Selangor · 19 February 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 309 turns · 36,556 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 19 Februari 2025, dimulakan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara.

Penolong Setiausaha Dewan

i) Bacaan doa. (Doa dibaca)

ii) Lafaz Ikrar

Speaker

Salam Sejahtera dan Selamat Datang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli EXCO, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan para pemerhati sekalian. Tadi kita telah pun melafazkan ikrar Rukun Negara, atas saranan daripada Kementerian Perpaduan. Saya berdoa dan berharap kesemua Ahli Dewan, sama ada yang hadir atau tidak hadir termasuk hadirin dan hadirat sekali, dapat menghayati dan melaksanakan ikrar rukun negara ini untuk memupuk Perpaduan Nasional. Ahli-ahli Yang Berhormat, tanpa membuang masa saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada pagi yang mulia ini. Dipersilakan Setiausaha.

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, membentangkan kertas-kertas mesyuarat.

1) Kertas Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2025 - Laporan Tahunan 2023 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

2) Kertas Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2025 - Laporan Tahunan 2022 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

3) Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2025 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK – INFRAGRO) Berhubung Isu Banjir Di Negeri Selangor

4) Kertas Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2025 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (Special Select Committee On Competence, Accountability And Transparency - SELCAT) Bagi

Dewan Negeri Selangor Berhubung Pelaksanaan Program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) Dan Hala Tuju Masa Hadapannya

5) Kertas Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2025

- Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Penambahbaikan Peranan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL)

6) Kertas Mesyuarat Bilangan 6 Tahun 2025

- Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun Dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Hala Tuju Syarikat Smart Selangor Delivery Unit (SSDU)

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Saya menjemput Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima Kasih Yang Berhormat Speaker, soalan Pelabuhan Klang nombor 1.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Isu Pemindahan Tanah Secara Tidak SahQuestions

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah yang diambil untuk menangani isu pemindahan tanah secara tidak sah yang melibatkan kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Klang?

b)

Apakah tindakan yang akan dilaksanakan ke atas semua agensi Kerajaan Negeri bagi memastikan integriti kakitangan awam berada ditahap tertinggi?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kita Selangor. Terima kasih Pelabuhan Klang. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan beberapa soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan. Yang pertama daripada Pelabuhan Klang sendiri soalan 84, yang kedua daripada Meru pada soalan 86, yang ketiga soalan daripada Sijangkang 215, dan yang ketiga soalan, dan yang seterusnya adalah soalan daripada Kuala Kubu Bharu soalan bernombor 356.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebagaimana begitu ramai Ahli-ahli Dewan bertanyakan soalan ini, sudah pasti isu ini merupakan antara isu yang terbaru di Negeri Selangor yang melibatkan beberapa siasatan yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa terhadap pertukaran nama tanah yang telah berlaku dan telah menyebabkan kerugian kepada negeri dan juga kepada pemilik-pemilik tanah. Pentadbir Tanah Klang telah mengambil tindakan segera dengan melakukan siasatan dalaman bagi menangani isu pemindahan tanah secara tidak sah yang melibatkan kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Klang. Hasil siasatan tersebut telah dilaporkan kepada pihak Polis dan pihak Pejabat Tanah dan Daerah Klang telah memberikan kerjasama dengan bantuan sepenuhnya kepada pihak Polis bagi melengkapkan siasatan. Kakitangan yang terlibat telah ditahan reman dan ditempatkan di jabatan baharu sementara menunggu hari perbicaraan. Selain itu, Kaveat Pendaftar juga telah dimasukkan ke dalam hak milik tanah yang sedang dalam siasatan bagi mengelakkan sebarang urus niaga baharu dilakukan. Langkah-langkah kawalan dan pemantauan diteruskan dari masa ke semasa bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Bagi memastikan integriti kakitangan awam di semua agensi Kerajaan Negeri berada di tahap tertinggi, Pihak Kerajaan telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) yang komprehensif serta bersepadu berlandaskan norma kerja pentadbiran Kerajaan Negeri.

Yang kedua, pemerkasaan fungsi Jawatankuasa Tatakelola dengan menetapkan semua Ketua Jabatan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan gerakan pemantapan tatakelola sebagaimana yang terkandung pada Arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri No.1 2023.

Yang ketiga, melaksanakan lawatan mengejut Ketua Jabatan di peringkat semua Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan disampaikan secara berkesan dan berintegriti. Latihan dan bengkel berkaitan 6 fungsi teras integriti setiap tahun melibatkan Ketua-ketua unit Integriti. Melaksanakan aktiviti dan program secara bersepadu bersama agensi seperti SPRM atau pun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Seterusnya mengadakan taklimat/ceramah, bengkel integriti, hebahan kepada edaran serta maklumat kepada anggota-anggota pentadbiran.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pegawai lantikan Persekutuan, tatacara tindakan penahanan kerja dan pergantungan kerja adalah di bawah peraturan 43, 44 dan 45. Peraturan-peraturan Pegawai Am, Kelakuan Tatatertib 1993, bagi pegawai lantikan Kerajaan Negeri Selangor, tatacara tindakan penahanan kerja dan pergantungan kerja adalah di bawah peraturan 44 dan 45, peraturan Pegawai Am Negeri Selangor 1995.

Manakala bagi pegawai lantikan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor, tatacara penahanan kerja dan pergantungan kerja adalah di bawah peraturan 53, 54 dan 55. Kaedah Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan yang boleh dikenakan kepada pegawai-pegawai terbabit. Kerajaan Negeri akan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan isu berkenaan tidak berlaku di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan serta Jabatan Kerajaan yang lain, antaranya tindakan disiplin kepada pegawai-pegawai terlibat sebagaimana yang tertakluk tadi. Program taklimat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, program peningkatan kesedaran integriti dan mungkin ataupun dalam pada masa sama, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri/ Negara sedang melaksanakan rotation ataupun pelaksanaan pusingan kerja supaya mana-mana pegawai tidak berada di satu-satu tempat terlalu lama dan memungkinkan berlaku peristiwa-peristiwa yang tidak kita ingini.

Antara langkah-langkah keselamatan, ini merujuk kepada Meru untuk memastikan sistem e-Tanah berlangsung dengan baik. Yang pertama adalah kawalan keselamatan fizikal melalui penggunaan kamera litar tertutup, peranti biometrik, dinding kaca bertelus dan pusat data pelayan server serta kawalan di pelayar yang terhad kepada server administrator sahaja. Maknanya pengguna e-Tanah, setiap pengguna itu perlu meletakkan biometrik sebelum membuka ataupun melaksanakan urusan dalam program e-Tanah. Kawalan keselamatan dokumen di mana urusan pendaftaran ditandatangan secara digital menggunakan token dan encryption yang dilakukan dokumen dan kaedah penyimpanan melalui local storage, tape backup dan replikasi Disaster Recovery Centre (DRC), ini kalau melibatkan keputusan bekalan dan sebagianya. Yang kedua, Kawalan keselamatan aplikasi melalui capaian terhad mengikut peranan pengguna menggunakan ID, kata laluan dan pengesahan biometrik. Yang keempat, Kawalan keselamatan rangkaian dengan menggunakan firewall untuk mengawal trafik keluar dan masuk Sistem e-Tanah serta penggunaan perisian Intrusion Prevention System (IPS) dan Web Application Firewall (WAF) untuk mengesan sebarang ancaman ke atas Sistem e-Tanah. Kerajaan Negeri mengambil serius penyalahgunaan tersebut dan akan melaksanakan pemantauan aktiviti sistem e-Tanah di mana semua urusan pendaftaran tanah rekod secara automatik dalam log sistem e-Tanah untuk memastikan setiap tindakan kakitangan dapat dikesan dan diaudit. Kawalan capaian berperingkat juga dilaksanakan

di mana setiap kakitangan Pejabat Tanah diberikan akses berdasarkan tahap jawatan dan juga kelulusan dokumen-dokumen di pihak ataupun di tahap mereka.

Yang ketiga, mengadakan pusingan kerja. Yang keempat pengukuhan integriti dengan membuat taklimat daripada masa ke semasa. Buat masa ini, kakitangan tersebut sebagaimana yang saya maklumkan, sedang menunggu siasatan penuh daripada Polis Diraja Malaysia dan pihak SPRM juga turut mengambil beberapa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memastikan peristiwa ini tidak berulang. Begitu juga jawapan saya, saya rasa tak jauh beza dengan apa jawapan yang saya patut berikan kepada Sijangkang dan juga kepada Kuala Kubu Bharu berkenaan dengan isu yang berkaitan. Yang Berhormat, malahan dalam pada masa yang sama, dalam Jawatankuasa Tanah terbaru yang dipengerusikan oleh Menteri Besar baru-baru ini, kita telah mengarahkan agar setiap pejabat-pejabat tanah melaksanakan audit dan melaksanakan pemeriksaan supaya peristiwa yang berlaku ini tidak berulang yang turut mencalarkan kredibiliti pentadbiran dan juga imej dan juga keyakinan kepada pengurusan tanah di dalam negeri Selangor. Walaupun ia berlaku hanya di satu pejabat tanah, tetapi saya minta untuk semua pejabat tanah menyemak supaya kita dapat mengelakkan peristiwa ini daripada berulang. Kalau peristiwa-peristiwa ataupun kejadian sebelum ini sebenarnya pernah berlaku, khususnya apabila program ataupun pengurusan tanah dilaksanakan secara manual, apabila berlaku secara manual dulu memang ada beberapa ketidakselarasan data yang kemudian ia dijadikan peluang untuk mengalih senarai nama ataupun mengadakan nama bertindih dan sebab itu kerajaan negeri meletakkan kaveat tadi, sebab ada beberapa kes tanah yang telah di ubah nama kepada nama tertentu, dan juga ada dua geran, geran yang kedua itu berlaku juga transaksi dan jual beli. Dan ini merumitkan keadaan malahan Kerajaan Negeri terpaksa membayar kos yang tinggi untuk guaman dan juga membayar pampasan ataupun ganti rugi yang tinggi termasuk kehilangan potensi pembangunan tanah yang dijadikan sebagai kawasan tanah-tanah ganti. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker, walaupun dilaporkan bahawa hanya 94 hektar dengan nilaian RM7.1 juta yang berlaku di daerah Klang. Saya kira apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi, pun adalah satu yang realistik sebelum ini berlaku semasa sistem menggunakan kaedah konvensional. Cuma saya juga nak melihat apakah yang mungkin telah difikirkan oleh kerajaan negeri sebagai option kepada keadaan-keadaan seperti ini, pertindihan berlaku dan ada dua geran dan ini juga berlaku di kawasan Kuala Langat sebenarnya, saya dapat makluman daripada beberapa pemilik. Untuk menjadikan satu jalan penyelesaian yang sudah mula

di fikirkan, soal yang salah itu adalah soal mahkamah yang akan putuskan, tapi penyelesaian kepada pemilik-pemilik ini, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Pihak pemilik-pemilik boleh lah melakukan laporan dan juga permohonan kepada Kerajaan Negeri, malahan dalam tahun lepas saja paling kurang ada tiga. Dua ataupun tiga kes yang hampir sama yang kemudian kerajaan selesaikan. Termasuk prosesnya penggantian tanah kepada tanah yang lain kepada mereka yang terbabit. Dan yang kedua, melakukan juga penggantian pampasan melibatkan duit yang agak tinggi ataupun pampasan yang agak tinggi. Sebab itu kerugian ini dikenakan ataupun yang mendapat kesannya selain daripada pemilik tanah adalah kepada Kerajaan Negeri sendiri kerana kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menangani hal-hal yang seperti ini. Namun begitu, apa yang berlaku dalam kejadian di Klang ini, ia melibatkan satu proses transisi iaitu ketika kita melakukan transisi daripada sistem manual kepada sistem e-Tanah. Sudah pasti ketika sistem itu berlaku ada proses data entry ataupun kemasukan data kepada sistem yang baru kita laksanakan. Ketika itu lah ada gaP yang digunakan oleh setengah mereka yang tidak bertanggungjawab. Dan sebagaimana kenyataan saya kepada media, ia bukan satu kerja satu orang. Ia ada linkage, ia ada jaringan dengan beberapa department jabatan malahan dengan institusi yang ada di luar supaya dapat melengkapkan proses tersebut. Dan kita sedang semak semula apakah proses-proses transisi sebelum ini dapat berlaku kekurangan-kekurangan ataupun berlaku kesalahan-kesalahan yang hampir sama supaya kita dapat mengelakkan risiko pembangunan yang bertindih, pemilikan tanah yang tidak jelas, yang akibatnya memberikan kesan yang buruk kepada pemilik dan juga kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Kota Damansara.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Saya sendiri pernah praktikal 6 bulan di Pejabat Tanah di Bahagian Undang-undang. Kes ini sebenarnya bukan kali pertama jadi. Ada yang kes 2 title atas nama yang berbeza. Cuma walaubagaimanapun, apakah pihak Kerajaan Negeri sudah bersedia dari segi sudut pampasan sebab kalau dulu kita tengok jumlah yang pernah dibawa ke rekod hampir ke RM50 juta. Dan akhirnya telah diperbincangan, diturunkan ke hingga RM12 juta. Walaubagaimanapun, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil tindakan kepada mereka yang telah di consider sebagai kartel yang pertama. Kedua, berapakah jumlah yang sanggup Kerajaan Negeri untuk asingkan. Sebab kalau kita tahu bila berkenaan tanah ni kita Selangor ni jumlah tanah, nilai tanah nya lagi tinggi dibandingkan dengan duit yang kita ada. Jadi ini

saya nak tanya dengan pihak Kerajaan Negeri adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengenal pasti tanah yang akan ditukar dan duit ganti rugi yang akan dibayarkan kepada pampasan jika perkara ini kalah di mahkamah. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Bukan hanya individu malahan saya pernah mengetuai satu anak syarikat Kerajaan Negeri, tanah anak syarikat pun ada nama yang bertindih. Itu berlaku di Kuala Langat ke di Dengkil satu masa dulu saya ingat Sijangkang tahu hal ini. Jadi apa yang berlaku sebenarnya agak merata sebelum ini. Ia disebabkan dulu charting itu. Charting itu tidak dibuat secara elektronik. Dibuat secara manual iaitu pengesahan nama-nama dan ketika itu lah biasanya satu ketika dahulu ada orang yang memasukkan nama-nama yang lain dan sebagainya. Untuk pampasan ataupun nilaian sudah pasti kerajaan negeri tidak menyediakan dulu kos. Kita tengok case by case lah, sebab walaupun saya sebut ada banyak tapi bukan lah ia merata-rata dan setiap hari. Kita dapati yang saya sebutkan pun ada dua ataupun 3 kes dalam penggal yang lepas. Dalam tahun lepas maafkan saya. Tapi di tahun ini yang timbul ini ada satu jumlah yang besar dan nilai nya pun bernilai RM7 juta dan sebagainya. Jadi kita urusan kita case by case tetapi priority utama Kerajaan Negeri adalah kita cuba selesaikan dulu. Langkah kedua ialah mencari tanah ganti dengan persetujuan semua pihak. Dan yang ketiga pengganti dan juga ketiga kalau ia melibatkan transaksi. Ini yang lebih parah sebab itu caveat diletakkan awal sebab kalau transaksi berlaku, pihak pemaju ingin membangunkan, mereka sudah hantar KM dan baru dikenal pasti masalah ini dan ia akan memberikan kesan yang lebih buruk ataupun pampasan ataupun nilaian ganti rugi yang lebih besar. Sebab itu saya percaya ini satu rompakan yang jelas memberikan effect kepada hasil kerajaan negeri dan juga potensi kepada awam, hasil kepada kepentingan peribadi yang kita boleh tangani sebahagian nya dengan sistem e-Tanah. Sebab dengan sistem ini kita dapat kawal penggunaan-penggunaan serta siapa yang akan meluluskan dan sebagainya. Ada sebahagian yang terlibat itu ketika kita kesan tu telah meninggal dunia dah yang terlibat. Ada yang mungkin telah berpencen tetapi apa yang boleh kita lakukan ialah buat laporan Polis. Dan pihak Polis akan melakukan siasatan. Kalau pegawai itu ada di situ kita tukar di tempat lain ataupun paling tidak kita kenakan beberapa sekatan dengan peraturan-peraturan penggantungan dan sebagainya jika didapati ataupun jelas dilakukan kesalahan. Dan selepas tu biar Pihak Berkuasa ataupun pihak autoriti mengambil langkah-langkah susulan seperti pendakwaan dan sebagainya. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Batu Tiga.

Tuan Speaker, merujuk kepada tindakan yang telah kita buat. Kita pindahkan pegawai tersebut kepada jabatan-jabatan tertentu. Saya ingin tanya berapa ramai setakat ini pegawai yang telah dikenal pasti terlibat, yang telah dipindahkan. Keduanya, apakah ada entiti luar yang terlibat, contohnya peguam, agensi-agensi luar yang terlibat sama dalam keadaan ini yang juga telah kita ambil tindakan ataupun yang telah kita kenal pasti. So, saya ingin bertanya berapa jumlah pegawai dan juga apakah ada entiti lain yang terlibat sama. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Semua yang telah diambil siasatan ataupun diambil tindakan sedang dilakukan siasatan dan tindakan-tindakan akan dikenakan. Semua yang terlibat, saya angka nya saya tak pasti berapa ramai mungkin lebih 5 ataupun 6 orang. Dan sebagaimana kenyataan yang telah dibuat oleh Pihak Berkuasa dan juga siasatan yang saya diberi maklum. Ia bukan hanya di pejabat tersebut. Dia ada urusan dengan pejabat peguam. Pejabat Peguam ini antara orang yang terlibat dengan urusan tanah sebagai contoh. Mereka juga terlibat dan sudah pasti yang terlibat pula adalah orang yang ada di luar dari sistem yang biasa. Biasanya mereka yang menguruskan tanah daripada SO sampailah kepada CADO. Tetapi kali ini, terlibat adalah mereka yang terlibat dalam sistem. Sebab orang dalam sistem tu yang boleh mengubah pada waktu-waktu tertentu. Dan kita akan ambil tindakan. Tetapi yang setakat ini ada Pejabat Peguam dan ada pegawai daripada pejabat yang berkenaan, dan itu yang terakhir kita dapat dikenal pasti dan apa yang kita boleh ambil adalah within our system iaitu pegawai-pegawai di pejabat terbabit dengan tindakan-tindakan sebagaimana yang ada dalam tatacara pelaksanaan hukuman ataupun tindakan perkara 44, 45, 46 yang saya sebutkan tadi sebagaimana yang ada tertakluk dalam Urus Tadbir Penjawat Awam Negara dan Negeri. Terima kasih.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Soalan Tambahan.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Nombor 2.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Jajaran Rel Klia-SepangQuestions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perkembangan pembinaan laluan rel dari KLIA ke Tanjung Sepat dan Sungai Pelek seperti manifesto Kita Selangor 2023?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, bagi soalan nombor 2 daripada Bukit Gasing akan dijawab bersekali dengan soalan 108 daripada Balakong, soalan 180 daripada Bukit Lanjan dan juga soalan 365 daripada Rawang. Tuan Speaker, pembinaan laluan rel daripada KLIA dan Tanjung Sepat dan Sungai Pelek merupakan sebahagian daripada jajaran yang dicadangkan dalam Jajaran Rel Selangor. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor adalah dalam proses pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan. Jajaran Rel Selangor bagi memastikan cadangan jajaran adalah berdaya maju untuk dilaksanakan. Kajian tersebut adalah dalam fasa akhir pelaksanaan dan antara komponen kajian adalah termasuk :

a) Kajian dan cabaran trafik sedia ada. b) Pembangunan Moder Rail sama ada kita perlu kita gunakan standard gadge ataupun meter gadge. c) Kajian impact persekitaran dan sosial d) Kajian kejuruteraan infrastruktur e) Konsep sistem dan pengoperasian rel f) Analisa kewangan dan ekonomi dan g) Modal pembiayaan.

Kerajaan Negeri sedang meneliti modul pembiayaan yang paling bersesuaian memandangkan pembangunan pengoperasian dan penyelenggaraan rel melibatkan kos yang sangat tinggi. Hasil kajian kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor kelak akan turut dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan tersebut memandangkan pembinaan jajaran kereta api adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Merujuk kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta 715 di mana sub seksyen 83(2). Jajaran Rel Selangor merupakan cadangan Jajaran Kereta api yang akan menghubungkan Utara Selangor sehingga ke Selatan Selangor merentasi Sabak Bernam, Shah Alam, Klang dan Sepang sehingga ke Labu Negeri Sembilan dan akan menambah baik ekosistem rel di negeri Selangor. Sehingga kini kajian yang dilaksanakan telah mengenal pasti jajaran utama 200 Kilometer dengan 4 cadangan jajaran sokongan ataupun speyer line iaitu West Port Klang, Putra Height dan UNISEL Bestari Jaya. Kajian ini mempertimbangkan kedua-dua jenis perkhidmatan penumpang dan Kargo yang akan

mengurangkan tempoh masa perjalanan pengguna dari kawasan Utara dan Selatan Selangor ke kawasan-kawasan tumpuan dengan kelajuan 160 Kilometer sejam. Contohnya, pengguna dianggarkan mengambil masa 1 jam 42 minit daripada Sabak Bernam ke KLIA menggunakan Rel Selangor berbanding 2 jam 41 minit jika memandu di atas jalan raya. Jadi penjimatan masa tu adalah 1 jam. Sekiranya cadangan ini mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat memuktamadkan modul pembiayaan yang sesuai, anggaran tempoh pembinaan Jajaran Rel Selangor adalah 10 tahun secara berperingkat yang melibatkan pelbagai fasa. Antara nya ialah reka bentuk awal dan paparan awam ataupun public display. Permohonan Skim Kereta api bersyarat kepada agensi Pengangkutan Awam dan Darat dan Badan berkaitan. Pemeriksaan awam dan pengenalpastian maklum balas, penyediaan reka bentuk terperinci dan persediaan bagi pelaksanaan tender, Pengambilan tanah dan proses perbicaraan tanah. Fasa pembinaan dan pengintegrasian sistem serta sistem pengujian dan pentauliahan. Untuk makluman, sesi libat urus telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan pihak Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan maklum balas dan input daripada pihak kementerian berhubung cadangan Jajaran Rel Selangor ini. Cadangan pembangunan Jajaran Rel Selangor dijangka dapat memberi kesan positif kepada Selangor termasuk dari aspek limpahan ekonomi kepada negeri mengambil kira aspek ketersambungan dengan Pusat Logistik Utama seperti Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pembangunan Jajaran tersebut dijangkakan akan dapat membantu mengintegrasikan ekonomi tempatan dengan kawasan metropolitan yang lebih besar. Meningkatkan perdagangan pembangunan industri-industri dan perniagaan dan akses kepada pasaran. Wilayah Utara Selangor contohnya mempunyai pengeluaran hasil pertanian yang besar dan boleh mendapat manfaat daripada logistik ataupun pengangkutan melalui perkhidmatan rel yang dapat mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan akses pasaran. Begitu juga di koridor Selatan Selangor yang menjadi lokasi tumpuan bagi pembangunan perindustrian serta jajaran cadangan akan menghubungkan kawasan setempat dengan KLIA. Pembangunan Jajaran Rel akan memberi manfaat yang besar melalui ketersambungan pengangkutan yang lebih baik dengan pengangkutan awam sedia ada dan perkhidmatan pengangkutan rel yang lain seperti MRT, LRT, KTM Komuter dan KLIA Express. Yang sekali gus dapat meningkatkan kecekapan pengangkutan penumpang di samping merancakkan lagi Industri Rel dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan pembangunan bakat serta kemahiran. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Sijangkang.

Terima kasih Speaker. Walaupun ini adalah salah satu Manifesto Kita Selangor 2023 yang tadi disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO yang sekarang ini dalam proses kajian kebolehlaksanaan. Cuma saya dapat maklumat tambahan adakah juga ini, jajaran ini juga laluan bas percuma di daerah Sepang dan kalau ia apakah kadar kepenggunaan Pengangkutan Awam di situ yang mungkin boleh jadi salah satu justifikasi kebolehlaksanaan jajaran KLIA Sepang, Tanjung Sepat dan juga ke Sungai Pelek.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang Berhormat Sijangkang tanya berkenaan Bas Percuma?

Ya.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Selepas pelaksanaan Rel Kita Selangor adakah Bas Percuma akan dilaksanakan di kawasan Sijangkang? Adakah itu soalan.

Bukan. Pertanyaan saya sekarang ni ada tak perkhidmatan Bas Percuma daripada dalam jajaran ini. Kalau ada apakah kadar kepenggunaan perkhidmatan awam.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ada sebahagian kawasan yang mungkin ada perkhidmatan bas yang akan melalui kawasan yang apa tu sepanjang Jajaran Rel Selangor ini. Tetapi itu tidak apa kerana selepas jajaran ini siap dibina kita akan susun dan atur balik semua laluan bas supaya bas pengantara dan sebagainya dapat digabungkan dan kita dapat mengintegrasikan semua mode pengangkutan awam supaya kita dapat memberikan satu perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada penduduk kawasan.

Soalan saya adakah jajaran daripada KLIA ke Sepang ni sekarang ini ada perkhidmatan Bas Percuma di situ. Dan kalau ada, apakah kadar penggunaan perkhidmatan Bas Percuma ini pada masyarakat awam di situ. Kalau tiada jawapan bagi jawapan bertulis pun tak apa Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tak. Di Daerah Sepang di bawah Majlis Perbandaran Sepang memang ada beberapa laluan yang masuk ke sehingga Sungai Pelek dan Bagan Lalang dan sebagainya. Jadi, kalau ada keperluan kita akan tambah ataupun kalau ada laluan bertindih kita boleh atur balik. Jadi, itu tidak merupakan satu masalah dan saya tidak nampak kita kenapa kita tidak boleh susun semula sekira diperlukan. Terima kasih.

Speaker

Meru.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 3.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Keterjaminan Makanan Di SelangorQuestions

3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah pelan kontingensi bagi menangani krisis makanan atau bencana alam yang boleh mengganggu bekalan makanan di Selangor?

b)

Bagaimana sistem agihan makanan dirancang untuk mencapai kawasan pedalaman dan komuniti terpinggir?

c)

Bagaimana pertanian pintar diterapkan untuk meningkatkan produktiviti makanan di Selangor?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera semua. Terima kasih pada Yang Berhormat Meru dan Tuan Speaker saya akan menjawab soalan daripada Meru bersekali dengan soalan daripada Selat Klang soalan 90, bahagian (a). Meru bertanya berhubung dengan isu keterjaminan makanan di Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, The Food and Agriculture Organization (FAO) telah mentakrifkan keselamatan makanan (food security) atau keterjaminan makanan sebagai situasi di mana setiap orang mempunyai akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat yang mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka. Akses ini mesti tersedia pada setiap masa dan memenuhi keperluan dan keutamaan diet mereka. FAO juga telah mengenal pasti empat dimensi keselamatan makanan iaitu : i) Ketersediaan (Availabiliy) Jumlah makanan yang tersedia secara nasional

ii) Kebolehcapaian (Accesibility). Ini termasuk juga affordability (Kemampuan membeli) Keupayaan isi rumah untuk mengakses makanan

iii) Penggunaan (Utilization) Cara individu menggunakan makanan mereka yang ada akses

iv) Kestabilan (Stability) Betapa stabilnya bekalan makanan dari semasa ke semasa.

Berasaskan kepada keperluan ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor atau PeTA bagi merancang dan seterusnya melaksanakan program dan projek yang berkait rapat dengan isu sekuriti makanan. Ini telah bermula daripada tahun 2021 sehingga tahun 2025. Dan ini menekankan isu aspek berkaitan dengan :

1. Pertanian Bernilai Tinggi; 2. Pemodenan Pertanian; 3. Rantaian Bekalan Makanan Lengkap; 4. Pembangunan Agroprenuer; dan 5. Agro Pelancongan.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan sepanjang lima tahun ini bagi menepati matlamat ini iaitu mendapatkan sasaran objektif PeTA ini iaitu Pelan Transformasi Agro Selangor itu iaitu meningkatkan hasil pengeluaran ataupun SSR (Self Sufficiency Ratio) pada makanan ataupun Agro Pelancongan di Negeri Selangor kepada tahap yang lebih tinggi dan yang kedua ialah supaya meningkatkan taraf pendapatan warga tani kita. Untuk program di bawah PeTA ini antara yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat Keterjaminan Makanan ini ialah kita melihat keseluruhan rantaian bermula daripada program huluan hingga ke hiliran iaitu daripada penggunaan tanah kepada pembakaan pembenihan, pengeluaran, penyimpanan dan juga pemasaran. Ini merupakan lima komponen penting dalam pertanian atau agro makanan. Selain daripada itu juga, Kerajaan Negeri turut membuka kawasan-kawasan pertanian dan juga meningkatkan hasil di kawasan yang sedia ada termasuklah pembukaan program Smart Agro Park dan Agro Farm dan juga di Kg. Johan Setia bagi mempertingkatkan pengeluaran di dalam taman kekal makanan TKPM yang diuruskan oleh jabatan-jabatan di bawah Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan juga Jabatan Perikanan semuanya merangkumi 22 kawasan dengan keluasan lebih daripada 2,000 hektar dan juga kita juga mempunyai PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) yang juga mempunyai kawasan lebih daripada 1,500 hektar termasuk di Selangor Fruit Valley dan juga kawasan-kawasan

pertanian lain di Hulu Selangor dan juga di Kuala Langat. Dan, untuk contoh sahaja, saya boleh bagi satu contoh sebagai contoh di Kg. Johan Setia yang terkenal dengan penanaman bekalan sayur. Hampir 30% bekalan di Lembah Klang adalah daripada kawasan ini yang menghasilkan lebih 3,000 metrik tan setahun dengan nilai RM46.3 juta. Di samping itu, kita juga mempunyai lagi banyak TKPM sayur bekalan sayur termasuk di Ulu Yam yang lebih besar dan juga di Cyberjaya juga menampung keperluan sebahagian besar daripada keperluan bekalan sayur di Selangor dan juga di Lembah Klang.

Seterusnya, dalam usaha untuk memberi penekanan juga kepada aspek pembenihan dan pembakaan, kita telah melihat beberapa usaha telah dilaksanakan di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor termasuk juga usaha pengeluaran benih tanaman yang berkualiti dan yang rintang penyakit oleh GWG yang kita telah usahakan dan telah lancarkan seperti benih melon, jagung dan betik. Tapak pengeluaran kelapa matag yang merupakan satu benih yang sangat diperlukan dan SGG juga sedang dibangunkan di Selangor Agro Park atau Smart Agro Park di Sungai Air Tawar dan juga di Hulu Selangor bagi mengeluarkan benih kualiti kelapa bagi penanaman semula kelapa kita di Sabak Bernam terutamanya. Dalam masa sama juga, kita telah bekerjasama dengan Global Good Waste untuk membangunkan pengeluaran benih bagi udang putih dan harimau. Ini merupakan salah satu aspek lagi dan yang terbaru kita dalam proses untuk pembakaan bagi Black Belly Barbados. Ini merupakan baka kambing yang sangat berkualiti dan tahan rintang penyakit yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Dan, di pihak MARDI dengan kerjasama MARDI kita juga melihat variety padi baru benih yang sedang dilaksanakan termasuk MR326 dan MR331 yang telah diisytiharkan pada bulan November 2024. Kita sedang meneliti juga beberapa lagi benih padi yang akan tahan kemarau dan juga berhasil tinggi iaitu NMR 151, NMR 152 dan juga UKM RC 2 dan juga UKM RC 8 yang juga mempunyai kesesuaian dalam menghadapi perubahan cuaca.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga melihat juga dari segi aspek keperluan untuk accesibility kepada rakyat. Dengan itu telah meningkatkan program Jelajah Ehsan Rakyat. Ini merupakan sebahagian daripada sebenarnya program di bawah Keterjaminan Makanan yang dilaksanakan oleh PKPS. Pada tahun 2025, program JER dijangka akan dilaksanakan di 1,344 lokasi di 56 DUN. Pada tahun 2024, jumlah lokasi yang terlibat adalah sebanyak 1,642 tapi melibatkan 56 sebab ini merupakan kawasan yang semua yang mobile, yang bergerak bukan setempat. Tapi tahun ini kita ada tambah dengan beberapa pasar raya yang telah kita wujudkan bersama dengan PKPS dengan kerjasama Seri Ternak dan juga SSG. Jadi, itu sebab nampak kekurangan dari segi yang mobile. Tapi kalau keseluruhan sebenarnya ada pertambahan. Dan dalam masa yang sama juga kita ada kerjasama dengan FAMA melalui Selangor Agro Market dan juga dengan Co Hijrah bagi pelaksanaan jualan prihatin. Ini akan meningkatkan lagi accesibility kepada rakyat Selangor. Satu lagi yang kita usaha yang juga penting ialah pelan kontigensi bagi

menangani krisis makanan di mana telah melaksanakan Program Gudang Makanan Selangor (GMS) di mana di sini kita menyimpan bekalan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana ataupun kekurangan makanan terutama daripada hasil daripada sumber karbo (karbohidrat) iaitu beras dan juga daripada sumber protein ialah daging beku, ikan dan ayam. Ini telah kita mulakan untuk pada kadar 15% dulu daripada jumlah keperluan penduduk Selangor yang kita anggarkan 7.2 juta ini makna 15% dahulu untuk tempoh sebulan dan kita akan tingkatkan bekalan ini ataupun simpanan makanan ini kepada 3 bulan bagi 7 juta penduduk Selangor. Ini merupakan satu usaha yang penting dalam kita menangani krisis ribut tadi, bencana alam seperti banjir dan dalam masa yang sama bagi menstabilkan harga, kita berlaku bekalan makanan yang terputus atau tak cukup bekalan, kita akan keluarkan untuk menstabilkan harga.

