Selangor · 17 November 2025
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 363 turns · 44,062 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 17 November 2025 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa (Doa dibacakan) .
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat ; i. Kertas Mesyuarat Bilangan 45 tahun 2025 - Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Beraudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024.
ii. Kertas Mesyuarat Bilangan 46 Tahun 2025 - Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor Berhubung Kenyataan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia pada 24 November 2023.
iii. Kertas Mesyuarat Bilangan 47 Tahun 2025 - Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya Pertanyaan-Pertanyaan.
Salam sejahtera dan selamat pagi diucapkan kepada semua pelawat dan juga rakan-rakan Yang Berhormat. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Pelabuhan Klang, ingin saya mengumumkan kepada semua bahawa Dewan Negeri Selangor pada pagi ini ada telah pun mengadakan satu pameran berkenaan Askar Wataniah yang diketuai oleh Mejar Muhammad Khairul Akmal di bawah Batalion 2 Rejimen 502 Askar Wataniah Kem Shah Alam, Seksyen 16 tentang pertunjukan dan juga pameran recruitment yang bertempat di lobi Bangunan Wisma Negeri Selangor. Pameran ini berjadual berlangsung sepanjang hari ini dan saya menjemput Yang Berhormat untuk mengunjungi pameran dan menguar-uarkan berita recruitment askar wataniah kepada kawasan masing-masing. Dewan Negeri Selangor juga mengalu-alukan pelawat berikut Persidangan Negeri Selangor daripada Pertubuhan Persaudaraan B-P Guild Klang Pengakap Malaysia seramai 16 orang diketuai oleh Encik Kam Eng Tiong seramai 15 orang daripada Pusat Khidmat
Masyarakat Paya Jaras diketuai oleh Puan Norwahidah binti Mohd Zamri diaturkan oleh Yang Berhormat Paya Jaras. Daripada Persatuan Di Hati seramai 17 orang diketuai oleh Puan Saly dan Selamat Datang ke Dewan Negeri Selangor. Sekarang ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Pelabuhan Klang. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Prestasi Perdagangan Eksport Antarabangsa Negeri SelangorQuestions
1. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Dengan nilai eksport RM182.2 bilion dicatat Selangor bagi enam bulan pertama 2025, bagaimana Kerajaan Negeri memastikan pertumbuhan ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan di sektor pelabuhan dan logistik?
b)
Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam menyokong usahawan mikro/kecil dalam rantaian bekalan eksport?
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang bertanya mengenai usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pertumbuhan eksport Selangor diterjemahkan kepada peluang ekonomi yang lebih luas, khususnya dalam sektor pelabuhan, logistik serta usahawan mikro dan kecil. Saya mohon jawapan kepada soalan (a) dan (b) dijawab bersekali. Tuan Speaker, Selangor sebagai pintu masuk utama negara dan menyumbang 26.2% KDNK Malaysia akan terus mengoptimumkan jaringan infrastruktur utama khususnya dalam sektor pelabuhan dan logistik bagi memacukan perdagangan antarabangsa. Pada tahun lalu, Pelabuhan Klang yang merupakan tonggak utama ekosistem perdagangan Malaysia telah dinobatkan sebagai Pelabuhan Terus Sibuk Ke-10 di dunia. Mengatasi Hong Kong buat pertama kali dengan kendalian 14.64 juta EU peningkatan 4.1% berbanding tahun 2023. Unjuran Kementerian Pengangkutan juga menunjukkan bahawa jumlah kontena dijangka menghampiri 15 juta EU pada tahun 2025. Menandakan momentum pertumbuhan yang berterusan. Manakala prestasi perdagangan Selangor juga menunjukkan
peningkatan nilai dagangan iaitu naik 12.3% kepada 864.48 bilion ringgit pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Dalam tempoh yang sama nilai eksport meningkat 7.3% kepada 507.43 bilion ringgit. Sudah tentu pertumbuhan trafik dan nilai dagangan serta eksport ini mempunyai impak langsung terhadap peluang pekerjaan dalam sektor logistik. Bagi tempoh 2020 hingga Jun 2025, 114,902 potensi peluang pekerjaan dihasilkan di Selangor di mana sebanyak 70,400.11 potensi peluang pekerjaan daripada kelulusan projek-projek pelaburan baru yang diluluskan oleh MIDA di Selangor. Dari jumlah ini sebanyak 14,563 atau pun bersama 20.7% potensi peluang pekerjaan adalah daripada sektor perkhidmatan termasuk logistik dan selebihnya dalam sektor pembuatan. Bagi maksud tersebut antara usaha bagi memastikan sektor ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada sektor PKMS dan IKS adalah pembangunan pelabuhan baharu iaitu Pelabuhan Ketiga Pulau dengan cadangan mendirikan sebuah zon ekonomi khas Pulau Carey. Projek ini akan meningkatkan kecekapan rantaian bekalan dan kapasiti pelabuhan. Pada masa yang sama, kerjasama strategik dengan Port Klang Authority (PKA) dan Port Klang Free Zone (PKFZ) terus dipergiat untuk menarik pelabur baharu serta membangunkan tenaga kerja tempatan. Penganjuran Selangor International Business Summit (SIBS) yang kini memfokuskan pembangunan akses pasaran yang lebih tersusun melalui sektor-sektor strategik seperti Selangor Investment and Industrial EKSPO atau SPARK dan Malaysian Semiconductor Recruitment Day tahun ini. Memanfaatkan jaringan Laluan Rel Pantai Timur ataupun ECRL yang menghubungkan Pelabuhan di Pantai Timur dan Pelabuhan Klang dengan membangunkan beberapa inland port di beberapa kawasan strategik yang bakal memberi manfaat kepada locality seperti Serendah, Hulu Selangor dan Klang. Penganjuran Program Pembangunan Syarikat Pemula dan PKMS juga dianjurkan seperti Selangor Twin Accelerator Programme 2025, Selangor Deep Tech Xccelerator Programme dan Selangor Retail Tech Xccelerator Programme dan juga Program Peningkatan Kemahiran di platform TikTok Shop dan Seong Hong Shu. Program Memperkukuhkan Pembangunan Kapasiti dan Pensijilan Eksport oleh HIS Toyyiba. Inisiatif Selangor plats menyediakan ekosistem e-dagang dan pemasaran dalam talian dan akses pembiayaan dan bantuan kewangan melalui inisiatif Hijrah Selangor. Pendekatan Selangor adalah unik kerana ia tertumpu kepada pembinaan ekosistem yang memberi bimbingan atau pun mentor mengesahkan modal perniagaan valid dates dan memacukan pelaksanaan move adapt to execute. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya melihat salah satu contohnya pembangunan Terminal 3 Pulau Carey, masih lagi kelihatan samar walaupun kita sudah berada di penghujung RS-1 dan Kerajaan Negeri telah mengenal pasti satu jumlah keluasan untuk dibangunkan. Soalan saya, apakah perancangan pihak kerajaan untuk menyediakan profesional-profesional yang berkemahiran tinggi termasuklah
TVET bagi memberikan peluang kepada mereka ini apabila Pelabuhan Klang nanti dibuka dan peluang ini dapat dinikmati oleh masyarakat tempatan dan juga masyarakat di negeri Selangor itu sendiri? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Sijangkang. Memang latihan TVET itu merupakan salah satu fokus utama bagi Kerajaan Negeri Selangor untuk melatih lebih ramai kemahiran untuk berkhidmat bukan sahaja di pelabuhan tetapi di semua sektor di negeri Selangor. Melalui STDC dan juga melalui politeknik-politeknik kita ada di negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor bekerja sama dengan politeknik-politeknik dan juga melalui program-program yang khas untuk memastikan kita mempunyai kemahiran mencukupi bagi industri-industri seperti macam ini. Bagi pembangunan Pelabuhan Ke-3 Pulau Carey ini sebenarnya rancangan tempatan telah diadakan di mana kita juga perlu memastikan infrastruktur-infrastruktur yang diperlukan akan bersedia semasa pembangunan itu dimulakan dan pada masa yang sama kita juga tidak mengetepikan pembangunan bagi modal insan. Ini adalah satu hala tuju bagi Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan semua sektor-sektor yang penting bagi kita untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diteruskan. Terima kasih.
Saya bagi pada Batu Tiga dulu.
Terima kasih Tuan Berhormat Speaker. Disebut tadi tentang pelabuhan yang tersibuk di dunia yang ke-10 tetapi hari ini bila saya lihat pusat-pusat logistik hari ini sudah mungkin banyaknya beralih ke Shah Alam pula. Saya ingin bertanya dan menyambut baik usaha bila kita sebut tentang peluang pekerjaan, apakah kita boleh beri tumpuan peluang pekerjaan itu kepada orang tempatan terlebih dahulu? Shah Alam khususnya Yang Berhormat kita tidak ada perumahan baharu terutama di Batu Tiga so dia agak terhad kalau kita buka peluang kepada orang luar datang bekerja dan mungkin perumahan kita agak terhad so kalau boleh diberi peluang pekerjaan kepada orang tempatan saya sedia membantu. Keduanya tentang sedikit masalah tentang trafik. Ada lima atau enam pusat logistik yang bakal ditubuhkan, ada sebahagian sedang dalam pembinaan tetapi concern saya ialah trafik kita menggunakan laluan sedia ada. So apa jangkaan kita kepada bilangan treler yang masuk dan juga kesediaan kita untuk menyambut kesibukan pusat logistik yang akan ditubuhkan nanti? Terima kasih.
Terima kasih. Bagi soalan pertama, saya rasa sebenarnya Batu Tiga atau pun Shah Ala sangat bertuah kerana sangat berdekatan dengan Pelabuhan Klang dan juga mempunyai infrastruktur dan ke sambungan jalan raya yang sangat baik. Jadi soalan telah menjadi lokasi tumpuan bagi warehouse atau pun bagi logistik syarikat logistik untuk membina syarikat ataupun membina warehouse di kawasan Shah Alam. Dan berkenaan dengan peluang pekerjaan untuk anak tempatan. Sebenarnya bagi insentif-insetif yang diberikan oleh MITI ataupun MIDA kepada pelaburan warehouse ada satu syarat di
mana mereka perlu memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan juga ada satu percentage yang ditetapkan sekurang-kurangnya satu jumlah pekerja tempatan itu sekurangnya perlu menikmati gaji permulaan yang 4,000 ke atas. Jadi ini merupakan satu syarat yang saya nampak sangat baik dan sangat membantu anak-anak tempatan untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Dan berkenaan situasi trafik sudah tentunya dengan penambahan warehouse di kawasan perindustrian yang lama yang masalah trafik merupakan satu masalah yang kita perlu menanangani bersama dengan PBT dengan pihak highway dengan pihak Yang Berhormat sendiri dan juga dengan pihak kita dapat apa itu menambah baik sistem trafik ataupun sistem aluran trafik di kawasan tempatan itu. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Speaker saya nak bangkit peraturan.
Ya, Hulu Kelang.
Saya nak bangkit peraturan.
Peraturan mesyuarat berapa?
Peraturan 23.
Ya.
Saya terima surat daripada Yang Berhormat Speaker tentang penolakan kepada dua soalan saya. Satu soalan saya bertanya tentang pendirian Kerajaan Negeri terhadap Rang Undang-undang Urban Renewal Act yang sedang digubal di peringkat persekutuan serta jaminan kepada pemilik hartanah supaya tidak kehilangan hak milik dalam projek pembangunan semula bandar di negeri Selangor. Alasan yang diberikan di sini katanya soalan berulang. Ini saya rasa, sekarang ini lepas soalan saya dulu itu sebelum URA itu ditolak itu di peringkat Parlimen tak jadi dibentangkan, jadi kita nak tahu apa pendirian Kerajaan Negeri sekarang? Soalan saya yang kedua, yang ini saya tak tahu kenapa Speaker tolak. Sebab saya tanya, apakah status terkini pelaksanaan Projek Lebuh Raya PJD Link? Sebab akhir sekali mesyuarat yang saya hadir adalah mesyuarat MTES yang dipengerusikan oleh Menteri Besar. Selepas daripada itu saya tak tahu apa keputusannya. Rakyat Selangor tak tahu apa keputusannya. Rakyat Petaling Jaya tak tahu apa keputusannya. Tapi Speaker tolak saya soalan ni dua-dua. Atas alasan soalan berulang.
Yang Berhormat perkara ini saya akan putuskan kemudian. Saya akan beritahu sekiranya perlu...
Macam mana nak putuskan kemudian? Tuan Speaker dah putus, bagi surat saya nak.
Saya teruskan soalan tambahan daripada Hulu Kelang.
Saya nak kalau boleh Speaker beri petua bahawa pihak Kerajaan kena jawab soalan ini.
Hulu Kelang silakan. Taman Medan sila duduk. Saya akan beri, sebenarnya jawapan telah pun diberi.
Ya lah, Speaker beri saya jawapan soalan berulang.
Sekiranya Taman Medan memerlukan penerangan selanjutnya saya akan kemukakan kemudian.
Memang kita... Bukan saya perlukan. Saya bertanya untuk pihak rakyat negeri Selangor Yang Berhormat.
Hulu Kelang. Ye saya tahu. Saya faham. Yang Berhormat Taman Medan sila duduk.
Kalau Yang Berhormat Speaker faham, Yang Berhormat Speaker patut benarkan soalan saya dijawab oleh Kerajaan Negeri.
Taman Medan sila duduk. Saya tidak kata tiada jawapan. Akan diberi jawapan.
Saya bukan tanya soalan peribadi. Saya tanya soalan yang berkaitan dengan rakyat negeri Selangor. Yang Berhormat Speaker tolak soalan saya Pihak Kerajaan tak sediakan jawapan. (Sidang riuh. Sesi perbalahan oleh Yang Berhormat Taman Medan kepada Tuan Speaker.)
Taman Medan duduk. Duduk, duduk. Akan ada, sekarang ini sesi soal jawab soalan pertama, dijawab oleh Kinrara.
Yang Berhormat dah jawab, dah tolak. Saya nak Yang Berhormat hari ini beritahu bahawa soalan ini, minta Kerajaan jawab. Ini soalan lisan Yang Berhormat.
Buku Peraturan Tetap, Taman Medan saya akan jawab sekiranya perlu.Jawapannya telah pun diutuskan kepada Taman Medan secara bertulis. Taman Medan duduk ! Telah dijawab tetapi sekiranya diperlukan penjelasan selanjutnya akan saya kemukakan kemudian. Sila duduk. Masa sedang berjalan masa tidak boleh dibazirkan. Taman Medan duduk.
Speaker boleh buat keputusan sekarang.
Masa sedang berjalan masa tidak boleh dibazirkan. Taman Medan duduk. Telah ada jawapan pada saya tadi, sila duduk, sila duduk, sila duduk, saya kata sila duduk. Akan ada jawapan, jawapan telah pun diberikan, sekiranya memerlukan penerangan, Gombak Setia sila duduk, tiada kaitan dengan Gombak Setia. Taman Medan duduk. Hulu Klang, Hulu Klang, Hulu Klang.
Nak jimat masa, Speaker bagitahu sama ada rakyat Selangor berhak tahu atau dinafikan soalan ini. Saya nak tahu itu je.
Jawapan yang diberikan speaker itu tidak masuk akal. Yang diminta oleh Taman medan ini status terkini Speaker. Speaker bagi petua.
Saya minta petua dari Speaker, bila saya boleh dapat jawapan? Saya tak nak jawapan itu minggu depan.
Yang diminta tu petua.
Saya akan mengemukakan jawapan selepas ini. Sila duduk. Gombak Setia duduk. Saya akan kemukakan kemudian, jangan bimbang, sila duduk, sila duduk, duduk. (Sidang riuh. Sesi perbalahan di dalam Dewan.)
Taman Medan duduk. Gombak Setia duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk. Saya kata duduk. Arahan saya duduk. Taman Medan nak duduk ke tidak duduk. Kalau Taman Medan nak duduk ke tidak duduk. Kalau Taman Medan nak jawapan saya kata saya akan kemukakan kemudian. Sila duduk. Itu sahaja. Hulu Kelang teruskan.
Ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO. Kita sedia maklum bahawa President Trump mengambil tindakan yang keras termasuk mengenakan tarif ke atas pelbagai bentuk produk eksport ke Amerika Syarikat. Maka kita juga sedia maklum bahawa pelaksanaan kadar tarif yang terlalu tinggi ini pastinya akan menjejaskan daya saing eksport, produk-produk daripada negeri Selangor ke Amerika Syarikat. Maka persoalan saya apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan kita dapat memanfaatkan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) ini, supaya kita dapat mengurangkan kesan tarif unilateral yang dikenakan oleh President Trump ke atas negara Malaysia. Saya pohon apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengurangkan kesan tarif unilateral ini dan memperluaskan pasaran baru untuk pengeksport daripada negeri Selangor ? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang. Sebenarnya berkenaan tarif ART ini telah menjadi jawab di peringkat Parlimen dan juga oleh Menteri Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan juga PMX sendiri tetapi tidak apa berkenaan impak ataupun berkenaan apa itu persediaan bagi kerajaan negeri Selangor untuk berdepan dengan tarif yang akan diadakan oleh Amerika ini. Sebenarnya kita perlu nampak dan perlu tengok perjanjian ini daripada dua hala. Kalau kita tak terima perjanjian ini, apakah yang akan berlaku kepada ekonomi di negara ni khususnya di Selangor ? Dan sekiranya kita terima, apakah impak kepada negeri Selangor ? Dan kalau kita tengok keseluruhannya, ada beberapa sektor ekonomi yang kita memberi tumpuan utama di negeri Selangor termasuk Aeroangkasa, termasuk Semi konduktor, pembangunan semi konduktor. Kedua-dua ini dikecualikan, tidak kenakan tarif yang dikenakan di dalam perjanjian ART ini. Jadi bagi kedua-dua sektor ini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa impak negatif tetapi dapat impak yang positif kerana kita dapat bersaing dengan negara-negara lain. Dan saya perlu tegaskan di sini, apa yang penting sekali adalah adakah tarif yang dikenakan 19 % yang dikenakan kepada Malaysia ini lebih tinggi daripada negara-negara di rantau ini? Jawapan nya adalah tidak, 9% sama rata dengan kebanyakan negara seperti di Indonesia, Cambodia, Thailand semua 19%. Yang penting sekali kalau kita nak memastikan kita masih berdaya saing adalah are we at the same starting point dengan negara-negara Asian. Dengan kadar yang sama bermakna kita at the same starting point dengan negara Indonesia, Thailand, Cambodia dan sebagainya. Jadi ini merupakan satu perjanjian yang saya nampak dia tidak akan mendatangkan satu impak yang sangat-sangat teruk kepada negeri Selangor. Tetapi dia akan memberi satu impak positif kepada pembangunan Aeroangkasa dan Semi konduktor. Terima kasih.
Seterusnya saya jemput. Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 2.
Terima kasih. EXCO berkenaan berada di Putrajaya berkenaan Mesyuarat Majlis Tanah. Saya menjawab bagi pihak EXCO. Yang Berhormat, sejak Skim Smart Sewa dilaksanakan kira-kira 8 tahun lalu, secara tahunan Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang untuk menambah unit-unit bagi memastikan bekalannya ataupun dapat memenuhi permintaan-permintaan. Dalam rekod kita seramai 1,361 peserta ataupun keluarga telah mendapat manfaat daripada program ini yang datang daripada pelbagai kaum dan agama. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor juga merancang untuk membeli dan memperoleh unit-unit tambahan Smart Sewa daripada 1,199 unit sedia ada kepada 3,000 unit pada tahun 2027. Pertama, melalui pembelian unit-unit daripada pemaju-pemaju secara terus. Yang kedua, melalui timbal balas daripada pembinaan rumah khas-e ataupun e-khas yang dipanggil sebagai idaman dan harapan. Hasrat kerajaan negeri melalui inisiatif ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan
sederhana dan rendah memperoleh kediaman selesa sementara mereka bersedia untuk memiliki perumahan mereka. Untuk soalan kedua, secara keseluruhan 239 orang peserta telah mencapai tempoh maksimum kontrak selama 5 tahun. Daripada jumlah tersebut, 68 peserta telah menamatkan penyewaan dan berpindah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya peserta telah membeli rumah sendiri, berpindah ke tempat kerja baru, tamat tempoh sewaan maksimum dan lain-lain perkara. Sementara itu baki seramai 171 peserta telah menyambung tempoh penyewaan tambahan iaitu lanjutan maksimum 2 tahun lagi bagi tahun keenam dan ketujuh, tempoh penyewaan taman ini dibenarkan di bawah syarat skim ini kerana bertujuan untuk memberi peluang mereka menambah pendapatan ataupun meningkatkan simpanan mereka untuk mereka memiliki rumah baru. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang skim ini sangat bagus dan saya menyokong skim ini. Dan saya ingin bertanya adakah skim ini akan datang ke kawasan seperti Bukit Gasing? Di mana belum lagi ada mana-mana rumah di bawah skim Smart Sewa dan memandangkan masih ada peruntukan di LPHS untuk membeli rumah, mungkin tidak perlu hanya membeli rumah daripada pemaju dan boleh beli rumah daripada sub sale supaya kawasan seperti di DUN Bukit Gasing yang belum ada produk ini boleh mendapat manfaat produk ini.
Okay, cadangan daripada Bukit Gasing kita akan pertimbangkan namun kita bernilai juga daripada keadaan status dan juga volume Yang Berhormat. Sebab kalau kita beli unit-unit baru sudah pasti harganya tidak lah begitu tinggi berbanding dengan sub sale price dengan izin ataupun dengan harga-harga yang dijual selepas pegangan yang kedua. Dan ini akan memberi peluang kepada kita untuk menambah unit-unit tertentu. Sekarang, sebenarnya pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor sedang melengkapkan agreement terakhir untuk kita miliki Lembah Subang. Di sana adalah satu kewujudan kejiranan yang besar. Saya jangka jumlah unit rumah kita akan bertambah kerana rumah-rumah di Lembah Subang ini secara keseluruhan nya juga akan kita masukkan dalam kaedah Smart Sewa ataupun kaedah PPR yang telah dimiliki ataupun yang telah dilaksanakan sebelum ini. Ada perbelanjaan besar yang patut kita lunaskan sekitar 60 juta dan kita perlu negotiate dan berbincang lagi dengan pihak-pihak terbabit untuk memastikan Lembah Subang PPR itu contohnya yang dekat tak lah jauh sangat daripada kawasan Bukit Gasing. Yang kedua, kita juga menilai daripada harga tanah dan juga saiz yang ada di Bukit Gasing. Yang Berhormat sendiri faham saiz-saiz tanah itu amat berkurang jadi nak tunggu projek-projek baru juga akan sedikit hampir tidak ada ataupun hampir mustahil. Jadi ini yang memerlukan satu-satu perkara baru untuk kita renew kawasan-
kawasan perbandaran di kawasan Old Town Petaling Jaya (PJ) dan sebagainya. Supaya kita boleh bangunkan semula kawasan termasuk perumahan rakyat di Bukit Gasing. Terima kasih.
Ya silakan, Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin melihat, kita lihat dalam belanjawan Selangor baru-baru ini dikatakan ada 300 unit untuk rumah Smart Sewa dan seperti yang kita semua maklum seperti tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun menerangkan yang rumahnya banyaknya lokasinya di kawasan Bandar. Di kawasan Klang, di kawasan Lembah Subang yang tadi yang dikatakan berdekatan dengan kawasan Bukit Gasing. Jadi soalan saya adakah bagaimana pula dengan kawasan di luar Bandar. Sebagai contoh kami di Tanjung Karang. Di Tanjung Karang untuk pengetahuan Tuan Speaker, kat sana kita ada satu billboard. Kat situ ada gambar Yang Berhormat Menteri Besar memang tulis kat situ antara insiatif Smart Sewa Kerajaan Selangor. Jadi ramai orang Tanjung Karang ni dia dah tertanya-tanya adakah Smart Sewa ni hanya untuk kawasan bandar sahaja dan mengetepikan kawasan luar bandar ke macam mana. Jadi adakah perancangan di kawasan luar bandar untuk kita adakan Smart Sewa. Terima kasih.
Terima kasih Permatang atas soalan yang telah dikemukakan. Sudah pasti Kerajaan Negeri mengambil maklum dan juga memberikan maklum balas terhadap permintaan. Permintaan terhadap perumahan yang agak tinggi sudah pasti datang daripada kawasan-kawasan tepu bina iaitu di kawasan bandar dan kawasan sekitarnya. Namun begitu perumahan ini bukan saja dibina di kawasan PJ Yang Berhormat. Perumahan-perumahan Smart Sewa sebagai contoh kalau saya nak maklumkan, di Sepang. Sepang apabila satu Projek Idaman dibina di kawasan sana, kita mendapat beberapa unit untuk Program Smart Sewa dan ia ada di kawasan yang boleh dianggap sedikit pinggir walaupun tidak di kawasan Pusat Bandar ataupun di tengah kawasan membangun di negeri Selangor. Untuk kawasan-kawasan seperti di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan sebagainya kita melihat kepada permintaan-permintaan. Antaranya Kerajaan Negeri melalui PNSB membina perumahan di Air Manis. Alhamdulillah perumahan itu dah selesai dibina. Dah tangguh sekian lama dan siap bina dan telah ada senarai pemiliknya seramai sebanyak 180 unit. Di kawasan-kawasan Yang Berhormat saya percaya ada satu dua projek yang terbengkalai. Kita sedang melihat bagaimana ingin menyelesaikan termasuk projek yang tertangguh lama sangat. Di kawasan Tanjung Karang dan juga berdekatan dengan Kuala Selangor dan juga Hulu Selangor. Di kawasan sana ada satu projek saya lupa nama projek nya. Dan kita memang sedang tengok macam mana penyelesaian kerana ia berlapis-lapis ia tidak hanya selapis perlu diselesaikan. Itu Kerajaan Negeri perlu melihat meletakkan intervensi tertentu. Jadi tujuan pembelian kita sudah pasti memenuhi permintaan. Permintaan yang tinggi kebanyakannya di kawasan yang maju dan juga yang mempunyai nilai-nilai pertambahan penduduk yang tinggi termasuk di kawasan-kawasan bandar. Tapi kita tak lupakan. Kita bina di Sepang, kita bina di Kajang kita bina di beberapa kawasan lain. Kita beli
di kawasan Gombak dan sebagainya untuk memberi peluang perumahan ini juga boleh dimiliki di kawasan-kawasan luar, kawasan tepu bina ataupun kawasan-kawasan yang padat seperti Petaling dan juga Subang. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker. Adakah Kerajaan Negeri Selangor juga cadang untuk menyediakan optional sewa bilik instead of sewa the all house because buat masa sekarang kadar sewa tu paling minimum pun RM 550. Kalau kita menyediakan optional sewa bilik khususnya kepada warga emas yang tiada anak mungkin kadar sewa tu boleh diturunkan lagi.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pernah melaksanakan program yang dinamakan sebagai Program Sewa Beli. Maknanya kita sewakan kepada pemilik kemudian unit itu akan dimiliki oleh penyewa-penyewa terbabit. Kita ada Program Smart Sewa, mereka duduk sewa selepas habis 5 tahun ke-7 tahun kita pulangkan ke 30%. Sedikit malang daripada trend kedua-dua kaedah yang ditunjukkan itu. Yang sewa beli itu tidak menunjukkan pembayaran yang baik kerana mereka menganggap bahawa ini sudah jadi milik mereka. Jadi perlahan-lahan mereka culas ataupun tidak membayar sewa-sewa yang telah terbabit. Jadi sistem yang lebih sustainable kaedah yang seperti itu walaupun secara fikiran logik ataupun pemikiran yang di atas kertas menyatakan sewa beli lebih baik. Rumah itu rumah mereka, mereka akan membayar, mereka duduk mereka boleh jaga sebaik mungkin. Tetapi realitinya tak jadi begitu Yang Berhormat. Realitinya apabila sewa beli, mereka tidak membayar kerana menganggap ini sudah rumah kami. Apabila sewa dan bukan milik mereka, mereka akan bayar sebab bukan milik mereka dan kita pulangkan balik 30% mereka lebih suka. Tentang pernyataan Yang Berhormat berkenaan dengan warga emas dan sebagainya, saya percaya sekarang ni sudah mula berkembang di beberapa lokaliti assisted living, dengan izin iaitu perumahan untuk warga emas dengan konsep-konsep tertentu sama ada dalam bentuk kediaman sebuah rumah ataupun kawasan dalam bentuk asrama, bilik hotel dan sebagainya. Kosnya agak tinggi di beberapa lokaliti dan kawasan saya rasa pihak Kerajaan Negeri kena memantau kerana kita lihatnya kosnya up to RM50,000 sebulan kepada itu yang agak high end di atas kayangan sikit. Ada yang transfrom ataupun ubah kawasan hotel menjadi kawasan assisted living dan ini adalah antara perkara yang saya rasa perlu dilihat oleh EXCO berkenaan melihat kepada generasi menua dan bagaimana menangani kelompok generasi menua selain daripada kita bina pusat-pusat PAWE, Pusat Warga Emas menjadi pusat mereka tapi mereka memerlukan lebih daripada Pusat Warga Emas termasuk kediaman, kesihatan, pemantauan yang berterusan dan tidak semua mempunyai kemampuan untuk menanggung kos-kos tersebut. Dalam pada masa yang sama kita juga tak nak jadikan tempat kita menjadi tempat limpahan
daripada orang luar sebab seingat saya semenjak daripada tahun 2008 bila kita diberikan tanggungjawab saya jaga satu unit nama MSN kita ada berapa unit rumah dan sebagainya. Masa tu assisted living begitu banyak datang proposalnya tapi datang daripada negara luar. Ini pun kita tak mahu sebab akhirnya kita akan jadi tempat untuk menempatkan warga-warga emas daripada negara luar dalam masa yang sama kita berdepan dengan kelompok warga emas sendiri yang sudah semakin bertambah disebabkan oleh life spend kita yang sudah semakin menambah sebagaimana dalam ucapan belanjawan tadi. Terima kasih.
Seterusnya, Meru.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Teknologi Tenaga BersihQuestions
3. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimana kerjasama dengan China General Nuclear menyumbang kepada pembangunan tenaga bersih di Selangor?
b)
Apakah impak sosial yang dijangka daripada pelaksanaan projek tenaga bersih ini?
c)
Apakah langkah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai tenaga lestari bagi menyokong peralihan ke arah tenaga hijau?
Terima kasih Meru yang bertanyakan soalan berkenaan dengan teknologi tenaga bersih yang sudah pasti merujuk kepada lawatan terakhir saya ke China kepada China General Nuclear yang menyumbang kepada tenaga bersih di Hong Kong dan juga sebahagian daripada kawasan dan lokaliti di Negara China. Tahap kesiapsiagaan Kerajaan Negeri masih daripada peringkat awal dengan tumpuan kepada pemantapan pengetahuan asas, peningkatan kesedaran serta penubuhan jawatankuasa khas untuk pembinaan kapasiti ataupun capacity building bagi menyelaras pembangunan tenaga nuklear. Sebagai sebahagian daripada usaha ini saya telah sebutkan dalam belanjawan bahawa kita bersedia menghantar beberapa pegawai-pegawai kita untuk melanjutkan pendidikan di bidang pemahaman terhadap sumber tenaga berasaskan nuklear
ini dan mereka akan pulang ke sini ataupun setelah bekerja beberapa tahun termasuk di Tsinghua University dan kita meneroka juga universiti-universiti di Eropah. Setakat ini Tsinghua berjaya menawarkan biasiswa bernilai RM3.7 juta dan Kerajaan negeri menambah RM1 juta untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka semasa di Tsinghua sama ada pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama, Master ataupun di peringkat Doktor Falsafah. Dengan menghantar tokoh-tokoh ataupun menghantar sumber manusia yang berkemampuan ini kita harap mereka dapat memberikan pencerahan dengan lebih baik bagaimana sistem ini berlaku dan apakah risiko-risikonya dan bagaimana masyarakat boleh bermanfaat tenaga daripada nuklear ini?
Soalan (b) pula menyebutkan pelaksanaan projek tenaga bersih adalah sebahagian daripada apa yang kita panggil SAGE (Selangor Agenda for Green Economy) yang merangkumi Brown Energy, Renewable Energy, Sustainable Energy and Energy Storage dengan pembinaan kapasiti sebagai pemangkin utama (enabler). Namun, pembangunan tenaga bersih dalam bentuk tenaga nuklear pada masa ini masih berada di tahap penyelidikan sebagaimana yang saya sebut dan juga pembinaan kapasiti. Jadi saya percaya kita memerlukan sedikit masa lagi sebelum kita bersedia sepenuhnya kerana apa yang ada pada pihak Kerajaan Negeri pada ketika ini kita melaksanakan apa yang kita panggil sebagai Brown Energy. PIPP boleh dianggap Brown Energy kerana kita menggunakan sumber fosil daripada gas untuk menjana turbine dan akhirnya menghasilkan tenaga. Kita juga ada tenaga green seperti mini hidro seperti di Batang Kali dan beberapa kawasan dan juga nanti di Sungai Selangor kita sedang siapkan dengan kaedah tersebut tenaga bersih tetapi kapasiti air kita untuk curahan tersebut tak sebesar barkon. Jadi kita hanya mengeluarkan sekitar 5, 6 maksimum sampai 10 megawatt sahaja. Jadi, sumber tenaga bersih tu kita teruskan. Kita ada LLS5 iaitu daripada solar. Worldwide menang bidaan daripada Suruhanjaya Tenaga dan sedang dibina pada ketika ini. LLS5 (Large Largest Skill Solar yang dimenangi oleh atau dimenangi bidaannya oleh pihak Worldwide dan seterusnya kita sedang meneliti hidrogen. Sekali lagi hidrogen juga kita sedikit terhad kerana kita tak cukup kapasiti air sebab hidrogen sebenarnya abstrak daripada air. Kita abstract daripada air kepada hidrogen tersebut sebagaimana Sarawak dan pasaran hidrogen juga kalau kita lihat di Sarawak, mereka telah mengeluarkan tetapi daripada kitaran ekonominya belum cukup. Saya boleh akui belum cukup memberikan kitaran ekonomi yang baik. Jadi, salah satu option selepas itu adalah Clean Energy iaitu datangnya daripada sumber tenaga nuklear walaupun saya percaya ada persepsi awam yang tinggi berkenaan dengan nuklear bila disebut pasti akan dirujuk Hiroshima, pasti akan dirujuk tentang sinobel tetapi kita juga kena memberikan pemahaman seluasnya bahawa nuklear ini bukan hanya related dengan bom tetapi juga ada kaitan yang baik tentang penghasilan tenaga, menghasilkan isotopes sebagai contoh untuk pemulihan kanser dan sebagainya yang juga terlibat dengan jabatan ataupun dengan bidang nuklear ini.
Jadi, langkah untuk meningkatkan kesedaran awam kita akan laksanakan khususnya selepas kita hantar expert-expert ini sama ada dengan syarikat ataupun dengan universiti pulang balik ke Malaysia daripada semasa ke semasa dari situlah engagement ataupun libat urus dengan pihak masyarakat dapat dibuat supaya kita bersedia menerima kawasan ataupun penghasilan nuklear. Tentang lokaliti kedudukan logistik saya percaya Malaysia antara logistik yang agak baik walaupun ada beberapa kejadian-kejadian gempa yang dicatatkan tetapi kita berada dalam luar lingkaran api tersebut. Di beberapa kawasan sahaja mempunyai gegaran-gegaran tersebut. Itu pun akan diambil nilai untuk pelaksanaannya. Masih jauh Yang Berhormat tapi kita mula meneroka kerana kita tidak boleh berdiam diri mengharapkan sumber tenaga daripada fosil sahaja ataupun menggunakan arang batau sebagaimana kaedah-kaedah sebelum ini.
Soalan tambahan.
Meru, Meru.
Dalam anggaran dan perancangan kerajaan, berapa lamakah tempoh pelaksanaan Selangor sepenuhnya? Terima kasih.
Saya sebutkan tadi ini sangat awal Yang Berhormat. Kalau kita dapat buat paling cepat pun dalam tempoh lima tahun kerana sekarang ini adalah pembinaan kapasiti. Pembinaan kapasiti sudah pasti kita nak hantar beberapa pegawai kita yang memang telah lahir daripada fakulti dan juga bidang kejuruteraan dan bidang berkaitan dengan nuklear dan yang ketiga kita nak rujuk juga dengan universiti tempatan. Beberapa universiti seperti UKM telah hubungi saya bagaimana kita boleh berinteraksi dan berhubungan. Ini semua adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang kita nak buat. Bila kita lihat memang sebenarnya bidang ini tidak diberi penerokaan. Saya jumpa sendiri pelajar kita daripada Malaysia yang belajar di Tsinghua University. Mereka buat sendiri, mereka explore sendiri, mereka sampai ke sana seolah-olah kerana kita lihat nuklear ini sebagai salah satu daripada scene sector yang tidak layak untuk kita terokai. Tapi di masa depan kita harus bersedia kerana kita tidak mempunyai, tidak mampu untuk bergantung sepenuhnya dengan sumber bahan bakar api daripada fosil semata seperti gas dan juga arang batu yang ternyata lebih tidak sustainable berbanding dengan nuklear dan sebagainya, cuma isu-isunya apa? Keselamatan, kebocoran dan perkara-perkara lain. Itulah yang kita kena terangkan bagaimana ia bergerak, bagaimana contohnya dan saya sendiri bertemu dengan beberapa perwakilan daripada luar contohnya negara seperti German. Mereka menyebutkan ada desakan yang kuat daripada beberapa kelompok hijau di sana untuk menghentikan penghasilan tenaga daripada nuklear kerana prinsip dan sebagainya. Namun begitu, selepas beberapa tahun mereka terpaksa membeli tenaga daripada Perancis kerana Perancis menghasilkan tenaga daripada nuklear dan banyak disalurkan di negara-negara
Eropah. Itulah antara pengajaran penting yang kita kena sedari dan kita kena fahami dan kita boleh lihat secara menyeluruh yang tidak hanya melihat nuklear dari hanya satu juzuk sahaja sebaliknya boleh dilihat pada penghasilan tenaga yang bersih. Terima kasih.
Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Memang bila kita bicara fasal nuklear kebanyakan tak hampir semua bantahan adalah berkenaan keselamatan. Tapi saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri dalam lawatan tersebut telah melihat isu kos? Sebab dalam penglibatan saya dalam kajian terhadap tenaga nuklear semasa saya berkhidmat di SEDA isu kos adalah agak serius dan isu kos nuklear yang paling murah adalah dua kali ganda kos tarif elektrik berbanding solar. Jadi, Malaysia kita sangat price sensitif terhadap kos TNB dan jika membawa nuklear ke dalam mix ini, ini akan meningkatkan kos bekalan elektrik kepada industri, kepada semua rakyat rumah dan ini yang saya risau. Tapi teknologi selalu berubah so what is the latest? Adakah kos dia cukup kompetitif supaya tarif TNB tak terjejas jika kita membawa nuklear masuk?
Kita melihat beberapa model Yang Berhormat. Antara model awalnya adalah di Perancis yang agak sustainable. Malahan kalau di China mereka mengambil teknologi Perancis tetapi sebagaimana konsep China yang selalu juga ingin mengubah suai dan menambah baik dan akhirnya menghasilkan tenaga mereka dan kekuatan mereka, mereka juga menunjukkan ada pertambahan dan peningkatan keupayaan transfer teknologi di sana dan akhirnya mereka membuat kos yang sebenarnya jauh lebih murah. Ada satu lagi teknologi namun kita juga agak terhad hubungan dengan mereka dan ada masalah sensen dan sebagainya seperti Rusia. Itu kita juga boleh meneroka dan boleh melihat. Kita agak terbuka, kita sebuah negara yang boleh mencari pelbagai option tetapi kita akan cari sebab akhirnya saya percaya Yang Berhormat highlight isu yang penting iaitu berkenaan dengan kos dan kos ini, kita kena timbal balik dan kena timbangkan sama ada isu alam sekitar dan kos. Sebab kalau kita bergantung sepenuhnya dengan sumber fosil yang sudah semakin mengering ataupun sudah semakin kurang, ataupun kita tidak lagi boleh bergantung ataupun kita ingin kembali kepada arang batu? Arang batu memang hasilnya itu pun kita masih lagi membeli daripada negara-negara luar dengan besar daripada Indonesia, daripada UAE, daripada negara-negara lain. Jadi, akhirnya Yang Berhormat pusing-pusing balik kita kena finally strike balik tengok the cost juga. Apa yang saya sebut adalah kesediaan kita untuk masa depan sebab itu saya tak kata it’s not very soon, ia paling cepat pun lima tahun. Mungkin kita perlukan 10 tahun ke depan tapi kita kena mulakan sekarang kalau tidak nanti masa orang dah bersiap sedia dan nak jalan di beberapa buah negara macam Indonesia dan negara-negara lain, mereka sudah hampir lengkap kajian itu. Jadi, kita tak boleh berhenti pada tahap tak tentu dan kita kena bersedia untuk memulakan. Malahan di peringkat Persekutuan juga telah sebutkan beberapa kali dan State selalu willing untuk memulakan
dengan menghantar pakar, menghantar mereka yang berkemampuan dan bersedia untuk bidang nuklear ini ataupun penjanaan kuasa daripada nuklear.
Kuala Kubu Bharu.
Soalan tambahan. Selain daripada kos, perlu ambil kira juga kemajuan persiapan untuk loji jana kuasa arang batu, solar dan juga nuklear sebab berbezanya kemajuan pembinaan sebagai contoh bagi solar kita ambil lebih kurang 6 sampai 18 bulan, arang batu mungkin empat tahun tetapi untuk nuklear ia perlukan masa yang lebih panjang sikit. Adakah Kerajaan dalam rancangan untuk membuat pelan tindakan untuk persiapan kepada loji jana kuasa nuklear dalam 5 tahun?
Ya, ini adalah sebahagian daripada SAGE yang saya sebut tadi dan SAGE itu tidak meninggalkan langsung ataupun tidak mengambil membuang langsung keperluan ataupun potensi untuk kita meneroka bidang pembangunan tenaga daripada nuklear. Tapi saya sebut benda ini masih lagi jauh. Kita belum masa kita bina capasity building. Kita bina dulu kajian dan juga lihat semua aspek termasuk kos, keselamatan dan pelbagai perkara-perkara lain. Saya nak sambung sedikit berkenaan dengan sumber tenaga melalui solar. Memang banyak orang sebut tapi apa cabaran solar? Cabaran solar ialah sustainability ataupun consistency dan dalam pada masa adalah storage. Now, storage telah mempunyai beberapa kapisiti baru iaitu dengan penghasilan bateri. Saya datang juga ke China melihat kilang-kilang bateri tersebut. Tapi bateri ada isu lain dalam sekitar lepas ini iaitu pelupusan bateri selepas itu. Dan, jangka hayat adalah melihat penggunaannya. Setiap circle tu akan mengurangkan hayatnya. Jadi, maknanya pelupusan bateri juga akan menjadi isu penting kepada alam sekitar selepas ini bagaimana kitarannya perlu dibuat. So, keseluruhan aspek ini diambil pertimbangan oleh negeri supaya jamin tenaga yang berterusan dapat disalurkan dengan permintaan-permintaan yang sedia ada dan yang kedua, ada kerangka-kerangka seperti ESG, SGD dan sebagainya yang kita cuma penuhi di peringkat negeri dan ketiga kos kepada rakyat dan kepada masyarakat di masa depan. Terima kasih.
