Selangor · 18 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 347 turns · 45,029 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 18 November 2025 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa (Doa dibacakan) .

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya membentangkan Kertas Mesyuarat ; i. Kertas Mesyuarat Bilangan 48 tahun 2025 - Maklumbalas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti. JPK Infragro berhubung Isu Perancangan Strategik Mobiliti di Negeri Selangor Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya Pertanyaan-Pertanyaan.

Speaker

Selamat pagi diucapkan kepada rakan-rakan Yang Berhormat sekalian. Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pelawat berikut ke Persidangan Dewan negeri Selangor iaitu daripada Penggerak Belia Selangor, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Zon 16 dan Zon 18 seramai 25 orang. Yang diketuai oleh Encik Melvin Chan dan Puan Venice Ho. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Yang Kedua, Perbadanan Perpustakaan (PPAS) akan menganjurkan Perta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2025 bermula 28 November 2025 hingga 7 Disember 2025 di Pusat Convention Setia City, Shah Alam. Sehubungan itu PPAS akan mengedarkan bahan promosi sepena penganjuran tersebut kepada semua Ahli Dewan. Mohon semua Ahli Dewan untuk mempromosikan program ini. Dengan ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Seri Serdang untuk bertanyakan soalan. Silakan.

Assalamualaikum Warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Perikatan Nasional hari-hari bergaduh Soalan saya nombor sepuluh

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Status Kes Denggi Negeri SelangorQuestions

10. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a) Berikutan perubahan cuaca dan peningkatan kawasan bertakung,apakah strategi baharu yang dirancang Kerajaan Negeri bagi memastikan penurunan kes denggi menjelang tahun hadapan?

b) Sub-soalan telah di tolak.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Seri Serdang. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat Seri Serdang bertanyakan berkenaan dengan perubahan cuaca dan peningkatan Kawasan bertakung. Apakah strategi baru yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan penurunan kes denggi menjelang tahun hadapan. Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan bahawa kes demam denggi di negeri Selangor sebenarnya telah mengalami penurunan yang significant pada tahun ini iaitu bagi minggu epidermalogi 45, 2025 iaitu dari 2/11/2025 hingga 8/11/2025 sebanyak 384 kes telah dilaporkan. Iaitu penurunan sebanyak 3.8% atau pun 15 kes berbanding dengan 399 kes pada minggu sebelumnya. Jadi secara kumulatif, daripada minggu epirdermalogi yang pertama sehingga yang terkini, Selangor sebenarnya telah merekodkan 20,399 kes denggi. Iaitu sebenarnya penurunan sebanyak 36,001 kes atau pun dalam peratusan 63.8%. Berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024 yang telah mencatatkan 56,400 kes. Juga, kes kematian akibat denggi juga telah menunjukkan penurunan yang significant iaitu hanya 6 kes tahun ini berbanding 14 kes sehingga tempoh yang sama pada tahun lepas. Data dan angka tersebut jelas menunjukkan sekiranya ada usaha berterusan daripada Kerajaan Negeri, dengan agensi-agensi yang berkaitan, dapat memperkukuhkan aspek pengawalan dan pencegahan denggi dan ini membuahkan hasil yang positif. Walau bagaimanapun, usaha ini tak boleh dikatakan hanya untuk seketika ataupun secara bermusim. Justeru itu pendekatan pencegahan akan dilaksanakan secera berterusan dan menyeluruh agar trend penurunan kes denggi dapat dikekalkan dari tahun ke tahun. Dalam hal ini Kerajaan Negeri akan merangka beberapa strategi dalam penambahbaikan dengan pendekatan sedia ada bersama dengan Jabatan Kesihatan Kesihatan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, dan juga Badan Bukan Kerajaan dan apa yang paling penting

adalah ketua-ketua komuniti daripada kawasan masing-masing. Jadi pertamanya kita akan menggunakan Whole of Government dan Whole of Society. Dan pendekatan ini melibatkan kerjasama menyeluruh antara agensi kerajaan, PBT, komuniti dan sektor swasta dalam aktiviti pencegahan serta kawalan denggi secara bersepadu dan juga berterusan. Dan melalui pendekatan ini juga cabaran ataupun isu berkaitan dengan denggi di peringkat daerah sebenarnya akan dibincangkan melalui mesyuarat tindakan denggi peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dihadiri oleh semua pihak kepentingan seperti Pejabat Kesihatan Daerah, PBT, Ahli-ahli Majlis dan lain-lain agensi. Dan mesyuarat ini akan membincangkan tentang isu denggi secara terperinci melibatkan lokaliti-lokaliti wabak serta tindakan pencegahan dan penambahbaikan yang perlu diambil bersama. Dan seterusnya adalah perlaksanaan pengurusan rektor bersepadu. Strategi ini akan menggabungkan pelbagai jenis intervensi termasuk kawalan biologi. Sebagai contoh, kawalan kimia dan alam sekitar dan juga akan disokong oleh penguatkuasaan undang-undang serta pendidikan kesihatan. Pada tahun ini kita juga telah menambah lokasi pelepasan nyamuk aedes wolbachia kepada dua lokaliti baru di daerah Petaling iaitu di Pangsapuri Subang Hijauan dan Pangsapuri Flora. Selain daripada itu, pada saya yang paling penting juga adalah pengukuhan intervensi berasaskan komuniti. Dan Kerajaan Negeri akan memperluaskan dan memperkukuhkan program komuniti bebas denggi di semua daerah dengan penglibatan menyeluruh Ahli Majlis, persatuan pendududk dan institusi pendidikan serta institusi keagamaan. Dan yang paling penting saya lihat termasuk, pada awal tahun ini sebenarnya kita telah menjalankan banyak jenis aktiviti gotong-royong dan aktiviti cari dan musnah di tempat pembiakan. Dan ini akan banyak membantu kerana apa yang ingin saya tegaskan di sini walaupun agensi kerajaan ataupun pihak kerajaan memang mempunyai tanggungjawab untuk mengurangakn kes denggi. At the end of the day, ini adalah hasil dan usaha daripada komuniti. Sekiranya komuniti tidak menjaga kebersihan, komuniti tidak mempunyai aktiviti untuk menjalankan aktiviti gotong-royong atau pun cari dan musnah, mungkin kawasan bertakung atau tempat-tempat pembiakan itu akan bertambah. Justeru sebenarnya, kita perlukan juga kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya ketua-ketua komuniti yang aktif di kawasan masing-masing. Dan selain daripada itu penting juga untuk kita teruskan dengan program-program dan usaha pendidikan. Oleh kerana itu, kita juga telah menjalankan kempen-kempen kesedaran mengenai kepentingan pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes dan bahaya demam denggi daripada komuniti melalui pelbagai jenis hebahan di media elektronik serta media social seperti papan iklan, radio, Facebook dan TikTok. Selain daripada itu Kerajaan Negeri juga telah menjalan program Kembara Kesedaran Denggi Negeri Selangor dengan menambahbaik pengisian aktiviti dan pendekatan yang lebih menarik supaya kita dapat menarik penyertaan golongan dari pelbagai peringkat termasuk golongan muda. Jadi pada tahun ini, program ini telah dilaksanakan dua kali iaitu pada 23 Januari 2025 di KSL Asplanade Mall, Klang dan 1 Oktober 2025 di AEON Mall Cheras Selatan. Dengan kehadiran lebih daripada 2000 orang peserta secara keseluruhan. Di sini saya juga ingin tegaskan di Selangor sebenarnya kita mempunyai populasi yang tinggi. Dan juga pembangunan yang pesat. Oleh kerana itu, selain daripada fokus kepada jumlah amaun

kes denggi, apa yang lebih penting adalah apakah jenis, orang kata, pencegahan yang boleh kita jalankan bukan sahaja dengan komuniti, malah pencegahan individu. Ertinya, contohnya kalau ada ibu bapa yang muda dan sebagainya, kalau anak-anak pergi ke outdoor outings atau aktiviti atau pergi di kawasan-kawasan hotspot yang berisiko tinggi, pastikan mereka memakai repellant dan sebagainya supaya mereka dapat mencegah dan sekiranya ada simptom-simptom yang berkaitan dengan denggi, pastikan mereka ke Klinik Kesihatan atau klinik yang berdekatan. Ini sebenarnya sangat penting kerana at the end of the day, mengapa kita takut dengan kes denggi adalah kita mahu mencegah bilangan jumlah kes kematian yang ada di bawah negeri Selangor. Jadi Selangor memang sentiasa mempunyai kes denggi yang agak tinggi. Jadi kita perlu utamakan apakah jenis strategi ataupun objektif ataupun, orang kata lebih pentinglah, untuk negeri Selangor ini. Dan selain daripada itu, saya kira apa yang hanya ada di Selangor adalah peranan pasukan sukarelawan kesihatan ataupun SUKA. Di mana ini merupakan satu pasukan yang hanya wujud di Selangor yang telah diwujudkan untuk membantu untuk menjalankan aktiviti program yang berkaitan dengan program-program kesihatan. Jadi kita juga akan melihat, bagaimana kita boleh memperkasakan ataupun memberi penekanan kepada usaha memperkasakan peranan penduduk melalui penglibatan badan sukarelawan Kesihatan seperti sukarelawan Kesihatan SUKA dan juga boleh dibantu dengan Communication Behavioral Impact atau pun pasukan COMBI. Jadi pada tahun 2025 lebih daripada lebih daripada 50 program pencegahan denggi di peringkat komuniti telah berjaya dilaksanakan oleh anggota SUKA dengan kerjasama ketua komuniti, pertubuhan bukan kerajaan atau NGO serta pasukan sukarelawan tempatan. Jadi program-program ini seperti yang dikatanya turut merangkumi aktiviti gotong-royong, cari dan musnah, sesi advokasi kesihatan, kempen pendidikan awam serta lawatan dari rumah ke rumah dan memberikan peneranganlah tentang langkah pencegahan denggi.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Seri Serdang.

Yang Berhormat EXCO. Saya ucapkan tahniahlah di atas kejayaan menurunkan kes denggi dalam negeri Selangor. Cuma untuk kita lebih memantapkan lagi usaha-usaha kita memerangi denggi ini, kerana bagi saya, saya kira denggi ini datang dalam keadaan yang kita tidak boleh jangka dan kalau hari ini kita lihat, faktor cuaca juga memainkan peranan dalam sama ada dalam kes itu naik atau pun turun. Ada tak apa-apa insentif kepada persatuan penduduk, contohnya penghargaan kepada persatuan penduduk atau pun JMB atau MC yang berjaya mengawal dan juga mengadakan program-program pencegahan denggi di tempat mereka masing-masing. Saya kira kalau itu boleh diadakan mungkin boleh memberi satu semangat kepada mereka-mereka ini, ketua-ketua ini, komuniti-komuniti ini termasuk MC, JMB dan juga persatuan penduduk untuk mereka lebih fokus bagi membanteras nyamuk aedes ini.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Serdang kerana membangkitkan tentang isu ini lah. Saya tahu, sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat juga banyak membantu kerana setiap Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai peruntukan masing-masing. Untuk menjalankan inisiatif bersama dengan komuniti setempat. Tapi namun, sabar-sabar Yang Berhormat. Namun, kita pun tak dapat control. Tak dapat pastikan semua Ahli Dewan Negeri menggunakan peruntukan masing-masing untuk aktiviti ataupun tujuan denggi. Jadi, oleh kerana itu, untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan tahunan bagi program pengawalan dan pencegahan denggi di Selangor pada tahun ini adalah sebanyak RM4 juta. Di mana peruntukan ini, saya kira di negeri-negeri lain, kita jaranglah mempunyai peruntukan seperti ini. Kerana peruntukan kawalan denggi ini pun sebenarnya di bawah Jabatan Kesihatan Negeri. Jadi dia juga di bawah lingkungan agensi Persekutuan. Namun di bawah negeri Selangor kita telah memperuntukan RM4 juta dibelanjakan dan daripada 4 juta ini, sebahagian besar, iaitu lebih daripada 2.7 juta telah disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi program pengawalan dan pencegahan denggi di peringkat komuniti. Di mana setiap PBT dia akan menetapkanlah masing-masing apakah jenis aktiviti komuniti yang hendak dijalankan dan sebagainya. Jadi di antaranya ada juga peruntukan yang telah dibagi kepada Ahli-ahli Majlis supaya Ahli-ahli Majlis juga dapat menjalankan aktiviti gotong-royong, cari dan musnah dan sebagainya di kawasan masing-masing. Jadi saya kira, itu juga merupakan salah satu punca dan mengapa kita berjaya dalam menangani isu denggi di negeri Selangor ini. Dan peruntukan ini juga akan diteruskan pada tahun hadapanlah pada tahun 2026.

Speaker

Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat EXCO soalan nombor 11.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Ruu Pekerja Gig 2025Questions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

11. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memberdaya industri gig sebagai sebuah industri yang mapan pasca pembentangan RUU Pekerja GIG 2025 di Parlimen?

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia menanyakan tentang Rang Undang-Undang Pekerja GIG 2025. Soalannya adalah apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memberdaya industri GIG sebagai sebuah industri yang mampan paksa pembentangan Rang Undang-undang Pekerja GIG 2025 di Parlimen? Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Gombak Setia, walaupun di Sidang Dewan Negeri kita bincang tentang Peraturan Undang-undang di Parlimen saya akan liberate sedikit sebanyak yang boleh ye, terima kasih.

Tuan Speaker pembentangan Rang Undang-undang Pekerja GIG 2025 oleh Kerajaan Persekutuan merupakan langkah penting dalam mengiktiraf dan melindungi golongan pekerja GIG di Malaysia. Rang Undang-undang ini memperkenalkan takrifan undang-undang yang lebih jelas. Menetapkan terma minima perjanjian antara pekerja dan penyediaan platform serta memperkukuhkan akses kepada perlindungan sosial. Selaras dengan pembentangan Rang Undang-undang Pekerja GIG ini, Kerajaan Negeri Selangor akan terus mengambil pendekatan proaktif untuk memperkukuhkan ekosistem ekonomi GIG negeri agar lebih berdaya saing dan mampan sekaligus memastikan kebajikan dan kegiatan sosial para pekerja GIG terus terpelihara. Kerajaan Negeri komited dalam menyediakan, dalam menyokong pelaksanaan Rang Undang-undang GIG 2025 ini di peringkat negeri dan akan memastikan dasar dan garis panduan negeri selaras dengan rangka perundangan baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan sebab selama ini dia memang mengaburi siapa betul, siapa salah. Sekiranya ada, tindakan undang-undang dan sebagainya, tetapi hari ini at least kita dapat melihat satu perkembangan yang sangat baik dalam negara kita dan satu langkah yang bersiaran yang mana sekarang Rang Undang-undang di peringkat Dewan Negara. Mungkin dalam penggal pertama next year dia akan diselaraskan. Selain itu, usaha sama dan libat urus dengan agensi Kerajaan Persekutuan seperti PERKESO Selangor dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan terus dipergiat bagi memberi pendedahan kepada pekerja GIG berkenaan Rang Undang-undang ini. Memberikan kesedaran tentang hak dan perlindungan pekerja GIG dan mempromosi saluran bantuan dan kutipan hasil perundangan asas bagi pekerja GIG yang berhadapan dengan isu kontrak atau pun pertikaian atau pun masalah-masalah yang lain seperti saya cakapkan tadi. Bagi memastikan ekonomi GIG menjadi saluran kerja berdaya saing, Kerajaan Negeri menumpukan kepada pembangunan kapasiti dan kemahiran pekerja GIG melalui penyediaan latihan seperti pemasaran digital dan pengurusan perniagaan mikro di samping menyediakan bantuan atau pun sokongan yang diperlukan di bawah pelbagai program yang sedia ada. Melalui usaha ini, pekerja ekonomi GIG berupaya menyesuaikan diri dengan penubuhan struktur ekonomi digital dan mampu mengorak langkah lebih jauh dengan berpindah ke pekerjaan lebih tetap yang menaruhkan gaji yang lebih lumayan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memastikan industri GIG terus menjadi sebahagian penting dalam ekosistem ekonomi negeri. Pendekatan holistik yang menekankan perlindungan sosial, pembangunan kapasiti dan sokongan infrastruktur akan menjadikan sektor ini lebih mampan dan berdaya saing, sekian terima kasih.

Speaker

Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan sebentar tadi saya bertanyakan perkara ini ia betul walaupun Rang Undang-undang Pekerja GIG itu dibentangkan di Parlimen tetapi sebagai negeri yang paling maju dalam Malaysia sudah tentu industri GIG ini merupakan salah satu perkara yang amat penting kerana Selangor merupakan hub kepada semua syarikat-syarikat yang menawarkan pekerja pekerjaan yang seperti ini dan industri ini juga majoritinya dipopulari oleh anak-anak muda yang hari ini majoritinya mereka suka untuk mencipta pekerjaan berbanding untuk mencari pekerjaan dan kita tak boleh hanya terhadkan pekerja-pekerja GIG ini di kalangan driver atau pun rider sahaja sebab i think takrifan kepada pekerja GIG ini sudah lebih jauh lebih meluas termasuklah mereka-mereka yang bekerja dalam secara freelance seperti freelance designer content creator termasuk juga industri-industri yang hari ini menawarkan pekerjaan kepada mereka misalnya industri penerbangan hari ini Malaysia Airlines dalam satu projek Amal Malaysia Airlines hari ini juga menawarkan peluang pekerjaan untuk freelance workers bekerja dengan mereka. Jadi, sebab itu cabaran kita dalam industri GIG ini ialah bagaimana nak memastikan industri ini boleh menjadi sustainable boleh menjadi mampan sebab kita tengok ketika mana Covid melanda ramai orang yang dibuang kerja jadi akhirnya mereka terpaksa mencipta pekerjaan mereka bekerja dalam industri GIG tetapi selepas pemulihan ekonomi berlaku mereka dapat peluang pekerjaan semula mereka meninggalkan jadi sebab itu bila saya lihat banyak inisiatif-inisiatif yang diterajui oleh kerajaan yang dicadangkan oleh kerajaan itu dari segi membina kapasiti mereka tetapi hari ini cabaran kita adalah bagaimana untuk memastikan industri GIG ini dia menjadi industri yang sustainable khususnya untuk anak-anak muda dalam negeri Selangor sebab...

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Antara masalah utama ialah soal....

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Perlindungan sosial ya.

Speaker

Ya, panjang sangatlah soalan ini.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soal perlindungan sosial.

Speaker

Panjang sangatlah soalan ini.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Itu soalan saya.

Speaker

Soalannya mana? Tadi dah panjang terus kepada soalan

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ye la... saya nak explain Speaker.

Speaker

Ya, ya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sekejaplah.

Speaker

Ya, ya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini soal penting anak-anak muda di atas nak dengar pasal...

Speaker

Ye la, teruskan pada soalan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sebab itu saya nak bertanya apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menawarkan perlindungan sosial pula selain daripada pembinaan kapasiti? Menawarkan tawaran perlindungan sosial kerana ini yang saya lihat gagal ditawarkan dalam Rang Undang-undang Pekerja GIG misalnya untuk menubuhkan satu USP Funds untuk menawarkan perlindungan sosial ini sebab beza antara pekerja GIG kita dengan yang lain misalnya di Singapura dan di Indonesia. Pekerja GIG Rider Gojek di Indonesia mereka boleh pergi ke bank untuk buat loan, buat pinjaman untuk membeli rumah jadi apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk selain daripada membina kapasiti juga menawarkan manfaat perlindungan sosial kepada pekerja-pekerja GIG dalam negeri Selangor, terima kasih.

Terima kasih kepada Seri Setia sorry Gombak Setia sebab satu tafsir yang panjang tak apa. Saya melihat, saya pandang secara positiflah apa yang telah dikemukakan oleh Gombak Setia tadi. Saya melihat apabila kita buat perbandingan bagi tahun 2024 semasa kita buat bancian melalui PERKESO pada 14 Jun 2024 kita telah mendapat satu angka yang very subjektif sebab angka ini walaupun 11,177 pekerja atau pun penglibatan dalam GIG ini dia very subjektif sebab bukan semua yang itu yang memerlukan caruman PERKESO. Kita ambil kira daripada PERKESO dan juga angka itu akan kita share dekat..dekat pejabat saya dan hari ini apabila kita membuat

semakan semula, kita mendapat satu angka yang beza iaitu sebanyak 15,884 penambahan ketara ya lebih kurang 4,000 orang. Itu menunjukkan apa itu profession ini makin lama makin meningkat saya tidak nafikan. Cuma apa yang kita melihat ramai yang terlibat dalam profession ini mereka paling ramai lebih kurang 7,424 angka ini menunjukkan dari sektor pengangkutan, barangan dan makanan. Sekarang ialah anak-anak muda sekarang lebih suka order online food ya jadi mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan food delivery dan sebagainya itu memang ramai. Yang kedua juga saya ingin memberitahu ialah pengangkutan dan penumpang seperti Grab dan sebagainya dan kembali kepada soalan tambahan tadi, apakah kita boleh memberi jaminan dari segi keselamatan, yes betul sebab itu Rang Undang-undang baru ini mereka fokus kepada..

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Perlindungan... perlindungan bukan keselamatan..

Perlindungan lebih kurang keselamatan dan perlindunganlah sebab kadang-kadang sekiranya berlaku kemalangan contoh eh contoh sekiranya berlaku kemalangan, dia juga melibatkan perlindungan juga saya tidak nafikan sebab itu apabila saya terima taklim daripada YB Menteri Steven Sim tentang Rang Undang-undang ini saya berasa gembira dan ia bakal akan membantu sebanyak 3 Juta penduduk seluruh negeri negara kita. Di mana penglibatan mereka terlalu kental dalam industri GIG ini jadi sekali lagi saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Steven Sim dan juga Prime Minster kita yang begitu rajin untuk menyediakan Rang Undang-undang kepada seluruh rakyat negara kita, sekian terima kasih.

Speaker

Sila soalan Yang Berhormat, Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sebab itu bila saya beri sedikit huraian Speaker jangan ganggu jadi EXCO boleh faham. Sebab soalan saya tadi ialah ya soal perlindungan caruman PERKESO diperlukan ke tidak ke itu nombor dua, soalan saya ialah bagaimana kita nak pastikan sebab ini negeri Selangor, macam mana kita nak pastikan industri ini boleh menjadi industri yang sustainable jadi dia juga boleh bukan setakat menciptakan peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak-anak muda, tetapi juga dia boleh menyuntik dinamik ekonomi yang baru termasuklah sumber-sumber pendapatan negeri. Jadi sebab itu, saya tanya apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan perlindungan sosial bukan keselamatan eh keselamatan sosial ini satu perkara yang lain perlindungan sosial sebab saya kata tadi masalah utama ialah bila mana anak-anak muda ini oklah dia dapat caruman PERKESO tapi dia tidak bankable kalau mereka nak bekerja dalam industri GIG ini mereka nak bekerja secara freelance mereka tidak bankable kalau setakat dapat caruman PERKESO pergi bank mereka tak dapat pinjaman. Jadi sebab itu apakah Kerajaan Negeri ada cadangan-cadangan supaya pekerja-pekerja GIG ini mereka ini lebih bankable dia kerja freelance tapi dengan perlindungan sosial yang diberikan oleh

Kerajaan Negeri dia boleh pergi ke bank untuk buat pinjaman untuk ni dan sebagainya terima kasih.

Alright. Terima kasih.

Speaker

Sekejap, Yang Berhormat...

Yang Berhormat....

Speaker

Yang Berhormat sekejap, Yang Berhormat EXCO sekejap. Nasihat saya kepada semua ADUN yang bertanyakan soalan, ringkaskan soalan anda, saya pasti ke semua 11 orang EXCO yang ada di depan ini mempunyai tahap capability yang mencukupi untuk memahami soalan yang ringkas oleh sebab itu tidak perlu mukadimah yang terlalu panjang itu atas nasihat saya, terus kepada soalan. Teruskan Banting...

Okay, terima kasih Tuan Speaker. Betul Yang Berhormat Gombak Setia, so far saya kena terus terang eh memang kita tiada sebarang rancangan untuk itu. Okay, tetapi dia apa itu industri GIG ini dia lebih kepada supply and demand selepas Covid dan juga Post-Covid. Kami di peringkat EXCO telah mencadangkan industri GIG ini bukan satu industri yang apa tu secondary term atau pun dengan izin dia bukan satu second option dia adalah satu perkara di mana kebanyakan apabila mereka kehilangan pekerja dan sebagainya mereka telah menceburi bidang ini. Tapi dia bukan satu pekerjaan yang tetap, oleh kerana itu mereka mengalami masalah apabila mereka mendapatkan loan pergi bank dan sebagainya saya tidak nafikan cuma kalau nak minta satu stand oleh Kerajaan Negeri saya so far saya akan beritahu memang tidak sebarang apa tu rancangan untuk mereka tetapi seperti mana saya cakap tadi dia lebih kepada supply and demand adakah industri akan menjadi satu industri yang menentukan masa depan negeri yes, saya tidak nafikan tetapi untuk itu saya rasa dia lebih kepada supply and demand seperti mana saya cakapkan tadi dia kena fokus dalam bidang itu, sekian terima kasih.

Speaker

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker, minta izin Tuan Speaker jawab pantun dari Seri Serdang tadi,

‘Dalam konvensyen amanah gaduh,

Gaduh dalam konvensyen amanah memang ada kelas,

Soalan saya No.12.’

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Pengurusan Sampah Di SelangorQuestions

12. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-a)

Apakah jaminan kedudukan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) sebagai peneraju pengurusan sampah di Negeri Selangor dengan pematuhan Akta 672?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker, salam sejahtera, sugih injing, selamat pagi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian terutamanya Yang Berhormat Sijangkang yang bertanyakan pasal pengurusan sampah di Negeri Selangor, tentang Akta 672.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menitikberatkan kepentingan dan keutamaan negeri dalam sebarang rundingan serta pelaksanaan dasar baru termasuk pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Akta 672. Dalam hal ini kedudukan KDEB Waste Management Sdn Bhd sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri akan terus diberi perhatian sewajarnya dalam semua peringkat pertimbangan. Walaupun pelaksanaan Akta 672 kelak dijangka akan menstrukturkan semula model pengurusan sisa pepejal di bawah seliaan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWKOP) di Negeri Selangor, KDEB Waste Management tetap mempunyai peluang yang setara dan berdaya saing untuk terus memainkan peranan utama dalam sektor ini. Sekiranya Akta 672 ditandatangani, fungsi KDEB Waste Management sebagai Project Management Company atau pun PMC di bawah mandat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mungkin tidak lagi terpakai. Namun sebagai anak syarikat, Kerajaan Negeri yang berpengalaman luas dan berkeupayaan tinggi dalam pengurusan operasi logistik serta inovasi teknologi hijau, KDEB Waste Management berpotensi besar untuk memperoleh kontrak perkhidmatan baharu melalui proses Request for Proposal (RFP) atau tender terbuka yang akan dilaksanakan oleh SWCOP, tertakluk kepada tatacara perolehan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri yakin dengan rekod prestasi cemerlang KDEB Waste Management dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di semua PBT di Negeri Selangor menjadi asas kukuh bagi syarikat ini kekal kompetitif dan diterima sebagai rakan strategik utama dalam ekosistem pengurusan sisa pepejal negara. Justeru itu, Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa kedudukan KDEB Waste Management sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri akan terus dipertahankan dan diketengahkan sebagai peneraju utama dalam ekosistem pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga menegaskan komitmen untuk memastikan KDEB Waste Management kekal memainkan peranan utama sama ada melalui kerjasama strategik atau pun pelantikan berasaskan merit agar kesinambungan

perkhidmatan kutipan dan pembersihan awam di negeri ini terus dilaksanakan dengan cekap berdaya saing dan memberi manfaat optimum kepada rakyat, sekian terima kasih.

Sijangkang. Terima kasih EXCO yang menjawab soalan. Pertanyaan saya adakah sudah ada perbincangan sama ada dengan Kerajaan Pusat atau pun SWCOP buat masa ini kerana seingat jaminan ini sangat penting dengan prestasi KDEB Waste Management ini. Dan saya juga hendak bertanya kerana SWCOP ini adalah agensi yang dilantik di bawah Akta 672 dan dia mempunyai juga clause di bawah tanggungjawab PBT untuk membuat sumbangan mandatori kepada SWCOP dan berapakah jumlah sumbangan yang kena beri, kalau tak beri kena charge pula itu kepada SWCOP. Dan saya tidak pasti sama ada apabila perjanjian ini dibuat, pengurusan sampah ini juga akan termasuk dalam sistem pengurusan sampah kampung atau pun tidak. Kerana pada hari ini kita menghadapi masalah pengurusan sampah kampung yang menjadi isu lokasi dan sebagainya yang saya lihat beberapa inisiatif ujian dilakukan oleh pihak JKKK, JPKK contohnya atau pun pihak vendor yang mengutip sampah daripada rumah ke rumah atau pun agensi yang mengutip sampah diletakkan dalam satu lokasi dibuang secara harian tetapi dia menyebabkan kos yang terlalu tinggi, RM35 hingga RM50 sebulan kalau kita hendak bandingkan RM7 yang dibayar oleh PBT kepada KDEB ini. Mungkin ada inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk membantu kaedah yang baik dalam pengurusan sampah kampung yang kita hadapi masa ini, terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang yang cukup prihatin dengan pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Sekarang ini kita dalam proses perbincangan terus berjalan di mana new religion antara semua pihak antara pihak SWCOP, pihak KDEB Waste Management, pihak Kerajaan Negeri Selangor dan PBT terus berjalan. Kita hendak pastikan kita mengambil kira kepentingan semua pihak, kita hendak pastikan kepentingan PBT, kepentingan rakyat negeri Selangor, kepentingan negeri Selangor dan KDEB semua terjamin. Oleh sebab itu, kita mengambil masa yang panjang, mengambil masa yang panjang sepatutnya kita hendak percepatkan tapi memandangkan terlalu banyak perkara-perkara teknikal yang berkaitan, akhirnya kita adakan perbincangan demi perbincangan sebab hendak pastikan kepentingan semua pihak di pertahankan. Dalam konteks, dalam konteks pengurusan sisa pepejal di kampung, memang saya setuju dengan Yang Berhormat Sijangkang, memang pengurusan sampah di kampung ini, sekarang ini ada yang tidak termasuk dalam skop KDEB dan sebagainya tapi sekarang dalam kontrak baru kita cuba akan bincang dengan PBT dalam kontrak baru dengan KDEB, di mana lanjutan kontrak tersebut bersambung dan kita boleh panjangkan dalam pengurusan sisa pepejal di kampung. Dalam konteks Akta 672 di mana apabila kita Kerajaan Negeri menandatangani kontrak atau pun Akta 672 dengan SWCOP dan Kerajaan Persekutuan, kita akan pastikan pengurusan sampah di kampung ini juga diambil kira untuk dirangkumkan bersama. Ini antara perkara-perkara yang kita tengah buat perbincangan akhir. Jadi saya hendak pastikan semua

seluruhnya kepentingan pihak termasuk pemegang taruh rakyat negeri Selangor dipertahankan sekian, terima kasih.

Sumbangan mandatori kalau ada, daripada PBT ke, SWCOP, kalau ada penjelasan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Dia isu soal mandatori ini sumbangan mandatori ini kita tengah berbincang, jadi angka dan sebagainya kita belum putuskan. Apabila nanti kita dah muktamadkan kita akan pastikan soalan-soalan daripada Yang Berhormat di dalam Dewan ini, kita akan jawab. Tapi sekarang kita perbincangan harga dan sebagainya belum tetap dan sebagainya jadi saya tidak mahu kita dedahkan apa perbincangan, tapi akhirnya ada jawapannya, apabila dimuktamadkan sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Balakong, Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker, Balakong ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri telah menetapkan satu SOP dalam melakukan pembaharuan kontrak kutipan sampah bagi memastikan perkhidmatan sedia ada tidak terjejas. Sebab apa di lapangan, apa yang MPKj telah mengalami adalah satu gangguan jadual kutipan sampah yang terlampau lama sehingga seminggu dua minggu tak ada kutipan sampah, jadi saya hendak bertanya adakah Kerajaan Negeri telah menetapkan satu SOP bagi tempoh peralihan tersebut.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Memang apabila dimuktamadkan akta pemakaian Akta 672, kita mesti ada satu tempohlah. Mungkin 2 bulan, 3 bulan supaya transaksi itu berjalan dengan lancar dan sukses dan kutipan-kutipan pembersihan di kampung dan taman tidak terjejas. Hah, transisi tak apa, transisi, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang membetulkan, saya ambil maklum sebab ini dia bukan main, sebab dia Ketua Pembangkang, ada pengalaman luar biasa daripada Bersatu. Walaupun sekarang sudah jadi berdua, bertiga, tetap bersatu tetap menjadi Presiden, tahniah saya doakan menjadi Presiden, saya doakan. Tapi yang pentingnya kita akan pastikan semua berjalan dengan lancar dan tidak ada masalah yang timbul di lapangan kerana kita tahu isu pengurusan sampah ini bukan mudah. Kita tengok mudah saja, tapi bukan mudah setiap hari 24 jam, setiap tahun 365 hari kena bekerja dan jadi pekerja pun susah, sebab kerja sampai ini adalah tergolong dalam 3D, Difficulty, Dirty dan Dangerous. Jadi orang-orang tempatan ini kalau hendak bekerja pun susah, jadi kita hendak galakkan pastikan soal pengurusan sampah dalam konteks ini boleh kita berjalan dengan lancar. Jadi kita ambil kiralah pandangan dan juga daripada Yang Berhormat Balakong, terima kasih.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Bandar Baru Klang, okay baik saya izinkan.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Selamat pagi, hendak tanya semua sampah yang di Selangor kebanyakan diuruskan oleh KDEB tetapi ada sebahagian sampah diuruskan dalam PBT dalam taman, bolehkah atau adakah rancangan untuk semua ini dimasukkan dalam KDEB, terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Memang setakat ini memang ada di lapangan wujud masalah sikit, masalah di mana pengurusan sisa pepejal kutipan, pembersihan kalau ikut kelulusan daripada Kerajaan Negeri, MMKN dan sebagainya memang kita hendak pastikan semua PBT serahkan semua seluruhnya kepada KDEB Waste Management. Namun dalam peringkat ini masih terdapat PBT setengah PBT yang tidak menyerahkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan khususnya di taman-taman dan juga longkang-longkang, monsun drain dan sebagainya. Ada yang mereka tidak jalan persiaran dan sebagainya tidak serah kepada KDEB Waste Management, ini akan menimbulkan masalah di lapangan di mana apabila berlaku sesuatu aduan, biasanya lazimnya KDEB akan disalahkan tetapi apabila kita teroka ke lapangan, oh akhirnya ini isu di peringkat PBT. Dan ini kadang-kadang silih berganti, ini yang berlaku di lapangan. Oleh sebab itu kita akan usahakan supaya semua arahan daripada Kerajaan Negeri dapat dipatuhi oleh semua PBT dan pada satu masa nanti kita pastikan satu masa untuk mereka serah kepada KDEB sepenuhnya supaya kita dapat mengurus tadbir dengan lebih baik. Semua masalah kalau terkait dengan sampah mesti kita cari KDEB saja tak perlulah kita toleh ke kiri toleh ke kanan, akhirnya menimbulkan kecelaruan di lapangan ya. Saya rasa saya ambil maklum pandangan daripada Yang Berhormat Bandar Baru Klang, sekian terima kasih.

Speaker

Burung merpati beriring terbang, hinggap sebentar di pohon terang, Sijangkang dan Seri Serdang usah berbalah panjang, dijemput Ahli Yang Berhormat dari Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 13.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Penyakit Influenza Di SelangorQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

13. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah kes influenza direkodkan dan jumlah kematian akibat penyakit ini di Selangor?

b)

Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar jangkitan influenza?

c)

Adakah program vaksinasi influenza disediakan secara percuma kepada kumpulan berisiko tinggi?

Speaker

13? Ya Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih, soalan yang ditanyakan oleh Rawang berkenaan dengan penyakit influenza di Selangor. Siap ada pantun khusus untuk Yang Berhormat Rawang, tak tahu kenapa. Tapi Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian, Tuan Speaker, Rawang telah bertanyakan tentang jumlah kes influenza yang direkodkan dan jumlah kematian akibat penyakit ini dan juga apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar jangkitan influenza serta apakah program vaksinasi influenza disediakan secara percuma kepada kumpulan berisiko tinggi. Tuan Speaker, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sentiasa komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit dengan sentiasa memantau trend aktiviti influenza melalui sistem pelaporan wabak sedia ada dan dari lokasi-lokasi sentinel influenza-like illness (ILI) mahupun severe acute respiratory infection (SARI) yang telah dikenal pasti di Negeri Selangor. Jadi sedikit makluman untuk Ahli-ahli Dewan Negeri influenza bukanlah penyakit yang wajib di notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Ini bererti kita tidak mempunyai keseluruhan maklumatlah berkaitan dengan penyakit influenza kerana pihak masing-masing, contohnya JP, mereka tidak perlu maklumkan terdapat penyakit influenza ini. So pemakluman biasanya adalah di atas sukarela atau pun dasar sukarela. Jadi secara kumulatif sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 43/2025 (yang berakhir pada 25 Oktober 2025), JKNS telah menerima sebanyak lebih 3,239 kes influenza daripada sejumlah 268 kluster; yang mana 70.1% daripada jumlah kluster adalah dilaporkan semasa tempoh lonjakan bermula dari ME yang ke 39/2025 (yang berakhir pada 27 September 2025). Dan daripada 268 kluster influenza yang dilaporkan, 81% adalah daripada kluster institusi yang majoritinya adalah institusi pendidikan manakala bakinya adalah wabak rumah persendirian. Jadi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menerima beberapa pelaporan kes tentang kematian berkaitan influenza sepanjang tempoh lonjakan kes baru-baru ini dan bagi kes sebegini, sebenarnya penentuan punca kematian memerlukan pelaksanaan bedah siasat. Bagi kes yang tidak menjalani bedah siasat, penentuan punca kematian memerlukan penilaian secara menyeluruh termasuk sejarah klinikal dan perbincangan di peringkat Jawatankuasa Mortaliti bagi mengesahkan diagnos yang sebenar. Jadi untuk rekod daripada 2024 hingga minggu epidemiologi yang ke 2025 yang dikatakan itu tiada kematian yang disahkan berpunca

daripada influenza kerana kita tidak menjalankan kecuali ada family yang hendak jalankannya dan sebagainya. Jadi soalan (b) dan (c) pula akan dijawab bersekali dengan soalan 63 (a) dan (c) daripada Yang Berhormat Morib, soalan 72 (a) daripada Yang Berhormat Kota Damansara dan soalan 97 (a) dan (b) daripada Yang Berhormat Sijangkang kerana saya tahu banyak Ahli-ahli Dewan Negeri yang sebenarnya bertanyakan tentang isu influenza ini. Jadi soalan ini pun hampir semua sama dengan soalan Yang Berhormat Rawang. Menyedari peningkatan kes jangkitan influenza di Selangor, Kerajaan Negeri sebenarnya telah mula melaksanakan Program Vaksin Imunisasi Influenza kepada murid sekolah rendah berumur 8 tahun ke bawah yang bermula pada minggu kedua November yang baru di jalankan lepas dan pemilihan golongan murid yang berumur 8 tahun ke bawah adalah sebagai kumpulan penerima vaksin influenza berdasarkan pertimbangan tahap daya ketahanan badan dan imuniti mereka yang lebih rendah berbanding dengan golongan-golong lain jadi ini adalah nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kerana murid-murid yang mungkin yang berumur 8 tahun ke bawah mereka lebih aktif, mereka lebih banyak pergerakan akan bersentuhan dengan rakan-rakan dan sebagainya namun tahap imuniti mereka mungkin merupakan yang lebih terkesan berbanding dengan umur yang lain. Jadi langkah ini juga diambil bagi memastikan sesi pembelajaran sekolah tidak terganggu akibat jangkitan atau penularan penyakit khususnya dalam kalangan murid yang lebih terdedah kepada risiko komplikasi kesihatan. Jadi ada juga yang tanyakan mengapa program ini difokuskan kepada empat daerah utama kerana pemberian vaksin ini adalah diberikan kepada daerah utama yang mencatat kadar jangkitan influenza tertinggi iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat dan syarat-syarat bagi penerima vaksin di bawah program ini adalah seperti berikut. Pertamanya berumur 8 tahun dan ke bawah, keduanya adalah pendapatan isi keluarga bulanan tidak melebihi RM5,250.00, ketiga mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbid ataupun penyakit kronik, ke empat adalah warganegara dan penduduk Negeri Selangor ataupun bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun, parents sahaja bukan budak itu sebab is for eight years and below lah dan akhirnya adalah merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan termasuk jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah rendah agama di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan juga Tadika KEMAS dan pemberian vaksin ini dilaksanakan melalui dua kaedah seperti berikut pertamanya adalah secara turun padang atau outrage di mana kaedah ini akan dilaksanakan di sekolah-sekolah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi bagi memudahkan akses kepada pelajar berkeperluan khas yang mungkin mendapat kekangan untuk hadir ke fasiliti kesihatan dan yang kedunya adalah kita juga membenarkan jumpa terus atau pun walk in dan kaedah ini adalah bagi pelajar lain yang memenuhi kriteria kelayakan tetapi tidak tergolong dalam kumpulan pelajar PPKI dan pelajar ini akan menerima vaksin melalui Klinik Panel Selcare yang terpilih dan proses pelaksanaan akan dibuat secara berjadual melalui penetapan janji temu ataupun appoitment di aplikasi SELANGKAH bagi memastikan penyelarasan yang lebih sistematik serta mengelakkan daripada kesesakan di klinik dan pendekatan dua hala ini mencerminkan komitmen Kerajaan negeri untuk memastikan setiap golongan sasaran termasuk pelajar berkeperluan khas mendapat akses yang adil dan mudah kepada perlindungan vaksinasi

seiring dengan matlamat Memperkukuh Sistem Kesihatan Awam Negeri dan selain daripada itu Kerajaan Negeri juga akan mempergiatkan Program Advokasi dan Kesedaran Awam berkaitan penjagaan kesihatan yang berkesan bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan sebagai maklumat tambahan ingin lebih berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan pada masa ini juga Kementerian Kesihatan Malaysia turut melaksanakan Program Imunisasi Influenza. Untuk kumpulan petugas Kementerian serta warga emas yang berumur 60 tahun ke atas serta mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik iaitu contohnya diabetes, penyakit jantung, obesiti dan sebagainya dan setakat ini sebanyak 37 ribu dos vaksin yang telah di sediakan untuk program imunisasi influenza warga emas di Selangor ini dan vaksin ini boleh didapati secara percuma di 82 fasiliti Kerajaan di seluruh Negeri. Ini merupakan program KKM di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Speaker

Ya, Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih saya ada soalan tambahan yang pertama adalah berkenaan dengan vaksin fobia disebabkan selepas Covid-19 memang ramai yang takut, dengar vaksin sahaja sudah takut so bagaimana Kerajaan Negeri hendak menangani masalah ini. Kedua adalah imuniti untuk vaksin jangkanya dalam satu tahun adakah tahun depan Kerajaan Negeri akan terus dengan program vaksin untuk influenza.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih soalan daripada Yang berhormat Rawang memang kita mempunyai isu vaksin fobia ini dan ini juga telah dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor tetapi vaksin influenza ini tidak se strong ataupun terhadap fobia contohnya vaksin Covid-19 kerana sebenarnya vaksin influenza ini telah lama wujud di pasaran sudah bertahun-tahun. Jadi saya ingin memaklumkan kita tidak mewajibkan pengambilan vaksin ini , pengambilan vaksin ini hanya akan dijalankan selepas mendapat persetujuan daripada ibu bapa di mana sekolah selepas ini sekiranya dijalankan di dalam sekolah, kita akan perlukan mendapatkan borang consent melalui sekolah ataupun melalui Aplikasi SELANGKAH bagi memastikan kanak-kanak ini ataupun murid-murid berumur 8 tahun ke bawah ini mempunyai orang kata consent ataupun kebenaran daripada ibu bapa di mana setiap agensi akan memainkan peranan masing-masing dalam mendidik sama ada orang awam berkenaan pengambilan vaksin influenza ini dan juga daripada pihak sekolah mungkin juga akan menguar-uarkan dan kita juga akan mengedarkan leaflet berkaitan dengan vaksin ini namun kita tidak boleh memaksa ibu bapa untuk mengambil vaksin ini dan vaksin ini oleh kerana itu juga kita akan memberi keutamaan kepada kanak-kanak yang mempunyai isu-isu tertentu sebab itu kita pilih pendidikan khas. Dan yang kedua adalah bertanyakan berkenaan sama ada kita akan teruskan ataupun tidak, jadi kita akan melihat dahulu sebab ini adalah fasa pertama di mana kita jalankan secepat mungkin even secara jujurnya untuk fasa ini pun kita perlu melalui banyak prosedur kerana ini merupakan kerjasama di antara Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan juga Jabatan

Pendidikan. Jadi kita juga perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan sebelum kita masuk ke sekolah dan sebagainya selepas fasa ini sekiranya ada keperluan penambahan, perkara itu akan dibincangkan saya telah pun berbincang dengan Dato’ PWN dan beliau pun berkata sekiranya mempunyai keperluan untuk penambahan kita boleh teruskanlah pada tahun hadapan tapi pada tahun ini kita habiskan dahulu peruntukan yang disediakan untuk fasa pertama ini.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan.

