Selangor · 10 July 2025
15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 198 turns · 29,253 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 10 Julai 2025 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Selamat Pagi. Pagi ini Dewan mengalu-alukan lawatan 15 orang daripada Pegerak Belia Selangor (MPKL) dan wakil Pegawai MSN yang diketuai oleh Encik Vicky dan lawatan 8 orang daripada Persatuan Masyarakat Banting, Selangor yang diketuai oleh Dr. Gan Che Meng, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Kita teruskan urusan dengan soalan lisan daripada Yang Berhormat Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 25 mengharapkan jawapan yang tuntas. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 25. Tvet Dan Tenaga Mahir Luar BandarQuestions
25. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bolehkah kerajaan wujudkan satu pangkalan data 'Job Matching TVET Selangor' yang terbuka kepada industri kecil di luar bandar untuk mengakses graduan TVET mengikut kemahiran?
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Sungai Burong atas soalan yang dikemukakan khususnya berkaitan satu pangkalan data untuk Job Matching Technical And Vocational Graduate atau Graduan Teknikal dan Vokasional Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Negeri bukanlah satu-satunya institusi yang memberikan ataupun menawarkan pendidikan dalam bidang teknikal dan vokasional. Malahan sebahagian besar daripada tawaran-tawaran institusi datangnya daripada institusi-institusi Persekutuan seperti Institusi Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara dan juga pelbagai IKBN dan sebagainya CIDB dan sebagainya yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan dalam pada masa sama Negeri juga mempunyai satu aset teknikal dan vokasional yang di panggil sebagai STDC ataupun Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor. Justeru cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu ataupun pandangan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat saya kira satu pandangan yang baik yang boleh difikirkan untuk menggabungkan semua senarai-senarai graduan TVET supaya mereka boleh bergabung ataupun mendapat daripada SIS factor and industry yang berkenaan. Namun begitu pada tahun 2018 apabila kita memperuntukkan satu dana khas yang dipanggil sebagai IKTISASS, Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor. Kita telah berjaya untuk meningkatkan tahap pendidikan teknikal dan vokasional bukan hanya untuk pendidikan low end dengan izin antara tawaran-tawaran yang dikemukakan bukan hanya tawaran memperbaiki kenderaan atau sebagai bengkel ataupun workshop sampai chargeman di electricity ataupun MNE mahupun pendandanan, masakan dan sebagainya. Melalui Dana IKTISASS yang telah kita mulakan pada 2019 kita turut menawarkan pendidikan-pendidikan untuk meningkatkan keupayaan, penggajian graduan dengan kemahiran IKTISASS yang jauh lebih baik. Ia dimulakan dengan Program MBI bersama dengan GE Aerospace yang telah menawarkan gaji di permulaan RM4,800.00 sehinggalah RM8,000.00 apabila graduan-graduan ini menamatkan program latihan. Diikuti program bersama dengan Siemens, dengan Festo, dengan Apple, dengan The SOR System dengan Can-X dan Mendix dan selepas ini kita turut membuat satu perjanjian dengan Air Selangor supaya pegawai-pegawai baru ataupun yang lama di Air Selangor dapat dilatih semula untuk rescaling and upscaling dengan izin dan untuk meningkatkan keupayaan iktisas mereka. Di peringkat Persekutuan pula kita mempunyai pelbagai institusi seperti Politeknik tapi agak istimewa politeknik di Negeri Selangor ada satu-satunya Politeknik yang menawarkan kemahiran dan latihan untuk bidang Aerospace ataupun penerbangan dan kejuruteraan penerbangan. Justeru saya percaya perlu ada kerjasama yang menyeluruh dan kita telah memulakan dengan gabungan di antara STDC dengan Kementerian Pendidikan untuk bergabung dengan Kolej Komuniti dan nantinya data ini boleh dikongsikan dan diwujudkan di satu pangkalan data dan boleh digabungkan dengan pelabur-pelabur yang masuk untuk melihat skill set pekerja-pekerja dan juga sumber manusia yang akan di tawarkan di negeri Selangor.
Mungkin cadangan ini saya akan lihat semula dan boleh dikemukakan dalam Pembentangan Belanjawan untuk perancangan tahun-tahun hadapan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar di atas jawapan yang diberikan. Background daripada soalan ini juga sebenarnya bukan lah sekadar Job Matching untuk peluang pekerjaan tetapi penempatan mereka-mereka yang berada di luar bandar ini untuk mengelakkan kesesakan, jem di bandar, isu perumahan dan seumpama dengannya. Maka pola kependudukan bandar yang padat itu dapat dipecahkan dan dilegakan dengan kewujudan kemahiran-kemahiran yang di tempatkan di kawasan luar bandar. Jadi ada atau tidak perancangan sekali untuk menempatkan tenaga-tenaga mahir daripada TVET ini untuk dipecahkan di luar bandar supaya permasalahan di bandar seperti traffic jammed, perumahan dan kepadatan penduduk ini dapat dikurangkan. Terima kasih.
Ia tidak hanya bergantung pada sumber manusia Yang Berhormat ia juga bergantung pada penawaran ataupun permintaan terhadap graduan-graduan tersebut. Semua faham bahawa pembangunan Negeri Selangor agak pesat bergerak ke arah selatan dan pembangunan itu jugalah turut menjemput investor-investor dan pelabur-pelabur datang dan melalui pelaburan-pelaburan itulah nanti dan peluang pekerjaan yang telah diciptakan itulah yang akan memanggil pula generasi muda yang berkemahiran untuk datang. Jadi rencana Negeri Selangor konteksnya adalah bagaimana Pelan Perancangan Pembangunan. Pelan perancangan itu kita cuba sekatakan tidak boleh tertumpu hanya di kawasan 4 bandar raya yang besar daripada Petaling Jaya sampailah ke Klang sahaja sebaliknya kita juga mencari potensi-potensi yang berada di utara Selangor di Hulu Selangor sebagai contoh agak rancak akhir-akhir ini dengan kemasukan Cherry yang bersedia untuk melabur lebih daripada RM2 bilion cuma kita kena mencari ruang bagaimana di kawasan Kuala Selangor onwards sampailah ke Sabak Bernam. Itulah lahirnya SABDA, Sabak Bernam Development Area dan di sana kita membangunkan bukan hanya dengan membawa pengilangan ataupun perindustrian perusahaan yang kita boleh tarik bila-bila masa sahaja. Itu mungkin ada satu dua ada kilang di sana tetapi kita juga membugarkan dan meningkatkan keupayaan berdasarkan aktiviti setempat. Justeru kita baru lancarkan pusat pendaratan ikan ini akan melebarkan bukan hanya melihat pendaratan ikan biasa tetapi dalam pelbagai aspek sama ada penyejukan ataupun untuk freeze the, pembekuan ikan ataupun pengurusan bekalan-bekalan makanan dan sebagainya. Kebetulan pihak Negeri Selangor turut akan membina gedung ataupun gudang makanan Selangor
tapaknya juga di kawasan Kuala Selangor di kawasan Tanjung Karang dan ini juga akan menjadikan sebagai wadah tempat penghasilan makanan dan keseluruhan ekosistemnya. Justeru saya percaya itulah nanti latihan pusat latihan yang akan dibina bersesuaian dengan keperluan, kehendak dan aktiviti yang direncanakan. Jadi ia bukan sahaja kita boleh letakkan anak-anak ini ataupun pelajar-pelajar ini di sana selepas mereka graduan tetapi juga apakah mereka mendapat peluang pekerjaan masa depan mereka bila mereka di tempatkan di satu lokasi dan kawasan. Itu jawapan saya Yang Berhormat. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Sijangkang.
Terima kasih Speaker. Saya ingat kepesatan pembangunan industri terutamanya di kawasan Kuala Langat ini nampak semakin menyemarakkan. Baru-baru ini disebutkan bahawa Pulau Carey akan menjadi salah satu industri pertanian akan menjamin keterjaminan makanan untuk negeri Selangor dan saya lihat beberapa institusi TVET yang mereka soalkan kemahiran di Kuala Langat termasuklah Politeknik kemudahan Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, yang saya dapat maklumat kemasukannya agak rendah minat kepada itu di lihat agak rendah di Kuala Langat mungkin Kerajaan Negeri boleh melihat dengan pembangunan yang dirancangkan di kawasan Kuala Langat ini dengan melibatkan institusi-institusi TVET ini dengan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melihat yang bersesuaian dan ini juga akan merancakkan dan menggalakkan keterlibatan anak-anak kita dan memberikan peluang kepada mereka yang berada di Kuala Langat untuk terlibat dalam apa juga perancangan pembangunan yang bersifat industri ataupun TVET di kawasan Kuala Langat. Terima kasih.
Terima kasih. Saya percaya ini satu perkara yang boleh saya usulkan kepada STDC ini bukan hanya pusat di Kuala Selangor dan juga di Shah Alam mungkin boleh bina satu ataupun buka satu pusat di selatan Selangor di Kuala Langat, Sepang dan kawasan persekitaran dan apa yang boleh dibangunkan oleh kita setakat ini Yang Berhormat khususnya menjawab soalan asas Sungai Burong tadi kita ada yang di panggil sebagai Talent Management System. Talent Management System ini adalah semua mereka yang telah mendapat manfaat daripada Program-program IKTISASS. Di peringkat awal IKTISASS kita tawarkan di peringkat awal sewaktu kita terbitkan atau tawarkan program ini kita memberikan sebagaimana contohnya subsidi kepada pelajar-pelajar untuk belajar di peringkat-peringkat tertentu ataupun tawaran-tawaran di kolej-kolej di seluruh Negeri Selangor tetapi kita ubah strategi ini kerana kita yang paling pentingnya bukan hanya kewujudan kolej dan pusat latihan itu sudah cukup banyak di Klang Valley ataupun di lembah Klang ini. Isunya apakah keperluan yang mendesak sebab itu Kerajaan Negeri agak campur tangan untuk
membentuk modul itu khususnya selepas saya melakukan lawatan ke Germany pada tahun 2019 bertemu dengan pembangun struktur dan juga modul teknikal dan vokasional di Negara tersebut dan akhirnya memang itu yang diperlukan kita kena pilih bidang apa dan bagaimana hendak dibangunkan tetapi cadangan daripada Sejangkang tadi boleh diambil kira untuk kita lebarkan operasi di kawasan Selatan Selangor dan bersama-sama dengan industri apakah keperluan-keperluan industri di sana dan bagaiman pusat-pusat latihan itu dapat segera diisi. Lawatan terakhir saya ke Eindhoven di Netherland baru-baru ini, ada satu tempat namanya brainport itu satu modul yang sangat menarik dan ia bukan dilahirkan oleh Kerajaan sebenarnya ia dilahirkan oleh industri-industri sana yang berdepan dengan beberapa isu kewangan mereka bergabung. Kewujudan pusat latihan itu adalah di pusat di sebelah tempat kerja, mereka mempunyai satu kompleks di kompleks itu ada universiti sebagai contoh atau pusat tertentu bergerak di sebelah kiri, di sebelah kanannya adalah syarikat yang bakal diduduki pekerja-pekerja ini is just like on job training. Ini mungkin di masa depan boleh di fikirkan macam mana mewujudkan tapak dan pangkalan pemikiran ataupun pusat teknikal vokasional sedemikian rupa yang ada sekarang pusat latihan di satu tempat, tempat kerja di satu tempat. Itulah yang berlaku yang dikatakan job matching selalu missmatch ataupun tidak bertemu dan tidak bertembung kerana tidak ada persefahaman ataupun pergabungan. Mungkin model brainport itu boleh diambil kira di mana pusat industri bergerak di situ dalam satu industrial park itu ada satu pusat latihan, pusat latihan itu kemudiannya akan menawarkan peluang-peluang pekerjaan dan juga menawarkan pekerja-pekerja daripada sumber manusia yang boleh dimanfaatkan atau digunakan oleh pengilangan perusahaan termasuk perkhidmatan di kawasan-kawasan terbabit. Terima kasih Yang Berhormat.
Tiada soalan tambahan lagi? silakan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya tertarik dengan soalan-soalan berkaitan dengan TVET ini sebentar tadi Yang Berhormat kongsikan berkaitan dengan ada pusat latihan yang dikelolakan oleh industri untuk peserta-peserta yang akhirnya diserapkan masuk ke dalam industri. Ini Perodua dah ada iaitu Perodua Academy yang diwujudkan bersebelahan betul-betul dengan pusat industri. Itu satu contoh yang kita boleh ambil. Tetapi soalan saya adalah berkaitan dengan ada atau tidak usaha Kerajaan Negeri bertemu dengan pihak-pihak sekolah untuk menarik minat anak-anak di peringkat sekolah lebih-lebih lagi di luar bandar supaya mereka menyertai kursus-kursus yang boleh memberi kepada mereka pendapatan yang bernilai tinggi? Sebab industri-industri yang masuk di Selangor ini berasaskan STEM. Kita takut-takut anak-anak kita yang berada di luar bandar ini dia tiada pendedahan yang cukup luas dalam pemilihan kos-kos yang tertentu di dalam TVET ini. Jadi saya bertanyakan soalan ini, adakah ada badan-badan yang bertemu dengan
pihak-pihak sekolah untuk memastikan mereka ini dapat memilih kursus-kursus yang dapat memberi kepada mereka pendapatan yang bernilai tinggi? Terima kasih.
Terima kasih. Saya boleh akui tidak ada satu usaha bersepadu. Yang ada setakat ini mungkin di pihak S-DICO (Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordinator Office) adalah di bawah Invest Selangor kerana mereka ini adalah Coordinator Office atau Coordination Office untuk Pengurusan Aerospace atau pun Industri Aeroangkasa. Jadi, pada waktu ini tahun ini mereka sudah mula datang ke sekolah-sekolah menengah untuk menceritakan bagaimana ruang pekerjaan di bidang ini. Namun, saya percaya sebagaimana yang saya sebut dalam pembentangan belanjawan yang lepas dan beberapa perbahasan kita dalam sesi-sesi yang lepas bahawa pada di tahun 2026 lah Kerajaan Negeri akan mula bergabung dan juga mendapatkan akses terhadap Jabatan Pendidikan Negeri supaya tawaran-tawaran ini dapat ditawarkan sampai di peringkat Secondary Schools. Ini yang agak halangan atau cabaran kepada kita kerana sistem gaya kita meletakkan pelajar-pelajar tidak secara tidak menyediakan kesempatan kepada mereka dan ruangan kepada mereka sebenar-benarnya bagi ditawarkan dalam bidang teknikal dan vokasional. Malahan ibu bapa pada hari ini masih lagi berpandangan universiti adalah sebagai satu-satunya pusat untuk melahirkan dan mendapatkan peluang pekerjaan jauh lebih baik. Sedangkan tawaran teknikal dan vokasional jauh lebih banyak dan belum pernah belum mampu diisi sepenuhnya dengan penuh. Jelas saya rasa kita belum mampu mengisi sepenuhnya. Justeru, kita telah buat satu pusat nama STDC. Gabungannya nanti dengan Kolej Mara dan juga Politeknik yang sedia ada dan paling pentingnya selepas ini menyedarkan pelajar-pelajar ini bukan sebagai second chance programme. Ini yang jadi masalah. Kita jadikan teknikal dan vokasional adalah peluang kedua atau pun untuk mereka yang tidak layak masuk universiti. Akhirnya kita akan masuk ambil mereka yang second degree atau pun mereka yang tahap B dan tahap C. Ini satu perubahan pemikiran yang harus di gerakkan di dalam negeri ini bersesuaian dengan keperluan dan keadaan-keadaan semasa. Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Hulu Bernam, kalau kita boleh ubah paradigma pemikiran ini di peringkat sekolah menengah dan tahun hadapan kita memang akan mulakan daripada satu persatu. Di peringkat Negeri, kita rasa sangat bertuah kerana Universiti Selangor atau pun UNISEL sudah mendapat pengiktirafan Universiti Teknikal dan Vokasional dan itu memang inspirasinya dan kita akan melantik Vice Canselor yang ada kaitan dalam bidang engineering dan juga kaitan dalam bidang sains dan teknologi supaya ia akan mempelopori dan menyambung graduan-graduan daripada STDC dan kolej-kolej yang banyak untuk disambung di peringkat-peringkat seterusnya. Maknanya kita mula di tengah, kita sedang membesarkan atau kita cuba masuk di peringkat atas atau di peringkat universiti untuk graduan teknikal ini sampai layak di peringkat PHD atau pun peringkat tertinggi tetapi yang di bawah juga sebenarnya kita mula. Ini Insya-Allah kita akan mulakan pada tahun
hadapan beberapa inisiatif-inisiatif dan kesedaran awal di peringkat sekolah-sekolah menengah termasuk apa yang kita bayangkan dalam MITS iaitu Maahad Tahfiz Integrasi Sains. Itu inspirasi awal masa kita wujudkan adalah supaya graduan tahfiz ini juga mempunyai aspek kemahiran sains teknologi yang sangat-sangat diperlukan dan menjadi isu sedunia dan kalau tidak di Malaysia sahaja pun sebenarnya ia menjadi isu yang besar di rantau ini kerana berlaku pengurangan minat yang mendalam dan besar di kalangan anak-anak kita. Terima kasih.
Ada lagi soalan tambahan untuk Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar? Tiada ya? Terima kasih Yang Berhormat Sungai Tua. Soalan seterusnya dari Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 26.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Kempen Kesedaran Awam Pencegahan Denggi Di SelangorQuestions
26. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kempen kesedaran awam yang sedang dan telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pencegahan penyakit bawaan vektor seperti denggi?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Jaya yang bertanyakan, apakah kempen kesedaran awam yang sedang dan telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pencegahan penyakit bawaan vektor seperti denggi?.
Tuan Timbalan Speaker dan Ahli Yang Berhormat. Data dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mendapati secara kumulatifnya, bermula dari ME1/2025 sehingga ME25/2025, sebanyak 13,685 kes demam denggi telah dilaporkan iaitu sebenarnya penurunan sebanyak 66.1% kes berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas (2024) iaitu sebanyak 26,628 kes pada ketika itu. Dan setakat ini lima (5) kes kematian denggi telah dilaporkan berbanding dengan 12 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2024. Jadi penurunan kes denggi yang sebanyak 66% ini merupakan hasil daripada komitmen
bersepadu pelbagai pihak berkepentingan iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), serta Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam pelaksanaan program pengawalan dan pencegahan denggi secara menyeluruh di peringkat lokaliti seperti berikut, pertamanya melalui Kerajaan Negeri pada awal ini telah melancarkan Program Kembara Kesedaran Denggi dan program ini sebenarnya telah melibatkan penyertaan wakil-wakil agensi, PBT, Pegawai Daerah Tanah, Sukarelawan Kesihatan Komuniti dan juga COMBI. Dan kempen kesedaran denggi ini seterusnya akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Apa yang menariknya tentang kempen ini adalah kita kumpulkan semua maklumat dan informasi yang berkaitan dengan denggi yang mungkin jarang diketahui oleh masyarakat umum dan kempen ini kita akan maklumkan segala informasi bukan sahaja daripada sudut pencegahan dan juga produk-produk yang boleh digunakan oleh warga Selangor untuk mencegah daripada penyakit denggi ini dan juga apa langkah yang mungkin terlepas pandang oleh penduduk kita dan sebagainya. Dan fokus kempen ini pada kali ini juga adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran warga Selangor dalam isu denggi ini dan bertujuan untuk meningkatkan lagi info tentang bagaimana kita boleh mencegah tempah pembiakan nyamuk aedes dan bahaya demam denggi kepada komuniti melalui hebahan di media elektronik serta media sosial seperti radio, Facebook dan Tik Tok. Dan sebelum ini kita pun ada bekerjasama dengan influencer-influencer Tik Tok supaya kita dapat pastikan maklumat-maklumat ini disampaikan kepada masyarakat umum melalui cara yang lebih kreatif. Selain daripada itu, kita juga telah melaksanakan program gotong-royong serta aktiviti menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes bersasar di lokaliti wabak melibatkan komuniti setempat dengan kolaborasi bersama dengan agensi kerajaan, pihak swasta dan juga universiti. Selain daripada itu, kerajaan juga kerap mengadakan Operasi Denggi Bersepadu secara berkala oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).
Seterusnya, memperkasakan peranan penduduk setempat juga sangat penting melalui badan sukarelawan seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor atau pun lebih dikenali sebagai SUKA dan juga Communication For Behavioral Impact atau COMBI bagi melaksanakan aktiviti pencegahan denggi serta pendidikan advokasi kesihatan denggi di lokaliti masing-masing. Kerajaan Negeri akan terus mempergiat usaha kempen kesedaran awam berkaitan pencegahan denggi dalam kalangan komuniti setempat dan langkah ini bertujuan untuk memastikan bilangan kes demam denggi di negeri Selangor akan terus mencatatkan penurunan dan mencapai matlamat jangka panjang iaitu sifar kes kematian akibat denggi.
Soalan tambahan dari Lembah Jaya dahulu.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya rasa kita nampak kesan daripada usaha Kerajaan Negeri ini antaranya adalah di Flat Desa Permai di Lembah Jaya di mana ia merupakan salah satu zon merah denggi yang paling lama di dalam daerah Hulu Langat. Tapi saya nak tanya sedikit mungkin kita ada maklumat baharu tentang jangkitan bukan tentang usaha tapi mungkin kita ada pola baharu atau vektor baharu dari segi jangkitan denggi ini. Saya rasa mungkin kita boleh beritahu Yang Berhormat EXCO boleh jelaskan kepada rakyat supaya kita boleh mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk pastikan tiada lagi zon merah terutama sekali di Lembah Jaya. Terima kasih.
Setakat ini, melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor maklumat yang telah diterima adalah tiada wabak lain yang boleh membawa kecaman kepada warga Selangor. Buat masa ini, di Selangor isu yang panas masih berkaitan dengan kes denggi lah kerana memang tidak dapat dinafikan kes denggi agak tinggi di Selangor berbanding dengan negeri-negeri lain kerana populasi kita sangat tinggi berbanding dengan negeri lain dan juga kita mempunyai pembangunan yang kian meningkat terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Apa yang saya juga ingin mengambil peluang untuk maklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah, sudah bertahun-tahun kita apabila kita bincang kan tentang isu denggi ini kita fokus kepada pencegahan di kawasan-kawasan hot spot seperti yang dikatakan di Lembah Jaya memang terdapat kawasan-kawasan hot spot yang dilihat agak membahayakan. Namun sebenarnya terdapat masih lagi terdapat banyak pengetahuan dan juga pengalaman yang mengajar kita tentang sekiranya ada isu atau pun kes berkenaan dengan denggi ini, apa yang lebih kritikal adalah bagaimana kita boleh mencegah bilangan kematian yang diakibatkan daripada kes denggi. Jadi saya ingin juga mengambil ruang ini untuk menguar-uarkan kepada masyarakat umum supaya kita sekiranya boleh mengambil sedikit perhatian terhadap juga cara-cara lain yang mencegah jumlah atau pun bilangan kematian. Sebagai contoh sekiranya seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat terdapat kawasan-kawasan hot spot di kawasan Yang Berhormat, sekiranya ada penduduk yang rasa diri mereka ada demam, dia tidak tahu demam apa mungkin denggi mungkin sebaliknya tapi isu ini adalah bila kadangkala ada penduduk yang demam dia rasa tidak serius so dia tidak pergi ke klinik kesihatan untuk mendapatkan saringan atau pun rawatan dan perkara ini sebenarnya sangat membahayakan. Terutamanya apabila penduduk itu dia rasa diri dia muda, dia bermula, dia berumur 30-an masih muda dia bukan warga emas dan dia beranggapan bahawa dia tidak mempunyai risiko. Namun, ingin saya katakan apa yang saya pelajari daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor adalah, tahun ini apabila kita ada beberapa kematian kebanyakan majoritinya adalah penduduk yang berumur 30-an tetapi mereka mempunyai isu-isu kesihatan yang serius lah seperti obesiti, kencing manis dan sebagainya tidak menjaga diri. So, isu seperti itu juga sebenarnya akan menyebabkan risiko kematian
yang tinggi sekiranya berlakunya kes demam denggi. So, oleh sebab ini golongan yang berisiko tinggi perlu berhati-hati dan ini bukan sahaja kanak-kanak atau pun warga emas tau pun wanita mengandung, yang ini juga mungkin adalah penduduk yang berumur 30-an yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan juga sakit jantung. Dan juga akhirnya saya ingin ingatkan kepada warga Selangor dan juga masyarakat umum bahawa pencegahan bukan sahaja daripada sudut bagaimana kita boleh cari dan musnah atau pun memastikan kawasan itu bebas daripada denggi tetapi apa juga yang penting adalah bagaimana kita boleh melakukan pencegahan kendiri. Itu ramai masih menganggap sekiranya kawasan ini hot spot saya tidak perlu lakukan apa-apa. Hakikatnya pencegahan boleh mula dari diri sendiri iaitu sebagai contoh sekiranya ada di kawasan hot spot atau pun melakukan aktiviti di dalam kawasan hotspot atau pun melakukan aktiviti di dalam kawasan hutan atau pun kawasan yang banyak nyamuk dan sebagainya, sebenarnya kita boleh memastikan menggunakan replacement spray ataupun losyen penghalau nyamuk supaya kita dapat melindungi diri kita di kawasan yang berisiko tinggi. Terima kasih.
Soalan Tambahan, Bandar Baru Klang.
Terima kasih, first of all saya berikan tanya Syabas kepada Exco Kesihatan,Pejabat Kesihatan Negeri, kerana dapat mengurangkan kes denggi, soalan saya adalah, Adakah denggi vaksin adakan program untuk pencegahan denggi? Terima kasih.
Terima kasih soalan yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang, sebenarnya vaksin denggi ini juga salah satu daripada cara bagaimana kita boleh mencegah diri daripada, virus daripada denggi ini, namun kenapa saya tidak masukkan dalam jawapan saya adalah kerana vaksin denggi ini masih di peringkat awal, ertinya permulaan vaksin denggi ini tidak lagi sampai masih belum sampai lagi lima tahun. Oleh kerana itu, apabila kita berbincang dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memang pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor maklumkan vaksin ini membantu namun daripada pihak kerajaan biasanya kita tidak menggalakkan vaksin yang baru sahaja diperkenalkan di Malaysia, daripada sudut kerajaan Negeri pula memang kita ada memperuntukkan sedikit dana untuk mungkin wakil-wakil yang sering perlu pergi ke lawatan tapak dan sebagainya untuk mengendalikan isu denggi dan sebagainya. Namun perkara ini masih sedang diteliti kerana kita masih belum tahu apakah kesan atau pun effect daripada vaksin denggi tersebut dan sekiranya mempunyai apa-apa inisiatif berkaitan dengan vaksin denggi pejabat saya akan maklumkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat pada masa akan datang, dan InssyaAllah memang kita sedang menjalankan perbincangan sama ada kita mahu uar-uarkan inisiatif ini atau pun tidak, cuma seperti yang dikatakan buat masa ini nasihat
daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor adalah kita buat sedikit pemerhatian terlebih dahulu sebelum kita melaksanakan apa-apa program berkaitan dengan vaksin denggi ini.