Dusun Tua.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Apakah Status Terkini Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Di Dalam Dun Dusun TuaQuestions
4. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini projek RTB khususnya di Dusun Tua?
b)
Bilakah jangkaan kerja pembinaan RTB akan dapat dilaksanakan?
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua, Tuan Speaker. Yang Berhormat bertanyakan berhubung isu status terkini Rancangan Tebatan Banjir dalam DUN Dusun Tua dan jangkaan kerja-kerja pembinaan itu bila dapat dilaksanakan? Untuk makluman Yang Berhormat sebagaimana yang saya pernah sebutkan dalam Dewan sebelum ini, projek-projek Rancangan Tebatan Banjir sedang berlangsung dengan agak di peringkat yang agak advance di dalam Dusun Tua terutama di daerah Hulu Langat dan ada tiga projek utama yang sedang dilaksanakan yang saya akan boleh maklumkan di sini status pelaksanaannya. Yang pertama ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Pakej Satu. Ini merupakan satu projek yang besar bernilai RM512 juta yang melibatkan pelbagai aspek pelaksanaan tebatan banjir di kawasan yang melibatkan juga Dusun Tua. Termasuk kerja-kerja pelebaran Sungai Langat, pembinaan rumah pam dan juga kolam takungan banjir serta kerja-kerja mekanikal electrical di kawasan berkenaan. Untuk makluman status sebagaimana yang dirancang untuk projek ini yang di bawah peruntukan Persekutuan ini ialah reka bentuk terperinci yang akan dijangka siap pada sukuan ketiga, suku ketiga tahun 2026 maknanya tahun depan suku ketiga akan siap reka bentuk terperinci. Dan lepas reka bentuk terperinci akan dilakukan pula proses pengambilan tanah. Ini proses pengambilan tanah akan bermula pada sukuan pertama tahun 2026. Jangka mula 2026 yang reka bentuk akan siap sukuan ketiga 2026, pengambilan tanah akan bermula 2026 dan akan siap pengambilan tanah ini pada sukuan pertama tahun 2027. Dia makan masa ya lebih kurang setahun lepas itu ada proses untuk... Jadi projek secara fizikalnya akan bermula pembinaannya ialah pada sukuan pertama tahun 2027 dan akan siap dalam masa 67 bulan. Ini kos pengambilan tanah itu dianggarkan RM166juta dalam projek ini. Yang keduanya ialah Kerja-Kerja Menaik Taraf Sistem Saliran Batu 16 di Kg. Dusun Tua ini ialah merupakan kerja-kerja penaiktarafan sistem saliran dan pembinaan kolam takungan baru bernilai RM10 juta. Statusnya ialah untuk reka bentuk dia dijangka siap pada suku pertama tahun 2026 bermakna dalam masa beberapa bulan ini akan siap reka bentuk yang akhir diikuti dengan pengambilan tanah yang akan siap sukuan ketiga 2026 dan lepas itu akan bermula pembinaan dan dijangka siap pada projek ini dijangka bermula pada sukuan keempat 2026 tempoh pelaksanaan 24
bulan. Yang ketiga ialah Rancangan Tebatan Banjir Di Kampung Batu 10, Mukim Cheras, Hulu Langat yang melibatkan pembinaan dan penaiktafan rumah pam dan juga pembinaan menaik taraf saliran. Ini bernilai RM10 juta dan reka bentuk telah pun siap dan pengambilan tanah akan disiapkan pada sukuan kedua 2026 untuk pengambilan tanah. Sebab biasa ni kita akan siapkan design dulu baru kita boleh buat pengambilan. Kita tidak tahu tanah mana yang nak ambil kalau reka bentuk tak siap. Diikuti lepas itu barulah proses-proses pembinaan fizikal akan bermula pada sukuan keempat 2026 dan untuk tempoh 18 bulan ini antara merupakan projek besar utama di dalam DUN Dusun Tua dan sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum juga saya telah mengadakan lawatan ke MPKJ untuk penyelarasan kerja-kerja segera win-win ada 8 projek yang sedang berlangsung termasuk juga yang di DUN Dusun Tua itu sedang dan ada yang dah siap dan ada dalam pelaksanaan dan saya juga akan jawab lebih terperinci dalam soalan nombor 9 nanti ya. Terima kasih.
Dusun Tua.
Yang Berhormat terima kasihlah atas kedatangan ke MPKj untuk memberi taklimat tempoh hari banyak maklumat yang kita dapat perolehi, cuma projek yang nak di laksana seperti Batu 10 dan Batu 16 hampir tarikh yang dah sampai saya tengok dan juga RTB fasa dua ini boleh tak kita mengetahui perancangan ini mungkin di bawa ke Jawatankuasa Tindakan Pejabat Daerah, kita bersama berbincang kita nak tahu laluan pengambilan di mana peringkat awalnya kerana saya tengok untuk konsultan menyiapkan ini lambat lagi jadi ramai orang tanya di mana tanah yang kena dan sebagainya boleh saya request untuk satu taklimat khas oleh konsultan ini?
Terima kasih Yang Berhormat. Itu kita boleh aturkan sebagaimana yang saya sebut tadi reka bentuk itu perlu disiapkan dulu baru kita tahu kawasan mana tanah mana yang kena. Jadi proses itu dalam peringkat reka bentuk kalau dah hampir kita boleh dah nampak kemungkinan-kemungkinan tanah mana yang akan kena baru kita akan adakan libat urus bersama dengan Pejabat Daerah dan sebagainya dengan juga yang pemegang taruh untuk kita berbincang bagaimana proses pengambilan tapi perlu saya ingatkan di sini juga projek ini pakej satu ini Rancangan Tebatan Banjir Fasal 2 Pakej Satu tidak melibatkan keseluruhan daerah Hulu Langat lagi ini yang saya nak kena sebutkan di sini nanti ada sangkaan bahawa bila projek ini akan siap kita dah selesai. Sebenarnya dia hanya meliputi sebahagian sahaja daripada Hulu Langat kita telah membuat persiapan untuk membuat permohonan penuh bagi melengkapkan dalam Rancangan Tebatan Banjir di Daerah Hulu Langat ini. Yang masih ada lagi sebahagian besarnya belum lagi kita dapat peruntukan untuk Langat. Yang kita dapat baru ini dalam yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah di Sungai Buloh Fasa Dua. Jadi yang Hulu Langat ini masih ada lagi sebahagian lagi yang perlu kita dapatkan peruntukan daripada Persekutuan tapi yang
disebut oleh Yang Berhormat tadi itu saya akan uruskan nanti bila kita dah hampir capai. Terima kasih.
Hulu kelang
Soalan nombor 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Usaha Meningkatkan Hasil NegeriQuestions
5. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengembangkan hasil negeri dan meningkatkan modal untuk pelaburan dan pembangunan berkualiti di masa depan?
Terima kasih Hulu Kelang atas soalan beliau yang ingin mengetahui apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengembangkan hasil pendapatan negeri ataupun yang boleh disebutkan sebagai hasil baru Kerajaan Negeri sebagaimana yang saya maklumkan beberapa langkah yang kita telah laksanakan di peringkat negeri pertama adalah melalui dividen anak-anak syarikat dan saban tahun mulai tahun 2022 kita telah menerima kira-kira RM40 juta daripada dividen anak syarikat ataupun sumbangan anak-anak syarikat dalam tabung yang kita panggil sebagai TASASBA. Dalam pada masa yang sama kerajaan negeri memperkenalkan dan meningkatkan caj abstraksi air. Caj abstraksi air ini akan mencapai tempoh maksimum sehingga RM70 juta dan pada ketika ini kita menerima kira-kira RM35 juta daripada sasaran RM75 juta. Yang ketiga adalah melalui program yang kita panggil Zero Discharge Policy. Zero Discharge Policy pada ketika ini wang tersebut masih lagi pada LUAS kerana enakmen LUAS tidak lagi membenarkan untuk wang itu disalurkan kepada pihak Kerajaan Negeri jadi dalam Dewan yang akan datang ataupun dua Dewan yang akan datang kita akan bawa pindaan tersebut supaya caj abstraksi air yang sebenarnya boleh... Eh, bukan caj abstraksi air maafkan saya Zero Discharge Policy ataupun Polluter Pay Principal yang diperkenalkan oleh LUAS itu boleh mencecah sampai RM100 juta. Tapi pada tahun hadapan kita anggarkan sekitar RM50 juta Yang Berhormat untuk kita dapat langsung daripada Kerajaan Negeri. Saya juga nak maklumkan pelaburan-pelaburan ada dua yang telah dicatatkan di sini iaitu Mini Hidro yang telah memberikan pulangan sebanyak RM300 ribu dan juga RM500 ribu pada tahun 2024 RM300 ribu, RM500 ribu pada tahun 2025 sehingga 16 November. Hasil daripada pinjaman pokok mereka sebanyak RM10
juta maknanya RM10 juta mereka akan bayar dividen RM300 ribu telah dibayar RM500 ribu telah dibayar. Untuk Pulau Indah Power Plant yang dibina di Pulau Indah pada tahun 2024 kita telah menerima RM20 juta daripada pinjaman yang telah dibayar itu sebanyak RM150 juta sudah pasti mereka akan bayar dan nilainya adalah sebanyak 13.1%. Itu yang ketiga. Yang keempat sudah pasti dalam pengumuman belanjawan saya sebutkan kita kenakan Fi Kelestarian. Fi Kelestarian ini adalah berkenaan dengan pelancong-pelancong yang datang ke negeri Selangor dan tinggal di beberapa kediaman-kediaman seperti Airbnb dan sebagainya yang kita akan masukkan dalam satu Sistem Inap Desa dan sebagainya dan dengan kaedah tersebut juga akan memberi sedikit tambahan dan memunggarkan atau pun menghebatkan industri pelancongan. Yang seterusnya, yang kelima adalah dark fiber ini adalah satu benda baru yang kita sedang teroka dan kita sedang menunggu dana yang besar yang kita sedang pohon daripada pihak MCMC di mana dana tersebut akan diberikan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri akan memiliki dark fiber atau boleh dikatakan common utiliti atau dalam istilahnya common utiliti untuk aliran-aliran fiber. Aliran-aliran fiber ini penting untuk apa Yang Berhormat? Ini adalah untuk ke pusat-pusat data. Dan kalau pusat-pusat data nak guna mereka harus menyewa daripada Kerajaan Negeri dan selagi pusat data itu ada hasil negeri tidak hanya bergantung dengan cukai tanah mereka dan bil-bil tertentu dan komisen tertentu tetapi juga penggunaan ketersambungan ataupun connectivity ataupun internet connection mereka yang akan dilaksanakan. Kita dah dapat satu komitmen nilainya nanti kita akan maklumkan sebab apa pentingnya Yang Berhormat? Sebab di negeri Selangor kita berapa di tengah-tengah. Kita perlu menjadi penghubung tersebut antara kawasannya adalah kawasan Cyberjaya. Dan yang keduanya Yang Berhormat, kenapa kita perlu menghubung ke Selatan? Sebab akhirnya internet connection yang paling go through the world ini adalah di Singapura. Tetapi kita mempunyai satu potensi lain kerana kita mempunyai di Morib dan Morib bila dihubungkan sebenarnya ke Singapura kita tak perlu pun melalui negeri-negeri lain yang kita boleh terus ke sampai go through the world. Jadi perkhidmatan data senter di masa depan akan lebih sustainable dan kita juga boleh memberi manfaat dan manfaat itu datang langsung kepada Kerajaan Negeri. Tadi saya nak sebutkan juga tentang Carey bila disebut tentang Carey kita dah kenal pasti tanah. Kita telah menyelesaikan headed agreement ataupun pre agreement di peringkat awal apa yang kita sedang tunggu ialah lesen Yang Berhormat. Kita tengah tunggu arahan daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan ada beberapa pertimbangan saya dengar ada satu lagi mesyuarat yang perlu diputuskan dan pada waktu itu kita dah more than ready ataupun dah lebih bersiap sedia untuk membangunkan Carey Island dengan 20% akan dimiliki oleh Kerajaan Negeri melalui PKNS dan nilai tanah value tanah itulah as our investment di masa depan di mana pemaju-pemaju diberikan sedikit kelonggaran untuk memiliki tanah di peringkat awal tapi value of land itu tetap boleh dibayar pada satu-satu masa dan ketika tertentu dan seterusnya mereka akan menetapkan kadar dividen. Dividennya kita boleh lihat kalau ingat Pulau Indah Power Plant dividennya up to sampai 13.4% pada tahun 2024, pada tahun 2025 kita belum lagi terima nanti kita akan tengok berapakah dividen yang telah
ditetapkan. Biasanya dikenakan dalam pinjaman-pinjaman yang telah mereka buat. Pinjaman pokok mereka adalah sebanyak RM150 juta dan mereka tetap perlu membayar RM150 juta plus 13.1%. Perkara terakhir yang dijana daripada hasil negeri adalah daripada program yang kita panggil sebagai Selangor Advance. Dalam Selangor Advance kita telah melaburkan kira-kira RM275.38 juta. Ini adalah sebahagian daripada program kita ketika beradaptasi ketika pandemik untuk memastikan kontraktor-kontraktor dapat mempunyai bayaran mereka dari masa yang lebih awal dan kita menyertakan invois itu dan kita dapat bayaran mereka. Suka saya sebutkan program Selangor Advance ini bukan sahaja dimiliki ataupun bukan hanya diambil perkhidmatannya oleh kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan Kerajaan Negeri, PBT sebaliknya mereka yang terlibat dengan Kerajaan Persekutuan pun banyak kontraktor-kontraktor yang mengambil fund daripada kita. Dan daripada dana awal yang kita ambil daripada TAWAS tadi RM275 juta kita dah dapat pulangan up pada hari ini RM64 juta. Yang Berhormat dengan kadar puratanya sekitar 7% hingga 8% lebih tinggi daripada simpanan kita di fix deposit dan mungkin lebih tinggi daripada ASB ataupun ASN pada setengah-setengah masa. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih. Dalam jawapan Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar tadi ada menyebutkan usaha dalam mempelbagaikan hasil negeri dan ini termasuk dalam bentuk pemberian dividen daripada anak-anak syarikat. Dan saya percaya salah satu anak syarikat yang dimaksudkan adalah MBI. Namun Dato’ Menteri Besar juga sedia maklum bahawa MBI mempunyai komitmen yang begitu besar antaranya Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang menelan kos sebanyak RM3 bilion. Yang kedua baru-baru ini saya baca satu laporan bahawa MBI sedang dalam proses untuk mengambil equity dalam beberapa institusi kewangan termasuk MBSB Bhd., Alliance Bank Malasysia Bhd. dan AMMB Holding Bhd. Yang kita tahu ketiga-tiga institusi kewangan ini mempunyai market capitalisation yang amat besar di antara RM6 bilion hingga RM20 bilion. Sekiranya MBI mengambil equity 10% sahaja pun ini menyebabkan komitmen tambahan kepada MBI bertambah 2 bilion lagi. Maka kalau kita lihat komitmen MBI daripada segi liabilities dan borrowingnya ianya amat membebankan MBI untuk membayar dividen kepada Kerajaan Negeri. Jadi apakah komitmen yang begitu besar akan memberikan tekanan kepada keupayaan MBI untuk menjayakan matlamat Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan hasil melalui pembayaran dividen oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Bantuan ataupun sumbangan melalui TASASBA adalah langkah-langkah awal sebelum MBI atau anak-anak syarikat mampu menghasilkan satu model pulangan melalui pelaburan sebagai mana yang dicatatkan oleh Worldwide dalam Pulau Indah dan beberapa yang lain Yang Berhormat. Jadi maknanya sumbangan itu adalah langkah awal pada ketika tahun 2022, bagaimana kita nak dapat segera, kita letakkan
sumbangan-sumbangan tersebut. Berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil oleh Yang Berhormat, antaranya pembiayaan stadium. Saya percaya ada perbincangannya dan bagaimana proses bayarannya akan dijawab nanti dalam beberapa soalan yang lebih spesifik yang datanya saya perlu rujuk. Tapi berkenaan dengan perbankan, kita tidak perlu membeli sampai tidak boleh pun sebenarnya Yang Berhormat, tidak boleh membeli lebih daripada 5%, sebab kalau pembelian lebih 5% kita memerlukan pengesahan ataupun kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan. Itu antara syarat-syarat yang telah ditetapkan, kalau kita lihat Affink Bank dibeli oleh sebuah negeri di Malaysia. Dia memerlukan suatu proses panjang dan proses panjang itu mengambil proses yang lama. Jadi kita akan mulakan kosnya tidak sampai 1 bilion Yang Berhormat, mungkin di bawah RM500 juta dan kalau pelaburan-pelaburan tertentu yang kita dapat lihat termasuk dalam bidang syarikat air dan sebagainya dengan kenaikan tarif yang telah diberikan yang telah kita laksanakan, saya percaya MBI mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Pemberian itu pun dalam pada waktu yang kita sebutkan MBI agak mempunyai sekatan ataupun keterhadan tertentu MBI berbelanja selain daripada sumbangan kepada anak syarikat, sumbangan kepada tabung bola, mereka juga melaksanakan program CSR, nilainya lebih daripada 40 juta melalui yayasan MBI. Dan itu sendiri menunjukkan MBI berkemampuan untuk melaksanakan program dan membantu program pembangunan Kerajaan Negeri termasuk muhasasah haji yang dilaksanakan daripada tahun ke tahun, pemberian ketika musim perayaan kepada nazir, siak masjid yang dilaksanakan oleh pihak MBI setakat ini. Terima kasih.
Soalan Paya Jaras.
Soalan saya nombor 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Isu Kesesakan, Keselamatan Dan Keperluan Tapak Baharu Bagi Klinik Kesihatan Paya JarasQuestions
Terima kasih kepada soalan yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Paya Jaras. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Klinik Kesihatan Paya Jaras merupakan Klinik Kesihatan Jenis 4 berdasarkan jumlah kedatangan pesakit harian, dengan purata antara 150 hingga 200 pesakit sehari dan purata keseluruhan sebanyak 183 pesakit pada tahun 2024. Isu kekangan tempat letak kereta ataupun tempat letak kenderaan merupakan antara cabaran utama dalam penyampaian
perkhidmatan kesihatan di klinik ini. Daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebenarnya amat prihatin terhadap isu tersebut dan dimaklumkan bahawa kawasan parkir sedia ada di klinik hanya mampu menampung lima buah kenderaan pada satu-satu masa. Oleh kerana itu, bagi memudahkan urusan pesakit, pihak klinik telah menyediakan laluan khas untuk aktiviti menurunkan dan mengambil penumpang memandangkan klinik mempunyai dua pintu keluar masuk. Walau bagaimanapun, usaha untuk menambah bilangan petak parkir dalam kawasan klinik adalah amat mencabar kerana keluasan tanah yang terhad serta persekitaran klinik di kelilingi rumah persendirian di bahagian kanan dan kiri, manakala kawasan di bahagian belakang pula merupakan tanah milik Angkatan Tentera Malaysia. Jadi sehubungan dengan itu, isu berkaitan dengan tempat letak kereta ini akan diteliti bersama agensi-agensi berkaitan bagi mengenal pasti tanah yang sesuai untuk pembinaan kawasan parkir tambahan. Dan selain daripada itu juga, kerjasama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam akan diusahakan bagi penyediaan petak kuning di hadapan klinik bagi memastikan kelancaran serta penyusunan lalu lintas keluar dan masuk di kawasan klinik berkenaan.
Dan pihak untuk jawapan (B). Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sedia maklum dengan masalah kesesakan yang dihadapi dan kini sedang dalam usaha untuk mencari lokasi atau tapak baharu dengan keluasan 4-5 ekar dalam kawasan Paya Jaras bagi pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 yang baru. Jadi untuk ini, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bersama Pejabat Daerah dan Tanah Petaling sedang dalam proses mengenal pasti lokasi di sekitar kawasan Paya Jaras Hilir. Jadi isu dengan berkaitan kesesakan dan keperluan tapak baru Klinik Kesihatan Paya Jaras telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Bilangan 5 tahun Tahun 2024 pada 6 November 2024. Susulan daripada itu, PDT Petaling telah mencadangkan agar Lokasi baru Klinik Kesihatan Paya Jaras dibuat di Paya Jaras Hilir yang masih dalam radius Paya Jaras dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar yang sedang mendapatkan perkhidmatan di Klinik Kesihatan Paya Jaras yang sedia ada.
Paya Jaras.
Terima kasih atas jawapan diberikan. Kalau dapat Puan EXCO turun sekejap ke kawasan itu dia akan tahu bagaimana seriusnya keadaan itu. Satu, pagi-pagi biasanya lebih kurang dalam 100 orang yang kebanyakannya mereka ini ibu-ibu mengandung, nak cross jalan ini dia empat lane dan saya dua kali cuba cukup merbahaya, sangat berbahaya. Sebab dengan jalannya lurus dan selepas traffic light orang akan pecut. Jadi saya nak syorkan kepada pihak Jabatan kesihatan ataupun Pejabat Daerah Petaling supaya meletakkan anggota RELA yang dapat membantu ibu-ibu mengandung ini untuk melintas jalan sebab very serious. Jangan sampai ada kemalangan baru kita ambil tindakan. Jadi saya nak minta, adakah peruntukan boleh diberikan melalui daerah Petaling
ataupun melalui MBSA melalui agensi-agensi yang membayar ataupun kita menggunakan RELA, satu atau dua pegawai yang boleh memantau kawasan tersebut dan menjaga lalu lintas. Sebab kalau ibu mengandung, kalau dia lari takut terus bersalin dekat situ. Dan ia semakin meningkat sebab dia dah jadi pusat kesihatan dan waktu petang sama juga, so ada waktu peak antara pukul 9 pagi sampai pukul 10 dan waktu petang di antara pukul 2 sampai pukul 4. Jadi saya mohon kepada pihak EXCO untuk bincangkan perkara ini dengan pejabat kesihatan ataupun dengan MBSA atau agensi lain supaya meletakkan anggota RELA supaya dapat membantu dan menjaga keselamatan ibu yang mengandung dan boleh tak itu laksanakan oleh pihak EXCO. Terima kasih.
Bandar Utama.
Terima kasih Yang Berhormat, saya kira cadangan itu merupakan soalan yang ditanya. Cuma sedikit pengetahuan untuk Yang Berhormat sebenarnya dalam tempoh beberapa tahun ini memang terdapat usaha daripada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Contohnya bangunan klinik ini pernah dinaik taraf pada tahun 2023 dan 2025 dan kos 1.2 juta menggunakan peruntukan pembangunan. Selain daripada itu, ada juga perbincangan dengan majlis bagaimana untuk menjadikan kawasan itu lebih selamat daripada segi infrastruktur yang ada. Jadi cadangan ini belum pernah dipertimbangkan dengan adanya RELA dan sebagainya dan ini merupakan kos bulanan, dia bukan one-off. Jadi saya akan sampaikanlah cadangan ini kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk pertimbangan. Terima kasih.
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Yang Berhormat ini soalan kawasan, jadi saya rasa terus ke soalan yang seterusnya.
Saya nak tanya tentang soalan dasar kalau boleh.
Tapi ini adalah tajuk yang berkaitan klinik kesihatan Paya Jaras, kecuali soalan Yang Berhormat ada kaitan dengan Paya Jaras. Kita akan bahas dalam perkara ini kemudian. Selat Klang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Pengukuhan Pertahanan Siber Kerajaan NegeriQuestions
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Selat Klang atas soalan yang diajukan, saya berterima kasih kerana isu pertahanan siber ini adalah isu yang sangat penting terutama sekali sebagai sebuah negeri yang menuju kepada digitalisasi dan juga mewujudkan sebuah negeri pintar pada tahun yang akan datang. Isu ini pada saya adalah satu perkara yang harus diteliti dengan cermat oleh Kerajaan Negeri dengan mengambil kira segala garis panduan, dasar, enakmen dan juga akta-akta yang berkuatkuasa di peringkat persekutuan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah dilantik menjadi Ketua Sektor NCII dengan izin National Critical Information Infrastructure melalui surat yang telah ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2025 sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Siber Tahun 2024 Akta 854. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pengurusan Maklumat , Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, sedang melaksanakan penyediaan tata amalan ataupun Code of Practice Keselamatan Siber sebagai tindakan pematuhan terhadap Akta Keselamatan Siber 2024 . Tata amalan Keselamatan Siber ini akan diguna pakai oleh semua agensi atau jabatan di bawah Kerajaan Negeri yang akan dikenal pasti sebagai Entiti NCII. Jadi di antara penambahbaikan dari sudut dasar yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah Kerajaan Negeri telah mula bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Siber Sekuriti Malaysia untuk mendapatkan dan menetapkan panduan ataupun peraturan ataupun Dasar-Dasar dan Garis Panduan Untuk Keselamatan Infrastruktur Digital Negeri Selangor yang merangkumi aset-aset fizikal seperti menara telko, gantian fiber optik dan penggunaan teknologi pengkomputeran awan yang menjamin keselamatan dan kedaulatan data. Dari sudut perkara-perkara yang telah diambil dan ditambah baik dan dari sudut penggunaan teknologi-teknologi telah diguna pakai, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif penambahbaikan termasuk pengukuhan sistem rangkaian dan pusat data dengan penggunaan teknologi keselamatan seperti Firewall, Intrusion Prevention System, Web Application Firewall serta Sistem Sandaran Data Berlapis bagi memastikan kesinambungan operasi dan perlindungan maklumat kritikal Kerajaan Negeri. Selain itu, bagi meningkatkan keupayaan pemantauan dan perlindungan pada peringkat peranti akhir ataupun end point seperti komputer peribadi, laptop dan server, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pengunaan teknologi Endpoint Detection And Respond ataupun EDR secara optimum. Bagi memperkukuhkan perjalanan keselamatan siber secara menyeluruh, Kerajaan Negeri kini dalam proses untuk memantapkan sistem pemantauan dan pengesanan ancaman, melalui pelaksanaan System Security Information And Event Management dengan keupayan artificial intteligence yang menyediakan analisis berpusat terhadap log keselamatan serta keupayaan amaran awal
berasaskan automasi. Integrasi sistem SIEM ini akan meningkatkan kebolehan Kerajaan Negeri mengesan insiden keselamatan secara maksudnya dan mempercepatkan langkah mitigasi. Kerajaan Negeri juga sedang menilai keperluan untuk mitigasikan threat inteligence flatform bagi mendapatkan maklumat ancaman global secara proaktif dan memperkukuhkan System Over Run awal terhadap taktik serta teknik serangan siber terkini. Di samping itu, Kerajaan Negeri turut mempertimbangkan perlaksanaan extended detection and respond yang menyediakan perlindungan menyeluruh merentas rangkaian, peranti, pelayanan dan aplikasi, sekali gus menawarkan gambaran ancaman yang lebih holistik. Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan inisiatif pengesahan data individu bersama agensi MyDigital ID sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan siber dalam aspek pengesanan identiti dan pengesahan identiti digital. Pelaksanaan ini membolehkan hanya pengguna yang sahih dan berdaftar mengakses sistem serta aplikasi Kerajaan Negeri sekali gus mengurangkan risiko penyamaran identiti dan capaian tidak sah terhadap data rasmi. Bagi memastikan keselamatan siber terjamin, saya ingin memetik satu ungkapan yang sering digunakan di dalam pengurusan keselamatan siber iaitu ungkapan yang telah disuarakan oleh Theresa Payton yang juga merupakan CIO White House Amerika Syarikat yang menyebut ”Your employees are your bigger risk and your greatest defense” maka bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan latihan keselamatan siber secara berterusan kepada penjawat awam bagi memastikan tahap kepekaan dan amalan keselamatan digital dipertingkatkan di semua peringkat jabatan dan agensi Kerajaan Negeri. Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan keseluruhan ekosistem keselamatan siber selaras dengan peningkatan ancaman global dan keperluan memastikan pelindungan menyeluruh terhadap data dan maklumat rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 8.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Prasana Dan Kemudahan AwamQuestions
Tuan Speaker, sehingga Oktober 2025 di Negeri Selangor kita terdapat 8 buah krematorium yang sedang beroperasi dan dua lagi dalam pembinaan. Pecahannya adalah seperti berikut :-
a) MBSA - 3 krematorium swasta; b) MBDK - 1 krematorium awam; c) MBPJ - 1 krematorium awam dan 1 krematorium swasta d) MBSJ - 1 krematorium awam; dan e) Majlis Perbandaran Sepang juga mempunyai 1 krematorium awam; manakala f) Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor masing-masing mempunyai satu krematorium awam masih dalam pembinaan.
Penyediaan kemudahan krematorium awam di Selangor dilaksanakan bagi memastikan akses yang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan B40 untuk menggunakan perkhidmatan pembakaran mayat pada kadar yang berpatutan. Kerajaan Negeri pada masa ini telah melaksanakan Program Khairat Darul Ehsan ataupun KDE bagi membantu meringankan beban waris dengan pemberian sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada rakyat Selangor yang berusia 50 tahun ke atas serta golongan orang kurang upaya yang merupakan pengundi dan menetap di Selangor. Penerima sedia ada di bawah Skim Mesra dan Iltizam Selangor Sihat perlu membuat pengesahan maklumat serta persetujuan untuk menjadi ahli Khairat Darul Ehsan melalui laman sesawang kde.yawas.com.my bermula 5 Mei 2025. Bagi penduduk yang belum berdaftar dengan mana-mana program tersebut, pendaftaran baru boleh dibuat di laman sesawang yang sama bermula 1 Jun 2025.
Selain itu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, kerjasama dengan pihak swasta turut dilaksanakan bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan mayat pada kadar yang lebih rendah untuk penduduk yang berkeperluan. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao juga akan mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak berkepentingan bagi meneliti dan menyemak semula pakej yang ditawarkan oleh pengusaha krematorium sedia ada agar kadar perkhidmatan yang dikenakan adalah munasabah dan mampu ditanggung oleh semua lapisan masyarakat. Terima kasih.
Ya, Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO kerana dengan jawapan yang lengkap. Soalan saya ialah berkenaan dengan memang pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada hari Jumaat lalu pengumuman yang baik di mana satu peruntukan RM1 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan krematorium di kawasan Kuala Selangor dan juga ini akan meringankan ataupun benarkan kawasan Tanjung Karang, Sabak Bernam dan juga kawasan Klang, Kuala Selangor tidak ada krematorium, masih lagi pengamalan pembakaran mayat terbuka dan sebagainya. Apakah perancangan untuk kawasan-kawasan Selayang, Hulu Selangor di mana tidak ada dan mungkinkah setiap PBT akan diminta untuk membina krematorium ini bukan hanya untuk pembakaran mayat orang India tapi masyarakat lain juga telah mula menggunakannya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Saya setuju dengan cadangan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Sentosa bahawa
kemudahan krematorium ini merupakan satu kemudahan asas yang penting untuk semua lapisan rakyat di Negeri Selangor. Sebenarnya semasa krisis Covid masa itu, Kerajaan Negeri Selangor telah memberi arahan kepada semua PBT untuk mencari lokasi yang sesuai untuk pembinaan krematorium. Tetapi kita juga menghadapi dengan cabaran-cabaran seperti di kawasan Ampang Jaya, di kawasan Selayang di mana pembangunan di kawasan sana dah tepu dan susah untuk mendapat kawasan yang mempunyai jarak yang bersesuaian daripada kawasan komersial ataupun kawasan kediaman. Jadi ini masih dalam proses untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai sebelum satu dana boleh disediakan untuk pembangunan kemudahan krematorium. Terima kasih.
Subang Jaya.
Tuan Speaker, soalan Subang Jaya nombor 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Kesiapsagaan BanjirQuestions
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan projek-projek yang telah dilaksanakan dari 2024-2025 untuk tangani isu kekurangan infrastruktur yang menyumbang kepada isu banjir.
b)
Sila nyatakan kesiapsiagaan banjir bagi Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Tuan Speaker, Subang Jaya bertanyakan soalan berhubung dengan kesiapsiagaan banjir dan juga projek-projek yang dilaksanakan antara 2024 hingga 2025 bagi menangani isu kekurangan infrastruktur dalam persiapan menghadapi banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya Kerajaan Negeri kita mengadakan mesyuarat yang berkala berhubung dengan persiapan banjir (berhubung dengan banjir) iaitu empat kali setahun iaitu dua projek, dua mesyuarat berhubung dengan task force banjir yang dibuat setiap tiga bulan. Yang dua lagi ialah di bawah Skim Jaminan Air Mentah yang juga membincangkan antaranya ialah berhubung dengan isu banjir. Dan bila menjelangnya musim tengkujuh pada bulan 10 atau bulan 9, kita mengadakan satu mesyuarat khas persiapan banjir dan ini semua dihadiri oleh semua mereka yang pemegang taruh yang terlibat dalam pengurusan banjir termasuklah pihak JPS, Pihak Berkuasa Tempatan semuanya dan juga pihak Pejabat Daerah Dan Tanah serta juga agensi dan jabatan yang lain Tenaga Nasional, JKR dan sebagainya bagi membuat persiapan menghadapi banjir.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, ada beberapa perkara yang saya perlu sebut sini saya tak perlu menyebut semua. Ni ada 78 muka surat berhubung dengan aspek projek dan juga persiapan banjir. Jadi saya akan bagikan cara ini. Kalau perlu secara terperinci, saya boleh serahkan nanti. Yang pertamanya ialah kita membuat persiapan memastikan peralatan ataupun komponen penting banjir ini berfungsi dengan baik. Antaranya ialah infrastruktur hidro mekanikal seperti pintu air. Pintu air ada 353 lokasi, rumah pam yang sama serval pump ada 27, rumah pump skru ada 26 dan seterusnya pump bergerak ada 115 berkapasiti tinggi dan juga pump bergerak separa kekal ada 34 ini berkapasiti tinggi. Kenapa separa kekal? Pump ini adalah pump bergerak tapi ditempatkan di projek yang belum siap maka dia jadi separa kekal, dia tak boleh dialihkan sebab projek belum siap. Bila projek dah siap, dia akan dialihkan ya. Ada 34. Selain daripada itu, pihak JPS juga Negeri Selangor telah mengaktifkan operasi pemantauan cuaca semasa monsun timur laut bagi tujuan pemantauan semua stesen telemetri hujan, aras air, siren serta CCTV yang sedang beroperasi. Semua pihak boleh mengakses maklumat ini melalui laman web info banjir JPS Negeri Selangor untuk mengetahui perkembangan semasa terutama bila berlakunya di antara bulan 10 sehingga bulan 5 di mana berlaku monsun kita ya. Dan kos ini akan dibuat bersama dibiayai bersama Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan. Yang satu lagi ialah yang pelaksanaan ialah langkah-langkah kesiapsiagaan ini ialah pelaksanaan projek-projek kecil atau projek yang saya panggil quick wins yang sebutkan tadi dalam soalan sebelum ini nombor 5 itu di mana saya telah turun membuat libat urus dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan juga bagi memastikan projek-projek ataupun projek yang berkaitan banjir ini dapat ada yang boleh disegerakan yang kita boleh buat. Jadi ada 127 kerja quick wins ataupun kerja langkah segera yang Kerajaan Negeri telah luluskan berjumlah RM27.94juta. Pelbagai kerja yang telah kita buat dan sebahagian besarnya telah pun siap dalam masa dua bulan ini iaitu pengorekan sungai, kolam takungan dan sebagainya dan juga ban pengukuhan ban dan juga pelaksanaan outlet-outlet pembinaan outlet yang sesuai terutamanya flap gate. Jadi semua melibatkan semua daerah.
Seterusnya antara lagi langkah yang dibuat ialah 50 kerja-kerja mitigasi banjir berjumlah RM114.1 juta menggunakan peruntukan negeri yang melibatkan penyelenggaraan pengukuhan tebing sungai, penyelenggaraan sungai dan pantai serta kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam dan pintu air. Ini pun sedang dilaksanakan dan sebahagiannya pun dah siap.
Seterusnya 171 lagi kerja-kerja mitigasi banjir berjumlah RM14.49 juta menggunakan peruntukan persekutuan. Ini juga melibatkan juga pemuliharaan sungai dan pembahagian struktur di seluruh daerah terutama di kawasan pantai di lima daerah yang terlibat dengan pantai.
Seterusnya pemantauan berterusan kawasan hot spot dan kawasan kunci air terutama ketika air pasang besar dan memastikan aset-aset lain yang berkaitan banjir juga di dalam keadaan siap sedia menghadapi banjir.
Seterusnya juga pelaksanaan penyelenggaraan parit tak bertuan yang saya telah umumkan sebelum ini dan telah dilaksanakan, akan dibuat lagi sekali berulang pada tahun 2026 nanti,
sebanyak RM5 juta telah diperuntukan. Seterusnya juga saya ingin memaklumkan pelaksanaan dasar baru di bawah Selangor Off-River Storage Scheme (SORSS) yang juga akan menghubung jalinkan kolam-kolam tasik yang sedia ada dalam 185 ini untuk dijadikan sebahagian daripada usaha kita dalam menguruskan isu banjir dan juga penyediaan air kalau berlaku kemarau. Selain daripada itu, saya perlu sebutkan di sini penggunaan teknologi baru seperti Nature Based Solutions, Pond City, Teknologi Modular Tank, Sistem Panel Serbaguna (SPS) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam Belanjawan hari Jumaat yang lepas dan beberapa lagi kaedah menangani isu-isu banjir add source termasuknya komuniti punya OSD dan juga pelbagai lagi kaedah yang digunakan kita telah mula laksanakan di Petaling Jaya pun ada dan tempat-tempat lain yang akan kita perluaskan. Untuk berkaitan soalan bahagian yang pertama bahagian berkaitan dengan projek, saya tidak perlu menyebut semua panjang. Cuma saya boleh sebutkan di sini projek-projek di bawah peruntukan negeri dalam pelaksanaan ada 39 projek tebatan banjir melibatkan kos RM383.35 juta dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Yang dah siap yang saya boleh ambil yang terdekat yang dah siap 34 projek RM241.6juta telah pun siap projek yang berkaitan tebatan banjir. Dan projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan ada 18 projek yang sedang berjalan di pelbagai peringkat RM3.462 billion. Ini merupakan antara senarai projek itu kalau Ahli-ahli Yang Berhormat minat boleh saya kongsikan tapi panjang. Jadi ini antara projek-projek yang sedang pelaksanaan dan di akhirnya saya nak sebut di sini semua ini kita sedang perlengkapkan di bawah Pelan Induk Air. Ini merupakan satu game changer yang disebut di sini dengan izin untuk kita dalam menyelesaikan ataupun memantau, merancang, melaksanakan dan memantau penggunaan air dalam Negeri Selangor sama ada air mentah, air terawat ataupun air kumbahan sama ada dalam keadaan banjir dan kemarau di lihat secara holistik. Ini dalam pelaksanaan dan kita jangka akan siap pertengahan tahun depan kajian ini. Dan ini akan membantu dari segi perancangan masa depan penggunaan air di Negeri Selangor termasuk banjir. Terima kasih.
Tambahan.
Meru.
Yang Berhormat EXCO, berkaitan dengan parit tidak bertuan ini. Soalan saya, adakah penyelarasan antara agensi sudah selesai dan adakah pembersihan parit tak bertuan ini dilaksanakan secara berjadual? Sebab apa yang kita dapati di lokasi sendiri, ia tidak dilaksanakan secara berjadual dan masih lagilah ada ding dong antara agensi untuk melaksanakan pembersihan parit. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru tentang soalan tentang parit tak bertuan. Untuk makluman semua, parit tak bertuan sebagaimana saya sebut dulu sangat panjang ya. Peringkat awalnya kita buat kiraan dalam 500 lebih tapi bila kita lihat balik ada pertindihan, kita dapati dia dalam 360 kilometer begitu. Tapi ini bukan bermakna tak ada lagi parit tak bertuan. Ada lagi tapi tak banyaklah. Ini yang kita dah selesaikan inventori dan kita telah putuskan di peringkat Kerajaan Negeri pelaksanaan untuk tahun depan ini tahun 2026 ini masih kita akan teruskan RM5juta tapi dasar negeri telah ada untuk penyerahan kepada agensi ataupun jabatan yang berkaitan tentang parit tak bertuan
ini di mana dasarnya ialah kalau parit itu parit tak bertuan itu menghubungkan ke anak sungai atau ke sungai itu di bawah JPS. Kalau dia parit atau longkang tak bertuan ini menghubungkan ke monsoon drain parit monsun itu adalah di bawah PBT. Ini telah pun kita putuskan dan kita akan buat penyerahan berperingkat-peringkat mulai tahun depan tapi tahun depan kita masih laksanakan lagi one-off itu kali kedua. Dan saya juga boleh sebut di sini ada beberapa lagi kita akan buat yang berkait banjir yang kita telah buat inventori tahun depan dan 2027 baru kita mulakan iaitu kolam takungan tak bertuan, jambatan tak bertuan. Walaupun tak bertuan, dia mengganggu aliran air. Jambatan tak bertuan, kolam takungan tak bertuan, jalan tak bertuan dia banyak tak bertuan ni dalam Negeri Selangor ni. Apa lagi satu? Saya lupa dah. Dia ada dua, tiga lagi jenis tak bertuan. Ini pun kita akan saya dah pun bagi arahan pada UPEN untuk menyelaras inventori supaya kita dapat selesaikan isu-isu tak bertuan di Negeri Selangor ni. Terima kasih. Lembu tak bertuan lagi satu.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat sekalian, masa telah pun menunjukkan jam 11.30 pagi. Sebelum saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk Urusan seterusnya, saya ingin menjawab apa yang ditanyakan oleh Taman Medan tadi. Untuk makluman semua, saya ingin menasihatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya ADUN bukan kerajaan dan ADUN kerajaan supaya setiap kali selepas memasukkan soalan lisan dan bertulis anda, semak sekali lagi dan seelok-eloknya disemak dan dikarang oleh Ahli Yang Berhormat sendiri. Untuk menjawab Taman Medan, soalan Taman Medan sebenarnya tidak ditolak tetapi Yang Berhormat Taman Medan telah memasukkan soalan yang berulang, sama setiap satu perkataan di dalam soalan itu. Soalan pertama, Pembangunan Semula Rumah Pangsa Lama, soalan ini sebenarnya telah pun dijadualkan untuk dijawab sebagai soalan yg ke-355 dalam soalan lisan, akan dijawab, tetapi soalan ini telah berulang sekali. Maksudnya soalan yang sama wujud dua (2) kali oleh sebab itu soalan yang berulang ditolak dan yang soalan satu lagi diterima sebagai soalan ke-355 jadi Yang Berhormat soalan diterima. Keduanya soalan tentang PJ D-Link, soalan ini berulang dua (2) kali, maksudnya muncul 3 kali, jadi yang ditolak ialah 2 soalan yang berulang, dan soalan yang diterima adalah soalan yang satu lagilah dan ketiga-tiga soalan ini adalah berkaitan dengan perkara yang sama PJ-D-Link. Perkataan yang sama, perkataan yang pertama abjad yang pertama sehingga ke perkataan terakhir abjad terakhir sama, oleh sebab itu Yang Berhormat soalan ini ditolak dan tetapi Yang Berhormat soalan ini akan dijawab sebagai soalan ke-217 sebagai soalan lisan. Itu saja daripada saya penjelasan telah pun diberi terus kepada ucapan daripada Ketua Pembangkang, dengan ini saya mempersilakan Ketua Pembangkang untuk memulakan sesi perbahasan pada pagi ini.
