Selangor · 8 July 2025
15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 413 turns · 35,553 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 8 Julai 2025 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan.
Sebelah kiri seorang sahaja. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Selamat Pagi. Pagi ini Dewan ingin mengalu-alukan lawatan daripada 15 orang peserta Program SIWANIS yang diatur oleh Wanita Berdaya Selangor dan diketuai oleh Puan Siti Faridah binti Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif SIWANIS, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor.
Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, Dewan dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dalam sidang Dewan Negeri Selangor kali ini pihak Menteri Besar Selangor Permebadanan telah menyediakan pameran khusus berkenaan 2 projek strategik negeri. Projek yang pertama Projek Integrated Landing Port di bawah inisiatif SABDA dan projek yang kedua, Projek Selangor Aero Park KLIA, Aeropolis Sepang. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, kedua-dua projek ini merupakan inisiatif utama di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS1). Pelaksanaannya akan diteruskan dalam Rancangan Selangor Ke-2 iaitu RS2. Dalam pada itu, saya ingin turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Selangor Aviation & Technology Innovation Sdn. Bhd. (SELATI) mewujudkan kerjasama strategi bagi memperkukuhkan pengurusan bencana khususnya dalam pengesanan dan mitergasi kebakaran hutan bersama pihak Selangor Jusbaktiar Management Sdn. Bhd. (SELGEM) dan PIACAST Technologi Corporate Limited daripada China.
Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat dijemput untuk ke pameran tersebut sepanjang Sidang Dewan di ruang legar Wisma Dewan Negeri Selangor. Yang Berhormat dialu-alukan untuk memberi input yang proaktif dan memahami perancangan jangka panjang Negeri.
Kita teruskan urusan pagi ini dengan menjemput bagi sesi pertanyaan-pertanyaan, saya mempersilakan Seri Serdang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 10, sebelum itu saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Yang Berhormat EXCO, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Skim Rawatan Jantung Negeri SelangorQuestions
10. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Sejauh mana kejayaan Skim Program Rawatan Jantung.
b)
Berapakah jumlah penerima manfaat skim rawatan jantung?
c)
Bagaimana program ini membantu rakyat Selangor mengesan risiko penyakit sakit jantung lebih awal?
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang membawa risiko penyakit jantung. Yang Berhormat Seri Serdang bertanyakan sejauh mana kejayaan Skim Program Rawatan Jantung, berapakah jumlah penerima manfaat skim rawatan jantung dan bagaimana program ini boleh membantu rakyat mengesan risiko penyakit sakit jantung yang lebih awal. Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Seri Serdang, Program Skim Rawatan Jantung telah berjaya membantu ribuan rakyat negeri Selangor, khususnya golongan B40 dan juga M40 mendapatkan rawatan jantung kritikal dengan segera tanpa membebankan kos pesakit. Dan sejak diperkenalkan pada tahun 2018, skim ini menerima maklum balas positif daripada penerima manfaat dan keluarga mereka. Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah turut menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor.
Dan dari tahun 2018 sehingga Mei 2025, seramai 1,978 pesakit telah menerima manfaat daripada Program Skim Rawatan Jantung. Dan jumlah ini membuktikan keberkesanan program dalam membantu rakyat yang memerlukan rawatan segera. Program Skim Rawatan Jantung ini bukan sahaja menyediakan bantuan rawatan kepada pesakit jantung, malah turut memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mengesan risiko penyakit jantung pada peringkat awal. Dan ini boleh dilaksanakan melalui komponen pra saringan yang merupakan salah satu kategori manfaat yang disediakan di bawah Skim Rawatan Jantung. Dan pesakit layak, yang layak boleh menjalani pra saringan tersebut
secara percuma dengan membuat permohonan di bawah kategori A. Dan melalui program saringan ini, individu berisiko dapat dikenal pasti lebih awal dan dirujuk untuk pemeriksaan lanjut serta rawatan yang sesuai. Inisiatif ini juga membolehkan intervensi awal diambil sebelum penyakit menjadi lebih serius, seterusnya menyelamatkan nyawa dan mengurangkan komplikasi kesihatan. Sekian, terima kasih.
Tiada soalan tambahan ya, seterusnya Yang Berhormat Gombak Setia.
Tuan Timbalan Speaker, soalan nombor 11.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Persiapan Sukma 2026Questions
11. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status persiapan Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah SUKMA Selangor 2026?
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia, terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin untuk menjawab soalan dari Gombak Setia bersekali dengan soalan 212 dari Seri Serdang dan 268 dari Gombak Setia. Kerajaan Negeri Selangor telah diberi mandat oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai Tuan Rumah bagi Temasya SUKMA 2026. Sebagai Tuan Rumah Temasya tersebut, Kerajaan Negeri Selangor pastinya telah menetapkan agar penganjuran Temasya SUKMA 2026 ini menjadi penganjur yang terbaik mengikut standard penganjuran di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Pembentukan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa pelaksana telah dibuat bagi dalam memastikan kelancaran pelaksanaan temasya ini diselaraskan bersama-sama dengan semua agensi Kerajaan Negeri Selangor. Sebuah Sekretariat SUKMA juga telah ditubuhkan dan akan beroperasi sepenuh masa di Dewan Raja Muda , Seksyen 7 Shah Alam dan berperanan untuk menggerakkan pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026.
Dalam masa yang sama pelantikan pegawai dan kakitangan juga telah dilantik dan bakal dilantik bagi memastikan operasi sekretariat berjalan mengikut time frame yang telah ditetapkan. Buat masa ini, perkara utama yang sedang dilaksanakan oleh pihak sekretariat adalah mengenal pasti venue-venue pertandingan yang bakal digunakan. Selain itu beberapa mesyuarat penyelarasan yang melibatkan agensi utama di Negeri Selangor telah dijalankan bagi memastikan pelan pelaksanaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu, Sekretariat SUKMA juga telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bersama Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia bagi menetapkan dan menentukan jenis sukan dan acara yang akan dipertandingkan pada Jawatankuasa Tertinggi SUKMA nanti. Jumlah Sukan yang akan terlibat ialah sebanyak 28 sukan wajib dan 5 sukan pilihan daripada 9 sukan pilihan yang telah dijalankan pada Temasya SUKMA 2024 di Sarawak dan menjadikan sebanyak 33 sukan yang akan dipertandingkan pada Temasya SUKMA 2026.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, penganjuran SUKMA 2026 adalah merupakan edisi kali kedua yang mana kali terakhir Negeri Selangor bertindak selaku Tuan Rumah adalah pada tahun 1998. Ketetapan jenis sukan yang akan dipertandingkan di setiap Temasya SUKMA adalah berdasarkan Peraturan Tetap Sukan Malaysia sebanyak 28 jenis sukan seperti berikut :-
1. Akuatik 2. Angkat berat 3. Badminton 4. Ping pong 5. Gimnastik, artistik dan gimrama 6. Golf 7. Lawan Pedang 8. Memanah 9. Menembak 10. Olahraga 11. Pelayaran 12. Hoki 13. Judo 14. Taekwando 15. Berbasikal BMX dan Track 16. Karate 17. Long Ball 18. Pencak Silat
19. Sepak Takraw 20. Squash 21. Tenpin Bowling 22. Wusyu 23. Bola sepak 24. Ragbi 25. Bola Jaring 26. Bola Keranjang 27. Bola Tampar 28. Tenis
Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan acara yang akan dipertandingkan masih belum diputuskan dan ianya akan diketahui sejurus selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Ini termasuk 5 sukan tambahan yang bakal diumumkan kemudian menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 33 jenis sukan. Dalam memastikan pelaksanaan penganjuran SUKMA 2026 dapat dijalankan dengan baik, pihak sekretariat telah mengenal pasti venue-venue pertandingan sebagai infrastruktur sukan yang akan digunakan. Tiada keperluan untuk membina infrastruktur sukan yang baru dan ia dilihat lebih efisien sebagai penjimatan kos. Namun semua venue pertandingan akan dinaik taraf dan diperbaiki bagi memastikan ianya mengikut standard yang telah ditetapkan.
Untuk makluman Dewan, berikut adalah senarai kemudahan yang akan digunakan sebagai venue pertandingan sepanjang tempoh temasya berlangsung. Bagi Sukan Akuatik lokasi yang dipilih adalah Pusat Akuatik Darul Ehsan Seksyen 13. Untuk Sukan Angkat Berat di Dewan Seri Cempaka MPKj. Untuk Sukan Badminton di Setia Convention Centre Setia Alam. Untuk Sukan Berbasikal sebanyak 4 kategori. Pertama berbasikal lebuh raya di Lebuh Raya SIC atau pun Sepang International Circuit. Untuk Berbasikal Track di Velodrom International Nilai. Untuk Berbasikal BMX di Extreme Park MPBJ. Untuk berbasikal Mountain Bike di Lembah Peladang Agro Park Puncak Alam. Manakala bagi sukan Bola Jaring adalah di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Dan untuk Bola Keranjang diadakan di Dewan Bola Keranjang Bukit Tinggi 2, Klang. Bagi sukan Bola Sepak sebanyak 5 stadium telah dipilih, pertama Stadium MPBJ, kedua Stadium UiTM Shah Alam, ketiga Stadium Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Keempat Stadium Sayidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. Kelima Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.
Bagi kategori Bola Sepak Wanita pula 3 stadium telah dipilih iaitu Stadium Selayang, Stadium Kuala Kubu Baharu dan Stadium UNITEN di Bangi. Untuk acara Futsal Lelaki, lokasi adalah di Dewan Kompleks Belia dan Sukan, CONBEST Selangor dan untuk
Futsal Wanita di Sport Tiza di Selangor. Dan untuk acara Bola Tampar bagi kategori Bola Tampar dewan di Dewan MBSA Seksyen 4 dan Seksyen 19. Untuk Bola Tampar Pantai di Dewan MBSA di Seksyen 19. Kategori Boling Padang di Stadium Tertutup Bayu Emas. Untuk acara Gimnastik Gimrama di Dewan Caunselor Tun Abdul Razak UKM. Untuk acara Golf di Kelab Golf Negara Subang, bagi acara Hoki, Kategori Lelaki adalah di Stadium Hoki MBPJ. Untuk Hoki Kategori Wanita di Stadium Hoki Pandamaran. Bagi acara Judo, Karate Do, Taekwando dan Wusyu akan diadakan di Ideal Convention Centre, IDCC Shah Alam.
Bagi acara Lawan Pedang, akan diadakan di Dewan Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Untuk acara Memanah di Stadium INPENS. Bagi acara Menembak di Lapang Sasar Negara Subang. Untuk Olahraga di Stadium Universiti Putera Malaysia di UPM. Bagi kategori Pelayaran di Pusat Latihan Perahu Layar Batu Laut. Bagi acara Pencak Silat di Dewan Seri Sarjana UNITEN. Untuk acara Ping Pong Stadium Tertutup INSPENS. Bagi acara Ragbi di Stadium Kota Raja, Klang. Untuk Sepak Takraw di MSU Hall Management Science University. Untuk acara Squash di Astaka MBPJ. Bagi acara Tenis di Kompleks Sukan Kelana Jaya dan Kompleks Sukan PKNS. Bagi acara Tenpin Boling di Sunway Mega Lanes di Sunway Pyramid. Manakala untuk acara perasmian pembukaan akan diadakan di Litar Lumba Sepang di Sepang International Circuit. Bagi menjayakan penganjuran Temasya SUKMA 2026 kos keseluruhan perbelanjaan penganjuran dianggarkan berjumlah RM250 juta namun ianya melibatkan kos dari aspek pengurusan sekretariat, persediaan atlet, penyediaan teknikal, peralatan kelengkapan pertandingan, perkampungan sukan dan makan minum, sistem teknologi, logistik, pengangkutan, media dan promosi, protokol, hadiah cenderamata, keselamatan, kecemasan, doping, Majlis Pembukaan dan Penutup, Majlis Makan Malam Rasmi, acara pertandingan Golf VIP, pelancaran Temasya dan Larian Obor, token sukarelawan dan infrastruktur pertandingan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyediakan peruntukan sejumlah RM100 juta kepada Sekretariat SUKMA Selangor bagi menguruskan pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026 . Untuk menampung kos penganjuran yang tinggi ini, Kerajaan Negeri Selangor juga akan menggembleng perbelanjaan daripada anak syarikat Kerajaan Negeri dan swasta yang akan turut membantu dalam melaksanakan penganjuran temasya SUKMA 2026 ini.
Soalan tambahan.
Silakan Gombak Setia.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan tadi. Ada dua soalan yang ingin saya tanyakan memandangkan
Yang Berhormat EXCO maklumkan tadi bahawa tak ada facility yang akan dibina tapi hanya akan dinaik taraf justeru saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO berapa jumlah pembiayaan yang diperlukan untuk menaik taraf kesemua kemudahan ataupun facility sukan ini dan bagaimana pembiayaan itu ataupun siapa yang akan menanggung pembiayaan tersebut itu yang pertama. Yang kedua, seingat saya dalam perbahasan belanjawan tahun lalu, akhir tahun lalu membincangkan dan kita membangkitkan isu peruntukan sukan tahun ini yang hanya kira-kira RM6 juta ringgit yang memang tak mencukupi untuk kita melaksanakan persediaan SUKMA. Saya nak tanya pada Yang Berhormat EXCO apakah peruntukan itu telah pun ditambah dan kalau ianya tidak ditambah, apaklah atau bagaimana Kerajaan Negeri boleh memberi jaminan bahawa tidak akan ada sebarang masalah dalam isu kos latihan ataupun isu elaun jurulatih, atlet dan begitu juga dalam isu-isu kebajikan mereka ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Untuk menjawab soalan pertama tentang kos dan juga kemudahan yang akan dinaiktaraf buat masa ini kita telah mengenal pasti beberapa kemudahan antaranya yang paling memerlukan baik pulih adalah pusat akuatik Darul Ehsan di Seksyen 13 dan juga di Lapang Sasar menembak di Subang. Dan juga Stadium Hoki di Pandamaran. Ini adalah tiga venue utama yang sedang dalam proses di peringkat sekretariat menyediakan costing bagi tujuan penaiktarafan dan baik pulih dan untuk beberapa venue lagi yang terletak di bawah tanggungjawab PBT maka peruntukan daripada PBT digunakan untuk naik taraf kemudahan tersebut dan untuk menjawab soalan kedua peruntukan permohonan sukan sehingga hari ini setakat ini kita masih lagi bergerak dalam kerangka atau kedudukan yang telah diperuntukkan dalam belanjawan yang lepas. Namun bagaimanapun daripada masa ke masa pihak Kerajaan Negeri akan terus memantau dan juga berhubung dengan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan dari segi keperluan dan kecukupan peruntukan tersebut boleh menampung dari segi persediaan dan juga persiapan atlet-atlet kita untuk menghadapi SUKMA akan datang.
Soalan tambahan.
Iya Sijangkang.
Terima kasih. Memandangkan Selangor mempunyai Team E-Sport yang hebat sehingga peringkat antarabangsa adakah acara ini juga akan dipertandingkan dan saya nak tahu juga apakah status Hotel Carlton yang kita dibentangkan dalam perbelanjaan yang lepas untuk dibangunkan sebagai pusat E-Sport di negeri Selangor. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Bagi sukan E-Sport sememangnya kita telah mencadangkan kepada pihak sekretariat atau pihak jawatankuasa tertinggi SUKMA untuk memasukkan
sukan E-Sport sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA akan datang. Pada SUKMA yang lepas di Sarawak pun sukan E-Sport merupakan sukan yang dipertandingkan jadi untuk SUKMA yang akan datang ini memang kita melihat E-Sport sebagai salah satu sukan yang akan menjana pingat bagi pasukan Selangor dan semestinya ia dalam list atau keutamaan kita untuk kita perjuangkan dan saya kira di peringkat sukan negeri-negeri pun kita telah bertemu dan mengambil consent bersama-sama mereka untuk turut menyokong penganjuran atau memasukkan E-Sport sebagai salah satu sukan yang akan dipertandingkan dalam SUKMA nanti. Dan untuk status Hotel Carlton setakat hari ini kita masih menunggu maklum balas daripada pihak MBI untuk kita laksanakan ataupun kita jadikan Hotel Carlton sebagaimana yang telah diumumkan Menteri Besar sebelum ini iaitu menjadikan salah satu hub bagi tujuan pembangunan sukan E-Sport ini mungkin saya akan boleh jawab dalam kenyataan bertulis kepada Yang Berhormat nanti. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Seri Serdang.
Yang Berhormat EXCO, ada tak cadangan untuk memasukkan sukan-sukan baharu yang popular seperti pickeball, woodball yang saya kira banyak sambutan dalam Negeri Selangor kita mungkin boleh menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain dan pasukan yang aktif dalam pickeball, woodball dan macam-macam lagi banyak sukan-sukan baru yang saya rasa boleh mendatangkan pingat juga pada kita. Terima kasih.
Terima kasih Seri Serdang. Saya rasa Timbalan Speaker boleh jawab tu. Untuk makluman Yang Berhormat memang sukan pickleball mendapat tempat yang semakin menggalakkan di Negeri Selangor dan antara sukan yang paling berkembang di negeri Selangor. Timbalan Speaker pun antara pemain pickleball yang aktif dan kita melihat kepada ada beberapa permintaan daripada persatuan dan sebagainya untuk mempertimbangkan pickleball sebagai salah satu sukan dalam SUKMA. Walau bagaimanapun, menurut perbincangan Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan negeri lain, tidak semua negeri ada capacity atau keupayaan untuk menyediakan pasukan pickleball dan dari segi kemudahan dan infrastruktur hanya beberapa negeri misalnya Selangor, Sarawak, Pulau Pinang dan Perak sahaja yang melihat pickleball satu salah sukan yang penting tetapi walau bagaimanapun kita sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pickleball sebagai satu sukan persembahan ataupun sukan yang dipertandingkan tetapi tidak dikira dari segi medal tele. Ini antara yang sedang dibincangkan di Majlis Sukan dan kita akan buat keputusan selepas daripada mesyuarat dengan Menteri Belia dan Sukan pada bulan depan. Terima kasih.
Tuan Speaker, satu lagi.
Ada lagi ke?. Bukan tadi dah bangun ke?.
Speaker satu lagi, saya nak perjuangkan sukan pickleball belum Soalan saya. Yang Berhormat EXCO, kos penganjuran SUKMA ini besar jadi tadi Yang Berhormat EXCO sebut Kerajaan Negeri pun belanjakan RM100 juta untuk penganjuran ini tapi saya teliti Yang Berhormat EXCO pernah jawab dalam Dewan ini bahawa secara keseluruhan kosnya akan mencecah RM250 juta. Jadi apakah Kerajaan Negeri selain daripada mencari sumbangan ataupun pembiayaan swasta apakah Kerajaan Negeri ada juga memohon daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan program ini.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Memang kalau kita lihat daripada segi maklumat tadi kos RM250 juta itu adalah anggaran yang kita letakkan berdasarkan daripada kos penganjuran SUKMA di Sarawak yang lepas. Mereka belanjakan sekitar RM250 juta atau mungkin lebih tetapi bila kita melihat perkiraan di peringkat negeri Selangor kemungkinan kosnya tak sampai RM250 juta dan kita di peringkat negeri pun telah mengumumkan hanya RM100 juta yang akan diperuntukkan manakala lebihan itu diserahkan kepada pihak sekretariat untuk mencari penajaan dan dalam masa yang sama juga kita akan menulis dan memohon kepada pihak Kerajaan Persekutuan menerusi KBS untuk menyediakan ataupun menyumbangkan geran kerana penganjuran SUKMA-SUKMA yang lepas di Sarawak, Perak dan sebagainya memang Kerajaan Persekutuan ada menyediakan peruntukan khusus kepada negeri yang menganjurkan SUKMA jadi itu dalam proses di peringkat Sekretariat mereka sedang menyediakan perincian costing tersebut dan kita akan kemukakan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan dan kita harap pihak Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan amaun dan peruntukan yang munasabah kepada Negeri Selangor walaupun kita mungkin dilihat dari segi infra telah lengkap semuanya tetapi kita juga mengambil kira penganjuran Sukan SEA pada 2027 dan semestinya di Negeri Selangor itu nanti akan turut dijadikan beberapa lokasi ataupun beberapa venue untuk diguna pakai semasa Sukan SEA nanti. Terima kasih.
Seterusnya soalan dari Sijangkang Yang Berhormat Sijangkang.
Soalan nombor 12.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Masalah Banjir Yang Tidak Selesai Di Kawasan Seri Muda Dan Intervensi Mitigasi Banjir Muka Sauk Lra Sungai RasahQuestions
12. Bertanya kepada YAB. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah Projek Muka Sauk akan dimulakan?
b)
Adakah komponen mitigasi banjir masih lagi menjadi keutamaan projek ini?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sijangkang, Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Sijangkang bertanya soalan berkaitan dengan masalah banjir yang tidak selesai di kawasan Sri Muda dan Intervensi Mitigasi Banjir Muka Sauk Loji Rawatan Air Sungai Rasau eh bukan Sungai Rasah ha ni salah ejaan ini, Sungai Rasau. Sebagaimana yang Yang Berhormat yang telah saya maklumkan pada dewan sebelum ini bahawa projek tebatan banjir di Sri Muda adalah melibatkan juga Sungai Rasau dan Sungai Klang dan kebetulan pembangunan loji rawatan air pula berlaku pun berhampiran dengan kawasan ini jadi pembangunan untuk sumber air bagi projek loji rawatan air Sungai Rasau ini juga melibatkan projek mitigasi banjir bagi kawasan yang berhampiran itu terutamanya di Taman Sri Muda. Untuk makluman, bahagian pertama soalan berhubung dengan Muka Sauk atau intake dengan izin daripada yang melibatkan Sungai Rasau ini komponen muka sauk bagi Projek Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Rasau dijangka akan dimulakan semula pada bulan Julai bulan ini ye 2025. Arahan perintah henti kerja (‘stop work order’) bagi kejadian ban runtuh pada bulan September 2024 telah pun ditarik balik. Setelah siasatan dibuat dan cadangan reka bentuk baru telah pun diluluskan menggunakan teknologi terkini disebabkan kesukaran kawasan itu disebabkan tanah dan tebing yang lembut menggunakan kaedah cellular cofferdam dan juga flat web sheet pile yang dicadangkan oleh konsultan kerja-kerja akan dimulakan pada bulan Julai dan akan siap pada Januari 2026. Berhubung dengan mitigasi banjir bahagian kedua soalan, untuk makluman Yang Berhormat ada beberapa projek yang sedang dilaksanakan terutama yang paling penting ialah projek disebut oleh kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air. Ini adalah projek yang di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang melibatkan komponen menaik taraf kolam-kolam yang berhampiran dengan intake atau muka sauk bagi loji rawatan air Sungai Rasau dan juga pengukuhan tebing pembinaan pintu air dan juga sistem pam
bagi kita memastikan bekalan air bagi projek Sungai Rasau ini iaitu dua fasa iaitu 700 juta liter sehari dan lagi satu dalam fasa 2, 700 liter sehari akan berjalan dengan baik. Kos yang diperuntukkan ialah RM661,632,000.00 dan telah kerja-kerja bermula pada bulan Julai 2024 dan masih dalam proses peringkat reka bentuk. Projek ini adalah projek turn key dan melibatkan reka bentuk dan juga pembinaan. Selain dari menyediakan air untuk bekalan bagi loji rawatan air Sungai Rasau ia juga akan melibatkan pembinaan penaiktarafan Sungai Rasau dan Sungai Klang bagi mengatasi membantu mengatasi isu banjir di kawasan yang sekitar. Selain daripada itu ada dua lagi projek yang sedang berlangsung yang juga di terlibat di kawasan sama. Satu lagi ialah projek yang secara langsung yang di Sri Muda iaitu projek dengan tebatan banjir Sungai Klang di Seksyen 25 ini RM140,722,000.00 ini melibatkan kawasan Sri Muda dan ada overlapping juga dengan kerja-kerja yang saya sebutkan sebelum ini. Jadi ini yang telah pun bermula juga di peringkat reka bentuk dari bulan Januari 2024 dan fizikal akan bermula masa terdekat. Ini akan melibatkan komponen naik taraf kolam. Selain itu di bawah Kerajaan Negeri yang sedang berlangsung fasa dua ialah Sungai Rasau juga bertemu di situ juga. Yang ini fasa satu dah siap, fasa dua Sungai Rasau. Ini lebih memberi fokus pada Sungai Rasau yang merupakan anak sungai atau tributary pada Sungai Klang. Ini RM18,620,000.00 yang telah pun bermula pada bulan Mei 2023 dan telah dalam pembinaan. Selain itu saya ada sebut semalam yang langkah yang turun padang yang saya buat untuk melihat langkah segera apa yang kita boleh buat quick win dan langkah sederhana juga sedang dilaksanakan dan ada yang telah siap. Sejak melawat sebulan yang lepas kita telah mula melaksanakan kerja-kerja termasuklah kita susun balik dan menyelaras balik operasi skru pam di Taman Sri Muda daripada 1.9 meter turun kepada 1.6 meter. Maknanya kalau dulu 1.9 meter baunya mula bergerak sekarang 1.6 meter kita rendahkan sikit supaya lebih cepat dia mengepam air. Juga ban Sungai Rasau dengan highway LKSA di situ dan ini yang kerja segera flap gate sebenarnya pembersihan penambahbaikan pintu air. Dan langkah sederhana pula pun ada dilaksanakan bernilai hampir RM10 juta. Ini sederhana ini maknanya lepas 6 bulan baru siap. Ini adalah sokongan kepada kerja-kerja yang jangka panjang yang saya sebutkan 3 projek besar tadi. Dua daripada Kerajaan Persekutuan dan satu dari Kerajaan Negeri. Jadi, cuma itulah seperti bagaimana yang saya sebut antara isu-isu kalau melibatkan utiliti dan pengambilan tanah yang saya rasa di sini hampir selesai dan itu yang agak melambatkan sikit dan lagi satu, melibatkan jabatan dan agensi lain. Contohnya macam lebuh raya yang kita perlu dapat kelulusan kerana ada melibatkan lebuh raya LKSA untuk kita membuat ban dan ada juga ada dua loji kumbahan di situ yang kita perlu juga dapat kebenaran mereka untuk kita bantu bagaimana dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada isu banjir. Jadi ini antara perkara yang kita buat dan kita akan pantau dan pastikan bahawa semua berjalan ikut jadual untuk memastikan terutama quick win dan sederhana untuk memastikan risiko banjir ini dapat diminimumkan menjelang musim monsun yang kita jangka pada bulan 10 atau 11 yang akan datang. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Silakan soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan tadi cuma saya hendak juga satu penjelasan daripada EXCO berkaitan pertamanya banjir yang tidak selesai di kawasan Seri Muda terutamanya apa yang berlaku pada bulan April yang lalu yang dikatakan disebabkan oleh kegagalan berfungsi flap gate yang disebabkan oleh masalah sumber elektrik, apakah kebenaran ini sehingga memberikan kemarahan kepada rakyat sehingga kejar MB berkempen ke Perak. Ini sesuatu yang sangat memalukan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan saya hendak juga dapat maklumat daripada EXCO kerana isu kegagalan flap gate ini adalah satu yang saya rasa tidak berkesudahan kerana ada sahaja sama ada flap gate ataupun flogate yang menjadi yang dimaklumkan kepada saya yang menyebabkan oleh kegagalan ataupun yang menyebabkan banjir ini. Yang kedua adalah berkaitan dengan muka sauk ini yang sepatutnya berjalan pada Januari 2024 tetapi sehingga pada hari ini akan dimulakan pada Julai 2025 yang mana respons daripada Kerajaan Negeri sebelum ini adalah ditangguhkan sebab walaupun sumbernya adalah daripada Kerajaan Pusat sumber kewangannya ditangguhkan sebab ada satu intervensi yang baharu yang dibincangkan untuk pelaksanaannya, adakah intervensi ini bermaksud disebabkan oleh ban yang runtuh, speed pile atau pun ada intervensi yang lain yang mungkin memberikan nilai yang lebih baik kepada pembangunan muka sauk untuk tujuan mitigasi banjir dan juga air bagi Loji Rawatan Air Sungai Rasau. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sijangkang kerana prihatin tentang isu yang berlaku di Seri Muda. Biar saya beri penjelasan sedikit berhubung isu yang dibangkitkan kita dengar di media sosial ini banyak yang tidak betul sebenarnya jadi kita perhatikan betul-betul. Pertama adalah isu yang dikatakan tiada elektrik sebenarnya apa yang berlaku adalah sistem pam dalaman yang di bawah SASUT Program MBSA sebenarnya itu yang pam yang bekalan elektrik belum siap sebenarnya sebab dia projek yang kemudian bukan Projek Skru Pam di bawah JPS. Jadi sebenarnya TNB selepas ada sebulan lagi masa sebenarnya pemasangan itu jadi sudah siap menunggu pemasangan dari sebulan lepas itu dapat dipasang. Jadi sementara hendak tunggu Tenaga Nasional memasang sistem bekalan elektriknya mereka menggunakan generator, mobile generator itu yang dikatakan tiada elektrik sebenarnya tidak betul. Kita sebenarnya dia berfungsi walaupun belum siap sepenuhnya di bawah SASUT, MBSA tetapi sebenarnya ia menggunakan mobile generator itu yang berlaku. Apa yang berlaku sebenarnya di skru pam itu di kawasan pintu air itu ialah
berlaku sedikit kebocoran di sebelah skru pam. Ini adalah sebab air yang patah balik daripada Sungai Rasau itu yang kita hendak ambil langkah segera ini air yang masuk ke dalam Desa Kemuning itu patah balik menyebabkan ada sedikit keruntuhan di sebelah skru pam itu dan air mengalir masuk ke dalam Seri Muda itu yang kita ambil langkah-langkah quickwin yang saya sebutkan tadi untuk membantu supaya mengukuhkan tebing dan ban itu termasuk sehingga ke LKSA ini yang kita sudah buat sebenarnya sistem skru pam ini berjalan level triggered jadi bila sampai level air yang betul baru dia berfungsi itu sebenarnya memang kita buat design begitu dan berperingkat-peringkat untuk memastikan air akan terus tetapi yang berlaku hari itu disebut oleh Yang Berhormat sebenarnya longkang dalaman di bawah MBSA itu yang menyebabkan air tidak sampai ke kawasan untuk JPS untuk di pam tetapi walau bagaimanapun kita telah selaraskan dan bekalan elektrik telah pun dipasang dan telah berfungsi dengan baik dan dengan langkah-langkah tambahan ini, saya berkeyakinan Insya Allah kita akan meminimumkan dan jangka panjang nanti akan selesai isu banjir di kawasan Seri Muda ini Insya Allah. Berkaitan dengan intervensi ini saya perlu maklumkan di sini memang betul sebenarnya Loji Rawatan Air Sungai Rasau ini memerlukan 1,400 juta liter air sehari 700 fasa satu dan 700 lagi fasa dua. Apa yang berlaku ialah di peringkat Persekutuan yang sepatutnya menyediakan source work untuk Sungai Rasau ini telah ada kelewatan dari segi penganugerahan kerja walaupun sudah diberi tetapi kita jangka kelewatan itu akan menyebabkan masalah kepada loji kita kerana loji akan siap beroperasi pada tahun hadapan, Disember 2026. Jadi loji siap air tidak ada ataupun tidak cukup sebab kolam-kolam itu perlukan sumber air jadi sekarang ini Negeri telah membuat permohonan untuk membuat intervensi bagi menyokong projek dwi-fungsi yang saya sebutkan tadi yang akan siap hanya pada fasa pertamanya pada 2027 jadi ada setahun jadi untuk tujuan itu kita telah berbincang dengan pihak Air Selangor dan pihak PETRA dan juga kita yang mengambil langkah-langkah dan telah dapat persetujuan dan kita akan laksanakan dan kita akan siap untuk intervensi ini bagi menyediakan air bagi fasa satu menjelang pada tahun hujung tahun depan. Jadi Insya Allah tidak ada isu berkaitan dengan kekurangan bekalan air untuk diproses di bawah loji rawatan air jadi insyaallah kita ambil langkah intervensi itu di peringkat Negeri.
Tuan Speaker.
