Selangor · 26 February 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 507 turns · 44,748 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan Salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Ke 15 pada 26 Februari 2025 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa. (Doa dibaca)

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya Pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan selamat pagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kita mulakan sesi pagi ini dengan Pertanyaan-pertanyaan Lisan kita persilakan Yang Berhormat Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker soalan Subang Jaya nombor 51.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. Selangor Job Skills CouncilQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

51. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan status penubuhan Selangor Job Skills Council untuk mencapai sasaran 100,000 pekerjaan bergaji tinggi.

Tuan Speaker saya mewakili Menteri Besar jawab soalan itu ya. Selangor Job Skills Council merupakan ikhtiar pentadbiran ini untuk mengatasi cabaran utama pasaran ekonomi iaitu ketidakpadanan antara jenis pekerjaan yang ditawarkan di pasaran dan keupayaan serta kelayakan profesional generasi muda dan graduan di Negeri Selangor. Selangor Job Skills Council bertujuan menjadi agensi utama yang akan menggerakkan kerjasama di antara universiti, pekerja

dan industri mengurangkan ketidakpadanan antara jenis pekerjaan yang ditawarkan dan pengupayaan pekerja di Selangor ke arah meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja di Negeri Selangor. Asal-asal Kerajaan Negeri agar majlis ini ditubuhkan dan bergerak sepenuhnya pada akhir tahun 2024, dijadualkan semula kepada suku kedua tahun ini iaitu sebelum Sidang Dewan Negeri yang akan datang. Dengan mengambil kira peluang skop majlis ini supaya memberikan fokus kepada industri baharu yang di ceburi secara aktif oleh pentadbiran ini seperti semikonduktor serta kecerdasan buatan. Tambahan kepada itu sesi libat urus bersama pihak industri sedang berjalan termasuk industri tenaga boleh diperbaharui serta bagi mencapai ketetapan yang digariskan dalam Selangor Pertama. Beberapa usaha Kerajaan Negeri yang telah digerakkan sejak Pentadbiran ini dibentuk pada bulan Ogos tahun 2023 telah membuatkan hasil pencapaian tawaran peluang pekerjaan yang berkualiti dan bergaji tinggi. Sebagai contoh, 2,270 peluang pekerjaan bergaji tinggi telah ditawarkan pada Selangor Aviation Show telah berlangsung pada tahun 2024 dan secara keseluruhannya lebih 14,300 peluang pekerjaan dalam sektor Aeroangkasa seluruh Negara yang berjumlah 29,900 adalah bertempat di Selangor. Kesemua usul ini akan diformulasikan melalui Selangor Job Skill Council agar isu ketidakpadanan atau mismatched antara kemahiran para graduan dan tawaran peluang pekerjaan di pasaran dapat diatasi. Sekian terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Seri Serdang.

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 52.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Status KafaQuestions

52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Status Sijil Layak menduduki bangunan KAFA. Apakah ada usaha kerajaan untuk memastikan KAFA mempunyai Sijil Layak menduduki?

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Serdang. Soalan 52 adalah

berkenaan apakah status Sijil Layak menduduki Bangunan KAFA dan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan KAFA Mempunyai Sijil Layak menduduki. Untuk makluman Yang Berhormat, terma sijil layak menduduki ini adalah dipanggil Certificate Of Fitness Of Occupation dan pada tahun 2007 ia telah ditukarkan kepada CCC, Certificate Of Completion And Compliance dengan izin. Dasar kita di JAIS adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan semua bangunan termasuk Sekolah KAFA perlu mendapatkan CCC sebelum membuat permohonan pendaftaran KAFA, ia menjadi syarat. Bagi Sijil Layak menduduki COF atau CFO bagi bangunan KAFA yang lama jemaah pengurusan sekolah perlu mendapat ulasan tiga agensi iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, PBT, Pejabat Kesihatan Daerah dan Bomba. Pada ketika ini suatu inisiatif telah dimulakan oleh pihak JAIS untuk memantau atau menyemak status CCC dan juga COF tadi pada setiap Sekolah KAFA kita mohon sedikit masa kerana sebanyak 292 sekolah yang perlu kita saring dan teruskan. Akhirnya kita juga mendengar ada juga rungutan daripada pemohon-pemohon CCC berkenaan dengan tempoh masa yang diambil untuk kelulusan saya cadangkan mungkin ini boleh dipertimbangkan oleh EXCO PBT untuk kita masukkan ke dalam OSC 3.0 sebahagian daripada Program Speed Selangor yang ada untuk memudahkan kelulusan tersebut. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Saya kira soalan ini pun telah dijawab Sesi Perbahasan oleh Yang Berhormat Seri Setia. Namun saya ulangi balik bahawa kita harus beri perhatian yang khusus kepada CCC atau CFO KAFA kita. Saya akui ini adalah cabaran yang besar kepada Seri Setia dan Jabatan Agama Islam kerana masalah ini bukan masalah seminggu dua masalah berpuluh tahun bahkan saya rasa ada KAFA yang tidak ada dokumen yang lengkap berkemungkinan besar KAFA kita ada dokumen yang lengkap. Justeru saya lihat cabaran-cabaran ini boleh disamakan juga dengan pemutihan Maahad Tahfiz kita dan Sekolah Swasta dan hari ini pun memang dalam kita proses ini pasti ada masalah-masalah tertentu namun kita tidak boleh give up dengan izin dengan kita hendak selesaikan masalah Sijil Layak Menduduki ini di peringkat KAFA kerana keselamatan anak-anak dan guru-guru kita sangat penting dan kita hendak pastikan di dalam Negeri yang maju ini semua premis-premis ini berdaftar dengan baik dan saya mohon perhatian khusus ataupun perhatian sehabis-habis daripada pihak Jabatan Agama Islam dan pihak EXCO supaya perkara ini kita boleh selesaikan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Seperti yang dimaklumkan, telah dimulakan dan saya tengah menunggu laporan penuh dan kita akan menjayakan insyaallah. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya kira di negeri Selangor ini tidak ada KAFA yang bergerak seperti KAFA Tradisi. Sebahagian besarnya juga mempunyai silibus yang hampir sama dengan SRA. Dan saya kira venue ini juga adalah venue cuba untuk menangani pelajar-pelajar yang tidak dapat masuk ke SRA ataupun tidak ada penempatan SRA di situ. Cuma saya melihat, ialah sebahagian besar KAFA ini tidak mematuhi pra-syarat termasuk untuk mendapat CF atau CCC itu sendiri. Saya melihat kena ada satu inisiatif supaya penyelesaian untuk mendapatkan kelulusan ataupun kebenaran menduduki ini sama ada di peringkat KAFA ataupun juga sekolah-sekolah tahfiz swasta dan sebagainya ditangani secara bersama. Supaya akhirnya dapat di selesaikan sebaik mungkin. Saya juga hendak tahu kalau di Saujana Putra ini, KAFA ini pun dalam keadaan yang saya kira agak daif jumlah keperluan yang begitu ramai. Bila SRA KAFA itu sendiri akan dibangunkan di Saujana Putra? Terima kasih.

Soalan itu khusus kepada KAFA Saujana Putra, itu mohon saya semak dan bekalkan secara bertulis sebab tiada maklumat dekat sini tapi saya setuju tadi perkara ini perkara yang sudah lama dan saya rasa daripada kajian awal yang kita sedang buat dan mulakan ini bersekali dari dapatan-dapatan daripada program pemutihan itu nanti dan akan berikan kita satu hala tuju yang jelas, bagaimana kita boleh memastikan sekolah-sekolah agama kita lebih selamat dan sesuai untuk guru dan anak-anak ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas pencerahan. Saya setuju dengan Seri Serdang, tentang persoalan CCC untuk sekolah KAFA ini. Namun kita memahami kekangan yang ada, cuma untuk sementara ini tinjauan kita ada sebahagian Sekolah KAFA ini uzur bangunan dia, ada dinding yang hendak tumbang dan sebagainya. Apakah di sana ada peruntukan khusus untuk baik pulih kepada sekolah-sekolah KAFA ini. Sekian.

Saya kira untuk peruntukan penambahbaikkan sekolah-sekolah yang ada untuk program-program restoration and repair ini memang telah kita sediakan. JAIS sendiri pun dalam menetapkan keutamaan untuk bangunan mana yang perlu kita dahulukan, dia pun ada sistem merit yang telah disediakan jadi sistem merit itu tiap-tiap tahun dibuat dan hasilnya nanti akan diwujudkan dana-dana pembangunan untuk pemulihan sekolah-sekolah yang ada. Jadi itu memang ada kepakaran dalam JAIS untuk tujuan itu kita nampak bangunan macam hendak tumbang ataupun tidak, namun pengesahan itu harus datang daripada jabatan-jabatan teknikal yang terkait dan kalau ada keperluannya dana akan dan telah disediakan penambah baikkan. Terima kasih.

Soalan tambahan. Boleh lagi?

Speaker

Silakan satu, terakhir ya.

Terakhir ya. Terima kasih Tuan Speaker diberi laluan saya berminat untuk bertanya dengan Yang Berhormat EXCO, berkaitan dengan bangunan KAFA itu hendak mendapatkan CCC dan COF ini. Kita faham proses untuk mendapatkan CCC dan COF ini dia ada banyak fasa dan memerlukan satu panduan daripada konsultan. Jadi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat EXCO, Adakah Kerajaan Negeri menyediakan khidmat konsultasi kepada pihak pengurusan KAFA ini supaya memudahkan mereka untuk mendapatkan kelulusan bomba, PBT dan sebagainya. Sehinggakan proses untuk mendapatkan CCC dan COF ini boleh dipercepatkan sebab saya kira perkara ini lah yang melambatkan untuk mendapatkan CCC dan COF ini sebab dengan izin, compliances yang mereka tidak dapat hendak comply, jadi saya bertanya kepada Yang Berhormat EXCO.

Begini Yang Berhormat semua ya, CCC adalah antara guarantee untuk kita pastikan sekolah itu selamat maksud dari pendawaiannya, dari segi bekalan elektriknya, dari segi struktur dan sebagainya. Yang itu kita perlu pegang, kita tidak boleh ubah. Tetapi kita sebut soal sekolah-sekolah yang lama dahulu yang telah dibuat yang tidak pernah ada CCC dan yang masih dalam proses mendapatkan CCC yang ini mungkin memerlukan sedikit satu proses dan program yang baru tapi saya rasakan program ini dapat diwujudkan selepas kita tamat program pemutihan tahfiz sebab dengan campur sekolah tahfiz persendirian pun ada masalah-masalah yang sama dan di dalam itu juga disediakan Program Tahfiz sebagai contoh laluan-laluan green lane yang segera dan dana juga diwujudkan untuk mendapatkan khidmat perunding dengan dana dibayar oleh MAIS. Jadi mungkin kita perlu wujudkan perkara yang sama untuk sekolah-sekolah kita sendiri sekolah-sekolah KAFA yang ada

ini tetapi saya masih menunggu laporan lengkap dan saya kira daripada jumlah sekolah KAFA yang kita ada yang hanya 292 itu jauh lebih rendah daripada sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang sedang kita pulihkan berjumlah 606. Jadi ia bukan sesuatu yang mustahil, mustahil di buat tetapi perancangannya telah kita mulakan dan kita akan adakan satu program untuk melihat bagi yang mana bangunan-bangunan ini boleh dinaik taraf dengan lebih selamat untuk anak-anak dan itu tugas kita sebagai Kerajaan. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tuan Speaker, soalan nombor 53.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Rizab AirQuestions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha konstruktif Kerajaan Negeri bagi meningkatkan jumlah margin rizab air yang rendah bagi menangani jumlah permintaan yang semakin meningkat?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Tuan Timbalan Speaker, Gombak Setia bertanyakan isu berhubung dengan peningkatan ataupun jumlah margin rizab air yang dianggap rendah pada ketika ini. Untuk makluman Yang Berhormat, melalui Air Selangor kita telah merancang pembinaan infrastruktur loji rawatan air baharu bagi memastikan peningkatan rizab margin bekalan air sentiasa melebihi 15%. Berikut adalah senarai empat (4) loji-loji baharu yang sedang dan akan dibina bagi memenuhi peningkatan permintaan bekalan air pengguna. Yang pertama adalah Loji Rawatan Air Rasau Peringkat 1, Fasa 1 iaitu 390 juta untuk tahun 2026 dan yang seterusnya naik kepada 700 liter pada tahun 2027 ini akan rizab pada ketika itu rizab simpanan air kita mengambil kira permintaan air ketika itu ialah pada 8.66%. Kemudian pada tahun 2028, Loji Rasau peringkat 2 yang akan disiapkan, lagi 700 juta liter sehari akan meningkat kepada 15.31%. Kalau mengikut perancangan ini makna 2028 kita akan melebihi 15% daripada rizab margin. Dan ini sasaran kita dan kemudian pada tahun 2029 akan siap juga Loji Rawatan Air Labohan Dagang Fasa 2, 200 juta liter

sehari. Ini akan meningkatkan lagi kepada 15.97% dan seterusnya Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 2, 1,130 juta liter sehari pada tahun 2030 siap iaitu 21 akan meningkat kepada rizab kita akan meningkat kepada 21.57%. Ini agak selesa ya, 21.57%. Selain daripada pembinaan loji-loji rawatan air yang baharu bagi meningkatkan margin, usaha lain juga dipergiatkan di bawah Pelan Perniagaan 30 Tahun, business plan 30 tahun yang telah Air Selangor submit atau pun telah serahkan kepada SPAN dan daripada semasa ke semasa pun kita akan tengok, ada sedikit perubahan sikit-sikit kita buat penambahbaikan tetapi telah ada pelan itu yang kita telah serahkan dan telah diluluskan oleh SPAN, sedang giat melaksanakan selain pembinaan loji baharu, adalah kerja-kerja penggantian paip yang kita telah naikkan daripada 100 kepada 300 kilometer, sasaran kita setiap tahun dan akan naik kepada 400 kilometer setahun pada tahun 2034.

Penggantian paip, menaik taraf aset seperti rumah pam dan tangki serta agihan dan retikulasi air, menaik taraf juga loji rawatan air lain, meningkatkan kapasiti simpanan air dengan membina tangki dan kolam baharu dan juga menghidupkan atau pun mengoperasikan kolam-kolam yang dah lama, ada yang belum di operasikan serta merangka Pelan Water Great Interconnectivity. Ini ialah baharu, langkah baharu, usaha kita bagi menghubungkan rangkaian bekalan paip air ini serupa seperti menara atau pun transmission line Tenaga Nasional supaya air itu dapat dipindahkan daripada satu tempat ke satu tempat dengan lebih cepat bagi mengatasi isu gangguan bekalan.

Selain daripada itu, Air Selangor juga mengambil langkah menurunkan kadar air tidak terhasil (NRW) bagi mengurangkan kehilangan air terawat yang usaha ini yang berterusan dan kita juga telah tiga (3) kali menerima geran, matching grant daripada Kerajaan Pusat kerana kejayaan kita dalam program-program Air Tidak Terhasil ini. Bagi mengurangkan kehilangan air tidak terhasil seterusnya dapat penuhi keperluan air yang telah meningkat. Ini adalah dua (2) langkah penyelesaian lain yang kita laksanakan. Di sini saya boleh sebut secara umum iaitu Pelaksanaan Active Leakage Control (ALC) yang berjalan dengan baik sekarang ni dan juga kedua penggantian paip yang saya sebutkan tadi dan juga pembentukan District Monitoring Zone untuk memastikan tekanan bekalan air ini dapat dilaksanakan supaya mengurangkan paip pecah ini yang kita sekarang ini berada di tahap yang sangat baik malah di sekitar 3 sahaja indeksnya yang daripada setiap 1 kilometer merupakan satu angka yang sangat menepati, in fact di bawah atau pun lebih baik daripada apa yang dicadangkan oleh international punya standard. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Subang Jaya. Oh sorry, Gombak Setia.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Terima Kasih Yang Berhormat EXCO. Saya suka dengan jawapan Yang Berhormat EXCO sebentar tadi. Cuma ada dua soalan tambahan. Pertama, selain daripada sudah tentulah bila kita merancang tentang penggunaan margin rizab air ini, atau pun menyediakan margin rizab air yang boleh dianggap selesa untuk keperluan pengguna. Kita tak boleh hanya ukur daripada keperluan atau pun permintaan hari ini. Kita juga mesti menganggarkan daripada permintaan atau pun penggunaan yang akan datang. Dan apatah lagi Selangor ini merupakan salah sebuah negeri yang maju dan keperluan industri juga memerlukan semua perkara ini, supaya dapat memastikan ianya dapat bertambah dengan baik.

Saya dengar jawapan tadi, antaranya ialah pembinaan empangan dan banyak langkah-langkah yang diambil tetapi sudah tentulah pada masa yang sama semua itu ianya pastinya memerlukan sejumlah peruntukan atau pun kos yang begitu besar. Sebab itu saya nak bertanya, Apakah hari ini kedudukan kewangan Air Selangor berada dalam keadaan baik? Dan apakah Kerajaan Negeri juga meneruskan usaha untuk membantu Air Selangor bagi memastikan semua kemudahan-kemudahan ini atau pun margin rizab air ini dapat dipastikan ianya mencukupi dengan permintaan khususnya pada masa yang akan datang?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, berdasarkan kepada tentulah andaian bila kita melihat pada kedudukan kewangan Air Selangor ini bergantung rapat juga dengan isu berkaitan dengan tarif. Kenaikan tarif itu walaupun sebenarnya tidak menepati keperluan/ kehendak kita tetapi kita masih bernafas legalah kerana dapat membantu dan sasaran kita masih pada 2029, kita akan in the black. Itu masih sasaran Air Selangor. Kita akan mula membuat keuntungan pada tahun 2029 dan masih on track walaupun kita banyak belanja, CAPEX atau perbelanjaan modal yang tinggi tetapi kita masih yakin dengan perancangan kita di bawah Pelan 30 Tahun ini untuk mula membuat keuntungan pada tahun 2029.

Saya nak sebutkan juga di sini bahawa dengan pendekatan baharu sekarang ini kita melihat ada beberapa kaedah baharu yang kita akan buat untuk memastikan kelestarian air kita. Pertama, ialah saya sebut dah Pelan Induk yang kita sedang rangka untuk tahun ini untuk melihat keseluruhan air mentah, air terawat dan juga air kumbahan, itu yang pertama dalam negara. Yang keduanya, ialah kita telah mengenal pasti sumber air selain daripada empangan kita yang tujuh ini, dan juga daripada sungai, kita juga saya dah sebut juga dalam Dewan ini juga sebelum ini kita telah audit dan dalam proses hubungkaitkan antara kolam-kolam ada lebih kurang 100 kolam dan air yang dalam kolam ini kita telah audit, kualitinya tidaklah teruk sangat boleh digunakan. Dia di sekitar 117, lebih 117 juta meter³ bukan liter, ini lebih banyak daripada liter lah. Makna dia juta meter padu. Sangat besar dan kalau kita gunakan air ini untuk bekalan nanti untuk

rawatan, dia boleh bertahan 4-6 bulan tanpa hujan. Ini tambahan kepada apa yang ada di empangan . Ini adalah merupakan satu lagi sumber air kita dan juga kita juga telah dalam permukiman Air Selangor baru-baru ini ada cadangan yang kita telah bincang untuk melihat compact station . Jadi, ini kadang-kadang nak loji yang besar ini dia akan ambil jangka masa lama untuk nak bina, 5 tahun kadang 4 tahun, 3 tahun 4 tahun. Tapi dengan compact station ini yang boleh berkapasiti di sekitar 40 juta liter sehari boleh dibina dengan lebih cepat, sumber air kita ada banyak di Selangor ini macam saya sebut tadi dan boleh dibina berhampiran dengan kolam imbangan. Kolam imbangan yang perlu kena jaga supaya Ia sentiasa memenuhi level dia dan ini boleh dibina berhampiran dengan kolam. Ini saya share lah. Ini pendekatan lah antara pendekatan yang kita lihat untuk memastikan kelestarian air daripada sumber air kita dapat digunakan untuk bekalan air.

Dan lagi satu yang saya nak sebut ini, usaha tambahan yang sedang berlaku hasil daripada hasil daripada pelaksanaan ZDPPPP ini, atau Zero Discharge Policy dan Polluters Pay Principle ini, banyak pihak telah mula merancang untuk membina termasuk industri yang besar-besar ini untuk membina loji yang akan merawat untuk dikembalikan, reclaim water. Air ini kita akan guna semula, ini tambahan dan kita akan gunakan itu untuk industri. Jadi, untuk peringkat pertama kita nak lihat kawasan-kawasan industri yang kluster ini sebab bila kita gunakan air yang kita diguna semula ini dia tidak boleh gunakan sistem paip sedia ada. Tak boleh. Sebab itu air minum, jadi ini untuk industri dan kita akan guna paip kedua, paip yang baharu ini sebab tu kita kena tengok kosnya dan kita akan mula buat di kawasan industri. Ini akan membantu mengurangkan pergantungan industri atau kilang kepada bekalan air yang merupakan air bekalan minum, portable water kita. Ini antara usaha-usaha lagi tambahan yang kita sedang buat dalam perancangan, pelaksanaan kita yang akan dilaksanakan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Timbalan Speaker, soalan tambahan saya berkenaan pembaziran air sebab dalam formula rizab margin ini dia ada penghasil dan juga penggunaan. Soalan saya memandangkan penggunaan di negeri Selangor ada 241 liter per person per day macam mana nak sampai ke sasaran 160 liter per person per day iaitu sasaran kebangsaan.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebenarnya saya, ya lah ini maklumat data ya tetapi saya nak lihat balik perbandingan dari 160 yang dicadangkan oleh WHO untuk supaya itu adalah apa, angka yang sesuai bagi seorang adalah 160 liter sehari. Ini sebenarnya kita kena buat perbandingan. Negara kita Yang Berhormat, negara kita ini, air minum ini kita bazirkan dengan kita gunakan juga untuk benda-benda yang tidak sepatut kita gunakan. Contohnya, basuh kereta kita guna air minum, portable water. Sebenarnya ini lah pembaziran tetapi bila kita cuba nak gunakan air yang guna untuk basuhan dan pembersihan ini, kita perlukan piping yang kedua tetapi kos piping yang kedua ini untuk paip yang kedua ini terlalu tinggi jadi menyebabkan kita masih.. di negara lain dia dah asingkan. Air untuk tandas dan juga kebersihan ini adalah air yang berbeza dengan air minum. Air minum hanya untuk minum. Air lain-lain untuk kebersihan adalah air yang.. tetapi piping nya piping yang berbeza. Tetapi kita tidak, masih belum ada kaedah itu kita cuma baru nak mulakan di kawasan industri. Itu saya rasa salah satu kiraan kita kena betul, penggunaan air adakah 160 liter itu untuk hanya untuk kegunaan minum sahaja atau termasuk semua jenis air. Ini pun kita kenal lihat balik.

Dan memang betul negeri Selangor, kejap saya nak habiskan dulu perkataan, memang kita tertinggi. Di peringkat nasional pun kita lebih tinggi. Kalau tidak silap saya di sekitar 260 liter sedangkan nasional dalam 220 sahaja. Itu makna kita lebih tinggi daripada nasional. Saya rasa ini satu perkara yang tidak wajar kalau kita buat perbandingan di Malaysia sahaja pun kita telah melebihi nasional punya average, purata nasional maka kita kena ambil. Ada langkah-langkah yang diusahakan. Kempen dan sebagainya dibuat oleh Air Selangor termasuk penggunaan water efficiency punya device yang telah dipasang terutama kadang-kadang kita pergi masjid pun kita tengok tempat wuduk air mengalir. Saya ingat ambik wuduk pun macam nak mandi je. Jadi memang ini kempen ini perlu dipergiatkan walaupun ada, tetapi saya rasa perlu dipergiatkan lagi untuk meningkatkan kesedaran atau pun air ini boleh kita minimize kan penggunaannya terutama di negeri Selangor ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sijangkang

Terima kasih. Antara langkah untuk menjaga jumlah rizab air di Selangor..

Timbalan Speaker

Soalan ke sepatutnya Yang Berhormat Sijangkang bukan bawa soalan?

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, okay.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Antara faktor yang kita nak jangka langkah rizab margin ini, adalah dengan pembangunan loji rawatan air dan kita tidak mahu ianya akan berlaku kelewatan. Saya nak dapat maklumat, kita dimaklumkan di dalam jawapan tempoh hari bahawa kelewatan pembangunan membuka sauh Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang setahun lebih dah ni. Dan ada perbincangan pada Oktober lepas dengan pihak Persekutuan yang sepatutnya dibangunkan oleh pihak Persekutuan bawah PETRA dan ada pelan intervensi dan isunya adalah sama ada akan dibangunkan atau pun ada intervensi yang lain. Begitu juga saya nak tanya, jumlah 15% reserve yang disebutkan tadi, Adakah itu sudah termasuk jumlah yang kita anggarkan untuk pembangunan pengoperasian data centre kita? Dan adakah ia gunakan air yang sama air yang dirawat bersih atau pun ada sumber air yang lain. Terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Memang kita mengambil kira semua keperluan. Dianggarkan sekarang ni 250-300 juta liter setahun peningkatan. Sekarang ini lebih kurang 5,500 permintaan air kita juta liter sehari. Dia akan meningkat setiap tahun di sekitar 250-300 dan kita mengambil kira kewujudan data centre ini. Ini merupakan yang kita ambil pertimbangan dalam perkiraan kita ini. Ini antara yang kita telah.. dan saya juga ingin sebutkan di sini, memang kita ada kelewatan daripada kerajaan pusat dalam aspek untuk kerja-kerja intervensi bekalan atau pun source work air ini di mana tapi kita mempunyai kaedah atau pun Pelan B dalam kita memastikan bahawa air untuk sumber air yang akan masuk ke dalam loji ini akan berjalan dengan baik. Ini kita telah finalize kan kita punya kaedah yang bukan sahaja kita boleh sediakan sumber air ini pada 350 atau 700 kita boleh sediakan terus kepada 1,400 untuk dua-dua fasa sekali. Ini ada kaedah teknologi baharu yang kita telah sedang pertimbangkan dan kita akan buat keputusan dalam masa terdekat dan saya yakin untuk tahun 2025 ni bila siap loji kita telah bersedia untuk menggerakkan.

Kalau loji siap tiba-tiba air tiada. Ini pun satu masalah yang kita hadapi dan kita sedang finalize kan keputusan itu. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya.

Yang Berhormat Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan nombor 54.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Peningkatan Pengguna Jalan Pusara B124 Kampung Sawah Dan Jalan Bandar Lama Telok Panglima GarangQuestions

54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf jalan-jalan tersebut serta jambatan Telok Panglima Garang – Kampung Sawah?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Yang Berhormat Sijangkang bertanyakan soalan berhubung penaik tarafan jalan serta Jambatan Teluk Panglima Garang, Kampung Sawah. Memang tiada cadangan yang diperbincangkan untuk melihat keperluan untuk menaik taraf jalan ini kerana bermula dari Jalan Bandar Lama Teluk Panglima Garang (daripada bulatan bandar lama ini) sehingga ke Persimpangan Bandar Lama Jalan Pulau Carey ini sebagai langkah mengatasi kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak dan bagi menampung kapasiti kenderaan yang semakin meningkat disebabkan pembangunan kawasan industri sekitar ini sedang kita teliti dan kita lihat tetapi belum ada cadangan konkrit dahulu untuk pelaksanaan kita akan terus melihat bagaimana untuk kita tingkatkan. Jadi kita akan ambil note tentang keperluan ini. Kita dah tahu perkara ini dan kita akan rancang. Walaubagaimanapun kini, KJKR sedang menurap semula menggunakan kaedah mill and pave serta membuat penggantian sendi renggang jambatan, expansion joint dia yang di kawasan jambatan Kampung Sawah itu yang agak dah uzur. Dan kerja dijangka selesai pada 20 Februari 2025. Di samping itu juga JKR akan membuat penyelenggaraan jalan yang berterusan seperti mana yang diperlukan. Untuk kajian ini saya akan tengok untuk lihat kewajaran untuk kita cadangkan penaiktarafkan jalan ini, terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan, soalan tambahan

Saya melihat jajaran ini antara jajaran yang penting. Sebagai jalan alternatif terutamanya dari mukim Jugra ke Teluk Panglima Garang. Kerana pada masa ini pun dia sudah sesak dah. Hari-hari waktu puncak memang jammed kerana beberapa pembangunan atau pun institut pendidikan sudah

berada di mukim Jugra, Sekolah Sains Banting, Matrikulasi dan sebagainya. Dan kalau kita lihat tiap-tiap hujung minggu memang berlumba ibu bapa hantar anak-anak mereka ke sekolah. Dan pembangunan Industrial Management Park di Kampung Sawah, saya kira ini antara yang akan berikan impak yang cukup besar. Dan begitu juga dengan pembangunan Pulau Carey, saya kira dalam era pembangunan walaupun mungkin akhirnya tidak menggunakan jajaran ini akan menjadi keperluan yang sangat besar. Saya harapkan jalan-jalan ini dari Jalan Pusara, Jalan Bandar Lama, Jalan Pusara Kampung Sawah dan juga Jalan Segenting ini segera dinaik tarafkan sebab ada juga kilang-kilang pada hari ini yang memang complaint dah jalan terlalu teruk untuk industri-industri ini berfungsi dengan baik. Dan berlaku juga kemalangan yang menyebabkan kemalangan maut antaranya bukan sahaja di jalan tetapi dari sudut pencahayaan terutamanya pada waktu malam. Saya kira itu harus diambil kira dan ada tindakan pada masa ini dan selainnya kalau isu lembu dan sebagainya adalah kawasan yang saya kira ini juga terlibat, mungkin ada respons daripada EXCO, terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat, ini jalan B124 memang jalan yang penting, jalan negeri dan memang sebagaimana yang saya sebutkan tadi, saya pun pakai jalan ini juga, memang kita lihat memang ada keperluan untuk kita melihat teliti balik isu tentang berkaitan menaiktarafkan jalan ini dan saya akan teliti perkara ini dan akan bawa untuk dilihat bagaimana pelaksanaannya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan Kajang nombor 55.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri SelangorQuestions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan PADAT untuk memelihara warisan di Negeri Selangor?

b)

Sila senaraikan kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan warisan Negeri Selangor.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kajang yang menyoalkan tentang apakah perancangan PADAT untuk memelihara warisan di Negeri Selangor dan seterusnya senaraikan kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan warisan Negeri Selangor. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, PADAT selaku agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam pemuliharaan warisan negeri telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan tapak-tapak bersejarah di Negeri Selangor sentiasa dipulihara dan dikekalkan sebagai tapak warisan bersejarah. Selain itu, PADAT turut menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan konservasi tapak-tapak bersejarah di negeri Selangor. Antara tapak-tapak bersejarah dan bangunan warisan yang telah dilaksanakan konservasi pertama iaitu kerja-kerja konservasi Tapak Pemakaman Batu Aceh, Kampung Lubuk Jaya, Kuala Selangor. Seterusnya kerja-kerja konservasi bagi Tapak Makam Raja Busu di Lukut, Negeri Sembilan. Seterusnya Tapak Rumah Bugis Kuala Selangor, kerja-kerja juga pembaikan bagi Gedung Raja Abdullah dan seterusnya Rawatan Kelembapan dan Penggaraman di Istana Bandar, Kuala Langat.

Terkini, Kerajaan Negeri melalui PADAT sedang berusaha untuk membaik pulih Istana Bandar di Kuala Langat serta kerjasama Jabatan Warisan Negara untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO bagi tapak-tapak yang memenuhi kriteria untuk diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah UNESCO seperti Kapal Korek Sri Banting, Pusat Kawalan Kusta Negara dan juga FRIM Forest Park Negeri Selangor (FRIM). Sehingga kini sebanyak 120 tapak telah dimasukkan dalam senarai Tapak Warisan dikategorikan Tapak Warisan dan juga serta Tapak Warisan Kebangsaan. Dan di antaranya iaitu Pejabat Daerah Lama Kuala Langat, seterusnya Penjara Lama Jugra, Kuala Langat. Bangunan Sultan Sulaiman Galeri Diraja Abdul Aziz, Jalan Dato’ Hamzah, Sekolah Convent, Jalan Tengku Kelana, Klang. Bekas gereja sekarang Balai Polis Cawangan Trafik, Masjid Alauddin Kuala Langat, Masjid Diraja Sultan Sulaiman, Jalan Kota Raja, Klang. Masjid Ampang Pecah Kuala Kubu, Kuil Sri Subramaniar Swamy, iaitu di Jalan Batu Caves. Gedung Raja Abdullah iaitu Kota Malawati, Bukit Malawati, Kota Raja Mahadi Klang, Kota Tanjung Keramat, Kuala Selangor, Bukit Raja Istana Alauddin di Istana Bandar, Makam Raja Jugra dan Makam Saiyid Mashor bin Mohammad Ash-Shahab, Ibu Empangan Sungai Tengi, Setor Peluru, Kuala Langat dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), terima kasih.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Sepat. Mengenai sudahkah dibuka Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Kajang, soalan yang baik. Saya ingin maklumkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu Muzium Sultan Alam Shah, Alhamdulillah telah dibuka pada 8 Februari yang lepas dan sepanjang sehingga sekarang semenjak 20 hari ini, muzium ini telah dikunjungi hampir 20 ribu pengunjung. Sempena cuti sekolah sahaja kita dalam masa 8 hari dikunjungi hampir 15 ribu pengunjung serta keluarga. Jadi saya juga ingin menjemputlah semua Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini supaya hadir ke muzium yang baru dibuka ini sempena mungkin hujung minggu bersama keluarga kerana muzium ini telah menampilkan beberapa pameran yang baik untuk menjadi tatapan generasi muda sebagai prasejarah dan juga sejarah Negeri Selangor, terima kasih.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya tertarik dengan penerangan daripada Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan Rumah Tradisional Bugis tadi. Rumah Tradisional Bugis ini, mungkin rata-rata kita ada yang tahu yang ianya berasal daripada Kampung Permatang dan di bawa sebelum dipindahkan ke perkarangan Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam. Jadi persoalan saya, kalau kita lihat kalau kita menyebut Kampung Permatang memang terkenal dengan uniknya di mana di sanalah kalau mungkin yang tidak tahu, Kampung Permatang ini di depan rumah ada perkuburan, masih lagi dia satu lagi kampung yang tradisional yang mana ada banyak lagi makam-makam Pahlawan Selangor, asalnya di sana. Jadi soalan saya adakah kalau kita lihat, kalau sampai rumah Kampung Tradisi Bugis itu dipindahkan ke sana jadi, Adakah Kerajaan bercadang untuk memikirkan, mengesyorkan Kampung Permatang ini sendiri dijadikan kawasan mewartakan Kampung Tradisional Negeri Selangor, terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Rumah Bugis yang telah kita pindahkan di perkarangan tersebut, kita telah baik pulih dan ini menjadi satu tempat tarikan para pelancong yang menyatakan bahawa adanya masih Rumah Bugis yang kita kekalkan. Selain itu juga ada terdapat satu lagi di Kuala Selangor yang kita tengah baik pulih, rumah yang masih didiami oleh penduduk. Dan seperti makam tersebut, Yang Berhormat tadi bahawa setiap kubur atau pun mana-mana tanah perkuburan atau pun di baik pulih atau pun dipelihara, perlulah saya merujuk dulu kepada pihak JAIS kerana ini melibatkan juga mungkin perkara-perkara yang melibatkan adab

serta pemuliharaan bagi kubur-kubur lama. Jadi seperti yang saya sebutkan tadi antaranya Makam Raja Busu di Lukut, kita bekerjasama dengan pihak JAIS serta pihak Negeri Sembilan, telah memelihara balik semula makam tersebut. Jadi saya ambil maklum perkara ini dan terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 56.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 56. Program Jom Shopping PerayaanQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

56. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Senaraikan kuota JSP perayaan yang diberikan kepada setiap DUN.

b)

Nyatakan kaedah untuk mengagihkan kuota.

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran, terima kasih Tuan Speaker. Ada 2 soalan bertanyakan pasal program Jom Shopping Perayaan. Pertamanya ialah senaraikan kuota JSP perayaan yang diberikan kepada setiap DUN dan kedua adalah nyatakan kaedah dan pengagihan kuota. Tuan Timbalan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Pandamaran, program bantuan baucar Jom Shopping Perayaan merupakan program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2012. Melalui Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan khusus untuk golongan berpendapatan rendah di Negeri Selangor. Objektif program ini adalah bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut perayaan. Ini secara tidak langsung membantu melaksanakan agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos taraf hidup. Kuota Jom Shopping Perayaan bagi setiap DUN dan setiap perayaan akan ditetapkan dan diselaraskan sebelum program bagi satu-satu perayaan dijalankan. Oleh yang demikian, senarai kuota boleh berubah-ubah bagi memastikan keperluan setiap DUN dapat dipenuhi dan baucar dapat dimaksimumkan dengan sebaliknya.

Sepanjang program Jom Shopping ini dijalankan banyak penambahbaikan telah dilakukan bagi membantu melancarkan program ini dan bagi memastikan mampu mencapai objektifnya. Senarai kuota yang telah tersedia hanya bagi perayaan Tahun Cina yang lalu sahaja dan bagi 2 tahun perayaan lagi masih dalam peringkat semakan dan perbincangan. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat memberikan kuota bagi setiap DUN untuk makluman semua, sebaliknya hanya atas permintaan DUN tertentu sahaja yang boleh dimaklumkan.

Bagi soalan (b) pula, pembahagian kuota baucar pula bagi setiap DUN untuk program bantuan baucar Jom Shopping sempena perayaan ini adalah berdasarkan kepada jumlah pengundi berdaftar mengikut kaum di kawasan DUN tersebut. Data pengundi berdaftar terkini yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) adalah data sehingga 31 Oktober 2024 dan telah diwartakan pada 21 November 2024. Peratusan mengundi Negeri Selangor mengikut kaum adalah seperti berikut memang kaum Melayu adalah sebanyak 21% sebanyak RM1.9 juta, kaum Cina RM1.1 juta iaitu 31% dan India adalah RM531 ribu dan 14% dan selebihnya adalah bumi Sabah, bumi Sarawak dan Orang Asli dan lain-lain. Seterusnya jumlah kuota baucar ditetapkan mengikut peruntukan yang ditetapkan dan jumlah baucar ditetapkan mengikut jumlah yang dibincangkan dan dipersetujui. Jumlah pengundi ditetapkan dalam kategori tertentu mengikut bilangan pengundi Negeri Selangor secara keseluruhan. Petunjuk pemberian baucar adalah seperti yang di bawah, saya akan bekalkan nanti sebab kita ada 7 kategori. Mulai daripada A adalah 0 hingga RM10 ribu dan kedua adalah RM10,001 ribu dan RM20 ribu dan kita ada dia punya kiraan, nanti saya boleh share lah maklumat itu.

Selain daripada dapatan kuota mengikut bilangan pengundi dan kaum, kuota baucar juga akan diselaraskan mengikut data penggunaan baucar oleh setiap DUN bagi tahun-tahun sebelum ini. Di mana semakan yang telah dilakukan terdapat DUN yang menerima permohonan yang terlalu rendah dari keluarga yang mempunyai pendapatan seisi rumah iaitu RM3 ribu dan ke bawah yang menyebabkan kadar penggunaan yang sangat rendah. Maka jumlah kuota yang diselaraskan sebaliknya ataupun dikurangkan bagi memberi peluang kepada DUN yang lain yang lebih memerlukannya bagi mengelakkan baucar tidak digunakan selepas selesai program. Sebab dia ada tempoh masa, sebab kami biasa merancang baucar-baucar ini mesti digunakan dalam masa yang tertentu. Kadang-kadang dia tak boleh menggunakan lebih daripada seminggu atau pun sebulan sebagainya. Jadi kegunaan itu dia tidak, defeat the purpose lah dengan izin dan kita menggunakan pada masa perayaan sahaja.