Untuk bahagian kedua ialah berhubung dengan bahagian (c), berhubung dengan penggunaan teknologi moden. Ini merupakan satu daripada yang saya sebut dasar tadi kerana kita berpandangan Negeri Selangor sepatutnya menerajui pemodenan pertanian kerana pemodenan pertanian akan berjaya mengatasi isu kekurangan tanah bagi meningkatkan hasil dalam masa yang sama juga menghadapi isu-isu perubahan cuaca yang sedang berlaku ini. Melalui Pertanian Pintar (IOT), kita telah galakkan melalui Smart Farming sama ada penanaman secara fertigasi/hidroponik dan juga plant factory dan vertical farming dan telah kita perluaskan di Negeri Selangor. Dan, melalui cara ini kita dapat menghasilkan kawasan yang kecil tapi menghasilkan hasil yang tinggi. Pertanian Pintar ini juga kita telah menggunakan penggunaan drone bagi pembajaan pengesan perosak penyakit dan saya telah memberi contoh di dalam Dewan ini dahulu kita telah mula membekalkan combine harvester ataupun mesin tuaian yang dahulu saya sebut kalau kita guna mesin tuaian yang besar di kawasan sawah, kita akan kehilangan 20% akan jatuh ke bumi. Tapi kita telah mula memberikan bantuan kepada Pertubuhan Peladang, mesin-mesin combine harvester yang sesuai untuk padi di mana dia punya hasil yang tumpah ke bumi hanya dalam 3% ke 5% sahaja. Ini segera dapat membantu sebenarnya mengurangkan padi yang tumpah ke bumi. Dan, kita telah mula melaksanakan di Kalumpang berkenaan IPM ataupun (Integrated Pest Management) yang memperkenalkan kaedah-kaedah yang mesra alam bagi kita menguruskan penyakit di kalangan tanam-tanaman. Ini antara beberapa perkara lagi yang kita akan usahakan dan kita akan pertingkatkan lagi penggunaannya dan peluasan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Meru.

Berkaitan dengan Gudang Makanan Yang Berhormat EXCO, apakah kaedah dan mekanisme pengeluaran makanan daripada gudang? Terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Gudang Makanan Selangor (GMS) ini merupakan satu langkah baharu yang tidak, jarang dibuat. Memang tak ada dalam negara kita. Kalau adapun di BERNAS. Dia hanya menyimpan beras sahaja. Di beberapa tempat termasuk juga di pusat pengeluaran mereka. Dan negeri yang terdekat pun ialah Singapura mengamalkan stock piling ini dan kita tidak mempunyai akses kerana benda ini adalah sekuriti, food security yang agak apa ada kerahsiaan. Jadi, kita terpaksa membina sendiri kaedah bagaimana nak menguruskan stock pile ini. Dan, kita kena faham tiap-tiap barang yang kita simpan ini dia mempunyai tarikh luput. Jadi, kita tidak boleh menyimpan selama-lamanya di situ dan kita sistem di mana kita bangunkan untuk sementara ini ialah bangunan-bangunan sementara, kita sewakan dan kita akan ada tarikh luput dan sistem yang kita akan guna sistem komputer, computerized system bagaimana kita menguruskan giliran atau kitaran barang-barang ini supaya dia dikeluarkan dan dijual melalui program JER dan sebagainya tetapi diganti balik. Makna, anytime kalau kita kata kita nak 5,000 tan, dia sentiasa ada 5,000 tan beras. Dan kalau kita keluarkan 1,000 tan, kita ganti balik dan kita akan audit every three months kita akan audit untuk pastikan barang-barang ini ada. Proses itu kena berjalan mengikut barangan apa yang kita simpan. Kalau yang tarikh luput tiga bulan, tiga bulanlah kita kena keluar dalam masa itu jual dan gantikan balik. Ini kita akan bina dan pusat kekal pun kita sedang dalam perancangan. Untuk tahun ini kita akan mulakan yang memerlukan keluasan lebih kurang 10 ekar sebenarnya untuk bangunan gudang penyimpanan makanan kita ini. Terima kasih.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker.

Speaker

Saya pergi kepada Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih EXCO yang menampakkan kesungguhan untuk mempertahankan keterjaminan makanan di Selangor ini yang antaranya adalah mengenai padi dan beras yang setidak-tidaknya akan ada 5 tan dalam jumlah yang terpelihara sepanjang masa. Soalan saya ialah, saya ke Sekinchan, kampung saya. Saya selalu jumpa dengan orang kampung tanya, katanya Sekinchan akan wujud bandar baharu yang diluluskan oleh Perbandaran Sabak Bernam. Sekiranya wujud bandar baharu yang mahu dilaksanakan ini, apakah kesan kepada susut nilai jumlah pengeluaran padi di Sekinchan? Sebab khabarnya bandar baharu akan meruntuh kawasan padi. Jika berlaku, benar-benar berlaku bandar baharu ini, berapa kesan percentage pengurangan pengeluaran padi? Ditambah pula

dengan wujudnya ada sektor pelancongan di situ. Letak kapal terbang besar dekat situ, rumah burung walit. Campur semua ini sebenar berapa kesan kepada kadar pengurangan padi di Selangor khusus di Sekinchan? Terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Saya memang akui antara semua jenis pertanian yang kita usahakan yang paling mencabar sekali ialah padilah. Sebabkan ia tanaman mono crop, tanaman single crop. Ini bukan mudah untuk kita nak menguruskan. Kita ada sekitar 19,000 hektar dan dalam kita punya bancian terakhir kita dapati 2,000 hektar kita dah hilang disebabkan oleh aktiviti penanaman yang tidak berkait dengan padi. Di apa nama ni, Ada yang tanam sayur, ada yang buat apa nama ni homestay, ada yang buat kapal terbang. Jadi, dia ada banyak benda dan sebenarnya dalam kaedah pengurusan tanah pertanian, kita benarkan 2/5 kita benarkan untuk mereka bangunkan bangunan. Itu memang ada dalam peraturan penggunaan tanah pertanian. Tetapi saya berpandangan beginilah, kalau kita lihat trend padi kita ini, saya melihat kemajuan. Kita pernah mencapai di sekitar 8 tan. 10 tan pun kita pernah. Dan juga ada satu salah fakta sebenarnya. Ada yang menyebut kawasan Sekinchan sahaja. Sebenarnya bukan kawasan Sekinchan sahaja yang tinggi. Di sekitar itu pun Sungai Burong pun tinggi sebenarnya. Tapi dia sebut Sekinchan tak apalah, kita terimalah Sekinchan. Tetapi sebenarnya di sekitar itu saya perhati bila kita pecah pada 6 mukim padi, 6 atau 7 mukim termasuk Kuala Selangor ya. Kita dapati memang di sekitar itu 2 – 3 lagi itu memang tinggi hasil mereka. Tetapi apabila berlaku penurunan disebabkan penyakit dan sebagainya, maka nampak penurunan dan saya lebih berpandangan untuk meneliti semula kawasan padi ini yang 19 hektar ini dan kenal pasti betul-betul kawasan yang boleh kita buat. Ini dalam kajian sedang dibuat ya yang betul-betul subur dan sesuai kita kekalkan tetapi kita tingkatkan dia punya yield dia, pengeluaran dia. Itu jauh lebih baik. Itu cadangannya, sebab selama ini kita tak pernah membuat kajian itu. Sebab apa sekarang ini saya tengok mereka kalau dah rugi sepanjang tahun, dia takkan dia nak tanam padi lagi. Dia tak ada kemampuan dah. Jadi dia tanam sayur, dan sayur pula nampak hasil dia lebih tinggi pula daripada. Tetapi kita kena seimbang lah sebab apa padi ini merupakan makanan ruji kita dan penting. Jadi kita tidak boleh pula bersewang-wenangnya buat keputusan bahawa kita nak tukarkan. Itu tidak semudah itu tetapi kita akan teliti dan kaji semula dan paling penting saya dengan juga Kerajaan Persekutuan kita mencari kaedah bagaimana nak tingkatkan yield itu daripada sekarang ini dalam 4 ke 4 setengah begitu sahaja tan, sangat rendah. Kemboja yang negeri pakai baja biasa sahaja pun boleh dapat sampai 10 tan 1 hektar. Kita boleh tingkatkan kepada 8 tan dan dengan cara ini kita akan dapat tingkatkan hasil padi ataupun beras bagi kawasan Barat Laut. Terima kasih.

Soalan tambahan Speaker. Boleh?

Speaker

Ya Sijangkang.

Terima kasih. Kawasan Johan Setia antara sumber sayur 30 % kepada di negeri Selangor ini, yang saya lihat sebahagian besarnya diusahakan oleh warga asing, ada tanah-tanah milik dan ada yang ceroboh tanah milik dan di bawah rentis elektrik ya. Yang saya kira dengan pembangunan Stesen LRT dia tak sustainable untuk jangka masa panjang. Apakah mungkin Kerajaan Negeri sudah memikirkan keluasan-keluasan yang tertentu untuk dibangunkan ataupun tapak pengeluaran kekal makanan ini juga boleh bangunkan untuk menampung 30 % sumber ini dalam masa panjang. Dan apakah status Gudang Makanan Selangor yang saya kira dalam jawapan yang lepas pada peringkat untuk RFP (Request For Proposal) yang saya kira kalau 3 tahun apa persiapan kita untuk intervensi yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri sangat baik ya tetapi yang dari sudut stok makanan kita itu, sudah kita mulakan daripada sekarang. Terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Y.B. Sijangkang, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya untuk di Negeri Selangor ini ataupun bekalan bagi Lembah Klang ini bagi sayur. Sebenarnya yang paling besar adalah di TKPM, Hulu Yam. Itu yang pertama. Yang kedua ialah di TKPM inilah di kawasan Smart Agro Farm di Johan Setia, yang ketiga ialah di Cyberjaya. Ini, untuk makluman kita Kerajaan Negeri ini betapa seriusnya kita untuk dari segi nak jaga bekalan ini, kita baru-baru ini bila ada permohonan daripada anak syarikat kita sendiri untuk nak tukar syarat Hulu Yam ini nak buat bangunan pemajuan lain, kita tak benarkan. Kita sebab kita nak kekalkan kawasan itu kawasan pertanian. Jadi kita suruh dia cari kawasan lain. Sebab dalam, saya ingat kalau tak silap saya dalam 400 hektar begitu kawasan ini memang kita kekalkan sebagai kawasan TKPM juga.

Ini untuk menjaga bekalan sayur dan sebagainya. PNSB, anak syarikat kita. Tetapi kita terpaksa walaupun dia rasa dia nampak macam ada kemungkinan untuk diguna untuk pembangunan dapat untung lebih tetapi kita berpandangan di bawah food security ini keterjaminan makanan perlu kita kekalkan dan Johan Setia ini memang kita isu besar sebab kawasan ini adalah kawasan gambut dan selama ini pun kita tak benarkan pembangunan. Dah berapa kali dah masuk SPC (State Planning Committee) saya sendiri terpaksa tidak bersetuju kerana nak bangun kawasan ini dia 20 – 30 meter dalam, tanah gambut boleh menyebab masalah kepada pembangunan walaupun kita benarkan sedikit untuk LRT kalau tak silap saya LRT Station yang kita benarkan dan juga laluan highway. Tetapi untuk pembangunan secara besar-besaran kita tak benarkan. Sebab dia kawasan gambut dan juga merupakan kawasan tanaman sayur yang besar, yang second besarlah dan saya tahu tempat ini bermasalah saya pernah panggil dulu di tanah-tanah ini, tanah kurnia banyak dapat 2 ekar, 2 ekar. Tuan tanah pun tak tahu tanah dia dekat mana. Jadi

orang asing masuk, tanam, tetapi walaupun mereka warga asing masuk, tanam, tetapi hasilnya sayur itu sangat banyak dan kita sedang usaha untuk buat pemutihan tempat ini dan memerlukan sedikit masa kerana nak cari nak kenal pasti owner, pemilik pun bukan senang di kawasan Johan Setia dan di Cyberjaya pun sama kawasan yang di bawah rentis dan sebagainya memang itu bukan kawasannya ini tetapi mereka juga yang ketiga besar pengeluaran sayur di Negeri Selangor ini kita akan teliti, dan tengok bagaimana kaedah untuk kalau kawasan itu kita anggap sesuai dan boleh bagi jangka pendek bagi mereka meneruskan penanaman sayur, terutama di bawah rentis itu sayur adalah antara tanaman yang dibenarkan ditanam di bawah rentis Tenaga Nasional ini ya itu kita akan tengoklah secara teliti ya. Terima kasih.

Speaker

Ya, Hulu Kelang. Bukan, Dusun Tua.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Gudang makanan nanti, sekejap ya yang ditambah sikit. Yang gudang makanan itu saya sebut tadi kita telah pun mulakan gudang untuk beras, daging, ayam dan juga ikan. Ini telah kita mulakan seperti yang saya sebut. Tadi, sasaran kita 15 % dulu. Keperluan untuk sebulan dan setelah kita ada tempat tetapi gudang ini kita telah adakan untuk beras di Tanjung Karang dah ada. Kita telah pun tetapkan dan mula menyimpan dan kita telah mula buat audit tetapi kita akan tingkatkan. Ini sementara, bangunan sementara tetapi kita ada perjanjian untuk menyewa tempat itu dan kita tidak boleh campur dengan beras-beras lain yang di bawah milik. Tetapi bangunan kita yang kekal tahun ini kita akan memulakan untuk pembinaan bagi seperti yang saya sebut 10 ekar keluasannya ya. Terima kasih.

Speaker

Baik, Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Kediaman Berstatus Strata/ Rumah BertingkatQuestions

4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah tindakan COB terhadap JMB/MC gagal dalam menguruskan isu kutipan bayaran penyelenggaraan?

b)

Terdapat banyak kemudahan asas seperti jalan, taman permainan, tong sampah/ rumah sampah yang tidak di selenggara dengan baik, apakah tindakan pihak berkaitan?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Soalan Yang Berhormat Dusun Tua mengenai tindakan COB terhadap JMB ataupun MC yang gagal dalam mengurus kutipan wang penyelenggaraan. a) Untuk makluman Yang Berhormat, antara tindakan yang boleh diambil oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) terhadap JMB ataupun MC yang gagal menguruskan kutipan bayaran penyelenggaraan adalah seperti berikut:

i. Mengadakan sesi turun padang bagi memberi khidmat nasihat dan meditasi kepada JMB dan MC dan pemilik petak mengenai kepentingan pembayaran fi bagi penyelenggaraan.

ii. Menasihati JMB untuk mengemukakan nama-nama pemilik atau petak yang gagal membayar fi penyelenggaraan kepada Tribunal Pengurusan Strata bagi tindakan lanjut berdasarkan kepada Akta Pengurusan Strata 2013 iaitu Akta 757. COB juga membantu JMB untuk mengeluarkan notis kepada pemilik petak yang gagal menyelesaikan tunggakan fi penyelenggaraan.

iii. Dan seterusnya, menyediakan notis peringatan secara automatik kepada pemilik petak yang gagal ataupun lewat membayar fi penyelenggaraan kepada Sistem e-COB.

Selain daripada itu juga, Kerajaan juga memberi pandangan kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) agar mengambil kira isu-isu berkaitan dengan penyelenggaraan rumah kos rendah iaitu dalam proses penggubalan bagi pindaan Akta 757 memastikan pengurusan strata yang lebih mampan dan berkesan terhadap masa hadapan.Saya telah didatangi oleh pihak konsultan yang dilantik oleh KPKT pada bulan lepas di mana mereka tengah membuat kajian sekarang ini. Kajian tentang keberkesanan COB atau JMB ini yang berkaitan dengan Akta 757. Jadi dia menjadi fokus pada Negeri Selangor kerana Selangor banyak di antara kediaman rumah kos rendah ini dan kajian yang dibuat untuk membaik pulih, memastikan Akta 757 ini lebih nampak terbuka, kalau tidak Akta ini dia melibatkan Rumah Kos Rendah, Sederhana yang bagi kekangan kepada pihak Kerajaan Negeri juga PBT.

Untuk makluman Yang Berhormat, penyelenggaraan bagi kemudahan asas, kediaman berstrata adalah di bawah tanggungjawab JMB dan Badan pengurusan terus memastikan kemudahan asas sentiasa berada dalam keadaan baik dengan mengadakan penyelenggaraan berskala dan menyelesaikan aduan kerosakan daripada penduduk. Ertinya kegagalan buat kutipan tadi menyebabkan mereka tak boleh nak buat maintenance dan sebagainya. Jadi, kami pihak LPHS kita turut membantulah JMB dari segi perkhidmatan nasihat, bimbingan, latihan dan juga Kursus Pemantapan Pengurusan, ini memang kita buat tiap-tiap tahun di mana sasaran kita bermakna JMB-JMB yang gagal datang dalam C-SMART ini meningkatkan kesedaran dan memahami tentang bagaimana menangani masalah kediaman ataupun rumah berstrata ini. Selain daripada itu kita pun Kerajaan Negeri di bawah LPHS ada membantu di bawah Skim Ceria, dibantu dari segi pembaikan lif, cat semula dan juga penyelenggaraan yang berkaitan dengan permasalahan di rumah murah. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Dusun Tua.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Terima kasih Speaker. Tadi Yang Berhormat EXCO ada menyebut di Selangor, Rumah Kos Rendah ini banyak di Selangor. Memang itu kita mengetahuinya. Kebelakangan ini banyak isu-isu macam rumah sampah di rumah-rumah flat ini banyak yang tidak terurus. Rumah sampah ini saya kira ada yang terlalu usang dan dah pun tong-tong sampah ini tidak berganti. Jadi, apakah satu langkah yang drastik kerana isu sampah ini cukup banyak, saya 2 hari lepas pun contoh Taman Orkid di dalam Dusun Tua ada pengusaha-pengusaha yang mana tumpang pula buang. Jadi mungkin pihak JMB dan pengurusannya tidak dapat mengawal dengan kedatangan lori-lori daripada luar . Cukup-cukup banyak, tinggi. Jadi isu ini saya tengok berlarutan, berpanjangan. Jadi apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah isu rumah sampah dan juga maintenance rumah-rumah pangsa ini.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi inisiatif untuk pembaikan seperti rumah sampah ya, taman permainan, jalan raya dan sebagainya, perancangan penyelaras perlu diadakan. Kerjasama daripada semua Jawatankuasa Tempatan, Jawatankuasa Perumahan, Komuniti dan Perancang. Inisiatif ini perlu diadakan mengikut pada kadar semasa ke semasa kerana masalah ini adalah permasalahan pengurusan yang begitu tidak baik, pengurusan yang kadang-kadang terdapat juga JMC ataupun JMB ini yang mereka bertukar-tukar, belum satu term lagi semua dah letak jawatan. Jadi menyebabkan pengurusan itu terganggu.

Jadi ini perkara ini COB mengambil tindakan beberapa yang kita adakan pertemuan dengan komuniti, mengadakan program-program gotong-royong, pembersihan kawasan dan sebagainya. Ini juga memastikan bahawa kerana mereka kita cuba juga menyediakan bajet sedikit ya untuk membantu pihak-pihak JMB ini melaksanakan tanggungjawab. Seperti yang saya sebut tadilah di antara Skim Ceria ini juga kita adakan pembaikan dan gotong-royong dan juga pemantauan bagi semua aduan-aduan yang dilaksanakan. Sebab COB ini dia punya limitation, kuasa dia kepada pihak federal. Jadi, walaupun dia ditempatkan di PBT tetapi kuasa dia di bawah KPKT. Terima kasih.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan. Subang Jaya ingin bertanyakan sama ada Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan sama ada kita sebagai Kerajaan boleh mengambil alih pengurusan low cost flat. Sekarang Skim Ceria, kelemahan dia adalah apabila dana itu sudah keluar, kita tak ada usaha untuk recover balik tetapi kalau kita ada agensi, di mana mereka bertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek seperti Skim Ceria, tetapi mereka juga agensi seperti pengurusan. Maka kita ada usaha untuk recover duit itu balik dan dana itu akan menjadikan lebih, sekali gus kita boleh menyelesaikan masalah penyelenggaraan di low cost flat ini. Pandangan Tuan EXCO.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat. Itu saya sebut tadi, Akta 757 ini dia ada kekangan ya kerana dia di bawah KPKT. Walau bagaimanapun, itu yang sebut tadi pada bulan lepas kita telah didatangi oleh konsultan yang dilantik oleh KPKT untuk membuat kajian. Apakah keperluan-keperluan dan dasar-dasar yang perlu dibaik penambahbaikan dalam Akta ini. Jadi kita telah memberi cadangan supaya dibuka Akta ini kepada Penguasa Tempatan dan Kerajaan Negeri boleh memberi kerjasama dan juga bantuan. Jadi yang ini memang dalam kajian dan saya yakin dan percaya akan diangkat di dalam sidang dewan yang akan datang untuk dibahaskan dan Akta ini akan diberi penambahbaikan untuk pelaksanaan. Terima kasih.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Speaker

Ya. Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Yang Berhormat, kita menyambut baik tentang inisiatif Skim Ceria. Cuma bolehkah Kerajaan Negeri juga mempertimbangkan untuk

memperluaskan skop kerja. Contoh, jalan di kawasan pangsapuri-pangsapuri ini, sebab buat masa sekarang kategori yang boleh dimohon tidak termasuk jalan. Okay.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat, boleh dipertimbangkan dengan syarat kita ada peruntukan yang agak cukup kerana keadaan peruntukan kita agak limited. Jadi kita ambil yang lebih penting iaitu seperti lif, bekalan tangki air, dan kawasan-kawasan yang perlu yang ada melibatkan kepentingan awam yang lebih penting. Saya faham jalan raya juga ada satu kepentingan dan ini boleh dikaji dan insya-Allah akan cuba pertimbangkan terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Soalan nombor 5.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Manfaat Ekonomi Dari Peranan Malaysia Sebagai Kepengerusian AseanQuestions

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil manfaat dari peranan Malaysia sebagai Kepengerusian ASEAN 2025 dalam konteks menarik pelaburan dan perdagangan serta mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai hub ekonomi serantau?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Hulu Kelang atas soalan yang telah dikemukakan, berkaitan dengan peranan atau pun langkah-langkah pihak Kerajaan Negeri dalam Kepengerusian Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025, dan manfaat-manfaat ekonomi serta peluang-peluang pelaburan yang dicipta dan langkah-langkah yang kita laksanakan. Jadi soalan ini juga saya akan ambil bersama-sama untuk soalan nombor 91 daripada Rawang, soalan 126 oleh Yang Berhormat Meru dan soalan 297 daripada Yang Berhormat Bukit Lanjan kerana merujuk kepada perkara yang sama. Ahli Yang Berhormat sekalian, pada tahun ini merupakan tahun Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN setelah kali terakhir Malaysia menjadi pengerusi pada tahun 2015. Dengan satu konsep yang cuba diketengahkan oleh kepengerusian ASEAN oleh

Malaysia dengan izin, inclusivity and diversity dengan menitik beratkan pendekatan centrality daripada neutrality sebagai mana yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, unsur-unsur ini akan menjadi tarikan yang penting untuk negara-negara Asean termasuk Malaysia dan Selangor bagi menarik pelaburan antarabangsa. Antara langkah-langkah yang kita akan laksanakan untuk memanfaatkan peluang ekonomi ini ialah dengan belanja melancarkan tahun Melawat Selangor Tahun 2025. Di Tahun Melawat Selangor 2025 ini akan mengambil peluang daripada lebih ratusan mesyuarat yang berlangsung di seluruh Malaysia dan juga sebahagiannya di negeri Selangor, antaranya adalah mesyuarat AIPA, ASEAN Inter-Parliamentary Association yang akan berlangsung makan malamnya dan programnya di negeri Selangor. Ini kesempatan untuk kita mempromosikan pelancongan ataupun pusat-pusat pelancongan di negeri-negeri Selangor yang sekali gus akan memberikan kesan dan dampak ekonomi yang baik.

Selain itu, kita juga telah mendapat kerjasama daripada kementerian terbabit sebagai contoh MITI untuk masukkan Selangor International Business Summit sebagai sebahagian daripada atur cara yang terkandung dalam program-program di ASEAN. Sebagai mana slogan kita sebelum ini, SIBS as a Gateway To Asean dan kali ini menjadi salah satu pintu penting untuk kita mempromosikan perniagaan perindustrian, industrial park. Dalam tempoh 2 tahun terakhir, kita mempromosikan industrial park sebahagian daripada elemen yang terkandung dalam Selangor International Business Summit selain daripada conference of smart city dan beberapa perkara-perkara lain dan saya percaya pada, atas sebagai kepengerusian ASEAN, kita akan berjaya menganjurkan dengan program yang lebih besar, kehadiran Perdana Menteri dan juga dianjurkan sekali lagi di KLCC ataupun Kuala Lumpur Convention Center. Dan kali ini kita turut akan memanggil beberapa tokoh-tokoh luar termasuk gabenor-gabenor daripada negara-negara sekitar ASEAN. Ini adalah peluang untuk kita merapatkan jurang di antara negara-negara terbabit kerana salah satu daripada perkara yang kita dapat kesan adalah kekurangan trade dengan izin, di antara negara-negara ASEAN berbandingan negara-negara ASEAN dengan Eropah, Amerika ataupun negara-negara China, negara China dan India. Jadi ini value creation yang ini kita cipta di antara negara-negara ASEAN supaya trade di antara negara-negara ASEAN ini dapat diperkemas dan diperhebat lagi.

Perkara ketiga adalah melalui pelaksanaan program Selangor Airshow. Beza maafkan saya, SIBS akan berlangsung insya-Allah oktober tahun 2025. Selangor Airshow sebelum ini merupakan satu acara yang diacara, dilaksanakan secara terbuka. Bukan terbuka, maknanya di dalam lapangan. Tapi pada tahun ini tahun 2025 Selangor Airshow akan menumpu kepada industri-industri dan juga perusahaan-perusahaan yang berkaitan dengan sistem aeroangkasa atau aircraft industry di Negeri Selangor. Jadi dia bukan hanya pertunjukan kapal terbang atau jenis kapal terbang, tetapi kita akan membuat di

dalam dewan, in house ataupun di dalam dewan, pameran di dalam dewan exhibition-exhibitionnya dan exhibition-exhibition macam ini akan menunjukkan semua syarikat-syarikat atau pun mereka yang terbabit dalam industri ini termasuk MRO dan juga termasuk penyediaan sistem dan servis perkhidmatan yang berkaitan dengan industri aeroangkasa di negeri Selangor.

Ketiga, kita juga turut membanyakkan promosi-promosi di antaranya mungkin sebahagian tuan-tuan dan puan-puan telah melihat saya dan juga EXCO-EXCO terbabit muncul di paparan-paparan media seperti di KLIA ataupun di airport-airport, di lapangan terbang antarabangsa untuk memperkenalkan Selangor dan tarikan-tarikan Selangor selain industri-industri yang boleh dimanfaatkan di Negeri Selangor secara lebih meluas.

Perkara ketiga, perkara keempat adalah dengan memperbesarkan dan mempromosikan beberapa aspek atau beberapa inisiatif kita, khususnya program seperti Speed Selangor yang kita akan lancarkan pada suku kedua tahun 2025 ataupun pada bulan 5 dan bulan 6 ini. Dan program ini dan Speed Selangor akan memberi manfaat dengan mempercepatkan proses tanah dan kelulusan dan ini menjadi tarikan-tarikan baru untuk perusahaan di Negeri Selangor yang boleh kita laksanakan di dalam satu daripada salah satu ratusan mesyuarat yang diadakan. Ada 800 mesyuarat, 325 nya melibatkan mesyuarat di antara Menteri dan juga Ketua Menteri dan selebihnya adalah mesyuarat melibatkan pegawai-pegawai dan program ini kita akan cuba masukkan sebahagian daripada tarikan, pameran di mesyuarat-mesyuarat terbabit. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Saya percaya kita di dalam D ewan ini bersetuju bahawa Selangor boleh diberi leverage on our strength kedudukan yang strategik dan juga kekuatan kita untuk menarik pelaburan-pelaburan yang berkualiti tinggi ke negeri Selangor. Selain daripada inisiatif atau pun perancangan yang telah dicerakin oleh Dato’ Menteri Besar seperti Tahun Melawat Selangor, SIBS, Selangor Airshow, saya kira kena menerima hakikat bahawa Selangor masih lagi antara negeri di semenanjung khusus yang sedang mengalami trade deficit kalau dibandingkan dengan Johor, Sarawak dan Pulau Pinang. Maka saya ingin bertanya kepada Dato’ Menteri Besar, ketika ini negara-negara ASEAN sedang giat untuk meningkatkan integrasi dalam rantaian bekalan ataupun supply chain dan kedudukan Selangor ini amat strategik untuk di optimumkan peranan kita. Jadi persoalan saya bagaimana kita boleh menggunakan Selangor sebagai hub E&E sebagai contoh, untuk meningkatkan integrasi dikalangan negara-negara ASEAN dan juga bagaimana kita boleh capitalise on Selangor strength untuk promote sustainable dan juga green

manufacturing practices atau pun amalan perkilangan hijau selaras dengan ASEAN sustainability goal. Jadi saya pohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Sudah pasti dalam kalau kita tengok track record kita atau data yang telah ditunjukkan, tahun 2024 menunjukkan bahawa Selangor dan juga seluruh negeri-negeri Malaysia telah berjaya mempertingkatkan nilai dagangan kita. Sama ada daripada segi eksport mahupun dari segi import. Cuma di Negeri Selangor, importnya lebih tinggi berbanding daripada eksport. Maknanya daripada kaca mata mudah atau pun daripada kerangka mudah kita dapati Selangor merupakan pintu masuk utama berbanding daripada barangan yang lebih keluar walaupun jumlah itu lebih tinggi kalau kita bandingan dengan negara-negara lain. Jadi maknanya yang disebutkan sebagai trade deficit oleh Yang Berhormat sebentar tadi telah banyak diperbaiki khususnya dengan capaian dagangan yang telah direkodkan termasuk jumlah nilai pelaburan dan juga jumlah nilai dagang sudah semakin meningkat, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh DOSM.

Perkara kedua berkenaan dengan industri E&E sebagai contoh, Selangor telah dengan agak giat pada tahun 2024 meletakkan asas yang tinggi dalam ic design park nya dan juga semikonduktor. Dan selepas ini bagaimana pula kita dapat membawa flagship program yang telah kita bincang di Suzhou, di Shanghai, di Taiwan dan beberapa negara-negara lain. Cuma kita kena mengukur sejauh mana pengenaan tarif ataupun kesan berkenaan tarif oleh pentadbiran Trump 2.0 akan memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada syarikat-syarikat berkenaan. Antaranya AM sebagai contoh sudah pasti akan turun di sini dan juga beberapa advance packaging yang telah kita bawakan, kita sudah kenal pasti tapak, cuma kosnya agak tinggi Yang Berhormat kerana ia melibatkan kos di tahap kita kosnya hampir 1 billion kalau kita ingin memberikan komitmen tersebut, di samping nilai investment kita masuk itu dengan rangkaian terhadap advance packaging dalam semikonduktor itu akan memberi rangkaian yang sangat besar. Perbincangan kita dengan syarikat-syarikat swasta, mereka belum dapat memberikan komitmen dan kita sedang berbincang dengan pihak GLC sebagai contoh yang melibatkan peringkat Kerajaan Persekutuan kerana kalau kita berjaya menyediakan kemudahan ini untuk mereka bertapak, bukan syarikat advance packaging ini sahaja yang bertapak sebab syarikat-syarikat ini bukan menyediakan syarikat di China sahaja mereka juga menyediakan kemudahan atau pun menyediakan perkhidmatan untuk syarikat antarabangsa Eropah dan Amerika Syarikat. Seluruh rangkaian ini kita boleh kenakan syarat untuk dimasukkan ataupun datang di negeri Selangor. Dan kita kenal pasti tapak di Sepang dan kawasan dan satu lagi di Dengkil sebagai tapak tersebut. Jadi ini antara perkara-perkara yang, yang sedang giat kita laksanakan dan rangkaian ini boleh disatukan dengan beberapa rangkaian negara-negara lain sebagai contoh antaranya Vietnam. Ini adalah antara pesaing kita dalam bidang semikonduktor dan kita

boleh melengkapi anta satu sama lain dalam usaha untuk memastikan bidang atau subsektor E&E ini dapat dimanfaat dengan besar. IC Design Park kedua kita insya-Allah akan siap dalam suku pertama dalam tahun ini dan yang pertama sudah penuh, yang kedua saya rasa sebelum kita buka lagi sudah ada senarai menunggu untuk memasukinya. Front end ini atau pun back hand ini, front end IC design ini yang pentingnya bukan, bukan dia buat di sini sahaja kerana dia juga akan memberikan satu penarafan ia bermula di Malaysia. Ia bermula di Selangor, Made in Selangor. Dia punya design terhadap semi konduktor ataupun cip ataupun peralatan yang akan dihasilkan bermula dengan design dan diikuti dengan advance packaging dan langkah-langkah seterusnya.

Berkenaan dengan ekonomi hijau yang disentuh dalam perkara terakhir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, sudah pasti kita akan cuba untuk memastikan data centre-data center yang akan bertapak di Negeri Selangor. Kalau laporan saya sebelum ini kita ada lebih kurang 28 sebagai contoh. 28 data center yang ada di Negeri Selangor, jumlahnya telah meningkat sebenarnya kepada hampir 35, 36 pada hari ini. Kita akan menetapkan beberapa langkah-langkah ESG, antaranya penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan juga penggunaan air yang sustainable di samping program seperti ZDP dan program-program dalam framework ekonomi hijau ini akan memberikan dampak dan kesan yang setara dan boleh dibahaskan dan di bincangkan dalam SIBS juga program-program yang kita laksanakan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih. Saya ingat daripada sudut dagangan antarabangsa, Malaysia kedudukannya strategik terutama Selangor kita ada airport, kita ada pelabuhan. Cuma daripada sudut peranan Malaysia dalam kepengerusian ASEAN ini, kesempatan yang kita ambil untuk membawa agenda halal international Selangor ini, yang saya kira eko-sistem yang boleh kita rencanakan dengan baik lagi walaupun di kalangan ASEAN, Indonesia ada halal Indonesia sendiri tetapi kedudukan Malaysia sebagai center dari sudut dagangan dengan Timur Tengah, Barat dan juga China, Japan saya ingat ini antara kedudukan yang baik dan kita boleh perkenalkan lebih baik lagi sudut eko-sistemnya atau mungkin melalui SIBS, meja bulat dan sebagainya boleh di rencana oleh Kerajaan Negeri. Mohon pandangan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya, saya sangat sokong, menyokong pandangan dan juga harapan Yang Berhormat supaya industri halal ini dapat dikembangkan. Dan memang kita telah cuba daripada sebelum ini pun untuk

cuba meletakkan halal ataupun industri halal sebagai salah satu daripada nadi penting kepada ekonomi yang boleh dikembangkan khususnya di kalangan masyarakat yang beragama Islam di dalam negara kita. Tetapi realiti yang kita dapati kesedaran di kalangan pengusaha-pengusaha yang antara beragama Islam dengan non-bumi ataupun yang bukan Islam. Di kalangan yang bukan Islam ini kesedarannya lebih tinggi untuk berdaftar dan juga melakukan transisi pensijilan halal. Ini disebabkan sedikit sebanyak kerana sudut pandang ataupun cara berfikir masyarakat yang tidak dapat lagi mengubah bahawa halal ataupun industri halal merupakan satu sektor ekonomi yang boleh dikembangkan dan pensijilan ini bukan bergantung kepada warna kulit ataupun agama tetapi bagaimana pemprosesan sesuatu barangan ataupun makanan itu dihasilkan.