Terima kasih. Soalan tambahan. Silakan ADUN Kota Kemuning.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO saya memang bersetuju dan akur bahawa Yang Berhormat EXCO selalu turun padang, kita adakan meeting berkenaan isu banjir di Seri Muda tetapi masalahnya tidak selesai lagi. Baru-baru ini kita ada pula di kawasan di Taman Bukit Kemuning di Jalan Bukit
Rimau pula banjir dan juga lot-lot di jalan di sepanjang Bukit Kemuning juga banjir, ia adalah sepanjang Sungai Rasau. Saya rasa dalam perbincangan kita, kita telah pun buat keputusan bahawa quickwin itu perlu dijalankan secepat mungkin tetapi apabila saya bincang dengan agensi-agensi banyak red tape yang mana mereka perlu melakukan sebelum beberapa kaedah ataupun kerja-kerja pembaikan semula itu dilakukan. We have to gate away from the red tape memandangkan keadaan ini perlukan secara segera. So apakah mekanisme yang kita ada kita boleh bantu untuk mengelakkan red tape ini. Kedua berkenaan dengan agensi-agensi macam IWK baru-baru ini kita sudah ada perbincangan mengatakan banjir adalah kerana IWK tetapi IWK mengeluarkan kenyataan di akhbar mengatakan itu bukan sebab mereka so ini adalah isu yang perlu kita selesaikan dalaman dan IWK sekarang ini kata ini bukan masalah saya so saya perlu pertolongan daripada EXCO untuk membawa semua agensi ini dan menyelesaikan isu. Rakyat di situ ingin menyelesaikan isu banjir they don't want the flood come their house that's the only concerned that their have dengan izin so saya harap sangat Yang Berhormat EXCO boleh membawa semua agensi kita kurangkan red tape dan menyelesaikan masalah ini. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning saya setuju dan saya pun beberapa kali sudah ada perbincangan dengan Yang Berhormat berhubung isu-isu banjir ini dan saya telah maklumkan juga kita mengambil langkah quickwin ataupun segera ini dan juga ini kerana kita prihatin tentang isu-isu yang memerlukan projek jangka panjang hendak tunggu 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun jadi tentulah akan makan masa sementara itu apa yang kita buat boleh untuk mengurangkan risiko dan itu yang kita buat dan memang bajet telah lulus segera tetapi pula pelaksanaan itu kadang-kadang melibatkan agensi lain, kadang melibatkan tanah persendirian, melibatkan penguatkuasaan, struktur binaan bukan boleh kita masuk begitu sahaja kita kena ambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kita pula tidak terdedah kepada tindakan undang-undang pula. Jadi ini pun kita tengok dan juga jabatan agensi saya turun di setiap tepat saya lihat setiap tempat yang banjir berlarutan lama ini memang melibatkan pelbagai jabatan agensi contohnya di sesuatu tempat di Klang ini melibatkan KTM, melibatkan Air Selangor, melibatkan JKR di tempat yang sama. Jadi kalau mana-mana satu jabatan agensi ini tidak melaksanakan tugas bahagian mereka makna banjir tetap akan berlaku ini menjadi sebagaimana contoh saya faham saya dengar laporan, saya baca laporan daripada Seri Muda yang dinafikan oleh IWK memang tidak menyebabkan satu-satunya banjir tetapi menyumbang kepada banjir kerana 2 loji ini di Seri Muda ini adalah loji yang lama jadi lama salah satu loji itu tidak ada sistem discharge di kalau mana bila air dalam kolam itu banjir air akan melimpah keluar air najis jadi yang menyumbang kepada banjir. Kalau satu lagi ada pula dia punya discharge panel berlawan dengan arus air dengan kolam utama daripada longkang paip besar parit utama jadi berlawan arus. Jadi ini adalah perkara-perkara yang perlu diselesaikan dan saya
sudah buat penyelarasan dan memastikan semua agensi jabatan yang terlibat di tiap-tiap spot banjir ini jika ada lima, lima-lima perlu buat peranan masing kena laksanakan kerana benda ini tidak selesai kalau satu dua yang buat JPS sahaja yang buat, PBT buat tetapi yang lain tidak melaksanakan tugas dan bahagian masing-masing banjir tidak akan selesai. Ini adalah langkah quickwin dan langkah sederhana yang kita laksanakan. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker untuk tambahan seperti juga di Kota Kemuning, di Sungai Kandis menumpang dan ditumpangkan juga segala air-air limpahan daripada hujan-hujan lebat. Sungai Kandis rasanya penduduk sudah sangat-sangat marah jadi kita pun tidak tahu hendak buat macam mana banjir setiap kali hujan akan banjir, banjir yang akan masuk ke dalam kediaman lepas itu keluar dan kesan adalah kepada penduduk jadi adalah tidak adil sekiranya masalah ini kita sebagai Kerajaan tidak dapat menyelesaikan dalam kadar segera ataupun mengambil langkah untuk memperbaiki dari semasa ke semasa dan mangsanya adalah penduduk sama ada di Sungai Kandis ataupun di Sentosa ataupun di Seri Muda. Penduduk kami memberontak dan mereka memaksa, mereka tidak peduli masalah apa yang dihadapi oleh Kerajaan untuk mengambil tanah atau untuk crossover SYABAS atau apa sahaja. Jadi kita mohon sebab penduduk Sungai Kandis mendengar dan mereka seoleh-oleh mengatakan kami tidak buat kerja jadi kami pun tidak tahu hendak buat, jadi mohon sangat-sangat untuk diberi perhatian besar di Parlimen Kota Raja terutama untuk menghadapi termasuk di Alam Impian ini juga sekarang ini telah mula banjir jadi mohon bantuan sangat Yang Berhormat EXCO bagi priority tambahan Sungai Kandis ini ramai Yang Berhormat ada macam-macam semua yang hendak jadi Yang Berhormat jadi patutnya kami di bagi priority untuk dapatkan bantuan. Terima kasih.
Masalahnya semua kena priority ini. Sebenarnya kita tidak ada diskriminasi mana-mana, kita memang hendak selesaikan tetapi banjir ini macam saya sebutkan tadi adalah satu fenomena yang sangat bagi saya dalam saya menjalankan tugas saya ini yang paling saya sangat prihatin dan sangat merisaukan kerana dalam keadaan kita urbanisasi kita yang berlaku dengan pesat tetapi dalam kita menyediakan prasarana urusan banjir dan banjir kilat ini kita masih gagal di belakang kerana sebab-sebab pelbagai faktorlah. Jadi yang apa yang berlaku macam di kawasan-kawasan yang disebutkan kita sudah tengok dan telah teliti satu-satu bila saya
turun kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang, Shah Alam dan juga Subang Jaya, 3 baru PBT, kita tengok satu-satu tempat yang sering berlaku banjir ini sama ada kawasan yang hot spot dan juga berisiko dan kita tengok satu-satu termasuk Sungai Kandis dan kita kenal pasti apa isu nya dan kita telah pun kenal pasti siapa yang patut buat kadang-kadang satu tempat itu macam saya sebutkan tadi ada tiga, empat jabatan itu ada satu tempat itu di Klang disebabkan KTM punya jabatan dia tidak bagi sentuh yang itu kadang mengganggu jadi sekarang kita akan paksa buat kalau tidak buat yang lain buat ia tidak selesai ini saya bagi contoh perkara-perkara yang kita kenal pasti maksud saya kita telah kenal pasti jadi sekarang ini tempoh pelaksanaan tetapi saya hendak ingatkan di sini pelaksanaan quickwin, segera ini bukan untuk menyelesaikan jangka panjang ini adalah langkah segera untuk menyelesaikan dan kita kena ingat juga banyak pembangunan kita terutama di kampung-kampung adalah bangunan yang tidak terancang tidak dapat kelulusan jadi tidak ada saya tengok terutamanya di Hulu Langat kebanyakannya di parit rumah sahaja, tidak bersambung tidak ada parit besar jadi kita terpaksa buatkan kalau kita tidak buat banjir tidak akan selesai. Ini yang kita maksudkan tetapi macam saya sebutkan tadi ada yang kita boleh buat segera, ada yang tidak boleh macam contoh di Paya Jaras sungai-sungai diberi lot tanah kita hendak masuk pun tidak boleh sebabnya sungai itu jadi milik, Sungai Subang itu. Jadi ini yang di antara isu saya bukan hendak cerita masalah tetapi masalah itu adalah untuk kita selesaikan tetapi saya cerita apa yang sedang kita hadapi ada tempat-tempat di banyak tempat juga binaan-binaan dibuat di atas longkang parit tertutup jadi kalau hendak buat itu boleh tetapi kita kena buat penguatkuasaan. Kena robohkan untuk buka balik longkang atau parit yang telah ditutup binaan daripada masyarakat sendiri. Buat tempat parking keretalah, buat rumah tambahan dan sebagainya.
Ini kita kena buat kalau tidak? Jadi kita dah kenal pasti semua ini. Sekarang, pelaksanaan ada 3 PBT, PBT lain saya akan berperingkat-peringkat untuk kenal pasti. Kita dah bajet, Kerajaan Negeri tiada masalah Yang Berhormat. Kita bentang, lulus terus tiada siapa berani nak bangkang isu banjir ini. Kita bawa, kita luluskan tetapi sekarang pelaksanaan itu memerlukan sedikit sebab ada benda-benda yang kita tak dapat dari segi aspek undang-undang dan peraturan yang kita kena patuhi. Tetapi saya dah beri komitmen untuk pastikan isu banjir ini kita tak letak selesai minima se minima mungkin sebab kita pun tak boleh tengok rakyat menghadapi masalah dari segi harta benda dan juga kadang-kadang nyawa juga memberi kesan kepada mereka. Ini insya-Allah komitmen dari Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu banjir. Terima kasih.
Satu lagi, satu lagi soalan tambahan.
Tadi bukan dah bangun Yang Berhormat? Okay saya beri ruanglah yang terakhir.
Okay. Boleh tidak Yang Berhormat EXCO, kalau kita lembutkan hati penduduk sikit. Sebab penduduk yang mangsa banjir ini ramainya orang susah. Setahun banjir yang depa hadapi kurang-kurangnya lapan (8) kali setahun. Jadi, apa salah bukanlah apa salah... boleh tak, instead off kita cuma bagi claim sekali kat diaorang itu pun dengan bermacam-macam-macam dokumen yang depa perlu, bagilah peluang untuk depa claim as limit daripada Kerajaan Negeri kurang-kurang depa boleh lah claim dua – tiga kali setiap kali banjir di tempat mereka. Itu macam CSR daripada pihak kerajaan lah. Terima kasih Yang Berhormat.
Insya-Allah kita timbanglah, kita tengok apa yang dibangkitkan. Tetapi saya yakin Yang Berhormat berupaya untuk menghadapi rakyat setempat dengan ketampanan dan juga kebijaksanaan Yang Berhormat itu Insya-Allah boleh mengurangkan, meredakan sedikit ya tetapi kita akan tengoklah apa yang kita boleh buat ya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Rawang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya No. 13.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Ajaran Agama SesatQuestions
13. Bertanya kepada YAB. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor mengawal penyebaran ajaran sesat?
b)
Sila nyatakan kes yang pernah berlaku di Selangor serta tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Yang Berhormat Rawang saya
menjawab ini dalam konteks sesat dari segi sesat daripada segi agama Islam. Kalau agama lain itu mungkin Yang Berhormat Banting atau Yang Berhormat Sekinchan lebih guru dalam hal itu.
Adakah mereka hendak jawab juga?
Tak apa saya jawab yang agama Islam ya sebab tuju pada saya (Dewan Ketawa).
Baik, untuk bahagian (a), bagi mengawal penyebaran ajaran sesat di negeri Selangor Kerajaan Negeri dengan mengambil pendekatan intervensi melalui penjelasan, pendidikan, pemantauan dan penguatkuasaan kepada ajaran sesat yang dikenal pasti tersebar di negeri ini. Maklumat-maklumat juga telah disebarkan melalui penerbitan bahan-bahan bercetak dan melalui media elektronik bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Medium khutbah pada hari Jumaat turut digunakan bagi menyampaikan maklumat yang perlu di samping memberi kesedaran sekiranya terjebak dengan ajaran-ajaran sesat yang ada. Kerajaan Negeri turut menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama pelbagai agensi berkepentingan di samping melaksanakan proses pemulihan dan bimbingan kepada mereka yang terlibat.
Terkini, pada bulan Jun 2025 Kerajaan Negeri juga telah mewartakan fatwa akidah umat Islam yang rasmi untuk Negeri Selangor yang mana disebut tafsiran akidah tersebut adalah akidah Ahli Sunnah Waljamaah aliran al-Ashairah dan al-Maturidiah dan umat Islam adalah dilarang untuk mengamalkan dan menyebarkan sebarang fahaman dan amalan yang bertentangan dengan tafsiran akidah yang rasmi ini. Jadi inilah antara usaha Kerajaan Negeri untuk menjernihkan kekeruhan, meluruskan kekusutan yang berlaku dalam masyarakat umat Islam di negeri Selangor pada kali ini.
Untuk bahagian (b), sejak tahun 2019 hingga 2024, sebanyak 23 kes berkenaan ajaran sesat telah diambil tindakan penguatkuasaan di negeri ini. Antara ajaran sesat yang telah diambil tindakan ialah Syiah, Millah Abraham, Hizbut Tahrir, Rasul Melayu dan Tuhan Harun. Dari jumlah tersebut sebanyak 12 kes telah pun disabit kesalahan. Manakala 11 kes lagi di peringkat proses perbicaraan di Mahkamah Syariah. Terima kasih
Soalan tambahan.
Soalan tambahan daripada Rawang
Ya. Tetapi soalan saya tak kait dengan agama Islam. Sebab dalam soalan saya sebenarnya dia ada sebut berkenaan dengan agama lain. So,
ada juga terdapat agama yang tidak tergolong dalam kategori yang asalnya ada. So, tiada dalam Islam tiada dalam Buddha, Taoisme atau pun Kristian. So, bagaimana kerajaan kategorikan agama-agama ini dan ada tak aktiviti untuk mengawal atau memantau aktiviti-aktiviti ini dengan mereka menggunakan NGO. So, adakah mekanisme pemantauan yang digunakan oleh kerajaan?.
Ada Yang Berhormat EXCO lain nak jawab? Tiada?.
Susah soalan itu, kita nak dengar juga “guru” Sekinchan juga sekali sekala. Saya rasa kalau isu-isu agama lain selain agama rasmi dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan saya rasa ada bahagian yang khusus yang memantau kepada ajaran sesat ini. Saya rasa dari pihak PDRM sendiri pun kalau segi ini ada kultus-kultus baharu yang wujud mereka ada maklumat-maklumat begitu tetapi yang di bawah tanggungjawab saya kalau isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam itu memang kita sendiri di bawah MAIS ada unit khas yang memantau kepada kemunculan ajaran-ajaran yang sebegini.
Yang Berhormat Permatang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Ini saya hendak kembali balik kepada Agama Islam yang berkaitan dengan Islam lah. Saya juga mengambil maklum berkenaan Yang Berhormat Seri Setia tentang pendekatan yang telah dilaksanakan antaranya bimbingan, pemantauan oleh Jabatan Agama Islam dan baru-baru ini pewartaan fatwa yang kita sama-sama setuju untuk ini adalah satu cara lah kita lihat bagi mengekang pengaruh kumpulan-kumpulan yang menyeleweng dari Ahli Sunah (Waljamaah). Tetapi, saya ada soalan yang agak membimbangkan saya kerana kita mungkin sedar tidak sedar ia ada satu perkara penting. Ada satu perkara penting berkenaan Undang-undang yang Dewan Negeri agak tidak perasan (mungkin kurang perasan lah). Antaranya berkenaan dengan status undang-undang dan kuasa penguatkuasaan terhadap fatwa selepas pembatalan Seksyen 66 Enakmen Pentadbir Agama Islam Selangor tahun 2003 oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes SIS Forum (dalam kes Sisters In Islam). Sedar tak sedar pada tahun 2023 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan Seksyen 66 (a) dalam Enakmen kita, tetapi sehingga ke hari ini Dewan ini masih lagi belum membuat apa-apa tindakan atau pun membuat/ menggubal undang-undang untuk mengisi loop hole atau boleh kita cakap vakum perundangan ini. Dan apa yang lebih mendukacitakan baru-baru ini kita sekali lagi telah dikalahkan dalam Mahkamah Persekutuan dalam kes SIS Forum 2.0. dan sekali lagi Mahkamah telah mengingatkan untuk Kerajaan Negeri untuk menggubal
undang-undang yang with (dengan izin tuan speaker) within our scope limit within our federal punya jurisdiction.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggubal undang-undang untuk bukan apa, untuk melindungi fatwa-fatwa kita yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri selepas ini. Kerana, apabila telah terjadinya satu precedent di mana fatwa kita boleh dilawan di peringkat Mahkamah Sivil, saya risau ini akan membuka satu ruang yang boleh Melemahkan Sistem Syariah Undang-Undang di negeri Selangor ini. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Saya hendak sentuh dari dua (2) sudut. Pertama, disebut fatwa kita kalah dengan Persekutuan. Pertama saya hendak sebut isu SIS Forum ini masih lagi ada prosiding mahkamah dan mungkin ada beberapa isu-isu perundangan yang akan kita selesaikan. Fatwa tersebut tidak kalah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang, yang dikata adalah tidak boleh diguna pakai kepada SIS Forum kerana ia sebuah syarikat. Tetapi Fatwa yang mengatakan pluralisme dan liberalisme agama itu masih kekal. Mahkamah Persekutuan sendiri tidak menyatakan itu salah dan ini ye yang jangan dikusutkan masyarakat di luar itu dengan fahaman yang tidak betul. Jadi pemakaian fatwa tersebut kepada SIS Forum sebagai sebuah syarikat mungkin pada pandangan Mahkamah Persekutuan (buat masa ini) tidak tepat tetapi fatwa pluralisme agama dan liberalisme agama itu masih kekal sebagai ajaran yang sesat di negeri Selangor. Itu yang pertama.
Yang kedua, soal bila kita sebut soal undang-undang negeri enakmen dan akta di Persekutuan, saya rasa kita ada ruang di dalam MKI (sebagai contoh) Majlis Hal Ehwal Agama Islam yang akan menetapkan dan meluluskan perkara-perkara sebegini.
Dan akhirnya yang ketiga, kalau kita lihat pada ijtihad pada Umat Islam itu sendiri, ijtihad itu sendiri boleh dibuat ijtihad ke atas ijtihad perkara-perkara baru yang sesuai kepada zaman dan masa. Jadi pendekatan yang kita ambil dalam dewan ini kita sebagai penggubal undang-undang law can be refreash berdasarkan zaman dan keadaan yang boleh tepat dan diuruskan ikut masa.
Kita ada keterbukaan yang sebegitu dan kita jangan kita mainkan naratif-naratif seperti “syariah ini terancam di bawah kerajaan ini”, “Oh pertimbangan Kerajaan Persekutuan lebih besar sebab kita ada masyarakat yang bukan Islam dan sebagainya...”. Itu bukan isunya, isunya penggubalan undang-undang itu harus segar dan kekal segar sepanjang zaman seperti mana ijtihad-ijtihad umat Islam yang telah berlaku pada zaman dahulu.
Saya rasa kalau kita ada keterbukaan itu dan kita faham fatwa yang betul-betul kita jelaskan kepada masyarakat apa isu yang sebenarnya. Terima kasih.
Soalan tambahan terakhir. Silakan Yang Berhormat Seri Serdang.
Yang Berhormat EXCO. Selain daripada tindakan kepada semua ajaran sesat yang telah pun kita fatwakan sebagai ajaran sesat, tindakan susulan selepas itu sebab kita lihat kita ambil precedent case dengan izin Al-Arqam yang telah pun difatwakan sesat pada tahun 90 an dahulu tetapi ia kembali ajaran ini pada tahun yang baru-baru ini. Jadi apakah ajaran-ajaran sesat yang lain, selain daripada tindakan penguatkuasaan bagaimana tindakan-tindakan pula pada mereka-mereka ini yang terlibat dengan ajaran sesat ini supaya mereka tidak mengulangi amalan itu pada masa akan datang. Itu yang pertama.
Yang keduanya, semalam kita berbicara panjang tentang Ahli Sunnah Waljamaah dengan pandangan Al-Ashairah dan Al-Maturidiah jelas di situ tidak boleh mana-mana individu beragama Islam mengkafirkan sesama sendiri. Apakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memfatwakan mana-mana pihak yang cuba mengkafirkan sesama Islam pada masa akan datang termasuk parti politik?. Terima kasih.
Baik, yang pertama soalan supaya tidak berulang tadi. Kita tahu daripada Al-Arqam dia jadi Rufaqa jadi GISBH (seperti contoh) dalam isu apabila sesuatu pergerakan atau individu telah disahkan sesat, maka ada proses-proses pemulihan yang akan berlaku. Isunya kita kena melihat kepada segi keberkesanan proses-proses pemulihan tersebut dan saya boleh sebut di sini walaupun ada rungutan dan keresahan di kalangan masyarakat apakah keberkesanan proses pemulihan yang ada?. Kita lihat daripada evolusi Al-Arqam kepada GISBH itu dah banyak beza dia. Sebagai GISBH sekarang ini dia hanya tertumpu pada kelompok dan keluarga yang rapat kumpulan dia sahaja. Dia tidak berkembang keluar seperti sebelumnya sebab dia tahu di luar itu ada fatwa orang tidak akan senang dan mudah masuk ke dalam kumpulan yang sebegitu. Jadi mereka hanya membesar sebagai kultus. Ada sedikit kejayaan dari proses pemulihan yang kita buat. Namun saya setuju dgn Yang Berhormat Seri Serdang boleh ditambah baik dan harus ditambah baik mengikut peredaran zaman dan masa.
Untuk bahagian kedua ini susah sikit nak buat. Itu sebab kalau kita berpegang kepada ciri Ahli Sunnah Waljamaah kita sendiri tidak boleh mengkafirkan orang. Saya rasa selagi mereka itu Ahli Kiblat kita terimalah insya-Allah. Jadi tidak ada peraturan dan tidak ada
hasrat ke situ kerana itu seolah-olah bertentangan dengan ciri-ciri Ahli Sunnah Waljamaah sendiri. Selamatlah buat masa ini.
Soalan tambahan
Terima kasih. Tadi saya dah bagi ruang ini bukan perbahasan.
Sebab Yang Berhormat EXCO dia tidak menjawab soalan saya.
Ini bukan sesi perbahasan. Ini sesi tanyakan. Patutnya Yang Berhormat boleh tanya soalan melalui soalan lisan. Saya teruskan dengan Pandamaran.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 14.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Bantuan Peniagaan TempatanQuestions
14. Bertanya kepada YAB. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dapat membantu peniaga tempatan untuk menghadapi saingan peniaga khususnya pelabur negara China?
b)
Adakah Kerajaan Negeri dapat mengehadkan pelaburan luar negara demi jumlah nilai pelaburan?
Tuan Timbalan Speaker. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang antara menarik pelaburan asing dan memelihara ekosistem perniagaan tempatan. Sehubungan itu, dalam tempoh yang terdekat Kerajaan Negeri akan mengadakan satu sesi libat urus bersama pelbagai persatuan dan dewan perniagaan di Selangor bagi mengenal pasti cabaran dan isu yang dihadapi oleh usahawan tempatan, mengumpul pandangan
berkenaan bentuk kawal selia pelaburan asing yang paling sesuai, meneliti model kerjasama atau struktur pelaburan yang optimum seperti usaha sama atau model operasi yang lebih sesuai dengan konteks tempatan. Inisiatif ini bertujuan untuk merangka dasar yang lebih bersasar dan inklusif yang mampu melindungi kepentingan perniagaan tempatan, menggalakkan pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti, memastikan pelaburan asing yang masuk mendatangkan impak limpahan yang tinggi atau pun spill over effect kepada ekonomi negeri. Secara dasar dan prinsipnya, Kerajaan Negeri tidak menetapkan had pelaburan luar negara ke negeri Selangor. Selagi mana ianya mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa malahan pelabuhan luar negara seharusnya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan melalui penyediaan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi. Secara umum objektif syarikat luar negara mencari pelaburan di sesebuah negara disebabkan oleh dua faktor. Sama ada pelaburan tersebut boleh membantu mengoptimumkan kos operasi atau pun negara tersebut mempunyai potensi pasaran yang besar bagi penjualan produk syarikat berkenaan. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri sentiasa memastikan pelaburan yang datang dan diluluskan di Selangor akan mengutamakan pelaburan yang berimpak tinggi high value high growth dan membantu meningkatkan kualiti pasaran kerja untuk rakyat tempatan. Bagi meningkat keupayaan peniaga tempatan supaya peniaga tempatan sentiasa kompetitif dalam rantaian bekalan. Beberapa program telah dijalankan antaranya adalah melibatkan satu digitalisasi dan latihan. Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards, anugerah ini adalah satu anugerah tahunan yang mengiktiraf peniaga e-dagang terbaik disertai dengan latihan intensif, lawatan industri dengan pakar serta kerjasama bersama dengan Tik Tok Shop bagi menguasai penggunaan AI dan teknik livestream commerce.
Selangor 1000 Digital, program berfasa yang menyediakan latihan e-dagang dan atau pun livestream kepada usaha di seluruh negeri Selangor bagi mempercepatkan transformasi digital mereka. The Selangor E-Commerce Xccelerator , program latihan intensif selama empat bulan dengan fokus kepada strategi pemasaran digital penggunaan AI dan sesi pitching kepada pelabur serta syarikat pemodal teroka.
Platform Selangor ataupun lebih dikenali sebagai PLATS inisiatif yang menyokong PKS dan penjaja kecil melalui pendaftaran digital latihan keusahawanan, bantuan perniagaan dan program U-PLATS untuk meningkatkan keupayaan operasi digital. Latihan media sosial Tik Tok, dan sebagainya khusus khas yang dirangka untuk memperkasa usahawan tempatan dalam e-dagang dan media sosial membolehkan mereka meningkatkan daya saing domestik dan menembusi pasaran Antarabangsa melalui strategik pasaran terkini. Kedua sokongan kewangan geran dan bantuan perniagaan melalui Hijrah Selangor dan agensi berkaitan untuk perkembangan perniagaan PKS, yang ketiga akses pasaran penyertaan peniaga tempatan dalam pameran Antarabangsa seperti dan SIBS dan
MIHAS untuk proses jaringan perniagaan. Yang keempat (R&D) dan teknologi Selangor Lab Partnership, menyokong peniaga menerusi penyelidikan inovasi dan kolaborasi bersama institusi ekonomi dan penyelidikan untuk penghasilan produk dan teknologi baru dalam sektor sains hayat. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan atau soalan seterusnya
Tambahan.
Silakan.
Yang Berhormat EXCO, saya tertarik bila sebut tentang program Xccelerator, cuma soalan saya bagaimana sebenarnya pemilihan syarikat startup, dia ada yang ada baru mula ada yang mungkin dan beberapa tahun ada juga yang sudah pun ada perniagaan income revenue sudah certain limit saya nak tahu bagaimana pemilihan itu. Apakah yang dinilai dari sudut umur atau dinilai dari sudut revenue yang mereka terima atau pun sebagainya saya just nak tanya Yang Berhormat, terima kasih.
Kerajaan Negeri Selangor menyediakan pelbagai program untuk startup antaranya kita akan memberikan program latihan intensif supaya mereka dapat maklumat terkini dan juga dapat latihan terkini supaya mereka dapat menyediakan diri sendiri dalam pasaran yang terkini. Jadi program ini terbuka kepada semua startup tak kira mereka adalah startup baru atau pun startup yang lama dalam pasaran ini tak kira mereka punya latar belakang semua boleh mohon untuk menyertai program yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Rawang, soalan tambahan.
Ya soalan tambahan, sejak pengumuman dasar bebas visa untuk pelancong daripada China didapati juga semakin ramai yang ada warga China masuk ke Malaysia mereka bukan untuk melancong sahaja tapi mereka berniaga dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sah. Nak bagi satu dua contoh yang kita dapat tahu dalam laporan berita adalah macam perkhidmatan fotografi dengan harga 299 kalau banding dengan Malaysia mungkin kena bayar beribu-ribu ringgit dan juga kerja-kerja renovasi dan dengan harga yang murah dan juga siap dalam masa yang sangat cepat, apa langkah Kerajaan untuk mengawal kemasukan aktiviti-aktiviti ini supaya mereka tidak bersaing dengan anak-anak Malaysia dan dengan mereka bayar lesen, kena mohon permit tapi yang datang Malaysia daripada China itu mungkin mereka tak perlu pun untuk permohonan lesen.
Terima kasih Yang Berhormat Rawang sebenarnya bagi soalan ini saya rasa kita tak boleh pukul sama rata, bagi semua tourist yang masuk ke Malaysia ini mereka akan salah guna visa masuk ke Malaysia untuk menjalankan perniagaan, dan ia juga berlaku pada pelancong daripada Negara China sahaja dia berlaku pada pelancong dari negara lain juga. Jadi bagi perkara ini tadi saya telah jawab kita akan mengadakan satu perjumpaan atau pun dialog bersama persatuan perniagaan dalam masa terdekat untuk dapatkan komen feedback atau pun pandangan mereka bagai kita dapat tengok balik kita punya garis panduan sedia ada adakah kita perlu untuk menambah syarat-syarat tertentu supaya kita dapat memastikan pelaburan atau pun perniagaan yang masuk ke Selangor ini tidak mengganggu pasaran tempatan yang sedia ada. Lagi satu contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Rawang, berkenaan fotografi perkhidmatan fotografi yang datang ke sini yang menawarkan satu pakej yang amat murah iaitu 299 yang itu sebenarnya tidak benar, yang ini adalah mereka punya marketing strategi yang ini harga ini hanya memberikan mereka dua gambar jadi yang ini saya rasa bagi pengantin baru kita boleh double check dengan pengantin baru adakah pengantin baru itu akan puas hati dengan dua gambar sahaja, sudah tentunya tidak kalau perlu tambah, gambar perlu tambah baju tambah itu tambah ini, pakej itu sebenarnya lagi mahal dia bukan pakej 299 sahaja, jadi yang ini merupakan apa marketing strategi. Oleh itu kita mengadakan pelbagai latihan sebagai program seperti latihan yang kita berikan kepada peniaga kecil tempatan, latihan media sosial di Tik Tok sebagainya dan ini merupakan platform yang bagus bagi mereka supaya mereka bukan sahaja dia dapat memberikan perkhidmatan atau pun menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia, mereka juga dapat menembusi pasaran lebih besar iaitu di luar negara, terima kasih.
Sebelumnya Yang Berhormat Batu Tiga, ada pengumuman Dewan mengalu-alukan lawatan daripada 17 orang peserta Program ADUN Muda Selangor 2025 yang diatur oleh Pejabat Speaker, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Kita teruskan dengan soalan daripada Batu Tiga. Yang Berhormat Batu Tiga.
Terima kasih Speaker, soalan saya berkenaan dengan wanita saya berikan sedikit pantun, wanita memimpin bijak membahas, soalan saya nombor 15.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Program Pembangunan Kepimpinan Wanita SelangorQuestions
15. Bertanya kepada YAB. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah penyertaan wanita muda dalam program kepimpinan sejak 2018?
b)
Apakah inisiatif untuk memperkukuh peranan wanita dalam proses membuat keputusan dasar?
c)
Apakah kriteria pemilihan peserta yang dibuat? Dan adakah program seumpama ini boleh dikembangkan untuk menambah lebih ramai peserta?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Soalan berkaitan berapakah penyertaan wanita muda dalam program kepimpinan sejak 2018? Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memperkasa golongan wanita termasuk wanita muda, selaras dengan Matlamat 4 Dasar & Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026 yang menekankan penyertaan, perwakilan dan pembuatan keputusan wanita dalam kehidupan awam dan politik. Sejak tahun 2018 sehingga Jun 2025, seramai lebih 700 orang wanita muda telah menyertai program kepimpinan seperti Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) (4 kohort), Women2Win (2 kohort) dan Sidang Wanita Negeri Selangor (SIWANIS) (3 kohort). Program ini bertujuan membina kemahiran kepimpinan, pengurusan, komunikasi serta pembangunan dasar dan polisi bagi melahirkan pemimpin wanita yang berdaya saing.
Bagi soalan (b), Apakah inisiatif untuk memperkukuh peranan wanita dalam proses membuat keputusan dasar? Antaranya ialah termasuk proses Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming), Belanjawan Responsif Gender (BRG), Akademi Kepimpinan Wanita, Sidang Wanita Selangor (SIWANIS), Townhall Pengenalan Dasar Wanita Selangor 2024-2026 dan Konvensyen Kerjaya Wanita. Selain itu, kerjasama strategik dengan menandatangani Memorandum Persefahaman bersama pihak Westminster Foundation for Democracy dari United Kingdom pada 21 Jun 2025 yang lalu telah memperkukuh kepimpinan wanita dalam landskap demokrasi Malaysia melalui program Gender Observatory di bawah Women Political Leadership Programme (Fasa II). Inisiatif ini merangkumi dialog perkongsian data, pemantauan dasar, penyelidikan, pembentangan awam dan advokasi dasar yang lebih inklusif gender selari dengan Dasar Wanita Selangor dan keutamaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk memperkasa wanita sebagai ejen perubahan sosial dan pembangunan negeri.
Dan bagi soalan (c), Apakah kriteria pemilihan peserta yang dibuat? Dan adakah program seumpama ini boleh dikembangkan untuk menambah lebih ramai peserta? Bagi memastikan program kepimpinan mencapai objektif dan memberi impak maksimum, pemilihan peserta dibuat secara teliti dan telus berdasarkan beberapa kriteria utama. Antara kriteria – kriteria adalah seperti berikut Minat dan Potensi Kepimpinan. Calon yang menunjukkan minat yang mendalam dalam pembangunan diri dan kepimpinan serta mempunyai potensi untuk menjadi agen perubahan dalam komuniti atau organisasi. Yang kedua Penglibatan Dalam Komuniti Atau Sosial, keutamaan diberikan kepada peserta yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, sukarelawan, atau memimpin inisiatif di peringkat akar umbi. Ketiga Motivasi dan Komitmen, peserta memiliki motivasi yang tinggi untuk menyertai, belajar, dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh serta menunjukkan komitmen penuh untuk melengkapkan keseluruhan program dan yang keempat Keseimbangan Perwakilan. Penyertaan yang seimbang merangkumi pelbagai daerah, latar belakang sosio-ekonomi dan kaum selaras dengan kepelbagaian demografi di negeri Selangor.
