapkan satu senarai kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang disabitkan kesalahannya di mahkamah di Selangor yang melibatkan semua peringkat. Sama ada Menteri Besar, EXCO, ADUN-ADUN, begitu juga penjawat-penjawat awam di sektor awam dan juga mungkin di PBT-PBT, GLC dan sebagainya hatta di Perbadanan untuk sebagai rujukan kepada saya dan juga sebagai peringatan kepada saya.
Terus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu tempatan yang saya kira pada hari ini rakyat ini dia tak faham, rakyat ini tak tahu dan kadang-kadang ia diberikan kefahaman yang salah. Kadang-kadang tugas untuk pembangunan dan juga pengurusan program-program di negeri ini adalah urusan kerajaan. Kita sebagai Pembangkang ini adalah sebagai semak dan imbang. Dan kita juga tidak dibenarkan untuk turut serta di dalam program-program atau pun memudahkan program-program kerajaan dan yang malang juga apabila di peringkat bawahan ahli-ahli politik juga memainkan seolah-olah
kita sebagai Pembangkang juga bertanggungjawab ke atas semua pembangunan. Jadi saya tak nak nafikan ada peruntukan-peruntukan yang tertentu dan kalau ini disalah tafsirkan maka ia tidak memberikan kebaikan kepada kita.
Saya terus kepada isu industri semikonduktor dan pembangunan desa semikonduktor, IC Design Park 1 di Puchong. Saya sangat menyokong industri seperti ini cuma saya nak dapatkan juga respons daripada kerajaan, peranan industri semikonduktor yang sedia ada di negeri Selangor ini terutamanya di Zon Perindustrian Bebas Telok Panglima Garang. Kalau dulu kita ada Toshiba, dulu kita ada Amkor, NEC kini namanya menjadi Amkorp, Renesas. Apakah peranan juga yang kita boleh mainkan antara industri-industri ENE yang lama ini. Dan mungkin industri-industri baru yang boleh compliment each other yang akhirnya apa yang kita hajatkan ini akan mendapat kejayaan kepada negeri Selangor. Saya tak nafikan dalam pembangunan sebagai negeri pintar kita memerlukan jaringan internet-internet yang baik, dan saya kira kita juga mencapai di Selangor, mencapai capaian yang agak baik. Cuma isu yang saya nak bangkitkan antaranya adalah saya harapkan ada respons daripada kerajaan. Isu pemasangan menara telekomunikasi di Penduline Bandar Rimbayu, kerana saya dapat aduan daripada mereka di sana yang dijalankan pembinaan yang dilakukan oleh Konsortium Jaringan Selangor Sdn. Bhd (KGS) yang seolah-olah belum ada lagi kelulusan daripada peringkat PBT tetapi sudah dibangunkan. Jadi, ini menjadikan sesuatu yang tidak baik di kalangan penduduk di situ. Ramai yang mempertikaikan dan ini sudah sampai kepada saya. Dan hari ini dikatakan bahawa menara ini sudah dibangunkan dan saya mengharapkan ada response daripada Kerajaan Negeri.
Seterusnya dalam kesejahteraan rakyat yang kita nak jadikan negeri Selangor ini sebagai sebuah negeri yang sejahtera. Saya tak nafikan isu jalan adalah antaranya isu yang utama. Cuma beberapa keadaan yang saya nak bangkitkan di sini adalah berkaitan dengan jalan-jalan yang saya kira sangat bahaya. Selalu yang saya sebutkan termasuklah jalan Batu 9 Kebun Baharu, Jalan Garuda, Jalan Seri Cheding, ini adalah antara jalan-jalan yang sangat bahaya yang sangat sempit. Saya katakan, saya boleh katakan bahawa laluan tengah itu dijadikan sebagai laluan-laluan sikal oleh pengguna-pengguna motosikal kita. Saya mengharapkan ada peruntukan-peruntukan tertentu ataupun boleh difikirkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengadakan laluan-laluan sikal di jalan-jalan yang merbahaya ini yang boleh ataupun yang telah menyebabkan beberapa kejadian kemalangan maut berlaku di sana. Kemudian adalah berkaitan dengan ini juga adalah komen daripada rakyat berkaitan Jalan Pembangunan, Jalan Bandar Mahkota FT31 yang mana pembangunan ini seharusnya adalah dibangunkan oleh pemaju dan ini adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan untuk memantau dan sehingga pada hari ini keadaan jalan masih lagi tidak memuaskan dan agak teruk dengan dibukanya dua fasa WCE daripada KESAS ke SKVE, SKVE ke Bandar Mahkota saya
kira dia menjadi satu infra yang sangat besar di kawasan ini dan saya kira ia menyebabkan juga beberapa keadaan di mana kemalangan juga kerap berlaku.
Kemudian saya nak sentuh juga supaya ada tindakan daripada peringkat PBT adalah pelebaran jalan masuk Sijangkang Jaya dan Taman Sijangkang Jaya Baru yang jalannya agak sempit dan pembangunan yang baru dan saya harap ada tindakan di situ. Kemudian baik pulih jalan Sijangkang Utama 1 yang hari ini pun disebabkan oleh kenderaan-kenderaan yang besar ke kawasan perindustrian ini ia menyebabkan jalan rosak dan juga terbuka kepada kemalangan. Jalan masuk ke Taman Jaya Utama, ini adalah jalan FT5 yang saya dapat jawapan dalam jawapan sidang yang lalu, permohonan penutupan dalam mesyuarat dan majlis PBT, Majlis Perbandaran Kuala Langat, permohonan untuk melihat kesesuaian laluan masuk ini sama ada ditutup ataupun diletakkan lampu isyarat telah pun dikemukakan ke Bahagian Kejuruteraan Trafik Cawangan jalan JKR Malaysia pada 23 Januari 2024 bagi menyemak menyediakan reka bentuk persimpangan. Setahun dan baru-baru ini saya bawa dalam Parlimen disebutkan bahawa dan untuk menaik taraf laluan keluar masuk ini perlu pengambilan tanah dan juga pengalihan utiliti-utiliti yang memerlukan kos yang sangat besar. Saya lihat kalaulah itu isu mungkin peruntukan, saya ingat lebih baik ia ditutup sebab ia menyebabkan kemalangan maut yang kerap berlaku di kawasan ini dan saya kira tidak tersangat tidak sesuai.
Kemudian berkaitan dengan isu banjir, terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberikan respons berkaitan dengan tebatan banjir di Sijangkang terutamanya, saya dapat juga maklumat bagaimana prestasi pada hari ini tetapi saya lihat melibatkan Kampung Batu 9 Kebun Baru, Jalan Sukepi, Jalan Batu 10 Kebun Baru, kelewatan adalah disebabkan pengalihan utiliti yang saya maksudkan yang paling utama adalah menaik taraf sistem saliran Jalan Garuda, sepanjang 2.4 yang pada hari ini masih belum dimulakan walaupun menaik taraf Jalan Sukepi sudah kepada peringkat 43% pada hari ini walaupun dijadualkan 63% yang mana juga berlaku kelewatan.
Begitu juga dengan Jalan Kampung Perepat yang juga berlaku kelewatan begitu juga yang saya sangat tekankan di sini adalah berkaitan dengan banjir yang kerap berlaku di Taman Jaromas. Dan respons daripada Kerajaan Negeri ini adalah disediakan perangkap sampah jenis Smart Trash Screen. Tapi isunya saya lihat adalah kolam takungan yang saya kira tidak selesai lagi sehingga pada hari ini dan mobile pam yang sepatutnya menangani masalah banjir di Jaromas ini dia terletakkan sekarang ini sudah letak secara statik. Ada dua pam di situ yang saya kira harus di ambil kira terutamanya soal takungan air yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.
Kemudian saya nak serta juga berkaitan dengan isu sampah, yang mana saya ingin menekankan isu sampah kampung yang saya kira saya juga bangkitkan dalam sidang
yang lalu dan Kerajaan Negeri menyebutkan bahawa Kerajaan Negeri ketika ini sedang berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 Akta 672, Kerajaan Negeri akan memastikan pengurusan sampah dan pembersihan awam di kawasan kampung dimasukkan dalam skop yang turut diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan selepas pengambilan kerja-kerja pengurusan sisa dan pemeriksaan awam oleh Kerajaan Persekutuan melalui pemakaian Akta 672. Saya tidak pasti saya dengar-dengar seolah-olah pengurusan sampah di peringkat negeri ini akan di ambil oleh Kerajaan Persekutuan seperti mana dulu Alam Flora menguruskan sistem pengurusan sampah negeri Selangor, saya mahu respons daripada Kerajaan Negeri.
Saya nak membangkitkan isu sampah kampung ini, saya kira di kawasan saya ada dua kawasan yang saya kira sangat hangat. Satu di Kampung Sijangkang, di Jalan Aman yang dahulunya satu ketika dahulu memang di situ letak tempat pengurusan sampah kampung dan kemudian ditukarkan ke Jalan Sempadan kemudian balik ke Jalan Aman yang mana inilah laluan yang sebelahnya adalah saliran terus ke sungai yang boleh menyebabkan pencemaran dan hari ini pun sudah menjadi masalah kepada masyarakat di Kampung Sijangkang begitu juga dengan kawasan di Jalan Akasia di Sungai Rambai ataupun di Jenjarom, yang saya kira isu sampah ini tidak selesaikan. Kerajaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan tempoh hari telah meletakkan CCTV di dua-dua kawasan ini, saya tidak tahu apa kesudahan dengan CCTV itu adakah ia sangat manfaat dan dapat mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab di dalam meletakkan yang membuang sampah secara tidak teratur dan kalau pada hari ini Jalan Akasia sudah tidak ada lagi tempat membuang sampah kampung dan di Jalan Aman Sijangkang juga sudah di pindahkan semula di tempat yang lain. Dan saya lihat kerajaan ini terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan membelanjakan lebih daripada hampir RM24 Juta setiap tahun untuk pengurusan sampah kampung ini. Dan kalau kita lihat daripada jawapan Kerajaan Negeri sebelum ini melihat kepada PBT-PBT, ada PBT-PBT yang mula mengutip sampah daripada pintu ke pintu. Ada keadaan-keadaan yang lain yang digunakan. Saya harap Kerajaan Negeri boleh melihat apakah kaedah yang terbaik untuk mengutip sampah-sampah domestik di kampung-kampung ini supaya menjadi penyelesaian yang terbaik.
Hari ini pun ada di kampung-kampung yang melalui swasta, mereka membayar bayaran bulanan untuk kutipan sampah, dan saya ingat itu pun baik dan saya ingat untuk meletakkan roro di kawasan pembuangan sampah ini satu proses saya kira yang tidak memberikan kebaikan kerana ia terbuka kepada hujan di penuhi dengan air, terbuka kepada haiwan seperti anjing dan sebagainya, berselerak dan sebagainya. Saya ingat itu perlu ada penyelesaian yang terbaik. Seterusnya saya nak menyebutkan berkaitan dengan isu anjing liar dan monyet saya ingat isu yang berterusan belum ada jalan penyelesaian. Cuma saya nak sentuh hari ini juga berkaitan dengan penternakan babi
secara tradisional terutamanya di Telok Bunut yang saya kira menjadi isu tempoh hari dan kerajaan pun, Menteri Besar pun dah mengarahkan untuk ditutup kemudian ditangguhkan dan sebagainya. Hari ini saya masih dapat respons lagi daripada masyarakat di Telok Bunut ini kerana bau yang busuk yang sangat tidak kondusif kepada mereka ini. Dan apakah kesudahan sebenarnya kerana isu ini pun ada keputusan di peringkat Mahkamah Tinggi di Shah Alam dan saya harapkan kerana ada lagi penternak-penternak yang degil, yang tidak memindahkan ternakan mereka dan ini menjadi permasalahan oleh penduduk setempat..
Yang Berhormat, rasanya Yang Berhormat dah kena rumuskan, dah tutup. Saya dah bagi 15 minit kepada Yang Berhormat.
Okay, saya last sekalilah. Untuk akhirnya saya nak menyebutkan berkaitan projek penanaman ladang tiram kelabu oleh Syarikat Peneraju Merong Construction Sdn. Bhd. yang saya sebutkan sebelum ini. Saya dapat jawapan daripada Kerajaan Negeri bahawa Yayasan Hijrah Selangor pun sekarang ini dalam proses mengambil tindakan terhadap Syarikat Peneraju Merong Construction Sdn. Bhd. di mahkamah berkenaan projek ini. Dan apa yang saya nak bangkitkan adalah bagi saya melihat bahawa peserta ini adalah mangsa kepada projek ini kerana walaupun betul mereka ini menandatangani surat perjanjian dan terpaksa memulangkan pinjaman daripada Hijrah tetapi peruntukan yang diuntukkan pinjaman yang mereka dapat ini sebenarnya mereka tidak dapat apa pun, mereka serahkan kepada Syarikat Peneraju ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian ini...
Yang Berhormat, sila tutup. Kita dah pukul 12.00. Hari ini sampai pukul 12.00. Saya dah bagi 15 minit tadi Yang Berhormat.
So, ini last Tuan Speaker. Sikit je, saya minta Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan, untuk right off kepada peserta-peserta ini walaupun sekarang ini ada penjadualan semula RM95.00 seminggu untuk 350 bulan saya kira mereka tidak mampu, jadi terima kasih Tuan Speaker memberikan ruangan masa yang agak lebih dan berlaku kelewatan. Apa pun saya harapkan ada respons daripada Kerjaan Negeri dalam apa yang saya bahaskan menjunjung Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, terima kasih Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 12.00 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan Dewan hingga jam 3.00 petang ini, Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Salam Sejahtera semua Ahli Yang Berhormat. Dewan sekarang disambung semula. Seterusnya saya ingin menjemput, mana Adun. Sementa, silakan. Sepuluh minit.
Apa? Dua puluh?
Sepuluh minit.
Ingatkan dua puluh.
Dua puluh itu kena minta dengan Pembangkang.
Petang Jumaat, santai-santai. Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera, terima kasih Tuan Speaker dan rakan-rakan. Petang ini Sementa akan mengambil bahagian untuk Menjunjung Kasih Titah Tuanku. Mewakili rakyat Sementa, saya berdiri pada kesempatan ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor dan mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menyembah Ucapan terima kasih serta Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor ke Lima Belas Tahun 2025.
Saya menzahirkan rasa kasih dan teruja dengan Titah Ucapan tuanku yang menginginkan kelangsungan terhadap kesejahteraan, kejayaan, keselamatan dan keharmonian yang dinikmati oleh rakyat Selangor. Saya juga menjunjung kasih dan turut berharap agar nasihat dan hasrat baginda yang ingin melihat hubungan sesama rakyat terus diperkukuhkan dan dijauhi daripada berpecah belah disebabkan kepentingan politik serta perbezaan bangsa dan agama akan menjadi kenyataan demi memberi manfaat untuk rakyat jelata seluruhnya.
Padi menghijau di tepi bendang, Hujan menitis menambah subur, Sementa indah kampung gemilang, Rakyat bersatu hidup makmur
Tuan Speaker perkara yang pertama, Sementa ingin mengambil maklum pandangan peribadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Tuanku yang menyebutkan kepada pegawai kerajaan dan kakitangan, penjawat awam yang berstatus yang bertugas di negeri Selangor untuk bertugas dengan penuh tanggungjawab dan menjauhi amalan rasuah. Merujuk perkara ini, menjadi kegemparan dan kegusaran kepada kita semua apabila kita didedahkan akan kewujudan dalam isu pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor. Malahan menjadi fitnah buat kita semua apabila jaringan ini melibatkan agensi di bawah Kerajaan Negeri yang mana ada pegawainya turut sama bersekongkol dengan pihak dan individu lain yang tidak bertanggungjawab. Maka saya amat mengalu-alukan tindakan tegas yang sejajar yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membanteras gejala pengkhianatan terhadap amat rakyat ini. Semakan serta audit menyeluruh turut perlu diperluaskan kepada agensi-agensi lain yang berpotensi atau telah dilaporkan dengan pelbagai salah laku dan ketidak kecekapan ini serta mewajibkan pegawai dan kakitangan menjalani latihan integriti dan anti rasuah secara berkala bagi memastikan mereka memahami akibat serta kesan negatif rasuah ini. Sebagaimana hadir Baginda Rasulullah Saw dengan izin (ayat Al-Quran) laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah. Dalam masa yang sama juga, kita mohon ramai lagi pihak yang berani tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat kepada pihak yang bertanggungjawab di dalam sama-sama kita mencegah gejala ini.
Perkara yang kedua Tuan Speaker, berkaitan tentang saranan Tuanku, berkaitan naik taraf masjid. Saya juga tertarik dalam perkenan Baginda Sultan Selangor berkaitan usaha penambahbaikan berterusan pengurusan masjid di seluruh Selangor, dengan sasaran dua puluh buah masjid dinaik taraf menjadi masjid pengurusan pada tahun 2025. Di sini ada beberapa soalan yang ingin saya ajukan kepada Yang Berhormat EXCO, yang pertama apakah kriteria utama dalam pemilihan masjid tersebut, kedua apakah sudah ada senarai cadangan nama masjid yang berkenaan dan jika sudah ada bolehlah untuk dikongsi bersama dan yang ketiga bolehkah dikongsikan sukses story iaitu kejayaan masjid yang sudah diangkat sebagai masjid pengurusan berbanding sebelum masjid itu diangkat sebagai masjid pengurusan.
Perkara yang ketiga Tuan Speaker, berkaitan teknologi. Saya juga ingin membawa kita semua kepada semakan dan penambahbaikan sistem atas talian yang sedia ada bagi setiap agensi di bawah Kerajaan Negeri. Selangor sedang bergerak menyambut
pemodenan teknologi berasaskan kecerdasan buatan atau pun AI. Oleh yang demikian, teknologi sedia ada wajiblah dipertingkatkan. Jika sebelum ini didapati terdapat lompong keselamatan dalam sistem e-tanah sebagai contoh, maka audit keselamatan teknologi maklumat turut dan mesti perluaskan kepada sistem-sistem yang lain khususnya yang melibatkan data-data sensitif pengguna dan rakyat bagi mengelakkan kebocoran serta penyalahgunaan maklumat yang berterusan. Khidmat pakai dari pihak yang ketiga diperlukan, walaupun ia melibatkan sedikit pertambahan perbelanjaan, namun akan dapat mengurangkan risiko perundangan sekiranya berlaku perlanggaran etika dalam pengendalian sistem dan data ini. Selain itu, kecekapan akses terhadap sistem atas talian yang sedia ada termasuklah sistem permohonan dan rayuan sekolah-sekolah di bawah agensi kerajaan Selangor, wajar diberikan perhatian. Sering kali kita dengar rungutan daripada rakyat yang di luar sana, akan kegagalan akses sistem pada waktu puncak dan tarikh akhir berlaku akibat infrastruktur teknologi maklumat yang tidak berpadanan dengan bebanan penggunaan. Cadangan ini pada saya adalah selari dengan matlamat kita warga Selangor ke arah menjadi negeri yang berteknologi tinggi dengan sistem sokongan yang mampu membantu ke arah itu.
