Selangor · 25 February 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 579 turns · 38,111 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 25 Februari 2025 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa (Doa dibaca).
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala hiwabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil agensi. Pada pagi ini kita mulakan sesi pertanyaan-pertanyaan lisan. Saya jemput Yang Berhormat Bandar Baru Klang.
Soalan 38.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Pemasangan Panel SolarQuestions
38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah peratusan bangunan Kerajaan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah memasang panel solar untuk mengurangkan jejak karbon?
b)
Apakah halangan terdapat bagi pelaksanaan projek ini?
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang yang tanyakan berapakah peratusan bangunan kerajaan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah
memasang panel solar untuk mengurangkan jejak karbon dan juga apakah halangan bagi pelaksanaan projek ini? Timbalan Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-21 Tahun 2021 yang diadakan pada 16 Jun 2021 bersetuju agar semua Ketua Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri mempergiatkan usaha pemasangan bumbung solar dan setakat ini Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemasangan panel solar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan sembilan bangunan utama Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor. Dan berdasarkan keputusan dasar MMKN yang sama, Kerajaan Negeri juga menggalakkan untuk PBT memastikan penjanaan tenaga solar diaplikasikan dalam bangunan ataupun premis serta mencapai sasaran untuk menjana tenaga hijau yang lebih lestari dan mampan. Jadi, antara PBT yang sudah melaksanakan pemasangan panel di bangunan premis sendiri adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam. Terdapat beberapa cabaran dalam pelaksanaan panel solar ini seperti terdapat keadaan bangunan yang kurang sesuai untuk pemasangan panel solar. Sebagai contoh keadaan bumbung yang tidak cukup kukuh atau mempunyai reka bentuk yang kompleks dan bangunan lama yang mungkin memerlukan pengubahsuaian sebelum pemasangan boleh dilakukan dan ini akan mengambil masa dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Selain daripada bangunan kerajaan, adakah wajar ataupun apa-apa dasar untuk menggalakkan lebih ramai pembeli rumah untuk memasang solar panel atau panel solar?
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Terdapat beberapa PBT yang mungkin ada inisiatif masing-masing. Setakat ini, pada Kerajaan Negeri belum lagi ada dasar yang fokus kepada penduduk ataupun kawasan kediaman. Namun begitu, memang kita ada usahakanlah untuk contohnya ladang solar dan juga ianya lebih menjurus kepada industri. Untuk kawasan kediaman pula sebagai contoh diambil Majlis Bandaraya Petaling Jaya sekiranya mereka mempunyai apa inisiatif yang berkaitan dengan teknologi hijau ataupun remote harvesting dengan izin, dan sebagainya mereka diberikan rebate lah dalam tax. Tapi itu adalah inisiatif daripada PBT masing-masing.
Soalan tambahan.
Kota Damansara. Silakan.
Yang Berhormat EXCO, memandangkan tiada satu dasar yang jelas berkenaan solar ia terpulang kepada PBT masing-masing, saya cadangkan untuk pihak Kerajaan Negeri kalau betul-betul kita nak fokus beralih arah ke green energy buat satu dasar yang mana PBT-PBT boleh jadikan satu guideline sebagai contoh kalau andai kata MBPJ berikan satu dasar rebate dalam pengurangan cukai, mungkin 10%, 50% kalau bagi rumah-rumah yang dibuktikan mereka memasang solar secara tak langsung dia akan memberikan lebih banyak lagi penduduk memasang solar di kawasan masing-masing khususnya di kawasan perumahan. Kita maklumlah kawasan kos rendah mungkin tidak memasang solar tapi walau bagaimanapun, bagi kawasan-kawasan rumah yang kos tinggi dan sebagainya mereka boleh mempunyai kemampuan atau kapasiti untuk memasang dan secara tak langsung ini akan lebih menggalakkan lebih banyak berbanding kita menyerahkan inisiatif atau kebijakan di peringkat PBT masing-masing. Biar kita buat satu dasar yang jelas, jadi satu contoh berbanding di negeri-negeri lain yang mana kalau di Selangor semua macam ni dan secara tak langsung orang pun akan beli rumah dekat Selangor dan akan menetap di Selangor dan akan buat satu tenaga solar yang lebih baik berbanding dengan negeri-negeri lain daripada kita hanya membiarkan ikut kreativiti masing-masing. Terima kasih. Setuju tak? Kalau setuju bila nak buat?
Saya terima makluman daripada Yang Berhormat Kota Damansara.
Okay, untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, soalan daripada Bukit Melawati itu telah dijawab bersama dengan soalan nombor bilangan 36. Jadi, giliran seterusnya dari Hulu Bernam.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 40.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Enakmen Tarekat TasawufQuestions
40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimana Kerajaan Negeri melihat keperluan untuk memperkenalkan sebuah Enakmen berkaitan Tarekat seperti yang telah dilaksanakan di Negeri Sembilan pada tahun 2005?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Soalan berkaitan dengan Enakmen Tarekat Tasawuf, bagaimana Kerajaan Negeri melihat keperluan untuk perkenalkan sebuah enakmen berkaitan Tarekat seperti yang telah dilaksanakan di Negeri Sembilan pada tahun 2025. Mungkin untuk makluman Dewan yang mulia ini, ingin saya jelaskan di sini Tasawuf merupakan salah satu cabang daripada agama Islam yang menekankan kepada amalan-amalan penyucian hati dan mendekatkan diri pada Allah dalam persediaan menghadapi akhirat. Tarekat pula sebenarnya adalah kumpulan-kumpulan yang melakukan pengamalan-pengamalan tersebut. Jadi, pelaksanaan Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan 2005 adalah satu inisiatif baik yang diambil oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan dalam mengiktiraf, membela, memantau dan memurnikan amalan tarekat. Ia secara tak langsung mampu mengawal serta membendung daripada berlakunya kesesatan dengan mensasarkan sesat sifar di negeri tersebut. Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Mufti Negeri Selangor sangat bersetuju dengan usaha yang dilakukan oleh Negeri Sembilan. Justeru, ketika Muktakof Sultan Sharafuddin Idris Shah, ilmu tasawuf merungkai masalah ummah bertarikh 25 November 2024, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah bertitah mengenai keperluan mewujudkan panduan silibus khas atau peraturan yang khusus mengenai pengamalan tasawuf dan tarekat di Negeri Selangor. Justeru, salah satu resolusi yang dikeluarkan adalah keperluan merangka undang-undang pewartaan Fatwa Enakmen Panduan atau silibus khas berkaitan pengamalan tasawuf dan tarekat serta mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi mengekang fahaman ekstrem dan penularan ideologi sesat yang akan mencemar nama baik Islam khususnya di Negeri Selangor. Sebagai permulaan, garis panduan amalan tarekat ini akan dihasilkan pada tahun 2025 sebagai panduan asas kepada umum. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila Hulu Bernam.
Terima kasih Yang Berhormat memberi pencerahan penjelasan berkaitan dengan Tarekat Tasawuf ini. Saya ada satu soalan, dua soalan sebenarnya nak bertanya Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan soalan yang saya kemukakan ini, iaitu adakah Kerajaan Negeri telah memulakan usaha untuk mengumpul dan bertemu serta menyenarai para alim ulama’ untuk menganggotai Persidangan Kumpulan Alim Ulama’ Jilsah Turuq Sufiyya bagi memberi
nasihat berkaitan garis panduan amalan Tarekat Tasawuf ini? Itu yang pertama. Yang kedua adalah adakah telah ada aduan awam berkaitan dengan aliran tarekat yang menyimpang daripada ajaran yang sebenar? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Perkara yang pertama tadi itu belum sampai pada makluman saya tapi seandainya ada keperluan dan rasanya macam ada keperluan untuk kita mulakan sedikit sesi dialog, saya akan panjangkan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk menyertai persidangan dan perbincangan tersebut. Yang kedua, aduan-aduan yang kita terima memang ada. Soalnya sekarang ni sebab susah hendak dibuat penguatkuasaan kerana tidak ada garis panduan kerana terlalu open ended. Jadi, inilah sebabnya kita harus wujudkan garis panduan amalan tarekat tersebut dahulu sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan boleh dibuat. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Okay, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas pencerahan tadi. Cuma soalan tambahan saya yang pertamanya ada tak data berapa banyak Tarekat Tasawuf yang ada di Selangor ini? Jika ada data. Yang keduanya berkaitan tentang aduan tadi tu dan apa tindakan yang telah dibuat selama ini terhadap tarekat sekiranya adalah yang dikategorikan sesat? Terima kasih.
Baik kalau soal database tu tadi saya kena semak dengan Jabatan Mufti dulu. Kalau ada saya akan bekalkan secara bertulis. Yang kedua, telah saya sebut tadi sekarang ni kita tak boleh buat penguatkuasaan sebab garis panduan tu tidak ada. Jadi, tidak ada asas melainkan ajaran yang benar-benar menyimpang tapi kalau kita sebut soal salah akidah ini pun seperti contoh yang berlaku pada GISB baru-baru ini untuk mendapatkan bukti tu tidak mudah dan pernah dilakukan seawal tahun 2019. Jadi, dia bukan sesuatu perkara yang mudah tapi harapannya dengan adanya garis panduan ini bermakna untuk rakyat untuk menilai yang mana yang elok, yang mana tak elok dan untuk tujuan penguatkuasaan pun boleh kita laksanakan nanti. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 41.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 41. TaskaQuestions
41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini berkenaan jumlah pengusaha taska yang berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor?
b)
Apakah usaha dan insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendaftaran taska bagi memastikan semua taska beroperasi di bawah pemantauan pihak berkuasa?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Soalan tentang jumlah taska yang berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor sehingga Januari 2025 adalah seperti berikut. Bagi taska berdaftar berjumlah 999 manakala bagi taska tidak berdaftar berjumlah 164. Bagi soalan (b), Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang serius untuk meningkatkan pendaftaran taska menerusi beberapa strategi termasuk; pertama, menyediakan Geran Pusat Jagaan (GPJ) Negeri Selangor sehingga RM5,000.00 bagi satu operator yang bertujuan untuk membantu pengusaha menampung kos pendaftaran yang melibatkan pematuhan kepada agensi teknikal. Yang kedua, menubuhkan jawatankuasa khas penambahbaikan perkhidmatan penjagaan Negeri Selangor (JKPPP) yang dianggotai oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, PELAN Malaysia Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Jawatankuasa ini berfungsi untuk menilai peraturan dan standard sedia ada serta menambah baik dengan menyediakan garis panduan yang standard berkaitan perkhidmatan penjagaan. Yang ketiga memberikan notis peringatan serta tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan Akta 308 iaitu Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan keempat, mengaktifkan One Stop Centre (OSC) di peringkat negeri dan daerah bagi memudah cara proses pendaftaran sehingga pengusaha memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal. Sehingga Disember 2024, sebanyak 201 buah taska telah berjaya dibantu sehingga lulus pendaftaran. Sekian dimaklumkan.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Terima kasih jawapan daripada Y.B. EXCO. Soalan saya apakah halangan utama bagi pengusaha-pengusaha taska ini untuk berdaftar walaupun kita telah wujud One Stop Centre dan beri garis panduan dan juga geran untuk pendaftaran?
Terima kasih Yang Berhormat. Antara halangan-halangan telah kita kenal pasti adalah proses kelulusan tersebut tidak seragam dari satu PBT ke PBT yang lain dan yang kedua boleh jadi tentang kewangan dan yang ketiga adalah dari segi pelan. Ada sebahagian bangunan itu yang memerlukan pelan asal dan melibatkan kos yang mana untuk mendapatkan pelan asal bangunan dan sekiranya terdapat struktur tambahan atau struktur pada binaan asal itu, mereka perlu mendapat kelulusan ada sebahagiannya mengambil masa yang agak lama dan disebabkan itu taska tersebut beroperasi tanpa kebenaran bagi memastikan dari segi perniagaan itu dapat diteruskan. Dan yang keempat, antara yang kita telah kenal pasti adalah latihan kepada pengasuh-pengasuh yang mereka ini memerlukan masa untuk diluangkan. Mungkin melibatkan lebih daripada dua hari ataupun tiga hari menyebabkan dianggap sebagai satu bebanan kepada operator. Jadi kami menganggap kita tidak boleh menggunakan pendekatan hukuman tetapi lebih kepada memudah carakan pihak mereka ini untuk mendaftar. Kerana isunya adalah apabila berlaku sebarang casualty kemalangan dan sebagainya dan lebih merunsingkan adalah kematian yang berlaku pada kanak-kanak dalam taska yang tidak didaftar, pihak awam akan terdapat sentimen bahawa kerajaan tidak mengambil serius tentang pendaftaran. Di pihak Kerajaan Negeri melalui JKPP dengan cadangan sekitar Julai 2025 akan keluar garis panduan yang menyeragamkan atau memudahkan pendaftaran ini.
Soalan tambahan.
Meru silakan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Jadi oleh kerana ada juga keluarga bekerja yang tidak menghantar anak-anak di taska oleh kerana kemungkinan kedua-dua pendapatan ini agak rendah, mereka memilih untuk menghantar ke ibu-ibu pengasuh. Jadi, soalan saya ialah adakah ada usaha daripada pihak EXCO sendiri untuk mengenal pasti ibu-ibu pengasuh ini yang memang banyak lah di kawasan-kawasan taman dan sebagainya, kawasan perumahan untuk didaftarkan dan kita berikan latihan kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah diadakan hampir tiga (3) tahun Program IMPAK iaitu satu program latihan yang diberikan kepada pengasuh-pengasuh di rumah dan pengasuh di rumah tidak tertakluk bawah Akta Pusat Jagaan atau pun Akta Pengasuhan kerana jumlah kanak-kanak yang kurang daripada empat (4) orang tidak diwajibkan untuk berdaftar. Jadi melalui Program IMPAK, satu program latihan yang ditawarkan kepada pengasuh-pengasuh di rumah dan melalui pensijilan akan memudahkan mereka mendapat pengetahuan dan juga upskilling dengan izin, untuk mengasuh dengan mengikut tatacara dan compliance. Dan, berdasarkan program IMPAK tersebut Kerajaan Negeri akan memberikan geran berjumlah sekitar RM2,700.00 untuk mereka naik taraf kemudahan paling asas di rumah-rumah pengasuhan. Di bawah kerangka Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor di bawah Teras ketiga di mana untuk latihan kepada penjaga ini adalah antara tumpuan utama yang akan kami berikan dengan kerjasama-kerjasama bersama beberapa agensi di peringkat persekutuan dan juga peringkat kerajaan negeri dan tempatan.
Yang Berhormat Batang Kali tidak hadir.
Peraturan Mesyuarat 24 (2). Soalan nombor 41, sorry 42.
Jauh tertidur daripada Bukit Melawati.
Saya tengah tengok cerita hantu.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Revolusi Industri Automotif Dan DigitalQuestions
42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan Negeri Selangor selari dengan kemajuan Industri Automotif dan Digital dunia menjelang 2030?
b)
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk melatih dan menggalakkan generasi yang ada sekarang ini menceburi bidang tersebut?
JAWAPAN :
Terima kasih Bukit Melawati atas soalan daripada Batang Kali berkenaan dengan Industri Automatif dan Digital Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka pelbagai inisiatif strategik untuk memastikan negeri ini kekal menerajui industri automotif dan digital serta selari dengan perkembangan teknologi global menjelang 2030. Antara usaha-usaha utama yang dilaksanakan adalah yang pertama pembangunan Industri Automotif Masa Hadapan, (a) Selangor sebagai Hub Kenderaan Elektrik, electric vehicle. Kerajaan Negeri dengan pelaksanaan STDC bakal membangunkan Ekosistem Automotif Bersepadu dengan penekanan kepada teknologi EV dan PHEV. Inisiatif memberikan tumpuan kepada menyediakan lapangan tenaga pekerja untuk menarik pelaburan syarikat automotif antarabangsa dan tempatan untuk membangunkan industri EV, bateri litium-ion, dan teknologi pengecasan. Penyediaan infrastruktur pengecasan EV dan PHEV di seluruh Selangor bagi menyokong pertumbuhan penggunaan kenderaan elektrik dan yang ketiga kerjasama dengan syarikat automotif utama untuk membangunkan teknologi EV tempatan serta menggalakkan pengeluaran komponen dan alat ganti EV. Latihan dan Pembangunan Tenaga Kerja Berkemahiran dalam EV dan PHEV. Menyediakan kursus dan latihan khusus dalam teknologi EV dan PHEV melalui Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dan institusi TVET lain. Program upskilling dan reskilling untuk tenaga kerja dalam sistem kuasa, penyelenggaraan, dan teknologi bateri. Kerjasama dengan institusi antarabangsa seperti China, Jerman, dan Jepun untuk mendapatkan teknologi dan latihan berkaitan industri EV dan PHEV.
Pemerkasaan Teknologi Automotif Pintar & Mobiliti Digital. Membangunkan teknologi kenderaan berautonomi (self-driving vehicles) dan Internet of Vehicles (IoV) di Selangor dengan bekerjasama dengan syarikat teknologi automotif. Menggalakkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pengangkutan pintar dan pengurusan trafik bagi meningkatkan kecekapan sistem jalan raya. Malahan, semalam kita baharu sahaja merasmikan satu (1) jajaran yang telah dilaksanakan oleh pihak MBSA empat (4) buah bas yang berkenderaan electric vehichle (EV) yang digunakan kali pertama dan digunakan di tempat yang paling sibuk, yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan dan berpangkalan di negeri Selangor dan insya-Allah kita bersedia untuk menambah jumlah kenderaan-kenderaan ini atau pun kenderaan bas ini dalam EV yang mana semalam dalam pembentangannya, penggunaan satu hari empat (4) buah bas itu dapat mengurangkan 700 kilogram karbon dioksida dan sekali gus merapati atau pun mendekatkan cita-cita kita untuk menjadi sebuah negeri rendah karbon.
Yang kedua, Transformasi Digital dan Industri 4.10 di negeri Selangor. Selangor sebagai hab Ekonomi Digital dan Teknologi Pintar dengan berkerjasama dengan pelbagai pihak
antaranya Google dan juga dengan Selangor Human Resources Development Centre. Yang kedua pembangunan bakat digital ini dilaksanakan juga dengan syarikat-syarikat yang berkaitan antaranya Google, Microsoft dan Huawei yang juga berpangkalan di negeri Selangor atau pun di sekitar lembah Klang. Pembangunan Ekosistem Ekonomi Digital Dan Keusahawanan Digital ini yang dilaksanakan dengan konsisten oleh SIDEC sejak tahun 2015 sehingga lah sekarang bukan hanya kita melaksanakan 100 apps a year atau pun 100 aplikasi setahun, sebaiknya telah mencecah 1,000 aplikasi setahun dan kita telah turut turun ke desa untuk menukar atau pun memastikan perubahan ke arah perniagaan dalam talian atau pun e-dagang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan
Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan pelaburan yang dimaklumkan oleh EXCO perdagangan semalam, ia turut berjajaran bersama-samanya adalah dengan ekosistem teknologi kenderaan electric vehicle kerana Cherry akan mengeluarkan kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik pada masa hadapan. Turut mempunyai kaitan dengan bidang semikonduktor sebagai contoh, mereka juga mempunyai keperluan IC Design dan juga cip serta semikonduktor bagi alatan dan juga kenderaan yang mereka gunakan. Jadi, keseluruhan ekosistem ini sedikit sebanyak bertapak di Daerah Hulu Selangor yang telah sedia dibangunkan sebagai kawasan automotif dan dengan tibanya ECRL pada tahun 2027 nanti, saya percaya ia akan dapat meningkatkan dengan lebih tinggi dan dengan lebih hebat dan lebih baik daripada segi ekosistem tersebut di kawasan Hulu Selangor yang sememangnya telah menjadi salah satu hub yang berhampiran dengan Proton, dengan Produa dengan Tan Chong dan sekarang ada Cherry dan mungkin selepas ini ada industri-industri lain yang akan datang di tempat tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Ijok ingin bertanya berkenaan dengan pandangan yang berkaitan dengan industri automotif ini. Industri Kenderaan EV semakin rancak, apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan kemajuan EV ini mesra alam memandangkan sumber elektrik yang digunakan hari ini adalah berasaskan arang batu. Yang kedua, adakah terdapat cadangan menghasilkan sumber cas EV yang lebih mesra alam yang mungkin tidak bersumberkan kepada arang batu. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Untuk maklumat Yang Berhormat Ijok, pengeluaran tenaga di negeri Selangor sebahagian besarnya sudah beralih daripada berasaskan arang batu kepada berasaskan gas.
Contohnya, Pulau Indah Power Plant yang dimiliki oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Worldwide sebagai contoh, majoriti share holdernya adalah kita dan pengeluaran atau pun penghasilan tenaganya sebanyak 1,200 mega watt itu akan dihasilkan melalui gas atau pun gas turbine plant yang akan, yang sudah mula dalam proses test and comissioning yang akan mula berjalan dalam pertengahan tahun ini atau pada bulan 8 paling lewat nanti. Sementara itu di beberapa tempat yang lain juga sudah mula beralih malahan kita turut melaksanakan program penghasilan tenaga melalui sumber air sebagai contoh di Batang Kali, di Kerling. Dua (2) projek yang telah dilaksanakan yang pertama dan kedua akan siap tidak lama lagi menggunakan mini hidro. Mini hidro ini tidak menggunakan arang batu, tidak menggunakan gas, sebaliknya menggunakan aliran air dan kita telah menyediakan atau pun telah terlibat dalam penyediaan bahan tersebut.
Yang ketiga, kita juga terlibat dalam LLS5 (Larger Solar Panel) yang telah diluluskan dan Alhamdulillah pihak Kerajaan Negeri melalui Worldwide telah diterima dalam bidaan mereka dalam penghasilan tenaga solar yang berskala besar dan ini adalah skala besar yang terapung yang terbesar di Malaysia saya kira. 300 mega watt secara keseluruhan. Yang Berhormat Pandan Indah merupakan bekas engineer TNB jadi beliau terlibat sama dengan sub atau pun anak syarikat Worldwide tersebut yang akan menghasilkan tenaga-tenaga tersebut. Jadi, maknanya tinggal Jeram sahaja tidak silap saya yang akan menggunakan.. bukan Jeram, loji Jeram yang akan menggunakan arang batu setakat ini ya. Tidak silap saya ya atau pun satu di Klang. Tetapi yang lain-lain kita beralih termasuk WTE. WTE kita dah nak siap dah di Jeram dan itu akan juga menghasilkan tenaga melalui sampah 7,000 tan yang dikutip setiap hari tetapi untuk pelan pertama dalam 3,000 – 4,000 tan. Jadi, maksud saya, kita telah beralih ke arah teknologi hijau di negeri Selangor dan Alhamdulillah kita bukan hanya melihat perkara itu datang tetapi juga kita turut terlibat sama dan membantu melalui keupayaan anak syarikat kita terlibat lebih 30 tahun dalam sektor tenaga ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Kelang. Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Sorry, Hulu Kelang pula.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 43.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Keselamatan Siber Dan Penipuan Dalam TalianQuestions
43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber di kalangan penduduk Selangor?
b)
Bagaimana Kerajaan Negeri bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk membanteras penipuan dalam talian yang semakin berleluasa?
c)
Berapakah jumlah kerugian dan kes jenayah melibatkan penipuan dalam talian di Selangor?
JAWAPAN :
Terima kasih Pelabuhan Klang. Jumlah kes penipuan dalam talian pada tahun 2023 adalah sebanyak 5,260 kes manakala pada tahun 2024 adalah sebanyak 5,091 bagi tempoh yang sama iaitu pengurangan sebanyak 169 kes. Jumlah kerugian yang dicatatkan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM292,093,647.17 pada tahun 2024 jumlah kerugian walaupun kes nya berkurang tetapi mencatatkan kerugian yang lebih tinggi kerana jumlah kerugian yang dicatatkan dalam laporan, yang tidak dilaporkan kita tidak tahu sebanyak RM386,426,494.32 dan ada perbezaan RM94 juta di antara kedua tahun tersebut. Daripada semasa ke semasa saya percaya jenayah dan penipuan dalam talian ini akan terus diperangi terutamanya dalam usaha MCMC dan sebagainya menurunkan, menghentikan atau pun menyekat beberapa paparan atau pun yang wujud di sosial media dan sebagainya kerana ia telah memberikan kesan yang buruk terhadap ekonomi dan juga terhadap psikologi rakyat terutamanya. Kebanyakan yang terkesan bukan mereka yang bekerja sepenuh masa atau pun mereka yang sudah pun bersara, kerana yang bekerja sepenuh masa mereka kebanyakan nya sibuk dengan aktiviti harian dan scammer-scammer ini pun telefon ikut office hour bukan mengikut waktu di tengah malam atau pun waktu rehat dan sebagainya. Dan banyak scam-scam ini telah berjalan dan sebahagiannya bukan berpangkalan di negara kita dan sebahagiannya berpangkalan di negara kita justeru saya berharap MCMC dapat melaksanakan tanggungjawab yang lebih keras dan lebih jitu di samping kita juga dapat menyebarkan kesedaran-kesedaran awam berkenaan dengan penipuan di dalam talian yang saya rasa merupakan ancaman jenayah komersial yang besar pada waktu ini. Terima kasih
Yang Berhormat Bukit Gasing, tiada.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Subang Jaya ingin mengambil soalan daripada Bukit Gasing mengikut Peraturan Tetap Mesyuarat 24 (2).
Silakan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Banjir Di Petaling JayaQuestions
44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Senaraikan semua kawasan risiko banjir di kawasan Petaling Jaya, serta garis masa untuk melaksanakan projek pencegahan banjir bagi setiap kawasan tersebut.
b)
Apakah anggaran perbelanjaan bagi setiap cadangan projek tersebut dan kerajaan manakah yang akan menampung kos tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya dan juga Bukit Gasing. Tuan Timbalan Speaker, Bukit Gasing bertanyakan soalan berhubung dengan kawasan yang berisiko banjir di kawasan Petaling Jaya semasa pelaksanaan dan jenis projek yang dilaksanakan anggaran perbelanjaan. Untuk maklumat Yang Berhormat, di bawah kawasan-kawasan yang berisiko banjir di Petaling Jaya ini melibatkan projek-projek di bawah JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran ,di bawah MBPJ dan juga di bawah pihak ketiga yang lain iaitu di bawah pemaju. Dan untuk makluman, di bawah JPS ada empat projek di kawasan hotspot kawasan yang sering berisiko banjir ini. Pertama ini ialah di Kampung Cempaka yang melibatkan penaiktarafan sistem saliran sungai Kayu Ara Fasa 1 dan juga Sungai Rumput Kayu Ara Fasa 2. Fasa 1 telah pun siap pada belanja yang diperlukan kos RM6.8 juta. Untuk Fasa 2 ialah RM16 juta yang sedang dilaksanakan yang akan siap pada tahun 2026. Yang keduanya ialah di Kelab Golf Sri Selangor yang melibatkan kerja-kerja desilting di Sungai Rumput 200 ribu yang akan siap pada suku kedua tahun 2025, di PJS 3/23 itu melibatkan kolam takung dwifungsi ini telah akan dilaksanakan yang melibatkan bekalan air ini Sungai Klang dan Sungai Rasau sebahagian daripada projek Sungai Rasau RM661 juta yang akan bermula pada bulan Julai dan telah bermula pada Julai 2024 dan akan siap tahun pada 31 ya,
2031. Ini ada dua pakej di sini ya. Dan yang ke 4 ialah Route 54 Jalan Kuala Selangor yang melibatkan pemasangan flapgate dan desilting Sungai Gasi RM250 ribu yang akan siap pada suku kedua. Yang diusahakan di bawah MBPJ, sebab sekarang ini kita menyelaras kerja-kerja banjir ini kita melihat bukan sahaja yang diusahakan di bawah JPS tetapi juga di bawah Majlis atau PBT. Ini penting kerana untuk melibat bahawa keseluruhan isu banjir ini dapat dilihat secara bersekali dan di bawah PJ ini sebenarnya ada beberapa hotspot yang telah pun 53 untuk makluman Yang Berhormat, 53 di bawah MBPJ ini. 32 dah selesai, sehingga ini saya bagi sehingga Januari 2025. 32 dah selesai 21 sedang dilaksanakan dan lagi tambahan lagi 6 yang tanggungjawab di bawah pemaju. Ini kebanyakan isu-isu banjir di kawasan PBT ini melibatkan pembesaran longkang ada juga melibatkan juga OSD, On Site Detention kolam takungan yang kecil itu. Dan saya nak rakamkan di sini pujian kepada MBPJ kerana di kalangan PBT mereka yang paling inovatif. Saya boleh kongsi di sini ada dua tiga projek banjir yang mereka sangat inovatif dan julung kali saya lihat di laksanakan negeri Selangor. Pertamanya ialah penggunaan apa yang dipanggil SKaliS. SKaliS ini ialah Sistem Kawalan Limpahan Sungai. Apa yang berlaku ialah PJ ini adalah projek ada empat projek mereka, yang mereka air daripada kolam ataupun daripada monsun drain ataupun daripada longkang, kalau air sungai itu rendah maka dia akan mengalir terus keluar, tapi berlaku air sungai yang tinggi, mereka akan himpunkan air itu di bawah OSD dan nanti akan di pam keluarkan ke sungai. Sangat inovatif. Yang keduanya mereka juga mengamalkan sistem cascading punya kolam di sebelah kiri kanan longkang mereka sebab longkang mereka agak sempit longkang kawasan mereka. Apa yang berlaku bila air meningkat kiri kanan longkang ini akan menyimpan air ini. Dan apabila air surut, bila longkang ini air keluar, ini akan menambah kapasiti. Dan yang ketiga saya melihat untuk julung kalinya mereka melaksanakan OSD di bawah jalan raya. Kalau di bawah padang bola itu ada banyak tempat dah, tapi ini di bawah jalan raya mereka membina OSD, On Site Detention di bawah jalan raya. Ini pun inovasi dan saya ucap tahniah kepada MBPJ saya harap PBT lain pun bersama-sama memikirkan kaedah-kaedah sebab kita ini di kawasan padat, perlukan banyak inovasi bagi kita mengatasi terutamanya banjir kilat ini. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Hulu Kelang.
Terima Tuan Speaker. Yang Berhormat Pandan Indah. Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, JPS telah meluluskan projek mitigasi banjir yang melibatkan 12 projek di daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Dan kita semua setuju bahawa projek mitigasi ini banjir perlu diberikan perhatian segera kerana kesan banjir ini bukan sahaja ekonomi negeri tetapi juga membebankan mangsa-mangsa banjir khususnya rakyat Selangor. Cuma jawapan yang saya terima daripada Kerajaan Negeri di daerah Petaling ada 2 projek, Projek Tebatan Banjir Sungai Kedondong dan Projek Tebatan
Banjir Kampung Melayu Subang di Sungai Pelempas. Kedua-dua projek ini dianggarkan kosnya RM25 juta. Persoalan saya ialah bilakah kedua-dua projek ini akan bermula kerana jawapan yang saya terima kedua-dua projek ini masih lagi di peringkat interim report dan saya ingin mendapat pengesahan daripada Yang Berhormat tempoh pelaksanaan projek ini di daerah Petaling? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang bertanya. Sebenarnya saya berhasrat untuk menerangkan lebih lanjut dalam penggulungan tetapi walau macam mana pun saya boleh sebut di sini. Memang benar isu banjir ini merupakan isu yang besar yang menjadi fokus saya dan Kerajaan Negeri dalam kita menyelesaikan dan saya dan sebut berulang kali dalam Dewan ini bukan satu perkara yang mudah ya, dia memerlukan masa dan kita saya boleh sebut di sini secara ringkas. Untuk projek fizikal sahaja di bawah peruntukan Persekutuan melibatkan 26 projek, yang dalam pelaksanaan yang dah siap RM41 juta bernilai. 19 dalam pelaksanaan, 2.4 bilion dalam pelaksanaan 19 projek. Dan dalam perancangan lagi 3 projek RM853 juta. Jadi sangat-sangat besar jumlah total RM3.36 b. Dan di bawah Kerajaan Negeri pula, peruntukan daripada Kerajaan Negeri 78 projek fizikal melibatkan projek tebatan banjir RM683 juta. 36 dah siap RM231 juta, 14 dalam pelaksanaan RM116 juta, 23 dalam perancangan RM304 juta, 3 belum mula lagi RM15 juta, 2 digugurkan RM15 juta. Yang ni gugurkan jangan tanya pula, dia digugurkan sebab dia bertindih dengan program yang tadi di bawah RTB Rancangan Tebatan Banjir yang melibatkan Kerajaan Persekutuan. Itu sebab digugurkan, bukan kerana tidak banjir dah. Dia tak termasuk dalam RTB yang lebih besar yang dicadangkan. Dan juga melibatkan caruman parit ada lagi 8 RM49 juta 4 dan siap RM16 juta dan 4 lagi dalam pelaksanaan. Jadi memang banyak projeknya dan saya memang ingat Sungai Kedondong dan Sungai Pelempas ini, Sungai Kedondong memang kita dah siapkan, yang Pelempas ini Fasa 2 yang dalam pelaksanaan itu. Saya akan telitilah. Saya nak ingat 78 projek Yang Berhormat jadi saya terpaksa, khusus saya akan bagi jawapan pada Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Meru.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker, soalan saya nombor 45.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Keganasan Rumah Tangga Wanita Dan Kanak-KanakQuestions
45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan bilangan kes keganasan rumah tangga terhadap wanita dan kanak-kanak mengikut daerah.
b)
Apakah rancangan kerajaan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan kesedaran awam tentang keganasan rumah tangga?
c)
Adakah kajian dibuat terhadap keberkesanan program kesedaran keganasan yang dilaksanakan oleh WBS?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Meru. Soalan berkaitan bilangan kes keganasan rumah tangga terhadap wanita dan kanak-kanak mengikut daerah. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau serta merekodkan kes-kes keganasan rumah tangga yang berlaku di negeri ini. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), bilangan kes keganasan rumah tangga secara keseluruhannya bagi tahun 2024 ialah sebanyak 1300 kes di mana pecahan kes keganasan terhadap wanita adalah sebanyak 871 kes dan lelaki sebanyak 286 kes, manakala kanak-kanak sejumlah 143 kes. Perincian kes keganasan rumah tangga mengikut daerah adalah seperti di Lampiran yang boleh saya boleh berikan. Apa pun begitu saya boleh nyatakan dalam di kontinjen di bawah daerah polis, yang tertinggi adalah di Gombak dengan kes 238, yang kedua tertinggi adalah di Ampang Jaya 144 kes dan yang ketiga di Petaling Jaya 122 kes. Bagi soalan (b), Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kesedaran melalui Wanita Berdaya Selangor dalam perancangan memperluas program kesedaran awam tentang keganasan rumah tangga melalui pelaksanaan Kempen Menentang Keganasan Berasaskan Gender (Gender Based Violence) tahun 2025. Pada tahun 2024 dan sebelumnya, program kempen kesedaran dijalankan selama 16 hari iaitu pada 25 November hingga 10 Disember bersempena Sambutan 16 Hari Menentang Keganasan dan bermula tahun 2025, kempen akan bermula seawal bulan April sehingga ke penghujung tahun 2025. Kempen ini akan dilaksanakan dalam format Siri Jelajah ke lima (5) daerah mewakili zon seluruh Selangor dengan kerjasama strategik semua pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), One Stop Crisis Centre (OSCC), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan semua pemimpin komuniti serta petugas kaunter hadapan. Kolaborasi
strategik secara menyeluruh ini akan digerakkan secara agresif bagi memastikan tidak ada penerima manfaat yang ketinggalan dan antara pengisian yang dirancang dalam siri jelajah ini adalah sesi ceramah penerangan, kaunter khidmat guaman secara bergerak, siri latihan ataupun (TOT) bersama petugas kaunter hadapan serta persembahan kreatif bagi meningkatkan kesedaran awam. Bagi memastikan kempen ini dapat dijalankan secara menyeluruh, kempen atas talian juga akan turut dipergiatkan. Beberapa orang jurucakap atau pempengaruh akan dilantik dalam menyampaikan mesej-mesej penting berkaitan isu keganasan rumah tangga. Di samping itu, penerbitan Dokumen Panduan Rujukan Kes Keganasan Berasaskan Gender Negeri Selangor yang akan dihasilkan kelak, turut diharap dapat meningkatkan kesedaran awam berkenaan isu ini.
