Selangor · 7 July 2025
15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 290 turns · 35,239 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 7 Julai 2025 dimulakan dengan :
i. Bacaan Doa ; dan ii. Proklamasi
(i) Bacaan Doa (Doa dibacakan)
(ii) Proklamasi
OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, DARJAH KERABAT (SELANGOR), DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.), DARJAH KERABAT (TERENGGANU), DARJAH KERABAT (KELANTAN), DARJAH KERABAT (PERAK), DARJAH KERABAT (PERLIS), DARJAH KERABAT (NEGERI SEMBILAN), DARJAH KERABAT (KEDAH), DARJAH KERABAT (JOHOR), DARJAH KERABAT (PAHANG), SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.), DATO’ SETIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.), SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (S.P.M.J.), DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA.
BAHAWASANYA Fasal (1) Perkara LXX Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, memperuntukkan bahawa DULI YANG MAHA MULIA SULTAN hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri: MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, DARJAH KERABAT (SELANGOR), DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.), DARJAH KERABAT (TERENGGANU), DARJAH KERABAT (KELANTAN), DARJAH KERABAT (PERAK), DARJAH KERABAT (PERLIS), DARJAH KERABAT (NEGERI SEMBILAN), DARJAH KERABAT (KEDAH), DARJAH KERABAT (JOHOR), DARJAH KERABAT (PAHANG), SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.), DATO’ SETIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.), SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (S.P.M.J.), DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara LXX (70) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, DENGAN
INI MEMANGGIL Dewan Negeri untuk bermesyuarat dan menetapkan 7 Julai 2025 hingga 11 Julai 2025 dan 14 Julai 2025 hingga 18 Julai 2025 dan pukul 10.00 pagi kecuali hari Jumaat pukul 9.30 pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Kelima Belas yang akan diadakan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. DIPERBUAT di Istana Alam Shah, Klang pada 19 Mei 2025. Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Salam sejahtera dan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan dan para pemerhati sekalian. Bertemu lagi dalam Mesyuarat Kedua Dewan Yang Mulia ini bagi Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas. Pada hari ini Dewan Negeri Selangor menerima lawatan seramai 9 orang pelawat di organisasikan oleh SOCDEM Malaysia yang diketuai oleh Encik Hwei Teng. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor.
Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, sebelum saya meneruskan peraturan mesyuarat seterusnya. Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima pemberitahuan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membuat penerangan daripada Menteri Besar di bawah Peraturan Tetap 13 (1) mengenai Insiden Letupan Paip Gas Di Putra Heights. Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Peraturan 13 (1) Peraturan-peraturan Tetap Negeri Selangor ini penerangan daripada Menteri Besar akan dibacakan selepas sesi pertanyaan-pertanyaan namun begitu pada hari ini Rang-rang Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan 2025 dan Usul No.5 Tahun 2025) iaitu Usul Resolusi Pertubuhan Kumpulan Wang Amanah Di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran KWAKTK) akan dibacakan terlebih dahulu. Perkara ini telah dimohon oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan di bawah Peraturan Tetap 14 (2) saya telah mengizinkannya. Jadi tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada pagi ini. Silakan.
Yang Berhormat Speaker.
Ya.
Saya nak bangkitkan peraturan mesyuarat 18 (1) Yang Berhormat. Yang Berhormat Speaker. Pada tanggal 4 Julai yang lalu. Saya percaya Yang Berhormat Speaker dan Setiausaha Dewan telah menerima satu surat rayuan yang telah saya sampai kepada pihak Dewan yang mana
rayuan ini bukanlah daripada saya selaku Ahli Dewan Negeri Taman Medan tetapi daripada 20 orang rakyat yang tinggal di Kuala Sungai Baru, Kampung Kuala Sungai Baru dan juga sekitar Putra Heights yang telah membawa partion atau rayuan rakyat kepada Dewan Negeri Selangor menurut Peraturan 18(1) yang mana ini adalah buat pertama kalinya sejak merdeka sehingga sekarang yang mana satu rayuan dibawa oleh rakyat kepada Dewan Negeri tidak pernah berlaku di Dewan Negeri Selangor dan tidak juga pernah berlaku di Parlimen. Yang mana rayuan ini kalau saya boleh bacakan Yang Berhormat Speaker, Rayuan Mendesak Dewan Negeri Selangor Membahaskan Tragedi Letupan Gas Putra Heights Pada Sidang Yang Akan Bermula Pada 7 Julai 2025. Kami rakyat prihatin termasuk penduduk, pemilik premis.
Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat tidak boleh baca.
Sekejap Yang Berhormat, sikit sahaja.
Saya faham, saya bagi penjelasan, Yang Berhormat tidak dibenarkan, Yang Berhormat di bawah Peraturan 18 kalau tidak ada izin ianya tidak boleh dibaca faham,Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat di bawah Peraturan 18 kalau tidak silap...
Pengguna jalan raya di Putra Height dengan penuh rasa bertanggungjawab. Sekejap Yang Berhormat, sikit sahaja. Saya nak bagi konteks.
Saya faham, saya akan bagi penjelasan dan penjelasannya Yang Berhormat tidak, sila duduk, sila duduk. Saya akan memberi penjelasan
Tuan Speaker, saya hendak memberi maklumat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat patut tahu di bawah Peraturan-Peraturan 18, kalau saya tak silap 18(2)(d) selagi ia telah diluluskan oleh Speaker baru boleh dibaca. Tetapi Yang Berhormat tidak boleh mengambil peluang untuk baca satu yang tidak diluluskan. Tetapi, tetapi, tetapi Yang Berhormat..
Saya tak baca, saya nak maklum pada dewan ini, yang telah menghantar laporan ini atau rayuan ini kepada Dewan Negeri adalah terdiri daripada Nornazihah Yahya, Masayun Tadbin, Che Hafizi Che Mat, Mohamad Rizal. Ini rayuan...
Cukup, cukup Yang Berhormat, cukup, Yang Berhormat sila duduk.
Yang Berhormat, bukan rayuan saya, saya hanya menyampaikan rayuan ini, supaya mereka minta supaya perbahasan di buat di dalam Dewan ini.
Yang Berhormat saya bagi penjelasan, saya bagi tahu. Yang Berhormat saya akan memberi penjelasan terhadap apa yang ditulis,
Dan saya menerima surat daripada Speaker,
Saya sekarang ini memberi penjelasan sebenarnya Ahli-ahli Taman Medan duduk, saya telah pun mengutuskan surat kepada Yang Berhormat Taman Medan mengapanya ia tidak dapat diluluskan, saya nak bagi tahu ini Yang Berhormat nak dapat penjelasan ke tidak.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya hendak membangkitkan. Bagi saya habis soalan saya dahulu.
Saya hendak memberitahu ini, Yang Berhormat hendak mendapatkan penjelasan ke tidak? Saya boleh bangkit.
Bagi saya habis soalan saya dahulu.
Saya tahu apa yang hendak dibangkitkan, cuma Yang Berhormat jangan ambil peluang ini untuk mengambil masa untuk berucap. Saya nak bagi tahu, sila duduk. Apa yang ada di sini Yang Berhormat, peruntukan daripada Peraturan Tetap 18(2)(b) dan 18(2)(d) ini, saya telah pun membuat keputusan agar tidak memperkenan meluluskan rayuan-rayuan yang dihantar oleh Yang Berhormat Taman Medan. Bukan kerana isu itu tidak penting tetapi seperti apa yang saya katakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah pun pada 3hb Julai sehari lebih awal menghantar pemberi tahu kepada Dewan, supaya beliau hendak dan memohon dibawa Peraturan 13(1) yang saya sebutkan tadi terdapat diwujudkan satu slot yang dinamakan sebagai Penerangan Daripada Menteri Besar dan di mana di bawah peruntukan ini kalau Yang Berhormat masih ingat lagi peruntukan yang sama sebenarnya telah pun digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu 5hb Mei di Dewan Rakyat, untuk mengadakan satu sidang khas tentang tarif timbal balas daripada United State of America iaitu sekiranya dilakukan di Negeri Selangor ini akan ada satu slot atau pun satu aturan
di mana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar akan memberi penjelasan dan penerangan diikuti dengan ucapan hujah perbahasan daripada semua Ahli Dewan dan seterusnya akan ada juga satu penggulungan sama ada oleh Menteri Besar atau pun wakil Menteri Besar. Jadi masa yang sebenarnya secukup-cukupnya. Sebab itu saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Taman Medan bahawa ia tidak perlu dan tidak dipertimbangkan kerana ia tidak perlu kerana sudah ada permohonan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk memberi penjelasan tentang perkara ini.
Selain daripada itu Yang Berhormat Hulu Kelang tunggu. Taman Medan saya memberi tahu bahawa, dalam rayuan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu, dinyatakan ada 20 rayuan, semakan saya mendapati yang diterima hanya 19 rayuan sahaja, sebenarnya hanya ada satu muka surat rayuan kosong tidak ada nama, tidak ada ic tidak ada alamat, tidak ditandatangani. Jadi adalah sesuatu yang tidak berapa cantik di situ. Dan daripada 19 rayuan yang saya terima ini, 6 bukan pengundi di kawasan itu. Jadi saya rasa itu adalah the combinations atau pun kombinasi faktor-faktor inilah saya merasakan bahawa rayuan ini tidak diperlukan kerana akan ada satu slot daripada Kerajaan.
Yang Berhormat boleh saya dapatkan Petua dalam 18(1) hanya menyebut rakyat negeri Selangor. Apakah definisi itu termasuk kena extend para pengundi sebab saya percaya Yang Berhormat Speaker terpaksa membuat keputusan ini sebab kali pertama kerana rayuan ini juga pertama kali di bawa ke Dewan ini. Kita tidak ada precedent, tidak ada amalan sebelum ini yang bagaimana kita nak handle rayuan ini. Jadi kalau Yang Berhormat maklumkan, kata bahawa mereka bukan pengundi maka itu antara pertimbangan kerapa rayuan ini tidak mahu didengar kerana rayuan ini bukan daripada saya. Rayuan ini adalah daripada rakyat negeri Selangor yang terkesan daripada insiden Putra Heights. Mereka ini adalah mangsa, saya hanya tukang bawa surat dan rayuan sahaja untuk dibahaskan dalam dewan ini.
Yang Berhormat.
Kerana tugas kita sebagai wakil rakyat pastinya untuk membahaskan isu rakyat dalam dewan ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat, kalau kita.
Saya mohon Petua.
Saya bagi Petua, memang tidak ada precedent langsung tentang perkara ini. Macam mana perkara berkaitan rayuan ataupun dalam bahasa Inggeris
petition ini diguna. Saya semak dengan west minister di dewan rakyat pun tak ada. Saya semak dengan apa yang berlaku di west minister di UK mereka hanya perlu memerlukan tandatangan daripada 100 ribu pengundi UK. Itu pun hanya boleh dipertimbangkan setakat dapat dipertimbangkan. Tetapi kalau di negeri Selangor saya rasa mungkin selepas ini kita akan tengok macam mana untuk melicinkan peraturan Tetap 18 iaitu berkenaan dengan rayuan ini. Tapi itu pun Yang Berhormat, kalau kita tengok Peraturan Tetap berkenaan dengan rayuan ini dia hanya setakat seorang Ahli Berhormat bangkit, baca itu sahaja. Kerajaan tidak perlu membuat sebarang pengulungan, tidak perlu ada keputusan di situ. Jadi kekuatan Peraturan Tetap 18 berkenaan rayuan ini dia kurang sikit, dia akan kekurangan di situ di mana kalau kita ada Usul atau pun ada penerangan daripada Menteri Besar, ada penjelasan, ada perbahasan, ada pertukaran pendapat, ada yang mungkin hanya sedikit, ada juga yang paling penting sekali ialah penjelasan dan pengulangan daripada Kerajaan. Jadi saya rasa atas pertimbangan inilah, I’m so. Saya tidak berkata bahawa yang pengundi itu adalah salah satu faktor atau faktor utama tetapi saya ingin menyampaikan kepada Yang Berhormat bahawa ini berlaku ada di kalangan dalam 20 rayuan yang diterima yang nyatakan ada di situ tetapi yang diterima yang sah hanya 19 sahaja. Dan daripada 19 itu terdapat yang 6 bukan pengundi di situ. Tetapi kalau saya rasa eloklah kalau ke semua 20 yang dinyatakan di situ, ada yang dinyatakan ada 20 yang memang kita terima 20 tanya semua 20 itu adalah pengundi di situ. Bagi saya cantiklah. Tapi 20 bukan pun bukan sesuatu yang banyak tetapi apa pun sekali saya nak bagi tahu kepada Yang Berhormat - Yang Berhormat yang lain, sekiranya perkara ini perlu ataupun berkenaan dengan rayuan ini hendak diguna pada masa depan bolehlah memastikan bahawa ia nya dilakukan dengan betul dan cantiklah. Dan selepas ini mesyuarat Jawatankuasa Peraturan Tetap akan menelitilah cadangan daripada semua pihak berkenaan perkara ini. Itu sahaja Yang Berhormat. Ya Hulu Kelang ada? Hulu Kelang Peraturan Tetap 17.
Itu kemudian. Saya nak rujuk kepada 18(i). Yang Berhormat Tuan Speaker, saya kurang bersetuju dengan Petua yang dikeluarkan kerana asas yang diberikan, pertama mangsa yang merayu ini bukan pengundi. Tuan Speaker, letupan yang berlaku ia tidak kenal sama ada orang itu pengundi atau bukan pengundi. Persoalan di sini ialah soal keselamatan, soal nyawa rakyat. Itu yang pertama. Yang kedua di dalam Peraturan Mesyuarat 18(i) dan 18(ii) juga tidak menetapkan jumlah rayuan yang perlu dikemukakan sama ada 1, 10, 19, 20. Tetapi apabila ada rayuan ia nya mesti didengar. Yang ketiga, Tuan Speaker kalau boleh saya bantu, mengikut Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor rayuan ini diletakkan di tahap yang jauh lebih tinggi daripada pertanyaan kepada Menteri Besar. Sebab itu perkara ini belum pernah berlaku. It is unprecedented banyak dewan termasuk Dewan Rakyat juga tidak pernah membicarakan soal ini. Tetapi dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor ia di bawah Peraturan 13(f). Sedangkan pertanyaan kepada Menteri Besar yang selalu kita mulakan jam 10.00 itu ia berlaku selepas rayuan. Maka yang Berhormat
Taman Medan sekadar membawa rayuan supaya Tuan Speaker boleh memberikan keutamaan berdasarkan Peraturan Tetap Dewan.
Terima kasih.
Itu yang saya nak sebut.
Ya.
Saya setuju dengan Tuan Speaker. Kita bukan menuntut satu jawapan ataupun perbahasan di peringkat rayuan ini. Taman Medan ingin mengemukakan rayuan, bantahan kerana laporan yang dibentangkan baru-baru ini tidak konklusi.
Yang Berhormat itu boleh kita akan bahas.
Ya, kita akan bahas.
Berkenaan rayuan ini saya akan...
Apa yang dikemukakan oleh Taman Medan itu patutnya diterima dulu. Sekarang ini seolah-olah Kerajaan Negeri meremehkan mangsa-mangsa yang telah terkesan akibat letupan yang berlaku di Putra Heights.
Saya ingin mengulangi masih, saya ingin mengulangi apa yang saya hujahkan tadi itu iaitu di bawah Peraturan Tetap 14(2) yang saya bacakan Urusan Kerajaan hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada pertimbangan Kerajaan dan akan diberitahu kepada Setiausaha Dewan. Ia adalah memberi satu kelebihan kepada Kerajaan sebagai the goverment of the date untuk menetapkan sekiranya ada permohonan di situ dan memang telah pun permohonan diterima daripada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar sehari lebih awal untuk supaya penerangan daripada Menteri Besar ini di awalkan. Pertimbangan berkenaan dengan kualiti rayuan yang dinyatakan itu adalah sebagai rujukan saja sebab sehingga sekarang seperti apa yang dinyatakan belum lagi ada apa-apa yang Berhormat Taman Medan. Ya. Belum lagi ada apa-apa precedent ataupun rujukan contoh yang kita boleh merujuk bahkan di Dewan Rakyat pun tidak ada. Jadi apa yang saya yang kami boleh rujuk terdekat ialah westminster-westminster parlimen yang ada di negara-negara lain. Dan sebagaimana yang saya dapat kongsikan kalau di negara lain treshold ataupun bilangan yang diperlukan. Ia adalah agak tinggi, cuma selepas ini kita akan
mempertimbangkan pendapat daripada semua dewan, semua Ahli Dewan tentang cara macam mana kita hendak memperlicinkan. Melicinkan operasi di bawah Peraturan Tetap 18 ini. Itu saja Yang Berhormat. Ada lagi?
Ok sikit.
Saya bagi kepada Yang Berhormat Paya Jaras dulu.
Saya nak tanya tadi Speaker menyebutkan ada penerangan. Saya nak mengesahkan.
Ya.
Selepas penerangan ini, kita boleh berbahas atau tidak? Dan boleh tak kita nak pastikan saja kalau kita pastikan ada perbahasan dan kita tunggu perbahasan ini khusus. Saya nak pastikan ada perbahasan atau tidak atau sekadar penerangan saja.
Akan ada.
Terima kasih.
Seperti apa yang saya nyatakan ada perbahasan. Saya difahamkan juga selepas ini sebelah petang Dato’ Menteri Besar akan berjumpa dengan semua Ahli Dewan untuk memberi taklimat dan selepas itu Dewan bila Dewan bersidang semula kita akan mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Dan kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap apa yang telah pun dibahaskan. Yang Berhormat Taman Medan ada lagi?
Ada sikit Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas Petua yang telah diberikan. Cuma saya ingin bangkitkan sedikit sahaja. Memandangkan surat daripada Yang Berhormat Speaker kepada saya pada pagi ini telah menyebut bahawa untuk tidak memperkenan untuk meluluskan rayuan-rayuan yang dihantar oleh Taman Medan di bawah peruntukan Peraturan 18. Dan Yang Berhormat Speaker telah memaklumkan bahawa menurut Peraturan 13(1) yang mana 13(1) yang mana Yang Berhormat Menteri Besar telah memohon untuk membuat penerangan. Saya mohon Yang Berhormat Speaker beri kita Petua dalam Dewan ini bahawa sebenarnya Yang Berhormat Speaker menerima rayuan ini tetapi akan dibawa untuk dibahaskan di dalam penerangan nanti. Sebab saya berhasrat Yang Berhormat untuk membacakan rayuan ini di dalam sesi penerangan nanti.
Yang Berhormat boleh memasukkan apa-apa hujah yang ada dalam isi kandungan tersebut dalam perbahasan Yang Berhormat nanti semasa...
Jadi Yang Berhormat setuju bahawa Yang Berhormat tidak menolak rayuan rakyat Selangor ini dan membawa kepada sesi penerangan nanti.
Taklah. Atas undang-undang rayuan daripada Yang Berhormat telah pun ditolak . Itu sebabnya rayuan daripada Yang Berhormat tidak boleh dibaca tetapi terpulang kepada Yang Berhormat nanti.
Rayuan bukan daripada saya Yang Berhormat. Rayuan daripada rakyat. Saya hanya menyampaikan saja.
Yang Berhormat boleh menggunakan isi kandungan yang ada di dalam rayuan tersebut dalam perbahasan Yang Berhormat nanti. Itu saja Yang Berhormat.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Kita teruskan.
Sedikit panduan oleh Speaker.
Ya Sijangkang. Ada apa-apa lagi?
Saya nak mohon Petua dan juga panduan seperti mana yang kita sedia maklum, bahawa perkara 18 ini adalah suatu yang baharu pada kita. Dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Cuma daripada apa yang tadi disebabkan oleh Tuan Speaker di atas penolakan yang mungkin akan jadi panduan kepada kita. Sebahagian daripada yang merayu bukan yang tinggal di situ ataupun bukan pengundi-pengundi di situ. Cuma saya melihat bahawa dalam isu-isu tertentu saya ingat Speaker kena melihat juga. Contohnya dalam isu ini walaupun letupan itu berlaku di situ. Tetapi melibatkan paip gas yang ada di seluruh negara kita. Jadi perayu, pempetisyen itu, saya kira boleh juga dipertinggalkan dalam beberapa isu yang mana walaupun tidak tinggal di situ, tetapi mempunyai kegusaran soal keselamatan yang mungkin juga akan berlaku di tempat lain dan ini boleh diambil kira sebagai perayu yang saya kira yang boleh kita beri pertimbangan.
Saya, Yang Berhormat saya ingin menekankan bahawa sebab utama, sebab utama kenapa rayuan itu tidak diperkenan kerana sudah ada permohonan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membincangkan perkara ini di bawah agenda penerangan daripada Menteri Besar yang membolehkan lebih ramai lagi petisyen-petisyen dan perbahasan daripada semua Ahli Yang Berhormat. Sama ada kualiti ataupun standard ataupun kelayakan untuk membuat rayuan ini, kita boleh bincangkan dengan lebih teliti dan saya mengalu-alukan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berminat untuk menulis kepada saya tentang macam mana kita boleh melicinkan
prosedur untuk mengemukakan rayuan ini. Bagi saya, saya mengambil satu pendirian yang terbuka, cuma ini adalah pemerhatian daripada sayalah. Ini adalah pemerhatian ataupun persuasive authority lah daripada saya bukannya finding authority tentang cara macam mana ia nya harus dilakukan. Kalau bagi saya, saya akan memastikan yang menandatangani seboleh-bolehnya lah orang yang ada kaitan secara langsung dengan insiden tersebut supaya ia nya menjadi lebih kuat dari segi hujah itu saja daripada saya. Ya, silakan Yang Berbahagia Setiausaha Dewan.
Tuan Speaker.
Yang Berhormat Hulu Kelang apa lagi?
Peraturan Mesyuarat 17(1).
Ya.
Tuan Speaker, saya telah mengemukakan pemberitahuan Usul di bawah Peraturan Tetap 17(1) bertarikh 4 Julai 2025. Dan pemberitahuan ini saya kemukakan pada jam 8.50 pagi pada 4 Julai 2025. Saya tidak akan membaca Usul yang saya kemukakan tetapi saya nak merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh Tuan Speaker pada pagi ini. Yang diletakkan di atas meja saya bahawa Tuan Speaker telah membuat keputusan untuk menolak Usul Hulu Kelang di bawah Peraturan Peruntukan Perkara 17(7). Memandangkan perkara yang dibangkitkan dalam cadangan Usul Hulu Kelang ini bertindih dengan penerangan daripada Menteri Besar. Saya tidak mahu melanjutkan perbahasan dengan perkara yang sama Tuan Speaker. Tetapi sekali lagi keputusan yang dibuat oleh Tuan Speaker mestilah bersandarkan kepada peraturan. Sekali lagi saya nak rujukkan Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Saya tidak pernah mempertikaikan bahawa Kerajaan Negeri ataupun Dato’ Menteri Besar mempunyai hak untuk memberikan penerangan di dalam Dewan. Kerana itu telah dijamin di dalam Peraturan Tetap Perkara 13. Cuma saya fikir Tuan Speaker juga sedia maklum penerangan daripada Menteri Besar jatuh dalam perkara 13(i). Manakala Usul Tergempar yang dibawa oleh seseorang Ahli Dewan Negeri berada jauh lebih atas daripada penerangan Menteri Besar. Ini membuktikan bahawa sifat Usul itu lebih kuat daripada penerangan yang diberikan oleh Dato’ Menteri Besar. Itu yang pertama. Maka saya berharap Tuan Speaker dapat memberikan pertimbangan di atas Usul ini. Ia nya tidak bertindih kerana sifatnya berbeza. Itu yang pertama. Yang kedua Tuan Speaker, saya tidak pasti sama ada Kerajaan Negeri mengambil serius masalah letupan ataupun tidak. Kerana Tuan Speaker, saya kemukakan Usul pada 4 Julai 2025 jam 8.50 pagi. Sebelum itu kita tak pernah dengan Kerajaan Negeri nak berikan penerangan ataupun nak bentang kertas putih. Bila Taman Medan kemukakan rayuan, saya kemukakan Usul, tiba-tiba jam 8.48 Kerajaan Negeri mengeluarkan satu pekeliling ingin memberikan
taklimat secara tertutup pada jam 4.30 petang pada hari ini. Ketika itu, kami terkejut mengapa nak dibuat taklimat tertutup sedangkan kita ada Sidang Dewan. Mengapa tidak dibentangkan dalam Sidang Dewan ini.
Yang Berhormat itu Yang Berhormat boleh tanya kepada Dato’ Menteri Besar nanti kemudian.
Baik. Saya nak bagitahu dia punya urutan sedikit. Jadi pada 8.48 malam setelah kami kemukakan Usul.
Yang Berhormat, masa tu kita dah habis setengah jam.
Ya betul. Kerajaan negeri nak buat taklimat. Hujung minggu kami bising menyerang Kerajaan Negeri mengapa nak buat taklimat. Akhirnya tiba-tiba hari ini bertukar aturan urusan mesyuarat dimasukkan penerangan daripada Menteri Besar berbeza dengan aturan mesyuarat yang dikeluarkan sebelum ini. Ada 2 aturan mesyuarat berbeza.
Yang Berhormat, saya...
Satu, tidak ada penerangan daripada Dato’ Menteri Besar makna tidak ada perancangan. Tiba-tiba pagi ini keluar satu lagi aturan mesyuarat, masukkan penerangan Dato’ Menteri Besar. Maka persoalan saya di mana kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri untuk membela mangsa-mangsa letupan saluran paip.
Itu Yang Berhormat, soalan itu adalah sebahagian daripada perbahasan yang mana Yang Berhormat tidak boleh sebut, tidak perlu sebut di sini.
Maknanya tidak serius dalam perkara ini. Saya hendak memberikan penerangan apakah Usul itu lebih kuat daripada penerangan.
Saya ingin memberi penjelasan kepada Yang Berhormat Hulu Kelang. Hulu Kelang sila duduk. Saya , soal itu Hulu Kelang hulurkan kepada Dato’ Menteri Besar nanti. Saya tidak boleh jawab. Saya tidak boleh jawab itu. Saya tidak boleh jawab itu kerana itu adalah soalan yang perlu dijawab oleh pihak Eksekutif nanti tetapi Yang Berhormat sila duduk.
Ya, Speaker boleh jawab ikut peraturan.
Saya ikut peraturan. Ikut peraturan. (SIDANG RIUH)
Taman Medan sila duduk. Ya, Seri Serdang.
Peraturan Mesyuarat 43 di baca bersama 44. Speaker dan Dewan Pengerusi Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab dalam pematuhan Peraturan-peraturan Tetap Dalam Dewan dan Jawatankuasa masing-masing dan keputusan berkenaan dengan apa-apa perkara. (SIDANG RIUH)
44 Pengerusi telah menarik perhatian dewan penilai kuasa terhadap kelakuan seorang ahli yang berdegil yang menyebutkan hujah nya sendiri ataupun hujahnya yang lain dalam suatu perbahasan boleh memerintahkan seorang itu boleh berhenti. Berhenti bercakap. (SIDANG RIUH)
Saya ambil maklum. Sila duduk. Morib, Taman Medan duduk..Duduk.. Duduk.. Sila duduk. Saya sekali lagi. Saya ingin memberi sedikit kuliah di sini. Seri Serdang duduk, Taman Medan duduk, Gombak Setia duduk. (SIDANG RIUH)
Ada banyak soalan sebenarnya. Saya ingin memberitahu kepada semua. Sekali lagi Peraturan Tetap Di Bawah Peruntukan 14(2) memberi kelebihan kepada pihak MMKN ataupun Eksekutif untuk menentukan agenda dan ini bukan sesuatu yang baru sebelum ini dan pastinya Hulu Kelang tahu, semasa pembentangan Belanjawan pada setiap kali bersidang itu kita akan menetapkan kerajaan selalunya di bawah YAB Dato’ Menteri Besar akan menetapkan supaya Rang Undang-Undang tersebut didahulukan. Rang Undang itu adalah di (m) supaya ia dibawa terus kepada selepas bermesyuarat speaker. Jadi itulah cara ia berfungsi. Jadi, itu bukan pun sesuatu yang terlalu pelik ataupun terlalu tidak diketahui orang ramai. Sebenarnya sesuatu yang telah pun digunakan. Itu sahaja daripada saya. Yang Berhormat Hulu Kelang cukuplah.
Ada dua perkara.
Apa lagi?
Saya setuju Kerajaan Negeri ada hak untuk mendahulukan mana-mana aturan.
Ya.
Tetapi Tuan Speaker ini perkara insiden yang berlaku pada 1 April 2025.
Saya teringat ada satu lagi perkara. Sebenarnya...
Ketika itu Seri Serdang pun tak muncul membela mangsa-mangsa.
Sebenarnya Yang Berhormat jangan berbahas. Kita bukan berbahas. Saya ingin menetapkan bahawa pada 3hb hari bulan Julai, duduk. Yang Berhormat duduk, duduk. Hulu Kelang duduk. Semua duduk. Lembah Jaya, Seri Setia, duduk, duduk, duduk. Hulu Kelang duduk. Saya ingat saya belum lagi habiskan jawapan saya tadi. Saya nak bagi tahu Yang Berhormat Hulu Kelang. Duduk, duduk sila duduk. Saya ingin memberitahu kepada..ya, duduk. Saya ingin memberitahu Hulu Kelang bahawa selepas sidang Pre Council 3hb Julai itu, Kerajaan melalui Dato’ Menteri Besar membuat keputusan untuk membuat penerangan dan taklimat. Ianya termasuk dua kali ganda perkara ini akan diperjelaskan kepada semua Ahli Yang Berhormat secara tertutup melalui taklimat itu berlaku di luar Dewan tetapi apa yang lebih penting ialah penerangan daripada Menteri Besar dan juga kuasa yang ada pada Kerajaan untuk mendahulukan sesuatu perkara itu supaya dapat didahulukan. Dan saya pastinya Yang Berhormat semua faham bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Pindaan Agama Pentadbiran Agama Islam juga mustahak dan perlu didahulukan. Saya harap perkara ini dapat dihayati oleh semua Ahli Yang Berhormat. Silakan Setiausaha Dewan. Soalan pertama.
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan urusan mesyuarat seterusnya membentangkan kertas-kertas mesyuarat.
Kertas Mesyuarat Bilangan 10 Tahun 2025 – Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2025.
Kertas Mesyuarat Bilangan 11 Tahun 2025 – Sijil Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2023, 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam.
Kertas Mesyuarat Bilangan 12 Tahun 2025 – Laporan Tahunan 2024 di bawah Sub Seksyen 3(1) Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011.
Kertas Mesyuarat Bilangan 13 Tahun 2025 – Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan PAC Bagi Dewan Negeri Selangor Ke-15 Tahun 2025 berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021, 2022 dan 2024.
Kertas Mesyuarat Bilangan 14 Tahun 2025 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor JP-ABAS berhubung Projek Pembangunan Datum Jelatek.
Kertas Mesyuarat Bilangan 15 Tahun 2025 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor JP-ABAS berhubung Kos Pengoperasian Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).
Kertas Mesyuarat Bilangan 16 Tahun 2025 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti JPK Infragro berhubung Isu Perancangan Strategik Mobiliti di Negeri Selangor.
Kertas Mesyuarat Bilangan 17 Tahun 2025 – Penyata Jawatankuasa PiIihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti JPK Infragro berhubung Projek Jajaran Rel Selangor dan Projek Pengangkutan Kargo di Kawasan Klang.
Kertas Mesyuarat Bilangan 18 Tahun 2025 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup (JPK Sejahtera) berhubung Skim Smart Sewa di Negeri Selangor.
Kertas Mesyuarat Bilangan 19 Tahun 2025 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup (JPK Sejahtera) berhubung Dasar Perumahan Negeri Selangor.
Kertas Mesyuarat Bilangan 20 Tahun 2025 – Maklum balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berhubung Pelaksanaan Program Skim Insurans Saham Selangor Insan dan Hala Tuju Masa Hadapannya.
Kertas Mesyuarat Bilangan 21 Tahun 2025 – Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957, Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK).
Kertas Mesyuarat Bilangan 22 Tahun 2025 – Laporan Tahunan 2024 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengan ini menjemput Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Kesihatan Mental PelajarQuestions
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah segera yang diambil oleh JPN Selangor bagi menangani isu kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan pelajar sepanjang sesi 2024/ 2025?
b)
Berapa jumlah kes pelajar berisiko tinggi?
c)
Adakah program intervensi dipanjangkan ke sekolah rendah?
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang telah bertanyakan mengenai pertamanya apakah langkah segera yang diambil oleh JPN Selangor bagi menangani isu kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan pelajar sepanjang sesi 2024 dan 2025. Keduanya, berapakah jumlah kes pelajar berisiko tinggi? Dan akhirnya, apakah program intervensi dipanjangkan ke sekolah rendah?