Yang Berhormat Speaker, soalan yang itu kita masukkan dalam sistem, semakan dalam sistem saya sama, Yang Berhormat Speaker.
Saya jemput kepada Setiausaha Dewan untuk membacakan.
Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Semua PeringkatBill
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Semua Peringkat.
Yang Berhormat, ini penting juga untuk Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pelawat ke Persidangan Dewan Negeri Selangor daripada DUN Hulu Klang seramai 13 orang oleh Encik Roslin Bin Mohamad Rosli diaturkan oleh PKM ADUN Hulu Klang, ya teruskan Hulu Klang. Terima kasih dan selamat datang ke dewan.
Bismillahirohmanirohim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Hulu Kelang bangkit untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2026. Tanggungjawab saya dan Perikatan Nasional adalah menggalas amanah rakyat untuk menyemak dan memastikan Kerajaan Negeri menstrukturkan semula ekonomi negeri untuk meningkatkan hasil negeri dan berbelanja secara berhemah demi pembangunan yang berkualiti. Mekanisma semak dan imbang adalah asas kepada demokrasi. Suara kami ada kalanya kuat dan lantang, bicara kami terangkum di dalamnya segenap aspek kehidupan masyarakat, kos sara hidup pertumbuhan ekonomi dan industri, hasil negeri dan pengagihan yang adil, perumahan rakyat, perubahan cuaca dan teknologi hijau, pendidikan dan kesihatan, peluang pekerjaan dan keadilan sosial, isu agama, budaya dan perpaduan kaum. Ini membuktikan bahawa Ahli-Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional mengambil serius peranan kami di dalam Dewan untuk membahaskan isu-isu rakyat secara berfakta dan kami menuntut Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Tuan Speaker kita bersidang dalam persekitaran ketegangan geo politik yang masih berantai dan mengoncang ekonomi global dan menggugat rantaian bekalan, perkembangan di rantau ini juga mengundang konflik yang boleh menggugat pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran hasil. Sebagai sebuah ekonomi yang sederhana dan negeri perdagangan, Selangor mesti mengharungi cabaran ini dengan pantas dan merencana dasar dan kebijakan yang dapat menyumbang kepada integrasi ekonomi serantau. Saya memulakan perbahasan dengan mengajak Dewan ini untuk memberi perhatian kepada “The Agreement on Reciprocal Trade” atau ART yang ditandatangani pada 26 Oktober 2025. Saya ingin bertanya sejauh mana penglibatan Kerajaan Negeri dalam libat urus bagi mengurangkan impak negatif ke atas ekonomi Selangor. Article 5.1 jelas menghadkan ruang dasar ekonomi Selangor dan Malaysia dan berkemungkinan Selangor terikat untuk menyesuaikan dasar industri dan keselamatan ekonomi dengan kehendak President Trump dan ianya akan menjejaskan keselamatan ekonomi negeri dan negara. Kita tidak mahu ART menjejaskan masa depan ekonomi negeri Selangor dan juga kedaulatan negeri Selangor. Saya mendesak Kerajaan Negeri untuk segera melaksanakan kajian kos faedah atau CBA-Cost Benefit Analysis yang memberi tumpuan khusus kepada impak ART ke atas masa depan ekonomi negeri Selangor. Saya ingin mendapat jaminan daripada Kerajaan Negeri bahawa ART tidak akan menjejaskan hubungan ekonomi dengan Republic Rakyat China. Dato Menteri Besar dan Invest Selangor sebelum ini boleh berunding secara bebas dengan pelabur-pelabur daripada negara China termasuk di Chenzen baru-baru ini. Apakah selepas ini Kerajaan Negeri perlu mendapat consent dan kebenaran daripada Amerika Syarikat untuk berunding dengan mana-mana pelabur China dalam industri strategik. YB Wong Chen, YB Rafizi Ramli, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan YB Hasan Karim telah bersuara dengan lantang dan mengesahkan bahawa dengan izin Tuan Speaker, “Art is heavily lop sided in favor of foreign power” dan mendesak Kerajaan Pusat untuk menyemak semula perjanjian ini. Semalam Menteri MITI, YM Tengku
Zafrul Tengku Aziz telah mengesahkan bahawa Kerajaan akan berunding semula mengenai ART. Malangnya Kerajaan Negeri masih menikus dan membisu tentang masa depan ekonomi negeri Selangor. Ketika membahaskan Bajet 2025 pada tahun yang lalu, saya telah mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa pentadbiran President Trump 2.0 yang cenderung kepada perang perdagangan akan meningkatkan protectionism, justeru itu perkongsian di antara Kerajaan dan sektor swasta di Selangor perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan strategi yang memperkukuhkan daya tahan atau resilience sektor pembuatan terhadap tarif yang tinggi dan sekatan perdagangan. Saya juga pernah membahaskan bahawa Trump akan mengambil pendekatan yang lebih keras dan mengenakan tarif ke atas pelbagai produk barangan eksport ke Amerika Syarikat. Pelaksanaan tarif yang tinggi akan pastinya menimbulkan risiko kepada rantaian bekalan global dan menjejaskan daya saing produk eksport Selangor di pasaran Amerika Syarikat. Apakah precautionary measures yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan sektor pembuatan di Selangor khususnya EXE dapat terus berkembang dan menembusi pasaran baru bagi memantapkan rantaian bekalan? Tuan speaker saya mencadangkan supaya negeri Selangor mempelbagaikan sumber bahan mentah dan pasaran eksport melalui kerjasama serantau seperti ASEAN dan juga FTA’s termasuk RCEP untuk mengurangkan kesan tarif unileteral oleh Amerika Syarikat. Invest Selangor mesti pantas bertindak untuk menggalakkan dan memperluaskan eksport ke pasaran baru termasuk Afrika dan jaga Timur Tengah. Langkah ini boleh mengurangkan risiko kebergantungan terhadap pasaran yang terjejas oleh dasar unilateral Trump. Selangor merupakan hab pembuatan dan perkilangan. Selangor mesti meneroka pasaran baru selain daripada RCEP, saya juga telah mencadangkan supaya Selangor memanfaatkan CPTPP yang berpotensi meningkatkan eksport dalam sektor-sektor seperti EXE, bahan kimia, peralatan optik dan saintifik serta produk plastik. Selangor mesti meningkatkan keupayaan industri domestik khususnya daya saing sektor EXE melalui automasi dan inovasi yang membolehkan produk memenuhi piawaian global dan bersaing dipasaran yang tidak terkesan oleh tarif. Saya pernah mengingatkan Dewan ini, bahawa sebelum penyertaan Malaysia di bawah CPTPP, duti import yang dikenakan atas produk-produk dalam sektor EXE, di kalangan negara anggota mencecah 20% tetapi dengan CPTPP, duti import telah dikurangkan atau dimansuhkan sepenuhnya.
Tuan Speaker, Belanjawan 2026 mesti dirangka dengan visi yang jelas dan keutamaan mutlak diberikan kepada pembangunan negeri, Belanjawan adalah mengenai pertumbuhan. Saya telah berulang kali menyatakan tanpa pertumbuhan tidak ada pengagihan. Bukannya dimuntahkan dengan teori dan falsafah serta kata-kata pujangga berjela-jela dan berjam-jam. Belanjawan mesti berpaksikan dasar yang dapat memacu dan merancak pertumbuhan. Belanjawan 2026 yang dicadangkan berjumlah RM3.23 bilion berbanding RM3 bilion tahun 2025. Walaupun dari segi jumlah, terdapat peningkatan sebanyak RM230 juta tetapi dari segi perbelanjaan, Kerajaan Negeri gagal memberi keutamaan kepada pembangunan dalam negeri Selangor. Tuan Speaker, Selangor pernah meluluskan Bajet 2017 berjumlah RM3.45 billion, wahai Pelabohan Klang dan Bajet 2018 mencatatkan RM3.12 billion maka RM3.23 billion bukanlah satu angka yang luar biasa dalam keadaan yang amat mencabar pada hari ini. Belanjawan mesti menonjolkan ketegasan dalam perancangan dan prinsip kewangan yang berhemah dan prihatin rakyat. Antara prinsip yang sering saya tekankan adalah Belanjawan pembangunan yang adil untuk merancakkan pembangunan negeri. Negeri
Selangor pernah mencatatkan kejayaan menaikkan peratusan belanja pembangunan melebihi belanja mengurus, selama 4 tahun berturut-turut. Prinsip ex ante accountability penting dalam perancangan dan pengurusan Belanjawan. Belanjawan 2018 mencatatkan keupayaan negeri menaikkan Perbelanjaan Pembangunan kepada 53.2% dan menurunkan peruntukan Perbelanjaan Mengurus kepada 46.8%. Belanjawan 2026 yang baru saja diumumkan 2 hari yang lalu, meningkatkan Perbelanjaan Mengurus kepada RM1.86 bilion ringgit atau 57.6% berbanding tahun 2025 sebanyak 56.7% dari jumlah keseluruhan Belanjawan 2025. Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan mengatakan bahawa dari segi Perbelanjaan Pembangunan, Belanjawan 2026 menyaksikan peningkatan sebanyak RM70 juta berbanding RM1.3 billion dalam tahun 2025 kepada RM1.37 billion atau 42.4% dalam tahun 2026. Bukan sahaja pertambahan RM70 juta itu adalah terlalu kecil, tetapi rakyat Selangor, rakyat Gombak perlu diingatkan bahawa jumlah peratusan peruntukan untuk Perbelanjaan Pembangunan 2026 terus merosot dari 47.4 % bagi tahun 2024 kepada 43.3 % untuk tahun 2025 dan terus merosot kepada 42.4 % bagi tahun 2026. Ini adalah langkah yang tidak sihat, yang mundur, yang jelas menunjukkan penurunan komitmen yang serius ke atas agenda pembangunan. Keutamaan kepada DE mesti dipulihkan segera untuk memastikan kemajuan berterusan dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas untuk rakyat. Pendidikan dan akses kepada kemudahan kesihatan dan rawatan yang berkualiti, pembangunan institusi Islam yang merupakan asas kepada kesejahteraan rakyat dan masa depan Selangor. Apa makna Kerajaan Negeri mendabik dada bahawa reserve Kumpulan Wang Disatukan Negeri Semasa sebanyak RM4.84 billion, Pelabuhan Klang mengangguk lagi, di Sabah itulah naratif yang dibawa bahawa Selangor mempunyai reserve RM4.84 billion, sedangkan rakyat di semua daerah dinafikan hak mereka untuk mendapat pembelaan dan pengagihan hasil negeri yang adil dan saksama.
Tuan Speaker, dalam tahun 2025, unjuran semasa nilai KDNK mencecah RM455.3 billion. Jika dibandingkan dengan tahun 2024, KDNK adalah RM432.1 billion. Ini bermakna pertumbuhan KDNK bagi tahun 2025 adalah 5.4% sahaja berbanding 6.3 % pada tahun 2024. Dasar Perbelanjaan Pembangunan yang berhemah dan bertanggungjawab adalah penting bagi memastikan kadar kemiskinan bandar ataupun urban poverty di Selangor dapat ditangani dengan berkesan dan dapat mengurangkan bebanan inflasi di kalangan rakyat Selangor. Kos sara hidup yang tinggi dalam bandar menyebabkan lebih ramai rakyat tertekan dan mengalami kemurungan dan masalah kesihatan mental yang serius. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kadar inflasi di Selangor untuk bulan September 2025 telah melonjak kepada 1.8 % berbanding 1.5 % pada 8 bulan pertama 2025. Angka ini juga melepasi kadar purata kebangsaan yang mencatatkan 1.5 % untuk bulan yang sama. Namun, keadaan di bawah amat berbeza. Harga barang melambung naik di antara 30% – 40 %. Sebagai contoh, nasi daun pisang dengan ikan bulus dan teh masala di Petaling Jaya sudah mencecah RM45 untuk seorang.
Tuan Speaker, pada 17 Oktober 2025, Dato’ Menteri Besar telah membuat kenyataan media bahawa Kerajaan Negeri akan fokus kepada usaha untuk membasmi kemiskinan di negeri Selangor melalui pelan yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2026 tetapi perkara ini
tidak menjadi realiti apabila Perbelanjaan Pembangunan semakin menguncup setiap tahun. Tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua rakyat dengan memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang cekap, menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan kos optimization. Untuk mencapai matlamat ini Kerajaan Negeri perlu mencari sumber hasil baru. Sebahagiannya telah kita bincang dalam sesi soal jawab pada pagi ini termasuk menyemak semula struktur cukai dan mencipta nilai baru bagi semua aset Kerajaan Negeri. Pengurangan cukai secara strategik tidak semestinya mengurangkan hasil tetapi akan menggalakkan pertumbuhan dan kerancakkan aktiviti ekonomi dalam negeri dan akan menjana hasil tambahan. Usaha ini akan dapat mempertingkatkan hasil negeri dan dengan izin, ‘enhance the revenue for the State’. Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri berjanji untuk melaksanakan usaha mempelbagaikan hasil negeri dengan strategi pemerkasaan hasil Kerajaan Negeri dalam bentuk pemberian sumbangan dan dividen daripada anak-anak syarikat dan Badan Berkanun dan agensi Kerajaan Negeri. Tetapi seperti yang diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar dalam meletakkan unjuran hasil negeri yang boleh dikutip bagi tahun 2026 yang berjumlah RM2.8 billion, hasil negeri Selangor masih bergantung kepada premium tanah 36.3 %, cukai tanah 24.7 % dan pemberian Persekutuan 9.4 %. Kutipan hasil bagi tahun 2025 dijangka mencapai RM2.7 billion, ini membuktikan bahawa kurang daripada 30 % hasil negeri yang disumbangkan oleh aktiviti-aktiviti ekonomi yang real iaitu sektor perkhidmatan, sektor pembuatan, sektor pertanian dan sektor perlombongan. Lebih 70 % hasil negeri masih lagi bergantung kepada hasil tanah dan kurang 30 % daripada aktiviti ekonomi yang sustainable yang dapat menjamin masa depan negeri yang lebih cemerlang, InsyaaAllah.
Tuan Speaker, Belanjawan 2026 adalah belanjawan defisit sebanyak RM430 juta. Saya tidak ada masalah dengan belanjawan defisit. Dalam keadaan tertentu, mana-mana Kerajaan pun, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri boleh mengemukakan satu Belanjawan bersifat defisit, syaratnya pengurusan kewangan, penggunaan wang rakyat mestilah secara telus dan berhemah. Justeru itu, Kerajaan Negeri mesti mengambil langkah segar untuk meneroka kaedah baru, untuk mengembangkan source of revenue bagi menampung defisit hampir RM500 juta dan juga membiayai perbelanjaan lain termasuk meningkatkan Sistem Perlindungan Sosial berjumlah RM360 juta. Bagaimana Kerajaan Negeri boleh mengembangkan atau meluaskan punca hasil negeri, itu persoalan yang saya lontarkan kepada Dato’ Menteri Besar pagi tadi. Ada beberapa langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri tetapi dalam perbahasan kali ini, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menimbangkan untuk rationalize bangunan dan aset – aset Kerajaan Negeri dan menyenaraikan dalam satu Real Estate Investment Task (REIT) untuk mendapat pulangan atau yield yang boleh mencecah di antara 6% hingga 8 % bagi meningkatkan hasil negeri. Usaha ini juga akan dapat menjamin bangunan dan aset Kerajaan Negeri diurus secara professional.
Tuan Speaker, hari ini sudah bulan November 2025. Ini adalah garis penamat Rancangan Selangor Pertama tetapi apa nasib RS-1? Langsung tidak disentuh, dibahas, dan dibincang dalam Belanjawan 2026 dan juga jauh sekali membincangkan RS-2. Sepatutnya apabila kita ada kerangka ekonomi, rancangan lima tahun peringkat negeri ianya menjadi asas kepada sebarang penggubalan perbelanjaan yang bersifat tahunan. Tetapi nampaknya Belanjawan 2024, Belanjawan 2025, Belanjawan 2026, tidak menggunakan Rancangan Selangor sebagai asas dan pertimbangan. Apa mekanisma untuk menilai kemajuan pelaksanaan RS-1? Dalam kajian separuh penggal RS-1, dashboard memaparkan hanya penilaian fasa pertama pelaksanaan RS-1 dari tahun 2021 hingga 2023, sedangkan kita sudah berada di penghujung 2025. Saya meneliti petunjuk makro dalam Teras 1, Pengukuhan Ekonomi dan juga Teras 2, Peningkatan Kesejahteraan dan Keterangkuman Sosial. Hasrat kita untuk mengukuhkan lagi status Selangor sebagai hab dan nadi pertumbuhan ekonomi dan destinasi utama pelaburan berkualiti di Malaysia dan rantau Asia tidak akan tercapai berdasarkan pencapaian semasa. Saya bagi satu indikator, ada di dalam dashboard, sasaran purata pertumbuhan KDNK tahun 2021 hingga 2025, maknanya dalam tempoh RS-1 adalah 6.5 % sehingga 7 %. Purata bagi tahun 2021 hingga 2022 adalah 8.5%, mengikut dashboard. Namun mengikut DOSM, pada tahun 2024, KDNK Selangor mencatatkan pertumbuhan 6.3% yang disumbangkan oleh sektor perkhidmatan sebanyak 61% diikuti oleh sektor pembuatan sebanyak 24%. Pertumbuhan dalam tahun 2023 lebih rendah iaitu 5.4%. Maka, purata pertumbuhan KDNK untuk dua tahun terakhir RS-1 hanya 5.9%. Kedua, petunjuk makro pendapatan menengah ataupun median isi rumah menetapkan sasaran menjelang tahun 2025 tahun ini, adalah RM9,290.00 sebulan. Pada tahun 2022 angka ini mencecah RM9,983.00 sebulan. Pada tahun 2024 pendapatan menengah atau median isi rumah di Selangor adalah RM10,726.00 sebulan. Namun, pendapatan nominal ini jika dilaraskan dengan tingkat harga dengan menggunakan CPI ataupun dengan izin, ‘Consumer Price Index’ 2024, maka pendapatan benar isi rumah di Selangor adalah RM7,726.74 . Perbezaan antara pendapatan nominal dan pendapatan benar ini adalah RM2,999.26 sebulan. Ini bermakna isi rumah di Selangor terus terhakis akibat daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Perbezaan pendapatan nominal dan benar ini semakin melebar, Tuan Speaker, dan membimbangkan. Pada tahun 2014, perbezaan hanya RM623.78. Hari ini sudah melonjak kepada hampir RM3,000.00. Ini bermakna kuasa beli semakin berkurangan, dan ini seharusnya menjadi perhatian Kerajaan Negeri, untuk membantu rakyat di bawah, yang menghadapi inflasi, harga barang yang semakin mahal dan kuasa beli yang berkurangan.
Tuan Speaker, perkembangan ini menarik perhatian majalah The Edge, dalam penerbitan bulan September 2025,dalam artikel yang bertajuk, pada muka surat 60, “Middle Income Group Feeling The Squeeze”. Ini tajuk dalam The Edge pada bulan September. Dalam artikel yang sama menyebut, pada tahun 2014, pendapatan isirumah M40, adalah RM8,300.00, dan masih mempunyai simpanan bulanan sebanyak RM1,220.00. Tetapi hari ini, kumpulan M40
yang sama, berpendapatan RM11,810.00, tetapi hanya mampu menyimpan RM810.00 sahaja. Inilah realiti di bawah. Yang perlu kita tangani secara bersama di dalam Dewan ini.
RS-1 juga menggariskan 282 projek, Program dan Inisiatif yang disebut sebagai PPI. Teras 1, mengandungi 93 PPI. Namun di dalam dashboard, kita boleh rujuk berdasarkan data sehingga 31 Ogos 2025, hanya dua bulan yang lalu, jumlah PPI yang telah selesai sepenuhnya hanya 18 % atau 17 projek sahaja. Manakala PPI yang masih lagi dalam tahap pra pelaksanaan, berjumlah 21 PPI atau 23%, dan dalam pelaksanaan berjumlah 34 PPI atau 37%. Sekarang telah penghujung 2025, tempoh matang RS-1, sudah tamat. Tetapi hanya 18%, projek yang telah selesai di dalam Teras 1.
Tuan Speaker, kalau kita lihat peratus kemajuan keseluruhan mencatatkan hanya 55.68%. Ini menimbulkan persoalan mengenai kecekapan dalam melaksanakan PPI yang berimpak tinggi. Saya nak tanya kepada Dato’ Menteri Besar, apa status PPI Amverton Cove? Apa status Sepang Gold Coast? Pelan Fibrerasi Sabak Bernam? Pembangunan semula Hay Resort, di bawah SABDA? Projek Pembangunan SDB Industrial Park di Pulau Indah yang tersenarai dalam RS-1, tidak dapat dibangunkan kerana tidak terdapat sumber air mentah. Hanya pada 1 Julai 2025, beberapa bulan sebelum tamatnya RS-1, baru Memorandum Kerjasama di antara Air Selangor dan Central Spectrum di tandatangani untuk mencari kaedah mendapatkan bekalan air ke kawasan SDB Industrial Park. Ini contoh-contoh, projek-projek yang berimpak tinggi, yang masih lagi dalam peringkat perancangan di hujung tempoh RS-1, dan pastinya tidak dapat menyumbang kepada pertumbuhan KDNK Negeri Selangor. Dalam teras RS-1, iaitu pengukuhan ekonomi, beberapa sektor tumpuan dikenal pasti termasuk sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian. Tetapi DOSM, mengeluarkan statistik yang terkini, menunjukkan tidak ada lonjakan yang signifikan dalam sektor-sektor ini yang merupakan teras penting ekonomi. Sumbangan sektor pembinaan dalam KDNK Selangor, pada tahun 2021, adalah RM17.5 bilion, meningkat kepada tahun 2024, kepada RM22.5 bilion. Dalam tempoh RS-1, sumbangan sektor pembinaan hanya RM5 bilion, lebih kurang RM1 bilion setahun. Bagaimana mungkin kita dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi pembangunan infrastruktur dan projek-projek yang berimpak tinggi, yang saya nyatakan tadi. Kerana fakta menunjukkan sumbangan sektor pembuatan terlalu rendah. Sektor pembuatan mencatatkan pertambahan hanya RM18 bilion, dan sektor perkhidmatan merekodkan RM58 bilion. Manakala sektor pertanian dan perlombongan mencatatkan pertumbuhan yang amat perlahan. Kalau kita lihat sektor pertanian pada tahun 2021- RM4.9 bilion, 2022- RM4.9 bilion, 2023 - RM4.5 bilion, 2024- RM4.8 bilion. Stagnant all the way. Bagaimana RS-1 ini boleh dihujahkan sebagai satu projek yang berjaya, yang meletakkan Selangor sebagai juara..
Minta celah, Hulu Kelang
Hulu Kelang, bagi.
Ini soalan Kuala Kubu Bharu. Bukan daripada Kota Damansara.
Ya, soalan saya.
Ok, terima kasih.
Okay, dari Hulu Kelang, berkata tentang angka dari DOSM Malaysia, tetapi menurut angka dari DOSM Malaysia, setakat September 2025, Selangor merupakan pengimport terbesar di Malaysia. Dan pada masa yang sama, Selangor merupakan pengeksport ketiga besar di Malaysia. Adakah ia menunjukkan bahawa Selangor dalam landasan yang betul? Adakah ia menunjukkan bahawa industri di Selangor memerlukan banyak bahan mentah dari seluruh dunia dan menunjukkan ekonomi Selangor berdaya tahan? Sila jawab.
Yang Berhormat Kuala Kubu Bharu, dalam konteks eksport dan import, itu adalah perbahasan tentang perdagangan. Dalam konteks perdagangan atau trade, ada dua komponen yang penting, iaitu eksport dan import. Tetapi yang kita bahaskan pada pagi ini, ialah sumbangan beberapa sektor tertentu kepada KDNK negeri Selangor. Dia ada kaitan, saya tidak kata tidak ada kaitan, tetapi, yang saya bahaskan daripada awal tadi, mengapa negeri Selangor, terlalu bergantung kepada hasil tanah dan tidak mempelbagaikan hasil negeri dengan memberi tumpuan kepada 4 sektor utama ekonomi. Sebagai contoh, kalau kita ingin meningkatkan eksport, ya ada cabaran, kita bincang pagi ini, dengan perlaksanaan tarif yang tinggi, sekatan perdagangan, dengan perlaksanaan ART. Pastinya ada cabaran, tapi kita ada jalan keluar. Bagaimana kalau kita dapat tingkatkan production kita dalam negeri Selangor, kita masih boleh tingkatkan eksport seperti yang diharapkan oleh Kuala Kubu Bharu dengan mencari pasaran-pasaran baru. Kita boleh bincang panjang soal itu. Kita ada RCEP, CTPPP. Tetapi, let us focus on the ability on RS-1. Kerana RS-1 ini adalah satu dokumen penting, kerangka ekonomi negeri, yang meletakkan asas bagaimana Selangor dapat menjana satu pertumbuhan. Tapi dengan angka-angka yang saya berikan tadi, nampaknya masih banyak ruang yang harus kita perbetulkan dan perkemaskan. Kerana kita sudah sampai ke penghujung RS-1.
Tuan Speaker, rumusannya ialah, tanpa RS-1 pun, kita boleh sampai sasaran yang kita bincangkan tadi. Saya nak tutup RS-1 ini dengan menyatakan berbanding..
Izinkan, sebelum nak tutup itu, saya masuk dulu. Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Kelang. Yang DOSM, yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Sebenarnya, ada peningkatan walaupun peningkatannya RM1 bilion, tahun demi tahun. Kalau kita tengok antara faktor, kita tengok geo politik luar negara, selepasnya Covid, yang mana ada berlakunya kenaikan beberapa bahan mentah. Ini secara tak langsung akan menyebabkan efek terhadap industri. Tapi walau bagaimanapun, dalam keadaan pelbagai isu-isu yang melanda di peringkat dunia, nampaknya Selangor berada di dalam keadaan yang betul. Maksudnya di peringkat DOSM, ada stagnant, ada peningkatan berbanding dengan beberapa sektor-sektor, atau beberapa negeri lain, yang berlakunya peruduman. Cuma walau bagaimanapun soalan kedua saya, saya nak menarik perhatian Hulu Kelang, kalau tengok tadi, hasil tanah, ini memang hasil utama setiap negeri, kita semua tak boleh nafikan. Tapi walau bagaimanapun, ada cubaan
daripada Yang Berhormat Menteri Besar untuk mempelbagaikan hasil. Kalau kita tengok 2016, ketika Yang Berhormat menjadi Menteri Besar, ketika itu 74%. Tahun 2016, 2017. Kalau kita tengok 2016, hasil daripada tanah, 78%. Itu, kita tengok dua tahun itu. Jadi, kalau dilihat, Ketika Yang Amat Berhormat Menteri Besar, menjadi Menteri Besar, hasil itu dah makin berkurang sehingga 70%, ya. Taklah kita lonjakkan yang terlalu besar. Tapi kita ke arah situ. Jadi saya minta Yang Berhormat mungkin boleh ulas sedikit berkenaan itu.
Kota Damansara, itu pengalaman kita 10 tahun yang lalu. Tak kanlah kita ni berada di takuk yang lama, setelah 10 tahun kita diberikan mandat untuk menjaga rakyat dan negeri Selangor. Pasti dengan teknologi baru, dengan inovasi, dengan perbagai pendekatan baru. Ini yang kita bincangkan. Saya tak kata, negeri masih lagi mengekalkan sumber hasil daripada hasil tanah sahaja. Tetapi kita kena ada satu tindakan yang lebih pro-aktif. Kerana kalau kita tengok data sepuluh tahun dulu dengan sekarang, walaupun ada sedikit anjakan, anjakan itu tidak begitu promising ataupun tidak menggalakkan. Maka kita mencadangkan, saya tak kata tak buat langsung. Tapi apakah peranan kami di sini, hanya untuk mengkritik? Ini beza pembangkang dulu dengan pembangkang hari ini. Perikatan.... nanti dulu, saya belum habis jawab. Perikatan Nasional ini, dia kritik, tetap kritik. Lawan tetap lawan. Radu tetap radu. Kasi bagus Sabah. Boleh Timbalan Speaker? Yang kita bincang kat Kota Kinabalu hari itu. Tetapi kami juga memberikan pandangan, memberikan cadangan. Apakah itu salah? Inilah yang baik. Insya-Allah dengan cadangan-cadangan ini, Menteri Besar tidak segan untuk mengikut jejak langkah kami dan makmurlah negeri Selangor ini. Tuan Speaker, berbanding dengan PEMANDU. Dahlah satu last. Banyak ni, saya tiga jam.
Yang lain macam tak nak tanya.
Batu Tiga, bangun Yang Berhormat.
Boleh. Satu. Kota Damansara dah selesai, Batu Tiga pulak. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, bila saya dengar tadi tentang hasil baharu. Apa yang Selangor sedang buat dan sedang kita rencanakan. Kita sudah lancarkan IC Design Park yang pertama, dan baru-baru ini, dilancarkan IC Design Park yang kedua. Maknanya kita buka peluang baharu untuk kita lihat teknologi itu mungkin boleh jadi salah satu sumber kepada kita. So, bila kita sudah buat perkara itu, Yang Berhormat Ketua Pembangkang pun tidak sebut. Saya cadangkan, kalau boleh Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut tentang benda ini perlu dibaiki, perlu diperhalusi. Tetapi sebutlah juga ada kejayaan negeri Selangor yang sedang laksanakan. Kita berada on track. Dalam industri berteknologi tinggi. Saya rasa itu juga boleh dilihat sebagai sumber baharu untuk Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih, apa nama kawasan dia itu? Batu Tiga. Ini baru mukadimah. Kalau saya tunjukkan teks saya ini, nota saya ini muka surat 13, Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu, ada Yang Berhormat, sabar, kekal tenang baru boleh berjaya. Baik...nak dengar selalu datang. Baik Tuan Speaker, berbanding dengan PEMANDU di peringkat Persekutuan, yang menjadi agensi untuk memudah cara, memantau,
menilai, melapor serta menyelesaikan masalah yang berbangkit. Di negeri Selangor kita ada SIAP. Nama cantik SIAP, tapi tak berapa SIAP, Kinrara, ‘Selangor Implementation and Performance Monitoring Unit yang peranannya hampir sama dengan PEMANDU untuk memantau, menilai, melapor dan cuba menyelesaikan masalah yang berbangkit tetapi saya lihat SIAP ini tidak serius. Dan tidak berupaya untuk membawa peranan strategik seperti PEMANDU. Tahun 2024 Dewan ini meluluskan RM1 juta untuk SIAP. Tetapi nampaknya ianya belum memberi kesan untuk memperkukuh SIAP dari segi kepakaran dan kemahiran membuat audit yang berkesan. Saya nak tanya dengan Dato Menteri Besar, kalau sebelum ini Perdana Menteri di peringkat Persekutuan akan memanggil Mesyuarat PEMANDU sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Ada sense of urgency, ada kesungguhan untuk memastikan semua projek-projek di dalam PEMANDU itu mengikut jadual dan dilaksanakan dan benar-benar siap. Saya nak tanya dengan Dato Menteri Besar, berapa kali dia mempengerusikan mesyuarat SIAP? Yang saya tahu portfolio governence pun hanya bermesyuarat dua kali setahun. Saya tidak salahkan pegawai-pegawai kerajaan tetapi kalau kepimpinan di atas tidak menunjukkan kesungguhan dan komitmen, bagaimana mungkin pelaksanaan ini dapat mencapai matlamat? Saya juga nak minta Kerajaan Negeri memperincikan daripada 282 projek di bawah RS-1, berapa banyak jumlah keseluruhan perbelanjaan dan pelaburan untuk RS-1 ini datang daripada sektor swasta, daripada Kerajaan Negeri, daripada Kerajaan Persekutuan. Saya mahu diperincikan jumlah pelaburan daripada setiap agensi ataupun yang saya sebutkan tadi sektor swasta, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan juga GLC Kerajaan Negeri. Tuan Speaker saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat mengambil usaha yang lebih proaktif bagi membantu...
Sila Bukit Gasing...
Saya juga berminat dengan jawapan kepada soalan tersebut berapa yang diperincikan dan diperuntukkan daripada setiap agensi Kerajaan Negeri untuk semua projek RS-1 tapi nak tanya selama penggal ini di mana Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa PAC pernah tak gunakan platform tersebut untuk melihat perbelanjaan Kerajaan Negeri kepada setiap projek RS-1 memandangkan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa tersebut sebab saya dengar Jawatankuasa tersebut pun jarang bermesyuarat.
Inilah status Bukit Gasing kalau kita tengok dalam sidang yang lepas, ada penyata yang dibentangkan yang menyebut lebih 8 kali mesyuarat PAC diadakan. Kita dah mesyuarat PAC ini kita tengok apakah skop ataupun tugas yang mandat yang diberikan, ini bukan soal nak meneliti berapa banyak sumbangan dana oleh Kerajaan Negeri atau GLC kepada sesuatu projek. PAC ini lebih tertumpu sekiranya ada unsur-unsur penyelewengan, pengurusan kewangan yang tidak telus, itu patut diberikan keutamaan. Yang keduanya, kami masalah PAC ini, ada juga saksi-saksi yang dipanggil tak mahu datang. Ya, saya ucapkan tahniah kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri kerana beliau tegas mengeluarkan arahan secara bertulis kepada Ketua-ketua jabatan supaya akur kepada Peraturan-Peraturan Mesyuarat yang telah ditetapkan oleh Dewan ini. Tetapi ada juga ketua jabatan yang merupakan kroni kepada sebuah parti di dalam Dewan ini, nak sebut ke tidak? Ini orang kuat kepada Dato Menteri Besar , partinya namanya saya pun dah lupa nama
parti dia,tidak mahu datang sehinggakan saya diberikan nasihat untuk membuat laporan polis. Laporan polis telah dibuat tetapi belum ada keputusan.
Tuan Speaker, Peraturan 36(6)
36(6).
36(6)
Dah 36(6) pulak.. tadi tanya....
Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap ahli lain. Jelas sekali ini sangkaan jahat terhadap Dato’ Menteri Besar, jadi kenapa nak bicara dalam dewan ini. Okay saya mohon Tuan Speaker meneliti ucapan kenyataan tadi daripada Hulu Kelang ...
Boleh ulang balik ucapan Hulu Kelang..
Kenapa saya nak ucap balik?
Dia kata Ketua Jabatan yang kroni besar kepada Menteri Besar. Itu sangkaan jahat.
Hulu Kelang ada penjelasan daripada Hulu Kelang ...
Itu sangkaan baik sebab Ketua Jabatan itu baik dengan Menteri Besar, bukan semua orang dapat baik dengan Menteri Besar ini, Bukit Gasing jealous dia tak dapat.
Hulu Kelang untuk meningkat perbahasan kita seeloknya tarik balik.
Eh, sangka baik. Saya tarik balik sangka baik.
Okay, teruskan tarik balik tapi kita rekodkan yang Hulu Kelang kata-kata sebentar tadi
Saya tak kata, itu Tuan Speaker yang cakap, Tuan Speaker suruh teruskan..saya tarik balik sangka baik ....
Terpulang kepada Hulu Kelang tapi itu pendapat daripada Bukit Gasing tadi.
Pendapat saya hubungan yang baik ini tak dapat dinikmati oleh semua orang. Alhamdulillah, Pelabuhan Klang pun tak dapat hubungan yang begitu akrab, lama dia tunggu di situ, takpe Pelabuhan Klang saya simpati, saya akan ambil perhatian Pelabuhan Klang dalam masa yang terdekat ini Insyaa Allah, itu bersangka baik Tuan Speaker, terima kasih Tuan Speaker. Saya nak mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat mengambil usaha yang lebih proaktif untuk membantu pengembangan SME’s dalam negeri Selangor. Perbagai isu yang berbangkit dan menghalang pertumbuhan organik SME’s, Industri SME’s termasuk infrastruktur, mempercepatkan kelulusan, menghapuskan little neopolian dan birokrasi pentadbiran kerajaan. Peranan SME’s dalam ekonomi negara adalah amat penting. Mereka adalah tulang belakang dalam pelbagai industri ekonomi Malaysia. Hampir 1 Juta SME’s menyumbang 37% kepada KDNK dan mencipta 66% pekerjaan baru. SME juga telah menyumbang 17% kepada eksport negara justeru itu Kerajaan Negeri mesti membina dan menggalak SME’s sebagai keutamaan dalam usaha berterusan membangunkan Selangor sebagai negeri industri maju yang mencipta pekerjaan membawa kemakmuran. Sementara peranan Invest Selangor terus dimantapkan, saya juga menggesa Kerajaan Negeri untuk memberi fokus kepada syarikat-syarikat gergasi Malaysia untuk melabur di negeri Selangor. Tingkatkan usaha-usaha untuk membuat misi pelaburan dan pasaran, bukan sahaja di luar negara tetapi saya mahu Invest Selangor juga memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat gergasi Malaysia dalam negara supaya syarikat-syarikat tempatan ini dapat menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan baru dan mengembangkan operasi dan juga kemudahan-kemudahan baru mereka. Kerajaan Negeri tak perlu dibebankan dengan insentif kewangan yang begitu besar tetapi Kerajaan Negeri boleh memberi fokus kepada proses memudah cara kelulusan dan tempoh kelulusan, dasar pelaburan yang jelas dan pragmatik, menaikkan infrastruktur dan juga ke salinghubungan atau connectivity dalam industri, zon industri. Satu lagi yang saya nak cadangkan ialah bagaimana jumlah government-linked investment companies ataupun GLIC dalam negeri Selangor? Saya difahamkan di peringkat Kerajaan Persekutuan terdapat 7 GLICs yang mempunyai kepentingan penting dalam beberapa GLCs. Di sinilah saya nak memberikan tumpuan supaya GLIC di negeri Selangor ini diberikan mandat yang jelas untuk bertindak secara proaktif dan pantas, memacu prestasi yang cemerlang dan menyelaraskan strategik agihan sumber dana dengan semua GLC Kerajaan Negeri. Saya minta supaya mewujudkan satu overside team untuk memastikan entiti GLC Kerajaan Negeri yang berbeza tetapi tidak dibenarkan bersaing sesama sendiri dan sebaiknya bekerjasama untuk membina ‘economies of scale’ untuk melabur dalam sektor baru seperti teknologi hijau, AI bagi menyokong industri masa depan memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan. Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu, ada Batu Tiga, Kerajaan Negeri Selangor telah membangunkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu atau Malaysia Semi Conductor IC Design Park, MSICDP di Puchong sebagai satu inisiatif strategi untuk menjadikan Selangor sebagai negeri peneraju semi konduktor di Malaysia. Malangnya, pelaburan Kerajaan Negeri ini dalam pembangunan MSICDP merangkumi kompenen yang bukan bersifat industrial development tetapi hanya
memberikan sokongan infrastruktur fizikal termasuk peruntukan ruang pejabat di menara PFCC, pengurangan kadar utiliti dan penyaluran dana kepada SIDEC bagi membangunkan ekosistem latihan. Ini jawapan bertulis daripada Kerajaan Negeri apabila saya mendesak untuk mengetahui apakah ada penglibatan Kerajaan Negeri dalam industrial development MSICDP, inilah jawapan yang diberikan. Ianya bersifat bukan bersifat industrial development tetapi memberi sokongan infra. Persoalan yang berbangkit Kinrara ada di sini, bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu syarikat-syarikat yang datang melabur di MSICDP? Mereka ini dipanggil, dijemput untuk mereka bentuk litar bersepadu ataupun IC di MSICDP. Bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu memasarkan reka bentuk yang telah dihasilkan oleh pemain industri ini? Mereka datang sekadar untuk design bukan untuk membuat production kerana untuk membuat production itu kosnya berbillion ringgit, yang ada di Puchong sekarang ini adalah syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang reka bentuk litar bersepadu. That’s it. Maka persoalan saya, bagaimana Kerajaan Negeri yang menjanjikan kepada mereka bahawa syarikat-syarikat ini setelah mereka, mereka bentuk litar bersepadu akan dipertemukan dengan syarikat pemain industri yang besar seperti Intel, Broadcom, Nvidia dan juga AMD. Sekarang ini terputus, kalau kita lihat CEO Broadcom, dia adalah rakyat Malaysia, mungkin beliau boleh membantu Kerajaan Negeri untuk connect mereka-mereka yang design di Puchong dengan syarikat Nvidia, AMD, Broadcom dan juga Intel. Pelabur-pelabur ini datang ke Selangor saya sebut tadi, untuk mereka bentuk litar bersepadu dan mereka mengharapkan Kerajaan Negeri dapat membantu dari segi pemasaran reka bentuk yang dihasilkan. Sekarang ini saya mahu jaminan daripada Kinrara bahawa mereka yang terlibat di MSICDP akan diberikan peluang untuk mendapatkan reka bentuk, hasil reka bentuk mereka diberikan kepada syarikat dan industri besar yang saya sebutkan tadi. Yang kedua, apakah Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif untuk membeli produk reka bentuk ini bagi tujuan tempatan? Tuan Speaker, saya pernah membahaskan mengenai pembangunan industri aeroangkasa, khususnya pembangunan Selangor Aeropark. Saya mahu melihat sekali lagi penglibatan Selangor dari segi Indusial Development dalam syarikat pembuatan berteknologi tinggi di Selangor Aeropark yang dilancarkan pada 5 Jun 2025 di atas tanah seluas 600 ekar dengan JV ataupun usaha sama dengan MAHB (Malaysia Airport Holdings Berhad). Saya bukan mahu melihat sekadar menjual tanah ataupun aktiviti pemasaran, promosi melalui kerjasama dengan MAHB. Saya mahu jaminan Kerajaan Negeri, penglibatan negeri adalah dalam Industrial Development di Selangor Aeropark. Tetapi sekali lagi apabila saya bertanya kepada Kerajaan Negeri, ini jawapan yang diberikan, yang amat mengecewakan saya. Kerajaan Negeri menyatakan bahawa sehingga hari ini, Kerajaan Negeri melalui MBI, masih lagi dalam fasa penilaian. Masih lagi dalam fasa penilaian dari aspek komersial dan teknikal dengan Malaysia Airport Holdings Berhad. Kadar pegangan ekuiti dalam syarikat usaha sama masih belum diperhalusi. Belum ada keputusan yang dapat menjamin pulangan pelaburan jangka panjang yang mampan kepada negeri. Kalau inilah keadaan pada hari ini, bagaimana mungkin Kerajaan Negeri dapat mencapai matlamat pembangunan Selangor Aeropark yang
dibangga-banggakan dan dimasukkan juga dalam Rancangan Selangor Pertama. Sekali lagi, Rancangan Selangor Pertama gagal, yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor. Saya nak bertanya kepada Kinrara, apakah usaha untuk meningkatkan value proposition melalui usaha sama dengan MAHB atau Kerajaan Negeri ada perancangan yang lebih agresif dengan menyuntik ekuiti dalam syarikat GE Aerospace yang merupakan syarikat yang pertama dan terawal berminat melabur di Selangor Aeropark. Kalau itu tindakan Kerajaan Negeri, ianya memberikan pencerahan dan harapan, bukan Pakatan Harapan tetapi harapan baru kepada rakyat Selangor bahawa inilah hasil-hasil baru yang dapat dijana oleh Kerajaan Negeri. Walaupun prospek SAP ini baik, tetapi kejayaan SAP menjadi hab aeroangkasa dan logistik, ianya bergantung kepada beberapa enablers yang kritikal termasuk mengekalkan bakat dalam aeroangkasa, dasar yang jelas dan mengurangkan birokrasi. Tuan Speaker, saya nak masuk satu topik yang besar. PKNS dan Perumahan Rakyat. Saya ingin menyentuh satu perkara yang penting iaitu perumahan, khususnya perumahan mampu milik. PKNS gagal, PKNS gagal membawa mandat penubuhan PKNS 1964 untuk membuka kawasan baru dan membina perumahan mampu milik. Bajet 2024, Kerajaan Negeri meletakkan sasaran 200,000 unit Rumah Selangorku yang akan dibina. Malangnya PKNS komited untuk membina hanya 10,000 menjelang 2030. Ini membuktikan PKNS gagal membantu menjayakan misi pembangunan sosio ekonomi. Saya telah buktikan bahawa PKNS telah menyimpang jauh daripada mandat penubuhan PKNS termasuk menjual development rights PJ Central kepada MRCB dengan nilai hanya RM270 juta sahaja melalui bayaran tunai hanya RM12 juta dan selebihnya melalui penyerahan beberapa unit kediaman pangsapuri mewah termasuk 13 unit pangsapuri mewah di The St. Regis Hotel, Kuala Lumpur. Dato’ Menteri Besar menjawab pertanyaan saya pada 28 Februari 2024, mengenai status 13 unit kondominium mewah St. Regis bahawa kondominium mewah adalah untuk di sewa jangka masa panjang. Maka saya lontarkan soalan tambahan, saya mahu tahu siapakah penyewa, jumlah sewaan dan tempoh pajakan. Daripada 28 Februari 2024 sehingga 17 November 2025, saya belum menerima sebarang jawapan bertulis daripada Kerajaan Negeri. Saya ingin tahu siapa penyewa 13 unit pangsapuri mewah di St. Regis Hotel jumlah sewaan dan tempoh pajakan. Pagi ini sekali lagi saya nak menarik perhatian Dewan mengenai gelagat pengurusan PKNS yang semakin menggila. Tuan Speaker, di tangan saya ada satu dokumen bertarikh 12 Ogos 2025 yang mengesahkan bahawa PKNS telah melantik SA Planning Services bagi menjalankan kajian SIA (Kajian Penilaian Impak Sosial) bagi pembangunan Padang Golf berserta Rumah Kelab di atas tanah seluas 167.47 ekar di Daerah Sepang. Tanjung Sepat, kamu adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Tanjung Sepat berada di dalam Sepang. Tanjung Sepat duduk di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS. Mengapakah perkara ini dibiarkan? Dalam kajian yang dibuat oleh Morgan Theory, terdapat 12,681 unit rumah dalam jarak 3,000 meter daripada tapak pembinaan padang golf yang melibatkan 17 taman perumahan. Daerah Sepang adalah daerah yang terpaling pesat membangun. Pembangunan KLIA, Selangor Aeropark telah mencipta limpahan aktiviti ekonomi termasuk pusat perniagaan, permintaan yang tinggi untuk perumahan termasuk
perumahan mampu milik. Amat malang sekali, apabila PKNS mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang kepada Majlis Perbandaran Sepang bagi cadangan pindaan terhadap Pelan Susunatur yang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sepang bertarikh 12 September 2023 yang melibatkan pindaan Lot Industri. Tanah ini telah pun menjadi tanah industri pada tahun 2023, tetapi bagaimana PKNS yang langsung tidak ada rasa prihatin rakyat, tidak cakna kepada kehendak rakyat boleh memohon untuk diubah Pelan Susunatur ini bagi membina padang golf 18 lubang yang berkeluasan 161 ekar, Rumah Kelab Golf berkeluasan 5 ekar dan padang latihan memandu golf yang berkeluasan 6.1 ekar. Selangor Juara.
