Selangor · 19 November 2025
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 214 turns · 41,629 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 19 November 2025 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa (Doa dibacakan) .
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat ; i. Kertas Mesyuarat Bilangan 49 tahun 2025 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) berhubung Projek Pembangunan Datum Jelatik.
ii. Kertas Mesyuarat Bil.50 Tahun 2025
-Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita Serta Kesejahteraan Hidup (JPK-SEJAHTERA) berhubung Skim Smart Sewa di Negeri Selangor.
iii. Kertas Mesyuarat Bil. 51 Tahun 2025
-Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita Serta Kesejahteraan Hidup (JPK-SEJAHTERA) berhubung Dasar Perumahan Negeri Selangor
Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya, Pertanyaan-Pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi semua.
Dewan Negeri Selangor pada pagi ini ingin mengalu-alukan kehadiran pelawat-pelawat berikut ke Persidangan Dewan Negeri Selangor:
i. Pergerak Belia Selangor (MPKj) Zon 6 dan Perwakilan Mahasiswa Cina UKM seramai 27 orang yang diketuai oleh Encik Yi Cheah Jung dan diaturkan oleh Encik Lim Kai Tsen Joshua.
ii. Pergerak Belia Selangor (MBDK) N42B seramai 10 orang yang diketuai oleh Cik Siti Norfatimah binti Maarof dan diaturkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru.
Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor.
Kita teruskan Urusan Mesyuarat kita pada hari ini bagi pertanyaan-pertanyaan lisan yang akan dijawab oleh Yang Berhormat EXCO. Kajang.
Terima kasih Tuan Speaker. Perikatan Nasional sekarang sudah tidak selaras. Soalan Kajang nombor 18.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Sukma Selangor 2026Questions
18. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk penganjuran SUKMA Selangor 2026 ini?
b)
Sila berikan senarai tugas pihak PBT yang terlibat dalam SUKMA Selangor 2026.
Early morning dah provokasi ya?
Baik terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mohon izin untuk menjawab soalan nombor 18 bersekali dengan soalan nombor 55 dan nombor 113 kerana melibatkan skop topik yang sama.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Persiapan Sukma 2026Questions
55. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status persiapan Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah SUKMA 2026 dan bagaimana Kerajaan Negeri dapat mengoptimumkan perbelanjaan bagi menjamin kejuaraan Negeri Selangor?
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 113. Sukma 2026Questions
113. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan sekurang-kurangnya 30% sukarelawan dan 20% pegawai teknikal wanita dalam SUKMA 2026?
b)
Adakah inisiatif khas digerakkan bersama agensi negeri?
c)
Bagaimana kerajaan memastikan penyertaan wanita ini bersifat aktif dan bermakna?
Bagi menjayakan pelaksanaan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, kos keseluruhan perbelanjaan penganjuran dianggarkan berjumlah RM250 juta. Ianya melibatkan kos dari Aspek Pengurusan Sekretariat, Persediaan Atlet, Penyediaan Teknikal, Peralatan, Kelengkapan Pertandingan, Perkampungan Sukan, Makan Minum, Sistem Teknologi, Sistem ICT, Logistik, Pengangkutan, Media, Protokol, Cenderamata, Keselamatan, Kecemasan, Doping, Majlis Pembukaan Dan Penutupan Rasmi, Pertandingan Golf VIP, Pelancaran Temasya, Larian Obor dan Infrastruktur Pertandingan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta kepada sekretariat SUKMA bagi menguruskan pelaksanaan penganjuran temasya SUKMA 2026. Untuk menampung kos penganjuran yang tinggi ini, Kerajaan Negeri Selangor percaya akan ada penajaan dari syarikat agensi-agensi Kerajaan Negeri mahupun swasta yang akan turut serta membantu dalam pelaksanaan penganjuran temasya SUKMA 2026.
Dalam memastikan pelaksanaan penganjuran SUKMA, semua agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan terlibat secara langsung. Antara agensi penting adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Pejabat Daerah Dan Tanah.
