Selangor · 9 July 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 212 turns · 34,174 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 9 Julai 2025 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Speaker

Salam sejahtera diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga pelawat ke Dewan Negeri Selangor pada hari ini. Hari ini kita Dewan Negeri Selangor menerima lawatan daripada rakan-rakan dari SIWANIS dan ADN Muda dan juga dengan rombongan daripada Persatuan Sehati Sejiwa Damansara. Selamat datang ke Sidang Dewan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya meneruskan aturan urusan pada pagi ini saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat sekalian kepada rekod persidangan pada 8 Julai 2025 mengenai persetujuan terhadap Usul nombor 5 tahun 2025 iaitu Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957. Telah dimaklumkan kepada saya bahawa terdapat sedikit kekhilafan dalam bacaan semalam di mana satu bahagian penting daripada Usul tersebut telah tidak disebut semasa bacaan. Bagi memastikan rekod persidangan kita lengkap dan tepat, saya memohon izin untuk membacakan bahagian yang tersebut pada sekarang juga untuk direkodkan secara rasmi.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada pun mesyuarat di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk membuat satu ketetapan selaras dengan Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut :

Menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) di mana sebanyak 1% daripada setiap penerimaan bayaran premium tanah atau dan premium tambahan susulan kelulusan permohonan menukar kategori kegunaan dan syarat nyata tanah hendaklah disumbangkan kepada Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) ini yang akan diselenggara oleh Jawatankuasa Tetap STANCO Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor. Namun begitu Pegawai Pengawal Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran adalah Pengarah Tanah dan Galian Selangor yang juga bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemegang Amanah.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Usul ini dipersetujui.

Saya jemput Setiausaha Dewan.

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan mesyuarat seterusnya. Membentangkan kertas-kertas mesyuarat.

Kertas Mesyuarat Bilangan 23 Tahun 2025 – Maklum balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) berhubung Penambahbaikan Peranan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL).

Kertas Mesyuarat Bilangan 24 Tahun 2025 – Maklum balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti (JPK) Infragro berhubung dengan Isu Banjir di negeri Selangor.

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Damansara.

Terima kasih Speaker. Soalan Kota Damansara nombor 18.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Pembasmi Kemiskinan Bagi Masyarakat IndiaQuestions

18. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah peruntukan bagi masyarakat India pada tahun 2025?

b)

Apakah inisiatif kerajaan terhadap anak muda India bagi mendapatkan pekerjaan?

c)

Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memberi peluang lebih banyak kepada anak muda India ke industri TVET?

Terima kasih Tuan Speaker dan juga terima kasih kepada Kota Damansara kerana membawa masalah ataupun soalan pembasmian kemiskinan bagi masyarakat India. Ada tiga (3) soalan. Pertamanya adalah berapakah peruntukan bagi masyarakat India pada tahun 2025? Kedua, apakah inisiatif kerajaan terhadap anak muda India bagi mendapatkan pekerjaan? Dan ketiga, apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memberi peluang kepada banyak kepada anak muda India ke industri TVET? Tuan Speaker, saya berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Kota Damansara yang bertanyakan soalan berhubung komuniti India. Kerajaan Negeri amat prihatin dan cakna terhadap kebajikan dan kesejahteraan semua rakyat di Negeri Selangor termasuk komuniti India. Justeru, pelbagai program dan inisiatif telah dirancang dan dilaksana dengan peruntukan yang lebih tinggi setiap tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta dan lebih bagi pelaksanaan program ataupun inisiatif utama khusus untuk manfaat masyarakat India dalam tahun 2025 seperti yang berikut : 1) Peruntukan sebanyak RM1 juta disediakan di bawah Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (ISEED) untuk membantu usahawan mikro dan kecil kaum India menjalankan perniagaan dan meningkatkan taraf ekonomi menerusi pemberian bantuan peralatan atau mesin. Program ini dijangka memberi manfaat kepada 163 orang usahawan India pendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM3,000.00 seperti penjaja makanan di tepi jalan, pengusaha muruku atau kuih-muih, tukang jahit, mekanik dan lain-lain lagi.

2) Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM1.2 juta di bawah Program Bantuan Yuran Pengajian IPTA dan IPTS bagi membantu pelajar komuniti India B40 membayar yuran pengajian peringkat Diploma dan ljazah. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa agar anak-anak komuniti India B40 tidak tercicir daripada mendapat pendidikan tinggi. Bagi tahun 2025, seramai 486 pelajar dijangka menerima manfaat di mana penyaluran akan dilaksanakan bermula pertengahan bulan Julai tahun ini.

3) Sebanyak RM950,000.00 diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Bantuan Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah dalam usaha membantu mengurangkan bebanan ibu bapa komuniti India B40 dalam menampung kos

pengangkutan anak ke sekolah. Bantuan sebanyak RM300.00 secara one-off diberikan setiap tahun kepada murid berketurunan India daripada keluarga B40 yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di seluruh negeri Selangor. Bagi tahun 2025, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 3,166 orang pelajar daripada sekolah Tamil.

4) Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak hampir RM800 ribu bagi program sambutan perayaan kaum India termasuklah Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vasakhi dan Ugadi. Pelaksanaan program sambutan perayaan ini di peringkat negeri bukan sahaja mengiktiraf kepelbagaian budaya dan agama tetapi juga diharap dapat memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan nilai murni dalam kalangan rakyat Selangor terutamanya komuniti kaum India.

5) Melalui Program Pemberian Bantuan Baucar Jom Shopping Bersempena Perayaan, peruntukan sebanyak RM4.43 juta bakal diagihkan bersempena Deepavali tahun ini yang dijangka memanfaatkan seramai 22,150 penerima komuniti India dalam kalangan B40.

6) Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di bawah Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor bagi kerja-kerja baik pulih dan naik taraf infrastruktur sekolah dan memastikan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif sebanyak 50% dan 50% lagi adalah untuk membantu kanak-kanak untuk mempertingkatkan pembelajaran dalam akademik dan juga ko-kurikulum dan pengagihan ini akan dibuat dalam hujung bulan ini ataupun awal bulan Ogos secara berperingkat.

7) Peruntukan sebanyak RM1.65 juta disediakan melalui Program Bantuan Kewangan LIMAS untuk persatuan dan pertubuhan yang menguruskan kuil dan bagi pembinaan, penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur rumah ibadat, pembelian peralatan dan perbelanjaan aktiviti keagamaan. Kita juga telah tambah kategorinya kepada penyelenggaraan kubur.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, terdapat pelbagai lagi program di bawah Iltizam Selangor Penyayang yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini, termasuk komuniti kaum India. Antaranya Pusat Tuisyen Rakyat Selangor, Peduli Siswa, Iltizam Mahasiswa Selangor, Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor, Skim Hijrah Selangor, Geran dan Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS), barangan bantuan blue print dan pembinaan rumah kerjaan prihatin. Semua ini adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Selangor selari dengan RS-1 dan RS-

2. Keseluruhannya Kerajaan Negeri terus menyediakan peruntukan yang tinggi bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat di negeri Selangor terjaga. Tuan Speaker, soalan (b) dan (c) dijawab bersekali. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk memastikan rakyat di negeri Selangor termasuk anak muda India mendapatkan pekerjaan. Rakyat Selangor termasuk anak muda komuniti India boleh memanfaatkan pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kemahiran dan keboleh pasaran mereka dalam usaha mendapatkan pekerjaan pada masa yang akan datang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM12 juta hingga RM16 juta pada setiap tahun bagi tujuan pemerkasaan TVET. Peruntukan ini meliputi penajaan pelatih di institusi TVET seperti STDC (Selangor Technical Skills Development Center) dalam program Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Kemahiran Profesional dan Kursus Kemahiran Jangka Pendek. Selain penajaan, dana ini juga turut digunakan bagi pembangunan modul TVET serta pelaksanaan program jaringan kerjasama dengan institusi dan industri di peringkat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini bertujuan memperkukuh sistem TVET dan memastikan institusi seperti STDC sentiasa berada pada tahap optimum selari dengan perkembangan teknologi semasa agar para pelatih bersedia menghadapi suasana kerja sebenar dalam industri. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melahirkan antara 1,200 hingga 1,500 orang pelatih daripada STDC dalam pelbagai bidang yang ditawarkan dan sentiasa memberi peluang yang adil kepada setiap warga Selangor yang layak termasuklah kaum India untuk menerima tajaan latihan di institusi ini. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara, berdasarkan rekod antara 30% hingga 40% daripada jumlah pemohon di STDC setiap tahun adalah terdiri daripada kaum India. Peratusan ini menunjukkan trend peningkatan saban tahun yang didorong oleh galakan daripada ahli keluarga dan inspirasi yang diperoleh daripada rakan-rakan yang telah berjaya menyertai dan menamatkan latihan di STDC. Satu lagi inisiatif utama adalah melalui kerjasama dengan Invest Selangor yang diterajui oleh Yang Berhormat Kinrara yang bertujuan memperkenalkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi kepada anak muda di Selangor khususnya dalam sektor berteknologi tinggi dan berimpak besar.

Invest Selangor memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi di negeri Selangor terutamanya dalam sektor-sektor strategik seperti aeroangkasa dan pembuatan berteknologi tinggi. Sektor aeroangkasa misalnya, merupakan industri yang berkembang pesat dan menawarkan peluang pekerjaan dengan pendapatan atau gaji yang lebih tinggi. Selain menawarkan peluang pekerjaan, Invest Selangor juga menyediakan program latihan kemahiran khusus. Latihan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan tetapi juga membuka peluang untuk mereka diserap ke dalam syarikat-syarikat industri aeroangkasa setelah tamat latihan mereka. Selain ruang dan peluang mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran, anak muda komuniti India juga boleh memanfaatkan Program Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor sebagai platform bagi mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang setimpal dengan kelayakan dan kemahiran masing-masing. Program yang dilaksana dengan usahasama Pertubuhan Keselamatan Sosial atau (PERKESO) Negeri Selangor ini dilaksanakan secara berkala di sembilan (9) daerah setiap tahun dan menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dan industri. Melalui program ini, anak muda tempatan daripada pelbagai latar belakang berpeluang untuk menerokai potensi diri dengan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan-majikan dalam daerah masing-masing. Program ini juga bertindak sebagai platform untuk mereka berinteraksi secara langsung dengan majikan daripada pelbagai industri. Khidmat bimbingan dan kaunseling juga disediakan bagi membantu dalam penyediaan resume dan mengenalpasti bidang atau jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran masing-masing sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam temuduga. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha memastikan akses kepada latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa dan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat, termasuk anak muda India. Pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Kerajaan Negeri ini berupaya mengawal serta mengurangkan kadar pengangguran dan sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Kota Damansara.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas penerangan itu tadi. Kota Damansara ingin menanyakan dua soalan. Yang pertama, berkenaan ISEED dan Blueprint. Kita maklum program ini bukan lah program yang baru kita perkenalkan. Tapi boleh tak Yang Berhormat EXCO untuk menggariskan, sebenarnya berapa lama untuk mereka, pemohon-pemohon khususnya warga India ni mendapat permohonan mereka diluluskan. Sebab apa, sebab

ISEED dan Blueprint ini, kita tahu dari tarikh dia mohon untuk nak dia dapat bantuan yang dimohon itu mengambil masa yang agak lama. Jadi kadang-kadang ada setengah tu, dia mohon untuk buat usahawan suatu benda. Dia jual suatu benda tapi sebab nak tunggu lama dapat, sampai, the moment nak bagi tu dia dah berniaga benda lain. Jadi barang yang kita bagi tu tersimpan dalam satu sudut yang tak digunakan. Jadi semestinya dia akan merugikan Kerajaan Negeri Selangor dan kedua, dia merugikan kepada mereka yang memohon yang lain yang disumbangkan. Yang boleh disumbangkan. Yang kedua ialah, berapa sebenarnya, yang ini bagi secara bertulis pun tak apa. Berapakah jumlah sebenarnya pelajar India yang telah mendapat pekerjaan dalam sepanjang Yang Berhormat EXCO buat program-program pekerjaan masyarakat India. Yang kedua, berapa sebenarnya pelajar-pelajar India, masyarakat India ni yang diberi peluang untuk masuk sebab TVET. Tadi saya diberi tahu, 40%, 30% tapi 30% daripada berapa jumlah sebenarnya? Jadi, secara tak langsung, ini memberi peluang kepada masyarakat India dan mereka ini benar-benar dibela. Bukan sekadar dalam bentuk percent sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara kerana ada soalan tambahan. Saya juga berpeluang menerangkan untuk menerangkan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam ISEED. Sebanarnya kita telah menggunapakai borang baru untuk permohonan ISEED. Oleh kerana itu kita mengalami sedikit lambat. Lambat sikit untuk tahun ini sebab borang-borang yang lama tu mereka photocopy dan mengedarkan secara free ataupun secara bebas. Saya memang nak control benda itu. Saya telah mengarahkan ataupun memberi tanggungjawab kepada semua KKI di bawah ADUN-ADUN untuk mendapatkan calon-calon yang sesuai bagi kawasan-kawasan masing-masing supaya kita boleh proses untuk memberikan peralatan ISEED ini. Dan sebab tu kita mengambil masa sikit bagi tahun ini dan dalam masa, mungkin dalam hujung bulan ini, saya akan meluluskan semua permohonan termasuk 163 orang itu dan mungkin dalam sebulan dua kita akan menyerahkan. Kali ini kita menggunakan Kohijrah untuk complete iaitu bukan macam formula atau prosedur yang lalu di mana mereka mohon barang. Satu barang, tapi di mana Kohijrah tidak mempunyai barang itu dan dia pula terpaksa menempah dengan syarikat lain. Kali ini tidak. Kita memberi catalog kepada pemohon, barang itu. Jadi dia akan memilih dalam catalog itu, so senang supaya Kohijrah membekalkan barang itu direct kepada pemohon. Jadi saya rasa tak mempunyai sebarang masalah selepas ini. Bagi tahun depan saya ada rancang. Saya juga telah memberikan arahan kepada Pegawai ISEED yang in-charge tu. Kita akan buat dua fasa. Dua fasa. Jadi mungkin sebelum Julai atau pun sebelum Jun kita settle satu permohonan dan satu lagi permohonan akan kita selesaikan sebelum November. Jadi ia akan dapat sedikit kurangkan kelambatan itu. Kedua, adalah soalan yang ditanyakan tentang peratusan pelajar-pelajar kaum India masuk ke TVET dan juga vokasional dan sebagainya. Saya

akan dapatkan jawapan itu dan saya akan tulis kepada Yang Berhormat Kota Damansara. Sekian, terima kasih.

Speaker

Kota Kemuning. Silakan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Speaker. Terima Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan penjelasan berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri bagi kaum India dan juga saya berterima kasih kepada rakan saya, Kota Damansara prihatin kepada isu-isu kaum India. Dan telah mengajukan soalan ini kepada Yang Berhormat EXCO. Soalan saya, di luar sana ada banyak rintihan daripada kaum India bahawa kita tidak melakukan ataupun kerajaan tidak mendengar suara mereka dan juga kebajikan mereka. Kalau saya lihat apa yang dicadang, apa yang kita ada berkenaan dengan inisiatif, lebih kurang 15 juta disediakan untuk masyarakat India di Selangor sahaja. Tapi informasi ini, penerangan ini tidak sampai kepada mereka. So, saya minta daripada Kerajaan Negeri supaya mengadakan satu road show kepada banyak kawasan-kawasan ini memberitahu kepada mereka, apakah inisiatif-inisiatif yang kita ada dan bagaimana mereka boleh membuat permohonan ini. Saya rasa ini adalah penting supaya ia sampai terus kepada mereka. Itu satu. Kedua, baru-baru ini ada satu proposal yang telah pun diberikan yang dinyatakan sebagai Building Sustainable Inclusive An Equal Opportunity for Malaysian. A Road Map for a Reformed for Indian Community. So, ia telah diserahkan kepada Kerajaan Pusat tetapi saya nak tanya ada lima (5) isu yang telah dipanjangkan dalam isu tersebut. Satunya, education reformed. Di mana kita dapat melihat atau mengurangkan penganggur atau we call drop outs. So, salah satu inisiatif dikata Sstablishment of A National Drop Out. Atau, adakah kita ada cadangan untuk establish Selangor Drop Out Prevention dengan involving the stakeholders. Macam mana kita nak mengelakkan daripada drop outs. Itu satu. Untuk kaum-kaum India. Kerana saya mendapat data bahawa lebih kurang 3,000 pelajar drop outs pada setiap tahun. Kedua, Women and Youth Development. Ini cadangan yang telah diberikan adalah Launch, Elevate, Her Verman Leadership Incubation. Adakah program-program ini juga terlibat dalam program dan inisiatif Kerajaan Negeri. Adakah kita perlukan program sebegini dan Launch Rebel Builders Youth Entrepreneurship Platform. So, adalah kita ada satu platform yang mana kita boleh membina masyarakat muda bagi masyarakat India. Dan ketiga, adalah Advancement. Proposal yang telah diberikan adalah satu seperti, bagaimana kita boleh bekerjasama dengan SME Digitalization. Khususnya, semalam kita ada satu program dikenal sebagai E-Usahawan. This is a programme even I don’t know until yesterday it was informed to me. Ini adalah program-program yang kita boleh gunakan untuk membantu masyarakat India. Dan juga lagi satu adalah isu sama ada kita perlukan satu India Development An Innovation Fund. Adakah itu perlu supaya kita boleh membantu mereka. Ada satu tempat untuk memohon dana untuk inisiatif-inisiatif yang perlu atau pun geran-geran yang mereka perlukan untuk

development of skill dan an economic participation. So, the last one is, adalah kita sekarang menuju kepada digitalization. Adakah perlu kita ada satu dashboard supaya dashboard ini memberikan satu information kepada semua applicant supaya mereka tahu apakah program-program yang kita ada. Adakah kita perlu satu adakan dashboard dan apakah tindakan kerajaan dalam membawa pembaharuan ini dalam program-progran kita. Itu soalan saya.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning yang bertanyakan mengenai komuniti kaum India dan pembangunannya. Saya memang setuju dan cadangan Yang Berhormat telah memberitahu tadi mengenai roadshow. Tentang program-program yang kita lakukan diperingkat negeri Selangor. Cuma saya juga bersetuju atau bercadang untuk membuat roadshow ini. Untuk pergi ke kawasan luar bandar di mana di sana, mungkin mereka tidak mempunyai internet access dan juga tidak mempunyai begitu pengetahuan tentang Kerajaan Negeri, baik Kerajaan Persekutuan, apa yang mereka lakukan kepada kaum India khususnya bagi mereka golongan B40 dan sebagainya. Saya ingin membawa satu contoh. Contohnya kita nak pergi satu dinner. Kita nak bawa satu gift. Dalam gift itu mungkin ada valuable product tapi kita juga ada wrapping. Padahal, in the end, wrapping itu kita buang dalam tong sampah. Memang tak ada value pun. Tapi wrapping itu wajib kita gunapakai semasa kita menyerah hadiah itu kepada si penerima. Bagaimana juga, kita memerlukan satu costing atau budget untuk mempromosikan apa yang kita lakukan walaupun ia tidak ada kena mengena dengan program yang kita lakukan. Atau pun bajet yang kita gunapakai untuk setiap program itu. Jadi saya setuju sangat kita akan bazir promosi itu tapi wajib kita gunapakai. Ini zaman moden dan zaman digital. Saya setuju sangat. May be we should consider on that Yang Berhormat. Dan seterusnya adalah, Selangor Drop Outs. Angka yang diberitahu oleh Yang Berhormat Kota Kemuning adalah seramai 3,000 orang. Saya pun memang terkejut. Kalau benda tu wujud dan tibalah masa untuk kita semua berfikir, bagaimana Selangor, adalah sebuah negeri yang paling maju miliki pelajar-pelajar yang drop out. This is from the second base ye, Yang Berhormat? Secondary School. Memang bahaya. Jadi kita perlu adakan satu body, di mana, pantau pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah ini supaya mereka tidak meninggalkan sekolah sebelum mereka menamatkan peperiksaan SPM dan sebagainya. Bagi Women and Youth Development Center, I mean portfolio, saya rasa Yang Berhormat EXCO Wanita boleh bertulis secara panjang lebar kepada soalan ini. Terima kasih juga lah ya. Sebab kami involve Youth and Women. Seterusnya adalah mengenai SME. This is about the entrepreneurship. Saya rasa memang mengikut kajian kaum India memang tertinggal belakang sangat dalam pembangunan ataupun business entrepreneurship. Bukan semua Anantha Krishnan. Bukan semua big guys yang telah berjaya dalam industri perniagaan itu. Jadi kalau kita ada mekanisma seperti mana yang Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Yang Amat berhormat di bawah program MITRA.

Memang MITRA menjalankan banyak program dan kita boleh melihat dalam website mereka. Semenjak saya melihat, kita ada sebanyak RM20 million untuk membantu masyarakat kaum India khususnya pelajar-pelajar di peringkat universiti. Mereka membayar RM2,000.00 kepada setiap calon mengikut kelulusan atau kriteria mereka. Yang kedua mereka spend about 12.3 million dengan izin. RM12.3 juta bagi Malaysian Indian Entrepreneurship. Memang mereka bantu. Cuma saluran ataupun cara permohonan ini mesti kita longgarkan ataupun meluaskan lagi kepada ramai masyarakat kaum India diseluruh negara boleh mengambil bahagian dalam program-program itu. Dan satu lagi adalah 7.9 atau 8 juta ringgit mereka menggunakan untuk health and welfare. Maksudnya adalah dialysis kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah diabetes dan masalah buah pinggang. Mereka boleh mengambil bahagian dalam ini. Dan mereka juga menyalurkan bantuan ini kepada pesakit-pesakit ini dan setiap treatment itu, mereka menyalurkan sebanyak RM200.00, tak salah saya. Dan overall, saya rasa, dalam RM100 juta itu, mereka mempunyai sebanyak 14 major program, yang membantu khususnya kaum India, di seluruh negeri, negara kita. Cuma saluran seperti mana yang saya katakan tadi, kita mesti mengenal pasti, bagaimana kita boleh memohon permohonan itu, dengan efisien dan sebagainya.

Dan seterusnya adalah digitalization ataupun website. Kami, di peringkat semua unit, contohnya, kita ada MySel , i-Cert. Dan satu lagi, program kita menawarkan, semua kita ada website. Website itu, memang mungkin tidak begitu popular. Saya mengambil maklum, cadangan Yang Berhormat Kota Kemuning untuk memperhebohkan lagi kepada masyarakat setempat, melalui by KKI ataupun Ahli-ahli Majlis, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua komuniti, supaya dia boleh menyebarkan ke pelusok kawasan di seluruh negeri Selangor supaya rakyat seluruh negeri Selangor dapat melihat apa yang kita buat. Tetapi, digitalization itu satu dashboard, saya juga setuju dengan Yang Berhormat, supaya kita adakan satu dashboard. Cuma dia menelan kos lah. Saya akan bincang dengan unit-unit saya, supaya kita adakan centralize, semua maklumat ini, supaya one click, you get every thing, dengan izin. Jadi, itu yang saya ingin bagi tahu. Dan memang sepanjang tahun ini, kita membuat terbaik, seperti mana yang list yang telah saya berikan kepada Dewan yang mulia ini. Saya akan teruskan dengan bantuan dan sokongan, daripada Yang Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli EXCO saya, di peringkat MMKN. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, silakan Ijok.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Saya sangat berminat berkenaan dengan TVET untuk anak-anak muda India.

Apakah ada inisiatif daripada Kerajaan Negeri kepada anak-anak India ini, yang mempunyai kemahiran dekat luar sana, dia orang ada kemahiran dari segi mekanik motor, pendawaian elektrik. Tapi mereka ini tidak dipersijilkan. Tidak ada sijil. Jadi, apakah ada inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk mempersijilkan mereka ini, supaya mereka ini lebih berdaya saing. Sebab, contoh di kawasan Ijok, tempohari saya ada berjumpa dengan belia-belia India, mereka ini sangat berkemahiran. Tetapi, tidak ada sijil. Dan, apakah ada inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk mempersijilkan mereka, supaya kemahiran mereka ini diiktiraf. Secara tak langsung mereka ini dapat kerja yang lebih baik. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ijok kerana, juga bertanyakan tentang masyarakat India, iaitu anak muda yang tidak mempunyai tetapi mereka ada pengalaman. Dari segi bengkel motosikal atau kereta dan sebagainya. Sebab itu, saya telah menyatakan tadi. Kita ada Selangor Technical Skill Development Centre, di Kuala Selangor juga. Berdekatan dengan Ijok. Terdapat ramai pelajar-pelajar daripada kaum India, mengambil kursus secara percuma, dalam institusi itu, sebab dibiayai oleh Kerajaan Negeri, seperti mana saya cakap tadi. Kita spend about RM12 hingga RM16 juta setiap tahun. Jadi, tidaklah masalah, sekiranya Yang Berhormat ada calon-calon yang ingin, bukan menyambung belajar, dia boleh mengatakan mendapatkan sijil, secara short term courses. Dan juga, dengan itu juga, saya rasa, anak muda itu, dapat satu sijil yang sah, yang valid daripada Kerajaan Negeri supaya mereka boleh meningkatkan taraf mereka ke different level. Saya akan bantu, sekiranya Yang Berhormat Ijok ada calon-calon, nak masukkan dalam STDC. Saya akan bantu, Yang Berhormat boleh bagi list kepada saya. Dan surat rasmi daripada pejabat YB, supaya saya akan memanjangkan perkara ini kepada STDC. Sekian terima kasih.

Speaker

Kampung. Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih, Tuan Speaker, soalan saya, 19.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Fenomena Cuaca Panas Dan Gelombang HabaQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

19. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

(a) Nyatakan impak dan usaha mitigasi Kerajaan Negeri susulan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga yang lebih kerap daripada Jabatan Meteorologi.

(b) Apakah peranan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (Selangor Climate Adaptation Centre – SCAC) dalam menangani isu ini?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih, kepada Yang Berhormat Kampung Tunku yang bertanya tentang impak dan usaha mitigasi Kerajaan Negeri, susulan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga yang lebih kerap daripada Jabatan Meteorologi dan juga peranan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor ataupun (Selangor Climate Adaptation Centre – SCAC) dalam menangani isu ini.

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, cuaca panas dan kering yang melanda kebelakangan ini adalah disebabkan perubahan cuaca kepada Monsun Barat Daya yang bermula daripada 10 Mei tahun ini dan dijangka berterusan sehingga September 2025. Di antara ciri-ciri Monsun Barat Daya ini, adalah seperti taburan hujan yang lebih rendah serta bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak, berbanding bilangan hari hujan. Namun begitu, menurut pembentangan tinjauan cuaca Monsun Barat 2025, oleh Pusat Iklim Nasional pada 22 Mei yang lalu, impak kepada negeri Selangor pada masa ini, masih dalam keadaan terkawal. Dengan jangkaan kelembapan dan hujan di dalam lingkungan purata. Dan pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor akan terus bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia, ataupun MET Malaysia, bagi melaksanakan pemantauan sistematik, ramalan terperinci serta komunikasi dan kolaborasi dengan jabatan serta agensi negeri, seperti berikut:

i. Memantau perubahan cuaca dari semasa ke semasa dan menyebarkan amaran serta nasihat kepada Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah;

ii. Membantu dari aspek perancangan dan pelaksanaan operasi pembenihan awan untuk menangani isu kekurangan air akibat cuaca panas dan kemarau; dan

iii. Seterusnya menjalankan aktiviti serta kempen kesedaran awam berkaitan risiko cuaca panas terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Akhirnya, antara usaha Kerajaan Negeri dalam menghadapi cuaca panas adalah juga seperti berikut:

i. Pengurusan sumber air dan infrastruktur, ii. Dan selepas itu, menjalankan Operasi Pembenihan Awam Bersama.

iii. Dan Kerajaan Negeri juga, melakukan paras empangan secara berterusan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) iv. Mengawal kebakaran hutan tanah gambut dan pemuliharaan sumber.

Seterusnya, mengenai tanggungjawab dan peranan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor. Ia bertindak sebagai sebuah agensi penggerak strategik berkaitan dengan isu-isu alam sekitar dan perubahan iklim bagi membina daya tahan negeri menghadapi fenomena-fenomena cuaca atau pun iklim seperti cuaca panas dan haba ekstrem. Melalui Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor, SCAC kini sedang dalam peringkat membangunkan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Peringkat Tempatan yang melibatkan 12 PBT dan Dasar serta Program Kecekapan Tenaga Bangunan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Dan pembangunan dasar ini kini dalam peringkat perbincangan dan penyusunan rangka kerja yang akan melibatkan penetapan polisi, perundangan dan garis panduan pelaksanaan.

Dan selain itu, SCAC akan membangunkan kerjasama dengan institusi penyelidikan dan pihak swasta bagi meneroka kaedah dan sistem pemantauan yang lebih inovatif. Kerjasama seperti ini juga akan meliputi kajian tentang risiko, isu gelombang haba dan musim kering akibat perubahan iklim serta mengenal pasti intervensi yang bersesuaian, termasuk keperluan pembangunan dasar atau garis panduan khusus bagi menangani isu ini. Kerjasama strategik ini akan membantu meningkatkan akses kepada pendanaan dan kepakaran teknikal daripada geran-geran domestik atau luar negara yang membolehkan lebih banyak projek fizikal, pembangunan kapasiti dan latihan, dijalankan di dalam Negeri Selangor.

Speaker

Morib.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih. Soalan tambahan. Masih pada EXCO. Cuma tadi saya terdengar daripada EXCO, berkenaan tentang pembenihan hujan. Saya nak tanya tentang, apakah kesan atau risiko, pembenihan hujan ini kepada manusia. Sebab kita tau dan saya rasa ramai rakyat pun tak tau apakah kandungan daripada pembenihan hujan itu. Dan apakah kesan atau risiko, jika pembenihan hujan itu selalu kita buat. Sekian, terima kasih,

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih, pada soalan Yang Berhormat. Setakat ini, apabila kita diberikan taklimat mengenai pembenihan hujan, tiada risiko-risiko yang dikatakan sangat terkesan kepada manusia. Dan saya juga ingin mengingatkan pembenihan hujan ini, bukan dijalankan sesuka hati. Ia berdasarkan kepada tahap atau kategori pemantauan cuaca panas. Di mana apabila hanya mencapai

gelombang haba yang sangat ekstrem, kita akan lakukan aktiviti seperti ini dan melalui perbincangan, melalui mesyuarat-mesyuarat antara jawatankuasa dan juga agensi.

Speaker

Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, cuma kita maklum pada kira-kira bulan Julai ini ialah musim denggi. Dan dalam fenomena cuaca panas ini dan gelombang haba, adakah pihak Yang Berhormat EXCO ataupun Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, track, adakah apa-apa penyakit lain yang meningkat secara tiba-tiba dalam masa tempoh ini. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Buat masa ini, memang di bawah Kerajaan Negeri Selangor, kita akan jalankan mesyuarat berkaitan dengan denggi. Setiap tahun dalam anggaran sekali hingga dua kali. Selain daripada itu, sebenarnya, beberapa kerap mesyuarat berkenaan denggi juga akan dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah sebagai pengerusi. Dan baru-baru ini, kita baru sahaja menjalankan mesyuarat berkaitan dengan denggi, dan sukacita dimaklumkan memang mempunyai penurunan kes denggi yang ketara. Lebih daripada 50%, di dalam kawasan Selangor. Dan perkara ini, memang dipantau secara berkala oleh pejabat saya bersama dengan JKNS dan juga PBT-PBT yang berkaitan. Dan sekiranya mempunyai keperluan, memang apa sahaja isu ataupun risiko berkaitan dengan penyakit lain akan dimaklumkan oleh pihak JKNS kepada pejabat saya dari semasa ke semasa.

Speaker

Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Cuma sebelum saya proceed kepada soalan Dewan. Saya nak bangkitkan peraturan 24 (8), Yang Berhormat Speaker. Berkenaan pertanyaan bagi jawapan bertulis. Saya faham dalam Peraturan menyebut, pada minggu pertama, cuma setakat hari ini, hari Rabu, kita belum terima lagi sebarang jawapan bertulis. Takut-takut kalau petang ni habis, langsung tak dapat. Jadi mohon perhatian daripada Yang Berhormat Speaker, tentang perkara ini.

