Selangor · 24 February 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 470 turns · 46,700 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan Salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 24 Februari 2025 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa. (Doa dibaca)
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Salam sejahtera dan selamat pagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepada hadirin dan hadirat sebelum saya memulakan sesi soal jawab ingin saya mengumumkan Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor daripada Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Zon 6 Majlis Perwakilan, Majlis Perbandaran Kuala Langat Encik Yong Ke Ching, rombongan dari Jenjarom seramai 16 orang dan Akademi Kepimpinan Wanita seramai dua (2) orang, diketuai oleh Puan Wan Nurfarah Farhani Binti Alias. Selamat Datang ke Dewan Negeri Selangor. Tanpa melengahkan masa saya ingin menjemput Yang Berhormat Morib untuk mengemukakan soalan. Silakan Morib.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya Nombor 30.
Ya, Banting.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. PekerjaanQuestions
30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan lepasan sekolah ataupun graduan universiti mendapat kerja?
b)
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengangguran di kalangan graduan?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Morib, bertanyakan mengenai pekerjaan. Ada dua (2) soalan. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan lepasan sekolah ataupun graduan universiti mendapatkan kerja? Kedua, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengangguran di kalangan graduan? Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan (a) dan (b) dijawab sekali. Untuk maklumat Yang Berhormat Morib, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk memastikan rakyat di negeri Selangor termasuk lepasan sekolah dan graduan Universiti memperoleh peluang pekerjaan yang sesuai. Antara program utama yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri adalah, ada beberapa program, pertama adalah melaksanakan program Karnival Jelajah Jobcare Selangor dengan usahama Pertubuhan Keselamatan Sosial iaitu Perkeso Negeri Selangor yang diadakan secara bersekala pada setiap tahun di sembilan (9) buah daerah dengan mensasarkan anak muda tempatan sebagai fokus utama serta menawarkan pekerjaan dalam pelbagai bidang pengkhususan. Melalui program ini, para graduan Universiti dan lepasan sekolah yang sedang mencari kerja, peluang untuk menerokai potensi diri dengan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan-majikan yang dipilih dalam kawasan komuniti daerah masing-masing. Program ini juga bertindak sebagai platform bagi mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan majikan dari pelbagai industri secara tidak langsung cetusan-cetusan idea ini dapat meningkatkan produktiviti para graduan dan masyarakat setempat untuk memajukan diri dan pada masa yang sama berupaya menjana sumber pendapatan.
Kedua, menyediakan pelbagai kursus dan latihan di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia melalui Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor iaitu PPS untuk meningkatkan kemahiran sedia ada iaitu upskilling dan mempelajari kemahiran baru, reskilling bagi membantu rakyat termasuk golongan belia yang terdiri daripada graduan universiti dan lepasan sekolah majukan diri. Pelbagai program latihan atau kursus turut disediakan oleh Institusi-institusi Pendidikan di bawah Kerajaan Negeri seperti Selangor Technical Skill Development Centre (STDC) dahulunya dikenali sebagai Inpens College dan Selangor Human Resource Development Centre. Program yang menyediakan latihan kemahiran jangka pendek ini boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan peluang pekerjaan atau memulakan perniagaan selepas tamat kursus. Selain daripada itu, para graduan universiti dan lepasan sekolah juga boleh memanfaatkan inisiatif Kerajaan Negeri dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk meningkatkan kemahiran serta keboleh pasaran mereka dalam usaha mendapatkan pekerjaan. Antara inisiatif yang disediakan adalah menjalinkan kerjasama dengan syarikat antarabangsa dan institusi-institusi latihan TVET bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan.
Melalui kerjasama dengan syarikat seperti Siemens, Apple, Festo dan Dassault Systèmes. Pelbagai program latihan berasaskan teknologi digital dan pembuatan termaju telah diperkenalkan di Selangor Technical Development Centre. Program ini memberi tumpuan kepada Revolusi Industri Keempat (IR 4.0), dengan izin, dan bertujuan meningkatkan daya saing pelajar TVET dalam bidang teknologi yang tinggi. Dengan adanya modul latihan yang sejajar dengan permintaan industri semasa, graduan TVET bukan sahaja memperoleh kemahiran teknikal yang relevan tetapi juga berpeluang untuk mendapatkan penempatan pekerjaan di syarikat-syarikat terkemuka dalam dan luar negara. Kedua, menjalankan program pembangunan kemahiran secara modular melalui kerjasama dengan syarikat dan industri-industri di negeri Selangor. Antara program yang ditawarkan termasuk latihan dalam bidang aeroangkasa melalui kerjasama dengan GE Engineering, kimpalan melalui The Welding Institute serta latihan automatif melalui Carsome Institute dan Syarikat P10X. Program ini memberi peluang kepada pelajar yang menjalani latihan secara langsung industri yang membolehkan mereka memperoleh kemahiran kursus meningkatkan keboleh pasaran mereka dalam pasaran pekerjaan.
Yang terakhir, menawarkan program pemerkasaan kemahiran melalui kursus pendek tajaan Ikhtisas. Terbuka kepada lepasan sekolah serta individu yang ingin memperoleh kemahiran tambahan sebelum memasuki alam pekerjaan atau menceburi bidang keusahawanan. Program ini merangkumi pelbagai kursus kemahiran teknologi dron, asas penyelenggaraan kenderaan, jahitan kreatif dan penjagaan ibu dan bayi iaitu postnatal yang direka khas untuk membantu belia meningkatkan nilai tambahan diri serta meningkatkan keboleh pasaran mereka dalam industri berpendapatan tinggi. Selain ini, satu lagi inisiatif utama adalah melalui kerjasama dengan team Invest Selangor yang bertujuan memperkenalkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji tinggi kepada warga Selangor khususnya dalam sektor berteknologi tinggi dan berimpak besar. Pada masa ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Kinrara atas sokongan beliau dalam memperkenalkan inisiatif ini kepada EXCO, pejabat saya. Invest Selangor memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri Selangor terutamanya dalam sektor-sektor strategi seperti aeroangkasa, pembuatan berteknologi tinggi. Sektor aeroangkasa misalnya, merupakan industri yang berkembang pesat dan menawarkan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi. Selain menawarkan peluang pekerjaan, Invest Selangor juga menyediakan program latihan kemahiran kursus. Latihan ini bukan sahaja membantu meningkatkan keboleh pasaran graduan tetapi juga membuka peluang untuk mereka diserap ke dalam syarikat-syarikat industri aeroangkasa setelah tamat latihan. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha memastikan akses kepada latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa dan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat termasuk lapisan lepasan sekolah dan graduan Universiti. Pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Kerajaan Negeri ini berupaya mengawal serta mengurangkan kadar
pengangguran dan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara. Sekian, terima kasih.
Morib.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kita lihat banyak Kerajaan Negeri memberi inisiatif ya, tetapi kita juga melihat ada ramai kebanyakan lepasan-lepasan sekolah ya. Dan universiti ini mereka tidak tahu hala tuju dan kehendak mereka selepas mereka habis SPM. Graduan dan kebanyakan mereka lepasan SPM ini mereka berkejar-kejar masuk Universiti sebab nak masuk Universiti. Apa kursus yang dia masuk, kebanyakannya mereka tidak tahu ya, hanya untuk masuk Universiti ya, atas kejayaan mereka selepas SPM. Jadi, adakah, soalan saya, adakah kerajaan ya, Kerajaan Negeri ada membuat promosi direct ya, maksudnya membimbing pelajar-pelajar mereka ini yang sebelum peperiksaan SPM? Hala tuju, ke mana mereka hendak pergi? Adakah mereka berminat dalam perniagaan, adakah mereka berminat dalam kerja-kerja profesional dan adakah Kerajaan Negeri pergi ke sekolah mempromosikan ya, apa sebenarnya anak-anak kita ini selepas SPM untuk mereka tahu masa depan mereka supaya tidak salah pilih? Kebanyakan mereka sekarang, kita dah tahu di Selangor ini ramai graduan yang tidak ada kerja tapi bila kita bimbing, lebih direct ke sekolah, datang ke sekolah beritahu sebab apa yang diberitahu oleh YB EXCO selepas mereka habis sekolah, okay, mereka pergi sendiri. Jadi, saya rasa tanggungjawab Kerajaan Negeri membimbing anak-anak kita supaya mereka tahu ke mana arah tuju mereka. Jadi, soalan saya ini, adakah cadangan ini telah dibuat ataupun sudah masanya Kerajaan Negeri Selangor membuat pilihan ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Memang apa yang diutarakan ialah mengenai promosi ya. Dua (2) isu, satu adalah promosi dan juga satu adalah hala tuju pelajar ke mana. Okay, promosi memang kita akan mewara-warakan dalam FB dan juga portal utama Kerajaan Negeri dan juga surat khabar Selangor Kini mengenai program-program yang kita akan dijalankan, ke mana daerah dan sebagainya. Tetapi yang mengenai masa depan pelajar, seseorang pelajar itu, dia melibatkan keputusan SPM masing-masing. Pelajar itu minat ke mana, ke arah mana? Mungkin dia apa tu, perniagaan ataupun lebih kepada perubatan ataupun law dan sebagainya. Sebab conventional studies, dengan izin, mengatakan biasanya dulu kita nampak, pelajar itu, okay anak saya doktor, anak saya lawyer, engineer dan sebagainya tetapi conventional studies telah diubah kepada masa kini sebab kini, mereka lebih ke arah digital dan sebagainya. Jadi, memang saya didatangi oleh pegawai Invest Selangor yang berjumpa dengan pejabat saya dan ingin mencadangkan pergi ke semua sekolah menengah untuk mengadakan seperti consultation ataupun pergi taklimat kepada pelajar-pelajar kita supaya mereka itu minat ke arah mana. Kadang-kadang kita
hendak memilih budak Sains, nak pergi kepada satu industri yang tidak kena mengena dengan mereka, susah juga. Ini lebih kepada apa mereka minat. Contoh, pelajar itu minat dalam industri Sains dan Teknologi, aeroangkasa dan sebagainya. Apa kata kita mula mereka daripada, start from four dan sebagainya. So, mereka boleh ke arah ke sana. Dan satu lagi yang saya ingin menekankan di sini, dengan soalan tadi Yang Berhormat Morib, apabila kita mengadakan taklimat, apa tu, pameran-pameran ini di sembilan (9) buah daerah dalam Selangor, saya memohon sangat parents, ibu bapa dan juga kalau boleh guru-guru tolong hadir ke program ini untuk mendapatkan apakah pasaran yang sedia ada yang kini diminta oleh pasaran yang sedia ada, like a, macam seperti technicians ataupun AI dan sebagainya sebab mereka itu penting. Merekalah pelajar sebenar jadi guru-guru ini kena hadir. Program-program, pameran seperti ini dia kena belajar dia kena tahu apakah pasaran yang sedia ada kepada kanak-kanak kita untuk masa depan. Dan satu lagi saya juga berasa kagum dengan negeri Sabah sebab mereka dah mula di peringkat awal ini, mereka membuat, apabila saya buat lawatan kepada Pejabat EXCO berkenaan mereka memang very active, banyak aktif, turun padang untuk membantu, untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar mereka ke arah mana pelajar-pelajar ini perlu bertuju. Dan seperti mana saya cakap tadi keputusan SPM itu sangat penting dan kita akan menilai pelajar-pelajar itu lebih tepat dan ke arah mana dan sebagainya kita hantar pelajar-pelajar ini. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Gombak Setia.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya dengar dengan teliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO dan topik tentang pengangguran di kalangan graduan. Ini memang topik yang menarik kerana secara relatifnya walaupun pengangguran dalam negeri Selangor berada pada tahap yang boleh kita anggap rendah. Tetapi pengangguran di kalangan belia ataupun di kalangan graduan masih lagi berada dalam keadaan yang tinggi dan mendengar soalan-soalan, jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO tadi banyak tentang usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberikan peluang pekerjaan ataupun membina peluang pekerjaan untuk anak-anak muda tetapi dalam Merdeka Centre Youth Survey tahun 2024. Dinyatakan hampir 40% di kalangan anak-anak muda hari ini mereka tidak mahu bekerja dan makan gaji. Dia mahu mencipta peluang pekerjaannya sendiri. Jadi ada dua soalan. Pertama, Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu anak-anak muda ini yang memberi fokus untuk setelah habis pengajian mereka hendak mencipta peluang pekerjaan untuk diri mereka, pertama. Dan juga yang kedua dalam keadaan Negeri hari ini mahu beranjak kepada era teknologi yang lebih canggih pada masa yang akan datang, apa usaha Kerajaan Negeri untuk menyuntik supaya anak-anak muda ini
mencipta peluang pekerjaan menggunakan teknologi-teknologi yang moden dan canggih pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Memang saya ingin berkongsi sedikit maklumat daripada Kerajaan Negeri selepas pendidikan atau pun pengajian tinggi mereka, pelajar-pelajar ini boleh memulakan peniagaan masing-masing dengan berpengalaman pendidikan yang begitu tinggi dan pelbagai inisiatif telah dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar-pelajar ini. Start daripada DOSM dan sebagainya seperti KoHIJRAH kita memberi softloan supaya mereka boleh memulakan perniagaan atau pun menceburi dalam bidang tersendiri. Dan kedua, sorry yang soalan kedua itu?
Teknologi AI, Anwar Ibrahim.
Teknologi.. Ya, kita memang melibatkan pelajar-pelajar ini ingin yang menceburi dalam AI dan juga yang berteknologi tinggi ini memang kita buka peluang kepada pelajar-pelajar ini mengambil short term courses daripada Selangor Technical Centre itu untuk menambahkan pengetahuan pelajar tersebut dan baru boleh menceburi bidang apa yang di apa yang ditawarkan oleh industri semasa ini. Alright, terima kasih.
Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 31.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan Sementa nombor 32 berkenaan insentif sukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
31 Yang Berhormat.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Insentif Sukan Negeri SelangorQuestions
31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah insentif yang diterima oleh para atlet yang berjaya mendapat tempat di SUKMA?
b)
Apakah jumlah tersebut memadai bagi setiap atlet?
Sorry 31, minta maaf. Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin kepada atlet-atlet negeri Selangor yang telah berjaya memenangi pingat temasya Sukan Malaysia ataupun SUKMA pada setiap edisi, setiap kali ia berlangsung. Pemberian Insentif sebagai menyatakan sokongan dan juga penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri di atas usaha dan pengorbanan mereka dalam berjuang dan menghadapi cabaran di Arena Sukan yang berprestij terutamanya temasya sukan utama di peringkat negara. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah insentif yang telah diberikan pada temasya SUKMA 2024 yang lalu adalah seperti berikut; untuk Kategori Individu, Pingat Emas adalah sebanyak RM10,000.00. Manakala Pingat Perak sebanyak RM2,000.00 dan Pingat Gangsa sebanyak RM1,000.00. Untuk kategori Berpasukan yang memiliki bilangan dalam di antara 2 hingga 5 orang atlet, yang memenangi Pingat Emas adalah RM5,000.00, Perak RM800.00 dan Gangsa RM500.00. Manakala untuk kategori pasukan 6 orang atlet dan ke atas seperti bola sepak, hoki dan ragbi insentif untuk Pingat Emas adalah sebanyak RM3,000.00 manakala untuk Perak sebanyak RM700.00 dan untuk Gangsa RM400.00. Manakala tambahan kepada atlet-atlet yang berjaya pecahkan rekod pada Temasya SUKMA adalah seperti berikut; untuk Atlet yang memecahkan Rekod Kebangsaan insentif sebanyak RM4,000.00 dan atlet yang memecahkan rekod SUKMA insentif sebanyak RM2,000.00. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan, buat masa ini jumlah insentif yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada atlet masih lagi dalam kadar yang rasional dan munasabah berdasarkan kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri dan jumlah insentif ini masih lagi di antara yang tertinggi di kalangan negeri-negeri yang lain. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Ya Sementa.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan tadi. Cuma di sini yang pertamanya adakah kadar ini yang disebutkan tadi, akan dikaji secara berkala bagi memastikan ia sesuai dengan kos sara hidup semasa. Dan kita tahu pada hari ini semuanya mahal. Ada di kalangan atlet-atlet kita ini latar belakang keluarga yang susah sebenarnya, tidak semuanya sama. Lebih-lebih lagi kita akan menjadi tuan rumah tahun 2026. So pastinya insentif yang lebih besar, yang sesuai yang kita berikan kepada atlet-atlet kita sebagai satu motivasi. Perkara yang kedua berkaitan tentang Para SUKMA. Saya difahamkan insentif yang diberikan kepada mereka dalam RM200.00 sehari elaunnya. Apakah perkara ini akan dikaji semula memandangkan mereka ini daripada golongan OKU kan, golongan istimewa yang terpaksa bercuti dalam 10 hingga 12 hari bagi memberi nama cemerlang yang baik untuk negeri Selangor. Apakah RM200.00 itu cukup untuk mereka dan dalam keadaan mereka yang tidak bekerja dan mohon perkara ini dapat dipertimbangkan dan beri imbuhan yang sesuai untuk mereka.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Untuk soalan tambahan pertama berkenaan dengan insentif tadi, kita ada beza sebenarnya. Insentif kemenangan ini adalah setiap kali ada kejohanan lah misalnya mereka masuk bertanding dalam kejohanan SUKMA ataupun Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel, jadi kalau dapat pingat itu Kerajaan Negeri akan beri penghargaan, insentif. Tetapi dari segi elaun memang setiap atlet kita yang kita latih kita berikan elaun dan ia adalah sebenarnya itu bukan salah satu elaun tetaplah tetapi elaun latihan dan sebagainya dan kita akan kaji dari semasa ke semasa bergantung pada keperluan mereka. Maknanya dari segi elaun itu memang kita ada termasuk jurulatih dan juga pegawai-pegawai persatuan yang terlibat dalam pembangunan atlet dan insya-Allah daripada segi kadar itu memang kita melihat kepada keperluan semasa. Dan untuk Para SUKMA pula untuk makluman Ahli Dewan, secara polisinya Para SUKMA ini, atlet Para SUKMA ini diletakkan di bawah Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Jadi memang ada perbezaan sedikit lah. Cuma dalam masa sekarang ini kita di peringkat Negeri, kita cuba hendak selaraskan maksudnya di peringkat Majlis Sukan Negeri dan juga Jabatan Belia Negeri kita cuba hendak selaraskan supaya atlet-atlet Para SUKMA ini juga mendapat layanan yang sama, bersama-sama dengan atlet-atlet normal dan juga daripada segi kadar elaun itu memang saya akui ada banyak permintaan dan juga cadangan supaya di kaji semula elaun untuk atlet-atlet Para SUKMA dan daripada masa ke semasa kita akan bincang nanti dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, kerana dari segi perbezaan bidang kuasa tadi. Tetapi insya-Allah di peringkat Negeri kita akan selaraskan dan kita telah minta Majlis Sukan Negeri Selangor untuk kaji sama ada mereka dapat menanggung atau menyerap atlet-atlet Para SUKMA ini di bawah skim ataupun kategori
yang kita tidak mahu diskriminasikan mereka ini. Jadi terima kasih Sementa dan kita ambil maklum tentang cadangan tersebut.
Soalan tambahan. Terima kasih Speaker.
Ya Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kita tahu tentang elaun atlet ini lebih-lebih lagi zaman sekarang ini, penting juga dengan kos sara hidup naik dan semua segalanya amat penting. Bahkan Negeri Selangor ini untuk makluman Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat pun tahu kita kali terakhir menjadi juara SUKMA ini pada tahun 2016. Maknanya, dah nak masuk siri ke 5 kita belum tentu lagi juara. Tahun depan ni kita jadi tuan rumah, jadi pastinya kita nak, kita negeri Selangor ini jadi juara. Adakah Yang Berhormat boleh kongsikan sama ada di kalangan negeri-negeri dalam Malaysia ini, adakah elaun atlet-atlet kita ini setara dengan atlet negeri lain, pertama. Kerana saya dengar ada juga atlet-atlet asal Selangor sekarang ini bermain untuk negeri lain, mewakili negeri lain kerana ada elaun yang lebih untuk mereka di sana. Jadi mereka ini being scouted keluar talent ini, pergi ke negeri lain. Dan ketiganya dengan reserve negeri yang banyak, Adakah Yang Berhormat boleh paksa Menteri Besar supaya luluskan lebih banyak peruntukan kerana misi kita untuk Selangor menjadi juara pada tahun hadapan itu penting kerana sudah 10 tahun Selangor tidak jadi juara SUKMA ini. Mohon pandangan Yang Berhormat.
Kota Anggerik.
Baik, terima kasih Taman Medan yang begitu berminat dengan SUKMA. Pertama, kita sedia akui daripada segi kadar elaun itu memang ada beza-beza di peringkat negeri, mungkin negeri-negeri yang dari segi prestasi atau pun komitmen mereka terhadap pembangunan sukan muktahir ini memang meletakkan kadar elaun yang berupaya memancing untuk atlet-atlet kita berpindah dan mewakili negeri-negeri tersebut. Walau bagaimanapun kita sedia maklum tentang masalah ini tentang isu ini dan daripada semasa ke semasa macam saya sebut kan tadilah, kita sedang melihat kepada keperluan untuk mengkaji semula elaun-elaun tersebut dan untuk menjadi juara SUKMA ini memang sasaran kita saban tahun setiap kali SUKMA, memang kita menyasarkan juara tetapi adat dan lumrah acara-acara sukan ini, kita boleh bertanding melatih atlet-atlet kita dengan baik tapi bila mana masuk acara bertanding nanti ia adalah satu lapangan yang adil dan bebas untuk semua. Sebab itu kalau kita lihat di SUKMA baru-baru ini pun Sarawak memang meletakkan sasaran untuk menjadi juara dan berjaya dengan hanya perbezaan satu pingat emas sahaja. Anything can happen. Cuma untuk SUKMA, kita sedia maklum dan kita memang meletakkan
sasaran untuk menjadi juara tetapi kita hendak pastikan bila kita menganjurkan acara sukan sebagai tuan rumah, semestinya orang melihat bila tuan rumah itu kena ada kelebihan untuk menjadi juara tetapi pada masa sama kita kena pastikan bahawa kualiti dan juga standard kejohanan tersebut perlu diletakkan pada taraf yang tinggi. Maknanya supaya orang tidak bercakap, orang akan bercakap bolehlah kita jadi juara sebab apa sebab kita mengaturkan sukan-sukan ini mengikut sukan yang memberi kelebihan kepada kita. Jadi ini menjadi faktor yang kita perlu melihat kepada sesuatu penganjuran. Betul sasaran untuk menjadi juara, tetapi apa yang penting adalah untuk kita menjadi tuan rumah yang baik untuk kita berjaya menganjurkan satu kejohanan yang berkualiti dan supayanya ianya menjadi satu standard dan menjadi satu ikutan kepada negeri-negeri lain selepas kita nanti. Terima kasih.
Soalan tambahan, satu je Speaker.
Ya, Gombak Setia.
Baik terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya suka sebab bila Yang Berhormat EXCO sebut tadi, bila kita jadi tuan rumah kita ada kelebihan. Jadi saya hendak tanya sebagai tuan rumah untuk SUKMA tahun hadapan apa kelebihannya yang ada untuk kontinjen negeri Selangor ini? Sebab biasanya kalau kita kata kita ini tuan rumah kita main di home kita, stadium tidak siap jadi tidak ada kelebihan. Peruntukan yang ada negeri lain yang punya lebih lagi, jadi boleh pancing atlet-atlet kita. Jadi apa sebenarnya kelebihan yang boleh membawa negeri Selangor mencapai kejuaraan dalam SUKMA pada tahun hadapan.
Baik, terima kasih Gombak Setia. Pastinya kelebihan sebagai tuan rumah ini banyaklah. Maksudnya dari segi penganjuran itu betul saya sebut tadi, kita sebagai penganjur dan pada masa yang sama kita juga ada keistimewaan untuk menentukan sukan apa yang kita hendak di pertandingkan selain daripada 28 sukan asas yang akan di pertandingkan nanti, ada beberapa sukan tambahan yang kita boleh lihat memberikan kelebihan kepada kita dan pada masa sama kita juga telah bincang dengan Dato’ Menteri Besar untuk meningkatkan peruntukan latihan dan juga pembangunan atlet tersebut. Macam kita cadangkan tadilah daripada segi elaun, dari segi insentif dan kita ambil maklum semua ini dan akan pastikan persiapan dan juga persediaan atlet-atlet kita untuk ke acara SUKMA 2026 nanti dalam keadaan yang terbaik dan pastinya kelebihan-kelebihan tersebut akan memberi dorongan dan motivasi kepada mereka ini untuk memberikan persembahan dan juga menunjukkan prestasi yang paling cemerlang dalam SUKMA 2026. Terima kasih.
Speaker satu soalan.
Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 32.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Perumahan Mampu MilikQuestions
32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani isu rumah mampu milik yang masih belum mencukupi di Selangor?
b)
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan pematuhan pemaju kepada syarat pembinaan rumah kos rendah?
c)
Adakah terdapat inisiatif untuk membantu golongan muda membeli rumah pertama di Selangor?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek yang bertanyakan mengenai rumah mampu milik. Kerajaan Negeri amat prihatin dan komited dalam menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat sama ada melalui program pemilikan di bawah Skim Selangorku, Rumah Selangorku atau program penyewaan di bawah Skim Smart Sewa. Di bawah Program Pemilikan Rumah Selangorku, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor ataupun Rumah Selangorku 3.0 berkuat kuasa 3 Januari 2023. Melalui dasar tersebut, sekiranya pihak pemaju, pemilik tanah berhasrat untuk membina Rumah Selangorku perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, iaitu penetapan bagi harga Rumah Selangorku 3.0 yang bermula dari RM114,750.00 hingga RM250,000.00 seunit dan keluasan dalam 450 kaki persegi sehingga 900 kaki persegi. Terdiri daripada pelbagai jenis perumahan bertingkat dan juga rumah bertanah. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab LPHS untuk memastikan
komposisi/ syarat pembangunan Rumah Selangorku telah ditetapkan dalam Dasar Rumah Selangorku 3.0 dipatuhi. Seterusnya bagi menggalakkan pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik, selaras dengan sasaran membina 200,000 pada 2027, Kerajaan Negeri melalui meluluskan pengecualian bagi caj pemajuan. Ini yang telah kita buat pada tahun lepas, iaitu untuk projek-projek rumah mampu milik, seperti Idaman dan Harapan bermula pada Januari 2025 ini. Pengecualian bagi caj pemajuan ini telah kita tidak kenakan kepada semua pemaju. Di bawah program penyewaan pula, Skim Smart Sewa dikenalkan bagi membantu golongan yang gagal mendapat pinjaman perumahan supaya menyewa di tempat yang kita sediakan iaitu Skim Smart Sewa dengan harga yang berpatutan dalam pasaran. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pemaju mematuhi syarat pembinaan Rumah Selangorku adalah seperti berikut; yang pertama pemaju dikehendaki mengemukakan jadual pelaksanaan projek sebaik kelulusan pembangunan diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui PBT. Setelah mendapat KM, dia harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kedua, LPHS juga menjalankan pemantauan secara berskala sehingga pembangunan tersebut siap dan mendapat kelulusan CCC. Ertinya kita secara pemantauan. Kita akan sentiasa mengadakan mesyuarat dengan PBT jika ada permasalahan bagi pemaju-pemaju ini, PBT juga harus menghantarkan laporan kepada kita untuk kita pantau dan seterusnya mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) bagi memastikan pembangunan rumah tersebut disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, pihak pemaju juga yang masih belum memulakan pembinaan Rumah Selangorku, Pihak Berkuasa (PBT) boleh mengeluarkan stop work order bagi membangunkan rumah harga bebas. Kalau ia gagal melaksanakan, kita boleh stop kan pembinaan itu dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi yang sebelum ini dipersetujui dan menangguhkan kelulusan bagi Pembangunan Pelan bagi tanah Harga Bebas. Jika ada, dia kadang dia minta, mohon Rumah Selangorku, kemudian harga Rumah Idaman dan juga Harapan dan juga ada harga bebas. Jadi, kita boleh ya menahan dulu pembinaan tersebut selagi dia tak selesaikan masalah pembangunan Rumah Selangorku dan Mampu Milik. Dan juga boleh menangguhkan pengeluaran bagi CCC bagi pembangunan Harga Bebas. Kita pun juga ada kuasa untuk tahan dulu. Jadi, sebelum dia melaksanakan semua fasa-fasa yang telah dipersetujui.
Antara inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu golongan muda untuk membeli rumah pertama Negeri Selangor adalah pertama, kita ada Rumah Smart Sewa. Rumah Smart Sewa ini sering kali saya beri penjelasan, bahawa ini adalah satu Skim yang sangat baik untuk membantu bagi anak-anak muda untuk memiliki rumah dan mereka boleh menyewa ya daripada setahun hingga 5 tahun. Selepas mereka menyewa, kita akan pulangkan balik semula 30 % daripada itu untuk mereka jadikan sebagai deposit untuk mulakan pembelian rumah dan sebagainya. Program penyewaan Skim Smart
Sewa ini, kita menyediakan bagi orang yang mungkin tak mampu ya ataupun tidak layak membeli rumah. Untuk sementara mereka duduk dengan kadar sewa RM124.00. Bagi Rumah PPR pun kita bagi juga untuk mereka duduk sementara bagi untuk melayakkan memiliki rumah. Jadi, setakat ini kita ada rumah PPR yang kita sewakan RM140.00 hingga RM250.00 dengan kadar harga yang begitu murah sekali. Dan juga sehingga kini, kita melihat bahawa Rumah Selangorku ini dalam pelaksanaannya masih lagi kita memantau pagi pemaju-pemaju yang mana mereka sering kali menukar Dasar Kerajaan yang lepas, apabila mereka tidak boleh pelaksanaan. Jadi daripada pertukaran dasar ini, kita telah tetapkan bagi mereka beri balik sebagai imbuhan kepada Kerajaan Negeri dan daripada imbuhan yang diberi tadi, duit itu kita belikan rumah atau pertukaran rumah, jadikan aset sebagai rumah ataupun dipanggil Smart Sewa. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Y.B. PUAN NURUL SYAZWANI BINTI NOH
: Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO dengan jawapan itu dan menghargailah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu dan satu inisiatif untuk generasi muda untuk memiliki rumah. Soalan saya adalah berkaitan, adakah pihak negeri akan lebih fokus di kawasan seperti di Sepang kerana memandangkan tak lama lagi di situ akan adanya Aeropark City ataupun katakan Aeroangkasa. Saya rasa perlu untuk memenuhi keperluan yang akan datang sebab kita memandangkan sekarang di Sepang ini, ramai yang tidak mempunyai rumah kerana rumah di Sepang ini adalah sangat-sangat mahal khususnya di kawasan Sungai Pelek dan sebagainya. Tak lama pula kita tahu akan adanya jalan pintas daripada Kuala Langat saya rasa sehingga ke Banghuris itu pun kawasan Yang Berhormat Tanjong Sepat ya. Saya rasa ada perlunya lebih fokus di kawasan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Sebenarnya Sepang ini antara kawasan yang sasaran juga bagi pemaju-pemaju membina rumah-rumah mampu milik dan rumah Idaman serta rumah Harapan. Kalau kita lihat di Bandar Baru Salak Tinggi, kita lihat di Kota Warisan. Itu antara sasaran kerana di situ didapati bahawa dari segi pemasaran keperluan perumahan sangat tinggi. Kalau kita lihat, ramai yang duduk di situ mereka bekerja di KLIA, bekerja di Cyberjaya, di Kuala Lumpur dan sebagainya. Tetapi di bahagian kawasan luar bandar di semua urban area ini, kadang-kadang pemaju ini melihat juga dari segi pemasarannya ya sebab,
bagi saya pembinaan rumah Selangor kini adalah daripada pemaju atas inisiatif. Jadi daripada segi zoning nya saya lihat di Sepang ini memang zoning nya kebanyakan perumahan dan light industry. Jadi, sekadar ini kita lihat mereka akan ada lagi cadangan-cadangan di kawasan Sungai Pelek di persekitaran dan ini adalah satu lagi akan menyelesaikan masalah perumahan di kawasan-kawasan luar bandar. Terima kasih.
Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat, saya punya soalan tambahan adalah berapakah jumlah unit rumah yang masih available untuk Skim Smart Sewa ini?.
Kini kita ada a 1700 lebih rumah, ada 34 daerah ataupun kawasan. Ada lagi lebih kurang dalam 338 unit lagi yang masih kosong, yang masih boleh lagi dimiliki, tetapi kawasan-kawasan ini mungkin kawasan yang di dalam bandar kebanyakannya. Jadi kita akan boleh berikan secara dasar ataupun data yang betul dan tepat untuk Yang Berhormat nanti memastikan bahawa kawasan itu adakah di kawasan Yang Berhormat dan kita sedia membantu untuk memastikan bahawa pemohon-pemohon ini dapat menyewa rumah Smart Sewa yang kita sediakan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Setiap sidang Dewan, Tanjong Sepat akan bangun mengulangi ikrar dan tekad bahawa Kerajaan Negeri komited untuk membangunkan RSKU. Dan Yang Berhormat Tanjong Sepat juga merujuk kepada sasaran Kerajaan Negeri untuk membina 200,000 unit rumah mampu milik menjelang 2027 dan ini adalah selaras dengan teras yang diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar iaitu menaungi kebajikan rakyat. Persoalan saya ialah bagaimana Kerajaan Negeri dapat mencapai sasaran 200,000 ini. Sekiranya anak syarikat Kerajaan Negeri sendiri seperti PKNS, gagal membina satu unit rumah pun menjelang sepanjang tempoh tahun 2024. Sebentar tadi Yang Berhormat beritahu Kerajaan Negeri akan memantau pemaju-pemaju ini. Bagaimana, kita nak memantau pemaju swasta kalau pemaju hartanah di kalangan anak syarikat Kerajaan Negeri sendiri gagal menyambut saranan Dato’ Menteri Besar. Itu yang pertama. Yang kedua, dalam pembentangan Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar ada mengumumkan inisiatif Skim Biaya Rumah berjumlah RM100 juta yang memberikan kemudahan untuk menyediakan deposit bagi pembeli-pembeli rumah yang pertama. 2023, Dato’ Menteri Besar pun ada di sini.
Sekarang ini sudah tahun 2025. Pada tahun lepas, apabila saya bertanya soalan yang sama, Tanjong Sepat bangun menyatakan ada masalah kelulusan di peringkat Kebangsaan khususnya yang melibatkan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Jadi saya ingin bertanya apakah status perkara ini, apakah rundingan telah selesai? Kalau belum selesai, mengapa inisiatif ini diumumkan sebelum persetujuan dicapai dengan Kerajaan Persekutuan. Saya pohon penjelasan daripada Tanjong Sepat.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, saya ingin jelaskan juga bahawa soalan ini pun berulang kali juga ya. Berulang kali juga. Baik, mengenai PKNS, pada ditubuhkan 60 tahun dulu PKNS ini. Dia tidak terikat kepada satu dasar, hanya menyediakan kediaman. Dia juga boleh membangunkan sama ada prasarana sama ada apa juga komersial dan sebagainya. Mungkin keperluan pada dia ditubuhkan itu memerlukan satu pembangunan perumahan di peringkat negeri Selangor yang begitu hebat. Tetapi sekarang, banyak pemain-pemain, pemaju-pemaju dan juga anak syarikat yang telah mengambil alih tugas-tugas PKNS ini. Jadi, sebab itu kita melihat pada data dia. Pada tahun 2013 ya, iaitu 10 tahun lepas yang terakhir, PKNS telah menyediakan 4,289 unit Rumah Selangorku. Tetapi sekarang kita melihat mungkin betul apa yang Hulu Kelang kata PKNS fokus kepada lain pembangunan mungkin dari segi komersial ataupun dari segi pembangunan-pembangunan yang berkaitan yang boleh membantu Kerajaan Negeri. Soalan yang kedua yang dibangunkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang mengenai pengumuman Yang Berhormat pada tahun 2023, RM100 juta itu adalah duit itu daripada Tabung LPHS yang mana tabung ini kita tidak perlu, kita angkat ke dalam dewan untuk kelulusan RM100 juta ini dan kita telah bagi kewangan ini untuk digunakan pembelian bagi aset ataupun rumah yang untuk Smart Sewa. Sebab itu kita gunakan duit ini dan akhirnya ini juga konsepnya sama sahaja. Kalau kita gunakan duit untuk menggunakan sebagai deposit, mungkin masalah teknikal penggunaan kewangan ini, akhirnya kita belikan rumah dan kita jadikan dia Smart Sewa dan mereka duduk selama 5 tahun di situ apabila mereka keluar daripada penyewaan itu, kita kembalikan balik 30 % sebagai deposit untuk mereka membeli rumah ataupun mendapatkan rumah yang lebih sesuai. Terima kasih.
Permatang. Y.B. PUAN NURUL SYAZWANI BINTI NOH
: Cinta diharap hingga ke Syurga, soalan Permatang nombor 33.
Yang Berhormat Pandan Indah. Cinta hingga ke Syurga.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Saya bab-bab cinta ini saya memang suka sangat.
Padi itu beras, banyak karbohidrat juga.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Harga Jualan Padi Yang RendahQuestions
33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri membincangkan isu harga padi dengan Agensi Persekutuan atau pembeli? Jika ada, apakah solusi nya?
b)
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai analisis data tentang bagaimana harga belian padi yang rendah memberi kesan kepada ekonomi pesawah? Jika ya, apakah tindakan lanjut kerajaan?
Ada taman di hati ya. Saya, terima kasih juga kepada Speaker, Yang Berhormat Speaker kerana soalan daripada Permatang ini bertanyakan berhubung dengan isu harga padi yang hangat diperkatakan isu padi dan juga kesannya kepada pesawah. Untuk maklumat Yang Berhormat, isu padi harga padi ini sebenarnya semua kita maklum di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian, melalui IADA Barat Laut dan juga melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, kita sentiasa memantau dan melihat isu kebajikan warga petani kita ini termasuklah pesawah kita dan sentiasa mengambil berat prestasi penanaman padi mereka dan juga isu berkaitan dengan harga padi yang juga memberi kesan kepada mereka dan saya boleh sebutkan di sini, di dalam dewan ini pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan Rakyat pada 13 Februari berhubung 2 perkara, pertama penyelarasan semula harga lantai belian padi daripada RM1,300.00 per tan kepada RM1,500.00 per tan mulai 16 Februari 2025. Ini merupakan kenaikan kedua di bawah Kerajaan Madani yang menaikkan harga lantai bagi beras. Kalau kita lihat dalam rekod sebelum ini, harga lantai ini telah sekian lama tidak dinaikkan kepada sehingga tahun 2022 masih kekal pada RM1,200.00 per tan. Tetapi di bawah Kerajaan Madani, dinaikkan daripada tahun 2023
kepada RM1,200.00, RM1,300.00 dan dinaikkan sekali lagi 2 tahun kemudian, pada tahun ini RM1,500.00.
Ini memberikan satu berita yang baik kepada para pesawah kita. Yang keduanya dalam masa sama juga harga beras sebab apa, apabila ada berlaku kenaikan harga lantai akan memberi kesan kepada harga beras, jadi harga Beras Putih Tempatan (BPT) dikekalkan kepada RM2.60 per kilogram. Ini melalui dengan cara penyerapan kos pengeluaran oleh Kerajaan sebanyak RM150 juta bagi mengeluarkan 24 juta kampit BPT ini, Beras Putih Tempatan ini untuk yang 10 kilo itu untuk tempoh 6 bulan. Ini merupakan satu usaha yang dibuat dan kita telah memberikan maklum balas sebelum ini pun kepada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan perkara ini dilaksanakan kerana mengambil kira kepentingan pesawah dan dalam masa sama juga kita kena ambil kira kos pengeluaran padi, pergerakan harga beras unjuran permintaan dan penawaran beras tempatan. Jadi kita tak boleh naik sewenang-wenangnya kerana dia memberi kesan pula kepada pengguna kita. Memberi kesan juga kepada industri beras secara keseluruhan. Ini pun satu kenaikan yang saya anggap dah tinggi sangat, amat tinggi di campur dengan subsidi lagi kepada penanaman padi ini, saya yakin ini akan dapat membantu usaha-usaha untuk meningkatkan hasil padi dalam masa yang sama juga meningkatkan pendapatan pesawah kita. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita maklum akan kenaikan harga lantai padi. Namun begitu di Permatang masih ramai lagi masalah kita sekarang pesawah-pesawah yang ini yang masih gagal mendaftar untuk Budi Madani. Dan gagal menikmati subsidi diesel. Jadi kalau kita lihat masih sukar selain daripada itu mereka juga masih sukar untuk mendapatkan diesel kerana kita mempunyai peraturan yang mana had membeli diesel itu hanyalah 20 liter. Jadi agak di Tanjung Karang, agak sukarlah untuk jentera-jenteranya banyak, tak kan nak dibawa ke luar ke stesen minyak. Jadi itu pun, untuk mendapatkan subsidi diesel itu pun satu masalah juga untuk mendapatkan diesel itu sendiri adalah satu masalah. Jadi soalan saya apakah langkah konkrit dalam kita membantu pesawah-pesawah kita ini untuk menikmati, dapat menikmati subsidi diesel itu tadi dan dalam membantu untuk mendapatkan diesel dengan lebih mudah. Selain itu, soalan saya seterusnya ialah berkenaan dengan peruntukan bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri berkenaan RM 500 itu yang RM300 untuk bayaran tunai dan 200 untuk bayaran benih padi. Jadi soalan saya adakah bantuan peruntukan ini akan diberi pada setiap musim atau pun hanya one-off sahaja dan kalau kata one-off je adakah kerajaan bercadang
untuk mengadakan bantuan ini sekurang-kurang setahun sekali atau pun diberikan setiap musim. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang yang prihatin berhubung isu pesawah kita. Saya akui memang saya menerima dan sekali perkara ini subsidi diesel pun berkait dengan Kerajaan Pusat, dan kita telah juga memberi maklum balas tentang isu-isu, ada sedikit isu teknikal dari segi bagaimana nak mendaftar dan sebagainya dan ini akan sedang diuruskan di sana dan kita sentiasa memantau keadaan ini bukan sahaja melibatkan diesel bagi jentera-jenera untuk sawah dan sebagainya, tapi juga berkait dengan nelayan juga yang berkait dengan diesel subsidi diesel nelayan. Dan saya nak berkongsi di sini sebenarnya, kita punyai subsidi yang diberikan selain pada yang Kerajaan Negeri ini yang dikeluarkan, kalau untuk satu hektar sawah ini untuk makluman Yang Berhormat Ahli Dewan dan kita anggarkan pengeluaran 3.5 tan lah. Ini merupakan anggaran yang agak rendah dan juga reasonable lah berpatutan ya. Jadi subsidi sebenarnya yang kalau input dengan output ni untuk setiap hektar, Kerajaan Pusat mengeluarkan RM4,302 satu hektar. Melibatkan keseluruhan kos subsidi kawasan sawah padi ini setahun 2.6 billion. Satu subsidi yang sangat tinggi, tak ada tanaman lain yang dapat subsidi macam ini. Sawah sahaja, sangat tinggi ini masuklah benih padi, baja pelbagai jenis baja, upah bajak, racun pengaburan dan juga subsidi output. Makna setiap tan kerajaan akan bagi lagi RM500 kepada yang pengeluaran beras ini atau pun padi. Jadi sangat tinggi dan sebab itu pemantauan perlu dibuat dengan rapi bagaimana kita dapat tingkatkan, ini sedang diusahakan dan sebab itu kalau kita tengok peruntukan yang diberi melalui Kerajaan Negeri melalui IADA dan juga melalui pelbagai agensi ini sangat tinggi setahun dan kita anggarkan untuk setakat lima tahun yang lepas ini dah 80 juta kita telah keluarkan, untuk membantu. Kerajaan Negeri sahaja telah mengeluarkan hampir 10 ribu eh 10 juta tahun yang kita yang dimaksudkan Yang Berhormat tadi yang RM500 itu telah kita berikan pada tahun 2023 untuk membantu meningkatkan hasil tapi tidak ada kemampuan negeri untuk nak bagi tiap tahun.