Antara peranan penting di bawah pihak PBT adalah seperti berikut:
i. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kemudahan infrastruktur seperti dewan atau kompleks sukan di bawah seliaan mereka dan dijadikan sebagai venue pertandingan dan berada di dalam keadaan sedia untuk digunakan. Ia termasuk membiayai kos sama ada baik pulih mahupun naik taraf kemudahan-kemudahan tersebut.
ii. Penglibatan PBT di dalam program “Bapak Angkat” SUKMA juga melibatkan 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Kejohanan SUKMA akan datang. Ini akan membantu menyediakan keperluan pasukan mengikut kesesuaian sebelum mahupun semasa temasya SUKMA berlangsung.
iii. Membantu menyediakan kemudahan logistik kepada Kontinjen SUKMA Negeri Selangor. Dalam memastikan pelaksanaan penganjuran SUKMA 2026 dapat dijalankan dengan baik, sebuah sekretariat SUKMA telah dibentuk bagi memastikan kelancaran temasya. Sekretariat telah mengenal pasti venue-venue pertandingan sebagai infrastruktur sukan yang akan digunakan sepanjang kejohanan berlangsung. Tiada keperluan untuk membina infrastruktur baharu dan ia hanya akan dinaik taraf atau diperbaiki bagi memastikan ia mengikut standard yang telah ditetapkan. Ini dilihat lebih efisien dari segi penjimatan kos di samping dapat mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan Negeri. Program Pembangunan Sukan juga merupakan satu proses yang panjang bagi melahirkan seseorang atlet dan pasukan yang terbaik. Ia memerlukan komitmen yang berterusan dan berkekalan dari pelbagai sudut. Tanggungjawab dalam menyediakan atlet perlu dilaksanakan bukan hanya kepada satu-satu pihak sahaja dan ia perlu dilaksanakan secara kerjasama di antara pihak yang berkepentingan di dalam sukan untuk mengoptimumkan perbelanjaan antaranya melalui bekerjasama dengan pihak PBT yang mempunyai kemudahan infrastruktur sukan dan juga bagi tujuan kegunaan latihan mahupun kejohanan.
Selain dari pada itu, pihak Majlis Sukan Negeri juga turut bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang merupakan agensi penting dalam menguruskan atlet-atlet yang masih bersekolah mahupun tenaga kejurulatihan di kalangan para guru, tenaga pengajar, serta anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri yang mampu menyediakan potensi penajaan dalam membantu memperkasakan Program Pembangunan Sukan. Peranan wanita akan turut diberikan ruang dan peluang menerusi lantikan jawatan utama seperti Pengurus Pertandingan, Ketua Delegasi Teknikal, Timbalan Ketua Delegasi Teknikal dan Pegawai Teknikal Kanan dalam penganjuran temasya SUKMA yang akan datang. Ia juga mengambil saranan yang telah diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan kepada ketetapan yang dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan yang bersetuju, pertama, sekurang-kurangnya penglibatan 20% pegawai teknikal adalah wanita. Kedua, sekurang-kurangnya 30% dari sukarelawan yang dilantik terdiri daripada sukarelawan wanita.
Antara langkah-langkah atau pun inisiatif yang diambil oleh Pihak Sekretariat SUKMA adalah seperti berikut:
i. Menjalankan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Sukan Negara, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan di sembilan (9) Daerah, Institusi Pengajian Awam dan Swasta, Pasukan Selangor Volunteer dan Selangor Youth Comunity, Pasukan Team Selangor, Persatuan-Persatuan Sukan Negeri serta agensi-agensi berkaitan bagi mengenal pasti calon-calon wanita yang berpotensi dan berpengalaman untuk dilatih sebagai pegawai teknikal.
ii. Kempen Promosi Penyertaan Wanita akan digerakkan melalui media sosial Selangor 2026. Berikut merupakan adalah program yang telah disertai oleh sekretariat Selangor yang melibatkan promosi untuk mendapatkan sukarelawan Konvensyen Belia Selangor dan Asian Sport Industry Expo 2025.