Soalan saya, Yang Berhormat Speaker, nombor 20, pada Yang Berhormat Sekinchan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Mykiosk Di PbtQuestions

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

20. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

(a) Apakah dasar PBT di Selangor tentang pelaksanaan program MyKiosk anjuran KPKT?

(b) Berapakah jumlah unit MyKiosk yang dibekalkan kepada PBT dan berikan jumlah pecahan mengikut PBT dan DUN?

(c) Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri dan PBT bagi pemasangan MyKiosk?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih, Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Taman Medan atas pertanyaan, berkenaan dengan MyKiosk. MyKiosk merupakan program transformasi penjaja yang diperkenalkan oleh KPKT dengan kerjasama Kerajaan Negeri untuk membantu penjaja kecil dan usahawan mikro, khususnya daripada kumpulan B40. Ia menawarkan struktur perniagaan kekal dan berlesen, bagi mengurangkan penjaja tanpa lesen dan mencantikkan landskap bandar dan menjamin keselamatan awam. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan negeri Selangor, secara prinsipnya menyambut pelaksanaan inisiatif MyKiosk, yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Inisiatif ini menyediakan kemudahan. Seperti saya katakan tadi, penaja yang lebih selesa, bersih dan tersusun, serta membantu menangani isu penjaja yang berniaga di lokasi yang berisiko. Atau tidak sesuai seperti di bahu jalan, laluan pejalan kaki dan kawasan yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas, serta isu-isu keselamatan. Selain itu, pelaksanaan MyKiosk, turut menyumbang kepada penambah baik imej bandar dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih tersusun dan berdaftar. Usaha ini juga membantu memperluaskan peluang keusahawanan kepada golongan sasar seperti penjaja kecil, usahawan mikro dan komuniti berpendapatan rendah. Dalam suasana niaga yang lebih kondusif sebagai agensi pelaksana, PBT, berperanan dalam mengenal pasti lokasi yang sesuai, menyelaras permohonan serta memantau operasi MyKiosk agar selaras dengan garis panduan dan peraturan yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, pelaksanaan MyKiosk bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga kecil dan komuniti setempat, malah turut menyokong matlamat pembangunan ekonomi tempatan yang lebih inklusif dan mampan.

Untuk (b), jumlah MyKiosk yang diterima oleh PBT negeri Selangor mengikut DUN di bawah peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah seperti jadual berikut:

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 01 AIR TAWAR 17 MDSB 02 SABAK 12 03 SUNGAI PANJANG - 04 SEKINCHAN 15

Empat-empat ini berada dalam Majlis Daerah Sabak Bernam. Seterusnya,

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 05 HULU BERNAM 12 MPHS 06 KUALA KUBU BHARU 22 07 BATANG KALI 28

Ini semua berada di Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 08 SUNGAI BURONG - MPKS 09 PERMATANG - 10 BUKIT MELAWATI 2 11 IJOK - 12 JERAM 4

Semua dalam Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Seterusnya,

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 13 KUANG 6 MPS 14 RAWANG 22 15 TAMAN TEMPLER 17 16 SUNGAI TUA 6 17 GOMBAK SETIA 19

Semuanya dalam Majlis Perbandaran Selayang. Kemudian,

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 18 HULU KELANG 11 MPAJ 19 BUKIT ANTARABANGSA 20 20 LEMBAH JAYA 15 21 PANDAN INDAH 30 22 TERATAI 18

Kesemuanya ini dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Yang Berhormat...

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Seterusnya, 23...

Aku geram betullah.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sabar, sabar, sabar Kuang. Masih lagi panjang lebar bagi kawan-kawan chance dulu. Kuang sabar bagi, nanti boleh bagi. Terima kasih Kuang. Baik.

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 23 DUSUN TUA 10 MPKJ 24 SEMENYIH 47 25 KAJANG 30 26 SUNGAI RAMAL 56 27 BALAKONG 29

Kesemuanya dalam Majlis Perbandaran Kajang. Dan seterusnya,

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 28 SERI KEMBANGAN - MBSJ 29 SERI SERDANG - 30 KINRARA - 31 SUBANG JAYA -

Kesemuanya dalam Majlis Bandaraya Subang Jaya. Mana yang Subang Jaya dia lebih advance ke depan. (Bahasa Tamil) tiada dengan izin, tiada.

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 32 SERI SETIA 3 MBPJ 33 TAMAN MEDAN 123 34 BUKIT GASING 18 35 KAMPUNG TUNKU - 36 BANDAR UTAMA 20 37 BUKIT LANJAN 10

Kesemuanya dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 38 PAYA JARAS 9 MPKS 39 KOTA DAMANSARA 85 MBPJ & MBSA 40 KOTA ANGGERIK 75 MBSA 41 BATU TIGA - MBSA & MBSJ 42 MERU - MBDK 43 SEMENTA - 44 SELAT KLANG - 45 BANDAR BARU KLANG 13 46 PELABUHAN KLANG 4 47 PANDAMARAN 9 48 SENTOSA - 49 SUNGAI KANDIS 4

Ini kesemuanya dalam Majlis Bandaraya Diraja Klang. Lepas itu,

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 50 KOTA KEMUNING 52 MBSA & MBSJ

Itu dalam Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga Subang Jaya. Seterusnya,

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 51 SIJANGKANG 20 MPKL 52 BANTING 11 53 MORIB 23 54 TANJONG SEPAT 11 55 DENGKIL 65 MPSP & MPKL

Yang tu dalam Majlis Perbandaran Kuala Langat yang tadi. Yang Dengkil dalam Majlis Perbandaran Sepang.

DNS KAWASAN JUMLAH MYKIOSK PBT 56 SUNGAI PELEK 25 MPSP JUMLAH 1,028

Sungai Pelek, dua puluh, N56, Sungai Pelek, dua puluh lima. Kesemuanya 1,028.

Untuk (c), kos pembinaan bagi 1,028 unit MyKiosk di semua PBT Negeri Selangor adalah sebanyak RM20.33 juta. Daripada jumlah tersebut, RM19,508,520.56 dibiayai melalui peruntukan KPKT, manakala baki sebanyak RM822,211.00 ditanggung oleh PBT bagi kerja-kerja penyediaan tapak, tertakluk kepada keperluan dan keadaan fizikal di lokasi tertentu. Secara purata, kos pembinaan bagi seunit MyKiosk adalah sebanyak RM19,785.80, merangkumi kos struktur dan penyediaan tapak mengikut kesesuaian di lokasi. Sekian sahaja, terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan kerana telah memberikan laporan penuh kepada Dewan ini dan kita dapat dengar tadi. Kalau saya amati tadi maknanya Taman Medan paling tinggilah yang menerima MyKiosk ini. Sebab itu sampai Ketua Pemuda MCA Pahang datang ke Taman Medan untuk buat video Tik Tok bagi menjelaskan tentang isu MyKiosk ini. Ahli Dewan sekalian, termasuk Yang Berhormat EXCO, isu MyKiosk ini kenapa saya bangkitkan adalah kerana benda ini sejak lebih pada setahun yang lepas kita lihat mula tumbuh bagai cendawanlah di Taman Medan ini. Sehinggakan sebahagiannya daripada awal mula diletak sehingga hari ini, masih lagi tidak berpenghuni. Malah dihuni oleh nyamuk-nyamuk yang boleh menyebabkan denggi. Dan ini menjadi masalah kepada kami di Taman Medan. Bahkan, sehingga soal keselamatan Yang Berhormat Sekinchan sebutkan tadi. Kita tahu ada banyak laluan pejalan kaki yang dibina oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya tetapi tiba-tiba MyKiosk duduk kat tengah-tengah laluan pejalan kaki. Tadi tentang soal

keselamatan, kata peniaga sebelum ini berniaga di tempat tepi jalan, bahu jalan kita nak selamatkan jadi kita letak MyKiosk. Tapi kenapa letak dekat tempat yang sama. Apakah dia lebih selamat kalau duduk dalam kiosk itu? Ini persoalan dia.

Keduanya Yang Berhormat, saya lihat pengamatan saya, apa yang berlaku bila tidak ada pengisian, makna tiada orang sewa, satu bila saya tanya antara isu besarnya adalah cagaran yang perlu dikeluarkan oleh peniaga-peniaga ini. Niat betul Yang Berhormat kita nak bantu peniaga kecil. Tetapi bila cagaran yang dikenakan RM2,000.00, RM3,000.00 sebelum mereka dapat masuk, ini antara komplen yang saya terimalah sebahagian pada yang nak masuk ke MyKiosk ini. Saya harap Yang Berhormat EXCO boleh lihat kerana 123 di Taman Medan ini saya rasa terlampau banyak. Sehinggakan ianya menimbulkan persepsi kepada saya adakah Taman Medan ni jadi dumping ground untuk MyKiosk. By once mean ambil sebab, sebab terlampau banyak. Yang kita mahukan kiosk yang proper. Yang kita mahukan adalah tapak penjaja yang betul. Bahkan occupancy rate sebahagian daripada tapak-tapak asal berniaga MBPJ pun di kawasan Taman medan tak dipenuhi. Tetapi tambah lagi MyKiosk.

Jadi, di mana rasional polisi ini. Adakah ianya by needs of the people atau hanya untuk nak memenuhi kuota, atau hanya kerana KPKT nak hantar kiosk maka kita kena letak kiosk ini. Tadi Pelabuhan Klang kata dia ada empat ketul pun dia tak boleh nak penuhkan empat ketul tu. Jadi macam mana, saya 123 Yang Berhormat. Paling tinggi dalam, tak tahulah dalam negara saya tak tahulah. Saya rasa sebab selalu saya bantai Nga Kor Ming itu yang dapat lebih tu. Jadi, cuma Yang Berhormat soal keselamatan, soal occupancy dan kalau saya boleh cadangkan yang Berhormat EXCO, memandangkan kiosk ni dan letak, kita tak boleh nak, takkan tiba-tiba nak cabut nak alih tempat lain. Antara isu dia adalah sebahagian peniaga ni dia meniaga siang saja. Malam di tak meniaga. Tapi kalau ikut polisi sekarang yang saya faham, satu kiosk ini satu saja nama. Mungkin kita kena lihat ada dua sharing, maknanya pagi orang lain meniaga, malam orang lain meniaga. Contoh, ini antara polisi yang perlu diperkenal. Sebab saya tengok kiosk tu dah bertimbun dekat Taman Medan. Jadi saya harap perhatian daripada Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Taman Medan yang menjadi juara dalam keseluruhan bilangan kiosk di seluruh negeri Selangor. Tahniah dan syabas. Dan saya juga rasa syukur Alhamdulillah saya nampak MyKiosk ini, di Selangor ini memang kita dah lakukan dengan yang terbaik dan setakat ini kalau ikut matlamat KPKT, sebelum Ogos ini, kita nak ada pengisian 90 peratus. Tadi Yang Berhormat timbulkan tadi ada tempat pengisian itu tiada. Tak letak. Ada yang letak di bahu jalan tu sepatutnya tidak diletakkan MyKiosk tersebut menghalang pejalan kaki dan keselamatan. Ini perkara-perkara yang kita saya akan ambil maklum.

Dan saya minta semua PBT-PBT lakukan pemantauan, siasatan yang terbaik apabila kita letak MyKiosk di mana-mana biar teratur dan tempat yang dikenal pasti sesuai. Sekiranya tak sesuai, tak sesuai, kita bagi tempoh masa tiga bulan. Kalau memang tak sesuai, tak boleh diisi dan tempat itu (Bahasa Jawa) dengan izin, dia tak laris, tak mendapat sambutan jadi akhirnya tiada orang datang, kurang, perniagaan pun hambar, maka dengan itu, kita kena cari lokasi baru pula. Sebab MyKiosk ini dia boleh dipinda, dia boleh dipindah dengan semangat hijrah, dia boleh hijrah. Semangat hijrah dia boleh pindah, pindah ke tempat yang lain. Itu baiknya MyKiosk. Kalau gerai-gerai, kalau kita nak buat tiada sambutan, susah. Kita kena buat Tik Tok dan sebagai suruh orang datang. Tapi, ini boleh pindah. Jadi, isunya boleh diselesaikan. Cuma, kerjasama antara Yang Berhormat boleh bagi cadangan kepada saya ataupun kepada PBT dan Yang Berhormat juga bersama Ahli Majlis dan juga Ketua Kampung, Ketua Komuniti boleh bagi cadangan supaya PBT pantau dan boleh kita letak di tempat yang lain.

And kemudiannya soal pengisian, ya memang ada tempat kita dah bagi peniaga itu betul. Occurate interview memang dia cukup excited datang dia nak MyKiosk. Saya pun hendak, saya pun hendak, dia nak meniaga. Baguslah, orang kampung nak meniaga, orang bandar nak kurangkan miskin bandar, nak meniaga okay kita bagi. Tiba-tiba, rupa-rupanya dia hangat-hangat tahi ayam dengan izin. Lima minit (Bahasa Cina) dengan izin, lima minit sahaja kemudian dia dah tak nak. Satu hari, dua hari, lima minit sahaja hangat-hangat tahi ayam, dia bertahan lima minit. Lima minit jangan salah faham saya kata lima minit bertahan. Kemudian, kemudian hangat-hangat dia, hangat-hangat dia lima minit. Ya lima minit bertahan, kemudian dia dah hilang fokus, tak nak pergi pula. Gaduh dengan isteri, gaduh dengan suami, kemudian tak meniaga pula. Jadi pengisian tu jadi hambar, jadi kurang. Ada juga isu-isu sedemikian di lapangan, saya tahu, saya tahu, tak pe. Kita cari kalau betul-betul dalam tiga bulan dia macam tak berminat, kita boleh tukar kepada orang lain. Jangan bagi kepada mereka yang hanya nak dapat MyKiosk tapi tak nak berniaga.

Kemudian, soal cagaran. Cagaran yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Taman Medan, memang kalau cagaran sampai 2,000, 3,000 mungkin boleh dipertimbangkan dan saya akan tengok kepada perbincangan PBT kalau tinggi sangat kita cuba tengok, kalau tak ada cagaran nanti mereka tak akan menghargai. Biar dia rosaklah, biar dia hancur dan sebagainya. Tapi kena ada sedikit komitmen daripada peniaga tersebut. Sebab ini kena perlu kerjasama antara dua pihak. Kita nak bantu peniaga, nak bantu golongan B40, tapi dia juga ada tunjukkan komitmen, jangan cagaran pun tak nak bayar, lepastu kita dah bagi kiosk tiga bulan hancurkan kiosk tapi berniaga tak jalan. Ini bukan matlamat kita. Saya harap dengan bantuan semua Yang Berhormat-Yang Berhormat semua dan Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Masyarakat kita dapat pastikan MyKiosk ini dapat dijayakan untuk membantu semua peniaga-peniaga kita. Sekian.

Speaker

Sabak.

Jangan suka melawan guru, soalan saya nombor 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Kedudukan Dan Status Hay ResortQuestions

21. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah kedudukan dan status semasa Hay Resort yang terletak di Pekan Sabak? b) Apakah perancangan kerajaan bagi membangunkan dan memajukan pusat pelancongan ini?

Datuk Hj Rizam Bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih mantan guru saya Yang Berhormat Sabak. Berkenaan pertanyaan daripada Yang Berhormat Sabak, pertama adalah apakah kedudukan dan status semasa Hay Resort yang terletak di Pekan Sabak. Dan yang kedua apakah perancangan kerajaan bagi membangunkan dan memajukan pusat pelancongan ini. Tuan Speaker, Mesyuarat Majlis Perundingan Sabak Bernam yang bersidang pada 10 Jun 2025 telah bersetuju untuk meminda status warta tanah Rumah Rehat Sabak Bernam kepada Majlis Daerah Sabak Bernam. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah dan MDSB akan mengemukakan cadangan perubahan warta tersebut kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dalam masa terdekat bagi membolehkan proses pajakan kepada pengusaha yang berkelayakan dapat dilaksanakan. Pengusaha yang berminat akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan untuk menanggung kos baik pulih dan operasi rumah rehat Sabak Bernam. Daripada segi perancangan, rumah rehat Sabak Bernam akan dinaiktaraf dan dimajukan sebagai pusat pelancongan berkonsepkan warisan selaras dengan perancangan rancangan tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam di bawah RT MDSB 2025 yang memfokuskan kawasan tersebut sebagai Bandar Warisan Tepian Sungai. Selain itu, kajian separuh penggal rancangan Selangor pertama yakni RS-1 turut mengariskan serta mengenal pasti potensi Rumah Rehat Sabak Bernam sebagai focus point pembangunan dan menjadikannya salah satu fokus utama SBCC dalam rangka kawasan pembangunan Sabak Bernam (SABDA). Terima kasih.

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 22.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Selangor Aero ParkQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

22. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan SAP berjaya menarik pelaburan asing berimpak tinggi dalam sektor aeroangkasa?

b)

Berapakah jumlah pekerjaan bergaji tinggi yang dijangka diwujudkan melalui SAP, dan sejauhmanakah kerjasama dengan STDC diperkukuh?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya mohon soalan 22 dan soalan 270 daripada KKB, Kuala Kubu Baru dijawab secara bersekali. Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor ataupun (MBI) bersama-sama pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah merangka dan melaksanakan lima (5) strategi bersepadu untuk memastikan projek Selangor Aero Park @ KLIA Aeropolis berjaya menarik pelaburan asing berimpak tinggi dalam sektor aeroangkasa. Strategi pertama, penyediaan ekosistem bertaraf dunia dan juga akses pasaran global menerusi kehadiran syarikat utama Airbus Helicopters, GE Aviations dan Spirit AeroSystems. Kita dapat menyediakan ekosistem berfokus masa depan yang menggalakkan inovasi melalui akses kepada sokongan penyelidikan dan pembangunan ataupun RND, kemudahan khusus bertaraf tinggi, serta peluang kerjasama bersama institusi akademik dan rakan institusi terkemuka. Persekitaran ini mempercepatkan pembangunan teknologi dan proses pengkomersialan. Yang strategi kedua, Tadbir Urus Mesra Perniagaan dan Berfokus Pelabur ataupun dalam bahasa Inggeris, ease of doing business and investor centric governance process. Selangor Aero Park disokong oleh sistem tadbir urus yang berfokus kepada pelabur, melibatkan penyelarasan yang lebih pantas dan efisyen di antara peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Hal ini akan mempercepatkan proses penempatan syarikat dan pembangunan fizikal yang turut melibatkan kelulusan pembangunan, perlesenan, dan lain-lain lagi. Strategi ketiga, pengukuhan program pembangunan bakat dan tenaga kerja bagi industri aeroangkasa. Selangor Aero Park memberi tumpuan strategik terhadap pembangunan modal insan sebagai teras utama kepada pembangunan pertumbuhan sektor aeroangkasa yang

mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi. Sehubungan dengan itu, satu usahasama antara Menteri Besar Selangor (MBI) dan National Aerospace Industry Corporation Malaysia ataupun NAICO telah diadakan untuk memperkukuhkan komitmen bersama dalam melahirkan tenaga kerja berkualiti tinggi dalam industri aeroangkasa negeri Selangor. Inisiatif utama di bawah kerjasama ini merangkumi penubuhan Aerospace Talent Centre sebagai hak pembangunan bakat, kursus dan pelaksanaan program pembangunan kemahiran masa depan melalui kerangka MyAERO di peringkat Nasional. Pengukuhan hubungan strategik antara sektor industri dan akademik. Bagi memastikan penawaran bakat selaras dengan keperluan industri semasa dan akan datang. Kerjasama turut diperluas kepada institusi pendidikan dan latihan teknikal tempatan seperti Selangor Technical Develepment Centre (STDC), Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT), serta Politeknik Banting. Langkah ini akan membentuk ekosistem pembangunan modal insan yang insklusif, progresif dan sejajar dengan inspirasi Nasional dalam bidang Aeroangkasa. Strategi keempat, Penciptaan Kemudahan Logistik Bersepadu dengan sambungan jajaran pengangkutan multimodal. Kedudukan Selangor Aero Park @ KLIA Aeropolis yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disokong oleh infrastruktur pengangkutan multimodal yang menghubungkan darat dan laut. Termasuk akses kepada rangkaian lebuh raya utama, terminal kargo udara dan kemudahan logistik berstatus zon perdagangan bebas. Strategi kelima, memacu inovasi dan kemajuan teknologi melalui penyediaan kemudahan penyelidikan dan pembangunan, pemerkasaan kerjasama antara industri dan institusi akademik, serta pelaksanaan inisiatif pemindahan teknologi secara menyeluruh. Dalam pada itu, kempen promosi di platform antarabangsa seperti Paris Air Show membolehkan Selangor menampilkan kelebihan kompetitif SAP, Selangor Aeropark kepada pelabur global yang berpotensi. Ini membantu menjenamakan Selangor Aeropark sebagai destinasi utama untuk pelaburan asing dalam sektor aeroangkasa, MRO, dan teknologi canggih. Kehadiran Selangor Aeropark dalam kempen antarabangsa turut membantu membina keyakinan komuniti perniagaan terhadap keseriusan dan komitmen kerajaan negeri Selangor. Ia juga membuka ruang kepada jaringan dan kerjasama rentas negara yang boleh membawa nilai tambah kepada ekosistem tempatan. Selangor Aeropark merupakan salah satu inisiatif utama dalam Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030, dengan potensi mewujudkan lebih daripada 32,000 peluang pekerjaan menjelang 2030. Kerjasama strategik antara MBI dan NAICO akan memperkukuh ekosistem modal insan sektor ini melalui pembangunan tenaga kerja, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat serantau. Sebagai penyewa utama bagi fasa awal pembangunan, GE Aerospace telah menunjukkan komitmen terhadap Selangor Aero Park sebagai sebahagian daripada strategi peluasan mereka di Asia Tenggara. Kehadiran GE memberikan isyarat positif kepada pasaran global sekaligus mengesahkan daya tarikan Selangor Aeropark sebagai hab aeroangkasa serantau. Dalam masa yang sama, MBI dan MAHB turut giat menjalankan rundingan bersama pemain industri

aeroangkasa global bagi menetapkan operasi mereka di Selangor. Fokus termasuk sektor berketetapan tinggi, MRO, teknologi penerbangan, serta logistik pintar. Bagi memperkukuh keseluruhan rantaian nilai industri aeroangkasa di negeri Selangor. Terima Kasih.

Speaker

Soalan tambahan, saya bagi pada Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya bertanya pada YB EXCO susulan daripada apa yang saya tanya sebelum ini dimana ada peningkatan dalam minat anak-anak muda di Lembah Jaya untuk bergerak atau membina kerjaya dalam sektor TVET dan khususnya Aeroangkasa, ada tak, boleh tak kita ada satu target untuk unjuran pendapatan yang boleh dijana oleh sektor ini, mungkin dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lembah Jaya. Sebenarnya Kerajaan Negeri melalui Elsetelco di bawah Invest Selangor, kita telah mengenal pasti beberapa sasaran utama bagi pembangunan Selangor Aeropark dan juga membangunkan ekosistem sektor Aeroangkasa di dalam negeri Selangor. Antara matlamat ataupun sasaran utama yang ingin kita capai melalui pembangunan Selangor Aeropark termasuk menjadikan Selangor sebagai Hab Aeroangkasa yang utama di Asean dan khususnya dalam bidang MRO pembuatan komponen dan parts dan juga teknologi perkembangan hijau dan juga kita ingin mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan sudah tentunya kita perlu berkerjasama dengan TVET dan juga institusi yang menawarkan kursus, latihan kepada anak-anak muda kita di negeri Selangor dan pada masa yang sama kita juga mengharapkan melalui Selangor Aeropark kita dapat menarik pelaburan yang berimpak tinggi dan masuk ke dalam negeri Selangor. Jadi, buat masa ini Selangor kita mempunyai kira-kira 160 buah syarikat ataupun institusi Aeroangkasa dan syarikat-syarikat ini telah menyumbang lebih kurang 15.1 billion ringgit kepada ekonomi Selangor dan juga telah mewujudkan peluang pekerjaan lebih daripada 16,000 peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Jadi pemain utama termasuk saya sebut tadi Airbus Helicopters, GE Engine Services, Spirit Aerosystems dan sebagainya. Ini merupakan pemain utama Aeroangkasa di dalam dunia ini. Jadi menjelang tahun 2030 ataupun 5 tahun daripada sekarang, kita yakin Selangor dapat menyumbang nilai sehingga 30 billion ringgit iaitu dua kali ganda daripada nilai sekarang. Ini adalah satu pertumbuhan yang saya yakin kita dapat capai melalui pembangunan Selangor Aeropark. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Speaker. Apakah pandangan Yang Berhormat terhadap MOU bersama Airbus yang baru-baru ini? Bagaimanakah pembelian tersebut dapat manfaatkan sektor Aeroangkasa kita?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih kepada YB Balakong atas pertanyaan yang saya nampak sangat relevan dengan pembangunan industri Aeroangkasa dan juga kepentingan rakyat Selangor. Saya ingin jelaskan di sini bahawa MAS dan juga AIRASIA bukan merupakan milik penuh kerajaan. Kedua-dua syarikat penerbangan ini adalah syarikat penerbangan beroperasi secara komersial. Jadi pembelian pesawat airbus yang baru ini bukan guna peruntukan daripada kerajaan tetapi dana dalam syarikat MAS dan juga AIRASIA. Dan kalau saya merujuk kepada data, data menunjukkan pesawat yang sedia ada bagi MAS dan AIRASIA, banyaknya telah berusia lebih daripada 10 tahun dan ada juga yang melebihi 15 sehingga 20 tahun. Jadi ini sedikit sebanyak menjejaskan operasi bagi penerbangan syarikat MAS dan juga AIRASIA. Dan juga melibatkan kos maintainance MRO yang lebih tinggi dengan usia yang begitu lama. Jadi dengan pembelian apatu aircraft yang baru ataupun pesawat yang baru, ia dapat membantu syarikat penerbangan MAS dan juga AIRASIA untuk memberikan satu perkhidmatan yang lebih baik dan lebih cost effective, dengan izin. Dan pembelian pesawat tidak sama dengan pembelian kereta. Kalau kita nak beli sesebuah kereta kita hanya perlu pergi ke show room, kita boleh tempah hari ini, esok mungkin kita sudah boleh dapat kereta yang baru dan banyak pilihan di pasaran untuk pelbagai jenis kereta. Tetapi bagi tempahan pesawat ini, dia memerlukan masa yang panjang, memerlukan planning yang panjang. Tempahan bagi MAS dan juga AIRASIA ini mengambil masa sekurang-kurangnya 4 sehingga 5 tahun daripada sekarang untuk terima pesawat yang baru. Jadi ini merupakan satu rancangan masa panjang untuk kedua-dua syarikat penerbangan ini. Jadi saya nampak dari impak ekonomi yang kita boleh terima daripada pembelian pesawat aircraft ini adalah dari bidang MRO dan juga pembinaan pembekalan komponen dan parts. Mungkin ramai tidak sedar sebenarnya bagi setiap pesawat airbus yang terbang di atas langit ini, ada banyak parts dan juga komponen buatan Malaysia khususnya di dalam negeri Selangor. Ini adalah kehebatan kita dalam bidang Aeroangkasa. Jadi ada beberapa syarikat MRO yang utama telah beroperasi di Selangor seperti Sepang Aircraft Engineering (SAE) milik penuh Airbus dan juga Asia Digital Engineering (ADE) milik Capital A ataupun Airasia dan MAB Engineering Services milik Malaysia Aviations Grup, SME Aerospace, Senior Aerospace pembekal komponen kepada Airbus dan Boeing. Jadi dengan pembelian pesawat-pesawat yang baru ini, keperluan untuk menyokong sektor MRO akan tinggi dan ianya akan memerlukan tenaga kerja yang lebih mahir dan lebih ramai. Jadi ini secara langsung akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan juga KDNK negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Seri kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih tuan Speaker, soalan saya nombor 23.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Pembangunan Tanah Serta Pembinaan Kemudahan Awam Di Atas Tanah Milik KerajaanQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

23. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah tanah kerajaan dibenarkan untuk pembangunan pangsapuri, kedai atau kilang?

b)

Bagaimanakan kerajaan memastikan keselesaan dan kepadatan sesuatu kawasan tidak terjejas jika jawapan bahagian A adalah "Ya"?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Seri Kembangan atas soalan yang telah dikemukakan berkenaan apakah mungkin tanah-tanah kerajaan diberikan kebenaran untuk pembangunan seperti pangsapuri, pembangunan komersial mahupun pembangunan industri. Untuk maklumat Yang Berhormat, kebenaran-kebenaran itu akan diberikan setelah satu proses pelupusan diberikan iaitu pemberi milikan diberikan kepada mana-mana pihak dan mana-mana pihak tersebut wajarlah untuk membuat pembangunan tersebut berdasarkan perancangan-perancangan dan syarat-syarat tertentu. Namun begitu ada beberapa kekangan-kekangan yang kita telah letakkan. Antara kekangan tersebut ialah pembangunan tidak boleh diberikan kepada satu-satu tapak yang telah dirizabkankan untuk satu kemudahan awam. Contohnya tanah itu adalah tanah hospital, tanah itu adalah untuk pendidikan, tanah itu untuk pembinaan lebuh raya atau warta-warta tertentu. Jadi kita tidak akan benarkan kerana status tanah tersebut telah diwartakan untuk tujuan tertentu dan spesifik. Namun begitu kita juga melihat beberapa kemungkinan-kemungkinan berlaku pertukaran ataupun swaping dengan izin, tanah-tanah tertentu untuk menyelesaikan. Contohnya masalah penempatan setinggan, peneroka luar bandar dan perkara-perkara case to case basic ataupun merujuk kepada kes-kes yang spesifik. Setakat ini kita sangat patuh dan honour terhadap sesuatu warta untuk mengelakkan kemudahan awam seperti sekolah kita tetapkan. Dan sebelum-sebelum ini pun, pada penggal sebelum ini kita set kan jika tapak kita hanya benarkan sekolah sahaja yang dibinakan, kalau tapak itu untuk hospital hanya hospital sahaja yang dibenarkan dan warta itu menjadi satu penghalang besar yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri terutama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang kedua, ia juga merujuk kepada jenis tanah, ada tanah jenis pertanian, tanah jenis komersial, bangunan dan juga industri. Jadi suatu pertukaran status perlu dilakukan.

Daripada pertanian kepada komersial, daripada pertanian kepada industri, yang memerlukan penambahan premium tanah kepada pemilik-pemilik tanah. Halangan ketiga atau pun cabaran ketiga untuk pembangunan ini sudah pasti datangnya daripada zoning yang dipanggil daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Saya percaya Yang Berhormat merupakan bekas Ahli Majlis dan faham bagaimana zonning itu ditetapkan dan zonning perlu melalui beberapa proses perubahan atau pun perancangan tempatan atau rancangan-rancang tempatan yang baru yang perlu dikemukakan sampailah mungkin maksimumnya Majlis Perancangan Fizikal Negara jika melibatkan lebih dari 1,000 ekar tak silap saya. Tapi kalau melibatkan kawasan-kawasan yang kecil ia cukup kepada State Planning Community (SPC) atau Mesyuarat Perancang Negeri atau Majlis Perancangan Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Bagaimana pula sesuatu perancangan itu akan memastikan isu-isu tentang daya huni atau liveable dapat dijamin? Justeru kita telah diletakkan beberapa syarat-syarat ketika kebenaran merancang telah ditentukan. Antara syarat-syaratnya adalah tentang Perancangan Penggunaan Tanah Yang Komprehensif. Dengan merujuk kepada Rancangan Tempatan, Rancangan Struktur Negeri dan beberapa kertas-kertas negeri. Had kepadatan penduduk dan ketinggian. Ini untuk pangsapuri. Ketetapan kepadatan penduduk per ekar (contohnya, 60 unit/ekar) akan dikuatkuasakan mengikut zon. Ia bukan satu keputusan yang pukul rata di semua tempat tetapi di zon-zon tertentu. Bagi kawasan sensitif atau telah padat, ketinggian bangunan dan jumlah unit kediaman akan dihadkan untuk mengelakkan kesesakan. Namun begitu, Kerajaan Negeri melihat kepada teknologi, kemudahan awam dan sebagainya. Dan akhirnya format density di beberapa tempat sememangnya wujud di beberapa tempat. Kalau kita pergi ke Hong Kong sebagai contoh, kita berjalan di antara bangunan-bangunan itu dinaungi oleh bangunan yang tinggi tetapi pengangkutan awamnya cukup efisien. 5 minit kita panggil teksi, sudah sampai. Tetapi kalau di sini kita perlu menambah baik untuk sampai tahap ke density itu atau sebuah bandar yang kepadatan yang tinggi. Impak-impak yang lain ialah Impak EIA dan impak social investment. Ini juga dilihat daripada latar belakang masyarakat, alam sekitar, kedudukan sungai, kedudukan tasik mahupun hutan-hutan simpan yang berdekatan. Dan juga yang terakhir ataupun yang keempat adalah infrastruktur sokongan mesti disertai dengan kemudahan awam yang diperlukan seperti dewan, padang permainan ataupun dengan kemudahan-kemudahan lain seperti sekolah, gazetment untuk kawasan hospital dan juga keperluan-keperluan sebagaimana ada dalam rancangan struktur negeri dan rancangan-rancangan Tempatan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ini gabungan di antara tanah dan juga PBT ini. Tidak tahu. Sepatutnya Yang Berhormat Dato’ Ng Suee Lim, Sekinchan yang menjawab ini. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan. Seri Serdang.