Walau bagaimana pun kita akan melihat dan meneliti keperluan dari masa ke semasa untuk meningkatkan dan tahun ini kita ada cadangan untuk bagaimana kita nak baiki lagi yield sebab yang paling adalah keluaran padi itu. Padi itu terlalu rendah. Saya buat kajian dan melihat kawasan-kawasan tanaman padi di negeri Selangor ini, bukan Sekinchan sahaja mempunyai pengeluaran yang tinggi di sekitar 7 tan purata ini, untuk sekitar 3 atau 4 tahun yang lepas ini saya dapatikan, Sungai Leman dan Sungai Nipah menjadi pengeluaran yang tinggi juga. Bukan sahaja Sekinchan. Maknanya dia boleh dinaikkan hasil tetapi saya memang akui saya Sabak saya memang setuju memang Sabak antara yang terendah itu di Bagan Terap dan juga di Sungai Panjang di sekitar 2 tan sahaja. Purata dia 2 ke 2 ½ sahaja satu hektar. Sedangkan di Sekinchan 7 tan di Sungai Nipah
boleh dapat sampai 6 tan dekat dah dengan Sekinchan dan Sungai Leman mungkin dalam 4 ½ tan atau 5 tan, tinggi. Jadi mana ada boleh diusahakan dan kita akan lihat bagaimana lagi untuk tingkatkan itu lebih baik daripada kita hanya melihat satu sudut sahaja, kita kena melihat bagaimana dapat kita tingkatkan pengeluaran padi di kawasan-kawasan di barat laut kita.
Sungai Panjang, mencelah
Ya silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sungai Panjang cuma nak menyatakan tentang subsidi-subsidi yang diberikan tadi ya betul. Tidak dinafikan subsidi itu tersebut. Sekadar pemerhatian Sungai Panjang berharap Kerajaan Negeri ada pengawasan dan juga pemantauan tentang subsidi-subsidi, contohnya yang sebelum ini subsidi baja, banyak berlaku pembaziran apabila diserahkan kepada satu konsultan kerana waktu petani-petani membaja itu tidak sama dan konsultan ini tidak mempunyai kelengkapan. Ada dia minta tolong daripada ketua blok, minta tolong daripada syarikat-syarikat yang ada drone untuk menabur dan semuanya tidak dapat dilaksanakan. Dan akhirnya ketua blok pun fed up sebab tak dapat duit yang dijanjikan. Yang keduanya perkapuran baru ini. Baru ini subsidi untuk perkapuran. Saya harap Kerajaan Negeri dapat memantau melalui Ketua Blok dan sebagainya kerana banyak berlaku pembaziran apabila perkapuran ini dihantar, tanah telah pun dibajak dan ada sesetengah tempat dah tanam padi baru hantar kapur. Jadi pembaziran berlaku sebegitu. Mohon untuk Kerajaan Negeri membuat pemantauan dan juga melaksanakan, supaya subsidi tadi tidak berlaku pembaziran. Terima kasih.
Saya akui memang ada berlaku sebab apa untuk julung kalinya pada musim yang lepas telah diadakan sistem di mana kontraktor luar juga dilantik juga untuk menguruskan isu-isu berkaitan dengan pembajaan kerana penggunaan drone ini. Kalau sebelum ini diserahkan terus langsung kepada Pertubuhan Peladang Kawasan tapi untuk kali ini memang ada berlaku begitu dan memang ada kelemahan sedikit tapi sedang diperbaiki dan kita memantau semua ini macam saya sebut tadi di bawah Kerajaan Pusat , di bawah Kementerian Pertanian dan buat melalui barat laut IADA. Tapi kita tetap memberi maklum balas bagaimana kita dapat perbaiki sistem yang ada, termasuklah sistem penggunaan drone bagi sebab sekarang ini permintaan drone sangat tinggi dan isu pengapuran semua ini memang kita teliti dan kita sentiasa memberi maklum balas kepada jabatan yang berkaitan IADA dan juga Jabatan Pertanian supaya benda ini dapat dibuat dengan yang terbaik. Jadi ini saya rasa program yang berterusan dan kita memberi maklum balas juga samalah macam berkaitan isu benih padi, yang kita dapat makluman kekurangan dan sebagainya benih padi ini kadang-
kadang benda itu dibuat dibenarkan keluar daripada Selangor dan tak sampai balik Ke Selangor kita pula kekurangan kadang-kadang benih padi ini pun perkara yang kita teliti kadang-kadang di bawa ke Pantai Timur sana, ke Terengganu kita tidak ada di masalah cuma kena pastikan bahawa benih-benih kita yang keluarkan ini cukup untuk kegunaan Selangor ini antara perkara juga yang kita telah bangkitkan, dan suka saya nak sebut di sini, Kerajaan Negeri kita telah meneliti permohonan melalui IADA Jabatan Pertanian kita buat kajian kita perlukan sekitar 1 billion lebih kurang begitu dan saya sudah pernah sebut di dalam dewan ini kita telah buat permohonan pada Kerajaan Persekutuan untuk beri pertimbangan daripada 1billion 600 juta itu ialah isu kos yang pengambilan tanah untuk kita bangunkan kolam tambahan yang disebut oleh Sabak dan juga isu berkaitan dengan sistem saliran yang telah usang dan juga isu tanah jerlus yang ditimbulkan ini semua kita dah masuk dalam kajian itu dan juga permohonan itu untuk kita minta dari Kerajaan Pusat memberikan pertimbangan untuk membantu menyelesaikan kalau kat MADA boleh bagi kalau kat barat laut kenapa tidak boleh kita punya jelapang padi dan itu kita telah mohon dan kita akan follow up untuk pastikan Selangor juga mendapat faedah ini bagi kita meningkatkan hasil tanaman padi kita, terima kasih.
Sungai Panjang.
Bulan Ramadhan semakin dekat soalan 34.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Projek SabdaQuestions
34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini 14 projek SABDA yang sedang dilaksana?
b)
Nyatakan 2 projek telah selesai dan 2 projek SABDA digugurkan serta faktor yang menyebabkan projek tersebut digugurkan.
c)
Apakah 2 projek yang digugurkan akan diganti projek baru dan sebutkan jika ada gantinya?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Panjang atas 3 soalan berkenaan dengan SABDA iaitu Apakah status terkini 14 projek SABDA yang sedang dilaksana? Nyatakan 2 projek yang telah siap atau pun selesai dan 2 projek SABDA digugurkan serta faktor yang menyebabkan projek tersebut digugurkan, Apakah 2 projek yang digugurkan akan diganti projek baru dan sebutkan jika ada gantinya?
Berkenaan dengan jawapan ini ialah terdapat 18 projek di bawah SABDA yang sedang dilaksana dan ringkasannya adalah seperti berikut terdapat tujuh (7) projek dalam fasa Konsep dan Inisiatif, Industri Hiliran Hasil Laut & Agro Makanan @ Sg Lang, Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan, Pembangunan Semula Hay Resort, Kompleks Jeti Nelayan Bagan Sg Besar, Pelan Fiberisasi Sabak Bernam, Selangor Smart AgroFarm @Jelutong Jati dan Pusat Kajian dan Penyelidikan SABDA. Di samping itu, satu projek dalam fasa Reka Bentuk Perancangan iaitu R&R Air Manis dan Kompleks Agropolitan Sabak Bernam. Sembilan (9) projek dalam pelaksanaan dan pemantauan iaitu Pejabat Operasi & Ruang Pameran Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam, Segitiga Eko-Pelancongan Sg Air Tawar, Pusat Konservasi Kelip-kelip Sg. Panjang, Eko-Pelancongan Ban Canal, Jambatan Sungai Air Tawar – Hutan Melintang, Selangor Smart Agro Park @ Sungai Air Tawar, Selangor Smart Agro Farm Sungai Panjang , Selangor Smart Agro Park Changkat Menteri dan Sabak Bernam Biosphere Reserve dan satu (1) projek yang telah selesai ialah Lebuhraya WCE ini Gerbang ke Wilayah Pembangunan Sabak Bernam.
Projek telah siap pada 1Q2022 di mana Jalan Persekutuan FR5 yang menghubungkan Lebuh raya WCE telah siap sepenuhnya dalam kawasan Daerah Sabak Bernam dan telah mula beroperasi. Namun status kemajuan di bahagian ke-7 Lebuhraya WCE yang bersambung dengan FR5 di antara Tanjong Karang ke Assam Jawa sepanjang 29.5 km adalah pada 77%. Manakala dua projek yang digugurkan ialah Kilang Minyak Kelapa Sawit kerana keluasan ladang tersebut hanya 8,272 ekar (3,348 ha), tidak mencapai keperluan minimum 10,000 ekar (4,000 ha) untuk pembinaan kilang. Selain itu, pengeluaran kelapa sawit yang terhad tidak mencukupi untuk menyokong operasi pemprosesan kilang. Pusat Penyembelihan Ayam Sekendi juga digugurkan kerana lokasinya tidak sesuai sebagai pusat penyembelihan berpusat. Keputusan ini telah disahkan dalam Mesyuarat EXCO MTES Bil. 18/2023 pada 27 Oktober 2023. Dan dua projek baharu yang menggantikan projek yang digugurkan ialah Sabak Bernam Biosphere Reserve dan Pusat Kajian dan Penyelidikan SABDA. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Sungai Panjang.
Pertama, soalan bolehkah Yang Berhormat nyatakan proses permohonan pertukaran projek kepada projek baru sebab kalau ada proses nya mungkin Sungai Panjang nak masukkan untuk industri kilang songkok di Sungai Panjang?
Yang kedua, berkenaan dengan SSAP di Changkat Menteri yang tanahnya dimiliki oleh PKPS berkeluasan 971 hektar, yang dirasmikan pada tahun 2021 dijangka bermula pada November 2021. Dan ada 10 peserta dalam maklumat saya Top Fruit, Astana Consolidate dan yang lain-lain. Apa yang Sungai Panjang ingin bangkitkan, SSAP yang dianugerahkan kepada Astana mula-mulanya, Corporation sebanyak 104 hektar. Kemudian, dipindah milik kepada Astana Consolidate sebanyak 200 ekar dan pemilik-pemilik yang berlainan. Jika Astana Consolidate itu dimiliki oleh Tan Ee Aun, Marcella Paul dan juga Kamala Devi a/p Rajagopal. Persoalan Sungai Panjang, sehingga ke hari ini, masih tidak dilihat pembangunan-pembangunan di situ yang asalnya untuk memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk di sekitar sana, yang dimaklumkan bahawa ada perintah larangan daripada Akta Kualiti Alam Sekitar? Jadi mohon respond daripada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang atas cadangan nak mewujudkan kilang songkok ya. Sekiranya ada cadangan untuk pembinaan kilang songkok, Yang Berhormat boleh buat surat minat untuk dinyatakan sebagai minat untuk membina kilang songkok dan kita akan nilai untuk dibawa ke dalam mesyuarat dari sudut keberkesanannya untuk melaksanakan kilang songkok itu. Yang kedua, berkenaan dengan SSAP Changkat Menteri yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Panjang, saya ambil maklum segala aduan yang telah diberikan dan kita akan melihat semula adakah benar segala aduan yang dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Panjang ini dan kita akan menelitilah semula keberkesanan projek di Changkat Menteri ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, Sungai Panjang. Kota Kemuning, maaf.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya Nombor 35.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Pengurusan Tanah Kubur Bukan IslamQuestions
35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan tanah kubur bukan Islam, khususnya untuk komuniti India?
b) Adakah audit dan semakan kelengkapan tanah kubur ini pernah dilakukan?
Tuan Speaker, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kemuning kerana membawa isu pengurusan tanah kubur selain Islam atau bukan Islam. Ada dua (2) soalan, Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan tanah kubur bukan Islam, khususnya untuk komuniti India? Dan yang kedua, Adakah audit dan semakan kelengkapan tanah kubur ini pernah dilakukan? Tuan Speaker, Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor Bilangan 7/ 2014 telah bersetuju supaya segala urusan penyelenggaraan kubur selain Islam adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT ya. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkuburan Hindu sedang di selenggara oleh Persatuan Perkuburan dan Persatuan Kuil yang besar atau terulung di kawasan masing-masing ya. Soalan (b) pula, secara umumnya Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab memastikan tanah perkuburan bukan Islam di selenggara dengan baik, mempunyai kemudahan asas yang mencukupi seperti jalan masuk, bekalan air, sistem saliran serta penyelenggaraan yang teratur. Semakan tanah perkuburan ini melibatkan pematuhan terhadap peraturan dan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa berkaitan. Namun, pelaksanaan semakin sorry, namun pelaksanaan semakan dan pengauditan tersebut diselaraskan mengikut tatacara pentadbiran oleh PBT masing-masing. Sekian, terima kasih.
Ya, soalan tambahan. Ya, Seri Serdang. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Berkenaan dengan isu tanah perkuburan bukan Islam ada satu kawasan di kawasan Seri Serdang Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat Speaker pun dah maklum tentang isu ini dan pihak KKI, Ketua Komuniti India DUN Seri Serdang juga dah maklumkan kepada pihak EXCO berkenaan dengan pengurusan satu tapak perkuburan orang Hindu. Yang menjadi masalah ialah dengan pengurusan tanah tersebut. Jadi, saya mohon perhatian dan juga, nak tanya jugalah apa status tanah tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Komuniti Kaum India yang begitu rajin dan jumpa dengan Pejabat saya untuk apa tu, menyelesaikan isu tersebut. Cuma, saya telah tulis surat kepada Pejabat Tanah berkenaan untuk mendapatkan kronologi sebelum saya membuat sebarang keputusan dan selepas saya terima laporan penuh daripada PTG dan kita akan bawa perkara ini kepada LIMAS untuk membuat keputusan di mana biasanya LIMAS dipengerusikan oleh tiga (3) EXCO dan juga beberapa ADUN untuk meneliti perkara ini secara adil dan saksama. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker
Ya. Kota Kemuning.
Ya, Yang Berhormat EXCO, baru-baru ini Perdana Menteri kita telah mengumumkan ada peruntukan untuk krematorium bagi kaum India. Di manakah tanah tersebut dikenal pasti, Bilakah proses pembinaan krematorium baru itu akan dimulakan?
Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kemuning, pengumuman memang telah dibuat tetapi saya masih belum terima sebarang cadangan daripada mana-mana pihak dan juga peruntukan tersebut. Sekiranya saya ada, saya terima info lebih lanjut dan saya akan share atau pun saya akan beritahu kepada Yang Berhormat supaya benda itu dapat dilaksanakan dengan penglibatan semua pihak bukan sahaja daripada Yang Berhormat Kota Kemuning, saya jemput seluruh negeri Selangor dan kita akan membahagikan sejumlah wang itu kepada semua di mana yang memerlukan. It’s not about sorry, first come first serve tetapi kita akan memberi tumpuan kepada mana-mana krematorium dalam keadaan yang usang atau pun tidak teratur diselenggara kita pump in first untuk krematorium tersebut untuk menjalankan apa tu, proses cremation itu. Sekian, terima kasih.
Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, soalan saya adalah berkaitan sebenarnya banyak tapak yang bukan Islam ini dan diberikan kepada pemohon, tetapi saya rasa perlu buat kajian ke atasnya kerana terdapat banyak tapak yang telah diberikan hak milik tetapi tidak dibangunkan sebagai rumah ibadat dan saya rasa di kawasan saya pun, saya dah bertanya juga dengan Pejabat
Daerah ada beberapa tapak dah lama diberikan untuk dibangunkan rumah ibadat tetapi saya rasa tak dibangunkan langsung. Saya rasa ramai lagi memerlukan tapak tersebut. Saya rasa pihak Kerajaan mungkin kena buat inventori atau kajianlah ke atas mana yang langsung tidak membangunkan rumah ibadat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Memang dalam Mesyuarat LIMAS kami akan terima laporan penuh mengenai tanah-tanah yang kita telah wartakan ataupun kita telah berikan kepada Persatuan-persatuan ini untuk pembinaan kuil, gereja, Buddhist Temple dan sebagainya tetapi saya juga terima aduan ada beberapa tapak itu tidak dibangunkan oleh Persatuan yang telah diwartakan tanah itu. Saya juga telah memberi cadangan kepada Pegawai LIMAS itu supaya dapatkan detail dan juga data itu supaya kita boleh mewartakan kepada individu ataupun Persatuan yang lain sebab memang rating list itu terlalu banyak jadi, kita jangan, janganlah bazirkan tapak yang kita wartakan padahal mereka tidak dibangunkan. Saya setuju sangat cadangan itu kalau Yang Berhormat Sungai Pelek ada maklumat terperinci mengenai kes itu sila panjangkan kepada Pejabat saya untuk saya mengambil tindakan seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, Sentosa.
Terima kasih Tuan Speaker. Sentosa hanya nak tanya kepada YB EXCO, Yang Berhormat EXCO berkenaan sebelum itu untuk makluman, kita dimaklumkan Rumah Ibadat ataupun kubur bukan Islam sebenarnya kubur bukan Islam tadi dikatakan kubur untuk hanya untuk masyarakat Hindu tetapi di kubur pembakaran mayat kubur Hindu khususnya, kita juga ada pembakaran mayat untuk masyarakat Sikh, masyarakat Buddhist dan sebagainya. Bukan khusus untuk masyarakat Hindu sahaja. Kedua, soalan saya ialah untuk bertanyakan berkenaan dengan apakah perancangan PBT, semua PBT di Selangor untuk membina krematorium di PBT masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Memang benar, saya setuju. Krematorium yang ada di Selangor dan di PBT seperti Klang dan juga di Shah Alam dan juga beberapa PBT yang besar, kita membenarkan walaupun biasanya dikatakan kubur Hindu tetapi kita membenarkan, kadang-kadang memenuhi kehendak keadaan semasa. Seperti tahun 2019 zaman Covid itu, kita membenarkan ramai mayat-mayat yang bukan beragama Hindu pun kita membenarkan cremate di krematorium itu. Dan yang soalan kedua adalah saya telah menulis kepada semua PBT iaitu 12 PBT di seluruh negeri Selangor untuk memberi dia punya data adakah mereka beberapa krematorium di selenggara oleh mereka dan sebagainya. Once mungkin saya dapat terima data-data ini, saya akan juga akan
mencadangkan kepada semua PBT termasuk Sabak Bernam juga kita akan membina krematorium di kawasan masing-masing supaya urusan cremation itu dapat dilancarkan dengan cepat dan sempurna. Satu lagi yang baru-baru ini yang Menteri Kementerian peringkat Persekutuan pun telah mengumumkan di kawasan KKB dan dengan sedikit dana yang secukupnya untuk membuat krematorium-krematorium di kawasan KKB. Jadi, program-program seperti ini akan membantu untuk menyelesaikan masalah rakyat sebab seperti mana yang Yang Berhormat Sentosa telah beritahu tadi, Hindu dan juga even like a new one, mereka membenarkan, membenarkan walaupun bukan beragama Buddhist dan sebagainya, mereka membenarkan agama-agama lain untuk membuat cremation. Jadi, ini akan membantu sedikit sebanyak untuk menyelesaikan waiting list yang kadang-kadang dia, not macam apa, bukan nak cakap, tiba-tiba hari ini kita dapat tiga (3) kes ataupun lima (5) kes dan sebagainya, dia depends on pasaran yang ada di dalam apa tu, hospital, baru kita tahu berapa orang nak datang dan sebagainya. Jadi, keperluan itu memang ada dan kita ambil maklum perkara ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker.
Ya, silakan.
Satu soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih YB EXCO, Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan. Baru-baru ini saya juga diberitahu kita cuba galakkan semua PBT untuk membina krematorium di kawasan masing-masing supaya tidak ada pembakaran terbuka di kawasan-kawasan tertentu tapi saya hairan bila saya baca ada satu PBT, MBPJ nak privatize krematorium yang ada. Apakah jawapan daripada Yang Berhormat EXCO?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sentosa dengan soalan tambahan. Pertamanya adalah memang cadangan seperti yang Yang Berhormat mengatakan semua PBT sepatutnya memang kena ada krematorium masing-masing dan untuk maklumat Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, di Kuala Langat baru-baru ini kita telah apa tu, award satu kontrak untuk membina krematorium lebih kurang kos sebanyak RM4.8 juta itu adalah usaha sama kami di peringkat Kuala Langat dan juga Ahli-ahli Majlis, Pegawai Penyelaras dan sebagainya. Tapi yang aduan yang Yang Berhormat telah mengemukakan tadi di PJ nak privatize. Memang di peringkat PBT ramai akan meminta pelbagai cadangan dan juga usahasama untuk menjalankan perniagaan krematorium ini. Contoh, seperti yang saya telah menyatakan tadi adalah Nirvana dan sebagainya. Sebab kadang-kadang krematorium ini ia lebih kurang supply and demand. Kebiasaannya kaum Cina ini different sikit sebab saya sebagai mantan Ahli Majlis selama 15 tahun, pengalaman saya luas dalam PBT dan saya tahu permintaan yang kaum Cina, kaum Tionghua ini different
sikit, ia akan, ia memerlukan sebuah krematorium ataupun tapak perkuburan itu tinggi sampai ke bawah dan sebagainya. Banyak, banyak dia punya adat dan sebagainya. Dan penyelenggaraan kubur untuk mereka nak simpan abu dan sebagainya kadang-kadang ada aircond, ia akan apa tu, maintain dia punya ritual, annual, prayers dan sebagainya. Jadi, it depends on supply and demand. Kalau MBPJ telah bersetuju dan bercadang privatize kubur itu mungkin ada alasan mereka tersendiri. Jadi, kalau Yang Berhormat rasa benda itu tidak wajar dan sebagainya tolong tulis secara rasmi ke Pejabat saya, saya akan meneliti perkara itu dan kita akan memutuskan perkara itu bersama-sama sebab setahu saya Yang Berhormat pun adalah salah seorang Ahli daripada LIMAS. Sekian, terima kasih.
Sungai Kandis.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Dah habis soal tanam, soalan Sungai Kandis 36.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Isu Ekonomi Dan KebajikanQuestions
36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan luar bandar yang masih terkesan selepas pandemik Covid-19?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin menjawab soalan 36 bersekali dengan soalan 39 yang dikemukakan oleh Bukit Melawati. Tuan Speaker untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak hanya menumpukan bantuan kepada usahawan bandar sahaja tetapi turut merangkumi usahawan-usahawan di kawasan luar bandar bagi memastikan kelangsungan serta pertumbuhan perniagaan mereka selepas pandemik Covid-19. Bagi membantu usahawan kecil dan sederhana PKS yang masih terkesan pelbagai inisiatif atau program yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Keusahawanan (UPEN) dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti Menteri Besar Incorporated (MBI), SIDEC, Yayasan Hijrah Selangor, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Pertumbuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Selangor Youth Community
(SAY) dan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS. Antaranya pertama, Geran Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) bantuan ini diberikan kepada usahawan melalui 9 Daerah di negeri Selangor. Dana ini merupakan program khas dalam bentuk pemberian mesin atau peralatan untuk membantu para usahawan di negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekali gus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk program ini pada tahun 2025, setiap pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan bagi menerima bantuan sehingga RM30 ribu. Yang kedua adalah Program UPLATS. Program UPLATS merupakan program pembangunan latihan yang ditawarkan di setiap kawasan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mempersiapkan para usahawan ke aras pemahaman digitalisisasi dalam bidang ekonomi. Program UPLATS menawarkan beberapa fasa dan modul khas seperti berikut; Fasa 1 memfokuskan kepada adaptasi digitalisasi dan penjanaan gandaan pendapatan. Dalam Fasa 1 juga, usahawan dididik untuk memastikan kewujudan perniagaan di dalam platform digital dan pembinaan kandungan kreatif seperti di Tiktok untuk mengiklankan perniagaan mereka. Fasa 2 pula memfokuskan kepada perkemasan perniagaan sehingga mendapat pensijilan Halal. Manakala Fasa ketiga memfokuskan kepada expand dan eksport untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membuka peluang pekerjaan. Latihan-latihan keusahawanan turut dijalankan di bawah Jawatankuasa Keusahawanan Negeri Selangor dengan kerjasama agensi seperti INSKEN, Mara, Hijrah Selangor dan Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS. Bagi tahun 2025, Program Liga Usahawan Selangor SAY LEAD dan SAY LEAD AN ESPIRE eksport akan dilaksanakan dengan kerja sama Selangor Youth Community untuk membangunkan usahawan dengan peruntukan sebanyak RM200 ribu. Liga Usahawan Selangor merangkumi 2 kategori yang memberi fokus kepada usahawan eksport ready dan usahawan kurang keupayaan (OKU). Kelompok sasaran bagi program ini adalah usahawan yang beroperasi di negeri Selangor dan mempunyai potensi untuk dikembangkan ke pasaran rantaian dan pasaran eksport serta usahawan golongan orang kelainan upaya.
Kerajaan Negeri juga turut juga menjalankan Program Selangor 1000 Digital dengan kerjasama SIDEC yang bertujuan untuk memberikan kefahaman digitalisasi kepada usahawan di negeri Selangor secara tuntas melalui satu kempen utama. Program ini mensasarkan sebanyak 1000 peserta daripada seluruh negeri secara keseluruhan. Kempen utama ini memfokuskan kepada 2 elemen utama digitalisasi iaitu pertama, memperkasakan 500 usahawan e-dagang dengan teknologi dan penyelesaian digital yang membuka potensi tumbesaran usahawan dan yang kedua melahirkan 500 hos penstriman langsung iaitu live seller dengan izin, yang boleh menjana pendapatan melalui platform digital. Selain itu SIDEC turut menjalankan Program Pemecut, Selangor
Accelerator Program Pendidikan, Bengkel dan Kursus Latihan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan profesional dalam industri kreatif dan digital.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan khusus untuk menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat yang mengambil belia tempatan sebagai tenaga kerja, namun keutamaan sentiasa diberikan kepada rakyat negeri Selangor yang di dalam pelaksanaan dasar serta inisiatif pembangunan ekonomi. Selain itu, tiada dasar atau panduan khusus yang mewajibkan syarikat di negeri Selangor untuk mengutamakan pengambilan belia tempatan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan berterus berusaha untuk memperkasa belia melalui program-program latihan, peningkatan kemahiran dan peluang-peluang pekerjaan bagi memastikan mereka kekal kompetif dalam pasaran tenaga kerja tempatan.
Soalan tambahan..
Ya, Sungai Kandis
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, panjang lebar explain tapi ada dua yang banyak yang saya nak tanya tetapi dah dijawab tadi. Tapi yang ini Yang Berhormat EXCO belum jawab, harap Yang Berhormat EXCO apa ini, tolong bagi pencerahan ya. Selain tadi, bagaimana Kerajaan Negeri Selangor menangani isu kekurangan pengetahuan digital dalam kalangan usahawan luar bandar? Terutama dalam gunakan platform e-dagang dan yang kedua adakah program latihan program digital seperti Selangor 1000 Digital mencukupi untuk membantu usahawan kecil bersaing dalam talian? Mohon penghuraian dan sekiranya Yang Berhormat EXCO tak dapat bagi jawapan hari ini, kalau dapat diberikan kemudian. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Tadi dalam jawapan ada saya rangkumkan tentang Program Selangor 1000 Digital ini dan untuk makluman Yang Berhormat, Program Selangor 1000 Digital ini memang di fokuskan khusus untuk memberikan pendedahan dan juga kemahiran kepada usahawan-usahawan bukan hanya di bandar tetapi di luar bandar pun untuk mereka ini faham dan mengusai digitalisasi dalam usaha untuk mereka mengembangkan perniagaan mereka dan untuk siri Selangor 1000 Digital yang tahun lepas pihak SIDEC dan juga urus setia telah pun sampai ke Sabak Bernam. Kita berjaya mengumpulkan lebih kurang 600-700 usahawan-usahawan di Daerah Sabak Bernam yang diberikan pendedahan kursus program digitalisasi ini dan pada masa sama di bawah platform Selangor UPLATS juga kita dalam proses untuk turun menerusi PBT-PBT mengenal pasti usahawan-usahawan ini dan mereka pun diberikan latihan secara langsung lebih kurang 3H2M kita buat secara berkelompok baru-baru ini kita jalankan di
Shah Alam yang melibatkan usahawan-usahawan PBT daripada Klang, Ampang Jaya dan Subang Jaya dan insya-Allah kita akan teruskan lagi program ini kita akan pusing seluruh negara mengenal pasti usahawan-usahawan ini baik di peringkat SME atau pun usahawan-usahawan yang mungkin dari segi tahap ekonomi mereka lebih tinggi daripada SME ini kita beri pendedahan dan kita memang fokuskan sekarang ini untuk masuk ke luar-luar bandar sebab kita lihat potensi mereka ini walaupun mungkin perniagaan mereka itu berskala kecil dari segi modal dan sebagainya, tetapi dari segi lain impaknya mereka mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada ekosistem di sekitar tempat tersebut. Jadi insya-Allah untuk Sungai Kandis pun kita tak akan lupakan, kalau di pihak Sungai Kandis ada usahawan-usahawan dikenal pasti berpotensi boleh terus berhubung pejabat saya, kita sediakan ruang untuk memberikan mereka ini pendedahan dan juga melengkapkan mereka dengan kemahiran yang serba moden dan mutakhir pada ketika ini. Terima kasih Sungai Kandis.
Soalan Tambahan
Ijok.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Ijok soalan 37.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Institusi Atau Pusat Latihan KemahiranQuestions
37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimana Kerajaan Negeri menilai keupayaan Tenaga Pengajar Pusat Latihan Kemahiran (STDC) selari dengan teknologi industri terkini?
b)
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat memastikan Tenaga Pengajar ini mempunyai struktur gaji yang adil selaras dengan pelaksanaan gaji minimum RM1700.00?
Terima kasih Yang Berhormat Ijok, soalan tentang STDC dan bagaimana kita menilai keupayaan tenaga-tenaga pengajar di STDC. Untuk makluman Yang Berhormat, ada 5 perkara dalam penilaian terhadap
tenaga-tenaga pengajar, dua daripadanya adalah daripada penilaian dalaman. Penilaian dalaman itu adalah yang pertama berkenaan dengan penilaian pemantauan kompetensi tenaga pengajar. Kerajaan Negeri dan STDC melaksanakan penilaian berkala terhadap tenaga pengajar bagi menilai tahap kemahiran teknikal dan pedagogi mereka. Hasil penilaian akan digunakan untuk mengenal pasti keperluan latihan tambahan atau peningkatan kemahiran iaitu upskilling and reskilling. Penilaian dalaman yang kedua pula adalah pemantauan keberkesanan pengajaran melalui maklum balas industri. Kerajaan Negeri melalui STDC akan mendapatkan maklum balas daripada majikan dan pemain industri mengenai kecekapan tenaga pengajar serta keboleh pasaran graduan-graduan STDC. Justeru salah satu daripada indikator kepada keupayaan pendidik atau pun pengajar tersebut ialah bagaimana hasil atau pun graduan itu boleh dipasarkan dan bagaimana ciri sikap dan kebolehan mereka di tempat-tempat kerja dan daripada situ juga tenaga-tenaga pengajar ini akan dinilai kerana industri akan turut datang ke STDC atau pun menjemput pegawai-pegawai ini dan pelajar-pelajarnya untuk menilai kebolehan-kebolehan mereka dan kemampuan mereka.
Seterusnya ada juga penilaian yang kita lakukan berdasarkan kepada peluang dan opportunity yang kita buka. Yang pertama adalah program Latihan Sangkutan Industri di mana kita akan memberikan pendedahan langsung kepada teknologi, peralatan dan amalan terkini yang digunakan dalam sektor teknikal dan vokasional ini dan tawaran-tawaran yang diambil atau pun yang digunakan oleh tenaga-tenaga pengajar dalam program sangkutan industri ini juga akan menambah markah dan juga mungkin boleh menilai kebolehan tenaga-tenaga pengajar. Seterusnya yang keempat ataupun perkara yang kedua di luar daripada dalaman iaitu penglibatan dalam program peningkatan kemahiran upskilling dan reskilling. Hasil daripada pemantauan tentang kompetensi tenaga pengajar ini kemudian kita akan tawarkan pula untuk mereka menyertai program upskilling dan reskilling di beberapa institusi yang telah dikenal pasti dan diiktiraf. Jadi, kalau mereka dapat memenuhi keperluan itu dengan cukup atau menambah kemahiran mereka mengubah kemahiran mereka mengikut jadual terkini dan maklumat terkini saya yakin mereka juga akan dapat pemarkahan-pemarkahan tertentu yang boleh menilai keupayaan tenaga-tenaga ini. Yang kelima atau pun yang terakhir, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita juga ingin melihat bagaimanakah tenaga-tenaga pengajar ini menggunakan kaedah teknologi pembelajaran terkini seperti simulasi dan platform digital untuk memastikan kaedah pengajaran mereka sejajar dengan trend penggunaan teknologi semasa.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian untuk jawapan (b), untuk memastikan tenaga pengajar di pusat latihan berkemahiran mempunyai struktur gaji yang selaras dengan gaji minimum iaitu RM1,700.00, antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut; yang pertama menetapkan skim gaji yang berstruktur untuk tenaga
pengajar. Berdasarkan klarifikasi dan tangga gaji di STDC sedia ada, gaji minimum tenaga pengajar adalah RM1,800.00 iaitu telah melebihi tangga gaji minimum RM1,700.00 berkuat kuasa yang telah berkuat kuasa mulai Februari 2025. Walau bagaimanapun STDC dalam proses menambah baik skim gaji selaras dengan kenaikan gaji minimum tersebut yang sudah pasti tenaga pengajar akan dapat gaji yang lebih setimpal mengikut kelayakan dan pengalaman masing-masing dan ini turut akan dapat menggamit atau pun menjemput tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah dan berkemahiran serta berpengalaman untuk bertapak di STDC dan meningkatkan tarikan STDC mempunyai tenaga-tenaga pengajar yang berkualiti. Yang kedua, cadangan struktur gaji baru untuk tenaga pengajar adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang juga berdasarkan kajian terhadap struktur gaji tenaga pengajar di institut kemahiran dan pendidikan yang lain di Malaysia. Tujuan kajian adalah memastikan tenaga pengajar STDC menerima gaji yang adil dan competitive sekali gus meningkatkan motivasi dan kualiti perkhidmatan. Ketiga, untuk memastikan tenaga pengajar STDC mengingatkan tahap pendidikan mereka dan memperoleh gaji yang lebih tinggi STDC akan melaksanakan berapa langkah berikut:
i. Mewujudkan struktur gaji progresif di mana tenaga pengajar dengan kelayakan lebih tinggi layak mendapat imbuhan atau pun gaji dan elaun yang lebih tinggi; ii. Memberikan kenaikan gaji automatik bagi tenaga pengajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi; iii. Memberikan elaun khas atau kenaikan gaji kepada tenaga pengajar untuk mendapatkan persijilan profesional; iv. Tenaga pengajar melanjutkan pengajian boleh diberikan cuti bergaji, separa atau penuh supaya mereka dapat, mereka tidak perlu berhenti kerja untuk melengkapkan sesi pendidikan mereka; v. Menawarkan jadual kerja fleksibel untuk tenaga pengajar yang menyambung pelajaran secara separuh masa
Melalui langkah-langkah dilaksanakan oleh STDC saya percaya kita bukan sahaja mampu memenuhi minima RM1,700.00 sekarang ini dalam struktur kita lebih RM1,700.00 malahan kita mampu menawarkan gaji yang lebih saksama dan adil di samping menarik tenaga pengajar yang berpengalaman untuk pendidikan teknikal dan vokasional negeri Selangor, terima kasih.
: Soalan tambahan, Tuan Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah pun dan akan menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya tangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Mulia Sultan Selangor.
Saya mempersilakan pihak kerajaan untuk memberikan apa-apa penjelasan terhadap perkara yang disebutkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan ini, dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Seri Setia.
Terima kasih, Tuan Speaker. Bismilahirrahmanirahim, izinkan saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan serta cadangan akan perkara-perkara di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Infrastruktur Digital ketika sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Suka saya memperingati diri saya terutamanya dan kita semua di Dewan Yang Mulia ini akan tanggungjawab kita sebagai pemimpin masyarakat dengan berkongsi maksud sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ma'qil bin Yasar yang dikumpulkan dalam Kitab Ul Ahkam Shahih Al Bukhari No. 7150 yang bermaksud: “Tiada seorang hamba yang telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk menguruskan hal ehwal rakyat di bawah tanggungannya lalu tidak menunaikan tanggungjawabnya dengan jujur dan amanah melainkan tidak dapat mencium haruman syurga”. Tuan Speaker, izinkan saya juga untuk memberikan sedikit terjemahan dalam Bahasa Inggeris dengan izin, hadis yang sama; “any men whom Allah has given the authority of rulling over some people and he does not look after them an honest manner will never even feel the smell of paradise”.
Saya mulakan dan memaklumkan kepada Dewan ini akan beberapa tindakan Kerajaan untuk melaksanakan titah DYMM Sultan Selangor agar sekolah-sekolah dan asrama, tahfiz dilengkapi dengan aspek keselamatan diiktiraf dengan alat-alat pencegah kebakaran yang hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan diluluskan oleh pihak bomba. Manakala sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dan tidak memenuhi syarat-syarat ini hendaklah ditutup. Buat masa ini, fokus Kerajaan Negeri Selangor adalah pada institusi tahfiz persendirian dahulu. Saya mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat Seri Serdang untuk menubuhkan sebuat task force untuk melihat juga kepada isu-isu, sijil menduduki sekolah-sekolah KAFA. Saya berpandangan ianya boleh dibuat selepas selesai pemerhatian tahfiz swasta ini kerana banyak kaedah-kaedah sama juga
boleh digunapakai untuk program tersebut. Pemutihan sekolah-sekolah tahfiz telah pun dimulakan seawal tahun 2021 yang dahulu menerusi Program Pemutihan 1.0. Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam telah memulakan Program Pemutihan Institusi Tahfiz Persendirian 2.0 seawal tahun 2024 dengan menggalakkan pendaftaran sekolah-sekolah yang dibina sebelum 31 Disember 2023. Proses ini sedang berjalan dan sedang dilaksanakan dengan giatnya oleh Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), PLANMALAYSIA@Selangor, JAIS, PBT dan juga PDT. Pengusaha-pengusaha yang berjaya mendaftar dalam Program Pemutihan 2.0 ini diberikan kebenaran operasi bertempoh. Maknanya ketika tempoh mereka berdaftar ini mereka boleh beroperasi tanpa gangguan penguatkuasa, layak menerima bantuan daripada JAIS dan sementara itu mereka juga harus menyelesaikan isu-isu yang menghalang kelulusan kebenaran merancang. Ini adalah perkara penting yang kita faham dan belajar daripada program 1.0 yang dahulu iaitu banyak sekolah-sekolah tahfiz ini sukar untuk mendapatkan kelulusan kebenaran merancang. Namun kebenaran merancang ini sebenarnya inilah kawalan telah sedia ada dalam Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 ataupun dimaklumkan Akta 172 yang menjamin keselamatan bangunan-bangunan dan guna tanah agar ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bukan sahaja baik, tetapi sah dan mengikut Seksyen 26 dan 27 Akta ini juga adalah menjadi kesalahan untuk bangunan-bangunan tapak ini didiami tanpa kebenaran merancang. Jadi penting ada KM ni tapi yang kita belajar daripada program yang pertama dulu ada sedikit kekangan untuk masuk tahfiz ini untuk mendapatkan kelulusan KM yang ada. Saya balik kepada Program 2.0. Dalam tempoh kebenaran operasi bertempoh ini sebenarnya para pengusaha juga diwajibkan untuk menyediakan peralatan keselamatan yang minima seperti contohnya alat pemadam api, contohnya laluan keselamatan yang ada dan yang ketiga juga harus menandatangani surat pelepasan tanggungan ataupun Indemnity Letter kepada PBT yang menyatakan bahawa sekiranya terdapat sebarang risiko ketika beroperasi, ianya adalah di bawah tanggungjawab pengusaha sepenuhnya jadi mereka boleh beroperasi dalam tempoh mendapatkan KM tersebut. Jadi saya balik kepada apa yang telah kita pelajari daripada Program1.0 dulu. Kesukaran mendapatkan kebenaran merancang itu jatuh dalam 2 masalah utama. Yang pertama ialah soal kekangan masa. Tempoh masa untuk mendapatkan kebenaran merancang didapati adalah satu berbeza-beza, ada yang tetap, ada yang berubah-ubah, ada yang tidak ada, mengikut PBT yang ada.
Untuk Program Pemutihan 2.0 ini kita telah menambah baik perkara tersebut dengan perkara-perkara berikut. Di dalam tempoh kebenaran operasi bertempoh itu tadi, pengusaha diberikan tempoh maksimum selama 3 tahun untuk menyelesaikan isu-isu KM pada bangunan. Untuk yang ada isu-isu bangunan, kena adjust, tak ada pelan dan sebagainya, kita bagi maksima 3 tahun dan sekiranya ada isu-isu KM yang terkait dengan guna tanah contohnya, sekolah tahfiz buat di tanah pertanian dan sebagainya, yang itu
diberi tempoh maksima selama 5 tahun. Jadi kita setkan satu limit di mana mereka masih boleh beroperasi dia masuk pemutihan ini tapi dalam tempoh tersebut sekiranya tidak boleh diperolehi KM yang penuh, maka mereka akan diarahkan agar berpindah ke tapak yang lebih sesuai atau pun tutup. Jadi satu soal kekangan masa tadi.
Yang kedua, yang kita dapati juga ada unsur-unsur kelemahan kewangan sebelah pengusaha untuk mendapatkan kelulusan merancang itu tadi. Sebelum ini kos-kos perunding dan arkitek sebagai contohnya untuk disediakan pelan bangunan dan kelulusan dan sebagainya boleh mencecah sehingga beratus ribu ringgit. Angka paling tinggi saya nampak kat sini pernah disebutkan adalah sehingga tiga atau empat ratus ribu ringgit. Dan tentunya ini menjadi satu kekangan dan halangan kepada para pengusaha yang ada. Dalam program 2.0 ini, penyediaan pelan ini akan dibuat oleh juruukur bertauliah daripada Persatuan Juruukur Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dengan kos yang kita hadkan sebanyak RM5,400 baik lagi kos ini pun sebenarnya ditanggung oleh MAIS sepenuhnya menerusi Tabung Amanah Prihatin Tahfiz Selangor. Jadi soal masa kita dah bagi had yang jelas. Untuk kewangan pun Kerajaan Negeri yang baik ni bantu jugak. Kita bagi RM3,400 untuk PEJUTA siapkan pelan bangunan daripada juruukur-juruukur bertauliah yang ada di dalam PEJUTA.