Speaker

Ya silakan Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana memulakan inisiatif ini bagi membendung masalah penularan wabak influenza ini, cuma soalan saya kerana mendengar penjelasan Yang Berhormat EXCO tadi walaupun ditawarkan kepada pelajar-pelajar ini, anak-anak ini tetapi akhirnya perlu dapatkan consent daripada ibu bapa. Apa langkah yang Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan akan ambil untuk memastikan supaya capaian program vaksin ini akan berkesan kerana akhirnya akan membentuk imuniti kelompok di dalam komuniti kita dan saya setuju tadi yang Rawang sebut tentang meneruskan program ini kerana dalam Belanjawan tidak disebut tetapi seperti kita tahu influenza vaksin ini diberi setiap tahun dan kalau kita sudah mula hari ini saya percaya tahun hadapan ibu bapa akan bertanya juga adakah diberi sekali lagi. Mohon penjelasan Yang Berhormat.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang berhormat Taman Medan. Saya kira soalan ini bagus sebab kita dapat membincangkan juga supaya Ahli-ahli EXCO juga mengambil maklum seperti yang dikatakan biasanya fasa pertama ini kita akan meneliti peruntukan yang telah diperuntukan permulaan adalah sebanyak RM1 juta untuk cover around daripada 20,000 hingga 15,000 dos di mana kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke bawah sebenarnya mereka perlu mendapatkan 2 dos dia bukan 1 dos sahaja, jadi anggaran mereka yang akan mendapatkan dalam anggaran 7,000 atau ke 8,000 murid ataupun pelajar yang umur 8 tahun ke bawah. Oleh kerana itu kita mulakan dahulu daripada sekolah berpendidikan khas untuk melihat dahulu sama ada apakah peratusan penerimaan daripada persetujuan ibu bapa ini dan selepas itu baru kita boleh melihat apakah bajet yang ingin kita bajetkan kerana saya juga mempunyai pengalaman lepas di mana kita bajetkan untuk peruntukan tertentu tetapi kerana tidak mengetahui keadaannya bajet itu tidak digunakan dengan orang kata berkesan. Jadi kita perlu tahu dahulu, apa tahap penerimaan dan juga selepas itu mungkin kita juga mengubah syarat-syarat bergantung kepada kemampuan Kerajaan Negeri untuk memberikan dos yang orang kata mencukupi. Jadi kita mulakan dulu daripada golongan yang paling berisiko tinggi dan sekiranya kita mempunyai peruntukan tambahan dan kita boleh memperluaskan golongan sasaran dan selepas itu saya akan umumkanlah tentang penambahbaikan yang boleh kita jalankan untuk program ini.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Kota Damansara.

Terima kasih yang Berhormat EXCO. Pertama sekali saya ucapkan tahniah program ini dijalankan. Cuma untuk tahun hadapan kalau program ini di ambil keputusan oleh Kerajaan Negeri untuk diteruskan saya percaya bukan hanya dibuat peringkat SELCARE ada kerjasama di peringkat sekolah-sekolah mainstream dengan KKM cuma saya minta untuk Kerajaan Negeri melihat juga ada sesetengah kanak-kanak ini dia sekolah di sekolah-sekolah tahfiz dan tidak pergi masuk sekolah-sekolah mainstream yang ini kebanyakannya tertinggal kadang ada sekolah mubaligh dan sebagainya yang ini selalunya terpisah sedikit dia ada dia punya sistem dan sebagainya kalau sekolah di bawah kelolaan JAIS tidak jadi masalah yang ini saya mungkin minta pihak Kerajaan Negeri untuk lihat sebab kita tak nak nanti kita mahu membentuk imuniti kelompok tapi ada juga yang tersasar ataupun terlepas yang ini saya mohon untuk pihak Kerajaan Negeri pertimbangkan dan mungkin boleh tambah baik pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih soalan dan cadangan daripada Yang Berhormat Kota Damansara saya hampir terlupa saya akan jelaskan dua perkara. Yang pertama ini merupakan mengapa Kerajaan memberikan vaksin influenza ini kerana baru-baru ini terdapat trend kes meningkat jadi sekiranya kita hendak jadikan ia sebagai acara tahunan ini memerlukan perbincangan selepas itu di mana saya juga akan bincangkan berdasarkan statistik berdasarkan keperluan warga Selangor dan keduanya saya juga bersetuju sebenarnya kita ada menjemput pelbagai agensi dalam perbincangan beberapa kali pertama termasuk JAIS dan saya juga tahu mungkin kita akan terlepas pandang beberapa sekolah, oleh kerana itu kita telah mulakan bahawa masuk ke sekolah kita hanya masuk untuk golongan pelajar yang berisiko tinggi yang mereka daripada berpendidikan khas namun untuk semua sekolah tidak kira daripada tahfiz ke sekolah kebangsaan dan sebagainya kita buka supaya mereka dapat walk in kepada klinik-klinik SELCARE supaya untuk memastikan kita adil dan saksama dalam melaksanakan program ini jadi sekiranya ada fasa kedua nanti saya akan bincangkan dan mungkin dapatkan input sebelum kita keluarkan orang kata syarat-syarat untuk pelaksanaan fasa kedua nanti.

Speaker

Sekarang saya menjemput Ahli yang Berhormat daripada kawasan Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Khairat Darul Ehsan (KDE)Questions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

14. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan status pendaftaran KDE sehingga 30hb Oktober 2025.

b)

Nyatakan jumlah ahli SMUE yang telah daftar untuk KDE dan jumlah ahli SMUE yang masih belum daftar.

c)

Nyatakan jumlah pendaftaran KDE dari umur 50 hingga ke 60 tahun.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Pandamaran. Berkaitan tentang status pendaftaran Khairat Darul Ehsan sehingga 30 Oktober 2025 berikut adalah status pendaftaran :

STATUS JUMLAH LULUS 99,621 DALAM PROSES SEMAKAN 17,845 TIDAK LENGKAP 5,259 GAGAL 618 JUMLAH KESELURUHAN 123,343

Manakala bagi soalan (b) berkaitan jumlah ahli Skim Mesra yang telah didaftar untuk KDE dan jumlah ahli Skim Mesra yang masih belum berdaftar. Untuk makluman Yang Berhormat jumlah keseluruhan ahli Skim Mesra yang layak berdaftar di bawah Program KDE berjumlah seramai 385,903 orang, yang mana seramai 89,346 telah berjaya didaftarkan di bawah program KDE. Manakala terdapat 296,557 orang yang masih belum mengemaskini maklumat dan mendaftar di bawah program tersebut. Untuk soalan (c) pecahan jumlah pendaftaran KDE dari umur 50 hingga 60 tahun serta mengikut kategori adalah seperti berikut :

Sekian, KATEGORI / UMUR JUMLAH Bawah 50 tahun (OKU) 8,507 50 hingga 60 tahun 75, 935 Lebih 60 tahun 38,901 JUMLAH 123,343

dimaklumkan.

Speaker

Ya, Pandamaran?

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan tambahan. Cuma saya nak tanya dengan Yang Berhormat EXCO, di mana kita nampak sebenarnya yang daftar dalam SMUE ada 300 ribu lebih, tapi sekarang yang berjaya daftar untuk KDE hanya 80 ribu lebih. Jadi kita masih ada 200 ribu orang ahli SMUE yang belum daftar. Apakah kaedah yang akan dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan mereka supaya boleh mendaftar sebab Pandamaran tahu kalau tahun depan kalau tidak daftar mereka tidak boleh ambil wang khairat kematian tu. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tentang promosi dalam syarat ketika kita umumkan pelancaran pada 1 Jun 2025 mereka ini akan ditawarkan untuk mengemaskini kita mahu consent ataupun persetujuan. Sehingga 31 Disember 2025 kiranya 200 ribu lebih tadi tidak mengesahkan maklumat, mereka perlu memohon semula pada 1 Januari 2026. Ini bagi memungkinkan bahawa mereka sedar, aware dengan izin, bahawa mereka ini dipindahkan dalam satu program baharu dan boleh jadi ada sebahagian daripada mereka yang sebelum ini dalam Skim Mesra meletakkan nama waris yang berbeza. Boleh jadi untuk dalam Khairat Darul Ehsan mereka mahu menamakan waris yang baharu. Jadi dari segi promosi pihak YAWAS – Yayasan Warisan Anak Selangor akan meneruskan promosi-promosi melalui radio, melalui TV dan juga di pusat-pusat khidmat supaya semua ahli Skim Mesra ini akan maklum dan mereka perlu mendaftar dan mengemaskini dalam Khairat Darul Ehsan.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Batu Tiga?

Yang Berhormat EXCO, saya rasa dari saya perhatikan ni tidak begitu. Sebab bila kita kata seribu lebih ahli yang sepatutnya kita pindahkan itu tapi hanya 80 ribu sahaja yang mendaftar, dia menunjukkan bahawa benda yang kita buat ini tidak berlaku. Setiap kali orang datang untuk tebus baucar kita bagitahu untuk buat pendaftaran di KDE buat pendaftaran, tapi tidak berlaku. Saya rasa mungkin kena fikirkan satu kaedah yang lain. Saya mencadangkan kalau boleh dipertimbangkan, pindahkan sahaja kesemuanya masuk ke dalam skim KDE terlebih dahulu dan kalau berlaku sebarang kematian pada tahun hadapan, mereka sendiri datang secara volunteer untuk membuat kemaskini ketika itu. Sebab kalau mengharapkan mereka untuk daftarkan hari ini, kebanyakan mereka tidak laksanakan. Saya ingat ada beberapa perkara yang kita perlu perhatikan semula. Mohon pandangan kalau boleh saya cadangkan kita pindahkan semua secara automatik.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Okay, saya ambil maklum cadangan tersebut kami akan kaji kembali tatacara dan sebagainya disebabkan untuk tahun 2025 peruntukan yang diberikan adalah RM20 juta. Untuk tuntutan kematian tetapi buat masa ini tuntutan belum mencapai RM10 juta, ini menunjukkan boleh jadi ada yang belum mengetahui tentang wujudnya khairat tersebut dan pihak kami akan mengkaji untuk memindahkan sepenuhnya. Pun begitu uar-uar atau promosi ini akan terus berjalan seperti biasa.

Speaker

Dewan mengalu-alukan juga kehadiran pelawat berikut ke Persidangan Dewan iaitu daripada KRT Jalan Kiambang, Kuala Langat seramai 7 orang diketuai oleh Tuan Haji Muhammad Rahimi bin Abdullah. Terima kasih kerana datang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari Batu Tiga.

Tuan Speaker, soalan saya nombor 15.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Sumber Manusia NegeriQuestions

15. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan negeri untuk membantu menyediakan bekalan sumber manusia mencukupi untuk semua kategori industri di Selangor?

b)

Berapakah peratus pekerja pertanian di Selangor? Apakah perancangan upskilling mereka dilaksanakan?

c)

Apakah sasaran guna tenaga berkemahiran tinggi menjelang 2026?

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga menanyakan tentang Sumber Manusia Negeri. Ada tiga soalan. Pertamanya:

a)

Apakah perancangan negeri untuk membantu menyediakan bekalan sumber manusia mencukupi untuk semua kategori industri di Selangor?

b)

Berapakah peratus pekerja pertanian di Selangor? Apakah perancangan upskilling mereka dilaksanakan? c)

Apakah sasaran guna tenaga berkemahiran tinggi menjelang 2026?

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, bagi soalan pertama: Kerajaan Negeri melalui Rancangan Selangor Pertama RS-1 memberi penekanan kepada usaha pembangunan modal insan, kemahiran tinggi dan berdaya saing bagi menemui keperluan industri strategi negeri. Seiring dengan RS-1, pembangunan bakat dan kemahiran merupakan komponen utama bagi mencapai matlamat Negeri Berpendapatan Tinggi Dan Berdaya Tahan Menjelang Tahun 2026. Tumpuan diberi kepada strategi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan melalui pengukuhan ekosistem Latihan Dan Pendidikan Teknikal serta Vokasional (TVET), program upskilling dan reskilling serta perluasan kolaborasi antara institusi latihan negeri, agensi persekutuan dan pihak industri. Antara program atau inisiatif utama yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan, berkemahiran tinggi dan profesional selaras dengan agenda Smart Selangor bagi memenuhi keperluan keseluruhan sektor industri. Program ini memberi peluang kepada belia serta graduan terutamanya daripada golongan B40 dan M40 untuk mengikuti latihan kemahiran dalam bidang seperti drone, data analytic, elektrik dan elektronik serta penyelenggaraan industri yang ditaja oleh kerajaan bagi mengurangkan beban kos pembelajaran;

2. Jalinan kerjasama strategik Kerajaan Negeri dengan syarikat antarabangsa dan institusi latihan TVET dalam usaha melahirkan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi. Antara rakan kolaborasi antarabangsa yang terlibat ialah Siemens. Ins, Apple Inc., FESTO, Dassault Systèmes, Technical University of Munich (TUM) dan KNX Mendix yang menyokong pelaksanaan latihan yang berasaskan industri dan teknologi baharu;

3. Kerajaan Negeri melalui Selangor Technical Skill Develomment Centre turut memperkukuh kerjasama dengan BMW Group Malaysia dalam pembangunan bakat dan kemahiran teknikal industri automatif tempatan melalui pelaksanaan BMW Next Generation Technicians Programme iaitu BMW NextGT. Program ini akan memberi peluang kepada pelajar STDC untuk memperoleh persijilan profesional dalam bidang automatif yang dikeluarkan oleh BMW selain Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Sekali gus meningkatkan tahap kemahiran teknikal

dan kebolehpasaran mereka. Inisiatif ini turut memberi pendedahan kepada teknologi automatif baharu termasuk kenderaan elektrik iaitu EV di mana BMW memainkan peranan penting dalam perkongsian teknologi latihan industri dan pembangunan kerjaya pelajar saya percaya masa depan EV akan menjadi satu industri yang sangat penting dan popular. Inisiatif-inisiatif ini memperlihatkan usaha kerajaan Negeri dalam menangani aspek bekalan tenaga kerja dan kemahiran sesuai permintaan industri kini.

Bagi soalan (b) pula bagi sektor pertanian, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan pekerja di sektor ini merangkumi kira-kira 9% daripada jumlah pekerja di Malaysia dan peratusan di Selangor adalah lebih jauh rendah disebabkan struktur ekonomi negeri yang lebih berteraskan perkhidmatan dan pembuatan. Walaupun demikian, Kerajaan Negeri tetap menekankan pembangunan kapasiti bertani dan usahahawan agro melalui program teknikal, latihan teknikal, kursus keusahawanan dan bimbingan pertanian moden yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Berdasarkan data rasmi daripada platform pintar Labour Market Exchange (LMX), di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), penempatan pekerja dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan Negeri Selangor bagi tempoh 2020 hingga 2024 adalah sebanyak 1,062 penempatan berbanding dengan jumlah keseluruhan penempatan, pekerjaan dalam sektor ini sebanyak 284,408 penempatan. Walaupun peratusan pekerja pertanian adalah kecil, Kerajaan Negeri terus memperkukuh usaha, membangunkan dan meningkatkan kemahiran upskilling , sektor pertanian melalui 3 program iaitu: 1. Program Smart Agro Selangor yang memfokuskan pertanian pintar berdasarkan Technology Internet Of Things (IoT), automasi dan pertanian bandar;

2. Kerjasama bersama Universiti Putra Malaysia, MARDI dan Agro Selangor dalam memperkenalkan amalan pertanian moden melalui pembangunan teknologi baharu serta latihan teknikal kepada petani;

3. Galakan penyertaan generasi muda, ini penting, generasi muda ya, kita memberi peluang kepada generasi muda, dalam sektor agro makanan dan agro teknologi melalui latihan keusahawanan, bantuan modal dan akses kepada pasaran digital.

Langkah ini bertujuan memastikan sektor pertanian di Negeri Selangor terus berdaya tahan dan menarik penyertaan tenaga kerja muda berkemahiran tinggi.

Bagi soalan ketiga, Sasaran Nasional di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan 13 iaitu tahun 2021 hingga 2030 ialah untuk meningkatkan peratus tenaga kerja kemahiran tinggi kepada sekurang-kurangnya 35% menjelang tahun 2030. Kerajaan Negeri menyokong aspirasi ini melalui 3 konsep iaitu: 1. Pengukuhan pemadanan pekerja melalui pelaksanaan program Karnival Kerjaya Jobcare dan lain-lain platform pemadanan pekerjaan bagi mempertemukan majikan dengan calon yang berkemahiran;

2. Perluasan akses latihan teknikal dan profesional meningkatkan kapasiti latihan TVET negeri dan penggalakan persijilan profesional bagi tenaga kerja yang sedia ada; dan

3. Memberi fokus kepada pembangunan ekonomi digital dan industri teknologi tinggi yang dijangka menambah peluang pekerjaan berkemahiran menjelang tahun 2026. Usaha ini turut disokong oleh langkah memperkukuhkan perkongsian data tenaga kerja antara Kerajaan Negeri, DOSM dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi memastikan dasar dan pelan tindakan pembangunan sumber manusia negeri disandarkan kepada data semasa dan keperluan sebenar industri terkini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Batu Tiga?

Sejak 1980-an kita sudah beralih daripada industri pertanian kepada industri pembuatan so banyak tempat-tempat kita yang mula kita ubah, daripada mungkin Shah Alam dulu kawasan sawit kepada Kawasan industri kita banyak hilang dari sudut itu. Soalan saya yang (a) itu mungkin saya perlukan masa yang Panjang untuk bersembang dengan YB EXCO, cuma peratusan bila disebut pekerja pertanian di Selangor lebih rendah berbanding dengan kadar di nasional 9% itu, itu memberikan kita sedikit kerisauan sebab Selangor adalah negeri yang dihuni oleh jutaan orang, 7 juta populasi kita di Selangor tetapi orangnya tak dilibat dalam industri pertanian itu semakin berkurang dan berkurang. Saya mohon kalau boleh kita fikirkan sesuatu dan saya mohon cadangan daripada YB EXCO supaya kita boleh beri galakan yang lebih lagi kepada anak muda terutamanya sebab industri makanan hari ini sudah menjadi industri yang sangat besar, dia bukan lagi pertanian semata-mata dia sudah masuk kepada industri asas tani dan juga pemprosesan makanan. Semua cadangan daripada YB untuk kita gerakkan semula, biar orang muda terlibat dalam pertanian dan industri asas makanan. Terima kasih.

Terima kasih atas soalan tambahan tadi memang YB. Soalan saya 21 yang dibangkitkan oleh Sabak Bernam saya akan elaborate lebih

mendalam sedikit. Saya tidak nafikan apa yang ditujukan oleh Yang Berhormat tadi. Kita adalah sebuah negeri yang lebih berteraskan kepada ekonomi pengeluaran dan juga pembuatan. Jadi sepertimana tadi Yang Berhormat telah menyatakan Shah Alam suatu masa dahulu mungkin adalah estet dan sebagainya, kita tidak nafikan, tetapi dia lebih kepada supply and demand, ya, apabila satu industri maju dari segi pembangunan, dari segi export dan perkembangan semasa, kita terpaksa ke arah begitu tetapi saya tidak nafikan memang apabila kita melihat pertanian dan penternakan dan juga memberi tumpuan kepada menjaga kestabilan makan di Negeri Selangor mungkin ada banyak program-program yang bakal kita akan lakukan dalam masa terdekat. Mungkin YB EXCO Pertanian akan memberi jawapan lebih mendalam sedikit tapi saya akan jawab juga kepada YB Sabak pada soalan saya ke-21 lebih details sedikit. Sekian, terima kasih.

Speaker

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Jeram.

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Soalan saya nombor 16.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Kecerdasan Buatan (AI)Questions

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

16. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri telah melakukan revolusi pengurusan pintar sejajar dengan "National AI Roadmap (2021-2025)"?

Speaker

Difahamkan saya Dato Seri Menteri Besar sekarang ini berada di Parlimen untuk bertanya satu soalan jadi saya fahamkan bahawa Yang Berhormat Kinrara akan menjawa bagi pihak dia.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk menjawab soalan ini bagi pihak YAB Dato’ Seri Menteri Besar. Untuk maklumat, Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil beberapa langkah aktif dan strategik dalam melaksanakan Inisiatif Kecerdasan Buatan ataupun AI sejajar dengan National Artifition Roadmap 2021 hingga 2025 yang telah diterima pakai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 1 Disember 2021. Berikut adalah beberapa inisiatif awal yang telah dilaksanakan di negeri Selangor yang pertama ialah Penubuhan Jawatankuasa Pemandu AI Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

pada 9 Oktober 2024, Jawatankuasa ini berperanan untuk merangka dasar dan Pelan Hala Tuju AI Negeri Selangor menjelaskan dan memantau Pelaksanaan Projek AI Negeri Selangor dan menyokong pembangunan ekosistem AI di Negeri Selangor, yang kedua MMKN pada 5 Mac 2025 telah meluluskan cadangan pelaksanaan inisiatif kecerdasan buatan di Negeri Selangor tahun 2025. Sebagai selangkah permulaan pembangunan AI di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Selangor Technical Institution Development Center ataupun STDC telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Google Cloud Malaysia bagi melaksanakan Program Teraju AI Selangor. Penerokaan jalinan kerjasama strategik tersebut telah menggariskan usaha sama dalam pembangunan inisiatif Selangor antaranya penerokaan kepada Aplikasi Teknologi AI sebagai wadah untuk meningkatkan penggunaan teknologi terkini dalam sistem pentadbiran Kerajaan Negeri yang akan menumpukan kepada penyelesaian permasalahan semasa yang melibatkan tadbir urus Kerajaan Negeri dan memberi penekanan kepada inisiatif penambahbaikan kepada sistem sedia ada dan tidak bersifat distractive kepada amalan terdahulu dan juga memberikan tumpuan kepada transformasi teknologi yang bakal dinaik taraf kepada sistem tadbir urus Kerajaan Negeri dalam aspek-aspek seperti pemantauan industri prestasi projek kawalan kewangan, naik taraf sistem kewangan Negeri dan aplikasi olahan data atas faktor-faktor yang memberi impak kepada peningkatan taraf sosial ekonomi semasa Kerajaan Negeri. MMKN pada 5 Mac 2025 juga telah meluluskan cadangan penyediakan Kertas Putih Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negeri Selangor yang akan diterajui oleh Selangor Research Institute dengan kerjasama Smart Selangor Delivery Unit, objektif penghasilan kertas putih tersebut adalah seperti berikut, menggariskan visi dan strategik yang sesuai untuk menerapkan AI, mengkaji keperluan polisi dan regulasi dan menghasilkan kerangka implementasi. Perkembangan teknologi kecerdasan buatan yang berlaku dengan sangat pantas memerlukan kajian yang rapi agar pelaksananya dapat disesuaikan dengan keperluan dan konteks semasa Kerajaan Negeri. Justeru itu, penyediaan Kertas Putih Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negeri Selangor tersebut perlu memperincikan perancangan dasar yang jelas agar ia sejajar dengan Nasional AI RoomMap 2021 hingga 2025 yang sedia ada dan juga Malaysia AI Technology Asian Plan dari 2026 hingga 2030 yang akan dibentangkan oleh Kementerian Digital di peringkat Jemaah Menteri dijangka pada Disember 2025. Sekian terima kasih.

Speaker

Jeram, soalan tambahan.

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, adakah Kerajaan Negeri dalam jangka masa terdekat merancang untuk mengikuti jejak langkah Kerajaan Persekutuan dalam memperkenalkan MyDigital ID khususnya hal-hal berkaitan Kerajaan Negeri, terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih MyDigital ID merupakan satu inisiatif yang sangat bagus daripada Kerajaan Pusat, pada minggu yang lepas mesyuarat MMKN telah terima satu pembentangan daripada pihak Kementerian bagi penggunaan atau pun terima pakai MyDigital ID di Negeri Selangor dan keputusan mesyuarat EXCO telah menerima MyDigital ID sebagai satu cadangan untuk mengunapakai MYDigital ID di semua peringkat di Negeri Selangor. Ini merupakan satu inisiatif yang baik di mana Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri akan berkerjasama bagi menjayakan projek MyDigital ID, terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker, pantun sedang di balas, soalan saya nombor 17.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Ekonomi Desa Di Kampung-Kampung TradisionalQuestions

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

17. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah strategi Kerajaan dalam memangkin ekonomi desa di kampung -kampung tradisional terutamanya memperkasa belia-belianya dan memberdaya warga emasnya, pada masa yang sama mengekalkan kelestarian kampung?

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih yang Berhormat Tuan Sungai Ramal, Yang Berhormat Sungai Ramal ada bertanya berkenaan dengan apakah strategik Kerajaan dalam memangkin ekonomi desa di kampung-kampung tradisional terutamanya memperkasa belia-belianya dan memberdaya warga emasnya, pada masa yang sama mengekalkan kelestarian kampung. Tuan Speaker, pembangunan ekonomi desa sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri ke arah menjamin pengagihan ekonomi yang saksama dan pembangunan Wilayah yang seimbang, pembangunan tidak semestinya membawa kepada perbandaran, pembangunan di kampung atau kawasan luar bandar sememangnya harus memelihara bukan sahaja kelestarian kampung dan alam sekitar tetapi juga warisan dan tradisi masyarakat setempat. Sebab itu lah, di peringkat Kerajaan Negeri, Jabatan Perancangan Badar dan Desa Negeri Selangor yang ini di bawah Pelan Malaysia Selangor telah mengubal Pelan Hala Tuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 yang mana salah satu daripada tiga temanya ialah Smart Desa Mampan, di mana Smart Desa Mampan menggariskan pemeliharaan warisan alam dan semula jadi di samping mewujudkan gaya hidup hijau di kalangan masyarakat desa

di samping itu memelihara warisan budaya dan juga yang perlu kita titik beratkan. Daripada segi pengisian program, atau aktiviti untuk memangkin ekonomi di desa Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa dan Luar dan Kemampanan Kampung Tradisi ada melaksanakan beberapa siri Program Latihan Pembangunan Desa dengan anjuran bersama pertubuhan bukan kerajaan di dalam memperkasa kemahiran belia. Kerjasama juga turut dilaksanakan dengan Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Selangor dan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat Mara dan Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS untuk menggalakkan warga desa di dalam memohon program latihan dan juga bimbingan serta bantuan usahawan sama ada dalam bentuk geran, pinjaman atau peralatan yang ditawarkan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan sedia ada. Selain itu, terdapat beberapa program keusahawanan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri yang terbuka untuk di mohon termasuklah kepada komuniti desa melalui Iltizam Keusahawanan Selangor seperti Dana Usahawan Madani Selangor iaitu DUMS serta Skim Hijrah Selangor, dan Bantuan Blue-Print Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor. Bagi inisiatif khusus untuk pembangunan belia Jawatankuasa Tetap Belia dan Kemajuan Sukan melaksanakan Program Penggerak Belia Selangor iaitu PPBS di peringkat setiap zon untuk melatih kemahiran kepimpinan dan juga aktiviti PPBS yang terpilih di dalam mengadakan Program Pembangunan Belia di kawasan zon masing-masing. Di dalam pembangunan kerjaya pula para belia di desa juga berpeluang menerokai kursus-kursus kemahiran dan kursus jangka pendek profesional yang ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor iaitu STDC yang merupakan sebuah Institusi TVET di bahawa Kerajaan Negeri yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu JPK di bawah Kementerian Sumber Manusia dan juga Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama industri di dalam melahirkan pekerja mahir, usahawan berkualiti dan berdaya saing untuk memenuhi keperluan industri semasa dan juga akan datang. Tuan Speaker, kenyataan warga emas juga mendapat perhatian Kerajaan Negeri Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor yang ini 2024/2030 yang turut melibatkan warga emas telah digubal pada tahun lepas dalam menilai dan menganalisis isu cabaran permintaan dan penawaran serta peluang di dalam membangunkan ekonomi penjagaan di Selangor. Hal ini sangat penting untuk Kerajaan Negeri mengenal pasti langkah-langkah yang bersesuaian untuk bertindak dan menjalin kerjasama dengan isi rumah komuniti dan syarikat swasta secara lebih berkesan. Di bawah Iltizam Memperdaya Rakyat Selangor, Skim Mesra Usia Emas iaitu SMUE disediakan dengan pemberian baucar beli-belah bernilai RM150.00 dan Skim Khairat Kematian sebanyak RM500.00, Kerajaan Negeri juga turut melaksanakan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu JKM Negeri Selangor di dalam penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas atau pun ringkasannya PAWE yang berfungsi sebagai tempat bagi warga emas menjalankan program dan aktiviti harian bersama komuniti. Setakat ini terdapat 21 PAWE di Negeri Selangor yang memberi perkhidmatan yang bercorak pendampingan sosial dan pembangunan warga emas yang melibatkan kerjasama strategik

antara agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, dan juga komuniti setempat. Terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Sungai Air Tawar yang memberi penjelasan tentang usaha-usaha kerajaan dalam memastikan ekonomi desa diberikan pemangkin bagi menggerakkan warga desa maju selaras dengan Negeri Maju Selangor ini, persoalan saya ialah tentang mengekalkan kelestarian kampung. Dengan mengambil contoh dua kampung di kawasan saya, satu Kampung Sungai Tangkas, yang kedua Kampung Sungai Ramal Dalam bila mana pembangunan yang begitu pesat berlaku di dalam kampung dan perumahan-perumahan begitu tinggi bukan satu malah lebih daripada sepuluh yang kependudukannya hampir mencecah ribuan unit di buat orang dan duduk dalam bawah unit, isunya ialah kelestarian kampung telah diganggu oleh pembangunan sebegini rupa akhirnya pembangunan rumah yang tinggi-tinggi ini menghimpit orang kampung dan himpitan ini akan terus terasa kepada warga emas yang tinggal asal di situ mereka rasa seolah-olah kelestarian telah hilang. Kemampanan tidak ada, dan akhirnya mereka terdesak dengan kehidupan akhirnya mungkin keluar dari kampung itu. Apakah usaha-usaha pihak kerajaan untuk memastikan kelestarian ini di kawal daripada kemajuan yang begitu pesat seumpama itu? Terima kasih.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal atas pandangan dan cadangan yang sebegitu baik. Sudah pasti kami di peringkat Kerajaan Negeri menyambut baik tentang pandangan dan cadangan ini dan memang di bawah rancangan Smart Desa Selangor ataupun kita panggil SERI Selangor memang kita telah menggariskan beberapa panduan yang perlu dipatuhi pada masa akan datang di mana sekiranya berlaku kemajuan ataupun saya perkatakan tadi pembangunan tidak semestinya membawa kepada perbandaran sudah pasti kita perlu mengekalkan kelestarian di kampung-kampung yang ada supaya dari segi budaya, etnik warisannya dapat kita kekalkan, Insyaa Allah kita akan mengadakan perbincangan dengan pihak PBT bagaimana untuk memastikan sekiranya pembangunan ini datang pada masa akan datang dalam masa yang sama pihak Kerajaan Negeri serius untuk memastikan di kawasan-kawasan luar bandar, desa-desa ini mencapai satu matlamat di bawah Desa Smart Selangor di mana Pelan Hala Tuju Strategik Negeri Selangor 2035 yang menggariskan matlamat dan objektifnya ke arah seperti mana yang diharapkan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal, terima kasih.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Satu lagi Speaker, berkaitan dengan Desa Mampan kehidupan desa yang mampan, apakah ada satu polisi yang dibuat oleh pihak Kerajaan tentang kerjasama di antara ketua-ketua kampung dengan wakil rakyat? Kerana ada usaha untuk dibuat kerjasama di seluruhnya antara wakil rakyat dan ketua kampung dan ketua kampung boleh terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pembangkang tiba-tiba ada wahyu turun arahan daripada Ketua Parti masing-masing supaya jangan terlibat dengan

aktiviti wakil rakyat pembangkang. Apakah ada polisi ataupun polisi tak bertulis oleh pihak kerajaan terhadap ketua kampung ini supaya jangan terlibat dengan kami? Kata nak bangunkan desa yang mampan. Jadi kerjasama itu kena ada seluruhnya. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat jawab secara ringkas kerana masa tidak mencukupi.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Tidak berpuas hati saya boleh jawab secara bertulis. Tapi jelas polisi kita di pihak Kerajaan Negeri memang kita meminta setiap JPKK adalah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan rakyat. Itu yang paling penting. Dilantik memegang amanah dia melaksanakan yang terbaik untuk masyarakat. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah pun menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya tangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 semua peringkat.

Speaker

Yang Berhormat saya menjemput Teratai. Teratai lama lagi ke? 5 minit ya. Saya bagi 5 minit ya.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Tuan Speaker, akhir sekali saya ingin membangkitkan isu sosial yang kian meruncing. Masalah sukar mendapatkan pekerjaan dalam kalangan rakyat Selangor golongan pertengahan umur yang berusia 50 tahun ke atas terutamanya mereka yang hilang pekerjaan dan masih mampu bekerja. Kita melihat ramai di antara mereka kini terpaksa bergantung kepada pekerjaan ekonomi seperti pemandu Grab atau penghantar makanan yang menawarkan pendapatan tidak stabil dan tiada jaringan keselamatan sosial. Golongan ini masih mempunyai pengalaman kemahiran dan komitmen yang tinggi. Antara halangan utama ialah diskriminasi usia yang menyebabkan majikan bimbang terhadap jangkaan gaji tinggi, kos faedah serta tanggapan bahawa pekerja lebih tua sukar menyesuaikan diri dengan teknologi dan budaya kerja baharu. Di samping itu wujud jurang kemahiran digital khususnya dalam penggunaan perisian moden platform profesional dan teknologi yang berkaitan dengan automasi. Kekurangan ini menyebabkan resume mereka sukar melepasi sistem tapisan automatik ATS yang digunakan banyak syarikat. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pelan jangka pendek dan jangka panjang yang spesifik untuk membantu golongan pekerja berpengalaman ini? Saya mencadangkan beberapa langkah yang pertama, pembangunan program rescaling dan upscaling dengan izin yang disasarkan kepada kemahiran digital dan sektor green economy yang diminati industri. Yang kedua, pemberian insentif pengajian kepada pengusahaan kecil dan sederhana (SME) Selangor yang menggajikan pekerja yang berumur 50 tahun ke atas sebagai pampasan atas sebarang persepsi majikan terhadap kadar premium insurans atau caruman yang lebih tinggi. Yang ketiga, mewujudkan platform pekerjaan khas yang memfokuskan kepada mencari pekerjaan separuh masa ataupun kerja kontrak yang fleksibel yang bersesuaian dengan

keperluan dan keupayaan golongan ini. Kita tidak boleh membiarkan pengalaman mereka terbazir. Kita wajib menggunakan sumber tenaga kerja ini untuk memacu pertumbuhan negeri.

Tuan Speaker, saya merayu agar Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan dan memasukkan cadangan Teratai terutamanya peruntukan segera untuk MPAJ dan JPS Hulu Langat ke rangka perbelanjaan tahun depan. Hanya dengan menangani isu-isu kritikal di peringkat akar umbi barulah Selangor dapat benar-benar bergerak ke hadapan sebagai sebuah negeri pintar dan makmur dan lestari. Dengan ini juga saya akhiri ucapan saya dan saya menyambut baik Belanjawan 2026 yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Gombak Setia. 15 minit.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Tuan Speaker atas ruang yang diberikan pada Gombak Setia dan saya mahu memulakan perbahasan pada pagi ini dengan menegaskan bahawa oleh kerana sesebuah pemerintahan dengan asas demokrasi itu telah menghasilkan kerajaan dari rakyat untuk rakyat. Maka suatu Belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan juga adalah suatu perancangan masa depan rakyat. Tuan Speaker, pembentangan Belanjawan bukan suatu pentas untuk menghibur dan memukau penonton dengan angka-angka yang besar, usaha yang canggih dan keuntungan yang mungkin tidak terjangkau dengan akal. Belanjawan adalah sebuah perancangan hasil dan perbelanjaan justeru perancangan tersebut mesti menghasilkan impak dan kesan yang wajib dapat dirasai oleh rakyat. Tiada gunanya kita bentangkan belanjawan yang besar tapi realitinya tidak menambah baik kehidupan rakyat. Jika angka semakin baik, sepatutnya kehidupan rakyat mesti semakin baik. Tetapi jika angka semakin baik, kehidupan rakyat tetap di takuk yang sama di situlah kita mesti meneliti semula apa yang kita rancang dan rencanakan kerana mungkin ianya merupakan sebuah perancangan ataupun belanjawan yang gagal. Kita tak boleh terus berkhayal dan alpa dengan angka yang besar yang diumumkan saban tahun. Sedangkan kita gagal meningkatkan mobiliti sosial, melonjakkan pendapatan rakyat di samping jurang antara kaya dan miskin yang kian melebar. Kerajaan Negeri mesti sedar matlamat belanjawan bukan untuk mendapat pujian tapi untuk dinikmati oleh rakyat. Rakyat tidak hidup dengan angka rakyat hidup dengan peluang pekerjaan bakat baru yang digilap seterusnya usaha-usaha pemberdayaan yang berterusan. Saya ingin membuat perbandingan di antara Belanjawan Negeri Selangor 2026 dengan Belanjawan-Belanjawan yang telah dibentangkan sebelum ini. Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan anggaran belanjawan negeri Selangor 2023 sebanyak RM2.45 bilion. 2024 bernilai RM2.53 bilion manakala Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion. Jika disemak pecahan belanjawan mengurus dan belanja pembangunan bagi setiap tahun berikut pula kita dapat melihat ada peningkatan secara relatif bagi belanja mengurus setiap tahun. 51% pada tahun 2023. Meningkat 52.6% pada tahun 2024. Dan kemudian meningkat lagi 56.7% pada

tahun 2025. Belanja pembangunan pula kita dapat lihat ianya menurun secara signifikan daripada 49% pada tahun 2023 dia menurun kepada 47.4% pada tahun 2024 dan kemudian 43.3% pada tahun 2025. Sementara anggaran Belanjawan 2026 yang baru sahaja dibentangkan minggu lalu memperuntukkan sejumlah anggaran RM3.23 bilion manakala RM1.86 bilion yakni 57.6% untuk belanja mengurus dan hanya RM1.37 bilion iaitu 42.4% untuk Belanja Pembangunan. Ini bermakna dalam tempoh 36 bulan ataupun 3 tahun perbelanjaan mengurus meningkat lebih RM450 juta daripada RM1.25 bilion 2023 kepada RM1.7 bilion 2025. Dan peningkatan lebih 36% ini bagi tempoh 3 tahun bukanlah suatu perkara ataupun perancangan yang sihat untuk sebuah negeri yang paling maju dalam Malaysia. Ini membuktikan bahawa Kerajaan kita ini semakin hari semakin mahal untuk diselenggarakan. Sedangkan perbelanjaan pembangunan kita pula antara 2023 hingga 2025 hanya meningkat kira-kira RM100 juta sahaja. Apa bila peningkatan perbelanjaan untuk pembangunan tidak meningkat secara signifikan maka produktiviti negeri merudum. Industri baru tidak muncul. Peluang pekerjaan tidak dapat kita ciptakan. Dan ekonomi luar bandar juga tidak melonjak sementara kesenjangan ekonomi antara daerah pula semakin ketara. Tuan Speaker, Belanjawan Negeri Selangor 2026 temanya cukup baik. Selangor juara tetapi rakyat sejahtera yang diimpikan itu bagi saya meleset dan jauh tersasar. Hakikatnya hari ini Selangor masih terperangkap dalam kerangka dan struktur ekonomi yang sama dan tidak berubah. Pertumbuhan negeri masih lagi terpasung dengan angka kira-kira 6% setiap tahun. Hasilnya prestasi ekonomi dan pertumbuhan negeri dalam tempoh beberapa tahun ini telah mengakibatkan jurang pembangunan dan ekonomi rakyat yang semakin melebar secara struktural setiap tahun. Dan kesenjangan ini hari ini kalau kita nak perbaiki dia tidak lagi boleh dengan projek yang kecil-kecil. Bahkan ia telah menjadi bagian integral daripada ekonomi negeri Selangor pada hari ini. Saya ingin merujuk kepada satu kajian sesi ekonomi termasuk status jurang pembangunan bandar dan luar bandar di Selangor yang telah bila saya summarize saya nak kongsi empat fakta. Yang secara tidak sedar sebenarnya telah dan sedang membelenggu ekonomi negeri Selangor secara mendasar. Pertama, 40% rakyat berpendapatan rendah dari negeri Selangor hanya sebenarnya menerima 21% daripada pendapatan negeri Selangor. Kedua, hanya 10% rakyat berpendapatan tinggi dalam negeri Selangor mereka ini telah menguasai 42% pendapatan negeri yakni hampir separuh daripada kekayaan negeri Selangor. Ketiga, golongan teratas yang mungkin kita boleh takrifkan sebagai T20 atau M40 tier 1 telah menguasai 28% pendapatan negeri yakni 6 kali ganda lebih tinggi daripada golongan berpendapatan rendah dan fakta keempat, purata pendapatan golongan teratas sekali lagi T20 dan M40 tier 1, 8 kali ganda lebih tinggi daripada golongan berpendapatan rendah. Tuan Speaker, ini bukan sekadar statistik dan fakta yang kosong. Ini suatu bukti yang konkrit bahawa kekayaan dan kemakmuran negeri hari ini tidak diagihkan secara adil kepada rakyat. Kita menilai juga jurang antara kawasan bandar dan luar bandar dan bila saya meneliti dalam laporan status jurang pembangunan luar bandar dan bandar saya dapat menyedari sebuah realiti yang juga cukup mengejutkan dan menyakitkan. Pertama, pendapatan median bandar hari ini RM10,805 sebulan. Sementara pendapatan median di luar bandar pula hari ini kira-kira RM7,927 sebulan. Maksudnya ada beza RM2,878

sebulan antara pendapatan di bandar dan luar bandar. Ataupun RM34,536 setahun. Ini bermakna keluarga kita yang duduk di luar bandar mereka ini kehilangan hampir 1 tahun gaji penuh berbanding keluarga yang duduk di bandar. Tuan Speaker, jika kita membuat penilaian berdasarkan daerah jika kita mendapati angka kesenjangan semakin meluas dan melebar. Daerah-daerah yang boleh digelar sebagai daerah metropolitan dalam negeri Selangor seperti Sepang, Petaling, Gombak, ini mencatatkan purata pendapatan boleh guna lebih tinggi dan perbezaannya dengan kawasan-kawasan atau pun berbanding daerah seperti Sabak Bernam dan Hulu Selangor sudah hampir mencecah 95,000 setahun. Ini bermakna satu keluarga di Sabak Bernam, dia perlu bekerja hampir 3 tahun untuk mendapatkan pendapatan yang sama dengan pendapatan keluarga yang duduk di Sepang yang hanya bekerja 1 tahun. Jurangnya terlalu melebar. Dan hal ini amat membimbangkan kita kerana jurang ekonomi yang melebar ini dia akan memberi kesan yang besar dan berlapis kepada masyarakat, ekonomi, kestabilan politik, begitu juga dengan hubungan sosial. Tuan Speaker, bagi mengurangkan kebergantungan pendapatan negeri kepada hasil tanah, saya melihat Kerajaan Negeri terus menyasarkan kutipan dividen sebanyak RM50 juta daripada anak-anak syarikat. Walau bagaimanapun, Kerajaan dan Dewan ini juga bertanggungjawab untuk memastikan Kerajaan Negeri dapat meraih sumber pendapatan baru yang benar-benar sustainable dan mampan jadi saya ingin bertanya tentang perkembangan terkini dan status kelulusan Bank Negara dalam cadangan pelaburan ekuiti MBI di 3 buah bank iaitu MBSB Berhad, Alliance Bank Berhad, AMMB Holdings Berhad dan ini semua sebagaimana yang dilaporkan dalam The Edge bertarikh 28 April 2025 yang mana saya meneliti dan terdapat juga laporan yang menyatakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mengesahkan kenyataan tersebut untuk meneroka pendapatan baru dalam sektor kewangan dan tidak bergantung pada pendapatan tanah semata-mata. Saya setuju dengan usaha untuk pelopori pendapatan baru ini tetapi berdasarkan saiz market internalization MBSB Berhad yang hari ini dah mencecah RM6 bilion. Alliance Bank Berhad RM7.7 bilion dan AMMB Holdings Berhad yang hari ini berjumlah RM18.9 bilion, berapakah anggaran jumlah pelaburan dan pegangan saham yang disasarkan untuk diperolehi oleh MBI. Sementara itu, saya juga ingin bertanya dari mana sumber dana yang akan digunakan untuk membiayai pelaburan ini kerana saya melihat selain daripada usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh MBI ini, MBI juga komited untuk melaksanakan beberapa usaha pembangunan termasuklah pembinaan kompleks sukan Shah Alam. Dan apakah anak-anak syarikat kita akan terus memiliki keupayaan untuk membayar dividen kepada Kerajaan Negeri sebagaimana yang telah di laksanakan sebelum-sebelum ini. Justeru, apakah solusinya bagi Kerajaan menjana sumber pendapatan baru yang benar-benar mampan dan sustainable kerana kita ingin menjamin keutuhan program dan inisiatif-inisiatif sosial yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan. Tuan Speaker, di saat kita sedang membahaskan Belanjawan 2026 di Dewan yang mulia ini, semalam kita sekali menyaksikan hujan lebat dan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan termasuklah di kawasan Gombak Setia dan juga kawasan Sungai Tua dan begitu

juga beberapa kawasan-kawasan sekitar. Kejadian banjir ini bukan suatu perkara yang baru bahkan pada Disember 2024, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sendiri telah menzahirkan rasa kesal terhadap isu banjir kilat yang berlaku berulang kali di beberapa buah daerah. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menegaskan bahawa kita tidak lagi boleh menggunakan alasan perubahan iklim atau tahap penurunan hujan yang tinggi atau luar biasa akibat daripada act of God. Kerajaan Negeri harus membuktikan bahawa peringatan bagi Tuanku bukanlah ibarat bagi mencurah air ke dalam keladi. Menerusi Belanjawan 2026, saya melihat Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM12.89 juta kepada JPS Selangor dengan penambahan 10 projek baru demi melindungi komuniti daripada risiko bencana banjir kilat. Namun hakikatnya kejadian banjir kilat juga berpunca daripada sistem perparitan dan saliran yang tidak diselenggara dengan baik. Justeru, apakah langkah konkrit Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini daripada terus menerus berlarutan dan tidak menemui jalan penyelesaiannya. Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa Belanjawan ini mesti menampilkan impak yang dapat dirasai oleh rakyat dan penting untuk Belanjawan 2026 ini menjadi manifestasi bahawa nasihat dan pedoman yang diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor bukanlah umpama mencurah air ke daun keladi.