Bagi soalan (c), Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi komitmen untuk membasmi isu-isu keganasan berasaskan gender dengan pelaksanaan Kempen 16 Hari yang telah dilaksanakan tanpa gagal sepanjang 3 tahun berturut-turut bermula tahun 2022. Melalui maklum balas yang diterima daripada semua pihak berkepentingan dalam pelaksanaan kempen ini, pihak Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa aspek yang perlu ditambah baik. Yang pertama, tempoh kempen perlu diperluas bagi memastikan semua pihak berkepentingan dapat dilibatkan secara maksimum. Yang kedua, penglibatan jabatan dan agensi yang lebih menyeluruh di semua peringkat pentadbiran awam, badan korporat, hospital dan institusi pendidikan dan yang ketiga kursus Latihan (TOT) perlu dilaksanakan kepada petugas kaunter hadapan the front desk bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam menangani sebarang aduan/ kes yang diterima; dan yang keempat kempen media massa dan media sosial perlu digerakkan dengan lebih agresif dengan kerjasama strategik pihak bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Badan Bukan Kerajaan. Bagi menambah baik aspek penilaian keberkesanan kempen ini, pihak Wanita Berdaya Selangor melalui Jabatan Strategi dan Dasar akan membangunkan ujian penilaian kefahaman peserta menggunakan kaedah pre and post assessment untuk melihat tahap kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai kempen-kempen yang dilaksanakan sekaligus dapat membantu untuk menambahbaik pengisian kempen.
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker Yang Berhormat EXCO dengan jawapan. Tadi Yang Berhormat EXCO ada nyata kan tentang statistik keganasan rumah tangga di negeri Selangor melebihi 1000 di Selangor. Oleh kerana mangsa-mangsa keganasan rumah tangga ini melebihi 1000 apakah usaha
daripada pihak EXCO sendiri bagi kita memulihkan emosi mereka yang terlibat dengan keganasan mangsa-mangsa keganasan rumah tangga ini? Terima kasih.
Bagi kes-kes dilaporkan di peringkat polis kita refer ataupun rujuk kepada JKM di mana di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat terdapat kaunselor yang bertauliah yang boleh dirujuk untuk pemulihan dan sebagainya.
Soalan tambahan.
Silakan Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Kalau kita lihat berkenaan keganasan rumah tangga ini, ramai mangsa rumah tangga ini di bandar-bandar tetapi kita jangan lupa ramai juga di luar bandar yang kurang melaporkan kes-kes seperti ini. Jadi soalan saya, kalau kita lihat mereka tambah lagi di luar bandar ini mereka menghadapi kesukaran serius untuk mengakses tempat-tempat rumah perlindungan untuk mengakses mendapat bantuan guaman dan sebagainya. Sebagai contoh kami di Tanjung Karang, seandainya ada mangsa muntuk endapatkan bantuan guaman terpaksa ke Shah Alam yang jauh.
Jadi, soalan saya apakah langkah Kerajaan untuk kita menambah pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak di kawasan luar bandar agar mereka ni tidak merasa terpinggir daripada akses ini dan selain daripada pusat khidmat guaman yang seperti Yang Berhormat Templer terangkan tadi yang, yang pusat khidmat guaman bergerak mobile ni, adakah cadangan Kerajaan Negeri untuk mengadakan pusat khidmat guaman di setiap daerah di Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Berkaitan dengan kawasan luar bandar seperti di Tanjong Karang, antara pendekatan baharu yang akan kami laksanakan adalah melalui format Siri Jelajah Kelima Daerah mewakili zon seluruh Selangor yang mana kita juga akan melakukan latihan ataupun TOT kepada pemimpin komuniti dan juga the front desk untuk mereka out reach kepada mereka yang berada di luar kawasan bandar. Jadi, saya kira untuk menubuhkan satu pusat guaman mengikut daerah adalah luar bidang kuasa kerana untuk urusan guaman dan sebagainya ia perlu dirujuk kepada Jabatan Undang-Undang. Manakala untuk cadangan bantuan-bantuan guaman, di peringkat Kerajaan Negeri masih lagi membuka dana bantuan guaman yang mana mereka boleh merujuk ke pejabat Pusat Khidmat Komuniti, Pusat Khidmat Masyarakat dan sebagainya untuk dirujuk kepada dan tabung ataupun dana bantuan guaman tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor dari Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana. Seramai 22 orang yang diketuai oleh Cikgu Mohamad Hanif Bin Hamzah dan diatur oleh Yang Berhormat ADUN Seri Serdang. Selamat datang ke Persidangan Negeri Selangor. Silakan Dusun Tua.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya 46.
PERTANYAAN-PERTANYAAN LISAN DARIPADA Y.B. DATUK WIRA JOHAN BIN ABD AZIZ
TAJUK : MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN PONDOK BAS
46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Sub-soalan telah di tolak
b) Kemudahan ini kebanyakannya gelap dan tidak berlampu/ rosak, membahayakan warga emas, wanita dan remaja apabila menunggu pada waktu gelap, apakah inisiatif pihak PBT dalam menangani isu ini?
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengambil maklum terdapat isu kemudahan pondok bas yang gelap dan tidak berlampu ataupun rosak yang boleh membahayakan pengguna terutamanya pada waktu malam. Kerajaan Negeri melalui PBT telah mengambil beberapa tindakan bagi menangani isu tersebut. Antaranya termasuk pelaksanaan pemantauan pondok bas secara berkala pada setiap bulan bersama kontraktor yang telah dilantik serta pemasangan lampu solar di pondok bas secara berperingkat di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berdasarkan keperluan dan keutamaan. Semua PBT telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan kemudahan pondok bas adalah dalam yang keadaan baik dan selamat. Sebagai contoh, MBDK sedang melaksanakan pemasangan lampu solar panel di 14 hentian ataupun pondok bas yang dijangka siap sepenuhnya pada April 2025 dan MBDK merancang untuk menaiktaraf dan menyelenggara 30 unit bas, pondok bas milik Majlis pada tahun 2025 dengan anggaran kos sejumlah RM496,989.00.
Bagi MPS mengambil inisiatif bagi pemasangan lampu solar LED di pondok bas secara berperingkat berdasarkan keperluan di tapak dan MPS telah menjalankan kerja-kerja menaik taraf pondok bas secara berperingkat bermula pada tahun 2024. Sebanyak 15 unit dengan kos berjumlah RM736,000.00 kepada reka bentuk terbaru yang telah diselaraskan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerja-kerja menaik taraf pondok bas ini akan diteruskan pada tahun 2025. Tambahan daripada itu, kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih pondok bas yang rosak juga telah dirancang dengan peruntukan sebanyak RM115,000.00 bagi tahun 2025.
Bagi MPKj pula, akan membuat pemantauan berkala ke atas aset lampu solar pondok bas sedia ada dan membuat penyelenggaraan secara berperingkat menggunakan peruntukan tahun semasa. Bagi projek menaik taraf pondok bas pula, MPKj akan memasukkan item lampu solar di dalam Butiran Kerja ataupun BQ juga telah melaksanakan projek menaik taraf pondok bas sedia ada kepada reka bentuk terbaru bermula tahun 2024 secara berperingkat. Projek menaik taraf ini akan diteruskan pada tahun 2025 dengan memilih lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam sekali gus memberi keselesaan dan keselamatan yang optimum.
Di MPKL, mereka telah melaksanakan pemasangan lampu pada pondok bas terpilih secara berperingkat bermula tahun 2022 melibatkan kos sebanyak RM132,580.00. MPKL juga telah melaksanakan projek menaik taraf pondok bas yang sedia ada secara berperingkat bermula tahun 2023 berdasarkan peruntukan yang diluluskan. Pada tahun 2024 sebanyak 6 buah pondok bas baru telah dibina menggunakan peruntukan majlis dengan kos RM230,000.00. Projek bina baru 3 unit dan menaik taraf ini akan diteruskan pada tahun 2025.
Di MBSA, MBSA akan menaik taraf 25 unit pondok bas menggunakan peruntukan Majlis mengikut bajet semasa setiap tahun. Kos menaik taraf semula pondok bas sedia ada dianggarkan sebanyak RM570,000.00.
MPAJ telah melaksanakan kerja pembinaan baru 18 unit hentian bas dengan menggunakan reka bentuk yang disediakan oleh pihak KPKT pada tahun 2024. Bagi Tahun 2025, pihak MPAJ akan meneruskan kerja-kerja pembinaan bagi 18 lagi hentian bas baru menggunakan peruntukan KPKT. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan
Tambahan.
Okay, silakan.
Terima kasih EXCO. Saya nak tanya sikit tentang pembinaan pondok bas. Saya dimaklumkan di bawah PBT tetapi bila saya tengok bila Rapid KL masuk, adakah pihak PBT juga yang membina bus stop untuk Rapid KL sebab kalau kita nak meningkatkan jumlah orang naik bas dan mengurangkan kesesakan pastinya memerlukan tempat menunggu bas yang sesuai. Tetapi apa yang saya lihat khususnya di kawasan Paya Jaras, pondok bas ada, tapi banyak pondok bas yang tempat-tempat bus stop Rapid KL tiada bus stop dan adakah kita ni kalau rosak suatu bas tu, pondok bas tu perlukah sampai kita kena buat aduan baru dibuat tindakan pembaikan atau memang prosedur dia mana-mana Ahli Majlis ataupun ADUN boleh memohon sebarang kerosakan. Sebab ada kawasan yang begitu lama, dah saya ingat dekat, penduduk mengadu lima, enam tahun dah rosak tapi tiada penambahbaikan. So, proses prosedur adakah Ahli Majlis yang bertanggungjawab untuk memohon, penduduk boleh mohon ataupun mana-mana ADUN boleh mohon. Mohon penjelasan Y.B. EXCO.
Tidak semestinya pondok bas tu dimiliki oleh PBT. Adanya dimiliki oleh JKR, adanya dibina oleh Rapid KL, dan ada di PBT dan sebagainya. Jadi, kalau kita nak memohon untuk membaiki atau membina pondok bas yang baru, sebenarnya sesiapa pun boleh minta ataupun mengemukakan cadangan kepada PBT. Sebagai contoh, sebagai ADUN, ataupun Ahli Majlis ataupun penduduk biasa, kami mengalu-alukan cadangan tersebut dapat dikemukakan di manakah lokasi yang perlu dan di manakah ada keperluan untuk membina pondok bas yang baru. Terima kasih.
Speaker, soalan tambahan.
Silakan Seri Serdang.
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO, dulu kita ada satu program hentian bas Smart Selangor. Saya kira di Shah Alam ada dua atau tiga tempat, di Subang Jaya ada satu. Soalan saya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah program hentian bas Smart Selangor ini diteruskan dan meliputi kesemua kawasan-kawasan dalam DUN dalam Negeri Selangor dan saya lihat kepada design hentian bas ni sangat cantik dan sangat selamat bagi saya melihatnya dan mesra kepada semua pengguna terutama kepada anak-anak yang pergi ke sekolah, di situ tempat berteduh hujan daripada panas dan lain-lainnya. So saya nak tanya apa pandangan ataupun apa usaha Kerajaan Negeri Selangor tentang hentian bas Smart Selangor ini sama ada masih diteruskan ataupun sebaliknya. Terima kasih.
Terima kasih kerana Yang Berhormat Seri Serdang suka sangat dengan design Smart Bas Stop tersebut. Oleh sebab design tu memang cantik dan melengkapi dengan macam-macam facilities seperti charger, wifi dan sebagainya tetapi kosnya amat mahal. Jadi, kita tidak akan teruskan dengan pembinaan bus stop yang begitu mewah dan kita akan teruskan dengan bus stop yang dapat memberi satu keadaan yang lebih selesa dan selamat kepada pengguna bas. Jadi, ini tidak akan diteruskan. Kita dah ada di tempat-tempat yang protokol, yang di mana jalan tu merupakan jalan protokol dan itu merupakan satu simbolik yang untuk menggalakkan lebih banyak bus stop yang berkualiti tinggi untuk dibina di setiap kawasan di Negeri Selangor. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Kelang.
Nombor 47.
PERTANYAAN-PERTANYAAN LISAN DARIPADA Y.B. DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
TAJUK : KORIDOR UTILITI SELANGOR
47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah tempoh yang diambil oleh Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) dalam memberi kelulusan di atas permohonan permit bagi kerja-kerja korekan untuk pemasangan utiliti dan berapakah jumlah bayaran yang dikenakan kepada pemohon?
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, Tuan Timbalan Speaker, Hulu Kelang bertanyakan soalan berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan Koridor Utiliti Selangor atau KUSEL, dalam memberi kelulusan permohonan permit kerja-kerja korekan pemasangan utiliti dan jumlah bayaran yang dikenakan kepada pemohon.
Untuk makluman Yang Berhormat, Koridor Utiliti Selangor, KUSEL adalah Agensi Sehenti, OSA yang menguruskan permohonan permit utiliti di Negeri Selangor, manakala Pihak Berkuasa Melulus, PBM yang terdiri daripada pihak PBT dan juga JKR adalah pihak yang memberi kelulusan permit yang dikemukakan oleh pihak KUSEL bagi pihak penyedia utiliti. Dari segi kaedah bagaimana permohonan itu diluluskan, permit
dikeluarkan, saya boleh bagi secara ringkasan. Kaedah dia atau flow chart atau proses dia kalau daripada permohonan, dia akan bermula daripada permohonan oleh pihak yang akan membuat penanaman ataupun pelaksanaan utiliti ini diikuti dengan lawatan tapak, kemudian pengeluaran izin lalu. Yang keempat, penyediaan dokumen permohonan. Lima, penyediaan pelan UDM atau Utility Detection Maping, TMP, Traffic Management Plan. Kemudian, diikuti oleh kelulusan permit bersyarat dan yang ketujuh, pembayaran dan kesembilan pengeluaran permit.
Kalau kita mengikut kepada SOP ataupun yang kaedah masa yang ditetapkan dalam menguruskan permohonan ini, daripada permohonan biasanya maksimum dua hari, lawatan tapak tujuh hari, pengeluaran izin lalu dua hari, penyediaan pelan sebagainya yang ini 15 hingga 30 hari, penyediaan dokumen ini tertakluk kepada pemohon. Kalau kita anggarkan 14 hari, kita masukkan katalah 14 hari, ini yang di bawah tanggungjawab pemohon, yang penyediaan dokumen. Penyediaan pelan di pihak KUSEL, 15 hingga 30 hari. Kelulusan permit, 20 hingga 30 hari. Pembayaran sekali lagi bergantung kepada pemohon. Berapa lama dia akan nak bayar daripada selepas dia dapat invoice dia itu daripada pihak KUSEL, kalau katakanlah tujuh hari dia untuk membuat bayaran. Ada yang tak bayar tujuh hari, 14 hari pun ada. Jadi pengeluaran permit ialah tujuh sehingga 14 selepas pembayaran. Kalau kita lihat kepada SOP proses untuk kelulusan ini, minimum kalau berdasarkan 14 hari penyediaan dokumen oleh pemohon dan tujuh hari dia bayar, kita minimum makna dia boleh lulus dua setengah bulan. Kalau maksimum, 3 bulan. Ini bersyarat, syaratnya dia mematuhi hari-hari yang dia telah, berapa hari yang ditetapkan. Ini merupakan satu masa yang agak reasonable dalam kita menguruskan pengeluaran permit sebagainya.
Dan untuk kos yang terlibat, charge yang dikenakan oleh KUSEL di Negeri Selangor ini, UDM kalau kurang daripada 100 meter, dia 2,500 lumpsum. Kalau kurang daripada 100 meter cable itu, panjang dia, jajaran itu. Kalau melebihi 100 meter, dia akan kenakan RM22.50 per meter. UDM ini proses yang banyak melibatkan GPR mengesan utiliti yang ada di bawah dan penyediaan pelan dan sebagainya. Dan juga as-built. Dia kena buat pula as-built lepas tu. Sebab apa, kalau tempat itu jajaran yang baru, dia kena kenal pasti dulu di bawah ada apa supaya tidak kena pada kabel yang lain ataupun paip air yang lain. Kemudian bila siap sebelum diserahkan dia kena buat lagi sekali supaya kita dapat final punya as-built yang dipanggil itu di dalam bawah tanah itu untuk mengelakkan yang ke depan nanti tidak akan merosakkan apa yang dah ditanam di dalam koridor itu
Yang kedua ialah topografi pelan. Topo Mape yang dia paling atas. Yang tadi dalam bawah tanah, ni yang atas. Juga perlu dibuat, itu yang jarak dia satu meter, RM3.00 sahaja. Ini satu meter RM3.00. Kemudian Traffic Management Plan, kalau kurang pada 2,000, 2,000 meter, harganya lump sum RM2,000.00. Kalau melebihi 2,000 meter,
RM1.00 pada setiap meter. Dan yang terakhirnya ialah sewaan peralatan kawalan trafik. Kalau untuk jangka pendek RM500.00 satu set, deposit RM1,000.00, yang ni tidak melebihi dua hari. Kalau jangka sederhana, tiga hingga 14 hari, RM450.00 dikurangkan. Itu, dan deposit RM2,000.00 dan jangka panjang kalau perlu, diperlukan untuk jangka panjang melebihi 14 hari, makna RM400.00 se satu set untuk dan deposit RM3,000.00. Dan kita telah buat perbandingan harga ini dengan penyedia utiliti lain di negeri-negeri yang lain dah buat, dan kita berada di peringkat pertengahan. Ada negeri yang lebih tinggi jauh lebih tinggi daripada kita tapi Selangor di pertengahan dalam kita menguruskan charge kepada penyedia utiliti Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mencadangkan supaya tempoh kelulusan ini dapat disemak semula. Kerana semalam, Yang Berhormat Kinrara ada memaklumkan kepada Dewan ini untuk memberikan kelulusan kepada pelabur-pelabur asing dengan menggunakan Speed Selangor. Ya, ya. I am coming to that. Speed Selangor boleh kurangkan daripada 3 bulan kepada 2 minggu. Ini melibatkan pelaburan berbillion dan ratusan juta ringgit. Nak pasang utiliti kabel, 100 meter mengambil masa 3 bulan. Yang Berhormat Pandan Indah , saya ingat perkara ini perlu disemak semula. I mean, amat-amat tidak munasabah kalau Speed Selangor boleh mengurangkan tempoh kelulusan daripada 3 bulan kepada 2 minggu, saya percaya ada tindakan atau usaha-usaha yang lebih inovatif untuk memberikan kelulusan oleh KUSEL ini lebih cepat. Salah satunya saya tengok, ada 7 fasa daripada permohonan, kemudian lawatan tapak, seterusnya, izin lalu sehinggalah permit itu diluluskan secara bersyarat. Kalau boleh, 7 perkara ini dapat kita rangkumkan dalam satu tempoh yang lebih munasabah. Walaupun Yang Berhormat kata itu tertakluk kepada permohonan sama ada dia boleh comply dengan syarat-syarat yang ditetapkan tetapi saya kira proses birokrasi itu harus disemak semula. Pokoknya, kalau Speed Selangor boleh beri dalam 14 hari, mengapa KUSEL memberi 3 bulan kelulusan kepada satu permohonan yang amat mudah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang kerana prihatin tentang isu ini. Saya setuju. Saya bersetuju dengan Hulu Kelang untuk kita sentiasa mencari jalan, bukan sahaja dalam KUSEL ini, bukan sahaja dalam apa juga jenis permohonan. Kita perlu teliti dan percepatkan. Tidak ada sebab kenapa kita perlu lengah-lengahkan. Kalau sebab memudahkan dari segi perjalanan atau kelulusan satu kerja-kerja kita. Termasukkan sistem tender pun, kalau saya lihat, bagaimana kita nak improve. Kalau daripada 6 bulan tu, nak dapat selesai tender ni, kenapa 3 bulan tak boleh ke? Jadi inovasi dari segi aspek kelulusan ini bagi saya adalah satu perkara yang on going concern. Satu benda yang kita kena teruskan. Kalau kita lihat peringkat awal
KUSEL ini pun jauh lebih lama dari ini. Tapi kita telah buat inovasi, perubahan-perubahan. Saya tengok bagaimana untuk kita percepatkan tapi dalam masa yang sama juga melihat kepada kekangan-kekangan teknikal lAH. Kalau kita nak buat UTM untuk 100 meter dengan 500 meter, tak banyak beza masa, timing nya. Isu dia ialah dari segi penyediaan dokumeN itu. Tapi ada perkara yang boleh kita pendekkan, kita akan pendekkan. Cuma nasihat saya kepada pemohon terutamanya, supaya bekerjasama dengan KUSEL. Saya bagi contoh, kes Yang Berhormat bangkitkan. Kalau kita lihat sampai hari ini, daripada kronologi dia sampai hari ini dia belum submit lagi dokumen. Ini yang menyebabkan lama tu. Sebenarnya, kalau kita lihat daripada bulan 11, 24...
Masih Bukit Antarabangsa ke?
Ya, ya. Bukit Antarabangsa, yang dibangkitkan itu. Yang dibangkitkan dulu, kita ni sebenarnya. Kita jadikan contoh la. Bukan la kita nak itu nak tuju, nak bagi atau nak spesifik atau nak attact dia, nak bagi contoh bahawa perkara ini boleh dibaiki. Asalnya Tenaga Nasional tak benarkan. Laluan itu dia kena pakai HDD. Tapi bila masuk campur tangan daripada KUSEL, fasiliti, akhirnya dibenarkan pakai tiang. Jadi kosnya rendah dan boleh dicepatkan. Ini maksud saya. Kerjasama itu dan saya banyak kali berurusan dengan pihak TNB, Tenaga Nasional juga pihak Air Selangor yang complaint tentang KUSEL, peringkat awallah ya. Jadi bila kita panggil mereka, duduk dengan KUSEL, dapat kaedah yang baik sebenarnya. Ini peranan KUSEL ini untuk dalam facilitate sebab kita berdepan, Yang Berhormat pun tahu kita sebahagian besar daripada kawasan di Selangor ini dah tak ada space untuk jajaran utiliti. Sebab semua dah brown field. Kawasan dah dibangunkan. Berselit-selit, berhimpit-himpit. Jadi terpaksa kita kena ada inovasi dalam menguruskan jajaran kita kerana kos untuk alih utiliti ini dalam projek-projek kita terlalu tinggi. 30,40, kadang-kadang 50 peratus kos. Sebab itu kita kena ada inovasi dan KUSEL ini walaupun agak lewat kita bentuk, tetapi mempunyai peranan yang besar untuk ke depan, untuk pastikan jajaran utiliti kita ini disusun dengan baik. Tetapi proses nak sampai ke situ kita akan kena baiki dari semasa ke semasa. Dan saya nak maklum kepada Yang Berhormat juga kita mendapat pengiktirafan dari banyak tempat, banyak negeri datang nak minta nasihat macam mana nak buat ni. Termasuklah Kedah, Kerajaan Kedah. Kita terima dan kita bagi nasihat macam mana nak jalankan pengoperasian koridor utiliti ini dengan baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya, dari Yang Berhormat Paya Jaras.
Soalan saya No 48. Terima kasih Tuan Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Hak Milik Strata Flat Fasa 2 Dan Fasa 4 Bandar Baru Sungai BulohQuestions
48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah hak milik strata yang masih tertangguh di kawasan ini?
b)
Adakah perlu sebarang Pindaan Peraturan atau Enakmen dilakukan bagi memudah cara hak milik bagi kes yang pembinaan yang telah berlaku sebelum peraturan baru dikuatkuasakan?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Yang Berhormat Paya Jaras bertanyakan tentang perancangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah hak milik syarat yang masih tertangguh dalam kawasan Paya Jaras. Yang kedua, apakah perlu sebarang Pindaan Peraturan dan Enakmen dilakukan bagi memudahkan cara hak milik bagi kes yang pembinaan yang telah berlaku sebelum peraturan baru dikuatkuasakan? Untuk makluman Yang Berhormat Paya Jaras, hasil semakan yang telah kita kenal pasti bahawa punca kegagalan iaitu pengeluaran hakmilik strata bagi pembangunan berstrata di Pangsapuri Kos Rendah Fasa 2 dan Fasa 4 adalah disebabkan tiada hakmilik tetap atau pun final title walaupun pelan akui telah dikeluarkan. Di samping itu, skim ini juga mempunyai tunggakan cukai tanah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM202,329.30. Sehubungan dengan itu, pengeluaran dokumen hakmilik tanah dan strata hanya boleh dikeluarkan sekiranya syarat-syarat yang dinyatakan seperti di dalam Seksyen 10, Akta Hakmilik Strata 1985 dipatuhi. Ini antara syarat-syarat ya di mana ada tunggkan yang peru dijelaskan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan komited dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan skim pembangunan berstrata yang masih belum mempunyai hakmilik. Oleh yang demikian, satu cadangan peruntukan khas bagi menyelesaikan strata negeri Selangor dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini untuk pangsapuri kos rendah fasa 2 dan fasa 4, kita masukkan dalam senarai untuk
dibantu lah dari segi teknikalnya dan untuk dipertimbangkan dan memenuhi syarat-syarat yang telah di peruntukan di dalam permohonan strata hak milik..
Seterusnya, untuk makluman Yang Berhormat, Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985 merupakan satu perundangan berkaitan pembangunan berstrata yang seragam dan diguna pakai di seluruh Semenanjung, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Oleh yang demikian, semua permohonan hakmilik strata tertakluk di bawah peruntukan Undang-Undang AHS 1985. Syarat-syarat kelulusan perlu, syarat-syarat kelulusan permohonan hakmillk strata ditetapkan adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan pihak yang mempunyai hak ke atas permohonan tersebut. Sekiranya syarat-syarat permohonan hak milik strata dipenuhi seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 10, AHS 1985, pengeluaran hak milik strata boleh diproses dalam tempoh masa enam bulan tertakluk kepada komitmen jurukur yang dilantik oleh pemaju. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada EXCO yang berikan respon. Ada task force yang akan dibuat dalam mengendalikan isu ini. Sebab isu yang berlaku ini isu yang begitu lama dan dia menyebabkan penduduk ini rasa macam resah gelisah. Tak boleh buat apa-apa. Kalau meninggal je tak boleh pindah la. Sebab tak ada nama. Bilakah ha ni kena maklum, bilakah mereka boleh, tindakan ini akan dilakukan? Satu. Yang kedua, ada tak pihak urus setia ataupun yang boleh membincangkan soal-soal cukai tanah yang dikatakan ini kita maklum satu jumlah yang besar. Dia tak ada urus setia yang menguruskan. Satu. Yang kedua, adakah isu ketiadaan JMB untuk, adalah sebuah syarat untuk mereka mendapatkan hak milik dan bila JMB ini ada masuk dia lari. Tak cukup collection cabut dan akhirnya dia tak selesai masalah itu. So boleh tak diberikan pengecualian atau pun satu bantuan pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan begitu lama. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai tindakan itu di bawah tindakan PTG kerana melibatkan cukai tanah. Dia sebenarnya, kekangan untuk memohon hak milik strata ini ada beberapa perkara. Pertama isu tanah. Isu tanah. Jika tidak selesai, itu satu daripada kekangan. Dan juga pemilik atau pemaju yang gulung tikar, yang dan ada pemilik-pemilik yang meninggal dan masalah kewangan dan sebagainya. Dan juga masalah bangunan. Pelan bangunan hilang. Mungkin tiada KM. Ini tiada KM ini kebanyakan di antara projek-projek pocket project la, lot-lot lidi yang dibuat dan lantikan kontrator tanpa ada KM dan sebagainya dan dokumentasi. Ini yang antara kekangan-kekangan. Dan untuk kitaran, untuk kitaran memohon strata ini, dia ada 13 proses. Jadi ini kadang-kadang melibatkan perkara-perkara ini, kita cuba juga, macam cadangan Hulu Kelang dan tindakan-tindakan kita
supaya kita pendekkan masa ni dan kita kurangkan sikit birokrasi ini dan kita tengah buat kajian bagaimanakah boleh menguruskan tentang kekangan tanah. Kadang-kadang proses yang lain ok. Tapi sebab cukai tanah tak dibayar, dia menyebabkan tergendalanya permohonan-permohonan ini. Jadi kita cuba dapatkan semua pandangan daripada agensi kerajaan untuk bantu dan Yang Amat Berhormat telah mengumumkan pada bajet yang lepas memperuntukkan 1 juta dan setiap tahun 10 juta untuk kita mulakan kerja-kerja memproses. Membantu bagi mendapatkan hak milik strata khususnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya daripada Selat Klang. Yang Berhormat Selat Kalang
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 49.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Pemulihan Tapak SejarahQuestions
49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memulihara tapak-tapak sejarah di Selangor?
b)
Apakah program pendidikan yang diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran sejarah serta usaha-usaha untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO?
Terima kasih Yang Berhormat Selat Klang. Inilah satu-satunya soalan tentang kebudayaan dan warisan dan Yang Berhormat pun adalah mantan EXCO. Jadi, terima kasih. Soalan yang pertama iaitu, apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memulihara tapak-tapak sejarah di Selangor? Yang kedua, apakah program pendidikan yang diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran sejarah serta usaha-usaha untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memastikan tapak-tapak sejarah yang mempunyai signifikan dari segi arkeologi dan sejarah di negeri Selangor dilindungi dan dipelihara. PADAT selaku agensi yang bertanggungjawab telah berkerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mewartakan tapak-tapak bersejarah sebagai
Tapak Warisan ataupun TW, Tapak Warisan Kebangsaan atau pun TWK mahu pun Tapak Warisan Dunia UNESCO ataupun TWD. Manakala tapak-tapak bersejarah yang belum diwartakan telah dimasukkan dalam senarai inventori Jabatan Warisan Negara JWN. Bagi tapak atau bangunan bersejarah dalam Rancangan Pembangunan atau RP Rancangan Tempatan ataupun RT atau Rancangan Kawasan Khas (RKK), Pihak Berkuasa Tempatan melalui Akta 172 bertanggungjawab untuk menyedia dan memastikan segala ketetapan yang dinyatakan di bawah RP, dipatuhi. Jadi, terkini Kerajaan Negeri Selangor turut bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan bagi kerja-kerja konservasi dan membaik pulih bangunan bersejarah seperti kerja-kerja konservasi Kapal Korek Sri Banting. Ini kita dapat kerjasama daripada MOTAC dan insya-Allah dapat kita laksanakan dan kerja-kerja membaik pulih Istana Bandar, di Kuala Langat. Diharapkan kerjasama di antara semua pihak-pihak dapat memastikan tapak-tapak warisan di Negeri Selangor ini dipulihara agar terus kekal sebagai aset warisan yang tidak ternilai. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan PADAT bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan melaksanakan program-program kebudayaan dan warisan bagi institusi pendidikan dan sekolah-sekolah di seluruh negeri Selangor. Kita telah diberi cadangan oleh Yang Amat Berhormat supaya kita buatkan aktiviti iaitu antara warisannya iaitu permainan cempuling. Kita wujudkan setiap daerah, setiap sekolah di daerah ada nya Kumpulan-kumpulan yang bermainkan alat cempuling dan sebagainya. Program tersebut untuk laksanakan program-program perkembangkan dan promosi permainan tradisional iaitu makanan warisan, tarian kebudayaan, pakaian tradisional dan juga program pendidikan berunsur sejarah kepada generasi pelapis. Jadi kita telah mewartakan beberapa termasuklah pakaian iaitu Batik Selangor, dan kita juga telah mewartakan makanan-makanan warisan negeri seperti Punten, Nasi Ambeng, Satay dan sebagainya. Manakala tapak-tapak sejarah warisan yang mempunyai nilai sejagat luar biasa seperti yang telah diangkat, diiktiraf oleh UNESCO.
Pada masa ini, Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan Warisan Negara sedang berusaha untuk mengangkat beberapa tapak warisan di Negeri Selangor sebagai tapak warisan dunia di bawah UNESCO iaitu Kapal Korek Sri Banting salah satu yang akan dimasukkan dalam UNESCO dan juga Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dan FRIM Forest Park Selangor (FRIM). Walaupun usaha ini sukar kerana bukan mudah kerana memerlukan kerjasama semua agensi dan kita yakin dan percaya dengan komited dan memestikan sentiasa komited dan terus memastikan tapak-tapak warisan ini kita daftarkan atau jadikan dia tapak warisan dunia di bawah UNESCO. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat satu jawapan yang begitu komprehensif tentang tapak sejarah Selangor. Selain daripada tempat-tempat yang Berhormat sebut tadi tidak ada ke tapak-tapak sejarah lain yang boleh dibawa ke UNESCO untuk mendapatkan pengiktirafan kerana kalau kita dapat pengiktirafan daripada EXCO ini, kita boleh war-war kepada apa nama itu, pihak pelancongan untuk dijadikan sebagai tempat pelancongan sebab kita pun tidak lama lagi akan menghadapi atau pun apa nama itu, Tahun Melawat Selangor. Jadi kalau ada berapakah tempat-tempat itu dan apa prosesnya, apa status prosesnya pada masa ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya sebut tadi di antara sekarang dalam proses untuk kita jadikan warta di bawah UNESCO yang hampir sekarang ini dalam untuk dokumentasi dan untuk dimaklumkan kepada pihak UNESCO iaitu FRIM di bawah FRIM dan juga Kapal Korek Seri Banting. Yang ini dalam proses yang untuk memastikan kawasan ini dan setakat sekarang ini, kita yakin bahawa kawasan ini antara sebagai contoh Kapal Korek Seri Banting ini adalah yang terdapat hanya satu di dalam dunia dan terbesar di dunia. Yang masih ada ini sahaja lagi dan itu ada peluang. Selain daripada itu juga kawasan Tapak Hospital KUSTA. Yang ini adalah yang terbesar di dunia nombor dua dan masih kekal lagi di Sungai Buloh dan kita dalam usaha berbincang dengan jabatan berkenaan iaitu Jabatan Kesihatan kerana ini di bawah tanah Jabatan Kesihatan Malaysia. Dan selain itu juga FRIM ini kita telah berusaha dan dalam proses lawatan oleh pihak UNESCO telah hadir ke tapak ini dan sekarang ini kita telah minta supaya Jabatan Warisan Negara menganjurkan kepada pihak UNESCO seterusnya. Terima kasih.
Yang Berhormat Rawang.