Yang ketiga, tak habis lagi. Kerajaan Negeri di bawah saya juga melantik PITAS sebagai one stop agency. Kenapa kita pilih PITAS, kita tak ambil agensi kerajaan sebab saya setuju dengan keresahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang bahawa sekiranya kalau di bawah ada isu-isu birokrasi, simpulan-simpulan yang menjerut pengusaha-pengusaha tahfiz, kita nak faham keperluan para pengusaha dari sudut user experience secara first hand dengan izin, untuk kita fahami dan kita selesaikan isu-isu birokrasi yang ada di bawah. Sebab itulah kita letakkan PITAS, dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya nak kongsikan beberapa dapatan tapi sebelum itu, sebab saya sebut Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, sejujurnya telah semak Yang Berhormat, bahawa ditanya kepada saya dalam sesi yang lalu bahawa adakah terdapat sebarang penglibatan Ahli Majlis dalam kelulusan proses pendaftaran ini terutamanya di MBSJ dan MBPJ? Daripada semakan saya dan kedua PBT ini dan juga agensi-agensi yang lain tidak ada Yang Berhormat Hulu Kelang dan tentunya dalam proses pemulihan ini kelulusan Ahli Majlis tidak diperlukan pun untuk mereka masuk dan berdaftar. Jadi tidak ada isu tersebut yang ada. Sila Bukit Gasing.
Hulu Kelang dalam perbahasan memberi gambaran seolah-olah ada ahli Majlis yang menghalang, mungkin Hulu Kelang boleh huraikan siapa ahli Majlis dalam makluman Hulu Kelang.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya nak menggulung sedikit pertanyaan daripada Bukit Gasing pada pagi ini bagi pihak kerajaan Negeri. Dalam perbahasan saya, saya hanya melontarkan pertanyaan, sebab itu Yang Berhormat Seri Setia menyatakan dengan jelas tadi bahawa Yang Berhormat Hulu Kelang ada bertanya kepada beliau tentang beberapa perkara. Pertama, tentang peranan PITAS. Yang itu saya setuju. Maknanya PITAS sebagai satu badan yang telah mempunyai pengalaman yang begitu lama dalam mengawasi dan juga memantau perjalanan dan juga aktiviti yang dilakukan oleh sekolah-sekolah tahfiz. Dan sekarang diberikan peranan untuk bersama-sama membantu menaik taraf dan memastikan sistem khususnya kemudahan dan facility di sekolah-sekolah tahfiz ini dapat dinaik taraf. Yang keduanya, saya bertanya sekiranya ada sebarang penolakan atau penangguhan dari segi kelulusan dan permohonan daripada sekolah-sekolah tahfiz ini, apakah ada elemen-elemen yang melibatkan Ahli Majlis untuk melengah-lengahkan permohonan tersebut. Jadi saya kira sekarang, tak ada, tak adalah. Jangan, ha itulah penggulungan saya pada pagi ini untuk makluman Yang Berhormat Bukit Gasing. Terima kasih.
Yang Berhormat EXCO, izinkan saya mencelah.
Sila Meru.
Seri Setia, Meru ya.
Yang Berhormat Hulu Kelang, kalau kita tengok Hansard tu, kenyataan yang sebentar tadi Yang Berhormat Hulu Kelang nyatakan tu macam bercanggah dengan perbahasan Yang Berhormat di awal perbahasan Dewan ini. Di mana perkataan yang saya masih ingat dan masih segar dalam ingatan saya ialah “ada Ahli Majlis yang menghalang kelulusan permohonan maahad tahfiz ini” iaitu di mana Yang Berhormat telah sebut di mana dah ada sokongan pihak bomba, dah ada kelulusan beberapa agensi tetapi ada Ahli Majlis yang menghalang. Jadi saya nak dapatkan pengesahan daripada Yang Berhormat EXCO tentang perkara ini. Terima kasih.
Yang Berhormat EXCO boleh saya minta betulkan sikit ya.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Tak apa, tak apa.
Saya nak betulkan sikit. Dalam perbahasan saya, saya sebut adakah elemen-elemen, ada perkataan elemen dalam perbahasan saya. Maknanya bukan satu pertuduhan directly to the ahli Majlis. Sekiranya ada penangguhan, Apakah ada elemen penglibatan Ahli Majlis? Jadi sesi penggulungan bagus, sihat untuk berikan pencerahan kepada Yang Berhormat Meru. Terima kasih.
Yang Berhormat sekalian, sekarang ni sesi penggulungan daripada EXCO Seri Setia bukan Hulu Kelang. Jadi bergantung kepada Seri Setia sama ada memberi laluan kepada sesiapa ADUN untuk bertanyakan soalan.
Saya rasa nak jelaskan adakah soalan ataupun cadangan, saya semak sini Hansard, saya rasa Yang Berhormat Hulu Kelang betul dan soalan yang ditanyanya. Tapi untuk makluman Dewan, sabar, sabar, makluman Dewan kalau ada, sekiranya ada, saya cadangkan agar lapor terus kepada saya. Insya-Allah saya akan terus ke bawah dan cuba selesaikan isu-isu kalau ada ya. Saya rasa setakat ni semuanya baik.
Okay, saya balik kepada Program Pemutihan 2.0 ini apa hasil dia setakat ini setelah kita buat? Ingin saya kongsikan kalau dibandingkan dengan Program yang pertama yang dimulakan pada tahun 2021 dulu, inventori sekolah tahfiz persendirian yang ada dalam JAIS, campur kerajaan Negeri, campur PBT, ni ada lebih kurang 400 je dulu dan hasil daripada program yang pertama dulu hanya 10 sekolah diputihkan. Untuk program yang kedua ni walaupun baru kita mulakan pada tahun 2024, setakat ini dalam inventori negeri yang ada sebanyak 606 institusi tahfiz persendirian yang telah kita jumpai jadi satu petanda yang sangat baik terima kasih kepada pihak PITAS setakat September 2024 ada 606 dan daripada jumlah ini 49 telah pun mendapat KM yang penuh. Manakala isu-isu dokumentasi sebanyak 168 sekolah telah disiapkan jadi kalau kita ikut jumlah sekolah-sekolah yang telah ada dalam sistem dan telah ada dokumen untuk mereka mendapatkan KM ini jumlahnya sebanyak 217 ataupun dari segi peratusannya 36% daripada 606 yang kita dah jumpa. Sekarang ini kita ada lagi 389 yang sedang diusahakan oleh pihak PLANMalaysia, PITAS, PBT dan PDT dan kita akan berakhir pendaftaran ini pada akhir tahun ini.
Dengan kejayaan pada awal yang kita ada ni saya optimis Kerajaan Negeri berada di landasan yang betul untuk kita dapat menzahirkan hasrat DYMM Sultan Selangor agar tahfiz-tahfiz di Selangor ini dapat beroperasi secara selamat untuk anak-anak dan juga pihak pengusaha tahfiz yang ada. Daripada isu tahfiz saya nak lompat ke isu-isu masjid pula.
Yang Berhormat
Ya, Kota Damansara. Silakan.
Baik, terima kasih pada Yang Berhormat EXCO atas penjelasan yang sangat detail, saya kira. Pertama sekali dia secara tak langsung menolak segala tuduhan, segala pertanyaan, saya ulang, sebab tadi dia kata pertanyaan yang mana pertama, tiada ahli Majlis yang di PBT yang menolak kelulusan atau melengah-lengahkan. Pertama. Kedua, bukan itu sahaja pihak Kerajaan Negeri juga bukan hanya membantu malah melanjutkan ada garis panduan dari segi dana. Maknanya Kerajaan Negeri ni, kerajaan Perpaduanlah khususnya, bukan hanya sekadar membantu malah memartabatkan agama Islam di Selangor. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih sesungguhnya kepada Yang Berhormat EXCO atas penjelasan yang begitu jelas daripada tadi sebab saya bangkitkan juga jadi terima kasih banyak-banyak.
Paya Jaras?
Terima kasih kepada EXCO yang menjelaskan proses tahfiz. Isu proses mendaftarkan tahfiz ini bermula lama, bukan mudah ya. Daripada tahun 2008, 2010 proses itu daripada 10 akhirnya berkembang menjadi 400 dan ini satu langkah yang kita berterusan tak boleh berhenti. Maknanya proses pendaftaran sekolah ini, kena betul-betul buat sebab ni bukannya mudah nak buat sekolah ni sebab daripada projek, saya pernah menjadi pengerusi tahfiz pemutihan ni, lepas tu saya ucapkan terima kasih pada urus setia yang meneruskan program ni supaya dia dapat dibantu sekolah ni. Soalan saya ialah andai kata dalam tempoh pemutihan ini masih terdapat sekolah-sekolah yang tak dapat daftarkan. Mungkin isu-isu berkaitan tentang KM, ataupun mungkin kelulusan daripada pihak PBT ataupun yang menyebabkan sekolah ini tidak dapat didaftarkan.
Apakah perancangan Kerajaan Negeri, untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah yang tidak dapat didaftarkan ini dapat terus dibantu. Dan adakah perancang untuk menubuhkan sebuah konsortium yang betul-betul kita wujudkan ataupun badan kita wujudkan untuk memastikan bahawa satu tempoh nanti sekolah-sekolah yang tak dapat didaftarkan banyak faktor. Banyak faktor tidak dapat dinafikan. Jumlah pelajar sedikit, jumlah pelajar yang tidak mencukupi, guru dan sebagainya. Adakah Kerajaan Negeri dan juga pihak Majlis Agama Islam Selangor ataupun Majlis Lembaga Zakat Selangor ataupun mana-mana agensi menubuhkan satu konsortium yang memastikan bahawa sekolah-sekolah tahfiz yang masih tak dapat didaftarkan ini kita buat proses dan kita daftarkan dan mereka dapat bergerak dengan baik? Sebab saya rasa ini benda yang cukup besar dan saya minta kalau boleh Kerajaan Negeri konsisten teruskan kami menyokong penuh usaha ini memastikan bahawa sekolah tahfiz ini sentiasa dapat
perhatian yang serius daripada pihak kerajaan. Sebab ini adalah pada saya ini adalah penting sebab penggiat tahfiz ini telah membantu kita. Sekolah tahfiz ini, sekolah nak belajar sekolah agama tak cukup. Sekolah SABK ada 23, sekolah MITS ada lima, SMKA ada tiga, jadi sekolah tahfiz sebenarnya sebagai pilihan utama. Dan pada saya perkara ini perlu diberikan perhatian dan kita sama-sama bantu bagi memastikan sekolah tahfiz ini akan dibantu pada masa akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.
Sungai Panjang mencelah. Boleh?
Okay last-last. Kesuntukan masa.
Last. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Sungai Panjang cuma ingin di peringkat pihak kerajaan agar melontarkan cadangan memohon, supaya sistem penerimaan pelajar untuk tingkatan satu ini dibaik pulih dan mohon peruntukkan tambahan sebab tahun ini banyak kecelaruan pelajar yang Mumtaz banyak tidak dapat tempat-tempat di sekolah tahfiz dan juga SABK. Terima kasih.
Okay. Saya jawab Yang Berhormat Sungai Panjang dulu mengenai sistem pendaftaran untuk tingkatan satu kan yang disebutkan tadi memang betul saya pun maklum ada beberapa isu-isu yang sebegitu tapi sebab yang sebenarnya adalah kerana tempatnya terhad. Jadi kita sebenarnya kena melihat kepada bagaimana kita tentukan kapasiti persekolahan yang lebih sesuai untuk Sekolah-Sekolah Menengah Agama di negeri Selangor. Itu sedang dibuat saya rasa. Yang kedua, soal apa yang akan berlaku kepada tahfiz-tahfiz yang tidak boleh mendapat Kelulusan Merancang. Saya kira dalam perkara ini akan ada satu kaedah konsolidasi. Sekolah yang tidak selamat saya rasa dalam Dewan ini kita kena Junjung Titah. Tak selamat tak boleh operasi. Tutup. Tapi bagaimana dengan para pelajar? Jadi ini kita kena lihat sama ada boleh di absorb atau boleh dimasukkan ke dalam sekolah-sekolah sedia ada ataupun yang kecik-kecik ini mungkin boleh kita tubuhkan satu sekolah yang besar untuk mereka dan baiknya lagi apabila telah adanya program pendaftaran dan pemutihan ini bukan sahaja bangunan sekolah itu selamat tetapi syllabusnya juga boleh kita pastikan syllabus yang menggarap hasrat rasmi Kerajaan Negeri dan Islam yang rasmi di negeri Selangor.
Boleh Seri Setia?
Bagi satu. Satu cukup.
Memang satu je pun. Terima kasih Seri Setia. Saya amat menyokong usaha kerajaan untuk kita buat pemutihan di sekolah-sekolah Maahad Tahfiz ini. Dan saya teringat kepada KAFA kita. Saya kira ada persamaan yang sangat banyak antara Mahat Tahfiz yang nak diputihkan dengan KAFA-KAFA kita. Bahkan kepentingan KAFA ini adalah dia adalah imej Kerajaan Negeri Selangor kerana pihak Jabatan Agama Islam kita sediakan elaun untuk guru dan juga buku teks berbanding Maahad Tahfiz yang lain yang mereka beroperasi sendiri. Jadi apa saya nak tahu jugalah. Apa kekangan sebenarnya yang KAFA-KAFA kita ini seolah-olah kita beri satu pelepasan kepada mereka tentang sijil layak menduduki dan kepentingan juga kita melihat kepada keselamatan daripada premis-premis KAFA kita? Jadi saya kira itu perlu beri perhatian dan pertanyaan saya itulah nak minta pandangan daripada EXCO.
Baik, saya rasa tadi saya dah sentuh isu ini. Kita akan buat selepas isu sekolah tahfiz persendirian ini selesai. Ada sebabnya kerana di sini kita perlukan user experience tadi pengalaman sebenar pengusaha-pengusaha tahfiz di bawah. Jadi kita tak nak perkara ini perkara adalah masalah lama dalam agensi yang dibiarkan membengkak dan sebagainya sebab sekolah KAFA ini di bawah jabatan dan agensi. Jadi kita ambil apa yang kita faham dan pelajari daripada program pemutihan sekolah-sekolah tahfiz persendirian ini dan kita akan bawa dan angkat sebagai satu kaedah untuk sekolah-sekolah KAFA juga. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Damansara dan saya ambil peluang ini juga untuk... Tak apa cukup Sungai Ramal. Saya ambil peluang ini juga untuk memberi menggesa.
Yang Berhormat, satu-satu je.
Tak apa-tak apa. Tak boleh dah. Saya dah terlewat ni. Saya perlu buatkan satu kenyataan di sini bahawa saya menggalakkanlah mana-mana pengusaha tahfiz swasta yang di luar tu jangan takut, jangan gerun berjumpalah dengan PITAS, masuklah program pemutihan ini kerana hasratnya adalah untuk kita zahirkan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar sekolah-sekolah tahfiz kita selamat untuk anak-anak kita. Baik saya teruskan ke isu Masjid. Dan saya rasa Sungai Ramal mungkin nak bertanya soalan lepas ini tak apa.
Dalam isu Masjid, Yang Berhormat Hulu Kelang ada bertanya mengenai status pembinaan Masjid di Kompleks Al-Islah (KIAI) di Taman Seri Keramat dengan peruntukkan ICU, JPM yang dikatakan telah ditarik semula. Setelah semakan dibuat ICU, JPM Selangor mengesahkan bahawa sebenarnya peruntukkan itu tidak ditarik balik pun dan masih ada. Cuma tidak boleh digunakan lagi kerana kos pembinaan Masjid yang dianggarkan RM12 juta ini kalau kita nak gunakan pun, JAIS meminta agar kariah
menyiapkan dahulu nisbah ataupun peratusan dana yang perlu disediakan oleh kariah. Jadi Masjid ini katanya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga telah setuju agar masjid ini dibuat dengan anggaran kos RM12 juta tapi nisbahnya adalah pembiayaannya adalah 20% daripada kariah, 30% Kerajaan Negeri dan 50% daripada ICU. Jadi seandainya jumlah 20% tadi itu kalau kita lihat dengan angka tersebut jumlahnya adalah RM2.47 juta saya sendiri telah semak dengan Ahli Jawatankuasa Kariah dan dalam akaun mereka ada lebih kurang RM944 ribu setakat ini. Jadi mungkin Yang Berhormat Ketua Pembangkang ada dana bolehlah sumbangkan jariah sikit cukup 24 kita boleh mulakan bahagian Kerajaan Negeri 30%. Silakan.
Terima kasih. Kalau begitu, elok saya jadi Kerajaan Negeri, boleh saya tambah lagi. Yang Berhormat Seri Setia, saya minta Yang Berhormat semak semula jawapan. Yang mengatakan ICU menafikan bahawa peruntukkan itu ditarik balik. Saya ada salinan suratnya yang dikeluarkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri bertarikh 10 Januari 2025. Tajuk surat ini ialah ianya dihantar kepada Pengerusi, Surau Al-Islah, Taman Seri Keramat, berhubung permohonan peruntukan bagi membina Kompleks Islam Al-Islah (KIAI), Taman Seri Keramat. Kita sedia maklum bahawa Masjid ini adalah salah satu komponen terpenting dalam pembangunan (KIAI). Dan kita setuju untuk memulakan dengan pembangunan Masjid. Apa jawapan daripada ICU, Putrajaya. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), telah meneliti permohonan yang dikemukakan oleh tuan dan dimaklumkan bahawa permohonan tersebut tidak dapat dipertimbangkan. Jadi adakah contradiction di sini jawapan Yang Berhormat dalam Sidang Dewan dengan surat yang telah dikeluarkan pada 10 Januari. Saya telah bangkitkan perkara ini di Sidang yang lalu dan Yang Berhormat telah setuju bahawa komitmen Kerajaan Negeri seperti yang diumumkan tadi boleh dimulakan untuk pembangunan Masjid tetapi kalau ICU sudah membuat keputusan seperti yang dinyatakan dalam surat. Saya ingin bertanya apakah komitmen Kerajaan Negeri untuk menyiapkan pembangunan Masjid Al-Islah tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Kelang. Dua perkara yang berbeza, surat Yang Berhormat 10 Januari. Jawapan yang saya terima adalah pada 21 Februari yang lalu daripada ICU. Jadi kita boleh bahaslah. Tapi kalau masih ada pertikaian kita boleh jumpa tapi balik kepada soalan Masjid itu tadi Kerajaan Negeri telah pun memberikan komitmen, Masjid itu boleh jalan syarat dia sediakan 20% yang dahulu saya rasa tiada masalah Yang Berhormat nak Jadi Menteri Besar lagi sekali baru ada duit amal jariah insya-Allah ya. Yang Berhormat Hulu Kelang juga bertanya soalan kedua tentang Masjid ini, status penanaman kabel elektrik TNB 274 meter sahaja di Masjid Bukit Antarabangsa yang disebut berlaku kelewatan berbulan-bulan disebabkan oleh mungkin ada isu KUSEL di situ ataupun isu PBT. Saya telah
semak dan pihak KUSEL mengesahkan bahawa mereka sebenarnya masih lagi menunggu pihak kontraktor nama kontraktor pun ada SHE EZZ Enterprise. Nama pun SHE EZZ Enterprise yang tak menyiapkan lagi dokumen-dokumen untuk kelulusan MPAJ. KUSEL telah mengeluarkan notis peringatan pada 28 Januari dan 13 Januari 2025 kepada pihak JAIS untuk dipanjangkan kepada kontraktor. Jadi perkara itu masih tertangguh tetapi pihak Masjid telah mengambil keputusan untuk menggunakan kabel laluan atas daripada tiang elektrik sebab nak korek bawah susah sangat tarik jelah ikut atas tiada masalah kos pun murah. Saya cadangkan teruskan sahajalah untuk perkara tersebut. Ya. Baik.
Yang Berhormat boleh saya?
Sila.
Terima kasih. Ini yang perkara kita bangkitkan sekarang ini oleh kerana kelewatan kelulusan KUSEL, Masjid mengambil option yang lain daripada tanam kabel korek untuk utiliti tersebut terpaksa pasang atas kerana tak ada pilihan. Yang berhormat, surat daripada JAIS bertarikh 22 Oktober 2024 kepada pihak KUSEL. Yang Berhormat sendiri memberi jawapan sebentar tadi KUSEL memberikan notis hanya pada 28 Januari. Maknanya tiga bulan, untuk KUSEL mengingatkan kepada pihak kontraktor untuk menyiapkan perkara-perkara yang diperlukan untuk dikemukakan kepada MPAJ. Ini persoalan yang saya bangkitkan kecekapan jabatan dan agensi kerajaan mengambil masa tiga bulan, untuk mengeluarkan satu notis. Jadi saya pohon supaya kecekapan dan efisiensi ini dapat dipertingkatkan. Kerana ini satu permohonan yang paling mudah untuk diselesaikan dalam tempoh yang paling singkat. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya akan panjangkan kepada pihak KUSEL. Saya jaga JAIS Yang Berhormat. Tapi tak apa kita boleh panjang kepada KUSEL untuk selesaikan sekiranya adalah perkara-perkara kelewatan sebegitu.
Saya terus sahaja kepada soalan daripada Yang Berhormat Sementa bertanya mengenai apakah kriteria utama pemilihan Masjid Pengurusan? Saya ingin jelaskan di sini bahawa di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Selangor Masjid-Masjid ini siapa tuannya? Tanah Masjid milik Kerajaan Negeri Selangor. Ada sebahagiannya yang dimiliki terus ada sebahagiannya telah diwakafkan kepada MAIS. Pentadbir Masjid, Surau dan Musollah di Negeri Selangor adalah MAIS. Jadi soalnya Masjid ini sebenarnya Kerajaan Negeri yang punya memang ada peratusan daripada dana yang disumbangkan oleh ahli kariah yang ada. Jadi sekiranya keputusan untuk mengambil alih Masjid itu sebenarnya kuasa
mutlak daripada pihak MAIS dan Kerajaan Negeri kalau kita nak ambil. No or non-negotiable basis. Cumanya ini perlu kita buat sebab perlu kita jelaskan bahawa Masjid ini milik Kerajaan Negeri bukan mana-mana individu, bukan mana-mana kumpulan, teruk lagi bukan mana-mana parti politik pun. Jadi untuk kita ambil Masjid ini antara kriteria yang tegar yang boleh saya kongsikan untuk yang kita dah ambil ini sebenarnya walaupun kita tak perlu saya sebutkan tadi sebarang sebab untuk kita ambil alih pengurusannya. Yang pertama adalah sekiranya ada aduan berterusan daripada penduduk tentang perbalahan ataupun perpecahan di kalangan AJK satu, dan yang kedua diantara AJK dengan Ahli Kariah dia pula bergaduh dengan ahli kariah dia. Yang kedua, ada aduan mengenai Jawatankuasa Masjid yang melanggar dan kerap melanggar peraturan dan arahan MAIS atau JAIS khususnya dalam tiga perkara. Pengurusan kewangan, ceramah dan khutbah. Yang ketiga sekiranya terdapat aduan mengenai salah laku kewangan dan salah guna kuasa dan tadbir urus di kalangan AJK. Dan yang akhir sekali Masjid-Masjid yang baru terutamanya ada dasar di sini bahawa ianya wajar terus dinaik taraf sebagai Masjid Pengurusan. Untuk soalan Yang Berhormat Sementa yang kedua ditanya juga daripada 20 Masjid Pengurusan itu bagaimana setakat ini senarai 20 Masjid Pengurusan itu sedang disediakan dalam penelitian saya dan kita akan muktamadkan pada bulan hadapan. Jadi kita akan tegak juga. Kita akan ambil 20 Masjid lagi.
Untuk soalan daripada Yang Berhormat Sementa dan juga Yang Berhormat Semenyih bertanya mengenai apa keberkesanan Masjid-Masjid Pengurusan ini? Ataupun success story dengan izinnya ada? Jawapan saya mudah aja. Untuk Masjid yang dah ada 67 ni boleh semak ada lagi tak AJK bergaduh dengan sesama mereka? Ada tak AJK bergaduh dengan penduduk dan ada akhirnya ada tak lagi isu-isu tata kelola dan kewangan yang berlaku di Masjid yang telah kita ambil? Jadi saya rasa berdasarkan kriteria yang telah kita tetapkan ini kita telah mencapai perkara tersebut dan bila saya turun ke bawah sendiri kita melihat bahawa Masjid tentunya lebih harmoni lebih ramai orang yang datang terutamanya anak muda dan segala kos-kos penyelenggaraan Masjid pun telah ditanggung oleh pihak JAIS. Jadi tentu infrastrukturnya lebih baik. Sila Yang Berhormat Sungai Burong.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Minta sedikit penjelasan daripada Masjid Pengurusan ini kami difahamkan bahawa untuk menguruskan Masjid Pengurusan ini kakitangan daripada JAIS dilibatkan sedangkan mereka sudah mempunyai jobscope dengan izin sendiri di jabatan masing-masing. Adakah ini menghilangkan efficiency, keberkesanan tugas mereka yang hakiki. Mohon komen.
Baik terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Yang itu saya kena semak detail sikit sebab setahu saya mereka ini adalah Pengurus yang hampir sepenuh masa di Masjid yang kita letakkan. Dia ada empat. Dia ada Pengurus dengan pembantu pengurus ada tiga orang. So, empat itu memang daripada lantikan JAIS dibayar terus oleh Kerajaan Negeri supaya mereka jaga Masjid sepenuh masa. Imam, Bilal dan Siak boleh jadi dari kalangan mereka ataupun ada Imam, Bilal, Siak set yang lain dan juga ada satu ahli kariah, perwakilan kariah kita namakan empat, lima orang yang duduk dalam itu. Tak apa biar saya semak yang itu sekiranya berlakulah tapi saya rasa tak ada masalah sebegitulah. Saya nak teruskan dengan..
Sikit je Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Sabak.
Saya dapat memahami bahawa Apa yang diperjelaskan oleh EXCO tadi sebentar tadi ialah masjid-masjid ini yang diambil alih ini kebanyakan masjid yang bermasalah. Dan sehingga terpaksa melibatkan masjid-masjid pengurusan. Soalnya sampai bila pengurusan ini akan diambil alih oleh pihak JAIS. Adakah selama-lamanya atau apa kriteria-kriteria untuk dipulangkan semula kepada ahli kariah, Apakah menunggu sehingga masalah selesai, setahun, dua tahun atau pun ada had masa dan apa kategori untuk dipulangkan semula kepada kariah, terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sabak. Seperti yang disebutkan tadi, kriteria itu adalah berbentuk masalah yang ada dan saya sebutkan sebelum itu sebenarnya saya tak perlu sebab pun. Kerajaan Negeri tidak memerlukan sebab untuk ambil apa, dah masjid kita, bangunan kita punya, tanah kita punya. Jadi sama ada kalau soalannya adalah bagaimana boleh kita libatkan lebih ramai lagi ahli kariah untuk masuk dan turut serta dalam program pengimarahan masjid. Itulah yang dicuba dizahirkan supaya hasrat dalam program pengurusan yang sedang kita buat, sebab ini ada kaitan dengan jawapan daripada soalan kepada Yang Berhormat Semenyih yang bertanya mengenai bagaimana soalan latihan kepada para pengurus-pengurus masjid yang baru dan muda ini.
Ya, saya faham yang ialah saya hendak sebut pun macam tak sesuai, sebab yang berumur ini dalam masjid ini dia memang ada pengalaman betul dan susah kalau orang yang berumur ini hendak dengar orang-orang muda terutamanya. Tapi di sini saya rasa diperlukan satu sebab kalau kita benarkan juga golongan-golongan senior ini terus jaga masjid, dia akan memberikan satu kekangan kepada golongan muda, orang muda
memang tak pergi masjid, saya tahulah zaman saya dulu. Jadi kaedah begini dan kita harapkan berlaku kalau ikut kaedah Kerajaan Negeri dia panggil cross fertilization, pertukaran ilmu dan pandangan dan pengalaman supaya yang muda dapat membantu yang senior dan yang senior dapat menumpahkan ilmu pengurusan dan sebagainya kepada yang muda. Tapi hasil yang kita hendak apa, kita hendak lebih ramai golongan muda pergi ke masjid dan golongan tua pun seronok pergi ke masjid bukan beribadat tetapi dapat juga menyumbang kepada kariah dan komuniti. Jadi untuk tujuan ini adalah saya sendiri telah menyediakan dana awal sebanyak RM50,000 tahun ini untuk kita meneroka apa-apakah jenis latihan yang sesuai untuk para pengurus. Setakat ini cadangan yang awal daripada pihak JAIS adalah seperti contohnya kemahiran program Islah dalam komuniti, ke arah pelancongan korporat dan strategi pengurusan masjid, kursus profesionalisme kepimpinan masjid, pengumpulan dan pengurusan data statistik setempat itu juga penting dan kemahiran berdakwah bilhaq. So, ini adalah antara cadangan awal yang kita ada dan kita akan wujudkan satu kaedah dan budaya yang baru seperti mana yang berlaku macam contoh di Singapura dalam flat-flat yang ada di Singapura itu, orang tua boleh duduk dengan orang muda selesa, dia kongsi pengalaman untuk sama-sama membangunkan kawasan yang ada. Saya terus saja kepada soalan daripada Yang Berhormat Sabak bertanya mengenai Masjid Kampung Pancang Bandena dan juga tumpuan kepada prasarana Sekolah MITS Bagan Terap. Untuk kedua perkara ini saya rasa kita harus melihat dengan lebih detail kerana ia memerlukan sedikit kos yang sangat tinggi, saya rasa soalan ini pernah ditanya sebelum ini tapi percayalah dia dalam radar Kerajaan Negeri, setakat ini ya.
Ahli-ahli Dewan yang mulia, dari masjid saya lompat ke sekolah agama. Soalan daripada Yang Berhormat Kota Kemuning tentang cadangan Sekolah Rendah Agama di Kota Kemuning, hah yang ini Yang Berhormat boleh balik kalau dia pun tak ada di sini. Projek ini sebenarnya tersenarai dalam RMK-12 dengan siling kos sebanyak RM13 juta dan sekarang ini JKR sedang dalam proses melantik perunding Juruukur Tanah, Reka bentuk awalnya adalah berdasarkan Sekolah Rendah Agama Seksyen 7 dengan kelas sebanyak 40 buah bilik darjah. Kita akan iklankan untuk perolehan pada bulan Julai 2025 dan SST akan dikeluarkan insya-Allah pada bulan Oktober 2025, boleh maklum pada rakyat di Kota Kemuning.
Ada soalan daripada Yang Berhormat Gombak Setia mengenai status 3 projek pembangunan yang telah diluluskan oleh Ahli Parlimen iaitu Surau Kampung Sungai Pusu sebanyak RM1.6 juta. Yang ini belum bermula lagi Yang Berhormat, yang kedua adalah bina semula surau dan KAFA Pinggiran Batu Caves, RM7.8 juta untuk bina KAFA ini adalah dengan kos RM4.4 juta yang itu dalam pelaksanaan sebanyak 3% setakat ini, tengah roboh kelas lama dan binaan kelas baru ini akan bermula pada Mac tahun ini. Yang kedua bina surau dengan kos RM3.4 juta akan siap selepas fasa 1 tadi siap, jadi in
progress basically. Yang ketiga adalah mengenai KAFA Jabbalnur Sri Gombak RM2 juta, yang ini dalam proses permohonan kelulusan rundingan 20A daripada PLAN Malaysia dan dijangka tender akan dibuka pada bulan Mei tahun ini. insya-Allah kedua ini akan berjalan.
Daripada sekolah agama saya hendak pergi pula kepada satu isu mengenai zakat fitrah akibat beras yang bercampur ditanya oleh Yang Berhormat Sungai Burong. Soalannya adalah kalau beras itu bercampur apa fatwa dari Seri Setia akan percampurannya. Yang Berhormat dan Ahli Dewan semua, saya hendak jelaskan saya ini tidak pandai hendak buat-buat fatwa, saya EXCO Agama sahaja. Di negeri Selangor ini pun, saya rasa kalau Yang Berhormat Sungai Burong jadi EXCO pun saya rasa ada Jabatan Kuasa Fatwa dengan orang cerdik pandai yang lebih tinggi, ada muzakarahnya di peringkat negeri dan Persekutuan dan kena lalu Pegawai Undang-Undang Negeri. Dan yang penting sekali di sini kena melalui bukan saja MMKN tetapi perkenan Ulil Amri Minkum. Jadi perkara ini dah selesai Yang Berhormat, tak perlulah kita pertikai persoalkan sama ada hendak bayar dengan Ringgit Malaysia ke ataupun bayar dengan beras itu sendiri ke, perkara ini dah lama selesai tak ada masalah dan untuk makluman Ahli Berhormat semua, tahun ini 2025 sirah fatwa telah menetapkan kadar zakat fitrah yang wajib untuk negeri Selangor adalah RM7.00 sahaja Yang Berhormat. Kalau ada rasa termakan Beras Basmathi bercampur dengan beras SST tersebut digalakkan untuk membayar RM22.00 lah paling maksimum, apakah RM22.00 dengan gaji sebagai Ahli Yang Berhormat, tak ada masalah dan saya rasa rakyat Sungai Burong pun mampu bayar perkara tersebut.
Saya terus saja kepada isu Evangelist Muslim, yang ini pun saya sedikit confused dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Panjang. Soalannya apakah tindakan penguatkuasaan Enakmen Agama Bukan Islam, kawalan pengembangan dikarang oleh Islam terhadap isu Evangelis. Evangelis ini dia tidak ada muslim, dia agama lain, kalau Evangelis itu muslim itu kita panggil dia pendakwahlah, pendakwah Islam. So, daripada semakan yang dibuat dengan pihak JAIS bahawa pertamanya tidak ada sebarang terbitan buku asas Evangelis yang mengandungi unsur-unsur di bawah Sub Seksyen 2 ABCD dan E dan F. Tidak ada sebarang aduan khusus Evangelis yang telah memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keislaman mereka, tidak ada satu fakta yang berlaku kepada kesalahan mendedahkan orang belum dewasa beragama Islam kepada pengaruh Evangelis dan tidak ada apa-apa fakta bahawa Evangelis telah menghantar atau mengedarkan terbitan mengenai Evangelis kepada orang yang beragama Islam. Jadi secara rumusannya tidak ada sebarang aduan rasmi, sekiranya ada terus sahaja kalau ada bukti tersebut bagi tahu dan serahkan pada pihak JAIS dan mereka boleh ditangkap ketika perkara itu sedang berlaku.
Mencelah Sungai Panjang?
Sila Sungai Panjang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Untuk penjelasan untuk Evangelis ini, Sungai Panjang mengambil sikap bahawa tindakan yang sama tidak perlu ada double standard. Apabila kita boleh mengambil tindakan kepada GISB, begitu juga tindakan kepada gerakan-gerakan Evangelis dan memang Evangelis ini kita tidak dapat kenal pasti kerana mereka ada satu kumpulan yang disebut sebagai MBB (Muslim Background Believers), dia solat, dia puasa, dia haji dan sebagainya. Kerana itu Sungai Panjang timbulkan supaya penerangan-penerangan ini boleh dijelaskan kepada masyarakat dan masyarakat boleh faham sebagaimana di dalam khutbah boleh dimuatkan tentang kesesatan liberal, perul dan segala-galanya. Maka apa salahnya perkara ini boleh diterangkan kepada masyarakat sebab asas MAIS menulis buku tersebut juga ada asasnya. Kalau kita tengok buku penulisan JAIS yang dalam 200 muka surat itu, ada asasnya kerana melihat senario-senario yang ada dalam kajiannya dan juga dapatan yang ada, hasrat dan tujuan mereka untuk menjadikan Kingdom of Jesus dalam masa 80 tahun, terima kasih Yang Berhormat.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang seperti yang disebutkan tadi, ada peraturan dan perundangan yang tidak membenarkan perkara tersebut di buat kepada orang Islam. Jadi kalau sekiranya ada, maklumat yang terperinci boleh maklumkan dan kita akan ambil tindakan, tak ada masalah ya.
Daripada isu-isu akhirat, saya kembali kepada isu dunia iaitu pertama ialah isu Menara Telco yang dibangkitkan Yang Berhormat Sijangkang, menara haram di Bandar Rimbayu milikan KJS setakat ini memang pihak PBT sebenarnya maklum dan operasi itu telah ditangguhkan sehingga bayaran denda dan isu bantahan diselesaikan. Dan yang terakhir adalah soalan daripada Yang Berhormat Morib mengenai penambahan CCTV yang ada di negeri Selangor. Pihak UPEN telah memaklumkan bahawa ada satu inisiatif menambah CCTV di negeri Selangor ini kepada angka 2,000 CCTV menjelang tahun 2025. Setakat ini ada 1,497 yang telah pun dipasang di kawasan Morib sahaja, ada sebanyak 70 CCTV yang telah dipasang di bawah pentadbiran MPKL kalau ada tempat-tempat tertentu yang perlu pemasangan boleh terus berhubung dengan pejabat saya, saya tidak ada masalah ok.
Minta penjelasan daripada sebut tadi Morib ada 70, tapi senarai yang saya dapat hanya 8 di kawasan DUN Morib ya. Yang selebihnya memang lebih-lebih lagi banyak di bandar, di Banting ya dan Sijangkanglah. Cuma apa yang saya sebutkan sini, oleh kerana sekarang ini Selangor berada dalam Tahun
Melawat Selangor dan Morib ini adalah satu tempat pelancongan yang paling saya rasa perlu adalah di kawasan Bukit Jugra dan kawasan pantai. Dan selanjutnya kalau boleh di persimpangan-persimpangan untuk berlaku nanti apa, kemalangan atau apa, jadi kita boleh tahulah dapat gambaran. Tapi yang penting bagi saya oleh kerana Morib itu satu tempat pelancongan, saya rasa perlu diberi perhatianlah, terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Morib, saya setuju dengan cadangan-cadangan tersebut. Mungkin kita boleh terperinci sikitlah kalau boleh bagilah let long kita akan cuba tambah lagilah, InsyaAllah. Baik akhirnya saya ucapkan terima kasihlah kepada kesemua Ahli-ahli Dewan atas cadangan dan soalan semoga Allah memberikan kita semua kesihatan yang baik agar kita berpeluang untuk beribadat kepada satu lagi bulan Ramadan yang bakal tiba. Selamat beribadah di bulan Ramadan Al-Mubarak, Seri Setia dengan ini menjunjung dan menyokong Usul Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh.
Ya, Yang Berhormat Sungai Air Tawar, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam Kita Selangor. Terlebih dahulu saya ingin dengan penuh takzim menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena istiadat Pembukaan Dewan Negeri Selangor pada hari Selasa yang lalu. Titah Duli Yang Maha Mulia bukan saja menjadi pedoman kepada seluruh Ahli Dewan Negeri malah mencerminkan keprihatinan dan kasih Tuanku terhadap kesejahteraan rakyat di negeri ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor serta Yang Berhormat Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baru, semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi kemajuan negeri Selangor.
Tuan Speaker, saya merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini serta membangkitkan pelbagai isu berkaitan bidang di bawah portfolio EXCO Kemajuan Desa Perpaduan dan Pengguna. Yang Berhormat Paya Jaras telah menyentuh isu pembangunan kampung tradisi yang dikatakan tidak diurus secara sistematik dan berkesan. Untuk makluman Kerajaan Negeri sedang memperhalusi cadangan pendigitalan 373 Kampung Tradisi di Negeri Selangor sebagai langkah ke arah pengurusan yang lebih sistematik dan bersepadu.
Dalam perancangan ini, beberapa aspek sedang diperhalusi antaranya pemetaan digital dalam sistem maklumat gosfitalil serta Kerajaan Negeri sedang meneliti kaedah terbaik
untuk pendaftaran kampung-kampung tradisi dalam sistem pemetaan digital menggunakan teknologi sistem maklumat geografi GIS. Perincian mengenai sempadan kampung, status milikan tanah serta infrastruktur asas sedang dikaji bagi memastikan ketepatan data yang akan dikumpulkan. Di samping itu juga bekalan data pembangunan infrastruktur kajian sedang dijalankan bagi membangunkan pangkalan data komprehensif merangkumi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya serta institusi pendidikan dan kesihatan.
Data ini akan menjadi rujukan utama bagi perancangan pembangunan kampung tradisi secara lebih sistematik berdasarkan keperluan semasa penduduk. Platform digital untuk urusan tanah dan pembangunan, Kerajaan Negeri sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan platform digital khusus bagi pengurusan permohonan pembangunan di kampung tradisi. Mekanisme pelaksanaan serta kesannya terhadap pemegang taruh sedang diteliti bagi memastikan sistem ini dapat menginterpretasi secara interactive dan inclusive.
Penglibatan komuniti dalam transformasi digital Kerajaan Negeri sedang merangka inisiatif untuk memastikan penduduk kampung mendapatkan akses serta maklumat berkaitan tanah dan pembangunan di kawasan mereka serta bengkel dan sesi libat urus bersama komuniti akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas serta memastikan kesediaan untuk terhadap perubahan ini. Kerajaan Negeri juga percaya bahawa cadangan pendigitalan ini apabila diperhalusi dan dimuktamadkan akan membuka ruang kepada pengurusan kampung tradisi yang lebih tersusun, cekap dan sistematik. Dalam jangka masa panjang usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk serta memastikan pembangunan kampung tradisi sejajar dengan dasar pembangunan negeri. Berhubung isu pengurusan sisa pepejal di kampung tradisi yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat seperti Seri Serdang, Sungai Ramai, Hulu Bernam, Sijangkang dan Sungai Burong. Ingin saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri sedang dalam proses peralihan ke arah pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 yakni Akta 672. Saya diberitahu bahawa Jemaah Menteri di peringkat Persekutuan pada bulan Januari yang lalu telah bersetuju secara dasar untuk menerima pelaksanaan Akta 672 di negeri Selangor. Saya difahamkan proses perundingan secara terperinci sedang giat dilaksanakan bagi memastikan peralihan ini dapat direalisasikan dengan lancar dan berkesan. Namun demikian, saya mengambil maklum bahawa isu pengurusan sisa pepejal di kampung tradisi memerlukan pendekatan khusus memandangkan kawasan ini tidak berada di bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yakni PBT. Oleh itu, saya akan berusaha untuk mengenal pasti penyelesaian alternatif dan akan membawa perkara ini ke perhatian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi memastikan tindakan yang bersesuaian dapat diambil. Antara perkara
Seri Serdang.
Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas perhatian kepada Kampung Tradisi yang ada dalam negeri Selangor. Saya kira pada hari ini isu sampah ini sudah menjadi satu perkara yang agak kritikal di dalam kawasan Kampung Tradisi. Walaupun saya faham di bawah tugas ataupun tugasan di bawah PBT tetapi mungkin Yang Berhormat EXCO boleh adakan perbincangan yang lebih khusus tentang pengurusan sampah di Kampung Tradisi. Jadi masalah utama ialah apabila adanya ramai pendatang tanpa izin dan juga dengan izin yang ada dalam kampung tradisi kita bahkan mereka sudah berleluasa membuka premis, perniagaan menjual rokok-rokok yang lari daripada cukai dan sebagainya dan akhirnya mendatangkan masalah balik kepada penduduk dalam kampung ini. Di kawasan saya sebagai contoh ada kampung tradisi di bawah Seri Serdang, pendatang Rohingya sebagai contoh mereka sudah berani untuk buat kenduri besar-besaran dan sudah tentu budaya mereka berbeza dengan budaya kita. Apa pandangan Yang Berhormat EXCO untuk kita cari penyelesaian untuk isu pendatang tanpa izin yang berada di kampung tradisi yang menjadi masalah kepada penduduk tempatan.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang membangkitkan isu berkenaan pendatang dan juga isu sampah tadi. Seperti yang saya nyatakan isu sampah ini kita sedang teliti dan akan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan kawasan kampung berkenaan isu sampah ini dapat kita atasi pada masa akan datang. Berkenaan isu warga asing saya akan bawa sebentar lagi berkenaan perkara ini dalam perbahasan saya. Izinkan saya untuk meneruskan dulu perbahasan yang dibangkitkan oleh para Yang Berhormat yang lain iaitu berkaitan dengan antara yang sedang kita teliti dan insya-Allah sekiranya sesuai dilaksanakan tindakan yang boleh diambil termasuklah dengan melibatkan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam pelaksanaan sistem kutipan sampah bersasar dan mengenal pasti lokasi khas bagi pembuangan sampah yang lebih sistematik. Kerajaan Negeri bersedia untuk menangani isu ini dengan tuntas dan saya akan memastikan apa-apa langkah akan diambil nanti dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung tanpa menjejaskan aspek kebersihan dan kesejahteraan mereka. Tuan Speaker, seterusnya Yang Berhormat Rawang ada menyebut tentang kedudukan warga asing di kampung-kampung tradisi. Saya mengambil maklum dan bersetuju dengan pendirian tegas yang dinyatakan oleh Yang Berhormat mengenai penggunaan tanah dan rumah kampung tradisi kediaman pekerja asing yang juga dibangkitkan oleh Sungai Ramal tadi. Kerajaan Negeri menyedari kebimbangan yang dibangkitkan terutamanya risiko hakisan identiti akibat kemasukan warga asing sebagai penghuni di kampung-kampung tradisi ini. Sementara kita harus mengambil kira keperluan industri yang bergantung kepada tenaga pekerja asing namun saya bersetuju walau apa pun alasannya ia tidak boleh mengorbankan kepentingan dan kesejahteraan rakyat
tempatan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan meneliti langkah-langkah pengawal seliaan yang lebih berkesan termasuk kawalan yang lebih ketat serta pemantauan dan tindakan operasi bersama-sama Jabatan Imigresen serta pihak-pihak berwajib yang lain. Saya juga ingin menekankan bahawa pemilik tanah dan pemaju harus bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan di kampung tradisi dan kampung baru tidak menjejaskan nilai sejarah serta kesejahteraan masyarakat setempat. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh dasar berkaitan pemeliharaan kampung tradisi agar ia kekal sebagai lambang identiti rakyat tempatan. Diharapkan dengan usaha ini kita dapat memastikan pembangunan yang lebih mampan tanpa mengorbankan identiti kampung tradisi yang terdapat di negeri ini. Tuan Speaker, berkenaan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kenaikan harga barangan merupakan isu yang dekat di hati rakyat.
Tuan Speaker, mohon mencelah.
Sungai Air Tawar nak bagi Sungai Ramal?
Iya, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB EXCO. Belum masuk tajuk baru, kembali kepada warga asing. Isu yang dibangkitkan oleh Seri Serdang dan saya sokong bahawa isu ini penting untuk diberikan perhatian serius oleh pihak Kerajaan dan jawapan di pihak EXCO adalah meneliti dan akan melibatkan agensi-agensi lain untuk turut serta dalam kita mengekang kebanjiran warga asing ini. Tapi jawapan yang sama telah diberikan oleh Yang Berhormat pada sesi yang lepas. Tak nampak ada kesungguhan yang luar biasa yang luar daripada kotak untuk menunjukkan bukti bahawa kita serius untuk menangani masalah warga asing ini. Paling akhir warga asing ini diterjah oleh Pihak Berkuasa adalah masa PKP. Lepas itu tidak ada lagi. Dan mereka terus bergerak dan seolah-olah menjadi raja di kawasan tertentu. Dan ini melibatkan soal bukan sahaja soal sampah semata-mata, soal sopan santun, soal akhlak, soal hubungan dengan warga tempatan menjadi tegang. Saya ambil kes 2 tempat Yang Berhormat kalau boleh Yang Berhormat ambil nota, iaitu yang pertama di Sungai Tangkas dan kedua di Hentian Kajang. Sebelah dengan Sungai Tangkas. Mohon perhatian semua supaya tanganilah elok-elok supaya warga tempatan tidak rasa terpinggir di tanah air mereka sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang dan Sungai Ramal atas cadangan yang sebegini baik seperti saya nyatakan tadi berkenaan dengan isu pendatang asing ini kita mengambil serius dan kita akan mengadakan siri operasi. Untuk menangani pekerja asing ini bersama dengan Jabatan Imigresen. Yang
Berhormat Sungai Ramal nanti bolehlah turut sama dalam operasi yang akan kita laksanakan nanti.
Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Seri Serdang.
Yang Berhormat, kita tak ada masalah dengan warga asing yang ada permit. Itu tak ada masalah. Bagi saya tak ada masalah. Dan mereka yang ada permit ada visa ini mereka ini terkawal. Itu saya rasa kita tak jadi masalah dalam keadaan kita. Tapi saya fokuskan pada kampung tradisi ini bila kebanjiran terlampau ramai sangat warga asing dalam kampung tradisi seolah-olah kampung tradisi kita ini jadi macam pangkalan mereka. Itu kerisauan kita. Kerisauan yang teramat sangat. Dan pihak PBT pun hampir setiap bulan mereka buat operasi untuk tutup premis-premis tapi masalah tak selesai disebabkan saya kira bukan PBT sahaja yang perlu mainkan peranan, Pejabat Tanah dan Daerah juga boleh dilibatkan kerana tanggungjawab perlu diberikan kepada tuan tanah di atas isu-isu ini. Kalau tuan tanah tak buka ruang mereka ini tidak berniaga tetapi oleh kerana ada sedikit masalah dari segi ketanggungjawaban tuan tanah ini memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk berniaga. Saya kita Yang Berhormat EXCO boleh ambil perhatian. Perbincangan perlu lebih lagi dengan Pejabat Tanah dan Daerah sebagai contohnya, untuk kita mengekang isu kebanjiran warga asing tanpa izin di dalam kampung tradisi kita.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Serdang. Dan kita ambil maklum berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat. Saya setuju sebenarnya, memang kebanyakan warga asing hari ini dia menjadikan kampung tradisi ini tempat untuk mereka berlindung. Kebanyakan mereka saya difahamkan telah pun mengusahakan ladang-ladang, kebun-kebun di kampung-kampung.
Walau bagaimanapun kita memerlukan penelitian yang kukuh dan langkah utama yang kita laksanakan dalam masa yang terdekat ini yang boleh kita laksanakan adalah dari segi operasi untuk memastikan mereka ini duduk di dalam negeri kita dengan mempunyai permit dalam masa yang sama tidak menyalahgunakan permit yang mereka ada. Dan sudah pasti sekiranya mereka tidak mempunyai dokumen yang sah, sudah operasi ini dapat memastikan mereka dihantar semula ke negara mereka.
Ya, Yang Berhormat Hulu Klang.
Iya, Yang Berhormat Hulu Kelang.
Terima kasih. Saya mendengar saranan Yang Berhormat sebentar tadi supaya kampung tradisi dapat mengekalkan
identiti dan jati diri masing-masing. Khususnya sekiranya ada pembangunan yang nak dibawa ke dalam kampung tradisi maka pembangunan yang disarankan itu mestilah mengekalkan ciri-ciri yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dan juga Kerajaan Negeri. Persoalan saya ialah antara aspek terpenting dalam kampung-kampung tradisi ini ialah keharmonian, perpaduan, gotong-royong, tetapi nampaknya dasar yang diamalkan hari ini sama ada negeri ataupun persekutuan, boleh menjurus ke atas perpecahan penduduk di dalam kampung tersebut. Dengan pelantikan dua atau lebih ketua kampung bagi satu kampung. Sebagai contoh kampung saya Kampung Kelang Gate Baru yang dibangunkan pada tahun 60-an tak pernah ada lebih daripada satu ketua kampung. Tetapi hari ini namanya Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Persekutuan lantik satu ketua kampung, Kerajaan Negeri lantik satu ketua kampung. Sedangkan Persekutuan dan Negeri senada. Jadi apakah perancangan Yang Berhormat untuk berbincang dengan Presiden UMNO, Ketua Yang Berhormat supaya Ketua Kampung ini biarlah ada persetujuan di antara negeri dan juga persekutuan tidak diwujudkan dua jawatan bagi satu kampung. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat untuk menjamin keharmonian penduduk-penduduk dalam kampung tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Hulu Kelang atas pandangan dan cadangan. Ingin saya tegaskan di sini sebenarnya seperti yang saya nyatakan sebelum ini kita memang melaksanakan dari segi pelaksanaan khusus berkenaan dengan perpaduan. Saya ambil maklum dan saya ambil contoh sebagai contoh adalah di peringkat daerah, kita dapat lihat Pegawai Daerah adalah ketua di dalam Daerah walaupun kadang-kadang ada Pengarah Kesihatan, ada Ketua Polis Daerah, Pegawai Pendidikan Daerah, ada YDP ataupun Datuk Bandar yang mungkin tangga gajinya lebih tinggi daripada Pegawai Daerah tetapi di dalam daerah kita meletakkan Pegawai Daerah sebagai nombor satu dalam pentadbiran daerah secara hierarki. Begitu juga di kampung Yang Berhormat, kita dah minta walaupun kita ada JPKKP, kita ada KRT, kita ada RELA, kita ada Pertubuhan Peladang, kita ada Nazir masjid dan sebagainya sebab itu mereka ini akhirnya saya minta untuk dijadikan sebagai Ahli Mesyuarat di dalam JPKK. Supaya perpaduan itu dapat dipupuk. Kita tak nak ada program yang bertindih seperti program menyambut Bulan Kemerdekaan sebagai contoh. JPKK buat satu program. JPKKP buat satu program nanti KRT buat satu program. Sebab itu akhirnya dudukkan ia bersama dan perkara ini sedang berlaku walaupun ada saya tak nafikan ada beberapa buah tempat yang masih lagi terkekang dengan beberapa perkara tetapi usaha untuk memastikan perpaduan dan kestabilan ini sedang kita laksanakan. Terima kasih.
Mohon laluan. Tambahan.
Taman Medan.
Sebab bila Yang Berhormat sebut bahawa JPKK tadi maknanya saya cuba faham, maknanya automatik pada pandangan Yang Berhormat EXCO, JPKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri menjadi pengerusi kepada Jawatankuasa itu berbanding dengan JPKK yang dilantik oleh Persekutuan? Adakah itu telah berjaya dilaksanakan di peringkat akar umbi sekarang atau pun masih lagi di dalam imaginasi Yang Berhormat Sungai Air Tawar sahaja?
Taman Medan sudah pasti sebenarnya, ia bukan imaginasi memang telah dilaksanakan pentadbiran di peringkat kampung memang diketuai oleh Ketua Kampung JPKK. Ini kita semua sedia maklum kerana kampung di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun kita di peringkat Kerajaan Negeri kita tiada halangan kepada mana-mana kementerian yang hendak mewujudkan sendiri jawatankuasa mereka sebagai contoh di bawah Kementerian Perpaduan, dia ada KRT ataupun KRT ini juga ada sistem dia yang seakan-akan sama dengan pentadbiran di kawasan kampung, dia ada jiran muda, dia ada ketua, ada belianya, ada ketua wanitanya dam program-programnya juga meluas. Ia juga diberi dana untuk melaksanakan program-program di peringkat kampung. Begitu juga dengan KKDW, dia mewujudkan juga cuma bunyinya seakan-akan hampir sama JPKKP tapi ia melaksanakan berkenaan dengan dasar-dasar di peringkat Kementerian KKDW jadi saya kira perkara ini tidaklah mengekang mana-mana yang paling penting ia dapat distrukturkan dengan baik dan akhirnya ianya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di peringkat rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Tuan Speaker, berkenaan dengan kos sara hidup tadi seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Dusun Tua, Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini dan terus komited dalam memastikan kesejahteraan pengguna terjamin. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup KPDN bagi mengawal harga barangan asas serta memastikan hak pengguna dilindungi melalui pelbagai inisiatif yang menyeluruh. Bagi tujuan ini, sebagai langkah pemantauan kawalan harga telah dilaksanakan. Ya, Yang Berhormat Meru.
Yang Berhormat EXCO, boleh mencelah? Sebab Yang Berhormat telah menyentuh tentang kos sara hidup, kawalan harga barang keperluan, apakah usaha dan langkah-langkah oleh pejabat Yang Berhormat sendiri, bekerjasama dengan KPDN bagi mengawal dan memastikan peniaga-peniaga tidak menaikkan harga barang sewenang-wenangnya terutama di musim-musim perayaan, terutama kita akan bakal menghadapi Aidil Fitri tidak lama lagi? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru, bagi saya habiskan dulu perbahasan saya ini, nanti saya sentuh berkenaan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Berkenaan dengan bagi tujuan ini, pelbagai langkah pemantauan dan kawalan harga telah dilaksanakan termasuk pemeriksaan berkala di premis perniagaan, pemantauan harga barang keperluan asas serta sesi libat urus dengan peniaga dan pengguna. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah pemeriksaan walkabout menjelang tiga perayaan utama, iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali. Di pasar raya terpilih di seluruh negara bagi memastikan kestabilan harga dan kelancaran bekalan barangan keperluan. Usaha ini akan diteruskan pada tahun 2025 sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang Kerajaan Negeri dalam memastikan harga barangan asas berada di dalam keadaan terkawal. Pada sambutan Tahun Baru Cina yang lalu sebagai contoh, Dato’ Menteri Besar turut menyertai pemeriksaan ini di Pasaraya NSK di Kota Damansara sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan yang menyeluruh. Selain langkah pemantauan harga KPDN juga telah melantik seramai 373 orang Ketua Kampung sebagai Hero Pengguna semasa Majlis Perasmian Karnival Pengguna pada peringkat Negeri Selangor pada 26 November 2024. Hero Pengguna ini memainkan peranan sebagai mata dan telinga rakyat dalam menyalurkan aduan berkaitan kepenggunaan serta membantu dalam pemantauan isu-isu pengguna di peringkat komuniti seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru. Bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses kepada maklumat kepenggunaan, KPDN Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai program advokasi yang menyasarkan kumpulan sasaran berbeza, antaranya Kelab Pengguna Sekolah yang hendak mendidik pelajar sekolah menengah mengenai hak dan tanggungjawab sebagai pengguna, Gerakan Pengguna Siswa yang ingin meningkatkan kesedaran mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengenai hak pengguna melalui aktiviti interaktif dan gerakan pengguna negeri dalam gerakan pengguna daerah yang melibatkan badan bukan kerajaan yakni NGO dan komuniti setempat dalam memperkasa kesedaran kepenggunaan di peringkat daerah dan negeri. Tidak terhad kepada itu program pendidikan kepenggunaan turut merangkumi aspek yang penting seperti ceramah, literasi kewangan, menekankan kepentingan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemah, kesedaran tentang penipuan yakni scammer, ceramah kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan kewaspadaan terhadap penipuan di dalam talian dan penguatkuasaan hak pengguna, memberi penerangan kepada pengguna melalui platform aduan Akta Perlindungan Pengguna serta kaedah penyelesaian pertikaian melalui tribunal tuntutan pengguna. Selain ceramah dan bengkel, pelbagai aktiviti interaktif turut diperkenal bagi meningkatkan minat pengguna dalam memahami hak mereka, yang antaranya cabaran interaktif pengguna CIP, modul pendidikan di dalam kalangan pelajar sekolah bagi memperkukuh pemahaman terhadap isu penggunaan, modul kepenggunaan di IPT, menggunakan format seperti interaktif seperti kuiz Kahoot! bagi menarik minat pelajar memahami hak pengguna secara santai.
Kempen kesedaran anti pembaziran iaitu program yang tujuan untuk memupuk amalan penggunaan yang lebih lestari dan pertandingan TikTok kepenggunaan industri kreatif yang menggalakkan masyarakat menyebarkan kesedaran mengenai hak pengguna melalui media sosial. Jawatankuasa Tetap Ahli Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi juga turut menganjurkan Program Dan Kesedaran Pengguna pada 14 Disember 2024 bersama-sama dengan Kelab Skuad Sehati bertujuan meningkatkan masyarakat hak pengguna di negeri Selangor. Dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif ini Kerajaan Negeri yakin bahawa pendekatan advokasi kepenggunaan yang komprehensif dan inovatif dapat memastikan setiap individu memahami serta mengetahui hak mereka dalam kehidupan seharian. Tuan Speaker, Yang Berhormat Hulu Bernam juga telah membangkitkan tentang isu berkaitan rumah generasi kedua FELDA.
Yang Berhormat Sungai Air Tawar, sedikit tentang..
Ya, Batu Tiga.
Saya mendengar tentang kawalan harga barangan tentang perayaan, apakah sebenarnya fungsi Kerajaan Negeri, sebab kalau kita sebut tentang kawalan harga mungkin ia tertakluk kepada KPDN, Kementerian itu sendiri. Sebab apa dia fungsi negeri punya berperanan sebenarnya sebab kalau kita buat pemantauan, katakanlah kita jumpa di pasar-pasar yang berlaku peningkatan harga yang mendadak dan sebagainya, apakah kita boleh berperanan, mungkin kita Adun boleh berbincang dengan pihak pejabat-pejabat KPDN mungkin kita boleh buat pemantauan bersama atau mungkin sedikit penjelasan dari Yang Berhormat EXCO sebab saya masih tidak nampak apa yang kami di pihak Kerajaan Negeri boleh berfungsi sebenarnya. Mungkin ada penjelasan dari pihak Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru, sebenarnya program itu adalah program bersama dengan KPDN walau bagaimana tadi saya ada sentuh, Yang Berhormat Batu Tiga, minta maaf. Di peringkat Kerajaan Negeri kita sebenarnya ada mewujudkan iaitu Kelab Skuad Sehati yang baru kita tubuhkan yang mana Kelab Skuad Sehati ini adalah bertujuan untuk membantu di peringkat kementerian KPDN untuk memantau harga barangan di kawasan kampung-kampung dan seluruh di negeri Selangor. Jadi dengan adanya Skuad Sehati ini kita berharap agar isu berkenaan kenaikan harga barang ini dapat dipantau dan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat di negeri Selangor berkenaan dengan peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan atau tidak mematuhi berkenaan dengan harga-harga barang yang
ditetapkan. Tuan Speaker, berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat oleh ...
Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Hulu Kelang.
Terima kasih. Yang Berhormat ada menyebut tadi, bahawa Kerajaan Negeri, khususnya Yang Berhormat sendiri sedang memantau supaya tidak ada kenaikan harga barang di negeri ini. Cuma yang kita hendak bincangkan ini bagaimanakah tindakan itu boleh dilakukan lebih efektif. Sebab pemantauan sahaja saya ingat tidak mencukupi, untuk menangani masalah ini. Dalam perbahasan saya, saya ada menyebutkan bahawa kadar inflasi di Selangor ini tinggi 2.9% kalau kita bandingkan dengan Johor 2.5%. Kalau kita lihat kupasan di kalangan pakar-pakar ekonomi, antara punca kadar inflasi di negeri Selangor ini agak tinggi dibandingkan dengan beberapa negeri yang lain ialah kerana kelemahan urusan logistik dan menyebabkan distribution cost itu melonjak dan menyebabkan harga barang naik. Jadi apakah tindakan Yang Berhormat bagi memastikan supaya pengurusan logistik dan pengagihan barang-barang ini di dalam negeri Selangor dapat dikawal dengan lebih berkesan dan tidak akan berlaku transfer pricing kepada pihak pengguna yang menyebabkan harga barang itu naik? Pemantauan yang dilakukan oleh beberapa pihak itu bagus tetapi maklum balas yang diterima itu apakah Kerajaan Negeri, sudah bertindak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya? Dan antara punca utama yang dikenal pasti ialah distribution cost yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain termasuk di negeri Johor. Terima Kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang atas cadangan dan pandangan, saya mengambil serius atau pun mengambil kira di atas pandangan Yang Berhormat Hulu Kelang untuk kita perhalusi dan untuk kita nilai semula bagaimana dari sudut kaedah di peringkat Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan yang dapat kita buat untuk memastikan segala pandangan yang diajukan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang ini dapat kita praktiskan bagi kita memastikan perkara itu dapat diringankan. Kita juga di peringkat Kerajaan Negeri juga sedang menggerakkan koperasi seperti KoHijrah untuk memastikan agar mereka dapat membuat satu pasaran melibatkan antara koperasi di peringkat bawah dan koperasi di peringkat menengah untuk memastikan perkara ini keistimewaan ini antara petani dan juga koperasi di peringkat menengah dapat mengurangkan kos harga barang pada masa akan datang.
Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Hulu Bernam yang ada juga menyentuh berkenaan dengan rumah generasi kedua FELDA. Untuk makluman perkara
ini berada di bawah bidang kuasa serta pemantauan di Kerajaan Persekutuan khususnya di bawah FELDA dan kementerian yang berkaitan. Namun demikian saya memahami kepentingan isu ini kepada generasi baru peneroka yang memerlukan akses kepada kediaman yang mampu bilik dan selesa. Oleh itu, saya akan membawa perkara ini ke Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bersama-sama EXCO-EXCO Luar Bandar iaitu MEXCLUB yang akan diadakan dalam masa terdekat bagi memastikan suara dan keperluan masyarakat FELDA di negeri Selangor mendapat perhatian yang sewajarnya.
Seterusnya Yang Berhormat Permatang telah mencadangkan agar lebih banyak kawasan rekreasi diwujudkan di luar bandar. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat luar bandar dengan menyediakan infrastruktur yang lebih baik termasuklah ruang rekreasi yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan. Sehubungan itu, cadangan ini akan diperhalusi dengan mengambil kira aspek perancangan keperluan komuniti setempat serta kemampuan kewangan negeri dalam usaha ini, Kerajaan Negeri juga akan meneliti potensi kerjasama dengan sektor swasta bagi memastikan penyediaan kemudahan rekreasi yang baik kepada penduduk di luar bandar.
Merujuk kepada isu ternakan lembu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sentosa, saya ingin menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kebajikan para penternak. Walau bagaimanapun, penternak tidak boleh secara bebas menternak di ladang SD Guthrie yang telah menimbulkan pelbagai risiko keselamatan kepada penduduk sekitar. Antara insiden yang dilaporkan adalah termasuklah kemalangan maut yang melibatkan seorang penunggang motosikal serta pencerobohan lembu ke kawasan hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam yang mengancam keselamatan pesakit dan kakitangan hospital. Menurut pengurusan SD Guthrie Berhad, aktiviti penternakan di kawasan ladang mereka dijalankan tanpa kebenaran dan notis pemindahan telah dikeluarkan kepada pihak yang terlibat. Bagi menangani isu ini secara tuntas, Kerajaan Negeri telah mencadangkan tiga lokasi alternatif dalam daerah Sabak Bernam sebagai tapak pemindahan bagi memastikan penternakan dapat diteruskan secara lebih tersusun dan selamat. Tapak-tapak yang telah dikenal pasti adalah tanah warta Jabatan Veterinar Sabak Bernam di Benting Kepah, Sungai Apong, Mukim Nakhoda Omar, tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Mukim Sungai Panjang dan Tanah Warta Pentadbiran Tanah Sabak Bernam di Pekan Bagan Terap.
Penternakan di lokasi yang disediakan ini hendaklah dijalankan secara sistem fat load dan mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan semua pihak yang terlibat termasuk
penternak, pemilik ladang dan masyarakat setempat keutamaan diberikan kepada keselamatan awam serta keseimbangan antara kepentingan ekonomi dan kemaslahatan komuniti.
Dengan langkah yang telah diambil ini, kerajaan yakin penyelesaian ini bukan sahaja bersifat adil tetapi turut mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh semua pihak. Diharapkan pendekatan ini dapat mengurangkan keresahan, memperkukuhkan kerjasama dan mewujudkan keharmonian yang berpanjangan di dalam kalangan masyarakat. Tuan Speaker,....
Mohon mencelah.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat.
Permatang.
Tadi Yang Berhormat EXCO ada menyebut tentang tempat rekreasi di kawasan luar bandar. Jadi, saya tertarik di situ dengan cadangan yang untuk kita mengkaji dan sebagainya. Dan, saya pasti untuk kita membuat kajian itu memerlukan satu jangka yang agak panjang. Jadi, saya memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri kerana di kawasan Permatang dan di kawasan-kawasan luar bandar kita ada banyak tempat-tempat yang menarik sebagai contoh lombong-lombong tinggal dan di persisiran sungai dan sebagainya. Jadi, memandang kira kerana kita semua cakna tentang masalah ekonomi rakyat tempatan. Terutama sekali di luar bandar. Jadi, bersetuju tak kalau saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk kawasan-kawasan ini yang sesuai untuk dijadikan rekreasi ini kalau kita nak bincang untuk rekreasi mungkin mengambil masa. Tapi boleh ke memandangkan di kawasan luar bandar pun kita kurang kekurangan premis-premis perniagaan, jadi why not kita mengadakan tempat-tempat ini untuk dijadikan seperti kawasan perniagaan secara terbuka? Sebagai contoh macam pasar malam, macam night market semua macam tu dan sebab selain daripada kawasan-kawasan yang cantik ini kita tak guna, kita membiarkan dia daripada terbiar saya mencadangkan untuk kita mengadakan tempat-tempat perniagaan supaya sesuai juga dengan kita punya Tahun Melawat Selangor. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneliti semula kawasan-kawasan ini untuk kita membuat kawasan untuk perniagaan?
Ya, terima kasih Permatang. Kita amat setuju dan mengambil maklum pandangan Yang Berhormat Permatang ini dan kita sedia
maklum kawasan-kawasan luar bandar sebenarnya khususnya di kawasan Anjung Utara yang melibatkan antara Kuala Selangor sehingga ke Sabak Bernam memang kekurangan kawasan-kawasan riadah ataupun kawasan-kawasan rekreasi. Kalau kita lihat di kawasan-kawasan bandar, kebanyakan mereka ada masa untuk meluangkan aktiviti-aktiviti riadah bersama anak-anak di kawasan tasik dan sebagainya tetapi di kawasan di luar bandar di kawasan Kuala Selangor dan Sabak Bernam, kebiasaannya mereka beriadah di stadium. Ya, hanya dapat beriadah di stadium dan atas sebab itu kita telah mencadangkan agar kawasan-kawasan seperti lombong ataupun kawasan-kawasan seperti ban yang ada di sekitar Sabak Bernam dibangunkan dan perkara ini sedang dijalankan supaya kawasan ini asalnya daripada ban dapat kita bangunkan menjadi pusat rekreasi di mana setiap petang boleh masyarakat di kawasan luar bandar ini membawa keluarga mereka untuk berjoging, beriadah dan sebagainya. Dalam masa yang sama dapat menikmati pandangan laut dan juga suasana di sekitar pantai. Atas sebab itu, saya juga telah menyarankan supaya pengerusi-pengerusi JPKK di bawah peruntukan Komuniti Madani agar membeli seperti ATV dan sebagainya dan ini dah dilaksanakan di beberapa kampung seperti di Kampung Parit Baru, di Kampung Sekendi, di kawasan sekitar Sabak Bernam yang telah pun membeli ATV dan akhirnya ianya dapat disewakan dan pada waktu-waktu petang bolehlah lebih ramai masyarakat dapat menyewa ATV ini dan membawa keluarga mereka beriadah di kawasan-kawasan yang dulunya tidak menjadi kawasan riadah tetapi hari ini kita bangunkan agar ianya dapat digunakan oleh masyarakat sebagai tempat riadah. Terima kasih...
Mencelah sikit.
Ya Yang Berhormat Permatang.
Tambahan sikit, boleh?
Boleh.
Berkenaan tadi saya sangat setuju dengan cadangan ATV dan sebagainya. Tapi saya sekali lagi saya memohon Kerajaan Negeri untuk kita sama-sama melihat semula berkenaan masalah pelesenan kerana ramai di tempat saya kita dah ada ATV, lepas tu nak bila kita nak operasi tak boleh tiada lesen jadi kerap Majlis datang dan saman dan sebagainya. Jadi, mereka ini tidak dapat berniaga dengan dalam keadaan yang tenang. Jadi, saya memohon sekali lagi untuk di kawasan luar bandar khususnya untuk kita sama-sama membantu peniaga-peniaga kita di luar bandar supaya dapatlah kita ketepikan birokrasi untuk pelesenan ini tambah lagi di kawasan seperti di Anjung Utara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan pelesenan ini kita ambil maklum dan kita juga perlu melihat sebenarnya supaya kawasan-kawasan yang peniaga ini melaksanakan perniagaan itu mestilah berada di dalam kawasan-kawasan yang telah diluluskan untuk memastikan tidak semua tempat yang belum digazetkan sebagai tempat perniagaan akhirnya menjadi tempat-tempat perniagaan dan pengurusan sampahnya dan sebagainya tidak dapat diuruskan dengan baik. Atas sebab itu sekiranya ada sesuatu perkara yang boleh memberi kebaikan kepada masyarakat dan ekonomi setempat di kawasan luar bandar ia boleh diatur dan disusun semula di peringkat kita dan juga PBT. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Speaker, sekian sahaja penggulungan pada hari ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan yang bernas sepanjang sesi perbahasan ini, yang menyentuh perkara-perkara di bawah portfolio seliaan saya. Sekian, dengan itu saya akhiri ucapan ini dengan mengajak semua pihak untuk menerus dan terus berganding bahu dalam memastikan Selangor kekal sebagai negeri maju dan makmur demi kesejahteraan seluruh rakyat di negeri ini. Sekian, Wabilllahi Taufik Walhidayah Wassalamu Alaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Terima kasih Sungai Air Tawar. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kinrara.
Terima kasih Tuan Speaker.
Buah mangga di dalam raga, Buat masakan lauk kerabu, Menjunjung kasih titah Baginda, Selangor makmur, aman dan maju.
Tuan Speaker, saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyembah hormat dan menjunjung Titah DYMM Sultan Selangor. Saya menyambut baik pandangan yang dilontarkan dalam isu-isu yang melibatkan Portfolio Pelaburan, Perdagangan, Industri dan Mobiliti Negeri Selangor. Tuan Speaker, saya buka ucapan penggulungan saya dengan dua berita. Berkaitan isu yang sangat rapat dengan rakyat negeri Selangor. Ia mengenai angka-angka yang menunjukkan keadaan sosio ekonomi negeri Selangor sedang berkembang dengan baik. Perkembangan ini antaranya dipacu oleh strategi pelaburan dan pembangunan industri yang tepat dan berkesan pasca Covid-19.
Berita pertama adalah mengenai kenyataan Jabatan Perangkaan pada awal bulan ini yang menyatakan Selangor sekali lagi merupakan negeri yang mencatatkan kadar
pengangguran yang terendah di Malaysia iaitu 1.7%. Manakala penyertaan tenaga buruh Selangor juga adalah tertinggi di Malaysia iaitu pada kadar 76.4%. Minggu lalu media melaporkan bahawa kadar jenayah indeks di Selangor telah menurun sehingga 12% tahun lalu. Menurut Ketua Polis Selangor, kedua-dua angka ini adalah saling berkaitan. Kadar pasaran buruh yang positif tentu sedikit sebanyak menyumbang kepada pengurangan kadar jenayah. Justeru, memberikan gambaran bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang berdaya huni untuk didiami serta baik untuk sektor pelaburan dan perniagaan. Sudah tentu sumbangan ini akan menyumbang kepada peningkatan kadar pelaburan KDNK Selangor. Selain itu, semalam satu lagi pelaburan bernilai tinggi telah dibawa masuk ke Anjung Utara Negeri Selangor di Lembah Beringin iaitu pembangunan kilang pemasangan kereta Chery dengan nilai pelaburan RM2.2 billion. Dengan sasaran untuk mengeluarkan 100,000 buah kereta setahun, kilang di atas tapak seluas 81 hektar ini juga akan didirikan pusat penyelidikan dan pembangunan untuk pemanduan sebelah kanan produk Chery. Selangor yang mempunyai lebih 50% ekosistem automatif di Malaysia tentu akan mendapat manfaat daripada rantaian bekalan ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat...
Yang Berhormat.
Untuk sembilan...
Sikit
Ya.
Batu Tiga.
Yang Berhormat, saya cuba untuk recall balik dululah, saya terbaca dalam satu akhbar Utusan yang disebut Chery Auto Malaysia akan melabur di Shah Alam. Apakah Yang Berhormat sebut itu mereka berpindah daripada rancangan asal Shah Alam ke Rawang ataupun bagaimana sebenarnya?
Bukan. Dia tidak berpindah dari Shah Alam ke Lembah Beringin tetapi dia membina satu lagi kilang yang lebih besar untuk pembuatan kereta Chery di Lembah Beringin kerana dia sangat yakin dengan Negeri Selangor dan juga dia sangat selesa dengan persekitaran di kawasan, infrastruktur di Negeri Selangor. Jadi, dia telah membuat satu keputusan, Syarikat Chery China telah membuat keputusan untuk melabur RM2.2 billion di Anjung Utara iaitu Lembah Beringin di Negeri Selangor.
Jadi, ini bukan berpindah dari Shah Alam. Shah Alam itu akan kekal dan juga akan, dia akan masukkan lebih banyak jenis model kereta Chery yang akan memasang di Shah Alam juga.
Jadi, Ahli-Ahli Yang Berhormat, untuk sembilan bulan yang pertama tahun 2024 Selangor telah mencatatkan angka pelaburan yang signifikan dengan sejumlah RM66.8 billion pelaburan diluluskan. Daripada jumlah ini 50,222 peluang pekerjaan baru telah diwujudkan dan 1,371 projek diluluskan. Minggu ini kita menjangkakan pihak MIDA akan mengumumkan data pelaburan diluluskan untuk seluruh tahun 2024. Kerajaan Negeri berharap angka-angka ini akan terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negeri Selangor. Tuan Speaker, secara keseluruhan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Sungai Tua sejak 2018, jumlah pelaburan dicatatkan untuk negeri Selangor telah melepasi RM210 billion. Sebanyak 171,698 jumlah peluang pekerjaan telah dihasilkan di dalam tempoh tersebut. Pertumbuhan ini didorong oleh beberapa faktor antaranya kestabilan politik di Selangor serta peranan yang dimainkan oleh kakitangan kerajaan di dalam memberikan kelulusan-kelulusan dan memudah cara aktiviti pelaburan yang diselaraskan pihak Invest Selangor Berhad, iaitu agensi penggalakan pelaburan Negeri Selangor yang mengkoordinasikan pelaburan, perdagangan dan industri di negeri ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, anak-anak syarikat serta agensi-agensi persekutuan termasuk MIDA, MATRADE dan MITI kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak Invest Selangor dalam memacu pelaburan di Selangor. Tuan Speaker, perkara pertama...
Yang Berhormat.
Yang ingin saya sentuh.
Hulu Kelang, Hulu Kelang. Nak bagi?
Ya.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat ada menyatakan tadi untuk sembilan bulan pertama 2024, negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM66.8 billion dan ini merupakan satu peningkatan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sekiranya dibandingkan dengan tahun 2023, di mana sektor pembuatan dan perkilangan di negeri Selangor hanya 29.4%. Apakah peratusan sumbangan sektor pembuatan dan perkilangan kepada GDP negeri Selangor bagi tahun 2024? Terima kasih.
Laporan bagi tahun 2024 kalau tak salah saya MIDA akan umumkan dalam minggu ini. Ada kemungkinan dia akan umum pada hari esok. Jadi, buat masa ini apa yang kita ada adalah sembilan bulan yang pertama iaitu dari Januari hingga ke September. Sekiranya kita merujuk kepada, manufacturing...baik Selangor menyumbang...Ok, saya tak dapat cari angka tu buat masa ini tapi memang. Tak apa. Saya akan jawab ini pukul 2.00
2.30 nanti.
Saya akan dapatkan peratusan yang tepat.
2.30.
Tetapi saya tahu kenapa Yang Berhormat Hulu Kelang nak tanya soalan sebegini kerana nak membandingkan kenapa manufacturing ataupun pembuatan lebih rendah daripada sektor perkhidmatan. Adakah saya betul?
Yang Berhormat.
Saya tunggu jawapan dululah. Pukul 2.00, 2.30.
Okay, baik.
Jam telah menunjukkan jam 1.00 petang. Jadi, dengan ini saya tangguhkan sidang Dewan ke sebelah petang pada pukul 2.30 bukan pukul 2.00. 2.30. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Selamat Petang semua. Dewan Negeri Selangor pada petang ini mengalu-alukan kehadiran lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor daripada Kolej Islam Antarabangsa seramai 12 orang, yang diketuai oleh Saudara Nafiz Azizi, pelajar dari Fakulti Undang-Undang. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sambung semula sesi penggulungan dari pihak Kerajaan pada petang ini, saya silakan EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti.
Terima kasih Tuan Speaker, sebelum saya meneruskan penggulungan saya, saya ingin menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi. Jadi soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang adalah berkenaan dengan berapakah sumbangan bagi sektor pembuatan bagi tahun 2024. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Kelang, sumbangan bagi 2024 masih belum dikeluarkan lagi. Tetapi kalau saya rujuk kepada sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK pada tahun 2023 adalah setakat 30%.
Yang Berhormat, minta penjelasan, saya faham statistik untuk sumbangan sektor pembuatan dan perkilangan dalam tahun 2024 belum lagi dikeluarkan. Walaupun pagi ini Yang Berhormat, ada menyatakan bahawa dalam tempoh 9 bulan yang pertama. Dalam 2024 ada sejumlah RM66.8 bilion pelaburan yang diluluskan, namun saya ingin mendapatkan penjelasan dari segi peratusan, jumlah sektor pembuatan dan perkilangan, Yang Berhormat menyatakan MIDA belum mengumumkan. Tetapi Yang Berhormat tampil pada petang ini menyatakan pada tahun 2023 hampir 30% sumbangan sektor pembuatan dan perkilangan kepada ekonomi negeri Selangor. Sukacita saya menarik perhatian Yang Berhormat, dalam laporan yang telah dikeluarkan oleh The Edge Malaysia dan saya rasa gembiralah sekurang-kurangnya bila perbahasan saya minggu lepas, Yang Berhormat bersama-sama dengan saya tradisi membaca, tradisi keilmuan ini, jadi kita bukan bawa sentimen atau buat tuduhan. Kalau betul Yang Berhormat telah membaca laporan yang ada ditangan Yang Berhormat, sumbangan sektor pembuatan dan perkilangan kepada negeri Selangor pada tahun 2023 hanyalah lebih kurang 29.4%. Berbanding dengan sektor perkhidmatan sebanyak 61%. Jadi saya bangkitkan perkara ini dalam perbahasan, apakah ada tindakan Kerajaan Negeri untuk mengimbangi sektor-sektor utama ini dalam ekonomi negeri Selangor kerana kalau tidak seimbang ianya mungkin akan berlaku satu keadaan vulnerable kepada ekonomi negeri Selangor, jadi sementara 2024 belum ada statistik, Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengimbangi sumbangan sektor perkilangan dan juga sektor perkhidmatan di negeri Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya pasti Yang Berhormat Hulu Kelang pun faham bagi sebuah negeri yang maju, sumbangan ekonomi bagi sektor perkhidmatan sudah tentunya lebih tinggi daripada sektor pembuatan. Kita ambil contoh negara paling maju seperti di Singapura, di Jepun, dia punya sumbangan KDNK, sumbangan kepada sektor perkhidmatan juga jauh lebih tinggi daripada sektor pembuatan, lebih kurang sama dengan Selangor juga 70% daripada sektor perkhidmatan dan 30% daripada sektor perkhidmatan dan bagi negeri China, China walaupun dikenali sebagai the factories of the world sudah tentulah sektor pembuatannya adalah sangat hebat tetapi sumbangan sektor pembuatan hanyalah 54.6% berbanding dengan sektor pembuatan 36.5%. saya juga hendak petik satu publication dari world bank yang mengatakan, yang ini ditulis oleh Senior Economist with the Equitable Growth, Finance, and Institutions Vice-Presidency, Gaurav Nayyar, pakar ekonomi mengatakan half of workers in low and middle income countries are currently employed in the sevice sector and they are have become more productive since 1990s, enabling income gains jadi ini menunjukkan setiap sektor, setiap pelaburan pembuatan kita masuk ke dalam negeri Selangor, ia punya akan multi effect memberi manfaat kepada sektor perkhidmatan. Saya bagi contoh seperti kilang Chery yang kita baru bawa masuk semalam, apakah manfaatnya yang kita akan beri pada sektor perkhidmatan yang pertamanya seperti logistik, itu adalah di bawah sektor perkhidmatan dan juga AI, AI juga sebahagian dari sektor perkhidmatan, jadi sudah masuk ke dalam sektor perkhidmatan, jadi saya rasa Yang Berhormat Hulu Kelang tidak perlu bimbang sangat. Sebenarnya pembangunan ekonomi seperti macam ini adalah sangat sihat bagi negeri Selangor.
Yang Berhormat, saya tidak bimbang, cuma saya melontarkan pandangan supaya ada usaha untuk mengimbangkan. Kalau Yang Berhormat lihat di negeri Sarawak antara negeri yang mempunyai sumbangan yang besar kepada KDNK Malaysia dan juga simpanan yang terlalu besar. Di negeri Sarawak, sektor perkhidmatan 38.3% dan sektor manufacturing 26.5 %. ia hampir ada perimbangan di situ kerana kedua-dua sektor penting. Saya tidak mengatakan bahawa sektor pembuatan itu penting. Tetapi kita kena lihat dalam senario politik global pada hari ini, kedua-dua sektor ini mesti diberikan fokus oleh Kerajaan Negeri. Begitu juga dengan Johor, sektor perkhidmatan 54%, sektor pembuatan 30% jadi kalau negeri Selangor melihat ini sebagai penyumbang penting yang kita akan bincang sebentar nanti, saya ada beberapa perkara yang saya bangkitkan dalam memperhalusi perkiraan KDNK dan GDP per capital negeri Selangor dia ada pertimbangan dalam sektor-sektor utama ini dalam menentukan GDP percapital negeri yang berkenaan jadi saya hanya mencadangkan supaya kedua-dua sektor ini diberikan perhatian penting oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih. Kedua-dua sektor dan lain-lain itu memang merupakan sektor yang penting bagi penumbuhan ekonomi tetapi tapi ia merupakan satu trending yang biasa apabila kita semakin maju, sektor perkhidmatan itu akan semakin tinggi. Tuan Speaker, saya ingin sambung perkara yang seterusnya yang saya ingin sentuh adalah mengenai Dasar Speed Selangor atau pun yang dirangka khusus untuk mengekalkan daya saing pelaburan di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri berpandangan sistem penyampaian khususnya hendaklah diperkemas agar kelulusan kemajuan dapat diberi dalam tempoh yang singkat. Di dalam Ucapan Belanjawan Tahun 2024 Yang Amat Dato’ Menteri Besar telah menyatakan bahawa bagi meningkatkan lagi tarikan Negeri Selangor sebagai pilihan utama pelabur tempatan dan luar negara, Kerajaan Negeri akan memudahkan cara pelan perniagaan khususnya dari segi kebenaran merancang terutama pelan bangunan dan pelan infrastruktur. Pada masa tersebut, Kerajaan Negeri ada menyediakan inisiatif khusus bagi mempercepatkan proses hal penyelesaian, hal-hal tanah contohnya melalui pelaksanaan Dasar Kelulusan 100 Hari dan Skim Premium Khas namun tiada inisiatif yang tidak disediakan kelulusan pelan kemajuan. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelaburan Selangor Bilangan 1 Tahun 2024 telah mencadangkan Negeri Selangor turut memperkenalkan inisiatif sebagai salah inisiatif dalam usaha menarik pelaburan ke Negeri Selangor. Antara objektif yang disasarkan di bawah adalah untuk minimumkan isu-isu birokrasi dalam pentadbiran PBT dengan memberikan khidmat nasihat dan memudahkan pelabur menjalankan perniagaan di Selangor. Ini membolehkan pemaju memulakan operasi dalam tempoh yang ditetapkan mengikut perancangan perniagaan yang ditetapkan oleh pelabur. Selain itu, inisiatif ini akan memperhalusi permit pengeluaran secara ekspres yang berupaya menyingkatkan tempoh masa pemprosesan dokumentasi dari permohonan kebenaran merancang hingga mendapat sijil dan lesen untuk memulakan operasi. Lebih daripada itu dalam usaha menjadikan Negeri Selangor lebih kompetitif dalam persaingan aktiviti menarik pelaburan Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif bagi memudahkan cara proses perniagaan dengan memperkenalkan dasar Speed Selangor yang akan memendekkan tempoh kelulusan kebenaran merancang untuk kawasan industri dari 3.5 bulan kepada 14 hari sahaja. Program Speed Selangor memfokuskan penambahbaikan prosedur dan urusan sedia ada lebih cepat dan cekap kepada pelabur dan pemaju. Speed Selangor akan menumpukan bukan hanya kepada Industri AI, pusat data atau pusat semi konduktor. Namun akan turut meliputi lain-lain sektor lain yang menyumbang kepada pelaburan dan ekonomi Negeri Selangor seperti projek pembangunan, projek perkilangan dan kawasan perindustrian, komersial dan perumahan serta projek-projek yang berimpak tinggi yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Ini perancangan ekonomi negeri kini dalam proses penyediaan Speed Selangor yang dijangka untuk diangkat kelulusan MMKN pada April 2025.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat juga, terdapat beberapa PBT yang telah mula mendapatkan inisiatif yang mempermudahkan proses memulakan perniagaan di Selangor. Antaranya ialah Majlis Diraja Bandar raya Klang yang telah memperkenalkan permohonan fast track scheme dan pembangunan kawasan industri. Selain itu Majlis Perbandaran Hulu Selangor turut memperkenalkan inisiatif High Speed MPHS di mana melalui inisiatif ini, pihak MPHS telah memperkenalkan di bawah kaedah kelulusan seperti ;
i. MPHS 14 bagi kelulusan KN, kelulusan kerja tanah, pelan pembangunan, kelulusan dalam tempoh 14 hari. ii. MPHS 14 Development bagi kelulusan projek pelaburan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan yang dibawa oleh pihak Invest Selangor dan MIDA. iii. MPHS 14 yang ini untuk extention licence bagi permohonan kelulusan lesen. iv. MPHS 16J bagi proses kelulusan perubahan material bangunan seperti tadika, taska, pusat penjagaan, rumah pekerja, sekolah agama swasta, menara telekomunikasi, inap dusun dan tambahan bangunan industri teres. v. MPHS 8J proses kelulusan dalam tempoh 8 jam bagi pelan kelulusan untuk tambahan ubah suai kediaman yang sedia ada.