Seri Serdang, Hulu Kelang. Boleh?
Silakan.
Saya mendengar dengan teliti penghujahan Yang Berhormat Hulu Kelang berkenaan dengan pembangunan padang golf di Sepang. Saya melihat kepada Dasar PKNS tidak terikat untuk membuat apa-apa pembangunan termasuk padang golf dan terbukti salah satu padang golf di bawah PKNS di uruskan oleh PKNS di Kelab Golf Seri Selangor dan ia mendapat perhatian dan juga saya kira mendapat keuntungan yang banyak daripada aktiviti perniagaan padang golf dan kita lihat di zaman Tun Mahathir Mohamed dahulu, Pengerusi Perikatan Nasional yang dulu, Penasihat Perikatan Nasional dahulu ketika zaman Tun Mahathir itu membina banyak padang golf sedangkan Tun Mahathir tidak bermain golf. Bermaksud, golf juga menyumbang kepada ekonomi setempat terutama dalam Negeri Selangor ini. So, apa pandangan Yang Berhormat Hulu Kelang? Taman Templer kita adjust nanti.
Amanah, sebagai Parti Amanah, letaklah kepentingan rakyat mendahului kepentingan golongan maha kaya. Bagi saya jawab dulu, tadi saya dengar dengan tekun Seri Serdang. Duduk dulu ya. Biarlah pihak swasta yang diberikan peluang untuk membina padang-padang golf. Saya ada maklumat tambahan selepas ini, mengapa PKNS gagal melaksanakan mandat sebagai peneraju dalam membina rumah-rumah kos rendah, rumah mampu milik. Sabar Seri Serdang. Jangan cepat sangat terjun untuk menyelamatkan golongan maha kaya ini ya.
Yang Berhormat Hulu Kelang.
Tak apa, tunggu dulu.
Saya kira.
Sebab saya nak rujuk.
Hulu Kelang.
Nanti saya nak rujuk kepada.
Speaker saya rasa soalan saya tadi minta pandangan daripada Hulu Kelang, tidak melibatkan golongan mana-mana pun ia berkaitan dengan padang golf, bukan bermaksud Seri Serdang membela golongan maha kaya. Jadi saya kira pembangunan padang golf itu menyumbang juga kepada ekonomi dan juga PKNS tidak terikat untuk membuat apa-apa pembangunan termasuk padang golf. Saya kira Hulu Kelang tarik baliklah saya bukan membela maha kaya, hari ini pun golf untuk pengetahuan Yang Berhormat Hulu Kelang bukan lagi sukan untuk maha kaya, tak macam zaman Hulu Kelang muda dulu. Tak sama. Umur-umur.
Saya daripada dulu, kini, selama-lamanya tidak bermain golf. Saya nak rujuk kepada Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor , kalau kita dapat merujuk, saya bawa semua ini, Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Bil. 1 Tahun 2025, berhubung Dasar Rumah Selangorku dan Rumah Idaman MBI Negeri Selangor. Patutnya ini menjadi kitab kepada Tanjung Sepat, tetapi sekarang saya sudah menghadam pekeliling ini untuk mengingatkan Tanjung Sepat bahawa density rumah dalam Majlis Perbandaran Sepang adalah 120 unit per acre. Ini saya dah besarkan kalau tak nampak. 120 unit per acre untuk Zon 1, 2, 3 dan 4. Daerah Sepang termasuk dalam Zon 2 dan 3. Maka setiap ekar, jumlah rumah yang boleh dibina ialah 120 unit. Kalau tanah yang nak dipindahkan menjadi padang golf ini luasnya 167 ekar, maka PKNS mampu membina 20,040 unit Rumah Selangorku untuk rakyat Selangor. Bukan 1, bukan 2, bukan 3. 20,040 unit wahai Seri Serdang. Apakah 20,000 unit untuk rakyat itu, tidak diberikan keutamaan hanya memberikan keutamaan kepada 4 orang pemain golf bagi satu flight? Jawab dalam perbahasan saudara, jangan kacau saya sekarang.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sementara kita dalam topik ini.
Nanti, nanti belum habis lagi.
Jangan takut...
Belum habis. Saya tak takut, semenjak bila saya takut Bukit Gasing?
Soalan simple.
Okaylah bagi ruang pada Bukit Gasing.
Di mana pembinaan 120 unit per ekar rumah Selangorku semasa Yang Berhormat Ahli Lembaga.
Saya belum habis. Eh siapa yang bagi laluan?
Itu saya tanya Hulu Kelang bagi ruang ke?
Tanya saya dulu, Speaker.
Iya, sebab tu saya tanya tadi.
Saya tak bagi, tak bagi.
Duduk Bukit Gasing, tak bagi.
Baik, PKNS juga mesti menilai semula hasrat untuk membina padang golf. Dan kalau kita memberi tumpuan kepada rakyat, GDV di kawasan ini, Seri Serdang, bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik adalah RM5 billion. Kalau you kali RM250,000 satu unit, kita bina 20,000 unit, GDV RM5 billion. Kalau Petronas, Petronas pula. Kalau PKNS. Saya rasa macam Dewan Rakyat betul tak? Kalau PKNS... sikit lagi , sikit lagi, sabar...(dewan riuh). Apa saya cakap tadi...baik, kalau 20,000 unit kali dengan RM250,000 seunit, GDV nya RM5 billion. Kalau PKNS ambil 10% pun, PKNS sudah untung RM500 juta dan boleh dikongsi dengan seluruh rakyat dalam negeri Selangor.
Untung dengan revenue perkara yang berbeza….
Di mana keuntungan padang golf yang boleh memberi manfaat kepada rakyat di bawah?
Hulu Kelang, Hulu Kelang, bagi ruang pada Bukit Gasing.
Boleh lah...
Ada 2 orang yang bangun, Seri Serdang, Bukit Gasing.
Bukit Gasing lah, dia cerdik sikit.
Okay.
(Dewan Bersorak)
Senang nak cakap, keuntungan RM5 billion. Yang Berhormat salah, itu revenue. Jualan RM5 billion, keuntungan berapa? Bila Yang Berhormat semasa di PKNS sebagai ahli lembaga, lepas itu sebagai pengerusi, berapa margin keuntungan bila datang kepada rumah Selangorku. Dapat tak cover cost dengan harga jualan RM250,000? Senang nak cakap, tapi boleh tak buat? Itu yang pertama. Yang kedua, masa buat Datum Jelatek, perumahan untuk maha kaya. Di mana Rumah Selangorku di atas tapak tersebut? Kenapa tak dibina Rumah Selangorku 100%? Kenapa dibuat Datum Jelatek rumah 2 bilik dijual RM1Juta?
Saya ingat cerdik. Silap saya. Janganlah bangkit isu legasi. Sahabat kita pun dah tak ada di sini. Saya tak mau la ungkit. Tetapi kita boleh la tengok rekod-rekod sebelum itu ya. Nanti kita jumpa. Baik. Tuan Speaker, saya juga nak mengajak Dewan ini merujuk kepada pembentangan, ini pembentangan Timbalan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Juga di bawah Tanjung Sepat ya (Dewan riuh). No, sebab ini di Sepang, Tanjung Sepat. Macam mana nak jadi Menteri Besar ni?
(Ahli Dewan Bersorak)
Sebab, saya bersangka baik, sebab saya tahu, Kota Anggerik berminat, Seri Setia berminat, Pelabuhan Klang susah sebab dia punya cartel masih kuat (Ahli Dewan Bersorak). Tapi kalau Sungai Tua di naikan, kalau Sungai Tua di naikan ke pusat dalam masa 2 minggu ini, iya...kalau..ha.. baru kata kalau, dah bangkit, you tak akan dapat jadi Menteri Besar.
(Ahli Dewan Bersorak)
Bukit Gasing jangan perasan la. Kalau Sungai Tua naik dalam 2 minggu ni, ada vacuum. Dan saya nak bagi tahu yang paling layak adalah Tanjung Sepat.
(Ahli Dewan Bersorak).
Nak lobi EXCO ke?
Pada pandangan saya. Ha..jadi macam mana nak jawab rakyat di Sepang. Rakyat Sepang tanya, tanah aku ni, 167 ekar, aku nak rumah, mengapa dibina padang golf? Saya nak bantu Tanjung Sepat. Ini Kertas
Inisiatif Pembangunan Perumahan yang saya juga dapat di Shah Alam Urban Forum 2025 pada 14 Oktober yang lalu. Pada slide di dalam ini dia sebut, keperluan permintaan rumah di Sepang 23,908 dan permintaan ini kalau ikut perincian umur, di kalangan umur 18-29 tahun, 55%, di antara umur 30-49 tahun, 44%. Maknanya, jumlah permohonan di kalangan anak-anak muda besar di Sepang. Apakah Tanjung Sepat tidak mahu pengundi anak-anak muda? Kalau tak mahu, Alhamdulillah, calon saya akan bersedia menerima anak-anak muda. Saya akan batalkan pembangunan padang golf di Sepang dan bina 20,000 unit Rumah Selangorku untuk rakyat di Sepang.
Hulu Kelang, Seri Serdang bangun. Tadi nak bagi ruang pada....
Bakal Timbalan Presiden Bersatu. Sikit. Pasal padang golf, pasal padang golf.
Dah lepas dah. Tak apa tak apa, dah cukup.
Macam mana bakal Timbalan Presiden ni.
Ada ke bakal Timbalan Presiden sahaja.
Ha.. Presiden. Oh, kalau bakal presiden lagi hebat... hari ini, kita nobatkan Hulu Kelang sebagai bakal Presiden Bersatu. Tapi tetap ketua pembangkang la.
Ketinggalan zaman la semua ini. Sebab itu Tuan Speaker, saya mendesak supaya Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS mengeluarkan arahan segera kepada PKNS, membatalkan cadangan yang tidak prihatin kepada rakyat. Saya nak ingatkan juga kepada YDP Majlis Perbandaran Sepang, pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Sepang mesti bertegas. Jangan luluskan permohonan pindaan terhadap Pelan Susunatur ini. Demi mematuhi, memenuhi permintaan rumah mampu milik di Daerah Sepang. PKNS wajib kembali kepada mandat penubuhan PKNS untuk membina rumah-rumah mampu milik bagi rakyat yang bekerja di Selangor dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan industri di negeri Selangor. Saya juga mendesak Kerajaan Negeri memberi perhatian serius kepada pembinaan rumah mampu milik, kerana saya lihat dalam pembentangan Belanjawan 2026
tidak ada sebarang kesungguhan dan fokus diberikan untuk menyegerakan pembinaan rumah-rumah mampu milik. Sedangkan kalau kita lihat statistik Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor terdapat permintaan 146,987 permohonan bagi pelbagai jenis rumah mampu milik di dalam negeri Selangor. Kalau ada permintaan 146,000 negeri masih mendiamkan diri tidak melakukan sesuatu untuk memenuhi aspirasi rakyat. Cuma saya nak cadangkan, pembinaan rumah mampu milik ditambah baik dari segi kualiti dan saiz. Kekal harga yang mampu dimiliki oleh rakyat dengan mengurangkan spesifikasi yang tidak wajar. Pembinaan rumah mampu milik mesti diberi keutamaan di kawasan TOD supaya sistem pengangkutan awam menjadi pilihan utama bagi golongan B40 dan M40 dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. Ini pun saya nak tegur PKNS, Projek Lingkar 52 di SA Sentral, Shah Alam. Ini merupakan satu projek yang cukup strategik, yang menyediakan kediaman, tetapi kediaman yang terlalu mahal sedangkan sistem pengangkutan awam, stesen LRT Dato Menteri, terletak hanya 50 meter dari projek tersebut. Ini yang saya sebutkan tadi, bagi kawasan-kawasan TOD seperti ini, yang terletak paling hampir dengan sistem pengangkutan awam, sepatutnya ada komponen rumah mampu milik diberikan keutamaan bagi golongan B40 dan M40 supaya mereka tidak bergantung kepada kenderaan persendirian tetapi memanfaatkan LRT Dato’ Menteri Besar. Tapi yang dibina oleh PKNS apa? RM555 satu kaki persegi hingga RM794 satu kaki persegi, sedangkan Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang saya bentangan tadi menetapkan satu kaki persegi RM250 sahaja. Terlalu besar jurangnya di antara pekeliling dan kehendak dan dasar Kerajaan Negeri dengan agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri. Kalau anak syarikat Kerajaan Negeri pun tidak peduli dan bakul sampahkan pekeliling Kerajaan Negeri, apatah lagi syarikat-syarikat swasta di luar sana yang berorientasikan keuntungan semata-mata dan bukan kepentingan rakyat di dalam negeri Selangor. Saya menggesa Kerajaan Negeri untuk melipat gandakan projek perumahan bagi golongan pekerja yang telah bersengkang mata dan membanting tulang untuk membangunkan industri dan ekonomi dalam negeri Selangor. Maka peruntukan rumah mampu milik bukan sahaja berdasarkan tempat kelahiran, jangan hanya ambil orang Sekinchan, jangan ambil orang Sungai Tawar, tetapi tempat di mana pemohon mencurah bakti dan menyumbang kepada kemajuan negeri Selangor. Saya juga berpandangan, kriteria peruntukan untuk rumah mampu milik diberikan keutamaan kepada saiz keluarga dan juga working age iaitu populasi yang masih produktif. Saya mengingatkan sekali lagi supaya semua pihak yang bertanggungjawab mestilah mengurangkan birokrasi dan tempoh kelulusan kerana penantian yang begitu lama oleh pemaju adalah penyeksaan dan akan meningkatkan kos perniagaan yang akan dipindahkan kepada pembeli rumah.
Tuan Speaker, saya ingin beralih kepada satu lagi topik yang amat kritikal iaitu pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA). Saya mengikuti perkembangan
pembangunan semula Stadium Shah Alam dan dalam banyak sesi perbahasan, perkara ini dibangkitkan. Tetapi apabila saya diberikan satu lagi dokumen tentang pembangunan ini, saya terpanggil untuk menyerahkan kepada Dewan untuk dibahaskan. Tuan Speaker, sekali lagi...
Yang Berhormat Hulu Kelang, panjang lagi ke?
Lagi dua jam.
Dua jam? Hulu Kelang tak ada tugasan di Sabah ke?
Kita sudah hampir menang. Insya Allah kita hampir menang, jadi saya boleh pergi di penghujung nanti.
Kita sambung...
Timbalan Presiden la tu, tak pergi Sabah...
Terima Kasih.
Ahli-ahli yang berhormat sekalian, jam telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari, dengan ini saya menangguhkan sesi pembahasan Rang Undang-Undang Pembekalan 2026 sehingga jam 2.30 petang nanti.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 1.00 PETANG)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita sambung kembali sesi pembahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2026. Saya mempersilakan Hulu Kelang untuk menyambung perbahasan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, yang memberikan ruang kepada saya untuk meneruskan perbahasan pada petang ini. Seperti yang saya dimaklumkan di sebelah sesi pagi, saya akan menyambung perbahasan berhubung Kompleks Sukan Shah Alam di mana saya mengikuti perkembangan pembangunan semula Stadium Shah Alam ini dengan dekat. Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam telah berlaku pada 16 Mei 2025 dan sewajarnya menjadi detik permulaan pembangunan semula infrastruktur sukan negeri Selangor. Daripada maklumat yang kita perolehi pembangunan KSSA adalah kerjasama diantara MBI dan Lembaran Prospek Sdn Bhd yang dimiliki 100% oleh MRCB dengan nilai kontrak sebanyak RM2.937 bilion.
Tuan Speaker, saya diberikan sesalinan SST Surat setuju terima yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI bertarikh 16 Mei 2025 Dato’ Ts. Saipolyazan bin M Yusof. Di mana di dalam SST ini pihak MBI bersetuju menerima tawaran MRCB dengan jumlah keseluruhan RM2.937 bilion. Tidak termasuk cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa. Ada klausa di dalam SST ini yang menyatakan bahawa jumlah keseluruhan RM2.937 bilion ini tidak termasuk cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa. Harga yang dipersetujui adalah berdasarkan kepada lumpsum di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani satu kontrak EPCC ataupun Kejuruteraan Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh SST. Kalau tarikh SST bertarikh 16 Mei sepatutnya kontrak EPCC ini sudah pun ditandatangani di antara MBI dengan Lembaran Prospek Sdn. Bhd. Tempoh untuk melaksana dan menyiapkan keseluruhan projek adalah selama 48 bulan yang akan berakhir pada 15 Mei 2029 tertakluk kepada daya usaha terbaik. Ini istilah yang digunakan di dalam SST best effort basis oleh kedua-dua pihak. Hari ini hanya berbaki 42 bulan dari tarikh siap projek. Tetapi tiada daya, tiada usaha, jauh sekali best effort untuk menjadikan Kompleks Sukan Shah Alam sebagai mercu tanda Selangor
Juara dalam pembangunan sukan. Persoalan pokok, apakah MBI mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membiayai projek yang bernilai RM2.937 bilion ini dalam tempoh 4 tahun? Menurut lampiran A, lampiran A disebut ‘to be read together with SST ataupun Surat Setuju Terima. Di mana lampiran A ini mencerakinkan jumlah nilai kontrak RM2.937 bilion termasuk consultancy fees bernilai RM278 juta. Dan 8% kadar faedah, interest on financing cost yang bernilai RM211 juta yang perlu dibayar oleh MBI. Tuan Speaker RM2.937 bilion ini tidak termasuk cukai yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa. Yang pastinya akan melonjakkan nilai projek ini yang melebihi RM3 bilion. Apakah Kerajaan Negeri menyedari bahawa consultant fee untuk KSSA mencecah RM278 juta ataupun 10.5% daripada nilai kontrak? Nilai kontrak RM2.937 bilion consultancy fees RM278 juta. Siapa yang meraih keuntungan yang besar ini?
Kedua, saya nak juga bangkitkan, mengapakan MBI bersetuju membayar 8% kadar faedah on financing cost yang bernilai RM211 juta. Tan Sri, maaf Tuan Speaker. Ini saya nak kemukakan financial report of MRCB 2024. Dalam financial report MRCB 2024 dilaporkan kadar faedah yang dikenakan oleh bank ke atas MRCB untuk pelbagai projek hanyalah di antara 5.1% hingga 5.26%. Maknanya average cost of financing di antara 5.1% hingga 5.26%. Kalau bank mengenakan kadar yang begitu rendah kepada MRCB, ada di dalam financial report pada tahun 2024. Ini kadar 5.1% sehingga 5.26%. Mengapa MBI nak bayar 8% kepada MRCB? Ini satu perkara yang perlu kita perhalusi. Kedua saya tunjukkan satu lagi bukti, ini Audited Financial Statements of Kumpulan Perangsang Selangor 2024 di mana menurut Audited Financial Statements 2024 Kumpulan Perangsang Selangor Berhad iaitu anak syarikat MBI, KPS. Kadar faedah yang dibayar oleh KPS Berhad di atas pinjaman, daripada muka surat 115, bank mengenai kadar faedah KPS hanya 4.96%. 4.96% kalau anak syarikat mendapat kadar faedah yang rendah, mengapa syarikat induk MBI dikenakan kadar faedah yang hampir 2 kali ganda dan dipersetujui dalam SST untuk dibayar oleh MBI.
Tuan Speaker, saya kira inilah tempat untuk kita bincang kerana saya tidak yakin MBI ada kekuatan untuk membayar dengan jumlah yang begitu besar. Bukan sahaja nilai kontrak tetapi consultancy fees, kemudian financing cost yang luar biasa, yang perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri. Saya telah bertanya kepada Kerajaan Negeri mengenai keupayaan MBI untuk membuat pembayaran kepada MRCB berdasarkan harga lump sum dalam kontrak EPCC. Apa jawapan Kerajaan Negeri, sekali amat mengecewakan saya. Ada di dalam fail secara bertulis, Kerajaan Negeri mengemukakan jawapan kepada saya. Apa jawapannya? Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang dalam proses mengenal pasti sumber pembiayaan. Baru nak kenal pasti dan roboh dah pun, yang bersesuaian sama ada melalui pinjaman terus melalui pinjaman terus daripada institusi kewangan atau kaedah penjanaan. Saya nak tanya boleh ke MBI mendapat pinjaman daripada bank? Itu yang pertama. Yang kedua,
bagaimana Kerajaan Negeri bersandarkan kepada kaedah penajaan kerana di dalam SST ini, dalam Seksyen 10 tajuknya jelas sponsorship. Saya nak sebut dengan izin Tuan Speaker, ‘the aggregate amount of sponsorship and or third-party contributions is shall not exceed RM100 milion’. Maknanya kalau lah nak bersandarkan kepada pembiayaan melalui kaedah penajaan, apakah Kerajaan Negeri tidak menilai kandungan perjanjian yang telah ditandatangani dan boleh memberi jawapan kepada salah seorang Ahli Dewan Negeri bahawa ianya bersandarkan kepada penajaan sedangkan penajaan tidak boleh melebihi RM100 juta? Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dalam sesi yang lepas, saya memohon bersungguh-sungguh nasihatlah Kerajaan Negeri. Bimbinglah mereka, pimpinlah mereka selamatkanlah negeri ini Dato’ Pegawai Kewangan Negeri. Kalau perlu bantuan saya hubungilah saya, sama-sama kita menyelamatkan negeri Selangor ini. Tuan Speaker dalam pengumuman yang dibuat oleh MRCB.
Hulu Kelang berkenaan yang sponsorship boleh? Baik kalau kita tengok tadi Hulu Kelang tadi memaklumkan berkenaan amount yang dimaksudkan dalam perjanjian itu sehingga 100 juta atau tidak lebih. Mungkin soalan saya yang pertama bagi Hulu Kelang berapakah amaun yang bersesuaian? Yang kedua untuk sponsorship ini buka perkara yang baharu kita tengok stadium di luar negara contoh macam di Asenal dipanggil Emirates Stadium ada jumlah yang di sponsorkan diletakkan dalam kewangan dan ada juga Manchester City kita panggil Etihad. Jadi ada beberapa stadium ini dinamakan mengikut amount yang ditetapkan. Mungkin perjanjian antara kedua kalau bukan 100 juta berapa sebenarnya amaun Yang Berhormat rasa sesuai yang untuk di sponsor? Terima kasih.
Kota Damansara ini bukan soal quantum. Sebab persoalan saya sebut tadi, saya bertanya secara bertulis apakah bentuk pembiayaan yang telah dikenal pasti untuk menyiapkan projek ini? Saya tak mempertikaikan bahawa konsep penajaan memang berlaku di beberapa buah negara. Saya tidak mempertikaikan quantum 100 juta atau lebih. Itu terkandung dalam perjanjian tapi persoalan saya apakah kaedah penajaan ini boleh menyiapkan projek itu. Sebab soalan pokok saya, bagaimana MBI boleh membiayai projek yang sebesar ini. Itu persoalan saya wahai Kota Damansara. Bukan soal penajaan, kalau saya duduk di sana, kita boleh berbincang berapa jumlah sewajarnya untuk menyiapkan projek ini. Tapi pastinya kita perlu rombak semula modul kewangan untuk menyiapkan projek yang sebesar ini.
Baik, dalam pengumuman yang dibuat oleh MRCB kepada Bursa Malaysia pada 16 Mei 2025, saya quote sekali lagi Tuan Speaker, MRCB shall fund its obligations under the LOA via bank borrowings and or advances from its shareholder’s. Maknanya MRCB telah
mengumumkan kepada Bursa Malaysia mereka akan dapatkan pinjaman wang daripada bank. Tuan Speaker sekali lagi saya nak buktikan, ini Financial Report MRCB bertarikh 2024. Dalam Financial Report 2024 MRCB di bawah tajuk Statements Of Financial Position For The Financial Year At The 31st December 2024.
Tuan Speaker, jumlah liabilities yang tercatat adalah RM2.3 billion, ini pada 31 Disember 2024. Maka persoalannya apakah MRCB mempunyai kekuatan kewangan. Kalau jumlah liabilities borrowings MRCB yang tercatat dalam financial statement ini pun sudah mencecah RM2.3 billion, di mana asas yang diletakkan oleh Kerajaan Negeri dan MBI untuk menyerahkan projek ini kepada MRCB untuk disiapkan dalam tempoh 4 tahun. Saya juga ingin mengetahui status pinjaman yang dibuat oleh MRCB untuk menyiapkan projek pembangunan ini. Saya difahamkan percubaan MRCB dengan sebuah bank, saya tak nak sebut bank itu di sini, baru-baru ini telah gagal kerana institusi kewangan juga meragui keupayaan MBI untuk membiayai projek itu. Seksyen 5 lampiran B, tadi lampiran A, ini lampiran B. Seksyen 5 lampiran B sekali lagi dicatatkan di sini to be write together with (SST) Surat Setuju Terima menyatakan kaedah pembayaran oleh MBI kepada MRCB adalah dengan memindah satu atau lebih plot tanah kepada MRCB dengan nilai tidak melebihi RM 200 juta. RM 200 juta, tak boleh lebih pada RM 200 juta iaitu melalui kaedah land swap. Manakala baki pembayaran dalam perjanjian hendaklah dibuat oleh MBI kepada MRCB dalam bentuk tunai. Baik, sekiranya tanah yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri tidak dipersetujui oleh MRCB. Saya dah tanya dalam Dewan ini dah 2 tahun, di mana tanah yang nak buat kaedah land swap ini? Oh, sedang teliti, sedang teliti, sedang runding. 2 tahun sampai sekarang tidak ada. Sekarang dimasukkan dalam perjanjian, tak boleh lebih pada RM 200 juta. Malahan dalam perjanjian pun disebut sekiranya tanah yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri tidak dipersetujui oleh MRCB. Hebat MRCB ini, dia boleh tolak kalau ada tanah yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri, maka keseluruhan pembayaran yang bernilai RM 2.937 Bilion hendaklah dibuat secara tunai. Apakah MBI ada kemampuan, 4 tahun daripada sekarang nak bayar RM3 Bilion secara tunai kepada MRCB? Maka persoalan yang berbangkit pada petang ini ialah Kerajaan Negeri perlu menjelaskan sekali lagi di dalam Dewan ini, mana tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri atau jabatan atau agensi atau anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang telah dikenal pasti untuk melaksanakan kaedah land swap bagi membuat plus bayaran kepada MRCB. Dewan ini juga nak tahu apakah nilaian tanah-tanah yang terlibat? Apakah tanah-tanah yang terlibat adalah tanah rizab Melayu. Sekiranya tanah rizab Melayu, apakah pembatalan dan penggantian di tanah rizab Melayu (TRM) sudah diluluskan oleh MMKN? Banyak perkara yang tidak diperhalusi. Banyak perkara yang sudah tidak diketahui umum. Tetapi stadium sudah runtuh belum ada tanda-tanda keupayaan untuk membangunkan. Ketiga, sekiranya MBI gagal membayar sepenuhnya kepada MRCB dalam tempoh 4 tahun, apakah aset-aset MBI dan pelaburan MBI akan dilupuskan untuk membuat pembayaran?
Tuan Speaker, saya difahamkan bahawa pemilikan tanah Stadium Shah Alam Plot 1 HSD 326707, PT 2635 di Seksyen 13 Shah Alam telah diberi milik kepada MBI melalui keputusan MMKN Bil. 26/2023 pada 13 Oktober 2023 dengan bayaran premium pada kadar RM1000 sahaja. Walaupun pemberimilikan kepada MBI berdasarkan pekeliling Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), garis panduan pengeluaran suratan hak milik kepada MBI bagi tanah-tanah Kerajaan Negeri, tetapi saya masih ingin mengetahui apakah nilai semasa tanah ini berdasarkan nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Saya telah kemukakan secara bertulis, Kerajaan Negeri enggan memberikan maklumat tersebut atas alasan ianya adalah tertakluk kepada pekeliling PTGS Garis Panduan Suratan Hak Milik Kepada Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri. Tanah ini diberikan semata-mata untuk pembinaan Kompleks Sukan dan Rekreasi serta komponen sokongan komersial yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri dan pemilik hendaklah menyerah hak milik tanah kepada PBN setelah tamat tempoh perjanjian. Persoalannya, apakah komponen sokongan komersial yang dimaksudkan, dan apakah tempoh perjanjian pemberimilikan tanah ini kepada MBI? Apakah jaminan Kerajaan Negeri bahawa kos projek ini tidak akan melebihi dari nilai kontrak asal RM2.937 bilion memandangkan sekali lagi perjanjian kontrak ini membenarkan VO atau Variation Order. Seksyen 11 SST memberi ruang kepada MRCB untuk melantik sub contractors untuk construction works bagi projek KSSA. Persoalannya, apakah Kerajaan Negeri mempunyai pengaruh untuk memastikan dan menyemak kewibawaan kontraktor yang dipilih supaya projek ini disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi dan mutu yang tinggi. Saya juga nak tanya apakah benar beberapa kontraktor telah pun dikenal pasti oleh MRCB Builder Sdn. Bhd untuk dilantik sebagai sub contractors dengan nilai kontrak tidak melebihi RM 1.6 bilion sahaja, sedangkan jumlah keseluruhan yang ditanggung oleh MRCB dan kemudian dibayar oleh MBI adalah RM 2.9 bilion.
Tuan Speaker, perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri dan saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan jawapan yang tepat dan betul sebelum semasa sesi penggulungan nanti. Ada orang ambil nota saya, saya ingat saya. Baik, saya nak beralih kepada satu lagi isu yang juga agak kritikal iaitu konsesi tempat letak kereta. Saya difahamkan sekali lagi MBI telah membuka tender pada 8 Januari 2025 dan 26 pembida telah menyertai pembidaan. 3 buah syarikat telah di senarai pendekkan termasuk ITMax. Maklumat awal yang kita terima syarikat ITMax terpilih kerana syarikat ini memberi jaminan untuk melabur RM 200 juta dalam tempoh 2 tahun untuk menyediakan 1800 kamera litar. Fasa pertama projek ini difahamkan untuk 4 PBT yang melibatkan 200 ribu parking base. Tetapi saya ingin bertanya, apakah alasan Majlis Bandar Raya Petaling Jaya membantah keras sedangkan di bawah pentadbiran MBPJ terdapat 40 ribu parking base yang perlu diuruskan. Untuk memudahkan kefahaman kita, usaha mengutip bayaran parking selama 10.5 jam sehari dengan kadar 60 sen sejam, MBPJ dengan jumlah 40 ribu parking
base sepatutnya mengutip RM60 juta setahun. Tetapi hari ini Majlis Bandar Raya Petaling Jaya mengutip hasil hanya RM 13 juta setahun. Hasil ini pun termasuk kos penguatkuasaan berjumlah RM 8 juta setahun. Apakah jaminan hasil untuk MBPJ sekiranya telah dimuktamadkan oleh Selmax. Saya difahamkan dalam tempoh 2 tahun yang pertama hasil untuk MBPJ masih lagi RM 8 juta setahun dan meningkat kepada hanya RM 10 juta dalam tahun ketiga, atas alasan bahawa Selmax melabur RM 200 juta sebagai capital investment dan memenuhi kehendak negeri untuk memasang 1000 kamera litar. Tetapi itu bukan alasannya. Keputusan untuk menstrukturkan semula Konsesi ini adalah supaya PBT ini mendapat pulangan yang lebih baik. RM 60 juta turun kepada RM 13 juta dan dalam tempoh 2 tahun pertama dengan pengendalian Selmax hanya RM 8 juta. Pemegang saham Selmax, 70% adalah ITMax sebagai parking operator, 20% oleh PBT dan 10% oleh Rantaian Mesra Sdn. Bhd yang merupakan apps dan pembekal sistem pembayaran dan penguatkuasaan. Satu lagi saya ingin bertanya kepada Sekinchan, apakah benar Rantaian Mesra Sdn. Bhd (RMSB) melantik WavePay untuk membangunkan apss kaedah pembayaran parking? Kita bincang panjang tentang prestasi WavePay dalam beberapa sidang yang lepas, sehingga Kerajaan Negeri membatalkan Insentif Insurans Insan. Tetapi hari ini saya difahamkan RMSB melantik semula WavePay untuk mengendalikan sistem pembayaran parking dalam Konsesi ini. MBPJ hari ini mempunyai hanya 40 orang Pegawai Penguatkuasa untuk menguruskan 40 ribu parking base. Saya difahamkan di dalam perjanjian Konsesi ini menyebut Penguatkuasa tambahan akan dilantik oleh PBT, tetapi semua kos termasuk gaji dan pakaian seragam di bayar oleh Selmax. Bagaimana dengan 3 PBT yang lain? Bagaimana Kerajaan Negeri dapat menjamin penguatkuasaan yang lebih efektif kalau pakaian nya itu, uniform itu adalah daripada syarikat swasta tidak melambangkan autoriti Kerajaan Negeri dan PBT, bagaimana mungkin Patrol Team yang mengendalikan penguatkuasaan ini dapat dipatuhi oleh pengguna-pengguna yang menggunakan kemudahan ini. Saya menggesa supaya Kerajaan Negeri menyemak semula dan meletakkan RMSB diperkasakan bagi melaksanakan penguatkuasaan di lapangan selain menyediakan sistem pembayaran dan penguatkuasaan. Kos kakitangan penguatkuasaan yang diserap oleh PBT sebelum ini perlu ditanggung oleh RMSB. Kita ada SMARTSEL yang diberikan tanggungjawab menyediakan prasarana jalur lebar dan Wi-Fi mesti diberikan penegasan supaya menaik taraf di kesemua kawasan PBT supaya penguatkuasaan yang cekap dan telus dapat dilaksanakan dan dengan cara ini hasil kutipan dapat ditingkatkan dan dikongsi bersama PBT dan Rantaian Mesra Sdn. Bhd. Banyak persoalan yang berbangkit dalam konsesi ini. Cuma saya nak dengar, apakah benar Kerajaan Negeri telah meletakkan dokumen ini di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan? Saya mohon penjelasan sekiranya benar Kerajaan Negeri telah meletakkan dokumen ini di bawah OSA, apakah alasan yang munasabah untuk melakukan demikian? Ini bukan kontrak yang melibatkan keselamatan negara atau negeri. Ini bukan kontrak yang melibatkan senjata dan alat-alat pertahanan negara dan negeri. Ini kontrak parking, Parking pun nak di OSA kan? Di mana ketelusan Kerajaan Negeri? Mengapa rakyat tidak dibenarkan untuk mendapat maklumat
yang tepat tentang konsesi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang saya sebutkan tadi?
Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Synergy Economy. Dewan ini pernah mencatatkan perbahasan saya yang menggesa Selangor sebagai kuasa ekonomi utama Malaysia, seharusnya menggubal pelan strategik ataupun Strategic Action Plan yang spesifik untuk memanfaatkan FTA dan juga Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan juga Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian TransPasifik (CPTPP). Saya pernah mengemukakan beberapa cadangan untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Selangor dan mengukuhkan lagi kedudukan negeri Selangor dalam rantaian bekalan global melalui RCEP dan juga CPTPP. Antaranya saya mencadangkan supaya kita memanfaatkan pengurangan tarif ke atas barangan, kita membantu PMKS untuk menghadam dan menghayati prosedur perdagangan yang telah dipermudahkan. Saya juga mencadangkan supaya akses pasaran sektor perkhidmatan diperluaskan di bawah FTA. Perjanjian ini juga menawarkan peluang luar biasa bagi pemindahan teknologi, pengembangan pasaran dan aliran masuk pelaburan. Selangor mesti bersedia untuk mengetuai pertumbuhan eksport dalam industri bernilai tinggi seperti elektronik, produk halal, komponen tenaga boleh baharu, perdagangan digital, sektor perkhidmatan bernilai tinggi atau harta intelek yang penting bagi meningkatkan daya saing di pasaran serantau. Invest Selangor mesti melipatgandakan usaha untuk menggalakkan dan menarik pelaburan berkualiti tinggi termasuk menggalakkan, termasuk pelaburan nilai tambah tinggi seperti teknologi hijau dan kecerdasan buatan ataupun AI yang kurang berisiko dikenakan sekatan atau tarif unilateral oleh pentadbiran Trump. Akhirnya, Selangor memerlukan pelan tindakan RCEP peringkat negeri yang jelas untuk memastikan industri di negeri ini mendapat manfaat sepenuhnya daripada FTA tersebut. Ini termasuk inisiatif khusus untuk membantu PMKS dan PKS akses pasaran baru serta pembiayaan bagi membangunkan kapasiti dalam sektor penting seperti e-dagang dan teknologi hijau.
Tuan Speaker, saya juga hendak menyentuh tentang industri halal yang mungkin Yang Berhormat Seri Setia boleh membantu memberikan pencerahan. Halal Industry Master Plan masih mengekalkan unjuran saiz pasaran halal global menjelang tahun 2030 mencecah USD 5 trilion dengan tumpuan pasaran di Asia Pasifik. Manakala industri halal di Malaysia dijangka berkembang pada USD 113 bilion menjelang 2030. Persoalannya apakah langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan ekosistem halal bagi mengangkat Selangor sebagai pemain utama dalam industri halal dalam pasaran global? Sekiranya Selangor nak menjadi juara, bukan sahaja atas kertas, bukan sahaja sebagai tema tetapi Kerajaan Negeri mesti meneroka pasaran baru untuk produk yang bernilai tinggi dan perkhidmatan halal seperti membangunkan bahan-bahan atau ingredients
untuk non-food products dalam pengeluaran medical devices, cosmetic and personal care serta pharma and supplements. Contoh, membangunkan alternative ingredients atau substitute bagi API (Active Pharmaceutical Ingredients) dan juga Non Active API seperti gelatin. Kalau kita merujuk kepada data HDC (Halal Development Corporation), terdapat lebih 400,000 syarikat yang terlibat dalam halal related businesses di negara ini yang layak dan boleh disijilkan halal bagi memperkukuhkan ekosistem industri halal. Malangnya pemilikan dan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia adalah amat kecil iaitu hanya 11,201 sehingga 1 Oktober 2025 dengan Selangor mencatatkan jumlah 2872 syarikat yang memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Justeru itu, saya juga hendak mencadangkan Kerajaan Negeri mesti memberikan fokus kepada program intervensi. Pra kelulusan sijil halal dan pasca kelulusan memandangkan digestive period agak panjang, jangan ditinggalkan mereka setelah mendapat kelulusan Sijil Pengesahan Halal tapi bimbinglah mereka, pimpinlah mereka setelah mendapat sijil tersebut supaya syarikat-syarikat ini dapat terus berkembang dan kita nak bangunkan potensi home grown halal champion companies. Saya bagi contoh, jumlah eksport yang dicatatkan meningkat daripada RM43.4 bilion dalam tahun 2017 kepada RM59.5 bilion dalam tahun 2022. Tetapi Yang Berhormat Seri Setia, komponen yang terbesar masih lagi proses F&B. 51% ini produk-produk ia bagus untuk dieksport tetapi tidak memberikan nilai impak yang tinggi berbanding dengan cadangan yang saya berikan tadi supaya industri chemicals dan pharmaceutical dapat diberikan tumpuan.