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sentiasa bersedia dan memberi keutamaan kepada isu-isu berkaitan dengan kesejahteraan emosi dan pelaksanaan program serta intervensi khususnya kepada murid-murid di Negeri Selangor. Program Minda Sihat dilaksanakan sebagai langkah pencegahan masalah emosi, memperkasa sosioemosi, menyokong kesejahteraan mental dan melaksanakan intervensi dalam membantu murid meningkatkan kemahiran gaya daya tindak dengan baik serta merujuk murid yang dikenal pasti kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul. Program ini bertemakan ‘Minda sihat, Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera’ bagi meningkatkan kesejahteraan warga institusi pendidikan tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan sosioemosi dan mental. Program mental sihat di sekolah dibahagikan kepada lima strategi iaitu promosi, saringan, intervensi, konsultansi dan rujukan. Pelbagai pendekatan dan kaedah yang telah dijalankan oleh guru bimbingan kaunseling di sekolah seperti poster sokongan pikososial, teknik
releksasi, latihan pernafasan, sudut ataupun lorong minda sihat, senaman energizer, pertandingan terbuka, saringan minda sihat, sesi kaunseling individu ataupun berkelompok, modul intervensi PRISMA iaitu konsultansi ibu bapa dan juga penjaga, rujukan kepada klinik ataupun hospital serta Program Bitara Minda khusus kepada calon peperiksaan awam SPM.
Dan seterusnya apabila kita bertanyakan tentang jumlah pelajar yang berisiko, berdasarkan analisis data saringan minda sihat murid sesi 2024 serta 2025 Negeri Selangor, menunjukkan tingkah laku psikososial negatif di kalangan murid dalam keadaan yang terkawal. Intervensi berfokus dan aktif dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid bagi kategori krisis dan khusus dengan tahap kemurungan murid diukur menggunakan instrumen Patient Health Questionnaire menunjukkan seramai 1,020 daripada 36,428 murid sekolah menengah yang telah disaring mempunyai tanda-tanda awal kategori berisiko tinggi. Ini mewakili sebanyak 2.8% daripada jumlah keseluruhan yang telah menjalani saringan dan apabila kita bincangkan tentang program intervensi, program intervensi memang telah dilaksanakan dan diperluas secara menyeluruh ke sekolah rendah khususnya melibatkan murid tahun 5 dan juga tahun 6. Dan hasrat utama daripada intervensi minda sihat yang dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran awal tentang kepentingan kesihatan mental serta membina daya tahan diri dalam kalangan murid. Dan fokus intervensi adalah kepada pembangunan emosi dan tingkah laku, aktiviti pencegahan awal, latihan pemerkasaan guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah iaitu Bengkel Kemahiran Intervensi Minda Sihat dan antara Intervensi Umum dan Amalan Gaya Hidup Sihat yang dijalankan adalah sesi bimbingan, teknik relaksasi, latihan pernafasan, senaman dan juga urutan bahu dan leher. Dan selain daripada itu, untuk makluman Yang Berhormat, terdapat juga Intervensi Khusus yang dijalankan dan antaranya adalah Sesi Kaunseling, Kenali Emosi, Kemahiran Gaya Daya Tindak, Tangani Stress 10B, Teknik Pernafasan, Mindfulness, Kawalan Marah, Penyelesaian Masalah, Berfikiran Positif dan Komunikasi Berkesan dan langkah ini diambil sebagai usaha pencegahan awal dan memperkukuhkan kesejahteraan mental murid dari peringkat asas bermula dari sekolah rendah. Sekian, terima kasih.
Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 2.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Dasar Ekonomi Penjagaan SelangorQuestions
2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan birokrasi untuk mendaftarkan pusat jagaan anak - anak di premis kediaman?
b)
Apakah kos minima yang perlu dibelanja oleh pemohon?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri prihatin dengan isu birokrasi yang dihadapi oleh pemohon untuk mendaftarkan pusat jagaan anak-anak di premis rumah kediaman. Antara isu-isu yang dihadapi oleh pemohon adalah proses permohonan yang panjang dan berlapis, kurang penyelarasan antara agensi-agensi dan keputusan kelulusan yang mengambil masa yang lama. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan (JKPPP) untuk menyemak dan menambah baik garis panduan berkaitan penubuhan pusat jagaan di Negeri Selangor termasuk mengurangkan karenah birokrasi.
JKPPP telah mengadakan mesyuarat dan sesi bengkel bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi teknikal yang terlibat dalam proses pendaftaran pusat jagaan dan taska. Berdasarkan perbincangan tersebut, antara cadangan untuk mengurangkan tempoh masa bagi satu-satu permohonan adalah melalui digitalisasi permohonan selaras dengan pelaksanaan inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam, penyelarasan antara PBT dan agensi teknikal bagi semakan dokumen secara dalam talian dan penambahbaikan syarat-syarat di dalam garis panduan. Penekanan juga diberikan agar PBT dan agensi teknikal meningkatkan kecekapan perkhidmatan dalam memudah cara permohonan pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak. Bagi soalan (b) berkaitan kos minima yang perlu dibelanja oleh pemohon, kadar bayaran fi penubuhan taska melibatkan tiga (3) aspek utama. Pertama, Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan. Kedua, Lesen Premis Perniagaan dan ketiga, Fi Pendaftaran. Kos minima keseluruhan yang perlu dibayar adalah berbeza-beza mengikut lokaliti Pihak Berkuasa Tempatan iaitu RM680.00 bagi Majlis Bandaraya, RM605.00 bagi Majlis Perbandaran dan RM555.00 bagi Majlis Daerah. Walau bagaimanapun, kos yang
disebutkan adalah tidak termasuk fi profesional perunding bagi penyediaan pelan kebenaran merancang dan pelan bangunan. Dimaklumkan.
Soalan tambahan.
Ya, silakan.
Saya mohon jawapan yang lebih lengkap pada soalan (b). Kos minima yang diperlukan oleh seorang pengusaha jika dimasukkan sekali dengan kos-kos fi profesional. Apakah kos yang perlu ditanggung oleh sesebuah pusat ini jika mereka hendak mendaftarkan?
Kos pelbagai disebabkan itu saya, kami mewujudkan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Pusat Penjagaan untuk menyeragamkan. Pun begitu kita mengetahui bahawa fi ataupun dari segi konsultasi jururunding itu adalah bergantung kepada usaha sama ada pihak pemohon ingin melakukannya sendiri. Sebagai contoh untuk permohonan permit bangunan di PBT, pelan setara MBSA untuk permit bangunan berharga RM50.00. MBSA meletakkan untuk fi proses bumbung sengkuap contohnya RM400.00 bagi 45 meter persegi. Jadi, disebabkan pelbagai tidak ada satu kos minima yang seragam. Inilah perkara yang kita sedang usahakan untuk menyeragamkan ataupun menambah baik dalam jawatankuasa penambahbaikan pusat penjagaan. Pun begitu saya kira dari segi fi yang dikenakan oleh JKM adalah seragam iaitu buku panduan dengan nilainya RM50.00 sahaja.
Soalan tambahan.
Ya, Kota Damansara.
Baik. Terima kasih kepada yang berhormat EXCO. Soalan saya berkenaan soalan 2 (a). Bilakah dijangka untuk kita dapat selesaikan berkenaan birokrasi yang dapat yang terbeban di kalangan pusat pendaftaran, pusat jagaan kanak-kanak? Sebab apa ada setengah-setengah kawasan itu kita maklum pusat jagaan kanak-kanak ini, dia kena buka dulu, operasi dulu dan JKM baru datang, semakan dan sebagainya. Jadi, dia akan menyukarkan kepada mereka untuk membuat secara legal. Kadang-kadang buat secara illegal ini lebih mudah daripada legal. Dah ada dorang buat, lepas tu dorang buat proses pendaftaran. Jadi tempoh masa 6 bulan sampai setahun belum dapat kelulusan. Dalam tempoh yang sama juga PBT datang saman dia orang juga. Berbanding dengan mereka yang illegal. Sebab kita nak pastikan dalam keadaan kita tak compromise isu keselamatan, tapi juga kita kena bagi satu garis panduan yang jelas dan tempoh masa yang cukup kepada mereka untuk mendaftar. Saya setuju juga dengan Bukit Gasing. Sebab apa, fee yang hidden. Hidden
fee ini sebenarnya yang lagi besar. Contohnya ambil consultant fee. Kadang-kadang sampai RM10,000.00 ke RM15,000.00. Consultant yang tidak menjanjikan boleh lulus pun. Yang menyebabkan kadang-kadaag mereka memilih untuk tidak berdaftar. Jadi saya minta Yang Berhormat EXCO untuk jawab soalan saya yang tadi.
Terima kasih Kota Damansara. Dalam perancangan kami, Julai, sebenarnya untuk kita selaraskan dan rasmikan garis panduan yang seragam. Di antara semua 12 PBT. Pun begitu, sekiranya melalui inisiatif Kerajaan Negeri dengan mewujudkan geran Pusat Penjagaan yang telah kami buka dengan geran terkumpul RM400,000.00 di mana kita berikan untuk bantu mana taska-taska atau operator-operator yang telah mengusahakan secara illegal. Tapi kita bukan bersifat menghukum. Tapi lebih kepada out reach mereka dengan menawarkan geran untuk memudahcarakan mereka mendaftar. Mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui info yang pasti tentang bayaran-bayaran atau pun yang kedua adalah, mereka terpaksa beroperasi terlebih dahulu disebabkan karenah birokrasi. Jadi di pihak Kerajaan Negeri, RM400,000.00 yang kita sediakan itu menerima permohonan yang banyak daripada operator-operator dan kita melalui satu proses, dua proses, iaitu jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa penilai untuk meluluskan bantuan tersebut. Pun begitu, jawatankuasa penilai, penambahbaikan pusat penjagaan ini akan meluncurkan garis panduan itu, jangkakannya pada bulan Julai ini.
Hulu Kelang.
Saya minta Yang Berhormat EXCO beri penerangan soalan nombor 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Peruntukan Untuk Membaiki Dan Menyenggara Unit Program Perumahan Rakyat (PPR)Questions
3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Dalam tempoh 2019 hingga 2023, LPHS diluluskan peruntukan RM12.9 juta untuk melaksanakan kerja pembaikan dan penyenggaraan di 3 kawasan PPR. Malangnya, hanya 61% atau RM7.88 juta dibelanjakan sedangkan terdapat 185 unit kosong yang belum dibaik pulih. Apa tindakan kerajaan?
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang bertanyakan tentang tempoh 2019 sehingga 2023. Di mana LPHS luluskan untuk peruntukan 12.9 juta untuk melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan bagi 3 PPR. Malangnya hanya 61% daripada 7.88 juta yang dibelanjakan. Sedangkan terdapat 185 unit kosong yang masih lagi belum dibaikpulih. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, status perbelanjaan hanya 61% atau pun 7.88 juta dibelanjakan bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bagi ketiga-tiga PPR. Iaitu pada 2019 hingga 2023 adalah disebabkan dua faktor. Yang pertama, iaitu penjimatan perbelanjaan iaitu nilai kerja melalui proses harga atau tender yang ditawarkan itu lebih rendah. Dan ini kompetitif dengan anggaran harga yang kita dapat jadi penjimatan. Yang kedua, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkaitan berkuatkuasa pada 320 hari. Sepanjang tahun 2021 dan telah menyebabkan beberapa projek yang dilancarkan tidak dapat dilaksanakan. Dan dalam tempoh PKP diluluskan peruntukan merupakan tahun semasa dan perbelanjaan tidak dapat dilaksanakan dalam masa tempoh 320 hari itu memerlukan proses. Walau bagaimanapun pada tahun 2023 jumlah yang dibelanjakan meningkat kepada 8.2 juta. Itu berkenaan dengan kerja-kerja pembaikan bagi 150 unit kosong di ketiga-tiga PPR. Statusnya iaitu, PPR Kampung Baru HICOM, jumlah unit 42. Yang telah diperbaiki 36 unit, baki 6 unit. PPR Kota Damansara, 65 unit. Telah dibaiki 51 unit dan tinggal 14 unit. PPR Serendah 78 unit dan yang telah dibaiki 69 unit. Jadi balance yang belum lagi diperbaiki hanya 27 unit. Dan daripada 156 yang telah dibaiki, 27 unit dalam proses dan dijangka siap pada Oktober 2025 tahun ini. Dan seterusnya, proses pengisian dan juga perlaksanaan, Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan komited untuk memastikan rumah rakyat khususnya program PPR ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. Terima kasih Yang Berhormat.
Meru. Silakan Meru.
Soalan saya nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Kes Pelanggaran Perintah NafkahQuestions
4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah aduan pelanggaran perintah nafkah yang diterima di Selangor?
b)
Berapakah kes pelanggaran perintah nafkah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah? Berapa kes berjaya diselesaikan?
c)
Apakah usaha untuk menambah baik undang-undang di negeri supaya tindakan lebih tegas diambil terhadap kes culas membayar nafkah?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Meru. Soalan Meru berkenaan berapakah aduan pelanggaran perintah nafkah telah diterima oleh Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Selangor. Untuk aduan pelanggaran perintah nafkah sebanyak 1189 aduan pelanggaran perintah nafkah telah diterima oleh Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Selangor sejak tahun 2022 sehingga 31 Mei 2025 yang diperincikan seperti berikut. 2022, 332. 2023, 391. 2024, 422. Dan untuk tahun 2025, setakat 31 Mei 2025 hanya 44 aduan sahaja yang baru diterima. Untuk bahagian (b), berapakah kes pelanggaran perintah nafkah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dan berapa kes berjaya diselesaikan? Berdasarkan semakan ke atas sistem e-syariah, kes-kes berkaitan pelanggaran perintah nafkah yang direkodkan dan diselesaikan adalah seperti berikut : tahun 2023, jumlah kendaftaran kes 479 dan yang selesai 425. Menjadikan peratusan selesai 89%. Bagi tahun 2025, jumlah pendaftaran kes 427 dan jumlah yang selesai, 305. Peratus penyelesaian 71%. Pada tahun 2025, Setakat 31/5/2025, jumlah kendaftaran kes 193 dan yang baru diselesai hanyalah 47 kes. Jadi jumlah keseluruahan dari 2023 hingga 31/5/2025 adalah 1099 yang didaftarkan dan yang diselesaikan adalah sebanyak 777. Menjadikan peratus penyelesaian keseluruhan pada kadar 71% ke semuanya.
Untuk bahagian (c), Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memperkukuh dan menambah baik perundangan Syariah, khususnya dalam isu nafkah bagi memastikan hak wanita dan anak-anak selepas perceraian terus terbela. Di antara usaha yang sedang dan telah diambil adalah seperti berikut. Yang pertama Kajian Semula dan Pindaan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor. JAKESS bersama JAIS serta Sektor Undang-Undang, Majlis Agama Islam Selangor sedang dalam usaha meneliti dan mencadangkan pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 bagi memperkemas peruntukan berkaitan penguatkuasaan perintah nafkah. Dalam usaha menambah baik peruntukan undang-undang tersebut, proses pindaan tidak dilakukan secara bersendirian oleh satu agensi sahaja sebaliknya ia melibatkan kerjasama erat pelbagai pihak berkepentingan termasuk ahli akademik dan pakar perundangan syariah daripada institusi pengajian tinggi juga. Melalui sesi libat urus, bengkel teknikal, forum awam serta kajian impak undang-undang, semua pandangan dan pengalaman praktikal dari pelbagai sudut diambil kira bagi memastikan pindaan yang dirangka benar-benar berkesan, menyeluruh dan berdaya laksana. Pendekatan ini juga menjamin bahawa undang-undang yang digubal adalah adil dan
menepati keperluan semasa masyarakat Islam di Selangor. Yang kedua adalah cadangan Kerjasama anatar agensi. Kerajaan negeri melalui Jabatan Kehakiman Syariah Selangor juga sedang merangka peluang kerjasama strategik bersama agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan institusi kewangan bagi membantu proses pengesanan dan penyitaan aset pihak yang ingkar perintah nafkah. Ketiga, Pemilihan mekanisme penguatkuasaan yang lebih efisien. Pemilihan mekanisme yang tepat dan efisien oleh pihak yang menuntut nafkah khususnya bekas isteri atau penjaga anak adalah antara faktor penting dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan perintah nafkah. Kegagalan memilih saluran atau mekanisme yang sesuai boleh menyebabkan kelewatan, kekeliruan dan akhirnya menjejaskan hak penerima nafkah. Perintah penguatkuasaan seperti perintah tahanan pendapatan, hiwalah (garnishment order) dengan izin, atau penyitaan dan penjualan harta pihak yang ingkar nafkah adalah merupakan contoh kesan daripada permohonan mekanisme yang lebih tepat, praktikal dan memberi impak langsung berbanding proses komital yang bersifat hukuman semata-mata kerana melibatkan pemenjaraan namun tidak membawa manfaat kewangan langsung kepada pihak yang menuntut. Bagi tujuan ini, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor sentiasa proaktif dalam mendidik masyarakat agar memahami serta memilih saluran atau mekanisme yang paling sesuai bagi menuntut atau menguatkuasakan hak mereka. Penganjuran program literasi undang-undang dan seminar kesedaran secara berkala dan dilaksanakan saban tahun merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam memberikan pendedahan yang mencukupi sekaligus meningkatkan kadar kejayaan pelaksanaan perintah nafkah. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Permatang.
Terima kasih YB EXCO atas penerangan. Jadi kalau kita lihat dengan penahanan, pemotongan, senang cerita pemotongan gaji daripada pihak suami yang culas membayar nafkah, kita semua rata-rata tahu sebenarnya banyak perintah ini telah diputuskan di dalam Mahkamah-mahkamah tapi sayangnya perlaksanaannya agak kurang. Atau senang kita kata, perlaksanaannya kurang berkesan di Selangor. Ini adalah kerana, untuk mendapatkan perintah, walaupun kita dah dapat perintah tadi, pihak ibu atau penjaga tadi terpaksa pula untuk mendapatkan court (dengan izin) court order juga untuk mendapat arahan atau perintah mahkamah kepada majikan tadi. Saya kira ini adalah satu punca utama ataupun beban kepada pihak ibu tadi. Jadi adakah kerajaan negeri bercadang untuk menggubal ataupun membuat enakmen yang sedia ada ni. Untuk kita adakan seperti contoh garnishment order di dalam mahkamah Enakmen Syariah Selangor untuk membantu ibu-ibu ni atau
pun membela ibu-ibu yang tidak tahu atau pun senang, mudah kata, adakah kita bersedia untuk memberi satu platform untuk memberi ibu-ibu ini satu automatik deduction daripada gaji sang suami ni tadi setelah mendapat perintah mahkamah. Itu Sahaja
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Kita ini, wanita, ibu tunggal, ibu tinggal, kita jaga semua. Saya dah sebut tadi Kerajaan Negeri memang dapat proses untuk memastikan untuk membuat pindaan kepada Enakmen Undang-undang Islam sewal tahun 2026 dengan meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap perintah-perintah nafkah yang disebut tadi. Isu dia, kalau yang berkerja dengan syarikat tu sepatutnya lebih mudah. Lebih-lebih lagi kalau agensi-agensi kerajaan pun lebih mudah sebab di bawah kita. Yang jadi masalah sikit tu kadang-kadang adalah bapa-bapa yang bekerja sendiri. Biasalah la kan. Bumiputera bila dan kaya, kereta baru, rumah baru, bini baru. Ini yang jadi masalah, sebab syarikat dia sendiri. Tapi peruntukan sedang kita teliti untuk kita pastikan kebajikan ibu-ibu kita dan wanita kita dijaga dengan sebaiknya. Terima kasih.
Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 5.
Terima kasih. Assalamualaikum Wahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Terima kasih Tuan Speaker. Yang berhormat bertanyakan tentang status perlaksanaan projek Tebatan Banjir di kawasan Dusun Tua Hulu Langat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM36,000,000.00 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor manakala dibawah Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM512 juta kepada JPS Malaysia untuk melaksanakan projek mitigasi banjir seperti berikut. Yang pertama adalah berhubung dengan Projek Tebatan Banjir di Sungai Rinching, yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf ban dan juga kerja-kerja menaik taraf sistem saliran sebanyak 26 juta telah siap dalam reka bentuknya dan sekarang daplam proses penyediaan dokumen tender dan dalam proses pengambilan tanah. Proses ini akan mengambil masa. Ia akan mula dilaksanakan selepas selesai proses pengambilan tanah yang sednag berlangsung sekarang. Yang kedua adalah Projek Tebatan Banjir di Kampung Batu 10, Mukim Cheras. Ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran dan juga kerja-kerja pemasangan pam bernilai 10 juta ringgit. Ini juga dalam proses penyediaan dokumen tender. Dokumen dah siap. Ia dalam proses pengambilan tanah juga. Akan sama juga, serentak dengan projek tadi. Akan selesai tahun depan akan bermula setelah selesai urusan pengambilan tanah. Untuk yang di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan iaitu pelaksaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2,
Selangor - Pakej 1 yang melibatkan Daerah Hulu Langat bernilah 512 juta yang telah dalam peringkat pelaksanaan reka bentuk terperinci. Ini sedang dilaksanakan. Sedang direka bentuk. Dah selesai, dia kena ada proses pula untuk pengambilan tanah dan pengalihan utiliti. Kawasan ini, projek ini adalah besar dan melibatkan Bandar Kajang, Kampung Sungai Serai, Kampung Sungai Lui, Kampung Dusun Tua Nading, Taman Sri Jelok dan Sungai Kantan. Ini luas kawasan coveragenya yang melibatkan kerja-kerja pendalaman sungai, pembinaan ban, juga kawalan pintu air, komponen pam dan sebagainya juga jambatan-jambatan dan kolam takungan banjir. Dia sangat besar projek ini dan kita akan, kalau selesai reka bentuk ini kita ikuti dengan pengambilan tanah dia akan bermula pembinaan fizikalnya pada 2027. Pada bahagian B jawapan soalan bahagian B, ini kerja-kerja adakah ada kerja-kerja naik taraf yang dah siap. Kerja naik taraf tidak ada yang lagi semua dalam proses pembinaan tetapi kerja-kerja penyelenggaraan itu pula sedang berlaku secara berkala termasuklah pembersihan di Sungai Langat, Batu 15 hingga Batu 18 dan Sungai Tekali. Penyelenggaraan pembersihan sungai di kampung Sungai Serai dan juga pembersihan di semua saliran parit utama di kawasan Hulu Langat yang terlibat di Sungai Serai dan juga di Sungai Parit Utama di Kampung Dusun Tua, seberang. Jadi ini antara kerja-kerja yang akan dibuat dan untuk maklumat juga pada Yang Berhormat kita telah meneliti di bawah pejabat saya dan meneliti kerja-kerja tebatan banjir ini dan kita dapati kerja-kerja ini memang bersifat kalau dilihat ni, adalah bersifat jangka panjang. Jadi, untuk tujuan itu, sebagaimana saya sebut dalam Dewan sebelum ini, kita mengambil juga langkah quick win ataupun langkah-langkah segera dan langkah sederhana. Quick win ini makna kita nak siapkan kerja-kerja bagi mengurangkan kesan banjir ini sebelum menjelang musim monsun yang akan datang. Ini pada hujung tahun ini. Itu kita telah mula laksanakan dalam lawatan kerja saya ke Majlis Bandaraya Diraja Klang, dah selesai, Majlis Bandaraya Shah Alam, dah. Yang ketiga ialah Majlis Bandaraya Subang Jaya telah, tiga tempat ini telah saya lawati, panjang perbincangannya dan kita telah rumus dan dapat kelulusan pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pun dah lulus untuk pelaksanaan quick win ini dan juga langkah sederhana yang lebih daripada enam bulan ini langkah-langkah sederhana. Sebab yang saya cerita yang tadi semua tu ialah lebih pada jangka panjang. Jadi, itu sedang ini dan InsyaAllah selepas ini ialah Kuala Selangor, majlis. Saya ikut prioriti yang mana kawasan banjir yang serius dulu. Jadi kita lepas ni Kuala Selangor diikuti dengan Kajang. Itu kita akan teliti apa langkah-langkah segera yang kita boleh buat quick win ini bagi di Hulu Langat selepas sidang Dewan yang akan datang, Dewan ini. InsyaAllah, terima kasih.
Dusun Tua.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Penggal yang lepas, Yang Berhormat EXCO ada maklumkan ada dua, fasal tadi Yang
Berhormat EXCO maklumkan untuk peruntukan state, Sungai Rinching dan juga Batu 10. Sebelum itu dimaklumkan Batu 16 lebih kurang dalam 10 juta tapi Yang Berhormat tak masukkan Batu 16, Dusun Tua. Ialah Batu 10 ada sebut, Riching ada sebut, ada masa yang last Dewan, saya ambil note Batu 16 Dusun Tua sebanyak 10 juta juga tapi Yang Berhormat tak sebut tu tetap mungkin boleh respons bila jangkanya dan saya harap isu banjir juga saya tak pasti tempat lain pun sama banjir tapi boleh dikatakan setiap minggu atau setiap bulan bila hujan sahaja Dusun Tua ni teruk. Kalau boleh saya request Yang Berhormat untuk beri prioriti untuk turun ke MPKJ.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan take note tadi yang Batu 16 tadi saya akan semak. Cuma saya nak sebut sini bahawa aspek sebagaimana saya selalu sebut dalam Dewan, pelaksanaan projek tebatan banjir ini bukan boleh dibuat segera sebab prosesnya panjang, reka bentuknya, hidraulik design dan teknologinya, kemudian isu pengambilan tanah pula. Lagi satu saya dapati baru ni bila saya turun ke di Majlis Bandaraya Shah Alam di kawasan Paya Jaras, saya terkejut melihat tanah-tanah lot ni, sungai ni dimiliki ada tanah lot. Saya terkejut. Ini berlaku dah lama lah ceritanya. Tapi maksud dia nak masuk pun tak boleh, kita nak buat binaan ban pun tak boleh sebab apa kena buat pengambilan tanah dulu. Tuan tanah malah bersedia dia kata kami tak apa banjir tak apa asalkan kami tetap selesai dulu pengurusan pengambilan tanah. Ini satu perkara yang memang sangat memberi kesan kepada rakyat dan kita cuba sedaya upaya untuk buat pengambilan dan mungkin makan masa pengambilan tanah dan sebagainya. Lagi satu yang selalu mengganggu ialah pengalihan utiliti. Ini lagi satu yang menjadi, bukan senang melihat kaedah bagaimana nak menguruskan pengalihan utiliti ini dan juga isu pengambilan tanah ini sebab dibuat dengan lebih cepat. Dan saya akan beri perhatian. Sebab itu kita masuk quick win ini, yang langkah segera ini sebab apa kita lihat bahawa nak tunggu yang projek besar ni dia makan masa sementara itu apa yang kita boleh buat untuk nak kurangkan kesan banjir ini. Ini yang kita masuk buat quick win ataupun langkah segera ini dan langkah sederhana bagi penyelesaian segera. Ini pun Kerajaan Negeri bila kita lepas libat urus tu kita bentang terus dalam MMKN, dalam MTES, terus lulus. Sebab keutamaan kita beri kepada penyelesaian isu-isu banjir di Negeri Selangor ini. Terima kasih.
Paya Jaras.
Soalan saya nombor 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Pemerkasaan Tanah Rizab Melayu Di Daerah PetalingQuestions
6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah terkini kawasan Tanah Rizab Melayu di Daerah Petaling? b) Berapakah jumlah Tanah Rizab Melayu yang belum diganti semula di Daerah Petaling? c) Bilakah penggantian Tanah Rizab Melayu di Daerah Petaling dijangka selesai?
Terima kasih Paya Jaras atas soalan beliau berkenaan dengan tanah rizab Melayu di Daerah Petaling. Jumlah keseluruhan Tanah Rizab Melayu di dalam Daerah Petaling adalah seluas 2,746.63 ekar. Maklumat lengkap Tanah Rizab Melayu adalah seperti berikut. Yang pertama, Sungai Plong, Sungai Buloh dalam Mukim Sungai Buloh nombor wartanya G.N 2008 diwartakan pada 1917 dengan jumlah keluasan 486 ekar. Kuyow, Daerah Petaling, laluan Mukim Petaling, G.N 4832 telah diwartakan pada 1920, 685 ekar. Sungai Buloh, dalam Mukim Sungai Buloh, G.N 8015, 1931 seluas 1,325 ekar. Subang, Sungai Buloh, G.N 4606 diwartakan pada 1933 dan jumlah keluasannya 189 ekar. Sungai Way, Damansara G.N 778 diwartakan pada 1981, 9.13 ekar. Sungai Buloh Kampung Betik iaitu dalam Mukim Sungai Buloh, G.N 233 pada tahun 1990 seluas 44.5 ekar. Pinggiran Subang, Sungai Buloh dalam mukimnya wartanya ialah nombor 1084 pada tahun 2024 ataupun 2024 seluas 2.22 ekar. Bukit Cerakah, Bukit Raja nombor wartanya adalah 1856 dan nombor warta Negeri adalah 1710, ada dua warta pada tahun 2024 atau 2024 seluas 5.78 ekar. Jadi jumlah keseluruhan 2,746.63 ekar. Tanah Rizab Melayu yang masih belum diganti adalah seluas 84.05 Ekar iaitu melibatkan Tanah Rizab Melayu Sungai Way yang telah terlibat dalam pembatalan sebahagian pada 13 November 1985 melalui Gazzete 1721. Sehingga kini Tanah Rizab Melayu Sungai Way telah digantikan secara berfasa diatas tanah Kerajaan seluas 42.83 ekar daripada keseluruhan 84 yang dibatalkan telah diganti 42.83 ekar di sekitar Daerah Petaling. Manakala baki luas 41.22 ekar akan digantikan di Daerah Gombak. Penggantian Tanah Rizab Melayu Sungai Way dijangka akan diselesaikan pada penghujung tahun 2025.
Untuk makluman Yang Berhormat, dari melalui dasar-dasar terkini Kerajaan Negeri khususnya selepas tahun 2015, dan ada dua warta sebenarnya, pada tahun 2001 dan 2015, dasarnya ialah menggantikan dengan segera ataupun bersekali dengan pembatalan-pembatalan yang dibuat. Sebab itu kita lihat sebahagian yang belum
digantikan adalah penggantian-penggantian lama dah rekodnya di Daerah Petaling ialah pada tahun 1985 yang masih lagi satu per dua belum diselesaikan dan dijangka akan diselesaikan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Petaling dengan bantuan PTGS ataupun Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Paya Jaras.
Berkaitan dengan penggantian tanah, saya nak mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri Besar. Adakah tanah ini boleh diganti berdasar pada keluasan sahaja ataupun dengan nilai tanah itu. Sebagai contoh, kalau tanah di Sunway harga dia mungkin satu ekar mungkin cecah dua tiga juta menggantikan kawasan yang berbeza ataupun memang diambil kira kepada penggantian itu berdasarkan kepada dua-dua faktor ini. Terima kasih.
Fasa kita yang telah ditetapkan pada tahun 2015 dan 16, penggantian berdasarkan dua faktor, pertama keluasan dan juga value. Jadi, maknanya keluasan yang digantikan itu memang selalunya melebihi daripada pembatalan-pembatalan kerana kita juga mengambil kira tentang nilaian yang telah ditetapkan untuk mendapat nilai yang aqurate ataupun yang tepat terhadap penggantian-penggantian tersebut, kadang-kadang ada sedikit perubahan ataupun ada sedikit kekurangan dan sedikit kelebihan. Tetapi dasar kita memang kita akan gantikan jumlahnya yang lebih. Kalau kita ambil 4 ekar, biasanya akan digantikan 4.5 ekar ataupun hingga tahap 6 ataupun 7 ekar. Ini memang dasar yang secara lazim dilaksanakan kerana kita juga mengambil kira faktor value dan tuntutan-tuntutan pembangunan dan juga demi untuk protect kepentingan bumiputera di dalam sebagaimana yang tertakluk di dalam constitution ataupun perlembagaan Negeri dan juga Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Batu Tiga.