Seterusnya jumlah baucar bagi setiap DUN akan ditetapkan dengan mengambil kira kesemua perkara yang di atas. Bagi kes-kes pemberian dan penerima baucar, lebihan

daripada satu DUN ke DUN yang lain adalah mengikut persetujuan ADUN tersebut dan perlu dimaklumkan dengan surat rasmi kepada pihak UPEN. Sebab mereka yang penyelaras jumlah baucar yang kita edarkan, jadi pengumuman kena buat melalui surat rasmi supaya akaun itu dapat di tally dan sebagainya. Dan membantu setiap DUN dan sebaliknya terutamanya dalam hal urusan pemberian baucar tersebut, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Timbalan Speaker soalan tambahan Subang Jaya. Subang Jaya berharap bahawa untuk Subang Jaya peruntukan untuk Jom Shopping Tahun Baru Cina dapat dipertimbangkan semula sebab pada JSP kali ini Subang Jaya hanya dapat 200 baucar walaupun kita ada 110 ribu pengundi dengan pengundi Cina 64%. Saya faham mungkin ada di kalangan kita yang rasa Subang Jaya semua kaya raya tetapi tak begitu pun. 200 ni memang tak cukup YB, untuk tampung keperluan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Memang benar, untuk tahun ini untuk Chinese New Year kita kurangkan kepada RM200.00 oleh sebab kita juga akan mengambil kira last year’s expenditure ataupun kegunaan yang tahun lepas. Mengikut data yang kami terima, untuk Chinese New Year memang Pejabat Yang Berhormat Subang Jaya tidak digunakan. Itu jumlah yang sebenar jadi kita telah mengurangkan. Mungkin permintaan itu, baik, kalau ada permintaan seperti, saya boleh ambil kira soalan tambahan sebagai satu permintaan dan saya akan tambahkan mengikut apa yang sepatutnya. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Jeram. Soalan.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Soalan saya Nombor 57.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Asrama Pekerja Asing Di Kawasan PerindustrianQuestions

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri melihat pembinaan asrama setempat yang memusatkan pekerja-pekerja asing di kawasan perindustrian sebagai satu bentuk usaha yang

berkesan dalam menangani masalah lambakan warga asing yang berkeliaran tanpa pemantauan?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih kepada Jeram yang bertanyakan tentang asrama pekerja asing di kawasan perindustrian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa penyediaan pembinaan asrama setempat untuk pekerja asing di kawasan perindustrian merupakan salah satu usaha yang baik dan berkesan dalam menangani masalah lambakan warga asing yang berkeliaran tanpa pemantauan. Dalam masa yang sama, usaha penempatan ini juga dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan majikan dalam memantau dan mengawal pergerakan pekerja untuk mengelakkan isu-isu seperti gangguan kepada penduduk setempat. (B), namun, usaha tersebut bergantung pada beberapa faktor seperti berikut; satu, pengawasan dan kawalan memudahkan pihak berkuasa dalam memastikan pematuhan terhadap Undang-undang dan peraturan berkaitan pekerja asing serta mengurangkan masalah ketidakaturan seperti pekerja asing yang tinggal tanpa izin atau bekerja di sektor yang tidak dibenarkan. Dua, kebajikan pekerja asing menyebabkan kemudahan asas kepada pekerja asing untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan pekerja asing. Tiga, keselamatan awam. Penyediaan asrama yang selesa dan teratur merupakan salah satu usaha bagi mengurangkan masalah sosial seperti gangguan awam oleh pekerja asing dan yang keempat, penyelarasan dengan majikan. Kerjasama antara majikan dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu bagi memastikan pekerja asing ditempatkan di kawasan yang selamat dan memudahkan pemantauan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Plan Malaysia telah menyediakan Garis Panduan Perancangan GPP Penginapan Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quarters – CLQ). Dan prosedur permohonan bagi penyediaan penginapan pekerja secara jangka pendek, dengan izin, Temporary Labour Quarters (TLQ). GPP, Garis Panduan perancangan ini disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri Tempatan, Agensi Kerajaan, pihak pemaju, majikan, pengilang, pengendali perkhidmatan dan pengusaha penginapan pekerja untuk menyediakan asrama penginapan pekerja berpusat secara terancang dan teratur serta holistik. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Sungai Ramal.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Soalan tambahan, soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan? Oh, tak bangun terus. Okay. Saya bagi ruang satu soalan tambahan.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih. Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas penjelasan tersebut. Cuma soalan saya sebelum sesuatu atau pun sesebuah asrama pekerja asing ini dibina atau pun diluluskan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan, Adakah diwajibkan pihak swasta atau pun mana-mana pihak untuk menjalankan apa-apa kajian impak sosial terhadap kewujudan sesebuah asrama pekerja asing tersebut? Dan adakah Pihak PBT ataupun pihak Kerajaan Negeri mengambil kira pandangan ataupun bantahan yang dikemukakan oleh penduduk setempat. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Memang CLQ dan TLQ, Centralised Labour Quarters ataupun Temporary Labour Quarters yang antara dua (2) ini yang sementara ataupun yang berpusat, yang dibina di sesuatu tempat khususnya di kawasan perindustrian, memang disyaratkan syarat-syarat yang tertentu untuk mereka buat sesuatu dan pihak PBT akan pantau pastikan semua syarat itu dipatuhi baru dibenarkan termasuk apa yang dicadangkan itu iaitu Social Impact Assessment ya, social impact tentang gangguan terhadap keadaan persekitaran, tetapi biasanya, kebiasaannya untuk maklumat Yang Berhormat, CLQ kalau dibina di kawasan perindustrian ia tidak menimbulkan banyak masalah sebab sekelilingnya tidak ada tempat untuk kediaman khususnya, di situ adalah kilang-kilang dan disitulah ditempatkan pekerja, adalah lebih sesuai jika dibandingkan dengan kaedah konvensional, kaedah sebelum ini di mana pekerja-pekerja asing di tempat, berkeliaran, berserabut di mana-mana tempat seluruhnya di sini di sana tanpa kawalan. Ada yang ditempatkan di rumah-rumah murah, rumah-rumah teres dan ia mengganggu kawasan setempat. Ada yang ditempatkan di kedai-kedai, di atas kedai di kawasan perniagaan. Ia juga kadang-kadang mengganggu suasana ekosistem di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan mengambil pendekatan melalui Plan Malaysia, kita nak CLQ dan TLQ ini dibuat khususnya di kawasan perindustrian. Itu yang paling utama. Dan kemudiannya bukan sahaja SIA kita akan buat, kadang-kadang PIA pun kita buat iaitu Politic Impact Assessment di mana ada gangguan, kacau ganggu daripada orang-orang politik dan sebagainya, itu juga diambil kiraan, sekian terima kasih.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan sekali lagi?

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Satu lagi. Last.

Timbalan Speaker

Okay, okay.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Yang Berhormat EXCO, saya terima penjelasan tersebut. Cuma suka saya nak memaklumkan bahawa di DUN Jeram secara spesifiknya di kawasan perindustrian Alam Jaya. Sekarang ini sedang berlaku satu kajian impak sosial yang dilakukan oleh pihak swasta untuk mewujudkan sebuah asrama pekerja asing di mana tempat itu atau pun tapak itu terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan. Ha, ini yang saya sebut tadi. Jadi, saya nak bagi caution lah untuk makluman Yang Berhormat EXCO kerana hari ini bantahan penduduk pun ada, sampai kepada saya lebih kurang hampir 1,000 tandatangan yang membantah kajian impak sosial ini tetapi pada masa yang sama, pihak swasta tersebut telah menghasilkan satu hasil kajian impak sosial yang mengatakan bahawa 54% penduduk bersetuju untuk mewujudkan sebuah asrama ini. Jadi, isu saya dalam soalan saya, saya khuatir sekiranya ...

Timbalan Speaker

Bukan perbahasan ya, soalan, soalan.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Perkara ini dibawa terus kepada pihak PBT, ia akan diluluskan sementara bantahan penduduk ternyata wujud di kawasan perindustrian Alam Jaya di DUN Jeram, terima kasih.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Terima kasih Yang Berhormat Jeram berkaitan dengan kes yang lebih spesifik di Alam Jaya, di DUN Jeram. Perkara ini akan diteliti kerana di dalam sistem demokrasi negara kita, kita bebas mana-mana penduduk dan sebagainya kawasan sekitar ia boleh bersama NGO atau bersama Persatuan Penduduk dan sebagainya, mereka boleh mengemukakan bantahan sekiranya penempatan tersebut memberi kacau ganggu, menyebabkan gangguan terhadap mereka, mereka boleh bantah melalui tandatangan dan sebagainya. Ini prosedur biasa, namun pada masa yang sama SIA syarikat yang dilantik untuk, konsultan yang dilantik untuk Social Impact Assessment itu juga mereka bertanggungjawab untuk menyelidik kajian secara teliti, secara sampel dan sebagainya. Walau bagaimanapun, daripada dua-dua belah pihak ini sama ada bantahan itu lebih banyak atau tidak, tempat itu sesuai atau tidak, pihak PBT akan membuat satu keputusan yang lebih baik untuk kebaikan kawasan setempat. Saya yakin pihak PBT Majlis Perbandaran Kuala Selangor akan membuat satu keputusan yang menepati kehendak semua dan memastikan kawasan persekitaran tidak menjadi kacau ganggu dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

58 Yang Berhormat.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Pekerja LadangQuestions

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perkembangan terkini pembinaan 245 rumah pekerja ladang di 5 estet di Bestari Jaya?

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Yang Berhormat Tuan Speaker, ia adalah tanyakan pasal pekerja ladang. Soalannya apakah perkembangan terkini pembinaan 245 rumah pekerja ladang di lima (5) estet di Bestari Jaya? Sebenarnya, dalam ucapan penggulungan saya, saya telah menghuraikan tetapi ini lebih detail sikit, terima kasih ya. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Program Perumahan Rakyat (PPR) atau kini dikenali sebagai Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya bagi tujuan menyelesaikan untuk penempatan kepada bekas pekerja ladang yang terdiri daripada lima (5) ladang iaitu Ladang Minyak, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Mary, Ladang Nigel Garder dan Ladang Bukit Tagar yang terletak di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merealisasikan projek PRR tersebut dengan kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi pada 28 Oktober 2024 daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Cadangan pembangunan ini melibatkan penyediaan kediaman sebanyak 245 unit PRR yang terdiri daripada komponen rumah teres 1 tingkat yang mempunyai tiga (3) bilik tidur dan dua (2) bilik air dengan berkeluasan 750 kaki persegi. Bagi pelaksanaan projek ini, kos keseluruhan pembangunan PRR melibatkan sebanyak RM75 juta. Ini selaras dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 13/2024 bertarikh 10 Mei 2024 telah bersetuju dengan cadangan penyelesaian Rumah Kediaman Bekas Pekerja Ladang Berjaya City dengan peruntukan tersebut sejumlah RM75 juta melalui peruntukan KPKT sejumlah RM40 juta dan RM35 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor. Berdasarkan status terkini, pihak PRIMA selaku agensi pelaksana projek telah melaksanakan kerja-kerja tanah di tapak pada bulan Disember 2024 dan pihaknya dalam proses mengemukakan permohonan Pelan Bangunan untuk kelulusan oleh MPKS. Melalui perancangan pembangunan ini, PRIMA

menjalankan, akan memulakan kerja-kerja pembinaan rumah di tapak pada bulan April tahun 2025, iaitu tahun ini, dengan tempoh siap selama dua (2) tahun pembinaan. Sekian terima kasih.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Tambahan, sila.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Banting. Saya fikir Yang Berhormat Banting orang yang faham dan tahu sesetengah isu-isu pekerja ladang. Saya nak menarik perhatian sikit, tentang rumah pekerja ladang di Bangi iaitu 19 buah rumah yang telah dibina di Kampung Bangi, atau panggilan saya Bangi Lama. Mereka telah diberikan lesen menduduki di sini sebelum tahun 2008 dan mereka bina rumah di situ. Masalahnya ialah mereka bertemu saya baru-baru ini, mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri untuk terus tinggal di situ. Ataupun lebih jauh daripada itu, mereka mohon negeri memberikan hak menduduki di situ kerana mereka dah diberikan sejak tahun, sebelum tahun 2008. Saya mohon perhatian dan tindakan Yang Berhormat supaya permohonan mereka diterima iaitu menduduki di situ. Tak ramai Yang Berhormat, 19 orang sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya melihat kalau kes ini dapat diselesaikan saya juga salah seorang pemimpin yang sangat berterima kasih kepada semua pihak dan memandangkan saya tidak ada maklumat terperinci dalam isu ini, saya minta Yang Berhormat tulis secara rasmi kepada Pejabat saya dan saya akan mengambil tindakan secepat mungkin, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin tumpukan soalan kepada Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas jawapan yang telah diberikan berkenaan dengan 245 rumah pekerja yang telah dirasmikan ataupun telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita. Yang saya nak tanya ialah berkenaan dengan berapa lagi masa ataupun masalah perumahan yang masih belum diselesaikan di negeri Selangor terutamanya pekerja ladang? Dan kita semua maklum banyak pemaju telah ambil alih tanah tetapi masih lagi belum menyediakan rumah untuk pekerja ladang. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa yang begitu prihatin dengan pekerja ladang. Dan untuk soalan tambahan itu, saya rasa memang ada banyak pemilik-pemilik estet ini begitu culas menyediakan

perumahan kepada pekerja-pekerja ladang. Cuma, kita kena melihat jumlah pekerja dan juga bilangan apa tu, mereka telah berkhidmat selama berapa lama dan sebagainya. Dalam kes ini, sebagai contoh, saya nak ingin terangkan, saya ambil masa sikit. Dalam kes Bestari Jaya ini, kita ada beberapa condition, dengan izin, sebab ada juga pekerja bekerja one year, satu tahun dan dua tahun itu sahaja. So, BCB telah syaratkan atau pun kita dalam satu mesyuarat, kita telah mencadangkan at least mereka perlu bekerja lebih daripada 10 tahun and then baru boleh kita consider, itu satu. Dan kemudian, memang berlakunya transfer title dan sebagainya. Jadi, memang berlaku banyak isulah.

Cuma dalam pengetahuan saya, saya juga ada kuasa untuk meluluskan transaction itu seperti jual dan beli dan juga pembangunan atau pun transfer dia punya status tanah dipanggil sebagai ELB, Estate Land Board. Apabila saya meneliti satu-satu kes yang mempunyai tanah lebih daripada satu ekar pertanian dan saya akan pergi ke tapak dan melihat baik daripada pekerja ladang dan juga tempat pengebumian ataupun kubur temple dan sebagainya. Saya akan melihat perkara itu selepas itu saya mengeluarkan surat tidak bantahan dari pejabat saya baru Kerajaan Negeri akan meluluskan transfer dan juga pembangunan dan sebagainya. Untuk soalan yang lebih terperinci daripada Yang Berhormat Sentosa, mengikut kajian saya ada di kawasan Hulu Selangor bermaksud tapak yang besar dan banyak ladang ada di kawasan itu. Ada 2-3 kes dalam pejabat saya untuk apa itu..menyelesaikan cuma saya memberitahu dalam Dewan yang mulia ini dan juga kepada Yang Berhormat semua kalau ada kes, kes yang wujud dalam kawasan masing-masing tolong hubungi pejabat saya atau pun hantar surat rasmi kepada saya atau pun WhatsApp pun boleh jugalah tak ada masalah dan saya akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita sama-sama membanteras atau pun maha kaya lah we call it..yang apa itu..istilah biasa guna pakai oleh Ketua Pembangkang maha kaya itu kita akan meneliti perkara dengan detail dan kita akan membantu masyarakat yang telah ditindas sekiranya ada, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya No. 59.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Gaya Hidup SihatQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam menjayakan kempen "War on Sugar"?

b)

Apakah program-program yang dirancang sepanjang tahun 2025 untuk menggalakkan gaya hidup sihat di Negeri Selangor?

c)

Adakah Kerajaan Negeri melibatkan komuniti setempat seperti persatuan penduduk dan NGO dalam menyokong kempen ini?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih pada Yang Berhormat Bukit Lanjan yang telah bertanyakan apakah langkah Kerajaan Negeri dalam menjayakan Kempen War on Sugar? apakah program-program yang dirancang sepanjang tahun 2025 untuk menggalakkan gaya hidup sihat di negeri Selangor dan juga adakah Kerajaan Negeri akan melibatkan komuniti setempat seperti persatuan penduduk atau pun NGO dalam menyokong usaha kempen ini? Timbalan Tuan Speaker, soalan yang ini akan dijawab bersekali dengan soalan No.339 (a) daripada Yang Berhormat Seri Kembangan. Kerajaan Negeri sentiasa menekankan kepentingan penjagaan kesihatan melalui pengalaman gaya hidup yang sihat dengan ini selari dengan ungkapan pencegahan adalah rawatan yang terbaik. Ini termasuk berkaitan dengan isu pengambilan gula yang tinggi oleh masyarakat di Negeri Selangor. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sendiri pun telah mengeluarkan pekeliling berkaitan dengan arahan mengasingkan gula dalam penyediaan minuman untuk mesyuarat dan program rasmi di Jabatan Kerajaan Selangor sejak 14 Februari 2012. Jadi melalui pekeliling ini penyediaan minuman seperti kopi, teh dan lain-lain minuman bergula hendaklah disediakan secara berasingan dalam bentuk paket atau di dalam bekas asing.

Jadi saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan kerana membangkitkan persoalan ini dan ini juga sekali gus dapat mengingatkan semua agensi-agensi atau pun jabatan kerajaan di bawah Kerajaan Negeri Selangor supaya melakukan apa itu penyediaan kopi, teh dan lain-lain lagi minuman bergula secara berasingan dan dalam hal ini juga Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam akan menyebar luas semula penggunaan pekeliling ini untuk perhatian dan tindakan lanjut oleh jabatan atau pun agensi Kerajaan Selangor. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam Kempen Perangi Gula selari dengan agenda Nasional Malaysia Sihat yang mana kempen perangi gula merupakan salah satu komponen utama di bawah agenda Nasional Malaysia Sihat dan

antara program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor adalah Modul Latihan Katering Sihat yang menekankan kepada penyediaan makanan dan minuman yang lebih sihat kepada pengusaha dan pengendalian makanan seterusnya mengadakan pameran pemakanan, pocket talk and sesi bual bicara mengenai gula semasa jelajah agenda Nasional Malaysia Sihat serta Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dan Sambutan Bulan Pemakanan serta lain-lain aktiviti di peringkat komuniti. Seterusnya kita juga bekerjasama dalam mengadakan ceramah dan pameran pemakanan semasa Majlis Peluncuran Pemakanan Sihat di sekolah-sekolah dalam Negeri Selangor dan selain daripada itu JKNS juga menyebar luas maklumat pemakanan sihat melalui platform media sosial seperti Facebook, Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Selangor serta Portal Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Antara program yang dirancang Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2025 untuk memupuk dan menggalakkan gaya hidup sihat adalah Program Slim Selangor dan juga termasuk program asas di bawah Slim Selangor rakyat Negeri Selangor berpeluang untuk menjalani senaman kesihatan yang akan dilaksanakan secara berkala dan juga pada masa sama kesedaran dan pendidikan mengenai cara pemakanan yang sihat dan selain daripada itu, program asas di mana kita cuba mendidik kanak-kanak sejak kecil bahawa begitu pentingnya untuk kita menjaga pemakanan secara sihat dan mengurangkan penggunaan gula dan selain daripada 2 program tersebut amalan hidup sihat sentiasa diberi keutamaan di setiap program kesihatan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri selari dengan fokus Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam tahun ini iaitu pencegahan adalah rawatan terbaik dan apabila menyentuh mengenai aktiviti serta program yang berkaitan dengan masyarakat Kerajaan Negeri memang akan sentiasa memastikan setiap pelaksanaan program kesihatan yang dilaksanakan sekiranya boleh akan melibatkan masyarakat setempat iaitu persatuan penduduk atau pun badan bukan kerajaan kerana penglibatan kedua-dua pihak ini memainkan peranan yang penting bagi menghubungkan Kerajaan Negeri dan agensi pelaksanaan program dengan masyarakat setempat untuk memastikan objektif program dapat diterima oleh baik oleh kumpulan sasar.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan tambahan..

Speaker

Silakan Yang Berhormat..

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh YB EXCO sebagai contoh kepada rakyat Selangor adakah usaha daripada pihak Kerajaan Negeri untuk memulakan langkah pertama seperti kita melancarkan Kempen Hari Tanpa Gula, bermula daripada Sidang Dewan?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Sekiranya ada keperluan kita boleh lancarkan kempen sebegitulah tapi pada masa yang sama apa yang pentingnya perincian atau pun garis panduan itu dilihat semula kerana seperti yang dikatakan saya kira sekiranya kita mahu memberi impak yang lebih besar dan menyebarkan kesedaran tentang pengurangan penggunaan gula adalah sangat penting agensi dan jabatan juga mematuhi surat pekeliling ini. Jadi insya-Allah kita boleh melancarkan sebagai peringatan semula kepada semua agensi dan jabatan supaya mengasingkan minuman yang bergula dan juga mengurangkan penggunaan gula di dalam makanan-makanan ketika mesyuarat, majlis dan sebagainya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan...

Speaker

Yang Berhormat Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya No.60.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)Questions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan peruntukan tahunan bagi SMUE?

b)

Bagaimana unjuran populasi warga emas dilaksanakan bagi menentukan peruntukan tahunan SMUE?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Kampung Tunku. Berkaitan kaedah yang digunakan untuk menentukan peruntukan tahunan bagi SMUE atau pun Skim Mesra Usia Emas. Peruntukan tahunan bagi SMUE ditetapkan berdasarkan jumlah ahli sedia ada unjuran tuntutan baucar, kadar pendaftaran ahli baru dengan turut mengambil kira kedudukan dan prestasi kewangan semasa Kerajaan Negeri. Bagi soalan (b), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia

anggaran warga emas di Negeri Selangor yang berumur 60 tahun ke atas ialah seramai 899, 600 orang iaitu mewakili 11.68% dari jumlah populasi penduduk. Buat masa ini peruntukan Skim Mesra ditentukan dengan mengambil kira kadar ahli sedia ada berjumlah 424, 901 orang. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor sedang melaksanakan kajian warga emas bagi mengenal pasti keperluan sebenar warga emas di Selangor terutamanya dalam aspek kesihatan, sosial dan ekonomi. Hasil kajian ini, akan membantu Kerajaan Negeri menetapkan dan menambah baik dasar inisiatif dan peruntukan yang lebih holistik dan tuntas iaitu berdasarkan keperluan populasi warga emas.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan Tambahan.

Speaker

Permatang...

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ingin bertanya berkenaan dengan cara atau kaedah penembusan voucher SMUE kerana kalau kita merujuk kepada belanjawan tahun lalu Belanjawan 2024, Dikatakan program ini akan ditambah baik melalui digitalisasi sistem Skim Mesra agar permohonan pendaftaran dan penembusan ini dapat dilakukan secara online? dan juga kalau kita lihat pada juga ada juga pengumuman daripada pihak kerajaan yang mengatakan yang program ini akan bantu SMUE akan dibayar secara e-voucher bermula April tahun 2024. Jadi, soalan saya sehingga hari ini saya difahamkan mana mereka masih lagi menggunakan cara yang sama menebus voucher ketika bulan hari jadi di Pejabat ADUN atau pun penyelaras. Jadi saya mohon penjelasan berkenaan ini.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Permatang ada 2 perkara yang dibangkitkan. Pertama adalah apa yang telah saya umumkan cadangan untuk melakukan digitalisasi dan juga e-voucher itu bermula April pun begitu ketika sekitar Februari tuntutan telah penebusan berjumlah RM25 juta telah disalurkan bermakna ada sedikit penyelarasan yang perlu dilaksanakan berbanding belanjawan untuk Skim Mesra Usia Emas sepanjang tahun 2024 iaitu berjumlah RM37.5 juta. Ini menyebabkan penyelarasan perlu dilakukan untuk mengemas kini dari segi kelayakan dan juga pendaftaran baharu disebabkan penebusan yang tinggi pada awal tahun bersekali dengan tempoh perayaan dan sebagainya menyebabkan pihak Kerajaan menimbang semula untuk keperluan untuk mengkaji dasar secara menyeluruh termasuk kita melakukan kajian warga emas. Ada sebahagian warga emas tidak memerlukan bantuan tunai tetapi disebabkan program ini bukan sahaja pada peringkat awal adalah hadiah hari jadi tetapi khairat kematian maka kita selaraskan dari segi pelaksanaan Khairat Darul Ehsan itu akan berkuat kuasa pada Jun 2025. Jadi untuk tahun 2025

penembusan masih lagi menggunakan voucher secara hardcopy atau pun fizikal tetapi penyelarasan baru iaitu ditebus bukan sepanjang tahun bermakna 3 bulan sekali dan kami pecahkan kepada 4 Fasa. Bermakna mereka yang lahir pada Jan, Feb dan Mac hanya boleh menebus voucher hanya pada tempoh tersebut sahaja dan ini untuk mengawal aliran tunai belanjawan pada tahun 2025.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan. Tadi tak bangun dah Kampung Tunku?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tak, soalan tambahan Yang Berhormat EXCO...

Speaker

Ya teruskan...silakan...

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cuma apabila kita sebut e-voucher potensi e-voucher dan juga digitalisasi adakah kajian mengenai warga emas keperluan warga emas mengambil kira kadar penerimaan digital dan juga literasi digital di kalangan warga emas? Terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Ya untuk makluman Yang Berhormat Kampung Tunku dalam kajian yang kami melaksanakan mengambil kira 3 domain keperluan pertama adalah dari segi kesihatan kedua sosial dan ekonomi terdapat jurang literasi digital yang berlaku di kalangan warga emas dan ini menyebabkan pihak kami melibatkan pihak akademi eh dapat kajian akan dibentangkan pada Jun 2025 mengambil kira tentang digitalisasi keberkesanan. Apa yang saya kira penting untuk Kerajaan Negeri tingkatkan keberkesanan perkhidmatan atau pun service delivery dengan izin adalah digitalisasi dari segi pengurusan pentadbiran secara dalaman tetapi penembusan dan sebagainya mengambil kira kesesuaian kepada warga emas itu sendiri.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Dipertua. Soalan saya No.61.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 61. Pengharaman Rokok Elektronik (VAPE)Questions

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

61. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Penjualan vape semakin berleluasa di dalam komuniti. Apakah usaha yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Taman Medan yang bertanyakan mengenai semakin berleluasa dalam komuniti? Dan apakah usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini? Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil serius berhubung isu penggunaan rokok elektronik di kalangan komuniti terutamanya di kalangan remaja dan pelajar sekolah. Justeru itu Kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam usaha pemantauan penggunaan rokok elektronik daripada sudut kesihatan dan selari dengan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang telah diwartakan pada 2 Februari 2024 dan seterusnya berkuat kuasa pada bermula 1 Oktober 2024. Langkah-langkah pematauan yang bersesuaian telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor seperti berikut:

1. Pemantauan terhadap isi kandungan cecair rokok elektronik terutamanya kadar kandungan nikotin dan bahan kimia lain yang memberi kesan buruk kepada kesihatan;

2. Pengawasan ke atas penggunaan rokok elektronik di tempat awam terutamanya di sekolah, hospital dan premis makanan;

3. Meningkatkan hebahan berkaitan dengan kesan buruk penggunaan rokok elektronik kepada kesihatan di tempat tumpuan awam dan lokasi yang strategik.

Mengenai kempen kesedaran pula akan dilaksanakan bersama-sama dengan ketua komuniti dan sukarelawan kesihatan seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Negeri Selangor ataupun lebih dikenali sebagai SUKA yang bertindak sebagai agen penyampaian maklumat Kerajaan Negeri kepada penduduk setempat serta bertanggungjawab untuk melaksanakan hebahan advokasi dan kempen kesedaran.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat pernah sebut tentang undang-undang dan juga langkah-langkah, cumanya pemerhatian saya di lapangan terutamanya di kawasan saya sendiri dan juga di sekitar negeri Selangor. Saya lihat sekarang ini banyak convenient store yang menjual hampir 7 ribu kedai runcit di seluruh negara dikatakan menjual rokok elektronik ini, pertama. Keduanya kita juga melihat ada banyak premis kalau boleh saya sebut beberapa brand contohnya seperti Nano Stick, sebagai contoh. Mereka ni buka secara terbuka ada papan tanda sebesar-besarnya. Sebelah Klinik Anda, sebelah Nano Stick. Sama besar dengan klinik punya papan tanda. Jadi, Adakah di peringkat PBT yang mana kita ada kuasa, boleh menggunakan kuasa kita untuk menghalang daripada kedai-kedai seperti ini terus berleluasa dibuka, pertama. Keduanya saya lihat ada trend sekarang kedai vape dibuka bersekali dengan kedai barang kosmetik, dibuka sekali bersama atau dengan barber shop. Jadi apa langkah kita di peringkat PBT kerana di kawasan saya sendiri kedai vape tu dibuka di hadapan sekolah. Jadi saya melihat Negeri Selangor terutamanya kerana kita ni negeri termaju dalam Malaysia. Jadi banyaklah barang elektronik ni dijual dalam negeri Selangor. Jadi saya rasa negeri Selangor perlu mulakan dengan langkah yang mana mungkin Yang Berhormat EXCO boleh mulakan adakah cara untuk kita sekat daripada penjualan secara berleluasa ni dan jugak pengiklanan, mungkin tidak secara online dalam surat khabar dan sebagainya tetapi dengan kewujudan kedai-kedai ini ianya menyebabkan penjualan ini semakin berleluasa.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Di bawah Kementerian Kesihatan sebenarnya mereka telah menggariskan beberapa garis panduanlah di mana tindakan penguat kuasa akan dilaksanakan bagi tempoh apabila dikuatkuasakan antara 6 hingga 12 bulan daripada tarikh kuat kuasa. So, dalam peringkat pertama yang lebih kepada Kementerian Kesihatan adalah di mana antara faktor-faktor yang akan dipantau termasuk pendaftaran produk rokok yang akan dikuatkuasa bermula 1 April 2025. Seterusnya pembungkusan dan pelabelan yang akan dikuatkuasakan mengikut produk atau pun product by product selewat-lewatnya 1 Oktober 2025 dan seterunya merupakan kawalan jualan termasuk pameran di kaunter jualan yang akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya 1 April 2025 dan sebenarnya pihak berkuasa tempatan juga boleh turut serta dalam menjalankan penguatkuasaan ini kerana had diberi kepada pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta 852 dan ianya termasuk juga mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pun mana-mana orang berkelayakan yang sesuai yang dilantik oleh menteri menjadi pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 24. Itu adalah daripada segi pemantauan kualiti.

Daripada segi lesen pula, buat sementara waktu ini ianya lebih terletak di bawah EXCO PBT namun daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) saya difahamkan terdapat

pelaksanaan di mana MBPJ buat masa ini masih tidak mengeluarkan apa-apa lesen untuk mereka yang ingin memohon untuk menjalankan bisnes yang berkenaan dengan rokok elektronik ataupun lebih dikenali sebagai vape. Sekiranya mereka menjalankan aktiviti seperti ini mereka akan dikenakan kompaun dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga dalam beberapa bulan ini mungkin akan menjalankan bengkel bagi melihat bagaimanakah mereka boleh mencari perundangan yang bersesuaian bagi menangani isu yang berkenaan dengan rokok elektronik ini dan mereka akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam bengkel ini.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sabak.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 62.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Perancangan Mais Dalam Mengatasi Kemiskinan: Jumlah Asnaf Fakir Dan Strategi Pengeluaran AsnafQuestions

62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Senaraikan nyatakan jumlah asnaf fakir yang disenaraikan oleh MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor berakhir 2024.

b)

Nyatakan strategi bagi mengeluarkan mereka dari asnaf fakir.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Soalan mengenai jumlah asnaf, fakir miskin dan strategi pengeluaran asnaf di negeri Selangor. Bahagian pertama, angka yang saya bentangkan ini adalah angka yang belum di audit. Untuk makluman Yang Berhormat jumlah fakir dan miskin di Negeri Selangor dalam data untuk 2024 adalah seramai 77,872 ketua keluarga manakala untuk mualaf adalah 5,972 asnaf mualaf menjadikan jumlah keseluruhan adalah 83,844 dan kalau kita bahagikan dengan bilangan populasi negeri Selangor yang rasmi tahun 2024 hanyalah sebanyak 1.1% daripada populasi.

Untuk bahagian kedua, strategi utama Lembaga Zakat Selangor untuk membantu golongan fakir keluar daripada kategori tersebut adalah melalui program pembangunan. Salah satu inisiatif Lembaga Zakat Selangor adalah mewujudkan Five Percent Club dengan izin, yang memberi fokus kepada asnaf produktif. Daripada jumlah keseluruhan asnaf yang berdaftar 5% dikenalpasti sebagai asnaf produktif berdasarkan kriteria dan potensi mereka untuk dibangunkan. Mereka ini akan dipilih menerusi satu program induksi dan akan ditawarkan program pembangunan termasuk pembangunan kerjaya, kemahiran dan keusahawan. Sebagai contoh inisiatif program pembangunan kerjaya dan kemahiran merangkumi peningkatan kemahiran, persediaan asnaf memasuki alam pekerjaan, membantu penempatan pekerjaan (job placement) dan pemberian insentif permulaan pekerjaan. Lembaga Zakat Selangor bekerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk membantu asnaf mendapatkan pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Program kedua adalah Inisiatif Program Pembangunan Keusahawan yang disediakan untuk asnaf yang ingin mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan. Program ini dijalankan dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS). Yang ketiga inisiatif Program Pembangunan Pendidikan Khusus untuk generasi kedua asnaf, ni anak-anak dia, bertujuan memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti. Pembangunan Pendidikan ini merupakan intervensi jangka panjang untuk membantu asnaf keluar daripada kemiskinan dengan harapan generasi kedua ini dapat memperolehi pekerjaan dan pendapatan yang mampu menyokong ekonomi keluarga mereka. Keempat, Lembaga Zakat Selangor turut menjalankan kerjasama bersama rakan sinergi terdiri daripada badan kerajaan, NGO, institusi pengajian tinggi, industri dan syarikat swasta bagi memanfaatkan kepakaran dan pencapaian mereka dalam usaha membangunkan asnaf. Kelima, program pemantauan bagi memantau kemajuan dan peningkatan asnaf hasil daripada penyertaan program-program pembangunan disebutkan tadi. Pemantauan ini dijalankan secara fizikal dan berkala untuk bertujuan mengenalpasti asnaf yang telah berjaya meningkatkan pendapatan dan akan dikategorikan supaya keluar daripada kategori asnaf sekiranya mereka melepasi had kifayah yang disebut pada waktu ini adalah sebanyak RM1,215.00. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 63.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 63. Lambakan Pekerja AsingQuestions

63. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sub-soalan telah ditolak

b)

Apakah tindakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan?

c)

Adakah mereka layak berniaga dan bagaimana proses permit niaga dikawal?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Lembah Jaya bertanyakan tentang lambakan pekerja asing.

a) Kerajaan Negeri melaksanakan operasi bersepadu sebagai contoh dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengekang aktiviti peruncitan yang menggajikan pekerja warga asing negara asing tanpa permit yang sah. Ini kerana pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan atau menangkap warganegara asing sama ada yang masuk dengan permit yang sah mahupun yang tidak sah.

b) Di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor warga asing dibenarkan mendaftar perniagaan dan memiliki syarikat tetapi mereka mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan. Pendaftaran syarikat perlu dilakukan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikut Akta Syarikat 2016 atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 serta mendapat lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran ataupun Majlis Bandaraya mengikut Undang-undang Kecil (UUK) yang berkaitan. Namun penting untuk diperjelaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan menjadi penjaja atau menjalankan perniagaan kecil secara individu di tepi jalan, pasar malam atau kawasan awam tanpa lesen yang sah. Aktiviti penjajaan di Negeri Selangor adalah terhad kepada warganegara Malaysia sahaja selaras dengan peraturan pihak berkuasa tempatan. Sekiranya mereka menggaji pekerja asing dokumen pekerja asing

perlu lengkap dan memenuhi syarat imigresen serta pihak berkuasa tempatan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing dikawal menerusi peraturan yang ditetapkan di mana proses kelulusan permit dimohon adalah seperti berikut: i. Permohonan permit warga asing yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia perlu memohon permit niaga terlebih dahulu daripada PBT;

ii. Syarat dan kelayakan warga asing mesti memenuhi beberapa syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk: a. Pemilikan syarikat – kuota pemilikan saham minoriti kepada warga asing; b. Kemampuan modal kewangan; dan c. Keperluan memiliki lesen perniagaan atau sijil tertentu bergantung pada jenis perniagaan. iii. Penilaian oleh pihak berkuasa setelah permohonan diterima. Pihak berkuasa akan menjalankan penilaian merangkumi pemeriksaan dokumen dan lokasi perniagaan agar tidak memberi impak negatif kepada komuniti setempat;

iv. Pematuhan dan penguatkuasaan setelah permit diluluskan pihak berkuasa akan terus melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap perniagaan yang dijalankan oleh warga asing bagi memastikan peraturan kepada undang-undang dan peraturan sedia ada. Jika didapati pengusaha premis berlesen yang gagal mematuhi syarat-syarat berkaitan, pengambilan pekerja asing, lesen perniagaan akan ditarik serta-merta dengan disusuli oleh notis pembatalan lesen perniagaan.

Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih YB EXCO. Saya ingin menarik perhatian YB EXCO tentang ada peniaga-peniaga atau penjaja-penjaja yang datang daripada negara yang lain yang tidak dapat permit-permit yang seharusnya diadakan dan mereka bukan sahaja menyewa premis, tetapi mereka menyewa permit daripada orang-orang tempatan. Ini merupakan satu celah ataupun loophole, dengan izin yang digunakan oleh mereka dan saya ingin meminta kalau boleh kita pantaulah oleh PBT kita kerana yang menyewa ni kadang-kadang apa yang mereka buat ialah mereka membuang harga dan ia beri satu kesan negatif kepada orang-orang

tempatan atau orang-orang Malaysia, warganegara Malaysia yang berniaga terutama sekali di kawasan mungkin Kampung Tasik Tambahan di Lembah Jaya. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya berkaitan dengan terdapat warga-warga asing yang memang mereka cuba menggunakan helah-helah tertentu walaupun mereka tahu di kategori tersebut mereka tidak boleh berniaga dan sebagainya tetapi mereka menggunakan orang tengah atau pun menggunakan nama-nama tertentu untuk digunakan lesennya untuk berniaga dan mereka berada di belakang dan sebagainya. Ini memang berlaku rata-rata bukan sahaja di Lembah Jaya, di kawasan-kawasan yang lain juga berlaku sering kali perkara sedemikian. Kadang-kadang mereka juga menggunakan kaedah taktik yang lebih teratur, terancang iaitu mereka mengahwini – kahwin dengan warga tempatan, wanita tempatan dan sebagainya untuk mereka menggunakan nama mereka digunakan untuk memohon lesen akhirnya mereka berniaga dan mereka dengan kaedah sedemikian bolehlah mereka menjual harga yang lebih murah sebab mereka kerja dengan lebih kuat sampai malam dan mereka tidak tidur pun boleh. Itu yang berlaku. Pihak berkuasa akan cuba pantau dan kita akan buat gerakan secara bersepadu. Pemantauan, penguatkuasaan secara bersepadu untuk menangkapmereka-mereka yang salah guna kaedah yang sedemikian. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dengan ini saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Sungai Tua untuk menyambung penggulungan. Dipersilakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Ahli Dewan sekalian. Daripada angka-angka yang jelas saya buktikan semalam, Selangor masih lagi menjadi peneraju kepada pembangunan dan juga kemajuan negara dengan sumbangan sebanyak 25.9% dan juga pendapatan aras yang tinggi sehingga diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi selepas Pulau Pinang, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga beberapa aspek-aspek seperti pendapatan yang telah saya maklumkan sebentar tadi. Malahan dalam pada masa yang sama kita turut menyanjung dan juga berharap agar prestasi pelaburan yang telah dicatatkan akan meneruskan momentum yang sangat positif saban tahun dan saya masih ingat semenjak 2018 kecuali ketika pandemik kita telah berjaya mengutip hasil pelaburan lebih daripada 18, di antara 16 hingga RM18 bilion

dalam sektor pembuatan sahaja dan selebihnya dalam sektor perkhidmatan dan kali ini dalam subsektor primary atau pun utama juga kita telah catatkan lebih 38bilion investment yang datang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian kita turut melancarkan beberapa strategi antara strategi itu adalah untuk masuki atau menyertai gerbang AI, ataupun artificial intelligent.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya minta laluan. Terima kasih. Tuan Speaker, saya ingin bertanya kepada Dato’ Menteri Besar, di atas pengumuman beliau untuk mempelbagaikan usaha untuk mendapatkan hasil negeri daripada strategi pemerkasaan hasil negeri, Kerajaan Negeri dalam bentuk pemberian sumbangan dan juga dividen daripada agensi kerajaan. Setelah Dato’ Menteri Besar mengumumkan, saya ingin tahu, Apakah hasil daripada usaha ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat sekalian, antara hasil dividen yang kita capai sebagaimana pengumuman saya semasa sesi belanjawan yang lepas kita telah berjaya mengutip 30 juta daripada 40 juta yang disasarkan dan Alhamdulillah menjelang penutupan akaun pada akhir tahun 2024 kita berjaya mengutip RM40 juta daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri tentang dividen Kerajaan Negeri sebentar tadi. Jadi maknanya kita berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan kita juga harus melihat bagaimana usaha Kerajaan Negeri memperkasakan zero discharge policy yang merupakan hasil yang begitu baik dan mungkin boleh mencecah lebih RM100 juta pada masa hadapan. Sehingga akhir tahun lepas saja kita berjaya mengutip lebih daripada dua hingga tiga juta Yang Berhormat kerana ia baru dilaksanakan dan syarikat-syarikat juga turut mengambil maklum ataupun turut meraikan malahan mengalu-alukan. Kita bertemu dengan Federation Of Malaysia Manufacturer sebagai contoh, mereka mengalu-alukan dan berharap agar usul ini dapat dilaksanakan kerana kebertanggungjawaban ini ingin dikongsi sama. Kalau tidak ada saling tuduh-menuduh dalam isu pencemaran sebagai contoh. Sama ada daripada domestik atau pun daripada pengusaha, kilang dan sebagainya. Selepas kita menguatkuasakan Undang-Undang seperti enakmen LUAS yang telah kita pinda dengan mengenakan satu tindakan ataupun satu denda yang lebih tinggi dan juga mandatori penjara dalam kesalahan-kesalahan tersebut dan kita berharap agar enakmen ini digunakan untuk menjaga alam sekitar kita di samping mendatangkan hasil kepada negeri yang mana saya akan sebut nanti, bagaimana strategi MBI terutamanya untuk melaksanakan dan juga bekerjasama memenuhi compliance atau pun complement dengan izin keperluan-keperluan yang telah ada dalam enakmen dan zero discharge policy. Dengan menyertai AI ini saya ingin menjawab secara langsung dengan Kota Kemuning dan juga Kampung Tunku yang bertanya adakah kecerdasan buatan dan bagaimana penglibatan penjawat awam serta fungsi Kerajaan Negeri dengan kerjasama dengan Google, AI Art Word yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada integrasi yang