Terima kasih Tuan Speaker. Ya, just hendak mendapatkan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, ada juga tanah-tanah kerajaan yang rintis atau transmission line. Kalau di kawasan Seri Serdang ini, kawasan Serdang juga banyak kawasan di bawah transmission line. Apakah Kerajaan Negeri boleh manfaatkan tanah-tanah ini di bawah ataupun di dalam syarat TOL. Sama ada disediakan parking untuk komuniti setempat? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Secara asasnya kita telah melakukan beberapa keputusan dasar. Dasar-dasar sebelum ini yang dipanggil sebagai kawasan-kawasan yang di panggil Right Of Way, yang dipanggil ROW, baik gas, baik rintis, baik air dan sebagainya. Sebelum ini format yang diberikan adalah hak milik kerajaan diberi laluan kepada mereka. Tetapi mutakhir ini, dalam tempoh 5 hingga 6 tahun ke belakang kita lebih menggalakkan pemilikan daripada kita memberikan Right of Way. Kerana ia akan timbul kekeliruan, siapakah kerajaan membenarkan? Tetapi owner pemilik-pemilik pemilik Right of Way tersebut rasa tidak senang dan pelbagai perkara-perkara lain akan ditimbulkan akan menjadi satu perbalahan atau pun satu keputusan A dan keputusan B. Jadi pemilik rintis telah bertukar sekarang kaedahnya kepada pemilikan oleh syarikat-syarikat agensi institusi berbanding dengan hanya dibenarkan dengan secara Right of Way (dengan izin). Daripada situlah nanti akan berlaku pula kebenaran sesuatu proses. Adakah kebenaran-kebenaran itu ditetapkan dengan syarat-syarat tertentu, sudah pasti Right Of Way ke atau kebenaran, kalau kebenaran itu pada pemilik tanah memiliki tanah seluasnya untuk dibenarkan sesuatu proses tetapi dengan syarat tertentu. Kacau ganggu tidak berlaku, gangguan zon dan sebagainya itu akan diperhatikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Tetapi dari pihak Kerajaan kita ada syarat-syarat tertentu. Antaranya proses-proses untuk TOL sebagai contoh. Ada 5 hingga 6 aktiviti kita telah syaratkan. Boleh diberikan kuasa oleh pejabat tanah, selain daripada itu kita tidak benarkan. Namun begitu aspek safety dan security sentiasa menjadi pertimbangan dan perkiraan yang selalu dibebankan kepada pemilik rangkaian tersebut. Sama ada paip air, paip gas mahu pun electricity ataupun tenaga kerana mereka mempunyai bench mark atau pun mempunyai satu peraturannya yang tersendiri demi menjaga aset-aset mereka terjaga dan terpelihara. Untuk membuat satu pembangunan, saya percaya dan agak mustahil, tetapi untuk membuat sebagai nursery sebagai contoh ataupun projek INTAN, ini inisiatif kita dengan Kementerian Ekonomi. Sebelum ini di PJ antara yang paling sukses dengan satu keluasan tanah dikenal pasti. Memang arahan kita kepada pihak PBT cari lagi tempat-tempat lain supaya kita boleh lancarkan dan kita boleh gerakkan ternyata mampu memberi kesan kepada sebahagian penduduk yang telah menyertai program seperti program Intan, pertanian itu yang penanaman cili yang saya percaya merupakan salah satu daripada inisiatif yang boleh di gembleng, bukan sahaja kegiatan hobi atau kegiatan untuk mengisi masa lapang tetapi boleh menjadi

sumber pendapatan baru kepada penduduk-penduduk dengan konsep pertanian bandar dan pertanian moden. Terima kasih.

Speaker

Kuang.

Tuan Speaker, soalan saya nombor 24.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Kenaikan Harga Tong GasQuestions

24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Perniagaan makanan serta minuman mikro dibenar terus menggunakan tong gas bersubsidi tanpa Permit Barang Kawalan Berjadual sehingga Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan 2021) dimuktamadkan Oktober depan. Apakah tindakan kerajaan bagi membantu peniaga kecil jika mereka tidak dibenarkan menggunakan tong gas bersubsidi?

Datuk Hj Rizam Bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Yang Berhormat Kuang ada bertanya Perniagaan makanan serta minuman mikro di benar terus menggunakan tong gas bersubsidi tanpa Permit Barang Kawalan Berjadual sehingga Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan 2021) dimuktamadkan Oktober depan. Apakah tindakan kerajaan bagi membantu peniaga kecil jika mereka tidak dibenarkan menggunakan tong gas bersubsidi? Yang Berhormat Speaker, Kementerian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa tiada penguatkuasaan OPS-Gasak terhadap peniaga mikro yang menyediakan perkhidmatan terus kepada pengguna termasuklah dobi layanan diri, termasuk kedai makanan sehingga 31 Oktober 2025. Hal ini diharap dapat merungkai keraguan dan kebimbangan dalam kalangan Peniaga Mikro yang menggunakan subsidi Gas Petroleum Cecair (LPG) di mana tindakan tidak akan diambil ke atas kedai makanan dan minuman kecil, kedai, gerai tepi jalan dan juga dobi layanan diri sehingga berakhir OPS-Gasak ini. Pada masa ini , sekiranya penguatkuasa KPDN turun ke lapangan ia adalah bertujuan untuk melaksanakan proses maklumat dan mengumpul data yang akan dijadikan syor kepada Kabinet di dalam proses kajian semula pindaan terhadap

Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) pindaan 2021. Maka pada peringkat ini tiada lagi ketentuan dan ketetapan tuntas bahawa sememangnya larangan subsidi tong gas bersubsidi akan dikenakan terhadap para peniaga kecil. Justeru, kita perlu menunggu hasil dan syor kajian semula dasar yang sedang berjalan oleh KPDN ini. Dan kita berharap keputusan terbaik dapat dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Tuan Speaker di peringkat Kerajaan Negeri memandangkan keputusan berhubung dasar subsidi tong gas ini adalah kuasa Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan komited untuk membantu perkembangan dan meningkatkan usahawan di negeri ini khususnya para peniaga kecil serta pelbagai inisiatif telah di perkenalkan untuk memberi galakan dan peningkatan pendapatan usahawan kecil sama ada dalam bentuk pembiayaan, mahupun geran dan bantuan berbentuk peralatan ataupun mesin. Antaranya di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Terdapat 4 skim atau program di bawah Iltizam Usahawan Selangor iaitu Skim Hijrah Selangor, Dana Usahawan Madani Selangor, Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor dan Program Bantuan Blueprint Pembasmi Kemiskinan Negeri Selangor. Begitu juga di bawah Yayasan Hijrah terdapat 2 pembiayaan iaitu Skim i-Business untuk usahawan dia ada menambah baik dan mengembangkan perniagaan dan Skim Niaga Darul Ehsan (NADI) khusus untuk wanita yang ingin memulakan peniagaan kecil-kecilan. Selain itu Kerajaan Negeri turut menurut menyediakan geran dana usahawan mikro Selangor khusus untuk peniaga kecil meningkatkan produktiviti operasi selain meringankan beban modal dan memberi peralatan perniagaan. Sesungguhnya segala inisiatif ini diambil oleh Kerajaan Negeri atas dasar kesedaran untuk menggalakkan perkembangan keusahawanan di negeri ini dan meningkatkan tahap keupayaan dan ketahanan usahawan setempat untuk peningkatan pendapatan yang lebih baik. Semoga impak positif yang diterima bukan sahaja dapat menjamin kelangsungan peniaga khususnya buat peniaga-peniaga kecil bahkan turut membina ketahanan di dalam mendepani perubahan ekonomi semasa. Terima kasih Tuan Speaker.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang sangat padat. Saya cuma hendak tanya begini sahaja. Saya lihat banyak inisiatif yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat EXCO, oleh Kerajaan Negeri. Kita juga lihat inisiatif Kerajaan Pusat yang baik. Untuk peniaga-peniaga kecil ini macam Yang Berhormat EXCO PBT terangkan tadi kita telah cadangkan buat kiosk dan sebagainya. Kemudian timbul pula tong gas purple yang baharu yang menjadi kegusaran pula. Dua inisiatif yang dibuat oleh Kerajaan Pusat ini satu nampak baik walaupun data yang diberikan oleh Yang Berhormat PBT tadi kata N13 Kuang dapat 6 kiosk, saya minta Yang Berhormat EXCO, tidak pasti dia dengar atau tidak sebab dia pakai hear phone. Dia tidak dengar lah tu. Sebab di bawah Kuang bukan ada 6 sahaja tetapi ada sebaris selagi kiosk yang terbengkalai di Tasik Biru. Jadi mungkin

boleh rujuk kepada MPS. Cuma saya hendak tanya apakah Kerajaan Negeri boleh ambil satu pendirian yang agak tegas untuk maklumkan kepada Kerajaan Pusat memandangkan ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat untuk menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak setuju sekiranya selepas Oktober, setelah data-data ini dikutip berapa restoran, berapa jumlah kedai dobi dan peniaga-peniaga kecil, ia dah collect semua data dan sampai Oktober nanti mungkin dia ambil keputusan untuk memaksa atau menjadikan ianya sebuah dasar bahawa industri kecil ini tidak boleh lagi menggunakan tong gas bersubsidi. Saya nak tanya Yang Berhormat, boleh tak Kerajaan Negeri membuat suatu ketetapan dan dasar menghantar suatu surat, mencadangkan atau menyatakan usul kepada Kerajaan Pusat bahawa negeri Selangor kita tak setuju supaya dikenakan syarat kepada peniaga-peniaga kecil ini untuk ditarik kebenaran menggunakan tong-tong gas subsidi ini, itu sahaja terima kasih.

Datuk Hj Rizam Bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Kuang berkenaan dengan kios tadi, Yang Berhormat Sekinchan ambil maklum dan dia akan memberi jawapan bertulis dan terima kasih atas pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat yang akan kita kaji dan kita nilai di peringkat Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam pun menunjukkan pukul 11:30 pagi, dengan ini kita tangguhkan sesi soal jawab untuk urusan yang seterusnya.

Penerangan daripada Menteri Besar di bawah peraturan tetap 13(i), peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor mengenai insiden letupan paip gas di Putra ...

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Penerangan daripada Menteri Besar di bawah peraturan tetap 13(i), peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor mengenai insiden letupan paip gas di Putra Heights.

Speaker

Yang Berhormat belum lagi, saya masih lagi sambung dengan perbahasan semalam Sijangkang, saya bagi 7 minit, semalam sudah ambil 3 minit.

Terima kasih Tuan Speaker untuk memberikan kebenaran untuk saya terus menyambung perbahasan saya semalam. Saya kira dewan negeri ini adalah satu platform yang sangat baik untuk kita melihat apa yang telah berlaku, telah berlaku. Tetapi apakah step yang seterusnya selepas ini yang kita mahu rakyat di negeri Selangor terutamanya, duduk dalam keadaan yang sejahtera yang harmoni. Utiliti yang berada di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kita mungkin sudah tidak menjadi risiko lagi, kita harapkan kalaupun tidak seratus peratus, tetapi 99 peratus daripada soal keselamatan itu telah terjamin.

Sebab itu saya melihat bahawa platform ini adalah satu platform yang sangat baik. Dan kita sebagai kerajaan ini harus lebih bertanggungjawab tidak kira sama ada kita sebagai kerajaan ataupun pembangkang untuk melihat polisi-polisi yang baharu supaya akhirnya kesejahteraan itu dapat kita teruskan begitu juga dengan pihak eksekutif yang merancang pembangunan di negeri Selangor ini, dia berjalan dengan cukup baik dan juga pelaksana-pelaksana di peringkat kerajaan tempatan dan sebagainya. Suka saya menarik kepada ingatan Allah swt dalam surah Ar- Rum ayat 41 yang maksudnya telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali. Kita melihat apa yang berlaku pada kejadian ini bukan semata-mata untuk menuding jari kepada sesuatu ataupun kumpulan-kumpulan yang tertentu yang telah diberikan amanah. Tetapi kita harus juga melihat apakah punca sebenarnya supaya kita sebagai Kerajaan Negeri dapat membuat satu justifikasi di masa akan datang perkara ini tidak berlaku. Suka saya melihat kepada laporan begitu juga dengan ucapan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri, kalau kita lihat antara perkara yang disebutkan dalam faktor persekitaran itu, struktur saliran, tanah kelembapan, tanah dan resapan air, lemahkan struktur kemudian cyclic loading yang dan tekanan luaran menjadi punca utama begitu juga daripada hasil siasatan kalau kita lihat antaranya tanah, tanah longgar dan lembut menjadi penyumbang kepada utama. Ini kalau kita lihat faktor tanah lembut dan longgar itu adalah hanya sekadar penyumbang utama, kenapa tidak kita lihat bagaimana dari pelaporan ini cyclic loading itu sendiri adalah dan tekanan luaran adalah menjadi punca utama letupan yang berlaku di sini. Sebab itu saya melihat bahawa cyclic loading ini adalah sesuatu yang mungkin sifatnya lebih teruk kalau bersifat static loading kerana ia sudah tentunya ada sesuatu yang berlaku di kawasan-kawasan di situ, di ground zero atau kawasan persekitarannya yang menyebabkan cyclic loading akhirnya menyebabkan pada paip ini dan menyebabkan letusan. Dan saya lihat kita tidak boleh nafikan daripada dapatan-dapatan ada berlaku jengkaut di situ, ada berlaku tambakan di situ dan saya dapat maklumat juga tambakan itu ada berhampiran dengan projek pembangunan di situ di adakan perataan yang menggunakan jentera, sudah tentu ia memberikan kesan-kesan kepada struktur tanah, pergerakan tanah dan sebagainya yang akhirnya yang harus kita lihat adalah cyclic loading ini adalah menjadi punca utama kepada letupan itu. Dan saya kira ini adalah tanggungjawab kepada pihak-pihak yang diberikan autoriti. Kalau tidak, ada kelulusan-kelulusan seperti ini, maka aktiviti di kawasan ini tidak berlaku. Sebagai contoh, KUSEL yang diberikan mandat untuk memberikan kelulusan ataupun permit melakukan kerja di sini. Saya ingat beberapa bulan selepas permohonan dibuat oleh pihak pemaju, akhirnya diluluskan oleh KUSEL dan saya tidak jangka selepas beberapa bulan, kalau kita nak cakap KUSEL tidur tiba-tiba bangun memberikan kelulusan, saya ingat itu tidak mungkin. Sudah tentu ada siasatan yang dilakukan sehingga diberikan kelulusan. Begitu juga

dengan pihak berkuasa tempatan yang memberikan kelulusan untuk proses pembentungan dan sebagainya. Begitu juga dengan PETRONAS yang kita dimaklumkan ada kelulusan daripada pihak PETRONAS dan hatta semasa projek ataupun projek itu dilakukan ada wakil PETRONAS juga di situ.

Dan saya kira ini harus kita lihat sebagaimana kita nak atasi selepas ini. Hari ini seolah-olah suatu yang besar yang kita bebankan kepada PETRONAS dan menyumbangkan peruntukan besar, kita tak nafikan ada tanggungjawab daripada PETRONAS, tetapi saya juga melihat daripada laporan penyataan daripada PETRONAS yang dikeluarkan dalam akhbar pada 6 Julai, saya kira itu respon yang sangat yang boleh kita lihat kerana apa, saya melihat seolah-olah PETRONAS ini tidak mempunyai tempat kerana dalam ayat pertama pelaporan itu juga disebutkan bahawa PETRONAS tampil secara terbuka. Adakah tidak dibenarkan diberi ruang untuk memberikan laporan-laporan dan saya kira saya melihat daripada peringkat awal, kalau laporan itu diajukan dalam media, daripada sudut sebelum pembangunan semasa pembangunan dan pemantauan saya ingat itu cukup jelas dan hari ini orang melihat apabila kejadian ini yang penting adalah keselamatan. Penduduk melihat kerajaan tempatan yang terlibat melihat kepada soal keselamatan adakah konsep ini masih selamat, mereka masih boleh menduduki, begitu juga di sepanjang enam ribu lebih kilo meter adakah kawasan-kawasan ini juga selamat untuk mereka duduki. Sebab itu saya melihat soal keselamatan ini harus juga diberikan respon yang awal lagi sebelum ada pembangunan pemulihan perumahan ataupun yang lain-lain ini. Dan saya melihat apabila pelaporan daripada PETRONAS bahawa apabila dilakukan pintasan kepada paip yang telah meletup ini, beberapa faktor-faktor diambil kira termasuklah shipping file yang telah juga lakukan dan memberikan jaminan keselamatan yang saya kira ini antara yang melegakan kepada mereka-mereka yang terlibat dan juga duduk hatta di seluruh Selangor atau sepanjang yang ada di kawasan kita. Dan saya juga melihat bahawa ada perkara-perkara yang harus diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri dengan lebih bertanggungjawab kalau semalam pun isu berkaitan dengan rate of twin dan reserve yang saya kira harus juga dilihat semula oleh kerajaan untuk sesuatu yang terbaik. Yang keduanya, saya melihat selain daripada beberapa cadangan yang di utarakan dalam laporan ini. Saya melihat ini juga ada yang diluahkan kepada saya, kawasan-kawasan yang terlibat yang mana ada dikategorikan sebagai seratus peratus total lost, ada yang separa dan sebagainya, ada permintaan daripada masyarakat terutamanya masyarakat Kampung Kuala Sungai Baharu yang mana sebahagian daripada premis mereka ataupun infrastruktur di kawasan mereka ataupun rumah dan sebagainya yang pada masa ketika itu dikategorikan sebagai total lost, tetapi melihat ianya tidaklah setotal lost supaya saya mengharapkan pihak berkuasa tempatan untuk mengkaji semula, menilai semula. Kalau dia mungkin tidak, mungkin ini menjadi sumber kepada pendapatan mereka sebagai seperti mungkin rumah sewa ataupu

premis-premis perniagaan mereka boleh dibangunkan diberi bantuan dan sebagainya mungkin menjadi sumber peringanan kepada mereka.

Yang terakhir saya nak sebutkan Tuan Speaker, adalah saya tak nafikan berkaitan dengan soal sumbangan dan sebagainya daripada pelbagai sudut untuk membantu pembangunan rumah dan sebagainya, saya kira juga ada permintaan daripada penduduk yang mana mungkin sebelum ini rumahnya agak besar tiga ratus ribu peruntukan untuk membangunkan semula rumah dengan keluasan mungkin 20 x 45 kaki persegi, dan mereka mempunyai jumlah penghuni yang ramai mungkin ini juga boleh difikirkan bagaimana kerajaan boleh membantu lebih untuk keperluan mereka.

Dan yang terakhirnya, saya melihat saya juga sempat menziarahi beberapa daripada mangsa dan saya melihat ada yang terlibat adalah anak-anak kecil, ada yang dewasa, ada yang baru bersara dan ini juga harus diambil kira ...

Tuan Speaker, saya mohon mencelah. Saya tertarik dengan daripada Sijangkang tadi tentang sumbangan yang diperuntukkan oleh agensi-agensi kerajaan ataupun swasta, cumanya bagi pihak penduduk dan mangsa, sebahagian mereka merujuk kepada pihak kami juga yang disebutkan teman-teman saya dalam Dewan ini. Saya mohon supaya di sana ada senarai mangsa-mangsa yang terlibat dan bentuk sumbangan yang diberikan kepada mereka supaya menjadi rujukan bersama, bila rujukan bersama supaya apa-apa yang berlaku kemudian itu ada data tersebut pada kita sebagai ADUN di Selangor ini.

Terima kasih Sementa, masukkan dalam ucapan dan sebahagian daripada ucapan saya. Dan yang terakhir nak sebutkan bahawa ini adalah satu malapetaka atau bencana yang agak besar berlaku di negeri Selangor. Sudah tentu dia meninggalkan kesan traumatik yang agak besar, tidak kira sifatnya sama ada mereka dewasa ataupun kanak-kanak, saya jumpa dengan salah seorang mangsa yang terpaksa mendapat rawatan nak buka stapler empat lima stapler pun dia dah surrender, terpaksa nak minta tunda, apatah lagi untuk menyelesaikan pembukaan. Ini mungkin salah satu perkara yang kecil tetapi memberikan trauma yang cukup besar kepada mereka, kita tidak alami dan hasil daripada kejadian ini, saya lihat masih ada lagi anak-anak kecil apabila mak bapa nya atau atuknya sahaja sebutkan kita nak balik rumah kita semula, mereka berteriak ketakutan di atas kejadian yang telah mereka lalui dan mereka terkesan melecur dan sebagainya. Saya harapkan di pihak kerajaan negeri, kalau mungkin ada di antara mangsa-mangsa ini kita belum mendapatkan rawatan yang sebaiknya sama ada rawatan fizikal ataupun psikologikal, kerana ini saya ingat berkaitan dengan traumatik pada peringkat awalnya. Sebab dah berlaku sebulan, dah berlaku dua bulan dah masuk ke tiga bulan, ada lagi ciri-ciri atau

ketakutan ini, saya kira mungkin mereka sudah berada di fasa accute stress disorder ataupun post traumatic stress disorder, ini kena lihat kerana kita tidak mahukan mereka ini akan menjadi masalah psikologi kepada mereka terutamanya kepada kanak-kanak dalam perkembangan mereka ini akan datang dan saya harapkan ini juga menjadi pertimbangan oleh Kerajaan Negeri supaya terlibat intersep dalam program-program ini dan diberikan bantuan dengan sewajarnya. Jadi disebabkan oleh masa yang ada, saya ucapkan terima kasih kepada masa yang terhad ini, sekian terima kasih kepada Tuan Speaker dan saya mengharapkan suatu yang terbaik dapat diolahkan oleh Kerajaan Negeri, terima kasih

Speaker

Paya Jaras.

Asaalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Yang Berhormat Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan Yang Dihormati sekalian. Alhamdulillah, terutamanya saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa letupan gas di kawasan Putra Heights dan juga seluruh penduduk di kampung Kuala Sungai Baharu. Bencana ini bukanlah suatu yang kita jangkakan dan suatu yang mengejutkan kerana ia berlaku pada hari raya yang kedua. Tiada nyawa yang terkorban, tetapi kesan dirasakan sehingga kini dan kehilangan tempat tinggal, tekanan emosi, kerisauan dan juga stress yang disebutkan Yang Berhormat Sijangkang tadi perlu diberi perhatian. Malah, isu ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk yang tinggal di sekitar jajaran 2,680 kilo meter paip yang ada di seluruh negara. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Agensi Persekutuan Dan Kerajaan, Bomba, Polis, APM, KKM, Pihak PBT, Pejabat Daerah dan juga masjid dan surau yang telah banyak membantu ketika berlakunya bencana ini. Dan juga pihak swasta, NGO yang turut membantu dan memberikan sumbangan yang saya rasa cukup banyak, rakan-rakan kita telah menyebutkan semalam daripada Kinrara, daripada Seri Serdang, daripada Hulu Kelang dan seluruh Ahli Dewan Negeri yang telah menyatakan bahawa sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada masyarakat ini amat banyak. Alhamdulillah ini adalah suatu yang cukup baik kepada kita. Jasa dan bantuan yang diberikan hanya amatlah bermakna dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jabatan Amal Malaysia dan juga khidmat Malaysia yang telah turun sejak hari pertama kejadian, ramai sukarelawan yang pulang segera dan memendek cuti dan batalkan cuti balik kampung hari raya ini semata-mata untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian bencana yang di luar jangka ini. Begitu juga dengan NGO-NGO yang telah bersama-sama membantu mangsa, sikap inilah yang perlu kita teruskan bersama-sama dengan NGO dan juga rakyat dalam memastikan rakyat negeri Selangor ini hidup dalam keadaan sejahtera dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Tuan Speaker, kami telah mengambil maklum dan meneliti laporan yang telah

dibentangkan iaitu laporan rasmi berkaitan insiden letupan gas Putra Heights pada 1 April yang dibentangkan oleh jawatankuasa penyiasat baru ini. Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja (JKKP) atau DOSH adalah jabatan yang menguasai siasat dalam untuk siasatan teknikal. Jabatan ini bertanggungjawab terhadap dua akta yang dikuatkuasakan iaitu akta keselamatan dan kesihatan pekerja 1994 atau akta 514 dan akta petroleum langkah keselamatan 1984 akta 302. Akta 514 ini menekankan kepada tugas keprihatinan atau duty of care dengan izin yang bermaksud keprihatinan untuk mengelakkan sesuatu perbuatan atau meninggalkan sesuatu yang mungkin mengakibatkan kecederaan ataupun kecelakaan kepada pekerja atau orang lain.

Tuan Speaker, tugas keprihatinan ini merangkumi usaha suasana kerja selamat, sistem kerja yang selamat, mewujudkan kumpulan kerja kompeten dan memastikan loji pemasangan berfungsi dan sentiasa baik dan sentiasa di selenggara. Cumanya, dalam sesi pembentangan JKP dan agensi lain ini tidak menjawab persoalan ini. Dalam skop yang diberikan hanya fokus kepada penumpuan kepada punca langsung atau disebut direct cause sebagaimana yang disebutkan oleh Hulu Kelang semalam. Untuk menjawab persoalan duty of care dengan izin, siasatan perlu holistik hingga terus mengkaji skop yang lebih dalam dan detail sehingga ke root cause kes itu berlaku dengan izin. Berdasarkan kepada pemasyarakatan, sebaik sahaja laporan ini diberikan, kita dapati ramai yang tidak berpuas hati dengan laporan ini, yang dilihat kurang holistik yang hanya memberi tumpuan kepada punca langsung atau yang disebutkan sebagai direct cause dan tidak memberi penumpuan kepada isu-isu root cause. Punca sebenar dan paling asas dalam kejadian ini berlaku. Dapatan sedemikian telah menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Dan juga menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat sehingga menimbulkan keresahan dan ketidakpuashatian yang jelas terserlah daripada keluhan dan kritikan rakyat sejurus sebaik sahaja laporan tersebut diumumkan, khususnya dalam kalangan penduduk yang menjadi mangsa. Antara yang menjadi persoalan ialah isu anteravergenate, kalau jawa lain sikit bunyinya iaitu mengubah infografi asal tanah yang tidak dinyatakan dengan jelas. Soalan pertama, apakah aktiviti yang dijalankan, apakah aktiviti tersebut memberi kesan kepada isu tanah yang tidak stabil ataupun kawasan tersebut semakin rosak, siapakah pihak yang menjalankan aktiviti tersebut? Apakah kesan aktiviti tersebut kepada saluran paip yang ada? Saya berpandangan isu-isu ini jika tidak diberikan perhatian, maka ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Isu ini tidak menjadi skop utama kajian yang jalankan. Fasa kajian lain perlu dijalankan bagi melihat kepada kronologi pembangunan di kawasan tersebut berdasarkan kenyataan PETRONAS gas berhad pada 6 Julai 2025, mereka telah melaksanakan dan patuh kepada piawaian yang ditetapkan, malah melebihi standard yang diberikan. Saya memetik ucapan daripada New Straits Times yang menyebutkan dengan izin as a prudent operator even without instruction we need initiated additional solve movement, assesment cross key secment as further cautions over the

standard requiredment, maknanya kalau laporan PETRONAS ini disebut dalam surat khabar New Straits Times dan juga banyak dipetik mereka mempunyai standard yang telah ditetapkan. Pada saya adalah tidak adil kalau kita merumuskan sejak awal pihak PETRONAS bertanggungjawab sepenuhnya, saya tidak menafikan itu paip pihak PETRONAS, tapi secara adil mereka perlu diberikan pembelaan peluang untuk mereka menjelaskan apa yang mereka lakukan malah berdasarkan laporan diberikan, PETRONAS juga telah menyalurkan sebanyak 25 juta melalui KPKT untuk diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Paya Jaras.

Sikit lagi, masa terhad. Satu pengajaran penting yang perlu kita lihat dari aspek risiko dan pengurusan bencana yang boleh dipertingkatkan keberkesanannya lagi. Tugas kita sebelum ini banjir dan juga kebakaran, atau kilang. Kini kita mempunyai potensi kemalangan di seluruh negara iaitu pembakaran paip yang tidak menjadi tumpuan kita sebelum ini. Tuan Speaker, sehubungan itu satu kajian holistik perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam perkara ini. Saya bersetuju dengan cadangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi mengkaji dengan lebih lanjut laporan tersebut dan dijadikan satu kertas putih dan dibentangkan dalam sidang khas Dewan Negeri. Jika perlu, saya mengesyorkan satu jawatankuasa diraja atau jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan yang lebih menyeluruh bagi memastikan bencana seperti ini tidak berulang lagi di mana-mana kawasan di seluruh negara. Kami memohon semua pihak untuk lebih telus dan memberi komitmen kepada jawatankuasa akan ditubuhkan nanti. Apa yang penting, kebajikan dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan diberikan tumpuan sepenuhnya, sebab itu saya memohon kepada semua ahli dewan, apabila berlaku bencana saya mohon sangat supaya kami juga dilibatkan. Sebab itu timbul persepsi yang agak negatif apabila kita tidak dipanggil di peringkat awal, jadi ada baiknya saya mengesyorkan bila berlaku bencana besar, bencana yang melibatkan seluruh rakyat yang besar yang ada impaknya kepada negara, apalah kiranya kalau kami juga dijemput untuk kami dapat maklumat supaya kita sama-sama mengatasi isu ini dan kita sama-sama bersatu untuk membantu rakyat negara kita. Selain itu, saya juga memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan yang pertama menaikkan tuntutan kerosakan rumah ceiling sehingga seratus ribu ringgit. Ini semalam Yang Berhormat sebutkan enam puluh ribu, saya mohon lebih tinggi sebab ramai kata, ramai yang perlukan duit yang saya rasa dengan jumlah tiga puluh ribu enam puluh ribu kadang-kadang tidak memadai dengan kerosakan rumah dengan ganti rugi, dengan stress sebagainya. Yang kedua, saya juga setuju kita melanjutkan bantuan sewa rumah sehinggalah mereka dapat rumah yang sempurna. Yang ketiga, pembayaran tidak berfasa dan tidak secara pay and claim kerana ramai penduduk yang tidak mampu untuk

mendahulukan wang mereka dan yang keempat saya mohon juga rumah sewa yang rosak perlu diberikan bantuan untuk membaik pulih. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana ruang diberikan ...

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Yang Berhormat, saya cuma yang pendek saja Tuan Speaker. Saya cuma tertarik dengan hujahan Yang Berhormat Paya Jaras tadi berkenaan dengan isu-isu tentang kebajikan yang diberikan. Cuma saya hanya ada satu soalan sahaja kepada dewan, kerana saya baru-baru ini pada pertengahan April yang lepas, saya melihat di platform Media Selangor berkenaan dengan bantuan perniagaan sebanyak RM10,000 kepada peniaga-peniaga yang terjejas di Putra Heights. Jadi setelah berapa lama itu, saya dapati telah dipadam dia punya siaran ini, jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri harap ada nanti dapat jawapan daripada EXCO, sama ada bagaimana dengan bantuan Hijrah Selangor sebanyak RM10,000 ini tadi.