Jadi buat masa ini, MPHS telah memilih beberapa projek sebagai untuk diproses di bawah inisiatif yang di bawah diperkenalkan ini. Bagi melihat keberkesanan inisiatif yang diperkenalkan. Berdasarkan kaedah yang diperkenalkan oleh MPHS, kelulusan bagi material pembangunan bagi pemindahan taska dan pusat penjagaan hanya diberi tempoh dalam 16 jam mengikut syarat– syarat yang ditetapkan. Tuan Speaker, dasar Speed Selangor.
Tuan Timbalan Speaker, mohon mencelah.
Saya habiskan yang ini, adalah penting untuk meningkatkan melalui Kerajaan Negeri pelaburan-pelaburan yang bakal bertapak di Negeri Selangor.
Balakong ada, Hulu Kelang ada.
Hulu Kelang dulu.
Senior dululah.
Terima kasih.
Yang Berhormat ada menyebut tadi bahawa, antara tujuan Speed Selangor diperkenalkan
adalah untuk memendekkan tempoh dan proses kelulusan. Daripada 3.5 bulan kepada 14 hari. Ini satu tindakan yang baik untuk menarik lebih banyak pelaburan berpusat di Selangor. Dan antara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi adalah, kawasan-kawasan perindustrian yang melibatkan pelaburan yang tinggi seperti pusat data. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, Apakah benar sudah ada kelulusan sebanyak 36 pusat data di negeri Selangor dan sekiranya kelulusan ini diberikan dalam tempoh yang dinyatakan tadi, Apakah pertimbangan yang diberikan kepada pemohon-pemohon ini, kerana untuk melabur dalam pusat data ini. Antara dua perkara yang harus diberi perhatian soal bekalan air dan bekalan elektrik yang mencukupi maka persoalan saya, Apakah tenaga elektrik mencukupi bukan sahaja untuk keperluan domestik, dan juga industri tetapi untuk pusat-pusat data yang sudah bercambah sebanyak 36 yang disebut oleh Dato’ Menteri Besar pada minggu lepas yang telah diluluskan. Dan yang keduanya tentang bekalan air yang diperlukan dengan jumlah yang begitu besar apakah bekalan air dan elektrik mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik di negeri Selangor, industri dan pusat-pusat data yang dinyatakan ini. Terima kasih.
Seterusnya Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat saya ingin bertanya sejauh manakah keboleh laksanakan 14 days approval ini memandangkan di PBT OSC bermesyuarat sebanyak 2 kali sebulan dan juga sebelum ini kita hendak tibakan KM ini kita perlu dapatkan ulasan daripada pelbagai agensi jadi ini soalan saya.
Soalan tambahan.
Batu Tiga tiada ke?
Yang Berhormat bila Yang Berhormat sebut tentang Dasar SPEED Selangor saya menyambut baik kerana kita boleh mempercepatkan proses namun saya ingin tanya adakah ada limitasi contohnya satu industri itu hendak datang ke Negeri Selangor adakah kita yang menetapkan tempat di mana mereka patut berada contohnya automotif ada di Rawang, logistik ada di mana so adakah limitasi itu dan boleh atau tidak sekiranya panduan itu diberi lebih awal oleh pelabur-pelabur supaya mereka tidak tersalah tempat. Nanti pergi MPHS kata tidak boleh pula maksudnya tidak kena dengan rancangan bandarnya pergi MPAJ kata tidak sesuai pula so kalau panduan itu ada lebih awal saya ingat itu akan lebih cepat mengurangkan proses dipihak pelabur-pelabur. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Kuala Kubu Baharu.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat berapa lama diambil oleh MPSH untuk memberikan kelulusan kepada Pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park yang barau-baru di lancar Beringin High-Tech Auto Valley di Hulu Selangor? Terima kasih.
Baik, nampaknya ramai yang berminat dengan pelaksanaan Speed Selangor ini memang penting saya setuju dengan Hulu Kelang dan Hulu Kelang juga bersetuju Speed Selangor ini merupakan satu inisiatif yang baik daripada Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor. Untuk menjawab soalan.
Inisiatif ini sudah lama masa saya di MITI. Ini penjenamaan semula, rebranding.
Mana ada Speed Selangor baru sahaja Yang Berhormat Hulu Kelang.
Hulu Kelang bagi ruang kepada YB EXCO berjawab.
Hulu Kelang terimalah hakikat. Terima hakikat Hulu Kelang.
Tidak apa, sabar. Untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor berkenaan Data Centre. Bilangan Data Centre Yang Berhormat Hulu Kelang yang berkenaan berapakah Data Centre yang berada di Negeri Selangor. Buat masa ini 32 seperti yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar dan soalannya adakah bekalan air dan elektrik mencukupi buat masa ini. Saya telah adakan mesyuarat bersama TNB dan juga bersama Air Selangor dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi dan buat masa ini kita mempunyai bekalan mencukupi untuk menampung keperluan daripada Data-data Centre dan ada beberapa projek untuk menjana elektrik yang sedang diadakan di Negeri Selangor jadi bekalan elektrik dan air memang merupakan bekalan yang penting dan ini kita akan sentiasa pantau supaya ia tidak menjejaskan bekalan kepada kediaman dan kawasan komersial yang lain. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang. Untuk menjawab soalan daripada Balakong dan Batu Tiga berkenaan Speed Selangor kelulusan 14 hari adakah dapat dicapai dan juga di manakah tempat yang sesuai bagi pelabur. Jadi sebelum satu pelabur masuk ke dalam Negeri Selangor biasanya kita akan memberi cadangan beberapa lokasi yang sesuai kepada industri tersebut. Jadi kita serah
kepada mereka untuk memilih dan juga mereka negotiate harga yang berpatutan dengan pemaju industri tersebut. Jadi ini kita akan memberi cadangan dahulu supaya mereka dapat memilih satu lokasi yang sesuai dan tepat. Yang ini seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu tiga itu memang betul kita hendak mereka beli lokasi yang sesuai bagi industri mereka.
Bagi soalan daripada Balakong sekarang kita tengah menggariskan satu garis panduan untuk Speed Selangor dan akan di laksanakan setelah ia dapat kelulusan daripada MMKN. Apa yang kita akan lakukan dalam Garis Panduan Speed Selangor ini adalah proses-proses ini akan di proses serentak akan dijalankan serentak. Seperti dahulu cara dahulu ataupun kaedah lama kita perlu tunggu A lulus baru boleh masuk ke B, B lulus baru masuk ke C jadi bagi Speed Selangor ke semua proses ini akan di proses secara serentak. Jadi 14 hari itu saya yakin kita dapat mencapai kita punya sasaran.
Bagi soalan daripada KKB bertanya berapa lamakah permohonan Chery berapa lama ia akan ambil untuk memproses permohonan daripada Chery baru diumumkan semalam. Sebenarnya kita masih menunggu Chery mengemukakan permohonan mereka tapi saya yakin dengan pengalaman yang ada pada Majlis Perbandaran Hulu Selangor kita dapat melaksanakan atau pun memproses permohonan mereka dalam masa yang tersingkat lebih kurang 100 hari yang kita janji kepada Chery sebelum ini. Jadi tiada soalan lagi untuk Speed Selangor?
Yang Berhormat, mohon mencelah.
Bagi ruang kepada siapa Yang Berhormat.
Ketua Pembangkang dahulu.
Ketua Pembangkang dahulu.
Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Saya hendak minta penjelasan sahaja 32 atau 36? Jawapan Dato Menteri Besar dalam Dewan ini pada minggu lepas 36, kalau Yang Berhormat kata 32 betulkan balik 32 itu yang pertama.
Yang ini saya semak semula saya akan bagi tahu 32 atau 36.
Jangan bercanggah dengan Menteri Besar, bahaya masa depan politik.
Saya menurut data yang saya ada 32.
Ok baik, terima kasih.
Tapi ada berkemungkinan Dato’ Menteri Besar mengambil kira yang dalam proses yang belum complete ada kemungkinan kerana memang ada beberapa Data Centre yang dalam pembinaan.
Ok, kalau Yang Berhormat boleh bagi secara bertulis.
Baik boleh.
32 atau 36.
Yang keduanya the ease of doing business ini adalah satu pendekatan yang baik yang saya sebut tadi. Tetapi inisiatif ini telah dimulakan oleh MPC, Malaysian Productivity Corporation di bawah MITI dan program-program inisiatif ini telah bermula lama sebelum ini. Antaranya MyMudah, itu juga tujuannya adalah untuk mengurangkan birokrasi dalam memberikan kelulusan. Kalau di Selatan Malaysia. Kita ada The Johor Fast Lane dan juga The New Deal For Business. Jadi saya tidak mahu bergaduh dengan Yang Berhormat Kinrara. Pokoknya perkara ini telah bermula lama, tujuannya dengan menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia sudah tentulah pelaburan ke Selangor pun mesti melalui MITI kerana semua insentif adalah dikeluarkan oleh MITI dan Kementerian Kewangan. Jadi mereka juga akan mengguna pakai aplikasi dan juga platform MyMudah ini untuk memberikan kemudahan dan facilitate application by our foreign investor . Terima kasih Yang Berhormat.
Ya saya tidak kata agensi lain ataupun Kementerian lain Negeri lain tidak ada satu kaedah yang lebih kurang sama tetapi apa saya hendak nyatakan di sini Selangor sekarang kita hendak laksanakan Speed Selangor. Kalau semua Negeri dan semua Kementerian ada Fast Trak atau Speed apa-apa pun itu bagus untuk Negara kita perlu bekerjasama dengan semua Kementerian dan agensi yang berkaitan supaya Negara Malaysia ini menjadi destinasi pelaburan utama. Setujukan Yang Berhormat Hulu Kelang.
Setuju tapi lambat start.
Mana lambat? Terima kasih. Siapa lagi? Ya.
Permatang.
Terima kasih Yang berhormat EXCO. Sekarang ini memandangkan kita semua sedang bergerak mementingkan betapa penting keterjaminan makanan. Terutama sekali di Selangor jadi saya lihat Dasar Speed ini adalah satu dasar industri perumahan dan sebagainya. Soalan saya adakah sektor pertanian untuk mengusahakan penternakan dan usaha pertanian juga boleh menggunakan Dasar Speed ini dalam proses memohon kebenaran merancang di tempat mereka, di perusahaan mereka kerana di tempat saya Yang Berhormat memang ramai sekarang ini contohnya pengusaha penternak ayam. Jadi untuk memohon kebenaran merancang itu amat sukar bagi mereka jadi saya harap sekiranya belum saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk mempercepatkan Dasar Speed ini applicable untuk pertanian juga.
Terima kasih kerana setuju pentingnya ada Speed Selangor. Sebenarnya saya tidak nampak masalah sekiranya Speed Selangor ini boleh dilaksanakan di kawasan perindustrian kenapa bidang lain sektor lain tidak boleh. Bagi Sektor pertanian ini saya akan serahkan kepada EXCO Pertanian untuk usahakan Speed Selangor bagi sektor pertanian. Boleh? Boleh.
Yang Berhormat Sungai Pelek dan Lembah Jaya ada bertanya mengenai maklumat terkini berkenaan dengan Pembangunan Aeroangkasa di Selangor khususnya pembangunan di Sepang dan Subang. Untuk makluman beberapa susulan bersama pihak berkepentingan telah dilakukan bagi mencari hala tuju yang baharu bagi Pembangunan Industri Aeroangkasa di kedua-dua lokasi ini. Pada Julai tahun lalu satu MOU di antara MHV dan MBI telah ditandatangani. Untuk MBI dan MHV bersama memajukan pembangunan dan pemasaran zon 3 dan zon 4 di Lapangan Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. Cadangan pembangunan oleh MHV ini dikenali sebagai Subang Airport Regeneration Pelan di atas tanah seluas kira-kira 90 ekar terletak di zon 3 dan zon 4. Pada masa ini proses ketekunan wajar ataupun due diligence sedang dijalankan. Proses ini meliputi aspek kewangan, komersial, undang-undang dan juga kajian pemasaran bagi sektor yang berkaitan dalam menentukan kedudukan aset semasa, perjanjian atau kontrak-kontrak yang masih aktif. Manakala cadangan pembangunan akan meliputi aspek kos unjuran kewangan dan seterusnya penentuan jumlah suntikan ke dalam syarikat tujuan khas ataupun SPV yang diperlukan bagi kedua-dua pihak. Proses ketekunan wajar ini akan dimuktamadkan menjelang suku kedua tahun ini. Di Sepang pula terdapat sedikit perubahan ke atas cadangan tapak lokasi bagi tujuan pembangunan Projek Selangor Aeropark ataupun SAP yang mana dahulunya Projek
SAOP dirancang dan dibangunkan di atas tanah yang terletak persempadanan dengan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Namun kini lanjutan daripada beberapa sesi perbincangan pihak MHV bersetuju berhubung cadangan pembangunan SAP di dalam perimeter 10 kilometer darab 10 kilometer Aeropolis secara usaha sama antara pihak MBI dengan MHV. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk memuktamadkan terma dan syarat berhubung cadangan tersebut sebelum Jun 2025. Selain daripada itu, Mesyuarat Pasukan Petugas Pelaksanaan Projek IDRISS Bilangan 2/2024 bertarikh 27 Ogos 2024 dan keputusan MMKN Ke 32/2024 bertarikh 13 November 2024 juga telah menimbangkan dan meluluskan permohonan perakuan cadangan Projek IDRISS bagi Projek- Projek di KLIA Aeropolis seperti berikut. Yang pertamanya pembangunan Aeropolis Industrial Park fasa 1, yang kedua Pembangunan Aeropolis Resort City fasa 1, yang ketiga Pembangunan Aeropolis Solar Park fasa 1 dan keempat Pembangunan KLIA Aero Hub atau Aeronautical Support June bagi fasa 1. Di Mukim Bandar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang daerah Sepang oleh Tetuan Malaysia Airport Holding Berhad selaras dengan kelulusan ini pihak pemaju layak untuk menikmati insentif-insentif di bawah IDRISS yang telah diluluskan oleh Pihak berkuasa Negeri pada 14 Disember 2022. Ringkasnya Projek Pembangunan KLIA Aeropolis oleh MHV kini telah pun mendapat kelulusan untuk dimasukkan sebagai salah satu pembangunan di bawah Projek IDRISS. Ini akan melancarkan kerjasama yang terjalin di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk bersama membangunkan industri Aeroangkasa di Sepang melalui kerjasama strategik MBI dan MHV.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam kerangka Selangor Mobiliti, Selangor telah menjadi satu-satunya Negeri yang terkehadapan dalam cadangan pembinaan Jajaran Rel Kita Selangor. Kajian keboleh laksanakan yang bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat akan mengenal pasti bagaimana projek ini boleh dan mampu dilaksanakan bukan kajian di atas kertas semata-mata. Kerajaan Negeri menyambut baik saranan Yang Berhormat Sungai Pelek yang mahukan jajaran ini terlaksana dengan segera. Kita percaya, jika hasrat ini mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat memuktamadkan modal pembiayaan yang lestari, kita akan dapat melihat projek ini dapat dimulakan dan dibina dalam tempoh 10 tahun secara berfasa. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Sijangkang ada bertanya mengenai kadar penggunaan perkhidmatan Bas Smart Selangor dari KLIA ke Sepang. Sebagai justifikasi keperluan jajaran Rel Kita Selangor di kawasan tersebut. Untuk makluman laluan SPG 1 (Tanjong Sepat - Pekan Sungai Pelek - Pekan Sepang - KLIA - KLIA 2) kini mencatatkan jumlah 320,824 penumpang pada tahun lalu. Kawasan ini telah bertambah sesak memandangkan terdapat pelbagai peluang pekerjaan dan pembukaan kawasan perumahan baru di Sepang dan KLIA.
Yang Berhormat Dusun Tua, Yang Berhormat Lembah Jaya, Hulu Bernam dan Pelabuhan Klang membangkitkan keperluan perkhidmatan bas di kawasan masing-masing. Secara dasarnya, Kerajaan Negeri pada waktu ini akan memberi fokus kepada isu kesesakan lalu lintas yang serius dan sedang dihadapi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Dengan pengenalan kepada sistem pengangkutan yang lebih menyeluruh bersama penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam utama seperti Prasarana dan KTM. Usaha ini dibuat bagi memudahkan mobiliti rakyat untuk bergerak dalam keadaan selamat dan selesa tanpa membazirkan waktu di dalam kenderaan yang seterusnya menjejaskan produktiviti dan kehidupan mereka. Salah satu dokongan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kini adalah untuk menyokong lorong bos yang di usaha sama oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan Prasarana di Ampang. Kerajaan Negeri menyambut baik sokongan daripada Yang Berhormat Lembah Jaya yang mengalu-alukan inisiatif laluan khas bas yang dijalankan di Jalan Ampang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Memang betul, ini adalah Laluan Khas Pertama di Selangor yang dilaksanakan oleh pihak Prasarana setelah mendapat kelulusan dan sokongan JKR Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Dikenali sebagai Laluan Bas 300, kekerapan trip pada waktu puncak kini adalah 5 minit dengan kapasiti pengoperasian 23 buah bas, dengan purata 10,870 penumpang setiap hari.
Sehingga kini, beberapa Laluan Khas Bas telah beroperasi seperti di Kuala Lumpur iaitu di Jalan Ampang, Jalan Genting Klang dan Jalan Klang Lama telah menampakkan hasil dari segi kecepatan masa perjalanan memandangkan jumlah bas yang beroperasi semasa waktu puncak adalah tinggi. Saya berharap usaha ini akan memperoleh sokongan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing dan Kerajaan Negeri bersama Pihak Prasarana akan bekerjasama rapat untuk memantau pelaksanaan Laluan Khas Bas ini. Melalui inisiatif tersebut, Kerajaan Negeri juga sedang merangka dan menyusun zon-zon Sistem DRT bagi melengkapi laluan bas ini memandangkan laluan bas ini adalah laluan utama yang mempunyai bilangan penumpang yang amat tinggi. Sistem DRT boleh menjadi feeder kepada laluan tersebut. Mengenai pelaksanaan penuh DRT, Kerajaan Negeri melalui MBI kini sedang memuktamadkan proses Request for Proposal (RFP) dengan cadangan beberapa zon DRT baru akan dibuka. Selepas proses RFP bermula, pelaksanaan penuh program DRT ini dijangka akan dijalankan menjelang April 2025.
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri percaya masih terdapat ruang yang masih boleh diperbaiki bagi meningkatkan prestasi pelaburan, perdagangan, pertumbuhan industri dan penyusunan semula mobiliti Negeri Selangor. Walaupun prestasi-prestasi ini, berdasarkan angka-angka tersebut menunjukkan peningkatan, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan terus mempertingkatkan daya usaha dalam mencari pelaburan-pelaburan baru, di samping memastikan syarikat-syarikat perkilangan dan perkhidmatan
sedia ada akan terus kekal di sini, menyumbang ke arah KDNK Negeri, seterusnya membekalkan peluang kerja bernilai tinggi untuk rakyat Selangor. Sekian sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti.
Yang Berhormat Speaker, boleh saya tanya? Ada soalan tentang tracked defisit belum jawab. Itu satu topik yang besar.
Tracked defisit.
Ya.
Baik. Maaf, saya jawab ya. Kalau kita nak banding tracked defisit kita harus banding dengan tahun-tahun yang lepas. Adakah nilai eksport dan nilai eksport itu menambah atau merosot. Kalau kita banding tahun 2024 dan tahun-tahun sebelum ini, sebenarnya pada tahun 2024, bagi 9 bulan yang pertama kita nampak peningkatan eksport dan juga peningkatan import bersekali. Ini menunjukkan ekonomi masih dalam satu trend ataupun pertumbuhan yang sihat. Kenapa import di negeri Selangor lebih tinggi daripada eksport. Ini tidak bermakna ekonomi, prestasi ekonomi negeri Selangor ini tidak baik, yang ini merupakan satu trend yang biasa bagi negeri Selangor kerana kita ada Pelabuhan Klang. Kita ada KLIA dan Subang Airport. Barangan-barangan yang import melalui port utama seperti Pelabuhan Klang. Saya bagi contoh sebagai makanan, makanan merupakan salah satu barang import utama yang masuk ke dalam negeri Selangor. Jadi makanan ini dengan jumlah 7 juta penduduk di kawasan Selangor kita tak dapat habiskan semua makanan yang masuk melalui Pelabuhan Klang. Makanan ini akan dihantar ke negeri-negeri lain bagi penduduk yang lain. Kita nak kongsi makanan ini dengan penduduk negeri lain. Ya.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya kurang setuju, dengan jawapan bahawa negeri Selangor ini adalah pintu masuk utama terhadap produk-produk ataupun raw materials yang dibuat import daripada negara luar. Memang benar Selangor ada pelabuhan, ada lapangan terbang yang merupakan pintu masuk. Tetapi, kalau itulah alasan yang digunakan oleh Yang Berhormat, tidak berlaku inflasi, yang begitu tinggi di negeri Selangor. Sebab dari segi logistic cost and also distribution cost itu lebih rendah daripada negeri-negeri yang lain. Kerana barangan-barangan itu di bawa masuk daripada Pelabuhan Klang daripada KLIA sudah tentulah kosnya lebih murah. Tetapi tidak berlaku di negeri Selangor. Kerana distribution cost dan juga kos pengagihan itu terlalu tinggi, menyebabkan harga barang
melambung naik. Yang Berhormat juga sedia maklum, mungkin hampir 60 % daripada intermediate goods yang kita import ke dalam negara ini, melalui pintu-pintu masuk ini dan dengan nilai ringgit yang rendah ataupun belum mengukuh sudah tentulah barangan-barangan ini mahal Yang Berhormat untuk diimport. Sebab itu, kita kena pastikan intermediate goods yang dibawa masuk ini, dan dibantu dengan sokongan Kerajaan Negeri kepada SME kita dan industri kita. Kita dapat add value kepada produk ini dan kita eksport semula. Itu yang pertama, yang kedua kalau Yang Berhormat lihat daripada segi perincian, one other items yang terkandung dalam main export of negeri Selangor. Kita mengatakan kita adalah hab dalam sektor pembuatan dan perkilangan. Kita adalah hab Semiconductor. Tetapi kalau Yang Berhormat lihat kepada jumlah export integrated electronics circuit. Baru RM33.8 bilion. Berbanding dengan Pulau Pinang RM198.8 bilion. Jadi bagaimana kita nak bersaing dengan negeri-negeri lain kalau jumlah eksport kita masih rendah. Itu di kalangan produk yang kita banggakan sebagai menjadi hab di negeri Selangor. Kalau Yang Berhormat lihat di Sarawak, natural gas yang kita sedia maklum L & G mencatatkan RM54 bilion ringgit. Tetapi kalau jumlah eksport kita pada tahap yang lama, tetapi jumlah import meningkat ini menyebabkan tracked defisit ataupun yang saya nyatakan dalam perbahasan saya, sudah mencecah RM70 bilion ringgit. Maka saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat sementara Yang Berhormat mengatakan jumlah eksport meningkat, jumlah import meningkat tetapi penyelesaian tracked defisit tidak dinyatakan di dalam dewan ini, sekurang-kurangnya kita mengambil satu langkah memastikan intermediate goods, yang dibawa masuk melalui pintu-pintu ini. Dapat di manfaatkan oleh our own local players SME’s untuk add value dan eksport semula. Bagi meningkatkan jumlah eksport negeri Selangor. Itu pandangan dan saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat.
Yang itu, saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang bahawa intermediate goods itu ada value added. Kita perlu add value kepada barangan yang masuk, lepas itu kita boleh re-export. Contoh yang terbaik adalah pelaburan yang kita baru bawa masuk semalam Chery. Chery akan bawa masuk komponen-komponen yang separuh siap dan dia akan bawa masuk ke Lembah Beringin untuk siapkan komponen itu pasang dalam kereta Chery dan eksport ke negara-negara lain. Jadi dengan kaedah macam ini kita dapat meningkatkan nilai eksport di dalam negeri Selangor dan satu perbandingan yang saya kurang setuju iaitu perbandingan negeri Selangor dengan negeri Pulau Pinang bagi sektor semiconductor. Seperti apa yang semua yang sedia maklum, bagi sektor semiconductor di Pulau Pinang mereka adalah fokus pada downstream iaitu testing dan packaging for the in product, finish product, bagi produk semiconductor yang lepas itu siap dia beri eksport ke negara-negara yang lain. Tetapi di negeri Selangor fokus kita, kita mempunyai fokus kepada IC Design, pada fronts end semiconductor. Jadi, kedua-dua ini walaupun dalam sektor semiconductor, tetapi dalam rangkaian yang berbeza, satu front end, satu back end.
Jadi, kita tak boleh buat perbandingan seperti macam itu. Tetapi pada masa yang akan datang, selepas kita punya IC design part 2 jadi matang dan kita ada IP sendiri, saya yakin lebih banyak kilang yang buat apa itu advance packaging akan membina kilang-kilang mereka di negeri Selangor dan pada masa itu kita punya eksport E&E ia ini akan dapat meningkat.
Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat EXCO ada lagi nak beri ruang. Tak ada?
Soalan tambahan. Sikit je, ini fasal Chery tadi. Saya nak tanya. Terima kasih. Terima kasih saya faham dia boleh jawab. Ini gulunglah, sesi penggulunganlah. Saya nak tanya ini Syarikat Chery. Yang Berhormat sebut tadi, bahawa syarikat ini, akan membawa sebahagian komponen daripada negara asal iaitu China dan kemudian pemasangan di sini dan dieksport semula. Saya nak tanya 2 soalan. Ke mana produk ini akan dieksport? Saya percaya, Yang Berhormat juga sedia maklum bahawa dengan perang perdagangan di antara China dengan Amerika, mereka sedang memantau. Apakah ada sebarang components yang di bawa masuk daripada China, yang menyebabkan mereka akan import sanctions kepada produk-produk dan ini akan menghalang keupayaan kita untuk mengeksport ke Amerika Syarikat, ke beberapa negara di Eropah. Jadi, kalau Yang Berhormat limit your export capacity back to China ataupun just dalam rantau ASEAN saya ingin lihat, Apakah kesan positifnya. Kerana kalau ada komponen yang di bawa masuk daripada negara yang berkenaan kita harus berhati-hati kerana sebagai sebuah negara dagang yang kecil. Malaysia harus menjalin hubungan ekonomi yang baik dengan trading partners kita termasuk Amerika, Kesatuan Eropah, negara-negara Timur Tengah dan juga di rantau Asia ini. Jadi saya pohon pencerahan daripada Yang Berhormat.
Pada permulaannya, bagi Chery soalan utama adalah Malaysia dan juga rantau ASEAN dan bagi pasaran Eropah dan Amerika mereka ada kilang kat sana masing-masing. Dia kerjasama dengan kilang pembuatan automotif di negara-negara itu. Jadi dia tidak menimbulkan masalah sekiranya ada apa-apa sanctions ataupun duty yang akan dikenakan oleh Amerika Syarikat dan iaitu hanya permulaan. Sebenarnya localization program oleh Chery telah bermula. Di mana Chery dalam rancangan Chery ia akan memberi peluang kepada local vendor supaya local content itu dapat mencapai satu peratusan yang berpatutan dan membantu SME di negeri ini untuk membangun bersekali dengan Chery, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, sekarang giliran EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan untuk menggulung, silakan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang dalam sesi perbahasan Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku tempoh hari yang cukup berminat menaruh minat terhadap portfolio saya iaitu Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kampung Baru dan antara isu-isu yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat sekalian khususnya isu berkaitan dengan sampah, Yang Berhormat Gombak Setia, Sungai Kandis, Yang Berhormat Semenyih, Yang Berhormat Jeram, Yang Berhormat Morib, Yang Berhormat Pelabuhan Kelang, Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Kajang, Yang Berhormat Ijok, Yang Berhormat Sungai Ramal, Yang Berhormat Batu Tiga, Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Sementa, Yang Berhormat Sungai Burong, Yang Berhormat Seri Serdang, seluruhnya banyak menyentuh tentang isu-isu sampah yang berbangkit dan saya mengambil maklum, saya mengambil maklum teguran duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkaitan isu pengurusan sampah yang perlu ditangani dengan segera dan komprehensif terima kasih diucapkan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu yang berkaitan pengurusan sampah di Selangor keprihatinan yang ditunjukkan. Oleh semua Yang Berhormat dan cadangan-cadangan yang diberikan akan diambil serius dan pihak kerajaan Negeri bertekad untuk melaksanakan langkah yang lebih efektif dan menangani isu ini demi kesejahteraan rakyat Negeri Selangor dan kelestarian alam sekitar.
Tuan Timbalan Speaker, isu sampah merupakan satu cabaran besar yang dihadapi oleh Negeri Selangor sebagai sebuah negeri maju dengan kepadatan penduduk yang tinggi sehingga mencecah 7.3 juta orang. Negeri ini menghasilkan sekitar 7000 tan sisa pepejal setiap hari, atau satu per empat daripada jumlah sampah yang dihasilkan di Malaysia sehari. Peningkatan pembuang sisa ini terutamanya yang melibatkan sampah domestik terus meningkat saban tahun dengan kadar purata peningkatan antara tiga hingga tujuh peratus. Kerajaan Negeri sedar bahawa pengurusan sisa pepejal bukan sekadar operasi harian tetapi merupakan satu isu global yang sentiasa berkembang satu penyelesaian yang menyeluruh apatah lagi isu ini berkait rapat dengan peningkatan populasi dan perubahan gaya hidup kemajuan teknologi serta faktor sosial dan ekonomi rakyat di Negeri ini.
Justeru itu satu pelan tindakan komprehensif telah dirangka bagi mengatasi isu pengurusan sampah. Di Negeri ini secara tuntas tindakan ini bukan sahaja tertumpu pada penambahbaikan dalam sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui, malah turut menumpukan kepada usaha meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan serta pengasingan sisa dari punca.
Untuk pelaksanaan program-program pendidikan dan kesedaran awam mengenai pentingnya kebersihan dan tanggungjawab mengurus sisa dengan baik dengan betul akan terus dipergiatkan di kalangan pelajar sekolah dan komuniti, kerjasama daripada syarikat swasta, NGO juga akan dipertingkatkan terutamanya dalam melaksanakan kempen kitar semula diharapkan melalui usaha ini masyarakat akan lebih peka terhadap tanggungjawab mereka dalam menjaga kebersihan persekitaran serta mengurus sampah dengan lebih bijaksana, jadi kita akan teruskan sampah kita pengurusannya dengan bukan sahaja bersihkan sampah, malah kita akan kekal pentingnya pengasingan sisa dari kita dia akan demi kebaikan kita, pengasingan sisa dari kita demi kebaikan kita, dengan izin (bahasa cina) maksudnya pengasingan sisa dari kita, demi kebaikan kita semua.
Selain itu, Kerajaan Negeri akan terus mengukuhkan program pengasingan sisa di punca di mana setiap isi rumah wajib mengasingkan sampah mengikut kategori seperti sisa organik, barangan kitar semula, dan bahan buangan berbahaya program ini bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat dan mengurangkan jumlah sisa yang perlu diuruskan oleh pihak berkuasa. Kerajaan Negeri menerusi KDEB Waste Management dan Worldwide Sdn. Bhd. turut mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan teknologi dan inovasi baru bagi meningkatkan kecekapan sistem pengurusan sampah di Negeri Selangor antara contoh teknologi, yang baru yang diperkenalkan adalah melalui pembangunan Integrated Solid Waste Management Center (ISWMC) di Tanjung Dua Belas di mana teknologi canggih digunakan bagi mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula daripada sisa yang perlu dilupuskan. Selain itu sebanyak 4 projek Waste To Energy (WTE) telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan 2 daripadanya terletak di Jeram dijangka akan siap sepenuhnya pada Disember 2025, teknologi WTE bukan sahaja mampu mengurangkan jumlah sisa yang perlu dilupuskan tetapi juga menghasilkan tenaga yang boleh digunakan untuk keperluan elektrik Negeri Selangor ini adalah langkah yang signifikan dalam usaha memelihara alam sekitar dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri turut mempertimbangkan penggunaan tong sampah pintar yang menggunakan teknologi gabungan QR Code dan argument realiti melalui AR Glass penggunaan tong sampah pintar atau lebih dikenali sebagai Smart Bin yang akan mula perkenalkan oleh KDEB Waste Management mulai suku tahun ketiga tahun 2025 ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan pemantauan mengurangkan kesilapan manusia serta mempercepatkan proses kutipan sampah secara sistematik dan telus. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan kebersihan dan pengurusan sampah di Negeri Selangor berada di tahap yang terbaik untuk makluman Yang Berhormat sekalian, kekerapan kutipan sampah di Negeri Selangor adalah lebih baik berbanding negeri-negeri lain kutipan sampah di kawasan perumahan atas tanah landed
properties di Selangor dilakukan tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat atau Selasa, Khamis, dan Sabut manakala di negeri-negeri lain kutipan sampah dilakukan hanya dua kali seminggu. Kerjaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan KDEB Waste Management turut melaksanakan kutipan sampah dengan kekerapan yang sama di kawasan kampung. Dengan kekerapan ini kawasan perumahan dan kawasan dan kampung sentiasa dalam keadaan bersih dan bebas daripada timbunan sampah. Ini secara langsung mengurangkan risiko pencemaran dan mengekalkan persekitaran yang sihat dan selesa untuk penduduk. Pihak Kerajaan Negeri juga tidak terlepas pandang akan kepentingan pengawasan undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam, langkah tegas akan diambil terhadap individu atau pihak yang didapati melanggar peraturan dengan mengenakan denda yang berat dan tindakan undang-undang sewajarnya, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan bekerjasama dengan syarikat pengurusan sisa pepejal dan masyarakat setempat dalam usaha memastikan keberkesanan penguasaan undang-undang ini dengan adanya kerjasama yang erat diharapkan isu pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor dapat ditangani dengan lebih berkesan dan efisien. Saya percaya langkah-langkah penguatkuasaan yang tegas dan kesedaran yang tinggi dalam keadaan masyarakat rakyat adalah kunci kepada kejayaan usaha ini. Kerajaan negeri telah mengeluarkan perbelanjaan yang amat besar bagi pengurusan tapak pelupusan sampah pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM607,789,829.20 untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan.
Ijok
Y.B. DATO’ NG SUEE LIM
: Ya Ijok silakan
Terima kasih kepada Sekinchan yang memberi peluang untuk Ijok bertanya. Ijok, ingin mencelah berkenaan dengan apakah jenis hukuman denda yang dikenakan kepada pihak didapati bersalah membuang sampah secara haram? Ijok agak keliru dengan jawapan bertulis ini yang mana Ijok ada bertanya, Apakah jenis-jenis hukuman atau denda yang dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah membuang sampah secara haram di kawasan lembangan Sungai Buloh. Jawapannya mengambil tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil, pungutan pembuangan sampah dan pelupusan sampah-sarap 2007 dengan jumlah kompaun maksimum RM1000.00. Tetapi apa yang terdapat dibina yang dipasang di tapak pelupusan sampah tersebut dilarang membuang sampah di sini denda RM2000.00. Jadi di situ agak keliru di mana berapakah sepatutnya atau pun denda yang dikenakan sama ada RM1000.00 ataupun RM2000.00 itu satu. Yang keduanya, Adakah dengan nilai RM1000.00 atau 2000.00 ini memadai kompaun yang dikenakan kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah kerana saya kira nilainya terlalu kecil.
Yang ketiga, Ijok ingin menambah berkenaan dengan tapak pembuangan sampah sebelum ini ada mengatakan berkenaan projek infrastruktur di bawah Skim Jaminan Air Mentah SJAM di mana projek ini bernilai 320juta. Untuk makluman Y.B. EXCO, sewaktu kami Jawatankuasa Infragro membuat lawatan tempoh hari, bersebelahan dengan kolam tersebut ada kawasan pembakaran sampah, Ijok sudah meneliti dekat situ terdapat tapak pembuangan sampah haram berhampiran dengan kolam SJAM yang jaraknya lebih kurang 120 meter, di lotnya 307 Jalan Rawang. Jadi Ijok khuatir bahan licik yang tahap pembakaran waktu hujan mana yang kita bangga projek yang besar ini akan merugikan kepada kerajaan Negeri, terima kasih.
Saya tambah sikit,
Kuang
Saya sebenarnya sependapat dengan Ijok. Saya nak maklumkan juga kepada Yang Berhormat EXCO yang baru-baru ini berlaku satu insiden kebakaran di Hulu Kuang, berhampiran dengan kampung orang asli, yang mana bomba dan juga agensi-agensi lain terpaksa berkampung selama 9 hari 8 malam untuk memadamkan kebakaran apa yang berlaku. Ialah tanah persendirian dijadikan tempat pelupusan sampah apa yang lebih menarik lagi ialah kedalaman sampah-sampah yang telah ditimbunkan itu adalah hampir sedalam 30 kaki, jadi terpaksa bawa excavator dan korek dan sebagainya. Cuma bila saya tertarik dengan apa yang Ijok beritahu berkenaan dengan denda yang kita kenakan RM1000 atau RM2000 sedangkan agensi dan semua pihak yang berkampung selama 9 hari 8 malam di sana terpaksa mengeluarkan belanja yang melebihi RM 100,000. Untuk usaha memadam kebakaran itu sahaja. Jadi saya nak tanya dengan Yang Berhormat EXCO, atau mungkin saya juga boleh bagi pandangan kepada Yang Berhormat EXCO untuk kita kaji semula hukuman yang kita kenakan kepada pihak-pihak ini sebab teguran demi teguran yang kita buat nampaknya macam tidak mendatangkan hasil dan tidak diendahkan oleh pihak-pihak ini. Jadi minta nasihat daripada Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih, Yang Berhormat Ijok dan Yang Berhormat Kuang yang bagi cerahan tentang tindakan tentang informasi sampah-sampah, tapak pelupusan haram di kawasan setempat, di mana tindakan yang diambil kurang berkesan dan sebagai ini saya ambil maklum sebab saya ambil sedikit masa tentang hukuman itu akan saya jawab sebentar lagi tentang kenapa RM1000 hukumannya kalau ikut Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, RM1000 memang itu undang-undang kecil yang ada, tapi di lapangan 2000 kita akan semak mungkin ada confuse apa-apa dan sebagainya tapi memang RM1000 sahaja, 1000 undang-undang sedia ada, maka undang-undang itu secara jujurnya, jujur la sayang dengan izin secara
jujurnya memang tidak dapat menghalang mereka daripada ulat sampah melakukan tindakan-tindakan pembuangan sampah sebab hukuman itu terlalu ringan, kompaun pun terlalu ringan itu secara jujur tapi kita ada penyelesaian kemudian. Saya teruskan Tuan Timbalan Speaker, berkaitan
Yang Berhormat Sungai Ramal minta sikit
Ok
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya nak bertanya tentang denda ataupun sebaiknya reward dalam kes-kes yang kontraktor sampah gagal untuk kutip tiga (3) kali seminggu mungkin sebab alasannya. Adalah lorinya rosak, Dan ia berlaku beberapa kali dalam satu kawasan. Apakah denda ataupun kompaun dikenakan kepada syarikat ini? Atau adakah ada reward, ganjaran ganti rugi yang diberikan kepada penduduk yang bayar cukai sedangkan kutipan sampah terkesan bagi kawasan mereka? Yang kedua ialah, dalam keadaan lori kompaktornya rosak mereka memerlukan kepada lori terbuka untuk setengah-setengah kes dan saya kerap melihat lori terbuka ini mengutip sampah akhirnya adalah licin. Kesan tumpahan air yang busuk akan berlegar di kawasan perumahan dan meninggalkan bau busuk satu (1) atau dua (2) hari. Kalau tak hujan lagilah lama. Apakah tindakan Pihak Berkuasa untuk memastikan perkara ini tidak berulang dan denda dikenakan kepada kontraktor berkenaan? Yang ketiga ialah mengenai kerosakan kenderaan yang membawa sampah ke tapak pelupusan sampah Tanjung Dua Belas. Saya juga menarik perhatian daripada Yang Berhormat Dusun Tua yang bercakap tentang kerosakan kenderaan, kerana melalui jalan ini. Khabarnya dikatakan rosaknya kenderaan, kerana lalu jalan ini dan jalan masih tidak dibaiki. Saya mendapat jawapan bagi soalan bertulis pada sesi lepas tentang kekerapan membaiki jalan tersebut berapa kerap, tak tahu di bawah portfolio Yang Berhormat Sekinchan ataupun di bawah Pandan Indah? Iaitu dikatakan sebulan sekali. Jawapannya dibuat sebulan sekali, jalan ke pusat pelupusan sampah Tanjung Dua Belas. Kalau dibaiki sebulan sekali, saya ingat Dusun Tua tak bangkitkan masalah ini, mungkin ada pencerahan yang kami perlu daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal yang telah timbulkan tentang apakah kompaun yang akan dikenakan. Memang ada kompaun yang dikenakan kepada kontraktor yang gagal menjalankan tugas, potongan akan dilakukan. Itu memang, dalam konteks yang sebahagiannya telah dinyatakan dan soal kompaktor-kompaktor, lori-lori mungkin yang lama dan sikit yang ada keluarkan licin dan sebagainya itu menyebabkan busuk dan sebagainya, perkara ini akan diambil perhatian. Kalau lori itu terlalu usang dan apabila sampai kontraknya, kita akan panggil
lori itu, akan ditukar. Kalau tidak, ia akan mencemarkan pemandangan satu dan dua menyebabkan kekotoran ya dan mendatangkan bau yang tidak selesa. Pada masa yang sama tentang isu kerosakan lori kompaktor yang sering rosak, memang ada tempat seperti Dusun Tua, Yang Berhormat Dusun Tua yang prihatin yang bagi pencerahan dan semua, memang betul. Nak pergi sanitari landfill Tanjung Dua Belas sepanjang jalan tersebut memang jalan itu rosak teruk, rosak teruk, memang sentiasa kalau hujan kadang-kadang sangkut sampai tak boleh jalan dan menyebabkan jadual kutipan semua terganggu bukan sahaja lori rosak, jadual kutipan terganggu dan kontraktor mengalami kerugian demi kerugian sehingga ada yang surrender disebabkan lori kompaktornya rosak. Saya mengambil serius perkara tersebut dan perkara ini telah diambil maklum saya rasa Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat Pandan Indah, EXCO Infrastruktur kerana jalan tersebut akan dinaik taraf nanti, saya yakin, nanti Yang Berhormat Pandan Indah akan bagi cerahan tentang jalan Tanjung Dua Belas tersebut. Kalau jalan itu tak dibaiki dan dinaik taraf, perkara itu ngak bisa selesai, ya. Saya ambil maklum perkara tersebut dan baik, Kerajaan Negeri juga tampung sebahagian kos pengurusan sampah di Majlis Daerah Sabak Bernam dan menampung sepenuhnya kos pengurusan sampah di Pulau Ketam, ha, Pulau Ketam pun kita tanggung. Peningkatan kos yang tinggi saban tahun bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta pengoperasian fasiliti bukan sahaja membebankan Pihak Berkuasa Tempatan malah turut memberi kesan kewangan kepada Kerajaan Negeri.