Yang Berhormat Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya direct kepada soalan adakah Yang Berhormat Exco ada mengarahkan sama ada PBT dan Pusat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Daerah untuk mengadakan pemeriksaan di kilang-kilang industri sederhana khususnya yang mengambil warga asing sebagai pekerja dan memeriksa juga di asrama-asrama khususnya yang diduduki oleh pekerja asing yang dapatan kita di antaranya di daerah Klang ialah punca denggi ini adalah datangnya daripada asrama yang diduduki oleh pekerja asing, terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Berhormat Meru, yang bertanyakan sama ada terdapat apa-apa tindakan terhadap kilang-kilang yang mempunyai warga asing yang mungkin berisiko tinggi yang menyebabkan penyakit denggi ini. Untuk makluman sebenarnya, memang seperti yang dikatakan daripada kerajaan Negeri selain daripada mesyuarat yang telah dijalankan oleh saya ia mesyuarat yang berkaitan dengan denggi juga akan dijalankan oleh setiap Pejabat Daerah dan Tanah dan ketika mesyuarat yang dijalankan oleh saya memang mempunyai pemakluman tentang isu-isu di mana terdapat kawasan-kawasan tertentu setiap daerah dan setiap PBT sebenarnya mempunyai isu yang berbeza dan mungkin di kawasan-kawasan bandar mempunyai isu yang lebih tinggi berkaitan dengan kilang atau pun warga asing yang menyebabkan penyebaran denggi ini dan melalui PBT masing-masing memang terdapat penguatkuasaan secara rawak atau pun secara sekiranya mempunyai aduan oleh penduduk dan memang kita adakan memeriksa kilang-kilang tersebut dan juga kawasan-kawasan pembangunan atau pun mungkin kawasan new development dengan izin atau pun pembangunan baru memang sekiranya ada kawasan-kawasan yang berisiko yang di ambil maklum oleh PBT atau pun sekiranya PBT menerima aduan memang terdapat tindakan-tindakan yang akan dijalankan.
Terima kasih Yang berhormat EXCO, soalan lisan seterus dari Yang Berhormat Balakong.
Tuan Speaker, soalan 27
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Penggantian Lampu Jalan Led Berkuasa SolarQuestions
27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sejauh manakah keberkesanan penggantian lampu jalan LED berkuasa solar dari segi penjimatan tenaga serta kos penyelenggaraan?
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Balakong yang bertanyakan soalan berhubung dengan penggantian lampu jalan LED berkuasa solar. Untuk makluman Yang Berhormat, penggunaan lampu jalan LED berkuasa solar memang digalakkan sudah beberapa tahun kebelakangan ini telah digalakkan sebagai alternatif mesra alam dan kos efektif selaras dengan kerajaan untuk mempromosikan teknologi hijau dan penjimatan tenaga dalam pembangunan infrastruktur awam bukan sahaja ini dipertanggungjawabkan di bawah JKR tetapi juga telah diberi galakkan juga kepada pemilik lampu jalan yang lain termasuk terutamanya di Pihak Berkuasa Tempatan, untuk makluman Yang Berhormat di bawah kerajaan negeri juga telah meningkatkan galakan ini dengan pelaksanaan program Selangor Bercahaya yang telah kita perkenalkan sejak tiga tahun dan tahun ini akan diteruskan dengan lampu solar yang lebih daripada 350 unit berkuasa tinggi berspesifikasi tinggi yang telah kita perkenalkan sejak tiga tahun yang lepas, penggunaan lampu Solar LED memberikan penjimatan signifikan kerana tidak memerlukan bayaran bil elektrik. Selain itu kos penyelenggaraan dapat dikurangkan memandangkan lampu ini disertakan dengan jaminan kerosakan atau warranty selama lima tahun daripada pembekal. Pemasangan lampu jalan jenis ini juga berpotensi mengurangkan kejadian vandalisme memandangkan reka bentuknya yang lebih moden tersorok dan memerlukan penyelenggaraan minimum dan juga mengurangkan kes kecurian atau pun menyediakan unsur kecurian kabel elektrik yang sangat berleluasa kebelakangan ini malah kos pembeliannya pun sekarang ini pada peringkat luar dulu agak tinggi tapi sekarang telah berkurangan disebabkan produksi atau pun pengeluaran yang banyak malah kadang-kadang lebih murah dari kos pembelian lampu yang sedia ada bagi lampu-lampu jalan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih, terima kasih yang menjawabkan soalan Yang Berhormat Exco soalan saya adakah proses penggantian lampu solar ini akan dipercepatkan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai, tumpuan pelancongan seperti contoh di kawasan adalah di kalangan KLIA, saya sering ditanya apabila lampu-lampu jalan ini tidak menyala di sepanjang jalan KLIA ini terutamanya di Litar Lumba Antarabangsa SIC, jadi saya harap proses ini dapat dipercepatkan Yang Berhormat Exco kerana saya tengok tahun depan adalah Tahun melawat Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia dan saya harap perkara ini dapat dipercepatkan kerana sentiasa saya ditanya pun daripada wakil rakyat sendiri ada yang di kalangan Yang Berhormat sekali kenapa lampu-lampu di kalangan berhampiran dengan KLIA tidak menyala dan sebagaimananya dan di situ banyak juga seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Exco berlakunya vandalisme kecurian cable dan sebagainya. Itu soalan saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat prihatin terhadap isu berkaitan dengan lampu jalan ini yang saya telah maklumkan di dewan ini beberapa kali sebelum ini bahawa usaha ini usaha yang berterusan dan kita galakkan walau bagaimanapun ada kekangan di tempat-tempat tertentu yang masih lagi mempunyai sistem rangkaian kabel atau lampu jalan yang lama yang perlu digantikan dan sebagainya tapi kita mula membuat penggantian malah yang lepas-lepas ini pun jalan-jalan Persekutuan pun kita bantu juga di Kuala Langat contohnya kita masukkan juga memandangkan ada isu-isu vandalisme yang tinggi disebabkan kecurian cable kita terpaksa laksanakan kita akan perluaskan saya dah bagi komitmen untuk kita teruskan dan juga memberi digalakkan terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam menguruskan lampu-lampu jalan supaya jika vandalisme di kawasan itu terlalu tinggi kecurian kita elok kita ganti terus dengan lampu-lampu Solar LED ini kerana apa itu kecurian kabel ini selalu sangat berleluasa dan ini boleh membantu sebenarnya untuk memastikan lampu sentiasa ada dan terang sebagainya. Saya rasa kena ambil manfaat ini dan kita akan berikan galakkan, terima kasih.
Soalan seterusnya, dari Yang Berhormat Dengkil.
Terima kasih Timbalan Speaker, soalan nombor 28.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Sop Pembinaan Rumah Ibadat / Surau Di Kawasan Penempatan BaruQuestions
28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah SOP dan syarat yang disediakan oleh PBT kepada pemaju yang menyediakan kawasan ibadat / surau di kawasan penempatan baru mengikut kapasiti penduduk?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dengkil, Secara dasarnya, setiap permohonan Kebenaran Merancang bagi kawasan penempatan baharu yang dikemukakan oleh pemaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah mematuhi ketetapan yang digariskan dalam 2 dokumen rujukan utama, iaitu Rancangan Pemajuan dan Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (MGPPPNS). Selain itu, pemaju juga perlu mendapatkan ulasan dan mematuhi syarat-syarat teknikal daripada Agensi Teknikal Luaran (ATL) seperti Pengurusan Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta agensi lain yang berkaitan.
Merujuk kepada MGPPPNS, bagi setiap pembangunan penempatan baharu di Selangor, syarat bagi penyediaan kemudahan keagamaan adalah seperti berikut kemudahan keagamaan Masjid (i) Masjid Negeri pusat wilayah Negeri dan Ibu Negeri 50,000 orang ke atas satu unit dengan keluasan minimum 10 ekar. (ii) Masjid Daerah, Pusat Separa Wilayah Negeri, Pusat Penempatan Utama, 50,000 orang ke atas 1 unit dengan keluasan minimum tiga hingga tujuh ekar (iii) Masjid Tempatan , Pusat Penempatan Utama , Pusat Pertumbuhan Desa Kampung/Kawasan Perumahan 10,000 orang ke atas 1 unit dengan keluasan minimum tiga ekar. Surau, 500 unit rumah atau 2000 orang, 1 unit dengan keluasan minimum 0.5 ekar. Rumah Ibadat Selain Islam (RISI), 5000 orang ke atas, 1.5 ekar untuk semua jenis Rumah Ibadat Selain Islam. Pematuhan keluasan tapak mengikut agama adalah tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa yang berkaitan selain agama Islam bagi tapak yang berkeluasan 0.25 ekar – 0.5 ekar. Pematuhan terhadap piawaian tersebut adalah mandatori dan menjadi sebahagian daripada pertimbangan utama kelulusan perancangan, penyediaan kemudahan keagamaan ini bertujuan untuk
memastikan pembangunan yang inklusif seimbang dan mematuhi keperluan rohani komuniti setempat mengikut komposisi penduduk. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, silakan.
Apakah bentuk-bentuk penguatkuasaan yang dibuat oleh pihak yang terlibat bagi memastikan tiadanya pelanggaran kepada SOP ini.
Pihak PBT atau majlis kena sentiasa memantau apabila kelulusan itu dilakukan dan di lapangan kita akan pastikan ruangan-ruangan atau tempat-tempat kemudahan yang patut disediakan sebelum mereka dapat sisi-sisi dapat siap dan sebagainya perlu di complete kan mengikut masa dengan master pelan mereka, kalau mereka gagal kita boleh mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka termasuk memberhentikan perancangan mereka dan sebagainya, terima kasih.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Kajang
Terima kasih Tuan Speaker, Kajang difahamkan di Bandar KOFUE Sungai Buloh tanah sebesar lebih kurang 1000 ekar tetapi tiada peruntukan tapak RIBIS adakah dia betul?
Terima kasih tuan timbalan speaker. Oleh kerana maklumat ini secara adhoc tetiba muncul maklumat ini saya perlu rujuk balik maklumat ini saya akan cari untuk makluman kepada Yang Berhormat Kajang ya. Terima kasih atas maklumat tersebut saya kena cari dulu. Cari golek-golek disek (Bahasa Jawa)
Yang Berhormat Sungai Pelek.
Terima kasih, terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Exco saya nak tanya soalan berkenaan sekiranya sesebuah permohonan di bawah satu jawatankuasa rumah ibadat yang khasnya yang bukan Islam kebanyakannya mereka tidak membina dalam masa yang diberi itu, berapakah lamanya guideline dia atau garis panduan dia tanah itu kalau tidak dibangunkan dengan sebarang structure akan diberi masa berapa lama. Sebab saya tanya kerana terdapat banyak tanah ibadat yang telah diberi kan kepada sesuatunya orang kata, jawatankuasa dan mereka tidak membina ataupun mereka tidak ingin berpindah daripada kawasan yang asal atau rumah ibadat yang asal. Saya harap saya boleh dapat jawapan.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Saya nak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini Tuan Timbalan Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat . Kerajaan Negeri Selangor sangat inklusif dan terbuka serta sederhana kita mengambilkan pendekatan meraikan kepelbagaian dalam konteks agama dan sebagainya bagi mereka khususnya rumah-rumah ibadat. Pihak Jawatankuasa selain Islam atau sekarang ini adalah LIMAS, sejak 2008 hingga sekarang (17 Tahun) kita telah luluskan. Saya nak maklumkan kepada dewan, 400 keping tanah kepada rumah ibadat selain Islam termasuk tokong, Kuil India, Kuil Hindu dan sebagainya – 400. Ini membuktikan komitmen dan apa kerajaan negeri dalam konteks ini. Jadi, kalau kita dah bagikan tanah untuk mereka bina, kalau dalam tempoh masa tertentu masih tidak membina tetapi masih akhir minta atau sebagainya. Kita akan pastikan, dalam tempoh 5 tahun kalau tak ada, kita akan rujuk kembali kita ambil balik tanah tu kepada wong (bahasa jawa) yang lain. Sebab, kalau ada keperluan kita dah bagi kenapa tidak bina dalam tempoh 2 tahun ataupun 3 tahun. Hanya tinggalkan di situ. Itu la yang apa yang, Yang Berhormat Sungai Pelek tanyakan dalam perkara ini. Kita akan pastikan, minta Jawatankuasa LIMAS untuk kita selaraskan tetapkan satu tempoh masa yang patut mereka bina. Kalau dalam tempoh masa tak bina lagi, kita berhak untuk tarik balik kelulusan tersebut. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Semenyih
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Peluang PekerjaanQuestions
29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Selangor mempunyai populasi belia yang tinggi, tetapi di manakah Pelan Ekonomi Belia Negeri Selangor yang sepatutnya merancang jangka panjang untuk penyediaan peluang pekerjaan dan keusahawanan bagi generasi muda?
[Pantun] Kota Anggerik Orangnya Budiman, Bunga Tanjung Kita Kelopaknya Sembilan, Terima Kasih Ruang Diberikan Soalan Semenyih Nombor 29.
Terima kasih Semenyih tak sempat nak jawab, bukan orang Melaka. Baik, terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Menjawab soalan Semenyih. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor tidak ada lagi pelan khusus berkaitan Ekonomi Belia Negeri Selangor. Namun, pada masa sama, kita turut mewujudkan pelbagai perancangan strategik pembangunan generasi muda supaya agar ianya tidak diabaikan. Kerajaan Negeri secara konsisten telah mengatur langkah-langkah holistik melalui pelbagai inisiatif latihan dan pembangunan kapasiti keusahawanan khususnya dalam memperkasa belia sebagai tonggak ekonomi masa depan negeri. Inisiatif-inisiatif ini digerakkan melalui sinergi antara Jawatankuasa Tetap Keusahawanan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta rakan-rakan pelaksana strategik seperti Menteri Besar Selangor (Incorporated) dengan izin, Selangor Youth Community (SAY) dan Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNS. Pendekatan ini merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam menjana ekosistem keusahawanan yang dinamik, inklusif dan berdaya tahan. Berikut merupakan program yang ditawarkan kepada usahawan termasuk golongan belia di Negeri Selangor yang menjalankan perniagaan: 1. Program U-PLATS Program Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS) merupakan program latihan yang ditawarkan di setiap kawasan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mempersiapkan peniaga ke arah cabaran digitalisasi. Program U-PLATS menawarkan beberapa fasa dan modul khas seperti berikut:
Fasa 1, memfokuskan kepada adaptasi digitalisasi dan penjanaan gandaan pendapatan. Di dalam fasa 1 juga, usahawan dididik untuk memastikan kewujudan perniagaan di dalam platform digital dan pembinaan kandungan kreatif seperti di Tiktok untuk mengiklankan perniagaan mereka.
Manakala Fasa 2 pula memfokuskan kepada perkemasan perniagaan sehingga mendapat pensijilan halal dan
Fasa 3 memfokuskan kepada "expand dan export" untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membuka peluang pekerjaan.
2. Program Liga Usahawan Selangor (SAY Lead dan Aspire Export) Kerajaan Negeri, melalui kolaborasi strategik Bersama pihak Selangor Youth Community (SAY), akan melaksanakan Program Liga Usahawan Selangor, sebuah program pembangunan kapasiti keusahawanan yang komprehensif dengan suntikan peruntukan berjumlah RM200,000.00.
Program ini diposisikan sebagai platform pengupayaan ekonomi rakyat yang merangkumi dua segmen utama, iaitu usahawan "export-ready" dan usahawan daripada kelompok Orang Kelainan Upaya (OKU). Fokus utama adalah untuk melahirkan barisan usahawan dinamik yang mampu menembusi pasaran domestik dan global, sekaligus menjulang Selangor sebagai hab keusahawanan inklusif dan progresif.
3. Program Selangor Export Day Selangor Export Day yang merupakan manifestasi komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memacu keterlibatan usahawan ke dalam ekosistem perdagangan Antarabangsa.
Melalui kerjasama erat bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), program ini memberikan pendedahan menyeluruh kepada usahawan berpotensi tinggi untuk memperkukuh kedudukan dalam pasar raya besar tempatan serta meneroka pasaran eksport secara berstruktur dan sistematik.
4. Program Peningkatan Pembungkusan Produk Dalam era ekonomi berasaskan penjenamaan dan daya saing visual, pembungkusan bukan lagi sekadar keperluan teknikal, tetapi merupakan strategi pemasaran yang kritikal. Program ini adalah hasil kerjasama strategik dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
5. Program Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS). Yang mana ianya melibatkan, diwujudkan sebagai satu inisiatif bersasar dalam bentuk bantuan mesin ataupun peralatan bagi memperkukuh keupayaan produktiviti usahawan mikro kecil dan sederhana. Melibatkan agihan melalui sembilan (9) daerah di seluruh Negeri Selangor, dana ini menerima peruntukan RM2 juta bagi tahun ini.
Setiap usahawan yang memenuhi kriteria berpeluang memperoleh bantuan sehingga mencecah RM30,000.00, demi melonjakkan nilai pengeluaran dan menambah baik daya saing produk mereka di pasaran.
6. Program Pinjaman Mikrokredit Hijrah Selangor iaitu HIJRAH Selangor berperanan sebagai instrumen pemerkasaan ekonomi rakyat yang menjadikan pembiayaan mikro lebih mesra rakyat – mudah, cepat dan tidak membebankan.
Di bawah program HIJRAH, ditawarkan beberapa skim seperti berikut:
a. Skim NADI ataupun Skim Niaga Darul Ehsan, satu bentuk suntikan modal antara RM1,000.00 hingga RM50,000.00, khusus kepada wanita yang berhasrat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan. Tempoh pembiayaan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun, sejajar dengan agenda memperkasakan wanita dalam landskap ekonomi tempatan.
b. Skim i-Bisnes yang menyediakan akses kepada modal tambahan sehingga RM50,000.00 kepada usahawan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun di Selangor. Pembiayaan ini boleh dinikmati sehingga 5 tahun, bagi merancakkan lagi pertumbuhan perniagaan yang telah terbina.
7. Ekspo ataupun Pameran Keusahawanan Selangor iaitu sebahagian daripada strategi menembusi pasaran baharu dengan mengangkat jenama tempatan ke pentas yang lebih tinggi.
Kerajaan Negeri komited menyediakan ruang kepada usahawan Selangor untuk menyertai ekspo-ekspo dan pameran berimpak tinggi di dalam dan luar negara di mana usahawan-usahawan yang berkelayakan akan dipilih sebagai wakil ataupun delegasi rasmi Kerajaan Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri juga sentiasa proaktif dan berwawasan jauh dalam merangka strategi holistik bagi merancakkan ekosistem pasaran buruh tempatan, melalui pendekatan inklusif yang menjamin keseimbangan antara keperluan majikan dan aspirasi anak muda negeri ini. Tumpuan khusus turut diberikan kepada pemerkasaan modal insan menerusi pelbagai inisiatif strategik yang menyasarkan peningkatan keupayaan teknikal, keusahawanan serta keboleh pasaran belia dalam pelbagai sektor.
Antara agenda utama yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
i. Program Job Fair Selangor yang diadakan secara tahunan.
ii. Yang kedua, Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor ataupun IKTISASS digerakkan sebagai pemacu utama pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di negeri ini. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penjanaan tenaga kerja berdaya saing serta memperkukuh kebolehpasaran belia
dan graduan menganggur melalui latihan yang berstruktur dan relevan dengan keperluan industri semasa.
iii. Ketiga, Program Selangor Kerjaya, yang dilaksanakan oleh pihak MBI Incorpated adalah antara inisiatif berpaksikan data dan teknologi pintar. Ia menawarkan padanan kerjaya secara strategik dan bersasar melalui platform digital yang boleh diakses menerusi laman sesawang rasmi selangorkerjaya.com.my.
iv. Yang keempat, Program Selangor Freelance pula merupakan satu teras baharu dalam usaha Kerajaan Negeri memposisikan rakyat Selangor dalam lanskap ekonomi digital global. Inisiatif ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran digital dan keupayaan untuk bersaing di pasaran antarabangsa dalam bidang pekerjaan bebas ataupun freelancing yang sekali gus membuka horizon baharu kepada rakyat untuk menjana pendapatan secara mampan dan fleksibel. Terima kasih.
Soalan tambahan. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang panjang lebar tadi. Semua kita sedia maklum, belia adalah populasi yang sangat besar di negeri Selangor dan mereka ini adalah mereka ini bakal mencorak dan memimpin negeri Selangor. Berdasarkan jawapan yang tadi, saya terima saya kira saya mungkin banyak tak tahu. So, mungkin di sana pada pandangan saya, ada isu penyampaian yang mungkin tidak sampai ke bawah walaupun nampak inisiatif yang sangat cantik merangkumi semua. Cumanya concern saya nombor 1, sejauh mana kesesuaian dengan belia di luar bandar? Itu satu kegusaran sebab hari ini cabaran bukan setakat luar bandar di mana-mana pun belia ada cabaran yang sangat besar tapi di luar bandar lagi lah saya terasa perlukan sokongan dari kerajaan negeri untuk memastikan mereka dapat keluar daripada kepompong, kemiskinan dan sebagainya. Dan yang ketiga saya mengharapkan juga kita dapat sesuaikan pendekatan itu dengan suasana Gen-Z hari ini. Yang mungkin cara berfikir mereka berbeza, idealisme mereka pun lain. Saya percaya kerajaan negeri mampu untuk menangani isu ini. Terima kasih.
Tak ada soalan tapi saya respons ja la. kita ambil maklum la tentang pandangan daripada YB Semenyih berkenaan capaian ataupun akses kepada belia-belia luar bandar. Jadi, Untuk makluman ahli dewan memang di peringkat Kerajaan Negeri kita sentiasa melihat kepada keseluruhan segmen anak muda. Kita tidak hanya menyantuni mereka yang berada di kawasan urban atau bandar.
Tapi masa yg sama kita turut mendekati dan menyantuni mereka di luar bandar dan ada beberapa program sebelum ini pun yang kita mengutamakan belia-belia berpotensi daripada luar bandar khususnya di Program Dana Usaha Madani Selangor. Kalau boleh nanti apa saya boleh mungkin beri fakta bertulis kepada Semenyih tentang bilangan belia ataupun usahawan muda yg telah menerima pelbagai bantuan di peringkat negeri khususnya berada di luar bandar seperti di Sabak Bernam, di Tanjung Karang ataupun Kuala Selangor. Jadi memang di peringkat negeri selangor kita tidak mengetepikan mana-mana segmen belia dan kita utamakan kesemuanya baik di bandar dan luar bandar. Terima kasih.
Yang Berhormat Kajang. Tetap teruskan dengan.. kita tak ada masa dah, teruskan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Dasar Makanan NegeriQuestions
30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah insentif Kerajaan Negeri kepada petani-petani yang menghasilkan tanaman makanan?
b)
Sila senaraikan keluasan tanah yang masih menjalankan kegiatan tanaman makanan dengan ikut jenis tanaman.
Terima Tuan Timbalan Speaker. Kajang Bersih, Kajang Di Hatiku. Soalan Kajang nombor 30.
Terima kasih Yang Berhormat Kajang, Tuan Timbalan Speaker. Kajang hari ini dia semalam Engineer. Hari ini ni dia jadi pertanian pula harini. Jadi, soalan daripada Kajang ini berhubung dengan dasar makanan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya di bawah Kerajaan Negeri, kita menyelaraskan di bawah STANCO pertanian yang saya sendiri pengerusikan. Kita memang menyelaras isu-isu berkaitan dengan insentif kepada warga para tani kita, sama ada melalui kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat , di bawah kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor kita menyediakan insentif dan geran kepada petani-petani yang menghasilkan tanaman makanan di seluruh Selangor, termasuk kawasan bandar selaras dengan objektif dan
Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor iaitu PeTA. Berikut merupakan antara insentif yang boleh dipohon yang memang telah dilaksanakan setiap tahun mengikut jenis tanaman makanan:
i. Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, TKPM ii. Pembangunan Amalan Pertanian Baik iii. Pembangunan Produk Hiliran Pertanian iv. Pembangunan Golongan Sasar v. Pembangunan Tanaman Padi vi. Pembangunan Tanaman Kelapa vii. Pembangunan Tanaman Buah-buahan viii. Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan ix. Pembangunan Tanaman Industri Herba dan Florikultur x. Pembangunan Teknologi Fertigasi xi. Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan xii. Pembangunan Pengeluaran Madu Lebah dan Kelulut xiii. Pembangunan Agropelancongan Dan melalui juga STANCO Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian Perladangan Dan Keterjaminan Makanan Serta Industri Asas Tani, kita turut menyelaras insentif-insentif tambahan berbentuk input-input tanaman, peralatan, makanan ternakan dan mesin-mesin pemprosesan kepada warga tani dan pengusaha IAT yang merangkumi bidang tanaman, penternakan, perikanan, industri asas tani dan agropelancongan. Selain daripada itu, untuk kita juga menyelaras insentif bagi dipohon kepada Kerajaan Persekutuan kerana di bawah Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diperuntukkan RM300 juta setiap tahun kepada negeri-negeri untuk membuat permohonan tambahan kepada peruntukan bagi penggunaan di bawah pertanian. Jadi untuk tahun ni, untuk makluman tahun lepas kita menerima lebih daripada RM30 juta. Untuk tahun ini, untuk setakat ini kita telah menerima RM20.76 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk kita agihkan terus kepada projek-projek atau melalui petani-petani kita. Antaranya saya boleh maklumkan di sini yang telah lulus untuk tahun ini:
BIL NAMA PROJEK KOS KESELURUHAN (RM) 1 Projek Baka Bebiri Barbados Black Belly (BBB) 1,500,000 2 Projek Tanaman Halia 1,500,000
Ini semua yang terbaharu yang kita luluskan yang telah kita buat permohonan. Selain daripada itu melalui jabatan atau agensi Persekutuan yang lain yang beroperasi di Selangor sama ada di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan juga MARDI ada juga menyediakan insentif-insentif kepada usahawan dan juga warga tani Negeri Selangor untuk program-program di bawah keusahawan mereka. Pada bahagian (b) soalan bertanyakan berhubung dengan keluasan tanah. Dalam kawasan pertanian di negeri Selangor. Kalau ikut dan di sini 3 Projek Tanaman Secara Integrasi Nanas MD2 Di Bawah Program Pengeluaran Benih Kepala Matag 1,000,000 4 Projek Tanaman Ehsan Tani di Selangor Dengan Keluasan 10 Ekar 3,000,000 5 Cadangan Projek Tanaman Kontan Bernilai Tinggi di Selangor Melibatkan Seramai 15 Peserta 3,000,000 6 Cadangan Projek Tanaman Cili Fertigasi Di Mardi Klang Seluas 10 Ekar Melibatkan 20 Orang Peserta 3,000,000 7 Projek Perintis Pengeluaran Ikan Talapia Melalui Modenisasi Penternakan Dan Pemprosesan 3,500,000 8 Projek Tanaman Melon Bernilai Tinggi 1,000,000 9 Pembangunan Projek Sayur Daun Organik Berteknologi Tinggi 800,000 10 Projek Ternakan Udang Putih (Vannamei) Secara Lufloc Super Intensive 1,500,000 11 Program Peningkatan Hasil Padi - Pembelian 10 Unit Combined Harvester 750,000 12 Program Peningkatan Hasil Padi - Pembelian 10 Unit Transplanter 210,000
JUMLAH KESELURUHAN
20,760,000
senarai yang terbaharu yang kita perolehi. Ada 32,720 hektar kawasan pertanian yang sedang diusahakan di Negeri Selangor.
b) Berikut merupakan senarai keluasan tanah yang masih menjalankan kegiatan tanaman makanan dengan ikut jenis tanaman yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Negeri Selangor :
Bil Jenis Komoditi Tanaman Luas (ha) 1. Sayur-sayuran 2,151 2. Buah-buahan 3,459 3. Padi (2 kali setahun) 34,811 4. Herba dan Rempah Ratus 335 5. Tanaman Ladang/Kontan 1,038 6. Tanaman Industr (Kelapa, Kopi, Koko, Jagung, Ayam dsb) 8,332
Bagi bil. 3 - Padi – kerana dikira 2 kali setahun maka dikira kali dengan tapi sebenarnya keluasan padi ialah 17,405 hektar. Tapi disebabkan dibuat 2 kali setahun dia mengira sebagai sekali ganda. Jumlah keseluruhan adalah 32,720 hektar. Sehingga 2024 seramai 21,544 orang wargatani yang mengusahakan pertanian di bawah pemantauan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Teratai?