Tuan Speaker, yang terakhir ialah masalah Zoo Negara. Saya ingin mendapat jawapan yang jelas tentang masa depan Zoo Negara. Saya pernah bertanya perancangan Kerajaan Negeri mengenai tapak Zoo Negara di mana saya difahamkan tanah seluas 7.9 hektar yang dimiliki oleh Malaysia Zoological Society yang berstatus tanah pertanian dengan syarat nyata untuk pemeliharaan haiwan telah berpindah milik kepada syarikat swasta. Kerajaan Madani, mengapa buat begini? Orang pun kena halau, manusia pun kena halau, haiwan pun nak dihalau, Tuan Speaker? Macam mana Tuan Speaker nak mencari ketenangan petang-petang daripada Bukit Antarabangsa turun ke Hulu Kelang. Ya lah bujang. Bersiar-siar. Tak ada dah. Minggu lepas Kg. Papan kena hancur, musnah. Kg. Jawa. Zoo Negara pun nak dihapuskan dan saya difahamkan tanah ini telah berpindah milik kepada Canggih Samudera, Canggih sungguh pada 23 September 2020 dengan zoning rekreasi swasta. Daripada haiwan jadi zoning rekreasi swasta di dalam Rancangan Tempatan MPAJ 2035. Saya bertanya sekali lagi pada Kerajaan Negeri, bagaimana berlaku pindah milik kepada pihak persendirian? Kerajaan Negeri jawab jangan bimbang, kita akan pastikan bahawa pembangunan yang dicadangkan hendaklah selaras dengan zon guna tanah yang ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan MPAJ 2035 iaitu zon rekreasi dan selaras
dengan syarat nyata yang ditetapkan dalam geran hak milik. Standard reply. Tetapi berdasarkan Rancangan Tempatan MPAJ 2035 yang diwartakan pada bulan Februari 2025 dengan Warta Bil. 540, status tanah milik asal Malaysia Zoological Society yang pada asalnya ada 3 lot, 2 lot telah berpindah milik dan telah berubah kepada guna tanah komersial. Ini dia pelan guna tanah RTMPAJ 2035. Warna sudah bertukar kepada warna biru. Apa makna biru? Petunjuk di sini, komersial. Di mana ketelusan Kerajaan Negeri? Bila saya bertanya, jawapan yang diberikan bercanggah dengan RTMPAJ 2035. Saya minta sekali lagi Kerajaan Negeri memberikan maklumat yang tepat kerana terdapat percanggahan di antara jawapan bertulis dengan RTMPAJ 2035 dan saya mendesak supaya tapak Zoo Negara ini nama pun Zoo Negara mesti dikekalkan. Janganlah nak dirampas dan diberikan kepada golongan maha kaya semata-mata kerana nafsu serakah Kerajaan Negeri untuk merampas tanah daripada rakyat dan kemudahan rakyat.
Tuan Speaker, saya berharap pandangan dan teguran daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri kerana kami hadir dalam sidang Dewan ini dengan satu Tekad untuk memberikan pandangan, untuk memberikan teguran pada masa yang sama kami juga mencetuskan idea-idea baru yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri demi membangunkan sebuah ekonomi yang lestari dan dapat memberikan manfaat kepada seluruh rakyat negeri Selangor. Terima kasih, Wasalamulaikum warahmatullah hita’ala wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Pembahas seterusnya dari Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan ruang kepada Pelabuhan Klang untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2026 pada hari ini. Pertama sekali, Pelabuhan Klang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Selangor pada 14 November 2025 yang lalu yang bertemakan ‘Selangor Juara, Rakyat Sejahtera’. Tema ini amat signifikan kerana menggambarkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan keupayaan ekonomi, sosial dan pembangunan rakyat secara menyeluruh. Belanjawan 2026 telah memperuntukkan RM33.23 bilion merangkumi RM1.86 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.37 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Peruntukan ini menunjukkan keberanian Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor strategik sambil mengekalkan disiplin kewangan yang bertanggungjawab.
Yang Berhormat Tuan Speaker, prestasi kewangan negeri bagi tahun 2025 juga amat membanggakan. Sasaran hasil negeri sebanyak RM2.35 bilion bukan sahaja dicapai malah telah meningkat kepada RM2.495 bilion sehingga 13 November 2025 iaitu 106.17% daripada sasaran kutipan yang telah ditetapkan. Hasil ini juga dijangka akan mencecah lagi RM2.7 bilion menjelang akhir tahun 2025. Pencapaian ini membuktikan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berada pada landasan yang tepat dan kukuh serta berjaya mengekalkan keyakinan pelabur serta mengurus sumber negeri dengan penuh integriti dan cekap. Pelabuhan Klang ingin menzahirkan penghargaan kepada barisan Yang Berhormat EXCO, Ketua-ketua Jabatan dan para penjawat awam negeri Selangor yang telah memainkan peranan yang penting dalam penyediaan Belanjawan Selangor 2026 melalui proses penelitian, perbincangan dan libat urus yang teliti. Belanjawan ini jelas tersusun realistik dan fokus kepada pemantapan kesejahteraan rakyat negeri Selangor.
Dalam meneliti Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2026 Pelabuhan Klang ingin menarik perhatian Dewan bahawa kekuatan kewangan Selangor bukan sahaja dinilai melalui pencapaian kutipan hasil tetapi juga melalui keupayaan negeri mengekalkan kestabilan kewangan secara berterusan. Ketahanan ini menunjukkan bahawa Selangor berada pada asas ekonomi yang kukuh dan diurus dengan penuh disiplin oleh Kerajaan Negeri. Salah satu indikator atau ukuran paling penting ialah bagaimana negeri Selangor berjaya mengekalkan pertumbuhan hasil negeri yang stabil dan mampan dari tahun ke tahun. Pertumbuhan ini pula disokong oleh kepelbagaian sektor ekonomi yang berkembang pesat termasuk perindustrian, logistik, perdagangan, hartanah serta perkhidmatan moden. Keseimbangan pelbagai sektor ini memastikan Selangor kekal utuh walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi global. Pada masa yang sama, dasar kewangan yang berhati-hati telah membolehkan perbelanjaan mengurus negeri berada pada tahap yang terkawal. Pengurusan ini memberi ruang yang lebih luas untuk Kerajaan Negeri menumpukan peruntukan kepada pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat termasuk inisiatif pendidikan, infrastruktur dan kebajikan sosial.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kekuatan kewangan negeri Selangor turut diperlihatkan melalui rizab negeri yang berjumlah RM4.8 bilion setakat 12 November 2025. Rizab ini merupakan bukti jelas bahawa negeri Selangor mempunyai keupayaan kewangan yang mantap untuk melaksanakan dasar Kerajaan Negeri secara konsisten serta boleh berhadapan dengan sebarang ketidaktentuan ekonomi pada masa hadapan. Kedudukan rizab yang kukuh memberikan keyakinan bahawa negeri Selangor mampu untuk melaksanakan belanjawan yang bersifat progresif.
Seterusnya Pelabuhan Klang ingin memberikan perhatian kepada struktur belanjawan negeri Selangor 2026 yang telah memperuntukkan RM3.23 bilion dengan satu RM1.86bilion bagi belanja mengurus dan RM1.37 bilion bagi belanja pembangunan. Peruntukan yang seimbang ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri memberi keutamaan bukan sahaja kepada kelangsungan operasi tetapi juga kepada pelaburan masa hadapan yang membawa manfaat langsung kepada rakyat negeri Selangor. Untuk memahami kekuatan moden belanjawan negeri Selangor ini tadi saya tengok Yang Berhormat Hulu Kelang berhujah bagi tahu tentang Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Sungai Tua, saya kira cara, idea, penyampaian Yang Berhormat Hulu Klang tu hebat. Hebat! Tapi lebih baik gunakan kehebatan tersebut Yang Berhormat Hulu Kelang untuk bangunkan negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu. Kerana apa? Kerana saya lihat belanjawan-belanjawan yang telah dibentangkan oleh negeri Kelantan sebagai contoh, perbelanjaan mengurus RM1.10 bilion tetapi perbelanjaan pembangunan hanya RM327.617juta sahaja di mana nisbahnya belanja mengurus 3.36 : 1. Begitu juga di Kedah. Kedah perbelanjaan mengurus RM937 juta sedangkan perbelanjaan bangunan hanya RM491.42juta sahaja. Di mana nisbah mengurus pembangunan adalah 9.91 : 1. Begitu juga di Terengganu perbelanjaan mengurus RM1.488 bilion tetapi perbelanjaan pembangunan RM450 juta. Nisbah 3.31 : 1. Jadi, saya kira Selangor mempunyai nisbah yang paling seimbang di antara mengurus dan pembangunan iaitu 1.36 : 1. Jadi saya cadangkan Yang Berhormat Hulu Kelang untuk mengganti Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat SG4 bagi memastikan ekonomi di negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu termasuk Perlis yang saya tak sempat lagi nak baca mungkin dah bentang ke belum bentang lagi dia orang punya Belanjawan. Saya kira mungkin negeri ini akan lebih maju sebab gaya tokoh-ketokohan itu memang ada dan saya sangat-sangat berharap Yang Berhormat Hulu Kelang bolehlah pergi nasihat ke negeri-negeri ini dulu. Boleh juga bagi pandangan tetapi utamakanlah negeri-negeri Perikatan Nasional dahulu buktikan Perikatan Nasional lebih baik daripada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan. Boleh ya Yang Berhormat Hulu Kelang?
Terima kasih Pelabuhan Klang.
Itu yang nak dengar tu. Ok. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang ingin memberikan perhatian kepada, Pelabuhan Klang ingin meneruskan perbahasan dengan memberi tumpuan kepada Tekad Satu iaitu Sumber Hasil Negeri Peluang Ekonomi Rakyat. Tekad ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada kekuatan kewangan Kerajaan Negeri Selangor dalam merangka Belanjawan 2026 yang progresif dan berpaksikan kepentingan rakyat. Belanjawan Selangor 2026 telah mengunjurkan hasil negeri disasarkan sebanyak RM2.8 bilion termasuk RM1.02 bilion
daripada premium tanah serta RM691.27 juta melalui kutipan cukai tanah. Unjuran ini bukan sahaja mencerminkan disiplin pentadbiran kewangan negeri Selangor tetapi juga menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekosistem ekonomi ngeri yang stabil dan berdaya saing.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang sebagai pintu masuk perdagangan negara terus menjadi pemangkin utama hasil ekonomi Selangor. Pada tahun 2024, Westports Malaysia telah mengendalikan kontena sebanyak 10.98 juta TEUs iaitu unit setara 20 kaki termasuk 4.91juta TEUs bagi aktiviti import dan eksport. Apabila digabungkan dengan Northport, Pelabuhan Klang telah menguruskan 14.64 juta TEUs kontena menunjukkan pertumbuhan 4.1% berbanding tahun sebelumnya. Berdasarkan pencapaian tersebut World Shipping Council telah mengiktiraf Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan kontena kesepuluh tersibuk di dunia pada tahun 2024. Satu pencapaian yang besar dan membanggakan seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat PMX, kerajaan Madani dan juga Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor. Pelabuhan Klang ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Lembaga Pelabuhan Klang, Westports, Northport serta seluruh tenaga kerja yang telah mengharumkan nama Malaysia melalui kecekapan, dedikasi dan pencapaian bertaraf antara bangsa ini. Kejayaan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan negeri Selangor dalam rantaian perdagangan global tetapi juga turut membuka ribuan peluang pekerjaan perniagaan dan pendapatan kepada rakyat di kawasan Pelabuhan Klang. Apalagi kejayaan di Pelabuhan Klang? Pelabuhan Klang kena cerita kejayaan. Buat pertama kalinya dalam sejarah pengendalian kargo-kargo konvensional, pada 1 November 2024 Pelabuhan Klang melalui Westports, Westports sahaja telah berjaya menguruskan kargo-kargo konvensional mencecah 1 juta tan matrik selama lima bulan berturut-turut. Ini menunjukkan ekonomi negara Malaysia semakin berkembang. Dan yang terbaru pada bulan Oktober 2025 sepanjang saya tinggal di Pelabuhan Klang. Sepanjang penubuhan Westports pertama kali Westports Malaysia telah berjaya menguruskan dan pecah rekod telah menguruskan kargo konvensional sebanyak 1.326 juta tan matrik dan ini menunjukkan bahawa ekonomi kita semakin kukuh, ekonomi kita semakin baik. Dan ini secara tidak langsung. Iyalah kalau tidak ada aktiviti-aktiviti perniagaan.
Pelabuhan Klang. Soalan Sikit.
Ok.
Saya dengar dengan telitilah
penjelasan Pelabuhan Klang yang cukup hebat banyak kejayaan-kejayaan di Pelabuhan Klang. Di Sungai Tua tak berapa ada. Nampak Pelabuhan Klang sedialah. Tapi kalau dengan kehebatan perdagangan itu dan sebagainya apakah itu juga sebahagian daripada kejayaan rundingan dengan Trump baru-baru ini?
Kejayaan rundingankan baru je lagi. Ini kisah kejayaan bermula pada tahun 2024 di mana baru dua tahun PMX jadi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim jadi, PMX dah tiga tahun. So, betul tetapi kalau kita tengok peningkatan produktiviti sebab tu kita tengok tadi sebelum ini Pelabuhan Klang hanya kedudukannya 12, 13, 11 dan pada tahun lepas kita berjaya dapat. Okay. Ke tangga sepuluh mengalahkan Hong Kong, ini boleh tengok World Shipping Council dulu Yemen atas kita sekarang Yemen pun dah bawah kita, Hong Kong pun dah bawah kita. Jadi, ini satu kejayaan yang baik dan luar biasa dan tidak mustahil pada suatu hari nanti dalam masa yang terdekat ini kita mungkin boleh berada di tahap lima yang terbaik. Pelabuhan yang boleh menguruskan kontena dengan cekap dan efisien. Ini telah terbukti sebab World Shipping Council takkan tak percaya laporan yang dikeluarkan. Dan Kita tengokkan. Percaya tak. Percaya tak? Haa percaya. So, itu macam itu ya? Tapi adalah sentuhan hasil PMX juga yang menyebabkan aktiviti ekonomi kita berkembang dengan baik di dalam negara Malaysia. Yang itu kita tak boleh nak nafikan.
Muka tu yakin sikit.
Apa pula tak yakin pula. Yakinlah. Kalau tak yakin tak cakap. Ok. Yang ini Yang Berhormat, yang ini yang penting ni. Saya cakap-cakap Pelabuhan Klang berjaya ini bukan suka-suka nak cakap ada benda saya nak minta. Dalam usaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor turut disokong oleh infrastruktur yang selamat dan berdaya tahan. Pelabuhan Klang ingin mengemukakan satu cadangan penambahbaikan yang amat penting kepada keselamatan pengguna-pengguna jalan raya khususnya pekerja Pelabuhan dan industri. Pelabuhan Klang ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kerja Raya negeri Selangor untuk meneliti semula keperluan infrastruktur jalan-jalan raya yang menghubungkan Westports dan Northport kerana tadi saya dah nyatakan bahawa daripada 10juta TEUs kontena yang diuruskan oleh Westports 4.9 hampir 5 juta TEUs adalah kontena import dan eksport dan semuanya menggunakan jalan-jalan raya yang ada di Pelabuhan Klang ini. Ok, itu import dan eksport yang memang akan keluar pergi ke tempat pelanggan ataupun eksport daripada tempat pelanggan ke melalui pelabuhan. Begitu juga dengan transhipment, transhipment di antara Westports dan Northport juga menggunakan lebuh raya yang sedia ada iaitu lebuh raya Northport dan juga Lebuh Raya Westports dan jalan
raya ini sentiasa akan mengalami kerosakan. Saya dah tak larat nak cakap setiap kali sidang Dewan selalu saya cakap tahun ini saya harap Kerajaan Negeri kena ambil serius perkara ini kerana perkembangan yang baik dalam pembangunan dan juga perindustrian di kawasan Pelabuhan Klang ini kena pastikanlah infrastruktur ini diambil orang kata serius dalam usaha menangani masalah-masalah jalan berlubang, jalan rosak. Dan yang paling saya harapkan sangat ialah melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor ini untuk meneliti juga keperluan untuk laluan motosikal. Sebab saya tengok sekarang gig ekonomi penunggang-penunggang motosikal ini semakin ramai, menghantar dan mengambil barang. Jadi saya harap sangat supaya pihak Kerajaan Negeri ambil serius untuk membina laluan khas motosikal di sepanjang lebuh raya Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Dan sediakan juga tempat untuk penunggang-penunggang motosikal ini yang terlibat dengan gig ekonomi ini, yang terlibat menghantar barang, yang jadi rider ini. Juga tempat-tempat persinggahan untuk mereka berehat. Tempat itu ada, pihak JKR ada sediakan tapi saya tengok tiada siapa nak usahakan dan tak tahu siapa yang mulakan. Saya dah cakap banyak kali, tapi saya harap kali ini tolong ambil serius, saya dah nyatakan kejayaan tentang bagaimana Westport berjaya mengendalikan jumlah kontena yang tinggi, kita balaslah apa pencapaian mereka itu dengan menyediakan prasarana dan infrastruktur yang baik untuk pekerja-pekerja industri di kawasan Pelabuhan Klang. Sebab, lebuh raya itu dah menjadi laluan yang sibuk dan selalu berlaku kemalangan akibat aliran trafik yang sangat-sangat tinggi.
Saya dah dengar dengan teliti perbahasan dari Pelabuhan Klang tadi, termasuk ranking kita nombor 10 di dunia dan sebagainya. Saya nak minta pandangan Pelabuhan Klang, adakah rasanya patut untuk Pelabuhan Klang mohon kepada Kerajaan Negeri supaya CPTPP yang kita ada sekarang ini diperluaskan lagi kepada beberapa negara-negara lain supaya dapat menambah lagi import dan jumlah kontena yang masuk ke, melalui Port Klang dan mungkin ranking kita boleh turun daripada nombor 10 ke mungkin nombor 8, 7, nombor 6 dan juga nombor 5, jadi apa pandangan Yang Berhormat tentang CPTPP tadi yang di bentangkan oleh Yang Berhormat?
Saya setuju dengan Yang Berhormat Kuang untuk menambah, tapi saya lebih macam saya bagi tahu sebelum-sebelum ini dalam sidang-sidang Dewan yang ada Lebuh raya Pulau Indah ini, kapasiti jalan rayanya kalau, dia Pelabuhan itu satu perkara yang lain, yang penting juga. Tetapi salam masa sama, infrastruktur yang menghubungkan laluan ke pelabuhan itu, lebuh raya pulau indah dan juga lebuh Northport ini kalau kita ambil secara purata setiap hari, masa mula dibina tahun 1995, dia hanya boleh menampung 45 ribu kenderaan sahaja secara purata setiap hari, tetapi sekarang ini melalui kajian impak trafik yang di buat oleh Lembaga Pelabuhan Klang,
menunjukkan secara purata setiap hari hampir 70 ke 80 ribu kenderaan menggunakan laluan tersebut. Sebab itu tadi saya bagi tahu bila import telah mencecah 5 juta, bermakna 5 juta tu dah guna lebuh raya yang sedia ada. Kemudian, kita ada lagi separuh 5 juta transhipment ini Westport sahaja dan transhipment ini juga kalau kapal itu masuk ke Westport, kapal menghubungnya masuk Westport dia kena keluar laluan darat sebab tidak ada penghubung di antara Northport dan juga Westport melalui jalan laut. Jadi untuk bersiap sedia ke arah itu, sediakan dulu infrastruktur dan dalam masa sama kita tengok Kerajaan Negeri Selangor juga bersiap sedia dengan untuk mewujudkan pelabuhan yang ketiga iaitu Pulau Carey.
Dalam Yang Berhormat Pelabuhan Klang membicarakan infrastruktur nak keluarkan 5 juta ini daripada lebuh raya, apa kata Pelabuhan Klang ini cadangkan dan majukan supaya tak payah pakai lori lagi, pakai kereta api antara Northport dengan Westport dan tak payah guna lori dan tak payah lori itu bertembung dengan motosikal di jalan raya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Memandangkan logistik ini merupakan bidang saya. Menggunakan kereta api bukan tak boleh, tetapi kereta api kita tak boleh nak kawal masanya, kita kena ikut masa kereta api tersebut. Ini masalah kalau menggunakan kereta api. Dan mengikut pengalaman sayalah untuk Pelabuhan Klang ini, dia 42 gerabak sahaja dan dia ada masa-masa yang kita kena ikut, macam kita la nak naik kapal terbang, kita kena ikut jadual kapal terbang, kapal terbang tak boleh ikut jadual kita. Tetapi dagangan juga dengan free storage hanya diberikan selama 3 hari sahaja bermula daripada kontena masuk ke Pelabuhan, mesti keluar dalam masa 3 hari, kalau selepas 3 hari nanti you kena storage chargers, jadi sebab itu cara yang paling cepat suka tak suka kena menggunakan kenderaan seperti lori. Kalau lot-lot kargo mungkin boleh menggunakan kereta api, tapi macam saya cakap tadi, kita kena ikut jadual kereta api, kereta api tak boleh ikut jadual kita. Mungkin ada kargo-kargo tertentu boleh menggunakan kereta api, tetapi kebanyakannya tetap juga menggunakan lori kontena, sebab itu sekarang ini kalau kita tengok di APAD, rekod yang telah dibuat oleh pihak Lembaga Pelabuhan Klang, dia lebih 5 ratus buah syarikat lori kontena dan hampir sepuluh ribu berada di kawasan Pelabuhan Klang. Dan untuk kontena ini, setiap premover dia boleh tarikh tujuh buah treler, bayangkan berapa banyak treler ada dekat Pelabuhan Klang. Sebab itu kalau datang Pelabuhan Klang, kadang-kadang tempat pun tak ada, kawasan-kawasan perumahan pun menjadi tempat untuk meletakkan kenderaan-kenderaan berat ini. Jadi saya berharap perkara ini perlu diambil serius memandangkan ekonomi kita sangat-sangat berkembang dengan cepat sekarang ini, dan setiap hari saya tengok Westport dan juga Nortport ini sangat-sangat sibuk dan mungkin hujung tahun ini, tidak mustahil kalau tahun lepas kita
berjaya melepasi angka 14 juta, dan saya sangat yakin pada tahun ini kita boleh mencapai mengendalikan kontena di Pelabuhan Klang sebanyak 15 juta kontena.
Terima kasih Pelabuhan Klang. Saya selalu mengikuti media sosial Pelabuhan Klang. Antara saya melihat adalah keprihatinan Pelabuhan Klang tentang isu jalan raya yang lubang dan sebagainya. Saya kira pihak JKR sendiri dan juga Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius kepada infrastruktur jalan yang berada di Port Klang itu sendiri. Kalau pihak Kerajaan Negeri ataupun JKR tidak mengambil enteng, saya kira jalan itu lebih teruk. Pada pandangan dan hemat Pelabuhan Klang, bagaimana Kerajaan Negeri boleh menambah nilai lagi jalan-jalan yang dilalui oleh ribuan lori-lori kontena yang melalui jalan itu supaya dalam keadaan yang baik dan tidak berlaku kemalangan? Apa cadangan Pelabuhan Klang? Itu pertama. Yang keduanya saya nak dapatkan pandangan juga, atas kebijaksanaan PMX melayan ego Donald Trump dan akhirnya kita mendapat persetujuan dengan kadar yang rendah 19%, pada pandangan Pelabuhan Klang apakah akan ada peningkatan sekali ganda mungkin di atas investment ataupun pelaburan-pelaburan yang dilakukan dan juga akan menambahkan lagi kesibukan di Port Klang itu sendiri?
Terima kasih Seri Serdang. Pertama saya jawab berkenaan dengan cadangan jalan raya. Sebenarnya di, saya nak masukkan ucapan berkenaan dengan cadangan penambahbaikan jalan raya ini dalam bajet pembangunan, tetapi memandangkan Yang Berhormat Seri Serdang telah bertanya dalam sesi perbahasan Belanjawan ini. Saya nak cadangkan supaya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Klang, kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya Persekutuan untuk melihat semula ada kawasan-kawasan di Pelabuhan Klang yang telah dibuat ujian ketahanan jalan dan ada satu jalan itu kita dah menggunakan saya tak pasti ini teknikal, jalan yang kerap rosak SFM ini tetapi apabila menggunakan kaedah tersebut, daripada tahun lepas diturap sampai ke hari ini tak rosak-rosak. Susah nak berlubang, dan dia tahan air, tahan lasak, tetapi kosnya sedikit mahal lah. Yes, tetapi itu saya nak bagi tahu dalam dewan ini, kena kira balik lah macam mana nak buat, adakah kita nak hari ini kita turap, tak sampai enam bulan rosak ataupun kita bayar sedikit mahal, tapi hari ini kita turap boleh tahun setahun atau dua tahun dan tiga tahun, saya boleh ajak kawan-kawan, Yang Berhormat datang ke kawasan saya, saya tunjukkan jalan tersebut, dia selekoh dan dia tahan sampai sekarang. Dulu enam bulan sekali kena turap, tapi semenjak kaedah itu diguna pakai oleh pihak JKR, ia mempunyai daya tahan yang tinggi kalau hujan pun dia tak rosak dan sampai sekaranglah saya tak ada masalah dan tak dapat lagi aduan kawasan
tersebut. Malah bila saya tengok sendiri jalan tersebut memang patut digunakan di kawasan-kawasan yang lain juga, tetapi harga sedikit mahal tetapi ianya baik untuk pengguna-pengguna jalan raya terutama dari segi keselamatan dan untuk jangka masa panjang mungkin kita dapat menjimatkan kos kerana kurangnya kerja-kerja penyelenggaraan untuk membaiki jalan-jalan tersebut.
Yang kedua apabila melihat tentang perjanjian Trump dengan PMX ataupun yang kita tarif US ini, kalau kita perhalusi, Insyaalllah saya yakin dengan imej negara Malaysia, dengan kestabilan politik yang telah diwujudkan di negara Malaysia pada hari ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya sangat-sangat yakin Yang Berhormat Tuan Speaker, bahawa ekonomi kita semakin pesat berkembang pada masa akan datang, ini terbukti di kawasan Pelabuhan Klang, saya tak pasti kenapa, tetapi saya tak pasti kenapa, semenjak dua menjak ini, dalam masa dua tiga ini begitu ramai pemain-pemain logistik industri sudah mula mencari gudang-gudang yang besar dan saya nampak ini ada kena mengena dengan banyak perjanjian-perjanjian yang telah dibuat antara pemain-pemain perindustrian perniagaan dan mungkin akan ada aktiviti ekonomi dan ia akan meningkatkan juga aktiviti logistik di kawasan Pelabuhan Klang. Berdasarkan pengalaman sayalah, pada tahun 90 an dulu apabila Vietnam dan juga Myanmar tak boleh eksport terus kepada US, semua kontena-kontena tersebut ataupun dagangan tersebut masuk ke dalam negara Malaysia dan disimpan di sini dan kemudian baru di eksport melalui Malaysia dan dihantar ke US. Barang-barang seperti apa, furniture, perabot, barang-barang seperti kebanyakannya perabotlah hantar ke US. Jadi ini juga secara tak langsung boleh meningkatkan ekonomi dalam negara Malaysia. Jadi menjawab ya Serdang, okay.
Seterusnya reformasi tadbir urus memartabatkan bangsa (RSTU). Tekad dua yang digariskan dalam Belanjawan Selangor 2026 telah memberikan penekanan kepada usaha meningkatkan mutu tadbir urus dan sistem penyampaian Kerajaan Negeri secara menyeluruh. Pelabuhan Klang pernah membangkitkan isu tadbir urus yang baik. Sebelum ini pada sidang-sidang yang lepas dan Pelabuhan Klang menyambut komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pentadbiran Selangor kekal telus cekap dan integriti kerana tanpa tadbir urus yang mantap, segala Tekad pembangunan yang lain tidak akan dapat dicapai secara optimum. Di bawah inisiatif reformasi sistem penyampaian dan tadbir urus negeri Selangor atau RSTU, Kerajaan Negeri berusaha merombak dan memperkemaskan proses kerja jabatan serta agensi supaya lebih pantas, tersusun dan responsif terhadap keperluan rakyat. Pelabuhan Klang menganggap langkah ini amat significant kerana rakyat hari ini menuntut penyampaian perkhidmatan yang lebih telus, mesra pengguna dan bebas daripada birokrasi yang memenatkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pelaksanaan enterpress architecture juga merupakan satu pendekatan strategik yang amat tepat melalui EA, Kerajaan Negeri dilihat dapat menyelaraskan dan menyeragamkan sistem digital antara jabatan, mengurangkan pertindihan data serta meningkatkan kecekapan perancangan dalam membuat keputusan. Selangor merupakan antara negeri terhadapan dalam memanfaatkan teknologi untuk memodenkan pentadbiran, dan Pelabuhan Klang mengalu-alukan usaha ini kerana ia akan membantu mempercepatkan banyak proses urusan termasuk kelulusan semakan status dan koordinasi jabatan.
Selain itu, Pelabuhan Klang juga melihat bahawa Tekad dua ini kerajaan Selangor akan memperkenalkan sistem padanan dan semakan tunggakan cukai taksiran bersepadu Selangor atau (I-GATE) PBT. Sistem ini dilihat akan memudahkan rakyat untuk membuat semakan tunggakan cukai taksiran secara menyeluruh di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi Pelabuhan Klang, sistem memang sangat bermanfaat kerana kawasan pelabuhan dan industri melibatkan jumlah pegangan hartanah yang besar, jadi apabila kutipan hasil PBT menjadi lebih cekap, ia secara tidak langsung akan dapat menyokong pembiayaan pembangunan di kawasan setempat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana memperkenalkan reformasi pentadbiran yang bersifat menyeluruh dan berpandangan jauh dalam era moden kecekapan pentadbiran adalah faktor penentu keyakinan pelabur kestabilan pembangunan dan keberkesanan pengurusan hasil negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Tekad tiga yang digariskan dalam Belanjawan negeri Selangor 2026 memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan pendidikan sebagai asas masa depan negeri Selangor. Pelabuhan Klang menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri yang menjadikan sektor pendidikan sebagai penerima peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negeri Selangor iaitu 136.2 juta ringgit Malaysia. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa Selangor meletakkan pembangunan modal insan sebagai teras utama kemajuan negeri pada masa hadapan. Di bawah Tekad tiga, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, dilihat amat prihatin dan sangat serius dalam memberikan perhatian kepada pembangunan pendidikan di semua peringkat bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah kepada sokongan pembelajaran tambahan. Pendekatan ini sering dengan fokus belanjawan tahun ini yang melihat pendidikan sebagai instrumen paling berkesan untuk membasmi kemiskinan dan membuka lebih peluang kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Terima kasih dan tahniah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, antara program penting yang akan terus dilaksanakan ialah Program Pendidikan Sekolah yang menjadi payung utama kepada inisiatif pendidikan di Negeri Selangor. Program ini menerima sebahagian besar daripada peruntukan pendidikan tahun 2026 dan bertujuan meningkatkan suasana pembelajaran serta memastikan pelajar-pelajar di Selangor mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan inklusif. Kerajaan Negeri Selangor turut meneruskan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) iaitu bantuan RM50 sebulan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah yang dijangka akan memanfaatkan 3,700 kanak-kanak dengan peruntukan RM2juta pada tahun 2026. Bagi kawasan golongan penduduk buruh berpendapatan rendah seperti di kawasan Pelabuhan Klang, inisiatif ini memainkan peranan kritikal dalam meringankan beban kewangan ibu bapa. Jadi Pelabuhan Klang berharap agar Kerajaan Negeri dapat memastikan supaya tumpuan yang sewajarnya diberikan kepada program-program pendidikan ini supaya sampai ke matlamatnya terutama sekali untuk keluarga berpendapatan rendah yang sering berdepan dengan cabaran dalam mendapatkan akses pendidikan yang sempurna. Keunggulan seni budaya dan pemantapan generasi muda Tekad Yang Keempat Belanjawan Negeri Selangor 2026 memberikan tumpuan kepada pengukuhan generasi muda serta memartabatkan seni dan budaya negeri. Pelabuhan Klang menyambut baik hala tuju ini kerana generasi muda yang berjati diri, berdaya saing dan berakhlak adalah asas pembangunan negeri. Kerajaan Negeri juga menegaskan bahawa pembangunan belia ialah pelaburan jangka panjang. Sebab itu anak muda perlu dibentuk supaya berfikiran kritis, cekal menghadapi cabaran dan memiliki sahsiah peribadi yang baik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam bidang sukan, Kerajaan Negeri Selangor juga dilihat memperuntukkan RM100juta bagi persediaan SUKMA Selangor 2026 termasuk naik taraf kemudahan, persediaan atlet dan penglibatan komuniti. Antara projek utamanya ialah menaik taraf Pusat Akuatik Selangor yang dijangka siap pada Jun 2026. Kerajaan Negeri juga dilihat turut membuat persediaan awal menjadi tuan rumah Islamic Solidarity Games 2029. Tekad 4 juga menekankan pembangunan seni budaya, program kebudayaan pelbagai kaum, penglibatan pelajar dalam seni persembahan serta penganjuran acara-acara sempena Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memartabatkan seni dan budaya Negeri Selangor. Program Galeri Hoping Selangor juga turut membuka ruang kepada perkembangan seni moden dan juga ekonomi yang kreatif pada masa hadapan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang sekali lagi ucapkan tahniah atas usaha kerajaan memperkukuhkan seni budaya dan pembangunan belia. Namun Pelabuhan Klang
berharap lebih banyak program seni dan belia dapat diperluaskan ke kawasan Pelabuhan Klang supaya anak muda di sini juga turut mendapat manfaat. Pelabuhan Klang yakin Tekad 4 ini akan melahirkan generasi muda yang lebih kreatif, berdaya tahan dan berjiwa besar sekali gus akan mengangkat Selangor sebagai negeri berbudaya tinggi dan maju dalam pembangunan insaniah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Tekad Kelima Selangor Negeri Penyayang memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus diperkasakan seiring dengan pembangunan ekonomi negeri. Pelabuhan Klang menyambut baik Tekad ini kerana ia memberi perhatian kepada isu-isu kehidupan sebenar rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan isi rumah yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa. Kawasan Pelabuhan Klang sendiri mempunyai komposisi masyarakat yang pelbagai dengan sebahagian besar penduduk bekerja dalam sektor pelabuhan, logistik dan industri. Ramai di antara mereka bekerja syif, mempunyai komitmen keluarga yang besar dan menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, Program Kebajikan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor memainkan peranan yang amat penting dalam membantu meringankan beban rakyat pada masa hadapan. Sebagai contoh, Program BINGKAS yang menyediakan bantuan RM300 sebulan kepada lebih 30,000 ketua isi rumah di Negeri Selangor merupakan salah satu inisiatif yang amat signifikan. Bantuan ini benar-benar dapat membantu keluarga yang terkesan dengan peningkatan kos barangan asas dan memberi sedikit ruang kepada mereka untuk mengurus perbelanjaan bulanan dengan lebih baik. Di sini Pelabuhan Klang ingin memohon supaya jumlah penerima BINGKAS ini kalau boleh dapat ditingkatkan lagi ke satu angka yang lebih munasabah memandangkan banyak permohonan-permohonan di pejabat-pejabat ADUN (bukan hanya di pejabat-pejabat ADUN kerajaan malah juga memohon di pejabat-pejabat ADUN pembangkang). Betul tak? Ok. Dan saya harap sangat supaya
Speaker, mohon penjelasan.
Ya, ya.
Terima kasih Pelabuhan Klang memberi laluan kepada saya mengenai bantuan-bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan termasuk BINGKAS, TUNAS dan lain-lain. Tapi apakah jawapan Pelabuhan Klang walau banyak mana yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, angka golongan miskin semakin hari semakin meningkat. Saya bagi contoh, zakat sahaja melaporkan dalam Data JAWHAR Tahun 2022 (67,597), 2023 (70,600), 2024 (77,872). Dalam pada begitu banyak program
yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, semakin bertambah pula golongan asnaf yang miskin ini. Apakah perlu dibuat kajian sasarannya tersasar ataupun bagaimana? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Ok terima kasih Sungai Ramal bertanyakan soalan tersebut. Sebenarnya kalau kita tengok Negeri Selangor ini negeri yang didatangi oleh ramai penduduk yang berhijrah daripada luar termasuk dalam kawasan Pelabuhan Klang pun. Sebab itu di pejabat daerah, kita ada mesyuarat focus group enam kali setahun. Di mana setiap dua bulan sekali kita akan buat mesyuarat membincangkan tentang usaha-usaha bagaimana nak membantu dan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dalam bandar dan juga luar bandar. Dan di dalam mesyuarat focus group itu dibentangkan semua bantuan-bantuan, senarai-senarai daripada laporan daripada Pusat Zakat, laporan daripada JKM, laporan dari Pejabat DUN siapa yang menerima BINGKAS juga dan segalanya. Dan di situ juga kita bincangkan juga bagaimana untuk membantu golongan-golongan ini supaya keluar daripada kepompong kemiskinan. Alhamdulillah di kawasan Klang ramai yang dah keluar daripada kepompong kemiskinan tersebut sebab dibantu dengan program-program macam konsep kita di Negeri Selangor ini bukan hanya membantu memberi ikan tetapi juga kita beri pancing supaya dia boleh belajar bagaimana nak memancing ikan pada masa hadapan. Kalau kita bagi ikan, hari ini dia makan, dia habis. Dan ada program-program (saya rasa Sungai Ramal pun tahu Negeri Selangor terkenal dengan program-program blueprint, program makro, kredit semuanya ada, Program HIJRAH). Ini semua program-program yang membantu masyarakat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Tetapi akhirnya ia bergantung kepada sikap individu itu tersebut. Sebab ada juga baru je saya mesyuarat pada minggu lepas, ada lima yang kita bantu berikan barang, berikan mesin apa semua. Kemudian akhirnya dia yang tak semangat macam nak meniaga, nak apa sedangkan benda tu buat di rumah sahaja. Tapi itulah, kita boleh membantu, boleh (orang kata) memberi pandangan dan berkongsi pengalaman dengan mereka tapi akhirnya itu bergantung kepada individu-individu tersebut. Ya, Kuang.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat juga. Sebab Yang Berhormat sebut tadi ada mesyuarat enam kali setahun, dua bulan sekali mesyuarat dan sebagainya. Apakah cadangan Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat dah nampak potensi dah cantik dah, dah menjurus ke arah tempat yang betul kan? Jadi apakah pandangan Yang Berhormat bila masalah-masalah kemiskinan ini yang kita hadapi, ADN-ADN Pembangkang ni tak dilibatkan dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Tindakan Daerah dan sebagainya. Mungkin Yang Berhormat boleh bagi pandangan, apa yang patut ADN-ADN Pembangkang ni buat di dalam menangani masalah kemiskinan yang macam Sungai Ramal sebut tadi tu
yang semakin bertambah daripada masa ke semasa dan nak salurkan ke mana?
Ok, terima kasih Yang Berhormat Kuang. Boleh ikut jejak langkah Selat Klang menyokong kerajaan. Dan Insya-Allah kita boleh bekerjasama. Tak adalah, tak adalah Yang Berhormat Kuang. Saya setuju kalau saya jadi ya lah kita tak tahu hari ini kita kerajaan, mungkin satu hari nanti saya duduk di sana. Tetapi perkara tak mustahil. Politik sangat dinamik, politik sangat dinamik okey. Politik sangat dinamik. Macam-macam perkara boleh terjadi. Tapi saya lihat sekarang ni menggunakan banyak sistem online. Saya pun tengok ada juga antara ADN-ADN pembangkang yang menggunakan sistem online untuk memberikan khidmat di pejabat masing-masing. Sebab ni kita tak boleh. Dia online, dia ajarlah. Sebab saya sendiri pun mengajar mereka semua menggunakan sebab sekarang ni sebab kita tadi dah tengok kan Kerajaan Negeri Selangor akan mengurus dan mentadbir ini secara digital. Sebab itu segala-galanya dimasukkan dalam online. Disebabkan online ini juga pun ada juga kelemahan sebab semua pun key in. Jadi satu kerja pula kita nak menyiasat, nak melihat, nak pergi tengok rumah apa semua tu, tu yang kita dapat tahu ada yang cuba nasib je (dia cuba memohon secara online) tapi saya kira boleh je kerajaan ataupun ADN pembangkang berhubung je dengan agensi-agensi untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka seperti JKM, Zakat. Saya rasa mereka tidak menolak kalau ada perkara ataupun ada isu-isu yang berbangkit dengan kemiskinan ini. Mereka boleh bantu asalkan ianya perlu disuarakan. Yang Berhormat Ahli Wakil Rakyat ada hak untuk bersuara. Ok Kuang ya? Kalau datang kawasan saya, saya bantu Insya-Allah. Ya?
Mencelah.
Boleh-boleh.
Pelabuhan Klang.
mana satu ni? Meru dulu.
Adakah Yang Berhormat setuju bahawa penambahan kepada penerima BINGKAS ini adalah susulan daripada pengumuman oleh Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan meningkatnya dari syarat pendapatan penerima BINGKAS iaitu pada RM5,000, (daripada RM3,000 kepada RM5,000) dan juga jumlah anak untuk kelayakan jumlah anak daripada 3 orang ke atas kepada 2
orang? Ini yang menyebabkan peningkatan pemohon-pemohon BINGKAS ini. Dan maknanya bila kita proses di pusat khidmat, siapa yang layak akan kita luluskan. Ini bermaksud tidak semestinya pertambahan rakyat miskin sebab pendapatan RM5,000 ke bawah itu dia dah kepada dah nak pergi ke M40 tetapi kerajaan membuka ruang ini bukan saja kepada M40. Tak mestinya dia miskin tegar. Jadi ini sebabkan kita buka ruang itu lebih luas lagi kepada pendapatan RM5,000 ke bawah, sebab itu ini menyebabkan penambahan kepada pemohon BINGKAS, penerima BINGKAS. Jadi adakah Yang Berhormat setuju?