Justeru, bagi mengurangkan kos itu serta memastikan pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam di negeri Selangor, berjalan dengan lancar, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau lebih dikenali sebagai Akta 672. Proses rundingan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan masih lagi berjalan dan Kerajaan Negeri akan memastikan manfaat yang diterima oleh rakyat secara keseluruhannya adalah lebih baik dari perkhidmatan sedia ada dan sekiranya Kerajaan Negeri bersetuju untuk menerima pakai Akta 672 itu. Saya percaya dengan komitmen yang tinggi dan kerjasama daripada semua pihak ya, seperti apa yang dinyatakan oleh Ijok tadi bahawa kompaun itu, kompaun itu terlalu rendah RM1,000.00 dan Akta 672 kalau kita berjaya memeterai Akta tersebut, kita akan gunakan Undang-undang yang ada dalam Akta tersebut untuk mengadakan tindakan penguatkuasaan di mana hukuman ya, kompaun sehingga RM100,000.00, sehingga RM100,000.00 dan penjara tidak kurang lima (5) tahun. Ini akan dapat kita tangani isu penguatkuasaan dalam pemakaian Akta 672. Tidak lama, ia akan datang. Inilah yang saya nyatakan, saya percaya dengan komitmen yang tinggi dan kerjasama daripada seluruh pihak isu pengurusan sisa pepejal di negeri Selangor dapat ditangani dengan lebih berkesan serta menjadi negeri yang lebih bersih, indah dan lestari ya. Pastikan bandar kita lebih bersih, bandar tanpa sampah pasti lebih indah, dengan izin, (bahasa asing).
Sekali lagi saya nak nyatakan tentang isu lebih spesifik tentang sampah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Kandis berkaitan dengan teguran daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengenai isu kebersihan dan banjir di Bandar raya Diraja Klang. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandar raya Diraja Klang, MBDK, telah menubuhkan satu Jawatankuasa Induk kebersihan daerah Klang yang terdiri daripada semua agensi Kerajaan, semua agensi Kerajaan, swasta, NGO dan komuniti dengan memberi fokus kepada peningkatan tahap kebersihan di daerah Klang setiap jabatan, agensi yang terlibat bertanggungjawab untuk melaporkan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan. Daripada aspek kebersihan di daerah Klang termasuk di dataran, sungai malah di lautan. Ini akan dilakukan. Majlis Perbandaran Diraja Klang juga telah menyediakan Pelan Tindakan Mitigasi Banjir Klang ataupun Klang Sustainable Stormedge Management (KLASS) bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan setempat terutamanya di kawasan taman-taman perumahan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Diraja Klang. Pelan Tindakan Mitigasi Banjir Klang ini juga dilakukan secara berfasa di mana pelaksanaan fasa pertama akan mengambil masa lima (5) tahun bermula daripada tahun 2025 sehingga 2030. Hala tuju rancangan Mitigasi Banjir ini adalah untuk menaik taraf sistem saliran utama Perbandaran ke arah reka bentuk minima yang boleh ditampung selama 20 hingga .. 20 tahun ha 20 tahun. Dan selain daripada itu ada soal JPS yang sebagai saya biar Yang Berhormat Pandan Indah untuk jawab soal bagaimana JPS mengadakan tindakan tentang apa, teguran daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di Klang. Silakan Sungai Kandis.
Yang Berhormat EXCO terima kasih banyak-banyak atas tindakan dan saya harap YB EXCO, Yang Berhormat EXCO boleh tolong pantau juga untuk pelaksanaan program yang, yang baru Yang Berhormat EXCO beritahu tadi yang akan dijalankan oleh Majlis Bandar raya Diraja Klang ya. Penduduk di Klang amat menanti tindakan ini sejak sekian lama. Jadi, mudah-mudahan apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Terima kasih YB EXCO.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis yang sentiasa fokus kepada isu sampah, isu banjir di kawasan dan di Majlis Bandarya Diraja Klang dan Shah Alam. Kita akan ambil maklum tentang perkara untuk pastikan perkara ini dapat diatasi sebaik mungkin dan seterusnya mengenai Taman Medan, tak nampak. Silakan Dusun Tua.
Dusun Tua.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya penggal yang lepas pun ada sebut pasal isu sampah Dewan sidang yang
lepas. Kali ini saya bangkitkan lagi beberapa maklumat saya sampaikan punca-punca kenapa sampah banyak tempat tak terurus. Pertamanya, Tanjung Dua Belas tadi mungkin EXCO Infra yang akan jawab. Seterusnya, saya ingin tahu tentang formula apakah cadangan untuk pengurusan sisa pepejal di kampung. Adakah nak dikenakan caj tertentu kerana kita sebagai ADUN, saya pun tanya dengan KDEB isunya dia tak cukup nak cover, kadang-kadang ada yang terlewat angkat sampah sebab kos di kampung ini kalau tiga (3) kali seminggu jadi maknanya kosnya sama sedangkan orang kampung tak bayar. So, langkah Kerajaan Negeri apa untuk mengatasi masalah sampah di kawasan kampung? Ada komuniti kampung, Ketua Kampung yang dah pasang cctv di bawah jambatan, di Semenyih pun ada, jadi langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah sisa pepejal di kawasan kampung ini, apa? Dan seterusnya yang ketiga, tapak pelupusan sampah haram yang spesifik saya sebut untuk di kawasan Dusun Tua iaitu di Sungai Tekali dekat dengan damp, macam mana sampah haram ini boleh berterusan berlaku? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua yang berkali berbangkit, membangkitkan isu tentang sampah haram dan juga sampah-sampah di kampung. Memang ongkosnya kalau kita kira Kerajaan Negeri setiap tahun, terpaksa menampung kos yang tinggi untuk kita menguruskan isu-isu sampah di kampung. Ini saya nak perbetulkan persepsi ada sesetengah di Dewan mengatakan bahawa Kerajaan tidak menggunakan duit dan sebagainya untuk menguruskan, menampung kos pengurusan sampah, sebenarnya pengurusan sampah di kampung itulah antara contoh kita telah menggunakan banyak duit untuk kutipan termasuk di Pulau Ketam dan juga kita juga memberi rawatan terhadap bekas-bekas sanitary landfill, tapak-tapak pelupusan sampah yang kita telah berhenti membuang sampah di situ tetapi kita perlu rawatan treatment di situ, setiap tahun berjuta menggunakan wang Kerajaan Negeri dan sebagainya termasuk inisiatif daripada syarikat, anak syarikat negeri untuk memberi rawatan dan sebagainya. Ini untuk makluman kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya jawab serba sedikit untuk Dusun Tua, ya lah Dusun Tua bertanya tentang tapak pembuangan sampah di Taman Pinggiran Delima, di Ampang, Bukit Ampang, Kampung Sungai Serai, Kampung Tekali, Semenyih. Inilah perkara-perkara yang berbangkit, saya ambil maklum ya. Dan pada masa ini PBT mempunyai kuasa di bawah Undang-undang Kecil yang saya sebutkan tadi yang di Ijok bangkitkan iaitu RM1,000.00 sahaja untuk kita nak halang mereka dan kita tunggulah cara yang lebih berkesan iaitu cara preventive di mana kita akan gunakan Seksyen 71 iaitu RM100,000.00 ataupun penjara tidak kurang lima (5) tahun apabila berjaya kita rundingan Akta, pemakaian Akta 672 lah, ha itu antara perkara yang saya nak bangkitkan sekali lagi. Untuk makluman Yang Berhormat Dusun Tua, Majlis Perbandaran Kajang sentiasa komited dalam menjalankan operasi pemantauan tapak sampah haram di kawasan-kawasan hotspot termasuk mengadakan beberapa siri operasi besar-besaran di tapak-tapak yang dinyatakan ya, antaranya sejak
tahun 2023 sebanyak 94 kompaun dan sitaan telah dibuat di atas tapak sampah haram Sungai Serai, 45 kompaun dan sitaan di tapak sampah haram Sungai Tekali, satu (1) kompaun dan sitaan di Taman Pinggiran Delima serta satu (1) kompaun dan sitaan di Bukit Ampang. Memang kita ada lakukan mungkin belum cukup lagi. Kita akan pastikan lebih kerap. Selain itu, lapan (8) tapak sampah haram telah ditutup, lapan (8) tapak seperti berikut, satu, tapak sampah haram Jalan Kuali, dua, tapak sampah haram Broga, tiga, tapak sampah haram Sungai Purun, empat, tapak sampah haram Twin Palms, lima, tapak sampah haram Sungai Tangkas, enam, tapak sampah haram Semungkis, tujuh, tapak sampah haram Selaman Seksyen 10 Bangi, lapan, tapak sampah haram Jade Hill. Ini lapan (8) kita dah tutup. Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Pejabat Daerah dan Tanah sentiasa memantau kerja-kerja baik pulih bagi tapak-tapak sampah haram yang berstatus tanah milik. Pejabat Daerah dan Tanah telah mengeluarkan Notis 7A kepada semua pemilik dan sekiranya tindakan tidak diambil pihak Pejabat Daerah dan Tanah akan mengambil tindakan lanjut yang boleh membawa kepada perampasan tanah. Walau bagaimanapun, tindakan ini perlu dibuat dengan berhati-hati bagi memastikan tiada tindakan Undang-undang diambil ke atas Kerajaan Negeri lah sebab prosedur kita kena jalan dengan betul ya untuk kita nak rampas tanah. Kalau 7A ia tidak hindar, kita akan bagi 7B ya untuk pulihkan lebih. Kalau tidak lagi dia hindar, kita bagi 8A. Ha, 8A itulah masanya kita nak rampas tanahnya. Itu akan kita buat persiapan. Untuk makluman Yang Berhormat, proses membaik pulih yang telah digunakan sebagai tapak sampah haram mengambil tempoh yang agak lama. Ini kerana tanah yang tercemar memerlukan rawatan pemulihan yang teliti. Menghilangkan sisa-sisa bahan kimia dan bahan buangan berbahaya. Tambahan pula ya, penanaman semula tumbuhan-tumbuhan dan pemulihan ekosistem semula jadi memerlukan masa yang lebih panjang untuk memastikan kawasan tersebut selamat dan sesuai digunakan kembali sebab kadang-kadang ada gas ammonia dan sebagainya kita perlu rawatan. Banyak melibatkan kos. Ini untuk Dusun Tua. Baik, seterusnya untuk Taman Medan, ya. Taman Medan .. walaupun tak ada tapi ..
YB, YB..
Ya Dusun Tua.
Terima kasih jawapan yang diberikan. Cuma, yang pertama tadi soalan saya apakah formula untuk pengurusan sisa pepejal di kawasan kampung? Saya rasa saya tak dapat jawapan yang konkrit. Saya dah bertanya, ada satu ketika, last year, KDEB memutuskan tidak mahu angkat. Dan saya cakap, kenapa tak angkat. Dia bagi tahu, kami ini adalah pembuat sampah ini, secara CSR. Jadi adakah, duit yang kata dibelanjakan, duit state banyak nak belanjakan ini, adakah bila perlu CSR ini bagi atau bagaimana kita nak mengatasi masalah ini. Pasal, masalah ini, berterusan berpanjangan, saya lihat tak selesai. Saya rasa tak dapat satu
jawapan, adakah formula nak charge ke. Orang kampung boleh menerima. Mungkin certain amaun yang harus dikaji oleh Kerajaan Negeri.
Terima kasih, Yang Berhormat Dusun Tua. Memang kita bersedia, untuk memastikan pengurusan sampah-sampah di kampung ini lebih teratur. Ini memang hasrat dan harapan Kerajaan Negeri sejak sekian lama. Dan sekarang kita tengah mekanisme, yang mana yang terbaik. Sama ada nak kutipan daripada mereka yang mengadakan caterer dan sebagainya, homestay dan sebagainya, yang mereka buang sampah berlebihan. Adakah kita kenakan tindakan charge buang sampah dan sebagainya. Itu mekanisme yang mungkin kita boleh laksanakan. Tapi belum ada satu pendekatan yang konkrit. Jadi kita akan adakan dalam masa terdekat libat urus bersama semua pihak, termasuk PBT, Pejabat Daerah dan Tanah dan juga KDEB Waste Management. Kita cari pendekatan, mana yang terbaik. Termasuk kita akan invite Yang Berhormat, untuk bagi pandangan yang terbaiklah. Termasuk ketua kampung dan Ahli Majlis.
Seterusnya, tentang Taman Medan. Yang tak ada dalam Dewan, tapi saya sepintas lalu. Beliau mengatakan, pertama. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Taman Medan kerana bagi info dan sebagainya dan tunjukkan gambar. Gambar tentang longgokan sampah di Dewan yang mulia ini. Berdasarkan semakan yang telah, gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat, adalah di rumah Flat Medan Jaya dan Flat Medan Cahaya. Untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi kawasan perumahan kos rendah di kawasan PJS 2 Flat Taman Medan Jaya dan Medan Cahaya, kekerapan kutipan sisa domestik, adalah setiap hari, manakala sampah pukal (termasuk sampah kebun, barangan seperti perabot, peralatan rumah yang rosak dan sebagainya) dikutip dengan kekerapan, 2 kali seminggu.Kutipan sampah di kawasan flat kebiasaannya dilakukan selepas jam 10.00 pagi. Sekiranya gambar-gambar ini diambil lebih awal sebelum kutipan dibuat, sudah tentu ia kelihatan tidak terurus dan celaru. Sebab sebelum pukul 10.00 pagi. Dan, jadual ini telah disusun dengan mengambil kira kesesuaian operasi, termasuk keadaan parkir yang sesak pada waktu pagi. Di mana kebanyakan kawasan flat, parkir sering penuh dengan kenderaan penduduk menyebabkan laluan untuk lori sampah menjadi sempit dan sukar untuk masuk. Oleh itu, kutipan dibuat sedikit lewat selepas majoriti penduduk keluar bekerja, bagi memastikan proses ini dapat berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, di Flat Medan Cahaya sahaja, terdapat enam blok perumahan yang merangkumi 1,536 unit rumah. Keadaan parkir yang sesak di kawasan ini memerlukan jadual kutipan yang lebih fleksibel, bagi memastikan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap. Untuk memastikan ketelusan dan kecekapan operasi, semua lori kompaktor dan RORO yang digunakan oleh KDEB Waste Management dilengkapi dengan peranti penjejak GPS dan dipantau secara masa nyata atau real-time. Ini bermaksud pergerakan
setiap lori dan jadual kutipan, sentiasa dalam kawalan dan boleh diperiksa, di checking, pada bila-bila masa. Dakwaan Yang Berhormat bahawa 30% daripada 7,000 tan sampah yang dihasilkan setiap hari di Negeri Selangor, tidak dikutip mengikut jadual, adalah tidak berasas sama sekali kerana mengikut rekod dari operator tapak pelupusan sampah di Selangor, jumlah sampah yang dilupuskan secara purata adalah konsisten dengan angka 7,000 tan sehari. Jika benar 30% daripada jumlah sampah ini tidak dikutip, ia bermakna terdapat 2,100 tan sampah tidak sampai ke tapak pelupusan setiap hari, tetapi rekod di lapangan menunjukkan sebaliknya. Ini sangat penting. Tuan Timbalan Speaker. Ini perbetulkan apa yang didakwa.
Selain itu, Yang Berhormat turut menyebut bahawa 40% daripada aduan yang diterima oleh PBT adalah berkaitan dengan isu sampah dan terdapat 500 tapak sampah haram yang masih aktif di Negeri Selangor. Berdasarkan statistik rasmi yang diperolehi oleh PBT dan Pejabat Tanah, jumlah sebenar tapak sampah haram yang masih aktif di Negeri Selangor adalah sekitar 100 lokasi sahaja, jauh lebih rendah daripada angka yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Malah Kerajaan Negeri telah mengambil langkah tegas dengan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik tanah yang terlibat bagi memastikan kegiatan ini dihentikan. Jika pemilik tanah gagal mengambil tindakan, mereka berdepan dengan risiko tanah dirampas oleh pihak berkuasa. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam sistem pengurusan sisa pepejal. Di dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), pengurusan sisa pepejal berteknologi tinggi menjadi salah satu fokus utama dalam teras kelestarian. Sebagai langkah jangka panjang, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk mengguna pakai, berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengguna pakai Akta 672. Ini untuk maklumat kepada Taman Medan dan sekali gus memperbetulkan fakta yang dibawa ke Dewan negeri ini. Di mana dakwaan 30% sampah tidak benar. Pada masa yang sama 500 tapak sampah haram hanya 100. Tapi saya mengambil tanggungjawab dan memandang serius tentang pelupusan sampah. Walaupun, dia tak sampai 500, 100 itu pun serius. Kita juga akan nyah, akan terjah, akan pastikan bilangan ini dapat dikurangkan dari masa ke semasa.
Baik, seterusnya, berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuang. Ini soalan yang lebih, sentuhan yang lebih spesifik, berkenaan dengan WTE Batu Arang tempohari. Dalam perbahasan Yang Berhormat. Tanah di Batu Arang telah dipilih sebagai lokasi pembinaan loji Waste to Enegry (WTE) berdasarkan beberapa faktor berikut :
1. Lokasi strategi bagi pengumpulan berpusat : a) Lokasi ini mudah diakses dari beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menjadikannya pusat pengumpulan yang efisien.
b) Pemilihan lokasi yang berdekatan dengan PBT membantu mengurangkan jarak perjalanan lori sampah. Sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dan kos logistik.
2. Kedekatan dengan pencawang masuk utama PMU TNB : a) Lokasi ini berhampiran dengan PMU Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membolehkan sambungan tenaga lebih efisien. b) Faktor ini mengurangkan kos pemasangan talian transmisi dan mengoptimumkan penghantaran tenaga dengan mengurangkan kehilangan tenaga dalam proses penyaluran.
3. Akses mudah ke lebuh raya: a) kedudukan lokasi yang berhampiran dengan rangkaian lebuh raya utama memudahkan pergerakan lori sampah dari pelbagai PBT. Meningkatkan kecekapan operasi penghantaran sisa ke WTE.
4. Keadaan topografi yang sesuai: a) Bentuk muka bumi yang stabil dan sesuai di lokasi ini, membolehkan pembinaan loji WTE yang kukuh dan selamat. b) Keadaan tanah yang sesuai memberikan kelebihan tambahan untuk pembangunan tenaga solar, seperti sumber tenaga hijau yang melengkapi operasi loji. Di samping itu, keadaan dan kemudahan dan faedah sosial kemasyarakatan juga akan disediakan iaitu klinik kesihatan dan naik taraf jalan masuk sedia ada, KDEB Waste Management juga akan membina jalan masuk baru, bagi meminimumkan gangguan ke atas penduduk sekitar. Ya, teruskan silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak rujuk juga kepada titah Tuanku. Semua jawapan Yang Berhormat itu, berkenaan transmision line. Transmision line ni, kerja saya daripada saya muda. Jadi bila bercakap tentang buat Waste to Energy, untuk kita inject ke tramission line, banyak kaedah. Tidak semestinya ada, PMU di situ. Ia juga boleh dibuat dengan kaedah-kaedah lain yang kita boleh sebut ‘line low loop in loop out’ dan sebagainya. Suspicion line dalam Malaysia bukan sahaja melalui kawasan Batu Arang. Kita ada national grade dan banyak talian sebelah situ. Jadi alasan-alasan Yang Berhormat bagi itu semua, samalah seperti titah tuanku di dalam ucapan tuanku. Kerajaan Negeri di dalam merancang pembangunan Kerajaan Negeri, janganlah semata-mata mementingkan keuntungan kepada Kerajaan Negeri itu sahaja. Tetapi mestilah juga menitik beratkan kepada kesejahteraan rakyat. Saya nak ungkap yang itu sebenarnya. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Jalannya lebih dekat, keuntungan kepada Kerajaan Negeri. Akses yang baik, kawasan itu dan macam-macam alasan yang kita bagi, semua Kerajaan
Negeri untung. Dan Kerajaan Negeri boleh buat banyak untuk daripada pembinaan Waste to Energy di kawasan Batu Arang. Soalan saya apakah Kerajaan Negeri sekarang berada keadaan yang sangat terdesak. Adakah tempat pelupusan sampah yang kita ada sekarang, sudah hampir ke tahap, kita tak boleh buang lagi sampah di situ. Jadi, kalau itu alasannya, dah memang tak ada tempat. Sedangkan saya mendapat jawapan daripada pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan ini, pusat pelupusan sampah kita sekarang masih boleh menampung sampah, sehingga dua tiga puluh tahun lagi. Baik, saya boleh terima, ulasan dan penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Cuma yang dibantah sekarang antaranya, kawasan yang dipilih itu juga adalah kawasan yang sangat rapat dengan kawasan penduduk yang tinggi. Mengikut kapasiti yang akan dibuat di situ, ia kan melibatkan 240 lori sampah masuk ke kawasan itu setiap hari. Kalau dia masuk 240 lori. Dia kena juga 240 lori. Jadi itulah yang menjadi kegelisahan rakyat di kawasan Batu Arang dan juga Bandar Tasik Puteri. Mohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Kuang, yang menyatakan kebimbangan tentang isu in, di mana tentang lalu lintas, lori dan sebagainya. Tentang Kuang sebagai pakar transmission line itu, saya tidak sangkal. Memang masing-masing ada kepakaran masing-masing. Itu saya menghormati. Baik, dalam isu-isu yang Kerajaan Negeri mengambil ambil pendekatan, kita mengambil bukan keuntungan untuk Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengambil stand, pendirian, iaitu keuntungan secara majoriti untuk rakyat. Untuk rakyat. Untuk keselesaan rakyat. Memang saya tau, setengah orang berpihak, ada NGO yang membantah. Itu biasa. Dalam sistem demokrasi kita. Sentiasa ada yang membantah. Termasuk dalam Dewan sebahagiannya membantah. Walaupun dasar itu baik, tetapi tidak pernah, sukar mereka untuk mereka memuji. Itu biasa. Saya pernah jadi pembangkang. Saya suka membangkang. Biasalah. Ini lumrah hidup. Tapi tak apa, kita terima seadanya. Kita dengar pandangan semua. Termasuk dalam baru-baru ini, saya nak nyatakan, dalam Rancangan Siasatan Tempatan, Pendengaran Awam, Rancangan Struktur Negeri, di mana di pengerusikan oleh saya sendiri, sebagai EXCO PBT. Memang dalam akta, saya mempengerusikan. Ada NGO yang datang, bawa dengan bas dan sebagainya. Dan kemudian mereka menunggu lama. Akhirnya sampai waktu petang, sesi tersebut, mereka meminta saya untuk undur diri kerana katanya ada conflic of interest. Kerana saya pengerusi KDEB. Kalau mereka memberi alasan yang konkrit, saya sebagai orang yang memperjuangkan prinsip demokrasi, saya akur. Saya akur dan saya kata, kalau NGO-NGO semua sudi untuk pilih tarikh lain, untuk dengar semula, kita bersedia. Tak ada masalah, saya undur untuk bagi ruang yang lain. Ini cara kita, mendengar hasrat rakyat, pandangan, apa lagi. Mana ada kerajaan di Malaysia yang sudi melakukan sedemikian. Ini contoh yang kita lakukan. Kemudian kita akan pilih tarikh untuk Yang Berhormat EXCO kerajaan tempatan pula. Yang Berhormat Tanjung Sepat, kena bantu sayalah, untuk pengerusikan
mesyuarat. Biar dia puas hati. Tak ada soal pengerusi dicabar dan sebagainya, kan. Ada malah pilih. Macam-macam. Kita tak nak ada tuduhan
Ada Selat Klang bangun ini.
Selat Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ada melawat negeri-negeri yang maju. Di Tokyo umpamanya. Pusat pelupusan sampah ini di tengah-tengah bandar. Jadi apalah salahnya sekiranya pusat pelupusan sampah ini dibuat di kawasan yang semi urban. Jadi apakah jaminan yang kerajaan boleh beri kepada rakyat tempatan untuk menentukan supaya segala komplen-komplen ataupun anggapan-anggapan sebelum berlakunya pembinaan ini. Apakah kerajaan memberikan, boleh memberikan jaminan supaya perkara-perkara ini tidak berlaku. Itu sahaja, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Selat Klang, yang memberi pandangan tentang di kawasan lain, di negara lain, di Tokyo. Di negara-negara lain juga. Banyak WTE didirikan di tengah-tengah bandar. Saya setuju sungguh. Memang kalau kita pergi teliti, memang di tengah-tengah bandar pun. Di tengah-tenah bandar, kalau ada masa kita pergi melawat buat tinjauan. Di China, di Chongcheng, di atas WTE, ada cafe, boleh minum kopi. Ngopi desek, nang kono, dengan izin Tuan Timbalan Speaker. Boleh ngopi, di atas WTE, tak ada masalah. Kalau ada masalah, sesungguhnya, mereka pun tidak akan lakukan begitu. Ini antara contoh. Jadi, jangan khuatir, Kerajaan Negeri akan pastikan semua, seluruhnya, diambil perkiraan, dan sekarang, untuk maklum, WTE akan dipantau dan dikawal ketat oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga perlu mematuhi semua keperluan Social Impact Assessment (SIA) dan Environmental Impact Assessment (EIA). Loji ini juga tertakluk kepada kelulusan serta pemantau daripada agensi teknikal yang berkaitan termasuk:
a. Jabatan Kerja Raya b. Pihak Berkuasa Negeri c. Jabatan Pengairan dan Saliran d. Tenaga Nasional
Ini semua kena mematuhi EIA, SIA dan kemudiannya Kerajaan Negeri juga memahami kebimbangan macam-macam, soal tentang bantahan semua kita teliti satu persatu. Akhirnya satu keputusan akhir akan dibuat. Untuk Y.B. Kuang ya. Baik, konsep loji WTE ecopark dan bukan incinerator saya nak betulkan satu persepsi. Loji WTE ni tidak boleh disebut sebagai incinerator. Ada setengah orang incinerator, tidak boleh disebut kerana
istilah tersebut membawa konotasi negatif sebaliknya projek ini dibangunkan sebagai ecopark yang merangkumi berbagai komponen tambahan termasuk pusat penyelidikan untuk inovasi dalam pengurusan sisa dan tenaga boleh baharu, ladang solar, pusat pendidikan tenaga hijau, trek jogging, taman untuk manfaat deklarasi penduduk setempat dan kalau boleh kafe akan dibuat di situ untuk pusat istirahat. Pembinaan WTE ini mengambil inspirasi daripada loji WTE yang telah berjaya dibangunkan di negara-negara yang maju termasuk seperti apa yang disebut Tokyo, Jepun, Australia, Switzerland, Jerman, Perancis, United Kingdom, China dan Singapura. Ini contoh. Pengalaman teknologi dari negara ini dijadikan rujukan bagi memastikan WTE yang dibangunkan adalah mesra alam, cekap tenaga dan memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh. Seterusnya
Yang Berhormat, sikit lagi boleh, Yang Berhormat? Terima kasih dengan penjelasan yang Y.B. bagi. Bila Y.B. juga merujuk kepada negara-negara maju yang telah buat WTE di tengah-tengah bandar dan sebagainya. Kita juga kena ambil maklum bahawasanya negara-negara maju tersebut telah pun mengamalkan satu dasar di mana berlaku pengagihan sampah di peringkat punca daripada awal lagi dan pengutipan-pengutipan sampah di negara-negara maju itu dibuat dengan kadar hari-hari diambil barang itu, harini ambil barang kering, barang kering sahaja. Dia telah kategorikan sampah-sampah itu di peringkat awal daripada punca sepertimana yang Y.B. cadangkan supaya kita mulakan di Selangor. Kita mulakan di negara kita tetapi kita masih belum sampai ke tahap pendidikan kepada rakyat kita untuk membuat pengasingan-pengasingan sampah. Apa yang saya khuatir ialah apabila, (Y.B. Bukit Gasing ingin mencelah) nanti boleh mintak Y.B.,
Bagi saya tanya, kalau rakyat mengasingkan sampah, korang bersetuju tapak tersebut sesuai dibina WTE?
Kalau kita sudah sampai ke tahap itu saya takde masalah.
Setuju asingkan sampah?
Ya, setuju. Kalau kita telah sampai ke tahap mentaliti rakyat kita yang kita boleh buat benda tu, kita yakin dan percaya lori-lori sampah yang bawa tu akan bawa barang yang telah diasingkan. Hari ni lori sampah kita, yang lalu mana ada 1000 lori sampah yang lalu, satu yang wangi. Seribu lalu, seribu lah bau bau-bauan. Saya faham, apa yang Y.B. cuba sampaikan. Tetapi tahap negara kita berbanding, dibandingkan negara-negara yang tahapnya terlalu jauh daripada kita tak sama lagi. Itu yang menimbulkan kekhuatiran. Saya yakin dan percaya
teknologi WTE yang cuba dibawa ke Batu Arang itu adalah teknologi yang mungkin yang terbaik. Saya setuju dengan Y.B. Selat Kelang tadi. Apakah jaminan daripada kerajaan Negeri yang boleh diberi kepada rakyat bahawa tidak akan berlaku perkara-perkara atau insiden-insiden seperti keluarnya bau-bauan yang tidak menyenangkan. Kiranya berlaku benda itu, bukanlah memberi masalah kepada kita yang di sini tetapi semestinya kepada penduduk dalam kawasan Bandar Tasik Puteri yang sekaligus akan mennyebabkan berlakunya kejatuhan nilai hartanah di kawasan tersebut. Mohon penjelasan.
Y.B. EXCO sekejap ya. Ada usul daripada Kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil YAB Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul ini.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut: “Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6.00 petang.
Ada yang menyokong?
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telahpun disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata “Ya.” Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Tidak Bersetuju sila kata “Tidak.” Lebih suara yang bersetuju. Usul dipersetujui.
Terima kasih Tuan Speaker yang cukup bijaksana untuk mengendalikan perjalanan mesyuarat dengan tertib. Baik, berkaitan dengan Kuang tadi, memang semua tadi seperti apa yang saya tegaskan tadi Kerajaan akan mengambil kira semualah. Semua tentang kebimbangan, kerisauan, semua kita akan ambil pertimbangan dan akhirnya satu keputusan yang paling baik akan dikeluarkan apabila masa itu sampai.
Seterusnya saya ingin respon kepada Gombak Setia, sahabat saya yang juga menyentuh tentang Akta 672 di Negeri Selangor. Untuk makluman, kerajaan Negeri secara prinsipnya telah bersetuju untuk menggunapakai Akta 672 berhubung kebimbangan yang dibangkitkan oleh Y.B. Gombak Setia mengenai kedudukan KDEB Waste Management khususnya dakwaan bahawa syarikat ini mungkin menjadi second layer apabila akta ini ditandatangani kelak. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi
memastikan kepentingan negeri terus terpelihara. Keputusan kerajaan Negeri untuk menyertai Akta 672 adalah bersyarat. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Mei tahun lalu, kerajaan Negeri bersetuju dengan menandatangani Akta 672 dengan syarat bahawa KDEB Waste Management sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri menjadi satu-satunya syarikat yang konsesi yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor. Keputusan ini telah disampaikan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Selain itu bagi meningkatkan mutu serta kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor MMKN turut memutuskan bahawa KDEB Waste Management boleh bekerjasama dengan syarikat lain sekiranya perlu selaras dengan matlamat memperkukuhkan kecekapan operasi. Sebagai kesimpulan, pendirian kerajaan Negeri adalah jelas sekiranya Akta 672 ditandatangani KDEB Waste Management akan kekal sebagai syarikat konsesi utama dan bukannya pihak lain. Oleh itu KDEB Waste Management akan tetap menjadi first layer dalam pelaksanaan akta ini. Ini untuk makluman kepada Y.B. Gombak Setia. Baik, silakan.
Terima kasih atas jawapan dan juga pencerahan yang diberikan oleh Y.B. EXCO. Dalam pengetahuan saya, Akta 672 ini sebaik sahaja ditandatangani syarikat konsesi itu adalah syarikat konsesi yang hari ini melaksanakan kutipan berdasarkan akta tersebut. Jarang kepada negeri tetapi apabila keputusan itu dipersetujui oleh negeri dan telah dimaklumkan pada kerajaan Persekutuan, Apakah mungkin pada masa yang akan datang, akan ada kerjasama di antara KDEB dengan syarikat-syarikat konsesi yang lain untuk memastikan kutipan sisa pepejal di Negeri Selangor ini dapat dilaksanakan degan prestasi yang lebih baik. Terima kasih.
Terima kasih Y.B. Gombak Setia dengan apa yang dinyatakan, memang tadi saya sebut walau apa pun keadaan yang berlaku, first priority kita akan bagi keutamaan kepada KDEB Waste Management kerana dia milik penuh anak syarikat Kerajaan, anak Kerajaan Negeri Selangor di bawag MBI. Itu first priority. Kemudian sebarang kerjasama dari segi teknikal, kecekapan dan sebagainya itu boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa. Itu yang paling penting tapi yang penting keutamaannya yang lead itu first layer itu adalah KDEB Waste Management. Itu sahaja, terima kasih.
Seterusnya Tuan Timbalan Speaker, berkenaan dengan sampah bersepah daripada Y.B. Morib, isu kelewatan kutipan yang berlaku di Morib dan sebagainya sehingga mengakibatkan anjing datang menyebabkan sampah itu bersepah. Perkara ini akan diambil maklum. Sebab perkara-perkara sedemikian seringkali berlaku di kawasan-
kawasan tertentu tentang tapak-tapak sampah, yang mana ada tong sampah dan sebagainya ramai yang suka buang sampah apabila penuh mereka gunakan basketball. Mereka tidak akan berhenti di kawasan tong sampah tersebut. Mereka akan belajar basketball latihan itu di situ terus sampah tu tapi kadang-kadang tidak kena pada sasaran, di luar sampah dia tu. Di luar dari tong tersebut. Saya nampak sendiri basketball tu kalau Michael Jordan, tak apa ni bukan Michael Jordan. Sasaran sentiasa tak tepat, tersasar akhirnya mengundang anjing liar datang untuk gigit sini gigit sana akhirnya bersepah sampah inilah gejala, masalah setempat yang kita hadapi sekarang. Silakan, Morib.
Terima kasih pada Y.B. Speaker. Saya rasa benda ini mungkin tidak salahkan pada PBT. Mungkin kepada kontraktor-kontraktor yang saya setuju pada Sungai Ramal tadi. Berkenaan kutipan-kutipan ini sebahagiannya tidak mengikut masa yang tepat. Kadang-kadang sepatutnya hari ketiga dan mereka datang dan sambung sampai hari ketiga dan ambil masa sehingga 5 hari. Dan benda ini berlaku saya rasa bukan kawasan saya sahaja. Jadi tidak adil kalau kita menyalahkan di peringkat PBT. KDEB yang membuat kerja-kerja. Jadi bagi saya kena buat satu tindakan tegas pada mereka-mereka ini kontraktor-kontraktor yang tidak menjalankan tugas yang betul sebab hujungnya kita dah buat untuk pengumpulan sampah tetapi isu dia sekarang ni sampah yang bersepah. Itu sebenarnya. Keseluruhan sampah-sampah yang saya rasa diulang-ulang di Dewan yang mulia ini adalah isunya sampah yang tidak dikutip. Terima kasih.
Silakan Sungai Ramal.
Tambah sikit, terima kasih Y.B. EXCO, Speaker. Kita bersetuju bahawa aspek kebersihan ini menjadi keutamaan kita pada hari ini. Semua bersetuju. Yang kedua ialah bila mana kita melihat satu tong yang penuh seperti disebut oleh Y.B. Sekinchan tadi. Maka ada orang yang menggunakan kemahiran untuk membaca macam basketball, ya Y.B. Apa kata kalau saya nak mencadangkan kalau lah satu tong itu penuh, kawasan itu jangan letak 1 tong, buat 4 tong supaya dia lebih bersih dan mengelak daripada bersepah. Anjing pun takkan masuk ke dalam tong pun. Kalau jumlah tong itu banyak dan banyak itu puas hatilah. Yang ketiga, Y.B., kita rasa dari sudut positifnya ialah mereka tak buang sampah merata-rata warga kita masih memilih tempat longgokan sampah sebagai tempat untuk membuang sampah. Ini pilihannya adalah kita menyediakan tong yang lebih banyak untuk memudahkan warga kita membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Mohon mencadang. Terima kasih.
Terima kasih, Y.B. Morib dan Y.B. Sungai Ramal yang timbulkan isu tentang bagaimana cadangan apakah tindakan yang lebih
tegas kepada kontraktor yang gagal menjalankan kerja mengikut jadual sehigga sampah bersepah. Ini perkara kita akan ambil tindakan. Ambil makluman khususnya di Majlis Perbandaran Kuala Langat di mana Morib menghadapi masalah yang berbangkit. Kemudian dengan tambahan tong sampah seperti yang dicadangkan oleh Sungai Ramal kita ambil maklum juga. Kalau tambah tong sampah itu bisa menyelesaikan masalah basketball dan sebagainya, sampah buang daripada luar, itu boleh dilaksanakan tetapi isunya ialah kerjasama daripada orang awam dan kita akan tambah pihak PBT cuba di mana yang boleh tambah, pasang cctv juga kita akan pasang. Kalau tidak, tabiat yang suka membuang sampah di luar tong sampah itu memang menjadi satu amalan biasa, rutin harian mereka. Jadi ulat sampah seperti ini akan dipantau dengan cctv dan sebagainya. Seterusnya, Y.B. Batu Tiga.
Tapi ini isu sampah dulu.
Jangan tambah lebih-lebih, sebab masa mencemburui saya. Nanti saya nak bagi ruang yang secukupnya kepada Pandan Indah.
Y.B., bila kita sebut tentang bean point la masa kita wujudkan tempat, kemudian kita tambah lagi tong sampah saya risau maintenance pulak. Sakit mata tengoklah bila kawasan sampah kita ni teruk dan of course KDEB bila dia datang dia takde buat maintenance, sapu-sapu kat bawah, ada air sampah dan sebagainya itu juga jadi salah satulah, saya ambil masa sikit lontarkan sikit sebab itu juga berlaku keadaan semasa hari ini. Terima kasih.
Terima kasih atas keprihatinan tersebut dan perkara ini juga akan diteliti ditangani dengan baik. Kita akan tengok bagaimana untuk selesaikan kalau di Shah Alam dan sebagainya. Saya rasa isu di Shah Alam tidak begitu kritikal namun begitu kita tengok jugak di lapangan, apa masalah penyelesaian terbaik.
Seterusnya tentang Batu Tiga yang sentuh tentang OKU yang menyediakan accessibility kepada OKU (Orang Kurang Upaya). Seksyen 34A(1) Pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 mewajibkan semua bangunan awam menyediakan akses yang membolehkan Orang Kurang Upaya akses kemudahan facility memasuki keluar dan berada dalam bangunan. Penyediaan kemudahan OKU seperti laluan khas, jalan tanjak dan step ramp, tandas khas OKU dan ruang parkir khas OKU merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan dalam pertimbangan kelulusan pelan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan. Yang ini memang wajib ya. Syarat-syarat penyediaan kemudahan OKU diguna pakai oleh semua PBT melalui penggunaan garis panduan perancangan, reka bentuk sejagat, universal, design
yang dibangunkan oleh PLANMalaysia pada tahun 2011. Garis panduan ini memberi penekanan terhadap aplikasi konsep. Konsep reka bentuk sejagat dalam merancang kemudahan-kemudahan dan persekitaran bandar yang boleh diakses oleh semua golongan individu. Garis panduan ini meliputi perancangan kemudahan di luar bangunan dan di dalam bangunan termasuk bangunan awam dan komersial. Terminal pengangkutan awam, tempat letak kereta dan kawasan rekreasi. Garis panduan ini telah dibangunkan berdasarkan kepada Malaysia Standard yang dihasilkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Pihak PBT boleh menangguhkan permohonan pelan KM sekiranya permohonan tidak memenuhi syarat-syarat penyediaan kemudahan OKU sehingga ianya tidak dipatuhi cadangan pembangunan Surau dan Masjid dan sebagainyalah. Jadi kita akan perketatkan syarat-syarat yang dikenakan ya, supaya mereka ikut syarat. Silakan.
Yang Berhormat saya ingat panduannya sudah ada. Semua yang disebut oleh Yang Berhormat saya bersetuju. Cuma apa sebenarnya tindakan yang boleh kita kenakan sebab setiap kali pembangunan saya sebut dalam perbahasan saya bila pembangunan telah dilaksanakan tetapi developer tidak mengikut kepada apa standard yang telah kita tetapkan. Saya nak mohon pencerahan? Adakah kita hanya sekadar beri teguran dan kita tangguhkan CF dan sebagainya CCC dan sebagainya? Apakah ada lagi hukuman-hukuman lagi sebab once development tu siap saya percaya dia sudah tidak ada masa yang banyak untuk revent balik, roboh balik dan sebagainya. So, dia akan pusing-pusing benda yang samalah Yang Berhormat. Itulah masalah yang saya utarakan. Terima kasih.