Kita melaksanakan program ini MIHAS sebagai contoh dan juga program halal Selangor tetap kita laksanakan every year dan setiap tahun. Cumanya bagaimana kita dapat mengatasi mind barrier ataupun kekangan pemikiran di kalangan masyarakat yang termasuk di kalangan peniaga-peniaga dan mereka yang mengusahakan. Perusahaan-perusahaan Melayu terutamanya dan juga yang beragama Islam kadang-kadang rasa tidak perlu untuk mendaftarkan pensijilan halal kerana mereka yakin mereka sudah buat halal. Tetapi syarikat-syarikat yang non-bumi nampaknya lebih agresif berdaftar halal. Ini antara gabungan di antara hukum dan juga perniagaan yang kadangkala ada yang ekstrem on hukum, bukan ekstrem, dia berpandangan hukum, memang hukumnya halal, tetapi pensijilannya tidak kelihatan halal. Sebab itu, saya rasa perlu ada gabung jalin di antara Halal International Selangor dengan jabatan yang terbabit supaya kedua-dua unsur ini dapat digabungkan ke arah memastikan penghasilan produk yang halal dan dijamin dan juga tidak menimbulkan sensitiviti dengan bahan-bahannya yang syubhah tetapi juga mampu untuk memberikan tawaran kepada pasaran di peringkat Timur Tengah dan juga di seluruh dunia yang masih, yang sangat tinggi terutamanya permintaan terhadap makan-makanan halal terutamanya yang tidak hanya terletak pada itu sahaja, turut pada barang-barang yang lain seperti farmaseutikal dan juga peralatan solek. Jadi, saya rasa nampak yang paling besar ialah melepaskan kotak pemikiran itu supaya kotak pemikiran hukum, dengan perniagaan ini boleh bergabung bersama-sama ke arah kejayaan ekonomi di kalangan pengusaha-pengusaha dan juga produk-produk di samping jaminan bekalan barangan itu ada jaminan halal. Terima kasih.

Speaker

Paya Jaras.

Soalan saya nombor 6.

PERTANYAAN-PERTANYAAN LISAN DARIPADA Y.B. DATO' DR. HALIM BIN TAMURI

TAJUK : PEMBINAAN MASJID KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH

6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah status semasa perancangan pembinaan Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh? b) Bilakah proses pengambilan tanah yang berhampiran akan dilaksanakan? c) Berapakah kos anggaran projek ini dan bilakah projek ini dijangka akan bermula?

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Soalan yang diajukan adalah mengenai pembinaan Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh. Untuk bahagian (a), status semasa perancangan Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh ini adalah masih lagi dalam pertimbangan dan penilaian pihak JAIS. Saya di sini on record ingin menzahirkan sedikit empati saya kepada isu ini kerana menurut semakan yang telah dibuat perkara ini telah dibangkitkan seawal tahun 2014 dan pastinya setelah hampir sedekad ianya berlalu, keperluan penduduk ini tentunya semakin meruncing. Jadi saya mohon agar perkara ini dapat disegerakan oleh pihak agensi. Isu penangguhan ini adalah disebabkan oleh laluan masuk yang terpaksa melibatkan pengambilan tanah milikan yang masih belum dimuktamadkan menyebabkan usaha pembinaan masjid tertangguh sehingga sekarang.

Untuk bahagian (b), proses pengambilan tanah ini boleh diteruskan hanya selepas penilaian daripada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan kelulusan bayaran pampasan daripada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri diperolehi seterusnya selepas itu akan didasarkan juga kepada penilaian daripada pihak JPPH.

Dan untuk bahagian (c) yang terakhir, mengenai anggaran kos projek ini, kos projek ini dianggarkan sebanyak RM 20 juta untuk masjid dalam tanah seluas satu ekar tetapi ini tidak termasuk dengan jumlah bayaran pampasan kepada pemilik tanah. Terima kasih.

Soalan.

Speaker

Ya.

Terima kasih yang Berhormat. Pada, baik terima kasih atas keprihatinan sebab isu lama yang membangkit di Kampung Melayu Sungai Buloh. Jadi saya mohon, pada anggaran Yang Berhormat bilakah projek ini agak-

agak boleh dimulakan. Maknanya penduduk kampung tanya bila sebab dah 2014 sebenarnya 2015 hampir 11 tahun. Pada anggaran JAIS, bilakah projek ini dijangka akan dimulakan? Sekurang-kurangnya mereka boleh bersedia sebab jumlah penduduk semakin meningkat, surau juga semakin sempit. Jadi, ini perlu diberikan perhatian kita bersamalah untuk disegerakan pembinaan masjid. Terima kasih Yang Berhormat.

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini tidak ada garis masa yang ditetap, yang ditentukan kerana ia tertakluk kepada proses ukur daripada pihak JUPEM dan juga penilaian tanah yang akan diambil, yang akan di lulus mengikut kelulusan daripada pihak JUPEM dan juga Kerajaan Negeri. Saya on record tadi dah disebut bahawa saya akan mencadangkan agar perkara ini disegerakan kerana telah lama sangat tertangguh pada hematsaya. Terima kasih.

Speaker

Selat Kelang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 7.

PERTANYAAN-PERTANYAAN LISAN DARIPADA Y.B. DATUK ABDUL RASHID BIN ASARI

TAJUK : ILTIZAM SELANGOR SIHAT

7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah langkah penambahbaikan yang telah dan akan diambil bagi Skim Peduli Sihat? b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah nilai yang diberi untuk had kegunaan sekali rawatan (RM70) bagi membantu rakyat yang semakin terkesan dengan kos perubatan yang meningkat?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Selat Kelang. Selat Kelang telah bertanyakan apakah langkah penambahbaikan yang telah dan akan diambil bagi Skim Peduli Sihat ataupun ISS dan soalan kedua, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah nilai yang diberi untuk had kegunaan sekali rawatan iaitu RM70 bagi membantu rakyat yang semakin terkesan dengan kos perubatan yang meningkat.

Tuan Speaker, antara penambahbaikan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk program Iltizam Selangor Sihat yang dahulunya dikenali sebagai Skim Peduli Sihat pada 2024 dan tahun 2025 adalah, sejak tahun 2024 Kerajaan Negeri Selangor telah menambah manfaat hospitalisasi dan pada tahun ini kita akan teruskan dengan rawatan dialisis. Pengenalan manfaat hospitalisasi ataupun in-patient berjumlah sehingga RM10,000 setahun di hospital panel swasta dan kerajaan terpilih telah mula sejak tahun lepas dan sedikit penerangan mengenai manfaat ini adalah manfaat hospitalisasi ini akan diberikan kepada penerima utama ataupun principal holder dengan izin, dan pemohon perlu mendapatkan dokumen pra-rawatan dan surat rujukan terlebih dahulu melalui beberapa kaedah. Yang pertamanya adalah melalui Klinik Panel Selcare dan The KL Clinic. Dan keduanya adalah Telemedicine Selcare menerusi aplikasi SELangkah atau pun mana-mana Klinik Kesihatan ataupun Hospital Kerajaan.

Jadi bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri Selangor sedang memuktamadkan penyelarasan manfaat rawatan dialisis yang sebelum ini diletak di bawah Program Bantuan Sihat Selangor ataupun BSS dan program ini, bantuan ini akan diletakkan di bawah Program ISS. Penyelarasan manfaat rawatan dialisis ini akan membantu penerima manfaat rawatan dialisis yang layak menerima bantuan rawatan berjumlah sehingga RM10,000 berbanding dengan RM5,000 yang iaitu jumlah maksimum yang boleh diterima di bawah Program BSS. Dan buat masa kini, Kerajaan Negeri Selangor tidak merancang untuk menaikkan jumlah had bantuan rawatan asas berjumlah RM70 bagi setiap sesi rawatan. Namun begitu, bagi tujuan pengawalan harga rawatan asas oleh klinik panel, pihak Selcare Management Sdn. Bhd. telah menyelaras perkara tersebut dengan klinik panel melalui dokumen perjanjian di antara Selcare Management Sdn. Bhd. dengan klinik panel untuk memastikan caj rawatan yang dikenakan tidak terlalu membebankan kewangan penerima manfaat. Terima kasih.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Soalan tambahan.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Selat Kelang dulu.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Apa nama tu, berkenaan dengan bayaran tadi tu yang RM70 tu, adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah tersebut kerana apa yang berlaku di luar sana, apabila pesakit-pesakit ini pergi klinik swasta terutamanya, dia bawa kad tu RM70.00 tetapi klinik tersebut menambahkan lagi cas perubatan tu kadang-kadang sampai RM120.00, RM150.00. Jadi, penerima skim ini dia merasa marah, terkejut. Seolah-olah dia kata bantuan yang diberi

Kerajaan tidak mencukupi. Jadi, itulah saya bertanya adakah cadangan untuk menambahkan lagi jumlah ini.

Dan yang keduanya bagi tahun 2024, berapa ramaikah penerima skim ini yang berjumpa dengan, mendapat rawatan, dan berapa banyakkah jumlah yang telah Kerajaan belanjakan untuk tujuan tersebut? Kerana pada saya oleh kerana rizab Negeri Selangor ini agak lumayan sebanyak lebih RM4 bilion, jadi saya rasa ada baiknya supaya tambahan ini dinaikkan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Selangor. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Selat Kelang. Seperti yang telah diterangkan tadi walaupun tidak mempunyai kenaikan subsidi di peringkat rawatan klinik, namun begitu sejak tahun lepas sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor oleh kerana prihatin terhadap warga Selangor telah pun mewujudkan manfaat hospitalisasi di mana sekiranya memang memerlukan rawatan yang lebih serius, warga Selangor terutamanya pemeganglah ataupun principal holder, pemegang utama boleh menjalankan rawatan di hospital yang di bawah panel sehingga RM10,000. Jadi saya kira itu merupakan satu penambahan manfaat yang memang prihatin terhadap warga Selangor dan juga komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam bab isu yang berkaitan dengan kesihatan awam.

Dan juga sekiranya di mana-mana klinik-klinik panelis yang telah berkolaborasi dengan pihak Kerajaan Negeri dan sekiranya kita mendapati cas yang dikenakan adalah berlebihan ataupun tidak mengikut di harga pasaran, perkara itu boleh dimaklumkan ataupun boleh di adukanlah kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang seterusnya kerana dari semasa ke semasa memang kita memantau tentang isu berkaitan dengan cas-cas rawatan ini. Ada apa lagi tak soalan yang ingin ditanya? Itu sahaja.

Speaker

Ya Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan tambahan

Speaker

Ya Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih EXCO Kesihatan. Saya nak tanya sikit, memang for satu seisi keluarga, dia kos rawatan satu tahun adalah RM500. Bagi single pula ada RM250, tetapi memandangkan kos rawatan yang semakin tinggi, adakah wajar untuk mempertingkatkan kepada RM1,000 kah atau lebih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak tambah sikit lagi, saya baru teringat antara soalan yang ditanya adalah jumlah penerima untuk program ISS lah iaitu berjumlah 67,276 setakat ini. Dan juga untuk makluman Yang Berhormat semua yang prihatin tentang bantuan-bantuan ataupun manfaat yang berkaitan dengan kesihatan awam, sebenarnya tahun ini Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan anggaran RM40 juta dalam program inisiatif yang berkaitan dengan kesihatan awam selain daripada ISS lah. Walaupun ISS merupakan program yang diperuntukkan dengan jumlah yang paling besar berbanding dengan peruntukan yang lain. Dan sekiranya kita melihat kepada jumlah yang diperuntukkan ini, sebenarnya negeri Selangor boleh dikatakan negeri yang pertama yang memperuntukkan jumlah sebegitu besar berbanding dengan negeri-negeri lain. Ini termasuk Sabah dan Sarawak lah yang sebenarnya belanjawan mereka mungkin lebih tinggi terutamanya Sarawak yang mempunyai belanjawan yang lebih tinggi berbanding dengan negeri Selangor dalam jumlah keseluruhan. Jadi, komitmen Kerajaan Negeri Selangor memang kita mahu mewujudkan peratusan yang tertentu di mana hampir 5 peratus daripada perbelanjaan ataupun peruntukan kesihatan awam telah dilibatkan dalam belanjawan keseluruhan, belanjawan membangun. Oleh kerana itu saya rasa memang Negeri Selangor komitedlah. Cuma, mungkin apa yang telah dibangkitkan adalah berkaitan dengan cara-cara bagaimana kita mahu membantu warga Selangor dan perkara itu kita dapat pantau dari semasa ke semasa. Kerana program Peduli Sihat ini sejak tahun, mungkin 2018, 19 sehingga kini, 2017 sehingga kini nama dia pun telah berubah namun begitu sebenarnya manfaat di dalam Peduli Sihat sehingga ke ISS juga telah berubah mengikut keadaan semasa. Jadi sekiranya ada cadangan terhadap penambahbaikan kita boleh pantau dari semasa ke semasa untuk memastikan penambahbaikan itu merupakan penambahbaikan yang penting atau pun lebih significant untuk warga Selangor.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan yang seterusnya.

Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya, Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Pelabuhan Klang sebagai Pencadang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang memohon untuk membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut; Ampun Tuanku, patik-patik sekalian iaitu Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan yang mulia ini

memohon sembah dan terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas Tahun 2025 pada 18 Februari 2025, semalam. Patik juga ingin merafak sembah setinggi-tinggi junjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas Titah Ucapan Baginda yang penuh dengan kebijaksanaan, hikmah dan keperihatinan terhadap kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri Selangor. Sesungguhnya Titah Tuanku akan menjadi pedoman dalam melakar hala tuju negeri Selangor ke arah yang lebih maju, makmur dan sejahtera. Pelabuhan Klang juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh YAB Sungai Tua atas kejayaan mencatatkan rekod hasil tertinggi dalam sejarah negeri Selangor bagi tahun 2024 iaitu sebanyak RM2.867 billion. Sementara reserve kerajaan Selangor telah meningkat kepada RM4.131 billion pada tahun 2024 berbanding RM3.614 billion pada tahun 2023 dengan peningkatan sebanyak RM517 juta. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan pengurusan kewangan negeri Selangor tetapi juga bukti kejayaan dasar-dasar progresif yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Selangor. Pencapaian ini membuktikan Selangor terus menjadi negeri termaju di Malaysia, dengan keupayaan ekonomi yang kukuh dan mampan. Ia juga secara tidak langsung mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan pentadbiran negeri Selangor serta inisiatif pembangunan yang inklusif dan lestari. Yang Berhomat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, Selangor terus berkembang sebagai negeri paling maju dan stategik di Malaysia. Menyumbang lebih 25% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara. Pembangunan pesat dalam sektor industri perkhidmatan, pelancongan dan perdagangan telah menarik ramai penduduk untuk berhijrah dan menetap di negeri Selangor. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan ketara jumlah penduduk daripada 6 juta pada tahun 2015 kepada 7 juta orang pada tahun 2021. Dengan unjuran mencapai 8 juta orang dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. Seiring dengan pertambahan ini, Kerajaan Selangor perlu bertindak proaktif dalam usaha untuk memastikan pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas terus mampan selaras dengan keperluan rakyat yang semakin meningkat. Bagi memenuhi keperluan perumahan, Kerajaan Selangor perlu memperluaskan program rumah Selangorku, bagi memastikan rakyat memiliki kediaman mampu milik yang selesa. Langkah ini, amat penting dalam mengekang kenaikan harga rumah serta memastikan golongan-golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak terpinggir. Dalam aspek infastruktur, peningkatan penyelenggaraan jalan raya, sistem perparitan serta pengurusan trafik juga perlu diperkukuhkan oleh Kerajaan Selangor. Pelabukan Klang akan menyokong penuh segala usaha kerajaan dalam usaha menaiktaraf sistem jalan raya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan Pelabuhan Klang dan sekitarnya.

Program Kita Selangor 1.0 dan 2.0, Yang Berhormat Tuan Speaker, Selangor bukan sahaja negeri paling maju di Malaysia tapi juga negeri yang menjadi lambang keharmonian dan perpaduan yang kepelbagaian. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, dalam Titah Baginda telah menzahirkan sokongan terhadap program Kita Selangor 1.0 yang telah dilaksanakan serta program Kita Selangor 2.0 yang bakal dilancarkan. Program ini telah memberikan penekanan kepada semangat perpaduan rakyat, kecekalan menhadapi cabaran dan kesiapsiagaan untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Baginda juga bertitah, bahawa inisiatif ini akan dijajarkan merentasi sembilan daerah di negeri Selangor agar manafaatnya dapat dirasai sehingga ke akar umbi. Sekaligus memastikan negeri Selangor akan terus maju dan berdaya saing. Perkara ini membuktikan bahawa Kerajaan Selangor tidak hanya menumpukan pembangunan di kawasan bandar semata-mata tapi turut memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri terus diberikan perhatian. Pelabukan Klang menyambut baik usaha ini kerana ia selari dengan visi membangunkan Selangor sebagai negeri yang inklusif dan progresif. Namun dalam usaha ini kita tidak boleh membiarkan anasir-anasir luar yang menunggang agama dan memainkan sentimen perkauman, menjadi penghalang kepada kesatuan rakyat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kita melihat bagaimana pihak-pihak tertentu cuba memecah belahkan masyarakat dengan membawa naratif yang sempit dan berbahaya demi kepentingan pihak-pihak tersebut. Jangan sesekali kita membiarkan golongan ekstrimis dan opportunist menggunakan agama serta perkauman sebagai alat untuk mengadu domba rakyat dan merosakkan keharmonian dan perpaduan yang telah lama kita bina di negeri Selangor.

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Negeri ini membuktikan bahawa perpaduan adalah kunci kepada kejayaan dan oleh itu sebarang usaha untuk melemahkan kesepaduan dan kesatuan masyarakat perlu ditolak secara tegas. Melalui program Kita Selangor 2.0, Kerajaan Selangor dapat memperluaskan inisiatif yang memberi manafaat kepada rakyat seperti program bantuan kebajikan, pembanguan ekonomi setempat dan aktiviti-aktiviti memperkukuhakan perpaduan antara kaum. Pendekatan ini sangat penting dalam memastikan masyarakat tidak terpinggir daripada arus pembangunan yang semakin pesat berlaku di negeri Selangor. Pelabukan Klang juga ingin menekankan bahawa asas utama kejayaan program-program ini adalah penyertaan aktif rakyat. Oleh itu, usaha harus dilakukan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dapat memahami dan terlibat secara langsung dalam inisiatif -inisiatif yang diperkenalkan di bawah Program Kita Selangor 2.0.

Yang Berhormat Tuan Speaker, program ini membuktikan bahawa Kerajaan Selangor sentiasa berusaha untuk membangunkan negeri dengan pendekatan yang inklusif dan

menyeluruh. Janganlah kita membiarkan anasir-anasir jahat yang menanam kebencian antara kaum serta memecah belahkan rakyat menjadi penghalang kepada kemajuan negeri Selangor. Pelabuhan Klang yakin bahawa program Kita Selangor akan menjadi pemacu kepada perpaduan daya saing ekonomi dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri Selangor.

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dengan perlaksanaan yang tersusun dan efektif, inisatif ini akan membantu Selangor mencapai matlamat sebagai sebuah negeri maju, berdaya saing dan sejahtera untuk semua pihak tanpa dipengaruhi oleh agenda-agenda sempit yang cuba merosakkan perpaduan kita. Ya.

Terima kasih Pelabuhan Klang. Saya amat bersetuju dengan penghujahan Pelabukan Klang berkenaan dengan, pertama sekali berkenan infrastruktur. Infrastruktur ini pula mesti diseragamkan dengan pemikiran kita dan budaya dan adab kita. Setuju tak Pelabukan Klang, untuk kita memupuk perpaduan, menjaga akhlak, mengelakkan budaya fitnah, mesti dimulakan oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat di dalam Dewan ini dahulu. Jangan ada dikalangan yang Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan ini yang menggunakan media sosial untuk memfitnah sesiapa dan membawa unsur-unsur yang negatif yang memecah-belahkan perpaduan. Apa pandangan Pelabuhan Klang?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sebab itu saya nyatakan kita sebagai rakyat negeri Selangor yang hidup dalam kepelbagaian budaya, kaum dan agama perlulah menolak anasir-anasir seperti ini yang boleh memecah belahkan perpaduan kaum yang telah kita bina selama hari ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Selangor terus berkembang sebagai sebuah negeri yang menjadi nadi utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dengan infrastruktur moden, tenaga kerja berkualiti dan dasar mesra pelabur, Selangor kekal sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan strategik termasuk dalam industri semikonduktur yang berkembang pesat. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam Titah Baginda menyambut baik usaha Kerajaan Selangor dalam mengorak langkah ke arah pengukuhan industri semikonduktur khususnya dengan kejayaan Malaysia Semiconductor IC Design Park 1 di Puchong. Baginda juga turut menzahirkan harapan agar Fasa 2 pembangunan taman ini bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya golongan muda dalam sektor berteknologi tinggi. Pelabuhan Klang juga ingin memuji inisatif Kerajaan Selangor dalam usaha untuk memperkukuhkan daya saing Selangor sebagai hub teknologi dan inovasi sekaligus memastikan negeri ini

kekal sebagai pilihan utama pelabur. Pelabuhan Klang juga menyambut baik usaha kerajaan dalam meningkatkan kecekapan proses pentadbiran dan perniagaan termasuk mempercepatkan tempoh proses kelulusan pelaburan dan perniagaan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor turut bertitah mengenai kejayaan Kerajaan Selangor dalam mengurangkan masa pemprosesan urusan pelabur dan penguasa dengan kerajaan Selangor dan semua pihak berkuasa tempatan daripada 3.5 bulan kepada 14 hari dan 7 hari. Hasil daripada penambahbaikan dalam prosedur-prosedur semakan dan kelulusan, kecekapan dan kejayaan Dasar Speed Selangor ini telah menjadikan Selangor semakin competitive dalam aspek, dengan izin Yang Berhormat Tuan Speaker, ease of doing business yang menjadi faktor penentu utama bagi pelabur-pelabur asing dan domestik dalam membuat keputusan pelaburan di negeri Selangor. Pelabuhan Klang percaya bahawa dengan langkah proaktif ini, banyak pelaburan berkualiti akan masuk ke negeri Selangor. Sekaligus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Selangor. Kerajaan Selangor perlu terus meningkatkan inisiatif ini dengan memperluaskan insentif-insentif kepada syarikat-syarikat teknologi, memperkukuhkan kerjasama dengan universiti-universiti dan isntitusi-institusi latihan kemahiran serta memastikan lebih ramai anak muda Selangor dilatih dalam bidang-bidang semikonduktur dan teknologi digital.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang menyokong penuh usaha kerajaan Selangor dalam memastikan Selangor kekal sebagai destinasi utama pelaburan berteknologi tinggi. Kecekapan pentadbiran yang dipertingkatkan serta hala tuju startegik dalam industri semikonduktur membuktikan bahawa Selangor bukan sahaja maju dari segi infrastruktur tapi juga dalam memastikan kemakmuran rakyat melalui peluang pekerjaan pendapatan tinggi dalam sektor teknologi tinggi. Pelabukan Klang berharap agar Kerajaan Selangor terus memperkukuhkan dasar yang menyokong inovasi dan pertumbuhan industri berimpak tinggi agar Selangor kekal sebagai negeri peneraju ekonomi Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab bersama yang perlu digalas oleh semua pihak termasuk kerajaan, pihak-pihak berkuasa tempatan dan rakyat negeri Selangor. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor di dalam Titah Baginda telah menegaskan bahawa Kerajaan Selangor bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian alam sekitar dengan menyediakan 100 tempat kitar semula di taman-taman perumahan utama di bawah selian semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Langkah ini amat penting dalam mengurangkan jumlah sisa buangan yang berakhir di tapak pelupusan sampah serta membentuk kesedaran masyarakat agar memikul tanggungjawab menjaga alam sekitar secara bersama. Pelabuhan Klang menyambut baik inisiatif ini sebagai satu usaha berterusan Kerajaan Selangor dalam memastikan kebersihan dan kelestarian alam sekitar terjaga. Namun usaha ini perlu

diperkukuhkan lagi dengan memperbanyakkan pusat-pusat kitar semula dan memperkenalkan inisiatif kepada rakyat yang aktif mengamalkan kitar semula. Sebagai contoh, insentif seperti rebat cukai PBT atau pun cukai taksiran PBT atau ganjaran berbentuk tunai boleh menarik lebih ramai rakyat untuk turut serta di dalam amalan ini. Selain itu tindakan penguatkuasaan yang tegas perlu diambil terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan aktiviti pembuangan sampah haram. Pelabuhan Klang melihat masalah sampah haram ini sebagai satu isu yang perlu diberikan perhatian yang serius kerana ia bukan sahaja menjejaskan kebersihan bandar tetapi juga mencemarkan alam sekitar. Oleh itu tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini membuang sampah secara haram perlu di pertingkatkan termasuk mengenakan denda yang lebih berat serta pemantauan yang lebih kerap oleh pihak-pihak berkuasa. Pelabuhan Klang juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Selangor meneroka penggunaan teknologi hijau dalam pengurusan sisa pepejal seperti sistem pengkomposan organik untuk sisa makanan serta loji kitar semula yang moden. Banyak dengar dari pemaju yang berjaya mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah dengan mengaplikasikan teknologi ini sekali gus membantu menjana sumber tenaga alternatif yang lebih lestari.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Pelabuhan Klang, saya cukup tertarik apabila bila Pelabuhan Klang bangkitkan soal isu kitar semula di Negeri Selangor. Saya sebelum ini pernah berkhidmat di Pulau Pinang. Jadi di Pulau Pinang kita telah mencapai sasaran kitar semula yang diletakkan oleh negeri bahkan dalam Rancangan Selangor 1 ada disebut bahawa Kerajaan Negeri bercadang untuk mencapai tahap kitar semula di negeri Selangor ini sebanyak 15.02% tetapi kalau kita lihat kepada laporan yang telah dibentangkan sebelum ini dalam sidang yang lepas, hanya baru mencapai 8%. Bahkan cadangan itu sepatutnya Rancangan Selangor Pertama ini akan tamat pada tahun 2025. Tahun ini adalah tahun 2025 lah. Jadi adakah Yang Berhormat Pelabuhan Klang bersetuju dengan saya bahawa Kerajaan Negeri telah gagal untuk mencapai sasaran itu dan apa pandangan Yang Berhormat Pelabuhan Klang perlu dilakukan sama ada perlu tukar EXCO ke atau perlu tukar Menteri Besar ke, pandangan Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang saya hendak dengar.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang berhormat Taman Medan. Ini soalan provokasi tu Taman Medan. Taman Medan sebab itu dari awal ucapan saya berkenaan dengan apa ni, saya sebutkan daripada awal tadi tentang alam sekitar ini ialah penjagaan alam sekitar ataupun program-program kitar semula ini bukan hanya

tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi juga adalah tanggungjawab kita semua rakyat Malaysia. Kalau kerajaan sahaja yang menganjurkan program tetapi tidak mendapat sambutan daripada rakyat ataupun rakyat mengambil atau pun memandang remeh terhadap program-program ini, maka ia tidak akan berlaku. Sebab itu tadi saya cadangkan dalam ucapan saya ialah supaya kita mengadakan insentif-insentif untuk menggalakkan rakyat, lebih ramai berkecimpung dalam usaha untuk kita mengadakan program kitar semula ini. Saya ucapkan tahniah kepada Pulau Pinang capai, insya-Allah Selangor tidak lama lagi capai 15% seperti yang Pulau Pinang telah capai. Insya-Allah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang akan menyokong penuh langkah Kerajaan Selangor dalam usaha untuk memperkukuhkan pengurusan sisa pepejal dan mempromosikan amalan kitar semula. Namun usaha ini perlu dipercepatkan dan dilaksanakan secara lebih menyeluruh bagi memastikan Selangor menjadi negeri contoh dalam aspek kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak tahniah kepada Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Sungai Tua yang sentiasa proaktif dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara terutamanya dalam menangani kos sara hidup. Usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkenalkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) adalah bukti jelas keprihatinan terhadap rakyat dalam membantu mereka dalam mendapatkan barangan asas seperti beras, minyak masak, ayam, ikan, telur, sayur-sayuran dan lain-lain barangan pada harga yang lebih berpatutan. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam Titah Baginda turut menekankan kepentingan memastikan sekuriti makanan rakyat Selangor terjamin. Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia perlu memastikan rakyatnya tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup di peringkat global yang semakin mencabar. Justeru, langkah proaktif Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang telah meneruskan penganjuran jualan Ehsan Rahmah untuk tahun ke tiga adalah satu inisiatif yang sangat bertepatan dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor serta ia sememangnya menjadi keperluan rakyat Selangor. Seperti yang kita sedia maklum melalui Program Jualan Ehsan Rahmah lebih 7 juta orang rakyat Selangor telah menerima manfaat daripada subsidi berjumlah RM12 juta pada tahun lalu. Malah program ini dijangka akan menjelajah ke 1,344 lokasi di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2025. Bagi memastikan rakyat khususnya golongan B40 dan M40 dapat menikmati barangan pada harga yang lebih berpatutan. Langkah ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen Kerajaan Selangor dalam memastikan setiap rakyat Selangor tidak terpinggir daripada menikmati bantuan ekonomi yang berkesan. Sambutan luar biasa terhadap program Jualan Ehsan Rahmah membuktikan keberkesanan inisiatif yang diperkenalkan. Oleh itu Pelabuhan Klang mencadangkan agar Kerajaan Selangor dapatlah kiranya memperluaskan lagi program Jualan Ehsan Rahmah ini dengan meningkatkan kekerapan di setiap kawasan Dewan

Undangan Negeri. Sekurang- kurangnya sekali seminggu terutamanya di kawasan penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana. Langkah ini.

Pelabuhan Klang, boleh mencelah sedikit?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ya.

Saya mendengar perbahasan tentang Jualan Ehsan Rahmah dan sudah tentu saya sendiri menyokong usaha yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri ini sangatlah baik. Ya kita bercakap berkenaan Jualan Ehsan sudah pasti kita bercakap juga tentang bilangan peserta yang boleh terlibat ataupun membeli dalam satu-satu masa. Setakat ini kalau ikut pengamatan saya dan ikut pada kiraan kasar kita sekitar 300 ke 400 orang yang boleh membeli pada satu-satu masa. Sedangkan Jualan Ehsan ini kalau kita turut pada tempat yang padat antaranya kawasan perumahan bertingkat, flat dan sebagainya dia akan terus turun beberapa blok itu dan terus turun ke tempat Jualan Ehsan Rahmah, sudah tentu tidak mencukupi. Cuma saya mohon pandangan pada Pelabuhan Klang adakah kita boleh mencadangkan kepada pihak PKPS, biar kalau decide untukpergi ke kawasan yang padat dengan penduduk itu, bawalah barang lebih janganlah samakan dengan pergi ke kawasan yang teres dan kawasan flat bawa barangan dengan bilangan yang sama. So apa pandangan Pelabuhan Klang?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat batu tiga sebab itu dalam ucapan saya di peringkat awal berkenaan dengan program Jualan Ehsan Rahmah ini ialah supaya Kerajaan Negeri Selangor melalui PKPS untuk meningkatkan jumlah barangan dan juga jualan serta kekerapan kawasan-kawasan yang berpendapatan tinggi serta kawasan-kawasan masyarakat yang berpendapatan rendah, golongan B40 dan juga M40 supaya lebih ramai lagi dapat menikmati barangan pada harga yang lebih berpatutan. Sebab itu saya minta Kerajaan Negeri Selangor memandangkan ianya ataupun program Jualan Ehsan Rahmah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat dan sentiasa rakyat ternanti-nanti dan melihat jadual di mana kawasan-kawasan yang akan dilaksanakan program Jualan Ehsan Rahmah ini, sebab itu kalau kita tengok rekod lebih 7 juta rakyat Selangor telah menerima manfaat daripada subsidi berjumlah RM12 juta pada tahun dahulu. Sebab itu.