Tuan Speaker, yang terakhir saya ingin menarik perhatian Dewan Negeri Selangor terhadap notis pengosongan yang telah diedarkan di kalangan masyarakat dan penduduk di Batu 11, Gombak. Notis yang pertama, dikeluarkan oleh Jabatan Hutan pada 15 Oktober 2024 sebelum ianya ditangguhkan. Notis kedua, telah dikeluarkan pada 9 November 2025 baru-baru ini sebelum ianya juga ditangguhkan selepas saya berunding dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya ingin menegaskan bahawa seramai 23 buah keluarga yang menerima notis ini, ini yang duduk dalam rizab hutan. Mereka merupakan penduduk yang tinggal di kawasan itu sudah lebih 45 tahun yang lalu. Sebahagian mereka ini juga sudah uzur, berusia dan pihak Jabatan Hutan juga memaklumkan proses tersebut adalah sebahagian daripada usaha pemutihan kawasan rizab hutan dan bukan sahaja menuntut perobohan kediaman warga di sekitar Batu 11 tetapi juga termasuk sebahagian daripada struktur surau, silaturahim Batu 11, Gombak.

Tuan Speaker, meskipun penduduk akur dengan usaha pemutihan tersebut, namun apakah Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk membela penduduk-penduduk ini sama ada dengan usaha pemindahan atau penyusunan penempatan yang baru. Saya hendak beritahu Sekinchan, jangan kita perlekeh rakyat yang duduk di kawasan-kawasan ini. Mereka juga sebahagian daripada pengundi dalam Negeri Selangor.

Speaker

Yang Berhormat, kena ringkaskan, ya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Mereka akur dengan keputusan tetapi mereka mempunyai kejanggalan dan mereka juga ada tanda tanya kerana kalau pemutihan itu untuk memutihkan semua kawasan di hutan berhampiran di kawasan itu, ada juga

beberapa kawasan dan struktur lain yang sehingga hari ini tidak dapat notis pun. Ini saya bawa ...

Speaker

Lama lagi Yang Berhormat?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tidak, ini topik yang terakhir.

Speaker

Terakhir, boleh ringkaskan sebab telah pun melebihi masa.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini satu struktur, ini juga satu lagi struktur yang secara jelas terang dan nyata dalam hutan. Tak ada sebarang tindakan pun, saya juga hendak ambil satu lagi dia ada kawasan hutan sebahagiannya yang pula telah dipagarkan. Jadi bagaimana usaha penguatkuasaan dan pemutihan ini tidak dilaksanakan secara holistik yang melibatkan semua dan saya bimbang sebenarnya. Apabila ia menjadi tanda tanya dan kejanggalan di kalangan penduduk yang menerima notis tersebut. Maka bukan sekadar rumah ibadat, bukan sekadar termasuklah tadi kawasan rekreasi, camp site yang telah pun dipagar kawasan hutan itu, jadi saya bimbang bila mereka lihat ada kawasan yang diteroka secara haram dibiarkan mereka duduk di situ dah 40 tahun, 45 tahun,

Speaker

Yang Berhormat, boleh ringkaskan?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Daripada atuk mereka duduk di situ, mereka bertanya apakah Kerajaan Negeri hari ini mengamalkan sikap yang selektif atau pun terdapat kepentingan-kepentingan di sebalik dalam usaha pemutihan yang mahu dilaksanakan. Tuan Speaker, saya pohon supaya Kerajaan Negeri dapat memberi pertimbangan sewajarnya untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan para penduduk di kawasan tersebut di samping melakukan libat urus bersama mereka supaya paling tidak mereka tahu dan mereka faham tentang usaha pembangunan yang mahu dijalankan di kampung dan persekitaran mereka kerana kami rakyat yang ada di Gombak Setia tidak pernah menolak sebarang pembangunan tetapi pembangunan yang ingin dilaksanakan itu mestilah pembangunan yang berkualiti dan menjamin kehidupan dan pelestarian rakyat pada masa-masa yang akan datang, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih, ya, saya jemput Dusun Tua, 15 minit.

Tuan Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, terlebih dahulu ringkasan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi ruang Dusun Tua untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026 yang bertemakan Selangor Juara Rakyat Sejahtera. Tema ini bukanlah sekadar lafaz atau slogan tetapi mencerminkan falsafah kepimpinan Kerajaan Negeri yang ingin memastikan Selangor terus berada di hadapan bukan

hanya dari segi angka ekonomi yang memberangsangkan tetapi lebih penting lagi dari sudut keberhasilan dasar yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat di setiap pelosok negeri. Belanjawan tahun ini hadir pada saat yang signifikan ketika rakyat sedang berdepan dinamik ekonomi global yang tidak menentu. Kos sara hidup yang masih mencabar dan perubahan besar dalam teknologi serta keperluan sosial masyarakat dalam konteks inilah Belanjawan yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri bukan sahaja komprehensif tetapi juga menyeluruh berpijak di bumi yang nyata dan bersandarkan ekspresi rakyat. Saya akan menyentuh setiap tekad yang digariskan dalam Belanjawan ini. Menzahirkan bagaimana inisiatif-inisiatif tersebut benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dalam DUN Dusun Tua. Pertamanya sumber hasil negeri, peluang ekonomi rakyat. Tuan Speaker, kita dapat melihat bagaimana Selangor terus mengukuhkan kedudukan sebagai nadi ekonomi Malaysia dengan ekonomi keseluruhan mencecah RM432 bilion serta penciptaan lebih 31 ribu peluang pekerjaan baru. Selangor kekal sebagai tumpuan pelabur dan pusat aktiviti ekonomi berimpak tinggi. Namun begitu dalam kerancakan pertumbuhan ekonomi negeri, kita juga harus mengambil kira realiti peniaga kecil, penjaja, ibu tunggal dan golongan belia yang memerlukan sokongan modal untuk berkembang. Justeru itu, saya menyambut baik kemantapan plus yang diperkukuh melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri, MBI Selangor dan Agro Bank. Pembiayaan mikro tanpa faedah yang diberikan melalui mekanisme Agro Bank menyalurkan RM6 juta dan Kerajaan Negeri mengambil alih RM1 juta kos faedah akan mewujudkan akses kewangan penuh manfaat kepada 600 usahawan kecil di seluruh negeri, termasuk di Dusun Tua. Pembiayaan RM10 ribu setiap seorang dengan tempoh bayaran balik sehingga 7 tahun memberi ruang dan masa peniaga membina asas yang lebih kukuh tanpa dibebani bunga atau tekanan bayaran segera. Dalam kesempatan ini juga saya ingin merakamkan maklumkan Agro Bank akan membuka cawangan perkhidmatan penuh di Dusun Tua pada penghujung tahun ini. Dengan pembukaan cawangan baru ini, usahawan mikro, para peniaga dan penternak tempatan dapat memohon pembiayaan terus di kawasan mereka tanpa kekangan jarak. Saya berharap cawangan ini juga akan menawarkan inisiatif rate yang diumumkan bagi pembangunan ekonomi luar bandar yang lebih sistematik, moden dan inklusif.

Tekad kedua, Reformasi Tadbir Urus, Memartabatkan Bangsa. Menyentuh berkenaan reformasi tadbir urus dan pemodenan sistem pentadbiran negeri ini, saya konsisten berpendapat bahawa sebuah negeri tidak akan mampu bergerak jauh jika sistem pentadbirannya lambat, berbelit atau tidak efisien dalam hal ini. Inisiatif Speed Selangor yang berjaya memendekkan tempoh kelulusan projek strategi daripada 3 bulan kepada hanya 30 hari. Merupakan satu pembaharuan besar, bukan itu sahaja rakyat kini dapat memperoleh kelulusan baik pulih rumah dalam tempoh 24 jam melalui proses digital yang dipermudahkan. Kerajaan Negeri juga memperkenalkan pelbagai sistem moden seperti SAGA iaitu sistem analitik data raya untuk meningkatkan integriti dan ketelusan keputusan I-GATE PBT, memperkemas segala urusan lesen, pelan pembangunan dan permohonan awam serta Enterprise Architecture yang menyelaras sistem digital kerajaan dan mengelakkan

pertindihan sistem fungsi yang sering menyebabkan kelewatan. Bagi kawasan Dusun Tua yang di bawah seliaan MPKj, reformasi ini akan memberikan impak besar terutama dalam proses permohonan kampung tradisi, kelulusan struktur kecil rakyat, permohonan tanah dan lesen sementara untuk peniaga kecil. Semua ini merupakan urusan harian rakyat yang dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat serta telus.

Seterusnya Tekad Yang Ketiga - Mencorak Pendidikan Melakar Masa Depan. Tuan Speaker menyentuh aspek pendidikan dalam belanjawan kali ini amat dekat di hati saya kerana ia menyentuh soal pendidikan dan masa depan anak-anak Negeri Selangor khasnya. Dengan peruntukan RM136 juta, Kerajaan Negeri menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk membangunkan modal insan secara holistik. Program Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang menyediakan RM50.00 sebulan bagi kanak-kanak berusia 5-6 tahun dan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) atau tuisyen rakyat. Para pelajar khususnya di Dusun Tua dapat menerima bimbangan berkualiti bagi persediaan peperiksaan SPM. Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang memberikan RM1,500.00 ketika anak berusia 18 tahun dan bantuan Hadiah Pengajian IPT Kerajaan Negeri Selangor (HPIPT) sebayak RM1000.00 kepada kemasukan IPT turut melengkapkan perjalanan pendidikan anak-anak Selangor. Jelas bahawa pendekatan pendidikan Kerajaan Negeri bukan sahaja tertumpu pada aspek akademik tetapi juga membina laluan menyeluruh dari pra sekolah sehingga ke peringkat tertinggi.

TEKAD KEEMPAT : KEUNGGULAN SENI BUDAYA DAN KEMANTAPAN GENERASI MUDA.

Tekad keempat yang menyentuh dan memberi tumpuan seni budaya, sukan dan pembangunan generasi muda Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM100 juta bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Di samping dana pembangunan seni dan budaya serta pembaikan infrastruktur sukan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengangkat martabat anak muda dan mewujudkan ekosistem sukan yang lebih maju. Sebagai bapa angkat sukan silat untuk SUKMA Selangor untuk 2026, saya menyaksikan sendiri dedikasi dan kesungguhan anak-anak muda Negeri Selangor kita mendalami seni warisan ini. Baru-baru ini kejohanan di peringkat daerah, Selangor menjuarai peringkat kebangsaan, juara keseluruhan. Tahniah anak-anak silat. Silat bukan sekadar sukan dan satu disiplin yang mendidik mereka tentang nilai hormat, ketahanan diri, keberanian, kerjasama dan identiti budaya bangsa. Dengan sokongan fasiliti latihan intensif program-program pembangunan bakat serta pendedahan ke pertandingan dalam dan luar negeri. Saya yakin atlet silat Selangor akan terus berprestasi cemerlang menjadi kebanggaan negeri serta negara. Insya Allah, SUKMA silat akan menjuarai lagi sekali tahun hadapan Insya Allah.

TEKAD LIMA : SELANGOR NEGERI PENYAYANG.

Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar telah menzahirkan bahawa Selangor tetap sebuah negeri penyayang yang tidak mengabaikan golongan tertentu melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bernilai RM103 juta, keluarga yang layak menerima RM300.00 sebulan untuk menampung keperluan asas. Bantuan BINGKAS pula disalurkan bagi memberi barangan kritikal manakala BINGKAS PLUS diperkenalkan untuk membantu penerima keluar dari kebergantungan bantuan melalui mekanisme exit policy yang lebih berfokus. Baucar perayaan bernilai RM18.48 juta pula memastikan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dapat menyambut Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dengan lebih bermakna melalui bantuan RM200 setiap keluarga. Tidak kurang pentingnya blue print pembasmian kemiskinan yang menyediakan RM2 juta untuk bantuan mesin berskala tinggi serta latihan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan keluarga B40. Di Dusun Tua inisiatif-inisiatif ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan yang layak. Maka tekad ini telah membawa perubahan ketara dalam membantu mengurangkan kos bebanan mereka.

TEKAD KEENAM : KELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN KEBITARAAN INFRASTRUKTUR.

Program kelestarian alam sekitar dan kebitaraan infrastruktur pula amat relevan bagi kawasan Dusun Tua, kerana ia memberi fokus kepada kelestarian alam sekitar dan pembangunan infrastruktur. Dusun Tua merupakan kawasan yang sensitif kepada risiko banjir namun pada masa yang sama kaya dengan aset semula jadi dan berpotensi pelancongan hijau. Justeru itu projek tebatan banjir lembangan Sungai Langat yang melibatkan pendalaman sungai, pembinaan kolam takungan, penaiktarafan saliran, pembinaan benteng tebing pemasangan pam air dan sistem amaran awal adalah sangat penting demi keselamatan rakyat. Lokasi-lokasi kritikal seperti Kg Sungai Serai Batu 16, Batu 14, Batu 18 akan menerima perlindungan baharu yang lebih menyeluruh. Selain itu pembangunan Geopark Gombak-Hulu Langat akan mengangkat kawasan ini sebagai destinasi pelancongan alam sekitar bertaraf antarabangsa merangkumi tapak warisan geologi, laluan pendakian rekreasi sungai dan eko pelancongan komuniti. Dusun tua berada di laluan strategik Geopark dan berpotensi menjadi pintu masuk rekreasi utama bagi pelancongan domestik dan antarabangsa. Terdapat beberapa kawasan rekreasi yang mempunyai air panas, Gunung Nuang yang paling hampir dengan Kuala Lumpur beberapa kawasan sungai dan air terjun dan juga resort, chalet yang cantik membolehkan warga lembah Kelang datang untuk beriadah. Program pemerkasaan komuniti bernilai RM500 ribu pula akan memperkukuhkan aktiviti gotong royong kampung, pendidikan alam sekitar, keselamatan sungai serta program belia dan sekolah. Manakala penambahbaikan balai penghulu dan menyediakan ruang komuniti moden lengkap kemudahan pusat maklumat dan ruang bermesyuarat. Untuk penutup Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan yang di hormati sebagai wakil rakyat kawasan Dusun Tua, saya melihat Belanjawan Selangor 2026 sebagai sebuah belanjawan yang menyeluruh, realistik dan

berpaksikan rakyat. Ia bukan sahaja memperkukuh asas pembangunan negeri tetapi memastikan setiap inisiatif sampai kepada rakyat yang paling memerlukan. Saya memberi komitmen penuh bahawa saya akan memastikan setiap peruntukan, setiap tekad dan setiap program yang telah diumumkan ini dilaksanakan dengan telus cepat dan berkesan khususnya untuk masyarakat di Dusun Tua. Terima kasih Kerajaan Negeri Selangor. Dusun Tua menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Yang Berhormat Hulu Bernam.

Bacaan Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Speaker di atas peluang yang diberikan kepada Hulu Bernam untuk turut serta menyertai perbahasan Ucapan Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2026. Bagi memulakan perbahasan pagi ini, Hulu Bernam ingin menyentuh berkenaan dengan pembangunan ekonomi dalam Tekad Yang Pertama Belanjawan Selangor 2026. Dalam tekad tersebut kerajaan Negeri Selangor menyatakan komitmen meneruskan Projek IDRISS (Integrated Development Region In South Selangor), SMG (Selangor Maritime Gateway), SABDA (Sabak Bernam Development Area) sebagai pemacu ekonomi antara wilayah termasuk kawasan luar bandar. Selain itu Lembah Beringin di DUN Kuala Kubu Baharu dan Serendah di DUN Batang Kali telah dan sedang dibangunkan sebagai hub otomotif, namun Hulu Bernam sebagai DUN berjiran dengan dua DUN tersebut yang menjadi sebahagian daripada Daerah Hulu Selangor tidak menerima apa-apa limpahan pembangunan ekonomi dan ini menjadikan Hulu Bernam kekal dan tertinggal daripada arus pembangunan ekonomi. Semalam dalam perbahasan daripada Sungai Ramal yang merujuk data daripada DOSM. Beliau kongsikan jurang pendapatan penduduk di Daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan penduduk di Sepang dan daerah lain. Dengan beza purata pendapatan penduduk di Sepang kurang lebih RM16,000.00 manakala Sabak Bernam dan Hulu Selangor hanyalah sekitar RM8,000.00 dan RM9,000.00 ringgit sahaja. Ini adalah disebabkan tiada peluang pekerjaan yang banyak dan bernilai tinggi di DUN Hulu Bernam yang menjadikan sebahagian Daerah Hulu Selangor. Tuan Speaker saya ingin menyebut bahawa Hulu Bernam tidak miskin potensi, kita mempunyai destinasi eco tourism yang tinggi potensi untuk dibangunkan seperti air terjun, hutan simpan, lembangan Sungai Bernam, dusun durian yang banyak, laluan hiking dan rantaian inap desa yang banyak yang boleh mewujudkan ratusan peluang pekerjaan jika diberikan perancangan strategik, tetapi sehingga hari ini tiada pembangunan signifikan di rangka bagi membuka potensi ekonomi di sini. Apa kesannya? Kesan daripada ketidak seimbangan ini sagat jelas sehingga ramai anak-anak muda Hulu Bernam terpaksa keluar berhijrah dan bekerja sampai ke Lembah Kelang dan negeri jiran di sebelah Perak di Tanjung Malim dan Behrang. Yang kita sedia maklum di Tanjung Malim adanya Proton City, kilang proton di sana juga bakal buka kilang BYD. Dan ada penduduk yang terpaksa berulang alik lebih 80km setiap hari semata-mata untuk bekerja untuk menyara keluarga kerana ketidak

padanan kerjaya di tempat sendiri. Justeru jika kerajaan benar-benar mahu mencapai pembangunan seimbang seluruh daerah seperti yang difokuskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) maka Hulu Bernam mestilah dimasukkan dalam Rancangan Selangor Kedua (RS-2) nanti sebagai sebahagian kawasan yang akan di bangunkan. Tuan Speaker masih lagi dalam Tekad Yang Pertama saya ingin menyentuh berkenaan pembangunan pusat data. Belanjawan 2026 menyebut sasaran 30% kandungan tempatan bagi pembangunan pusat data di Selangor meliputi sistem pelayan, rangkaian dan teknologi kecekapan tenaga, Kerajaan Negeri turut menyatakan dasar ini penting agar pusat data tidak sekadar menggunakan tanah Selangor, tetapi turut mengangkat keupayaan syarikat teknologi tempatan serta mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat negeri ini. Namun begitu, masih ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebagai contoh, semalam kita mendengar perbahasan daripada Ketua Pembangkang Hulu Kelang, berdasarkan pengalaman negara seperti Norway, Sweden, China mendapati bahawa pusat data hanya menyediakan peluang pekerjaan yang terhad, malah data center di Baidu misalnya yang mempunyai saiz sebesar padang bola sepak, hanya mengajikan hanya 9 orang sahaja yang berkelulusan diploma. Selain itu Tuan Speaker, Hulu Bernam ingin menambah perbahasan dengan merujuk laporan Pengurus Pasaran Modal JLL bagi transaksi pusat data, yang mana laporan itu menunjukkan kapasiti penggunaan pusat data di Malaysia ketika ini sebanyak 835MW di mana Lembah Klang terus mengekalkan kepadatan tertinggi hab data negara, malah kapasiti tersebut dijangka akan terus meningkat melebihi 4000MW selepas 2026, ini termasuk kemasukan pusat data, google cloud yang sedang dibina di Elmina, Sungai Buloh dengan skala sebesar ini cabaran besar bukan sekadar isu 30% penglibatan pemain industri tempatan tadi tetapi bebanan terhadap isu penggunaan tenaga, air dan alam sekitar. Ahli Yang Berhormat, hari ini pusat data telah menggunakan hampir 3% tenaga di Semenanjung dan dijangka meningkat lagi sehingga 20% menjelang 2035, manakala bagi isu penggunaan air, pusat data ini memerlukan penggunaan kapasiti air yang banyak terutamanya bagi sistem penyejukan bagi komponen-komponen berkaitan. Justeru itu saya ingin bertanya bagaimana kesediaan Kerajaan Negeri dari segi kapasiti tenaga dan juga rizab air dengan mengambil kira Malaysia akan mengalami musim kemarau pada 2026, sudah tentu situasi ini memberikan tekanan kepada logi rawatan air dan kapasiti simpanan negeri. Selain itu Tuan Speaker, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri berhubung Kajian Impak Alam Sekitar terhadap keselamatan hidupan akuatik akibat perlepasan air influence dari pusat data ke dalam sungai kerana sistem penyejukkan pusat data lazimnya menghasilkan pelepasan air buangan yang boleh mengalirkan ke sungai serta saliran dan akan mengancam habitat akuatik.

Tuan Speaker sedikit sahaja berkaitan dengan isu perjanjian timbal balik Art America Malaysia kepada pungutan hasil negeri. Adakah wujud kesan atau kekangan langsung kepada negeri ini untuk mengenakan cukai terhadap syarikat teknologi antarabangsa seperti Google atau AWS. Pertanyaan saya ini kerana masih ramai di luar sana yang tidak jelas atas kesan langsung atau tidak langsung daripada ART ini kepada pelaburan-pelaburan strategik

dalam Negeri Selangor khususnya yang datang daripada Negara Amerika Syarikat. Saya mohon penjelasan.

Tuan Speaker seterusnya Hulu Bernam ingin meneruskan perbahasan dengan merujuk Tekad Yang Ketiga Belanjawan 2026 berkenaan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS). Ahli-Ahli Berhormat sekalian, salah satu isu yang amat meresahkan ibu bapa di Selangor ini merupakan isu kenaikan kos pendidikan awal kanak-kanak yang khususnya yuran Taska dan Tadika. Kenaikan ini berlaku ketika kos sara hidup sudah pun menekan setiap keluarga. Ramai ibu bapa muda mengadu bahawa hampir separuh gaji mereka dihabiskan semata-mata untuk membayar yuran Pendidikan anak mereka yang belum mencapai usia 7 tahun dan inilah realiti yang tidak boleh dinafikan. Belanjawan 2026 yang dibentangkan baru-baru ini banyak menekankan Pembangunan Modal Insan bermula sejak seorang anak dilahirkan. Namun dari sudut kos pendidikan awal tekanan kewangan kepada ibu bapa masih sangat tinggi. Kita maklum bahawa Selangor mencatat inflasi lebih tinggi 1.8% berbanding paras nasional 1.5% sementara kos Pendidikan awal ini semakin meningkat. Hari ini yuran tadika berada pada kadar RM150 ke RM350 sebulan manakala yuran tadika pula mencecah pada RM450 ke RM900 sebulan. Berdasarkan angka ini Bantuan Asuh ada menawarkan bantuan hanya RM100 setiap bulan dan Bantuan Tunas diberikan RM50 sebulan untuk menampung sekitar 6% hingga 10% bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Justeru di sini saya ingin bertanya pada Kerajaan Negeri, adakah had pendapatan isi rumah RM5000 masih realistik bagi ibu bapa di Selangor ini untuk mendapatkan bantuan yang saya sebutkan tadi. Dalam sebuah negeri yang sedang mengalami peningkatan kos perumahan, pengangkutan, penjagaan anak dan barang asas adakah Kerajaan bersedia meluaskan kelayakan TUNAS dan ASUH kepada golongan M40 yang berpendapatan sederhana tetapi berdepan dengan komitment kewangan yang tinggi akibat kos sara hidup. Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar dilihat semula kepada Bantuan TUNAS supaya dinaikkan kepada RM100 sebulan manakala Bantuan ASUH dinaikkan kepada RM150 selaras dgn kos sebenar pendidikan awal kanak-kanak pada hari ini. Selain itu, syarat-syarat kelayakan pendapatan isi rumah wajar dinaikkan kepada RM6,000 kepada RM7,500 isi rumah khususnya untuk kawasan-kawasan berstatus bandar yang mempunyai miskin-miskin bandar yang ramai seperti di kawasan Gombak, Petaling dan Damansara. Jika Kerajaan benar-benar mahu membina modal insan, maka beban Pendidikan Awal tidak boleh diletakkan di bahu ibubapa semata-mata, Pendidikan Awal mesti dilihat sebagai pelaburan negeri bukan kos kepada keluarga. Tuan Speaker, saya ingin meneruskan perbahasan hari ini dengan menyentuh isu dibawah Tekad Yang Kelima, berkenaan Projek Tebatan Banjir. Masalah banjir di Selangor ini ibarat acara tahunan yang sering menjadi mimpi ngeri rakyat samada banjir kilat ataupun lembah besar seperti yang pernah terjadi pada tahun 2021 dahulu. Ia sememangnya memberi kesan kepada isu keselamatan rakyat, merosakkan harta benda dan menyebabkan trauma yang tidak berkesudahan. Walaupun setiap tahun kerajaan negeri mengumumkan peruntukkan yang besar malah kerajaan persekutuan turut menyuntik dana tambahan malangnya rakyat Selangor masih belum dapat melihat satu RTB yang benar-

benar siap dan berjaya menyelesaikan masalah di kawasan mereka. Mengambil contoh di DUN Hulu Bernam sendiri Projek Rancangan Tebatan Banjir Fasa 1 Sungai Bernam yang telah siap dilaksanakan pada 16 Mac 2021 namun saya ingin memaklumkan pada Ahli-ahli Dewan yang mulia disini, masalah banjir di Hulu Bernam masih belum dapat diatasi serta Rancangan Tebatan Banjir tersebut masih belum dapat berfungsi sepenuhnya sebagai projek penebat banjir setiap kali hujan lebat turun di Hulu Bernam. Masih ada lagi kawasan yang terjejas dengan banjir walaupun Rancangan Tebatan Banjir tersebut sudah siap dibina. Berbalik pada belanjawan kali ini, kerajaan negeri ada memperuntukkan satu jumlah peruntukan yang begitu besar dalam projek-projek tebatan banjir yang disebutkan dalam Belanjawan 2026. Tetapi peruntukan besar ini tidak menampakkan sebarang hasil di mata rakyat kerana rakyat masih lagi terpaksa bergelumang dengan masalah banjir setiap tahun. Persoalannya Tuan Speaker, mengapa telah setelah begitu banyak peruntukkan diturunkan tetapi rakyat Selangor masih tak dapat lihat hasilnya? Apakah Kerajaan Negeri mengalami kekangan menyiapkan atau mempercepatkan projek Rancangan Tebatan Banjir ini? Apakah punca daripada kekangan ini? Adakah punca dari pengambilan tanah atau disebabkan kelemahan kontraktor ataupun apa juga isu yang perlu Kerajaan Negeri jawab dan kongsikan kepada rakyat di negeri Selangor ini. Saya percaya rakyat di negeri Selangor berhak untuk tahu puncanya malah melihat peruntukkan besar diumumkan tapi tak dapat melihat hasilnya lagi buat masa sekarang ini. Tuan Speaker di sini saya juga ingin menyampaikan permohonan supaya kerajaan negeri membentangkan laporan kemajuan projek perancangan tebatan banjir bagi setiap lembangan sungai supaya setiap status terkini projek-projek bernilai besar ini dapat dilihat oleh rakyat, progress, ataupun kemajuan bagi setiap projek yang sedang dijalankan. Saya juga ingin mencadangkan Kerajaan Negeri supaya membangunkan satu platform awam atau dashboard kemajuan projek Rancangan Tebatan Banjir supaya rakyat negeri Selangor menilai komitmen kerajaan melalui maklumat yang telus daripada status kemajuan seperti projek, peratusan projek yg siap ini, siapa kontraktor yang terlibat dari tarikh mula dan juga tarikh siap setiap projek tersebut. Dan satu lagi Tuan Speaker mewakili suara rakyat di tempat saya, saya turut ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan satu skim bantuan khas membina rumah jenis tinggi untuk kawasan-kawasan yang berisiko banjir. Ini permintaan rakyat saya, sebab mereka saban tahun terpaksa bergelut dengan banjir sehinggakan mereka mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menyediakan sedikit skim bantuan untuk mereka bina rumah, nak buat rumah tinggi sikit supaya ketika berlaku banjir nanti tak perlulah mereka kelam kabut nak angkat barang, nak pindahkan ke kawasan yang lebih tinggi. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan permintaan rakyat ini.

Timbalan Speaker

Hulu Bernam, seminit saya bagi ya.

Banyak lagi ini Speaker.

Timbalan Speaker

Tak saya bagi masa seminit lagi habiskan, landing.. landing.

Tuan Mu'izzuddeen BinPAS · PNHulu Bernam

Landing ya, satu isu lagi boleh ke Speaker? Tuan Speaker bagi berbaki sedikit masa ini saya turut ingin membahaskan beberapa program murni untuk kesejahteraan rakyat Selangor yang disebut dalam Belanjawan 2025 tahun dahulu tetapi tidak ditekankan pada Belanjawan 2026 ini. Pertama saya ingin bertanya tentang kesinambungan Program Pembangunan Desa dan Ekonomi kampung tradisi yang pada tahun 2025 diperuntukkan secara jelas melalui ekonomi desa dan permeliharaan identiti kampung tradisi. Namun dalam Belanjawan 2026 tidak ada satu perenggan pun yang menyentuh agenda desa secara khusus, justeru saya juga ingin bertanya kerajaan negeri adakah peruntukkan RM55 juta bagi pelaksanaan program turapan mega diseluruh Negeri Selangor 2026 akan dipertimbangkan juga kepada turapan atau penambahbaikan jalan di kampung-kampung tradisi di negeri Selangor. Kedua Program Jualan Ehsan Rahmah dan juga Ehsan Mart yang pada tahun 2025 diberikan RM30 juta serta sasaran pembukaan 56 Ehsan Mart menjelang 2026 tetapi di Belanjawan 2026, kedua-dua program ini langsung tidak diberikan kemaskini. Tidak ada laporan pencapaian , tidak ada sasaran baru, tak ada maklumat mengenai keberkesanan Jalan Ehsan Rahmah (JER) ini yang menjelajah lebih 1560 lokasi pada tahun sebelumnya. Rakyat Selangor khususnya golongan B40 nak tahu dah berapa banyak EHSAN Mart dibuka. Adakah sasaran 56 masih realistik dan akan direalisasikan oleh Kerajaan Negeri. Dan ketiga, akhir sekali Speaker, berkenaan Program Ambulans Kita Selangor, tak silap saya Teratai pun ada menyentuh berkenaan ini semalam dalam Belanjawan 2025 Kerajaan memperuntukan 1 juta ringgit untuk membekalkan ambulans percuma melalui kerjasama St John Ambulance dan Bulan Sabit Merah. Namun dalam Belanjawan 2026, program ini tidak lagi diperincikan, tak ada perkembangan, tak ada penjelasan samada modal percuma itu diteruskan, sedangkan isu kecemasan dan kesihatan adalah satu perkara paling kritikal bagi rakyat Selangor. Tuan Speaker saya tak tahu samada masa mencemburi saya atau saya mencemburui masa. Jadi saya mengucapkan sekali lagi terima kasih pada Tuan Speaker kerana memberikan saya sedikit ruang untuk berbahas berkaitan dengan belanjawan negeri Selangor yang ke 2026 ini. Sekadar itu dahulu, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumsalam. Yang Berhormat Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada Pandamaran mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2026. Pandamaran ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua kerana telah membentangkan Belanjawan Tahun 2026. Rakyat dapat nampak dan tahu pendapatan negeri semakin bertambah dan Kerajaan juga pandai mengurus. Unjuran semasa negeri Selangor bagi tahun 2025 dijangka nilai KDNK mencecah RM455.3 billion. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli yang Berhormat, Pandamaran juga sangat mengalu-alukan pembukaan pendaftaran SMUE semula pada tahun depan. Perlu diingatkan

ramai rakyat Selangor telah cecah umur 60tahun dan mereka tidak dapat mendaftar pada tahun ini. Ini telah mengakibatkan warga emas datang ke pusat khidmat mengamuk dan sebab mereka ingin mendapat voucher hari jadi seperti warga emas yang lain berjaya menebusnya. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pandamaran juga sangat gembira apabila Sungai Tua mengumumkan peruntukan utk LIMAS bertambah dari RM6 juta ke RM8 juta. ini dapat merapatkan janji-janji Pilihan Raya Negeri 2023 di mana Menifesto Janji akan beri RM10 juta pada Pilihan Raya Negeri akan datang. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, seperti apa yang semua rakyat Malaysia tahu, baru-baru ini telah berlaku perobohan rumah di Jalan Papan, Pandamaran. Pandamaran amat kecewa dan sakit hati insiden yang berlaku. Memang kita akur perintah mahkamah iaitu notis pengosongan, tiada sesiapa yang boleh mencabar melainkan plaintif yang boleh bertolak ansur. Pemaju sepatutnya perlu berbincang dengan Kerajaan Negeri supaya tindakan pengosongan dapat dilaksanakan dengan secara aman dan damai. Peneroka yang ada sekarang masih belum menerima sebarang pampasan. Apa yang peneroka nak adalah surat penawaran atau tawaran yang boleh ditandatangani. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, pemaju telah memberi notis pengosongan kali pertama yang bertarikh 7 September 2025 tapi selepas Pandamaran minta jasa baik daripada pemaju untuk tangguhkan supaya peneroka dapat cari rumah lain dan Pemaju setuju untuk tangguhkan 1 ½ bulan. Selepas itu, mahkamah sekali lagi memberikan notis pengosongan kali kedua yang bertarikh 27 Oktober 2025 ngam-ngam 1 ½ bulan tapi Persatuan Penduduk mendapati nombor kes rujukan Notis Pengosongan telah salah dan meminta mahkamah supaya menangguhkan lagi sekali lagi Notis Pengosongan. Selepas ini Notis Pengosongan baru yang bertarikh 10 November 2025 telah dikeluarkan seperti apa yang telah berlaku pada minggu lepas. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pemaju sepatutnya perlu memberi pampasan kerana Keputusan Mahkamah hanya memberi notis pengosongan dan tidak menyatakan tidak perlu memberi pampasan. Pemaju perlulah lebih berperikemanusian dengan memberi pampasan dan tunggu sehingga surat tawaran ditandatangani. Apa yang peneroka hendak ialah pampasan yang sewajarnya. Pandamaran menegaskan pendirian di Dewan yang mulia ini, bahawa pampasan itu perlu mendapat persefahaman kedua-dua pihak. Pandamaran difahamkan Kerajaan ini masih berusaha untuk menyelesaikan isu pampasan walaupun pemaju telah janji untuk memberi tujuh ekar tanah itu. Oleh itu, Pandamaran harap Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan pampasan dengan secepat mungkin supaya mereka dapat mereka melegakan peneroka Jalan Pandamaran. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini sekarang masih ada 44 peneroka yang telah membuat rayuan di mahkamah dan masih bertinggal di situ. Maka, Pandamaran haraplah kaedah penyelesaian atau surat tawaran dapat diberi secepat mungkin. Peneroka janji sudi keluar secara aman dan damai jika mendapat surat tawaran. Jika tidak, isu kekecewaan akan berlaku lagi.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan perlu memainkan peranan yang penting demi memastikan hak peneroka dapat diselesaikan dan memastikan pemaju dapat

menunaikan perjanjian yang telah dipersetujui. Oleh itu, Pandamaran menyeru supaya Kerajaan Negeri dapat menyekat segala kelulusan merancang dan pelan bangunan sebelum sebarang persetujuan dicapai. Kerajaan Negeri perlu menyenaraikan hitam pemaju jika pemaju tidak ingin bekerjasama dengan Kerajaan Negeri. Ini dapat memberi ajaran kepada pemaju-pemaju lain yang rasa mereka boleh bermaharajalela dan menunjuk kesombongan kepada Kerajaan Negeri dengan tidak memandang arahan dan keputusan perbincangan-perbincangan negeri, Kerajaan Negeri. Sebelum mengakhiri perbahasan Bajet 2025, Pandamaran ingin merakamkan sebuah pantun.

Dari semenanjung terbang ke Sabah Rakyat Sabah rakyat Malaysia Rakyat Sabah rakyat bermaruah Jangan menghina dengan roti Gardenia

Pandamaran mengakhiri dengan menyokong dengan penuh Belanjawan Negeri Selangor 2026. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Lembah Jaya.

Betul ya boleh?

Timbalan Speaker

Silakan, silakan.

Tuan Speaker, Lembah Jaya berterima kasih diberi peluang untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2026 dan Lembah Jaya ingin memberi penghargaan kepada YAB Menteri Besar kerana membentang satu Belanjawan yang saya fikir munasabah dari segi fiskal berorientasikan manusia dan sangat realistik dengan keadaan semasa. Ia merupakan satu belanjawan yang bukan sahaja sekadar angka tapi satu belanjawan yang mencorakkan masa depan orang-orang Selangor.

Tuan Speaker, apabila saya dan pasukan saya membincang tentang Lembah Jaya kami menggunakan satu kerangka yang kami panggil ‘3 Ber’. Bersekolah, Bekerja dan Bersara. Dan kerangka ini berjaya pada pendapat kami merangkum struktur sosial di Lembah Jaya. ‘Ber’ yang pertama merupakan yang bersekolah. Lembah Jaya padat dengan keluarga muda dan statistik DOSM untuk tahun 2023, 2024 menunjukkan 28% daripada Ampang Jaya di bawah lingkungan umur 20 tahun. Jadi, pada belanjawan ini keutamaan kepada akses pendidikan sangat menarik hati saya sebagai wakil rakyat Lembah Jaya. Program-program seperti tuisyen percuma, biasiswa IPT dan juga peningkatan laluan pembelajaran di universiti dan juga TVET saya kira akan dapat memanfaatkan warga di Lembah Jaya untuk meningkatkan pendapatan mereka. Belanjawan ini menekankan bahawa pendidikan merupakan asas kepada mobiliti sosial dan saya amat gembira kerana Kerajaan menekankan

sektor TVET untuk menyiapkan anak-anak Lembah Jaya untuk kerja-kerja di masa hadapan. Alhamdulillah.

Saya mempunyai satu cadangan di mana dalam sektor atau untuk pelajar-pelajar TVET ini di mana projek-projek mega Selangor diwajibkan memberi peluang latihan dan peluang kerja kepada sektor atau kepada pelajar TVET bagi membangunkan modal insan dan bukan setakat hanya membina bangunan sahaja. Tempatkan anak-anak Selangor dalam ekonomi Selangor yang sedang dibina sekarang dan akan dibina masa hadapan.

Tuan Speaker, program pencerahan generasi muda yang diperuntukkan sebanyak RM2.5 juta merupakan satu usaha untuk melahirkan satu anjakan paradigma di pemikiran orang muda Selangor untuk memetik kerja Paulo Freire dalam pedagogy of the oppressed, dengan izin. Pendidikan bukan sahaja setakat menghafal tetapi pendidikan perlu melahirkan pemikiran yang kritikal dengan orang yang boleh membaca realiti dan menilai dengan sendiri untuk mencapai satu keputusan daripada ilmu yang ataupun maklumat yang didapat. Mungkin saudara atau YB Taman Medan tidak suka memetik lagu dan karya tapi saya suka. Dalam hal ini ada makna yang mendalam yang kita boleh ambil daripada lagu Ahli Fikir yang berjudul Angguk-angguk, Geleng-geleng. Di mana liriknya berbunyi “angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk ikut telunjuk, iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut sahaja”.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan.