Saya nak kena minta dalam isu ini Ahli Majlis, pihak ADUN bagi cerahan, dan juga semua pegawai di PBT khususnya OSC dan Perancang semualah apabila nak beri CCC dan sebagainya kena semak betul-betul sama ada mereka compile tentang kemudahan-kemudahan akses ini atau tidak? Ataupun kita sering kali dengan alasan terlepas pandang. Itu harus kita kurang dan lebih pandang sikit. Kita minta itu ditukar diubah dengan lebih pandang. Lebih pandang kita nampaklah di mana kekurangan daripada mematuhi itu akan dipenuhi. Itu sangat pentinglah supaya kemudahan facility, accessibility untuk orang kurang upaya di negeri Selangor ini dijaga dengan baik. Kita pastikan Selangor ini memang kita mesra kepada OKU ya. Sentiasa kita perjuangkan hak OKU. Dan seterusnya Yang Berhormat Hulu Bernam juga membangkitkan dengan isu tentang skop projek pembaikan parit di Taman Titiwangsa, Taman Geriang Utama dan sebagainya. Saya nak maklumkan bahawa skop Geriang diadakan skop di Taman Geriang dikeluarkan pelaksanaan projek hanya di Taman Titiwangsa, di Taman Titiwangsa Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Ia akan melaksanakan satu projek berasingan pembaikan longkang di Taman Geriang Utama dalam masa terdekatlah. Itu ada projek di situ dan kemudiannya Hulu Bernam juga ada sentuh isu tentang monyet, isu anjing liar. Isu anjing liar ok, monyet saya serah kepada
Pandan Indah dan kita akan pastikan anjing-anjing liar ini kita. Monyet kita serahlah. Anjing-anjing liar ini kita akan cuba kerjasama baik dengan pihak PBT dan juga veterinar bagaimana PBTlah khususnya untuk selesaikan anjing-anjing liar ini. Dengan cara yang berhemah dan berperi kehaiwananlah. Baik silakan.
Yang Berhormat, yang saya nak menarik perhatian Yang Berhormat. Yang Berhormat sebutkan yang tadi, yang projek-projek longkang, itu hanyalah ada di Kampung Titiwangsa. Untuk projek PBT yang sebenarnya Yang Berhormat, ada satu gambar yang saya forward kepada pihak PBT iaitu di Taman Seri Geriang Utama itu. Yang bahan-bahan binaannya diletakkan di bahagian tepi longkang dan isu ini yang saya bertanyakan sebab Jawatankuasa Penduduk telah bertanya dan ketika mana hujan turun laluan masuk ke taman itu dipenuhi dengan daun-daun kering dan sebagainya. Jadi sangat-sangat mengganggu laluan masuk ke taman tersebut. Jadi minta Yang Berhormat beri sikit pencerahan. Terima kasih.
Baik, baik. Kalau isu kontraktor yang buat kerja dan tidak bersihkan dan tidak selesaikan isu berbangkit di lapangan sehingga menimbulkan sumbat longkang tersumbat dan sebagainya sampah-sampah yang di situ tidak dilaksanakan dilakukan dibersihkan. Ini akan diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Kita akan arahkan supaya turun pandang untuk telitilah perkara ini supaya masalah Yang Berhormat ini dapat diselesaikan. Baik seterusnya, tentang KKB.
Ada yang bangun lagi Yang Berhormat.
Semenyih, Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Isu anjing liar saya faham PBT dah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan. So, saya punya soalan mungkin cuba bersifat cadangan. Yang pertama sebenarnya sejauh manakah kemampuan pihak PBT dengan bidang kuasa yang ada untuk menyelesaikan isu anjing? Yang kedua dari sudut Penguatkuasaan Akta 772, Akta Kebajikan Haiwan 205, sejauh manakah pihak PBT mengguna pakai untuk menyelesaikan isu anjing liar dan yang ketiga sejauh mana keterlibatan Jabatan Veterinar terhadap isu ini. Sebab kalau bolehlah saya rumuskan dengan cadangan mungkin sampai masanya untuk pihak kerajaan melihat isu pemerkasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menyelesaikan isu ini dan kembangkan dia punya bidang kuasa. Dan yang kedua, kalau ada keperluan mungkin boleh turunkan kuasa itu kepada pihak PBT sebab setakat saya berbincang dengan sahabat-sahabat di PBT mereka memang mempunyai kekangan yang sangat besar seolah-olah hampir mustahil untuk menyelesaikan. Sekian, terima kasih.
Saya ambil maklum dengan perkara ini kerana masa mencemburui saya. Saya ringkaskan jadi isu ini kita dah catit dan akan cuba diperhalusilah bagaimana cadangan tersebut boleh diguna pakai. Terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Dan seterusnya, tentang Yang Berhormat Subang Jaya yang menimbulkan isu, membangkitkan isu tentang Airbnb di mana penyediaan garis panduan pengubahsuaian rumah kediaman dan hostel adalah wajar diselaraskan oleh kerajaan negerilah. Kita mengambil sikap kerajaan negeri akan monitorlah. Dan kita akan buat satu libat urus tengah buat untuk pastikan isu berbangkit di mana bangunan kediaman rumah penginapan di negeri Selangor tentang aktiviti yang tidak terkawal, tidak teratur ini kita dapat laksanakan dan sekarang kita buat bekerjasama dengan MOTAC, dengan BOMBA dengan perbadanan Produktiviti, Lembaga Hasil, Suruhan Syarikat Kementerian Komunikasi dan sebagainya untuk kita adakan libat urus dan dijangka dalam suku tahun kedua garis panduan ini akan dimuktamadkan. Ini untuk Airbnb.
Tuan Timbalan Speaker, mohon mencelah. Saya nak klarifikasikan dua perkara. Yang pertama, betul saya juga bangkitkan isu Airbnb tetapi saya juga bangkitkan isu hostel pelajar di mana rumah kediaman daripada reka bentuk satu keluarga sekarang dipecahkan kepada sepuluh, dua puluh bilik itu juga memerlukan garis panduan. Jadi sebenarnya isu ini sudah enam tahun saya bangkitkan perkara ini. Dan saya difahamkan bahawa satu garis panduan yang uniform untuk satu negeri susah untuk dicapai kerana masalah bandar raya tidak wujud di dalam daerah. Jadi cadangan saya kepada kerajaan negeri boleh tak kita berikan kebebasan kepada setiap Majlis untuk wujudkan garis panduan mereka sendiri untuk tangani masalah setempat. Itu soalan saya.
Perkara ini akan saya ambil maklum dan kita bincang dalam Stanco Kerajaan Tempatan. Kita sama boleh kebolehlaksanaan sama ada pihak PBT kita bagi kuasa untuk laksanakan ini atau kita gunakan secara dasar daripada Garis Panduan Kerajaan Negerilah. Memang bukan mudah untuk selesaikan isu Airbnb ini. Baik terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Seterusnya tentang Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu yang bertanyakan dengan Kilang Kitar Semula Elektronik, e-Waste di Kuala Kubu Baharu. Yang mana di situ ada empat lesen sementara kita bagi. Ada empat syarikat. Saya tidak panjangkan semua syarikatnya. Saya boleh bagi secara bertulis. Kemudian ada dua syarikat ya yang tidak berlesen dan sebaginya dan pihak Majlis akan pantau dari masa ke semasa untuk memastikan aktiviti e-Waste ini tidak berleluasa tidak berlaku atau boleh dikawal di pantau di lapangan khususnya di Kuala Kubu Baharu, di Hulu Selangor kerana aktiviti mereka ini kadang-kadang mencemarkan alam sekitar, tiada lesen dan mereka sorok di kampung-kampung. Ini memang satu fenomena yang berlaku di seluruh daerah negeri Selangor. Di semua
PBT ada, di Kuala Langat ada, ada di Klang, ada di tempat-tempat tertentu. Di Kapar pun ada. Saya tahu ada kompelin dan sebagainya dan kadangkala melanggar pencemaran dan bau busuklah. Kita akan ambil tindakan sewajarnya dan saya minta pihak PBT mengadakan operasi bersepadu dari masa ke semasa untuk tangkap mereka, sita mereka dan pastikan mereka didakwa di Mahkamah ataupun tutup kilang-kilang tersebut.
Seterusnya tentang Bukit Gasing yang terakhir untuk PBT berkaitan dengan peniaga-peniaga kecil. Kerajaan negeri mengambil maklum berhubung cadangan memberi kelonggaran mengambil pembantu warga asing bagi penjaja kecil namun kita ada syarat-syarat tertentu. Pekeliling Setiausaha Kerajaan Pihak Berkuasa Tempatan bilangan 21/2020 menetapkan bahawa MMKN ke 21/2020, 3 JUN 2020 disahkan oleh MMKN ke 21/2020, 10 JUN 2020 antaranya telah bersetuju bahawa pengambilan pembantu ataupun pekerja warga asing adalah tidak dibenarkan di bawah lesen penjaja. Permohonan pembantu atau pekerja asing hendaklah daripada warga negara sendiri. Namun perkara ini kita telitilah dari masa ke semasa tentang kebolehlaksanaan, kalau boleh, boleh dibincangkan semula. Dan seterusnya saya beredar sedikit masa dalam lima minit untuk ‘Nak Bercuti Pusing Selangor Dulu!’ ‘Surprising Selangor, Selangorkan Ada, Selangor Membangun. Kejutan’
Yang Berhormat.
Yang berhormat Hulu Kelang dan Sijangkang bangun. Ada bagi ruang ke tak?
Terus-terus. Bagi Sijangkang.
Bagi ruang?
Bagi-bagi. Sijangkang.
Isu yang Sijangkang bangkitkan soal sampah kampung dan juga pembinaan Menara Telco yang seolah-olah tidak ada kelulusan lagi daripada PBT.
Baik, perkara itu akan diteliti tentang Sijangkang, Telco dan sebagainya, sampah-sampah kampung. Yang tempoh hari yang diperbahasan dan kita akan telitilah apa tindakan yang boleh diambil untuk bantu selesaikan masalah di lapangan ya. Oleh kerana masa tidak cukup saya tidak boleh respons semua. Ada lagi?
Yang Berhormat sedikit saya nak sebutkan.
Ya.
Saya ingat, kita dah beri perkhidmatan sampah, pungutan sampah kampung ini semenjak 2016 lagi dan kerajaan PBT membelanjakan hampir 23juta untuk 12 PBT setiap tahun. Dan kita tahu masalah-masalah yang kita hadapi dan ada PBT-PBT yang dapat menyelesaikan contohnya MBPJ, kutipan daripada pintu ke pintu yang saya kira mungkin sepatutnya hampir sepuluh tahun dah kita beri servis ini yang kita boleh selesaikan. Mungkin pihak kerajaan boleh bagi satu jangka masa yang saya kira boleh diselesaikan dan untuk kebaikan kepada rakyat semua. Dan satu lagi adalah berkaitan dengan sampah pembakaran sampah di tanah FELCRA ini ya. Dia bukan plastik yang boleh direcycle tapi memang plastik daripada luar negara daripada Barat dan sebagainya. Yang saya kira kalau lihat kalau dikatakan 30 hotspot, 9 yang telah diselesaikan pembersihannya ada lagi 60% lebih daripada 20 tempat lagi yang masih tidak ada lagi penyelesaiannya sehingga hari ini. Dan apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak kerajaan negeri?
Yang hotspot perlu sedikit masa untuk kita lakukan penguatkuasaan dan juga penyelesaian. Memang kita ambil maklumlah memang perkara tersebut berlaku. Kita akui memang berlaku dan akan diambil tindakan dengan sewajarnyalah dari masa ke semasa untuk respons kepada Yang Berhormat Sijangkang. Dan seterusnya saya ke soal ‘Pelancongan Surprising Selangor, Selangorkan Ada, Selangor Penuh Kejutan!
Kajang bangun. Bagi ruang ke tak bagi ruang? Tapi jaga masa juga ya.
Kajang satu minit.
Terima kasih Speaker. Pihak kerajaan belum jawab soalan saya untuk masalah di Bandar Mahkota Cheras berdekatan kawasan kuari. Cara baik pulih adakah diterima oleh kerajaan? Ok, terima kasih.
Kuari yang kita turun. Suatu ketika tersebut kita masih dalam penantian. Di mana di situ kadang-kadang mengeluarkan gas sebagai tapak pelupusan tapak tersebut. Gas amonia dan sebagainya. Kita masih dalam penelitian. Apabila rawatan tersebut dari tanah tersebut boleh diterima dan kita akan
pastikan dia selamat untuk kawasan sekelilingnya. Kalau tidak selamat kita akan ambil tindakan terhadap pemilik tanah dan sebagainyalah. Pihak yang melakukan kesalahan. Jadi sekarang ini masih dalam penelitian. Sama ada dia membahayakan atau tidak ya. Baik, terima kasih Kajang yang prihatin. Kemudian Sungai Panjang.
Sungai Panjang. Sungai Panjang membangkitkan dalam perbahasan tempoh hari sebab Sungai Panjang ingin mengingatkan semua Ahli Dewan, termasuk pembangkang dan juga kerajaan agar kita tidak suka-suka ataupun senang-senang menggunakan Titah Sultan sebab itu Sungai Panjang bertanya kepada Yang Berhormat Sekinchan ada ataupun tiada Titah Sultan yang dimasukkan di dalam surat tersebut? Jika Titah itu benar-benar wujud, Sungai Panjang cadangkan bahawa Yang Berhormat Sekinchan telah ingkar kepada Titah tersebut sejak tahun 2017. Setuju atau tidak setuju? Adakah Yang Berhormat Sekinchan bersedia memohon ampun Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas keingkaran dalam mematuhi Titah selama lebih 6 tahun tersebut? Sekiranya tidak ada, kenapa selepas 6 tahun baru dibangkitkan di dalam surat tersebut, mohon respon.
Baik terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang yang menimbulkan isu ini, jadi saya hendak respons satu sahaja. Dalam Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia yang terkini 2025 tidak ada isu yang berkaitan, jadi saya tak hendak jawab soalan inilah, tak nak panjanglah, sebab masa tak ada.
Saya tanya ada atau tiada?
Saya hendak bagi Hulu Kelang, Hulu Kelang, Hulu Kelang barulah ...
Saya tanya ada atau tidak, jawapan ini yang saya minta. Jawapan yang mudah sahaja.
Sungai Panjang boleh duduk.
Baru belajar sudah tunjukkan hero di dalam Dewan yang mulia ini. Saya hendak beritahu Sungai Panjang, dalam ...
Sungai Panjang boleh duduk.
Saya minta Tuan Timbalan Speaker, ada ke perlu saya jawab persoalan ini yang tidak ada dalam Titah Ucapan..
Saya minta EXCO untuk teruskan dengan jawapan seterusnya.
Saya minta Tuan Timbalan Speaker, ada ke perlu saya jawab
Peraturan Tetap 36 (6), Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap 36 (6). Yang Berhormat Speaker Peraturan Tetap 36 (6).
Ah, inilah contoh perbahasan yang baik daripada Hulu Kelang, dia tahu cara tertibnya.
Yang Berhormat EXCO, Peraturan Tetap. Silakan.
Peraturan Tetap 36 (6).
Hah, baca itu apa itu details dia Peraturan Tetap 36 (6).
Saya bacakan dengan details. 36 (6) Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain. Yang Berhormat Sekinchan mengeluarkan sangkaan jahat dalam Dewan kepada Sungai Panjang kerana kita tahu di dalam Dewan ini tidak ada senioriti, tidak ada baharu, tidak ada lama, semua sama. Tidak ada senioriti, jadi Yang Berhormat Sekinchan minta tarik balik sangkaan baru lama dan sebagainya.
Speaker, Speaker, Speaker kalau Sungai Panjang gunakan 36 (6), saya rasa terpakai pada Sungai Panjang kalau Sungai Panjang seolah-olah mengatakan Sekinchan derhaka pada Tuanku, derhaka pada Titah Tuanku. 36 (6) hendak pakai pada siapa, pada Sungai Panjang atau pada Sekinchan? Faham tak soalan?
Saya bertanya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.
Speaker, Sungai Panjang kata tadi ialah...
Jika Titah itu benar, faham tak, faham ke tidak?
Sungai Panjang sila duduk, sila duduk.
Sungai Panjang cadangkan bahawa Yang Berhormat Sekinchan...
Yang Berhormat Sungai Panjang sila duduk. Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduk.
Speaker.
Sekarang ini ada Peraturan Tetap daripada Seri Serdang pula saya hendak dengar Peraturan Tetap dari Seri Serdang.
36 (6) yang digunakan oleh Sungai Panjang tadi, saya rasa terpakai apa yang Sungai Panjang kata pada Sekinchan, seolah-olah Sekinchan dah terbukti dia bersalah dan minta Sekinchan minta ampun kepada Tuanku. Sangkaan jahat itu terpakai kepada Sungai Panjang, Tuan Timbalan Speaker. Peraturan Tetap 36 (6) ini digunakan kepada Sungai Panjang.
Sungai Panjang, Sungai Panjang. Yang Berhormat Sungai Panjang saya tengah dengar dari Seri Serdang, sila duduk dulu.
Baik, baik, saya dengar.
Silakan.
Dalam perbahasan Sungai Panjang tadi, jelas dia kata tadi, ialah seolah-olah menggambarkan Sekinchan telah pun derhaka kepada Titah Tuanku dan perkataan yang disebutkan ialah minta kalau boleh Sekinchan hendak minta ampun kepada Tuanku. Jelas mengatakan seolah-olah Sekinchan telah pun derhaka, itu satu sangkaan sangat-sangat jahat. Jadi dekat mana pula Sekinchan kata sangkaan jahat kepada Sungai Panjang? Saya rasa 36 (6) ini Yang Berhormat Speaker, terpakai kepada Sungai Panjang dalam perbahasannya tadi.
Saya hendak dengar daripada Yang Berhormat EXCO untuk beri respons sikit tentang tuduhan-tuduhan itu.
Saya hendak beritahu tentang apa yang dinyatakan oleh Sungai Panjang ini, itu tidak ada kandungan dalam Titah ucapan, dalam Dewan ini kita tidak boleh buang masa untuk menjawab soalan-soalan yang tidak berkaitan dari usul Titah ucapan. Kalau usul itu berkaitan kita boleh ada teguran pada 2025 ini, kita perlu, ini pandangan saya. Jadi saya minta Tuan Timbalan Speaker arahkan semua duduk bagi peluang kepada saya untuk teruskan kerana masa tidak begitu mengizinkan.
Yang Berhormat Sekinchan, adakah Titah Sultan ...
Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Sungai Panjang saya masih lagi mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Petua daripada saya adalah untuk kitalah teruskan perbahasan, penggulungan daripada Yang Berhormat EXCO pada hari ini.
Saya minta Yang Berhormat Sekinchan tarik balik tuduhan senioriti dalam Pejabat Dewan ini, tidak ada senioriti, tiada senioriti.
Itu bukan tuduhan.
(Dewan Riuh)
Ok, teruskan. Saya tidak ada masalah dengan kata-kata EXCO tadi. Saya minta Yang Berhormat EXCO teruskan. Teruskan Yang Berhormat EXCO.
(Dewan Riuh).
Ada ke tidak ada? Ada ke tidak ada?
Speaker kata tidak perlu jawab. Jangan ingkar arahan Speaker.
Yang Berhormat EXCO teruskan, kita kesuntukan masa, teruskan.
Untuk pelancongan, baik-baik, untuk pelancongan silakan, silakan.
Terima kasih.
Beri laluan kepada Hulu Kelang?
Ya, ya.
Silakan.
Tuan Timbalan Speaker, ini satu perkembangan yang cukup positiflah di mana buat kali pertama, semenjak zaman azali, Sekinchan mengiktiraf peranan saya di negara dan di negeri ini, Alhamdulillah. Yang keduanya dalam perbahasan saya ada bertanya kepada Kerajaan Negeri, Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk membantu PBT-PBT mengenai kedudukan tunai yang ada dalam PBT-PBT di semua 12 PBT kerana saya telah memberikan perincian ada PBT yang mempunyai simpanan tunai yang agak besar. Ada PBT yang mempunyai simpanan tunai yang kurang, ada PBT yang mempunyai caruman pemajuan yang terlalu besar. Maka apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu PBT-PBT kerana banyak juga PBT bukan sahaja di kawasan pendalaman tetapi di kawasan sekitar bandar yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri. Masalah tanah runtuh, cerun, sistem perparitan yang perlu diperbaiki. Jadi saya kira ada wajarnya Yang Berhormat dapat memikirkan pendekatan baru untuk membantu PBT-PBT ini.
Yang keduanya saya ingin bertanya soal peruntukan MARRIS. Berapakah jumlah yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada hari ini? Kerana seingat saya ketika saya menjadi Menteri Besar, negeri menerima lebih RM500 juta setahun. Saya percaya jumlah ini sudah meningkat setelah beberapa tahun Kerajaan Negeri melakukan cerapan dan mengemukakan kepada Kerajaan Persekutuan. Maka, saya ingin bertanya jumlah dan apakah diujudkan satu akaun amanah? Bukan Parti Amanah, akaun amanah ya. Akaun amanah yang dikhususkan untuk penyelenggaraan jalan malahan skop MARRIS juga telah pun kita perbaharui sebelum ini supaya ia juga melibatkan tebing, cerun dan sebagainya. Jadi saya hendak tahu jumlah dan yang kedua apakah akaun ini dimasukkan ke dalam consolidated akaun atau pun ada akaun amanah khusus untuk peruntukan MARRIS? Terima kasih.
Yang Berhormat EXCO boleh selepas jawapan ini, kita terus kepada isu pelancongan.
Ya, ya terima kasih, saya ambil maklum ya, terima kasih. Baik, respons kepada Hulu Kelang, sebab isu senioriti tidak boleh disangkal, jadi saya perlu membuat pengiktirafan walaupun suka tak suka, ini cara kita
berbahas ya, budaya kita yang harus kita perkasakan. Baik, seterusnya tentang PBT-PBT yang agak daif, memang ada PBT yang mempunyai simpanan yang lebih, Bandar Raya yang berstatus Bandar raya dan sebagainya PBT khususnya saya bagi contoh di daerah Sabak Bernam. PBT di bawah saya Sekinchan daerah Sabak Bernam di mana Kerajaan Negeri telah memberi bantuan sebab dia daif kepada PBT berstatus Majlis dalam konteks mengutip sampah setiap tahun Kerajaan Negeri menyalurkan RM1,974 juta kepada Majlis Perbandaran Sabak Bernam untuk kerja-kerja kutipan sampah di kampung tradisi, itu satu contoh.
Kedua, Kerajaan Negeri juga menyalurkan RM700 ribu kepada Majlis Daerah Sabak Bernam pada 2024 bagi membantu membayar pembayaran pengurusan sisa pepejal di kawasan operasi PBT. Bukan saja kampung operasi PBT dan pada contoh yang lain juga, Kerajaan Negeri menanggung kos kutipan sampah di tempat-tempat yang lain seperti di Ayer Hitam, ini juga sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk bantulah di mana pengurusan sampah. Tapi contoh yang saya hendak beritahu bahawa memang Kerajaan cuba bantu mana-mana PBT yang asnaf. Kalau Sabak Bernam dia asnaf, ini kena saya kena akui di dalam Dewan yang mulia ini tapi kita usahakan bagaimana untuk cari pendapatan supaya Majlis Daerah Sabak Bernam dapat memperkukuhkan kewangan kerana kita tidak ada industri di kawasan tersebut.
Baik, seterusnya tentang peruntukan MARRIS. Peruntukan MARRIS memang setiap tahun kita ada terima, peruntukan-peruntukan berdasarkan data-data tapi di tangan saya oleh kerana ini soalan baru, saya tidak ada maklumat, saya akan minta dengan PWN saya salurkan secara bertulis supaya apa yang diminta itu kita saya dapat salurkan secara bertulis untuk tatapan, perincian Yang Berhormat Hulu Kelang ya.
Baik, seterusnya saya ke pelancongan. Pelancongan ini sektor yang paling cepat mengembangkan ekonomi kita memberi impak yang positif kepada ekonomi Negeri Selangor. Tahun ini Tahun Melawat Selangor 2025, hendak bercuti pusing Selangor dulu, surprising Selangor (bahasa cina) dengan izin.
Baik, respons kepada Yang Berhormat Seri Serdang mengenai maskot Spark, maskot Spark kelip-kelip dan juga saya ucapkan terima kasih kepada Seri Kembangan kerana berusaha dengan inisiatif sendiri untuk membangunkan sektor pelancongan di kawasan Seri Kembangan pada masa yang sama juga ada maskot tersendiri namanya Bring, Bring, maknanya dia daripada buah belimbing, bring, bring, buah belimbing. Ini boleh kerjasama dengan Tourism, kita akan bantu untuk sesi bersama dengan maskot promosi di mana-mana which is Selangor termasuk juga dalam Tiktok, dalam platform media sosial kita. Kita akan bantulah supaya Seri Kembangan menjadi satu destinasi yang disukai oleh seluruh ya seluruh masyarakat atau pun pelancong-pelancong yang datang
ke Negeri Selangor, yang hendak bercuti pusing Selangor dulu sampai ke Seri Kembangan, ini dia, baik.
Seterusnya mengenai Balakong, Balakong juga bertanyakan isu yang hari itulah, tentang bas, bas. Apakah kita ada kapasiti untuk menyambut bas-bas yang banyak yang dengan kapasiti 200 bas dalam sekali gus. Ini perlu perancangan rapi, lebih awal dua bulan, tiga bulan bagaimana kita hendak akses kan mereka, berapa tour guide yang kita perlu jaga, berapa urus setia dan kakitangan yang boleh kita handle. Saya yakin dengan kebanjiran pelancong-pelancong yang datang dewasa ini, kita ada pengalaman dan kita boleh kerjasama dengan Tourism dan dengan penggiat-penggiat industri kita boleh selesaikan. Dan baru-baru ini seperti apa yang saya jawab, pelancong-pelancong daripada negara Cina datang ke Sky Mirror seronok, lebih 1,000 dalam satu waktu, iaitu dalam satu hari lebih 1,000 yang datang. Kita juga dapat selesaikan, dapat handle, dapat layan dengan baik dan mereka sangat suka dan punyai pengalaman yang sangat baik di Negeri Selangor. Hendak bercuti pusing Selangor dulu surprising Selangor.
Seterusnya tentang Teratai yang bertanya dengan penggunaan peruntukan RM5 juta daripada MOTAC. Kita tengah bincang dengan MOTAC, memang saya minta RM5 juta tapi sampai hari ini, respons belum dapat lagi, sekurang-kurang RM3 juta, RM5 juta kita minta supaya dapat membantu promosi acara-acara, kita ada 60 acara, 50 acara inisiatif dalam Tahun Melawat Selangor ini. Banyak acara akan kita promote, termasuk roadshow ke luar negara dan sebagainya, jadi perlukan dana yang mencukupi untuk memastikan lebih banyak pendedahan kepada pelancong-pelancong dari negara Cina dan juga tempatan supaya datang bercuti ke Negeri Selangor.
Dan seterusnya tentang respons kepada Yang Berhormat Dengkil. Dengkil yang sangat cenderung dan fokus, selalu bertanya tentang pelancongan ya, baik. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah menjalankan pelbagai inisiatif yang proaktif bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Selangor. Penumpuan promosi adalah melalui satu media digital, media sosial. Walau bagaimanapun, kaedah konvensional tetap diberikan penekanan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini TSSB mempromosikan lebih 50 papan billboard secara fizikal dan digital di seluruh daerah Negeri Selangor dengan kerjasama semua Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan kerana telah memberi kerjasama dan memberikan ruang digital mereka, LED skrin mereka untuk paparan Tahun Melawat Selangor 2025. Usaha ini akan dijalankan dijadikan paparan billboard ini di lebuh raya utama, di KLIA dan bandar-bandar besar seperti Johor Baru, Penang, Pantai Melaka dan sebagainya. Biarlah kita hendak sebarkan seluas mungkin untuk pastikan maklumat sampai, tahun ini adalah Tahun Melawat Selangor. Akan ada Selangor penuh dengan kejutan. Teruskan. Bukit Melawati juga berbangkit tentang isu berkaitan fasiliti di
kawasan pelancongan tidak diberi perhatian. Untuk makluman Y.B., kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuala Selangor dalam proses membaiki kemudahan sedia ada secara berfasa ianya merupakan pelan tindakan secara berterusan Tahun 2025. Kita nak baiki ruang menunggu, kaunter tiket di Bukit Melawati. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor, MBI telah bekerjasama dengan syarikat penerbangan Air Asia untuk kita nak promosi Tahun Melawat Selangor iaitu slot pengiklanan di pesawat aircraft iaitu bahagian overhead compartment dan .. sebanyak 15 pesawat akan kita gunakan untuk promosi di 15 destinasi di seluruh Asia Tenggara akan kita manfaatkan sepenuhnya dan untuk
Y.B. Dengkil bangun.
Y.B. EXCO, saya ingin bertanya berkaitan dengan promosi tadi ya. Itu adalah soalan cepu emas saya. Selalu saya soal. Sata lihat sehingga kini kalau di kawasan berhampiran di Sepang ni saya tak nampak lagi dia pnya billboard dan sebagainya. Jadi saya nak dapatkan kepastian, pencerahan daripada Y.B. samada benda ni dah dipasang ataupun belum. Yang keduanya kalau Y.B. sendiri lihat di Dengkil ni ada satu kawasan Paya Wetland. Saya yakin ramai juga yang pernah pergi di Paya Wetland ni. Ini adalah tempat pengumpulan buaya. Ini bahaya sikit. Jadi buaya ni datang daripada pelbagai tempat di seluruh Selangor dan ada satu buaya, buaya tembaga namanya. Buaya tembaga dari Shah Alam I think Y.B. Najwan ada, memang buaya tu dihantar ke Dengkil. Saya nak tau mengapa Dengkil menjadi tempat untuk simpanan buaya-buaya ni? Buaya dari Kuala Selangor ada, memang ada dan buaya dari Sekinchan. Jadi buaya-buaya ni kalau boleh tempat tu merupakab satu tempat yang perlu juga dijaga sebab penuh dengan sampah-sarap, penuh dengan rumput di sekeliling tapi nak dijadikan tempat pelancongan. Dan yang keduanya dari segi keselamatan penduduk berhampiran sebab mereka juga telahpun menimbulkan isu ini. Saya difahamkan Jabatan PERHILITAN memang jadikan Paya Indah Wetland ni sebagai tempat untuk simpanan pemeliharaan buaya. Kita kena buat sesuatu di kawasan ni supaya dapat menjadi tempat daya tarikan pelancong dan juga pastikan keselematan kawasan berkenaan supaya buaya itu tidak keluar daripada kawasan. Terima kasih.
Terima kasih Y.B. Dengkil tentang perhatikan bahawa ada sebaran-sebaran, hebahan-hebahan, klip video dan sebagainya masih ada tak muncul lagi di Sepang. Saya minta pihak Majlis Perbandaran Sepang tolong ambil perhatian untuk pastikan semua sebaran-sebaran, informasi daripada Tourism Selangor dapat dipaparkan. Berhampiran dengan KLIA 1, KLIA 2 dan juga billboard dan LED skrin di Sepang supaya lancar untuk kita bantu promosi pelancongan. Itu satu, yang kedua tentang Paya Indah Wetland. Memang kawasan itu satu kawasan yang sangat menarik, ekosistemnya saya pernah ke situ satu ketika tak lama, tahun lepas dan di sebelah
Splashmania di mana itu antara tarikan pelancongan di mana ramai orang pergi suka pergi ke Paya Indah Wetland tengok wetland itu begitu besar dengan pemandangan yang indah dan di situ juga ada hippo boleh kita bagi makanan kepada hippo. Besar hippo tu. Kemudian ada buaya, memang ada buaya. Kita kumpulkan buaya dalam kolam yang besar. Buaya-buayanya tapi buaya-buaya situ kita jangan dekatlah sebab buaya ini kita tak sangka samada ganas atau tidak kan, samada buaya dari seluruhnya yang datang. Tapi takpe itu juga tarikan. Kalau boleh buaya itu boleh disimpan kabel kita akan tambah baik dengan MOTAC supaya ditarik kabel dan boleh dibagi makanan di tengah-tengah supaya buaya itu boleh lompat makan ayam saya rasa pelancong suka datang ke situ dengan cara sedemikian. Itu saya akan cuba untuk tambah baik bagi cadangan kepada Paya Indah Wetland supaya dapat menarik lebih ramai pelancong pergi ke Dengkil dan pergi ke Paya Indah Wetland. Seterusnya tentang yang terakhir daripada Y.B. Balakong juga, eh itu dah sudah. Saya nak nyatakan rumusan saya tentang
Bukit Melawati bangun. Bagi ruang ke tak?
Terima kasih Y.B. EXCO. Tadi Y.B. EXCO ada beritahu di mana perancangan untuk penambahbaikan terutamanya di Bukit Melawati ini. Cuma saya mengharapaka di atas Bukit Melawati tu ada satu pentas yang dah lama dah usang. Saya mohon daripada Kerajaan Negeri untuk diperbaiki cepat. Kalau boleh, kerana mungkin pentas utama itu boleh dijadikan pentas sekiranya ada pelancong-pelancong yang hadir. Di atas Bukit Melawati tu mungkin kita boleh pamerkan kita punya kebudayaan terutamanya kebudayaan seni budaya di dalam daerah Kuala Selangor. Itu yang pertama, yang keduanya memang tiada dalam kawasan saya tapi saya difahamkan ada satu rumah hinggap dulu Tuanku di Kuala Selangor ni. Saya difahamkan dah diserahkan kepada kerajaan Negeri. Mungkin rumah hinggap tu boleh dijadikan mungkin restoran warisan ataupun restoran Melayu mungkin boleh jadikan satu tarikan baharu untuk makanan Melayu di Bukit Melawati. Terima kasih, Y.B. EXCO.
Bukit Melawati tentang perkara tersebut kita akan buat kajian dan memohon dana daripada MOTAC. MOTAC nanti sama menyediakan dana sekarang proses untuk permohonan ini waktunya untuk mohon jadi kalau kita tengok ada dana dan sesuai untuk pentas itu dijadikan pentas budaya dan sebagainya akan kita teliti bersama Tourism Selangor dan pihak berkuasa PBT, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan seterusnya tentang rumah hinggap kita akan buat study tentang kebolehlaksanaan, tentang jadikan dia restoran dan sebagainya. Saya ambil maklum cadangan-cadangan yang bernas daripada Y.B. ya. Seterusnya Y.B. Hulu Kelang.
Y.B. sedia maklum bahawa tahun ini Malaysia adalah Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN dan sudah tentulah ini peluang, yang terbaik untuk negeri Selangor memperkukuhkan hubungan industri pelancongan dengan negara-negara anggota ASEAN. Persoalan saya ialah apakah langkah-langkah yang sedang disusun oleh Y.B. Dan juga kerajaan Negeri dengan meletakkan Selangor sebagai hub dalam bidang MICE ini – Meetings, Incentives, Conventions dan juga Conferences dan Exhibitions kerana sektor pelancongan ini bukan sekadar pusing-pusing di Sekinchan ataupun melihat buaya sahaja, tetapi MICE ini juga salah satu bidang yang perlu diusahakan oleh Kerajaan Negeri kerana pengunjung-pengunjung dan mereka yang terlibat dalam sektor ini merupakan mereka-mereka yang mempunyai keupayaan dari segi perbelanjaan dan juga penginapan mereka di dalam negeri Selangor. Jadi bagaimana Kerajaan Negeri dapat menjadikan Selangor sebagai hub MICE sempena sidang kemuncak ASEAN pada tahun ini.
Terima kasih atas pencerahan Y.B. Hulu Kelang berkaitan dengan kita sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN dan sebagainya. Memang pelanconan ni merangkumi banyak sektor, banyak aktiviti yang boleh kita libatkan termasuk pusing sini ke sana, nak bercuti pusing Selangor dulu, pada masa yang sama tentang conference, exhibition dan sebagainya persidangan itu juga mendatangkan resit pelancongan. Jadi kita harus perbanyakkan perkasakan dan tahun ini memang Negeri Selangor kita ambil peluang kerana di Selangor banyak fasiliti tentang hotel 5 bintang, konvensyen-konvensyen yang ada akan kita manfaatkan untuk persidangan-persidangan, pra sidang kemuncak pra ASEAN dan sebagainya, banyak saya rasa ada banyak susunan yang akan menyusul kemudian dan pada persidangan akan datang pada bulan 7 mungkin boleh jawab soalan seperti ini supaya kita boleh ketengahkan butir-butir mana satu persidangan yang kita anjurkan di Negeri Selangor berkaitan dengan anggota-anggota ASEAN di dalam persidangan ASEAN ini. Okay kita laksanakan sudah pasti Selangor akan rebut peluang keemasan ini untuk menambah hasil resit pelancongan. Saya ambil maklum tentang perkara ini. Baik, seterusnya tentang
Sungai Pelek bangun. Ada bagi ruang lagi ke tak?
Ya, ya. Last, last. Yang terakhir untuk ni.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Y.B. EXCO. Saya tertarik dengan yang disebutkan oleh Y.B. EXCO berkaitan dengan kaunter information atau kaunter informasi berkaitan dengan produk-produk pelancongan di KLIA Terminal 1 atau Terminal 2. Saya rasa daripada pelancongan atau Tourism Selangor ni perlu menyalurkan maklumat yang lebih banyak kepada Majlis Perbandaran supaya
mereka dapat menyediakan informasi yang lebih tepat dan lebih lengkap supaya boleh promosikan. Saya ingin juga bertanya dengan Jawatankuasa yang berkaitan dengan Y.B. EXCO berkaitan dengan saya pernah bawa dalam teks perbahasan saya, pusat warga emas yang mungkin boleh menyediakan satu guideline ataupun garis panduan kepada PBT untuk membina lebih banyak rumah ataupun pusat warga emas seperti katakan di Sepang ni adalah satu kawasan yang sedang mengalami .... Satu lagi berkaitan dengan portfolio Y.B. EXCO juga adalah jeti untuk Dragon Boat ataupun Kejohanan Perahu Naga itupun berkaitan dengan PBT dan juga kepada mana-mana pelancongan saya harap Y.B. boleh ambil perhatian dalam dua, tiga perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Y.B. Sungai Pelek. Yang nyatakan tentang pusat warga emas, berkaitan PBT perkara ini walaupun terlepas, takpe saya respon. Kita akan cuba selaraskan di mana-mana PBT mana pusat-pusat yang boleh dijadikan rekreasi, istirehat untuk warga emas untuk kita tambahbaikkan akan kita dirikan supaya ada tempat-tempat tertentu warga emas mereka menghabiskan masa waktu senja bersama teman-teman seiringan mereka, kumpulan-kumpulan mereka itu sangat penting bagi satu komuniti ada pusat-pusat warga emas sedemikian. Kita santuni seluruhnya bukan anak muda kita santuni, yang tua yang muda, yang tua pun kita kena santuni. Jadi pusat warga emas ini memang ada keperluan.
Seterusnya tentang Pesta Jeti Dragon Boat di Sepang dan sebagainya itu juga di Sungai Sepang pernah dicadangkan supaya dijadikan pesta tahunan Dragon Boat, pertandingan. Ini boleh diambil pertimbangan untuk kita laksanakan pada tahun ini atau tahun hadapan kerana bukan tahun ini sahaja Tahun Melawat Selangor 2025, tahun hadapan Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi masa yang kita ambil adalah 24 bulan untuk promote pelancongan Selangor. Pelancongan Selangor memberi impak secara terus kepada pelancongan Malaysia. KPI kita adalah KPI Malaysia. Itu sangat penting. Jadi yang terakhir saya nak nyatakan Tuan Timbalan Speaker, Visit Selangor Year ni baru-baru ni saya sampai ke KL Sentral bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Tuan Nasri bersama kumpulannya bersama Gaya Travel dan juga NGO yang berlainan, penggiat industri yang berlainan kita tumpu buat sebaran bersama prasarana di mana? Di KL Sentral untuk kita promote dengan cara berlainan iaitu warisan makanan daripada KLIA daripada KL Sentral kita menaiki MRT public transport melepasi 18 stesyen sampai ke mana? Sampai ke Kajang untuk kita menikmati makanan enak gastronomy warisan kita, sate kajang yang terkenal dalam masa 45 minit sahaja sampai ke Kajang. Ini boleh bawa pelancong dari luar negara sampai ke KL Sentral naik MRT public transport yang selesa terus sampai ke Kajang. Visit Selangor, enjoy Kajang. Ini yang penting makan sate di Kajang. Kemudiannya saya nak bagitau bukan sahaja kita nak bercuti Pusing Selangor Dulu nak ke Sekinchan kita singgah ke Permatang dulu.
Permatang juga banyak tempat yang kita boleh lawati termasuk homestay dan juga IKS. Jadi seluruh Selangor ini kita pastikan banyak tempat tidak terkecuali. Akan kita promote satu persatu ya supaya industri pelancongan Selangor semakin rancak dan matlamat kita 8 juta pelancong domestik dan international untuk tahun 2025 dapat kita capai dan dia akan menghasilkan anggaran resit perbelanjaan pelancongan RM11.7 bilion akan kita realisasikan supaya ekonomi kita terus berkembag. Silakan, yang terakhir untuk Permatang sebab wanita di sana.
Permatang, ringkaskan.
Terima kasih Y.B. EXCO. Saya berminatlah tadi dengar kata sebelum ke Sekinchan kita singgah Permatang. Soalan saya hari tu masa dalam perbahasan saya ada bawalah macam-macam isu tentang papan tanda, isu pelesenan, homestay dan sebagainya. Jadi saya harap memandangkan Yang Berhormat EXCO telah memberi jaminan macam ini, jadi start bulan depan sudah tidak ada masalah di Permatang. Kita punya homestay lesen semua kira Kerajaan Negeri akan dapat luluskan dan bantulah ya.
Terima kasih Permatang. Isu papan tanda saya akan minta arahkan pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk tambah papan tanda hendak pergi ke Permatang, pergi ke homestay mana yang perlukan kawasan-kawasan tarikan pelancongan, itu penting, tidak kira kawasan siapa, tiada masalah tentang kita promo, kawasan pembangkang pun kita bantu, seluruhnya termasuk Sungai Panjang. Kelip-Kelip di Sungai Panjang saya minta peruntukan untuk tahun ini untuk bangun dan naikkan infrastruktur di pusat konservasi di Sungai Panjang sebab kelip-kelip itu memberi makna yang tersendiri, di dalam kegelapan membawa sinar harapan kepada kita terus ke arah hadapan.
Yang Berhormat jangan lupa udang dan buaya kat Sungai Panjang, ada juga buaya.
Tak apa, saya akan bangunkan tandas untuk pastikan semua kemudahan lebih selesa di Sungai Panjang, Kelip-Kelip dan lampu-lampu solar LED di kawasan di situ walaupun di kawasan pembangkang, no problem sebab kita bekerja untuk rakyat, bantu rakyat membangunkan Selangor, industri pelancongan di Negeri Selangor. Pastikan di Permatang soal homestay ini kita akan minta ada satu jawatankuasa khas, kita teliti case by case maknanya permohonan orang kampung di sawah dan sebagainya, tanah sebilangan yang kecil, kalau tidak perlu banyak urusannya kita cuba permudahkan tapi nak luluskan hari ini, kita tidak boleh janji sedemikian perlu ada masa, mana yang boleh bantu, kita permudahkan. Kita tidak mahu
menyusahkan orang kampung, saya tahu orang kampung cari rezeki sikit tidak banyak, ‘orak akeh wong jowo ngomong, sitik, arek golek mangan’ (hendak cari makan). Tidak apa kita cuba bantu yang sebolehnya, pastikan ayuh semua Ahli-ahli Yang Berhormat kita bekerja sebagai satu pasukan untuk kita promosi Tahun Melawat Selangor, Surprising Selangor, Selangorkan ada, Selangor penuh kejutan, sekian sahaja, terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Sekarang ini saya persilakan Yang Berhormat EXCO Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau untuk teruskan penggulungan.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Kita Selangor Maju Bersama. Timbalan Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat saya mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menyembah Hormat dan Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan saya menyambut baik maklum balas serta cadangan yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan saya akan penggulungan pada hari ini dengan menjawab isu yang berkaitan kesihatan awam terlebih dahulu dan disusuli dengan isu berkaitan dengan alam sekitar.