Tuan Speaker, masukkan ucapan Permatang dalam ucapan saya. Terima kasih, Assalamualaikum wbt.

Speaker

Seri Serdang berdiri. Paya Jaras, dah habis. Untuk Sungai Kandis pun nanti dalam bahas itu. Sungai Kandis nak bahas, silakan.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak-pihak yang terlibat dalam membantu menyelesaikan masalah kebakaran ataupun letupan gas di Putra Heights yang mana sebagai Ketua Bersatu, Kota Raja, kawasan ini juga adalah di dalam kawasan saya, instead of YB Preakas, jadi saya pun juga turut perlu menjawab banyak daripada pihak-pihak yang berkaitan. Terima kasih kepada semua pihak-pihak berwajib kerajaan negeri Selangor, parti-parti politik yang terlibat, penduduk persendirian, NGO-NGO dan tak lupa seperti Seri Serdang ingatkan tiga ribu sukarelawan yang datang bersama membantu. Terima kasih memberi peluang saya untuk bersama membahas dalam isu pada hari ini. Merujuk kepada laporan yang disediakan oleh pihak JKKP, berdasarkan analisis terhadap sample ujian iaitu komposisi kimia, phitography, metalgraphy, kekerasan ketegangan tetapi tiada kelembutan yang menjelaskan bahawa paip gas mengalami gerakan ketara dalam tanah sebelum kegagalan akhir berlaku. Sebagai wakil Sungai Kandis, saya mewakili suara ramai mangsa dan keluarga yang terkesan dalam letupan gas Putra Heights pada April lalu. Saya turut terkilan dan kecewa dengan keputusan untuk tidak meneruskan siasatan jenayah hanya diklasifikasikan sebagai tindakan NFA. Ini seolah-olah menutup ruang keadilan kepada penduduk yang terkesan dan membuka ruang kepada pengulangan tragedi. Adakah nyawa rakyat begitu murah

hingga tragedi ini boleh ditutup tanpa tindakan segera? Sedangkan hakikatnya puluhan rumah hangus terbakar, beratus orang cedera termasuk kanak-kanak, warga emas dan ibu mengandung, tak ketinggalan juga dengan ibu-ibu tunggal. Ramai kehilangan tempat tinggal, harta benda dan yang paling sedih ialah trauma seumur hidup mereka. Laporan teknikal membuktikan daripada analisis metalogy jelas menyatakan terdapat gejala keletihan bahan is a fectic crack dengan izin, terdapat keretakan berterusan tanah lembut menyebabkan paip kurang sokongan, tekanan berulang dan akhirnya gagal dan pecah. Jadi di sini, struktur di mana paip delay dengan izin delay di atas tanah perlu juga ambil kira yang mana tidak ada laporan ini disertakan. Ini menyebabkan ada kegagalan struktur yang boleh dicegah dan bermakna wujud elemen kecuaian, kelemahan penyelenggaraan atau reka bentuk, schedule untuk penyelenggaraan juga tidak disertakan di dalam laporan yang mana setiap 15 bulan kena di ikuti kepada terma di dalam JKKP keseluruhan paip ini bukan hanya di Putra Heights tetapi di seluruh jajaran 2,600 kilo meter panjang itu perlu diadakan inspection, pemeriksaan ulangan dan bagaimana pemeriksaan ini dijalankan apabila paip ini ditanam di bawah 5 meter di dalam tanah. Jadi benda ini juga perlu untuk diketengahkan untuk pengetahuan rakyat. Mengapakah keletihan logam dan tegangan tidak dapat dikesan lebih awal? Siapakah yang memantau tekanan paip ? Adakah tiada audit ataupun pemantauan berkala ke atas paip gas di bawah tanah yang berketakanan tinggi? Adakah piawaian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dipatuhi sepenuhnya. Saya percaya pihak PETRONAS ada dan mereka lebih tegas di dalam soal keselamatan tetapi di sini kita perlukan juga untuk melihat sejauh mana kebenaran ini berlaku untuk kes-kes paip line. Kami tidak menolak faktor teknikal tetapi jika tiada siapa pun yang dipertanggungjawabkan adakah ini bermaksud nyawa rakyat tidak diambil kira atau tidak ada nilai? Siapakah yang patut dipersalahkan setiap kejadian mesti ada sebab-sebab utama? Siapakah yang patut pastikan penyelenggaraan patut dibuat? Siapakah yang gagal beri amaran awal? Adakah sistem amaran kebocoran gagal ataupun tidak ada langsung sistem amaran kebocoran. Hari ini mungkin berlaku di Putra Heights, esok lusa mungkin di tempat lain pada keluarga kita sendiri sebab jajarannya 2,600 kilometer di seluruh Malaysia boleh berlaku. Oleh yang demikian saya mewakili Perikatan Nasional mendesak agar keputusan NFA disemak semula dengan klasifikasi NFA pihak bertanggungjawab mungkin tidak akan periksa, di hukum atau dipertanggungjawabkan. Mohon adakan siasatan bebas atau audit ketiga oleh badan luar, kumpul kenyataan penduduk terkesan buktikan ada impak yang memerlukan tindakan lanjut. Kesimpulannya Yang Berhormat Tuan Speaker apabila laporan teknikal sudah jelas menunjukkan retakan, keletihan bahan dan tekanan berterusan, bagaimana mungkin kes ini di klasifikasikan sebagai no further actions. Apa lagi yang perlu berlaku sebelum nyawa rakyat dapat di gadai. Letupan ini bukan sahaja sekadar bunyi di langit tetapi dentuman yang merobek ketenangan hidup penduduk. Ada yang trauma, ada yang kehilangan harta ada, yang tidak tidur lena sehingga hari ini dan hari ini kita akan katakan kepada mereka tiada tindakan lanjut. Negara kita tidak miskin

teknologi, kita tidak kekurangan kepakaran tetapi kita tidak boleh terus miskin tindakan terhadap kebajikan.

Sungai Kandis.

Speaker

Yang Berhormat Sungai Kandis, Sungai Burong berdiri bagi laluan atau tidak.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Ya.

Terima kasih Sungai Kandis yang sudi memberikan sedikit pecelahan dan laluan. Dapatan yang saya cuba hendak kongsikan berkaitan dengan respons kerajaan untuk ketelusan dan penuh kebertanggungjawaban dalam isu Putra Heights ini, didapati Syarikat Hong and Hong Home Sendirian Berhad di bawah van-van group sendirian berhad telah pun menukar nama syarikatnya kepada JH Elite Sdn. Bhd. pada 24 April 2025 maknanya sekitar lebih dua minggu lebih selepas tarikh kejadian. Jadi adakah ini satu permainan atau satu bentuk ketidaktelusan atau ada satu benda seolah-olah hendak dilindungi dan ini mengukuhkan bahawa ini ada isyarat dan beberapa petunjuk bahawa ia adalah sebuah aktiviti antropogenik yang menyumbang selain daripada faktor alami, mungkin boleh komen.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Terima kasih dan saya masukkan sekali di dalam saya punya Usul. Sedikit lagi sambungan saya jika kita biarkan insiden ini berlaku tanpa sebarang pengajaran dan hukuman kita mengizinkan tragedi yang sama berulang entah di mana, entah siapa dan entah bila. Akhir kata Yang Berhormat Speaker saya ingin menyokong juga Usul yang dibawa oleh Kampung Medan dan juga Hulu Kelang untuk di adakan kertas putih untuk dibentangkan bagi semua penduduk. Terima kasih.

Speaker

Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Kajang ingin mengucapkan terima kasih kepada Speaker atas peluang diberikan kepada Kajang untuk membahas mengenai insiden letupan paip gas di Putra Heights. Kajang ingin memberi pujian kepada agensi keselamatan seperti PDRM dan Bomba yang bertindak pantas dalam memastikan semua penduduk di keluarkan daripada tempat kejadian. Laporan juga telah dibentangkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) perlu diingatkan juga hasil laporan ini adalah melalui siasatan oleh pelbagai agensi seperti Polis, Bomba, pihak PETRONAS, JKR dan juga JMG. Hasil

laporan ini menunjukkan bahawa tiada usur sabotaj atau kecuaian yang berlaku. Perkara sebenar yang berlaku adalah berlaku ketidakstabilan di bahagian tanah menyebabkan paip telah sedikit bergesel. Kawasan tanah yang lembap, takungan air, kepuk air, tanah yang longgar mula melemahkan struktur paip sehingga memberi tekanan yang sangat tinggi. Soalan Kajang adalah kenapa Kerajaan dahulu memberi kelulusan dan apa syarat-syarat kelulusan untuk mengatasi masalah-masalah ini. Antara langkah awal oleh Kerajaan Negeri adalah dengan menubuhkan jawatankuasa dan laporan teknikal dan hasil laporan juga telah dibentangkan. Jawatankuasa dianggotai oleh pelbagai agensi dalam memastikan hasil siasatan adalah mendalam dan menceritakan kisah yang sebenar tentang insiden yang berlaku. Kerajaan Negeri juga telah menegaskan tidak masuk campur dalam proses siasatan ini. Ini adalah satu langkah yang baik oleh Kerajaan dalam memastikan hasil siasatan ini adalah telus dan berintegriti. Malah Menteri Besar dalam ucapan beliau juga menyatakan akan mewujudkan jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar dan juga memberi hak kepada pihak Pembangkang dalam mencalonkan dua pakar bagi jawatankuasa ini. Ini langkah progresif yang menunjukkan ketelusan pihak Kerajaan Negeri. Ketelusan melalui laporan, bantuan, sokongan, baik pulih malah pelan masa depan juga telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan insiden ini tidak berulang lagi. Kajang percaya ramai yang sedih tentang insiden ini, kami di peringkat Kerajaan Negeri sentiasa berada di barisan hadapan dalam melindungi hak rakyat di Selangor. Kita tidak mahu mana-mana rakyat yang layak tertinggal dalam mendapatkan kemudahan dan bantuan disebabkan insiden ini. Laporan juga telah dibentangkan secara umum agar semua rakyat Selangor tahu perkara sebenar yang berlaku dan Kerajaan tidak mahu sembunyikan apa-apa perkara dengan rakyat. Melalui insiden ini ada beberapa perkara yang Kajang percaya perlu di tambah baik. Maka Kajang ingin mencadangkan beberapa idea jangka masa panjang yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Pertama adalah untuk memperbesarkan buffer zone dengan izin di kawasan paip gas. Kajang sedar bahawa buffer zone sudah mengikut standard yang telah ditetapkan tetapi hasil kajian yang dilakukan oleh Kajang ada beberapa Negara seperti Amerika dan UK yang telah memperbesarkan buffer zone atas tujuan keselamatan di kawasan utility terutamanya melibatkan paip gas. Maka Kajang ingin mencadangkan Kerajaan Negeri menetapkan buffer zone yang lebih luas bagi kawasan paip gas di Selangor di kepadatan penduduk yang tinggi. Ini adalah langkah keselamatan dalam memastikan penggeseran tanah di kawasan paip gas berada di tahan minimum. Perkara kedua adalah untuk menjalankan audit di semua paip yang bertekanan tinggi atau di kawasan mempunyai kemungkinan tinggi berlaku penggeseran tanah terutamanya di kawasan perumahan, tanah berpaya, kawasan takungan air dan kawasan tanah tebus tanah. Ini dalam memastikan risiko untuk berlaku insiden luar jangka seperti penggeseran tanah mampu di kurangkan. Perkara ketiga yang Kajang ingin cadangkan adalah memasang censor tekanan dan getaran automatik sepanjang laluan paip terutama di kawasan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Ini adalah langkan menggunakan teknologi untuk memastikan setiap saat tekanan paip di baca dan juga mampu memberi data tambahan kepada bahagian jurutera PETRONAS yang memantau keadaan paip gas ini. Perkara keempat adalah jarak antara injap-injap penutup paip gas harus berada dalam jarak yang dekat ini dalam memastikan jika berlaku kebakaran di paip gas tempoh kebakaran mampu dikurangkan dan juga mengurangkan harta benda di kawasan kebakaran. Perkara kelima adalah mungkin Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk mengemukakan bajet khusus di bawah sekuriti infrastruktur Negeri dalam perkasa keadaan sedia ada dalam usaha Kerajaan Negeri memastikan perkara sebegini tidak berlaku lagi di masa hadapan. Selain itu Kajang mempunyai persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Kerajaan Negeri, Kajang mendapat maklumat bahawa kebanyakan pembangunan infrastruktur Persekutuan tidak memerlukan kelulusan daripada PBT tetapi hanya perlu memberi makluman sahaja. Adakah perkara ini betul? Kajang memahami perasan rakyat yang terlibat mungkin ada sesetengah rakyat merasakan bahawa Kerajaan Negeri ada menyembunyikan sesuatu tetapi laporan yang dibentangkan adalah hasil siasatan pelbagai agensi tanpa penglibatan Kerajaan Negeri. Laporan ini menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku walaupun insiden ini adalah di luar jangka, Kerajaan sentiasa berusaha dan melakukan yang terbaik dalam memastikan insiden ini tidak berulang lagi, ini demi keselamatan rakyat Selangor. Hari ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sangat terbuka sehingga membuka dan memberi dan ruang dalam membahas mengenai insiden ini dan menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri tidak menyembunyikan apa-apa perkara. Kajang ingin mengucapkan terima kasih di atas langkah yang cemerlang yang dilakukan Kerajaan Negeri dalam memastikan impak negatif insiden ini mampu dikawal. Kajang juga berharap Kerajaan boleh menerima beberapa idea daripada Kajang untuk langkah jangka masa panjang. Kajang mengakhiri perbahasan ucapan terima kasih sekali kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar semoga insiden malang tidak berbau ini adalah satu pengajaran kepada kita semua. Sekian terima kasih.

Kota Damansara.

Speaker

Kota Damansara.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana membenarkan Kota Damansara bersama-sama mengambil bahagian untuk ucapan letupan di Putra Heights. Pertama sekali Kota Damansara ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Polis dan seluruh agensi sukarelawan yang bersama-sama daripada hari pertama letupan itu berlaku sehingga hari ini masih lagi membantu mangsa-mangsa kebakaran. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak bomba kerana jadi tunjang utama untuk memastikan memadamkan

kebakaran kalau kita tengok jumlah paip sebenarnya lebih kurang panjang 18 kilometer apabila ditutup oleh pihak PETRONAS jadi jumlah gas yang terpaksa pihak bomba padamkan kalau ikutkan kiraannya lebih kurang lebih 1,261 tong gas kita cerita berkenaan tong gas 14 kilo ini itulah jumlah yang sebenarnya yang pihak bomba cuba lakukan kita bayangkan tragedi ini bukan tragedi biasa dan semestinya saya sebahagian daripada rakan-rakan di kawasan Kota Damansara turut sama-sama cuba membantu mangsa-mangsa yang telah berlaku di Putra Heights untuk kita pastikan mereka dapat hidup kembali seperti sedia kala. Saya melusuri satu-persatu ucapan rakan-rakan Dewan yang banyak sebenarnya memberikan rasa kesedihan yang sama. Ada juga yang menyampaikan kegusaran. Yang paling utama ialah semestinya kita hendak tahu siapakah orang yang perlu dipertanggungjawabkan terhadap tragedi yang berlaku. Kalau kita tengok sebenarnya ada juga naratif-naratif sebenarnya kalau kita selalu sebut dalam isu ini kita perlu bersama, kita perlu senada. Jadi kadang-kadang saya sedih juga sebab ada naratif-naratif yang cuba dimainkan, yang mana seolah-olah Kerajaan Negeri cuba menyorok atau menyembunyikan beberapa. Kami di kerajaan negeri pun kami di pihak BBC pun nak tahu sebenarnya siapa yang patut dipersalahkan. And saya ambil maklum sebenarnya, kalau nak ditengokkan, ada juga yang mengatakan sebab Menteri Besar sendiri daripada hari pertama lagi telah turun mengadakan sidang media dan demi sidang media dan demi sidang media dilakukan untuk memberikan info-info terkini bukan hanya kepada mangsa tapi juga kepada seluruh rakyat Selangor dan Malaysia. Kita tengok juga pada 30 Jun yang lepas apabila keputusan laporan telah disiapkan oleh segala jenis agensi untuk kita pastikan sebenarnya laporan-laporan ini dibentangkan, buat satu sidang media, diterangkan satu persatu. Bukannya disorokkan. Sebenarnya siapa yang menyorokkan sebenarnya? Saya tak nampak sebenarnya apa yang naratif yang dimainkan seolah-olah Kerajaan Negeri. So apa? Ya, betul Hulu Kelang masukkan Usul untuk adakan sidang tergempar. Kalau kita lepas berlaku, sebulan kita buat sidang tergempar, kita nak bahaskan. Soalan dia, laporan tu belum disiapkan lagi. Kita perlulah bagi kepercayaan kepada seluruh agensi. Bagi kepercayaan kepada DOSH, bagi kepercayaan kepada pihak polis, bagi kepercayaan kepada pihak bomba, beberapa agensi yang lain untuk menyiapkan laporan itu. Jadi kita bahas laporan itu. Kalau kita buat secara terburu-buru, jadi apa sebenarnya yang kita nak bahaskan? Dia akan jadi kita bahaskan sesuatu, kita akan lebih banyak spekulasi daripada perbahasan yang sebenar. Sebab itu bila dikeluarkan ucapan-ucapan sebegini, saya sendiri pun sedih. Kalau ikutkan pada 7hb Julai satu sesi taklimat khas kepada semua seluruh ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen pun dipanggil dan semestinya saya tahu ada yang ingin sebenarnya masuk untuk dengar taklimat khas tersebut. Tapi malangnya ruang itu tidak digunakan. Sebab bagi saya ketika taklimat kalau rakan-rakan ucapan-ucapan rakan-rakan yang ada juga mempersoalkan satu dua perkara tapi sebenarnya kalau rakan-rakan Ahli Dewan masuk dalam taklimat khas itu, kita ada banyak agensi yang boleh menjawab soalan-soalan kelompok sebenarnya.

Kota Damansara.

Speaker

Ya Seri Serdang. Bagi ke?

Baru dapat. Saya nak tanya pandangan Kota Damansara boleh bersetuju tak dengan saya jika semua Ahli Dewan Negeri Selangor hadir ke majlis penerangan atau taklimat berkenaan insiden Putra Heights ini yang berlaku pada 7 hari bulan 7 yang lepas, semua persoalan-persoalan yang ditanya dalam perbahasan rakan-rakan kita Ahli Dewan Negeri terutama dari pembangkang. Kalau semua pembangkang hadir, apa pandangan Kota Damansara? Persoalan mereka terjawab ataupun tidak ketika taklimat dijalankan?

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Saya percaya majoriti daripada persoalan yang utama Insya Allah akan dapat dijawab dan yang paling utama dia adalah bukan hanya sekadar soalan tapi dia memberikan input tambahan kepada rakan-rakan di pihak pembangkang. Saya kalau tengok ada yang diberikan sama ada kita perlukan nak sorok dan sebagainya, bila tengok tadi ada juga ucapan nak sorokkan. Saya nak tanya di sini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah berikan komitmen daripada awal bahawa laporan yang akan menjadi public document yang mana public atau orang ramai boleh lihat sebenarnya laporan ini. Sebab kalau rakan-rakan pergi, bukan hanya laporan ni bukan hanya satu saja. Dia datang daripada pihak polis. Pihak polis. Ada yang mengatakan kenapa NFA? Pihak polis dah menyatakan skop sama ada semakan mereka melalui dua. Satu, adakah perbuatan khianat? Yang kedua, adakah kecuaian berlaku? Jadi sebab itu bila kita tengok apabila polis siasat sedalam-dalamnya, kita tengok satu sama ada kerja-kerja kontraktor ini di kawasan letupan adakah perbuatan khianat ataupun adakah punca-punca api yang daripada luar menyebabkan letupan tersebut. Jadi kalau kita tengok pihak polis telah membuat konklusi bahawa tiada unsur-unsur terhadap tiga perkara tersebut. Jadi sebab itu NFA (non further action) dengan izin Tuan Speaker. Bila kita cerita NFA sebab itu pihak polis mengklasifikan NFA. Bukan hanya sekadar sudut. Jadi report, itu report pertama daripada pihak polis. Kita tengok juga daripada JMG. JMG mengatakan dari sudut tanahnya sebab ini kepakaran mereka. Ya, kita akui dalam tempoh sepanjang kita ada jajaran lebih kurang 2,600 sepanjang jajaran paip ini. Bukan hanya satu paip, malah ada tiga paip yang terlibat. Kenapa JMG melihat? Kenapa ada dasarnya dilihat tanah itu lembut? Dia bukan hanya satu dua hari. Kalau tengok laporan tersebut, kalau rakan-rakan hadir dalam taklimat itu, jumlah itu oleh faktor lebih kurang 26 tahun dan pergerakan paip itu hampir 26 atau 25 sentimeter. Kita ambil pembaris, pembaris kecil itu yang lebih 15cm itu, kita bayangkan darab dua. Itulah sebenarnya tekanan yang

berlaku terhadap paip tersebut. Jadi kita nak kena lihat juga sebenarnya apakah agensi khususnya PETRONAS perlu menjaga paip-paip beliau, paip-paip mereka? Sebab apa? Semestinya saya sendiri kalau mempunyai rumah di sebelah paip gas ini, saya pun ada sedikit terkesan. Saya pun boleh tak tidur malam. Jadi semestinya kita di pihak kerajaan dan pihak JKKP untuk memastikan paip-paip ini di selenggara dengan baik. Sekali lagi saya nak bagi tahu satu fakta yang jelas di sini berkenaan tragedi-tragedi yang berada di Selangor. Kalau kita lihat sejarahnya, kita tak boleh hanya berhujah melalui sentimen. Kita mesti berhujah melalui fakta. Saya ingat lagi pada tahun 2016 yang mana berlakunya tanah runtuh di Serendah. Ketika itu berlakunya telah menyebabkan kehilangan satu nyawa. Saya percaya rakan-rakan yang dekat ketika itu menjadi Ahli Dewan pun ada juga. Seingat saya ketika itu tak ada sidang dewan khas atau sidang dewan tergempar ketika itu untuk membincangkan. Tak ada satu laporan pun yang dibentangkan pun ketika itu. Yang ini menunjukkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar lebih terbuka dan meletakkan satu standard yang tinggi untuk dilihat oleh rakyat Negeri Selangor. Tak ada apa yang nak disorokkan. Ini kita bercerita berkenaan fakta. Fakta tak boleh dipadamkan dengan naratif. Sebab itu daripada awal lagi saya bersama rakan-rakan, kita jelas, kita berikan ruang kepada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing untuk menyediakan laporan. Apabila laporan ini dia keluar dan dijadikan public document, jadi terserah kepada pihak penduduk sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang. Tapi laporan ini diserahkan, tidak disorokkan. Jadi adalah yang mengatakan sama ada Kerajaan Negeri melihat sama ada mereka yang kontraktor ini membuat tindakan atau mempunyai atau sekian-sekian mempunyai kepentingan terhadap syarikat-syarikat berkenaan. Kita tak kenal pun syarikat itu. Kita serahkan pun, PBT membuat kelulusan pun, Yang Amat Berhormat tak tengok pun kelulusan itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jauh lagi EXCO-EXCO. Saya nak cerita berkenaan cadangan. Kalau kita tengoklah kepada cadangan yang ini saya minta kepada Kerajaan Negeri Selangor, kalau lihat minta PETRONAS untuk buat SI atau Soil Investigation. Sebab kalau kita tengok ruang yang paling lemah antara semua paip ini ialah di antara joint. Jadi yang meletup ini pun di antara joint. Jadi saya minta kepada pihak PETRONAS, saya minta kepada pihak jawatankuasa, pihak berkuasa untuk mengarahkan PETRONAS untuk membuat semakan kepada semua. Kalau negeri lain tak nak buat terpulanglah. Tapi saya minta PETRONAS untuk buat di negeri Selangor dulu di setiap joint-joint paip itu tersebut. Sebab kalau tengok daripada laporan report yang terbelah atau yang meletup tu sebenarnya di tempat joint atau penyambung sebenarnya. Jadi kalau kita nak PETRONAS semak pertama.

Kedua, pihak PETRONAS juga perlu membuatkan inspection di setiap paip-paip. Kalau kita semalam kita dengar daripada Subang Jaya ada menyebut maintenance dibuat 10 tahun sekali. Tak boleh 10 tahun sekali sebab kita tengok kepadatan penduduk. Kalau kita tengok sepanjang jajaran paip itu 2,600 banyak sebenarnya rumah-rumah yang

duduk di kawasan jajaran paip. Jadi sepatutnya pihak berkuasa atau pihak PETRONAS perlu menyemak kembali SOP dia daripada maintenance 10 tahun sekali harus menjadi 5 tahun sekali, 3 tahun sekali. Terpulang. Tapi 10 tahun sekali ni tempoh jarak yang sangat panjang. Sebab apa? Ini bukan hanya kepada kita cerita berkenaan maintenance atau kos sahaja. Kita juga bercerita berkenaan nyawa. Saya menyambut baik kepada pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang mana bukan hanya sekadar pakar dilibatkan tapi turut menjemput daripada pihak pembangkang juga untuk menamakan pakar-pakar. Sebab apa? Lebih baiklah dorang menamakan pakar sebab last kita jemput dorang taklimat, dorang tak datang. Dorang hantar wakil sahaja. Kali ini kita risau kalau kita jemput pembangkang takut pembangkang pun tak datang. Biarlah dorang panggil pakar untuk datang bersama-sama. Jadi dibincangkan benda ini. Kita serahkan kepada pihak bijak pandai dan akhirnya ini akan diserahkan. Cuma laporan dan keputusan daripada jawatankuasa itu perlu di sekali lagi perlu dijadikan public diumumkan kepada rakyat dan agar dia menjadi SOP yang jelas. Bukan hanya kepada Kerajaan Negeri, tetapi juga boleh menjadi satu standard kepada negeri-negeri yang lain.

Sekali lagi saya nak bagi satu lagi cadangan kepada pihak kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa untuk mengarahkan PETRONAS untuk menyediakan panjang antara injap dengan injap ini perlulah jangan terlalu jauh. Kalau kita tengok yang meletup tu (8 kilometer nak tutup antara dua itu, dipendekkan antara setiap injap ini. Jadi apabila berlakunya letupan ini kita minta tak mahulah berlaku letupan ini lagi, tapi kalaulah berlaku sebab tu pepatah Melayu sebut ‘malang tak berbau’, kita tak tahu. Jadi jarak antara injap boleh ditutup lebih awal. Jadi jumlah gas yang terpaksa ditunggu untuk pastikan berlaku menghentikan kebakaran ini tidak terlalu panjang. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak kerajaan negeri dan kepada seluruh sukarelawan dan kami khususnya rakyat di DUN Kota Damansara mengucapkan takziah kepada mereka-mereka yang terkesan dalam tragedi ini. Dan saya lagi saya ucapkan tahniah juga kepada kawan-kawan yang sudi membantu bersama-sama untuk memastikan mereka ini dapat terus meneruskan hidup dan saya juga mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri Untuk kerajaan negeri meninggikan sedikit syiling daripada RM30,000 kepada kita naikkan RM60,000 dan mungkin daripada RM60,000 itu proses pay and claim ini mungkin membebankan kepada mereka tapi mungkin sebagai permulaan kita bagikan satu amaun sebagai permulaan RM10,000 kepada mereka. Tapi saya ingat jumlah amaun yang dapat ni sebenarnya lebih banyak cuma tinggikan sedikit sebab jumlahnya tak sama. Mungkin di kawasan sesetengah tempat ni RM60,000 ni lebih daripada cukup. Tapi ada beberapa tempat ni RM60,000 ni sebenarnya tak mencapai pun sebenarnya apa kerosakan yang mereka terima.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana daripada awal lagi memberikan komitmen dan komited. Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada hari raya yang kedua tetap bersama dengan rakyat Selangor, tetap memberikan yang terbaik untuk rakyat Selangor dan Insya-Allah kita doakan tragedi seperti ini tidak berlaku lagi di Negeri Selangor dan kita jauhkanlah tragedi ini daripada negara kita dan Insya-Allah semoga-moga apa yang kita bincangkan dan apa yang akan ditentukan oleh jawatankuasa pada masa akan datang menjadi satu panduan yang lebih baik. Sebab apa? Nyawa, setiap nyawa yang ada di Malaysia atau khususnya di Selangor itu sangat berharga. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang untuk Sentosa mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Sentosa ingin merujuk kepada laporan siasatan punca kejadian kebocoran dan kebakaran paip gas di Putra Heights. Pertama, saya ingin ucapkan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam pengurusan insiden ini khususnya bomba, polis, pihak berkuasa tempatan, agensi teknikal, pasukan penyelamat dan juga tak dilupakan hospital dan petugas kesihatan yang telah bergegas dan bertindak pantas memberikan rawatan dan bantuan kepada mereka yang terjejas. Sentosa juga ingin mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas tindakan segera kepimpinan beliau yang jelas dan bantuan menyeluruh yang telah disalurkan kepada mangsa. Keprihatinan dan ketegasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam menguruskan krisis ini membuktikan bahawa rakyat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Syukur tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian ini. Namun kesannya tetap berat termasuk kecederaan, kerosakan harta benda dan trauma yang dialami oleh penduduk. Justeru itu, saya Sentosa ingin menyampaikan salam simpati dan rasa kecewa kepada semua keluarga serta komuniti yang terkesan secara langsung mahupun tidak langsung. Namun kita tidak boleh berhenti dan berasa simpati sahaja. Kita mesti bertindak. Sentosa ingin menegaskan bahawa PETRONAS sebagai pemilik sistem paip gas ini perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Mereka tidak boleh sekadar mengeluarkan kenyataan media tapi mesti hadir di lapangan dan memberi pampasan sewajarnya kepada semua mangsa. Ini termasuk pampasan untuk rawatan, kerosakan harta benda dan kesan sosio-emosi yang ditanggung penduduk.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Sentosa juga ingin memberi peringatan kepada rakan-rakan di pihak pembangkang. Ini bukan masa untuk mencari kesalahan dan menjadikan tragedi ini sebagai satu modal politik. Pihak berkuasa penyiasatan telah menjalan tanggungjawab meraka dengan profesional dan siasatan lanjutan juga sedang berjalan dan Dato’ Menteri Besar telah mengarahkan satu lagi Jawatan Khas, Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk membantu mencari cara-cara macam mana kita menyelesaikan masalah ini. Sebarang tuduhan tidak berasas atau spekulasi hanya akan mengganggu proses penyiasatan dan menambah kekeliruan di kalangan rakyat. Memang Sentosa pun di kawasan Sentosa ada banyak paip-paip, paip PETRONAS yang lalu di kawasan ini dan banyak penduduk telah panggil untuk memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin. Apa yang kita perlukan sekarang adalah kerjasama dan penyelesaian concrete, maka saya menggesa Kerajaan Negeri agar melaksanakan pemeriksaan menyeluruh ke atas sistem paip di bawah tanah khususnya di kawasan-kawasan berisiko tinggi akibat hakisan tanah, soil erosian atau aktiviti atau pembangunan pesat. Memandangkan sepanjang 2,000 lebih kilometer paip telah dipasang dan memang kita perlu memastikan kawasan-kawasan sentiasa selamat. Kedua meningkatkan pemantauan dan penyelenggaraan berkala menggunakan teknologi moden seperti sistem pengesanan kebocoran awal dan juga macam teman kita Yang Berhormat Subang Jaya pun telah menekankan bahawa kita perlu ada firewall dan sebagainya. Ketiga menyemak dan memperketat semula prosedur keselamatan kerja serta pengawasan projek utiliti agar tahap keselamatan tidak di kompromi oleh kecuaian atau kelemahan kawal selia. Yang Berhormat Tuan Speaker, insiden ini bukan perkara kecil ia merupakan amaran jelas kepada semua pihak bahawa keselamatan rakyat tidak boleh di kompromi. Tindakan tegas dan tanggung jawab adalah satu-satu jalan untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan lebih penting untuk mencegah tragedi ini daripada berulang di masa hadapan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan tentang penerangan daripada Menteri Besar di bawah Peraturan Tetap 13(i) dan ini saya mempersilakan Yang Amat Berhormat. Yang Berhormat Pandan Indah, untuk memberi penjelasan.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya akan mengambil sedikit sahaja , sebelum Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memberikan penjelasan. Dalam aspek teknikal yang menyentuh portfolio saya sendiri iaitu di bawah Infrastruktur berkaitan dengan paip gas ini ya. Sedikit sahaja yang diperjelas ini ada saya ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahas isu yang berkaitan dan juga kita juga ambil juga berikan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam menguruskan isu berkaitan tragedi ini, dan juga kita melahirkan keprihatinan kita dan simpati kita pada mangsa-mangsa telah lalui tragedi yang berkaitan. Cuma saya nak sentuh sikit sahaja yang dibangkit akan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian berhubung dengan beberapa kekeliruan berhubung dengan pengurusan terutamanya KUSEL dalam aspek insiden ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan gas ini adalah tertakluk di bawah Akta Bekalan Gas Akta 501 1993. Jadi sebarang urusan berkaitan dengan pengurusan atau jajaran atau pun pelaksanaan bekalan gas ini adalah tertakluk di bawah Akta ini. Dan juga di bawah Pengurusan atau pembinaan ataupun installation pipe line ini. Kaedah yang dipakai guna pakai di Malaysia ialah menggunakan ASME code design re-equipment iaitu american society or mechanical engineer ini adalah standart yang paling stringent dalam pengurusan paip gas. Kita tidak mempunyai kod sendiri dalam gas ini, gas paip ini telah terima pakai ASME untuk menguruskan mengenai aspek teknikal sama ada pemasangan paip, paip laying ataupun jointing paip itu atau pengurusan aspek menggunakan ASME ini. Dan ini pun telah pun diiktiraf dan diterima seluruh dunia dan juga di bawah Suruhanjaya Tenaga pun memang telah dapat ketetapan bahawa inilah kaedah yang digunakan. Jadi tidak timbul isu walaupun saya dengar pandangan teknikal pelbagai ramai jadi engineer dua hari ini tapi ada perkara-perkara yang disebut itu sebenarnya tidak tepat begitu tepat. Walau bagaimanapun tak apalah, at least ada usaha untuk kita memahami aspek teknikal. Dan memang dia mematuhi segala aspek itu perlukan iaitu perlukan ada soil investigation SI untuk dalam dan melaksanakan kerja-kerja penstabilan tanah itu perlu dibuat di tempat pejabat tanah ini dia sentiasa berubah dalam sepanjang kawasan. Jadi kaedah treatment atau kaedah untuk support structure itu atau pun 36 inci paip ini, paip ini. memerlukan kaedah kajian tanah dulu, sebelum mereka telah melaksanakan semua itu mengikut SME yang telah saya sebutkan tadi. Cuma peranan KUSEL ialah sebagai satu badan yang menguruskan facilitet atau menguruskan permohonan-permohonan permit. Dalam bab paip gas ini memang telah diuruskan dan disebut Ahli-ahli Yang Berhormat betul ada permit telah diluluskan untuk kerja-kerja pembetungan ini IWK bagi Hong & Hong ini pada 8 Oktober sehingga 8 Januari, 8 Oktober 2024 hinggalah 8 Januari 2025 betul. Tapi itu adalah bahagian yang di bawah MBSJ. Bila masuk kawasan jajaran ROW paip ini dia kena buat permohonan kepada PETRONAS Gas. Jadi permohonan gas itu telah di lulus pada 25 Mac. Itu dia direct permohonan itu dibuat kepada PETRONAS Gas sebab dia melalui jajaran PETRONAS Gas. Dan kerja-kerja untuk menguruskan pembinaan pembetung ini telah di supervise atau selia oleh PETRONAS Gas sendiri. Sepanjang dua hari iaitu 27 dan 28 Mac itu telah dibuat dan siap kerja mula 27 siap 28 di jajaran ROW PETRONAS Gas, dia tidak timbul isu permit yang disebut Yang Berhormat Hulu Kelang permit yang dibahagian MBSJ itu yang telah dilaksanakan lebih awal mengikut tempoh permit itu. Walau bagaimanapun pihak KUSEL terlibat untuk membantu dalam, sebab apa kita nak keluar mereka nak keluarkan permit, mereka perlu tahu mapping dulu dia buat. Memang itu telah jadi SOP, mapping itu telah dibantu oleh pihak KUSEL iaitu dengan