dipanggil sebagai My Government UC dan Google Work Space di peringkat persekutuan. Di peringkat negeri pentadbiran ini mengakui bahawa kami akan mengambil pendekatan dwifungsi. Pertama, memberikan fokus kepada pembangunan pejabat ataupun teknologi. Kerajaan Negeri mengambil langkah meningkatkan fahaman dan pengetahuan asas kita ingin tingkatkan lantai kefahaman kecerdasan buatan. Kerana tiada gunanya kita mempelopori bidang teknologi tetapi agensi dan penjawat awam dan rakyat belum diberikan kesedaran yang secukupnya mengambil peluang yang diwujudkan dalam sektor melalui teknologi AI ataupun kecerdasan buatan. Itu lah sebabnya kerjasama yang dijalinkan dengan Google melihat kepada kejayaan mereka dengan kerajaan Singapura sebelum ini yang meningkatkan menghasilkan most viable product dengan di setiap kementerian di negara tersebut dan satu hasrat iaitu menggunakan AI untuk meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan kerajaan. Kedua, kita juga ingin melihat aspek menyeluruh yang akan diteliti melalui kertas putih. Kecerdasan buatan yang akan dibentangkan dalam Dewan Negeri insya-Allah kalau berkesempatan dalam sesi yang kedua ataupun paling kurang dalam sesi Belanjawan nanti untuk diperhalusi atau dibahaskan oleh Ahli Dewan sekalian. Malah Google juga menawarkan khidmat untuk membentuk apa yang dipanggil sebagai sovereign data server. Supaya data dan maklumat negeri yang akan dipunyai akan dihostkan oleh Selangor dengan server tempatan tanpa perlu menggunakan cloud server oleh Google ini untuk menjawab kebimbangan Bukit Gasing terutamanya. Adakah tentang data maklumat yang tidak dikawal ataupun kepunyaan data dan menjamin data peribadi dapat ditangani dengan baik. Isu kedua yang dibangkitkan Bukit Gasing ialah tahap tempoh pajakan yang hampir tamat. Ini memang perkara selalu yang dibangkitkan oleh Bukit Gasing khususnya berkaitan pengusaha-pengusaha kecil yang berada di Petaling Jaya, Old Town dan perkara ini bukan hanya akan melibatkan Petaling Jaya kerana di beberapa daerah yang lain seperti Kelang ataupun Majlis Perbandaran lain seperti Shah Alam dan Subang akan turut menerima kesan selepas perubahan-perubahan yang berlaku kerana selepas PJ ataupun Petaling Jaya menjadi Satellite City satu ketika dahulu sudah pasti kawasan itu menjadi kawasan awal yang dibangunkan dengan kemodenan dan kemajuan termasuk kawasan-kawasan komersial tetapi diusahakan secara kecil-kecilan. Pada 7 Februari lalu saya telah mengetuai satu mesyuarat yang dipanggil sebagai Jawatankuasa Tanah dan Bahan Galian Negeri dan kita telah mengemukakan satu keputusan yang perlu diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dan kita juga perlu mendapatkan maklum balas daripada pihak Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri supaya melihat implikasi-implikasinya dan di antara cadangan yang telah dikemukakan itu ialah mengenakan ataupun meletakkan diskaun 50% dan ke bawah kepada pemilik-pemilik terbabit dengan syarat data dan maklumatnya kita perolehi dan kita lengkapkan dan insya-Allah mereka akan memiliki tapi sekali lagi kerajaan akan mengenakan beberapa kekangan. Apabila nilai yang sebenar itu dah dipasarkan ataupun di charge di bank dan sebagainya ia sudah

pasti akan memberikan kesan hasil yang sebenar kepada kerajaan negeri pada ketika itu kita akan menggunakan formula yang hampir sama bagaimana kita berikan kepada rumah-rumah kediaman yang telah dilaksanakan semenjak 2009 sehinggalah sekarang Yang Berhormat. Jadi hal ini perlu dibawa kepada PUU lepas itu diangkat dibincangkan di pihak PWN, Pegawai Kewangan Negeri dan kemudian diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan MTES. Kalau perlu kita bawa ke MTES saya boleh jemput ADUN-ADUN di kawasan Petaling khususnya untuk membincang dan melihat perkara ini saya rasa ia bukan sahaja di Old Town ada beberapa lokaliti-lokaliti lain yang turut terjejas ataupun terkesan dengan ini. Dengan ini saya percaya rakyat akan mendapat pembelaan yang baik dan juga mendapat sokongan daripada hasrat kerajaan untuk pembangunan yang lestari. Sama ada di kawasan-kawasan tepu bina seperti kawasan PJ Old Town dan sebagainya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya juga ingin menambah jawapan daripada Kinrara berkenaan dengan Selangor Aero Park. InsyaAllah Selangor Aero Park kita telah meterai ataupun kita dah mencapai tahap persetujuan bersama setelah beberapa siri perbincangan termasuk dengan Khazanah dan MPHP. Dan insya-Allah pada bulan Mac nanti bulan hadapan kita akan menandatangani MOU dan perjanjian itu kita akan lengkapkan secepat mungkin dan sebelum bulan Jun 2025 kita akan melaksanakan program pecah tanah kerana sasaran kita pada Jun nanti kita akan menyertai Paris Air Show dan di Paris Air Show itu merupakan tempat untuk semua pemain-pemain Industri Aero Angkasa bertapak kerana programnya sentiasa bersilih ganti bersama dengan Famebro Air Show. Famebro Air Show bertempat di United Kingdom diadakan setahun sebelum ini dan tahun ini Paris Air Show dan di tahun lepas ialah Famebro Air Show. Tahun lepas di Famebrow Air Show kita telah menyatakan satu kerjasama ataupun satu pengumuman bahawa beberapa tapak-tapak tentang Selangor Aero Park dan kali ini kita akan tawarkan pula tapak yang telah sedia dipersetujui ataupun yang telah mula untuk dibangunkan demi membangunkan industri Aero Angkasa dan mengukuhkan kehadiran Selangor sebagai pemain Aero Angkasa yang terkemuka di dunia dengan lebih 62%, 65% daripada sektor ini bertapak di sana. Yang Berhormat saya ingin merujuk kepada kenyataan ataupun perbahasan yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang berkaitan dengan sumbangan dividen anak syarat Kerajaan Negeri. Apa yang saya nak sebutkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebelum kita masuk membincangkan soal dividen, dalam perbahasan saya minggu lalu, saya ada menarik perhatian Dewan ini, tentang sumbangan beberapa sektor utama, kepada ekonomi Selangor. Sektor perkhidmatan 61%, sektor pembuatan 29.4%, dan sektor pertanian hanya 1.1%. Jadi persoalan saya ialah, dalam situasi kita ingin menjamin food security di dalam negeri Selangor, Bagaimana kita dapat meningkatkan sumbangan sektor pertanian dalam KDNK negeri dan bagaimana usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengimbangi, di antara sektor pembuatan dan juga sektor perkhidmatan. Kedua-

dua sektor ini merupakan penyumbang utama kepada organic economic growth untuk negeri Selangor. Tetapi kalau ianya tidak diseimbangkan, saya bimbang ianya akan menghadapi satu situasi yang vulnarable untuk ekonomi negeri. Jadi sektor pertanian dengan menggunakan smart farming, pertanian moden. Saya percaya kita boleh meningkatkan sumbangan sektor ini dalam KDNK negeri Selangor. Saya pohon untuk penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat, angka-angka yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang sebentar tadi merupakan angka yang konsisten daripada hasil dan juga pecahan subsektor-subsektor hasil dan juga perekonomian bukan hasil negeri ya. Ekonomi dalam negeri Selangor sejak sekian lama memang pecahannya lebih kurang begitu 60% datang dari sektor perkhidmatan, 30% datang daripada sektor pembuatan. Dan kadangkala sektor-sektor pembuatan ini juga merangkumi beberapa downstream-downstream tertentu yang melibatkan downstream dalam bidang pertanian. Pemprosesan bahan-bahan pertanian untuk menghasilkan makanan sebagai contoh. Ia jatuh dalam subsektor pembuatan ataupun manufacturing. Dan ia sedikit sebanyak sebenarnya mengurangkan percentage kerana yang dipertimbangkan dalam sektor pertanian yang 1% itu hanyalah raw material dengan izin ataupun fresh product yang dihasilkan bayangkan kalau susu lembu yang dihasilkan penghasilan daripada susu lembu untuk menghasilkan bahan seperti coklat dan lain-lain itu diletakkan dalam bukan subsektor pertanian ataupun agro-business yang sebenarnya wajar diletakkan. Namun begitu sebagaimana yang dijelaskan oleh Pandan Indah dalam penggulungan beliau beberapa hari yang lepas ataupun semalam, semalam kita dapat mendengar kita mempunyai pelan yang dipanggil sebagai PETA. Dalam PETA tersebut kita mengenal pasti beberapa tapak-tapak untuk dibangunkan kawasan seperti kelapa, kawasan seperti penternakan, kawasan tanaman jagung bijirin. Alhamdulillah, jagung bijirin yang telah kita usahakan walaupun ditapak seperti tanah pits oil ataupun tanah gambut telah berhasilkan yeild yang sangat baik ataupun kutipan nama dia apa, pengeluaran dia besar dan juga kita sedang mengenal pasti tapak-tapak tertentu termasuk berbincang dengan negeri-negeri lain. Saya dah tawarkan sebenarnya dengan negeri lain format ini. Sebab selama ini jagung bijirin yang ditanam ada yang paling besar sebenarnya di negeri Kedah dalam 800 ekar. Kita dalam 300 ekar lebih. InsyaAllah kita akan tambah lagi 100 ekar lebih. Tapi kita tidak mempunyai keluasan tanah dan lebih istimewa kita laksanakan di tanah pits oil ataupun di tanah gambut yang mana dia strukturnya berbeza.

Tanahnya agak rapuh dan boleh dihasilkan dengan hasil yang baik itu yang kita sedang kemukakan dan mungkin kita boleh berbincang, saya termasuk meneroka ya Yang Berhormat. Kita teroka di negara jiran tapi belum ada hasil lagilah sebab agak sukar untuk meyakinkan mereka kerana penghasilan yang dipanggil sebagai bijirin ini sekali gus akan mengurangkan kos kepada ternakan, ternakan kita memerlukan protein dan

harga jagung bijirin ini hampir 85% saya percaya, mungkin 90% adalah hasil daripada import dan ia telah menaikkan kos, menaikkan kos daripada 800 ekar yang ada, 100, 200, 300 ekar yang kita ada itu, hanya tampung 5% daripada keperluan pasaran dalam tempatan. Itu tak termasuk dengan minat negara luar seperti Qatar dan sebagainya yang pernah berhubung untuk membuka ladang yang besar. Kalau itu kita adapun, sebenarnya pasaran tempatan kita sangat-sangat menuntut dan kita meneroka hal tersebut and sekali lagi kita menjadi negeri pertama melalui PKPS yang laksanakan hal tersebut.

Perkara seterusnya yang saya ingin maklumkan, ini belum dimuktamadkan tapi saya ingin memaklumkan dalam Dewan, kita turut meneroka sebenarnya. Meneroka PKPS, meneroka kembali kepada sasaran asas atau pun perkara asas yang sedang dibangunkan mereka suatu ketika dulu ingin ditubuhkan iaitu dalam industri padi. Saya dengar Yang Berhormat Pandan Indah sebut industri ini merupakan satu industri yang banyak suntikan dibuat. Tapi selalu mengalami masalah selain daripada penyakit, hasilan dan sebagainya, kali ini PKPS juga ingin terlibat. Kita ada kesan beberapa ribu ekar dan kita akan pajak dan kita akan usahakan dan kita kawal dan formula padi Sekinchan yang menjadi formula yang selalu disebutkan di seluruh Malaysia boleh kita terapkan di situ termasuk mengambil beberapa kawasan-kawasan yang telah kita kenal pasti di samping menjaga kebajikan para petani-petani yang sedia ada, itu jawapan saya Yang Berhormat. Insya-Allah kita boleh pertingkatkan tapi kembali ia merujuk kepada saiz tanah, kembali ia merujuk kepada kawasan-kawasan tertentu. Sebab itu kadangkala kita agak bertindak agak keras dalam membatalkan atau pun mempertahankan kawasan-kawasan padi ini Yang Berhormat.

Kalau diikutkan naluri serta keinginan pembangunan khususnya dengan ada WCE dan sebagainya kita terpaksa membatalkan beberapa kelulusan atau pun mempertahankan kawasan-kawasan ini. Saya rasa Sabak juga sebutkan bahawa kita perlu pertahankan dan kadangkala kita terpaksa berkompromi juga kadang-kadang mereka telah membangunkan chalet, membangunkan kawasan pelancongan tapi kita perlu meletakkan beberapa tempat tertentu dalam arahan terakhir yang saya kemukakan dalam Jawatankuasa Tanah pada 7 Februari lepas, Kerajaan Negeri melalui PTGS yang dikawal selia oleh Jabatan Pertanian (IADA Barat Laut) dan semua badan-badan terlibat kena letak satu syiling yang tidak boleh dirempuh. Maknanya ini kawasan padi yang tidak boleh dirempuh supaya mengelakkan bekalan padi kita terganggu atau pun tergugat dan bekalan makanan tergugat dan malahan daripada itu ...

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Dan sebentar Sungai Ramal. Dan malahan daripada itu kita turut mempunyai gudang makanan Selangor. Insya-Allah Ramadan nanti kita akan rasmikan yang pertama sebelum kita mempunyai rangkaian sepenuhnya. Semalam saya rasa Pandan Indah jelaskan bahawa kita bukan simpan stok fail itu untuk simpan sampai berbubuk sebaliknya kita akan salurkan melalui jrem melalui Ehsan Mart dan juga kedai-kedai yang lain tetapi at on time, insya-Allah menjelang tahun 2028 dan 2029, Selangor mempunyai 30% atau pun 3 bulan bekalan makanan protein dalam bentuk daging, ikan dan juga makanan asas seperti beras jika berlaku peristiwa seperti pandemik atau pun perkara-perkara yang kita tidak mahu elakkan, terima kasih. Sungai Ramal, silakan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Amat Berhormat atas penjelasan dan saya sangat-sangat gembira dengan pernyataan Yang Amat Berhormat untuk mempertahankan jumlah tanaman padi di Selangor. Saya merujuk kepada soalan yang saya kemukakan kepada Yang Berhormat Pandan Indah baru ini, tentang cadangan menggunakan satu ruang sawah di Sekinchan untuk Bandar Baru Sekinchan. Saya memahami seolah-olah Yang Amat Berhormat bersetuju bahawa cadangan itu tidak patut dan mungkin, Apakah dibatalkan cadangan itu? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya sedang menunggu laporan rasmi daripada pihak terbabit terutamanya daripada Pejabat Tanah selepas berbincang dengan IADA Barat Laut dan sebagainya untuk mengelakkan kawasan-kawasan padi ini daripada tergugat atau pun terganggu. Dan kita turut juga meneliti beberapa trendnya kerana sebahagian daripada pengusaha-pengusaha pertanian ini beralih kepada crush crop seperti jagung, keledek dan sebagainya. Ini juga memberikan kesan kepada kawasan-kawasan padi tapi kita perlu pertahankan Yang Berhormat, saya yakin semua perlu menyokong ini kerana akhirnya beras sebagai makanan ruji kita harus kita siapkan dan Kerajaan juga perlu mempunyai satu pelan yang menyeluruh yang lengkap daripada penanaman sampailah ke simpanan hinggalah ke agihan kepada mereka yang memerlukan atau pun agihan ke kedai-kedai dan pasaran supaya perkara ini telah atau pun wajar untuk diletakkan. Saya sendiri turun bersama Yang Berhormat Sungai Air Tawar sebagai contoh. Memastikan pada musim perayaan supaya bahan-bahan ini atau pun barang-barang keperluan ini cukup sepenuhnya dan alhamdulillah walaupun ada sebahagiannya masih lagi bergelut dengan keperluan import. Saya sedar ini perbincangan yang sangat lakar dan panjang sejak seingat saya Tan Sri Muhyiddin jadi Menteri Pertanian sampai dia jadi bekas Perdana Menteri, sampaikan sekarang isu ini tidak pernah selesai. Dan Selangor paling tidak menyumbang, paling tidak kita akan ada jaminan kalau pelannya berjalan dengan baik, 30% sekarang ini 15%, dulu kita mulakan untuk yang pertama dalam fasa pertama dan fasa seterusnya kita akan lengkapkan 30%. Kalau sempurna sebenarnya kita boleh cecah 60% Yang Berhormat. Tapi kita tak mahu

rush atau pun tergesa-gesa atau pun apa guna kita semua import saja, sebaliknya kita tidak membuat jaringan atau pun membuat satu usaha yang menyeluruh berkenaan dengan keselamatan bekalan makanan sebagaimana yang disentuh oleh Hulu Kelang dan beberapa wakil Yang Berhormat dalam perbahasan ini.

Ahli Yang Berhormat, saya juga ingin menekankan tentang sumbangan dividen anak syarikat-syarikat Kerajaan Negeri yang disebutkan oleh Hulu Kelang berkenaan dengan satu pelan yang dipanggil sebagai Thrive 28. Thrive 28 ini secara asasnya telah menyenaraikan semula 10 subsektor yang terkandung di bawah urus stragger atau pun urus tadbir MBI. Dan 5 daripada urus subsektor-subsektor itu merupakan subsektor yang datang mendatangkan hasil. 5 daripadanya seperti WBS (Yayasan Warisan Anak Selangor) itu lebih kepada perkhidmatan kepada negeri dan program kepada rakyat yang wajar untuk diteruskan.

Daripada subsektor tersebut kita menyenaraikan perkhidmatan air sebagai satu subsektor. Hartanah sebagai subsektor, pelaburan sebagai satu subsektor yang keempat tenaga dan utiliti dan yang kelima perlombongan. Daripada kelima-lima subsektor tersebut perkhidmatan air merangkumi 45% daripada revenue dan itu memang revenue yang kita sasarkan sebagai contoh pada tahun 2024 kita sasarkan revenue kita RM5 bilion dan sebahagian daripada revenue itu terhasil daripada perkhidmatan air dan kita telah capai revenue tersebut. Hartanah Yang Berhormat, Yang Berhormat bangkitkan tak ada tanah. Kita hartanah hanya mewakili 16% daripada RM8 bilion yang kita sasarkan pada tahun 2028. Bermakna sektor hartanah hanya mewakili 1.6% daripada subsektor tersebut. Pelaburan 16%, kita ada PNSB sebagai contoh yang bekerjasama dengan SIDEC, Insya-Allah akan mengikat kerjasama dengan Khazanah di masa depan untuk venture capital dengan syarikat-syarikat pemula atau pun syarikat-syarikat berdaya saing. Dan kita mempunyai venture capital yang berjaya sebagai contoh, KPS dengan pelaburan-pelaburan yang sangat memberangsangkan dalam sektor-sektor pembuatan tertentu sama ada chemical, pemprosesan barangan dan beberapa perkara tersebut. Saya turut meminta supaya KPS meneroka bidang-bidang biosains sebagai contoh atau pun Aero Angkasa jika diperlukan walaupun secara tidak langsung apabila memegang saham atau pun memegang ekuiti dalam syarikat untuk mold plastic, plastik mold dengan izin, atau pun reka bentuk plastik, ya mold plastic yang sebahagiannya digunakan untuk kenderaan seperti aircraft atau pun kapal terbang dan juga sektor-sektor lain yang nampak boleh berkembang seperti bidang elektronik-elektronik. Antaranya kita juga turut terlibat dalam memberangsangkan dan juga meningkatkan IC Design dan semikonduktor baru-baru ini.

Bidang yang lain adalah tenaga dan utiliti. Tenaga dan utiliti ini kita telah mula hasilkan untuk usaha dalaman sebagai contoh. Dalamannya antaranya adalah di anak syarikat

seperti liosel di Air Selangor dan Air Selangor Holding yang kemudian ada Cubic Meter untuk menghasilkan meter-meter paip yang sedia ada dan juga mengurangkan kesan tenaga melalui sistem ataupun melalui solar yang kita telah bangkitkan. Dan selebihnya adalah pelombongan hanya sekitar 5% dan Alhamdulillah sebagai mana hasrat pada tahun 2008 apabila kita ingin membuat perubahan terhadap ekosistem pelombongan saya dapat lihat saban tahun kita mencatatkan jumlah levi atau pun jumlah kutipan lebih daripada RM80 hingga RM90 juta, pernah mencapai RM100 juta. Dan kita akan teruskan dengan memastikan perlombongan dengan konsisten dan lestari dapat dihasilkan dan tidak terus menguras hasil bumi tanpa memikirkan down stream tertentu.

Di masa depan walaupun saya pada penggal tempoh sebut kita belum minat, saya dah minta untuk kita meneroka pula REE atau pun rare earth yang mempunyai reserve nya di Negeri Selangor bukan untuk hanya melombong REE tetapi juga kita kena menyediakan down stream nya dahulu. Saya minta untuk sediakan down stream. Cuma isunya Yang Berhormat, kita terpaksa berbincang atau pun kita terpaksa berhubungan dengan syarikat-syarikat luar kerana teknologi itu masih lagi di syarikat luar dan setakat ini mereka belum mahu berkongsi sebagai mana pemindahan transfer teknologi yang kita harapkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Tua. Yang Amat Berhormat, ada menyebut bahawa sumbangan dividen pada tahun lepas berjumlah RM40 juta. Boleh atau tidak Yang Amat Berhormat nyatakan dalam Dewan ini, Siapakah yang telah menyumbang dividen berjumlah RM40 juta ini, itu yang pertama. Yang kedua, Yang Amat Berhormat, juga ada menyatakan tentang beberapa sub-sektor yang telah dikenal pasti dalam perancangan transformasi Thrive 28. Dan antara sub-sektor yang telah dinyatakan tadi ialah perkhidmatan air yang menyumbang 45% kepada hasil negeri. Cuma saya ingin tahu kalau perkhidmatan air menyumbang 45%, Apakah kedudukan kewangan Air Selangor pada hari ini? Apakah rugi atau pun untung? Sekiranya Air Selangor menyumbang 45%. Maka, Apakah jumlah dividen yang telah disumbangkan oleh Air Selangor kepada Kerajaan Negeri kerana kita juga menyaksikan dalam sidang yang lepas Air Selangor juga memerlukan modal daripada Kerajaan Negeri untuk meneruskan beberapa aktiviti OpEx dan CaPex Air Selangor. Jadi saya pohon penjelasan oleh kerana sumbangan perkhidmatan air ini agak besar 45%, Apakah kedudukan Air Selangor, jumlah dividen yang disumbangkan oleh Air Selangor dan apakah modal yang diperlukan oleh Air Selangor daripada Kerajaan Negeri, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Secara keseluruhannya kalau tabung yang saya sebutkan tahun lepas saja sebenarnya lebih Yang Berhormat, maafkan saya, yang kita sasarkan 40, kita dapat 40 dan rupanya ada tambahan lagi, maafkan saya, saya betulkan.

54, RM54 juta secara keseluruhan tapi kalau 40 yang saya sebutkan tadi ialah MBI RM30 juta, PKPS RM2 juta, LUAS RM18 juta, KUSEL RM1 juta dan beberapa anak syarikat yang lainlah, kalau saya hendak sebutkan nanti saya hantarkan jadual ini kepada Yang Berhormat Hulu Kelang untuk makluman Yang Berhormat. Maknanya KUSEL walaupun baru 2 tahun pun Alhamdulillah sudah sumbang RM1 juta kepada hasil negeri. Soalan Yang Berhormat berkenaan dengan sektor air, sektor air sudah pasti yang paling besar adalah pemprosesan dan pengagihan air yang tertakluk di bawah syarikat Air Selangor atau pun Air Selangor merupakan syarikat tunggal yang dibenarkan untuk mengagihkan. Dan ia bukan hanya merujuk kepada air di paip tersebut, kita juga ingin merujuk kepada keperluan-keperluan industri sebagai contoh. Kita telah mulakan dengan menyalurkan atau pun membekalkan kepada syarikat pembuatan glove atau pun sarung tangan pada 2 tahun yang lepas. Dan ia adalah satu kerjasama bersama dengan IWK untuk membuat new water ataupun air yang dihasilkan daripada bahan-bahan buangan yang kemudian digunakan untuk industri khusus untuk syarikat pembuatan sarung tangan tersebut. Dan kita juga mengenal pasti ada lebih kurang 1000 mld kalau tak silap saya. 1000 mld yang boleh kita gunakan daripada pantai ataupun di lembah pantai. Dan ini juga akan kita gunakan dan salurkan kepada syarikat-syarikat yang terbabit yang akan diterokai oleh Air Selangor Holdings yang merupakan pemegang syarikat tersebut. Yang kedua, kita juga menyedari tentang permintaan dan juga permohonan daripada pembangunan yang sedia ada. Pembangunan-pembangunan yang agak rancak itu juga ada keperluan tambahan. Jawapan daripada Pandan Indah pagi tadi saya rasa telah merungkai sedikit sebanyak beberapa keperluan-keperluan masa hadapan dengan pelan perancangan yang telah kita kemukakan. Secara asasnya kita telah menyediakan satu suku yang bernilai RM10 juta untuk melengkapkan semua usaha-usaha dan projek-projek ini yang akan dilaksanakan kita dah menghantar pelan perniagaan kita berapa kali kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan pada ketika ini memang kita masih lagi running at loss dengan beberapa sebab tertentu tetapi kalau kita berjaya menggunakan projek atau membuat new water project, new water sebentar tadi atau mengambil air daripada air laut desalination atau penyahgaraman yang akan kita lakukan di Pulau Indah dan beberapa tempat yang lain atas cadangan yang tertentu, kita akan dapat mengurangkan bebanan hanya kepada meter-meter air kepada industri dan juga syarikat-syarikat terbabit. Secara keseluruhannya saya tak ingat angkanya berapa keperluan kita, tapi menjelang tahun 2032 kita dah susun semula sebelum ini 2029 kita dah rangka semula menjadi 2032 dengan beberapa pelan kita dan rancangan kita saya percaya kita daripada segi revenue atau daripada segi hasil jumlah-jumlah tersebut akan atau pun sangat berkait rapat dengan sumbangan daripada air.

Malahan yang ketiga Yang Berhormat tadi new water saya sebut daripada Air Selangor dan yang ketiga kita juga bersedia untuk membantu perusahaan-perusahaan supaya melengkapkan proses zero discharge policy. Ini yang disebut sebagai Air Lestari. Ini

sedang disiapkan oleh Air Selangor. Saya dah lihat beberapa prosesnya, harap ia boleh dilaksanakan segera supaya dapat mengemukakan cadangan kepada kilang-kilang dan perusahaan air yang akan di discharge nanti itu tidak sepenuhnya discharge kerana discharge itu juga turut akan dikenakan kos kepada syarikat terbabit malahan kita juga akan menggalakkan kitaran semula penggunaan air-air dan efluen yang mereka, atau hanya melepaskan sebahagian kecil efluen dan ia akan memenuhi kepada cita-cita kita, sungai yang bersih tanpa ada gangguan daripada efluen yang tidak begitu atau yang akan menyebabkan pencemaran dan juga kita dapat memastikan kelestarian alam sekitar daripada sektor air terbabit.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Amat Berhormat saya ingin mendapat sedikit pencerahan. Yang Amat Berhormat sebut tadi sukuk Air Selangor ini bernilai RM10 juta. Saya ingin penjelasan RM10 juta atau RM10 bilion?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

RM10 bilion. Maafkan saya. Saya tersilap. Sebenarnya RM10 ribu juta.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pusing-pusing lagi. RM10 juta. Jangan ikut Sekinchan dia pusing, pusing, pusing RM10 ribu juta. Dah mula la tu. dah elok tenang tadi. Dah jangan kacau saya, okay. Yang keduanya, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, saya nak juga minta penjelasan berdasarkan bantuan sukuk dan sebagainya. Bila dijangka Air Selangor dapat membayar dividen kepada Kerajaan Negeri. Berdasarkan penstrukturan yang telah dijalankan, Apakah ada timeline Air Selangor dapat membayar dividen khususnya, apabila Kerajaan Negeri menaikkan tarif air. Apakah kenaikan tarif air itu boleh membantu Air Selangor untuk membayar dividen kepada Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Selain daripada apa yang disebut Yang Berhormat kita turut akan melaksanakan pengurusan sistem tenaga sebagai contoh. Kalau semua operasi sektor kita berjalan maknanya kita akan dapat mengurangkan lebih daripada RM300 juta daripada penggunaan tenaga untuk memproses air. Itu antara langkah-langkah penjimatan yang kita lakukan dan apabila kita kurangkan non revenue water, Alhamdulillah Syarikat Air Selangor adalah satu-satunya syarikat di Malaysia yang menepati kepada keperluan ataupun menepati daripada sasaran untuk non revenue water dan itu pembaziran yang dielakkan itu sendiri akan pasti mengurangkan kos keseluruhan Air Selangor pada masa depan dan itu akan memberikan dividen kepada Kerajaan Negeri melalui hasilnya. Hasil yang baik daripada Air Selangor yang sebentar tadi yang saya sebutkan Air Selangor sahaja akan hanya boleh pada mula-mula 2029 kita dah lajakkan ke 2032 yang telah diminta ataupun disarankan oleh pihak SPAN atau

yang dicadangkan kepada pihak SPAN dan yang pentingnya juga sebagai mana yang saya sebut air bukan hanya daripada situ Yang Berhormat kerana kita ada macam saya sebut tadi Air Lestari. Air Lestari ini juga akan mendatangkan hasil. Maknanya sektor air yang saya sebutkan tadi bukan hanya menyentuh tentang aspek penghasilan air tetapi juga bagaimana kita mencari satu ekosistem supaya air dapat diproses dan dikawal dengan baik dan menghasilkan nilai yang sangat baik kepada kerajaan pada hari ini dan masa depan. Tentang pembayaran suku ada jadualnya. Saya tak ingat tapi memang kita dapat penarafan itu kita dapat kelulusan tersebut kerana pelan perniagaan ini syarikat institusi perbankan Yang Berhormat saya dapat pun masa federal government lain kuasa, alhamdulillah tak ada campur tangan politik maknanya hanya bergantung pada perbandingan korporat dan keyakinan institusi kewangan dan kita membayar mengikut tranches ataupun pengeluaran tertentu atau pembayarannya masih dijadualkan. Sebab itu kalau kita dapat menguruskan RM10 bilion sukuk yang kita dapat tadi kita akan dapat untuk mengurangkan kos finance cost kita sebenarnya agak tinggi disebabkan oleh pinjaman dan juga oleh sukuk yang saya sebutkan tadi. Jadi maksudnya Yang Berhormat kita boleh. Bagi laluan tiba-tiba bertukar fikiran. Jadi terus 28 ini bukan perkara rahsia malahan semalam pun kita semasa majlis 30 tahun dan sambutan 30 tahun MBI kita telah bentangkan ke semua blue print strategy dalam 5 sub-sektor, sub sektor tersebut. Dan kita telah mengurangkan kebergantungan kita kepada sektor hartanah yang saya rasa kita menepati kepada apa yang kita bahaskan dan dibincangkan kerap kali dibangkitkan oleh Hulu Kelang dalam sidang hari ini dan sidang-sidang sebelum ini. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian,

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat sikit sahaja. Saya terpaksa tarik balik Yang Berhormat pada tentang isu nadir bumi tadi. Sebab saya tengok tak ada siapa tanya. Dan memandangkan Yang Berhormat tahun 2023 mengeluarkan kenyataan yang agak tegas pada ketika itu bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak mempertimbangkan langsung tentang isu perlombongan nadir bumi atau REE ini. Tetapi hari ini nada yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Besar sedikit berbeza mengatakan bahawa ada pertimbangan. Tetapi kalau kita lihat kepada garis panduan atau pengumuman dibuat oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara, tentang garis panduan perancangan untuk aktiviti perlombongan REE. Secara spesifik menyebut bahawa hutan simpan kekal adalah kawasan yang dilarang untuk diadakan sebarang aktiviti perlombongan REE ini. Jadi, Adakah Yang Berhormat mungkin saya percaya ada data-data yang terkini yang menunjukkan negeri Selangor mungkin ada reserve yang sehingga boleh menukar pendirian Yang Berhormat Menteri Besar kerana ini soal kelestarian alam saya percaya di negeri Selangor isu ini akan menjadi isu yang sangat besar. Dan memandangkan Yang Berhormat sebut dalam Dewan ini, bahawa sekarang ini Kerajaan Negeri ingin mempertimbangkan, saya ingin Yang Amat Berhormat

berkongsi pada Dewan ini apakah hala tuju dan apakah perancangan yang ada dalam benak pemikiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang isu ini.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Taman Medan. Jika ikuti dengan jelas ucapan saya sebentar tadi kita akan mulakan dengan downstream Yang Berhormat. Kita tidak hanya mendapatkan raw product daripada REE. Saya tahu pada ketika ini banyak sebenarnya REE atau sumber nadir bumi yang disedut atau yang dikuari dengan tanpa lesen sebab itu majlis Perancangan Fizikal dan sebagainya meletakkan syarat-syarat tertentu dan sebagainya dan kita tahu setakat ini tidak ada lagi usaha untuk menyediakan downstream. Jadi kita sediakan downstream untuk diproses terlebih dahulu dan sedikit sebanyak kita lihat bagaimana Indonesia mengenakan syarat ini, boleh digunakan atau boleh dikuari rare earth ini tetapi harus disediakan juga bukan hanya bahan mentah yang dibawa keluar. Kalau bahan mentah yang dibawa keluar maknanya kita akan rugi kerana kita gagal untuk memberikan nilai tambah terhadap rare earth yang dihasilkan. Penumpuan yang saya sarankan kepada pihak yang terbabit dalam bidang pengkuarian di negeri Selangor, Semesta sebagai contoh meneroka REE ini bukan hanya melihat kepada reserve yang kita ada. Reserve memang ada yang Berhormat tapi setakat ini sebahagian besar di hutan simpan. Jadi kita tidak akan pergi untuk menguari atau menyedut REE ini sebaliknya kita akan sediakan downstream atau pun pemprosesan- pemprosesan REE ini yang menghasilkan barang dan keperluan semikonduktor sebagai contoh, yang diperlukan pada masa ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat, kita maklum antara kilang downstream REE yang ada di Malaysia in,i kita tahu salah satunya Lynas. Jadi adakah Kerajaan Negeri Selangor dan negeri Selangor bersedia untuk berhadapan dengan kontroversi seperti itu dan polemik seperti itu. Dan kalau Yang Berhormat tunjukkan komitmen itu barulah kalau ada pelabur nak datang barulah dia berani nak datang. Tetapi adakah ini hanya sekadar menyebut sahaja atau memang ada perancangan khusus dari segi downstream ini, kerana kalau downstream sahaja Yang Berhormat kita dah ada contoh sebelum ini Lynas . Dan sebahagian daripada kita pernah terlibat dalam demonstrasi Lynas itu. Jadi adakah Yang Berhormat mengambil pendirian bahawa Selangor membuka pintu kepada syarikat-syarikat untuk datang melabur di negeri Selangor dalam downstream rare earth ini.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Itu masih lagi terlalu awal. Tahun 2023, 2024, 2025 kita nak elakkan dulu pengkuarian sekarang kita nak cari downstream dahulu. Kalau downstream boleh diurus dengan baik kalau kita boleh memberikan penjelasan dengan teliti, dengan betul saya percaya semua ini boleh diterangkan dan boleh dilaksanakan. Sebagai contoh, sektor tenaga Yang Berhormat. Sektor tenaga kalau sekarang orang masih lagi melihat solar hari ini pihak Kementerian Petra telah dua kali

termasuk dalam Parlimen menyebutkan kemungkinan untuk meneroka tentang keperluan sumber tenaga bersih dan selamat seperti nuklear. Kalau kita lihat kepada sentimen yang ada mungkin tak setuju tapi kita kena sediakan pelan perancangan dan sebagainya yang mana saya akan sentuh nanti ketika membincangkan tentang pelan dalam PKNS ketika membahaskan hal tersebut. Jadi rare earth ada keperluannya dan juga keperluan peranti kita ini sebahagiannya dihasilkan oleh bahan-bahan tersebut, kita kena lihat kerana ada perubahan teknologi yang mungkin jauh lebih baik sebab itu saya sebutkan kita perlu meneroka mulai di tahun 2025 yang tak mestinya landing in year 2025. Kita boleh landing dengan pelan kita kalau kata dah ada ke belum, belum ada. Saya baru minta supaya Semesta mengkaji dan juga mencadangkan kepada kita selepas sesi townhall dalam dua tahun atau pun tiga tahun yang lepas bersama dengan CEO di bawah kumpulan MBI. Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini saya dengar tadi Dato’ Menteri Besar memaklumkan, bahawa Kertas hala tuju MBI Thrive 28 ini bukanlah satu perkara yang rahsia. Ini adalah satu dokumen yang menggariskan beberapa usaha yang sedang dicadangkan, untuk meningkatkan prestasi anak-anak syarikat di bawah MBI khususnya PNSB, Bukit Beruntung Golf and Country Resort Berhad, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, Landasan Lumayan Sdn. Bhd. dan juga Sentral Spectrum Malaysia Sdn. Bhd. Dalam kertas Thrive 28 ini seperti dalam perbahasan saya untuk tahun 2023, sumbangan dividennya tidak ada. Tetapi expected dividend untuk lima syarikat ini by 2028 berjumlah RM122.1 juta. Jadi saya bertanya dalam perbahasan saya, Apakah usaha yang sedang dijalankan untuk memastikan kelima-lima anak syarikat ini, dapat mencapai satu prestasi kewangan yang kukuh dan dapat membayar dividen berjumlah RM122.1 juta menjelang tahun 2028.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, inilah di antara syarikat-syarikat dalam sektor hartanah Yang Berhormat sebutkan tadi dan kita mulakan dengan penstrukturan supaya hasil daripada anak-anak syarikat ini tidak terperangkap di dalam parents mereka. Antaranya Central Spectrum kumpulan hartanah dan syarikat-syarikat lain. PNSB secara langsung dengan MBI. So dividen-dividen ini kebanyakannya pernah hasil Central Spectrum semasa suatu ketika dahulu menghasilkan jumlah pendapatan yang tinggi. Tahun ini atau pun tahun 2024 dengan izin kita juga mencatatkan keuntungan dari operasi daripada kumpulan Central Spectrum tetapi sebelum ini dia di duduk di bawah kumpulan hartanah sebagai contoh dan pada masa yang sama kumpulan hartanah mempunyai beberapa bebanan. Antara bebanan itu ialah bebanan daripada proses tripping yang dilaksanakan semasa di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Khalid dan hutang itu perlu dilaksanakan dan perlu dilunaskan oleh hartanah dengan sebab ada hutang tersebut, dia tidak boleh naik ke atas. Kita mulakan dengan penstrukturan, sebab itu ada tiga fasa. Fasanya ialah 2020 hingga 2022, 2023 hingga 2024 iaitu fasa

penyusunan. 2025 adalah penghasilan daripada projek-projek dan sektor-sektor hartanah yang sedia ada. Dan yang ketiga sektor untuk dengan izin atau pun memperluaskan perjalanan syarikat-syarikat terbabit sama ada dalam sektor hartanah, dalam sektor pelaburan dan sektor-sektor yang lain. Jadi dimulakan dengan penstrukturan, sudah selesai saya rasa sebahagian besarnya yang dibuat secara konsisten malahan kita juga akan turut melakukan pertemuan setiap tiga bulan dengan anak-anak syarikat ini supaya memastikan mereka dapat mencapai kepada sasaran-sasaran yang telah ditetapkan. PNSB sebagai contoh terlibat secara langsung dengan pembuatan rumah mampu milik puluhan ribu sebahagian besar projek idaman sebagai contoh terhasil daripada perjalanan PNSB sudah pasti hasilnya dan marginnya tidaklah begitu besar walaupun masih ada margin dalam single digit, dia antara bawah 10% setakat ini yang kita ada. Tetapi mereka juga mempunyai sektor hartanah yang lain, tanah di Selangor Aeropark di Subang sebagai contoh, itu sudah hampir pasti kita akan memeterai bulan tiga itu kita akan bangunkan dan laksanakan pembangunannya di samping beberapa sektor-sektor dan projek-projek yang lain yang kita akan kenal pasti dari masa ke semasa termasuk pembinaan lebuh raya, termasuk pembinaan utiliti awam sebagai contoh yang sedang kita fikirkan sebaik mana pembangunan di IDRISS dan Selatan Selangor yang begitu rancak. Itu secara asas beberapa pandangan-pandangan yang telah dikemukakan di dalam kertas tersebut dan juga pandangan daripada PWN, pandangan dari SS dan saya selaku board director dalam pembentangan retreat atau permukiman MBI yang berlaku baru-baru ini. Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan tentang pembinaan rumah dan juga peranan PKNS dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Saya mulakan begini, pada tahun-tahun 70an, 80an sehinggalah tahun 90an, urbanisasi atau pun pembandaran merupakan salah satu daripada strategi untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat dalam negara kita. Ini adalah di antara pelan yang telah dilaksanakan oleh PKNS sekian lama membangunkan kawasan-kawasan pembandaran sama ada Shah Alam, Bangi, sebutkan sahaja di mana-mana sama ada kawasan perumahan, pembangunan dan persekitaran sebahagiannya mempunyai sentuhan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Di dalam enakmen yang telah dipersebutkan oleh PKNS memang disebutkan pembinaan rumah, pembinaan kawasan komersial, pembinaan kawasan perkilangan, hasratnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meningkatkan pembangunan sosio ekonomi masyarakat khususnya di kalangan bumiputera di dalam negeri, negara kita. Adakah perkara-perkara itu telah terhasil? Ya telah terhasil. Tapi pada hari ini, di tahun-tahun sekarang, 2023-2024 Selangor telah mencatatkan lebih 70% daripada lokaliti dan kawasan-kawasan kita ini terbangun sebagai kawasan pembandaran. Maknanya PKNS dan anak syarikat termasuk MBI lain-lain, PKPS tidak boleh kerana tertumpu pada pertanian akan juga perlu mencari satu titik baru bagaimana untuk memastikan sosio ekonomi masyarakat terus dibangunkan. Adakah membangunkan sosio ekonomi akan kita teruskan? Yes. Adakah pembangunan rumah sebagai salah satu daripada tactical dan strategi? Itu kita

akan review semula. Kita tidak boleh bergantung dengan kaedah dan cara lama. Kalau kaedah itu kita tetapkan, kita akan terus terperangkap dengan formula atau pun strategi-strategi lama yang tidak akan dibangunkan dengan bersungguh-sungguh. Justeru itu PKNS secara asasnya telah mula mencari beberapa perniagaan-perniagaan baru selain dari sektor hartanah. Melalui anak-anak syarikatnya, sebagai contoh anak syarikat Worldwide Holdings, Worldwide Holdings terlibat dalam sektor hartanah Yang Berhormat malahan Worldwide Holdings mendapatkan labor dan margin yang besar daripada sektor hartanah selama beberapa tahun. Selepas saya dalam 2018 onwards, saya mula mengarahkan supaya Worldwide Holdings melupakan sektor hartanah dan menumpukan kepada pembangunan sektor tenaga. Alhamdulillah, Yang Berhormat Hulu Klang terlibat sedikit sebanyak menetapkan syarat supaya Worldwide Holdings terlibat di dalam pembinaan Loji Kuasa di Pulau Indah. Saya masih ingat di Mesyuarat MTES meletakkan syarat 20% kalau tak silap saya supaya Worldwide Holdings terlibat. Dan daripada situ, saya minta kita berbincang dan kita memperluaskan pengukuhan, sekarang Worldwide Holdings majoriti 60% daripada Pulau Indah Power Plant dipegang oleh Worldwide Holdings. Dalam masa yang sama mereka membina loji Waste to Energy sebagai contoh di Jeram untuk satu dan dua dan selepas ini di Tanjung 12, akan 5,000 tan sampah akan dialih untuk jadi tenaga dan kita baru saja memenangi bidaan large scale solar farm yang telah dikemukakan oleh Suruhanjaya Tenaga kalau tidak silap saya dengan keluasan yang besar dan juga pengeluaran solar lebih kurang 300 megawatt dan itu akan memberikan hasil secara langsung dan juga meningkatkan sosio ekonomi masyarakat melalui pembangunan sektor tenaga. Untuk Pulau Indah Power Plant sahaja saya rasa ia melibatkan ribuan tenaga kerja mahir yang ditentukan oleh tempatan dan juga antarabangsa dan kita sedia melatih. Sewaktu lawatan saya bersama Perdana Menteri ke Rusia sebagai contoh, saya juga menurut keperluan pembinaan nuklear, masih lagi baru ,saya masih belum boleh sebut. Adakah kita hendak bina? Tidak, tidak belum lagi, kita perlu teroka dulu termasuk menghantar pegawai-pegawai kita ke sana. Dan termasuk pembinaan mini hidro dan sebagainya, itu yang pertama. Maknanya sumbangan daripada Worldwide Holdings kepada Kerajaan Negeri bernilai lebih RM153 juta melalui pengoperasian landfill sebelum ini yang dikenakan charge yang tinggi hanya RM35.00 sekarang kita naikkan sikit menjadi RM45.00, Worldwide Holdings memberi sumbangan lebih 600 juta dividen kepada PKNS, kemudian PKNS salurkan semula kepada anak-anak syarikat yang lain dan salurkan juga kepada projek pembangunan mahu pun sumbangan kepada pihak Kerajaan termasuk kepada Red Giants FC dan dalam pada masa yang sama kita menyediakan peluang pekerjaan yang berkaliber kepada rakyat dan warga kita. Dalam sektor kesihatan sebagai contoh, sektor kesihatan Insya-Allah di pertengahan tahun ini kita akan dapat melihat hospital yang pertama yang dibina di Rawang dan akan beroperasi sepenuhnya di bawah kendalian PKNS sebagai contoh. Sektor ini kita lambat sertai berbanding di sektor selatan walaupun lambat bukan bermaksud kita tidak boleh mulakan dan tahun ini sahaja Insya-Allah kita akan dua

hospital atau pun kita ambil alih. Satu kita ambil alih, satu kita bina dalam jaringan yang kita siapkan. Kalau Yang Berhormat mulakan tahun 2015, mula-mula klinik yang kita ada pada tahun 2020 dan sekarang kita ada 17 jaringan klinik, ada juga jaringan-jaringan lain jadi daripada sudut ekonomi kita sama sekali tidak pernah melupakan untuk pembangunan ekonomi bumiputera termasuk projek-projek pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh PKNS. Perumahan masih lagi diteruskan atau pun tidak? Ya masih diteruskan tapi melihat kepada saiz tanah dan keperluan-keperluan tanah. Pada tahun 2020 sebagai contoh, PKNS telah membina lebih kurang 864 buah rumah mampu milik di kawasan Dengkil yang kita bangunkan bersama dengan GAMUDA pada ketika itu. Dan sebahagian besar rumah itu semuanya sudah siap dan belum habis dijual. Sewaktu saya ambil alih PKNS daripada tampuk dari Yang Berhormat selepas Yang Berhormat pergi ke Putrajaya, saya melihat PKNS mempunyai stok market, stok rumah yang berjumlah 1.6 sehingga 1.8 bilion dan dengan sebab itu kita menetapkan strategi habiskan dulu jualan-jualan rumah ini supaya kita tidak membebankan kos PKNS yang mempunyai beberapa projek-projek sakit seperti di Datum Jelatik yang kita terpaksa rungkaikan dan selesaikan, panjang kita bahas waktu sidang sebelum ini yang kita sudah muktamad dan selesaikan dan inilah di antara perkara-perkara yang terkandung. Jadi kalau PKNS terkeluar daripada sasaran yang kita perlukan itu tidak betul, kita masih lagi membangun dari sosio ekonomi dari sudut yang berbeza dan cara yang berbeza kerana 70% daripada kawasan di dalam Negeri Selangor telah berubah kepada kawasan pembandaran. Kalau kita keep on dan terus berdiri di atas tersebut, saya percaya kita juga akan terperangkap dan kita juga tidak akan membangun dan rujuklah di mana-mana perbadanan-perbadanan seluruh Malaysia, saya rasa PKNS masih lagi mencatatkan di antara perbadanan ekonomi yang terbaik yang ada di Malaysia yang ada pada hari ini Yang Berhormat, jadi kalau saya nak rujuk... silakan.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat ada sebut yang mana Worldwide Holdings akan membina 3 projek besar iaitu kuasa di Pulau Indah, kemudian waste energy di Jeram dan Tanjung 12 dan solar sebanyak 3,000 megawatt. Sudah pasti Worldwide Holdings memerlukan kos yang tinggi dan juga financial background yang kuat untuk membina ketiga-tiga projek besar ini. Jadi di manakah punca-punca kewangan terlibat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sebahagiannya adalah daripada pelaburan yang dibuat oleh PKNS dan pelaburan itulah yang akan dipulangkan di dalam bentuk dividen kepada PKNS. Selama ini pun telah kita beri 600 juta kepada PKNS dari pihak Worldwide Holdings, saya mengubah posisi saya dari Pengerusi PNSB kepada Worldwide Holdings dengan izin kerana saya ingin melihat sektor ini berkembang dengan baik dan kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk kita merealisasikan semua yang kita gerakkan melalui automasi internet of things semuanya yang berasaskan daripada tenaga elektrik.