Untuk makluman Dewan sehingga hari ini 812 sukarelawan SUKMA telah didaftarkan dan daripada jumlah tersebut seramai 336 orang sukarelawan adalah daripada jantina lelaki manakala 476 orang sukarelawan adalah daripada kategori jantina wanita. Dalam memastikan keterlibatan golongan wanita dalam aktiviti kesukarelawanan ini akan terus digalakkan dan diberikan kesaksamaan bagi menyertai program-program melibatkan sukarelawan di peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Selain itu Pengenalan Latihan Sukarelawan Berstruktur mahupun Penggredan boleh diterapkan agar anggota sukarelawan akan mempertingkatkan atau memperkukuhkan lagi kemahiran dan kesiapsiagaan mereka di peringkat lebih tinggi.
Tiada soalan tambahan ya?
Seterusnya, Kampung Tunku.
Tuan Speaker, mohon guna Peraturan 24 (2) untuk ambil soalan.
Silakan
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Penyelesaian Isu Hakmilik StrataQuestions
19. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan status terkini bagi Residency Park 51 @ Park 51 Residency (Lot 23513), Impian Seri Setia (Lot 23514) dan Boulevard 51 @ Park 51 (Lot 23515).
b)
Apakah tindakan Taskforce Penyelesaian Hakmilik Strata terhadap pemaju yang gagal menyelesaikan hakmilik strata?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertanyaan daripada Yang Berhormat Kampung Tungku iaitu mengenai status terkini Residensi Bagi Park 51 dan juga Impian Seri Setia. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pemaju telah membuat permohonan mengeluarkan hak milik STRATA pada Januari 2021 melalui Juru Ukur Tanah berlesen iaitu Juru Ukur Sutera. Tetapi permohonan tersebut telah tergendala kerana kualiti telah tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Kemudian pembayaran bagi Permohonan Tukar Nyata Tanah telah dibuat melalui sistem e-tanah pada 18 Oktober 2024. Pemaju dalam proses untuk melengkapkan permohonan berikut dan permasalahan ini adalah masalah premium penyediaan syarat dokumen lain yang tidak lengkap sehingga 31 Disember 2024. Seterusnya, bagi Impian Seri Setia pemaju telah mengemukakan Permohonan Pecah Tanah bagi bangunan Permohonan Meminda Syarat Nyata Tanah bagi proses hak milik pada 30 Mac 2012 melalui Juru Ukur Sutera. Permohonan ditolak kerana bayaran premium pada syarat tidak dijelaskan sehingga 13 Jun 2017. Jadi, pemaju sekali lagi telah mengemukakan permohonan Mengeluarkan Hak Milik pada 28 Mac
2025 dengan melaksanakan Permohonan Pindaan Nyata Tanah pada kadar premium tambahan iaitu pada kadar yang dikenakan oleh PTGS. Ini menyebabkan kelewatan, ada lagi bayaran denda yang tidak boleh dijelaskan. Jadi sebenarnya dalam segi proses untuk memproses STRATA ini, pokok asalnya proses dia ada 13 cara dan juga peraturan ya, tetapi akhirnya jika tidak bayar premium dia akan menggagalkan semua proses. Jadi, yang ini kita perlukan kerjasama daripada pemaju untuk pastikan bahawa premium ini perlu dibayar dan pihak Pejabat Tanah Selangor akan boleh mengeluarkan sahaja permohonan untuk pecah bagi milik dan sebagainya. Jadi sekiranya pemaju telah menyempurnakan permohonan, jawatankuasa kita ada dua (2) jawatankuasa iaitu dipanggil Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Induk Pembuat Keputusan. Jadi di Jawatankuasa Teknikal pun tak lepas lagi. Saya harap masalahnya kita tidak boleh menghubungi pemaju ini kerana pemaju ini tidak dapat dikesan. Jadi saya berharap Yang Berhormat Kampung Tunku nanti boleh bekerjasama dengan pihak Pejabat Tanah dan kita akan bantu LPHS untuk memastikan bahawa proses untuk mendapatkan strata bagi kawasan-kawasan yang disebut tadi dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Soalan seterusnya dari Taman Medan.