Yang Berhormat, mohon mencelah.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sebab itu saya berharap supaya Kerajaan Negeri Selangor seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Tiga supaya meningkatkan lagi jumlah barangan di sesetengah kawasan supaya selain daripada ada setengah kawasan itu 300 ke 400 mungkin kita boleh tambah bilangan sehingga 500 orang boleh membeli barangan-barangan keperluan asas seperti beras, ikan, sayur dan sebagainya di kawasan-kawasan tertentu. Ya Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebenarnya hendak setuju dengan Batu Tiga tadi. Pandangan yang sangat baik daripada Batu Tiga berkenaan dengan kerajaan yang prihatin tetapi saya juga nak tanya Yang Berhormat kita bawa masuk program tadi itu ke tempat-tempat yang kapasiti dengan 300 ke 400 orang di kawasan yang ada 2,000 orang yang memerlukan bantuan tersebut. Dalam masa yang sama Kerajaan Prihatin menaikkan kadar cukai kepada rakyat, ini meliputi seluruh rakyat. Jadi macam mana justifikasi kita dengan membawa inisiatif berjumlah RM11 juta tetapi dalam masa yang sama menaikkan juga beban kepada rakyat dengan mengenakan cukai secara sama rata kepada semua rakyat Selangor.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Kuang tengok tak kat mana kawasan yang kena cukai, kawasan yang naik cukai, kawasan yang tidak perlu di cukai, bukan semua kawasan di cukai eh, semua kawasan di cukai. Kawasan low cost, kawasan-kawasan kampung, semua tak kena tau cukai taksiran ni. Ini adalah kawasan-kawasan yang hanya dikenakan kepada kawasan-kawasan yang berpendapatan tinggi, kawasan-kawasan yang rumah mewah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan-kawasan perkilangan. Yang ini Yang berhormat cuma boleh tengok, Yang Berhormat jangan main cakap saja dalam Dewan yang mulia ini sebab itu nanti Yang Berhormat oleh dengan penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO PBT, Sekinchan berkenaan dengan kawasan mana yang kena cukai kawasan mana yang tidak kena cukai. Malah ada kawasan-kawasan seperti di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang ada juga kawasan-kawasan dikurangkan juga cukainya berdasarkan rayuan-rayuan yang dibuat oleh pihak pemohon. Jadi untuk mengurangkan orang kata kos, sebab itu dengan adanya program seperti Jualan Ehsan Rahmah ini Kerajaan Negeri Selangor prihatin terhadap kos kenaikan harga barang dan kita semua sedia maklum kos kenaikan harga barang ini bukan hanya berlaku di peringkat negara Malaysia sahaja tetapi ia di peringat global dan cabaran ekonomi ini bukan hanya di negara Malaysia sahaja di peringkat global tetapi Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengadakann satu-satu negeri yang pertama yang mengadakan dan mewujudkan Program Jualan Ehsan Rahmah ini dan kita ambil inisiatif tersebut dan ini tahun ketiga kita laksanakan. Malah sudah banyak negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan juga meniru konsep peniagaan Jualan Ehsan Rahmah ini dilaksanakan di negeri Selangor. Jadi langkah ini bukan sahaja memastikan lebih

ramai rakyat mendapatkan manfaat malah juga dapat membantu menstabilkan harga barangan keperluan asas dengan menawarkan harga yang lebih berpatutan. Saya lihat peniaga-peniaga di kawasan-kawasan yang selalunya tertumpunya Jualan Ehsan Rahmah ini peniaga-peniaga juga secara tidak langsung terpaksa menurunkan harga barang, terpaksa juga menjual barang cuba mengikut harga yang disediakan oleh Program Jualan Ehsan Rahmah. Selain daripada itu Pelabuhan Klang sekali lagi ingin mencadangkan agar Jualan Ehsan Rahmah ini dapat diperluaskan dengan menambahkan lebih banyak produk-produk hasil tempatan daripada usahawan tani dan peternak-penternak di negeri Selangor. Dengan cara in bukan sahaja rakyat menikmati harga yang lebih rendah tetapi golongan petani dan penternak kecil juga mendapat peluang meningkatkan peluang pendapatan mereka melalui rangkaian jualan secara terus lebih luas. Yang Berhormat Tuan Speaker, usaha ini membuktikan Kerajaan Selangor benar-benar memahami kesukaran rakyat dan sangat komited dalam menangani isu keselamatan makanan serta kos sara hidup . Keberkesanan program ini sejajar dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang menekankan kepentingan kesejahteraan rakyat serta keperluan untuk memastikan makanan asas boleh diperolehi pada harga yang berpatutan. Pelabuhan Klang menyokong penuh inisiatif ini dan berharap agar Kerajaan Selangor terus memperkasakan Program Jualan Ehsan Rahmah dengan inovasi yang baharu supaya manfaatnya dapat dinikmati lebih oleh semua rakyat di negeri Selangor dengan pendekatan yang strategik dan pelaksanaan yang efisien, Pelabuhan Klang yakin Selangor akan terus menjadi contoh yang terbaik dalam pengurusan sekuriti keterjaminan makanan di Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bekalan air bersih adalah keperluan asas yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi Selangor. Sebagai Negeri yang pesat membangun permintaan terhadap sumber air bersih semakin meningkat. Menjadikan pengurusan sumber air satu keutamaan yang penting. Jika tidak dikawal dengan baik kita akan, kita akan berdepan dengan risiko gangguan bekalan air yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat dan operasi industri pada masa hadapan. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Selangor telah mengambil langkah pro-aktif, dengan memperkenalkan projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) sebagai satu strategi, jangka panjang dalam memastikan bekalan air mentah sentiasa mencukupi khususnya dalam menghadapi cabaran seperti kemarau, pencemaran sungai, serta peningkatan jumlah pengguna air. Langkah-langkah seperti pembangunan kolam takungan air, pemantauan ketat terhadap sumber air utama dan kawalan pencemaran sungai, telah membuktikan kecekapan Kerajaan Selangor dalam usaha untuk memastikan bekalan air kekal stabil. Pelabuhan Klang, sebagai hub logistik utama negara amat bergantung kepada inisiatif ini, untuk menjamin kelangsungan operasi perkapalan dan perindustrian serta pelabuhan, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi di negeri Selangor. Selain menjamin sumber air mentah, Kerajaan

Selangor juga, bersamalah kita ucapkan tahniah, kerana telah berjaya mengurangkan kadar non revenue water (NRW), daripada 33.3% pada tahun 2017 kepada 27.8%, pada tahun 2022. Ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan hasil usaha berterusan dalam menangani masalah kebocoran paip-paip lama, masalah penyambungan paip-paip haram serta ketirisan dalam sistem agihan air yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Air Selangor. Penurunan ini bukan sahaja menjimatkan kos operasi tetapi juga memastikan lebih banyak air terawat sampai kepada pengguna dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan pengurusan air bersih di negeri Selangor. Program penggantian paip-paip lama yang dilaksanakan secara agresif oleh Syarikat Air Selangor telah menunjukkan hasil yang positif. Sehingga Mac 2024, sepanjang 636.55 kilometer paip lama telah diganti dan lebih 15,000 kes kebocoran telah ditangani melalui kempen pelaporan kebocoran yang dilakukan, yang dilaksanakan oleh Syarikat Air Selangor. Langkah-langkah ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Selangor dalam usaha untuk memastikan sistem pengagihan air lebih cekap dan mengurangkan pembaziran sumber air bersih yang terawat yang sangat berharga. Walaupun kejayaan ini amat membanggakan, usaha memperkukuhkan sistem bekalan air perlu diteruskan. Pelabuhan Klang menggesa agar program penggantian paip-paip mestilah dipercepatkan lagi. Serta penggunaan teknologi pemantauan pintar perlu diperluaskan bagi mengesan dan membaiki kebocoran dengan lebih pantas dan efisien. Di samping penguatkuasaan terhadap penyambungan paip-paip air secara haram perlu diperketatkan dengan tindakan lebih tegas bagi memastikan tiada lagi ketirisan yang boleh merugikan rakyat dan kerajaan Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kejayaan Selangor dalam mengurangkan NRW dan usaha untuk memastikan bekalan air yang stabil membuktikan kecekapan serta keberkesanan pentadbiran kerajaan Selangor dalam mengurus sumber air dengan cemerlang. Pelabuhan Klang menyokong segala inisiatif yang telah dijalankan dan berharap supaya kejayaan ini dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi pada masa hadapan, demi kesejahteraan dan kelestarian rakyat negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bencana banjir yang melanda Selangor dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah memberi kesan yang besar kepada rakyat dan ekonomi negeri Selangor. Kita tidak boleh menafikan bahawa perubahan iklim, pembangunan pesat serta sistem saliran yang bermasalah adalah antara faktor yang telah menyumbang kepada kejadian banjir kilat yang semakin kerap berlaku di sesetengah kawasan di negeri Selangor. Justeru langkah-langkah mitigasi banjir perlu dipercepatkan, agar kita dapat memastikan keselamatan rakyat serta mengelakkan kerugian yang lebih besar kepada negeri Selangor, pada masa hadapan.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, dalam Titah Baginda telah menegaskan supaya pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor segera melaksanakan perancangan rapi dalam usaha menghadapi bencana terutamanya banjir. Bagi memastikan tragedi banjir dahsyat seperti pada tahun 2021, tidak akan berulang lagi. Baginda turut menekankan kepentingan mempercepatkan rancangan tebatan banjir oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor yang bernilai RM1.774 bilion, agar usaha mitigasi banjir dapat digerakkan dengan kadar segera. Sebagaimana Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, kita tidak boleh lagi melengahkan masa dalam usaha untuk melaksanakan langkah pencegahan, kerana kelewatan ini hanya akan menyebabkan lebih banyak kerugian kepada rakyat dan negeri Selangor.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Kacau betul.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Pelabuhan Klang. Saya cukup tertarik bila Pelabuhan Klang membangkitkan tentang isu rancangan tebatan banjir. Dan kita juga mengambil maklum daripada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan tentang perkara ini, yang mana Tuanku telah menegur supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempercepatkan proses pelaksanaan projek tebatan banjir ini. Adakah Yang Berhormat Pelabuhan Klang bersetuju dengan saya, bahawa sebenarnya perancangan ini, projek ini sepatutnya sudah lama dimulakan. Tetapi bila berlaku perubahan kerajaan pada 2022, seorang Perdana Menteri yang dipimpin oleh presiden parti Yang Berhormat Pelabuhan Klang sendiri, yang telah memulakan masalah ini. Sehingga menyebabkan Tuanku terpaksa bertitah dalam Dewan yang mulia ini, menegur Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan banjir ini kerana pada ketika itu, Perdana Menteri mengambil sikap yang pada saya, picisan dan juga childish, keanak-anakan, seolah-olah cuba mencari salah kerajaan pentadbiran yang terdahulu dan cuba untuk melengah projek itu, kononnya nak memberikan gambaran negatif terhadap projek tebatan banjir yang telah diluluskan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, yang untuk rakyat negeri Selangor dan juga negeri Selangor bagi menyelesaikan masalah banjir ini. Jadi kalau tak ada Perdana Menteri itu, maknanya masalah banjir ini dah selesai dua tahun lepas dah. Adakah Yang Berhormat Pelabuhan Klang setuju dengan saya?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Taman Medan, ini sikit lagi soalan provokasi. Yang Berhormat pun tahu apa yang berlaku sebenarnya. Dengan pengagihan projek-projek mitigasi banjir di peringkat persekutuan. Saya tak mahu ulaslah sebab ia ada dalam siasatan. Biarlah dia orang buat siasatan dan kita pun dah lihat semua dan projek ini perlu diteruskan, ya setuju. Tetapi dengan kaedah, dengan cara,

dengan perolehan yang lebih telus dan lebih jujur. Dan sebab itu, angka RM1.774 bilion ini memang dah ada dan ia perlu diteruskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Pelabuhan Klang, saya nak ingatkan Yang Berhormat, sehingga hari ini tak ada siapa pun kena dakwa, pertama. Keduanya, dah dua tahun...

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Taman Medan, saya tak cakap dakwa. Saya cakap siasatan dahulu, siasatan, Sebab ada kemusykilan timbul disitu,

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Betul, betul. Kita letak itu ke tepi. Dah dua tahun jadi Perdana Menteri, mana keputusannya? Di manakah hala tuju tentang projek-projek ini? Bahkan baru ini, kalau Yang Berhormat sendiri ikuti ucapan Perdana Menteri dalam perhimpunan pagi bersama penjawat awam baru-baru ini, dia telah menyebut bahawa perlu dipercepatkan proses itu. Siapa yang perlu percepatkan ini? Perdana Menteri yang lambat ke, pegawai kerajaan yang lambat ke, siapa yang lambat sebenarnya? Ini yang rakyat Selangor nak tau. Sebab itu,Tuanku sampai terpaksa bertitah dalam Dewan ini. Kerana kenapa lambat sangat nak luluskan projek sebesar ini, sepenting ini, untuk kepentingan rakyat negeri Selangor. Itu yang kita nak tahu Yang Berhormat.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat, Yang Berhormat Taman Medan, kalau kita lihat sekarang, kawasan-kawasan yang sebelum ini pernah banjir, tak banjir. Kawasan yang tak banjir, menjadi banjir. Sebab itu kajian semula secara menyeluruh perlu dilaksanakan. Sebab itu Perdana Menteri concern. Supaya pengagihan peruntukan ini, perlu dibelanjakan di tempat yang betul dengan sasaran yang betul, dengan kaedah yang lebih tepat dan baik dan boleh memastikan keterjaminan, keselamatan rakyat akibat masalah banjir ini. Sebab itu yang diperingatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tak pernah pun menahan, supaya kata tak boleh buat, tak ada, orang kata, jangan laksanakan program mitigasi banjir. Malah masalah-masalah banjir di negeri-negeri kawasan Perikatan Nasional pun, Perdana Menteri turun, dan menyampaikan sumbangan seperti negeri Kedah, negeri Kelantan, Perdana Menteri sendiri turun, dan selesaikan masalah dan isu banjir, di negeri tersebut. Dan tak pernah ada pun diskriminasi. Begitu juga di negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor, sekarang, telah mengkaji semula. Dan saya ada mendapat maklum balas yang positif daripada Pengarah Jabatan Pengairan Negeri Selangor, bahawa semua projek-projek ini memang akan dan ada yang sedang dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir di negeri Selangor.

Pelabuhan Klang, Seri Serdang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sebab itu saya berharap, kita dari Dewan yang mulia ini, kita ketepikan perbezaan ideologi politik dalam usaha untuk memastikan kelestarian rakyat itu diberikan keutamaan dan kepentingan. Bukannya kata dulu diluluskan, tidak diluluskan. Siapa saja Perdana Menteri pun, dia mesti kena bertanggungjawab untuk memastikan kelestarian rakyat ini terjamin.

Okay Yang Berhormat Serdang.

Saya bersetuju dengan hujah daripada Pelabuhan Klang dalam isu banjir ini kita jangan tengok kepada skop yang rigid hanya parti politik menyalahkan itu dan ini. Kalau kita nak salahkan sesiapa, saya kira apabila berlakunya langkah Sheraton itu menyebabkan pertukaran kerajaan, yang akhirnya semuanya terbantut. (Dewan riuh). Perancangan kerajaan sebelum itu terbantut. Dan akhirnya Alhamdulillah, hari ini, kalau kita tengok kawasan Seri Serdang. Saya fokus pada DUN Seri Serdang, contohnya, RTB Sungai Koyoh sudah mula nak jalan. JPS juga memperuntukkan RM15 juta untuk projek di Kuala Sungai Baru. Dan semua sudah berjalan, semua sedang berjalan. Dan saya yakin, kalau tak berlaku pertukaran kerajaan tanpa pilihan raya ini, saya yakin projek ini lebih awal dapat disiapkan. (Dewan riuh). Dan Pelabuhan Klang, saya nak minta pandangan sedikit, isu banjir ini bukan setakat infrastruktur sahaja. Saya kira atitude rakyat juga perlu difahamkan, kerana kalau, saya bagi contoh. Kalau kita tidak menerapkan kebersihan sebagai contoh kepada rakyat kita, membuang sampah merata, akhirnya longkang-longkang kita tersumbat, parit-parit kita tersumbat. Setuju atau tidak agar kita buat kempen kesedaran yang tinggi kepada rakyat supaya menjaga kebersihan, jangan sesuka hati membuang sampah di dalam longkang dan parit. Apa pandangan?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Seri Serdang, saya setuju dengan apa Yang Berhormat Seri Serdang katakan tadi. Sebab itu, kalau kita nak mencari salah, sampai bila pun tak habis. Yang penting sekarang ini, kita nak move forward. Kita nak maju ke hadapan, dan kita fikir jalan terus ya. Yang penting kita dapat selesaikan apa sahaja isu-isu yang berkaitan dengan rakyat negeri Selangor. Sebagai wakil rakyat, Pelabuhan Klang amat memahami impak buruk bencana banjir terhadap rakyat. Kawasan Pelabuhan Klang antara kawasan yang berisiko tinggi terhadap kejadian banjir akibat kedudukan geografinya serta pembangunan pesat yang memberi tekanan kepada sistem saliran dan perparitan sedia ada. Maka usaha kerajaan Selangor dalam mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan banjir dan menaik taraf sistem perparitan perlu diberikan perhatian yang serius dengan kadar segera. Pelabuhan Klang juga

memuji usaha kerajaan Selangor yang sentiasa pro-aktif dalam menangani isu ini termasuk melalui pelaksanaan mitigasi banjir di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Namun usaha ini perlu diperkukuhkan dengan penyelarasan yang lebih baik di antara kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan peruntukan tebatan banjir ini dapat digunakan dengan lebih efisen.

Projek-projek utama seperti pembinaan kolam takungan, menaik taraf sistem-sistem perparitan dengan pengukuhan tebing-tebing sungai, perlu dilaksanakan dengan segera, tanpa sebarang kelewatan yang berpunca daripada pelbagai kerenah birokrasi. Di samping itu, usaha pemantauan dan penguatkuasaan ke atas pembangunan di kawasan berisiko tinggi juga, perlu diperketatkan. Kita tidak mahu, melihat pembangunan yang tidak terancang menjadi punca kepada bencana banjir dan tanah runtuh yang boleh mengancam nyawa rakyat. Oleh itu, Pelabuhan Klang mencadangkan supaya kerajaan Selangor, memperkukuhkan peranan semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha untuk memastikan setiap perancangan pembangunan baru, tidak akan menjejaskan sistem saliran dan sentiasa memastikan keseimbangan ekologi di negeri Selangor. Selain itu, kesedaran masyarakat terhadap kesiapsiagaan bencana juga perlu dipertingkatkan. Kerajaan Selangor boleh memperluaskan program kesedaran awam mengenai langkah pencegahan dan persediaan menghadapi banjir, melalui program komuniti serta latihan simulasi bencana di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Ini juga adalah cadangan daripada Sungai Serdang, sebentar tadi. Dengan cara ini, rakyat akan, Seri Serdang, rakyat akan lebih bersedia dan tahu tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kejadian banjir. Ya, Kota Damansara.

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Tadi saya tengok satu persatu berkenaan projek tebatan banjir dan sebagainya. Kadang-kadang bila kita tengok projek tebatan banjir sebagai contoh di Selangor, saya tak cerita pasal negeri lain sebab kita di Dewan Negeri Selangor. Contoh projek tebatan banjir Sungai Buloh yang mana kontraktornya dilantik ketika tahun 2020, ketika mana Perikatan Nasional menjadi kerajaan di Pusat waktu itu. Hasilnya, bila kita tengok, kontraktornya tidak competent dan menyebabkan berlakunya kelewatan sehingga kini, menyebabkan beberapa tempat di dalam beberapa DUN, yang mana Perikatan Nasional nya sebagai ADUN kawasan situ pun, rakyat kat situ terjejas dan menderita akibat banjir. Jadi kadang-kadang bila Perdana Menteri minta untuk semak balik kontraktor-kontraktor cara tatacara pemilihan ni sebenarnya nak lihat kontraktor-kontraktor yang dipilih atau bakal yang dipilih ni kompeten untuk menjalankan tugas tak mahu apa yang jadi di projek tebatan banjir Sungai Buloh yang dilantik ketika Perikatan Nasional menjadi kerajaan tu berulang lagi bukan hanya di Negeri Selangor tapi di negeri-negeri lain. Apa pendapat daripada Yang Berhormat?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sebab itu tadi Yang Berhormat Kota Damansara saya nyatakan dalam ucapan saya bahawa kajian semula perlu dibuat terhadap projek-projek yang telah dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor ini supaya kompetensi kontraktor-kontraktor ini dinilai semula mana-mana yang tidak kompeten mestilah diambil tindakan dengan menggantikan dengan kontraktor-kontraktor yang lebih kompeten. Yang Berhormat Tuan Speaker, Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

adalah satu peringatan tegas kepada kita semua

Speaker

Yang Berhormat. Yang Berhormat Pelabuhan Klang..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Pasal tebatan banjir ni tadi, pasal projek yang kompeten ni. Projek yang kompeten ni. Boleh Pelabuhan Klang? Sikit je.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Jangan lama sangat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak dengar pandangan Yang Berhormat Pelabuhan Klang, bila kita sebut tentang projek tebatan banjir, ni very spesific, khusus tentang tebatan banjir merujuk kepada ucapan Perdana Menteri baru-baru ini yang mana mengarahkan usaha menjamin kebajikan rakyat tentang isu tebatan banjir ini supaya pihak perbendaharaan memberi kelonggaran supaya dapat dipercepat melalui peruntukan segera bersama pre-q yang lebih cepat. Maknanya kalau sebelum ini kita belah sana memperjuangkan supaya tender terbuka, dah 2 tahun dah dibatalkan kita tak tahu apa berlaku. Mungkin proses tender tak dibuat atau tak kan nak check kontraktor sampai 5 tahun, nak check kontraktor nak buat projek ni ini persoalan kita. Dan saya percaya itu juga semangat yang dibawa oleh Titah Tuanku itu. Kenapa keputusan untuk nak melantik kontraktor supaya melaksanakan projek hampir 1.7 billion ini di negeri Selangor, mengambil masa yang begitu lama? Kita tak mempersoalkan soal sapa pentadbiran sebelum ini. Yang kita persoal sekarang ini pentadbiran sekarang yang perlu membuat keputusan. Bukan kami yang buat keputusan sekarang. Yang batalkan ini Perdana Menteri PMX, yang patut luluskan sekarang ni juga adalah pentadbiran PMX. Yang kita minta dan saya percaya semangat Titah Tuanku itu adalah itu. Di mana hala tuju projek ini? Ini yang rakyat Selangor nak tahu. Kita tak perlulah berdolak dalih di sini kata kita nak kerajaan cepat Kerajaan Negeri cepat, tak cepat. Isu dia sekarang siapa

yang nak buat keputusan, dan saya mengambil ucapan Perdana Menteri yang terbaru which is minggu lepas.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ya Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Dah 2 tahun yang Berhormat Pelabuhan Klang dan betul saya sebut perkara ini melibatkan kawasan Klang, melibatkan kawasan Sungai Buloh semua banyak kawasan yang terlibat termasuk kawasan Shah Alam juga. Jadi sebab tu saya nak pandangan Yang Berhormat Pelabuhan Klang mengapa Perdana Menteri sehingga hari ini atau pentadbiran PMX di Putrajaya tak boleh nak buat keputusan itu. Itu yang kita nak tahu, tak payah la nak cerita sampai Sheraton apa semua. Tak ada kena mengena. Cerita dia sekarang, pentadbiran hari ini bila nak buat keputusan? Dah nak masuk tahun ketiga mentadbir, dah nak masuk tahun ketiga dok ulang ritorik itu ini, projek billion-billion, sakau projek billion-billion tapi sampai sekarang tak ada keputusan untuk lantik kontraktor yang kononnya kompeten dan bertauliah ini untuk membuat projek untuk rakyat di negeri Selangor ini. Ini yang kita nak tahu.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat cakap yang sakau billion-billion ni siapa Yang Berhormat? Yang Berhormat la, Yang Berhormat punya Perdana Menteri la, Yang Berhormat punya Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri Yang Berhormat. Okay, Yang Berhormat Taman Medan seperti yang saya katakan tadi...

Speaker

Yang Berhormat Pelabuhan Klang, lama lagi ke?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Lama lagi Yang Berhormat Tuan Speaker. Lepas ni saya tak bagi siapa celah dah.

Speaker

Ya lah, cuba ringkaskan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Okay, saya habiskan saya punya ucapan. Okay Yang Berhormat Taman Medan, kalau kita tengok ucapan yang terbaru ni seperti yang saya katakan tadi di peringkat awal bahawa banyak faktor yang menyebabkan masalah banjir ni antaranya adalah perubahan iklim, sebab tu kita tengok ucapan-ucapan PMX berkenaan dengan perlu percepatkan masalah mitigasi banjir ataupun masalah mengatasi masalah banjir ni seperti yang berlaku di Sarawak di Bintulu. Saya lama dulu di Bintulu tak pernah berlaku banjir, tiba-tiba sekarang berlaku masalah sebab itu proses mempercepatkan lantikan atau mempercepatkan proses perbendaharaan itu perlu disegerakan, demi keselamatan dan juga kesejahteraan rakyat yang terlibat dengan masalah banjir. Dan Yang Berhormat Tuan Speaker, Negeri

Selangor sebagai negeri paling maju dan berpendapatan, berpenduduk paling padat di Malaysia menghasilkan kira-kira 7 ribu metrik tan sisa domestik setiap hari dengan kadar pertumbuhan sisa dijangka meningkat sebanyak 3% setiap 2 tahun. Jika tidak diurus dengan berkesan, masalah ini akan memberikan tekanan kepada sistem pelupusan sisa pepejal yang sedia ada serta akan meningkatkan pencemaran alam sekitar. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam Titah Baginda menegaskan bahawa pungutan dan pelupusan sampah masih menjadi isu yang perlu ditangani lebih efisien. Baginda turut bertitah bahawa teknologi dengan izin Yang Berhormat Tuan Speaker, Waste To Energy (WTE) wajar diteroka dan dimanfaatkan bagi menukar sisa pepejal kepada sumber tenaga yang boleh digunakan semula. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa-sisa sampah ke tapak pelupusan tetapi juga mengoptimumkan sumber yang ada serta mengurangkan kesan-kesan pencemaran kepada alam sekitar. Negara-negara maju seperti negara Sweden, Jepun dan German telah membuktikan keberkesanan teknologi WTE dalam menangani isu pengurusan isu pepejal. Sebagai contoh, negara Sweeden telah berjaya menggunakan 99% sisa domestiknya untuk di kitar semula untuk dijadikan tenaga elektrik melalui loji WTE, menjadikan negara Sweeden hampir bebas daripada kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah. Bahkan Sweeden turut mengimport sisa-sisa sampah daripada negara-negara lain untuk dijadikan bahan bakar tenaga. Negara Jepun sebagai negara yang menghadapi masalah kekurangan tanah untuk tapak pelupusan telah membangunkan lebih 1500 loji WTE diseluruh negara. Jepun yang mampu mengubah sisa domestik kepada tenaga elektrik, sekali gus mengurangkan pencemaran dan menjimatkan ruang penggunaan tanah. German pula mengamalkan sistem pengasingan sisa yang ketat dengan menggunakan teknologi WTE untuk menukar sisa sampah kepada tenaga yang menyumbang kepada keperluan tenaga nasional. Hasilnya hanya kurang daripada 1% sisa sampah domestik dihantar kepada tapak-tapak pelupusan. Selebihnya dikitar semula atau pun digunakan sebagai bahan sumber tenaga. Teknologi WTE ini telah terbukti berkesan di negara-negara yang telah Pelabuhan Klang nyatakan tadi dan Selangor boleh mengambilnya sebagai contoh dan inspirasi dengan menyesuaikan teknologi ini mengikut keperluan negeri Selangor. Dengan pengurusan yang sistematik, Selangor boleh mengurangkan kebergantungan kepada tapak-tapak pelupusan sampah, meminimumkan pelepasan gas rumah hijau serta menjana sumber tenaga alternatif yang lebih lestari. Dalam usaha untuk memastikan pengurusan sisa yang lebih lestari, kerajaan Selangor perlulah mempercepatkan kajian dan pelaksanaan teknologi WTE termasuk meneroka kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang berpengalaman dalam teknologi hijau selain itu, penguatkuasaan terhadap pembuangan sampah haram perlu diperketatkan agar tidak menjejaskan usaha kerajaan dalam menjaga kebersihan negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker, pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik akan memastikan Selangor kekal bersih dan mampan. Kerajaan Selangor perlu

mengambil langkah segera dalam usaha melaksanakan inisiatif ini agar negeri Selangor kekal sebagai model dalam pengurusan penjagaan alam sekitar yang lebih berkesan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri Selangor memerlukan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan mencukupi, selaras dengan pertambahan penduduk yang semakin pesat. Seperti yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hospital dan pusat kesihatan perlu ditambah bagi menampung keperluan rakyat kerana masih ramai lagi yang bergantung kepada perkhidmatan kesihatan kerajaan berikutan kos perubatan swasta yang tinggi. Seperti yang kita semua sedia maklum keadaan di hospital-hospital utama seperti Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Shah Alam, Hospital Kajang dan Hospital Selayang semakin hari semakin sesak dengan kebanjiran ramai pesakit. Keadaan ini menyebabkan tempoh menunggu yang panjang bagi rawatan pakar serta kesulitan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan segera. Oleh itu hospital-hospital ini perlu segera dinaiktaraf dengan kelengkapan perubatan yang lebih moden serta tenaga kerja yang mencukupi bagi memastikan rakyat menerima yang terbaik. Selain itu, pembinaan hospital dan klinik kesihatan yang baru di kawasan-kawasan berpenduduk tinggi seperti di kawasan Pelabuhan Klang, Sepang, Kuala Langat dan Gombak perlu diberikan perhatian segera bagi mengurangkan beban hospital sedia ada. Klinik kesihatan luar bandar juga harus dinaiktaraf agar akses kepada perkhidmatan kesihatan lebih menyeluruh tanpa mengira lokasi atau latar belakang sosio ekonomi rakyat. Seperti yang disyorkan oleh Baginda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor perlu segera berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia agar langkah-langkah penambahbaikan ini dapat dilaksanakan dengan segera dan lebih berkesan. Sebagai Ahli Dewan Negeri, kita harus memastikan usaha ini mendapat perhatian dan sokongan penuh supaya pembangunan sektor kesihatan di Selangor dapat berjalan dengan lancar dan dapat memenuhi kriteria dan keperluan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan terus berkembang sebagai sebuah pusat logistik dan maritim utama negara yang secara tidak langsung telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai hub perdagangan serantau. Kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Sungai Tua telah memungkinkan pelaksanaan projek Westport 2 di pulau Indah yang bakal menjadi pemacu baru kepada pertumbuhan ekonomi negeri Selangor. Majlis pecah tanah Westport 2 yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 September 2024 telah mencerminkan kesungguhan dalam usaha untuk memperkukuhkan sektor logistik dan perdagangan negara. Pada tahun 2024, Pelabuhan Klang telah mengendalikan sebanyak 14.64 juta TEU unit bersamaan kontena 20 kaki dan telah mencatatkan

peningkatan sebanyak 4.5% berbanding tahun sebelumnya dan telah menyumbang sekitar 47.7% daripada jumlah pengendalian kontena diseluruh Malaysia. Dengan prestasi yang cemerlang ini, terdapat kemungkinan Pelabuhan Klang akan menduduki kedudukan ke-10 dalam ranking liga pelabuhan kontena sedunia mengatasi pesaing seperti Pelabuhan Roterdam dan Pelabuhan Hong Kong. Berdasarkan penilaian import ekonomi yang dibuat firma PricewaterhouseCoopers (PwC) menunjukkan bahawa projek ini bakal menyumbang sebanyak RM55 billion kepada pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu projek pembinaan Westport 2 ini juga akan mewujudkan 6 ribu peluang pekerjaan yang akan memberikan manfaat secara langsung kepada penduduk tempatan dalam pelbagai bidang seperti operasi pelabuhan, logistik, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan. Insya-Allah Westport 2 akan beroperasi secara berperingkat dengan terminal kontena 10 ataupun CT-10 dijangka memulakan operasi pada separuh kedua 2027 diikuti terminal kontena 11 CT-11 pada separuh kedua tahun 2029. Sepanjang 4.8 kilometer dermaga akan dibina, sekali gus bakal meningkatkan kapasiti pengendalian kontena daripada 14 juta TEU kepada 28 juta TEU setahun. Lonjakkan aktiviti ekonomi ini juga akan merancakkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana termasuk sektor peruncitan makanan dan minuman serta pengangkutan di Pelabuhan Klang. Projek ini bukan sahaja meningkatkan daya saing pelabuhan Klang di peringkat antarabangsa tetapi juga akan memastikan Selangor kekal sebagai nadi utama perdagangan dan pelaburan negara. Dengan kemudahan pelabuhan yang lebih moden, efisien dan cekap, Malaysia akan menjadi destinasi pilihan dalam rantaian logistik global sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan kewujudan Westport 2 ini Kerajaan Negeri hendaklah merancang pembangunan infrastruktur yang komprehensif bagi menyokong pertumbuhan pesat di kawasan Pulau Indah. Pelabuhan Klang khususnya Pulau Indah bakal menyaksikan lonjakkan aktiviti ekonomi yang memerlukan perancangan rapi dalam aspek prasarana dan infrastruktur bagi memastikan pembangunan yang seimbang serta akan memberikan manfaat kepada penduduk setempat. Salah satu aspek utama yang perlu diberikan perhatian adalah peningkatan infrastruktur jalan raya dan sistem pengangkutan awam. Kajian menunjukkan jumlah kenderaan-kenderaan berat dijangka akan meningkat ekoran aktiviti pelabuhan dan perindustrian yang semakin pesat. Oleh itu, kerajaan perlulah memastikan jalan-jalan raya utama dinaik taraf dan pembinaan jalanraya dan laluan baru perlu diwujudkan bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik di kawasan Pelabuhan Klang pada masa hadapan. Di samping itu, sistem pengangkutan awam seperti bas henti-henti dan perkhidmatan transit perlu diadakan di Pulau Indah bagi memudahkan pergerakan pekerja dan penduduk sekitar. Kerajaan Negeri Selangor perlulah merancang pembangunan sekolah rendah dan menengah bagi menampung polulasi di kawasan Pulau Indah pada masa hadapan. Dari segi kesihatan, klinik-klinik kesihatan sedia ada perlulah dinaik taraf menjadi pusat kesihatan dengan peralatan dan

kemudahan kesihatan yang lengkap dan moden bagi menampung keperluan terhadap kesihatan yang lebih komprehensif, yang semakin mendesak.

Selain itu, pembangunan perumahan mampu milik di Pulau Indah juga perlu diberikan perhatian yang serius bagi memastikan keseimbangan di antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Projek perumahan yang strategik perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan golongan pekerja di sektor pelabuhan dan industri berkaitan. Langkah ini akan membantu mengurangkan kesesakan aliran trafik serta memastikan mereka mempunyai tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat lokasi pekerjaan mereka. Selain itu, satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian ialah perancangan pembinaan jambatan baru di Pulau Indah yang menghubungkan West Port dan North Port. Pada masa ini, jambatan Muhhibah merupakan satu-satunya laluan utama yang menghubungkan West Port dan West Port dan ini boleh menyebabkan kesesakan aliran trafik yang serius pada masa akan datang. Dengan pertambahan jumlah trafik kenderaan berat serta aliran pergerakan kargo yang lebih tinggi, sebuah jambatan baru perlulah dibina bagi meningkatkan kelancaran logistik serta mengurangkan risiko kesesakan aliran trafik yang boleh menjejaskan kelancaran operasi pelabuhan dan perindustrian. Justeru itu, semua perancangan ini perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan pembangunan Westport 2 benar-benar memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat dan menjamin pertumbuhan yang mampan dan seimbang di Negeri Selangor.

Di kesempatan ini Pelabuhan Klang ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kerana selepas lawatan ke West Port pada bulan September yang lalu. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM14 juta untuk penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan lebuh raya Pulau Indah. Oleh itu saya memohon agar Perdana Menteri turunlah selalu ke kawasan Pelabuhan Klang, selepas Perdana Menteri turun ke Pelabuhan Klang banyak..