Saya ingin juga menarik perhatian dewan, tentang satu lagi program yang akan diadakan pada 28 dan 29 Ogos 2025 iaitu yang kami namakan sebagai Gender Outlook Forum (GOF) 2025 di mana ini adalah platform serantau berimpak tinggi yang menghimpunkan pembuat dasar, penyelidik aktivis dan pengamal industri dari seluruh ASEAN bagi memperkukuh agenda kesaksamaan gender melalui perbincangan dasar inovasi dan amalan terbaik. Forum ini merupakan ruang untuk memberi tumpuan kepada lima kluster utama Pengarusperdanaan Gender, Penyertaan Wanita dalam Politik, Ekonomi Penjagaan, Teknologi dan Kelestarian Hijau serta Kerangka Perundangan yang Responsif Gender dan penyertaan meliputi lebih 200 orang peserta dari sektor kerajaan, akademi , swasta dan masyarakat sivil. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat Batu Tiga.
Yang Berhormat EXCO, saya antara orang terlibat lama dengan Yang Berhormat EXCO Wanita sebelum ini, maknanya saya melihat beberapa program telah dilaksanakan. Antara yang boleh saya kongsikan ialah SIWANIS telah masuk tahun yang ketiga, PWB bermula 2010 dan AKW sedang masuk kohort yang kelima akan datang. Tetapi saya fikir ada banyak program yang bagus ini mungkin tidak di showcase kan, tidak di maklumkan kepada pelbagai pihak saya nak beri contoh, ada mungkin pesertanya hari ini yang celik IT, boleh akses kepada maklumat melalui facebook dan sebagainya tapi mungkin ada juga golongan-golongan wanita yang hari ini mungkin berada di rumah tetapi benda bagus
yang kita buat ini tidak sampai kepada mereka, keduanya apakah kita juga boleh showcase dan boleh tonjolkan program-program yang bagus ini kepada peringkat Nasional dan juga peringkat Antarabangsa, saya ingin bertanya apakah kita ada perancangan untuk cover dua kumpulan ini, satu yang memang kita akses dan bila satu lagi kepada peringkat yang lebih besar, kedua Yang Berhormat EXCO bila saya join dan sertai program Gender Mainstreaming saya puji usaha yang bagus tetapi saya fikir peserta ini adalah daripada kalangan yang besar-besar dan bijak pandai contoh, yang hadir ialah ketua penyelidik universiti yang hadir adalah owner pemilik kepada pasukan research kajian, tetapi tidak ada wakil daripada persatuan ibu tunggal tidak ada wakil daripada golongan-golongan rentan daripada kalangan ibu dan wanita. Saya fikir itu juga diambil kira supaya mereka boleh terlibat sama memberikan pandangan dan suara mereka di peringkat bawahan, saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat EXCO, terima kasih.
Terima kasih atas pandangan balas, saya mengambil input tersebut untuk usaha showcase usaha-usaha yang baik ini, kami ini mengadakan himpunan 1000 Wanita yang mana menghimpunkan semua mantan-mantan yang telah terlibat sama ada menjadi penyelia PWB ataupun sukarelawan-sukarelawan dan juga kami telah melancarkan sukarelawan wanita berdaya di mana hampir 800 orang wanita-wanita yang pernah terlibat dengan semua program yang dianjurkan oleh Wanita Berdaya Selangor dengan cara ini kita boleh menerobos kepada market atau pun pasaran mereka yang tidak ada akses kepada celik IT dan sebagainya seperti yang disebutkan oleh ADUN Batu Tiga. Itu yang pertama, yang kedua, di peringkat Nasional dan Antarabangsa, antaranya yang boleh dikatakan membanggakan adalah dalam satu laporan Gender Equality yang dilaporkan di peringkat Antarabangsa itu Voluntary National Report yang dilaporkan untuk laporan United Nation SDG ke lima itu Gender Equality Selangor dan Pulau Pinang dinobatkan atau pun dinyatakan dalam laporan tersebut sebagai dua negeri yang terkehadapan yang melakukan Gender Mainstreaming. Jadi, saya kira untuk menyatakan bahawa laporan di peringkat Nasional kita sudah sampai ke tahap itu dan yang kedua saya telah menghadiri satu program UCLG United Nation di peringkat Asia Pacific di Bangkok pada bulan Februari yang lalu. Di mana kita telah melaporkan tahap pencapaian iaitu SDG lima Gender Equality di peringkat Asia Pacific. Dan surutan daripada itu kita juga telah menerima undangan untuk melaporkan di peringkat United Nation di New York pada Julai nanti, cumanya dalam keadaan yang tidak stabil sekarang saya kira kita tangguhkan terlebih dahulu dan jemputan-jemputan ini adalah satu ruang untuk kita showcase tindakan-tindakan Wanita Berdaya Selangor khususnya daripada Kerajaan Negeri usaha untuk meningkatkan kepimpinan, partisipasi dan sebagainya. Manakala untuk komen ADUN Batu Tiga berkaitan Yang Berhormat Batu Tiga berkaitan kelompok rentan, saya kira, kita mempunyai sasaran yang berbeza. Dalam kajian-kajian sudah tentu pihak akademi, dan sebagainya mempunyai satu input
tetapi satu platform yang sedikit berbeza yang perlu kita ketengahkan antaranya usaha melaksanakan Karnival Ceria . Karnival Ceria adalah program yang menghimpunkan agensi-agensi di bawah Portfolio Jawatankuasa Tetap Wanita Dan Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan adalah ruang untuk kita mendekati sebagai contoh pengasuh-pengasuh dari Program Impak yang 1000 orang telah melalui program tersebut. Ini juga adalah antara usaha untuk kita mendekati wanita-wanita di kalangan pengasuh ini untuk mengetahui dasar-dasar wanita Negeri Selangor. Jadi saya mengambil input tersebut dan kita akan tambah baik untuk showcase di pelbagai peringkat wanita bukan sahaja dalam kelompok tertentu sahaja.
Tahniah EXCO Wanita di atas Program Pembangunan Wanita Kepimpinan Wanita di Negeri Selangor yang sedia ada contohnya akademi kepimpinan wanita daripada EXCO yang lepas Yang Berhormat Dr. Siti Mariah dan ada peningkatan iaitu kita mengadakan Sidang Wanita Selangor yang bakal diadakan pada bulan Ogos ini. Jadi melalui dua program pembangunan kepimpinan wanita ini terutamanya peserta akademi kepimpinan wanita yang telah tamat yang sudah ada 5 kohort yang telah tamat, apakah ada kesinambungan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Tiga tadi iaitu usaha-usaha untuk mengetengahkan peserta-peserta yang telah tamat program yang sesuai mengikut peringkat dan tahap mereka termasuk juga selepas ini Insha-Allah peserta-peserta, wakil-wakil atau pun bakal-bakal ADUN daripada SIWANIS kalau ada berapakah jumlahnya atau kalau masih ada dalam perancangan, saya mohon daripada penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Berkaitan program kesinambungan kepada peserta-peserta antara yang telah kita gariskan dalam perancangan untuk program SIWANIS adalah usul-usul yang dibawa dalam Sidang Wanita Selangor itu tahun lalu dan juga tahun ini yang akan berlangsung pada Ogos, kita akan sesuaikan sekiranya boleh diangkat ke dalam Jawatankuasa Khas ataupun dipadankan dengan usul-usul yg boleh diangkat menjadi satu polisi dan dasar oleh EXCO yang bersesuaian. Saya kira ada sebahagian daripada kajian-kajian daripada kumpulan-kumpulan juga berserta SIWANIS itu adalah sangat berkualiti dan kita juga mendapat respon yang baik daripada Yang Berhormat Tuan Speaker sendiri tentang kualiti mereka.
Manakala untuk kesinambungan gabung jalin antara peserta SIWANIS dan juga peserta-peserta AKW adalah dengan mewujudkan satu unit khusus iaitu alumni dan bakat. Di mana dalam Wanita Berdaya Selangor, unit yang terbaharu ini akan menyusun supaya bakat-bakat mereka ini boleh diketengahkan dan sama ada dipadankan dengan ADUN-ADUN, Ahli Majlis dan mereka ini diberikan ruang dan platform untuk menyuarakan bakat mereka dan mungkin idea-idea mereka sangat bersesuaian dan sangat bermanfaat kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Soalan yang seterusnya dari Yang Berhormat Jeram.
Soalan saya nombor 16.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Khairat Darul Ehsan (KDE)Questions
16. Bertanya kepada YAB. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah wajar pendaftaran Khairat Darul Ehsan (KDE) dibuka untuk yang berusia 50 tahun ke atas sahaja? Bantuan ini adalah untuk meringankan beban yang kehilangan ahli keluarga. Adakah pengundi Selangor yang berusia 50 tahun ke atas sahaja yang akan kehilangan ahli keluarga?
Terima kasih Yang Berhormat Jeram, untuk makluman, penetapan had umur 50 tahun dan ke atas bagi permohonan KDE, Khairat Darul Ehsan adalah berdasarkan pertimbangan keperluan sebenar rakyat serta keberkesanan penyasaran bantuan. Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan Kajian Survey Tenaga Buruh Kajian memperlihatkan kemerosotan penyertaan tenaga kerja yang ketara bagi kumpulan umur 50 tahun hingga 54 tahun iaitu 76.4%, 55 hingga 59 tahun iaitu 68.1% dan 60 ke 64 tahun 55.2%. Selain itu, kajian oleh Social Security Research Centre (SSRC), Universiti Malaya menunjukkan bahawa hampir 63 peratus individu dalam lingkungan umur 60 hingga 64 tahun bekerja dalam sektor tidak formal dan tidak mempunyai akses kepada perlindungan sosial seperti KWSP atau PERKESO. Dan ini menjadikan kumpulan berumur 50 tahun ke atas lebih rentan dari segi kewangan sekiranya berlaku kematian dalam keluarga. Oleh yang demikian, langkah Kerajaan Negeri untuk menyasarkan bantuan khairat kepada kumpulan sasar ini adalah sejajar dengan keperluan dan kerentanan mengikut pendekatan kitaran hayat yang disarankan di peringkat Antarabangsa. Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menilai semula dasar sedia ada dari semasa ke semasa, termasuk memperluaskan lagi liputan KDE sekiranya terdapat keperluan dan justifikasi yang kukuh demi kesejahteraan semua rakyat di negeri ini.
Yang Berhormat EXCO terima kasih atas penjelasan. Cuma bolehkah saya tahu sehingga hari ini pecahan jumlah permohonan
daripada pemohon-pemohon kategori 50 tahun ke atas, yang pertama, yang keduanya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO, apakah milestone ataupun justifikasi akan datang ataupun perancangan pihak kerajaan untuk memperluaskan skim ini kepada pemohon-pemohon yang berumur bawah 50 terutamanya golongan asnaf. Terima kasih.
Dalam program Khairat Darul Ehsan ini adalah kita mengambil kira bahawa sebelum ini terdapat beberapa inisiatif khairat kematian yang kita berikan contohnya melalui Program Skim Mesra iaitu untuk kategori OKU dan juga untuk kategori 60 tahun ke atas, yang kedua Program INSAN, kematian disebabkan kemalangan juga dan melalui ISS, Iltizam Selangor Sihat iaitu semua tetapi mereka yang bukan dalam kategori umur 50 tahun ke atas, yang berada dalam program ISS contohnya masih lagi dilindungi ataupun mendapat manfaat daripada program kesihatan. Yang kita fokuskan adalah untuk kategori 50 tahun ke atas dan insan istimewa yang kita rangkumkan di bawah Khairat Darul Ehsan. Jadi seperti yang saya sebutkan tadi mungkin dengan perubahan-perubahan kita boleh masukan kembali jumlah dan itu juga bergantung kepada bajet yang diperuntukan dan yang kedua saya kira untuk golongan asnaf dan yang tuan sebut tadi adalah untuk memastikan bantuan-bantuan itu ketika mereka masih hidup dan khairat ini kita lebih berikan kepada secara dasarnya melalui kajian yang kita dapati daripada Jabatan Perangkaan, kematian sebagai contoh adalah 360,000 kematian dicatatkan oleh warga Selangor dan dari umur yang pelbagai dan berdasarkan statistik 50 tahun ke atas itu kita keluarkan angka iaitu 20 juta yang kita berikan peruntukan untuk Khairat Darul Ehsan.
Untuk setakat Jun, akhir Jun 2025 sebanyak 232 orang yang telah menuntut maknanya waris yang telah menuntut dan pecahannya saya akan berikan kemudian kerana ada beberapa DUN yang mempunyai kelebihan dari segi tuntutan waris berbanding dengan DUN-DUN yang lain.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat DUN Permatang, ringkaskan ya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, sebelum ini di bawah Skim Mesra Usia Emas, mana-mana warga emas yang mendaftar secara automatik akan layak maksudnya mendaftar SMUE akan terus layak mendapatkan khairat kematian dan sekiranya sebelum sempat mendaftar semasa hayatnya pun setelah dia meninggal dalam masa enam bulan waris boleh mendaftarkan untuk SMUE ini untuk mendapatkan khairat kematian ini tadi. Jadi apa yang kita lihat hari ini seolah-olah sudah berbeza di mana SMUE sudah dipisahkan dengan khairat kematian. Maksudnya kena daftar SMUE lain daftar khairat kematian ini lain. Jadi, soalan saya, mengapa pendekatan yang kita lihat dulunya lebih mudah jadi sekarang ni dia dah
jadi dua sistem berbeza dan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyemak semula syarat ini untuk menyatukan semula agar tidak ada warga emas yang terlepas dan kalau boleh kita buat macam seperti Skim Mesra Usia Emas dulu walaupun setelah kematiannya waris masih boleh mendaftar dalam masa enam bulan itu. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengembalikan kepada seperti dahulu?
Okay, saya perlu betulkan Yang Berhormat DUN Permatang bahawa ianya bukan satu program yang menyukarkan atau menyulitkan rakyat kerana kalau kita lihat syarat yang kita berikan adalah 50 tahun ke atas bermakna dari segi promosi dan hebahan kita akan merangkumi lebih awal daripada mereka yang masuk ke usia emas 60 tahun bermakna mana-mana ahli skim mesra sedia ada sekarang ini yang mana dalam rekod kami sebanyak 450,000 kita akan pindahkan secara automatik dengan consent dengan persetujuan dan perakuan daripada semua ahli Skim Mesra bahawa mereka bersetuju untuk didaftarkan dalam Khairat Darul Ehsan dan dalam program berterusan Skim Mesra walaupun elemen khairat itu dikeluarkan daripada tawaran Skim Mesra. Kita akan gerakan sekali dengan pendaftaran automatik ahli-ahli Skim Mesra ke dalam khairat Darul Ehsan dan Kerajaan Negeri tidak bercadang buat masa ini untuk mengubah syarat di mana kita akan terus kekalkan dengan mereka yang berdaftar dalam Khairat Darul Ehsan dan mendaftar nama waris kerana kita dapati ada terdapat kesukaran waris-waris yang tidak didaftarkan ini menuntut. Contohnya, pakcik A dia mempunyai lima orang anak, maka datanglah lima-lima waris ini claim bahawa dia yang paling layaklah untuk tuntut wang tersebut sebelum ini daripada tawarannya RM500 sekarang ini telah meningkat kepada RM1000. Jadi, ini adalah antara kawal selia walaupun manfaatnya sangat baik tapi kita ingin memastikan tatakelola itu berlaku dengan baik.
Ada soalan tambahan? Tak ada ya, tak sempat. Soalan Sungai Ramal saya rasa sudah tidak sempat. Soalan-soalan kita bawa besoklah. Okay, silakan Sungai Ramal.
Soalan 17.
Ringkaskan, atau pun bagi jawapan bertulis.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Rumah Mampu MilikQuestions
17. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang siap diduduki pada 1 Januari 2025?
b)
Apakah model-model baru bagi rumah Selangorku seperti yang disebut dalam RS1?
c)
Apakah peranan PKNS dalam pembinaan rumah Selangorku?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Sungai Ramal yang bertanyakan tiga perkara iaitu pertama, berapakah jumlah rumah mampu milik yang disiapkan yang diduduki pada 1 Januari 2025? Dan soalan (b) apakah model-model baru bagi rumah Selangorku seperti yang disebut dalam RS-1? Dan apakah peranan PKNS dalam pembinaan rumah Selangorku?
Untuk jawapan yang pertama, untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor yang juga dikenali sebagai Dasar Rumah Selangorku yang diperkenalkan pada tahun 2014. Sehingga 1 Januari 2025, sebanyak 137 projek yang melibatkan 43,021 unit telah berjaya disiapkan dan diserahkan kunci kepada semua pemilik. Yang kedua untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai RS-1 yang telah menggariskan beberapa pendekatan dan inisiatif baharu dalam menyediakan rumah mampu milik bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri Selangor. RS-1 tidak menetapkan model rumah baharu namun perkara yang ditekankan adalah :
i. Fokus kepada Penyediaan Rumah Mampu Milik Berkualiti ii. Tumpuan kepada Inklusiviti dan Keberdayaan Komuniti iii. Integrasi Rumah Selangorku dengan Pembangunan Lestari iv. Sasaran kepada Golongan Sasar v. Penerapan Pendekatan Teknologi dan Digitalisasi
Secara ringkasnya, penambahbaikan aspek Rumah Selangorku yang disebut dalam RS-1 bukan sahaja memberi fokus kepada kuantiti, tetapi juga kualiti dan kelestarian, keterangkuman sosial serta penggunaan teknologi ke arah memastikan semua rakyat Selangor memiliki peluang untuk memiliki kediaman yang selesa dan mampu milik serta berdaya huni. Dan seterusnya bagi soalan (b), PKNS sentiasa komited untuk membina Rumah Selangorku (RSKU) sejak dasar diperkenalkan pada tahun 2013. Sehingga kini, PKNS telah berjaya menyiapkan sebanyak 3,987 unit RSKU di seluruh negeri Selangor
dan sasaran adalah sebanyak 10,000 unit menjelang tahun 2033 dan baki 6,013 unit kini dalam perancangan dan akan dilaksanakan secara berfasa dan kawasan-kawasan pembangunan strategik seperti Kota Puteri dan juga Cyber Valley. Jumlah pembinaan RSKU oleh PKNS bergantung kepada program pembangunan sedia ada tertakluk kepada syarat dan kelulusan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor. Justeru itu, PKNS membina rumah Selangorku adalah setara dengan pemaju swasta namun berpaksikan kepada tanggungjawab sosial bagi agensi pembangunan milik Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ahli-ahli YB sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.31 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
SETIAUSAH DEWAN : Aturan urusan seterusnya. Usul No. 5 Tahun 2025. Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor Bagi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK) Di Bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957.
Ada sedikit pengumuman ya. Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sempena Sidang Dewan Negeri Selangor kali ini, pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebuah agensi di bawah Kementerian Digital akan mengadakan sesi message bersama Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan fungsi MDEC dalam memacu pembangunan ekonomi digital negara dan turut memberi pendedahan berkenaan program serta inisiatif strategik rakyat seperti Malaysia Digital, pembangunan bank card, dan juga pendigitalan PKS dalam program e-usahawan. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat dijemput hadir ke sesi tersebut yang akan diadakan semasa waktu rehat sidang bertempat di Dewan Jamuan Wisma Dewan Negeri Selangor. Yang Berhormat dialu-alukan untuk mendengar taklimat ringkas dan mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai inisiatif ini serta program rakyat yang dianjurkan oleh MDEC.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Sekinchan untuk menyambung penjelasan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor Bagi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK) Di Bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana seramai 15 Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam
perbahasan Usul No. 5 di mana iaitu Resolusi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah KTK sebanyak 1% dan saya terima dengan baik ya, semua pandangan, cerahan, idea dan juga teguran, cadangan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan penyelesaian isu kilang tanpa kebenaran dan data yang terkini yang ingin saya sampaikan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) telah menyatukan semua data berkaitan aduan KTK ke dalam satu pangkalan data berpusat. Ini membolehkan pelaksanaan penguatkuasaan dan pemulihan dijalankan dengan lebih tersasar dan berfakta. Setakat 30 Jun 2025, sebanyak 4,305 aduan berkaitan KTK telah direkodkan di seluruh negeri Selangor dan inilah angkanya dan saya ingin tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini di mana angka-angka elementary yang kita ada 4,305 ini adalah setakat 28 Ogos 2019. Dia tidak akan dipanjangkan hingga 2020-2021 ada Yang Berhormat mereka khuatir kalau kita bagi setiap kali pemutihan ada program dan sebagainya akan ada elementary-elementary, kilang-kilang yang baru dimasukkan tidak kita hanya berhenti setakat 28 Ogos 2019. Untuk makluman Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati dalam Dewan yang mulia ini dan proses untuk kali ini walaupun sudah 8 kali kita dalam pelanjutan dan sebagainya tetapi kali ini Kerajaan sangat serius untuk memastikan pemutihan KTK ini dapat mencapai sasaran, dapat menemui kejayaan dan sebelum ini kita menghadapi masalah kenapa kita belum berjaya? Bukan kita tidak sifatkan dia gagal, tapi belum berjaya. Kenapa? Kerana mungkin pada ketika itu insentif yang kita tawarkan tidak begitu menarik dan pendedahan tidak begitu meluas. Yang kedua ialah penguatkuasaan yang kita jalankan terhadap pengusaha-pengusaha di lapangan di mana ramai pengusaha-pengusaha mereka anggapkan bahawa Kerajaan ini yang sentiasa bertukar EXCO setiap kali melakukan usaha pemutihan ini hanya acah-acah aje. Dia “uduk seng temenan” (bahasa jawa) main-main saja atau mereka tak serius. Orang kata “hangat-hangat tahi ayam”. Mungkin tahun pertama mereka serius, tahun kedua mereka biarkan. Kemudian terus kita biarkan dan akhirnya tiada satu keputusan dan satu pencapaian dan mereka akan terlepas di situ dengan aktiviti tanpa kebenaran dan hasil Kerajaan juga tidak dapat dikutip dan isu-isu di lapangan juga timbul akibat daripada kekurangan penguatkuasaan dan juga pemantauan daripada isu-isu yang berbangkit. Oleh sebab itu, untuk kali ini kita pastikan isu-isu yang kita tidak dapat selesaikan ini dapat diselesaikan. Oleh sebab itu kali ini kita mengambil pendekatan sangat serius iaitu kita ambil pendekatan “carrot & stick” kita nak pastikan kita bagi insentif pada masa yang sama kita akan melakukan penguatkuasaan supaya pada pengusaha di lapangan tampil ke hadapan. Kita bukan nak menghukum mereka. Saya ingin tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menghargai peranan, jasa, bakti daripada semua pengusaha-pengusaha termasuk kilang tanpa kebenaran. Mereka juga berperanan menyumbang ekonomi Negeri Selangor sejak sekian lama tapi memandangkan mereka berada di tempat-tempat yang tidak sesuai atau zon-zon yang tidak sesuai dan tidak
diputihkan. Oleh sebab itu kita perlukan pemutihan dan untuk kali ini kita bagi carrot, apa yang kita bagi seperti Ahli-ahli Yang Berhormat, hah Sentosa silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dalam jawapan tadi Yang Berhormat EXCO telah beritahu berkenaan dengan ada program insentif dan sebagainya. Adakah kita tengok dalam perbahasan saya semalam, saya pun telah bagitahu dia biasanya tiada tindakan tegas ataupun double standard. Apakah kita nak bagi insentif? Kita tidak mahu menghukum kilang-kilang tapi apakah tindakan ke atas pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan kalau mereka tidak melaksanakan tanggungjawab ini? Apakah tindakan yang akan diambil oleh PBT atau Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa yang prihatin tentang masalah penyelesaian pemutihan untuk kilang tanpa kebenaran ini. Di Klang antaranya banyak kilang tanpa kebenaran dan juga di daerah Klang dan daerah Petaling, ini dua daerah yang setakat ini di Selangor menjadi champion lah, kilang tanpa kebenaran. Kita kawasan industri banyak dah isu-isu berbangkit seperti ini. Ya, memang ada isu di lapangan kebelakangan ini saya juga terima selepas kita lancarkan pemutihan untuk kali ini, kita telah meluluskan dalam MMKN Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor Bil. 3 Tahun 2025. Melanjutkan tempoh program pematuhan syarat dan penguatkuasaan kilang tanpa kebenaran di negeri Selangor. Dalam ini dalam pekeliling ini semua telah dinyatakan tetapi apabila kita nak edarkan dan diluluskan dah lebih dua bulan, masih ada di kalangan PBT yang tidak mengetahui ada program sedemikian dan ada diskaun-diskaun yang kita berikan. Ini juga yang menjadi masalah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sentosa. Maknanya dasar yang kita luluskan apabila sampai ke lapangan untuk dilaksanakan kadang-kadang timbul soal kekurangan kerjasama, pegawai-pegawai yang terlibat, mereka tidak ambil kisah, ini mungkin timbul. Saya tidak mengatakan semua, tapi ramai yang memberi kerjasama yang terbaik tapi ada lagi sebahagian kecil oleh sebab itu saya minta semua pegawai-pegawai dan juga PBT dan juga Pejabat Daerah dan Tanah keseluruhan di Negeri Selangor ayuh sama-sama kita menyahut seruan ini untuk kita jayakan pemutihan KTK untuk kali ini. Jadi saya nak, kalau tanpa kerjasama dari semua pegawai kita, tidak boleh bergerak dia akan jam di sini. Hanya ada dasar tanpa pelaksanaan. Ini yang saya rasa kita perlu kerjasama dan keduanya..
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, ada nak mencelah.
Boleh.
Yang Berhormat EXCO terima kasih berkenaan dengan pencerahan tadi. Tapi saya ada soalan dalam beberapa kawasan contohnya di kawasan Bukit Kemuning ada dua bahagian. Satu, di mana tanah-tanah itu merupakan tanah perumahan. Di sebelahnya ada kilang-kilang KTK ini. Ada dua laporan, satu laporan menyatakan kerja-kerja yang dilakukan di KTK ini adalah menyebabkan polisi bunyi, jalan tidak diselenggara, lori besar masuk dan dalam masa yang sama sekiranya kita membenarkan pemutihan ini dia akan menyebabkan lagi satu masalah di mana rakyat akan buat bising mengatakan kita memberi kelulusan kepada kerja-kerja mereka ataupun kilang-kilang mereka walaupun mereka merupakan kos kita panggil dalam bahasa Inggeris nuisance kepada penduduk di kawasan tersebut. So, macam mana kita nak seimbangkan perkara ini supaya ia tidak menjadi satu masalah kepada penduduk di kawasan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Ya, memang kita dalam proses pelaksanaan ini memang kita menghadapi macam-macam cabaran, berbagai cabaran. Bukan mudah, saya tahu bukan mudah untuk nak selesaikan isu KTK. Ada yang kawasan yang boleh kita putihkan. Ada yang berada di dalam yang enggak bisa kita putihkan dan ada yang mendatangkan kacau ganggu dan kita akan mengikut case by case. Sekiranya kes itu mendatangkan kacau ganggu walaupun mereka telah berada dalam zoning yang dibenarkan kita juga akan telitikan supaya bolehkah kelulusan itu dibenarkan. Kerana ia akan menimbulkan kesan sampingan di lapangan dan menyebabkan komuniti setempat mereka ada bangkangan dan sebagainya menimbulkan kacau ganggu dalam konteks ini. Oleh sebab itu, stanco itu kita telah wujudkan stanco penyelesaian KTK ini kita akan teliti kes yang sedemikian.
Baik, untuk saya kembali untuk soal kurangnya kerjasama mungkin ada pegawai yang lalai dan sebagainya. Saya ingin ingatkan kepada semua jabatan-jabatan terutamanya jabatan-jabatan luaran, teknikal, kadang-kadang yang hantar pegawai yang datang saya bagi contohlah, datang untuk mesyuarat dengan Pegawai Perancang di PBT, mereka setuju kita bagi pelepasan ini, ini bagi pelepasan teknikal kerana ia adalah KTK. Kita setuju. Tetapi apabila balik kemudian, harinya kita nak selesaikan untuk pengendorsan, untuk KM (Kebenaran Merancang), pegawai lain pulak yang incharge dan mereka kata tidak, kita kena ikut ini semua syarat dan sebagainya. Akhirnya kita buang masa 2 bulan, 3 bulan. KM pun terbantut di situ. Dan ada kes 2022 hingga sekarang dah masuk permohonan KM sampai sekarang pun mereka terbantut dengan ulasan-ulasan teknikal luaran, seperti JPS, JKR dan sebagainya. Oleh sebab itu saya minta di dalam Dewan yang mulia ini kerjasama yang padu daripada semua teknik luaran, termasuk PBT, pejabat daerah dan tanah, saya yakin kita dapat selesaikan. Tak ada yang tidak boleh diselesaikan cuma dia sukar. Cabaran dia besar. Dan ingin saya maklumkan di sini antara carrot insentif yang kita berikan kepada semua pengusaha-pengusaha KTK untuk
kali ini supaya mereka dapat satu tawaran yang istimewa. Ini yang terbaik saya yakin ya. Ini yang terakhir untuk kita nak berikan. Jadi kita kena ambil peluang ini iaitu diskaun 30% untuk premium di mana apabila kita nak buat pemutihan, kita buat commission 30%. Dapat dalam KTK, siapa yang ada dalam KTK boleh dapat. Kedua, caj pemajuan, caj pemajuan dahulunya kita kenakan 100%, kali ini boleh dapat 30%. Yang ketiga, iaitu caj ISF iaitu Improvement Service Fund, ISF juga kita bagi 30% dah 30% satu dua tiga premium, caj pemajuan, ISF, tiga, kemudiannya ya, permit khas tanah apabila penggunaan KTK dahulunya kita caj lagi kalau dia dah guna di situ 10 tahun 20 tahun kita caj kembali satu kiraan penggunaan 20 tahun kita tak caj, itu pun kita dah kecualikan. Itu yang ke-empat kita kecualikan. Yang kelima apa lagi, pengecualian ulasan teknikal, oleh agensi seperti JAS, Air Selangor, JKR dan TNB dalam peringkat KM kemudian sampai baru mereka boleh barulah perlukan ulasan-ulasan sedemikian. Kita nak pemudahcarakan. Pemudahcarakan. Kemudian untuk insentif-insentif yang sedemikian saya mintaklah, semua pengusaha-pengusaha KTK mesti tampil ke hadapan, jangan tunggu lama-lama lagi. Jangan tunggu lama-lama. Masih ada orang yang mengambil sikap, saya tahu, ha sikap kerajaan pun main-main saja. Tidak serius dalam perkara ini.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Ya silakan.
Yang Berhormat, Usaha Yang Berhormat buat sangat baik maknanya kita bagi insentif yang pelbagai dah ini, saya tak tahu lagi apa lagi alasan yang boleh diberikan oleh pengusaha. So now, saya nak tahu sebenarnya bila kita dah buat banyak perkara, dulunya mungkin disalahkan kita sebab kita menyusahkan proses, tapi hari ini saya nak tahu Yang Berhormat sebenarnya apa yang berada dalam pekung dada mereka ni yang tak nak tampil ke depan ni. So apa lagi alasan yang dia ada yang tak nak tampil ke depan, mungkin apa lagi alasan. Saya nak tahu yang itu. Keduanya, selepas katalah kita dah beri semua insentif, insentif itu untuk tahun pertama sahaja ataupun bagaimana?. Dia akan berterusan ataupun dia just one off sahaja. Sebab kalau kita bagi dia sebenarnya tidak berapa adil untuk orang yang telah pun buat pemutihan tahun sebelumnya, so, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat mungkin boleh beri sedikit penjelasan.
Bagi kita dah bagi semua, last satu lagi saya nak tekankan, kalau premium tu terlalu mahal sampai berjuta-juta, seandainya ya, Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, berjuta-juta mungkin sekali gus dia nak bayar dan sebagainya mungkin berat. Ya berat. Kita bagi satu bayaran ya, iaitu bayaran minimum, nominal dulu, RM300,000.00. Dia boleh pilih bayar RM300,000.00 dulu kemudian dia ambil masa boleh kita bagi ansuran dan sebagainya. Boleh perbincangan boleh
dilakukan sebab kerajaan nak bantu selesaikan masalah. Mana ada kerajaan yang sebaik seperti Kerajaan Negeri Selangor. Kita bantu semua industri termasuk KTK. Ini bukti keikhlasan Kerajaan Negeri Selangor. Jadi saya minta semua pengusaha-pengusaha KTK, ayuh tampil ke hadapan, “ojo” nyorok-nyorok lagi, jangan sorok-sorok lagi. Kena datang ke depan. Silakan Sungai.
Bagi ruang ya.