Terima kasih Yang Dipertua. Soalan saya nombor 20.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Dan Perubahan IklimQuestions
20. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah peruntukan sebenar yang disediakan bagi operasi dan program di bawah Selangor Climate Adaptation Centre (SCAC) dan apakah hasil atau pelan tindakan konkrit yang telah dicapai sejak penubuhannya diumumkan?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Medan bertanyakan tentang jumlah peruntukan sebenar yang disediakan bagi operasi dan program di bawah Selangor Climate Adaptation Centre (SCAC). Apakah hasil atau pelan tindakan konkrit yang telah dicapai sejak penubuhannya diumumkan.
Pertama sekali, berkenaan dengan peruntukan sebenar, jumlah tahunan untuk Pusat Adaptasi Perubahan Iklim adalah anggaran RM1.46 juta di mana ini termasuk kos operasi dan juga kos emolumen. Penubuhan Selangor Climate Adaptation Centre (SCAC) merupakan salah satu inisiatif strategik Kerajaan Negeri sebagai Pusat Rujukan dan Penyelaras Utama Dasar Serta Tindakan Adaptasi Perubahan Iklim di peringkat Negeri Selangor. Jadi penubuhan ini juga telah diluluskan oleh Majlis Kerajaan Negeri yang ke-30 pada tahun 2024 bertarikh 24 Oktober 2024 dan disahkan oleh MMKN Selangor ke-31 tahun 2024 bertarikh 30 Oktober 2024. Jadi penubuhan ini lebih satu tahun lebih sedikit lah sehingga kini. Dan menerusi keputusan tersebut, kos keseluruhan yang seperti di katakan untuk enam (6) perjawatan dalam tempoh tiga (3) tahun adalah berjumlah RM4.3 juta dan disalurkan setiap tahun seperti yang telah saya katakan. SCAC baru sahaja dilancarkan secara rasmi sebenarnya pada tahun ini iaitu pada 19 Mei. Dan sejak penubuhannya SCAC telah melaksanakan beberapa inisiatif atau pun program dengan pemegang taruh dan pihak berkepentingan. Di antaranya adalah penganjuran Bengkel Penyelarasan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor bersama 12 PBT bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pemegang taruh berkenaan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor. Penganjuran Program SELKitar dengan kolaborasi KDEB Waste Management Sdn. Bdn dan Nestle Malaysia yang akan dilaksanakan selepas ini di 12 PBT. Penganjuran Program Sekolah Rakan Bumi untuk sekolah-sekolah menengah awam di Selangor yang melibatkan 2 program utama iaitu Pertandingan Penceritaan Iklim Suara Bumi dan Cabaran Tindakan Iklim Rakan Bumi. Menganjurkan sesi latihan bagi pelaksanaan beberapa inisiatif di bawah 2 Teras Strategik Utama Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor iaitu Inisiatif Kecekapan Tenaga dan Pengurusan Sisa Bersama PBT, Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak Kerajaan Negeri, menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun PETRA menerusi program Disaster Risk Reduction And Surge Support oleh Kerajaan Negara Belanda yang membantu daripada aspek teknikal berkaitan dengan pengurusan banjir dan penyelesaian berasaskan alam ataupun nature base solution di kawasan Lembangan Sungai Bernam khususnya di daerah Sabak Bernam. Berkolaborasi dengan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia iaitu NARIM dalam aspek perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan berkaitan dengan unjuran impak perubahan iklim kepada sektor air serta kesan langsung peningkatan paras laut kepada negeri Selangor. Dan seterusnya SCAC dan Unit Perancang Ekonomi Negeri juga telah bekerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Malaysia Industri Government Group For