Dan kita juga memerlukan atau pun mendapatkan pinjaman daripada pihak bank. Daripada laporan yang dicatatkan di dalam mesyuarat board terakhir baru minggu lepas atau dua minggu sebagai contoh atau pun tekanan terhadap hutang kita telah berkurangan. Sebelum ini kita lebih kurang 2.5, 2.4 ini agak tinggi kita sudah kurangkan kepada 1.7 kalau tidak silap saya dan ini adalah hasil daripada keupayaan kita dan hasil kita terlibat dalam projek-projek terbabit termasuk saya ingin sebutkan kita merupakan antara yang terlibat atau syarikat yang terlibat dalam pembinaan data center Google di Elmina dan projek itu merupakan yang akan memberikan kita hasil kepada PKNS dan anak-anak syarikat yang lain. Jadi PKNS masih terlibat membangunkan sosio ekonomi yang strateginya sedikit berubah dan kita juga dengan izin ingin menumpu kepada program-program dan projek-projek pembangunan semula bandar. Kerana sebahagian daripada kawasan pembandaran-pembandaran ini merupakan kawasan-kawasan yang telah dibangunkan oleh PKNS. Saya dengar beberapa perbahasan Sungai Burong sebut tentang Urban Renewal Act yang sedang hendak dibincangkan. Akhirnya apabila Sungai Burong sebut ia mungkin kalau kira mungkin ini, sebarang kemungkinan boleh berlaku Yang Berhormat. Saya rasa Perdana Menteri jelaskan semalam tentang kuota Bumiputera, tentang kedudukan Bumiputera, hal itu tidak terkandung dalam Urban Renewal Act tetapi kita perlu untuk tangani hal tersebut. Kawasan apartment, apartment tertentu, di Pandan, di Gombak, di PJ, di Shah Alam, di Klang. Banyak yang hanya tinggal satu (1) bilik, dua (2) bilik, yang tidak lagi sesuai. Jadi kalau Urban Renewal Act itu dilaksanakan, dengan kita terus patuh kepada kuota Bumiputera yang telah ditetapkan dalam Rancangan Tempatan dan juga dasar Kerajaan Negeri, saya tak nampak hal ini boleh di manipulasi dan diubah dengan sedemikian.

Yang Berhormat, saya bersetuju dengan perubahan drastik yang dilaksanakan oleh pihak PKNS, oleh pihak Kerajaan Negeri. Melihat kepada bidang-bidang baharu dan juga strategi yang baru. Cakap-cakap orang mereka menyebut antaranya ialah kerjasama PKNS dengan pihak pemaju ini merugikan. Apa sebenarnya pandangan Yang Berhormat sendiri tentang kerjasama kita jalinkan dengan pihak pemaju? Keduanya tentang URA yang disebut itu, apakah ia akan memberikan pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri itu sendiri? Terima kasih banyak.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sebab itu, bila kita lihat kenyataan Menteri-Menteri Wilayah sebelum ini, sama sahaja. Kita perlukan Urban Renewal Act. Harakah Daily, ini bukan Haraqaq ataupun Harakat Daily, Harakah Daily laporkan kenyataan dulu Pandan Indah, dulu EXCO Perumahan. Kita perlukan perubahan dalam struktur ataupun pembangunan semula bandar khususnya kawasan-kawasan terbabit. Jadi, tak boleh samakan tentang kuota ataupun kedudukan Bumiputera dengan Urban Renewal Act sebab Urban Renewal Act ini nak jamin kawasan-kawasan tertangguh ataupun kawasan

terbengkalai sebagai contoh. 20 tahun terbengkalai. Templer ada masalah yang sama, puluhan tahun, orang terus rugi. Kalau kita tak buat sesuatu kita tak hanya benarkan 50% sebagai contoh, itu hanya terhad kepada yang berkaitan dengan projek-projek tertangguh dan terbengkalai. Tapi kalau bangunan yang sudah lusuh yang sudah tidak boleh ada nilai, ada value sebab itu Kerajaan Negeri mengubah beberapa paradigma kita dalam konsep perumahan ini supaya kita menyediakan rakyat terlebih awal dengan program Smart Sewa sebelum mereka terjebak di dalam pinjaman yang membebankan dan akhirnya kualiti perumahan-perumahan yang ada itu depreciate, dengan izin, tak boleh memberikan nilai. Kalau Kampung Berembang, sebagai contoh, di Pelabuhan Klang Insya-Allah, kita akan selesaikan macam mana komitmen kita di ladang tersebut, kita akan juga bantu untuk di Pelabuhan Klang terutamanya di Kampung Berembang, bukan Kampung Berembang, Flat Berembang kita selesaikan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana mengulas tentang isu URA ini. Saya rasa antara isu besarnya bukan soal kuota Bumiputera sahaja. Tetapi isu yang lebih besar ini adalah bila adanya Urban Renewal Act yang baru ini, penglibatan komuniti daripada segi pembuat keputusan itu menjadi isu besar yang dibincangkan. Kalau sebelum ini kita perlukan 100% persetujuan sekarang kita, kalau ikut Urban Renewal Act yang baru hanya 75% ya. Dan gentrification ini boleh berlaku Yang Berhormat. Yang mana pemindahan penduduk asal kawasan-kawasan ini demi memberi laluan kepada pembangunan yang menyebabkan mereka ini akhirnya akan terpinggir. Dan dipindahkan ke kawasan pinggir bandar dan juga luar bandar. Yang mana asalnya mereka duduk di situ. Ini isu besar dia Yang Berhormat. Dan saya percaya isu ini akan menjadi isu yang cukup controversial di negeri Selangor. Saya ambil contoh di kawasan Petaling Jaya di Taman Medan. Pembangunan semula kalau nak dibangunkan berapa ramai yang terpaksa dikorbankan kerana akhirnya, saya tak percaya Kerajaan Negeri akan mampu untuk membuat pembangunan semula dengan menggunakan duit Kerajaan Negeri semata-mata. Mesti ia commercial drive, it must be developer driven. Adakah developer, dengan tanah yang kecil seperti itu hanya nak bina rumah mampu milik dan bangunkan semula rumah untuk orang B40 dan juga kelas yang rendah? Ini persoalan dia. Ini yang kita bangkitkan dan ini bukan soal isu perkauman. Dia akan kena pada semua. Cina miskin kena, India miskin kena, Melayu miskin pun kena kerana saya percaya kalaulah kita sokong sahaja URA ini, Undang-Undang sedia ada dah ada, isu dia sekarang ini funding untuk bangunkan pembangunan semula ini. Di Malaysia ini kita tak dengar lagi sebarang pembangunan semula berjaya. There’s no redevelopment project yang berjaya dalam Malaysia. Tak payah Malaysia, kita pergi Singapura, saya sendiri dah melawat projek re-development yang dibuat di Singapura. It is Government driven, it’s not commercially driven dan akhirnya Kerajaan Singapura buat satu projek sahaja. Dan mereka tak dapat nak laksanakan yang selebihnya. Undang-Undang sedia ada dah ada Yang Amat Berhormat,

yang kita takut dan khuatir di negeri Selangor ini dengan nilai tanah yang semakin tinggi, akhirnya fabric social yang kita dah ada di kawasan itu .. diamlah Sekinchan .. dia tak faham, lepas tu dia nak bercakap.

Speaker

Tak apa Yang Berhormat, teruskan, teruskan. Kalau sesiapa berbunyi, saya akan minta diamkan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi, sebab itu saya minta Yang Amat Berhormat sebelum kita betul-betul terima adopt, Akta yang baru ini, saya percaya Kerajaan Negeri Selangor perlu kaji sungguh-sungguh perkara ini kerana Kerajaan Negeri Selangor akan paling terkesan, rakyat negeri Selangor yang akan paling terkesan dengan URA yang baru ini. Saya faham niat dia tetapi saya percaya ada concern atau keresahan di kalangan rakyat dan juga kita sebagai pembuat dasar tentang Urban Renewal Act ini.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Ternyata pendirian Yang Berhormat berbeza betul dengan ayahanda Permatang. Ayahanda Permatang seperti hembusan membuang orang Melayu daripada bandar. Itu pandangan Ayahanda Permatang lah. Jadi, satu parti pandangan berbeza itu. Nampak gayanya, tak satu camp ya?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Amat Berhormat, saya tanya bukan soalan politik tetapi saya sebut tadi Cina miskin akan kena, India miskin akan kena ..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ya, ya, baik, baik.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya ni nak memperjuangkan golongan marhaen. Jadi, Yang Amat Berhormat tolong jawab dengan jujur dan ikhlas dan lebih berilmiah dalam Dewan ini, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak, saya hanya membentangkan apa pandangan-pandangan awal. Selepas semalam, baru saya nampak ada perbezaan dan ada move. Sebelum ini habislah Melayu. Itulah cerita dia. Sebenarnya tak ada, kuota itu tak akan berubah, kita akan tetapkan dan Alhamdulillah, saya rasa Yang Berhormat pun faham. Cuma ada satu, sebenarnya satu-satu yang telah agak sukses itu pun masih perlu dinilai daripada segi kualiti iaitu berkenaan dengan pembangunan di Kerinchi suatu ketika dahulu yang sekarang namanya Bangsar South. Saya besar di sana, bukan besar, saya bekerja sangat lama dekat sana dan lihat kawasan tersebut. Dan kita dapat lihat ia dialihkan tak jauh, ke Abdullah Hukum dan ia berjaya kerana apa, kerana DBKL tidak perlu ikut kepada Akta KPKT pada waktu itu. Yang menetapkan perlu 100% dan sudah

pasti Kerajaan perlu melaksanakan negosiasi dan perbincangan ramai dengan semua pihak dan Akta itu baru nak dibawa di peringkat Kabinet, baru nak dibawa dalam Parlimen, baru nak dibacakan. Kita dengarlah dulu tapi sebelum dengar tu, dia punya ura-ura penting tetapi efek dia kepada negeri Selangor besar. Adakah kita nak biarkan nilai dan value rumah-rumah rakyat itu runtuh? Ataupun hancur tinggal kosong baru Kerajaan nak berfikir? Tak boleh begitu. Saya ambil contoh, satu-satu tulisan yang telah saya baca, tak silap saya daripada sumber akhbar ataupun media di United Kingdom, menyebutkan bahawa high rise building di sini ataupun bangunan-bangunan bertingkat tinggi ini jangka hayatnya adalah 100 tahun. Tetapi, kalau ia disiapkan dengan komposisi ataupun unit yang tidak cukup mungkin jumlahnya berkurang 70, 80 tahun. Jangka hayat ini Yang Berhormat sebenarnya merupakan nilai dan value. Kalau dah sampai 100 tahun dah tak ada orang boleh beli, dah tak ada value, pelaburan datuk nenek dia dulu sebelum ini, atau ayah dia paling kurang sebelum ini, akan menjadi zero. Ini kita nak tingkatkan sosioekonomi sebab itu inilah perkara yang akan diteroka dengan sebaik mungkin oleh PKNS selain daripada sub-sektor seperti energy yang saya sebutkan tadi, sub-sektor seperti medical ataupun health yang saya sebutkan tadi yang telah mula disiapkan, eko-sistemnya kita bina selama 10 tahun kita berjaya ketika Covid-19 melakukan saringan dan kita merupakan satu-satunya negeri yang membantu Kerajaan Persekutuan untuk inokulasi vaksin pada tahun 2020 dan 2021 walaupun banyak juga halangan-halangan awal yang dibuat. Hulu Kelang tak terlibat saya rasa, saya rasalah. Jadi, untuk menghalang, jadi pada waktu itu saya dapat lihat kita ada kemampuan dan kita bangunkan eko-sistem dan selepas itu, kita bangunkan. Kalau nak rujuk tentang perumahan Yang Berhormat, PKNS daripada tahun 2016, 2017, kita hanya membina lebih kurang 400 unit rumah mampu milik. Pada tahun 2020, saya bangunkan 60 campur 864 tetapi dengan sebab kekangan kos dan juga kekangan yang ada, pada tahun-tahun berikutnya, 2022 dan 2023, kita tak ada projek kerana kita kena susun balik di samping, saya nak sebutkan, di kala ini MBI telah melaksanakan projek-projek pembangunan perumahan. KPKT sebagai contoh, merekodkan dalam sepanjang lima (5) tahun dalam penggal yang lepas, Selangor telah berjaya melahirkan perumahan lebih 40,000 unit dan sebagai sebuah negeri yang paling banyak membenarkan dan mewujudkan atau menyiapkan pembinaan rumah-rumah mampu milik kerana struktur dan sistem kita sudah diubah begitu rupa. Pemaju-pemaju perlu membina perumahan-perumahan jadi PKNS yang sudah membangunkan sebelum ini nak tumpu satu benda yang lebih sukar iaitu membangun semula kawasan perbandaran lama yang kita akan cari ataupun kita sudah kenal pasti satu atau dua tapak di samping mengukuhkan aspek-aspek yang sedia ada seperti pembinaan Shah Alam Sentral untuk memastikan volume ataupun jumlah penduduk-penduduk yang ada dalam Shah Alam ataupun city center Shah Alam ini ada. Dalam ucapan saya berkenaan dengan Shah Alam ini kadang-kadang ada orang marah tapi itulah realitinya, Shah Alam ini sebuah bandar yang sangat aman, tenang damai by 9.30 dah tak ada orang dah orang duduk dekat kawasan pinggir-pinggir Shah Alam. Saya

rasa di Kuala Terengganu lebih bising dengan pelumba-pelumba haram. Tapi, Alhamdulillah, Selangor ada kecuali hujung minggu di suatu-suatu tapak tertentu. Yang itu, kita kena tambah kawasan dan volume itu

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Untuk keperluan.

Saya teliti ucapan Yang Berhormat apabila dilihat sehingga 2018 ketika 2018 lebih kurang 1.6 bilion buah rumah PKNS yang tak terjual lagi. Jadi, saya nak tanya, pertama, apakah strategi Kerajaan untuk memastikan jumlah ini makin berkurang saat mana daripada peringkat dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang untuk membina lagi banyak rumah beliau katakan tiada projek-projek baru. Keduanya, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat sebab saya pernah terlibat sendiri untuk pembangunan kawasan baru di Seksyen 16, saya pernah jadi pegawai kepada ADUN Kota Anggerik ketika itu yang mana oleh kerana nak dapatkan 100% sokongan ini, akhirnya kawasan itu tak boleh dibangunkan dan kita dapat sokongan ketika itu hampir 80% jadi oleh, yang kita tahu di Seksyen 16 Shah Alam itu ada satu rumah sahaja, ada satu bilik sahaja, rumah satu bilik dan kekecewaan oleh orang yang duduk di situ itu tergambar. Mungkin disebabkan ini, mungkin Taman Medan ketika itu bertanding di Shah Alam dia tak dapat reaksi sebenar daripada Shah Alam dia kalah di Shah Alam kan ketika di Parlimen itu, jadi mungkin saya boleh mendapat pendapat daripada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Satu contoh yang spesifik bagaimana isu tentang pembangunan semula bandar yang real. Saya sendiri dah masuk di rumah Seksyen 16 tersebut. Ada satu orang Pegawai FAS dulu, saya datang, isterinya meninggal, saya lihat sendiri, satu (1) bilik. Dan ini kita perlu bangunkan dan saya percaya kalau PKNS ambil tanggungjawab ini untuk Urban Renewal terutamanya di kawasan-kawasan low cost apartment, kawasan kos rendah ini ia akan dapat membangunkan semula, sama ada dipindah di tapak lain ataupun ditukar dan sebagainya, kita mempunyai bisnes-bisnes model yang tertentu yang pastikan mereka tidak jauh diubah dalam sekitar radius di kawasan-kawasan tertentu tetapi kita perlu yang paling pertama siapkan dulu rumah supaya mereka boleh dipindahkan dan selepas itu baru kita bina semula untuk ditawarkan dengan harga bebas atau sebagai rumah mampu milik yang lain.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum tentang isu pembangunan semula ini kerana perbincangan ini bukan hanya

bermula waktu saya berada di Taman Medan bahkan ketika saya serve atau berkhidmat di Seberang Jaya, itu antara isu besar yang dibincangkan. Dan banyak usaha-usaha itu seperti yang saya sebut tadi dari pengalaman saya sendiri dealing dengan pihak, kalau sebelum ini PDC di Pulau Pinang bahkan di PKNS sendiri boleh saya bertanya, banyaknya it is still commercially driven. Kerana akhirnya dana itu nak datang daripada mana? Saya ambil contoh paling mudahlah, Taman Medan. Tak payah cerita Shah Alam Seksyen 16, itu projek yang kemudian. Projek pertama PKNS di dalam negeri Selangor ini antara sebahagian besarnya adalah di Taman Medan. Ini adalah projek public housing yang pertama yang dibina oleh PKNS dalam negeri Selangor. Kerana nak restructure demografi penduduk supaya ia balance di kalangan orang Melayu, orang Cina, orang India, yang tinggal di kawasan bandar. Saya ambil contoh Flat Tapak Maha, yang mana di dalam kawasan Taman Medan. Tanahnya ada value yang sangat besar tetapi tidak ada perancangan. Kerana tidak ada commercial driven, tidak ada keuntungan untuk syarikat-syarikat ini untuk bangunkan kalau tidak melibatkan komponen komersial dan juga komponen pembangunan mewah. Kerana itulah memberikan manfaat balik kepada PKNS. Saya ambil contoh Shah Alam Sentral, tak ada dibincang tentang pembangunan rumah mampu milik di Shah Alam Sentral. Perbincangannya adalah pembangunan mewah kerana kita ada hub pengangkutan di situ dan tujuannya kononnya nak bawa orang masuk duduk dalam Shah Alam ini supaya lebih ramai orang dalam city center Shah Alam. Kami ada Yang Amat Berhormat, kami duduk seksyen 7, duduk seksyen 8, bukan la kami tak keluar rumah, ada di rumah tu. Jadi, maksud saya adalah yang kita bincang URA ini nanti, takut-takut undang-undang ini nanti lebih kepada developer driven, lebih kepada commercial driven berbanding kepada restructuring social yang ingin kita laksanakan di peringkat dasar dan juga peringkat Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Sebab itu kita akan pertanggungjawabkan PKNS, bukan hanya syarikat-syarikat developer untuk menumpu kepada pembinaan kawasan-kawasan bandar di negeri Selangor. Dan dia ada tanggungjawabnya, kita ada tabungan sebagai contoh, tabungan daripada wang yang dikumpul di LPHS, itu boleh menjadi antara gear yang penting sebab tujuannya adalah untuk membina rumah kepada generasi dan juga rakyat di dalam negeri Selangor. So kita mulakan itu dulu, mungkin value nya akan berubah lah, dulu dia beli berapa dapat balik dia kena bayar berapa. Walaupun dia ada komersial value atau pun yang dikatakan margin driven yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi ataupun keuntungan, tapi saya rasa PKNS sebagaimana tanggungjawab yang kita buat, nak tumpu the real isu, redevelopment, rejunavation kawasan-kawasan bandar sebagaimana yang kita hadapi sekarang. Kebimbangan-kebimbangan macam saya sebut tadi lah, kalau bimbang ini, memang semua benda boleh jadi bimbang Yang Berhormat. Tapi track rekod nya insya-Allah kita tak pernah sama sekali menggagalkan niat untuk memastikan keharmonian di dalam masyarakat termasuk memastikan semua masyarakat termasuk

orang Melayu dalam negara dan negeri kita ini dibela sebagaimana dalam constitution dan perlembagaan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ha ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya ada bertanya kepada Kerajaan Negeri tentang prestasi PKNS dan anak syarikat PKNS tahun 2024. Jawapan yang saya terima paling pendek, penyata kewangan anak syarikat PKNS bagi tahun kewangan 2024 masih dalam proses pengauditan. Saya bertanya satu lagi, bagaimana prestasi anak syarikat tahun 2023. Maka di senaraikan ada tiga belas anak syarikat PKNS. Bermula dengan Worldwide Holdings Sdn. Bhd., Selgate Corporation Sdn. Bhd., P.I Brilliant Bhd., SRCS dan seterusnya. Dan apabila saya tanya tentang prestasi setiap anak syarikat ini, berdasarkan penyata kewangan anak syarikat PKNS bagi tahun kewangan 2023, Jumlah keseluruhan dividen, yang diterima oleh PKNS. Adalah hanya 11.12 juta ringgit sahaja. Maknanya kesemua tiga belas anak syarikat PKNS ini, yang mencatatkan pendapatan bagi tahun 2023 sejumlah 704.04 juta ringgit, dividen yang dibayar hanyar 11.12 juta ringgit. Jadi saya nak tanya, Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan tiga belas anak syarikat ini boleh terus maju ataupun perlu distrukturkan semula.

Yang kedua, Dato’ Menteri Besar sebut, ada sumbangan bernilai 600 juta ringgit daripada Worldwide Holdings kepada PKNS. Saya minta penjelasan dalam Dewan ini, Apakah sumbangan 600 juta ringgit kepada PKNS oleh Worldwide Holdings untuk pelaburan atau sebenarnya adalah untuk sukuk PKNS, itu perlu dijelaskan. Yang ketiga, saya juga bertanya secara bertulis, ada dua lagi Dato’ Menteri Besar. Boleh saya teruskan? Kena duduk, tak boleh berdiri. Saya ikut peraturan.

Yang ketiga, saya bertanya tentang prestasi penjualan oleh PKNS bagi tahun 2024. Ini bukan pembinaan, seluruh dunia faham tidak ada satu unit pun, PKNS bina rumah pada tahun 2024. Malahan tidak ada satu projek pun yang dilancarkan pada tahun 2024, sebab itu saya tanya soalan yang ketiga, prestasi penjualan oleh PKNS bagi tahun 2024. Untuk rumah mampu milik, hanya 27 unit sahaja, 27 unit. Sedangkan Yang Berhormat Tanjong Sepat dalam setiap kali memberikan jawapan dalam Dewan, mengesahkan bahawa senarai rakyat Selangor yang menunggu pemilikan rumah Selangorku ini, semakin hari semakin panjang. Jadi di mana peranan PKNS? Walaupun saya mendengar tadi Dato’ Menteri Besar menyebut bahawa PKNS mengambil strategi dan pendekatan baru, tetapi pada masa yang sama mandat asal itu, kami berpandangan harus di pertahankan kerana

permintaan untuk rumah mampu milik, Rumah Selangorku masih tinggi sedangkan penjualan hanya 27 unit pada tahun 2024.

Akhirnya, tadi Yang Amat Berhormat ada menyebut sumbangan daripada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri tentang dividen bagi tahun 2024, MBI 30 juta ringgit, LUAS 18 juta, KUSEL 1 juta, begitu juga PKPS 2 juta, PKPS, tapi tak ada nama PKNS dalam ini. Jadi saya nak tanya, Apakah PKNS tidak menyumbang dividen kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

PKNS sumbang 10 juta Yang Berhormat dan sebagainya kita serahkan untuk pembangunan bola sepak negeri Selangor, itu jawapan langsung. Soalan Yang Berhormat berkenaan dengan sumbangan Worldwide, itu keseluruhan pulangan dividen semenjak Worldwide ada dan ia adalah sebahagian daripada sumbangan yang diberikan daripada semua projek-projek ataupun hasil sama ada dalam bentuk pelaburan yang dibuat oleh PKNS dalam bentuk pelaburan, RCPS yang di panggil ataupun dalam bentuk ekuiti sebagaimana pembinaan highway tertentu yang telah kita yang telah dicairkan kembali semasa satu ketika dahulu, pulangannya lebih kurang 300 juta, Worldwide terlibat daripada situ dan juga perkara-perkara yang lain Yang Berhormat.

Ia tidak bukan hanya untuk membayar sukuk kerana Alhamdulillah walaupun kita terpaksa menanggung sukuk yang sebahagiannya juga semasa pentadbiran Yang Berhormat, kita dapat membayar dan kita mengekalkan rating three star yang dimiliki oleh PKNS sebagaimana oleh tarifan oleh rating, ya Yang Berhormat. Yang seterusnya, saya nak jelaskan juga pembinaan rumah mampu milik. Di bawah MBI sebagai contoh, 65,332 unit yang melibatkan 32 projek telah kita luluskan. Dan saya nak sebutkan sebanyak 3371 unit Idaman telah siap dibina dan baki sebanyak 15 ribu dalam peringkat pembinaan. Ini maknanya jumlahnya masih lagi besar Yang Berhormat, kita benarkan. Dan 4011 unit telah lulus di peringkat kebenaran merancang, maknanya pada tahun 2025 dan 2026, sama ada di kwasa land dan beberapa tempat yang lain, yang telah kita bina berapa tahun yang lepas, ia dapat dibangunkan dan disiapkan untuk pembinaan rumah mampu milik, sebab itu Selangor sebagaimana laporan KPKT penggal lepas, kita telah dibina termasuk yang telah dibina oleh MBI ini, 40 ribu unit telah dibina untuk keperluan dan kehendak rakyat negeri Selangor.

Dan saya nak sebut juga, di peringkat LPHS menyebutkan sehingga Februari 2025, sebanyak 42,779 unit telah siap dan telah diserahkan kunci pada Februari tahun 2025. Maknanya sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita tak nak anak-anak syarikat ini menumpu kepada benda yang sama, semua nak bina rumah, semua nak masuk sektor hartanah, akhirnya bila saya tanam bagi kecil, kita bersaing

sesama sendiri, jadi kita tumpukan balik dan selaraskan balik Yang Berhormat, di kala MBI mempunyai baki-baki tanah yang besar, jadi kita selesaikan dengan pembinaan-pembinaan tersebut dan malahan kalau ikut track rekodnya Yang Berhormat, semasa Yang Berhormat menjadi menteri besar, PKNS hanya bina 400 unit rumah. Sewaktu saya jadi menteri besar tahun 2021, kita bina 864 biji rumah daripada PKNS, dua kali ganda semasa Yang Berhormat jadi menteri besar.

Jadi hal tersebut, saya rasa daripada datanya, angkanya tidak meninggalkan langsung komitmen yang telah diberikan oleh kerajaan termasuk dalam PKNS untuk membina perumahan. Cuma beberapa strategi kita perlu laksanakan dan yang ketiganya, saya nak jawab satu. Yang terakhirnya adalah berkenaan dengan keuntungan-keuntungan, dan sebahagian itulah sebab itu kita kena atur balik, kita kena susun balik, saya dengar Paya Jaras sebut, SACC tidak untung. Itu yang berlaku, sebab kita terperangkap dengan pembinaan LRT dan SACC pula terlibat pengurusan pembangunan apa ini, pengurusan dewan dan sebagainya. Dan ia terpaksa berdiri sendiri, jadi ia memerlukan kawasan-kawasan baru, jadi pembinaan Shah Alam Sentral dan sebagainya itu adalah untuk mengisi kekosongan-kekosongan yang berlaku dan kekurangan daripada segi keperluan dewan ataupun pusat konvensyen yang sedia ada.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Jumlah 400 unit meningkat 800, itu satu perkembangan yang positif. Tetapi daripada 400 naik 800 merudum kosong itu bukan satu prestasi yang baik. Sepatutnya pembangunan ini dapat diteruskan. Yang keduanya soal strategi pembangunan hartanah, Apakah Kerajaan Negeri hari ini mengambil pendirian memberikan mandat kepada MBI. Untuk rumah mampu milik dan bukan lagi PKNS. Dan yang ketiga Yang Amat Berhormat, saya ingin tahu apakah pembangunan rumah mampu milik oleh MBI ini, dibina atas tanah MBI atau tanah-tanah pemaju yang lain. Kerana daripada maklumat yang kita kumpul kebanyakan pembangunan rumah-rumah mampu bilik yang dibuat oleh MBI ini, adalah bagi pihak pemaju dan oleh itu MBI hanya mendapat dua ribu ringgit sebagai pengurus projek tersebut bagi setiap unit rumah. Jadi saya nak tahu, apakah tanah-tanah landbank MBI itu masih mencukupi untuk menepati permintaan rumah mampu milik di negeri Selangor kerana sekarang ini telah dipindahkan daripada PKNS kepada MBI.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kita bukan pindahkan semuanya, ia bersusun pada penyusunan Yang Berhormat. Kita nak setiap anak-anak syarikat ini mempunyai fungsi dan tidak ber overlapping dengan izin, bersaing antara satu sama lain. Jadi apa yang kita lakukan MBI telah memperkenalkan konsep Idaman dan konsep Idaman itu telah diterima dengan sangat baik, jumlah rumahnya dan kualitinya yang sangat baik, malahan menjadi rujukan di beberapa buah negeri dan formula itu kita gunakan di tanah-tanah pemaju yang tidak mampu untuk binakan. Dan itu telah memberikan satu kelebihan kepada kita

di samping di tanah-tanah milik MBI seperti di Kajang sebagai contoh ataupun tapak-tapak lain yang kita bangunkan. Yang Berhormat, tak ada proses pemindahan pasal ini, kita susun balik ikut kepada keperluan, kebetulan formula Idaman dan juga sebagainya itu memberikan kesan yang baik dan kita teruskan kepada MBI dan sebagainya. Dan realitinya sebagaimana saya sebut, 800 kita bina sedang habis nak tunggu di habis dijualkan, 26 yang Yang Berhormat sebutkan itu, nak habiskan sisa-sisa yang terakhirlah Yang Berhormat, dah siap, dah tu tak ada orang nak beli. Tapi Yang Berhormat isu besarnya masih lagi merujuk kepada unfinancing, jadi bila unfinancing itu Yang Berhormat, dah tinggal seminit, sambung petang. Jadi itu yang saya nak sebutkan bahawa tidak timbul sama sekali kita lari daripada tanggungjawab, pembinaan rumah dari segi data dan rekodnya, 3,000 dah siap di bawah MBI, Idaman, empat puluh ribu yang telah serah kunci daripada data dan data daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang masih queue, masih banyak tapi data nya bila kita tawar yang queue ini Yang Berhormat, masih lagi yang menolak sebab tak ada unfinancing, kita selesaikan dengan masalah Smart Sewa, bila Idaman siap, kita dapat Smart Sewa, smart Sewa itu nanti kerana dia kena serah 15, 20 peratus, 30 peratus hasil negosiasi, jadi kita dapat kumpulkan duit untuk mereka gunakan sebagai deposit Yang Berhormat. Yang Berhormat pun tak sempat fikir ke tahap ini sebab cuma tiga tahun jadi menteri besar, saya tolong selesaikan untuk bantuan.

Speaker

Yang Berhormat ...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sungai Tua, Smart Sewa zaman saya, minta maaflah.

Speaker

Yang Berhormat, tak apa tak apa, jam telah pun ...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Zaman kita zaman kita ...

Speaker

Hulu Kelang, tenang tenang

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi jangan claim credit lah.

Speaker

Kita bersambung lagi ...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya terang nanti macam mana Smart Sewa Perpaduan lebih baik daripada Perikatan Nasional.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bertenang. Dewan telah, jam telah pun menunjukkan pukul 1 petang, dengan ini saya tangguhkan Sidang Dewan ke pukul 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Salam Sejahtera dan selamat kembali ke Persidangan Dewan Negeri Selangor dengan ini saya menyambung dan menjemput Yang Amat Berhormat Sungai Tua untuk meneruskan penggulungan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat cuma saya hendak menjelaskan beberapa fakta yang baru saya peroleh berkenaan Worlwide sebagai contoh memang pada tahun 2023 kita tidak dapat menjana keuntungan yang sebesar mungkin kerana kita dalam proses untuk pembinaan beberapa loji ataupun pelan tenaga sebagai contoh Pulau Indah Power Pelan yang sekarang dalam proses testing dan juga kita menyiapkan mini hydro sebagai contoh yang ada di Batang Kali dan alhamdulillah telah siap awal setahun telah siap awal dan itu semua akan memberikan hasil yang lebih baik pada masa depan. Selain apa yang saya sebut tadi mengurangkan giring jumlah hutang kalau jumlah hutang itu lebih daripada 2.5 kali ganda daripada aset nilaian itu semua akan memberikan effect serta retting kepada Worldwide dan sebagainya. Ahli Yang berhormat saya ingin menyentuh berkenaan dengan satu isu yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang berkenaan dengan satu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker sebelum sesi pagi ditangguhkan Dato Menteri Besar ada berjanji, untuk datang semula dan membuat perbandingan Skim Smart Sewa Perpaduan dengan Skim Smart Sewa ketika kita bersama-sama satu ketika dahulu jadi boleh berikan perbandingan tersebut.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih mengingatkan saya hal tersebut. Skim Smart Sewa yang telah dilaksanakan di bawah Pentadbiran pada waktu ini khususnya telah mula dikembangkan pada tahun 2019 dan 2020 ialah daripada segi pengurusannya Yang Berhormat. Pengurusannya di uruskan oleh BHP sebuah anak

syarikat di bawah milikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Pertama sekali yang perlu kita uruskan tentang pemilikan rumah-rumah yang di miliki oleh Kerajaan Negeri dan kemudian kita laksanakan Program Smart Sewa, formatnya hampir sama di mana 30% dipulangkan dan kita meletakkan pula dengan harga pasaran Yang Berhormat. Kalau sebelum ini kita tidak letakkan di bawah pasaran atau pun harganya tidak ditetapkan kita tetapkan di bawah ataupun bersamaan dengan harga pasaran ataupun hanya berkurangan 10% sahaja daripada sewaan harga pasaran. Yang ketiga kita juga menambah jumlah rumah-rumah yang kita miliki saya masih ingat sewaktu saya mula masuk jadi Menteri Besar jumlahnya sekitar 400 buah rumah sekarang ada 1,700 buah rumah menjelang tahun 2026 kita akan ada hampir 3,000 buah rumah yang kita akan miliki. Dengan 3,000 buah rumah yang kita miliki ini bermakna semakin ramai akan memperoleh peluang untuk menduduki rumah tersebut dan kita juga akan menguasai dengan izin JMB atau Pengurusannya dan itu dapat ditunjukkan apabila proses transformasi yang kita lakukan melalui BHP dan Lembaga Perumahan dengan beberapa lebihan daripada hasil sewaan yang kita kutip kita kembalikan dalam bentuk baik pulih rumah-rumah terbabit yang kita telah naik taraf liftnya ataupun lift sahaja lah dan kemudahan-kemudahannya dan kerjasama dengan Think City sebagai contoh baru-baru ini telah mengubah apartmen ataupun rumah di Kampung Baru Hicom dan juga sekarang ini kita juga telah masuk di Subang perdana in memang kawasan yang selama ini perbincangan bertahun-tahun kita bincang hendak ambil alih dan alhamdulillah di bawah Kerajaan Perpaduan kita ambil alih perumahan ini setelah berbincang dengan KPKT yang terlalu panjang sebelum ini tidak boleh selesai Yang Berhormat dahulu masa hendak bincang dengan ayahanda Permatang pun tidak selesai sampailah kembali menjadi satu Ahli Parti. Bukan rindu teringat dahulu semasa ada perbincangan di Parlimen masa Yang Berhormat bangun saya ingat lagi masa itu Tan Sri Noh bangun saya bantu dia kata saya tidak memerlukan bantuan Noh Omar sekarang satu parti. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian itu yang kedua dan yang ketiga kita akan menambah jumlah-jumlah ini dengan membeli unit-unit rumah-rumah mampu milik supaya boleh disewakan dengan harga yang berpatutan dan boleh dipulangkan balik. Bermakna daripada dulu bermula di jalan rel kereta api atau di jalan kereta api Yang Berhormat cadangkan hal tersebut bermula dengan program namanya Rent To Own yang ternyata format Program Rent To Own itu tidak sustainable dengan izin kerana akhirnya pemilik-pemilik tidak mahu bayar kadang-kadang sikapnya berbeza dan apabila kita ubah kepada Rent sahaja dan nanti anda miliki yang rumah yang lain rumah itu kekal menjadi milik Kerajaan Negeri saya nampak format itu jauh lebih baik di bawah Kerajaan Sekarang formatnya yang harus kita kekalkan kerana ia dapat membantu kepada mereka yang belum mampu untuk memberi rumah dan ia terjawab kepada jawapan apabila 60% datanya pada tahun 2022 dan 2023 saya lihat 60% ditawarkan menolak tawaran rumah-rumah mampu milik ini kerana berdepan dengan masalah end-financing.