Bagi ruang ya. Bagi. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO bagi ruang. Jarang-jarang Yang Berhormat EXCO bagi ruang kat Kuang ni. Tapi dia bagi pagi ni, terima kasih. Saya dah dengar dengan teliti, ucapan daripada Yang Berhormat EXCO banyak yang disebut, kilang-kilang haram ni yang saya faham banyak kategori banyak yang buat di atas tanah sendiri, tiada kebenaran daripada Kerajaan Negeri, saya nak tarik perhatian Yang Berhormat juga terhadap kilang-kilang haram yang dibina di atas tanah-tanah reserve. Antara tanah-tanah reserve ni ada yang disewa daripada Perbadanan Aset Keretapi, disewa tanah tu, saya tak tahu apa permohonan dia semasa dia sewa, tapi lepas dia dapat sewa tanah tu, dia jadi lain pula aktiviti di atas itu. Juga, tanah-tanah reserve di sepanjang laluan keretapi kalau kita lihat daripada Sri Damansara lalu Valencia dan terus ke Sungai Buloh, di sepanjang reserve tanah kereta api itu bersusun-susun kilang-kilang haram, jadi ini macam mana kita nak buat pemutihan dan macam mana dia nak tampil apabila kilang-kilang ini dibina di atas tanah-tanah yang tidak sepatutnya digazetkan sebagai tanah industri. Itu yang kedua. Saya juga dengar dengan teliti tadi cabaran oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat juga ada menyebut kekangan-kekangan atau masalah-masalah Yang Berhormat dengan PBT- PBT, ada segelintir yang mungkin tak bagi kerjasama yang cukup. Saya rasa Yang Berhormat sebagai seorang EXCO yang wibawa mampu untuk menyelesaikan masalah itu diperingkat pejabat EXCO sendiri. Yang ketiga, saya setuju dengan sahabat saya Batu Tiga tadi, setelah Kerajaan Negeri buat macam-macam ni, bagi tawaran minta tampil bagi diskaun, dan sekiranya dalam tempoh yang telah disambung ditambah masih gagal lagi pihak-pihak ni tampil untuk program yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri, apakah tindakan tegas yang akan dibuat oleh Yang Berhormat selaku EXCO untuk kita selesaikan masalah ini secara tuntas? Sekian terima kasih.
Cukup prihatin juga tentang KTK ini, ya kilang tanpa kebenaran. Memang tadi saya dah jelaskan tentang carrot, tentang insentif yang kita berikan termasuk RM300,000.00 minimum boleh bayar kalau tak mampu, semua perbincangan boleh dilakukan. Yang kita hendak dia tampil ke depan. Masih ada lagi
yang degil, saya kena sifatkan mereka ni masih yang degil Tuan Timbalan Speaker. Tidak mahu bekerjasama. Jadi kalau mereka yang kita dah tawarkan skim yang begitu baik masih tidak mahu ke depan, apa yang kita boleh lakukan? Ini apa yang disoalkan oleh Kuang. Jadi dalam stick ini kita akan rotan juga. Apa juga, kita bukan nak menghukum, kita akan rotan. Apa dia, kita akan lakukan sekarang ini, sudah lebih 195 Notis 7A, Notis 7A kita serve, kita akan serve Notis 7A. Apabila kita serve tahun 2024, silakan.
Ada yang bangun.
Terima kasih, terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin berkongsi sikit pengalaman mengenai bayaran nominal premium ni. Walaupun kita telah tawarkan bayaran nominal iaitu sebanyak RM300,000.00 sahaja tetapi kita ada syarat iaitu kita kena kaveat pendaftar. Jadi semasa kaveat ni dikenakan kebanyakan pengusaha ini tidak dapat memperolehi loan untuk bayar premium nominal ini. Jadi cadangan saya bolehkah kita membenarkan bayaran nominal ini dibayar secara ansuran ataupun dikenakan sebagai bentuk cukai tanah.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Memang kita akan cuba kita bagi seperti nominal, kita boleh bincang dan sebagainya. Yang kita tegaskan isu berbangkit ini, jadi saya ingat kita akan bincang kaedah yang terbaik. Kita akan juga teliti, semak syarat-syaratnya dari masa ke semasa. Sekiranya ada keperluan yang boleh membantu dan boleh menyelesaikan masalah di lapangan untuk KTK ni kita akan cuba termasuk pandangan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat boleh kemukakan kepada saya sebab kita yakin pekeliling yang ada sekarang ni belum semua sempurna. Dalam tempoh 3 tahun ini saya mahu seramai mungkin yang tampil ke depan kerana kerajaan kehilangan hasil daripada premium lebih RM200 juta daripada yang kita belum kutip ini. Kalau kita berjaya kutip 80% daripada KTK yang ada empat ribu lebih ini, saya yakin hasilnya lebih RM200 juta kita dapat kutip, mungkin lebih daripada itu. Dan kemudiannya, silakan Kota Damansara.
Baik, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kota Damansara ingin menanyakan atau memberikan sedikit bantah masalah utama kebanyakannya KTK ni ialah masalah zoning Yang Berhormat EXCO sebab apa ada setengah daripada mereka mempunyai tiada masalah untuk dari sudut bayaran cuma masalah zoning apabila mereka masuk menyebabkan zoning-zoning tertentu menyebabkan permohonan mereka ditolak dan akhirnya mereka gagal dalam pemutihan di setengah kawasan. Jadi kadang-kadang kita maklum ada setengah PBT dia ada zoning-zoning dia, jadi proses penukaran zoning dan sebagainya memerlukan
proses yang berbeza, jadi ini menyebabkan bila ruang yang diberikan oleh kerajaan sebagai contoh program pemutihan, 30% dan sebagainya menyebabkan proses penukaran zoning ini yang makan masa yang sangat panjang dan akhirnya mereka terlepas insentif-insentif pihak kerajaan dan bila mereka terlepas mereka memilih untuk tidak membuat pemutihan sekali lagi dan menunggu sekali lagi jika ada kerajaan menawarkan sekali lagi inisiatif yang mungkin sama atau lebih daripada yang sepatutnya. Kedua saya ingin membantu pihak EXCO untuk mungkin mencadangkan iaitu mungkin sebab kita ada senarai sebenarnya KTK-KTK yang ada di seluruh Selangor, jadi saya minta kalau andai kata untuk kita memandangkan kita buat program carrot and stick yang saya kira satu inisiatif yang sangat besar yang tak dibuat oleh di mana-mana negeri dan Selangor sahaja yang memberikan inisiatif yang agak besar untuk KTK agar kita buat proses pemutihan iaitu untuk saman semua kilang-kilang dan dalam keadaan kita saman tu kita offer, maksudnya tiada alasan lagi untuk isu publisiti sebab saya maklumkan kadang-kadang kita nak buat publisiti, buat iklan dan sebagainya memerlukan kos yang agak tinggi dan kadang-kadang bukan semua orang baca paper pun sekarang ni Yang Berhormat EXCO, diorang dah tengok media dah, online kadang-kadang. Ada yang sebahagian pun tak tengok pun diorang tengok market sahaja. Jadi saya minta mungkin Yang Berhormat EXCO mungkin boleh mempertimbangkan cadangan ini dan yang kedua masalah zoning itu untuk salah satu isu yang saya kira agak besar, mohon penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Kota Damansara. Tentang cadangan soal zoning ini. Memang zoning ini ada yang kita telah zoning yang sebelum ini dia pertanian kemudian kita apabila penggantian, pengubahan dan sebagainya kawasan itu dah di zoning industri jadi boleh mereka masuk tapi prosesnya mereka ambil sedikit masa untuk konvesyen dan sebagainya. Tetapi masih sampai sekarang memang ada lagi di kawasan-kawasan tertentu memang statusnya bukan dalam zoning, pertanian dan sebagainya komersial dan sebagai. Ini memang kita akan bagi ya permit sementara 3 tahun, kemudian kita galakkan mereka cari tempat untuk pindah. Dan pada industri pada pengusaha yang tidak mendatangkan pencemaran, kacau ganggu dan sebagainya kita akan pertimbangkan pembayaran cukai, lesen dan sebagainya yang berlipat ganda lebih mahal daripada yang biasa. Sebab mereka tetap berada di tempat di situ jadi kita akan bagi 3 tahun dulu. Kemudian minta galakan mereka pindah. Kalau tidak kita akan buat penguatkuasaan. Itu soal zoning-zoning. Kepada Kuang tadi dia beritahu bahawa tanah reserve keretapi yang mereka dirikan kilang dan sebagainya, sekiranya tanah reserve keretapi dia adalah di bawah Perbadanan Aset Keretapi (PAK) jadi dia menjadi tanggungjawablah pihak Perbadanan Aset Keretapi untuk mereka lakukanlah sebab dalam kawasan dia. Kalau luar kawasan, PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah lah, itu untuk reserve-reserve. Jadi saya nak berbalik kepada isu penguatkuasaan, stick ini, maknanya Tahun 2024 ini kita mula, kita kemas kini data, 2025 kita serve Notis 7A. Notis
7A untuk mereka pulihkan permohonan ini untuk mereka tahu salah guna syarat tanah, kemudian seterusnya tahun hadapan kita akan bagi Notis 7B. Lepas Notis 7B kalau mereka masih tidak berganjak kita akan bagi Notis 8A. Itu rampasan tanah. Rampasan tanah. Saya bukan main-main di sini, saya nak beritahu kita serius, kita akan lakukan supaya penguatkuasaan dapat dilakukan. Adalah tidak adil Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat di mana seorang industry player, pengusaha yang membeli kilang membina kilang di zon industri di lot industri dengan jutaan ringgit dengan bayaran semua mereka bayar, mereka ikut semua prosedur kerajaan tetapi kita benarkan KTK ini berada di tempat tetapi mereka tidak mahu putihkan walaupun ada berbagai insentif yang kita berikan kepada mereka. Oleh sebab itu, penguatkuasaan harus dilaksanakan. Itu yang saya nak katakan. Kemudian berbalik kepada respon kepada Kuang yang tadi beritahu selain daripada penguatkuasaan yang berada di reserve-reserve kerajaan ini bagaimana? Bukan keretapi, reserve kerajaan ini bagaimana? Ha, ada. Kita sudah rancang dalam bulan 7, 8 ini, sudah kita kenal pasti dua tempat, dua tempat akan kita laksanakan penguatkuasaan. Antaranya yang akan kita laksanakan penguatkuasaan adalah di saya bagi tahu adalah di daerah Petaling dan daerah Klang sebanyak 41 KTK berkaitan dengan di daerah Petaling dengan kem tentera dan kem tentera Sungai Buloh dan sebagainya TUDM. Kemudian di Persiaran Pulau Indah, Klang ada 17 KTK di mana semua inventory kita dah siasat dan sebagainya. Kilang-kilang lama semua kita dah ada tetapi mereka duduk di rizab ini di tepi rintis dan sebagainya rizab Kerajaan ni bertahun-tahun. Ini sudah sampai masanya kita akan buat penguatkuasaan tapi pada masa yang sama, Kajang.
Terima kasih. Nak tanya satu soalan. Bila buat rampasan adakah Kerajaan kena bayar pampasan kepada mereka sebab Kajang pernah difahamkan isu sampah haram di Kajang, Pejabat Tanah pernah beritahu bila kita buat rampasan 8A, Kerajaan kena bayar pampasan kepada mereka? Terima kasih.
Baik. Perkara ini kita akan bincang tapi kalau mereka berada di tempat yang tidak sesuai memang di rizab Kerajaan memang kita bagi notis, serve one by one kami tanah Kerajaan memang sesungguhnya bukan tanah individu memang mereka salah. Jadi kalau isu pampasan dan sebaginya kita tengok case by case tetapi penguatkuasaan walau apa pun akan kita laksanakan untuk kali ini supaya mereka datang kalau tidak mereka akan timbul isu mereka tidak mahu kerjasama dengan pihak kerajaan untuk datang membuat pemutihan dan sebagainya. Mereka tidak akan berganjak kerana mereka akan anggap Kerajaan tidak serius.
Pada masa yang sama saya minta kerjasama semua Yang Berhormat Yang Berhormat di sini termasuk daripada Kerajaan dan juga pembangkang apabila penguatkuasaan dijalankan saya mintalah pihak Yang Berhormat khususnya Pembangkang mereka
mungkin akan cari Yang Berhormat dan sebagainya. Jangan kita menyokong benda yang salah. Apabila mereka datang untuk extend masa dan sebagainya kita boleh bincang tapi kita jangan jadi hero untuk apa menangguk di air yang keruh. Nanti kita jadi hero, saya jadi Wakil Rakyat kita tahu lah. Nanti apabila penguatkuasaan datang kita cari Pembangkang, cari apa untuk marah Kerajaan zalim, tak bagi peluang. Macam-macam. Kalau semua Yang Berhormat boleh bekerjasama, yakin, kita tolak semua KTK yang tak nak kerjasama dengan satu nara, satu hati, satu kekuatan yang kita boleh lakukan dengan baik.
Sekinchan, minta laluan.
Sungai Ramal bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya fikir satu tohmahan dikenakan kepada Pembangkang yang seolah kami menghalang program pembangunan dan juga penguatkuasaan oleh pihak Kerajaan. Tidak ada kes, tidak ada mana-mana sesiapa di sini yang menolak dan kami menyokong tetapi dengan hemah dan budi pekerti yang baik cuma janganlah meletakkan itu kepada Pembangkang. Yang lepas-lepas sudahlah. Itu mungkin orang lain. Terima kasih.
Yang terasa tu maaf lah, kalau terasa, kalau itu orang lain, orang lain lah tapi saya minta kerjasama untuk direkodkan supaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini kita nak program ni berjaya dan pastikan pematuhan peraturan di lapangan itu sahaja. Jadi kita kena elakkan. Kadang-kadang kita sebagai Ahli Politik ni susah kerana semua datang untuk minta tolong. Yang betul dia minta yang tak betul pun dia minta tolong. Kadang-kadang kita pun terikut-ikut. Itu yang kita kena muhasabah diri supaya benda-benda yang tak betul jangan kita lakukan termasuk Wakil Rakyat yang kena bagi satu benda didikan kepada orang awam. Benda yang betul-betul, benda yang tak betul kena cakap tak betul. Tak boleh kerana kita nak dapat politik milage, kita kata betul pula, pergi lawan. Itu yang menyebabkan kucar kacir keadaan sosial kita dan komuniti setempat. Itu yang saya katakan. Jadi saya nak respon kepada Bukit Lanjan bahawa dia kata seolah-olah Kerajaan tak ada gigi,tak ada kuku. Kuku, gigi tak ada,tak ada taring untuk kita nak ambil tindakan. So kali ini kita minta Ahli-ahli Yang Berhormat kalau ada masa kita turun juga untuk penguatkuasaan supaya kita tunjukkan taring kita kepada semua KTK. Boleh? Yang setuju sila kata Ya lah. Ya. Ini cuma dapat persetujuan. Silakan Dusun Tua.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya first cakap setuju Yang Berhormat EXCO cuma saya nak pelawa lah, saya nak bangkitkan banyak kali dah definisi kilang ni bila tolak tanah, tak tau belakang datang
dia nak buat kilang atau tidak, saya dah nyatakan di Kampung Sungai Tekali, sebelah dengan dam, kalau boleh Yang Berhormat datang lah, bagilah satu tarikh yang mana kerunsingan saya ini saya dah bagi tahu tapak ini berhampiran sangat dengan dam. Jadi ini saya rasa perlu diambil pertimbangan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua mengenai isu dam di Selangor tu, Sungai Selangor dan Tekali, Kampung Tekali dan sebagainya. Itu kita akan ambil maklum, kita akan fokus perkara ini dan bincang dalam Mesyuarat STANCO akan datang supaya perkara ini akan dapat diteliti dengan lebih mendalam dan kemudian ada Ahli-ahli Yang Berhormat timbulkan bahawa kilang-kilang tanpa kebenaran ini juga menimbulkan isu sampah-sampah haram atau pun industry waste yang berleluasa di sana sini. Saya setuju sebahagian mungkin daripada kilang tanpa kebenaran tapi mungkin saya tak tuduh semua,mungkin. Jadi untuk menyelesaikan masalah satu sahaja. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Majlis, Ketua Kampung dan Komuniti Masyarakat Setempat jadi mata-mata kepada Kerajaan. Ada apa berlaku di lapangan, sampah buang di tapak pelupusan sampah Sungai Tangkas ke atau mana-mana, sila laporkan secepat mungkin. Laporkan supaya kita dapat ambil tindakan.
Banyak penguatkuasaan di lapangan telah kita lakukan tetapi ulat-ulat sampah ini yang mereka nak untung mereka pakat dengan pengusaha-pengusaha kilang termasuk kilang yang bukan haram yang tanpa kebenaran semua ada. Mereka nak jimat kos. Akhirnya mereka buang di tempat yang tidak sepatutnya. Ini yang menjadi punca kenapa sampai hari ini tapak-tapak pelupusan sampah haram ni belum dapat kita selesaikan secara tuntas dan Akta 672 kita masih dalam perbincangan sekiranya berjalan dengan lancar ini antara perkara yang dapat kita kuatkan penguatkuasaannya itu di mana hukuman itu denda, kompaun boleh sampai RM100 ribu dan penjara boleh sampai 5 tahun dengan izin 5 tahun. Sekarang RM1,000.00 tangkap hari ni, lepas esok. Saya tahu di lapangan susah kita kejar depan dia lari belakang. Kita balik, datang lagi. Ini perkara berlaku. Kalau saya jadi EXCO tiap-tiap hari terjah sahaja sampah haram saya rasa lain benda saya tak payah tengok. Itu sahaja. Tapi tak apa, kita akan menerima pandangan dengan baik, kita terima, kita tak lari dari tanggungjawab tersebut. Kita akan hadapi satu persatu. Silakan Sungai Ramal.
Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan yang memberikan tawaran menjadi mata-mata kepada Kerajaan. Yang Berhormat bukan mata-mata, telinga-telinga, badan-badan semua kami akan laporkan kepada pihak Kerajaan. Cuma masih belum selesai. Dah lama dan saya pagi ini memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar turun ke Sungai Tangkas, saya akan membuka laluan ke Sungai Tangkas melihat sendiri betapa seriusnya keadaan ini dan menggunakan kuasa-kuasa yang ada untuk menjemput pihak berkuasa yang lain untuk
mengepung dan mengawal kawasan ini khusus untuk maksud Kampung Sungai Tangkas. Baik terima kasih.
Oh Sijangkang, berminat juga ya.
Berkaitan. Tahniah di atas inisiatif dan ucapan daripada EXCO tadi. Saya ingat kita sebagai orang awam atau pun ADUN hatta mungkin penjawat-penjawat di peringkat kampung ataupun Ahli Majlis dan sebagainya, kita mempunyai kekangan sebagai mata dan telinga kepada Kerajaan ataupun pihak PBT kerana saya lihat selain daripada kilang-kilang tanpa izin ini juga berlaku aktiviti-aktiviti yang kadang-kadang di luar daripada pengetahuan kita dan kita tidak ada kemampuan untuk ke situ. Saya nak sebutkan bahawa salah satu daripada aktiviti seperti mana yang dilaporkan dalam media, 5 tan kelongsong peluru dijumpai. Itu pun secara tidak sengaja oleh pihak Bukit Aman apabila mereka membuat serbuan kepada kilang yang bersebelahan. Jadi saya ingat selain daripada itu juga, sebab saya ingat Tabung Kumpulan Wang Amanah ini antaranya untuk menjadi sumber kepada penguatkuasaan.
Saya sebutkan semalam, kita kadang-kadang dilihat sebagai gagal membuat penguatkuasaan. Antaranya adanya kilang-kilang atau tempat pembuangan sampah yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi mereka ini dilindungi oleh gengster gengsterism yang mempunyai senjata api. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk supaya selain daripada bersepadu, turun padang dan pihak polis dan sebagainya saya ingat daripada sudut kekangan kita kerana respons daripada PBT sendiri kalau mereka menggunakan senjata, kita undur dan perkara ini tidak akan selesai, mungkin ada inisiatif-inisiatif yang baik daripada Kerajaan Negeri apabila menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah untuk tujuan penguatkuasaan ini, terima kasih.
Terima kasih Sungai Ramal dengan Sijangkang tentang isu-isu penguatkuasaan dan sebaginya. Memang bab di Kuala Langat memang sebelum ini ada isu peluru ditemui dan sebagainya dan sekarang ni ada fenomena satu gejala satu fenomena di mana banyak kilang tanpa izin, kilang-kilang haram di luar bandar mereka sorok, mereka gunakan aktiviti e-waste dan sebagainya. Itu juga kadang-kadang ada tersangkut pulak dengan KTK. Sebab mereka ini kilang-kilang baru datang dan mereka sewa untuk aktiviti yang bertentangan dan tidak berlesen dan juga kadang-kadang kacau ganggu dan pencemaran. Itu juga satu perkara yang baru yang harus kita teliti untuk kita selesaikan dan isu sampah, tapak sampah haram ini akan kita selesaikan, lakukan operasi-operasi bersepadu termasuk kerjasama dengan PDRM kerana mereka ada senjata kita kena ada kerjasama dengan PDRM. Semua jabatan agensi yang terlibat untuk kita turut termasuk EXCO Alam Sekitar, Yang Berhormat Bandar Utama akan kita
sama-sama turun untuk terjah Sungai Tangkas atau mana-manalah tapak pelupusan selepas Dewan nanti kita ada masa turun lagi satu persatu supaya kita dapat jejak mana-mana ulat-ulat sampah ini.
Dan satu lagi sebelum saya akhir ada dua perkara penting iaitu tentang Yang Berhormat Kota Damansara yang menimbulkan soal cadangan SGKV – Selangor Greater Klang Valley di mana daripada empat bandar raya utama ini yang dua daerah Petaling dan Klang paling banyak KTK, boleh ke kita selesaikan semua KTK dalam SGKV ini untuk kita nak jadi satu metropolis? Metropolis iaitu Selangor kita dalam EXCO MMKN kita telah luluskan Perbadanan Metropolis Selangor (PMS), Perbadanan Metropolis Selangor di mana SGKV kalau boleh kita boleh selesaikan KTK itu antara cadangan yang terbaik yang kita cuba lakukan dan kemudian menggunakan kaedah lebih cepat, lebih lancar iaitu Speed Selangor yang dicadangkan oleh Balakong akan cuba kita laksanakan.
Satu lagi dari Permatang di mana khuatir tentang 1% ada yang kata kalau boleh 10% daripada Tabung Wang Amanah ni KTK ini boleh dijadikan 10%. Untuk permulaan 1% sebab kita perlukan wang untuk penguatkuasaan, hebahan dan sebagainya. Kita mula dengan 1%, akan datang kalau ada keperluan kita minta lagi untuk dinaikkan. Itu untuk permulaan. Yang Permatang risaukan bahawa kemungkinan nanti salah guna wang ini dan sebagainya usah risau. Wang ini akan diletak di bawah penjagaan Pegawai Pengawal. Pengawal dia siapa? Pengarah Tanah dan Galian (PTGS) di bawah jagaan dia. Dia ada tertibnya dengan jagaan itu dan kemudian kalau sekiranya masih ragu-ragu, masih was-was lagi, kita ada PAC (Jawatankuasa Public Account Committee) yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang Hulu Kelang. Boleh semak tabung ini dan sebagainya. Tak ada masalah. Selangor ni kita laksanakan prinsip kebertanggungjawaban, keupayaan dan ketelusan. Jadi PAC boleh main peranan. Jadi isu ini tidak timbul lah. Usah Khuatir. Jadi saya rasa untuk kita nak jayakan KTK, Kilang Tanpa Kebenaran untuk kita putih kan perlu kerjasama semua pihak termasuk semua pegawai, agensi yang terlibat. Saya yakin dalam tempoh 3 tahun ni kita dapat mencapai satu hasil yang lebih besar daripada sebelum ini dan dengan adanya tabung ini kelulusan ini kita dapat lancarkan kerja termasuk bulan 8 ini kita nak buat penguatkuasaan operasi di 2 tempat. Ini kita perlu kan ongkos, fulus untuk kita laksanakan. Jadi tepat pada masa lah untuk kita bagi 1% untuk resolusi penubuhan Kumpulan Wang Amanah KTK ini. Saya ucapkan terima kasih kerana banyak semua Ahlil-ahli Yang Berhormat bukan sahaja prihatin dan memberi sokongan penuh terhadap cadangan ini. Sekian sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ada lagi? Dah tutup dah. Yang Berhormat EXCO dah duduk. Isu yang sama ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang
berbunyi Bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk membuat suatu ketetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut. Pindaan 12 Ikatan Akaun Amanah Bagi Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akaun Amanah Awam yang perlu diklasifikasikan semula sebagai Seksyen 10 Akaun Amanah Kerajaan Akta Tatacara Kewangan (ATK) 1957 Akta 61 disebabkan oleh keperluan sumber dana daripada Kerajaan Negeri bagi membiayai operasi akaun Amanah ini dengan selaras dengan Surat Ikatan Amanah yang akan dikuatkuasakan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata Ya.
AHLI-AHLI DEWAN
: Ya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak...Usul ini dipersetujui...
Penerangan daripada Menteri Besar di bawah Peraturan Tetap 13(I) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Mengenai Insiden-Insiden Letupan Paip Gas di...
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, penerangan daripada Menteri Besar di bawah Peraturan Tetap 13(I) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Mengenai Insiden-Insiden Letupan Paip Gas di Putra Heights.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, ADUN Sungai Tua untuk memberikan penerangan.
Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh, Salam KitaSelangor dan Salam Malaysia Madani. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan, pasukan Pentadbiran Awam seterusnya seluruh warga negeri Selangor sekalian. Saya berdiri di Dewan yang mulia bagi membawa satu usul di bawah Peraturan Tetap 13(i) penerangan daripada Menteri Besar berhubung insiden letupan paip gas yang terjadi pada 1 April 2025 yang lalu. Tuan Speaker, saya mengucapkan terima kasih di atas ruangan yang diberikan untuk menerangkan insiden ini yang bukan sahaja memberikan kesan kepada penduduk di dua kawasan utama, iaitu Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru tetapi juga menarik perhatian orang ramai dari dalam dan luar Negeri Selangor Darul Ehsan.
Pertama sekali bagi pihak Kerajaan Negeri saya ingin menzahirkan rasa penuh dukacita dan simpati atas pengalaman ngeri yang dilalui oleh penduduk di Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru pada 1 April 2025 bersamaan dengan 2 Syawal. Namun meskipun sebanyak 511 unit rumah dari keluasan radius 325m di kesan dengan pelbagai tahap kebakaran dan kerosakan, Alhamdulillah syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa tidak ada satu nyawa pun yang melayang dan ini adalah atas tindakan pantas
pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera dan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk Pertahanan Awam. Selepas letupan paip gas ini berlaku dan pihak polis menerima panggilan kecemasan atau pun distress call yang pertama, bantuan awal oleh pasukan penyelamat telah tiba seawal 10minit di ground zero (dengan izin) bagi mencari dan menyelamat penduduk di kawasan kejadian.
Pada hari pertama dan kedua kejadian sahaja seramai 489 anggota kerajaan dari peringkat persekutuan negeri dan tempatan telah turun ke lapangan bagi membantu penduduk-penduduk. Secara keseluruhan seramai 613 keluarga telah berpindah ke pusat perpindahan sementara atau pun berdaftar dengan Pejabat Daerah Petaling sebagai mangsa dalam minggu pertama kejadian. Pada ketika itu, kepentingan utama kepimpinan Kerajaan Negeri memastikan keselamatan dan kehidupan mangsa-mangsa ini yang tidak dapat menghuni rumah-rumah mereka akibat faktor keselamatan. Selain daripada kerosakan kebakaran kami menunggu pengesahan keselamatan daripada Jabatan Bomba dan Tenaga Nasional Berhad supaya tidak ada insiden tambahan dan susulan yang berkaitan dengan bekalan dan pendawaian elektrik yang terbakar.
Alhamdulillah saya turut merakamkan rasa berhormat dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuan Agong dan ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang telah berangkat menyantuni mangsa-mangsa dan turun ke lapangan pada tanggal 5hb April 2025. Manakala Perdana Menteri pada petang kejadian sekitar jam 4.30 petang telah turut bersama-sama dengan seluruh agensi persekutuan untuk membantu mangsa-mangsa terkesan dan menangani situasi bencana yang berlaku. Di peringkat awal, Kerajaan Persekutuan telah menghulurkan bantuan sebanyak RM10 Ribu bagi pemilik unit rumah yang musnah sepenuhnya. Manakala rumah yang separa musnah pula, diberikan RM5 Ribu. Penyewa rumah yang menetap di dua kawasan terbabit turut diberikan bantuan awal sebanyak RM5 Ribu daripada Kerajaan Persekutuan. Pada ketika itu, cerapan awal yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kerja Raya berkenaan nilai kerugian kerosakan kediaman dianggarkan berjumlah RM65.4 Juta dan ini tidak termasuk operasi-operasi perkilangan, industri, perniagaan yang terjejas akibat daripada insiden terbabit.
Selepas keadaan awal berjaya distabilkan, keperluan penduduk-penduduk dilengkapkan atas usaha koordinasi oleh Pejabat Daerah Petaling dengan bantuan pasukannya Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan bantuan awal daripada syarikat swasta seperti Airbnb yang menawarkan penempatan percuma selama sebulan, bantuan kenderaan daripada Cherry dan Carro yang memberikan kenderaan percuma kepada mangsa-mangsa kereta..yang mangsa-mangsa dan kereta mereka terbakar. Alhamdulillah dua hari pertama keadaan berjaya distabilkan. Selepas itu, keutamaan yang diberikan
perhatian adalah pertama, Proses Pemulihan yang harus bermula dalam usaha itu telah dipertanggungjawabkan kepada YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pun UPEN. Usaha ini akan melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Kerja Raya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan beberapa agensi lain seperti Syarikat Perumahan Negara.
Pada masa yang sama keutamaan pentadbiran ini adalah untuk mencari sebab dan punca yang membawa kepada insiden itu iaitu sektor siasatan dan bagi menjamin proses siasatan itu dijalankan secara komprehensif dan telus tanpa memihak kepada mana-mana pihak setelah memberikan ruang sepenuhnya kepada siasatan untuk dijalankan dengan terbahagi kepada dua skop elemen sebagaimana yang dipersetujui oleh jabatan-jabatan dan agensi yang bermesyuarat:
a) Aspek jenayah yang melibatkan skop kecuaian mahupun tindakan sabotaj mahupun khianat yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia; dan
b) Aspek teknikal bagi memenuhi keutuhan paip gas keadaan tanah dan geologi kawasan keutuhan sistem saluran paip gas dan faktor-faktor luar yang mungkin menyebabkan insiden letupan ini yang diketuai oleh Department DOSH.
Tuan Speaker, proses ini bermula seawal hari ketiga selepas kejadian dan saya telah pun mengumumkan perkara ini pada 3 April 2025. Sementara proses siasatan ini berjalan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemulihan Putra Heights telah memulakan proses pembinaan semula kawasan yang terkesan. Saya sendiri telah bertemu dengan Menteri KPKT, Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming bersama pasukan di Selangor serta Kementerian KPKT dan jabatan-jabatan dan agensi terbabit. Alhamdulillah selepas beberapa sesi libat urus dalam tempoh yang singkat Kerajaan Negeri berterima kasih dengan Jemaah Menteri yang telah meluluskan pembinaan semula serta baik pulih rumah-rumah dengan peruntukan RM40 Juta.
Tambahan kepada itu, RM6 Juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memperbaiki infrastruktur awam yang akan dikelolakan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya. Dana ini merangkumi pembinaan rumah dan struktur rosak dari..yang..daripada 40% yang meliputi 81 unit yang telah dikenal pasti di bawah kategori ini yang musnah sepenuhnya atau pun boleh dianggap sebagai total lost. Baki 138 unit rumah yang mengalami kerosakan kepada struktur kurang daripada 40% atau pun kerosakan skala kecil dan sederhana. Bagi rumah-rumah yang musnah sepenuhnya kos siling pembaikan rumah telah ditetapkan pada kadar RM300 Ribu dan bagi rumah separa musnah pula kos siling yang ditetapkan adalah RM150 Ribu.
Manakala bagi 57 unit rumah yang tidak mengalami kerosakan kepada struktur untuk memerlukan pembaikan berskala kecil telah ditetapkan kos silingnya sebanyak RM30 Ribu bagi setiap pemilik mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya. Disebabkan usaha ini harus disiapkan dengan segera, Jemaah Menteri telah memutuskan Sime Darby Properties selaku pemaju asal Taman Putra Harmoni diberikan tanggungjawab untuk membina semula, membaiki rumah-rumah di kawasan Putra Harmoni kerana mereka merupakan master developer yang mempunyai pelan rancangan, pelan struktur, pelan bangunan dan pelbagai maklumat-maklumat yang diperlukan supaya maklumat-maklumat dan tindakan pantas dapat diambil dengan lebih segera.
Selain itu, Syarikat Perumahan Negara Berhad di bawah KPKT telah ditanggungjawabkan untuk membaik pulih rumah-rumah di Kampung Kuala Sungai Baru dan kesemua kerja-kerja ini telah diberikan ruang untuk berjalan mulai 1 Mei 2025 iaitu sebulan selepas peristiwa itu berlaku. Bagi pembinaan dan pembaikan rumah-rumah Kampung Kuala Sungai Baru, pihak SPNB menjangkakan proses ini akan siap pada Oktober 2025 manakala Sime Darby Properties yang ditugaskan untuk membina Taman Putra Harmoni diberikan tempoh 24 bulan iaitu pada Jun 2027. Setakat ini berdasarkan unit ujian UPE sebanyak 3 unit akan dibina semula manakala 46 unit akan dibaiki dan baki 46 unit sedang dalam proses akhir ujian titik retak dan struktur ini bagi Taman Putra Harmoni bagi Kampung Kuala Sungai Baru pula sebanyak 17 unit yang terlibat dan lain-lain unit ini 11 unit akan dibina semula dan 6 unit akan dibaik pulih.