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Penurunan peruntukan-peruntukan diumumkan. Dan begitu juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Menteri Kerja Raya, bahawa Menteri Kerja Raya ambil maklum tentang isu yang saya bangkitkan di dalam Dewan, berkenaan dengan 3 pintu utama dan salah satunya ialah masalah jalan Persekutuan di KLIA dan Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20,750,000.00 untuk penyelenggaraan berkala mat pavement, dan juga RM6 juta untuk pengelenggaraan berkala bukan matpavement manakala sebanyak RM3,250,000.00 adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan lampu

jalan dan lampu isyarat. Terima kasih Yang Berhormat PMX, terima kasih Kerajaan Persekutuan, terima kasih Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian Kewangan dan terima kasih kepada JKR Selangor yang juga sama-sama mengusahakan peruntukan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan penuh taat setia Pelabuhan Klang menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang sentiasa menjadi panduan dalam memastikan negeri ini terus makmur, harmoni dan sejahtera. Titah Baginda mencerminkan keprihatinan kesejahteraan masyarakat Selangor dan kita semua sebagai wakil rakyat kenalah terus berusaha untuk bersama dengan Kerajaan Selangor dalam usaha untuk merealisasikan dasar dan inisiatif yang mengutamakan kepentingan rakyat, kita semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bertanggungjawab untuk memastikan Selangor kekal sebagai negeri contoh yang stabil, maju dan inklusif. Pelabuhan Klang dengan ini memohon untuk mencadangkan Usul menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Ya Bukit Gasing, silakan. Saya bagi 20 minit boleh? Sehingga 1 petang. Ya teruskan, teruskan. Mula.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Kalau 20 minit nanti Hulu Kelang kena masuk cepat. Tuan Speaker saya menyokong dan terima kasih memberi laluan untuk Bukit Gasing membahas usul ini dan saya berdiri di hadapan sekalian, dengan penuh rasa bangga seperti mana rakan saya Pelabuhan Klang untuk meraikan satu kejayaan cemerlang Kerajaan Negeri Selangor yang seperti mana kita maklum, menunjukkan prestasi kewangan dan kutipan hasil yang amat memberangsangkan pada tahun 2024. Pencapaian terkini di mana kutipan hasil RM2.8 bilion merupakan satu pencapaian tertinggi rekod Negeri Selangor berbanding anggaran RM2.2 bilion sahaja jelas menunjukkan komitmen yang tinggi daripada Kerajaan Negeri dalam meluluskan sumber kewangan dengan cekap dan berhemat. Ini menguruskan kewangan tanpa menaikkan cukai tanah. Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan Kerajaan Negeri dalam merancang dan melaksanakan strategi kewangan yang berkesan tetapi juga mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan ekonomi negeri. Kejayaan ini juga merupakan hasil daripada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, sektor swasta dan rakyat Selangor. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam mencatatkan pencapaian yang membanggakan ini. Terima kasih dan tahniah kepada semua penjawat awam, barisan EXCO dan Dato’ Menteri Besar. Marilah kita teruskan semangat kerjasama dan kesatuan ini untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor terus terjamin. Saya yakin dengan kerjasama yang erat kita mampu membawa Selangor ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai sebuah negeri yang dinamik dan progresif. Saya ingin mencadangkan bahawa Negeri Selangor perlu meningkatkan hasil yang kita kutip pada hari ini.

Walaupun rekod kita RM2.8 bilion ini satu angka yang membanggakan, tetapi angka ini masih kurang daripada 1% daripada GDP Negeri Selangor. Kalau kita nak berbanding dengan kerajaan-kerajaan negeri di dunia pertama seperti di Amerika Syarikat, pendapatan kerajaan negeri hasil kutipan cukai dan hasil daripada pelbagai aktiviti Kerajaan Negeri dan juga seterusnya perbelanjaan daripada Kerajaan Negeri tersebut mencecah 15 hingga 20% daripada GDP. Adakah kita nak kutip duit demi, for the sake of collecting revenue? Bukan. Tetapi jika kita meningkatkan berhasrat, berazam untuk menjadikan kerajaan kita lebih besar, mengutip hasil yang lebih tinggi, ini membolehkan Kerajaan Negeri untuk mengejar objektif-objektif pembangunan negeri, pembangunan ekonomi dan juga objektif-objektif sosial. Contohnya pembangunan penjagaan warga emas, care economy. Kita sekarang hangat berbincang fasal care economy dan selain daripada polisi-polisi yang menggalakkan penyertaan sektor swasta. Jika Kerajaan Negeri hendak terlibat dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan di saat mereka menjadi warga emas, golongan-golongan OKU, golongan ibu yang mempunyai anak-anak kecil, Kerajaan Negeri perlu ada kemampuan kewangan untuk berbuat demikian. Saya bagi contoh ialah pengangkutan awam yang cekap, tahap pengangkutan awam kita di Negeri Selangor telah menunjukkan satu penambahbaikan sejak Kerajaan Pakatan Harapan menjadi Kerajaan di Negeri Selangor. Memang bas Smart Selangor yang kita perkenalkan menjadi game changer kepada rakyat di Negeri Selangor. Tahniah saya ucapkan. Kita mengejar satu laluan rel yang saya lihat Kerajaan-Kerajaan Negeri yang lain tidak mempunyai keazaman seperti mana Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi untuk kita merealisasikan sistem trafik dan pengangkutan awam yang bertaraf dunia pertama seperti di Korea, di Taiwan, di Singapura dan sebagainya kita memerlukan dana yang lebih besar dan hari ini saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor bahawa kita perlu berazam untuk meningkatkan hasil negeri.

Jadilah Kerajaan Negeri Selangor, satu Kerajaan yang lebih besar, bukan sahaja sake of being bigger, bukan demi sahaja meningkatkan bilangan kakitangan penjawat awam tetapi menjadi Kerajaan dengan lebih besar demi kita mencapai objektif-objektif memajukan negeri dan objektif-objektif sosial. Antara contoh yang saya nak ucapkan tahniah ialah seperti zero discharge waste policy. Zero discharge policy telah mendatangkan hasil RM121 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor. Tahniah dan saya yakin banyak lagi sumber yang bakal kita boleh terokai. Saya ingin mencadangkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuhkan di Dewan ini supaya ADUN-ADUN Kerajaan dan Pembangkang boleh mula bekerjasama untuk mem brainstorm dengan izin, idea-idea baru demi kita dapat meningkatkan hasil Kerajaan Negeri dan seterusnya kerajaan dapat membelanjakan demi pembangunan negeri yang, untuk melaksanakan objektif-objektif kita. Satu lagi perkara yang saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor ialah sikap positif kerajaan terhadap pembangunan kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence. Kita tidak melihatnya sebagai ancaman tetapi melihatnya sebagai

sesuatu kekuatan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya. So tahniah Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM5 juta dalam bajet 2025 khusus untuk inisiatif AI dan tahniah atas kerjasama dengan Google melalui program AI Trailblaizers dan untuk penjawat-penjawat awam, kita embrace dengan izin, penggunaan AI demi satu pentadbiran yang lebih efisien, lebih cekap supaya kita dapat melakukan lebih dengan tenaga kerja yang sama. Jadi tahniah saya ucapkan.

Dan yang ketiga saya nak ucapkan tahniah juga atas pelaksanaan Dasar Speed Selangor seperti mana rakan saya Pelabuhan Klang tadi. Untuk mempercepatkan proses-proses kemajuan tanah, proses kebenaran merancang untuk mendapat menjana pertumbuhan ekonomi, memberi ease of doing business kepada pelabur-pelabur di Negeri Selangor sama ada pelabur asing ataupun pelabur domestik. Proses memendekkan 3 setengah bulan kepada 14 hari adalah satu perkara yang sangat bagus. Tahniah saya ucapkan dan sekarang saya ingin mencadangkan juga 2 lagi perkara yang kita boleh lakukan sebagai Kerajaan Negeri untuk memudahkan, memudah cara pembangunan ekonomi di Negeri Selangor. Yang pertama, permohonan kebenaran merancang bagi sebahagian pembangunan yang ada pada hari ini mungkin boleh dikecualikan. Contohnya tuisyen. Pusat Tuisyen yang hendak buka di satu shop lot dengan izin, kedai pejabat. Mereka perlu melalui proses berbulan-bulan untuk memohon kelulusan tidak seperti mana kedai runcit yang jauh lebih cepat. Contohnya rumah warga emas yang semakin hari semakin banyak diperlukan dalam masyarakat kita mereka pun perlu melalui proses berbulan-bulan untuk mendapatkan permit tadika dan sebagainya. Banyak kegiatan ekonomi boleh kita facilitate supaya proses permohonan dan proses kelulusan itu boleh dipercepatkan demi kita membantu usahawan-usahawan kita kebanyakannya ialah usahawan domestik, usahawan tempatan. Jadi saya harap Kerajaan Negeri boleh melihat kes-kes di mana proses kebenaran merancang boleh dipendekkan proses kelulusan untuk aktiviti-aktiviti ekonomi ini boleh dipercepatkan. Yang kedua,

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Yang Berhormat mohon mencelah.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Boleh.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sangat-sangat bersetuju berkenaan dengan program Speed ini tadi. Tetapi seperti juga Yang Berhormat Bukit Gasing saya juga ingin menambah sedikit untuk kita sama-sama melihat kembali agar program Speed ini jangan hanya untuk industri. Begitu juga dengan kawasan pertanian sebagai contoh. Kerana di tempat saya Yang Berhormat, setuju tak Yang Berhormat saya seandainya program ini kita extend kan dengan izin, kepada kawasan industri juga, eh sorry kawasan pertanian juga. Kerana di tempat saya

banyak juga kawasan-kawasan pertanian yang tidak, proses untuk mendapatkan KM itu agak sukar sekali. Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ada sesetengah kes yang memang kita perlukan kebenaran merancang. Kalau katakan pembangunan perbandaran, kawasan perumahan yang besar, kawasan komersial, yang itu ada impact kepada persekitaran, itu perlu melalui kelulusan KM. Tetapi banyak permohonan-permohonan ini seperti pusat-pusat tuisyen, rumah warga emas, kenapa mereka perlu melalui proses sampai 4,5,6 bulan untuk mendapatkan kelulusan. Akhirnya ramai terpaksa membelanjakan duit sewa dan pegang hartanah tersebut untuk berbulan-bulan sebelum mendapatkan lesen perniagaan dan dapat beroperasi. Yang kedua, saya ingin bersuara demi peniaga-peniaga kecil, ramai di Petaling Jaya tetapi saya yakin di seluruh Selangor. Di Petaling Jaya ramai peniaga kecil di pasar, di medan selera, bukan orang muda. Bukan dalam umur 20an-30an ada yang 50an ada yang mungkin dah 60an. Mereka yang tidak ada pembantu pekerja dalam kedai mereka susah untuk berniaga. Peniaga yang menjual ikan, kalau nak angkat 300 kilo ikan daripada lori ke kedai tanpa pembantu sangat-sangat sukar. Yang mereka yang membuat perniagaan sayur, ayam dan sebagainya tanpa pembantu kedai sangat-sangat sukar untuk mereka lakukan perniagaan mereka. Saya harap Kerajaan boleh membantu memudah carakan perniagaan-perniagaan kecil ini yang rata-ratanya dioperasikan oleh rakyat Malaysia anak tempatan kita dengan membenarkan mereka mengupah pekerja asing yang berpermit. Mereka harus berada di kedai tersebut semasa pekerja asing berada di kedai tersebut, tak boleh benarkan pekerja asing sahaja berada di kedai tanpa tuan punya kedai tetapi pekerja asing ini saya cadangkan dibenarkan sebagai pembantu especially kepada peniaga yang berumur 55 tahun, 60 tahun tak larat nak angkat 200 kilo ayam daripada lori ke kedai, nak potong 100 ekor ayam setiap pagi. Ini memerlukan tenaga fizikal yang kuat. Sekarang ramai terpaksa bersara apabila kita menguatkuasakan tiada pekerja asing sebab tak cukup anak tempatan yang nak kerja sebagai pembantu kedai. Jadi saya harap boleh dipertimbangkan. Ya, Taman Medan?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya nak dengar pandangan Yang Berhormat Bukit Gasing tentang perkara ini kerana saya pun maklum saya percaya ini melibatkan kawasan kita, yang mana banyak peniaga-peniaga baru ni berhadapan dengan tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa untuk kerja-kerja yang 3D Dangerous, Difficult, Dirty. Ini perlulah diberikan sedikit kelonggaran supaya ada pekerja asing yang boleh diupah selagi mana perniagaan itu, premis itu masih lagi disewa dan dioperasikan oleh warga tempatan. Kerana saya lihat MBPJ juga di kalangan kontraktor-kontraktor pembersihan masih menggunakan pekerja asing. Macam mana di gerai premis tak boleh pakai pekerja asing tapi kontraktor yang MBPJ lantik untuk angkat

sampah dan sebagainya buat kerja-kerja yang 3D ini adalah terdiri daripada agensi kerajaan yang lain juga melantik dan mengupah pekerja warga asing. Jadi adakah Yang Berhormat setuju dengan pandangan ini?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Bukan sahaja saya setuju, saya yang bangkitkan isu ini. Yang Berhormat Taman Medan yang setuju dengan saya. Terima kasih Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Setuju, saya setuju dengan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasihlah Taman Medan menyokong hujah daripada Bukit Gasing.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Cuma saya risau Sekinchan tak tahu. Sekinchan tahu tak benda ni? Itu yang kita nak tahu.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya hujahlah sekarang. Sekinchan tahu.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ah, lambat.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tapi terima kasihlah Taman Medan pun sokong. Mungkin di setengah tempat di luar bandar terdapat cukup anak tempatan yang sanggup bekerja sebagai pembantu untuk gerai-gerai ini tetapi mungkin di kawasan bandar agak sukar untuk mencari anak tempatan untuk bekerja – kerja 3D ini di pasar dan medan selera, saya harap boleh diberi perhatian.

Tuan Speaker, boleh tambah sedikit masa?

Jadi, isu seterusnya yang juga berkait rapat dengan pembangunan ekonomi. Sabar sekejap lagi. Isu seterusnya yang juga berkait rapat pembangunan ekonomi dan menyumbang hasil kepada Kerajaan Negeri Selangor ialah isu pembaharuan tanah lease hold terutamanya kepada tanah berstatus komersial. Saya telah membangkitkan isu ini berkali-kali di dalam Dewan yang mulia ini. Saya harap kerajaan Negeri, saya tahu boleh settle, saya harap kerajaan Negeri akan memberi satu jawapan dan satu skim bagi peniaga-peniaga yang mempunyai tanah komersial yang hampir luput tempoh pajakan dia. Hampir luput leasehold dia dan di kawasan PJ Old Town di mana kebanyakan pemilik ini adalah pemilik individu, bukan syarikat gergasi, bukan syarikat besar, mereka tidak mampu membayar premium jika premium dikira dengan kadar formula sedia ada pada hari ini. Mereka berminat untuk meneruskan perniagaan mereka di situ, mereka

berminat untuk melanjutkan tempoh pajakan jika diberi sedikit kelonggaran jika diberi satu skim yang boleh menjadi satu win-win di mana Kerajaan Negeri mendapat hasil dan mereka pun dapat teruskan pegangan mereka di sana dan teruskan perniagaan. Sekarang terdapat banyak lot yang telah luput tempoh pajakannya sebab mereka memang tak mampu nak bayar RM1 juta ataupun RM300 ribu bayaran premium untuk melanjutkan pajakan tanah ini. Jadi saya harap isu ini dapat diberi perhatian. Saya juga ingin membawa isu kesejahteraan rakyat di mana isu parkir di kawasan komersial yang pesat. Saya mengharapkan kerajaan Negeri boleh menimbang untuk memperluaskan skim parkir 2 jam yang sedia ada. Terima kasih kerana telah memulakan. Yang Berhormat Kinrara telah memulakan Skim Parkir 2 Jam di kawasan yang berpusat yang mempunyai tempat parkir bertingkat dan mempunyai bank-bank tetapi saya harap ia juga boleh diperluaskan kepada kawasan komersial yang tidak mempunyai parkir bertingkat kerana mereka pun ada keperluan. Tidak semua tempat parkir harus dijadikan 2 jam, mungkin 5 lot ataupun 10 lot boleh dijadikan tempat parkir yang terhad kepada 2 jam dan juga kawasan yang mungkin tidak ada bank tetapi ada keperluan. Contohnya di kawasan Bukit Gasing adalah seperti di Seksyen 17 sebelah kawasan Seventeen Mall di mana di mall ada parkir bertingkat tetapi di sekeliling kawasan kedai itu tidak ada bank. Kalau ikut pekeliling tak boleh buat Skim 2 Jam saya harap boleh diperluaskan. Satu lagi contoh di kawasan Seksyen 8, Petaling Jaya agak mustahil nak dapat parkir pada waktu bekerja di sana kerana cukup pesat kawasan komersial tersebut. Kalau boleh dibagi 10 lot sebagai parkir terhad 2 jam ia akan membantu pelanggan datang ke kedai dan ini akan membantu kedai untuk mencari lebih banyak pelanggan. Saya juga ingin mencadang kepada Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang nak bayar cukai tanah. Sekarang kita dah pergi kepada sistem 100% digital, tak hantar bil lagi kepada setiap rumah. Tahniah saya ucapkan memang kita harus bergerak ke hadapan ke arah era digital tetapi ramai orang mungkin tidak ingat, tidak simpan satu fail, tak tahu mana nak cari bil cukai tanah mereka dan jika mereka tak dapat cari bil cukai mereka, mereka tangguh untuk bayar. “Takpe, minggu depan saya cari, minggu ni saya sibuk”. So, saya nak cadangkan kepada Kerajaan Negeri tubuhlah satu whatsapp hotline di mana rakyat boleh whatsapp, ini alamat rumah saya, boleh tak tolong bagi account number saya bayar cukai tanah? Lepas ada account number senang nak bayar dekat laman web Kerajaan Negeri Selangor tetapi kalau takde account number untuk cukai tanah ni, sukar untuk bayar. Kepada rakyat yang simpan bil-bil yang lepas terima kasih kerana ada organisation skills yang bagus tetapi kepada mereka yang tak simpan, yang payah nak cari balik saya harap kerajaan Negeri Selangor bantu supaya kita dapat memberi satu fasiliti kepada rakyat dan juga dapat kutip hasil dengan lebih cepat.

Saya juga ingin membawa satu permohonan daripada penjawat awam di Negeri Selangor di mana ada penjawat awam yang berstatus kontrak dan kontrak mereka selepas satu round dia dilanjutkan dan telah diperbaharui dan diperbaharui dan ada penjawat awam

yang lebih 10 tahun masih lagi berstatus kontrak, bukan mempunyai jawatan tetap. Saya tahu nak dapat jawatan tetap daripada JPA ni bukan mudah. Kadang-kadang memang sukar jawatan tetap yang berpencen. Mungkin satu jalan pertengahan yang boleh Kerajaan Negeri pertimbangkan ialah jawatan tetap yang tidak berpencen. Jawatan tetap ber KWSP. Sebab kalau kita dah lanjutkan kontrak mereka 3 kali, boleh lah dikira bahawa pekerja ini adalah cukup bagus dan layak untuk kita ambil dia sebagai pekerja tetap. Kalau tak dapat bagi pencen, sebab ada kekangan dengan JPA, dia boleh jadi pekerja tetap yang ber EPF dan at least mereka mempunyai satu security kerja menambah motivasi kepada mereka mengurangkan kerisauan kepada mereka. Akhirnya dengan 5 minit terakhir saya, sebelum

Bukit Gasing, boleh sikit? Pasal pekerja tetap dan kontrak. Yang Berhormat Speaker dan Bukit Gasing, saya merujuk kembali soalan Dewan yang telah saya kemukakan dulu pada sidang yang lepas berkenaan dengan penjawat awam negeri Selangor, saya bertanya tentang bilangan pekerja status tetap dan juga kontrak di PBT dan juga di pelbagai agensi, setuju atau tidak Bukit Gasing sebab saya kira, bilangan pekerja tetap dan kontrak ini kebanyakan tempatlah, saya fokus pada PBT dulu, sebab saya lihat tidak berapa adil dan bilangannya agak sedikit melemahkan semangatlah. Contoh, saya beri contoh, di MBSA contohnya, pekerja tetapnya adalah 744 tetapi pekerja kontraknya 794 maknanya pekerja kontrak lebih tinggi daripada pekerja tetap dan juga saya ambil contoh satu lagi di Majlis Perbandaran Sepang, 466 kontrak dan 398 tetap which is sebenarnya tidak berapa balance. Sepatutnya bilangan tetap patutnya lebih daripada bilangan kontrak, dan apakah usaha yang dibuat oleh PBT dan agensi-agensi ini untuk sekurang-kurangnya cari jalan beri ruang kepada mereka ini supaya mereka dapat tempat yang sepatutnya supaya servicenya boleh kita tingkatkan. So apa pandangan Bukit Gasing? Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Setuju. Saya harap Dato’ Menteri Besar boleh bagi satu ulasan dalam penggulungan nanti.

Saya ingin dalam 3 minit yang tinggal lagi saya ingin membangkitkan beberapa isu kawasan untuk DUN Bukit Gasing dan saya harap Kerajaan Negeri boleh memberi perhatian. Satu, ialah hospital awam sangat-sangat diperlukan di Petaling Jaya mungkin satu-satunya kawasan perbandaran di Lembah Klang ini yang tidak mempunyai hospital awamnya yang tersendiri dan tahun ini dengan PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) meningkatkan fi-fi dia daripada masuk wad, daripada jumpa doktor, dengan kadar yang mendadak yang tinggi, saya harap kerajaan Negeri Selangor mengusahakan dengan Kementerian Kesihatan satu hospital awam untuk kawasan Petaling Jaya. Tanah boleh dicari jika ada keinginan untuk membina hospital tersebut.

Yang kedua, kubur untuk golongan bukan Islam. Maklumlah, kubur di Petaling Jaya sudah penuh. Mereka yang kaya boleh pergi kubur swasta. Mereka dalam kepercayaan mereka boleh membakar mayat, boleh buat pergi ke crematorium tetapi mereka yang dalam kepercayaan agama mereka perlu membuat tanam mayat, mereka tiada pilihan, mereka kena pinjam duit cari duit untuk pergi ke kubur swasta. Dan saya nak cadangkan satu solution yang mungkin dapat membantu dalam jangka masa pendek benarkanlah rakyat Petaling Jaya menggunakan kubur di PBT-PBT lain. Contohnya macam Shah Alam tak membenarkan penduduk bukan Shah Alam untuk datang ke kubur Shah Alam. Jadi saya harap kerajaan Negeri boleh menimbang disebabkan terdapat kekurangan kubur bagi golongan bukan Islam di Petaling Jaya.

Yang ketiga, perpustakaan awam Selangor di kawasan Petaling Jaya dahulunya di Kompleks Membeli-Belah Jaya One. Perpustakaan ini telah tutup masa pandemik. Kami faham masa pandemik banyak benda tak beroperasi tetapi malangnya perpustakaan ini tidak buka semula selepas pandemik tamat. Saya harap kerajaan Negeri boleh bagi perhatian supaya cawangan ini dibuka kembali, jangan penduduk Petaling Jaya dinafikan perpustakaan mereka yang wujud di seluruh Negeri Selangor.

Seterusnya saya ingin memohon Kerajaan Negeri untuk menimbang satu keperluan untuk satu fly over dari Jalan Penchala di kawasan PJ Old Town ke kawasan Taman Medan saya harap ADUN Taman Medan pun boleh sokong untuk memudahkan penduduk yang berulang-alik antara kawasan Taman Medan dan kawasan bandar Petaling Jaya. Kalau ADUN Taman Medan nak sokong PJD Link rakyat dia kena bayar tol RM4.00 setiap kali ulang-alik tetapi tak payah satu lebuh raya, satu fly over saja cukup untuk melintasi NPE sebab fly over ni takde, 45 minit jammed untuk mereka melintasi satu jarak yang hanya 200 meter. Jadi 40 minit jammed ini kita boleh jimat dengan satu fly over naik atas NPE ataupun underpath di bawah NPE saya harap kerajaan Negeri boleh mengusahakan ataupun meminta Kementerian Kerja Raya untuk buat dalam RMK ke-13 dan akhir, seterusnya second last one ialah pasar PJ Old Town dengan izin saya ingin membawa isu ini kerana pada 3-4 tahun yang lepas MBPJ telah menaikkan kadar sewa kepada peniaga-peniaga di pasar Jalan Othman ini dan kadar sewa ini adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada pasar-pasar lain di Petaling Jaya. Ada banyak rungutan, ini tidak adil. Saya harap boleh diseragamkan. Kalau nak naik semua, naik semualah. Kalau taknak naik semua, kurangkan balik supaya dia seragam. Jangaan Pasar Sungai Way ni jauh lebih murah daripada Pasar Jalan Othman. Jangan Pasar Taman Mega ni jauh lebih murah daripada Pasar Jalan Othman. Masa tak mengizinkan,

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit saja. Saya nak sokong Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Okay, Taman Medan menyokong.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab dah bangkit sebelum ni tapi Sekinchan tak dengar. Harini Bukit Gasing dah bangkit, Taman Medan sokong, harap Sekinchan dapat dengar dan minta MBPJ ambil tindakan.

Speaker

Yang Berhormat ...

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Masa pun dah tamat. Saya pun landing. Terima kasih saya ucapkan untuk memberi saya laluan untuk menyokong usul menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Tuanku dan terima kasih banyak kepada Taman Medan kerana harini dia menjadi penyokong, ADUN kerajaan menyokong idea-idea saya bukan membantah dan membangkang. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, waktu telah menunjukkan pukul 1.00 petang. Dengan ini saya tangguhkan sidang Dewan ke pukul 2.30 petang nanti.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Selamat Petang. Dewan bersambung semula bagi pembahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Saya mempersilakan ketua pembangkang, Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Anggota Perkhidmatan Awam, Setiausaha Dewan, Pegawai-pegawai yang hadir pada petang ini. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Tuan Speaker, bagi pihak rakan-rakan Perikatan Nasional, saya ingin mengucapkan tahniah Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, yang baru dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan saya yakin Yang Berhormat Dato’ akan dapat meneruskan usaha untuk membangunkan sebuah negeri yang begitu pesat membangun. Kami juga menyambut baik pelantikan Pegawai Kewangan yang baru Datuk Dr. Haniff Zainal Abidin. Dua pegawai kanan yang baru ini pastinya akan menyuntik semangat kerja yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota perkhidmatan awam untuk menggubal dasar-dasar baru, memacu pertumbuhan baru, dan terus menjana pembangunan di dalam negeri Selangor. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan Datuk Pegawai Kewangan Negeri, pimpinlah dan bimbinglah Dato’ Menteri Besar untuk membawa negeri Selangor ini bangkit semula dan kembali ke zaman kegemilangan ketika era tahun 2014 hingga 2018. Kasihanilah Dato’ Menteri Besar, yang sedang diganggu oleh beberapa kumpulan tertentu. Jangan biarkan beliau berseorangan, saya yakin Pegawai Kewangan Negeri dan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri akan bersama-sama dalam usaha untuk membangunkan negeri yang kita cintai ini. Pada petang ini juga, Perikatan Nasional ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Setia Haji Haris Kasim yang telah menabur bakti dan jasa yang begitu besar dalam pembangunan negeri Selangor selama 27 tahun. Saya yakin Dato’ Setia akan terus setia menyumbang idea dan khidmat kepada negeri dan negara berdasarkan pengalaman dan ilmu pentadbiran yang begitu luas.

Tuan Speaker, saya mendengar dengan tekun Titah Ucapan Tuanku Sultan pagi semalam. Seperti biasa Tuanku Sultan sarat dengan Titah nasihat untuk melihat Selangor gagah dan makmur demi rakyat Selangor. Kami Perikatan Nasional menjunjung Titah nasihat Tuanku dan akan terus memainkan peranan sebagai blok penting dalam Dewan ini untuk semak dan imbang, check and balance. Kami akan menegur perkara yang perlu pembaikan dan kami akan mengusul cadangan demi kebaikan. Tetapi sebenarnya, saya juga sudah penat untuk mengingatkan masalah-masalah ini kepada Dato’ Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Setiap Sidang Dewan Negeri, saya dan 20 Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional memberikan pandangan dan teguran, namun semuanya tidak diambil peduli, umpama mencurah air ke daun keladi.

Tuan Speaker, dalam proklamasi yang dibaca oleh Setiausaha Dewan pagi semalam, dinyatakan Fasal 1, bahagian 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, memperuntukkan bahawa Tuanku Sultan hendaklah dari semasa ke semasa, memanggil Persidangan Dewan dalam menjalankan kuasa Tuanku Sultan untuk maksud ini, Tuanku telah memanggil dan menetapkan tarikh-tarikh 18 Februari sehingga 3 Mac 2025 sebagai tarikh Persidangan. Saya menggesa pihak kerajaan untuk mengekalkan tarikh-tarikh ini, supaya diberikan ruang yang sepenuhnya untuk pihak kerajaan menjawab 210 soalan

lisan yang telah dikemukakan oleh Perikatan Nasional dan tempoh ini juga membolehkan penyertaan yang lebih aktif Ahli-ahli Dewan Negeri dalam perbahasan dan sesi pertanyaan. Jangan di pendek-pendekkan dan jangan di ringkas-ringkaskan, khususnya perbahasan ketua pembangkang tidak ada had dan batasannya mengikut konvensyen mana-mana Dewan sekali pun. Terima kasih Tuan Speaker diatas persetujuan tersebut.

Tuan Speaker, Tuanku Sultan tuntas menitahkan kepada kita semua, bahawa hubungan sesama rakyat mesti diperkukuhkan dan dijauhi dari berpecah belah disebabkan kepentingan politik serta perbezaan bangsa dan agama. Negeri Selangor adalah negeri yang kaya dengan pelbagai agama, kaum dan budaya, kepelbagaian ini sebenarnya adalah satu kekuatan dan aset yang amat penting untuk kita melangkah maju sebagai sebuah negeri yang makmur, sejahtera dan harmoni. This is our strength Tuan Speaker, konsep unity in diversity adalah diraikan oleh semua. Dalam bahasa Latin disebut (bahasa latin) yang membawa maksud di mana ada Bersatu, di situlah ada kemenangan, Insyaallah.

Justeru itu, adalah penting untuk semua pihak memberi fokus kepada kebersamaan yang kita miliki bersama daripada bergelut dengan perbalahan dan persengketaan di atas perbezaan sesama kita. Dengan izin Tuan Speaker, “it is important that we focus on the many common things we have together, rather than become obses with differences between us”. Dengan cara ini kita boleh membina sebuah masyarakat dan negeri yang kuat, bersatu dan harmoni.

Hampir 70 tahun, rakyat Malaysia memilih untuk hidup bersama dengan aman dan harmoni. Kita berintegrasi dalam sebuah komuniti, dalam sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agam dan budaya dan integrasi dalam kepelbagaian ini, adalah pilihan sedar ataupun conscious choice dan bukan paksaan, it was our choice Tuan Speaker, for the last 70 years to live together sebagai rakyat Malaysia. Maka untuk 70 tahun yang akan datang, kita mesti membuat pilihan yang betul dan bertanggungjawab untuk membentuk dan membina masa depan yang lebih baik dan gemilang.

Tuan Speaker, hasil negeri yang tinggi dan rizab kerajaan yang besar, bukan untuk dibangga-banggakan. Saya dengar perbahasan Pelabuhan Klang, saya faham beliau ada Pemilihan pada tahun ini. Apa pilihan yang ada di tangan beliau? Insyaallah kalau dengar ucapan tadi, layak menduduki jawatan Naib Presiden PKR. Kemakmuran sesebuah negeri bukan semata-semata berdasarkan angka, pertumbuhan dan indikator ekonomi tetapi cabarannya ialah bagaimana kekayaan sesebuah negeri dapat dinikmati oleh rakyat Selangor. Tuanku Sultan sekali lagi memberi peringatan, supaya perancangan pembangunan negeri perlu menitik beratkan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat dan bukan yang boleh memberi keuntungan sahaja.

Seingat saya, ini adalah kali kedua Titah nasihat Tuanku supaya jangan terlalu asyik dengan angka dan rizab yang besar, tetapi rakyat di bawah sedang menderita. Inilah yang sedang berlaku di dalam negeri Selangor, saya ingin membawa perhatian Dewan ini, kepada status kesihatan fiskal negeri Selangor berbanding dengan beberapa negeri di Malaysia.

Tuan Speaker, pada 3 Februari 2025 The Edge ada melaporkan perkara ini berdasar statistik dan perangkaan daripada Jabatan Perangkaan dan Statistik Malaysia (DOSM), di mana dalam analisa yang dikemukakan dalam makalah ini, disebut dalam tempoh 70 tahun yang lalu, 70 peratus daripada KDNK Malaysia adalah disumbangkan enam buah negeri, Selangor, Sarawak, Johor, Penang, Sabah dan Kuala Lumpur. DOSM laporkan bahawa pada tahun 2023, Selangor menyumbang 25.9% kepada KDNK Malaysia dengan nilai 406.1 bilion ringgit. Tetapi walaupun Selangor adalah penyumbang terbesar kepada KDNK negara, dalam laporan yang dinyatakan di sini, Selangor bukanlah negeri yang paling makmur. Selangor was not the most economically prosperous, itu laporan yang telah dinyatakan apabila ada analisa tentang Malaysia State Financial Positons.

Tuan Speaker, KDNK berkapital mencatat RM62,492 berbandingan dengan Kuala Lumpur yang mencatatkan RM131,038. Walaupun Kuala Lumpur menyumbang hanya 15.9 peratus kepada KDNK Malaysia dan tahun yang sama, tahun 2023, yang meletakkan Kuala Lumpur sebagai penyumbang kedua terbesar. Sekali lagi ini membuktikan jangan kita terlalu ghairah dengan jumlah sumbangan kepada KDNK negara, sedangkan hakikatnya KDNK perkapita Selangor tidaklah sebesar mana malahan jauh lebih rendah daripada apa yang kita saksikan di Kuala Lumpur. Yang kedua dalam topik yang sama. Bukit Gasing, saya habiskan ini saya bagi peluang. Saya juga ingin berkongsi analisa yang mengesahkan bahawa revenue to GDP Ratio di Selangor adalah 0.67 % lebih kecil daripada Kedah dan Kelantan di mana masing-masing mencatatkan 1.12 % dan 3 % dalam tahun 2023. Maknanya Science Economic Selangor yang mencatatkan 600 bilion ringgit berbanding dengan hasil yang direkodkan berjumlah 2.708 Bilion Ringgit pada tahun 2023 maka ratio revenue to GDP hanya 0.67 % berbanding dengan kadar di Malaysia sebanyak 16.2 %. Sekali lagi apabila Selangor menyumbang KDNK Negara dengan rekod sebanyak 25.9 % kalau kita perincikan kita guna matriks KDNK per capita ia nya tidak memberikan kemakmuran ataupun kekayaan kepada setiap keluarga di negeri Selangor berbandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Akhirnya dalam topik yang sama saya juga mendapati dalam laporan yang sama ini satu laporan yang cukup komprehensif melibatkan dengan 4 muka surat yang penuh. Ia juga mendapati bahawa sektor perkhidmatan. Saya minta Y.B. Kinrara beri perhatian, menyumbang sebanyak 61 % berbanding sektor pembuatan dan perkilangan hanya 29.4%. Sektor Pembinaan hanya 4.9 %, Sektor Pertanian hanya 1.1% kepada KDNK

negeri. Dan kalau kita lihat pecahan ini sumbangan sektor-sektor yang dinyatakan tadi adalah sangat vulnerable dan perlu diberi perhatian segera.