Tuan Speaker, saya ingin bertanya soalan tambahan. Disebut tadi kita akan menggunakan dua kaedah dari sudut saiz dan juga sudut nilaian. Pertamanya, apakah prioriti sebenarnya yang kita tetapkan dalam sudut kita membuat pengambilan tanah. Contoh, kalau kita sebut tentang
banjir disebut oleh Pandan Indah tadi, ada kawasan yang termasuk dengan kawasan rizab sungai dan sebagainya, tetapi duduk atas lot individu. So, apakah prioriti yang kita tetapkan yang pertama. Keduanya adakah ada cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk mewartakan tanah rizab baharu pada masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih. Prioriti-prioriti untuk pembatalan suatu warta tanah-tanah rizab Melayu biasanya kita utamakan terhadap projek-projek kerajaan sebahagian daripada projek seperti pembinaan loji rawatan air Sungai Rasau, kita membatalkan beberapa plot. WCE, West Cost Expressway sebagai contoh juga melakukan beberapa pembatalan. ECRL dan juga jajaran-jaran rel yang telah ditetapkan juga melibatkan beberapa pembatalan. Prioriti pertama ialah melibatkan projek-projek kerajaan dan projek-projek infrastruktur yang memerlukan dan sangat strategik untuk kita laksanakan. Yang kedua, dalam kes yang berlaku di Sungai Way tahun-tahun tersebut, kita telah membatalkan kawasan tersebut untuk membina sebagai kawasan pembangunan baru ataupun sebagai satu pembangunan strategik seperti pembangunan kawasan perindustrian di Sungai Way dan sebagainya. Dan itu memerlukan pembatalan tetapi penggantiannya agak perlahan khususnya selepas tahun 80-an, tahun 90-an, hanya 2024 kita mula menggantikan selepas kita meneliti balik beberapa data dan dokumen atas teguran-teguran yang dibuat oleh pihak Audit Negara sebagai contoh. Yang ketiga, sudah pasti ia juga melibatkan kepada urusan-urusan yang strategik dan urusan-urusan pembangunan negara ke arah untuk menjadikan satu pembangunan tertentu yang dicadangkan oleh pihak-pihak swasta dan itu adalah prioriti yang paling last kita tetapkan kalau ada swasta melihat ingin membangunkan tetapi pembangunan itu adalah inisiatif mereka sendiri melibatkan tanah rizab Melayu yang perlu diambil alih ataupun dibeli oleh pihak mereka dan itulah pihak kerajaan akan mempertimbangkan. So, tiga kriteria itu biasanya kita tetapkan projek kerajaan sebagai prioriti list dan sebahagian besar daripada apa yang kita ganti-gantikan itu adalah melibatkan tanah-tanah yang melibatkan projek infrastruktur kerajaan. Terima kasih.
Selat Klang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Ketegangan Perdagangan Dunia Dan Pelaburan Asing NegeriQuestions
7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengekalkan Selangor sebagai destinasi pelaburan asing langsung (FDI) yang kompetitif, terutamanya di sektor pelabuhan dan kawasan perindustrian?
Tuan Speaker, antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha mengekalkan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan asing langsung ataupun FDI yang kompetitif, terutamanya di sektor pelabuhan dan kawasan perindustrian adalah seperti berikut. Pembangunan Infrastruktur Strategik. Yang pertamanya, Projek Pembangunan Laluan Rel Pantai Timur ataupun lebih dikenali sebagai ECRL. Ia merupakan inisiatif penting hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuhkan ekosistem logistik di Selangor secara menyeluruh. Infrastruktur rel ini akan memberikan kelebihan strategik kepada pelabur asing dengan memudahkan pergerakan barangan dari kawasan perindustrian ke pelabuhan secara lebih cekap, pantas, dan kos efektif. Keupayaan integrasi jajaran rel ini dengan pelabuhan utama seperti Westports dan Northport akan meningkatkan lagi daya tarikan Selangor sebagai hab logistik serantau.
Kedua, Kerajaan Negeri Selangor telah membangunkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu ataupun Malaysia Semiconductor IC Design Park di PFCC Puchong sebagai satu inisiatif strategik untuk menjadikan Selangor satu, sebagai negeri peneraju industri semikonduktor di Malaysia. Dalam tempoh hanya tujuh bulan sejak pelancarannya, pada Ogos 2024, Malaysia Semiconductor IC Design Park telah mencatatkan pencapaian berikut, mencapai kapasiti penuh, menempatkan 12 syarikat semikonduktor dan tujuh rakan ekosistem.
Ketiga, projek Selangor Aeropark @ KLIA Aeropolis yang berkeluasan kira-kira 600 ekar bagi fasa permulaan akan dibangunkan secara berfasa dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak 2.3 bilion ringgit. Selangor Aeropark merupakan sebahagian daripada pelan tindakan industri aeroangkasa Malaysia 2030 dan dijangka dapat memacu sasaran national tahunan dalam mewujudkan lebih 32,000 pekerjaan
menjelang tahun 2030. Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan perindustrian baru dan naiktaraf kawasan perindustrian sedia ada.
Pertama, menggalakkan pembangunan kawasan-kawasan industri yang berkonsepkan manage industrial park (MIP) bagi menyediakan ekosistem pelaburan yang kondusif. Kedua, mesyuarat Industry Park Management Community (IPMC) diadakan suku tahunan oleh PBT untuk menyelesaikan isu infrastruktur dan kemudahan di kawasan perindustrian. Ketiga, penawaran kawasan industri baru dan pembangunan kemudahan pusat penggudangan dan logistik di Klang dan Shah Alam menambah nilai kepada pelabur.
Seterusnya, inisiatif dan program galakan pelaburan. Pertama, memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Selangor Investor Soft Landing Incentive dan Selangor Lab Partnership Programe. Bagi menyediakan kemudahan dan khidmat sokongan pelaburan yang diperlukan oleh pelabur serta membantu mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pelaburan yang dirancang. Kedua, inisiatif Speed Selangor diperkenalkan bagi mempercepatkan tempoh kelulusan projek-projek pembangunan di negeri Selangor bagi mempermudah urusan pelaburan atau tatacara perniagaan ataupun (Ease of Doing Business) di Negeri Selangor.
Ketiga, Mesyuarat Penyelarasan Projek diadakan secara berkala untuk memantau dan menyelesaikan isu secara proaktif. Kerajaan negeri ada juga menganjurkan pelbagai program promosi dan jaringan antarabangsa. Pertama, penganjuran Misi Perdagangan dan Pelaburan serta jalinan kerjasama dengan Dewan perniagaan dalam dan luar negara.
Kedua, fokus pelaburan kepada sektor utama sains hayat, F&B, A&E, Aeroangkasa serta mesin dan peralatan. Ketiga, bagi sektor perkhidmatan tumpuan kepada logistik perkhidmatan data seperti global business services, data center dan teknologi kandungan kreatif. Keempat, promosi antarabangsa menerusi program seperti Selangor Internation Business Summit dan Selangor Aviation Show.
Akhir sekali adalah pengukuhan modal insan dan teknologi iaitu kerjasama dengan IPT Awam dan swasta dalam penyediaan tenaga kerja yang mahir untuk sektor logistik dan pengundangan. Yang kedua penubuhan pusat latihan seperti UNISEL dan STDC untuk TVET dalam dan progam Upskilling selaras dengan keperluan industri 4.0. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat tentang jawapan untuk pembangunan ekonomi di Selangor, tapi sikit soalan yang saya nak tujukan ialah apakah kesan tarif yang telah diwar-warkan oleh Donald Trump tentang
tentulah apabila tarif ini dikenakan tentulah perbelanjaan akan bertambah untuk membangunkan semua industri yang Yang Berhormat sebut tadi, terima kasih.
Soalan pukul itu adalah apakah langkah-langkah diambil oleh kerajaan negeri dalam mengekal Selangor sebagai FTI yang kompetitif terutamanya di sektor pelabuhan dan juga kawasan perindustrian. Saya rasa saya dah cover kedua-dua sektor yang dimaksudkan Yang Berhormat Selat Klang tadi. Tapi tentang tarif, saya rasa ada satu soalan lagi daripada Yang Berhormat Selat Klang, yang itu saya akan jawab semasa sampai giliran soalan tersebut. Terima kasih.
Sentosa.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 8.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Pembangunan EkonomiQuestions
8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Strategi dan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan di Bandar Sentosa oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu, mempromosikan Bandar Sentosa sebagai pusat perniagaan dan pelaburan yang menarik.
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli Dewan, jawab soalan nombor 8. Dalam meluluskan pelan-pelan pemajuan, kerajaan negeri menerusi pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang akan menyediakan rezab-rezab kemudahan gerai dan penjaja untuk memastikan peniaga kecil berpeluang untuk berniaga dan memperolehi pendapatan. Terdapat rezab-rezab gerai dan penjaja di kawasan Bandar Sentosa yang dalam peringkat cadangan dan telah dilaksanakan seperti di Jalan Dato Yusuf Shahbudin 29A. Lokasi Bandar Sentosa terletak di Blok Perancangan 5 (BP5) yang mempunyai zon guna tanah seperti perumahan, perniagaan, perindustrian, institusi & kemudahan masyarakat, tanah lapang & rekreasi, infrastruktur & utiliti, pengangkutan, pertanian dan hutan.
Terdapat perusahaan kecil & sederhana seperti jualan kapit crunchy di Jalan Dato Abdul Hamid 24, Taman Sentosa. Antara sokongan kepada perusahaan kecil & sederhana di Bandar Sentosa adalah seperti berikut, pertama kemudahsampaian melalui Jalan Kebun, Jalan Sungai Jati, Jalan Raja Nong, Jalan Kebun Nenas dan Persiaran Puteri. Kedua, akses bas Smart Selangor serta pengangkutan awam. Ketiga, penyediaan pelan induk Bandar Sentosa dengan mengambil kira penyediaan kemudahan awam dan masyarakat yang terancang dan terakhir pelan-pelan pembangunan yang mematuhi garis panduan dan keperluan penduduk setempat.
Subang Jaya.
Soalan Subang Jaya nombor 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Parking Di Kawasan Transport Oriented Development (TOD)Questions
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan rasional kenaikan ratio bilangan parking kepada unit pangsapuri perkhidmatan daripada 1:1 kepada 1:2 menggunakan sistem tandem dalam kawasan Transport Oriented Development.
b)
Adakah konsep pembangunan TOD masih relevan jika penghuni di sekitar digalakkan menggunakan kereta?
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Subang Jaya. Berdasarkan dasar perancangan pembangunan berorientasikan transit ataupun TOD Negeri Selangor yang diterbitkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor, Transit Oriental Development digariskan sebagai pembangunan berintensiti tinggi dan bercampur guna yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui integrasi jaringan rel dan perhubungan pejalan kaki, pengurangan tempat letak kenderaan bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam juga merupakan prinsip asas pembangunan TOD.
Namun berdasarkan analisis permintaan semasa, kerajaan sedang dalam pertimbangan untuk mengkaji kesesuaian penambahan kapasiti tempat letak kereta di dalam pembangunan TOD. Walau bagaimanapun, cadangan ini akan mengutamakan prinsip asas pembangunan TOD agar matlamat pembangunan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dengan permintaan pasaran dapat diimbangi ke arah kesejahteraan penghuni dan komuniti setempat.
Antara rasional cadangan kenaikan ratio bilangan parking di unit pangsapuri perkhidmatan daripada 1:1 kepada 1:2, menggunakan sistem tandem dalam kawasan TOD mengambil kira kepentingan berikut :
i. Keperluan Pasaran Semasa dan Profil Pengguna - Sebahagian besar pembeli atau penyewa unit pangsapuri perkhidmatan terdiri daripada golongan profesional dan isi rumah dua pendapatan yang memiliki lebih daripada satu kenderaan. Ketiadaan ruang letak kereta tambahan boleh menyebabkan kesukaran kepada penghuni dan menyumbang kepada penggunaan ruang awam secara tidak terkawal.
ii. Kesesuaian Sistem Tandem dalam Kawasan Berintensiti Tinggi – system parkir tandem (susunan bertindih dua kenderaan) dijangka memberi jalan penyelesaian efisien dari segi ruang, kerana tidak memerlukan keluasan lantai tambahan secara signifikan. ianya juga dapat memenuhi keperluan tempat letak kereta tanpa menjejaskan reka bentuk struktur bangunan.
iii. Mengurangkan Impak Terhadap Infrastruktur Sekitar. Kekurangan petak letak kereta dalam kawasan pembangunan TOD, boleh memberi kesan kepada ruang jalan awam dan kawasan kejiranan berdekatan. penyediaan parkir yang mencukupi dalam premis akan mengelakkan tekanan kepada kemudahan sedia ada dan mengurangkan konflik sosial.
iv. Sokongan Terhadap Peralihan Bertahap ke Mod Pengangkutan Awam. Meskipun TOD bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, perubahan corak perjalanan adalah bersifat jangka panjang. dalam fasa peralihan, penyediaan parkir tambahan adalah penting bagi menampung tabiat mobiliti semasa sambil mengekalkan sokongan terhadap agenda TOD.
v. Meningkatkan Nilai dan Daya Tarikan Pembangunan. Penyediaan dua petak parkir (secara tandem) bagi setiap unit menambah nilai pasaran kepada
pembangunan dan memenuhi jangkaan pembeli yang melihat ruang parkir sebagai elemen utama dalam keputusan pelaburan atau pembelian kediaman tersebut.
Untuk (B) adakah konsep pembangunan TOD masih relevan jika penghuni di sekitar digalakkan menggunakan kereta. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,
1. Konsep TOD masih kekal relevan sebagai satu pendekatan perancangan bandar yang strategik, berteraskan integrasi pembangunan guna tanah berintensiti tinggi dengan sistem pengangkutan awam berkapasiti tinggi.
2. Bagi memastikan pelaksanaan konsep TOD ini benar-benar mendapati matlamat asalnya, beberapa pendekatan dasar perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara menyeluruh iaitu:-
i. Dasar had maksimum parkir (maximum parking cap) wajar dikuatkuasakan bagi menggantikan dasar parkir minimum yang selama ini menggalakkan penyediaan parkir berlebihan. Pendekatan ini dapat mengawal jumlah tempat letak kereta yang disediakan selaras dengan hasrat mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian.
ii. Kerajaan memperkenalkan insentif penggunaan pengangkutan awam, termasuk tawaran tambang diskaun, pas bulanan subsidi, serta kemudahan integrasi park-and-ride yang dikawal dengan baik.
iii. Pelaksanaan perancangan bandar perlu menitikberatkan reka bentuk berorientasikan pejalan kaki (walkable urban design) dan laluan berbasikal yang selamat, berhubung dan mesra pengguna agar penghuni lebih terdorong untuk bergerak tanpa kenderaan.
iv. Pembangunan guna tanah bercampur (mixed-use development) harus digalakkan bagi mengurangkan keperluan perjalanan harian jarak jauh, seterusnya meningkatkan keberkesanan penggunaan pengangkutan awam.
Semua usaha ini perlu disokong melalui penyelarasan menyeluruh antara perancangan fizikal, perancangan pengangkutan serta dasar sosial yang sistematik dan bersepadu.
3. Konsep Transit Oriented Development (TOD) masih kekal sebagai pendekatan perancangan bandar yang relevan dan progresif, terutamanya dalam menghadapi cabaran mobiliti bandar, peningkatan pelepasan karbon serta keperluan pembangunan mampan dan inklusif.
4. Kejayaan pelaksanaannya TOD adalah bergantung sepenuhnya kepada pembentukan dasar serta insentif yang efektif serta pengawalan terhadap elemen-elemen yang bertentangan dengan prinsip asal TOD, khususnya dalam aspek penggunaan kenderaan persendirian.
Oleh yang demikian, sebarang pelaksanaan dasar yang memberi kesan kepada peningkatan kapasiti parkir atau menggalakkan penggunaan kenderaan di kawasan TOD perlu dinilai secara kritikal. lanya penting bagi mengimbangi antara keperluan pengguna ke atas kemudahan pakir dengan keberkesanan pelaburan dalam sistem pengangkutan awam. Penekanan kepada konsistensi pelaksanaan dasar dan integrasi rentas sektor amat penting untuk memastikan TOD dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai model pembangunan bandar masa hadapan yang mampan. Sekian, terima kasih.
Subang Jaya.
Tuan Speaker, saya ingin bertanyakan adakah kerajaan negeri Selangor bersedia untuk menyemak semula dasar ini. Saya bagi satu contoh di kawasan saya, dekat USJ 7 dia merupakan satu LRT di mana plot rationya 1 kepada 6. Ini membawa tujuh pembangunan yang akan nak masuk dan saya difahamkan bahawa setiap satu pembangunan itu nak membina satu ribu unit untuk setiap pembangunan maksudnya ada tujuh ribu unit yang akan dibina ke atas satu jalan sahaja. Kalau kita menggunakan ratio parking sedia ada iaitu menggunakan sistem tandem di mana setiap satu unit membawa kepada dua unit kereta bermaksud dalam satu jalan dekat subang ini kita akan melihat penambahan 14,000 unit kereta yang tak boleh ditampung atas jalan itu.
Tetapi kalau kita balik kepada dasar asal, mungkin trafik di sana masih boleh disuraikan. Jadi saya minta untuk melihat semula dasar ini, sebab kalau kita membawakan lebih kereta masuk ke dalam pembangunan itu, maka kita tidak akan menggalakkan mereka menggunakan LRT sebab mereka ada alternatif iaitu menggunakan kereta. Jadi saya merayu kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk melihat semula perkara ini. Sebab ianya ada salah satu pembangunan sahaja, saya juga ada tempat di mana plot ratio 1 kepada 8, ini plot ratio 1 kepada 6 dah wujudkan masalah ini. Saya bersedia menjemput YB EXCO untuk datang kepada kawasan saya untuk tengok sendiri jalan itu, dengan trafik sedia ada sekarang tanpa tujuh ribu unit yang nak masuk ini untuk clearkan satu trafik light sahaja mengambil masa empat puluh lima minit. Jadi perkara ini sangat serius dan membawa secara langsung impak kepada ekonomi dan kesihatan mental kepada penduduk. Jadi saya bertanyakan sama ada Kerajaan Negeri sudi untuk melihat semula perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Ya memang Kerajaan Negeri memang sedia maklum tentang perkara yang berbangkit yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya tentang kebanjiran pembangunan di kawasan TOD ini. Memang dalam jawatankuasa penyelarasan dan penyeragaman amalan baik PBT kita telah selaraskan untuk kita nak pastikan di dalam perancangan TOD ini, kita dapat susun dengan baik, ambil pengiraan semua pihak supaya perancangan yang kita benarkan, kurangkan kenderaan dan sebagainya. Tetapi daripada kapasitinya ataupun densitinya kita juga perlu kawalan oleh sebab itu kita akan cuba semak sekadar yang boleh untuk pastikan kebanjiran atau kesesakan jalan raya di kawasan tersebut apabila pembangunan dijalankan itu tidak menjejaskan.
Sebab dia akan memberi impak yang sangat serius kepada komuniti setempat, saya memang faham perkara akan berlaku. Walau bagaimanapun, kita akan cuba semak secara holistik menyeluruhnya ataupun seluruhnya supaya pembangunan ini memberi impak yang terbaik untuk komuniti setempat. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 11:32 pagi, dengan ini saya tangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2025Bill
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2025. Rang Undang-undang ini bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2025.
Seri Setia.
Speaker, mohon izin sebelum membentang Rang Undang-undang ini, saya ingin mengambil kesempatan bertanya kepada Speaker. Peruntukan 27 (5) yang berkait tentang usul yang saya telah kemukakan pada pihak dewan pada 26 Jun 2025, Tuan Speaker telah menolak Usul ini dengan beberapa alasan antaranya ialah ianya bertindih dengan Rang Undang-undang pindaan MAIS yang akan dibentangkan dalam dewan ini. Saya meneliti draf yang di kemukakan pada semua Yang Berhormat, Rang Undang-undang ini memfokuskan kepada enakmen pentadbiran agama Islam Selangor, sedangkan usul yang saya kemukakan pada pihak dewan adalah untuk menggesa kerajaan meminda peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Walaupun Speaker, dia berkait langsung dengan kuasa yang Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Hal Ehwal Islam, tetapi dia tidak memfokus kepada pentadbiran, tetapi
lebih kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang pada hemah saya lebih penting, lebih besar yang menguasai seluruh undang-undang Islam dalam negeri ini. Kerana undang-undang Islam bukan setakat pentadbiran tetapi ada beberapa undang-undang lain, seperti undang-undang keluarga, undang-undang tatacara Mal dan sebagainya. Yang saya minta Tuan Speaker ialah negeri melihat kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Jadi pada hemat saya Yang Berhormat Speaker, figure perlu teliti dan cermat ...
Saya telah pun memutuskan surat itu melalui pejabat dewan bahawa ianya ditolak di bawah peraturan tetap 27(5) atas sebab-sebab berikut, ianya bertindih dengan Rang Undang-undang pindaan Majlis Agama Islam Negeri Selangor yang akan dibentangkan dalam sidang yang akan datang akan dibentangkan nanti dan Yang Berhormat sebenarnya kalau ada apa-apa hujah boleh mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut dan seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, isu kandungan usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat adalah terlalu luas skopnya dan tidak tertumpu kepada mana-mana perkara khusus dalam ataupun tertentu dalam undang-undang Islam.
Jadi Yang Berhormat sekalian, saya rasa Yang Berhormat dalam Usul itu bukan setakat ada menyebut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor tahun 1959 tetapi perkataan dan enakmen-enakmen yang berkaitan dengan undang-undang Islam. Jadi untuk memastikan bahawa perbahasan dewan ini efektif dan cekap, maka saya tidak mengizinkan Usul ini dikemukakan tetapi Yang Berhormat boleh mengemukakan perbahasan dalam Rang Undang-undang Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam ini, itu sahaja. Silakan Seri Setia.
Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Bismillahirrahmanirrahim, sebelum saya memperincikan mengenai peruntukan-peruntukan RUU 2025 ini, izinkan saya memberi gambaran latar belakang pindaan yang dicadangkan terhadap enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri Selangor 2003, enakmen nombor 1/2003. Tujuan utama pindaan undang-undang ini dibuat bagi menjelaskan kriteria pelantikan anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), selain anggota official, anggota jawatankuasa fatwa, anggota jawatankuasa tauliah dan anggota jawatankuasa rayuan tauliah. Yang hendaklah dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Bagi tujuan ini, tafsiran Ahli Sunnah Wal Jamaah dicadangkan untuk dimasukkan sebagi tafsiran baharu dalam enakmen nombor 1/2003. Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah satu istilah yang penting dalam masyarakat Islam sejak hampir seribu tahun lalu kerana istilah ini melambangkan kebenaran pemiliknya dalam beragama. Kedudukan Ahli
Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan majoriti para ulama’ dan umat Islam adalah begitu jelas dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam dengan kemunculan tokoh-tokohnya yang muktabar dan kitab-kitab yang masyhur.
Kedudukan para Ulama’ Asyairah dan Maturidiyah adalah tunggak bagi disiplin akidah dan teorologi Ahli Sunnah Wal Jamaah telah diakui sejak kemunculannya sehingga hari ini. Walaupun kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut manhaj dan mazhab, ianya merangkumi juga pelbagai kategori para ulama’. Namun secara khususnya ia merujuk kepada al-asyairah dan al-maturidiyah. Ini adalah kerana peranan mereka yang paling penting dan signifikan dalam mempertahankan akidah yang benar dan menolak syubhah-syubhah golongan yang menyeleweng. Al-asyairah dan Al-maturidiyah tidak mencipta akidah yang baharu tetapi mereka menetapkan akidah yang menjadi pegangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Akidah Ahli Sunnah Wal Jemaah ini adalah akidah majoriti para fuqaha, usuliyyin mufasirin muhaddisiyyin,ulama' sufi ulama’ bahasa arab dan lain-lain. Akidah ini juga adalah akidah majoriti para pemerintah umat Islam dan rakyatnya sejak dulu sehingga sekarang. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini sebahagian masyarakat Islam khususnya di Malaysia mula kabur tentang kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manhajnya, mazhabnya dan peranannya. Gelaran imam Ahli Sunnah Wal Jamaah diberikan dua orang tokoh iaitu Imam Abu Al-Hassan Al- Ashaari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi oleh kerana para ulama’ kerana mereka berdua bukan sahaja menerangkan akidah yang benar, tetapi mereka juga menerangkan kebatilan akidah yang batil menolak shubhah-shubhah yang ditimbulkan oleh bida’ah berdebatkan dengan mereka sehingga zahirnya kebatilan akidah golongan tersebut.
Mereka juga menggabungkan dalil-dalil akli dan naqli serta mengambil pendekatan perdebatan dan penulisan. Justeru, isu berkaitan fatwa Ahli Sunnah Wal Jamaah elah dibincangkan dalam mesyuarat khas jawatankuasa fatwa negeri Selangor bilangan 1/2025 pada 22 April 2022 untuk pertimbangan telitian dan cadangan suatu fatwa dikeluarkan di bawah seksyen 47 2003.
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tersebut, suatu fatwa berkaitan tafsiran ahli sunah wal jamaah telah disiarkan melalui warta pada 17 Jun 2025. Tafsiran Ahli Sunah Wal Jamaah dalam fatwa tersebut telah menjadi rujukan bagi mewujudkan RUU 2025 ini di mana syarat pelantikan bagi anggota MAIS, anggota Jawatankuasa Fatwa, anggota Jawatankuasa Tauliah dan anggota Jawatankuasa Rayuan Tauliah diselaraskan berdasarkan pewartaan fatwa tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam proses mewujudkan RUU 2025 ini, sesi libat urus telah dilaksanakan oleh pihak MAIS dengan penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan termasuklah pengamal undang-undang dan jabatan atau organisasi yang berkaitan. Di antara pihak-pihak yang terlibat dalam pindaan ini ialah Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Ahli Akademik dan lain-lain yang berkaitan. Antara libat yang urus telah diadakan ialah perbincangan meja bulat dalam table discussion yang bertajuk perbincangan meja bulat keperluan mengadakan peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri yang menjelaskan kedudukan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai agama Islam yang diamalkan dan dianuti dalam negeri Selangor yang telah diadakan pada 25 Mei 2025 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam, selepas ini saya akan rujuk sebagai RTD tersebut.
Pada 21 Julai 2022, resolusi RTD tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat MAIS Bilangan 4/2022 dan mesyuarat bersetuju antara lain seperti mana berikut:
1. Penggunaan frasa berkaitan agama Islam, muslim religion dalam peruntukan undang-undang tubuh kerajaan Selangor 1959 boleh ditafsirkan sebagai agama Islam yang sedang diamalkan di negeri Selangor iaitu mengikuti pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan sejarah dan latar belakang amalan di negeri Selangor.
2. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor disyorkan mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan maksud atau tafsiran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3. MAIS, JAIS, Jabatan Mufti Selangor perlu mempertingkatkan usaha untuk memberi dan mengukuhkan kefahaman kepada masyarakat Islam berhubung dengan tafsiran Ahli SunNah Wal Jamaah seperti berikut, dari aspek akidah mengikut manhaj Imam Abu Hassan Al Asha’ari atau Imam Al Maturidi, dari aspek feqah mengikuti mazhab imam as Shafie serta mengiktiraf mazhab hanafi, maliki dan hambili sebagai mazhab yang muktabur dan dari aspek tasawuf, mengikut Imam Junaid al Baghdadi dan Imam Al Ghazali dan juga membuat penjelasan bahawa ajaran agama Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut telah dianuti dan diamalkan sejak dahulu lagi khususnya di negeri Selangor.
4. MAIS kemukakan usul kepada pihak JAKIM selaku urus setia Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk mencadangkan penyeragaman tafsiran perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam undang-undang di Malaysia.
5. MAIS dan semua agensi umat Islam di negeri Selangor perlu mengukuhkan kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri Selangor dengan mewujudkan polisi yang relevan dan sesuai dalam perkara yang berkaitan dengan skop pentadbiran atau operasi di agensi masing-masing.
Susulan keputusan MAIS dalam mesyuarat MAIS berkaitan resolusi ini yang telah di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, selepas ini di rujuk sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan, menurut seksyen 22 enakmen nombor 1/2003. Pada 14 Mac 2025, Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menitahkan pengerusi MAIS agar pindaan kepada undang-undang dibuat dengan segera bagi tujuan memasukkan peruntukan berhubung dengan kedudukan dan tafsiran Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada masyarakat Islam khususnya di negeri Selangor.
Bagi tujuan penyediaan RUU 2025 ini, rujukan telah dibuat terhadap beberapa enakmen dan fatwa-fatwa negeri lain berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti berikut, jadi dari sudut enakmen negeri-negeri, pertama Seksyen 2 enakmen pentadbiran agama Islam Melaka, pindaan 2022 berkaitan tafsiran hukum syarak. Hukum syarak ertinya dari segi pegangan akidah hendaklah berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bersumberkan aliran asyairah dan maturidiyah dari segi syariah mengikut mazhab shafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu mazhab hanafi, maliki atau hambali atau melalui ijhiar hukum yang telah diputuskan oleh jawatankuasa fatwa atas syor Majlis diperkenankan oleh Yang Di-Pertua Agong dan diwartakan.
Fatwa negeri-negeri lain, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam kali ke 125 tahun 2024 yang bersidang pada 24 hingga 26 September 2024 berkaitan dengan ajaran Muhammad Muhib Khaulim Nazim, antara lain mengulas berkenaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah, syariah dan tasawuf yang berlandaskan kefahaman Islam sebenar menurut Al-Quran, Sunah dan Ijmak.
Negeri Kedah, keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aaman yang bersidang pada 20 Mac 2016, fatwa disiarkan bertarikh 10 November 2016 melalui warta nombor 720 berkenaan fatwa mengenai pembida’ahan kepada amalan-amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri Kedah Darul Aman.
Negeri Sabah, Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil.2/2016 yang bersidang pada 24 hingga 26 Mei 2016. Fatwa yang disiarkan pada 7 September 2017 melalui warta No.35 berkenaan pegangan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
Dan yang akhirnya, negeri Terengganu. Keputusan Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Terengganu berkaitan Fatwa yang disiarkan pada 5 Ogos 2021 melalui Fatwa No.2 berkenaan pegangan Sunnah Waljamaah berpandukan ajaran Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah.
Bagi tujuan penyediaan RUU 2025 ini juga, rujukan telah dibuat terhadap Keputusan Mesyuarat Khas Fatwa Negeri Selangor Bil.1/2025 yang bersidang pada 22 April 2025. Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan tafsiran berhubung Sunah Waljamaah sumber berkaitan sebagaimana berikut. Secara khusus bagi negeri Selangor, definisi Ahli Sunnah Waljamaah yang disebut di atas berdasarkan perkara berikut:
1. Dari sudut akidah dan tauhid. Mengikut mazhab Abu Al Hassan Asari, Imam Abu Mansur Al Maturibi, Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah.
2. Dari sudut syariah dan fikah mengikut Imam Al Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i, dan Hanbali atau isytihar hukum oleh Jawatankuasa Fatwa.
3. Akhlak dan tasawuf mengikut Imam Junaid Al Baghdadi dan Imam Ghazali dan Ulama Sufiah Al Mutabbar. Fatwa berkaitan Ahli Sunnah Waljamaah ini telah diperkenankan pada 22 Mei 2025 dan difatwakan pada 17 Jun 2025.
Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Berhormat sekalian, keseluruhan RUU 2025 ini juga telah dibentangkan dan diperhalusi dari segi sudut perundangan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Undang-undang MAIS Bil.1/2025 yang bersidang pada 28 April 2025. Selanjutnya, RUU 2025 yang telah disemak Jawatankuasa Undang-undang MAIS tersebut telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat MAIS 2025 Bil.3/2025 yang bersidang pada 20 Mei 2025. RUU 2025 berkaitan Ahli Sunnah Waljamaah ini kemudiannya telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan pada 20 Mei 2025 untuk dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri ini. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya menjelaskan secara terperinci kandungan RUU 2025 ini yang mengandungi 10 fasal iaitu: 1 tafsiran baru, 1 pindaan tafsiran, 2 peruntukan baharu, 5 peruntukan Pindaan dan 1 peruntukan peralihan seperti mana berikut:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa yang dicadangkan tertakluk tarikh yang akan ditetapkan melalui Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui warta.
Fasal 2 bertujuan mewujudkan Ahli Sunnah Waljamaah bagi menjelaskan maksud Ahli Sunnah Waljamaah yang merujuk kepada pegangan dan ajaran Islam yang sebenar. Dari sudut akidah dan tauhid. Syariah dan fikah. Akhlak dan tasawuf. Tafsiran ini juga dimasukkan susulan pindaan peruntukan-peruntukan berkaitan selain ex-officio, Mufti, Timbalan Mufti dan Anggota Jawatankuasa Fatwa, Anggota Jawatankuasa Tauliah, Anggota Jawatankuasa Rayuan Tauliah hendaklah dilantik dalam kalangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Tafsiran Ahli Sunnah Waljamaah ini juga adalah selaras dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 17 Jun 2025 dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam (MKI) kali 100/2025 yang bersidang pada 24-26 September 2024 yang telah dibentangkan dan diambil maklum oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Bil.200 yang telah bersidang pada 20 hingga 24 Oktober 2024. Fasal 2 bertujuan meminda hukum syarak bagi menjelaskan maksud hukum syarak, akidah dan tauhid, syariah dan fikah, akhlak dan tasawuf selaras dengan kewujudan tafsiran yang baharu dengan kewujudan Ahli Sunnah Waljamaah.