Soalan saya nombor 50.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Kenaikan Cukai TaksiranQuestions
50. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menggunakan lebihan pendapatan daripada kenaikan cukai taksiran bagi tahun 2025?
b)
Nyatakan projek atau kerja yang akan dilaksanakan oleh MPS menggunakan pendapatan daripada kenaikan cukai ini.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Pihak Berkuasa Tempatan PBT di Selangor akan menggunakan peningkatan pendapatan daripada kenaikan cukai taksiran bagi tahun 2025 untuk meningkatkan keupayaan PBT melalui penyediaan dan penambahbaikan infrastruktur awam serta pemantapan perkhidmatan di kawasan masing-masing. Ini termasuk menaik taraf infrastruktur seperti jalan, longkang, dewan, pasar awam, dan juga menampung peningkatan kos pengurusan kutipan sampah serta keperluan lain Pihak Berkuasa Tempatan. Kenaikan Cukai Taksiran sebanyak 25% di Selangor dengan tambahan pendapatan anggaran RM382 juta setahun ini akan dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan tersebut dengan fokus untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh PBT kepada penduduk setempat. (B), Majlis Perbandaran Selayang akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perbandaran kepada penduduk di bawah Pentadbiran MPS. Jangkaan penambahan hasil sebanyak RM26 juta melalui semakan Cukai Taksiran ini juga akan digunakan untuk melaksanakan perkara berikut secara berperingkat sebagai nilai Tambah. Komitmen Jangka Masa Segera, satu Insentif Pembayar Cukai Tahun 2025 Bil Pertama. Pemberian tong sampah percuma kepada pembayar Cukai Taksiran melebihi RM200.00 dan membuat bayaran penuh 1 tahun. Pemberian akan dilaksanakan secara berperingkat bermula bulan Mac 2025 terhad 4,500 unit pertama. Bagi siapa yang datang awal dia dapat. Kedua, pembekalan tong sampah di perumahan strata. Pembekalan penggantian tong-tong sampah di kawasan perumahan strata bagi menggantikan tong sampah yang telah rosak. Pembekalan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Januari 2025. Tiga, Penambahan Pencahayaan Penambahan pencahayaan dengan menggunakan teknologi Solar LED di kawasan lapang serta kawasan yang berisiko secara berperingkat untuk mengurangkan kes jenayah. Empat, sistem tempahan untuk kemudahan fasiliti sukan, menaik taraf kaedah tempahan dan bayaran bagi fasiliti-fasiliti kemudahan awam Majlis Perbandaran Selayang yang dilaksakan secara secara manual kepada secara dalam talian, online dengan izin. Lima, kawalan anjing liar. Penambahan jumlah pasukan tangkapan melalui program task force tangkapan anjing liar, penggantian kenderaan tangkapan haiwan dan memperkasakan program give and adopt bagi anjing liar yang ditangkap. Enam, papan tanda nama taman. Projek papan tanda taman bagi tahun 2025 sebanyak 74 unit dan tahun 2026 sebanyak 73 unit, keseluruhan kawasan 147 unit papan tanda nama taman.Tujuh, kelulusan lesen serta-merta. Menambah senarai aktiviti perniagaan yang boleh diluluskan secara lesen serta-merta dengan 23 aktiviti sedia ada kepada 69 aktiviti keseluruhan. Cadangan penambahan sebanyak 46
aktiviti untuk dilaksanakan pada tahun 2025. Lapan, penambahan CCTV. Penambahan pemasangan 50 unit CCTV baharu di kawasan yang bersesuaian terutamanya yang melibatkan kawasan hotspot jenayah dan sampah haram. Komitmen Jangka Masa Sederhana. Satu, menaik taraf dan penambahan fasiliti sukan. Menaik taraf dan menambah fasiliti sukan iaitu gelanggang pelbagai guna yang berbumbung futsal, basketball, volleyball di kawasan lapang selenggaraan dan seliaan Majlis Perbandaran Selayang. Cadangan bagi projek ini adalah 1 projek bagi 1 mukim setiap tahun. Dua, pusat kitar semula bersepadu. Membina pusat kitar semula bersepadu di Rawang Perdana dan tumpuan akan terarah kepada sisa organik dari premis makanan dan pasar terpilih, sisa kebun dari penyelenggaraan dalaman dan kontraktor serta sisa minyak terpakai dari orang awam dan premis makanan di seluruh Majlis Perbandaran Selayang. Tiga, papan tanda pemakluman cerun. Cadangan pemasangan papan tanda cerun di 256 kawasan secara berfasa sepanjang tahun 2025 dan 2026. Papan tanda akan dilengkapi Kod QR bagi informasi cerun termasuk penyelenggaraan dan pemilik cerun berkaitan. Komitmen jangka masa panjang. Satu, pelan tindakan bandar pintar Selayang 2030, Melancarkan Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Selayang ke arah menjadikan Selayang Perbandaran Pintar menjelang tahun 2030. Kedua, naik taraf kolam air panas. Menaik taraf Kolam Air Panas Selayang sebagai salah satu lokasi eko-pelancongan utama di Daerah Gombak. Ketiga, penambahbaikan permohonan membaiki bangunan. Cadangan permohonan kategori baiki bangunan boleh diluluskan dengan serta-merta permohonan lengkap bagi 8 kategori permohonan tanpa perlu menunggu 7 hari bekerja. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Rawang.
Syabas dan tahniah kepada Majlis Perbandaran Selayang yang telah senaraikan semua apa yang mereka akan laksanakan pada jangka pendek dan juga panjang. So saya ingin cadangkan, bolehkah semua PBT senaraikan apa perbezaan setelah mereka telah membayar kelebihan apa itu cukai taksiran kepada PBT supaya maklumat ini boleh disebarkan melalui sosial media supaya pembayar cukai itu mengetahui setelah mereka bayar sedemikian cukai taksiran, mereka dapat apa kembalinya.
Terima kasih Yang Berhormat Rawang yang prihatin tentang bagaimana kita hendak tambah baik perkhidmatan PBT selepas semakan penyelarasan kenaikan 25% untuk kembali kepada semua pembayar cukai. Memang saya telah minta dan arahkan semua pihak PBT, Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor supaya mereka merancang semua kemudahan dan juga penambah baik infrastruktur dan sebagainya di dalam website mereka iaitu lima perkara yang boleh dilaksanakan dalam tahun 2025 dengan secepat mungkin yang kembali kepada
faedahnya kepada rakyat, lima yang pertama dan yang kedua ada lima lagi projek untuk jangka sederhana dan panjang supaya pengguna-pengguna atau pembayar cukai boleh melayari website untuk mengetahui apa rancangan sebenar PBT setelah mendapat penambahan hasil dan apa faedah yang diperoleh oleh pembayar-pembayar cukai. Jadi ketulusan ini cara sedemikian ini kita boleh pastikan semua hasil-hasil yang kita kutip dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk nilai tambah kepada majlis dan juga kepada faedah kepada pembayar cukai. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Subang Jaya. Soalan tambahan lagi. yang Berhormat ini dahulu yang bangun tadi Pendamaran.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan ya. Saya, Pandamaran hendak menyeru kepada yang Berhormat Dato EXCO ini supaya sebab kepuasan tentang kualiti perkhidmatan PBT adalah bergantung kepada penduduk dan Pandamaran harap Kerajaan dapat cari. Itulah yang saya tanya.
Pandamaran teruskan.
Adakah Kerajaan dapat cari sebuah syarikat atau penyelidik untuk kaji kepuasan terhadap apa dia, kualiti perkhidmatan PBT. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran yang bertanyakan tentang apakah kepuasan PBT, kepuasan rakyat terhadap PBT. Memang kita ada 12 PBT di negeri Selangor. Kita ada PBT di negeri Selangor dan rakyat di seluruh negeri Selangor sentiasa menaruh harapan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan PBT semakin hari semakin tinggi dan mereka mahukan PBT melakukan perkhidmatan yang lebih hands on, lebih terkini kemas kini teratur dari segi Speed Selangor seperti yang di tegaskan tadi Speed Selangor di seluruhnya daripada yang seperti Hulu Kelang tadi cakap beritahu dalam Dewan bahawa kita hendak tiga bulan setengah dijadikan 14 hari iaitu dua minggu itu dalam OSC 3.0 plus, OSC 3.0 plus Oleh yang demikian
Ada soalan tambahan.
Oleh yang demikian Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum seluruhnya untuk kita pastikan dan pada sebelum ini kita telah mengarahkan pusat kajian, survey centre iaitu Merdeka Centre untuk melakukan servis servay seluruh PBT dan kita bercadang akan melakukan sedemikian dalam tahun ini atau tahun hadapan memandangkan kewangan kita. Kalau kewangan kita mengizinkan insya-Allah kita akan memanggil survey centre untuk pastikan mereka melakukan survey yang terbaru yang akan datang.
Ringkaskan. Yang Berhormat.
Ini adalah cara yang terbaik supaya rakyat tahu bagaimana prestasi perkhidmatan PBT dan kepuasan mereka terhadap PBT ini cara kita. Saya rasa sekian sahajalah untuk Pandamaran. Terima kasih.
Speaker, ini Pandan Indah hasut dia suruh bercakap panjang-panjang. Saya hendak ada soalan tambahan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Batu Tiga bangun.
Tuan Speaker saya ingin mengambil sedikit masa untuk kita memberi rasa hormat dan dukacita kita sebab petang semalam ketika ribut melanda ada satu kejadian berlaku di Bukit Kuda, Klang di kawasan Dun Batu Tiga. Di mana ada satu kenderaan dihempap pokok dan pemandunya meninggal dunia dan anak perempuannya selamat. Saya mohon semua Ahli-ahli Dewan yang berada pada hari ini dan seluruh masyarakat yang menonton kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mangsa yang terkorban semalam. Al-Fatihah.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya mempersilakan Yang Berhormat Banting, EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan.
Silakan Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kerajaan Negeri, saya menyambung ya semalam. Kerajaan Negeri turut menyediakan pelbagai kursus atau latihan di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia melalui Unit Badan Bekerja Selangor untuk meningkatkan kemahiran sedia ada, upskilling atau mempelajari kemahiran baru, reskilling bagi membantu rakyat memajukan diri. Pelbagai program latihan atau kursus turut disediakan oleh Institusi Pendidikan di bawah kerajaan negeri seperti Selangor Technical Skill Development Center (STDC) dan Selangor Human Resource Development Centre. Program yang menyediakan latihan kemahiran jangka pendek ini boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan peluang pekerjaan atau memulakan perniagaan selepas tamat kursus. Rakyat di negeri Selangor juga boleh memanfaatkan insentif kerajaan dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal vokasional, TVET untuk meningkatkan kemahiran serta keboleh pasaran mereka dalam usaha mendapatkan pekerjaan. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha memastikan akses kepada latihan kemahiran dan relevan dengan keperluan dari segi semasa dan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat. Ini termasuklah memastikan program latihan dan kemahiran oleh jabatan dan agensi serta pusat latihan Kerajaan Negeri dijangka dan dilaksanakan dengan mengambil kira perkembangan industri kecerdasan buatan iaitu AI. Pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Kerajaan Negeri ini berupaya mengawal dan mengurangkan kadar pengangguran dan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara. Selain itu, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh PERKESO sehingga 14 Februari 2025, negeri Selangor mencatatkan sebanyak 49,526 kekosongan jawatan. Dengan 5,437 pencari kerja yang sedang mencari peluang pekerjaan. Walaupun 2,530 individu mengalami kehilangan pekerjaan usaha penempatan pekerjaan semula menunjukkan kejayaan yang signifikan. Dengan seramai 2,465 individu berjaya ditempatkan semula dalam pekerjaan baru. Ini mencerminkan adanya peluang yang besar dalam pasaran kerja di Selangor di samping keberkesanan inisiatif penempatan semula dalam membantu individu yang kehilangan pekerjaan untuk kembali bekerja walaupun terdapat cabaran dan jumlah kehilangan pekerjaan yang tinggi.
Tuan Speaker, Ijok ingin mencelah.
Sila.
Bangun.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Ijok mendengar berkenaan dengan program-program TVET yang dibentangkan oleh Banting, Yang Berhormat Banting berkenaan dengan program-program TVET. Jadi Ijok ingin mengambil, ingin bertanya, di luar sana ramai tenaga pekerja, ramai tukang-tukang
kayu, ramai tukang mekanik dalam kenderaan, motosikal, mereka ini berkemahiran tetapi tiada pengiktirafan dalam persijilan. Jadi Ijok ingin bertanya bagaimanakah Kerajaan Negeri memandang isu ini? Adakah ada satu program yang mana saya bentangkan tempoh hari berkenaan dengan Program PPT, Pengiktirafan Pentauliahan Terdahulu itu akan di implementkan di jabatan ataupun di bawah Kerajaan Negeri Selangor, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Saya sangat mengalu-alukan cadangan seperti yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Ijok. Sebab memang di luar sana ramai mengikut kajian saya ramai yang berpengalaman tinggi seperti mekanik, motor mekanik, car mekanik dan sebagainya, even plumber dan juga construction worker memang berpengalaman tinggi. Tetapi cuma mereka tidak mempunyai dokumen ataupun persijilan yang lengkap. Jadi memang kita ada satu cadangan, baru-baru ini dengan Invest Selangor kita telah berbincang panjang lebar tentang perkara itu dan saya rasa selepas mungkin suku tahun pertama kami akan mengadakan bengkel dengan Invest Selangor kita meneliti perkara itu secara mendalam untuk mendapatkan idea-idea yang bernas untuk memberikan peluang kedua kepada pekerja-pekerja yang mahir ini tanpa sijil. Saya juga sangat harap di mana STDC, Selangor Technical Center ini akan bantu sedikit sebanyak dalam menjayakan usaha kita bersama. Sekian, terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker.
Selat Klang.
Oh sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat ada sebut tentang kekosongan pekerjaan, jumlahnya hampir 49,500 lebih dan daripada peluang-peluang pekerjaan ini, apa nama, apakah jenis pekerjaan yang kosong, yang mesti diisikan oleh rakyat di Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Selat Klang. Memang saya dapat laporan ini daripada PERKESO di mana menyatakan seramai 49,526 kerja kekosongan. Cuma saya akan dapatkan detail dan saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Selat Kelang sebab dia meliputi skop yang terlalu besar dan pelbagai industri memang memerlukan sebab setahu saya memang kita ada kekosongan banyak dari sektor services. Tak apa saya akan memberi secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.
Seri Serdang bangun. Nak beri laluan?
Sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Bila saya terdengar tadi soalan daripada Yang Berhormat Ijok tentang adanya anak-anak muda yang di bawah ini yang mempunyai kemahiran tukang kayu dan sebagainya. Ada satu lagi kelompok golongan yang kita perlu beri perhatian ialah anak-anak kita yang aktif dengan sukan especially tentang dengan izin, atlet-atlet kita. Saya bagi contoh kita menghadapi SUKMA pada tahun depan. Kita perlu latih atlet-atlet kita ini dan sasaran kita adalah tempat yang teratas di dalam SUKMA nanti. Sudah pasti mereka-mereka ini akan memberi tumpuan fokus yang penuh kepada latihan sukan. Ada yang nak ambil SPM, ada yang iyalah berbagai-bagai banyak faktor yang kita perlu lihat pada anak-anak atlet ini. So, saya kira mungkin boleh beri tumpuan mungkin kerjasama dengan pihak EXCO Kota Anggerik, untuk kita beri perhatian kepada anak-anak kita yang aktif bersukan apatah lagi atlet yang dah berjaya capai medal dan sebagainya untuk kita beri peluang kepada mereka sekurang-kurangnya diploma vokasional atau pun TVET. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kota Anggerik baru ini kita ada pertandingan ML di peringkat sekolah-sekolah dalam negeri Selangor. Dan hadiah kemenangan di antaranya ialah sponsorship dengan izin mereka yang berjaya ini untuk Diploma Vokasional. Dan saya ucap tahniahlah kepada Yang Berhormat EXCO atas usaha ini. Apa pandangan Yang Berhormat Banting?
Saya berpandangan memang saya menyokong cadangan Yang Berhormat sebab inilah yang kita patut dilaksanakan sebab sukan kali ini kita sebagai tuan rumah. Harapan kita tinggi. Dan kitalah perlu mengangkat perkara itu ke semua jabatan dan sebagainya untuk memberi sesuatu benda yang baik kepada atlet-atlet kita. Dan saya memang mengalu-alukan cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat tadi. Izinkan saya sekali lagi menegaskan berkenaan pewartaan Kampung Orang Asli. Kerajaan Negeri Selangor melalui JAKOA memastikan bahawa tanah yang di diami atau digunakan oleh komuniti Orang Asli diiktiraf sebagai hak mereka melalui pewartaan Kampung Orang Asli. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi kerjasama dalam menyelaras isu pewartaan Kampung Orang Asli yang juga dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli yang bersidang dua kali setahun. Selain dari itu, kerajaan negeri Selangor juga sentiasa memberi bantuan dari aspek peruntukan bagi kerja-kerja ukur tanah bagi tujuan pewartaan tanah, Adat masyarakat Orang Asli jika diperlukan atau peruntukkan daripada JAKOA tidak mencukupi. Pewartaan tanah Adat Orang Asli ini diwartakan selaras dengan seksyen 6 atau 7 Akta Orang Asli Tahun 1954, Akta 134 yang memberi perlindungan mutlak kepada Orang Asli. Walaupun kita mengalami beberapa kekangan dalam pewartaan Kampung Orang Asli, Kerajaan Negeri sentiasa dalam usaha menyelesaikan setiap isu yang berbangkit. Rundingan berterusan dengan agensi-agensi
yang berkaitan akan dilaksanakan secara berterusan. Akhir sekali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya mengakhiri penggulungan kali ini izinkan saya memberi peringatan atau nasihat kepada semua pihak termasuk saya sendiri atau mana-mana individu supaya tidak mengelirukan masyarakat dengan kenyataan-kenyataan berkaitan Pilihan Raya Umum yang mengejut. Kenyataan sedemikian bukan sahaja menggugat kestabilan politik tetapi ia juga boleh memberi kesan yang negatif kepada perpaduan nasional dan ekonomi negara kita. Di sini saya ingin merafak sembah Titah Tuanku Baginda Sultan Selangor yang telah memberi nasihat “janganlah kita membiarkan kenyataan-kenyataan palsu yang boleh menanam kebencian sesama kaum serta memecah belahkan rakyat dan ia menjadi penghalang kepada kemajuan negara dan negeri kita”. Sehubungan itu urusan Pilihan Raya Umum biarkanlah ditentukan oleh Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong. Bukannya pihak pembangkang lebih-lebih lagi barisan pembangkang diliputi oleh tokoh-tokoh politik yang pernah menjadi perdana menteri dan menteri kanan di kabinet. Saya pasti bahawa tokoh-tokoh politik ini tahu akan keburukan pengumuman Pilihan Raya mengejut kepada negara dan ekonomi. kemasukan pelabur asing mahupun pelabur tempatan akan bertindak untuk tidak melabur atau menangguhkan pelaburan mereka disebabkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini. Justeru ia akan memberi kesan negatif kepada kewujudan peluang pekerjaan yang baru. Jangan lupa keputusan-keputusan mahkamah untuk kes fitnah adalah satu pengajaran kepada kita semua supaya kita tidak terperangkap dengan kenyataan ataupun ucapan kita yang mengikut perasaan pada masa yang kelak. Jadi marilah kita sama-sama memberi fokus yang lebih besar dan utama seperti pembangunan infra, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan lain-lain lagi supaya usaha kita membawa kebaikan kepada negeri dan daerah kita dan bukan sebaliknya. Dengan ini saya menyokong Titah Tuanku. Sekian ucapan penggulungan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sekarang saya, kita mempersilakan EXCO Perumahan dan Kebudayaan untuk menggulung bagi pihak kerajaan.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada semua yang telah menaikkan dan membangkitkan isu-isu semasa dalam persidangan khususnya bagi Standco Perumahan dan juga Kebudayaan. Pertama saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kajang iaitu tentang keadaan pangsapuri kos rendah yang sangat daif. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ada 6 pangsapuri di dalam kawasan Kajang yang telah memohon untuk kerja-kerja mengecat bangunan melalui Skim Ceria. Manakala semakan walau bagaimanapun semakan telah kita buat di bawah Skim Sistem e-Ceria. Juga kita mendapati hanya ada satu pangsapuri sahaja yang memohon membaiki bumbung dan juga rumah pangsapuri sederhana rendah. Ertinya ada satu yang mohon untuk baiki bumbung. Oleh itu kita minta pihak
JMB datang ataupun buat aduan melalui e-Ceria kita supaya kita dapat mengambil tindakan selanjutnya. Jadi ertinya, mungkin ada tidak complete dari segi aduan permohonan dan sebagainya saya minta Yang Berhormat maklumkan kepada pihak JMB supaya kita boleh bantu dari segi pelaksanaan. Seterusnya daripada Yang Berhormat Subang Jaya, dan juga...
Soalan tambahan.
Ya, silakan.
Mungkin kerajaan boleh tak PBT buat selalu lawat kepada pangsapuri dan semak mana-mana yang rosak perlu buat. Sebab ini untuk bumbung yang bocor itu agak serius. Okay, terima kasih.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, biasanya selepas aduan, kita akan buat semakan dan kita akan pergi buat lawatan. Jadi itu saya kata kena penuhi dulu sistem tu kemudian kita akan buat lawatan dan semakan. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Subang Jaya dan juga Yang Berhormat Rawang iaitu isu yang dibangkitkan mengenai masalah JMB atau pun MC tentang pembayaran fi penyelenggaraan. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan untuk menubuhkan sebuah agensi khas bagi mengurus dan menyelenggara pangsapuri kos rendah yang tidak mempunyai JMB dan juga MC. Namun, sebelum keputusan dapat dibuat, beberapa faktor perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaan langkah ini tidak membebankan kewangan negeri serta dapat dilaksanakan secara mampan dan adil kepada semua pihak. Maksudnya kajian perlu dibuat. Kalau kita ambil secara random, kita bimbang nanti salah satunya cabaran yang kita akan hadapi iaitu selain daripada implikasi kewangan, berdasarkan daripada kos penyelenggaraan setiap pangsapuri kos rendah melibatkan RM125,000 ribu setahun dan melibatkan 615 skim yang boleh melibatkan kewangan Kerajaan Negeri sebanyak RM68.63 juta. Jadi ini perlu kita buat kajian dan selain daripada itu juga, kajian perlu mempertimbangkan pembelanjaan tambahan bagi membaiki pangsapuri serta yang terbiar untuk menyelesaikan masalah utiliti seperti bil air dan elektrik. Ini kajian perlu dibuatla jadi cadangan ini kita ambil diambil sebagai menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.
Di samping itu, dari segi aspek keadilan, sosial kita perlu ambil kira, terutama terhadap pangsapuri yang telah diurus dengan baik oleh JMB. Jadi kita kalau bukan semuanya tidak dapat urus dengan baik. Tapi ada JMB boleh urus dengan baik tapi tidak adil bagi kita bagi pula yang itu jadi semua nanti taknak urus dengan baik kerana dapat subsidi daripada Kerajaan. Sebab itu kita perlu ada buat kajian dan pelaksanaan itu kalau boleh kita boleh bekerjasama dengan pihak KPKT dan juga itu sebab baru-baru ini bila saya
sebut ada wakil daripada KPKT untuk berbincang masalah JMB ni di mana Akta 757 tu perlu dikaji semula. Ini adalah akta di bawah Persekutuan. Jadi kalau pelaksanaannya nampaknya ada respon yang baik daripada KPKT dan kita harap ini akan dapat menyelesaikan masalah JMB dan juga MC.
Dan seterusnya juga mengenai cadangan Pihak Berkuasa Negeri mengambil alih kawasan luar bangunan pangsapuri kos rendah. Untuk makluman Yang Berhormat, pengambilan perlu mengambil kira beberapa fakta juga seperti implikasi kewangan daripada Kerajaan terhadap PBT. Penarikan semula insentif cukai taksiran sebab kos rumah murah ini dia tak ada cukai taksiran, tidak ada sumber income langsung, sebab itu kita sebut tentang servis ini, biasanya kita akan bagi servis balik selepas kita ada dapat sumber pendapatan tapi kita dah bagi percuma kemudian kita kena servis dari segi pembaikan dan sebagainya sebab tu ada kajian dan seterusnya juga kita penggantungan penduduk kepada kerajaan semakin meningkat dan mengurangkan tanggungjawab mereka untuk bayar penyelenggaraan.
Secara keseluruhannya, kerajaan negeri berpandangan bahawa penyelesaian terhadap isu pengurusan pangsapuri kos rendah perlu dilaksanakan secara menyeluruh dalam memastikan pengurusan pangsapuri kos rendah di Selangor berjalan dengan lebih cekap dan mampan.
mohon mencelah Yang Berhormat.
Ya silakan.
Terima kasih Yang Berhormat mengenai kos penyelenggaraan melibatkan rumah kos rendah dan juga cukai, pengecualian cukai. Saya kita pengecualian cukai berlaku beberapa tempoh yang lepas terima kasih banyak teruskan, cuma ada persoalan mengenai kos mengenai kawasan perumahan bertingkat yang kos sederhana, sederhana bukan sebab kehidupan mereka mewah tapi mungkin sebab ada kolam renang di situ maka ditingkat sebagai kos sederhana yang tak dapat pengecualian cukai. Tapi mereka punyai masalah yang serupa kos rendah iaitu yuran penyelenggaraan juga tak cukup untuk penyelenggara keperluan asas bagi keperluan berkenaan. Apakah kerajaan bersedia menimbang untuk membantu melegakan keresahan mereka dengan dua perkara; yang pertama infra jalan raya mungkin boleh diberikan sokongan dalam baik pulih. Yang kedua masalah bumbung yang pecah, banyak. Apakah kerajaan boleh memilih antara yang pertama dan kedua itu untuk dipertimbangkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini bagi skim rumah sederhana ini mereka masih mampu lagi melaksanakan dari segi collect apa ni pembayaran oleh penduduk mereka dapat uruskan dengan baik. Tapi jika ada beberapa kawasan atau taman yang mendesak, kemungkinan atas alasan-alasan tertentu mungkin kita boleh ambil tindakan, Terima Kasih Yang Berhormat. Jadi secara keseluruhannya negeri...
Subang Jaya bangun Yang Berhormat, nak bagi laluan?
Ya silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan. Cuma Subang Jaya juga nak tanya sama ada Kerajaan Negeri pernah buat kajian untuk pangsapuri kos rendah, berapa peratus daripada meraka adalah penyewa dan berapa peratus daripada mereka adalah pemilik. Sebab bagi Subang Jaya saya kira kalau mereka menyewakan premis itu keluar maksudnya ini adalah pendapatan tambahan, dan patutnya pemilik sebenar bolehlah bayar cukai ataupun penyelenggaraan dan sebagainya. Itu sahaja.
Untuk Pengetahuan Yang Berhormat sebenarnya rumah murahan ini mereka adalah aset yang pertama, mereka beli 20 tahun dulu 30 tahun dulu. Apabila mereka dah habis hutang, dan mereka sewakan dan akhirnya mereka beli rumah yang lain, aset yang lain. Mereka beranggapan itu sebagai sumber income mereka tapi mereka gagal untuk membayar dan kebanyakan rumah kajian yang kita buat, mereka sewakan kepada orang asing. Yang duduk sampai rumah sampai 20 orang 15 orang dengan sewa yang agak tinggi. Dan mereka tidak ambil tahu pun tentang pembayaran bagi penyelenggaraan dan sebagainya. Ini menyebabkan sebagai kekangan bila kita buat kajian bahawa ramai kita tidak dapat respon, tidak dapat respon daripada mereka. Jadi tak apa lah jadi kita akan lihat mungkin perkara ini kita boleh sebab apa kita ada cadangan kalau untuk memastikan tidak kelangsungan masalah ini, mungkin kita buat pembangunan semula, redevelopment ini kita boleh bincang seperti Pandan Indah dan sebagai kawasan Batu Cave di Semenyih. Redevelopment ini satu penyelesaian mungkin swaping dan sebagai penilaian harus dibuat balik semula. Kalau tidak masalah ni akan berterusan sampai bila-bila. Dan seterusnya Yang Berhormat Balakong iaitu tentang cadangan Kerajaan Negeri mengkaji semula tentang perjawatan COB sama ada PBT memperkasakan. Kajian Negeri menyambut baik cadangan berkenaan untuk menambahbaik struktur jawatan di semua COB di Selangor, sejajar dengan meningkatkan jumlah skim pembangunan strata yang sedia ada, yang juga yang akan datang. Dengan penambahan pembangunan strata ini pembangunan Pentadbiran
dan pemantauan COB perlu diperkukuhkan agar dapat menangani cabaran yang semakin kompleks. Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau pun MBPJ hanya mempunyai 21 orang pegawai COB yang perlu mengawasi sebanyak 1,302 skim, ini bukan unit, ini skim kediaman berstrata yang melibatkan hampir 190,432 petak. Dengan hanya 21 pegawai. Jadi ini kita rasa memang cadangan yang baik supaya dikaji semula data dan situasi sama berlaku di Majlis Perbandaran Kuala Langat yang mengurus sebanyak 378 skim dan juga Majlis Perbandaran Kuala Selangor sebanyak 421 skim, di mana jumlah pembangunan berstrata dijangka akan terus meningkat ya dan bilangan COB di kedua-dua PBT masih lagi kekal. Sebagai contoh kurang daripada 10 pegawai untuk menguruskan dan ini akan memberi kesan kepada pengurusan, pemantauan, dan tindakan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri juga telah menyarankan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ini melibatkan juga KPKT mempertimbangkan langkah memperkasa kuasa COB dalam kajian pindaan bagi Akta Pengurusan Strata 2013 iaitu Akta 757 Ini perlu memberi perhatian kepada penambahan bidang kuasa COB dalam aspek penguatkuasaan, pemantauan, dan juga lebih tegas terhadap pengurusan pembangunan apa ni pengurusan pembangunan berstrata, khususnya dalam menangani isu ketidakpatuhan JMB ataupun MC, dalam tunggakan penyelenggaraan dan juga cai penyelenggaraan dan sebagainya. Sebab itu dalam LPHS peruntukkan khas setiap kali kursus bagaimana mengurus yang lebih baik tapi selalunya sering saya sebut mereka pegang jawatan sampai 3 bulan semua letak jawatan sebab tekanan mereka pula menjaga hal peribadi kadang-kadang macam saya sebut dulu suami tak balik 3 hari adu dengan JMC, JMC pun pening kepala semua masalah keluarga pun dibebankan kepada masalah JMC ini. Jadi Selangor merupakan antara negeri dengan jumlah skim pembangunan berstrata tertinggi di Malaysia. Kita antara tertinggi sebab itu, bila baru-baru ini datang oleh konsultan daripada yang dilantik oleh KPKT mereka bagi tumpuan negeri Selangor. Dia minta pandangan kita cadangan kita ya kita bagi cadangan. Sebagai contoh, untuk peruntukan, peruntukan baik pulih ataupun maintenance, saya cadangkan supaya rumah-rumah yang baru dibina, rumah-rumah kos rendah ini ada 10 juta yang diperuntukkan lebih awal itu diberi selepas mungkin 10 tahun. Kalau diperuntukkan lebih awal, sebab bangunan masih elok lagi masih bagus lagi dan peruntukan itu kita bagi mungkin ada kajian dibuat selepas 5 tahun atau 10 tahun itu memerlukan juga pembaikan dan sebagainya. Jadi Selangor merupakan di antara negeri jumlah skim pembangunan yang tertinggi di Malaysia dan Kerajaan Negeri menekankan kepentingan makanisme yang lebih holistik dan lestari bagi memastikan sistem dan juga diperingkat PBT serta peringkat persekutuan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Seterusnya Yang Berhormat Teratai, iaitu tindakan..
Yang Berhormat EXCO ada yang bangun..
Ya silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sentosa nak hanya tanya berkenaan dengan memang hak milik strata ada masalah tidak ada tempat ataupun ruang untuk ada sesiapa yang meninggal di kawasan, tidak ada dewan serbaguna atau tidak boleh gunapakai tempat letak kereta sebagainya. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah yang dihadapi di mana keluarga itu tidak dapat adakan ritual prayer dan sebagainya sebelum dihantar ke krematorium dan sebagainya. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum mereka memberi untuk mendapatkan KM, mereka harus berbincang dengan PBT, PBT yang akan menentukan biasanya memang ada ruang sama ada dewan terbuka untuk aktiviti dan sebagainya. Tapi kalau juga kawasan-kawasan yang ada keperluan kita boleh bincang dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk mempertimbangkan keperluan-keperluan asas seperti yang disebutkan tadi. Seterusnya pada Yang Berhormat Teratai iaitu tentang terdapatnya ataupun kegagalan liquidator yang melaksanakan program-program atau pun yang dilantik sebagai penyelamat bagi projek-projek ni maka Kerajaan Negeri sangat prihatin untuk memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu rakyat menyelesaikan projek-projek bermasalah, projek swasta yang telah disiarkan sebagai terbelangkalai dan diserahkan kepada projek ataupun syarikat penyelamat, liquidator. Ini sebenarnya untuk projek-projek terbengkalai ini adalah pengiktirafan ataupun diistiharkan oleh pihak KPKT kita biasanya kita tak tahu bila ada wujudnya projek terbengkalai ini pihak PBT dan juga pihak pembeli akan buat aduan kepada kementerian dan pihak kementerian akan datang siasat dan kategorikan sama ada ini projek sakit ataupun projek sebagainya akan dinilai dan kalau kita lihat ye pemaju sering kali gulung tikar dan biasanya company atau syarikat penyelamat ini dikalangan mereka juga yang dilantik. Ini yang kadang timbul masalahnya kerana kita tidak dapat berinteraksi dengan syarikat penyelamat ini mereka selalunya menyebelahi pihak syarikat.
Yang Berhormat, mencelah sikit. Yang Berhormat sekarang kita selalunya mengalami projek-projek yang sebenarnya telah selesai dan telah pun diserahkan kepada pemilik rumah. Cuma selepas mereka menduduki premis mereka ataupun rumah mereka, mereka tidak dapat menuntut ataupun dapatkan geran mereka atas projek mereka telah diserah kepada liquidator. Jadi sekarang masalah yang mereka hadapi adalah liquidator yang tidak berfungsi ataupun mereka lebih mementingkan untuk mendapatkan atau pun jana dana mereka ataupun income mereka dengan izin, melalui komisyen di atas jumlah jual beli. Jadi ini telah menjejaskan proses permohonan untuk mendapatkan geran itu lambat ataupun tak bergerak langsung. Jadi adakah pihak Kerajaan Negeri akan mengambil sebarang tindakan terutamanya tindakan undang-
undang terhadap syarikat-syarikat liquidator yang tidak berfungsi langsung atau mementingkan kepada keuntungan syarikat mereka sendiri.
Saya setuju, apa yang disebut oleh Teratai tadi. Kerana selalunya pelikuidasi ini mereka apabila diberi tanggungjawab, mereka tidak menyelesaikan masalah, tetapi sebaliknya menyusahkan lagi pembeli kerana kegagalan untuk mendapat hak milik ataupun strata ini, kita mempunyai apa yang saya sebut tadi, ada isu-isu yang melibatkan isu tanah, isu pemaju, masalah bangunan, dokumentasi dan sebagainya. Jadi yang itu biasanya kita akan panggil untuk bersama dengan pihak PBT dan agensi kerajaan yang terlibat untuk memastikan bersama dengan KPKT supaya mereka nilai semula, adakah syarikat penyelamat ini telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin. Jadi kadang-kadang proses ini makan masa yang agak panjang, ia menyebabkan kadang-kadang menimbulkan masalah yang besar kepada pihak pembeli.
Baik, seterusnya pada Yang Berhormat Sungai Ramal. Untuk menyentuh tentang Akta 757 dan juga berkaitan dengan penambahbaikan Taman Impian Ehsan. Jadi saya rasa yang untuk Akta 757 tadi kita dah bincang dan kita dah jawab, bahawa memang dah adapun kita buat perbincangan dengan KPKT untuk memastikan Akta ini dikaji semula. Cuma saya ingin melihat iaitu tentang Flat Taman Impian Ehsan, kerajaan negeri melalui LPHS telah mengambil tindakan susulan berdasarkan aduan yang telah diterima daripada Yang Berhormat sendiri. Kita telah mengambil tindakan dan hasil semakan dengan COB, Majlis Perbandaran Kajang, mendapati bahawa JNB Pangsapuri Taman Impian Ehsan tidak aktif, saya tahu memang Yang Berhormat pun maklum dan mesyuarat agung terakhirnya iaitu pada 2017, ertinya memang tidak aktif langsung dan LPHS sedang mengambil langkah proaktif dengan menghubungi JNB bagi memastikan permohonan baik pulih dimasukkan ke dalam sistem E-ceria, kita dah ambil tindakan. Jadi saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat, tindakan yang kita akan buat dan lawatan akan dibuat dan terus yang akan kita bantu.