Silakan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak betulkan Lembah Jaya. Bukan saya tak suka petik lirik. Saya suka petik lirik “hoi hoi ya hoi”. Jangan sokong penyamun. Kenapa saya sebut lagu ni? Sebab dulu nyanyi lagu ni. Tapi tindakan tu berbeza. Sekarang sokong penyamun. Sebab tu saya sebut dalam ucapan saya, petik lirik boleh, petik filasof dunia boleh tapi tindakan tu biarlah selari dengan apa yang dipetik. Jadi jangan petik “hoi hoi ya hoi” tapi tetap sokong penyamun.

Terima kasih Taman Medan kerana mengambil atau mengadakan usaha untuk melestarikan karya-karya anak seni terutama sekali anak seni orang Selangor. Untuk petik lagu lain juga, jangan menang sorak kampung tergadai. Jangan banyak borak tapi tak boleh pakai. Apabila pendidikan melahirkan orang yang boleh menganalisis teks, faham konteks sosial dan mampu berdialog ini dapat melahirkan generasi yang ada critical consciousness ataupun kesedaran kritikal dan saya rasa critical consciousness merupakan satu kemahiran yang mampu mengimbangi kebangkitan kecerdasan buatan iaitu ataupun artificial intelligence, Alhamdulillah. Program ini bukan saja satu, program ini merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang akan

melahirkan generasi yang matang, yakin dan pandai buat keputusan yang boleh menolong Selangor bergerak ke depan dan terus menjadi teraju Persekutuan Malaysia, Alhamdulillah.

Golong kedua golongan bekerja. 2/3 daripada penduduk Ampang dalam usia produktif dan mereka bekerja dalam pekerjaan seperti pekerjaan teknikal, usahawan mikro, kerja kilang dan logistik. Mereka tidak meminta dasar-dasar besar tapi meminta usaha-usaha yang memberi impak harian seperti menangani kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan. Sokongan Kerajaan Negeri dalam sektor PMKS seperti pekerja-pekerja bengkel, kedai, kedai makan dan kedai kerja automotif melalui usaha seperti geran digital, pendigitalan, geran pemerkasaan perniagaan dan saya rasa ini semua dasar-dasar negeri juga seperti memudahkan permohonan lesen berniaga, memendekkan masa lulus permohonan-permohonan tersebut. Ini merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk mengembangkan lagi ekosistem PMKS. Harapan saya ialah usaha-usaha ini dapat mengubahkan perusahaan ataupun perniagaan M kepada perniagaan K. Perniagaan mikro kepada perniagaan kecil dan perniagaan kecil kepada perniagaan S ataupun sederhana.

Tuan Speaker, Belanjawan ini memberi tumpuan kepada ekonomi digital, teknologi hijau dan juga logistik dan ia dapat menjana rantaian pekerjaan yang baru dan dapat meluaskan peluang dan peluang untuk orang-orang di Lembah Jaya yang hendak mencari rezeki yang lebih stabil dan lebih tinggi, Insya Allah. Saya ingin mencadangkan local hiring emphasis, dengan izin untuk projek dan pelaburan skala besar untuk anak-anak Selangor sekali lagi untuk memberi tempat supaya anak-anak Selangor tidak perlu berhijrah kepada negeri-negeri lain untuk mencari rezeki. Golong ketiga yang saya ingin bahaskan ialah golongan bersara. Dasar prospek Malaysia menjangka bahawa Ampang di antara kawasan yang akan menuju kepada old age community, dengan izin lagi awal daripada kawasan-kawasan lain. 13% hingga 15% daripada orang Lembah Jaya berumur 60 tahun ke atas dan ini kian meningkat. Mereka merupakan bekas pegawai awam, bekas guru, askar dan bekas peniaga. Orang-orang inilah yang telah menolong kita membina Selangor pada masa sebelum ini dan menurut kajian Likelihood of Self-Perceived Loneliness Among Older Persons in Malaysia oleh JATI pada tahun 2024, 35.7% warga emas mengalami rasa kesunyian akibat keterbatasan fizikal dan kurang sokongan daripada keluarga dan juga komuniti. Saya ingin mencadangkan dan mahu menyokong pembinaan pusat aktiviti warga emas mikro. Saya harap ini tidak dilihat sebagai satu kos yang membebankan tapi pelaburan untuk hadapi masyarakat menua yang kian menjelang. Ia juga dapat mengembangkan ekonomi penjagaan ataupun care economy, dengan izin yang diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, izinkan saya mengulas sedikit tentang rakan-rakan sekerja saya apabila di dalam kawasan Lembah Jaya. Kami di pusat khidmat masyarakat Lembah Jaya menggunakan bilangan aduan yang masuk sebagai kayu ukur sebagai prestasi pekerjaan atau usaha kami dan juga kawan-kawan atau rakan sekerja kami. Kami mengambil pendekatan no news is good news, dengan izin. Di sini pejabat saya merakamkan penurunan

dalam aduan-aduan kualiti kerja KDEB Waste Management. Jadi, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada KDEB Waste Management. Seterusnya, untuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pada awal tahun ini kita telah membahaskan penyelarasan cukai taksiran. Ada cukai taksiran ini yang naik, ada yang menurun. Saya difahamkan dan saya percaya hasil pendapatan MPAJ daripada cukai taksiran ini meningkat dan saya, kita telah membahaskan pada awal tahun ini juga bahawa harapan kualiti khidmat perkhidmatan PBT akan meningkat dan kami di pusat khidmat sekali lagi merakamkan penurunan aduan dari segi kualiti kerja Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Skuad Pantas mereka ternyata pantas dan semua prestasi meningkat dari segi penguatkuasaan, penyelenggaraan jalan dan sebagainya. Tetapi ada satu isu yang membawa kebimbangan penduduk di Lembah Jaya. MPAJ sudah tujuh bulan tiada Yang Dipertua dan saya ingin menyatakan di sini ia tidak menjejaskan kerja harian MPAJ. Ia tetap berjalan dengan profesional dan dengan tuntas sekali tapi tak boleh dinafikan ada dasar-dasar yang tak dapat dibentuk atau keputusan yang tak dapat diambil. Jadi, saya ingin menggesa Kerajaan Negeri supaya melantik seorang Yang Dipertua oleh MPAJ secepat mungkin. Kita berada di dalam musim monsun timur laut. Jadi, saya mahu jika apa-apa yang tak diingini berlaku kita dapat bergerak dengan cepat.

Tuan Speaker, saya ingin meminta maaf kepada Lembah Jaya dan mengambil sedikit masa untuk membahas beberapa isu yang timbul di kawasan Bukit Antarabangsa. Pertama sekali ialah isu penstabilan cerun dan saya mencadangkan untuk audit cerun tahunan dan laporan geoteknikal berkala dilakukan. Kajian UKM iaitu slope failure in Bukit Antarabangsa, Ampang menunjukkan cerun-cerun di sana mudah tepu air dan mengandungi tanah laterit berpori tinggi. Jadi, kerja penstabilan cerun yang dilakukan sangat diperlukan dan ia menjadi tumpuan bagi orang-orang di Bukit Antarabangsa. Kerja penstabilan cerun yang berlaku di Sering Ukay sekarang saya mendapati, dapat maklum balas bahawa penerangannya agak kurang. Apabila penduduk bertanya kepada wakil Kerajaan Negeri, jawapan-jawapan seperti tidak tahu, jawapan-jawapan seperti kita tunggu nanti tidak menginspirasikan keyakinan terhadap usaha Kerajaan Negeri menangani risiko cerun. Ini merupakan satu isu yang menyebabkan trauma di Bukit Antarabangsa dan saya harap kita boleh meningkatkan usaha untuk mengurangkan kerisauan dan kebimbangan orang-orang di Bukit Antarabangsa. Saya yakin kerja penstabilan cerun yang berlaku di Sering Ukay ini tiada pembangunan yang akan berlaku selepas itu dan ini satu isu yang perlu diberi ketenangan kepada orang-orang di Bukit Antarabangsa.

Kedua, isu sekolah di Bukit Antarabangsa. Pengumuman sekolah baru di Bukit Antarabangsa telah diumumkan di RMK11 dan diteruskan di RMK13 tapi sampai sekarang belum ada lagi. Saya membawa isu ini kerana satu, mungkin agak, satu sebab yang agak selfish, dengan izin kerana apabila tidak cukup sekolah di Bukit Antarabangsa, murid-murid ni pergi ke Hulu Kelang. Murid-murid ini pergi ke Lembah Jaya. Tiada sekolah di Lembah Jaya yang ada jumlah murid kurang daripada 1,300 orang dan ini saya fikir memberi kesan terhadap keselesaan murid-murid di Lembah Jaya untuk belajar. Jadi, saya harap Kerajaan Negeri

bersama Yang Berhormat Bukit Antarabangsa boleh berunding, berjumpa dengan Kementerian Pendidikan dan mempercepatkan pembinaan sekolah demi keselesaan murid-murid di Bukit Antarabangsa dan juga di Lembah Jaya. Tuan Speaker, Belanjawan 2026 satu belanjawan yang bertenaga dan berpaksikan rakyat dan sokongan saya ini datang dengan sedikit teguran dan nasihat untuk memastikan ia dimanfaatkan oleh rakyat Lembah Jaya yang bersekolah, bekerja dan jugak bersara. Sebelum saya mengakhiri dan menyokong bajet ini, izinkan saya menjual serangkap pantun kerana Tuan Speaker pun sudah jual pantun beliau.

Kalau Tuan ke Lembah Jaya Kita ngopi di Kedai Donut Janda Kawasan saya mahu maju bersama Belanjawan juara kami sokong bangga

Dengan itu Lembah Jaya menyokong penuh Belanjawan Selangor 2026, insyaAllah dengan penambaikan dan mengambil kira beberapa pandangan yang saya telah bangkitkan setakat ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Kuang, 15 minit,14, 14.

Terima kasih Tuan Speaker memberi ruang kepada Kuang selama 14 minit, ngam-ngam sebelum kita berehat pukul 1.00. Insya Allah 14 minit ini cukup kalau Sekinchan tak banyak kacau Kuang. Itu tanda-tanda awal perbahasan Kuang ini akan banyak menjuruskan kepada Yang Berhormat Sekinchan, jadi Yang Berhormat Sekinchan ambik perhatian, jawab masa menggulung je nanti. Terima kasih. Kita telah mendengar dengan penuh teliti belanjawan hebat kita tahun ini, Alhamdullillah, peruntukannya bertambah. Ye lah, macam-macam kita dengar tapi yang saya khuatir kita rangka macam-macam tapi agensi yang melaksanakan kerja-kerja yang di bawah ni tak competent. Banyak yang dirancang tapi tak dapat dilaksanakan. Saya nak bagi contoh, daripada hari pertama saya masuk ke dewan ni, soalan yang selalu saya tanya setiap kali sesi dewan. Mudah je, bilakah agaknya Dewan Bandar Tasik Puteri ni nak siap. Dalam sidang dewan yang lepas saya tanya jugak, saya nak bacakan jawapannya. ‘Tarikh siap baru Dewan BTP adalah 7hb. 11 selepas tiga kelulusan TOT diberikan’. Tiga kali TOT, janjinya 7hb. 11, sepatutnya dah siaplah. Tapi masih belum siap dan menjadi soalan dewan saya sekali lagi. Untuk sidang dewan kali ini dan tunggulah nanti jawapan dia, mungkin tahun depan. Ini saya tak tahu ye, sama ada kontraktor dia yang incompetent atau pengarah dia yang tak incompetent. Kalau semua benda-benda kecil begini pun Kerajaan Negeri tak boleh nak siapkan dan tertunda-tertunda, ini yang jadi semua perancangan-perancangan Kerajaan Negeri berada di tahap kelulusan atau pencapaian yang masih rendah. Jadi ambilah perhatian tentang benda-benda ini. Itu perkara pertama yang saya nak sebut. Saya tak banyak perkara, 14 minit pun sebenarnya dah terlebih dah bagi kat saya. Kedua, ini titah Tuanku ni, masa

pembukaan sidang DUN. Tuanku sebut tentang ambil maklum prestasi kewangan Kerajaan Negeri yang baik tetapi di dalam merancang pembangunan Negeri Selangor, kesejahteraan rakyat mestilah diberi keutamaan. Kawan-kawan dah sebut tadi, Tuanku jugak sebut ‘Beta dah letih menasihatkan Kerajaan Negeri’. Masalah banjir dalam negeri kita tak selesai-selesai, ini termasuk apa yang berlaku semalam. Nak jaga kesejahteraan rakyat beta, semalam, hari Isnin, 5-600 orang berhimpun di luar pagar A membantah, menaikkan ‘banner’, banting dan macam-macam lagi merujuk kepada bantahan penduduk terhadap cadangan pembinaan ‘incinerator’ di Batu Arang. Saya nak bacakan fakta ini. Lebih 10,000 tandatangan petisyen dihantar kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2023. 4,500 borang bantahan terhadap penukaran status tanah Lot 3847 daripada perumahan kepada industri. 1,446 bantahan rasmi terhadap draf rancangan struktur Negeri Selangor 2035. Laporan penilaian impak sosial menunjukkan lebih 90% penduduk membantah dan lebih 12,000 bantahan bertulis terhadap penilaian alam sekitar dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar. Saya yakin Yang Berhormat Rawang selalunya takkan ada bila saya bahas pasal benda ini, akan bersetuju dengan saya sebab beliau jugak bersama-sama dengan saya di luar sewaktu menerima bantahan dan memorandum ini. Jadi saya minta Kerajaan Negeri cakna la sikit. Kita rancang benda-benda baik tapi mendapat bantahan berat dari penduduk di Batu Arang dan jugak di Bandar Tasik Puteri. Jadi nanti EXCO, YB EXCO mungkin boleh bagi berita baik supaya Kerajaan Negeri akan meneliti semula cadangan tersebut dan bagi satu keputusan yang akan mengembirakan ratusan ribu rakyat di Batu Arang dan jugak di Bandar Tasik Puteri. Perkara ketiga yang saya nak bawak ni lebih menarik, aktiviti perobohan yang baru-baru ini saya terlihat di dalam Tiktok. Yang Berhormat EXCO kira-kira 48, 40, 45 kilang telah dirobohkan di Sungai Buloh. Apa yang menarik perhatian saya ialah Yang Berhormat EXCO memaklumkan bahawa mereka telah menduduki tanah tersebut selama 20 tahun. Kilang-kilang haram ini 20 tahun telah beroperasi di situ. Sebenarnya bukan 20 tahun ya, mereka telah menduduki tanah tersebut selama 33 tahun. Jauh lebih lama daripada angka 20 tahun. Cuma 13 tahun pertama mereka menduduki tanah tersebut, ada TOL daripada Kerajaan. Diberi kebenaran untuk duduk di situ, yang saya tak tahulah, saya tak nampak TOL tapi saya dimaklumkan memang ada TOL selama 13 tahun dan beroperasi di situ. Mereka jugak telah mendapat surat sokongan daripada Yang Berhormat Kota Damansara. Saya ada surat dia dekat tangan saya. Mereka jugak pernah mendapat sokongan dari Ahli Parlimen di situ sebelum ini, YB Sivarasa. Mereka jugak telah mengunjungi Yang Berhormat EXCO di pejabat YB untuk bincang. Saya ada rakaman audio selama satu jam mesyuarat antara pengusaha-pengusaha ini dengan PTG, mungkin PTG tak sedar dia rakam. Selama satu jam berbincang mengenai kedudukan mereka dan permohonan mereka supaya jangan dilaksanakan operasi perobohan. Apa yang lebih menarik ialah di dalam merobohkan keseluruhan tu, ada dua tidak dirobohkan. Ha, yang itu nanti Yang Berhormat EXCO akan maklumkan kenapa dua kilang hujung yellowstone tak dirobohkan. Dalam notis secara terang menyebut bahawa mereka duduk di atas jalan bekas talian elektrik. Maknanya dia reserve talian elektrik dan juga ada satu dokumen daripada Pejabat Tanah yang menunjukkan bahawasanya telah di lotkan tanah-tanah tersebut. Dah ada lot dah, lot 1 sampai lot 40. Lot 39 dan 40 tak dirobohkan

sebab rupanya dah ada geran. Sebahagian ada geran, sebahagian takde geran. Lot telah dibuat, roboh. Saya nak minta pandangan dan jugak mungkin sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat.

Speaker

Bukti Gasing bangun, bagi. Sila.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Selama ini pihak pembangkang selalu menyuarakan kenapa Kerajaan tak ambik tindakan terhadap kilang haram. Selalu, bukan satu dua kali, selalu. So kali ini bila tindakan di ambil, adakah Yang Berhormat tak puas hati tindakan di ambil, boleh tak jelaskan apa pendirian sebenarnya?

Terima kasih. Saya setuju, saya tak kata saya tak setuju tapi fakta kena betul la. Jangan la menghalalkan apa yang kita nak buat dengan memberikan fakta yang tak betul. Kena betul. It’ s ok, doesn’t matter, kita kena buat semua operasi-operasi ini tapi adakah kita mengambil perhatian. Tadi pun sahabat saya sebutkan pasal isu perobohan rumah dan sebagainya. Ya, kita laksanakan tapi di manakah letaknya prihatin kita kepada rakyat kita. Adakah dengan kita merobohkan dan tanah itu telah mempunyai lot, kita akan pertimbangkan memberi tawaran semula kepada pengusaha-pengusaha ini untuk membeli atau membayar premium kepada tanah-tanah itu sebab kita dah lotkan. So if you have a plan, tell us what your plan is?, dengan izin Tuan Speaker. Jadi kita boleh sahaja memberi tawaran sebab mereka telah duduk di situ lebih daripada 33 tahun. Itu yang saya nak tahu apa perancangan masa depan kerana telah ada kilang di hujung yang ada geran dan beroperasi. Kita tak boleh ambik satu keputusan berbeza kepada puak A dan berbeza kepada puak B. Keputusan kita mesti sama kepada semua yang duduk di tempat itu. Itu yang ketiga. Akhir sekali sebelum saya tutup 4 minit lagi. Oleh kerana saya jugak anak Yayasan Selangor, bersekolah dulu di ACS Klang, duduk di Asrama Yayasan Selangor, Klang. Hari ini saya nak sebut sikit tentang Yayasan Selangor. Dulu kami ada 4 asrama. Yayasan Selangor ni jadi rujukan kepada banyak negeri. Dulu kita ada Asrama Dr. Latiff, ADL, ATDI, Asrama Tun Dr Ismail. ATPN, AsramaToh Puan Norasyikin dan juga Asrama Yayasan Selangor Klang. Sekarang tinggal hanya Asrama Yayasan Selangor, Klang. Tiga telah dijual, tiada lagi, diganti dengan satu lagi Asrama Yayasan Selangor, Sabak Bernam. Selangor negeri maju tapi baru-baru ni bila kita melawat Asrama Yayasan Selangor, Klang, kita rasa sangat sedih sebab satu-satunya asrama yang ada di situ yang sungguh lama usianya, hari ini dilihat seperti sudah tidak terurus dan memerlukan satu dana yang khusus. Mungkin untuk memperbaiki infra di asrama tersebut. Itu saya tak tengok lagi Asrama Yayasan Selangor, Sabak Bernam. Mungkin ada rakan-rakan daripada Sabak Bernam boleh tinjau-tinjau. Saya juga mengambil maklum bahawasanya dalam perbentangan belanjawan, Yang Amat Menteri Besar ada memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk kerja-kerja mungkin membaik pulih beberapa infra termasuk Yayasan Selangor. Jadi saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk melihat kembali institusi-institusi ini yang duduk di bawah agensi-agensi Kerajaan, duduk di bawah Yayasan Selangor supaya kita jagalah asrama-asrama ni, sekolah-sekolah ni yang di

bawah Yayasan Selangor supaya dia dapat memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar yang duduk di asrama tersebut. Saya ucap sekali lagi terima kasih kepada Tuan Speaker sebab bagi saya slot akhir. Saya tak menyediakan pantun apa-apa tapi saya harap sekiranya tuntutan-tuntutan daripada Yang Berhormat ADUN-ADUN ini diambil pertimbangan dalam perbelanjaan kali ini, kita cubalah sama-sama supaya yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri ini, hasilnya nanti di hujung tahun depan, hasilnya biarlah baik, tidaklah sekadar kita membentangkan pelbagai-bagai bajet tapi hasilnya kita tak nampak. Sekian dulu, terima kasih daripada Kuang. Sikit lagi, takpelah, bagi kat Speaker.

Timbalan Speaker

Cukup? Cukup ya. Yang Berhormat Sentosa. Bagi salam.

Selamat beristirehat, lunch sudah sedia.

Speaker

Okay, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari, saya tangguhkan perbahasan Rang-Rang Undang-Undang Pembekalan 2026 kepada jam 2.00 petang, 2.30 petang ini.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 1.00 PETANG)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirahmannirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat petang. Salam Sejahtera. Kita sambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026. Sebelum itu Dewan Negeri Selangor ingin mengalu-alukan kehadiran pelawat-pelawat berikut ke Persidangan Dewan Negeri Selangor. Daripada Pejabat ADN, Pejabat Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku seramai 25 orang yang diketuai oleh Encik Leaonard John a/l Johnson. Yang diaturkan oleh Encik Nor Rahim Nasir. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Saya teruskan perbahasan. Saya silakan. Saya jemput Yang Berhormat Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Ahli-ahli Dewan yang saya hormati. Sebelah kanan saya, masih belum masuk. Tidak apa. Tapi saya sambung ya. Ada ya? Ok. Saya ucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada Sentosa untuk turut serta kepada Sentosa untuk turut serta dalam perbahasan belanjawan Selangor tahun 2026 yang bertemakan Selangor Juara Rakyat Sejahtera. Pertama sekali, saya ingin metrakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas pembentangan belanjawan 2026 yang menyeluruh dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Saya turut menyokong penuh usaha Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif baru yang progresif termasuk penambahbaikan sistem kebajikan, pemerkasaan pendidikan anak Selangor, perluaskan peluang ekonomi rakyat, serta perlaksanaan dasar-dasar yang menekankan kelestarian dan ketelusan tadbir urus. Inisiatif-inisiatif baru ini bukan sahaja menggambarkan visi jelas Kerajaan Negeri tetapi juga keberanian politik untuk melaksanakan dasar yang memberi impak jangka Panjang kepada rakyat Selangor. Daripada rumusan Belanjawan arah tuju negeri, belanjawan berjumlah 3.23 billion dengan agihan 1.86 billion perbelanjaan mengurus. 1.37 billion perbelanjaan pembangunan serta deficit berhematkan 430 juta menunjukkan keberanian negeri untuk terus melabur demi masa depan tanpa mengabaikan prinsip kebertanggungjawaban fizikal. Tumpuan kepada 6 tekat iaitu tadbir urus, pendidikan, peluang ekonomi rakyat, kebajikan dan infrastruktur menegaskan komitmen Kerajaan Negeri terhadap keseimbangan antara pembangunan fizikal dan kesejahteraan sosial.

Tuan Speaker, kebajikan dan sosial. Saya yakin. Sentosa yakin, perluasan bantuan seperti baucer perayaan, bantuan ibu bapa serta program sokongan B40 akan memberi kesan

langsung kepada warga Selangor. Program ini harus diterjemahkan dengan pengagihan yang lebih tepat sasarannya. Dari segi pendidikan, perbahasan saya adalah terhadap tekat ketiga iaitu Mencorak Pendidikan Lakar Masa Depan yang diperuntukan sejumlah 136,211,600. Saya menyambut baik visi Kerajaan Negeri bahawa reformasi pendidikan adalah satu keperluan mustahak untuk melakar masa depan rakyat dan negeri yang lebih makmur. Subsidi yuran pendidikan ke arah pendidikan percuma Anak Selangor. Saya ingin juga mengalu-alukan peruntukan 17.378 juta bagi pelaksanaan subsidi yuran pendidikan di bawah institusi pengajian tinggi Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2026. Ini adalah langkah berani yang menyahut hasrat Perdana Menteri bagi menawarkan pendidikan percuma dalam Belanjawan Persekutuan 2026. Melalui inisiatif ini Kerajaan Negeri Selangor menanggung 50% yuran pengajian iaitu 50% pendidikan percuma bagi 4000 anak Selangor yang akan melanjutkan pengajian di UNISEL dan Universiti Islam Selangor Sesi 2026. Kerajaan Negeri melalui Universiti Selangor memainkan peranan penting sebagai institusi utama dalam merealisasikan cita-cita ini.

Programme Language Discovery yang diperkenalkan untuk tahun 2026 juga akan dilaksanakan melalui peruntukan 350 ribu oleh Perbadanan Perpustakaan Awam. Kursus belajar 8 bahasa asing peringkat asas secara talian bagi sekolah menengah dan seluruh rakyat Selangor secara percuma adalah satu inisiatif yang amat dialukan kerana mempelajari bahasa-bahasa asing ini adalah mahal dan bukan semua mampu belajar bahasa asing. Di mana ia boleh membantu dalam pasaran buruh dan mempunyai satu kelebihan menguasai bahasa asing.

STDC menerajui program inisiatif Kemahiran teknikal dan iktisas Smart Selangor. Selangor telah menganjurkan Jom ke Kolej TVET Selangor atau pun Sentosa telah menganjurkan Jom ke Kolej TVET selama 4 tahun bertutut-turut dan mendapat sambutan amat baik. STDC telah memainkan peranan penting untuk memberi peluang kepada anak-anak Selangor untuk melanjutkan pendidikan dalam kemahiran di Selangor. Teknikal. Dengan izin, No Child Should Be Left Behind In Education. Peruntukan berjumlah 20.48 juta untuk program iktisas pada tahun 2026 memastikan melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan industri di Selangor melakar arah menuju Rancangan Selangor Kedua sekaligus meningkatkan pelaburan asing di Selangor.

Ia juga memberi peluang kepada wanita melalui Program TVET Wanita Selangor susulan kerjasama dengan Guangdong Women Polytech, September yang lalu. Inisiatif ini memperkasakan wanita melalui Kemahiran TVET. Khususnya belia dan ibu tunggal yang ingin kembali ke pasaran buruh. Ia adalah satu inisiatif amat baik untuk mengurangkan jurang jantina di antara, atau pun dalam sektor pekerjaan teknikal dan meningkatkan penyertaan wanita. Sebanyak 10.5 juta bagi program persijilan yang akan memberi manfaat kepada lebih daripada 2000 rakyat Selangor. Perbelanjaan-perbelanjaan pendidikan tidak hanya tertumpu kepada peringkat universiti. Ia meliputi semua lapisan maysrakat. Daripada anak yang lahir

di Selangor hingga golongan dewasa dan mereka yang memerlukan kemahiran baru serta ke pengajian tinggi. Belanjawan 2026 ini juga jelas menunjukkan Selangor bukan sekadar menyediakan pendidikan tetapi mencorak masa depan untuk sebuat negeri yang maju dan sejahtera. Dengan tekat dan komitmen ini Belanjawan Selangor 2026 dan kami, Sentosa percaya ia mampu melahirkan generasi Malaysia Madani yang berfikiran kritis berdaya saing dan berakhlak mulia. Subsidi yuran IPT 50% peningkatan HPIPT serta penambahbaikan biasiswa negeri adalah berita baik kepada ramai pelajar. Saya mencadangkan, Sentosa mencadangkan lebih banyak pusat akses pendidikan diwujudkan di semua daerah.

Ekonomi rakyat dan belia. Inisiatif baru Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk meningkatkan peluang ekonomi rakyat perlu dilaksanakan secara inklusif. Sentosa mencadangkan program pembangunan belia berimpak tinggi diwujudkan di semua kawasan termasuk Sentosa. Dari segi infrastruktur dan kelestarian, Sentosa memerlukan perhatian dalam aspek saliran, jalan, lampu jalan dan kawasan hijau serta keselamatan komuniti. Sentosa harapkan atau pun berharap sebahagian daripada peruntukan pembangunan negeri dapat disaluran ke Sentosa untuk mengatasi masalah banjir, terutamanya. Cadangan penambahbaikan ada beberapa perkara. Ketelusan peruntukan mengikut DUN. Kalau boleh laporan berkala yang perlu, yang lebih jelas. Pematau impak program kebajikan untuk memastikan penerima benar-benar layak. Yang ketiga ialah penglibatan komuniti dalam perancangan pembangunan. Libatkan komuniti supaya projek bertepatan dengan keperluan setempat. Dan keempat ialah dari segi kita semua tahu untuk menangani politik fitnah dan gangguan pembangkang.

Yang Berhormat Speaker, dalam kita membincangkan belanjawan 2026 jelas memberi manfaat kepada rakyat, Sentosa ingin menegaskan bahawa kita tidak perlu, Kerajaan tidak perlu memberi fokus ataupun energy, dengan izin, ataupun perhatian kepada polittik fitnah, hasutan atau cubaan mengelirukan rakyat khususnya yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang. Kita semua sedia maklum bahawa ada pihak yang tidak membawa solusi. Tidak mengemukakan cadangan membina. No constructive suggestion pun hanya mencari publisiti melalui tomahan. Pembangkang hanya dikenali kerana fitnah dan politik-politik sensasi. Bukan kerana rekod pencapaian atau sumbangan kepada rakyat. Selangor tidak boleh, negeri Selangor tidak boleh dan tidak akan tunduk kepada politik sebegini. Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat berhormat Dato’ Menteri besar memilih untuk fokus kepada kerja, dasar dan pembangunan. Bukan retorik kosong. Rakyat Selangor berhak menerima kepimpinan yang matang. Bukan teater politik.

Tuan Speaker, Sentosa juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor atas komitmen yang berterusan dalam memperkasakan masyarakat India khususnya golongan B40. Belanjawan 2026 sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan ini mendengar, memahami dan bertindak. Sokongan pendidikan diperkukuhkan. Kerajaan Negeri terus memberi keutamaan kepada, memberi, meringankan beban ibu bapa pelajar India

terutamanya daripada kelompok B40. Melihat kepada keperluan yang meningkat, serta penambahan permohonan peruntukan bagi program pembangunan pendidikan masyarakat India dinaikkan kepada 2.7 juta pada tahun 2026 iaitu peningkatan 515 ribu ringgit berbanding tahun 2025. Perincian ialah, 1.2 juta bagi program sumbangan subsidi tambang bas sekolah. 1.5 juta bagi program bantuan yuran pengajian untuk pelajar B40 di IPTA dan IPTS. Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan memastikan anak-anak India tidak tercicir daripada aras atau akses pendidikan berkualiti. Sentosa juga ingin merakam ucapan tahniah atas komitmen berterusan dalam memperkasakan komuniti India khususnya golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Peningkatan peruntukan untuk sokongan Pendidikan… (Boleh mencelah? - Yang Berhormat Permatang) ….. bantuan keusahawanan…

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Boleh saya mencelah?

Timbalan Speaker

Silakan.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Ok, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tadi saya tertarik mendengar inisitif berkaitan pendidikan masyarakat India. Yang mana saya pun turut sama-sama berjuang. Tambahan lagi untuk pendidikan anak-anak di estate. Tapi apa, setuju tak saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sentosa, sekiranya inisiatif yang memberi tambang sekolah itu, yang diberikan kepada SJKT, tu setuju tak kalau Yang Berhormat Sentosa untuk lebih bagus dan lebih cakna sekiranya kerajaan memberi kepada seluruh masyarakat anak-anak India? Bukan hanya anak SJKT sahaja. Tetapi termasuk juga kepada anak-anak India yang pergi ke SRK dan juga SMK juga. Itu sahaja.

Ya, memang setuju. Memang bantuan dulu diberikan kepada semua golongan yang memerlukannya. Mungkin YB boleh bantu memeohon melalui sekolah masing-masing di mana PIBG ada juga bantuan untuk menyediakan pengangkutan. Right? Setuju. Terima kasih. Ini membuktikan, saya tertarik dengan Permatang tadi. Ini membuktikan bahawa kebajikan pemerkasaan dan identiti budaya masyarakat India terus menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Namun, dalam masa yang sama, Sentosa juga ingin mengingatkan bahawa di luar peruntukan, khusus untuk komuniti India, terdapat pelbagai lagi skim dan program berskala negeri yang boleh dimanfaatkan oleh semua rakyat termasuk kaum India. Seringkali, seringkali masyarakat hanya menumpukan kepada apa yang dilabelkan sebagai peruntukan untuk komuniti India. Sedangkan sebahagian besar peluang sebenar, berada dalam program arus perdana yang terbuka kepada semua. Oleh itu, Sentosa ingin menggesa masyarkat India khususnya agar lebih proaktif memohon, menyertai dan memanfaatkan geran-geran latihan dan juga skim keusahawanan dan platform sokongan memperuntukan sebahagian besar dari keseluruhan

belanjawan negeri. Jika kita meluaskan perspektif dan meningkatkan penyertaan dalam program -program ini, kesan positif kepada masyarakat khususnya komuniti India akan menjadi jauh lebih besar dan menyeluruh.

Tuan Speaker, sokongan kepada agama bukan Islam dan komuniti orang Asli. Berita baik daripada Kerajaan Negeri untuk tahun 2026 ialah tambahan 2 juta iaitu kepada 8 juta kepada LIMAS untuk tahun 2026. Selain daripada itu, kerajaan juga turut komited membina sebuah krematoriam di tanah yang digazetkan di Kuala Selangor. Seperti semalam, kita dah membincangkan krematorium ini diperlukan untuk golongan-golongan di kawasan Permatang, Sabak Bernam, Tanjung Karang dan juga Kuala Selangor. Di sebelah sana tidak ada dan masih lagi pembakaran mayat terbuka masih dijalankan. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM1 Juta dan juga Sentosa menyarankan agar semua PBT pastikan ada perancangan untuk membina krematorium di PBT masing-masing kerana kos pembakaran mayat meningkat setiap hari dan juga saya, Sentosa juga ingin meminta jasa baik Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang untuk membina satu lagi krematorium kerana krematorium di simpang Lima Klang tidak mencukupi dan krematorium Klang sebenarnya membantu dari segi Parlimen Kota Raja, Parlimen Klang dan juga Parlimen Kapar dan ini tidak mencukupi juga. Dan juga sekarang dengan kepesatan bangunan kondominium dan apartmen dan sebagainya. Kita tidak ada ruang di mana JMB tidak membenarkan untuk mengadakan upacara pengebumian dan sebagainya di kawasan perumahan.

Oleh itu, tibalah masanya Kerajaan Negeri dan juga PBT untuk fikirkan macam mana kita perlu membina dewan di mana mereka boleh mengadakan sembahyang dan sebagainya sebelum dihantar ke krematorium dan sebagainya. Ini juga telah menyusahkan beberapa pihak di Sentosa terutamanya di kawasan Apartmen Trifolia.

Tuan Speaker, akhirnya sebelum saya akhiri perbahasan saya, selaras dengan SUKMA 2026 Selangor mesti menang besar dalam setiap acara termasuk Kabaddi yang berpotensi menyumbang pingat emas. DUN Sentosa atau pun Sentosa telah memastikan atau pun kenal pasti satu gelanggang untuk dibina dan kerja-kerja telah dimulakan dan sebagai bapa angkat sukan Kabaddi, kami memerlukan sokongan Kerajaan Negeri kerana pada masa ini tiada gelanggang Kabaddi yang lengkap di seluruh Selangor. Bantuan ini penting untuk memastikan atlet dapat latihan optimum dan membawa pulang kejayaan kepada negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Selangor 2026 adalah bajet progresif yang menimbangkan, mengimbangkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Dengan inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya yakin Selangor berada pada landasan yang kukuh menuju masa depan yang lebih makmur. Saya Sentosa sekali lagi mengucapkan tahniah dan sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri atas kepimpinan yang berwibawa dalam menggubal Belanjawan ini. ADN Sentosa sebagai ADN

Sentosa saya juga komited memastikan manfaat Belanjawan ini benar-benar dirasai rakyat yang saya wakili. Dengan ini Sentosa menyokong Belanjawan 2026 akhir dengan akhiri satu pantun boleh? Boleh eh....

Bunga Melati Harum Mewangi, Tumbuh Subur di tepi Kali, Belanjawan 2026 Beri Manfaat Pasti, Selangor Juara Rakyat Sejahtera.

Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Memandangkan pelawat baru tiba, saya sekali lagi ingin mengalu-alukan kehadiran pelawat-pelawat berikut ke Persidangan Dewan Negeri Selangor iaitu daripada Pejabat ADN Kampung Tunku seramai 25 orang. Yang diketuai oleh Encik Leonard John a/l Johnson yang diaturkan oleh Encik Nurahim Nasir. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Silakan Yang Berhormat Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Seperti Sentosa mengakhiri dengan pantun. Sungai Kandis akan memulakan dengan pantun juga.

YB Speaker tegap dan tampan, Berbudi bahasa tertib dan sopan, Terima kasih Sungai Kandis ucapkan, Peluang Berbahas tidak akan disiakan.

Baik Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut membahaskan Belanjawan Selangor 2026. Terima kasih juga kepada YB Menteri Besar yang berada pada hari ini. Saya menghargai usaha Kerajaan Negeri menyediakan dokumen yang amat komprehensif, sarat dengan rujukan, akademik teori, ekonomi dan falsafah. Namun tanggungjawab kita sebagai ADN, khususnya ADN Perikatan Nasional adalah memastikan bahawa Belanjawan ini bukan sekadar indah di atas kertas, tetapi realistik untuk direalisasikan dan benar-benar menyentuh keperluan rakyat. Pada hari ini, saya ingin membawa suara rakyat khususnya rakyat daerah Klang dan di dalam DUN Sungai Kandis yang masih menunggu janji-janji pembangunan yang hendak disempurnakan.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 Bilion iaitu RM1.86 Bilion Perbelanjaan Mengurus dan RM1.37 Bilion Perbelanjaan Pembangunan. Belanjawan Negeri Selangor 2026, sekali lagi dibentangkan sebagai Belanjawan defisit berjumlah RM430 Juta iaitu kerajaan berbelanja lebih daripada hasil yang dijangka dikutip

dan hari ini kita menyaksikan defisit yang semakin melebar. Kerajaan dengan meletakkan defisit ini, akan dibiayai melalui Akaun Hasil disatukan tetapi manakala rizab adalah jalan yang paling mudah. Persoalannya apakah pelan Kerajaan Negeri untuk memulihkan rizab? Apakah jaminan defisit tidak akan meningkat jika ekonomi 2026 benar-benar perlahan seperti unjuran Global. Banyak projek mega baru diumumkan tetapi adakah terlalu agresif untuk suasana ekonomi tidak menentu ini? Dalam keadaan ekonomi global tidak menentu, unjuran Hasil Negeri RM2.8 Bilion sendiri belum tentu dapat dicapai. Jika berlaku kelembapan ekonomi kita berdepan risiko defisit berganda.

Tuan Speaker, Selangor sepatutnya negeri paling inovatif dalam modul ekonomi, tetapi sampai hari ini nampaknya Kerajaan Selangor masih lagi bergantung kepada Hasil Tanah. Sebanyak 36.3% hasil negeri masih datang dari premium tanah. Semakin kuat tekanan kepada tanah semakin besar kesan kepada daerah seperti Klang. Rakyat Klang nampak kesannya secara langsung khususnya di DUN Sg. Kandis pembangunannya terlalu padat di kawasan seperti Jalan Kebun, Johan Setia, Bandar Putra, Sri Gambut, Kampung Lombong, Kampung Sungai Kandis yang menghadapi tekanan infrastruktur jauh melebihi kemampuan jalan, longkang dan saliran sedia ada.

Dengan pembangunan baru dipasang masuk mengajar hasil tanah, banjir menjadi semakin kerap, sistem longkang asal tidak sempat di naik taraf. Manakala kapasiti parit JPS, JPT tidak mengejar pertambahan pembangunan. Dalam bahasa mudah, rumah naik, kilang naik, tetapi infrastruktur tak naik juga. Penduduk daerah Klang khususnya DUN Sungai Kandis, menerima impak tetapi hasil tanah ini tidak kembali dalam bentuk penyelesaian banjir, itu sahaja yang kami minta. Dengan semua tekanan ini, rakyat hanya tanya, kalau kerajaan dapat hasil tanah ratus juta mana peruntukan untuk naik taraf saliran di kawasan kami? itu soalan kami di Sungai Kandis.

Bercakap soal tanah ini, saya ingin menyentuh sedikit isu warta dan pengambilan tanah Kampung Jawa. Aduan yang diterima adalah berhubung isu rekod kerajaan yang bercambah dan mengelirukan. Di tangan saya YB Speaker, ialah Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 27 Mei 2021, No. Warta 1350 Seksyen 8 yang menyatakan tanah-tanah yang perlu diambil bagi projek WCE. Pada hari yang sama, Warta 1351 Seksyen 35 dikeluarkan untuk menarik balik pengambilan namun carian rasmi masih menunjukkan tanah dalam proses pengambilan. Kewujudan bersama kedua-dua warta dalam rekod kerajaan dan kedegilan pentadbiran tanah untuk mengemas kini daftar bagi mencerminkan penarikan balik dalam menunjukkan ketidakpastian undang-undang dan keraguan pada hak milik. Kekaburan yang berterusan ini, menjejaskan hak pemunya hartanah keadaan tanah itu kini kelihatan tertakluk kepada pengambilalihan wajib walaupun kedudukan undang-undang adalah sebaliknya. Oleh yang demikian, saya mendesak agar rekod pengambilan Seksyen 8 dipadam serta-merta dalam carian rasmi. Jabatan tanah memberikan penjelasan rasmi di Dewan atas

pencanggahan 2 warta. Hak milik tanah harus diperbetulkan untuk mencerminkan bahawa tanah tersebut bebas daripada sebarang proses pengambilalihan berterusan.

Yang Berhormat Speaker, sungguh pun Kerajaan Negeri berpendapat bahawa tanah ini boleh diambil terdapat isu berkenaan pampasan dijalankan tidak adil dan jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa di kawasan Klang. Contoh pembayaran juga ada di dalam modul yang saya bawa. Sebagai contoh, saya sebutkan nama sebab berdasarkan kepada salinan yang ada pada saya tanah yang dimiliki oleh Encik Garnesan a/l Ringgan mempunyai nilai valuation oleh Tetuan Fadzilah Fikri bernilai RM2.133 Juta. Tetapi pampasan yang dicadangkan olej Pejabat Tanah hanya RM350 Ribu ++. Contoh kedua adalah, tanah Encik Letchumanan a/l Doraisamy dinilai oleh Tetuan Fadzilah RM2.4 Juta namun pampasan yang dicadangkan hanya RM55 Ribu. Ya, itu dua contoh yang saya bawa dan sekiranya perlukan detail saya boleh submit together dengan izin. Rakyat Kampung Jawa bukan menolak pembangunan, mereka hanya menuntut hak mereka sebagai pemilik tanah sebagai pembayar cukai dan sebagai warga Selangor. Jika kerajaan benar-benar membela rakyat, buktikan dengan proses yang telus, pampasan yang adil dan rundingan yang lebih bermaruah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, daerah Klang mempunyai bilangan kawasan berisiko banjir tertinggi di Selangor dengan beberapa kawasan sering dikenalpasti sebagai hotspot banjir. Klang mencatitkan lebih 152 kes banjir dalam tempoh tiga (3) tahun tetapi masih belum ada pelan komprehensif dalam Belanjawan ini. Data banjir hotspot Klang 2022, 2025 berdasarkan laporan daripada pelbagai sumber rasmi seperti NADMA, JPS dan aduan-aduan kepada PBT menunjukkan di kawasan DUN Sungai Kandis adalah kawasan hotspot banjir meliputi kawasan di Jalan Kebun, Kampung Lombong, Sri Gambut, Bukit Naga, Kampung Johan Setia, Kampung Jawa yang mana terjadi teruk tiap kali hujan lebat kurang daripada 1 jam dan saya juga ingin masukkan termasuk dekat DUN sahabat saya di Sentosa. Tetapi dalam Belanjawan 2026, peruntukan tebatan banjir tidak setimpal dengan statistik ini. Daripada RM3.23 Bilion Belanjawan, RM1.86 Bilion iaitu lebih kurang 7.6% adalah Belanjawan Mengurus.