Tuan Speaker, saya mengambil maklum tentang isu yang dibangkitkan mengenai penambahan fasiliti-fasiliti kesihatan di Negeri Selangor oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Pelabuhan Klang, Taman Medan, Bukit Gasing, Dusun Tua, Sungai Kandis, Bukit Lanjan, Kota Kemuning, Jeram dan Kampung Tunku. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan Malaysia atau pun KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan kemudahan kesihatan di negeri ini dan buat masa ini terdapat 13 hospital awam di Negeri Selangor iaitu 1 buah hospital negeri, 7 buah hospital pakar, 2 hospital pakar dan 3 buah hospital tanpa pakar dan untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang yang terletak di Hulu Langat yang baru sahaja dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Selangor pada 13 Februari yang lalu. Selain daripada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga dalam proses menaik taraf fasiliti kesihatan awam di luar bandar dengan menggunakan peruntukan pembangunan BP0600 bagi projek naik taraf, ubah suai dan penambahbaikan fasiliti kesihatan termasuk klinik daif. Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga mempunyai perancangan untuk menaik taraf fasiliti-fasiliti hospital di Negeri Selangor
secara berperingkat bagi tujuan meningkatkan kapasiti katil dan kepada perkhidmatan kepakaran sekali gus meningkatkan mutu dan kualiti penyampaian kesihatan jadi dalam pelan pembangunan fasiliti ini telah diselaraskan di dalam pelan induk fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia Unjuran 20 tahun iaitu 2023 sehingga 2045. Ada beberapa projek yang melibatkan 4 buah hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Selayang dan Hospital Kajang dan Hospital Shah Alam telah menerima peruntukan melalui penambah baik fasiliti Kesihatan KKM di bawah Butiran Projek 00600 pada tahun 2025 iaitu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah terdapat menaik taraf sistem-sistem pencegahan kebakaran di unit hemodialisis, di Hospital Selayang terdapat penaiktarafan jabatan kecemasan dan raung farmasi pesakit dalam, di Hospital Kajang pula terdapat penaiktarafan stor farmasi stor rekod perubatan di bangunan asrama jururawat dan terlibat penaiktarafan ruang farmasi kepada pesakit dalam dan Hospital Shah Alam terdapat penaiktarafan di jabatan kecemasan.
Tuan Pengerusi, saya hendak bacakan Peraturan Tetap Dewan. Quorum dan Jawatankuasa Dewan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 1/3 Ahli Dewan dengan tidak termasuk Pengerusi. Kita ada 16 sahaja ini, tidak cukup 1/3.
Puan Setiausaha? Ada peraturan ke? Okay teruskan. Sila teruskan.
Sudah cukup, boleh kira semula.
Betul cukup?
Sudah cukup, itu ada di belakang.
Okay, okay sudah cukup.
Yang Berhormat EXCO sila teruskan.
Kenapalah kacau Yang Berhormat ni.
Itu Peraturan Tetap. Tadi tidak cukup kuorum.
Terima kasih, saya pun ada kekangan masa sebenarnya. Saya harapkan kerjasama dari semua pihak jadi selain
daripada itu kita ada penambahbaikan seperti sebab terlalu jadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Selayang dan Hospital Kajang dan Hospital Shah Alam mempunyai penaiktarafan unit rawatan rapi ICU, penggantian CT Scan , sistem maklumat, penggantian 17 unit lif, pembinaan tambahan blok parkir bertingkat dan sebagainya, jadi untuk maklumat lanjut saya akan berikan kepada sesiapa yang memerlukan. Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat berdasarkan data daripada JKNS juga terdapat perancangan bagi pembinaan fasiliti kesihatan di Pelabuhan Klang, Sepang, Kuala langat, Hulu Langat dan Gombak di bawah Rancangan Malaysia ke-13 di mana pembinaan klinik kesihatan jenis 2 Kota Warisan bersama Kompleks Kesihatan Besepadu Daerah Sepang dalam proses pemberimilikan tanah. Selain daripada itu, di Pelabuhan Klang terdapatnya pembinaan klinik kesihatan jenis satu Klinik Kesihatan Pandamaran ia untuk kawasan operasi Pandamaran dan Pelabuhan Klang, untuk daerah Kuala Langat klinik kesihatan jenis 2 di bandar Rimbayu dan di bawah Adun Sijangkang juga akan dibangunkan dan juga untuk daerah Gombak cadangan pembinaan klinik kesihatan jenis 2 di Mukim Perdana Ampang dan klinik kesihatan jenis 2 di bandar Country Home Rawang juga sedang dipertimbangkan, dan seterusnya klinik kesihatan Batu 14, Hulu Langat juga dalam perancangan untuk meroboh dan seterusnya membina baru klinik tersebut kepada klinik kesihatan jenis 3, meskipun begitu untuk makluman tambahan atau maklumat pada masa akan datang cadangan penambahanbaikan fasiliti kesihatan di Negeri Selangor adalah tertakluk kepada kelulusan di peringkat ibu pejabat KKM dan Kementerian Kewangan. Tuan Speaker, saya ingin menjawab sedikit soalan atau pun cadangan.
Yang Berhormat EXCO boleh saya mencelah, tadi Yang Berhormat kawasan yang akan mendapat pusat kesihatan baru. Adakah apa-apa cadangan untuk membina di pusat kesihatan di Kota Kemuning di mana khususnya di kawasan Kota Kemuning kita tiada langsung pusat kesihatan ini yang mana kita banyak ke klinik di Batu 8 atau di Bukit Naga dan juga di Hospital Shah Alam? Adakah apa-apa cadangan yang boleh kita panjangkan kepada Kerajaan Negeri memberi perhatian satu pusat kesihatan di bina di kawasan Kota Kemuning?
Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Kota Kemuning, saya kira apa sahaja cadangan dan maklum balas disambut baik oleh Kerajaan Negeri dan juga melalui bantuan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, jadi sekiranya ada apa-apa cadangan boleh kita teliti semula kerana buat masa kini saya tidak mempunyai maklumat yang terperinci mengenai Kota Kemuning, namun begitu sebenarnya banyak cadangan yang telah disampaikan kepada pejabat saya mahupun Kesihatan Negeri Selangor sedang dipantau dan juga semua cadangan yang dicadangkan itu akan dipantau berdasarkan ciri-ciri atau pun kriteria yang harus dinilai. Jadi sekiranya ada apa-apa cadangan dan mengenai situasi terkini di kawasan DUN
masing-masing boleh sampaikan selepas itu kita akan memberi maklum balas, kalau boleh sampaikan secara bertulis supaya kita mempunyai rekod.
Sama seperti cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Bukit Gasing, Taman Medan, Kampung Tunku dan Bukit Lanjan tentang pembinaan hospital baru di Petaling Jaya, jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor buat masa kini sedang bekerjasama dengan pihak kesihatan Malaysia dalam meneliti keperluan ini dan seperti yang diketahui sebenarnya cadangan seperti ini telah dibangkitkan juga di persidangan yang lepas. Sebenarnya perbincangan awal bersama pihak KKM telah dijalankan sebelum sidang untuk mengenal pasti alternatif-alternatif yang bersesuaian untuk dipertimbangkan bagi pembinaan sebuah hospital baharu di bahagian timur daerah Petaling. Jadi sebelum ini sudah pun terdapat perbincangan bersama dengan pejabat saya. Di antara perkara yang dibincangkan semasa perbincangan awal seperti yang saya katakan ada beberapa kriteria tapi antara kriteria yang menjadi sebagai cabaran sebagai contoh ia perlu dibina di tanah milik KKM dan seterusnya keluasan yang diperlukan antara 15 sehingga 20 ekar.
Jadi untuk isu peruntukan telah pun kita bincangkan kita fokus kepada lebih kepada isu tanah di mana tempat yang lebih strategik atau tempat yang membolehkan kebolehsanaan hospital ini. Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk menangani cabaran ini walaupun terdapat cabaran namun apa yang sedang kita cuba adalah untuk mendapatkan solusi di mana antara cabaran yang sedang dibincangkan adalah merujuk kepada modal pembinaan Pusat Rawatan Wanita Dan Kanak-Kanak Hospital Tengku Permaisuri Norashikin yang masih dapat menyediakan fasiliti kesihatan walaupun kawasan tanah yang agak terhad berbanding dengan hospital-hospital lain. Dan melihat kepada modal ini sekiranya dapat dipertimbangkan diharap ia sekiranya tidak dapat menyediakan hospital kapasiti penuh dapat menyediakan fasiliti kesihatan yang dapat membantu penduduk Petaling Jaya dan sekali gus mampu dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Shah Alam dan memenuhi keperluan penduduk di tengah-tengah di Lembah Klang secara umum kerana kedua tempat ini adalah di lingkungan daerah Petaling. Secara prinsipnya 17 ekar tanah diperlukan untuk tujuan ini terdapat alternatif yang dinamik turut dipertimbangkan termasuk bagaimana kita boleh memaksimumkan ruang secara vertical dan atau pun pembangunan hospital yang lebih tinggi. Jadi untuk inisatif untuk projek ini memang cuma untuk makluman Ahli-ahli Dewan Negeri kita sedang meneliti dan memantau dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk memantau dan melihat sekiranya ada kemungkinan atau pun peluang untuk kita mendapatkan hospital ini dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat selain daripada kemungkinan pembinaan hospital di Petaling Jaya terdapat juga pertimbangan terhadap penambahbaikan fasiliti kesihatan awam di daerah Petaling dengan mengambil kira keperluan semasa dan juga kepadatan penduduk di Daerah Petaling.
Di antara yang seperti yang saya telah katakan adalah fokus terhadap Hospital Shah Alam yang juga terletak di bawah Daerah Petaling dan apakah jenis penambahbaikan yang boleh kita laksanakan dan pada ketika ini juga di antara pertimbangan adalah cadangan pembinaan blok tambahan dan kawasan parkir bertingkat di Hospital Shah Alam dengan menyediakan 400 buah katil tambahan sekiranya cadangan ini diluluskan. Dan, antara cadangan lain dalam pertimbangan ini adalah menambah baik perkhidmatan pesakit luar dengan pertambahan klinik-klinik pakar di blok baru dan 1,500 lot parkir bertingkat dengan tujuan menambah keselesaan kepada pengguna-pengguna yang berkunjung ke Hospital Shah Alam. Jadi, selain daripada itu, KKM juga melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sentiasa komited dalam usaha mengurangkan kesesakan di hospital melalui kerjasama yang lebih erat dengan pihak swasta. Di mana kalau kita mahu membina hospital menjalankan penaik tarafan ini adalah boleh dikirakan solusi jangka sederhana dan jangka panjang. Daripada apa yang kita lihat pada inisiatif ini adalah inisiatif Ahli Daya ataupun dengan izin, outsourcing di mana pesakit KKM ke fasiliti swasta di bawah Hospital Services Outsourcing Programme ataupun HSOP dan ini juga termasuk kemungkinan bekerjasama dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di mana pesakit mendapat rawatan daripada HUKM dengan caj yang sama ataupun hampir sama berbanding dengan hospital awam. Dan selain daripada itu, JKNS juga sedang mempromosikan program tanggungjawab sosial korporat seperti projek Healthcare Equity for Affordable and Rapid Treatment bersama pihak Pusat Perubatan MSU dan juga mengurangkan masa menunggu serta kesesakan di Hospital Shah Alam.
Tuan Speaker, di sini saya ingin maklumkan bahawa pejabat saya juga peka terhadap aduan dan maklum balas daripada pihak Ahli Dewan Negeri, orang awam, wakil-wakil komuniti ataupun melalui laporan berita mengenai perkhidmatan di pusat fasiliti kesihatan awam. Oleh kerana itu, walaupun perihal ataupun isu berkaitan dengan hospital lebih kepada lebih terletak di tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, namun begitu pada tahun ini pejabat saya bersama dengan bekerjasama dengan pihak kerajaan, pihak Jabatan kesihatan Negeri Selangor akan melakukan pemeriksaan secara berkala untuk memeriksa aduan-aduan yang telah disalurkan di samping memantau keadaan hospital-hospital kerajaan yang berkenaan dan seterusnya melaksanakan usaha-usaha untuk menambah baik dan menyelesaikan isu-isu yang ada.
Seterusnya Tuan Speaker, saya ingin bergerak ke topik berkenaan dengan Selangor Saring dan juga program vaksinasi. Tuan Speaker, pertamanya saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat Bandar Baru Klang atas keprihatinan beliau terhadap isu kesihatan awam di Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri menghargai pandangan dan idea daripada Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan Yang Berhormat bagi memperluaskan inisiatif Saring
Selangor dan juga program vaksinasi dan untuk makluman Yang Berhormat, program Saring Selangor yang dilaksanakan ini telah akan dilaksanakan di kesemua 56 DUN bawah Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Penyelaras DUN serta pihak Selcare Management Sdn. Bhd. Bagi memastikan lebih banyak pihak yang boleh menerima manfaat daripada program ini, kerajaan sebenarnya telah menambah baik program ini di mana Kerajaan Negeri selepas ini akan membenarkan permohonan daripada wakil komuniti selain daripada PKM ataupun penyelaras seperti Ketua Kampung Tradisi ataupun Ketua Kampung Baru Cina, Ketua Komuniti India, Ketua Komuniti, Sukarelawan Kerajaan Negeri seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA), Penyelaras Pusat Wanita Berdaya (PWB), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi serta Jabatan Kerajaan Negeri yang ingin menganjurkan program Selangor Saring kerana apa yang pentingnya tentang program Selangor Saring ini adalah ketika kita menganjurkannya kita berharap Pusat Khidmat dapat menarik perhatian penduduk-penduduk kawasan mengenai program saringan ini dan sekiranya selain daripada Pusat Khidmat ada juga wakil-wakil ataupun pemimpin-pemimpin komuniti yang memang mempunyai kapasiti untuk menjalankan program ini kita juga membenarkan dan memberikan ruang untuk wakil komuniti yang berminat untuk melaksanakan program Saring Selangor yang dan yang berminat boleh mengadakan perbincanganlah dengan pihak Selcare Management Sdn. Bhd. untuk penyelarasan lanjut bagi penetapan tarikh, lokasi saringan dan juga perlu memberikan makluman kepada Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut supaya Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut mengetahuilah ada pihak-pihak lain, ketua komuniti lain yang mahu melaksanakan program di kawasan itu.
Jadi, untuk makluman juga terdapat sebenarnya apabila kita berbincang ataupun berbicara tentang vaksin. Sebenarnya terdapat beberapa jenis vaksinasi yang boleh diperolehi oleh penerima manfaat Iltizam Selangor Sihat dalam usaha memperkukuhkan penjagaan kesihatan preventif. Jadi, antara jenis vaksinasi yang boleh diperolehi adalah pneumococcal, meningococcal, typhoid, hepatitis B dan influenza dan pemberian vaksin ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan akses dalam perlindungan kesihatan dan mengelakkan komplikasi kesihatan serta memastikan kesejahteraan rakyat Selangor secara menyeluruh dan JKNS sebenarnya kini sedang melaksanakan pemberian vaksin influenza percuma kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik.
Seterusnya, Yang Berhormat Bandar Baru Klang juga telah bertanyakan isu berkaitan dengan vaksinasi denggi iaitu Qdenga. Jadi, pada waktu ini Kerajaan Negeri masih dalam fasa menilai keberkesanan dan keboleh laksanaan vaksin tersebut. Seperti yang dikatakan sebelum ini, kita pun telah melakukan lawatan, telah berbincang dengan supplier dan sebagainya. Dan, kita mendapati bahawa vaksin Qdenga telah mendapat
pendaftaran bersyarat daripada Drug Control Authority Malaysia pada 8 Februari tahun lepas untuk tempoh dua tahun. Jadi, dalam tempoh dua tahun ini pengeluar vaksin perlu mengemukakan data tambahan mengenai kualiti keselamatan dan keberkesanan vaksin untuk keputusan lanjut oleh DCA. Jadi, buat masa ini pihak Kerajaan Negeri sedang memantau kerana daripada pihak KKM pun masih belum memasukkan vaksin ini di mana-mana fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan ini hanya dibekalkan oleh fasiliti-fasiliti kesihatan swasta. Namun, walau bagaimanapun pejabat saya bersama UPEN memang sedang mempertimbangkan bagaimana kita boleh menjalankan projek rintis dalam penggunaan vaksin denggi pada ketika ini. Jadi, sekiranya pejabat saya dan pihak UPEN telah mengambil keputusan untuk menjalankan projek rintis ini kita akan maklumkan pada masa yang akan datanglah. Tapi dalam masa yang sama buat masa kini, Kerajaan Negeri sedang menumpukan dan memberikan perhatian penuh kepada aspek pencegahan seperti kebersihan kawasan persekitaran dan penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Tuan Speaker, seterusnya saya ingin bergerak untuk menjawab isu-isu alam sekitar. Terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya di atas cadangan pendapatan daripada sumber lain contohnya kredit karbon. Kerajaan Negeri Selangor pada ketika ini sedang meneliti mekanisme pengaktifan kredit karbon yang berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan baru bagi Kerajaan Negeri dan inisiatif ini juga akan memberi tumpuan kepada pemulihan ekosistem yang merangkumi penanaman semula pokok bakau, pemulihan hidrologi, pengurusan spesis invensif serta penguatkuasaan untuk mengelakkan digrasi pada masa yang akan datang.
Seterusnya juga terima kasih kepada Yang Berhormat Morib atas pertanyaan berhubung dengan penanaman pokok kayu bakau sebagai penyelesaian hakisan di pantai-pantai. Untuk makluman Yang Berhormat Morib, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah membangunkan satu Sistem Pemantauan Kawasan Persisiran Pantai Semenanjung Malaysia yang dinamakan sebagai e-Pesisiran. Jadi, JPNS akan menjalankan program penanaman pokok kayu bakau di kawasan seluas 1 hektar yang telah dikenal pasti bersesuaian untuk dijalankan program yang tersebut pada tahun ini. Dan, bagi mengurangkan risiko hakisan pantai di DUN Morib, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak 55..
Boleh ya?
Silakan Yang Berhormat Bukit Melawati.
Terima kasih Y.B. EXCO. Berkenaan dengan penanaman kayu bakau, ini boleh dikatakan meliputi di kawasan saya juga ada
kawasan yang perlu ditanam semula kayu bakau ini. Saya mengalu-alukan kehadiran Y.B. EXCO ke Bukit Melawati untuk kita buat kerjasama bersama dengan NGO ataupun bagi pihak Kerajaan Negeri untuk tanam semula kayu bakau ini di sungai sepanjang sungai di Kampung Kuantan, Kuala Selangor nanti. InsyaAllah.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Sebenarnya sekiranya Yang Berhormat dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat lain mempunyai cadangan di mana terdapat kawasan-kawasan lapang ataupun kosong yang membolehkan kita menjalankan aktiviti sebegitu memang dialu-alukanlah untuk berikan maklumat itu secara bertulis kepada pejabat saya. Pejabat saya pun boleh mendapat maklumat tambahan kerana kadangkala apabila kita membuat siasatan memang ada maklumat awal mengatakan kawasan ini sesuai untuk dijalankan tetapi apabila kita membuat lawatan dia mungkin sebaliknya kerana ada kawasan-kawasan yang telah diteliti namun tidak bersesuaian apabila terdedah contohnya kepada ombak yang kuat akibat pergerakan kapal-kapal laut dagang dan juga bot-bot nelayan. Jadi, sekiranya ada memang saya alu-alukanlah. Jadi, saya ucapkan sekali lagi terima kasih. Dan, saya ingin menyambung kerana Yang Berhormat Morib telah bertanyakan jadi saya juga ingin memaklumkan bahawa sebanyak RM55.25 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan dua projek kawalan hakisan pantai iaitu projek pemuliharaan pantai Morib dan juga projek membina dan menaik taraf benteng pantai dan kawalan hakisan bagi fenomena air pasang besar di Pantai Cunang dan Pantai Tanjung Sepat, Daerah Kuala Langat, Selangor. Jadi, kedua-dua projek ini sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2026. Dan, seterusnya saya ingin bergerak ke isu yang berkaitan dengan..
Boleh sekejap? Saya diberitahu tadi ada dua tempat. Tapi saya lihat di kawasan Pantai Kelanang. Saya rasa hakisan tu, dah semakin teruk dan saya lihat perlunya penanaman kembali pokok-pokok bakau itu perlu dilakukan sebab apa pun di persisiran pantai di belah Morib sehinggakan benteng-benteng yang sedia adapun telah rosak. Walaupun saya tahu Pantai Morib ada pemulihan pantai ombak telah dibina tetapi hakisannya sebenarnya dia akan berlaku di belah Pantai Kelanang dan mungkin ke Batu Laut. Jadi, saya harap perkara ini dapat diperlihatkan lagi dan kalau boleh diperincikan lagilah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Pantai Kelanang ya? Ok. Nanti saya akan melihatlah terhadap isu yang telah dibangkitkan. Seterusnya, saya ingin bergerak ke isu monyet liar yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ijok dan juga Yang Berhormat Hulu Bernam. Atas pertanyaan berhubung dengan isu konflik hidupan liar yang melibatkan monyet ataupun kera yang mengancam keselamatan penduduk dan merosakkan harta benda. Saya ingin terangkan
terlebih dahulu antara faktor-faktor dan penyebab dan pertamanya adalah berpunca daripada beberapa faktor utama seperti pemberian makanan oleh penduduk pada permulaannya dan amalan ini menggalakkan monyet ataupun kera untuk terus kembali ke kawasan penempatan dan menyebabkan kebergantungan terhadap manusia dan meningkatkan keberanian serta tingkah laku yang agresif.
Dan, seterusnya selepas itu adalah keupayaan adaptasi yang tinggi. Monyet dan kera sebenarnya merupakan spesis yang cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan mereka juga sering dalam satu kumpulan yang agak besar untuk mendapatkan makanan yang lebih mudah untuk diakses di kawasan perumahan dan pertanian. Jadi, antara langkah-langkah tindakan PERHILITAN adalah operasi kawalan dan pemantauan di mana Jabatan PERHILITAN telah menjalankan satu struktur perangkap aktif di kawasan terjejas untuk menangkap monyet ataupun kera yang menimbulkan ancaman dan telah berjaya menangkap sejumlah hampir 6,000 monyet dan kera pada operasi ini dan sembilan (9) operasi bersepadu telah dilaksanakan di lokasi hotspot dengan kerjasama komuniti setempat untuk mengawal populasi monyet secara berkesan. Jadi, melihat kepada kawasan DUN Ijok dan juga Hulu Bernam, operasi juga telah dijalankan di kawasan berkenaan di mana di kawasan DUN Ijok sebanyak 416 ekor telah ditangkap sepanjang 2024 dan di kawasan DUN Hulu Bernam pula sebanyak 450 ekor ditangkap sepanjang tahun 2024 di kawasan DUN Hulu Bernam, okay. Jadi, sekiranya ada lagi isu yang tertimbul, saya akan selepas ini meminta Jabatan PERHILITAN untuk memperkerapkan pemantauan di kawasan-kawasan tersebut. Dan juga saya harap boleh dapatkan kerjasama daripada Yang Berhormat untuk memberikan kesedaran kepada penduduk-penduduk di sekeliling supaya memastikan
Baik, Yang Berhormat, nak bagi Ijok.
Mereka akan juga mematuhi tindakan-tindakan seperti tidak memberikan makanan dan sebagainya.
Ijok, Ijok.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO, di atas jawapan yang diberikan. Di kesempatan ini Ijok ingin mengucapkan terima kasihlah berbanyak di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak PERHILITAN ya di atas tugasan mereka ini yang menjadi, dekat Ijok ni, yang menjadi penghalang sebenarnya. Adalah, minta maaf, saya sangat sepertimana saya ulang sekali lagi, saya sangat menghormati kepada pencinta haiwan, pencinta-pencinta haiwan ini ya. Tolong jangan mengganggu pihak PERHILITAN untuk melakukan kerja-kerja ataupun tugasan mereka untuk mengawal populasi monyet-
monyet liar tadi ini. Jadi, apa usaha yang dimaklumkan oleh pihak YB EXCO, tadi tu memang telah dilakukan tetapi ada beberapa program-program yang telah dirancang tapi tidak dapat dijalankan oleh disebabkan ada gangguan ataupun aduan-aduan daripada pihak yang ya lah, pencinta haiwan tadi tapi saya ulang sekali lagi, saya menghormati mereka tapi atas penghormatan ini, sama-samalah kebersamaan kita untuk sama-sama menjaga kelestarian alam ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok, dan saya sangat bersetujulah kerana kita perlu mencapai satu keseimbangan dan ini juga salah satu pendekatan yang dinamakan sebagai co-existence management yang perlu diperkasakan dengan penglibatan komuniti bagi memastikan keseimbangan antara pemuliharaan hidupan liar dan juga pada masa yang sama kesejahteraan penduduk.
Yang Berhormat, bagi?
Okay.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat ,berkaitan dengan isu monyet ini, bagaimana cara ditangani dan setakat ini, adakah satu cara sahaja kaedah yang diguna pakai iaitu penangkapan? Dan adakah Kerajaan Negeri ada membuat satu kajian semula keberkesanan? Adakah tangkapan ini boleh menyelesaikan isu yang aduan-aduan daripada penduduk yang kita tengok tak pernah selesai? Dan adakah kajian-kajian dilakukan untuk cuba pelbagai kaedah yang lain supaya isu monyet ini dan kacau ganggu mereka di kawasan taman ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Sebab saya lihat di kawasan saya sehingga ke hari ini isu ini masih belum selesai. Dan kalau disebutkan daripada data yang ditangkap itu, lihat dalam 400 lebih tapi ketika ini, isu ini masih belum selesai. Jadi, saya mohon sedikit pencerahan daripada Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih.
Sebenarnya apabila kita melihat kepada portfolio Jabatan PERHILITAN, antara isu paling utama yang telah diberikan taklimat kepada saya sejak bermulanya saya dilantik menjadi EXCO adalah isu yang berkaitan dengan monyet dan kera kerana populasi monyet dan kera sebenarnya di Selangor ini sangat tinggi. Saya tidak mempunyai nombor di sini namun memang ia sangat tinggi dan juga ada juga hutan-hutan tak kiralah simpanan ataupun tidak yang berdekatan dengan kawasan kediaman. Jadi, ia juga merupakan satu isu di mana hampir sama dengan isu anjing liar, kucing liar yang kita dapat lihat di kawasan-kawasan bandar ataupun perbandaran dan sebagainya. Dan memang buat masa kini selain daripada tangkapan sebenarnya, selepas menangkap itu, kita perlu fikirkan
bagaimana kita nak menguruskan monyet-monyet ini juga dan ia sikit sensitif kerana seperti yang dikatakanlah oleh Yang Berhormat Ijok, akhirnya adalah keseimbangan antara apa tu, hak haiwan dan juga kesejahteraan penduduk.
Terima kasih YB EXCO kerana saya dengan Ijok ini jiran kerana mungkin di Ijok ini monyet dia tak berapa ganas. Di Bukit Malawati ni dia ganas sikit, jadi adakah tadi YB EXCO beritahu mungkin kaedah pada benda tangkap lepas itu ada kaedah lain? Mungkin YB EXCO beritahu dia punya pembiakannya terlalu besar. Jadi, adakah kaedah lain selain daripada tangkap, mungkin kita boleh mandulkan ke monyet-monyet yang jantan ini?
Kita bahas dululah mana yang lebih ganas. Sebab nak tahu juga tu (ketawa). Kita bahas dululah siapa lebih ganas.
Saya terima tapi itu soalan terakhir ya sebab saya pun tengah kekangan masa tapi saya jawab. Mandulkan saya kira itu agak sulit dijalankanlah. Untuk mandulkan anjing liar pun sebenarnya kita kekurangan peruntukan apatah lagi monyet. Dan monyet itu dia jenis spesies yang lain, yang saya kira setakat ini saya tidak pernah dengar lagilah mana-mana Kerajaan yang memandulkan monyet untuk membuat kawalan. Namun, setakat ini, selain daripada kawalan daripada tangkapan ataupun cooling ataupun untuk menghantar monyet itu ke lokasi lain dan sebagainya. Sebenarnya, buat masa kini salah satu fokus yang diberikan oleh Jabatan PERHILITAN adalah bagaimana kita nak menjalankan penambah baikan daripada co-existence management yang seperti yang dikatakan tadilah. Di mana buat masa kini Jabatan PERHILITAN sedang fokus kepada beberapa pendapatan melalui beberapa langkah utama contohnya, pengurusan sisa makanan. Kita perlu pastikan sisa makanan dibuang dalam keadaan yang betullah dalam tong tertutup untuk mengelakkan menarik perhatian daripada kehidupan liar dan elakkan memberi makanan kepada hidupan liar. This sounds like such a simple thing tapi mungkin rakyat Malaysia warga Selangor kita sangat baik hati apabila kita nampak monyet itu comel kita berikan makanan sehingga satu hari nanti monyet itu menjadi ganaslah. Jadi, ini adalah perkara yang kita patut elakkan dan sekiranya terdapatnya kehadiran hidupan liar kita haruslah laporkan, segera maklumkan kepada Pihak Berkuasa ataupun komuniti setempat jika terdapat hidupan liar yang berpotensi mendatangkan bahaya. Ini adalah langkah di mana Jabatan PERHILITAN jalankan untuk mengawal tempat-tempat yang mungkin tidak mempunyai begitu banyak monyet lagi namun ia akan meningkatkan risiko di kawasan tersebut dan akhirnya adalah berkongsikan maklumat dengan komuniti dengan saling memberikan amalan dan berkongsikan maklumat mengenai kehadiran hidupan liar untuk meningkatkan kesedaran dan juga keselamatan. Yang seterusnya, kita juga akan
menjalankan engagement supaya kita pastikan kita dapat meningkatkan penambahbaikan dalam co-existence management ini.
Jadi, seterusnya saya ingin bergerak ke topik yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dengkil berkenaan dengan pihak operator Dengkil Inert Waste Landfill dan pihak operator kini telah mengambil tindakan untuk tempoh jangka masa yang pendek. Pihak TIWL telah melaksanakan penutupan sisa dengan menggunakan lapisan tanah bagi mengurangkan
Yang Berhormat, Dengkil tak ada. Yang Berhormat jawab ke atau macamana?
Okay, jadi. Then saya bergerak yang seterusnyalah.
Terpulang.
Okay, dan seterusnya adalah berkaitan dengan isu-isu pencemaran yang saya mulakan dengan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan
Ya, Bukit Lanjan ada.
Ada, ada, Bukit Lanjan ada (ketawa), berkenaan dengan pencemaran udara dan juga pembakaran haram di mana Jabatan Alam Sekitar sentiasa sebenarnya membuat pemantauan dan melakukan tindakan pencegahan dan antaranya adalah pertamanya adalah meningkatkan rondaan pemantauan darat serta penggunaan drone bagi memantau di kawasan-kawasan yang mudah terbakar seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah yang seterusnya mengeluarkan surat arahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab ke atas tapak pelupusan sampah dan pemilik ladang bagi langkah pencegahan dan kawalan rapi dan memastikan kawasan seliaan tidak terbakar dan meletakkan banner ataupun signage larangan pembakaran terbuka di kawasan hotspot pembakaran terbuka dan seterusnya memberikan notis larangan pembakaran terbuka kepada pelaku sebagai amaran beserta edaran risalah ataupun pamplet kesalahan di bawah Seksyen 29A atau Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kelimanya adalah bagaimana JAS mempertingkatkan kempen-kempen kesedaran sebagai peringatan untuk orang ramai tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. Dan selain daripada itu sebenarnya, buat masa kini JAS negeri Selangor juga telah bekerjasama dengan pihak Angkatan Pertahanan Awam bagi meningkatkan pemantauan melalui rondaan darat dengan mengadakan penugasan
rondaan pemantauan harian untuk mencegah kebakaran di kawasan-kawasan risiko yang sering terbakar dan selain itu JAS juga telah mengaktifkan operasi mencegah pembakaran terbuka pada hujung minggu dan hari cuti umum bagi memantau dan mencegah aktiviti pembakaran di kawasan-kawasan hotspot yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka.
Dan buat masa ini juga, sebagai maklumat tambahan terdapat lima (5) stesen pengawasan udara automatik iaitu Continuous Air Quality Monitoring di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar ataupun Environmental Quality Monitoring Programme yang terletak di kawasan Kuala Selangor, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Banting. Dan selain itu, sebenarnya Jabatan Alam Sekitar negeri juga turut meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan pembakaran terbuka yang diperuntukkan di bawah Seksyen yang seperti yang dikatakanlah, Seksyen 29A atau Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pada masa yang sama, ingin saya katakan di sini selepas ini Pejabat saya juga akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan supaya sekiranya boleh, sebahagian kutipan kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar negeri Selangor dapat diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar negeri Selangor memandangkan hasil kutipan kompaun ini adalah dibayar oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor ke peringkat Persekutuan. Jadi, perkara ini sebenarnya sekiranya kita boleh membantu Jabatan Alam Sekitar untuk mendapatkan sikit peruntukan hasil itu dapat dimanfaatkan untuk memperkukuhkan sistem penguatkuasaan di Selangor kerana itu sebenarnya merupakan perkara yang paling penting dan memang dari masa ke semasa kita mempunyai isu kekangan daripada penguatkuasaanlah. Okay, dan Yang Berhormat Taman Medan juga telah mencadang untuk menggunakan teknologi moden supaya pencemaran dapat dicegah sebelum ia berlaku. Untuk maklumat, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui LUAS telah pun mengaplikasikan teknologi terkini dalam memantau sumber air negeri terutamanya sungai secara realtime melalui pembangunan stesen telemetri jadi Stesen Telemetri Air yang dibangunkan oleh LUAS melibatkan Sungai Semenyih, Sungai Langat, Sungai Gong dan Sungai Sembah di mana ia terletak di dalam dua (2) lembangan sungai utama iaitu Lembangan Sungai Selangor dan juga Lembangan Sungai Langat. Pembangunan stesen telemetri ini adalah sebagai sistem amaran awal sekiranya berlaku insiden pencemaran air di hulu muka sauk loji rawatan air. Walau bagaimanapun dari dalam usaha pengesanan dan tindakan pencegahan awal yang telah disusun oleh LUAS di lokasi-lokasi yang strategik memang masih terdapat pencemaran terlepas masuk ke dalam sistem loji rawatan air dan ini terutamanya berpunca daripada kerumitan dan kompleksiti ataupun punca ataupun lokasi pencemaran tersebut melibatkan pelbagai faktor. Di antaranya sebagai contoh pelepasan daripada aktiviti persekitaran, kemalangan jalan raya di kawasan berdekatan sumber air, aliran pencemaran daripada luar kawasan Negeri Selangor dan oleh sebab itu pada masa yang sama kaedah terkini pemantauan yang digunakan oleh LUAS dengan
memperkasakan pemantauan sumber air dan juga sungai melalui jentera air se[erti, jet ski dan juga surfboard. LUAS akan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan teknologi-teknologi yang dibangunkan itu akan diguna pakai bagi memastikan pengawasan sumber air adalah terbaik dan berkesan dengan kos yang lebih optimum dari semasa ke semasa dan kerjasama strategik sedang diusahakan oleh pakar-pakar termasuk daripada universiti tempatan bagi pensampelan perimeter bau di samping kepakaran lain bagi memastikan kelestarian sumber air dan pada masa yang sama sebenarnya saya telah menerima
Terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan yang panjang lebar tadi. Cuma saya hendak bertanya, kepada Yang berhormat saya tidak pasti sama ada di Selangor. Kita telah mempertimbangkan dalam usaha kita hendak memantau bukan hanyalah sungai termasuk sebarang aktiviti pencemaran kerana kita tahu mostly yang akan buat ini perpetrators yang sama mereka akan berulang kali mungkin lah dan kita sudah ada pemantauan-pemantauan kita dengan adanya dron dengan ada nya CCTV dan sebagainya kalau Meru boleh letak CCVT tempat sampah haram dan sebagainya mungkin Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan mana yang kita dapat tangkap gambar, in action, video atau gambar. Orang yang melakukan pencemaran ini kita publish melalui media yang ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk kita lihat mungkin ini salah satu cara deterrence untuk kita halang daripada perkara ini berulang sebab saya lihat trend nya begitu kalau kita masuk kedai serbaneka kita boleh nampak orang yang selalu mencuri di kedai itu akan ada gambarnya based on the CCTV kalau kita lalu plaza tol sekarang kita boleh tampak nombor-nombor kereta yang tidak bayar tol. Mungkin di Selangor kita boleh mulakan itu dan saya percaya kita akan menyokong kalau dimulakan oleh Yang Berhormat Bandar Utama.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Saya rasa itu merupakan satu cadangan yang baik sekiranya ianya dipersetujui oleh pihak PUU kerana apa yang paling penting adalah apa cadangan yang kita ada yang ini tidak akan menyulitkan kes pendakwaan di Mahkamah. Selain daripada itu sekiranya dibenarkan kita akan memantau cadangan itu dan pada masa yang sama Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sebenarnya ada beberapa yang membangkitkan isu berkaitan pencemaran di kawasan masing-masing saya jawab secara keseluruhan. Pejabat saya akan mengaturkan perbincangan bersama dengan agensi-agensi yang terlibat perbincangan secara bersepadu dan akan menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat di kawasan masing-masing untuk menghadiri mesyuarat itu bagi menyelaraskan isu-isu pencemaran yang ada. Demikian tadi Tuan Speaker ucapan penggulungan saya bagi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat saya selalu akan mengalu-alukan kerjasama, cadangan dan pandangan daripada Ahli yang berhormat sekalian. Sekian sahaja ucapan penggulungan saya
bandar Utama menyokong dan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.
Ya seterusnya Banting.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian salam sejahtera, salam Kita Selangor dan Salam Malaysia Madani tidak lupa juga kepada hadirin hadirat tuan-tuan dan puan-puan yang bersama kami dalam Dewan yang mulia ini. Pertama sekali patik ingin merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di atas titah ucapan baginda dalam Istiadat Persidangan Penggal ketiga Dewan Negeri Selangor ke 15 tahun 2025 yang penuh dengan keprihatinan terhadap kesejahteraan dan pembangunan rakyat di Negeri Selangor. Sesungguhnya titah Tuanku akan menjadi panduan dalam langkah ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan, ampun Tuanku. Tuan Speaker saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini bagi membalas Titah ucapan mulia Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta telah memberi pelbagai idea, teguran serta memberi penghargaan kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri. Saya percaya segala usul ini adalah jelas untuk memastikan pembangunan serta kesejahteraan rakyat di Negeri ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim yang telah mencurahkan bakti dan jasa beliau kepada Kerajaan Negeri selama 35 tahun dan ke atas. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Tahniah juga diucapkan kepada YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Saya amat yakin dengan pasukan yang berwibawa ini akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua penjawat awam dan seluruh rakyat negeri Selangor. Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kemuning dalam perbahasan beliau, telah menyentuh bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menyelesaikan masalah perumahan pekerja ladang iaitu Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan ladang Minyak melalui Projek Residence Rakyat Harmoni Madani Bestari Jaya yang dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM75 juta di mana Kerajaan Negeri akan menyumbang RM35 juta dan inilah contoh yang terbaik yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat yang memerlukan perumahan itu. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang berganding bahu untuk menjayakan program ini.
Sidang Dewan yang mulia izinkan saya mengulas lebih lanjut berhubung dengan isu perumahan kepada 245 bekas pekerja ladang yang sering kali dibangkitkan selama 28 tahun yang lalu. Untuk makluman kepada semua Ahli Dewan yang mulia satu majlis pecah tanah yang dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah diadakan pada 15 Februari 2025 di tapak Projek Pembangunan Perumahan di Bestari Jaya Selangor. Dalam majlis tersebut yang turut hadir oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming yang telah memaklumkan bahawa projek perumah ini akan dijangka siap bina suku pertama pada tahun 2027. Kelancaran usaha pembangunan usaha projek ini jelas menunjukkan kesepakatan dan komitmen Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT dalam membela dan memperjuangkan hak dan serta kebajikan rakyat terutamanya dalam menyediakan rumah yang selesa dan mampu milik bagi rakyat yang memerlukan. Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas Menteri KPKT ini yang telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan impian menjadi kenyataan kepada semua bekas pekerja ladang tersebut.
Tidak lupa juga sokongan pihak Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Selangor LPHS dan Perbadanan PRIMA Malaysia sebagai agen pelaksana dan Berjaya Corporation yang telah menyumbang sebidang tanah sejumlah 20 ekar. Projek PPR Harmoni Madani ini juga merupakan contoh yang terbaik bagaimana Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan boleh bekerjasama dalam memastikan rakyat mendapat manfaat yang sewajarnya melalui inisiatif ini kita dapat menyediakan rumah yang mampu milik kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan pada masa yang sama memperkasa masyarakat setempat dengan memberi mereka peluang untuk mereka menikmati kesejahteraan hidup di kawasan yang terancang dan lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan. Justeru sekali lagi saya berterima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar Dato’ Amirudin bin Shari dan Menteri KPKT Tuan Nga Kor Ming serta EXCO Perumahan Yang Berhormat Tanjong Sepat dan semua agensi sekali lagi agensi pelaksana yang telah menjayakan program ini. Yang Berhormat Tuan Speaker bagi mengulas perbahasan Yang Berhormat Rawang cadangan menyemak semula bantuan kebajikan secara amnya bantuan kebajikan seperti BINGKAS adalah di bawah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Rawang tiada jadi Yang Berhormat hendak jawab atau bagaimana. Terpulanglah kepada Yang Berhormat atau ada sesiapa yang hadir.
Tidak apa terima kasih untuk ..4.05
Cadangan saya untuk melicinkan mesyuarat jadi kalau Rawang tidak ada kalau sesiapa yang tidak ada bolehlah terus kepada jawapan yang dihujahkan oleh ADUN yang lain yang ada dalam. Silakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia sentiasa berusaha ke arah memastikan rakyat di Negeri Selangor dari setiap lapisan masyarakat berpeluang memperoleh pekerjaan yang berkesesuaian mengikut kelayakan dan kemahiran masing-masing. Program utama yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri adalah Program Karnival Jelajah Job fair Selangor yang diadakan sejak tahun 2021 dengan usaha sama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Selangor. Program ini diadakan secara bersekali pada setiap tahun di 9 buah Daerah dengan menyasarkan anak muda tempatan sebagai fokus utama serta menawarkan pekerjaan dalam pelbagai bidang pengkhususan dalam program ini. Rakyat Negeri Selangor yang sedang mencari kerja berpeluang menerokai potensi diri dengan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan-majikan yang dipilih dalam kawasan komuniti dalam Daerah masing-masing. Program ini juga bertindak sebagai platform bagi mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan majikan dari pelbagai industri secara tidak langsung cetusan idea ini dapat meningkatkan produktiviti masyarakat setempat untuk memajukan diri dan pada masa sama menjana sumber pendapatan. Pada tahun 2024 sahaja seramai 2,912 orang peserta program telah berjaya mendapatkan pekerjaan. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 400% berbanding pada tahun 2023.
Yang Berhormat Banting kita sambung esok.
Baik Tuan Speaker terima kasih.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan pukul 6.00 petang dengan ini saya tangguhkan Sidang Dewan ini ke 25 Februari 2025 pada pukul 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)