Tuan Speaker, soalan saya nombor 31.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Dasar Integrasi Dan Perpaduan Sosial Negeri SelangorQuestions
31. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan keharmonian kaum dan perpaduan komuniti di kawasan majmuk, termasuk program dialog antara agama dan aktiviti komuniti pelbagai etnik?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Teratai? Yang Berhormat ada bertanya:
a)
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan keharmonian kaum dan perpaduan komuniti di kawasan majmuk, termasuk program dialog antara agama dan aktiviti komuniti pelbagai etnik?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memperkukuhkan keharmonian kaum dan perpaduan komuniti di seluruh negeri khususnya di kawasan yang bersifat majmuk. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional yang telah dan sedang mengadakan beberapa inisiatif ke arah memupuk perpaduan dalam kalangan warga Selangor. Program yang dianjurkan termasuklah Program Gagasan Rumpun Selangor yang bermula sejak Februari 2024 dan hingga April 2025. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor yang menjadi simbolik kepada hubungan erat di antara institusi Diraja dan rakyat jelata serta naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai payung perpaduan rakyat berbilang kaum. Program ini turut disertai oleh YAB Dato’ Menteri Besar serta EXCO-EXCO berkaitan dan melibatkan penyertaan kepimpinan masyarakat setempat dan menyantuni segenap lapisan masyarakat di peringkat akar umbi. Selain itu, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Program Agihan Bubur Lambuk Rumpun Selangor di kesemua 9 daerah sepanjang bulan Ramadan baru-baru ini bertujuan untuk meraikan bulan yang mulia di dalam suasana yang muhibah dan menyantuni segenap lapisan warga rumpun Selangor tanpa mengira agama, kaum dan juga bangsa. Bagi memupuk semangat cintakan perpaduan dan keharmonian, di awal usia muda lagi Kerajaan Negeri juga bercadang untuk melaksanakan beberapa program pertandingan video pendek, mencipta pantun dan poster untuk pelajar sekolah Negeri Selangor sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2025. Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri juga sentiasa melaksanakan kerjasama strategik dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor yang turut mengeratkan program-program perpaduan di peringkat akar umbi termasuklah di kawasan rukun tetangga, KRT, tabika perpaduan dan juga tabika Taska Perpaduan. Seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam membina sebuah negara Malaysia Madani, Kementerian Perpaduan Negara melalui JPNIN telah memperkenalkan
kerangka membangun Malaysia Madani berasaskan prinsip perpaduan dalam kepelbagaian serta kerangka ini dipaksikan kepada Dasar Perpaduan Negara dan juga Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dengan matlamat membina masyarakat yang inklusif, harmoni dan juga sejahtera. Bagi menyokong agenda perpaduan nasional yang lebih tersusun dan inklusif, kerajaan negeri melalui kerjasama dengan JPNIN telah melaksanakan Program Kembara Perpaduan Malaysia Madani yang merangkumi 3 kluster utama iaitu:
1. Kluster Semarak Kenegaraan - di mana kluster ini memberi tumpuan kepada pengukuhan jati diri dan semangat cintakan Negara melalui penghayatan prinsip rukun negara serta sejarah ketamadunan bangsa menerusi pelbagai aktiviti seperti citra nusa, apresiasi rukun negara dan juga pertandingan debat perpaduan;
2. Kluster Semarak Perpaduan - yang memfokuskan pada menyemarakkan nilai toleransi dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat berbilang kaum melalui aktiviti mingguan perpaduan, showcase Rumah Kami dan program keharmonian antara penganut agama iaitu Harmoni; dan
3. Kluster Komuniti Rahmah – ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti di kawasan rukun tetangga melalui inisiatif bantuan sosial, ekonomi, pendidikan seperti Bantuan Bakul Rahmah, Projek Ekonomi KRT dan Program Sayangi Komuniti dengan matlamat membina masyarakat penyayang, sejahtera dan saling menghargai dalam suasana harmoni.
Di samping itu juga sebagai tambahan, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri iaitu PADU Negeri, yang dipengerusikan oleh saya dan diurusetia oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional turut membincangkan isu-isu terkait perpaduan berbilang kaum di negeri ini termasuklah insiden yang berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan segala usaha ini mencerminkan iltizam negeri dalam terus menjamin keharmonian hubungan antara kaum, membina kefahaman dan ... agama serta memelihara keharmonian sosial melalui pendekatan yang inklusif dan produktif. Sesungguhnya dengan dukungan tuntas daripada seluruh jentera perpaduan, jabatan dan agensi, badan bukan Kerajaan (NGO) dan seluruh warga Rumpun Selangor Kerajaan Negeri yakin bahawa Selangor yang merupakan paksi negara dan ibarat mini Malaysia ini mampu menjadi model negeri perpaduan yang unggul di Malaysia. Terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih. Soalan tambahan?
Yang Berhormat EXCO ada mention about tentang program-program yang akan dianjurkan pada hari kemerdekaan dan adakah sebarang peruntukan tambahan khas yang akan disalurkan kepada Ahli Dewan Negeri ataupun mana-mana pihak yang ingin menganjurkan program sebegitu?
Yang Berhormat Teratai, sudah pasti Kerajaan Negeri menyambut baik segala hasrat ataupun berkaitan program-program yang ingin dirancang di peringkat DUN-DUN sekiranya ada, bolehlah membuat permohonan kepada saya dan boleh kita teliti untuk kita nilai dan sekiranya program itu dilihat dapat memberi impak yang besar dalam membentuk perpaduan di kalangan kaum, Insya Allah kita di pihak Kerajaan Negeri sedia membantu.
Soalan daripada Yang Berhormat Morib?
Soalan tambahan? Soalan tambahan satu.
Bagi Morib.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 32.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Defibrilator Luaran Automatik (AED)Questions
32. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perkembangan berkenaan inisiatif/program Kerajaan Negeri dalam mewajibkan mesin defibrilator luaran automatik (AED) diletakkan di tempat awam di seluruh Negeri Selangor?
b)
Dimanakah lokasi yang dicadangkan untuk alat AED ini akan ditempatkan?
c)
Adakah ada latihan kepada yang akan menggunakan alat ini?
Terima kasih. Soalan yang telah ditanya oleh Yang Berhormat Morib tentang apakah perkembangan berkenaan inisiatif program Kerajaan Negeri dalam mewajibkan mesin defibrilator luaran automatik atau lebih dikenali sebagai AED untuk diletakkan di tempat awam di seluruh Negeri Selangor dan apakah lokasi yang dicadangkan untuk alat AED ini akan ditempatkan dan juga latihan yang akan diberikan kepada mereka yang menggunakan alat ini. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan (b) dan (c) serta soalan daripada N28 Seri Kembangan Nombor 410. Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pemasangan Alat Defribrilator Luaran Automatik (AED) di bangunan dan premis milik Kerajaan Negeri iaitu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Darul Ehsan, Bangunan Sultan Idris Shah, bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) pada 25 Februari 2025.
Pada masa ini, latihan penggunaan AED telah dilaksanakan khusus kepada penjawat awam yang akan bertanggungjawab dalam penggunaan peranti AED di premis masing-masing. Pelaksanaan latihan diselaras oleh Worldwide Medivest Sdn. Bhd., selaku agensi pelaksana program utama. Latihan merangkumi aspek teori, demonstrasi amali serta prosedur operasi standard (SOP) penggunaan peranti tersebut. Antara agensi yang telah selesai menjalankan latihan penggunaan alat AED adalah bahagian-bahagian di bawah pentadbiran SUK, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Selain daripada itu, beberapa Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) sedang dalam perancangan untuk menganjurkan bengkel atau kursus CPI yang akan turut disertakan dengan sesi latihan penggunaan alat AED kepada komuniti setempat bagi memberikan pendedahan berkenaan CPI dan AED kepada orang awam. Di antara SUKA yang telah melaksanakan kursus CPI dan AED adalah SUKA daripada Rawang, Lembah Jaya, Balakong dan Kuang. Cadangan perluasan pemasangan AED di kawasan tumpuan umum yang berisiko seperti pusat rekreasi dan taman awam sedang diperhalusi oleh Kerajaan Negeri dan kini berada di peringkat kajian keperluan penyediaan garis panduan dan model latihan kepada orang awam bagi memastikan kebolehlaksanaan dan keberkesanan penyediaan kemudahan ini.
Soalan tambahan daripada Morib? Soalan tambahan.
Terima kasih jawapan daripada EXCO cuma adakah Kerajaan Negeri juga menilai berkenaan tentang kesedaran awam berkenaan penggunaan AED ini dan dari segi penyelenggaraan, sebab kita tahu mesin itu adakah bila digunakan terus boleh guna because sebab AED ini digunakan untuk sakit jantung ya, yang kita tahu walaupun saya bukan doktor, saya rasa Taman Medan lebih tahu. Tapi kita tahu sakit jantung ini tidak tunggu masa. Adakah berapa minit ataupun berapa saat daripada andai kata pesakit itu jatuh dan bagaimana cara ataupun penggunaan dari segi
penyebaran daripada rakyat negeri Selangor menggunakan mesin AED ini. Sebab bagi saya mesin AED ini baharu dan tidak ada, rata-rata rakyat tidak tahu mesin AED ini untuk apa dan satu lagi berkenaan meletakkan mesin-mesin ini hanya di kawasan-kawasan yang diberitahu tadi di PBT dan cadangan saya boleh juga diletakkan di tempat-tempat ibadat seperti di masjid, kalau kita tekan letakkan di tempat komuniti saya rasa masjid itu adalah satu tempat komuniti yang besar dan latihan perlu dilakukan dan berkala atas mesin itu dan selanjutnya penggunaan mesin ini juga melibatkan CPR, jadi itulah masalah bagi saya kepada yang menggunakan bukan sahaja hanya seorang tetapi kalau boleh setidak-tidaknya 30% daripada komuniti itu tahu menggunakan mesin CPR itu, itu sahaja, sekian terima kasih.
Terima kasih ke atas soalan yang ditanya yang ditujukan oleh Yang Berhormat Morib, sebenarnya buat masa kini pertamanya kerajaan negeri Selangor memang sedang memperhalusi garis panduan untuk mesin AED, kerana mesin AED ini bukanlah satu mesin yang agak murah, jadi untuk daripada pihak kerajaan, memang pihak kerajaan pertamanya perlu memastikan di bangunan-bangunan kerajaan terdapatnya mesin AED ini dan seterusnya diselaraskan mungkin di kawasan-kawasan tertentu contohnya di Sport Centre atau pun tempat rekreasi dan kita pada masa yang akan datang Insya-Allah sekiranya garis panduan itu disempurnakan kita boleh mewajibkan mesin itu terutamanya di kawasan-kawasan yang baru membangun. Jadi itu cara bagaimana kita akan memperbanyakkan mesin AED ini. Daripada sudut kesedaran awam pulak memang saya percaya banyak sebenarnya Ahli-Ahli Yang Berhormat mempunyai inisiatif masing-masing termasuk daripada Kerajaan Negeri dan daripada Kerajaan Negeri pun kita ada merekodkan video-video bagaimana penggunaan mesin AED ini dalam Bahasa Melayu dan juga sekiranya dalam Bahasa Inggeris pun mempunyai banyak content bagaimana kita boleh menggunakan mesin ini selari dengan banyak Ahli-ahli Sukan kita jugak yang telah mendapat informasi berkaitan bagaimana kita boleh melaksanakan latihan CPR dan AED ini di kawasan DUN masing-masing. Dan selain daripada itu jugak sebenarnya sebelum ini saya pernah membangkitkan perkara ini kepada KSU Kerajaan Persekutuan sekiranya kita boleh jugak memastikan pendidikan awal di sekolah-sekolah untuk menjalankan latihan AED CPR melalui sekolah atau pun persatuan yang berkaitan supaya kita dapat membanyakan pemahaman dari segi latihan AED dan jugak CPR ini.
Teruskan soalan Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat, saya pertama nak memuji Yang berhormat kerana memulakan inisiatif Selangor Heart Safe Programme, cuma pada tahun 2015 di Pulau Pinang, rakyat Pulau Pinang telah mencipta
Malaysia Book of Record yang mana mereka membuat program mest CPR training sebanyak 6,700 orang, masa itu EXCO Kesihatan dia sayalah di Pulau Pinang.
Teruskan soalan.
Soalannya ketika di Pulau Pinang bila kita mulakan inisiatif AED ini antara challenge terbesar adalah soal perundangan yang mana nak mewajibkan AED ini untuk diletakkan sama seperti fire extinguisher itu memerlukan inisiatif dan akta itu dari peringkat Persekutuan jadi saya nak dengar daripada yang berhormat adakah Selangor berhasrat untuk menjadi champion kepada perkara ini supaya diperingkat pusat juga akhirnya undang-undang itu dapat diwujudkan dan dapat mewajibkan AED di letakkan di semua premis, bukan hanya premis kerajaan dan juga swasta tetapi juga di kawasan perumahan terutamanya perumahan berstrata yang mana guideline-guideline ini dah ada wujud di serata dunia di negara maju yang boleh kita adopt.
Teruskan soalan.
Soalan saya yang kedua di dewan negeri ini di mana AED itu. Boleh, selalu bergaduh, Kota Kemuning perlukan AED.
Bandar Utama teruskan.
Pertamanya terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Medan yang mengingatkan kita Dewan Undangan Negeri memang satu tempat yang mungkin memerlukan AED terutamanya bila terdapat masa perdebatan yang sangat hangat yang selalu ditimbulkan oleh Taman Medan jadi kita akan memperhalusi perkara ini untuk memastikan sekiranya risiko-risiko itu ditingkatkan oleh Taman Medan kita mempunyai AED di dalam dewan negeri ini dan juga untuk soalan pertama kembali kepada soalan pertama memang seperti yang dikatakan buat ketika ini pejabat saya sedang bekerjasama dengan pihak UPEN dalam mengkaji garis panduan AED dan sementara waktu ini kita memang ada juga merujuk sebab Penang merupakan Kerajaan Negeri yang telah jugak memulakan garis panduan, untuk ini saya ucapkan tahniahlah kepada Kerajaan Negeri penang yang telah membawa usaha ini bersekali ketika itu as a collective decision by Penang State Government dan oleh kerana itu Selangor juga mahu memastikan bahawa kita juga ke hadapan dalam AED ini dan sekiranya dalam tempoh untuk menghasilkan garis panduan ini kita mempunyai informasi yang lebih terperinci bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh mewajibkan perkara ini, kita akan sampaikan informasi itu kepada Kerajaan Persekutuan melalui mesyuarat bersama YBM pada masa yang akan datang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat, silakan Yang Berhomat Sementa.
Terima Kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 33.
Baik terima kasih Sementa, seiring dengan pemodenan industri bola sepak di dalam dan luar negara, pihak Kelab Bola Sepak Selangor SSFC telah mengambil pendekatan hybrid di mana penekanan terhadap pembangunan bakat tempatan terus menjadi keutamaan kelab di samping merekrut pemain warisan yang mendapat pendedahan bertaraf Antarabangsa bagi memperkukuh dan meningkatkan prestasi pasukan Selangor dalam kejohanan bola sepak di peringkat domestik dan Asia. Pihak SSFC percaya pendekatan hybrid ini adalah lebih mampan mampu meningkatkan daya saing pasukan ke peringkat yang lebih tinggi serta memelihara kebangaan dan identiti pasukan ini di kalangan rakyat negeri Selangor. Pengambilan pemain warisan yang berkualiti semestinya akan meningkatkan kualiti pasukan Selangor namun ianya akan meningkatkan juga jumlah perbelanjaan pasukan dengan mendadak serta memberi sedikit sebanyak kesan negatif kepada imej dan identiti bola sepak tempatan. Bagi menyelesaikan permasalahan ini apabila mengambil terlalu ramai pemain warisan pelbagai inisiatif dan penyelarasan perlu dijalankan di peringkat akar umbi agar jurang perbezaan kualiti di antara pemain warisan dan tempatan dapat dikurangkan. Pihak SSFC bersama Persatuan Bola Sepak Selangor FAS dan Kerajaan Negeri Selangor telah bekerjasama dengan rapat dalam mengukuh serta memperkasakan sistem bola sepak di Negeri Selangor. Program pembangunan jurutlatih pengadil dan pasukan bola sepak amatur serta penganjuran liga bola sepak peringkat negeri Selangor yang sistematik dianjurkan untuk pelbagai peringkat umur oleh FAS telah membina asas yang kukuh untuk pemain-pemain tempatan mengembangkan bakat. Pihak SSFC pula memberikan penekanan terhadap program pencarian bakat serta pembangunan jurulatih tempatan bertaraf elit serta bertaraf Antarabangsa bagi membolehkan pemain-pemain tempatan terbaik di setiap peringkat umur dapat dikenalpasti dan diberi latihan bertaraf tinggi. Selain dari itu pihak SSFC juga banyak menjalankan hubungan Strategik bersama kelab-kelab bola sepak profesional di Eropah dan Asia bagi membolehkan pemain-pemain anak tempatan terbaik dinegeri selangor menjalani latihan dan mendapat pendedahan bertaraf antarbangsa di Kelab-kelab tersebut bagi merapatkan lagi jurang di antara pemain tempatan dan asing.
Ada soalan tambahan. Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan tadi, yang pertama Yang Berhormat EXCO setuju atau tidak dengan pendekatan yang dibuat oleh FAM dengan mengambil pemain pewarisan sehinggakan kita berjaya mengalahkan Vietnam 4-0. Itu yang pertama. Yang keduanya, apakah kekangan macam mana kita menjuari piala Malaysia sebanyak 33 kali dan kali yang terakhir tahun 2015, sehingga kini kita belum lagi merangkul kejuaraan tersebut untuk kali ke-34, apakah kekangan yang menjadi penghalang utama kepada kita Selangor menjadi juara Piala Malaysia. Sekian.
Baik, terima Kasih Sementa, untuk soalan pertama, sama ada setuju atau tidak dengan pendekatan atau pun konsep yang sedang digunapakai oleh pihak FAM, mengambil pemain-pemain warisan daripada seluruh dunia dan memperkemaskan dan memperkukuhkan pasukan kita, ianya ada pelbagai pandangan ada pro and kontra, daripada satu segi kita perlu bersaing dalam landskap politik, landskap sukan maafkan saya tarik balik bukan politik, landskap bola sepak yang semakin mencabar pada hari ini bukan hanya diperingkat tempatan tapi juga diperingkat Antarabangsa, dan eksperiman awal, yang kita lihat di peringkat FAM dimana pada beberapa bulan beberapa minggu yang lepas kita telah mengalahkan Vietnam. Ini adalah satu bentuk permulaan dan kita harapkan dengan pendekatan ini dapat sedikit sebanyak memberikan lebih kekuatan kepada pasukan Harimau Malaya tetapi pada masa yang sama kita juga boleh meneroka peluang-peluang ataupun kaedah-kaedah yang mana pada yang sama perlu memperkukuhkan atau memberi ruang dan platform kepada pemain-pemain anak tempatan yang mana pada hari ni dilihat mungkin tidak begitu mendapat tempat dalam pasukan peringkat Negeri dan juga di peringkat Kebangsaan, ada pro and contra, diperingkat FAM perlu untuk menyemak dan menilai semula sama ada kita nak teruskan dengan pendekatan pemain warisan secara long term atau kita pada masa yang sama kita gunakan konsep pemain warisan pada yang sama kita memperkemaskan dan memperkukuhkan pencarian bakat diperingkat tempatan. Untuk soalan kedua apakah kekangan kita untuk menjadi juara piala Malaysia, kalau tanya saya secara rasional dan logik, kekangan utama kita adalah JDT, itu kekangan utama pasukan Selangor, sebab kita sepanjang tahun 2015 hingga hari ini kita banyak jadi naib juara berbanding jadi juara, itu sebenarnya satu cabaran kepada pasukan SSFC dan kita kena lihat dan kena kaji sejauh mana kekuatan kita dalam berdepan liga musim ini dan pada masa sama kena pastikan persaingan itu sihat dan sengit apa dan yang baik dari JDT kita contohi dan perlu belajar, apa yang perlu diperkemaskan itu yang sepatutnya kita memberikan fokus, kekangan itu memang ada saya tidak pasimis dan saya optimis bahawa di peringkat SSFC sentiasa ada pelbagai inovasi dan penambaikan daripada segi kejurulatihan dan dari segi pemilihan pemain dan Insya Allah kita doakan untuk musim ini pasukan Red Giant kembali menjulang piala Malaysia. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 34.
Yang Berhormat EXCO tolong ringkaskan kita tidak ada masa.
Saya ringkaskan , terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek, Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste Management Sdn. Bhd. sentiasa komited dalam memastikan kutipan sisa pepejal seluruh Pihak Berkuasa Tempatan PBT dilaksanakan secara cekap, berjadual dan memenuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan. KDEB Waste Management telah melaksanakan sepenuhnya perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik dan pembersihan awam di kesemua 12 PBT di negeri Selangor melalui 2022 berdasarkan pemantauan prestasi yang dilaksanakan secara berkala KDEB Waste Management bersama PBT kadar pematuhan kepada jadual kutipan sisa pepejal Servis Labour Agreement (SLA) adalah tinggi iaitu melebih 90% secara purata bagi setiap tahun. Pada suku pertama tahun 2025 KDEB Waste Mangement merekodkan purata kadar pematuhan Servis Labour Agreement (SLA) sebanyak 82.7 bagi kutipan sisa pepejal domestik di seluruh negeri. SLA ini menetapkan piawaian kualiti perkhidmatan yang perlu dipenuhi oleh KDEB Waste Management termasuk expect seperti kekerapan kutipan sisa domestik dan pukal, masa tindak balas kepada aduan, standard kebersihan lokasi selepas kutipan, penjadualan kutipan mengikut zon, pengurusan logistik dan penyelenggaraan kenderaan, pemantauan harian oleh Jabatan Kesihatan Pembersihan Awam dan penyelia tapak dari segi keselamatan PPE, dan pakai seragam dan documentary tiping slip laporan bulanan. Berikut adalah maklumat NTC tapi banyak NTC (Notis to Collect) yang jumlah NTC yang telah dikeluarkan saya summary kan sahaja tahun 2023, 2,267 NTC dikeluarkan, tahun 2024 1,604, ada penurunan dari 2,267 kepada 1,604 dan setakat bulan Mei sekarang ini tahun 2025, 776 untuk setakat ini hampir setengah tahun ada peningkatan prestasi kutipan. Sekian sahaja, terima kasih.
Kalau ada jawapan lagi mungkin boleh hantar secara bertulis Yang Berhomat EXCO. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul No. 6 Tahun 2025 Usul di Bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Hulu KelangMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Usul No. 6 Tahun 2025 Usul di Bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Hulu Kelang.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Panjang untuk menyambung Perbahasan. 5 minit sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya cuba compress kan. Ahli Dewan sekalian, untuk makluman jenis tanah rizab ini ada beberapa jenis.
(i) Tanah Orang Asli yang dilindungi oleh UN iaitu Bangsa-bangsa Bersatu. (ii) Tanah Pusaka. Tanah yang telah diduduki ribuan tahun sebelum kedatangan penjajah seperti Tanah Adat iaitu Anugerah Tok Batin (Ketua Kampung), Tanah Adat Pepatih Negeri Sembilan, Tanah Adat Melaka (Malacca Customary Land), Tanah Adat Temenggong, Tanah Adat Naning dan Tanah Pegangan Melayu Terengganu. (iii) Tanah Rizab Melayu yang diisytiharkan pada 1908 dan diperbaharui pada tahun1913; (iv) Tanah Warisan; (v) Tanah Kampung Baru yang disebut sebagai tanah emas iaitu Malay Agriculture Settlement dan (vi) Tanah Wakaf.
Beberapa contoh TRM yang ada di negeri Selangor seperti Gombak. Di Gombak ini laluan ECRL ada 13 kampung yang terlibat. Walaupun dalam jawapan ini saya melihat dinyatakan tidak ada Tanah Rizab Melayu tapi di situ ada Tanah Wakaf seluas 13 ekar dan juga di situ ada Tanah Rizab Orang Asli yang menjadi penempatan mereka, penempatan mereka selama 134 tahun. Jadi kita tahu bahawa Tanah Rizab Orang Asli ini dilindungi oleh Bangsa-bangsa Bersatu, maka cadangan supaya dikemas kini sistem e-tanah ini dan juga jumlah anggota untuk kawal aktiviti-aktiviti pencerobohan di semua TRM negeri Selangor yang mana anggota,11 unit itu perlu ditambah.
Kedua, contohnya Bagan Nakhoda Omar. Ia sebuah tanah yang berstatus Tanah Rizab Melayu. Kampung ini kita perlu ambil alih secara permohonan rasmi iaitu sebuah pekan kecil yang keluasannya 2 ribu ekar. Tular satu kenyataan media daripada Yang Berhormat Sungai Air Tawar berkenaan dengan hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekinchan pada 6 November 2015 ketika Mesyuarat Ketiga Persidangan Penggal Ke-13 Dewan Negeri Selangor yang berhasrat untuk menukar Bagan Nakhoda Omar kepada Bagan Nakhoda Chong. Jadi sekiranya hasrat itu masih ada, kena
umumkan kepada penduduk dan sekiranya tidak ada, perlu permohonan maaf secara terbuka.
Ketiganya, TRM di Sungai Panjang. Video respons daripada Yang Berhormat Sekinchan berkenaan dengan Titah Sultan walaupun itu tidak dijawab, tetapi perkara yang kedua disebut tentang 74 ekar Tanah Rizab Melayu ditukar ke Sungai Panjang. Maka perkara ini perlu ada hebahan awam. 74 ekar itu di mana dan statusnya telah diganti atau pun tidak. Dan kesimpulannya daripada penyata laporan Ketua Audit ini sehingga Disember sebanyak 65.13 ekar TRM belum diganti sehingga Disember 2024. Dan juga pembatalan TRM dilakukan sebelum tapak ganti dikenal pasti. Contohnya, TRM Sungai Way untuk pembangunan Hotel Dossett. Begitu juga 207 syarikat tidak sah menerima pemberi milikan TRM yang tidak tersenarai dalam jadual ketiga TRM 142 iaitu TRM NMB Bab 142 yang disemak sejak tahun 1935. Manakala 15.53 ekar TRM dalam Laporan ini dipindah milik dari Pegangan Melayu kepada Pegangan Bukan Melayu. Dan pewartaan TRM tanpa tapak ganti bertentangan dengan Enakmen Rizab Melayu 142. Jadi pencerobohan-pencerobohan TRM berleluasa kerana penguatkuasaan oleh PTGS dan PDT terlalu lemah disebabkan 11 unit sahaja untuk mengawal keseluruhan TRM di negeri Selangor.