Walau bagaimanapun, mendapati semakan yang telah kita buat, JMB juga gagal memberi mengemukakan lengkap dari segi dokumen dan sebagainya. Jadi kalau pihak Yang Berhormat Sungai Ramal boleh bantu kita dengan pihak JMB ini, kita akan pastikan kehadiran daripada LPHS. Dan sebagai langkah penyelesaian, pihak JMB perlu segerakan pengaktifan semula mereka pentadbiran bagi mengadakan AGM dia. Jadi biasanya Yang Berhormat, kita minta supaya mereka buat juga AGM ini, kerana itu di antara perkara-perkara yang mereka patut laksanakan. Dan seterusnya, kerjasama penduduk amat diperlukan memastikan pangsapuri ini diurus dengan saya rasa mereka layak menerima sebarang bantuan oleh Kerajaan Negeri. Itu saja antara syarat-syarat dia.
Terima kasih Yang Berhormat atas perhatian yang khusus untuk pangsapuri Taman Impian Ehsan ini. Soalan tambahan saya ialah, sama ada mereka perlu menunggu urusan menghidupkan semula JMB ini bagi membolehkan mereka dapat bantuan ataupun sementara mereka dalam proses menghidupkan ini, mereka boleh diberikan bantuan segera. Terima kasih.
Boleh Yang Berhormat, kita boleh jalan serentak sekali, kita uruskan juga permohonan dan juga kita akan turun ke lapangan untuk mereka teruskan mesyuarat AGM.
Dan seterunya daripada Yang Berhormat Meru, mengenai rumah isu rumah sakit atau terbengkalai di Taman Kenchana, Meru. Itu rumah yang tidak lengkap dan pembeli bayar wang bank tapi masih lagi tidak dapat duduk. Untuk projek Desa Kenchana Klang ini melibatkan 35 unit teres satu tingkat yang dimajukan oleh Benalive Property Development Sdn Bhd sebagai satu pemaju asal dan perjanjian jual beli telah dilaksanakan pada 24 Februari 2022 dan projek ini sepatutnya siap pada 23 Februari 2024. Akibat daripada kegagalan pemaju untuk menyiapkan rumah ini kemudian diambil alih oleh Fakta Aktif Sdn Bhd pada 18 September 2024, walau bagaimana, projek masih tidak dapat disiapkan sehingga kini dan kekangan kewangan pemaju penyelamat ini, mereka ada masalah kewangan. Dan pihak pemaju penyelamat melalui surat tarikh 5 Ogos 2024 memohon dana kerajaan daripada Jabatan Perumahan Negara atau JPN dan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan bagi membantu pihak pemaju penyelamat memulakan projek ini sehingga siap. Seterusnya permohonan baik pulih tersebut dilantik berserta melantik LPHS selaku agensi kerajaan pelaksana dan pada 25 Oktober 2024, kita menerima surat daripada JPN melalui surat 14 November 2024 telah melantik LPHS selaku pelaksana bagi memulihkan projek ini. Ini berita gembira bagi Yang Berhormat Meru, di mana peruntukan sebanyak RM405 ribu telah disalurkan pada tahun ini untuk baik pulih dan seterusnya menyiapkan untuk mendapatkan CCC.
Yang Berhormat EXCO, soalan saya berapa lama kah tempoh pelaksanaan ataupun untuk menyiapkan projek ini supaya penduduk dapat segera pindah di rumah tersebut dan untuk makluman Yang Berhormat EXCO bahawa salah seorang daripada pembeli rumah itu pun dah meninggal dunia baru-baru ini, dua tiga hari lepas.
Untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini LPHS sedang mengenal pastilah dan memperhalusi kaedah perolehan itu, kita tengah uruskan pelantikan pemaju penyelamat itu, Fakta Aktif Sdn Bhd untuk meneruskan kerja-kerja baiki ini dan dijangka proses akan lantikan ini akan berjalan pada tahun ini, pertengahan tahun ini InsyaAllah.
Dan seterusnya pada Yang Berhormat Gombak Setia mengenai Kerajaan Negeri melontarkan cadangan untuk pembangunan rumah harapan dan apakah jadi dengan rumah harapan bila dan siapakah yang nak buat. Ini di antara yang dilontarkan oleh Yang Berhormat, iaitu Rumah Selangorku Harapan telah pun diperkenalkan pada tahun 2020 melalui program insentif galakan bagi membina rumah Selangorku iaitu Harapan dan rumah Idaman MBI. Program ini memberi penumpuan yang untuk merancakkan lagi pembangunan hartanah iaitu selepas pandemik 2020 yang lepas. Iaitu kita sebenarnya dasar rumah Selangorku selepas pandemik itu, kita ada satu dasar lagi iaitu rumah Selangorku dan Rumah Selangorku Harapan dan juga Idaman. Sebenarnya Yang Berhormat inisiatif rumah Idaman dan rumah Harapan itu di bawah satu inisiatif yang sama lah, skim yang sama. Bezanya produk yang dilaksanakan itu pemaju sekiranya melaksanakan usaha sama dengan MBI, itu melalui anak syarikat ia akan dikenali sebagai Rumah Selangorku Idaman MBI, manakala sekiranya pemaju melaksanakan secara bersendirian, itu dinamakan Rumah Selangorku Harapan. Dan kedua-dua skim ini mampu milik ini akan mempunyai ciri-ciri spesifikasi yang sama seperti yang ditetapkan oleh LPHS.
Oleh yang demikian, tidak timbul soal harapan tidak di binakan kerana ia dibandingkan dengan Idaman kerana faktanya pemaju lebih selesa bekerjasama dengan anak-anak syarikat, tapi walau bagaimanapun, banyak juga terdapat rumah-rumah harapan yang dibina dan masih dalam perancangan mendapatkan KM kelulusan dan sebagainya. Jadi saya suka ingin berkongsi bahawa Rumah Selangorku Harapan sehingga kini untuk makluman Yang Berhormat, telah meluluskan sebanyak 69 projek bersamaan dengan 68,029 unit, di mana sebelas projek 5141 dalam pembinaan dan 58 projek iaitu 62,888 dalam perancangan di seluruh negeri Selangor. Garis masa untuk projek ini ditawarkan akan dijangka siap dalam masa dua atau tiga tahun yang mendatang.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Exco, cuma saya sedikit ragu dengan jawapan yang diberikan. Tapi tak mengapa, pertama saya minta kalau boleh data yang Yang Berhormat EXCO sebutkan tadi itu juga diberikan kepada saya dalam bentuk bertulis. Tetapi satu perkara yang saya ingin tegaskan sebagaimana yang juga saya bangkitkan dalam perbahasan saya, dalam keadaan hari ini, kos pembangunan yang semakin hari semakin meningkat. Saya boleh terima jawapan kalau pemaju lebih suka bekerja dengan anak-anak syarikat berbanding melaksanakan pembangunan secara bersendirian.
Mungkin kalau berkerjasama dengan anak syarikat lebih banyak insentifnya. Tetapi pada masa yang sama, daripada angka yang diberikan itu, saya nak sumber akses sebab kalau ikut dalam apa yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri itu, antaranya ialah harga jualan itu masih lagi pada tahap RM250 ribu. Kemudian dengan pelbagai kelengkapan-
kelengkapan dan itu perancangannya tahun 2020, sebab itu saya nak sekali lagi bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah harga jualan itu masih kekal pada tahap itu pertama, kedua apakah juga semua fasiliti-fasiliti itu akan dikekalkan sebagaimana yang dijelaskan oleh Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama, saya juga nak bertanya pada Yang Berhormat EXCO, sebab kalau ikut kelulusan ini memang banyak Yang Berhormat EXCO, kelulusan memang banyak, setiap kali ini disebut kelulusan, semuanya dapat kebenaran merancang, tetapi hakikatnya jumlah yang telah siap dibina itu angkanya terlalu rendah termasuk dalam jawapan bertulis yang dijawab oleh Yang Berhormat EXCO sendiri. Sebab saya dah tanya dalam soalan bertulis sebelum ini, saya saja saya nak tengok konsisten ataupun tidak.
Dan memang daripada 44,218 unit rumah Selangorku yang diluluskan, ternyata yang telah siap 370 unit sahaja. Jadi angka lulus besar, angka approve besar, tetapi hakikatnya yang siap 370. Ini yang saya sebutkan tadi, mungkin pemaju dia ambil jalan singkat, dia hanya mohon kebenaran untuk bina tetapi disebabkan harga jualan yang rendah, disebabkan hari ini kos pembinaan yang semakin tinggi, kalau pemaju boleh dapat untung sepuluh peratus pun kira besar dah ini. Jadi sebab itu saya tanya tadi, apakah harga jualan itu akan kekal pada tahap 250 ribu dengan macam-macam penghawa dingin lah, itu sebagainya yang saya sebutkan dan bagaimana nak menangani masalah yang luluskan begitu banyak ini, tapi yang dibangunkan dan yang siap diserah kunci akhirnya sebagaimana jawapan bertulis Yang Berhormat EXCO sendiri pada saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya akan sertakan jawapan bertulis tentang bagaimanakah kedudukan rumah harapan dan juga Rumah Idaman, tapi walau bagaimanapun kita melihat dari segi harganya, setakat ini kita memang kekalkan lagi 250 ribu kerana setiap harga yang kita tetapkan kita ada berbincang dengan pihak REDA, persatuan developer dan kita lihat sebelum ini pun apabila rumah harapan, rumah idaman kita buat dengan agensi kerajaan, mereka dapat sambutan yang begitu baik, perancangan dan juga pelaksanaannya telah mengikut rancangan, cuma di mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, mungkin di luar kawalan LPHS dan kita akan minta laporan sepenuhnya daripada PBT dan juga agensi yang terlibat yang memantau pembangunan-pembangunan dan juga kita belum ada lagi aduan-aduan yang mungkin boleh kita dapat daripada pembeli yang mengatakan rumah ini tidak siap dan sebagai. Jadi kita akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Gombak Setia, dan kita akan buat kajian terperinci tentang apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Gombak Setia, terima kasih.
Seterusnya daripada Paya Jaras, Yang Berhormat Paya Jaras. Untuk fasa 4 tadi saya ingat saya dah jawablah. Seterusnya tentang dari Sungai Buloh. Bagi berdasarkan daripada rekod COB itu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pangsapuri Taman Sri
Buloh, flat Sungai Buloh ataupun dalam barricade telah ditubuhkan MC nya pada tahun 2023, baru dalam setahun lebih Yang Berhormat dan isu pangsapuri Sungai Buloh ini terlibat masalah bumbung yang dan juga pemendapan tanah, dia ada struktur tanah dia dan juga masalah bumbung. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, pihak MBSA telah mengemukakan permohonan bagi kedua-dua isu ini, kedua isu ini ke dalam Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia ataupun TPPM pada Oktober 2024.
Jadi kita menunggu jawapan dia dan hanya permohonan mereka pohon sahaja telah diluluskan dalam ini, dia dah lulus dah tapi untuk pembaikan bumbung pada tahun 2025, Alhamdulillah. Jadi atas usaha Yang Berhormat, nampaknya kita telah dapat satu kelulusan, sekurang-kurangnya dapat melega sedikit isu ini. Seterusnya yang terakhir iaitu daripada Yang Berhormat Hulu Bernam iaitu tentang harga rumah yang melebih 250 ribu dicadangkan di kawasan zon 4 adalah kawasan luar bandar dan turut mempertimbangkan jenis solo atau duo sebagai ganti bagi rakyat luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, dasar rumah Selangorku 3.0 diwujudkan untuk memastikan pembangunan rumah mampu milik diseimbangkan di setiap daerah di negeri Selangor. Ini kajian yang perlu dibuat dan sebagaimanapun, bagaimanapun Yang Berhormat sedia maklum bahawa zon 4 dikategorikan sebagai kawasan luar bandar yang merangkumi ke seluruh daerah Sabak Bernam, sebahagian daripada Kuala Selangor dan sebahagian daripada Hulu Selangor. Ini telah di zonning kan oleh pihak PBT dan sebagainya.
Antara pertimbangan Kerajaan Negeri meletakkan jenis trio dan juga quads bagi zon 4 ini adalah disebabkan faktor permintaan di setempat di mana majoriti penduduk pembeli Selangorku di kawasan luar bandar lebih mampu kepada lebih tertumpu pada rumah yang lebih luas dan ianya bersesuaian dengan rumah trio dan quads yang lebih luas pada 750 kaki sehingga 900 kaki persegi. Dan selain daripada itu kebanyakan rumah jenis trio dan quads ini dibina secara bertanah sama ada daripada jenis rumah bandar atau pun teres. Dan ia ini kerana di kawasan luar bandar mampu menjadi kedapatan tanah yang banyak serta dapat dibina dengan densiti yang rendah, tak perlu yang densiti yang tinggi.
Untuk makluman Yang Berhormat, penyediaan rumah Selangorku jenis solo dan duo ini di kawasan zon 1 dan zon 2 ini adalah menampung keperluan rumah hasil daripada kebanjiran penghijrahan penduduk di lembah Klang, mereka menetap di bekerja di bandar dan juga di negeri Selangor. Dengan ini mengambil kira hartanah yang agak tinggi yang mana memanglah harga solo dan duo ini hanya 119 ribu, tetapi keluasannya hanya 450 kaki persegi. Jadi kalau kita tengok daripada keperluan luar bandar, saya tak yakin peneroka ataupun penduduk-penduduk ladang ini nak kan rumah yang tak ada bilik, ini rumah ini ada rumah studio, hanya ada bilik air dan ini biasanya kita buat rumah ini hanya untuk transit. Jadi itu sebab kita zonning kan ini dan kita letakkan ada kawasan-kawasan yang maksudkan tadi, tanahnya ada lebih dan kawasannya lebih nampak permintaan
dan pihak pemaju nak buat sesuatu tempat dia dah buat survey dulu, dia buat kajian dulu, bagaimana pemasarannya. Kalau dia buat kat situ, dia buat yang solo dan duo, tidak ada orang yang nak beli, jadi masalah gagal, ini menyebabkan nanti projek terbengkalai dan sebagainya.
Jadi, oleh itu yang demikian, kaedah peletakkan zon ini ditetapkan dan trend pembangunan perumahan di negeri Selangor ini dan kita sentiasa menjalankan kajian dan semakan semasa. Ertinya ini masih lagi boleh di bincang jika ada keperluan dan permintaan daripada penduduk, maka kita akan boleh berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi pencerahan berkaitan dengan rumah jenis trio dan juga quad yang kita lihat harganya sekitar 200 ribu dan ke atas. Dan saya cukup faham berdasarkan kajian yang dilakukan di kawasan luar bandar itu, kawasannya tak ada kepadatan tinggi dan boleh buat rumah yang bersaiz lebih besar. Tapi Yang Berhormat EXCO, rata-rata sosio ekonomi penduduk di luar bandar ini, pendapatan mereka jauh lebih rendah daripada kawasan di sebelah bandar dan melihat kepada zonning yang dibuat dalam dasar RSKU 3.0 ini, seolah-seolah tidak ada cara bagaimana kita nak memastikan mereka ini yang rakyat Selangor berpendapatan rendah ini untuk memiliki rumah kalau rumah itu sekitar 200 ribu sehingga 250 ribu. Jadi, soalan saya apakah kaedah lain sekiranya Yang Berhormat sebutkan bahawa melalui zonning ini, terpaksa rumah jenis trio dan juga quad, tetapi di kawasan luar bandar ini yang betul-betul perlukan rumah di bawah 200 ribu ini, apa kaedah-kaedah lain kerajaan negeri boleh datangkan kepada mereka ini, sebab apa Yang Berhormat, sebab ramai sebenarnya kalau dibuat kajian semula yang memerlukan penempatan di kawasan luar bandar ini, terima kasih.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat masalah ini bukan sahaja di kawasan Yang Berhormat tapi di seluruh negeri Selangor luar bandar memang melibatkan perkara ini dan satu caranya juga kita menggalakkan anak-anak syarikat ini supaya mengenal pasti mungkin kawasan-kawasan tanah-tanah kerajaan yang boleh dipohon dan boleh kos tentang premium dan sebagainya dan ini boleh juga mengurangkan harga-harga, itu kita tengah bincang dan kenal pasti kawasan-kawasan ini diberi kepada anak-anak syarikat, supaya anak syarikat boleh bekerjasama dengan agensi ataupun dengan pemaju-pemaju ini supaya dengan harga kadar harga yang boleh rendah. Sebab ini kebanyakan ada daripada developer-developer mereka yang mempunyai tanah sendiri dan harga ini menyebabkan harga yang di kawal tapi dengan kos tanah ini mungkin kita boleh salah satu cara untuk merendahkan kadar harga yang ada. Jadi akhirnya ...
Bagi ruang lagi? Bagi ruang dekat Hulu Bernam ke tak?
Boleh.
Yang Berhormat sebutkan bahawa Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk mencari tanah-tanah milik kerajaan. Cuma saya nak bertanya adakah usaha itu sedang berlaku ataupun akan dilakukan.
Ahli Yang Berhormat, memang ada. Sebab kita minta juga agensi ataupun anak-anak syarikat ini supaya mereka lihat luar-luar bandar ini. Sebagai contoh di Dengkil, kita ada tanah LPHS yang kita buat, tapi itu rumah PPR la, kita bantu di mana kita dapat peruntukan daripada KPKT dan Insya-Allah pelaksaan di Kampung Omar Razali untuk pengetahuan Yang Berhormat Dengkil, ini juga akan memudahkan membantu bagi sesiapa yang belum memiliki rumah untuk sementara menyewa rumah PPR. Akhirnya saya ucap terima kasih dan saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan sidang Dewan kali ini dengan menyentuh pelbagai isu termasuk berkaitan dengan standco saya iaitu perumahan dan juga kebudayaan. Dan semua cadangan dan saranan yang dilontarkan oleh yang diberikan perhatian demi ke arah negeri Selangor yang mampan dan terus berdaya maju. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Perumahan dan Kebudayaan. Sekarang kita persilakan Yang Berhormat EXCO Infra dan Pertanian untuk menggulung bagi pihak kerajaan.
Bismillahirahmanirahim, terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan membuat penggulungan jawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh isu-isu berkaitan infrastruktur dan juga pertanian. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum saya sentuh satu saya perlu sebutkan di sini bahawa dalam kita menguruskan infrastruktur terutamanya dan juga pertanian, jadi ada empat bahagian yang dalam infrastruktur ini yang saya beri fokus. Pertama ialah dari segi rangkaian jalan raya dan lebuh raya, kedua ialah berkait dengan air, pengurusan air dan yang ketiga berkaitan dengan pengurusan cerun dan yang keempat ialah berkait dengan pengurusan ataupun pembangunan tenaga ataupun sektor tenaga ataupun power generation di negeri Selangor ini.
Dan semua ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam pemukiman kami baru ini, dalam bulan beberapa minggu lepas, kita telah meluluskan cadangan untuk dibuat kajian jangka panjang, pelan induk bagi semua ini. Jadi yang untuk makluman, bagi pembangunan ataupun pelan induk pembangunan rangkaian jalan raya dan lebuh raya akan sedang dimulakan dan dikepalai oleh JKR dan dibantu oleh pihak-pihak berkuasa tempatan untuk kita siapkan saya ingat akhir tahun ini bagi pelan induk ini daripada tahun 2026 hingga tahun 2030, lima tahun ini. Jadi kita nak kenal pasti, jalan-jalan yang perlu penaiktarafan, jalan-jalan yang perlu ada missing link dan sebagainya itu, kita nak kenal pasti untuk dilaksanakan dengan lebih teratur. Dan juga termasuk air, pelan induk air yang merupakan saya dah sebut dalam Dewan sebelum ini, merupakan satu pelan induk yang pertama dalam negara. Tak ada lagi dibuat iaitu pelan induk air menghimpunkan pelan induk pengurusan air mentah, air terawat dan air kumbahan, dilihat bersekali secara dalam bahasa arabnya Syumul dan Khamil secara bersepadu untuk kita keseluruhan bagi kita memastikan pengurusan air kita ini dibuat dengan cara yang sustainable atau mampan dan juga mampu menyelesaikan isu-isu dimasa hadapan.
Yang ketiga kita dah hampir siap tentang SOP pengurusan cerun, ini pun bukan perkara pertama, sebelum ini tidak dilihat secara khusus, ia lebih digandingkan dengan isu jalan sebagainya. Sebenarnya cerun ini kena lihat atas sendiri kerana kita ada cerun yang melibatkan jalan, ada yang cerun yang tidak melibatkan jalan. Jadi kita telah selesai SOP, bengkel yang terakhir teknikal telah dibuat dan kita akan bentangkan kepada MTES dan MMKN untuk dapat kelulusan bagi bagaimana nak menguruskan cerun-cerun. Dan yang terakhir ialah tenaga, kita telah luluskan. Untuk tenaga, pembangunan tenaga sebab dia melibatkan kerajaan persekutuan, kerajaan pusat, maka kita telah luluskan apa dipanggil SAGE (Selangor Agenda for Green Economy) ini akan melibatkan bagaimana kita nak menguruskan sumbangan Selangor kepada keperluan tenaga negara untuk sepuluh tahun yang akan datang. Jadi ini telah pun lulus oleh MMKN dan saya akan beri perincian nanti bila masa yang sesuai untuk kita kenal pasti dan kita faham apa sumbangannya sama ada dalam bentuk tenaga sedia ada ataupun tenaga yang diperbaharui atau renewable energy.
Jadi itu saya bagi sebagai background pada hari ini untuk kita memahami bahawa selain kita ada perancangan jangka panjang, isu-isu semasa pun kita kena selesai, yang ini macam banjir, kita ada cerita panjang projek lima tahun empat tahun lima tahun, tapi yang projek masih isu semasa ini, tak kan nak tunggu lima tahun baru nak, jadi kita tengok juga itu, nanti yang kita buat rancangan untuk longkang tak bertuan dan juga isu-isu khusus sebagaimana yang dibangkitkan tadi oleh yang juga dibangkit oleh oleh Ahli Hulu Bernam dan juga Batang Kali. Itu saya dah lihat dan sebelum saya sedia, disediakan jawapan, saya telah berbincang apa punca sebenarnya. Kadang-kadang isunya kecil saja, nak besarkan parit ataupun nak besarkan culvert yang di situ yang boleh mengganggu
sementara nak menunggu projek besar ini, kita akan kena laksanakan juga langkah-langkah sementara itu. Saya pergi dulu pada yang jalan, ini yang dibangkitkan oleh Dengkil berhubung dengan isu jalan raya yang di kawasan pesat membangun. Kita akui Selangor ini memang pesat membangun, terutama di kawasan sepang dan juga di Kuala Langat dengan pembangunan IDRISS dan sebagainya dan saya tak nak juga merendahkan Semenyih, Semenyih pun memang pesat membangun. Jadi saya nak rujuk kepada yang dibangkitkan ini, untuk makluman Yang Berhormat, pihak JKR sedia maklum mengenai perkara ini dan kita telah melihat keperluan untuk perancangan lebih teratur, infrastruktur di bawah rancangan Selangor satu dan tahun depan rancangan Selangor dua disebabkan oleh pembangunan wilayah bersepadu di selatan Selangor (IDRISS). Dengan itu kita komited untuk melihat apa jenis-jenis jalan yang kita rasa yang sesuai dijalankan. Antara cadangan saya boleh maklumkan di sini, antara cadangan yang kita akan dan masukkan untuk Rancangan Malaysia ke-13 dan juga di bawah Rancangan Selangor 1 dan Rancangan Selangor 2 ialah tambahan, ini jalan ia baru ya, cadangan ya, ini yang kita telah kenal pasti, saya boleh kongsi sini. Pertama ialah cadangan penambahan satu lorong dua hala, satu lorong dua hala pada FT 29 iaitu KLIA-Cyberjaya, ini antara cadangan untuk tambah lorong kiri kanan. Yang kedua adalah penambahan juga satu lorong kiri kanan juga FT 32 ke persimpangan FT 29 KLIA, ini pun jalan yang cadangan baru. Ketiga menaik taraf laluan persekutuan FT 31 dari Sungai Buah hingga SouthVille City daerah Sepang. Yang keempat menaik taraf laluan persekutuan FT 31 juga dari pekan Dengkil hingga ke Paya Indah Wetlands daerah Sepang. Ini adalah cadangan dan ini juga akan termasuk nanti dalam pelan induk yang saya dah sebutkan tadi. Jalan ini akan tegak meliputi kawasan Southville, Kota Warisan, Dengkil, Serenia, SunSuria dan juga Cyber South. Jadi sekiranya permohonan untuk naik taraf yang diluluskan ia jangka dapat mengurangi banyak mengurangi masalah kesesakan di jalan tersebut. Di samping itu, dalam masa yang sama, kita di bawah Road Care ini, ini jalan persekutuan, dia di konsesinya Adalah Road Care Sdn. Bhd. dan di bawah negeri ialah Infrasel, anak syarikat Kerajaan Negeri. Jadi kerja-kerja penyelenggaraan terus berjalan dan kita akan kenal pasti dan melihat apa lagi kaedah yang kita boleh buat untuk bantu memperbaiki jalan termasuklah penampalan pothole, kita telah mula menggunakan jet pancture. Untuk makluman, teknologi terbaru yang kita pakai jet pancture ini telah mendapat kelulusan APAD atau Agensi Kenderaan Darat yang baru bagi kelulusan sebab kita kenderaan itu adalah kenderaan yang pertama,. Jadi perlu mendapat kelulusan dan telah dapat kelulusan. Itu akan nampak banyak membantu kita dalam kerja-kerja penampalan lubang terutamanya dengan lebih berkesan dan lebih tahan lama. Jadi kaedah digunakan secara hotmix itu telah diamalkan di banyak negara dan kita telah beli baru-baru ini oleh bawah InfraSel dan kita kalau keperluan itu tinggi dan saya yakin tinggi kita akan tambah lagi, kita akan beli lagi untuk memastikan penampalan lebih baik.
Pembersihan longkang dan juga perabot jalan. Jadi pembaikan ini dijalankan juga, lampu-lampu kita telah baiki, kalau lampu solar kita akan tambah untuk tahun ini kita dah bajet dua juta lagi untuk lampu solar dan telah mula pasang termasuk jalan-jalan persekutuan pun kita pasang. Walaupun sebenarnya untuk jalan-jalan negeri, tetapi disebabkan keperluan segera yang mendesak, kita pasang juga di kawasan-kawasan di lampu solar di jalan persekutuan.
Mohon mencelah. Baik, Y.B. EXCO. Jadi saya teringat kepada masalah yang kita hadapi dengan team daripada Roadcare ya. Walau macam mana pun kita bernasib baik sebab pihak JKR Klang sentiasa membantu. Tetapi sampai bila pihak JKR Klang dapat bantu kita sedangkan parit-parit selenggara daripada Roadcare dan juga jalan, bila kita berulang-ulang kali sehingga JKR daripada Klang, JD Klang dan juga Selangor terpaksa involve dengan benda-benda ini. Jadi kita ambil contoh daripada Kampung Jawa, longkang di tepi jalan Kampung Jawa berterusan sampailah ke Kota Raja punya masjid semua tu. Very bad punya condition ya. Jadi saya mohon saya minta kalau boleh Y.B EXCO campur tangan dalam servis untuk penyelenggaraan, untuk longkang, kita minta longkang tu dulu saja ya. Kalau longkang tu boleh selesai, insya-Allah boleh selesai untuk banjir kilat yang di sana. Terima kasih.
Saya ambil maklum apa yang dibangkit kan oleh Yang Berhormat tapi saya perlu sebut kat sini saya memang sentiasa bila ada ruang ataupun peluang untuk berusan dengan pihak Persekutuan sama ada dengan Ketua Pengarah JKR ataupun dengan KKR ataupun dengan KSU. Saya sentiasa menyebut antara isu nya ialah tentang penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan yang di bawah semua consession nya di bawah Roadcare Sdn. Bhd. Roadcare ni kalau dia ada bajet dia buat tapi kalau peruntukan memang di akui oleh pihak kerajaan bahawa ada kekangan mereka dalam menguruskan jalan Persekutuan kerana dia tidak tertakluk di bawah MARRIS. MARRIS ni kita dah ada satu kilometer berapa puluh ribu dia dah bagi dia dah set, dia dah kira berapa banyak kilometer jalan dia kali je. Jadi kita dapat peruntukan yang khusus. Saya dah banyak kali sebut benda ni tetapi di peringkat Kerajaan Persekutuan dia tak ada begitu, dia kena mohon bajet. Kalau bajet itu potong, potong lah kerja dia. Yang ni yang jadi satu isu dan saya sebab itu ada cadangan daripada saya daripada pihak JKR Negeri dan pihak Kerajaan Negeri supaya sebahagian jalan-jalan Persekutuan ni di nyahwarta dan diletak di bawah negeri. Itu kita telah kenal pasti dan kita akan buat permohonan sama ada mereka setuju ataupun tidak itu kita kena cubalah. Termasuklah jalan JKR yang saya sebut akan juga di nyahwarta dan letak bawah PBT sebab tak sesuai lagi jalan itu bawah JKR. Kerana apa? Kerana ini lah pengurusan dia dan penyelenggaraan itu tidak boleh dibuat kalau tidak cukup bajet untuk dilaksanakan. Ini yang jadi isu yang itu dan SOP pengurusan jalan ni pun tak sama antara
jalan federal dengan jalan negeri dan negeri jauh lebih baik dan juga jalan PBT. Jadi saya merayu jugalah saya rasa kepada pihak atas sana supaya mencari kaedah yang lebih baik. Supaya mengurus terutama negeri Selangor, sebab negeri Selangor ni kita mempunyai kenderaan yang terlalu banyak. Dan kita penduduk populasi yang padat. Kita tidak boleh samakan pengurusan jalan kita dengan negeri-negeri lain. Bukan kita nak merendahkan negeri lain. Maksud saya keperluan itu jauh lebih mendesak di sini untuk negeri Selangor. Dan minta supaya peruntukan walaupun Perajaan Pusat setakat ini memang beri kerjasama tapi saya rasa boleh ditingkatkan lagi usaha untuk mendapat bajet. Dan saya ambil maklum apa yang dibangkitkan bukan sahaja di kawasan Sungai Kandis, Dun Sungai Kandis juga di tempat-tempat lain lagi pun menghadapi masalah yang sama saya bangkitkan oleh Sabak pun sama juga. Isu -isu yang berkait dengan jalan FR, FT05 daripada Tanjung Karang ke Sabak Bernam. Saya dah bawa sekian lama sejak saya jadi EXCO dah 5, dah berapa 7 tahun dah. Isu tu antara yang pertama saya bangkitkan bagaimana pengurusan ni saya sentuh terus. Isu yang dibangkit oleh Sabak itu. Memang betul. Isu-isu jalan itu sub-standard ada isu-isu berkaitan yang tak cukup lampunya, di jalan keluar masuk yang terlalu banyak, jalan yang beralun. Ini telah dibangkitkan tapi bukan di bawah WCE itu di bawah JKR. Sebab itu jalan FT05. Jadi saya akan teruskan usaha itu untuk mendapatkan keperluan ataupun bajet daripada...
Mohon penjelasan.
Mohon penjelasan juga Y.B. EXCO.
Mohon penjelasan.
Silakan Pandamaran.
Jadi terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa beban trafik di negeri Selangor khususnya adalah berat di mana sering kali berlaku nya kita turap jalan rosak balik, turap jalan rosak balik. Jadi adakah Kerajaan Negeri juga meneliti bahan-bahan turapan yang akan digunakan. Sebab saya kaji kalau tak silap sekarang kita ada 8 jenis bahan turapan. Saya tak pasti apa yang sering digunakan di jalan taman-taman tetapi kalau kita lihat di lebuh raya. Lebuh raya jalan-jalan berlubang, dia turap saja jalan berlubang. Dan saya diberitahu bahan turapan yang digunakan di lebuh raya adalah SMA kalau tak silap, SMA. Jadi saya nak cadangkan kalau boleh jalan-jalan kita ni juga digunakan, digantikan dengan bahan SMA supaya turapan ini boleh dilakukan one and for all lah. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau saya nak buat cerita ni memang panjanglah ya. Ini very sangat teknikal lah. Cuma saya boleh sebut secara umum di sini, kuari-kuari yang membekalkan premix ini memang di audit. Pihak JKR sentiasa mengaudit supaya mereka menepati standard kualiti mix premix yang kita gunakan. Ini memang secara umum lah kalau kita nak go technical terlalu panjang. Apa yang saya sebut kat sini dah banyak kali saya sebut saya ulang sekali lagi, jalan kita ni ada banyak masalah sebenarnya tapi sebab digunakan setiap hari. Jadi jalan kita sebab itu saya dah dapat peruntukan daripada kerajaan Negeri, setiap tahun kita buat (PCA) itu atau dipanggil payment condition assesment. Kita asses jalan-jalan kita ni kualitinya macam mana tiap-tiap tahun kita dapat RM 10 juta untuk buat. Dan itu tak termasuk yang JKR punya ini yang PBT punya RM 10 juta kita dapat dan tahun ni pun kita mulakan. Dia akan bagi tahu jalan ini apa status dia macam mana. Selama ini kita base berdasarkan kepada aduan, ada lagi banyak aduan jalan tu maknanya jalan tu teruk lah tu. Tapi sekarang kita ada teknikal kita buat kajian kita tengok macam mana dan saya bagi tahu 60 % jalan kita, strukturnya dah rosak. Maknanya dia dah expired. Saya dah sebut banyak kali kalau bukan makanannya yang ada expiry date, jalan pun ada expiry date. Jalan ada tarikh luput. Dah banyak jalan kita dah ada tarikh luput. Dan bila tarikh luput jalan ini bukan lah kita tanam dia bukan. Itu kalau bukan kita kena buat penaik tarafan. Struktur dia tu sampai ke bawah sub grade dia tu perlu dibaiki dan kosnya tinggi. Kita tak boleh nak buat semua sekali serentak sebab kos nya tinggi, kita buat secara berperingkat-peringkat. Sebab itu jalan yang berperingkat-peringkat ini yang dah rosak strukturnya kalau kita buat tampalan dia tak boleh tahan lama. Sebab itu orang complaint kenapa Y.B. Saya buat sekejap tampalan dah rosak. Tak boleh sebab apa dia struktur ni dah rosak perlu diperbaiki strukturnya. Tapi kita nak buat serentak tak boleh. Jadi kita tampal lah dulu kalau atleast boleh bertahan kalau tidak berlubang-lubang menyebabkan kemalangan dan sebagainya. Ini yang saya sebutkan sini kita akan buat secara berperingkat-peringkat, ikut kekangan dana yang ada dan juga keperluan jalan itu kita akan teliti untuk lihat material dan teknologi. Ini yang terbaru yang Tanjung 12 yang dibangkitkan itu oleh apa nama nya tadi Dusun Tua. Di Tanjung 12 itu, jalan itu dah berapa kali fail disebabkan water table nya tinggi. Jalan nya tanah gambut yang terlalu dalam. Teknologi yang ada tak mampu nak handle, nak uruskan tempat itu. Tempat itu asyik fail saja, kontraktor dah minta extension lagi masa. Yang ini kita ada teknologi baru yang kita akan perkenalkan sedang diteliti untuk memastikan jalan-jalan kita dapat dilaksanakan dengan baik. Saya balik kepada...
Saya... boleh...
Kampung Medan tak terlibat dengan soalan-soalan jalan ni.
Saya ada soalan bertulis.
Bertulis tak apa lah, ini saya yang bahas ni. Gulungan bahas.
(Sidang riuh).
Dengar dulu.
Masa tak cukup untuk nak terangkan.
Ini berkenaan isu jalan.
Pandan Indah bagi ruang ke tak?
Sebab macam ni Pandan Indah, Macam ni, kalau saya ada sejam saya bangkit hari tu benda ni.
Kalau saya tak ada masa sejam macam mana?
Kalau saya hari tu bahas, ada sejam saya bangkit dalam perbahasan saya.