Soalan Yang Berhormat berulang kali saya dengar soalannya bila kita bila hendak tawarkan tentang deposit kita sangka kita boleh aturkan program tersebut tetapi deal atau berurus niaga dengan perbankan, bank tersebut ada lebih kurang RM10 bilion investment ataupun dana untuk program tersebut saya dapat lihat ia akan merugikan Kerajaan Negeri kerana ia seolah-olah memberi tekanan besar kerana Kerajaan Negeri atau syarikat Kerajaan Negeri perlu menjadi penjamin. Jadi program itu kita tidak boleh teruskan kita ubah kepada pemilikan rumah-rumah ataupun membeli rumah-rumah dengan lebih banyak dijelaskan tentang pemilikannya. Ini Yang Berhormat menyemaknya laporan terhadap LPHS dan LPHB sebelum ini tapi apabila kita telah aturkan balik kita betulkan balik daripada sudut akaunnya dan sebagainya hal pemilikan rumah ini sudah jelas ia menjadi milik Kerajaan Negeri di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor, syarikat yang menguruskan itu mampu mengutip dalam trak rekod kita 99% sewaan apabila kita kenakan sewaan malahan ketika kita tawarkan moratorium ketika Pandemik COVID-19 ada sebahagian penginap dan penyewa-penyewa ada tidak mahu dikenakan moratorium. Jadi ini semua perbezaan dan langkah penambah baikkan yang telah kita lakukan dan menjadikan Program Smart Sewa lebih ramai orang dapat mendudukinya lebih sustainable dengan izin hak miliknya milik Kerajaan Negeri walaupun ada holding cost untuk kita perbaiki kita selenggara pada hari ini dan masa depan ia masih lagi merupakan satu format pemilikan perumahan yang melengkapi kepada keperluan-keperluan perumahan rakyat dan masyarakat dalam Negara dan Negeri.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Sungai Tua, bahawa Skim Smart Sewa dengan Rent To Own adalah dua skim yang berbeza. Ini Pembentangan Belanjawan saya pada tahun 2017. Ketika itu kita telah memperkenalkan Skim Smart Sewa, izinkan saya merujuk kepada para penting Dato Menteri Besar atas keprihatinan kepayahan pembeli rumah untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada Institusi Perbankan Kerajaan Negeri mewujudkan Skim Smart Sewa. Yang kedua bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sejumlah RM100 juta melalui tabung amanah pengecualian syarat kuota Bumiputera dan Pengecualian Sumbangan Pembinaan Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Rumah Sederhana bagi mengembangkan lagi Skim Smart Sewa. Dan ini perkara yang ketiga banyak persamaan dengan Skim Smart Sewa pada hari ini tempoh sewaan minimum bagi setiap penyewa adalah selama 2 tahun dan maksimum selama 5 tahun. Menerusi program ini penyewa akan mendapat balik 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi di unit yang berkenaan.

Pengembalian 30%wang sewaan boleh dijadikan sebagai wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku. Jadi konsepnya adalah membantu mereka yang kurang berupaya untuk memiliki rumah. Saya juga, mengambil perhatian tentang ucapan Dato Menteri Besar tentang kekangan ketika ini dan juga ketika itu iaitu end-financing. Tetapi pendekatan yang kita bersama ambil ketika itu ialah dengan berbincang dengan pihak Bank Negara Malaysia. Itu juga terkandung dalam Pembentangan Belanjawan 2017, di mana Bank Negara Malaysia diminta untuk menyemak semula Garis Panduan bagi membantu pembeli rumah pertama bagi mendapatkan pinjaman Bank untuk pembiayaan rumah yang bernilai RM250 ribu ke bawah. Jadi dasar yang baik kita mendukung untuk di teruskan ditambah baik dan kita harus bersama dalam isu menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat di negeri Selangor. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat dan pada ketika itu kita mempunyai kira-kira 400 unit sahaja Yang Berhormat dan sekarang dengan pembelian di Serendah, pembelian di Klang, Pembelian di Kajang dan beberapa unit yang lain hampir saya rasa angkanya saya tidak ada tapi saya ingat lebih daripada 300 juta saya telah belanjakan dalam tabungan itu menunjukkan kita berbelanja Yang Berhormat bukan hanya kita simpan tabungan itu untuk kegunaan dan keperluan rakyat dan jumlahnya bertambah sekarang menjadi lebih daripada RM1,700 sebagaimana laporan daripada Tanjung Sepat ketika menggulung perbahasan semalam dan kita tambah baik pula Yang Berhormat apabila kita turutkan program-program kemasyarakatan maknanya kita tidak hanya menjadi land owner ataupun menjadi tuan punya sewa rumah tetapi kita turut bekerjasama dengan Think City sebagai contoh di Bandar Baru Hicom atau di Kampung Baru Hicom dan baru ini di Lembah Subang supaya kawasan-kawasan yang nampak uzur itu dapat di perbaharui ataupun diremajakan semula dengan aktiviti-aktiviti dalaman di samping pihak LPSHB dan Lembaga Perumahan membuat kemudahan-kemudahan seperti gelanggang futsal ataupun program yang bekerjasama dengan Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Kita kembali semula yang Berhormat ke Kota Damansara dulu ada ADAB Youth Garage saya masih ingat saya bersama di sana dalam program tersebut dan hari ini kita perkembangkan lagi dengan mengubah kawasan itu menjadi kawasan perpustakaan dan ia digunakan dengan kemudahan-kemudahan yang sangat baik yang boleh mengubah kualiti dan juga keadaan kehidupan masyarakat walaupun mereka menyewa duduk di PPR dan juga menyewa di kediaman kos rendah tetapi suasananya sedikit berbeza berbanding dengan stigma terhadap kawasan-kawasan rumah kos rendah yang lain. Asalnya saya ada perbaiki tambah daripada segi jumlah dan juga program-programnya. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat.

Saya mewakili PPR Kota Damansara mengucapkan ribuan terima kasih terhadap keprihatinan Yang Amat Berhormat atas mengarahkan PPAS membuat satu Perpustakaan Awam yang mana telah dilihat menggunakan pelbagai program antara program yang telah dibuat baru-baru ini ialah 3M untuk khusus anak-anak mereka. Jadi saya mewakili khususnya mereka sampaikan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membuat di kawasan ini, ini lah yang kita tunjukkan kita bukanya membantu dari segi perumahan tapi dalam segi pendidikan juga untuk masa depan anak-anak Selangor. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sama-sama daripada Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Terima kasih saya ingin.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih yang Amat Berhormat Sungai Tua, saya hendak merujuk sedikit sebelum kita beralih kepada tajuk yang lain tentang angka-angka yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat. Sebelum kita rehat tengah hari tadi yang mana Yang Amat Berhormat sebut 65,332 unit rumah mampu milik telah diluluskan daripada 32 projek 3,371. Siap dibina 15,000 sedang dalam pembinaan 4,011 baru memohon kebenaran merancang dan kemudian angka yang disebutkan tadi daripada LPHS sehingga Februari 2025 42,779 unit rumah telah siap dibina. Saya hendak mohon beberapa penjelasan pertama tentang angka, angka ini yang disebutkan tadi 42,779 unit ini. Saya minta penjelasan daripada tempoh yang mana maksudnya dari tahun bila ke bila ia dirujuk. Dan kemudian saya ingin bertanya dan menyemak juga angka ini sebab saya juga ada terima jawapan bertulis kerana soalan saya bertanya berapa jumlah kelulusan Kerajaan Negeri bagi pembangunan kediaman mampu milik daripada tahun 2022 hingga 2024 itu yang pertama dan yang kedua daripada jumlah itu berapa yang sudah siap. Yang dijawab kepada saya daripada tahun 2022 kepada tahun 2024, 44,218 unit Rumah Selangorku telah diluluskan 69 projek tetapi daripada jumlah itu yang telah siap baru hanya 370 unit. Jadi ini yang saya hendak sebutkan sebab kita dalam usaha bukan sahaja hendak memperkasa dan memperdayakan kebijakan kerajaan, untuk kita dapat bina lebih banyak tetapi kita hendak pastikan rumah itu betul-betul siap. Saya bimbang kita sebut angka besar 40,000, 65,000 tetapi itu baru kelulusan MMKN. Dan hari ini kita juga sedar bahawa kita sedang mengalami tekanan inflasi yang menyebabkan para pemaju juga hari ini dia tertekan dengan kos pembinaan yang tinggi. Itu yang selalu saya tanya kepada EXCO Perumahan. Dan apatah lagi dengan misalnya Rumah Idaman.

Saya dimaklumkan sebagaimana disebut Hulu Kelang tadi, Rumah Idaman itu kita jadi PMC, MBI bertindak sebagai PMC dan ada charge RM2,000.00 dikenakan untuk setiap unit. Jadi, saya bimbang dengan tekanan inflasi hari ini ada charge lagi RM2,000.00 seunit. Kemudian saya juga dimaklumkan daripada keseluruhan pembinaan itu 3%

hingga 5% daripada unit kediaman itu akan diserahkan juga kepada Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan atau pun diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Jadi, Apakah polisi ini dia boleh bertahan untuk jangka masa mungkin 10 tahun ke hadapan?. Dan ini yang menjadi kebimbangan saya sebab bagi saya yang paling penting ialah bukan berapa jumlah yang kita luluskan, tetapi berapa jumlah unit yang siap, yang dapat kita sediakan untuk kemudahan rakyat negeri Selangor pada hari ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Angka 42,779 ini angka daripada tahun 2014 sehingga 2025.

TAHUN BILANGAN RUMAH 2014 92 2015 284 2016 728 2017 5,385 2018 5,600 2019 4,500 2020 4,600 2021 5,600 2022 6,315 2023 3,623 2024 5,524 2025 (26 Februari) 249 (setakat hari ini)

Maknanya angka-angka ini saya boleh serahkan nanti dan ada dalam handsard. Saya rasa ada kekeliruan jawapan yang diberikan. Mungkin ia merujuk kepada Rumah Idaman. Tetapi Rumah Idaman lebih (jumlahnya). Satu projek sahaja yang berlangsung di Kajang kita siapkan 2,000 lebih. Kita tunaikan hasrat pemain bola sepak Selangor yang dijanjikan tanah, tak dapat kita gantikan dengan rumah-rumah tersebut. Sebahagiannya kita ambil dari lot-lot tersebut.

Baru-baru ini ketika kalau tuan-tuan Yang Berhormat semua pergi ke KLIA tuan-tuan akan lihat rumah yang sangat panjang. Itu adalah contoh Rumah Idaman yang telah disiapkan oleh LBS dan sebagainya. Tentang kos dan sebagainya, kita juga meneliti sebab semua pemaju lain agak hairan kenapa kita boleh menawarkan sebegitu even pada tahun 2019 dan tahun 2020. Bila kita rujuk, rupanya syarikat yang menjadi pengendali dan juga penggerak kepada perumahan tersebut iaitu Trans Royal (yang kita akan bincang nanti) merupakan pemaju yang menjadi core kepada pembangunannya.

Apa kekuatan syarikat ini?, kekuatannya mereka mempunyai keseluruhan ekosistem pembangunan perumahan. Jadi, sebahagian daripada nya mungkin kuari sahaja dia tiada. Tetapi hardware dia ada, televisyen dia ada semua dia ada jadi kos-kos nya itu dapat dikurangkan sedemikian rupa dan mampu untuk dibina. Sebab itu apabila syarikat-syarikat lain atau pun pemaju-pemaju lain ingin buat dia tidak hendak menggunakan kaedah yang digunakan oleh MBI (sebagai contoh). Saya kata tidak mengapa silakan. Gunakan format yang sama gunakan kaedah Harapan dan sebagainya. Angkanya nanti saya boleh jelaskan nanti kepada Yang Berhormat bagaimanakah kita boleh membangunkan kawasan ini dan dengan kos yang sedemikian rumah. Alhamdulillah ia telah siap dan kita telah tengok sebagai contoh kalau di Kwasa Land sebagai contoh, kita bersama syarikat Nadi Cergas namanya. Dia buat dan hampir siap tahun ini atau tahun hadapan kita akan tengok dan rasmikan rumah tersebut. Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Baik, juga yang saya maksudkan tadi Yang Berhormat Trans Royal satu (1) perkara lain yang akan kita bincang tetapi yang menjadi kebimbangan saya ialah saya bimbang pemaju-pemaju perumahan dalam keadaan hari ini bila ditekan dengan inflasi kos pembinaan dasar dan sebagainya, akhirnya mereka ini hanya masuk mohon untuk mendapatkan kelulusan dasar sahaja. Dia masuk dapat approval MMKN dia tunggu. Atau pun, dia masuk dapat approval MMKN kemudian dia pergi untuk mohon Kebenaran Merancang. Tetapi dah dapat, dia tunggu dia tidak bina. Jadi, ini yang maksud saya kita tidak mahu ia hanya setakat terhenti di kelulusan MMKN dan juga Kebenaran Merancang tetapi kita nak pastikan dia dapat itu dan dia bina sebab dalam keadaan tekanan hari ini, banyak yang merakamkan atau pun meluahkan rasa bimbang mereka sebab hal ini dalam satu-satu pembangunan kalau dah boleh dapat margin 10% itu kira dah cukup baik.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Sebab tu bila Yang Berhormat sebut 10% margin itu sangat baik sebab itu lah punca PKNS tidak lagi menumpu pada pembangunan rumah. Sebab nanti daripada 10%, 3% atau 4% pergi kepada rakan kongsi dan selebihnya pergi kepada benda-benda yang lain. Itu dalam PKNS yang saya cakap tadi. Sebab itu saya sebutkan kepada Yang Berhormat, dalam dasar atau kelulusan yang kita berikan, kita berikan tempoh dua (2) tahun. Dalam tempoh dua (2) tahun ada Kebenaran Merancang kalau mereka tidak membina perumahan tersebut, ia akan kembali kepada dasar RSKU 3.0. Maknanya, dia kena ikut balik format A,B,C,D dan E sebagaimana yang kita telah tetapkan. Kan saya sebutkan bahawa sebenarnya, projek Idaman dan Harapan ini adalah satu usaha untuk membantu kepada bidang pembinaan ini ketika pandemik kerana kita tahu kalau kita terus tekan mereka dengan 42,000, 100,000, 80,000 kos pembinaan yang ada pada ketika itu pun memerlukan subsidi daripada pihak kerajaan.

Jadi, kalau pulangan kepada kerajaan Negeri itu daripada segi rumah-rumah tadi dapat kita laksanakan, saya yakin maknanya kita mempunyai rumah yang boleh didiami dan diduduki dan disewa tetapi dalam masa yang sama rumah-rumah itu boleh dijual dengan harga RM250,000 di samping kalau orang yang ingin format A, B, C, D dan E itu teruskan kita tiada masalah. Tetapi, kalau mereka gagal untuk ikuti mereka perlu balik semula kepada sistem lama dan tidak boleh mereka lari daripada melaksanakan tanggungjawab. Apa yang dilaksanakan oleh MBI, walaupun nampak kita hanya membangunkan tanah orang lain, tetapi apa yang dilaksanakan oleh MBI sedikit sebanyak sebenarnya mempercepat proses pembinaan rumah-rumah tersebut walaupun mungkin sebiji rumah, sebuah rumah RM2,000 yang kembali kepada MBI, kita akan bincangkan balik supaya jangan banyak sangat pergi kepada konsultan atau pun mereka yang terlibat dalam pembinaan ini pada masa hadapan agar kita akan dapat jumlah yang lebih signifikan kepada MBI bukan soal keuntungan yang kita nak buat tetapi perumahan yang selesa dengan 1,000 kaki persegi dapat diwujudkan kepada rakyat di dalam negeri ini.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Baik, saya terima jawapan Yang Berhormat Sungai Tua tadi. Jadi sebab keuntungan rendah, PKNS tidak mahu buat rumah mampu milik sebab nanti pecah lagi dengan partner atau pun syarikat lain yang kita kerjasama. Ia akan lebih kecil. Jadi kalau Kerajaan Negeri melalui anak syarikat tidak mahu buat sebab keuntungan yang rendah, apa motivasi untuk syarikat swasta yang memang perniagaan mereka ini berbasis kan keuntungan. Jadi itu yang pertama. Tetapi, pada masa yang sama saya juga hendak tahu, okey kalau itu begitu perihalnya maka apa jaminan atau pun bagaimana kaedah Kerajaan Negeri nak pastikan syarikat-syarikat atau pun pemaju-pemaju yang telah mendapat kelulusan MMKN, dah dapat kelulusan Kebenaran Merancang, mereka mesti realisasikan rumah mampu milik tersebut.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kita ada jawatankuasa yang telah dipengerusikan oleh pengerusi lembaga perumahan dan hartanah Selangor atau pun CEO Lembaga perumahan dan hartanah Selangor dalam situ ada REHDA dan sebagainya. Ini adalah mekanisme kita memantau dan kerja kita mengenakan dasar-dasar sebagaimana saya sebut kalau mereka gagal, mereka akan kembali kepada sistem lama yang mana sistem subsidinya lebih besar yang perlu ditanggung oleh syarikat-syarikat ini. Yang kedua, Yang Berhormat saya sebutkan bukan syarikat anak syarikat tidak terlibat, saya sebutkan PNSB Construction terlibat dalam pembinaan ini. Malahan kita bantu kepada pemaju-pemaju ini untuk membuat rumah-rumah tersebut dengan format dan juga sistem yang telah kita mula establish (dengan izin) pada tahun 2020 Yang Berhormat sekalian.

Baik, saya ingin kembali kepada persoalan terakhir (saya kira). Ini berkaitan dengan penjualan tanah yang di Broga yang telah dibangkitkan oleh Hulu Kelang yang mendakwa bahawa kita telah menjual seluas 997 ekar di Broga oleh PKNS kepada Trans Royal Development. Saya ingin menjelaskan jumlah sebenar yang dijual bukan 997 ekar sebaliknya adalah 897 ekar. Ada lebihan 100 ekar daripada dakwaan yang dibuat oleh Hulu Kelang. Kedua, saya juga hendak maklumkan daripada 897 ekar yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang, 132 ekar akan diserahkan kepada dua entiti iaitu kepada TNB dan juga kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Saya cerakinkan 77 ekar adalah kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, selebihnya (55 ekar) kembali atau pun pergi kepada TNB kerana ada transmission line di tengah-tengah tersebut. Bayangan yang Berhormat Hulu Kelang seolah-olah petak itu clean sebenarnya di tengah itu ada satu TNB dan ada komitmen untuk 77 ekar. Kesemua transaksi atau pun perubahan ini akan dibuat oleh Trans Royal sebagaimana yang tertakluk di dalam agreement atau pun perjanjian yang telah diputuskan. Untuk itu sahaja 132 ekar telah dikeluarkan.

Seterusnya, daripada komponen tanah-tanah itu yang berbaki, terdapat 227 ekar Yang Berhormat telah dikategorikan sebagai tanah cerun level 3, level 4 serta kolam-kolam yang tidak boleh dibangunkan sama sekali. Kenapakah kita serahkan kepada mereka? Sebab ini semua akan melibatkan maintainance Yang Berhormat. Jadi kerajaan atau pun PKNS tidak akan menanggung maintainance itu. Biarlah syarikat ini akan menanggung maintainance tetapi ini kawasan-kawasan yang tidak boleh dibangunkan. Dan Majlis Perbandaran Kajang pun cukup maklum kita tidak akan benarkan pembinaan di kelas 3 dan kelas 4 kerana untuk elak kan masalah tanah runtuh atau pun bangunan runtuh sebagaimana yang dahulu banyak berlaku di Bukit Antarabangsa. Daripada keseluruhan tersebut, kita dapat jumlah net bersih 538 ekar dan ia bersamaan dengan 23,435,280 kaki persegi dan dijual dengan harga RM224.5 juta dengan penarafan atau pun takrifan yang telah diberikan, bermaknanya kita yang memberikan atau pun menjual tanah tersebut dengan 538 ekar berharga RM224.5 juta bersamaan dengan RM9.57 sen per kaki persegi lebih tinggi daripada keseluruhan harga yang telah ditetapkan oleh JPPH. JPPH menetapkan harga kaki perseginya adalah RM9.29 sen per kaki persegi. Sebab itu untuk lebih adil saya maklumkan bahawa saya sendiri membangkitkan persoalan ini ketika ia telah dikemukakan.

Ketika ia dikemukakan, lalu pada waktu itu Pengerusi Majlis atau pun Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan dan Kewangan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bersama dengan beberapa pegawai termasuk Pegawai PKNS dan juga wakil daripada Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa kalau kita jual dalam format yang seterusnya ini masih lagi merupakan keuntungan berbanding daripada kita pecahkan. Kerana kalau kita pecahkan tanah-tanah tersebut, sebagai contoh ia turut melibatkan kos. Kos pengiraan, ukuran sebagai contoh, kos untuk sub divisi sebagai contoh di mana sub

divisi dan sebagainya ini semua akan diuruskan oleh syarikat terbabit iaitu Trans Royal dan mereka juga berjanji untuk membina sebagai satu kawasan perumahan mampu milik kepada masyarakat dan juga rakyat di dalam negeri Selangor.

Dakwaan yang pertama berkenaan dengan seolah-olah kita tidak membuka kembali tawaran ini. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat pada tahun 2022 tawaran ini telah dibuka untuk kali pertama kepada syarikat-syarikat dan menjemput kepada mereka yang berminat. Tiada yang berminat dan kita buka balik pada bila? Tahun 2023. Selepas itu pada Mei Trans Royal merupakan satu-satunya yang menawarkan pada kadar tersebut dan selepas daripada penutupan tersebut sebenarnya ada dua (2) lagi syarikat iaitu Desa Damai Sdn. Bhd. yang menawarkan RM3.50 lebih rendah daripada apa yang ditawarkan oleh Trans Royal dan ada satu (1) syarikat lain (saya tidak ingat syarikatnya) tetapi tidak langsung menawarkan berapa harganya. Jadi, maknanya adakah kita lari daripada RM9.29? Tidak kalau diukur daripada nett bersih kawasan yang boleh dibangunkan. Bagaimana kawalan kita, kita ada kawalan di Majlis Perbandaran Kajang, kita ada kawalan kepada Majlis Tempatan untuk meluluskan bangunan dan sebagainya. Kita juga ada kawalan untuk subs division nanti untuk kelulusan tanah-tanah tersebut termasuk terdapat lebih daripada 200 peneroka-peneroka haram, termasuk ada satu rumah ibadat yang perlu dialihkan. Kesemua kos itu tidak ditanggung oleh PKNS sebaliknya ditanggung oleh Transroyal Sdn Bhd. Jadi maknanya dakwaan kita jual dengan harga jauh lebih rendah sekali imbas seperti ya, tetapi in reality nya selepas dipertimbangkan, selepas Majlis atau pun mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan membuatkan justifikasinya dan dalam mesyuarat penuh tersebut saya boleh sahkan, saya sendiri bangkitkan bersama dengan seorang lagi tak silap saya masa itu SS atau pun yang lain bukan SS yang sekarang, SS sebelum ini kenapa kos-kos ini pada harga tersebut dan tidak sesuai dan sebagainya.

Justeru saya percaya bahawa jualan ini tidak langsung memberikan efek kewangan malahan memberikan nilai keuntungan jika difikirkan kos-kos melepas yang terpaksa ditanggung oleh pihak PKNS dan sebagainya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, saya mendengar dengan tekun penjelasan yang telah diberikan. Cuma sebelum saya memberikan respons kepada beberapa perkara penting, yang telah dimaklumkan sebentar tadi, saya ingin dapat maklumat apakah penjualan tanah ini telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi dan ya, kita telah dapat kelulusan tersebut. Sebab itu transaksi itu berlaku pada 2024 dan alhamdulillah saya rasa transaksi itu telah selesai diselesaikan

Yang Berhormat. Jadi maknanya, RM9.29 tawaran JPPH itu penilaian JPPH biasanya dibuat dengan penilaian sekeliling. Penilaian sekeliling ditimbang kepada flat land atau pun kawasan-kawasan rata dan ini ada kawasan-kawasan slop level 3, level 4, kelas 3, kelas 4 yang perlu di selaraskan dan perlu dibangunkan semula. Untuk makluman yang...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sebelum bermula atau pun beranjak lebih jauh lagi, saya hendak tanya asas tentang mengapa PKNS mempertimbangkan atau pun asas pertimbangan PKNS. Untuk menjual tanah ini berbanding PKNS mungkin kerjasama atau pun JV dengan pemaju atau pun dengan syarikat yang lain untuk membangunkannya yang mungkin kita boleh mendapat keuntungan yang lebih besar berbanding kita hanya sekadar jual.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Ini antara kawasan-kawasan tanah yang terpaksa dipertanggungjawabkan kepada PKNS. Di kawasan-kawasan yang sukar dan bukan kawasan-kawasan yang berat untuk dibangunkan. Kita hendak tumpu Shah Alam Sentral, kita hendak bangunkan beberapa kawasan-kawasan lain, PKNS harus terlibat dalam pembinaan port nanti dan dengan kehilangan 1000 ekar atau pun 800 ekar ini tak sampai 900 pun, 800 ekar kalau dekat luar 1000 ekar punya, 897 mana entah tambah 100 itu saya tak tahu Yang Berhormat dapat. Kemudian PKNS telah dipertanggungjawabkan untuk memiliki seabed ketika pembinaan, seabed itu sahaja ada 2000 ekar. Kita juga sedang uruskan sekarang untuk tanah Yayasan Selangor, tanah Yayasan Selangor ada lebih kurang 1500 ekar di kawasan tersebut. Maknanya 2500, 2300 bakal dimiliki oleh PKNS untuk pembinaan port yang ketiga nanti dan ia boleh dijadikan sebagai port city dan boleh berkembang sebagai kawasan pembangunan, kawasan perindustrian dan sebagainya.

Maknanya daripada segi land reserve perancangan PKNS bukanlah berkurang, kita tak ganti balik, kita ada 2000 seabed yang akan dibangunkan, 20% akan dipegang oleh PKNS, saya sudah tulis surat kepada Kementerian, kita sudah tubuhkan satu konsortium dengan satu syarikat yang kita yakin setelah approach selama 2, 3 tahun. PKNS akan menjadi one of the player dalam bidang port pada masa depan dengan usaha untuk membangunkan sosioekonomi. Jadi maknanya penggantian itu ada.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya hendak merujuk kembali kepada kelulusan oleh pihak EPU yang didakwa oleh Dato’ Menteri Besar diberikan oleh pihak Kementerian. Saya ada garis panduan perolehan hartanah yang dikeluarkan oleh EPU berkuat kuasa 1 Mac 2014. Ada dua syarat penting, yang telah ditetapkan oleh EPU. Pertama, semua perolehan hartanah kecuali Unit Kediaman, yang memerlukan kelulusan EPU seperti berikut. Yang pertama perolehan hartanah secara langsung yang mengakibatkan pengurangan pemilikan hartanah kepentingan bumiputera dan atau

agensi kerajaan bernilai RM20 juta dan ke atas. Ini bermakna sekiranya nilai transaksi melebihi RM20 juta maka ianya perlu dirujuk kepada EPU. Yang ini EPU telah meluluskan kerana transaksinya melebihi RM20 juta.

Tetapi ada syarat yang kedua, iaitu syarat perolehan bagi transaksi adalah merangkumi syarat ekuiti dan modal berbayar seperti berikut. Syarikat, mestilah mempunyai pemilikan sekurang-kurangnya 30% kepentingan bumiputera. Dalam konteks ini pemegang saham dan juga pemilik syarikat 100% bukan bumiputera. Tetapi Dato’ Menteri Besar telah mendapat kelulusan daripada pihak EPU. Saya tidak mahu pertikaikan cuma on record, EPU telah meluluskan satu transaksi, di mana syarikat yang mengambil alih ini tidak memberikan pemilikan 30% kepada syarikat bumiputera.

Dato’ Menteri Besar saya hendak meneruskan beberapa perkaralah, di tangan saya sekarang ini ada surat PKNS bertarikh 29 April 202. Di mana surat ini ditandatangani oleh Pengurus Kanan Perolehan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Bandar Baru Bangi. Tajuk surat ini adalah lantikan terus perunding bagi tujuan penilaian harga tanah bagi Lot 418644 PN108951Broga. Ada skop kerja yang telah dinyatakan di dalam surat PKNS, di mana pertama membuat penilaian pada tapak, kedua membuat lawatan tapak tanah. Mengapa saya bangkitkan perkara ini kerana ianya ada kaitan dengan laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian Hartanah, yang dengan jelas menyebut bahawa penilaian laporan. Dan nilaian yang dikeluarkan oleh JPPH. Di dalam laporan ini dinyatakan bahawa harta tanah subjek telah di lawat periksa. Maksud saya, sebelum Jabatan Penilaian membuat nilaian ke atas tanah tersebut. Ianya telah memastikan lawatan tapak di sempurnakan. Di dalam laporan ini dinyatakan bahawa dalam menentukan nilai pasaran bagi harta tanah subjek. Faktor-faktor berikut diambil kira, lokasi harta tanah, tarikh nilaian pada 1 Jun 2022, bentuk harta tanah, keadaan rupa bumi, jenis pegangan hak milik harta tanah, jalan masuk, harta tanah sub subjek dinilai. Ini antara perkara-perkara yang diberikan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Hartanah.

Maknanya sebelum JPPH menentukan nilaian tanah tersebut, pada harga RM9.29, satu kaki persegi atau pun kalau mengikut laporan yang dikemukakan RM100 satu meter persegi. Ianya telah mengambil kira semua itu Dato’ Menteri Besar, cerun, kolam dan sebagainya. Maka nilaian yang ditentukan adalah RM9.29. Itu juga disebut dalam laporan dan nilaian yang telah dikemukakan, lawatan tapak telah dibuat oleh Puan Norazarina binti Ghazali, Pegawai Penilaian dan Encik Mohamad Asfanizam bin Mohd Azlan dan turut disertai oleh wakil PKNS pada 1 Jun 2022. Ini bermakna sebelum nilaian dibuat pasukan penilai berada di lapangan untuk melihat keadaan-keadaan tadi dan akhirnya menentukan nilaian tanah tersebut adalah RM100 satu meter persegi. Persoalannya, apabila Jabatan Penilaian telah menentukan nilaian tanah tersebut namun tawaran yang dibuatkan oleh PKNS pada 4 Julai 2023 kepada Transroyal Development

Sdn Bhd di mana PKNS telah meluluskan permohonan pihak tuan bagi pembelian tanah, Blok A 424.45 ekar, Blok B 241.44 ekar menjadikan jumlahnya 665.89 ekar. Ini kepada Transroyal Development pada 4 Julai 2023.

Tetapi Yang Amat Berhormat saya juga ada kertas Mesyuarat Lembaga PKNS yang bertarikh 3 Oktober 2023, di mana di dalam minit Mesyuarat Ahli-ahli Perbadanan yang bersidang pada 3 Oktober menyatakan bahawa, tanah yang telah diluluskan ini kepada Transroyal Development Berhad bagi Blok A dan Blok B ditukar kepada syarikat Sutera Maya Resources Sdn Bhd. Sedangkan CITOS membuktikan bahawa syarikat Sutera Maya Resources Sdn Bhd tidak ada revenue dia zero. Bagaimana tanah seluas 665 ekar yang asalnya diberikan kepada Transroyal Development Berhad pada harga kurang daripada harga pasaran. Tetapi Lembaga Pengarah PKNS pindahkan penjualan tersebut kepada Sutera Maya Resources Sdn Bhd, itu yang pertama.

Yang kedua, baik yang ketiga, jangan bergaduh soal ini ya. Saya ulang ok

Speaker

Tak apalah, Yang Berhormat macam Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, tolong tegur.

Speaker

Ya, ya, tak apa, tak apa.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Budak ini.

Speaker

Kita janganlah sebut budak Yang Berhormat semua. Yang Berhormat Hulu Kelang, panjang ke, sebab ini celah sahaja. Boleh ringkaskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tapi YB Sekinchan kacau, dia EXCO. Perangai hodoh. Tuan Speaker yang keduanya ini ...

Speaker

Ya, ketiga.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ketiga, surat PKNS satu lagi bertarikh 22 Disember 2023, dihantar kepada Sutera Maya Resources Sdn Bhd, tawaran penjualan tanah ini blok yang ketiga Blok C, 100 ekar pada harga RM5.73, again jauh daripada harga nilaian tanah. Saya hendak maklumkan kepada Dato’ Menteri Besar mungkin Dato’ Menteri Besar sedia maklum, tanah 100 ekar ini ada aktiviti kuari, tanah ini dimiliki oleh PKNS. Tetapi di dalam laporan yang telah dikeluarkan oleh Geomag Geological Sdn. Bhd. bagi cadangan aktiviti pemindahan, pengeluaran, pemasaran dan penjualan bahan batuan di atas kawasan seluas 100 ekar. Tanah ini disebut sini, the

propose quarry plot is owned by PKNS while the right to develop the quarry is owned by PI Brilliant Sdn. Berhad. Anak syarikat PKNS. Persoalan saya, kalau tanah ini sudah diberikan pajakan kepada PI Brilliant, di mana ia adalah anak syarikat PKNS yang sepatutnya dapat memungut hasil yang lebih besar, daripada aktiviti kuari mengapa tanah ini juga diserahkan kepada pemilik syarikat yang sama Trans Loyal Development Sdn. Bhd. melalui Sutera Maya Resources Sdn. Bhd. pada harga yang jauh lebih rendah? Ini yang persoalan yang saya nak minta penjelasan Dato’ Menteri Besar. Kalau dikatakan tidak ada pihak yang memohon, saya kurang setuju, kerana kalau mengikut senarai yang ada dalam simpanan kita, ada beberapa syarikat yang telah menunjukkan minat di atas tanah tersebut termasuk pada 23 Mei 2019 oleh PI Brilliant. Sepatutnya anak syarikat diberikan keutamaan untuk meneruskan aktiviti ini. Saya ada beberapa perkara saya minta izin Tuan Speaker untuk Dato’ Menteri Besar kepada perkara ini dan saya ada maklumat tambahan untuk dikongsi dalam Dewan. Sila dulu.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang ke lapan, sembilan, sepuluh (ketawa). Pertama, Yang Berhormat saya nak jelaskan, akhirnya bila kita lihat secara keseluruhan, penilaian terhadap kawasan bersih yang boleh dibangunkan. Tadi 583 ekar penilaiannya adalah RM9.57 lebih tinggi daripada kadar RM9.29 yang ditawarkan oleh JPPH. JPPH tidak mempunyai makluman berkenaan dengan penggantian tanah, hutan yang kita, untuk Bukit Lagong, tak ada makluman berkenaan dengan laluan TNB dan juga biasanya penilaian JPPH di tapak itu adalah kawasan 800 ekar Yang Berhormat, hutan bukau, apa semua itu memang tidak ada dalam penilaian. Itu memang ia menilai kepada valuation pada penilaian flat land. Itu memang penilaian biasa, penilaian biasa JPPH ini adalah melihat kepada lot di sebelah. Jadi, bila lot di sebelah kita nilai dan kita anggap bila kita kira balik, net bersihnya itu dapat diselesaikan. Yang kedua, bila kata tak ada, kita dah buka pada tahun 2022 Yang Berhormat, kenapa syarikat itu tak masuk? Kita tawar pada tahun 2023 hanya ada satu syarikat. Ada dua lagi syarikat kemudian masuk rekodnya. Satu tawar harga jauh lebih rendah dan yang ketiga, satu lagi tawar RM4.00 lebih ataupun, bukan, tak sebut harga pun, tak sebut harga pun, main tawar sahaja untuk masuk dan mencuba. Dan selepas ia dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan dan ia dinilai oleh Pegawai-pegawai kita termasuk wakil daripada Kementerian Kewangan sebab Yang Berhormat pun tahu, Board dalam PKNS ini ada wakil daripada Kementerian Kewangan, ada wakil daripada KPKT bukan solely under administration of PKNS ataupun daripada Pentadbiran PKNS sahaja yang terlibat dalam Jawatankuasa tersebut. Jadi maknanya ia mengikuti dan meliputi kepada semua pertimbangan-pertimbangan termasuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan negeri. Itu yang pertama.