Akhirnya, cadangan umum supaya ada usaha pro aktif untuk ganti TRM lama terutamanya 10 isu yang dibangkitkan oleh JANS, Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor. MMKN juga perlu membuat dasar tetap bahawa setiap pembatalan TRM mesti diganti serta-merta, manakala Kerajaan pula perlu tegas. Kelulusan pembangunan dibenarkan selepas tapak ganti dikenal pasti iaitu similar in character dengan izin dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu. Dan tindakan undang-undang perlu diambil ke atas Pegawai Daerah yang gagal membuat endorsement, begitu juga Sungai Panjang mengingatkan tindakan undang-undang juga perlu diambil ke atas Ahli Politik atau wakil mereka yang menggunakan kapasiti kuasa semasa dalam kerajaan untuk mengugut pegawai-pegawai awam supaya menyerahkan ataupun menukar apa-apa juga status yang ada jika itu berlaku.
Dan yang terakhirnya, cadangan bagaimana ambil balik tanah yang hilang dan menambah nilai tanah simpanan Melayu sebagai menjawab persoalan Batu Tiga semalam. Antaranya, kelemahan dasar sentiasa melupuskan dan urus niaga berhubung Tanah Rizab Melayu dengan bangsa asing, perlu ataupun mesti dihentikan.
Yang keduanya, Enakmen Tanah Rizab Melayu perlu diberi peruntukan besar bagi memajukannya dan yang seterusnya membeli syarikat-syarikat tanah bangsa asing yang memajak Tanah Rizab Melayu. Tanah Rizab Melayu yang dibangunkan mesti diagih kembali kepada peribumi Melayu sepenuhnya seratus peratus supaya pegangan tanah berkekalan sampai bila-bila pada masa yang sama memelihara pegangan kuasa
mengundi di kawasan yang kekal milik Melayu. Kerajaan Negeri dan Persekutuan mempunyai tanggungjawab, fiduciary dan juga amanah memastikan tanah hak milik peribumi Melayu, Tanah Adat, Tanah Orang Asli, Tanah Warisan, Tanah Wakaf dan Tanah Emas tidak dicabuli, dicerobohi ataupun dilupuskan. Menyekat Tanah Rizab Kerajaan di dalam kawasan Tanah Rizab Melayu dari di kompromi dengan apa jua cara bentuk runding niaga kerana akhirnya tanah rizab ni sebahagian besar akan dikuasai negara asing.
Terakhirnya, semua tanah sepanjang laluan dan landasan jajaran kereta api, jajaran ECRL dari Port Klang sehingga lah ke Kota Baharu harus secara tegasnya tidak boleh dijual kepada negara asing. Ia akan menimbulkan pelbagai masalah keselamatan dan juga penerokaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sungai Burong pun nak berbahas?
Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum w.b.t. Seluruh Ahli Dewan Negeri yang dirahmati Allah dan para penonton. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Speaker untuk saya membahaskan Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan (PAC) bagi Dewan Negeri Selangor ke15 Tahun 2025 berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021, 2022 dan 2024 dalam isu LPHS, Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Selangor.
Daripada saranan dan dapatan yang disebutkan dalam laporan tersebut, kita mendapati ada beberapa angka yang boleh diperbaiki dan disemak kembali. Antaranya hanya 42.3% penyewa PPR layak dan 7.8% melebihi pendapatan RM3,000.00 dan 49.8% penyewa tiada maklumat pendapatan. Seperti mana yang kita tau bahawa isu perumahan ini adalah isu asasi kepada rakyat khususnya negeri Selangor untuk mendapatkan rumah tempat berlindung. Bila ada unsur ketirisan seperti ini, kita melihat ada lebih separuh penyewa yang layak, tiada data pendapatan. Secara tak langsung kita dapati ada separuh, hanya separuh penyewa layak dan separuh lagi seolah-olah tidak layak. Bilangan separuh ini adalah satu bilangan agak significant dan besar, maka seolah-olah kita menutup peluang kepada mereka yang layak tetapi terhijab ataupun terhalang dek kerana isu ketirisan ini.
Kemudian kita dapat melihat bagaimana 169 unit PPR tidak boleh disewa kerana rosak ataupun usang. Dan rosak dan usang ini tidak berjaya diuruskan dengan baik mengakibatkan potensi untuk mendapat pendapatan sekitar RM1.82 juta juga tidak dapat diambil ataupun di absorb dengan izin. Oleh sebab itu potensi-potensi dan ketirisan ini
menjadikan kewangan yang sepatutnya mendapat hasil kepada Kerajaan Negeri juga terhijab ataupun terhalang dek kerana isu seperti ini.
Jadi kita dapati saranan dan dapatan menunjukkan adanya kelemahan pengurusan yang agak ketara sehingga keluar perkataan seperti report yang adverse, ya sangat buruk, dengan izin. Menunjukkan bahawa ada beberapa persoalan yang boleh dibangkitkan yang perlu diambil serius oleh pihak Kerajaan, adakah pelan yang dirancang dengan begitu baik untuk membaik pulih 169 unit yang kosong ini perlu diambil perhatian yang serius supaya potensi pendapatan RM1.82 juta ini tidak terlepas begitu sahaja.
Begitu juga tunggakan sewa sebanyak RM3.24 juta dengan rekod pelanggaran kontrak yang berleluasa. Ini juga isu kelemahan pengurusan, begitu juga dengan LPHS yang tidak menyerahkan Penyata Kewangan tepat waktu sejak tahun 2021 dan ia telah ditegur berulang-ulang ulang kali menunjukkan kelemahan adakah di situ ada tidak cukupan tenaga ataupun staf dalam melaksanakan perkara-perkara ini, sebab ini berdasarkan ataupun menguruskan sesuatu benda yang menjadi bread and butter dengan izin kepada rakyat Selangor untuk menduduki kediaman.
Bahkan penggunaan sistem manual didapati oleh Laporan Ketua Audit Negara dan pelantikan Akauntan yang lewat, kesemuanya menyumbang kepada tidak efisiennya pengurusan dalam LPHS ini. Jadi kita boleh memberi cadangan ataupun menguatkan lagi kelemahan pengurusan ini mungkin boleh meletakkan LPHS di bawah Suruhanjaya Bebas di bawah pemantauan perumah untuk memastikan isu ini dipantau rapat dekat supaya pembaziran-pembaziran banyak yang disebutkan tadi dan potensi-potensi pendapatan tadi dapat dilaksanakan dan dapat di atasi dengan baik. Itu sahaja perbahasan daripada Sungai Burong. Terima kasih. Assalamualaikum.
Speaker.
Kota Damansara, saya bagi 5 minit ya.
2? Oh 5 ingat 2. Baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker atas kebenaran untuk membenarkan Kota Damansara bersama-sama untuk membahaskan Penyata Jawatankuasa Kira-kira Kewangan Kerajaan (PAC) Kali Ke-15 berhubung Laporan Ketua Audit Tahun 2021, 2022 dan 2024. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Hulu Kelang kerana akhirnya satu laporan dapat dibentangkan. Ini hasil menunjukkan apabila kerjasama yang dapat dilakukan atas tujuan untuk kebaikan rakyat Selangor. Pertama sekali Kota Damansara ingin menyentuh berkenaan isu berbangkit berkenaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor kerana isu-isu yang dibangkitkan ini berkait rapat
khususnya di kawasan Kota Damansara iaitu Kota Damansara mempunyai PPR Kota Damansara. Apabila kita lihat antara penemuan-penemuan yang dilihat oleh Jabatan Ketua Audit Negara antara perkara-perkara yang dapat dilihat semestinya ialah Laporan Kewangan yang berkali-kali permohonan untuk dilanjutkan jadi saya mohon kepada Lembaga Perumahan Selangor sekurang-kurangnya mengambil satu inisiatif untuk memperbaiki sebab apa ini menunjukkan satu sikap yang mana kita bertanggungjawab terhadap setiap sen duit rakyat Selangor.
Yang kedua saya ingin menyentuh khususnya berkenaan hasil tunggakan sewa yang sebanyak RM3.24 juta yang paling tinggi semestinya di kawasan DUN Kota Damansara. Kalau dilihat di pejabat saya ada juga yang datang memohon bantuan daripada saya yang mana bila saya lihat kembali jumlah tunggakannya ada yang sampai 3 tahun tak bayar satu sen maksudnya boleh bayangkanlah sebenarnya kalau andai kata jumlah RM3.24 juta ini bukanlah suatu jumlah yang mengejutkan, sebab ada sebahagian daripada mereka yang 2 tahun, ada yang 3 tahun tak bayar, yang mereka masih lagi menduduk menduduki PPR Kota Damansara ini diikuti dengan PPR HICOM dan PPR Serendah. Kalau kita tengok ada juga penemuan yang terdapat 117 perjanjian yang tidak ditandatangani oleh penyewa. Saya ingat ini bukan sesuatu yang perkara remeh, sebab setiap perjanjian itu mesti ditandatangani oleh dua (2) parti. Sebab apa jika ada perkara-perkara yang berbangkit kelak, semestinya pegawai-pegawai yang berada di dalam LPHS perlu bertanggungjawab dan apabila perkara ini dibangkitkan kembali, dokumen-dokumen yang sedia ada ini tidak mencapai piawaian. Jadi, saya mohon perkara-perkara sekecil-kecil ini perlu diambil berat dan perlu ditingkatkan proses-prosesnya. Yang kedua saya nak lihat juga kat sini, kalau dilihat lebih kurang 7.8 penyewa didapati mempunyai pendapatan melebihi RM3 ribu sebulan. Yang ini, saya nak ingatkan kepada LPHS ia memang kalau andai kata saya kadang-kadang singgah ke PPR Kota Damansara ini keretanya bukan kereta kecil-kecillah ada yang sebahagiannya Honda Civic Type R lagi. ADUN pun pakai X70, itu pun nama bapa punya jadi kadang-kadang bila saya tengok ini situ mungkinlah saya berpendapat mungkin mereka bekerja sebagai pemandu jadi dia bawa kereta bos dia parking. Tapi parking dia cantik Vellfire, Type R..kanToyota dan sebagainya saya sendiri pun jeles tengok jadi ini antara perkara-perkara yang perlu dilihat dan saya akui memang memang ada sebahagian daripada mereka sebenarnya tidak layak duduk di situ. Ramai yang sebenarnya datang ke pejabat saya memohon minta surat sokongan dan sebagainya untuk mereka mohon rumah PPR kalau ikutkan antara PPR-PPR di Kota Damansara, Serendah dan di HICOM ini PPR Kota Damansaralah sebenarnya PPR yang paling mereka nak sebab berada di tengah-tengah bandar antara Kuala Lumpur dan Klang dan juga PPR yang mana sering kali lifnya baru diperbaiki yang mempunyai lif baru dan mempunyai persekitaran untuk mencari kerja yang lebih baik. Jadi semestinya kawasan di Kota Damansara ini jadi
kawasan...kawasan yang tertumpu. Sekali lagi yang saya nak tengok penemuan dia ialah baki 49.8 penyewa yang tidak mempunyai maklumat pendapatan. Saya ingat ini sangat penting kita mungkin boleh belajar 1-2 perkara bagaimana Singapore membuat bancian terhadap mereka yang menduduki rumah Council House setiap 3 tahun menjadi kewajipan kepada mereka untuk mendaftar dan memberikan slip gaji untuk mereka lihat berapakah jumlah pendapatan mereka bukan hanya slip gaji tapi mereka perlu memberi juga akaun statement. Melihat akaun yang masuk ke dalam akaun mereka akaun peribadi mereka berapa jumlah pendapatan bulanan. Mungkin kita boleh lihat pihak LPHS mungkin daripada sudut EPF, dari sudut akaun statement mungkin 3 bulan atau 6 bulan, kita juga boleh lihat daripada sudut slip gaji mereka masing-masing, secara tak langsung ini akan memberikan satu lagi sisi pandang LPHS untuk menyemak kembali jumlah pendapatan penyewa-penyewa tersebut. Kalau kita tengok 4.3.4 Jawatankuasa mendapati RM7.88 juta daripada RM12.9 juta diperuntukkan dan pengurusan PPR hanya membelanjakan dan baki ada RM5.02 juta tidak dibelanjakan untuk menyelenggara. Saya dimaklumkan oleh, Yang Berhormat EXCO ada jawapan-jawapannya sebahagian daripada bajet ini oleh kerana faktor Covid ketika itu jadi ada beberapa perkara yang tak dapat dilakukan tapi walau bagaimanapun saya mohon sekali lagi kepada LPHS untuk kalaupun ada masalah Covid saya ingat bajet ini masih ada lagi. Jadi, mohon untuk dibelanjakan secara berhemah dan tolong belanjakan bagi keselesaan kepada rakyat yang duduk di PPR. Kita maklum ini ialah berkenaan kualiti kehidupan semestinya kita nak rakyat yang duduk sini mereka dahlah miskin semestinya kita tak boleh nak letakkan ke suatu tempat dan kita mengharapkan mereka duduk di tempat yang hanya sekadar ala kadar. Saya sekali lagi mohon kepada LPHS sebab ini putus khas berkenaan LPHS. Kalau ada kita tengok ada unit-unit yang tidak dapat dibaik pulih. Yang mana ada lebih kurang 100 lebih unit ini saya mohon untuk dibaik pulih secara segera sebab kalau kita tengok yang mohon permohonan daripada penduduk atau kawasan persekitarannya mereka tak dapat penawaran rumah ini kerana sebahagian besar rumah-rumah ini tidak dapat diduduki kita maklum ada sebahagian mereka tidak puas hati bila dipaksa keluar sebab apa? Bila dikunci dipaksa keluar ialah 3 bulan 3 tahun tak bayar dan diarahkan untuk keluar jadi mereka ada rasa tidak puas hati jadi mereka memilih untuk merosakkan unit-unit rumah tersebut dan akhirnya LPHS mempunyai beban untuk repair dan nak tawarkan kepada penghuni yang baru. Sebab itu saya tadi ini dikaitkan balik dengan perjanjian apabila 117 perjanjian ini tidak ditandatangani bagaiman kita nak ambil tindakan kepada mereka yang merosakkan aset-aset kerajaan? Jadi sekali yang terakhir sekali saya mohon kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk semak kembali satu persatu aaa..khususnya di kawasan-kawasan PPR Kota Damansara, di PPR HICOM, PPR Serendah sebab apa ini merupakan salah satu kewajipan kita sebagai kerajaan untuk menyediakan kemudahan khususnya kawasan rumah-rumah mampu milik. Memang
sewaan dia hanya RM125.00 yang paling maksimum RM250.00 ada juga sebahagian daripada kita mak bapanya duduk situ, lepas itu bila ada anak-anaknya pun nak duduk dekat situ juga sebab sewanya murah. Tapi walau bagaimanapun saya minta LPHS untuk pastikan segala SOP dan Garis Panduan yang telah ditetapkan kita dapat mengikuti dengan lebih baik dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua cuma saya nak mohon minitkan pada yang terakhir bila saya tengah dengar tadi ada ucapan-ucapan rakan-rakan yang mana PAC telah memanggil beberapa orang tapi memilih untuk tidak hadir bagi saya ini suatu yang malang sebab bagi saya, PAC ini ialah satu Jawatankuasa yang perlu dipanggil tak kira siapa pun perlu hadir sebab dia menunjukkan bahawa ketaringan PAC penting sebab apa? Sebab kita nak setiap sen yang dibelanjakan ini perlu dijawab dan rakyat perlu tahu jadi saya mohon kepada semua ini perkara-perkara seperti ini tidak berulang lagi. Jadi, selebih daripada itu terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat Speaker.
Ya,saya men...Sekiranya tidak ada apa-apa lagi berbahas.
Dengkil....Dengkil.
Saya mohon, Dengkil ada? Saya bagi 5 minit.
Satu, ringkas sahaja.
Ya.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin merujuk kepada Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan dan kita dapati ia Jawatankuasa ini telah menelitilah Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 dan 2 Tahun 2021, Siri 1 dan 2 Tahun 2022 dan Siri 3 Tahun 2024 dan ia melibat banyak perkaralah dan saya ingin menyentuh tentang 2 perkara sahaja iaitu berkaitan dengan MSN, Majlis Sukan Negeri Selangor dan juga Perumahan, LPHS. Isu ini telah pun dijelaskan oleh pelbagai apa itu ADUN tadi dan saya cuma ingin menimbulkan beberapa persoalan : i) Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pegawai yang terlibat dalam permasalahan ini? sama ada siasatan telah dibuat atau masih mereka ini masih menjalankan tugas lagi? Dan
ii) Adakah tindakan surcaj diambil terhadap pegawai yang terlibat? Sekiranya didapati bersalah memandangkan perkara Penyata Kewangan yang tidak dikemukakan ini bukan satu tahun iaitu selama 3 tahun berturut-turut dan adakah tindakan tatatertib juga diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan dan melakukan sesuatu ketidak ketulusan ini? Sejauh manakah Kerajaan Negeri
memastikan pegawai yang pakar dalam bidang kewangan dipilih untuk mentadbir dalam bidang kewangan berkenaan sebab kita lihat mereka ini setelah 3 tahun masih lagi tidak boleh menyelesaikan masalah Penyata Kewangan tersebut dan akhirnya satu keputusan yang cekap, amanah dan penuh berintegriti perlu ada dan diganti untuk mentadbir MSN dan LPHS. Itu sahaja daripada saya.
Ya saya menjemput YAB Dato’ Menteri Besar untuk memberi sebarang maklum balas sekiranya ada...
Terima kasih aaa..kepada semua rakan-rakan daripada Public Account Committee dengan izin atau pun PAC yang telah membentangkan dan turut terlibat dalam perbahasan Penyata-Penyata Akaun sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021,2022 dan 2024 yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat PAC. Saya ingin menjelaskan beberapa langkah-langkah susulan yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi terbabit, termasuk dalam menangani isu-isu yang berkaitan. Isu pokok yang paling besar ialah tentang penghantaran Laporan Kewangan. Justeru setiap department dan jabatan-jabatan terbabit telah diingatkan beberapa kali termasuk dalam ingatan Menteri Besar di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri supaya patuh terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan termasuk menghantar laporan yang cekap dan efisien kepada Ketua Audit Negara. Namun begitu terdapat isu-isu yang berkaitan-berkaitan dengan department-department atau pun jabatan-jabatan terbabit yang perlu diuruskan secara spesifik. Untuk MSNS isu yang paling besar ialah berkenaan dengan pemalsuan pembayaran yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai tertentu. Justeru, pada masa tersebut pihak Kerajaan Negeri dan MSNS telah melaporkan kepada pihak polis dan pihak terbabit juga telah diambil tindakan oleh pihak polis dan sedang dibicarakan atau pun telah dijatuhkan hukuman di atas tindakan yang dilakukan. Kita kenal pasti perkara tersebut dilakukan kerana penghantaran atau pun proses pembayaran-pembayaran tersebut dilaksanakan melalui gajet atau pun peranti yang diusahakan melalui perbankan jadi daripada gajet itu kita akan meluluskan, saya sendiri yang menekan tombol pintunya atau pun tombol atau pun picunya dan pada waktu tersebut rupanya pegawai-pegawai tersebut telah menukar maklumat-maklumat dengan memalsukan nama-nama pegawai terbabit. Dengan sebab itulah terpaksa kita menyusun balik jumlah kehilangan tersebut, memastikan dapat bayaran itu balik dan semua perkara-perkara tersebut. Jadi hal tersebut telah memberikan masa yang panjang untuk kita melengkapkan laporan kewangan dan saya berpandangan pandangan yang diberikan oleh Ketua Pembangkang atau Pengerusi PAC supaya Pegawai Kewangan Negeri dapat melihat atau pun memantau dan menyelenggara dan menguruskan penghantaran-penghantaran ini atau pun penghantaran laporan-laporan ini supaya tidak ada yang terlepas pandang atau pun terlepas tindakan-tindakan tertentu. Untuk Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ia bermula dengan persoalan audit
daripada firma swasta atau pun firma audit yang telah dilantik sebelum-sebelum ini. Apabila berlaku pertukaran tersebut terdapat pertukaran formal dalam pengauditan dan pertukaran formal itu telah menghasilkan satu yang agak mengelirukan. Isu yang keliru ialah isu tentang pemilikan rumah-rumah yang dimiliki oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Dalam entiti ini kita kena faham sebab Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memiliki aset tersebut kemudian pengurusannya dibuat oleh PHSSB. Alhamdulillah PHSSB antara anak syarikat yang paling cemerlang dalam menguruskan ini termasuk menguruskan Smart Sewa. Secara keseluruhannya walaupun angkanya kelihatan besar RM3.2 juta tetapi sebenarnya yang tidak dapat dikutip tetapi sebenarnya kutipannya adalah mencecah lebih RM12 juta. Sebelum pandemik sebahagian besar daripada kawasan-kawasan rumah PPR ini kutipannya sampai 99% tetapi selepas pandemik ia jatuh sedikit menjadi 72-73% lebih kurang ini adalah hasil daripada mesyuarat pertama. Langkah apa yang kita lakukan kerana ia akan memberi kesan kepada pembayaran cukai yang harus dilunaskan oleh pihak-pihak tertentu kerana kalau kita serahkan aset ini milik siapa PHSSB atau pun Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Itulah yang direkodkan kalau tengok berita RM800 juta tidak hilang dalam data. Sebenarnya bukannya hilang dalam data, maklumat itu tidak ditempatkan di tempat yang sewajarnya lebih kurang kerana ia sewajarnya diletakkan di dalam akaun kira-kira Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor berbanding diletakkan di bawah PHSSB. PHSSB ada memegang beberapa unit atas pembelian-pembelian sebelum ini kerana ia melibatkan pembelian unit komersial. Pembelian unit komersial akan diuruskan semua dan sebab itu kita terpaksa melantik firma audit dan firma konsultan ataupun penasihat percukaian supaya mengelakkan kesan pencukaian yang terlalu besar terutama kepada institusi kerana mereka bukan menjalankan atas inisiatif keuntungan semata. Ada keuntungan margin tertentu tetapi lebih kepada melaksanakan program-program perumahan. Sekarang kita dah mendapat keperluan daripada KPKT untuk menguruskan Lembah Subang, Yang Berhormat. Lembah Subang akan diuruskan hasil kita take over Kota Damansara, saya rasa Hulu Kelang pun ingat macam mana kita turun Kota Damansara dulu dan sekarang Kota Damansara kawasan perumahan itu jauh lebih baik. Jauh lebih teratur, ada satu kes saja yang melibatkan penggunaan lif yang dibawa ke mahkamah tapi kita lihat isunya tidak timbul. Itu maaf itu di Bandar Baru HICOM. Yang di Kota Damansara dengan lebih baik dengan Programme Adapt Use ataupun Adapt Use Garage. Adapt Use Garage dan sekarang melalui Think City mereka terlibat di beberapa institusi di bawah Kementerian Perumahan di bawah Kementerian Kewangan khususnya Khazanah mereka melaksanakan Program Transformasi Sosial kerana penduduk-penduduk di situ tidak bukan hanya berdepan dengan masalah kewangan tetapi juga ada isu-isu sikap. Saya masih ingat bila kita turun di Kota Damansara dulu awal-awal tahun 2016, 2017 masa kita ambil selain bersepahnya sampah sarap, banyak anak-anak ponteng dan sebagainya perkara itu telah ditangani dan sedikit sebayak kebertanggungjawaban itu sudah semakin meningkat di kalangan penduduk-penduduk
dan masyarakat termasuk membina infrastruktur walaupun sebagaimana yang direkodkan ada sebahagian daripada peruntukkan yang telah digunakan tidak habis dibelanjakan atas faktor-faktor mengelakkan vandalisme ataupun perkara-perkara yang dielakkan. Ini asas kenapa laporan-laporan itu agak lewat ataupun tidak sampai, tidak sampai kepada masa yang telah ditetapkan tetapi saya setuju supaya hal itu diambil maklum dan diuruskan dengan baik. Perkara yang seterusnya adalah berkenaan dengan tanah rizab Melayu sebagaimana laporan Ketua Audit Negara. Saya nak maklumkan saya rasa hari ini juga telah dimaklumkan dalam PAC bahawa didapati lebih kurang 4,000 ekar tanah-tanah rizab Melayu yang tidak digantikan. Daripada 4,000 ekar ini 3,600 ekar barulah dikenalpasti pada tahun 2021 dan 2022 oleh Lembaga Audit Negara ataupun auditor general. Dan di sana kita dapati 3,600 adalah tanah-tanah rizab Melayu yang telah dinyah wartakan sebelum merdeka. Saya ulang sebelum merdeka. Saya ulang sebelum merdeka. Jadi itu cerita dia. Jadi bila sebelum merdeka jadi sebelum, sebelum ini pun belum digantikan. Jadi bila diberitahu kepada kita eh, ini mana pula diberi yang dinyah warta adalah British ataupun penjajah pada waktu itu. Jadi proses nak gantikan itu ambil masa yang lama. Justeru, nasihat daripada Penasihat Undang-Undang lebih baik kita keluarkan ini daripada senarai yang dinyah warta kerana kalau tidak ia akan memberi kesan kepada senarai yang telah diberikan. Kalau Yang Berhormat kata Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Sungai Panjang sebut kerajaan negeri melanggar undang-undang masa PAS dalam kerajaan undang-undang pun sama melanggar undang-undang. Saya ulang ketika PAS dalam kerajaan pun melanggar undang-undang kerana tak gantikan. Tapi keadaannya tak boleh sebab penggantian 3,600 itu terlalu besar dan perlu kita cari satu tapak mungkin hampir separuh daerah akan ataupun suku ataupun sebahagian daerah akan terkesan. Jadi apa yang berlaku hanya berbaki lebih kurang 500 ekar. 500 ekar ini adalah berdasarkan daripada projek awam yang melibatkan Sungai Way yang terlibat pada tahun 1985. Saya ulang 1985, 1985 saya ulang. Jadi sebab itu apabila tahun 1985 kita dah menggantikannya pada tahun 2024 sebanyak 25 ekar dan tahun ini atau hujung tahun ini ataupun tahun depan kita akan gantikan 42 ekar di daerah Gombak untuk memastikan tanah-tanah tersebut berjaya ataupun digantikan. Selebihnya adalah 400 ekar lebih iaitu pembinaan loji rawatan air Sungai Rasau. Ia bukan projek private tetapi projek kerajaan untuk pastikan bekalan air yang secukupnya kalau siap dengan 1400mld ini adalah loji rawatan terbesar di Asia Tenggara. Jadi penggantiannya tanahnya telah dikenal pasti cuma saya pasti di peringkat daerah saya faham Pengerusi PAC menegur ada pegawai-pegawai daerah tidak hadir jadi saya minta juga kalau boleh datang dan kenal pasti maklumkan di tanah mana supaya hal tersebut boleh dimuktamadkan dengan segera. Dan ada lebih kurang 80 ekar yang dibuat pada tahun 2023 kalau tak silap saya untuk ECRL sebanyak 80 ekar di Gombak dan penggantian 80 ekar itu sedang diuruskan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak untuk menggantikannya. Walaupun secara asas digantikan pada masa yang sama tetapi keputusan menggantikan masa yang sama itu memang telah
ditetapkan oleh MMKN tetapi prosesnya mengambil tempoh masa yang jauh lebih panjang kalau perlu ada perubahan-perubahan tertentu jadi perubahan-perubahan tertentu itu terpaksa kita lalukan termasuk dalam memastikan ia dapat digantikan secepat mungkin. Maknanya immediate dalam tempoh sebulan atau dua bulan tapi ia melibatkan Kanun Tanah Negara dan sebagainya yang saya rasa perlu ada inovasi dan kredibiliti di Penasihat Undang-Undang untuk menasihatkan kepada kita macam mana penggantian segera on the dot itu dapat dimuktamadkan kerana ia melibatkan kadang-kadang projek yang memerlukan pelaksanaan segera ECRL sebagai contoh kalau kita delay nak tunggu penggantian itu lengkap sepenuhnya akan ambil masa setahun maka projek itu juga akan tertangguh setahun. Projek tangguh setahun dalam format dan model ECRL maknanya kadar interest hutang kita juga akan semakin meningkat di peringkat Nasional. Saya ada visi Nasional juga untuk pastikan negara tidak terbeban dengan kos-kos yang sedemikian rupa. Itu tanah, itu berkenaan dengan tanah rizab. Rasau sebagai contoh kalau kita makin lambat kita juga gagal untuk menyediakan bekalan air dan meningkatkan margin kita. Margin kita sekarang dah cecah 18% Yang Berhormat. Target kita adalah 20% ataupun 25% menjelang 2030. Jadi kita kena laksanakan segera. Jadi kita jadi penyah wartakan itu kena dibuat segera. Penggantian diputuskan segera juga dalam MMKN digantikan tetapi prosesnya mengambil jangka masa yang panjang perlu ada perubahan daripada segi undang-undang dan sebagainya untuk menggantikan hal tersebut. Jadi itu sedikit sebanyak apa yang saya boleh rungkaikan daripada persoalan namun begitu saya ambil maklum terhadap cadangan yang telah dikeluarkan oleh PAC dan sebagaimana maklum bahawa PAC ataupun Laporan Audit bukan sebab kita nak point finger satu dua orang individu ataupun untuk dibuat kesalahan tetapi membetulkan satu ekosistem dan juga satu kaedah kerja supaya pelaporan hasil kewangan negeri ataupun penggunaan kewangan negeri dan wang rakyat ini digunakan dengan semaksimum sebaik mungkin sampai kepada sasaran yang telah ditetapkan dengan tidak menolak sebarang isu-isu rinci yang saya sebutkan melibatkan MSN, melibatkan LPHS dan juga melibatkan PTGS sebentar tadi. Daripada dashboard auditor general pada waktu ini sebahagian daripada sepuluh perkara itu lapan perkara telah mendapat masih lagi dalam kod kuning. Belum lagi kod hijau. Saya jangkakan menjelang akhir tahun ini mengikut plan daripada PTGS kita boleh menukar kod-kod itu kepada hijau that’s mean we rightify dengan izin ataupun kita telah melakukan proses-proses pembaikan dan perubahan terhadap apa yang telah ditegur dalam laporan PAC terbabit. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu Usul yang berbunyi Bahawasanya Menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan Yang Mulia Ini Menerima Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan PAC Bagi Dewan Negeri
Selangor Ke-15 Tahun 2025 Berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021, 2022 dan 2....