Fasal 3 bertujuan untuk menambah baik dengan memasukkan Seksyen 11 dengan memasukkan subseksyen 2 (a) baharu bagi menjelaskan anggota MAIS yang diletakkan dilantik di perenggan 11 (a) (b) (d) hendaklah dalam kalangan Ahli Sunnah Waljamaah. Dalam hal ini, keperluan dalam keanggotaan MAIS kalangan Ahli Sunnah Waljamaah adalah bagi memastikan sesuatu keputusan dan tindakan yang diambil adalah terjamin selari dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah. Pindaan ini tidak terpakai pagi pelantikan anggota MAIS selain daripada anggota yang dilantik di bawah perenggan 11 (2a) (a) (b) (d). Fasal (d) bertujuan untuk meminda seksyen 44 dan memasukkan ke dalam sub seksyen 1 berhubung kriteria pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti yang hendaklah yang terdiri dari kalangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Dalam hal ini pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah dalam kalangan Ahli Sunnah Waljamaah kerana perkara yang akan diputuskan adalah berdasarkan hukum syarak. Dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, Islam dan negeri Selangor berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda Seksyen 46 dengan memasukkan dalam perenggan 2 (f) berhubung dengan kateria utama Ahli Sunnah Waljamaah. Dalam hal ini pelantikan anggota Ahli Jawatankuasa Fatwa yang dilantik oleh MAIS hendaklah dalam kalangan Ahli Sunnah Waljamaah. Bagi memastikan perkara yang akan diputuskan dalam
Jawatankuasa Fatwa berkaitan persoalan hukum syarak dalam negeri Selangor dibuat berdasarkan kepada pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda nota bahu Seksyen 54 dengan memasukan taul muktamad, yang hendak diikuti dalam perkara syariah dan fikah. Fasal ini juga bertujuan untuk menambah baik subseksyen (1) bagi menjelaskan bahawa rujukan mazhab Syafie sebagai taul muktamad hendak dibuat dalam perkara syariah dan feqah.
Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan Seksyen 54 (a) bagi menjelaskan bahawa pengeluaran fatwa atau perakuan pendapat Jawatankuasa Fatwa bagi perkara akidah dan tauhid. Rujukan hendaklah dibuat mengikut Imam mazhab Abu Al Hassan Asari, Imam Abu Mansur al Muturidi, Ulamak Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah. Manakala bagi perkara untuk akhlak dan tasawuf rujukan hendaklah dibuat mengikut mazhab Imam Junaid Al Baghdadi dan Imam Ghazali dan Ulama Sufiah Al Mutabbar Mudadi.
Fasal 6 dan Fasal 7 adalah syarat tafsiran Ahli Sunnah Waljamaah yang dicadangkan.
Fasal 8 bertujuan meminda Seksyen 80 bagi menambahbaik dan menyelaraskan perkataan diterima masuk, menerima masuk dan penerimaan masuk berkaitan penerimaan masuk sebagai peguam syarie.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda Sub Seksyen 118 (1) dan (3c) bagi menjelaskan kateria utama Jawatankuasa Tauliah dan Anggota Jawatankuasa Rayuan Tauliah yang hendaklah di kalangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan peralihan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya menerangkan serba sedikit tujuan RUU 2025 berkaitan Ahli Sunnah Waljamaah ini. RUU 2025 yang dicadangkan ini, antara lain bertujuan untuk memperuntukkan secara jelas keteria pelantikan Ahli MAIS dan juga pelantikan ex-officio, Anggota Jawatankuasa Fatwa, Anggota Jawatankuasa Tauliah dan Anggota Jawatankuasa Rayuan Tauliah yang hendaklah terdiri daripada mereka berpegangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Kedua, mencegah pelantikan individu yang berpandang ekstrem, liberal agama atau cenderung kepada fahaman yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Waljamaah. Ketiga, memastikan pentadbiran Islam Negeri Selangor selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah dan prinsip maqasid syariah khususnya dalam aspek pemeliharaan agama.
Pada masa ini perkara berkaitan keanggotaan MAIS yang dalam Seksyen 11 No.1/2023 keanggotaan MAIS yang terdiri daripada Ex-Officio MAIS menyatakan di bawah perenggan (11) (i) (c) Enakmen No.1/2023 yang terdiri daripada:
1. YB Setiausaha Kerajaan Negeri 2. YB Penasihat Undang-undang Negeri 3. YB Pegawai Kewangan Negeri 4. Mufti 5. Ketua Polis Negeri 6. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor
Manakala anggota selain Ex-Officio lain MAIS dalam perenggan 11 (1) (a) (b) dan (d) iaitu terdiri seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tidak kurang daripada 8 orang anggota lain sekurang-kurang 5 daripadanya mereka adalah arif dalam agama Islam. Bagi tujuan RUU 2025 ini kateria pelantikan ahli MAIS dalam kalangan Ahli Sunnah Waljamaah tidak terpakai kepada anggota MAIS selain daripada di bawah perenggan 11 (1) (a) (b) (d) kerana pelantikan anggota tersebut adalah tertakluk undang-undang yang berkaitan.
Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dibuat di bawah Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Tubuh Negeri Selangor Tahun 1959 manakala pelantikan Ketua Polis Negeri dibuat adalah di bawah Akta Polis 1967 di mana semua undang-undang tersebut tidak menyatakan kriteria pelantikan dalam kalangan keanggotaan adalah Ahli Sunnah Waljamaah. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita menyaksikan kewujudan aliran dan kefahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi tunjang kepada akidah umat Islam di negeri ini. Kewujudan fahaman seperti syiah, Wahhabism, ekstremisme, liberalism agama, plurism agama, seperti pemikiran autoriti hal keagamaan memberi kesan langsung berpanduan umat dan keutuhan institusi agama.
Kewujudan individu-individu yang berpegang kepada fahaman sebegini dalam institusi-institusi agama akan menyebabkan percanggahan dalaman. Konflik fatwa serta ketidaktentuan dalam pentadbiran. Maka sudah sampai masanya peruntukan undang-undang kita dikemas kini untuk menjamin bahawa hanya mereka yang benar-benar yang berpegang aliran Ahli Sunnah Waljamaah dapat memberikan amanah dalam urusan agama.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli- Ahli Yang Berhormat sekalian, pindaan ini bukan sahaja berasaskan tuntutan pentadbiran, bahkan ia satu keperluan syarie,
perlembagaan dan realiti semasa kedudukan dalam agama Islam negeri Selangor seperti yang diperuntukkan negeri dalam hal ehwal Islam dilakukan dengan tertib, tuntas dan berpaksikan pegangan wal mutabbar. Justeru, pindaan ini penting untuk mencapai objektif yang berikut:
1. Menangani cabaran penyebaran fahaman yang menyimpang yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Waljamaah boleh membawa konflik sosial dan cetuskan perpecahan umat.
2. Menjamin intergriti institusi agama pelantikan individu yang jelas pegangan akidahnya akan memperkukuhkan keputusan yang dibuat oleh institusi yang pertanggungjawabkan dengan hal ehwal Islam seperti MAIS, Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor.
3. Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan pada 14 Mac 2025 yang menitahkan Undang-undang berkenaan Ahli Sunnah Waljamaah diwujudkan. Titah Duli yang Maha Mulia Sultan adalah selaras dengan sebagai Ketua Pengerusi Agama Negeri yang boleh menyebabkan diperbuat undang-undang bagi maksud mengawal selia Hal Ehwal Agama Islam seperti mana yang diperuntukkan dalam Perkara 48 bab 1, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Sehubung dengan itu, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan tersebut menjadi asas kukuh kepada pindaan ini.
4. Menjaga kemaslahatan umum, khusus syariah iaitu melindungi akidah yang menjadi objektif utama makasit.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pindaan ini membawa beberapa implikasi-implikasi penting, di antaranya pemantapan proses pelantikan. MAIS akan mempunyai kuasa yang lebih tuntas untuk selidik latar belakang calon dari sudut pegangan Ahli Sunnah Waljamaah sebelum sebarang pelantikan dibuat. Dalam hal ini rujukan akan dibuat kepada Jawatankuasa Fatwa secara pentadbiran bagi menentukan secara parameter bagi individu yang dicalonkan adalah dalam kalangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Kedua, pengurangan risiko konflik dalaman institusi agama. Dengan adanya pelantikan selari dari segi akidah risiko percanggahan yang boleh membawa ketidakharmonian dalam pentadbiran Islam dapat diminimumkan.
Ketiga, pengukuhan kedudukan di peringkat fatwa negeri. Apabila semua pihak yang terlibat dengan pengglobalan fatwa akan berada dalam kerangka Ahli Sunnah
Waljamaah,keberkesanan pewartaan dan penerimaan masyarakat terhadap fatwa akan meningkat.
Keempat, peningkatan kepercayaan masyarakat umat Islam akan lebih yakin terhadap ketulusan, keboleh pakaian kewibawaan institusi agama apabila pentadbiran agama dibuat secara konsisten dengan pegangan yang muktabar.
Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, RUU 2025 ini tidak melibatkan penambahan peruntukan kewangan sedia ada. RUU 2025 ini juga telah disemak oleh pihak Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dari sudut perundangan dan gubalan. Di mana pihak Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor melalui surat bertarikh 5 Jun 2025 menyatakan bahawa peruntukan dalam Rang Undang-undang tersebut adalah teratur.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pindaan ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memperteguh dasar Islam yang murni, bebas dari pengaruh luar yang menyesat dan selaras menggaris panduan dan prinsip yang dipersetujui secara selektif oleh autoriti agama tertinggi negara. Pelaksanaan dasar yang menekankan dalam pelantikan di kalangan Ahli Sunnah Waljamaah bukan suatu tindakan bersifat diskriminasi sebaliknya merupakan sesuatu keperluan mutlak dalam agama Islam tulen dan tersusun. Hal ini sejajar dengan konsep nisbah dalam Islam di mana penjagaan kesucian agama mesti dipelihara oleh pemerintah dan agensi-agensi yang diberi kuasa. Kita tidak boleh berkompromi dalam hal akidah dan dasar agama kerana ia bukan menyentuh soal spitural umat malah memberi kesan kepada kestabilan sosial dan keselamatan negeri. Fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljamaah bukan sahaja menimbulkan koloni dalam masyarakat malah berpotensi jadi alat manipulasi oleh pihak kepentingan baik dalam mahupun luar negara. Dasar ini juga selaras dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, keputusan Majlis Raja-raja dan pelbagai fatwa negeri serta kebangsaan yang meletakkan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah sebagai asas kepada segala perundangan pendidikan dan pentadbiran agama di Malaysia. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan segala dasar dan pelantikan dalam institusi agama islam negeri Selangor berada di atas landasan yang sahih dan berwibawa. Saya ingin menegaskan bahawa pentadbiran agama islam tidak boleh bersifat neutral dan tidak acuh terhadap kemunculan fahaman yang songsang. Dalam hal ini, kejelasan dasar dan ketegasan pada prinsip adalah lebih utama daripada sikap inklusif yang boleh mengundang pelbagai keraguan. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan sahaja merupakan warisan ulama terdahulu, tetapi juga tiang seri kepada keharmonian akidah umat di Malaysia. Maka, terdapat keperluan untuk membuat undang-undang sebagaimana yang dibentangkan di negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, merujuk kepada Perkara 48 Bab 1, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Duli Yang Maha Mulia Sultan berperanan sebagai Ketua Agama dan boleh menyebabkan diperbuat Undang-undang bagi maksud mengawal selia hal ehwal agama islam. Bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, saya menyeru agar Ahli-ahli Yang Berhormat menyokong penuh Rang Undang-undang ini, demi kepentingan agama, negeri dan perpaduan rakyat. Marilah kita bersama-sama memastikan institusi agama di negeri Selangor sentiasa terpelihara, berwibawa dan bebas daripada anasir yang boleh merosakkan kesatuan dan pegangan umat Islam. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Penyokong.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Tadi saya nampak Meru, silakan Meru.
Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Terlebih dahulu, izinkan saya menjunjung kasih terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj, selaku Ketua Agama Islam negeri Selangor, atas keprihatinan dan kebijaksanaan baginda, dalam memastikan kedudukan agama Islam, sentiasa terpelihara di negeri ini. Titah baginda yang menegaskan agar takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah dimasukkan secara jelas dalam enakmen ini. Membuktikan betapa baginda sangat mengambil berat soal kesucian akidah dan perpaduan umat islam. Selaras juga dengan titah baginda, selaku pengerusi, mantan pengerusi MKI, dalam majlis, setelah, dalam mesyuarat ke-69, yang bersidang pada 06 Mac 2023 bahawa Institusi Raja-Raja Melayu juga mewarisi aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah merujuk Imam al-Asy'ari dan al-Maturidi dan juga berdasarkan feqah Mazhab Shafie, aliran Tasawuf Al-Ghazali dan juga Al-Baghdadi, seperti mana yang telah di nyatakan oleh Yang Berhormat EXCO tadi.
Peranan Baginda sebagai ketua Agama Islam, adalah selaras dengan perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa raja bagi sesuatu negeri adalah Ketua Agama Islam bagi negeri nya. Di peringkat negeri pula, perkara ini diperincikan dalam Fasal 48, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959,
yang menyatakan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan adalah Ketua Agama Islam, bagi negeri Selangor. Maka adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri, serta Dewan yang mulia ini, untuk memastikan amanah tersebut dapat dilaksanakan sebaik mungkin, melalui dasar pindaan Undang-undang sebentar lagi, yang mengukuhkan pegangan agama islam di negeri ini.
Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian, saya mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan enakmen ini, dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap masa depan umat Islam di negeri Selangor yang kita cintai ini. Pindaan yang membawa maksud, maksud takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini adalah langkah yang signifikan, bukan sahaja dari sudut perundangan. Tetapi juga dari sudut pendidikan akidah, penyatuan fikrah umat Islam di negeri ini. Justeru, ketika kita membincangkan soal definisi, kita bukan semata-mata membicara tentang dokumen undang-undang, tetapi tentang arah tuju, dan adab kita dalam menjaga warisan akidah islam, umat islam yang murni.
Kita perlu sedar bahawa sebarang takrifan dalam enakmen, bukan sekadar mempengaruhi pentadbiran agama, tetapi akan turut memberi kesan terhadap pendekatan masjid, sekolah, media sosial dan ruang dakwah. Oleh itu, takrifan ini mesti difahami secara menyeluruh, dengan disertai dengan garis panduan pelaksanaan yang tidak membuka ruang kepada tafsiran keras atau eksklusif yang boleh disalah guna oleh pihak tertentu. Kita tidak mahu enakmen ini nanti menjadi senjata, untuk saling menuding sesama umat Islam. Sebaliknya ia harus menjadi pengikat kepada kerangka kesatuan kefahaman dan yang menyatukan.
Saya juga merujuk kenyataan Sahibus Samahah Dato’ Mufti Selangor pada 09 Julai 2024, bahawa Aliran Asy'ariyyah dan Maturidiyyah ini bersifat wasatiyyah, dan tidak mengkafirkan orang lain. Dalam sejarah Islam, ketokohan Imam Abu Al-Hassan Al-Ash’ ari dan Imam Abu Mansur Al-Mathuridi bukan hanya pada hujah mereka tetapi juga pada pendekatan hikmah mereka, bahawa mendekatkan umat kepada ilmu dan menjauhi jalan pertikaian yang sia-sia. Kedua tokoh ini telah memainkan peranan besar, dalam mempertahankan kepercayaan umat, dari fahaman yang menyeleweng sambil memastikan umat kekal bersatu.
Kita perlu memberi penekanan bahawa rujukan kepada Asy'ariyyah dan Maturidiyyah, bukan bermaksud menafikan kewujudan khilaf ilmiah ataupun perbezaan-perbezaan pandangan. Tetapi sebagai pernyataan bahawa pegangan yang telah berakar di Malaysia, berpaksikan pendekatan ilmiah yang toleran dan sejajar dengan tradisi keilmuan. Walau bagaimanapun dalam konteks Malaysia yang majmuk, dan juga Selangor, sebagai negeri yang menjadi rujukan pentadbiran Islam, kita tidak boleh membiarkan takrifan ini menjadi alat perpecahan atau melabel pihak lain dengan sesuka
hati. Kita perlu lebih cermat dalam memahamkan, masyarakat islam tentang takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan khusus untuk kefahaman Al-Asy'ariyyah dan Al-Maturidiyyah.
Kita tidak boleh membenarkan ruang ini membuka pintu kepada budaya takfiri, kafir mengkafir, yang akhirnya bukan hanya mencemarkan kesucian dakwah tetapi juga merosakkan perpaduan sesama umat Islam. Dan fahaman ini juga sebenarnya, mengekang atau menghalang ruang-ruang kepada pihak-pihak untuk mengkafirkan pihak lain, secara berleluasa. Kita juga harus sedar bahawa, budaya takfiri ini, lebih mudah berkembang dalam suasana digital hari ini. Tanpa kawalan naratif yang tepat, media sosial akan menjadi konflik mazhab bukan medan ilmu. Maka, saya mencadangkan agar, pihak berwajib mengiringi pindaan ini dengan pelan tindakan komunikasi strategik termasuk dialog muhibah, latihan, kefahaman kepada para pendakwah serta pemantau naratif ekstremis dalam talian. Ini penting untuk kita mengambil pelajaran daripada negara lain yang menyaksikan bagaimana pertikaian mazhab membawa kepada ketidakstabilan dan keganasan atas nama agama.
Kalau di peringkat pentadbiran, mungkin kita boleh kawal, tetapi dalam media-media sosial dan juga apa sahaja dalam talian, mungkin kita tak boleh kawal, kemudian kita pula ada perancangan strategik ke arah membendung juga aliran-aliran yang bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika budaya melabel ini dibiarkan berleluasa, kita bukan sahaja akan melihat perpecahan di kalangan umat Islam, tetapi juga menjauhkan generasi muda yang sedang mencari-cari, menjauhkan mereka daripada institusi agama Islam. Oleh itu, pindaan ini perlu disusuli dengan garis panduan jelas, bahwa kita boleh menjadi hujah untuk menyekat keterlibatan atau perbezaan pandangan, yang masih berada dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah yang luas. Saya juga menyarankan agar, pindaan ini menjadi pemangkin kepada pendidikan masyarakat, bukan sekadar dokumen perundangan. Definisi yang diberikan hendaklah menjadi panduan kepada para pentadbir agama, pendidik dan pendakwah, agar mereka membimbing masyarakat dengan ilmu, kasih sayang, hikmah dan contoh tauladan. Selain itu, saya mencadangkan agar pihak kerajaan merangka satu modal latihan kefahaman, secara berstruktur kepada para pemegang tauliah, khususnya dalam negeri Selangor. Latihan ini harus memberi penekanan terhadap adab penyampaian dakwah, dengan hikmah, mengelakkan budaya label-melabel dan menghukum, serta menumpukan kepada pembinaan akidah yang murni dan boleh difahami oleh masyarakat umum.
Para penceramah dan pendakwah harus disedarkan bahawa, amanah tauliah bukan sekadar lesen untuk bercakap tetapi suatu amanah untuk membina bukan untuk memecah kesatuan ummah. Latihan ini juga wajar menekankan keperluan mengelakkan topik-topik yang boleh mencetuskan perselisihan khususnya dalam furu’iyah ataupun
cabang-cabang fiqh yang rumit, dan sering kali sukar difahami oleh orang awam. Tumpuan utama dakwah seharusnya kepada perkara yang menyatukan, memperkukuhkan keimanan kepada Allah, kecintaan kepada Rasulullah S.A.W., serta amalan asas yang menjadikan seorang Muslim taat dan berakhlak. Saya juga menggesa agar kurikulum pendidikan Islam di sekolah dan institusi pengajian Islam di Selangor diperkukuh dengan pendedahan terhadap tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menyantuni perbezaan dan menolak taksub. Bukan hanya enakmen ini, sebentar lagi yang akan kita luluskan, hanya kepada para pentadbir, tetapi dalam masa yang sama juga kita mendidik masyarakat, kepada kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang sederhana, yang pertengahan, yang wasatiyyah dan tidak mengkafirkan orang lain, yang tidak sealiran dengan kita.
Sebagai penutup, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas, juga penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal Agama Islam, bersama pasukannya daripada Jabatan Agama Islam Selangor, daripada MAIS, Jabatan Mufti, Penasihat Undang-undang dan ilmuan-ilmuan agama yang telah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam usaha memelihara ketulenan dan kesucian Islam di negeri ini. Usaha merangka dan membentangkan pindaan ini, membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Besar, benar-benar memahami amanah besar yang terpikul di bahu para Ulil Amri, dalam memastikan dasar agama di susun secara berhikmah, berpandukan syariat dan selaras dengan kerangka perlembagaan agama. Sudah tentu komitmen ini adalah kerana kecintaan kita terhadap menjaga kesucian agama Islam dan peri pentingnya perpaduan ummah, terutama dalam mengamalkan ajaran Islam dalam negeri Selangor yang kita cintai ini. Selangor sebagai negeri yang menjadi rujukan dalam hal pentadbiran agama, perlu sentiasa mendahului dalam menggubal dasar, yang memelihara akidah umat, menyantuni khilaf dan menolak fahaman yang melampau. Maka dengan segala pertimbangan syarie, sejarah, realiti semasa, yang telah saya huraikan tadi, dalam usul yang dibentangkan oleh pihak kerajaan, oleh Yang Berhormat EXCO tadi, saya menyokong penuh, enakmen ini, tanpa berbelah bagi sebagai langkah penting untuk kita semua, memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan teras perpaduan ummah di negeri Selangor yang kita cintai ini. Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Meru menyokong.
Sungai Ramal.
Terima kasih, Tuan Speaker. Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya juga turut berminat untuk membahaskan draf undang-undang yang dikemukakan di pihak kerajaan, Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan 2025). Yang pada hemat saya, begitu cermat dan
teliti bagi memastikan penjagaan akidah, akhlak dan tawasuf umat Islam di Selangor khususnya, terpelihara dan tidak ada unsur-unsur yang boleh mengganggu amalan-amalan ini.
Tuan Speaker, daripada keseluruhan cadangan pindaan yang dikemukakan ini, saya sangat gembira dan menyokong penuh di atas pengemukaan draf ini. Namun di sana ingin menyatakan kebimbangan dan kerisauan kepada kuat kuasanya undang-undang ini. Kemampuannya undang-undang ini dalam kita mencapai cita-cita mengukuhkan amalan beragama di negeri ini. Ini kerana ada beberapa kes yang berlaku sebagai landmark kes di mahkamah Persekutuan yang menjadikan umat Islam Selangor rasa bimbang dan khuatir apakah enakmen yang bagus yang baik yang cermat dan teliti ini dibuat sebegitu rupa akhirnya akan ditendang oleh mahkamah dalam kes-kes yang seumpama itu.
Saya mengambil contoh kes dilema ialah kes pertama kes Iki Putra, Selangor yang kedua kes Nik Elin, Kelantan dan kes sis forum di Federal. Yang mana ketiga-tiga kat sini menjadikan kita umat Islam bukan setakat di Selangor bahkan seluruh negara akan tertanya-tanya sejauh mana kemampuan undang-undang kita buat di negeri ini kuat dan mampu bertahan. Justeru, saya ingin mencadangkan di samping kita meneruskan usul ini dan sokong harus dilihat kepada undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor supaya ikatan itu kuat di situ bagi menyelaraskan dengan peruntukkan atau fasal 121(A) Perlembagaan Persekutuan jika tidak walaupun kuat di Perlembagaan Persekutuan di negeri tidak kuat. Sebagai contoh saya ingin mencadangkan merujuk kepada fasal 28 yang bertajuk Sultan sebagai ketua agama negeri. Tuanku mempunyai kuasa untuk menggubal untuk mengawal selia agama Islam di Negeri ini.
Saya tidak akan baca detail para ini kerana pihak kerajaan sudah tahu dan bagaimana harus diolah menambah atau meminda kekuatan peruntukkan undang-undang tubuh fasal 28 ini. Dan yang kedua ialah fasal 95, Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menyebut pentafsiran undang-undang tubuh Kerajaan oleh Mahkamah Persekutuan yang mendetailkan betapa mahkamah Persekutuan juga patut merujuk kepada kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di Negeri ini bagi memberikan nasihat jangan disentuh kuasa asal Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Dua perkara ini penting untuk dilihat secara teliti oleh Kerajaan Negeri bagi menambah baik meminda ataupun apa-apa yang sesuai bagi memastikan undang-undang yang kita gubal yang kita buat dengan cermat ini akan kuat dan boleh dipertahankan. Dengan ini Speaker saya menyokong, terima kasih.
Seri Serdang.
Bismillahi Rohmanir Rahim, Assalammualaikum Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Kita Selangor. Seri Serdang bangun dan memulakan perbahasan dengan mengucapkan tahniah kepada Majlis Agama Islam Selangor dan juga EXCO yang berjaya bagi saya membuat satu pindaan yang melahirkan satu kefahaman yang lebih baik kepada masyarakat berkaitan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seri Serdang mahu membawa kepada satu sisi pandang di mana dari segi teknikalnya memang kita boleh berbahas pelbagai seperti Sungai Ramal katakan tadi. Tetapi apa impak dan kesan kepada masyarakat dengan penggubalan enakmen ini. Saya kira penggubalan enakmen ini akan memberi satu kesan yang baik kepada masyarakat jika disusuli dengan tindakan oleh pihak yang berkuasa terutamanya dalam kita nak mendidik masyarakat terutamanya umat Islam faham dan mengamalkan apa yang kita bawa apa yang kita percaya kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Saya suka untuk melihat enakmen ini yang saya kira kalau kita betul-betul fahami dan kita amalkan kita dapat menyelesaikan banyak permasalahan umat Islam yang ada pada hari ini. Antara masalah yang kita hadapi ialah perpecahan umat Islam pada hari ini yang berlaku. Ia bukan berpecah disebabkan akidah, ia bukan berpecah disebabkan perbezaan yang ketara tetapi ia melibatkan perkara-perkara yang khilafiah sahaja pun boleh memecah belahkan antara kita. Perbezaan parti politik itu biasa, perbezaan pandangan politik itu biasa, tetapi ia tidak boleh membawa kepada perpecahan. Soal takfiri, mengkafirkan antara satu sama lain adalah satu perkara sangat-sangat memberi kesan yang negatif kepada umat Islam. Apa isu pun cuba dibawa naratif itu ke arah itu dan ini boleh memecah belahkan dan bahkan boleh merosakkan keharmonian yang ada di dalam negara kita negeri Selangor kita terutama kepada penganut ataupun umat Islam yang hari ini Alhamdulillah dalam keadaan yang baik.
Kekhuatiran Seri Serdang ialah kalau takfiri mengkafirkan satu sama lain di atas isu-isu yang remeh-temeh, isu politik, isu-isu yang melibatkan yang kita boleh berbincang membuat keputusan bersama kalau tidak dikawal sifat takfiri ini kerisauan kita Seri Serdang ialah ia boleh memecah belahkan bahkan membawa keburukan yang amat dahsyat di dalam negeri kita negeri Selangor. Apa isu pun kita boleh bincang, apa isu pun kita boleh bawa keputusan bersama, tidak sampai kita mengkafirkan satu sama lain dan akhirnya ia akan merosakkan masyarakat. Kalau kita lihat skop yang lebih besar di negara-negara timur tengah sebagai contoh ada yang berperang disebabkan takfiri. Sebelah sini angkat senjata Allahuakhbar tembak sebelah sana, sebelah sana kena tembak Allahuakhbar akhirnya kita tidak tahu Allah berpihak yang mana satu yang betul. Kesan takfiri itu akan menyebabkan perpecahan yang amat dahsat dikalangan umat Islam. Sebab itu dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah kita amalkan sekian lama bagi Seri Serdang yang lebih penting ialah penerapan kefahaman dan
amalan kepada umat Islam tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah kita amalkan sekian lama.
Fi Rasulillahi Uswatun Hasanatuh pada Rasullullah ada contoh terbaik. Rasullullah telah buktikan kepada kita telah ajar kepada kita bagaimana akhlak Rasullullah itu menyelesaikan masalah. Bagaimana akhlak itu menarik sokongan kepada Rasullullah S.A.W ketika dia menjalankan dakwah dia. Hari ini seperti yang dikatakan oleh Meru, jangan ada mana-mana pihak yang menjadikan atas nama agama untuk memecahbelahkan masyarakat apatah lagi atas agama cuba mengkafirkan antara satu sama lain. Perkara Takfiri tidak kita boleh pandang secara enteng kerana telah terbukti di beberapa negara yang gagal menguruskan isu takfiri ini akhirnya menyebabkan peperangan saudara antara satu sama lain. Justeru Seri Serdang melihat selain daripada penggubalan enakmen ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor untuk menaik taraf dan menambah nilai lagi kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah tindakan dan juga pengamalan kepada umat Islam berkenaan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya'irah dan Maturidiyyah ini lebih penting dan saya kira ini permulaan untuk usaha kerajaan terutamanya Majlis Agama Islam untuk memberi kefahaman yang lebih kepada umat Islam dalam negeri Selangor supaya kita betul-betul berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah kita amalkan sekian lama yang lebih penting ialah hasil daripada kita mengubah enakmen ini. Bagi Seri Serdang, takfiri sifat ekstrem melampau perlu kita hindarkan beri kesedaran kepada masyarakat bahayanya kalau sifat ekstrem ini sifat takfiri ini dan tidak mengamalkan wasatiyyah akan menyebabkan kacau bilau di dalam umat Islam dan akhirnya mengganggu gugat kestabilan negeri Selangor yang hari ini sangat-sangat stabil di bawah Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan. Sekian dulu Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang menyokong enakmen penggubalan MAIS ini.
Semenyih.
Assalamualaikum Warahmatullahi dan Selamat Sejahtera terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian. Semenyih mewakili barisan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor Perikatan Nasional, berdiri menyokong penuh usul yang amat penting dan signifikan ini iaitu meminda enakmen pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor yang secara asasnya bagi mensyaratkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya'irah Maturidiyyah sebagai syarat untuk mana-mana individu yang memegang jawatan penting dan utama dalam pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor ini. Usul ini saya percaya bukanlah usul politik, ataupun pentadbiran biasa tetapi ialah soal memelihara akidah, keharmonian kita bersama dan kesinambungan identiti Islam di bumi Selangor yang kita cintai ini. Semenyih menyokong dengan lima hujah.
Yang pertama, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah tunjang pegangan umat Islam di Malaysia khususnya di Selangor sejak zaman berzaman. Ia selari dengan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan artikel 11 yang membenarkan peraturan khusus dalam urusan agama Islam. Selain itu majlis fatwa kebangsaan sendiri secara konsisten menegaskan bahawa pegangan rasmi negara ini dalam bab akidah adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Berdasarkan akidah Asya'irah Maturidiyyah serta mazhab syafie dalam bab fiqh.
Kedua, usul ini adalah satu usaha untuk memastikan kelangsungan kestabilan akidah dan pentadbiran umat Islam yang harmoni di negeri Selangor. Tanpa penyaringan yang tegas seperti ini kita risau seandainya wujud risiko elemen mereka yang membawa ideologi-ideologi ekstrem, liberal, plural atau fahaman-fahaman songsang yang boleh merosakkan institusi agama. Tugas utama institusi agama negeri adalah memelihara maqasid syari'ah demi keharmonian masyarakat dan penyatuan ummah berdasarkan siyasah syar’iyyah bukan menjadi medan eksperimen ideologi atau agenda yang boleh merosakkan kesatuan ummah.
Tiga, sejarah telah membuktikan bahawa perpecahan umat sering berpunca daripada perbezaan aliran yang melampau dalam soal akidah dalam bab ni kadang-kadang kita pun boleh jadi ekstrem kalau kita benar very factual boleh dipolitikkan sehingga mengundangkan suasana tidak tenang. Negara-negara yang gagal menyaring pemegang jawatan agama mereka akhirnya berhadapan dengan konflik sektarian, malah kebarangkalian boleh berakhir dengan pertumpahan darah. Inilah yang antara Semenyih pernah bangkitkan sebelum ini, bertapa di sana adanya usaha-usaha yang sedang cuba melaga-lagakan kita umat Islam. Sebab itu Semenyih pernah menyarankan agar kita semua cermat dan berhati-hati agar tidak terperangkap dalam permainan sentimen yang sengaja cuba memecah belahkan kesatuan umat ini dengan melaga-lagakan kita pada perkara-perkara yang tidak penting walhal perkara-perkara itu dibenarkan mengikut syarak.