Tuan Speaker dan Sidang Dewan sekalian, perkara yang keempat, saban tahun isu-isu rakyat akan terus dijuarai oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih. Namun, menjadi sedikit kegusaran apabila dibawa dan dibahaskan ia berbunyi hampir setiap kali dan status penyelesaiannya yang amat menyedihkan seperti isu anjing liar dan sebagainya. Antara contoh yang ingin saya bawa pada petang ini, isu yang sering diperkatakan oleh rakyat luar sana iaitu kes anjing liar. Apabila aduan dibuat oleh rakyat, contohnya ada sepuluh ekor anjing liar disokong dengan gambar-gambar yang disertakan maka tindakan yang diambil adalah berbentuk tinjauan sekali atau dua kali dan mungkin berjaya menangkap dua ataupun tiga ekor. Lantas kes tersebut dikategorikan telah selesai. Dalam senario yang lain, kadangkala kes dirujuk kepada Majlis Bandar raya kepada Jabatan Kesihatan, kemudian tinjauan dibuat sekali dan tiada anjing dilihat di tempat yang telah dimaklumkan, maka klasifikasi kes juga dinamakan selesai. Gaya perkhidmatan begini akhirnya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat di bawahan dan agak memalukan kepada agensi-agensi ini serta Kerajaan Negeri amnya. Saya ingin menyeru agar gambaran tidak manis oleh rakyat terhadap ketelusan, kecekapan dan sikap dedikasi atau sungguh-sungguh pelaksanaan tindakan ini oleh agensi-agensi yang berkenaan, tidaklah bersikap berterusan. Kita sebenarnya mengecap nikmat, pendapatan seharian kita bagi melaksanakan amanah terhadap rakyat yang merupakan pembayar cukai yang menjadi sebahagian sumber pendapatan kita semua.
Perkara kelima Tuan Speaker, menyentuh juga kepada Titah Tuanku “Beta berharap kerajaan Beta di bawah Dato’ Menteri Besar, tidak alpa dalam menghadapi musibah bencana yang berlaku di Selangor”. Perkara yang sama disebut oleh Duli Yang Mulia
pada 05 Disember 2024 semasa merasmikan Masjid Jamek Cina Muslim, Klang. Yang mana Duli Yang Maha Mulia menzahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap tahap kebersihan di kawasan PBT termasuk MBDK. Baginda menegaskan bahawa banyak kawasan masih kotor dan tidak teratur, termasuk sungai yang tercemar teruk dengan sampah sarap. Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan, tapi juga mengakibatkan banjir kerap berlaku. Alasan seperti perubahan iklim atau hujan lebat tidak boleh jadikan sebab utama, sebaliknya penekanan harus diberikan kepada pengurusan kebersihan dan infrastruktur yang lebih berkesan. Sementa ingin bertanya sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini, apakah tindakan yang telah diambil atau pelan tindakan yang akan di ambil bagi mengatasi banjir kilat di jalan Jaya Setia, jalan Pinang Sebatang, jalan Bahagia, Jalan Haji Alias Bukit Kapar, Taman Perepat Indah, Taman Seri Sementa dan Kampung Sungai Pinang, Klang, mohon penjelasan dan jawapan yang tuntas daripada pihak kerajaan.
Yang keenam Tuan Speaker dan yang terakhir, Sementa tidak menghalang kemajuan dan pembangunan, namun jangan sampai kita mengejar pembangunan ini sehingga menggadaikan soal keselamatan dan kesihatan orang ramai. Kini, jalan Iskandar, Jalan Abdul Wahid di Bukit Kapar, Jalan Kuari, Jalan Akob dan Jalan Kerayong di Kapar menjadi laluan utama kenderaan berat serta dibawa dengan laju. Kesannya jalan rosak dan membahayakan pengguna jalan raya dan penduduk menjadi trauma dengan kenderaan berat dibawa dengan laju. Maka, Sementa memohon operasi bersepadu diteruskan dan sudah diadakan dan minta diteruskan. Namun perlu dibuat strategi yang baru kerana operasi yang dibuat sebelum daripada ini seolah-olah ada pembocoran maklumat menjadikan operasi itu kurang berjaya. Kedua, mohon jalan-jalan tersebut terus dipantau agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan tidak membahayakan pengguna jalan raya. Ambil tindakan tegas kepada pemaju dan operator yang ingkar. Dan saya juga dimaklumkan dan minggu ini bancian untuk membina bonggol di jalan Iskandar sedang dilakukan atas faktor-faktor yang munasabah. Saya mohon Kerajaan Negeri memberikan kelulusan kepada permohonan tersebut.
Dan yang akhir sekali, mohon Jalan Iskandar turap semula dengan sempurna serta banyak korekan dibuat oleh pihak utiliti, dikorek sebelah kiri, dikorek sebelah kanan, dikorek atas jalan sehinggakan jalan itu tidak sempurna dan menyusahkan rakyat di sana. Mohon supaya diturap dengan segera seperti perbincangan saya ingat dengan agensi yang berkenaan dan dalam kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan terima kasih kesemua agensi-agensi kerajaan yang berada di daerah Klang, yang banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat yang ada di hadapan kita. Mudah-mudahan hubungan ini akan jadi hubungan yang baik antara kita, dengan ini saya menyokong, menjunjung Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, sekian terima kasih.
Kuala Kubu Baharu. Sepuluh minit.
Terima kasih Tuan Speaker. Salam Sejahtera, menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Kuala Kubu Baharu ingin mengucapkan tahniah atas pelbagai usaha kerajaan Selangor dari segi ekonomi urus tadbir dan program yang telah di Titah dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
Pertama sekali pencapaian prestasi kewangan kerajaan Selangor mencatatkan hasil tertinggi dalam sejarah pada tahun 2024 iaitu sebanyak 2.867 bilion. Selain itu, kerajaan merekod rizab sebanyak 4131.38 juta menunjukkan peningkatan sebanyak 517 juta berbanding tahun 2023. Sebagai perspektif ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus bagi tahun 2024, berbanding 3.3 peratus pada tahun 2023, satu lagi pencapaian buat kerajaan Madani. Menurut Bank Negara Malaysia, ia berpunca daripada aktiviti pelaburan yang kukuh disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang mampan dan sokongan dasar yang berterusan. Dengan ini, Kuala Kubu Baharu setuju dengan Yang Berhormat Sungai Pelek agar kerajaan meneruskan program SMUE serta buka semula pendaftaran baru untuk meneruskan keprihatinan terhadap warga emas, meringankan beban kos sara hidup serta memastikan perkembangan ekonomi boleh dinikmati oleh segenap masyarakat Selangor.
Seterusnya Tuan Speaker, menurut laporan Korea Trade-Investment Promotion Agency (KOTRA) mengenai eksport similarity indeks, Malaysia kini muncul sebagai persaingan utama dengan Korea Selatan dalam industri semikonduktor selepas China dan Taiwan. Ini menunjukkan bahawa kita semakin kukuh dalam persaingan Global yang semakin sengit. Malaysia kini berada di tempat kelima dalam kalangan pengeksport semi konduktor dunia dengan menyumbang 13% dalam proses pemasangan, ujian pembungkusan, dan ini satu pencapaian yang membanggakan tetapi kita tidak boleh berhenti di sini. Industri-industri ini berkembang dengan pantas, kalau tidak tingkatkan rangkaian bekalan bernilai tinggi dan terlibat dalam bidang seperti IC Design, AI, A1 Packaging dengan izin, kita berisiko ketinggalan dengan negara-negara Asia lain yang giat membangun dalam sektor ini. Sebab itu Kuala Kubu Baharu menyambut baik usaha kerajaan dalam membangunkan Malaysia Semi Konduktor Asia IC Design Park Fasa Ke-2 yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Ini selaras dengan Aspirasi Nasional Semi konduktor strategi dengan izin NSS untuk menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri semi konduktor. Salah satu matlamat besar NSS adalah untuk melatih 60 ribu jurutera bagi mengisi keperluan tenaga kerja dalam bidang seperti bidang reka bentuk IC, pembuatan teknologi tinggi. Namun kita masih menghadapi kekurangan tenaga mahir justeru Kuala Kubu Baharu ingin mencadangkan agar kerajaan Selangor
meningkatkan pendaftaran pelajar dalam aliran STEM Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik serta mengambil langkah proaktif untuk melahirkan lebih ramai bakat tempatan. Apakah strategi kerajaan untuk mengatasi kekurangan bakat ini. Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan kerjasama erat antara industri dan Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti UNISEL dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Jika ini dapat direalisasikan Malaysia boleh, Selangor boleh membina saluran bakat yang mampan bagi mencapai iltizam di bawah Nasional Semi Konduktor Strategi.
Seterusnya Kuala Kubu Baharu menyambut baik inisiatif kerajaan memberi bantuan 500 ribu kepada masyarakat Orang Asli serta menaik taraf fasiliti perkampungan budaya Mah Meri di Pulau Carey. Kuala Kubu Baharu juga mencadangkan satu program khas untuk pemasangan lampu solar di perkampungan-perkampungan Orang Asli. Dengan adanya lampu solar, kampung-kampung Orang Asli akan lebih terang pada waktu malam sekali gus memudahkan kehidupan seharian penduduk di sana. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan mengenai jambatan besi di Sungai Pertak di Kampung Orang Asli Pertak yang telah rosak sejak tahun 2021. Jambatan ini bukan sahaja laluan utama ke Bukit Kutu, satu destinasi kegemaran para pendaki, tetapi juga jalan penting bagi masyarakat Orang Asli untuk ke kawasan kubu mereka. Kuala Kubu berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk membaik pulih jambatan ini demi kemudahan dan keselamatan semua.
Seterusnya Kuala Kubu Baharu juga menyokong penuh usaha kerajaan dalam menangani masalah pemprosesan sisa elektronik melalui kerjasama dengan PDRM dan Jabatan Alam Sekitar. Sejumlah 22 Juta kilogram e-waste dengan izin, bernilai 2.68 bilion telah berjaya dirampas di seluruh negara melalui operasi hazard. Sisa elektronik sekarang menjadi ancaman besar yang boleh bawa kepada jenayah penyalahgunaan kuasa, rasuah dan mengancam keselamatan awam terutama dalam hal kesihatan, ekonomi dan pasaran gelap. Sindiket sisa elektronik bukan sahaja beroperasi tanpa lesen, ada yang mengguna premis berlesen, sewa tanah malah ada yang beroperasi di ladang sawit dan ladang padi. Isu utama kilang kitar semula sisa elektronik ada 2. Masalah pertama pengimportan sisa elektronik tanpa kebenaran. Menurut Jabatan Alam Sekitar lebih 500 kontena telah diperiksa di Pelabuhan seluruh negara dan antara 2023 dan 2024 mengandungi sisa elektronik import dan telah ditahan di Pelabuhan. Apabila sebuah kontena disyaki mengandungi bahan terlarang, pengimport akan dikena denda dan dihantar balik kontena ke negara asal. Namun banyak di antara mereka cuci tangan dengan katakan kontena itu bukan milik mereka. Laporan media mendedahkan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia pernah memohon kelulusan dari Kementerian Kewangan untuk melelong sisa elektronik yang diseludup masuk ke Malaysia. Ini hanya akan menggalakkan lebih banyak penyeludupan jika sisa elektronik lelong dikeluarkan dari pelabuhan, ia akan dihantar ke kilang kitar semula haram atau berlesen yang
sebenarnya tidak dibenarkan untuk memproses sisa elektronik import. Itulah sebabnya dengan izin, Managing Director KDEB Waste Management Dato’ Ramli sendiri mengatakan bahawa lebih daripada 200 premis kitar semula sisa elektronik di seluruh Malaysia. Soalan Kuala Kubu Baharu berapakah dikesan di Selangor? Berapakah di antaranya berlesen dan tidak berlesen? Apakah kaedah JAS untuk memastikan premis-premis berlesen dapat bahan mentah sisa elektrik dalam negara? Kerana pemprosesan sisa elektrik import adalah dilarang bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Masalah kedua, kelemahan dalam pengurusan sisa elektronik oleh JAS. Dalam satu kenyataan pada 6 Januari 2025, Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan EAIC mengesahkan wujud cubaan pegawai untuk melepaskan kontena dipercayai mengandungi e-waste di West Port Pelabuhan Klang pada mei lalu tanpa punca kuasa yang jelas dan justifikasi yang wajar. Menurut kenyataan itu hasil siasatan mendapati beberapa ketidakaturan berlaku iaitu ;
1) kebocoran maklumat dalam berkaitan pertukaran Pengarah ataupun pegawai dan Pengarah atau Pegawai baru akan melepaskan kontena itu. 2) Pihak atasan JAS tidak mengambil tindakan berhubung isu kebocoran maklumat. 3) Terdapat kelewatan penyelesaian kertas siasatan. 4) Kelewatan pengendalian kes berkenaan boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan pencemaran Alam Sekitar tidak dapat dibendung serta dilindungi dengan segera.
Soalan Kuala Kubu Baharu adakah tindakan telah diambil sewajarnya kepada Pegawai yang terlibat seperti yang disyorkan oleh EAIC? Apakah langkah-langkah diambil untuk menambah baik SOP? Apakah maklum balas jabatan JAS terdapat siasatan EAIC? Justeru Kuala Kubu Baharu ada 4 cadangan agar kerajaan Selangor bertindak tegas ;
1) Melarang import sisa elektronik kerana ia merupakan punca utama masalah. 2) Melarang lelong sisa elektronik. 3) Meningkatkan tindakan penguatkuasaan serta tutup premis Kitar Semula yang tidak berlesen. 4) Meningkatkan pemeriksaan penguatkuasaan berkala terhadap premis yang berlesen untuk memastikan mereka mematuhi peraturan dan tidak terlibat dalam urusan dengan premis haram.
Sebagai contoh di kawasan perindustrian Zurah Rasa. Kuala Kubu Baharu telah mengadakan lawatan mengejut untuk meninjau keadaan-keadaan premis kitar semula di situ pada malam 9 Disember tahun lalu. Sebelum kereta saya sampai di hadapan tempat premis, saya sudah terhidu bau busuk yang kuat dan sangat tidak selesa. Selepas hanya 20 minit memantau di luar premis saya mula merasai pening dan loya. Bayangkanlah
bagaimana pula dengan penduduk-penduduk setempat yang duduk di situ. Nasib baik kalau angin tiup arah lain mereka tidak terhidu bau busuk kalau nasib tidak baik, betullah mereka sentiasa terhidu bau-bau busuk itu. Jadi adakah premis berlesen ini mengikut syarat-syarat EIA dalam proses kitar semula? Bagaimana JAS memastikan proses pengasingan bagi buangan gejada SW 110 dan SW 442 daripada plastik insulator dengan izin, dan bahan-bahan lain di jalan sebelum proses peleburan melting, dengan izin. Jika masalah yang disyorkan ini tidak ditangani dan dipandang serius, isu sisa elektronik ini akan terus berleluasa tanpa penyelesaian. Itu lah antara sebab Kuala Kubu Baharu mencadang untuk mewujudkan cawangan JAS Hulu Selangor untuk meningkatkan kecekapan dalam pemantauan dan pemeriksaan premis-premis perindustrian di Hulu Selangor yang semakin berkembang. Akhir sekali Kuala Kubu Baharu menjunjung Titah kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor agar kerajaan menjaga kelestarian alam. Kelestarian Alam sekitar tanggungjawab bersama. Akhir kata Kuala Kubu Baharu menyokong usul menjunjung kasih Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
Dijemput Sungai Burong.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan yang mulia. Izinkan saya memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Majlis pembukaan yang lalu. Saya mulakan perbahasan ini dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Araf (Ayat suci Al-Quran) maksudnya : ‘kalaulah sesebuah ahli negeri, kampung, negara beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya kami akan buka segala pintu keberkatan daripada langit dan bumi. Tetapi mereka semua enggan dan mendustakan maka kami akan seksa mereka dengan apa yang mereka kerjakan’.
Tuan Speaker, Sungai Burong hendak mempertengahkan isu yang dekat dengan rakyat Tanjung Karang khususnya di Sungai Burong yang berkaitan dengan padi. Bahawa kita tahu Tanjung Karang adalah Jelapang Padi ataupun periuk nasi bagi negeri Selangor. Tetapi kita dikejutkan dengan 3 statement yang menguris hati rakyat khususnya di negeri Selangor tentang Timbalan Menteri KPDN dan kos sara hidup yang kononnya hendak mendedahkan kartel padi beras. Tetapi sehingga kini tidak dapat mendedahkan sebab kita nak tahu apakah punca ketiadaan beras putih tempatan kepada rakyat ini.
Yang kedua kita melihat Menteri Keterjaminan Makanan di peringkat Persekutuan Datuk Seri Mohamad Sabu yang pernah berjanji pada tahun 2023 akan menyelesaikan dalam tempoh sebulan sahaja isu beras putih tempatan. Tetapi sehingga kini kita tidak mendapat penjelasan yang tuntas tentang perkara ini termasuklah Yang Berhormat Dato’
Syed Abu Hussin jaminan nekel selama 3 bulan tanpa campur tangan kementerian dan kawal selia padi beras. Juga gagal memberikan jawapan tuntas kepada kehilangan beras tempatan di pasaran. Maka ini menunjukkan kepada kita bahawa adakah kerajaan termasuklah Kerajaan Negeri dan EXCO Pandan Indah yang presiden nya sama dengan portfolio Menterinya. Adakah kita serius untuk menangani ketiadaan masalah beras tempatan putih ini di pasaran. Bahkan saya nak tanya kepada Seri Setia, menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini umat Islam akan memberi zakat fitrah. Dan ketika mana ada isu percampuran beras di antara beras import dengan beras tempatan, mungkin zakat yang berasaskan kepada makanan ruji iaitu beras akan menjadi kepeningan. Apakah dari sudut fatwa yang akan di respon walaupun sebelum ini RM 7 bagi beras tempatan, kini tak ada kini meningkat kepada RM 25 saya difahamkan begitu. Tetapi isu nya adalah percampuran yang difahamkan di antara beras tempatan dengan beras import. Bukan sahaja nilai zakat akan bertambah tetapi dari sudut fatwa percampuran ini. Bagaimana rakyat untuk membayar zakat fitrah pada tahun ini dapat dirungkaikan oleh Seri Setia.
Sidang Dewan yang mulia, cengkaman kepada petani ini dari sudut kenaikan Diesel yang menekan petani dek kerana kos pengurusannya yang meningkat begitu juga ditambah kenaikan harga racun yang diragui keberkesanannya. Dan begitu juga kenaikan harga baja, maka wajar harga lantai padi juga wajar dinaikkan. Selain itu isu potongan mutu padi dikira dari sampel padi yang diambil dari lori ketika mana penimbangan. Pemotongan kadang-kadang mencecah 20%, 30% dan ini sangat membebankan. Jadi Sungai Burong mencadangkan dikurangkan kepada maksimum 15% sahaja bagi petani bernafas dengan kos penanaman dan penuaian yang tinggi sekarang bahkan kos sara hidup yang menggila kerana hakikatnya pekilang-pekilang memanfaatkan semua yang naik ke lori daripada jerami, padi yang kurang berkualiti dan yang lain-lain. Seperti mana Titah Sultan, dahulukanlah rakyat yang sebenarnya stake holder dengan izin, yang sebenar menjamin kesejahteraan rakyat.