Hah Cepat-cepat pendek je jangan panjang-panjang.
Pendek je, pendek je.
Hah cepat. Jangan panjang-panjang.
Tak ada. Tak ada, pendek je. Ini berkenaan dengan INFRASEL. Sebab kita tahu Infrasel banyak menguruskan semua projek-projek pembaikan jalan dan juga penyelenggaraan jalan dalam negeri Selangor. Saya mendapat aduan daripada sebahagian daripada kontraktor-kontraktor Infrasel ini, Pertama Infrasel memang dah ambil dia punya portion. Maknanya bila dia dapat projek tu dia dah ambil portion profit dia. Kemudian dia sub kepada kontraktor-kontraktor yang boleh laksanakan projek-projek ini. Dalam masa yang sama, mereka juga disyaratkan untuk ambil bitumen dan pasir daripada Seltrade. Menyebabkan kos mereka meningkat. Soalan saya kepada Pandan Indah adakah ini amalan, amalan ini dalam jangka masa
panjang dengan kenaikan kos bahan binaan semua dan sebagainya akan menyebabkan kualiti jalan-jalan yang di selenggara oleh Infrasel ni nanti, akan menyebabkan kualiti tu drop. Dan kita, apa mechanism yang Pandan Indah gunakan kerana laporan daripada Infrasel dia akan kata jalan dia semua elok. Tapi kita nak tahu adakah betul mereka laksanakan dengan seperti ikut spec yang diperlukan kerana Seltrade kita tahu harga bitumen dia jauh lebih mahal daripada harga market yang dijual. Dan mereka minta kontraktor, mewajibkan kontraktor Infrasel untuk ambil daripada Seltrade. Jadi di mana mekanisme nak memastikan supaya kualiti pelaksanaan projek-projek penyelenggaraan jalan ini benar-benar mengikut spec dan akhirnya memberi kualiti jalan yang baik kepada rakyat negeri Selangor.
Ini sebenarnya terkeluar daripada... tak ada perbahasan pun tapi takpa lah itu saya boleh berjawab secara bertulis sebenarnya.
Terserah kepada Yang Berhormat EXCO nak jawab ke tidak.
Saya boleh jawab tak ada masalah. Memang ada kaedah yang kita gunakan itu, kita kontraktor-kontraktor kecil ini dia tidak ada kemampuan sebenarnya untuk nak menguruskan sendiri dengan kuari. Sebab tu kuari tu kita beli in bulk. Itu kaedah dia. Kita beli dalam banyak dan kita dapat menjaga kualiti dan juga harga. Ni bukannya mudah ya sebab kuari kalau semua kalau ada 50 kontraktor berebut nak ambil kuari yang sama dan dia kena letak deposit yang sebagainya. Ini satu perkara yang panjang. Jadi saya tak perlu bahas yang ni Yang Berhormat.
Saya menyampaikan aduan, harga-harga yang diletak oleh Seltrade betul, beli in bulk betul. Harga yang diberikan kepada kontraktor lebih tinggi daripada harga market.
Dusun Tua bangun, Yang Berhormat Dusun Tua bangun.
Yang Berhormat EXCO, Saya ingat, yang bernas soalan saya tulah lebih bagus jawab iaitu tentang Tanjung 12 tadi. Saya difahamkan oleh KDEB bahawa tahun, 2 tahun ke setahun yang lepas JKR ada bagi cadangan dan isu nya waktu musim tengkujuh ini ada ketika nya jalan ini tidak boleh di lalui, air bertakung dan juga ada drive shaft saya ada video yang tayar pun tercabut. Jadi kemungkinan lah isu sampah ini juga berkait rapat tentang Tanjung 12. Pasal di Selangor, itu lah tempat pembuangan sampah. Jadi kalau boleh ada tak bajet khas disegerakan untuk mengatasi masalah sampah ini.
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Saya, Taman Medan jangan risau saya akan jawab nanti sebab itu soalan bertulis ya. Bertulis kan? Tak apa saya akan jawab jangan risau. Saya tak kan lari punya. Sebab saya, kita memang kaji semua aspek itu bagaimana nak bantu kontraktor kecil. Kontraktor kecil dengan Infrasel ni bukan kontraktor yang datang malam esok lari. Tak, kita bina dia. Jadi kita kenal pasti dia cukup dana dia dan dia punya kualiti jalan kita pun dengan baik. Sebab dalam sistem AIRA nanti saya akan terangkan ya. Cuma yang saya nak sebut ini untuk Yang Berhormat ,untuk makluman Yang Berhormat Jalan Langat Lestari, Jalan Sanitary Landfill ni yang diguna bersama oleh MCT Lands Sdn. Bhd pemaju situ dan juga oleh Worldwide punya apa nama ni tempat landfill ini pun dah disebut sikit oleh Yang Berhormat. Seluruh tu tadi tu EXCO. Tapi saya nak tegaskan di sini bahawa jalan ini memang sangat luar biasa. Saya dah melawat dan meneliti laporan JKR. Jalan ini dia ada sebahagian akan melibatkan jalan ke Worldwide punya landfill nanti atau WTE nanti dan juga sebahagian adalah di bawah jalan JKR yang digunakan oleh MCT ini. MCT pemaju ni memang kenderaan yang berat semua yang compactor pun berat beratus biji. Jadi jalan ini memang kebetulan pula dengan dia punya isu besar dia ialah water table dia tinggi. Kalau hujan sikit dia akan naik air nya. Dan gambutnya tu pun dalam, tanah gambut. Jadi teknologi yang sedia ada tu kalau kita buat earth grade atas jalan dia tak kan boleh mampu meng handle. Saya dah cadangkan supaya kita angkat, elevated dia. Elevated highway ni ataupun jalan dengan kos yang tinggi. Jadi kita ada kaedah in between yang sedang kita teliti. Landfill itu sebenarnya memang akan kekal di situ. Jalan itu yang kita akan boleh dibaiki. Saya yakin dengan kaedah yang kita akan perkenal ini dia boleh dibaiki. Jadi macam masalah kereta cantiklah. Jika kereta dah ada tak kan tayar problem kita tukar tayar lah jangan kita tukar tempat tu pula. Tempat itumemang dah cantik, sesuai untuk kita laksanakan dan saya yakin boleh dilaksanakan. Dan saya harap dan juga kerjasama daripada NCT pun dia bersedia untuk menyumbang bagi menaik taraf jalan itu kepada jalan yang lebih baik. Ini sedang kita usahakan. Untuk Sungai Kandis, saya balik tadi pada isu yang dibangkitkan mengenai infrastruktur yang tidak setanding. Memang kita akui dalam kebenaran merancang bila kita bangunkan sesuatu tempat itu, kita akan tengok keseluruhan tu apa yang dia punya saiz bangunan tu yang akan bangun dan mengambil kira daripada situ ada ulasan daripada Jabatan teknikal, makna JKR akan tengok, JPS akan tengok keperluan parit, longkang dan sebagainya akan diteliti. Sebab yang jadi kawasan besar ini agak mudah tapi bila berlaku kawasan kecik poket development yang ini selalu menjadi masalah. Kadang-kadang sampai peringkat tapak sub-stesen pun tak boleh nak wujudkan. Sebab dia kecik, kecik, kecik, kecik tapi akhirnya jadi banyak juga. Menjadi masalah kepada kolam takungan, jadi masalah kepada sistem perparitan di kawasan yang poket development. Tapi pembangunan yang besar kita ada isunya sendiri. Isunya ialah contoh macam pembangunan jalan. Kita syarat dia supaya untuk pembangunan ini dia kena lebarkan jalan contohnya. Kalau dia satu kat situ okay tapi kalau melibatkan tiga, empat pemaju?
Dia kata mana boleh saya sahaja, kami sahaja yang keluarkan pemaju lain tak keluarkan duit ke? Itu yang kita buat contribution. Bila buat contribution pula orang ini sumbang sekian banyak, orang ini sumbang sekian banyak, diuruskan oleh PBT. Kadang-kadang pemaju yang satu dua ini jalan, yang ketiga kami belum lagi lambat lagi, dia tak nak bagi duit dulu. Jadi tak cukup nak bangunkan jalan itu terpaksa kadang-kadang macam di Moktar Dahari itu terpaksa kita keluarkan dulu duit sementara menunggu mereka memberi sumbangan. Jadi kaedah ini saya rasa ada kelemahan dia dan kita kena tengok balik. Saya dah cadangkan supaya tengok balik bagaimana kita dapat berikan satu tabung khas ini sumbangan ini sama ada ISF atau cas pemajuan, supaya kita pembangunan perumahan atau apa-apa pembangunan di situ bersekali dengan cantik dengan pembangunan infrastruktur. Ini yang berlaku yang kita sedang tengok dan saya dah cadangkan supaya dia buat penambahbaikan dalam aspek ini.
Bukan apa, sebab perkara ini dah berlanjutan terlalu lama setiap kali taman perumahan baru naik sama ada yang berdaftar yang ada CF ataupun yang tak ada CF. Jadi bila berlaku mangsa dia adalah orang yang di sepanjang kawasan taman tersebut. Jadi adalah tidak adil sekiranya kalau yang mempunyai ya yang berdaftar atau pun yang mendapatkan kelulusan daripada PBT, jadi PBT perlu menasihatkan untuk memastikan segala waste daripada taman-taman perumahan baru ini kalau ada 200 rumah atau 100 rumah, makna dia akan bertambah daripada saiz longkang yang sedia ada yang dah ada 20, 30 tahun yang lalu. Jadi benda ini yang kita harap dapat diperbaiki supaya penduduk setempat yang asal tidak menjadi mangsa kepada pembangunan dan apabila penduduk merungut, dikatakan penduduk menolak pembangunan. Tapi, ya penduduk asal tetap akan mempertahankan hak mereka. Ya, baik, terima kasih.
Kita, macam yang saya sebut tadi kita akan beri perhatian. Itu antara dalam agenda kita untuk memperbaiki lagi sistem bagaimana kita membuat upgrading atau penaiktarafan infrastruktur termasuk jalan kita. Dan saya juga perlu sebut di sini juga antara perkara yang kita lihat juga pelaksanaan OSD ini. Ini pun kita telah buat keputusan baru ini supaya OSD ini tidak boleh lagi dibuat di bawah syarikat. Sebab apa OSD ni di Detention point ini bila kita syaratkan dia buat habis je dapat CCC je dia guna untuk benda lain benda itu. Tak boleh. Sekarang ini kita akan buat serahan juga supaya ini di bawah dibangunkan sebagai dipanggil komuniti punya OSD, di bawah komuniti bermakna di bawah Pihak Berkuasa Tempatan akan menguruskan ataupun JPS menguruskan kolam-kolam takungan ini. Tak boleh lagi kita buat kaedah macam itu kerana menyebabkan masalah banyak kepada banjir kilat dan sebagainya. Itu antara penambahbaikan. Dan di sini juga saya nak maklum di hujung ini kepada Yang Berhormat Sungai Kandis juga bahawa tentang penyelenggaraan itu peruntukan MARRIS sebanyak 1.872juta telah pun dilaksanakan secara sebut harga dan
arahan kerja di Dun Sungai Kandis. Ini ada saya boleh serahkan nantilah senarai kepada Yang Berhormat ya. Tentang pertanyaan daripada Yang Berhormat Paya Jaras berhubung dengan isu jalan keluar masuk kuari Jalan Impian ini. Saya sendiri melawat tempat ini dan saya melihat memang bahaya tempat ini kerana kenderaan berat yang terlalu banyak kerosakan jalan itu satu. Dia berselisih dengan kenderaan-kenderaan awam dan kita ambil maklum perkara ini dan telah pun saya pengerusikan mesyuarat dan kita telah pun dapat ketetapan untuk mencari jalan alternatif. Jadi cara alternatif itu sedang disediakan oleh Pejabat Daerah Gombak, memang ada. Mesyuarat itu kita buat pada Ogos pada tahun lepas dan saya telah minta supaya mereka percepatkan hantar kepada saya untuk teliti jalan alternatif ini sebab dia akan melibatkan pengambilan tanah ya. Ada jalan alternatif yang kita sedang, dah kita teliti dan ada sedikit isu pengambilan yang kita kena selesaikan. Nanti saya akan maklum kepada Yang Berhormat apabila kita dah buat keputusan tentang laluan alternatif yang baru ini ya.
Sikit Yang Berhormat. Sikit je. Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Sementara dia nak repair jalan buat alternatif mungkin masa yang panjang setahun, dua tahun. Ada satu jalan bypass saya ada berbincang dengan Pegawai Daerah Gombak untuk kita minta izin lalu satu jalan bypass dari Taman Mantan Jaya terus ke BRP10. Jalan tu, tanah tu milik syarikat perumahan tetapi tak bangunkan. Saya mohon kalau boleh pertimbangan daripada pihak EXCO, bincang dengan syarikat itu untuk memberi izin sementara ja. Sementara jalan itu maknanya nak mengurangkan risiko, so jalan bypass itu jalan laluan asal dia kecil, penduduk membuat inisiatif pandai-pandai besar lah. So lepas lah sementara. Tapi kalau boleh di legal kan secara sah dan boleh diturap dia sebenarnya dapat mengurangkan jumlah penduduk yang terpaksa melalui terowong itu dan kalau itu boleh buat sangat membantu penduduk. Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya saya ada melihat kawasan itu saya ada lalu tempat itu. Tapi saya rasa itu bukan langkah jangka panjanglah. Jadi kalau kata perlu sementara saya akan teliti balik yang ini untuk sementara sebab saya itu antara option nya tapi kita tolak sebab dia tidak bukan jangka panjangnya kawasan perumahan itu sekarang ini dia nak bangunkan nanti dia pun tak mahu lori-lorinya ini akan lalu kuari di kawasan perumahan mereka. Tapi untuk jangka pendek mungkin kita boleh pertimbangkan untuk melihat option ini. Jadi saya akan meneliti perkara ini. Sungai Pelek ada soalan bertanya mengenai kemajuan kerja B48 yang Bagan Lalang tanya. Sebab untuk makluman Yang Berhormat pakej ini sebenarnya B48 ini dalam peringkat pembinaan oleh syarikat kontraktor Cakra Mahkota ini dengan kos 32 juta tarikh mula pada 2 Mac 24, tarikh asal siap ialah pada 18 Mac 2026. Ini dalam pembinaan ya. Ada Sungai Pelek. Oh tak ada. Tak apa lah saya bagitahu dah siap ya dalam pelaksanaan kerja ini. Jadi kalau ikut jadual dengan berbanding jadual dengan ini lebih kurang 20%
lah lewat. Itu sedang dilaksanakan. Tentang soalan daripada Jeram, berhubung dengan Jeram dah keluar? Tadi ada. Keluar dah?
Yang Berhormat boleh buat keputusan sama ada nak menjawab atau nak habiskan.
Tak apa saya pergi kepada Semenyih.
Ok.
Semenyih bertanya mengenai isu-isu dia di kawasan Semenyih tanah runtuh dan jalan ini saya dah sebut tentang aspek jalan persekutuan yang disebutkan tadi yang awal tadi. Tapi kaedah itu memang kalau ikut kalau memang prosedur dari segi penyelenggaraan jalan ini memang dia kena buat kerja tampalan pothole dalam masa 24jam. Yang itu kalau ikut memang ini jalan federal ya. 24 jam kena cool mix dulu. Cool mix ini makna dia akan tampalan sementara. Dalam masa 3 hari lepas tu dia kena masukkan hot mix. Dan saya telah minta supaya teliti balik kalau setakat tampalan sahaja biasanya cool mix dia tak boleh tahan lama dia akan tertanggal bila hujan. Kenderaan lalu banyak air bertakung kat situ dia akan tanggal jadi kita cadangkan supaya diperbaiki kaedah ini dan juga kalau dengan jack patcher ini kita tak perlu cool mix kita terus kepada hot mix itu lebih kuat dia punya kukuh lebih kukuh jalan itu yang kita cadangkan tapi ini akan diteliti semula dan pihak rondaan dibuat oleh pihak JKR Daerah dan juga kalau kata berlaku pembaikan itu tidak menepati maka NCR akan diambil. Dia akan notis for correction akan dikenakan kepada mereka. Jadi ini di antara ini dan sebab tu saya sebut sini teknologi jack patcher tadi thermal road repair ini, ini adalah future yang kita kena bagi pertimbangan dan saya akan perluaskan kalau kata tak cukup kita akan tambah pembelian ia agak mahal juga lah sejuta lebih juga satu unit dan ia lebih tahan. Tentang isu tanah runtuh ini kalau kawasan-kawasan yang kita kena sedia sedang ini dalam proses pelan bahaya dan risiko cerun. Kita kenal pasti di mana dan kalau dalam SOP yang saya sebutkan tadi yang kita telah hampir siap untuk dilaksanakan. Makna tempat-tempat cerun bahaya ini dia akan ada papan tanda untuk memaklumkan status dan ada QR Code disebutkan EXCO PBT untuk dikenal pasti apa masalah di situ. Dan kalau berlaku di jalan dia tertakluk di bawah MARRIS peruntukan MARRIS jadi kita boleh guna. Dia tutup dulu dengan canvas dan sebagainya dan juga dia akan pantau pergerakan dan kalau berlaku kes yang lebih serius makna kita akan ambil tindakan segera sebagaimana yang kita buat di Genting Peras baru ini pelaksanaan untuk penstabilan cerun itu akan dibuat dalam masa segera. Jadi ini melibatkan PBT dan juga akan melibatkan pihak JKR. Dan yang paling penting sekali dalam SOP cerun ini ialah penyelenggaraan dia sebab kita dapati kebanyakan kes cerun ini dia berlaku disebabkan air yang bertakung. Kalau kita lihat yang bertingkat itu dia dipanggil berm ya,
berm dengan izin. Berm ini dia ada longkang dia sendiri di atas. Longkang ini bila tumbuh-tumbuhan naik dia pecah. Air akan masuk ke dalam dan bertakung itu lah yang mulakan antara punca utama kenapa tebing-tebing atau cerun runtuh yang berlaku di Bukit Permai itu, itu adalah merupakan antara punca utama dan ini yang sewaktu maintenance ni kita kena kenal pasti semua inventori dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan longkang di setiap berm itu semua tidak tersumbat dan tidak ada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di situ. Jadi bagi tahun 2024 pihak JKR telah memperuntukkan RM750 ribu bagi kerja-kerja pembaikan saliran longkang di jalan persekutuan FT3210 di kawasan Hulu Langat. Bagi tahun 2025 pihak JKR telah memohon peruntukkan tambahan lagi RM2 juta bagi kerja-kerja membina longkang baru bagi mengatasi banjir di jalan persekutuan FT3210 Yang Berhormat sebutkan. Dan FT3210 RM1 juta, FT1 RM500 ribu dan FT31 500 ribu semua ini dalam Daerah Hulu Langat itu sendiri. Jadi dengan cara ini antara kaedah dan peruntukkan yang kita mohon selain daripada peruntukkan MARRIS yang ada untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Mencelah sikit.
Banyak lagi ke Yang Berhormat?
Sikit je.
Banyak.
Banyak lagi ya?
Banyak. Banjir tak masuk lagi.
Ringkas je. Terima kasih Yang Berhormat EXCO yang memberikan jawapan dengan begitu detail melambangkan penguasaan tentang kerja-kerja bahagian infra ini. Ringkas sahaja daripada Semenyih. Yang pertama minta tolong sangat-sangat Semenyih faham jalan persekutuan FT1, yang itu rasanya dah lama sebelum saya jadi ADUN pun dah buat projek tu tapi tak siap-siap lagi. Saya faham itu projek persekutuan tapi minta jasa baik sebab dia mengundang jam yang terlalu teruk dan yang kedua saya pernah sebut sebelum ini B19 jalan Sungai Lalang. Ini nak masuk bulan 3, bulan 4 kat situ ada Nirvana, tanah perkuburan apa dia ada macam-macam upacara kami faham dan jalan itu dah terlalu teruk. Minta tolong jasa baik Yang Berhormat untuk berikan perhatian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang itu kita akan ambil maklum tapi dalam masa yang sama juga macam juga tadi di Sepang di bawah
pelan induk yang saya sebutkan tadi, kita akan teliti sebab pembangunan di Semenyih ini dan juga Hulu Langat ini, Semenyih terutama di Dusun Tua ini sangat pesat. Pembangunan perumahan yang banyak di situ jadi kita tak boleh lagi buat secara piece meal ataupun secara adhoc tak boleh. Kita kena lihat keseluruhan bagaimana dan juga akan melibatkan jalan persekutuan dan kita akan pushlah supaya mereka ikut apa kajian yang kita buat ini yang kita buat secara proper teknikal kajian ini supaya mereka patuh dan ikut dari segi pembangunan dan penaiktarafan ini saya rasa kaedah. Untuk jangka pendek ini kita boleh buat ini semua tapi jangka panjang tak boleh lagi. Kalau tidak kita akan menghadapi masalah berterusan. Lepas satu, satu, lepas satu, satu. Jadi kita lihat secara menyeluruh pelaksanaan ini semua. Untuk Kota Kemuning, saya ingin menyentuh mengenai kerosakan jalan di kawasan Kota Kemuning. Ini pun sama saya sebutkan ini JKR Selangor telah memohon peruntukkan RM3juta bagi kerja-kerja pembaikan di FT190. Jadi ini kita tunggu ya kita dah buat permohonan untuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf. Pembaikan jalan ini. Dan juga permohonan kepada untuk menaikkan taraf persimpangan itu di Bulatan Batu 5 kepada persimpangan bertingkat di FT190 di Sri Muda ini. Ini sebagaimana disebutkan tadi ialah jalan persekutuan juga. Ini permohonan dibuat tambahan bagi Rolling Plan Satu, RMK13 tahun 2026 projek ini merangkumi kerja-kerja naiktaraf FT190 sepanjang 8.5 kilometer dari Taman Seri Muda sehingga ke persimpangan lebuh raya KESAS kepada jalan berkembar 4 lorong dengan piawaian U5 selain daripada menaiktaraf jambatan dan perparitan ini antara yang...
Yang Berhormat kita sambung selepas tengah hari ya. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari. Urusan Dewan ditangguhkan dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan urusan mesyuarat seterusnya membentangkan kertas-kertas mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bil. 8 Tahun 2025 – Maklum balas penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan
Mobiliti (JPK-INFRAGRO) berhubung isu peruntukan penyelenggaraan jalan. Kertas Mesyuarat Bil. 9 Tahun 2025 – Maklum balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah bagi Dewan Negeri Selangor mengenai isu tanah orang asli Hulu Semenyih di Kampung Kacau Dalam yang diberi milik kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Langat Selatan.
Terima kasih dan selamat sejahtera diucapkan kepada seluruh Ahli Yang Berhormat dan hadirin sekalian. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Pandan Indah untuk menyambung perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya menyambung perbahasan ataupun ulasan kepada perbahasan pada pagi ini dengan meneruskan isu yang berkaitan dengan jalan. Yang Berhormat Jeram ada bertanya berhubung isu kesesakan di Bukit Cerakah, FT 1210 dan juga penangguhan pelebaran jalan oleh pemaju LBS. Untuk makluman Yang Berhormat, JKR Daerah Kuala Selangor telah mengadakan perbincangan bersama YB sendiri, Yang Berhormat sendiri, Jeram dan juga dengan Jeram ya. Mana Jeram? Ok. Tak pergi toilet dah. Yang Berhormat Jeram, MBI, LBS, a few kontraktor, pemaju dan pemaju dan wakil penduduk pada 18 Februari mengenai kelewatan kerja naik taraf antara solusi atau solusi yang dicadangkan adalah seperti berikut. Pertama mencadangkan kepada pihak MPKS (Majlis Perbandaran Kuala Selangor) melaksanakan sekatan kebenaran merancang kepada pembangunan yang lain pada pihak developer ataupun pemaju LBS disebabkan kegagalan menyiapkan infrastruktur. Yang kedua, pihak LBS perlu menyemak semula road diversion dan timing phase di simpang Alam Perdana di traffic light di situ dan dikemukakan sebelum atau pada 21 Februari 2025. Yang ketiga, pihak MPKS akan membantu untuk menyediakan jalan alternatif dari Alam Perdana ke Alam Jaya melalui Jalan Persiaran Eco Business Park. Yang kelima dan Jalan Persiaran Puncak Alam 8. Dan, yang keempat pihak MBI akan melaksanakan Sesi Town Hall bersama LBS dan wakil penduduk bagi menjelaskan kemajuan kerja naik taraf. Pihak MBI akan menjemput juga wakil JKR Daerah Selangor, Kuala Selangor, MPKS dan Yang Berhormat Jeram untuk turut serta sesi Town Hall ini. Dan, yang kelima pihak LBS akan membuat penyelenggaraan berkala dan rutin sebagaimana disyaratkan. Jika gagal, maka pihak JKR akan melantik pihak ketiga untuk melaksanakan kerja-kerja ini. Kita akan ikuti dan patuhi kepada apa yang telah diputuskan.
Untuk berhubung dengan pelebaran jalan kelewatan ini, apa yang berlaku ialah pihak selepas dilihat semula kepada masalah parit atau longkang monsun ini didapati bahawa oleh pihak JPS bahawa saiz ataupun longkang ini tidak memenuhi kewajaran atau kesesuaian untuk menampung aliran air di situ dan mengenakan syarat tambahan iaitu penggunaan SP-Wall. SP-Wall ini ialah dia panggil speed concrete ataupun precase
retaining wall yang melibatkan pemasangan tiang panel dan juga tie back dipanggil, tie back system. Ini menyebabkan akan melampaui kawasan utiliti yang ada di sebelah itu. Jadi, pengalihan utiliti itu telah menjadi terpaksa dibuat. Jadi, bila itu menyebabkan kelewatan dari segi pelaksanaannya dan peralihan utiliti itu diwajibkan kerana berada di lokasi ROW utiliti. Jadi, dengan itu akan ada sikit kelewatan dari segi kerja ini untuk kita alihkan dulu utiliti ini sebelum dapat disiapkan kerja-kerja pengukuhan longkang monsun ini.
Untuk Bukit Melawati, Bukit Melawati ada bertanya berhubung dengan isu jalan kampung di sana yang melibatkan di Bukit Kuching, Jalan Melur dan jalan negeri di Jalan Keretapi Lama, Kampung Baru Assam Jawa. Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja baik pulih ini memang dijalan setiap tahun dan jalan telah dibaik pulih saya ingat 2024 adalah, untuk 2022 ini Kampung Bukit Kuching dulu dan Kampung Assam Jawa, Jalan Teluk Piah Kanan, Jalan Kampung Tengah dan Jalan Kampung Baru Batu 2. 2023, Jalan Sundar 3 dan Jalan Dato’ Husin. 2024 ialah Jalan Sasaran iaitu Jalan Kampung Batu 1, Jalan Rancangan Tanah Api-Api dan Jalan Teluk Piah Kanan dan Jalan Lintang Kampung Tengah. Untuk tahun 2025, ini adalah senarai yang akan kerja-kerja yang akan dibuat iaitu di Kampung Bukit Kuching, Jalan Hamzah Alang, Jalan Tahir Manan, Jalan Sasaran dan Kampung Assam Jawa ialah Jalan Teluk Piah Kanan. Ini adalah perancangan bagi tahun 2025.
Sikit.
Ya.
Terima kasih Y.B. EXCO. Saya nak bertanya contohnya jalan di bawah MARRIS ni dibuat pada tahun 2024. Selepas tu, enam bulan lebih kurang jalan tu rosak balik. Jadi, berapa lamakah tempoh untuk dibuat jalan di bawah MARRIS ini? Saya mohon penjelasan daripada Y.B. EXCO.
Kerosakan kalau bukan itu tidak perlu kita tunggu. Kita kalau ada kerosakan di bawah peruntukan sebab peruntukan MARRIS ni peruntukan tahunan. Dan, saya dah sebut dalam satu soalan yang ditimbulkan sebelum ini, soalan lisan saya tak ingat daripada mana, Yang Berhormat mana. Tapi kalau ada keperluan kita ada pool duit untuk MARRIS ini bagi kegunaan Pejabat Daerah dan Tanah. Maka, mereka boleh buat permohonan untuk kita teliti kewajaran untuk kita memperbaiki jalan-jalan yang rosak terutama jalan yang kritikallah. Itu kita akan beri keutamaan. Itu boleh dibuat permohonan. Tak perlu kita tunggu giliran pula. Nanti akan menyebab kemalangan dan sebagainya. Saya Yang Berhormat Sabak baru masuk. Jadi, saya sentuh sikit mengenai isu yang saya sebutkan tadi pagi sikit. Ni saya tambah
sikit. Tentang jalan persekutuan FT. 05 dari Tanjung Karang - Sabak Bernam ini, jadi kita jangan silap menganggap itu adalah WCE. WCE dia terhenti dekat Tanjung Karang dia sambung semula kat Hutan Melintang. Jadi, yang antara itu Sabak Bernam dengan Tanjung Karang itu di bawah tanggungjawab JKR. Walaupun standardnya menepati standard piawaian lebuh raya tapi di bawah tanggungjawab pihak JKR dan jalan ini telah pun ada isu-isu yang berbangkit dan dipantau dan diselia jalan ini oleh JKR, ibu pejabat JKR. Ini Jalan Persekutuan. Jadi, kita mengambil maklum, pihak JKR ambil maklum mengenai kerosakan jalan terutama kerosakan permukaan jalan. Tindakan telah diambil di beberapa kerja pembaikan utama di approach road di jambatan iaitu ramp yang nak masuk jejambat dan beberapa lokasi di jalan persekutuan simpang lima. Untuk jalan tidak rata, pihak JKR telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi pembaikan permukaan jalan melalui Arahan Pendengaran Jalan Tahun 2025. Dia dah kenal pasti berapa tempat yang perlukan pembaikan dan telah buat permohonan pada pihak JKR ibu pejabat, Ibu pejabat JKR untuk mendapatkan peruntukan.
Tentang isu mendapan antara laluan laju dengan laluan yang perlahan ini, pihak JKR telah membuat pemeriksaan beberapa tempat bersama bahagian forensik cawangan jalan ibu pejabat mengenal pasti punca kerosakan ini ataupun disebabkan mendapan ini dan telah laporan akan dibaiki telah diperolehi. Sekarang ini sedang buat kajian, sedang buat penelitian apa puncanya. Untuk sementara, pihak JKR telah memasang transfer box atau rubber speed yang bunyi yang melintang itu bagi mengurangkan kelajuan kenderaan tapi memang kajian sedang dibuat untuk melihat kawasan-kawasan yang ada mendapan antara lorong, antara lorong laju dan perlahan ini. Ini telah pun dikemukakan kepada Arahan Penyelenggaraan Jalan bagi tahun 2025 di pejabat di KL.
Yang Berhormat.
Sabak.
Terima kasih. Cuma saya nak kepastian sebab jalan-jalan yang disebutkan ini sebahagiannya masih lagi belum dibuat penyerahan daripada pihak syarikat kontraktor kepada PBT sebab ini menyukarkan ada beberapa kawasan yang kiri kanannya semak-samun. Kadang-kadang rumput tinggi. Jadi, bila kita minta JKR, JKR kata macam-macamlah. Itu jalan tu belum dibuat penyerahan, apa semua untuk buat pemotongan. Kadang ada pelajar nak masuk sekolah ada masalah macam di Batu 1, Sabak. Jadi, saya nak kepastian bila penyerahan itu akan di? Terima kasih.
Sebenarnya Yang Berhormat, kalau ikut dalam laporan dia telah buat penyerahan sebenarnya. Yang tahun lepas itu defects
liability period (DLP) dia tu dah habis. Jadi, dia buat penyerahan. Saya akan semak semula tapi kalau ikut memang dah siap dan buat penyerahan. Cuma saya nak maklumkan penyelenggaraan ini di bawah kerajaan persekutuan, di JKR Malaysia. Jadi, ini yang saya sebutkan tadi. Isu-isu yang berkaitan itu kita kena sampaikan, buat permohonan di sana. Jadi, kita pantau. Pejabat Daerah pantau tapi permohonan, sebarang peruntukan dan konsesi biasanya kalau konsesi jalan persekutuan ini di bawah Roadcare. Jadi, ini yang saya akan lihat mungkin belum diserahkan kepada Roadcare lagi. Saya akan semak semula dan akan maklum pada Yang Berhormat.
Untuk Pelabuhan Klang, isu yang dibangkitkan mengenai penaik tarafan jalan di Pelabuhan Indah, Pulau Indah ni yang disebutkan. Kalau kita teliti projek yang telah dibina Fasa 1 sepanjang 3.9 km dah siap pada 22.12. Kemudian, pada Fasa 2, Fasa 1B dan Fasa 2 sepanjang 2.8 km tu siap pada November 2014. Untuk Fasa 3 sepanjang 9 km sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2027. Ketiga-tiga projek ini bila siap akan melengkapkan jajaran lingkaran Pulau Indah yang menghubungkan laluan PKFZ dan SKVE dan juga Lebuh raya Pulau Indah bagi persediaan trafik tinggi pada masa hadapan. Selain daripada itu, jajaran lingkaran Pulau Indah projek menaik taraf lintasan keretapi KTMB juga baru disiapkan pada Februari 2025 bagi melancarkan trafik dari kedua-dua arah keluar dan masuk ke Pelabuhan Barat Klang.
Untuk isu yang berkaitan dengan jambatan disebutkan di Pulau Indah ini, pihak JKR telah mengangkat permohonan kepada Kementerian Kerja Raya bagi cadangan membina jalan baru dari Lebuh raya Pulau Indah FT 181 ke Lebuh raya Pelabuhan Utara FT 103. Ini di dalam permohonan di bawah Rolling Plan 1 RMK-13 2026. Cadangan projek ini merangkumi pembinaan jambatan baru sepanjang 1.5 km yang menghubungkan Lebuh raya Pulau Indah ke Lebuh raya Pelabuhan Utara. Saya rasa untuk jalan saya masuk kepada banjir. Saya pun masa..
Tuan Speaker.
Ya.
Untuk di DUN Sementa. Mohon disemak.
Takpa. Nanti saya semakkan. Sementa kita tak tinggal.
Haa..
Kita tak tinggal Sementa. Nanti kita...
Tapi nak sebut sekali lagi. Sebab keadaan jalan ni teruk. Sebab pembangunan rancak di sana dan banyak berlaku kemalangan. Abang-abang, mak cik-mak cik bawa motor terjatuh. Depan mata saya jatuh.
Ok. Kita akan semak nanti dan saya akan kembali pada Yang Berhormat.
Mohon.
Untuk daripada Subang Jaya ada bertanya mengenai isu merizabkan kolam takungan. Memang di bawah dasar Negeri...
Mohon laluan Pandan Indah. Tadi Pandan Indah sebelum rehat kata nak jawab saya.
Nanti dulu.
Ooo ada?
Nanti. Bertulis kan?
Ke sesi depan baru nak jawab?
Kita bertulis, kita jawab bertulislah.
Tak. Saya tanya kat sini lisan.
Yalah, tapi tak ada kaitan dengan perbahasan ini.
Kaitan dengan tanggungjawab Y.B.
Yalah, kalau nak cerita tu tanggungjawab.
Tak. Sebab isu dia simple je Y.B. Kita nak tahu adakah spesifik cara untuk kita pantau sebab kos meningkat.
Ada.
Kualiti, pelaksanaan itu yang kita risau.
Saya kalau nak cerita bab ni panjang. Memang banyak enakmen-enakmen...
Betul, banyak. Kami nak dengar Y.B. Kita ada sampai hari Khamis.
Memang tak cukup masa. Tak ada kaitan pun.
Yang Berhormat, saya cuma nak tanya Yang Berhormat Taman Medan nak tanya apa? Kos meningkat? Cara memantau?
Saya dah tanya tadi sebelum sesi rehat.
Ya.
Yang Berhormat EXCO beritahu dengan tegas tadi nak menjawab saya. Tapi dia nak masuk kolam takungan dah.