Keempat, Semenyih percaya usul ini bukanlah bersifat menindas atau bakal di manipulasi oleh mana-mana pihak sebaliknya ia bertujuan untuk memastikan orang yang diamanahkan menjaga urusan agama di negeri Selangor itu benar-benar berpegang kepada ajaran yang muktabar, sohih yang membawa rahmat kepada seluruh ummat. Ingat, apa-apa jawatan apatah lagi yang berkaitan dengan jawatan agama adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak. Ala kullukum raa'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyyatih, setiap kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya dan dipertanggungjawabkan tentang apa yang dipimpinnya hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan yang kelima usul ini selari dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sentiasa menekankan soal pematuhan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam pentadbiran agama di negeri ini. Malah maka ia wajar disokong demi memperkukuh kedaulatan agama Islam dan institusinya di negeri Selangor. Kesimpulan, Semenyih mewakili Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor Perikatan Nasional tegaskan menyokong usul ini sebagai satu kewajipan syarie dan tanggungjawab moral kita bersama negeri Selangor mesti tegas menjadi benteng yang kukuh mempertahan kesucian akidah ummat. Semenyih mohon usul ini sokong sebulat suara demi agama, negeri dan generasi mendatang . Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hebat Ketua Dewan Ulama.
Ya, Lembah Jaya.
Terima Kasih Tuan Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya turut mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan Rang Undang-Undang enakmen Ahli Sunnah Wal Jamaah negeri Selangor yang pada saya pendapat saya amat penting ini. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj atas ketegasan pandangan jauh serta komitmen baginda dalam mempertahankan akidah umat Islam di negeri ini. Pindaan enakmen ini bukan sekadar satu langkah teknikal Rang Undang-Undang tetapi merupakan satu kesinambungan daripada usaha berterusan Tuanku, Majlis Agama Islam (MAIS) dan Kerajaan Negeri untuk memastikan umat Islam di Selangor terus berada di landasan akidah yang benar dan sahih. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Yang Berhormat, kita semua maklum akan sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang di riwayatkan Al-Tirmizi bahawa umat baginda akan berpecah kepada tujuh pertiga golongan dan hanya satu golongan sahaja akan selamat. Dan apabila ditanya siapakah golongan itu, Baginda menjawab mereka yang berpegang yang berpegang kepada apa yang aku dan para sahabat ku berada di atasnya. Hadis ini menjadikan asas pemahaman kita bahawa banyak jalan yang mendakwa kebenaran tetapi hanya satu jalan yang benar-benar lurus jalan yang diwarisi daripada Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Ini merupakan satu kebenaran atau satu realiti yang juga telah dibincangkan didalam budaya popular seperti kata lirik yang sering kita dengar 73 pintu 73 jalan yang sampai hanya 1 jalan nyanyian Dato’ M. Nasir dan nukilan Arwah Loloq. Dalam pindaan enakmen ini adalah salah satu usaha agar umat islam di Selangor terus terpandu dalam
jalan yang satu iaitu jalan kebenaran dan jalan yang selamat. Pindaan ini juga mengandungi satu maksud penting yang wajar diberi perhatian iaitu penetapan yang amat jelas bahawa pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mestilah dalam kalangan mereka yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang ditakrif dan diiktiraf oleh negeri ini. Ini sangat penting kerana MAIS adalah satu badan autoritatif tertinggi dalam urusan segala agama islam di Selangor. Maka sudah tentu mereka yang dilantik mesti benar-benar memahami dan menghayati fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah agar segala keputusan, dasar dan pelaksanaan yang digubal oleh MAIS kekal berasaskan akidah yang sahih dalam kerangka maqasid syariah ini selari dengan matlamat menjaga agama atau Hifz Al-Din yang menjadi tunjang utama dalam pembangunan masyarakat Islam yang sejahtera.
Tuan Speaker kita juga tidak boleh menafikan Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan hanya satu fahaman akidah tetapi telah menjadi tonggak sosial identiti Umat Melayu Islam di Malaysia secara khususnya dan secara amnya di Nusantara. Ia adalah asas perpaduan ummah kita dan apabila kita semua berpegang pada akidah yang sama Mazhab Figh iaitu Mazhad Syafie dan pendekatan tasawuf yang muktabar dan seimbang dengan itu kita dapat mengelakkan masyarakat daripada terjerumus dalam fahaman ekstrem, radikal atau liberal yang sedang mencabar kelangsungan keharmonian sosial negeri Selangor pada masa ini. Lebih daripada itu Ahli Sunnah Wal Jamaah juga membentuk sikap wasatiyyah dalam masyarakat yakni mendidik umat untuk bersederhana, tidak gopoh dalam menghukum serta menjaga adab dan akhlak dalam perbezaan pendapat tasawuf sebagai sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah pula memainkan peranan penting dalam membina akhlak seperti sabar, jujur, hormat kepada ulama dan juga pemimpin dalam konteks pemerintahan Ahli Sunnah Wal Jamaah juga turut mengajar pentingnya taat kepada perintah yang sah dan menolak sebarang bentuk pemberontakan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan Negeri Darul Ehsan ini. Akhirnya kita semua harus sedar bahawa pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini lah yang membentuk seluruh struktur Agama Islam di Negeri Selangor daripada Pentadbiran Fatwa, Sistem Pendidikan, Perundangan Syariah hingga ke amalan ibadah harian masyarakat kita. Ini bukan sekadar wacana di masjid atau kitab tapi merupakan asas kehidupan beragama dan bersosial bagi Umat Melayu Islam di Selangor. Sehubungan itu saya selaku wakil kepada rakyat Lembah Jaya menyokong penuh pindaan enakmen ini sebagai satu langkah penting dan strategik demi menyokong usaha murni Duli Yang Maha Mulia Tuanku, MAIS dan Kerajaan Negeri dalam memelihara kesucian Agama Islam dan kesejahteraan Umat Islam di Negeri Selangor. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Speaker.
Ya, Kota Damansara.
Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberikan ruang Kota Damansara untuk turut terlibat sama dalam Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan 2025). Pertama sekali, Kota Damansara ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO atas pembentangan bagi Rang Undang-undang tersebut. Kota Damansara mempunyai senada bersama dengan Yang Berhormat Sungai Ramal berkenaan antara Rang Undang-undang ini perlu beberapa lagi Rang Undang-undang yang perlu disemak iaitu Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri sebab bila kita lihat ada beberapa kes-kes bila mana dicabar di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan yang menyebabkan dilihat seolah-olah Undang-undang Islam khususnya di Negeri Selangor mudah dicabar dan longgar.
Yang pertama sekali semestinya Yang Berhormat EXCO perlu tubuhkan Jawatankuasa bersama dengan Jawatankuasa Undang-undang, Jawatankuasa Tauliah, Jawatankuasa Fatwa untuk mengeluarkan satu fatwa itu mesti sealiran dengan Undang-undang bukan hanya Undang-undang Kerajaan atau Undang-undang Agama tapi perlu dilihat juga dengan Undang-undang Federal Constitution dengan izin, kerana apa bila mana apabila ada sekecil ruang itu dia akan digunakan oleh beberapa golongan khususnya golongan-golongan tertentu untuk mengambil ruang dan meremehkan Undang-undang yang tertubuhnya dalam Kerajaan Negeri Selangor. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana Rang Undang-undang ini merupakan Rang Undang-undang yang perlu dan penting khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor bila Negeri-negeri lain juga telah menjadikan sebahagian daripada Undang-undang Kerajaan Negeri bila mana Negeri Sembilan kita lihat di Negeri Perak dan Negeri Kelantan dan banyak lagi dan semestinya Selangor tidak terkecuali untuk kita bersama-sama untuk menterjemahkan apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mana diperincikan untuk Asyairah dan Maturidiyyah dan kita lihat juga bila sini mereka-mereka pemegang-pemegang jawatankuasa tertinggi khususnya Mufti mereka yang berada di dalam Jawatankuasa Tauliah yang mana mereka yang mempunyai aliran-aliran ini perlu memastikan kepada mereka yang mendapat tauliah di Negeri Selangor mempunyai semangat yang sama bukan setakat semangat tetapi mempunyai adab seperti adab yang mereka mengamalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang disebut oleh beberapa sahabat-sahabat saya Yang Berhormat yang lain apabila mereka mempunyai tauliah dan mereka datang ke Negeri Selangor dan memberikan beberapa ucapan-ucapan yang kita mengharapkan untuk memberi penerangan kepada rakyat-rakyat Selangor tetapi walau bagaimanapun ada beberapa-beberapa ucapannya dipisah-pisahkan sebagai contohnya takrifannya takfiri bilamana mereka mengkafirkan kafirkan kepada mereka yang lebih malangnya yang akan terpecah dan terpisah adalah mereka daripada Umat Islam sendiri khususnya pada mereka
golongan orang Melayu. Sebab itu kalau kita tengok bukan hanya sekadar tengok ilmu kepada mereka tetapi lihat juga adab-adab mereka sepanjang tempoh mereka memberikan ceramah-ceramah khususnya yang berada di dalam Masjid-masjid dan surau di negeri Selangor.
Sekali lagi akhir sekali saya minta kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam keadaan tempoh sepanjang ini kita akan lihat juga bagaimana tatacara MAL dan sebagainya sebab apa kita tengok yang ini walaupun dia lebih fokus kepada isu pentadbiran dan lantikan-lantikan berpegang-pegangan jawatan utama kita boleh menjadikan ini sebagai pemula yang mana tidak akan menghentikan dan saya minta juga pada Kerajaan Negeri Selangor khususnya untuk mempercepatkan beberapa langkah-langkah dan pindaan Undang-undang khususnya tatacara MAL dan sebagainya yang mana para hakim dan sebagainya juga perlu mempunyai aliran yang sama pengakhiran pengkhususan supaya ini juga akan memberikan kelebihan kepada Kerajaan Negeri Selangor sebab saya percaya ada beberapa Negeri lagi tidak mengkhususkan khususnya kepada Hakim-hakim Mahkamah Syarie yang ini saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk dipercepatkan dan mempertimbangkan untuk kalau ada, ada satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan dan kita panggil semua mereka yang bijak pandai dalam bidang-bidang tersebut semestinya Kota Damansara tidak sebahagian dari ahli-ahli ini tetapi saya mempunyai kerisauan yang sama. Jadi saya minta kepada Kerajaan Negeri Selangor mungkin boleh dipercepatkan sebab bila setakat bila kita, saya diberitahu bila kita menanyakan sekarang dalam peringkat perbincangan sebab perbincangan ini boleh jadi 10 tahun bincang, boleh jadi 20 tahun bincang tidak jadi apa hanya berbincang sahaja jadi saya minta bincang secara serius duduk dan tubuh satu jawatankuasa dan kita hendak benda ini betul-betul jadi kalau boleh terjadi biarlah kita jadi sebahagian daripada orang-orang yang terlibat bersama-sama dalam menegakkan Agama Islam di Negeri Selangor dan insyaallah Kota Damansara bersama-sama rakan-rakan yang lain khususnya dalam Pakatan Harapan menyokong Pindaan Rang Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya sekarang ingin mempersilakan pihak Kerajaan jika ingin menggulung atau memberi apa-apa penjelasan tentang perkara-perkara yang telah dibangkitkan tadi. Ya, saya mempersilakan Yang Berhormat Seri Setia.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih Yang Berhormat yang telah turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang 2025 tadi. Terima kasih Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Sungai Ramal, Yang Berhormat Kota Damansara, Yang Berhormat Seri
Serdang, Yang Berhormat Semenyih dan Yang Berhormat Lembah Jaya. Saya yang paling ketara tadi saya dapat lihat adalah mungkin pertama kalinya saya melihat bahawa kita ada satu persetujuan kita boleh bersetuju sebelah Kerajaan dan Pembangkang soal-soal perpaduan ummah dan saya rasa kalau kita lihat dalam Dewan ini sudah tentunya perpaduan itu sepatutnya datang daripada bangsa yang paling ramai dalam Dewan ini. Jadi alhamdulillah kita boleh bersetuju dengan soal penyatuan dan perpaduan akidah pada kali ini. Kita dipihak Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan perkara-perkara yang akan memadu dan menyatukan kita terutamanya dari segi pengurusan-pengurusan agama itu tadi.
Saya cuma hendak tambahkan di sini beberapa perkara, yang pertama adalah kita sebut soal Rang Undang-undang kita sebut soal Penggubalan Fatwa dan pilihan kepada beberapa asas utama pembentukan umat dan masyarakat di negeri Selangor. Sudah tentunya sebagai sebuah Negeri yang majmuk kita ada juga yang bukan Islam di sini yang mungkin yang bukan Islam tertanya-tanya dan yang Islam tertanya-tanya juga apa Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenarnya sebab ia memang sebut asha'irah maturidiyyah memang perkara-perkara yang dalam dan sebenarnya kalau dilihat dari sudut sejarahnya kedua tokoh ini adalah tokoh yang pertama yang cuba menyatukan kembali umat Islam setelah wafatnya Rasulullah S.A.W , umat mula berpecah setelah wafatnya Rasulullah balik kepada 4 khalifah iaitu Saidina Hassan kemudian Khalifah Umar dan sebagainya tetapi penyatuan ini dibuat sejurus selepas itu oleh kedua tokoh besar ini Abu Hasan Al Asy'ari dan Abu Mansur Al Maturidi.
Jadi di sini saya hendak kongsikan apakah outcome ataupun kesan yang kita harapkan daripada terpasaknya pegangan akidah seperti ini dalam kalangan Umat Islam di Negeri Selangor. Jadi ciri-ciri Umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah ini ada 14 saya hendak ringkaskan sahaja. Jadi yang pertama adalah mereka menetapkan sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah secara ijmai dan tafsili mereka mentaksiskan dan menyucikan Allah daripada sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifat makhluk yang mutlak mereka menjaga adab yang tinggi dengan Rasulullah dan mengiktikadkan bahawa Baginda adalah makhluk Allah yang paling mulia di sisinya dan mereka banyak berselawat kepada Baginda, mereka mencintai dan menghormati kedua-kedua ahli keluarga Rasulullah dan para sahabat Rasulullah. Mereka adalah majoriti ulama Umat Islam sejak dahulu sehingga kini, mereka adalah majoriti Umat Islam sejak dahulu sehingga ini, mereka adalah golongan yang wasatiyah pertengahan di antara dua ekstrem, mereka saling hormat-menghormati, mereka tidak mengkafirkan atau menyesatkan atau mencaci para ulama dan orang-orang soleh yang terdahulu, mereka tidak saling kafir mengkafirkan sesama mereka dan tidak saling sesat menyesatkan sesama mereka. Mereka tidak mengharuskan pemberontakan bersenjata ke atas pemimpin Muslimin dan Umat Islam. Mereka berlapang dada dalam perkara-perkara khilafiah dan bertegas kepada asas
akidah. Mereka tidak mengkafirkan Umat Islam kerana melakukan dosa apatah lagi kerana melakukan amalan-amalan sunat perkara khilafiah dan adab dalam ibadat dan berdoa seperti tawassul, tabarruk dan istighosah. Mereka tidak mudah mengkafirkan ahli kiblat. Jadi cantiknya sebenarnya kalau kita amalkan sebetul-betulnya ciri-ciri akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini insyaallah kesan itu akan wujud dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan secara perpaduan dan nafasi perpaduan itu akan dapat dizahirkan dalam Umat Islam terutamanya di Negeri Selangor ini.
Jadi saya hendak terus kepada satu dua kebimbangan dan keresahan yang dibangkitnya contohnya oleh Yang Berhormat Sungai Ramal dan Yang Berhormat Kota Damansara isu-isu melihat semula kepada Undang-undang Tubuh dan Undang-undang Negeri yang berkaitan insyaallah MAIS sebenarnya sedang melaksanakan satu kajian untuk masukkan kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini ke dalam Undang-undang Tubuh Negeri dan apa implikasi di situ apabila perkara itu dibuat termasuk juga Undang-undang lain dan perjawatan-perjawatan yang lain kali ini adalah hanya yang awalannya dan disebut oleh keresahan oleh Yang Berhormat Meru dan Seri Serdang akan soal-soal latihan dan bagaimana kita hendak communicate kan kepada masyarakat inilah yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, saya kira di peringkat MAIS dan JAIS telah bermula kita mulakan dengan Khutbah dan saya sendiri secara peribadi telah mensyaratkan agar semua pemegang-pemegang tauliah kita ini diberi ruang seluas-luasnya dalam tempoh sebulan ini untuk dia syarah isu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebab saya rasa di situ nanti kalau ada yang culas, kalau ada yang tergelincir yang ini yang kita akan tarik balik tauliah yang paling awal. Jadi ini satu perkara yang kita sedang cuba laksanakan bagi menyemarakkan lagi kefahaman di kalangan masyarakat dan saya ambil maklum juga soal-soal lantikan-lantikan di bawah soal pendidik kita, guru-guru kita, pemegang tauliah dan juga para pendakwah ada bawah. Sila Seri Serdang.
Yang Berhormat EXCO.
Seri Serdang silakan.
Tadi Yang Berhormat EXCO mulakan perbahasan dengan mengatakan kita bersama setuju antara blok Kerajaan dan juga Pembangkang tentang perpaduan ummah. Ya, kita sama-sama setuju saya yakin dipihak sahabat-sahabat di sebelah pembangkang juga bersetuju atas nama perpaduan ummah. Dalam pelaksanaan itu cadangan Seri Serdang kepada Yang Berhormat EXCO bukan sahaja menggunakan mimbar-mimbar kita juga kuliah-kuliah Agama untuk memahamkan masyarakat kita tentang apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan akan melahirkan Umat Islam yang lebih berkualiti terutamanya dalam menangani isu
kafir mengkafirkan takfiri ini saya kira media sosial juga perlu diberikan peranan untuk memberi penerangan kepada masyarakat terutamanya Umat Islam bagaimana akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini melahirkan Umat Islam yang lebih berkualiti dan menghindari sifat takfiri kafir mengkafirkan antara satu sama lain walau atas apa isu sekali pun. Sekian.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Sudah tentunya isu-isu akan kita perhalusi dan kita masukkan kerana ia menjadi elemen yang penting untuk memastikan penyatuan dan perpaduan umat berdasarkan kepada akidah yang satu seperti ini. Jadi itu sahaja daripada saya yang saya ada Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ini ialah bahawa Rang Undang-Undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Bacaan kali yang kedua, Rang Undang-Undang ini bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2025.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-Undang ini fasal demi fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1.
Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Fasal 3.
Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Fasal 4.
Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Fasal 5.
Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Fasal 6.
Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Fasal 7.
Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Fasal 8.
Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Fasal 9.
Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Fasal 10.
Fasal 10 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada Dewan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Terima kasih. Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-Undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ini ialah Rang Undang-Undang ini hendaklah dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’. Dipersetujui.
Usul Nombor 5 Tahun 2025 - Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) di bawah Seksyen 10 Akta ...Motion
Bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan 2025). Aturan urusan seterusnya, Usul Nombor 5 Tahun 2025 - Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957.
Ya pencadang? Silakan Sekinchan.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya dengan sukacitanya memohon membawa satu usul di dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut. Bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk membuat suatu ketetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut, menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) di mana sebanyak 1% daripada setiap penerimaan bayaran premium tanah atau dan premium tambahan susulan kelulusan permohonan menukar kategori kegunaan dan syarat nyata tanah hendaklah disumbangkan kepada Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) ini yang akan diselenggarakan oleh Jawatankuasa Tetap (STANCO) Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor.
Namun begitu, pegawai pengawal Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) adalah Pengarah Tanah dan Galian Selangor yang juga bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemegang Amanah.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran merupakan akaun amanah kerajaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan laporan di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor yang beraudit yang dikelaskan di bawah Akaun Amanah Disatukan.
Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) adalah bertujuan khusus untuk menanggung perbelanjaan aktiviti yang melibatkan bayaran dan kos melaksanakan tindakan penguatkuasaan di atas tanah hakmilik dan tanah kerajaan yang melibatkan kilang-kilang tanpa kebenaran secara langsung perbelanjaan mengadakan program libat urus dan publisiti yang berkaitan secara langsung dengan tujuan kumpulan wang amanah ini serta lain-lain aktiviti yang secara langsung melibatkan kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor.
Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) ini diselenggarakan oleh STANCO Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) melalui Yang Berhormat EXCO, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Sehubungan itu, Cabutan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 21 Ogos 2024 Kertas EXCO MTES No.3/12/2024 yang disahkan oleh MMKN Ke 24/2024 pada 28 Ogos 2024 telah menimbang dan meluluskan penubuhan Kumpulan Wang Tabung Amanah KTK dan Cadangan Pelanjutan Tempoh Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang
Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor iaitu #KitaSelangorKTKSifarKes yang berkuat kuasa serta-merta.
Cadangan menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) ini diangkat untuk pertimbangan atas justifikasi berikut :-
1) Sepanjang tempoh Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) yang mula diperkenalkan mulai tahun 2006 hingga 2020 – tiada peruntukan disediakan bagi perbelanjaan aktiviti penguatkuasaan dan lain-lain kos menjalankan aktiviti yang melibatkan kilang-kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor. Perkara ini sedikit sebanyak mengakibatkan Program Pemutihan dan Pematuhan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) yang sekian lama dilaksanakan ini telah dianggap tidak mencapai objektif ataupun gagal;
2) Dengan sedikit peruntukan yang disediakan kos-kos yang melibatkan operasi perobohan dan lain-lain bayaran dalam usaha memutihkan dan mensifarkan kilang-kilang yang telah beroperasi tanpa kebenaran dilaksanakan dengan mudah;
3) Dengan pelaksanaan operasi perobohan, sitaan dan pelucuthakkan, perampasan tanah diharamkan pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha yang masih enggan dan berdegil bertindak memutihkan kilang-kilang yang beroperasi tanpa kebenaran dengan kadar segera.
Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 antara lain memperuntukkan Dewan Undangan Negeri bagi sebuah negeri selain daripada Sabah dan Sarawak boleh dan dari masa ke semasa dengan resolusi menentukan kumpulan wang bagi maksud-maksud seksyen ini dan subseksyen-subseksyen 1(b)(1)(2) dan (3) hendaklah dipakai kepada kumpulan wang tersebut sebagaimana terpakai kepada kumpulan wang yang ditentukan dalam Jadual Ketiga.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mencadangkan sokongan terhadap penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) ini diangkat untuk pertimbangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka dengan ini, saya memohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar melalui wakilnya Yang Berhormat Sekinchan iaitu Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Oleh itu, saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan. Batu Tiga.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker dan seterusnya terima kasih Yang Berhormat EXCO yang telah membentangkan satu inisiatif yang sangat baik di mana ia adalah usaha untuk kita mempertingkatkan usaha menyelesaikan masalah kilang tanpa kebenaran. Saya melihat jam kita ada 30 saat lagi tapi saya cuba sampaikan sedikit dan akan sambung selepas rehat.
Yang Berhormat Speaker, kilang tanpa kebenaran ialah satu perkara yang sudah berlaku sangat panjang. Ia bukanlah perkara yang baru untuk kita malah saya boleh katakan untuk kawasan-kawasan industri yang jumlahnya ramai atau banyak industri-industri kilang tanpa kebenaran ini sebenarnya ia tidak memberikan hasil pun kepada Kerajaan Negeri (baik dari sudut pematuhan lesen ataupun baik dari sudut pembayaran cukai dan sebagainya). Kekosongan dan kelompangan itu sebenarnya memberikan kerugian kepada kita semua. Saya harap apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat EXCO itu akan memberikan faedah yang baik kepada kita.
Yang Berhormat, nanti boleh sambung sebelah petang.
Saya memang baru bagi pendahuluan je.
Ya, tak apa. Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Batu Tiga boleh sambung pada sebelah petang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 1.00 petang. Dengan ini saya tangguhkan Sidang Dewan ke pukul 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Selamat petang. Dewan kita sambungkan semula persidangan kita pada hari ini dengan mempersilakan Yang Berhormat Batu Tiga untuk menyambung perbahasan usul Kumpulan Wang Amanah Tanpa Kebenaran. Dipersilakan Batu Tiga.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Saya menyambung kembali perbahasan saya yang hanya dimulakan 20 saat sebelum waktu rehat sebentar tadi. Tapi dengan penuh semangat itu, saya ingat kita kena sambung sebab spiritnya bagus apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat EXCO daripada Sekinchan. Saya ingin mulakan perbahasa tentang usul menubuhkan sebuah Tabung Kumpulan Amanah Kilang Tanpa Kebenaran yang sebelum ini belum ada tidak pernah wujud sebelum ini. Saya nak mulakan dengan satu frasa di mana kita jangan lihat lagi Kilang Tanpa Kebenaran ini sebagai liabiliti kepada Kerajaan Negeri. Kita kena lihat ia sebagai peluang sebab bila kita lihat ia sebagai liabiliti sentiasa dia akan terus jadi liabiliti dan kita akan pening kepala tahun demi tahun. Saya percaya usaha untuk kita buat pemutihan ini kita bukanlah hanya bermula pada setahun atau pun dua tahun Yang Berhormat Sekinchan jadi EXCO PBT bukan. Ia telah berlangsung sekian lama tetapi kita masih lagi sangkut ataupun terjebak duduk dalam kelompong itu sampai masanya kita pun tak tahu dan nak buat apa. Hari ini sebenarnya nak mencari satu solusi ataupun pemangkin. Kita nak kalau boleh usaha yang kita buat tahun demi tahun kita improve, kita baiki dan kita ada penambahbaikan setiap tahun. Maka sebab itu bila dicadangkan sebuah Tabung itu, saya percaya usahanya ataupun gis kepada asas kenapa kita tubuhkan sebuah tabung ini satu usaha yang murni tapi ingin saya detailkan sedikit. Saya memetik sebuah kod daripada Sun Tzu, Art Of War disebutkan “in the midst of chaos there is also opportunity” maknanya dalam kesibukan kita menghadapi peperangan yang disebutkan oleh Sun Tzu itu kita nak cari peluang di mana sebenarnya yang boleh kita ambil peluang itu sebagai opportunity. Terpulang, namun saya ingin bertanya sebenarnya, berapa jumlah yang ada yang belum lagi dibuat pemutihan? Saya memetik daripada soalan Dewan pada tahun lepas sehingga Oktober 2024, jumlah KTK yang berdaftar melibatkan 6690 buah kilang di seluruh negeri Selangor. Tetapi dalam beberapa kumpulan itu yang telah mendaftar ada lagi bilangan yang masih belum dibuat pemutihan dengan secara menyeluruh. Dan saya ingin bertanya sebenarnya berapa jumlah telah pun kita kutip daripada hasil itu. Tahun 2024 berapa yang telah kita kutip? Saya tak jumpa tapi saya jumpa pada tahun
2021. Tahun 2021 melalui mesra pemutihan KTK Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran berjaya menjana hasil sebanyak RM76 juta. Daripada jumlah itulah sebenarnya kita mungkin kita boleh jadikan sedikit asas. Tahun 2021 kita berjaya buat pemutihan beberapa sejumlah kilang tanpa kebenaran kita berjaya kutip hasil RM76 juta. Tapi tahun demi tahun saya percaya yang YB Sekinchan sedang buat penambahbaikan mungkin kita boleh dapatkan angka yang lebih besar. Dan dicadangkan dalam kertas ini kita nak kutip 1% Yang Berhormat Sekinchan, kenapa satu kenapa tak dua? Saya nak tanya juga ni soalan saya kenapa satu peratus? So itu mungkin boleh diberikan penjelasan nanti. Berapa pun jumlah yang kita tetapkan peratusan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Kumpulan Amanah KTK ini sebenarnya ia ada banyak justifikasi kenapa kita buat. Saya mungkin akan menyentuh beberapa perkara tentang tujuan ataupun bagaimana amaun itu boleh kita gunakan supaya ia menjadi pemangkin kepada peningkatan pendaftaran ataupun pemutihan kilang tanpa kebenaran. Tapi percayalah sebenarnya ia bukanlah mudah, ia tidaklah kita boleh ambil satu tempoh yang ringkas singkat boleh selesaikan kesemuanya. Kita telah berjalan tahun demi tahun tapi inilah yang sedang kita laksanakan.
Yang Berhormat Batu Tiga boleh.
Ya silakan.
Ok terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga tentang statistik jumlah kilang tanpa kebenaran yang memang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan yang lepas dan apa yang pengalaman Pelabuhan Kelang laluilah sepanjang daripada tahun 2008 sehinggalah sekarang apabila dibentangkan statistik jumlah Kilang Tanpa Kebenaran ini, statistik itu bertambah ok bertambah dari setahun ke setahun jadi mungkin ada sekarang ini pembangunan-pembangunan Kilang Tanpa Kebenaran ini dibuat tanpa kelulusan kebenaran merancang dan bagaimanakah cara kita mengawal untuk memastikan di samping kita memutihkan kilang tanpa kebenaran ini tetapi dalam masa yang sama wujud juga Kilang Tanpa Kebenaran yang baharu. Dan ini menambahkan lagi masalah kepada Pihak berkuasa Tempatan kepada Agensi-agensi Penguatkuasaan kerana angka-angka Kilang Tanpa Kebenaran ini bertambah terutama sekali di kawasan-kawasan pertanian atas alasan tanah itu hak milik persendirian dan mereka berhak membuat apa sahaja aktiviti dia atas tanah tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat Batu Tiga?
Terima kasih Pelabuhan Klang. Saya juga bersetuju sebab yang kita sedang buat hari ini. Katalah kita bermula dengan jumlah asasnya 10 ribu Kilang Tanpa Kebenaran kita bermula pada tahun-tahun tertentu. Kita buat berjaya buat pemutihan 5 ribu. Tetapi bila masuk tahun
depan berikutnya bilangannya mulanya berkurang 5 ribu, tiba-tiba naik jadi 7 ribu setengah. Dia makin lama main bertambah dan main bertambah. Asasnya saya percaya Pelabuhan Klang sebab tanah kita lagi-lagi di lot pertanian ini tidak ada kawalan. Yang ada hari ini kalau pembangunan itu nak diubah kepada status kediaman yang itu saya percaya kebanyakan akan masukkan kebenaran merancang dan menukar status tetapi untuk soal kilang ini kebiasaannya ataupun mereka mengambil jalan mudah. Mereka terus bina sahaja kilang haram atau yang tidak pun masuk OAC meeting tidak dapat kebenaran merancang terus laksanakan perniagaan yang mereka nak buat. Dan mereka mengambil jalan mudah sebenarnya sebab kalau mereka masuk mungkin apa yang ada di depan mereka, mereka nampak kesusahan dan kepayahan tetapi kita sebenarnya kita nak buat satu perkara untuk memudahkan mereka. Kita nak buat tema, tema kita bagus, Is Doing Business In Selangor. Kita nak buat benda itu, tetapi apakah yang kita nak buat itu sebenarnya juga merangkumi mempermudahkan pemutihan ataupun pendaftaran kilang-kilang baru pertanian. Saya bersetuju dengan Pelabuhan Klang saya mohon dimasukkan sekali di dalam ucapan saya.
Penggunaan KTK yang boleh saya cadangkan, pertamanya kita mungkin boleh selesaikan masalah buangan industri. Hari ini di tempat saya mungkin tidaklah ada sangat isu pembuangan sampah secara haram tetapi kebanyakan tempat di kawan-kawan Yang Berhormat yang lain tentunya terkesan. Ada banyak tempat pembuangan sampah haram yang pastinya ia tidak dilaksanakan oleh kilang-kilang berdaftar ataupun kilang-kilang yang besar. Dia pastinya dia dilaksanakan oleh mereka-mereka tidak bertanggungjawab. Kita nak selesaikan masalah itu mungkin dengan sedikit allocation satu percent itu boleh ambil ruang untuk kita tampung kos untuk kita menangani masalah pembuangan sampah haram. Saya tidak akan sentuh secara detail, setiap satunya saya percaya rakan-rakan yang lain akan menyentuhnya.
Kedua tentang kos pembangunan Rancangan Tempatan PBT. Di PBT Rancangan Tempatan kita buat setiap 5 tahun Yang Berhormat Sekinchan 5 tahun, 10 tahun tetapi akan ada permintaan-permintaan sebelum tempoh 10 tahun itu akan ada perubahan Rancangan Tempatan. Dan bila kita buat Rancangan Tempatan sudah tentu ia memerlukan satu kos konsultan daripada PBT ini untuk buat kajian di mana tempat strategik yang perlu diubah contoh yang kita bercakap tentang lot-lot pertanian kalau digunakan sebagai Kilang Tanpa Kebenaran dia telah mengubah status secara haram dia tidaklah melaksanakan industri yang sepatutnya digazet dalam lot pembangunan RT tetapi digunakan untuk tujuan yang lain. Sebab itu saya mohon kita juga guna sedikit kos itu menampung kos konsultan yang mungkin dilantik oleh PBT ini untuk kita rangka semula Rancangan Tempatan kita.