Tuan Speaker, saya berpindah kepada isu yang seterusnya isu jalan kampung yang lama dipohon yang belum dibaiki dan isu sampah di kawasan Sungai Burong. Lebih 20 batang jalan Sungai Burong telah dihantar permohonan dan aduannya dan terima kasih diucapkan atas tindakan yang wajar dalam menyelesaikan perkara tersebut. Dalam 15 batang jalan yang telah diturap semula dan sebahagiannya lagi dibaiki kerana kerosakan yang tidak menyeluruh. Baki daripada jumlah tersebut telah dimohon semula atas kekeliruan nama jalan dan pertindihan permohonan daripada pihak lain. Jadi, mohon perhatian iaitu tiga jalan, Jalan Kubur ataupun Jalan Abdul Ghani di Batu 12, Sungai Burong kemudian Jalan Mandur Wahid, Parit 4, Sungai Burong dan Jalan Pinang 1, Tali Air 1, pantai untuk dipercepatkan khususnya sempena menjelma Hari Raya kerana kebanyakan juga tempat-tempat tersebut ada homestay-homestay yang boleh menarik
perhatian pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung di situ sedangkan jalan raya untuk menuju ke homestay-homestay berkenaan sangat daif. Sungai Burong suka mencuit isu sampah yang banyak dibangkitkan juga di dalam Dewan yang mulia ini. Selain jumlah kekerapan kutipan sisa pepejal yang masih lagi dikira tidak memadai, Sungai Burong juga mencadangkan pembinaan rumah-rumah sampah. Saya ulang pembinaan rumah-rumah sampah di kampung-kampung bagi mengelakkan pemandangan yang tidak senonoh dan ancaman anjing-anjing liar yang menceroboh kawasan pembuangan sampah ini. Ini sangat bersesuaian dengan kenaikan kadar cukai 25% dan rizab Kerajaan Negeri yang dikatakan besar. Maka, diperingatkan sekali lagi dahulukan rakyat yang merupakan stakeholder yang sebenar kepada kerajaan dalam isu ini.
Tuan Speaker dan Sidang yang mulia, Sungai Burong berpindah kepada isu tanah yang tidak diuruskan oleh waris sehingga berlaku pengusiran dan pertindanan hak milik. Kalau melibatkan pengusiran ataupun pertindanan hak milik, ia boleh menjadi satu pergaduhan yang serius. Tetapi yang lebih serius apabila ada pengusiran iaitu hilang hak kependudukan. Sungai Burong suka mengambil perhatian Dewan mulia sekalian bagaimana dilaporkan kerumitan undang-undang punca RM70 billion harta pusaka dibekukan. 70 billion ya tuan-tuan. Itu belum lagi 418 juta yang tidak dituntut berupa harta wang belum dituntut yang merupakan nilaian tunai ataupun cash. Ini adalah satu bilangan yang sangat tinggi. Jadi, oleh sebab itu Sungai Burong mencadangkan perlunya ada libat urus serius yang diinisiatifkan oleh Kerajaan Negeri berupa bengkel dan pengurusan bersepadu dengan pewaris tanah bagi menguruskan pewarisan dengan sempurna. Sudahlah risiko kehilangan hak milik tanah meningkat dalam isu ini, timbul pula isu RUU, URA pula sedang hangat diperbahaskan oleh rakyat. Soalan Sungai Burong apa jaminan Kerajaan Selangor supaya pemilikan tanah yang sah terus berkekalan 100% tanpa diancam berdasarkan undian majoriti? Kedua, apa juga jaminan Kerajaan Negeri RUU yang hangat diperbahaskan ini boleh mengekalkan kependudukan Melayu bandar di bandar? Yang ketiga, apa jaminan Kerajaan Negeri bahawa jurang komuniti miskin dan maha kaya dapat dirapatkan demi perpaduan yang lebih utuh? Keempat adakah RUU URA ini yang mana difahamkan Selangor mengambil kiranya sebagai satu benda yang positif merupakan back door kepada pilihan raya PBT kemudiannya yang amat tidak sihat kepada perpaduan negeri dan negara. Maka, elakkanlah birokrasi dan carilah jalan bagaimana mendahulukan rakyat dalam isu ini. Sesungguhnya rakyat diutamakan, perpaduan dan keharmonian di kehadapankan.
Yang terakhir, baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan satu penemuan daripada penguatkuasa yang berkenaan tentang 50 tan peluru kelongsong ditemui di kilang e-waste haram di Telok Panglima Garang, Selangor. Kalau sebelum ini kilang-kilang haram menyumbang kepada pencemaran sumber air bersih, Dewan mungkin saksikan
bagaimana Yang Amat Berhormat Sungai Tua banyak kali turun ke padang mencium sampel air yang tercemar yang tidak tahu apakah pelan konkrit untuk menjelaskan isu ini. Kini rakyat berdepan dengan isu keselamatan. Entah kumpulan gangster, entah gerakan militan yang boleh mengancam nyawa penduduk tapi hanya diberikan amaran hanya diberikan amaran terhadap kilang tanpa kebenaran (KTK) ataupun haram. Maka, oleh sebab itu, Sungai Burong menekankan bahawa perkara-perkara yang penting yang melibatkan keselamatan, yang melibatkan kebajikan, yang melibatkan stakeholder yang sebenar diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri dan Selangor deserves better. Dengan itu, Sungai Burong menyembah usul ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Selangor dan minta mengambil perhatian pada perkara yang dibangkitkan. Sekian, Assalamualaikum. Terima kasih.
Yang Berhormat.
Ya.
Saya nak bangkit peraturan Dewan.
Ya, peraturan Dewan apa?
Peraturan 36 (6).
Ya.
Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa ahli lain. Ini berikutan daripada pertanyaan saya terhadap Yang Berhormat Kota Kemuning semalam.
Semalam?
Bila saya rujuk semula...
Semalam sudah lepas Yang Berhormat.
Yalah. Semalam bila saya baru rujuk balik hansard dan juga rujuk balik rakaman kerana tidak ada tindakan. Jadi, saya nak Petua daripada Speaker.
Saya rasa saya tidak boleh putuskan apa-apa sekarang. Yang Berhormat. Kalau ada isu boleh putuskan secara...
Itu saya bangkitkan pada Speaker sekarang.
Putuskan secara bertulislah.
Kerana saya minta Speaker dengar dulu. Apa yang saya minta ni. Saya minta dia tarik balik sahaja.
Saya minta Yang Berhormat Taman Medan putuskan secara bertulis.
So, saya sebut bahawa don’t think you are clever, just sit down and behave. Saya rasa ni very unparliamentarian kerana ketika saya ada pertanyaan, itu soalan itu very spesifik tentang isu yang dibangkitkan.
Ya.
Kalau Yang Berhormat Kota Kemuning tak ada jawapan, tak perlu nak merendahkan Ahli Dewan yang lain kerana pada saya this will create a bad precedent. Kerana kalau selepas ini saya guna bahasa yang tidak baik juga, maka Ahli Dewan yang lain tak boleh nak marah. Jadi, saya minta kerana saya merasakan itu sangkaan jahat terhadap saya. Saya sakit hati dengar itu, bila saya tengok balik video mengesahkan apa yang saya hadapi semalam. Jadi, saya minta Yang Berhormat Speaker...
Saya tidak boleh buat keputusan sekarang.
Untuk buat satu...
Yang Berhormat, saya...
Keputusan.
Ruling saya ialah saya cadangkan kepada Yang Berhormat, sebenarnya ada juga saya terima aduan daripada setengah ADN terhadap ucapan ADN yang lain. Saya mohon utuskan secara bertulis dan secara rasmi kepada saya. Itu sahaja. Kita akan bincangkan dalam Jawatankuasa.
Saya ingat benda ini tak perlu secara bertulis Yang Berhormat Speaker.
Ya, ya.
Yang ini untuk selesaikan. Saya minta tarik balik sahaja. Simple sahaja.
Saya nak semak. Saya nak semak.
Saya minta untuk Yang Berhormat...
Saya nak teliti dan semak
Kota Kemuning bangun, sebut dalam Dewan ini dan tarik balik. Simple.
Ini arahan saya. Yang Berhormat utuskan secara rasmi kepada saya, ya. Itu sahaja.
Okay, tak apa.
Ya, Seri Serdang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bismillah hirrahman nirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam kita Selangor, salam rahmah. Terima kasih pada Tuan Speaker yang memberi ruang dan peluang untuk Seri Serdang berbahas bagi menjunjung kasih Titah Tuanku Sultan di Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor 2025.
Seri Serdang mulakan dengan soal perpaduan yang ditekankan oleh Ke Bawah Duli Tuanku Sultan. Perpaduan ini telah lama dipupuk dan terbina dalam negara kita dan dalam negeri kita dan antara formula kenapa Malaysia dan Negeri Selangor maju dengan pantas adalah kerana perpaduan yang ada dalam masyarakat. Keunikan masyarakat Malaysia khususnya Negeri Selangor adanya berbilang bangsa, agama dan keturunan. Punya perbezaan yang banyak tetapi titik temunya ialah semua sayangkan negara dan Negeri Selangor dan sama-sama membangunkan Negeri Selangor yang kita sayangi ini. Justeru, perpaduan dan keharmonian ini harus kita pelihara. Ia harus bermula dari kepimpinan. Jauhilah fitnah walau di mana pun kita berada tetapi jadikanlah hujah dengan fakta sebagai bahan untuk kita bercakap. Jauhi adu damba yang boleh memecah belahkan rakyat. Janganlah demi untuk mendapatkan sokongan dan undi daripada rakyat, fitnah dan adu damba terus menjadi modal dan kesannya
menghancurkan perpaduan di dalam negeri. Saya tertarik dengan penghujahan daripada sahabat saya Yang Berhormat Semenyih semalam. Saya kira penuh dengan hikmah dan saya menghormati penghujahan perbahasan daripada Yang Berhormat Semenyih. Saya kira penghujahan sebegitu lebih baik dan lebih harmoni membawa kepada perpaduan dan saya kira kalau nak dikata tengok daripada semalam ni sepatutnya Semenyih jadi Ketua Ulama Dewan PAS Selangor ni. Dengan keadaan, dengan cara dia berhujah itu sangat baik dan sangat bagus.
Yang Berhormat.
Ya.
Mohon mencelah Yang Berhormat. Mencelah je.
Baru mula Yang Berhormat.
Sungai Ramal.
Sikit je. Fasal Semenyih je. Untuk makluman Yang Berhormat, Semenyih adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat. Terima kasih.
Sebab itulah dia layak dalam Ketua Ulama Negeri Selangor dan tengok pada penghujahan semalam tu, Allahu rabbi sheikh, enta embeh sheikh. Cuba kita lihat pada blok kerajaan pada hari ini. Kita lihat pada blok kerajaan pada hari ini adanya orang Melayu beragama Islam, ada orang Tionghua, ada yang beragama Hindu. Inilah imej dan juga wajah sebenar Negeri Selangor. Adanya wanita Perikatan Nasional blok pembangkang, ada sorang sahaja wanita. Selalu kena buli pula tu. Dan, bila kita lihat punya perbezaan yang banyak tetapi matlamat satu adalah untuk memastikan kemajuan dan keharmonian Negeri Selangor terus terpelihara sampai bila-bila. Justeru, selain kita menjaga mulut kita, tingkah laku kita, jari-jemari juga perlu harus kita jaga. Dulu mungkin kita nak bercakap kita hendak keluarkan kenyataan kita kena bercakap.
Yang Berhormat.
Tetapi hari ini tak perlu bercakap pun.
Seri Serdang.
Mohon laluan Yang Berhormat.
Nak bagi laluan dekat Taman Medan tak?
Yang Berhormat Seri Serdang, terima kasih. Yang Berhormat Seri Serdang, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya dalam kita nak memupuk perpaduan ini, soal penguasaan Bahasa Melayu ini sangat penting? Dan, saya lihat bila video-video yang dikongsikan daripada Dewan ini baik di TikTok, di sosial media, melihat kepada ucapan-ucapan sebahagian daripada Ahli Dewan Negeri ini, kita dikecam. Saya mengambil tanggungjawab bersamalah sebagai Dewan ini dikecam kerana penguasaan bahasa di kalangan Ahli Dewan kita tidak begitu cemerlang. Jadi, adakah Yang Berhormat setuju supaya Dewan ini mungkin buat kelas tambahan Bahasa Melayu dan pengucapan awam kepada beberapa Ahli Dewan yang ada dalam Dewan ini supaya kita dapat wujudkan perpaduan yang lebih baik di Negeri Selangor ini, InsyaAllah atas dasar menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Saya kira semua daripada ADN-ADN atau Yang Berhormat dalam Dewan ini semuanya berbahas dalam bahasa Malaysia. Mungkin loghat itu sahaja. Sungai Panjang loghatnya tu bunyi banjar kan? Itu biasa. Sekinchan loghat dia kadang bunyi jawa. Itu biasa tapi paksinya ialah Bahasa Melayu. Jadi, saya setuju dengan Taman Medan gunakan Bahasa Melayu...
Yang Berhormat kena..
Yang tak pakai Bahasa Melayu tak ada masalah.
Pastikan juga guna penjodoh bilangan yang betul.
Ya?
Kena pakai penjodoh bilangan yang betul juga. Ya, teruskan.
Dan, saya harap pada hari inilah macam saya katakan tadi. Saya ulang balik. Dulu kita nak keluar kenyataan mungkin kita perlu bercakap. Tapi hari ini tak perlu bercakap. Hanya perlu
taip di keyboard kita sahaja. Perlu kita jaga juga jari-jemari kita ini, ya. Jangan kita gunakan jari kita itu untuk membuat fitnah, buat tohmah pada sesiapa sekalipun. Baik blok kerajaan, baik blok pembangkang perlu jaga jari kita. Sebab itu, walau apa pun alasan Pakatan Harapan, Perpaduan tidak boleh benarkan fitnah dan adu damba ini kami akan mengambil tindakan yang lebih keras kepada mana-mana pihak yang cuba fitnah dan juga adu damba.
Yang Berhormat Speaker, dalam Titah Tuanku kali ini banyak pesanan yang sangat bermakna selain pujian kepada kerajaan dengan pencapaian cemerlang hasil negeri yang tinggi RM2.8 billion dan rizab yang semakin tinggi sebanyak RM4.1 billion ya, ada yang skeptikal berkenaan angka rizab negeri ini. Gunalah duit rizab ini, gunalah duit rizab ini sebagainya. Bagi Seri Serdang, kalau kerajaan mampu berbelanja dengan pendapatan yang ada, nak buat apa guna rizab dan apabila datang pada masa akan datang kita tak tahu bagaimana keadaan negeri kita. Kita risau kalau kita sangat memerlukan ketika itu duit reserve, reserve kita bermasalah. Antara yang menjadi perhatian Seri Serdang berkenaan dengan Titah Tuanku juga adalah keterjaminan makanan. Usaha demi usaha saya yakin, Kerajaan Negeri juga memberi perhatian yang khusus kepada keterjaminan makanan. Banyak usaha yang telah dilakukan dan perlu dipertingkatkan. Tadi saya dengar tentang beras putih kita. Daripada Sungai Burong. Saya minta tolong rujuk kepada kenyataan media minggu lepas oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Y.B. Datuk Seri Mohamad Sabu. Merujuk kepada kenyataan yang terbaru. Justeru, kita lihat hari ini cabaran untuk kita keterjaminan makanan ini semakin hebat dengan climate change nya menyebabkan cuaca yang tidak menentu sudah pasti menjadi cabaran besar kepada kerajaan bagi menjamin sumber kepada keterjaminan makanan. Seri Serdang mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri terutama Yang Berhormat Pandan Indah yang mula untuk berkolaborasi dengan Agensi Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh, MARDI yang banyak mengeluarkan benih tanaman hasil penyelidikan mereka. Sudah pasti hasil-hasil MARDI ini boleh di manfaatkan oleh petani dan pengusaha pertanian di dalam Negeri Selangor. Benih padi, cili buah dan buah-buahan yang lain boleh kita adaptasikan di dalam negeri kita Selangor ini. Begitu juga kolaborasi dengan LKIM yang saya kira boleh dimanfaatkan khususnya kepada para nelayan yang ada di dalam Negeri Selangor.
Yang Berhormat Speaker dan semua Yang Berhormat, isu banjir. Masalah ini sudah menjadi isu utama dalam negeri Selangor. Seri Serdang melihat isu ini perlu ada kerjasama semua. Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, PBT, JPS dan yang tidak penting juga komuniti setempat. Untuk menguruskan perparitan misalnya, ada parit di bawah PBT. Ada di bawah seliaan JPS. Kerjasama yang baik antara PBT dan JPS, Seri Serdang percaya akan menghasilkan satu keputusan yang baik bagi mengatasi masalah banjir, terutama banjir kilat. Begitu juga dengan Projek RTB yang telah dirancang dan
sedang dirancang pastinya akan memberi hasil yang baik pada masa yang akan datang. Seri Serdang yakin segala perancangan yang dibuat dengan teliti agar Projek RTB ini siap dan akan memberi kebaikan kepada rakyat, Seri Serdang ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutama kepada JPS Negeri dan Daerah yang telah menjalankan projek-projek menaik taraf parit dan sungai di dalam kawasan DUN Seri Serdang. Projek RTB Sungai Kuyoh yang menelan belanja hampir lebih RM400 Juta yang dikhabarkan di peringkat akhir memberi harapan baru kepada penduduk di Seri Serdang yang sering mengalami masalah banjir.
Yang Berhormat Speaker, begitu juga dengan ancaman ikan bandar raya. Saya pertama kali baru tahu tentang masala bahayanya ikan bandaraya ini ya. Saya turun sama dengan NGO untuk menangkap ikan bandaraya ini. Rupa-rupanya makhluk Allah ini ikan bandar raya ini sangat special. Telur ikannya sahaja dalam badan dia ada 2,000 biji. Kurang-kurang 2,000 biji. Jeram dah senyum, fasal dekat Jeram ada kedai makan ikan bandar raya dan makhluk Allah ini pula yang special nya. Dia kalau nak bertelur dia nak menyorok dia buat lubang. Menyorok dalam itu. So bila banyak lubang, tanah itu turun dan akhirnya menyebabkan tebing-tebing sungai kita boleh runtuh dan akan jadi masalah kepada sungai-sungai kita. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri yang cakna tentang isu ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada NGO yang terlibat dengan program penangkapan ikan bandar raya ini dan saya difahamkan, ikan-ikan ini dihantar ke UNISEL dan Universiti Malaya untuk penyelidikan dan penghasilan baja dan lain-lain.
Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat yang lain, pendidikan adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius. Seri Serdang melihat kepentingan beraliran agama perlu di berdaya lagi. KAFA misalnya, Seri Serdang memahami kelas KAFA ini. Kelas Agama dan Fardhu Ain ini sebagai inisiatif komuniti setempat, ia bermakna KAFA ini punya pengaruh besar di dalam komuniti. Kewujudan KAFA ini adalah kerana ibu bapa merasakan perlunya memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Kekhuatiran Seri Serdang kepada KAFA ini soal keselamatan. Difahamkan, banyak KAFA yang tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki sedangkan di masa yang sama kerajaan meminta semua Tahfiz dan Sekolah Swasta berdaftar dengan kerajaan dan perlu ada Sijil Layak Menduduki. Bagaimana keadaan KAFA kita. Seharusnya semua premis KAFA perlu ada Sijil Layak Menduduki dan Seri Serdang mencadangkan satu taskforce khusus untuk menyelesaikan isu Sijil Layak Menduduki di premis KAFA di seluruh Negeri Selangor. Keutamaan kita ialah keselamatan anak-anak, peristiwa hitam perginya seorang anak murid cemerlang di KAFA Mambau Ulum, Seri Serdang yang meninggal dunia kerana terkena renjatan elektrik di bangunan sekolah.
Terima kasih saya ucapkan kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar yang memberi sumbangan peribadi sebanyak RM2,000.00 dan juga MBI yang juga menyerahkan
sumbangan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada EXCO Agama yang juga menyumbangkan sedikit sumbangan. Begitu juga dengan pewartaan masjid dan surau, saya ucapkan terima kasih kepada EXCO, Yang Berhormat Seri Setia. Kerja-kerja awalan untuk membina Masjid Lestari Putera telah dimulakan, sekian lama hampir 20 tahun penduduk menunggu pembinaan masjid ini. Kini, impian mereka akan menjadi kenyataan. Di masa yang sama Seri Serdang juga memohon agar kerajaan memberi perhatian kepada pewartaan masjid dan surau. Saya difahamkan hampir 60% masjid dan surau di kawasan Seri Serdang masih belum lagi selesai pewartaan. Seri Serdang mengharapkan pewartaan masjid, surau ini dapat diselesaikan demi menjaga kepentingan masjid dan surau kita terutama di dalam DUN Seri Serdang.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli Yang Berhormat yang lain, jika kita lihat negara-negara yang maju. Ketelusan, pentadbiran yang baik adalah keutamaan mereka. Good governance adalah satu perkara yang wajib dijadikan keutamaan. Mana mungkin sebuah negara atau negeri boleh maju berjaya tanpa pengamalan good governance. Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa harus dihindari dan juga diperangi. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan yang sangat menjaga pentadbiran hari ini. Buktinya walaupun pendapatan negeri hanya RM2.8 bilion dan memberi perkhidmatan kepada 7 Juta rakyat, di atas sikap menjaga good governance itulah Alhamdulillah rakyat Selangor mendapat manfaatnya. Banyak inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang tidak ada di negeri-negeri lain dan ada program yang dimulakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan mula ikuti contohnya Jualan Ehsan Rahmah. Kini Kerajaan Negeri, Persekutuan pula memulakan Jualan Ehsan Rahmah ini. Tidak dinafikan berlaku juga beberapa kes penyalahgunaan kuasa dan sudah ada yang dihadapkan ke mahkamah ialah bak kata pepatah ‘dalam setandan pisang, pasti ada yang busuk’. Namun kita tidak boleh memandang ringan isu melibatkan integriti. Seri Serdang mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengadakan kursus dan taklimat khusus secara berkala kepada semua yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan dari kakitangan rendah di pejabat kerajaan sehinggalah ke atas lantikan-lantikan politik. Semua ADN dan juga EXCO. Kolaborasi dengan SPRM untuk mengadakan sesi kursus dan penerangan secara berkala boleh diusahakan. Sesebuah negara atau negeri boleh musnah dengan rasuah dan salah guna kuasa. Rasulullahlah S.A.W telah mengingatkan kita 1,400 tahun yang lepas (Hadis – Bahasa Arab). Pemberi dan penerima rasuah berada di dalam neraka.
Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang mengamati perbahasan beberapa Yang Berhormat berkenaan isu sampah dan kebersihan. Ya, diakui. Kita sedang mengalami masalah menguruskan kebersihan terutamanya melibatkan sampah. Bagi Seri Serdang, semua pihak perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Tidak adil rasanya kita hanya menuding jari kepada PBT atau KDEB sahaja. Seri Serdang berkeyakinan pihak PBT dan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. telah menjalankan tugas mereka dengan
baik. Penguatkuasaan undang-undang hanyalah untuk menghukum mereka yang bersalah dan hanya sebagai satu kaedah membanteras isu ini. Begitu juga dengan teknologi waste to energy, dilihat satu kaedah melupus sampah ini. Di masa yang sama, Seri Serdang melihat kepentingan kesedaran rakyat perlu dipertingkatkan. Persatuan-Persatuan Penduduk, JMB, MC, NGO-NGO perlu di berdaya lagi bagi memastikan mereka juga terlibat di dalam menjaga kebersihan dan sama-sama menyelesaikan masalah sampah ini. Kolaborasi kerajaan bersama NGO-NGO Alam Sekitar dan NGO-NGO yang terlibat dengan Recycle Program juga perlu dipertingkatkan lagi. Mungkin boleh dipertimbangkan NGO-NGO ini dijadikan agen rasmi kerajaan untuk mengadakan program bersama dengan masyarakat. Jika tidak, kerisauan Seri Serdang pada satu masa yang akan datang kita terpaksa berbelanja besar untuk menguruskan isu sampah dan kebersihan. Apabila kos pengurusan sampah ini meningkat, naik. Maka solusi untuk menampung kos ini adalah menaikkan cukai. Khususnya cukai taksiran. Rakyat juga yang menanggung kenaikan kos pengurusan ini.
Akhirnya, Seri Serdang menyeru kepada semua pihak agar terus memberi kerjasama dan sama-sama membangunkan negara kita. Kita sama-sama sayangkan negeri ini dan pastinya kita mahu melihat negeri ini terus maju dan kita tidak boleh berpuas hati dengan keadaan yang ada sekarang walaupun Negeri Selangor sering menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain. Saya juga menyeru kepada semua rakyat Negeri Selangor supaya terus memberi sokongan dan dukungan kepada Kerajaan Perpaduan. Sesungguhnya, rakyat Negeri Selangor bertuah mempunyai Kerajaan Perpaduan yang sangat peduli dan cakna kepada keadaan semasa rakyat dan dalam negeri ini. Sekian dulu, Seri Serdang mendukung penuh Titah Ke Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Assalamualaikum warahmatullah.
Terima kasih Tuan Speaker.
Saya persilakan Yang Berhormat Kuang.
Terima kasih Tuan Speaker.
10 minit.
Kuang hari ini, terima kasih kepada Dewan sebab memberi peluang untuk sama-sama dengan Yang Berhormat yang lain untuk membahas ucapan Titah Ucapan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa sesi pembukaan. Saya nak zahirkan rasa setuju saya terlebih dahulu dengan
Seri Serdang dan juga dengan Seri Kembangan. Merujuk juga kepada Titah Tuanku yang menyebut tentang betapa pentingnya perpaduan kita ini dalam Negeri Selangor. Perpaduan dan hubungan baik antara kaum menjadi tunjang kepada kemajuan Negeri Selangor itu sendiri. Jadi amat perlu kita terutamanya Ahli-Ahli Dewan sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain. Menjaga tataetika kita, menjadi tutur kata kita. Macam semua yang Seri Serdang sebut tadi itu betul. Walaupun dari masa ke semasa ada tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab orang di bawah. Kadang-kadang menyentuh benda-benda yang tidak sepatutnya dia sentuh. Tetapi kita sebagai pemimpin seharusnya sentiasa berfikiran positif dan mencari jalan perdamaian bukan menyiramkan minyak tanah ke tempat api yang sedang terbakar. Jadi kita kena ambil tanggungjawab. Bermula sidang Dewan kita baru-baru ini keluar satu perintah tetap, perintah daripada Speaker. Kita akan sama-sama selepas membaca doa, membaca ikrar. Semua Ahli Dewan berdiri dalam Dewan yang mulia ini, membaca ikrar dengan mengangkat tangan kanan. Mungkin ramai yang tak perasan ada pula seorang Ahli Dewan kita berdiri membaca ikrar dengan mengangkat tangan kiri. Ada siapa-siapa perasan tak? Mungkin tak ada ya? Tetapi ada seorang Ahli Dewan, masuk Dewan berdiri baca ikrar. Kepercayaan kepada tuhan dan sebagainya. Semua orang angkat tangan kanan, dia angkat tangan kiri. Saya rasa ini satu penghinaan kepada Dewan. Saya tak tahu sama ada benda itu buat secara sengaja atau tidak sengaja. Tetapi berlaku dalam Dewan ini, dan saya harap benda ini tak keluar. Gambarnya dah sampai ke tangan saya. Saya tak tahu apa Dewan nak ambil tindakan terhadap Ahli Dewan ini. Kenapa dan mengapa nanti kita rungkai kemudian. Tetapi kalau ada yang nak minta gambar dengan saya sekarang, saya dedahkan gambar itu sekarang. Tak ada? Maknanya tidak ada yang nak mencelah dengan menggunakan 36(6) yang saya membuat sangkaan jahat kepada mana-mana Ahli Dewan. Maknanya Dewan ini bersetuju bahawa di kalangan 55 Ahli Dewan kita yang hadir, sebab satu tak hadir, ada seorang telah berdiri dan mengangkat sumpah dan berikrar dengan mengangkat tangan kiri. Ini kita kena pantau supaya jangan berlaku lagi dalam Dewan yang mulia ini. Ia nya adalah satu penghinaan besar kepada Dewan dan juga perintah Speaker itu sendiri. Nanti kita tengok kalau gambar itu keluar di media sosial. Kalau saya ada, saya yakin orang lain pun mungkin ada gambar tersebut. Jadi kita sebagai Ahli Dewan kena berhati-hati dengan tidak tanduk kita demi menjaga perpaduan dalam Negeri Selangor itu sendiri.
Saya nak rujuk juga Titah Tuanku yang menyebut, perancangan-perancangan Kerajaan Negeri Selangor jangan lah hanya menitikberatkan keuntungan semata-mata. Tetapi mestilah juga menitikberatkan kesejahteraan rakyat itu sendiri. Jangan kita fikir untung je. Kita fikir kita dapat menambah defisit. Bagus, saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor. Sebab menambahkan reserve nya RM500 Juta lebih kepada RM4 bilion lebih. Tahniah. Ke bawah Duli Yang Maha Mulia dalam Titah Tuanku ambil maklum tentang prestasi Kerajaan Negeri Selangor. Tuanku ambil maklum tetapi semasa Tuanku
memberi pandangan peribadi Tuanku, apa yang Tuanku sebut, Kerajaan Negeri dalam merancang jangan asyik nak kira untung, jangan asyik nak kira duit bertambah aja, utamakanlah kesejahteraan rakyat. Saya nak related dengan Kuang. Saya masih ada masalah Lorong Melati, yang sering dan sentiasa dan setiap hari dilalui oleh lori-lori pasir, lori-lori kuari di atas jalan yang tidak digazetkan tidak cukup lebar secara terang papan tanda menyatakan tidak boleh melebihi 10 tan. Lori yang lalu semua 20 tan dan berlaku satu insiden pada 17 hari bulan pagi sewaktu semua orang sibuk nak hantar anak ke sekolah, maka satu lori treler yang bawa batu bata melalui jalan tersebut dengan berat yang mungkin terlebih, tergelincir daripada jalan menyebabkan kesesakan yang sangat teruk di kala penduduk-penduduk tengah sibuk nak hantar anak ke sekolah pada hari pertama. Saya nak merayu ke Dewan ini, saya nak merayu pada pihak-pihak berwajib supaya ambillah tindakan segera. Bertindaklah, kalau perlu dilebarkan, lebarkanlah. Saya nak ulang apa yang Kajang sebut, kita Kerajaan Negeri, jangan jadi harimau yang hanya berani mengaum, tapi tidak berani menerkam. Kata Kerajaan Negeri, kata berkuasa tapi tak berani menggunakan kuasa untuk ambil tindakan terhadap lori-lori yang menggunakan jalan yang tak betul. Ni tak tahu kartel mana pula tak tahulah yang control yang lebih berkuasa, yang lebih kuat menyebabkan kita tidak ambil tindakan kepada mereka. Bila tidak ambil tindakan kita membahayakan nyawa rakyat Tuanku. Saya tak sebut nyawa rakyat Kuang, saya tak sebut nyawa rakyat Kuang saya sebut nyawa rakyat Tuanku Sultan Selangor. Sila.
Kuang terima kasih banyak. Kuang saya dengar dan saya banyak yang saya setuju dengan Kuang. Saya tidak ada nak timbulkan apa-apa. Apakah Kuang boleh setuju dengan saya kalau sekiranya enforcement kita berada di tahap yang baik, maknanya buat kerja betul-betul, buat enforcement betul-betul. Tetapi saya risaukan kalau kita buat enforcement betul-betul nantikan dia twist pula. Kita tutup sekolah dia kata ancam agama Islam. Kita kacau perniagaan ini kata kacau orang Melayu. Kita buat macam ini salah pula. So apa sebenarnya kedudukan yang kita ada? Pihak kerajaan pihak agensi nak buat kerja ini tetapi manipulasi itu berlaku. So apa pandangan Kuang? Kalau boleh biarlah penjawat awam buat kerja mereka. Biarkan mereka buat kerja mereka dengan akta dan kuasa yang ada tetapi jangan manipulasi dan pusing cerita. Apa pandangan Kuang?
Terima kasih sebab minta pandangan daripada Kuang. Saya ini jarang suka-suka minta pandangan kat orang. Kalau saya minta pandangan dekat orang, makna orang itu saya betul-betul hormati dan betul-betul boleh memberi pandangan yang baik. Dan boleh menjadi contoh jadi dia bila mintak pandangan kat saya rasa sangat berbesar hati. Jadi saya akan bagi pandangan ini. Baik kita ini (bacaan ayat) kita kena cakap benda betul walaupun benda itu benda itu kadang-kadang pahit. Saya pandangan peribadi saya apabila menjalankan tugas kita
tak bolehlah diskriminasi dengan sesiapa dan kalau ada pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan daripada tindakan yang kita ambil pada sayalah sebagai seorang kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas dalam buat keputusan kita kena selalu melihat kepada the greater good. Setiap keputusan yang kita buat mana-mana pihak buat keputusan akan ada pihak yang setuju dan akan ada pihak yang tak setuju, mana mungkin keputusan yang kita buat disukai oleh semua orang. Pasti ada pihak yang tidak setuju kerana terjejas dengan keputusan-keputusan yang kita buat. Dan pasti akan ada orang yang akan mengeluarkan fatwa-fatwa baru pula yang mengatakan kerja kita tak betul. Tetapi dalam buat keputusan apa yang penting ialah keputusan kita ini memberi faedah kepada kumpulan yang lebih besar berbanding dengan kumpulan kecil yang terjejas akibat daripada keputusan yang kita buat. Jadi kalau tanya saya sebagai orang yang membuat keputusan saya akan melihat kepada sebanyak mana orang yang mendapat faedah daripada keputusan yang kita buat, sama ada keputusan tegas atau tidak. Jadi kita kena bertegas dan memastikan keputusan kita buat itu betul.
Saya nak pergi kepada perkara ketiga. Saya dah sebut perkara kedua nanti ada pula yang bunyi belakang Kuang ini berhujah tidak bercerita masalah dalam kawasan. Lorong Melati ini saya mohon pertimbangan khusus daripada Kerajaan Negeri untuk diselesaikan masalah ini segera. Perkara ketiga Tuanku juga menyebut tentang bencana. Ini bencana ini yang berlaku dalam negeri Selangor ini, kita cerita pendapan kita bertambah sebanyak RM500 juta. Pernah ke kita buat kajian berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada bencana yang berlaku. Satu kampung banjir. Kampung Gombak tenggelam semua. Kalau kita ambil kerugian yang ditanggung oleh satu kampung campur dengan kawasan-kawasan lain yang menghadapi banjir menyebabkan rakyat rugi dan kalau kita kumpul kerugian yang ditanggung oleh rakyat kita tak boleh bangga dengan keuntungan yang kita buat dalam negeri. Kita secara sebagai Kerajaan Negeri kata kita tambah defisit RM500 juta. Kita kutip, dia ni rugi RM10 ribu, rumah kereta, rumah tenggelam. Kerugian yang ditanggung oleh rakyat negeri Selangor melebihi keuntungan yang kita capai sebagai Kerajaan Negeri Selangor. Sebab tu Tuanku sebut, malulah kita sebagai Kerajaan termasuk saya sebagai Ahli Dewan. Kalau Tuanku terpaksa sebut lagi dalam Titah Tuanku selepas ini Beta dah letih. Malulah kita, saya tak tuding Kerajaan termasuk diri saya, saya juga Ahli Dewan Negeri yang duduk dalam Dewan yang mulia ini. Kita sama-sama tanggungjawab. Beta telah menasihati berulang kali, eh tak baiklah begini. Jadi kita harus ambil serius teguran dan Titah daripada Tuanku untuk kita sama-sama perbaiki negeri Selangor.
Perkara keempat Tuanku sebut lagi waste to energy. Saya menjunjung Titah Tuanku tentang waste to energy. Saya bersama Yang Berhormat Kuang tadi ada dah keluar. Kita bukan bantah ya WTE, kita tak bantah WTE. Kita sokongan pembinaan WTE yang dibantah adalah kawasan yang dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan projek
dan WTE di Batu Arang. Dibantah oleh seluruh rakyat jangan fikir keuntungan, fikir masalah rakyat, setuju. Kesejahteraan rakyat diutamakan. Tolonglah cari tempat lain untuk dibina. Terlalu rapat dengan kawasan populasi yang terlalu tinggi dibantah oleh seluruh. Seluruh penduduk Bandar Tasik Puteri. 90 ribu orang bantah. Tidak ada seorang pun orang Tasik Puteri yang setuju dengan pembinaan dan WTE itu di Batu Arang. ADN Batu Arang, ADN Rawang pun tak setuju, Ahli Parlimen Selayang pun tak setuju. Jadi saya mohon sekali lagi dalam Dewan ini supaya projek itu difikirkan untuk dipindahkan ke tempat lain. Lampu dan merah.