Isu apa? Isu jalan?
Isu Infrasel yang mana mereka ni dapat projek secara pakej untuk laksanakan projek tu tapi diberi kepada sub kontraktor. Kita pun tahu tu. Itu polisi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri sekarang.
Yang Berhormat ada bangkit dalam perbahasan tak?
Dalam soalan bertulis saya Yang Berhormat. Memang ada.
Ada jawapan tak?
Jawapan tak completelah. Sebab itu saya tanya balik.
Apa jawapan yang tak complete?
Saya kalau ada masa sejam hari itu untuk berbahas, saya bangkit benda ni. Tapi saya ada 15 minit je.
Jawapan bahagian mana yang tidak lengkap?
Sebab itu saya bangkitkan benda ni dan Yang Berhormat EXCO tadi kata nak jawab.
Yalah, saya tanya jawapan bahagian mana yang tidak lengkap?
Itu saya tanya tadi. Saya rasa dah tanya dah pun. Tak apa. Saya ulang untuk pemahaman Speaker, saya....
Tak perlu sebab soalan
Yang Berhormat.
Saya...
Soalan bertulis.
Ya, ya.
Jadi, saya jawab bertulis nanti.
Ok, baik.
Kita pergi pada kolam takungan.
Ada jawapan nanti Pandan Indah bagi jawapan bertulis.
Rakyat nak tahu.
Saya masa sangat limited.
Faham, faham.
Itu soalan bertulis.
Saya nak tahu sama ada...
Tak, soalan tu soalan bertulis.
Yang Berhormat, nanti, nanti. Yang Berhormat jangan bimbang sebab saya difahamkan ada penyata KUSEL yang akan dibawa oleh Pelabuhan Klang. Kalau saya rasa Yang Berhormat Taman Medan boleh ambil bahagian dalam...
Ini Infrasel, Tuan Speaker.
Boleh mengambil bahagian dalam perbahasan.
Bukan Kusel.
Jadi, jangan bimbang. Berkenaan dengan infrastruktur.
Ini INFRASEL Speaker.
INFRASEL.
Bukan KUSEL. Dia lain sikit Yang Berhormat Speaker.
Tak apa. Saya ambil maklum Pandan Indah telah mengatakan bahawa akan dijawab secara bertulis. Jadi, sebahagian sudah ada. Jadi, saya rasa mohon Pandan Indah supaya teruskan sebab masa...
Saya minta macam ni je Yang Berhormat EXCO.
Taman Medan pun kena berlaku adil.
Cukup, cukup. Taman Medan, cukup, cukup.
Saya berbahas isu yang dibangkitkan oleh pembahas dalam ucapan Titah menjunjung kasih Titah Tuanku. Jadi, dia soalan....
Tak apa, tak apa Taman Medan..
Dia soalan bertulis macam mana berkait dengan sini
Yang Berhormat Pandan Indah jawapan ini pun saya pasti Yang Berhormat juga yang prepare... pejabat Yang Berhormat juga prepare. Yang Berhormat jadi EXCO, saya pun pernah jadi EXCO
(Dewan Riuh)
...tak kena masa ini
Yang Berhormat Taman Medan...
...tak kan lah Yang Berhormat tak boleh nak jawab off the hand.
Kalau Yang Berhormat pernah jadi EXCO, Yang Berhormat tau de kuorum dia macam mana.
Soalan saya bukan soalan data, bukan soalan statistik. Soalan saya adakah mekanisme wujud...
Dia tak ada kaitan dengan perbahasan ini.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Taman Medan cukup! Cukup!.
...tanggungjawab sebagai Yang Berhormat EXCO Infrastruktur...
Cukup, kita ambil maklum.
Rakyat nak tahu...
Sekiranya Taman Medan ada isu dia sepatutnya bangkit awal-awal bukan kemudiannya kita boleh minta EXCO tengok..dengar dulu..dengar dulu..dengar dulu..
(Dewan Riuh)
Saya dah bangkit kan ini dua (2) minggu sebelum sidang Dewan bermula..
Dalam jawapan soalan bertulis itu sudah pun ada jawapan jadi saya tidak izinkan Yang Berhormat..
Takkanlah EXCO sendiri tidak boleh jawab!
Saya tidak izinkan Yang Berhormat. Sila duduk. Taman Medan sila duduk. Duduk! Sila duduk! Sila duduk!
...apa bezanya
Sila duduk! Sila duduk! Sila duduk! Sila duduk! Sila duduk! Sila duduk! Sila duduk!
I mean don’t go technically Yang Berhormat Speaker.
Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Yang Berhormat Taman Medan sila duduk de kuorum ini kena jaga. Duduk! Saya bagi penjelasan. Duduk! Sekarang ini dalam perbahasan apa pun Yang Berhormat kena bangkitkan. Kalau isu itu tidak dibangkitkan maka EXCO sepatutnya ada hak untuk tidak memberi sebarang jawapan apatah lagi..
Yang Berhormat Speaker. Tunjukkan saya..
...apatah lagi..apatah lagi... Taman Medan duduk. saya belum habis Taman Medan
Peraturan Dewan mana yang Ahli Dewan tidak boleh bangkit dalam Dewan...
(Dewan Riuh)
Yang Berhormat Taman Medan jaga tertib. Saya kata duduk. Saya belum habiskan lagi. Duduk.
Okey saya duduk lepas ini saya nak bercakap
Duduk! Duduk! Duduk! Tidak. Teruskan dengan perbahasan daripada atau pun penggulungan daripada Pandan Indah .
Ini peraturan Dewan mana ini?
Duduk! Itu sahaja. Duduk! Duduk! Tidak. Tidak dibenarkan. Tidak. Tidak. Duduk! Sungai Ramal duduk!
Peraturan tetap Yang Berhormat.
Tidak ada. Duduk. Sila duduk.
Ini Peraturan Tetap..
Peraturan saya 88. Sila duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Saya tidak boleh mengizinkan masa dibuang begitu sahaja. Saya perlu habiskan lagi. Ini penjelasan daripada saya. Duduk atau tidak?
Bersidang sampai hari Khamis...
Taman medan duduk atau tidak?
Persidangan kita sampai hari Khamis.
Taman Medan duduk atau tidak?
Kenapa Yang Berhormat sebut kami semua buang masa?
Duduk atau tidak?. Duduk! Duduk! Duduk!
Yang Berhormat kata kami buang masa. Kami disini untuk tanya fasal hal rakyat. We are not wasting time Speaker.
(Dewan Riuh)
Duduk! Duduk! Ramai lagi ADN yang bertanyakan soalan mereka terhadap Pandan Indah dan mereka berhak mendapatkan jawapan kerana hendak melayan Taman Medan jawapan kepada soalan mereka tidak diberi jawapan pada masa yang ditetapkan. Yang Berhormat kalau ada isu, Yang Berhormat bangkitkan dalam perbahasan. Soalan pertama, masalah pertama Yang Berhormat Taman Medan tidak ada membangkitkan dalam perbahasan menjunjung Titah kasih menjunjung kasih titah ucapan Tuanku.
Dan kedua, Yang Berhormat Yang Berhormat telah mengemukakan soalan bertulis dan sebahagian jawapan itu telah pun dibekalkan sama ada Yang Berhormat Taman Medan puas hati atau tidak itu terpulang kepada Yang Berhormat Taman Medan. Dan saya selalu mengulangi 1 point yang cukup bernas iaitu mana-mana ADN yang ada yang ada isu yang ada peluang untuk dibangkitkan dalam perbahasan sepanjang sidang Dewan ini. Esok kita akan mungkin akan meneruskan perbahasan dan esok mungkin ada 10 lagi soalan. Mana tau ada soalan yang berkaitan dengan apa yang hendak ditanya oleh Taman Medan dan Taman Medan ada peluang untuk mengemukakan pada masa itu. Tidak perlu, tidak perlu berbuat sedemikian. Taman medan duduk. Tidak perlu lagi penjelasan anda ambil maklum. Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk!Duduk! Duduk! Tidak mengapa Pandan Indah teruskan.
Yang Berhormat saya beri tiga kali, duduk atau tidak?. Pertama, 1st time amaran kali pertama. Duduk!
Saya tanya soalan tentang rakyat.
Semua adalah soalan rakyat. Amaran kali kedua! Amaran kali kedua duduk atau tidak?! Sila dudukkkkkk Yang Berhormat Taman Medan. Jangan buat macam ini. Jaga. Jaga. Pakai bahasa kebangsaan. Jangan U jangan I pakai bahasa kebangsaan. Duduk! Yang Berhormat Pandan Indah teruskan. Duduk!.. (Pandan Indah) teruskan. Siapa nak keluarkan, dia keluar sendiri. Pandan Indah teruskan.
Kita sedang bincangkan masalah rakyat ini.
Iya iya
..tiada siapa nak bincang masalah ini
Semua adalah rakyat
..dan saya
Semua adalah wakil rakyat. Ada isu mereka.
Kita nak berlaku adil banyak lagi bertanya ni yang saya perlu ulas
Terima kasih Yang Berhormat speaker.
Sekarang ini, ini berhubung..
Yang Berhormat Sungai Ramal saya beri sedikit peluang
Isu bekalan air yang dibangkitkan oleh Subang Jaya..
Yang Berhormat Pandan Indah sekejap sekejap. Sungai Ramal apa masalah dia?
Terima kasih Speaker. Saya minta kebenaran Yang Berhormat sebab ketika mana kami berbahas hari itu bila tidak cukup masa Yang Berhormat sebut boleh bangkitkan ketika penggulungan. Jadi, atas maksud itu lah maka atas penghormatan begitulah saya fikir semua pihak bukan setakat Taman Medan, rakan-rakan..
Iya saya kata
..mengambil peluang untuk bertanya ketika EXCO sedang menggulung. Penghormatan itu diberikan, saya ingat aman damai Dewan kita.
Dalam perbahasan kita, apabila saya mengatakan masa tidak mengizinkan maksudnya ialah Yang Berhormat kena menggunakan masa yang masih ada itu untuk ringkaskan mungkin daripada satu perenggan ringkaskannya kepada satu ayat atau pun satu soalan yang mana ia mungkin tidak melebihi daripada 10 perkataan atau pun tidak akan melebihi daripada 10 saat. Itu yang saya maksudkan dan kemudian ia akan dicatatkan dalam handsard dan Yang Berhormat boleh lah meminta tanpa had untuk meminta MMKN untuk memberi jawapannya. Itu yang saya maksudkan. Tak kan lah kalau macam itu apa yang tidak disebut pun saya kata semua kena dijawab. Yang saya jangka kan, yang saya tidak jangkakan, yang saya ingat, yang saya tidak ingat, yang
saya tulis dan tidak tertulis, yang saya catat dan saya tidak catat, saya pun berhak meminta MMKN untuk memberi penjelasan. Adakah itu natijahnya? Bukan! Itu sahaja Yang Berhormat.
Speaker, Peraturan 87
Taman Medan cukup! Tidak dibenarkan
Peraturan 87.
Tidak dibenarkan saya sudah memberi penjelasan dan petua kepada Sungai Ramal dan saya rasa semua yang lain faham. Taman Medan, Pandan Indah, Taman Medan jangan kata macam itu. Saya tidak menghalang saya cuma kata perlu ikut kepada petua konvensyen dan juga peraturan yang ada. Taman Medan duduk masa tidak mengizinkan. Kita sudah membazirkan 5 minit. Pandan Indah teruskan. Taman Medan duduk! Tadi saya sudah memberi arahan kali kedua, saya sekarang memberi arahan kali yang ketiga. Taman medan duduk atau tidak?. Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Saya sudah beri penjelasan Duduk! Pandan Indah teruskan.
(Dewan Riuh)
Untuk makluman, saya mengambil maklum cadangan daripada Subang Jaya berhubung kolam takungan banjir yang boleh digunakan sebagai sumber bekalan air. Sebagaimana yang saya dah sebut sebelum ini, bahawa berapa, lebih dari 100 atau pun sekitar 100 kolam air yang kita telah audit dan kita kenal pasti sebagai salah satu sumber bekalan air mentah kita dan kita sedang dalam proses untuk dibuat satu rangkaian bagi kita menggunakan air ini ketika kemarau dan juga banjir. Tetapi, tidak termasuk dalam kolam takungan banjir.
Kolam takungan banjir ini merupakan satu (1) yang saya telah sebutkan sebelum ini pun tetapi kita akan kaji untuk lihat kewajaran dalam menguruskan. Sebab kolam banjir ini kadang-kadang ada air kadang-kadang dia tiada air mungkin tidak berapa sesuai tetapi kita akan teliti dan lihat kewajaran untuk dimasukkan juga sbg salah satu sumber bekalan air mentah. Untuk isu banjir di Sungai Kandis, yang dibangkitkan oleh Sungai Kandis.
Subang Jaya
Tuan speaker, Subang Jaya mohon klarifikasi sebenarnya isu yang dibangkitkan Subang Jaya bukannya berkenaan kolam
takungan walaupun dirujuk sebagai contoh. Isu yang dibangkitkan ialah kekurangan demand management dari segi air sebab apa yang diperhatikan Subang Jaya, kita ada banyak supply management. Maksudnya kita ada banyak usaha untuk gazetkan kolam, bina loji rawatan air dan sebagainya tetapi betapa besarnya supply kita kalau kebocoran di bawah di down stream juga tidak ditangani maka tidak bermakna juga kita ada supply management. Jadi macam mana dasar demand management kita? Itu soalan saya.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, saya perlu sebut di awal perbahasan ini atau penggulungan ini saya ada menyebut di bawah Pelan Induk Air kita akan melaksanakan pada tahun ini (2025). Ini akan melihat keseluruhan sistem pengurusan air kita. Ini akan dikaji apa kajian, bagaimana kita nak integrasikan atau pun sepadukan antara air mentah, air terawat, air kumbahan dan segala jenis sumber air yang ada supaya kita dapat uruskan dengan cara lestari atau pun mampan dan juga boleh ekonomi. Aspek ekonomi termasuk juga air ini dikembalikan. Reclaim water juga kita akan teliti dan lihat bagaimana kita dapat manfaatkan . Jadi, saya harap perkara ini kita bersabar kejap dalam masa proses kita menyediakan laporan berkenaan.
Untuk yang pertanyaan daripada Sungai Kandis dan beberapa lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang peruntukan 1.774 dalam titah Tuanku. Sebanyak RM1.774 bilion inilah sebahagian daripada bajet belanjawan yang telah diluluskan untuk Rancangan Tebatan Banjir. Sebenarnya amount saya dah sebut tadi ketika menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang tadi bahawa lebih daripada itu lagi projek yang kita, dasar yang kita sebutkan di sini saya boleh ulangi sekali lagi bahawa projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir bagi peruntukan untuk keseluruhan bagi projek fizikal adalah 3.3 billion (26 projek) di bawah Kerajaan Persekutuan, di bawah Kerajaan Negeri ada 78 (RM683 juta) dan di bawah Caruman Parit 8 projek (RM49 juta). Ada yang dah siap, ada yang tidak siap, ada yang dalam pelaksanaan ada dalam perancangan.
Jadi keseluruhannya dalam amount yg sangat besar hampir RM40 bilion akan dibelanjakan untuk ada yang sebahagian yang dah siap ada sebahagian dalam pelaksanaan dan sebahagian dalam perancangan akan dilaksanakan bagi menangani isu-isu banjir di Negeri Selangor.
Jadi Sungai Kandis, telah beberapa projek yang telah yang dimasuk dalam senarai ini termasuklah yang Sungai Kandis Fasa 2 (RM16 juta), yang dalam pelaksanaan sekarang ini dalam dah 44% siap. Akan dijangka siap Februari.. pada Februari 2025 ini dah siap 44% berbanding 49% yang dirancang. Juga kerja-kerja peruntukan menguruskan yang lain pun telah diluluskan ada yang dalam proses lantikan baharu (pembersihan parit di
kawasan-kawasan) kalau saya nak sebut satu-satu akan panjang. Saya akan serahkan. Memang banyak di DUN Sungai Kandis.
Dan juga isu di Dengkil pun sama projek yang kita baharu diluluskan Projek melibatkan Pakej 2 Rancangan Tebatan Banjir di daerah Sepang (Pakej 2 RM264 juta) ini pun dalam pelaksanaan. Untuk makluman projek yang keutamaan tinggi ini TBBT ini ia projek turn key. Projek yang diberikan kontraktor dan dia sendiri kena reka bentuk. Jadi sebab itu proses itu nampak macam panjang sebab reka bentuk itu dibuat sendiri dan mereka akan dapat kelulusan. Projek ini sudah 10% dalam pelaksanaan.
Kemudian yang kedua ini ialah yang melibatkan DUN Dusun Tua ialah di Pakej 1 lah di Hulu Langat. Ini yang terbaharu yang Fasa 2 ini yang telah diluluskan RM512 juta dalam peringkat pra pelaksanaan dan yang ini tidak, bukan secara turn key. Yang ni kita kena appoint consultant. Dalam proses pengiklanan dalam lantikan perunding. Pada akhir Februari ini akan ditutup lah untuk memulakan reka bentuk bagi projek Tebatan Banjir Fasa 2 ini.
Bagi Jeram, isu yang bertanya mengenai Desa Coalfield, Saujana Aman, Bukit Hijau ini. Jadi kita telah meneliti isu yang dibangkitkan ini (ketawa) Projek ini yang disebut pelan 1.774 bilion (ini sebahagian daripada itu ya). Langkah yang diambil ialah kita telah membuat permohonan baharu di bawah Projek RTB Sungai Buloh Fasa 2.
Yang ni fasa 2 ini sangat penting dia melibatkan di Paya Jaras dan sebagainya. Ini semua projek yang besar yang kita telah mohon dan kita akan ulangi permohonan kita ini untuk RMK-13 ini. Projek ini bagi keutamaan, kerana ini projek yang besar RM850 juta diperlukan yang ini tidak termasuk dalam senarai ini (senarai 40 bilion) tidak termasuk. Ini antara keutamaan tinggi kita yang kita mohon yang belum lagi diberi kelulusan. Ini kita mohon pihak Persekutuan supaya dapat menyegerakan kerana ini akan melibatkan banyak kawasan yang terkena dengan isu banjir di kawasan ini yang perlu dilaksanakan segera. Tetapi sementara itu saya sudah sebut juga kita tidak boleh tunggu projek besar ini. Kita kena laksanakan. Saya meneliti beberapa tempat sebagaimana yang disebut sebagai contoh Kota Kemuning yang di kawasan perindustrian. Dia longkang besar itu buat lepas itu Sungai lebih kurang 100 meter tiba-tiba dia terhenti kat situ. Dia tiada lagi laluan. Itu kita kena ambil langkah segera kita dah minta pihak jabatan dan juga agensi berkaitan supaya cari jalan kaedah sementara nak korek ke apa ke sampai ke sungai. Kalau tidak air itu memang tak payah fikir. Memang akan banjir sebab dia tiada laluan. Habis terhenti kat situ. Dan saya menerima banyak juga aduan mengenai parit longkang yang ditutup dan tidak dapat diselenggarakan ditutup sebagainya. Kita terpaksa ambil langkah-langkah untuk kalau kena pecah kita kena pecahlah banjir, bila kita pecah nanti dia akan kata kita ikut peraturan, kita rosakkan dia punya porch lah dan sebagainya. Jadi
ini kita delima yang kita hadapi, kita dah nak uruskan banjir dalam masa kita perlukan masa yang sama daripada penduduk untuk tidak membenarkan laluan-laluan yang mereka telah buat binaan yang tidak diluluskan dan ini untuk menghalang pergerakan air. Ini yang kita kena ambillah, kita ada...
Mencelah sikit Yang Berhormat Speaker. Sebab tadi kan bab yang kata bila kita nak pecah kita dihalang oleh penduduk ke apa benda, jadi saya rasa cara yang terbaik adalah penduduk tidak melarang sekiranya mereka terguna tanah-tanah rizab. Cuma apa yang penduduk harapkan ialah apabila kita nak pecah, kita kena pastikan projek itu sudah confirm jalan bermakna peruntukan dan ada dan penduduk akan release dengan tenang. This is untuk DUN Sungai Kandis kita dan bercakap kita dan berbincang. Cuma sekiranya projek itu nak jalan tahun depan, janganlah dibuat sekarang. Sebab penduduk sekurang-kurangnya penduduk boleh gunakan tanah itu untuk letak meja berniaga tapi mereka akan keluar sekiranya confirm letak signboard projek akan jalan bila notis bagi dia orang akan buka. Alright.
Saya faham dia ada banyak keadaan, tak apa tengok case by case Ini saya rujuk ini lorong taman perumahan kedang dia bina extension dia tutup longkang dan sebagainya. Longkang itu tidak akan di service oleh kontraktor sebab dia memang service hanya pada longkang yang terbuka sahaja. Kalau tutup dia tak akan buat sebab batu-batu yang jatuh dan tidak dapat dicapai dan akan menyebabkan gangguan pada aliran air. Ini yang selalu berlaku kawasan-kawasan banjir yang kita kena ambil tindakan kalau tidak banjir nanti kita kena juga kalau kita tak ni service dia kata kita tak service. Jadi ini yang antara perkara yang saya rasa benda ini bukan baharu yang telah outstanding sekian lama.
Untuk Morib. Yang Berhormat Morib bertanya mengenai isu bakau ya. Saya sangat menyokong penuh sebab itu daripada awal bakau ini memang dia tujuan memang antaranya untuk menyerap apa namanya ombak atau alun dan sebagainya supaya mengurangkan hakisan kepada pantai kita. Ini satu perkara yang dan juga ekosistem penting untuk ternak live stok atau kehidupan laut marin, ikan dan sebagainya yang ada di situ yang platen dan sebagainya yang perlukan. Jadi itu kegagalan kita dalam menguruskan mangrove atau bakau ini akan menyebabkan masalah besar tapi kita ambillah Selangor ini masih mempunyai kawasan-kawasan yang luas pulau-pulau yang banyak di Klang iaitu adalah merupakan pulau didiami dan dipenuhi dengan bakau yang kita pelihara dan kita dan buat hutan simpanan dan sebagainya. Ini satu aset yang kita yang penting bagi Negeri Selangor. Jadi memang kita rancangan banyak rancangan untuk di sama ada melalui Kerajaan melalui JPS melalui juga anak-anak Syarikat dan NGO memang kita sentiasa mengadakan program. Macam di bawah SMG banyak kita
menerima permohonan daripada Westport daripada Nestle untuk penanaman satu juta bakau. Memang kita saya sentiasa ada saya nak sebut secara spesifik boleh ini saya masih ingat lagi buat cadangan-cadangan dan kita laksanakan. Yang paling penting ialah kita kena kewujudan bakau ini dia mesti bersekali dengan juga kita punya kelestarian ataupun sumber air kita kena jaga dengan baik. Sebab apa air yang cemar masuk kawasan bakau, bakau mati. Ini antara perkara yang kita nak jaga tu, air kena cantik jadi bakau dapat bersekali. Just nak maklum sini projek yang disebutkan di bawah hakisan pantai ini Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM55.25 juta untuk melaksanakan dua projek kawalan hakisan pantai. Di pantai Morib iaitu RM47.3 juta yang akan dan mula dan akan siap pada 1 Julai 2026. Jadi sekarang ini kalau dijadualkan 54% tapi pelaksanaan 67% makna jauh ke depan pelaksanaan projek itu hakisan pantai dan juga yang kedua ialah bina menaik taraf benteng pantai bagi hakisan bagi pasang besar di Pantai Cunang dan Pantai Tanjung Sepat. Ini RM7.9 juta yang telah bermula pada 21 Jun 2024 dan akan siap pada 1 Julai 2026. Yang ini jadual 35% sebenar nya 23% ada sedikit delay dalam projek ini yang kita tengah pantau ya. Ini antara yang, seterusnya.
Tuan Speaker minta mencelah, boleh. Terima kasih Yang Berhormat EXCO sebab saya rasa benda yang disebut tadi satu yang perlu kita ambil perhatian. Cuma apa yang kita nampak sebelum ini banyak pokok-pokok bakau ini saya pun tak pasti adakah pokok kayu bakau kita tanam akan menjadi satu kecurian bakau. Sebab bukan bakau ini, bakau ini dibuat pembinaan jadi bagaimana Kerajaan nak mengawal kecurian kayu bakau ini setelah kita tanam sebab sering kali juga benda-benda macam ini yang menyebabkan tiba-tiba bakau itu hilang? Saya minta penjelasan, terima kasih.
Terima kasih, dia dulu memang satu ketika itu bakau sangat popular terutama dulu satu ketika bakau ini selain daripada kegunaan ini dia guna untuk pilling cerucuk jadi itu yang menyebabkan banyak dan ini urusan kita serah pada Jabatan Hutan untuk menguruskan ya, urusan ini semua tapi setakat ini saya dengar dah tak berlaku sangat iaitu tentang isu itu. Tapi banyak bakau ini berlaku kerana itulah isu air kualiti daripada dan sebagainya yang menyebabkan mati banyak pokok bakau ini dan kita telah susuli dengan tanaman semula ya.
Dan saya juga menjawab Yang Berhormat Hulu Bernam yang bertanyakan berhubung banjir di Kampung Sri Keledang semua. Walaupun, untuk maklum Yang Berhormat Rancangan Tebatan Banjir yang di Hulu Bernam ini yang disebutkan itu RM6.7 juta Kampung Sungai Selisek, saya boleh namakan beberapa projek ini Kampung Hulu Bernam Tebatan Banjir yang pertama RM6.7 juta ini telah siap ya. Yang itu disebut telah siap Kampung Selisek dan Kampung Sungai Nilam. Yang kedua ialah Pelan Kajian ini
kita perlu buat kajian semula pelan induk kerana kita telah dapati beberapa projek buat tapi tidak menghasilkan sebagaimana yang kita kehendaki jadi kajian menyeluruh sedang dibuat RM5 juta yang dalam proses untuk permohonan notice of change yang itu ada skop dulu tapi kita telah diperluaskan untuk meliputi lembangan di Sungai Bernam. Lebih luas jadi ini memerlukan belanja RM5 juta sedang dalam proses mendapatkan bajet RM5 juta ini dan kajian itu kita jangka akan mula pada suku ketiga tahun ini tahun 2025 ini untuk melihat untuk perancangan jangka pendek jangka panjang bagaimana penyelesaian menyeluruh isu banjir di kawasan berkenaan. Tapi dalam masa yang sama juga kita telah melaksanakan kerja-kerja kecemasan untuk di Mukim Hulu Bernam ini Kampung Serigala RM200 ribu proses peruntukan untuk kecemasan kerja-kerja juga di Sungai Bernam pembaikan ban RM300 ribu yang melibatkan Kampung Sri Keledang ini, itu pun kita telah dalam permohonan untuk dilaksanakan.
Sikit Yang Berhormat EXCO. Terima kasih Yang Berhormat EXCO saya sikit legalah bila Yang berhormat EXCO sebut akan lakukan kajian semula terhadap RTB yang kita lihat gagal untuk membasmi kebanjiran di kawasan tersebut. Jadi Yang Berhormat EXCO saya nak bertanya tempoh kajian ini dilakukan pengalaman Yang Berhormat EXCO berapa lama diperlukan untuk mengkaji ini sebab saya ada dengar-dengar tempoh melaksanakan kajian ini memang mengambil masa 2 tahun Yang Berhormat sedangkan kita akan masuk dalam trailblazer AI Negeri Selangor jadi ada tak teknologi yang boleh mempercepatkan kajian ini supaya rakyat di negeri Selangor di sana tak perlu lagi nak menghadapi banjir dalam tempoh setahun dua tahun lagi Yang berhormat. Terima kasih.
Betul yang di cakap oleh Yang Berhormat itu. Kajian bukan melibat hidrologi, hidraulik lagi dan sekarang dengan teknologi laida dan juga dan juga apa nama remote sensing dan sebagainya saya rasa kita boleh mempercepatkan tapi kita tengah teliti yang penting biasanya keluasan lembangan ini, kalau Lembangan Bernam ini antara lembangan yang besar di Selangor kita selain daripada Lembangan Langat Sungai Klang dan juga Sungai Selangor, Sungai Bernam ini walaupun kita berkongsi dengan Perak tapi ini juga merupakan kawasan lembangan yang sangat besar yang perlu kita teliti pelaksanaannya. Saya cuba cepatkan untuk kita pastikan bahawa pelaksanaan RTB nanti macam saya sebut jugalah sebelum ini bukan sahaja reka bentuk kajian reka bentuk kemudian yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, speed, speed mahu laju semua. Jadi dalam juga termasuk juga isu perolehan pun nak kena cepat kadang-kadang perolehan makan masa dan juga pelaksanaan lagi kadang-kadang pula kontraktor sakit lagi, lagi sekarang pun dan ada kaedah kalau sakit kena panel, panel kontraktor penyelamat yang disebut. Itu kita akan cuba laksanakan di negeri Selangor. Jadi tak perlu kita nak tunggu lagi, nak terminate
lagi nak lantik semula makan masa yang lama, ini antara perkara yang kita kena bagi perhatian juga.
Seterusnya untuk yang dibangkitkan Kota Kemuning berhubung dengan Sri Muda tentang projek yang dilihat status terkini ya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat yang Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25 ini yang dalam pelaksanaan RM140 juta ini sebenarnya 16% yang mengikut jadual 22% ada kelewatan sedikit dalam projek ini yang kita senang pantau supaya memastikan dia tidak berlaku kelewatan yang ketara ya. Kemudian lagi satu ialah Tebatan Banjir Rasau Sungai Rasau Fasa 1 8.59 ini dan siap. Fasa 2 sekarang ini dalam pelaksanaan 36% jadual 46% jadi ada 10% kelewatan itu RM18.6 juta. Jadi ini semua dalam pelaksanaan dalam pemantauan kita dan juga dan laksanakan sasut oleh MBSA pun sedang dalam pelaksanaan dan bekalan elektrik sedang push untuk pastikan bekalan elektrik akan dapat dan juga makluman untuk kita punya sejam dah alhamdulillah kita ready semua dengan bekalan elektrik Subang Jaya mungkin berminat nak dengar untuk kita laksanakan perasmian bagi berkenaan. Jadi bekalan elektrik ini kadang-kadang jadi isu. Jadi untuk yang Dusun Tua juga ada bertanya berhubung dengan banjir di Kampung Serai ini, saya sering kali Dusun Tua tidak jemu-jemu untuk menimbulkan isu ini kita dan ada peruntukan dan ada dan pelaksanaan. Cuma dengan pelaksanaan Fasa 2 ini akan betul-betul akan memberikan kesan yang besar kepada isu banjir yang di kawasan yang Dusun Tua, cuma saya sebutkan tadi sekali lagi kita tengok juga untuk jangka pendek apa yang kita boleh perbaiki dan kita boleh betulkan supaya sementara menunggu projek-projek yang besar ini siap ya. Ini saya akan tulis saya tak perlu sebut ini memang dah boleh bagi bertulis kepada Yang Berhormat. Saya ada nak menyentuh sedikit tentang isu keterjaminan makanan yang dah dibangkitkan.. ada yang tertinggal?
Yang Berhormat, satu. Yang Berhormat sebelum Yang Berhormat pindah ke Pertanian dan Keterjaminan Makanan, saya ada bahaskan tentang SMG di Seksyen 24 saya lontarkan soalan dalam perbahasan dan bertanya tentang status dan sekali gus lontarkan juga kerisauan kita sudah laksanakan dialog yang kelima baru-baru ini, Sabtu baru-baru ini dan saya ingin bertanya apakah dialog itu sudah ada rancangan untuk kita dengar dan ambil tindakan sebab antara mereka bangkitkan ialah berkenaan dengan isu sekolah itu sangat-sangat kritikal, trafik sudah tentu sebab 1900 rumah bakal dibina di kawasan itu dan memang kawasan itu congested dan ketiga ialah banjir Yang Berhormat sebab kawasan Seksyen 24, Seksyen 23 terdedah dengan risiko banjir yang sangat tinggi. Saya berharap boleh mendengar pandangan Yang Berhormat dan juga saya juga sediakan satu surat saya akan hantar ke pejabat Yang Berhormat untuk kita ada perbincangan lebih lanjut selepas dialog ini dilaksanakan apa tindakan yang akan kita laksanakan? Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai mana yang dijelaskan mungkin dalam dialog itu sendiri pembangunan yang pertama yang mendapat kelulusan yang daripada KM berhubung dengan pembangunan di kawasan hartanah di kawasan SMG yang pertama itu ialah di Seksyen 24 yang telah pun kita dapat kelulusan dan juga perlulah ada dialog dengan penduduk terutama akses route sebab kita membangunkan kawasan yang duduk di tebing sungai yang dan ada pembangunan lain yang dah lama. Jadi kita bila kita masuk itu dengan perumahan dengan tentulah isu-isu prasarana isu sekolah, common fasiliti ini memang akan menjadi isu, itu akan dialog perbincangan itu akan kita teliti akan dilaksanakan bagi memastikan keselesaan penduduk yang sedia ada dah juga penduduk yang baru nak masuk. Tapi apa yang penting pembangunan ini berasaskan pada sungai tema dia sungai itu jadi tema dia. Sebab itu kita kena bersihkan sungai kita dan jadikan cantik kalau tidak kita nak letak sungai di depan ini. Itu antara konsep pembangunan di pinggiran sungai ataupun berhampiran rizab sungai ini yang dibangunkan di bawah SMG. Jadi penduduk di Seksyen 24 itu akan siap interaksi dan saya tahu banyak pertemuan dibuat yang diuruskan MBSA bagi mencari titik pertemuan apa yang perlu kita perbetulkan dan perkemasan dan saya ikutilah apa keputusan selain itu kita akan ikut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.
EXCO sebelum masuk banjir sikit. Nak tahu status saya tanya Taman Seri Alam yang banjir bah itu, kolam pecah. So apa terkini dan juga status kolam tersebut? Terima kasih Yang Berhormat.
Ok saya pun bersama melawat menziarahi tempat itu dan saya hadir sebagai EXCO Infra untuk melihat prestasi kolam ini. Jadi sebab itu dah bincang dengan JPS dan Jabatan Teknikal yang lain-lain bawah PBT bahawa kita tidak boleh lagi menggunakan kaedah rubber pitching. Rubber pitching ini kalau dalam pembinaan dia lebih kepada kawasan yang rata, boleh. Tapi kalau di kawalan slope itu, tempat itu agak slope, curam, dia tidak boleh sebab dia tidak boleh menahan air. Dia hanya boleh membantu mengurangkan hakisan sahaja. Tapi menahan air tidak boleh. Apa yang berlaku di tempat ini ialah air itu dia design untuk dua meter aje sebab outlet dia itu keluar pada kedalaman dua meter. Walaupun kolam ini dibina tiga meter, tapi dia sebenarnya boleh bertahan dua meter. Sebab itu air akan keluar pada dua meter. Tapi disebabkan backflow air longkang di luar itu menyebabkan dia lama duduk pada tahap tiga meter dan saya yakin ada berlaku over topping atau air yang melimpah dan menyebabkan runtuh. Jadi, itu antara saya yakin dan saya ada bincang dengan konsultan mereka bersetujulah ini antara punca. Sebab tu untuk tujuan ke depan dalam kolam takungan yang di kawasan slope ini, yang macam ini dia perlu membina retaining wall ataupun struktur yang lebih kuat untuk menghalang daripada berlaku. Jadi, itu dari segi teknikallah.