Saya juga nak merujuk kepada pendekatan yang diambil oleh Y.B. Kinrara dan juga Dato’ Menteri Besar di mana kerajaan negeri sewajarnya mengambil tindakan yang proaktif untuk mengekalkan Selangor sebagai hub dan mengorak langkah dalam industri semi konduktor. Kerana sekali lagi kalau kita merujuk kepada Statistik (DOSM) di muka surat 53 ia nya melaporkan bahawa Sektor Pembuatan menyumbang hanya 24.9% seperti yang saya sebutkan tadi berbanding dengan Pulau Pinang dengan jumlah 46.5 % dan menjadikan Pulau Pinang sebagai Hub pembuatan E&E di Rantau Asia. Sumbangan Sektor Pembuatan di negeri Johor lebih tinggi daripada negeri Selangor dengan mencatatkan 29.8 %. Maka sebab itu saya mengajak Ahli-ahli Dewan. Sementara kita bersyukur dengan prestasi kewangan negeri tetapi kita juga harus memperhalusi supaya ada tindakan-tindakan yang boleh diambil supaya pertumbuhan ini lebih sustainable dan dapat dipertahankan malahan dipertingkatkan untuk masa-masa yang akan datang. Berbanding dengan Sarawak dan Pulau Pinang. Y.B. Kinrara, kedua-dua negeri ini mengambil tindakan untuk mengimbangi di antara sumbangan ekonomi dalam Sektor Pembuatan dan juga Sektor Perkhidmatan. Sebagai contoh Sarawak mencatatkan sumbangan Sektor Pembuatan sebanyak 26.5% dan Sektor Perkhidmatan sebanyak 38.3% manakala Pulau Pinang mencatatkan sumbangan Sektor Pembuatan sebanyak 46.5 % dan Sektor Perkhidmatan berjumlah 48%. Perkara yang harus diberikan perhatian juga pada petang ini ialah saya sempat melontarkan dalam soalan lisan dalam sesi soal jawab di mana Selangor sedang mencatatkan trade defisit sebanyak RM70 Bilion. Berbanding dengan negeri seperti Sarawak, Johor, Pulau Pinang dan Sabah yang kesemuanya mencatatkan trade surplus ataupun lebihan dagangan. Johor merekodkan jumlah dagangan sebanyak RM561.6 Billion dengan jumlah eksport bernilai RM 290 Bilion. Manakala Pulau Pinang mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM697.7 Bilion dengan jumlah eksport sebanyak RM447.4 Bilion. Dan antara komponen terpenting yang melonjakkan nilai eksport adalah Intgrated Electronics Circuits dengan nilai RM198.8 Bilion. Cuba kita bandingkan dengan apa yang kita ada di Selangor pada petang ini. Selangor mencatatkan jumlah dagangan RM574.9 Bilion. Malangnya jumlah eksport hanya RM252.7 Bilion dan sumbangan eksport dalam produk Intragted Electronis Circuit hanya RM33.8 Bilion sahaja. Saya pernah mencadangkan di dalam Dewan ini beberapa langkah kepada kerajaan negeri untuk membantu pemain-pemain industri dalam ekonomi Selangor untuk menembusi pasaran-pasaran baru. Sementara jawapan yang diberikan Dato’ Menteri Besar pagi ini bahawa Selangor mempunyai banyak kemudahan Pelabuhan, Airports, Ports yang digunakan sebagai tempat untuk membawa barangan termasuk Intermediate Goods ke dalam negeri Selangor tetapi ini tidak bermakna kita tidak melakukan sesuatu supaya barangan-barangan ini dapat ditambah baik nilainya

dan di eksport kepada pasaran-pasaran baharu supaya trade defisit yang sedang kita alami dengan nilai RM70 Billion ini dapat kita imbangi dalam masa yang terdekat.

Tuan Speaker saya memberi tumpuan kepada perkara-perkara ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi negeri Selangor baru saja mendapat Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Pegawai Kerajaan Negeri yang baru. Dua-dua Doktor, dua-dua mempunyai pengalaman yang begitu luas. Bawa lah Selangor ke tahap yang berdaya saing dan dapat memacu pertumbuhan yang lestari. Insha Allah. Jangan lagi bergantung kepada hasil tanah. Tolong. Dalam Sesi yang lepas kita berbahas. Bukit Gasing pun dah mula senyum. Belum, saya nanti, saya nak bongkar lagi pada petang ini. Cukai tanah dan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan. Saya mengambil maklum pengumuman Kerajaan Negeri bahawa hasil Kerajaan Negeri merekodkan jumlah RM2.9 Bilion pada tahun 2024. Manakala rizab Kerajaan Negeri merekodkan RM4.1 Bilion. Pelabuhan Klang pagi ini melonjak-lonjak suaranya gembira dengan angka-angka ini. Bukit Gasing pun menyokong sebab DAP pun ada Pemilihan pada 16 Mac yang akan datang. Bukit Gasing, Pelabuhan Klang, persoalan yang sering menjadi perbahasan dalam Dewan ini ialah..

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Hulu Kelang, boleh saya minta penjelasan tentang topik sebab tadi topik tu tak berakhir tetapi saya masih ada soalan?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kampung Tunku bertanding?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

(ketawa)

Timbalan Speaker

Hulu Kelang bagi?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kampung Tunku bertanding? Kalau tak saya bagi. Sape bertanding saya tak bagi.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Ok. Saya merujuk kepada artikel yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Berkenaan dengan point di mana Hulu Kelang menyatakan bahawa Selangor Was Not The Most Economic Prosperous (dengan izin) tetapi dalam berbanding dengan Kuala Lumpur tetapi dalam artikel yang sama 2 perenggan di bawah artikel yang sama juga menyatakan bahawa this different (dengan izin) could be explain by the fact that the population of Selangor at 7.21 million is more than 3 time of Kuala Lumpur is 2 million. Jadi apakah ulasan Yang Berhormat Hulu Kelang tentang perbezaan ini dan penjelasan ini dalam artikel yang sama? Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih, Kampung Tunku. You banyak hebat nya Kampung Tunku. Dia baca saya pun baca artikel yang sama. Itu

salah satu daripada faktor yang diambil kira dari segi jumlah populasi. Tapi I’ m coming to my point tentang reserve. Persoalan saya sebab tu saya kata reserve besar. Ok populasi kita besar. Minta maaf dengan izin Tuan Speaker.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti. Saya nak habiskan jawapan ini dulu supaya bagaimana kita dapat menguruskan reserve ataupun hasil yang begitu besar untuk tujuan memberikan kemakmuran dan kekayaan kepada rakyat yang berjumlah 7 juta orang di negeri Selangor. Ada beberapa inisiatif yang telah diambil yang saya juga akan memberikan pandangan sebaliknya tapi lets us go through to our discussion pada petang ini supaya Kampung Tunku dapat memahami dari segi perspektif mana saya berhujah perkara ini iaitu pada tahun 2024 kita bincang panjang dalam sesi yang lepas. 75 % hasil negeri mungkin ini maklumat baru kepada Pegawai Kewangan Negeri. Dalam tahun 2024, 75% hasil negeri bergantung kepada premium tanah dan cukai tanah. Dan dalam Dewan ini juga Dato’ Menteri Besar berjanji untuk melaksanakan usaha memperbagaikan hasil negeri dengan strategi pemerkasaan hasil kerajaan negeri dalam bentuk pemberian sumbangan dan dividen daripada anak-anak syarikat dan badan berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri. Itu janji Dato’ Menteri Besar di dalam Dewan. Saya menyambut baik itu satu tindakan yang cukup positif. Cuma persoalan saya ialah apakah kejayaan yang telah dicapai ataupun hanya janji? Sebab Tuan Speaker, dalam sesi pada tahun yang lepas saya ada membawa kertas mesyuarat lembaga Pengarah PKNS. The Awakening bertarikh 2 Februari 2024.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang Berhormat, sebelum kita tukar topik PKNS mari kita selesaikan.

Timbalan Speaker

Bukit Gasing, bagi ruang Hulu Kelang.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tadi banyak hujah yang dikeluarkan tapi apa sebenarnya poin Hulu Kelang? Sebab GDP Selangor yang semakin tahun yang semakin meningkat adalah satu benda Yang Berhormat Hulu Kelang pun mengagung-agungkan semasa Yang Berhormat duduk di sebelah sana. Saya buat simple google search jumpa juga banyak keratan surat khabar Yang Berhormat pun mengagung-agungkan kedudukan KDNK negeri Selangor semasa Yang Berhormat adalah Menteri Besar. So mari kita mengakui bahawa size of the economic ni adalah satu perkara yang penting. GDP per kapital juga penting tetapi kita tidak cakap China adalah satu ekonomi yang tak maju sebab GDP per kapital China adalah kurang. Kita seluruh dunia mengakui ekonomi China adalah kedua terbesar di dunia, cukup besar cukup penting sebab sebagai satu ekonomi yang diukur melalui GDP, KDNK ia memang lah satu angka yang

besar. Jadi walaupun GDP per kapita kita lebih rendah daripada Kuala Lumpur ini seakan Hong Kong jauh lebih tinggi daripada China. Tak ada mana-mana pemimpin di dunia ini yang kata Hong Kong lagi maju, Hong Kong lagi penting, ekonomi Hong Kong lagi penting kerana GDP per kapital Hong Kong lebih tinggi daripada China. Tetapi China adalah penting dari segi ekonomi kerana GDP nya adalah besar. So lets admit thats fact semasa Yang Berhormat duduk sebelah sana, Yang Berhormat pun mengagung-agungkan perkara ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukan lah saya mengagung-agungkan, saya bersyukur. Saya sebut tadi, apabila angka-angka ini pertumbuhan, rizab dan KDNK itu baik sudah tentulah kita rasa ini satu pencapaian. Tetapi saya juga pernah berhujah dalam Dewan ini Yang Berhormat Bukit Gasing, jangan kita terlalu ghairah dengan simpanan yang besar. Dia ada kaitan sebab bila pertumbuhan itu tinggi tetapi GDP per kapita itu sedikit rendah, mengapa harus dikekalkan simpanan yang besar? Patutnya kita mencari pendekatan yang lebih inovatif untuk memastikan simpanan yang besar itu dapat membantu meningkatkan sedikit GDP per kapita. Itu maksud saya. Situasi ekonomi di Hong Kong dengan China sudah tentulah berbeza dengan Selangor. Kita ada masalah perumahan yang akan saya bincang. Kita ada masalah pekerjaan. Kita ada masalah kos sara hidup. Kita ada masalah inflasi. Saya pasti walaupun indikator-indikator ini di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi ada beberapa inisiatif yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan GDP per kapita bagi rakyat di Negeri Selangor. Sebab itu saya hendak merujuk kepada laporan yang sama. Bila saya bentangkan laporan ini, Kerajaan Negeri tidak memberi jawapan tetapi membuat laporan polis terhadap saya. Dan, saya telah mengambil tindakan-tindakan mengikut undang-undang yang ada dan alhamdulillah setelah setahun saya bergelut dengan isu perundangan ini, mahkamah pada awal tahun ini dan Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan kes ini di MFA kan. Tidak ada sebarang tindakan kerana itu adalah hak saya sebagai Ahli Dewan yang mempunyai privilege untuk menyatakan fakta ini di dalam Dewan. Saya tidak mahu datang ke Dewan ini menggunakan platform ini sebagai shouting match seperti berlaku di Parlimen di antara Hulu Langat dengan Kinabatangan. Ini bukan cara kita. Jelutong kawan Bukit Gasing. Hulu Langat kawan Seri Kembangan, Seri Serdang. Pendang bagus. Dia...tak apa.

Tuan Speaker, dalam laporan ini ada dilaporkan oleh PKNS. Saya harap CEOnya ada di sini ataupun Pengerusi dia pun tak ada, CEO pun tak ada. PKNS 2023 Wins. Ini kononnya pencapaian PKNS. Apa dia salah satunya? Menjual tanah Broga. Tahun lepas saya berhenti di situ sahaja. Tapi tahun ini saya hendak lanjutkan perbahasan. Tuan Speaker, tanah ini terletak di Broga, Semenyih. Keluasannya 997 ekar. Ada 3 plot. Plot 1 dan 2 berkeluasan 897 ekar. Plot 3 berkeluasan 100 ekar dan ada aktiviti aktiviti buat kuari. Maka dibuat penilaian. Pada tahun 2022, perunding swasta membuat

penilaian pada harga RM11.68 satu kaki persegi. JPPH pada tahun yang sama membuat penilaian RM10.00 satu kaki persegi. Maka diiklankan. Pada 2 Jun 2023, ada tiga syarikat yang mengambil dokumen. Tetapi ada hanya satu syarikat yang mengambil bahagian. Saya pernah duduk sebagai Pengerusi PKNS. Kita ada peraturan kalau hanya ada satu syarikat yang mengambil bahagian, ianya mesti dibuka semula supaya ada ketelusan, tata kelola. Tapi malangnya tidak dibuka malahan PKNS terus mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat Trans Loyal Development Sdn. Bhd. Ini surat tawaran daripada PKNS. Tetapi yang anehnya JPPH meletakkan penilaian RM10.00 satu kaki persegi, penilai swasta meletakkan RM11.68 satu kaki persegi. PKNS, tanah-tanah PKNS dijual kepada syarikat Trans Loyal Development Sdn. Bhd. dengan harga hanya RM6.73 satu kaki persegi. Sebab itu saya selalu bahas apakah Kerajaan Negeri ini agen jual tanah? Sedangkan mandat yang diberikan kepada PKNS pada tahun 1960 adalah untuk membuka township, membina rumah-rumah mampu milik dan kos rendah untuk rakyat Negeri Selangor. Hari ini PKNS menjadi agen menjual tanah pada harga yang jauh lebih rendah daripada apa yang dibuat penilaian oleh JPPH. Kemudian, itu untuk Plot 1 dan 2. Maka, ada perbezaan kalau dibezakan dengan JPPH kita rugi RM3.27 satu kaki persegi. Kalau dibandingkan dengan perunding swasta, kita rugi RM5.31 satu kaki persegi. Apa alasan PKNS? Dalam kertas penjualan tanah kepada Trans Loyal Development Sdn. Bhd. kononnya keluasan yang boleh digunakan bagi tujuan pembangunan adalah hanya 669 ekar sahaja ataupun 74% daripada keluasan 897 ekar.

Tetapi Tuan Speaker, bila dipindahkan hak milik tanah ini, PKNS telah memindahkan keseluruhan 897 ekar kepada syarikat Trans Loyal Development Sdn. Bhd. Tidak langsung syarikat perlu membayar tanah seluas 231 ekar kepada PKNS. Mendapat percuma. Pelabuhan Klang boleh semak. Terima kasih. InsyaAllah boleh menang dalam pemilihan. Apa implikasi kepada PKNS? Implikasi kepada PKNS telah mengalami kerugian kehilangan 231 ekar tanah ini di antara RM95 juta sehingga RM154 juta. Kalau dibuat secara telus, bertanggungjawab, tata kelola RM154 juta inilah dapat meningkatkan GDP per kapita yang kita bincangkan sebentar tadi. Bukan satu jumlah yang kecil RM154 juta. Masalah kesihatan rakyat di bawah, masalah pendidikan rakyat di bawah. Kemudian, Plot ketiga. Tuan Speaker, lagi seronok. Keluasannya 100 ekar. Telah dijual dengan harga hanya RM5.73. Jangan buat fitnah Pelabuhan Klang. Itu titah Tuanku. Ini surat tawarannya. RM5.73 satu kaki persegi. Bila saya membuat carian, pemilik tanah-tanah baru ini yang diberikan dengan mudah oleh PKNS. Ini carian yang saya buat. Plot 1 kepada Trans Loyal Development Sdn. Bhd. Plot 2 kepada Sutra Maya Resources Sdn. Bhd. Tetapi pemegang sahamnya orang yang sama. Lembaga Pengarah orang yang sama. Dato’ Lee Swee Eng, Lee Swee Hong, Lee Kian Huat, Lee Kok Heng. Tanah PKNS. Saya bukan nak ambil pendekatan perkauman di sini. Tetapi mengapa tanah seluas 800 ekar boleh terlepas tanah kepada syarikat-syarikat ini? Nama berbeza

pemegang saham sama, Lembaga Pengarah sama. Inilah yang saya tegur dalam Sidang Dewan bukan saya hendak bermusuh dengan Kerajaan Negeri. Saya sayang Negeri Selangor. Ini negeri saya. Saya mahu setiap hasil dan pendapatan Kerajaan Negeri ini disalurkan semula kepada rakyat Negeri Selangor tetapi bukanlah golongan maha kaya-maha kaya ini. Saya juga ada laporan penilaian bagi plot-plot tanah tersebut. Satu daripada JPPH dan satu daripada penilaian swasta. Saya minta perkara ini Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri pimpinlah Dato’ Menteri Besar, kesian dia. Dia sahabat saya tapi dia diasak kiri dan kanan oleh orang-orang dia juga. Bukan kami. Kami di sini adalah orang-orang yang ingin membantu Dato’ Menteri Besar membangunkan Negeri Selangor. Belum habis. Sentosa dengar betul-betul Sentosa. Bertanding? Bertanding jangan berdiri, duduk di situ.

Ada satu lagi Tuan Speaker. Dua minggu lepas, Dato’ Menteri Besar dan pengurusan tertinggi MBI (Menteri Besar Incorporated) berada di sebuah hotel baharu di Kuala Lumpur, Imperial Lexis Hotel, Jalan Ampang. Pelabuhan Klang memang tak ada sebab ini Menteri Besar dan Ahli Lembaga Pengarah MBI. Pelabuhan Klang belum dilantik setakat petang ini. Bila menang nanti InsyaAllah akan beralihlah ke sebelah sana. Kalau tidak ke sebelah sini. Kami ke sana. Apa berlaku di Imperial Lexis Hotel? Saya dimaklumkan ini adalah pemukiman ataupun retreat MBI. Ok tak ada masalah. Bincang beberapa perkara, dasar khususnya Visi MBI Thrive 28 dan antara perkara yang dibincangkan di Imperial Lexis Hotel ialah Pelan Transformasi Land and Property Division MBI. Bukan fitnah. Di mana kita sedia maklum PNSB (Permodalan Negeri Selangor Berhad), Mantap Murni Sdn Bhd, Bukit Beruntung Golf and Country Resort Berhad, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, Landasan Lumayan Sdn Bhd, Central Spectrum Malaysia Sdn Bhd. Kesemuanya mempunyai pemilikan di bawah Land and Property Division dan apa yang berlaku di hotel tersebut adalah untuk membincangkan Pelan Transformasi Land and Property Division MBI. Tetapi yang mengejutkan saya, pada tahun 2023, 5 syarikat yang sebut tadi, ini dalam retreat MBI. 5 syarikat tersebut PNSB Bukit Beruntung Golf and Country Resort Berhad, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, Landasan Lumayan Sdn Bhd dan Central Spectrum Malaysia Sdn Bhd meyumbang hanya 3.5% kepada Kumpulan MBI dengan nilai RM169.1 juta. 5 syarikat ini menyumbang kepada Kumpulan MBI dengan hanya 3.5% dan yang lebih menyedihkan zero dividen bagi tahun 2023. Saya bawa perkara ini, nanti sekejap Yang Berhormat saya bawa perkara ini

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Sedikit penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak habis, saya bawa perkara ini kerana saya sebut tadi. Janji Dato’ Menteri Besar di dalam Dewan ini untuk mempelbagaikan hasil dan pendapatan Kerajaan Negeri termasuk memastikan anak-

anak syarikat dan agensi Kerajaan Negeri membayar dividen kepada Kerajaan Negeri. 5 syarikat, zero dividen. Kemudian habis. Saya nak habiskan ini.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Minta penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti saya jelas, sabar. By 2028, slide yang sama dianggarkan dividen yang akan dibayar oleh 5 syarikat ini berjumlah RM122.1 juta. Saya nak dapat penjelasan dari Kerajaan Negeri apakah sumber dan keupayaan MBI khususnya 5 syarikat ini untuk membayar dividen dan seperti yang dianggarkan pastinya menjual tanah lagi. Tetapi kalau inilah trend Kerajaan Negeri. Trend anak Syarikat Kerajaan Negeri. Hasrat Dato’ Menteri Besar untuk mengambil tindakan proaktif dan lebih inovatif tidak mungkin tercapai. Saya nak tanya tanah mana yang MBI nak jual lagi. Sebagai contoh tadi PKNS, itulah satu-satunya tanah yang cukup premium, paling strategik di Broga, Semenyih pun sudah terlepas tangan. Saya nak tanya di mana lokasi tanah-tanah MBI, khususnya 5 syarikat tadi yang akan digunakan untuk mendapat pulangan dengan hasrat boleh membayar dividen kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2028. Sila Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. At least ada retreat dan usaha untuk mencari satu pelan untuk menambah baik 5 syarikat ini. Saya pun tak ada dalam retreat tersebut. Nanti kita tunggulah Menteri Besar beri penjelasan. Tetapi saya nak tanya Yang Berhormat, semasa 4 tahun Yang Berhormat adalah Menteri Besar adakah 5 syarikat ini juga wujud? Kalau 5 syarikat ini wujud adakah 5 syarikat ini telah wujud pada zaman Yang Berhormat adalah Menteri Besar dan apa sumbangan dividen 5 syarikat ini semasa Yang Berhormat Menteri Besar selama 4 tahun? Bukan setahun.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini memang cara Bukit Gasing lah. Kerajaan ini gagal kamu buat apa dulu. Itu bukan cara seorang Ahli Dewan yang bertanggungjawab, we may have some limitation. Mungkin suasana pada ketika itu tidak ada AI. Saya dah jawab soalan itu sebenarnya dalam banyak sidang kepada Bukit Gasing. Saya telah mengambil beberapa tindakan ini untuk memastikan

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ini bukan fasal AI, ini spesifik kepada 5 syarikat, sebab Yang Berhormat bangkitkan 5 syarikat ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

No, nantilah bagilah saya jawab. Saya dah bagitahu ketika saya dulu saya mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk memperkenalkan beberapa solution ataupun penyelesaian menggunakan teknologi dan inovasi baru because we can’t be over dependent on premium tanah, hasil tanah. Sekurang-kurangnya itu satu permulaan yang baik. Tetapi kalau you nak bandingkan

ketika itu, that was ten years ago dengan sekarang sudah tentulah ada perbezaan. Yang Berhormat sendiri sebut tadi saiz ekonomi sepatutnya terus berkembang, tetapi tak boleh menggunakan hujah itu, saya gagal sebelum ini, kamu berjaya hari ini. Ya kalau kamu berjaya saya iktiraf. Tetapi kejayaan itu apakah masih lagi bergantung kepada tanah. Apakah salah saya lontarkan soalan itu. Terima kasih Bukit Gasing yang mengangguk, bersetuju dengan saya ya.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Banyak.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tak bagi ruang lagi.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tak bagi lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tak, cukup-cukup.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Kenapa.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dia guna ini sebenarnya nak kempen untuk DAP duduklah.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

DAP tak bertanding dengan Menteri Besar.

Timbalan Speaker

Bukit Gasing duduk. Hulu Kelang tak beri ruang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukit Gasing kumpulan mana? Saya tak nak sebut nama itu. Baik, sebab itu Tuan Speaker perkara-perkara ini janganlah ambil personal ataupun jangan ambil hatilah ya, sebab saya bawa banyak dokumen, saya teliti, saya buat semakan kerana saya tahu Dewan yang mulia biarlah kita berbahas ye lah mungkin kita ada berseloroh ataupun bergurau sedikit kerana waktu pun pukul 2.30 petang, Speaker bagi saya waktu yang tidak begitu enak untuk berbahas kerana semuanya tidak tekun mendengar, jadi saya terpaksalah berseloroh sedikit, tetapi fakta saya, data saya tetap berada di depan saya untuk kepentingan Dewan ini. Kemudian, saya juga nak mengajak Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri supaya memberi perhatian kepada sumbangan sektor pembinaan. Di awal perbahasan saya, saya sebut sumbangan sektor pembinaan kepada ekonomi Selangor hanya 4.9 %. 4.9 %. Maka saya nak tanyalah penguncupan sumbangan sektor pembinaan ini kerana apa. Apakah kerana PKNS gagal membina rumah-rumah mampu milik.

Saya sudah dapat jawapan daripada Kerajaan Negeri semalam. Baru yang terbaru Tuan Speaker, Kerajaan Negeri memaklumkan kepada saya secara bertulis semalam bahawa untuk tempoh sepanjang tahun 2024, tidak ada sebarang projek Rumah Selangorku yang siap di bina atau dilancarkan oleh PKNS. Apa nak jadi PKNS ini. Sepanjang tempoh 2024 tak ada satu unit pun yang disiapkan dan tak ada satu projek pun yang dilancarkan. Kerana PKNS pada hari ini lebih minat menjual tanah. Menjadi agen menjual tanah dengan harga yang jauh lebih rendah daripada Jabatan Penilaian. Di mana sikap dan pendirian kita. Ini jawapan Kerajaan Negeri. Maka bila PKNS ini tidak terlibat, apatah lagi untuk mendukung teras yang dilancarkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor aitu menaungi kebajikan rakyat dengan membina 200,000 unit Rumah Selangorku. Dalam tempoh 5 tahun, kalau PKNS pun tidak dilibatkan dan tidak membina nak serahkan kepada pihak swasta semata-mata.

Kita harus bincang perkara ini secara serius. Begitu juga pada pandangan saya. Kelembapan sektor pembinaan di Selangor juga adalah kerana kegagalan Kerajaan Negeri mencapai matlamat yang disasarkan. Ini dia, dokumen hebat, dalam RS-1 (Rancangan Selangor Satu) tetapi semalam satu perkataan pun tak saya dengar mengenai RS-1. Mengapa? Dah dikebumikan ke? Dah gagal ke?. Kalau ini adalah agenda besar Kerajaan Negeri yang dapat memacu pertumbuhan yang dapat menyuntik Pembangunan. Mengapa tak ada satu perkataan pun tentang RS-1. Bila saya balik saya semak, baru saya tahu mengapa. Ini salah satunya pemacu perubahan 7 zon pembangunan ekonomi Selangor Maritime Gateway. Apa hasil menjelang 2023. Ini bukan dokumen saya. Ini dokumen yang Pelabuhan Klang sokong, sokong beria-ria.

Menjelang 2023 Pelabuhan Klang ini 2025 ya. 2023 pembangunan 50 % daripada jumlah keseluruhan unit rumah mampu milik di atas tanah seluas 234 ekar. 2023 Pelabuhan Klang sewajarnya bangga menyaksikan 50 % daripada jumlah keseluruhan unit rumah mampu milik di atas tanah seluas 234 ekar. Hari ini sebatang tiang pun taka da, setelah 3 tahun. Maka sektor pembinaan akan lembap. Jalan-jalan berlubang, berlopak, ini saya nak minta Pegawai Kewangan Negeri dah tak dah pula. Sebab saya dah penat bercakap dengan Menteri Besar ini. Jadi saya nak bercakap dengan Pegawai Kewangan Negeri sahaja sekarang. Inilah kalau bolehlah Dato’ SS, tak ada juga. Kalau boleh Dato’ Menteri Besar. Saya ingat saya nak saya nak bercakap dengan Pelabuhan Klang lah dia dah bersedia untuk menjadi EXCO Kerajaan Negeri. Tuan Speaker selalu dia berbahas 5 minit sahaja. Hari ini satu jam. Lepas itu kita nak minta pencelahan dia beri ruang. Ya lah semalam dia dah contact kitalah, kau tanya ini, kau tanya ini.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, Hulu Kelang pun dah hampir 1 jam tau. Boleh tolong rumuskanlah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Belum. Tadi Speaker kata boleh lebih sikit.

Timbalan Speaker

Tadi sepatutnya setengah jam je ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Hari ini Speaker lebih lunak daripada TUAN TIMBALAN SPEAKER.

Timbalan Speaker

Sekarang ini dah hampir 1 jam, boleh kita rumuskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sikit lagi.

Timbalan Speaker

Fokus kepada isu-isu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya akan bantu di Bukit Antarabangsa. Sebab saya dengar Tengku Zafrul nak ke sana. Itu kampung saya. Jadi bagi 15 minit lagi Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Ok betul 15 minit sahaja. Rumuskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sah menang Bukit Antarabangsa. Tuan Speaker, saya melawak jelah. Saya nak mohonlah Kerajaan Negeri mungkin dengan sokongan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kerajaan Negeri saya pernah bertanya dalam Dewan ini, ini simpanan tunai dan caruman pemaju di PBT Negeri Selangor ini besar. Tetapi pada masa yang sama kita dengar keluhan rakyat di bawah. Sampah tak dipungut, jalan berlopak, berlubang, tidak ada penyelenggaraan yang baik. Di mana-mana pun. Tetapi PBT pun ada kekangan kewangan. Saya tidak salahkan Yang Dipertua, saya tidak salahkan Datuk Bandar, saya tidak salahkan pegawai Kerajaan. Saya mahu Kerajaan Negeri memberikan satu direction, hala tuju bagaimana kita boleh membantu PBT-PBT khususnya yang tidak tinggi hasil pendapatan mereka. Jika dibandingkan dengan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Klang mungkin mereka jumlahnya besar, saya ada rekod di sini.

Tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan speaker, simpanan tunai dan cara di PBT di negeri Selangor pada tahun 2024 sampai Oktober sahaja belum sampai Disember berjumlah rizab tunai sahaja 2.6 bilion ringgit. Baru rizab tunai, begitu juga dengan charge pemajuan 1.4 bilion ringgit, maknanya kalau kita gabungan charge pemajuan dengan rizab tunai itu sahaja sudah ada 4 bilion ringgit. Sekali lagi simpan untuk apa? Sedangkan the core business of PBT adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada

pembayar cukai bukan simpan, simpan, simpan nak pungut interest tetapi cairkanlah sebahagian daripada aset tunai ini untuk menaik taraf taman-taman permainan, membaiki longkang, mengutip sampah, jadi tak payahlah membebankan kerajaan negeri sahaja. Ada PBT yang tidak mampu maka kerajaan negeri boleh menyalurkan sebahagian kepada mereka, tetapi ada PBT yang ada kemampuan, harus difikirkan cara yang lebih inovatif untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Itu baru rizab tunai, saya nak beri tahu pegangan hartanah PBT Negeri Selangor. Nilai pasaran semasa pada tahun 2024 MBSA sahaja, ya Kota Anggerik 1.4 bilion ringgit. Itu pengangan hartanah baru satu PBT, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, maaf Majlis Bandaraya Subang Jaya 267 juta, Majlis Bandaraya Petaling Jaya 231 juta, Majlis Bandaraya Diraja Klang 282 juta, ratus-ratus juta. Tapi bila nak kutip sampah tak cukup duit, nak baiki longkang tak cukup dana, tidak ada peruntukan. Tebing runtuh tidak ada peruntukan khas daripada kerajaan negeri maka saya merayu kepada Dato’ Menteri Besar, Pegawai Kewangan Negeri cari pendekatan lebih inovatif untuk membantu PBT-PBT di seluruh Negeri Selangor.

Satu perkara yang saya nak bangkitkan juga Tuan Speaker. pada muka surat 17 dalam titah ucapan Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan. Izinkan saya baca sedikit “Tuan Speaker, Beta telah menitahkan kepada pihak JAIS supaya mengawasi dan menambah baik sistem sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini. Beta mahu keadaan fizikal dan fasiliti bangunan dan asrama sekolah-sekolah tahfiz ini hendaklah dilengkapi aspek keselamatan yang diiktiraf dan alat-alat pencegah kebakaran juga hendaklah berada di dalam keadaan yang baik dan diluluskan oleh pihak Bomba. Sekolah-sekolah tahfiz yang tidak berdaftar dan tidak memenuhi syarat hendaklah ditutup”. Ini satu titah yang perlu diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri dan juga beberapa agensi yang terlibat khususnya Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan PBT. Tetapi untuk makluman Seri Setia sementara kita mendukung titah nasihat Tuanku supaya sekolah-sekolah tahfiz ini hendaklah didaftarkan, pastinya mengikut spesifikasi dan juga memenuhi syarat-syarat. Kita dukung, tetapi masalahnya ada pihak yang cuba melengah-lengahkan walaupun Jabatan Kesihatan telah memberi persetujuan, Jabatan Bomba telah memberi persetujuan tetapi Seri Setia tolong semak, ada PBT tertentu khususnya di kawasan bandar raya yang melengah-lengahkan kelulusan ini. Saya nak tahu siapa? Dan saya yakin bukan Datuk Bandar bukan YDP tetapi apa kah ada elemen Ahli-ahli Majlis yang cuba menghalang pendaftaran sekolah-sekolah tahfiz khususnya di Petaling Jaya, khususnya di Subang Jaya sehinggakan permohonan-permohonan ini ditangguhkan dalam tempoh yang begitu lama. Jangan ambil mudah perkara ini. Kita kena semak berapa yang telah mengemukakan permohonan? Berapa yang telah diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan? Dan siasat mana-mana PBT yang tidak ataupun masih melengah-lengahkan kelulusan tersebut.

Tuan Speaker, saya juga melihat perkara yang dibincangkan iaitu jualan Ehsan Rahmah JER tetapi Pelabuhan Klang, JER tak boleh selesaikan masalah food security di Selangor. Pagi tadi pelabuhan Klang menjerit-jerit mengatakan bahawa 7 juta rakyat Selangor mendapat manfaat daripada JER, melalui subsidi RM12 juta, Dusun Tua tepuk pom pom pom. Pelabuhan Klang, kalau subsidinya 12 juta ringgit yang manfaat 7 juta orang seorang rakyat Selangor dapat RM1.70. Kau kena kencing. Janganlah, nak bantu-bantu betul-betul apalah RM1.70, rizab ada 4 bilion. Kalau ceramah di Sungai Tua, 4.1 bilion, JER dapatlah RM1.70. Ini politik 40 tahun dahulu. Sebab itu hari ini rakyat Selangor sudah bersedia untuk menyokong Perikatan Nasional dalam pilihan raya akan datang. Bila saya bertemu dengan pengusaha-pengusaha Cina baru-baru ini, Seri Serdang cemburu, dia kata tengok Setiausaha Agong Perikatan Nasional sudah merayu kepada orang-orang bukan Melayu. Ya, kita sebuah parti yang akan membentuk kerajaan sudah tentulah kita menjaga hak semua rakyat di dalam negeri Selangor dan negara kita. Anak Melayu anak saya (suasana riuh) anak Cina anak saya. Anak India anak saya. Anak Iban dan anak Dayak anak saya. Ingat tak Kota Anggerik? (suasana riuh). Ini semua anak-anak kita (bahasa cina). Jadi janganlah singgung saya, saya nak berbaik semua orang itu juga Titah Tuanku, kita mahu perpaduan ini menjadi aset untuk Selangor terus maju ke hadapan.