Sebelum saya tamatkan perbahasan saya hari ini. Saya rasa standard negeri Selangor ini tinggilah. Mungkin untuk kali ini kita mungkin tak kuat kuasa Peraturan Tetap 35(6) yang tidak membenarkan Ahli-ahli Dewan bila berbahas membaca teks ucapan. Semua diam tapi saya ingat mungkin ini penggal terakhir sidang DUN dan saya akan berdiam diri apabila tuan-tuan berbahas menggunakan teks ucapan Tuan-tuan. Tak kira dikira sebelah sana mahupun di sebelah sini bolehlah mula buat persiapan. Menjelang Sidang DUN yang akan datang kita tak lagi berbahas dengan meletakan rehal di atas meja. Dengan membaca perbahasan kita satu muka suka demi satu muka surat. Saya tengok permulaan hari itu, Pelabuhan Klang macam bawa satu kitab tebal ini ha dia punya perbahasan. Nasib baik kita tak kuat kuasakan Peraturan Tetap 35(6). Jadi bersedia semua Ahli-ahli Dewan kita bawa Selangor ke tahap Selangor ke yang lebih tinggi dalam Sidang DUN yang akan datang. Bersedia dengan hujah-hujah tanpa memerlukan teks di hadapan semua sama hebat macam Kuang. Bermakna Kuang hebatlah (ketawa). Jadi Tuan-tuan akhir kata sebelum saya tutup, saya mewakili warga Kuang sentiasa mendoakan kesejahteraan, kesihatan, umur yang panjang, kebijaksanaan ke bawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan menjunjung kasih ke atas Titah ucapan Tuanku semasa Pembukaan Sidang DUN baru-baru ini. Sekian. Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang untuk Kampung Tunku membahas pada petang ini. pertama sekali saya ingin menyentuh tentang Akta Pembaharuan Semula Bandar yang disentuh oleh Sungai Burong tadi. Sungai Burong menyatakan sedikit kebimbangan tentang RUU ini tetapi saya kira apabila saya melihat perbahasan daripada Adun-adun dalam Dewan ini ramai menyatakan kebimbangan tentang contoh isu penyelenggaraan pangsapuri. Kawasan perumahan di mana infrastruktur dia sudah lama usang dan tidak menepati keperluan pada hari ini. Sebenarnya ini adalah isu yang ingin selesaikan oleh RUU Akta Pembaharuan Semula Bandar dan kalau ini membahaskan RUU ini saya lebih suka atau pun saya cadangkan janganlah main politik malas di mana kita menilai satu cadangan undang-undang dari
segi kaum. Kalau nak nilai RUU itu nilai dari segi mekanisme dan saya nak sebut daripada berita yang baharu keluar di Bernama pada hari ini mengenai Pembaharuan Semula Bandar. Ada quotes, so saya terpaksa baca ya Kuang. Ok di mana Yang Berhormat Kuang di mana Pengerusi Perbadanan Pengurusan Satu Razak mention, satu beliau berkata ini quotes daripada artikel “kami semua bersetuju pindah kerana kami diberi pampasan up graded saiz unit double” dengan izin “dari 400 kepada 800 persegi”. Kedua, “kerana tempat pembangunan semula hanya bersebelahan flat lama sahaja serta DBKL memberi jaminan bahawa bangunan baharu siap dibina barulah kami berpindah memandangkan tempat lama sudah usang dan buruk”. Dalam perenggan seterusnya Antony iaitu Pengerusi Perbadanan Pengurusan tersebut berharap Akta Pembaharuan Semula PSB bakal digubal kelak dapat mengutamakan kebajikan B40 selain memberi keutamaan terhadap keselesaan penduduk terutamanya warga emas. Beliau juga berkata “saya berharap kebanyakan tempat telah dikenal pasti untuk dibangunkan semula perlu memberi fokus kepada warga emas seperti penyediaan kemudahan dan fasiliti untuk golongan itu termasuk memastikan ia berdekatan dengan klinik kesihatan”. Ada juga quotes daripada penduduk Residensi Kerinchi Bangsar di mana beliau berkata dia amat bergembira usaha kerajaan membangunkan semula rumah flat 4 tingkat di kawasan itu. Dan quotes daripada beliau kata “sebelum ini saya dan rakan-rakan amat bimbang sama ada rumah ini menjadi atau tidak. Kebimbangan saya amat berbaloi apabila rumah ini dilengkapi dengan kemudahan serba lengkap serta lif yang baik buat penduduk. Saya berharap penduduk perumahan yang bakal dipindahkan di bawah projek Pembangunan Semula Bandar ini untuk percaya kepada Kerajaan ini demi kesejahteraan dan kelangsungan masa depan kita”. Jadi apabila kita menilai RUU PSB ini kita kena melihat kepada prinsip yang ada di mana ia mengutamakan persetujuan pemilik. Pengekalan penduduk asal dan menjaga kepentingan pemilik tanah dan juga memelihara kos surcaj penyelenggaraan. So kalau nak menilai RUU ini menilai daripada mekanisme jangan guna unsur perkauman dan sebagainya. Saya minta supaya kita boleh buat begitu.
Mencelah.
Ok silakan.
Terima kasih Bukit Tunku (Kampung Tunku). Saya telah mengutarakan sebab banyak beberapa grey area dengan izin untuk diberi pencerahan kepada soalan-soalan saya bukanlah satu tuduhan. Tapi ia boleh menjadi satu undian majoriti dan akhirnya menyahkan langsung hak milik peribadi itu isu dia. Dan apabila perpindahan ini mungkin di fasa yang awal masih lagi melayu bandar boleh kekal di bandar. Tapi apabila perkara ini berlaku secara besar mungkin kemungkinan itu ada untuk menolak kaum ataupun mereka yang tidak mampu
untuk membeli dengan harga yang tinggi pembangunan-pembangunan yang disediakan itu ditolak ke pinggir bandar. Maka adanya pemisahan di antara etnik ini menjadikan perpaduan itu tidak kukuh. Ini isu dia. Jadi apa komen?
Okay, berkenaan dengan undian itu, RUU ada dia tidak menyahkan seratus peratus undi. Dia menurunkan daripada seratus peratus kepada cadangan 75 peratus dan itu saya rasa sebenarnya ia perubahan yang baik. Kalau kita ambil contoh, gated dan guarded sebenarnya. Kalau dalam gated and guarded tu perlukan seratus peratus undi pastinya tak akan gated and guarded tak akan lulus sebab kadangkala walaupun dalam satu kawasan ataupun dalam cadanganlah penambaikan ke ataupun undang-undang, kita tak akan dapat majoriti seratus peratus. Dan kalau perubahan tu sesuatu yang baik, tetapi ada satu orang dia tetap membantah, dia avoid semua benda untuk mempermudahkan dia, contohnya kalau isu gated and guarded kata okay kita beri dia sticker, bila nampak kereta kita bagi, kita naikkan barrier gate tersebut. Tetapi dia masih tidak nak. Adakah majoriti yang inginkan pembaharuan kena tindas dengan satu minoriti yang tidak akan bersetuju. Jadi, saya rasa mungkin Sungai Burong kena lihat dari angle itu. Kita cuba menambah fleksibiliti supaya mereka yang inginkan pembaharuan tidak tertindas dengan minoriti yang kuat membantah.
Saya teruskan kepada perbahasan saya, pertamanya tahniah Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya melebihi sasaran pelaburan 50 bilion dengan pencapaian 66.75 bilion yang mewujudkan 50,222 peluang pekerjaan bagi tempoh quarter pertama hingga quarter ketiga tahun 2024. Selangor juga menjadi penyumbang utama kepada nilai keseluruhan pelaburan diluluskan di peringkat Persekutuan iaitu RM254.7 bilion. Dan nilai ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10.7% berbanding dengan tempoh yang sama pada quarter pertama hingga quarter ke tiga tahun 2023. This number dengan izin show that Selangor and Malaysia is open for business.
Saya juga gembira melihat Kerajaan Negeri steady menyambut baik perkembangan AI dan Kerajaan Persekutuan telah melancarkan beberapa inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh Selangor, contohnya peluncuran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan, NAIO, perangkaan awal GolfTEC melalui penggubalan Akta Perkongsian Data bagi memudahkan perkongsian data antara jabatan dan agensi Kerajaan sambil melindungi pengguna. Dan pelancaran AI at Work for Public Services 2.0 bersama Google Cloud bagi upskilling dengan izin 445,000 orang penjawat awam. Jadi, di sini saya ingin bertanya berapa ramai penjawat awam Negeri Selangor yang terlibat dan dari jabatan mana?
Kedua, pada 10 Februari, laporan Khazanah Research Institute bertajuk dengan izin AI Governance in Malaysia Raise Challenges and Pathways for Work menggariskan
beberapa risiko AI termasuk kekurangan kerjasama dan penyelarasan merentas agensi. Kedua, jurang kepakaran dari segi teknikal perundangan dan pertimbangan etika. Ketiga, cabaran legislative yang dapat menangani kerumitan AI. Keempat, keperluan keseimbangan antara legislative framework dengan izin dan inovasi. Dan akhirnya kebolehan untuk menangani cabaran luar jangka contohnya trend antarabangsa. Mengambil kira risiko pertama, Kampung Tunku ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apa kerjasama dan penyelarasan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui NIAO.
Kedua, dalam usaha dalam mencipta solving AI sendiri, selain kerjasama dengan NVIDIA saya ingin cadangkan Kerajaan Negeri mempertimbangkan kerjasama dengan startup tempatan bernama Mesolitica yang mencipta large language model dengan izin Bahasa Malaysia, nama singkat dia ialah MaLLaM. So, MaLLaM mampu memahami nuansa Bahasa Melayu dan 16 bahasa wilayah lain dan memberi respons mengikut kosa kata atau slang yang digunakan oleh pengguna. Menurut amazon web services, mana-mana pembantu AI yang menggunakan MaLLaM berpotensi membantu golongan under serves dengan izin. Contohnya petani luar bandar, kalau dia masuk let’s say loghat Kelantan, jawapan daripada MaLLaM pun boleh keluar dalam loghat Kelantan. Dan yang pentingnya golongan yang mungkin terpinggir daripada hi-tec dengan izin kini mampu untuk mendapat maklumat yang cepat, tepat dan mudah difahami mereka.
Ketiga, mengenai industri semi konduktor. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri Selangor yang pantas merangka hala tuju supaya Malaysia menjadi pemain utama dalam Global Semiconductor Raise dengan izin. Kita bermula dari soft launch semasa KL20 pada April tahun lepas dan seterusnya ke peluncuran strategi semi konduktor kebangsaan pada Mei dan SIDEC dan Kerajaan Negeri Selangor telah menyahut cabaran untuk menjadi champion NSS. Tidak cukup kita melancarkan Malaysia semi konduktor IC Design Park pertama di Puchong pada bulan Ogos. Tetapi pada hari pelancaran, CEO SIDEC juga mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri telah menyasarkan pelancaran IC Design Park kedua di Cyberjaya pada tahun ini kerana IC Design Park pertama telah penuh. Jelas kita lihat iltizam Kerajaan Negeri Selangor dan Persekutuan untuk memacu Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di rantaian bekalan yang dicerminkan dalam slogan From Made in Malaysia to Made By Eye Malaysia dengan izin.
Saya kira ini satu permulaan yang agresif dan cerah dan untuk mencapai sasaran NSS untuk mencipta 60,000 peluang pekerjaan kejuruteraan berkemahiran tinggi, saya berharap kerajaan Negeri akan merancakkan kolaborasi antara gergasi industri semi konduktor dan institusi pengajian tinggi di Selangor termasuk UNISEL iaitu produk Negeri Selangor. Kita lihat bahawa NXP Malaysia telah bekerjasama dengan Universiti Putera
Malaysia di mana makmal kerjasama UPM NXP telah menempatkan mesin pengikat wayar berteknologi tinggi untuk kegunaan pelajar dan penyelidik UPM. Dan saya berharap kerajaan Negeri boleh menggalakkan lebih banyak kerjasama sebegini supaya graduan kita boleh merapatkan jurang antara ilmu teori dengan aplikasi praktikal dan membuka peluang kepada mereka untuk diserap berkerjasama dengan gergasi semi konduktor. Cadangan kedua dalam usaha kita menceburi bidang mereka Chip ada peluang untuk Malaysia menyumbang kepada penambahbaikan standard global terutamanya dari segi ESG. Menurut CEO AMD iaitu syarikat semi konduktor ke lapan terbesar di dunia mengikut market cap dengan izin, driving performance games over the next take it requires relentless focus on energy efficiency dengan izin. Oleh itu, saya berharap aspek ESG akan diterapkan dalam pelaksanaan NSS demi kelestarian alam sekitar dan industri.
Perkara seterusnya berkenaan Air Selangor saya ucapkan terima kasih atas usaha penggantian paip air yang berterusan. Sejak tahun 2018 indeks paip pecah, PBI iaitu indikator pengukur, kejadian paip pecah bagi setiap 100km yang digunakan dalam industri telah menunjukkan penambahbaikan yang cergas di mana catatan PBI di Selangor pada tahun 2018 iaitu 13.52 telah turun kepada 3.25 pada tahun lepas. Dan nilai ini jauh lebih baik daripada standard antarabangsa iaitu 13 paip pecah per 100km. Di DUN Kampung Tunku sukacita saya maklumkan bahawa pada awal tahun ni projek penggantian paip di seksyen 22 telah mencapai tahap 85 peratus selesai. Dan dulu seksyen 22 ialah jenis kawasan paling awal mengalami gangguan dia terakhir untuk mengalami pemulihan. Di sini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berhormat EXCO Infra, kakitangan Air Selangor Wilayah Petaling, Majlis Bandar raya Petaling Jaya dan juga pihak kontraktor yang sangat responsif dan bertanggungjawab sepanjang pelaksanaan projek ini.
Perkara seterusnya ialah berkenaan dengan sukan. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri berbincang dengan persatuan-persatuan sukan untuk membantu persatuan sukan yang berkeperluan untuk mendapatkan home ground dengan izin memandangkan pelbagai infrastruktur sukan akan dinaik taraf sempena SUKMA 2026. Contohnya bagi sukan ragbi pembinaan stadium kebangsaan ragbi masih merupakan satu impian yang jauh dikecapi. Dan saya rasa ramai sukan lain juga perlukan home ground untuk latihan berpusat pembangunan akar umbi dan juga penganjuran perlawanan.
Dua perkara terakhir mengenai kesihatan awam dan juga pekerja asing di pasar. Berkenaan kesihatan ialah isu hospital di Petaling Jaya. Saya pernah mengutarakan isu ini di sesi libat urus RMK ke 13 bersama Menteri Ekonomi dan dimaklumkan kalau boleh untuk mencadangkan lot tanah yang bersesuaian untuk semakan dan penelitian. Saya
ingin cadangkan agar Kerajaan Negeri mengkaji lot-lot tanah yang kosong ataupun under utilise dengan izin di kawasan sungai way free trade zone dengan izin dan seksyen 51 atau 51A, Petaling Jaya untuk melihat kesesuaian dan kemungkinan Kerajaan membeli atau mengambil alih tersebut sebab di PJ, rakyat Petaling Jaya benar-benar memerlukan satu hospital Kerajaan.
Dan akhirnya berkenaan dengan pekerja asing di pasar. Dasar tidak membenarkan pekerja asing di pasar sebenarnya dibuat semasa pandemik Covid 19 kerana pada masa tu berlaku penularan kes Covid di kalangan penjaja dan juga pekerja asing di pasar basah. Dan memandangkan sudah dua tahun kita dah melangkau ke zaman pasca pandemik, saya mohon agar Kerajaan Negeri menyemak semula keperluan dasar tersebut dan membenarkan pekerja, penjaja pasar supaya dapat mengambil pekerja asing yang mempunyai permit. Sekian sahaja perbahasan saya, Kampung Tunku, mohon menyokong. Terima kasih.
Kota Damansara. Sabak.
Saya tengok dia berdiri dulu.
Sabak lah. Sabak.
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Terima kasih pada Tuan Speaker kerana menjemput saya untuk berucap. Tempa kapak dengan beliung, tetap mari Nibong berduri. Tuanku Raja ibarat payung, Patik di bawah menjunjung Duli. Tuan Speaker, saya mengikuti perbahasan ucapan demi ucapan rakan-rakan Ahli Dewan. Rata-rata 70 peratus, 80 peratus masih lagi bercakap soal masalah-masalah yang sering berulang di kawasan masing-masing. Tahniah kepada semua apatah lagi daripada Kajang yang saya kira sarat kertasnya sampai tak habis untuk dibacakan pada hari semalam masalah-masalah yang berlaku di Kajang. Akan datang, bagi masa lebih sikit kepada Kajang. Tapi masih lagi berputar 70 peratus, 80 peratus, ini menghalang kita untuk memberikan idea-idea baru untuk yang ke hadapan. Patutnya kita akan datang boleh release 20 peratus sahaja masalah-masalah, 80 peratus kita bercakap pasal idea-idea baru untuk Kerajaan Negeri Selangor.
Termasuk juga daripada pihak pembangkang, rakan-rakan daripada Perikatan Nasional yang rata-rata memohon supaya Kerajaan Negeri lebih bersifat demokrasi kepada kami kerana memang kita dipilih melalui sistem demokrasi. Saya sebenarnya bercakap ni sudah lama dah. Saya berada dalam Dewan ini sejak daripada Allahyarham Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar. Saya bercakap soal demokrasi yang mesti diberikan keadilan kepada wakil-wakil rakyat. Umpamanya dalam masalah yang
dibangkitkan oleh rakan saya daripada Taman Medan tentang jemputan mesyuarat Majlis Tindakan Daerah. Sebenarnya saya dah, malas juga nak bercakap sebab sudah banyak kali bercakap. Apa yang menyebabkan Kerajaan menghalang kita untuk hadir daripada, hadir mesyuarat Majlis Tindakan Daerah. Saya percaya pegawai-pegawai Daerah bersedia untuk menjemput kita. Saya percaya pegawai-pegawai Daerah bersifat demokratik untuk melibatkan semua ADUN kerana mereka semua dipilih oleh rakyat secara demokrasi.
Apakah soalnya apabila menjemput kami maka Kerajaan Pakatan Harapan menjadi lemah. Apakah soalnya kalau tak menjemput kami Kerajaan Pakatan Harapan menjadi lemah, menjadi kuat kalau tidak menjemput kami. Saya sudah bercakap lama dah dan mengingatkan pada Kerajaan yang ada sekarang ni bahawa sejak dulu ketika saya bercakap bahawa, ketika Barisan Nasional menjadi kuasa adi jagat dalam Dewan yang mulia ini dan UMNO yang menjadi tulang belakang pada ketika itu, saya mengingatkan bahawa semua itu tidak menjadikan dia akan lebih kuat dan apa yang saya sebut tu memang berlaku satu peluang selepas daripada itu, Kerajaan Barisan Nasional tumbang daripada Kerajaan Negeri Selangor. Tidak pun menjadikan Kerajaan itu kuat. Dan hari ini saya minta maaflah dengan rakan daripada UMNO. Apa jadi dengan UMNO? Kita kata lemah tapi ada rakan-rakan sesama mereka mengatakan sebagai parti lalat. Jadi ini mengingatkan kita supaya kita sepatutnya sudah memperbaiki sistem demokrasi. Sudah matang. Supaya lebih bersifat terbuka untuk menerima keputusan rakyat bahawa kita dipilih melalui sistem demokrasi, pertama.