Kesemua usaha pembinaan telah berjalan dan berada dalam jadual asal iaitu sekitar 22% sehingga 24% daripada keseluruhan proses pemulihan yang perlu dilaksanakan. Bagi Taman Putra Harmoni sebanyak RM458,440.50 telah diterima daripada penduduk telah diterima daripada penduduk manakala penduduk Kampung Kuala Sungai Baru pula telah memfailkan tuntutan sebanyak RM884,934.00. Bagi penduduk telah diberikan ruang sehingga 27 Oktober 2025 untuk menyampaikan dokumen-dokumen tuntutan. Selepas penilaian yang dilaksanakan Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada KPKT supaya kos siling baik pulih rumah yang ditingkatkan atau pun tuntutan-tuntutan daripada RM30 Ribu tadi kepada RM60 Ribu dengan mengambil kira kos jubin,bumbung dan penukaran kelengkapan seperti tangki-tangki air. Ini adalah melibatkan unit-unit yang memerlukan baik pulih dan kemudian tuntutan dibuat di pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya yang memerlukan pembinaan semula kita telah tetapkan siling sebagaimana yang saya sebutkan tadi.
Di samping itu, Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan wang sewa rumah sebanyak RM6 Ribu untuk tempoh 3 bulan kepada 455 keluarga dengan peruntukan sebanyak RM2.73 Juta. Kita dalam proses akhir, untuk menetapkan penduduk-penduduk yang
belum dapat menduduki rumah masing-masing supaya diberikan bantuan wang sewa tambahan dan ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat iaitu pada bulan Julai ini sebelum masuk ke bulan Ogos 2025. Selain itu, Kerajaan Negeri memberikan fasiliti cetakan geran baru secara percuma kepada penduduk-penduduk yang hilang geran rumah akibat kebakaran yang berlaku. Malah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah menyumbang RM1 Ribu diikuti RM200.00 daripada seluruh Ahli Dewan Negeri, RM100.00 daripada Ahli-Ahli Majlis, RM50.00 daripada pegawai-pegawai pentadbiran gred 48 dan daripada jumlah keseluruhan itu sumbangan keseluruhan adalah sebanyak RM102.50 yang telah diterima oleh Tabung Selangor Bangkit. Malah sebanyak 265 pelajar telah diberikan bantuan awal sebanyak RM500.00 daripada anak syarikat negeri iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated disamping bantuan-bantuan lain yang telah diberikan oleh pihak swasta seperti daripada Berjaya, seperti daripada AMDEC dan pelbagai pihak-pihak lain yang saya akan jawab dalam soalan ke-37 secara terperinci dalam sesi Dewan ini.
Aspek seterusnya yang saya ingin terangkan ialah respons Kerajaan Negeri berkenaan siasatan. Ada 4 agensi yang terlibat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ataupun JKKP juga dikenali sebagai DOSH Jabatan Mineral dan GeoSains (GMG) dan Jabatan Kerja Raya. Seperti yang saya jelaskan di peringkat awal aspek siasatan yang dijalankan oleh 4 agensi utama ini serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berkait dengan aspek jenayah iaitu sabotaj atau pun kecuaian-kecuaian teknikal. Setelah menyoal lebih 200 saksi yang melibatkan secara spesifik sebenarnya 212 saksi pihak polis telah mendapati bahawa isu ini tidak disebabkan oleh tindakan-tindakan jenayah dari segi proses penilaian daripada GMG mereka telah melaksanakan siasatan berdasarkan geo morfologi persekitaran ground zero. Geo morfologi ini merangkumi kajian dan analisa tanah semula jadi, evolusi tanah mengikut perubahan masa, impak cuaca serta kemungkinan mendapan atau pun hakisan tanah.
Tanah tersebut didapati mempunyai beberapa lapisan seperti granit, clay, silt, sand, dk wood serta loose soil serta paras air tanah atau pun water table di kedalaman 3.2m sehingga 3.7m. GMG mendapati bahawa faktor yang menyebabkan mendapan tanah sehingga 24.3cm dalam tempoh 25 tahun yang lepas iaitu sejak tahun 2000 apabila paip loop 36m ini ditauliahkan. Kesan mendapan tanah menyebabkan berlakunya pergerakan kepada paip gas sebanyak 15.9cm dan dapat dibuktikan dengan pensampelan yang menunjukkan Fatik dalam struktur paip atau pun kita boleh melihat herotan-herotan terutama di titik yang berlakunya kebocoran yang kemudian menyebabkan ledakan dan kebakaran yang mencecah degree kepanasan atau pun tahap kepanasan 1000 ºC dan memberi kesan kepada 325m radius kawasan sekitarnya. Kawasan ground zero secara aslinya merupakan kawasan lembah dan mempunyai alur sungai semula jadi yang
mengalir merentasi dari arah barat ke timur. Ini membawa kepada tanah di bawah permukaan berada di zon tepu air dan sumber air bawah tanah semula jadi menjadi kawasan resapan air dan bertakung. Menurut GMG keadaan ini telah menyebabkan pengurangan keupayaan tanah tersebut untuk menampung saluran paip gas Malaysia, Paip Gas Berhad ataupun PGB. Di pihak JKKP pula mendapan tanah ini telah menyebabkan tekanan berulang yang disebut sebagai cyclic loading meningkatkan tekanan daripada kemampuan paip untuk bertahan. Dari segi spesifikasi paip yang dipasang oleh Petronas Gas Berhad ataupun PGB, DOSH mengesahkan bahawa paip tersebut menepati spesifikasi yang diperlukan. Bagaimana pula letupan ini boleh berlaku? Antara faktor lain yang diperlukan daripada kebocoran paip yang disebabkan oleh pengulangan cyclic loading adalah spark ataupun letusan. Iaitu perkara yang boleh mencetuskan kebakaran tersebut. Menurut Bomba geseran logam paip telah mencetuskan api yang kemudiannya meledak sehingga tahap yang tertinggi sehingga 30 meter dianggarkan. Sudah pasti terdapat beberapa tanggapan dan pandangan apa yang sebenarnya menyebabkan tanah-tanah tersebut mengakibatkan paip tersebut tidak dapat bertahan. Ada yang menyebutkan ada excavator yang membuat kerja pengorekan telah mengorek dan terkena paip gas dan kemudiannya berlaku letusan. Menurut siasatan polis mengesahkan GMG serta DOSH juga mengesahkan kerja-kerja di atas tanah tidak menyebabkan isu kepada paip kepada paip gas kerana paip saliran monsun yang duduk di atas paip gas tidak terkesan dan masih lagi intact. Untuk maklumat Yang Berhormat semua daripada dapatan siasatan paip-paip gas Petronas yang ditanam dengan kedalaman lebih kurang enam meter itu mempunyai slap ataupun mempunyai satu lapisan konkrit yang diletakkan di atas untuk memastikan keselamatan paip-paip itu terkesan daripada aktiviti-aktiviti manusia. Maknanya sebarang pengorekan, letusan-letusan di atas tanah boleh dihalang dalam kedalaman dua ke tiga meter dan tiga meter lagi adalah daripada tekanan-tekanan tanah. Sudah pasti akan bertanya mengapa pembinaan paip monsun tersebut diluluskan dengan izin paip gas. Mengikut semakan saya dengan Pihak Berkuasa Tempatan taman perumahan dan pembinaan, taman perumahan dan pembinaan paip monsun yang berukuran 4.2 meter dari segi diameter dijalankan pada tahun 2008 dan 2009 iaitu sebelum penubuhan pusat unit setempat pada tahun 2010. Namun secara asasnya setiap pembangunan atau pembinaan yang melibatkan kawasan izin. Satu lagi perkara yang harus saya jelaskan iaitu berkenaan ROW ataupun Right Of Way Petronas. Right of way bermaksud sebidang tanah kerajaan yang mempunyai talian paip gas harus diberikan keutamaan kepada Petronas daripada segi pembinaan iaitu pembinaan paip-paip tersebut laluan ataupun sebarang kerja yang ingin dilaksanakan haruslah mendapat permohonan terlebih dahulu bagi kelulusan Petronas itu dalam kes-kes yang disebut sebagai right of way. Bagi kes di kawasan sekitar Putera High pula meskipun secara umum orang menyebut bahawa kawasan di antara Taman Putera Harmoni, Kampung Kuala Sungai Baru sebagai right of way namun secara tepatnya saya mengesahkan tanah itu bukan milik kerajaan tetapi adalah milik
Petronas Gas Berhad sendiri dan tanah hak milik persendirian iaitu milik Petronas. Jadi saya merujuk kepada beberapa dakwaan termasuk pemaju sekitar yang dinamakan Hong Dan Hong Homes yang bina rumah kedai dan membuat kerja tanpa kebenaran kawasan seliaan PJB dan juga pemaju sebenarnya telah memohon dan menerima kebenaran daripada Petronas pada 20 Mac 2025 untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan untuk membina saluran sewage ataupun kumbahan. PGB juga menghendaki pihak pemaju untuk menepati syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh Petronas dalam mesyuarat pra kerja sebelum permit-permit kerja dikeluarkan. Seterusnya merujuk kepada pihak Majlis tidak menepati kriteria apabila meluluskan kebenaran merancang apabila melibatkan kawasan seliaan Petronas dan berkompromi zon penampan ataupun buffer zone. Zon penampan yang telah ditetapkan oleh Petronas Gas Berhad adalah 60 kaki di kawasan Putera High ini zon penampannya adalah sebanyak 66 kaki iaitu mempunyai 6 kaki lebih daripada syarat yang telah ditetapkan. Justeru, saya ingin mengesahkan daripada laporan siasatan yang telah diberikan dan sebab itu pihak polis menyebutkan tidak ada negligence ataupun kecuaian ini dapatan pihak polis termasuk pihak-pihak terbabit setelah disoal siasat bahawa seluruh aktiviti-aktiviti yang diambil dan seluruh gambar yang telah dipamerkan dan ditontonkan kepada public dan awam sama ada daripada orang awam, rakyat dan masyarakat telah disiasat. Pihak polis bukan hanya menyiasat gambar tersebut, kita turut memanggil sumber-sumber yang mengambil gambar tersebut dan menyemak kembali dengan data-data dan maklumat yang telah diberikan dan semuanya adalah berdasarkan kepada kebenaran-kebenaran yang telah diberikan termasuk daripada tuan tanah untuk pembinaan-pembinaan tersebut malahan saya boleh sebutkan tapak titik letusan itu berada jarak yang lebih jauh lebih kurang 30 hingga 60 meter daripada tapak-tapak kerja yang telah ditetapkan. Tidak ada sebarang perkara yang perlu kami dilindungi dan tutup untuk perkara tersebut. Justeru saya umumkan bahawa pasukan teknikal akan mengumumkan siasatan dan kita akan menyediakan satu Jawatankuasa pula di kalangan tujuh pakar. Saya akan minta pihak pembangkang untuk menamakan dua pakar dalam pasukan ini supaya menyemak balik laporan tersebut memastikan adakah laporan-laporan itu betul ataupun kekurangan-kekurangan yang perlu dibuat ataupun kekurangan-kekurangan yang perlu digembleng untuk dicari siapakah yang patut bertanggungjawab terhadap tapak dan juga punca letusan tersebut. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian manakala pihak kerajaan negeri juga bersedia menerbitkan keseluruhan laporan yang sekarang kita sedang kumpulkan kerana ia melibatkan jabatan-jabatan. Dalam tempoh dua minggu daripada berakhir Dewan ini saya yakin cetakan akan disiapkan dan kita akan berikan dulu kepada penduduk di kawasan sekitar sana dan termasuk seluruh Ahli Dewan dan mereka yang berminat untuk mengkaji hal ini selain membenarkan tujuh orang pakar yang kita akan lantik dalam Jawatankuasa Khas supaya kita dapat meneliti laporan ini dengan lebih luas dan pihak kerajaan negeri dan kepimpinan negeri sekalipun serasa ingin memastikan siapa yang patutnya
bertanggungjawab dan bagaimana kita menangani perkara-perkara ini pada masa hadapan. Sebab itu hal ini saya bukakan dua sesi dalam sidang ini iaitu sesi semalam supaya tuan-tuan boleh bertanya sendiri dengan mereka yang menyiasat ataupun bertanya sendiri dengan pasukan siasatan, polis, GMG dan juga pihak-pihak terbabit mungkin ada pengetahuan-pengetahuan teknikal dalam bidang engineering ataupun kejuruteraan di kalangan Ahli-Ahli Dewan yang boleh bertanyakan soalan-soalan kritikal tersebut dan boleh dibentangkan ataupun dibawa untuk siasatan-siasatan pada masa hadapan. Seterusnya kita juga meneliti sebelum ini telah berlaku satu kes yang hampir sama iaitu di Long Ugui Lawas yang melibatkan Sabah dan Sarawak paip gas pada November 2022. Walaupun berlaku di kawasan tengah hutan dan ia telah mengakibatkan satu kehilangan nyawa mangsa tapi kita bersyukur kepada Allah s.w.t. walaupun dalam kepadatan penduduk di Kampung Sungai Kuala Sungai Baru, Di Kampung Putera Harmoni, Alhamdulillah walaupun ada yang tercedera ada yang sampai ke tahap kedua, ketiga kebakaran tetapi kita dapati tidak ada mangsa yang meninggal dunia dan kita wajar bersyukur atas maklumat tersebut. Ahli Yang Berhormat sekalian untuk di masa depan bagaimana sudah pasti kita sedang menerima kita melihat ada cadangan-cadangan yang dikeluarkan oleh pihak siasatan iaitu dari pihak JKKP kepada pihak kerajaan negeri. Empat cadangan atau lima cadangan itu sedang diteliti dan kita juga akan melihat balik cadangan-cadangan yang akan dikeluarkan oleh tujuh pakar nanti yang kita berikan masa perlu masa tiga bulan saya rasa maksimum satu bulan sudah cukup untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri kepada pihak Petronas dan semua pihak terbabit. Pihak kerajaan negeri sudah pasti untuk melihat dasar, pihak berkuasa tempatan untuk menambah nilai apakah nilai-nilai tambah untuk kerja-kerja terbabit dan untuk pihak pemunya paip gas seperti Gas Malaysia ataupun Petronas Gas melihat kepada tambahan-tambahan maklumat ada seperti faktor dan kawasan sekeliling tanah dan juga situasi-situasi yang melibatkan isu-isu tanah kerana dua kes yang berlaku sebelum ini memang disebabkan oleh faktor tanah yang telah menyebabkan kebakaran itu berlaku. Terima kasih Speaker atas masa yang telah diberikan dan InsyaAllah kita akan bahaskan dengan terbuka. Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa kita tidak akan ada sikap untuk melindungi ataupun menutup sebarang apa-apa yang berlaku kerana ini adalah rasa kebertanggungjawaban. Dan sebab itu apabila ada permintaan untuk mengadakan sidang tergempar saya telah sebutkan seawal respons bahawa kita harus berbincang dalam sesi Julai ataupun sesi Jun sesi kedua ini selepas siasatan dilengkapkan dan kebetulan siasatan lengkap betul-betul pada tanggal 26 Julai, 26 Jun dan 30hb Jun dibentangkan dan saya ingin memberikan ruang untuk didengari tapi malang ada Ahli-Ahli Dewan yang tidak mahu mendengar dan seterusnya ingin datang ke Dewan ini dengan ada rasa kecurigaan yang tinggi seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab, memandang remeh tetapi buktinya seawal 2.10minit pertama seluruh jentera kerajaan turun, Duli Yang Maha Mulia turun pada hari yang ketiga dan keempat, Perdana Menteri dan seluruh EXCO Kerajaan Negeri dan pasukan terbabit turun pada
hari pertama dan menjadi trend dan juga track record kerajaan negeri pembentangan kesah-kesah kes-kes yang berlaku. Ini kita bentangkan kali kedua. Kali pertama ialah tentang runtuhan di Batang Kali. Kita juga turut terbitkan laporan itu kepada awam walaupun ada ketidak puashatiannya dan ini adalah sikap kita yang telus dan terbuka kerana tidak ada fear dan favour kepada mana-mana kerana kita ingin pastikan kebenaran dapat diterjemahkan dan yang paling penting pihak kerajaan negeri pihak PBT dapat melaporkan ataupun melakukan tindakan-tindakan susulan bagi memastikan peristiwa ini tidak berulang dan menyebabkan mangsa-mangsa serta masalah yang besar berlaku. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih kepada Dato’ Seri Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian penerangan telah pun diberikan, saya buka untuk perbahasan. Taman Medan. Yang Berhormat Taman Medan silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar atas penerangan yang telah diberikan kepada Dewan yang mulia ini. Kami daripada peringkat perikatan nasional pastinya memandang serius dan ingin membawa suara rakyat di luar sana ke dalam Dewan ini tentang isu insiden Putera Heights. Kita tahu insiden ini berlaku pada 1 April pada Hari Raya yang kedua ketika majoriti masyarakat umum pada ketika itu sedang berehat pada pagi itu jam 8.00 pagi tiba-tiba kita lihat ada letupan berlaku dan viral di Tik Tok dan sebagainya sehinggalah kita tahu insiden itu berlaku melibatkan kemusnahan yang besar. Dan Perikatan Nasional pastinya respons yang kita berikan ini bukan hanya kerana kita nak membawa soal kecurigaan tetapi yang curiga itu rakyat. Kita dapat lihat respons rakyat apabila laporan awal dikeluarkan. Semua majoritinya menolak bukan hanya daripada peringkat Perikatan Nasional bahkan Ahli Parlimen Puchong sendiri juga menolak laporan ini. Mereka sendiri tidak dapat mendengar dan tidak dapat melihat ketelusan dan keyakinan yang ingin diberikan kerajaan negeri oleh Menteri Besar tentang insiden ini. Kita dapat lihat respons Menteri Besar pada hari pertama betul Menteri Besar turun. Tapi Menteri Besar tanya excavator kat mana? Respons itu dilihat tidak serius, tidak menunjukkan empati kepada isu yang rakyat sedang hadapi pada ketika itu. Sebab itu, apabila saya diminta dihubungi oleh penduduk-penduduk di Kampung Kuala Sungai Baru dan sebahagiannya di Taman Putra Harmoni untuk membawa rayuan rakyat ini buat julung kali pertama kalinya Dewan Negeri menerima rayuan rakyat untuk dibahaskan dalam dewan ini. Malangnya ditolak, saya telah dapatkan komitmen daripada Speaker untuk saya bacakan tentang rayuan ini. Apa yang mereka minta. Rayuan mendesak Dewan Negeri Selangor membahaskan tragedi letupan gas Putra High pada sidang yang bermula pada 7 Julai 2025. Kami rakyat prihatin termasuk penduduk, pemilik premis dan pengguna jalan raya di Putra High dengan penuh rasa tanggungjawab memohon agar Dewan Negeri Selangor segera membahaskan tragedi letupan gas yang berlaku pada 1
April 2025. Satu insiden yang menggemparkan, mencederakan awam merosakkan harta benda dan menimbulkan ketakutan besar dalam kalangan penduduk. Tragedi letupan gas ini berlaku jam 8.08 pagi, 1 April 2025 yang melibatkan paip gas bertekanan tinggi milik syarikat Petronas. Insiden ini telah mengakibatkan kecederaan, kerosakan rumah dan premis perniagaan. Laporan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Malaysia (JKKP) pada 30 Jun menyatakan punca letupan adalah kesan mendapan tanah tanpa sebarang elemen kecuaian. Pada hemat kami, laporan tersebut gagal menjawab persoalan sebenar mengapa tragedi ini berlaku. Kami menolak alasan teknikal dari pihak Kerajaan Negeri yang sekadar menyalahkan pergerakan tanah. Kami mendesak ketelusan, kami menuntut keadilan, rakyat berhak tahu jika wujud kecuaian, kelalaian atau kegagalan penguatkuasaan. Dengan ini, kami merayu agar insiden ini dibahaskan secara terbuka dalam Sidang Dewan Negeri Selangor pada 7 Julai 2025. Saya nak beri sedikit konteks. Kenapa respons itu jadi seperti ini pada hari ini. Kenapa tiba-tiba
Kita dalam perbahasan.
Ya, kenapa kita tiba-tiba, Menteri Besar memaklumkan melalui Speaker bahawa ada satu penerangan yang akan diberikan kepada Ahli Dewan. Yang Berhormat, insiden berlaku pada 1hb April. 16 April, 1 taklimat dipanggil oleh Kerajaan Negeri. Ada libatkan ADUN-ADUN Perikatan Nasional?. Tak ada. Jemputan dibuat kepada Penyelaras DUN untuk datang mendengar taklimat. Tak dilibatkan Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional. 4 Julai, kita masukkan rayuan hantar pada Dewan Negeri. Kemudian Yang Berhormat Hulu Kelang hantar usul tergempar pada 4 Julai, malam itu barulah kita dapat surat satu taklimat khas tertutup akan dilaksanakan pada semalam yang akan dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar. Kenapa begitu lama? Kenapa persepsi itu?. Bukan kami wujudkan, persepsi itu adalah tindak balas daripada Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar tahu sehari awal pertama kejadian kita telah hubungi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar melalui kenyataan umum daripada Yang Berhormat Hulu Kelang supaya sidang khas dibuat, supaya satu ketelusan dipamerkan kerana kita bukan nak salahkan siapa-siapa, tetapi rakyat di luar sana berhak tahu. Kita tidak mahu nanti yang menjadi masalah adalah keselamatan rakyat. Kita tidak mahu nanti ancaman ini akan terus wujud dalam negeri Selangor. Kerana ini melibatkan soal nyawa, soal keselamatan aset dan juga keselamatan premis dan rumah. Hal ini 400 lebih keluarga terlibat, rumah rosak, kenderaan rosak, terpaksa pindah. Mereka berhadapan dengan trauma. Baru ini saya turun, berjumpa dengan penduduk-penduduk yang terlibat. Sebahagian besar dah sewa di tempat lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Tetapi mereka maklum mereka pun dah tak berani nak balik ke kawasan ini. Ini persoalan-persoalan yang timbul hari ini Yang Berhormat. Kami timbulkan ini bukan kerana kita nak ambil political point, bukan. Ini adalah isu kemaslahatan rakyat Negeri Selangor yang berhak untuk kita bahaskan secara terbuka di dalam Dewan Negeri ini. Yang Berhormat, sebut tentang pergerakan
tanah. Laporan yang disediakan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia yang kita semua dapat ini terus zoom in kepada pergerakan tanah. Terus zoom in kepada soal kegagalan paip itu akibat daripada pergerakan tanah. Tetapi kesimpulan menyebut juga tentang aktiviti anthropogenic mengubah topografi asal. Kita tahu pipeline Petronas ini dibina di atas tanah yang pada ketika itu hanya ada Kampung Kuala Sungai Baru. Taman Putera Harmoni tak wujud lagi. Berapa tahun lepas dibina paip gas ini, barulah Taman Putera Harmoni yang mana tanah ini dimiliki oleh Sime Darby, jiran kepada paip gas ini, mereka bangunkan perumahan. Itu anthropogenic, perubahan di atas topografi tanah, yang kemudiannya kalau kita lihat pada kesimpulan ini, ada cyclic loading yang menyebabkan tension yang menyebabkan paip ini pecah. Kalau mengikut laporan ini. Jadi kita tak akan boleh nak tengok sampai ke situ Yang Berhormat. Tak akan kita dalam Dewan ini, laporan ini hanya menyalahkan alam. Walhal kita tahu, Sime Darby yang membangunkan kawasan ini. Petronas yang bertanggungjawab menjaga paip ini. Kemudian datang pula Syarikat Hong and Hong Homes yang bina pula kedai, parking di sebelah paip gas ini juga. Dalam masa yang sama, kita tahu tadi Yang Berhormat sebut tentang R.O.W. bahawa ada aktiviti pengorekan untuk membina, apa kata kita panggil utiliti, kumbahan. IWK yang merentas paip ini. Yang Berhormat, saya bukan orang teknikal, tetapi baik saya mengaku, we are not perfect, we are human being. Kita kena terima, kalau kita cuai, kita kena terima, kita cuai. Kalau Kerajaan Negeri cuai, Kerajaan Negeri kena terima Kerajaan Negeri cuai. Kalau PBT cuai, kita kena terima PBT cuai. Sebab, kelulusan diberikan oleh KUSEL kepada syarikat untuk buat IWK ini. Itu maklumat yang kita dapat. Surat yang kita tengok kelulusan diberikan oleh KUSEL. Mapping dibuat, kita nak tahu mapping ini sampai tahap mana. Adakah dia tahu ada pergerakan tanah. Adakah dilaporkan kepada Petronas bahawa kawasan ini.
Taman Medan boleh saya cakap.
Baik-baik, bagi. You tahu?
Bagi saya celah.
You tahu?. You tak tahu?
Saya tahu macam mana nak jawab kepada kamu.
Tak apa, tak apa. Bagi EXCO jawab, bagi Menteri Besar jawab.
This is the problem with you all. Semalam ada taklimat tetapi tak nak datang. All this our already answered. This is problem with you all.
Speaker boleh urus ini Speaker? Tolong. urus Speaker.
Okay, teruskan Yang Berhormat Taman Medan.
Tak apa, tak apa. No, saya boleh jawab kenapa kita tak nak datang. Kita nak jawab, sebab masa kami tunggu dekat bawah, kami tengok Menteri Besar pun tak datang. Menteri Besar, dengar-dengar dulu, you nak dengar kan? Okay, kita dah minta supaya ini dibuat secara terbuka daripada awal. Kenapa nak ada taklimat tertutup dan taklimat tertutup itu sepatutnya dipengerusikan oleh Menteri Besar.
Apa yang tak terbuka ini. All is in the paper, everything has been given transparent to you.
Sebelum itu ada taklimat, sebelum ada taklimat tak panggil. Sudahlah.
What else you want.
Sudahlah.
You are coward. Don’t want to come then now you talking a lot.
You, Yang Berhormat Kota Kemuning tarik balik coward.
Speaker apa ini perangai macam ini.
Kota Kemuning boleh duduk.
Kalau kita coward, kita tak duduk sini, bincang benda ini. You are the one coward. Buat taklimat tertutup coward.
Kota Kemuning.
Pengecut, penakut.
Tak nak datang, tak nak dengar fakta.
You tarik balik.
What you want to do?.
We are talking about the people here
Kota Kemuning sila duduk. Teruskan, Taman Medan teruskan.
Apa perangai Speaker, tak ada adab macam ini.
Jangan bagi, Kota Kemuning sila duduk.
Saya nak dia tarik balik dulu Speaker.
Teruskan.
Tarik balik dulu Speaker.
Kota Kemuning.
Saya minta dia tarik balik Speaker.
Tarik balik, alright.
Okay, teruskan Taman Medan.
Terima kasih Kota Kemuning.
Saya tanya soalan you melompat fasal apa? Saya tanya soalan, Menteri Besar senyum je, dia boleh jawab. Saya yakin dia boleh jawab. Cuma dia boleh yakinkan kami atau tidak, itu perkara nombor dua. Kita nak dia jawab dulu. Sebab yang kami bangkitkan ini Yang Berhormat Kota Kemuning, orang Taman Putra Harmoni bukan jumpa Yang Berhormat Kota Kemuning sahaja. Orang Taman Putra Harmoni pun jumpa kami juga. Orang Kampung Kuala Sungai Baru pun jumpa kami juga. Kami tanya ini supaya boleh jawab di luar. What are we doing here, we assisting the state government untuk jawab. Yakinkan rakyat, yakinkan penduduk.
You’re not assisting.
Yakinkan penduduk. Yakinkan Ahli Parlimen Puchong.
You are making speculation.
Yang Berhormat Ahli Parlimen Puchong pun tak yakin kepada laporan ini. Bukan kami sahaja tak yakin. So, jadi Yang Berhormat, chill. Bagi kami tanya soalan. Nanti Yang Berhormat bahas. Boleh? Jadi, Yang Berhormat, sila.
Terima kasih Taman Medan. Saya dah dengar dengan teliti penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Besar tadi. Saya sangat berminat dengan satu perkataan Yang Berhormat sebut tadi, zon penampan. Yang Berhormat beritahu tanah itu adalah tanah milik Petronas dan apabila permohonan dibuat untuk utiliti kumbahan masuk, Yang Berhormat maklumkan bahawa zon penampan di situ adalah 66 kaki. Saya nak maklum kepada Yang Berhormat, 66 kaki adalah bersamaan dengan satu rantai. Semua zon-zon penampan saya sempat google sebentar, zon penampan dan dalam google juga maklumkan bahawasanya zon penampan untuk utiliti sama ada gas atau TNB sekalipun adalah satu rantai sebelah kanan dan satu rantai sebelah kiri bersamaan dengan 20 meter atau 65 perpuluhan something kaki. Tetapi tiba-tiba apabila permohonan untuk buat utiliti di dalam situ, Yang Berhormat maklumkan bahawa tadi Petronas maklumkan zon penampan dia tiba-tiba jadi kecil. 60 kaki dan membenarkan 6 kaki lagi untuk dijadikan, untuk dibenarkan utiliti masuk yang berkemungkinan disebabkan aktiviti utiliti itu boleh menyumbang kepada pergerakan tanah, yang saya nak tanya siapa yang buat keputusan yang memutuskan zon penampan daripada 66 kaki standard satu Malaysia untuk utiliti termasuk TNB boleh berkurang 6 kaki kepada 60 kaki. Ini keputusan siapa, yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Saya masukkan soalan-soalan itu dalam ucapan saya juga. Yang Berhormat saya nak bagi sedikit semula gambaran bahawa paip ini laluan paip ini di tengah. Kita ada Sime Darby buat Taman Putra Harmoni sebelah, kita ada Hong and Hong buat rumah kedai. Kalau dia tak berlaku berdekatan situ dia tak timbul kerisauan. Betul ke Hong and Hong ini buat. Kerana kita pun dengar Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat Dato’ Seri pun dengar pada hari pertama kejadian, bila saya turun ke Kampung Kuala Sungai Baru pada petang itu. Semua rata-rata penduduk menyalahkan Hong and Hong yang membuat projek di situ. Saya kata saya pun tak tahu. Kita tunggu hasil siasatan. We be fair. Tetapi inilah gambaran dan apa yang berlaku daripada laporan ini yang memang dinantikan oleh semua, bukan hanya oleh kami Perikatan Nasional, dinantikan oleh rakyat, dinantikan oleh syarikat-syarikat yang terlibat, dinantikan oleh penguat kuasa, dinantikan oleh semua. Laporan ini memberikan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Ini yang keresahan kami dan kami bukannya tidak mahu terlibat daripada awal, daripada awal kami minta. Tetapi daripada awal juga kami tidak dilibatkan sehinggakan kami juga
curiga pada Kerajaan Negeri. Kenapa daripada awal tak nak libatkan kami. Dah hujung-hujung last minute, masa kecederaan baru nak jemput kami datang masuk jadi substitute main, tak bolehlah Yang Berhormat. Kalau dari awal, kerani kami daripada awal, sehari pertama Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah memberikan pandangan, telah memberikan bagaimana approach yang harus diambil kerana kita tahu Kerajaan Negeri Selangor ini atas prinsip kebertanggungjawaban, akauntabiliti, ketelusan itu bukan bermula daripada zaman Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar sekarang, dimulakan daripada sebelum itu lagi. Ini sepatutnya menjadi trend kita di negeri Selangor. Bahkan itu juga prinsip yang harus menjadi kepada mana-mana kerajaan yang akan datang selepas ini di negeri Selangor. Sebab itu kita minta daripada awal lagi dilibatkan tetapi tak ada berlaku dan Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, maklumat yang kita terima ini datang daripada pelbagai pihak. Bukan hanya daripada pihak penduduk, tetapi juga daripada pihak-pihak jabatan kerajaan ini dan concern kita adalah ini bukan hanya melibatkan apa yang berlaku di Putra Heights sahaja. Ada 2,600 kilometer paip ini. Tadi Yang Berhormat sebut di Sabah ke di Sarawak pernah berlaku. Kita ada beberapa kawasan berkepadatan penduduk tinggi yang ada di sepanjang paip gas ini dan apa juga development yang akan berlangsung selepas ini harus merujuk kepada perkara ini, laporan ini. Kalau kita hanya melaporkan, oh kita serahkanlah pada takdir kerana tanah bergerak begitu. Problem Yang Berhormat. Macam mana kita nak rancang penguatkuasaan kita, macam mana kita nak rancang planning kita. Macam mana kita nak berikan kebenaran merancang selepas ini, macam mana kita
Taman Medan ada banyak lagi ke nak sambung
Ada banyak lagi.
Saya bagi ruang 5 minit selepas kita berehat.
10 minit.
5 minit.
Tadi Kota Kemuning kacau.
Ini tadi dah 10 minit ya tadi. Okay sabar. Ok.
Baik.