Yang kedua, sabarlah, tanya empat (4) soalan, satu (1) soalan nak bangun ya. Yang kedua, kita juga menurut, mendapat permohonan daripada Transloyal selepas tawaran

telah dikemukakan pada Julai untuk menamakan Sutera Maya Resources sebagai anak syarikat mereka bagi memiliki plot yang ketiga kerana Sutera Resources merupakan syarikat yang sememangnya terlibat dalam pembinaan oleh Transloyal dalam beberapa pembinaan mereka khususnya di kawasan Kajang. Sekali lagi perkara ini turut dibincangkan sampai di peringkat mesyuarat dan turut dibawa ke Board untuk kita luluskan dan kita terima cadangan tersebut kerana ia datang daripada Transloyal, ini adalah anak syarikat memang tak jadi masalah untuk diserahkan kepada Transloyal tentang injection of fund, injection of modal dan capital saya rasa Transloyal mempunyai pelan yang tersendiri untuk inject kepada Transloyal ataupun Sutera Maya Sdn. Bhd. ini. Jadi, keseluruhan kawasan, sekali lagi saya nak sebutkan yang boleh dibangunkan 538 ekar. Air tak boleh, batu tak boleh, kawasan tersebut tak boleh dan kalau kelulusan-kelulusan yang melibatkan kuari ia melibatkan satu lagi proses yang panjang. EIA sahaja kita memerlukan proses. Kadang-kadang dua (2) tahun, satu (1) tahun paling cepat. Saya tak rasa ia akan jadikan tempat itu sebagai kuari untuk melaksanakannya kerana ia akan melibatkan tempoh dan jangka masa yang sangat panjang. Jadi maksudnya Yang Berhormat, ia bukan keputusan CEO seorang-seorang, tetapi melalui beberapa proses termasuk saya ulang balik, proses melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan yang diketuai oleh Setiausaha ataupun Pegawai Kewangan Negeri setelah dipertimbangkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak merujuk sekali lagi kepada laporan oleh JPPH di mana dalam laporan ini, pada muka surat tiga (3) dengan jelas menyebut bahawa harta tanah subjek merupakan sebidang tanah ladang yang rupa bumi secara keseluruhannya berbukit-bukit tinggi, rendah dan berkolam. Maksudnya, saya tidak setuju, dengan penjelasan Dato’ Menteri Besar bahawa JPPH hanya membuat penilaian pada, secara umum sahaja tanpa mengambil kira keadaan struktur tanah sedangkan di dalam laporan ini secara jelas menyatakan perkara ini telah diambil kira dalam menentukan nilai tersebut selain daripada beberapa faktor lain yang saya sebutkan tadi. Pada muka surat enam (6) dan tujuh (7), JPPH juga membuat data-data perbandingan di mana perbandingan pertama tentang tanah ladang zoning perumahan. Kedua, tanah ladang zoning perumahan dalam konteks yang kedua. Yang ketiga, kita juga melihat tentang nilaian-nilaian kawasan yang sekitar tanah yang berkenaan. Ini bermakna dalam pendapat nilaian ini, pada para 13 muka surat sembilan (9), bagi menentukan nilai pasaran yang munasabah dan berpatutan bagi harga tanah subjek, bukti-bukti jual beli yang sebanding telah dijadikan asas nilaian. Maksudnya Dato’ Menteri Besar, JPPH mengambil kira semua elemen dan faktor ini sebelum menetapkan bahawa dalam para terakhir dicadangkan harta tanah subjek dinilai RM100 semeter persegi, itu yang pertama. Yang kedua, Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS pada 3 Oktober 2023, pada para 3.15, menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS diberi kuasa untuk berunding dengan Syarikat Sutera Maya Resources Sdn. Bhd., harga jualan tanah

100 ekar Blok C. Maknanya, kalau Lembaga ataupun Perbadanan memberikan kuasa ini kepada Ketua Pegawai Eksekutif, di mana JPPH punya nilaian hendak kita gunakan? Sebab itu, tujuan kita engage dengan JPPH supaya ada panduan untuk Perbadanan membuat keputusan yang terbaik. Tetapi salah satu keputusan Ahli-ahli Perbadanan pada 3 Oktober di mana diberikan kuasa kepada Ketua Pegawai Eksekutif untuk berunding dengan syarikat. Ini satu perkara yang tidak memenuhi tata kelola dan governance bagi sebuah Institusi seperti PKNS. Saya pohon penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Pertama, saya nak jelaskan bahawa Jawatankuasa JPPH membuat penilaian daripada kedudukan saiz tanah yang berdekatan dengan kawasan sekitar. Yang kedua, JPPH juga tidak membuat penilaian daripada segi how class ataupun bagaimana bentuk kontur slope-slope terbabit. Ia menilai slope-slope di tempat lain adalah slope level satu, level dua, kelas dua, kelas satu yang boleh dibangunkan. Dan selepas diterangkan dan dapat lihat daripada pelan kontur yang telah ada, ia adalah level tiga dan level empat, yang tidak boleh dibangunkan Yang Berhormat. Atau kelas tiga, kelas empat. Dan sebab itu, kita keluarkan kawasan itu yang kemudian, walaupun dimiliki oleh syarikat-syarikat terbabit secara harfiah tetapi ia tidak boleh dibangunkan disebabkan oleh peraturan-peraturan sedia ada Yang Berhormat. Saya kembali kalau kita lihat kepada net bersih, ia RM9.57 walaupun dah campur tolak RM6.00, RM4.00, RM3.00 Yang Berhormat sebutkan tadi selepas perbincangan malahan dalam perbincangan tersebut selepas dipertimbangkan untuk berbincang dengan Sutera Resources terbabit, kita memberikan siling sampai 20% untuk maksimum boleh dipertimbangkan pengurangan. Akhirnya perbincangan oleh CEO terbabit hanya melibatkan 15% sahaja diskaun daripada harga yang ditawarkan RM6.00 lebih tetapi keseluruhan net yang saya nak sebutkan kerana JPPH tidak tahu ataupun tidak mempunyai asas kenapa tentang penggantian hutang 77 ekar. JPPH juga tidak tahu tentang laluan kabel elektrik. JPPH memang mencatatkan ada peneroka-peneroka, ada dekat 200 peneroka, JPPH juga catatkan ada Bangunan Ibadat satu di sana yang perlu dialihkan. Kesemua hal-hal itu melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh syarikat yang dipertanggungjawabkan. Jadi, kembali saya nak asaskan kalau kita ambil net bersih yang boleh dibangunkan RM9.57. Penilaian JPPH saya percaya turut merangkumi dan melihat keseluruhan tetapi tidak melihat in detail terhadap kawasan-kawasan dan lokaliti yang terbabit sebab itu penilaiannya RM9.00 tetapi bagaimana pula nak maintain slope, bagaimana pula nak maintain ataupun nak jaga kawasan air terbabit. Semua perkara-perkara tersebut dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan yang kemudiannya mengambil pertimbangan untuk menerima tawaran daripada Transloyal.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar. Saya nak minta pengesahanlah. Sebentar tadi Dato’ Menteri Besar, ada menyebut ataupun terlepas menyebut bahawa sebahagian daripada tanah itu diberikan sebagai hadiah kepada Transloyal kerana ha .. itu saya nak betulkan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya rasa itu sangat mislead sekali. Saya rasa Yang Berhormat Hulu Kelang ini bila bahas PKNS ni selalu mislead ya. Tak pernah saya sebut hadiah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay, kalau tidak

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak pernah ada.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay, kalau tidak, itulah saya nak tanya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak ada, tak ada.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay, soalan susulan daripada itu ialah lot yang ketiga ini ya, 100 ekar, yang dijual kepada Syarikat Sutera Maya Resources dengan harga RM5.73 satu kaki persegi ini, kalau kita melihat laporan daripada Geo Mag Engineering ini tentang cadangan aktiviti pemindahan, pengeluaran, pemasaran dan penjualan bahan batuan di atas tapak tersebut ia menganggarkan nilai hasil daripada aktiviti kuari melebihi RM100 juta

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tahun berapa tu, tahun berapa?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini tahun 2023

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Untuk berapa tahun?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Untuk 15 tahun.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Memang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nantilah, dengarlah dulu. Untuk 15 tahun, hasilnya yang dijangka RM100 juta. Persoalan yang saya nak tanya, apabila diberi kepada Sutera Maya Resources pada harga RM5.73 harga yang murah daripada harga pasaran kemudian ia mendapat aktiviti untuk kuari. Pulangannya besar. Habis tempoh kuari 15 tahun atau 20 tahun pemilikan. Itu masih kepada Sutera Maya

Resources. Sedangkan kalau Kerajaan Negeri menimbangkan PI Brilliant tadi, habis tempoh kuari, tanah masih milik PKNS. Maknanya, Syarikat Sutera Maya Resources ini mendapat pulangan dua kali ataupun keuntungan dua kali. Pertama, harga yang dibeli itu jauh lebih rendah daripada pasaran, ia juga dapat keuntungan daripada aktiviti kuari dan kemudian selesai aktiviti kuari, ia ada lagi pemilikan tanah tersebut. Jadi, apa perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan tanah-tanah ini boleh dibangunkan oleh Kerajaan Negeri pada masa setelah tamat tempoh kuari yang berkenaan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Aktiviti kuari memerlukan pelesenan, aktiviti kuari memerlukan kebenaran dan kita tidaklah ada kebenaran-kebenaran yang terlalu luas untuk kuari. Kita dah meluluskan di Bukit Lagong untuk selama 20 tahun dan sekarang baru 1,2,3 pengendali-pengendali keluarkan kuari atau pun keluarkan bahan-bahan batuan tersebut eh...Jadi aktiviti yang ada di sana boleh dikawal lagi oleh pihak Kerajaan Negeri dan pada pandangan kita dia hanya memiliki kawasan tersebut dan bantu untuk maintain kawasan tersebut berbanding daripada dibangunkan sebagai kawasan pembangunan dan sebagainya. Ini adalah pendirian yang telah dibuat oleh PKNS dan saya nak sebutkan sekali lagi next kawasan bersih 538 ekar ditolak dengan kawasan-kawasan lain iaitu bernilai RM9.57sen, RM0.28sen lebih tinggi daripada penilaian yang dibuat oleh JPPH setelah ditimbang oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan. Ini rekod dan juga track yang telah kita lalui dan mempertimbangkan beberapa penilaian-penilaian yang dibuat termasuk daripada JPPH. Itu, itu saya rasa saya perlu pertegaskan banyak kali Yang Berhormat keep on mengulang rendah daripada harga pasaran, rendah harga pasaran tetapi kita kena keluarkan kawasan hutan simpan. Kita kena keluarkan kawasan rintis 132 ekar kita tolak lagi 100 ekar lebih kawasan-kawasan yang dianggap sebagai kawasan berbukit-bukau 200 ekar lebih berbukit-bukau yang tak boleh dibangunkan. So, ada lebih 500 ekar sahaja Yang Berhormat, jadi keseluruhannya iaitu jauh lebih rendah daripada kelulusan-kelulusan yang dibuat oleh Yang Berhormat ketika menjadi Pengerusi PKNS rekod saya dalam PKNS Yang Berhormat jual 1000 ekar lebih juga daripada tahun 2014 sampai 2018. Jangan cakap saya tak jual tanah, jual tanah Yang Berhormat pun jual tanah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya boleh jual 1000-2000 persoalannya apakah nilaian JPPH ketika itu?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Nilaian JPPH yang saya tunjukkan RM9.57 sen di kawasan yang boleh dibangunkan...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu, itu tapak ini..saya nak, saya nak cabar Dato’ Menteri Besar jangan guna alasan-alasan, yang remeh seperti ini...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Remeh apa dia?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu boleh jual dengan syarat..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Remeh apanya?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ianya tidak rendah daripada harga pasaran..dan itu persoalan kita pada hari ini..bagaimana tanah-tanah ini dilepaskan kepada pihak yang lain pada harga yang kurang daripada harga pasaran?

Speaker

Tak apa itu kita perkenan...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

itu sahaja ya..kalau harga ini dijual pada harga pasaran, saya ingat kita boleh pertimbangkan apakah aktiviti selepas ini..sekarang ini saya nak tanya soalan apakah Dato’ Menteri Besar nak beri jaminan dalam Dewan ini bahawa aktiviti kuari tidak akan dibenarkan kepada Sutera Maya Resources...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kerajaan Negeri akan mengambil keputusan dan ada keputusan bahawa kita ada had kuari-kuari yang boleh dilaksanakan...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tidak menjawab soalan saya..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya dah jawab...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tanah telah dijual kepada Sutera Maya Resources Bhd... apakah tanah 100 ekar ini yang ada potensi untuk aktiviti kuari akan dihalang oleh Kerajaan Negeri? Sebut dalam Dewan...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya sebut dalam Dewan banyak kali Yang Berhormat...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

yelah apa...Apa kenyataan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya sebut banyak kali,

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

bahawa aktiviti kuari dikawal, tidak boleh diluluskan...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dikawal tidak sama dengan dihalang..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

ada had-hadnya dan ada kawasannya....

Speaker

Yang Berhormat...ini bukan dialog...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tadi Dato’ Menteri Besar sebut akan pastikan aktiviti kuari tidak akan dijalankan...

Speaker

Yang Berhormat...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak perkara ini ditegaskan...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Memang ada kawalan dan tidak boleh dilaksanakan....

Speaker

Yang Berhormat...Yang Berhormat

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kawalan berbeza dari segi tindakan

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Astagfirullahalazim....

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Untuk tidak membenarkan...

Speaker

Ini bukan dialog...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Macam ini nak jadi Menteri Besar macam ini nak jadi Menteri? Susah...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kemudian saya nak jadi...

Speaker

Yang Berhormat

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pastikan apakah aktiviti yang akan dibenarkan kepada trans lawyer tak adakah nak bina perumahan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Bina perumahan?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Atau pun komersial atau pun padang golf?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Perumahan? Dia sebut dengan saya nak bina perumahan?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukan disebut mesti dah ada dalam perjanjian dengan Kerajaan Negeri...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Perjanjian jual tanah...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukan sebut tepi jalan...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kelulusan oleh MPKJ....

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini soal tanah...ini soal pembangunan...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kelulusan MPKJ...

Speaker

Yang Berhormat...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tidak nampak sebarang keputusan dalam Mesyuarat Perbadanan PKNS

Speaker

Hulu Kelang bertenang...sebab ini bukan dialog atau sesi soal jawab...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

bukan syarat-syarat pembangunan

Speaker

Saya tau tetapi...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat saya nak maklumkan daripada penilaian kita PI Brilliant dan sebagainya EIA tidak akan luluskan kuari...faham...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Itu sebabnya tidak boleh benarkan...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kalau EIA sudah menyatakan tidak dibenarkan aktiviti kuari

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ya...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Mengapa tanah ini dijual kepada pihak yang ada minat untuk aktiviti kuari...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Siapa kata dia ada berminat nak aktiviti kuari? Dia nak beli rumah itu semua..apakah dibenarkan bina rumah dalam kawasan kolam tersebut?astaghfirullahalazim...Saya rasa dia confuse, saya percaya...

Speaker

Yang Berhormat... Sungai Tua ini laluan Sungai Tua...Sungai Tua nak bagi laluan lagi ke tidak..ini bukan dialog...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya percaya ini tidak ada syarikat yang menggunakan economics sense untuk membeli tanah dengan harga begitu murah tapi tidak dibenarkan menjalan sebagai aktiviti tanah tersebut..di mana...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat Hulu Kelang...

Speaker

Itu Menteri Besar untuk jawablah...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Di mana? ni tidak munasabah...bila syarikat beli tanah sudah tentulah dia nak bangunkan tanah... Sama ada perumahan atau pun komersial atau pun padang golf... Saya nak jaminan itu, Apakah bentuk pembangunan yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri di atas tanah-tanah tadi? Kerana Dato’ Menteri, Dato’ Menteri...(ini menyalak daripada tadi apa fasal) yang penting Dato’ Menteri Besar sebut ada cerun 3, ada cerun 4 kita sudah ada syarat-syarat tidak boleh dibangunkan. Sebab itu apa susah ke untuk Menteri Besar nak sebut tidak ada padang golf, tidak ada komersial, yang dibenarkan adalah perumahan? Kenapa tidak berani sebut?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Astagfirullahalazim...

Speaker

Yang Berhormat semua bertenang...saya rasa saya kena tegaskan, sekarang ini adalah penggulungan Sungai Tua, jadi ini bukan dialog, bukan sesi soal jawab, bukan Q&A jadi kalau ada laluan diberi bolehlah tanya dan saya mohon semua yang bertanyakan soalan ringkaskan soalan kerana masa tidak mencukupi...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya dengan Sungai Tua tak ada masalah....kita boleh berbahas...yang menyalak ini Sekinchan....

Speaker

Kita ingat boleh habis pada petang ini, nampaknya saya kena bawa usul jadi itu sebab ia...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dia tak ada kena mengena....

Speaker

Saya mohon semua...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Masa penggulungan tak boleh jawab secara fakta...

Speaker

Jadi nasihat saya kepada pembangkang ialah kalau ada soalan...kalau telah..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Hari ini nak kacau dalam Sidang Dewan..

Speaker

Ya..ya..tenang...tenang....

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya boleh berbahas dengan Menteri Besar dari segi fakta, dari segi angka....

Speaker

Kalau ada jawapan daripada Menteri Besar itu jawapannya...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker tak boleh tegur?

Speaker

Gombak Setia tak terlibat dalam perbahasan ini...perkara ini tidak diberi laluan pada Gombak Setia...sila duduk...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Duduklah Sekinchan....

Speaker

Sekinchan pun boleh kurangkan suara Yang Berhormat Hulu Kelang kurangkan... duduk sila duduk.. ini adalah laluan Hulu Kelang jadi Hulu Kelang nak bagi atau tidak itu terpulang kepada Hulu Kelang dan kalau terpulang kepada Sungai Tua.. kalau Sungai Tua Yang Amat Berhormat Menteri Besar sudah jawab, ada yang tak puas hati kalau tidak diberi laluan itu sahaja jadi itu adalah ragam dan juga peraturan yang ada di Negeri Selangor ini saya hormat, saya rasa semua kena hormat peraturan

tetap ini dan juga saya kena tegaskan masa memang sangat-sangat tidak mengizinkan kita kena bawa di usul panjangkan masa. Kita ada lagi tiga usul lagi, jadi saya memohon sesiapa berdiri kalau diberi laluan tanya dan ringkaskan semuanya..yang mukadimah-mukadimah daripada Hulu Kelang itu sebenarnya terlalu panjang,,saya faham apa yang dijelaskan jadi ialah kita semua faham jadi ada jawapan daripada, ada soalan ada jawapan dan selepas itu kita move on la ye...itu sahaja bagi Yang Berhormat..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya nak maklumkan...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini bukan mukadimah...ini perbahasan...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Astaghfirullahalazim...

Speaker

Ini penggulungan...penggulungan...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Duduklah...Nak jawab duduk...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tengah respon kepada Speaker...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Nak jawab duduk...bahas dengan saya...bukan dengan Speaker..

Speaker

Ini tidak perlu, saya tidak berbahas saya tidak mengambil bahagian dalam perbahasan, saya tidak respons kepada sesiapa....

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini bukan mukadimah, ini perbahasaan...

Speaker

Ini adalah penggulungan Menteri Besar...dia akan menggulung dan menjawab dan dia akan memberi kebenaran atau tidak, sama ada dia nak bagi, dia tak nak bagi itu terpulang kepada beliau kalau ada jawapan itu jawapan dia..kalau tak puas hati kena pun terima itu jawapan setakat hari ini dan masa ini, saat ini itu jawapan dia dan kita kena move on kalau tidak ada laluan diberi...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Hulu Kelang dan Sidang Dewan PIB hanya membuat eksplorasi daripada aktiviti kuari

dan daripada kajian dengan syarikat atau pun konsultan-konsultan EIA mentakrifkan kawasan tersebut tidak sesuai untuk kuari. Kalau EIA tidak dibenarkan, kuari dan sebut apa pun tak akan boleh dilaksanakan dan syarikat terbabit memaklumkan kepada saya bahawa dia nak buat kawasan perumahan. Perumahan kos rendah pula itu, jadi saya cakap tak jadi masalah...jalankanlah dan masukanlah permohonan sebagaimana biasa di pihak Majlis Perbandaran Kajang dan sebagainya dan kelulusan-kelulusan itu adalah diluluskan di pihak MPKJ, diluluskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan termasuk penggunaan-penggunaan tanah Selangor. Cuma saya nak tegaskan kita pun tak faham syarikat itu kalau Yang Berhormat pun tak faham saya pun tak faham dia pun tahu bahawa ada banyak kawasan yang tak boleh dibangunkan. Kita turut maklumkan ada 132 ekar yang perlu kita serahkan kepada Jabatan Perhutanan, yang perlu kita serahkan kepada TNB, Tenaga Nasional mereka juga setuju kosnya dekat RM105 juta mereka akan melepas daripada kos tersebut.

Sebab itu bila dinilai, bila saya dengar Hulu Kelang sebut SS, dialukan SS, dialukan Pegawai Kewangan Negeri pimpinlah Menteri Besar saya harap ikhlaslah tapi bila saya sebutkan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan yang pimpin adalah Setiausaha Kerajaan Negeri yang pada ketika itu adalah PWN. Jadi, tak ada masalah timbul dah duduklah, dah jelas banyak kali dah...tak ada masalah pun dah berulang-ulang, dah berpusing-pusing.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Perkara ini perkara baru..perkara baru...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

538 ekar net yang hanya boleh dibangunkan oleh pemaju atau pun syarikat terbabit nilainya RM9.57sen.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker perkara baru....

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tidak boleh perkara baru..mana boleh perkara baru...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Perkara baru yang ada kaitan dengan tanah...Saya nak rujuk berkaitan Jawatankuasa Pelaburan dan Kewangan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya hanya respons benda yang telah dibahaskan dan saya ulas..

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang tidak boleh....Yang Berhormat tidak boleh, tidak ada laluan Yang Berhormat...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh Dato’ Menteri Besar boleh? Boleh? satu sahaja... ini Jawatankuasa Pelaburan dan Kewangan PKNS..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya dah jelaskan..dah-dah Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan.. anggotanya juga hadir dan setuju...

Speaker

Hulu Kelang tak ada laluan....Hulu Kelang tak ada laluan....

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Di mana dalam mesyuarat tersebut...

Speaker

Hulu Kelang..Hulu Kelang..Tidak ada laluan..tak ada laluan...dia bagi tidak..Sungai Tua dah bagi tidak diberi..tidak diberi...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini apa Pelabuhan Klang, itulah taktik dia...Dato’ Menteri Besar beri laluan...

Hentikanlah....

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak teliti, nak mengajak kita lihat kepada kertas Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan PKNS. Perkara 2.1.13 menyatakan PKNS akan membatalkan perjanjian bersama Syarikat PI Brilliant Berhad, bagi penyewaan sebahagian tanah di atas 100 ekar itu. Sekiranya pembeli tidak bersetuju untuk mengekalkan sewaan kepada PI B. Saya bangkitkan perkara ini Dato’ Menteri Besar sebab Dato’ Menteri Besar sebut, PI Brilliant hanya membuat eksplorasi sebenarnya perjanjian sewaan sudah termeterai maka Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sewa apa itu?sewa apa itu?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tapak....di mana PKNS akan membatalkan perjanjian PI Brilliant sekiranya pembeli tidak bersetuju untuk mengekalkan kepada PIB maknanya sekiranya Sutera Maya tidak bersetuju dengan PIB. Maka PKNS akan membatalkan...ini persoalannya mengapa PKNS, mengapa Ketua Pegawai Eksekutif PKNS boleh tunduk kepada Sutera Maya menafikan hak PI Brilliant?

Speaker

Ya Subang Jaya..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan..

Speaker

ya...

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Speaker..saya nak bangkitkan...

Speaker

apa-apa masalah Subang Jaya?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Apa hal?

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Peraturan Tetap...

Speaker

Peraturan Tetap?

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

35(4)

Speaker

Ya..

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Seorang ahli yang telah bercakap dalam satu-satu masalah itu boleh bercakap, merangka apa-apa perkara besar dan ucapannya telah menerbitkan kesalah faham tetapi tidak boleh keluarnya perkara baru. Hanya fakta yang dikeluarkan Hulu Kelang ini baru, kalau..kalau...kalau fakta ini dah ada di dalam tangan patutnya disebutkan dalam perbahasan utama Tuan Speaker. Hulu kelang sendiri pun kata perkara baru...sebelum pembukaan dia...

Speaker

Ialah...

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Jadi Tuan Speaker... perkara ini tidak patutnya dibenarkan kalau tidak maknanya disiplin dalam Dewan semua Ahli Yang Berhormat katakan perkara yang sama...

Speaker

Ya saya faham...faham...faham...Yang Berhormat sendiri pun mengaku PI Brilliant ini merupakan perkara baru dan memang nak tanya soalan daripada...daripada kepada Yang Amat Berhormat Menteri besar jadi saya berasa perkara ini tidak bolehlah disebut atau pun kalau nak disebut pun saya rasa kena tunggulah jawapan bertulis daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Baik...saya jelaskan...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

PI Brilliant kita sebut daripada..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Dah..duduk...duduk...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Awal perbahasan sampai sekarang..bukan perkara baru dalam konteks perkara baru...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Dah..dah...dah

Speaker

Tapi itu saya rasa adalah perkara baru...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tidak....

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Duduk...

Speaker

Ya...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tidak, bukan perkara baru...

Speaker

Itu perkara baru...perkara baru....perkara baru...sila duduk..sila duduk..duduk....duduk...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Menteri Besar jawab..

Speaker

Menteri Besar nak bagi laluan atau tidak?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak apa..tak apa saya jelaskan. Ingat kita tak tahu. PIB telah menarik diri setelah membuat kajian terhadap EIA tersebut dan ia adalah sebahagian daripada cadangan-cadangan yang dikeluarkan oleh mesyuarat jawatankuasa tapi PIB telah menarik sebab apa? Sebab PIB bukanlah sebagai kuari player. Dan akhirnya dia terpaksa mencari player-player lain. Dan apabila kawasan terbabit nak dibangunkan sebagai kawasan perumahan, saya tak rasa ataupun saya yakin dari laporan-laporan yang telah diberikan tidak sesuai pun untuk dilaksanakan sebagai proses pengkuarian. Dan dari sebab itu juga kelulusan-kelulusan tidak akan dikeluarkan. Itulah sebabnya apabila cadangan yang telah dikemukakan oleh syarikat terbabit kita akan nilai kembali dan semak kembali sambil saya nak semak balik saya nak betulkan sedikit fakta. Memang kita sedang, maafkan saya tadi saya tersilap. Dia ada condition president dengan EPU yang kita sedang tunggu dan kalau ia berjalan dengan baik dan kita akan teruskan ataupun kita kena laksanakan proses penjualan ini. Cuma saya nak tegaskan pihak mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan telah

melihat benda ini dan menganggap RM9.57 yang telah dilihat daripada kawasan yang boleh dibangunkan itu adalah antara kawasan yang fair kepada pembelian-pembelian yang telah dibuat. Saya takde lah nak semak YB. punya proses-proses, tapi nak ceritanya kat luar saya jual 1000 ekar YB. 3 tahun jadi Menteri Besar jual 1000 ekar jugak. Jadi, lebih kurang. Maknanya janganlah cakap PKNS agent jual tanah. Masa dia YB. jual tanah jugak. 379 ekar, saya faham. Jual untuk Westport tapi masa tu YB. tak fikir macam mana kita nak tanah supaya Westport bagi share pada urusan tadbir kita. Kita jual lump sum kepada Westport. We missed the opportunity that particular period. Masa tu saya bukan board PKNS. Takde fikiran tersebut.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu untuk industry strategy pelabuhan bukan untuk padang golf. Faham?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya maksudkan itu sebab saya telah mengubah pendirian itu apabila kita berikan 2500, 2000 ekar untuk buat Port Ketiga kita cakap, no, PKNS kena ada share 20% dan dia akan bagi ritorik income kepada rakyat. Sebab itu YB. tak fikir hal itu. Kalau fikir, itu pun cakap 2017 paling hebat!

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pagi tadi YB. sebut, Bagaimana apabila Worldwide Holdings terlibat dalam sektor tenaga saya yang mempertahankan kepentingan negeri. Supaya Worldwide juga ada kepentingan. Jadi jangan single out satu dua perkara yang saya telah sebut untuk keperluan strategik and pembangunan strategik. Sudah tentu ada pertimbangan begitu tetapi untuk sektor-sektor tertentu, tenaga, Worldwide sampai sekarang menguasai majoriti. Saya faham, sebab itu condition yang kita letak pada kategori

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Condition dia YB. letak 20% alhamdulillah saya dah naikkan 60%.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yelah pada ketika itu permulaannya, untuk kita menguasai sektor tenaga dengan syarikat-syarikat yang terlibat. Itu satu permulaan yang baik. Tapi janganlah kita nak nafikan semua. Tadi saya dah jawab, dah rebat Menteri Besar tentang smart sewa, tak boleh jawab jugak.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Apa tak boleh jawab?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi masalah mendabik dada, tidak kena pada tempatnya. Berdasarkan fakta

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya tunjukkan beberapa kelebihan-kelebihan, saya tunjukkan tambahan-tambahan program yang kita laksanakan dalam smart sewa, jumlah rumah juga bertambah, jumlah penghuni juga bertambah dan jumlah programnya juga bertambah. Itu yang saya kata jauh lebih baik, lebih sustainable tak boleh sana setakat 200-300 dah kembali pada rumah pulak. Jadi YB. sekalian, saya percaya saya telah menjelaskan beberapa perkara penting yang telah dibangkitkan tentang kemajuan pembangunan negeri sebagaimana yang tertakluk dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Pihak pembangkang ada membangkitkan beberapa isu yang saya rasa telah dijawab dengan cukup terperinci. Tapi saya ingin menyentuh cara pandangan YB. Hulu Kelang. Dia selalu membayang-bayangkan. Macam tanah PKNS la ni, menjaja rendah, rendah. RM9.57. Kata Amir jual tanah, dia pun jual tanah jugak. Jadi YB. Hulu Kelang saya nak beri ingatan, tak selalu apa yang ada dalam fikiran kita boleh terjadi dengan hanya mengulang-ulang. Si Amir diganggu kanan kiri. Saya pun tak tahu makhluk halus pun tak ganggu saya. Lebih seram daripada sembang seram ni YB. Takde sapa yang ganggu saya. Memang cita-cita YB. nak lihat saya digugurkan sebelum pilihanraya dia kata: Amir, engkau akan ditukar. Alhamdulillah dapat sambung second term. Jadi ingatan saya YB. duduklah di atas realiti jangan bermimpi, bangun, bangun, bangun daripada mimpi anda insya Allah Kerajaan Perpaduan akan kekal, kita akan makin kuat, Selangor akan makin maju. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada lagi 2 isu yang belum dijawab.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada lagi 2 isu yang belum dijawab Tuan Speaker.

Speaker

Cukup, cukup, cukuplah. Dah habis dah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

No, pertama soal inflasi di Selangor tertinggi. Inflasi

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk. Sila duduk. Dah habis lah. Tidak perlu jawab, ini jawapan daripada Menteri Besar sudah habislah. Tidak perlu lagi jawapan sebab sudah habis sesi penggulungan. Setelah tamat penjelasan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada pun di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi seperti berikut:

“Ampun Tuanku, patik-patik sekalian iaitu Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan ini memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Ketiga Persidangan Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya,

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.

Usul ini dipersetujui.

Sebelum kita meneruskan yang seterusnya saya mohon membawa usul untuk sambung masa.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut:

“Bahawanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri hendaklah menyambung persidangan sehingga selesai semua urusan.”

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

YB. sekalian, usul ini telah disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya,

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.

Usul ini dipersetujui.

Setiausaha Dewan. Silakan.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya. Usul No. 1 Tahun 2025 Usul di Bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh YB. Subang Jaya.

Speaker

Ya, pencadang? Ya, Subang Jaya?

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut

Speaker

Naikkan suara boleh?

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Bahawasanya menurut Peraturan Tetap 76(5) Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai pengurusan air, pertanian, infrastruktur dan mobiliti JPK-Infragro berhubung isu banjir di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2025.

Tuan Speaker, JPK-Infragro telah mengadakan 3 sesi pendengaran yang melibatkan semua pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah Dan Tanah di Negeri Selangor. JPK-Infragro telah memohon 4 jenis maklumat iaitu:

i. Hotspot banjir ii. Punca banjir iii. Infrastruktur penyelesaian banjir iv. Status setiap satu projek

Untuk tujuan penyata ini tafsiran kawasan hotspot adalah seperti berikut:

Untuk hotspot banjir ia adalah kawasan di mana bencana banjir berlaku lebih daripada 3 kali setahun dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. Kawasan berisiko banjir ditafsirkan sebagai kawasan yang ditentukan berdasarkan kawasan yang pernah mengalami banjir dalam tempoh 3 tahun dan dianggap berisiko untuk terjadinya banjir pada masa akan datang. Dalam Negeri Selangor terdapat 79 hotspot banjir dan 354 kawasan berisiko banjir. Berkenaan infrastruktur, sejumlah RM147,570,778.05 telah dibelanjakan untuk 12 projek manakala RM4,467,800,000.00 akan dibelanjakan untuk 48 projek infrastruktur mitigasi. Sebanyak 58 projek infrastruktur mitigasi yang belum dinilai lagi.

Penemuan Jawatankuasa Infragro adalah seperti berikut:

1. Kita perlu mengadakan satu kajian yang lebih menyeluruh daripada sekarang. Pendapat kita adalah bahawa banyak Majlis sedang mengadakan PISMA ataupun Pelan Induk Saliran Mesra Alam tetapi dengan izin, ia dilaksanakan dengan in silo. Jadi kita perlu mengenalpasti hubung kait banjir antara daerah, corak taburan hujan, ramalan taburan hujan, kos keseluruhan yang diperlukan dan sebagainya untuk menoktahkan masalah banjir untuk seluruh negeri.

2. Terdapat isu system made yang perlu ditangani iaitu kekurangan maklumat dan juga data oleh setiap satu agensi. Jawatankuasa mendapati bahawa terdapat kawasan-kawasan hotspot yang tidak lengkap. Terdapat punca banjir yang belum dikenalpasti ataupun terdapat infrastruktur mitigasi banjir yang juga belum dikenalpasti. Selain itu terdapat juga agensi atau jabatan yang tidak mempunyai senarai maklumat terperinci, aset-aset seperti kolam takungan, pam, parit dan kunci air.

3. Isu Pembangunan - Jawatankuasa mendapati bahawa terdapat projek pembangunan terutamanya pocket development di mana tiada pelan sistem saliran air yang hubung kait dengan kawasan sekitar yang hanya tapping ke dalam longkang yang berdekatan.

4. Terdapat 2 punca kelewatan pembinaan RTB. Yang pertama adalah kegagalan kontraktor untuk mengikuti jadual pembinaan dan seterusnya masalah pada pihak kerajaan Negeri yang tidak dapat menukar kontraktor yang gagal menyiapkan projek kerana obligasi kontrak.

5. Pemantauan – Jawatankuasa Infragro mendapati bahawa tiada jawatankuasa khas untuk memantau kemajuan untuk setiap projek.

6. Isu bidang kuasa ataupun agensi jabatan terutamanya berkenaan 2 isu iaitu satu, parit tidak bertuan, dan kedua parit persendirian yang tidak diselenggarakan.

7. Kekangan – kekangan kewangan adalah kekangan pertama di mana peruntukan yang diperolehi tidak cukup. Ini adalah kerana kebanyakan projek perlu menunggu putaran RMK ataupun Rancangan Malaysia dan jawatankuasa mendapati bahawa kesemua agensi mengesahkan bahawa pendanaan ke semua projek adalah secara konvensional iaitu bahawa projek hanya akan ditender selepas bajet diperolehi. Kekangan seterusnya adalah kakitangan. Contoh: JPS mempunyai perjawatan sebanyak 970 orang tetapi hanya 700 jawatan yang telah di isi. JPS juga tidak mempunyai pegawai yang cukup bagi jawatan Pegawai H11 iaitu pegawai yang bertanggungjawab untuk pembersihan dan pemantauan di lapangan.

8. Data Taburan Hujan – Jawatankuasa mendapati bahawa maklumat taburan hujan yang diberikan oleh JPS dan MET Malaysia iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia adalah tidak lengkap di mana terdapat taburan hujan di beberapa lokasi yang langsung tiada. Jadi dengan itu saranan jawatankuasa adalah seperti yang berikut:

i. Kerajaan Negeri perlu menjalankan satu kajian menyeluruh bagi seluruh Negeri Selangor untuk mengetahui punca banjir, hotspot, risiko banjir, hubung kait banjir antara daerah, corak taburan hujan, ramalan taburan hujan serta kos keseluruhan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah banjir.

ii. Jawatankuasa menyarankan agar kerajaan Negeri mengkaji semula pembekalan kewangan bagi projek infrastruktur mitigasi banjir memandangkan banjir adalah masalah yang berulang yang bawa kemusnahan harta dan nyawa yang berulang juga. Jadi kita menyarankan agar kerajaan Negeri mempertimbangkan pelaksanaan kaedah pendanaan public private partnership atau mempertimbangkan penggunaan kredit untuk mengatasi kekangan kewangan.

iii. Jawatankuasa menyarankan kerajaan Negeri untuk menubuhkan satu jawatankuasa pemantauan projek bagi memantau kemajuan setiap projek yang dilaksanakan.

iv. Jawatankuasa menyarankan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik kontrak pembinaan projek infrastruktur seperti berikut. Yang pertama, syarat-syarat kontrak perlu dinyatakan dengan teliti agar tindakan boleh diambil terhadap pihak kontraktor yang gagal menyiapkan projek dalam jangka masa yang ditetapkan. Seterusnya syarat-syarat kontrak perlu ditambah baik supaya agensi berkaitan diberi kuasa untuk memasuki kawasan projek untuk menjalankan kerja-kerja kecemasan ataupun mengambil alih kawasan projek sepenuhnya untuk kepentingan awam. Contoh, dalam keadaan di mana kontraktor tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dan di mana kerja yang tidak siap memudaratkan kawasan sekeliling. Ketiga, semua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kontraktor yang berjaya mendapatkan tender projek berkepentingan awam seperti rancangan tebatan banjir perlu menandatangani surat aku janji bagi memastikan mereka menyiapkan pembinaan projek tersebut pada jadual yang telah ditetapkan dalam tender. Surat aku janji tersebut juga wajar menyatakan kesan dalam keadaan di mana tanggungjawab yang dinyatakan tidak ditunaikan.

v. Jawatankuasa menyarankan kerajaan negeri untuk meletakkan syarat bagi setiap projek pembangunan sama ada infrastruktur kerajaan ataupun pembangunan swasta perlu membina dan melengkapkan sistem saliran dahulu sebelum memulakan kerja-kerja pembangunan supaya ianya tidak akan memberi kesan negatif kepada kawasan persekitaran dan mengelak

berlakunya masalah banjir ataupun pencemaran sistem saliran di kawasan sekitarnya.

vi. bagi menyelesaikan masalah bidang kuasa, pertama Jawatankuasa menyarankan agar Pegawai Daerah memainkan peranan dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan bidang kuasa khususnya dalam menangani isu pertindihan kuasa antara jabatan ataupun agensi. Isu parit tidak bertuan dan isu parit persendirian. Kedua, mewujudkan satu Jawatankuasa ataupun badan kerajaan yang bertanggungjawab khususnya untuk memantau pembangunan penambahbaikan, penyelenggaraan semua sistem dan aset perparitan di negeri Selangor. Dan yang ketiga, kerajaan negeri menjalankan kerja-kerja mapping secara digital untuk parit dan longkang seluruh negeri dengan menyatakan dengan jelas tuan punya setiap satunya.

vii. Jawatankuasa menyarankan kerajaan negeri untuk mempertimbangkan penambahan kakitangan bagi agensi ataupun jabatan dengan berpandukan keperluan agensi ataupun jabatan. Untuk memastikan prestasi pengurusan masalah banjir ditambah baik.

viii. Jawatankuasa menyarankan agar kerajaan negeri mengadakan kempen kesedaran risiko banjir untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk mengenai tanggungjawab mereka dalam menangani risiko banjir.

ix. Jawatankuasa menyarankan agar kerajaan negeri mengkaji semula dan menaik taraf parit mengikut kesesuaian spesifikasi untuk menampung taburan hujan yang semakin meningkat akibat perubahan iklim.

x. Seterusnya, Jawatankuasa juga menyarankan kerajaan negeri agar spesifikasi tugas pembersihan aset-aset saliran seperti parit, kolam takungan anak sungai perlu dirangka dengan lebih terperinci dan jelas. Spesifikasi tugas pembersihan harus menyatakan pembersihan, pengorekan dan pengembalian aset-aset saliran kepada kedalaman asal.

xi. Jawatankuasa menyarankan agar Unit Pengurusan Bencana untuk diperluaskan skop tugas mereka dengan mengambil kira aspek langkah-langkah mitigasi banjir selain daripada tertumpu kepada kerja-kerja penyelamatan.

xii. Jawatankuasa menyarankan agar PBT dan OSC agar mengambil kira risiko bencana banjir sebagai satu faktor utama sebelum memberi kelulusan pembangunan baru dan ulasan-ulasan yang diberikan oleh agensi jabatan mengenai projek baru perlu diambil kira sebelum meneruskan projek pembinaan.

xiii. Jawatankuasa menyarankan agar PBT melaksanakan rancangan kawasan khas ataupun RKK bagi seluruh bidang kuasa PBT dan pelaksanaan RKK adalah penting untuk memastikan bahawa setiap projek pembangunan dipantau dan dirancang dengan teliti dengan mengambil kira aspek perancangan bandar yang teratur pengurusan sumber alam serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan kesesuaian dan kelestarian pembangunan di kawasan tersebut.

xiv. Yang terakhir Tuan Speaker, Jawatankuasa juga menyarankan kerajaan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas bagi kawasan yang bersempadan dengan negeri lain bagi menyelesaikan masalah bidang kuasa dan isu banjir yang berbangkit. Satu perkara sebelum saya tutup Tuan Speaker. Terdapat rujukan dalam penyata ini yang dirujuk kepada lampiran lima yang sepatutnya dibacakan sebagai lampiran empat. Dan dengan pembetulan sedikit itu Subang Jaya berterima kasih kepada semua PBT dan juga agensi yang telah memberikan kerjasama untuk menghasilkan penyata ini dan kita berharap agar perkara ini diambil kira oleh pihak kerajaan. Itu sahaja Tuan Speaker, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Subang Jaya. Ada yang menyokong.

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Teruskan dengan ucapan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, pertama sekali Kota Damansara ingin mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Infrago. Seperti maklum kawasan Kota Damansara merupakan kawasan yang terlibat dengan banjir setelah sekian maklum hampir 25 tahun. Kawasan Kota Damansara banjir kalau di kawasan khususnya kawasan Kampung Melayu Subang. Walau bagaimanapun kita lihat ada sinar di hujung terowong bila mana projek tebatan banjir telah dilantik dan akan bermula pada tahun ini. Cuma walau bagaimanapun saya bersetuju dan bersependapat dengan saranan daripada pihak Jawatankuasa kerana apabila kita lihat. Apabila

kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam rancangan tebatan banjir khususnya di projek bernilai tinggi yang impak tinggi khususnya ini sering kali mengalami kelewatan. Walau apa pun alasan yang disebut kadang-kadang kalau alasan yang diberi selalu kalau kami buat lawatan alasan yang diberikan kekurangan daripada material dengan izin atau masalah pekerja. Tapi walau bagaimanapun mustahil satu Malaysia material habis. Jadi ini adalah yang kadang-kadang digunakan alasan-alasan yang tidak munasabah dan saya mohon kepada pihak JPS khususnya untuk tidak memberikan EOT-EOT yang hanya menggunakan alasan-alasan yang tertentu sebagai contoh, mereka menggunakan alasan tidak mempunyai material di kawasan yang dimaksudkan sebagai contoh di kawasan RTB Sungai Buloh, bilamana mereka tidak mempunyai material di kawasan tersebut mereka tidak memilih untuk mencari material di kawasan yang lebih jauh sedikit. Kadang-kadang yang jauh tu bukannya jauh sangat pun jauhnya beza 20 kilometer. Tapi walau bagaimanapun mereka berjaya menerima EOT. Itu yang pertama, kedua, saya bersetuju juga kepada semua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kontraktor yang mendapat projek RTB ini perlu menyain work taking juga untuk memastikan surat aku janji untuk menerima. Sebab kadang-kadang kita pun maklum apabila berdepan dengan syarikat-syarikat sebegini selalunya tindakan yang diambil terhadap syarikat bukannya kepada pemilik syarikat ataupun Board of Director. Jadi Board of Director ini dia boleh memilih untuk buat beberapa syarikat dan malah mereka boleh melonggok anak syarikat yang SPV khas untuk memasuki projek-projek tebatan banjir. Jadi perkara ini akan menjadi masalah apabila company yang sama memasuki tender-tender tertentu RTB yang bukan hanya di Selangor tetapi beberapa negeri lain. Jadi apabila ada masalah kewangan mereka terpaksa menangguhkan beberapa projek di kawasan khususnya di Selangor. Kita bercerita mengenai selangorlah oleh sebab mereka ada masalah kewangan di projek negeri yang lain. Jadi perkara-perkara seperti ini semestinya akan memberi kegusaran dan memberi impak khususnya di kawasan-kawasan penduduk yang sering mengalami kebanjiran. Kalau kita tengok di sini juga Jawatankuasa OSC di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan selalunya kita akan lihat apabila bagaimana plot-plot pembangunan yang dibina tidak dilihat secara menyeluruh khususnya di kawasan-kawasan runcit-runcit yang mana kebanyakannya mereka dibina perumahan atau industri sebagainya mereka memilih untuk menebuk saluran-saluran yang sedia ada yang mana saluran sedia ada dibina bukan hanya untuk menampung jumlah yang tertentu tapi mereka tidak lagi menambah. Saya faham, di peringkat PBT ada dipanggil cas saliran. Walau bagaimanapun jumlah cas saliran ini dia masalah dibina ketika ini tapi selepas hotspot in future sepuluh tahun banjir jumlah kos makin meningkat jadi cas saliran yang sedia ada ini kadang-kadang ia tidak mencukupi. Itu yang pertama. Ini tidak diambil kira juga dengan beberapa birokrasi untuk meluaskan cas saliran. Saya juga, Jawatankuasa juga menyarankan agar Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan rancangan kawasan khas, RKK sebab kita maklum kebanyakannya PBT akan membuat rancangan tempatan yang mana menzonkan kawasan-kawasan tertentu, zon perindustrian, zon

pembangunan hijau dan sebagainya. Tapi walau bagaimanapun rancangan kawasan khas ini kebanyakan PBT sering terlepas pandang walaupun benda ini ada di dalam akta. Yang mana ini akan memberikan satu nilai sudut pandang yang lain. Yang berbeza yang mana ini akan memberi penduduk dan pemaju semestinya akan melihat salah satu cara untuk kita melihat bagaimana kita mengurangkan kawasan-kawasan hotspot banjir. Kalau kita tengok ada beberapa perkara yang mungkin kita lihat semestinya kita maklum dengan kakitangan yang ada di peringkat JPS agak sukar untuk memastikan sama ada mereka boleh mengawal selia projek-projek yang ada. Walau bagaimanapun saya percaya ada beberapa perkara yang kita boleh selesaikan dalam peringkat short term dengan izin mungkin ada perkara yang kita boleh selesaikan long term. InsyaAllah saya, dengan Jawatankuasa Pemilihan yang ada ini ada saranan yang telah diberikan mungkin daripada pihak EXCO mungkin boleh melihat secara mendalam dan mengambil satu inisiatif bersama Jawatankuasa atau agensi melihat apa perkara-perkara yang boleh membantu dan akhirnya kita semua bersetuju banjir ini ialah suatu kerugian bukan hanya kepada negeri tapi juga kepada rakyat. Semestinya kita sebagai wakil rakyat yang berada di dalam Dewan yang mulia ini kita nak menyelamatkan rakyat, nyawa dan harta. Jadi insyaAllah kita bersama-sama membangunkan Selangor ini untuk menjadikan negeri yang bebas banjir. Terima kasih itu sahaja daripada saya.