Point saya yang kedua, Alhamdulillah ada yang mengkritik, ada yang memuji. Itu biasa sahaja. Saya harap, pihak kerajaan bila dipuji jangan terkesan sangat dengan pujian. Bila dikritik, jangan sinis sangat dengan kritikan. Kerana apa, tegur menegur itu memang suatu yang bermanfaat. Dan agama ini memang dibangunkan kemanusiaan ini memang dibangunkan melalui tegur menegur. Ingat mengingatilah. Tegur menegurlah. Kerana tegur menegur itu memberi manfaat kepada kita semua. Maka sebab itu dalam hal ini, kita bercakap dalam soal kasih sayang. Tapi kita menyayangi seseorang jangan bagi berpada-pada. Kita benci seseorang pun biarlah berpada-pada. Sebab itu saya nak mengingatkan sebab kadang-kadang bila masa kawan kita puji. Bila dah jadi geng lain kita pun dah tak puji. Kita hentam macam-macam. Ini biasa berlaku. Pada hal, saya nak mainkan apa yang sebut oleh Amirul Mukminin, dia kata (Bahasa arab) “Sayangilah siapa yang kami nak sayang. Tapi berpada-pada. Mungkin satu hari dia akan menjadi musuh kepada kami. Bencilah siapa yang kami nak benci tapi berpada-pada. Mungkin satu hari dia akan menjadi orang yang kamu sayangi”.
Point saya yang ketiga, saya nak mengajak EXCO Menteri Besar datang ke Sabak Bernam tapi jangan minta drive untuk drive kereta. Drive sendiri. Sebab saya bimbang
nanti kalua EXCO atau Yang Berhormat duduk di belakang, tidur dan tak sedar untuk menikmati indahnya jalan WCE yang ada sekarang ini. Nikmat jalan. Ada masalah besar. Pertama, ada jalan-jalan yang kadang-kadang kita merasa naik macam kita berada di angkasa naik kapal terbang. Ada jalan kadang-kadang kita rasa macam naik kuda. Ini bukan jalan kampung. Ini WCE. West Coast Expressway. WCE. Selepas susur keluar daripada Kapar sedikit ke hadapan, kita sudah akan merasakan satu kelainan, kalau kita bawa kelajuan 110 kereta akan melompat. Mungkin landingnya di perkuburan Tanjung Karang. Jalan sudah tidak selamat. Ada jalan 2 lorong ke kanan. Dua lorong ke kiri. Dua lorong ke kanan, satu lorong turun ke bawah macam Lembah Bernam yang satu lorong lagi naik ke atas macam Jabal Uhud. Gunung Uhud. Jalan sudah turun ke bawah. Jalan sebelah masih lagi yang sama. Ada keadaannya, jalan terpecah dua. Sampai di Simpang Lima, sampai di Sabak Bernam, jalan tengah-tengah terbelah dua. Menyukarkan kenderaan. Kadang-kadang terpaksa nak cari kiri kanan sehingga menyukarkan kenderaan di belakang dan banyak berlaku eksiden berlaku. Perlanggaran berlaku. Lopak yang besar jalan terbelah dua, lopak ni saya kira kalau lima, enam ekor ikan tuna pun boleh masuk. Ini mesti diberi perhatian. Jadi soalan saya, apa peranan Kerajaan Negeri terhadap jalan ini? Ini bukan jalan kampung. Ini WCE. Yang saya tak tahu sama ada sudah dibuat penyerahan daripada kontraktor kepada PBT-PBT kerajaan tempatan atau pun belum. Tapi ternyata jalan ini tidak selamat. Di depan rumah saya sahaja dua lori tempat yang sama,selang satu minggu, dua-dua masuk parit. Tempat yang sama. Kerana masalah jalan yang, masalah jalan yang tidak selamat. Point yang kedua, yang ketiga.
Yang ke empat ialah saya mohon juga supaya melalui Jabatan Agama Islam Selangor, satu masjid, itu lah masjid Kampung Pancang Bedena. Masjid itu sangat strategik di tepi jalan laluan tempat persinggahan musafir-musafir. Sebab jalan WCE ini sekarang ni, daripada utara, hampir terlalu sibuk orang nak balik Penang, orang nak balik Kedah, orang nak balik Alor Setar, orang nak balik Perlis, nak balik ke Taiping akan guna WCE. Singgah. Tapi masjid ialah masjid yang lama telah dirasmikan oleh Allayarham Sultan Salahuddin dulu. 40 tahun yang lalu. yang kecil. Tapi tambah depan tambah belakang, tambah kiri, tambah kanan menjadikan keadaannya tak berapa cantik. Dan kurang mesra musafair-musafir. Sebab itu saya minta supaya Kerajaan, melalui Jabatan Agama Islam tengok dan supaya dibinakan satu masjid yang, satu masjid yang baru supaya lebih mesra kepada musafir-musafir atau pun yang singgah, untuk berehat, berteduh dan sebagainya. Kemudian, diikuti juga dengan, saya menyanjung tinggi Titah Tuanku untuk menyemak sekolah-sekolah Tahfiz supaya semuanya berkeadaan baik dan memenuhi syarat-syarat tapi saya perhati MITS yang ada di Bagan Terap keadaannya agak sedikit uzur terutama asrama-asrama dia. Keadaan sudah perlu dibaiki. Dan MITS ini untuk pengetahuan ahli Dewan, walaupun sekarang ini menempatkan empat, lima ratus tapi mengikut kawasannya boleh menempatkan lebih daripada seribu pelajar. Dan kalau
betul-betul diurus, dia boleh memenuhi keperluan ibu bapa untuk sekolahkan anak di MITS yang sekarang ini terpaksa menolak banyak permintaan kerana tempat tidak ada. Kerana tempat tidak, tidak mencukupi. Jadi saya fikir, melalui juga Jabatan Agama Islam untuk melihat supaya memberikan lebih fokus dan tumpuan kepada MITS ini supaya, bukan sekadar memperbaiki prasarana yang sedia ada tetapi juga untuk melihat bahawa kawasan yang besar ini dapat dimanfaatkan untuk membolehkan permintaan ibu bapa untuk sekolahkan anak. Menempatkan anak mereka di Maahad-maahad Tahfiz ini dapat terpenuh dengan dapat menambah lagi jumlah bilangan pelajar-pelajar.
Kemudian seterusnya, point saya yang seterusnya ialah, kerajaan Negeri melalui keterjaminan makanan, kita bincang banyak berkaitan dengan bagaimana menaikkan hasil padi, banyak lah teori-teori yang dibentang di Dewan ini. Rakan-rakan juga telah menyebut tentang hasil padi dan saya pun di Sabak Bernam pun kalua, kalau di Tanjung Karang, sampai ke Sekinchan, harga dia 1600 lebih kurang. Sampai di Sungai Burung lebih kurang 1400. Sampai di Sabak Bernam, 1350. Jadi saya pun agak kehairanan. Dulu EXCO menjawab kerana kualiti air. Kualiti air. Dan nak mencari tempat. Petang ini saya nak mencadangkan. Ada satu kawasan, satu tempat iaitu betul-betul di hadapan MITS Bagan Terap. Kawasan ini sering ditenggelami air. Kawasan yang tidak komersial untuk tanaman. Tanam pisang pun tak jadi. Tanam sawit, sawit mati. Jadi saya fikir, dan ramai rakan-rakan juga mencadangkan supaya tempat ini eloklah dijadikan tempat takungan air bersih. Bagi tujuan-tujuan pertanian di Sabak Bernam. Dan sekaligus kita harap dapat meningkatkan hasil padi dan kualiti beras yang dihasilkan akan lebih, akan lebih baik. Kemudian, begitu juga tentang Sabak. Saya, Sabak nak mencadang supaya kawasan yang masih luas banyak di Sabak. Supaya kerajaan Negeri lebih memfokuskan Sabak ini menjadi hub ilmu. Menjadi hub ilmu. Kalau tempat lain tak pe lah dengan industri, kepesatan industri, perusahaan-perusahaan berat semua ada di tempat lain. Tetapi bagi Sabak Bernam, kita harap kerajaan boleh tumpukan untuk hub ilmu. Kampus-kampus tambahan, Universiti Islam Selangor boleh dibuat di Sabak Bernam. Kawasan masih ada lagi di belakang MIITS itu masih luas lagi tanah milik kerajaan Negeri, begitu juga UNISEL. Mungkin nak buat kawasan untuk kampus-kampus tambahan dan sebagainya yang sesuai dengan kajian-kajian yang baru untuk fakulti-fakulti yang baru. Pengajian yang baru boleh buat di Sabak Bernam. Jadi ini kerana kita, saya menyedari bahawa bumi Sabak Bernam sebelum daripada ini pun telah menghasilkan ramai ilmuwan-ilmuwan yang disumbangkan di Negeri Selangor baik dalam negara kita. Jadi apalah salahnya dapat dilihat Sabak Bernam ini membangun yang sama tetapi lebih menumpu kepada soal kawasan yang menjadi hub ilmu.
Kemudian begitu juga melalui point saya seterusnya ialah melalui PBT supaya dapat melihat. Sama juga isunya. Longkang-longkang yang airnya sudah tidak mengalir di Pekan Sabak, di Batu 40, Batu 39. Begitu juga bangunan Food Court, Medan Selera
yang ada di Pekan Sabak, dia punya siling sudah tidak macam tidak diselenggara. Sudah jatuh. Dan ini membimbangkan orang yang makan di situ, bimbang, syilingnya kan jatuh waktu mereka berada di situ. Supaya dapat diselenggaran dengan baik. Jadi saya faham, Speaker macam nak bagi saya tambahan masa lagi. Tapi tidak apalah. Terima kasih Speaker. Sebab saya rasa saya agak istimewa. Sebab Speaker yang panggil saya untuk berucap tadi. Terima kasih Tuan Speaker dan saya ingin mengakhiri ucapan ini.
Ibarat kapal dengan nakhoda, Penentu arah menuju destinasi, Raja dan Rakyat berpisah tiada, Kasihnya dijunjung Titahnya ditaati
Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera.
Seterusnya, Kota Damansara.
Speaker saya minta izin untuk letak rehal dan letak saya punya text lah. Saya takut nanti Kuang minta petua. InSya Allah saya tak beri tazkirah lah. Ini hanya guideline kepada saya. Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Kita Selangor. Maju Bersama. Saya mewakili rakyat Kota Damansara ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Pertama sekali Kota Damansara ingin mnegucapkan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana dapat berangkat menyempurnakan istiadat perasmian penggal ke 3 negeri Selangor ke lima belas.
Tuan Speaker, Kementerian Pelaburan dan Perdangangan Industri mengeluarkan data bagi jumlah pelaburan asing dan domestik separuh tahun pertama. Pada tahun 2024 terdapat peningkatan yang signifikan bagi pelaburan domestik. Sejumlah 85.4 billion meningkat 19.1% berbanding 2023 dan pelaburan asing berjumlah 74.6 billion meninggkat 16.7% berbanding tahun 2023. Menjadi jumlah keseluruhan sebanyak 160 billion. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mula menunjukkan hasil yang positif dan keyakinan pelabur mula datang ke Malaysia dan pastinya ini menjadi regu kepada peringkat negeri Selangor yang mana dari pada jumlah 160 billion tu, 66.7 billion dating daripada Selangor. Di sumbangkan daripada Selangor yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Kerajaan menyasarkan pada tahun lepas sebanyak 50 biliion tetapi kerja kuat daripada penjawat awam dan kebijakkan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri, kita berjaya memperoleh 66.7 bilion. Ini menunjukkan jumlah daripada 160 tu hampir 40% datang daripada Selangor. Saya ingin menyentuh berkenaan Dasar Speed Selangor. Dasar Speed Selangor ialah dasar yang sangat
bagus, daripada 3.5 bulan dipendekkan ke 14 ke 7 hari. Saya baru hadir ke makan malam pertubuhan perdagangan Hak Malaysia. Dalam pasca Election Trump, kita tengok, dalam keadaan dunia, keadaan tak menentu, yang mana takrif dikenakan di beberapa negara. Kita lihat ini kita kena buka dasar Speed Selangor bukan hanya untuk dalam bidang AI atau semi konduktor, malah kita perluaskan kepelbagaian jenis bidang. Ini kerana, apabila semi konduktor, apabila berlakunya tekanan daripada kepimpinan atau kerajaan Trump, di US. Akan juga memberi kesan, kita di Malaysia khususnya di Selangor. Jadi saya percaya, apabila dasar Speed Selangor ini dapat dibuka, lebih banyak pelaburan boleh masuk, dan peluang pekerjaan berkualiti tinggi, semestinya untuk anak-anak Selangor, akan memperoleh pekerjaan yang dimaksudkan tersebut.
Jualan Ehsan Rakyat, bajet telah diberikan sebanyak RM12 juta subsidi yang memberi manfaat 7 juta. Kalau kita tengok, semalam, dua hari lepas,Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Hulu Kelang tak ada, kita, tak ada petang ini. Dia mengibaratkan kalau dibahagikanlah 7 juta orang itu, bersamaan 12 juta tu, seorang itu, bersamaan RM1.70. Yang Berhormat Hulu Kelang faham maksud dia. Sebab ini ialah intervensi daripada pihak kerajaan. Sebab kalau kita tengok daripada 56 ahli kita ini, kalau kita semua,saya percaya semua daripada sini tak beli beras daripada jualan JER. Kalau kat sini, RM1.70 ini, dia akan boleh, RM95.00. Bagi orang yang miskin RM95.00 ini, dengan dia pergi kerja, dia boleh makan dua minggu. Jadi kadang-kadang, ada setengah orang dia nampak macam, lihat benda tu memperkecil-kecilkan, tapi ada setengah sebenarnya dia memerlukan di setengah tempat. Kalau kita lihat di kerajaan Selangor, kita, bila telur tak ada, saat Perikatan Nasional jadi kerajaan pusat, kita jual telur kat Selangor. Bila ada masalah beras, kita Kerajaan Negeri Selangor, kita bekerjasama untuk mengeluarkan beras simpanan dan jual di jualan Ehsan. Saya faham, dalam tempoh, dalam jumlah 7 juta, bukan semua yang beli pun, yang kaya tak kan beli. Tapi walau bagaimanapun, orang yang miskin, mereka menunggu jualan Ehsan ini. Dan ini memerikan kelegaan kepada mereka. Intervensi daripada pihak kerajaan untuk membantu orang miskin. Sebab itu, kadang-kadang jualan Ehsan ini, jangan dipandang remeh. Dan jangan dibanding-bandingkan, seolah-olah RM1.70 seorang. Ini bukan dilihat dari satu sudut yang lain. Tapi kerangka yang besar.
Kedua, saya nak menyentuh ialah, berkenaan projek Skim Jaminan Air Mentah. Alhamdulillah, projek SJAM, telah selesai, yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Sg. Tua, sejak menjadi Menteri Besar dalam penggal lepas. Yang mana jumlah air yang telah disimpan, hampir boleh, kalau andai katalah, dalam keadaan Selangor ini tidak berlaku kemarau yang panjang, atau tidak berlakunya hujan, kita mampu menampung untuk rakyat Selangor, malah, Wilayah Kuala Lumpur juga, 6 hingga 9 bulan. Jadi, saya, dengan adanya Skim SJAM, ia akan memberi manfaat kepada rakyat Selangor. Kalau kita lihat, saya bersama dengan Yang Berhormat Subang, apabila kita,
bicarakan berkenaan gangguan air, atau dan sebagainya. Kalau kita tengok, sampai di singgung oleh pihak Pembangkang, menjadi acara tahunan. Tapi kalau kita lihat daripada rekod, sebenarnya, dari bermula 2018 sehingga kini, jumlah penurunan gangguan air itu semakin berkurang. Apabila tahun 2024, daripada tujuh jumlah gangguan air itu, yang terkesan pun hanya tiga. Daripada tiga itu, tak lebih 24 jam, selesai. Ini, menunjukkan ada tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri. Jadi kalau upacara tak ada air tahunan itu semua, itu bukan di sini. Itu negeri SG4.
Yang ketiga, saya ingin menyentuh berkenaan penggerak Belia Selangor. Saya ingin bertanya kepada pihak EXCO. Khususnya, pihak EXCO Belia dan Sukan. Saya mendapat info daripada penggerak Belia Selangor, khususnya daripada belia di seluruh Selangor. Apabila mengatakan jumlah peruntukan mereka masih lagi tidak dapat untuk mereka gunakan. Saya mendapat maklumat bahawa pihak MSN telah menghantar surat kepada UPEN, untuk menanyakan status peruntukan mereka. Sebab Ahli Majlis dah boleh menggunakan peruntukan mereka, di peringkat ADN mahupun kerajaan dan pembangkang. Bukan kerajaan je, pembangkang pun dapat. Pun, dah boleh menggunakan peruntukan tahunan. Jadi, saya nak tahu status daripada pihak belia Selangor, sebab belia ini, dia tak boleh lambat. Sebab mereka ini, bersungguh-sungguh membuat program untuk memastikan kita membimbing belia kita di Selangor. Tapi kalau satu dua perkara ini, akan merencatkan rancangan mereka, kita tak naklah belia kita ni, tidak dibimbing dan terabai.
Kelima, ialah, saya ingin menyentuh projek JPS Selangor. Yang Berhormat Speaker, projek RTB. Kalau kita tengok projek RTB di Selangor, yang mana telah disinggung oleh Taman Medan. Taman Medan pun tak ada, petang ni juga. Tak apa. Nanti dia boleh baca Hansard. Kalau kita tengok, lima projek JPS, telah diluluskan, pada tahun 2022 dan tahun 2023. Daripada jumlah syiling 3.6 bilion, hasil tender terbuka, ni bukan rundingan terus, hasil tender terbuka, kerajaan berjaya menjimatkan RM1.3 bilion. Ini bukan duit kita. Ini duit rakyat. Jadi, janganlah digunakan seolah-olah mengatakan kerjaan pusat, menginaya, mendera dan sebagainya. Kita membuat proses cara tata kelola yang baik. Walaupun di omok-omok kan tatakelola. Ya, betul. Inilah yang kita buat. Dan kita buktikan. Maksudnya, kita tak ada masalah, siapa pun kontraktor yang dapat. Tapi pastikanlah kontraktor itu, boleh melakukan kerja yang tersebut. Macam saya bagi contoh yang paling mudah. Projek RTB Sungai Buloh. Saya kesian dengan sahabat saya, Ijok. Kawasannya banjir. Kami turun bersama-sama melihat. Projek menjadi hampir-hampir menjadi sakit, berlakunya kelewatan. Tapi bila kita lihat, projek itu di award pada tahun 2020. Siapa menjadi kerajaan tahun 2020. Bukan kita nak mencari salah. Tapi masalah dia ialah, apabila kita membuat cara betul, hargai, tengoklah impaknya. Ada penjimatan yang dibuat dan Insya-Allah, kita semua buat yang terbaik. Dan Insya-Allah, saya percaya, rakan-rakan daripada JPS khususnya JPS Selangor dapat menjadi pegawai penyelia di
kawasan, untuk pastikan, perkara ini dapat dijalankan dengan tempoh waktu yang ditetapkan. Silakan.