Dan yang terakhir kos teknikal untuk penjawat kita. Ia juga merangkumi mungkin saya boleh cadangkan sedikit OT kalau boleh saya cadangkan. OT kepada penjawat awam yang terpaksa bekerja lebih masa, contohnya pembakaran secara terbuka pembakaran haram. Pembakaran haram ini tak boleh kerja office hour Yang Berhormat Sekinchan, dia tak boleh 8 sampai 5 petang, 5 petang api terbakar lagi ini, kemudian semua balik. Dia tak boleh kerja office hour dia kena kerja berterusan dan kita faham penjawat awam kita kalangan bomba dan penyelamat mungkin terpaksa lebih masa nak pastikan kebakaran di satu tempat itu terpadam. Dan dia kena usaha yang lebih kepada itu dan mungkin juga melibatkan kos-kos teknikal seperti jentera dan sebagainya. Nak ubah ataupun nak bawa sampah haram dan sebagainya atau kos penguatkuasaan di mana-mana kilang yang terpaksa kita angkut, mesin dan sebagainya tak nak bawa 4 by 4 yang kita ada di pejabat, pejabat daerah kita kena pakai jentera-jentera yang lebih besar. Kos teknikal itu juga mungkin boleh dimasukkan sebagai salah satu penggunaan dalam Kumpulan Wang Amanah KTK ini. dan insya-Allah saya juga bersedia untuk kita laksanakan perbincangan sekiranya usaha ini juga gagal maknanya kita dan buat penambahbaikan demi penambahbaikan tapi apa lagi usaha yang boleh kita buat. Sudah tentu sekiranya tiada pematuhan daripada pemilik Kilang Tanpa Kebenaran saya cadangkan kita kuat kuasa semula denda dan fees yang tinggi kepada mereka. Sebab mereka ini Yang Berhormat semua katalah saya andaikan dalam satu kawasan ada satu KTK telah berjaya buat pemutihan dia telah bayar sejumlah amaun dengan premium, dengan cukai, dengan lesen, dengan charge kemajuan dan sebagainya dia bayar. Tetapi selang 20 atau pun 30 meter daripada kilang dia ada satu kilang haram yang tidak berdaftar sebab apa kata kilang KTB ini ataupun apa kata kilang KTK yang daftar ini, kawan dia sebelah tak daftar apa-apa, tetapi perniagaan sedang dilaksanakan tanpa gangguan dan sebagainya. Tapi dia patuh, taat, bertanggung jawab bayar segala yang kita tetapkan, mohon pemutihan tapi dibeban bukan dibebankan dia bertanggung tapi kawan dia sorang tak buat apa-apa. Saya mengandaikan begitu supaya kita lihat semua orang perlu bertanggungjawab di mana pun tempat Kilang Tanpa Kebenaran ini walaupun jarak 20 30 meter daripada mereka yang telah berjaya pemutihan perlu juga segera laksanakan pemutihan ini. Dan kalau kita perlu dan perlu semak semula kadar denda kepada mereka yang todak bertanggungjawab ini.
Dan terakhir dan saya impressive sekali lagi jangan kita lihat Kilang Tanpa Kebenaran ini selamanya adalah liabiliti kita. Kena lihat dia dari sudut pendapatan ataupun hasil kena lihat ia juga sebagai keselamatan sebab kalau kita sahkan dan buat pemutihan maka bangunan itu dikira sebagai bangunan yang selamat untuk kita semua, sebab dalam itu mungkin anak-anak Selangor kita bekerja, mungkin anak-anak kampung kita B40 kita bekerja tetapi aspek keselamatan itu tidak dihiraukan sebab pemutihan inilah. Mana mungkin dia apply syarat bangunan tanya perlu pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran tak mungkin. So dia perlu melalui semua proses ini. So pada saya ia perlu kita buat dan
saya harapkan sekiranya kira berjaya usulkan dan luluskan usul ini mewujudkan sebuah Tabung Amanah Kilang Tanpa Kebenaran saya pastinya saya harapkan kita mampu menginjakkan bilangan Kilang Tanpa Kebenaran yang mampu kita berjaya buat pemutihan tahun demi tahun dan kita mengurangkan Kilang Tanpa Kebenaran yang haram bertambah demi bertambah. Kita kena usahakan perkara itu dan seluruh ahli Dewan saya percaya kita nak kan pembaharuan dari sudut Kilang Tanpa Kebenaran. Dan saya jangkakan kalaulah satu juta kita ambil daripada nilai tahun 2021, ehhh satu percent kita ambil dari 76 juta tahun 2021 kita sudah ada 760 ribu pada tahun tersebut. Tahun demi tahun mungkin amaun yang akan meningkat dan meningkat dan pastinya tabung ini boleh kita manfaatkan untuk tujuan Kilang Tanpa Kebenaran. Saya dengan itu saya menyokong usul yang dibawa oleh yang Berhormat Sekinchan.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Saya persilakan Yang Berhormat Kuang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Asalnya memang tak berapa nak bahas. Tapi bila dengar rakan tu jadi seronok pula nak bahas. Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah membentangkan Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran. Resolusinya baik tapi saya sokong tapi saya tampak tak berapa sungguh. Sebab Yang Berhormat EXCO minta 1% je. Jadi saya rasa saya nak sokong apa yang Batu Tiga sebut tadi 10%. Sebab masalah ini berlaku juga dekat tempat saya, tanah individu dibuat tempat pelupusan sampah haram, berlaku kebakaran banyak agensi terpaksa turun dan perbelanjaan untuk menangani masalah itu mencecah sampai ratusan ribu ringgit. Dua elemen dekat sini, pertama elemen kompaun yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri, kedua elemen penguatkuasaan. Dua-dua ini penting. Jadi dalam ni pun ada juga Yang Berhormat EXCO bentang tadi, penggunaan wang kumpulan, penggunaan kumpulan wang tertakluk kepada persetujuan daripada jawatankuasa kumpulan wang. Wang dalam kumpulan wang ini hendaklah digunakan bagi maksud-maksud berikut. Menanggung perbelanjaan aktiviti yang melibatkan bayaran dan kos bayaran yang melibatkan tindakan penguatkuasaan. Sedap ayat ni. Kos melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Tak kan 1% EXCO? Jadi saya cadang kepada EXCO, pinda balik benda ni. Kita naikkan jumlah dia bagi memberikan satu ruang yang lebih empuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan dan kita sokong ramai-ramai dalam ni. Eh, PBT pun saya tengok banyak duit dah. Ini untuk satu usaha yang murni yang saya yakin akan membantu semua Adun-adun untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh semua adun dalam dewan ni kawasan masing-masing. Jadi kita ramai-ramai pakat, kita cadang kepada EXCO dan supaya EXCO terima. Kita naikkan daripada 1% kepada 10% supaya
Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan yang lebih efisyen di dalam menangani masalah-masalah kilang haram ni dan sebagainya. Jadi itu saja yang saya nak bahas. Jadi maknanya saya sokong dengan pindaan. Kalau tak nak pinda kalau 1% je saya pun malaslah nak sokong. Jadi itu saja terima kasih Tuan Speaker.
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Yang Berhormat Seri Kembangan.
Terima kasih kepada Tuan Speaker di atas peluang yang diberi untuk turut sama dalam Perbahasan yang amat penting ini iaitu berkenaan tentang Tabung Amanah Kilang tanpa kebenaran. Saya boleh cakap perlahan-lahan (ketawa). Sejak tahun 2008 kerajaan Negeri Selangor telah berusaha secara konsisten untuk menangani isu kilang tanpa kebenaran. Antara langkah utama termasuklah pelaksanaan program pemutihan kilang sehingga tahun 2016 dan disambung pada tahun 2019. Sehingga kini serta penggubalan dasar pemetaan semula kawasan industri. Kilang-kilang yang beroperasi tanpa kebenaran telah menyebabkan kerugian besar kepada hasil kerajaan negeri. Mereka tidak membayar apa-apa cukai ataupun pembayaran berkenaan dengan lesen perniagaan yang dikenakan oleh pihak PBT. Ini bermakna Selangor kehilangan berjuta-juta ringgit setahun daripada sumber pendapatan yang sepatutnya boleh digunakan untuk membangunkan, untuk membuat pembangunan rakyat dan infrastruktur awam. Apabila kilang tanpa kebenaran ini tidak berlesen adalah susah untuk pihak PBT mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka apabila mereka melakukan apa-apa aktiviti yang terlibat dengan pencemaran, kacau ganggu dan lain-lain. Saya ingin memberi satu contoh berlakunya satu kes di mana satu kilang di dalam kawasan Dun Seri Kembangan telah didapati melakukan pencemaran bau dan bunyi. Daripada bulan Julai tahun 2024, saya menerima aduan ini dan MBSJ serta Jabatan Alam Sekitar telah pun menjalankan siasatan terhadap kilang tersebut. Walaupun Jabatan Alam Sekitar telah memberi nasihat dan panduan bagaimana untuk mengatasi isu pencemaran bau, masalah masih timbul dan pihak kilang tidak memberi kerjasama yang secukup-cukupnya. Malah pihak kilang lagi memfailkan injuksi terhadap MBSJ demi menghalang Majlis daripada menguatkuasakan notis-notis yang telah dikeluarkan. Sepanjang proses ini, pihak PBT tidak dapat menjalankan apa-apa tindakan terhadap kilang ini dan sebenarnya lesen perniagaan kilang ini juga tidak disambung pada tahun ini. Kita juga melihat penyalahgunaan premis perniagaan oleh pengusaha kilang tanpa lesen ini khususnya di kawasan perumahan dan komersial. Terdapat kes di mana lot kedai dijalankan, dijadikan tempat operasi kilang menyebabkan gangguan bunyi, pencemaran bau dan risiko keselamatan kepada penduduk. Ini juga menyukarkan pembangunan bandar yang tersusun kerana kawasan perniagaan digunakan untuk aktiviti yang tidak sesuai dari segi perancangan. Satu lagi contoh yang boleh saya boleh
beri iaitu (ketawa). Satu lagi contoh saya boleh beri iaitu kilang-kilang tanpa kebenaran yang tiada signboard dengan izin di Pusat Perniagaan Seri Kembangan.
Kilang-kilang ini menggunakan kedai-kedai untuk menjadikan bengkel kereta, kilang kaca dan sebagainya. Lori dan kenderaan berat keluar masuk ke kawasan tersebut dan menyebabkan kerosakan (cut of drain) dengan izin. Kereta buruk atau perlu diperbaiki selepas kemalangan menduduki tempat parking awam berbulan-bulan. Pencemaran udara dan bau kepada kedai-kedai dan perumahan berhampiran. Kerosakan Jalan raya, masalah sampah haram dan sebagainya dan semua masalah ni, PBT yang tanggung. Duit diuntung sepenuhnya oleh Pengurus kilang-kilang tanpa kebenaran ini, masalah dan kerosakan semua ditanggung oleh PBT dan rakyat. Keadaan ini menyebabkan kawasan perniagaan kehilangan daya tarikan pelabur yang sah, menjejaskan nilai hartanah serta mengundang rungutan masyarakat setempat. Saya pernah melawat ke Pusat Perindustrian di Taiwan. Mereka telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan zon perindustrian berpusat di mana semua aktiviti perkilangan di kawal dalam kawasan khas dengan infrastruktur lengkap. Mereka juga mempunyai sistem pemantauan bersepadu menggunakan teknologi AI dan Data Raya dengan izin Big Data untuk mengesan operasi haram. Penguatkuasaan dilakukan secara tegas termasuk penyitaan aset dan penutupan serta-merta kilang haram. Saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan kerana telah mewujudkan sistem digital bersepadu pada bagi pemantauan kilang dan zon industrial iaitu Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor IDRISS pada tahun 2023. Projek pembangunan yang dicadangkan di bawah IDRISS merangkumi ke sektor perindustrian, sektor perkhidmatan logistik, pergudangan, pelabuhan, perniagaan, perumahan, pelancongan dan pendidikan antaranya... (aik kejap, lari pulak) antaranya...
Yang Berhormat Speaker. Peraturan Tetap. Saya sebenarnya suka apabila apa ni Seri Kembangan ni..
Peraturan Tetap mana ni?
35(6).
35(6) sila baca ni.
35(6) ni dia tulis di bawah perbahasan, seorang ahli tidak boleh membaca ucapannya tetapi boleh di bacakan cabutan daripada buku atau surat kerana hendak menyokong hujahnya. Tapi saya tengok Seri Kembangan dia ada teks panjang. Jadi saya cadangkan Seri Kembangan sokong je tutup je.
Tak apa.
Sebab itu peraturan tetap ye.
Seri Kembangan.
Oh nak saya pandang kepada Yang Berhormat ya. Boleh je. Tapi nanti saya pandang Yang Berhormat nanti saya tak boleh berucap pula. Saya boleh ucap panjang apa masalahnya berucap panjang. Ini adalah ruang yang saya bahas. Boleh je saya bahas panjang sekiranya kerajaan tidak halangkan.
Silakan Seri Kembangan. Teruskan perbahasan.
Terima kasih. Jadi Projek Pembangunan yang dicadangkan di bawah IDRISS termasuklah di antaranya juga Selangor Business Capital, Selangor International Aeropark, Sepang Gold Coast Global Village, Unisel Global Campus, NCT Smart Industrial Park, Pelabuhan Pulau Carey, dan Zon Ekonomi Khas Pulau Carey. Saya pandang ye. Saya takut nanti Yang Berhormat tak pandang saya dia tak tahu saya pandang dia. Ok. Melalui inisiatif IDRISS harap-harapnya kita dapat membantu pengurus-pengurus kilang tanpa kebenaran untuk : 1) memindah kilang tanpa kebenaran ke kawasan industrial yang sah dan berlesen. Susahnya saya (ketawa). 2) Menyediakan inisiatif kepada pengusaha yang ingin memutihkan operasi mereka dan penyelarasan antara agensi negeri dan PBT di dalam memudahkan proses pelesenan dan pembangunan yang baru. IDRISS bukan saja menjanjikan penyelesaian jangka panjang kepada isu kilang haram, malah akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri secara terancang. Saya mencadangkan agar dengan penubuhan Tabung Amanah KTK, kerajaan dapat melaksanakan cadangan seperti berikut : 1) Menubuhkan satu pangkalan data digital kilang Selangor diwujudkan dengan integrasi antara agensi PBT dan INVEST Selangor. 2) Kaji semula dan menambah baik sistem inisiatif pelesenan bersyarat kepada kilang yang bersedia untuk memindah atau mematuhi syarat lesen dalam tempoh masa tertentu.
3) Menubuhkan satu pasukan petugas khas taskforce dengan izin antara agensi negeri PBT, dan Jabatan Alam Sekitar dan pihak lain yang berkaitan untuk menyelaras tindakan penguatkuasaan. 4) Merancangkan lebih banyak kempen kesedaran kepada pihak pengusaha, industri berkenaan, kesan undang-undang dan sosial operasi tanpa kebenaran serta mempromosikan usaha-usaha kerajaan untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan pihak pengurusan pengusaha industri. Yang Berhormat Tuan Speaker, isu kilang tanpa kebenaran bukan saja isu penguatkuasaan, tetapi isu perancangan kepatuhan dan tanggungjawab sosial. Jika tidak ditangani secara menyeluruh ia boleh menjejaskan ekonomi Alam Sekitar dan keharmonian komuniti Selangor. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Selangor kerana Selangor sekali lagi telah memperkukuh kedudukan kita sebagai hub perindustrian dan perkhidmatan utama negara serta kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia. Kerana Selangor telah mencatatkan KDNK Ringgit Malaysia 431.1 Bilion pada tahun 2024. Iaitu menyumbang 26.2% kepada KDNK Nasional. Disokong oleh kadar penubuhan koko sebanyak 6.3% dengan keputusan yang begitu cemerlang ini. Isu kilang tanpa kebenaran memang satu isu yang perlu kita mengambil berat dan menangani dengan cepat dan cekap demi Selangor terus menjadi negeri contoh kepada seluruh negara. Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membahas berkenaan isu pembangunan juga di kawasan Selangor, Seri Kembangan. Seperti apa yang dibahaskan tadi, Selangor telah menyumbang begitu, Selangor telah berkembang begitu pesat dan pantas dan pesat. Seri Kembangan merupakan satu kawasan yang sedang dibangunkan juga. Tetapi pembangunan buat setakat ini berkaitan dengan tanah-tanah bersaiz kecil yang dikenali sebagai dengan izin pocket development. Pembangunan-pembangunan ini telah menarik perhatian dan menimbul kerisauan rakyat terutamanya penduduk di sekitar projek-projek pembangunan tersebut. Projek pembangunan kecil sebegini biasanya tidak selaras dengan fasiliti yang sedia ada. Sebagai contohnya, disebabkan perubahan nisbah blok, satu projek pembangunan pangsapuri yang mempunyai lebih 30 tingkat telah diluluskan. Membina di satu tapak di dalam kawasan Bukit Serdang yang di sekelilingnya adalah kediaman rumah teres dan satu pangsapuri tidak melebihi 15 tingkat. Adakah fasiliti di sekitar telah bersedia untuk pembangunan ini? Adakah masalah trafik yang akan bertambah buruk? Adakah kebimbangan ataupun kerisauan penduduk setempat diambil kira? Pembangunan adalah suatu persoalan melibatkan keputusan bersama demi kebaikan bersama juga. Bagi pandangan saya pihak yang terpenting dan perlu diutamakan semasa kita menjalankan pembangunan adalah rakyat di tempat tersebut. Apa-apa pembangunan pun, ia perlu mendatangkan kepada kebaikan kepada penduduk yang duduk di tempat tersebut dahulu baru kita boleh kirakan pembangunan itu adalah satu pembangunan yang berkesan dan menuju ke hala tuju yang baik dan betul. Dengan ini saya memohon kepada
pihak kerajaan dan PBT untuk mengemukakan pelan pembangunan keseluruhan bagi Dun Seri Kembangan supaya kita tahu rancangan tempatan bagi 10 atau 20 tahun yang akan datang. Dengan itu sahaja kita dapat bersiap sedia untuk mengalu-alukan sebarang pembangunan di kawasan DUN Seri Kembangan. Saya juga ingin menyentuh tentang pelancongan. Bidang pelancongan Seri Kembangan sukar berkembang kerana menghadapi isu kilang tanpa kebenaran di kawasan-kawasan yang berpotensi. Saya amat berharap dengan usaha kerajaan menubuhkan Tabung Amanah KTK ini dapat menangani isu KTK dengan lebih berkesan supaya Seri Kembangan dapat mengembangkan tempat-tempat berpotensi untuk menjadikan tempat tarikan pelancongan. Saya ingin memohon kerjasama kerajaan juga untuk mengembangkan sektor pembangunan Seri Kembangan bersama. Di sini, saya menjemput semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menghadiri Karnival Bling Bling yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai 2025 di ada segala-galanya ada, di The Mines Shopping Mall. Karnival Bling Bling ini merupakan satu usaha bersama oleh pihak ADN Seri Kembangan, Ahli Parlimen Puchong, peniaga-peniaga dan penduduk Seri Kembangan demi menunjukkan keistimewaan Serdang kepada semua di luar sana. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Seri Kembangan. Saya persilakan Sijangkang. Yang Berhormat Sijangkang.
Assalamualaikum warah matullahi taala hiwabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberikan ruangan kepada saya. Cuma ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh khususnya kepada EXCO, PBT berkaitan dengan Tabung Kumpulan Amanah Kilang Tanpa Kebenaran ini. Di mana kita sedia maklum kilang tanpa kebenaran ini kalau dahulunya lebih kurang dalam 6,000 atau 6,000 lebih begitu dan kalau tak silap saya sehingga tahun ini ataupun Mei, kalau saya refer kepada media lebih kurang dalam 1,470 kilang tanpa kebenaran yang masih ada lagi. Saya tak tahu kalau ada tambahan-tambahan lagi atau bagaimana. Tapi saya melihat ini satu inisiatif yang sangat baik. Saya ingat kalau kita nak ambil kira daripada kerajaan tidaklah kerajaan sebelum-sebelum ini tetapi kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan Pakatan Harapan. Ini satu usaha yang telah dilakukan begitu lama. Dan saya kira daripada sudut hasilnya untuk pemutihan kilang-kilang tanpa kebenaran ini masih lagi jauh sehingga saya kira mengakibatkan kerugian kepada kerajaan berjuta-juta ringgit hasil daripada kilang tanpa kebenaran ini. Dan yang malangnya adalah kesan kepada rakyat ataupun kepada masyarakat hasil daripada kilang-kilang haram ini yang menyebabkan pencemaran dan sebagainya. Ini realiti yang berlaku termasuklah di kawasan saya di Kuala Langat dan juga Sijangkang. Cuma saya nak sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, kalau dilihat sumber kewangan ini adalah sumber sumbangan 1% daripada setiap penerimaan bayaran premium
ataupun premium tambahan susulan kelulusan permohonan menukar kategori kegunaan dan syarat nyata tanah, adakah ini dimaksudkan daripada sumbangan premium ataupun premium tambahan daripada kilang-kilang haram tanpa kebenaran yang kita nak putihkan ataupun kutipan daripada keseluruhan jumlah kutipan penerimaan premium yang kita dapat di Negeri Selangor sama ada daripada sudut industri ataupun bagaimana? Kalau jumlahnya daripada itu bermakna jumlahnya yang agak besar walaupun 1%. Kekhuatiran saya kalau 1% daripada jumlah yang kita nak putihkan ataupun kilang tanpa kebenaran ini, saya rasa jumlahnya mungkin agak rendah ataupun agak sukar untuk kita mendapat jumlah kewangan seperti mana yang diharapkan untuk tujuan-tujuan penguatkuasaan dan juga aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang lain-lainnya disebutkan tadi. Saya melihat kerana ini mungkin juga akan menyebabkan keengganan mereka ini untuk dipulihkan. Mungkin itu daripada satu aspek yang lain dan saya kira dengan usaha selama ini sekurang-kurangnya di peringkat pejabat EXCO ataupun kerajaan kita sudah melihat ataupun kita boleh membuat unjuran-unjuran kalau mungkin tahun ini sebanyak katakan 100 kilang yang akan kita putihkan, berapa banyak yang akan kita dapat daripada hasil kutipan premium 1% itu? Ataupun berapa banyak yang kita nak belanjakan untuk tujuan-tujuan penguatkuasaan supaya kita boleh dapat balancing di antara peruntukan yang kita perlukan dan jumlah yang akan kita perlukan untuk program-program penguatkuasaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Saya rasa ini perlu dijelaskan oleh EXCO supaya akhirnya apa pun matlamat kita untuk memutihkan kilang tanpa izin ini yang menyebabkan kerugian yang besar kepada Kerajaan Negeri ini dapat diuruskan dengan lebih baik lagi. Saya melihat walaupun ini adalah aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan kilang-kilang yang tidak mendapat kebenaran dan mereka sebenarnya adalah yang seharusnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas apa-apa juga yang berlaku. Saya kira kita tidak mahu Kerajaan Negeri pula terpaksa mengambil alih bebanan-bebanan ataupun kesan daripada kilang-kilang haram ini yang mungkin ditinggalkan, yang mungkin masih lagi beroperasi tetapi memberikan bebanan-bebanan kesan buruk kepada alam sekitar dan juga masyarakat. Kerajaan Negeri terpaksa berbelanja duit yang begitu besar sebab saya melihat kalau dan kalau saya juga bertanya sejauh mana kekuatan penguatkuasaan kita sama ada di peringkat PBT, di peringkat Pejabat Tanah dan Daerah dan juga agensi-agensi lain kerana tadi ada juga rakan-rakan Yang Berhormat yang menyebutkan bahawa penguatkuasaan kita ini masih lagi jauh kadang-kadang ya lah orang nak beraktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan ini dia tak buat siang-siang. Dia buat malam dan sebagainya. Begitulah juga dengan projek yang kadang-kadang kilang tanpa kebenaran ini membakar bakaran recycle dan sebagainya. Dia tak buat waktu siang. Saya faham kekangan kepada penguatkuasa-penguatkuasa yang kita sangat terhad tetapi ada strategi-strategi yang tertentu yang kita boleh lakukan supaya berjaya untuk kita
mencegah daripada aktiviti-aktiviti kilang tanpa kebenaran dan memutihkan kilang-kilang yang kita tangani pada masa ini.
Sebab itu yang saya hormati sekalian, rakan-rakan Yang Berhormat, penguatkuasaan seharusnya kadang-kadang saya lihatlah bukan kilang yang dah ada begitu lama tetapi yang baru. Kadang-kadang kita buat pemakluman kepada pihak-pihak yang berautoriti seolah-olah tidak diambil tindakan. Walaupun mungkin kadang-kadang mula kecil je. Kemudian jadi satu kilang yang besar. Begitu juga dengan pembuangan sampah yang saya kira melibatkan penguatkuasa-penguatkuasa kita. Mulanya dengan selonggok sampah tetapi akhirnya walaupun di kawasan tanah yang bukan kaut yang sepatut dilakukan sehingga bergunung-gunung. Ini realiti yang berlaku di kawasan saya. Saya juga hendak melihat supaya kesungguhan kita untuk memutihkan kilang-kilang tanpa kebenaran ini bukan sahaja satu kerja di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di bawah EXCO Pihak Berkuasa Tempatan tetapi kesemuanya secara integriti, secara integrasi, sorry. Sebab saya lihat sebagai contoh kawasan saya, Kilang Felcra ini kawasan pertanian yang hari ini macam-macam bentuk yang ada. Tempat pembuangan sampah yang tempoh hari sangat-sangat besar. Hari ini saya tak tahu siapa yang membiayai untuk memulihkan tanah. Adakah pengeluaran juga peruntukan daripada Kerajaan Negeri yang terpaksa kita tanggung atas kerja mereka? Kilang-kilang yang ada di situ juga, nurseri, tempat sukan. Ini semua masih lagi di bawah Rancangan Tempatan yang sifatnya, kategorinya juga adalah kategori pertanian. Sebenarnya saya katakan tadi kita simpati dengan penguatkuasaan tetapi kadang-kadang yang kita maklumkan kepada pihak yang berautoriti seolah tidak diambil tindakan daripada peringkat awal sehingga bebanan yang begitu besar terpaksa Kerajaan Negeri tanggung.
Tuan Speaker dan rakan-rakan Yang Berhormat, saya kira ini inisiatif yang sangat baik. Saya harapkan dia dapat dilakukan dengan sebaik mungkin daripada kerajaan dulu sehingga kerajaan kini dan kita tahu EXCO nya pun EXCO parti pertama kesungguhan saya tak nafikan tanah sebelum dilihat sebagai satu hasil yang betul-betul konklusif yang kita dapat lihat. Memang bukan benar, bukan mudah mereka terpaksa menghadapi dengan kadang-kadang kumpulan-kumpulan gengster yang mempunyai senjata api. Saya tanya kepada pihak yang berautoriti kita kalau mereka terlibat dengan senjata api kita berundur. Tapi apakah ini benar-benar tindakan yang akan kita buat? Selepas ini atau seterusnya? Sudah tentu ada satu pendekatan yang baik walaupun mungkin secara integrasi dengan pihak polis sebagai contoh mereka juga mempunyai kekangan-kekangan yang akhirnya kita gagal untuk memutihkan kilang-kilang tanpa kebenaran ini. Jadi, saya ingat itu sedikit sebanyak yang saya ingin bahaskan. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Yang Berhormat Balakong.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Balakong berpendapat bahawa sumbangan daripada penerimaan premium tambahan tidak kira 1% ke, 10% ke, 20% ke, tidak dapat membawa hasil yang signifikan sekiranya sambutan terhadap pematuhan KTK ini masih rendah. Kalau kita tengok data yang dikemukakan tadi, walaupun program pematuhan ini telah dilaksanakan banyak kali sejak 2006 lagi tetapi kilang-kilang KTK ini masih banyak mencecah sebanyak 6,000. Jadi, kalau kita nak lihat persoalannya adalah kenapa sambutan untuk menyertai pematuhan KTK ini masih rendah? Adakah sebab kekangan kewangan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha KTK ini? Adakah sebab insentif itu tidak cukup baik ataupun syarat pematuhan itu terlalu ketat? Itu pertama.
Yang kedua, bila kita tengok sambutan tu rendah, kita perlu juga tengok adakah sebab proses untuk kilang-kilang KTK ini menukar syarat mengambil masa yang terlalu panjang? Kalau kita ada Speed Selangor untuk membantu pelabur-pelaburan kita juga kena ada Speed Selangor untuk membantu KTK-KTK ini untuk mematuhi syarat, syarat nyata seperti land conversion. Yang ketiga, bagaimanakah dengan kilang-kilang KTK yang berhasrat untuk menukar syarat tetapi berada di luar zonning? Itulah tiga persoalan dan permasalah yang saya perlu penjelasan daripada pihak kerajaan. Seterusnya Balakong ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor turut mengkaji keboleh laksanaan sumbangan daripada penerimaan hasil seperti Lesen Sementara, KM Terhad, Permit Bangunan Sementara dan digunakan oleh pelaksana seperti PBT untuk menyelenggara kemudahan-kemudahan kawasan industri KTK yang belum ataupun tidak dapat diserahkan kepada PBT atas sebab-sebab seperti pemaju asal telah gulung tikar ataupun kawasan perindustrian yang belum sempurnakan pematuhan syarat teknikal. Itu antara cadangan yang saya ingin kemukakan.
Seterusnya, Balakong juga melihat kekangan tindakan penguatkuasaan bukan semata-mata pada kedudukan kewangan tetapi juga loop hole pada undang-undang sedia ada. Contoh, tempoh masa untuk kita menyempurnakan proses Notis 7A sehingga 8A pun ambil masa yang sangat panjang. Kita nak menguatkuasakan Akta 672 pun ambil masa yang sangat panjang. Jadi, saya rasa ini juga isu-isu yang kita perlu lihat semasa kita nak buat satu insentif ataupun inisiatif yang baru untuk menubuhkan satu Kumpulan Wang Amanah. Walau bagaimanapun, saya melihat ini satu hasrat juga ataupun komitmen untuk Kerajaan Negeri Selangor terhadap isu KTK. Jadi, saya Balakong mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Silakan Yang Berhormat Dusun Tua.
Bismilllah hirrahman nirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkukuhkan tadbir urus dan ketelusan kewangan menerusi penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran ini di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 dan penubuhan Kumpulan Wang ini adalah manifestasi komitmen Kerajaan Negeri untuk menangani isu operasi Kilang Tanpa Kebenaran yang telah lama membelenggu pentadbiran tanah di negeri ini dan khususnya di kawasan pesat membangun. Cuma saya ingin melontarkan beberapa pandangan yang sering saya bawa dalam Sidang DUN iaitu penerokaan cuma definisi dia sama ada Kilang Tanpa Kebenaran ini termasuklah meneroka tapak tanah yang dilakukan tempat pelupusan sampah. Saya boleh sepintas lalu yang sekarang ini tengah panas isu ini khususnya di daerah Hulu Langat. Teroka tanah pembangunan untuk membuat tapak pelupusan sampah. Saya pun dah bangkit dua kali. Contohnya dalam DUN saya, Tapak Pelupusan Tapak Sampah Sungai Tekali. Yang berhampiran dengan sebelah dam. Saya dh bagi tahu ini tempat air. Sebahagian Lembah Klang airnya dekat sini tapi situlah tempat pembuangan sampah. Air licik pun dah masuk ke sungai. Air yang berkala hitam. Di Sungai Serai. Dan yang terbaru Taman Perumahan Penduduk, dah tak selesa. Kami terpaksa mengadakan satu mesyuarat khas iaitu di Alam Sari. Di Sungai Tangkas. Di Serene Heights. Baunya naik ke rumah-trumah pangsa, rumah-rumah bertingkat ini. Dan menolak tanah ini, saya lihat berleluasa. Adakah ditafsirkan, itu yang saya tanya definasi kilang tanpa kebenaran ini adakah dimasukkan? Mungkin ianya belum tegak kilang lagi. Tanah dan ditolak. Hutan dah ditolak dan adakah kita cuma, nak memikirkan penambahan 1%. Saya setuju tadi, Kuang suruh increase 10%.
Saya setuju sangat EXCO. Biar dana lebih. Penguatkuasaan biar lebih. Tetapi bagaimana nak bendung perkara ini yang sekarang ini berleluasa. Ini kita cerita nak buat tabung je. Tapi yang tengah berleluasa ini, apa enforcement yang patut kita lakukan? Saya rasa dah sampai waktunya kita melaksanakan. Sama ada rampas tanah. Saya lihat di Pejabat Daerah. Kita, di Hulu Langat pun, kesian Pejabat Daerah ini. Parking kita pun tak ada sebab diletakkan lori-lori hantu ni. Lori tanah ni. Traktor yang kena sita. Dah bertahun-tahun, tapak parking pun dah tak ada dah. Ianya sangat-sangat berleluasa. Saya sokonglah untuk kita buat resolusi untuk penubuhan kumpulan wangk amanah ini tetapi kita mungkin menambah dana baru nak setting kita punya enforcement, menaiktarafkan. Tetapi yang tengah berleluasa ini, saya menjadi kesianlah. Bayangkan penduduk yang duduk, yang dah duduk di Alam Sari ni, bukan perumahan yang kecil. The Serene Heights bukan perumahan yang kecil. Saya difahamkan KSU pun duduk di
sana. Dan kita terpaksa buat satu meeting khas tapi tindakan tak berlaku juga. Saya dapat lihat Ahli Parlimen dan ADN juga di kawasan ini. Ahli Parlimen di Bangi. Sungai Tangkas terbakar. Terus. Dan baru ini satu kilang memproses recycle. Dua tiga hari lepas. Api naik, saya ingat mau 50 kaki, 60 kaki. Lebih kurang sama lah. Mungkin Putra Heights lebih tinggi. Kejap lagi kita dengar la pasal Putra Heights. Tapi ketinggian itu sangat tinggi sebab dia compact, plastic botol ni dan terpaksa nak menyewa escavator untuk nak suraikan sehingga dua hari nak, bomba begitu susah payah, dengan kos begitu tinggi. Bukan satu jabatan bomba sahaja datang. Saya difahamkan hampir 5 daerah di negeri Selangor datang di Sungai Purun, Semenyih. Jadi saya dapat melihat ini isu yang sangat kritikal. Memang sangat-sangat saya sokong dan saya juga bersetuju untuk kita, daripada premium yang dicadangkan 1% tadi, YB EXCO saya cadangkan 10%. Saya sokong Kuang itu. Dan Dusun Tua menyokong.