Cuma, kebetulan masa itu penduduk pun ada sama, tentulah ada yang terlalu agak ni jugalah. Tapi saya berjaya menenangkan keadaan, dan saya dah panggil pihak pemaju supaya berbincang untuk diselesaikan isu-isu berkaitan dengan tuntutan dan sebagainya. Jadi, ini dan saya difahamkan pejabat penyelaras DUN dan juga Unit Bencana, Unit Bencana ni sebenarnya di bawah Pejabat Daerah. Dia dah minta supaya duduk dan cari titik pertemuan antara daripada prinsipnya pemaju bersedia untuk membagi, membagikan some token ataupun ex-gratia. Tetapi amaun tu perlu di bincang bersama antara penduduk dengan pemaju. Dan kalau ada perlu kepada penyelarasan oleh pihak Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah tentulah sebaik-baiknya. Untuk bab ni dianggap macam bencana jugalah yang menyebabkan banjir masuk banyak rumah. Jadi saya harap benda tu dapat penyelesaian. Setakat ni saya tidak dapat maklumat terbaru apa yang berlaku tentang perbincangan mereka. Tapi peringkat itu memang ada pertemuan itu berlaku. Itu yang saya difahamkan.
Saya boleh tambah sedikit. Untuk ex-gratia semalam, minggu lepas pihak pemaju telah memberikan bayaran RM1,500.00 untuk awallah tapi saya beritahu kat penduduk jangan ikat dengan sebarang perjanjian apa-apa sebab kalau sebab mereka tak berhasil akan berhak untuk bawa ke mahkamah cuma apa yang penting sekarang ni, semalam hujan balik. Semalam hujan lebat, penduduk dan WhatsApp, dia kata air tu dah naik, naik ke tingkat yang maksimumlah, hampir keluar. Jadi saya ingat kena sedia pam yang memang permanent kat situ. Sebab kalau misalnya malam semalam, sempat dah pam dah keluar tapi kalau hujan tu memang terlalu lebat, so, saya minta syorkan supaya pihak JPS atau pihak MPKS memang kena ada standby yang. Yang itu company punya. Kalau boleh memang kena siapkan satu pam yang memang standby sebab kemungkinan untuk berlaku lagi boleh air tu melimpah. Cuma ada cadangan daripada pihak penduduk. Itu lah tapi option dia pick and cash kena buatlah untuk mencari tempat baru sebab saya rasa untuk tempat baru ni satu benda yang kena kaji dengan teliti dan saya ingat kajian-kajian yang menyeluruh daripada tebatan banjir daripada awal sungai tu sampai ke belakang ke sungai tu perlu dibuat oleh pihak JPS supaya benda tu tidak berulang lagi. Terima kasih EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Saya, sebenarnya saya lupa sebut tadi, sebenarnya isu yang backflow yang saya sebut tadi tu kajian memang ada dibuat sebelum ini oleh JPS di sungai, Sungai Buloh itu sendiri dan perlu di upgrade kan sehingga ke longkang itu sehingga ke outlet dia. Kalau kita tak buat begitu, air akan mengalir masuk balik. Air kat situ memang akan backflow sebab longkang itu tidak, parit itu tidak memenuhi kapasiti yang diperlukan. Ini yang kita telah, saya dah minta pihak JPS supaya lihat pelaksanaan itu segera dibuat untuk memastikan bahawa air aliran daripada kolam ni akan dapat terus keluar. Apabila dia sampai dua meter aje dia keluar dia terus ke sungai. Jadi, ini tidak akan menyebabkan
nanti takungan melebihi dua meter. Walaupun kita telah perkukuhkan tebing tu dengan retaining wall yang permanent, tetapi dia di design untuk dua meter sahaja. Jadi dua meter kena keluar air itu. Saya akan follow up itu untuk pastikan itu berlaku. Untuk yang
Yang Berhormat, sikit aje. Tadi saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat EXCO tentang isu banjir di Dusun Tua. Jawapan Yang Berhormat memang melegakanlah penduduk Dusun Tua. Cuma sekarang proses pelaksanaan saya dengar taklimat yang, penggal yang lepas, projek tebatan banjir RM512 juta daripada Kerajaan Federal itu, tengah dalam proses. Yang taklimat lepas mungkin mengambil masa enam bulan dan Yang Berhormat juga maklum untuk Batu 16 dan juga Batu 10 lebih kurang dalam RM10 juta. Saya kira dah berlalu tiga bulan tapi masih lagi belum ditender ataupun proses untuk tawaran ini berlaku dan terima kasih tender untuk Sungai Sering tapi kecil dalam RM2 juta tu dah ditenderkan. Cuma persoalan saya Batu 16 dan Batu 10 ni bila nak laksanakan, dah tiga bulan berlalu?
Saya akan telitilah ya isu. Kadang-kadang isu setengah tempat ni menyebabkan pengambilan tanah, ada juga melibatkan pengalihan utiliti. Yang ni perkara ini saya dah bincang sebelum ini, kita kalau berita, sebelum ini bila kita buat kontrak tiba-tiba berlaku pengalihan utiliti, dia akan menyebabkan delay projek itu dan kita kontraktor boleh claim. Jadi sekarang ni saya dah minta supaya kalau boleh pengambilan tanah dengan isu utiliti ni dibuat dulu. Jadi sebelum kita avoid kontrak itu. Jadi ini akan memudahkan kerja. Tapi ini proses bukan yang mudah. Untuk proses yang panjang yang kadang-kadang setahun pun tak selesai lagi pengalihan utiliti ini. Ini saya akan cuba tengok case by bagaimana kita boleh percepatkan projek ini. Ini satu perkara yang memang sukar saya akui memang sukar tetapi kita kena buatlah. Itu yang kita kena sering hadapi.
Saya nak menarik perhatian juga isu keterjaminan makanan ni yang dibangkitkan. Ada dua ialah satu, daripada Sungai Panjang, Sungai Bernam dan juga Hulu Bernam berkait dengan isu sawah dan juga isu kelapa ni. Yang kelapa ni saya nak sebut situ saya kata, saya ingat lagi mula-mula jadi EXCO, kelapa ni ada longgokan. Dari longgokan itu bukanlah gred A, B, C. Gred chai dipanggil, chai yang tiada gred tu. Jadi dia longgok, dia buat itu dia mahu, saya ingat masa tu Sidang Dewan. Jadi saya, apa yang saya buat, kelapa ni longgok banyak sangat dia kecik, dia tiada harga. Jadi, saya kata minta FAMA, kita beli mesin, kita buat santan. Buat santan saya offer yang masa tu chai yang tiada harga kita offer RM0.30. Yang mana gred A, RM1.20 masa tu kelapa kita offer lebih RM0.20, RM1.40. Kita beli kita kira balik santan tu kita jual kita dapat untung lagi. Walaupun kita beli kelapa mahal, petani untung, santan pun kita jual untung tapi tidak melebihi pasaran dan pasaran pelanggan mutu. Jadi, sampai hari ini ada lagi. Tapi sekarang ni kekurangan kelapa. Kita memang masalah besar. Kelapa, santan, santan ni
dah naik sampai RM20.00. dan apa yang kita buat saya perhatikan kita kawasan kelapa sangat luas di Sabak Bernam. Saya ingat kalau tak silap saya dalam 12,000 hektar keseluruhan. Memang tinggi. Tapi masalahnya banyak kelapa ni kelapa dah tua. Dan kita perlu penanaman semula.
Dan saya nak cadangkan yang terbaik untuk Selangor. Terbaik untuk Selangor ialah matak. Tapi matak pergi cari benih tiada. Macamlah nak bela kambing, blackbelly barbados. Bagus punya kambing, sedap, membiak cepat, lepastu tahan penyakit. Pergi cari mana kambing tiada. Jadi, kita tahun ni kita dah dapat budget daripada Federal baru dapat berita Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat dia akan bagi duit untuk kita buat penternakan blackbelly barbados ni sebagai baka untuk kita agihkan kepada penternak. Sama juga matak ni apa yang kita buat, dah payah kita bincang Jabatan Pertanian kita dah buka 50 ekar dah tanam pun dah setahun dah. Dekat dengan Sungai Tawar tu, SSAP sungai Air Tawar itu, 50 ekar tu nursery tu adalah penanaman benih matak. Lagi tiga tahun InsyaAllah, dia empat tahun. Tu benih-benih ini kita bukan nak jual, kita nak agihkan kepada petani kita yang ada ladang kelapa ni supaya dia dapat penanam semula berperingkat-peringkat. Matak ni yang terbaik, kelapa yang terbaik. Jadi, InsyaAllah ini dalam, dah laksanakan, dan sebab itu kita penyelesaian kita. Buat sementara itu, kena belilah daripada banyak, daripada Indonesia pun banyaklah bukan sahaja kelapa, dia punya sabut dia pun untuk apa cocopeat tu penanaman kita pun terpaksa import daripada Indonesia. Itu yang, jadi ada usaha daripada Selangor untuk mewujudkan. Dan tentang sawah ni, yang berkenaan air lah yang lain kalau kita panjang, saya dah sebut sikit
Boleh Yang Berhormat sikit yang kelapa tadi. Sebab apa Yang Berhormat, di luar sana isu kelapa ni memang isu yang sangat besar Yang Berhormat. Kalau kita keluar Dewan ni memang semua rakyat bertanya tentang santan. Saya pun terima WhatsApp santan hari ni naik harga lepas saya bahaskan yang lepas. Jadi Yang Berhormat, untuk kita tunggu proses untuk menanam baka matak ni mengambil masa tiga tahun untuk berbuah. Empat tahun lah, empat tahun untuk berbuah. Jadi, empat tahun ini rakyat Negeri Selangor ataupun rakyat Malaysia ni bertanyalah, empat tahun ni bagaimana kita. Jadi, Yang Berhormat sendiri bersama dengan Kementerian Pertanian saya kira satu sekapal. Jadi, bagaimana perbincangan Yang Berhormat boleh sebutkan dalam Dewan ini tentang bagaimana cara kita nak menangani isu yang mendesak ini sebab Ramadan dah sangat dekat Yang Berhormat. Saya di tempat saya ada peniaga santan tu, orang OKU dan sebagainya. Saya takut juga sekiranya mereka ni akan kehilangan peluang untuk menjana pendapatan. Jadi Yang Berhormat, ini isu yang besar, saya ingat Yang Berhormat perlu jawab dengan betullah supaya rakyat Negeri Selangor dapat manfaat daripada jawapan ini. Terima kasih.
Jawab pasal itu, betullah tu. Memang itu perancangan kita. Kita kena ada perancangan jangka panjang. Jangka pendek ni tiada pilihan, kena import aje. Itu sahaja. Macam mana kita nak produce, ataupun boleh kita kurangkan makanan ni. Jikalau sebut itu nanti kat luar kena bantai saya. Kurangkan makan santan. Saya pelik kita punya masakan tapi bila pergi ke Sabah, Sabah kelapa banyak, dia santan kurang. Sebab tu kelapa dia apa yang dia buat, saya kata kenapa tak bawa ke sini. Banyak kelapa mereka, kelapa matak pun banyak kat sana. Tapi dia kata tak, kami sini kurang makan santan. Jadi kita buat apa, buat ni virgin coconut oil. Dia produce daripada kelapa keluarkan VCO. Sebab dia kurang santan ni, keperluan santan ni. Jadi mungkin kita boleh cadangkan kelapa daripada ataupun daripada Sabah untuk bawa ke. Jadi saya akan bawa perkara ni ke atas dan memang kita dah sampaikan dah sebelum ni isu kekurangan bukan sahaja santan, kekurangan bahan kelapa ni cocopeat tu. Itu menyebabkan masalah pada media untuk nak menanam tanaman tu. Bila cocopeat tiada, susah. Jadi itu kita akan teliti.
Cuma sikit lagi Yang Berhormat nak bertanya Yang Berhormat. Sekiranya pada tahun ke empat nanti baka ni dah ada, dan benih ni akan diberikan kepada pengusaha-pengusaha kelapalah. Adakah supply akan mencukupi ketika itu Yang Berhormat ataupun kita memerlukan sebidang tanah yang lebih besar selepas ini untuk menampung keperluan permintaan santan ini Yang Berhormat. Terima kasih.
Saya, itu salah satu lah yang kita hadapi satu ketika dulu kelapa ni tidak begitu menguntungkan. Sekarang ni memang menguntungkan. Malah kita buat kajian satu hektar kelapa dengan satu hektar kelapa sawit, kelapa jauh lebih untung, lebih untung daripada kelapa sawit. Jadi mungkin kita boleh buat promosilah, sebahagian daripada ladang sawit kita mungkin tukar kepada, kalau kita nak tambah. Sebab Selangor ni kita tiada pilihan macam sawahlah. Bila menteri tanya Yang Berhormat macam mana Selangor, boleh tak kita tambah lagi kawasan sawah. Saya kata nak tambah kat mana, kita tu aje yang ada. Jadi, yang apa kita boleh buat kita naikkan keluaran dia. Itu kita boleh buat. Sama juga dengan kelapa ni, the only way kalau kita tak boleh tambah tanah, sebab tanah kita sangat terhad, kita boleh keluarkan kelapa yang bernilai tinggi. Sebab tu saya sebut matak tadi. Jadi walaupun kawasan yang kecil, sama, tapi keluaran kita lebih. Yang ni kita boleh buat, tapi tu makan masa. Untuk masa jangka pendek ni saya rasa itu aje cara dia untuk kita sebab empat tahun kan. Itu aje cara dia ialah supaya kita mengimportlah tidak ada pilihan. Jadi kita kena teliti tempat mana yang boleh membawa, sebab ni bulan puasa memang keperluan raya lagi, rendang kita nanti, lemang kita macam mana. Jadi, jadi satu isu yang besar jugalah sebab menjelang Ramadan ini kita akan hadapi masalah dari segi harga santan. Itu saya telah bangkitkan dengan ke menteri.
Tentang sawah ni saya cuma sebut sikitlah. Kita dah ada kajian sebenarnya bagaimana penggiliran guna air ini. Bukan tiada, memang ada dibuat kajian. Jadi kita mengambil kira, apa nama dia dipanggil ISA. ISA ini Irrigation service area dibagi kepada empat iaitu ISA satu, sawah sempadan Sungai Burong. Yang ISA dua ini, kawasan dua ini ialah Sekinchan dengan Sungai Leman. Yang ketiga, Pasir Panjang Sungai Nipah. Yang keempat, Panchang Bendena dan Bagan Terap. Jadi empat ni pusingan dari segi penggunaan air dan ada masa dia. Macam yang ISA satu ni Januari Julai, Januari dan Julai. ISA dua, 1 Februari – 1 Ogos. ISA 3, 1 Mac – 1 September. ISA empat, 1 April – 1 Oktober. Jadi ini yang dibuat untuk seimbang kegunaan air. Tapi ini pun tak mencukupi sebab air kita macam yang saya sebut la, Yang Berhormat pun ada sebut. Kurang. Ada cadangan dari Yang Berhormat Sabak tu. Saya akan teliti dan tengok balik macam mana. Tapi yang pastinya, permohonan kita pada Persekutuan tu yang saya sebut 1 billion tu memang termasuk satu pembinaan kolam baru untuk penggunaan bekalan air bagi sawah. Itu memang ada. Kalau tak silap saya dalam 200 juta kos. Kita akan bina. Jadi ini saya akan push untuk dapatkan kelulusan untuk dapat laksanakan bagi mengisi sawah padi kita.
Sungai Panjang mohon mencelah. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Sungai Panjang bangkitkan 3 perkara dalam perbahasan. Pertama tentang giliran ataupun penjadualan. Jadi apa yang Sungai Panjang maksudkan dalam penjadualan tersebut, di bahagian yang keempat cuba di peringkat agensi mengatur dan mengkaji semula supaya bahagian keempat ini dia tidak sama dengan FELCRA sebab kami ini dekat dengan Perak. Antara isu yang dibangkitkan, kami juga buat tuaian dan Perak buat tuaian. Jadi harga itu dia akan ikut harga sebelah sana. So, penjadualan itu dipusing. Itu yang pertama. Yang kedua yang saya bangkitkan tentang subsidi. Mohon di peringkat kerajaan Negeri berbincang dengan agensi dan juga konsultan agar konsultan ini tidak perlulah serahkan kembali kepada pengusaha sawah seperti sebelum ini. Sebelum ini Ketua Blok, dia jaga baja. Dia dapat satu kampit RM1.00, RM2.00. Lepas tu dia bagi orang kampung hantar baja. Dapat RM2.00, RM3.00. Jadi ada duit sampingan kepada petani-petani. Kalau kos hantar ambil semua, petani ni dia tak ada duit sampingan. Tunggu 6 bulan, 3 bulan baru potong. Dan yang ketiga, mohon kerajaan negeri memikirkan cara dan kaedah. Yang saya cadangkan supaya diberi intensif kepada petani yang menanam padi untuk beras. Bukan benih. Saya sebut apa tadi. Oh. Silap. Minta maaf. Supaya petani diberikan insentif. Yang menanam padi beras. Bukan padi benih. Padi benih dia harga tinggi lah. Sebab petani ni dia tak ada pencen. Padahal dia yang memberikan banyak khidmat kepada negeri dan juga negara. Daripada sekecil-kecil pangkat sampailah kepada istana pun daripada hasil petani. Sepatutnya kita bagi mereka pencen. Tapi kita tak mampu untuk buat sedemikian. Maka kita bagilah yang sebolehnya kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Prihatin dengan isu sawah ini. Saya memang akui. Memang kita banyak beri subsidi dan kita akan terus bantu. Tentang air tu kita kena kaji balik sebab dia bukan mudah kita nak menguruskan air ni sebarangan tukar jadual. Memang ada jawatankuasa khas yang mengkaji ini. Supaya untuk mengelakkan daripada kekurangan air di sebahagian tertentu dalam di Barat Laut ini. Ini kita akan tengok balik pandangan Yang Berhormat dan kita akan bagi pertimbangan. Sebab dia clash. Harga padi, agak turun tapi kita akan subsidi. Memang tetap kita memantau dan saya ada sebut, satu hektar, kerajaan memberi subsidi RM4000. Input dan output. Memang RM4000 satu hektar. Itu subsidi dia. Yang tertinggi dalam mana juga tanaman dalam negeri kita ini padilah yang paling tinggi. Dan sekarang ni naik pula harga lantai. Sudah dinaikkan daripada 1300 kepada 1500. Saya yakin ini ada lagi benda-benda lain lagi yang kita kena tengok. Kaedah penanaman dan sebagainya. Dan juga crop rotation juga kita kena tengok sekarang ni. Saya bersetuju sangat kalau, saya dah cuba nak buat di Sabak tapi petani ni tak berapa yakin. Crop rotation, saya bagi contoh. Kalau kita boleh tukarkan antara jagung dengan padi, ada cadangan ni. Saya dah cadang lama ni. Dia akan beri kesuburan lebih dan penyakit dia putus. Dan hasil jagung, jagung manis ye. Bukan jagung bijan. Jagung manis, satu musim, kita dalam 9000. Dia lebih tinggi dari sawah. Sawah dalam tak sampai. Saya ada perbandingan. Saya boleh banding. Tapi jangan pula tanam jagung dan untung bagus, dia terus jagung sahaja, Dia kena balik kepada sawah balik. Padi jagung. Padi jagung. Ini akan bantu banyak sebenarnya dari segi kesuburan tanah dan juga hasil. Ini kita kena tengok lah. Tapi saya harap nanti, lagi satu saya nak sebut, Ketua Blok, saya dah bincang dengan JPS, saya nak kalini saya nak dapatkan maklum balas. Sebab ada yang Ketua Blok ini tidak berfungsi dengan baik. Jadi, kita main lantik sahaja. Dia tak berperanan dengan baik. Ini saya nak tengok balik. Bagaimana proses ini supaya kita dapat yang terbaik dalam menguruskan kebajikan para pesawah kita di kawasan-kawasan pertanian kawasan Barat Laut ini. Saya nak yang terakhirnya, saya nak sebut mengenai JER ni yang telah dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang dan juga dan juga Hulu Kelang pun ada bangkitkan. Ada lagi?
Terima kasih yang Berhormat EXCO. Sungai Burong ada bangkitkan tentang potongan mutu padi yang diambil dari sampel padi, daripada itu. Kerana itu yang sangat dirisaukan bila minum-minum bersama dengan pesawah ini. Potongan itu kadang-kadang tinggi. Jadi kalau boleh berbincang harga syiling untuk harga potongan tidak melebihi 15%. Komen lah. Dan disebabkan dah terlajak sebut jagung tadi mengisyaratkan kepada tanaman kontan yang lain selain daripada padi, tidak mendapat subsidi baja dan racun seperti mana padi. Jadi permohonan tu tinggi juga. Jadi mohon komen ataupun pandangan.
Yang saya kadang-kadang, saya pernah berucap dulu dengan arwah Menteri Pertanian, Datuk Sallahuddin Ayub dalam ucapan saya cakap dulu pada dia, saya kata saya pun kadang pening memikirkan tanam yang paling banyak subsidi tapi paling banyak yang merugikan adalah padi. Menteri lepas tu nak cakap pun dia rasa tak tahu nak cakap. Gugup dia sebab saya dah mula. Sebab saya pelik bukan kerana saya nak mempersoalkan apa. Saya terkadang hairan kenapa padi ni payah sangat. Sedangkan tanaman lain tak banyak subsidi. Tak ada pun. Tapi hasilnya tinggi. Macam melon. Kalau buat perbandingan, melon, satu tahun pendapatan dengan padi. Padi setahun dua kali. Kita buat bandingan. Pendapatan bersih bagi satu hektar padi, dia boleh mencapai dan mungkin dalam 11,000 keuntungan. Hasilnya. Bersih. Tolak semua. Tapi kalau buat melon, contohnya tanam melon, 150,000. Memang ada perbandingan. Kita buat kajian. Bukan kita cakap kosong ni. Ada kajian. Sama ada jagang ke, jagung bijian ke. Tapi antara yang terbaik ialah melon lah. Ini kena tengok balik la apa dia. Untuk JER, tapi yang dibangkitkan isu pemutuan ini bukan mudah. Pemutuan ini kita tengok. Kalau dia pakai kaedah tabur padi, dia akan tinggi pemutuan dia. Sebab apa? Sebab ada padi angin dan sebagainya. Sebab dia tabur. Tapi yang pakai calit, calit ini transplanting. Dia semai dulu. Lepas tu dia pakai mesin untuk tanam. Baris. Yang ini pemutuan rendah sebab dia kualiti dia tinggi. Ini antara perkara lah. Yang kita kena teliti balik. Sebab, tapi orang tak nak buat calit ni sebab dia kata mahal. Kos dia mahal. Tapi overall net, masih untung pakai calit. Tapi petani, pesawah tak berapa minat sebab dia kena load duit banyak dulu. Ini antara perkara kita kena tengok. Mungkin kita kena beli mesin itu dulu. Tahun lepas, kita dah beli mesin untuk harvester. Mini harverter lebih rendah kerugian padi yang tumpah dari yang besar, mesin tu. Itu kita dah beli. Mungkin tahun ini kita cadang beli tansplanter pula. Supaya dapat bantu kurangkan kos untuk transplanting. Ini antara perkara yang kita tengok ya. Tentang JER ni saya nak sebut yang dibangkit oleh Pelabuhan Klang dan Hulu Kelang ni. JER ni memang program yang sangat berkesan. Sangat menarik dan kita bila sebut, ura-ura kita mungkin tak berhenti saya terima aduan banyak Yang Berhormat. Memang kita tak boleh nak berhenti. Kerana apa, program ini sangat membawa manfaat besar kepada penduduk Selangor.
Jadi kalau kita tengok ni, kajian yang kita telah buat sejak 2022 untuk pengunjung JER meningkat. 80% adalah B40. Walaupun ada juga di kalangan yang M40 yang datang. Itu kajian kita. Jadi bilangan isi rumah B40 ini, jumlah isi rumah Selangor 1.8 juta. Isi rumah B40 40% 720 keluarga. Kurangnya 30% daripada isi keluarga ini, isi rumah ini iaitu 216 ribu keluarga menggunakan JER setiap bulan. Kita punya bancian kita. Jadi manfaat itu ramai. Dan program ini diteruskan. 2022, subsidi 58.7 juta. 2023, 13 juta diperuntukkan. Dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Kos sara hidup. 2024, 13 juta bersama juga dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. 2025, kerajaan Negeri memperuntukkan 30 juta bagi pelaksanaan JER dan penubuhan
Ehsan Mart di setiap DUN. Tahun ni kita target 10 lagi. Untuk extension kepada JER ini. Jadi anggaran kita punya penjimatan adalah antara 10-30%. Ada barang yang kita tawarkan dulu 6 sekarang dah jadi 12. Dulu, contohnya, dulu ayam, daging pejal, telur, ikan kembung, minyak masak dan juga beras. Sekarang kita tambah lagi dengan pampers, dengan tepung dan sebagainya. Biskut dan sebagainya. Jadi kalau kita penjimatan saya bagi contoh, kalau isi rumah dengan 4 ahli keluarga. Kalau sekor ayam dia 4 kali beli sebulan, setiap minggu dia pergi lah. Makna dia akan dapat penjimatan RM24.00. Kalau Daging RM21.00. Kalau telur dia jimat RM7.80. Minyak dia akan jimat RM10.00. Ikan kembung RM30.00. Beras 10.00. Kalau kita kira penjimatan satu keluarga sebulan RM102.80. Dalam setahun sebuah keluarga boleh berjimat 1233.60. Ini anggaran kajian kita yang kita telah buat membuktikan penjimatan atau pun memberi manfaat yang besar kepada kos sara hidup bagi, terutama B40 walaupun ada juga daripada M40. Jadi kita akan teruskan program seperti ini dan juga gudang makanan kita. Kalau kita, gudang kita dah 3 bulan ada stok beras saya yakin, isu beras tempatan ini, kalau timbul kita boleh keluarkan. Untuk stabilkan sebelum ada rancangan jangka panjang lain daripada kerajaan Pusat. Tapi sekarang ini kita baru mula mengumpul untuk 15% dulu. Dia masih baru dan saya yakin dalam masa akan datang akan mampu untuk membantu dari segi food security bagi negara kita. At least sumbangan daripada Selangor untuk selamatkan makanan. Jadi saya ucapkan lagi terima kasih. Ada lagi?
Yang Berhormat EXCO. Terima kasih diucapkan atas insentif jangka pendek walaupun tidak menyelesaikan keseluruhan food security, dengan izin. Cuma ada sedikit soalan tentang kualiti barangan yang dalam JER ini sebab ada dibangkitkan juga. Adakah itu kualitinya beras yang mudah basi, mudah rosak. Kualiti beberapa item makanannya yang sebegitu rendah. Jadi memang itu kah kualiti dan standardnya ataupun macam mana?
Adalah kadang-kadang ada aduan. Tapi keseluruhannya sangat baik. Kualiti ayam. Contohnya ayam. Ayamnya sangat besar. Ayam dia dekat 2 kilo saiznya. Memang banyak dapat pujian dan setakat ini adalah aduan. Itu biasalah dalam kita mengurus. Bukannya stok yang kecil. Kadang-kadang ada berlaku silap stok sana sini. Tapi kebanyakannya Alhamdulillah. Bagus. Dan kita akan terus pantau untuk melihat kalau ada lagi kebaikan penambahbaikan kita boleh buat, kita akan buat, Sebenarnya kita bersedia untuk melihat kalau ada aduan terus sampaikan. Kita boleh tengok. Kadang-kadang ada lah stok-stok yang campur tapi keseluruhannya, bagus. Alhamdulillah. Dan kita akan teruskan. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat sama dan moga jawapan saya dapat memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pandan Indah. Dengan ini saya terus menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat penggulungan. Dipersilakan.
Terima kasih Speaker, Ahli-ahli Dewan yang budiman sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih khusus mewakili seluruh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pasukan Pentadbiran Negeri di atas sidang yang telah berlangsung sehingga hari ke enam, pada hari ini. Dan kita hampir selesai untuk membahaskan bagi Titah ucapan DYMM Tuanku sempena dengan pembukaan sidang ini. Mengikut kiraan mudah saya kira-kira ada 41 orang Ahli-ahli Dewan Negeri telah mengambil bahagian dalam sidang perbahasan menjunjung kasih Titah DYMM Tuanku dan bagi pihak Pentadbiran, sekali lagi saya menyanjung tinggi di atas pandangan, cadangan, teguran yang berasas sepanjang persidangan ini berlangsung. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memulakan dengan apa yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang berkenaan dengan hari bersidang. Untuk maklumat Yang Berhormat, jumlah hari yang diwartakan setiap tahun untuk sidang Dewan Negeri adalah sebanyak 30 hari. Itu adalah rule atau pun konvensyen biasa yang telah ditetapkan dan biasanya Kerajaan Negeri akan memohon perkenan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk satu tempoh-tempoh yang dijangkakan atau pun yang diwaktukan ia boleh berlangsung daripada waktu yang telah ditetapkan. Dengan sebagaimana yang saya sebut dalam jawapan saya dalam beberapa sidang yang lepas, bahawa kita turut mengalu-alukan sidang-sidang sampingan yang berlangsung daripada peringkat jawatankuasa-jawatankuasa. Kalau kita ukur secara keseluruhan, jumlah hari bersidang termasuk perbincangan jawatankuasa dan sebagainya kita akan bersidang lebih daripada 3 bulan atau pun hampir 3 bulan secara keseluruhan dan menepati kepada konsep hari persidangan atau pun jumlah hari persidangan di negara-negara Komanwel. Tapi kalau kita bandingkan dengan negara seperti United Kingdom yang menjadi reference kita sebagai sistem demokrasi, sudah pasti jumlah kita masih lagi berkurang. Kalau kita lihat di BBC sebagai contoh, ada dipaparkan di peringkat jawatankuasa sama ada secara langsung atau pun secara rakaman. Rakaman-rakaman dan juga perbualan rancangan perbincangan di peringkat jawatankuasa dan perbincangan daripada jawatankuasa ini sebenarnya sangat baik kerana kita dapat lihat secara rinci apa persoalan-persoalan yang dibangkitkan dan sidang ini kita dapat bahaskan perkara-perkara yang dibahaskan secara dasar atau pun secara konsep tour supaya kita boleh melihat hala tuju pembangunan negeri dan hala tuju negeri pada hari ini dan masa depan.
Cumanya, apabila Hulu Kelang selalu menyebutkan hari kita bersidang berkurang, hari bersidang kurang. Saya lihat rekod Hulu Kelang juga tak sampai lebih daripada hari saya bersidang. Dengan penuh semangatnya Hulu Kelang bersidang pada tahun 2014 dan 2015, sebanyak 22 hari daripada 30 hari. Pada tahun 2016, 17 hari, pada tahun 2018,
16 hari sedangkan di Negeri Selangor semenjak daripada tahun 2022 kita bersidang sebanyak 22 hari. Dan pada tahun 2023 sedikit berkurang kerana apa berkurang, sebab ada di tengah-tengah Pilihan Raya Negeri yang terpaksa diadakan sidang kita tidak begitu panjang untuk diadakan. Pada tahun 2024 kita bersidang 22 hari, jadi Yang Berhormat Hulu Kelang, semasa membangkitkan hal ini saya rasa Hulu Kelang pun tidak melihat kepada prestasi yang lepas dengan jumlah persidangan 17 hari, 16 hari pada tahun 2016, 2017, 16 hari pada tahun 2018. Mungkin pada 2018 kita bersidang dalam tempoh itu kerana ada Pilihan Raya, sedikit terganggu dan sebahagian masa yang saya menjadi Menteri Besar, tapi komitmen kita jelas pada tahun 2022, 22 hari. Pada tahun 2024, 22 hari daripada keseluruhan 30 hari persidangan tempoh ini dilakukan. Kalau kita lihat daripada hari pertama, hari pertama persidangan iaitu sesi pertama yang merupakan sesi pembukaan, kalau hendak diukur. Tahun 2024 sidang pertama kita, kita bersidang selama 8 hari. Manakala Hulu Kelang dalam tempoh tertentu pada tahun 2016, sidang pertamanya hanya bersidang 6 hari, hari ini dah dihabiskan. InsyaAllah sidang kita tak akan habis hari ini, kita boleh sambung pada hari esok atau pun pada hari ditetapkan. Tapi bagaimana yang saya sebutkan hari bersidang itu dilihat kepada jadual mesyuarat. Bila jadual mesyuarat dah selesai, InsyaAllah kita boleh habiskan. Tapi kalau ada perbincangan lagi, boleh kita laksanakan tetapi jangan hendak cilok yang bukan-bukan. Contohnya perkara yang tadi dibangkitkan dalam perbahasan, hendak serbu EXCO atau pun saya itu tidak adillah sebab kita siapkan penggulungan ini berasaskan kepada usul-usul dan perkara-perkara yang dibahaskan semasa hari persidangan.
Jadi itu saya rasa penjelasan yang saya rasa boleh dilihat dengan lebih teliti supaya hal ini tidak lagi berbangkit tetapi daripada segi jumlah hari dan jawatankuasa bersidang kita tambah dengan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu kecuali pengerusi tersebut tidak terlibat, contoh Hulu Kelang bila sibuk pemilihan Setiausaha Agong, PAC sudah lama tidak mesyuarat, itu contohnyalah, jadi kita tidak mesyuaratlah.
Hulu Kelang, Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya kira penjelasan seperti ini memang dinanti-nantikan ya oleh anggota perkhidmatan awam, pegawai-pegawai kerajaan dan juga rakyat Negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker, Dato’ Menteri Besar cuba membandingkan ketika saya menjadi Menteri Besar dengan hari ini. Saya tidak ada masalah untuk perbandingan begitu kerana ketika itu beliau juga menjadi sebahagian daripada anggota eksekutif Kerajaan Negeri, itu yang pertama.
Yang keduanya adalah tidak adil untuk Dato’ Menteri Besar membandingkan hari ini dengan 10 tahun yang lalu khususnya daripada segi jumlah anggota Dewan Negeri
daripada pihak Pembangkang. Sudah tentulah penyertaan dan participation Ahli-ahli Dewan Negeri pada ketika itu jauh berbeza dengan hari ini. Dato’ Menteri Besar sedia maklum bahawa inilah jumlah Pembangkang yang terbesar dalam sejarah Negeri Selangor. Bukan sekadar terbesar tetapi Dato’ Menteri Besar daripada segi penyertaan kami participation kami itu cukup aktif. Jumlah soalan yang kita kemukakan, Dato’ Menteri Besar tahu, Tuan Speaker tahu, setiap Ahli Dewan Negeri boleh mengemukakan maksimum 20 soalan, 10 lisan, 10 bertulis. Kami 21 Ahli Dewan Negeri kemukakan maksimum 20 bagi setiap Ahli Dewan Negeri dan itu menyebabkan 420 soalan kami kemukakan. Sebab itu kalau bandingkan dengan 10 tahun dulu, ini Y.B. Sungai Air Tawar duduk sebagai Ketua Pembangkang, tak berbahas, tidak berucap, apatah lagi untuk mengkritik Kerajaan kerana kepimpinan saya ketika itu, kepimpinan yang adil yang menjaga kepentingan semua rakyat. Sebab itu pada tahun 2018, Dato’ Menteri Besar, Sekinchan cukuplah 2 jam merapu semalam, bagi peluang pada saya. Pada tahun 2018 ...
Yang Berhormat boleh ringkaskan.
2018 kenyataannya daripada 56 kerusi, kita menang 51. Ketika itu saya memerlukan ruang supaya semua Ahli Dewan Negeri boleh berucap tetapi apakan daya Sungai Air Tawar dan rakan-rakannya ketika itu tidaklah seaktif macam kami hari ini. Maka hari ini saya hanya mengingatkan tarikh-tarikh itu bukan saya yang putuskan tetapi telah di wartakan, itu adalah proklamasi Tuanku, kalau ketika itu tidak ada keperluan, kita boleh pendekkan. Tapi kalau hari ini saya beri contoh Dato’ Menteri Besar, saya Ketua Pembangkang ini dalam tempoh hampir 2 minggu ini, soalan saya naik nombor 5 dan hari ini nombor 47. Dua soalan daripada 20 soalan yang saya kemukakan, sedangkan ada anggota BBC yang tak tanya soalan begitu banyak pun, naik sampai 2, 3 kali.