Ya, terima kasih Kota Damansara. Berdasarkan dengan apa yang dibangkitkan tadi tentang RTB, saya difahamkan, walaupun direct award, pada tender untuk RTB yang lalu, tapi penilaian kompetensi, satu-satunya kontraktor yang mampu untuk membuat kerja yang besar tersebut adalah layak. Dan relevan. Tapi walaupun ada penjimatan, yang didakwa oleh PMX dan kerajaan Madani, tetapi kita takut, penjimatan ini menjadikan projek itu berulang, dua tiga kali, sebab keberkesanan dan efektif nya akan berkurang. Jadi apa komen.
Terima kasih, Sungai Burong. Ini mengesahkan bahawa projek tersebut memang direct nego. Mengesahkan projek itu memang direct nego. Pertama sekali setelah diberi direct nego dan dilihat kompetensinya, kononnya ketika itu, kompeten, tapi di lapangan, tidak berlaku. Tak percaya, pandang belakang, tanya sahabat Ijok. Sungai Burong boleh pusing, tanya sahabat Ijok, bagaimana, apa yang terjadi. Tapi walau bagaimanapun, projek yang dimaksudkan penjimatan ini, ini secara tempoh terbuka, tender terbuka. Pertama. Kedua, dia ialah memberikan kepada mereka yang benar-benar boleh buat. Jadi, kadang-kadang, bila kita tengok, beranggapan, direct nego, kompeten, tapi hasilnya, tak kompeten. Ini tender terbuka, kompeten, tak kompeten, kita akan pastikan. Kita akan pastikan. Saya percaya, JPS akan menjadi pegawai penyelia, untuk pastikan projek ini berjalan dengan lancar. Pastikan projek ini berjalan dengan tempoh yang sama, dan pastikan rakyat yang dapat manfaat tersebut. Jadi kalau isu RTB ini, Sungai Damansara yang berada di Kota Damansara, juga turut bersama-sama terlibat. Jadi, projeknya telah di tender pada tahun lepas dan telah diserahkan. Dan projek build and design, saya percaya, Insya-Allah, isu-isu banjir di seluruh jajaran Sungai Damansara akan memberi manfaat yang besar, khususnya di kawasan Kampung Melayu Subang.
Tuan Speaker, isu sekolah tahfiz persendirian, yang telah dibangkitkan. Saya semak Hansard, ada disebutkan. Saya quotes, masalah ada pihak cuba melengah-lengahkan walaupun jabatan kesihatan telah memberi persetujuan. Jabatan bomba telah memberikan persetujuan, tapi Seri Setia, tolong semak, ada PBT tertentu, khususnya di kawasan bandar raya, yang melengah-lengahkan kelulusan ini. Saya nak tau, siapa dan saya yakin, bukan Dato’ Bandar dan YDP. Tapi apakah ada elemen-elemen Ahli Majlis yang cuba menghalang pendaftaran sekolah-sekolah tahfiz, khususnya di Petaling Jaya dan di Subang Jaya. Sebab saya mengharapkan Hulu Kelang ada petang ini, untuk saya menanyakan sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan elemen-elemen Ahli Majlis. Adakah beliau cuba memberikan satu gambaran Ahli-ahli Majlis kita, menghalang
pendaftaran-pendaftaran sekolah persendirian. Saya pernah menjadi Ahli Majlis, saya pernah menjadi Ketua WIP, yang paling muda di Selangor. Saya pernah terlibat dalam OAC. OAC punya keputusan tidak boleh di revert dalam mesyuarat Full Board. Dan setiap keputusan OAC ini ada ulasan-ulasan yang tertentu. Yang bawa paper, pegawai. Bukan Ahli Majlis yang bawa paper dalam OAC itu. Pegawai yang bawa. Jadi adakah, nak mengatakan Ahli-ahli majlis yang ada di Petaling Jaya atau Subang Jaya, khususnya tidak cuba mempengaruhi kepada pengarah-pengarah. Adakah pengarah kita yang berkualiti tinggi ini, dilihat seolah-olah dikontrol atau dipegang atau tidak boleh buat keputusan.
Mohon laluan Kota Damansara.
Silakan.
Terima kasih. Saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang, dan juga sebahagian daripada kami juga. Saya tak bangkitkanlah tapi yang lain ada bangkitkan juga. Isunya adalah kelulusan itu dilihat mengambil masa yang terlampau lama untuk lulus. Satu dibangkitkan persoalan. Jadi persoalan sekarang ini Kerajaan Negeri kena jawablah. Kalau Hulu Kelang tanya, Kota Damansara tanya balik Hulu Kelang, bila Kerajaan Negeri nak jawab? Kita tunggu waktu penggulungan nanti. Sama ada adakah ada SOP standard atau, kalau betul ada statistik, tunjuk, beritahu, kelulusan ini bila dan bila. Berapa cepat diluluskan. Alasan apa tak lulus? Itu yang kita nak tahu. Sebab persepsi yang kita terima, aduan yang kita terima daripada sekolah-sekolah ini adalah, bila mereka submit, nak dapat kelulusan tu, mengambil masa yang terlalu lama. Kemudian tak ada feedback. Ini isu dia. Dia bukan isu, Yang Berhormat, seperti Yang Berhormat sebut. Ialah waktu Yang Berhormat jadi Ketua WIP, mungkin semua sepat, sebab Yang Berhormat rajin, nak luluskan projek. Jadi, Yang Berhormat Hulu Kelang, bangkitkan ini, sekarang. Jadi, saya ingat, kita move on, daripada itu, yang Berhormat Kota Damansara boleh bangkitkan isu lain pula.
Terima kasih Taman Medan. Saya tak ada masalah sebenarnya Taman Medan. Cuma masalah dia, dia ada sebut elemen-elemen Ahli majlis. Elemen-elemen Ahli Majlis. Terima kasih Taman Medan sebab mengakui kompeten saya, rajin bekerja. Saya mengucapkan terima kasih. Jarang saya terima .
Didoakan Kota Damansara menang Timbalan Ketua Angkatan Muda Pusat.
Sebab itu, saya bertanding Timbalan lah, supaya sama macam Taman Medan.
Kota Damansara, izinkan mencelah.
Ya.
Saya ada beberapa. Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Saya ada beberapa rakan di kalangan Ahli Majlis dan juga Ketua WIP, di salah satu Majlis Bandaraya, kedua-dua Majlis Bandaraya, yang juga terlibat dalam jawatankuasa OAC. Sebenarnya mereka telah melaksanakan peranan mereka dengan baik. Dengan memanggil bersama-sama dengan JAIS, pengusaha-pengusaha tahfiz untuk berbincang. Dan dilonggarkan lagi syarat-syarat dan peraturan tersebut. Malangnya bila dipanggil semula untuk berbincang, pengusaha-pengusaha tahfiz tidak datang kembali kepada MBSJ. Tapi saya amat yakin, PBT-PBT ini, masih terbuka lagi untuk menerima mereka sebab bila dikenakan syarat-syarat yang ketat, menunjukkan mereka sangat teliti. Terutama pada aspek keselamatan. Bila ada pusat-pusat tahfiz yang diwujudkan di tengah-tengah bangunan kedai, sudah tentu, kita perlu kepada tangga keselamatan, kelulusan bomba dan sebagainya. Banyak aspek perlu diambil kira, untuk diberikan kelulusan. Kita tak mahu tragedi Datuk Keramat, berulang. Dan beberapa tahfiz-tahfiz lain terbakar. Setuju tak. Jadi saya, mohon Hulu Kelang, Yang Berhormat Hulu Kelang, sebelum masukkan dalam perbahasan, dapatkan dulu data dan fakta. Apakah sebenarnya kelulusan dan bagaimana, lewat kerana apa. Jadi saya kalau boleh, saya rasa ini, boleh dimasukkan dalam peraturan tetap 36.(6), adalah satu sangkaan jahat. Dan kalau ini berlaku, kalaulah ada sidang media daripada Subang Jaya dan Petaling Jaya, saya mohon supaya Hulu Kelang tarik balik kenyataan tersebut. Setuju tak, Kota Damansara.
Gini, Speaker, soalan daripada Meru ini panjang, masukkan dalam teks saya sekali. Itu yang pertama. Gini, Taman Medan, dengan Meru, boleh keluar minum sekejap, untuk sama berbincang. Cuma gini, saya sebut, kebanyakannya, di Selangor ialah jumlah sekolah persendirian agama, jumlah tahfiz yang banyak. Even, di Shah Alam sendiri, MBSA, jumlah yang paling tinggi di Selangor. Jadi semestinya apabila kita buat pemutihan, ini dibuat Kertas Pemutihan daripada penggal lepas lagi. Yang mana Yang Berhormat ketika itu, Yang Berhormat EXCO daripada Sungai Kandis membuat Kertas Putih untuk pemutihan sekolah-sekolah tahfiz, sekolah persendirian agama. Ketika ini, ada setengah-setengah daripada PBT memanggil buka sekali. Dia buat fasa pertama, fasa kedua, fasa ketiga dan cuba membantu pun mereka untuk mendaftar. Cuma kadang-kadang, ialah kita
faham. Bila guna konsep, buat dulu, baru nak ambil kelulusan dan akhirnya dia, akan menjadi satu masalah dan beban kepada pihak operator. Tapi walau bagaimanapun, dia tidak menjadi alasan untuk mereka tampil ke depan dan cuba untuk mendapatkan lesen. Sebab apa, akhirnya keselamatan anak-anak ini yang paling utama kalau itulah matlamat dan tujuan kita sama-sama kita bantu cuma saya minta kita elakkan elemen-elemen tersebut sebab kita seolah-olah merendah-rendahkan Pegawai kerajaan khususnya yang ada dalam Jawatankuasa OAC.
Tuan Speaker saya ingin menyentuh berkenaan isu anjing liar pada sahabat-sahabat Yang Berhormat yang lain ada juga membangkitkan isu anjing liar kalau kita tengok keratan akhbar pada 27 Januari 2025 yang mana kes di Sarawak bukan di Selangor tapi di Selangor yang mana warga emas berumur 60 tahun meninggal akibat digigit sekumpulan anjing yang lebih kurang 6 ke 7 ekor tidak dapat dipastikan tapi walau bagaimanapun saya minta mohon daripada pihak PBT untuk memastikan sama ada apakah cara yang paling terbaik untuk kita pastikan isu-isu anjing liar ini. Saya percaya sesetengah PBT ada inisiatif yang berbeza cuma saya percaya banyak kerjasama dari pihak Universiti, Veterinar dan NGO yang dapat dibuat bersama-sama kalau macam kawasan saya ada masalah sedikit sebab dia border contohnya di kawasan land di HQ KWSP border antara Petaling Jaya dan Shah Alam. Yang Shah Alam beroperasi anjingnya seberang ke terus ke Subang jadi Shah Alam tidak boleh kejar tapi seberang jalan sahaja buat dekat Subang Jaya anjingnya seberang balik ke Shah Alam jadi itulah saya pun tidak tahu. Saya tengok pun pening kepala anjing-anjing ini. Jadi saya minta ada satu koordinasi dengan baik boleh dibuat secara elok sebab kita tak nak isu-isu yang terjadi di Sarawak ini terjadi di Selangor. Ya tidak siapa yang tidak sayang haiwan saya sendiri pun ada 3 ekor kucing ini semua bukan beli semua angkat saya ada 3 ekor kucing jiran saya ada anjing jiran sebelah kanan dan kiri tapi kita percaya kita sayangkan semua haiwan ini tetapi biarlah cara yang terbaik saya di pihak Universiti UPM, UITM yang mana membuat ada jurus Veterinar untuk diberikan secara amali kepada mereka bagaimana mereka di tangkap dan dibuat amali untuk Program Kasi catch and release ini di kasi dan dilepaskan kembali jadi mereka kurang agresifnya mengejar kanak-kanak.
Speaker saya hendak sambung berkenaan isu budak meninggal yang akibat tertelan gula-gula gummy walaupun kejadian ini terjadi di Penang dan Arwah Muhammad Fahmi Hafiz yang berumur 10 tahun telah meninggalkan kita malam tadi benda ini sangat terkesan kepada diri saya sebab saya juga hantar anak saya ke sekolah umur hampir sama cuma perkara yang kita hendak tengok adalah di luar sekolah pihak PBT tolong saya mohon dan merayu di seluru Selangor bukan di kawasan Kota Damansara sahaja tapi di seluruh Selangor pastikan mereka yang membuat jualan-jualan gummy atau jajan di luar daripada sekolah ini untuk disemak balik untuk ditengok sebab apa inilah sebenarnya makanan-makanan yang tidak sihat di luar daripada sekolah. Di sekolah ada
garis panduan untuk menyediakan makanan jenis apa tetapi walau bagai mana pun di luar daripada sekolah bukan tanggungjawab sekolah lagi tapi menjadi masalah makan-makan seperti begini kita lihat apa yang terjadi pada arwah dan saya bersimpati terhadap keluarga arwah moga-moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Saya minta pihak PBT untuk membuat tindakan untuk memastikan tiada lagi jualan-jualan gula-gula atau makanan-makanan ringan di luar daripada kawasan sekolah yang ini boleh diambil tindakan ia saya faham perkara ini akan menjadi kontroversi di mana selalu mengatakan kenapa ambil tindakan kepada orang Melayu dan sebagainya tetapi yang meninggal pun orang Melayu jangan jadikan isu perkauman di sini. Kita hendak ambil tindakan kita hendak keselamatan tidak kira siapa agamanya siapa kulitnya kita ambil keselamatan anak-anak. Tuan Speaker saya hendak menyentuh beberapa isu di kawasan saya iaitu isu kawasan yang tidak diselenggarakan di kawasan Subang Bestari. Kalau kita tengok kawasan di Subang Bestari ini.
Panjang lagi ke Yang Berhormat.
Oh Speaker.
Panjang lagi ke?
Tidak dua sahaja.
Dua isu.
Ya dua isu.
Saya bagi 2 minit lah
2 minit ok. Penutup. Jarang Kota Damansara hujung-hujung ini. Isu jalan di Subang Bestari ini ada jalan-jalan yang tidak diserahkan balik. Antara jalan-jalannya adalah Persiaran Atmosfera, Kosmo, Jalan Angkasa antara yang tidak menyerahkan ialah Tetuan WorldWide, Juta Permai, Teguh Maju Ria. Juta Permai anak syarikat jadi kawasan itu teruk berlubang dan lampu tidak menyala jadi apa masalahnya adalah pihak PBT tidak boleh hendak ambil dan tidak boleh ambil tindakan walau bagaimanapun bila kita ajukan kepada pihak Juta Permai ada masalah untuk membuat. Jadi saya mohonlah Juta Permai dalam keadaan mencari dana-dana baru untuk memastikan pendapatan bagi pihak Kerajaan Negeri keselesaan rakyat juga perlu diambil kira. Jadi saya minta merayu kepada pihak Juta Permai untuk mengambil tindakan terhadap perkara-perkara tersebut. Yang ketiga isu Dewan Kampung Selamat di bawah MBPJ usang dan rosak saya minta MBPJ pastikan dewan
ini direpair sebab dah lama sangat selalu saya sebut fasal Kampung Melayu Subang kali ini saya sentuh Kampung Selamat jadi saya minta MBPJ untuk repair Dewan Orang Ramai yang usang dan rosak. Jadi saya pegang perkara yang terakhir sekali Tuan Speaker saya mengambil junjung titah yang mana Tuanku menyebut fokuslah kepada perkara-perkara penting jangan jadikan Dewan ini menjadi medan fitnah memfitnah. Saya mohon kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat jangan hanya di dalam Dewan kita teruskan di luar Dewan sebab karakter kita ini dalam Dewan dan luar Dewan ini mesti bersama tidak boleh dalam Dewan lain luar Dewan lain. Jadi nasihat ini bukan kepada sahabat-sahabat saya, saya juga cuma setakat sampai hari ini insyaallah saya belum dipanggil MCMC lagi. Cuma saya mohon kepada semua sebab saya kesian. Jadi saya kesian kepada rakan-rakan bukan apa bila dipanggil saya tengok muka tidak sampai hati beliau ini seorang ADUN ada tugas-tugas hakiki cuma dalam keadaan hendak tanya siapa kartel yang dimaksudkan itu dedahkan siapa yang admin yang dimaksudkan itu yang membuat admin posting tersebut. Jadi pada Tuan Speaker pada akhir sekali memandangkan saya orang yang terakhir saya bagi satu pantunlah asah kapak tajam beliung, terbang mari kayu berdiri, Tuanku umpama kemuncak payung, patik dan rakyat di bawah teduh berdiri. Kota Damansara menyokong usul menjunjung kasih titah Tuanku ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.
Terima kasih kepada semua ADUN yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Seterusnya saya ingin mempersilakan pihak Kerajaan untuk memberi penjelasan terhadap semua perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Taman Templer untuk memulakan penggulungan. Taman Templer silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Selangor Maju Bersama. Saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyembah hormat dan menjunjung titah titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Saya menyambut baik semua cadangan dan maklum balas yang diberikan berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Batu tiga telah menyuarakan pentingnya kita memberikan sokongan kepada ibu bapa dan penjaga orang kurang upaya OKU dan Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat perihal OKU termasuk ibu bapa dan penjaga mereka. Sejak tahun 2021 Jabatan Anak Istimewa Selangor iaitu ANIS di bawah Program Akademi AMIS telah menjalankan beberapa siri latihan kemahiran dan sokongan kepada ibu bapa dan penjaga OKU. Latihan ini bukan sahaja memberikan kemahiran bagi
mengendali anak-anak OKU tetapi juga memberi sokongan emosi melalui perkongsian-perkongsian daripada mereka yang juga mempunyai anak-anak OKU. Selain itu pada tahun 2024 ANIS telah merangka Modul Panduan Ibu Bapa OKU sebagai panduan asas kepada ibu bapa OKU untuk membekalkan maklumat kepada ibu bapa tentang tindakan selanjutnya yang boleh diambil setelah mengenal pasti keadaan anak mereka.
Seterusnya Yang Berhormat Batu Tiga juga ada membangkitkan soal infrastruktur mesra OKU secara umumnya terdapat garis panduan yang dikeluarkan oleh PLAN Malaysia iaitu Garis Panduan Rancangan Reka Bentuk Sejagat atau pun universal design dengan izin. Kita juga ada senarai semak kemudahan asas, kemudahan akses berdasarkan reka bentuk sejagat MSS11842014 yang perlu dipatuhi oleh semua PBT dalam projek-projek pembangunan. Garis Panduan ini bertujuan untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi pelaksana lain dalam merancang dan mereka bentuk kemudahan dan perancangan bandar yang memenuhi keperluan semua individu termasuklah kanak-kanak OKU dan warga emas. Untuk pengetahuan Yang Berhormat pihak PBT telah menetapkan syarat pematuhan kepada garis panduan tersebut bagi kelulusan kebenaran merancang. Antara kemudahan yang digariskan termasuklah laluan pejalan kaki atau textile block kemudahan rem di bangunan komersial, tempat letak kereta OKU, ruang kaki lima di bangunan kedai untuk laluan kerusi roda, tandas OKU, tulisan braille mengikut keperluan di lif, tandas, tempat pelancongan dan sebaginya.