Yang Berhormat Speaker, sekejap.
Ya.
Saya tak jawab UNISEL tadi, saya lupa.
Ya UNISEL.
Maafkan saya. Saya menerima pandangan tentang UNISEL tentang ketidakhadiran dan sebagainya itu saya rasa ada garis undang-undang yang wajar diteruskan ataupun wajar diikuti kepada semua dan diingatkan kepada semua untuk patuh terhadap panggilan daripada mesyuarat kerana ia adalah sebahagian daripada aktiviti Dewan. Sebahagian aktiviti Dewan harus dipatuhi oleh semua. Justeru saya ingin menjelaskan tentang sedikit tentang UNISEL supaya kita dapat sedikit ruangan dan penjelasan kenapa UNISEL ada isu tertentu sekali lagi isu UNISEL sebelum ini adalah akaun-akaun yang tidak dapat di verify daripada tahun-tahun sebelum ini. Kita mengambil tempoh yang sangat panjang disebabkan selepas MBI menukar sistem audit dan juga aturannya dengan menggunakan secara centralise dengan kaedah tersebut sebenarnya kita selesaikan banyak perkara dan kita dah on track dan back track kepada atau on track terhadap apa yang telah ditetapkan untuk pengurusan daripada pelajar UNISEL. Pada waktu ini UNISEL mempunyai kira-kira 6,444 pelajar-pelajar aktif. Apa yang disebutkan oleh Ijok, jumlah pelajar-pelajar pada waktu tersebut mencecah 10 ribu tetapi 10 ribu daripada data yang ada sebelum ini termasuk pelajar-pelajar yang tidak aktif. Yang tidak aktif ini adalah sebahagiannya telah dua semester tiga semester tidak membayar yuran jadi kita clearkan kita dapatkan yang genuine dan jumlah yang genuine itulah merupakan angka yang real yang beroperasi di peringkat UNISEL. Ketika pandemik UNISEL boleh survive walaupun beberapa kolej-kolej swasta yang lain tutup kerana ada sokongan dan dokongan daripada rakyat negeri Selangor. Daripada data yang kita ada 60% daripada mahasiswa-mahasiswi UNISEL adalah mahasiswa daripada negeri Selangor dan 50 dan kebanyakannya 80% daripada 60% itu terdiri daripada kelompok-kelompok B40 di negeri selangor dan UNISEL merupakan universiti ataupun antara universiti swasta taraf dia yang menawarkan yuran antara yang paling rendah dengan penarafan emtune sebenarnya tak banyak universiti ada enam universiti je mendapat penarafan emtune untuk teknikal dan vokasional yang kita akan percepatkan urusannya dengan segera dengan peruntukkan 1 juta diumumkan oleh kerajaan federal kepada UNISEL saya percaya di kalangan universiti-universiti negeri kalau kita compare ya, dulu insaniah di Kedah dan sekarang nama dia .. Ada universiti
negeri Perak, UNIMAS, UMS tak boleh ambil kira sebab ia dikira universiti awam. Saya percaya UNISEL berada dalam posisi yang jauh lebih baik. Cuma ada pertukaran jajaran UNISEL ditahun-tahun 2009, 2010 terutamanya apabila tidak lagi menitikberatkan sains teknologi dan matematik. Asasnya UNISEL dibina dengan asas membangun industri selangor sebab itu Universiti Industri Selangor kemudian dijenamakan menjadi UNISEL dan konsep-konsep tentang sosial sains dan sebagainya itu dibesarkan dan banyak walaupun kita tidak nafikan engineering fakulti masih lagi ada namun begitu pemerhatian saya daripada semua universiti-universiti swasta dalam Negara kita fakulti-fakulti engineering ini memang mengalami penurunan pelajar yang mendadak. Penurunan pelajar yang mendadak ini telah menyebabkan situasi yang amat parah ataupun situasi yang amat kritikal kepada Fakulti Engineering hingga hampir ditutup. Itu pun saya tidak benarkan selepas ada emtune ini saya rasa kita boleh empower dan membesarkan termasuk meningkatkan lab dan sebagainya. Tentang penutupan Selangor Business School. Prestasi Selangor Business School memang agak kurang memberangsangkan. Daripada masa ke semasa hanya 16 orang pelajar pada masa-masa tertentu. Kerana ia bergerak di luar daripada UNISEL, ia seolah-olah unattachment. Dia attach sahaja dengan UNISEL dan orang yang menggerakkannya juga telah terlibat dengan institusi lain dan tidak lagi boleh fully committed kepada Selangor Business School. Jadi penutupan Selangor Business School tapi mengekalkan MBA di dalam fakulti ekonomi dan juga kewangan UNISEL di Shah Alam yang akan dikekalkan dan masih lagi menawarkan kursus untuk Master serta PHD dalam bidang tersebut cuma diuruskan secara langsung daripada fakulti-fakulti yang terbabit. Jadi walaupun ditutup tetapi MBA masih lagi dikekalkan di bawah institusi tersebut. Usaha kita untuk mendapatkan mahasiswa-mahasiswa negara luar. Jelas daripada Bangladesh, Indonesia, daripada Oman sekarang ini ada 64, daripada China terutamanya untuk Master dan PHD jumlahnya juga agak tinggi telah berjaya memastikan kedudukan kewangan UNISEL yang besar. Namun begitu Yang Berhormat saya baru lepas Mesyuarat STANCO Kewangan kita dapati ataupun STANCO Pendidikan dan Pendidikan Tinggi. Kita dapati kita mempunyai jaringan yang hampir sempurna dalam bidang pendidikan. Kita ada MITS, kita ada sekolah JAIS, kita ada program seperti Bantuan Sekolah, kita ada Program Dana Anak Masuk Universiti dan pelbagai program lain. Tetapi dia tidak berhubungan dan inilah yang kita akan lakukan supaya sekolah-sekolah yang di bawah kelolaan negeri juga menjadi feeder yang terbaik kepada universiti. MITS sebagai contoh. Kita minta supaya MITS menumpukan untuk membawa pelajar ke Universiti Islam Selangor dan juga sebahagiannya atau separanya milik Kerajaan Negeri sebab ia dikelolakan oleh MAIS tetapi tetap di bawah Kerajaan Negeri. Untuk pelajar-pelajar JAIS yang cemerlang dalam STEM boleh disusur kan daripada UNISEL. Nanti saya akan maklumkan dalam belanjawan apa inisiatifnya ataupun insentifnya yang kita boleh kemukakan. Supaya majoriti daripada orang Selangor memilih UNISEL dan wish sebagai first priority termasuk STDC untuk latihan dan sebagainya. Jadi itu sedikit mengenai
UNISEL. Saya percaya ada perkara yang perlu kita perbaiki dan terus perbaiki termasuk unlock one thousand acres of land yang akan ada di kawasan UNISEL bagi mengekalkan kewangan dan juga hasil kepada UNISEL yang lebih sustain dalam tempoh 20 tahun akan datang. Terima kasih.
Terima kasih kepada YAB Dato’ Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah yang di hadapan dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) bagi Dewan Negeri Selangor Ke-15 Tahun 2025 berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021,2022 dan 2024 yang telah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 13 Tahun 2025. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul Nombor 7 Tahun 2025. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Kajang.
Ya, Kajang dipersilakan.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut : “Bahawasanya Peraturan 76(5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Bandar Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS). Berhubung Projek Pembangunan Datum Jelatek yang telah dibentangkan di dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 14 Tahun 2025. Tuan Speaker, Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Bandar Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) Bil.12/2024. Jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa perkara berbangkit berkenaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memerlukan perhatian pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk menjamin kemampanan agensi ini dan memastikan kelangsungan pelaksanaan dan dasar pembangunan negeri. Semasa mesyuarat JP-ABAS Bilangan 1/2025. Jawatankuasa telah memanggil PKNS bagi memberi penerangan dan penjelasan terhadap kerugian daripada pembangunan Projek Datum Jelatek yang telah dimajukan oleh anak syarikat milik 100% PKNS iaitu Datumcorp International Sdn. Bhd. Projek Datum Jelatek bermula pada tahun 2014 selepas PKNS mendapat arahan daripada Kerajaan Negeri untuk membuat pembangunan semula di kawasan perumahan tersebut yang berkeluasan 5.65 ekar dan mengambil masa 8 tahun untuk siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2021. PKNS turut memaklumkan bahawa Projek Datum Jelatek
merupakan projek pembinaan hartanah bernilai tinggi high end yang pertama dilaksanakan oleh Syarikat Datumcorp International Sdn. Bhd. Kos pembinaan bagi projek ini adalah sebanyak RM1.1 bilion. Manakala jumlah kerugian yang ditanggung oleh DCI adalah sebanyak RM230 juta daripada jumlah tersebut RM70 juta merupakan kerugian akibat unit-unit kediaman yang tidak terjual. PKNS memaklumkan kos pembangunan kasar gross development cost (GDC) bagi Datum Jelatek Shopping Centre adalah sebanyak RM445 juta bersamaan dengan RM1,301.00 per kaki persegi untuk kawasan lantai bersih (net floor area). Jumlah keseluruhan rumah yang telah dijual di Datum Jelatek Residence adalah sebanyak 262 unit daripada keseluruhan 712 unit iaitu dengan kadar jualan sebanyak 41 % sejak tahun 2022. Kadar penyewaan di premis Datum Jelatek Shopping Centre pula mencatatkan sebanyak 58 %. PKNS menyedari bahawa selepas pelaksanaan projek ini harga unit 2 bilik dan 3 bilik di Datum Jelatek adalah lebih tinggi berbanding harga pasaran di kawasan perumahan sekitar. Bagi memastikan harga tersebut lebih kompetitif, PKNS terpaksa menurunkan harga unit-unit berkenaan sebanyak 25 %. Walau bagaimanapun, penurunan harga ini tetap akan mengakibatkan kerugian meskipun semua unit berjaya dijual. Jawatankuasa mendapati projek ini dilaksanakan dengan proses tata kelola yang tersusun dan cadangan projek ini telah diluluskan oleh Ahli-Ahli Perbadanan PKNS yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Jawatankuasa mendapati pelaksanaan dan pembinaan projek ini kemudiannya diteruskan di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Azmin Ali. Jawatankuasa mendapati 51 % unit kediaman di Datum Jelatek masih belum dijual. Walaupun jualan bermula sejak tahun 2016 dan telah menerima penyerahan milikan kosong (vacant possession) pada tahun 2025. Jawatankuasa mendapati ruang komersial di Datum Jelatek Shopping Centre yang diuruskan oleh Kumpulan PKNS mempunyai kadar kekosongan sebanyak 42 %. Menurut kepada keterangan dari PKNS seperti dalam perenggan 3.12, Jawatankuasa mendapati harga jualan unit seperti dalam rancangan perniagaan yang disasarkan adalah lebih tinggi berbanding dengan harga jualan yang direalisasikan. Jawatankuasa mendapati kos pembinaan unit kediaman pada kadar RM926.00 sekaki persegi untuk (net floor area) adalah terlalu tinggi. PKNS berhadapan dengan satu cabaran untuk menjual unit-unit di Datum Jelatek pada harga melebihi kos pembinaan apabila pasaran hartanah di kawasan persekitaran projek ini dijual pada harga yang lebih rendah. Jawatankuasa mendapati harga jualan terkini selepas diskaun berbanding harga jualan asal, unit kediaman di Datum Jelatek menyebabkan kerugian kepada projek ini. Jawatankuasa dimaklumkan oleh CEO PKNS, kerugian ini adalah disebabkan kajian feasibility study yang silap, yang tidak kompetitif. Saranan jawatankuasa, jawatankuasa menyarankan agar PKNS lebih teliti dalam menjalankan kajian pasaran sebelum melaksanakan apa-apa projek pembangunan hartanah dan memastikan adanya budaya akauntabiliti dan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan yang akan datang.
Jawatankuasa menyarankan PKNS untuk berhati-hati sekiranya berhasrat untuk menceburi pasaran hartanah nilai tinggi (high end property) dan untuk memastikan adanya pasukan pengurusan projek yang berpengalaman atau sekurang-kurangnya mempunyai rakan kongsi yang berkebolehan dan berpengalaman dalam pasaran seperti ini. Kos pembinaan projek hartanah bernilai tinggi perlu dikawal dengan cermat. Sasaran jualan harga yang tinggi tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan kos pembinaan melambung tinggi di luar kawalan. Jawatankuasa menyarankan PKNS mengkaji semula strategi pembangunan kawasan di sekitar Seksyen 14, Shah Alam yang dikenali sebagai SA Sentral untuk mengelakkan berulangnya masalah terjadi kepada projek Datum Jelatek. PKNS perlu memastikan harga jualan untuk unit-unit di Shah Alam Sentral bersesuaian dengan kawasan persekitarannya. PKNS perlu memastikan semua unit-unit yang dilancarkan habis dijual dalam tempoh pembangunan. PKNS juga perlu menjalankan kajian menyeluruh terhadap pasaran perumahan di kawasan persekitaran untuk mengenal pasti sama ada pasaran ini mempunyai permintaan yang dapat memadani tawaran PKNS. Oleh itu, Jawatankuasa sekali lagi menyeru PKNS memberi feasibility study dengan izin untuk jawatankuasa menilaikan, jawatankuasa tidak mahu beberapa tahun kemudian isu kerugian seperti Datum Jelatek berulang di sini Shah Alam Sentral. Tuan Speaker, saya membentangkan Penyata ini.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Kajang dan juga Yang Berhormat Balakong. Sekarang ini saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Sekiranya ada pembahas, Seri Serdang?. Siapa lagi yang hendak membahas?. Yang Berhormat Seri Serdang, Yang Berhormat Hulu Bernam, 2 orang sahaja? Baik. Silakan Yang Berhormat Seri Serdang, 5 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kalau kita lihat kepada penyata jawatankuasa ini memperlihatkan ada beberapa isu yang saya kira perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor terutamanya PKNS itu sendiri. Tuan Speaker, PKNS ini Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ini ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Ia merupakan sebuah Badan Berkanun dan Agensi pembangunan peringkat negeri dengan tujuan memacu pertumbuhan sosioekonomi di Selangor. PKNS beroperasi sebagai agen pembangunan yang melaksanakan dasar kerajaan untuk mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial di dalam negeri Selangor dan seperti yang kita sedia maklum. Reputasi PKNS bermula daripada tarikh penubuhan dia, dikenali sebagai sebuah perbadanan yang banyak membuat perumahan-perumahan di Shah Alam.
Sebagai contoh bermula tahun 70-an sehinggalah tahun 90-an, tahun 2000, pembangunan perumahan di Shah Alam sangat-sangat baik di bawah PKNS. Begitu juga di Bandar Baru Bangi pun banyak perumahan yang telah dibangunkan oleh pihak PKNS. Saya kira rakyat negeri Selangor sangat mengenali PKNS ini di atas reputasi PKNS dalam membina, khususnya dalam membina pembangunan rumah di dalam negeri Selangor. Tetapi apabila berlakunya hasil dapatan berkenaan dengan projek Datum Jelatek yang menelan belanja kos projek RM1.1 bilion dan kerugian dianggarkan RM200 juta. Ini sesuatu yang saya kira sangat membimbangkan kita terutama tentang survival dengan izin, PKNS itu sendiri dengan kerugian hampir RM200 juta ini boleh mengganggu gugat perjalanan kewangan PKNS itu sendiri. Sebab itu, apabila kita lihat permasalahan ini yang bermula cadangan ini daripada zaman Menteri Besar Almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim dan kemudian disiapkan, diteruskan lagi ketika zaman Menteri Besar, Hulu Kelang dan kita lihat sampai ke hari ini masih ada 50 % lagi unit yang belum pun terjual dan akhirnya PKNS juga yang sedang menanggung kerugian ini. Di masa yang sama, kita juga maklum pembinaan Shah Alam Sentral yang akan dibina tidak lama lagi dan sudah pun bermula. Sebab itu daripada kesan daripada Datum Jelatek ini, kita risau perjalanan kewangan PKNS akan mengganggu gugat dengan pembangunan-pembangunan yang akan dibangunkan oleh PKNS pada masa yang akan datang dan juga pada hari ini. Justeru saya melihat projek Datum Jelatek ini satu yang serius yang perlu diberi perhatian supaya perkara ini tidak berulang lagi. Planning, perancangan itu perlu lebih teliti. Mengambil kira semua faktor dan masa yang sama juga memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan akhirnya mencapai objektif projek yang akan dijalankan oleh pihak PKNS terutama pembangunan Shah Alam Sentral dan saya amat berkeyakinan Shah Alam Sentral ini telah pun dirancang dengan baik. Saya sendiri, jawatankuasa sendiri pun telah diberi maklumat, telah diberi taklimat kepada kami tentang pembangunan Shah Alam Sentral dan kita berkeyakinan dan saya sendiri secara peribadi berkeyakinan Shah Alam Sentral ini dapat dibangunkan dengan baik. Tetapi di masa yang sama, jangan kita lupa kes ataupun isu Datum Jelatek ini sebagai pengajaran kepada pihak PKNS sendiri bagaimana untuk menguruskan suatu projek yang mega high end tetapi hari ini ia mendatangkan masalah balik kepada pihak PKNS dan boleh mengakibatkan Kerajaan Negeri Selangor juga terheret sekali dalam masalah Datum Jelatek ini yang kerugian RM230 juta, banyak RM230 juta. Dan pada hari ini, masih ada lagi 51% unit yang belum terjual sedangkan pembangunan ini sudah hampir mencecah 10 tahun dan seharusnya kalau dengan perancangan yang baik, saya kira perkara sebegini tidak terjadi lagi. Dan kita mengharapkan supaya Shah Alam Sentral ini diberi perhatian yang khusus jadikan Datum Jelatek sebagai satu pengajaran kepada kita, kepada PKNS supaya tidak terjadi lagi terutamanya kepada perancangan Shah Alam Sentral yang saya kira menjadi satu signifikan ke negeri Selangor. Satu mercu tanda
yang baru kepada Negeri Selangor di Shah Alam ini. InsyaAllah saya yakin kalau kita beri perhatian yang baik kepada pemasalahan terutama tentang Datum Jelatek ini, sebagai pengajaran kita, saya yakin PKNS akan lebih maju pada masa akan datang dan akan kembali menjadi sebuah perbadanan yang hebat seperti mana tahun 70-an dan 80-an dahulu, sekian dahulu Yang Berhormat Speaker, terima kasih.
Hulu Bernam.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang ke Hulu Bernam untuk turut berbahas bagi Penyata Jawatankuasa JP-ABAS berhubung Projek Pembangunan Datum Jelatek ini. Jadi Penyata ini telah memuatkan latar belakang projek pembangunan Datum Jelatek merangkumi keterangan daripada pihak PKNS berkaitan kegagalan menjual kesemua unit kediaman bernilai tinggi dan menyewakan baki unit-unit komersial. Dan turut dimuatkan dalam penyata ini ialah penemuan Jawatankuasa dan saranan-saranan Jawatankuasa bagi memacukan ke hadapan terhadap isu yang sedang berlaku ini. Penyata ini penting untuk kita muhasabah terhadap projek-projek pembangunan yang bernilai tinggi yang akan dilaksanakan selepas ini seperti Projek SA Sentral dan pembangunan Seksyen 13 yang sedang dalam perancangan yang mana akan melibatkan nilai pembangunan sebanyak RM3 bilion, 3 kali ganda daripada projek pembangunan Datum Jelatek ini. Jadi projek berkaitan dengan Datum Jelatek ini adalah projek kali pertama PKNS untuk melaksanakan projek yang bernilai tinggi, maka saranan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa dalam penyata ini adalah saranan-saranan yang baik dan perlu diambil perhatian bagi menyelesaikan masalah-masalah projek yang sedang dihadapi ini. Dan Hulu Bernam pada hari ini turut ingin memberi beberapa saranan bagi memperkukuhkan saranan-saranan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa dalam penyata ini. Pertamanya berkaitan dengan penilaian semula dasar dan juga urus tadbir. Hulu Bernam ini ingin mencadangkan untuk mewujudkan satu audit bebas ke atas urusan projek yang bernilai tinggi supaya kawalan-kawalan yang lebih ketat dalam memuktamadkan persetujuan untuk menerima cadangan projek bernilai tinggi. Khususnya cadangan dalam isu ini adalah cadangan CEO untuk melaksanakan projek daripada kos sederhana kepada kos tinggi. Dan juga itu memerlukan satu badan bebas untuk mengkaji sama ada keperluan terhadap perkara tersebut sehinggalah mendapat kelulusan daripada semua Jawatankuasa yang terlibat. Dan sewajarnya sebarang perubahan projek daripada kos sederhana ke high end memerlukan kajian pasaran yang teliti terhadap kos. Dan keboleh jualan dan keseimbangan dan penawaran permintaan serta libat urus rakyat daripada tempatan untuk memberi komen terhadap pelaksanaan projek-projek yang bernilai tinggi ini. Keduanya Hulu Bernam ingin mencadangkan untuk dihadkan kos pembinaan bagi projek GLC kepada tidak lebih daripada 20% yang melebihi median pasaran kawasan tersebut. Dan juga harga jualan perlu ditetapkan pada
tahap yang mampan dan margin keuntungan yang wajar bukan terlalu tinggi, bukan kita hendak buat satu projek yang mendapat keuntungan terlalu tinggi tetapi projek-projek yang memberi nilai kepada rakyat di luar sana. Dan juga perlu diletakkan dalam projek-projek yang bernilai tinggi ini kepada mereka supaya adanya exit strategic sekiranya berlaku kejadian sebegini. Maka dengan asbab itu kita akan tahu bagaimana untuk keluar daripada masalah sekiranya berlaku, masalah seperti projek Datum Jelatek ini.
Ketiga Hulu Bernam ingin menyentuh tentang dengan pemulihan dan pengurusan aset yang bermasalah yang kita rujuk sebagai projek Datum Jelatek ini. Hulu Bernam ingin mencadangkan Kerajaan Negeri boleh mewujudkan satu badan khas seperti badan pemulihan khas hartanah untuk memulihkan projek yang bermasalah seperti Datum Jelatek ini termasuk pemajuan semula unit yang tidak terjual dan melakukan sewaan jangka panjang atau pun mungkin boleh mempertimbangkan penswastaan aset-aset ini. Itu perlu dibincangkan dan dipertimbangkan dan juga Hulu Bernam turut ingin mencadangkan supaya dilibatkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dalam penyelesaian unit yang tidak terjual. Sebagai contoh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor boleh membeli sebahagian unit yang tidak terjual melalui dana yang diperuntukkan khas untuk permasalahan ini. Kemudian melaksanakan skim sewa beli bukan macam skim yang sekarang ini untuk B40 dan M40 tetapi ada skim sewa beli khas untuk kita menyelesaikan unit-unit yang tak terjual ini kepada golongan sederhana dan juga mereka yang berpendapatan tinggi untuk ada satu skim khas untuk kita selesaikan isu ini. Jadi ini adalah beberapa langkah-langkah yang saya syorkan untuk Jawatankuasa untuk kembali menilai, mencadangkan kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk kita menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan kegagalan penjualan unit-unit yang berbaki bagi projek Datum Jelatek ini. Jadi mungkin sekadar itu dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker.
Baik sekiranya tidak ada sesiapa yang akan membahas, saya ingin menjemput wakil daripada Kerajaan. Yang Berhormat Tanjung Sepat untuk memberi sedikit penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kajang, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang dan juga Yang Berhormat Hulu Bernam di mana pihak Kerajaan mengambil maklum dan untuk perkara ini kita dah bahaskan banyak kali dalam Mesyuarat Lembaga PKNS dan sebahagian daripada lot-lot ini juga telah dapat dijual. Jadi cadangan untuk LPHS atau pun mana-mana agensi Kerajaan untuk mengambil alih dan menguruskan lot-lot ini akan kita pertimbangkan. Dan Jawatankuasa juga menimbang atas saranan-saranan Jawatankuasa supaya PKNS lebih berhati-hati untuk projek-projek di masa akan datang. Dan ini kita ambil kira, ambil maklum untuk kesejahteraan, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi Bahawasanya Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) Berhubung Projek Pembangunan Datum Jelatek yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 14 Tahun 2025. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya (Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul No. 8 Tahun 2025, Usul Di Bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Balakong.
Ya Balakong.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS). Berhubung kos pengoperasian syarikat pengurusan Air Selangor Sdn Bhd yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 15 Tahun 2025.