Sila duduk Taman Medan. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya ingin mengambil perhatian ke sini, sekali lagi dijemput Yang Berhormat ke Sesi Mesej bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di Dewan Jamuan, Wisma Dewan Negeri Selangor. Terbuka. Ahli-
Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari. Mesyuarat akan bersambung semula pada jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Sidang Dewan bersambung semula. Saya menjemput Yang Berhormat Taman Medan untuk sambung, 5 minit lagi ye.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Ahli sidang Dewan, saya sambung sedikit perbahasan saya daripada pagi tadi tentang penerangan insiden letupan paip gas Putra Heights. Persoalan yang kita timbulkan adalah kerana laporan-laporan ini tidak meyakinkan kita. Ini asas utama kenapa kita timbulkan perkara ini dan kenapa kita berada di Dewan ini pada hari ini. Walaupun sebenarnya kita merasakan Kerajaan Negeri sebenarnya daripada awal mempunyai peluang yang cukup besar untuk memberikan ruang dan peluang kepada semua pihak yang berkepentingan untuk terlibat sama dalam memastikan ketelusan dan juga ke pertanggungjawaban dalam menguruskan soal insiden ini.
Seperti yang saya sebut tadi, tidak cukup kalau kita hanya lihat pada laporan ini terhenti kepada kerana pergerakan tanah sahaja kerana kalau kita lihat kesimpulannya kesan antropogenik yang mengubah topografi asal tanah itu menjadi antara punca kepada pergerakan ini. Sebab itu kita hendak tahu, kelulusannya diberi bagaimana, siapa yang beri kelulusan dan semua itu tidak disebut dalam laporan ini. Bahkan DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia), laporan mereka hanya terhenti sehinggalah kepada punca kenapa letupan berlaku. Kenapa paip itu gagal, tetapi rentetan kepada peristiwa-peristiwa membawa kepada kegagalan itu tidak dibincangkan secara menyeluruh dalam laporan ini.
Sebab itu, kita bangkitkan tentang peranan KUSEL, peranan Majlis Bandaraya, peranan Kerajaan Negeri, peranan PETRONAS, peranan pemaju dalam soal ini. Kerana kita hendak tahu apa yang kita hendak buat selepas ini? Kerana insiden Putra Heights ini dah berlaku dah pun. Kita hendak tahu selepas ini apa yang kita boleh lakukan? Apa reform yang perlu kita perkenalkan dalam sistem kelulusan kita meluluskan certain-certain projek utiliti dan sebagainya. Kerana ini soal keselamatan awam Yang Berhormat Tuan Speaker.
Dan sebab itu, kami daripada awal tegas dan tuntas mahukan prosiding-prosiding ini berjalan secara terbuka kerana kita hendak bukan hanya Ahli Dewan ini sahaja yang tahu, bukan hanya Pegawai Kerajaan yang terlibat sahaja yang tahu tetapi biar masyarakat umum tahu, rakyat tahu kerana dengan ketelusan saya yakin kita akan dapat capai kebenaran dan dapat melakukan perubahan yang sebaiknya. Kita kena terima dulu bahawa kita adalah insan, kita lemah, kita ada kekurangan. Baik pentadbir, baik pembangkang, baik siapa pun, kita kena terima itu dulu, tetapi bila kita hanya menyalahkan pergerakan tanah tapi tanpa ada punca, itu yang menyebabkan orang di luar sana bising. Yang bising bukan kami, yang mula bising bila keluar saja laporan ini, masyarakat awam, semua bising. Sebab itu saya juga, saya tidak tahulah hendak guna perkataan apa, tetapi apabila dalam waktu rehat tadi, Tuan Speaker keluar PC, menyebut seolah-olah bahawa kami ini tidak mahu terlibat sama dalam proses itu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, perbahasan Yang Berhormat tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tidak ada kena mengena dengan isu ini. Saya mohon supaya Yang Berhormat, jangan Yang Berhormat, Yang Berhormat kena, kena ...
Bila Yang Berhormat Speaker keluarkan kenyataan di luar, mengatakan kami tidak mahu hadir kepada taklimat tertutup, Yang Berhormat Speaker bermain politik di sini. Yang Berhormat Speaker, saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker bukan kuasa Eksekutif, Yang Berhormat Speaker hanya menguruskan Dewan ini. Taklimat yang dijemput semalam bukan atas jemputan Tuan Speaker. Taklimat yang dijemput semalam adalah taklimat yang dijemput oleh Menteri Besar.
Yang Berhormat Taman Medan, Yang Berhormat Taman Medan, Yang Berhormat Taman Medan sila duduk. Saya hendak bagi teguran sedikit, saya hendak bagi sedikit penjelasan terhadap apa yang di tuduh oleh Yang Berhormat Taman Medan. Saya ingin memberitahu kepada Yang Berhormat, tadi saya tidak ada buat, tadi semasa waktu rehat, saya tidak ada buat sebarang sidang media. Sidang media adalah pada pagi tadi, bukan tengah hari atau pun petang tadi. Dan yang kedua, hujah saya ialah agak kesayangan kalau ada ADUN yang tidak hadir kerana pada masa itu ada banyak persoalan teknikal yang boleh ditanya. Itu adalah pendirian kita dan juga kenyataan saya, itu sahaja. Yang Berhormat jangan kaitkan saya dalam perbahasan Yang Berhormat tentang isu ini. Saya hanya menyatakan bahawa taklimat semalam itu adalah sesuatu yang boleh dan harus dihadiri oleh semua ADUN. Dan kalau ada ADUN yang tidak hadir, sayang saya kata kerana banyak informasi boleh diperoleh untuk membantu perbahasan mereka dalam sidang hari ini iaitu sekarang inilah. Itu sahaja kenyataan saya.
Tak apa, baik saya dengar.
Sila teruskan dengan perbahasan yang lain.
Baik saya dengar apa yang Speaker sebut tapi saya hendak beritahu kepada Speaker ...
Tidak perlu beritahu. Yang Berhormat terus dengan perbahasan. Yang Berhormat cukup, saya kata sekali lagi, saya tidak terlibat.
Tuan Speaker jangan sombong sangat sampai tak nak dengar. Tuan Speaker bercakap di luar Dewan. Kalau Speaker hendak tegur kami, Speaker tegurlah dalam Dewan ini.
Saya sekarang tegur dalam Dewan, saya tidak terlibat, saya sekarang, saya sekarang tegur. Saya sekarang tegur Yang Berhormat, yang lain tidak tegur, saya tegur. Saya sedang tegur Taman Medan sekarang. Dan saya ulangi teguran saya, saya ulangi teguran kerana Yang Berhormat, saya sudah tegur kali pertama, tapi Yang Berhormat tidak peduli dan masih meneruskan lagi dan hendak membuat ucapan atau pun isi kandungan yang pada kali kedua.
Tak saya hendak jawab apa Yang Berhormat Speaker cakap di luar? Saya hendak cakap dalam Dewan ini, kenapa saya ...
Tidak perlu, Yang Berhormat saya tidak berbahas dengan Taman Medan. Taman Medan tidak perlu berbahas dengan saya. Seri Serdang apa dia?
Peraturan Tetap.
Peraturan Tetap apa?
Peraturan Tetap 44, Pengerusi setelah menarik perhatian Dewan atas Jawatankuasa kepada kelakuan seorang Ahli yang berdegil dan menyebutkan hujahnya sendiri atau pun hujah yang lain dalam suatu perbahasan dalam meminta Ahli itu berhenti bercakap. So, Taman Medan kena hormati Peraturan Tetap.
Saya juga ingin menarik perhatian Taman Medan dan yang lain kepada Peraturan Tetap ini. Saya sekali lagi memberi teguran kepada Taman Medan, saya tidak terlibat dalam perbahasan Yang Berhormat, saya hanya menyatakan bahawa kalau ada taklimat itu, hadir kerana ada kebaikannya. Cuma kalau tidak hadir, semasa perbahasan nanti iaitu hari ini, iaitu sekarang akanlah menjadi satu kekurangan terhadap perbahasan itu kerana mungkin ada informasi yang mungkin perlu diketahui oleh Yang Berhormat tetapi tidak diketahui dan ditanyakan. Maka perlulah lebih banyak masa untuk mengulangi jawapan atau pun dan sebagainya. Itu sahaja Yang Berhormat, saya mohon Yang Berhormat teruskan. Jangan libatkan saya dalam perbahasan Yang Berhormat, teruskan, silakan.
Ok, saya teruskan. Taklimat semalam yang dibuat secara tertutup ini, kami dah minta lebih awal buat secara terbuka. Apa bezanya saya hendak teruskan ok. Apa bezanya kami tanya dalam Dewan ini dengan kami tanya dalam Dewan sebelah atas Dewan makan itu, apa beza dia? Kami tanya untuk rakyat juga dengar. Rakyat tak berpeluang untuk tanya dalam taklimat tertutup semalam. Kalau taklimat semalam begitu bagus, begitu cemerlang dan menjelaskan semua perkara
Taman Medan, bagi laluan ke tidak?
Tak saya tidak bagi. Menjelaskan semua perkara, Seri Serdang tak apa, saya tahu Seri Serdang susah hendak tanya soalan-soalan ini, biar saya tanya untuk Seri Serdang. Taklimat tertutup itu rakyat tidak tahu. Sebab itu kita tanya dalam Dewan ini terbuka, bahkan saya berani jamin dan berani tunjuk semalam tak semua pun ADUN Kerajaan hadir. ADUN Kerajaan pun tidak berminat hendak hadir taklimat tertutup semalam. Saya tidak bagi, saya tidak bagi. Sebab itulah saya hendak sebut, kenapa perlu buat taklimat tertutup hanya untuk kami faham. Kami hendak rakyat Selangor faham, sebab itu kita bangkitkan dalam Dewan ini. Bahkan desakan kita daripada awal, oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang Hulu Kelang adalah untuk dibuat sidang secara terbuka. Dipanggil sidang khas kerana menurut Peraturan Dewan memang kita boleh panggil sidang khas kalau ada apa-apa isu yang melibatkan kepentingan awam. Sebab itu kita bawa rayuan, sebab itu kita bawa usul tergempar. Yang Menteri Besar bawa hanya penerangan sepatutnya dibawakan dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat daripada awal memang ada usul untuk membincangkan dan membahaskan perkara ini.
Nasib baiklah, Speaker berbesar hati untuk beri ruang penerangan ini supaya diberikan ruang untuk berbahas (Dewan menepuk meja). Ini yang kita minta, kenapa hendak buat tertutup, kita tak ada masalah untuk dengar, kita tak ada masalah untuk tahu apa yang
berlaku dan soalan-soalan itu boleh dijawab oleh pihak Kerajaan. Taklimat tertutup semalam yang sepatutnya dipengerusikan oleh Menteri Besar akhirnya dipengerusikan oleh orang lain yang bukan daripada Eksekutif. Taklimat di panggil oleh pihak Eksekutif, taklimat bukan dipanggil oleh Dewan Negeri. Kenapa pula orang daripada Dewan Negeri yang datang bagi mempengerusikan persidangan semalam. Sepatutnya kalau Menteri Besar tak boleh, bagilah pada Kinrara, bagilah pada Pandan Indah. Sebab itu kita tidak boleh terima taklimat tertutup ini kerana kita nampak tak ada manafaat kepada rakyat.
Yang Berhormat masa lima minit dah habis, macam mana?
Saya hendak sebut sikit lagi Yang Berhormat, sikit lagi. Kenapa majoriti rakyat di luar sana menolak laporan ini. Bukan hanya kami, bahkan daripada pihak Kerajaan pun ada yang menolak laporan ini. Kerana mereka tidak yakin Yang Berhormat, mereka tidak convince dengan dapatan dan juga conclusion daripada laporan ini. Ya mungkin dari segi saintifiknya dah ditunjukkan tetapi pengolahan dan juga summary yang diberikan itu tidak meyakinkan kita. Sebab itu Yang Berhormat, kita menyambut baik apa yang disebut oleh Dato’ Menteri Besar nak mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk hendak panggil pakar-pakar dan sebagainya. Kami daripada hari pertama saat pertama insiden ini berlaku, Perikatan Nasional komited untuk bersama dengan Kerajaan Negeri bagi mencari solusi kepada masalah yang kita hadapi ini (Dewan menepuk meja). Tidak timbul kata kami tidak mahu bantu Kerajaan Negeri, tak timbul bahawa kami tidak mahu jadi suara kepada rakyat di Kuala Sungai Baru dan juga Taman Putra Harmoni.
Saya hendak mencadangkan kepada Dewan, kalau Menteri Besar bersetuju untuk melantik satu Jawatankuasa Khas, maka Dewan ini juga harus bersetuju supaya satu kertas putih dikeluarkan dan diterbitkan di bahaskan secara terbuka dalam Dewan ini supaya bukan hanya Dewan sahaja dapat tahu tetapi rakyat di luar sana dapat kebenaran dan dapat pembelaan yang sewajarnya (Dewan menepuk meja). Soal kita is how do we move forward, kalau dengan laporan seperti ini sahaja saya yakin majoriti mangsa yang ada di Putra Heights yang ada di Kampung Kuala Sungai Baru tidak dapat move on daripada tragedi ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat, masa sudah tidak ada lagi Yang Berhormat.
30 saat Yang Berhormat. Saya landing, dah nak landing dah. Yang Berhormat selalu kacau saya hendak landing. Saya hendak landing dah Yang Berhormat.
Ayat yang terakhir.
Ok. Jadi saya minta Yang Berhormat Speaker berikan ruang seluas-luasnya untuk kita bahaskan perkara ini, kita bincang perkara ini secara berhemah tanpa emosi supaya kita dapat solusi kepada masalah dan tragedi ini dan dengan harapan tragedi ini tidak akan berulang lagi dalam negeri Selangor mahupun di seluruh negara. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Taman Medan dapat 17 minit ini.
Terima kasih.
Tak mengapa. Saya juga dengan ini Dewan ingin mengalu-alukan lawatan daripada 14 orang peserta program SIWANIS yang diatur oleh Wanita Berdaya Selangor dan diketuai oleh Puan Norhidayah, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Dan juga Dewan mengalu-alukan lawatan daripada 3 orang peserta program ADUN Selangor yang diatur oleh Pejabat Speaker dan 23 orang daripada Persatuan Keturunan Liew Kuala Lumpur dan Selangor diketuai oleh Dato’ Loh Koh Kiong, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Seterusnya ya saya jemput Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker yang memberikan ruang kepada saya untuk berbahas pada petang ini. Pada pandangan saya sekiranya Kerajaan Negeri serius untuk memberikan penerangan maka yang sepatutnya berada di Public Galery adalah mangsa-mangsa insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights kerana mereka perlu mendengar penerangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Namun saya juga seperti Taman Medan ingin mengambil peluang ini untuk mengemukakan beberapa persoalan. Pertama bagi pihak Perikatan Nasional kita ingin merakamkan penghargaan kepada semua Jabatan, agensi sama ada peringkat Negeri mahupun peringkat Persekutuan. Pegawai-pegawai Kerajaan, anggota keselamatan, sukarelawan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam operasi menyelamat dan juga tindakan-tindakan dalam proses pemulihan ekoran kejadian letupan saluran paip gas PETRONAS di Putra Heights.
Yang kedua saya juga ingin menegaskan dalam Dewan ini apabila kita bicara soal nyawa manusia, keselamatan manusia, ianya harus melangkaui fahaman politik dan kepentingan peribadi. Sebab itu daripada awal lagi saya selaku Ketua Pembangkang telah mendesak Kerajaan Negeri menggunakan ruang dan peraturan yang ada di dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor di bawah Perkara 10(3) apabila Dewan sedang ditangguhkan, Menteri Besar mengemukakan kepada Speaker bagi kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat diadakan lebih awal daripada masa yang Dewan telah
ditangguhkan. Ini peraturan yang telah kita gubal bersama di dalam Dewan ini mengapa harus tunggu 3 bulan baru kita hendak bincang insiden yang berlaku di Putera Height. Kami dari Perikatan Nasional bukan bertujuan untuk menimbulkan keraguan tetapi seperti yang disebutkan oleh Taman Medan kita mahu bersama-sama dengan Kerajaan Negeri bukan sahaja melihat kepada direct cause of the incident tetapi what are the roof causes of the particular incident dengan izin Tuan Speaker. Maka apabila laporan ini dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu banyak perbahasan di luar sana bukan sahaja dari Ahli-ahli Dewan Negeri tetapi juga mangsa, penduduk bukan sahaja mereka yang tinggal di Putera Height tetapi kita sedia maklum jajaran saluran paip gas PETRONAS ini jaraknya adalah 2,600 kilometer daripada utara semenanjung sehinggalah ke selatan maka kalau laporan yang dikemukakan oleh JKKP, antara punca utama yang disebut dalam laporan ini hasil siasatan laporan tanah longgar dan lembut jadi penyumbang utama. Apakah kita boleh menerima laporan seperti ini apakah tanah lembut dan longgar ini hanya di Putera Height? Bagaimana di sepanjang jajaran 2,600 meter daripada Utara ke Selatan? Sebab itu kita bukan hanya melihat kepada direct cause incident ini tetapi kita hendak lihat apakah punca-punca di sebalik kejadian ini supaya perkara seperti ini tidak berulang di masa yang akan datang.
Maka dalam kesimpulan laporan yang dikeluarkan oleh JKKP ini juga ada disebut aktiviti antropogenik mengubah topografi asal tetapi dia berhenti di situ tidak ada sebarang laporan yang lebih terperinci melihat apakah aktiviti-aktiviti kemanusiaan yang berlaku ditapak yang boleh menyumbang kepada insiden ini sebab itu pada perbincangan petang ini saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar walaupun dia tidak hadir, ini juga masalah juga taklimat semalam pun Menteri Besar tidak hadir. Dalam surat pekeliling yang disampaikan kepada Ahli Dewan Negeri mengatakan taklimat di pengerusikan oleh Menteri Besar saya merasakan itu satu tanggungjawab kepimpinan tetapi jam 4.30 di depan mata saya sendiri di depan media beliau meninggalkan Dewan dipengerusikan oleh bukan non executive jadi jangan salahkan kita hari ini pun sepatutnya saya hendak mencadangkan supaya Dato Menteri Besar hadir di dalam Dewan sekurang-kurangnya tunjuk komitmen kesungguhan menghormati pandangan Ahli-ahli Dewan Negeri supaya perkara-perkara yang dibangkitkan ini diteliti kerana kita berhasrat untuk mencari penyelesaian bersama bukan untuk hari ini tetapi untuk masa yang akan datang. Namun saya hendak bangkitkan apakah sumbangan PETRONAS dalam insiden ini? Kedua apakah sumbangan Kerajaan Negeri, PBT, KUSEL yang menjadi punca kepada letupan ini? Kerana apa yang dilaporkan ini hanya melihat kepada faktor fizikal dan struktur tanah semata-mata.
Saya bangkitkan perkara ini kerana kita ingin melihat apakah peranan PETRONAS kerana aset ini adalah aset PETRONAS pertama apabila PETRONAS memasang saluran paip gas ini apakah ada soil investigation yang dijalankan di jajaran tersebut?
Kalau ada satu siasatan kedudukan dan struktur tanah pastinya pada ketika itu mereka telah mengetahui keadaan tanah yang longgar, lembut dan lembik itu persoalannya tidak ada dalam laporan ini kerana bagi saya apabila sesuatu aset yang strategik ini hendak dipasang sudah tentu kajian dibuat bukan untuk satu, dua, tiga tahun tetapi bagaimana hayat paip itu untuk 50 tahun, 100 tahun. Saya tidak mengatakan tidak dibuat tetapi kerana laporan yang dibentangkan ini tidak konklusif, tidak komprehensif maka pertanyaan-pertanyaan ini timbul kalau ia tidak dilakukan di Putera Height apakah perkara ini boleh berlaku di sepanjang 2,600 kilometer jajaran saluran paip gas PETRONAS ini? Ini adalah pertanyaan oleh rakyat di bawah, yang kedua bagaimana boleh ada pencerobohan di tapak ini sedangkan penduduk telah kemukakan beberapa bukti sebelum insiden berlaku ada kehadiran jentera-jentera berat ini pun masalah juga kerana pada hari kejadian apabila Dato Menteri Besar turun ketapak dia beri tahu tidak nampak pun excavator walau kemudian dia memberi tahu kita twisted kenyataannya setelah Ketua Polis Negeri Selangor mengeluarkan kenyataan pada hari yang berkenaan apabila laporan awal polis mengesahkan bahawa ada excavator yang terkambus di tapak tersebut. Kalau ini kenyataan daripada Ketua Polis Selangor di mana laporan ini dimuatkan dalam JKKP? Mengapa tidak dinyatakan? Siapa yang bawa excavator tersebut? Bagaimana kelulusan diberikan? Bangunlah tanya. Syarikat mana? Tidak disebut dalam laporan jadi bagaimana Kerajaan Negeri hendak mendesak mangsa yang terkesan kerana gegaran yang kuat letupan yang kuat yang menjejaskan 112 mangsa, 511 buah rumah ini bukan satu insiden yang kecil trauma itu masih ada di kampung dan di taman perumahan tersebut tetapi perkara ini tidak disebut. Maka saya hendak rujuk laporan polis yang dibentangkan semalam. Kami tidak pergi tapi kami dapat jangan buat laporan polis macam mana kami dapat saya sudah kena hari itu Tuan Speaker saya bawa dokumen PKNS, Kerajaan Negeri buat laporan polis saya bentangkan fakta. Ya kami tidak pergi tapi Pegawai Kerajaan bagus, dia bagi kepada kami sebab dia tahu kita ikhlas untuk bantu Kerajaan Negeri yang gagal menangani masalah ini.
Hulu Kelang sikit.
Sekejap.
Sikit sahaja.
Bila saya suruh bangun tak bangun bila saya kata jangan bangun hendak bangun.
Ini bangun.
Now saya kata duduk dahulu.
Sikit sahaja Hulu Kelang Panjang lagi tu bagi sikit satu pertanyaan sahaja.
Tidak, bagi saya habis laporan polis sahaja.
Ok Baik.
Saya tidak buat report polis dont worry. Hendak tanya sahaja.
Ok duduk.
Sikit sahaja.
Ok.
Tuan Speaker.
Tak bagi, tak bagi. Tidak apalah.
Seri Serdang turun lah kawasan tu dia orang tanya mana Seri Serdang.
Bagi ruang sedikit. Bagi ruang.
Saya bagi ruang, sekejap.
Sebagai seorang Ahli Politik yang berkaliber bagi saya ruang sikit sahaja bertanya.
Ok lah saya bagi.
Saya puji ini. Dewan Negeri Selangor Dewan yang hebat Ketua Pembangkangnya pun berkaliber walaupun lari daripada parti asal. Hulu Kelang, sekejap ok.
Kalau saya tahu tadi saya tidak bagi. Saya bagi tanya soalan yang bersesuaian dengan topik
Yang Berhormat Hulu Kelang. Soalan-soalan.
Tak ada. Tak ada. Tuan Speaker.
Teruskan.
Tuan Speaker, tidak ada.
Tidak apalah Yang Berhormat.
Nak main politik duduklah.
Seri Serdang.
Saya tarik balik. Panjang lagi tu.
Dia tarik balik.
Nanti saya cuba sekali lagi kejap lagi. Tuan Speaker dalam laporan polis ini ada dilampirkan satu laporan daripada Majlis Bandar raya Subang Jaya. Saya bacakan sedikit ini berhubung penggantian paip pembetung. Permohonan untuk kerja-kerja korekan penggantian paip pembetung IDW kepada KUSEL telah dihantar oleh pemaju Hong and Hong Homes Sendirian Berhad pada 19 April 2024. Pihak KUSEL seterusnya telah memajukan permohonan kepada MBSJ pada 30 September 2024. MBSJ telah mengeluarkan kelulusan tempoh permit kerja-kerja penggantian paip pembetung pada 4 Oktober 2024. Kerja-kerja penggantian paip pembetung diluluskan ini saya hendak sebut Tuan Speaker diluluskan bermula 8 Oktober 2024 hingga 8 Januari 2025. Pihak kontraktor lantikan PETRONAS telah menjalankan prosedur trial pit pada 26 Februari 2025 dan dijalankan bagi memastikan tiada gangguan saluran paip PETRONAS semasa kerja-kerja penggantian paip pembetung. Kelulusan daripada pihak PETRONAS untuk menjalankan kerja-kerja penggantian paip pembetungan melintasi paip gas PETRONAS telah dikeluarkan pada 20 Mac 2025 maka kerja-kerja penggantian paip pembetung telah dijalankan bermula pada 27 Mac 2025 hingga 30 Mac 2025. Persoalannya bagaimana kerja-kerja di tapak dilakukan setelah tamat tempoh yang diluluskan oleh MBSJ, MBSJ meluluskan kerja-
kerja penggantian paip pembetung bermula 8 Oktober 2024 hingga 8 Januari 2025 tetapi kerja-kerja penggantian paip pembetung telah dijalankan bermula pada 27 Mac 2025 mengapa tidak ada tindakan sekali lagi tidak ada satu ayat pun di dalam laporan ini yang menyentuh perkara ini aktiviti di tapak berlaku setelah tamat tempoh yang diberikan oleh MBSJ.
Hulu Kelang.
Hulu Kelang. Kota Kemuning.
Sekejap saya hendak habiskan dahulu. Hendak jawab ata hendak tanya. Ok.
Hulu Kelang tadi merujuk kepada satu kelulusan untuk perparitan yang telah dibuat di kawasan tersebut Hulu Kelang tahu berapa jauh tempat itu dengan tempat kejadian dan Hulu Kelang ada ambil tahu berapakah kedalaman kerja-kerja dibuat? Ada tanya ataupun ada baca apa-apa laporan berkenaan dengan itu?
Tuan Speaker, saya tidak membicarakan soal dalam atau jarak yang saya bangkitkan bagaimana kerja-kerja itu dilakukan dalam tempoh di luar kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebab itu saya mahu Kerajaan Negeri jawab perkara ini.
Hulu Kelang.
Di mana. Nanti cukup saya sudah jawab. Yang Berhormat Kota Kemuning bangkitkan apakah saya tahu berapa dalam, berapa jauh itu bukan perkara yang saya bincangkan pada ketika ini. Ketika ini berdasarkan laporan polis yang telah dibentangkan semalam berdasarkan laporan daripada MBSJ dan saya juga ada salinan surat KUSEL. Salinan surat KUSEL ini bertarikh 7 Oktober 2024 tentang permohonan permit bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan paip pembetungan secara kaedah korekan terbuka di Putera Height 2024 yang dihantar kepada Hong and Hong Homes Sendirian Berhad. Jadi isu yang pertama apabila MBSJ menerima laporan daripada KUSEL memberikan kelulusan tetapi ditetapkan oleh tempoh kerja tersebut tetapi kerja dilakukan di luar tempoh yang ditetapkan itu yang pertama. Yang kedua saya hendak bertanya kepada Dato’ Menteri Besar apakah Kerajaan Negeri sedar bahawa syarikat yang diberikan kontrak ini Hong and Hong Home Sendirian Berhad kalau ikut laporan yang saya ada ini siapa pemiliknya saya boleh bacakan kemudian persoalannya syarikat ini sedang dalam siasatan CIDB
maka saya ingin melontarkan soalan ini kepada Kerajaan Negeri bagaimana sebuah syarikat yang sedang disiasat oleh CIDB boleh diberikan kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja di tapak ini itu yang pertama, yang kedua sebab itu saya kata laporan ini tidak complete ataupun perlu di teliti semula kerana banyak persoalan yang dibangkitkan. Saya juga hendak mengatakan di sini bahawa apabila kerja-kerja ini berlaku di tapak sudah tentulah perkara yang harus diberikan perhatian ialah soal pemantauan. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri oleh sebab aset ini di miliki oleh PETRONAS ini bukan aset biasa ini aset yang strategik yang terdedah kepada soal nyawa dan keselamatan rakyat apakah ada consent, kebenaran daripada PETRONAS untuk membolehkan syarikat yang menjalankan kerja ini menjalankan kerja-kerja melintasi saluran paip gas PETRONAS itu. Kalau ada consent daripada PETRONAS on whats basis PETRONAS boleh membenarkan kerja-kerja ini berlaku di atas tapak tersebut dan sekiranya ini berlaku apakah PETRONAS ada pegawai-pegawai yang ada di lapangan untuk melihat kerja-kerja yang berlaku kerana apabila perkara.
Yang Berhormat panjang lagi ke sebab sudah 15 minit. Ada lagi?
Ada lagi 10 minit.
Terlalu lama mungkin boleh ringkaskan. Saya bagi 2 ke 3 minit lagi untuk rumuskan.
Ketua Pembangkang yang berkaliber Tuan Speaker.
Teruskan 3 minit lagi saya bagi 3 minit lagi sila teruskan.
Bukan saya kata Seri Serdang kata.
Kalau ada hujah-hujah yang lain boleh bantu.
Ketua Pembangkang yang berkaliber soalan sikit boleh?
Ok bolehlah.
Ok bagi.
Macam itu lah. Yang Berhormat Hulu Kelang bagilah fokus ke sini bagi masa sedikit, bagi ruang. Tadi Ketua Pembangkang ada bercakap kata dapat dokumen daripada kakitangan Kerajaan, semalam saya hadir pada pembentangan walaupun sesetengah jalan sebab kita sudah ada kita tahu lebih awal. Ada seorang daripada wakil Pejabat Ketua Pembangkang yang hadir dan sangat meneliti segala pembentangan dan saya kira pembentangan semalam meliputi teknikal dan semua report-report polis dan wakil polis juga ada. Saya rasa kalau ada pada ketika itu hadir Ketua Pembangkang banyak persoalan yang ditimbulkan dan dapat dijawab jadi apa pandangan Ketua Pembangkang kalaulah boleh lepas ini ada lagi presentation daripada pihak Kerajaan hadir bersama-sama.
Biar rakyat Selangor tengok macam mana wakil rakyat PH berbahas. Tuan Speaker pendirian saya jelas. Tuan Speaker pun gelak soalan yang ditanyakan oleh Seri Serdang itu daripada parti yang sama itu.
Lagi sekali saya ingatkan jangan libatkan saya. Saya tidak terlibat di dalam perbahasan saya gelak ke menangis ke tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang berlaku di dalam Dewan. Baik Sekinchan pun.
Ini jangan sebuk sila duduk diam-diam.
Terima kasih. Yang Berhormat saya kena ingatkan sekali lagi masa itu agak.
Saya sebut Tuan Speaker senyum pun marah.
Tidak apa saya tidak marah saya kata kita kena mahir dalam menguruskan masa.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak tegaskan di sini pendirian kami ialah sebarang perbincangan dan perbahasan mesti dibuat secara terbuka, telus dan bertanggungjawab sebab itu Tuan Speaker daripada awal kami bukan jerit dalam ceramah-ceramah politik kami guna Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor kami cadangkan Sidang Dewan Khas ditolak kami bawa rayuan tidak pernah Parlimen tidak pernah bawa, Dewan-dewan Negeri Pulau Pinang pun tidak pernah bawa rayuan rakyat Pulau Pinang. Kami bawa rayuan pun tolak, kemudian saya bawa usul tergempar pun tolak, kalau siapa melihat ini bukan tergempar
sekurang-kurangnya consider itu usul tidak tergempar itu pun tidak dibenarkan. Maka dibenarkan penerangan sebab itu kami terlibat hari ini kalau hendak bincang dalam bilik tertutup siapa yang tahu? Rakyat sedang menunggu bukan rakyat di Putera Heights rakyat di Utara, Selatan sedang menunggu apa punca letupan supaya mereka rasa selamat. Maka hari ini kita terlibat secara aktif sebab itu jangan hadkan masa dan kalau hadkan masa kami tidak dapat kupas dengan lebih panjang Tuan Speaker kita ada sampai 18 Julai, 2 minggu panjang jangan hina Titah Diraja yang telah mewartakan sehingga 18 Julai 2025.
Yang Berhormat itu tidak ada makna sila teruskan.
Dalam pemasyhuran oleh Setiausaha Dewan telah mengatakan ini Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang berkenan Dewan bersidang dari 7 Julai 2025 hingga 18 Julai 2025 berilah peluang kami sebaik ini soal nyawa Tuan Speaker ini soal keselamatan rakyat Tuan Speaker. Walau bagaimanapun Tuan Speaker saya berharap perkara-perkara yang dibangkitkan ini dapat diberikan perhatian. Pertama saya amat bersetuju dengan cadangan Taman Medan Jawatankuasa Khas yang hendak dibentuk oleh cadangan Dato’ Menteri Besar saya sambut baik dia hendak minta 2 pakar daripada Perikatan Nasional terima kasih kalau boleh tujuh-tujuh daripada Perikatan Nasional sebab kami banyak pakar. Sebab pakar formula pun sudah bersama kami sekarang. Raja formula Malaysia sudah bersama kami Sekinchan.
Akhirnya jadi Pertikaian Nasional rumusannya.
Ini apa hal pula. Jadi kita ada pakar bersama kita tidak apa cuma Tuan Speaker saya hendak mencadangkan Jawatankuasa ini tidak boleh berhenti di situ sepatutnya Jawatankuasa yang hendak dibentuk ini harus diberikan terms of reference, mandat untuk menyediakan kertas putih white paper yang komprehensif, yang bebas, yang profesional melihat bukan sahaja kepada direct cause tetapi juga indirect and the root cause supaya dapat kita build back the confidence rakyat ini supaya infrastruktur di Negeri Selangor benar-benar diyakini oleh rakyat, itu yang pertama. Yang kedua apabila white paper ini siap gunakan peraturan 10(3) itu kuasa Menteri Besar, kita beri kuasa kepada Menteri Besar untuk memanggil Sidang Khas Dewan kalau hendak ditamatkan Dewan esok pun tidak apa tetapi sebelum Sidang Bajet esok mesti ada satu Sidang Khas Dewan di bawah perkara 10(3) untuk dibentangkan kertas putih kita bahas, kita adopt, kita sokong solution jangka panjang demi keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Speaker.