Terima kasih Dusun Tua. Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tuan Timbalan Speaker dan ahli-ahli Yang berhormat sekalian. Salam Sejahtera dan Salam Kita Selangor untuk semua. Isu KTK bukan lah satu perkara yang baru di Selangor. Dan sejak sekian lama kita berdepan dnegan cabaran dengan pengurusan dengan kilang-kilamng yang beroperasi tanpa keluluskan. Sewajarnya, yang bukan sahaja menjejaskan pendapatan negeri, malah turut menimbulkan pelbagai isu lain seperti masalah pencemaran alam sekitar seperti tadi yang disebutkan oleh Yang berhormat Dusun Tua. Sampai ada bau busuk. Ada pencemaran udara. Termasuk juga selain daripada pencemaran udara, keselematan pekerja tanpa rancnagan penbangunan yang tidak teratur sekali. Dan kita semua sedia maklum Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran PPKTK ini di negeri Selangor telah dilancarkan sejak tahun 2006 lagi. Dan banyak usaha telah pun kita laksanakan seperti memperkenalkan beberapa insentif untuk mengalakkan pengendali kilang ini membuat pemutihan termasuk potongan 30% bagi premium penukaran guna tanah. Bayaran premium tanah dominon. Pemilik tanah khas, lesen sementara dan pematuhan keperluan teknikal minium untuk permohonan kepada pihak berkuasa tempatan. Dan banyak juga sesi townhall, sesi libat urus bersama dengan pemilik kilang yang terlibat telah pun diadakan. Banyak kali. Dan juga saya sendiri pun sertai banyak sesi townhall dan sesi libat urus sebelum ini. Dan setiap kali tukar EXCO baru, setiap kali EXCO berminat untuk membuat sesi libat urus, Bersama dengan dengan pengusaha kilang-kilang ini dalam usaha untuk kita selesaikan kilang tanpa kebenaran ini. Ini jelas nampak keikhlasan dan kesungguhan Kerajaan Negeri selama ini dalam usaha untuk pemutihan kilang tanah haram. Walau bagaimanapun, selepas 19 tahun masih terdapat sehingga tahun 2025, tahun ini, masih terdapat kilang tanah haram di Selangor. Menurut satu kenyataan yang baru baru ini dileluarkan oleh
Yang Berhormnat YB EXCO. Sehingga kini terdapat 4170 buah kilang tanpa kebenaran telah dikesan dan dikenalpasti. Ini timbul satu persoalan. Mengapa selepas 19 tahun kita berusaha untuk buat pelbagai usaha untuk memutihkan kilang tanah haram ini tapi mengapa selepas 19 tahun masa ada angka sehingga mencecah 4170 buah kilang tanah haram di negeri Selangor pada hari ini? Dan saya nampak di DUN Bukit Lanjan. Kawasan saya pun merupakan salah satu hotspot bagi kilang tanpa kebenaran dan saya nampak kilang tanpa kebenaran ini dia menimbulkan banyak masalah sosial. Seperti pencemaran udara, termasuk juga berlaku kejadian banjir disebabkan pembinaan kilang tanah haram ini. Tak ada lesen yang sah dan secara tidak langsung, menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan secara tidak langsung juga ataupun secara langsung juga memberi kesusahakan kepada penduduk di kawasan kilang tersebut. Isu kegagalan tukar syarat tanah serta keengganan pemilik untuk membayar premium telah menyekatkan proses legalisasi. Ada juga kilang yang masih degil sangat dan terus beroperasi tanpa menghormati proses undang-undang walaupun telah diberi banyak notis oleh pihak pihak berkuasa tempatan. Kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab ini telah memberi kesan buruk seperti yang telah saya saya sebut tadi.
Di Selangor, sekarang Selangor adalah merupakan sebuah negeri yang maju dan baru-baru ini, telah berjaya untuk mencatat sejarah sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK negara bagi tahun 2024. Dengan sumbangan sebanyak 26.2% peningkatan berterusan sejak tahun 2021. Dan hari ini saya nampak kita perlu mengusahakan lagi bagi mencatatkan angka sifar ataupun satu satu zero bagi kilang haram di Selangor sebagai sasaran kita. Oleh itu tibanya mas auntuk penubuhan akaun Amanah ini. Ini saya nampak merupakan satu inisiatif yang amat bagus oleh pihak Kerajaan negeri dan merupakan satu Langkah yang proaktif dan strategik oleh Kerajaan negeri bagi menangani isu ini secara lebih efektif dan sistematik. Sebab kalau sebelum ini kita tak ada apa-apa insentif atau tak ada apa-apa bantuan kewangan, dalam usaha pemutihan kilang ini, dalam bahasa Cina kita boleh kata seperti satu harimau yang tanpa gigi. Dan hari ini saya percaya dengan ada amanah, Tabung Amanah yang ditubuhkan bagi usaha KTK ini sekarang harimau ini ada dengan gigi. Dan saya harap dengan gigi ini, termasuk dengan kuku lah. Tapi kuku tu mungkin YB Yang Berhormat EXCO 1% tak cukup. Kita kena naikkan lagi. Supaya kuku tu lebih panjang.
Tuan Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia. Langkah-langkah berikut diberi perhatian oleh jawatankuasa kumpulan wang sebab selagi sekarang kita dah diberikan bantuan kewangan, dan saya mohon juga ketelusan dalam pengurusan dana semua laporan kewangan perlu dipamerkan kepada awam secara berkala untuk meningkatkan kepercayaan rakyat. Kedua, peningkatan keberkesanan penguatkuasaan. Walaupun sekarang kita ada dana tapi jika tanpa tindakan yang tegas dan usaha yang berterusan. Usaha ini tidak akan mencapai satu hasil yang diingini. Oleh itu aspek
pemantauan dan penilaian yang berkala ke atas perlaksanaan perlu diperkukuh. Tuan Timbalan Speaker, dengan adanya kumpulan wang amanah ini saya percaya kita dapat memperkukuhkan lagi usaha Kerajaan Negeri dengan menangani isu KTK ini. Kita perlu juga memastikan segala tindakan penguatkuasaan dan program pemutihan ini dapat dilaksanakan secara berkesan dan memastikan pembangunan negeri ini lebih terancang. Kelestarian alam sekitar yang terpelihara dan kedaulatan undang-undang yang dihormati. Dengan ingin Bukit Lanjan menyokong usul. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang berhormat Bukit Lanjan. Yang Berhormat Kajang.
Terima kasih. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Kajang ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker atas peluang diberikan kepada Kajang untuk membahas mengenai Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran. Kajang berpendapat bahawa Kerajaan harus kekalkan kilang yang sedia ada dan bagi kelulusan. Ini ada satu cara untuk menggalakkan mereka membuat permohonan. Seperti kalau dia ada langgar sikit undang-undang, jajaran, setback dan lain-lain yang sedia ada. Kajang menyokong usaha Kerajaan dalam mewujudkan KWAKTK sebagai satu usaha untuk menampung kos operasi pemutihan kilang tanpa kebenaran di Selangor. Kajang mengambil kesempatan untuk bercakap mengenai operasi pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran supaya Kajang bukan hanya fokus kepada kilang sahaja tetapi juga aktiviti haram yang mungkin dilakukan seperti pembuangan sampah haram oleh kilang-kilang tanpa kebenaran. Perkara ini kesan negatif sampingan yang berlaku di Kajang. Kajang berharap juga Kumpulan Wang Amanah KTK ini juga merangkumi kesan-kesan alam sekitar yang berlaku disebabkan kilang tanpa kebenaran ini seperti wujudnya tanpa pembuangan sampah haram di Selangor.
Untuk makluman rakan-rakan Dewan, pada 3 hari bulan Mei 2025, hari Sabtu, setelah sekali lagi mendapat aduan Kajang dan pasukan telah membuat kunjungan di tapak pembuangan sampah tersebut. Kami telah menahan dua biji lori yang sedang membuang sisa binaan, kami telah merakam video dan menyiarkannya di Tik Tok. Pada hari Selasa, 13 hari bulan Mei 2025 jam 10 pagi, Kajang telah dipanggil ke IPD Kajang untuk memberi kenyataan dan soal siasat kerana ada aduan dan laporan pencerobohan tanah tersebut. Pada pukul 5 petang pada hari yang sama, Kajang telah dapat letter of demand (LOD) dengan izin atas tuduhan fitnah mencemar nama pemilik tanah menjejaskan reputasi dan menyebabkan kerugian yang tidak boleh dibaiki. Kajang sudah jawab LOD tersebut. Kita jumpa di mahkamah. Ini semua demi rakyat Kajang.
Kajang juga ingin membangkitkan mengenai keselamatan pelabur bagi isu tapak pembuangan sampah haram ini. Kajang mendapat laporan daripada penduduk bahawa apabila mereka melaporkan aktiviti tapak ini kepada PBT, mereka menyedari bahawa terdapat individual yang mengikuti mereka dari tapak tersebut hingga ke rumah dan mengambil gambar kenderaan dan rumah mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kajang sendiri pernah mengalami situasi yang sama. Kajang ingin tekankan di sini adalah amat perlu kerajaan dilihat bersama dengan orang awam dalam membanteras tapak pembuangan sampah haram ini. Kerajaan Negeri perlu memberi jaminan bahawa keselamatan pelabur adalah terjamin dan mereka tidak perlu risau untuk melapor aktiviti haram ini. Kajang percaya bahawa kilang tanpa kebenaran ini juga merupakan antara punca wujudkan sampah pembuangan sampah secara haram di Selangor. Kajang menyokong usaha kerajaan dalam wujudkan Kumpulan Wang Amanah Kilang tanpa kebenaran tapi perlu juga merangkumi kesan-kesan negatif sampingan seperti tapak pembuangan sampah haram yang berlaku di Selangor. Kajang memohon Kerajaan Negeri menambah perkara ini dalam usul KWA, KTK yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Akhir sekali, Kajang menyokong usul yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih. Kajang bersih, Kajang di hatiku.
Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Kajang. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih yang Dipertuan Speaker. Kuala Kubu Baharu ingin menyatakan sokongan penuh terhadap usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang tanpa kebenaran di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Usul ini adalah satu langkah penting dan bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan yang lebih tersusun dan berkesan terhadap isu kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor.
Pertama, menjamin keselamatan dan pemeliharaan undang-undang. Sejak 31 Julai 2006, program penyelesaian kilang tanpa kebenaran telah dilaksanakan. Namun, walaupun pelbagai peluang pemutihan telah diberikan, kita masih berhadapan dengan angka yang tidak cukup menggalakkan. Menurut jawatankuasa khas KTK sehingga Mei 2025, sebanyak 4,170 premis kilang tanpa kebenaran telah dikenal pasti beroperasi secara haram di seluruh Selangor. Walau bagaimanapun, jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding laporan bertarikh 27 hari bulan Oktober 2023 yang dikemukakan dalam jawapan kepada Yang Berhormat Batu Tiga semasa mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas tahun 2023 iaitu 7,481 kilang. Dulu 7,481, kini tinggal 4,170 premis. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kerajaan
Negeri Selangor dan khususnya kepada Yang Berhormat Sekinchan. Dalam jawapan itu juga dinyatakan hanya 415 permohonan tukar syarat nyata tanah telah diterima. Apakah perkembangan terkini usaha pemutihan kilang tanpa kebenaran? Apa pun, sudah tentu Negeri Selangor masih jauh daripada mencapai matlamat sifar KTK.
Seperti yang kita sedia maklum, kewujudan kilang KTK bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membahayakan keselamatan awam dan berisiko mencemarkan alam sekitar. Sebagai contoh di kawasan Hulu Selangor, terdapat kilang-kilang tanpa kebenaran yang berselerak di kawasan tersembunyi dan kebun-kebun sebagai contoh kawasan Ulu Yam Lama, Pekan Rasah, Kerling, KKB, Kampung Melayu Batu 30 juga. Lazimnya tiada infrastruktur yang lengkap, jalan keluar masuk tiada, sistem perparitan kecil yang tidak mampu menampung taburan hujan yang tidak mampu menampung air daripada tanah juga. Tiang lampu tiada juga. Apabila kami menerima aduan seperti permintaan untuk bina jalan atau parit barulah kami dimaklumkan bahawa kilang tersebut sebenarnya tidak mempunyai kebenaran. Kuala Kubu Baharu ingin menegaskan bahawa pasukan kami sentiasa bersedia untuk bantu rakyat tempatan mencari pekerjaan dan membantu pengusaha supaya mereka dapat menjana pendapatan secara sah dan selamat. Kami perlu kerjasama dari semua pihak pengusaha, penduduk dan kerajaan. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor memerlukan pendekatan carrot and stick dengan izin sebagai resolusi proaktif menyelesaikan isu kilang tanpa kebenaran. Kuala Kubu Baharu juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan tawaran khas termasuk diskaun 30% bagi premium tanah, caj kemajuan dan tanah penambahbaikan perkhidmatan untuk menggalakkan permohonan pemutihan KTK. Inilah pendekatan carrot and stick, bukan kerajaan mahu menghukum ataupun menyusahkan tetapi kita hadir dengan satu penyelesaian yang kondusif, yang menyeluruh untuk kebaikan semua. Akan tetapi, Kuala Kubu Baharu setuju dengan Yang Berhormat Balakong bahawa kita perlu mengelakkan permohonan daripada berputus asa disebabkan oleh proses permohonan yang terlalu rumit ataupun birokratik. Penubuhan Kumpulan Wang Amanah ini sangat penting untuk menyokong usaha pemutihan secara sistematik, memperkemaskan kawal selia, memastikan setiap kilang mematuhi peraturan dan paling penting kita bersama-sama pengusaha menambah baik keadaan di kawasan kilang tanpa kebenaran.
Yang kedua, sumber kewangan khusus untuk penguatkuasaan dan naik taraf jentera. Tuan Speaker, sehingga Oktober 2023 pelaksanaan program penyelesaian KTK telah berjaya menjana kutip hasil negeri sebanyak 194.41 juta daripada 365 permohonan. Apakah jumlah kutipan hasil terkini. Jumlah ini membuktikan bahawa sekiranya kita dapat memperluaskan lagi penyelesaian KTK kepada kilang-kilang yang masih belum diputihkan, hasil kutipan yang lebih besar boleh di capaikan. Dan dana dengan dana yang dikutip, kita sebenarnya boleh insentivise pegawai-pegawai kerajaan dalam tindakan
penguat kuasa. Dan dana ini wajar diuruskan secara telus dan fokus antaranya untuk menambah baik peralatan penguat kuasa di Pejabat Tanah Daerah, PBT dan juga Jabatan Alam Sekitar Selangor. Melalui operasi bersepadu dengan pelbagai agensi untuk memutihkan ataupun membuat penguat kuasa terhadap kilang-kilang tanpa kebenaran. Dalam perjumpaan saya dengan Jabatan Alam Sekitar Selangor, saya difahamkan bahawa cawangan JAS Gombak dipertanggungjawab untuk jaga kawasan Gombak, Hulu Klang, Rawang, Kota Puteri, Batu Arang dan juga Hulu Selangor juga. Dan satu Hulu Selangor sahaja keluasannya hampir sama dengan satu Negeri Melaka. Bayangkan kita sentiasa prihatin tentang aduan-aduan gangguan yang dihadapi oleh penduduk setempat tapi Kuala Kubu Baharu juga sangat simpati dengan tanggungjawab yang begitu besar yang dipikul oleh pegawai-pegawai kerajaan. Maka dengan dana ini, kita boleh menambah baik lagi peralatan dan juga meningkatkan lagi penguatkuasaan dalam format operasi bersepadu.
Yang kedua, menyediakan teknologi pemantauan dan pendigitalan proses kelulusan. Yang ketiga, mempercepatkan proses tukar syarat tanah bagi kilang-kilang yang layak supaya pemohon tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan kelulusan. Penubuhan dana amanah ini akan memastikan segala kutipan digunakan secara akauntabiliti yang tinggi dan disalurkan terus kepada keperluan sebenar di lapangan.
Yang ketiga, pengalaman di lapangan menunjukkan bahawa Pejabat Tanah Daerah sering kekurangan jentera dan anggota penguat kuasa untuk memantau ataupun mengambil tindakan terhadap kilang-kilang KTK yang masih beroperasi. Dalam banyak kes kilang tanpa kebenaran telah menimbulkan aduan pencemar alam sekitar, gangguan kepada penduduk dan risiko keselamatan. Tanpa pasukan penguat kuasa yang mencukupi, tindakan sepatutnya bersifat pencegahan terpaksa menjadi reaktif hanya bertindak setelah kemudaratan berlaku. Dengan adanya Kumpulan Wang Amanah ini, Kerajaan Negeri dapat memperkasakan tenaga kerja menyediakan latihan dan juga melengkapkan pasukan penguat kuasa dengan peralatan moden.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan, usul ini bukan sekadar tentang menubuhkan satu Akaun Amanah, tetapi ia mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk menangga legasi masalah yang telah berlarutan lebih 15 tahun. Ia adalah tentang menjamin keselamatan rakyat, menjaga kelestarian alam sekitar dan memelihara kewibawaan sistem perundangan negeri. Kuala Kubu Baharu dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap usul ini demi masa depan Selangor yang lebih teratur, selamat dan progresif. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Saya nak bagi pada Yang Berhormat Rawang dulu.
Terima kasih. Terima kasih Timbalan Speaker. Isu kilang
Tujuh, tujuh minit je.
Baik. Baik. Isu kilang-kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor bukanlah satu isu yang baru. Ia telah wujud beberapa dekad lalu sejajar dengan perkembangan pesat kawasan perindustrian di Negeri ini khususnya di kawasan strategik yang berhampiran dengan lebuh raya. Namun Kerajaan Negeri mula mengambil tindakan yang tegas dan sistematik selepas tercetusnya insiden pencemaran air yang besar, yang dilakukan di, yang berlaku di Sungai Gong, Rawang pada tahun 2020. Insiden ini mengganggu bekalan air berjuta-juta penduduk di Lembah Klang dan menjadi titik hitam dalam sejarah pengurusan alam sekitar di negeri kita. Kita semua sedia maklum bahawa punca utama pencemaran tersebut adalah aktiviti kilang tanpa kebenaran yang beroperasi tanpa pematuhan kepada undang-undang dan juga piawaian alam sekitar. Insiden itu menjadi bukti nyatanya bahawa kita tidak boleh lagi menangguh penyelesaian terhadap isu ini.
Tuan Speaker, saya ingin mengingatkan Dewan ini bahawa dasar pemutihan kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor telah diperkenalkan sejak tahun 2006. Ini bermaknanya kita telah 19 tahun berada dalam fasa pemutihan. Tetapi sehingga hari ini, masalah ini belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Kita masih bercakap bertentang tentang pemutihan, kita masih menunggu hasil dan kita masih melihat pengusaha tertanya-tanya bila dan juga bagaimana mereka boleh dapatkan status yang sah. Tuan Speaker dalam tempoh 19 tahun ini, pelbagai dasar pekeliling dan juga arahan telah diperkenalkan. Namun cabaran sebenarnya bukan terletak pada dasar di atas kertas, tetapi pada pelaksanaan di lapangan. Ramai pengusaha khususnya di kawasan saya, Rawang tampil menyambut baik dasar pemutihan ini. Mereka datang secara suka rela, mereka sediakan pelan bangunan, pelan kawalan pencemaran, bayaran fi, dan juga ambil langkah-langkah dalam pematuhan syarat ini. Ini membuktikan bahawa majoriti pengusaha tidak menolak dasar kerajaan, malah mereka mengalu-alukan usaha pemutihan KTK ini kerana mereka juga mahu beroperasi secara sah dan juga mematuhi undang-undang. Namun, malangnya selepas mereka tampil, mereka berdepan pula dengan proses ini dan yang kurang jelas. Ramai mengadu bahawa selepas mereka mendaftar agensi sunyi. Tiada maklum balas, tiada panduan dan tiada penjelasan jawatan mana yang mereka patut dirujuk dalam tempoh masa sebenarnya kelulusan boleh diperolehi. Akibatnya, pejabat, saya yakinlah dengan pejabat-pejabat ADN-ADN yang lain pun menghadapi masalah yang sama jadi tempat mereka datang bertanya kerana mereka tidak tahu progress seterusnya. Tuan Speaker saya tidak boleh biar keadaan, kita tidak boleh biarkan
keadaan ini berlarutan lagi sebab itu saya sekali lagi ingin mencadangkan agar kerajaan segerakan menubuhkan satu agensi khas untuk pusat penyelarasan untuk mengenai isu KTK ini secara menyeluruh dan juga berkesan. Agensi ini mestilah berperanan sebagai satu pusat sehenti untuk semua urusan pemutihan KTK termasuk semakan dokumen, menasihat dan juga memberi apakah status yang terkini terhadap permohonannya.
Yang kedua, penyelaras antara jabatan dan juga agensi teknikal supaya syarat tidak bercanggah proses tidak lengah kerana kegagalan koordinasi. Yang ketiga adalah berkenaan saluran komunikasi yang telus dan juga aktif termasuk talian hotline dan sistem digital portal dalam talian yang membolehkan pengusaha menyemak status permohonan mereka secara real time tanpa perlu naik turun pejabat. Selain itu saya juga menyokong penuh cadangan penubuhan kumpulan wang amanah kilang tanpa kebenaran. Saya percaya boleh menjadi satu mekanisme penting untuk menampung kos pentadbiran, penguatkuasaan, penyediaan infrastruktur sokongan seperti sistem pembentungan, sistem saliran dan juga kemudahan asas yang diperlukan bagi kawasan perindustrian ini. Namun saya ingin menegas di Dewan yang mulia ini, bahawa kerajaan mesti memberi penjelasan yang lengkap dan telus tentang apakah kegunaan sebenarnya peruntukan dalam kumpulan wang amanah ini, bagaimana dana ini akan diuruskan dan juga diaudit, bagaimana pengusaha dan juga rakyat dapat manfaat terus di dalam dana ini. Kita tidak mahu dana ini menjadi satu lagi peruntukan di atas kertas tapi tidak membawa perubahan di lapangan.
Tuan speaker, saya yakin dengan dasar yang baik ini, dengan sistem penyelaras yang cekap dan juga takbir urus kewangan yang telus melalui kumpulan wang manah ini kita bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah KTK yang telah berlarutan, tapi juga boleh menjadikan satu peluang pembangunan yang lebih mampan dan berkesan untuk negeri Selangor. Sudah tibanya masa kita tutup bab pemutihan ini yang tidak berkesudahan dan buka lembaran baru ke arah penyelesaian yang lebih tuntas dan juga berkesan. Itu sahaja daripada saya, saya Rawang menyokong, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Yang Berhormat Sungai Ramal.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mengambil kesempatan ini untuk turut serta dalam bahas resolusi cadangan wujudkan kumpulan wang amanah kilang tanpa kebenaran dibentangkan oleh kerajaan negeri sebentar tadi dan saya juga mendengar dengan teliti ramai kawan-kawan yang membangkitkan tentang hubungan wujudnya kilang haram dengan ketidakharmonian
komuniti termasuk sampah sarap dan juga isu-isu yang berkait dengan longgokan sampah haram yang mungkin sebahagian disebabkan oleh kilang tanpa kebenaran.
Yang menjadi isunya ialah adakah kumpulan wang ini mampu menyelesaikan isu sampah haram ini atau isu paling besar ialah longgokan sampah-sampah haram yang sangat banyak di seluruh negeri Selangor. Saya katakan seluruh Yang Berhormat kerana kebanyakan YB bercakap tentang kawasan masing-masing yang menunjukkan bahawa tak boleh dibanteras masalah ini. Apakah dengan wujudnya kumpulan wang ini, mampu untuk membanteras masalah ini. Dengan keadaan PBT yang ada duit pun, gagal membanteras apatah lagi PBT yang tidak cukup kewangan masing-masing.
Sudahlah melonggokkan sampah di berpuluh-puluh tempat, mereka bakar pula lagi. Disebut oleh rakan saya Dusun Tua tadi, mereka bakar longgokan sampah ini bukan satu, berpuluh-puluh di kawasan kampung, hak milik tanah kerajaan, tanah individu, bakar lagi. Bila bakar asapnya berkepul naik, seluruh kampung ini sesak nafas, ada yang masuk hospital kerana asmetik yang berat, ada yang masuk icu dan hantar whatsapp kepada saya, YB ada orang masuk icu sebab pembakaran sampah. Saya ambil contoh kampung Sungai Tangkas, disebut oleh rakan saya Dusun Tua tadi, saya nak ulang balik. Betapa seriusnya masalah ini kebun komuniti kampung sungai tangkas, bandar baru bangi keseluruhannya alam seri sampai ke pekan bangi, bukan sekali berkali-kali. Apakah kerana faktor kewangan gagal menyelesaikan masalah ini? Yang Berhormat Speaker, tangkap sudah, mereka bakar lagi. Kompaun sudah, mereka bakar lagi. Bomba datang, padam sudah, mereka bakar lagi. Apa nak jadi, orang kampung orang seluruh bandar baru bangi lebih satu ribu duduk ini, komplen apa kerajaan buat, apa YB buat, apa agensi kerajaan buat, alam sekitar JAS turun berkali-kali, kompaun pun sudah, MPKJ turun tangkap lori, kompaun pun sudah Yang Berhormat. Tapi saya tak tahu la, apa lagi yang patut kita buat untuk membanteras longgokan sampah haram, pembakaran secara terbuka ini yang tidak langsung berhenti sehingga hari ini. Bukan setakat dua tiga bulan, malah dua tiga tahun yang sudah berlaku kejadian seumpama ini.
Justeru, faktor kewangan untuk menjadikan penguatkuasaan itu berkesan adalah satu faktor. Tapi bukan satu-satunya faktor untuk kita lihat membanteras masalah sampah ini yang di hasilkan daripada kilang-kilang haram. Justeru, saya mencadangkan supaya pihak kerajaan melihat secara serius tajuk ini, isu ini, kalau perlu kepada buat parit, buat parit, buat parit tanpa jambatan supaya lori-lori haram tak boleh buang sampah ke situ dan kalau perlu kepada kawalan pihak bersenjata pun saya boleh mengesyorkan dikawal oleh pasukan bersenjata dalam tertentu bagi memastikan bahawa semua kawasan longgokan sampah ini dapat dikawal dan dibanteras sampai ke akar umbi. Kalau tidak, kita ada wang, kita ada kutipan beberapa persen pun akhirnya masalah tak akan selesai juga terus berulang dan sidang akan datang kita akan cakap perkara yang sama,
masalah sampah haram dan juga pembakaran terbuka hasil daripada kilang tanpa kebenaran. Saya menyokong usul ini cuma mohon perhatian serius pihak kerajaan untuk melihat aspek yang lebih besar lagi memastikan seumpama tak akan berulang lagi. Terima kasih speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal, saya persilakan Yang Berhormat Teratai.
Yang Berhormat Tuan Speaker,Ahli-ahli dewan yang saya hormati sekalian. Saya berdiri hari ini dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membahaskan dan menyeru agar Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini menyokong resolusi penubuhan kumpulan wang amanah kilang tanpa kebenaran. Resolusi ini bukanlah sekadar satu cadangan pentadbiran, tetapi merupakan satu langkah progresif dan pregmatik dalam usaha kita menangani isu kilang tanpa kebenaran di Selangor yang telah berlarutan sekian lama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa masalah kilang tanpa kebenaran ini wujud. Angka-angka menunjukkan ribuan kilang di negeri kita beroperasi tanpa kelulusan yang sempurna. Perlu ditegaskan, ini bukanlah semestinya kilang haram ataupun dalam erti katanya jenayah, tetapi lebih tepat kilang tanpa kebenaran ataupun tidak berlesen sepenuhnya. Mereka mungkin tak dapat beroperasi bertahun-tahun lamanya menyumbang kepada ekonomi negeri dan menyediakan peluang pekerjaan. Namun pada masa yang sama, berpotensi menimbulkan pelbagai isu. Isu-isu ini termasuklah pencemaran alam sekitar yang serius dari segi udara, air dan tanah.
Kita sering mendengar aduan bau busuk, sisa toksik dibuang di sungai dan pelepasan asap hitam yang mencemari kualiti udara. Selain itu, kilang-kilang ini sering kali tidak mematuhi piawaian keselamatan pekerjaan menyebabkan membahayakan nyawa dan kesihatan pekerja. Ada juga isu kehilangan hasil cukai kepada kerajaan negeri dan PBT kerana operasi tidak direkodkan atau dikenakan bayaran sewajarnya. Yang paling penting ketidakpatuhan ini menjejaskan imej Selangor sebagai sebuah negeri maju dan berintegriti.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pendekatan sedia ada walaupun ada mungkin tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh, kita tidak boleh hanya menutup ataupun melaksanakan penguat kuasa secara membuta tuli tanpa mengambil implikasi sosial dan ekonomi. Ribuan pekerja akan hilang punca pendapatan dan banyak peniaga kecil dan sederhana akan terjejas teruk. Kita perlu mencari jalan tengah yang seimbang, satu penyelesaian yang bukan sahaja menyelesaikan masalah
ketidakpatuhan, tetapi juga memberikan ruang kepada kilang-kilang ini untuk memutihkan status mereka dan menjadi entiti yang sah.
Inilah justifikasi utama di sebalik cadangan penubuhan KWAKTK. Dana ini akan berfungsi sebagai mekanisma kewangan yang strategik untuk menguruskan isu-isu berkaitan kilang tanpa kebenaran secara lebih efektif dan terancang. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Pertama ia boleh dijadikan satu dana pemutihan. Kilang-kilang yang ingin membetulkan status mereka mungkin boleh membayar yuran tertentu sebagai sebahagian daripada proses pemutihan ataupun denda. Wang ini akan disalurkan ke dalam kumpulan wang amanah ini. Ini bukan untuk menghukum tetapi untuk memastikan ada tanggungjawab dan komitmen daripada pihak kilang yang mematuhi peraturan.
Kedua, dana ini boleh digunakan untuk membiayai inisiatif pematuhan. Ini termasuk menyediakan geran ataupun inisiatif kepada kilang-kilang yang menaik taraf kemudahan mereka agar mematuhi piawaian alam sekitar dan keselamatan. Contoh, membantu mereka memasang sistem rawatan sisa, menaik taraf sistem pengudaraan dan juga menyediakan peralatan keselamatan yang diperlukan. Ini adalah pelaburan dalam kelestarian dan keselamatan. Ketiga, yang paling penting dana ini boleh digunakan untuk pemindahan dan datang semula. Bagi kilang-kilang yang beroperasi di lokasi tidak sesuai seperti di kawasan perumahan ataupun sumber air, kumpulan wang ini boleh menyediakan bantuan kewangan kepada untuk memindahkan operasi mereka ke zon industri yang ditetapkan.
Ini adalah pendekatan yang lebih adil dan mampan berbanding hanya menutup operasi mereka tanpa alternatif. Kita tidak mahu melihat ribuan orang kehilangan pekerjaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, penubuhan kumpulan wang amanah ini bukanlah dibuat secara tergesa-gesa, ia telah melalui kajian dan perbincangan yang mendalam. Pihak kerajaan telah mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pemain industri, PBT dan agensi alam sekitar. Kita faham pelaksanaan ini memerlukan ketelusan dalam takbir urus yang baik. Oleh itu, saya menggesa agar takbir urus kumpulan wang amanah ini diletakkan di bawah pengawasan ketat dengan audit berkala dan pelaporan awam bagi memastikan setiap sen dibelanjakan secara bertanggungjawab.