menggunakan GPR itu (Ground-penetrating radar) memang didapati jajaran, paip itu memang berada ke dalam lebih kurang 6 meter di bawah jalan. Ini telah dilaksanakan tapi memang telah di supervise oleh PETRONAS dan telah siap Mac 27 dan 28. Cuma satu lagi saya nak sebut di sini ialah kedalaman clearance yang penting clearance sebab ada diameter masing-masing. Clearance directly but dia cross jadi paip line itu pembetung itu dia cross lebih kurang ada angle sikit sahaja. Di bawah kepada PETRONAS Gas pipe line gas itu clearance betul-betul vertically bawah itu ialah di sekitar dasar satu perpuluhan enam kedua meter, itu dia punya kedalaman clearance daripada top of pipe line kepada bottom of the sure jadi lebih kurang 1.5 -1.6 meter. Tapi jarak daripada pembetung itu ke tempat letupan itu ialah 35-40 meter sangat jauh. Jadi itu saya bagi teknikal itu apa yang kedudukan ketika berlaku letupan itu. Ini antara beberapa perkara yang saya sebutkan di sini saya rasa yang lainnya. Cuma untuk jawatankuasa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat.

Speaker

Yang Berhormat nak bagi laluan kepada Hulu Kelang.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sila-sila.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah. Pertama isu pemasangan paip-paip gas PETRONAS ini menggunakan Akta 501 dan Yang Berhormat telah menyatakan bahawa aspek pemasangan paip ini juga menggunakan prinsip ataupun kaedah ASME tadi. Yang merupakan the high standart ataupun piawaian yang tertinggi. Saya ambil maklum tentang perkara ini. Cuma penjelasan ini tidak termaktub dalam laporan JKKP. Ini yang menjadi keresahan mangsa dan penduduk bukan sahaja di Putra Heights tetapi juga di sepanjang 2,600 kilometer. Sebab itu daripada awal, apa yang kami bahaskan ialah laporan JKKP itu, tidak komprehensif, tidak mencerakinkan dan tidak meyakinkan rakyat bahawa aspek-aspek keselamatan telah dilakukan. Sebagai contoh antara perkara yang saya bangkitkan semalam ialah soil investigation sebab laporan JKKP berhenti pada kenyataan bahawa ada pergerakan tanah struktur tanah yang lembut dan longgar. Maka timbul persoalan apakah ketika dilakukan SI kita tidak dapat mengesan perkara ini. Hari ini Yang Berhormat jawab struktur ini mungkin dia berubah dari masa ke semasa berbanding dengan 20 tahun yang lalu. Maka persoalan seterusnya yang saya bangkitkan juga tentang antropogenik ataupun aktiviti yang berlaku di tapak itu yang belum lagi dilalukan siasatan. Yang mungkin telah merubah topografi asal tanah tersebut. Kerana kalau betul SI telah dilakukan 20 tahun yang lalu menggunakan aspek ASME ini, pertama tidak ada dalam laporan JKKP untuk meyakinkan rakyat. Yang Keduanya kalaupun ada pergerakan setelah 20 tahun mengapa sehingga hari ini tidak dilakukan siasatan aktiviti antropogenik di kawasan tersebut. Itu yang pertama saya ingin perlu diberikan perhatian. Dan saya kira penjelasan yang berhormat tadi dapat membantu kita memahami langkah-langkah keselamatan telah diambil. Kedua tentang peranan KUSEL dan juga PBT

khususnya Majlis Bandaraya Subang Jaya. Jawapan Yang Berhormat Pandan Indah baik, mempertahankan tindakan yang telah diambil oleh KUSEL dan juga MBSJ tetapi seolah-olah sekarang ini menimbulkan persoalan baru. Iaitu kelulusan pemasangan kerja-kerja paip pembetungan yang melintasi paip gas PETRONAS bukan bidang kuasa KUSEL. Sebab KUSEL betul memberikan permit untuk kerja-kerja pembaikan ini daripada 8 Oktober 2024 hingga 8 Januari 2025. Dan Yang Berhormat jelaskan tadi betul itu tempoh yang diluluskan tetapi apabila PETRONAS memberikan kelulusan pada 20 Mac 2025, itu adalah kuasa PETRONAS. Sebab itu kerja-kerja pemasangan paip pembetungan ini telah bermula pada 27 Mac. Iaitu hanya 4 hari sebelum letupan berlaku. Apakah kelulusan ini sekarang nak dibebankan kepada PETRONAS bukan lagi bidang lagi KUSEL? Kalau ini berlaku tanggungjawab PETRONAS untuk berdepan dengan mangsa-mangsa dan penduduk-penduduk yang terlibat dalam letupan ini. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa masih ada kekeliruan di situ. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat peranan KUSEL ini saya dan banyak kali perhati betul-betul. Dia peranan sebagai satu badan sebagai one stop center dalam menguruskan permit-permit, salah satu tugas dia. Selain daripada menyedia UDM, mapping dan sebagainya, salah satu peranan utama dia ialah sebagai one stop center osc, osa. Dalam menguruskan permit-permit korekan utiliti Selangor. Tetapi dalam SOP itu kalau perhati, kebenaran untuk melaksanakan tugas itu, dipanggil PBM Pihak Berkuasa Melulus, adalah tertakluk pada badan-badan itu sendiri. Kalau kata korekan di jalan MBSJ dia facilatated dia buat permohonan permit tetap dikeluarkan melalui kebenaran dulu oleh MBSJ. Kalau dia melibatkan TNB, TNB akan keluarkan, kalau melibatkan JKR kita hanya KUSEL hanya menguruskan facilitet, supaya tapi Pihak Berkuasa Melulus kena memberi kebenaran, termasuklah PETRONAS Gas. Mereka adalah Pihak Berkuasa Melulus. Jadi bukan kata pandai-pandai apa nama KUSEL tiba-tiba luluskan. Tidak, itu bukan SOP dia, daripada awal dulu memang itulah kaedah yang kita gunakan. Jadi jangan kita letakkan nak blame, dia yang lulus dan tidak ada blame di sini sebenarnya memang pihak berkuasa meluluskan PETRONAS Gas ini memang meluluskan dan mereka sendiri menyelia kerja-kerja di jajaran mereka itu. Yang kerja di bahagian PBT pula, sebahagian daripada pembetung itu terletak di kawasan MBSJ, jadi memang diselia oleh pihak MBSJ. MBSJ itu sendiri.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, saya minta izin Tuan Speaker, saya tidak dispute penjelasan Yang Berhormat tentang peranan dan mandat yang diberikan pada KUSEL. Saya memahami maknanya selain daripada mandat diberikan untuk membuat mapping of utilities in Selangor, dia juga mengeluarkan permit. Tetapi akhirnya Yang Berhormat sebut tadi pihak apa, pihak Berkuasa melulus dalam konteks ini PETRONAS yang akan menentukan. Jadi soal peranan KUSEL, saya terima. Saya tidak membebankan pada KUSEL ataupun Majlis Bandaraya Subang Jaya. Tetapi

penjelasan Yang Berhormat pada pagi ini meletakkan PETRONAS sebagai pihak yang bertanggungjawab di atas kerja-kerja pemasangan paip di jajaran nya. Ok, saya setuju. Itu yang saya nak rekodkan dalam dewan ini bahawa PETRONAS bertanggungjawab di atas kelulusan dalam jajaran tersebut. Setuju? Terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Berkali-kali tadi kalau di kawasan MBSJ merekalah yang bertanggungjawab. Pihak KUSEL membantu dari segi penetapan jajaran dan juga melaksanakan mapping. Tapi kebenaran untuk bekerja di kawasan pihak berkuasa ini melulus ini ialah kebenaran kepada mereka itu sendiri. Ini memang telah menjadi SOP daripada awal. Bukan hari ini je baru nak buat SOP ni. Memang dah begitu yang dilaksanakan di bawah peranan KUSEL itu sendiri. Saya nak maklumkan lagi satu, yang tadi SME yang saya sebutkan tadi. Sebenarnya benda ni standard yang telah di iktiraf dan dikenali. Tak perlu lah benda ni maknanya tiap-tiap spesifikasi teknikal dalam apa juga nak buat paip air ke, nak buat Tenaga Nasional dia dah ada standard dia memang dah di diiktiraf. Jadi dalam standard pelaksanaan itu kalau melibatkan kerja-kerja tanah di kajian dibuat masa tu dan direka bentuk dan design spesifikasi sesuai pada keadaan tanah pada masa itu. Dan tentu mengambil kira akan perubahan-perubahan ke depan untuk distabilkan tanah itu. Itu standard dalam mana-mana kerja Geo Tech ini. Geo Technical punya aspek ini, itu lah dia yang kita buat berdasarkan kepada data yang kita buat Biro SI dan sebagainya. Tapi apa yang berlaku kalau berlaku ke depan itu banyak faktor yang menentukan ada yang natural ada yang human punya intervensi itu semua itu perlu lah dia ada apa yang dipanggil selenggaraan itu. Sebab itu penyelenggaraan paip ini, PETRONAS pun ada standard dia. Dan mereka membuat penyelenggaraan melalui dalam paip itu sendiri untuk melihat sama ada phatic ke atau ada berlaku apa-apa kebocoran atau sebagainya. Memang mereka melaksanakan berkala. Itu standard tu telah di layout dalam SOP mereka tu sendiri. Jadi perlu kita kena faham dari segi itu lah. Aspek yang tapi sebagaimana yang saya sebutkan tadi laporan dah keluar memang tidak ada unsur-unsur yang campur tangan manusia yang menyebabkan berlaku apa yang telah dah berlaku. Dan untuk negeri Selangor saya kata, saya cadangkan itu lah dia. Kita sebenarnya di Selangor ni hanya 295 kilometer paip. Yang dua ribu lebih tu adalah seluruh negara.

Speaker

Yang Berhormat ada....

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Jadi sekarang ni ada kaedah untuk masa depan ini yang saya sebut yang di cadang oleh Yang Amat Berhormat itu bagus. Itu saya setuju untuk kita melihat bagaimana penambahbaikan bagi masa depan dalam menguruskan bukan saja jajaran paip gas ini. Begitu juga jajaran lain yang melibatkan utiliti di negeri Selangor. Terima Kasih.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat EXCO..

Speaker

Pandan Indah bagi kepada siapa? Gombak Setia ke ataupun Taman Medan? Tak kisah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tentang soal penyelenggaraan tadi sebab yang saya nak tanya ni aspek teknikal.

Speaker

Kalau.,.bukan..kalau Pandan Indah nak bagi ke? Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Jangan bimbang, soalan saya memang soalan yang menjadi kegusaran rakyat. Yang dalam perbincangan atau pun perbahasan kita dalam Dewan ini. Saya juga melihat laporan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga ada jelaskan bahawa di atas paip-paip utiliti gas tersebut ada diletakkan konkrit slap. Cuma yang menjadi persoalan di bawah hari ini, apakah konkrit slap itu dia punya reka bentuk ataupun dia punya reka bentuk ataupun design yang benar-benar kukuh. Maksudnya dengan pilling yang kuat yang tidak membolehkan apa-apa tekanan daripada atas menyebabkan tekanan kepada tanah yang berada di bawah konkrit slap itu. Sebab ini antara perkara yang menjadi kebimbangan dan persoalan di kalangan rakyat-rakyat hari ini. Sebab yang diminta oleh rakyat hari ini ni soal jaminan, soal jaminan dan sebagaimana yang saya jelaskan ataupun saya tegaskan semalam. Ini saya nak bawa satu gambar. Ini gambar jajaran paip gas di belakang Masjid Alam Impian ni. Kalau lihat kepada gambar ini tanah ini mendap. Jadi ini yang saya sebutkan tadi. Dia menimbulkan keresahan, kegusaran bila kata faktor itu sebab tanah lembut dan longgar. Jadi ni kalau tanah yang mendap macam ni dia lembut ataupun longgar. Cuma saya faham kalau ada konkrit slap tapi kalau reka bentuk nya betul-betul kukuh, mustahil tanah itu akan mendap. Jadi itu antara perkara-perkara yang dipersoalkan oleh rakyat termasuk juga dalam soal penyelenggaraan tadi sebab sebagaimana perbahasan saya, tanah-tanah jajaran paip gas ini dia macam padang saja. Dia pagar takde, signage dah jatuh. Jadi kalau takde orang nampak, orang pun tak tahu ini tanah jenis apa, dia buat tapak parking kereta ke? Ada yang main bola atas ni ataupun ini. Jadi jadi macam mana? Jadi sebab itu, ini antara perkara-perkara yang kami bangkitkan ini yang hari ini menjadi keresahan di kalangan rakyat dan sebab itu kita mesti ada satu penjelasan yang lebih holistik yang lebih komprehensif supaya jaminan itu dapat benar-benar di rasai oleh rakyat negeri Selangor pada hari ini. Terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Lagi sekali Yang Berhormat, boleh? Sebab kita ada di sini dalam Dewan ni bincangkan perkara ini kerana bila letupan itu

berlaku, penduduk melihat ada aktiviti berlaku di kawasan berdekatan. Sebab tu dia menimbulkan semua sangkaan, spekulasi dan pelbagai perkara. Saya nak tanya pada Yang Berhormat Pandan Indah, dari segi pergerakan tanah yang dimaklumkan. Kalau kata sebelum ini takde aktiviti pengorekan dan sebagainya ROW ni tak dimasuki saya rasa tak timbul. Bila keluar kenyataan kata bahawa kerana pergerakan tanah, paip ni welding dia terbuka maka meletup. Tapi sekarang ni sebab beberapa hari sebelum kejadian tu ada aktiviti berlaku di atas. Ketika tadi Yang Berhormat sebut dari ROW PETRONAS ni juga yang mana KUSEL juga membantu untuk buat soal investigation. Adakah ketika itu, KUSEL telah mengenal pasti ada pergerakan tanah. Adakah perkara, sebab apa pun kita nak buat mesti kena buat survey dan kalau dah ada survey yang dibuat, dan melihat ada pergerakan tanah, adakah ada any mitigation prosedur yang dibuat untuk selesaikan dulu pergerakan tanah itu sebelum dimulakan sebarang kerja. Adakah benda itu dapat kita kenal pasti sebelum itu atau tidak. Atau hanya kita buat maping base on map yang kita dah ada sebelum ni dan kita hanya beritahu, “ Oh kedalaman nya sekian-sekian maka ni selamat untuk kita gali sampai berapa-berapa”. Sebab significant nya adalah 24cm lepas yang kata di kaji tu ada 24cm pergerakan tanah. So, jadi mohon pandangan, bukan pandanganlah tapi pencerahan daripada Pandan Indah supaya kami semua dapat faham perkara ini.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Saya mencelah dulu sedikit YB EXCO.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Boleh saya tambah tanya sedikit YB EXCO?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya ingin detail kan sedikit apa yang dimaksudkan oleh Gombak Setia.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Sungai Kandis. Pandan Indah bagi ye.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Jadi apa yang Gombak Setia maksudkan adalah berapa kah spend antara column to column untuk lay down the piping dan juga design code yang digunakan untuk memastikan that footing foundation tu stabil. Sebab apa life pan untuk pipe line adalah 50 tahun. Dep that for the pipe line layout is 5 meter minimum dep. Jadi itu yang dimaksudkan supaya kita tengok bila column dia cukup. Ya bila column dia cukup jadi takde masalah on tekanan or what ever. Terima kasih.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tuan Speaker. Boleh buat pencerahan.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tekanan dia panggil over date.. Kita nak bagi laluan lagi? Dah nak habis dah masa.

Speaker

Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Saya merujuk kan Setia Gombak cakap pasal under ground. Gombak Setia , minta maaf. Saya tarik balik. Minta maaf.

(SIDANG RIUH)

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ikut pengetahuan saya dia tak berapa setia. (Ketawa)

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Pasal pergerakan di bawah, walaupun ada konkrit slap di atas paip. Naik atas tengok memang sangat cantik. Anak-anak boleh main lagi. Tetapi pergerakan di bawah. Bermain di atas. Tadi Yang Berhormat cakap. Bila pergerakan di bawah memang atas kita tidak tahu dia kerosakan di bawah dulu baru lepas ke atas. Kalau dia nak awak dekat atas satu dunia sudah tahu lah akan berlaku sesuatu bencana. Jadi pergerakan di bawah jadi dekat atas langsung kita tidak tahu. Faham, Okay. Betul tak pencerahan saya Yang Berhormat EXCO?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Layak jadi EXCO tu.

(SIDANG RIUH)

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ada pencerahan. Saya tak tahu nak bagi cerah macam mana lagi. Dah cerah. (Ketawa). Okay lah jadi saya tengok ini ramai minat nak jadi engineer. Baguslah tahniah semua. Tapi macam saya sebut tadi, kita balik pada yang.. Saya akui kita boleh, peristiwa ini satu manfaat yang kita tak boleh sebut kebaikan lah ye ialah kita supaya kita mengambil berat tentang masa depan. Bagaimana kita menguruskan terutama gas pipe line ini yang kita akui selama ini kita pun tak tahu. Selama ni saya dengan ni, kita payah nak dapat kerjasama tapi sekarang kita mempunyai dan dia pun telah berkongsi maklumat-maklumat jajaran di Selangor ni yang kita akan sama-sama perhalusi dan perhati apa yang kita boleh ambil langkah tindakan. Tapi macam saya sebut tadi kalau ada yang Jurutera Awam dalam bilik ini kalau belajar buat Geo tech memang susah. Tanah ini adalah suatu perkara yang sangat sukar. Kadang-kadang kita buat soal investigation dekat tempat ini, 10 meter depan lagi dah lain dah tanah. Drastik saya lalui dalam kehidupan dalam menguruskan teknikal ni engineering spec sivil ini memang sangat sukar menguruskan isu strata tanah ini. Dia berubah-ubah

sekejap. Jadi sebab itu reka bentuk yang dibuat dia mengambil kira reka bentuk ketika itu dan mengambil segala langkah perlu untuk memperkukuh dan memperkemaskan tapak dia ataupun yang terutama berkaitan dengan gas ini. Dia di bawah SME ni memang strength. The most strengther dari segi aspek keselamatan paip gas. Dan itu yang sedia buat dan kalau yang lain itu kalau berlaku dari masa ke semasa di sebabkan saya sebut tadi, satu intervensi dari segi manusia satu lagi ialah natural. Makna proses berkala itu dalam maintenance itu perlu diteliti dan sama je macam kita menguruskan cerun. Peringkat awal kita potong elok, after certain time dia akan mula berlaku apa nama ni pencerobohan dan sebagainya boleh menyebabkan keruntuhan. Ini memang begitu juga dalam kita menguruskan gas ini pun begitu. Dan saya, kita dalam jawatankuasa khas yang di cadang oleh Yang Amat Berhormat itu, kita perlu cadangkan langkah-langkah tambahan selain daripada SME ini macam buh pagar dan sebagainya. Itu kita perlu cadangkan demi masa depan. Ini saya setuju sangat untuk kita laksanakan. Dan tentang lain-lain aspek itu sebenarnya kedalaman, saya baru-baru ini kebetulan saya dah atur satu pertemuan dengan Tokyo Gas. Saya bawa sendiri PETRONAS Gas pergi sekali dengan KUSEL untuk lihat. Dan di Jepun, kaedah dia punya pipe line lagi lebih panjang. Bila berlaku gempa bumi terbesar di Jepun hari tu, satu pun takde letupan. Okay. Masih sampai bengkok-bengkok tapi masih boleh pakai. Sampai tahap macam tu. Jadi PETRONAS Gas pun ada, saya kata balik kita tengok balik bagaimana kita boleh perkemaskan lagi supaya sistem gas pipe line ini akan lebih selamat dan lebih kukuh supaya kadar gas apa ini kita tak boleh samakan. Kalau Yang Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat nak tahu setiap hari boleh kata berlaku disebabkan kerja-kerja ni utiliti ni berlakunya kabel kena, paip air pecah. Almost it is sebab paip kita tidak diatur dan kabel kita tidak disusun dengan baik. Sebab itu kita tubuhkan KUSEL ni nak susun balik utiliti. Tapi kita dah terlambat, bukan lah terlambat tapi orang kata better late than never ya. Better late than never. Sebab berselirat di bawah tanah tu. Jadi saya harapkan ini. Jadi dah pukul 1. Jadi saya harapkan ini akan jadikan ..

Speaker

Yang Berhormat

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Reka bentuk Slap.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu termasuk dalam design kita buat pipe line itu. Jadi terima kasih semua daripada Pandan Indah dan juga Kajang.

Speaker

Yang Berhormat, jadi baik ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan pukul 1.00 petang. Dengan ini , saya tangguhkan ke sesi petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Hiwabarakatuh, Salam Sejahtera, Selamat Petang semua. Petang ini Dewan ingin mengalu-alukan lawatan 14 orang peserta Program SIWANIS yang diketuai oleh Puan Nor Salbiah Putih dari Wanita Berdaya Selangor dan juga lawatan daripada lapan orang pelajar Matrikulasi Banting yang diketuai oleh Encik Edward. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Dewan juga ingin mengalu-alukan lawatan daripada Integrated Islamic School Shah Alam Secondary seramai 11 orang pelajar yang diketuai oleh Puan Anis Sofea binti Abbas Salimi. Selamat datang juga ke Dewan Negeri Selangor. Okay ya. Dewan bersambung semula dengan penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai insiden letupan paip gas di Putra Heights. Dengan ini Dewan mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor. Dipersilakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Timbalan Speaker atas masa dan kesempatan yang telah diberikan dan saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada keseluruhan Ahli-Ahli Dewan yang telah terlibat dalam mengambil bahagian berbahas serta menyampaikan beberapa pandangan berkenaan dengan insiden ini sama ada daripada segi pelaksanaan, bantuan-bantuan dan sokongan pihak kerajaan Negeri dan juga sudah pasti yang paling besar dan majoritinya adalah melibatkan bagaimana penemuan-penemuan dan juga punca serta siasatan yang telah dilakukan oleh empat (4) jawatankuasa ataupun empat (4) institusi yang saya sebutkan iaitu Jabatan Keselamatan Pekerja (JKKP) dan juga pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba & Penyelamat dan tidak ketinggalan satu lagi department iaitu JMG ataupun Jabatan Mineral & Geosains. Keempat-empat ini telah meneliti dan juga menyelidik terhadap dua (2) sub sektor penting iaitu sektor jenayah dan juga sebarang tindakan-tindakan kecuaian dan yang keduanya adalah pada aspek-aspek teknikal yang menjadi punca kepada letusan itu berlaku.

Ahli Yang Berhormat, saya ingin menjawab beberapa persoalan yang telah dibangkitkan khususnya berkenaan dengan zon penampan. Hal ini mungkin akan membawa kepada aspek-aspek yang seterusnya mendapat istilah pencerobohan, keterlibatan ataupun masuk ke dalam right of way tetapi dalam kes yang saya yang kita teliti pada hari ini ia adalah kes di kawasan hak milik PETRONAS kerana tanah itu telah menjadi hak milik PETRONAS setelah PETRONAS membayar premium dan mempunyai hak milik ke atas tanah tersebut. Untuk makluman semua, sebenarnya ada beberapa pembetulan yang saya rasa perlu saya perbetulkan secara nota kepada pihak Dewan bahawa jarak di antara dinding rumah kedai baru yang dibina dengan paip gas adalah sejauh 72 kaki sampai ke dinding. Sampai ke tempat parking ataupun tempat letak kereta adalah

sebanyak 66 kaki. Jarak di antara paip gas dengan rumah di Taman Putra Harmoni adalah sejauh 82.8 kaki. Jadi, saya nak betulkan lebihan enam kaki itu antara 66 dengan 72 kerana zon penampan diambil kira sampai ke dinding dan bila dia sampai ke dinding sebenarnya mempunyai baki ataupun mempunyai basi lebih kurang enam kaki daripada tapak yang telah ditetapkan. Saya juga nak maklumkan sebenarnya tidak ada satu maklumat spesifik daripada pihak PETRONAS ataupun pihak berkaitan dengan zon penampan ini. Pihak Majlis tempatanlah yang telah mentafsirkan berdasarkan daripada satu keputusan yang telah dibuat oleh Jabatan Perancang Bandar & Desa dalam Pelan Pre-com 2003 yang meletakkan satu syarat sebanyak 66 kaki. Daripada kes ini saya percaya apa yang wajar untuk kita teliti ialah bagaimana kita melebarkan Subang Jaya zon penampan ini kerana bila saya semak daripada zon penampan ini ia merujuk kepada industri sederhana sedangkan insiden ini telah membuktikan bahawa ia wajar dikategorikan sebagai industri berat. Kalau industri berat bermakna jaraknya haruslah mencecah 50 meter. Lebih daripada 66 kaki yang telah ditetapkan. So, jeda di antara kedua-dua ini harus mencecah 100 meter. Isunya selepas ini ialah bagaimana untuk menangani yang telah tertanam? Inilah perkara yang saya rasa perlu diteliti dan difahami oleh jawatankuasa yang kita nak tubuhkan selepas ini supaya mencadangkan yang akan baru ditanam easy ataupun lebih mudah kita boleh cadangkan pada jarak 50 meter bagi setiap sisi tetapi kalau kita jarakkan sampai 100 meter, saya percaya banyak hartanah, aset di seluruh kawasan Negeri Selangor dan juga seluruh Malaysia akan terkesan dan ini harus menjadi penelitian bukan hanya saya rasa isu ini di peringkat negeri tetapi juga di peringkat PETRONAS kerana telah ada dua kejadian sebagaimana yang direkodkan sama ada di Sarawak dan juga di Selangor yang telah mengorbankan nyawa dan juga memberikan kerosakan kepada aspek-aspek tersebut.

Tadi saya kira Pandan Indah telah menjelaskan bagaimana prosedur yang telah dilalui oleh syarikat-syarikat berkenaan untuk menggunakan laluan itu. Dan, untuk maklumat Yang Berhormat daripada penelitian bahagian kesihatan, sebenarnya rod of way terhadap paip PETRONAS ini bukan hanya di Selangor. Dia berlaku daripada Johor sampailah ke Kedah. Daripada Terengganu sampailah ke Selangor mungkin sampai ke negeri-negeri yang lain. Right of way ini dibenarkan setelah PETRONAS memberikan kebenaran. Baik tanah itu milik PBT atau milik kerajaan, baik tanah itu milik PETRONAS, keynya masih lagi PETRONAS harus membenarkan sama ada proses pengorekan dan sebagainya. Dalam kes yang berlaku di Putra Heights ini, saya juga ingin merujuk bahawa sebenarnya pada tahun 2008 dan 2009 telah ada kebenaran untuk membina laluan ataupun membina monsoon drain dan monsoon drain itulah yang sebenarnya merintangi kawasan paip gas ataupun jajaran paip gas yang berlaku di Putra Heights. Dan untuk makluman Yang Berhormat, kedekatan paip ataupun monsoon drain ini dengan apa yang dilakukan kerja-kerja pembetungan itu lebih dekat ataupun lebih hampir daripada paip-paip pembetungan yang berlaku. Justeru, kajian-kajian ataupun siasatan

yang dibuat bukan sahaja siasatan terhadap apa tindakan-tindakan yang dibuat 35 meter, 30 meter sebagaimana disebutkan oleh Pandan Indah tetapi juga melihat keutuhan monsoon drain ataupun laluan sungai yang telah dibentuk selepas projek Putra Harmoni dilaksanakan. Ada terdapat sedikit kebocoran ataupun leak, leaking ataupun pecahan tetapi ia masih lagi intact dan masih lagi mengalirkan air secara keseluruhannya dan memberi kesan dan tidaklah boleh dianggap memberi kesan terhadap struktur dan juga isu tanah yang berlaku. Jadi, istilah pencerobohan sebenarnya tidak berlaku kerana ia telah dibenarkan oleh tuan punya tanah kerana ia juga sebahagian kerja adalah dilakukan di luar daripada kawasan-kawasan yang dikatakan milik ataupun tanda senget ataupun silang yang dikatakan sebagai right of way ataupun pemberian kemudian laluan.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, timbul pula perkara yang kerap kali ditimbulkan....