Persoalannya, mengapakah perbelanjaan operasi lebih besar daripada perbelanjaan pembangunan? Negeri maju sepatutnya berbelanja untuk pertumbuhan bukan sekadar mengurus kos operasi yang semakin membengkak setiap tahun. Klang ada lebih 1 Juta penduduk tetapi dari segi penyelenggaraannya yang amatlah tidak memuaskan. Longkang yang sudah puluhan tahun tidak pernah dinaik taraf termasuk di Kampung Lombong, Bukit Naga, Bandar Putra 1, Jalan Kebun, Taman Sri Andalas. Aduan rakyat terhadap penyelenggaraan PBT semakin meningkat. Penyelenggaraan JPS yang sangat minimum. JPS hanya melakukan kerja pembersihan dan bukan pendalaman atau menaik taraf seluruh sistem perparitan. Walaubagaimanapun, perkembangan terkini oleh pihak JPS membuat saya agak bangga mempunyai peningkatan yang lebih baik. Jika Belanja Mengurus

meningkat beratur-ratus juta, kenapa Klang khususnya di DUN Sungai Kandis masih menjadi daerah paling banyak aduan longkang tersumbat, jalan rosak, jalan berlubang, lampu jalan tidak berfungsi, banjir kilat dan juga tiang-tiang elektrik , telekom, operator-operator internet menyenget, menyondong untuk tumbang ke jalan. Adakah perlu menunggu kemalangan baru hendak diperbetulkan? Saya pun saya telah pun bangkitkan soal ini pada persidangan yang lepas. Saya harap kali ini Telekom dan juga operator-operator internet untuk mengambil tindakan tegas segera.

Persoalan saya, mengapakah bajet mengurus naik tapi mutu penyelenggaraan di Klang tidak memuaskan. Bajet besar tapi perkhidmatan menurun, ini bercanggah adakah diadakan audit terhadap kontraktor-kontraktor. Kita tidak mahu menyalahkan pihak-pihak Kerajaan sahaja, kita perlu melihat juga kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik. Saya bukan menolak pembangunan, rakyat Sungai Kandis tidak menolak pembangunan tapi kami rakyat Klang, khususnya di DUN Sungai Kandis tidak boleh terus menjadi mangsa ketidakseimbangan pembangunan negeri. Belanjawan mesti menyelesaikan isu rakyat hari ini bukan hanya dengan melancarkan projek mega yang belum tentu siap dalam masa terdekat.

Tuan Speaker, menurut DOS 2025, Klang berada di dalam tangga ketiga teratas kos sara hidup paling tinggi di Selangor. Kos asas rakyat Klang, sewa rumah paling minimum RM1,200.00 sehingga ke RM1,800.00. Sewa bilik sahaja RM450 ke RM700 sebulan. Bahan mentah basah naik 15% hingga 50%, pengangkutan awam juga terhad di kawasan Sungai Kandis kerana tidak ada sistem LRT, tidak faham kenapa kami ditinggalkan. Realiti rakyat 2026 adalah harga barang naik, kos sewa naik, kos pendidikan naik, pendapatan septik naik, kahwin pun naik, mas kahwinnya. Banyak bajet di salurkan kepada program mega tetapi bantuan langsung rakyat tidak kuat. Tiada program signifikan menangani kos makanan, yuran taska, kos penjagaan warga emas dan juga OKU serta umpamanya. Apakah pelan Kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup luar bandar dan B40 serta M40 bandar, projek mega bertambah sama projek asas di daerah Klang tidak selesai. Kerajaan umumkan Aero Park, Dana Semikonduktor, Automatif Valley, Hub Vail, IC Design Park dan lain-lain. Tetapi projek asas rakyat Klang khususnya penduduk kami di DUN Sungai Kandis yang ditunggu-tunggu ialah tebatan banjir di Jalan Kebun. Naik taraf saliran Kampung Lombong dan Johan Setia, sistem saliran yang lebih baik di Segambut, Bukit Naga, Andalas dan Bandar Puteri. Jalan kampung yang dinaik taraf di 7 kampung tradisi di DUN Sungai Kandis, rumah mampu milik penyelesaian projek perumahan yang terbengkalai terlalu lama. Projek perumahan Taman Andalas 5 di Jalan Universiti antara projek perumahan yang terbengkalai lebih 20 tahun, namun masih belum selesai.

Kerajaan tekankan pembangunan ekonomi dan mega namun, kawasan luar bandar termasuk DUN Sungai Kandis masih ketinggalan dari segi kemudahan asas, internet, peluang pekerjaan dan pengangkutan awam. Bagaimana Belanjawan ini betul-betul memastikan

semua daerah dapat manfaat yang sama, apakah KPI untuk pastikan jurang bandar dan luar bandar ini tidak melebar.

Yang Berhormat Speaker, Belanjawan ini cantik di atas kertas tetapi kehidupan rakyat tidak berubah. Projek mega yang tak selesai mungkin boleh dipertimbangkan kembali. Kerajaan boleh lancar Aero Park, Automatif Valley, IC Design Park, semua itu bunyinya sangat hebat tetapi rakyat Sungai Kandis tidak minta Aero Angkasa, mereka tidak tinggal dalam Aero Park, mereka tinggal di dalam kawasan banjir bila hujan 30 minit, itu yang kami mohon, mereka tidak perlukan teori ekonomi, mereka perlukan saliran yang berfungsi dan pengurangan kos sara hidup, kami di sana semuanya B40. Kerajaan cakap Selangor juara, buktikan Selangor juara dengan memberi perhatian yang sedikit lebih kepada N49 DUN Sungai Kandis, itu saya mohon saya daripada Sungai Kandis terima kasih, Assalamualaikum.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam.

Air mengalir ke tepi Kandis, Anak kecil bermain tak pernah habis, Terima kasih saya buat Sungai Kandis, Pujian yang diberi memberi semangat tidak akan tipis.

Silakan Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2026. Izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri atas pembentangan sebuah Belanjawan yang komprehensif menyeluruh dan berpandangan jauh.

Belanjawan ini jelas menunjukkan kesungguhan Kerajaan untuk terus memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai negeri termaju negara sambil memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Tuan Speaker saya mulakan dengan isu pembangunan industri di Selangor Utara khususnya di Serendah Bukit Beruntung yang berhampiran dengan Rawang. Ya, hari ini menjadi antara enjin pertumbuhan paling rancak di Negeri Selangor dalam 3 hingga 5 tahun ke belakang ini kita dapat lihat bagaimana Selangor Utara berubah wajah dengan begitu cepat. Dari sebuah kawasan dahulunya hanya dikenali dengan rumah kos sederhana atau pun rendah dan tanah pertanian. Kini ia berkembang sebagai salah satu lokasi strategik untuk industri automasi, logistik moden dan pembuatan teknologi tinggi. Pemaju pelabur dan pihak industri yang memilih Selangor Utara sebagai lokasi mereka sebab mereka lihat potensinya kawasan ini kedudukan yang strategik akses terus kepada lebuh raya, tenaga kerja yang ramai dan pelbagai industri sokongan yang wujud di sekelilingnya. Tetapi Tuan Speaker, dalam

keterujaan kita menarik pelaburan dan merancakkan ekonomi, terdapat satu masalah besar yang sering berulang iaitu sumber transaksi bagi ramai pelabur, pemaju dan juga pemain industri. Masalah itu ialah kelulusan utiliti yang mengambil masa yang terlalu lama, walaupun bangunan kilang, gudang dan pusat automasi boleh siap dalam tempoh dengan teknologi yang canggih kurang daripada 1 tahun operasi, tidak dapat dimulakan kerana utiliti asas seperti kelulusan dan sambungan elektrik, air, sistem kumbahan memakan masa mungkin lebih daripada 2 tahun atau pun lebih.

Saya ingin tekankan bahawa isu ini bukan isu yang kecil dan bukan isu terpencil, ini isu yang menjejaskan keyakinan pelaburan. Dalam dunia perindustrian masa adalah wang, pelabur tidak menunggu. Jika mereka merasakan proses di sebuah lokasi terlalu lambat, mereka akan berpindah dan mencari tempat yang lain. Negeri lain di Malaysia sedang giat bersaing untuk menarik pelabur. Negara jiran juga sedang agresif menawar intensif. Jika Selangor tidak bertindak cepat, kita akan kehilangan banyak peluang. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat segera menyelaraskan pendekatan baru. Kita perlu ada satu mekanisme yang berhubung PBT, Air Selangor, Tenaga Nasional, Indah Water dalam suatu rangka kelulusan yang jelas, cepat dan juga teratur. Kita tidak boleh lagi membiarkan utiliti menjadi bottle neck yang melambatkan pembangunan industri. Rawang, Serendah dan kawasan sekitarnya Selangor sedang bergerak laju di hadapan, kita perlukan Kerajaan yang mampu bergerak bersama laju dengan industri.

Tuan Speaker, isu yang kedua saya ingin membangkitkan adalah berkaitan dengan izinnya public participants dalam proses merangka Belanjawan Negeri. Saya menyambut baik Belanjawan Selangor 2026 kerana ia komprehensif dan mengambil kira banyak aspek pendidikan,infrastruktur, ekonomi, belia dan juga kebajikan. Namun masa yang sama saya melihat suatu ruang yang besar untuk kita memperbaikinya ialah proses penyediaan Belanjawan itu sendiri. Rakyat hari ini bukan lagi seperti 2 dekad yang lalu. Mereka semakin celik dasar, semakin mengikut perkembangan Kerajaan dan semakin berani menyuarakan pandangan. Golongan profesional, NGO, komuniti tempatan dan juga ahli akademik semua ingin terlibat dalam proses membuat keputusan. Mereka boleh menjadi sebahagian daripada proses pembentukan Belanjawan ini. Di peringkat Persekutuan setiap pertengahan tahun Kementerian Kewangan akan mengadakan siri Public Hearing dan Sesi Libat Urus Belanjawan manakala PBT pula Public Participants ini telah menjadi satu rutin tahunan dalam proses menyedia bajet mereka. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan satu sesi libat urus Belanjawan Negeri secara rasmi dan dijalankan setiap tahun. Pendekatan ini boleh disusun dengan mengikut sektor pelaburan, perumahan, pendidikan, kesihatan, komuniti, belia atau pun digitalization supaya input ini diterima lebih tepat dan juga lebih berkualiti.

Selain itu, Kerajaan Negeri boleh juga wujudkan platform digital sebagai ruang terbuka kepada rakyat untuk memberi pandangan mereka dengan mudah dan juga telus. Public

participants ini bukan sekadar simbol atau pun hiasan demokrasi, ia menjadikan Belanjawan lebih matang, lebih realistik dan lebih dekat dengan realiti hidup rakyat. Selangor sering dipandang sebagai negeri yang mendengar suara rakyat, justerunya proses penyediaan Belanjawan Negeri wajar juga mencerminkan semangat ini.

Tuan Speaker isu yang ketiga yang ingin saya bangkitkan adalah isu dengan gangguan bekalan air, kerosakan paip air oleh pemaju. Saya ingin tekankan bahawa walaupun isu ini dilihat asas kesannya terhadap rakyat adalah sangat besar. Kita tidak ada apa yang lebih memenatkan bagi keluarga Selangor selain bangun pada waktu pagi, mandi atau pun bersiap untuk bekerja atau hantar anak ke sekolah tetapi mendapati bahawa air di rumah tidak mengalir. Dalam banyak kes di Rawang dan sekitarnya saya sendiri turun padang melihat keadaannya penduduk yang terjejas. Ada warga emas yang terpaksa mengangkat air, ada kedai makanan yang perlu menghadapi kerugian kerana terpaksa tutup kilang yang terpaksa henti operasi menyebabkan puluhan pekerja kehilangan pendapatan harian. Semua ini berlaku disebabkan paip pecah akibat kerja tanah yang cuai oleh pemaju, kontraktor atau pun sub kontraktor. Apa yang lebih menyedihkan adalah perkara yang sama berulang. Pemaju yang sama, kawasan yang sama dan kesalahan yang sama. Saya percaya sudah tiba masanya untuk memperkenalkan peraturan yang lebih tegas, kita tidak boleh hanya bergantung dengan kompaun yang kecil dan tidak memberi kesan kepada pemaju yang besar dan juga kaya. Selangor mesti memperkenalkan denda yang lebih berat, prosedur teknikal yang lebih ketat dan tindakan tegas terhadap pemaju yang mengulangi kesalahan. Saya berharap Kerajaan dapat memberi perhatian serius terhadap isu ini dan memperkenalkan satu rangka kawal selia yang memperkukuhkan akauntabiliti pemaju.

Tuan Speaker, selain 3 isu ini saya juga ingin membawa satu isu tambahan yang kritikal iaitu isu yang dalam konteks hala tuju ekonomi Selangor 2026 dan seterusnya. Hari ini kita bercakap tentang industri bernilai tinggi, automasi, kecerdasan buatan, data centre green manufacturing dan yang baru lagi chip design centre yang kedua bakal dibangunkan di Selangor yang itu satu pencapaian yang besar. Itu menunjukkan keyakinan industri teknologi kepada Selangor. Tetapi persoalan yang besarnya yang perlu kita jawab adalah, adakah Selangor mempunyai talent dan tenaga kerja yang mencukupi untuk mengisi industri bernilai tinggi ini? Saya percaya majoriti syarikat yang ingin melabur di Selangor tidak hanya melihat insentif kewangan atau pun infrastruktur, mereka melihat tenaga kerja juga. Mereka melihat sama ada Selangor mempunyai kepakaran kejuruteraan, pereka chips, pakar formasi, juruteknik kemahiran tinggi dan tenaga kerja yang berkualiti. Gaji dalam industri memang tinggi dan keempat, tawaran bermula daripada gaji RM6 ribu sehingga RM10 ribu untuk fresh graduate. Tapi persoalannya, adakah kita ada mempunyai fresh graduate yang memenuhi keperluan ini? Saya melihat realitinya sebegini, Selangor mempunyai banyak kolej, universiti swasta, institut tvet tetapi persoalan yang lebih besar ialah adakah program yang mereka tawarkan adalah benar-benar selari dengan permintaan pasaran. Adakah pelajar kita masih memilih kursus yang relevan dengan industri tinggi nilainya. Adakah industri kita

menyesuaikan kokurikulum dalam keperluan industri semasa. Jika Selangor mahu jadi satu pusat industri bernilai tinggi, kita mesti tanya diri kita soalannya yang paling asas apakah kita sudah membina pipeline bakat yang mencukupi? Kerajaan memerlukan mengambil peranan dalam dengan lebih proaktif dalam ekosistem pembangunan bakat ini. Kita boleh bekerjasama dengan Uni Kolej, institut untuk menambah baik kokurikulum menyediakan program latihan menjalankan apprenticeship serta membuka peluang kepada syarikat industri untuk memberi input sebelum khusus di tawarkan. Saya ingin melihat Selangor mempunyai program khas untuk chip design data engineering automation mindustry, cybersecurity dan green technology. Saya ingin melihat Selangor menjadi Negeri pertama yang menyatukan Kerajaan Negeri universiti industri dalam satu kerangka pembangunan bakat yang tersusun.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan projek waste to energy yang dicadangkan di Batu Arang. Pada hari Isnin yang lalu saya sendiri yang menerima dengan Kuang menerima memorandum daripada wakil yang hadir di hadapan Bangunan SUK untuk menyuarakan kebimbangan mereka dalam projek ini. Saya menghargai hasrat Kerajaan untuk memperkukuhkan pengurusan sistem pepejal namun saya berpandangan lokasi cadangan ini perlu diteliti dengan lebih berhati-hati berdasarkan maklumat yang saya dapat tapak cadangan sangat dekat dengan kawasan kediaman dalam lingkungan sekitar 1 kilometer daripada beberapa perumahan berhampiran. Kedudukan sebegini menimbul persoalan sama ia mungkin adalah antara Projek WTE yang paling hampir dengan kawasan kediaman di Selangor. Selain itu di lama rasmi Jabatan Alam Sekitar laporan bagi projek ini menunjukkan status tidak diluluskan dengan mengambil kira status tersebut saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri meneruskan sebarang rayuan berhubung dengan keputusan EIA ini jika Projek WTE mahu diteruskan saya mencadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan tapak lain yang lebih sesuai contohnya kawasan yang berhampiran landfill ataupun zon industri berat bukan lokasi kawasan berhampiran kediaman atau sekolah. pendekatan ini lebih selamat lebih munasabah dan dapat mengelakkan risiko sosial dan politik yang tidak perlu. Saya yakin Kerajaan Negeri mampu melaksanakan projek pengurusan sisa moden dan berteknologi tinggi namun pemilihan tapaknya mesti benar-benar menepati prinsip keselamatan perancangan bandar dan penerimaan masyarakat. Tuan Speaker akhir sekali sebagai ADN Rawang saya ingin menyatakan keyakinan saya bahawa Belanjawan Selangor 2026 ini berada pada landasan yang betul namun kejayaan nya Belanjawan ini bergantung dengan pelaksanaannya. Dengan penuh harapan saya menyokong Belanjawan ini sambil menyeru penambah baikkan yang saya bangkitkan hari ini diberi perhatian sewajarnya demi kemajuan Selangor dan kesejahteraan rakyat. Sekian terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Yang Berhormat Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Ahli-ahli Yang dihormati sekalian. Sungai

Panjang mulakan perbahasan pada petang ini dengan firman Allah Jalla Jalalah (Bahasa Arab).

“Allah Jalla Jalalah menyuruh kamu sekalian supaya menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah menghukum dengan adil sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi pengajaran kepada kamu semua”.

Surah An Nisa surah keempat ayat 58 juzuk ke 5 halaman 87. Padi menguning di Pendang luas, hasil dituai penuh berkat, Kerajaan adil berpaksikan asas syariat Islam pandu umat. Alhamdulillah Sungai Panjang mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas pembentangan Belanjawan ini dan sebagai wakil pembangkang yang hadir bukan hanya semata-mata untuk menentang tetapi juga untuk menegur, menasihati, menambah baik dengan niat membina demi kesejahteraan rakyat di Sungai Panjang khususnya dan umumnya di Negeri Selangor.

Yang Berhormat Speaker Belanjawan yang dibentangkan ini perlu dilihat bukan sekadar angka dan peruntukan tetapi sebagai cerminan tanggungjawab moral dan spiritual pemimpin terhadap rakyat. Ketika rakyat menanggung tekanan ekonomi rakyat menanggung tekanan yang pelbagai keutamaan Belanjawan mestilah berpihak kepada mereka yang memerlukan petani, nelayan, peniaga kecil, penduduk asal ataupun orang asli dan penduduk-penduduk kampung yang memelihara tanah serta golongan-golongan muda yang sedang berjuang membina kehidupan mereka. Maka Belanjawan Negeri ini hendaklah berpaksikan neraca keadilan bukan kepentingan politik sempit dan juga politik dendam. Gunung tinggi puncaknya samar, air mengalir jernih di laman, rakyat sejahtera hidupnya makmur, bila pemimpin adil beriman. Sungai Panjang ingin mengetengahkan beberapa perkara dalam Belanjawan 2026. Yang pertama sektor pertanian dan nelayan bagi Sungai Panjang Belanjawan 2026 ini hampir tiada peruntukan atau inisiatif khusus yang jelas untuk sektor pertanian dan nelayan tidak disebut secara langsung sebarang program, peruntukan atau inisiatif baru yang khusus untuk memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor banyak lebih tertumpu pada teras kecerdasan buatan infrastruktur dan takbir urus tanpa mengintegrasikan teknologi pertanian moden, agritech ini salah satu yang perlu kita lihat perlu perbaiki. Pertanian juga tidak diangkat sebagai pemacu ekonomi, kita tahu Selangor mencatat sumbangan KDNK yang tertinggi sektor pertanian tidak disebut secara khusus sebagai salah satu penyumbang atau bidang yang berpotensi untuk dikembangkan. Ini memperlihatkannya bahawa kurangnya penekanan strategik terhadap potensi sektor ini dalam menjana ekonomi Negeri terutamanya dalam konteks keterjaminan makanan. Begitu juga tidak selari dengan prinsip kesejahteraan yang menyeluruh apa yang disebut-sebut sebagai prinsip keadilan dan kesaksamaan untuk memastikan tidak ada rakyat tercicir namun nasib nelayan, nasib pesawah, nasib pekebun ke cil dan komuniti luar bandar yang terlibat dalam pertanian dan nelayan tidak disentuh secara khusus golongan ini juga merupakan sebahagian daripada golongan rentan yang sepatutnya

diberi perhatian apa yang ada sangat terhad. Sungai panjang cuba melihat sisi lain yang ada kaitan dengan pertanian dan nelayan antaranya keterjaminan makanan dalam teras pertama sumber hasil Negeri peluang ekonomi rakyat Sabak Bernam Development Area (SABDA) begitu juga Program ISEED bantuan kepada usahawan India untuk makluman daerah Sabak Bernam muncul sebagai Pusat Pengeluaran Padi utama di negeri Selangor dengan keluasan bertanam mencapai 24,098.04 hektar menurut Laporan Interim Banci Pertanian 2024 padi juga menjadi tanaman utama di kawasan ini dengan nilai jualan mencecah RM22.10 juta. Maknanya menyumbang lebih 60% daripada keseluruhan nilai padi di Selangor sawah yang aktif di Sungai Leman, Sungai Nipah, Sungai Haji Dorani, Sungai Panjang, Sungai Besar dan sungai-sungai yang ada di Sungai Panjang.

Daerah Sabak Bernam terus mengukuhkan kedudukan sebagai pusat utama pertanian di Selangor apabila mencatatkan bilangan pemegang pertanian tertinggi 9.296 pemegang 9,197 adalah individu dan 99 yang diuruskan oleh pertubuhan yang mana keluasan kawasan bertanam sebanyak 44,000 hektar dan kawasan bertuai 443,286,051 hektar yang tertinggi di Negeri Selangor. Nilai ini jualan keseluruhan sektor pertanian pencapaian yang memberangsangkan yang direkodkan pada tahun lalu sebanyak RM1.64 bilion. Kenapa tidak dilihat pertanian luar bandar sebagai satu bentuk yang boleh memacu ekonomi kita dan kebanyakannya mereka yang berumur 46 ke atas iaitu 77.3% yang mengusahakan ini dan 44.5% iaitu 60 tahun yang mengusahakan tanaman ini. Sub Sektor penternakan pula seperti penternak ayam, itik, lembu dan kambing 2,198 pegangan dengan nilai jualan mencecah RM3.16 bilion begitu juga sub sektor perikanan nilai jualan mencecah RM1.39 bilion. Apa yang kita lihat dalam Belanjawan ini dilihat di situ peruntukan hampir sifar kalau digabungkan tadi RM13.5 juta tambah RM5 juta lebih kurang RM18.5 juta sahaja iaitu 0.6% daripada peruntukan ataupun Belanjawan RM3.23 bilion lebih rendah daripada bajet Karnival Kerjaya Jobcare ataupun Program Gallery Hopping Selangor. Jadi Selangor kita tahu masih mengimport 90% beras dan Selangor juga masih mengimport 95% ikan laut Belanjawan tidak menunjukkan usaha yang serius ke arah keterjaminan makanan di Negeri Selangor. Begitu juga kawasan sawah padi di barat laut Selangor semakin terhakis akibat pembangunan tiada dana perlindungan tanah pertanian kekal ada tanah berhektar-hektar di buat lapangan terbang, ada tanah berhektar-hektar di buat vila yang dicuri air pula dan kita lihat di sini tanah semakin hari semakin hari dijadikan tempat untuk manusia mencari keuntungan bukan untuk berbakti. Begitu juga nelayan barat, nelayan Bagan Sungai Besar, Jeram, Kuala Selangor, Morib Tanjung Sepat tidak disebut secara langsung padahal mereka ini nelayan miskin tegar. Sungai Panjang mencadangkan dalam teras yang pertama ini sektor pertanian dan juga sektor ini iaitu wujudkan tabung pertanian dan juga nelayan adakan moratorium penukaran tanah sawah kepada pembangunan dan perkara yang kedua iaitu tekad keenam kelestarian alam sekitar dan kebitaraan infrastruktur. Belanjawan 2026 Selangor dalam sektor kelestarian alam sekitar, hutan simpan dan tanah rizab. Peruntukan utama dalam kelestarian alam ini hutan simpan dan tanah rizab ini boleh kita lihat dalam beberapa perkara. Inisiatif kitar semula, pelan tindakan, biodiversiti Selangor, program Karbon Selangor, pembangunan

Geo Park Gombak, Hulu Langat, program pemerkasaan komuniti, pengambilan balik tanah, projek tebatan banjir, saliran mesra alam, pembangunan lembangan sungai. Beberapa perkara yang Sungai Panjang ingin sebutkan dalam kesingkatan masa yang ada.

Pertama, berkenaan dengan naikkan bajet program program karbon dan biodiversiti. Kenapa? Kerana bajet yang ada ini sangat kurang dan tidak cukup untuk program Karbon Selangor dan wujudkan rate skim yakni bayaran karbon sukarela kepada orang asli dan penduduk kampung yang memelihara hutan. Banyak di Sungai Panjang contoh-contoh tanah hutan, hutan simpan, sungai karang, tanah hutan, cangkat, Menteri yang dirasmikan oleh YAB pada tahun 2021 sebelum pilihanraya. Ni tak tau nak pilihanraya rasmi tanah mana pula. Sehingga kini tidak memberikan apa-apa kesan kepada penduduk di sana dan peruntukan khusus kepada pemulihan hutan simpan kekal di Negeri Selangor ada 9 hutan simpan kekal. Maka perlu ada peruntukan khusus kerana hutan-hutan simpan yang ada kalau lihat di sini ada hutan simpan yang telah diambil alih, ditukar dan ada hutan simpan yang dipajakkan kepada koperasi, mengambil usaha-usaha yang dilakukan oleh penduduk. Dan seterusnya Sungai Panjang sebelum akhirnya, kenapa tidak merah? Kuning je. Hah? Belum merah.

Timbalan Speaker

Lagi satu minit.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ingat, ingat dah habis. Dan seterusnya Sungai Panjang ingin membangkitkan sedikit masa …

Sungai Panjang, kalau ada masa bagi saya mencelah sikit. Boleh?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Belum lagi.

Tadi kata kuning lagi.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Itulah, kuning lagi.

Belum merah lagi.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ha, silalah celah.

Terima kasih Sungai Panjang, sahabat saya. Terima kasih banyak. Sungai Panjang, saya tengok bila Sungai Panjang concern pasal pertanian di kawasan luar bandar, saya ingat nanti mungkin Yang Berhormat EXCO boleh jelaskan jugak, sebab saya pun tertanya jugak di bawah Sabak Bernam Development Area kita ada RM5 juta peruntukan kita selain daripada pembangunan

infra, saya percaya kita jugak harus beri tumpuan kepada Pembangunan pertanian. Mungkin Sungai Panjang boleh senaraikan keperluannya kepada pihak Kerajaan dan saya rasa kita boleh sama-sama fikirkan benda yang terbaik untuk warga Sabak Bernam dan juga Tanjung Karang, termasuk jugak dengan Permatang. Benda ni pada saya sangat positif cuma perincian pada peruntukan itu sajalah yang perlu pada penerangan yang lebih lanjut daripada YB EXCO. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih Batu Tiga. Mohon masukkan dalam ucapan Sungai Panjang.

Ahli Dewan yang dihormati, yang seterusnya Sungai Panjang ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato’ Menteri Besar walaupun pengumuman itu agak kecil iaitu RM1 juta untuk litar lumba rakyat Selangor dan itu sebenarnya permohonan untuk drag motor laju dan Sungai Panjang berharap supaya Kerajaan Negeri dapat meletakkan sukan pemotoran ini bukan dalam kategori sukan berekreasi. Angkat sikitlah, sukan rekreasi ni macam sukan-sukan hobi sahaja. Jadi angkat bagi mereka ini di, kita kata diterima dalam masyarakat. Baik, habis dah. Habis, Sungai Panjang tutup dengan pantun:

Angin sepoi menyapa taman, Harum mewangi bunga kasturi, Islam dijunjung amanah ditunaikan, Moga sejahtera negeri berseri.

Pantun kedua, pantun banjar.

Tulak aroh bahaul nawab, Dahaga merinaan awan desanak, Amon pemimpin bertanggungjawab, Berataan selamat di akhirat kinak.

Marilah kita sama-sama menjadikan Belanjawan Negeri Selangor sebagai wadah menegakkan keadilan menzahirkan rahmah dan menjadikan Islam sebagai teras penyelesaian kepada segala cabaran negeri dan juga rakyat. Selangor deserve better. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Yang Berhormat Bukit Lanjan, nak balas pantun tak? Terus dengan ucapan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker, takde pantun. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, kakitangan Kerajaan serta hadirin sekalian. Salam Sejahtera dan salam KitaSelangor. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

kesyukuran dan jutaan terima kasih kerana diberi kesempatan dan mandat untuk berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini. Belanjawan yang menjulang tema: “Selangor Juara Rakyat Sejahtera” ini bukan sekadar angka tetapi ia adalah satu naskah iltizam yang kukuh untuk membawa Negeri ini melonjak ke era baharu.

Tuan Speaker, Dewan yang mulia ini wajib mengambil perhatian serius terhadap satu hakikat demografi yang bakal kita hadapi iaitu menjelang tahun 2030, negara kita akan mencapai satu status negara menua - ageing country, dengan izin dan Selangor diunjurkan menjadi penyumbang utama. Isu ini adalah kritikal. Syabas dan tidak terhingga saya ucapkan kepada kepimpinan negeri kerana hasil komitmen kita ni, Selangor kini mencatatkan kadar jangka hayat yang tertinggi di Malaysia, iaitu purata 78 tahun. Ini adalah bukti bahawa dasar yang kita ubah selama ini telah berjaya dalam memanjangkan usia rakyat kita. Kini cabaran kita ni adalah untuk memastikan usia yang panjang ini diisi dengan kualiti dan martabat. Dalam Belanjawan 2026, telah mempamerkan berbagai iltizam yang kukuh untuk kesejahteraan warga emas, melangkaui sekadar bantuan seperti ISS, bantuan Sihat Selangor, bantuan BSS, program Selangor Saring, Selangor Kanser, Skim Rawatan Jantung dan juga sebagai tanda penghargaan kepada warga emas di Selangor. Kita ada juga Skim Mesra Usia Emas. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri. Tuan Speaker, meskipun usaha sedia ada wajar dipuji tapi kita harus bergerak lebih jauh dengan inovasi sosial mengambil inspirasi dari jiran serantau kita. Saya ambil satu contohlah daripada negara Singapura, mereka telah melaksanakan strategi penuaan aktif – iaitu active ageing dengan izin, yang berjaya dan Selangor boleh mengadaptasi elemen-elemen ini untuk menjadi negeri kita ni sebagai sebuah negeri yang paling mesra warga emas di rantau ini. Justeru, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan yang konstraktif untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.

Penubuhan Skim Padanan Kerjaya Senior Selangor dengan pemberian insentif kepada Syarikat tempatan untuk merekabentuk semula tugas ataupun job redesign yang lebih fleksibel separuh masa ataupun memerlukan kepakaran mentor yang sesuai untuk warga emas yang masih ingin bekerja. Ini bukan sahaja boleh memberi pendapatan kepada warga emas, tetapi juga boleh memanfaatkan pengalaman berharga mereka untuk meningkatkan produktiviti ekonomi negeri;

Wujudkan zon mesra usia ataupun lebih dikenali sebagai age friendly zone dan komuniti sokongan, komuniti care, dengan izin. Singapura menggalakkan integrasi sosial melalui pusat-pusat penjagaan komuniti yang bersepadu. Di Malaysia kita ada PAVE yang sedia ada sepatutnya dan seharusnya dilengkapi dengan fasiliti Kesihatan dan penganjuran berbagai jenis program komunikasi dengan ambil konsep one stop community hub yang boleh memudahkan warga emas mendapatkan perkhidmatan kesihatan sosial dan rekreasi di satu Lokasi yang sama sekaligus untuk meningkatkan interaksi, sosial dan memerangi kesunyian mereka. Selain itu Kerajaan Negeri juga perlu sentiasa memastikan

pembangunan infrastruktur setempat adalah berunsur mesra usia di setiap PBT khususnya di kawasan tumpuan warga emas seperti pasar awam, pusat komuniti dan taman rekreasi. Ini termasuk penambahbaikan segera seperti pembinaan rantaian yang selamat, tandas awam yang sesuai dan sebagainya.

Tuan Speaker, Selangor Agenda For Green Economy (SAGE) merupakan terjemahan secara langsung keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap ekonomi hijau, pelan tindakan biodiversiti Selangor, program Karbon Selangor, program Selangor Seratus, program Pemerkasaan Komuniti dan Belia Setempat juga saya sambut baik. Usaha semua ini memerlukan sokongan daripada semua pihak sama ada dari peringkat akar umbi iaitu rakyat dan industri serta peringkat Kerajaan. Saya menyambut baik juga dengan inisiatif Kerajaan Negeri yang sediakan rebat cukai taksiran mesra alam sekitar yang diberikan kepada rakyat dengan mereka mengambil inisiatif untuk pemasangan panel solar, system penuaian air hujan, unit pengecasan kenderaan elektrik serta sisa pengkomposan sisa makanan. Memandangkan Kerajaan Negeri telah memulakan langkah pertama bagi menyokong usaha mesra alam sekitar, hari ini saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk menyeru semua warga Selangor supaya bermulalah hari ini, marilah kita menyahut seruan agar cintailah bumi yang kita diami selama ini. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga Selangor memandangkan kempen bebas beg plastik yang telah dimulakan sejak tahun 2010 yang lalu adalah amat berkesan dan sekarang hampir semua warga Selangor akan membawa recycle bag sendiri semasa membeli-belah secara automatik, tak payah pesan, mereka akan bawa sendiri walaupun pergi pasar ke, pergi 99 Speedmart ke, pergi mana-mana selagi mereka pergi beli-belah mesti mereka bawa beg plastik. Wahai orang Selangor yang dikasihi sekalian, marilah kita teruskan usaha dan semangat kempen beg plastik ini untuk teruskan kepada peringkat yang seterusnya supaya kita dapat sama-sama memelihara alam sekitar yang kita cintai ini.

Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan ini, bekenaan zon selamat ataupun buffer zone antara kawasan hutan dan kawasan perumahan. Saya ambil satu contoh yang FRIM baru-baru ini telah disenaraikan secara rasmi sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada Julai tahun ini. Namun, di sebalik pengiktirafan antarabangsa ini, kita sering terlupa bahawa kelestarian alam sekitar dan pemeliharaannya, juga perlu dititikberatkan. Perlindungan kepada alam sekitar kita sering dipandang ringan terutama apabila ia melibatkan sempadan hutan dan Pembangunan infrastruktur. FRIM tak ada di bawah kawasan DUN Bukit Lanjan dan berjiran dengan banyak kawasan perumahan jugak seperti Taman Bidara, Kampung Kepong Ulu, Taman Ehsan, Desa Amanpuri dan sebagainya dan penduduk yang menetap di sini walaupun mereka mempunyai dan memiliki udara yang begitu segar dengan hutan yang begitu cantik tapi masalah tu lokasi bangunan mereka adalah terletak tidak kurang daripada 50 meter daripada sempadan hutan yang berjiran dengan mereka dan mereka ni menghadapi risiko yang amat tinggi khususnya untuk

kejadian tanah runtuh atau pun pokok tumbang. Oleh itu saya mohon Kerajaan Negeri supaya dapat mengambil langkah yang lebih efektif untuk mengambil serius terhadap pengwujudan zon selamat dengan jarak tertentu supaya di mana-mana kawasan yang bersempadan dengan hutan dan kawasan berbukit. Sebarang pembangunan dan perancangan infrastruktur ini perlu melalui proses saringan yang ketat daripada PBT. Zon selamat ini harus juga dijadikan sebagai satu syarat wajib kepada semua pihak pemaju supaya keselamatan penduduk pada masa datang sentiasa terjamin.

Tuan Speaker, mungkin kita sudah biasa mendengar perkataan Presiden Pertama Di Indonesia Bung Karno. Berikan aku seribu orang tua, nescaya akan aku cabut Semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda, nescaya akan aku goncangkan dunia. Perkataan ini jelas mencerminkan bagaimana peranan generasi muda memainkan pengaruh yang begitu besar kepada masyarakat malahan pada hakikatnya generasi muda ialah pelaburan jangka masa panjang untuk sesebuah Negeri dan juga Negeri maka kita perlu memastikan bahawa generasi seterusnya yang pakar memegang panji kepimpinan ialah generasi yang kreatif dan berilmu dan satu-satunya jalan untuk mencapai perkara ini ialah melalui pendidikan. Kerajaan Negeri Selangor sangat memahami akan hakikat perkara ini, justeru jika dibuat perbandingan Belanjawan 2025 dan Belanjawan 2026 didapati bahawa jumlah peruntukan Belanjawan 2026 dalam aspek pendidikan adalah sebanyak RM136juta dengan penambahan RM55juta.

Tuan Speaker, walaupun bantuan kewangan dan sokongan yang sedia ada patut dipuji namun kita tidak boleh mengabaikan isu infrastruktur pendidikan terutamanya di kawasan perbandaran yang pesat membangun seperti di kawasan saya. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi dan menegaskan semula cadangan yang telah saya bawa dalam sidang yang lepas iaitu keperluan yang amat-amat mendesak untuk membina sebuah Sekolah Rendah Agama yang baharu di Damansara Damai, isu kritikalnya ialah populasi pelajar di sekitar kawasan Damansara Damai ini telah meningkat secara mendadak setiap tahun dan menyebabkan kepadatan dan kesesakan yang serius di sekolah-sekolah yang sedia ada. Anak-anak ini kita di Damansara Damai terpaksa untuk membayar dan belajar di Sekolah KAFA swasta sehingga KAFA yang sedia ada pun penuh. Perkara ini bukan sekadar satu isu tempatan tetapi satu isu keadilan sosial dan kualiti pendidikan bagi anak-anak Selangor kita ini di Damansara Damai, memandangkan Belanjawan tahun 2026 komited untuk memberikan bantuan kepada institusi agama dan moral Kerajaan Negeri perlu menterjemahkan komitmen ini kepada tindakan infrastruktur fizikal di kawasan yang memerlukan peruntukan untuk infrastruktur pendidikan agama mestilah mengambil kira kadar pertumbuhan penduduk di kawasan hotspot seperti kawasan Damansara Damai, justeru saya memohon sangat-sangat agar usul untuk membina sebuah sekolah Rendah Agama Damasara Damai ini dapat disegerakan dan diangkat sebagai priority dalam perancangan infrastruktur pendidikan Kerajaan Negeri.

Tuan speaker, wanita bukan lah kelompok minority tetapi merupakan tunggak majoriti yang memegang peranan kritikal dalam pembentukan keluarga, komuniti dan ekonomi. Justeru saya menyambut komitmen Kerajaan Negeri di bawah Tekad kelima Selangor Negeri Penyayang yang terus memberi perhatian kepada pemerkasaan wanita. Selangor perlu bergerak melangkaui retorik saya mencadangkan Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan dasar kuota kepimpinan wanita 30 peratus di mana semua anak syarikat, badan berkanun, agensi Kerajaan Negeri yang berada di bawah kuasa Negeri, langkah ini dapat memastikan suara wanita di dengari dan kepakaran mereka di manfaatkan dalam membuat keputusan yang strategik dan yang penting. Ini bukan sahaja untuk meningkatkan kesaksamaan gender tetapi juga terbukti meningkatkan prestasi korporat.

Tuan Speaker, Bukit Lanjan menyambut baik bagi pengenalan fee kelestarian penginapan pelancong yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai satu langkah proaktif ke arah pembangunan destinasi yang lebih mampan. Kutipan fee daripada penginapan hotel ini perlu ikut kadar yang munasabah dan tidak melembarkan supaya membolehkan pelaksanaan program kelestarian yang lebih terancang termasuk pemuliharaan kawasan alam sekitar, pembangunan produk pelancongan, siri pelan promosi ke luar Negara dan domestik serta peningkatan kemudahan awam di destinasi pelancongan. Saya mengesyorkan Tourism Selangor harus komited untuk bekerjasama rapat dengan semua pemegang taruh bagi memastikan fee ini benar-benar manfaat kepada industri komuniti dan alam sekitar sambil memperkukuhkan imej Selangor sebagai destinasi pelancongan Bestari terkemuka di Malaysia.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, kita sedia maklum bahawa dunia di luar sana sedang menghadapi satu cabaran yang amat kritikal seperti ketidakstabilan geopolitik tekanan ekonomi global dan krisis iklim. Kita harus berasa bertuah kerana pada di bumi Selangor yang sejahtera dan harmoni maka ini adalah satu amanah yang terbesar bagi kita untuk memastikan keharmonian ini berkekalan hingga ke anak cucu. Negeri Selangor tidak akan mampu memikul mandat ini sekiranya warga emas kita yang membina Negeri ini berasa diri mereka terpinggir, generasi muda kita tidak mendapat kemudahan pendidikan asas kondusif yang seperti yang mendesak di Sekolah Rendah Agama Damansara Damai, kelompok wanita kita ini tidak mendapat akses sepenuhnya kepada ekonomi dan kepimpinan. Alam sekitar ini kita terancam dan oleh pencerobohan dan kegagalan pengurusan lestari. Mari lah kita keluar dari Dewan yang mulia ini dengan satu tekad walaupun dalam belanjawan ada sebanyak 6 Tekad tapi saya minta, jangan kacau

Keluar dari Dewan ini dengan satu tekad iaitu untuk memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan dalam belanjawan ini akan di tercemar daripada tindakan konkrit dan impak sebenar di akar umbi, saya mengakhiri ucapan saya dengan harapan supaya bumi Selangor ini yang tercinta akan terus tumbuh mekar dan terpelihara baunya hingga bila-bila, alam dan

insan berpisah tiada teratur tertib usaha bersama, pemimpin rakyat semua bersatu Selangor juara rakyat sejahtera. Sekian, terima kasih. Tuan Speaker Bukit Lanjan menyokong.

Timbalan Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan, sekarang giliran Yang Berhormat Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker.

Yang Berhormat Tuan Speaker tampan budiman, Budi bicara sentiasa terpuji, Adil memimpin sepanjang Dewan, Permatang mohon masa sekejap lagi.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Air dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh, Rakyat menunggu janji di sulam, Kerajaan berjanji kerja biarlah bersungguh.