Terima kasih Yang Berhormat. Ini kena tanya EXCO sepatutnya. Tapi tak apalah boleh tanya saya juga, saya jawab. Ok. Apa yang saya lihat berdasarkan pengalamanlah. Kalau kita di bandar sebab itu dia tengok itu pendapatan isi rumah. Pendapatan isi rumah. Bila sebut pendapatan isi rumah maknanya RM5,000 satu keluarga. Ada keluarga yang RM5,000 cukup, ada keluarga yang RM5,000 nya tak cukup sebab tanggungan. Sebab itu bila tengok pendapatan bawah RM5,000 kenapa kita besarkan skop tersebut ianya bergantung kepada kita untuk menilai adakah keluarga ini RM5,000 ini benar-benar tak cukup sebab ada yang dalam pejabat saya sendirilah (berdasarkan pengalaman) yang memohon ini kerana dia membela ayahnya yang sakit dan memerlukan kos rawatan perubatan yang tinggi, ada yang menjaga anak OKU yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Jadi dia sangat subjektif. Ada keluarga RM5,000 mungkin cukup. Ada keluarga RM5,000 tak cukup. Bergantung. Tetapi sebab itu, selain daripada pendapatan RM5,000 itu BINGKAS juga meletakkan banyak lagi syarat-syarat yang lain. Yang ini pentingnya integriti di antara mereka yang meluluskan dan juga kepada pemohon. Janganlah memohon kita meluluskan itu sebab ini kawan kita, kita luluskan. Tidak. Kita tengok atas dasar keperluan dan tanggungjawab dan penuh integriti, ketelusan. Kita tahu dia layak dan kita bagi kelulusan kepada pemohon. Ya, Permatang.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat tadi yang menyebut tentang digitalisasi ataupun online sistem ini untuk membantu rakyat. Jadi saya ingin bertanyalah, adakah Yang Berhormat setuju dengan pandangan saya ataupun Yang Berhormat tahu tak berkenaan dengan Sistem SMUE yang telah di, yang masih sehingga ke hari ni masih belum lagi kita boleh akses melalui digitalisasi dia ditutup semenjak tahun 2024, November 2029 sudah hampir setahun kita tak boleh mendaftar SMUE, adakah YB setuju jika saya katakan proses digitalisasi haruslah dijalankan dengan sistem dengan baik lah agar semua rakyat Selangor tidak kira dari mana-mana belah pembangkang atau kerajaan dapat menikmati secara bersama.
Saya sedia maklum, tetapi dalam masa yang sama mana-mana datang ke pejabat kami ambil rekod apa semua, sistem sedang di naik taraf dan yang ini saya rasa YB EXCO boleh jawab dalam penggulungan saya masukkan dalam perbahasan saya pertanyaan dari Permatang, masa dah pukul 4 saya nak teruskan ucapan saya. Selain itu pendekatan yang dibawa melalui Bingkas juga..
Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh berhenti sekejap, saya nak minta YB EXCO untuk bentangkan Usul.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul bahawa dewan yang bersidang pada hari ini, mengikut peraturan 11 dan 26 (4) dalam peraturan tetap dewan negeri Selangor hendaklah disambung sehingga 6.30 petang.
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian Usul telah pun di sokong, saya kemukakan untuk mendapat persetujuan, ahli-ahli YB Berhormat yang setuju sila kata ya. Yang tidak setuju kata tidak. Usul ini dipersetujui. Silakan Pelabuhan Klang.
Pelabuhan Klang ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, kerana mewujudkan Bingkas Plus, ada Program Mama Kerja, Program Iltizam Anak Selangor, ANAS juga telah mendapat peruntukan tambahan, Akhirat Darul Ehsan menerima RM20 juta, pada tahun 2026 untuk membantu keluarga yang berdepan dengan kehilangan insan tersayang. Dengan bantuan RM1 ribu juga telah ditingkatkan. Dan yang paling menarik dalam belanjawan 2026, nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada YB Sungai Tua dan Kerajaan Negeri Selangor, iaitu dimana Program Jom Shoping Perayaan juga turut di peruntukan RM18.48 juta untuk manfaat lebih 92 ribu penerima pada tahun 2026. Inisiatif ini secara tidak langsung dapat membantu keluarga berpendapatan rendah membuat persiapan perayaan tanpa menambah beban kewangan. Kita raikan kesemua perayaan dengan Program Jom Shoping dan saya yakin pejabat-pejabat pusat khidmat setiap kali perayaan kita akan dikunjungi ramai pemohon-pemohon untuk memohon baucar jomshoping perayaan ini. Kalau boleh kita tak nak 92ribu orang penerima kalau boleh tambah lagi, lagi bagus, itu pun bergantung pada jumlah peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri. Keseluruhannya, Pelabuhan Klang melihat program-program ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor menyediakan ekosistem kebajikan yang menyeluruh dan inklusif merangkumi keluarga ibu bapa yang
bekerja, peniaga kecil, warga emas dan golongan yang memerlukan.
Tekad yang ke-6, kelestarian alam sekitar dan kebitaraan insfrastuktur, merupakan komponen yang paling kritikal, dalam belanjawan negeri Selangor 2026. Pelabuhan Klang menyambut baik Tekad ini kerana pembangunan yang pesat hanya akan memberikan manfaat sekiranya disokong insfrastur yang moden, sistem saliran yang berkesan dan kemudahan asas yang mampu menampung pertumbuhan penduduk setempat. Kawasan Pelabuhan Klang, yang menjadi nadi logistik dan perdagangan negara amat memerluaskan sistem sokongan yang kukuh. Maka Pelabuhan Klang, memandang tinggi komitmen negeri Selangor, dalam usaha untuk memastikan aspek ini terus diperkuatkan. YB Tuan Speaker, ini sangat-sangat penting melalui Belanjawan Selangor 2026 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 50juta Malaysia untuk pelaksanaan projek-projek tebatan banjir secara menyeluruh mengikut lembangan sungai. Pendekatan ini sangat-sangat penting kerana ia bukan hanya menyelesaikan masalah banjir secara setempat tetapi menangani punca nya dari hulu ke hilir. Ini termasuk pembinaan kolam takungan banjir, pengukuhan tebing sungai, dan peningkatan keupayaan sistem saliran utama. Bagi kawasan rendah, kawasan rendah di bawah paras laut, seperti di Pelabuhan Klang, pendekatan ini dilihat mampu mengurangkan risiko banjir kilat yang boleh menjejaskan rumah-rumah penduduk, kawasan industri, dan aliran logistik. Pelabuhan Klang berharap supaya sebahagian dari RM50juta ini juga akan turut dimanfaatkan untuk kawasan-kawasan sungai-sungai di klang, sungai aur, dan kawasan-kawasan persisiran sungai-sungai di kawasan Pelabuhan Klang yang saya yakin JPS telah mengenal pasti lokasi-lokasi, yang berisiko tinggi boleh terkena banjir kilat di kawasan Pelabuhan Klang.
Dan YB Tuan Speaker, satu lagi kejayaan penting, untuk makluman ahli YB Sekalian, penyiapan loji jana kuasa pulau indah yang mempunyai kapasiti, 1200megawatt tenaga elektrik dan kini telah beroperasi secara komersial sejak awal tahun 2025 dan loji ini dilaporkan mampu memenuhi lebih 40% keperluan tenaga lembah klang dan telah menyediakan peluang pekerjaan yang signifikan kepada penduduk-penduduk di sekitar pulau indah dan Pelabuhan Klang sepanjang fasa pembinaannya sehinggalah ianya telah siap dan beroperasi sepenuhnya. Pelabuhan Klang menzahirkan penghargaan yang tinggi, kepada Kerajaan Negeri Selangor atas kejayaan merealisasikan projek strategik ini. Loji ini sangat penting untuk memastikan operasi pelabuhan logistik dan industri berat di kawasan Pelabuhan Klang sentiasa mempunyai sokongan tenaga yang stabil.
YB Tuan Speaker, setelah meneliti keseluruhan belanjawan negeri Selangor 2026 Pelabuhan Klang yakin belanjawan ini telah digubal dengan teliti berpaksikan data dan berorientasikan masa hadapan kita terima teguran hulu klang, tapi kita tahu apa yang kita
buat, kita ambil positif, dan saya yakin Kerajaan Negeri ambil maklum perkara-perkara tersebut dan yang paling penting saya yakin Kerajaan Negeri sangat telus dan penuh intergriti dalam penyediaan belanjawan 2026. Berorientasikan 6 Tekad, saya yakin keenam-enam Tekad yang digariskan tadi telah memperlihatkan sebuah Kerajaan Negeri, yang bukan saja merancang untuk hari ini tapi membina asas kukuh untuk 10 hingga 20 tahun yang akan datang. Belanjawan ini memperkukuhkan sistem sosial meningkatkan produktiviti rakyat, memperkasakan generasi muda, mengangkat seni dan budaya, memantapkan kebajikan, dan memastikan insfrastuktur serta alam sekitar negeri Selangor terus terpelihara. kesemuanya menggambarkan sebuah pentadbiran yang mempunyai hala tuju yang jelas, berdisplin dan bertanggunjawab. YB tuan speaker, Pelabuhan Klang sekali lagi merakamkan penghargaan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang di diketuai oleh YAB Dato Menteri Besar teruslah mengekalkan budaya pentadbiran yang berintegriti responsif dan berpandangan jauh. InsyaAllah belanjawan 2026 ini kita akan dapat laksanakan Pelabuhan Klang akan terus menyokong segala dasar yang membawa manfaat kepada rakyat dan negeri dalam masa yang sama Pelabuhan Klang juga komited untuk menyampaikan pandangan, teguran dan cadangan yang membina bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan akan memberikan pulangan yang terbaik kepada rakyat negeri Selangor. YB Tuan Speaker dengan semangat tersebut Pelabuhan Klang menyatakan sokongan penuh terhadap belanjawan negeri Selangor 2026 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Sekian terima kasih.
YB Paya Jaras, saya bagi 15 minit.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker, diberi peluang untuk menyampaikan pandangan kepada Belanjawan yang telah dibentangkan pada hari Jumaat lepas. Tuan Speaker, peningkatan kos sara hidup adalah salah satu isu yang sedang dihadapi oleh rakyat negeri Selangor. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Hulu Klang tadi, kadar inflasi di negeri Selangor telah meningkat daripada 1.4 data kebangsaan dan pada masa kini 1.5 tapi negeri Selangor berada pada satu kadar yang tinggi 1.8 yang lebih tinggi dari kadar nasional. Selain daripada kos sara hidup, kos makanan juga meningkat khususnya di kawasan bandar, kos perumahan adalah antara yang paling tinggi di negara ini. Sebagai contoh laporan National Property Information Center menyebutkan bahawa purata semua rumah di Selangor pada tahun 2024 adalah sebanyak RM557,425 mencatatkan kenaikan sebanyak 3.1% berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM540,704. Laporan The Edge Malaysia pada bulan November 2025 pula menyebutkan pada tahun 2024 harga rumah teres 2 tingkat di Petaling Jaya sudah mencecah RM1juta manakala di Shah Alam mencecah RM700 ribu dan di Klang lebih daripada RM630,000. Ini jelas membebankan
golongan muda yang baru mulakan kehidupan dan ini menekankan keluarga muda yang baru mulakan kerjaya dan membina kehidupan dengan memiliki rumah sendiri. Pada pandangan saya PKNS perlu memainkan peranan asal penubuhannya untuk membantu dan memperbanyakan rumah-rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat negeri Selangor termasuk memastikan mereka memberi pinjaman untuk membeli rumah tersebut. Saya ingin menyentuh satu isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat Selangor dan seluruh rakyat Malaysia iaitu kegagalan untuk membayar bil elektrik yang kini mencatatkan angka yang sangat membimbangkan. Sehingga September tahun lalu Tenaga Nasional telah memutuskan bekalan kepada 620,000 akaun kerana telah gagal membayar elektrik mereka dengan jumlah tunggakan mencecah lebih RM1 bilion. Namun yang lebih mengejutkan lagi ialah tunggakan dan akaun yang berlaku ini yang tertinggi pada tahun 2023 dan 2024 adalah di Negeri Selangor.
Saya percaya trend sama juga berpotensi untuk berlaku pada tahun ini, kerana tekanan ekonomi, terhadap isu rumah berlaku pada ketika ini dilihat membebankan rakyat jelata. Kos makanan juga semakin meningkat, harga barang keperluan asas seperti sayuran ikan, minyak tidak stabil dan boleh naik secara mendadak. Ditambah pula pada 9 Jun 2025 Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa kadar cukai jualan SST antara 5% hingga 10% dikenakan kepada kod barangan tertentu dan bukan keperluan mulai 1 Julai 2025. Hal ini secara tidak langsung memberi impak kepada perbelanjaan rakyat termasuk kenaikan harga barangan. Rakyat kini tertekan dengan situasi semasa dan tidak menentu, gaji yang statik atau kenaikan tahunan yang diberikan tidak dapat mengejar harga kenaikan barang. Menurut Laporan Indikator Kos Sara Hidup 2023 oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) yang dikeluarkan pada November 2025 gaji median bagi sektor pekerja formal di Selangor pada suku 2023 hanya pada tahap RM2900 sebulan sedangkan Selangor menduduki harga teratas dengan keperluan hidup wajar sebanyak RM5854 untuk satu isi rumah dengan purata isu rumah seramai 4 orang atau dengan lebih tepat 3.8. ini bermakna terdapat jurang yang besar antara pendapatan dan perbelanjaan yang menyebabkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah semakin terhimpit. Tuan Speaker, berdasarkan unjuran rasmi Kerajaan Negeri Selangor melalui Belanjawan 2026 ekonomi Selangor dijangka berkembang pada kadar sederhana iaitu 5.0% hingga 5.5% bagi tahun 2026 manakala unjuran untuk tahun 2025 adalah pada sekitar 5.4%. Ini menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi pada tahun 2025 akan lebih perlahan berbanding pada tahun 2024 yang kita jangkakan akan lebih merosot lagi pada tahun hadapan, pada kadar 5.0% hingga 5.5% Trend ini menunjukkan bahawa satu perkara yang kita beri perhatian, trend ini bukan sekadar angka, tetapi isyarat kelemahan dasar ekonomi dan keberkesanan dasar pelaburan negeri. Lebih membimbangkan unjuran 2026 menunjukkan potensi pertumbuhan lebih rendah pada tahun 2025 menandakan bahawa Kerajaan Negeri sendiri tidak optimis mengenai pemulihan momentum ekonomi. Jika Selangor merupakan negeri penyumbang
utama KDNK Malaysia, maka program momentum ini bukan sahaja menjejaskan Negeri Selangor bahkan implikasi kepada seluruh negara. Maka persoalan yang perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri ialah pertama mengapa Selangor gagal mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh? Kedua, adakah fokus pelaburan negeri ini gagal memacu pertumbuhan sektor bernilai tinggi yang berasas kepada produktiviti dan adakah model pembangunan ekonomi Selangor terlalu bergantung pada sektor perkhidmatan dan hartanah yang mempunyai multi effect yang rendah? Kerajaan menyatakan bahawa pertumbuhan dijangka dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan namun kita perlu menilai secara kritikal, adakah pertumbuhan ini atau membina kadar rating ini ataupun sekadar low skill atau low income employment. Adakah ia didorong oleh pelaburan produktif, manufacturing technology, green economy innovation atau pelaburan tidak produktif, property driven ataupun apakah value creation yang dijana dalam tempoh sederhana dan panjang? Tanpa maklumat yang telus mengenai pecahan pelaburan mengikut sektor teknologi, gaji purata dan lokasi pelaksanaan pertumbuhan ini hanya bersifat kosmetik dan tidak menambah kesejahteraan sebenar rakyat.
Bagi memastikan Selangor sebagai sebuah economic powerhouse dengan izin, saya mencadangkan perkara berikut. Pertama pelaksanaan pelayan pasca pelaburan, Kerajaan Negeri disarankan untuk memperkenalkan mekanisme pelayan pelaburan selepas pelaksanaannya bagi menilai sama ada pelaburan yang diluluskan benar-benar diterjemahkan kepada pelaksanaan pelaburan sebenar ataupun tidak, penciptaan peluang pekerjaan dan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Maklumat ini penting kerana ia memberi keyakinan kepada masyarakat dan juga pelabur tentang isu berkaitan dengan ketelusan, accountability dan keyakinan kepada pelabur. Yang kedua, audit keberkesanan intensif pelaburan mengikut wilayah. Pelaburan negeri ini tidak seharusnya tertumpu kawasan bandar sahaja. Audit keberkesanan intensif perlu dijalankan untuk menilai sama ada pelaburan yang digalakkan itu benar-benar memberikan manfaat kepada kawasan luar bandar. Ketidakseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar akan hanya memburukkan jurang ekonomi dan sosial dalam negeri. Yang ketiga, penilaian ketat terhadap projek berisiko tinggi. Kerajaan perlu melaksanakan due diligence secara menyeluruh terhadap projek-projek berisiko tinggi terutama yang cenderung diumumkan atas motif politik tapi gagal direalisasikan. Rakyat tidak mahu mendengar pengumuman semata-mata, mereka mahu melihat hasil yang nyata. Tindakan ini penting untuk mengelakkan pembaziran sumber dan menjaga kredibiliti dasar pelaburan negeri. Yang keempat, pengaliran fokus daripada per kuantiti kepada per kualiti dan produktiviti. Model pelaburan negeri ini perlulah dikemas agar menumpu kepada pelaburan yang menjana nilai tinggi. Ini termasuk sektor pelaburan berteknologi advance manufacturing, kecerdasan buatan AI, ekonomi digital, teknologi hijau, penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan ekosistem PKS yang berkemahiran tinggi. Yang kelima, memperkenalkan
indeks kualiti pekerjaan sebagai penunjuk prestasi negeri. Indeks baharu yang mengukur kualiti pekerjaan perlu dijadikan KPI utama Kerajaan Negeri termasuk matrik seperti gaji median pekerja, kestabilan dan keselamatan pekerjaan, kadar peningkatan kemahiran mengenai risky dan upskilling.
Tuan Speaker, bagi memastikan Selangor sejahtera, saya memajukan beberapa perkara untuk dipertimbangkan. Berdasarkan data daripada Kementerian Kewangan Malaysia setakat akhir Mac 2025, hutang isi rumah negara mencecah RM1.65 trillion.
Paya Jaras.
Atau bersamaan 84.3% daripada keluaran negara kasar KDNK. Ini panjang masa terhad. Masa terhad.
Sikit sikit pasal pelaburan tadi, pelaburan tu tajuk menarik tu saya nak tambah je.
Paya Jaras, Batu Tiga, masa hanya ada lagi 5 minit lagi. Tidak diberi laluan.
Meningkat berbanding hujung tahun 2024 iaitu pada RM16 trillion. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara dengan hutang isi rumah tertinggi di Asia Tenggara. Lebih parah menjadi lagi keadaan mengancam kerana disebabkan pertama lonjakan penggunaan pinjaman atas talian atau buy now pay later iaitu meningkat 31% bernilai RM9.3 billion bagi tempoh 6 bulan pertama 2025. Yang kedua pengeluaran sebahagian daripada akaun 3 KWSP. Dan yang keempat Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa purata perbelanjaan rumah pada 2024 telah meningkat 3.9% setahun RM5,500.00, tetapi kenaikan gaji tidak bergerak seiring dengan kenaikan kos sara hidup yang mereka alami. Dan terkini, kaji selidik daripada laporan daripada Central Force International mendedahkan sebanyak 70% atau lebih tiga per empat rakyat Malaysia bergelut dengan peningkatan kos sara hidup dan menonjolkan jurang sebenar tentang pertumbuhan gaji dan juga kuasa membeli rakyat.
Tuan Speaker, saya berpandangan antara perkara yang perlu diberi tumpuan ialah bagaimana kita menyelesaikan rumah kos rendah yang berlaku yang kian dihadapi oleh rakyat Negeri Selangor ini. Saya mencadangkan, mengesyorkan supaya meletakkan
sasaran jelas seperti polisi Satu Isi Rumah Selangor, Satu Rumah Selangor, Satu RS menjelang 2030 khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan belia berumur 30 tahun ke atas sekurang-kurangnya memiliki satu rumah kediaman. Saya berpandangan PKNS perlu memainkan peranan asal penubuhannya untuk membantu dan membangunkan rumah kos rendah dan mampu milik kepada semua rakyat negeri Selangor yang terlibat dan melibatkan keseluruhan kawasan yang bersesuaian di negeri Selangor. Sebagai contoh di kawasan Paya Jaras, keperluan untuk pembinaan rumah kos rendah adalah amat diperlukan pada ketika ini. Namun ia masih tidak dibangunkan lagi dengan mengambil saja contoh di mana Saujana Utama yang mana pemaju masih gagal membangunkan rumah kos rendah dan rumah mampu milik. Apakah Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil tindakan kepada pemaju ini? Mengapa PKNS tidak boleh bertindak mengambil alih dan membangunkan rumah-rumah ini? PKNS perlu merujuk semula asal penubuhan di bawah Enakmen 1964. Adakah terdapat penyimpangan daripada matlamat asal PKNS? Adakah kesan itu kenapa PKNS bertindak seperti GLC-GLC lain, berlumba-lumba membina kondominium dan rumah mewah semata-mata untuk mengejar keuntungan jangka pendek sedangkan keperluan rakyat terbanyak masih lagi diperlukan?
Paya Jaras. Sikit.
Minta laluan.
Saya ingin tahu juga fakta jelas antara tempoh 5 tahun kebelakangan ini, berapakah jumlah rumah kos rendah dan mampu milik PKNS yang PKNS sendiri bina untuk golongan berpendapatan rendah. Bukan sekadar JV dengan pemaju. Dalam tempoh yang sama berapa banyakkah Bandar Baru yang dirancang dan dibangunkan oleh PKNS sebagaimana kejayaan PKNS membangunkan Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan lain-lain lagi.
Paya Jaras, Kota Damasara, Kota Damansara. Sahabat-sahabat.
Apakah ratio PKNS dan YAB Menteri Besar untuk PKNS sebagai landasan asal atau adakah mereka rela membiarkan PKNS hanyut sebagai entiti perniagaan yang tidak berjiwa rakyat? Mintak maaf masa terhad.
Jiran-jiran Paya Jaras Paya
Jaras. Jiran-jiran, nanti kadang- kadang kita minum kat tengah- tengah.
Tuan Speaker, saya pernah membangkitkan dalam Dewan ini mengenai nasib penyewa SACC Mall yang terpaksa menanggung ratusan ribu kerugian akibat kelemahan pengurusan PKNS khususnya PKNS Real Estate yang menuntut akses kepada SACC Mall lebih setahun disebabkan pembinaan Aneka Walk yang sudah pun lewat daripada tempoh lebih daripada setahun. Saya dimaklumkan sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh PKNS mahupun PREC untuk menimbangkan rayuan penyewa. Dua memorandum rayuan telah dihantar kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetapi sehingga kini masih tiada lagi sebarang keputusan. Dimaklumkan bahawa wakil-wakil penyelia berapa kali hadir ke pejabat untuk mengadakan pertemuan, akhirnya dimaklumkan bahawa Setiausaha Politik akan membincangkannya. Namun, sehingga kini masih belum ada perkembangan perkara ini. Saya ingin juga bertanya kepada PKNS, adakah benar SACC Mall yang baru sahaja dibina akan dirobohkan? Jika benar berapa kosnya? Dan adakah ini telah diteliti dengan secara terperinci oleh pihak PKNS? Saya juga telah membangkitkan isu pengurangan sewa sebanyak 80 peratus disebabkan kelewatan PKNS menyiapkan Aneka Walk yang mana sepatutnya siap pada Tahun 2024 tunda kepada Mac 2025, tunda Ogos 2025 tunda September 2025 sehingga kini masih belum siap dan penyewa dan pengunjung SACC Mall yang sengsara.
Tuan Speaker, dalam tempoh yang terhad ini saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang perlu saya huraikan, jelaskan berkaitan dengan isu semasa iaitu tempatan. Banyak bahan tapi masa terhad. Saya nak bangkitkan tentang isu kawasan Paya Jaras. Setelah lebih setahun, pertama, setelah lebih setahun penggantian paip oleh Air Selangor di Jalan Rahidin 1.
Ringkaskan ke perenggan terakhir.
Saya ringkaskan. Masih belum selesai dan menimbulkan masalah kepada penduduk kerana jalan rosak. Begitu juga Jalan Kepong FT54 yang masih belum selesai dan tidak mengikut jalur asal. Yang kedua isu kuari yang masih belum selesai, akibat daripada kuari ini timbullah isu lori lebih muatan, pencemaran habuk, pasir dan yang paling kritikal ialah keselamatan pengguna jalan raya di sekitar Matang Pagar, Bukit Rahman Putra dan jalan sekitarnya. Sikit saja lagi Speaker. Yang ketiga naik taraf simpang Merbau Sempak dan simpang Masjid Huda Paya Jaras yang masih tidak ada perkembangan walaupun telah diumumkan kelulusan peruntukan pada
2025. Yang keempat, tempoh pajakan 99 tahun yang hampir tamat di kawasan Kubu Gajah Merbau Sempak Paya Jaras dan juga seluruh negeri Selangor penduduk hartanah terpaksa membayar hampir RM1 juta untuk pembaharuan pajakan. Dan yang terakhir, isu kutipan sampah oleh KDEB perlu diselesaikan segera oleh pihak Kerajaan Negeri. Terdapat laporan bahawa KDEB Waste Management sendiri bahawa syarikat ini telah menerima puluhan ribu aduan berkaitan kutipan dan pembersihan. Misalnya, pada tahun 202.. terdapat 36,000 aduan yang dicatitkan melalui aplikasi i-clean Selangor. Dan yang terbaru Jun 2026, lebih 20,000 saman JPJ dikenakan kepada lori KDEB. Saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian dan sebagai penutupnya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi seperti JKR, JPS, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, PAID Petaling, Gombak, Kuala Selangor, MBSA, MPS, MPKS, TNB, Air Selangor, Polis dan Bomba yang berusaha menyelesaikan masalah isu rakyat yang diadukan kepada mereka. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker memberi ruang kepada saya dan terus sebagai tanggungjawab kita, kita akan menyalurkan dengan tiga prinsip, Tuan Speaker. Akhir sekali, kami percaya kepada tiga prinsip, kerajaan prihatin bukan boros, menyalurkan bantuan dengan strategi bukan populis, pentadbiran berhemat bukan bermegah, menjaga reserve negeri sebagai benteng masa depan, pembangunan seimbang bukan terpilih, memastikan luar bandar dan pinggir bandar mendapat perhatian setara. Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Seri Kembangan, 15 minit.
Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Selangor atas prestasi kewangan yang sangat memberangsangkan dalam tempoh setahun sahaja kedudukan kewangan negeri berjaya dipertingkatkan sebanyak RM76.23 juta ringgit dan menjadikan reserve Kumpulan Wang Disatukan negeri ini mencecah 4 billion 838 juta ringgit. Ini merupakan asas kukuh yang memastikan Selangor terus kekal sebagai negeri peneraju dalam aspek ekonomi, sosial, teknologi, pendidikan dan budaya. Kecekapan pentadbiran negeri dalam pengurusan fiskal juga memberi keyakinan kepada rakyat terhadap pembentangan sebuah belanjawan defisit memandangkan jurang tersebut mampu dibiayai sepenuhnya melalui baki akaun hasil disatukan. Saya masih ingat bagaimana Yang Berhormat Hulu Kelang sering mencadangkan supaya rizab negeri dibelanjakan habis seperti mana yang berlaku ketika beliau menjadi Menteri Besar antara Tahun 2015 sehingga Tahun 2018. Namun, saya ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar kerana menunjukkan teladan pengurusan kewangan yang berdisiplin. Kita melunaskan liabiliti hutang Kerajaan Negeri terlebih dahulu dan hanya mengemukakan
belanjawan defisit setelah memastikan kemampuan kerajaan untuk menampungnya. Kerajaan Selangor sentiasa bersifat proaktif dan dengan izin one step ahead, berbanding negeri-negeri lain. Saya amat menantikan Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapan belanjawan pada jumaat yang lalu.
Menurut Ketua Perangkawan, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, sektor perkhidmatan kekal menjadi teras utama pertubuhan dengan sub sektor makanan dan minuman, kesenian dan hiburan serta maklumat dan komunikasi, merekodkan kadar penubuhan tertinggi. Menurut penyelidikan terkini, UNCTAD, yang merangkumi lebih daripada 55 negara, ekonomi kreatif kini menyumbang lebih daripada 6%, daripada jumlah nilai tambahan global, dengan izin, global growth value added. Eksport perkhidmatan kreatif mencapai rekod 1.5 trilion USD, pada tahun 2023, mewakili 19% daripada eksport perkhidmatan global. Walaupun terdapat ketidak tentuan global, sektor ini terus menunjukkan penubuhan yang ketara dan nilai ekonomi yang strategik. Hampir 70% eksport barangan dan perkhidmatan kreatif berasal daripada hanya 10 negara. Menyebabkan banyak negara membangun seperti Malaysia, kurang diwakili walaupun memiliki budaya yang kaya, dan potensi kreatif yang besar. Ketidak seimbangan ini, bukan sahaja mengehadkan peluang ekonomi, malah menyekat kepelbagaian ekspresi dan perspektif budaya yang dipertukarkan di peringkat global.
Selain itu, kekangan data, turut menimbulkan cabaran. Terutamanya berkaitan perkhidmatan kreatif digital. Saya berasa bangga kerana kerajaan Selangor bertindak pantas dan cekap untuk menyediakan pelan tindakan ekonomi kreatif. Dan memperuntukkan RM1 juta, sebagai permulaan untuk membangunkan ekonomi ini. Tetapi saya rasa peruntukan ini, boleh ditambah lagi selepas pelan tindakan disediakan, kerana RM1 juta, jauh tidak cukup, untuk menjalankan pelbagai rancangan dan program bagi mencungkil bakat di kalangan rakyat. Semasa kita bincang tentang ekonomi kreatif, saya berharap, pelan tindakan ini tidak sahaja memberi tumpuan kepada e-sport semata-mata. Produk kreatif budaya merupakan produk yang sangat popular. Dan penting, terutamanya di kalangan bidang pelancongan. Sebagai contoh, satu syarikat mainan British, yang bernama Jellycat, mencatat pendapatan melebihi RM1.8 bilion, pada tahun 2024 sahaja melalui soft toy, dengan izin yang kreatif. Satu lagi industri kreatif yang menjanakan, iaitu, Blind Box, yang menjanakan pendapatan yang luar biasa. Fenomena Blind Box, mencipta gelombang global. Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin tau tentang, Labubu. Tapi selepas Labubu ada Cry Baby, Molly dan sekarang, we are, Twinkle-twinkle.
Kepopularan, Blind Box, mencerminkan satu trend baru dunia ini, tentang corak perbelanjaan, untuk pengetahuan semua, pendapatan yang dijanakan oleh Blind Box, pada tahun lepas adalah sebanyak RM9.8 bilion, di seluruh dunia. Apakah keistimewaan Blind
Box? Mungkin kita boleh cuba rasanya dengan membuka salah satu Twinkle-twinkle di Dewan ini. Jadi, Blind Box, biasanya ada 6, yang boleh lihat, dan satu secret. Saya baru beli sahaja. Saya tak pasti yang dalam ini, macam mana.
Masa itu emas, Yang Berhormat. Fokus pada ucapan.
Cukup, cukup, sepatutnya cukup. So, kalau buka, dia akan, yang ini bukan, di dalam ini.
Yang Berhormat, ini adalah perbahasan, perbahasan, jadi fokus kepada teks perbahasan.
Jadi yang ini adalah satu soft toy, satu Blind Box, yang bernilai RM60.00 sebenarnya. RM60.00 lebih. Dan demi mempromosikan pelancongan tempatan, Seri Kembangan telah melancarkan, Blink-blink sebagai maskot Seri Kembangan pada awal tahun ini. Ini adalah Blink-blink. (Tunjuk contoh patung soft toy Blink-blink). Jadi, pelbagai program, seperti karnival seperti Blink-blink, telah diadakan. Produk kreatif budaya, seperti patung, rantai kunci, produk kraf tangan dan sebagainya telah dihasilkan menggunakan IP Blink-blink. Dan saya amat mengharapkan di bawah pelan tindakan ekonomi kreatif ini dapat membantu untuk mengembangkan produk kreatif berdaya dan menjadikan IP tempatan, seperti Blink-blink, berkembang pesat. Seterusnya menyemarakkan sektor pelancongan tempatan juga. Kalau produk ini, RM60.00 lebih, ramai yang kejar, ramai nak dapatkan, saya rasa, Blink-blink, tak sepatutnya lebih murah daripada Twinkle-twinkle yang kecil ini. Nanti la.. Nanti la, Taman Medan, tolong minta, Black Pink yang pakailah.
Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk meneruskan reformasi pihak berkuasa tempatan menerusi penyeragaman permohonan permit dan lesen berisiko rendah. Menurut belanjawan Selangor 2026, fasa pertama bagi Speed Selangor rakyat, akan memberi fokus kepada dua perkhidmatan utama iaitu permit ubahsuai kediaman dan lesen penjaja. Saya mengalu-alukan pengumuman ini, tetapi saya ingin mencadangkan juga, untuk memasuki permit ubahsuai kedai dan kilang atas tanah persendirian dalam fasa pertama. Kerana peniaga-peniaga dan pengilang-pengilang lagi memerlukan kecekapan daripada pihak berkuasa tempatan untuk mempercepatkan permohonan ubahsuai kedai atau kilang mereka untuk memulakan operasi secepat mungkin.
Saya memberi, satu contoh di dalam kawasan saya, sebuah kilang kasut yang sedia ada memohon untuk membina stor tambahan di dalam kawasan tanah mereka sendiri. Permohonan ini diluluskan pada tahun 2023. Tapi terlalu syarat-syarat dan permintaan daripada pihak asing-asing. Muncul semasa mereka membangunkan stor tersebut. Dan menyebabkan stor mereka masih tidak dapat CCC lagi sehingga bulan Oktober yang lalu. Pada hal kita ada OAC, yang sepatutnya menyelaraskan semua pihak dari peringkat awal meluluskan KM. Sepatutnya isu sebegini, tidak berlaku.
Selain daripada itu, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, selain daripada kecekapan proses permohonan dan kecergasan para kakitangan kerajaan, saya berpendapat bahawa infrastruktur yang cukup juga sangat penting. Seri Kembangan merupakan bandar yang paling hujung, bagi MBSJ dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. Sekiranya penduduk Seri Kembangan ingin pergi ke MBSJ atau Pejabat Daerah, mereka perlu memandu lebih 30 minit ke MBSJ dan hampir sejam ke pejabat daerah. Itu pun jika trafik dalam keadaan baik. Walaupun, kita sedang, sekarang sedang menuju ke hala tuju Smart Selangor, ramai penduduk masih perlu menghadiri diri ke PBT dan PDT untuk menguruskan urusan berkenaan dengan cukai dan tanah. Di dalam kawasan Seri Kembangan terdapat satu projek terbengkalai yang besar, yang melebihi, yang lebih kepada sekurang-kurangnya 20 tahun di Lot 65383 dan Lot 42094, iaitu di tengah-tengah pekan Seri Kembangan dan Bukit Serdang. Saya dimaklumkan bahawa projek terbengkalai ini telah pun dipindah milik kepada Windsor Serdang Sdn Bhd, pada 16 Januari 2025. Tetapi selepas hampir setahun, tapak tersebut masih dalam keadaan terbengkalai. Saya mengesyorkan kepada kerajaan Selangor untuk mempertimbangkan, menyelamatkan projek ini, supaya menjadikan pembangunan tersebut bangunan kerajaan dan memudahkan penduduk-penduduk Seri Kembangan dan sekitarnya.
Saya ingin membangkitkan isu penyediaan infrastruktur yang mencukupi di Seri kembangan selain daripada bangunan PBT dan PDT. Dengan kerjasama Ahli Parlimen, MBSJ, PAM dan ADN, Seri Kembangan telah mendapat peruntukan daripada KPKT sebanyak RM12 juta, untuk membina pasar awam yang baru di tapak pasar lama. Dan projek pembangunan akan dimulakan pada tahun depan, selepas proses tender diselesaikan pada akhir tahun ini. Walau bagaimanapun kita boleh meramalkan bahawa pasar baru yang bernilai RM12 juta ini, akan menghadapi masalah parking. Kerana kekurangan tempat parking di sekeliling pasar awam ini. Satu-satunya tanah kerajaan yang terdekat dengan pasar baru ini adalah Dewan Serba guna MBSJ, Seri Kembangan dan telah uzur dan fasiliti nya tidak mencukupi untuk kegunaan harian. Apatah menjalankan program atau aktiviti komuniti.
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan Selangor untuk membina semula dewan serba
guna ini, bagi menjadikannya satu dewan moden yang lengkap dengan back drop LED, aircond, dengan izin, lantai yang sesuai dengan sukan, seperti badminton dan pickle ball. Bertenaga hijau seperti solar, sistem solar dan sistem penuaian air hujan, serta parking bertingkat yang membekal lebih daripada 600 tempat parkir. Projek pembangunan yang, projek pembangunan semula dewan serba guna ini, seharusnya dijalankan serentak dengan pembangunan pasar awam, supaya kedua-dua projek dapat diselesaikan pada masa yang sama. Kalau pembangunan dewan hanya dimulakan selepas pasar awam dibina siap, siap bina, pelanggan pasar akan menghadapi masalah parking sekurang-kurangnya dua tahun. Dan ini akan menjejaskan perniagaan dan prestasi pasar awam baru.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya membangkitkan isu penaiktarafan jalan besar Seri Kembangan berkali-kali di Dewan yang mulia in, tetapi isu ini tidak dapat apa-apa perkembangan terkini disebabkan kekurangan dana daripada Kerajaan Persekutuan. Saya memohon perhatian daripada kerajaan Selangor untuk meletakkan projek naik taraf ini sebagai satu priority Kerajaan Negeri supaya isu yang tertangguh-tangguh bertahun-tahun ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Jika terdapatnya projek lain, yang memang lebih penting daripada jalan besar Seri Kembangan, saya mohon kerjasama dan kelulusan daripada JKR, untuk membenarkan dana dari sektor swasta, supaya projek penaik tarafan dapat dijalankan dengan seawal mungkin. Kampung Baru Seri Kembangan, merupakan kampung baru terbesar di Malaysia. Dukacitanya kampung baru ini tidak mempunyai satu jalan masuk yang sama taraf dengan statusnya. Jalan besar Seri Kembangan tidak dinaik taraf. Itulah gambaran pertama yang dilihat oleh orang ramai, semasa mereka memasuki ke kawasan Seri Kembangan. Selain daripada itu, terdapat juga jalan keluar masuk ke Seri Kembangan melalui Lebuh raya Bukit Jalil. Tetapi, jalan tersebut merupakan satu jalan kecil dua hala sahaja. Jalan keluar masuk bagi seluruh Seri Kembangan adalah tidak cukup. Sedangkan semakin projek pembangunan sedang dibangunkan. Projek perumahan sedang dibangunkan di kawasan Seri Kembangan. Saya memohon perhatian Dewan yang mulia ini, untuk membuat sesuatu rancangan keseluruhan, dengan izin, master plan, bagi seluruh kawasan Seri Kembangan, untuk menyelesaikan isu kesesakan jalan yang semakin teruk di kawasan kita.
Dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat, saya tertarik perhatian tentang program SPARK, di mana kerajaan Selangor komited untuk mereka yang menjalankan tempoh amali, dengan izin, internship bersama agensi Kerajaan Negeri, anak syarikat atau pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri serta Ahli Dewan Negeri. Dibayar elaun sebanyak RM1,500.00, sebulan. Program ini jelasnya akan meningkatkan minat para graduan menjadi intern di bawah kerajaan dan ini juga akan memberi peluang kepada para orang baru ini. Untuk memahami situasi realiti negeri Selangor. Dengan lebih ramai anak muda memahami
apakah fungsi dan tanggungjawab satu kerajaan terhadap masyarakat. Adalah pastinya masyarakat kita dapat memaju ke depan dengan lebih proaktif dan progresif. Saya berharap, proses permohonan SPARK ini dapat dipermudahkan dan diberi kuota yang secukupnya kepada Ahli-ahli Dewan Negeri untuk mengambil intern yang secukupnya. Secara keseluruhannya, saya..
Yang Berhormat panjang lagi? Peringatan terakhir.
Last, penutupan. Secara keseluruhannya, saya berpendapat, bahawa belanjawan Selangor 2026, adalah satu belanjawan yang mantap, realistik, proaktif dan progresif. Dengan itu, tiada alasan saya tidak menyokong dengan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Taman Medan. 15 minit juga.
Terima Kasih Tuan Yang Dipertua Speaker kerana memberi peluang kepada saya turut serta dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2026. Hari ini saya berdiri di sini sebagai Ahli Dewan yang bukan sekadar ingin mengulangi kelaziman, kita berdiri untuk berbahas tetapi pastinya saya ingin membawa suara rakyat Selangor yang semakin terhimpit, rakyat Selangor yang semakin sesak dalam negeri yang semakin kaya, rakyat yang menjerit dalam negeri yang semakin menawan angkanya. Hari ini saya berdiri membawa satu kebenaran, Selangor ialah negeri yang kaya, tetapi semakin miskin dari segi keberanian moral kita untuk membela maruah rakyat. Dan saya memilih ini untuk menyatakan dengan jelas dan lantang kerana pembentangan Belanjawan tahun ini bukan sekadar cacat, bukan sekadar tempang tetapi penuh dengan jurang nilai antara apa yang Kerajaan Negeri sebut dan apa yang rakyat sedang lalui. Belanjawan ini ibarat puisi panjang, penuh metafora tetapi kosong tindakan dan seperti yang ramai rakyat sebut di luar sana sejak hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Menteri Besar hari ini suka sangat petik kata-kata tokoh tetapi izinkan saya balas dengan kata-kata yang mereka sampaikan kepada saya. Orang Selangor tak perlukan puisi, kami perlukan polisi, Belanjawan ini penuh kata-kata, tetapi kurang bekerja. Saya ingin memulakan ucapan saya ini dengan mengupas ironi terbesar dalam ucapan Menteri Besar apabila beliau menyebut bahawa ini adalah Belanjawan, tekad Belanjawan yang lahir daripada visi besar dan semangat Selangor Juara, tetapi Tuan Yang Dipertua hakikatnya ini bukan Belanjawan tekad, ini Belanjawan terkedek-kedek. Ini bukan Selangor Juara ini Selangor sengsara. Slogan-slogan itu apabila diuji dengan realiti hidup rakyat, jatuh berguguran ibarat daun-daun kering Yang Berhormat.