Tuan Speaker, saya berpandangan bahawa struktur tanah memang dikenal pasti satu keadaan tanah yang agak lembut dan tidak sekukuh mana yang saya jangkakan. Cuma apa yang saya lihat dengan adanya right of way dan juga kawasan penampan yang telah sedia ada mungkin pertimbangan-pertimbangan boleh diberikan di atas pengukuhan supaya pengukuhan kawasan penampan ini ataupun mungkin ada tembok penahan dan sebagainya supaya aktiviti-aktiviti walaupun mungkin tidak berlaku di kawasan penampan tetapi tidak berlaku anjakan tanah yang mungkin secara tidak langsungnya yang disebutkan sebagai cyclic loading itu tidak akan berlaku dan akhirnya menjadi punca kepada keadaan ini. Saya ingat di kawasan yang tertumpu ini penampan itu tidak boleh kita nak buat apa. Tadi ada perkara yang kita boleh buat untuk memperkukuhkan kawasan-kawasan yang mungkin bersamaan seperti ini di kawasan lain juga boleh diambil kira untuk kajian tersebut. Ini pada pandangan saya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sijangkang. Saya pasti perkara-perkara tersebut wajar diteliti sebab itu adalah a way forward ataupun masa hadapan bagaimana kita ingin menangani perkara yang telah ada dan juga pembinaan-pembinaan baru. Kalau dah ada, bagaimana penampannya atau pengukuhan kawasan tersebut itu saya rasa wajar diserahkan kepada pakar-pakar kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang terbabit. Baik. Isu yang timbul yang kedua sebagaimana yang dibangkitkan Hulu Kelang, saya rasa tentang masa, waktu tadi saya rasa Pandah Indah dah jelaskan dengan cukup perinci adalah berkenaan dengan syarikat yang disebut dilantik oleh Hong & Hong yang terletak di dalam senarai hitam CIDB. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam kelulusan di peringkat OSC dan kelulusan-kelulusan kebenaran yang telah diberikan memang syarat-syarat yang telah diletakkan tidak mempunyai satu ketetapan untuk menyenaraikan arkitek, kontraktor yang nak dilantik oleh pemaju-

pemaju. Perkara itu datang bila? Ketika mereka menyerahkan Borang B. Borang B itu diserahkan bila? Selepas kelulusan-kelulusan itu diputuskan. Bila kelulusan-kelulusan itu diputuskan, barulah mereka akan menghantar arkitek, senarai kontraktor yang dilantik dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, trigger ataupun isu yang berbangkit tentang senarai yang syarikat namanya apa entah. Team Press? Adalah nama dia tu. Nanti saya sebutkan. Lupa. Itu adalah dibangkitkan oleh KUSEL. Sewaktu KUSEL meneliti, KUSEL menyemak dengan CIDB dan dibangkitkan itu pada Majlis Bandaraya. Dan itu adalah satu teguran terhadap Majlis dan saya rasa Majlis boleh membetulkan aturan ini dengan segera. Tak perlu pada laporan jawatankuasa supaya pada tahap-tahap tertentu boleh menyenaraikan senarai kontraktor yang dipilih supaya kontraktor-kontraktor itu adalah kontraktor yang bersih ataupun kontraktor-kontraktor yang tidak mempunyai senarai hitam dan sebagainya. Itu aturan yang ada dalam majlis-majlis tempatan. Saya rasa Sungai Ramal pernah jadi Ahli Majlis faham. Ketika OSC kalau pernah terlibat dengan OSC, tak ada senaraikan pun kontraktor. Tak ada semakan pun dengan CIDB dan ini memang lazim dilaksanakan dan ini boleh diperbetulkan. Namun begitu, syarikat yang dinamakan sebagai sebuah syarikat. Sekejap, saya habiskan dulu. Syarikat yang dinamakan sebuah syarikat yang disenarai hitam itu hanyalah akan menjalankan kerja-kerja paip kumbahan di dalam kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya. Sebaliknya, setelah PETRONAS membenarkan syarikat ataupun developer bernama Hong & Hong ini untuk memasuki ataupun masuk di dalam kawasan-kawasan PETRONAS ataupun kawasan jajaran paip gas itu, PETRONAS antara lain telah mensyaratkan untuk melantik panel yang telah digariskan oleh pihak PETRONAS. Dan perkara ini hanya ditemukan ketika siasatan daripada pihak Polis dilaksanakan dengan memanggil Hong & Hong, memanggil pemaju, memanggil kontraktor dan syarikat-syarikat berkenaan. Syarikat itu ialah syarikat yang dinamakan sebagai Red Synergy Sdn. Bhd. yang melakukan penggalian di kawasan-kawasan PETRONAS hasil daripada cadangan daripada PETRONAS dan dikelola dan dipantau oleh tindakan-tindakan PETRONAS. Sekali lagi, tidak ada pencerobohan, telah dibenarkan dan syarikat yang dikatakan melakukan ataupun yang dipilih itu melakukan satu tindakan yang tidak sewajarnya kerana dianggap telah disenarai hitam juga tidak memulakan kerja. Mereka hanya melakukan proses scanning di kawasan-kawasan MBSJ dan tidak terlibat kerana syarat PETRONAS telah membenarkan ataupun telah mensyaratkan bahawa seharus mengambil syarikat yang ada dalam panel Hong & Hong telah memilih Red Synergy Sdn. Bhd. dan makna itu bila saya semak dengan majlis tempatan di peringkat awal memang tidak timbul dan perkara ini hanya timbul setelah siasatan Polis dilaksanakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya ingin mendapat penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar. Ianya membawa maksud bahawa Kerajaan Negeri mengesahkan bahawa syarikat yang diberikan kontrak ini sedang dalam siasatan CIDB ataupun telah disenaraihitamkan oleh CIDB? Itu yang pertama. Yang

kedua, apabila KUSEL mendapat maklumat ini, apakah maklumat ini tidak dikongsi dengan pihak PETRONAS ataupun dengan Hong & Hong Homes Sdn. Bhd.? Sebab permit bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan paip pembetungan yang melintasi paip gas PETRONAS ini dikeluarkan oleh KUSEL kepada Hong&Hong Homes Sdn. Bhd., kemudian sebagai pemaju utama mungkin Hong&Hong Homes Sdn. Bhd. ini melantik sub kontraktor, satu, telah disenarai hitamkan oleh CIDB yang disahkan oleh Kerajaan Negeri maka apakah tindakan KUSEL untuk berkongsi maklumat ini dengan pihak PETRONAS supaya mereka tidak diberikan laluan untuk menjalankan kerja-kerja seperti ini. Jadi saya pohon penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, saya jelaskan lagi supaya lebih cerah. Syarikat Hong&Hong melantik syarikat yang disenarai hitam ini, kontraktorlah ataupun syarikat ini dan KUSEL ketika membuat proses pelesenan kerana KUSEL perlu memberikan lesen, ini syarat tambahan yang diberikan oleh negeri kerana kita nak tahu, tadi saya rasa Pandan Indah dah jelaskan, nak tahu mapping supaya kita boleh planning di masa depan dan sebagainya, so KUSEL bertanggungjawab pulak untuk keluarkan lesen boleh dilaksanakan, dan akhirnya apabila kita nak buat itu dan dibenarkan kepada satu tempoh masa yang telah dibenarkan, pihak IWK sebenarnya telah mensyaratkan tidak kamu kena masuk di kawasan yang lebih dalam dan dengan sebab itu barulah masuk di kawasan PETRONAS, sebab itu dia telah melangkau daripada masa yang telah ditetapkan kerana menunggu PETRONAS untuk memberi kelulusan 25hb Mac. Selepas masuk di dalam kawasan PETRONAS, syarikat yang disenarai hitam ini tidak boleh membuat kerja di kawasan PETRONAS kerana PETRONAS telah menyenaraikan panel mereka. Panel itu adalah Redsynergy Sdn. Bhd. Redsynergy inilah yang akan buat bila masuk di dalam kawasan perumahan Hong&Hong tadi atau rumah kedai tersebut, barulah apa nama adalah syarikat itu, saya lupa, akan di, akan menyambung kerja-kerja tersebut sesuai dengan lantikan-lantikan yang diberikan. So ada dua kontraktor, satu panel Petornas di kawasan PETRONAS, satu di kawasan MBSJ yang akan dilantik dan sebagainya. Daripada senarai maklumat yang diberikan oleh MBSJ, dia belum buat apa-apa kerja dan alert daripada KUSEL sebenarnya akan kita sampaikan pada Majlis Bandaraya Subang Jaya supaya boleh menyenaraikan atau meletakkan syarat baru tapi dalam masa sekarang di atas kertas, di atas kertas memang tidak ada syarat-syarat itu, mungkin kita kena tambah imidiately selepas ini supaya syarikat-syarikat yang tidak berdaya saing yang mempunyai syarat yang tidak lengkap itu dapat di, dapat disenarai hitamkan ataupun tidak dapat bekerja. Maknanya dia tidak bekerja langsung di kawasan yang telah dikorek. Kerja korekan dibuat oleh Redsynergy Sdn. Bhd.. Inilah maklumat yang sedikit sebanyak yang saya boleh sharekan yang menyanggah ataupun menolak pandangan bahawa berlaku pencerobohan ataupun berlaku kacau ganggu terhadap kawasan-kawasan kerana kesemua daripada semuanya itu mendapat kebenaran dan sebab itu dalam kenyataan pihak polis selepas dua tiga kali PC, saya ingat PC yang

kedua atau PC yang ketiga siasatan ataupun hasil siasatan membentangkan bahawa tidak ada pelanggaran sebarang syarat-syarat yang telah ditetapkan sama ada daripada segi buffer zone, sama ada daripada segi kebenaran dan juga tindakan-tindakan yang dilakukan malahan syarat yang telah ditetapkan adalah PETRONAS sendiri harus memantau terhadap proses korekan-korekan itu. Kenapa Redsynergy dipilih ataupun kenapa panel dipilih alasannya mereka ini kerap dan selalu terlibat di kawasan right of way atau di kawasan-kawasan jajaran paip PETRONAS. Mereka tahu lebih kurang slap nya dimana dan kawasannya di mana.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh saya dapatkan penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar, apakah Dato’ Menteri Besar setuju apabila permit ini diluluskan oleh KUSEL kepada Hong&Hong Homes Sdn. Bhd., maka Hong&Hong Homes Sdn. Bhd. bertanggungjawab melantik kontraktor yang wibawa dan tidak disenarai hitamkan oleh pihak CIDB? Sekiranya Hong&Hong Homes Sdn. Bhd. ini masih melantik walaupun tidak di kawasan penampan yang dimiliki oleh PETRONAS tetapi di tapak yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri ataupun MBSJ, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap Hong&Hong Homes Sdn. Bhd. kerana melantik kontraktor yang mempunyai rekod yang tidak baik, itu yang pertama. Yang kedua, bolehkah yang Yang Amat Berhormat berkongsi dengan dewan ini, siapa pemilik excavator yang tenggelam di dalam ground zero itu. Siapa pemiliknya? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, sebab itu saya nak tengok dulu undang-undang sama ada undang-undang kecil ataupun undang-undang majlis untuk meletakkan syarat itu. Kita boleh dengan segera, saya rasa majlis-majlis tempatan Selangor boleh letak, maknanya senarai kontraktor itu harus lepas CIDB. Cuma kita tak nak jadi satu proses delay pulak, itu sahaja bendanya dan saya juga belum dapat maklumat dari CIDB, apakah kesalahan-kesalahan asasi syarikat yang telah disenarai hitam ini. Apakah kerana melantik pekerja asing yang tanpa permit, contoh, ataupun adakah mereka telah melakukan kemalangan, berlaku kemalangan yang kerap, ini semua saya rasa perlu dimaklum balaskan dan kebenaran daripada CIDB seawal daripada OAC tadi ataupun pusat kelulusan setempat atau sehenti yang boleh kita luluskan dan kalau mereka tidak memenuhi syarat-syarat mungkin kita tidak benarkan untuk mereka melakukan kerja-kerja dan sebagainya. Ini antara perkara yang saya rasa boleh diperbaiki dengan segera tanpa menunggu daripada laporan jawatankuasa terbabit. Soalan kedua apa tadi, lupa. Excavator ini adalah bermula dengan teori dan saya bukan twist. Sebenarnya kenyataan saya memang telah di spin dan di twist oleh walaun-walaun, jadi Yang Berhormat, takdelah, tarik balik, ditarik oleh orang yang suka nak spin. Jadi, tak, ada jugak yang bukan walaun yang spin, jadi kenyataan itu memang keluar daripada Ketua Polis negeri kepada saya seawal lawatan di tapak tersebut. Teori beliau kemungkinan excavator itu ada dekat kawasan sekitar dan ada kemungkinan yang

bawak excavator itu turut terkorban dalam insiden tersebut. Ini teori asas sebab beliau memang terlibat dengan siasatan forensik cukup lama iaitu Ketua Polis Negeri Selangor. Jadi dalam kenyataan yang saya sebutkan makna excavator itu kita kena cari. Bab kita kena cari itu dia padam dan dia ulang mana excavator itu. Takpelah, moga masuk syurga dengan spin itu. Jadi apa yang saya nak sebutkan, ini memang satu siasatan yang cuba dibuat dan polis juga menyangka ada excavator itu, sampai sekarang mereka mencari dan apa yang dibuat ialah mereka menyiasat syarikat-syarikat yang melakukan korekan, korekan terakhir adalah pada tanggal 3, 28 atau 29, kira-kira dua tiga hari sebelum Eidulfitri dan tarikh selepas itu adalah mereka nak keluarkan excavator itu daripada tapak sebelum daripada kes itu berlaku. Itu yang nampak excavator kecil satu dan excavator yang besar. Yang excavator kecil dah jumpa, excavator besar yang masih tidak jumpa. So, teori asal daripada Ketua Polis itu menyangka di dalam kawasan sekitar. Setakat ini korekan dah dibuat semua masih lagi tidak jumpa tapi kalau ikut kepada kepanasan 1000 darjah celcius mungkin dah mencair menjadi logam. Mungkin. Ini antara benda yang sedang berlaku dan ia adalah melibatkan syarikat yang membuat penggalian di kawasan tersebut. Most probably adalah Redsynergy saya kena dapatkan kepastian daripada pihak polis dan mungkin perkara ini sepatutnya boleh Yang Berhormat tanyakan ketika taklimat tersebut, yang tak hadir untuk secara langsung tahu dan tidak ada perlu untuk disembunyikan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, ada dua perkara, perkata Dato’ Menteri Besar menggunakan perkataan teori yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri Selangor, apakah Kerajaan Negeri akan mempertahankan istilah ini, ianya hanya teori Ketua Polis Negeri berhubung excavator di tapak kejadian? Yang kedua, saya nak rujuk kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Negeri Selangor yang mengatakan di sini dengan izin Tuan Speaker, ‘Selangor Police Chief, Datuk Hussein Omar Khan, confirm yesterday at the press conference that investigators has discovered an excavator buried at the side likely due to the massive cause by the explotion’. Saya kira ini satu kenyataan yang sukar kami pertikaikan kerana pihak polis adalah salah satu badan dan agenci yang diberikan tanggungjawab untuk menjalankan siasatan dan kenyataan rasmi telahpun dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri Selangor sendiri, jadi apakah ini masih lagi teori ataupun Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya dengan kerjasama pihak polis untuk mengesahkan kenyataan Ketua Polis Negeri, saya pohon pencerahan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Pada hari pertama ia teori dan apabila ia disahkan maknanya ianya disahkan oleh Ketua Polis tersebut dan kita terima dan Ketua Polis jugak mengesahkan bahawa tidak ada sebarang pelanggaran syarat. Ketua Polis juga mengatakan tidak ada sebarang negligence, Ketua Polis juga menyatakan tidak ada sebarang kecuaian mahupun tindakan khianat. Jadi kena terima semua kenyataan

tersebut. Jadi sehingga kini saya menunggu jugak di mana excavator itu saya cakap carilah. Memang kena cari. Dan terus dicari ataupun perlu diteruskan ataupun tidak, perlu dicari sebab daripada kenyataan yang saya terima ataupun maklumat yang saya terima daripada pihak polis, daripada pihak Ketua Polis sendiri menyatakan bahawa gambar sebahagiannya itu adalah mereka mengeluarkan satu sempat dikeluarkan dan telah ditemui yang kecil dan satu yang besar belum ditemui, jadi dia mengesahkan dia tertinggal dekat kawasan sekitar yang mungkin terkesan daripada kawah yang terhasil daripada letusan tersebut. Ini hasil daripada siasatan pihak polis dan menganggap bahawa perkara itu dilakukan selepas kebenaran-kebenaran yang telah dibenarkan tadi. Baik, selesai ye, syarikat senarai hitam ceroboh buffer zone dan sebab itu saya sebutkan kalau kita nak ambik tindakan awal tanpa ada maklumat-maklumat asas ini sebagaimana pandangan daripada Kota Damansara tadi, kita akan mensasarkan kepada perkara yang salah dan kita tidak dapat mengesan pasti apakah kebenaran yang berlaku. Justeru, bila tidak ada perkara-perkara tersebut, JMG, DOSH melakukan siasatan yang lebih terperinci terhadap paip, terhadap keutuhan tanah dan juga yang ketiga, aktiviti-aktiviti luaran. Jadi Yang Berhormat sebut apakah ini berlaku, itu juga disiasat oleh pihak terbabit. Soalan itu dikemukakan oleh ahli-ahli dewan yang saya panggil ataupun yang kita bagikan taklimat ada tak sebenarnya kereta lalu, tak jauh daripada tapak itu ada kawasan jalan, Kampung Kuala Sungai Baru keatas Taman Putra Harmoni. Dan itu juga ditanyakan tentang laluan excavator dan juga jentera-jentera berat, static loading yang disebut oleh Sijangkang. Kajian daripada static, dikata static, kita cakap cyclic kata YB Sijangkang kena tengok static loading. Kajian itu juga telah dibuat oleh pihak GMG dan jawapan tegas daripada pihak GMG tidak ada data-data yang menunjukkan ia memberi kesan langsung terhadap pergerakan-pergerakan tanah.

Justeru, itulah yang meyakinkan kita setelah keyakinan daripada GMG dan sebab itulah perkara tersebut kalau tak puas hati boleh disemak semula dalam jawatankuasa ataupun committee yang kita ingin terbitkan ataupun yang kita ingin kemukakan. Maknanya turut disiasat sebab tiga elemen saya sebut tadi, keutuhan paip, tanah dan faktor-faktor luaran. Faktor luaran termasuk jentera berat, termasuk aktiviti-aktiviti persekitaran dan perkara-perkara lain. Dia dikekalkan lagi atau dikukuhkan lagi apabila mendapati bahawa paip yang terpecah itu adalah paip di tengah-tengah, paip yang paling baru di install hanya ditauliahkan pada tahun 2000 bersaiz 36 inci. Dia ada tiga paip, 36, 36 dan 30. 30 yang dekat dengan Kampung Kuala Sungai Baru, 36 yang di tengah-tengah dan 36 di kawasan Putra Harmoni. Kalau kedua-dua pembangunan ini di Putra Harmoni mahupun di kawasan pembangunan yang baru rumah kedai tersebut memberi kesan ataupun memberikan impak terhadap pergerakan tanah, paip yang paling kanan dekat Hong&Hong, paip yang paling kiri dekat Putra Harmoni akan menunjukkan herotan yang jelas, tetapi yang pecah adalah paip di tengah-tengah. Paip yang di tengah itulah nampak ada kesan herotan dan tarikan yang berlaku sebanyak 24, 25 cm lebih kurang. 24cm

lebih kurang. Yang itulah kemudian dikenal pasti sebagai punca meledak dan mencetuskan gas itu terlepas. Malahan kita tanya lebih spesific berapa lama di antara gas itu terpecah dengan ledakan. Jaraknya adalah lebih kurang 7 saat. 7 saat atau 7 minit atau 7 saat, lebih kurang daripada pecahkan dan juga korekan dan juga geseran yang telah berlaku. Jadi bila, pembangunan di sebelah, di kawasan Hong & Hong itu, secara strukturnya, JMG nya, kajian JMG. Sebab itu JMG punya dapatan, sangat vital, dan sangat penting, untuk melihat kesan ini. Kerana kajian JMG itu melihat bahawa di kawasan pembinaan Hong & Hong ini sangat kesan, batu granit dan tidak ada kesan-kesan tanah lembut. Di kawasan Putra Harmoni, juga begitu. Tetapi yang di kawasan jajaran paip gas inilah, di bawahnya itu adalah mempunyai jumlah kapasiti air yang besar. Semalam, tidak silap saya, 3.7 meter, lebih kurang. Paip, jumlah air yang besar. Dan kemudian, barulah JMG menyiasat tentang peta struktur tanah di kawasan tersebut, sejak dahulu sehingga kini. Yang Berhormat Batu tiga, mengesahkan, rumahnya berdekatan dengan situ. Masa muda, dia pernah memancing di situ. Maknanya, dengan adanya monsoon drain itu tadi, dengan berlakunya, struktur tanah yang di atas, nampak padat dan keras, rupanya telah berlaku pengalihan sungai. Dan pengalihan sungai ini hanya berlaku di atas dan tidak berlaku di bawah. Itulah yang menyebabkan pergerakan tanah, over a period of time. Dan PETRONAS menyedari hal ini. Sebab PETRONAS, dalam saat-saat tertentu, meletakkan slap, di bawah daripada paip mereka. Ini pengalaman beberapa developer yang saya temu bual. Tapi dalam kes ini, diletakkan slap, di atas paip tersebut, untuk elakkan paip itu timbul ada masa hadapan, kerana kemungkinan terapung. Jadi, setiap kali pressure daripada paip, khususnya daripada Johor ataupun daripada Utara, di Pengerang ataupun daripada Thailand, akan berlaku getaran. Getaran itulah yang di katakan cyclic loading, dan cyclic loading ini telah memecahkan.

Apakah faktor luaran yang berlaku. Faktor luaran yang berlaku yang perlu di siasat, yang saya rasa perlu kita semak, ialah proses penambakan tanah, di atas kawasan tersebut. Yang ditambak oleh pemajuan sebelum ini. Inilah satu benda yang saya rasa boleh disemak oleh jawatankuasa terbabit, yang boleh menjurus kepada mereka yang bertanggungjawab. Silakan.

Yang Amat Berhormat, terima kasih di atas penerangan yang sangat baik. Bila melihat keadaan asal Putera Height sini, dia dibangunkan sekitar 1998 ataupun 1999. Memang pada peringkat awal, saya menyedari kawasan itu, saya masih ingat lebih kurang, dia masih kawasan dam, tasik dan juga ada anak sungai. Dan bila dibuat monsoon drain itu, saya ada persoalan, adakah kita boleh buat sedikit kajian tentang keadaan monsoon drain yang sedang kita gunakan hari ini. Adakah dia masih berfungsi dengan baik. Intact, saya difahamkan tadi, maksudnya aliran air itu masih berjalan dengan baik. Namun disebut oleh JMG, masih lagi ada lagi anak sungai yang masih aktif. Maknanya mungkin di

kawasan bawah monsoon drain itu, dan juga disebut oleh JMG, ada 2 point, hot spring. Yang juga berisiko memberikan kesan langsung kepada kawasan sekitar. Apa pandangan Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Batu Tiga. Ini perkara yang jelas. Bahawa sebab itu, kesimpulan, walaupun 3 perkara, keutuhan paip, kerja-kerja atasan dan juga, struktur tanah. Akhirnya struktur tanah lah yang memberikan sumbangan utama dan punca utama kepada pergerakan-pergerakan paip yang akhirnya membuatkan letupan dan pecahan-pecahan tersebut. Jadi memang terdapat. Jadi pelan daripada JMG itu, menunjukkan ada 5 saluran anak sungai, yang tak masuk di dalam monsoon drain, tetapi berada di bawah. Dan itulah yang telah memberikan jawapan, kenapa kawasan tersebut mempunyai tingkat air dan paras air yang besar, sekitar 3.6 ataupun 3.7 meter, sebagaimana yang direkodkan oleh JMG.

Jadi kesimpulan yang dibuat, memang pergi ke arah situ, Yang Berhormat. Sebab itu, aktiviti di kanan dan kiri, tidak mengherot tanah. Aktiviti korekan jauh daripada kawasan terlibat, dan akhirnya kita barulah siasat kawasan tanah. Sebab itu siasatan mengambil masa hampir 3 bulan, untuk kita lakukan ataupun untuk kita membuat pengumuman dan keputusan. Itu antara perkara yang paling jelas berkenaan dengan siasatan dan kenapa pihak Kerajaan Negeri menyokong pandangan profesional. Saya terima pandangan Taman Medan. Kata dia, rakyat tak percaya. Tapi dia percaya, ini kajian saintifik. Kita kena yakinkanlah, ini saintifik, verification. Tak kan lah kita nak percaya dengan mimpi ataupun percaya dengan persepsi. Scientific identification ataupun scientific approval finding harus dibuktikan dengan kajian. Mereka mengambil sampel tanah, mereka mengambil sampel paip dan semua perkara di bawa ke lab, ataupun di bawa ke makmal. Disiasat. Dan melakukan keseluruhan, termasuk struktur master plan, secara keseluruhan.

Jadi, saya bukan nak mempertahankan sesiapa, memang saya nak siapa yang bertanggungjawab harus melunaskan kepada rakyat dan juga masyarakat. Tetapi dalam hal in, finding nya, itu sampai ke tahap itu. Finding nya sampai ke tahap itu. Di mana ada tanah yang di tambun untuk mengalihkan sungai menjadi monsoon drain. Monsoon drain still intact, walaupun berlaku letusan di bawahnya. Menunjukkan keutuhannya. Maknanya monsun itu, bukanlah bocor, pecah, yang menyebabkan kesannya. Tetapi adakah kesan mampatan daripada pembangunan di atas itu. Itu, salah satu daripada punca yang boleh di ambil kira. Kerja-kerja korekan jauh dan semua perkara-perkara itu. Sebab itu, kerajaan negeri membentangkan penuh terbuka. Dan sebab itu, saya minta untuk Yang Berhormat semua hadir, supaya faham tentang latar itu, sebelum kita terangkan bersama-sama dengan rakyat. Kalau ikut hasrat nurani, memang saya nak tuduh, Hong & Hong, bayar sekarang, semua, RM18 juta, setiap rumah. Memang itu, sentimen yang

berlaku di bawah. Tetapi dapatan saintifik tidak berlaku, ataupun tidak dapat, ataupun tidak ditemukan, ataupun tidak menunjukkan impak itu, dan mereka juga disiasat oleh pihak polis. Polis memanggil 212 saksi, secara keseluruhan, untuk menyiasat hal tersebut.

Jadi, jawatankuasa boleh menyiasat tambahan, apakah faktor loading itu, daripada mana, sebab kita kena pula menyemak kepada Majlis Daerah Petaling, bukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Ini hal, Majlis Daerah Petaling, Majlis Perbandaran Subang Jaya pun belum wujud. Kelulusan-kelulusan yang berlaku itu, dan memerlukan nilai ataupun unsur-unsur tambahan dan sebagainya. Memang kita simpati, memang mereka boleh membuat tuntutan. Dan sebab itu, dua minggu lagi, atau bila selesai Dewan, dua minggu, saya minta compile kan. Kita senaraikan ke awam. Kecuali ada faktor-faktor spesifik yang kita tidak dibenarkan atas faktor-faktor keselamatan dan sebagainya. Itu Kerajaan Negeri kena akur dengan arahan pihak polis dan sebagainya. Tapi Kerajaan Negeri komited nak keluarkan. Sekarang unit bencana sedang compile kan. Dan compile kan semula.

Tentang gesaan Kertas Putih dan sebagainya. Saya rasa dapatan oleh jawatankuasa nanti, tak perlulah jadi Kertas Putih. Kita semak sajalah, dapatan jawatankuasa terbabit. Untuk kita semak dan kita bincangkan. Inilah Dewan kita yang terbuka dan tak ada masalah. Sebelum ini, tak pernah pun kita bentangkan. Tanah runtuh Bukit Antarabangsa, berapa kali, berlaku, tak ada dibentangkan. Tahun 2021, di Kuala Terengganu, satu bulan tak ada air. Marin paip pecah. Tuduhan penduduk apa. Berlaku aktiviti korekan pasir yang menyebabkan paip marin itu pecah pada Ogos 2021. Sampai ke hari ini, nama kontraktor itu, sebab dia PAS, tak pernah dibentangkan kepada Dewan dan rakyat dalam negeri Selangor. Nak pertikai tidak bebas, tidak apa, saya anggap, boleh nilai sendiri dan boleh semak. Siasatan diumumkan, umum, saya baca. Ada laporan. Tapi tidak ada. Sebulan rakyat Kuala Terengganu, tak ada air, satu bulan. Kalau di Selangor, berlaku perang saudara. Tapi, kita buka, sebab track record, kali pertama kita bentangkan kepada awam, bila? Bila berlaku runtuhan di batang Kali. Ada permintaan, saya tulis kepada Menteri Kerja Raya. Keluarkan. Dia tanya saya di Parlimen, keluarkan atau tidak. Keluarkan. Ada puas hati, tak puas hati. Sebab, hasrat orang, memang nak tunjuk, sapa salah. Tapi finally, bila dikesan, memang pergerakan tanah sekian lama dan masalahnya.