Yang Berhormat panjang lagi ke? Ini saya rasa kita tumpu jawapanlah daripada Yang Berhormat Sungai Tua. Ya, boleh ya.
Minta penjelasanlah.
Pendekkan, ringkaskan.
Sebab saya tak nak berbalah isu itu cuma kalau hendak bandingkan dengan sebelum ini, hari ini, jauh berbeza. Jumlahnya ramai, penyertaannya lebih aktif.
Yang Berhormat Speaker, boleh?
Sungai Air Tawar, nanti dulu, nanti dulu.
Hah, ini mantan, mantan Ketua Pembangkang.
Sungai Air Tawar ini adalah flow Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi ...
Fasal dia dok sebut 2, 3 kali menyebut nama Sungai Air Tawar tadi.
Sungai Air Tawar dia kena minta daripada Sungai Tua. Hulu Kelang sudah habis ke belum? Sebab ...
Sikit saja lagi.
Tak apa, tak apa, MB hendak gulung?
Jadi itu sebagai kenyataan balas saya.
Ya, ya, baik, ok.
Saya hanya minta tambahan masa bukan tambahan ...
Saya pun hendak mencelah boleh tak?
Dusun Tua pun hendak? Dusun Tua, Sungai Air Tawar ...
Bukan tambahan masa Dato’ Menteri Besar, tempoh yang telah diwartakan. Kalau boleh supaya soalan boleh jawab, ini EXCO kata kami akan berikan secara bertulis, kami berikan secara bertulis, kami berikan secara bertulis. Kalau begitu kita buat sidang Dewan melalui e-mel.
Sungai Tua, macam mana hendak bagi lagi atau pun ...
Sebab apa, saya hendak jelaskan kalau dibuat secara bertulis Tuan Speaker, kami tidak ada soalan tambahan.
Dan ia tidak direkodkan dalam hansard. Janganlah soalan lisan dijadikan soalan bertulis, jadi oleh sebab kita ada 4 hari lagi sehingga 3 Mac, saya hanya meminta supaya masa ini dihormati. Dalam keadaan kami dulu ada jumlah Pembangkang yang kecil tetapi masih ada 22 hari.
Yang Berhormat Hulu Kelang, sila duduk dulu. Kita faham.
Sama juga dengan hari ini untuk Menteri Besar sendiri mengesahkan ada ketika sebelum ini, kita bersidang 22 hari. Dalam keadaan Pembangkang terlalu kecil, Pembangkang tidak aktif.
Cukup, cukup Yang Berhormat Hulu Kelang, tak perlu ulang lagi,
Tapi kita masih lagi bersiaran selama 22 hari.
Sudah pun berulang lagi, jadi saya mohon Sungai Tua sama ada hendak bagi kepada Sungai Air Tawar ke atau pun Sungai Tua teruskan.
Saya jelaskan, saya jelaskan.
Cuma fakta itu Yang Berhormat 2018, 51 dengan 5, saya rasa tak betul, 2018 itu saya jadi ADN, jadi ...
2018, 2018 memang 51 tapi keadaan berubah selepas langkah Sheraton. 2008 sampai 2013 itu, 20 orang ADN Barisan Nasional.
Beza dia satu saja, kalau sekarang beza dia satu saja.
Ok, baik Yang Berhormat Menteri Besar.
Saya rasa ini masalah, Hulu Kelang ini bila orang kata celahan, bukan membebel, membebel namanya. Yang Berhormat sekalian, bila saya sebutkan saya hanya bandingkan dari segi fakta, sebab itu faktanya kalau Yang Berhormat kata, hormat warta, masa Yang Berhormat jadi Menteri Besar tak hormat wartalah, 16 hari. Dia boleh, orang lain tak boleh (Dewan menepuk meja) tak ada suara, ini orang lain sebut, ini sedekah, tak ada pun rasuah, tempat dia sedekah, menjadi masalah.
Yang Berhormat Hulu Kelang, duduk, duduk. Tidak diberi laluan, tidak diberi laluan.
Sebab itu Yang Berhormat, saya hendak sebutkan tidak menjawab persoalan pokok. Amat memalukan.
Tidak diberikan laluan. Hulu Kelang tidak diberi laluan, sila duduk, duduk.
Sangat memalukan kalau tak faham, sangat malu sangat tak faham. Hebat tahun 2017, 16 hari bersidang, 2022, 20 hari sidang.
Hulu Kelang ...
Pembangkang yang besar, pembangkang tidak ada mengapa hendak dibandingkan dengan begitu.
Hulu Kelang ...
Ahli Dewan kita 56, dulu 56 sekarang 56. Tak ada Sidang yang ditentukan dengan sebab Pembangkang atau pun Kerajaan. (Dewan bersorak sambil menepuk meja). Jadi Ahli Dewan saja dah lama macam ini tapi spiritnya halusinasinya lebih, mimpinya lebih, angan-angan lebih ...
Tapi spirit nya, spirit nya...Ada untuk soalan, ada untuk penggulungan, itulah Speaker Dewan Negeri, bukan soal jumlah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Kelang, saya mohon Yang Berhormat Hulu Kelang duduk. Tadi pun ada di kalangan Pembangkang yang mohon Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab, jadi bila Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar menjawab dan tidak memberi laluan, Yang Berhormat Hulu Kelang duduk, duduk, duduk.
Saya hendak teruskan satu lagi.
Tidak perlu ada lagi, tidak ada lagi laluan Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Kelang tidak ada laluan. Hulu Kelang tidak ada laluan, tak ada laluan. Tak ada laluan ramai yang ingin mendengar penjelasan, ada lagi soalan daripada ADN semua perlu dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Biar saya bertembung dengan Sungai Tua. Dia telah membuat tuduhan..saya tidak..
Hulu Kelang, Hulu Kelang, tidak perlu bertembung, kita dalam perbahasan dalam penggulungan. Balakong, Hulu Kelang, duduk, tidak ada laluan daripada Sungai Tua. Itu sahaja. Saya tahu, tetapi tidak ada laluan, sila duduk. (Tuan Speaker menutup mikrofon) semua duduk, duduk, semua duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk sebab nanti akan ada jawapan daripada Menteri Besar tidak ada laluan, tidak ada laluan, itu isu baru, Yang Berhormat Hulu Kelang, cukup, cukup, cukup, cukup Hulu Kelang cukup, cukup. Yang Berhormat Hulu Kelang, ada masa berjam-jam untuk membahas dan memberi ucapan duduk Yang Berhormat Hulu Kelang. Laluan tidak diberi, tidak ada laluan Yang Berhormat duduk, saya tahu, duduk, itu sahaja. Yang Berhormat semua duduk, Balakong duduk, Lembah Jaya duduk, Batu Tiga duduk, Sungai Panjang pun duduk, tadi saya nampak Kota Kemuning duduk, laluan Sungai Tua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dia beri laluan, diberi kalau tak ada laluan semua duduk dan dengar. Itu sahaja teruskan.
Saya hanya sentuh hari bersidang kerana Yang Berhormat bangkitkan hari bersidang. Saya bagi faktanya dengan hujahannya Yang Berhormat tidak menghormati warta.
Apa kena mengena dengan PAC?
Yang Berhormat ...
Ya Allah ya rabbi sabarlah, ikut peraturan mana melompat-lompat macam tu?
Yang Berhormat tiada laluan.
Sekarang saya bangun. Saya bangun minta laluan boleh? Tak boleh, duduk dulu?
Tak boleh. Tak habis. Tak habis lagi. Tak habis. Telinga panas.
Sungai Tua, Sungai Tua teruskan. Yang Amat Berhormat.
Bukan nak jawab apa memang faktanya berapa minggu ini memang tak buat Mesyuarat PAC jadi kuranglah sikit jadual…
Kenapa tak datang Mesyuarat SELCARE?
Duduk, duduk, semua duduk.
Kenapa tak datang Mesyuarat SELCARE?
Duduk. Duduk. Kita Dewan Negeri Selangor perlu mendengar daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Semua duduk. Hulu Kelang tertib. Kita perlu dengar dan kita harus dengar. Ini adalah pengumuman daripada Menteri Besar kita lama menunggu sudah seminggu lebih kita bahas dan gulung dan sekarang harinya kita perlu jawapan. Kalau ada soalan nanti tanya kalau diberi laluan. Itu sahaja. Ikut Peraturan 35. Ya Peraturan Tetap 35. Semua peraturan ada di situ. Teruskan.
Baik. Terima kasih. Aircond off ke apa? Panas tiba-tiba ni.
Masa tidak mengizinkan. Saya mohon Yang Amat Berhormat Menteri Besar sila teruskan.
Iyalah. Saya teruskanlah ni, saya teruskan. Faktanya 56 orang Ahli Dewan. Dulu pun 56 sekarang 56. Perbahasan je pun dah berapa fasal ada. Tapi maksudnya janganlah buat pertimbangan yang tidak adil. Ini pertimbangan tak adil. Jumlah pembangkang kurang. Jumlah pembangkang kurang sama. Lebih dua, tiga saja. Tahun 2008, jumlah pembangkang ada berapa? Ada 20. Dusun Tua berbahas berapa lama? Dulu dia berbahas juga banyak isu dia timbul. Tiga alam, empat alam semua dia timbulkan.
(Dewan Ketawa)
Sungai Air Tawar bahas. Bahaslah juga. Yang Berhormat jawab tak? Yang Berhormat jawab. Keluar carta lagi masa tu.
Hulu Kelang yang tak berbahas.
(Dewan Riuh)
Memang betul. Itu yang saya nak tambah. Semasa Yang Berhormat Hulu Kelang menjadi menteri.
Ingat Menteri Besar je panas. EXCO pun panas. EXCO pun panas.
Yang Berhormat Menteri Besar nak beri laluan? Tidak ada laluan. Tidak ada laluan. Saya mohon semua tenang sebab dalam perbahasan
Masa itu, masa itu dia ketua pembangkang. Dialah patut bahas tapi dia bisik pada saya dia kata min aku tak tahu nak cakap apa. Jadi saya lah yang cakap.
Yang Berhormat Speaker, yang ini sangkaan jahat. Yang Berhormat Speaker saya sewaktu jadi ketua pembangkang, saya berbahas saya semak dan imbang malahan Hulu Kelang pada ketika itu tak buat. Tak masuk Dewan pun mengalahkan jawatan Menteri.
(Dewan riuh)
Gombak setia. Gombak setia duduk. Duduk. Tidak ada laluan. sekarang ini Menteri Besar beri laluan kepada Sungai Air Tawar jadi selepas itu tak apa... Tenang, tenang.
Besok, tak apa Dewan boleh keluarkan berapa hari Hulu Kelang bahas dalam sidang lepas. Kalau salah saya hadir, saya menyertai soal panjang atau pendek sebab dia ketua pembangkang....
Cukup, cukup. Tiada laluan Yang Berhormat. Tiada laluan. Bagi Menteri Besar memberi jawapan.
Saya minta elok-elok pun dia tak bagi. Cepat lah.
Kita nak dengar sebab dah lama menunggu jadi seminggu lebih..
Faktanya, faktanya 22 hari lebih banyak daripada masa Yang Berhormat. Ada juga masa saya sikit Yang Berhormat. 2020, 2021 sebab masa itu pandemik.
Alasan.
Bukan alasan, Parlimen pun tutup. Apa lah.. Apaaa. Keluar Parlimen pun tak berani. Sembang.
(Dewan Riuh)
Masa pandemik guna alasan pandemik. Masa tak ada pandemik sidang tidak mahu bersidang. Hari ini ada pandemik sekarang? Kali ini ada pandemik ke tak ada pandemik. Tak berani juga. Jawablah soalan.
Memang benar masa tu. Saya Adun juga masa tu. Tak apa. Cukup Hulu Kelang. Cukup Hulu Kelang.
Saya jawab soalan Pandan Indah.
Yang Berhormat Hulu Kelang duduk. Duduk. Hulu Kelang Duduk. Duduk, duduk. Hulu Kelang duduk. Hulu Kelang diam. Duduk, duduk. Duduk, duduk, duduk. Saya mohon maaf kepada semua. Tapi Hulu Kelang ini kena tengok sekarang ini tiada laluan memang tiada laluan. Kalau tidak ada laluan bertekak nak berdiri pun tak berguna sebab kita ada soalan daripada semua Adun. Semua Adun daripada pembangkang tadi pun ada sebut bahawa mereka nak dijawab jadi kita tunggulah jawapan daripada Menteri Besar itu sahaja. Kita sabar, sabar, sabar. Saya mohon Yang Amat Berhormat Menteri Besar teruskan, masa tidak mengizinkan lagi. Jangan beri laluan. Tidak perlu beri laluan. Tidak perlu berdiri.
Tak apa, saya akan beri laluan nanti kalau masa saya sempat....
Kalau Yang Amat Berhormat bagi saya benarkan tapi kalau tidak benar itu saja....
Ini hari bersidang sahaja. Saya bagi fakta je.
Kenapa Tuan Speaker pengaruhi jangan beri laluan?
Astaghfirullahazim. Sudahlah tu. Bagi la MB jawab. Aduiii.. faktor umur betul lah..
Nak beri laluan ke tak nak beri laluan? Itu sahaja.
Nak jadi speaker ke?
(Dewan riuh)
Ini masalah dia. Dia tutup Parlimen tak boleh bersidang tahun 2021 takut. Dia yang takut Tun Mahathir bertempur di Dataran Merdeka terus tutup sidang. Ketua pembangkang mana pada masa tu.
Pada ketika itu bukan kita je tutup. Itu tindakan satu dunia, soalannya hari ini pandemik dah tak ada.
Alasan, alasan.
Hulu Kelang Duduk, Hulu Kelang duduk. Kalau macam ini kita tak berkesudahanlah. Kita..kalau macam ni. Kita tidak ada pandemik tetapi sekarang ini kita merupakan penggulungan Menteri Besar. Hulu Kelang kena ikut Peraturan Tetap. Kalau tidak ada laluan daripada Menteri Besar ataupun sesiapa Ahli yang sedang berucap Hulu Kelang kena duduk juga. Itu sahaja. Senang sahaja. Sila fahamkan.
Saya jawab soalan. Yang Berhormat saya jawab soalan keluarkan fakta. Balik pandemik, pandemik, pandemik itu sahaja. 2016, 2017 tak ada pandemik. 16 hari. Selangor ada pandemik 16 hari tahun 2021 apa cerita?
Sebab itu saya nak jawab ketika itu...
Cukup. Cukup.
Lepas tu masalahnya Yang Berhormat orang seperti itu tak boleh terima fakta.
Saya nak minta laluan, saya nak minta laluan
Tak boleh terima fakta jadi diam dulu. Jangan melompat. Duduk relax.
(Dewan Riuh)
Apabila Menteri Besar cakap tidak hendak dulu, tidak memberi laluan maksudnya tidak ada laluan. Itu sahaja. Tidak ada laluan. Tengok Duduk. Dipaksa duduk. Tak boleh. Dia tak dibenarkan. Tidak dibenarkan. Tidak dibenarkan.
Hari bersidang baru ini, panas lagi. banyak lagi..
Saya nak minta laluan.
Duduk, duduk.
Duduk.
Bila saya tak minta dia suruh minta. Bila saya minta nak minta tak dapat.
Itu terpulang kepada Menteri besar. Itu sahaja tertib dia Yang Berhormat perlu tahu. Cukup itu sahaja. Cukup, cukup. Teruskan. Teruskan. Menteri Besar teruskan. Teruskan.
Itulah masalah Hulu Kelang ini dia boleh orang lain tak boleh. Perangai tak sudah, sudah. Saya jawab soalan. Saya dah jawab soalan. Saya bagi laluan tadi membebel, mencerca, merengek itu fasal apa?
Tak apa itu tadi sekarang.
Dah tak yah. Merengek tak ikut warta. Dia pun 16 hari tak ikut warta. Apakah jadahnya. Macam ni rupa ketua pembangkang.
Sungai Tua. Sungai Tua.
Saya rasa Gombak Setia lagi layak lagi.
(Dewan Riuh)
Duduk, duduk, duduk. Hulu Kelang duduk. Hulu Kelang sila duduk. Gombak Setia...
(Dewan Riuh)
Teruskan. Teruskan.
Menteri Besar kalau koyak macam ini biar luka....
Menteri Besar tidak memberi laluan. Menteri Besar sila teruskan..
Saya nak tengok macam mana dia dikoyakkan. Tengok perangai dia macam mana. Saya nak minta laluan.
Saya beri fakta dia tak nak terima.
Tuan Speaker saya nak minta laluan boleh tak?
Tiada laluan. Tiada laluan.
Nak minta laluan apa lagi?
Kerana Sungai Tua mengaku. Hari ini dia bersidang 22 hari....
Yang Berhormat kita teruskan sahaja. Tidak ada laluan daripada Menteri Besar. Menteri Besar sila teruskan.
Saya ini pembangkang....
Yang Amat Berhormat teruskan. Yang Amat Berhormat teruskan. Tiada laluan. Hulu Kelang teruskan.
Itu yang ditanya? Tadi pun dah cakap. Nak ulang lagi buat apa? Saya dah jawab dah tadi tak ada Pandemik 2017 pun, 16 hari. Tak ikut warta.
Hari ini ada pandemik? Tuan Speaker mengesahkan hari ini tiada pandemik..
Yang Berhormat saya tidak terlibat dalam perbahasan.
(Dewan Riuh)
Hulu Kelang jangan koyak la Hulu Kelang.
Duduk, duduk, duduk. Hulu Kelang. Hulu Kelang.
Saya tunjuk je fakta dia tak cukup hari tak ikut warta.
Bukan tak ikut warta tak ikut jumlah. 30 hari dia ada bersidang 30 hari. Itu yang tak cukup sampai sekarang? Baiklah saya sebut tentang Mikro Ekonomi ya. Dah habis dah hari tak hari ini nanti kita tambah la kalau kita ada. Yang Berhormat sekalian. Apasal. Sabar.
(Dewan Riuh)
Yang Berhormat.
Sebagai orang tua dah lama dalam bersidang sedar sikit jadual itu aturan. Nak bercakap bangun. Adoii..
Peturan 35 bangun minta laluan. Mengapa tak bagi?
Yalah saya tak bagi. Aturan saya tak bagi dah habislah. Dah bagi hari.
Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya minta duduk. Arahan daripada saya yang Berhormat Hulu Kelang sekiranya tidak diberi laluan oleh sesiapa yang sedang berucap. Hulu Kelang duduk. Hulu Kelang duduk, duduk, duduk. Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat kena faham Peraturan tetap. Duduk kalau tidak diberi laluan. Kalau Yang Berhormat berdegil lagi saya terpaksa menggunakan kuasa saya. Itu sahaja Yang Berhormat duduk. Tak ada soalan. Duduk, duduk, duduk, duduk. Peraturan saya ialah duduk bila tidak diberi laluan. Itu sahaja. Itu sahaja Yang Berhormat. Tak perlu bertanyakan apa-apa soalan atau petua kepada saya. Saya telah pun mengulangi kenyataan saya kalau ada laluan yang diberi berdiri dan tanyakan soalan. Kalau tak ada duduk, itu sahaja. Mudah. Duduk, duduk. Sidang akan datang kita gunakan peraturan tetap yang sama. Itu sahaja. Sila duduk teruskan Sungai Tua. Masa tidak mengizinkan lagi. Itu kita terpulang kepada Yang Berhormat semua. Dan kemudian kepada Menteri Besar sekarang teruskan dengan penggulungan.
Masalah. Bagi fakta tak tahu. Bangun ulang benda yang sama. Ulang benda yang sama. Susah.
Orang tua ni. Orang tua MB...
Sebab tu dia bangun. Dia bangun. Jawapan soalan. Ini apa. Sabar, sabar. Soalan ke ni. Soalan pun berulang-ulang. Tengok bila Tanjung Sepat jawab.
Jangan membebel.
Saya membebel sebab.... perangai orang berhalusinasi itu susah nak dibetulkan. Ahli Yang Berhormat sekalian mari kita lihat dari sudut sektor ekonomi saya perlu jelaskan dan memperbetulkan beberapa salah faham dan..
Yang Berhormat Tuan Speaker peraturan dewan.
Astaghfirullahalazim. Itulah. Jap, jap. Duduk, duduk.
Taman Medan pemilihan dah habis. Pemilihan dah habis.
Itulah sangkaan jahat sebab saya tengok Yang Berhormat Sungai Tua tiga kali ulang halusinasi ni. Halusinasi ni maksudnya kami..
Kenapa terasa ke? Terasa ke?
Eh ni peraturan Dewan tak faham Bahasa ke?
(Dewan Riuh)
Yang Berhormat, duduk, duduk, duduk. Tidak perlu lagi tidak ditujukan kepada sesiapa pun. Taman Medan jangan bimbang. Duduk, duduk. Duduk sahaja. Duduk, duduk. Silakan. Teruskan.
Its was specific tiga kali dia ulang Yang Berhormat Speaker.
Tidak ditujukan kepada sesiapa. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Ada jawapan daripada Menteri Besar dia jawablah, itu sahaja. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Tadi saya pun dengar tapi tidak dinyatakan kepada sesiapa pun. Jadi saya rasa itu adalah satu kenyataan.. teruskan, teruskan.
Dah, dah pemilihan dah habis. Tak payah interframe.
Kalau terkoyak dengan perkataan halusinasi tu saya tarik balik la tapi lebih kurang bengong juga lah.
(Dewan Riuh)
Teruskan, teruskan.
Yang Berhormat Speaker boleh kita guna bengong dalam...
Teruskan. Ahli Yang Berhormat kalau ada apa-apa aduan boleh lah utuskan secara bertulis kepada saya itu sahaja. Sungai Tua, Sungai Tua, Sungai Tua. teruskan. Teruskan.
(Dewan Riuh)
Ok saya tarik balik bengong, saya tarik balik bengong tapi tak faham-faham bahasa.
Kan betul. Boleh pun.
Yang Berhormat sekalian. Bolehlah. Saya tarik balik. Saya tarik balik kalau saya rasa saya nak. I’m gentleman.
Baik. Terima kasih. Cukup, cukup.
Yang Berhormat sekalian.
Cukup-cukup.
Yang Berhormat sekalian. Apa suara bunyi apa tadi? Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin sampaikan apabila ketua pembangkang memetik tentang GDP Berkapita. GDP Berkapita bukanlah satu garis ukur yang tepat untuk menilai keadaan ataupun perkembangan ekonomi mana-mana negeri ataupun negara. Bagi yang kerap membaca pakar-pakar ekonomi seperti Stiglis telah pun menyatakan bahawa kita harus melihat perkembangan ekonomi dengan lebih teliti dan menyeluruh. Kalau kita memetik GDP Berkapita seperti yang diungkit oleh ketua pembangkang. Maknanya negara maju seperti Amerika Syarikat ataupun China. Dua negeri maju ini akan beradabawah daripada negara seperti Monarko dan Bijistin. Manakala negara yang mempunyai populasi yang tinggi seperti China dan India akan menduduki angka ke 78 dan 162 masing-masing. Itu yang penting untuk kita melihat dengan teliti dan juga cermat apabila ingin membandingkan angka dan data serta fakta. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pendapatan isi rumah di Selangor telah mencapai 10,827 negeri yang paling tinggi di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Malah kadar kemiskinan di Selangor lebih rendah selepas Putrajaya pada kadar 1.2% berbanding negeri seperti Terengganu dengan kadar 6.2% dan Kelantan 12.4%. Jika dilihat dari segi labour force participation rate, Selangor mencatatkan kadar paling tinggi berbanding negeri-negeri iaitu 7.4%, faktor dan indikator ini menyebabkan bank dunia menarifkan Selangor sebagai negeri berpendapatan pada 2 Julai 2024 dengan pendapatan gross national income sebanyak 67 374 di samping kadar kemiskinan yang rendah iaitu sebanyak 1.2%. Kalau kita melihat tentang keadaan kewujudan sosial pula, laporan yang telah dicatatkan oleh MurniNet sebagai contoh yang ditakrif di bawah Kementerian KPKT perumahan dan kerajaan Tempatan satu penilaian yang serasi kita telah menarifkan semua bandar-bandar pada tahun 2024 di negeri Selangor mempunyai markah lebih daripada 94% melebihi kadar daripada kadar mampat dan daripada kadar sosio pula kalau kita dapat lihat 3 bandar kita telah diiktiraf sebagai bandar yang paling bahagia iaitu Petaling Jaya, Klang dan Ampang Jaya. Berbanding Petaling Jaya pada tahun 2022, jadi pertunjuk-petunjuk ini membuktikan bahawa Selangor masih lagi menjadi tumpuan dan prestasi kita sama ada daripada pelaporan tadi tengah hari baru dilaporkan oleh MITI, tahun lepas kita telah mencatatkan 101 Billion Ringgit Malaysia melebihi daripada sasaran kita 55 Billion Malaysia dan kita telah membuka atau menyediakan ruang pekerjaan kalau 55 Billion ataupun 66 Billion lebih kurang 60 ribu peluang pekerjaan yang dibuka sekarang ini jumlahnya mungkin melebihi daripada 80 Ringgit 90 ribu ini adalah the highest record yang pernah dicatatkan oleh Kerajaan Perpaduan di negeri Selangor.
Justeru saya yakin perbandingan yang dibuat oleh Hulu Kelang dengan menyebut per kapita itu hanyalah perbandingan yang tidak menyeluruh yang tidak melihat kepada kesemua aspek-aspek pembangunan di dalam negeri Selangor dan kita mampu untuk mengatasi isu-isu seperti kemiskinan berbanding apa yang disebut sebagai contoh
Sarawak walaupun mempunyai reserved yang tinggi lebih jauh daripada kita mungkin jumlah pelaburan atau jumlah budgetnya terlalu besar berbanding dengan kita, tapi insiden kemiskinan di Sarawak masih lagi 10.8%. Sebagaimana iltizam Kerajaan Madani satu tempoh ketika dulu untuk menokhtahkan kemiskinan sifar kita telah mengarahkan agar setiap 6 bulan kita akan mengemaskini jumlah-jumlah miskin tegar ini supaya skim-skim bantuan sama ada STR diperingkat kerajaan Persekutuan ataupun BINGKAS diperingkat Kerajaan Negeri ataupun program seperti Zakat yang mampu mencacatkan kutipan lebih daripada 1 Bilion dalam tempoh 2 tahun berturut-turut kita boleh membantu menyelesaian atau menokhtahkan insiden miskin tegar di dalam negeri Selangor. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya beralih kepada, ya baru boleh.
Sebelum beralih kita bertemu dulu, dalam sektor ekonomi. Dato’ Menteri Besar, kita dalam membahaskan isu GDP per capita ini harus asingkan dengan isu household income. Saya percaya Ahli-ahli Dewan sedia maklum, bahawa ukuran kekayaan bagi sesebuah negara atau negeri itu diukur berdasarkan GDP negara atau negeri yang berkenaan. Sebab itu kita ada National GDP kita ada State GDP dan kalau kita turun ke unit yang lebih kecil kita ada GDP per capital dan saya yakin Dato Menteri Besar jugak telah diberikan taklimat oleh Pegawai Kewangan Negeri, pegawai daripada Perbendaharaan bahawa dalam mengukur GDP per capita ini, dia ada 2 komponen, supply side dengan demand side, supply side dia ada sektor pertanian, pembinaan, pembuatan, perkilangan, perlombongan manakala kalau kita lihat demand side, dia ada public investment, private investment, itu komponennya. Yang kita bahaskan hari ini apabila negeri Selangor mencatatkan satu pertumbuhan yang besar 2.9 Billion Ringgit, Alhamdulillah. Dan Selangor juga mendakwa ada simpanan reserved 4.1 Billion Ringgit, Alhamdulillah tetapi kita tidak mahu negara itu kaya dan menyumbang 25.9% kepada KDNK ataupun National GDP dengan jumlah 406.1 Billion Ringgit, negeri kaya rakyat tidak. Disinilah ukurannya GDP per kapita, itulah perbahasan kita setiap sidang dewan kerana komponen terbesar yang menyumbang kepada GDP per kapital adalah bukan selain daripada hasil tanah. Kita terima hakikat bahawa hasil tanah premium, cukai tanah sumbangan kerajaan Persekutuan, 85% pada tahun 2024. Maknanya Dato’ Menteri Besar hanya 15% daripada hasil kutipan Kerajaan Negeri itu yang merangkumi sektor-sektor yang saya sebutkan tadi. Pembuatan, perkilangan, pembinaan, pertanian maka kalau Dato’ Menteri Besar membahagikan jumlah sumbangan Kerajaan Negeri kepada kerajaan Pusat 406 Billion dengan populasi 7 Juta rakyat Selangor maka sudah tentulah GDP per kapital itu jatuh kerana hanya 15% sahaja yang merupakan organik ekonomi growth bagi negeri Selangor sedangkan 85% adalah bukan organik tetapi hasil premium tanah yang ini yang Dato’ Menteri Besar umumkan dalam perbahasan pembentangan belanjawan maka nak mempelbagaikan hasil-hasil negeri dengan pelbagai bentuk pendekatan yang baharu tetapi hakikatnya yang kita bahas baru-baru ini matlamat itu belum lagi tercapai. Nanti dulu lah, saya sekadar nak
berkongsi maklumat bahawa GDP per kapital itu penting sebagai ukuran kemakmuran rakyat di negeri yang berkenaan dan ianya harus dilihat kepada 2 komponen yang besar..
Yang Berhormat tidak ada laluan lagi...
Yang saya nyatakan tadi malangnya organik growth dalam negeri Selangor masih lagi pada takuk 15%..
Yang Berhormat tidak perlu diulangi lagi...
Jadi perbahasan kita harus menjurus kepada bagaimana kita ingin meningkatkan sumbangan hasil negeri kepada ..Speaker janganlah kacau saya ...
Kita faham, jangan ulang berulang kali. Jangan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengatakan saya membebel, saya tidak membebel..sila duduk..duduk..duduk...sila duduk..duduk..
Jangan ganggu! Kenapa? Dato’ Menteri Besar dah bagi saya ruang, yang Speaker kacau saya kenapa?
Duduk, ini bukan floor Yang Berhormat sekarang ni daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak mengalah dan berdiri Ketua Pembangkang duduk ini adalah arahan speaker ...tidak ada ulang lagi Ketua Pembangkang Hulu Kelang duduk. Yang Berhormat duduk. Ini adalah Speaker, arahan Speaker duduk.
Betullah Speaker, tapi you are guided by peraturan dan emosi. Sungai Tua dah bagi ruang, janganlah kacau!
Duduk, I am guided by peraturan saya mengikut Peraturan Tetap mengatakan bahawa pengerusi membuat keputusan akhir dan saya mohon Ketua Pembangkang jangan ulangi kenyataan yang telah pun diulangi dan difahami oleh semua orang kita tengah ulasan dan penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu sahaja cukup..
Terima kasih Yang Berhormat saya rasa saya juga ingin mengulangi beberapa pandangan yang telah saya kemukakan apabila Yang Berhormat menyebutkan seolah-olah premium tanah hasil-hasil tanah kalau cukai takpelah cukai pun kita boleh bandingkan sebab kegiatan-kegiatan ekonomi kembali bertapak di atas tanah. Kalau kita rasa pelaburan masuk pelaburan masuk di atas tanah
jadi tak boleh Yang Berhormat asing-asing cuma 15% tak boleh macam tu itu pandangan ekonomi yang agak songsang daripada pandangan sebenar sebab Yang Berhormat asas kita tanah. Aktiviti pertanian atas tanah, aktiviti pengkuarian di atas tanah macam mana kita nak asingkan 15% itu sahaja daripada keseluruhan dan kebetulan hasil negeri adalah daripada tanah. Sebab itu saya percaya apabila saya sebutkan angka sebagai contoh saya ulang balik bank dunia telah menganggap negeri Selangor sebagai negeri berpendapatan tinggi dengan gross national income sebanyak 67 374 Ringgit dan kita masuk di antara 5 negeri di Malaysia yang melepasi sebagai negeri berpendapatan tinggi, mungkin 2016 kita belum sampai tahap tu tapi kita dah sampai 2024 di bawah kerajaan perpaduan di negeri Selangor. Dan sebab itu kita juga beriltizam bukan hanya angka-angka yang besar ataupun petanda-petanda ekonomi yang saya sebut tadi kita tambah dengan beberapa program-program supaya memastikan rakyat mendapat pembelaan seperti program BINGKAS kita selaraskan dengan STR kita tambah program-program kesihatan sebagai contoh ISS kita yang sudah berkembang bukan hanya untuk dapatkan kesihatan tapi pelaburan kesihatan sampai saringan sampai duduk dekat hospital kesemuanya itu kita tambah untuk mengurangkan kos tetapi dengan kaedah bersasar supaya yang memerlukan bantuan akan kita bantu dan kita perlukan dapat sokongan. Ahli Yang Berhormat, aaa
Satu lagi, ini tadi Sungai Tua ada sebut household income di Selangor 10 087 Ringgit lebih tinggi daripada Kuala Lumpur, Dato’ Menteri Besar angka ini boleh saya katakan discoded kerana cost of living di Kuala Lumpur jauh lebih tinggi daripada Selangor, kalau Dato’ Menteri Besar merujuk pada DOSM bagaimana mereka mengukur household income ianya berdasarkan alamat kediaman bukan alamat majikan ini kena kena berhati-hati jadi ramai orang Selangor bekerja di Kuala Lumpur tetapi mereka duduk di Selangor sebab cost of living di Kuala Lumpur tinggi sebab itu kita lihat household income di Selangor lebih tinggi kerana pendapatan mereka daripada Kuala Lumpur tetapi mereka adalah penduduk dan rakyat negeri Selangor jadi saya hanya nak berkongsi pandangan itu. Yang Keduanya Dato’ Menteri Besar kalau begitu pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar ekonomi juga harus diberikan perhatian kerana sementara kita mencatatkan reserved yang besar kita mencatatkan hasil yang meningkat kita juga mahu perkongsian kekayaan itu dengan rakyat supaya kita boleh elevate ataupun naikkan GDP per kapital itu melalui pelbagai inisiatif yang telah dan akan dirangka oleh Kerajaan Negeri itu pandangan saya.
Terima kasih namun saya rasa kita bukan pada tahun 70 an di mana Selangor bukan lagi menjadi satelit city konsep berkembang dengan sangat biak malahan 3 bandar raya kita yang bersambung ataupun 3 ye daripada 4 sebenarnya daripada PJ sampai ke Subang sampai ke Klang termasuk Shah Alam ini
menunjukkan bahawa di sinilah juga menjadi tempat aktiviti dengan pusat-pusat perkilangan mahupun pusat komersial yang telah berkembang jadi kita tak boleh menganggap bahawa Selangor hanya menjadi satelit city sebagai mana pada tahun-tahun 70 an tahun 80an . Mungkin beberapa lokaliti seperti di Sepang saya boleh akui sebab sebahagiannya adalah yang bergerak daripada Putrajaya ataupun yang di Gombak dan juga di Ampang mereka bergantung bekerja di Kuala Lumpur tetapi di Petaling Jaya di Shah Alam mereka sebenarnya bekerja di negeri ini dibuktikan dengan jumlah pelaburan-pelaburan yang masuk ke dalam negeri dengan jumlah yang besar dan tahun ini tahun 2024 Selangor dengan 101 Billion investment yang datang itu menawarkan lebih 60 , 70 ribu pekerjaan dan peluang-peluang pekerjaan itu bertapak di negeri Selangor Darul Ehsan. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat berkenaan dengan fungsi household income yang disebut itu adalah sebahagian indikator Yang Berhormat dan kita ambil kira tapi yang saya sebut di sini juga sebagai negeri berpendapatan tinggi yang telah diakui oleh world bank dan satu menjadi petunjuk..
Yang Berhormat Ketua Pembangkang sila duduk..Yang Berhormat semua jam telah pun menunjukkan pukul 4:30 petang jadi dengan ini saya menangguhkan Sidang Dewan ini ke 26 Februari 2025 jam 10 pagi Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)