Tuan Speaker semasa Mesyuarat Jawatankuasa JP-ABBAS Bilangan 2/2025 pada 5 Mac 2025, syarikat Air Selangor telah membentangkan status kewangan Rancangan Jangka Masa Panjang dan Cabaran Operasi Syarikat kepada JP-ABAS dan Mesyuarat Jawatankuasa JP-ABAS Bilangan 4 pada 14 April 2025 pula, wakil syarikat Air Selangor telah hadir sekali lagi bersama-sama dengan Ilusia Sdn Bhd untuk memberikan penerangan mengenai Rancangan Pemisahan penjualan air kepada Wilayah Persekutuan dan juga mengenai Rancangan Penjanaan Tenaga Elektrik melalui panel solar. Tuan Speaker, penemuan-penemuan susulan mesyuarat yang berkenaan, satu kos pengeluaran yang ditanggung oleh Air Selangor untuk setiap meter padu air yang dijual adalah lebih tinggi berbanding dengan tarif air yang ditetapkan. Sekiranya perkara ini tidak diselesaikan segera, Air Selangor akan terus mengalami kerugian dan operasi Air Selangor tidak akan mampan untuk jangka masa panjang. Kedua sumber tenaga elektrik yang dibekal, tenaga Nasional Berhad merupakan input kos yang kedua terbesar kepada Air Selangor. Ketiga, Air Selangor tidak mengoptimumkan insentif Skim Solar yang ditawarkan oleh Kerajaan sejak tahun 2019. Perkara ini menyebabkan kos elektrik yang ditanggung oleh Air Selangor lebih tinggi. Keempat, Air Selangor menjual air ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada kadar tarif yang sama seperti di
Selangor. Air Selangor menanggung subsidi untuk setiap meter padu air yang dijual kepada pengguna di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jumlah subsidi ini adalah sebanyak RM174.6 juta pada tahun 2024. Kelima proses penghantaran bil kertas melalui pos yang diamalkan oleh Air Selangor melibatkan kos yang tinggi pada kadar purata RM2.12 untuk setiap bil yang dihantar kepada pengguna. Maka Jawatankuasa dengan ini telah mengemukakan beberapa saranan. Yang pertama pihak Air Selangor harus mempercepatkan pembinaan panel solar untuk mengurangkan kos bekalan elektrik yang digunakan dalam proses pengeluaran air. Dan kedua, pihak pengurusan Air Selangor membuka tender untuk proses pembinaan tender solar dan untuk tidak lagi bergantung pada Ilusia Sdn. Bhd. untuk melaksanakan rancangan ini jika Ilusia Sdn. Bhd. tidak dapat menyiapkan semua pembinaan solar yang telah dirancang dalam tempoh 3 tahun. Seterusnya Air Selangor wajar berhenti menghantar bil air melalui pos dan sebaliknya mengkaji cara untuk melaksanakan pencetakan bil air secara serta-merta ketika operasi pembacaan meter seperti yang dilaksanakan oleh pihak TNB. Seterusnya Air Selangor disarankan untuk meneliti pengasingan operasi jualan bekalan air untuk Wilayah Persekutuan dan Putrajaya melalui penubuhan Syarikat Air Wilayah Persekutuan yang berasingan. Dengan itu, Balakong mencadang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ada sesiapa yang akan membahas? Jika tidak ada, saya mohon sekiranya ada apa-apa yang hendak diberi penjelasan terhadap.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong yang telah membangkitkan isu berhubung dengan prestasi atau pun perjalanan beberapa aspek dalam pengurusan Air Selangor ini. Kita ambil maklum, saya faham bahawa sebenarnya bil elektrik bagi pengurusan Air Selangor ini sangat tinggi ya. Melebihi RM300 juta setahun yang digunakan bil elektrik bagi mengoperasikan loji-loji rawatannya. Dan kita telah pun mengadakan, mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan sistem solar bagi mengurangkan beban kepada kos elektrik ini. Tapi ada sedikit isu berhubung dengan Ilusel ini yang disebutkan dan kita telah pun mengambil langkah-langkah bagi memastikan supaya pelaksanaan projek solar bagi mengurangkan penggantungan kepada bil elektrik, pengurangan bil elektrik itu telah dilaksanakan. Kita telah ada beberapa langkah yang sedang kita laksanakan. Yang berhubung dengan isu berkaitan dengan subsidi air kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini, kita akan teliti, kita ambil maklum. Dan untuk kaedah, memang ada permohonan sebelum ini hendak buat syarikat berasingan tapi kita akan ambil perhatian dan kita akan ambil maklum untuk tengok bagaimana pelaksanaan itu dapat dibuat dengan lebih baik, sekian terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah Suatu Usul Yang Berbunyi Bahawasanya Menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) Berhubung Kos Pengoperasian Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd. Air Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 15 Tahun 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak.. Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya. Usul No. 9 Tahun 2025. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Subang Jaya.
Subang Jaya.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur, dan Mobiliti JPK-INFRAGRO berhubung isu perancangan strategi mobiliti di negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 16 Tahun 2025.
Tuan Speaker, Jawatankuasa ini telah mengadakan satu sesi taklimat bersama Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancangan Ekonomi Negeri pada 24 Mac 2025 berkenaan isu perancang strategi mobiliti negeri Selangor. Berikut adalah keterangan yang telah diambil daripada Jabatan yang telah dipanggil.
Yang pertama, pada masa ini penggunaan pengangkutan awam di Selangor masih rendah dengan statistik penggunaan inisiatif Selangor mobiliti pada tahun 2024 berjumlah 10.6 juta setahun. Iaitu kira-kira 29,000 pengguna sehari. Ini merangkumi penggunaan bas Smart Selangor dan DRT berbanding populasi rakyat Selangor sebanyak 7.4 juta. Data ini menunjukkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. Menekankan keperluan untuk strategi yang lebih berkesan untuk mengalihkan perjalanan harian daripada pengangkutan persendirian kepada sistem pengangkutan awam. Setakat ini tiada apa-apa pelan induk pengangkutan awam yang telah dirangka dan program ini bermula pada tahun 2015 dengan 546,000 pengguna setahun. Data terkini menunjukkan 10.57 juta pengguna pengangkutan awam yang memanfaatkan inisiatif Selangor mobiliti dalam setahun.
Antara cabaran dalam memperkasakan pengangkutan awam adalah seperti berikut.
i. Liputan yang tidak mencukupi di kawasan luar bandar; ii. Isu ketersambungan dan capaian first mile, last mile; iii. Kesesakan semasa waktu puncak; dan iv. Pembiayaan yang tidak mencukupi untuk penambahbaikan infrastruktur.
Untuk mencapai kadar penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40%, Selangor menyasarkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, meluaskan laluan dan memperkenalkan insentif kepada penumpang. Matlamat termasuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan, mengurangkan masa perjalanan dan meningkatkan kebolehaksesan untuk semua kumpulan demografi termasuk warga emas dan orang kurang upaya. Perkhidmatan yang berkonsepkan atas permintaan atau demand responsive transit (DRT) dengan menggunakan van sebagai mod pengangkutan awam di mana lokasi yang diliputi adalah dalam 10km sekitar stesen LRT. Namun, kos pelaksanaan skim DRT adalah tinggi. Rapid KL telah memperluaskan kemudahan lorong bas sedia ada di Jalan Ampang dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR Negeri Selangor) pihak UPEN memaklumkan bahawa jika tindakan tersebut berjaya maka pihak UPEN akan mengimplikasikan tindakan yang sama juga. PBT dilibat secara langsung dalam perancangan mobiliti kerana pihak PBT yang mengoperasikan Bas Smart Selangor manakala pihak Makro hanya menyediakan kewangan untuk operasi Bas Smart Selangor.
Tuan Speaker, berikut adalah penemuan jawatankuasa INFRAGRO.
i. Jawatankuasa ini mendapati bahawa kajian bagi penetapan penanda aras atau benchmark dengan izin Tuan Speaker. Menggunakan pengangkutan awam diperlukan untuk memantapkan pelan mobiliti negeri Selangor. ii. Jawatankuasa mendapati Kerajaan Negeri Selangor perlu mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan kenderaan persendirian. iii. Jawatankuasa mendapati dasar dan usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan penggunaan pengangkutan awam lebih tertumpu kepada penyediaan perkhidmatan dengan izin supply side dan kurang tumpuan diberikan untuk mengurangkan permintaan ataupun demand side. Orang awam terhadap penggunaan kenderaan persendirian. iv. Jawatankuasa mendapati pihak UPEN Makro dan PBT memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan penggunaan kereta serta mencapai kadar penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40%.
Tuan Speaker, berikut adalah saranan jawatankuasa. Jawatankuasa menyarankan agar jawatankuasa mobiliti perlu menjalankan kajian bagi menetapkan penanda aras atau benchmark kegunaan pengangkutan awam. Kajian tersebut wajar menetapkan:
i. Peratusan rakyat yang menggunakan setiap jenis pengangkutan awam setiap hari. ii. Peratusan rakyat yang menggunakan kenderaan persendirian setiap hari. iii. KPI tahunan bagi mencapai 40% kegunaan pengangkutan awam.
Saranan kedua, Jawatankuasa menyarankan Kerajaan Negeri Selangor perlu menukar strategi daripada pembekal perkhidmatan penggunaan awam kepada pelengkap kemudahan. Contohnya laluan pejalan kaki, laluan basikal, laluan bas berdedikasi dan sebagainya. Ini adalah bagi menyokong kegunaan pengangkutan awam. Perkara ini penting kerana dengan belanjawan sedia ada, mustahil bagi negeri Selangor melengkapkan jaringan pengangkutan awam dengan sempurna. Malah kekuatan Kerajaan Negeri adalah melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai bidang kuasa dan pengaruh atas kelengkapan kemudahan awam.
Ketiga, bagi tujuan perkara pertama dan kedua dalam saranan jawatankuasa di atas, Jawatankuasa menyarankan bahawa Jawatankuasa mobiliti perlu mengadakan mesyuarat yang lebih kerap di mana kini mesyuarat diadakan dua kali setahun.
Saranan terakhir Tuan Speaker, Jawatankuasa menyarankan supaya Kerajaan Negeri menjalankan kajian menyeluruh terhadap ekosistem pengangkutan awam yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada aspek laluan kos terhadap operator dan perubahan terhadap permintaan dan bekalan (supply and demand change).
Tuan Speaker, jawatankuasa ini ingin menekankan bahawa kita kena play downtrend dengan izin iaitu kita menggunakan kuasa di PBT untuk melengkapkan first mile, last mile yang telah selama ini menjadi kelemahan dalam masalah ataupun isu kemudahan awam ataupun pengangkutan awam. Jadi untuk kita memastikan bahawa kita boleh mencapai kegunaan pengangkutan awam sebanyak 40% dalam masa terdekat, maka perkara first mile, last mile ini perlu diberikan tekanan. Pada masa yang sama penting juga untuk kita bekerjasama dengan kerajaan persekutuan sebagai pembekal perkhidmatan untuk merancang laluan-laluan bas, LRT, MRT dan sebagainya. Jadi dengan itu, kita sebagai jawatankuasa mempercayai bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan well position untuk mencapai peratusan 40% kegunaan pengangkutan awam yang secara langsung akan membawa impak kepada penurunan masalah trafik yang kita tahu dalam bandar contoh seperti Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang dan sebagainya selalu melanda rakyat dan
membawa impak kepada ekonomi dan kesihatan mental penduduk. Jadi itu sahaja daripada saya Tuan Speaker, Subang Jaya mohon menyokong.
Pencadang. Kota Damansara.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ada perbahasan juga. Boleh.
Baik Tuan Speaker, saya sentuh sedikit sahaja pertama sekali berkenaan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan Pengurusan Air, Pertanian, Struktur dan Mobiliti JPK-INFRAGRO mengenai perancangan strategi di negeri Selangor. Kita semua maklum berkenaan rata-rata berkenaan kita untuk menyediakan kertas putih berkenaan mobiliti di Selangor tapi rata-rata berkenaan di PBT atau JKR atau KPLB ramai yang terlepas pandang khususnya berkenaan set pejalan kaki dan berbasikal. Sebenarnya ini merangkumi majoriti daripada apa yang kita panggil mikro mobiliti. Sebab kalau kita tengok ada mising link khususnya antara dua PBT sebagai contoh di kawasan Kota Damansara antara MBSA dan MBPJ. Di mana ruang pejalan kaki cross antara dua peringkat PBT ini hilang atau terputus menyebabkan mereka yang akan menggunakan pejalan kaki atau sebahagian besarnya yang berbasikal. Kadang-kadang kita lihat baru-baru ini viral bila orang naik basikal sampai ke tengah jalan, sampai bergaduh dan repot polis dan sebagainya.Kadang tidak ada ruang sebenarnya bagi mereka yang menaiki basikal ini dan laluan khusus kepada mereka untuk menggunakan basikal mereka.
Yang kedua, Yang Berhormat Speaker, saya nak mencadangkan khususnya kepada Kerajaan Negeri untuk melihat kembali sebenarnya tempat-tempat yang dibangunkan di kawasan-kawasan tepi jalan atau side back bila ia ada beberapa setelah 20 – 30 tahun kawasan tanah kerajaan ini diceroboh. Dibinanya gerai, ada yang bina rumah dan sebagainya menyebabkan kacau ganggu dan akhirnya pihak PBT atau pihak Kerajaan tidak dapat melakukan sesuatu apabila kita nak membuat pejalan kaki dan sebagainya.Saya menyambut baik beberapa ahli Parlimen sebagai contoh Ahli Parlimen Petaling Jaya yang banyak memperjuangkan hak pejalan kaki dan sebagainya. Kalau kita tengok di dalam platform X ada beberapa mereka teks beberapa EXCO dan ADUN memberikan complain mengenai pejalan kaki dan saya maklumkan untuk membuat perkhidmatan awam khususnya seperti LRT, MRT dan sebagainya dan memerlukan kos yang sangat tinggi dan kita banyak beralih kepada DRT di mana dia lebih dekat untuk kita fokuskan first and last mile. Tapi walau bagaimanapun, saya minta kepada pihak Kerajaan kita kembali fokus pada pihak pejalan kaki dan berbasikal dan insyaAllah kalau
andai kata kita dapat memberikan fokus yang ini dahulu saya percaya sebahagian besar saya boleh kata 50% dapat kita selesaikan tanpa mengambil kira kedudukan LRT dan MRT jauh sekali ECRL. Jadi Tuan Speaker, itu sahaja perbahasan saya pada tengah hari ini. Terima kasih. Saya menyokong.
Saya buka untuk dibahaskan. Ia Yang Berhormat Seri Kembangan.
Terima kasih kerana memberi ruang kepada Seri Kembangan untuk turut serta dalam perbahasan ini. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas segala usaha dan dasar yang telah dan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam termasuklah pelaksanaan Bas Smart Selangor dan projek rintis demand responsive transit (DRT).
Bas Smart Selangor kini telah menjadi pengangkutan paling ekonomik dan mudah untuk ramai warga terutamanya pelajar dan warga emas. Saya dapat tahu tentang kadar penggunaan ini melalui satu kejadian yang berlaku baru-baru ini di kawasan Seri Kembangan. Perkhidmatan SJ04 dan SJ05 telah terhenti hampir sebulan setengah disebabkan pertukaran syarikat pengendali. Akibatnya ramai pelajar dan warga emas telah menyuarakan kepada saya bahawa mereka terpaksa menanggung kos pengangkutan tambahan untuk pergi ke sekolah dan hospital. Perjalanan yang dulu percuma kini boleh mencecah hampir RM10 sehari jika menggunakan perkhidmatan E-Hailing.
Oleh itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sistem bas percuma Selangor yang telah membantu meringankan beban rakyat. Ramai yang berjaya menjimatkan ratusan ringgit setiap bulan. Wang yang dijimatkan boleh digunakan untuk membeli keperluan asas dan mengekal kualiti hidup mereka. Selain itu, inisiatif DRT pula tenah memberi penyelesaian kepada kekurangan facility dalam sistem pengangkutan awam tradisional. DRT seperti e-hailing boleh dipanggil bila-bila masa tetapi kosnya lebih rendah kerana sistem perkongsian kenderaan dengan izin right sharing dan pada masa yang sama lebih efisien berbanding bas yang perlu berhenti di banyak perhentian dan mengikut jadual tetap. Ini menjimatkan masa dan memudahkan pergerakan rakyat.
Namun saya ingin mengutarakan satu soalan penting kepada pihak Kerajaan Negeri. Sebenarnya bukan satu. Adakah kita mempunyai satu aplikasi yang menyeluruh dan boleh digunakan oleh rakyat:
i. Menempah perkhidmatan DRT;
ii. Menyemak kedudukan semasa Bas Smart Selangor; iii. Membeli tiket atau pas pengangkutan awam; dan paling pentingnya iv. Mudah digunakan terutama untuk warga emas.
Jika ada maka kita boleh menyusun satu kempen kesedaran dan pendidikan untuk mengajar warga emas dan golongan kurang cerdik digital cara untuk menggunakannya. Ini akan memaksimumkan impak dasar yang sedia ada. Saya juga ingin mencadangkan agar laluan-laluan DRT diperluas dan ditambah baik supaya bukan sahaja menyelesaikan masalah first mile, last mile dengan izin tetapi juga untuk menghubungkan lokasi-lokasi tumpuan pelancong dan pusat beli-belah utama. Ini akan membantu bukan sahaja pelajar dan warga tempatan tetapi juga pelancong dari luar. Untuk bergerak lebih mudah dan meneroka...
Yang Berhormat Seri Kembangan. Waktu sudah menunjukkan pukul 1.00 petang, dengan ini saya tangguhkan perbahasan ini ke sebelah petang. Yang Berhormat Seri Kembangan boleh sambung semula pukul 2.30 petang nanti. Dengan ini saya mengisytiharkan Dewan kita ini ditangguhkan.
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Dewan bersambung semula sebelum saya menjemput Yang Berhormat Seri Kembangan, Dewan mengalu-alukan kehadiran 9 orang pelawat daripada Penggerak Belia Selangor (PeBS) bagi kawasan Subang Jaya yang diketuai oleh Encik Dugeswaran PBS MBSJ Zon 1 Subang Jaya yang diatur oleh Yang Berhormat ADN Subang Jaya. Dewan bersambung semula dan saya menjemput Yang Berhormat Seri Kembangan untuk meneruskan perbahasan.
Terima kasih Tuan Speaker saya ingin sambung dengan cadangan saya, saya juga ingin mencadangkan agar laluan-laluan DRT di perluas dan ditambah baik supaya bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah first mile last mile dengan izin tetapi juga untuk menghubungkan lokasi-lokasi tumpuan pelancong dan pusat beli-belah utama. Ini akan membantu bukan sahaja pelajar dan warga tempatan tetapi juga pelancong dari luar untuk bergerak lebih mudah dan meneroka destinasi dalam Negeri. Langkah ini boleh membuka peluang pekerjaan baru menghidupkan ekonomi setempat dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas yang sering dikaitkan dengan pelancongan massa. Sebagai
tambahan saya ingin mencadangkan promosi pelancongan tempatan dipergiatkan melalui media pengangkutan awam contohnya di kawasan Seri Kembangan kita mempunyai maskot blink-blink pelbagai lokasi pelancongan yang menarik makanannya enak dan cenderahati berkualiti seperti apa yang saya bahaskan sebelum ini saya ada blink-blink karnival macam ini sekiranya semua promosi ini dapat imej-imej ini dapat dipaparkan pada badan DRT, Bas Smart Selangor serta di stesen bas, MRT ia akan menjadikan pengangkutan awam kita sebagai papan iklan bergerak dan mempromosikan kawasan secara kreatif dan efektif. Yang Berhormat Tuan Speaker sebuah bandar yang bahagia sesuai didiami pastinya adalah bandar yang mudah untuk bergerak bukan bandar yang sering sekali keluar kita terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas dan kesukaran bergerak. Jika matlamat kita untuk mencapai 60% kadar penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2035 kita perlu menjadi sistem pengangkutan awam ini lebih mudah mesra pengguna dan lebih berfungsi. Saya sendiri berharap 10 tahun daripada sekarang saya juga akan menjadi antara 60% pengguna pengangkutan awam itu sebab saya percaya pengangkutan awam yang baik bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga untuk kesejahteraan alam sekitar dan masa depan Negeri ini. Dengan ini saya menyokong penyata ini. Sekian terima kasih.
Ya, Permatang 5 minit.
Terima kasih Tuan Speaker, Permatang ingin menyentuh isu mobiliti dan pengangkutan awam di kawasan di kawasan luar bandar Selangor. Laporan rasmi Jawatankuasa Pilihan Khas JPK INFRAGRO sendiri menyatakan bahawa setakat tahun 2024 hanya 10.6 juta perjalanan direkodkan bagi Inisiatif Selangor Mobiliti dan majoritinya tertumpu hanya di kawasan-kawasan bandar seperti Subang Jaya, Petaling Jaya dan Shah Alam. Hakikatnya Tuan Speaker bahawa masyarakat luar bandar seperti di Kuala Selangor tempat saya Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Langat terus seolah-olah terpinggir daripada kemudahan dan pelan pelaksanaan kononnya menyediakan mobiliti untuk semua. Jadi malah kita lihat seolah-olah ada Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri yang telah dirangka khususnya untuk masyarakat di luar bandar sehingga hari ini. Jadi persoalannya di sini apakah makna sasaran 40% penggunaan pengangkutan awam sekiranya kawasan luar bandar langsung tidak di sentuh. Yang Berhormat Tuan Speaker antara cabaran besar yang disebut dalam laporan tersebut adalah yang pertama liputan pengangkutan awam yang tidak mencukupi di luar bandar. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia dari Sidang yang pertama saya berkali-kali meminta bantuan Kerajaan Negeri melalui Dewan yang mulia ini untuk mengadakan pengangkutan Selangor Mobiliti di kawasan-kawasan estet di tempat saya sebagai contoh di Ladang Marry untuk kegunaan anak-anak estet dan juga penduduk untuk ke sekolah dan juga pergi ke pekan untuk kegunaan harian mereka
tetapi sehingga hari ini seolah-olah kawasan ini permintaan ini seolah-olah masih di pinggirkan.
Keduanya ketiadaan insentif kepada pengguna di kawasan jauh dari bandar dan apa yang membimbangkan laporan ini sendiri mengakui bahawa pendekatan Kerajaan Negeri terlalu tertumpu pada aspek supply side seperti memberi van atau bas baharu tetapi kurang fokus untuk mengubah tingkah laku rakyat. Jadi di sini Tuan Speaker saya ingin menegaskan bahawa mobiliti bukan soal kemewahan tetapi ini soal keadilan sosial anak muda luar bandar dan juga kami di luar bandar sudah mengalami masalah masyarakat menua kami perlukan pengangkutan untuk ke sekolah yang warga emas mahu ke pasar ibu tunggal juga ramai yang mahu akses ke klinik. Jadi sistem hari ini kita lihat seperti menidakkan untuk memenuhi permintaan mereka kerana seolah-olah kita hanya sebuk mengukur kejayaan Selangor Mobiliti ini di kawasan bandar sahaja. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar Kerajaan segera menggubal Pelan Induk Mobiliti Luar Bandar dengan pelaksanaan menyeluruh ke daerah-daerah di luar bandar juga seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Langat dan agar dapat di wujudkan sistem inisiatif khas untuk DRT untuk luar bandar yang ditampung sepenuhnya oleh dana Kerajaan Negeri dan janganlah mengharap kepada BT luar bandar kerana kita tahu PBT luar bandar pun mempunyai kekangan dari segi kewangan dan sebagainya dan akhir sekali Tuan Speaker saya harap jika Kerajaan Negeri serius mahu mencapai sasaran 40% ini maka keadilan liputan geografi mestilah menjadi syarat utama janganlah jadikan angka sebagai sekadar number propaganda di atas kertas tetapi kita jadikanlah sama-sama kita bekerja untuk menjadikan rakyat sebagai keutamaan kita bersama. Sekian daripada saya terima kasih.
Baik, dengan ini saya persilakan Kerajaan untuk memberi sedikit ulasan.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker saya ingin menjelaskan beberapa isu yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri Selangor sangat mengambil berat tentang mobiliti rakyat Negeri Selangor oleh yang demikian Kerajaan Negeri sudah memulakan proses melantik perunding untuk membangunkan Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor ini untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Permatang dalam proses kita untuk menyediakan Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor. Ini bukan fokus di kawasan bandar sahaja tetapi termasuk juga kawasan luar bandar di seluruh Negeri Selangor. Pelan Induk ini akan mengambil kira seluruh aspek mobiliti dan pengangkutan rakyat di seluruh Negeri Selangor sama ada di bandar-bandar mahupun di kawasan pembandaran yang semakin membangun khususnya seperti Ampang, Kajang, Sepang, Selayang dan juga termasuk Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Untuk makluman semua Kerajaan
Negeri Selangor telah mempunyai satu kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor ataupun PIPANS yang dibangunkan pada tahun 2015. Pelan Induk ini secara umumnya melihat keter sambungan jaringan rail di Selangor. Untuk tahun 2024 Bas Smart Selangor mencatatkan sejumlah 8.07 juta penumpang di seluruh 57 laluan dengan Petaling Jaya mencatatkan jumlah bilangan penumpang tertinggi iaitu 2.39 juta penumpang di 6 laluan di ikuti Shah Alam sebanyak 1.89 juta penumpang di 11 laluan. Bagi laluan pejalan kaki pula untuk tempoh 5 tahun yang lalu iaitu 2020 hingga 2025 sejumlah 52 kilometer laluan pejalan kaki telah dibina di Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri komited untuk meningkatkan kadar ini ke peringkat yang lebih baik pada masa yang akan datang. Jadi setelah 10 tahun pengenalan Bas Smart Selangor dan PIPANS Kerajaan Negeri percaya sudah tiba masanya sebuah Pelan Induk yang lebih komprehensif dan sesuai dengan keadaan semasa di perlukan. Pelan Induk Mobiliti Selangor ini akan mengambil kira semua inisiatif-inisiatif pengangkutan yang sedia ada dan inisiatif akan datang sama ada disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, pihak swasta ataupun PBT supaya kita mempunyai mobiliti skala yang lebih cekap, selamat dan terhubung.
Saya juga ingin jawab kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Damansara saya rasa yang itu merupakan satu cadangan cukup baik dan cukup penting iaitu cross PBT infra seperti walkaway laluan basikal dan micro mobiliti yang perlu ada keter sambungan antara PBT. Jadi ini sekarang kita tengah meneliti perkara ini supaya kita ada satu connectivity yang lebih sempurna. Jadi Pelan Induk yang akan datang ini kita akan ambil kira agar semua infra sama ada pejalan kaki, laluan bas dan sebagainya supaya dapat cross PBT. Sebenarnya apabila kita sebut berkata mengenai connectivity in mobility kita bukan sahaja melihat kepada PBT di Negeri Selangor sahaja kita juga harus lihat Kuala Lumpur dengan Selangor. Kita tidak boleh asingkan Kuala Lumpur dengan Selangor when we talk about connectivity kita kena sekalikan kalau kita hendak buat perancangan jadi Kerajaan Negeri Selangor selalu bersedia untuk duduk bersama DBKL supaya kita boleh sama-sama duduk untuk kita rancang kan satu keter sambungan yang lebih sempurna untuk Lembah Klang ini. Ya, terima kasih. Bagi soalan yang timbulkan oleh Yang Berhormat Seri Kembangan berkenaan Super Apps yang di sebutkan oleh Yang Berhormat Seri Kembangan, Selangor Super Apps kini sedang dibangunkan oleh MBI. Super Apps ini di khususnya dalam aspek mobiliti akan dibangunkan dengan kerjasama prasarana. Kini kita akan integrated sistem pengangkutan di bawah aplikasi Super Apps sama ada Bas Smart Selangor, Rapid, DRT dan lain-lain kemudahan supaya lebih similar dan bersambung dan berkenaan paparan iklan di Bas Smart Selangor yang itu sebenarnya telah berlaku Visit Selangor Years memang telah buat iklan di Bas Smart Selangor jadi itu tidak menjadi masalah ia diperlukan untuk memaparkan iklan pelancongan dengan menggunakan Bas Smart Selangor dan satu lagi yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Permatang sama
sebenarnya tidak setuju kalau dikatakan luar bandar di pinggirkan sebenarnya ia tidak berlaku. Di sepanjang laluan daripada Sabak Bernam sehingga ke Kuala Selangor dan hingga ke Klang ada laluan bas ada laluan Bas Smart Selangor yang disediakan mungkin itu tidak dapat masuk ke semua kampung tetapi yang jalan utama memang ada perkhidmatan bas yang disediakan. Saya setuju masih ada ruang untuk penambahbaikan oleh itu satu Rail Selangor telah dicadangkan supaya kita dapat sambung perkhidmatan rail daripada kawasan Shah Alam ataupun Subang hingga ke Sabak Bernam yang itu sedang dirancang dan itu akan di teliti oleh Kerajaan Negeri Selangor supaya kita boleh memberikan satu perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih sempurna untuk kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Sekian terima kasih.
Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan Tetap 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Mobiliti - JPK INFRAGRO berhubung isu perancangan strategi mobiliti di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 16 tahun 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, usul nombor 10 tahun 2025 usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Pelabuhan Klang silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti JPK INFRAGRO berhubung Projek Jajaran Rel Selangor dan Projek Pengangkutan Kargo di kawasan Klang yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 17 tahun 2025. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pada Mesyuarat JPK INFRAGRO Bilangan 3 tahun 2025 jawatankuasa telah bersetuju untuk meneliti rancangan Jajaran Rel Selangor. Jawatankuasa memutuskan untuk
memanggil Seksyen Makro dan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi Negeri, Makro UPEN untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rancangan Jajaran Rel Selangor. Jawatankuasa telah mengadakan dua sesi taklimat yang pertama taklimat telah diberikan oleh Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Makro UPEN pada 30 April 2025 dan taklimat yang kedua telah diberikan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) serta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 14 Mei 2025.
Hasil daripada taklimat tersebut, Jawatankuasa telah mendapati beberapa penemuan. Jawatankuasa menyokong sepenuhnya pembinaan Jajaran Rel Selangor dan Laluan Kargo Pelabuhan Klang – Labu yang akan dibina oleh RAC dan KTMB kerana pembinaan jajaran ini mampu menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negeri Selangor dan meningkatkan keterhubungan alternatif di dalam negeri Selangor.
Jawatankuasa juga mendapati, ada keperluan segera untuk Kerajaan Negeri mengkaji semua model pendanaan yang ada untuk menjayakan pembinaan Jajaran Rel Selangor ini. Seterusnya Jawatankuasa juga mendapati perlu ada koordinasi yang lebih baik di antara RAC dan KTMB dan pihak UPEN dalam perancangan pembinaan Jajaran Rel Selangor untuk mengelakkan pembaziran yang disebabkan oleh pembinaan laluan rel yang tidak diperlukan terutamanya di sekitar Kawasan Labu, KLIA dan Banting yang melibatkan sistem pintasan kargo di lembah Klang.
Jawatankuasa juga mendapati perlu adanya dasar dan rancangan yang lebih menyeluruh untuk mengurangkan jumlah lori-lori kargo di atas jalan raya dengan tumpuan diberikan untuk menggalakkan penggunaan rel bagi tujuan pergerakan kargo terutamanya di Kawasan Lembah Klang dan Shah alam yang sangat sibuk dengan aktiviti logistik.
Oleh itu, beberapa saranan telah dibuat oleh pihak Jawatankuasa dan antara saranan yang penting adalah;
Jawatankuasa menyarankan pihak Kerajaan Negeri bekerja sama dengan pihak Kerajaan Persekutuan untuk mengambil kira permintaan dan keperluan industri logistik di lapangan seperti kekerapan perjalanan, kos penyimpanan kargo, infrastruktur sokongan seperti kapasiti jalan dan ruang parkir kargo yang sedia ada, reka bentuk dan jajaran rel, dan dasar-dasar kerajaan berhubung industri logistik dalam merangka pembinaan Jajaran Rel Selangor.
Jawatankuasa juga menyarankan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan pemegang taruh utama industri logistik, pihak Pelabuhan dan pengangkutan rel untuk merangka dasar yang menggalakkan penggunaan rel bagi tujuan pengangkutan kargo.
Jawatankuasa ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wakil agensi, individu yang telah mengemukakan keterangan serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyediakan penyata ini. Jawatankuasa berharap hubungan baik dapat dikekalkan di samping meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam menjalankan fungsi dan peranan masing-masing. Oleh itu, saya memohon Dewan Yang Mulia ini untuk menerima dan meluluskan Penyata JPK-INFRAGRO. Sekian, Terima kasih.
Ya, pencadang?. Pencadang?. Pencadang?. Ya Kota Damansara
Speaker, saya menyokong.
Mencadangkan dan menyokong ya. Jadi terima kasih. Saya dengan ini dibuka usul ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Ya? Kalau tiada yang hendak bahas, saya mohon kalau Pihak Kerajaan kalau ada apa-apa. Ya Permatang silakan. Permatang teruskan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mengangkat satu isu besar dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti JPK-INFRAGRO iaitu berkaitan dengan pelaksanaan Projek Jajaran Rel Kita Selangor.
Permatang sama sekali tidak menolak pembangunan malah saya menyokong penuh sebarang usaha untuk meminda jaringan rel moden demi kesejahteraan negeri Selangor yang kita sama-sama cintai ini. Namun begitu, saya ada kebimbangan yang perlu diangkat kerana saya ingin merujuk kepada manifesto Pakatan Harapan yang menyebut fokus pembangunan rel ini di Utara Selangor dan saya juga ingin merujuk iaitu kenyataan rasmi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang bertarikh 25 Julai 2023 di laman Facebook rasmi beliau yang berbunyi:-
“Jajaran Rel Kita Selangor adalah antara janji manifesto Kerajaan Perpaduan yang telah diumumkan secara khusus ketika Pilihan raya Negeri yang lalu. Dan Projek ini adalah bagi mencipta peluang pekerjaan bagi anak tempatan memberi impak ekonomi serta membangun kawasan Utara Selangor”.
Tetapi, hari ini apa yang kita lihat di dalam Laporan Jawatankuasa ini agak berlainan..bertentangan kerana saya ingin merujuk kepada Perkara 3.17, di mana fasa pertama Projek Rel Kita Selangor ini akan bermula dari Labu ke Puncak Alam.
Maksudnya bermula dari Labu ke Puncak Alam iaitu dari Selatan Selangor. Jadi, sekiranya ini bermula di Selatan Selangor yang kita lihat sudah rancak dengan pembangunan, bagaimana pula dengan janji pembangunan di Utara Selangor. Dan berapa lama kah kami di Utara Selangor ini harus menunggu dan menanti Projek Jajaran Rel Kita Selangor ini untuk sampai ke tempat kami pula.
Jadi, saya harap agar Kerajaan Negeri wajar mengambil sikap yang lebih tegas dalam menetapkan keutamaan kerana kalau kita lihat daripada Utara Selangor dari Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tanjung Karang, Air Tawar semua kita tidak mempunyai akses kepada sistem pengangkutan awam rel langsung. Kita lihat LRT berakhir di Sungai Buloh, KTM pun tidak masuk ke kawasan kami. Perkhidmatan Selangor Mobiliti seperti Yang Berhormat EXCO terangkan ada, tetapi mungkin perlukan pembaikan. Jadi, kita lihat kami di Utara Selangor ini masih selalu terhad dan tidak efektif. Kalau kita lihat tadi pun Yang Berhormat EXCO tentang Jajaran Rel Kita Selangor. Jadi besarlah harapan, besar harapan kami ini di Utara Selangor ini kalau lah janji Jajaran Rel Kita Selangor khusus untuk Utara Selangor ini dapatlah kita sama-sama capai. Janganlah diutamakan hanya kawasan Selatan Selangor yang sudah pesat membangun kita lihat sekarang ini.
Jadi, saya juga ingin menegur secara serius, ingin bertanya sebenarnya berkenaan ini. Adakah rel ini fokusnya untuk rakyat atau pun kargo?. Kerana kalau kita lihat ia terlalu menumpukan kepada rel logistik dan kargo dan nampaknya usaha untuk, ia seperti usaha untuk menghubungkan Pelabuhan antara kawasan industri dan zon ekonomi dan bukan lah kita lihat seperti khusus untuk perkhidmatan rakyat biasa seperti kita untuk kegunaan harian ini.
Jadi akhir sekali Tuan Speaker, saya harap jika Kerajaan Negeri benar-benar ikhlas untuk mencipta pekerjaan melonjakkan ekonomi dan membangunkan kawasan Utara Selangor seperti yang diwar-warkan dalam kenyataan-kenyataan rasmi. Maka harap kita dapatlah buktikan dan kerana kami di Utara Selangor ini sudah lama menunggu dan menjadi pemerhati kepada pembangunan-pembangunan di kawasan bandar. Sekian, daripada saya.
Baik. Dengan itu saya menjemput Yang Berhormat Kinrara.
Terima kasih Tuan Speaker. Semua perancangan berkenaan pembangunan ekosistem pengangkutan awam negeri dibentangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Mobiliti Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan diurussetiakan oleh Seksyen MAKRO dan Penswastaan UPEN. Di mana Ahli Jawatankuasa Tetap Mobiliti Negeri Selangor adalah daripada pelbagai pihak
berkepentingan dan penyumbang dalam perkhidmatan pengangkutan awam negeri termasuk semua Pihak Berkuasa Tempatan, Menteri Besar Selangor, Perbadanan MBI, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Agensi Pengangkutan Awam Darat yang dapat mengelakkan pertindihan perancangan program berkaitan pengangkutan dan memberikan peruntukan yang disalurkan bagi tujuan penambahbaikan sistem pengangkutan awam negeri dapat dimanfaatkan secara maksimum.
Bagi cadangan Pembangunan Rel Selangor, pihak UPEN melalui perunding yang dilantik adalah dalam proses akhir bagi pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor. Sesi libat urus telah dilaksanakan bersama pelbagai pihak berkepentingan, agensi Kerajaan Negeri, agensi Jabatan Kerajaan Persekutuan, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia, pihak swasta, institusi pendidikan dan lain-lain lagi. Banyak lagi. sebanyak 35...35 yang terlibat dalam libat urus termasuk RAC dan KTMB.
Jadi, untuk menjawab kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Permatang, yang kalau kita hendak rujuk kepada mukasurat 4, perkara 3.16; Fasa 1 dari Labu ke Puncak Alam, Fasa 2 Puncak alam ke Sabak Bernam. Sebenarnya dalam mega projek seperti macam ini, buat masa ini masih dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan. Jadi dia belum sampai ke tahap pelaksanaan lagi. Jadi, dia masih ambil sedikit masa dan tidak semestinya kita perlu bermula dari Fasa 1. Ada kemungkinan kita akan pecah kepada tiga (3) fasa atau empat (4) fasa. Kita tidak tahu lagi. kita boleh mula dari fasa dua (2) dahulu. Yang ini semua kemungkinan itu kita masih belum tahu lagi. jadi, kita masih tunggu kajian itu disiapkan dan dibentangkan oleh perunding yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Jadi, saya mohon Yang Berhormat Permatang sabar sedikit dan kami alu-alukan sekiranya ada apa-apa cadangan jajaran itu, nak masuk ke mana, nak elak rumah mana, tanah mana, yang itu saya mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Permatang. Kita akan ambil semua idea. Semua idea dan semua cadangan kertas putih ini. Ini kertas cadangan. Jadi saya mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat Permatang. Yang Berhormat Permatang sangat proaktif. Dia telah bagi saya satu surat untuk memohon perkhidmatan LRT dimasukkan ke kawasan DUN Permatang. Ini lah kerjasama yang saya minta daripada semua pihak termasuk pihak pembangkang.
Okey, jadi pihak UPEN juga sedang mengenal pasti negara-negara yang boleh ditanda aras (bench marking) bagi amalan kewangan yang terbaik bagi pengurusan sistem pengangkutan awam dan pengurusan rel yang boleh disesuaikan dengan pelaksanaan di peringkat negeri dan menyambut baik saranan JPK berhubung perkara yang tersebut. Bagi cadangan awal Pembangunan Rel Selangor dia telah dibentangkan oleh...kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Kementerian Pengangkutan Malaysia pada
Disember 2024 di mana pihak Kerajaan Persekutuan mengambil maklum dan menyambut baik cadangan tersebut. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi oleh Kerajaan Negeri hasil daripada sesi pembentangan dan perbincangan tersebut termasuk kaedah pembiayaan dan kaedah pelaksanaan yang paling berpotensi.
Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan pembentangan susulan kepada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia selepas kajian kebolehlaksanaan selesai dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak kerajaan persekutuan. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi, bahawasanya menurut peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Urusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti atau JPK-INFRAGRO berhubung Projek Jajaran Rel Kita Selangor dan Projek Pengangkutan Kargo di kawasan Klang yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 17 Tahun 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.
Ahli-ahli Yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul nombor 11 tahun 2025. Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Meru.
Ya Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Jawatankuasa Pemilihan Khas mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga Agama Dan Wanita Serta Kesejahteraan Hidup (JPK-Sejahtera) berhubung Skim Smart Sewa di negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bil.18 / 2025.Izinkan saya membentangkan latar belakang pembentangan penyata ini dalam Mesyuarat JPK-Sejahtera Bil.11/2024 bertarikh 17 September 2024 dan Mesyuarat JPK-Sejahtera Bilangan 01/2025 bertarikh 19 Mac 2025, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memberikan taklimat
kepada pihak Jawatankuasa mengenai inisiatif Skim Smart Sewa di Negeri Selangor. Penyata ini disediakan susulan siasatan Jawatankuasa Tetap terhadap Jawatankuasa terhadap isu dasar perumahan di Negeri Selangor yang telah dilaporkan secara berasingan dalam satu penyata yang akan dibentangkan kepada Dewan Negeri Selangor.
Setelah kami meneliti dan mendengar keterangan-keterangan daripada pihak LPHS, maka penemuan Jawatankuasa seperti berikut. Jawatankuasa mendapati lokasi rumah yang diletakkan di bawah inisiatif Skim Smart Sewa adalah terhad hanya kepada bandar-bandar tertentu dan tidak menyeluruh. Sebagai contoh, bandar seperti Subang Jaya dan Petaling Jaya tidak mempunyai tawaran kediaman di bawah Skim Smart Sewa.
Kedua ialah Jawatankuasa mendapati bahawa Kerajaan Negeri hanya membeli rumah-rumah baharu yang tidak terjual untuk dijadikan unit di bawah inisiatif Skim Smart Sewa. Dan kebanyakan unit tersebut adalah Rumah Selangorku (RKSU) yang terletak di kawasan tertentu sahaja.
Ketiga, Jawatankuasa mendapati dasar Skim Smart Sewa berpotensi membantu isi rumah rakyat Selangor yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan. Namun dasar ini hanya bersifat sementara di mana penyewa dia harapkan berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah mereka selepas 5 tahun untuk mampu membeli Rumah Selangorku yang ditawarkan.
Jadi saranan daripada Jawatankuasa menegaskan bahawa golongan berpendapatan rendah yang menetap di kawasan bandar seperti Subang Jaya dan Petaling Jaya juga memerlukan inisiatif seumpama ini untuk membantu meringankan beban hidupan seharian mereka. Jawatankuasa mencadangkan agar Skim Smart Sewa ini diperluaskan lagi pelaksanaannya dengan sasaran untuk adanya unit di setiap kawasan DUN.
Kedua, Jawatankuasa mencadangkan supaya baki peruntukan bagi membeli rumah yang diperuntukkan kepada LPHS ditumpukan untuk pembelian rumah-rumah di pasaran sekunder (sub sale) khususnya di kawasan bandar seperti di Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya untuk dijadikan rumah Skim Smart Sewa. Memandangkan masih banyak kawasan DUN di Negeri Selangor tidak mempunyai Rumah Selangorku.
Ketiga, Jawatankuasa mencadangkan Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan tempoh sewaan yang lebih panjang berserta dengan Rancangan Jangka Masa Panjang bagi keluarga yang berpendapatan RM4,000 ke bawah untuk memastikan golongan ini mempunyai kediaman yang bermaruah.
Keempat, Jawatankuasa menegaskan bahawa perlu ada lebih banyak unit-unit kediaman Smart Sewa yang ditawarkan pada kadar sewaan tidak lebih daripada RM600 sebulan. Jadi, terima kasih Tuan Speaker, saya membentangkan.
Penyokong. Ya Bukit Lanjan.
Tuan Speaker, saya menyokong. Saya ingin bahas sikit. Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian, sikit sahaja. Skim Smart Sewa ini bukan sekadar program penyewaan rumah ia adalah platform mobiliti sosial. Jabatan kepada pemilikan rumah dan juga kategis kepada kehidupan yang bermaruah. Dalam keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi, usaha seperti ini adalah amat relevan dan wajar dipuji. Namun kita sedia maklum dengan data yang menunjukkan skim ini hanya terhad kepada beberapa lokasi perumahan baru tertentu sahaja dan pelaksanaannya adalah tidak menyeluruh. Maka ada beberapa perlu diperhalusi iaitu kapasiti penduduk yang berada di kawasan bandar yang padat perlu diberi perhatian. Misalnya di Subang Jaya dan Petaling Jaya dan kos sara hidup yang begitu tinggi dan kepadatan penduduk yang di kawasan bandar ini harus menjadi indikator yang perlu dipandang serius. Mereka yang tinggal di kawasan ini rata-ratanya boleh dikelompokkan sebagai miskin bandar kerana ramai mereka antara mereka yang masih menyewa di rumah yang sempit. Di DUN Bukit Lanjan yang berada dalam zon bandar yang sangat padat dengan kehadirannya beberapa buah stesen MRT, stesen KTM jelas lihat pertumbuhan kapasiti penduduk di sini mahupun di Subang Jaya.
Justeru Skim Smart Sewa ini perlu diperluaskan kepada seluruh kawasan DUN dengan sasarannya adanya unit di setiap kawasan DUN terutamanya kawasan bandar yang berkepadatan tinggi agar inisiatif ini dapat dimanfaatkan oleh semua rakyat yang memerlukan tanpa ada yang terkecuali.
Tuan Speaker, pembelian rumah-rumah di bawah keluaran LPHS hanya terbatas kepada rumah-rumah baharu dan tidak terjual sahaja dan di mana opsyen rumah yang ditawarkan buat masa ini adalah tidak fokus atau pun tidak meliputi kawasan-kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Subang Jaya di Selangor. Maka Jawatankuasa yang mencadangkan pembelian rumah-rumah di pasaran sekunder atau pun lebih dikenali sebagai sub sale dengan izin, khususnya di kawasan bandar seperti yang disebut tadi di mana ribuan unit rumah telah tersedia bahkan dengan harga yang lebih rendah. Bagi peruntukan sebanyak RM288 juta yang masih dimiliki oleh LPHS adalah dicadangkan untuk digunakan bagi pembelian unit-unit yang telah tersedia. Langkah ini nampak lebih efektif kerana tempoh untuk menunggu mana-mana projek baharu siap, akan memakan masa. Tambahan pula, rumah sub sale ini adalah lebih fleksibel dan lebih dekat dengan komuniti yang sedia ada. Misalnya di DUN Bukit Lanjan, kawasan seperti Damansara
Damai, Flora Damansara, Pelangi Damansara, Aman Puri Kepong yang mempunyai banyak pangsapuri kos sederhana atau pun kos rendah yang terbiar atau pun dijual murah. Jika unit-unit seperti ini dapat dibeli sebagai kegunaan Skim Smart Sewa ia bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan tetapi menyuntik semula kehidupan ke kawasan perumahan yang lama. Meningkatkan imej kejiranan dan membantu keseimbangan pembangunan antara kawasan elit dan sederhana.
Tuan Speaker, Skim Smart Sewa ini kini, berfungsi sebagai bantuan sokongan kepada rakyat Selangor ke arah pemilikan rumah sendiri. Namun skim ini perlu lagi diperhalusi dan ditambah baik dengan adanya lebih banyak unit-unit kediaman Skim Smart Sewa dengan tawaran pada sekadar sewa tidak lebih daripada RM600 sebulan. Justeru rumah Skim Smart Sewa turut dapat dijadikan sebagai rumah sewaan transit yang berstruktur khususnya kepada graduan muda yang baru bekerja di bandar. Graduan baru adalah sukar dan tidak mudah untuk menyewa rumah di bandar kerana mereka perlu bayar deposit yang lebih tinggi, tiada rekod kredit dan gaji permulaan mereka adalah rendah. Dan mereka perlukan satu tempat tinggal yang selamat dan mampu milik. Maka rumah Skim Smart Sewa ini dapat memainkan peranan yang amat-amat penting kepada golongan belia ini yang memerlukan. Jika kita sediakan unit transit kepada belia ini, ia akan menarik anak muda, tenaga muda untuk memacu pertumbuhan ekonomi di Negeri Selangor. Dan dengan dasar ini, secara tidak langsungnya kita boleh menggalakkan belia berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari peluang pekerjaan. Sekali gus dapat meningkatkan produktiviti ekonomi Negeri Selangor.
Tuan Speaker, rangkumannya saya menyokong penuh segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Skim Smart Sewa namun dasar-dasar yang berkait dengan perumahan negeri ini, perlu di laksanakan secara lebih holistik dan harus berpaksikan kepada kepentingan rakyat Selangor dari semasa ke semasa. Justeru saya menyokong penyata yang dikemukakan ini dan juga memohon agar cadangan yang diajukan ini dapat dipertimbangkan dengan serius demi kesejahteraan seluruh rakyat Selangor, sekian terima kasih.
Dibuka untuk dibahaskan, saya menjemput Yang Berhormat Subang Jaya dulu.
Tuan Speaker, point yang sangat singkat, 30 saat sahaja. Saya difahamkan bahawa untuk Rumah Selangorku khasnya, terdapat permintaan daripada pemaju untuk mengalihkan kuota-kuota yang telah ditetapkan dalam sesuatu pemajuan. Dan terdapat tempat lain, saya tak akan sebut yang mana, di mana kuota untuk Rumah Selangorku telah dipindah randah sehingga hilang. Jadi akhirnya pemaju berkenaan tidak membangunkan Rumah Selangorku dan perkara
ini saya berharap agar Majlis dan pihak LPHS mengambil perhatian sebab perkara rumah mampu milik ini sangat penting dan seperti disebutkan dalam penyata ini, dalam kawasan bandar khasnya di mana wujudnya kemiskinan bandar. Rumah-rumah mampu milik ini menjadikan perkara atau pun aset yang sangat penting untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi saya berharap kalau sistem dalaman agensi kerajaan berkenaan belum rapi lagi, supaya kita lebih memantapkan sistem-sistem berkenaan untuk mengelakkan masalah berpindah randah kuota Rumah Selangorku ini berlaku. Subang Jaya menyokong penyata ini, terima kasih.
Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin merujuk kepada saranan 5.4 pada muka surat 6 iaitu saranan supaya lebih banyak unit-unit kediaman Smart Sewa yang ditawarkan pada kadar sewaan tidak lebih daripada RM600. Jadi untuk itu Balakong ingin mencadangkan supaya Kerajaan meneliti kebolehan pelaksanaan Skim Sewa Bilik khususnya kepada warga emas yang tidak mempunyai waris atau pun golongan yang tidak berumah tangga. Sekiranya kita sewa satu rumah pada kadar RM600 untuk 3 bilik, kalau kita boleh laksanakan Skim Smart Sewa dalam bentuk sewa bilik, mungkin dia boleh bahagi kepada 3, maksudnya RM600 untuk satu rumah mungkin jadi RM200 untuk satu bilik. Sekian sahaja saya hendak cadangkan.
Seri Kembangan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin memulakan perbahasan dengan merakam penghargaan kepada Kerajaan Selangor atas segala usaha yang telah dilaksanakan untuk menangani isu perumahan rakyat melalui pelbagai program seperti Rumah Selangorku, Rumah Idaman, Skim Smart Sewa dan sebagainya. Daripada semua program yang dilaksanakan hanya Skim Smart Sewa yang menggunakan pendekatan sewa sebagai cara membantu rakyat untuk mendapatkan tempat tinggal. Ini sangat penting kerana tiada dasar perumahan awam di negeri kita. Kebanyakan dasar sedia ada mengandaikan bahawa semua rakyat mempunyai kemampuan membeli rumah kos rendah. Hakikatnya tidak semua rakyat mampu membeli rumah walaupun yang paling murah sekali pun. Maka kewujudan Skim Smart Sewa amatlah bermakna, namun satu kelemahan yang ketara adalah Skim Smart Sewa kebiasaannya hanya terdapat di kawasan luar bandar atau agak terpencil. Contohnya di kawasan di Seri Kembangan tiada langsung Skim Smart Sewa. Oleh sebab itu, di kawasan bandar seperti di Seri Kembangan, Balakong, Subang Jaya, Petaling Jaya dan sebagainya yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak dan penduduk yang padat, golongan berpendapatan rendah tidak dapat menikmati manfaat Skim Smart Sewa. Mereka terpaksa berpindah ke kawasan pinggir bandar yang jauh untuk menikmati skim
ini. Akibatnya jarak perjalanan ke tempat kerja bertambah jauh dan kos pengangkutan juga meningkat.
Satu lagi isu yang perlu diambil perhatian adalah syarat Skim Smart Sewa yang mengehendaki penerima manfaat berpindah selepas tempoh sewa 5 tahun tamat. Tempoh 5 tahun ini terlalu singkat bagi seorang anak muda yang baru mula berdikari untuk mengumpul dana membeli rumah sendiri. Mari kita buat satu kiraan di sini ya, andaikan bayaran sewa bulanan Skim Smart Sewa adalah RM800 dan selepas 5 tahun penerima manfaat akan menerima semula 30% daripada jumlah bayaran sewa yang telah dibuat iaitu sebanyak RM14,400.00 tetapi untuk membeli sebuah unit pangsapuri bernilai kira-kira RM250 ribu. Deposit yang diperlukan adalah sekitar RM25 ribu. Jika mengambil unit bernilai RM250 ribu sekali pun, deposit sekitar RM20 ribu diperlukan, belum termasuk kos pengubahsuaian. Terdapat jurang kewangan antara bantuan yang diberikan oleh Skim Smart Sewa dengan jumlah wang yang diperlukan untuk memiliki rumah sendiri. Jurang ini akan menyebabkan tujuan asal skim ini iaitu membantu rakyat memiliki rumah sendiri, gagal dicapai.
Oleh itu, saya menyokong saranan dalam penyata iaitu memanjangkan tempoh Skim Smart Sewa. Saya mengesyorkan tempoh ini boleh dipanjangkan kepada 10 Tahun. Dengan tempoh yang lebih panjang penerima manfaat berpeluang mengumpul wang lebih mencukupi dan bersedia membayar pinjaman wang..pinjaman rumah. Pada masa yang sama jumlah wang simpanan 30% daripada bayaran sewa juga akan lebih dekat dengan jumlah deposit rumah, sekali gus menjamin kesinambungan program.