Speaker

Terima kasih Kota Damansara. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Lima minit je ya. Ok. Silakan Paya Jaras.

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya nak menarik perhatian kepada perkara yang dibahaskan oleh Jawatankuasa. Saya mengesyorkan supaya selain daripada apa yang disyorkan oleh Jawatankuasa ini kita melihat secara dekatlah bagaimana jangka pendek. So, saya rasa jangka pendek ini perlu di buat segera selain kita menunggu projek-projek besar ini saya mencadangkan kalau pihak Exco dan juga Kerajaan Negeri untuk melaksanakan jangka pendek ini pembersihan seperti longkang-longkang dan juga parit-parit yang tersumbat ini kena disusun ada satu projek yang sistematik. Sebab sementara menunggu projek banjir ini mungkin lima, enam tahun. Saya minta sangat kalau ada fasa-fasa dibangunkan kawasan-kawasan di Kampung Tradisi khususnya. Supaya longkang-longkang yang kadang banjir ini bukan sahaja di sebabkan lembangan yang tak dalam tapi yang berpunca daripada perkhidmatan parit yang tidak di selenggara dan juga sampah sarap yang ada itu. Yang kedua, selain daripada agensi saya baru teringat ada agensi Plus. Plus ini kalau sapa yang tinggal di jajaran Plus ini. Itu juga kawasan yang mudah berlaku banjir kerana air daripada highway ini dia masuk ke kawasan kampung. Dan akhirnya bila air itu kalau dia macam di kawasan Sungai Buloh dia empat lane kalau masuk sebelah macam ada lapan lane, masuk dengan emergency ada lima lane. Dia macam tadahan

hujan air itu akan masuk ke kawasan-kawasan kampung akhirnya banjir berlaku dengan mudah. Jadi saya mohon, juga selain daripada pihak JPS, pihak MPK, pihak PBT dan juga JKR. Pihak Plus juga perlu dilibatkan kerana ada jajaran yang menyebabkan banjir mudah berlaku di kawasan ini. Yang ketiga, saya mencadangkan supaya apa yang kita buat adalah bajet tambahan. Saya mohon daripada Jawatankuasa pun menyebutkan bahawa peruntukkan untuk ini perlu ditambah lagi sebab sikit sangat. Untuk di kawasan Petaling 5juta untuk JPS saya rasa sangat minima. Kalau boleh ini menjadi satu tambahan ke sebagainya supaya projek jangka pendek ini dapat dilaksanakan oleh pihak JPS, pihak JKR. Dan sekurang-kurangnya bila jangka pendek ini dapat mengurangkan bebanan. Menunggu projek ini lama lagi mungkin lima, enam tahun. Jadi jangka pendek ini perlu disegerakan. Dan yang terakhir saya mohon juga satu perkara bila kita berjumpa dengan pegawai-pegawai JPS khususnya, mereka kekurangan kakitangan. Saya faham ini melibatkan pihak agensi kerajaan pusat tetapi perundingan juga perlu di buat supaya pegawai-pegawai JPS yang bertugas di kawasan daerah-daerah ini perlu ditambah lagi. Dalam saranan daripada Jawatankuasa pun juga begitu. Sebab pegawai tak mencukupi. Kalau Petaling ada satu Pegawai JD. JD di kawasan Petaling nak cover dari kawasan Sungai Buloh sampai ke kawasan Shah Alam dan sebagainya. Jadi jumlah ini mungkin bukan berdasarkan kepada jumlah pegawai itu perlulah berdasarkan kepada jumlah keluasan kawasan. Mungkin keadaan berlaku di Sabak mungkin berbeza di Kuala Selangor beza. Tapi kawasan yang kompleks seperti Petaling, Kawasan Gombak, Kawasan Hulu Langat yang besar ini yang penduduk ia padat memerlukan jumlah tenaga kerja yang lebih ramai. Ini cadangan saya supaya tak diamkan oleh Exco dan saya rasa ini perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan saya mohon kepada pihak kerajaan negeri Selangor untuk menambahkan peruntukkan mungkin bukan tahun ini tapi tahun depan. Supaya projek jangka pendek untuk mengurangkan banjir ini dapat dilaksanakan dengan segera. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Paya Jaras. Saya silakan Yang Berhormat Ijok.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok hanya fokuskan kepada banjir kawasan Ijok sahajalah. Masa kena singkat. Jadi Ijok ingin berkongsi berkenaan dengan sehingga ke hari ini, merujuk kepada Kemajuan Tapak Projek RTB Fasa 1, Sungai Buloh. Sehingga ke hari ini Projek Tambatan Banjir Fasa 1 Sungai Buloh masih belum berjaya disiapkan Extension of Time dengan izin EOT telah diberikan beberapa kali sebenarnya kepada kontraktor bagi menyiapkan projek yang dikategorikan sebagai projek sakit ini.

Saya ingin menarik perhatian Kerajaan terhadap lanjutan EOT ini sehingga ini yang terbaru 4 Ogos 2025 yang telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk

khususnya di Ijok. Sepatut tarikh siapnya yang asal adalah 1 Mac 2024, EOT yang kedua adalah hingga yang pertama 4 April 2024. Selepas itu ada lagi EOT yang kedua pada 27 Disember 2024 dan baru-baru ini ditambah lagi disambung lagi EOT yang ketiga hingga 4 Ogos 2025. Melalui pengamatan Ijok merujuk kepada Laporan Kemajuan Tapak Projek Fasa 1 ini, Projek RTB ini telah mengalami kelewatan 2% iaitu 24 hari dengan kemajuan sebenar 74% berbanding perancangan 76%.

Ijok difahamkan kelewatan ini berpunca daripada perubahan susun atur kerja oleh kontraktor berdasarkan CPM EOT yang ketiga di mana beberapa kerja sepatutnya dimulakan awal ditunda ke hujung jadual. Saya ingin menggesa pihak kontraktor dapat memastikan kerja di tapak selaras dengan perancangan asal supaya projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebab ini dah menjadi kerisauan kepada penduduk Ijok, sebab itu Ijok ingin menyarankan agar pemantauan ketat terhadap gerak kerja kontraktor di tapak. Jika berlaku kelewatan mohon dikemukakan pelan kontigensi untuk rujukan dan pemantauan kami. Kerajaan perlu memastikan tiada lagi kelewatan selepas tarikh EOT ini.

Jika pembinaan melibatkan sub kontraktor pastikan kaedah pembayaran teratur bagi memastikan kelancaran projek. Sekiranya perlu libat urus dengan pihak berwajib seperti PTG daerah untuk memudahkan urusan pengeluaran tanah termasuk pada hari cuti, ini adalah urusan di sebabkan oleh pembinaan ban kerana melibatkan dengan Pejabat Tanah.

Cadangan terakhir mohon pelaksanaan RTB Fasa 2 disegerakan kerana pemantauan saya di Ijok menunjukkan punca utama banjir adalah kemasukan dari kawasan hulu iaitu ekstrem. Oleh yang demikian saya berharap Kerajaan Negeri Selangor perlu menggesa Kerajaan Pusat untuk melaksanakan dan memulakan Projek RTB Fasa 2 dengan kadar segera.

Yang kedua banjir di Kampung Jaya Setia, Ijok ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak Air Selangor atas usaha berterusan dalam meningkatkan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat. Saya ingin juga menyatakan penghargaan terhadap inisiatif Air Selangor dan Loji Rawatan Air dalam merancang melaksanakan facility rawatan sisa iaitu RTF. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, facility ini telah pun beroperasi di LRA Sungai Selangor Fasa 2. Facility ini telah beroperasi di Fasa 2 yang mana air yang dibuang selepas proses rawatan air diguna semula, diguna semula untuk dijadikan air yang bersih. Dan saya juga dimaklumkan Loji Fasa 1 dan Loji Fasa 2 dijangka siap menggunakan inisiatif ini pada tahun 2026. Jadinya inisiatif ini merupakan langkah penting ke arah mencapai pelepasan infleksi sifar sekali gus memperkukuhkan pengurusan air secara lestari di Selangor.

Selain itu saya juga ingin memuji perancangan dan pengurusan sumber air yang lebih mampan oleh Air Selangor khususnya dalam memastikan pelepasan air di lakukan secara sistematik sebagai contoh penggunaan lagoon sebagai kawasan tadahan hujan bukan sahaja membantu dapat menguruskan sumber air tetapi juga menyumbang kepada aliran air ke Parit 6. Berdasarkan rekod kapasiti lagoon fluid retention pond ini adalah sebanyak 127,306 padu dan penggunaan sumber air dari facility ini merupakan salah satu faktor dan satu langkah strategik bagi mengurangkan pelepasan air ke Parit 6 di Kampung Jaya Setia.

Namun begitu, terdapat beberapa isu yang membimbangkan penduduk di kawasan ini sebenar, Tuan Speaker. Terutamanya berkaitan pelepasan atau pun lebihan air dari LRA, SSP 1 dan LRA SSP 3 yang mengalir terus ke Parit 6. Parit ini sebenarnya berfungsi sebagai saluran utama yang membawa air limpahan ke kawasan perkampungan tetapi penduduk mendakwa sistem pelepasan air sedia ada tidak diurus dengan baik. Keadaan ini menjadikan lebih kritikal ketika hujan lebat yang sering mengakibatkan limpahan air dan kejadian banjir. Oleh itu, saya menggesa pihak LRA dan Air Selangor agar menyemak semula serta menambah baik kawalan pelepasan air di Parit 6 bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Tuan Speaker, bagi masa sedikit untuk saya menyarankan kepada Kerajaan berkenaan pertamanya menaik taraf covered pembetungan di Parit 6 bagi memastikan aliran air lebih lancar dan tidak tersekat. Yang kedua pembinaan ban atau pun benteng di Parit 6. Yang ketiga mengkaji ketinggian jambatan khususnya jambatan di BHP yang beroperasi menghalang air yang perlu perbincangan di pihak JKR.

Yang kelima, mengkaji alternatif pelepasan air ke Parit Haji Abdul Manan sebagai langkah tambahan mengawal ...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat ringkaskan.

Limpahan air di kawasan yang terlibat, sikit saja lagi. Memohon kerjasama juga pihak LRA dan pihak JPS untuk menyediakan pam bergerak bagi membantu mengeluarkan air banjir sekiranya Kampung Jaya Setia ini mengalami banjir. Seterusnya ini tadi saya dah bincangkan dengan pihak EXCO dicadangkan dibina crozing atau pun parit saliran baru di belakang Bestari Jaya untuk melancarkan air daripada Parit 6 terus keluar ke Sungai Selangor. Yang asalnya air ini kalau hendak keluar ke Sungai Selangor jarak dia lebih kurang 7 kilometer tetapi jika cadangan ini dipertimbangkan ia dapat menjimatkan lebih kurang satu kilometer untuk air itu keluar ke Sungai Selangor.

Yang terakhir, banjir di Kampung Harmoni, Ijok adalah dipohon agar pihak JPS Daerah Gombak, JPS Daerah Kuala Selangor, JKR Kuala Selangor sebab melibatkan Jalan FT54 serta pihak PKNS Kota Puteri untuk duduk bersama bagi membincangkan permasalahan banjir yang sering berlaku kepada penduduk Kampung Harmoni. Ketika menerima hujan yang lebat di mana untuk mengawal pelepasan air daripada kolam takungan di Kota Puteri.

Dan yang terakhir sebagai langkah menyeluruh dalam menangani masalah banjir di Negeri Selangor, saya menggesa Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan dengan serius semua saranan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Infragro, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, sekarang giliran Yang Berhormat Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada JPK Infragro kerana dan juga menyokong penuh cadangan dan juga saranan JPK. Tuan Timbalan Speaker untuk menyelesaikan isu banjir kita perlu ada kerjasama menyeluruh diperlukan. Memang kita selalu disalahkan Ahli-ahli Dewan selalu disalahkan, kita boleh salahkan kontraktor, kita boleh salahkan PBT, JPS dan sebagainya. Ada satu orang yang kita perlu panggil balik iaitu pemaju. Pemaju yang telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan longkang, saliran kolam tadahan dan sebagainya. Di Bandar Botanic khususnya satu kolam tadahan dibina tetapi penduduk-penduduk di Bandar Botanic mereka anggap itu sebagai kolam tasik riadah dan sebagainya.

Malahan itu adalah satu kolam tadahan yang sekarang telah atau pun ada banyak masalah yang kita hadapi dalam kolam tadahan dan longkang-longkang yang dibina oleh pemaju khususnya di Taman Sentosa lebih daripada 20 taman. Ada yang longkang yang dah bina, ada longkang yang kecil, ada yang mana longkang belum dibina kerana tanah itu belum dimajukan. So, problem atau pun masalah yang kita hadapi ialah air tidak dapat keluar dari kawasan-kawasan perumahan sebab itu saya hendak minta balik mungkin JPS atau PBT panggil balik pemaju-pemaju yang telah membina tidak kira, tidak mengambil kira masalah yang akan dihadapi 5 tahun atau 10 tahun yang akan datang dan sebagainya.

Dan yang ketiga ialah Yang Berhormat Tuan Speaker, kita juga sedia maklum kepakaran untuk mengatasi masalah banjir ialah di tangan bukan saja di PBT tetapi JPS. Selalunya pengarah-pengarah JPS datang dua tahun lepas itu dipindahkan, belum lagi dia mulakan

kerja, dipindahkan. JD baru pula datang dan mengambil balik mengambil alih kerja, inilah masalah yang kita hadapi, kita kena panggil balik dia akan ambil masa untuk belajar situasi dan sebagainya. Malah bila hendak mulakan kerja dia pula dipindahkan, itu juga kita perlu ambil maklum tentang masalah yang dihadapi untuk mengatasi masalah banjir.

Yang akhirnya Yang Berhormat Tuan Speaker ialah banyak kajian perlu sudah dibuat tetapi pelaksanaan kerja belum dimulakan. Mungkin boleh dikatakan tidak ada bajet dan sebagainya. PBT ada bajet, JPS Daerah ada bajet, kalau tak cukup minta dari Negeri, kalau tak cukup pergilah Pusat. Pusat juga boleh membantu kerana masalah rakyat Taman Sentosa khususnya 20 tahun menghadapi masalah banjir, masih lagi kita belum lagi mencari cara atau pun untuk cara menyelesaikan masalah ini. Sentosa ingin meminta Kerajaan Negeri untuk membantu mengatasi masalah banjir dan juga Sentosa menyokong cadangan dan saranan, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa, Yang Berhormat Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Meru menyokong daripada Jawatankuasa Infragro berkaitan dengan penyata ini. Cuma untuk makluman sidang atau pun Dewan, umum maklum bahawa isu banjir di Selangor ini memang telah lama dan berterusan seperti mana menurut kenyataan Kota Damansara tadi telah pun berterusan hingga 25 tahun. Bermakna Kerajaan silih berganti, bukan hanya Kerajaan sekarang, Kerajaan Pakatan Rakyat, Kerajaan Perpaduan sekarang ini, Kerajaan dahulu pun banjir ini sudah berlaku. Dan sudah tentu di pihak Kerajaan ada usaha-usaha sebenarnya untuk mengatasi banjir ini. Namun walaupun kita sudah ada kelulusan peruntukan atau pun kelulusan Projek RTB dan telah diumumkan oleh EXCO Infra, Yang Berhormat EXCO Infra, berbilion-bilion daripada Kerajaan Persekutuan, namun di Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Walaupun begitu bila ada dalam keadaan ini, adanya projek-projek yang baharu, projek-projek pembangunan yang baharu mungkin menjadi penyebab juga berlaku banjir kilat. Jadi Meru mencadangkan supaya projek-projek ini perlu dipantau contohnya di Meru, adanya Projek ECRL, Projek Hospital Kapar, Projek IPD Klang Utara, Projek Sime Darby dan ini antara penyebab kepada berlakunya banjir kilat. Jadi Meru mencadangkan supaya projek ini dipantau rapat dan sekerap mungkin supaya pembangunan tidak memberi kesan negatif kepada penduduk sekitar. Jadi kita menerima dan menyambut baik tentang projek-projek RTB yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun adanya projek-projek baharu ini perlu dipantau kerana ia berlaku banjir yang baharu, banjir yang tidak dijangka.

Di antara juga penyebab kepada berlaku banjir kilat ini ialah projek-projek berskala kecil iaitu pocket development yang perlu dikawal dan dipantau dan Meru merasakan bahawa pemaju-pemaju projek-projek kecil ini atau pun pocket development seperti menurut Yang Berhormat Sentosa bahawa pemaju-pemaju ini perlu bertanggungjawab dengan saliran-saliran yang mereka bina dan khusus di Meru ada 100 lebih projek-projek ataupun kita panggil atau pocket development di mana 3 ekar berlainan pemaju yang salirannya berbeza ia tidak bercantum antara satu sama lain dan mungkin ini juga menjadi penyebab berlakunya banjir kilat. Jadi in perlu dipantau dan dikawal projek-projek kecil ini oleh pihak PBT dan seperkara lagi iaitu longkang-longkang dan saliran kampung yang mana tidak ada selenggaraan Meru amat yakin di kawasan Yang Berhormat Paya Jaras banyak saliran-saliran kampung yang tidak di selenggara yang mana pemilik-pemilik tanah ataupun individu-individu ini tidak membenarkan Kerajaan mengambil tindakan ataupun untuk menyelenggara tanah tersebut. Mungkin sudah sampai masa kita mengadakan pertemuan berbincang dengan pemilik-pemilik tanah individu ini supaya kita dapat selesaikan isu-isu banjir yang melanda khususnya di perkampungan tradisi. Akhir kata Meru memuji Kerajaan Perpaduan Selangor yang mengambil tanggungjawab dan komited sangat komited bagi mengatasi banjir yang melanda sebahagian besar di Negeri Selangor ini. Sekian terima kasih Meru menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Saya hendak mengingatkan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kalau boleh kita fokus kepada cadangan daripada penyata yang Ahli-ahli Berhormat terima dalam perbahasan. Silakan Batu Tiga.

Assalamualaikum dan terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya mengambil bahagian untuk membahaskan usul yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Infargro dalam hal berkaitan dengan banjir. Satu sahaja isu yang saya ingin lontarkan ialah bagaimana sebenarnya bila kita sebut tentang kita sedang membuat kajian apakah kajian ini juga tertumpu pada kawasan pembangunan di kawasan banjir. Saya sentuh secara spesifik di kawasan Seksyen 24 iaitu kawasan berisiko banjir masuk pun dalam senarai kawasan berisiko tetapi kita masih lagi membawa agenda pembangunan di kawasan yang sedia ada banjir. Kerisauan saya satu ialah sekarang ini sudah ada bilangan masyarakat dan penduduk yang sudah pun terdedah dengan risiko cuma bila kita bawakan satu pembangunan yang baharu apakah sebenarnya pertimbangan kita adakah kita sebenarnya dengan ada pembangunan ini boleh menyelesaikan masalah banjir ataupun kita sebenarnya takut terlepas pandang menambah bilangan mangsa banjir sebenarnya di kawasan yang sama so kerisauan saya adalah benda yang serius sebab lagi-lagi SMG plot SA05 ini dibangunkan di kawasan tebing sungai itu juga menjadi persoalan saya. Saya harap dalam Jawatankuasa ini sekaligus menilai kepada kajian membawa masuk juga aspek pembangunan baru yang kita hendak bawakan dalam pembangunan kita so

sangat ringkas dan saya harap walaupun pembangunan itu akan diteruskan atau akan ada penambahbaikan daripada dialog-dialog yang saya sudah sebutkan sebelum ini saya harap pertimbangan kita ialah kita hendak mengurangkan risiko ataupun mengurangkan mangsa banjir yang berkemungkinan boleh bertambah disebabkan kita membuat pembangunan di kawasan banjir dan saya harap kita benar-benar ada satu solusi yang baiklah untuk mengatasi masalah banjir ini terutamanya di Sungai Klang yang memang yang kita sedang usahakan cuma ada risiko-risiko yang perlu kita perhalusi. Terima kasih banyak saya mohon menyokong usul yang dibawa oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Infargro. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Satu lagi.

Timbalan Speaker

Ok ada lagi kalau boleh fokus semua dalam usul penyata tidak ada isu banjir pun sebenarnya tidak boleh lari kepada isu banjir.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Saya fokus. Terima kasih Tuan Speaker berhubung dengan isu banjir ini Dengkil akan menumpukan kepada tiga perkara utama.

Timbalan Speaker

Banjir juga Dengkil?

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Tiga perkara utama sahaja iaitu yang pertamanya pelaksanaan projek yang tertangguh dan yang kedua pelantikan konsultan yang wibawa untuk menjalankan tugas dan ketiga pengisian jawatan secara kontrak. Untuk pelaksanaan projek yang tertangguh ini kalau kita lihat 48 projek masih belum diambil tindakan dan peruntukannya telah lulus dan tiada apa-apa tindakan yang diambil ini berdasarkan kepada penyata. Yang kedua 58 projek infrastruktur mitigasi belum dinilai. Saya ingin mendapatkan pencerahan sama ada peruntukan telah disediakan atau pun tidak untuk 58 projek ini. Pada pandangan saya antara projek yang kita nyatakan tadi 48 projek yang belum lagi diambil tindakan dalam 58 projek mitigasi yang belum dinilai sekiranya kita tidak mempunyai kemampuan untuk menjalankan especially agensi-agensi yang terlibatlah. Saya mencadangkan supaya JPS atau jabatan teknikal yang tidak mempunyai kepakaran dalam projek mitigasi ini lantiklah konsultan yang berwibawa di mana projek-projek lain yang profesional dan berpengalaman. Dalam bidang ini untuk mereka bentuk projek ini berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang ada. Kesan nya projek dapat dibuat segera dan outcome nya projek ini akan menjadi projek yang ikut spek dan boleh digunakan dengan hasil yang baik. Yang kedua berkaitan dengan kekurangan pekerja di JPS kerana terdapat kekosongan sebanyak 270 jawatan yang tidak di isi daripada 970 orang pegawai H11. Tugas mereka bertugas tugasnya adalah

untuk memantau, untuk melaksanakan kerja dan penyelenggaraan. Rasanya ini bukan isu yang besar kerana sekiranya peruntukan mitigasi ini disediakan mengapa tidak dilantik secara Contract For Service iaitu masalah ini boleh diselesaikan dan kepakaran kakitangan ini hanyalah bersifat sementara keperluannya adalah bersifat sementara dan mereka boleh bekerja sehingga projek ini berakhir dan akhirnya mereka juga boleh diserap oleh syarikat-syarikat yang terlibat dengan projek yang berkenaan. Itu sahaja cadangan saya kepada Kerajaan Negeri.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti, JPK Infragro berhubung isu banjir di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2025.

Ahli-ahli yang Berhormat bersetuju sila katakan ya. Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.

Usul dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya usul nombor 2 tahun 2025 Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Dusun Tua.

Timbalan Speaker

Silakan yang Berhormat.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan Tetap Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengupayaan Ketanggungjawaban dan Ketulusan SELCAT bagi Dewan Negeri Selangor berhubung pelaksanaan Program Skim Insurans AM Selangor (INSAN) dan hala tuju masa hadapannya yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2025. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Dewan yang mulia ini yang telah melantik saya untuk menjadi salah seorang daripada Ahli JPK SELCAT dan juga kepada JPK SELCAT kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membentangkan hasil siasatan kami. Izinkan saya menjelaskan isu yang menjadi fokus perbincangan dan saranan yang dicadangkan untuk pertimbangan pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian SELCAT telah

meneliti beberapa dokumen yang diberikan kepada kami daripada pihak MBI, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan beberapa sesi pendengaran tertutup yang disusuli dengan satu Pendengaran Awam pada 10 Oktober 2024 berikut adalah isu-isu yang telah dikenal pasti oleh SELCAT hasil daripada siasatan dijalankan sepanjang tahun 2024. Pertama Program INSAN dibentuk sebagai sebuah program pelindungan hayat yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Program ini dilaksanakan oleh MBI dan dikendalikan oleh Wavpay Tech Sdn Bhd, ke dua Program INSAN memberikan perlindungan berbentuk pampasan tunai sebanyak RM10 ribu untuk mana-mana rakyat Selangor berkelayakan meninggal atau cacat kekal. Isu berkaitan dengan pelaksanaan Program INSAN adalah perlindungan kepada semua rakyat Negeri Selangor tanpa sebarang bentuk penyasaran. Skim ini telah membawa kos perlindungan yang amat tinggi SELCAT berpendapat dana yang diperuntukkan untuk Program INSAN boleh dapat ditambah baik dengan mekanisme pelaksanaan yang berbeza. Selain itu Jawatankuasa juga mendapati mekanisme pemantauan pelaksanaan program yang dilaksanakan juga tidak jelas. SELCAT juga turut bersetuju dengan dapatan laporan dari Audit Dalam yang telah dikemukakan bahawa cara promosi Program INSAN yang kurang memuaskan dan tidak dijalankan dengan baik. Hal ini menyebabkan ramai rakyat yang tidak menyedari kewujudan program tersebut.

SELCAT dalam melaksanakan mandatnya telah mengadakan siri mesyuarat termasuk pendengaran Tertutup dan Pendengaran Awam detail daripada penilaian beberapa sasaran telah dirumuskan untuk menyelesaikan isu ini secara adil dan berkesan. SELCAT mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum tentang semua kelemahan yang telah dibangkitkan dalam Laporan Pengauditan Pengurusan Program INSAN. Dengan ini Kerajaan Negeri Selangor merancang mekanisme yang lebih berkesan untuk mengelakkan berulangnya kelemahan-kelemahan dalam Program-program Kerajaan Negeri yang akan datang. SELCAT turut mencadangkan untuk membaiki sistem pendaftaran dan pengheboh Program-program Kerajaan negeri yang akan datang. Proses libat urus secara seluruh yang melibatkan semua pemegang taruh seperti Pusat Khidmat Masyarakat, Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor perlu diadakan supaya semua pihak dapat memahami inti pati program ini dan memastikan program ini sampai kepada rakyat Selangor. Proses ini juga akan meningkatkan kesedaran rakyat Selangor tentang Program-program Kerajaan Negeri yang akan datang. Cadangan seterusnya adalah daripada segi pemantauan SELCAT menyarankan supaya semua Program Kerajaan Negeri dirangka dengan menetapkan mekanisme pemantauan yang kukuh sebelum pelaksanaan program. Proses audit juga perlu dilakukan dan semua laporan audit perlu dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor. Cadangan ini akan mengelakkan sebarang salah laku dan ketidakpatuhan tata kelola proses ini juga akan memastikan ketelusan di antara Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor. Selain itu SELCAT menyarankan supaya Kerajaan Negeri berusaha menuntut semula atau

menolak jumlah bayaran lebih polisi bagi individu yang tidak layak untuk menerima perlindungan dan individu yang tidak dapat ditentukan statusnya di bawah skim ini daripada bayaran akhir. Akhir sekali SELCAT menggesa Kerajaan Negeri untuk memastikan kehadiran mana-mana saksi yang dipanggil oleh Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Pemilihan Khas Dewan Negeri Selangor untuk memberi keterangan yang diperlukan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati saya ingin merakamkan syabas tahniah Dewan ini mengambil maklum tentang pengumuman Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Dato Amirudin bin Shari semasa Sidang Bajet 2025 bahawa Program INSAN akan digantikan dengan Program Khairat Darul Ehsan di bawah kendalian ILTIZAM Selangor Sihat (ISS). Akhirnya saya memohon agar Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat untuk mengambil maklum tentang semua saranan yang telah dibentangkan dan menambah baik mekanisme pelaksanaan program-program Kerajaan Negeri yang akan datang supaya memberi manfaat yang lebih efektif kepada rakyat Selangor. Sekian, terima kasih. Dusun Tua mohon cadangkan Usul SELCAT ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua, ada yang menyokong?

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Teruskan dengan ucapan.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Tuan Speaker, Program INSAN Insurans Am Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan perlindungan insurans kepada rakyatnya. Ia adalah satu inisiatif yang baik oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Program ini menyediakan perlindungan insurans percuma kepada rakyat Selangor yang layak termasuk manfaat seperti berikut :

i. Perlindungan Kemalangan - Memberikan pampasan sekiranya berlaku kecederaan atau kehilangan nyawa akibat kemalangan.

ii. Khairat Kematian - Bantuan kewangan kepada waris sekiranya peserta meninggal dunia.

iii. Kemudahan Tuntutan Mudah - Proses tuntutan yang dikatakan lebih ringkas untuk memudahkan penerima manfaat.

iv. Meringankan Beban Kewangan - Untuk membantu rakyat menghadapi situasi yang tidak dijangka tanpa perlu membayar premium insurans.

Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan rakyat khususnya dalam aspek perlindungan sosial, namun seperti mana-mana program lain pelaksanaannya perlu sentiasa dipantau, diperbaiki agar benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasaran. Walaupun program ini membawa banyak manfaat, kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaannya seperti mana yang telah dibawa oleh Yang Berhormat pencadang haruslah kita fokus dan utamakan terutama pada masa hadapan program-program kebajikan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor sering memperkenalkan pelbagai program untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk bantuan kewangan, perlindungan sosial dan inisiatif pendidikan. Walau bagaimanapun tanpa pelaksanaan yang berkesan, program yang pada asalnya bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat mungkin tidak mencapai objektif sepenuhnya. Pelaksanaan yang lemah boleh menyebabkan ketirisan, kelewatan dan kesukaran dalam penyampaian kepada golongan sasaran. Contoh kelemahan dalam penyampaian maklumat, jika rakyat tidak mendapat maklumat yang jelas dan syarat kelayakan pendaftaran dan proses tuntutan ramai yang sepatutnya menerima manfaat mungkin terlepas peluang. Ini sering berlaku dalam program-program bantuan kewangan di mana segelintir rakyat tidak mengetahui kewujudan program atau pun mengalami kesulitan di dalam mendaftar. Selain itu kelemahan sistem pengurusan dan birokrasi yang menyukarkan juga boleh menyebabkan rakyat menikmati manfaat program. Proses tuntutan yang terlalu teknikal dan memerlukan banyak dokumen sokongan mungkin membebankan golongan sasaran terutamanya mereka yang kurang berpendidikan atau yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan digital. Jika tidak diurus dengan baik, masalah ini boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap keberkesanan program kerajaan tambahan pula kekurangan pemantauan dan penambahbaikan boleh menyebabkan program yang baik tidak memberi impak maksimum. Tanpa kawalan yang ketat kemungkinan berlakunya ketidaktelusan dalam pengagihan manfaat atau pun penyalahgunaan dana oleh pihak tertentu. Oleh itu kerajaan perlu memastikan bahawa setiap inisiatif yang dilancarkan disertai dengan pelaksanaan yang cekap dan mekanisme penilaian yang berkesan supaya manfaat benar-benar dapat dinikmati rakyat.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Yang Berhormat Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya suka mengambil tempat bagi sama-sama membahaskan tentang Kertas Bilangan 4 tentang Penyata Jawatan Pilihan Khas SELCAT berhubung pelaksanaan Program Skim Insurans Selangor atau pun INSAN dan hala tujunya ke hadapan. Memandangkan perkara ini telah saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini pada tarikh 29 Julai 2022. Ketika mana ia mula-mula dibincangkan bagi pengambilalihan 49% saham Syarikat Wavepay Sdn. Bhd oleh MBI. Dan bila saya meneliti kertas cadangan ini, ada beberapa perkara yang saya fikir penting dan saya fikir komponen yang perlu kita pertimbangkan juga untuk dimasukkan di dalam penyata ini. Bila saya meneliti tentang kertas atau pun penyata ini, begitu juga setelah saya teliti laporan audit yang telah pun dibuat, saya melihat bahawa isu data dan isu pengurusan data serta isu keselamatan data peribadi rakyat negeri Selangor ini. Ia mesti kita pastikan dapat dipelihara dengan baik sebabnya pada hari ini banyak usaha-usaha yang tidak bertanggungjawab termasuklah penipuan dan sebagainya. Ia berlaku apabila data-data peribadi ini terdedah. Dan ini yang saya maksudkan memandangkan bila saya lihat ia di sentuh dalam audit bahawa salah satu komponen paling panjang saya kira dibincangkan ialah soal data, proses penyerahan data yang tidak jelas dan teratur dan ini juga yang dibangkitkan oleh ramai pihak sebelum ini. Kontroversi program ini bermula apabila isu-isu data, ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak daftar, tiba-tiba nama mereka ada, bila disemak dan sebagainya. Begitu juga yang pernah saya dedahkan, begitu juga Yang Berhormat Hulu Kelang dedahkan di dalam dewan ini ada nama-nama yang dia berdaftar tapi dia berdaftar setelah dia meninggal dunia. Tapi bila saya rujuk di dalam laporan audit ini, memang jelas bahawa disebut di sini ketiadaan pembuktian penyerahan data awam ini boleh menimbulkan keraguan tentang kepercayaan data.

Selain itu semua data yang diperoleh perlu mempunyai sumber yang boleh dipercayai. Inilah yang macam tadi disebut soal ketirisan, soal lebih belanja dan sebagainya. Dan ini juga yang disebut di dalam audit. Apabila masalah data ini kita tidak dijaga dengan baik, awalnya kita hendak mereka berdaftar. Kemudian kita ambil data, kita masuk dan disebut juga nama yang tidak dilindungi tidak memenuhi kriteria, kita ambil saja data itu kita lumpsum masuk. Ada yang disebut di sini ada data pengundi, ada juga data daripada pelajar-pelajar sekolah, ada juga data-data yang lain dan ini menyebabkan akhirnya kita tidak pastikan penggunaan peruntukan atau pun perbelanjaan Kerajaan Negeri itu, dapat dipastikan benar-benar memberikan kelebihan atau pun manfaat kepada rakyat. Maka sebab itu saya ingin mohon supaya Kerajaan Negeri SELCAT ia juga turut dimuatkan di dalam penyata ini. Kerana bila saya meneliti kepada penemuan jawatankuasa, ada 6 penemuan yang dimasukkan saya tidak lihat ada penemuan tentang data. Sedangkan di dalam audit, komponen data ini boleh dianggap sebagai komponen yang paling utama. Sebab itu punca ketirisan ia lebih bayaran dan sebagainya itu. Dan begitu juga dengan

soal saranan. Saya ingin supaya saranan daripada SELCAT dimuatkan di dalam penyata ini supaya ia diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri dalam perancangan-perancangan yang ke hadapan. Dan ini yang lebih penting lagi dalam audit ini juga merujuk bahawa akibat daripada ada satu komponen nama yang tidak dilindungi dan nama yang dilindungi di dalam skim insurans itu, ia tidak memenuhi kriteria kelayakan sebab yang utama ialah lebih umur tapi saya yakin walaupun akibat daripada lebih umur ini sahaja daripada berapa juta kita belanjakan 12.7 juta yang dibelanjakan. Akhirnya kita tengok hasilnya daripada lebihan umur ini kita rugi 1.6 juta tapi saya yakin itu sebab itu baru yang lebih umur belum termasuk yang kita dedahkan yang meninggal dan sebagainya. Jadi sebab itu saya mohon supaya isu data ini dimasukkan dalam penemuan audit dalam penyata ini penemuan jawatankuasa dan saya juga melihat secara live Jawatankuasa SELCAT ini bersidang sebab itu juga perkara yang dibincangkan, Akhirnya tidak ada pihak yang hendak mengaku data itu yang sebenarnya data itu datang dari siapa? Jadi itu mesti dimasukkan dalam salah satu komponen dalam jawatankuasa begitu juga saranan dan yang lebih lagi ialah bagaimana isu kita bayar lebih 1.6 juta tadi. Itu satu komponen lebih umur tetapi lebih daripada itu kita juga mesti lihat termasuk dalam beberapa pendedahan yang dibuat sebelum ini yang sudah meninggal dunia dan sebagainya itu. Jumlah-jumlah yang tidak layak itu saya setuju sebagaimana saranan daripada jawatankuasa supaya wang tersebut mesti dipulangkan kembali kepada Kerajaan Negeri, kalau tidak buat apa kita bayar insurans untuk orang yang tidak ada akibat daripada data yang kita ambil yang kita masuk semberono sahaja, jadi sebab itu saya hendak cadangkan perkara ini dimuatkan dalam penyata ini dan ditambah baik supaya akhirnya nanti ia dapat menjadi rujukan bukan sahaja Kerajaan Negeri tetapi kita semua pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Taman Medan pun termasuk di dalam Ahli Mesyuarat kan? Tidak reti buat data ya, tak apa saja.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak....

Timbalan Speaker

Sudah habis ke belum?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya mohon laluan Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Berbahas ke tak berbahas? Taman Medan bukan salah seorang dari Ahli Jawatankuasa?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Betul, tetapi selepas perbincangan kami, kami ingin mengemukakan pandangan minoriti kami tentang penyata ini.

Timbalan Speaker

Teruskan 5 minit.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberikan ruang untuk saya terlibat sama. Saya pastinya..

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin bertanya, ini soalan sahaja. Apakah ahli di dalam jawatankuasa ini boleh berbahas sedangkan ruang telah diberi banyak dalam siri mesyuarat jawatankuasa sebelum ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ada ke peraturan yang kata tidak boleh?

Tidak, saya bertanya, itu soalan saya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Timbalan Speaker sudah bagi.

Saya bertanya. Forumnya sudah ada masih lagi berbahas di dalam perbahasan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Timbalan Speaker sudah bagi, saya ada 5 minit sahaja.

Timbalan Speaker

Terima kasih Batu Tiga, tidak apa, saya benarkan untuk Taman Medan 5 minit sahaja.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih.

Timbalan Speaker

5 minit sahaja ya Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Speaker yang terbaik yang pernah ada di dalam dewan ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dia minta penjelasan, Batu Tiga minta penjelasan saja, silakan Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Boleh, boleh, Speaker sudah bagi . Saya hendak menyebut bahawa pastinya dewan ini kita hendak rakamkan bahawa terima kasih kepada Speaker dan Dewan Negeri kerana akhirnya setelah sekian beberapa lama SELCAT tidak bersidang akhirnya kita dapat lakukan satu persidangan SELCAT

pendengaran awam. Yang menjadi satu praktis atau amalan yang saya merasakan baik untuk kita amalan demokrasi kerana demokrasi ini bukan sahaja mendengar suara majoriti sahaja tetapi lebih penting untuk menjaga suara minoriti juga.

Timbalan Speaker

Teruskan dengan saranan dari penyata.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sabarlah.

Timbalan Speaker

Kita ada masa 5 minit, teruskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya puji pun tak boleh. Dulu Dewan Pulau Pinang sudah pecat saya, tak kan Dewan Selangor hendak pecat saya.

Timbalan Speaker

Teruskan Yang Berhormat Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bagi saya bercakap, cuma pandangan minoriti kami di dalam pelaksanaan sepanjang tempoh prosiding SELCAT ini ada beberapa perkara yang kita merasakan dari segi amalan itu masih lagi belum merangkumi niat asal kenapa SELCAT ini hendak dilaksanakan. Sebagai contoh yang minta supaya INSAN ini dibentangkan di dalam SELCAT bukannya pihak pembangkang, yang minta adalah Speaker sendiri. Speaker sendiri yang mencadangkan supaya Menteri Besar dipanggil ke Jawatankuasa SELCAT ini tetapi Speaker sendiri akhirnya backtrack daripada keputusan ini yang mana Speaker mencadangkan, orang lain pula untuk mewakili Kerajaan Negeri dan dipanggil. Antara mereka yang tak dipanggil dalam Jawatankuasa SELCAT adalah Menteri Besar, yang tak dipanggil adalah EXCO yang pernah terlibat dalam pelaksanaan program Insan ini, yang tak dipanggil adalah syarikat yang telah dilantik ini. Betul, adalah pandangan yang berbeza-beza tetapi apabila yang saya nak gambarkan pada Dewan pelaksanaan SELCAT pada kali ini, bila dipanggil EXCO Kinrara dan disebut dalam Penyata bahawa Kinrara perlu hadir untuk mewakili Kerajaan Negeri bagi menjelaskan tentang program Insan ini, Kinrara pergi lawatan luar negara. Dan sebenarnya, dalam Mesyuarat Jawatankuasa SELCAT, sebelum Penyata ini dikeluarkan, saya sendiri telah menyatakan pandangan bahawa Pendengaran Awam masih perlu dilakukan. Yang mana perlu ada sesi kedua kerana saksi-saksi penting masih tak dipanggil tetapi kerana pandangan itu adalah pandangan minoriti maka Pengerusi memaksa untuk meneruskan supaya Penyata ini dibentangkan dalam Dewan. Tak apa, kita terima bentang Penyata. Laporan Audit telah menyebut dan saya difahamkan petang ini kita tidak ada penggulungan. Tak ada siapa yang jawab benda ini. Maknanya selepas habis bentang Penyata ini, cuma saya nak benda ini direkodkan dalam hansard kerana dapatan-dapatan audit ini saya percaya tak semua Ahli Dewan dapat dan tak semua Ahli Dewan baca pun. Dan saya nak gambarkan di sini apa

sebenarnya yang berlaku dalam Insan ini. It was a black planning, yes it was with a good intention, dengan izin, dengan niat yang baik tetapi planningnya itu tidak baik, pertama. Dan akhirnya, ia juga merujuk kepada Titah Tuanku dalam Ucapan Tuanku baru-baru ini iaitu program-program inisiatif Kerajaan Negeri itu haruslah fokus kepada kepentingan rakyat bukan keuntungan semata-mata. Ini antara contoh program yang begitu yang mana akhirnya rakyat tidak mendapat manfaat sepenuhnya. Yang dapat manfaat adalah segelintir di bidang pihak komersial dan juga pihak yang mendapat bayaran ini.