Sebelum saya memanggil Kota Kemuning saya suka ingin menarik perhatian Dewan di bawah Peraturan Tetap 367 nama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atau nama Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu atau Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Melaka tidak boleh digunakan untuk mempengaruhi Dewan itu sahaja Yang Berhormat. Kota Kemuning silakan.
Tuan Speaker saya hendak minta panduan, petua yang disebut oleh Tuan Speaker tadi kita bukan hendak mempengaruhi perbahasan. Apa yang saya sebut saya hendak make reference pemasyhuran itu sahaja. Saya tidak mempengaruhi Dewan menggunakan nama Tuanku
Saya tidak menuduh sesiapapun saya hanya ingin memberi peringatan kepada semua Ahli Dewan.
Ya, tapi tafsiran itu tidak tepat kerana saya merujuk kepada pemasyhuran, pemasyhuran itu bukan pemasyhuran Menteri Besar itu sahaja. Terima kasih.
Baik saya terima. Kota Kemuning silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani kepada semua Ahli Dewan. Sepanjang suku ketua tahun 2025 Kota Kemuning merupakan ataupun mengalami beberapa cabaran salah satunya adalah letupan paip gas PETRONAS di jalan Putera Harmoni, Putera Heights. Tuan Speaker, Hulu Kelang tadi telah membawa banyak isu ada isu yang saya bersetuju dengan beliau ada yang tidak setuju tetapi yang penting Tuan Speaker adalah penglibatan Kerajaan Negeri dalam menangani krisis tersebut. Sebelum saya memulakan benarkan saya mengucapkan terima kasih dahulu kepada semua pihak yang bertungkus-lumus membantu dalam insiden ini, in english gratitude is the greatest value saya tidak mampu menyebut semua satu per satu nama mereka kerana terlalu ramai yang telah memberi kerjasama, pertolongan tetapi my speacial thanks kepada Perdana Menteri kita, Menteri Besar kita. Menteri Besar on that day won untill today dia bersama dengan penduduk Putera Heights, EXCO-EXCO Kerajaan, Jawatankuasa Negeri yang telah memberikan komitmen yang penuh dalam semua aspek dalam penyelarasan bantuan kepada mangsa dan consultation memberikan mereka apa yang mereka mahu pada masa yang sama my salute kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia khususnya kepada Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan juga OCP di Subang Jaya selaku Komando Lapangan, pihak bomba, MBSJ, JKM, Pejabat Tanah dan banyak agensi-agensi lain yang terlibat dan juga saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada komiti Majlis Putera Heights dan juga Kuil Seri Mahamariaman yang
telah memberikan lindungan sementara kepada mangsa-mangsa kejadian. Di samping itu NGO-NGO seperti SPA telah memberi bantuan kepada untuk melindungi haiwan-haiwan peliharaan. What i have see, what i have learn apa yang saya tengok dan apa yang saya belajar ketika itu adalah membuktikan perpaduan Malaysia di mana tanpa mengira kaum bangsa dan agama semua hadir bersedia membantu mangsa-mangsa di Putera Heights tetapi saya tidak nampak rakan saya Hulu Kelang telah mengeluarkan setakat press statement satu-satunya wakil daripada Perikatan Nasional yang saya nampak adalah Taman Medan. Itu pun dia tunggu Menteri Besar hadir dia ada bersama dengan kita pada masa itu di PPS. Bagus. Big and tall Taman Medan.
Kota Kemuning, saya hadir di lapangan. Terima kasih.
Terima kasih. Tetapi saya hanya nyatakan tadi siapa yang saya nampak ya. Okay
Yang Berhormat Kota Kemuning, sikit. Pada hari kejadian itu saya nampak Yang Berhormat, tetapi saya tidak nampak Ahli Parlimen Kota Raja.
Dia hadir sehari selepas itu. Saya nampak.
Seri Serdang saya nampak. Nampak. Sudahlah. Nampak.
Yang Berhormat Kota Kemuning teruskan. Sekarang ini kalau nak tanya, mintak penjelasan, mintak laluan adalah kepada Kemuning bukan kepada yang lain.
So, i think what we have to stop here is a cheap publicity. What we have to focus, apa yang kita perlu fokus adalah masalah di lapangan, masalah rakyat. Apa yang kita perlu memperbaiki dan mempertingkat. Tuan Speaker, pada masa yang sama ramai yang telah memberikan bantuan. Saya juga berhutang budi kepada mereka kerana pada masa itu mereka yang pertama telah memberikan bantuan dari segi tunai dan juga barang keperluan. Yang pertama adalah Kerajaan Pusat terus memberikan satu peruntukan awal. Selepas itu PETRONAS telah memberikan peruntukan awal, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong juga telah memberikan bantuan awal, dan juga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor juga telah memberikan bantuan-bantuan awal. Selain daripada itu, Tan
Sri Vincent Tan telah memberikan, ini orang suka kutuk tetapi dia yang datang membantu pada masa kejadian. Tidak apa. Tapi selain itu Matrix Sdn. Bhd. telah memberikan bantuan, Carro telah memberi bantuan, Tan Chong Motor, Cherry, Carsome, Panasonic dan banyak lagi Kementerian
Yang Berhormat Kota Kemuning saya tertarik...
Tuan Speaker saya perlukan masa lebih banyak ini kawasan saya
Okay saya bagi. Saya izinkan
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning kerana menyenaraikan semua yang hadir untuk memberi bantuan. Saya harap Kota Kemuning juga dapat register dan sebut dalam Dewan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah memberikan sumbangan sebanyak RM500,000.00 melalui Tabung Selangor Prihatin dan disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kelantan negeri Yang Berhormat sebut dahulu negeri yang mundur, negeri yang miskin datang hadir memberi bantuan untuk orang Kota Kemuning tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita tidak nampak bagi apa-apa sumbangan.
Nak sebut selepas ini. Okay, alright belum habis lagi. Itulah jangan awalkan. Itulah saya baru sampai Kementerian, Negeri. So, terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan, Digital, KPKT. Okay, Negeri Kelantan kerana memberi bantuan. Selain itu, DAP telah memberi bantuan kepada semua. Saya ulang (menegaskan), DAP memberi bantuan kepada semua tidak kira kepada dua belah telah menerima. Okay.
YB DATO’ DR. AB HALIM BIN TAMURI
: Kota Kemuning boleh tanya soalan sikit tak? Sikit sahaja. Sikit sahaja boleh? Masih panjang lagi. Tuan Speaker bagi. Tuan speaker, Tuan Speaker perasan tak kalau dari hari pertama hingga hujung ada satu team yang dipanggil Jabatan Amal dan juga Khidmat Malaysia dan juga telah membantu masyarakat di kawasan Kota Kemuning dan juga khususnya di Kampung Sungai Baharu
Saya akan kata sesiapa sahaja yang membantu, terima kasih. Tapi, tapi... secara tunai yang bantu adalah DAP okay. Alright. Alright. okay
Jangan lupa saya rasa saya perlu ingatkan juga, jangan lupa volunteers yang kita kumpulkan seramai 3,000 orang yang lebih ramai pada amal untuk membantu mangsa.
Itu dari awal saya kata. Tidak cukup list kalau saya hendak berterima kasih kepada semua tetapi secara amnya semua pihak-pihak yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa saya berterima kasih. Coming coming coming coming. Okay komitmen kepada.. tidak kalau tak nak dengar boleh keluar. Ini masa saya its my platform. U don’t come and dictate what i have to say. I’m in good mood don’t disturb me. Saya bertanggungjawab juga untuk membawa isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan Putera Heights berkenaan dengan isu laporan kebakaran di Putera Heights. Saya terlibat dalam penerangan. Saya hadir ke semua taklimat yang diberikan. Soalan-soalan apa yang ditujukan oleh Hulu Kelang, Taman Medan saya telah utarakan, banyak ADUN daripada Kerajaan telah mengutarakan untuk mendapatkan penjelasan kerana kita perlu tahu daripada agensi yang menyiasat terus apakah keputusan bagaimana mereka telah derive telah mencapai keputusan tersebut. Dan kami telah menerima penjelasan tapi saya secara persendirian, saya dan juga penduduk di Putera Heights ada beberapa isu yang kita perlu tanya kepada atau ingin utarakan kepada kerajaan untuk memberikan penjelasan melalui satu Jawatankuasa Khas yang telah pun akan diwujudkan.
Isu-isu tersebut adalah:
i. Laporan tersebut tidak menyatakan persoalan seperti mana Hulu Klang said “Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan tanah di sepanjang laluan paip tersebut?”, adakah PETRONAS selaku pemilik pipeline tersebut ii. Adakah tanah tersebut mematuhi prosedur penyelenggaraan yang ditetapkan?. iii. Adakah pemantauan yang dibuat secara berkala mematuhi syarat-syarat and SOP yang telah digubal di bawah penyelenggaraan paip-paip tersebut?.
Ini adalah isu yang tidak dinyatakan dalam laporan tersebut. Ada beberapa isu seperti di bawah Section 23, sub (1) Petroleum Safety Measure Act juga memberikan ruang kepada Menteri yang berkuasa untuk Petroleum untuk mengumumkan satu siasatan rasmi inquiry sekiranya berlaku kemalangan petroleum. Adakah inquiry ini dijalankan?, bagaimana sekiranya inquiry ini dijalankan boleh membantu kita dalam mencari satu keputusan atau pun the conundram yang tidak dapat dijawab.
Isu ini adalah penting kerana sekiranya ia menunjukkan bahawa kegagalan kita memastikan tanah itu cukup kuat untuk paip-paip tersebut ini adalah satu masalah besar.
Di mana pipe line ini adalah lebih kurang 2,000km panjangnya. Dan setiap tanah ini perlu diselenggara semula dan juga perlu memastikan bahawa ada faktor-faktor geothermal dan juga secara geologi adakah tindakan-tindakan ini diambil.
So, ini adalah penting. Itu seperti mana Hulu Kelang saya setuju ini bukan untuk isu Putera Heights sahaja tetapi keseluruhannya perlu kan satu keputusan atau we need an answer bagaimana kita boleh atau pun boleh memberi tahu kepada penduduk-penduduk kawasan di sebelah itu adalah you are safe. Keselamatan kamu terjamin. Dan ini adalah penting..
Sekejap sahaja. Terima kasih.
Saya menyambut baik cadangan Kota Kemuning sekurang-kurangnya kita ada common platform untuk membawa isu ini demi keselamatan rakyat bukan sahaja di Putera Heights tetapi di seluruh negara. Dan Yang Berhormat setuju dengan beberapa cadangan tadi supaya kita dapat mendesak satu kajian atau tindakan yang lebih komprehensif. Cuma cadangan Yang Berhormat bahawa perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Menteri yang bertanggungjawab soal Petroleum. Dalam konteks Malaysia, siapa Menteri berkenaan? Apakah Yang Berhormat setuju bahawa Menteri yang berkenaan adalah Perdana Menteri Yang bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan Petronas itu bukan sahaja dari segi keuntungan tetapi aktiviti asetnya dapat di selenggara dengan baik. Kalau itulah persetujuan Yang Berhormat, apakah yang Berhormat bersedia untuk mengarahkan Perdana Menteri mengeluarkan satu perintah supaya satu jawatankuasa dibentuk untuk melihat sepanjang jajaran 2,600km itu di selenggara dengan baik bagi menjamin keselamatan rakyat?. Saya mohon penjelasan.
Iya. Ia adalah Perdana Menteri tetapi ini bukan soal sama ada Perdana Menteri perlu buat atau tidak. Di bawah undang-undang satu (1) inquiry perlu dilakukan. So, ia adalah penting dan saya juga bersetuju. Saya akan minta Perdana Menteri untuk menjalankan inquiry tersebut. Deligation of the work, siapa yang akan buat itu akan ditentukan oleh comission di bawah seksyen 25, 24 Peruntukan tersebut memberikan siapa menjadi comission bagi inquiry tersebut.
Saya setuju, dont worry. We are here open, we have nothing to hide. We want the truth all are my friend are here with you. With MB sorry (ketawa). Alright, saya isu inquiry berkenaan saya minta satu keputusan yang lebih atau pun yang menyeluruh disediakan dan ada beberapa isu lain melainkan isu inquiry ini juga saya perlu membawa adalah bagaimana kita menyelaras bantuan dan sistem pemulihan pada ketika itu. Semasa kebakaran bukan sekadar tragedi fizikal ia juga mendedahkan beberapa isu
sistematiknya yang kita kekurangan yang kita perlu mempertingkatkan dalam pengurusan bantuan kecemasan
Apa yang saya lihat, semasa di lapangan adalah kecelaruan dalam mengisi borang. Saya bagi contoh, penduduk di kawasan itu telah diberikan banyak borang untuk diisi contoh daripada pelbagai agensi Polis, BOMBA, MPSJ, Pejabat Tanah, JKM. Ini menyebabkan satu kecelaruan data mana yang telah boleh digunakan sebagai data yang nyata atau pun the final the accurate data untuk mereka mendapatkan bantuan-bantuan. So, saya minta ada beberapa kecelaruan ini kita perlu mempertingkatkan we has to find a single window atau pun one stop centre di mana ia akan membantu penduduk-penduduk semasa krisis.
Krisis ini bukan sahaja untuk kebakaran tetapi semasa banjir juga kita perlukan satu management yang lebih sistematik daripada minta mereka lari sini, lari sana sampai mereka kata kami dah kehilangan barang, kita telah menghadapi injury tetapi kita perlu pergi ke kawasan kat tempat-tempat ini untuk mendapatkan bantuan. So we have to find a way to more systematically untuk manage isu-isu ini.
Kedua, isu bantuan kewangan yang telah pun dipanjangkan. Saya rasa kerana data-data ini tidak dapat diselaraskan banyak bantuan telah tidak disampaikan kepada mangsa-mangsa. That become another issue. Mereka menyatakan saya layak kepada bantuan ini, kenapa saya tidak dapat?. Nampaknya data mereka tercicir kerana mereka tidak pergi kepada agensi yang sebenar untuk register. Kalau dia register di agensi lain itu tidak boleh diguna pakai. So, ini menjadi masalah. Kita dah ada lebih kurang 6-7 list just untuk memastikan semua list ini adalah list yang betul supaya mangsa-mangsa ini mendapat dana mereka. Dan juga pengagihan dana selepas ini juga saya minta sangat jangan berfasa, kalau berfasa ia lambatkan, untuk mereka keluarkan duit sendiri untuk membayar kita perlu satu sistem one time we pay everybody, it have to be fair to everyone, is not we have to choose who should be given first, so saya minta sangat jangan kita berfasa lagi saya juga telah dimaklumkan sewa-sewa bagi pelanjutan belum diterima dan ini adalah lagi satu masalah kita perlu mencari penyelesaian bagaimana kita boleh mempercepatkan dana-dana ini sampai kepada mangsa-mangsa secepat mungkin. Dan ini adalah keperluan kerana mereka tidak mempunyai rumah mereka perlu membayar sewa mereka tidak boleh lagi ke kerja so banyak lagi isu-isu yang mereka menghadapi dan at least what can we do is kita memberikan bantuan ini secepat mungkin supaya mereka dapat menyenangkan mereka, tapi saya memang have to agreed and have to admitt the state government kerajaan Negeri memberikan banyak bantuan. Ada yang sudah dah komplen macam mana Putra Heights sudah dapat banyak daripada kami itu pun ada tetapi masalah mereka adalah masalah yang perlu kita melihat dari segi very different incident ordinary saya perlu juga mencari ataupun saya mencadangkan bahawa
kalau boleh kita mengadakan satu penubuhan sistem pusat sehenti One Stop Center atau mekanisme seumpama distribution management pelan di DNP yang telah digunakan oleh firma di Amerika Syarikat kalau boleh kita menggunakan sistem-sistem seperti ini untuk mempercepatkan, melicinkan semua bantuan-bantuan kerajaan.
Seterusnya isu ketiga adalah isu berkenaan dengan keselamatan perumahan berdekatan paip gas saya ada beberapa cadangan, first question yang selalu penduduk, tanya saya ada kawasan perumahan saya ini dengan paip gas ini selamat benar-benar selamat? Saya juga berterima kasih kepada PETRONAS mereka datang memberikan briefing kepada Putra Heights dua kali berkenaan dengan apakah kaedah-kaedah yang mereka gunakan untuk memastikan bahawa tempat itu adalah selamat. Tetapi apa yang kita minta dan saya perlu kerajaan Negeri untuk memberikan satu polisi secara dasarnya kerana sesuatu telah diberikan di tanah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri Selangor, maka kita boleh impost condition kepada mereka supaya semua jaringan di bawah atau pun jaringan paip PETRONAS di bawah negeri ini perlu di selenggara perlu di audit secara telus dan juga secara betul-betul untuk memastikan bahawa tempat dan kawasan itu adalah selamat. Kedua saya juga minta PETRONAS bertanggungjawab dalam pemantauan penyelenggaraan yang berkala serta menyediakan insurans perlindungan kepada penduduk terjejas. We want a public insurance coverage kepada paip-paip ini sekiranya apa-apa musibah seperti ini berlaku mereka bertanggungjawab kerana sekarang ada isu mereka boleh mengatakan sama ada semuanya tidak boleh digunakan sekiranya kerajaan memastikan bahawa mereka mendapatkan insurans otherwise we should’nt allowing to blaming any pipe in this state. Saya ingat rakan-rakan semua setuju kerana kawasan-kawasan mereka juga terlibat dalam keadaan sebegini dan di kawasan-kawasan perumahan juga saya minta MBSJ dan juga kerajaan Negeri mengadakan dasar supaya membina firewall, firewall untuk memastikan bahawa sekiranya berlaku kebakaran sebegini ia tidak merebak ke kawasan perumahan ini adalah penting dan saya juga minta, PETRONAS untuk memberikan pampasan yang secukupnya kepada mangsa-mangsa memandangkan paip milik mereka tanah milik mereka, walaupun ada penggerakan ia adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan kawasan itu selamat dan mereka bertanggungjawab kepada penduduk di kawasan tersebut.
Tuan Speaker, sebagai penutup Tuan Speaker kita tidak mampu menghalang setiap bencana tetapi wajib bersedia dan bertindak cekap dan cepat untuk menyelamatkan nyawa, apabila ia berlaku jangan biarkan mangsa terpaksa menunggu berhari-hari hanya untuk menerima bantuan sepatutnya secara segera. Tragedi Putra Heights adalah satu amaran its first warning for us kita perlu ubah cara kita menguruskan krisis, kita perlu pastikan sistem yang cekap mesra rakyat dan adil untuk semua diberikan dan saya mengalu-alukan cadangan daripada Menteri Besar bahawa jawatankuasa khas dengan
adanya pakar-pakar daripada dua belah hadir mendapat tahu berkenaan apakah punca sebenar, root course kita tahu memang kebakaran who course is the most important kerana kita perlu menunjukkan keadilan itu diberikan sekiranya sesiapa yang terlibat menyebabkan kejadian ini perlu di bawa ke muka pengadilan dengan itu saya berterima kasih kepada kerajaan Negeri kepada Menteri Besar yang merupakan seorang yang berkomitmen berkomited committ kepada penduduk di Putra Height dan memberikan komitmen bahawa semua penyiasatan akan dilakukan transparency accountability dan juga memastikan ia adalah fair. Terima kasih kepada semua dan terima kasih Tuan Speaker.
Gombak Setia
Terima kasih Tuan Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Gombak Setia untuk mengambil tempat dalam sesi perbahasan ini dan saya nak memulakan perbahasan saya pada petang ini, dengan menyeru kepada kita semua seluruhnya Ahli-Ahli Dewan Negeri supaya meletakkan kepentingan diri kita masing-masing ke tepi untuk kita membincangkan isu yang bagi saya amat penting ini isu yang melibatkan soal kepentingan awam dan apa yang berlaku ini dia juga merupakan isu kemanusiaan yang tak mengenal apa juga beza antara kita dan sebab itu saya seronok bila kita mulakan Dewan pada setiap pagi itu dengan doa ataupun teks baru yang dibacakan oleh Setiausaha Dewan kita. Saya ulang doa yang dibacakan oleh Setiausaha Dewan setiap pagi kita baca, “satukanlah hati-hati kami walaupun berbeza pandangan demi mencapai matlamat yang satu iaitu kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Selangor Darul Ehsan”, jauhkanlah kami dari pergaduhan yang merugikan kepentingan diri yang melalaikan dan keputusan yang menzalimi” dan apatah bila kita bincang isu yang saya sebut ini tadi isu yang tak mengenal beza dia kalau nak meletup dia tak kira parti meletup, dia kira tak siapa pun dia akan meletup dan sebab itu kita kena gunakan ruang ini secara konstruktif, komprehensif, holistik untuk kita bincangkan isu-isu ini dan saya yakin rakyat di luar sana sedang menantikan apa yang kita bincangkan. Tak kira siapa pun kita, sama ada kejadian yang berlaku itu dalam kawasan kita ke tidak tapi bila berlaku isu di Putra Heights itu dia bukan cari ADUN kawasan itu sahaja, semua ADUN yang ada di kawasan ini bahkan Ahli Parlimen dalam Negeri Selangor semua ditanya oleh rakyat dan yang bimbang ini dia bukan yang terkesan sahaja di Putra Heights tadi Ketua Pembangkang kita sebut 2600 jajaran kilometer paip gas ini di seluruh negara dan saya nyatakan kepada Dewan pada hari ini, bahawa yang kita bincang atau pun yang harus kita bincang pada hari ini dia bukan semata-mata nak cari punca kita juga mesti bincang apa langkah dan juga rancangan kita ke hadapan dan bagaimana Dewan Negeri Selangor boleh memberi jaminan bahawa isu sebagaimana yang berlaku di Putra Heights tidak akan berulang sekali lagi.
Dan sebab itu, kami sebutkan bahawa kami rasa tidak berpuas hati dan rakyat berasa tidak berpuas hati bila dapatan yang dikemukakan itu sebab utamanya ialah sebab tanah itu bersifat lembut dan longgar, kami tidak tolak realiti mungkin tanah itu lembut tanah itu longgar tetapi kalau itu sahaja satu-satunya yang menjadi punca tuan Speaker, cuba kita tengok jajaran paip gas di belakang Masjid Alam Impian hari ini tengok macam mana rupa permukaan tanah paip gas di belakang Masjid Alam Impian sekarang saya yakin, saya sendiri pun sekarang ini bila lalu saya tengok saja risau, sebab kawasan itu pun memperlihatkan ciri-ciri permukaan tanah itu pun memperlihatkan bahawa ini mungkin tanah ini lembut, longgar takut situ pula meletup jadi kebimbangan itu jaminan itu yang diperlukan oleh rakyat pada hari ini, tapi saya yakin apa yang dibentangkan oleh polis apa yang dibentangkan oleh JKKP itu dapatan atau pun had kajian atau pun penyiasatan yang mereka lakukan tapi dia jadi tugas kita ahli Dewan ini untuk kita bincang dan kita jahit setiap daripada dapatan itu dan kita bentangkan dalam Dewan ini sebagai satu kajian atau pun siasatan yang komprehensif yang bukan sahaja kita nak tahu punca apa tetapi juga langkah-langkah ke hadapan sebab itu saya minta kalau boleh Dewan ini kita mesti bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh YB Taman Medan kita mesti ada satu kertas putih yang akan dibentangkan dalam Dewan untuk rakyat semua tahu dan mendapat keyakinan sebab benda ini bukan soal keselamatan semata-mata ini juga soal negeri apa lepas ini habis semua kawasan-kawasan perumahan ataupun nilaian hartanah yang ada di sepanjang jajaran itu apa turun nilainya tadi saya setuju apa yang sahabat kita daripada Kota Kemuning bangkitkan tadi tapi kalau kita nak insurans kan pun syarikat insurans pun dia bimbang juga.
Dia bagi insurans tapi dia tahu tanah lembut boleh meletup, kalau insurans nak bagi kalau insurans tak nak bagi pun satu perkara mesti kita bincangkan dan sebab itu saya nak cadangkan supaya kita bincang, dengan baik dengan bernas dan akhirnya nanti rakyat di luar sana menunggu apa penyelesaian termasuk dari segi strategi pembangunan ke hadapan bantuan dan sebagainya sebab ini semua yang sedang dibicarakan oleh rakyat di bawah sana, speaker saya nak rujuk tiga perkara sahaja, pertama tentang laporan daripada siasatan polis saya tengok polis juga mengesahkan bahawa ketika kejadian itu, tekanan atau pun pressure PETRONAS Gas Control Center (PGCC) ini, bacaan tekanan gas tu normal dia kata. Tapi dia tiba-tiba menurun secara mendadak waktu kejadian. Ini pun satu perkara yang dibimbangi oleh rakyat. Kita ada satu measurement tapi measurement itu dia gagal maklumkan kepada kita lebih awal supaya kita boleh mengadakan satu langkah-langkah yang lebih strategik macam mana nak evacuate kawasan itu ke bagaimana so perkara itu juga dia mesti kita bincangkan supaya kalau itu berlaku, kalau tiba-tiba pressure-nya turun mendadak, kita dah tak sempat nak selamatkan siapa-siapa mengucap sajalah nak buat apa lagi? Tapi mesti ada indikator ataupun measurement yang lebih awal. Dan ini juga yang saya setuju sebagaimana yang dibangkitkan tadi. Ni kawasan-kawasan paip gas ini siapa yang selia? Siapa yang
selenggara? Siapa yang jaga keselamatannya? Sebab kebanyakan kawasan-kawasan ini dia nampak macam padang saja. Ada signage yang saya tengok masih lagi kawasan-kawasan yang berdiri. Ada kawasan-kawasan paip gas ini yang signage ni pun dah tak nampak lagi dah. Jadi kalau sekarang ini yang kita bincangkan ini okeylah ada jentera, ada itu, ada ini, nampak. Kalau besok tiba-tiba ada pula yang kejadian-kejadian lain orang masuk tanah tu dia tak nampak ada tu kawasan tu dia buat parking kereta ke apa, memanglah dia nampak macam padang saja. Ada orang kahwin ke sebelah, dia naik semua parking situ. Pun satu perkara yang mesti kita bincangkan dan sebab itu kita nak tahulah macam mana kita nak awasi kawasan-kawasan ini? Nak kena pagar ke, tak pagar ke yang saya tengok yang ada di Shah Alam ini, Putra Heights ni kebanyakannya tak ada pagarlah Alam Impian tak berpagar tapi penyelenggaraan, kuat kuasa itu siapa yang mesti lihat dan kawal perkara itu. Itu pertama.
Kedua, ini soal laporan JKKP, itu yang saya yakin tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga tegaskan. Rakyat pada hari kejadian, ialah rakyat. Bila kejadian ataupun musibah menimpa dia pastinya dia emosi. Dia akan keluarlah semua gambar, video ini zaman teknologi macam mana kita nak sorok? Tak boleh sorok. Tak pergi taklimat pun dapat juga. Jadi rakyat dia tak boleh dapat semua benda, kelulusan itu ini dia dapat. Macam-macam cara akan keluar kita tak boleh sorok dan sebab itu bila keluar gambar dan sebagainya, we must raise ataupun memberi penjelasan tentang hal itu. Kita tak boleh lari. Ini misalnya, kalau kita nak kata tanah itu lembut di bawah. Tanah tu lembut di bawah tapi dia stress line yang ada dekat paip itu, dia bukan di bawah dia di tepi. Dia mesti ada sebab kenapa stress line tu di tepi, tidak di bawah dan mesti ada sebab juga kenapa dia ada ini sample satu rumah kedai di sini, Taman Perumahan di sini. Mesti ada sebab kenapa JKKP buat begitu. Jadi itu juga perkara-perkara yang mesti kita lihat dan kita teliti termasuk dalam soal kelulusan-kelulusan dan sebagainya. Itu saya nak bangkitkan juga satu lagi perkara yang sama sebagaimana Yang Berhormat Hulu Kelang bangkitkan. Ini syarikat yang buat pembangunan di situ, dia bukan satu, dua kali kena penalti dengan CIDB dia dah kali ketiga, tiga kali Syarikat Pintest Ventures Sendirian Berhad. Tiga kali diambil tindakan oleh CIDB dan masih lagi dalam tindakan macam mana kita boleh bagi kelulusan kepada syarikat yang sedang diambil tindakan oleh CIDB? Itu satu perkara yang kita nak bangkitkan. Kemudian ini tadi soal ini KUSEL, Yang Berhormat Hulu Kelang bangkitkan tadi macam mana kita beri dia masih lagi melaksanakan kerja selepas dia dapat 8 Oktober 2024 sampai 8 Januari 2025 tapi tadi saya dengar penerangan daripada Datuk Menteri Besar, dia bagi tahu Petronas beri izin pada 20 Mac 2025. Eh! Ini rakyat tanya ni sebab surat ini berlegar di media sosial. Jadi macam mana ada kelulusan selepas pula daripada ini. Jadi ini juga perkara-perkara yang mesti dijelaskan kepada rakyat supaya.
Gombak Setia boleh saya mencelah?
Kejap, kejap.
Just penjelasan berkenaan dengan KUSEL.
Tak apa, you tak payah jelaskan nanti EXCO lah, nanti MB lah.
Tidak saya nak tanya kalau dokumen yang rujuk adalah merujuk kepada tanah milik siapa itu?
Tak, macam saya kata tadi, saya tak berniat nak main politik.
Ya, that's why I want to ask.
Ini isu rakyat, isu kepentingan awam. Sudahlah saya tak faham kenapa kita mesti bertekak dalam ini kena gallery tengok.
Yang Berhormat Gombak.
Yang Berhormat bagi laluan atau tidak?
Yang Berhormat Gombak Setia Kita perlukan fakta yang betul pasal itu saya tanya adakah ia merujuk kepada pemerihalan di situ atau tempat lain?
Speaker sebab itu saya malas hendak layan sebab ada perangai-perang yang macam ini
Perangai apa? I think saya minta dia tarik balik.
Seterusnya Speaker.
Apa dia? Bawah peraturan apa?
Speaker, saya minta dia tarik balik dahulu.
Itu yang disebutkan bahawa ada segala aktiviti manusia itu juga kita mesti.
Tuan Speaker.
Ya, apa dia Yang Berhormat.
Point of order dia kata perangai-perangai seperti ini saya minta dia tarik balik.
Allah, letih lah hendak main politik tidak habis.
Tarik balik lah Yang Berhormat Gombak Setia. Tarik balik lah sebab ini tidak ada tuduhan.
Speaker suruh duduk sahaja.
Saya rasa kedua-dua belah pihak tidak ada apa-apa tuduhan yang tidak baik tapi boleh tarik balik lah.
Speaker suruh duduk sahaja. Dah nak habis dah.
Tarik baliklah.
Tarik apa? Nak tarik balik apa speaker?
Tarik baliklah, sebab saya rasa tak ada apa-apa yang.
Tak, suruh dia duduk sajalah, tak payah.
Kalau tiada laluan Yang Berhormat saja saya hendak bagi tahu Kota Kemuning kalau Gombak Setia tidak beri laluan tapi perangai itu saya rasa tarik baliklah.
Perangai apa?
Tidak ada apa-apa tadi dia kata perangai yang tidak proper.
Perangai apa?
Perangai seperti sebegini.
Perangai apa? Saya stop situ perangai, stop duduk.
Yang Berhormat ok kita terima.
Jadi Speaker.
Tak, saya minta dia tarik balik. Is it tarik balik atau tak?
Inilah perangai yang paling rakyat muak sekali.
Ya, looking at you, that's what people will.
Itulah perangai yang macam itu, sebab ini adalah permintaan daripada Kota Kemuning.
Saya tak sebut apa rakyat yang tengah tengok rakyat akan menilai Speaker. Duduk.
Kita bagi laluan. Tidak apalah.
Seterusnya Speaker, saya nak satu lagi perkara dalam hal ini, ini juga antara yang dibangkitkan.
Tapi Yang Berhormat, masa kena jaga, Yang Berhormat.
Pada 30 April. Ini last lah, Speaker.
Masa saya bagi satu minit lagilah. Sudah cepat habiskan supaya kita ada masa untuk yang lain lagi hendak bahas
Speaker ni pun. Pada 30 April 2025. Ini Menteri KPKT bersama-sama Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar ada buat satu sidang media, maklumkan ada audit dalaman telah masuk ke MBSJ, begitu juga KUSEL untuk siasat sebarang tindakan pelanggaran SOP. Jadi ini juga perkara yang rakyat tanya supaya yalah, benda sudah berlaku jadi macam mana pun Kerajaan Negeri mesti address isu ini dan sebagaimana yang saya katakan tadi, akhirnya yang rakyat ni nak apa speaker? Rakyat juga perlukan jaminan dia nak tahu ni jaminan ke hadapan ni macam mana? Dia bimbang, saya yakin mereka bimbang sebab itu dah berlaku. Yang itu dah berlaku. Yang lain ni belum tahu lagi di sepanjang jajaran ini. Itu satu. Itu belum lagi hari ini ada juga yang tanya, okey. Paip yang meletup hari tu, paip tu dah disambung. Tapi bagi tahu tanah dia lembut apa ground ataupun soil treatment yang dah dia buat tu untuk menyambung semula paip gas itu. Sekarang ni dah sambung tapi dah tahu dah tapi kalau tak ada apa-apa treatment, soil treatment ataupun ground treatment yang dibuat ke atas tanah itu sebelum paip itu disambung ada kemungkinan meletup sekali lagi. Jadi ini perkara-perkara yang saya minta kita semua ini mesti bermuhasabah sebab kita bukan nak menang ini tidak boleh menang pun siapa kita duduk dalam Dewan ni kita nak bincang demi kepentingan rakyat Negeri Selangor dan saya yakin kalau kita boleh tampil dengan satu suara.