Saya juga, menyambut baik saranan dalam penyata iaitu adanya unit Skim Smart Sewa di setiap kawasan dun. Selain itu, saranan dalam penyata berkenaan pembelian rumah-rumah di pasaran sekunder iaitu subsale – dengan izin adalah satu cadangan yang cukup munasabah juga. Ramai unit rumah kos rendah kini tidak terjual dan kekal kosong menyebabkan masalah kekurangan kutipan yuran penyelenggaraan dan keadaan rumah yang terbiar rosak. Keadaan ini menjadikan rumah-rumah tersebut kurang diminati oleh golongan yang mahu menyewa dengan kadar sewaan yang rendah. Sekali gus menimbulkan satu kitaran buruk.
Menurut kepada penyata, LPHS masih mempunyai peruntukan sebanyak RM288 juta dan anggaran setiap unit Skim Smart Sewa adalah sebanyak RM300,000. Sekiranya kerajaan membeli rumah-rumah subsale - dengan izin yang bernilai jauh lebih murah daripada RM300,000 maka, kerajaan dapat:
1. Menyelesaikan tunggakan yuran penyelenggaraan 2. Membiayai pengubahsuaian rumah
3. Memulihkan keadaan rumah tersebut, memutuskan kitaran buruk yang sedia ada
Langkah ini bukan sahaja membantu golongan yang bergantung kepada sewaan yang murah tetapi juga menyelamatkan komuniti yang tinggal di kawasan rumah kos rendah daripada masalah pengurusan yang gagal dan kemerosotan infrastruktur.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya percaya dengan perancangan yang lebih strategik dan pelaksanaan yang lebih teliti, Skim Smart Sewa dapat menjadi solusi efektif untuk menangani isu kediaman rakyat yang masih belum diselesaikan sepenuhnya. Dengan ini saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Ok baik, Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Jawatankuasa Khas, JPK-Sejahtera dalam laporannya sendiri telah mengakui bahawa lokasi rumah-rumah di bawah Skim Smart Sewa hanya tertumpu di kawasan bandar tertentu, khususnya Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Saya merujuk kepada muka surat 5 perenggan 4.1, sekali lagi kita lihat tiada perancangan untuk kami di utara Selangor dan di luar bandar berkenaan dengan Program Skim Smart Sewa ini. Dan lebih menyedihkan di Tanjung Karang Tuan Speaker, satu ketika dahulu kita lihat, ada satu papan tanda signboard besar yang menulis Skim Smart Sewa dan juga ada gambar Yang Amat Berhormat Menteri Besar di signboard itu. Terpacak di tepi jalan kampung tepi jalan besar.
Namun begitu, ramai orang kampung sudah teruja ketika hampir dengan pilihanraya negeri yang lepas tapi akhirnya hanyalah tinggal papan tanda tanpa sebarang perancangan untuk kami di luar bandar ini. Jadi harapan kami umpamanya sudah seperti disenyapkan di luar bandar.
Jadi yang keduanya, saya nak menyebut tentang laporan Jawatan Khas yang tadi, juga jelas menyebut bahawa Kerajaan Negeri membeli rumah-rumah baru yang tidak terjual. Saya ulang, rumah-rumah baru yang tidak terjual daripada pemaju untuk dijadikan unit di bawah Skim Smart sewa ini.
Jadi ini menimbulkan satu persoalan ini besar tentang keutamaan sebenar dasar perumahan ini. Adakah ia satu bantuan rakyat ataupun hanya satu bail out commission? Itu saya harap dapat penjelasan nanti. Kerana langkah membeli stok rumah tidak terjual ini, mencetuskan tanggapan negatif kerana bahawa dasar ini lebih bersifat menyelamatkan pemaju daripada membantu rakyat. Jadi, kita mula-mula tertanya-tanya
kenapa rumah-rumah ini tidak terjual, adakah kerana lokasi yang tidak sesuai ataupun harga yang tidak setimpal dan macam-macam faktor lain lagi.
Jadi sebagai pembangkang yang constructive saya ingin memberikan cadangan yang constructive kepada kerajaan kerana kita pun tahu Skim Smart Sewa ini seolah-olah dengan izin Tuan Speaker just a short term solution untuk pembeli.. penduduk-penduduk ini tadi. Jadi satu cadangan untuk kita ganti, untuk Skim Smart Sewa ini digantikan dengan model sewa untuk milik ataupun rent to own seperti yang dijalankan sebelum ini oleh KPKT terhadap rumah-rumah PPR.
Jadi dengan keadaan.. dengan skim ini rakyat ini boleh membayar rumah tersebut, menyewa dan akhirnya sehingga menjadi milik rakyat.. milik dia sendiri. Mungkin ini kita boleh aplikasi kepada rumah-rumah Selangorku atau yang mana-mana yang sesuai dengan pelan ini.
Jadi akhir sekali, saya ingin tegaskan rakyat luar bandar bukan lah warga kelas kedua di Selangor ini. Kerana kami juga berhak mempunyai peluang yang sama bukan sahaja dari segi pengangkutan tapi juga perumahan dan saya betul-betul mengharapkan bahawa Kerajaan Negeri dapat membuat dasar yang benar-benar dapat membantu rakyat secara keseluruhannya di Selangor terutama sekali dasar perumahan, terutama sekali anak-anak muda di kawasan-kawasan luar bandar. Sekian, daripada saya.
Ok baik. Saya menjemput mana-mana wakil daripada kerajaan untuk memberi penjelasan dan menggulung. Yang Berhormat Tanjung Sepat silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Meru dan juga Yang Berhormat yang membahaskan tentang usul yang dibawa.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat rumah Smart Sewa ini merupakan rumah daripada kontra ataupun perubahan dasar daripada 2.0 kepada 3.0. Yang ini adalah rumah-rumah yang bukan dibuat oleh pihak kerajaan. Rumah ini adalah dasar rumah Selangorku yang sebelum ini, yang tidak dapat pemaju laksanakan dan mereka yang mengambil alih kepada dasar ketiga ataupun 3.0, yang mana, yang memerlukan kontras memberi balik nilai yang sepatutnya dipulangkan balik kepada LPHS.
Jadi, kebanyakan rumah-rumah ini, kita tidak beli, mereka hanya kontra dengan unit. Jadi di tempat-tempat unit dibinakan rumah ini maka itulah dijadikan Smart Sewa. Tapi ada juga kawasan-kawasan yang kita beli, yang mungkin ada potensi untuk disewakan. Jadi
untuk setakat sekarang ini kalau dibandingkan di Daerah Petaling kita ada 286 unit, di Daerah Klang, kita ada 407 unit, di Daerah Sepang ada 184 unit dan Daerah Hulu Selangor ada 32 unit dan Daerah Gombak 390 dan juga Daerah Hulu Langat kita ada 235.
Sekarang kita mempunyai 2,221 dan menjelang pada tahun depan insha-Allah kita akan memiliki rumah-rumah lagi sebanyak dalam 3,000 unit hasil daripada pertukaran dasar 2.0 kepada 3.0.
Dan ini merupakan, salah satu untuk memudahkan ya pihak untuk memiliki rumah dan kita setuju cadangan-cadangan untuk tambah baik lagi sistem kita daripada 5 tahun. Ada juga permohonan yang mereka 5 tahun belum lagi layak dan kita ambil pertimbangan untuk ditambahkan mungkin 2, 3 tahun lagi sehingga betul-betul dia layak untuk dia memiliki rumah.
Ini dasar kita, very flexible dan juga kita melihat ada kawasan-kawasan yang perlu diambil perhatian dan kita akan pastikan setiap cadangan daripada perbahasan yang di bawa oleh yang berhormat akan kita ambil maklum dan Kerajaan Negeri akan sedia mempertimbangkan. Terima kasih.
Ahli-ahli yang berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi, bahawasanya menurut peraturan 76(5) peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita serta kesejahteraan hidup ataupun JPK-Sejahtera berhubung Skim Smart Sewa di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat bilangan 18 tahun 2025. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya (Ahli Dewan: Ya) . Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, usul No. 12 Tahun 2025. Usul di bawah peraturan tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Meru.
Ya, silakan Meru.
Terima kasih Yang Berhormat speaker. Tuan Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut:
Bahawasanya menurut peraturan 76(5) peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita serta kesejahteraan hidup JPK-Sejahtera berhubung dasar perumahan Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 19 Tahun 2025.
Dalam mesyuarat JPK-Sejahtera Bilangan 6, 2024 bertarikh 25 April 2024, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memberikan taklimat kepada pihak jawatankuasa mengenai peruntukan kerajaan untuk penyelenggaraan rumah kos rendah dan PPR, projek-projek rumah terbengkalai dan dasar rumah Selangorku RSKU.
Dalam mesyuarat JPK-Sejahtera Bilangan 10, 2024 bertarikh 26 Ogos 2024, LPHS sekali lagi hadir di hadapan jawatankuasa untuk memberi taklimat yang lebih terperinci mengenai dasar rumah Selangorku serta dasar-dasar Kerajaan Negeri lain yang berkaitan dengan isu kemampumilikan rumah dalam kalangan rakyat Selangor.
Jawatankuasa memutuskan untuk memanggil Yang Berhormat EXCO Perumahan dan Kebudayaan, Yang Berhormat Datuk Borhan bin Ahmad Shah dalam mesyuarat bilangan 11, 2024 bertarikh 17 September 2024 untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hala tuju dasar-dasar kerajaan dalam isu perumahan.
Mendengar segala keterangan-keterangan daripada pihak Yang Berhormat EXCO dan LPHS, dari ketiga tiga mesyuarat tersebut. Penemuan Jawatankuasa ialah:
1. Jawatankuasa mendapati hanya terdapat dasar berkenaan pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju swasta di Negeri Selangor. Tumpuan utama dasar kerajaan hari ini, adalah untuk membina 200,000 unit rumah mampu milik di bawah dasar rumah Selangorku (RSKU). Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang dasar perumahan yang lain.
2. Jawatankuasa mendapati penguatkuasaan dasar RSKU kurang berkesan di mana dasar baharu RSKU 3.0 diolah selepas keengganan pihak pemaju untuk mematuhi dasar RSKU 1.0 dan RSKU 2.0. Sebelum ini atas faktor ekonomi.
3. Jawatankuasa mendapati rumah-rumah mampu milik yang ditawarkan di bawah RSKU pada hari ini memerlukan bayaran ansuran sekurang-kurangnya RM900 sebulan untuk unit trio di bawah dasar RSKU 3.0 dan RM1,000 untuk unit Rumah Idaman, Rumah Harapan dan Unit Quad RSKU 3.0 iaitu dalam perenggan keterangan 3.2.8 dan 3.3.8. Golongan berpendapatan di bawah paras RM4,000
sebulan tidak mempunyai pilihan yang munasabah dalam dasar RSKU semasa. Skim Smart Sewa yang dicadangkan sebagai alternatif bagi kumpulan ini pula terhad kepada tempoh sewaan maksima selama 5 Tahun dengan harapan kumpulan ini mampu untuk keluar dari takuk pendapatan di bawah RM4,000 dalam tempoh ini dan kemudiannya mampu membeli rumah mampu milik. Perkara ini berbeza semasa pelaksanaan dasar RSKU 1.0, di mana terdapat unit-unit jenis A yang boleh dibeli dengan bayaran ansuran serendah RM300 sebulan.
4. Jawatankuasa mendapati bahawa masih belum ada apa-apa rangka kerja untuk dan mengawalselia sewaan rumah kediaman bagi melindungi hak-hak para penyewa dan tuan rumah.
5. Jawatankuasa mendapati tidak ada perancangan untuk meningkatkan kualiti penyelenggaraan di flat dan pangsapuri kos rendah yang dimiliki oleh pemilik persendirian. Rakyat Malaysia yang tinggal di flat dan pangsapuri kos rendah ini sering berhadapan dengan masalah seperti sampah-sampah yang tidak diselenggara dengan baik, lampu koridor dan lif yang tidak berfungsi dan infrastruktur kemudahan awam yang rosak.
Jadi, saranan Jawatankuasa:
1. Isu perumahan adalah satu isu yang sangat penting di Negeri Selangor dan perkara ni memerlukan satu dasar yang kukuh, menyeluruh, dan jelas dari pihak Kerajaan Negeri.
2. Jawatankuasa mencadangkan supaya dasar ini perlu mengambil kira tetapi tidak terhad hanya pada aspek-aspek berikut:
a) Setiap keluarga di Negeri Selangor mampu mempunyai kediaman sendiri.
b) Bagi keluarga yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri alternatif sewaan tanpa had masa perlu disediakan.
c) Persediaan kerajaan Negeri dalam membantu menyediakan kediaman pesara terutama dalam kalangan penjawat awam berpendapatan rendah dan pekerja ladang yang tinggal kuarters majikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dan tidak memiliki rumah sendiri.
d) Kualiti kerja pembinaan dan penyelenggaraan kediaman kos rendah perlu diutamakan.
e) Memastikan tiada isu pembinaan projek perumahan terbengkalai disebabkan oleh sistem jadual sebelum bina oleh pemaju.
f) Point keenam ini nanti saya jelaskan ya supaya tidak ada salah faham tentang point keenam ini dan saya bacakan dulu iaitu mengambil kira prinsip keadilan dan kesaksamaan seperti dasar anti diskriminasi perkauman dan akses untuk semua dalam dasar perumahan negeri. Maksudnya ialah supaya saya jelaskan di sini bahawa saranan 5.2 (f) ini bukanlah masa untuk menyentuh apa-apa perkara berkaitan dengan dasar ataupun polisi yang sedia ada berkaitan dengan tanah rizab Melayu ataupun kuota khas perumahan untuk Bumiputera.
Jadi jawatankuasa juga tidak berhasrat untuk menyentuh apa-apa dasar yang sedia ada. Saranan hanya ditujukan untuk mengatasi masalah-masalah khusus di mana ada sesetengah pihak khususnya pihak swasta yang enggan menyewakan rumah kepada penyewa-penyewa dari kaum India. Ya, saya sebut secara direct. Jadi sekian saya membentangkan. Terima kasih Speaker.
Menjemput penyokong untuk berucap. Saya ingin mengumumkan Dewan mengalu-alukan lawatan daripada 13 orang pelawat dari DUN Kampung Tunku yang diketuai oleh En. Norahim bin Nasir yang diatur oleh Yang Berhormat Puan Lim Yi Wei, Yang Berhormat ADN Kampung Tunku. Selamat datang ke Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong. Tuan Speaker saya nak bahas, nak bahas. Seri Serdang sokong. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, isu perumahan bukan sekadar cabaran pentadbiran tetapi ia adalah satu ujian ke atas nilai kemanusiaan kita. Usaha dan matlamat Kerajaan Negeri yang ingin memastikan setiap keluarga di Selangor mempunyai kediaman sendiri wajar dipuji namun dasar-dasar kini yang berkait dengan perumahan perlu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan kefahaman yang lebih kukuh. Justeru ada beberapa perkara yang saya ingin tarik perhatian dalam dewan hari ini. Setiap keluarga Selangor mampu berhak memiliki kediaman sendiri. Ini adalah aspirasi asas yang perlu menjadi tunjang kepada setiap polisi perumahan. Kita perlu melihat semula semua mekanisme pemilikan rumah agar ia benar-benar mampu dicapai oleh setiap lapisan masyarakat. Bukan hanya sekadar ditoreh di atas kertas. Kita tidak boleh membiarkan impian memiliki rumah sendiri menjadi satu kemewahan yang hanya mampu dimiliki oleh segelintir. Sebuah laporan oleh Khazanah Research Institute yang bertajuk “Rethinking Housing A Policy Friendwork For Affordable Housing In Malaysia 2019” dengan izin, sering kali
menekankan hubungan langsung antara pemilikan rumah yang stabil dengan peningkatan kualiti hidup dan mobiliti sosial. Kerajaan Negeri kini perlu lebih proaktif dalam memperkenalkan insentif memudahkan akses kepada pembiayaan dan mewujudkan satu ekosistem perumahan yang menyokong pemilikan terutamanya bagi golongan muda dan keluarga baharu. Ini termasuklah mempermudahkan proses permohonan, mempercepatkan kelulusan dan memastikan kuota yang adil serta terus kepada semua pemohon yang layak.
Tuan Speaker, kita mempunyai tanggungjawab moral terhadap pesara khususnya penjawat awam yang berpendapatan rendah dan pekerja ladang yang sering kali tinggal di kuarters majikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dan mereka tidak memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri perlu merangkakan satu dasar yang jelas untuk membantu golongan yang telah berbakti ini untuk memiliki kediaman yang selesa setelah bersara. Ini adalah soal maruah dan jaminan hari tua yang perlu kita penuhi. Mereka telah menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara. Kini tiba masanya kita membalas budi kepada mereka dengan memastikan mereka mempunyai satu tempat berteduh yang selesa di usia senja. Tanpa perlu risau tentang isu perumahan. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Ya, isu projek terbengkalai juga kerap berlaku di bawah Skim Projek Rumah Selangorku ataupun Skim Perumahan yang lain. Kerajaan Negeri mestilah memastikan tiada isu lagi untuk pembinaan projek perumahan yang terbengkalai disebabkan sistem ‘jual sebelum bina’ oleh pemaju. Para pembeli yang memilih untuk membeli rumah di bawah skim Perumahan Selangor sama ada rumah Selangorku ke, ataupun Rumah Idaman, mereka meletakkan sepenuhnya kepercayaan dan keyakinan terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan mereka harap sangat-sangat janji untuk memiliki kediaman mampu milik akan menjadi satu kenyataan bagi mereka. Oleh itu satu mekanisme perlindungan yang lebih ketat perlu dilaksanakan termasuk mungkin memperkenalkan sistem ‘bina sebelum jual’ ataupun ini contoh, Seri Serdang. Ataupun meningkatkan satu jaminan bon pemaju. Ini adalah untuk melindungi pembeli daripada kerugian kewangan dan tekanan emosi yang diakibatkan oleh projek terbengkalai. Kepercayaan awam terhadap sektor perumahan ini perlu dikembalikan dan dipertahankan khususnya projek perumahan di bawah Dasar Perumahan Negeri Selangor. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang dihormati sekalian, dasar perumahan yang dirangka oleh Kerajaan Negeri Selangor mestilah dibuat berdasarkan kepentingan dan keperluan rakyat. Dasar untuk rakyat. Ini tidak boleh terlalu tunduk, terlalu tunduk kepada kehendak pasaran semata-mata. Rumah bukan sekadar batu-batu yang mencantumkan bersama, tetapi ia adalah satu lambang perlindungan dan keselamatan terhadap sesebuah negara dan keluarga. Marilah kita sama-sama memastikan setiap keluarga di Selangor mempunyai satu bumbung atas kepala dan kehidupan yang lebih bermaruah. Maka saya mohon Kerajaan Negeri dapat
mempertimbangkan cadangan yang diajukan oleh jawatankuasa tadi secara teliti. Sekian, terima kasih.
Untuk bahas? Seri Kembangan?
Saya tak tahu kenapa Kuang gembira sangat. Saya nak bahas, Kuang yang gembira.
Ya, teruskan.
Terima kasih. Sebelum saya bahas, Seri Serdang minta saya tambah perbahasan saya tadi tu, Seri Serdang juga satu bandar yang tak ada skim Smart Sewa. Okay? Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membahaskan penyata berhubung Dasar Perumahan Negeri Selangor yang semakin mendesak. Sejak tahun 2005, penduduk Selangor telah meningkat daripada 4.6 juta kepada 7.0 juta pada tahun 2025. Ini adalah satu kadar pertambahan yang sangat ketara dalam tempoh kurang daripada 2 dekad. Namun begitu, pertambahan ini bukanlah disebabkan oleh kadar kesuburan yang tinggi, sebenarnya kadar kesuburan Selangor adalah di antara yang paling rendah di Malaysia. Pada tahun 2022 kadar kesuburan keseluruhan TFR di Selangor adalah 1.5 orang anak bagi setiap wanita. Menjadikannya keempat terendah selepas Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tetapi pertumbuhan populasi kita lebih kepada kemasukan penduduk dari negeri-negeri lain yang berhijrah ke Selangor kerana peluang pekerjaan dan ekonomi yang lebih baik. Oleh itu Dasar Perumahan Negeri kita tidak boleh hanya berteraskan konsep ‘setiap orang memiliki rumah’. Dengan izin, ‘ownership focus’. Kita mesti mengiktiraf bahawa kepelbagaian peluang perumahan wujud terutamanya dalam konteks urbanisasi yang pesat ini. Kerajaan perlu memahami bahawa tidak semua rakyat mampu atau mahu membeli rumah. Ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana lebih cenderung untuk menyewa rumah yang lebih mampu milik agar mereka boleh menyimpan wang untuk masa depan termasuklah membeli rumah sendiri suatu hari nanti. Namun hakikatnya sekarang pilihan rumah sewa yang wujud di pasaran swasta tidaklah mampu milik bagi kebanyakan golongan ini walaupun ada banyak rumah yang tersedia untuk disewa, kadar sewa adalah tinggi dan menyukarkan mereka untuk menyimpan bagi bayaran pendahuluan rumah pertama.
Setakat ini Selangor tidak mempunyai satu dasar rumah sewa awam, dengan izin public rental housing yang menyeluruh. Skim Smart Sewa yang diperkenalkan hanya menyediakan sewaan selama 5 tahun. Tempoh ini terlalu pendek untuk para penyewa mengumpul simpanan yang mencukupi bagi membeli rumah baharu selepas tamat tempoh tersebut. Saya mencadangkan agar tempoh Skim Smart Sewa dipanjangkan
sekurang-kurangnya kepada 10 tahun. Tempoh yang lebih panjang akan memberikan ruang yang lebih realistik bagi penyewa untuk menyediakan simpanan yang cukup untuk membeli rumah pertama mereka. Saya juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk membina dan memiliki rumah sewa awam yang tidak dijual kepada rakyat tetapi hanya untuk disewa. Modal ini dapat mengelakkan isi rumah mampu milik bertukar tangan atau menghadapi masalah kutipan yuran penyelenggaraan apabila dijual kepada individu yang tidak mampu menampung kos pengurusan jangka panjang. Satu lagi pendekatan yang lebih fleksibel adalah dengan membeli rumah terpakai sedia ada di pasaran dan menyewakannya secara berperingkat dan berselerak dengan izin decentralised kepada rakyat. Ini boleh mengurangkan kebergantungan terhadap pemaju untuk membina rumah kos rendah yang sering kali dijual di bawah kos dan menyebabkan mutu pembinaan dan pengurusan selepas jualan yang rendah serta risiko tunggakan yuran penyelenggaraan yang tinggi. Akhir sekali saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menggunakan data rumah kos rendah yang sedia ada dan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengenal pasti keluarga-keluarga yang benar-benar memerlukan. Lawatan dari rumah ke rumah di kawasan perumahan ini dapat membolehkan bantuan yang lebih bersasar seperti subsidi sewa atau bimbingan kewangan disalurkan kepada mereka yang paling memerlukannya.
Tuan Speaker, dasar perumahan yang inklusif bukan sahaja menjamin tempat berteduh kepada rakyat tetapi juga menyumbang kepada kestabilan sosial dan ekonomi negeri. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat mengambil serius cadangan-cadangan ini untuk memperkukuhkan ekosistem perumahan Selangor dalam menghadapi realiti masa kini. Dengan ini, saya menyokong penyata. Sekian, terima kasih.
Seterusnya saya menjemput wakil daripada Kerajaan untuk memberi sebarang penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Meru dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membahaskan usul yang telah dibawa. Untuk pengetahuan Yang Berhormat memanglah menjadi matlamat LPHS di bawah Kerajaan Negeri seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat iaitu Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna. Tapi walau bagaimanapun peranan LPHS bukannya kita membina rumah, tapi kita sebagai satu lembaga menguruskan tentang pembinaan dan menyediakan dasar-dasar. Walau bagaimanapun kita juga memastikan bahawa setiap penyediaan rumah ini mengikut dasar yang telah disediakan supaya memastikan bahawa rakyat Negeri Selangor khususnya akan memiliki rumah yang lebih berkualiti daripada kuantiti yang ada. Jadi kita ambil maklum bahawa rumah-rumah ini dibina adalah dengan kerjasama juga dengan anak-anak syarikat Negeri Selangor. Jadi untuk mendapatkan mungkin hak keistimewaan ini boleh kita bincang dan kita akan
perhalusi dengan anak-anak syarikat Negeri Selangor supaya memberi satu peruntukan khas dan juga mengutamakan pemilikan rumah ini bagi penduduk khususnya rakyat Negeri Selangor. Jadi saya memandang serius perkara ini dan kita akan bincang sehalus untuk memastikan usul-usul yang dibahaskan pada hari ini dapat dipastikan dalam pertimbangan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah usul yang berbunyi bahawasanya menurut peraturan 76 (5) peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang Mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan , Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita Serta Kesejahteraan Hidup (JPK-Sejahtera) berhubung dasar perumahan Negeri Selangor yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 19 tahun 2025.
Ahli-ahli Berhomat yang bersetuju sila katakan ya.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju kata tidak.
Usul ini dipersetujui.
Usul untuk menangguhkan DewanMotion
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya usul untuk menangguhkan Dewan.
Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Tua.
15 minit penerangan. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, alhamdulilah kita telah menamatkan 12 usul secara keseluruhan termasuk sesi penerangan sepanjang sesi Dewan ini berlangsung dan saya berharap berapa dapatan yang telah dikemukakan dapat dibuat program-program dan langkah-langkah susulan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri dan termasuk semua termasuk beberapa janji dan juga keputusan yang telah diputuskan. Sebelum saya mengakhiri Dewan, saya turut ingin mengambil bahagian di sini untuk menjemput para semua teman-teman dan rakan-rakan sahabat untuk menyertai Festival Thurat Islami 3.0 yang akan berlangsung daripada tanggal 12 sehingga 20 hb Julai 2025 yang akan menghimpunkan 18 ilmuwan agama dalam menjelaskan tentang tafsir Alquran. Semoga pemahaman tentang warisan keilmuan islam ini akan memberikan penerangan penjelasan dan mempertingkatkan pengetahuan serta kefahaman kita tentang Islam. Yang Kedua bercakap tentang warisan juga, sempena hari ini, saya ingin mewakili seluruh Ahli Dewan ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir atas sambutan hari Lahir yang ke 100 tahun. Semoga diberikan
ksihatan dan keafiatan walau ada perbezaan namun sumbangan dan jasa beliau kepada negara wajar kita hormat. Terima Kasih dengan itu saya mengusulkan penangguhan Dewan.
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan ini saya ingin mengambil peluang dan kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada semua Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Dewan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kerajaan, di atas kerjasama yang dihulurkan dalam melicinkan perjalanan Mesyuarat Ketua Persidangan Penggal Ketiga Kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, urus setia , pelapor-pelapor dan semua petugas yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan dan persidangan Dewan pada kali berjalan begitu lancar. Kepada semua Yang Berhormat sila semak draf penyata, yang telah dan akan diedarkan berkaitan ucapan Yang Berhormat dan kembalikan semula ke pentadbiran Dewan sekiranya terdapat sebarang pembetulan agar penyata rasmi itu dapat disediakan dan diedarkan dengan segera kepada Yang Berhormat sekalian. Dengan ini saya menangguhkan persidangan hari ni kesuatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.50 PETANG)