Saya pun nak bersajak juga. Tuan Yang Dipertua, isu asas yang paling menggerunkan kita di negeri Selangor adalah isu kemiskinan bandar. Kita diberitahu bahawa kadar kemiskinan Selangor adalah rendah, negeri yang kononnya paling cemerlang, negeri yang kononnya berjaya mengatasi isu kemiskinan tetapi angka itu hanya benar di atas kertas, di lapangan ianya satu dusta teknokratik. Menurut Proverty Indeks Malaysia 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar kemiskinan realitif negara ialah 16.7%. Ini bermaksud hampir 1 daripada 6 keluarga di Malaysia hidup di bawah paras kehidupan wajar termasuk kita di negeri Selangor. Mereka tidak miskin mengikut definisi Kerajaan tetapi miskin mengikut realiti hidup dan sini saya ingin menyebut, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memetik ucapan-ucapan daripada Ahmad Kiasin, Joseph Schumpeter, Amberter Echo, Friedrich Hayek tetapi beliau tidak sekali pun memetik satu pun dapatan angka lapangan oleh ahli akademik dan penyelidik-penyelidik daripada Univerisiti Sains Malaysia, daripada UKM Serdang daripada UNESCO atau Yayasan Hasanah yang menunjukkan rakyat Selangor sedang merintih, senggara, merana dan mengharapkan kebijakan baru untuk survive di negeri yang cukup mencabar ini. Menteri Besar memetik Amberter Eco dengan berkata ‘we are what we read’, tetapi izinkan saya untuk menambah, jika kita hanya membaca figsof dunia atau lirik lagu, maka kita akan menjadi pemimpin dunia fantasi bukan pemimpin realiti rakyat. Laporan USM 2022 menunjukkan majoriti keluarga B40 di Petaling Jaya tinggal dalam unit rumah 600 kaki persegi dengan 5 hingga 8 ahli keluarga. Mereka kehabisan ruang tidur, ada anak-anak atas tikar nipis, ibu bapa tidur diruang tamu, ada keluarga hanya makan 2 kali sehari. Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia pula menunjukkan bahawa di PPR Lembah Subang terdapat fenomena yang dipanggil pendapatan celup, pendapatan yang hadir dan hilang bergantung pada hari, cuaca dan nasib. Bukan pendapatan tetap, bukan pendapatan bermaruah tetapi Belanjawan Selangor tahun ini, tidak pun menyentuh tentang isu pendapatan celup. Ia hanya menyentuh slogan celup dan apabila Menteri Besar berkata Belanjawan ini lahir daripada tekad, saya hanya mampu menjawab, Dato’ Menteri Besar rakyat memang perlukan tekad bukan pada ucapan tetapi pada tindakan dan juga keputusan.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, data daripada PropertyGuru 2024 menunjukkan kenaikan sewa kediaman di Petaling Jaya sebanyak 17.2%. Sewa bilik boleh mencecah sehingga RM700. Apartment sederhana kos sederhana pula dari RM1600 ke RM2000. Bagaimana keluarga dengan pendapatan RM3000 dan RM4000 meletakan tidak miskin. Bank Negara Malaysia dalam Living Wage Report menegaskan bahawa keluarga bandar memerlukan sekurang-kurangnya RM6500 sebulan untuk hidup bermaruah tinggal di bandaraya seperti di Petaling Jaya. Tetapi apa garis kemiskinan di negeri Selangor. Garis kemiskinan adalah RM2800 ke RM3000. Tuan Yang Dipertua ini bukan sekadar ketidak selarasan dasar, ini penipuan sistem dan apabila Menteri Besar berkata dalam ucapannya, kita tekad menjadikan Selangor juara, izinkan saya jawab, sewanya pun sudah juara Dato’
Menteri Besar, juara mahal, sewa rumah juara naik, sewa kedai juara cekik. SME Corp telah menunjukkan lebih 23% peniaga kecil dibandar terpaksa menutup kedai antara tahun 2022 -2024 akibat kenaikan sewa komersial. Peniaga bukan gagal Yang Dipertua, yang gagal adalah sistem. Tuan Yang Dipertua, dalam bab perjuangan rakyat bandar, saya ingin membawa satu nama yang kini bergema di seluruh dunia, Zohran Mamdani, seorang legislator muda dari Queens, New York yang telah dipilih baru-baru ini sebagai Datuk Bandar New York. Susuk yang telah menjadi simbol penentangan terhadap politik hartanah yang rakus, susuk yang tidak gentar melawan gergasi pemaju walaupun ia mengundang tentangan politik dan korporat. Mengapa saya sebut Zohran, kerana apa yang berlaku di Queens hari ini, seiras dengan apa yang berlaku di negeri Selangor. Di Queens keluarga kelas pekerja diusir oleh gentrifikasi. Di Selangor, keluarga di PJ Old Town, Kampung Lindungan dan Lembah Subang sedang menghadapi nasib serupa. Di Queens penjaja kecil dihalau untuk memberi laluan kepada pembangunan komersial. Di Selangor penjaja sudah 30 tahun berniaga dipindahkan atas alasan land use restructuring. Di Queens pekerja bandar terpaksa mengambil 2 pekerjaan untuk membayar sewa. Di Selangor pekerja bandar terpaksa berniaga sampingan, di Grab, Food Panda dan Tik Tok Live untuk menampung kekurangan pendapatan.
Dan Tuan Yang Dipertua, Zohran tidak menentang pembangunan, beliau menentang pembangunan yang membunuh kehidupan. Itu bezanya dan itulah ironi yang saya lihat dapat Selangor hari ini. Pembangunan di laungkan tetapi kehidupan dikorbankan. Menteri Besar dalam ucapannya memetik kiasan Eco, memetik Hayek namum beliau tidak memetik reality, tidak memetik suara rakyat, tidak memetik dapatan lapangan. Kalau benar kita adalah am kita baca tidak hairanlah Belanjawan Selangor 2026 hanya banyak membaca falsafah sebab ia jelas tidak membaca penderitaan rakyat negeri Selangor. Gerakan Zohran ini bukan kecil ia adalah symbol, ia adalah amaran, ia adalah cermin yang memberitahu kita bahawa bandar besar diseluruh dunia sedang jatuh ke dalam perangkap yang sama, pembangunan menindas kehidupan dan apabila rakyat melawan, jangan nanti kita terkejut. Itulah yang sedang berlaku di Queens, itulah yang berlaku di Kuala Lumpur dan itulah kini yang sedang berlaku di negeri Selangor. Maka jangan hairan Ahli-Ahli Dewan sekalian jika suara rakyat di Selangor mulai menyebut perkara yang sama seperti di Amerika iaitu right to live, right to work, right to stay. Hak untuk hidup, hak untuk bekerja hak untuk tidak dihalau oleh kumpulan pemodal. Dan saya ingin menegaskan di dalam Dewan yang mulia ini Selangor tidak memerlukan lebih banyak slogan tapi Selangor memerlukan keberanian, kebebasan untuk mengatakan modal ekonomi bandar kita gagal, keberanian untuk mengakui bahawa rakyat sedang dihimpit oleh struktur yang kita sendiri hasilkan, keberanian untuk menentang sistem yang mengutamakan keuntungan melebihi daripada kehidupan. Jangan kita hanya berani di depan video tik tok untuk merobohkan gerai peniaga kecil tetapi tiada keberanian untuk memberi moratorium lesen dan sewa secara percuma
kepada peniaga-peniaga kecil di saat gerai-gerai majlis bandar raya kosong tidak berpenghuni sudah bertahun-tahun. Kita wajib berani untuk mengubah ini semua. Itulah inti pati semangat Zohran Mamdani dan itulah semangat yang Selangor perlukan. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, izinkan saya untuk membawa satu kisah yang ingin saya kongsikan dan sampaikan
Yang Berhormat mengikut Peraturan Tetap jawatan ini ialah jawatan Speaker nama dia Speaker bukan Yang Dipertua, jadi jangan guna skrip Dewan rakyat di sini kalau di Dewan rakyat Tuan Yang Di Pertua. Jadi kita balik ke Selangor. Teruskan
Terima kasih tambah 5 minit Speaker saya. Tuan Speaker saya ingin berkongsi apa yang disampaikan oleh seorang ibu muda di PPR Lembah Subang, dia bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM1800, suaminya bekerja sebagai rider Food Panda dengan pendapatan tidak tetap kadang-kadang RM70 sehari, kadang-kadang RM40 kadang-kadang kosong. Sewa rumah mereka mencecah RM650 sebulan, bil elektrik RM120, bil air RM30, sekolah anak RM100-RM200. Ketika saya bertanya apa yang paling menyusahkan pada beliau, beliau tidak bercakap tentang kiasan, beliau tidak becakap tentang Hayek, dia berkata yang paling susah ialah bila anak saya tanya, “mak boleh tak kita makan ayam minggu ini?” Ini yang menjadi persoalan rakyat di bawah, sebab itu saya nak beri Dato’ Menteri Besar, rakyat dia tak makan tekad, rakyat dia makan nasi dan kehidupan mereka semakin mahal Yang Berhormat, sebab itu kami di pihak pembangkang ini bukan sekadar hadir untuk membantah, kita hadir untuk mengimbangi, mengkritik dan menawarkan alternatif dasar yang lebih baik, lebih berani dan lebih berpihak kepada rakyat negeri Selangor. Dan izinkan saya nyatakan dengan jelas untuk saya kemukakan satu set cadangan dasar menyeluruh yang saya yakin jauh lebih realistic, jauh lebih berkesan dan jauh lebih berpaksikan rakyat berbanding Belanjawan yang dibentangkan pada hari Jumaat lepas. Pertama sekali, kita mesti memperbetulkan ukuran kemiskinan kita. PGK RM2800 ke RM3000 itu bukan hanya garis kemiskinan itu garis khayalan. Saya cadangkan garis kemiskinan Selangor di semak semula berdasarkan kos sara hidup sebenar kawasan bandar iaitu RM 6500 mengikut rujukan Bank Negara. Kita perlu wujudkan Selangor Urban Heardship Indeks, satu indeks yang memasukkan tentang kiraan sewa rumah, akses makanan, kos pendidikan kos pengangkutan, tekanan mental dan kos penjagaan anak. Selain itu Data Kemiskinan Bersepadu Selangor perlu menggabungkan data-data ini daripada LHDN, KWSP, PERKESO, PBT, E-Kasih platform ekonomi gig, kerana ini adalah asas, ini adalah minimum untuk kita jadi satu standard negeri maju. Kita tidak mungkin menghapuskan kemiskinan jika kita sendiri pun tidak tahu siapa yang miskin.
Tuan Yang Di.., Tuan Speaker, antara punca paling kuat tentang kemiskinan bandar adalah sewa rumah yang tidak terkawal, maka ini Taman Medan mencadangkan agar dibuat satu Policy Rent Stabilization Selangor iaitu had kenaikan sewa tahunan di kawasan bertekanan tinggi seperti Petaling Jaya, Subang, Shah Alam, USJ dan juga Ampang. Selain itu diwujudkan Selangor Affordable Rent Zone iaitu 30% unit rumah baru diwajibkan kalau kategorikan rumah sewa bukan sekadar mampu beli di kawasan-kawasan itu. Dan diwujudkan juga 18 ke 30 untuk anak muda yang baru bekerja dengan sewa RM300-RM500 sebulan. Mengapa perlu, kerana seperti Zohran Mamdani katakan krisis sewa bukan kegagalan individu tetapi ianya adalah kegagalan struktur. Dan struktur itu yang perlu kita rombak. Untuk kawasan-kawasan komersial bagi peniaga-peniaga kecil saya mencadangkan dasar-dasar berikut kepada Kerajaan Negeri iaitu Commercial Rent Cap, had kenaikan sewa komersial untuk lot kecil dan juga lot komuniti. Janganlah kita berbangga menjadi negeri paling maju, negeri paling kaya, tetapi sewa kita adalah yang juga paling tinggi di seluruh negara. Zon penjaja dilindungi diwujudkan agar kawasan-kawasan perniagaan ini tidak lagi boleh disentuh oleh pemaju-pemaju.
Ruang niaga komuniti Selangor yang mana lot gerai mampu sewa di kawasan padat bandar diwujudkan untuk peniaga-peniaga. Dan kerana kita harus tahu bahawa ekonomi negeri Selangor tidak dibina oleh mall-mall besar atau hyper mall. Tetapi ekonomi Selangor dibina oleh penjaja daripada pasar pagi, peniaga kecil yang bangun pukul 4.00 pagi untuk pergi berniaga. Yang Berhormat Speaker, saya ingin beralih kepada kelemahan Belanjawan yang paling ketara, yang paling parah dan yang paling mengejutkan iaitu tentang peruntukan alam sekitar. Dalam Belanjawan RM3.23 bilion Kerajaan Negeri, Menteri Besar hanya memperuntukkan RM1.35 juta untuk program berkaitan kelestarian, biodiversiti, ekonomi kitaran dan karbon. RM1.35 juta daripada RM3.23 bilion itu bukannya 4%.
Panjang lagi Yang Berhormat?
Ada lagi 5 minit sahaja Yang Berhormat.
Yang Berhormat, kita cuba ringkaskan dalam seminit boleh?
Bukannya 0.4%. Baik-baik. Tetapi 0.04%, sebab itu saya nak minta pada Menteri Besar, jika kita serius untuk mengatasi masalah ancaman iklim ini, maka dinaikkan peruntukan kepada 1% daripada jumlah peruntukan yang ada bagi isu alam sekitar di negeri Selangor ini. Selain daripada itu, saya juga ingin
membawa perhatian tentang Projek SMG untuk yang mana pemulihan Sungai Klang daripada kelas 5 ke kelas 3. Saya berbangga, saya telah lihat sendiri kejayaan projek ini. Tetapi kenapa daripada 3,400 unit rumah hanya 970 rumah mampu milik. Baki lebih adalah 2,400 unit rumah adalah untuk pasaran bebas dan juga bernilai tinggi. Adakah sungai ini dipulihkan untuk rakyat atau dipulihkan untuk pemaju? Adakah Program SMG ini program pemulihan atau program penyediaan tapak hartanah mewah? Ini bukan sungai untuk rakyat, ini sungai untuk yang dijual.
Baik Yang Berhormat.
Sebab itu saya minta supaya Kerajaan Negeri mengkaji semula tentang pembangunan semula Sungai Klang ini agar ia nya benar-benar dapat sampai kepada rakyat. Last Yang Berhormat Speaker, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri, untuk mempertimbangkan tentang melaksanakan All Health Policy didalam semua program-program yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Tidak guna kita mempunyai negeri yang kaya tetapi rakyatnya tidak sihat, dan kesihatan itu adalah benda yang sangat penting untuk kita lakukan bagi menjamin kelestarian penduduk yang tinggal di negeri Selangor. Atas dasar itu, ada beberapa langkah yang ingin saya cadangkan dalam All Health Policy Selangor ini iaitu dalam projek perumahan, pembangunan komersial, projek industri dan penilaian tanah agar diambil kita faktor-faktor ini supaya kita dapat wujudkan pembangunan yang lestari di negeri Selangor. In sha Allah. Health menurut WHO. Healthy cities...
Dah Yang Berhormat.
Last.
Dah panjang, tak ada.
Landing-landing.
Cukuplah itu Yang Berhormat.
Healthy cities do not happen by accident.
Isu kesihatan telah pun dibangkitkan.
tetapi di Selangor, bandar sihat berlaku secara kebetulan. No plan, no action, talk only. Saya harap benda ini akan berubah. Dengan itu Yang Berhormat saya tamatkan ucapan saya pada petang ini.
Baiklah Yang Berhormat, terima kasih. Seterusnya saya menjemput, Yang Berhormat Kajang. Silakan. 15 minit ya.
Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Kajang ingin mengucapkan terima kasih kepada Speaker atas peluang diberikan kepada Kajang untuk membahas Belanjawan Negeri Selangor bagi Tahun 2026. Kajang ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah menyediakan Belanjawan yang cukup komprehensif dan menyeluruh bagi kebaikan rakyat negeri Selangor. Berdasarkan Belanjawan dibentangkan. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3.23 bilion melalui tema “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera”.
Sebelum Kajang memulakan perbahasan, Kajang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Negeri Selangor. Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam ucapannya di Majlis Perasmian Kejohanan Futsal MAKSAK Games 2025, Dato SS yang juga Yang Dipertua MAKSAK Selangor menekankan zaman penjawat awam menunggu arahan dari atasan telah berlalu. Rakyat sentiasa menunggu pegawai yang proaktif untuk menyelesaikan masalah mereka. Jiwai budaya kerja yang seronok dan sentiasa bersedia turun padang menyelesaikan masalah.Tahniah dan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Selangor atas pesanan yang ikhlas dan berwawasan itu. Tuan Speaker, Kajang ingin memulakan perbahasan ini dengan menekankan isu pembinaan struktur iklan komersial tanpa kebenaran di rizab jalan dan lebuh raya persekutuan atas tanah kerajaan yang sehingga kini masih belum diselesaikan sepenuhnya. Perkara ini telah pun Kajang bangkitkan dalam 2 sidang DUN yang lalu berturut-turut.
Kajang ingin menegaskan bahawa di bawah Kanun Tanah Negara, Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta Jalan Parit dan Bangunan dan Akta Kerajaan Tempatan, semua pembinaan struktur termasuk struktur iklan komersial, wajib mendapatkan Lesen Menduduki Sementara dari Pentadbir Tanah. Kajang juga mencadangkan supaya satu penjelasan rasmi diadakan antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian Kerja Raya bagi memperjelas sempadan bidang kuasa demi menggelakkan pertindihan dan memastikan semua pihak
menghormati peruntukan undang-undang sedia ada.
Kajang ingin membangkitkan mengenai isu ‘orang papa’ yang mempunyai masalah mental di daerah Hulu Langat menghadapi satu masalah dalam menyelesaikan isu ‘orang papa’ ini. Dan Kajang juga percaya bahawa isu selari dengan tekad kelima Kerajaan Negeri iaitu mewujudkan Selangor Negeri Penyayang. Apabila Kajang ingin memastikan agensi mana yang akan menguruskan isu ‘orang papa’ yang mempunyai masalah mental ini. Kajang mendapati tiada agensi yang ingin mengambil tanggungjawab dalam menguruskan ‘orang papa’ yang ada masalah mental ini di Kajang dan ini merupakan satu perkara yang menyedihkan. Di peringkat negeri, agensi manakah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan ‘orang papa’ mental ini. Kajang mohon jawapan daripada Kerajaan Negeri.
Masalah infrastructure jalan raya di Selangor, Kajang merupakan satu kawasan yang mudah menghadapi banjir kilat terutama apabila berlaku hujan yang berterusan. Antara punca kepada perkara yang adalah mengenai penyelenggaraan yang tidak dilakukan dengan sempurna. Berdasarkan Belanjawan 2026, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta bagi menaiktaraf pembentung dan perparitan tepi jalan. Perkara ini dia letak di bawah Tekad Keenam iaitu Kelestarian Alam Sekitar dan Kebitaraan Infrastruktur. Kajang ingin bertanya, siapa atau agensi mana yang bertanggungjawab dalam memastikan longkang yang di sepanjang jalan Cheras ini di selenggara mengikut tempoh dan syarat yang ditetapkan?
Kajang juga ingin membangkitkan kerja-kerja pengorekan utiliti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat utiliti seperti TNB, IWK, Telekom, Air Selangor dan semua yang berkaitan di seluruh Selangor. Kajang mendapati terdapat proses pembersihan pasca kerja pengorekan tidak dilakukan dengan baik, sisa-sisa seperti batu dan kayu dibuang sambil lewa atau ditanam dalam tanah begitu sahaja. Apa yang membuatkan Kajang marah adalah sisa batu atau tar di campur aduk dengan tanah bagi kawasan tanaman sekitar kawasan pengorekan. Kajang melihat perkara ini sebagai sikap sambil lewa oleh pihak syarikat utiliti yang berkenaan sepatutnya korekan di atas jalan dikambus semula, memulakan quaridas dengan izin atau batu atau pasir sahaja. Penggunaan tanah adalah tidak dibenarkan kerana ia menyebabkan mendapan berlaku dan jalan raya menjadi rosak. Apabila mendapan berlaku, terutama pada masa depan serta tamat tempoh tanggungan liabiliti defect liability period dengan izin di atas jalan akibat kerja-kerja pengorekan. Maka, PBT pula perlu keluarkan duit pula untuk membaiki kesan yang mendap tersebut. Duit yang PBT guna ini adalah duit rakyat. Rakyat yang terpaksa menanggung disebabkan sikap sambil lewa ini. Selain perkara itu, Kajang juga ingin membangkitkan mengenai kerja pembersihan terutama melibatkan pemotongan
rumput. Kajang mendapat laporan mengenai kerja pemotongan rumput ini tidak dijalankan dalam tempoh yang wajar. Ini bukan rumput yang panjang yang mencacatkan pemandangan seterusnya menggugat tahap keselamatan dan kesihatan di kawasan berkenaan.
Maka Kajang ingin bertanya, adakah Kerajaan Negeri mempunyai pasukan untuk memantau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh pihak syarikat di bawah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Pihak Berkuasa Tempatan. Jika tiada, Kajang ingin mencadangkan untuk mewujudkan pasukan pemantauan untuk audit kawasan-kawasan pembersihan seluruh Selangor. Kajang juga ingin mencadangkan beri akses kepada penduduk untuk mengetahui jadual pembersihan di kawasan mereka dengan meletakkan papan tanda yang isi
kandungannya adalah jadual pembersihan, syarikat bertanggungjawab dan nombor telefon pihak pemantau. Sebab kita tidak mahu apabila Yang Berhormat turun, baru kerja pembersihan dilakukan, dengan ada maklumat syarikat yang bertanggungjawab akan memudahkan orang ramai untuk membuat laporan jika berlaku kelewatan kerja-kerja pembersihan. Syarikat-syarikat ini dibayar oleh duit rakyat tetapi nampaknya mereka tidak serius dalam menjalankan tanggungjawab mereka ini. Kajang mengambil contoh yang benar-benar berlaku, di Jalan Langat 2, Taman Sri Langat, Kajang. Kajang mendapat aduan daripada orang awam mengenai parit di kawasan tersebut tidak dibersihkan. Bolehkah Kajang dapat jawapan adakah bayaran masih diberikan kepada kontraktor? Jika kontraktor kerja pembersihan tidak dilakukan oleh kontraktor.
Bagi Kajang perkara ini tidak adil dan memberi gambaran bahawa kontraktor boleh buat kerja sambil lewa, Kajang mencadangkan langkah lebih agresif kepada kontraktor, Kajang cadangkan kontraktor yang membuat kesalahan berulang-ulang lebih 2 kali diberhentikan secara serta-merta dan di senarai hitamkan. Ini bagi memberi pengajaran dan mesej kepada rakyat bahawa Kerajaan memang tegas dalam mengurus kebajikan rakyat Selangor. Penambahbaikan infrastruktur di Selangor, rakan-rakan dewan sekalian, Kajang merupakan satu kawasan padat dan antara perkara yang sukar didapati di Kajang adalah kawasan letak kenderaan. Maka, Kajang ingin mencadangkan agar Medan Belia Kajang dijadikan sebagai kawasan letak kenderaan. Ini bagi menampung kekurangan kawasan parking di Kajang.
Pekan Kajang tidak mempunyai taman rekreasi, maka Kajang ingin mencadangkan kawasan di Sungai Jelok bersebelahan Pasar Kajang dan buat masa ini dijadikan penempatan sementara penjaja dikhaskan sebagai taman rekreasi bagi DUN Kajang. Kajang juga mencadangkan disediakan kiosk-kiosk jualan sebagai aktiviti perniagaan dan
pada sebelah malam diadakan program persembahan sebagai tarikan bagi kawasan ini. Tempat ini dicadangkan namanya sebagai Cangkat Pavilion Madani. Seterusnya mengenai Ibu Pejabat Polis Kajang (IPD) jika peruntukan telah diberikan oleh Kerajaan Pusat, IPD berpindah ke kawasan baharu di Bangi, Kajang mencadangkan agar bangunan 2 tingkat ini yang telah berusia ratusan tahun dijadikan sebagai Muzium IPD Kajang. Kawasan berek pula boleh di roboh dan kemudiannya di tanam pokok bunga yang cantik, yang mana kawasan ini dibangunkan sebagai mini park atau mini botanical garden yang dinamakan Kajang Madani Garden. Cadangan Kajang ini selari dengan tekad pertama iaitu sumber hasil negeri, peluang ekonomi rakyat dan tekad keempat iaitu keunggulan seni budaya. Kemantapan generasi muda, Kajang juga telah menghantar surat bagi perkara ini dan berharap permohonan ini dipertimbangkan bagi memberi keselesaan kepada orang ramai yang datang ke Kajang.
Untuk makluman, rakan-rakan Ahli Dewan sekalian, di Kajang terdapat 2 Klinik Kesihatan yang beroperasi di Sungai Sekamat dan Kajang tetapi walaupun sudah terdapat 2 klinik di kawasan Kajang, kepadatan penduduk menyebabkan klinik-klinik ini selalu sesak dengan orang ramai. Kajang ingin menyeru, kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini kerana ia melibatkan keselesaan orang ramai. Maka, Kajang ingin bertanya mengenai perancangan pembinaan Klinik Kesihatan di Bandar Mahkota, Cheras. Bila proses pembinaan akan dilakukan dan bila dijangka siap? Selain mengenai kesihatan, peningkatan populasi penduduk di Kajang juga menyebabkan berlaku kepadatan di sekolah-sekolah sekitar kawasan Kajang. Di Kerajaan Negeri adakah kerajaan ada membuat kajian mengenai nisbah keluasan kelas berbanding bilangan pelajar? Jika Kerajaan Negeri ada membuat kajian, adakah Kerajaan Negeri bersetuju bahawa kepadatan di sekolah-sekolah di sekitar Kajang berada dalam keadaan serius? Adakah kerajaan ada bercadang untuk menambah bilangan sekolah di Kajang sebagai usaha menangani kepadatan yang berlaku sekarang dalam mencapai jumlah yang ideal?
Perkara yang seterusnya yang ingin dibangkitkan oleh Kajang adalah mengenai infra kemudahan belia di Kajang. Untuk waktu sekarang Kajang belum mempunyai kemudahan Kompleks Sukan bagi kegunaan awam. Perkara ini boleh diusahakan di bawah tekad keempat iaitu keunggulan seni budaya dan kemantapan generasi muda. Kajang merasakan perkara ini penting dalam menggalakkan orang muda terutama belia-belia terlibat dalam aktiviti sukan, maka Kajang ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri ada bercadang untuk membina Kompleks Sukan baharu di Kajang dalam memenuhi permintaan orang awam disebabkan kepadatan penduduk. Kajang ingin menyentuh mengenai pangsapuri kos rendah yang berada di Kajang. Kebanyakan pangsapuri kos rendah berkeadaan menyedihkan dan mengayatkan hati kerana majoriti nya keadaan bumbung telah pecah dan
rosak teruk. Kajang ambil maklum bahawa Kerajaan Pusat ada menyediakan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM).
TPPM ini diuruskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi permohonan bagi TPPM ini hanya boleh dilakukan oleh Perbadanan Perumahan MC atau Perbadanan Pengurusan Bersama (JMC). Di sini kita melihat satu kelemahan dalam sistem permohonan ini. Kita kena sedar bahawa kebanyakan pangsapuri kos rendah tidak mempunyai MC atau JMC menyebabkan permohonan bagi TPPM ini tidak dapat dilakukan. Maka di sini Kajang ingin cadangkan bahawa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat terutama KPPT patut duduk bersama dan berbincang mengenai perkara ini. Kajang mencadangkan agar syarat-syarat bagi TPPM patut dilonggarkan dalam kita memastikan dapat memberi ruang kepada kawasan perumahan bertingkat yang tidak mempunyai MC dan JMC. Kajang sangat berharap perkara ini diberi perhatian penuh oleh Kerajaan Negeri dan memastikan tiada lagi kawasan rumah bertingkat terlepas peluang dalam mendapat dana di saat mereka sangat memerlukan dana tersebut dalam membaik pulih tempat tinggal mereka. Bangunan bersejarah merupakan warisan fizikal yang mencerminkan perjalanan sejarah budaya dan identiti sesebuah bandar. Ia bukan sekadar struktur lama tetapi lambang kepada perjuangan, kemajuan dan nilai masyarakat pada zaman tertentu. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan taraf dan mengekalkan bangunan bersejarah di peringkat bandar amat penting bagi menjamin kelestarian warisan dan kesejahteraan pembangunan bandar moden. Pengekalan bangunan bersejarah penting bagi memelihara identiti sesebuah bandar dalam urus globalisasi dan pembangunan pesat, banyak bandar berdepan risiko kehilangan ciri unik dia akibat pembangunan moden yang tidak terkawal. Bangunan bersejarah bukan sahaja menjadi mercu tanda tetapi juga simbol kepada sejarah dan budaya masyarakat setempat. Tanpa pemeliharaan yang baik bandar akan kehilangan roh sejarahnya dan menjadi sekadar pusat ekonomi tanpa nilai budaya. Kerajaan Negeri perlu memperkukuh dasar pemulihan bandar menawarkan insentif kepada pemilik bangunan dan melibatkan masyarakat dalam program penjagaan warisan. Kajang ingin membangkitkan mengenai projek-projek kerajaan yang lambat siap dan menerima Extension of Time (EOT) (Dengan Izin) ada yang menerima EOT sehingga 7 kali dan tempoh kelewatan mencecah sehingga 3 tahun dari tarikh yang sepatutnya disiapkan. Sama ada mahu diakui atau tidak, kerugian tetap berlaku dan ditanggung oleh kerajaan. Kos lebih tinggi untuk memastikan projek disiapkan termasuk kos pengurusan, pengawasan dan kemungkinan faedah ke atas pembiayaan projek. Manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat daripada projek tersebut seperti jambatan , jalan raya atau bangunan menjadi tertangguh lebih lama. Reputasi dan imej kerajaan boleh terjejas kerana ini dianggap gagal menguruskan projek dengan cekap. Dalam kes tertentu, kelewatan boleh menjejaskan keselamatan dan kualiti projek.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 3 haribulan September 2025 di Taman Megah, Batu Sembilan, Cheras telah berlaku tragedi seorang kanak-kanak cedera parah diserang anjing liar sehinggakan kanak-kanak malang tersebut dikejar ke wad kecemasan hospital. Isu anjing liar ini, berkali-kali Kajang dah bahaskan sampai Kajang rasa malu pula untuk membahaskan lagi. Pada perbahasan lepas, Kajang telah bangkitkan perkara ini dengan penuh fakta malah Kajang juga telah bentangkan solusi yang boleh digerakkan dalam menyelesaikan isu anjing liar ini. Kerajaan harus mengambil tindakan dan laksanakanlah operasi seluruh negeri bagi menyelesaikan isu ini. Dalam masa yang sama, Kajang jua ingin tekankan sekali lagi merujuk kepada titah Tengku Pemaisuri Selangor bahawa haiwan ini perlu dilayan dengan baik, kerajaan perlu memastikan penangkapan anjing liar dilaksanakan secara berperikemanusiaan dan diberi makan dan tempat tinggal yang sesuai. Kajang percaya beberapa cadangan yang dilontarkan dalam pembahasan ini adalah penambahbaikan yang penting dalam memastikan semua segmen masyarakat merasai nikmat dan manfaat belanjawan 2026 kali ini. Kajang ingin mengucapkan sekali lagi tahniah kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah menghasilkan satu belanjawan yang cukup inklusif demi kesejahteraan rakyat Selangor. Kajang akhiri perbahasan ini dengan serangkap pantun.
Berbunga kasih di bumi kajang, Belanjawan di bentang penuh setia, Selangor juara tekad terancang, Rakyat sejahtera bersama sejahtera.
Kajang menyokong belanjawan 2026. Sekian terima kasih.
Ijok
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Ijok berdiri untuk bersama-sama membahaskan berkenaan dengan Belanjawan 2026. Ijok mulakan dengan Tekad Ketiga iaitu mencorak pendidikan melakar masa depan. Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM20.48 Juta untuk program Ikhtisas pada tahun 2026 bagi memastikan Pendidikan TVET mencapai matlamat melahirkan tenaga mahir.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini bahawa meskipun kerajaan memperuntukkan dana besar melalui program Ikhtisas dan pelbagai
inisiatif kemahiran, majoriti tumpuan pendidikan TVET pada hari ini, masih terikat kepada laluan formal dan konvensional. Ini termasuklah penawaran sijil kemahiran secara jangka pendek yang ditawarkan melalui Ikhtisas. Sedangkan hakikatnya ribuan rakyat Selangor sudah bekerja bertahun-tahun dalam sektor teknikal tetapi tidak mempunyai sijil formal. Ini telah mengehadkan peluang kerjaya, gaji dan mobiliti sosial mereka. Atas sebab itu, Ijok ingin menegaskan kepentingan memperluaskan penilaian pengiktirafan pencapaian terdahulu. PPT bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) khususnya SKM PPT Amali supaya pengalaman kerja sebenar rakyat Selangor dapat diiktiraf secara sah perlu melalui kaedah formal yang panjang. Laluan PPT adalah high impact, low cost dan terbukti menjadi jalan terpantas mengangkat taraf tenaga kerja sedia ada. Selari dengan aspirasi negeri untuk melahirkan tenaga mahir melalui pendekatan fleksibel dan inklusif.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sehubungan itu, Ijok ingin mencadangkan Kerajaan Negeri agar menyediakan peruntukan khusus untuk menampung yuran penilaian serta latihan persediaan SKM PPT Amali bagi membuka peluang lebih besar kepada pekerja berkemahiran yang tidak mampu mengikut laluan formal. Pelaburan kecil ini mempunyai impak yang besar. Ia bukan sahaja mengiktirafkan kemahiran rakyat Selangor, malah membantu mereka meningkatkan pendapatan menambahkan peluang kerjaya dan keluar daripada kelompok B40. Dengan sokongan Kerajaan Negeri, Selangor boleh menjadi negeri terkehadapan dalam memperkasakan TVET melalui laluan alternatif yang lebih inklusif dan menepati realiti tenaga kerja pada hari ini.
Seterusnya Ijok meneruskan kepada Tekad Lima. Selangor negeri penyayang tetapi dalam isu vape kalangan remaja. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok ingin meraih perhatian dalam Dewan yang mulia ini, kepada satu isu kesihatan awam yang semakin kritikal di Selangor iaitu penggunaan vape dalam kalangan remaja termasuklah remaja perempuan suatu trend yang amat membimbangkan. Peningkatan mendadak menggunakan vape remaja, menurut dapatan NHMS ataupun TEKMA 2017 penggunaan vape di kalangan pelajar dianggarkan 1.1% - 9.8% dan pada tahun 2022 meningkat kepada 14.9%. Ini bermakna dalam tempoh kurang 5 tahun berlaku lonjakan hampir 60%. Ini bukan peningkatan biasa, ini amaran awal kepada krisis kesihatan awam di Selangor. Dalam Rancangan Selangor 1 menekankan pembangunan modal insan, persekitaran sihat, keselamatan generasi muda, namun peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja jelas bercanggah dengan matlamat tersebut. Belanjawan 2026 di bawah Tekad Kelima Selangor Penyayang menyatakan komitmen terhadap kebajikan dan kesihatan rakyat tetapi Ijok melihat tiada peruntukan khusus untuk menangani isu vape ini. Ketiadaan peruntukan ini menimbulkan persoalan keselarasan antara dasar kerajaan dengan realiti ancaman kesihatan semasa. Ijok menggesa, Kerajaan Negeri agar mengharamkan vape serta menyediakan peruntukan khas
bagi membasmi penggunanya sebelum ramai lagi remaja terjerumus dengan ketagihan ini.
Tuan Speaker, di bawah Tekad Lima Selangor Penyayang, kita sering menegaskan bahawa tiada golongan rentan yang tertinggal. Akan realitinya PPDK di lapangan masih berdepan cabaran yang memerlukan tindakan segera. Pertama, fasiliti PPDK tidak seragam, ada pusat beroperasi dalam keadaan sempit, tidak mesra OKU, contohnya di Ijok, PPDK Seri Cahaya menghadapi kesukaran untuk berpindah bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT. Ijok memohon kepada agensi terbabit agar dapat membantu memudahkan urusan mereka. Kedua, ini adalah elaun petugas PPDK yang sekarang ini hanya RM1200 adalah masih rendah. Mereka mengajar, mereka menjalankan terapi, mengurus tingkah laku dan memantau keselamatan anak-anak OKU setiap hari. Beban kerja lebih berat daripada elaun yang diterima. Saya merayu Kerajaan Negeri yang seiring dengan Kerajaan Pusat menyemak semula kadar elaun agar selari dengan kos hidup di Selangor. Ketiga, selepas tamat PPDK, ramai golongan OKU tiada arah tuju kerana tiada haluan kesinambungan. Saya cadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan program penempatan pekerjaan OKU Selangor supaya OKU ini ringan dibimbing masuk ke dunia kerja manakala OKU sederhana diberi modul kemahiran yang sesuai. Yang Berhormat Tuan Speaker, jika kita benar-benar mahu menjadi negeri penyayang, PPDK mesti diberi keutamaan juga, naik taraf fasilitinya, tingkatkan kebajikan petugasnya, wujudkan laluan masa depan OKU yang jelas. Inilah komitmen yang sebenar kepada golongan rentan di Selangor.
Ijok, sikit, sikit.
Baik.
Yang Berhormat Ijok, terima kasih Speaker. Bila disebut PDK saya setuju apabila diberikan cadangan-cadangan itu. Dengan itu, saya ingat kita boleh tambahkan sedikit kalau boleh JKM buat semula penilaian sebabkan PDK ini kebanyakan sudah lama. Katalah satu PDK ni dah beroperasi katakanlah dah 10 Tahun, dengan amaun yang sama diberikan oleh pihak JKM itu mungkin kadarnya tidak sesuai dengan keadaan semasa. Keduanya tentang, berapa ramai pelajar-pelajar yang berada di PDK semasa itu juga perlu dinilai. Berkemungkinan peringkat awal PDK ditubuhkan dia boleh tampung sekitar 20 orang tapi hari ini disebabkan peningkatan dan demand itu mungkin diambil sehingga sampai ke 30 orang sedangkan tempat itu tidak sesuai. Saya mohon, kalau boleh JKM juga berikan sedikit penekanan kalau ada tempat yang mungkin dilihat tidak sesuai berpindahlah. Cari tempat yang lebih besar dan naikkan
sikit kos operasi daripada yang JKM bekalkan. So, apa pandangan Ijok?
Terima kasih kepada Batu Tiga saya setuju dengan cadangan yang diberikan oleh Batu Tiga. Yang Berhormat Tuan Speaker, mohon dimasukkan ucapan Batu Tiga sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Seterusnya, adalah Tekad Enam, kelestarian alam sekitar, kebitaraan infrastruktur iaitu fokus lembangan sungai dan projek tempatan banjir.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kerangka Tekad Enam, saya ingin membawa isu banjir yang sering menimpa kawasan Ijok. Saya tegaskan bahawa banjir bukan semata-mata berpunca daripada hujan lebat, tetapi daripada kegagalan mengurus aliran air dari hulu ke hilir khususnya di sepanjang Sungai Buloh. Di Ijok punca utamanya adalah pencerobohan rizab sungai. Timbunan sampah yang mendapan, hilangnya fungsi flood plan (dengan izin) dan benteng semula jadi. Aliran deras dari kawasan hulu yang tidak terkawal. Apabila sungai kehilangan ruang semula jadinya air terpaksa melimpah ke kawasan penempatan rakyat. Ijok ingin mencadang, Kerajaan Negeri dapat mengadaptasikan konsep dengan izin make room for water iaitu ruang kepada sungai melimpah secara terkawal di dalam rizabnya. Pendekatan ini telah dilaksanakan di Belanda dan Thailand dengan jayanya. Tiga langkah utama, pertama membersihkan dan memulihkan rizab Sungai Buloh di kawasan hulu antaranya Kampung Sri Sentosa, Kampung Sri Aman dan Jalan Harmoni. Kedua, mengembalikan fungsi dataran banjir sebagai kawasan tadahan semula jadi. Ketiga, membangunkan infrastruktur hijau termasuk menjadikan rizab sungai sebagai taman serapan dan ruang rekreasi mesra sungai. Selain mencegah banjir, kawasan ini boleh dimanfaatkan sebagai denai sungai untuk rekreasi masyarakat. Ijok ingin mencadangkan dan menggesa, JPS Negeri dan JPS Kuala Selangor khususnya meningkatkan pemantauan pencerobohan rizab sungai. Mempercepatkan kerja pemulihan lembangan dan memastikan projek tebatan banjir di bawah Belanjawan 2026 benar-benar menyelesaikan masalah di lapangan bukan sekadar di atas kertas. Di negara lain boleh berjaya menguruskan banjir dengan pendekatan lestari, Ijok yakin Selangor juga mampu. Marilah kita lestarikan Sungai Buloh demi keselamatan rakyat Ijok dan seluruh lembangan sungai-sungai yang terdapat di negeri Selangor.
Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu izinkan saya selaku Ahli Dewan Negeri Ijok merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pengumuman dalam Belanjawan Persekutuan 2026 yang lepas, menyenaraikan Projek Rancangan Tebatan Banjir, RTB Sungai Buloh Fasa 2. Ini merupakan kesinambungan penting kepada RTB Sungai Buloh Fasa 1, yang memberi tumpuan kepada kawasan hilir. Namun, saya suka ingatkan di Dewan yang Mulia ini bahwa RTB Fasa 1 masih belum siap
dan lebih membimbangkan projek ini telah menerima lanjutan masa, EOT sebanyak 4 kali. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai wakil rakyat di kawasan yang terkesan secara langsung, saya sering meninjau kemajuan projek ini dengan kerap. Kerana ia melibatkan keselamatan penduduk sepanjang jajaran Sungai Buloh khususnya di Kampung Ijok. Pada hari ini, 17 November 2025 kita sudah berada pada hari 106 sejak bermulanya EOT yang keempat pada 4 Ogos 2025 yang diberikan untuk tempoh satu tahun. Yang Berhormat Tuan Speaker, harapan besar saya dan penduduk Ijok khususnya adalah supaya projek RTB Fasa 1 ini dapat disiapkan segera kerana hanya lebih kurang 9 bulan sahaja yang berbaki sebelum tamat EOT yang keempat. Kita tidak mahu wujudkan keperluan EOT yang kelima. Yang pastinya akan menambah tekanan dan kebimbangan rakyat, lebih-lebih lagi kita berada di penghujung tahun. Memasuki musim tengkujuh, setiap hujan lebat penduduk Kampung Ijok dihantui ketakutan banjir berulang sebagai mana yang pernah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Justeru itu, Ijok merayu dan menegaskan di Dewan yang Mulia ini agar melantik kontraktor yang dilantik perlu manfaatkan sepenuhnya tempoh berbaki tanpa kompromi terhadap kualiti dan jadual kerja. JPS dan JPS Malaysia perlu mempertingkatkan pemantauan, memastikan isu-isu tapak, teknikal, pengurusan projek ditangani segera. Selain itu, Ijok berharap pihak-pihak yang terlibat meneliti permasalahan yang timbul, yang menyebabkan berlakunya kelewatan seperti libat urus agensi lain, kenaikan harga barang dan lain-lain yang berkaitan yang mempengaruhi kelewatan di tapak. Kerajaan Negeri turut memainkan peranan menyelaras memandangkan impak projek ini adalah rentas daerah dan merentasi sempadan negeri-negeri persekutuan. Ijok tidak meminta sesuatu yang luar biasa, kami hanya mahu keselamatan rakyat dijamin dan banjir tidak menjadi mimpi ngeri setiap hujung tahun. Ijok juga ingin bertanya berkenaan apakah status Projek Tebatan Banjir Kampung Jaya Setia?
Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat, Ijok ingin menekankan beberapa isu setempat di kawasan Ijok berkaitan kelestarian alam sekitar dan kebitaraan infrastruktur. Yang pertamanya, isu bekalan elektrik. Beberapa kawasan di Ijok menghadapi masalah voltan dan bekalan elektrik yang rendah. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan kehidupan harian, masalah menyebabkan kerosakan kepada barangan pengguna elektrik. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dan pihak TNB menyemak semula kawasan-kawasan berkenaan memastikan aliran elektrik stabil dan mampu menampung keperluan rakyat.
Seterusnya liputan talian dan internet. Di era digital ini, sambungan internet dan talian telefon adalah keperluan asas namun terdapat kawasan di Ijok liputan talian dan Internetnya masih rendah. Saya memohon Kerajaan Negeri dan pihak berwajib mengambil langkah bagi
meningkatkan ketersambungan digital khususnya bagi pendidikan, perniagaan dan komunikasi penduduk harian.
Seterusnya, berkenaan dengan alam sekitar juga, pengawalan konflik hidupan liar. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok daripada dulu hinggalah kini tetap bawa berkenaan isu monyet. Yang Berhormat Tuan Speaker, beberapa kawasan di Kuala Selangor termasuklah Ijok menghadapi konflik dengan kacau ganggu hidupan liar seperti monyet. Saya ingin menekankan bahawa pendekatan kita bukanlah untuk memusnahkan populasi haiwan ini, tetapi mengawal populasinya melalui operasi kawasan konflik hidupan liar oleh Jabatan Perhilitan. Langkah ini penting untuk kesejahteraan rakyat dan ekosistem setempat. Banyak bumbung rumah di kampung di taman-taman rosak, tidak juga ketinggalan tanaman yang menjadi sumber pendapatan penduduk yang terjejas. Saya berharap kepada pencinta-pencinta haiwan, yang mengganggu kekadang bukan mengganggu, urusan pegawai-pegawai Perhilitan untuk membuat tugasannya. Ijok bersedia menjadi orang tengah bagi membincangkan di antara pencinta haiwan dengan pihak-pihak yang berautoriti untuk menghapuskan haiwan-haiwan liar ini. Seterusnya Tuan Speaker, sikit lagi.
Yang Berhormat, buat penutup ya.
Berkenaan dengan pembangunan perumahan di Bestari Jaya. Ijok tidak menentang pembangunan namun kita perlu memastikan ia dirancang dengan baik. Projek perumahan seluas 826 ekar di Bandar Bestari Jaya, perlu mengambil kira risiko banjir bagi kawasan berdekatan seperti Kampung Jaya Setia, Kampung Bukit Badung, Taman Alam Suria dan sekitarnya. Selain itu, pembangunan ini perlu menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Ijok atas kesejahteraan dan keadilan sosial dapat dicapai. Tuan Speaker, Ijok bersedia untuk pembangunan, tetapi pembangunan mesti lestari dan memihak kepada rakyat. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat mengambil perhatian serius terhadap isu-isu ini demi kesejahteraan kita bersama. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Saya persilakan Kota Kemuning.
Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam kita Selangor. Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada Kota Kemuning untuk turut serta membahas Belanjawan Selangor 2026. Ucapan ini saya ingin sampaikan dengan penuh hormat dan tanggungjawab. Pertama sekali, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Menteri
Besar, barisan EXCO dan serta penjawat awam negeri Selangor yang bekerja keras dalam menyediakan Belanjawan yang bukan sahaja komprehensif tetapi berwawasan jauh ke hadapan. Belanjawan 2026 ini pada hemat Kota Kemuning adalah bajet yang paling strategik iaitu pro rakyat, pro pembangunan dan pro masa depan. Dan secara jujur, ia jauh lebih baik berbanding apa yang pernah dibentangkan oleh negeri-negeri pembangkang. So, sebelum menasihatkan kerajaan negeri Selangor, practise what you preach. Tuan Speaker, ucapan saya ini disusun mengikut enam tekad yang ditetapkan dalam Belanjawan 2026.
Tekad pertama, sumber hasil negeri peluang ekonomi rakyat. Selangor kekal menjadi jantung ekonomi Malaysia menyumbangkan 25.5 daripada KDNK negara. 33 sektor pembuatan Malaysia, 33%. Lebih 40 bilion pelaburan masuk pada 2023 hingga 2024. Lebih 1.9 juta pekerja formal aktif di negeri ini. Kedudukan ini bukan jatuh dari langit, ia lahir kerana kepimpinan yang stabil di bawah Menteri Besar kita. Ini lah yang membeza kerajaan hari ini dengan pembangkang. Kerajaan Negeri Selangor adalah rekod ada, ada track rekod, ada hasil kerja. Pembangkang pula sejak dari dahulu, tidak pernah membentang Belanjawan alternatif yang munasabah, tidak ada pelan ekonomi yang menyeluruh, tidak ada teknologi dasar, dasar teknologi yang jelas, tidak ada rancangan penyelesaian banjir, tidak ada inspirasi pendidikan masa depan. Yang mereka ada, adalah mikrofon di hadapan dan retorik sahaja. Tuan Speaker, tadi rakan saya Taman Medan cuba membawa pembandingan berkenaan dengan indeks kemiskinan. Kalau kita lihat kepada indeks tersebut, DOSM 2025 merekodkan, negeri Selangor hanyalah 0.8% kemiskinan, berbanding dengan negeri-negeri pembangkang sangat tinggi. Kalau kita lihat kepada negeri Terengganu 5.5%, Kedah 5.8%, Kelantan 11%. So, ini menunjukkan bahawa kita dalam perancangan yang betul di mana banyak program-program intervensi telah dikenalkan di negeri Selangor, macam-macam kita bagi. BINGKAS, sekarang kira ada BINGKASAN, kita ada BINGKAS PLUS untuk membantu warga-warga kemiskinan ini untuk mendapatkan atau menyambungkan kehidupan mereka dengan lebih selesa. Tuan Speaker, di samping itu saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam Kementerian MITI.
Mohon laluan Kota Kemuning.
Boleh.
Terima kasih.
Taman Medan silakan.
Saya mengharapkan ada pembincangan yang lebih ilmiahlah, sebab yang saya, lebih konstruktif sebenarnya. Adakah Yang Berhormat Kota Kemuning boleh bersetuju dengan saya. Saya tidak menafikan bahawa peratusan Yang Berhormat sebut tadi betul dari segi nilainya tu nampak lebih rendah dari negeri-negeri lain. Tetapi kita lihat kepada the relative index, berapa sebenarnya yang diperlukan untuk kita tinggal di bandar raya seperti di Petaling Jaya, di Kota Kemuning, di Shah Alam berbanding tinggal di Dungun di Terengganu, berbeza Yang Berhormat. Sebab itu PGK kita adalah pada RM2999 atau daripada RM2800 ke RM3000. Walhal apa yang dicadangkan oleh Bank Negara, adalah kalau untuk tinggal dengan nilai gaji yang bermaruah, pendapatan bermaruah, di kawasan bandar raya seperti Petaling Jaya adalah RM6500.
Taman Medan saya faham soalan. Boleh duduk.
Ini bukan soalan retorik. Yang Berhormat kena jelaskan, jangan banding dengan kawasan Kuala Terengganu dengan Petaling Jaya, beza. Jauh beza.
Saya akan jawab duduk dulu. Kadar indeks ini ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Dan indeks ini yang telah digunakan oleh pembangkang semasa memerintah, kenapa tidak dibangkitkan pada masa itu. So bila kita telah telah menunjukkan prestasi, sekarang Taman Medan kata ia adalah retorik. Ini adalah standard yang telah ditetapkan. We have to measure in very holistic standard bukan ikut apa yang Taman Medan tetapkan. So, saya rasa dah jawab.
Bukan saya tetapkan Yang Berhormat. Laporan daripada Bank Negara, Yang Berhormat tengok sendiri. Sebab itu sya sebut, dalam Belanjawan kali ini langsung tak sebut Yang Berhormat, langsung tak sebut. Soalan tambahan saya nak tanya Yang Berhormat. Yang Berhormat tak faham soalan saya. Its not what I said. Ianya adalah apa Laporan daripada Bank Negara.
Apa yang dicadangkan oleh Taman Medan adalah untuk menambahkan, kenapa tidak dicadangkan. Taman Medan, you sit down. You sit down. I said you site down. Saya tak beri laluan sit down.
Taman Medan. Taman Medan, Kota Kemuning tak bagi laluan.
Yang Berhormat kena cerdik sikit Yang Berhormat. Be clever
(Dewan Riuh)
Saya expect kecerdikan Taman Medan yang always disappointed me. Alright Ya, takpe. We disappointed each other.
(Dewan Riuh)
Kota Kemuning teruskan. Taman Medan...
Yang tu saya got no respond to that.
So, saya baru nak mengucapkan terima kasih kepada MITI dia kacau pula. Alright so saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penjawat Kementerian MITI, Menteri Yang Mulia Tengku Zafrul dalam mengemudi conversation yang mencabar tetapi mereka telah mencapai satu win-win situation di mana mereka meletakkan kedaulatan negara di hadapan dan kebaikan negara diutamakan. Seterusnya Tuan Speaker, dalam dasar untuk menambahbaikkan ataupun mencari alternative kepada Sumber Ekonomi negeri Selangor ada banyak yang telah pun dikenalkan dalam Belanjawan ini iaitu membuka penghasilan Charge Abstractive air, Dasar pelepasan sifar (GDP), ZDP, Master Dark Fiber di samping itu adalah cadangan saya supaya negeri Selangor juga melihat kepada Selangor AI dan Digital Economy Fun . Ekonomi dunia sedang menuju automation. Negara-negara maju seperti Korea Selatan, Singapore dan UAE menjadikan AI sebagai pemacu pertubuhan. IC Design Park satu inisiatif yang cukup mengagumkan supaya Selangor dapat juga menjadi mainstream player. Saya, Selangor mesti menjadi negara pertama memiliki dana pembangunan AI. We must have for our own fund berkenaan untuk menambah baik untuk mempromosikan AI. Menyokong startup technology, membantu SME melaksanakan automasi. Menyediakan latihan dan modal digital. Ini bukan pilihan.
Tuan Speaker, we have to be fast. Ini adalah keperluan. Seterusnya saya juga mencadangkan supaya negeri Selangor memberi perhatian kepada platform yang boleh kita kenalkan sebagai Rakyat Niaga Selangor. Market place ini untuk mengubah landskap peniaga kecil. Menyediakan Sistem Pembayaran QR yang selamat. Training digital marketing, promosi dan branding. Pinjaman Mikro tanpa faedah tinggi. Dengan ini peniaga kecil boleh meningkatkan pendapatan dan keluar daripada kitaran kemiskinan jangka panjang. Contoh bagi peniaga-peniaga Pasar Malam dan Pasar Tani yang boleh membina platform ataupun menggunakan platform ini bagi mereka meniaga melalui apps seperti Food Panda, Grab Food yang boleh menambahkan pendapatan mereka. Seterusnya ada satu perkara yang saya ingin juga menyentuh iaitu penambahbaikan I-SEED bagi komuniti India dan B40. Saya sangat menghargai tambahan lebih kurang RM 500 ribu telah diperuntukkan ditambahkan dalam belanjawan ini untuk kebaikan komuniti India. Tuan Speaker, komuniti India pada umum nya tidak hanya memerlukan bantuan. Mereka juga memerlukan peluang untuk membina masa depan mereka. Saya percaya bahawa I-SEED perlu diperluaskan. Skop I-SEED ini perlu diperluaskan iaitu lebih kepada modal permulaan perniagaan. Kita sekarang telah memberikan bantuan dari segi pembelian barang-barang perniagaan. Tetapi saya rasa kita perlu membuka supaya kita boleh ada modal perniagaan. Program Inkubator, latihan digital dan mentoring profesional. Saya amat menyokong jika I-SEED dapat dinaikkan lagi peruntukan nya di mana daripada RM 1 juta kepada lebih yang amaunnya lebih besar supaya ia nya dapat menyokong ataupun membantu memecahkan kemiskinan masyarakat India terutamanya komuniti di luar bandar dan pinggiran bandar. Berkenaan dengan reformasi Tadbiran Urus memartabatkan bangsa.
Tuan Speaker, Tadbir urus yang baik bukan slogan. Ini adalah asas kepada keyakinan pelabur, kestabilan ekonomi dan kepercayaan rakyat. Selangor mendahului negeri-negeri lain seperti sistem digitalnya telus, audit dalam GLC ketat, penyampaian dasar konsisten. Namun kita perlukan melangkah ke fasa reformasi seterusnya. Kalau boleh kita perlu memperkenalkan satu sistem Selangor Integriti Governance Dashboard (SIGD), platform digital yang masa nyata boleh memantau status projek, kontrak pembinaan, sub kontrak, risiko ketirisan, kelewatan dan prestasi syarikat. SIGD ini boleh menjadi modal nasional. Seterusnya laporan tahunan Diversiti and Good Governance, GLIC Selangor mesti majmuk GLC mesti mencerminkan kepelbagaian tersebut. Iaitu menambah baik ataupun menambahkan kaum wanita dalam GLC golongan profesional muda turut diberikan peluang medik dan integriti menjadi asas. Tuan Speaker, saya juga ada suatu perkara yang perlu dibangkitkan apabila saya meneliti laporan Tahunan SPN 2024 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor. Pelantikan penjawat awam , menurut data menunjukkan dalam ini peratus bagi lantikan kaum India dan Cina adalah kurang secara kolektifnya adalah kurang daripada 10%, Saya ingin tanya adakah ini berikutan daripada isu tiada permohonan
daripada kaum India atau cina? Ataupun mereka tidak mempunyai kelulusan yang mencukupi untuk membuat permohonan bagi jawatan tersebut. Saya pohon supaya kerajaan mengambil tindakan untuk menggalakkan lagi komuniti daripada kaum cina dan india untuk menyertai pekerjaan-pekerjaan penjawat awam.
Tuan Speaker, bagi Tekad ketiga mencorak pendidikan dan melakar masa depan. Pendidikan bukan lagi tentang pemeriksaan, ia adalah bakat, teknologi, kreativiti kemampuan bersaing di peringkat global. Saya menyokong penuh bantuan pendidikan di mana satu-satunya negeri yang telah memberikan 50% favour bagi Universiti bagi penuntut-penuntut yang ingin masuk ke universiti kerajaan negeri Selangor. Ini kita boleh tepuk lah. T-VET tersusun, program AI untuk belia. Tetapi saya juga ingin mencadangkan 4 inisiatif. 1) Selangor AI Talented Guaranteed skim. Kita perlukan ada AI Talent Guaranteed skim ini adalah setiap graduan AI, Automasi data dapat mendapat tempat latihan industri. Industri teknologi tempatan mempunyai bekalan bakat. Anak muda tidak menganggur selepas tamat pengajian. Seterusnya lagi satu perkara yang kita perlu meneliti iaitu literasi kewangan, financial literacy dan keusahaan entrepreneurship. Di sekolah kita perlu memberikan dokongan kepada generasi muda supaya mereka lebih pantas dalam pengurusan wang, memahami ekonomi digital, memulakan perniagaan dan membuat keputusan kewangan. Dan saya pohon supaya universiti-universiti Selangor berkerjasama dengan Top 100 ataupun Top 10 universiti di dunia. Supaya kita di Selangor dapat menjadi satu pusat bakal global. Kita dan anak muda yang telah berjaya dalam universiti-universiti Selangor mempunyai bakat yang lebih tinggi dan whole recommendation. Seterusnya Tekad ke-4 Tuan Speaker. Adalah negara maju bukan saja memiliki bangunan tinggi, tetapi budayanya yang tinggi. Saya juga menyokong supaya dana disediakan kepada festival seni, Program kreativiti belia dan ruang seni komuniti. Dan saya juga ingin mencadangkan supaya Selangor melihat kepada Selangor Youth Creativity Grant. Kita sediakan satu grant bagi anak muda supaya boleh melibatkan dalam bidang-bidang muzik, filem, animasi dan seni digital. Dan juga menyediakan peruntukan khas untuk festival seni kepelbagaian kaum. Tuan Speaker.
Boleh tutup ye Yang Berhormat.
Ada lagi, last. Last Tuan Speaker. Lagi 2 minit. Bagi Selangor negeri penyayang saya juga ingin menyokong membawa perhatian bahawa kerajaan negeri telah memberikan peruntukan khas bagi kesihatan mental, bantuan B40 dan program-program berkenaan dengan warga emas. Tetapi saya juga ingin menambahkan atau minta tambahan bagi peruntukan bagi kaum sling komuniti dan Anti buli kerana kita melihat bahawa isu buli ini adalah satu isu yang sangat
membimbangkan bagi anak-anak kita. Dan juga menambahbaikkan komuniti dengan CCTV, lampu dan rondaan komuniti. Dan seterusnya Tuan Speaker, Saya juga ingin membawa kepada isu-isu berkenaan dengan penternakan, keterjaminan makanan. Kerajaan negeri harus membantu dalam memastikan keterjaminan makanan adalah mencukupi. Saya difahamkan bahawa banyak penternak haiwan ternakan mengalami masalah tempat penternakan. Kerajaan negeri perlu menggalakkan supaya penternak-penternak ini dapat ladang ataupun tempat untuk menternak kerana menjamin keterjaminan makanan ini. Dan saya difahamkan baru-baru ini ada isu di mana syarikat besar seperti Sime Darby telah pun cuba menghalau penternak-penternak ini dan saya minta kerajaan negeri membantu penternak-penternak ini dengan memberikan cadangan ataupun tempat yang baru bagi mereka menjalankan kerja-kerja ataupun perniagaan mereka dalam penternakan ini. Tuan Speaker, sebelum saya akhiri ada 2 atau 3 perkara di kawasan.
Banyak lagi ke?
Dah habis.
Patutnya dahulukan isu kawasan.
Just quick one berkenaan dengan bajet saja. Saya ingin berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga EXCO Infrastruktur kerana telah pun berkerjasama dan memberikan perhatian yang penuh kepada Mitigasi Banjir Seri Muda dan kerja tambatan Bukit Lancong, tapi saya juga minta perhatian kepada Taman Green Hill dan Taman Bukit Kemuning dan Taman Bukit Indah kalau boleh saya minta satu peruntukan khas disediakan bagi Mitigasi Banjir Dun Kota Kemuning dan berkenaan tentang trafik saya juga pohon supaya satu peruntukan disediakan untuk mengurangkan trafik di Dun Kota Kemuning khususnya untuk pembinaan fly over di Anggerik Mokara. Seterusnya Tuan Speaker, saya ingin mengakhiri perbahasan saya dengan satu pantun Tuan Speaker.
Gunung Tinggi sama didaki, Lurah dalam sama dituruni, Bajet ini bukti janji negeri, Selangor maju rakyat dihormati.
Saya menyokong Belanjawan Selangor 2026.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Yang Berhormat Sungai Ramal, silakan.
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Speaker. Sungai Ramal akan menyentuh 3 perkara dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2026 ini. Yang pertama, jurang pendapatan kaya miskin di negeri ini. Kedua, kebimbangan kesan perjanjian ART. Ketiga, Putera Mahkota sebagai Bandar Ilmu dan yang terakhir adalah isu tempatan. Tuan Speaker, jurang pendapatan kaya miskin negeri Selangor, kita bercakap tentang negeri kita, negeri yang kita kasih. Sungai Tua menyebut dalam Belanjawan baru-baru ini tentang konsep umron, bandar yang dimaksudkan sebagai bandar yang maju, bandar yang makmur. Yang kemakmurannya dapat dirasai sampai ke unit paling kecil masyarakat Selangor. Dan saya pasti ini adalah perkara yang patut disokong oleh semua ahli Yang Berhormat di Dewan negeri ini. Cuma, kebimbangan saya adalah ia sekadar sedap disebut tetapi tak dapat dicapai di hujung tahun akan dating, walaupun kita telah berjaya membentang jumlah bajet yang banyak. Apakah Belanjawan ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri kita terutama golongan miskin tidak kira miskin bandar atau miskin luar bandar. Miskin bandar ada masalahnya sendiri, miskin luar bandar juga ada masalahnya sendiri. Dan sedar atau tidak bahawa situasi kemiskinan dalam negeri kita begitu genting atau crucial. Jabatan Perangkaan Malaysia menentukan tiga kategori tahap pendapatan warga Malaysia iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Laporan survey Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2024 mencatatkan jurang pendapatan di antara golongan berpendapatan rendah dengan golongan sederhana adalah sebanyak 30.7%. Jurangnya sebanyak 30.7% iaitu pada kadar RM7,927 berbanding RM10,805. Agak besar dan lumayan jumlahnya jika disebut begitu rupa. RM7,927 bagi pendapatan paling rendah. Namun Pusat Zakat Selangor menentukan kadar kemiskinan atau had kifayah negeri ini adalah lebih rendah iaitu RM2990. Jika diberikan perbezaan antara kadar yang ditentukan oleh Zakat Selangor berbanding Perangkaan Malaysia jauh lebih banyak jika menggunakan, jauh lebih ramai jika kita gunakan data yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Walau macam mana pun saya nak fokus kepada indikator. Indikator kemiskinan Selangor yang ditunjukkan melalui data yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat Selangor. Pusat Zakat Selangor melaporkan jumlah asnaf yang layak mendapat bantuan zakat adalah seperti berikut, tahun 2020 seramai 64,616 orang dengan agihan sebanyak RM860 juta. 2021 seramai 63,886 orang dengan jumlah agihan sebanyak RM922 juta. 2022 seramai 67,597 orang dengan agihan sebanyak RM1 bilion. Tahun 2023, 70,600 orang dengan agihan sebanyak RM1.15 bilion dan 2024 seramai 77,872 orang dengan agihan sebanyak RM1.18
bilion.
Speaker, saya menyebut data ini menunjuk mahu menyatakan bahawa jumlah kemiskinan negeri kita semakin hari semakin banyak. Kita bercakap tentang agihan yang diberikan oleh program Negeri Selangor, dengan berbagai-bagai aktiviti dan insentif. Namun jumlah rakyat miskin negeri kita semakin hari semakin ramai. Ini menggunakan kadar kifayah yang dibuat oleh Lembaga Zakat Selangor. Jika kita gunakan kadar kifayah yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jauh lebih ramai akan terlibat dalam jumlah kemiskinan negeri kita, miskin bandar dan miskin luar bandar. Miskin bandar lebih crucial sebab mereka sampai tak ada barang makan untuk mereka makan hari-hari. Miskin luar bandar setidak-tidaknya mereka ada rumah yang mereka tak bayar sewa, ada pucuk paku boleh makan, ada buah-buah yang mereka boleh makan tapi kalau miskin bandar tidak ada apa yang mereka boleh makan melainkan makan hati berulam jantung sahaja Speaker. Jadi, tak usah kita berbangga dengan ucapan dan slogan. Tak usahlah berbangga dengan banyaknya program dan kebajikan jika masalah akar tidak selesai. Masalah apa? Masalah kemiskinan dalam negeri kita. Saya ulang, kemiskinan dalam negeri kita. Keadaan miskin kaya ini saya beri umpamakan seperti ini Speaker, kita bawa orang miskin pergi shopping, pergi masuk shopping mall. Shopping mall bertaraf sederhana bukan shopping mall seperti TRX. Sederhana je. Sederhana di Shah Alam, di Bandar Baru Bangi, di Klang. Bawa mereka pergi masuk shopping mall, mereka hanya boleh menjamu mata sahaja. Nak jamu selera tak boleh. Tak mampu untuk membayar walaupun untuk sepinggan mi goreng. Ini gambaran betapa sukarnya mereka yang hidup dalam kawasan bandar dalam negeri kita. Sekiranya Dato’ Menteri Besar bercakap tentang banyaknya tokoh philosoph yang memberikan berbagai-bagai teori, izinkan saya mencadangkan rujuklah dua tokoh besar ini. Yang pertama, Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Yang kedua, Khalifah Umar Abdul Aziz. Umar Al-Khattab r.a mencari orang miskin dari rumah ke rumah sehingga dia tahu siapa yang miskin dan macam mana tahap kemiskinan mereka. Itu yang pertama. Yang kedua, khalifah ini bawa sendiri guni gandum, pikul dan diberikan kepada si miskin tanpa diketahui oleh si miskin bahawa ini adalah khalifah, adalah Menteri Besar, kenapa? Kerana Khalifah Umar nak tahu sendiri siapa yang miskin dan bagaimana kadar kemiskinan mereka. Kalau ikutkan laporan mungkin tak sama tapi beliau sendiri turun untuk melihat siapa yang miskin dalam negeri dia. Saya merujuk pada yang kedua. Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Abdul Aziz, apa yang dicapai ketika pemerintahan baginda? Yang dicapai ialah tidak ada seorang pun yang layak menerima bantuan zakat. Betapa makmurnya negeri di bawah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Saya nak bawa buku. Buku yang saya terima dalam program Luncheon Talk Khalifah Abdul Aziz pada 13 Mei 2015, zaman Hulu Kelang Menteri Besar. Buku ini mencerakinkan, mengisahkan kejayaan Khalifah Umar Abdul Aziz. Minta Kerajaan Negeri rujuk buku ini. Bagaimana berjayanya Khalifah Umar Abdul Aziz mensifarkan miskin di negerinya tanpa slogan-slogan yang besar untuk dilaung-laungkan
oleh mana-mana pemerintah pun supaya hasrat kita untuk melahirkan negeri yang bersifat umron itu akan tercapai dan kalau tak boleh mensifarkan miskin pun, kita boleh mengurangkan kadar kemiskinan ini dari semasa ke semasa dengan jumlah yang begitu signifikan.
Tuan Speaker, yang kedua saya ingin menyentuh tentang perjanjian perdagangan timbal balas US dan kesannya kepada negeri Selangor. Saya membaca berita portal pada tengah hari tadi, agensi Astro Awani melaporkan kenyataan Trump bahawa negara yang berurus niaga dengan Rusia bakal disekat. Apakah Malaysia ada urus dagang dengan Rusia atau negara-negara lain yang punyai masalah dengan Amerika Syarikat? Mungkin disebut China misalnya atau Iran misalnya. Dan, kalaulah mengikut statement ini bermakna negara-negara yang berurus niaga dengan negara-negara yang tidak ada persefahaman dengan Amerika juga mungkin akan disekat. Ini membimbangkan kita di Selangor. Selangor merupakan negeri yang terkehadapan dalam industri dan pendapatannya.
Sungai Ramal. Boleh saya tanya soalan?
Ya, ya. Sila.
Sila jaga masa ya.
Sungai Ramal ada baca ART tersebut? Ada baca. Dalam ART tersebut apa yang dinyatakan adalah kita boleh berbincang berkenaan dengan semua perniagaan yang kita ingin bekerjasama dengan negara lain. Betul?
Ok. Cukup hebat. Saya ingin menyatakan kebimbangan.
Ya, kebimbangan itu.
Berasas.
Tak berasas kerana ART telah pun
jelas menyatakan bahawa kita boleh...
Yang Berhormat Speaker, boleh tak saya tak bagi laluan kepada beliau.
Berbincang dengan perkara itu. Saya cuba, saya minta sungai Ramal untuk baca ART sebelum memberikan komen. Itu sahaja.
Saya ingin menyentuh tentang risiko besar perjanjian perdagangan timbal balas US – Malaysia dalam konteks negeri Selangor. Perjanjian tersebut menjurus kepada memperkukuh rantai bekalan yang berpihak lebih berat kepada US dan syarikat multi nasional serta membuka akses pasaran kepada produk US. Bagi negeri Selangor, sektor pembuatan telah menyumbang kira-kira 29.1% kepada KDNK Negeri pada tahun 2024. Ini bermakna persaingan yang lebih kuat daripada produk US mungkin menekan syarikat tempatan dan pekerja tempatan seperti syarikat kecil dan sederhana PKS di Selangor yang mungkin kalah saing. Hal ini dijangka akan mengganggu rancangan dan visi untuk memberikan peluang pekerjaan yang berkualiti untuk anak-anak Selangor khususnya dan perusahaan tempatan jika dasar ini memihak kepada pihak luar yang memiliki modal dan kelebihan yang jauh lebih banyak dan bukan rakyat Selangor sendiri maka kita bimbang manfaatnya tak akan sampai kepada rakyat negeri ini. Walaupun gen ini dikatakan bakal membuka akses kepada pasaran, ramai penganalisis bimbang manfaatnya mungkin tertumpu pada syarikat-syarikat bermodal besar atau multi nasional. Manakala pekerja dan PKS berisiko akan semakin ketinggalan. Dalam konteks negeri Selangor, walaupun negeri kita maju dan menjadi hab industri terkehadapan sekalipun rakyat kita terutama usahawan kecil dan sederhana bakal kehilangan bantuan non commercial...
Sungai Ramal mohon mencelah.
Sungai Ramal ada dua minit sahaja ya.
Berapa minit?
Ada dua minit sahaja.
Ok. Saya tak izinkanlah. Tak apalah bagi saya habiskan. Kita perlu berjaga-jaga supaya keputusan antarabangsa seperti perjanjian dagang ini tidak meletakkan rakyat Selangor di belakang pintu. Justeru, kebersamaan semua Yang Berhormat dibelah sana atau dibelah sini perlu bersatu untuk memastikan negeri Selangor tidak akan terkebelakang dari aspek kesan kepada perjanjian ART ini dan kita sama-sama akan bincang dan memastikan Selangor tak akan terkesan teruk daripada perjanjian ini.
Yang Berhormat Sungai Ramal.
Tuan Speaker, yang ketiga Bandar Ilmu.
Ni nak dekat habis dah. Boleh tambah masa.
Ada dua lagi Yang Berhormat. Saya takut kita kang...
Boleh, boleh. Rasa Speaker bagi sampai habis ni.
Tak bangkitkan isu tempatan.
Kita ada seorang pembahas lagi nanti. Saya minta teruskan.
Tuan Speaker, yang ketiga Bandar Ilmu. Dato’ Menteri Besar menyebut tentang Putra Mahkota sebagai bandar ilmu yang baharu. Bagi saya ini satu inisiatif yang baik. Ada lagi? Saya nak merujukkan kepada Dewan ini tentang satu gagasan Bangi Bandar Ilmu yang telah digagaskan oleh Yang Berhormat Dr. Shafie Abu Bakar dan dilancarkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor ketika itu tahun 2008, yang membentuk Bangi sebagai Bandar Ilmu. Kerana apa? Kerana kedudukan Bangi yang punyai berpuluh-puluh IPT swasta dan juga kerajaan.
Yang Berhormat, boleh landing tak?
Satu minit lagi.
Satu minit ya.
Kalau saya nak umpamakan orang Bangi cakap baling seketul batu ke Bandar Baru Bangi pasti yang kena kepala Profesor termasuk Profesor Halim dulu ketika menjadi Rektor UIS. Ini menunjukkan bahawa kedudukan Bandar Baru Bangi sangat strategik untuk menyuburkan sebagai Bangi Bandar Ilmu. Soalan saya ialah pemilihan Putra Mahkota, apakah kriterianya dan apakah status Bangi Bandar Ilmu? Apakah mahu dikesampingkan atau pilihannya adalah menyuburkan Bangi sebagai Bandar Ilmu? Yang terakhir satu perenggan sahaja ya Tuan Speaker iaitu masalah banjir di perumahan Taman Ramal Villa di Jalan Angsana, Kampung Sg. Ramal Dalam. Banjir yang seperti gila tiap kali hujan lebat banjir akan datang menghapuskan harta-harta persendirian, memusnahkan harta persendirian dan terakhir memusnahkan harta awam. Tiap kali banjir yang pertama kena adalah loji air IWK. Bayangkan kalau loji ini kena dinaiki banjir, airnya akan melimpah ke rumah-rumah di sekitar dan kalau Tuan Speaker duduk situ pun lari. Yang terbaru ialah tembok IWK ini tumbang kerana banjir. Saya mohon kerajaan melihat seriously banjir jalan Angsana di Kg. Sungai Ramal Dalam ini. Terima kasih Speaker.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Teratai.
Tuan Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan.
Kita ada 12 minit ya.
12?
Ya. Ya. Kita nak habis ya.
Terima kasih atas peluang yang diberikan pada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Selangor bagi Tahun 2026. Sebelum saya bermula dengan perbahasan saya, saya ingin memberikan pandangan saya terhadap tuduhan Yang Berhormat Hulu Kelang terhadap apa yang berlaku di Zoo Negara. Isu tersebut telah dibangkitkan melalui di media-media masa mengenai status beberapa lot tanah yang dimiliki oleh Persatuan Zoologi Malaysia yang dijual dan dipindah secara senyap dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu terhadap Persatuan yang menyatakan terdapat Persatuan yang menyatakan bahawa lot-lot tanah itu sudah ditukar daripada kategori Kemudahan Sukan dan Rekreasi Swasta kepada Komersial dalam Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian) yang baru diwartakan. Saya berpandangan bahawa isu ini perlu diperjelaskan dengan fakta yang empirical dan authoritative. Berdasarkan semakan dan rekod MPAJ. Lot-lot tanah yang dimaksudkan berada di sekitar Zoo Negara, Kemensah, Hulu Kelang, lot-lot tanah berkaitan adalah hak milik dan bukannya tanah kerajaan ataupun pewartaan. Lot-lot tersebut adalah lot yang berkeluasan satu, 19.74 ekar dan satu lagi 33.22 ekar.
Sehubungan itu, pertukaran hak milik melalui proses penjualan dan pindah milik adalah tidak menyalahi perundangan dan ianya di luar bidang kuasa MPAJ dan Kerajaan Negeri Selangor. Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian) merupakan kajian keseluruhan kawasan pentadbiran MPAJ yang mana menterjemahkan dasar serta polisi di peringkat negeri dan proses penyediaan Rancangan Tempatan. Penggantian ini tertakluk kepada keperluan dan kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Prosedur penyediaan Rancangan Tempatan adalah mengikut manual Rancangan Tempatan yang disediakan oleh PLANMalaysia dan perkara ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri bertarikh 9 Ogos 2024 dan diluluskan dalam MMKN pada 24 Oktober 2024. Serta Rancangan Tempatan MPAJ 2035 telah mendapat kelulusan warta Kerajaan Negeri dengan nombor warta 540 pada 6 Februari 2025. Cuma saya ingin menegaskan bahawa kategori Zon Guna Tanah Rancangan Tempatan MPAJ 2035 bagi lot-lot berkenaan adalah komersial. Sebenarnya Kemudahan Sukan dan Rekreasi Swasta, kategori zon ini tidak dibuat sebarang pindaan dan ianya masih kekal sama seperti Rancangan Tempatan MPAJ yang terdahulu iaitu Rancangan MPAJ Pengubahan 2 pada 2020 yang diwartakan pada 21 Januari 2016. Iaitu semasa Yang Berhormat Hulu Kelang masa itu pada ketika itu merupakan Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor. Mungkin Yang Berhormat Hulu Kelang telah lupa terhadap perkara tersebut dan secara ringkas komersial di sini merujukkan kepada manual GIS iaitu Sistem Maklumat Geografi antara aktiviti-aktiviti yang dikategorikan sebagai Kemudahan Sukan Dan Rekreasi Swasta antaranya Taman Tema Zoo, Kolam Renang, Padang Golf dan sebagainya yang di sifat komersial. Kawasan tersebut tidak boleh di bangunkan bagi tujuan komersial lain seperti pangsapuri perkhidmatan, kedai, pejabat dan sebagainya. Sebaiknya hanya untuk Aktiviti Sukan dan Rekreasi Swasta.
Bagi Belanjawan negeri Selangor bagi 2026, saya menyambut baik hala tuju pembangunan negeri ini. Namun saya berdiri hari ini untuk mengutarakan isu-isu kritikal yang memerlukan perhatian dan tindakan daripada Kerajaan Negeri Selangor khususnya yang melibatkan keselamatan prasarana dan kebajikan rakyat di kawasan saya dan juga seluruh negeri Selangor. Kawasan di bawah pentadbiran MPAJ terutamanya di Dun Teratai berdepan dengan ancaman serius berkaitan kestabilan cerun. Laporan menunjukkan bahawa 100 daripada 600 cerun di bawah tanggungjawab MPAJ telah dikategorikan sebagai cerun berisiko tinggi. Ini adalah bom jangka yang mengancam nyawa dan harta benda penduduk. Saya menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk segera menyalurkan peruntukkan tambahan yang significant dan spesifik kepada MPAJ dalam Belanjawan 2026 ini di luar peruntukkan pembangunan biasa. Dana ini mesti dikhususkan sepenuhnya untuk kerja-kerja pengurusan, pemulihan dan penstabilan cerun kritikal bagi mengelakkan tragedi berulang. Keselamatan rakyat mesti diutamakan melebihi segala-galanya. Di samping itu, saya amat dukacita untuk membangkitkan isu yang menghimpit hati nurani kita. Pemberian pampasan kepada keluarga mangsa yang mengalami kerugian harta benda akibat kejadian tanah runtuh tiga tahun yang lepas. Walaupun tragedi itu telah pun berlalu. Pengumuman rasmi mengenai bentuk dan jumlah pampasan masih belum disampaikan kepada mangsa. Ada di antara mereka telah kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Kelewatan ini hanya menambahkan beban penderitaan. Kerajaan Negeri Selangor perlu menunjukkan sifat ihsan dan akauntabiliti yang tinggi dalam hal ini.
Tuan Speaker, isu kedua berkaitan dengan penyelenggaraan sungai dan saluran utama monsun drain di DUN Teratai yang berada di bawah pengurusan JPS Hulu Langat. Maklumat yang saya terima JPS Hulu Langat menghadapi kekangan peruntukkan yang serius untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf yang kritikal. Pada dua tahun yang lepas selepas saya dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan Teratai, satu cadangan menaik taraf sungai telah dilakukan oleh pihak JPS melibatkan dua buah sungai iaitu Sungai Kerayung dan Sungai Seputeh. Menurut JPS Hulu Langat anggaran kos keseluruhan penyelenggaraan mencecah sehingga RM28juta tapi kita cuma mampu untuk dapat RM18 juta sahaja. Jadi kita akan naik taraf sebahagian dahulu. Projek ini juga merangkumi kawasan di bawah Teratai termasuk Kg. Tasek Permai, Taman Putera dan Lembah Maju. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa satu kejadian tanah runtuh telah berlaku pada 12 Oktober 2024 iaitu setahun sebelum ini di Taman Lembah Maju. Di mana tembok paving di monsun drain di situ runtuh akibat hakisan bilangan air yang besar semasa hujan. Kini didapati juga di kawasan Taman Putera ada tanda-tanda dan kesan runtuhan yang berkemungkinan berlakunya kes tanah runtuh seperti yang berlaku di Taman Lembah Maju. Untuk jangka pendek, saya cadang supaya kerja-kerja baik pulih tembok yang telah runtuh di saliran utama iaitu monsun drain di Jalan Bunga
Tanjung 2, Taman Putera haruslah diutamakan. Kerosakan ini bukan sahaja merosakkan infrastruktur tetapi mengundang risiko hakisan dan banjir kilat kepada kediaman yang berhampiran. Untuk jangka panjang, projek naik taraf saliran dari Kg. Tasek Permai hingga ke Taman Lembah Maju yang memerlukan anggaran kos sekurang-kurangnya RM18juta perlu dipertimbangkan dan laksana dengan kadar segera. Projek ini bukan sahaja penting untuk menyelesaikan masalah banjir yang berpanjangan di kawasan tersebut namun ia juga jaminan keselamatan kepada penduduk di kawasan tersebut. Saya menggesa Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat memastikan peruntukkan yang mencukupi dan spesifik disalurkan ke JPS Hulu Langat pada Belanjawan 2026 ini bagi memastikan projek kritikal ini dapat dimulakan dan diselesaikan tanpa berlengah lagi. Kelulusan projek ini bukan sekadar pembangunan tetapi adalah pelaburan dalam daya tahan banjir komuniti. Tuan Speaker, beralih kepada isu kesejahteraan awam, saya ingin merakamkan sambutan yang amat baik terhadap inisiatif Perkhidmatan Ambulans KitaSelangor. Program ini telah membuktikan nilainya dalam menyediakan respons kecemasan, perubatan yang pantas dan kritikal kepada penduduk termasuk kawasan Teratai. Kejayaan ini harus menjadikan pemangkin kepada perluasan perkhidmatan ini selain kepada lebih banyak daerah juga perkhidmatan-perkhidmatan yang ada kaitan dengan yang sedia ada dalam masa yang paling singkat.
Tuan Speaker, saya bercadang Perkhidmatan Ambulans di Selangor bukan hanya tertumpu di bandar-bandar besar ataupun di hospital-hospital utama sahaja. Kita perlu melaksanakan strategi perluasan yang agresif dan berinovasi. Yang pertama, kita perlu wujudkan lebih banyak stesen ambulans satelit terutamanya di kawasan yang sedang membangun pesat dan kawasan perumahan padat. Ini akan memendekkan jarak fizikal dan memastikan tindak balas dapat dilakukan dengan pantas. Seterusnya...
Yang Berhormat ada seminit sahaja lagi ya.
Seterusnya Selangor Smart State perlu mengaplikasikan teknologi untuk mengoptimumkan laluan dan penempatan ambulans. Aplikasi kecemasan yang terintegrasi dengan data lalu lintas masa nyata akan membolehkan pasukan paramedik tiba ke lokasi kejadian dengan lebih efisien. Keperluan untuk perkhidmatan ambulans yang cekap dan kos efektif ini memang wujud di seluruh pelosok Selangor. Saya menggesa agar Kerajaan Negeri menjadikan perluasan Perkhidmatan Ambulans KitaSelangor sebagai salah satu keutamaan dalam peruntukkan kesihatan Belanjawan 2026. Jangan biarkan kejayaan ini terhenti. Perkhidmatan ini perlu dinikmati oleh lebih ramai rakyat Selangor yang memerlukan. Akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu sosial yang kian meruncing, masalah sukar mendapat pekerjaan dalam kalangan rakyat Selangor golongan pertengahan umur yang berusia 50 tahun ke atas,
terutamanya mereka yang hilang pekerjaan dan masih mampu bekerja. Kita melihat ramai daripada mereka kini terpaksa bergantung pada pekerjaan ekonomi GIG seperti pemandu Grab atau penghantaran makanan yang menawarkan pendapatan yang tidak stabil dan tiada jaringan keselamatan sosial.
Yang Berhormat nak ada yang sambung esok ke atau habiskan nak landing terus tutup?
Sambung esoklah.
Saya bagi 5 minit esok boleh?
Ok. Ok. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 6.30 petang. Dengan ini saya menangguhkan Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 sehingga hari esok 18 November 2025 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)