Yang Berhormat masa.
Dengan satu solidariti dan kita boleh bersetuju dengan kertas cadangan, kertas putih sebagaimana yang dibangkitkan oleh Taman Medan tadi, saya harap kita semua dapat membangunkan ataupun menguruskan isu-isu rakyat ini sebagaimana yang saya sebutkan tadi, doa yang kita baca dalam Dewan ini setiap sebelum kita memulakan Sidang Dewan Yang Berhormat Speaker. Terima kasih.
Okey, baik. Seterusnya, Seri Serdang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Kita Selangor. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Seri Serdang
memulakan perbahasan berkenaan dengan isu insiden Putra Heights ini dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat daripada hari pertama kejadian ini berlaku. Sesungguhnya satu komitmen, kerjasama yang sangat erat telah pun ditunjukkan oleh semua agensi kerajaan yang cuba untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan insiden kebocoran paip gas di Putra Heights. Dalam kawasan Seri Serdang kita ada dua kawasan yang terlibat, Kampung Kampung Kuala Sungai Baru dan juga Kampung Tengah. Hari pertama, pada jam 9:30, saya sampai ke lokasi kejadian ketika itu api sedang marak dan saya melihat sendiri bagaimana penyeksaan mangsa-mangsa ini terutama di kawasan kampung apabila mereka terkena haba panas daripada kesan letupan tersebut. Hari Raya kedua, dan alhamdulillah apabila saya melihat ramai mangsa-mangsa, saya mengucapkan terima kasih kepada satu surau dan satu masjid di dalam kawasan Kampung Sungai Baru, Kuala Sungai Baru, iaitu Surau Uthmaniah Kuala Sungai Baru dan juga Masjid Nurul Iman Kampung Tengah yang kita jadikan pusat sementara bagi merawat mangsa-mangsa yang terlibat. Saya ucapkan terima kasih kepada Pegawai Daerah yang memberi kebenaran kepada saya dan juga team medical, team perubatan untuk menjadikan dua tempat ini sebagai pusat sementara sebelum kita pindahkan mangsa-mangsa ini ke hospital dan juga ke Pusat Permintaan Pemilihan Sementara di Putra Heights juga saya ucapkan terima kasih kepada Masjid Putra Heights yang saya kira memberi kerjasama yang sangat baik dan saya juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Raja yang saya dimaklumkan dia menanggung kos elektrik kepada pihak masjid sepanjang PPS ini dibuka.
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada NGO-NGO, persatuan-persatuan yang datang menghulurkan bantuan tanpa henti-henti daripada hari pertama kejadian sehinggalah hari terakhir PPS itu ditutup. Sesungguhnya itulah budaya kita itulah amalan kita sekian lama tidak kira apa bangsa, tidak kira apa keturunan, tak kira apa ideologi politik, semuanya datang membantu mangsa-mangsa yang terlibat dan juga tidak saya lupakan kepada 3,000 sukarelawan yang datang membantu kerja-kerja pembersihan sama ada di Putra Heights ataupun di Kampung Kuala Sungai Baru. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. Mangsa-mangsa ini dapat kita berikan bantuan secukupnya kepada mereka. Pertama kali saya melihat di hadapan mata saya bagaimana mangsa-mangsa ini panas, melecur dan dibawa ke hospital dengan keadaan yang menjerit dan saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang memberikan bantuan ambulans seawal insiden berlaku dan alhamdulillah mereka dapat kita pindahkan ke hospital-hospital yang berdekatan sama ada Hospital Serdang, Hospital Sepang, Hospital Ampang yang kita tempatkan mangsa-mangsa ini. Di masa yang sama juga peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang daripada awal lagi pembukaan PPS mereka telah menyusun dengan baik segala bantuan-bantuan, segala pertolongan yang datang daripada luar dan disalurkan dengan baik kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Di masa yang sama juga saya dapati alhamdulillah saya bersyukur daripada pihak MBSJ, pihak JKR sendiri, pihak PDRM, Polis Diraja Malaysia yang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan permasalahan yang berada di dalam kawasan Ground Zero termasuk KUSEL yang bertungkus-lumus juga bersama dengan pasukannya untuk memastikan keselamatan sementara di kawasan terlibat dan juga hasil kajian mereka selepas mangsa-mangsa ini sudah pun pulang ke rumah mereka. Pertama kali saya melihat juga bagaimana komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun ke lapangan melihat di ground zero dan terus mengumumkan bantuan-bantuan termasuk membina semula rumah-rumah kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Dia tak datang tangan kosong, dia tak datang untuk mencari salah, dia tak datang untuk hanya melihat sebagai seorang Perdana Menteri tetapi dia datang dengan membawa satu bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Inilah Perdana Menteri yang prihatin kepada rakyat dalam negara kita.
Kepada YAB Menteri Besar juga saya sampai di tapak jam 9.30 pagi, pukul 10.00 pagi YAB Menteri Besar saya masih ingat lagi menelefon saya bertanyakan keadaan di kawasan. Saya maklumkan kepada YAB Menteri Besar, keadaan terkawal tetapi perlukan perhatian daripada Kerajaan sama ada agensi Kerajaan mahupun Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Dan alhamdulillah YAB Dato’ Menteri Besar kita turun dan juga melihat sendiri dan terus menguruskan bantuan-bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
YB Speaker, satu isu yang perlu kita fahami betul-betul. Tidak ada manusia tidak ada sesiapa yang mahukan insiden sebegini berlaku. Bahkan di kawasan Kampung Kuala Sungai Baru ini adalah hotspot banjir. Berlaku banjir setiap tahun. Begitu juga selepas dua minggu insiden ini berlaku, berlaku pulak banjir di Kampung Kuala Sungai Baru. Tidak ada yang menginginkan insiden-insiden ini. Tidak ada yang menginginkan mereka-mereka itu terdedah kepada risiko tetapi di masa yang sama kejadian ini memperlihatkan bagaimana keadaan kita sebagai sebuah kerajaan menguruskan bencana. Kita bergerak sebagai sebuah kerajaan. Kita bukan bergerak sebagai sebuah NGO. Kita bergerak bagaimana kita nak memastikan semua agensi keterlibatan agensi-agensi kerajaan ini dalam menguruskan bencana. Dan saya lihat sendiri saya ucapkan terima kasih, jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan yang memberi komitmen 1000% kepada mangs-mangsa yang terlibat. Tanpa penglibatan agensi-agensi kerajaan, saya kira insiden ini akan lebih teruk dan mangsa-mangsa tidak dapat pembelaan yang selayaknya. Dan bantuan-bantuan diserahkan. Sebab itu pada hari pertama saya sampai pada jam 9.30 pagi, saya jumpa pegawai bomba, saya maklum kepada pegawai-pegawai bomba saya minta tolong, jangan ada terkorbannya nyawa. Harta-benda takpe, kita selesaikan, tetapi please, selamatkan nyawa-nyawa mangsa-mangsa kita dulu.
Alhamdulillah, pihak bomba melasanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan merisikokan diri mereka sendiri berhadapan dengan api yang sedang marak.
Justeru, saya melihat kerjasama ini perlu kita perkuatkan lagi. Kita ada latihan untuk bencana banjir. PBT setiap tahun akan melakukan latihan untuk banjir. Mungkin selepas ini pihak kerajaan Negeri boleh juga memberi satu latihan kepada lantikan-lantikan politik kita, ketua kampung kita, ahli majlis kita, untuk bagaimana untuk menguruskan bencana-bencana lain selain daripada banjir. Dan apabila saya melihat keadaan pada hari ini, mangsa-mangsa ini telah terbela dengan baik walaupun ada beberapa lagi yang kita boleh perbaiki. Sebagai contoh, pemindahan rumah semula kepada mangsa. Kalau di kawasan Putra Height, alhamdulillah mereka itu ada spec nya. Sudah ada drawing bangunannya dan kalau nak repair pun, nak perbaiki pun boleh ikut balik keadaan asal. Berbanding dengan kawasan kampung, mereka-,mereka ini tidak ada drawing untuk bangunan mereka. Dan di atas tanah itu kadang-kadang ada 3 atau 4 rumah adik-beradik dan sebagainya. Nilai yang diberikan kepada mangsa-mangsa ini saya kira perlu diberi perhatian dan dinilai semula supaya mereka dapat rumah mereka kembali dengan nilai yang berpatutan dan memberi keselesaan kepada mereka.
YB Speaker, soal teknikal kita semua adalah ahli politik dan bukan ahli teknikal. Sebab itu saya sangat bersetuju pada semalam ada pembentangan daripada pihak teknikal DOSH, PDRM, Jabatan Arkeologi, JPS, JKR, semua agensi teknikal ini berada ketika bomba berada di dalam presentation semalam dan saya melihat sendiri diakui oleh seorang pegawai daripada Pejabat Pembangkang dan hanya dia sahaja yang hadir. Dan selepas ini sudah tentu saya bersetuju dengan YAB Menteri Besar diadakan satu jawatankuasa khas selepas kita tahu punca dari segi teknikalnya apa. Dan jawatankuasa khas ini dibentuk untuk kita mencari jalan pula bagaimana untuk kita selesaikan masalah ataupun insiden yang berlaku di dalam Putra Height ini. Dan yang lebih penting bagi Seri Serdang ialah, jangan berlaku lagi insiden sebegini. Mungkin pihak PETRONAS perlu memberi perhatian yang lebih khusus kepada semua piping-piping mereka yang ada di dalam negara ini. Di masa ini juga pemantauan kepada piping-piping ini kerana di kawasan-kawasan piping ini sudah terletak signboard. Adanya paip gas di bawah. Ada di beberapa kawasan terbinanya pembinaan haram yang tidak mendapat kelulusan dan berada di atas piping-piping gas ini. Pemantauan yang lebih daripada pihak Gas Malaysia, daripada pihak PETRONAS, daripada pihak PBT, pejabat daerah, pejabat tanah untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa yang akan datang.
Justeru saya melihat komitmen kebersamaan kita dalam kita menguruskan insiden Putra Height ini sangat cemerlang dan kita tidak mahu insiden sebegini berulang lagi justeru perlu diberi perhatian yang khusus oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau piping tu
daripada PETRONAS, PETRONAS lah. Pastikan dalam keadaan yang selamat supaya tidak terjadi lagi insiden sebegini. Pihak Polis Diraja Malaysia juga saya ucapkan tahniah dan salute pada mereka terutama kepada Ketua Polis Negeri, kepada OCPD yang setiap hari duduk di dalam kawasan ground zero untuk memastikan keselamatan penduduk dan juga pengunjung yang datang untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku dalam insiden ini. Jangan kita pertikaikan kerja PDRM. Jangan kita cuba pertikaikan kerja-kerja bomba, jangan kita pertikaikan kerja-kerja DOSH, kerana mereka itu menjalankan kerja atas teknikal dan bidang mereka sendiri dan sudah pasti adanya jawatankuasa khas ini kepada keputusan yang dibuat oleh para teknikal ini kita bawa ke jawatankuasa khas dan di sini dibincangkan semula apa kaedah, apa langkah seterusnya.
Jadi saya menyeru kepada pihak semua, ahli-ahli Dewan termasuk pembangkang, sahabat-sahabat saya, berilah kerjasama kepada pihak kerajaan, kami bertindak sebagai sebuah kerajaan, anda sebagai pembangkang check and balance. Kita memahami kerja buat anda. Marilah bersama-sama, bila ada presentation datanglah, bila tanya soalan pada teknikal dan saya rasa kalau ada kebersamaan bersama, kerjasama bersama antara pihak Kerajaan dan pihak pembangkang ia menghasilkan lebih baik kepada rakyat. Matlamat kita adalah rakyat. Sudah pastinya apa yang kita buat pada hari ini adalah untuk kepentingan rakyat dalam Negeri Selangor ini. Mungkin ada di situ ada beberapa loop hole atau kelemahan kerana ini adalah insiden yang pertama kali seperti yang dimaklumkan oleh sahabat saya dari Kota Kemuning. Ya, saya akui pengumpulan data itu ada bermasalah. Pegawai pusat khidmat saya pendekkan cuti raya mereka. Raya ketiga mereka sudah turun ke lapangan dan mereka membantu untuk pengumpulan data, membantu pihak agensi terutamanya pejabat daerah untuk mengumpulkan data-data mangsa. Sebab itu apabila ada kerjasama yang baik daripada semua pihak, dan melahirkan satu hasil yang baik. Pengorbanan sudah tentu dilakukan oleh semua pihak. Sebab itu dalam isu insiden ini saya melihat kerjasama yang sangat erat antara semua pihak agensi kerajaan membantu mangsa yang terlibat. Bantuan-bantuan tak usah cerita, mereka dapat bukan setakat sahaja wang ringgit, sumbangan daripada semua pihak. Saya juga berjumpa dengan Paya Jaras. Datang. Kita bersembang, ya saya tak nafikan ada juga bantuan volunteers daripada unit amal. Memang ada, kita akui kerana ketika bencana ini kita tidak boleh melihat warna kulit dan warna parti masing-masing. Itulah keutamaan kita. Itulah kelebihan kita. Agak malang kalau kita melihat insiden ini bencana ini untuk kita lihat dari segi sudut pandang politik, kerana yang terkesan adalah mangsa. Kita tak rasa, pasal kita tidak menjadi mangsa. Tetapi apa perasaan mereka kalau kita cuba politikkan isu ini di saat mereka memerlukan perhatian dan bantuan kita. Sebab itu saya sedang melihat insiden ini hikmahnya ialah kita dapat melihat kebersamaan antara semua pihak dalam menyelesaikan isu-isu yang terlibat dengan insiden Putra Height ini. Kita beri bantuan motosikal percuma, berapa ratus motosikal yang kita berikan, berapa puluh motosikal yang kita berikan, kereta kita
beri pinjam kepada mangsa-mangsa. Terima kasih kepada pihak Cherry yang memberi bantuan sewaan kereta. Begitu juga dengan komputer bagi yang memerlukan. Begitu juga dengan Airbnb selepas kita tutup PPS dan kita berikan Airbnb kepada mereka. Kita beri sewaan rumah kepada mereka. Kenapa kita lakukan? Kerana kita memberi perhatian, Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus untuk mengembalikan semula mangsa untuk menjalankan aktiviti biasa mereka di dalam masyarakat pada hari ini. Alhamdulillah. Dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua. Soal teknikal kita serahkan pada ahlinya. Kita bukan orang teknikal. Soalan-soalan diberikan tadi berkenaan dengan teknikal. Semalam dah ada penjelasan kenapa tak hadir? Hadirlah tanya. Dan kalau tak puas hati boleh bertanya.
Seri Serdang. Tadi ada beberapa soalan telah dipanjangkan berkenaan dengan police report, dan juga berkenaan kelulusan MBSJ, semalam taklimat telah diberikan sekiranya mereka hadir adakah mereka ada peluang untuk tanya mendapat pencerahan berkenaan dokumen-dokumen tersebut?
Sudah pasti. Semalam penjelasannya 100% complete dari semua agensi-agensi yang terlibat. Saya merasa sedikit hiba, sedih apabila ada di antara kita mempertikaikan hasil dapatan mereka. Mereka mengorbankan masa mereka bersama keluarga mereka untuk membuat kajian dan menjalankan kerja mereka dengan sangat-sangat cemerlang. Taman Medan, tadi minta tak bagi kan? Ha, duduk. Duduk.
Boleh?
Tadi minta tak bagi kan? Ha, duduk.
Waktu you minta, ni sekarang saya minta.
Takpe, takpe, duduk, duduk, duduk.
Takpe lah Taman Medan. Duduk.
Banyak kali tu kita nak jawab.
What you give you get back. Saya teruskan Speaker.
Ya, teruskan.
Kita bukan nak jawab, kita nak tanya.
Soal PDRM pun sama juga. Report pun .. diterima hampir beratus report yang diterima. Ada yang mengatakan adanya jentera. Ada yang kata puntung rokok, ada yang kata main mercun, tetapi polis membuat siasatan di atas kemahiran mereka, pengalaman mereka dan bidang kuasa mereka. Sudah pasti polis akan mengeluarkan hasil report mereka itu berdasarkan kepada kerja mereka, pengalaman mereka, punca kuasa mereka. Tiba-tiba kita macam nak mempertikaikan PDRM sedangkan tahu atau pun tidak, OCPD Subang Jaya setiap hari berada di ground zero untuk memastikan keselamatan di kawasan tersebut. Bantuan-bantuan daripada Kerajaan Persekutuan datang mencurah-curah, saya pun kadang-kadang rasa jealous juga.
Mohon laluan. Seri Serdang. Mohon laluan.
Speaker, saya tak bagi.
Tidak bagi. Taman Medan, tak bagi.
Sebab orang Kampung Kuala Baru baru mesej saya. Dia suruh tanya pada Seri Serdang.
Takpelah. Taman Medan tidak ada laluan. Seri Serdang teruskan.
Dia tanya, boleh tak Seri Serdang turun ke Kuala Sungai Baru, beritahu perkara sebenar dan apa hasil dapatan laporan ini.
Takpe, takpe. Taman Medan tidak ada laluan.
Kalau saya cakap tidak confident untuk jumpa orang Sungai Baru untuk cakap macam ini, tidak payah sembanglah dalam Dewan ini.
Tiada, tiada. Tiada laluan. Tuan Speaker, Taman Medan bukan hari ini duduk dalam Dewan. Dia tahu prosedur dalam Dewan. Tak bagi, tak bagilah.
Teruskan, teruskan.
Baik.
Soal bagaimana kata Seri Serdang tak turun dan sebagainya saya rasa ini semua nakal-nakal kawan-kawan usik saja. Takpelah, kalau Kampung KKSB ni berada dalam DUN Seri Serdang mereka boleh terus tanya pada saya dan mereka ada hubungan baik dengan saya sehingga hari ini.
Meraka tanya YB sebab mereka tidak dapat jawapan YB..
Saya tidak mahu melayan soal politik. Saya tidak mahu melayan
YB Taman Medan. Tidak ada laluan. Taman Medan sila duduk.
Saya tidak mahu melayan apa-apa sentimen politik yang cuba dibangkitkan YB. Ketika saya fokus untuk membantu mangsa ini supaya mereka kembali hidup normal di dalam masyarakat..
Mereka tidak dapat jawapan YB..garang macam ini tapi tidak turun Kampung Sungai Baru..
Kalau nak main politik, kita biar Taman Medan main politik.
Taman Medan saya nak beri amaran. Kita ikut peraturan tetap. Kalau ada laluan diberi, berdiri dan bertanyakan soalan dan bahas. Kalau tidak ada laluan, jangan ambil kesempatan untuk langgar saja. Teruskan saja. Kena ikut tertib. Kalau Seri Serdang tidak beri laluan, tak bolehlah. Maksudnya takde. Kalau ada hujah lagi dan tanya mungkin kawan-kawan lain..
Tapi Kota Kemuning buat macam tu Speaker bagi. Tadi Kota Kemuning buat semua boleh.
Kalau ada hujah yang hendak disampaikan kepada Seri Serdang, tetapi tidak diberi laluan, boleh minta pertolongan daripada rakan-rakan yang lain. Taman Medan sila duduk.
Buat soalan bertulis. Meh soalan bertulis Taman Medan. Takpe, kita jawab bertulis.
Seri Serdang teruskan. Teruskan. Teruskan.
Takpe, soalan bertulis, takpe kita bagi.
Sebab itu harapan Seri Serdang terakhirnya, harapan Seri Serdang ialah supaya insiden begini tidak terjadi lagi pada masa yang akan datang pihak yang berwajib terutamanya PETRONAS perlu pastikan semua piping mereka dalam keadaan yang baik dan selamat. Apa yang dah jadi, jadilah. Kita nak buat macam mana. Tetapi dalam masa yang sama bantuan kita terus bagi kita terus pastikan semua mangsa-mangsa ini dapat pembelaan dan mereka dapat hidup semula di dalam masyarakat dengan cara yang baik pada masa kini dan masa yang akan datang. Syabas saya ucapkan sekali lagi kepada semua agensi, syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor, syabas kepada Kerajaan Persekutuan, Insyallah kita teruskan lagi usaha kita demi rakyat demi kita nak pastikan rakyat terus bersama dengan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Pakatan Harapan.
Assalamualaikum Warahmatullahibarakatuh.
Saya bagi kepada Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker beri ruang kepada Subang Jaya untuk membahas perkara ini. Saya bangun pada hari dengan rasa bertanggungjawab dan keprihatinan terhadap keselamatan rakyat dekat Subang Jaya. Gas pipe ini bukan sahaja merentasi Putera Height dia juga merentasi kawasan USJ dan juga Subang Jaya yang juga tidak jauh sebenarnya dari rumah saya. Saya duduk beratus meter daripada paip gas, jadi kalau nak sebutkan local standi, saya yang terpaling ada local standi dalam Dewan yang mulia ini. Dan saya nak sebutkan bahawa saya nak berterima kasih kepada Dato’ Menteri Besar dan apa yang saya nampak pada hari ini dengan membuka ruang melalui penerangan Dato’ Menteri Besar sendiri telah meletakkan standard yang terpaling tinggi dalam Dewan Negeri Selangor dari segi ketelusan yang wajar kita sanjungi dan juga berterima kasih kerana memberi ruang bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga pembangkang untuk membangkitkan perkara-perkara berkenaan keselamatan penduduk dan sebagainya.
Tuan Speaker, kejadian ini bukan sekadar teknikal, dia juga satu peringatan kepada kita bahawa infrastruktur tenaga tidak boleh diabaikan prinsip keselamatan dan kesejahteraan awam. Dan tadi Yang Berhormat Hulu Kelang ada sebutkan bahawa sepatutnya mereka yang terjejas daripada insiden Putra Height yang duduk dalam Dewan yang mulia ini, sebenarnya saya sendiri tahu melalui kawan saya daripada Kota Kemuning bahawa PETRONAS, MBSJ dan semua agensi jabatan telah berkali-kali turun padang untuk berjumpa dengan rakyat sendiri untuk terangkan dan juga untuk memberi peluang untuk rakyat bertanyakan soalan. Dan untuk perkara ini Subang Jaya juga tidak terkecuali dan minggu depan PETRONAS dan juga MBSJ sendiri juga akan turun untuk mengadakan sesi libat urus terus dengan penduduk. Ini kerajaan yang telus. Ini kerajaan yang kita nak. Dan dengan itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penjawat awam yang secara bersungguh-sungguh telah mengambil iktibar daripada insiden ini untuk memastikan keselamatan penduduk. Tadi Yang Berhormat Kuang telah menyebutkan berkenaan zon penampan dan memandangkan saya duduk tidak jauh daripada gas pipeline ini yang disebutkan bahawa zon penampan daripada standard 66 kaki telah mengecil daripada 60 kaki, kalau benar saya risau sebab bermaksud bahawa sepanjang gas pipeline daripada Johor sehingga ke Kuala Terengganu zon penampan tak cukup tetapi saya telah semak perkara ini dan saya difahamkan perkara ini dan saya difahamkan faktanya sebalik ya Yang Berhormat, zon penampan standardnya 60 kaki, tetapi apa yang telah disediakan di tapak adalah 66 kaki. Jadi, jelas bahawa, standard sebenar yang telah disediakan PETRONAS ni jauh lebih tinggi, tetapi, tetapi Yang Berhormat saya setuju bahawa ada ruangnya untuk penambahbaikan sebab daripada insiden Putra Height kita nampak bahawa ada mereka yang cedera ada harta yang juga musnah. Bahawa jadi persoalan sama ada zon penampan ini mencukupi perlu dikaji semula, saya setuju perkara itu. Tetapi pada asasnya faktanya kena betul dahulu Yang Berhormat. Jadi saya berharap terutamanya pihak PETRONAS dan juga agensi-agensi berkenaan menggunakan Putra Height sebagai asas untuk menyemak semula zon penampan ini. Kita tidak boleh buat apa-apa berkenaan zon perumahan-perumahan yang telah didirikan ya di sepanjang gas pipeline, tetapi andai kata bahawa zon penampan tidak mencukupi maka dari segi teknikal ataupun dari segi engineering, ada tak cara untuk kita memperketatkan keselamatan di kawasan-kawasan perumahan yang terlibat. Dan saya percaya dengan teknologi yang sedia ada dan yang maju sekarang ada ruang dan juga ada teknologi di luar sana yang boleh kita deploy contohnya firewall yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Kemuning tadi yang kita boleh bina di sepanjang gas pipeline ini.
Yang kedua Subang Jaya juga ingin bangkitkan berkenaan perkara protokol kecemasan yang pada saya perlulah lebih tersusun untuk penduduk sekitar dan juga untuk agensi. Kita perlukan satu protokol kecemasan ataupun emergency respons plan yang
melibatkan PETRONAS, agensi penyelamat tempatan dan komuniti setempat. Sistem sebegini tak luar biasa sebab kita lihat bahawa.
Yang Berhormat minta laluan sikit je.
Sekejap ya bagi saya habis point ni dulu nanti saya bagi laluan. Melalui JPS terdapat sistem siren yang dipasang dalam sungai di mana apabila paras sungai melebih had tertentu siren itu akan berbunyi. Jadi sama ada sistem serupa ini boleh juga dilaksanakan untuk tujuan kebocoran paip, saya juga mencadangkan supaya kita kaji dan juga laksanakan jika ada ruang. Satu, dua, kita perlu latihan kecemasan Yang Berhormat. Latihan ini perlu dijalankan secara berkala dan perlu melibatkan penduduk-penduduk yang tinggal di berhampiran saluran paip. Yang ketiga kita perlu manual seperti mana manual yang kita ada dalam hotel contoh, tempat yang kita perlu berkumpul dan sebagainya dekat kawasan perumahan yang terlibat di sepanjang gas pipeline baik kalau penduduk juga diberikan manual sebegitu. Yang keempat sistem amaran awal dan yang kelima talian hotline apabila penduduk mengesan kebocoran ataupun pencerobohan dan sebagainya. Ya Yang Berhormat saya dah habis point kedua.
Terima kasih Yang Berhormat. Yelah mungkin kita mendapat maklumat daripada sumber yang berbeza. Saya ucap terima kasih atas penerangan Yang Berhormat cuma maklumat yang saya ada adalah zon penampan untuk pipe gas adalah 40 meter atau 20 meter sebelah kanan dan sebelah kiri jadi pada pemahaman saya kalau 20 meter adalah lebih kurang 65.47 kaki. Jadi mungkin Yang Berhormat boleh kongsi dengan saya maklumat yang Yang Berhormat ada supaya kita dapat, dapat satukan maklumat ini untuk kegunaan masa depan.
Terima kasih Yang Berhormat saya akan dapatkan maklumat dan kita juga akan kongsi pada masa yang sama saya juga telah difahamkan bahawa gas paip yang berbeza mempunyai zon penampan yang berbeza juga ya. Jadi mungkin di sana ada sedikit perbezaan rujukan Yang Berhormat dan juga saya. Perkara yang ketiga Tuan Speaker yang saya nak bangkitkan adalah berkenaan teknologi pengesanan kebocoran dan juga sistem komunikasi dengan masa nyata iaitu live. Dalam dunia internet of think ataupun Artificial Intelligence kita tidak boleh bagi alasan ya bahawa tidak, kita tidak menggunakan teknologi pemantauan pintar ataupun smart monitoring system di mana kita boleh mengesankan perkara-perkara yang abnormal ataupun kebocoran yang mikro dan sebagainya dengan masa nyata ataupun live dan pada saya perkara ini perlu digabungkan dengan sistem komunikasi automatik
di mana kita memberi amaran awal daripada pusat kawalan kepada penduduk berhampiran sama ada melalui SMS ataupun melalui siren ataupun melalui aplikasi mudah alih. Jadi dalam keadaan internet of think sekarang perkara ini bukan satu cadangan yang mewah, perkara ini merupakan satu cadangan yang diperlukan yang wajib demi keselamatan awam.
Tuan Speaker, perkara keempat yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan sistem penutupan injap automatik ataupun automatic valve shut off system. Semasa hari kejadian saya juga berada di Jalan Putra Harmoni dan saya sendiri nampak team daripada PETRONAS di tapak dan saya lihat bagaimana mereka telah menutupkan valve ataupun injap berkenaan. Pada masa yang sama saya menyarankan bahawa pemasangan injap automatik perlu dilihat semula. Ataupun perlu dikaji supaya dalam situasi di mana ada kebocoran ataupun abnormality kita boleh menutup secara automatik daripada pusat kawalan daripada kita buat secara manual maksudnya kena turun padang kena turun kepada station kena buka station pastu kena masuk kena buka dengan kunci dan tutup secara manual ya. Dan dengan sistem sebegini saya percaya kita dapat mengawal apa-apa kejadian yang akan berlaku dengan lebih berkesan.
Tuan Speaker perkara kelima adalah berkenaan audit berkala yang lebih ketat. Saya difahamkan bahawa audit fizikal ataupun intelligent pigging yang dilaksanakan oleh PETRONAS, dilaksanakan dalam sepuluh, sekali dalam sepuluh tahun, perkara ini perlu dilihat semula untuk dikerapkan memandangkan kejadian di Putra Height dan pada saya kita kena menjadualkannya dengan lebih kerap dan perkara ini akan lebih bersifat pencegahan supaya kalau ada apa-apa kebocoran ataupun kelemahan dalam sistem paip dengan semakan berkala ini yang lebih kerap kita dapat identify dengan lebih awal dan dengan itu kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Tuan Speaker kita tidak mampu lagi untuk bertindak selepas satu kejadian berlaku, letupan di Putra Height sepatutnya menjadi kejadian yang terakhir. Rakyat mengharapkan satu perubahan yang systemic dan bukan sekadar kenyataan media ataupun siasatan dalaman. Saya berterima kasih kerana Dato’ Menteri Besar sekali lagi bukakan satu ruang untuk jawatankuasa pakar menyemak hasil-hasil siasatan yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi teknikal. Jadi saya mohon bahawa cadangan-cadangan, lima cadangan-cadangan yang saya telah kemukakan dalam Dewan ini boleh dibawa kepada peringkat jawatankuasa berkenaan dan dipertimbangkan dalam dasar keselamatan infrastruktur Negeri Selangor. Sekian terima kasih Tuan Speaker kerana memberi laluan. Itu sahaja daripada Subang Jaya.
Sijangkang. Tak apa teruskan, mulakan sahaja Sijangkang.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, terima kasih Tuan Speaker yang memberikan ruangan kepada saya untuk turut berbahas dalam isu letupan paip gas di Putra Height yang melibatkan penduduk di Kampung Sungai Baru dan juga di taman yang berdekatan. Jadi saya kira ini adalah kejadian yang satu bencana yang berlaku di Negeri Selangor, satu-satunya kejadian yang melibatkan paip gas ini. Terlebih dahulu saya ucapkan takziah kepada semua penduduk ataupun rakyat di kawasan Putra Height yang terlibat di dalam letupan ini dan saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya frontliners yang memainkan peranan yang cukup besar di dalam membantu menguruskan kejadian ini yang saya kira menjadi pengalaman yang cukup pahit kepada yang terlibat. Ada yang mengatakan bahawa ini mungkin satu kiamat kecil yang berlaku di Negeri Selangor. Tapi tak apalah. Itu kejadian yang telah berlaku. Hari ini kita tidak menafikan di Negeri Selangor sebuah negeri yang maju yang kita mengharapkan sebagai rakyat di Negeri Selangor ini dapat hidup dalam keadaan kesejahteraan hidup dalam keadaan aman damai yang kalau boleh tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk bencana sama ada letupan seperti ini banjir dan sebagainya. Mahu tidak mahu hari ini kita melihat kedudukan Negeri Selangor dengan kemajuan yang pesat berlaku kita tidak nafikan kemungkinan sebahagian daripada kita disebabkan oleh pembangunan, kepesatan pembangunan yang berlaku, perumahan, bandar-bandar baru, kita terpaksa tinggal di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan utiliti yang mungkin memberikan risiko kepada kita termasuklah mungkin paip gas PETRONAS ini mungkin utiliti yang lain, paip, elektrik dan sebagainya tetapi kita mengharapkan ini tidak akan menjadi masalah kesejahteraan kepada kita. Terima kasih kepad Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang saya kira tidak boleh dinafikan apabila pihak pembangkang, kita mengeluarkan petisyen, usul tergempar dan akhirnya dia bukan sekadar hanya penerangan di luar Dewan tetapi ia terdapat penerangan di dalam Dewan dan terima kasih kepada Tuan Speaker yang memberikan ruangan kepada kita untuk kita bahaskan isu letupan gas, paip gas di Putra Height ini. Boleh sambung esok Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Memandangkan waktu telah pun menunjukkan jam pukul 4.30 petang, dengan ini saya tangguhkan sidang Dewan, Dewan ini akan sambung semula pukul 10.00 pagi hari Rabu, 9 Julai 2025. Sijangkang boleh sambung kemudian. Terima kasih. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)