Apabila saya melihat Permatang meneliti keseluruhan Belanjawan Selangor 2026 yang dibentangkan baru-baru ini satu pola jelas kelihatan di mana kita lihat belanjawan ini kelihatan seolah-olah terlalu bandar sentrik dengan izin Tuan Speaker. Hampir semua projek mega, projek baru, projek ekonomi, peluang pekerja dan banyak lagi tertumpu hanya di kawasan bandar jadi Pematang bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Panjang sebentar tadi, yang menekankan yang dilihat seolah-olah pertanyaan perikanan dan penternakan seolah-olah dipandang sepi kerana kita kena ingat di Selangor ini bukan sahaja ada Subang Jaya bukan hanya ada Petaling Jaya atau Damansara kita juga ada Tanjong Karang, kita ada Sabak Bernam, kita ada Sungai Besar kita ada Sekinchan juga kat sini, di mana tempat kami kawasan yang setiap tahun menghadapi banjir gelombang ekonomi yang perlahan dan juga peluang pekerjaan yang sangat terhad, kerana kami di luar bandar Tuan Speaker kami hanya lah peluang pekerjaan kami hanya lah banyak tertumpu di kawasan untuk bidang pertanian, perikanan dan juga penternakan.

Tuan Speaker, Jadi pertama sekali saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu perumahan, Tuan Speaker, apa yang kita lihat dan yang kurang kita dedahkan atau pun senang cerita apa yang datang yang mengecewakan kerana saya ingin menyampaikan kepada Dewan ini kerana fakta telah merekodkan sebanyak di Selangor ini sahaja kita ada 166 projek perumahan sakit ataupun bermasalah. Juga hampir 20,000 unit rumah terbengkalai dan juga daripada jumlah 20,000 ini tadi Tuan Speaker, 1,300 rumah adalah rumah Selangorku

melibatkan rumah Selangorku yang sakit. Jadi semalam yang YAB Menteri Besar ada juga menyebut ketika saya bertanya berkenaan Skim Smart Sewa di mana dia menyebut projek sakit di kawasan Permatang, untuk pengetahuan Dewan di Permatang kita ada dua projek sakit iaitu projek Taman Sungai U Indah dan juga Taman Mutiara, projek ini telah sakit lama dan hampir 7 tahun dan saya juga telah bawa ke dalam Dewan ini berkali-kali. Tapi bukan untuk kita bermegah bukan untuk hanya berkata-kata saya di sini hari ini untuk mengumumkan untuk membuktikan yang kami Perikatan Nasional sentiasa bekerja dan tidak hanya mencari sensasi seperti yang diperkatakan kerana Tuan Speaker, Alhamdullillah projek,dua projek yang sakit ini tadi sebanyak 493 unit perumahan telah saya berjaya diselesaikan setelah saya buat satu townhall dan juga projek ini dikatakan projek yang sakit berlapis-lapis seperti kata Dato’ Menteri Besar semalam kita dah buat townhall pada Mei yang lepas Alhamdulillah pada Jun..sorry pada Julai CCC telah dapat dan sehingga projek yang mempunyai 2 projek perumahan yang melibatkan 4 fasa dan fasa terakhir telah berjaya mendapat kunci pada minggu lepas. Jadi saya kat situ saya sangat-sangat ingin berterima kasih kepada semua agensi yang terlibat iaitu agensi yang terutama sekali MPKS, JKR, JPS, Bomba, TNB, IWK, Air Selangor LPHS dan juga KPKT kerana mereka turut sama menghadiri townhall yang diadakan dan turut memberi kerjasama yang sangat baik kepada saya dan juga pemaju dalam menyelesaikan isu ini.

Jadi saya lihat Alhamdulillah betapa gembira saya apabila kita melihat ramai pembeli-pembeli tadi mendapat kunci yang mereka tunggu selama 7 tahun sebelum ini jadi hasil daripada townhall yang kita buat dan juga daripada pengalaman dalam menyelesaikan isu ini saya ingin mengemukakan dua cadangan. Yang pertama ialah cadangan pertama saya ingin mencadangkan agar dasar digubal untuk membolehkan LPHS untuk mengeluarkan surat moratory Negeri kepada pembeli projek sakit, kerana apabila saya bertanya projek sakit ini tadi ramai yang membeli rumah pembeli-pembeli ini terpaksa bayar loan dan pada masa yang sama terpaksa juga membayar rumah sewa jadi apabila saya tanya adakah kita boleh meminta moratory untuk loan kata tiada LPHS tiada kuasa jadi saya harap sangat Dewan yang mulia ini akan kita melihat isu ini, agar boleh kita adakan satu menggubal satu moratory rasmi negeri untuk pembeli projek sakit khususnya untuk projek rumah Selangorku tadi. Jadi, kerana yang keduanya saya juga ingin mencadangkan agar ditubuhkan dana sokongan guaman khusus untuk pembeli projek sakit kerana Tuan Speaker kita lihat sudah lah rumah nya lambat disiapkan apabila siap pembeli juga pula terpaksa keluarkan kos kewangan dan juga masa ke tribunal KPKT atau terpaksa membayar peguam untuk saman LAD kepada pemaju. Jadi saya menggesa agar kerajaan membantu pembeli untuk mengadakan dana sokongan guaman ini untuk membolehkan mereka ini menuntut LAD dan juga kerajaan juga seharusnya mengambil tindakan mungkin boleh saman kepada pemaju culas terutama sekali terlibat dalam projek rumah Selangorku ini. Jadi kalau kita lihat kalau benar kerajaan Negeri benar-benar mahu menjadi Kerajaan rakyat ini lah caranya agar kita membantu bersama-sama rakyat Selangor agar kita tidak lihat takut kepada pemaju lebih daripada membela rakyat.

Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang isu pendidikan, saya menghargai komitmen Kerajaan Negeri yang menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor TKWBNS sejak tahun 1949 yang telah membantu lebih 30,305 orang anak Selangor dengan perbelanjaan 429.8juta bahkan pada tahun 2026 menyaksikan peruntukan ini dinaikkan kepada 15juta. Namun Tuan Speaker, di sini persoalan utama timbul, adakah dana yang besar ini benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, kerana Kerajaan mengumumkan jumlah penerima dan jumlah perbelanjaan tetapi tidak pernah mendedahkan komposisi penerima mengikut kategori pendapatan. sama ada mereka ini B40, M40 atau T20, kerana hal untuk pengetahuan had pendapatan TKWBNS adalah setinggi 20,000 sebulan. Jadi kalau kita lihat ini adalah tidak selari dengan realiti pendapatan rakyat Selangor kerana ia hampir dua kali ganda dan berada dalam kelompok T20 ke atas. Jadi soalan mengapakah Tabung Biasiswa Rakyat yang seharusnya membantu lebih ramai rakyat-rakyat B40 ini dan juga memerlukan dibuka seluas-luasnya kepada semua termasuk yang golongan T20, jadi kerana kalau kita lihat bila anak-anak daripada keluarga T20 ini masuk bertanding dalam kolam yang sama dengan anak-anak B40 dan juga pelajar luar bandar sebagai contoh di kawasan saya persaingannya memang tidak adil kerana dengan akses sekolah yang lebih baik, tuisyen, latihan peperiksaan dan peluang kokurikulum yang jauh lebih luas kita lihat markah mereka semula jadi adalah lebih kompetitif. Jadi apabila dilihat daripada penilaian merit Tuan Speaker memang ramai kebanyakan B40 dan anak luar badar ini tadi hampir hanya yang benar excellent dengan izin yang mendapat pinjaman ini dan kebanyakannya anak daripada luar bandar ini akan ke tepi daripada markah merit ini tadi. Jadi inilah yang saya persoalkan bagaimana tabung yang kita lihat khas untuk golongan yang memerlukan akhirnya lebih mudah di menangi oleh golongan yang berada. Jadi ini menyebabkan tabung yang sepatutnya merapatkan jurang ekonomi di Selangor ini Tuan Speaker akhirnya telah mengukuhkan jurang lebih teruk dengan kalau kita lihat Kerajaan juga umum mahu menambah baik.

Yang Berhormat, bagi sikit Yang Berhormat.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Bagi saya habis dahulu ya point, kejap ya. Kerajaan juga umum mahu menambahbaikkan Pinjaman Boleh Ubah dalam Negara khusus untuk pelajar UNISEL dan UIS saya sangat menyambut niat itu namun begitu saya ingin menggesa agar cadangan saya agar kita tetapkan satu kota minimum iaitu 60% hingga 70% di dalam tabung ini khas untuk B40 dan anak luar bandar dan saya juga memohon agar semua inisiatif-inisiatif pendidikan yang diumumkan diberikan satu kuota khas untuk golongan B40 ini tadi. Jadi kerana kalau supaya kita dapat terus kepada golongan yang betul-betul memerlukan.

Yang Berhormat, tadi saya ada dengar secara teliti berkenaan teguran yang Berhormat tabung Pinjaman boleh Ubah sebab saya terlibat dalam Jawatankuasa tersebut. Sepanjang pemilihan ini dibuat oleh pegawai-pegawai Kerajaan mengikut kriteria bukan hanya semata-mata result tetapi turut juga melihat dari sudut latar belakang pemohon. Jadi apabila Yang Berhormat membawa ke Dewan yang mengatakan seolah-olah golongan yang paling mendapat ataupun tercicir adalah golongan B40 itu saya ingat itu satu yang bahaya sebab apa yang membuat saringan ini ialah pegawai-pegawai Kerajaan yang bukan sahaja melihat result semata-mata tetapi juga melihat latar belakang mereka. Jadi saya mengharapkan mungkin Yang Berhormat boleh tarik balik tuduhan begitu sebab ini seolah-olah kepada pihak mereka pegawai-pegawai Kerajaan ini. Kalau andai kata pinjaman di luar Negara mungkin itu saya setuju sebab kita memang hendak bagi pada mereka yang benar-benar result yang tinggi sebab kita tidak mahu kes-kes yang berlaku sebelum ini tapi andai kata untuk Pinjaman Boleh Ubah dalam Negeri ini saya ingat ini satu tuduhan yang tidak berasaskan kepada mereka yang membuat itu. Kami di pihak Politik atau pihak Kerajaan tidak memilih siapa dan siapa tetapi mereka yang memilih.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Speaker saya hendak minta lebih masa sebab saya sudah bagi waktu untuk penjelasan yang agak panjang daripada Kota Damasara.

Timbalan Speaker

Tiada masa. Tiada masa.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya ingin menjelaskan sekali lagi saya tidak mengatakan yang ini semata-mata anak T20 sahaja yang dapat saya ingin mencadangkan agar diumumkan ataupun memang dibuat polisi khas untuk kuota khas untuk anak-anak B40 ini kerana kalau kita lihat kalau kita tengok secara meritokrasi memang selagi di bawah pendapatan RM20,000.00 dan juga layak memang semua layak Cuma kita mahukan 1 kuota khas untuk diberi terus kepada B40 itu penjelasan kepada Kota Damansara tadi. Tuan Speaker saya teruskan kemudian saya ingin menyentuh satu isu besar yang menjejaskan saya lihat agak mengusik atau menggoyangkan kredibiliti sistem perundangan Islam di Selangor di mana kita lihat berkenaan dengan seksyen 66(a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 yang telah dengan izin, telah di repeat sebelum ini.

Tuan Speaker saya ingin menarik perhatian Dewan kerana sejak 2021 kita Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seksyen 66(a) ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia memberi kuasa semakan kehakiman kepada Mahkamah Syariah. Jadi kita sedia tahu yang Seksyen 66(a) ini sudah pun dirombak dan sudah tiada dalam kita punya Enakmen namun setelah 3 tahun berlalu saya lihat tiada 1 pun pindaan dibawa untuk membetulkan atau pun mereformasi maksud sebenar Seksyen 66(a) ini. Akibat kelalaian ini Tuan Speaker, baru-baru ini Mahkamah persekutuan sekali lagi pada 19 Jun 2025 terpaksa mengulangi di dalam Mahkamah bahawa Seksyen 66(a) adalah tidak sah dan ultra virus. Jadi saya lihat keputusan

ini adalah parah kerana ia memberi kesan langsung kepada kedudukan fatwa kuasa MAIS dan peranan Mahkamah Syariah. Saya di sini Tuan Speaker ingin Permatang ingin menggesa ataupun menuntut agar Kerajaan segera membentangkan Rang Undang-undang Pengganti Seksyen 66(a) ini tadi yang selari dengan Perlembagaan tetapi tetap memelihara ruang semakan hukum syarak dalam mahkamah Syariah. Jadi sekurang-kurangnya ini dapat memastikan bahawa semua perkara yang secara jelas diletakkan di bawah bidang kuasa Negeri menurut Jadual Ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan dipertahankan tanpa penghakisan apa- apa elemen pada kuasa tersebut.

Tuan Speaker, Permatang juga ingin menekankan berkenaan dengan isu pelancongan di kawasan utara Selangor. Sudah berkali-kali saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini dan sekali lagi saya ingin menyentuh berkenaan dengan inap santai di tanah pertanian kerana ini adalah penting dalam pertumbuhan ekonomi pelancongan di utara Selangor termasuk di DUN Sekinchan sekali yang seperti yang kita tahu sekarang ini Yang Berhormat Sekinchan sering melaungkan Suprising Selangor tetapi yang paling suprising hari ini ialah apabila pelancong datang ke utara Selangor datang ke Tanjung karang, Permatang mereka sendiri terkejut mereka menginap di inap desa yang Kerajaan sendiri anggap tidak sah kerana tiada lesen. Jadi saya memohon kepada Dewan agar dipemudahkanlah proses lesen yang kita lihat terlalu rumit kerana mempunyai syarat yang berbeza antara PBT dan juga sangat rumit apabila keperluan kebenaran merancang dan juga pertukaran tanah seolah-olah membina resort ataupun hotel yang mahal kerana Tuan Speaker syarat kalau kita tengok syarat kebenaran merancang dan status tanah adalah paling membebankan bagi pengusaha-pengusaha dan kerana itulah ada juga diperkenalkan permit sementara. Jadi kalau saya memohon sekali lagi agar syarat kebenaran merancang ini dapatlah kita pemudahkan supaya lebih ramai lagi pengusaha-pengusaha di inap santai di kawasan di utara Selangor dapat menjalankan perniagaan dengan tenang dan mempunyai lesen di sana dan juga saya juga ingin merujuk kepada satu artikel yang bertajuk Selangor mula proses pemutihan inap desa, Sabak Bernam jadi perintis dari Media Selangor pada 4 November 2025. Jadi ramai Tuan Speaker yang mengadu apabila pengusaha inap santai apabila melihat pemutihan mereka jadinya sudah susah hendak tidur di rumah masing-masing kerana kita lihat pelaksanaan pemutihan ini seolah-olah ingin menghukum ataupun mendenda pengusaha-pengusaha ini sendiri. Jadi saya pohon agar Kerajaan membantu para pengusaha ini janganlah menjadikan ini satu proses untuk mencari salah mengeluarkan kompaun dan menyaman rakyat di luar bandar kerana Tuan Speaker syaratnya terlalu ketat. Dokumennya terlalu teknikal dan garis panduannya hampir tidak jelas. Jadi saya lihat pengusaha yang selama ini berniaga untuk menampung keluarga tiba-tiba diberi amanat dan diberi tekanan jadi mereka menjadi gusar melihat ayat pemutihan ini tadi. Jadi saya ingin tegaskan di sini agar pemutihan ini tidaklah boleh menjadi platform untuk kita mencari kesalahan rakyat tetapi pemutihan seharusnya mempermudah proses dan juga janganlah memerangkap rakyat dan harap agar proses kebenaran merancang dan juga kos-kos itu dapat dikurangkan selepas ini. Jadi Tuan Speaker saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan pendidikan di sekolah Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Kena landing.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Yang terakhir sekali. Jadi kita lihat baru-baru ini kita dikejutkan dengan banyak kes-kes buli dan sebagainya di sekolah. Saya ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat menteri Besar yang memperkenalkan Skim Mama Kerja yang RM100.00 sebulan itu tapi saya ingin mencadangkan kepada Dewan kerana kita lihat hasil daripada kajian menunjukkan ramai anak-anak ini yang membuli dan mempunyai masalah-masalah depresi dan sebagainya telah diakibatkan oleh kekurangan kasih sayang ataupun masa untuk ibu di rumah. Jadi saya ingin mencadangkan sahaja kepada Dewan agar polisi seperti contoh work from home atau fleksibal working hours boleh diperkenalkan di Selangor dan polisi ini haruslah memberi insentif kepada majikan-majikan agar lebih ramai yang dapat menyahut insentif yang diberikan ini. Jadi Tuan Speaker akhir sekali saya ingin bagi pantun penutup. Padi menguning di hujung desa, anak tani tetap bekerja, jangan Belanjawan berat ke kota, rakyat kampung juga mahu sejahtera. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Bahasa halus Pematang Berbudi, hadir di Dewan bertambah seri, waktu terhad mohon mengerti, PRM Sabah menutup diri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul ini.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang Berhormat sekalian saya bawa satu usul berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah di sambung sehingga 6.30 petang. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Usul ini dipersetujui. Silakan Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan yang Bandar Baru Klang hormati. Pada hari ini Bandar Baru Klang berdiri di Dewan ini untuk membahaskan salah satu ancaman kesihatan awam yang paling mendesak di Selangor iaitu Demam Denggi. Bandar Baru Klang ingin mengucapkan tahniah kepada EXCO Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan PBT yang dapat menurunkan kes denggi. Walau bagaimanapun Selangor kekal sebagai Epic Centre Denggi

di Malaysia menyumbang separuh daripada jumlah kes Kebangsaan. Sudah tiba masanya kita tambah vaksin sebagai senjata baru di samping fogging dan pendidikan komuniti jika benar kita mahu melindungi rakyat kita. Izinkan Bandar Baru Klang berkongsi fakta-fakta ini, pada tahun 2024 sahaja Malaysia mencatat lebih 122,000 kes denggi dengan kematian 117. Point kedua jumlah kes demam denggi Selangor pada tahun ini adalah 20,399 penurunan mendadak sebanyak 60% berbanding 56,000 kes pada tahun lepas dengan adanya 6 orang yang telah meninggal akibat demam denggi tahun ini berbanding daripada 14 kematian pada tahun lepas. Namun 20,000 pesakit dengan 6 kematian masih adalah angka yang besar. Di sebalik setiap angka ini adalah keluarga sebenar ibu bapa terpaksa mengambil cuti kerja anak-anak terpaksa ambil cuti sekolah dan hospital pun semakin sesak kita juga mesti sedar kos tersembunyi yang begitu besar kerugian tidak langsung seperti produktiviti kerja yang hilang dan penutupan sekolah. Kita telah memerang denggi dengan cara yang sama selama beberapa dekad dengan menggunakan racun serangga dengan kempen pendidikan tetapi nyamuk aedes semakin bijak menyesuaikan diri. Pertumbuhan pesat bandar terus mewujudkan tapak pembinaan baru faktor persekitaran sosio ekonomi pula terus memburukkan keadaan. Kajian menunjukkan bahawa kawasan perumahan kos rendah yang padat seperti PPR di Lembah Klang kekal sebagai lokasi pembiakan denggi yang berterusan tanpa penyelesaian bersifat struktur fogging hanyalah langkah sementara. Yang Berhormat Tuan Speaker, bandar Baru Klang berdiri di sini bukan menolak kawalan tetapi untuk mengukuhkan vaksin denggi adalah bukan penawar ajaib tetapi ia adalah lapisan perlindungan tambahan yang terbukti berkesan terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti Petaling Jaya, Hulu Langat, Klang dan komuniti berpadatan rendah. Negara seperti Brazil, Filipina dan Indonesia, telah melaksanakan program perintis vaksin denggi untuk mengurangkan kes serius dan kematian. Apabila digabungkan dengan kawalan nyamuk yang disasarkan yang diberikan kepada komuniti, vaksin ini mampu memutuskan rantaian jangkitan di kawasan panas. Vaksin ini juga boleh kurangkan kanak-kanak terbaring di katil hospital, kurangkan ibu bapa terpaksa ambil cuti kerja, kurangkan tekanan ke atas klinik dan hospital besar yang sedia terbeban dengan kesesakan pesakit. Bayangkan jika kita dapat mengurangkan kemasukan ke hospital walau pun hanya 20%. Itu sahaja boleh menjimatkan berjuta-juta ringgit. Malangnya, yang paling penting menyelamatkan nyawa dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Program ILTIZAM Selangor Sihat, atau ISS telah membuktikan dan memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat melalui peruntukan sebanyak RM20juta pada tahun 2026. Melalui peruntukan ini seramai 200 ribu rakyat negeri Selangor akan menerima manfaat kesihatan yang menyeluruh merangkumi rawatan asas dan vaksinasi hingga RM500. Dengan adanya program ini, Bandar Baru Klang mencadangkan agar vaksin denggi dimasukkan sebagai salah satu komponen dalam program tersebut. Dengan adanya sebanyak lagi RM4juta khas peruntukan bagi intervensi dan pencegahan, Bandar Baru Klang yakin kita memiliki semua gabungan usaha yang di perlukan untuk memerangi denggi dengan berkesan. Yang Berhormat Tuan Speaker, marilah kita membawa usaha memerangi denggi

dengan tahap lebih tinggi dengan mengadaptasi sains dengan perubatan terkini. Bandar Baru Klang merayu Dewan ini untuk membimbing langkah ke depan dengan menyokong peruntukan dana ini untuk mengatasi denggi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, ancaman alam sekitar yang paling mengganggu di Selangor ialah kitaran banjir yang berulangan tahun demi tahun. Merosakkan sekolah, rumah, premis perniagaan, jalan raya dan akhirnya menghakis keyakinan rakyat kepada kita sebagai kerajaan. Daerah Klang dan Shah Alam kekal sebagai kawasan yang paling teruk terjejas setiap kali hujan lebat. Klang dengan kedudukan geografi yang rendah, terdedah kepada pasang surut selat Melaka dan pembangunan bandar yang padat menjadikan kawasan ini amat mudah banjir setiap kali hujan turun dan air pasang naik. Yang Berhormat Speaker, banjir bukan takdir, ia adalah ujian sama kita sama ada kita tunaikan janji kita atau tidak. Bandar Baru Klang mengalu-alukan peruntukan bagi program Mitigasi Banjir. Bagi tahun 2026, sebanyak RM54juta telah di peruntukan untuk mengikut lembangan sungai utama seperti teras kepada usaha mengukuhkan projek-projek tebatan banjir dengan penambahan 17 projek baru. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM11juta kepada JPS Negeri Selangor dengan menambah 10 projek baru untuk melaksanakan perkhidmatan kepakaran teknikal lagi bagi memperkukuhkan keupayaan sistem saliran negeri. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM12juta kepada JPS Negeri Selangor untuk penambahan 10 projek baru. Yang Berhormat Speaker, dengan 3 peruntukan ini, Bandar Baru Klang berharap agar Klang diberi keutamaan yang lebih tinggi. Dan pihak berkuasa tempatan mesti dipertanggungjawabkan untuk melaporkan status kerja setiap 2 minggu, sama ada longkang mana yang sudah dibersih, pam mana yang berfungsi, binaan haram yang mana yang telah di robohkan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kita mesti jujur melihat sebab sebenar kenapa banjir terus berlaku. Pertumbuhan bandar yang terlalu pesat selama beberapa dekad pembangunan perumahan dan industri melalui perancangan sistem saliran. Kawasan tadahan semula jadi disekat oleh konkrit, longkang monsun yang sempit dan lama terpaksa memikul beban sebagai sungai. Infrastruktur pam dan saliran yang usang. Banyak rumah pam di Klang sudah berusia berpuluh-puluhan tahun, kuasa tidak mencukupi dan lemah, pam ini sering rosak pada waktu paling kritikal, longkang monsun pula cepat tersumbat akibat sampah dan pembangunan haram menjadikan hujan lebat sederhana bertukar menjadi banjir besar. Sungai tersumbat dengan aliran balik air atau Back Flow, (dengan izin) setinggan haram dan binaan tidak sah menyesak sungai seperti Sungai Klang menjadikan saluran air sempit apabila hujan lebat bertembung dengan air pasang, air tidak ada laluan kecuali melimpah balik ke rumah penduduk. Sebagai contoh Bandar Baru Bukit Raja, semua infrastruktur telah dinaik taraf dengan kerjasama MBDK dan Sime Darby Property. Tetapi di hilir sungai, kawasan seperti Aman Perdana di Meru dan Sementa belum dinaik taraf dengan sepenuhnya. Di hilir ada juga struktur haram seperti jambatan dibina tidak mengikut spesifikasi masih belum di roboh, akibatnya air bertakung dan mengalir balik di Bandar Bukti

Raja dan menyebabkan gangguan besar di kawasan yang sudah dilengkapi infrastruktur yang baik.

Yang Berhormat Speaker, banjir bukan sekadar menyusahkan ia adalah trauma kepada ribuan keluarga. Setiap tahun kawasan seperti Klang dan Seri Muda menjadi mangsa utama. Keluarga tidur dalam ketakutan bimbang hujan malam akan membawa air setinggi lutut ke ruang tamu mereka. Setiap tahun peniaga kecil terpaksa membuka kedai dengan stok yang rosak, sekolah ditutup yang rosak. Yang Berhormat Speaker, banjir bukan takdir, ia adalah ujian sama ada kita benar-benar, tatapi kata-kata kita. Tidak ada lagi keluarga di Klang atau Selangor patut tidur dalam kebimbangan tertanya tanya sama ada air pasang dan hujan lebat seterusnya akan melimpah masuk ke rumah mereka.

Yang ketiga Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti apa yang Ijok katakan semalam, mengenai isu vape. Hari ini Bandar Baru Klang berdiri di depan Dewan yang mulia ini untuk membawa satu isu yang semakin mendesak yang menyentuh secara langsung masa depan anak muda kita. Kesusahan keluarga kita dan kestabilan ekonomi negeri serta negara, isu tersebut adalah peningkatan penggunaan vape di Malaysia termasuk di Selangor. Bandar Baru Klang ingin menggesa bahawa EXCO Kerajaan Tempatan dan EXCO Kesihatan mengambil kepimpinan yang lebih jelas dan lebih tegas dalam perkara ini kerana kesannya tidak boleh dipandang ringan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kita semua sedia maklum bahawa Selangor merupakan negeri yang paling maju dari segi infrastruktur, peluang pekerjaan dan kemudahan hidup. Hal ini turut tercermin dalam laporan DOSM pada tahun 2024 yang menunjukkan bahawa Selangor mencatatkan jangka hayat tertinggi di Malaysia, iaitu purata 78 tahun bagi lelaki dan perempuan. Ini bukan kebetulan, ini adalah hasil nombor 1 akses kesihatan yang bagus dan meluas. Tahap kesedaran rakyat yang semakin meningkat tentang pencegahan penyakit dan pelbagai inisiatif kesihatan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selama ini. Kejayaan ini membawakan bahawa pelaburan dalam sektor kesihatan sentiasa memberi peluang yang besar kepada rakyat, kepada negeri dan kepada mastermind kita. Namun yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kita merayai pencapaian kesihatan ini, kita tidak boleh sekali pun melupai generasi muda, iaitu tenaga kerja masa depan yang menentukan hala tuju Selangor untuk 20-30 tahun yang akan datang.

Hari ini kita berdepan dengan satu realiti baru. Penggunaan vape meningkat secara mendadak khususnya dalam kalangan remaja dan belia. Soalan yang perlu kita jawab pada hari ini adalah mudah. Adakah kita mahu mengharamkannya sepenuhnya atau kita kawal dengan ketat? Bandar Baru Klang percaya dengan penuh yakin bahawa jalan yang paling praktikal adalah pengawalan yang ketat bukan pengharaman. Penggunaan vape di kalangan remaja semakin meningkat. Hampir 15% remaja Malaysia kini menggunakan vape melebihi rokok biasa. Fenomena ini di gerak oleh produk yang berperisa serta akses yang mudah. Kita

mesti bertindak tetapi kita mesti bertindak dengan bijak. Lihat negara jiran kita, Singapura dan Thailand telah lama mengharamkan vape. Namum jualan gelap tetap berleluasa. Pengharaman keseluruhan menutup kedai sah. Tetapi membuka ruang besar kepada pasaran gelap. Ini bukan peringkat golongan muda, ini menolak risiko ke sudut gelap di mana undang-undang tiada kuasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker pengawalan yang bijak mesti pergi lebih jauh. Bandar Baru Klang mencadangkan;

1. Hanya melesenkan penjualan yang sah; 2. Semua cecair dan peranti mesti diuji kualitinya; 3. Kawalan had umur mesti dikuatkuasakan sepenuhnya di semua tempat jualan; 4. Jualan Sah dikenakan lesen khas.

Kutipan lesen khas ini, boleh digunakan untuk kempen kesedaran. Tuan Speaker, isu ini bukan mempertahankan vape, tetapi bagi kita mengurangkan risiko dengan bijak. Pengharaman keseluruhan nampak mudah tetapi ia tidak menyelesaikan masalah sebenar, sebab ia hanya menolak masalah ke pasaran gelap yang tidak terkawal. Pengawalan vape yang tegas yang bijak akan melindungi anak muda kita. Membantu perokok berhenti serta selamat, memastikan ekonomi terus berjalan secara sah, dan menutup sedikit ruang pasaran gelap. Bagi mengakhiri ucapan ini, sekali lagi Bandar Baru Klang mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Menteri Besar yang mencadangkan bajet mesra rakyat dan berwawasan. Bandar Baru Klang menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Sekarang giliran Yang Berhormat Morib.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Selangor yang saya hormati. Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya dalam membahas Belanjawan Selangor 2026. Setiap tahun, belanjawan akan dibentangkan dan pastinya belanjawan ini bukanlah hanya angka tetapi ianya penting untuk masa depan rakyat serta keberkesanan dalam membelanjakan kewangan supaya negeri Selangor terus maju dan stabil. Dengan kos sara hidup yang meningkat serta ekonomi yang tidak menentu, pastinya belanjawan kali ini dapat menyentuh hati rakyat yang sentiasa menanti. Apakah tawaran yang diberikan kepada mereka?

Tuan Speaker menyebut dengan rizab berjumlah RM4.8bilion, apakah Kerajaan Negeri berbangga dengan angka itu? Rakyat membayar cukai yang tinggi dan semakin tinggi setiap tahun. Rakyat bukan nak result yang besar tetapi berapa banyak kerajaan beri kepada rakyat daripada kemudahan asas dan perkhidmatan serta infrastruktur perkhidmatan yang terbaik.

Apakah rakyat rasa bangga dengan result yang tinggi?, tetapi apa yang rakyat nak tahu adalah, apakah yang kerajaan tawarkan kepada rakyat?. Dengan hanya Ringgit Malaysia dengan RM1.37billion sahaja di peruntukan kepada perbelanjaan pembangunan masalah prasarana dan kemudahan awam yang masih tidak selesai dengan keadaan jalan raya yang rosak, kesesakan lalu lintas, kualiti jalan raya yang teruk, bekalan air yang selalu terputus, banjir di sana sini, sekolah yang rosak, klinik dan hospital juga sesak dan banyak lagi jika saya nak senaraikan. Ketidakseimbangan antara kawasan bandar dan luar bandar amat ketara serta kepadatan penduduk dan penyelenggaraan infrastruktur yang lama perlu diambil perhatian. Adakah dengan rizab yang berbilion ini dapat menggembirakan rakyat di Negeri Selangor? Sepatutnya dengan negeri yang kaya dan maju ini perbelanjaan pembangunan haruslah lebih tinggi dan keselesaan rakyat di Negeri Selangor. Apakah slogan Selangor Juara Rakyat Sejahtera ini dapat memberi kelegaan kepada rakyat? Adakah juara hanya dengan rizab yang berbilion ringgit tetapi hakikatnya rakyat sengsara? Saya rasa dah kena ubah ya tema itu, saya ubah Selangor Juara Rakyat Sengsara.

Tuan Speaker, masalah projek perumahan sakit dan terbengkalai amat membimbangkan sekali termasuk di kawasan saya sendiri masalah rumah SelangorKu di Morib dan projek perumahan bekas pekerja ladang Dusun Durian sehingga kini masih belum lagi selesai. Dan ini adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini kerana mereka ini adalah rakyat Selangor. Saya juga diberitahu Tanjung Sepat selalu berurusan tetapi sehingga kini saya rasa tidak selesai juga. Kasihanilah mereka, ambillah tindakan yang sepatutnya dan tegas kepada pemaju ini. Dengan status Negeri Selangor yang kaya dan maju, sudah masanya Kerajaan Negeri untuk menambahkan lagi pembinaan perumahan mampu milik yang betul-betul mampu milik untuk golongan B40 serta golongan anak muda yang bekerja dan binalah rumah-rumah ini di lokasi yang strategik. Isu lot lidi dan tanah tidak berstatus juga perlu diberi perhatian serius dengan keadaan tanah di Negeri Selangor yang semakin padat.

Tuan Speaker, baru-baru ini ribut dan taufan, puting beliung sering berlaku di Negeri Selangor dan di antaranya di Klang dan Sijangkang yang juga melibatkan sekolah-sekolah. Sebelum ini ia berlaku di persisiran pantai di Pantai Morib dan di Pantai Klanang tapi kini dia dah semakin ke darat. Oleh itu, Morib mencadangkan agar satu latihan persediaan bencana seperti ribut taufan untuk pelajar-pelajar sekolah khasnya dan orang awam untuk memberi taklimat serta simulasi situasi ribut dengan memberikan penerangan bahaya ribut atau pun puting beliung seperti yang berlaku di sekolah di Sijangkang baru-baru ini. Peraturan keselamatan dan prosedur perlindungan di dalam kelas perlu dibuat.

Di dalam Belanjawan ini juga, diperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk penganjuran SUKMA pada 2026 dalam pembangunan serta kerja membaik pulih dan menaik taraf kemudahan sukan. Di sini juga saya memohon untuk Kerajaan Negeri Selangor melihat dan ambil perhatian jangan lupa menaik taraf kemudahan sukan yang uzur dan rosak seperti

padang bola, dewan badminton, padang futsal dan lain-lain di semua daerah di Negeri Selangor dan saya pasti ini juga melibatkan pihak-pihak PBT di kawasan masing-masing. Kerana jika SUKMA ini berlangsung pastinya rakyat Selangor dan anak-anak muda juga ingin bersukan dengan berlangsungnya SUKMA. Kita negeri yang kaya dan maju, saya rasa perkara ini tidak ada masalah untuk kita menyelesaikan masalah infrastruktur sukan di negeri kita.

Tuan Speaker, dengan keadaan Negeri Selangor dengan tema Juara Rakyat Sejahtera, masalah lalat membuatkan tema ini juga tidak sesuai. Macam mana rakyat sejahtera jika maksud sejahtera itu bermaksud keadaan yang aman, makmur dan tenteram tanpa sebarang kesusahan, gangguan atau bencana ia juga bermaksud selamat dan senang, terpelihara daripada malapetaka. Bagaimana hendak tenteram jika masalah lalat di seluruh Selangor tidak dapat diselesaikan. Bagaimana hendak sejahtera jika gangguan ini sentiasa ada bukan saja rakyat Selangor menderita, berperang dengan lalat, perniagaan mereka yang berniaga juga merosot dan menyebabkan penyakit. Di kawasan saya di Kuala Langat dan Morib ini dah terbiasa dari dulu lagi ya, dah jadi kawasan lalat, hari-hari berperang dengan lalat. Apakah tidak ada solusi atau pun tindakan? Saya lihat mereka ini yang menternak ladang ayam ini tidak mematuhi syarat-syarat dan peraturan dan saya menyeru agar selaraskan pengeluaran lesen daripada pihak PBT dengan Veterinar serta Jabatan Kesihatan. Pastikan pihak Veterinar tidak mengeluarkan lesen jika tidak ada kebenaran daripada pihak PBT dan Jabatan Kesihatan. Di kawasan saya, baru-baru ini saya ucapkan terima kasih kepada Pegawai Daerah Kuala Langat kerana bersama jabatan-jabatan yang terlibat kerana mereka bertindak untuk memastikan ini mematuhi peraturan-peraturan dan jika tidak ada tindakan atau pun mereka tidak mengikut peraturan, tindakan tutup dan sita perlu dilakukan. Dan sudah masanya juga pihak Kerajaan Negeri Selangor bertindak tegas agar perkara ini dapat diselesaikan di seluruh Negeri Selangor dan kita bolehlah buat pertandingan menangkap lalat selepas ini sebelum kita dapat dulu tangkap ikan, sekarang kita bolehlah buat program tangkap lalat.

Di dalam Dewan ini juga saya berharap agar sektor pertanian diberikan keutamaan kerana di kawasan luar bandar banyak tanah kosong yang tidak dikerjakan. Dan pastinya pihak Kerajaan dapat memberikan inisiatif kepada mereka yang ingin mengerjakan tanah-tanah kosong ini. Bukan sahaja tanah-tanah persendirian, tetapi tanah-tanah Kerajaan yang kosong bolehlah diusahakan untuk tanaman seperti sayur-sayuran dan tanaman kontan.

Tuan Speaker, saya juga berharap agar Belanjawan ini dapat dipertimbangkan berkenaan Sekolah Rendah Agama Taman Kemuning yang saya rasa sudah lama dan permohonan ini serta kosnya semakin meningkat. Jadi saya berharap Belanjawan ini juga dapatlah diberi kepada pembangunan Sekolah Rendah Agama Taman Kemuning di Banting. Dan seperti Yang Berhormat Sungai Panjang katakan tadi berkenaan kebajikan, infra dan jeti nelayan, saya menyokong ya kerana saya lihat di Belanjawan ini tidak ada satu pun bantuan atau pun

kelebihan diberikan kepada nelayan-nelayan di seluruh Negeri Selangor. Dan daripada segi pelancongan banyak pantai-pantai di Negeri Selangor ini boleh dinaik taraf dan diberi nafas baru dengan pencahayaan dan landskap untuk mencantikkan alam supaya malam menjadi tarikan serta keselamatan pengunjung. Infrastruktur dan kemudahan awam serta parking perlu juga diberi perhatian dan bolehlah juga menyediakan tempat berjalan kaki dan berjoging serta memancing jika sesuai. Tuan Speaker, saya tidak bercakap banyak hari ini ok cuma akhirnya saya juga ingin berpantun kerana semua berpantun, boleh ya.

Janji pembangunan hanya gema, Kerajaan kata negeri juara, Tetapi siapa lihat di balik kaca, Rakyat sengsara nyata terasa.

Sekian terima kasih.

Speaker

Baik Seri Serdang.

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum WBT, salam Malaysia Madani, salam Kita Selangor Maju Bersama, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Seri Serdang mengambil tempat untuk membahaskan Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2026. Seri Serdang mulakan dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, barisan EXCO dan semua kakitangan-kakitangan Kerajaan yang bertungkus-lumus bagi menjayakan Belanjawan 2026 dan juga kejayaan demi kejayaan yang telah pun dilakar sepanjang tahun 2025.

Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang hanya mahu mencuit beberapa item sahaja dalam Belanjawan iaitu bermula dengan Tekad Ketiga, Mencorak Pendidikan Melakar Masa Depan. Kata Imam Ghazali, janganlah disia-siakan masa mudamu untuk hal-hal yang tidak berguna, masa muda bagaikan pisau tajam jika kau tidak gunakan untuk kebaikan ia akan melukaimu. Anak muda adalah aset penting Negeri Selangor juga aset penting bagi negara kita Malaysia semestinya Negeri Selangor negeri yang maju harus memberi tumpuan khusus kepada anak muda tidak mengira bangsa dan keturunan agama. Seri Serdang tertarik dengan peruntukan sebanyak RM136,211,600.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan. Ini satu peruntukan yang besar bagi memastikan keadaan anak-anak Negeri Selangor diberi perhatian. Skim Bantuan Tunas RM50 sebulan untuk anak-anak di sekolah tadika dan tabika khusus bagi mereka yang berpendapatan RM5 ribu ke bawah pastinya melegakan ibu bapa. Sekurang-kurangnya baki daripada bayaran yuran ini boleh digunakan untuk kegunaan-kegunaan lain untuk menyara kehidupan sekeluarga. Dan kita hendak memastikan pendidikan anak-anak diberikan seawal umur 5, 6 tahun bagi menjamin kehidupan yang baik

pada masa hadapan mereka. Inilah keprihatinan Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, syabas saya ucapkan.

Dan satu lagi yang menarik perhatian Seri Serdang ialah Bantuan Subsidi Yuran KAFA Integrasi. Subsidi RM30 seorang bagi kelayakan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah dilihat usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang sebaiknya yang lebih baik ialah dapat meringankan beban keluarga dari soal kewangan. KAFA Integrasi ini memang dikenali sebagai sebuah sekolah yang mendapat kepercayaan dari masyarakat khususnya bagi mendidik anak-anak berkenaan Al-Quran dan fardu ain. Seri Serdang melihat inisiatif sebaik ini harus dikembangkan bukan hanya kepada KAFA Integrasi tetapi kepada KAFA-KAFA yang lain juga. Kawasan yang padat seperti Seri Serdang sudah pastinya mempunyai ramai anak-anak yang belajar di dalam KAFA ini, Seri Serdang juga mencadangkan pada Kerajaan Negeri untuk melihat ditambahkan lagi pembinaan KAFA Integrasi yang ada di dalam DUN Seri Serdang.

KAFA ini adalah tempat untuk anak-anak kita mendapatkan ilmu berkenaan Al-Quran dan fardu ain. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang memberi perhatian kepada KAFA yang berada di dalam DUN Seri Serdang namun begitu tumpuan kepada infrastruktur, KAFA yang ada di dalam kawasan Negeri Selangor khususnya di kawasan DUN Seri Serdang perlu diberi perhatian lagi. Kita tidak mahu lagi KAFA KAFA ini dalam keadaan daif, kita tidak mahu anak-anak belajar di dalam KAFA dengan keadaan tidak selesa sedangkan kita adalah Negeri Selangor yang dikenali sebagai sebuah negeri yang maju di dalam negara kita Malaysia. Saya juga ingin ucapkan terima kasih dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang meneruskan PDRS bagi tahun 2026 dan ditambah dengan inisiatif tambahan seperti menambahkan modul baru, fizik dan juga kimia. Seri Serdang juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar diberikan juga pendedahan berkenaan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Di ketika ini banyak peluang di negara kita dan negeri kita untuk anak-anak kita melanjutkan pelajaran, kadang-kadang mereka terlepas pandang ada anak-anak yang ambil SPM tidak tahu lagi selepas ini hendak ke mana. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar diberikan satu pendedahan kepada mereka bagaimana untuk mereka melanjutkan pelajaran selepas mereka tamat SPM nanti. Sama ada di IPT, IPTA, IPTS, TVET dan lain-lain dan ini juga untuk menanamkan rasa minat mereka untuk meneruskan penyambungan pelajaran mereka selepas SPM.

Seri Serdang juga gembira dengan program Selangor Programme For Inspiring Ready and Knowledgeable Talent (SPAK) ini bagi memberi peluang pendedahan awal kepada mahasiswa berkenaan dunia pekerjaan. Elaun untuk internship sebanyak RM1500 bagi mereka yang menjalankan internship di Pejabat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga Ahli Dewan Negeri semestinyalah pusat khidmat Masyarakat Dun Seri Serdang juga tidak mahu ketinggalan dalam program ini. Namun begitu Seri Serdang juga mencadangkan kepada

pihak Kerajaan Negeri agar diperluaskan lagi internship ini bukan sekadar kepada Pejabat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sahaja, bukan sekadar kepada Pejabat Ahli Dewan Negeri sahaja tapi diperluaskan lagi kepada Badan-Badan Berkanun seperti Majlis Sukan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan-Pihak Berkuasa Tempatan kita agar mereka mendapat pendedahan bagaimana di alam pekerjaan selepas mereka menamatkan alam pengajian. Dan banyak lagi yang saya lihat inisiatif kerajaan khusus bagi orang muda dan salah satunya lagi ialah terima kasih Kerajaan negeri yang mengekalkan hadiah pengajian Institut Pengajian Tinggi Selangor kepada anak-anak yang berjaya menjejaki kaki ke menara gading. RM1000 yang diberikan sangat besar maknanya dan saya juga mengharapkan program ini diteruskan di masa-masa hadapan dan juga ditambah baik. Apalah kiranya kalau ada kemampuan bukan setakat tunai sahaja tetapi bagi anak-anak kita ini mendapatkan komputer riba bagi kegunaan mereka. Mungkin GLC seperti SmartSel, Yayasan Selangor dan lain-lain boleh menjadikan hadiah komputer riba ini sebagai CSR mereka dan hari ini keperluan anak-anak untuk mendapatkan komputer riba itu adalah satu keperluan ketika mereka berada di IPT.