Saya nak gambarkan apabila Yang Berhormat Gombak Setia sebut tadi tentang pendaftaran data. Data kita tidak tahu siapa serahkan. Audit menyebut tidak ada dokumentasi menunjukkan data ini diberikan oleh siapa, kepada siapa. Tetapi Wavpay Fintech telah menggunakan data pengundi mengatakan inilah 6 juta rakyat yang perlu diberikan insurans. Apa yang berlaku, 6 juta ini, nama ini telah didaftarkan kepada syarikat insurans dan dibayar. Tetapi, kita juga tahu semua Ahli Dewan tahu bahawa bila nama kita ada di situ, kita perlu aktifkan untuk membolehkan kita mendapat manfaat insurans ini. Bila nak aktifkan? Kalau laporan audit yang dibuat oleh pihak UPEN mendapati bahawa hanya 78,000 sahaja yang menerima, yang telah diaktifkan. Maka, kalau kita kira balik sebenarnya bayaran yang telah dibuat bukanlah nilainya RM3.00 seorang tetapi menjadi RM106.00 seorang. Itu pertama antara dapatan audit. Dan kalau kita lihat dalam dapatan audit ini juga menyebut bahawa dari segi pemantauan, tidak ada pemantauan berlaku. Dan yang lebih malang saya boleh sebut, dapatan cabutan minit Mesyuarat MMKN, ini yang kita nak tegur Kerajaan Negeri. Keputusan MMKN Ke-29/2022 bertarikh 2 November 2022, tiada keperluan bagi penubuhan Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaporan, Monitoring and Reporting, dengan izin, bagi program Insan. Oleh itu, UPEN hendaklah memantau program ini berdasarkan laporan secara berkala dari MBI. Maka tidak ada tindakan yang tegas, tata kelola yang spesifik yang diletakkan ketika awal lagi permulaan program ini. Dan benda ini saya ingat penting, untuk apa sahaja program kebajikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Dari segi pemantauan dan audit dan ini telah ditegur dalam laporan audit yang disediakan untuk Insan. Dan kalau kita lihat rumusan, keseluruhan audit ini secara rasminya audit ini mendapati aspek pemantauan bagi program ini adalah tidak memuaskan. Sasaran output yang menyasarkan perlindungan Pelan Takaful kepada 3 juta rakyat di negeri Selangor tidak tercapai dan pencapaian keberhasilan bagi penilaian kesedaran rakyat Selangor juga tidak memuaskan terhadap program ini. Saya ucap terima kasih pada Menteri Besar kerana mengumumkan bahawa program ini diganti dengan Program Khairat Kematian, maknanya apa yang kami bangkitkan sebelum ini, betul bendanya cuma saya mungkin nak pergi extend lebih sikit, walaupun SELCAT telah membentangkan Penyata ini tetapi kami tidak akan berhenti di sini, kami percaya masih ada lagi salah laku yang perlu kita kenal pasti. Maka laporan SPRM seharusnya kita buat dan kita akan lihat balik bagaimana perkara ini boleh berlaku dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Dan yang, kita nak tuntut yang kami akan tuntut dalam Penggal ini adalah bayaran balik yang perlu diberikan oleh Syarikat Wavpay Fintech kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana daripada dapatan audit yang tidak layak dilindungi adalah seramai 809,362 orang nama. Yang ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.62 juta. Jadi, Dato’ Kewangan Negeri RM1.62 juta ini audit laporkan perlu tuntut balik daripada Syarikat Wavpay Fintech. Dan kami akan tanya ..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat ringkaskan Yang Berhormat. Fokus pada saranan daripada Penyata.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Dalam Dewan ini. Jadi, ringkasnya Yang Berhormat ..

Timbalan Speaker

Saranan daripada Penyata.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Penyata, ya. Jadi, saya nak rekod dalam hansard sebab dalam Penyata tak detail. Jadi, saya nak sebut ..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Benda ini sebab ..

Timbalan Speaker

Salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ya, ya, ya. Dah nak habis dah. Jadi, mesyuarat, mesyuarat, datang, datang. Dah diterima begini ..

Timbalan Speaker

Teruskan Yang Berhormat. Ringkaskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ringkaskan?

Timbalan Speaker

Fokuskan pada Penyata.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi, saya nak ucap sekali lagi terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberikan ruang pada saya untuk berbahas pada petang ini, insyaAllah SELCAT akan terus bersidang untuk memastikan Kerajaan Negeri akan terus dipantau dan menjadi check and balance kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri pada hari ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Taman Medan. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk nak bangun? Silakan Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung teguran dan dapatan terhadap program Skim Insurans Am Selangor termasuk saranan di dalam Penyata SELCAT yang dibentangkan tadi. Sebagaimana dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada Ucapan Belanjawan Negeri Selangor tahun 2025, manfaat kematian di bawah program Insan dan lain-lain program akan di selaras di bawah program Khairat Darul Ehsan ataupun KDE yang akan dilaksanakan oleh YAWAS yang akan mula dilaksanakan bermula 1 Jun 2025. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi Bahawasanya menurut Peraturan Tetap 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketulusan SELCAT bagi Dewan Negeri Selangor berhubung pelaksanaan Program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dan hala tuju masa hadapannya yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila katakan ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila katakan tidak.

Usul dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya, Usul Nombor 3 Tahun 2025, Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Lembah Jaya.

Timbalan Speaker

Silakan Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut Bahawasanya menurut Peraturan Tetap 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan yakni JP-PBT bagi Dewan Negeri Selangor berhubung dengan penambahbaikan peranan Koridor Utiliti Selangor atau KUSEL yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2025. Tuan Yang Dipertua dan Ahli Dewan Negeri, pada

Mesyuarat JP-PBT Bilangan 2 / 2024 Jawatankuasa telah bersetuju untuk meneliti beberapa isu berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan yakni PBT dan antara isu yang telah dibincangkan adalah penyelarasan komunikasi antara PBT dan pihak agensi atau syarikat utiliti yang melaksanakan kerja-kerja berkaitan penurapan jalan. Jawatankuasa telah bersetuju untuk menyediakan Penyata berkenaan penyelarasan komunikasi di antara Pihak Berkuasa Tempatan dengan syarikat-syarikat utiliti untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan pengorekan, penurapan dan penampalan jalan untuk dibentangkan di Persidangan Dewan pada kali ini. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor, Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan JP-PBT telah mengadakan tiga (3) sesi Pendengaran Tertutup melibatkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Bandar raya Petaling Jaya, pihak Koridor Utiliti Selangor (KUSEL), pihak Jabatan Kerja Raya, Indah Water Konsortium dan juga pihak Telekom Malaysia. Terdapat empat (4) penemuan utama yang dapat digariskan hasil daripada kesemua libat urus tersebut. JP-PBT mendapati bahawa KUSEL perlu menjadi sebahagian daripada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan juga Jawatankuasa Pusat Setempat atau OSC di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penyertaan ini amat penting bagi memperkukuhkan peranan KUSEL dalam perancangan dan pelaksanaan projek infrastruktur negeri. Dengan cara ini, kita dapat memastikan koordinasi yang lebih baik di antara pelbagai agensi terlibat dalam perancangan dan pembangunan bandar. Selain itu, JP-PBT mendapati bahawa KUSEL perlu memainkan peranan yang lebih aktif bersama-sama dengan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) dalam memantau kualiti turapan dan pembaikan jalan yang dilaksanakan oleh Syarikat Utiliti. Hal ini penting bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan. Kita tidak boleh berkompromi dengan isu kualiti jalan kerana ia melibatkan keselamatan dan keselesaan pengguna dalam konteks ini pengguna merujuk kepada rakyat negeri Selangor. Oleh itu, pemantauan yang lebih ketat perlu dilakukan agar jalan yang dibaiki tidak cepat rosak dan membebankan rakyat.

Seterusnya, JP-PBT turut mendapati bahawa maklumat berkaitan kerja-kerja kecemasan yang dijalankan oleh Syarikat utiliti perlu diselaraskan dengan lebih baik. Pihak Berkuasa Melulus (PBM) hendaklah membekalkan maklumat ini kepada KUSEL agar ia dapat direkodkan dalam Sistem Pemetaan UDM Bersepadu dengan adanya sistem pemetaan ini, kita dapat mengelakkan pertindihan kerja serta memastikan kelancaran operasi pembaikan infrastruktur di negeri Selangor ini. Kita mahukan satu sistem yang telus dan efisien supaya semua kerja yang dilaksanakan dapat dipantau dengan lebih terperinci. Akhir sekali, JP-PBT telah meneliti isu kos perkhidmatan pemantauan keselamatan dan penyewaan peralatan kawalan trafik ataupun Traffic Management Plan (TMP) yang dikenakan oleh Kusel. Terdapat maklum balas daripada syarikat-syarikat utiliti yang menyatakan bahawa kadar bayaran TMP adalah tinggi dan menyebabkan kos projek mereka meningkat. Oleh itu, kita perlu memastikan kadar bayaran yang dikaji semula

agar ia lebih berpatutan dan tidak membebankan pihak utiliti. Kita mahu memastikan keseimbangan antara keperluan keselamatan di jalan raya dan juga kos yang ditanggung oleh pihak berkaitan agar setiap projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang mulia ini, berdasarkan penemuan-penemuan tersebut, JP-PBT turut menggariskan beberapa saranan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. JP-PBT berpendapat bahawa sudah tiba masanya peranan KUSEL diperluaskan bukan sekadar mengurus permohonan pengorekan tetapi turut terlibat dalam proses Kebenaran Merancang di setiap Pihak Berkuasa Tempatan melalui OSC atau Pusat Sehenti. Ini penting bagi memastikan pembangunan infrastruktur dan utiliti di Selangor Darul Ehsan lebih tersusun, efisien serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Selain itu, bagi meningkatkan kecekapan pengurusan data Jawatankuasa mencadangkan pembangunan pangkalan data utiliti yang lebih komprehensif dengan adanya pelan as built, dengan izin, dalam bentuk digital semua maklumat jajaran koridor utiliti dan pelan bangunan dapat diakses dengan lebih sistematik. Pangkalan data ini akan menjadi sumber rujukan utama kepada Kerajaan Negeri, agensi pelaksana, pemaju serta penyelia utiliti seterusnya mengurangkan risiko, pertindihan kerja dan kelewatan projek. JP-PBT juga menyarankan agar KUSEL menjadi sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa infrastruktur di semua PBT di Selangor. Ini bagi memastikan KUSEL sentiasa cakna dengan isu-isu berkaitan infrastruktur seterusnya dapat memainkan peranan yang lebih strategik dalam menyelaras perancangan pembangunan negeri Selangor. Selain itu, adalah menjadi keperluan bagi semua jabatan dan agensi teknikal yang bertanggungjawab memberi ulasan dalam proses kebenaran merancang dan merujuk kepada garis panduan laluan kemudahan utiliti dan pengalihan jalan negeri Selangor yang telah dikuatkuasakan pada 01 September 2022. Dengan pematuhan kepada garis panduan ini kita dapat memastikan pengurusan utiliti yang lebih bersepadu serta pengelakan sebarang isu teknikal yang boleh mengganggu kelancaran projek pembangunan di negeri ini. Dalam aspek perkongsian data dan maklumat, jawatankuasa mencadangkan agar KUSEL menjadikan sistem Selangor Geographic Information System (SELGIS) sebagai platform utama untuk pihak berkuasa melulus PBM dengan SELGIS ini akses kepada data utiliti bawah tanah akan menjadi lebih mudah, mempercepatkan pertimbangan projek serta meningkatkan kecekapan pengurusan infrastruktur negeri.

Selain itu, penggunaan teknologi pintar juga akan mengoptimumkan kos pembangunan serta membolehkan keputusan perancangan yang dibuat dengan lebih tepat. Sebagai langkah penambahbaikan, JP-PBT menyarankan supaya pihak KUSEL (Koridor Utiliti Selangor) memperkukuhkan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan sinergi yang lebih baik dalam perancangan infrastruktur. Kerjasama erat ini akan mempercepatkan proses kelulusan projek utiliti serta mengurangkan sebarang halangan teknikal yang boleh melambatkan pembangunan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Akhir sekali, JP-PBT juga mencadangkan agar Air Selangor membayar wang cagaran bagi kerja-kerja pembaikan jalan kepada setiap PBM (Pihak Berkuasa Melulus). Langkah ini akan memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan kadar segera sekiranya turapan atau pembaikan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan. Tuan DiPertua dan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya mewakili jawatankuasa pilihan mengenai pihak berkuasa tempatan atau JP-PBT ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wakil agensi dan individu yang telah mengemukakan keterangan serta semua pihak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyediaan penyata ini.

Kami berharap penemuan sebenarnya telah di gariskan dapat dilaksanakan secepat mungkin agar masalah yang membelenggu rakyat negeri Selangor ini dapat di nokhtahkan demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan rayanya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya, ada yang menyokong? Ada yang menyokong usul ini?

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Saya menyokong usul ini.

Timbalan Speaker

Teruskan dengan ucapan kalau ada.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Ada. Sebenarnya setelah kita berbincang dalam jawatankuasa, kita mendapati kebanyakan ketegangan apanya kerja-kerja penurapan daripada syarikat-syarikat utiliti termasuk dalam syarat OSC tidak pun terlibatkan KUSEL sendiri. Saya rasa perlu ada penglibatan kepada KUSEL sendiri supaya dapat menyelaraskan kerja-kerja penurapan dan kerja membaiki jalan tersebut kerana sepanjang pengalaman kita dalam sebagai Ahli Majlis, saya percaya ramai di dalam dewan ini adalah Ahli-ahli Majlis. Dan kita dapati jalan-jalan yang selalu telah dibaiki atau diturap oleh pihak PBT, tetapi di korek semula atau di tanam semula dawai-dawai dan sebagainya, kerja-kerja seperti ini telah membazirkan banyak peruntukan-peruntukan yang telah di salurkan untuk buat penurapan jalan. Maka saya menyokong usul daripada jawatankuasa PBT ini, terima kasih.

Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Pelek. Dengan ini saya buka usul ini untuk di bahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya ada. Ada tak, ya. Saya nampak dulu Bukit Lanjan, kemudian Bukit Gasing. Bukit Lanjan, Bukit Gasing, ya Bukit Lanjan dulu.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Bukit Lanjan dulu, Bukit Lanjan dulu.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Nanti baru Bukit Gasing ya. Pusing bukit dulu. Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian. Kita sedia maklum bahawa peta pemetaan utiliti bawah tanah yang berkualiti tinggi adalah amat tinggi bagi memastikan kelancaran perancangan pembangunan infrastruktur negeri. Namun, beberapa persoalan timbul mengenai kredibiliti kontraktor yang dilantik oleh KUSEL berhubung dengan isu soal kualiti peta pemetaan utiliti bawah tanah. Ada tak kontraktor yang dipilih benar-benar berpengalaman dalam pemetaan utiliti bawah tanah. Adakah pekerja mereka menerima latihan khusus dan diuji dari semasa ke semasa bagi memastikan kepakaran mereka sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Selain itu, KUSEL juga perlu meneliti kelengkapan peralatan pemetaan. Apakah peralatan yang digunakan oleh kontraktor KUSEL selama ini. Adakah mereka mempunyai akses kepada teknologi terkini seperti Electromagnetic Locator (EML) dengan izin dan Ground Penerating Radar (GPR) dengan izin. Adakah KUSEL melakukan audit perkara terhadap peralatan ini untuk memastikan ia sentiasa dikaliberasi dan berfungsi dengan baik. Selain itu, pihak KUSEL dicadangkan untuk melantik kan pihak yang ketiga yang berpengalaman untuk mengaudit kualiti data yang dikumpulkan oleh kontraktor. Jika data yang dihasilkan tidak menepati piawaian, tindakan tegas harus diambil termasuk menamatkan perkhidmatan kontraktor yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan. Satu lagi isu yang membelenggu, sistem ini ialah tempoh masa yang terlalu panjang pemprosesan permohonan. Walaupun KPI ataupun garis panduan telah ditetapkan. Untuk mengatasinya, beberapa langkah perlu kita mempertimbangkan seperti menambahkan panel kontraktor yang berpengalaman agar lebih banyak kerja pemetaan boleh dijalankan secara serentak. Membahagikan kontraktor mengikut zon PBT untuk mengurangkan masa merealisasi dan meningkatkan kecekapan mereka dalam memahami keadaan tapak kerja. Yang ketiga, menggunakan teknologi pemetaan terkini seperti GPR 3D, imagine radar yang lebih pantas dan tepat.

Tuan Speaker, berlainan dengan saranan jawatankuasa, sebagai agensi pusat sehenti (OSA), saya berpendapat bahawa KUSEL tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Infrastruktur di setiap PBT. Ini boleh mencetuskan konflik kepentingan kerana tugas utama KUSEL adalah untuk mengurus permohonan permit dan pemetaan data. Bukan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa yang membuat keputusan yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur. Selain daripada itu, permohonan permit penggolekan tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada proses untuk mendapatkan kelulusan KM. Kerana ia akan melanjutkan tempoh kelulusan projek

dan menambahkan kos kepada syarikat utiliti. Akibatnya kos ini akan ditanggungnya oleh rakyat dalam bentuk peningkatan tarif utiliti. Bagi kes-kes kecemasan sering menyebabkan Air Selangor tidak sempat memohon permit sebelum melakukan pengorekan, namun masalah timbul apabila kerja penampalan semula tidak dilakukan dengan baik, menyebabkan banyak aduan yang diterima daripada penduduk. Oleh itu, saya mencadangkan agar Air Selangor diwajibkan membayar cagaran kepada setiap PBT, supaya dana ini boleh digunakan oleh PBT untuk membaiki jalan yang rosak akibat daripada kerja pengorekan mereka.

Tuan Speaker, saya menyokong usaha untuk meningkatkan keberkesanan KUSEL, tetapi dengan skala penambahbaikan yang dibuat haruslah berpaksikan kepada kepentingan rakyat Selangor. Kita mahukan sistem yang cekap, kos yang berpatutan dan perkhidmatan yang tidak membebankan rakyat. Dengan ini saya memohon agar kerajaan negeri Selangor dapat meneliti setiap cadangan yang dibangkitkan supaya KUSEL dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan tanpa menjejaskan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih. Saya menyokong usul ini.

Speaker

Saya bagi kepada Bukit Melawati, sama-sama bukit ya.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Yang Berhormat Speaker memberi ruang kepada saya membahas iaitu usul mengenai pihak berkuasa tempatan berhubung KUSEL. Saya bangkit untuk membahaskan satu usul penting yang melibatkan kecekapan dan ketelusan urusan sebuah entiti milik kerajaan negeri iaitu Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) sebagai sebuah entiti yang memainkan peranan dalam pembangunan infrastruktur negeri. Kita harus melihat objektif kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh agensi ini agar lebih bertambahbaikan dapat dilakukan dengan segera.

Yang Berhormat Tuan Speaker, salah satu kelemahan utama KUSEL adalah kelewatan dalam melaksanakan projek infrastruktur, kelemahan dalam perancangan yang efisien mengakibatkan kelambatan dalam pengurusan dokumentasi serta proses kelulusan. Hal ini menyebabkan projek yang sepatutnya siap dalam tempoh tertentu menjadi tertangguh sekali gus merugikan negeri dan rakyat. Kita perlu bertanya mengapakah berlaku kelewatan yang berulang kali ini, adakah ini berpunca daripada kelemahan pengurusan dalam birokrasi yang terlalu panjang atau masalah sumber manusia yang tidak mencukupi. Jika benar terdapat masalah dalam sistem penyampaian KUSEL, maka ia perlu diperbaiki segera kerana kelewatan projek boleh menyebabkan peningkatan kos dan kesan negatif terhadap pembangunan ekonomi negeri. Saya menggesa agar audit prestasi dilakukan terhadap KUSEL bagi mengenal pasti punca sebenar kelewatan pelaksanaan projek serta menilai keberkesanan mekanisme pemantauan sedia ada. Yang Berhormat Speaker, satu lagi isu yang dibangkitkan ialah kekurangan penjelasan

dan panduan dalam pelaksanaan projek, terutamanya berkaitan dasar pengorekan jalan, ketidakadaan garis panduan yang jelas menyebabkan kekeliruan dalam melaksanakan projek utiliti. Terutamanya yang melibatkan kerja-kerja infrastruktur bawah tanah, tanpa penjelasan yang baik, kita sering melihat keadaan di mana kerja pengorekan dilakukan secara berulang kali di lokasi yang sama dalam tempoh masa yang singkat, ini bukan sahaja menyusahkan rakyat, tetapi juga boleh meningkatkan kos operasi serta menjejaskan imej kerajaan negeri.

Justeru, saya mencadangkan agar satu garis panduan teknikal yang lebih jelas dan menyeluruh diperkenalkan oleh KUSEL bagi memastikan semua pihak berkepentingan termasuk kontraktor dan pihak berkuasa tempatan mempunyai hala tuju yang jelas dalam melaksanakan projek utiliti ini. Yang Berhormat Speaker, sebagai syarikat yang bertanggungjawab dalam aspek pembangunan negeri KUSEL sepatutnya menjadi contoh dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. Namun masih ada laporan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh KUSEL kurang memuaskan dan menimbulkan pelbagai rungutan daripada pihak yang berkaitan. Keadaan ini boleh membawa kepada dua kemungkinan, yang pertama jalan KUSEL dalam menyusun strategi, strategik yang lebih sistematik atau yang kedua kurangnya pemantauan dan kualiti terhadap kerja-kerja yang dijalankan menyebabkan ketidakpuasan hati pihak berkepentingan. Kita tidak mahu melihat KUSEL mengalami nasib yang sama seperti beberapa agensi kerajaan negeri yang lain, yang akhirnya menjadi beban kepada kerajaan negeri dan gagal memenuhi mandat yang diberikan.

Yang Berhormat Speaker, selain daripada masalah pengurusan dan pemantauan yang kritikal, masalah kos juga menjadi salah satu masalah yang mengganggu gugat keberkesanan projek utiliti di negeri Selangor. Kita dimaklumkan kadar caj sewaan peralatan Traffic Management atau TNP yang dikenakan adalah sebanyak 400 ringgit bagi satu set sehari. Bagi projek masa panjang ini, kalau kita lihat projek Air Selangor sebagai contoh, semuanya adalah bersifat projek jangka masa panjang, jadi kontraktor bukan sahaja perlu membayar kos TNP ini bahkan perlu membayar kos ganti rugi bayaran tuntutan belanja ganti kos rosak, tanggungan kerugian dan lain-lain kos kepada KUSEL. Berdasarkan kepada tahap kerosakan atau bilangan peralatan pada kadar yang lebih tinggi berbanding harga, jadi kos atas kos yang lain. Ini akan membebankan kontraktor sekali gus meningkatkan kos projek. Jadi, di sini beberapa cadangan penambahbaikan berdasarkan kelemahan-kelemahan yang telah saya bangkitkan. Pertama menjalankan audit bebas terhadap pengurusan dan pelaksanaan projek-projek yang dikendalikan oleh KUSEL bagi mengenal pasti kelemahan serta langkah penambahbaikan.

Yang kedua, menetapkan KPI yang lebih ketat kepada KUSEL bagi memastikan setiap projek dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketiga menjadikan Selangor Geografik Information System sebagai medium utama dalam perkongsian maklumat yang boleh diakses oleh Pihak Berkepentingan untuk melihat status terkini sesuatu projek dan mengurangkan kerenah birokrasi dalam mendapatkan kelulusan. Yang keempat galakan KUSEL untuk mendapatkan teknologi-teknologi baru dalam pengurusan projek bagi meningkatkan kecekapan termasuk penggunaan sistem pengurusan data yang lebih sistematik. Kelima melakukan semakan semula terhadap kadar cas sewaan peralatan kawalan trafik, traffic management memperkukuhkan kerjasama antara agensi untuk mewujudkan strategi yang lebih baik dalam memastikan perancangan infrastruktur yang lebih komprehensif dan menyeluruh. Yang Berhormat Speaker sebuah syarikat yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri KUSEL tidak boleh terus beroperasi dalam keadaan yang tidak efisien dan kurang penyelarasan. Kita tidak boleh membiarkan kelemahan ini berterusan kerana ia akan merugikan Negeri dan rakyat secara keseluruhannya. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan perhatian serius terhadap kelemahan-kelemahan ini yang telah dibangkitkan dan diambil tindakan segera bagi memastikan KUSEL mendapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap dan profesional. Dengan itu saya menyokong penuh agar penilaian semula ke atas pihak KUSEL ini dan satu pelan penambahbaikan yang komprehensif diperkenalkan demi kepentingan rakyat dan pembangunan di Negeri Selangor. Sekian terima kasih daripada Bukit Melawati.

Speaker

Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Terima kasih yang Berhormat Speaker. Sungai kandis sebenarnya ingin mengeluarkan apa yang sahabat sebelah Kerajaan dan di sebelah bukan Kerajaan maknanya semua apa yang Sungai Kandis ingin sampaikan sudah dikeluarkan. Jadi penat buat banyak. Jadi walau macam mana pun Sungai Kandis setuju dengan semua yang dibangkitkan kerana bersetuju yang semua yang dikeluarkan dan terima kasih kepada Timbalan Speaker tadi yang telah membenarkan jawatankuasa yang terbabit untuk memberi pandangan juga. Jadi sebagai jawatankuasa yang terbabit yang berada di sini kami berjanji di dalam perjumpaan kami yang akan datang kami akan memastikan KUSEL akan mendapat message apa yang disampaikan oleh seluruh 56 orang ADUN yang terlibat menunjukkan tidak ataupun kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh KUSEL dan kita berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato Menteri Besar dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini. Jadi Sungai Kandis lipat dan simpan apa yang dikarangkan untuk semalaman dan Sungai kandis bersetuju dan amat menyokong semua pandangan yang diberikan tadi. InsyaAllah terima kasih.

Speaker

Bukit Gasing.

Sokong MB ya.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ok, terima kasih Yang Berhormat Speaker banyak kali bangun baru dapat peluang untuk bercakap. Saya sebenarnya hendak bangkit. Sudah tekan mic. Saya tidak ada kelebihan control volume itu mungkin urus setia Dewan boleh bantu kalau hendak lebih dekat. Saya hendak bangkitkan dua perkara begitu saya baca saranan ini saya merujuk kepada kenyataan oleh pembawa usul Yang Berhormat Lembah Jaya bahawa kualiti jalan raya ini penting dan ke arah itu saya harap jawatankuasa boleh menambah satu saranan dalam penyelidikan semula kalau ada saya harap Kerajaan Negeri boleh melihat keadaan penurapan semula jalan selepas di korek. Hendak korek senang semua kontraktor boleh korek TNB mungkin panel kontraktor seratus, Air Selangor mungkin panel kontraktor pun seratus, Celcom Digi pun ada panel kontraktor akhirnya beratus-ratus kontraktor yang menggali jalan raya dia buat lubang itu senang excavator hendak hentam jalan raya gali jalan itu keluar senang tetapi hendak tampal balik dengan berkualiti itu susah dan rata-ratanya kebanyakan kontraktor bila tampal balik ini gagal memenuhi kehendak spesifikasi supaya jalan raya itu betul-betul rata selepas diturap. Saya mencadangkan KUSEL ini boleh mengambil alih pengurusan trafik keseluruhan kontraktor so why not tambah lagi tugas ambil alih tampal jalan raya daripada semua kontraktor ini. Kontraktor TNB, Kontraktor Air Selangor, Kontraktor IWK upahlah KUSEL dipaksakan untuk upah KUSEL supaya KUSEL tampal balik jalan raya dan KUSEL ambil tanggungjawab supaya jalan raya itu elok macam mana Yang Berhormat Pandan Indah. Saya harap boleh dipertimbangkan dan kita selalu mencari dividen yang lebihkan jadi KUSEL membuat kerja tambahan ini perlu lebih sedikit dia pun boleh contribute dividen yang lebih oleh Kerajaan Negeri. Yang kedua berkenaan KUSEL duduk dalam Mesyuarat OSC saya setujulah dengan Bukit Lanjan tidak ada keperluan sebab hendak duduk dalam setiap majlis setiap bulan ada dua atau tiga Mesyuarat OSC ini akan makan masa yang banyak dan pegawai itu kalau selalu bertukar-tukar duduk dalam mesyuarat yang cakna pada pembangunan itu mungkin tidak terjadilah so mungkin tidak ada keperluan. Itu sahaja sekian terima kasih. Nampaknya pembangkang sudah balik awal ikut bos tinggal satu. Sungai Kandis tidak dapat memo.

Speaker saya rasa perlu bagi pengiktirafan kepada Sungai Kandis yang masih kekal dalam Dewan.

Speaker

Kita memberi pengiktirafan kepada semua Ahli Dewan yang tekun yang hadir ke Sidang Dewan.

Sungai Kandis sokong Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Speaker

Ya, jadi ada lagi pembahas ataupun sudah cukup ya. Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi bahasanya menurut Peraturan Mesyuarat 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata jawatankuasa pemilihan pihak berkuasa tempatan JPBBD bagi Dewan Negeri Selangor berhubung penambahbaikan peranan koridor utiliti Selangor atau KUSEL yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.

Ahli-ahli Dewan yang tidak bersetuju sila kata tidak.

Usul ini dipersetujui.

Usul Nombor 4 Tahun 2025 Usul pelantikan dua orang Ahli Dewan Negara bagi Negeri SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan Mesyuarat yang seterusnya Usul Nombor 4 Tahun 2025 Usul pelantikan dua orang Ahli Dewan Negara bagi Negeri Selangor.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin memaklumkan bahawa Dewan akan ditempohkan selama 2 minit untuk memberi laluan sekiranya ada Ahli Yang Berhormat di luar Dewan untuk kembali masuk ke dalam Dewan dan seterusnya saya akan menyambung aturan seterusnya dengan membuat pengundian 2 orang ahli Dewan Negara bagi Negeri Selangor. Loceng akan dibunyikan dan pintu akan ditutup sebelum proses pengundian ini dijalankan oleh itu saya menempohkan Dewan buat seketika. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian dimaklumkan bahawa 2 orang Ahli Dewan Negara bagi Selangor Darul Ehsan iaitu yang Yang Berhormat Senator Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh dan Berhormat Senator Dr. Yaakob Bin Sapari yang dipilih oleh Dewan Negeri Selangor mengikut Perkara 45(1) dalam Perlembagaan Persekutuan telah tamat tempoh perkhidmatan mereka sebagai Ahli Dewan Negara pada 4 Disember 2021. Mengikut peruntukan Sub Perenggan 1(2) Jadual ke 7 Perlembagaan Persekutuan pemberitahu berhubung perkara ini telah dihantar kepada semua Ahli Yang Berhormat bagi mengemukakan pencalonan. Saya telah pun menerima dua pencalonan bertulis yang telah dicadangkan dan disokong oleh Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri dan telah diterima dan ditandatangani oleh kedua-dua calon tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mengikut Sub Perenggan 1Perkara (2) Jadual Ketujuh

Perlembagaan Persekutuan hendaklah diadakan undian bagi memilih calon yang diumumkan bagi masa ini nama-nama ahli yang mengundi sekali bagi setiap kekosongan. Oleh kerana ada dua kekosongan bermakna tiap-tiap Ahli Yang Berhormat berhak mengundi sebanyak dua kali sahaja. Baiklah saya mempersilakan pencadang pertama Yang Berhormat pelabuhan Klang untuk mengemukakan cadangan. Silakan Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker Pelabuhan Kelang mencadangkan Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan memilih Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Kerajaan Negeri bagi tempoh selama 3 tahun. Yang Berhormat Speaker, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman bukan nama asing dalam dunia akademi kepimpinan institusi pendidikan tinggi serta analisis politik dan sejarah di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 14 Mac 1955 di Padang Rengas, Perak telah mencurahkan ilmu serta kepakaran dalam bidang selama lebih 30 tahun. Beliau memiliki kelayakan akademik yang cemerlang memperoleh Ijazah Sarjana dalam Sejarah dan Politik Timur Tengah daripada School Of Oriental And African Studies, University In London, England serta Ijazah Doktor Falsafah daripada University Edinburgh pada tahun 1994. Keilmuan beliau diiktiraf dengan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus dalam bidang Sejarah dan Politik Timur Tengah oleh Universiti Malaya pada tahun 2024. Dalam dunia akademik Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman telah memainkan peranan besar dalam pembangunan ilmu sejarah dan politik di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya sejak tahun 1987 sebelum dilantik sebagai Dekan fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dari tahun 2009 hingga tahun 2014. Beliau juga merupakan Pengasas dan Pengarah University Malaya Centre For Democracy And Election. Selain itu beliau telah membimbing lebih 30 pelajar peringkat Doktor Falsafah yang berasal daripada pelbagai Negara termasuk Algeria, Iran, Yaman, Palestin, Oman, Mali dan Indonesia. Kecemerlangan beliau dalam penyelidikan terbukti melalui lebih daripada 50 penerbitan dalam Jurnal Akademi Antarabangsa serta lebih 20 buah buku berkaitan Politik dan Sejarah termasuk sekularisme dan proses demokrasi di Turki yang memenangi Buku Ilmiah Terbaik kategori Kemanusiaan dan Sains Sosial. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam bidang Pentadbiran Pendidikan beliau telah memainkan peranan besar dalam pembangunan pendidikan tinggi di Negeri Selangor. Pada tahun 2016 beliau dilantik sebagai Presiden dan Naib Chancellor University Selangor (UNISEL) dan telah menerajui institusi itu dengan pelbagai inisiatif strategik untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan pembangunan modal insan. Beliau juga adalah Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) sebuah institusi pemikir yang memainkan peranan penting dalam penyelidikan dasar dan analisis politik negara. Beliau

turut menganggotai pelbagai lembaga pengarah institusi pendidikan dan penyelidikan termasuk Institut Penataran Ilmu dan Institut Tun Perak.

Dengan pengalaman luas dalam pendidikan tinggi, analisis politik serta sumbangan besar dalam pembangunan pemikiran masyarakat, Pelabuhan Klang penuh yakin bahawa Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman adalah calon terbaik untuk menggalas amanah sebagai Ahli Dewan Negara bagi negeri Selangor. Kepakaran, pengalaman serta ketokohan beliau akan memperkukuhkan lagi perwakilan negeri Selangor di peringkat nasional. Maka, dengan segala hujah yang telah Pelabuhan Klang kemukakan, Pelabuhan Klang berharap Dewan yang Mulia ini akan menyokong dan meluluskan usul ini. Sekian, Pelabuhan Klang mohon mencadang.

Speaker

Ya, pencadang?

Tuan Speaker, bagi pihak seluruh Dewan, Sentosa menyokong.

Speaker

Untuk pemilihan Ahli Dewan Negara yang seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ni (26 Februari 2025) membuat ketetapan memilih Tiew Way Keng menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Kerajaan Negeri bagi tempoh 3 tahun. Tuan speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Puan Tiew Way Keng merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Teratai Selangor bagi tahun 2013 hingga 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pembantu EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan terlibat dalam urusan-urusan penting seperti mengkaji Enakmen Kebebasan Maklumat atau Enakmen 2011 selain menyelesaikan isu rumah terbengkalai di DUN Teratai. Sebelumnya pada 2008 sehingga 2013 beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis MBPJ yang menyelia program-program Perancang Bandar, Pembangunan Infrastruktur dan Perkhidmatan Awam termasuk penyediaan Projek Bas Percuma di Petaling Jaya.

Tiew Way Keng juga telah mengasaskan Firma Tiew & Assoiates dan dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang bagi pertubuhan perdagangan seperti Persatuan Pembina-Pembina Selangor Dan Wilayah Persekutuan. Pada masa ini beliau adalah Setiausaha Organisasi DAP Selangor yang berperanan untuk menyusun atur urusan pentadbiran DAP Selangor. Dengan latar belakang politik dan bidang kerjaya beliau, saya yakin dan

percaya pelantikan beliau dapat memberi nilai tambah kepada suara negeri Selangor di Dewan Negara.

Seterusnya menyumbang sebagai Ahli Dewan Negara yang efisien dan efektif. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dengan ini saya mohon mencadangkan.

Speaker

Menyokong?.

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kedua-dua cadangan ini telah pun disokong sebelum undian dijalankan. Saya melantik wakil-wakil untuk mengira undi mengikut bahagian.

Blok A di sebelah kanan saya, Yang Berhormat daripada kawasan Sekinchan.

Blok B di hadapan saya ini, Yang Berhormat dari kawasan Rawang.

Blok C di sebelah kiri saya, Yang Berhormat daripada kawasan Gombak Setia.

Ketua-ketua Blok diminta untuk menandakan tanda semak atau pun right untuk bersetuju dan tanda pangkah atau cross bagi yang tidak bersetuju di dalam borang yang disediakan. Saya minta buat pengundian sekarang.

Nanti.. nanti.. sila tunggu.. sila tunggu.. sila tunggu.. sila tunggu Ahli-Ahli Yang Berhormat

(Dewan Riuh)

Kita pastikan setiap...

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Speaker saya ada soalan Speaker, sebab kita akan melantik dua (2) senator dan kita hanya namakan dua (2) senator adakah kita perlu undi lagi? Lantik blok sana tolong kirakan kerusi.

Speaker

Perlu.. perlu.. perlu.

Ahli-Ahli Yang Berhormat menyokong Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman sila bangun.

Ketua Blok sila catat.

(Proses pengundian sedang berlangsung)

Jadi, setelah tamat pengiraan undi seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyokong Tiew Way Keng sila bangun.

(proses pengundian sedang berlangsung)

Baiklah, ketua-ketua blok yang telah selesai sila kemukakan borang undian tersebut kepada Setiausaha Dewan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Keputusan pengundian pemilihan Ahli Dewan Negara adalah seperti berikut:

1. Calon : Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman – bilangan undi 32. 2. Calon : Puan Tiew Way Keng – bilangan undi 32.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dengan ini Dewan Negeri Selangor mengisytiharkan bahawa Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman dan Puan Tiew Way Keng dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili kerajaan negeri Selangor untuk tempoh selama tiga (3) tahun.

Ketua Blok tidak diambil kira pula. Saya mohon maaf ya. Sepatutnya 17 – 17. Saya ulangi ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya mohon maaf ada sedikit kesilapan. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya mohon maaf ada sedikit kesilapan di sini. Keputusan untuk pengundian pemilihan Ahli Dewan Negara adalah seperti berikut:

1. Calon : Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman – bilangan undi 34.

2. Calon : Puan Tiew Way Keng – bilangan undi 34.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dengan ini sekali lagi saya ingin mengisytiharkan bahawa Dewan Negeri Selangor ingin mengisytiharkan bahawa Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman dan Puan Tiew Way Keng dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili kerajaan negeri Selangor untuk tempoh selama tiga (3) tahun. Tamat.

Usul Untuk Menangguhkan DewanMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, Usul Untuk Menangguhkan Dewan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker dan seluruh Ahli-Ahli Dewan di atas sidang ini kerana kita sudah sampai ke penghujungnya. Apabila kita telah menamatkan semua sesi pembentangan, perbahasan dan juga soalan-soalan yang telah dijawab oleh Ahli-Ahli Dewan.

Bagi pihak Kerajaan Negeri khususnya dengan tulus ikhlas saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada yang melaksanakan ibadah puasa khususnya pada hari Sabtu atau pun hari Ahad nanti dan keduanya, Kerajaan Negeri akan meluluskan atau pun akan melunaskan janji kita pada 25 Februari untuk pembayaran BKK kepada semua penjawat-penjawat awam di dalam negeri Selangor Darul Ehsan sebanyak satu bulan gaji untuk kelulusan dan juga untuk pelaksanaan. Mac. 25 Mac.

(Dewan Riuh)

Ada lagi berita baik, sebenarnya saya nak maklumkan pada pihak Kerajaan Negeri kita sedang mempertimbangkan selain daripada BKK yang kita laksanakan tersebut, kita turut akan memberikan tambahan duit raya kepada seluruh penjawat-penjawat awam termasuk Ahli-Ahli Dewan Negeri (Kerajaan)

(Dewan Riuh)

Sebab pembangkang malas datang Dewan jadi tak payah (ketawa). Taklah saya gurau aje nanti kita tengok kelulusannya. Perkara ini akan dibawa ke dalam MMKN nanti kerana akan mempertimbangkan duit raya khas untuk yang dipanggil sebagai BKK 2 Khas untuk penjawat-penjawat awam negeri Selangor dan sebahagian daripada penjawat-penjawat persekutuan yang kita rasakan layak untuk menerima BKK. Pengumuman nya akan dibuat seawal Ramadhan nanti. Terima kasih. Assalamualaikum W.B.T. saya mencadangkan Dewan ini ditangguhkan.

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya menangguhkan persidangan ini saya ambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Dewan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kerajaan di atas kerjasama yang diberikan bagi

melicinkan perjalanan mesyuarat pertama persidangan penggal ketiga kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, Urus Setia Pelapor-Pelapor dan semua petugas-petugas yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar.

Kepada semua Yang Berhormat sila semak draf penyata yang telah dan akan diedarkan berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikan semula ke pentadbiran Dewan ini sekiranya terdapat pembetulan agar penyata rasmi itu dapat disediakan dan diedarkan dengan segera kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Jawatankuasa SELCAT yang dipengerusikan saya sentiasa mengharmonikan input daripada semua pihak. Tadi terdapat hujah daripada Yang Berhormat Taman Medan yang mengatakan bahawa mereka mengemukakan pandangan minoriti, ingin saya sebut bahawa semua Ahli Jawatankuasa SELCAT telah diberi peluang dan masa yang ditetapkan untuk memberi saranan tambahan terhadap apa-apa cadangan dan isi kandungan penyata dan sebelum penyata dimuktamadkan untuk diserahkan kepada proses seterusnya. Tetapi, dalam masa yang telah pun ditetapkan urus setia tidak menerima sebarang saranan tambahan seperti apa yang ingin dinyatakan oleh Yang Berhormat Taman Medan tadi. Jadi ini adalah untuk makluman semua, dan juga untuk pemberita.

Dengan ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya menangguhkan persidangan hari ini ke satu masa yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)