Kita juga perlu memastikan bahawa proses pemutihan ini adalah mudah dan tidak membebankan kepada kilang-kilang kecil. Matlamat kita adalah untuk membawa mereka ke dalam ekosistem perindustrian yang sah dan patuh bukan untuk menekan mereka keluar daripada perniagaan mereka. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan menubuhkan kumpulan wang amanah kilang tanpa kebenaran ini, kita menunjukkan komitmen kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah yang berakar umbi ini
secara holistik. Memastikan kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam terjamin. Melindungi kebajikan pekerja dan keseimbangan, kesinambungan perniagaan, meningkatkan hasil negeri melalui pematuhan dan pelesenan yang lebih baik, memperkukuh takbir urus industri di Selangor. Ini adalah satu langkah berani, namun perlu ia menunjukkan kesediaan kita untuk menghadapi realiti dan mencari penyelesaian jangka panjang. Saya yakin, dengan sokongan padu daripada semua Ahli Dewan yang mulia ini, kita mampu menjayakan inisiatif ini dengan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor. Dengan ini saya menyokong KWAKTK, sekian terima kasih.
Terima kasih, persilakan Permatang. Lima Minit ya Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya bangun hari ini mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan terhadap kepentingan rakyat serta kredibiliti tadbir urus Kerajaan Negeri. Kita lihat hari ini, kalau usul untuk menubuhkan kumpulan wang amanah kilang tanpa kebenaran KWAKTK di bawah seksyen 10 akta tatacara kewangan 1957 ini saya lihat sebagai satu usaha untuk menambah baik pelaksanaan program pemutihan kilang haram.
Namun begitu, kita harus lihat juga beberapa kelemahan yang wajar kita perhalusi dan kritik secara konstruktif. Yang pertama Tuan Speaker, kita semua sedia maklum bahawa kilang-kilang tanpa kebenaran ini terletak dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT. Dan selama ini PBT jugalah yang memikul tanggungjawab dari segi penguatkuasaan, bukan kalau kita lihat ini bukanlah Kerajaan Negeri secara langsung. Jadi PBT yang menjalankan operasi-operasi seperti operasi sitaan, meroboh struktur dan menyita harta dan menyampaikan notis pematuhan dan sebagainya. Jadi apabila Kerajaan Negeri, kita lihat mahu menubuhkan satu dana amanah yang diletakkan sepenuhnya di bawah pentadbiran negeri, kita perlu bertanya mengapa dana ini tidak kita salurkan terus ke PBT? Kenapa agensi pelaksana tidak diberikan sumbangan secara langsung? Jadi, ini bukan soal teknikal Tuan Speaker, ini adalah soal kecekapan pentadbiran dan penghormatan kepada fungsi kerajaan tempatan.
Yang kedua Tuan Speaker, berkenaan dengan laporan penggunaan dana KWAKTK ini yang telah dibangkitkan tadi, Yang Berhormat sebentar tadi. Saya setuju kerana soalan saya adakah laporan in nanti akan dibentangkan ...
Yang Berhormat Permatang, boleh mencelah.
Kejap, bagi habis dulu ayat ini. Adakah laporan penggunaan dana KWAKTK ini akan dibentangkan secara berkala kepada semua ADN? Siapa yang akan memantau penggunaan dana tersebut dan adakah PBT akan mempunyai suara dalam menentukan bagaimana dana ini nanti digunakan. Kerana kita telah menyaksikan Tuan Speaker, sebagaimana sebelum ini ada beberapa tabung khas negeri seperti contoh tabung infrastruktur Selangor (TINS) yang telah ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana kelewatan pelaksanaan dan kelemahan pelaporan. Jadi Yang Berhormat Speaker, saya ingin menarik perhatian kepada audit tahun 2014 tadi, di mana ia telah mengumpulkan sebanyak 17 juta tetapi hanya sebahagian kecil yang dibelanjakan. Jadi dengan kelewatan projek hingga hampir setahun.
Jadi jika kita lihat, jika kita semua ulangi modul yang sama untuk kumpulan wang amanah kilang tanpa kebenaran ini, tanpa semakan semula tadbir urusnya, adakah hasilnya akan jadi serupa. Jadi itu persoalan saya Tuan Speaker. Kemudian Tuan Speaker, saya juga ingin merujuk ramai rakan-rakan tadi menyebut Yang Berhormat- Yang Berhormat menyebut berkenaan dengan secara langsung tentang mangsa-mangsa ataupun penduduk sekitar. Jadi soalan saya adakah nanti dana ini akan juga digunakan secara terus kepada rakyat yang telah mendapat yang terkesan secara langsung di tempat yang berhampiran dengan kilang awam ini, kilang tanpa kebenaran ini.
Dan yang terakhir Tuan Speaker, saya juga bimbang dengan satu mesej awam yang dihantar oleh usul ini. Kenapa, bila kita menubuhkan satu kumpulan wang khas untuk kilang tanpa kebenaran dan kemudiannya membolehkan hasil premium itu dikutip serta digunakan untuk membiayai tindakan penguatkuasaan, persoalan yang timbul adakah ini bentuk pengiktirafan tidak langsung terhadap pelanggaran undang-undang. Jadi janganlah kita lihat seperti contoh, kita hanya bayar premium ini hanya untuk membersihkan pelanggaran undang-undang dan juga telah mengabaikan undang-undang yang telah kita semua gubal yang telah diamalkan selama bertahun-tahun.
Jadi apakah jaminan kilang yang telah dihalalkan? Adakah tindakan ini akan menghalalkan kilang-kilang ini melalui program-program pemutihan kerana ini adalah satu yang agak membimbangkan Tuan Speaker? Kerana saya takut nanti bila ada kilang-kilang haram ini dia fikir bila bayar saja kepada dana kepada tabung ini, dia dah kira dah halal dah. Jadi dia boleh beroperasi seperti biasa. Jadi itulah antara perkara yang menggusarkan dan membuat kerisauan, memberikan sedikit kerisauan kepada Permatang Tuan Speaker. Jadi saya ingin mencadangkan juga kepada Kerajaan Negeri untuk kita sama-sama menilai semula dan adakah perancangan untuk memberi dana yang dikutip ini secara terus kepada rakyat dan juga PBT dan juga badan-badan terutama
sekali seperti agensi-agensi yang terlibat supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih telus dan juga lebih efisien. Sekian, Tuan Speaker itu sahaja daripada saya.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang, dipersilakan Yang Berhormat Sentosa, tiga minit.
Kota Damansara, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Timbalan Speaker. Sentosa menyokong penuh usul resolusi ataupun penubuhan kumpulan wang amanah di bawah seksyen 10 iaitu KWAKTK. Memang ini adalah satu isu yang semakin membimbangkan di negeri Selangor iaitu isu kilang-kilang beroperasi tanpa kebenaran. Ada yang beroperasi walaupun kompaun telah diberikan, walaupun ada penutupan notis telah diberikan, masih beroperasi dan saya ucapkan terima kasih kepada semua teman-teman Yang Berhormat yang telah juga bangkitkan isu yang sama dan Sentosa menerima banyak aduan juga daripada penduduk yang di kawasan kita di mana kewujudan kilang-kilang haram ini telah menyebabkan pelbagai kesan negatif dan impak buruk kilang-kilang haram ini antara impak yang kilang tanpa izin ini ialah pencemaran alam sekitar, kita pun sedia maklum ada gangguan kepada penduduk ada pembakaran bahan-bahan yang tidak diingini, ada asap-asap yang mengganggu kesihatan, kesihatan kita tergugat dan sebagainya.
Yang ketiga ialah berkenaan eksploitasi pekerja asing. Di mana kilang hilang ini mengajikan pekerja asing tanpa dokumen. Sentosa ingin mengajukan beberapa soalan kepada Kerajaan Negeri, tadi Permatang ada juga perbentangkan berkenaan dengan kebimbangan beliau tentang bila kita wujudkan dana, macam mana kita akan selesaikan masalah ini. Berapakah jumlah sebenar kilang tanpa kebenaran yang telah dikenal pasti di seluruh negeri Selangor dan kedua berapa banyak kompaun atau tindakan sitaan telah diambil dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Sentosa juga ingin mencadangkan, kita perlu tegas namun adil dalam isu ini. Maka saya ataupun Sentosa ingin mencadangkan penubuhan pasukan khas penyelarasan ataupun pasukan penguatkuasaan kilang haram di peringkat negeri yang melibatkan PBT, alam sekitar, pejabat tanah dan agensi-agensi keselamatan seperti osc untuk menangani masalah ini, dan pelaksanaan pelan pemutihan secara bersyarat hanya kepada kilang yang mematuhi keperluan alam sekitar, keselamatan dan tidak menjejaskan komuniti setempat.
Sistem aduan awam bersepadu juga perlu diwujudkan dan akhirnya Sentosa ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh berkompromi dengan kegiatan haram yang menjejaskan kesejahteraan rakyat, dan mencemarkan alam sekitar. Ketegasan,
ketelusan dan tindakan menyeluruh amat penting agar isu ini tidak berterusan dari tahun ke tahun. Sentosa menyokong penuh usul Kerajaan Negeri, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Yang Berhormat Kota Damansara, sila jaga masa.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Kota Damansara, walaupun berdiri banyak kali, tapi Kota Damansara ingin mengambil peluang yang sama untuk berbahas berkenaan resolusi dewan negeri Selangor bagi penubuhan kumpulan wang amanah di bawah seksyen 10 kumpulan wang amanah kilang tanpa kebenaran (KTK).
Kita lihat dasar pemutihan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah berjalan hampir 19 tahun bermula dari tahun 2006 tapi dasar ini telah dibawa di peringkat PBT yang mana Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil inisiatif untuk membuat dasar-dasar pemutihan. Tapi walau bagaimanapun, dasar-dasar seperti ini, dia tahun demi tahun kita sentiasa renew. Maksudnya kita rancang buat tahun ini, tahun depan kita sambung lagi, kita sambung.
Saya akui beberapa PBT mempunyai hasil yang agak lumayan apabila kita membuat dasar kilang KTK, ada setengah PBT memperolehi perolehan hampir enam ke lima juta setahun dengan membuatkan dasar pemutihan. Ini kerana ada sesetengah sop dasar-dasar yang dilakukan di peringkat PBT, apabila mereka mohon lesen khususnya kilang-kilang KTK, kilang tanpa kebenaran ini, jumlah fee lesennya meningkat tiga ke empat kali ganda berbanding dengan kilang-kilang yang berdaftar atau kilang dengan izin. Tapi walau bagaimanapun, ini hasil yang diperoleh hanya pihak PBT, tapai walau bagaimanapun, bagaimana hasil yang diperoleh oleh peringkat Kerajaan Negeri. Sebab kita tahu premiumnya itu atau cukai tanah dibayar kepada Kerajaan Negeri. Jadi ini akan mendatangkan masalah sebab apabila berlakunya, bila kita nak buat melakukan pelaksanaan penguatkuasaan, pihak kerajaan tempatan atau pihak Kerajaan Negeri terpaksa mengeluarkan kos yang tertentu. Jadi ini menyebabkan terbebannya dana-dana yang terpaksa ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri.
Jadi kalau kita nak tengok daripada setengah-setengah perkara, kalau kita nak tengok daripada sudut ini, banyak sebenarnya yang dilakukan oleh KTK ini kalau kita tengok pembuangan sampah haram ini yang telah dinyatakan oleh setiap daripada Ahli Dewan Negeri, siapa yang bangun pun akan tetap mengatakan tentang sampah haram. Kita ada masalah pembakaran terbuka, dah la kilang haram, sampah haram, lagi pembakaran terbuka, kerosakan alam sekitar dan yang paling utama ialah kerosakan infra yang paling
teruk. Sebab apa, kadang-kadang bila kita tengok tempat itu, kawasan itu memang yang digazetkan kawasan yang mana perumahan ataupun kawasan pertanian.
Jalan-jalan yang telah disediakan atau dibina oleh pihak kerajaan ialah jalan-jalan bersesuaian dengan kenderaan untuk kegunaan kawasan tersebut. Tapi bila berlakunya kilang-kilang haram dekat sini secara tak langsung, dia akan merosakkan jalan dan menyebabkan terbebannya pihak PBT dan pihak kerajaan. Kalau andai kata jalan itu di bawah kerajaan tempatan, kerajaan tempatan terpaksa membayar dengan membaik pulih sedangkan duit itu boleh digunakan di tempat lain. Tapi andai kata jalan itu di bawah JKR, yang ini JKR pihak negeri terpaksa menguruskan, lagi malangnya kalau andai kata bawah itu bawah jalan KPLB yang mana menunggu bajet yang lebih daripada kerajaan persekutuan.
Ini akan menyebabkan masalah-masalah yang tertinggal. Kalau kita tengok jalan berlubang dan sebagainya kadang-kadang menyebabkan kematian dan eksiden di kalangan anak-anak kampung, kalau kita tengok kat sini, ada tindakan-tindakan undang-undang, kalau kita tengok kumpulan ini apa kegunaan duit, apa dana yang akan di collect ini adalah untuk kegunaan aktiviti-aktiviti pembayaran kos pelaksanaan tindakan undang-undang, tindakan penguatkuasaan. Sebab kalau kita nak ambil tindakan ini, ada setengah daripada kilang tanpa kebenaran ini, dia menganggap tanah yang dia orang ada ini ialah bebas untuk melakukan apa-apa tapi sedangkan ia tertakluk kepada undang-undang yang telah digariskan sebagai contoh bila tanah itu memang tanah pertanian. Dia memilih untuk kekalkan pihak pertanian, dia tak mahu bayar apa-apa tapi sebenarnya dia kalau dia sewa kadang-kadang bukannya dia oeprate pun kilang itu, dia hanya menyewakan sahaja, income diorang boleh dapat dua puluh ribu sebulan.
Tapi walau bagaimanapun, ini menyebabkan kerugian yang sangat besar. kita tak nafikan ada punca kepegerakan ekonomi dekat situ, punca pekerjaan dan sebagainya, tapi walau bagaimanapun ini tetap membebankan kerajaan tempatan ataupun Kerajaan Negeri. Sekarang kita nak, sebab kalau kita tengok di kawasan sendiri di kawasan Kota Damansara, saya dua kawasan hotspot KTK, yang pertama ialah Kampung Baru Sungai Buloh dan yang kedua Kampung Baru Subang. Dua utama ini ialah merupakan dua kawasan hotspot yang paling besar, kalau kita tengok kan kat situ sahaja saya boleh katakan lebih daripada seratus kilang tanpa kebenaran yang ada dan kalau tak jumlahnya bertambah, sepatutnya saya mengharapkan kumpulan wang amanah yang ditubuhkan ini, jumlahnya bukan makin bertambah tahun demi tahun. Sebab kalau jumlahnya bertambah tahun demi tahun, maksudnya kita gagal.
Sebab apa, dia kita nak mengurangkan jumlah kilang tanpa kebenaran, tapi bila jumlahnya makin bertambah dan makin bertambah, maksudnya jumlah kilang tanpa
kebenaran ini makin banyak, jadi yang ini sebenarnya kita punya target kita nak kurangkan. Cuma saya mengharapkan satu hari nanti apabila kita buka ini, ini juga kita akan tutup juga. Maksudnya apabila kita nak mencapai zero KTK, kalau tengok kat sini saya nak tengok penguatkuasaan. Kita ada undang-undang, menggariskan undang-undang yang sangat penting, tapi penguatkuasaan adalah yang sangat penting.
Ya, kita memerlukan pihak daripada PBT kebanyakannya, itu juga daripada pejabat daerah yang mana terpaksa membuatkan penguatkuasaan, yang mana tanah-tanah. Kalau kita tengok penguatkuasaan terpaksa dilakukan, kadang-kadang macam sebut tadi, ada yang sampai kena ikut dekat rumah dan sebagainya sebab apa, nak menyelesaikan masalah KTK. Kita terbeban, kita bebankan dan masalah keselamatan daripada dia orang, dia orang melakukan tugas dengan baik dengan amanah dengan jujur, tapi mereka terpaksa berhadapan dengan faktor keselamatan. Jadi saya bersetuju dan bersenada, hari ini saya banyak senada dengan Sungai Ramal, kalau nak perlukanlah andai kata penguatkuasa kita di disetkan dengan senjata api. Buat saja. Dapatkan supaya ini akan lebih memudahkan mereka untuk buat kerja. Sebab apa? Mereka melakukan tugas bukan untuk orang lain tapi untuk pihak kerajaan. Jadi saya memberikan sokongan penuh kepada mereka.
Kepada saya nak bagi pendapat, saya nak bagi penambahbaikan kepada pihak Kerajaan Negeri. Mana-mana tanah yang telah yang akan habis tempoh pajakan. Yang ini mana-mana tanah kebanyakannya yang habis, hampir habis tempoh pajakan ni, yang mempunyai kilang KTK. Kerajaan memilih untuk tidak sambung. Sebab apa? Dia orang dalam tempoh pajakan lagi 20 tahun, lagi 30 tahun. Selalu kalau tempoh-tempoh macam ni dia orang tak boleh nak buat loan lagi untuk sambung premium, untuk tambah untuk sambung lagi TOL dan sebagainya. Saya minta pihak Kerajaan Negeri untuk untuk semak satu persatu. Yang mana kilang tanah-tanah yang yang hampir tamat tempoh di pihak pajakan ni, yang mana mereka tidak memilih untuk memutihkan. Sebab mereka mempunyai tempoh yang sangat panjang untuk memutihkan. Tapi walau bagaimanapun memilih untuk tidak melakukan tersebut dan saya ingat ini ialah ini adalah hukuman yang sepatutnya diterima. Sebab apa? Kita terus halang dia. Jadi kita tak ada isu. Jadi secara tak langsungnya mereka pajakan tamat, satu kilang kita berjaya tutup. Dan akhir sekali saya minta kepada Kerajaan Negeri kalau boleh jangan mulakan dengan 1%. Eh. Kita mulakan dengan 2%. Saya saya ingat 2% ialah nilai yang agak munasabah. Sebab nilai yang 1% ni macam saya sebutlah. Jumlah kilang KTK ni lebih kurang saya diberitahu lebih kurang 6,000 ke 5,000. Tapi walau bagaimanapun jumlah 1% ni ialah jumlah yang saya saya anggap agak agak agak sedikit. Sebab kalau kita tengok balik, jumlah untuk kita melakukan penguatkuasaan bukan murah. Itu yang pertama. Ini tak dicampur juga dengan tindakan undang-undang yang terpaksa diambil oleh pihak diambil oleh pihak KTK. Yang mana Kerajaan Negeri pun ya, kita tak boleh nak bebankan lebih
banyak daripada Kamar undang-undang. Walaupun kita ada barisan peguam yang hebat dekat Kerajaan Negeri Selangor ni, tapi bagaimanapun mereka ada banyak lagi kes-kes yang berimpak tinggi yang yang perlukan Kerajaan Negeri memberi fokus. Jadi kita terpaksa hire lawyer luar. Jadi duit ni dia bukan dia bukannya murah. Jadi bila jumlah 1% ni saya agak dia jumlah yang sangat sedikit yang perlu untuk kerajaan lihat kembali. Sebab apa memang betul kita cakap kita mulakan dengan 1%. Ya, saya setuju. Tapi kenapa tak kita mulakan dengan 2% dan kita akan naik satu perlahan. Tapi kalau kita mulakan 1%, kali kedua baru kita nak naikkan 2%. Ha jadi kita start 2%. Jadi kalau nak bentangkan dia, 10?
10.
Saya kalau ada yang minta 10 lah, tapi kita kita mulakan sesuatu. Saya saya saya 10 ni agak agak agak agak tinggi sebenarnya. Dia terlalu tinggi. Jadi kita pilih jumlah yang 2% ke 3%. Saya ingat ini jumlah yang agak munasabah kepada pihak Kerajaan Negeri. Secara tak langsung duit yang ada ni boleh memberikan reserve yang agak baik. Macam saya sebut, kita target bukannya untuk mengumpulkan duit lagi banyak tapi kita nak mengurangkan. Okey.
Sekali lagi yang terakhir sekali saya kepada Tuan Timbalan Speaker, saya minta kepada pihak Kerajaan Negeri, saya saya menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri untuk cuba mengambil satu inisiatif baru untuk membantu pihak Kerajaan Negeri. Ini bukan apa, sebab ya betul, adakah kita lakukan ini memberikan satu signal atau mungkin terlambat atau sebagainya, tapi sekurang-kurangnya dia ada beberapa perkara penambahbaikan yang telah dilakukan pihak Kerajaan Negeri. Kota Damansara mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana ada sesuatu yang kita lakukan. Kita tak boleh mengharapkan program pemutihan selama-lamanya. Sampai satu masa kita kena stop kan program pemutihan ni. Sebab banyak lagi sebenarnya program-program yang kita boleh lakukan terhadap untuk membasmikan kilang tanpa kebenaran ini atau kilang tanpa izin ini. Tapi kita perlu melihat dalam satu faktor yang meluas. Sebab apa? Kita pun dah membawa satu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengeluarkan gagasan Greater Klang Valley. Jadi Greater Klang Valley ni sepatutnya dia tak boleh dengan penuh kilang-kilang tanpa kebenaran. Jadi saya harap kilang-kilang tanpa kebenaran yang ada di dalam kerajaan di dalam negeri Selangor ni dapat kita basmikan. Kita nak pergi 0% mustahil. Tapi kita menuju ke arah situ.
Jadi sekali lagi saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan sekali lagi jumlah yang yang dikutip daripada 1% kepada 2%. Saya ingat sempat lagi kalau nak tukar pun. Kita saya ingat semua akan boleh bersetuju daripada dalam ni. Jadi ada satu minit lagi sebelum kita habis. Saya ingat lebih baik kita habiskan.
Boleh teruskan lagi. Ada lagi ke point-point nak sampai?
Aa tak ada. Saya ingat kita boleh dengar suara EXCO. Kita tutup dengan dengar suara EXCO dan mungkin esok suara EXCO mungkin akan tekan pembukaan. Jadi saya ucapkan Kota Damansara. Kota Damansara mengucapkan terima kasih dan menyokong resolusi tersebut. Terima kasih.
Okey. Terima kasih Kota Damansara. Yang Berhormat aaa Port Klang. Panjangkan terus.
Hulu Kelang mahu cakap kah? Oh boleh boleh boleh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan *Speaker*. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana memberikan Pelabuhan Klang ruang untuk berbahas tentang usul yang dibawa oleh Yang Berhormat *Skin Chan* berkenaan dengan Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi penubuhan Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957, Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran KTK.
Dan antara yang dicadangkan penggunaan wang Kumpulan Wang Amanah ini adalah untuk menanggung perbelanjaan aktiviti yang melibatkan bayaran dan kos melaksanakan tindakan penguatkuasaan di atas tanah hak milik dan tanah kerajaan yang melibatkan kilang-kilang tanpa kebenaran secara langsung. Dan di sini Pelabuhan Klang juga ingin mencadangkan supaya pihak penguatkuasaan bukan hanya tertumpu di kawasan-kawasan kilang tanpa kebenaran sahaja, malah kilang-kilang yang ada kebenaran, yang ada lesen, yang ada permit juga kadang-kadang melanggar peraturan terutama sekali peraturan Jabatan Alam Sekitar sehingga menimbulkan kacau ganggu di kalangan penduduk-penduduk yang berhampiran dengan kawasan kilang tersebut. Jadi saya harap perbelanjaan ini bukan hanya tertumpu kepada kilang-kilang tanpa kebenaran, tapi juga dilihat kepada kilang yang melanggar peraturan.
Jadi dalam masa yang sama juga Pelabuhan Klang ingin mencadangkan supaya selain daripada penggunaan hanya untuk perbelanjaan aktiviti penguatkuasaan, Pelabuhan Klang juga ingin mencadangkan supaya wang tersebut juga digunakan untuk menampung kos pemulihan alam sekitar di tanah-tanah kerajaan yang telah dicemarkan oleh kilang-kilang tanpa kebenaran ini di mana sampah-sampah haram dibuang di tanah-tanah kerajaan. Dan dalam masa yang sama juga Pelabuhan Klang juga ingin mencadangkan supaya tindakan penguatkuasaan ini ada SOP ataupun ada garis panduan yang jelas dan mesti sama di semua daerah, di semua kawasan pentadbiran
PBT di negeri Selangor. Maknanya ada garis panduan yang jelas. Apakah keutamaan penguatkuasaan yang hendak hendak dilaksanakan terhadap kilang tanpa kebenaran ini ataupun kilang yang ada kebenaran tetapi melanggar peraturan-peraturan PBT ataupun undang-undang yang sedia ada?
Mencelah.
Boleh boleh.
Sangat prihatin tentang penguatkuasaan. Pada pandangan rakan saya yang duduk sebelah saya ini, jika terdapat satu kilang haram yang baru yang wujud hari ini, agak-agaknya kamu punya KPI bagi penguatkuasaan dalam berapa hari dia kena terjun ke sana dan berhentikan kilang baru itu daripada mula beroperasi.
Sebab itu tadi semasa perbahasan Batu Tiga, Pelabuhan Klang menyatakan bahawa angka-angka pertambahan kilang tanpa kebenaran ini bertambah. Setiap kali kita minta statistik kilang tanpa kebenaran, dia mesti bertambah. Maknanya ada kilang tanpa kebenaran yang baru yang diwujudkan, dalam masa yang sama kita mengambil tindakan, tapi dalam masa yang sama ada juga kilang-kilang tanpa kebenaran yang baru diwujudkan. Sebab itu perlu ada SOP bahawa bagaimana dan dalam masa yang berapa lama masa ataupun garis masa yang diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap kilang-kilang tanpa kebenaran, terutama sekali yang baru. Yang baru. Lepas tu nanti dia akan masuk dalam statistik, lepas tu kita nak putihkan. Ha jadi tak bolehlah selepas ini tidak ada lagi kompromi dengan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba membina kilang tanpa kebenaran ini.
Dan lagi satu yang saya nak minta kepada pihak Kerajaan Negeri supaya merujuk semula kepada penyata Jawatankuasa PBT, pihak berkuasa tempatan yang telah dibentangkan pada tahun 2021. Kertas Bilangan 42 2021. Di situ saya ada mencadangkan kilang-kilang tanpa kebenaran ini, dia beroperasi menggunakan perkhidmatan utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad, bekalan elektrik, bekalan air. Kalau kilang-kilang tanpa kebenaran ini tidak mendapat perkhidmatan daripada syarikat-syarikat utiliti seperti TNB dan juga Air Selangor, internet, kemudahan internet yang dibekalkan kepada kilang-kilang ni. Potong ajelah yang itu. Tak payah kita nak penat-penat nak pergi buat penguatkuasaan teruk-teruk. Kan? Sehingga menyebabkan anggota penguatkuasaan kita terancam. Sebab itu saya selalu bertanya dalam sidang Dewan yang lepas, kilang-kilang ini, kilang-kilang tanpa kebenaran. Tetapi bagaimana pihak TNB boleh membekalkan elektrik? Pihak Air Selangor boleh membekalkan air? Pihak Telekom boleh membekalkan sistem ataupun
membekalkan internet? Membekalkan orang kata WiFi apa semua ni. Jadi kalau kita putuskan utiliti ini adalah mudah untuk tindakan penguatkuasaan ini dibuat. Dan ianya ada dinyatakan di dalam apa? Penyata yang telah dibentangkan pada tahun 2021. Jadi saya berharap pihak kerajaan rujuk semula penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai pihak berkuasa tempatan, sebab kita dah panggil semua pihak yang terlibat untuk memberikan pandangan dan idea tentang bagaimana nak membantu memudahkan kerja-kerja penguatkuasaan dengan bermula potong aje bekalan elektrik.
Potong aje bekalan air. Tak ada elektrik, tak ada air, kilang-kilang tanpa kebenaran ni tak boleh beroperasi. Jadi apa yang susah sangat? Kita buat kerja senang untuk supaya kerja-kerja penguatkuasaan ni taklah susah. Jadi undang-undang tu dah ada. Dalam Akta Bekalan Elektrik pun dah bagi tahu dah. Kalau sekiranya pihak berkuasa tempatan ataupun penguatkuasa ataupun mana-mana agensi yang berkuasa hanya perlu hantar surat, hantar notis saja kepada TNB untuk bagi tahu kepada TNB supaya potong bekalan elektrik. Begitu juga dengan Air Selangor. Hanya perlu hantar pihak PBT hanya perlu hantar notis saja kepada Syarikat Air Selangor. Maka ianya boleh dikuatkuasakan. Jadi apalah susah sangat Yang Berhormat EXCO Sekinchan. Saya rasa itu adalah perkara yang paling mudah untuk kita ambil tindakan.
Tetapi kita nak tumpukan yang mana dahulu? Takkan semua kilang kita nak ambil tindakan. Kalau dengar tadi ada 4,000 lebih kilang tanpa kebenaran ini wujud di Negeri Selangor. Silap-silap mungkin bertambah lagi. Tak masuk lagi dalam statistik, baru ditubuhkan baru ni. Jadi saya sangat berharap supaya tumpuan utama perlu diberikan kepada mana-mana kilang tanpa kebenaran ini yang mencemarkan alam sekitar. Yang menimbulkan kacau ganggu yang tinggi kepada penduduk-penduduk yang berhampiran seperti kadar bunyi bising yang tinggi, merosakkan infrastruktur jalan raya dan juga jalan awam. Jadi saya harap sangat supaya pihak Kerajaan Negeri pertimbangkan supaya tumpukan keutamaan kepada kilang-kilang tanpa kebenaran yang mencemarkan alam sekitar, yang menimbulkan kacau ganggu sehingga menggugat ketenteraman dan juga kesejahteraan penduduk-penduduk yang berhampiran dengan kilang tanpa kebenaran.
Jadi seterusnya saya berharap supaya isu ini sama-sama kita Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor menyokong termasuk dari Perikatan Nasional. Saya harap Hulu Kelang pun mesti menyokong usul supaya kita mengambil tindakan kepada kilang-kilang tanpa kebenaran. Jadi oleh itu, Pelabuhan Klang menyokong supaya Usul ini diluluskan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Pelabuhan Klang. Saya rasa dah tak ada perbahasan. Perbahasan yang lain. Dengan ini sekarang saya mempersilakan
pihak Kerajaan jika ingin menjelaskan apa-apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan juga ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mendengar dengan tekun semua perbahasan-perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat dalam resolusi penubuhan kumpulan wang amanah KTK ini. Dan saya nak ucapkan terima kasihlah kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat, terutamanya daripada Batu Tiga, daripada Kuang, Seri Kembangan, Yang Berhormat Sijangkang, Balakong, Dusun Tua, Bukit Lanjan, Kajang, Kuala Kubu Baharu, Rawang, Sungai Ramal, Teratai, Permatang, Sentosa, Kota Damansara, Pelabuhan Klang, Ketua BBC kita. Semua, seluruhnya 15 orang, kabeh 15. 15 semua dalam masa satu jam setengah. Jadi saya juga nak ucapkan terima kasih dan tahniah dan syabas kepada Dewan Negeri Selangor khususnya Speaker dan Timbalan Speaker. Beri ruang yang begitu banyak kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas dalam konteks KTK ini, kilang tanpa kebenaran. Maknanya kita semua prihatin terhadap isu penyelesaian kilang tanpa kebenaran.
Sebenarnya kilang tanpa kebenaran ini memang dia satu isu yang sudah berada di lapangan sejak dulu. Dia bukan hari ini. Jadi semua pimpinan di sini, sama ada yang penggal pertama, yang penggal kedua, penggal ketiga, penggal keempat, penggal kelima, ramai semua tahu perkara ini. Dan dia telah timbul dan kita telah buat pemutihan. Pemutihan sejak tahun 2006. 2006 hinggalah tahun 2024. Dah lapan kali kita buat pemutihan. Lapan kali, ya. Dan sekarang baru kita buat lagi satu penguatkuasaan yang lain untuk pematuhan. Jadi kita dah lapan kali. Tetapi keadaannya kita masih belum mencapai satu keputusan yang konkrit yang boleh katakan sukses, urung. Belum lagi Tuan Timbalan Speaker. Oleh sebab itu, kita kena banyak lagi.
Yang Berhormat, kita bagi penjelasan esok. Sambung esok, boleh?
Ada lagi, banyak sebab ada nak respons sikit tentang perkara yang berbangkit. Esoklah, saya rasa.
Kita sambung esok.
Sebab dia perlu banyak masa. Sebab ramai 13, 15 orang takkan kita hanya bagi dua minit, tiga minit, tak acilah ya.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO.
Untuk perbahasan-perbahasan daripada semua Ahli Yang Berhormat. Sekian, saya sambung esok.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya juga ingin mengingatkan semua pada ahli-ahli Yang Berhormat yang petang ini kita ada program taklimat oleh agensi-agensi berkenaan mengenai isu-isu bencana letupan dan kebakaran di Putra Heights. Taklimat akan diadakan di Bilik Gerakan Dewan Negeri Selangor di blok sebelah ya. kita minta semua Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh hadir mendengar penjelasan ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam sudah menunjukkan jam 4:30 petang. Maka Dewan ini ditangguhkan sehingga hari esok, Selasa 8 Julai 2025 bermula jam 10 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)