Yang Berhormat Speaker, kejayaan Negeri Selangor ini khususnya dalam bidang pendidikan yang diterjemahkan dalam Belanjawan Tahun 2026 adalah satu bersifat inklusif tidak mengira bangsa, tidak mengira agama dan keturunan dan begitu juga segmen masyarakat. Anak melayu anak kita, anak cina anak kita, anak india anak kita, anak org asal anak kita, kita Selangor maju bersama. Malangnya sampai ke hari ini saya kurang dengar apa-apa cadangan dari pihak pembangkang berkenaan pendidikan anak-anak, yang banyak bab projek. PKNS dan sebagainya. Hanya satu saja yang saya dengar yang saya teliti, adalah dari Sungai Ramal yang membawa isu Bandar Ilmu Putra Mahkota. Langsung kita tidak ada sikit rasa kepedulian berkenaan kepentingan ilmu kepada anak-anak kita. Ketua Pembangkang ya, banyak mengutarakan tentang isu-isu berkenaan dengan PKNS dan sebagainya. Saya kira apalah lebih molek, lebih cantik kalau Ketua Pembangkang juga membawa idea-idea tentang pendidikan anak-anak di dalam Negeri Selangor. Yang Berhormat Speaker, yang keduanya berkenaan dengan keunggulan seri budaya dan kemantapan generasi muda.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon pencelahan Seri Serdang. Seri Serdang.

Speaker

Seri Serdang beri laluan ke tidak. Diberi laluan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Seri Serdang. Seri Serdang bangkit mempersoalkan apa yang dibangkit oleh ketua pembangkang. Saya rasa kita semua tahu kalau itu adalah hujah yang Seri Serdang nak bagi nampak sangat betul lah apa yang ketua pembangkang sebut, sebab yang Ketua Pembangkang bangkitkan tu soal melibatkan bukan hanya sahaja soal anak-anak tapi pasal soal masa depan generasi Negeri Selangor. 20,000 rumah yang boleh dibina untuk bagi orang Selangor tinggal berbanding padang golf

yang mungkin Seri Serdang dan Taman Medan boleh main sahaja, jadi lebih baik Seri Serdang setuju dengan pandangan yang diberikan oleh Hulu Kelang bahawa projek-projek seperti ini tidak harus menjadi keutamaan PKNS tetapi seharusnya PKNS memikirkan untuk membina perumahan rakyat untuk bagi rumah yang bermaruah untuk rakyat Negeri Selangor. Setuju tak YB Seri Serdang?

Sekejap lagi saya akan dalam perbahasan saya berkenaan dengan padang golf tadi Taman Medan ya. Tapi isu yang saya nak bawakan nak highlight kan adalah nak beri perhatian pendidikan anak-anak kita. Yang tu yang kerana mereka ini adalah aset penting pada masa hadapan Negeri Selangor. Ya dan kalau nak jadi Presiden yang itu kena tengok betul-betul, keunggulan seni budaya dan kemantapan generasi muda. Satu yang menarik bagi Seri Serdang ialah Program Pencerahan Generasi Muda RM2.5 juta diperuntukkan bagi program ini. Program Wacana dan Penulisan bagi menggarap pemikiran yang kritis serta menyerlah idealisme orang muda dilihat memberi ruang untuk orang muda mengeluarkan pemikiran-pemikiran fikiran-fikiran yang kritis.

Seri Serdang mencadangkan juga program ini diperluaskan bukan sahaja wacana ilimiah tetapi wacana berkenaan politik tanah air, isu-isu semasa dan geopolitik dunia. Mendedahkan kepada mereka kepentingan menguasai politik dengan cara yang betul. Program ini akan melahirkan anak muda yang berfikir dan mengelakkan anak-anak muda hanya menjadi pengikut secara khinzir buta ataupun walaun. Diskusi harus diperluaskan, skop perbincangannya Seri Serdang yakin program ini akan melahirkan orang muda yang berfikiran kelas pertama dan syabas Seri Serdang ucapkan kepada Negeri Selangor. Program PeBS yang sekian lama berada di dalam Negeri Selangor, program yang memberi pendedahan berkenaan perjalanan kerajaan dan pendedahan bagaimana menjalankan program untuk orang muda. Peruntukan dikekalkan RM10 ribu seorang PeBS dilihat mencukupi di samping bantuan daripada Ahli Dewan Negeri dan juga Ahli Majlis. Seri Serdang mencadangkan PBS ini ditambah nilai dengan melibatkan mereka secara langsung berkenaan perjalanan Dewan Negeri, Program ADN Muda, Ahli Dewan Negeri Muda khususnya harus dilibatkan PeBS. Ini kerana mereka ini telah pun bersama Kerajaan Negeri. Jumlah mereka yang ramai ini boleh ditapis peluang kepada PBS yang betul-betul aktif. Begitu juga dengan Program Siwanis harus dilibatkan PeBS ini di dalam Program Siwanis. Dan ramai daripada PeBS ini dahulunya PEBT yang telah pun dilahirkan dan telah pun melahirkan pemimpin-pemimpin muda seperti Kota Anggerik, siapa lagi, Seri Kembangan, ramai, Rawang, Bentong, Balakong, Batu Tiga, ya dan Insya Allah dengan kita menambah nilai kepada PeBS kita boleh melahirkan lebih ramai Amirudin Shari di dalam Negeri Selangor ini.

Yang Dipertua, Yang Tuan Speaker, sukan pemotoran adalah satu aktiviti yang rapat dengan kehidupan anak muda. Kita perlu memastikan anak muda ini mengasah bakat mereka ditempat yang dibenarkan dan selamat. Peruntukan RM1juta kepada litar rakyat di Kuala

Selangor adalah sangat bermakna. Seri Serdang juga mencadangkan himpunan rider-rider motor. Tak kisah lah, RXZ ke, Ysuku ke Scooter ke diadakan di dalam Negeri Selangor. Gathering besar ini selain dapat mempereratkan hubungan antara satu sama lain ia juga boleh dijadikan sebagai peluang perniagaan dan menjana ekonomi anak muda terutama mereka yang terlibat dengan dunia permotoran. Seri Serdang bersedia menjadi tuan rumah jika Kerajaan Negeri mahu menganjurkan himpunan anak muda permotoran ini dengan syarat dana peruntukan datang daripada kerajaan Negeri Selangor.

Penganjuran SUKMA. SUKMA satu pertandingan sukan berprestij tinggi yang melibatkan atlet muda, peruntukan sebanyak RM100 juta satu jumlah yang besar bagi menjayakan SUKMA tahun hadapan. Persiapan yang rapi dan sedang dijalankan sudah pasti target kita sebagai juara SUKMA, untuk kali ini pasti akan berjaya. Mengambil kesempatan dari semangat SUKMA Negeri Selangor selain melahirkan atlet yang hebat, infrastruktur sukan juga perlu diberi perhatian. PBT, Pejabat Daerah perlu memberi perhatian kepada infrastruktur sukan awam di kawasan masing-masing. Begitu juga Majlis Sukan Negeri Selangor perlu memantau infra-infra sukan awam ini di dalam Negeri Selangor di dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sukan boleh dijadikan medium yang baik bagi memupuk perpaduan selain menyihatkan fizikal dan mental sukan boleh dilihat boleh menyatu padukan tanpa mengira bangsa dan agama dan fahaman politik. Semua sukan punya seni tersendiri, ada permainan yang tersendiri,dan bila saya melihat Hulu Kelang yang agak skeptikal dengan sukan golf sehingga PKNS mahu membangunkan padang golf di Sepang pun menjadi masalah. Bagi saya, perancangan padang golf ini pun saya dimaklumkan belum lagi menghantar kebenaran merancang pun baru perancangan sahaja. Tetapi kita perlu ingat setiap sukan ini bukan setakat sukan sahaja tetapi apabila contoh apabila saya beri contoh apabila ada LPGA Golf di Negeri Selangor. Dan juga pernah dibuat pertandingan golf yang besar di Kelab Golf Negeri Selangor, ia bukan sekadar menarik perhatian orang ramai terhadap negeri Selangor tetapi juga menjana pendapatan kepada Negeri Selangor dan juga dalam bidang industri golf. Sukan adalah sebuah industri, dulu kita bercerita tentang sukan ini adalah sekadar riadah sahaja, tetapi hari ini sukan sudah menjadi industri, bukan sahaja setakat di Negeri Selangor tetapi juga dalam negara kita Malaysia dan negara-negara yang maju menjadikan industri sport, sport industry ini sebagai satu core menjana pendapatan sesebuah negera pada hari ini.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Seri Serdang. sikit Sahaja Seri Serdang.

Masa tak cukup. Sorry. Dan saya rasa tidak sesuai untuk nak menyamakan antara perumpamaan nak buat rumah dengan nak buat padang golf. Kalau begitulah perumpamaan Hulu Kelang ketika Hulu Kelang menjadi Menteri Besar kenapa tidak di convert kan padang Seri Selangor itu menjadi housing. Sedangkan tanah itu juga di dalam prime area dan saya kira perancangan Negeri

Selangor berkenaan dengan sukan dan juga perumahan tidak ada dalam perancangan Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit sahaja Seri Serdang

Speaker

Macam mana Seri Serdang macam mana, tak bagi ke? Masa pun sudah lampu merah.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit sahaja Seri Serdang takkan tak boleh. Tahun depan pemilihan.

Speaker

Bagi laluan. Teruskan

Biarlah EXCO Perumahan yang jawab nanti. Yang Berhormat Speaker saya kira pembentangan Belanjawan yang YAB Menteri Besar ini sudah lengkap untuk kita menghadapi tahun 2026. Insya Allah kita jayakan bersama dengan satu tekad untuk memastikan Selangor sebagai negeri Juara dan pastinya dengan kerja kuat semua pihak kita boleh menjayakan dan akan meningkatkan lagi kualiti dan juga ekonomi Negeri Selangor yang kita sayangi. Sekian dahulu Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang menyokong penuh pembentangan Belanjawan 2026 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Assalamualaikum Warahmatullah.

Speaker

Ya, Jeram. 15minit

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Bismillahirahmannirahhim. Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengamati dan meneliti pembentangan Belanjawan sejak minggu lalu dan secara dasarnya merasakan bahawa Belanjawan 2026 ini ternyata masih tidak dapat menangani permasalahan dan keperluan rakyat secara realitinya. Banyak lompong-lompong serta kekurangan kepada beberapa aspek penting yang perlu diberi penekanan bagi memastikan impak ekonomi dan kesejahteraan rakyat Selangor berada pada tahap yang lebih tinggi.

Tuan Speaker, saya lihat Belanjawan 2026 ini tidak langsung menyediakan peruntukan untuk kesinambungan program-program start-up yang sebelum ini telah pun dilancarkan di bawah Selangor Excellerator Program SAP dan juga Selangor Excellerator Program ECX. Kedua-dua program ini dibangunkan dengan tujuan untuk memupuk usahawan dari syarikat pemula untuk berdaya maju dan mampu membangunkan produk dan perkhidmatan sedia untuk dipasarkan. Semenjak diperkenalkan hampir 300 syarikat tempatan telah pun mendapat labour dari inisiatif ini. Namun demikian dalam memastikan ekosistem start-up terus berkembang Kerajaan Negeri memerlukan pendekatan yang lebih terarah dan foundercentric. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan rangka kerja

pembangunan start-up yang lebih menyeluruh merangkumi latihan keusahawanan praktikal bimbingan mentor industri dan akses mudah kepada kemudahan ujian atau testbaits di sektor utama seperti AI, pertanian pintar, teknologi hijau dan juga kesihatan digital secara berterusan.

Tuan Speaker, dalam ketidaktentuan iklim global, yang sedang melanda bumi Selangor ini cuaca ekstrem seperti banjir kilat menjadi ancaman kesejahteraan ekonomi untuk rakyat amnya dan khususnya di Jeram, Belanjawan Negeri Selangor 2026 telah memberi penekanan besar kepada mitigasi banjir dengan peruntukan sebanyak 54.34 juta untuk tujuh belas (17) projek baru termasuk di Lembangan Sungai Buloh. Seperti kawan-kawan di pihak pembangkang yang lain yang telah pun membangkitkan isu banjir ini, dan sebagai salah satu kawasan yang kerap kali dilanda banjir mahupun banjir kilat, tentunya penduduk di kawasan saya seperti di Taman Saujana Aman, Kampung Seri Aman, serta kawasan Kampung Bukit Hijau berasa lega dengan pengumuman seperti ni. Untuk memastikan pelaksanaan projek ini secara holistik, kerja-kerja pengukuhan saliran terutama kawasan aliran anak sungai, tributary atau pun saliran rendah yang sering mengalami limpahan semasa hujan lebat perlu diberi penekanan terutama di kawasan hilir Sungai Buloh. Saya yakin ini tentunya termasuk di dalam perancangan teknikal di pihak Kerajaan Negeri sekali dengan agensi Kerajaan Persekutuan. Namun demikian Tuan Speaker, saya juga terpaksa akur dan setuju dengan sahabat saya Ijok semalam yang membangkitkan isu EOT. Projek Mitigasi Banjir Sungai Buloh atau pun RTB Sungai Buloh 2 hari ini telah mencapai EOT yang keempat setakat 4 Ogos 2025.

Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian bayangkan empat (4) kali telah diberikan EOT kepada Projek Mitigasi Banjir ini yang ternyata melibatkan atau pun memberi kesan kepada berpuluh ribu rakyat di sekitarnya. Atas apa pun alasan diberikan ini adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan harus dielakkan. Berpuluh ribu rakyat akan terkesan tahun demi tahun, banjir demi banjir. Hasil daripada kegagalan meneruskan atau pun menoktahi Projek Mitigasi Banjir ini. Saya gesa Kerajaan Negeri menekankan dan mempercepatkan kesinambungan projek ini.

Tuan Speaker, dalam usaha serta fokus pembasmian kemiskinan dalam kalangan rakyat negeri Selangor, kita harus berani mengakui bahawa usaha sedia ada masih belum memadai. Walaupun pelbagai program di bawah RS1 telah dilaksanakan, ada yang masih belum dilaksanakan dengan inisiatif memberdayakan komuniti, pendidikan, pekerjaan dan sokongan sosial, kita masih melihat jurang yang sangat jauh yang perlu dirapatkan. Kemiskinan hari ini bukan hanya soal pendapatan tetapi berkait rapat dengan akses pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan, kebolehan masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi. Ini satu ekosistem yang secara tuntas perlu disinergi atau pun diperkukuhkan. Daripada bantuan sementara kepada model intervensi bersepadu yang membina keupayaan rakyat jangka panjang serta satu usaha untuk pemetaan data keluarga rentan oleh kumpulan

berkecuali perlu dilakukan dengan mengenal pasti tiada keciciran dan mempercepatkan akses program peningkatan pendapatan serta memastikan setiap program ini benar-benar sampai ke kumpulan sasaran. Seperti yang disebut oleh sahabat saya Taman Medan semalam, “jangan sampai Belanjawan Selangor 2026 ini hanya dilihat sebagai kertas putih, kertas putih yang kosong tanpa memberi apa-apa makna kepada rakyat yang memerlukan”. Kita boleh mengumumkan seberapa besar jumlah peruntukan pun akhirnya pelaksanaan yang tangible yang berkesan perlu dibuktikan kepada rakyat sebenar.

Tuan Speaker, saya ingin menyentuh satu lagi perkara penting yang sering terpinggir dalam belanjawan negeri tetapi memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat luar bandar dan pinggir bandar iaitu Kawal Selia Hidupan Liar. Kalau Morib sebut tentang “peperangan dengan lalat” atau pun Program Menangkap Lalat, saya hendak sebut isu kacau ganggu haiwan liar seperti monyet dan babi hutan yang semakin menjadi-jadi di kawasan saya seperti di Bandar Puncak Alam, di Alam Suria, di Kampung Bukit Kuching, Bukit Hijau dan kawasan persekitaran. Rumah-rumah penduduk diceroboh, kanak-kanak ketakutan, kaum suri rumah dikacau, masakan di dalam kuali juga dicuri, rumah-rumah sampah dikorek dan disepahkan dan banyak lagi kesan-kesan negatif dari ternakan haiwan-haiwan liar ini. Ini bukan lagi satu isu remeh, ini isu keselamatan komuniti dan juga kesejahteraan rakyat. Untuk makluman sahabat saya Taman Medan, hari ini haiwan-haiwan liar seperti monyet ini dia seakan tahu, dia tidak mengacau kaum lelaki hanya mengacau kaum perempuan. Apa pun, Tuan Speaker matlamat kita jelas. Matlamat kita jelas melindungi rakyat daripada ancaman, memulihkan keseimbangan ekosistem dan memastikan pembangunan negeri tidak mengabaikan keselamatan penduduk. Ini lah tanggungjawab Kerajaan yang peduli rakyat. Bukan hanya di atas kertas tetapi tindakan kerajaan yang tangible yang berkesan. Oleh itu saya menggesa Kerajaan Negeri melihat permasalahan ini dengan lebih, dengan membantu agensi-agensi seperti PERHILITAN dalam mempertingkatkan pemantauan, perangkap yang efektif, tenaga kerja pasukan respons yang cukup dan efisien, usaha-usaha pemindahan habitat juga harus dilaksanakan dengan lebih manusiawi dan berkesan. Dengan bajet yang mencukupi kita boleh mewujudkan zon hijau, zon hijau makanan, memasang pagar solar serta melaksanakan pendidikan komuniti mengenai keselamatan hidupan liar.

Tuan speaker, saya tertarik juga dengan kupasan reformasi PBT dan juga cadangan pelaksanaan Sistem Cukai Taksiran Bersepadu Selangor. Saya tentunya menyokong apa jua usaha untuk mempercepatkan kelulusan permit dan lesen. Namun demikian seperti saya sebut sebentar tadi jangan hanya kita berjaya dengan niat dan perancangan tetapi gagal dalam pelaksanaan. Kita mesti melihat bukan sahaja kepada niat tetapi juga keberkesanan dan kesiapsiagaan sistem tersebut di peringkat akar umbi. Memang benar mempercepatkan kelulusan permit ubah suai rumah kepada 24 jam dan memendekkan proses lesen penjaja daripada 30 hari kepada 14 hari adalah langkah yang amat-amat dialukan oleh rakyat. Ini tentunya mengurangkan birokrasi, menjimatkan masa, membantu usahawan kecil bangkit dengan lebih cepat namun kita juga mesti bertanya adakah PBT benar-benar mempunyai

tenaga kerja, mempunyai sistem digital dan keupayaan teknikal untuk melaksanakan proses sepantas itu tanpa mengorbankan kawalan risiko, pematuhan Undang-Undang Kecil atau pun keselamatan struktur. Penambahbaikan perlu dibuat dengan memastikan PBT diberikan bajet tambahan untuk menaik taraf sistem digital, melatih kakitangan dan memperkukuhkan pusat setempat atau pun One Stop Centre (dengan izin). Jika tidak reformasi ini hanya akan menjadi slogan yang baik tetapi kesannya tidak terasa di semua kaunter PBT. Sistem Cukai Taksiran Bersepadu Selangor (I-GATE) PBT, kita perlu bersikap realistik. Dari segi konsep saya pasti ia sangat relevan kerana ia menyatupadukan rekod-rekod cukai taksiran seluruh negeri, mengelakkan pertindihan, meningkatkan ketulusan dan mempercepatkan kutipan hasil. Namun praktikalitinya bergantung pada sekali lagi, sejauh manakah sistem sedia ada di setiap PBT boleh diintegrasikan. Kita tidak boleh membiarkan sistem baharu ini akhirnya menyusahkan rakyat. Jika integrasi tergesa-gesa, risiko ralat data, tunggakan palsu atau pun kesilapan rekod boleh berlaku dan ini tentunya akan membebankan rakyat terutama warga emas dan golongan B40. Oleh itu, Tuan Speaker sebelum I-GATE ini dilaksanakan saya gesa Kerajaan Negeri melakukan audit data setiap PBT, menambahkan kakitangan IT, menyediakan talian bantuan khas bagi mengurus aduan rakyat.

Akhirnya Tuan Speaker, reformasi ini hanya akan berjaya jika ia benar-benar berpaksikan kepada perkara-perkara atau pun elemen-elemen yang memudahkan rakyat. Bukan sekadar mengaut hasil negeri. PBT mesti menjadi institusi yang bukan sahaja cepat tetapi tepat, mesra rakyat dan bertanggungjawab. Transformasi ini mesti mengangkat martabat perkhidmatan awam bukan menambah beban kepada rakyat.

Oleh itu, Tuan Speaker cukup setakat itu saya dengan penuh iltizam berharap agar setiap cadangan yang dikemukakan ini dapat diberikan penelitian yang serius oleh Kerajaan Negeri. Saya seperti kawan-kawan yang lain, sudahi ucapan saya dengan dua (2) rangkap pantun.

Ke Hulu Berjalan Si Anak Dara, Singgah Di Telaga Membasuh Tangan, ADN Pembangkang Bersatu Suara, Harap Belanjawan Bukan Berangan.

Burung Garuda Bulunya Lebat, Paruh Merah Bertongkat Angkasa, Menteri Besar Kata Bajet Hebat, Rakyat Bertanya, Apa Yang Kami Rasa.

Sekian terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Bukit Melawati silakan.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera, salam Bukit Melawati, keluarga kita Yang Berhormat Speaker. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor pada tahun 2026. Sesungguhnya ruangan diberikan ini merupakan suatu wadah yang sangat penting untuk saya menyampaikan hasrat dan harapan khususnya daripada seluruh warga DUN Bukit Melawati.

Yang Berhormat Speaker, dalam menjadikan negeri Selangor sebagai ‘Juara’ dalam menyejahterakan rakyat kita perlu meneliti segenap dimensi. Belanjawan yang dibentangkan ini secara menyeluruh adakah belanjawan yang dibentangkan pada kali ini benar-benar memahami kesusahan rakyat di bawah sana. Benar kah belanjawan pada kali ini telah pun menyediakan solusi yang tuntas kepada masalah yang digariskan. Justeru sebagai ADN Pembangkang yang bertindak memainkan peranan semak dan imbang pada hari ini, Bukit Melawati hadir membawa lima(5) isu penting melibatkan kepentingan negeri dan kawasan.

Pertama, Projek Lebuh raya WCE yang terbengkalai mengundang isu keselamatan pengguna jalan raya. Yang Berhormat Speaker, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan menyentuh satu projek infrastruktur besar yang memberi kesan langsung kepada rakyat di Kuala Selangor iaitu WCE. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini WCE merupakan projek persekutuan yang dibangunkan di bawah seliaan Lembaga Lebuh raya Malaysia dan Kementerian Kerja Raya. Projek Lebuh raya Pantai Barat (WCE) ini merupakan salah satu projek infrastruktur utama yang menghubungkan Banting hingga ke Taiping. Jajaran WCE yang melalui kawasan Kuala Selangor termasuk di dalam DUN Bukit Melawati dan dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi tempatan. Sebagai contoh kawasan di Kampung Asahan iaitu laluan Jalan Rawang merupakan salah satu jajaran yang terlibat secara langsung dengan Projek Lebuh raya Pantai Barat ini. Namun, kelewatan sebahagian kerja pembinaan di kawasan ini telah memberi kesan negatif kepada struktur jalan raya dan keselamatan pengguna jalan raya khususnya di Kampung Asahan. Penduduk juga berdepan keadaan jalan yang gelap, sempit, berdebu dan sering menjadi lokasi kemalangan terutama pada waktu malam dan musim hujan. Memandangkan laluan Jalan Rawang ini masih merupakan salah satu jalan utama, penduduk mempersoalkan sejauh mana status sebenar kemajuan WCE di jajaran Kuala Selangor. Kerja yang dijalankan tidak konsisten. Ada bahagian yang beberapa bulan tidak disentuh. Ada kawasan yang hanya menunggu struktur disiapkan tetapi ditinggalkan terbengkalai. Ini menimbulkan persoalan besar mengenai pemantauan pihak berkuasa terhadap konsesi ini. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil perhatian dan mencadangkan agar pihak kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Selangor mengambil perhatian perkara ini untuk diajukan kepada pihak konsesi dengan mengambil langkah intervensi menambah lampu limpah dan lampu amaran di kawasan terbabit. Perkara ini harus diberi tumpuan kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya kerana buat masa ini hanya lampu spot light solar sahaja

yang diletakkan dan tidak mencukupi bagi menampung pencahayaan pada waktu malam di jajaran yang terbabit.

Kedua, masalah ketiadaan parkir ruang menunggu dan kesesakan di hadapan Sekolah Rendah Agama Assam Jawa Kuala Selangor. Yang Berhormat Speaker, pertambahan jumlah pelajar di Sekolah Agama Assam Jawa ini menunjukkan peningkatan yang konsisten dari tahun ke tahun. Hal ini, secara tidak langsung turut menyebabkan berlaku pertambahan kenderaan ibu bapa yang hadir menghantar anak dan mengambil anak mereka pulang dari sekolah. Namun begitu, kedudukan Sekolah Agama Asam Jawa ini yang betul-betul berada di tepi jalan utama laluan ST05 Jalan Klang, Teluk Intan telah menyebabkan berlaku kesesakan luar biasa terutama waktu puncak. Selain itu ketiadaan tempat menunggu khas ini juga turut menjadi ancaman keselamatan kepada anak-anak dan pelajar serta ibu bapa.

Laluan ini adalah laluan utama iaitu jalanraya 4 lorong yang menimbulkan aliran trafik laju serta jumlah kenderaan banyak menjadikan kawasan ini amat merbahaya. Terutama bagi murid-murid yang terpaksa melintas jalan setiap hari ketika waktu pulang persekolahan. Selain itu, banyak lori besar dan kenderaan-kenderaan berat lalu lalang di kawasan terbabit, jadi apabila hendak melintas sebagai contoh, sedikit sebanyak menimbulkan perasaan tidak selamat dengan keadaan jalanraya yang terlalu sibuk. Kedudukan sekolah yang betul-betul terletak di tepi jalan 4 lorong menimbulkan risiko keselamatan yang sangat membimbangkan. Aliran trafik yang laju serta jumlah kenderaan yang tinggi menjadikan kawasan ini amat merbahaya terutamanya murid-murid terpaksa melintas setiap hari.

Oleh sebab itu bagi pihak ibu bapa dan seluruh warga Bukit Melawati, saya ingin memohon pihak Kerajaan Negeri Selangor di bawah program bantuan sekolah negeri Selangor untuk memberi kelulusan peruntukan bagi menyediakan kawasan parking dan ruang menunggu di Sekolah Rendah Agama Asam Jawa memandangkan tapak telah pun ada di belakang sekolah yang sedia ada, hanya menunggu peruntukan sahaja. Demi menjamin keselesaan dan keselamatan anak-anak, pelajar dan ibu bapa di sini, saya mohon kepada Kerajaan Negeri dapatlah meluluskan sedikit peruntukan untuk membina parking menunggu di belakang sekolah kawasan tapak yang telah disediakan. Jadi dengan adanya ruang menunggu atau ruang parkir ini dapatlah setidaknya kita menyediakan sekolah yang lebih kondusif dan selamat buat pelajar dan ibu bapa ketika mengambil dan menunggu anak pulang dari sekolah.

Seterusnya yang ketiga, kesesakan luar biasa di jalan Tanjung Keramat. Yang Berhormat Speaker, jalan Tanjung Keramat ini merupakan laluan utama bagi beberapa buah sekolah yang terdiri daripada dua buah sekolah menengah, SMK Seri Tanjung dan SMK Sultan Abdul Aziz iaitu kolej tingkatan 6. Tiga buah sekolah rendah di SK Tanjung Keramat, SJK(C) dan SJK(T) Vageesar dan sebuah Pejabat Pendidikan Daerah serta perkampungan Tanjung Keramat.

Kesesakan ini di kawasan ini dilihat semakin ketara, terutama pada waktu puncak iaitu pada waktu tengah hari semasa mengambil anak dari pulang dari sekolah, ini menyebabkan risiko keselamatan dan kelewatan yang amat serius. Perjalanan kini mengambil masa berkali ganda dan urusan harian rakyat terganggu secara langsung, ini bukan lagi isu kecil tetapi adalah isu kegagalan infrastruktur untuk mengikut rentak pertumbuhan semasa. Pada kali ini, Belanjawan Negeri Selangor 2026 telah memperuntukkan sejumlah 1.37 billion untuk pembangunan dan 4.5 juta untuk menaik taraf jalan, bahu jalan serta persimpangan. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menetengahkan perkara ini dan mencadangkan agar laluan alternatif jalan Tanjung Keramat ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kesesakan sedia ada. Keadaan jalan sedia ada dilihat tidak lagi mampu untuk menampung aliran trafik yang semakin tinggi ketika pulang waktu sekolah di kawasan berkenaan. Jadi saya mohon kepada pihak JKR agar meneliti perkara ini segera, supaya pemasalah ini dapat diatasi sebaiknya.

Yang keempat, status pemilikan kolam udang di Kampung Asam Jawa. Yang Berhormat Speaker, di Kampung Asam Jawa ni, Kuala Selangor ni ada terdapat kolam udang yang beroperasi. Sehingga hari ini masih belum dan terdapat, tidak lagi mendapat penjelasan rasmi yang jelas mengenai siapakah pemilik yang bertanggungjawab dan memiliki tanah-tanah kolam udang di Kampung Asam Jawa. Oleh itu, saya ingin mengajukan beberapa persoalan penting kepada Kerajaan Negeri.

Yang pertama, siapakah pemilik sebenar tanah kolam udang tersebut? Apakah tanah-tanah ini berada di bawah pengurusan PKPS, ataupun adakah ia diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain atau mungkin telah diberikan kepada syarikat pajakan tertentu? Rakyat berhak mengetahui status sebenar tanah tersebut memandangkan ia melibatkan aset negeri yang bernilai tinggi.

Kedua, berapa luas keseluruhan tanah yang terlibat dalam projek kolam udang ini? Luas kawasan akan menentukan potensi pembangunan kembali dan menilai ekonomi yang boleh menjana Kerajaan Negeri.

Ketiga, berapakah tempoh pajakan yang diberikan kepada pihak yang menguruskan tanah tersebut? Adakah tempoh pajakan untuk masa ini berjalan ataupun sudah tamat ataupun bakal diperbaharui? Ketelusan dalam menyediakan informasi ini amat penting agar dewan dapat menilai sejauh mana aset negeri ini dimanfaatkan secara optimum.

Keempat, apakah jumlah pulangan dan nilai sumbangan ekonomi kepada Kerajaan Negeri sepanjang tempoh pajakan tersebut? Jika tanah itu diserahkan kepada syarikat atau agensi tertentu untuk diusahakan, maka dewan ini perlu mengetahui apakah pulangan hasil dividen, bayaran sewa atau apa-apa bentuk pendapatan lain yang diterima oleh Kerajaan Negeri. Kita

tidak mahu wujudnya aset yang bernilai tinggi ini tidak memberi pulangan sewajarnya. Yang Berhormat Speaker, saya ingin menyentuh isu kolam udang ini, mendapati berada di dalam keadaan terbiar dan tidak lagi berfungsi sebagai kolam udang yang aktif. Jika benar terdapat lot-lot tertentu yang telah lama ditinggalkan atau tidak lagi menjalankan sebarang operasi, saya menyeru agar pihak Kerajaan Negeri membuat penelitian semula terhadap penggunaan tanah tersebut.

Dalam masa rakyat berdepan dengan kos hidup yang semakin meningkat dan peluang memiliki rumah semakin sukar, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pembangunan projek perumahan mampu milik di kawasan yang sesuai di tanah kolam udang yang terbiar itu. Lebih mendesak lagi, tiada satu pun skop perumahan mampu milik untuk kawasan di Kuala Selangor yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor yang dibentangkan pada hari Jumaat yang lepas. Ini bermakna keperluan rakyat dalam isu perumahan khususnya anak muda dan generasi kedua kampung masih belum ditangani secara menyeluruh. Jika tanah negeri telah terbiar bertahun-tahun tanpa dimanfaatkan, maka adakah lebih baik dijadikan kawasan pembangunan perumahan mampu milik demi kesejahteraan penduduk setempat dan sebagai satu langkah strategi Kerajaan Negeri mengimbangi keperluan rakyat serta pertumbuhan ekonomi. Maka saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan penjelasan yang terperinci bukan hanya untuk menjawab persoalan di dalam dewan tetapi juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pengurusan aset di negeri.

Yang Berhormat Speaker, isu kelima iaitu isu yang terakhir adalah penaik taraf infrastruktur dan memperkasakan daya tarikan pelancong di Kuala Selangor. Bukit Melawati menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam memperuntukkan 1 juta untuk tujuan naik taraf litar lumba Kuala Selangor di bawah teras Keempat Belanjawan Selangor 2026. Untuk makluman sidang dewan sekalian, saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada isu sedang menjadi perbincangan hangat dikalangan penduduk di Kuala Selangor iaitu berkaitan projek litar lumba Kuala Selangor yang dicadangkan untuk dimajukan sebagai salah satu pemangkin pembangunan sukan pemotoran negeri. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar peruntukan Pembangunan dalam Belanjawan Selangor 2026 sebanyak 1 juta untuk tujuan menaik taraf litar lumba Kuala Selangor mengikut piawaian Persatuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM). Piawaian ini bukan sahaja penting bagi memastikan keselamatan pelumba dan penonton tapi juga bagi membolehkan Selangor menjadi tuan rumah kepada kejohanan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Pelaburan ini akan membawa pulangan ekonomi yang lebih besar dalam jangka masa panjang. Selari dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai hub sukan pemotoran negara. Kita menyedari bahawa sektor sukan pemotoran mempunyai potensi besar dalam menjana ekonomi, menarik pelancong domestik dan antarabangsa serta melahirkan bakat baru anak muda di Selangor. Hal ini secara tidak langsung akan mendapat peluang lebih besar khususnya kepada sektor pelancongan di Kuala Selangor.

Namun begitu Yang Berhormat Speaker, terdapat satu isu penting yang tidak boleh diketepikan, lokasi litar ini berada bersebelah iaitu betul-betul terlalu hampir di kawasan perumahan penduduk dan sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Ini boleh menimbulkan kebimbangan berkaitan kebisingan dan keselamatan serta kesan pada nilai hartanah.

Justeru, saya ingin menegaskan supaya Kerajaan Negeri melalui PBT memastikan penilaian impak sosial dan penilaian impak murni dilakukan secara menyeluruh. Lebih penting persetujuan penduduk yang terkesan secara langsung perlu diberikan keutamaan melalui sesi libat urus yang telus dan indusif. Selain itu, saya ingin menarik perhatian dewan berhubung pemindahan Dataran Keris, Kuala Selangor. Saya rasa hampir setiap sidang dewan saya membangkitkan perkara ini. Di Kuala Selangor ini ada beberapa lokasi yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong yang datang.

Speaker

Yang Berhormat, masa semakin suntuk.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Antaranya lorong seni di Pekan Lama Bukit Melawati.

Speaker

Boleh ringkaskanlah.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Sikit je Tuan Speaker, dah nak habis dah.

Speaker

Iya.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Walaupun dataran ini sering kali menjadi tumpuan, pengunjung namun keadaan fasiliti dan landskap di situ masih kurang lagi menarik. Jadi akhir kata penutup, Yang Berhormat Speaker, Bukit Melawati sentiasa cuba membawa suara hati rakyat ke dewan yang mulia ini. Satu demi satu kemahuan dan keperluan warga Bukit Melawati dibahaskan. Demi kesejahteraan menjadi impian saya untuk melihat rakyat terutama di kawasan saya mendapat manfaat daripada belanjawan yang dibentangkan pada tahun ini. Bagi saya apalah makna menjadi juara jika rakyat terus sengsara. Saya ingin akhiri dengan dua rangkap pantun juga.

Sirih disusun siap diikat, Adat melayu penuh cermat, Negeri juara jadi matlamat, Apa jaminan rakyat selamat.

Sirih disusun pinang bertemu,

Adat Melayu penuh berbudi, Dengan izin YB Speaker, Perbahasan saya tamat di sini.

Sekian dari Bukit Melawati, terima kasih.

Speaker

Sungai Burong.

Bismillahhirahmanirohim, Assalamualaikum WBT, dan selamat sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Speaker dan seluruh ahli dewan membenarkan Sungai Burung yang teruja untuk berpatisipasi dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2026 kali ini. Sungai Burong mulakan dengan sabda Nabi SAW. (Bahasa Arab) Nabi SAW berkata kepada Muaz Ketika mengutusnya ke Yemen. Beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan zakat ke atas mereka yang diambil daripada orang kaya mereka dan dikembalikan kepada orang miskin mereka.

Tuan Speaker, belanjawan ini boleh menjadi fokus lebih berasaskan data lebih berstrategi jangka panjang. Dan sekaligus mengekalkan Selangor sebagai negeri paling kompetatif di Malaysia. Dengan mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :

Belanjawan Selangor 2026 masih berfokus lokasi sedangkan jurang sebenar dari segi pendapatan. Jurang pendapatan bukan lagi jurang bandar, luar bandar semata tapi ianya termasuk golongan D1 hingga D4. Iaitu 40% isi rumah terbawah. Yang wujud dalam kuantiti besar di Petaling, di Gombak, dan di Sepang. Bajet 2026 masih menggunakan lensa geografi seperti infrastruktur, pembangunan air, projek digital dan inisiatif metropolitan sedangkan marhein yang paling terhimpit bukan hanya duduk di luar bandar, mereka duduk di Petaling Jaya, Gombak, Sepang. Yakni kawasan paling mahal kos hidupnya.

Tuan Speaker, perhatian yang perlu diberikan perhatian kedua dalam bajet ini, Belanjawan Selangor 2026 kekal fokus kepada projek besar bernilai tinggi. Tetapi laporan menunjukkan masalah Selangor ialah agihan, bukan pertumbuhan. Walaupun pendapatan Selangor meningkat 61% dalam 10 tahun tapi majoritinya ditarik boleh ekonomi metropolis bernilai tinggi. Ia. Golongan professional boleh tapi golongan B40 dan pekerja upah rendah terus tertinggal. D1 hingga D4 atau B40 hanya menerima 21% daripada pendapatan negeri. Kita saksikan Belanjawan 2026 memberikan penekanan kepada Dark Fibre 297 juta dan semi-conductor, digitalisasi misi pelaburan luar negara dan hub teknologi. Semua ini memacu pertumbuhan, growth, dengan izin, tetapi tidak mengubah agihan. Sungai Burong tegaskan Selangor hari ini bukan kurang pertumbuhan. Selangor kurang agihan berkualiti. Sesungguhnya kita tak boleh mengurus Selangor seperti negara maju dari sudut pertumbuhan sedangkan agihan kita masih seperti negara membangun. Ini perlu digarap dalam bentuk mekanisma otomatik. Bukan projek sekali sekala. Tuan Speaker, kita juga

menyaksikan tiada polisi dividen sosial daerah. Untuk Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor atau pun utara tanahair. Tegasnya kita tidak memerlukan lebih banyak projek di luar bandar. Kita memerlukan aliran pendapatan yang konsisten. Dividen sosial daerah seperti di sarankan dalam sebuah laporan terbitan YSL itu sendiri.

Tuan Speaker dan hadirin sekalian. Perkara ketiga Belanjawan 2026 tidak mempunyai KPI yang mengukur impak kepada golongan 40% terbawah. Setiap dasar negeri seharus dan sewajarnya mengukur impak kepada golongan B40 ini. Ini dicadangkan kepada KPI utama negeri. Tuan Speaker, dalam Belanjawan Selangor 2026 tiada KPI khusus seperti peningkatan pendapatan B40 per-daerah. Mobiliti sosial. Akses pekerjaan bernilai tinggi. Peningkatan pendapatan boleh guna marhein bandar. Bajet 2026 masih fokus berapa dibelanja bukan siapa betul-betul naik pendapatan. Selagi bajet tidak ukur impak kepada golongan 40% terbawah tadi, Selangor akan terus melahirkan jurang dua kelajuan. Kita saksikan juga tumpuan peruntukan pembangunan kini lebih kepada sektor sosial sebanyak 30% kenaikan. Kenaikan 30%. Ianya baik tetapi perlu lebih disasarkan, contohnya program sokongan sewa bandar, latihan TVET berkala dan program keselamatan makanan. Bukan sekadar peningkatan peratus tanpa KPI yang jelas. Tetapkan KPI. Untuk keenam-enam tekat belanjawan, supaya rakyat dapat memantau prestasi.

Tuan Speaker, Sidang hadirin. Perhatian seterusnya dalam belanjawan ini yang keempat ialah bajet tidak menangani kerentanan isi rumah. Laporan menunjukkan 39.3% isi bergantung kepada hanya satu pencari nafkah. Atau pun pencari rezeki. Struktur pendapatan bergantung 66.8% pada gaji. Yang mana menimbulkan risiko tinggi jika berlaku kejutan ekonomi. Dapatan daripada 40% isi rumah rendah bergantung sehingga 40% pendapatan. Pada bantuan kerajaan. Bajet Selangor 2026 memperkenalkan banyak program ekonomi tetapi tidak menyediakan insentif membina aset untuk rakyat. Seperti pelaburan mikro, koperasi, dana simpanan komuniti dan lain-lain. Kebanyakkan rakyat bergantung kepada gaji plus bantuan semata. Ini adalah keadaan sistem yang tidak mampan lagi stabil. Belanjawan Selangor 2026 harus mula memindahkan rakyat daripada ekonomi bergantung gaji kepada ekonomi pemilikan asset.

Tuan Speaker. Perkara kelima yang pelru diberikan perhatian dalam Belanjawan ini ialah TVET luar bandar tidak disusun dengan sektor bernilai tinggi seperti yang dicadangkan laporan YSL mengenai satu jurang pembangunan luar bandar. Laporan mencadangkan TVET luar bandar focus kepada 4 sektor. Pertama agro teknologi. Kedua, logistik. Ketiga, e-dagang dan yang keempat IBS yakni sistem binaan berindustri. Bajet 2026 menyebut pembangunan modal insan secara umum. Tetapi tiada reka bentuk khusus TVET untuk daerah pinggiran. Oleh itu Selangor luar bandar kekal dalam pekerjaan bernilai rendah yang akhirnya melahirkan jurang pendidikan, ekonomi dan modal insan yang tidak berubah. TVET Selangor belum diposisikan mengikut struktur ekonomi daerah. Kita masih beri TVET generik. Bukan TVET bernilai tinggi.