Cuma ada 2 lagi perkara Tuan Speaker. Saya ambil masa sikit sahaja. Tuanku ada menitahkan perkhidmatan awam di Selangor ini mestilah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti. Efisien dan berdaya saing. Saya nak menarik perhatian Kerajaan Negeri mengenai peranan dan kecekapan KUSEL ini. Koridor Utiliti Selangor, dalam memberi kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja utiliti, saya mendapat banyak aduan bahawa proses yang diambil oleh KUSEL terlalu lama. Banyak birokrasi, selain dari kos tanggungan oleh pemohon yang terlalu besar. Saya beri contoh ini dia, Masjid Bukit Antarabangsa, bukan dalam kawasan saya, ini kawasan Timbalan Speaker, tetapi oleh kerana kami ada hubungan yang baik dan akrab, saya cuba membantu beliau, masjid ini, masjid memohon semenjak Oktober 2024 nak memasang Utiliti TNB 274 meter sahaja Seri Setia, bukan 2 kilometer, 274 meter untuk kebaikan Masjid. Berbulan-bulan tak lulus lagi, kalau dulu kita boleh hantar pada MPAJ selesai masalah. Saya faham KUSEL ini untuk buat mapping matlamat itu saya dukung, kalau mapping punya mapping, mapping punya mapping nak pasang kabel 200 meter pun berbulan-bulan, di mana kecekapannya?. Saya minta Seri Setia tolong sebab ini surat JAIS ini berdosa bulan Ramadan kalau tangguh-tangguh ni.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, terima kasih. Tapi, boleh rumuskan tak?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya Tuan Speaker. Inilah kebaikan kepada masyarakat. Bukit Antarabangsa

Timbalan Speaker

Saya dah tambah masa tadi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya Tuan Speaker lebih selesa di Bukit Antarabangsa mendapat dukungan yang kuat hasil kerjasama kita berdua. Akhirnya Tuan Speaker, saya nak tanya satu lagi pada Seri Setia. Apa status pembinaan Kompleks Islah, Kompleks Islam Al-Islah di Taman Seri Keramat ini? Masa saya di Kerajaan di Persekutuan saya dah bagi 1 juta ringgit. 1 juta saya bagi, kemudian baru-baru ini ICU tarik balik, semua yang saya lulus tarik balik. Ini kawasan Menteri Besar, Seri Setia. Jaga! Lepas ini Seri Setia nak mengambil alih,jadi kena jaga elok-elok. Tak tahulah Seri Setia ke Kota Anggerik terpulang lah. Tapi saya sokong dua-dua ini kawan-kawan saya. Pelabuhan Klang tunggu dulu. Saya minta supaya oleh kerana ICU sudah menarik balik tapi tanggung jawab Masjid adalah tanggung jawab negeri. Institusi Islam tanggungjawab negeri, tanah sudah diwartakan atas nama Institusi Islam. Maka saya harap Kerajaan Negeri dapat menyediakan peruntukan segera bagi memulakan projek pembangunan fasa pertama iaitu Masjid antara komponen penting dalam Kompleks Islam Al-Islah di Taman Seri Keramat Hulu Kelang. Jadi dengan kata-kata itu saya memohon ucapan terima kasih kepada Tuan Speaker yang cukup bijaksana dan telah memberikan ruang ini. Saya niat saya hanya satu untuk melihat Selangor terus maju demi rakyat negeri Selangor seperti yang titahkan oleh Tuanku. Insya-Allah sekiranya ada sebarang perkara yang perlu daripada kami, kami bersedia untuk memberikan nasihat. Kalau perlu kami perlu gulungan perbahasan untuk menggulung perbahasan pada yang ditetapkan nanti. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Sekarang giliran Yang Berhormat Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana membenarkan Seri Kembangan untuk menyertai perbahasan. Saya perlu delete sedikit supaya dia pendek sedikit. Taman Medan nak bahas ke? Nantilah. Saya berasa begitu bangga dan bahagia sebagai seorang wakil rakyat Negeri Selangor kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor amat mementingkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan di kalangan rakyat. Dalam Titah ucapan Baginda semalam, perintah pertama adalah hubungan sesama rakyat terus diperkukuhkan dan dijauhi dengan, dari pemecah belah disebabkan kepentingan politik serta perbezaan bangsa dan agama. Malangnya semasa baginda mengeluarkan perintah, ada segelintir individu yang mempunyai agenda tersembunyi menyebarkan kebencian di media sosial dengan alasan memperkasakan Bahasa Melayu serta menggunakan papan tanda dwibahasa di

beberapa Kampung Baru sebagai contoh dan mereka menghasutkan orang ramai untuk membuat laporan dan mencetuskan panik serta kekacauan.

Individu-individu ini seolah-olah tidak dapat menerima bahasa dan bangsa lain. Mereka lebih cenderung untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan berbanding dengan keharmonian dan kesejahteraan. Mereka menggunakan pendekatan radikal untuk memastikan masyarakat berada di dalam suasana ketakutan dan kegelisahan. Jika kita melihat media sosial mereka, kita akan mendapati bahawa kebanyakan daripada mereka ini tidak menunjukkan identiti sebenar. Semua maklumat di media sosial mereka adalah rekaan, nama palsu, gambar palsu, maklumat palsu dan perkara yang mereka dakwa juga tidak benar. Yang benar hanya kebencian dan niat jahat terhadap orang lain terutamanya bahasa dan bangsa yang lain. Balasan di bawah hantaran-hantaran ini kebanyakannya juga dilakukan oleh akaun palsu. Walau terdapat beberapa akaun yang sah, kita dapat, kita akan mendapati bahawa mereka bukanlah orang dari Selangor. Penetapan lokasi mereka berasal dari luar Selangor tetapi mereka cuba untuk mencetuskan perpecahan kaum di Selangor. Merosakkan kerohanian, keharmonian antara kaum di Selangor dan menghalang kita untuk bersatu padu. Tujuan mereka melakukan ini adalah kerana kita semua tahu jika kita bersatu padu, seluruh Selangor dapat fokus pada pembangunan ekonomi. Kehidupan semua orang akan menjadi lebih baik dan kemakmuran ekonomi akan membawa perkembangan yang lebih baik dalam bidang pendidikan, budaya dan taraf hidup di Selangor.

Kerajaan Selangor telah membuktikan pada tahun 2023 bahawa kita bukan sahaja memperbaiki kehidupan kita, malah Kerajaan Selangor telah menyumbang 25.9 peratus daripada pertubuhan ekonomi Malaysia yang tidak dapat dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini bukannya menjadikan Selangor sebagai contoh dan berusaha menyumbangkan untuk menjadikan Malaysia lebih baik tetapi mereka cuba merosakkan kemajuan, keharmonian dan ketenteraman Selangor. Malah ingin menjadikan Selangor dan seluruh Malaysia sebagai tempat mundur, ketinggalan, kacau bilau dan dipenuhi kebencian antara kaum. Kami dengan tegas mengecam golongan extremist ini dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk mematuhi perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta merangka lebih banyak dasar yang baik untuk mempromosikan keharmonian dan persefahaman antara kaum dan memimpin seluruh rakyat Malaysia, rakyat Selangor untuk memajukan negeri ini dengan cara Kita Selangor Maju Bersama di mana semua rakyat dapat menikmati kemakmuran, menjadikan Selangor terus menjadi peneraju dalam bidang politik, ekonomi, budaya dan pendidikan di Malaysia. Sila.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya tertarik pada hujahan awal Seri Kembangan tadi tetapi saya nak Seri Kembangan juga sedar dan juga ingat kepada Titah

Tuanku dalam ucapan pada 11 Disember, no, 19 November 2018 yang mana Sultan Selangor sendiri telah mengarahkan untuk di tanggal papan tanda tulisan cina kerana ini haruslah mengikut kepada peraturan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka, tadi Yang Berhormat bangkitkan tu dalam Negeri Selangor seolah-olah benda tu berlaku. Wal hal memang ni polisi Titah daripada Tuanku dalam Dewan ini. Jadi kita kena berhati-hati apa yang kita nak bangkitkan, pertama.

Keduanya, dibangkitkan soal perpaduan dan berlakunya ketidakharmonian dalam Negeri Selangor. Saya nak tanya Yang Berhormat Seri Kembangan, dekat mana? Di kawasan mana yang orang Melayu, orang Cina, orang India rasa hidup tak selamat ni? rasa tak harmoni ni. Kerana its very bad untuk seorang Ahli Dewan insinuate seolah-olah menggunakan Titah Tuanku yang very mengajak ke arah perpaduan tetapi dalam masa yang sama cuba mewujudkan jarum-jarum halus dan pra sangka-pra sangka buruk seperti ini kerana saya rasa ianya tidak bagus untuk Negeri Selangor. Lebih lagi pula Yang Berhormat Seri Kembangan adalah seorang Ahli Dewan untuk membangkitkan perkara-perkara seperti ini. Kerana saya sendiri anak jati Selangor, lahir di Selangor, tinggal di Selangor, bersekolah di Selangor, tak pernah pun merasa begitu. Bahkan saya ada ramai kawan di kalangan Cina, ramai kawan di kalangan India, kami boleh duduk makan sekali, boleh hantar anak bersekolah sekali, dan tak timbul isu dan masalah. Saya berani sebut dalam Dewan ini, saya ada ramai kawan-kawan Cina, India saya boleh minum arak depan saya tapi tiada masalah. Jadi, itu saya nak faham Yang Berhormat Seri Kembangan sebut ni di mana? Seolah-olah berlakunya dalam Negeri Selangor ni. Jadi tolong jelaskan pada Dewan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih. Saya jawab soalan sikit. Bagi saya, saya memang faham dan saya memang sedar Titah Tuanku di tahun 2018. Itu juga satu, itu juga yang disebutkan di sosial media tersebut yang berkenaan tentang Titah Tuanku. Malangnya apa yang saya rasa tidak patut adalah golongan-golongan ini cuba menggunakan Titah Tuanku untuk menyebarkan berita-berita yang bukan-bukan. Bagi saya, memang kita semua di sini tahu seluruh Selangor juga tahu, adalah kedudukan Bahasa Malaysia adalah sangat penting dan kita semua mengakui dan kita semua mengikuti Titah tersebut. Tetapi apa yang saya rasa mereka tidak patut adalah mereka guna contoh yang salah bahawa sebenarnya apa yang gambar yang di letak mereka, gambar yang diambil mereka itu adalah satu gambar yang memang ada dwibahasa. Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Cina di atas di dalam gambar tersebut. Jadi rasa saya tiada masalah dan saya rasa.

Seri Kembangan.

Timbalan Speaker

Seri Kembangan bangun, bagi ruang.

Saya kira dalam isu signboard tu tadi ni, yang saya faham daripada apa yang Seri Kembangan katakan ialah, ya kita akui ketika itu Titah Tuanku seolah-olah, Titah Tuanku sendiri minta supaya diturunkan signboard itu tidak mengikuti kepada polisi dan dasar Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi apa yang saya faham daripada apa hujah daripada Seri Kembangan. Yang jadi masalah ada pihak yang menunggang isu itu untuk kepentingan politik peribadi mereka. Ini yang jadi masalah. Ini yang saya faham daripada apa yang Seri Kembangan cakap. Bukan masalah Seri Kembangan nak against kepada apa yang Titah Tuanku. Tetapi ada pihak yang tiada modal, yang tiada idea, yang nak kepentingan politik semata-mata akhirnya menunggang isu itu.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang menunggang isu ini Seri Kembangan. Yang bawa isu ini dalam Dewan ini Seri Kembangan. Yang tunggang isu ini Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya bagi laluan kepada Seri Serdang. Saya bagi laluan kepada Seri Serdang, bukan orang lain.

Timbalan Speaker

Taman Medan. Ruang untuk Seri Serdang, Taman Medan.

Yang saya faham, apa yang Seri Kembangan cakap ialah dia taat, kita semua taat dan patuh kepada apa Titah Tuanku. Yang jadi

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Taman Medan. Taman Medan sila duduk, Taman Medan. Ini ruang diberikan kepada Seri Serdang, silakan Seri Serdang kalau ada lagi.

Jadi, saya bertanya kepada Seri Kembangan setuju atau tidak apa yang saya faham, apa yang penghujahan daripada Seri Kembangan?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Setuju sangat. Terima kasih Seri Serdang.

Mohon laluan Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya tidak bagi. Maaf.

Seri Kembangan boleh saya minta

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Speaker, Taman Medan memberi satu tuduhan yang sangat berat. Dia menuduh Seri Kembangan racist. Saya minta dia tarik balik.

Seri Kembangan, boleh minta laluan?

Timbalan Speaker

Apa ni, Peraturan Tetap ke apa nak bangkitkan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ya. Peraturan tetap.

Timbalan Speaker

Silakanlah penjelasan daripada

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Speaker kerana beri ruang untuk saya menjelaskan. Kita dengar tadi ucapan Seri Kembangan. Tiada siapa bangkit signboard, tiada siapa bangkit isu ini di luar. Tiba-tiba Seri Kembangan yang tunggang isu ini dalam Dewan, kemudian cuba menggambarkan seolah-olah dalam Negeri Selangor berlaku keresahan kaum, berlaku ketidakharmonian, walhal itu tidak berlaku. Selangor ini, adalah the melting port of Malaysia. Orang Melayu, orang Cina, orang India hidup berzaman-zaman, aman damai di Negeri Selangor ini.

Timbalan Speaker

Taman Medan, saya cuma minta penjelasan sama ada Taman Medan..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab itu pada saya, kenyataan dia itu yang sebenarnya racist. itu tidak patut disebut dalam Dewan ini.

Timbalan Speaker

Taman Medan, bagi Speaker bercakap dulu. Taman Medan, adakah Taman Medan mengeluarkan perkataan racist?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya sebut. Memang saya sebut kerana pada saya kenyataannya itu racist. Kenyataannya itu tidak patut disebut dalam Dewan ini.

Timbalan Speaker

Pada hemat saya, ucapan daripada Seri Kembangan tiada racist, jadi saya minta kalau boleh Taman Medan tarik balik ucapan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak, saya tak faham kenapa kita boleh terima mudahnya boleh dibawa dalam Dewan, insinuate seperti ini..

Timbalan Speaker

Taman Medan, kita nak teruskan pembahasan, kita, cara, Taman Medan, kita nak teruskan pembahasan, cara kamu ni minta tarik balik perkataan racist.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ya betul. Itu yang kita nak. Bukan nak dengar sentimen, retorik seperti ini dalam Dewan.

Timbalan Speaker

Saya minta Taman Medan untuk tarikkan balik perkataan racist tadi dan kita boleh teruskan dengan perbahasan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya sebab lepas ni saya nak berbahas, takpelah saya tarik balik. Terima kasih Timbalan Speaker.

Seri Kembangan boleh minta laluan sikit ja, sikit sahaja.

(Dewan Riuh)

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Minta maaf sebab.

Timbalan Speaker

Seri Kembangan tak bagi ruang pada orang lain, teruskan Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Kalau saya bagi lama nanti tak abis-abis lagi. saya menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenaan tentang kelestarian alam. Demi mengurangkan bahan pembuangan yang akan berakhir di tapak pelupusan sampah, Kerajaan Selangor akan menyediakan seratus tempat kitar semula di taman-taman perumahan utama di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya mengalu-alukan usaha ini dan ingin memberi sedikit cadangan bagi mempertimbang, pertimbangan pihak Kerajaan. Berbanding dengan kawasan perumahan, pasar dan medan selera akan menghasilkan sampah yang lebih banyak. Walaupun jumlah sampah ini sangat banyak, sebenarnya ia lebih mudah untuk diproses dan dikitar semula kerana sebahagian besar daripadanya adalah sisa makanan.

Setiap hari satu pasar awam boleh menghasilkan lebih daripada dua tan sisa makanan bergantung kepada saiz pasar awam tersebut. Data daripada KDEB menunjukkan pada bulan Ramadan tahun 2024, jumlah sebanyak 139,361.61 tan sisa makanan telah

dihasilkan dan secara puratanya setiap hari pada bulan Ramadan tersebut, warga Selangor menghasilkan sisa makanan sebanyak 4,805.57 tan. Bayangkanlah semua sisa makanan ini sebenarnya tidak perlu dihantar ke tapak pelupusan sisa pepejal pada hal ia boleh diproses dan menghasilkan baja organik yang mesra alam sekitar serta menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran organik.

Saya ingin mencadangkan Kerajaan Selangor supaya menyumbangkan mesin kompos sisa makanan yang bersaiz besar kepada pasar-pasar awam dan memastikan mesin kompos sisa makanan ini menjadi satu fasiliti mesti ada di setiap pasar dan medan selera yang baru. Mesin kompos sisa makanan ini bukan sahaja dapat mengurangkan jumlah buangan sisa makanan di tapak pelupusan sampah, baja organik yang dihasilkan boleh dijual dan menjana pendapatan tambahan kepada PBT atau pihak pengurusan pasar awam juga. Saya mencadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan memastikan pasar baru memasangkan mesin kompos sisa makanan bukan sahaja untuk tujuan perlindungan alam sekitar dan mendapatkan keuntungan daripada penjualan baja organik tetapi langkah ini juga boleh memacu perkembangan teknologi di Malaysia terutamanya di Selangor. Kita tidak perlu membeli mesin kompos sisa makanan dari luar negara kerana di Taman Equine Selangor sudah ada syarikat dan kilang tempatan yang menghasilkan mesin kompos sisa makanan.

Jika Kerajaan mempertimbangkan cadangan ini sebelum kita bercita-cita untuk mencapai visi zero waste dengan izin, saya rasa adalah praktikal kalau kita bermula dari zero food waste dengan izin. Saya juga berharap Kerajaan dapat memberi keutamaan untuk bekerjasama dengan syarikat teknologi tempatan bagi menguntungkan rakyat Kerajaan dan juga pengusaha-pengusaha tempatan.

Saya juga ingin sentuh berkenaan isu pencemaran bau yang berlaku bertahun-tahun di kawasan DUN Seri Kembangan dan Balakong. Semenjak saya diberi peluang dan terpilih menjadi sebagai wakil rakyat pada tahun 2018 sehingga sekarang, saya telah menerima aduan berkenaan tentang dengan pencemaran bau yang kerap berlaku tetapi pihak kami dan pihak berkuasa tempatan tidak dapat menjejak sumber bau kimia tersebut. Pada bulan Julai tahun 2024 saya menerima aduan daripada penduduk yang mengadukan bahawa sebuah kilang yang bersebelahan kawasan kediaman mereka telah membebaskan gas berbau kimia dengan kerap bertahun-tahun tetapi aduan mereka tidak dapat balasan daripada mana-mana pihak. Kilang tersebut juga beroperasi sampai larut malam dan menghasilkan pencemaran bunyi. Saya ingin memberi kepujian kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya, kerana telah menjalankan siasatan yang cekap dan cekap. Cekap dan cepat dalam masa yang singkat tetapi apa yang mengecewakan adalah kilang tersebut telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18/10/2024 bersama-sama dengan permohonan injuksi untuk

menghalang MBSJ dari menguatkuasakan notis-notis yang telah dikeluarkan. Menurut maklumbalas daripada Jabatan Alam Sekitar, kilang tersebut telah mengemukakan notifikasi bagi alat kawalan pencemaran udara kepada Jabatan Alam Sekitar pada 17/12/2024 dan dalam proses melantik juru runding. Bunyi bising bagi memasang Noise Barrier, dengan izin. Jangka tempoh pemasangan sistem kawalan pencemaran udara dan Noise Barrier dalam tempoh 3 bulan. Ini menunjukkan sedikit kemajuan walaupun kilang tersebut hanya bertindak selepas 5 bulan aduan diterima dan siasatan dijalankan. Apa yang tidak memuashatikan adalah tempoh untuk menghentikan pencemaran ini terlalu panjang dan kilang tersebut, masih menghasilkan pencemaran tersebut tiap-tiap hari selepas aduan dibuat. Siasatan dijalankan. Notis diberi dan tindakan diambil. Sikap yang angkuh pihak kilang tersebut seolah-olahnya pihak mereka dilindungi oleh kuasa lebih besar. Dan kesihatan, keadilan dan suara rakyat diabaikan. Siapakah yang sedang melindungi kilang ini sehingga mereka terus mengetepikan teguran dan tindakan daripada Pihak Berkuasa Tempatan? Sepatutnya selagi mereka belum memasang alat kawalan pencemaran udara dan Noise Barrier mereka perlu berhenti beroperasi kerana mereka dibuktikan menyebabkan pencemaran. Pandangan saya, akta dan dasar untuk menangani pencemaran bau adalah tidak cukup untuk menunjukkan ketegasan kerajaan dalam melindungi alam sekitar. Saya berharap Kerajaan Selangor dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya Jabatan Alam Sekitar untuk menggubal dasar dan akta berkenaan demi menghentikan pencemaran sebegini berlaku pada masa depan. Saya juga mengalu-alukan cadangan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Akta 672. Akta Jalan, Akta Parit dan Bangunan 1974, Akta 133. Selepas pindaan tersebut sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi Perintah berkenaan maka boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 sehingga RM10,000 berbanding dengan hukuman sedia ada hanya memperuntukkan denda RM500 sehingga RM2,000 atau penjara sehingga setahun. Saya berharap Kerajaan Tempatan dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan melaksanakan perintah ini dengan aktif bagi mencapai negeri Selangor yang lebih selamat dan bersih. Seri Kembangan juga ingin

Timbalan Speaker

Seri Kembangan tolong rumuskan ye.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Banyak lagi. Saya cuba cepatkan ye. Seri Kembangan ingin mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan kerana telah mengemukakan Dasar Perubahan Iklim Selangor. Satiu dokumen komprehensif yang menggariskan pendekatan negeri Selangor dalam berhadapan dengan kesan perubahan iklim yang turut menjadi cabaran global di pelbagai sektor dan peringkat. Setahu saya Kerajaan Selangor merupakan kerajaan negeri yang pertama memperkenalkan Dasar

Perubahan Iklim di seluruh Malaysia. Dasar ini memberi perhatian kepada kepada keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar. Mengiringi pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Selangor, Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor telah ditubuhkan untuk memastikan Kerajaan Selangor bersedia menghadapi cabaran perubahan iklim yang semakin ketara. Dengan perubahan cuaca yang tidak menentu, peningkatan suhu, banjir kilat serta ancaman kepada sumber air dan biodiversiti, Selangor memerlukan satu pusat khusus yang dapat dan mengkoordinasi usaha adaptasi dan mitigasi secara menyeluruh. Saya juga ingin menyentuh tentang topik Tahun Melawat Selangor 2025 memandangkan ini memang satu projek yang penting bagi tahun ini dan DYMM Sultan Selangor juga menyebut topik ini dalam titah ucapan Baginda. Seri Kembangan menyambut baik tentang pelancaran maskot Tahun Melawat Selangor Tahun 2025 iaitu Spark. Dekat bawah dewan pun ada. Pelancaran Portal Digital Kempen “We See Selangor 2025”. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Seri Kembangan telah melancarkan maskot Seri Kembangan iaitu Blink-Blink. Pada 8/2/2025. Selain itu kami juga telah memperkenalkan beberapa rancangan kerjasama bagi membolehkan sektor swasta terlibat dan memajukan Tahun Melawat Selangor serta menyumbang usaha dan kreativiti mereka. Saya amat menantikan kerjasama di antara Spark dan Blink-Blink supaya lebih banyak program yang lebih menarik boleh dijalankan. Di dalam titah ucapan DYMM Sultan Selangor, Baginda telah menekankan kemudahan infrastruktur pelancongan sedia ada perlu dibuat penambahbaikan. Seri Kembangan amat setuju dan saya ingin mencadangkan selain kemudahan infrastruktur pelancongan sedia ada, lesen persembahan, lesen hiburan dan lesen sementara perlu disediakan demi memupuk perkembangan beberapa perkhidmatan atau pekerjaan berkaitan dengan bidang pelancongan.

Saya mencelah sikit.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya nak bagi cakap pun tak boleh. Maaf Yang Berhormat.

Bagilah sikit Seri Kembangan, saya dah minta lama.

Timbalan Speaker

Seri Kembangan, saya minta untuk bagi penutup. Ending terus. Saya bagi satu minit sahaja lagi Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Maaf Yang Berhormat. Last-last.

Seri Kembangan, ini penting ni Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya ingin memberi beberapa contoh sebagai cadangan huraian saya. Semasa kita melancong di tempat-tempat pelancongan kita boleh melihat banyak industri kreatif seperti persembahan seni jalanan. Penampil yang memakai maskot dan bergambar dengan pelancong dan sebagainya. Selain itu, Pengusaha Kraftangan juga boleh menjual hasil karya mereka dengan cara berniaga secara bergerak di pelbagai destinasi pelancongan. Pihak-pihak ini tidak dapat terlibat dan menyumbang dalam Tahun Melawat Selangor kerana mereka tiada lesen yang berkaitan. Sistem pentadbiran sedia ada hanya membuka lesen tahunan yang kekurangan fleksibiliti sedangkan fleksibiliti inilah yang menjadi daya tarikan bagi pertunjukan dan gerai-gerai sebegini. Selain itu adalah didapati lesen hiburan bagi kawasan komersial sukar mendapatkan kelulusan. Banyak restoran ingin menyediakan persembahan nyanyian langsung tetapi kerana persembahan ini memerlukan lesen hiburan, dan permohonan lesen hiburan kadang kala memakan masa sehingga beberapa bulan, sehingga setahun untuk diselesaikan. Tidak semestinya dapat keluluskan juga. Oleh itu, restoran-restoran ini tidak dapat menyediakan persembahan sebegitu untuk menarik pelancong. Saya mengesyorkan Kerajaan Selangor untuk mengkaji tentang lesen-lesen berkaitan sekiranya lesen berkaitan dapat diberikan dan proses permohonan dapat dipermudahkan, saya percaya, tarikan pelancongan Selangor akan meningkat dengan ketara. Dengan ini saya menjunjung kasih dan memohon menyokong usul. Menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB Seri Kembangan. Ahli-ahli YB sekalian, oleh kerana urusan dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil YAB Menteri Besar untuk membawa usul ini.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker dan ahli-ahli YB sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut; Bahawasa nya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.00 petang.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju silakan kata YA. Yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Usul dipersetujui. Saya melantik YB Taman Medan untuk teruskan perbahasan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan. Assalamualaikum wrt. Salam sejahtera. Selamat petang. Bagi

menjunjung titah Tuanku sempena mesyuarat pertama pembukaan Penggal ketiga Dewan Negeri Selangor ke 15, izinkan saya untuk merakamkan dua rangkap pantun.

Bunga Melur harum mewangi, Tumbuh mekar ditepi titi, Titah Tuanku junjung tinggi, Demi rakyat terus berbakti.

Daun selasih di tepi bendang Hijau segar di pagi hari Negeri Makmur rakyat pun senang Andai adil pemerintah negeri

YB Tuan Speaker serta rakan-rakan ahli-ahli Dewan yang dihormati, junjung kasih atas titah DYMM Tuanku yang penuh hikmah dan kebijaksanaan. Titah Baginda jelas memberi peringatan kepada Kerajaan Negeri supaya mentadbir dengan amanah bekesan dan berjiwa rakyat. Bahkan DYMM telah mencemar Duli bagi menyampaikan pandangan peribadi sebagai nasihat dan satu teguran penting kepada kepimpinan Menteri Besar dan pasukan pentadbiran di Shah Alam ini. Bahkan sebahagian besar daripada peringatan itu adalah apa yang telah kami di barisan Perikatan Nasional ini telah bangkitkan selama penggal ini dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian ahli Dewan. Ini soal isu sampah di negeri Selangor. Ini di Flat Medan Jaya di Taman Medan, pagi ini. Ini ada satu lagi di Medan Cahaya. Sekinchan, tolong tengok, Sekinchan. Tolong catit ya. Terima kasih ya. Jarang Sekinchan duduk dengan ucapan saya. Ini lagi satu, isu sampah di negeri Selangor. Saya nak menegaskan bahawa isu pengurusan sampah dan kebersihan di Selangor ini berada ditahap yang sangat membimbangkan. Berdasarkan laporan terkini, Selangor menghasilkan hampir 7,000 tan sampah sehari. Menjadikannya negeri dengan jumlah sisa pepejal tertinggi di Malaysia. Malangnya, pengurusan sampah di negeri ini masih lemah. Dengan lebih 30% sampah tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan. Rakyat di bandar, luar bandar, mengeluh telefon Wakil Rakyat, telefon Ahli Majlis tentang longgokan sampah yang tidak diurus dengan baik. Bau busuk yang mencemarkan persekitaran. Bahkan dikawasan saya di Taman Medan, mereka kata “Tak pe lah YB. Dah nasib kami hidup macam ni”. Sampai begitu mereka menerima kelemahan ini dan menjadikannya sebagai sebuah perkara yang biasa berlaku. Menjadi norms untuk kita di negeri Selangor. Ini amat menyedihkan. Bahkan itu telah ditegur dalam titah Tuanku pada hari semalam. Apakah Kerajaan Negeri masih lena. Tidur dan tidak melihat betapa kotornya kawasan-kawasan tertentu di negeri ini. Jika masalah asas seperti sampah pun tidak mampu diselesaikan dengan cekap, bagaimana rakyat boleh yakin dengan keupayaan Kerajaan Negeri dalam menguruskan isu-isu yang lebih besar. Kegagalan

penguatkuasaan dalam isu sampah ini amat memalukan. Kajian menunjukkan bahawa lebih 500 lokasi pembuangan sampah haram telah dikenal pasti di seluruh Selangor tetapi tindakan pihak bertanggungjawab masih longgar dan tidak konsisten. PBT gagal mengawal kontraktor pembersihan yang culas menjalankan tugas. Malah ada kawasan seperti di kawasan saya Taman Medan di Klang, Kajang dan Ampang yang merekodkan aduan tinggi mengenai sampah yang tidak dikutip mengikut jadual. Lebih 40% aduan kepada PBT di Selangor adalah berkaitan isu kebersihan dan pengurusan sampah. Saya rayu kepada YB Sekinchan. Tolong lah turun padang. Saya dah jemput Sekinchan datang Taman Medan ni lama dah. Saya rindu nak jalan dengan Sekinchan. Dulu biasa. Tapi Sekinchan macam tak berapa nak jalan dengan Taman Medan. Tolong la datang ke Petaling Jaya. Ke Taman Medan. Ini Bandaraya. Kalau kita ada Bandaraya Shah Alam, Bandaraya Petaling Jaya ini penting dan saya percaya rakan-rakan saya daripada Petaling Jaya juga setuju isu sampah ini tetapi saya hendak sebut Taman Medan ini paling terkesan. Minta tolong Yang Berhormat Sekinchan tolong datang turun padang saya yakin kalau Yang Berhormat datang turun padang wow selesai semua masalah.

Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Speaker tentang isu kepentingan bekalan air yang stabil dan bebas pencemaran di Negeri Selangor. Sehingga hari ini kita masih mendengar laporan media, laporan di sosial media apa yang dikeluhkan oleh rakyat Selangor yang terpaksa menghadapi gangguan air yang berulang akibat pencemaran sungai dan kelemahan penyelenggaraan loji rawatan air. Baru ini air sungai jadi biru kalau tidak salah saya. Ini yang berlaku di Negeri Selangor. Kita sudah berulang kali mendengar janji Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini tetapi hakikatnya masalah sama tetap berulang sistem pemantauan kita dan penguatkuasaan kita kalau betul-betul cekap mengapa masih ada pencemaran yang berlaku. Sebab itu saya ingin menggesa Kerajaan Negeri kita perlu belajar pada kesilapan-kesilapan ini. Hukuman terhadap pihak industri ini jangan kita berikan yang ringan-ringan perlu ada pemantauan yang lebih keras, perlu ada pelan jangka panjang yang lebih teratur dan lebih afisyen dan saya menyeru agar Kerajaan Negeri segera melaksanakan sistem pemantauan real time menggunakan teknologi moden supaya pencemaran dapat dicegah sebelum ia berlaku. Tuanku dalam titahnya menzahirkan dukacita terhadap keadaan di sungai-sungai di Selangor yang masih tercemar akibat aktiviti industri dan sikap tidak bertanggungjawab segelintir mereka penyangak-penyangak industri ini. Dimanakah keberkesanan dasar hijau yang kita war-warkan. Jika kita benar serius dalam menjaga kelestarian alam mengapa undang-undang masih longgar dan kenapa tindakan penguatkuasaan masih lemah. Albert Einstein pernah berkata, dengar betul-betul The world will not be destroyed by those who do evil, but by those who watch them without doing anything ” maksudnya untuk Pelabuhan Klang dunia tidak akan musnah kerana kejahatan orang jahat tetapi kerana mereka yang melihat kejahatan itu tanpa melakukan apa-apa. Kerajaan Negeri perlu menghentikan retorik dan mula bertindak kilang-kilang yang

mencemarkan sungai perlu dikenakan tindakan lebih keras bukan sekadar denda ringan yang boleh dibayar dengan begitu mudah.

Timbalan Speaker

Subang Jaya bangun.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Taman Medan saya hendak tanya sama ada apa yang disebutkan Taman Medan adalah berdasarkan fakta kalau ikutkan tahun lepas saya tidak boleh kata tidak ada pencemaran, ada 70 kes yang dapat dikesan tetapi disebabkan gangguan ada 3 dan ketiga-tiga itu pun kurang daripada 48 jam. Saya ADN Subang Jaya berhak menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah banyak menambah baik sebab dulu tahun 2018, 2019 bila saya menjadi ADN saya pernah kena 9 kali DUN saya gangguan air tetapi sejak itu sudah tiga tahun Subang Jaya tidak pernah kena gangguan air jadi maksudnya tindakan penguatkuasaan penambahbaikan undang-undang dan penambah kakitangan berkesan Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Subang Jaya sahaja Yang Berhormat, kita perlu tengok seluruh Negeri pertamanya, keduanya saya menyebut tadi bahawa kita menyokong usaha Kerajaan Negeri. Saya tidak kata bahawa benda itu tidak berlaku, berlaku masih berlaku bahkan pembuangan sampah dalam sungai masih berlaku. Jawatankuasa kita pergi lawat di Sungai Klang tengok berapa banyak sampah yang dikutip daripada Sungai Klang masih banyak dan ini masih lagi berlaku kerana sikap di kalangan segelintir penduduk, di kalangan segelintir pemain industri orang yang buat business di tepi sungai bahkan saya sendiri pernah tanya satu soalan yang berhormat EXCO belum jawab lagi tentang adakah kita membuat dasar baharu supaya untuk melestarikan sungai ini sepanjang tebing sungai tidak dibenarkan langsung sebarang pembangunan. Ini yang kita hendak tahu, ini yang kita perlu pelan daripada sekarang. Saya faham betul ada penguatkuasaan ada pemantau tetapi benda ini boleh berlaku sekelip mata an benda ini boleh lagi terus berlaku jika kita tidak benar-benar selesaikan benda ini daripada the root cause from this problem itu maksud saya. Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya.