Baik, tentang usaha-usaha penyelenggaraan PETRONAS. PETRONAS mempunyai tempoh dan jeda masa tertentu. Tak silap saya, 10 tahun. setiap 10 tahun, mereka harus membuat semakan dan kebetulan, dia akan turun, ataupun dia akan menyemak, sepatutnya bulan September 2025, setelah cecah. Major maintenance dia ,4 tahun, tapi pemantauan yang dia buat, sepatutnya September 2025. Tapi kebetulan, paip ini telah

pecah dan meledak. Dan tentang, sensor ataupun pengesanan-pengesanan awal. Dan pengesanan-pengesanan awal ini sudah pasti, ini yang perlu di up grade, pada pandangan saya sekarang. Tapi jawatankuasa boleh laporkan dengan teliti. Macam mana sensor itu. Mungkin, ini pandangan saya. Memang design paip itu, pada awal, menganggap ataupun menyedari akan berlaku getaran itu. Kerana setiap paip yang bergerak akan bergetar. Ia sedikit terapung di kawasan berair lembut dan juga rapuh. Dan dia perasan pada getaran. Dia take for granted for the getaran. Dan akhirnya, lama-lama getaran itu menimbulkan rekahan, pecahan, herotan, dan menimbulkan peristiwa paip gas yang pecah ini. Ini perkara yang saya rasa jelas dalam siasatan, dan perlu diteroka. Apa yang perlu diteroka. Tadi saya setuju, Kuang sebut tentang rezab ataupun tentang zon penampan. Bagaimana zon penampannya. Nak masuk dalam kategori berat. Banyak kesannya. Di seluruh Selangor, seluruh Malaysia. Bagaimana kita re conseil. Nak bina penampan tembok setinggi gunung. Ataupun sebagainya. Kita nak tengok, apakah proses pengalihan sungai itu dilakukan dengan betul. Dan bagaimana kesannya kepada itu. Ini semua kita lihat, siapa yang bertanggungjawab. Kita kena korek balik. Pandangan dan juga dokumen Majlis Daerah Petaling. Sebab dilakukan pada 90an. Dan berbagai-bagai perkara-perkara lain. Iaitu cadangan-cadangan, cadangan yang disebut oleh Gombak Setia di masa depan, macam mana. Kita nak atasi hal ini, mungkin berlaku. Mungkin boleh buat kolong yang besar, yang kuat, yang kalau meledak pun, kesannya hanya memberi kesan kawasan 20, 30 meter radius. Dan semua perkara-perkara kerana rumah-rumah kita pun, rumah saudara mara kita pun, rumah rakyat negeri Selangor begitu banyak terkesan dengan faktor-faktor terbabit.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, Tuan Speaker, pertama, kerajaan negeri telah pun mengumumkan sebentar tadi, tidak ada Kertas Putih yang akan dilaksanakan dan tidak ada Kertas Putih yang akan dibentangkan. Itu kenyataan yang perlu dimaklumkan kepada rakyat di luar sana. Yang kedua, antara kegusaran rakyat pada hari ini adalah laporan awal yang dibentangkan ini, tidak konklusif, tidak komprehensif. Sebab itu, kita memerlukan satu Kertas Putih, untuk memperincikan dan melakukan siasatan yang menyeluruh. Sebagai contoh, saya nak minta Dato’ Menteri Besar, melihat laporan daripada JKKP, iaitu kesimpulan yang dibuat oleh JKKP antaranya ialah aktiviti anthropogenic mengubah topografi awal. Cuma belum ada sebarang siasatan secara menyeluruh. Malahan dalam taklimat yang diberikan pun kami dimaklumkan, mereka belum lagi beralih kepada fasa tersebut, untuk melihat apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dikaitkan dengan perubahan topografi asal. Jadi saya nak minta pengesahan daripada Dato’ Menteri Besar, apakah perkara ini akan dilanjutkan supaya ada satu siasatan yang lebih detail dan lebih komprehensif untuk meyakinkan rakyat tentang punca letupan ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Itulah, term of reference (TOR) yang kita boleh gariskan kepada jawatankuasa khas yang akan diminta. Sebab jawatankuasa yang telah dilantik, siasatan ini adalah untuk mengesan punca pecahan dan letupan. Itulah yang didapati dan bila ada lagi tanda soal yang perlu dirungkai, atau disemak, kajian langsungnya kita lantik jawatankuasa pakar yang bebas. Sudah pasti, kita kena panggil JMG kerana dapatan itu sudah jadi asas. Kalau kita pergi, semua daripada awal terjun, akhirnya nanti siasat Hong & Hong, rumah. Akhirnya, masalah dekat situ. Paling tidak kita dah ada point, sebabnya di situ. Tengoklah tanahnya berapa tinggi ditambun. Siapa yang menambunnya dulu. Kenap ia ditambun. Kenapa sungai dialihkan. Ini semua perkara-perkara yang harus disiasat. Yang saya kata kena gali dan korek. Saya sebutkan kalau standard Kertas Putih, ataupun laporan tersebut. Saya rasa laporan tersebut, wajar untuk kita bahaskan kembali ke dalam Dewan. Tak perlu sediakan Kertas Putih. Bawa laporan tersebut, bentangkan, bincangkan dan bawa ke Dewan. Kita sedia untuk bincangkan. Kerajaan Negeri tidak ada rasa nak sembunyikan apa-apa. Atau mempertahankan apa-apa, kerana akhirnya sebagaimana kepercayaan semua. Saya dengar, setiap satu perbahasan, ini nasib rakyat, rakyat menderita, rakyat terseksa, rakyat terkesan. Dan ini memang pendirian Kerajaan Negeri. Kita akan lakukan apa, berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan.

Timbalan Speaker

Siapa dulu? Silakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Timbalan Pengerusi dulu... Setiausaha kemudian.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar. Pertama-tamanya terima kasih sebab Yang Berhormat Menteri Besar memperbetulkan balik kenyataan awal Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bahawasanya memang reserve nya 66 kaki tu kekal, dia ada terlebih sedikit, jadi kita gunakan yang selebihnya. Maknanya apa yang saya katakan tu adalah betul. Benda dah berlaku, kita kena ambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku. Saya ingat daripada 2,600 km paip gas yang ada seluruh negara ni, Selangor kena ambil satu pendirian tegas. Seluruh jajaran gas dalam Negeri Selangor ni kita kena buat satu peraturan tidak boleh ada sebarang aktiviti tak kiralah nak korek nak paip ke apa ke dalam kawasan penampan yang melibatkan paip gas dalam Negeri Selangor, itu yang pertama.

Kalau di bawah rizab paip air ataupun TNB saya tak nampak masalah sangat sebab pemasangan itu berada di atas tanah. Paip air pun ada yang duduk bawah dan ada sebahagiannya lalu di atas. Itu pemasangan-pemasangan yang kalau berlaku sesuatu pun saya tak nampak satu kesan yang berat kepada penduduk di sebelah tapi kalau melibatkan paip-paip gas dalam Negeri Selangor, yang dipasang mungkin 20, 30 tahun

dulu dan jurutera yang buat pemasangan masa hari itu telah pun klasifikasikan dan buat perkiraan bahawa zon penampan yang diperlukan adalah sekian, sekian, maka janganlah ada jurutera baru. Hari ini datang buat pula satu kenyataan 60 kaki mencukupi, 50 kaki mencukupi, selebihnya boleh diguna pakai. Jadi kita buat satu dasar semua paip gas dalam Negeri Selangor yang ada tak payah tambah satu kaki, tak perlu pun. Paip ni bukan paip baru, paip ni dah lama dah. Tetapi kriteria-kriteria yang telah diputuskan semasa pemasangan paip tu dan ini zon penampannya janganlah dibenarkan mana-mana pihak lagi di masa akan datang untuk masuk nak bawa cadangan nak pasang paip. Tak kisahlah apa-apa paip pun asalkan ia adalah zon penampan bagi paip gas, kita tak boleh compromise dan berikan apa-apa kebenaran untuk ganggu gugat paip-paip gas yang ada dalam Negeri Selangor. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya rasa butiran itu

Timbalan Speaker

Taman Medan nak, beri peluang? Taman Medan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sikit, sikit sahaja. Saya rasa butiran itu telah, akan diperhalusi oleh pihak jawatankuasa nanti. Sila hantar nama, kita akan senaraikan, kita akan umumkan sama-sama, siasat laporan itu dan cadangan apa yang harus kita lakukan supaya perkara ini tidak berlaku. Kalau berlaku pun ia ada buffer ataupun ada ruangan untuk menyelamatkan rakyat. Saya ucap, saya terharu lihat bukan sahaja orang tempatan, bukan sahaja polis, ada warga Pakistan selamatkan orang yang tenggelam, hanyut dan sebagainya. Faktor kemanusiaan itu sangat tinggi yang memberi menyayat hati dan menyentuh perasaan. Namun begitu, selaku Kerajaan, sudah pasti kita kena sediakan satu mekanisme apakah benar. sebab sebelum ini dibenarkan. Kalau orang-orang di sana bising berlaku pencerobohan, rumah mereka pun menceroboh kot angkut ataupun melalui kawasan tersebut dengan monsun drain. Itu berlaku. Itu realitinya yang berlaku dan sebelum ini dibenarkan. PETRONAS pun selaku pemilik paip membenarkan.

Air Selangor mempunyai ketegasan sebab walaupun Yang Berhormat sebutkan paip gas Air Selangor tak apalah, tapi sebenarnya setengah-setengah paip Air Selangor tu mempunyai tekanan yang sangat tinggi. Kalau dia meledak mungkin kereta boleh terbelah dua ataupun terpecah sebab pernah berlaku di loji rawatan kita meledak. Ada pegawai kita yang injured, tahun 2016 ke 17 lebih kurang, berlakunya insidennya di situ. Jadi ini adalah satu pengalaman kita dan sebab itu KUSEL ditubuhkan untuk meneliti semua laluan-laluan ni. Isu yang selalu dibangkitkan ialah kos kita menaik taraf infrastruktur menjadi bertingkat kerana pengalihan utiliti. Tetapi sekarang bertambah lagi satu benda yang lebih besar, kemalangan-kemalangan daripada utiliti-utiliti paip ataupun utiliti alignment yang ada di bawah dengan izin utiliti alignment jajaran utiliti ini yang

sebenarnya patut mempunyai maping yang jelas. Itu tidak berlaku sebelum ni, tak apa lah kita buat sekarang, kita kena ambil daripada maklumat yang sebelum ini dan ini memberikan pengajaran kepada utiliti owner baik telekomunikasi, electricity, air, gas, energy bahawa ini bukan faktor tentang kos untuk buat pembangunan tetapi ini adalah melibatkan nyawa dan juga harta dan juga melibatkan kehidupan rakyat secara keseluruhan. Itulah maksud asal KUSEL supaya kita mempunyai utiliti maping. Baik, saya rasa jelas.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Tuan Menteri Besar. Pastinya krisis atau tragedi yang berlaku di Putera Heights ini menjadi satu insiden yang membuka mata kita semua dan pasti juga matlamat Kerajaan Negeri dan kita semua dalam Dewan ini dan yang di luar sana kita mahu move on daripada isu ini. Sebab itu saya memandang Yang Amat Berhormat mengemukakan dalam ucapan semalam bahawa nak mengujudkan jawatankuasa khas. Kita tampil daripada perkataan nasional untuk menawarkan supaya kertas putih kita namakan sebagai what ever the name are. Yang penting supaya ianya ada satu standard yang diterima pakai oleh semua dan terbuka dan telus kerana Yang Amat Berhormat kena terima bahawa sekarang ini yang berlaku adalah krisis keyakinan terhadap Kerajaan Negeri dan juga kepada pentadbir. Sebab itu, itulah respons yang rakyat berikan pada awal keluar sahaja laporan awal pada 30 Jun yang lepas. Sebab itu kita menawarkan ini supaya nasihat yang diberikan dalam Dewan ini janganlah dipandang sinis oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana Yang Amat Berhormat dah pernah sinis masa hari pertama kejadian, responsnya tidak baik.

Jadi Yang Amat Berhormat ambil pandangan kami ni, kami bersedia bahkan kita telah menghubungi beberapa pihak once the term of reference ready, kita akan tawarkan siapa yang boleh duduk dalam jawatankuasa ini dan dibentangkan semula dalam Dewan. Cuma, Yang Berhormat moving on daripada itu, saya dimaklumkan oleh penduduk kampung Kuala Sungai Baru bahawa paip gas ini telah berjalan semula, bermula pada 1 Julai. Tadi Yang Amat Berhormat menjelaskan dan kita semua dah dengar keadaan tanah itu apa semua. Bolehkah Yang Amat Berhormat kongsikan pada kita dalam Dewan dan juga rakyat nak tahu apakah mitigasi yang telah dibuat untuk nak resolve isu herotan tak herot apa semua ni, tanah lembut, air longgar apa semua ni. Air tak longgar, tanah longgar. Sebab benda ni sekarang ni mereka tinggal di situ, mereka baru sahaja trauma beberapa bulan lepas dengan kejadian itu dan sekarang ni gas dah berjalan semula sejak 1 Julai. Makna awal minggu ni dah berjalan semula. Dan tiga paip tu berjalanlah semua.

Jadi saya mohon Yang Amat Berhormat dapat kongsikan dengan kita semua apa yang telah dilakukan untuk rectified isu tanah longgar ni dan sebagainya dan ke depan 200 berapa tadi 95 km paip ini di seluruh Negeri Selangor untuk Negeri Selangor sahaja kita,

termasuk Alam Impian saya risau sahabat saya Gombak Setia ni dan Sungai Kandis, semualah, Subang, segalanya, minta supaya Yang Amat Berhormat dalam jawatankuasa tu nanti juga mengemukakan cadangan dan juga apa pelan mitigasi for the future of Selangor supaya nanti dalam bajet yang akan datang boleh diperuntukkan sekali peruntukan terus dalam belanjawan tahun hadapan untuk kita laksanakan apa sahaja pelan mitigasi yang diperlukan untuk masalah ini.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Untuk makluman semua, pihak PETRONAS telah memaklumkan kepada penduduk ( RA )residence association, Ketua kampung dan kawasan sekitar apakah langkah-langkah susulan. Antara yang immediate yang mungkin dilakukan oleh mereka ialah memastikan ada satu paip sahaja yang akan berfungsi. Sebelum ini dia berlaku tiga paip kerana satu paip yang meledak itu atau yang meletup itu adalah paip backup, 36 inci tu adalah paip backup. Redundant, sebab dia takut ada terputus satu pecah, penghabis yang backup tu yang pecah. Tapi yang lain kita kena buat satu sahaja dulu dan antara cadangan JMG itu ialah supaya di kawasan-kawasan yang tanah lembut dan rapuh itu diletakkan slap di atas dan di bawah. JMG sebut kalau slab itu di bawah kemungkinan getarannya itu semakin berkurang berbanding dibiarkan ia terapung sebagaimana design yang telah dibuat sebelum ini. Itu benda yang berkenaan tadi. Jelas ya.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat. Yang Berhormat terima kasih kerana dengan penjelasan tadi, tapi saya ada soalan berkenaan dengan paip, penyelenggaraan paip. Mengikut undang-undang iaitu Akta Petroleum Safety Major Act menunjukkan bahawa segala kerja-kerja di kawasan paip dan juga di tanah tersebut adalah di bawah bidang kuasa petroleum ataupun PETRONAS sahaja. Bidang kuasa kita, kita tak ada. Kita tak boleh masuk, kita tak boleh buat apa-apa kerja melainkan mendapat kebenaran daripada PETRONAS. Dalam keadaan sebegini saya juga percaya ada satu kajian ataupun inspection telah dibuat oleh PETRONAS di bawah akta ini untuk mendapatkan keputusan atau apa sebab kejadian ini berlaku. Adakah report tersebut telah diberikan kepada kita iaitu satu.

Kedua, dalam jawatankuasa nanti, adakah kita akan bincang berkenaan dengan penyelenggaraan, penyelenggaraan mengikut standard yang telah diberikan oleh PETRONAS dalam keadaan sebegini kerana dua-dua intervention piping yang telah pun dibuat adalah atas nasihat PETRONAS yang mana mereka yang telah memberi rekaan bagaimana kedua-dua paip yang crossing itu perlu dibuat dan dengan kontraktor mereka sendiri. Maksudnya penyelenggaraan semua dan juga pembinaan semua di kawasan tersebut adalah di bawah bidang kuasa PETRONAS sahaja. So, kalau begitu adakah dalam bidang jawatankuasa nanti kita akan minta PETRONAS untuk memberikan what they call their finding, their finding berkenaan dengan letupan gas tersebut.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya menyemak balik tadi dokumen yang ada memang sebenarnya penyelenggaraan dibuat setahun sekali. Empat tahun sekali adalah major maintenance. Dan empat tahun sekali itu adalah September 2025. Jadi, laporan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dihantar kepada dua entiti, sama ada Suruhanjaya Tenaga, dan juga kepada DOSH. Ini di bawah department Menteri Tenaga dan juga Menteri Sumber Manusia, Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya Menteri Besar Selangor. Jadi tak sampailah data. Saya jadi Menteri Dalam Negeri, saya nak tengok list sana. Gurau, gurau. Tak ada, tak ada. Jadi Yang Berhormat jadi sebab itu apa yang saya diberikan oleh Kota Kemuning tadi laporan itu inilah yang mungkin kita kena ada laporan berkala dan alert kepada Pihak Berkuasa Negeri ataupun Pihak Berkuasa Tempatan. Dengan alert-alert yang berlaku itulah saya percaya kita boleh update kepada penduduk dan masyarakat sekitar dan perlu ada kerjasama yang erat di antara setiap agensi dan ini tidak boleh dipisahkan ataupun diasingkan antara satu sama lain. Jadi ini antara perkara

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tak habis ayat tu. Tuan Speaker, kita dalam tempoh dua hari ini kita tumpu soal peranan Kerajaan Negeri, kita menyebut Majlis Bandaraya Subang Jaya, kita fokus peranan KUSEL, panjang perbincangan tentang PETRONAS tapi saya kurang mendengar apakah tanggungjawab Sime Darby Properties kerana Sime Darby Properties ini merupakan master developer di kawasan ini. Boleh tak Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berkongsi dengan Dewan yang mulia ini dalam keadaan dan situasi semasa dengan insiden letupan ini, di mana peranan dan tanggungjawab yang mesti dimainkan oleh Sime Darby Properties kerana mereka juga menjadi pemaju utama di kawasan ini dari segi compliance, syarat-syarat yang ditetapkan oleh MBSJ dan juga Pihak Berkuasa Negeri. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sudah pasti Sime Darby Properties juga turut disemak kerana monsun drain yang dibina itu adalah monsun drain yang dibina oleh Sime Darby Properties. And again saya nak sebutkan ia telah dibuat pada sekitar tahun 2008, 2009, masa tu OAC belum ditubuhkan dalam penerangan saya kena jelaskan. Dan ada faktor-faktor pengubahan, pengubahan tentang struktur sungai yang ada di kawasan sekitar. Ini yang kena semak segera saya percaya lepas ini siapa yang mengubah struktur sungai. Apakah dia sebabkan struktur sungai itu menyemak dengan JMG ataupun tidak. Ini perkara-perkara lanjutan yang sewajarnya kita semak dan kita cari untuk kita mengenal pasti proses penambahbaikan yang dilakukan. Dan sudah pasti selepas ini kita nak semak juga apakah kerja-kerja tanah yang ada di kawasan sekitar itu memberi kesan ataupun tidak ketika pembinaannya kira-kira 20 tahun yang lepas. Ini antara perkara-perkara yang tak sampai 20 tahunlah, 15 tahun yang lepas. 15, 16 tahun yang lepas yang akan kita, kita akan siasat dalam committee atau jawatankuasa tetap.

Yang Berhormat, satu lagi yang saya takut kita mungkin terlepas pandang ialah aspek api yang keluar tu saya tengok balik rekod lama, ia meletus sekitar jam 8.00 pagi dan hanya berjaya dipadamkan selepas 7 jam. So, mungkin boleh kita cadangkan kepada pihak PETRONAS kalau mereka sedang membuat kajian untuk penambahbaikan mungkin valve itu mungkin kita boleh pendekkan. Sebab kalau ikut sekarang ni paip 3, type 3 yang kita pakai ni, jarak valve antara valve ialah 19 -25 kilometer. So, dengan mengambil masa yang terlalu lama itu, mungkin kejadian akan datang kita boleh cegah lebih singkat dengan kita memendekkan valve itu. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Itu semua antara yang boleh kita teliti dalam cadangan committee yang diberikan dan memang saya setuju sebab, apabila kita tutup valve di Dengkil, akhirnya kita biarkan gas itu keluar dan menjangkakan sekitar 2 jam gas itu akan habis. Rupanya gas ini lebih ringan daripada udara disekitar dan dia patah balik dan sebab itulah kebakaran ataupun kebakaran itu mencecah masa lebih daripada 7 jam. Dan hanya padam pada kira-kira jam 3.45 minit petang atau 3.49 minit petang. 20 minit, 30 minit kemudian, saya dan Perdana Menteri sampai ke tapak itu. Dan inilah mungkin perkara yang boleh diperbaiki untuk memendekkan valve supaya valve yang ada tertentu itu boleh dihentikan daripada masa ke semasa. Baik.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, dalam jawapan Yang Berhormat Pandan Indah pagi tadi dia ada mengeluh kerana sebelum ini amat sukar mendapat kerjasama daripada PETRONAS. Dulu, sebelum insiden berlaku lah. Sebelum insiden berlaku, Kerajaan Negeri kurang mendapat kerjasama daripada pihak PETRONAS khususnya dari segi mapping dan juga jajaran paip gas PETRONAS. Dengan berlakunya insiden ini, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan PETRONAS juga harus memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri demi menjaga keselamatan dan juga nyawa rakyat dalam negeri Selangor ini. Kerana Dato’ Menteri Besar sedia maklum, dalam negeri Selangor kita ada jajaran saluran paip PETRONAS sejauh 295 kilometer. Sudah tentulah kerisauan, kebimbangan bukan sahaja berlaku di Putra Heights tetapi juga diseluruh negara, khususnya negeri Selangor. Yang kedua, apakah Yang Amat Berhormat Menteri Besar sedia maklum, ditapak yang berlaku letupan ini ada dua lagi kawasan yang highly populated. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan dua kawasan yang mempunyai populasi yang tinggi dan ada jajaran saluran paip gas PETRONAS ini tidak berlaku apa yang telah berlaku di Putra Heights. Jadi saya ingin tahu apakah kerjasama yang telah diberikan oleh PETRONAS dari segi penyelenggaraan atau pun penambahbaikan demi menjaga keselematan penduduk-penduduk yang agak padat di dua kawasan yang telah dikenal pasti. Terima kasih.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat kerjasama ada di situ. Seperti mana kita tahu, satu paip telahpun disambung semula untuk operasi, tapi saya nak cadangkan ataupun saya nak minta pendirian bahawa bolehkah kita minta PETRONAS untuk menjalankan satu kajian ataupun inspection kepada keseluruhan 200 kilometer tersebut sebelum kita membenarkan operasi gas tersebut. Kerana ini akan, we will say rule out. Rule out berkenaan fobia yang mereka ada yang akan menyebabkan letupan semula. Adakah kita boleh pastikan keselamatan itu sebelum operasi ini dibenarkan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat, saya percaya kita kena membuat pertimbangan yang adil lah. Untuk menjawab soalan daripada Hulu Kelang, sudah pasti selepas insiden ini alhamdulillah, syarikat-syarikat utiliti sudah mula bekerjasama terutamanya untuk berkongsi jajaran ini. Saya percaya mungkin ada pelbagai pandangan konsevertif sebelum ini yang menyebutkan bahawa ini adalah rahsia perniagaan. Ini adalah aset perniagaan dan sebagainya. Namun, apabila kejadian ini berlaku, salah satu, hikmah, bukanlah benda yang baik tapi kita dapat paling tidak, KUSEL mendapat kerjasama dan sebenarnya juga saya percaya di masa depan kita boleh enact. Kita boleh tubuhkan undang-undang yang mewajibkan pelaporan ini. Kalau tidak kita akan berdepan masalah yang sama di mana kos-kos peningkatan infrastruktur, baik, sama ada sungai, kolam takungan, sampaikan ke jalan dan kes seperti ini berlaku dan menimbulkan kerugian dan kos yang sebagainya. Untuk makluman Kota Kemuning, kita juga kena faham tentang permintaan industry. Industri memang agak, agak, agak tertekan dalam tempoh dua tiga bulan kerana kos mereka melambung dnegan begitu meningkat kerana PETRONAS terpaksa menghantar bekalan melalui lori dan sebagainya. Jadi kosnya juga meningkat dua kali ganda dari kos-kos sebagainya. Jadi saya percaya pihak PETRONAS telah mengambil langkah-langkah susulan. Mungkin PETRONAS perlu mengumumkan apakah langkah-langkah susulan tersebut untuk menyelamatkan dan paling tidak pada waktu ini antara perkara yang pasti mereka akan lakukan ialah mereka lebih alert terhadap getaran-getaran yang berlaku. Kalau sebelum in mereka take for granted. mereka menganggap pressure daripada gas yang dihantar itu memberikan kesan getaran-getaran itu, mereka akan lebih alert dan proses untuk mereka lakukan semakan dan juga siasatan ditapak-tapka terbabit termasuk beberapa lokasi. Saya rasa lokasi yang mungkin ini, lebih daripada dua, Yang Berhormat. Sebab Subang Jaya antara kawasan yang begitu terdedah, saya boleh katakan. Hampir sebahagian daripada Subang Jaya dirintangi dengan paip gas ini dan sebagainya. Jadi ini perkaranya, kita ada kerja yang kena buat. Kita kena meneliti laporan yang berat yang perlu kita nak semak di masa hadapan dan kita perlu ubah segera. Ubahan kita tentang majlis tempatan tadi ialanh tentang kepatuhan CIDB, saya rasa itu boleh dibuat segera dan pelaporan kepada pihak negeri selain selepas proses maintenance kepada pihak-

pihak berkuasa tempatan dan juga kepada KUSEL, terutamanya sebagai penyelenggara utiliti atau unit yang mengumpulkan utiliti-utiliti di negeri Selangor. Baik, Yang terakhir saya rasa saya nak menjelaskan berkaitan isu-isu kebajikan

Ada satu lagi. Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Saya melihat soal keselamatan adalah satu perkara yang begitu besar sekali. Dan diperingkat penduduk yang mempunyai rumah atau unit di situ masih lagi merasakan mereka tidak mendapat maklumat yang baik. Kita dapat maklumat daripada penyataan PETRONAS, melalui akhbar, mengatakan bahawa pintasan telah dilakukan dan beberapa raktifikasi telah dibuat termasuklah piling dan juga sokongan kejuruteraan yang saya kira mungkin laporan ini boleh dikongsi bersana supaya rakyat lebih yakin lagi sama ada melalui PETRONAS. Apakah secara detailnya atau melalui Kerajaan Negeri agar rasa jaminan itu ada kepada rakyat yang mungkin akan kembali apabila rumah mereka itu siap kemudian.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Kita faham tentang aspek trauma yang disebut oleh Yang Berhormat. Sudah pasti kita memilih mereka yang sewajarnya untuk jelaskan. Bukan hanya sebut ia disambung, tetapi ia disambung dengan raktifikasi tertentu. Saya rasa maklumat-maklumat itu ada pada Pandan Indah. Saya rasa lepas ini Pandan Indah boleh menyusun sama ada di Kuala Sungai Baru, di Putra Moni, bagaimana shift piling di pasang. Raktifikasi-raktifikasi kejuruteraan dilaksanakan, dan semua perkara-perkara yang telah terbabit. Baik.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Satu lagi Dato’ Menteri Besar dan Speaker. Bukan senang nak ada peluang berinteraksi. Sebab di luar kami jumpa cara lain. Dato’ Menteri Besar, saya nak minta jaminan daripada Kerajaan Negeri. Boleh atau tidak Kerajaan Negeri, sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat, yang mewakili rakyat Negeri Selangor mendesak PETRONAS supaya tidak meneruskan penyaluran gas-gas ini sehingga segala mitigasi menangani risiko ini dapat ditangani dengan baik. Dan bertanggungjawab. Sebab ini soal nyawa. Ini bukan soal keuntungan. Ini bukan soal duit. Kita telah tumpu soal profail tanah di ground zero. Yang longgar dan lembut. Bagaimana tindakan diambil untuk melihat tanah di sepanjang 295 kilometer ini. Kalau boleh, bagi saya bukan kalau boleh, sebagai kerajaan kita kena mewakili rakyat, pastikan PETRONAS telah lakukan scanning di sepanjang jajaran 295 kilometer ini dan pastikan ada satu tindakan mitigasi yang menjamin keselamatan rakyat, barulah salauran gas ini dapat dipulihkan. Ini cara untuk restore the confidence rakyat Selangor terhadap apa yang telah berlaku. Saya pohon pendirian Kerajaan Negeri dalam perkara ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana respon saya kepada Sijangkang sebentar lagi, PETRONAS telah memaklumkan beberap aproses raktifikasi yang juga proses-proses tambahan mereka termasuk lebih alert terhadap skadar atau pun screening dan juga alaert system mereka di Segaramat. Ini mungin perkara yang perlu disampaikan kepada ke bawah, dan ini bukan masalah untung rugi sahaja. Ini masalah negara secara keseluruhan lah. Sebab Selangor merupakan pusat industri negara. Kalau kita tidak pastikan bekalan itu mencukupi. Itu pun kita hanya lepaskan satu. Daripada 3 paip itu, satu sahaja yang kita lepaskan sebagai, ini yang back up dan sebagainya, yang looping, kita kita kita tidak benarkan untuk pastikan industry-industri itu dibuat dnegan pemantauan yang lebih jelas. Saya rasa mungkin satu sesi dnegan pihak PETRONAS perlu dilakukan di dalam, selepas sesi Dewan untuk mereka menerangkan langkah-langkah tersebut supaya kita boleh mengambil Langkah-langkah susulan. Ini menyentuh tentang bab-bab kebajikan. Ada yang menyentuh tentang Master Lease yang susah dan daftar yang susah. Ini antara perkara yang terpaksa kita lakukan demi untuk menjamin semua yang bantuan itu sampai kepada sasaran. Bila kita kesan hari kedua dan hari ketiga, ada orang sejauh daripada daerah lain pun turut mendaftar. Dan kita kena pastikan hal-hal tersebut. Sebab itu kita kena mendapat verifikasi dan sebagainya. Menang agak menyusahkan. Ini keadaanb bencana tetapi pegawai kita sukarelawab kita bekerja hampir 24 jam untuk pastikan peristiwa-poeristiwa ini berlangsung. Baik, tadi ada permohonan dan permintaan untuk kita menaikkan shiling daripada 30,000 kita dah naikkan 60,000. Dinaikan kepada 100,000.

Untuk makluman Yang Berhormat, untuk kita letakkan kepada kadar kerosakan kecil. Itu yang kita anggap kerosakan kecil yang boleh dibiayai oleh penduduk-penduduk sendiri sebelum meminta atau mengclaim ataupun minta balik daripada pihak berkuasa tempatan. Pihak PBT kita dah belanja dekat 2 juta. Wang daripada KPKT belum sampai lagi. Tetapi kita dan belanja 2 juta itu untuk hasil tuntutan yang telah diberikan. Itu pun kita naikkan itu berdasarkan permintaan-permintaan Yang Berhormat. Kalau kita naikkan lagi 100,00 dia tak jadi kecil dah. Dia jadi kerosakan sederhana. Jadi kerosakan sederhana kita letakkan levelnya di antara 60,000 sampailah 150,000. Jadi, pada kadar itu, perlantikan kontraktor dan sebagainya. Syarikat perumahan negeri, progress di kawasan Kampung Kuala Sungai Baru lebih baik dan lebih berkuati tinggi atau lebih cepat. Bukan kualiti tinggi, lebih cepat berbading dengan di kawasan Putra Moni kerana penduduk meminta beberapa syarat tambahan ataupun belum bersetuju kepada syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan. Untuk Sijangkang, kita tidak hanya memberikan bantuan dan sokongan kebajikan. Apakah kita nak bina rumah sahaja? Ya, rumah, tuan punya rumah. Tapi rumah rumah sewa kita beranggapan kerana setiap pemilik atau penduduk-penduduk rumah sewa itu mendapat minima sekitar 7500 hingga 10,000 ringgit. Dengan bantuan sewa sebanyak 3 bulan yang telah kita berikan, yang kita akan tambah lagi 3 bulan, saya percaya mereka sudah mempunyai wang yang cukup untuk

mendapatkan rumah sewa yang baru. Malahan pihak Kerajaan Negeri, saya juga nak maklumkan, kalau 6 bulan itu tidak cukup, kita bersedia dengan kos yang sedia ada dengan dana dan sumbangan yang sedia ada, kita cuba tambah lagi 3 bulan dan 3 bulan. Maknanya maksimum sampai ke setahun. Ia berdasarkan kepada rumah yang siap. Kenapa 3 bulan? Kerana dalam tempoh 3 bulan sudah pasti ada rumah yang sudah siap. Bila dah siap, balik lah ke rumah masing-masing, yang belum, kita tambah lagi untuk bantuan-bantuan sewa yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri, hasil daripada Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit, sumbangan daripada rakyat, masyarakat, termasuk ADUN-ADUN semua Kalau ADN-ADN semua nak sumbang lebih lagi pun boleh.