Tuan Speaker. Perkara keenam dalam bajet yang ingin Sungai Burong tekankan ialah bajet 2026 terdapat banyak projek fizikal. Laporan membuktikan projek fizikal tidak menaikkan pendapatan luar bandar. Pembangunan fizikal luar bandar belum menaikkan perndapatan. Daerah pinggiran kekal dengan hasil rendah walaupun banyak projek telah diberikan. Pengalaman 10 tahun menunjukkan projek fizikal tidak cukup untuk menaikkan status ekonomi rakyat terbawah. Kita tidak boleh mengulangi formula lama. Bina projek, lebih jalan, lebih infrastruktur, lebih fasiliti, tanpa menolak keperluannya. Dan terus berharap pendapatan naik begitu sahaja. Data telah membuktikan ini tidak berlaku. Tuan Speaker dan sidang hadirin. Pemerhatian Sungai Burong mengenai model defisit berjumlah 430 juta dibiayai Rezab Negeri boleh diterima untuk sokongan anti kemelesetan. Tetapi memerlukan pelan yakni pelan kelaur, exit plan. Tempoh berapa lama defisit dibenarkan. Sasaran pengurangan defisit dan ukuran pengukuhan hasil bukan berasaskan tanah. Tanpa itu kita merisikokan rezab untuk pembiayaan oeprasi jangka panjang. Kita sangka merisikokan rezab untuk pembiayaan operasi jangka panjang.

Sungai Burong boleh minta sikit. Kita ada masa banyak lagi. Sikit jer saya minta. Yang Berhormat Sungai Burong terima kasih atas ruang yang diberikan. Tentang, bila sebut tentang kita berkemungkinan akan menggunakan rezab, itu pun tidak berlaku dalam beberapa tahun lepas. Berapa kali kita buat Belanjawan. Walaupun ada sekali ataupun dua kali kita buat belanja defisit tetapi kutipan kita, sasaran, kutipan kita melebihi daripada sasaran. Dan ia tidaklah mencerminkan apa yang disebut oleh Sungai Burong tadi. Saya ingat itu fakta yang telah berlaku dalam belanjawan-belanjawan yang lepas. So, apa yang disebut oleh Sungai Burong, saya ingat dia tidak berapa, dia tepat dari sudut belanja kita defisit tapi menggunakan rezab itu tidak pernah berlaku untuk beberapa tahun yang lepas.

Iya. Iya. Terima kasih, Batu Tiga. Saya menegaskan bahawa model ini tidak bertahan begitu baik pada tempoh yang dekat. Tetapi perlu jangka panjang exit plan untuk defisit ini berkurangan. Hari ataupun tahun demi tahun paling tak pun ada yang dinamakan RS2 Selangor ataupun 5 tahun sekali punya unjuran, secara jelas untuk penurunan defisit itu. Baik.

Tuan Speaker dan hadirin. Izinkan saya menyentuh isu tempatan di kawasan Sungai Burong. Isu perparitan tidak diselenggara dengan baik. Kita sedia maklum bahawa kerja penyelenggaran parit telah diserahkan oleh JPS kepada Pengerusi JPKK setiap kampung. Dan akhirnya bertujuan untuk membiayai kebajikan di kampung masing-masing. Namun terdapat juga perparitan ini diselenggara dengan sambil lewa sehingga memberi kesan kepada penanam padi dan tanaman kontan lain oleh petani. Sungai Burong mencadangkan kerja-kerja ini dipantau dengan lebih tegas oleh Penyelia Kawasan yang dipertanggungjawabkan memeriksa tahap kualiti kerja yang dijalankan. Kedua, isu pengairan

tetap menjadi mimpi ngeri bagi kebanyakkan penanam padi di Sungai Burong. Bagi petani di sawah sempadan telah ada sinar di mana telah dimulakan proses mengambilan tanah bagi tujuan tersebut. Namun di sawah Sungai Burong masih tiada tindakan lagi. Sungai Burong berharap kerja penggantian palong ini dapat disiapkan mengikut jadual. Dan dapat memberi manfaat kepada para petani di seluruh sawah padi, di utara sawah padi, di seluruh Selangor terutamanya di Sungai Burong. Ketiga, masih dalam isu pertanian padi. Para petani sering dijadikan bahan uji kaji oleh pihak yang berkenaan. Uji kaji dari baja, racun, variasi padi dan segalanya lah. Namun apa bila sesuatu formula atau kaedah telah dikenal pasti program tersebut pun ditamatkan. Petani berharap mereka terus dibimbing dan dimajukan. Satu tindakan yang berterusan perlu dirangka bagi terus membangunkan teknologi ini bagi meneruskan atau meningkatkan penghasilan untuk keterjaminan bekalan makanan di negeri ini. Keempat isu seterusnya adalah isu warga asing yang berleluasa pada mulanya mengambil upah bekerja di sawah padi dan kebun yang diusahakan oleh petani tempatan. Ya. Kini mereka telah menjadi penyewa tanah dan mengusahakan sendiri tanah-tanah tersebut. Implikasinya adalah sewa tanah telah meningkat kerana mereka menawarkan sewa yang lebih tinggi dari pada petani tempatan. Mana tidaknya, mereka tiada tanggungan lain selain sara diri di sini dan selebihnya dihantar pulang ke negara asal. Kita juga di mana teknologi pertanian, silap kita juga di mana teknologi pertanian yang agak perlahan berkembang telah mengurangkan minat olreh anak-anak muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian ini. Sungai Burong berharap kebanjiran warga asing ini dapat dikawal sebelum penghasilan beras kita dikawal oleh mereka di Selangor ini. Kelima dan terakhir, isu tempatan dan isu pertanian. Seterusnya isu tanah yang dikategorikan sebagai tanah sawah di bahagian tanah gambut. Mungkin Yang Berhormat Pandan Indah boleh mengambil perhatian. Tanah ini pada dasarnya tidak begitu sesuai bagi penanaman padi walaupun masih digazetkan tanaman padi. Ramai petani ini menukar tanpa memohon jenis tanaman kepada kepada tanaman kontan seperti sayur-sayuran daun, buah serta pelbagai tanaman kontan lagi. Namun apabila mereka menukar jenis tanaman ini mereka dinafikan dari menerima sumbangan input pertanian seperti baja dan racun sedangkan ia adalah asas dalam proses pengeluaran tanaman ini. Mereka juga menyumbang kepada produk makanan kepada negeri ini. Maka dengan ini Sungai Burong memohon supaya petani tanaman kontan ini turut diberikan perhatian sebagaimana juga petani padi di Sungai Burong tadi dengan membuat sesi libat urus. Keterlibatatan yang serius untuk menukar status tanah supaya input pertanian dapat juga di berikan kepada mereka dan keterjaminan makanan jangka Panjang di negeri Selangor dapat terjamin. Saya rasa, cukup sekadar tu sahaja perbahasan Sungai Burong pada kali ini. Semua mengambil pantau yang Panjang. Saya pendek sahaja sebab dah petang.

Ikan yu, ikan emas, Thank you very much.

Selangor deserves better. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Sementa.

Bismillahirahmannirrrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Tuan Speaker, terlebih dahulu izinkan Sementa merakamkan setinggi-setinggi penghargaan atas pembentangan Belanjawan Selangor 2026 yang bertemakan ‘Selangor Juara Rakyat Sejahtera’. Tema ini membawa aspirasi besar namun sebagai barisan Perikatan Nasional yang bertanggungjawab adalah menjadi kewajipan kami untuk menilai secara kritis dan konstruktif sejauh mana kesejahteraan yang diangkat dalam tema tersebut benar-benar dapat diterjemahkan kepada realiti hidup rakyat. Dalam semangat memperkukuh ketelusan dan memastikan manfaat belanjawan sampai ke seluruh pelosok negeri khususnya kepada rakyat marhaen izinkan saya membawa ke hadapan Dewan yang mulia ini beberapa isu yang sering disuarakan oleh penduduk di kawasan Sementa. Isu yang sering mencerminkan denyut nadi rakyat dan harapan mereka agar belanjawan ini tidak hanya menjadi dokumen aspirasi tetapi dokumen penyelesaian perkara yang pertama berkaitan tentang pelaburan dan industri baru.

Tuan Speaker, kita semua menyambut kejayaan negeri dalam menarik pelaburan bernilai RM34.65 Bilion dalam tempoh 6 bulan pertama Tahun 2025 ini yang telah melahirkan lebih 31,886 peluang pekerjaan. Inisiatif seperti Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor dan Selangor Soft Landing Programme dan membuahkan hasil yang amat memberangsangkan. Namun di luar Dewan ini suara rakyat bertanya anak Selangor dapat pekerjaan atau pun tidak? Gaji tinggi atau hanya sebagai operator biasa? Mereka tidak mempersoalkan jumlah pelaburan tetapi menagih manfaatnya. Mereka bimbang dilimpahi pelaburan teknologi tinggi tetapi hanya ditawarkan jawatan operator dengan upah yang rendah.

Justeru, saya mohon kerajaan dapat membentangkan key-performance indicator (KPI) yang jelas dan boleh diukur untuk setiap projek pelaburan ini. Berapa peratus pekerjaan yang diperuntukkan untuk anak Selangor. Berapa peratus dari padanya merupakan jawatan berpendapatan tinggi dan berapa ramai bakat masa hadapannya dibangunkan melalui pelaburan ini. Umum mengetahui Malaysia mengalami isu gaji graduan yang tidak bergerak stagnant dalam 2 dekat kebelakangan ini sebagai antara negeri termaju Sementa mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Bajet 2026 ini, untuk memulakan satu pelan jangka panjang pembangunan sumber manusia termasuklah di bidang akademik, vokasional, mahupun soft skills untuk memastikan para pelajar dan graduan negeri ini memiliki skills dan kemahiran terkini yang menepati kehendak pelabur dan syarikat. Pelan ini boleh dijayakan melalui program-program yang dijalankan bersama dengan pihak universiti, agensi, syarikat dan industri untuk memastikan pelan tersebut bersifat realistik ianya harus disandarkan kepada perbandingan dengan pelan-pelan yang telah berjaya dilaksanakan

sama ada di dalam atau pun di luar negara. Kerajaan Negeri Selangor juga telah berjaya mengadakan tamat reka bentuk litar bersepadu di Puchong dan Cyberjaya. Namun seiring dengan kemajuan ini, kita ingin mencadangkan satu bentuk kemajuan yang inclusive yang melibatkan pembangunan pusat-pusat ekonomi baharu di semua daerah di Negeri Selangor termasuklah di DUN Sementa. Ini semua ada di atas hasrat agar kemajuan ekonomi ini dapat dinikmati oleh semua anak Selangor dan limpahan pembangunan antara daerah yang lebih seimbang.

Perkara yang kedua berkaitan teknologi dan AI. Jangan tinggalkan kawasan sub urban dan luar bandar. Cita-cita Selangor untuk menjadi negeri peneraju AI adalah satu wawasan yang kami sokong. Namun sebelum kita berlari ke masa depan, kita perlu pastikan tiada seorang pun yang tercicir. Jurang dicipta di negeri ini masih besar dan nyata. Di kawasan seperti Sementa realitinya capaian internet tidak stabil lagi masih ramai pelajar belum memiliki peranti digital, guru-guru juga belum dilatih secara sistematik untuk mendepani era AI. Keluarga B40 terus ketinggalan berbanding kemudahan yang dinikmati di bandar raya. Kerajaan tidak boleh membina menara masa depan digital di atas asas yang rapuh. Oleh itu, Sementa mencadangkan:

1. Program perantis Selangor khusus untuk pelajar sekolah menengah daripada keluarga B40; 2. Latihan AI yang komprehensif yang berstruktur untuk guru-guru termasuk KAFA dan Sekolah Agama; 3. Penumbuhan hub digital sub urban di kawasan luar bandar sebagai pusat akses internet latihan dan bimbingan komuniti

Yang ketiga berkaitan tentang alam sekitar dan banjir. Tuan Speaker kerajaan menyatakan komitmen terhadap kelestarian alam. Namun di lapangan rakyat di kawasan banjir seperti di Sementa, di Bukit Kapar, di Rantau Panjang terus merintih. Rakyat sudah penat dengan kenyataan seperti projek sedang dilaksanakan, dalam kajian atau pun menunggu kelulusan bagi projek-projek seperti Rancangan Tebatan Banjir. Mereka mahupun tindakan bukannya janji justeru saya menyeru, Laporan kemajuan aktiviti dibentangkan kepada Ahli-Ahli Dewan termasuk Pembangkang setiap 4 bulan bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban. Kedua, semak semula peruntukan untuk sistem saliran peruntukan yang tidak realistik akan menghasilkan kerja yang tidak berkualiti dan rakyat yang terus akan menderita.

Tuan Speaker Sementa memohon pencerahan dan perincian tentang jawapan sidang yang lepas berkaitan isu banjir di Bukit Kapar dengan peruntukan yang disebut dalam jawapan tersebut sebanyak RM26 Juta bagaimana status terkini kerana Sementa tiada perincian tentang projek itu sehingga sekarang. Dalam masa yang sama juga, isu pencemaran air di parit utama ke Sungai Kapar Kecil di Jalan Kunci Air Kampung Perpat yang sering berlaku.

Mohon pelaporan tindakan yang telah ambil dan kenapa masih berlaku lagi? Dan yang terakhir pencemaran masih berlaku pada minggu lepas.

Perkara yang keempat masih lagi berkaitan tentang keadaan jalan yang masih belum memuaskan. Saya mengucapkan terima kasih di atas pembaikan jalan yang rosak di kawasan Sementa. Namun isu utamanya bukan sekadar pembaikan tetapi kualiti kerja kontraktor yang sering tidak memuaskan dan tidak tahan lasak. Bagi menangani isu ini, Sementa mencadangkan pelaksanaan:

1. Sistem pemantauan kontraktor - hijau, kuning, merah berdasarkan kualiti kerja masing-masing; 2. Menggantung tender selama 12 bulan kepada kontraktor yang disenaraikan yang disenaraikan merah; dan 3. Audit rawak oleh pihak ketiga ke atas kerja-kerja turapan bagi memastikan piawaian dipatuhi.

Dalam masa yang sama, mohon disegerakan pembaikan Jalan Iskandar Bukit Kapar yang telah menjadi mangsa kenderaan-kenderaan berat sebelah laluan telah mendap dua kaki dalamnya dan terpaksa ditutup laluan tersebut. Namun kenderaan berat masih rancak menggunakan..menggunakan jalan tersebut ditambah kawasan tersebut gelap dan tiada pencahayaan di waktu malam. Justeru, Sementa memohon diperbaiki segera kerana telah berlaku kemalangan di kawasan tersebut dan mohon dibuat pemasangan lampu di kawasan tersebut.

Perkara yang kelima Tuan Speaker, berkaitan tentang keselamatan makanan. Belanjawan 2026 memperuntukkan RM4.85 Juta untuk teknologi makanan dan RM9.5 Juta secara keseluruhan untuk sektor ini. Sedarkah kita Selangor bergantung hampir 70 hingga 90% kepada import makanan. Peruntukan ini walau sebaik mana pun niatnya, adalah tidak mencukupi untuk menjamin keselamatan makanan kita. Jika ekonomi global terganggu adakah kita mampu berdikari? Justeru, Sementa mencadangkan langkah yang lebih proaktif, insentif rumah hijau untuk pengusaha tempatan, program usahawan pertanian di kalangan belia sub urban untuk menarik minat generasi muda, teknologi komuniti kawasan lapang, penubuhan bank makanan dan bank benih negeri untuk jaminan bekalan asas. Pembangunan industri tidak terhad kepada bidang pengeluaran produk semata-mata bahkan bidang pertanian agro kultur, hortikultur dan sebagainya juga boleh dijadikan industri bernilai tinggi melalui pelaksanaan dasar pertanian lestari ini.

Perkara yang keenam Tuan Speaker, berkaitan tentang tekad Selangor Negeri Penyayang. Disebutkan kepada kita, pembangunan ekonomi di masa ini bukan hanya harus diukur dari angka seperti JPT tapi turut mengambil kira pembangunan modul insan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Sementa ingin membawa satu kes yang telah berlaku, pada 11 Julai

2025 seorang jururawat yang merupakan ibu tunggal maut akibat terlanggar anjing liar. Seorang jururawat yang bernama Fatimatun Zaharah Binti Ismail Kamel 44 tahun cedera parah dalam satu kejadian tragis apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor anjing liar yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Merbau Kampung Perpat pada 11 Julai 2025 dan telah meninggal dunia di Hospital pada 13 Julai 2025 selang dua (2) hari. Arwah yang bertugas di Klinik Desa Kampung Sementa, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Lebih menyayat hati, arwah merupakan seorang ibu tunggal kepada empat (4) orang anak dan jenazah telah selamat disemadikan di kampung halamannya di Felda Chinni, Pekan Pahang. Kejadian ini mengundang kemarahan penduduk yang sudah lama menzahirkan kebimbangan terhadap ancaman anjing liar yang berkeliaran di kawasan kampung dan di jalan utama. Khususnya sekitar Kampung Perpat, Kampung Sementa dan kawasan persekitarannya. Beberapa penduduk mendakwa telah berulang kali membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan namun, tiada tindakan yang tuntas yang diambil. Kejadian ini membuktikan isu anjing liar bukan sahaja isu kecil tetapi ancaman keselamatan awam yang meragut nyawa. Isu anjing liar bukan perkara baru aduan telah dikemukakan secara berulang kali di pelbagai forum termasuk dalam Sidang Dewan ini beberapa kali. Sikap menunggu tragedi untuk bertindak tidak bertanggungjawab kejadian kematian seorang jururawat hanya menjadi pemangkin selepas nyawa terkorban. Ini mencerminkan kegagalan prinsip tadbir urus proaktif dan pencegahan. Maka, beberapa cadangan daripada Sementa:

1. Semua 12 PBT perlu memaparkan data bulanan yang seragam jumlah aduan tangkapan kecederaan TNR dan KPI ini penting bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan tindakan di peringkat negeri; 2. Pelaksanaan TNR secara berfasa di kawasan hot spot seperti daerah Klang lengkap dengan mikrocip vaksin serta kerjasama dengan NGO dan Klinik Veterinar pemantauan kepada aduan dilakukan lebih kerap lagi; 3. Penguatkuasaan pemilikan yang lebih bertanggungjawab, audit lesen anjing, tindakan terhadap pemilik yang membiarkan anjing berkeliaran di kawasan larangan bagi mengelakkan insiden serangan berulang lagi; 4. Menjelaskan kepada rakyat bahawa pendekatan negeri mengekalkan dua (2) aspek: i) keselamatan awam ii) kebajikan haiwan sekali gus mengelakkan salah faham terhadap operasi di peringkat PBT nanti.

Yang seterusnya Tuan Speaker sedikit tentang Skim Ceria. Mohon disemak dan dibantu flat Taman Seri Sementa yang telah menghadapi kerosakan teruk pada bumbung, pada blok 5, 6 dan 8, mohon agar diberikan perhatian dan pembaikan. Dan untuk akhirnya Tuan Speaker, saya ingin membacakan satu ayat Allah swt. (bacaan ayat Al-Quran dibaca) “Dan janganlah kamu makan atau pun mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu yakni memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan

berbuat dosa pada hal kamu mengetahui akan salahnya”. Tuan Speaker, Belanjawan bukan untuk dibaca indah di Dewan ini semata-mata, ia adalah hisab dan amanah kita semua akan ditanya bukan hanya oleh rakyat tetapi oleh Allah SWT. Dan untuk akhirnya serangkap pantun serta rakan-rakan yang lain.

Ke bendang jalan perlahan, Langit cerah tiada berawan, Perbahasan biar penuh kesedaran, Dalam negeri mesti tepat sasaran.

Sekian terima kasih daripada Sementa.

Speaker

Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada Balakong untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2026. Balakong ingin menumpukan perhatian kepada inisiatif SPEED Selangor yang diperkenalkan sebagai pemaju baru, reformasi pentadbiran Negeri. Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan proses kelulusan, mengurangkan kerenah birokrasi serta seragamkan tatacara supaya Selangor menawarkan satu persekitaran yang benar-benar mesra pelabur serta mesra perniagaan. Realiti di lapangan buat masa sekarang menunjukkan bahawa peningkatan kecekapan masih belum dirasai secara menyeluruh. Kelajuan permohonan masih berbeza antara jabatan, tempoh kelulusan juga tidak seragam. Ketidaktentuan inilah yang sering menjadi rungutan IKS tempatan mahupun para pelabur. Oleh itu Balakong melihat SPEED Selangor tidak boleh kekal terhad kepada sektor tertentu atau proses yang terpilih sahaja. Jika kita benar-benar ingin melahirkan persekitaran business friendly dan meningkatkan pelaburan, pendekatan ini mesti diperluas secara menyeluruh ke semua peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri meliputi semua jabatan serta unit-unit teknikal dan perkhidmatan yang bersentuhan langsung dengan pelabur dan komuniti industri.

Tuan Speaker, pelabur menilai kecekapan Kerajaan melalui proses keseluruhan rantaian urusan mereka daripada hal ehwal tanah kebenaran merancang, pelesenan sehingga ke isu-isu operasi seperti utiliti, pembangunan dan penguatkuasaan. Jadi kita mesti memastikan proses yang dialami sepanjang urusan ini pantas, konsisten dan seragam tanpa jurang antara agensi. Oleh itu untuk menjadikan SPEED Selangor benar-benar berkesan, Kerajaan Negeri perlu menetapkan satu SOP atau pun KPI yang jelas dan kukuh. Ini termasuk penetapan tempoh pemprosesan seperti 3 hari, 7 hari atau 14 hari bekerja bergantung pada kategori permohonan. Prosedur yang diselaraskan antara jabatan dan kejelasan tanggungjawab pegawai yang memproses dengan adanya SOP yang seragam, pelabur boleh membuat perancangan dengan tepat manakala jabatan pula mempunyai kayu ukur prestasi yang boleh dipertanggungjawabkan. Dalam konteks ekonomi ketetapan masa adalah kos, kelulusan

yang lambat bukan sahaja merencatkan projek tetapi menjejaskan imej Kerajaan Negeri serta kutipan hasil. Untuk itu, Balakong mencadangkan supaya diwujudkan dash board pemantauan real time atau pun masa yang nyata yang boleh diakses untuk mengetahui kadar pematuhan SOP setiap agensi serta masa pemprosesan sebenar serta jumlah permohonan yang tertunggak.

Tuan Speaker, inisiatif SPEED Selangor bukan sahaja soal mempercepatkan permohonan tetapi juga soal menetapkan standard pentadbiran yang kondusif kepada pelaburan. Negeri yang cekap akan menarik pelabur berkualiti tinggi mendorong pertumbuhan ekonomi dan secara langsung meningkatkan hasil negeri. Oleh itu, Balakong mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperluaskan SPEED Selangor ke seluruh ekosistem pentadbiran di Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, Balakong ingin menarik perhatian Dewan kepada satu kelompok masyarakat yang sering terpinggir dalam perbincangan arus perdana iaitu anak-anak istimewa khususnya mereka dalam spektrum autisme dan mempunyai masalah pembelajaran. Menurut data JKM Selangor, sehingga Oktober tahun ini terdapat sebanyak 147,794 orang kurang upaya (OKU) berdaftar di negeri ini. Daripada jumlah tersebut sebanyak 54,667 adalah OKU yang mempunyai masalah pembelajaran dan daripada kategori ini pula seramai 17,794 orang bersamaan dengan 32.5% merupakan individu autisme. Angka ini bukan kecil dan ia menuntut perhatian serius kita dalam merangka dasar yang benar-benar inklusif. Balakong amat menghargai komitmen Kerajaan Negeri melalui Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) yang telah menyediakan bantuan kewangan malah menawarkan pelbagai bentuk sokongan termasuk terapi program intervensi awal hinggalah khidmat pemerkasaan ibu bapa. Ini adalah langkah progresif yang perlu diperkukuhkan. Namun Tuan Speaker, realiti di lapangan menunjukkan masih banyak ruang yang harus kita tambah baik. Pertama banyak sekolah masih berdepan kekurangan kemudahan untuk mengurus pembelajaran murid autisme dan masalah pembelajaran. Ramai guru telah berusaha sedaya upaya tetapi mereka dibataskan dengan ketiadaan ruang pembelajaran khas, peralatan sensory dan bahan bantuan mengajar yang sesuai.

Sehubungan dengan itu, Balakong mencadangkan agar Kerajaan Negeri turut menyalurkan peruntukan khusus untuk menaik taraf atau mewujudkan bilik pendidikan khas sekolah terpilih. Ini termasuk sensory room, peralatan khusus serta ruang intervensi yang selamat dan kondusif. Walaupun pendidikan adalah bidang persekutuan namun Balakong melihat Kerajaan Negeri tetap boleh memainkan peranan melengkapkan jurang demi memastikan murid-murid istimewa ini tidak tercicir. Kedua, isu akses kepada kemudahan awam, ibu bapa anak istimewa sering menghadapi cabaran apabila mereka membawa anak mereka ke taman permainan, ke perpustakaan atau pun ruang rekreasi. Banyak kemudahan hari ini tidak mengambil kira keperluan mereka sehingga menyebabkan anak-anak ini sukar menikmati riadah seperti anak-anak kita. Maka Balakong mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri

mengubah satu set garis panduan untuk dijadikan rujukan oleh PBT serta pengendali-pengendali kemudahan awam lalu menjadikan Selangor benar-benar inklusif. Tuan Speaker, kemampuan anak-anak istimewa untuk berkembang bukan hanya bergantung pada terapi atau pendidikan tetapi bergantung pada persekitaran masyarakat yang memahami dan memudahkan mereka. Selangor sebagai negeri maju harus menerajui dengan dasar yang bukan saja memperkasakan golongan istimewa tetapi juga mengangkat maruah mereka sebagai sebahagian daripada komuniti kita. Dengan langkah-langkah ini Balakong yakin Selangor boleh menjadi contoh dalam menyediakan persekitaran pembelajaran dan kehidupan yang inklusif kepada setiap anak istimewa.

Akhir sekali Balakong ingin menyentuh satu lagi perkara penting dalam Belanjawan Selangor Tahun 2026 iaitu dasar kandungan tempatan. Satu dasar yang bertujuan memastikan limpahan ekonomi daripada pembangunan negeri benar-benar kembali kepada rakyat Selangor khususnya IKS yang menjadi tulang belakang ekonomi negeri. Di sebalik angka pelaburan berbilion ringgit yang kita raikan, suara kebimbangan daripada pengusaha IKS juga semakin kedengaran. Mereka mula bimbang terhadap persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat pelaburan asing, kos operasi yang semakin meningkat serta akses yang terhad kepada rantaian bekalan akibat di dominasi oleh pelaburan asing. Jika kita tidak mengambil tindakan proaktif, saya khuatir pengusaha IKS akan berakhir dengan pemerhati sahaja dan bukan pemain utama dalam ekonomi negeri. Oleh itu, Balakong memihak dasar kandungan tempatan ini harus diteliti dan ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut keperluan termasuk memperluaskan dasar kandungan tempatan merentasi lebih banyak sektor ekonomi supaya ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Tuan Speaker, kita hendakkan aliran FBI yang membantu dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan penciptaan peluang pekerjaan, perniagaan dan industri baru tetapi ia hanya menjadi mampan sekiranya peralihan teknologi turut berlaku lalu meningkatkan keupayaan Malaysia untuk mencipta teknologi tersendiri dalam jangka masa panjang. Kita perlu ada satu pendekatan yang seimbang dengan menggalakkan inovasi domestik tatkala menarik FBI secara strategik. Maka dasar kandungan tempatan mesti berjalan seiring dengan peningkatan kapasiti dan keupayaan pengusaha domestik supaya industri tempatan bersedia memenuhi standard global, menepati spesifikasi industri serta mempunyai keupayaan teknologi untuk bersaing secara sihat. Jika kapasiti ini tidak dapat dikukuhkan dan ditingkatkan, dasar kandungan tempatan tidak akan mencapai sasaran kerana pembekal tempatan tidak bersedia mengisi ruang yang diwujudkan. Di samping menetapkan sasaran penyertaan minimum pengusaha tempatan dalam projek strategik tertentu, mekanisme yang jelas seperti syarat penyertaan pengusaha tempatan keutamaan dalam proses perolehan serta insentif yang mendorong pelabur untuk memilih pembekal tempatan harus diteliti. Oleh itu Kerajaan Negeri perlu menginstitusikan dialog berkala antara Kerajaan, pelabur serta pemain industri kerana mereka inilah yang mempunyai maklumat yang paling tepat mengenai cabaran rantaian bekalan. Kekangan tenaga pekerja serta kerjasama yang memberi manfaat

dua hala. Dasar yang dibangunkan mestilah mencerminkan realiti lapangan dan keperluan industri. Kita mahu Selangor harus menjadi destinasi pelabur yang utama di negara ini. Tetapi pada masa yang sama kita mesti memastikan rakyat Selangor dan IKS tempatan tidak menjadi penumpang dalam arus pembangunan ekonomi dengan dasar kandungan tempatan yang lebih inklusif tegas dan jelas dan responsif terhadap suara industri, Balakong yakin Selangor bukan sahaja menarik pelaburan tetapi akan membina kekuatan ekonominya berasaskan keupayaan rakyat sendiri. Sekian saja daripada saya Balakong, menyokong.

Speaker

Ada ADN lagi yang hendak menyampaikan ucapan atau pun berbahas? Tidak ada, jadi dengan ini saya menjemput siapa yang boleh, siapa yang hendak menyampaikan ucapan, ada lagi? Meru.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Kita Selangor Maju Bersama, salam rahmat untuk semua. Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi saya peluang di penghujung sidang pada hari ini untuk membahaskan ucapan atau pun pembentangan Belanjawan Bajet 2026 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2026. Sudah tentu kejayaan ini didukung oleh penjawat awam yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang komited dalam melaksanakan tugas dan juga terima kasih juga kepada semua penjawat awam di Negeri Selangor. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran di mana melalui usaha dan juga tindakan-tindakan yang mereka ambil. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil, Sungai Kapar Besar telah dimulakan ya, khususnya di DUN Meru yang nampaknya berlaku kalau hujan lebat tidaklah seperti mana yang lepas-lepas, cepatnya air naik di kawasan Meru khususnya. Dan juga terima kasih kepada Kerajaan melalui MBI yang menyumbang kepada mangsa ribut di Meru sebanyak RM50 ribu dan di sekolah-sekolah yang dilanda ribut iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Terima kasih sekali lagi. Seperkara lagi saya baru dapat maklumat tentang pernah saya bawa projek sakit ataupun projek terbengkalai di Taman Kencana Meru yang hari ini saya dapat maklumat daripada wakil penduduk bahawa projek infra telah siap yang baru diumumkan oleh EXCO Perumahan bahawa penduduk gembira menyampaikan berita ini kepada saya yang mana EXCO telah mengambil tindakan yang cepat sebenarnya beberapa bulan sahaja yang projek sakit dan CF ataupun CCC mereka dapat mereka akan pindah ke rumah mereka.

Tuan Speaker saya percaya bahawa angka-angka yang disebutkan dalam pembentangan Belanjawan baru ini bukan hanya sekadar laporan kewangan lebih daripada itu ialah gambaran keberkesanan dasar ketepatan strategi fiskal dan komitmen Kerajaan Negeri dalam membina negeri dan mencipta masa depan yang lebih sejahtera untuk rakyat. Kita

berbangga kerana Selangor kekal menjadi pemacu kepada ekonomi Negara dengan mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang utama kepada KDNK Malaysia. Alhamdulillah Kerajaan Negeri juga berjaya mencapai prestasi kutipan hasil Negeri yang memberangsangkan iaitu sebanyak 106.17% iaitu melebihi daripada sasaran. Pembangkang boleh kritik, boleh kata apa sahaja, boleh memberi pandangan namun realitinya Selangor tetap ke hadapan terkehadapan berbanding Negeri-negeri lain dalam tadbir urus khusus di sektor ekonomi dan menambahkan pendapatan Negeri berbanding Negeri-negeri lain. Alhamdulillah sehingga hari ini Selangor tidak pernah meminta-minta sama ada bayaran BKK atau bonus ataupun gaji Penjawat Awam Negeri. Alhamdulillah. Malah Selangor Negeri tertinggi pemberian BKK atau Bantuan Khas Kerajaan iaitu bonus tahun ini walaupun tidak diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini tertinggal tetapi bonus tahun ini paling tinggi iaitu 3 bulan gaji. Terima kasih Yang Berhormat MB Selangor.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Meru boleh?

Tidak apa esok saya boleh bahas.

Speaker

Meru bagi atau tidak bagi?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pemberian BKK ini bukan perkara baru. Ketika Hulu Kelang menjadi Menteri Besar pun kita bagi 3 bulan dan kita bayar pada tahun kewangan sama tetapi kali ini dalam Belanjawan lupa hendak umumkan maknanya tidak bersungguh-sungguh untuk memberikan pengiktirafan kepada pegawai-pegawai Kerajaan.

Sudah cukup Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tadi dah bagi ruang.

Setakat itu sahaja.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi saya hendak nyatakan di sini.

Sebenarnya saya hendak bahas esok. Cukuplah Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Maknanya kalau betul Belanjawan itu lengkap, sempurna ada keikhlasan, ada kejujuran umum dalam Belanjawan ini supaya kita boleh bahas kalau umum di luar macam mana kita hendak bahas dalam Dewan. Mengapa hendak disorok-sorok. Jangan ikut perangai Sekinchan semua hendak letak bawah OSC itu tidak betul itu ini bukan.

Suprise. Jadi yang pentingnya.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ini sangkaan jahat perkara 36.

Speaker

Apa masalahnya?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Apa masalahnya?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Hulu Kelang kata Sekinchan hendak sorok bawah OSC ini tuduhan jahat. Apa yang saya sorok tidak ada sorok, ini tuduhan jahat tarik balik baru saya duduk.

Speaker

Hulu Kelang tarik balik.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sangkaan jahat. Petang-petang janganlah sangkaan jahat. Semalam kata sangkaan baik tiba-tiba jahat pula malam ini hendak meeting Bersatu hendak jadi berdua malam ini jadi jangan buat sangkaan jahat.

Speaker

Baik Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tarik balik dulu. Tapi penting prinsip masuk karpet OSC, lailahaillallah tidak boleh dengan izin (bahasa asing).

Speaker

Baik.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Guna bahasa kebangsaan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tarik balik, dengan izin. (bahasa asing) sebab petang ini orang dah mengantuk kita cakap jawa biar orang bangun. Tuan Speaker kena tegas Tuan Speaker, kena tarik balik.

Speaker

Ada permintaan di situ.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sabar.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya sudah guna Peraturan Tetap jadi tarik balik. Tarik balik baru saya duduk sebab tidak boleh macam itu.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Guna Peraturan Tetap mintalah panduan Speaker.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya minta tuan Speaker.

Speaker

Saya telah pun mendengar permintaan Yang Berhormat Sekinchan jadi jika tidak ada perkara.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya duduk tidak apa tapi dia kena tarik balik.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti Tuan Speaker akan dengar penjelasan saya dulu.

Speaker

Ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih tuan Speaker. Inilah Speaker yang budiman.

Speaker

Apa dia? Tapi kena cepatlah.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebab Speaker memahami peraturan. Soalan ini bukan pada petang ini dalam perbahasan saya, saya sudah bertanya kepada Sekinchan apakah benar konsesi.

Speaker

Tapi Yang Berhormat kita kena ingat ini adalah floor Meru

Sekarang ini siapa pembahas Hulu Kelang ke Meru pembahas?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Meru tidak bersedia tadi semua ini last minute.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang dalam perbahasan. Semua dengar.

Cukuplah tu kita tahu. Cukup. Saya ada 9 minit lagi.

Speaker

Meru duduk. Saya hendak cakap sekarang ini adalah floor Meru tetapi kalau Hulu Kelang diberi laluan untuk penjelasan dalam perkara proses tersebut ada disebut perkara tidak betul yang melibatkan Sekinchan dan sekarang ini Sekinchan minta tarik

balik saya rasa perbetulkan dan tarik balik sekiranya ada. Ucapan yang saya rasa setakat ingatan saya berkaitan dengan BKK tidak ada kaitan dengan Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sekinchan tidak sorok BKK. BKK untuk semua seluruh kakitangan Kerajaan Negeri tak kan kita nak sorok. Betul tak? Jadi tarik balik Hulu Kelang.

Speaker

Tidak ada apa yang disorok jadi saya rasa nasihat saya kepada Hulu Kelang sila tarik balik dan kita move on dengan Meru.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Jadi tarik balik Hulu Kelang sebagai politician; yang senior yang hendak menjadi President Bersatu. Saya doakan mungkin.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu sangkaan jahat. Tarik balik.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Seandainya hendak jadi. Kan saya kata seandainya.

Speaker

Tidak apa Yang Berhormat semuanya duduk. Itu bukan satu sangkaan jahat itu adalah doa ataupun. Tidak apa, Hulu Kelang. Itu tidak ada. Yang Berhormat Hulu Kelang saya rasa tidak ada. Sila duduk saya rasa tidak ada. Perkara-perkara ini telah dibincangkan dan juga telah dibahaskan. Tidak apa.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Hulu Kelang boleh lah menang. Hulu Kelang bolehlah jadi President sebab kewibawaan dan kehebatan luar biasa.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Alhamdulillah.

Speaker

Bagi saya tidak ada.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Luar biasa jadi saya doakan bertanding menang jangan masuk pintu belakang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Cakap lah doa.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya doakan (bahasa asing) sangkaan baik tu. Yang tadi masuk ke karpet OSC tu tarik balik dulu.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tidak ada sebut pun masuk karpet.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Bukan OSC.

Speaker

OSC.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Speaker kena tegas Speaker.

Speaker

Hulu Kelang saya minta tarik balik.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tarik balik dahulu.

Speaker

Kita perlu tarik balik.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebelum saya tarik balik saya hendak beri penjelasan. Duduklah bila saya beri penjelasan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tidak ada duduk, dari tadi Ketua Pembangkang tidak duduk pun saya sudah duduk 1 kali saya sudah perhatikan you tidak adil. Tuan Speaker dia tidak duduk, dia duduk saya duduk.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ok saya duduk.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya pun duduk.

Speaker

Ok baiklah macam mana sekarang ini?

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Meru teruskan.

Ya, saya ada 5 minit. Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker dia belum tarik balik.

Speaker

Hulu Kelang kita teruskan dan kita move on.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Perkara ini belum selesai kena tarik balik dahulu.

Speaker

Bukan kuasa Sekinchan tu. Ok baik saya dengar.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker tadi Speaker bagi ruang kepada saya untuk beri penjelasan. Duduk.

Speaker

Tapi jangan panjang-panjang sangat masa kesuntukan ini masa Meru.

Speaker

Saya kena tambah masa.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Meru memang buang masa pun.

Hulu Kelang.

Speaker

Jangan. Setiap orang ada masa yang mencukupi jadi Yang Berhormat Hulu Kelang ringkaskan, saya dengar.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya ingin jelaskan, betul BKK tidak ada kaitan dengan Sekinchan. BKK tidak ada kaitan dengan Sekinchan saya hanya sebut jangan jadi macam Sekinchan saya tidak kata BKK itu di bawah portfolio Sekinchan. Tunggulah saya bagi penjelasan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tidak boleh terima itu putar belit putar alam.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu sangkaan jahat ini 36(6).

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Itu putar alam. Perikatan Nasional.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya bercakap dengan baik, dengan hormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker Perikatan Nasional jangan putar.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini sangkaan jahat lagi.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Jangan putar.

Speaker

Baik Yang Berhormat Hulu Kelang teruskan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kalau tarik balik senang, saya tarik balik macam tu pun tidak tahu ayat macam tu pun susah ke? Jadi Ketua Pembangkang kena standard la sikit

kalau silap tersilap tuduh tarik balik kalau tarik balik saya tersilap tuduh Sekinchan tarik balik mudah sahaja kerana pemimpin berjiwa besar hendak jadi Perdana Menteri macam itu ke? Kalau macam itu kena belajar lagi.

Speaker

Baik cukup.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

(Bahasa asing) orang jawa kata (bahasa asing) Sekinchan tidak ada jiwa untuk jadi Perdana Menteri jadi tidak ada macam itu. Tarik balik la saya pun penat la.

Tuan Speaker.

Speaker

Ya.

Saya mohon tambahan masa esok pagi sebab bukan sahaja Hulu Kelang

Speaker

Ya, saya akan tabah masa tapi macam mana sekarang ini Hulu Kelang saya cadangkan tarik balik dan move on lah kalau tidak masa akan berjalan.

Cukup-cukuplah Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker beri lah saya ruang untuk beri perjelaskan.

Speaker

Nanti tergantung jadi apa yang hendak disambung.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

BKK bukan bidang kuasa Sekinchan Cuma bila disebut BKK saya beri penjelasan ketika saya diberi mandat menjadi Menteri Besar 3 bulan ini pun saya sudah beri pada tahun yang sama berbeza dengan pentadbiran hari ini ketika membentangkan Belanjawan saya menyebut perkara ini tidak dibentangkan di dalam Dewan sedangkan ia melibatkan satu kos yang amat besar Meru mestilah dibentangkan dalam Belanjawan supaya kita boleh bahas bukan soal kita setuju tidak setuju. Saya antara pimpinan yang mendukung Penjawat Awam inilah Penjawat Awam yang baik di Negeri Selangor tetapi kalau hendak memberi.

Sudah lah banyak lagi ni tidak payah explain kita tahu.

Meru, bagi teks ucapan kepada Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang boleh terus sambung.

Tak payah explain macam Menteri Besar juga.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sepatutnya beri lah pengiktirafan kepada Pegawai Kerajaan di dalam Dewan itu tanda kita hormat kepada Dato’ SUK, kita hormat kepada Dato PWN dan kita hormat kepada Ketua-ketua Jabatan. Jadi saya kata janganlah sorok itu sahaja seperti Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Itu yang tidak boleh tu.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sekejap dengar dulu.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Itu kena tarik balik.

Speaker

Yang Berhormat saya hendak Yang Berhormat habiskan dahulu.

(Dewan Riuh)

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker semalam dalam perbahasan saya semalam saya ada bangkitkan soal konsesi.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Itu semalam tapi ini hari ini saya akan jawab kemudian. Jangan putar. Sekarang kaitkan BKK dengan Sekinchan dan OSC sila tarik balik.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini contoh kenapa letak konsesi parking di bawah OSC. Itu contoh.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Itu bukan contoh, contoh lain tarik balik itu semalam tapi yang ini hari ini.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang akan tarik balik tapi dia ada hujah dia kita kena dengar dan dia akan tarik balik.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tidak dia pusing dia tidak tarik balik. Ini buang masa Speaker kita kena tegas.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Masa telah menunjukkan tepat 6.30 petang jadi kita tangguhkan.

Speaker

Saya minta Yang Berhormat terus kepada perkara ini.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya minta Hulu Kelang gentleman la sikit kalau tidak betul sudah tersalah tuduh tarik balik macam tu redha lah kalau macam itu ada chance baru sikit jadi Perdana Menteri kena jiwa kena besar macam lautan cina selatan ini macam Parit 9 Sekinchan macam mana nak jadi Perdana Menteri jauh lagi lah kalau macam tu no chance lah Sekinchan bagi chance pun tidak ada chance lah. Jadi kena tarik balik saya doakan yang terbaik kalu tidak tarik balik no chance lah. Kalau kita sahabat kita kasi chance ini no chance lah. Tidak apalah dia tidak mahu tarik balik kita kasi selesai lah selesai hari ini kita puas hati Tuan Speaker ini kawan lama jadi macam itu. Kawan tetap kawan, lawan tetap lawan.

Speaker

Esok kita akan sambung semua tentang perkara ini dan Yang Berhormat Meru akan diberi masa 15 minit lagi untuk meneruskan ucapan kalau tidak membazirlah.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sekinchan ajak berbahas sudah lama tidak berbahas.

Terima kasih Hulu Kelang.

Speaker

Sekinchan sudah siap sedia untuk gulung saya tahu dia sentiasa bersedia. Terima kasih Yang Berhormat semua jam sudah menunjukkan 6.30 petang jadi Dewan ini ditangguhkan ke pukul 10.00 pagi, 19 November 2025, rabu. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)