Suka untuk mengambil peluang saya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Sepang kerana telah mengambil inisiatif menyediakan Garis Panduan Taman Rekreasi Inklusif untuk taman sensori untuk kanak-kanak keperluan khas. Majlis Perbandaran Sepang 2024, garis panduan ini dibuat bagi memastikan setiap bangunan kawasan lapang yang berkeluasan melebihi 2 ekar mematuhi penyediaan taman rekreasi inklusif bertemakan taman sensori. Kini pihak Majlis Perbandaran Sepang sedang melaksanakan kerja-kerja taman mesra autisme PRISMA di Taman Tasik Cyberjaya di bawah peruntukan BP1KPKT dan dijangka siap pada November 2025. Selain itu ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada Majlis Perbandaran Selayang yang telah mengambil inisiatif bagi penyediaan kemudahan mesra OKU dengan menaik taraf beberapa kompenan di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Selayang antaranya penyediaan lif baru di bangunan lama MPS serta menaik taraf lif sedia ada di Menara MPS. Saya percaya ini lah sebahagian peranan penting yang perlu dimainkan oleh pihak PBT termasuk lah melihat secara terperinci perancangan yang dikemukakan oleh pemaju bagi penyediaan kemudahan berasaskan reka bentuk sejagat. Kerajaan Negeri menerusi PBT akan memastikan penguatkuasaan undang-undang yang ada seperi Akta 172 terhadap pemaju yang tidak mengikuti syarat di tetapkan. Kerajaan Negeri sedang menggubal Dasar Orang Kurang Upaya Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2025-2030. Terdapat penekanan yang khusus diberikan berkaitan infrastruktur mesra OKU dan
sokongan para penjaga OKU. Insha Allah dasar ini akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2025.
Tuan Speaker saya bersetuju dengan yang Berhormat Bukit Gasing dan Sungai Pelek yang membangkitkan keperluan Kerajaan Negeri menambah sumber dan meningkatkan pendapatan bagi mencapai objektif pembangunan ekonomi dan sosial termasuklah inisiatif berkaitan warga emas. Seterusnya Bukit Gasing juga menyebut agar Kerajaan Negeri perlu mempercepatkan proses kebenaran merancang bagi rumah jagaan warga emas dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Kerajaan Negeri memperkenalkan Dasar Speed Selangor bagi mempercepatkan proses kebenaran merancang untuk pemajuan kategori industri dan perumahan dalam tempoh pemprosesan di pendekkan dari tiga setengah bulan kepada 14 hari. Bagi hal ini saya akan berbincang lanjut dengan EXCO Kerajaan Tempatan agar menambah 2 kategori untuk pemudah cara untuk kebenaran merancang bagi pusat penjagaan termasuklah warga emas, OKU dan kanak-kanak.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Taman Medan bertanya tentang Garis Panduan Retirement Home dengan izin rumah warga emas. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat garis panduan yang dikeluarkan oleh PLAN Malaysia iaitu Garis Panduan Perancangan Fizikal Bagi Warga Emas dan garis panduan ini membantu PBT merancang dan membangunkan dan mereka bentuk penempatan warga emas termasuklah pusat jagaan perumahan khas dan perumahan persendirian. Dokumen ini menggariskan perkara seperti perancangan tapak, komponen kemudahan, perubahan kegunaan jenis pembangunan, piawaian perumahan keselamatan dan sebagainya. Sekian dimaklumkan.
Seterusnya saya menjemput Kota Anggerik. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker saya ingat panjang lagi daripada taman Templer. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul titah diraja pada sidang kali ini dan yang menyentuh tentang beberapa isu berkaitan dengan belia sukan dan keusahawanan walaupun tidak beberapa banyak tetapi saya cuba untuk rangkumkan serba sedikit. Yang pertama saya ambil maklum tentang isu yang disentuh oleh Sungai Panjang berkenaan dengan usahawan songkok , insentif kepada usahawan songkok dan kita di Negeri Selangor sedia maklum kalau ikutkan di Negeri Selangor ini keusahawanan itu merangkumi pelbagai segment bukan hanya usahawan SME, Usahawan Kreatif dan kita melihat Usahawan Songkok ini mengambil peranan yang cukup penting dalam membantu menggerakkan ekosistem keusahawanan Negeri Selangor. Jadi untuk makluman Yang Berhormat insyaallah kita akan cuba mengenal pasti Usahawan-usahawan Songkok di Negeri Selangor selepas ini
dan membantu dari segi dari segi insentif-insentif yang telah dan sedang kita laksanakan antaranya kita ada agensi seperti Yayasan HIJRAH, Institut Keusahawanan Negara, Selangor Youth Community dan juga Bahagian Pembangunan Usahawanan PKNS dan pada masa yang sama kita menggerakkan apa yang kita telah usahakan sebelum ini iaitu Dana Usahawan Negeri Selangor (DUMS) dan insyaallah kita akan mengenal pasti Usahawan-usahawan Songkok di seluruh daerah di Negeri Selangor dan kita akan war-warkan jika sekiranya mereka layak boleh lah menyertai dan juga memohon insentif-insentif di Negeri Selangor untuk membantu perusahaan mereka.
Dan seterusnya dibangkitkan oleh Morib berkenaan dengan status Bazar Darul Ehsan di Morib. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui KoHIJRAH sedang mempertimbangkan pembangunan projek-projek ini, projek berkaitan dengan Bazar Darul Ehsan ini nanti kita sedia maklum keadaan dan kondisi di kawasan tersebuT yang perlu di baik pulih dan insyaallah selepas daripada ini menerusi Jawatankuasa Tetap Keusahawanan akan berbincang dengan lanjut dengan pihak KoHIJRAH dan kita akan lihat apa-apa potensi dan juga peluang yang boleh kita gunakan untuk menambah baik dan juga menaik taraf kawasan yang kita sebut dan kita cadangkan untuk digunakan sebagai Bazar Darul Ehsan selepas ini dan seterusnya isu yang dibangkitkan.
Boleh sedikit.
Silakan.
Terima kasih daripada jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Saya diberitahu KoHIJRAH ini telah dibeli pada tahun 2023 sehingga kini sudah hampir 2 tahun tetapi tidak pernah diusik ataupun ada usaha-usaha untuk membangunkan jadi cadangan kalau jika KoHIJRAH tidak mempunyai peruntukan ataupun dana untuk membuat memajukan Bazar Darul Ehsan ini saya rasa boleh kita buka kepada sesiapa ataupun kita boleh serahkan kepada MPKK ataupun Koperasi yang mereka rasa oleh membuat memajukan Bazar ini sebab Bazar ini saya rasa dari tahun 2012 sehingga kini tidak beroperasi dan saya rasa benda ini kita perlu mempercepatkan dan beri peluang kepada sesiapa sahaja yang hendak memajukan Bazar itu. Sekian terima kasih.
Terima kasih Morib. Saya akui keputusan di peringkat Kerajaan Negeri menerusi MMKN telah pun kita putuskan pada tahun 2023 menyerahkan kepada KoHIJRAH untuk membangunkan atau menaik taraf kawasan ini tetapi sehingga ini kita tidak menerima apa-apa perkembangan daripada pihak KoHIJRAH dan saya setuju selepas ini kita akan mungkin buka perbincangan untuk menilai potensi-potensi lain kalau kata KoHIJRAH tiak mampu untuk buat mungkin kita
boleh bincangkan dari segi kolaborasi dengan agensi-agensi tertentu, PBT ataupun Koperasi-koperasi lain yang berminat untuk mengambil alih membangunkan Bazar Darul Ehsan ini. Insayaallah kita akan susuli dengan perbincangan seterusnya. Seterusnya saya respons tentang yang dibangkitkan oleh Rawang berkaitan dengan program-program keusahawanan di Negeri Selangor yang berkaitan dengan latihan kepada usahawan untuk makluman Yang Berhormat Rawang memang kita bertahun sudah sebenarnya untuk tahun lepas pun memang kita ada program-program latihan dari segi memberikan kefahaman kepada usahawan-usahawan kita dari segi teknologi, dari segi kecerdasan buatan (AI) dan pemasaran cara berniaga secara atas talian dan bagaimana mereka boleh atau mampu untuk mengguna pakai aplikasi digital dalam membantu perniagaan mereka dan untuk makluman Yang Berhormat tahun lepas dan tahun ini pun kita akan meneruskan Program Seribu Digital yang mana Program Seribu Digital ini kita pusing ke seluruh daerah di Negeri Selangor dan kita memberikan training ataupun latihan kepada usahawan-usahawan di Negeri Selangor ini untuk mereka belajar bagaimana hendak mengguna pakai aplikasi teknologi dalam perniagaan mereka dan kita juga ada sokongan daripada pihak Platform Selangor yang turut membantu dari segi latihan dan pemberdayaan usahawan yang baru-baru ini pun kita telah melatih hampir keseluruhan usahawan yang melibatkan PBT-PBT di seluruh Negeri Selangor dan mereka akan dapat ikuti training ini, latihan ini selama 3 hari 2 malam misalnya dan diberi pendedahan termasuk simulasi latihan di mana baru-baru ini kita buat simulasi latihan mereka dapat jana sekitar RM100 ribu daripada simulasi sahaja. Sebelum ini usahawan itu kita kenal pasti mereka tidak tahu bagaimana hendak menggunakan TikTok misalnya untuk bantu promosi perniagaan mereka. Mereka tidak tahu mengguna pakai transaction di atas talian, online transaction jadi kita sediakan program latihan tersebut ajar mereka ini dan panggil tenaga-tenaga pengajar beri pendedahan bagaimana mereka boleh menggunakan TikTok untuk promosikan produk mereka, bagaimana mereka boleh buka akaun menerusi platform seperti shopee dan Lazada. Jadi ini yang kita bantu dan alhamdulillah kebanyakan usahawan kita pada kali ini kalau ita hendak tengok nanti di Bazar-bazar Ramadan di seluruh Negeri Selangor insya-Allah semua usahawan yang terlibat dalam Bazar Ramadan di Negeri Selangor akan menyediakan option pembayaran secara cashless maknanya nanti lepas ini Bulan Ramadan kalau pergi Bazar Ramadan di Negeri Selangor di bawah PBT, tuan puan ataupun Yang Berhormat semua masyarakat di luar sana boleh datang beli tanpa memerlukan bawak tunai bawak QR code sahaja pakai cashless in yang sedang kita terapkan dan di bawah inisiatif Platform Selangor mereka ingin membantu sepenuhnya usahawan-usahawan kita untuk mencapai target. Sekarang ini kita ada lebih kurang dalam 30 ribu ke 40 ribu usahawan-usahawan yang berdaftar di Platform Selangor dan insyaallah kita sedang merangka strategi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 ribu dalam tempoh 2 tahun ini dan daripada data yang kita ada ini kita bantu maksudnya kita boleh pantau mereka ini profit macam mana, prestasi bulanan mereka macam mana sebab kita ada data kita boleh pantau menerusi
transaction atas talian tadi. Jadi kita tengok usahawan-usahawan yang mungkin perlukan lonjakan kita akan bantu dari segi latihan kita bantu dari segi insentif ataupun dari segi geran dan ini yang kita sudah laksanakan di Negeri Selangor dan alhamdulillah sambutan cukup baik bahkan ada Negeri-Negeri lain yang berminat untuk belajar bagaimana Negeri Selangor menaik taraf atau memberdayakan usahawan-usahawan mereka jadi ini untuk Yang Berhormat Rawang mudah-mudahan terjawab segala persoalan.
Dan yang terakhir yang dibangkitkan oleh Kampung Tunku berkenaan dengan homegrown kepada Persatuan-persatuan Sukan ataupun dalam erti kata lain Stadium ataupun dia punya power base setiap daripada kita ini dari pasukan ini perlu ada satu stadium ataupun satu kemudahan sukan dia. Untuk makluman Yang Berhormat Kampung Tungku terdapat lebih 50 Persatuan Sukan yang menjadi ahli gabungan bersama-sama dengan Mysukan Negeri Selangor dan setiap sukan ini memerlukan kemudahan sukan yang berbeza mengikut keperluan masing-masing. Jadi Kerajaan Negeri melalui MSN Negeri sentiasa menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pihak PBT, agensi Kerajaan dan swasta untuk kita menambah baik sekurang-urangnya menyediakan kemudahan sukan kepada Persatuan-persatuan sukan yang memerlukan. Namun begitu untuk makluman Yang Berhormat kita tidak mampu lagi setakat ini untuk cater ataupun membantu semua persatuan sukan untuk ada kemudahan homegrown masing-masing tapi insyaallah dari semasa ke semasa seperti bola sepak sudah ada homegrown di Padang SUK tetapi saya sedia maklum macam ragbi kita memerlukan homegrown kita dan nanti selepas sidang ini kita boleh duduk berbincang mengenal pasti mana-mana kawasan yang kita boleh explore sekiranya boleh dinaik taraf sebagai homegrown kepada Persatuan Ragbi Selangor dan seterusnya yang terakhir daripada Kota Damansara.
Sungai Panjang mencelah boleh?
Silakan Sungai Panjang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Soalan Sungai Panjang tadi terjawab satu daripada 3. Yang ke-2 yang Sungai Panjang Bangkitkan usaha yang Kerajaan Negeri Untuk memartabatkan industri Songkok Tempatan yang ketiga adakah Kerajaan Bercadang untuk mendapatkan pengiktirafan standard bagi pembuatan songkok dari Jabatan Standard Malaysia kalau macam Selangor pernah wujudkan Melon Sel yang daripada Selangor punya jadi mungkin keluaran daripada Selangor sebab itu Sungai Panjang berharap Yang Berhormat EXCO boleh mengambil berat tentang cadangan membangunkan Hub Industri Songkok di DUN Sungai Panjang. Kita ada 1 kawasan yang besar boleh
dijadikan kilang untuk pembuatan songkok dan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Terima kasih Yang Berhormat.
Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI
:
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Ialah songkok ini kita sebagai orang Melayu memang menjadi pakaian tradisi bukan hanya di Malaysia tetapi di Negara serumpun kita di Indonesia dan Brunei memakai songkok dan masing-masing ada fesyen ataupun identiti tertentu cuma setengah orang tengok songkok ini macam durian. Durian pun ada macam-macam gred tapi setengah orang tidak kira yang penting durian sahaja jadi songkok pun sama ada seni cuma itu nanti saya boleh bincang dengan Yang Berhormat Tanjung Sepat yang menjaga Portfolio Kebudayaan untuk kita tengok bagaimana kita hendak standardize mungkin lepas ini ada songkok Selangor ataupun songkok bugis, songkok jawa tetapi jawa lain tapi lepas ini kalau kita standardize kita semua kena pakai songkok lah jadi dalam Dewan ini nanti boleh pakai songkok tinggi yang orang india pun ada songkok dia juga ada tarbus tetapi saya ingin saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Panjang mungkin kita Selangor boleh menjadi Negeri pertama yang menerajui ataupun meneroka industri songkok ini sebab kalau kita tengok di Negara-negara di Indonesia ada pelbagai jenis ada songkok lipat kita pun ada songkok lipat juga ada songkok yang keras, ada songkok baldu Dato’ MB songkok dia boleh lipat sebab ia mudah sedikit. Jadi saya ingat tidak ada masalah kita terbuka dengan cadangan tersebut dan barang kali satu hari nanti kita boleh aturkan lawatan bersama-sama dengan Sungai Panjang untuk bawa kita lihat mana kilang yang boleh kita explore ataupun kita kenal pasti yang boleh jadikan satu benchmark kepada perusahaan songkok ini nanti. Jadi saya ucap terima kasih di atas cadangan tersebut.
Dan yang last tadi daripada Kota Damansara membangkitkan tentang peruntukan program ataupun peruntukan tahunan penggerak belia Selangor yang difahamkan masih belum turun dan insyaallah saya akan bincang dengan pihak UPEN dia mungkin ada penyelarasan sedikit sebab sebelum ini peruntukan PeBS itu adalah RM5 ribu setahun jadi baru-baru ini dalam Belanjawan Dato’ Seri MB telah mengumumkan peruntukan itu dinaikkan kepada RM10 ribu setahun. Jadi mungkin ada isu-isu teknikal ataupun penyelarasan di peringkat Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan akan berbincang dengan Dato’ PWN dan juga Dato’ Pengarah UPEN untuk dipercepatkan penurunan peruntukan tersebut supaya Penggerak Belia Selangor ini dapat bergerak dengan lebih afektif dan laju dari segi pelaksanaan program dan pelbagai aktiviti di peringkat akar umbi.
Terima kasih Tuan Speaker penggulungan daripada saya menyentuh isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan dan saya hendak mempromosilah sebab kita hari ini sekarang sedang bercakap tentang SUKMA dan juga Suprising Selangor kita pusing
Selangor jangan pergi Sekinchan sahaja kalau kita tanya Sekinchan dia suruh pergi Sekinchan sahaja tapi kita hendak promosikan semua Ahli Dewan kalau boleh bantu inisiatif Kerajaan ini tidak kira dari parti mana pun baik Kerajaan ataupun pembangkang ini adalah inisiatif untuk kita mempromosikan Negeri kita. Jadi di peringkat saya sebagai EXCO Belia dan Sukan akan menggunakan platform ini untuk mempromosikan di peringkat SUKMA kita menjadikan pelancongan sukan sebahagian daripada salah satu cara untuk kita menarik promosi dan juga kehadiran masyarakat di luar sana. Silakan Kuang.
Sebab ada masa satu minit lagi. Kalau Speaker tutup nanti sudah EXCO lain kena gulung jadi saya guna satu minit itu. Sempena mempromosikan jadi saya hendak promosi juga, di Kuang kita ada Tasik Kundang cantik tasik tertua mungkin boleh masuk sekali antara aktiviti pelancongan kita nanti sempat ada 50 saat lagi.
Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI
: Insyaallah kita bincang nanti saya kan PM tepi dengan Sekinchan untuk kita jadikan Kuang sebagai tarikan juga tapi kalau di Kuang EXCO kata tadi ada ikan bandar raya boleh buat aktiviti khusus untuk menangkap ikan bandaraya. Taman Medan pun kita cari macam mana lokasi-lokasi yang ada mungkin kedai-kedai makan di sana ikan bakar. Jadi saya ingat setakat itu. Kita sama-sama pastikan agenda Tahun Melawat Selangor pada tahun ini mendapat sambutan yang baik dan sokongan di kalangan masyarakat dan kita harap kawan-kawan di sebelah sana pun bantu mempromosikan inisiatif ini Suprising Selangor, Pusing Selangor. Itu saya serahkan kepada Sekinchan. Jadi terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Speaker saya tutup penggulungan saya wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Kepada Kota Anggerik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam menunjukkan jam 5.30 petang, jadi dengan ini saya tangguhkan sidang Dewan ini ke hari Isnin 24 Februari 2025 jam pukul 10 pagi. Dengan itu Dewan ditangguhkan. Sekian
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)