Sebentar. Sikit. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya tadi mendengar tentang KPKT, bantuan belum sampai lagi. Kalau ikut daripada PETRONAS punya makluman, kalau salah betulkan ya. Dia telah menyalurkan 25 juta. Ikut laporan surat khabar kepada KPKT untuk disalurkan kepada pihak penduduk. So boleh tak beri penjelasan benarkah PETRONAS telah menyalurkan 25 juta kepada KPKT untuk diperkan dan kenapa masih lagi belum dapat bantuan daripada KPKT?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ini untuk pembaikan ke apa Yang Berhormat?Pembaikan. Untuk bantuan memang dah selesai. Bantuan dah selesai. 5,000 dan 5,000 dan 2,500. Tapi untuk baik pulih memang ada prosedurnya begitu ya. Kita lantik main developer SPNB, Syarikat Perumahan Negara dan juga oleh Sime Darby Property. Dan selebihnya naik taraf ataupun baik pulih rumah-rumah kecil dibuat oleh MBSJ. MBSJ arahan kita belanja dulu. Jangan tunggu. Jadi orang claim dah dekat 800,000, dekat 900,000, dekat dua tempat, 900, 800,000. Kedua-duanya itu kita gabungkan. Dan itu yang yang telah kita bayar dulu supaya mereka boleh paling pulang ke rumah. Yang wang pengaliran daripada PETRONAS pergi ke KPKT, KPKT tu yang pastinya MBSJ belum dapat. Yang lain-lain tu saya tak pasti sebab KPKT yang uruskan untuk bina rumah-rumah terbabit hasil daripada keputusan Jemaah Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Menteri Besar. Saya tertarik berkenaan dengan penyewa-penyewa yang terlibat sebagai mangsa dalam insiden ini. Apakah pendirian kerajaan Negeri Selangor bagi mereka-mereka menyewa ini yang mereka berminat untuk a membeli ataupun menduduki rumah Selangorku yang berhampiran seperti di kawasan Dengkil dan kawasan Sepang dan sebagainya. Apakah ada a satu program khas untuk mereka supaya mereka dapat memiliki rumah-rumah ini bagi penyewa? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kita sebenarnya memang dah tawarkan rumah. Tempatnya adalah di Cyberjaya kan, di area Dengkil. Tetapi penduduk-penduduk

merasakan rumah itu terlalu jauh daripada kawasan persekolahan anak-anak dan terpulang kepada pilihan mereka. Sebab itu kita tukar kepada bantuan sewa. Siapa yang nak ambil rumah Smart Sewa dan sebagainya, bayarlah Smart Sewa tu. Jangan tak bayar pula. Kerana kita bagikan secara individu kepada mereka. First treament dah selesai, kita akan cuba selesaikan the next treatment dalam bulan Julai ini juga supaya mereka bersedia untuk kehidupan mereka. Baik. Yang terakhir tentang perubatan Yang Berhormat. Sebenarnya kita telah menguruskan.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak tanya berkenaan banyak program-program kebajikan telah diaturkan untuk mangsa-mangsa. Adakah kerajaan Negeri atau PPT membantu dari segi tuntutan insurans syarikat insurans? Adakah mereka, adakah kerajaan membantu kerana pun kalau boleh kita perlu membantu mereka mempercepatkan tuntutan. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Polisi insurans Yang Berhormat tertakluk secara individu ataupun syarikat. Jadi itu yang yang yang paling baik yang pernah kita lakukan ialah kita memanggil syarikat-syarikat insurans untuk memberikan penerangan kepada mereka secara langsung bagaimana tuntutan-tuntutan itu boleh dibuat. Untuk kerajaan intervene, sebenarnya masih panjang ataupun tangan kita tak bolehlah mencecah di antara perjanjian di antara individu, syarikat dengan syarikat-syarikat insurans. Saya rasa kita patuh dan kita hormat dengan polisi tersebut. Untuk kesihatan sebenarnya secara keseluruhan ini daripada kerajaan Persekutuan. Kita telah berbelanja lebih kurang 922,071 ringgit. Dengan 340,000 adalah pembiayaan kepada mangsa-mangsa di Hospital kerajaan yang secara keseluruhannya berjumlah 33 orang. Yang self-funded payments yang dibiayai oleh mereka sendiri adalah sebanyak 5,992. Di dan ada juga yang private hospital. Di private hospital kerajaan juga membantu melalui Kementerian dengan bantuan untuk 22 pesakit sebanyak 576,443. Saya, saya tak nak sebutkan lain. Sebenarnya kita turut meneliti permintaan daripada ADN-ADN. Kita teliti dulu. Bila saya akan kepada tabungan, kita selesaikan bab sewa dan rumah dulu sebelum kita tengok ni sebab ada yang terpaksa melakukan proses lanjutan ataupun rawatan lanjutan. Ini mungkin kita tak bayarlah setiap sesi tapi mungkin kita bagi lump sum dan amount itu saya akan putuskan kerana di kalangan mereka yang memerlukan proses lanjutan. Tapi lanjutan tu bukanlah lanjutan nak buat facial, tak adalah macam tu Yang Berhormat. Dia akan pergi tengok kalau yang terbakar dia ada proses lanjutan eh. Yang disebut oleh Yang Berhormat tadi istilah dia pun saya tak apa nak tangkap sebab belajar biologi dulu lari eh. Jadi Yang Berhormat sekalian, jadi saya telah jelaskanlah dengan rinci bagaimanakah peristiwa ini dan apakah langkah-langkah yang telah dibawa.

Yang Berhormat

Timbalan Speaker

Kota Damansara .

Terima kasih Yang Amat Berhormat atas penjelasan yang sangat panjang lebar dan lebih terperinci. Saya kira itu merupakan menjawab satu tanggapan-tanggapan luar yang mengatakan Kerajaan Negeri cuba menyembunyikan atau membela beberapa syarikat-syarikat. Cuma saya nak tanya berkenaan jawatankuasa tersebut, adakah komitmen Yang Amat Berhormat, kalau dia kata keputusan daripada jawatankuasa itu kelak setelah hasil daripada perbincangan dan investigation dengan izin. Adakah Yang Amat Berhormat akan bawa ke Dewan ini untuk dibahaskan, pertama. Yang kedua, sebelum dibahaskan adakah Yang Amat Berhormat berminat untuk buat satu lagi taklimat dan menjemput juga ADN-ADN pembangkang untuk dengar taklimat tu sebelum bawa ke dalam Dewan ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak ada masalah sebab itulah saya aturkan pertemuan tu ada cakap saya tak datang. Saya nak datang macam mana, saya dah dua kali dah di brief kan dan hampir hafallah. Jadi saya juga nak bagi ruang sebab pada opposition sebab kalau nak tanya soalan, tanyalah soalan seluas-luasnya. Mungkin ada soalan yang mungkin mengguris Menteri Besar ke apa tanya kan. Saya pun tak ada hantar spy kat sana. Jadi boleh tanyalah. Jadi kalau kita nak buat live semua, semua nanti jadi kurang pasti sebab ada aspek-aspek teknikalnya sangat rapat. Tapi tak apalah, kita dah bawa ke Dewan, kita bentangkan, selepas ni kita akan keluarkan laporan dan semua tu ada jawatankuasa, jawatankuasa akan siasat dan saya sebut tadi janji saya pada komitmen saya pada Dewan, kita akan bawa laporan itu. Bagi masa secukupnya untuk disemak dan kemudian dibahaskan dan dibincangkan kerana yang lebih pentingnya adalah bagaimana langkah-langkah susulan supaya peristiwa ini dapat dielakkan di masa depan. Silakan.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar. Seperti mana yang dalam perbahasan saya, kalau dapat kerajaan negeri juga melihat ataupun meneliti beberapa perkara yang memerlukan sokongan psikologi ataupun mungkin ada yang memerlukan rawatan psychiatrist kepada kanak-kanak yang terlibat. Masih lagi berteriak bila disebutkan untuk balik ke rumah asalnya. Saya kira ini masih lagi mungkin menjadi tanggungjawab kerajaan negeri sekiranya di peringkat kerajaan persekutuan tidak mengambil ataupun tidak melihat keadaan ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Masalah kesihatan mental merupakan salah satu fokus kerajaan. Insya-Allah hal itu akan diteliti oleh pengantin baru kita, Dato' Yang Berhormat ni. Yang akan meneliti, mungkin lepas kahwin hatinya lebih

senyum, hatinya lebih berbunga. Dia dapat mendamaikan hati yang gelisah dan lara. Okey. Jadi saya nak sebutkan apa, apa bentuk? Dah dah jangan usik oi. Sudah. Yang Yang Berhormat. Saya nak sebutkan bahawa apakah bantuan yang kita akan berikan untuk lanjutan itu adalah bantuan alatan perubatan 1,500. Ni lump sum je. Transport 800 sebab mereka ada perlu ulang alik, kadang-kadang mereka perlukan wheelchair dan juga care taker untuk 2,500. Ada yang memerlukan penjaga. Sebahagiannya perlu penjaga di rumah kerana sebahagian kebakaran itu sampai tahap yang agak tinggi kerana sampai di kawasan Kampung Kuala Sungai Baru tu 450 darjah celsius yang boleh mencairkan besi dan pelbagai perkara lain. Jadi saya ucap terima kasih di atas kesempatan. Saya rasa pihak kerajaan negeri dah merincikan koordinasi yang telah disusun daripada hari pertama sampailah ke hari ini. Tapi kita ada kerja. Kerjanya apa? Nanti kita nak teliti laporan jawatankuasa. Bagaimana kita nak sediakan satu kerangka undang-undang cadangan yang bagus. Macam mana nak elakkan dia masuk. Kerangka peraturan-peraturan, kerangka langkah-langkah kejuruteraan dan juga kerangka langkah-langkah penyelenggaraan. Empat, lima perkara ini untuk memastikan garis panduan-garis panduan dipenuhi. Tidak cukup maksudnya garis panduan sebelum ini yang telah dipenuhi ternyata belum memuaskan hati untuk mengelakkan daripada hal ini berlaku. Jadi saya ucap terima kasih Speaker. Saya mohon untuk menggulung penerangan saya dan semoga ia memberikan pencerahan dalam hidup kita. Sekian, Assalamualaikum warahmatullah.

Timbalan Speaker

Terima kasih Dato' Menteri Besar. Aturan mesyuarat seterusnya.

Usul nombor 6 tahun 2025. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Hulu KlangMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul nombor 6 tahun 2025. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Hulu Klang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor ke-15 tahun 2025 berhubung laporan Ketua Audit Negara tahun 2021, 2022 dan 2024 yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat bilangan 13 tahun 2025. Tuan Speaker, Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan atau PAC telah meneliti laporan Ketua Audit Negara atau ALKAN siri 1 dan 2 tahun 2021, siri 1 dan 2 tahun 2022 dan siri 3 tahun 2024 untuk memeriksa kira-kira Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berdasarkan teguran yang melibatkan 64 isu dalam AG-Dashboard. Tuan Speaker, jawatankuasa telah bermesyuarat sebanyak lapan kali dan jawatankuasa telah memanggil 13 agensi-agensi berikut untuk memberikan taklimat dan penerangan. Jabatan Audit Negara Negeri Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor,

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam dan UNISEL Sendirian Berhad. Jawatankuasa telah mendapati beberapa penemuan dan membuat saranan supaya agensi yang terlibat menambah baik amalan perakaunan dan takbir urus kewangan. Dewan Yang Mulia ini diminta untuk merujuk penemuan dan saranan jawatankuasa yang terkandung dalam penyata jawatankuasa. Kerajaan negeri dan agensi yang terlibat diminta untuk mengambil perhatian dan memberi kerjasama kepada Ketua Audit Negara untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan tidak mengulangi perkara-perkara yang ditegur oleh Ketua Audit Negara.

Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada muka surat 30 di para 6.2.1.8. Tuan Speaker, susulan daripada taklimat daripada pihak Jabatan Audit Negara Negeri Selangor, jawatankuasa bersetuju untuk memanggil pihak UNISEL untuk menerangkan mengenai 10 isu yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara siri 3 tahun 2024. Selaras dengan perkara 68(4) Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Setiausaha Dewan telah mengeluarkan surat bertarikh 19 Mei untuk memanggil Naib Canselor UNISEL untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa pada 12 Jun 2025. Walau bagaimanapun, pada hari persidangan, jawatankuasa dimaklumkan bahawa Naib Canselor UNISEL iaitu Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Mohammad Ridzuan Othman tidak hadir ke mesyuarat kerana kontrak perkhidmatannya sebagai Naib Canselor akan tamat pada hujung bulan Jun 2025. Jawatankuasa berpandangan, alasan yang diberikan oleh Presiden UNISEL dianggap tidak munasabah kerana jawatankuasa berhak untuk memanggil mana-mana saksi untuk hadir di hadapannya tanpa mengira sama ada saksi tersebut masih atau tidak lagi berkhidmat dengan agensi yang disiasat. Jawatankuasa mempunyai kuasa di bawah Peraturan Tetap 68(4) untuk memanggil mana-mana individu dan keengganan untuk hadir adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Penghinaan Dewan Negeri Selangor 2009 yang boleh membawa hukuman undang-undang. Ahli-ahli jawatankuasa menyuarakan pandangan bahawa tanggungjawab menjawab penemuan Audit UNISEL terletak kepada Presiden UNISEL dan kehadiran beliau adalah mandatory untuk memastikan penjelasan yang telus dan accountability. Jawatankuasa bersetuju bahawa pendengaran ini patut ditangguhkan pada tarikh yang lain dengan kehadiran Naib Canselor UNISEL untuk memberikan keterangan berhubung isu-isu berbangkit dalam ALKAN dan apa-apa perkara berbangkit lain. Jawatankuasa telah bersetuju untuk memberikan peluang kedua dan mengeluarkan saman hadir kepada Naib Canselor UNISEL untuk hadir memberikan keterangan pada 18 Jun 2025. Naib Canselor UNISEL juga telah diberikan peringatan tentang kewajipannya untuk hadir di hadapan PAC di bawah peruntukan 68(4) Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan seksyen 3 dan 4 Enakmen Penghinaan Dewan Negeri

Selangor 2009 dan kesalahan di bawah enakmen ini boleh membawa kepada hukuman penjara. Pada 18 Jun, Naib Canselor memaklumkan sekali lagi kepada jawatankuasa yang beliau tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri sesi ujian kemahiran menembak dan memperbaharui lesen senjata api.

Tuan Speaker, jawatankuasa gagal untuk mendapatkan apa-apa keterangan dari pihak UNISEL kerana kegagalan presiden merangkap naib canselor untuk hadir ke mesyuarat diberikan peluang kedua untuk hadir. Jawatankuasa berpendapat bahawa tindakan canselor UNISEL untuk tidak hadir ke mesyuarat PAC adalah satu perbuatan yang boleh dianggap menghina Dewan negeri Selangor yang merupakan satu kesalahan di bawah enakmen penghinaan Dewan negeri Selangor 2009 yang boleh membawa kepada hukuman penjara. Tuan Speaker, jawatankuasa sebulat suara bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Profesor Dato’ Dr. Mohd Ridwan Othman, selaras dengan peruntukan seksyen 3&4 enakmen penghinaan Dewan negeri Selangor 2009. Perkara ini telah dirujuk kepada Kamar Penasihat Undang-Undang untuk memulakan tindakan undang-undang. Jawatankuasa telah mendapat nasihat supaya satu laporan polis dibuat terhadap Naib Canselor UNISEL. Untuk makluman Dewan, laporan polis telah dibuat di seksyen 9 Shah Alam pada 2 Julai 2025 dan saya difahamkan siasatan telah pun bermula dan beberapa orang saksi telah dipanggil untuk merekodkan keterangan. Jawatankuasa berpendirian mana-mana orang yang dipanggil untuk menjadi saksi dalam pendengaran PAC mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Bagi pihak jawatankuasa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah memberi peringatan kepada ketua-ketua jabatan termasuk pegawai-pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan untuk senentiasa mematuhi peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, perkara yang kedua yang ingin saya bangkitkan pada petang ini adalah keterangan yang telah diberikan oleh pengarah jabatan audit negara negeri Selangor yang telah membentangkan penyata kewangan Kerajaan Negeri Selangor dan beberapa isu yang berkaitan dengan agensi negeri Selangor untuk tahun 2021. Tuan Speaker, jabatan audit telah juga memaklumkan bahawa mandat telah diberikan untuk membuat pelarasan skor seperti yang dirasakan wajar untuk memastikan Kerajaan Negeri Selangor kekal stabil dari segi ekonomi, terutamanya apabila mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor yang lebih baik berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

Penyelarasan ini telah berlaku sebagai contoh dalam audit prestasi kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2022, di mana indicated tunggakan hasil tahun semasa diberikan skor 2 walaupun kadar tunggakan meningkat. Maka, saranan jawatankuasa adalah yang pertama Pegawai Kewangan Negeri seharusnya lebih tegas di dalam memberi

pertimbangan terhadap permohonan mana-mana agensi untuk menangguhkan penghantaran penyata kewangan.

Yang kedua, jawatankuasa menyarankan penilaian audit terhadap status kewangan Kerajaan Negeri dibuat tanpa sebarang pelarasan supaya pihak Kerajaan Negeri tidak terlepas pandang terhadap apa-apa kelemahan atau perkara yang memerlukan perhatian. Tuan Speaker, jawatankuasa ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wakil agensi, individu yang telah mengemukakan keterangan serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyediaan penyata ini. Jawatankuasa berharap hubungan baik dapat dikekalkan di samping meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam menjalankan fungsi dan peranan masing-masing. Tuan Speaker, saya membentangkan penyata ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Hulu Kelang, ada penyokong.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ijok, silakan.

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, petang ini Ijok mengambil bahagian berkenaan dengan penyata jawatankuasa kira-kira wang kerajaan PAC bagi Dewan negeri Selangor ke 15 tahun 2025 berhubung laporan ketua audit negara tahun 2021, tahun 2022 dan 2024. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok ingin menyentuh berkenaan dengan UNISEL. Yang Berhormat Tuan Speaker, alasan kurangnya pelajar di sebabkan kesan daripada pandemik Covid-19 dilihat sudah tidak relevan lagi untuk dijadikan sebab penurunan bilangan pelajar. Kita harus membuat perbandingan dengan melihat kepada beberapa institusi pengajian tinggi swasta yang lain yang setaraf dan seusia dengan UNISEL untuk membuktikan apakah kesan Covid ini masih turut dirasai oleh IPT yang lain seperti MSU, UniKL, UniTen atau pun MMU.

UNISEL selaku sebuah universiti milik Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya menggunakan kelebihan ini lebih-lebih lagi apabila Selangor sendiri mempunyai 73,899 pelajar lepasan SPM bagi tahun 2024. Sekiranya pihak UNISEL mensasarkan 10% daripada jumlah ini, Ijok yakin jumlah ini sudah cukup untuk memenuhkan kapasiti kedua-dua kampus sama ada di Shah Alam ataupun di Bestari Jaya. Soalannya, sejauh manakah UNISEL bertindak secara agresif dalam mensasarkan pelajar di negeri Selangor ini sendiri.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok juga ingin menarik perhatian terhadap cadangan mensasarkan pelajar dari negeri China, Oman dan Bangladesh sebagai salah satu usaha untuk meningkat bilangan pelajar. Jika strategik ini berjaya, sudah tentu ia merupakan pencapaian yang baik buat UNISEL. Soalan saya, berapakah jumlah pelajar dari negara tersebut yang telah ditingkatkan hasil daripada beberapa siri lawatan akademik yang telah dilaksanakan oleh pihak UNISEL ke negara-negara berkenaan sepanjang tahun 2024 hingga tahun 2025.

Yang Berhormat Tuan Speaker, penutupan Selangor business school yang sewaktu ketika dahulu merupakan idea terbaik dalam mengembangkan pendidikan taska siswazah di negeri Selangor dilihat sangat mengejutkan dengan kerugian berjumlah RM6.43 juta. Selangor Business School yang dirancang untuk memberikan kemudahan kepada mereka yang sedang di negeri ini untuk menyambung pengajian sama ada di peringkat sarjana dan juga doktor falsafah. Dengan kepesatan sektor industri di negeri Selangor, apakah tidak ada perancangan yang baik yang telah dibuat oleh pihak UNISEL sehingga menyebabkan duit rakyat terpaksa dibazirkan dalam jumlah yang begitu besar. Pastinya UNISEL tidak terlepas, pastinya UNISEL tidak boleh berlepas tangan dengan mudah dalam hal ini tanpa sebarang penjelasan yang terperinci bagaimana kerugian ini boleh berlaku.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya berkenaan dengan kegagalan naib canselor UNISEL untuk hadir dalam kedua-dua sesi mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang kerajaan (PAC) adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini, beliau merupakan Ahli Dewan Negara yang baharu dilantik. Sudah tentu beliau sepatutnya peka terhadap peranan jawatankuasa PAC ini. Sehubungan itu, Ijok menyokong penuh agar tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap naib canselor UNISEL sebagai pengajaran kepada mana-mana ketua jabatan atau agensi supaya lebih prihatin dengan keperluan mematuhi tata kelola kewangan khususnya kepada semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Selangor.

Akhir sekali, Ijok ingin mengambil kesempatan di ruangan ini untuk menggesa Kerajaan Negeri Selangor agar lebih peka dan prihatin dengan nasib UNISEL yang kini dilihat sudah tidak bermaya dan tidak lagi mempunyai daya saing dalam industri pendidikan buat masa ini. UNISEL pernah suatu masa dahulu gah dengan pencapaian akademik dan pengurusan dengan bilangan pelajar yang saya difahamkan lebih sepuluh ribu orang sehingga menjadi pilihan utama institusi pengajian tinggi dalam kalangan universiti swasta. Namun kini semakin kurang menjadi sebutan dan rebutan khususnya kepada rakyat Selangor.

Jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, negeri Selangor sudah pasti akan rugi terutamanya dalam melahirkan modal insan yang berpendidikan dan berkemahiran dalam meneruskan legasi Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia. Akhirnya saya menyokong segala saranan-saranan yang telah dicadangkan oleh pihak jawatankuasa kira-kira wang kerajaan PAC, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Ijok, ada perbahasan daripada lain. Silakan Yang Berhormat Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan. Saya ingin berbahas berkenaan isu yang melibatkan MSNS. Isu ini melibatkan kelewatan penyerahan penyata kewangan dan pembayaran tidak wajar, bukan sahaja membangkitkan persoalan tentang tadbir urus kewangan yang baik, tetapi juga menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi awam

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam pembentangan belanjawan negeri Selangor 2025, kita telah mendengar komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam setiap agensi di bawah pentadbiran. Namun apa yang berlaku di MSNS menimbulkan keraguan yang besar terhadap komitmen tersebut. Berdasarkan laporan dan maklumat yang saya terima, MSNS telah menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dalam mematuhi garis semasa penyerahan penyata kewangan. Ini bukan insiden terpencil, ia telah menjadikan corak yang membimbangkan. Mengapa MSNS menghadapi kesukaran yang berterusan untuk menyerahkan penyata kewangan tepat pada masa. Adakah ini disebabkan oleh kelemahan dalam sistem perakaunan dalaman, kekurangan kakitangan yang berkelayakan atau mungkin yang lebih serius cubaan untuk menyembunyikan sesuatu. Kelewatan seperti ini menghalang proses pengauditan yang berkesan dan menyukarkan pihak berkuasa untuk memantau perbelanjaan dan prestasi kewangan agensi. Ini membuka ruang kepada potensi penyelewengan dan penyalahgunaan dana awam. Kita tidak boleh membiarkan ia berlarutan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, selain isu kelewatan ini saya juga ingin menarik perhatian Dewan pada beberapa insiden pembayaran tidak wajar yang didakwa berlaku di MSNS. Laporan awal menunjukkan adanya pembayaran yang tidak disokong oleh dokumen yang lengkap, pembayaran kepada pihak yang tidak sepatutnya atau pembayaran bagi perkhidmatan yang tidak diterima. Jika dakwaan ini benar, ia adalah pelanggaran serius terhadap prinsip pengurusan kewangan yang berhemat dan berintegriti. Dana yang diperuntukkan kepada MSNS adalah dana rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan sukan di negara dan negeri ini. Menyokong atlet dan mempromosikan gaya hidup sihat, setiap sen yang dibelanjakan mesti

dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Pembayaran yang tidak wajar bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan kepada negeri tetapi juga menghakis moral dan semangat mereka yang ikhlas berkhidmat dalam sektor sukan. Bagaimana kita boleh mengharapkan atlet kita untuk berjuang demi nama negeri jika institusi sepatutnya menyokong mereka didakwa terlibat dalam amalan yang tidak telus.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyeru kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada EXCO yang bertanggungjawab untuk segera mengambil tindakan tegas dan menyeluruh terhadap isu ini untuk mengelakkan kes sebegini berlaku pada masa depan. Pertama satu audit forensik yang teliti dan bebas perlu dijalankan ke atas akaun MSNS untuk tempoh yang relevan bagi mengenal pasti punca kelewatan dan mengesahkan dakwaan pembayaran tidak wajar. Hasil audit ini mesti didedahkan pada umum demi ketelusan. Kedua perlu ada tindakan disiplin yang tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab atas kecuaian penyelewengan atau salah guna kuasa. Tiada kompromi harus diberikan dalam isu integriti kewangan. Ketiga, MSNS perlu diarahkan untuk memperbaiki sistem pengurusan kewangan dalamannya dengan serta-merta. Ini termasuk latihan kakitangan pengukuhan kawalan dalaman dan pelaksanaan sistem perakaunan yang lebih rebus untuk memastikan pematuhan garis semasa dan peraturan kewangan. Kita memerlukan penyelesaian jangka panjang bukan sekadar pembaikan cepat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kegiatan sukan adalah antara aspek penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negeri. Atlet kita adalah duta negeri di pentas kebangsaan dan antarabangsa, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa institusi yang menguruskan sukan berfungsi dengan cekap, telus dan berintegriti tinggi. Kita tidak boleh membiarkan reputasi MSNS dan seterusnya Kerajaan Negeri Selangor tercalar disebabkan amalan tadbir urus kewangan yang lemah. Saya yakin dengan tindakan yang pantas dan tegas, Kerajaan Negeri dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap MSNS dan memastikan bahawa dana tersebut akan dibelanjakan dengan bijak dan berhemat. Mari kita pastikan setiap sen yang diperuntukkan untuk sukan di Selangor sampai kepada sasaran yang betul dan membawa manfaat maksimum kepada rakyat dan pembangunan sukan negeri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Teratai. Ada lagi, teruskan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Panjang bangkit untuk membahaskan penyata jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan

PAC berkenaan perkara lima, isu berbangkit berkenaan TRM (Tanah Rizab Melayu) di Selangor dalam laporan Ketua Audit Negara. Sungai Panjang mulakan dengan firman Allah.. ( Bahasa Arab : Surah Ar-Ra’d ayat 4 ).. “dan dibumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan tetapi berlainan keadaannya. Dan pada tanah-tanah tersebut ada berbagai jenis buah seperti anggur, jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon kurma yang berumpun dan yang tidak berumpun. Semuanya disiram dengan air yang sama dan kami yakni Allah lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain pada bentuk lebih pada rasa dan lebih pada baunya. Sesungguhnya demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berfikir serta mahu memahaminya”.

Sungai Panjang bawa perkara ini kerana di Malaysia ini kita melihat Tanah Rizab Melayu mula diperkenalkan melalui undang-undang Tanah Rizab Melayu pada 01 Januari 1914. Apabila enakmen rizab Melayu 1913 yakni ERM 1913 dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama negeri-negeri Melayu bersekutu (NMB) iaitu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen ini telah dimansuhkan mulai dari 15 Disember 1933 dan digantikan dengan ERM 1933, maka pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM NMB bab 142 dan digunakan sehingga ke hari ini tanpa ada pindaan.

Saya memetik merujuk perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan, jika mana-mana kawasan rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja, maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama sifat dan nilai, similiar in character dengan izin. Saya ulang sama sifat dan nilai, sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta-merta diisytiharkan sebagai ganti, tanpa gantian pembatalan itu tidak sah, saya ulang tanpa gantian pembatalan tanah rizab itu tidak sah. Tidak perlu, saya ulang maknanya di Selangor keluasan tanah Selangor berjumlah 793,233 hektar. Maka, keluasan Tanah Rizab Melayu pada tahun 2018 berkurang menjadi 162,162 hektar.

Ini bermakna Tanah Rizab Melayu yang sepatutnya ditinggalkan 50 peratus seluruh semenanjung ataupun dalam negeri Selangor perlu ada 50 peratus tanah Melayu. Pada tahun 2018, Tanah Rizab Melayu hanya tinggal 22 peratus, saya ulang 2018 Tanah Rizab Melayu hanya tinggal 22 peratus, mana hilang 28 peratus dan bagaimana nak cari lagi 28 peratus ini.

Timbalan Speaker

Batu Tiga bangun Yang Berhormat.

Saya nak menyokong,.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Nanti saya bagi. Jumlah batal Tanah Rizab Melayu di Selangor lebih tinggi berbanding jumlah ganti. Batal banyak ganti sikit. Itu tak perlu ulang, itu faham.

Sikit Sungai Panjang, sikit.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ok.

Sungai Panjang, setuju atau tidak ...

Timbalan Speaker

Batu Tiga, bagi pada Batu Tiga atau Seri Serdang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ada dua, tak apa boleh sambung esok.

Sungai Panjang, saya nak menambah poin supaya kita lebih rancak, petang-petang ini supaya tak tidur. Setuju atau tidak kalau boleh saya katakan proses pengambilan, penggantian ini bukan berlaku dalam tempoh yang singkat. Dia mungkin berlaku dalam sejarah yang disebutkan oleh Sungai Panjang tadi berlaku banyak tahun, bila disebut sebagai itu maknanya berlaku penggadaian berlaku pengambilan dalam pentadbiran yang pelbagai, bukan hanya sesi kali ini. Apa cadangan, bila sebut macam itu boleh saya tahu apa cadangan daripada Sungai Panjang untuk kita mengekalkan Tanah Rizab Melayu ini supaya tidak dibuat apa-apa? Sedangkan pembangunan tetap perlu diteruskan, mohon pandangan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ia cadangkan itu nanti ada di hujung. Jadi kalau jawab awal terus habis, jadi hujung ada cadangan. Selesai dulu data sejarah apa semua. Berdasarkan jawapan bertulis Ahli Dewan Negeri N5 Hulu Bernam, ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023, jawapan bertulis Yang Berhormat Dato’ Rosni Binti Sohar pada ketika itu dapat, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu setakat ini maksudnya 2023, kalau setakat ini Sungai Panjang tak dapat lagi, hari ini tak ada jawapan, Sungai Panjang tanya tapi tak sampai lagi jawapan bertulis apa semua, jadi tak boleh nak bagitahu setakat hari ini kerana jawapan tak sampai, sama-sama faham.

Jumlah Tanah Rizab Melayu setakat ini adalah 401,568.41 ekar bersamaan 162,508.97 hektar, saya ulang bagi ingat, 162,508.97 hektar Tanah Rizab Melayu pada ketika itu. Sementara itu, data pembatalan untuk penggantian ERM di Selangor menunjukkan

jumlah yang dibatalkan adalah 12,187.95 ekar, manakala jumlah ganti adalah 5,570.18 ekar, saya ulang supaya ingat, yang diganti hanya lima ribu lebih, batal dua belas ribu. Berapa ribu lagi nak dicari tanah yang tidak diselesaikan, nanti persoalan Yang Berhormat Batu Tiga akan ada jawapan di hujung. Maka di sini jelas kita lihat, Kerajaan Negeri Selangor telah melanggar undang-undang tanah rizab di mana Kerajaan Negeri wajib mendapatkan tanah gantian sama sifat, nilai dahulu sebelum tanah direvok atas sebab kegunaan awam.

Timbalan Speaker

Sungai panjang, ada yang bangun.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ya silakan.

Saya agak terkejut dengan kenyataan Sungai Panjang tadi mengatakan Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap pembatalan Tanah Rizab Melayu. Saya baca penyata Jawatankuasa Kira-Kira PAC Wang Kerajaan ini, pada 5.2.5 jawatankuasa dimaklumkan bahawa warta rizab Melayu melibatkan pengambilan tanah bagi projek berkaitan masih kekal diperingkat penyediaan, pentadbir tanah daerah Gombak dan daerah Kuala Langat sedang menyediakan cadangan kawasan penggantian TRM yang akan dibatalkan. Maksudnya ada penggantian, Sungai Panjang ada baca tak dokumen ini? Saya ulang ada baca tak dokumen ini?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Dah ke belum? Nak bangun.

Entah baca tak ini?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih kepada Serdang atas persoalan ...

Saya Seri Serdang, saya bukan Serdang, Seri Serdang, saya ulang Seri Serdang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Baik Seri Serdang, nanti sama-sama kita selesaikan masalah kilang haram. Saya tidak menyebut ...

Sheikh, penyata sheikh penyata ..

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya tidak menyebut tidak ada penggantian, tidak penggantian yang saya sebut bahawa pembatalan itu lebih banyak cuma jumlah yang diganti itu adalah kecil, sikit faham.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Panjang, ada panjang lagi ke.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Panjang.

Timbalan Speaker

Itu kita sambung esok. Yang Berhormat kita sambung esok, mungkin Yang Berhormat kita bagi lima minit.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tak cukup tuan, bagi tambah sikit. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sebab banyak ulang sangat tadi, itu yang panjang. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam sudah menunjukkan jam 4:30 petang, maka dewan ini ditangguhkan hari esok Khamis 10 Julai 2025 bermula jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)