Saya teruskan tentang infrastruktur kesihatan dan Hospital Awam. Saya menjunjung kasih atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah menitahkan akan keperluan untuk memperbaharui dan menambah baik kemudahan kesihatan terutamanya hospital dan pusat kesihatan di Negeri Selangor. Fakta yang membimbangkan untuk kita di Negeri Selangor, Hospital Kerajaan di Negeri Selangor ini mengalami kesesakan yang kritikal dengan penggunaan katil melebihi 85%. Bilangan doktor dan juru rawat di Selangor masih tidak mencukupi berbanding kepadatan

penduduk. Di Selangor sedikit unik bukan hanya di kawasan luar bandar bahkan di kawasan di bandar raya yang padat seperti di Petaling Jaya masih berlaku kekurangan pusat kesihatan awam yang menyebabkan rakyat terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapatkan rawatan. Saya hari ini cukup gembira apabila Bukit Gasing akhirnya walaupun sedikit terlewat menyokong juga cadangan yang telah saya bangkitkan lebih 6 bulan lalu untuk dibina satu buah Hospital baharu di Petaling Jaya bagi menampung peningkatan kepadatan penduduk di Bandaraya Petaling Jaya. Saya ingin mengambil langkah yang proaktif dengan mencadangkan kepada Yang Berhormat EXCO dan juga Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mempertimbangkan 1 bangunan iaitu Kampus UiTM Jalan Othman di PJ Old Town bolehlah dipertimbangkan, dicadangkan ditukar guna menjadi sebuah hospital awam memandangkan kampus ini tidak digunakan buat masa ini. Satu perbincangan dan perancangan intervensi perlu dimulakan jika usaha ini mahu dilaksanakan. Saya percaya langkah ini akan menjadi lebih kos afektif lebih-lebih lagi di Bandar raya Petaling jaya yang kita tahu kos tanahnya mahal tetapi penduduknya ramai kita ada bangunan-bangunan seperti ini di Petaling Jaya dan saya yakin Yang Berhormat Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama boleh juga cadang bangunan-bangunan lain untuk dipertimbangkan untuk ditukar guna daripada tidak dioptimumkan sekarang diguna sebagai facility kesihatan di Negeri Selangor. Biarlah Selangor menjadi pemacu, pemangkin kepada reformasi ini janganlah kita dengan pemikiran lama hendak kena cari tanah bina bangunan, cari tanah bina bangunan 20 tahun tidak siap duduk dalam Rancangan Malaysia tidak habis-habis. Rancangan Selangor ke-20 pun tidak selesai lagi. Kita cari yang lebih efektif yang lebih mudah untuk dilaksanakan dan saya yakin kalau ini dapat dilaksanakan Selangor akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan ini. Selangor akan dapat memberikan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih baik kepada rakyat Negeri Selangor dan saya Taman Medan menyokong penuh kalau Kerajaan Negeri mengambil inisiatif ini untuk memulakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Yang Dipertua saya ingin memetik sedikit tentang isu pelaksanaan inisiatif Kita Selangor. Saya berdiri di sini bukan sekadar untuk menghormati titah Tuanku tetapi juga untuk menyuarakan kegelisahan rakyat yang terus berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam mendapatkan manfaat daripada anisitif-inisiatif Kerajaan Negeri seperti di bawah kerangka Kita Selangor. Pada tahun 2023 Kerajaan Negeri mengumumkan lebih RM200 juta diperuntukkan untuk pelbagai inisiatif di bawah Kita Selangor. Namun laporan rasmi menunjukkan bahawa hanya 65% daripada peruntukan ini telah sampai kepada penerima yang disasarkan. Ini bermakna lebih RM70 juta masih tidak di manfaatkan sepenuhnya. Lebih 15,000 rakyat Selangor yang layak memohon bantuan tunai Kita Selangor masih belum menerimanya sama ada sebabkan proses birokrasi atau kerana kegagalan sistem dalam mengenal pasti mereka. Saya ingin

mengangkat isu penting tentang program ini, pertama kelemahan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini yang menyebabkan ramai rakyat tercicir, ke dua tadi Seri Kembangan sebut, Seri Serdang sebut, Pelabuhan Klang sebut Kita Selangor ini hendak perpaduan hendak letak orang sama rata hendak beri keadilan kepada semua tetapi bila hendak laksana inisiatif seperti ini yang manfaatnya adalah untuk rakyat kenapa hendak dibanding-bandingkan siapa yang luluskan permohonan siapa yang daftar permohonan. Kenapa hendak dibanding-bandingkan antara Pejabat Pusat Khidmat Perikatan Nasional dengan Pejabat Penyelaras DUN. Ini saya hendak bangkit isu double standard. Titah Tuanku adalah adalah Negeri Selangor harus bersatu padu saya bukan minta peruntukan itu disalurkan kepada Pusat Khidmat saya bukan minta peruntukan disalurkan kepada ADN-ADN tetapi saya rasa kita cukup matang di Negeri Selangor ini kita dulu pernah duduk sekali sekarang mungkin berseberangan tetapi kita semua berada dalam di dalam Dewan ini di atas niat yang sama atas kepentingan rakyat Negeri Selangor. Mana inisiatif Kerajaan Negeri yang bagus bahkan Ketua Pembangkang selalu sebut kita akan sokong dan kita iktiraf bila kita ada program-program inisiatif Kita Selangor yang memerlukan pendaftaran di Pusat-pusat Khidmat apalah salahnya diberikan akses kepada kami untuk mengesahkan pendaftaran mereka bukan kami minta supaya kami buat program penyerahan,tidak ambil lah gambar buatlah program penyerahan dan yang penting supaya rakyat dapat accessibility mudah untuk mendapatkan kelulusan program-program ini. Saya telefon memang saya dedikasikan untuk Penyelaras DUN sebab apa saya jadi receptionist, mereka telefon saya tanya BINGKAS hendak dapat macam mana, baucar hendak dapat macam mana. Memang Penyelaras DUN Taman Medan bagi saya elaun saya untuk bayar bil telefon tolong jawab sebab ini yang berlaku sekarang bila mereka tanya tidak boleh ke saya pergi ke Pejabat DUN saya terpaksa jelaskan, kami hendak buat tapi Kerajaan Negeri tidak bari luluskan, sahkan. Jadi saya minta kepada Kerajaan Negeri Selangor mengambil daripada semangat daripada titah Tuanku itu atas dasar perpaduan, atas dasar kesamarataan, atas dasar keadilan untuk semua bagilah akses pada kami bukanya kami hendak buat program penyerahan kita boleh jadi Kerajaan bila rakyat pilih kita penggal depan jangan ingat Yang Berhormat Pandan Indah selamanya jadi Kerajaan di situ.

Taman Medan bagi laluan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tapi ini ruang saya.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Taman Medan sudah boleh landing ya boleh rumuskan ya Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi saya minta isu double standard jangan kita laung perpaduan.

Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sekejap. Jangan kita cerita hendak beri kesamarataan kepada semua tetapi benda sekecil ini takkanlah kawan-kawan di sebelah sana tidak begitu yakin dengan sokongan rakyat sampai hendak bagi kelulusan pun takut hilang undi. Janganlah tidak yakin sangat tidak ada rakyat tidak undi Pakatan Harapan kerana korang luluskan peruntukan ini. Rakyat tidak undi Pakatan Harapan kerana banyak isu lain.

Taman Medan ini hendak sokong.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi sebab itu saya mintalah Kerajaan Negeri, EXCO bincanglah perkara ini sebaik mungkin. Soal isu double standard ini sudah berlarutan lama dan niat kami di sini bukan hendak menyusahkan Kerajaan Negeri, kami hendak memudahkan saya kesian bila Yang Berhormat Bandar Utama beritahu yang daftar ISS baru 67,000 lagi target 2 tahu 100,000 tidak selesai-selesai cuba bagi kami bantu kempen untuk selesaikan benda ini. Saya bagi Meru dahulu.

Taman Medan yang berkaitan dengan ILTIZAM Selangor Penyayang ini Taman Medan sangat bersemangat untuk membantu Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat kepada rakyat sedangkan tadi Taman Medan tunjuk gambar sampah-sampah yang di kawasan Taman Medan sebagai Wakil Rakyat sepatutnya Taman Medan boleh selesaikan sebenarnya dengan sentiasa ada hubungan dengan PBT dan sebagainya contoh di kawasan saya da satu persimpangan Fairy Park di mana berlaku sampah haram sekarang ini tidak ada sampah sebab saya sendiri dengan Ahli Majlis, dengan PBT kita pasang CCTV dekat situ,kita pantau dan inilah tanggungjawab wakil rakyat bukan bawa pada Sidang DUN benda kecil-kecil macam ini. Terima kasih, jangan salahkan Kerajaan Negeri. Saya kena bertanggungjawab, terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Meru. Saya ambil semangat Meru ini.

Timbalan Speaker

Taman Medan saya bagi masa tiga minit sahaja lagi. Sudah tambah lebih dah tu.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tiga minit pula. Saya mengambil semangat Meru ini saya hendak maklum juga kepada Kerajaan Negeri sehingga ke hari ini kami semua Ahli Dewan Perikatan Nasional ini, ini isu double standard tidak dijemput

masuk dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, tidak dijemput masuk dalam Mesyuarat PBT bahkan ada yang tersalah jemput kami sampai cancel meeting punya takut dan saya percaya mereka buat itu kerana mereka tidak mahu ada masalah dengan orang-orang politik yang akan buatkan isu perkara ini mungkin bukan dalam Dewan ini. Ahli-ahli Majlis ini yang berlaku sekarang Sekinchan kami hendak masuk mesyuarat hendak bangkitkan isu saya percaya Meru pasang CCTV tidak cakap tepi longkang mesti cakap dalam mesyuarat. Betul Meru? Betul atau tidak betul? Betul tak cadangan itu dalam mesyuarat?

Tidak, tidak, saya ada hubungan baik, dengan Ahli Majlis, dengan Pengarah-pengarah di PBT. Dengan PBT sendiri, sebagai wakil rakyat, walaupun pembangkang, saya amat yakin, penjawat awam, akan memberikan kerjasama berkaitan dengan isu rakyat.

Timbalan Speaker

Taman Medan, rumuskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Meru dah settle, jadi... jap sikit.. jadi saya, sebab itu saya sebut, isu double standard ini, bukan nak lulus pendaftaran sahaja. Isu mesyuarat tak panggil. Tapi tak apa, kami ni, sebab rakyat memang jumpa kami. Minta supaya selesaikan masalah ini. Jadi ada Dewan ini sahaja, nak bercakap. Jadi cuba kalau bagi mesyuarat, kami boleh bangkitkan perkara-perkara ini. Ya, sila Kota Damansara.

Terima kasih, Taman Medan. Saya nak menyokonglah Taman Medan ini, sebab isu, dia kata dia nak berkhidmat yang sama. Jadi saya cadangkan, Taman Medan, bincang dengan Ketua Pembangkang, dah alang-alang Ketua Pembangkang pun dah jadi Setiausaha Agung, Bersatu dan Perikatan Nasional ini, bincang dengan MB, terus masuk blog kerajaan. Semua inisiatif kerajaan boleh buat bersama-sama. (TEPUK). Jadi biar jemput dan sebagainya. Sebab seingat saya lah, masa Taman Medan jadi EXCO Pulau Pinang pun, tak ada, jemput Pembangkang waktu itu. Pembangkang pun tidak dapat peruntukan pada waktu itu. Jadi bincang terus.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya berani setuju dengan Kota Damansara, dengan sayarat, Hulu Kelang Menteri Besar yang baru. Setuju tak setuju. Kalau setuju, kalau Kota Damansara setuju, malam ini, kita start bincang.

Timbalan Speaker

Taman Medan, tutup. Taman Medan, landing.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tutup dah. Ingat nak bincang.

Timbalan Speaker

Dah lebih 20 minit.

Taman Medan, kalau mesyuarat Tindakan Daerah, isu sampah, kita tak bawa. Isu pembangunan lain.

Timbalan Speaker

Taman Medan teruskan, tutup Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi saya ucap terima kasih kepada Timbalan Speaker, kerana memberikan saya ruang untuk berbahas, pada petang ini. Tuan Speaker, saya ingin menegaskan bahawa Program Bantuan Kerajaan Negeri ini tidak boleh menjadi alat politik untuk memihak kepada satu pihak sahaja. Jika kita benar-benar pegang kepada konsep demokrasi dan keadilan, maka setiap rakyat mesti menerima hak mereka tanpa diskriminasi. Seperti yang dikatakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, keamanan sebuah negeri terletak pada keadilan pemimpinnya. Maka jika kerajaan negeri benar-benar mahu memastikan kesejahteraan rakyat, adil dan saksamalah dalam mentadbir negeri ini. Termasuk kepada kami yang di peringkat pembangkang ini. Saya akhiri ucapan ini, pada petang ini, dengan serangkap pantun;

Di hutan rimba, si rusa berlari, Melintas sungai mencari teduh, Pemimpin adil rakyat berseri, Selangor maju rakyat pun teguh.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Seterusnya, Yang Berhormat Dusun Tua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memanjatkan rasa syukur dan sembah takzim kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas Titah ucapan yang telah disampaikan pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas, semalam. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, yang telah berkenan untuk merasmikan Hospital Kajang yang baru, serta penjenamaan semula Hospital Tengku Permaisuri Norasikin pada 13 Februari yang lepas. Khususnya hospital ini untuk wanita dan juga kanak-kanak di dalam daerah Hulu Langat. Saya ingin memetik Titah ucapan perasmian Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada majlis tersebut di mana baginda telah menitahkan Kementerian Kesihatan dan juga kerajaan negeri

Selangor, untuk mempertimbangkan pembinaan hospital baru serta penambahbaikan fasiliti sedia ada. Titah baginda juga, menekankan keperluan untuk membina lebih banyak institusi kesihatan demi memastikan kesejahteraan rakyat Selangor terjamin.

Berdasarkan Titah baginda, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, untuk memohon menaik taraf klinik kesihatan khususnya dalam DUN Dusun Tua. Di antaranya ialah Klinik Batu 14, Klinik Desa Dusun Tua, Klinik Desa Sungai Tekali dan Klinik Desa Batu 18. Keadaan klinik ini yang sudah uzur dan tidak lagi sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa, memerlukan perhatian serius. Dengan itu, saya berharap, agar kerajaan negeri dapat memperuntukkan sumber dan tindakan segera, untuk menaik taraf klinik-klinik tersebut, dalam memastikan penduduk di Dusun Tua, dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang selesa dan efisen. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini, kepada isu yang sangat penting juga. Berkenaan dengan kemudahan pendidikan, di kawasan saya, terutamanya di kawasan Cheras, Hulu Langat, kerana kekurangan kemudahan sekolah menengah kebangsaan. Kawasan ini telah menyaksikan pertambahan jumlah penduduk yang amat pesat, akan tetapi, pembangunan sedia ada tidak seiring dengan keperluan sekolah. Ketika ini, penduduk di kawasan Batu 9, Taman Santek, Batu 9, dan Cheras Awana, hanya bergantung kepada beberapa sekolah menengah yang terdekat iaitu SMK Dusun Nanding, SMK Perimbun dan SMK Batu 10. Walaupun, sekolah-sekolah ini berfungsi dengan baik, kapasiti mereka sudah mencapai tahap maksimum dan tidak mampu menampung bilangan pelajar yang terus berkembang. Dan ada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak bersekolah di kawasan Cheras, Wilayah Persekutuan.

Saya memohon kepada pihak kerajaan Selangor, mahupun kerajaan persekutuan untuk mencari lokasi yang sesuai bagi membina sebuah sekolah menengah baru di kawasan tersebut. Dengan adanya sekolah yang baru, ia dapat mengurangkan masalah kesesakan di sekolah sedia ada dan memberikan peluang pendidik yang lebih kepada anak-anak di kawasan ini.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas kelulusan peruntukan bagi rancangan tebatan banjir, RTB, yang telah diumumkan Persidangan Dewan Negeri pada Disember 2024 yang lepas. Peruntukan ini, adalah langkah penting, yang amat diperlukan dalam usaha untuk menangani masalah banjir, yang sering melanda, beberapa kawasan di Dusun Tua. Malam tadi pun banjir. Seperti Kampung Sungai Serai, Batu 14, Kampung Dusun Tua, Batu 16, Kampung Sungai Lui dan Kampung Sungai Tekali. Dengan adanya peruntukan ini, saya percaya, bahawa kerajaan negeri dapat melaksanakan pelbagai inisiatif dan projek yang berkesan bagi mengurangkan risiko banjir, serta meningkatkan sistem saliran dan pengurusan air di kawasan-kawasan yang terjejas. Saya juga berharap agar projek-projek rancangan tebatan banjir ini, dapat

dilaksanakan dengan segera, cekap dan mengambil kira keperluan serta kebajikan penduduk setempat.

Saya ingin memohon kepada kerajaan negeri, khususnya dalam pembukaan dan persiapan lebuh raya EKVE, East Klang Vally Expressway. Lebuh raya ini merupakan salah satu projek penting, yang amat dinantikan oleh penduduk di Dusun Tua. Mahu juga Hulu Kelang. Pembinaan lebuh raya ini akan memberi impak yang amat besar dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas serta mempercepatkan pergerakan penduduk mahupun pelancong,yang berkunjung ke Dusun Tua. Semoga dengan pembukaan lebuh raya ini, ia dapat memberi keselesaan dan kemudahan yang lebih kepada pengguna jalan raya serta melancarkan pembangunan ekonomi di kawasan Dusun Tua. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor, atas pengumuman penambahan peruntukan bagi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dusun Tua. Program ini telah dimanfaatkan sepenuhnya, terutamanya penduduk di kawasan kampung yang kebanyakan mereka berpendapatan sederhana dan memerlukan bantuan, untuk meringankan kos sara hidup.

Dusun Tua, Seri Serdang.

Timbalan Speaker

Seri Serdang bangun.

Silakan.

Saya bila saya dengar, Dusun Tua mengatakan yang JER ini banyak membantu, masyarakat khususnya di kawasan-kawasan kampung. Tadi saya dengar penghujahan daripada Ketua Pembangkang, Hulu Kelang, dia kata kita dapat, RM1.70 jer, seolah-olah macam, dapat sikit sangatlah. So, apa pandangan Dusun Tua, dengan program JER ini. Apakah ia, betul-betul membantu rakyat, ataupun seperti apa yang dikatakan oleh Hulu Kelang tadi.

Bagi saya, program JER ini amat manfaat. Sebulan 2 kali, kalau boleh, saya nak 4 kali. Sebab impaknya memberi kesan yang positif kepada masyarakat khususnya yang memerlukan, B40 ke bawah. Mungkin Hulu Kelang menyebutkan tadi, tentang jumlah nisbah itu, rakyat Selangor 7 juta. Betul lah. Sapa yang beli, belilah, tak semua nak beli. M40, takkan nak pergi kat situ. Jadi, dia punya tafsiran, dia punya tafsiranlah. Tapi saya punya tafsiran, kalau boleh, saya nak 4 kali. Bagus. Bagi saya, saya percaya program ini adalah contoh yang sangat baik, tentang kerajaan negeri Selangor, prihatin terhadap kebajikan rakyat. Terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. Usaha ini juga, membuktikan, bahawa kerajaan

negeri benar-benar memahami kesulitan yang dihadapi masyarakat dan berusaha untuk menyediakan penyelesaian yang praktikal dan bermanfaat.

Kementerian pelancongan seni budaya (MOTAC), telah datang dan melawat kawasan rekreasi di tempat saya, Sungai Gabai, baru-baru ini. Terima kasih atas usaha dan perhatian kerajaan negeri dalam mengangkat projek membaik pulih kawasan tersebut. saya percaya projek ini akan membawa impak yang sangat positif kepada komuniti setempat dan akan membuka lebih banyak peluang ekonomi, kepada penduduk tempatan, melalui sektor pelancongan dan perkhidmatan yang berkaitan.

Di Dusun Tua, terdapat para pelajar sekolah yang bergantung pada perkhidmatan bas awam, untuk ke sekolah. Namun kekurangan laluan bas sedia ada, ia menyukarkan mereka untuk pergi dan balik pada masa yang sesuai. Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh keluarga, di kawasan Dusun Tua, adalah kenaikan harga bas sekolah yang memberi kesan besar kepada kewangan mereka. Oleh itu, ramai pelajar kini memilih untuk menggunakan khidmat bas awam sebagai alternatif. Namun kapasiti bas awam yang terhad dan kekurangan laluan, menyebabkan mereka terpaksa berhadapan dengan kesulitan dan mendapatkan pengangkutan yang sesuai terutamanya pada waktu puncak. Sehubungan dengan itu, saya mohon agar kerajaan negeri Selangor dapat mempertimbangkan mengadakan laluan Bas Smart Selangor dan menambah Bas Rapid di dalam laluan Dusun Tua. Langkah ini akan memberi manfaat yang besar kepada golongan B40 dan pelajar sekolah yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan yang selesa, berpatutan dan boleh di akses dengan mudah.

Saya ingin menyuarakan kebimbangan mengenai isu, pembuangan sampah di kawasan kampung. Sidang DUN yang lepas pun, saya bangkitkan. Keadaan ini bukan sahaja, mencemarkan pemandangan dan kawasan sungai dan ia turut menjejaskan kesihatan penduduk setempat melalui pencemaran bau dan udara. Penyelesaian segera terhadap isu ini, harus diambil bersama PBT untuk mencari kaedah dalam cadangan mengenakan caj yang setimpal kepada kawasan-kawasan kampung dan kawasan-kawasan komersial. Mereka adalah penyumbang utama kepada jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari. Malangnya mereka tidak dikenakan caj yang setimpal, dengan jumlah sampah yang dihasilkan. Cadangan mengenakan caj ini, mungkin dapat menampung kos pengurusan sampah yang lebih tinggi serta memberi insentif kepada mereka untuk mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan sampah yang lebih bertanggungjawab. Saya telah menerima aduan ramai penduduk, berkenaan isu kelewatan kutipan, yang tidak mengikut jadual kutipan sampah yang ada. Sampah yang tidak dikutip ini, mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Saya telah merujuk bersama KDEB, kebanyakan lori-lori sampah ini rosak teruk akibat daripada masalah jalan raya yang berlubang dan rosak di tapak pelupusan sampah Tanjung Dua Belas. Kebanyakan

kerosakan lori ini, melibatkan kerosakan yang serius. Ini mengakibatkan jadual kutipan akan berubah. Dry Sharp, patah, lori tercabut, masalah tayarnya tercabut, dan masa pembaikan memerlukan lebih 14 hari. Inilah yang saya dapat maklumat. Inilah salah satu punca kelewatan jadual kutipan sampah di Selangor khususnya saya mohon kerajaan untuk menyemak dan segera membaiki jalan raya tersebut agar isu ini dapat diselesaikan apa yang saya difahamkan oleh KDEB bahawa JKR ada membuat taklimat dan juga membagi cadangan untuk menaiktaraf jalan ini memang terlalu teruk. Seterusnya Dusun Tua ingin sekali lagi membangkitkan isu tapak pelupusan sampah haram legal dumping. Di Dusun Tua masih terdapat tapak pelupusan sampah haram saya ucap tahniah Pejabat Daerah YDP Majlis kita membuat operasi bersepadu tetapi saya tidak tahu bagaimana operasi ini boleh bocor bila kita sampai ditapak satu mesin pun tiada, seolah-olah macam tiada apa-apa berlaku tetapi lepas balik selang sehari atau dua hari operasi pembuangan sampah ini berjalan. Pertamanya yang ingin saya bangkitkan sekali lagi iaitu di Taman Pinggiran Delima di laluan Bukit Ampang, Kedua Kampung Sungai Serai sudah pun disita sudah digali 4 buah parit dia tutup balik parit,saya tak pasti bagaimana powerfulnya pengusaha-pengusaha ini dan yang menakutkan lagi satu tempat pembuangan sampah yang jaraknya tak sampai satu kilometer lebih kurang iaitu di Dam Semenyih Kampung Sungai Tekali inilah operasi yang kita buat bersepadu tetapi apabila kita datang tiada apa berlaku. Jadi perkara tempat illegal dumping ini berkait rapat mungkin pasal keadaan di Tanjung 12 yang jalannya begitu teruk, saya harap EXCO-EXCO berkenaan boleh lihat dan tinjau pelupusan sampah ini saya rasa cukup serius di Selangor haruslah membuat tindakan yang drastik. Dan akhir sekali saya mengucapkan terima kasih pada Tuan Speaker yang Berhormat Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar barisan EXCO dan Ahli-ahli Yang Berhormat saya harap setiap cadangan dan perbahasan yang telah dibangkitkan diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan demi kebaikan bersama dengan itu saya menutup perbahasan saya dengan menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor terus berada di landasan yang tepat menuju kemajuan yang lebih cemerlang, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua sekarang giliran Yang Berhormat Paya Jaras, kita ada 11 minit ye.

Assalamualaikum W.B.T. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato Menteri Besar Selangor dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Paya Jaras mengambil bahagian dalam ucapan terima kasih Tuanku pada Selasa 18 Februari 2025. Terdapat banyak perkara yang telah disentuh oleh DYMM dalam Titah baginda yang perlu di perhatikan oleh Ahli Yang Berhormat ini adalah keprihatinan kebersamaan kasih sayang tuanku terhadap rakyat negeri Selangor. Terdapat 6 pekara yang saya sentuh dalam ucapan saya lebih pada penekanan saya bangkitkan dalam ucapan-ucapan sebelum ini. Isu pertama lori kuari dan kenderaan berat

pada EXCO pada sesi lepas penduduk di Taman Indah, Taman Jaya Kampung Matang Pagar Taman Seri Putera dan Saujana Angkasia Kampung Melayu Sungai Buloh hidup dalam keadaan kebimbangan kerana setiap hari mereka terpaksa berdepan dengan kenderaan berat yang melalui kawasan tersebut terowong yang baharu dibina dan dibaiki oleh pihak MPS dengan kos 400 ribu ringgit mula rosak. Lori kuari ini beroperasi tidak kira masa awal pagi waktu puncak petang dan ada yang beroperasi pada jam 2 3 pagi hari Sabtu hari Ahad dan ini sangat menganggu kehidupan mereka saya memohon kerajaan negeri agar dapat melihat perkara ini dengan serius dan menyegerakan jalan khas atau jalan alternatif untuk lori kuari dan kenderaan berat. Saya sangat bimbang dengan keselamatan dan nyawa penduduk setempat.

Isu yang kedua, isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan lain Ahli Dewan Rakyat Negara minta maaf saya Dewan Negeri, iaitu tentang isu banjir di Paya Jaras ini berulang kali dan ini bukan perkara yang dibangkitkan sehinggalah benda ini selesai. setiap kali sidang saya bangkitkan isu ini, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Subang baru-baru ini menyuarakan kebimbangan tentang kemajuan projek yang sangat berlahan dan ada jua menyatakan projek ini bermasalah apakah status semasa kemajuan tebatan banjir Sungai Subang. Saya sekian lagi menegaskan agar projek tebatan banjir fasa 2 hendaklah disegerakan ini selaras dengan Titah nasihat Tuanku Sultan Selangor agar projek tebatan banjir hendaklah disegerakan harapnya tiada lagi pembatalan projek banjir kerana kesan banjir amat besar kepada ekonomi dan gangguan emosi kepada rakyat.

Isu yang ketiga ialah berkaitan tentang isu hak milik strata dibandar Sungai Baru Sungai Buloh di Desa Bukit Indah kawasan ini penduduk sering berjumpa mengadukan masalah isu berkaitan hak milik yang mereka tidak dapat sampai sekarang dan saya yakin bahawa ini bukan isu ini ataupun di kawasan Paya Jaras berlaku dimana-mana sahaja. Isu hak milik kos rendah fasa 1 dan fasa 4 Bandar Sungai Buloh telah berlarutan sejak puluhan tahun ini ditambah hakmilik hak fasa 1 dan 2 desa indah , isu berkaitan ini berlaku dimana-mana cuma itu kerajaan negeri perlu mencari jalan yang tuntas bagaimana untuk menyelesaikan hak milik strata hak milik rumah pemaju masalah kewangan dan telah pun digulung. Penduduk membayar secara bulanan kepada bank atau pihak kerajaan , pinjaman kerajaan tetapi rumah selesai masih dibayar tidak lagi menjadi tidak pasti lagi menjadi milik mereka kerana ini menjadi satu persoalan perlu dilihat secara tuntas perlu dibangkitkan bagaimana kerajaan negeri mahu menyelesaikan masalah ini bagaimana hakmilik strata masalah kepada penduduk malah ada bangunan-bangunan rumah saya baru melawat atau flat dipanggil Flat Sri Sungai Buloh yang mana bangunan berusia 80 sampai sekarang mempunyai keadaan yang sangat daif dan gm berenti pengurusan isu rumah ini sangat kritikal walaupun mereka telah membayar dengan sempurna isu yang menjadi persoalan pada mereka nak sustain atau menjaga rumah ini kerana perlu dilihat dan perlu dijaga menjadi satu persoalan besar isu rumah di negeri Selangor.

Perkara keempat ialah kolam takungan air Taman Seri Alam pada 29 Disember 2024, satu peristiwa malang telah melanda seri alam sebanyak 199 rumah dilaporkan telah terkesan akibat dalam takungan yang pecah. kes ini merupakan kali kedua di taman ini. Ini viral di medsos dan bila saya sampai pada petang itu hujan di kawasan tu sangat lebat dan rupanya menyebabkan kolam takungan pecah bila saya sampai ketika tempat itu lebih kurang sejam kawasan paling tinggi ialah di paras pinggang dan banyak rumah yang rosak ini dan menyebabkan penduduk merasa bahawa perlu dilakukan sesuatu di kawasan ini. Saya mohon kolam takungan ini ditutup sepenuhnya dan digantikan dengan satu kolam di lokasi lain yang sesuai. MPKS dan JPS hendaklah mengarahkan pihak pemaju maju MK Berhad mengatasi masalah ini. untuk menjalankan kajian terperinci bagi mengatasi masalah ini. Selepas ini mana-mana PBT tidak boleh lagi sebarang kolam tinggi daripada kawasan perumahan dia macam wall jatuh runtuh dan menyebabkan banyak rumah terkesan. Pihak pemaju dimaklumkan baru membayar RM1500 sebagai bayaran awal saya menegaskan agar kerajaan negeri memastikan pemaju tersebut membayar pampasan yang setimpal dengan kerosakan yang telah berlaku dan penduduk juga menyatakan hasrat jika mereka tidak puas hati tentang ini perkara ini mereka akan membawa kepada pengadilan dan mendapat pampasan yang sepatutnya kerana ini bukan kali pertama tetapi ini kali kedua berlaku. Saya ingin menyentuh tentang pembangunan kampung tradisi khususnya di kawasan Paya Jaras , Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak kawasan Kampung Melayu Sungai Buloh yang tidak teratur, berdasarkan kepada maklumat kita dapat apa yang berlaku ialah pembangunan yang terancang kampung-kampung tradisi tidak diurus dengan baik soal parit yang tersumbat soal jalanraya hanya secara one off secara cebisan tidak teratur saya mohon isu ini secara kritikal kerana isu akan menyebabkan kampung-kampung ini terabai jika tidak diperhatikan dengan serius. Perkara yang ketujuh yang saya bahaskan iaitu tentang perbelanjaan PBT saya mulakan tahun 2023 berdasarkan audit yang dijalankan PBT tidak lagi dibenarkan membelanjakan wang peruntukan mereka untuk membantu agensi selain seperti JKR dan PLB membaiki infra seperti jalan, parit dan cerun. Pada pandangan saya, PBT seharusnya dibenarkan untuk membantu agensi-agensi lain di kawasan PBT tersebut dalam membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kesihatan rakyat. Selagi mana PBT tersebut membelanjakan peruntukkan dengan tujuan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam kawasan mereka PBT tersebut seharusnya diberikan kebenaran terutama yang berkaitan kegunaan awam, lampu jalan, pondok bas, balai raya dan sebagainya. Satu dasar yang jelas perlu dirujuk sebagai panduan pelaksanaan program-program seperti ini malah PBT perlu dinilai Prestasi berdasarkan rakyat ini kerana pendapatan sumber kutipan hasil daripada rakyat maka prestasi PBT perlu dinilai berdasarkan kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan dan bukan semata-mata jumlah kutipan dicapai dan reserved kewangan mereka.

Yang terakhir saya ingin menyentuh tentang isu SSCC Mall dan PKNS, saya ingin plan GLC perlu dikaji semula kerana fungsinya semasa ini pada pandangan saya PKNS tidak boleh diukur hanya berdasarkan kepada bottom line seperti syarikat swasta yang lain. Jika ini menjadi ukuran mutlak tidak hairanlah PKNS menyimpang dari matlamat asalnya ketika ditubuhkan pada 1964. Kita perlu kembali kepada back to basic dengan izin dimana matlamat utama PKNS antara lain adalah untuk membangun hak bumiputera dalam perniagaan pemaju bandar-bandar baru dan perindustrian. Namun trend masa kini bahawa seperti GLC lain hanya mampu joint venture dengan syarikat-syarikat rakan seperti LBS, Setia Eco World dan sebagainya tetapi kita harus ingat bahawa matlamat PKNS pada tahun 1964 khusus sebagai satu amanah dan tanggungjawab untuk membela nasib bumiputera dalam bidang perniagaan, perdagangan dan perindustrian. Matlamat ini harus terpahat dalam pemikiran setiap CEO yang meneraju PKNS tanggungjawab ini tetap di bahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan ahli lembaga pengarah dan CEO PKNS namun pada amatan saya tidak melihat kesungguhan untuk menghayati amanah yang diberikan ketika ini kerana lari daripada tanggungjawab yang diberikan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat tutup ye ..tak boleh masa ada panjang lagi ke tadi saya dah bagi 12 minit sebenarnya..

Esok sikit lagi ada rumusan, sikit lagi.

Timbalan Speaker

Okay saya tambah esok 5 minit. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian jam sudah 5 petang maka Dewan ditangguhkan sehingga hari esok 20 Februari 2025 bermula jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.00 PETANG)