High Technology bagi menyelaras permohonan geran projek Decarbonization And Sustainable Cities For Next Zero Future in Malaysia anjuran Global Environment Facility, lapan di bawah program Sustainable Cities Integrated Program yang bernilai USD4.3 juta dan baru-baru ini juga SCAC telah menjalinkan usaha sama dengan Monash Universiti Malaysia bagi melaksanakan projek Building Climate Resilient Community Through Integrated Water Energy Food Environment Nicest Model dan projek ini dilaksanakan di bawah geran antarabangsa Climate Action For Resilient Asian yang dibiayai oleh Kerajaan United Kingdom dengan nilai
geran berjumlah RM1.05 juta dan terkini SCAC juga telah mengadakan perbincangan awal dengan pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang berhasrat untuk melakukan permohonan kepada Adaptation Fund tentang projek-projek adaptasi di Selangor yang boleh dibangunkan di bawah dana tersebut. Jadi melalui contoh-contoh yang telah saya nyatakan tadi pendekatan yang bercollaborative, SCAC juga bertindak sebagai platform penyelaras antara Kerajaan Negeri, agensi teknikal, institusi akademik sektor swasta dan masyarakat bagi memastikan pelaksanaan inisiatif adaptasi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Dan usaha ini secara tidak langsung dapat memperkukuh keupayaan negeri dalam mencapai pembangunan yang mampan dan berdaya tahan iklim.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama atas penjelasan tadi. Pastinya kalau Yang Berhormat ikuti ucapan perbahasan saya tempoh hari, saya sedikit tidak bersetuju dengan Belanjawan yang disediakan oleh kerajaan negeri memandangkan Selangor ini berhadapan dengan cabaran perubahan iklim yang dahsyat. Saya sahaja baru dua hari lepas terpaksa turun ke Taman Medan kerana walaupun MBPJ telah membelanjakan hampir RM42 juta untuk membuat projek tebatan banjir tetapi masih lagi banjir kilat berlaku di kawasan yang sama. Jadi sebab itu cabaran ini bukan hanya berlaku di Petaling Jaya, saya percaya ianya berlaku di seluruh negeri Selangor. Saya mengharapkan adakah Yang Berhormat setuju dengan saya sewajarnya peruntukan pertama ditambah lagi daripada belanjawan negeri memandangkan SCAC ini sepatutnya mampu untuk menjadi agensi penasihat kepada kerajaan negeri untuk membuat satu pelan dasar yang lebih menyeluruh kerana setakat yang dimaklumkan tadi mungkin kerana baru lancar bulan 5, maka banyak program-program itu lebih bersifat program one off. Tetapi saya nak mencadangkan kepada Yang Berhormat boleh Yang Berhormat bersetuju untuk kita laksanakan dua polisi yang belum dilaksanakan di negeri Selangor satu Green Budget Tagging maknanya apa sahaja perbelanjaan belanjawan dalam negeri Selangor ini bermula pada tahun hadapan polisinya adalah perlu melihat kesannya kepada alam sekitar bermakna ada satu scoring sistem. Kedua, saya tak pasti adakah ada political will untuk kita lakukan ini. Tetapi saya rasa Selangor boleh mulakan iaitu pay as u throw kerana yang kita tahu antara penyumbangan terbesar masalah iklim dan perubahan iklim ini terutamanya isu sampah. Di negeri Selangor ini kita tahu kita antara negeri yang paling banyak menyumbangkan jumlah sampah setiap hari 7,000 tan lebih ya. Yang mana kalau kita lihat polisi pay as you throw ini bermakna setiap isi rumah itu perlu membayar mengikut kepada jumlah sampah yang dia hasilkan kerana setakat hari ini saya di berbanding waktu saya di Pulau Pinang dan negeri Selangor saya lihat di Pulau Pinang dulu lebih agresif dalam polisi waste reduction berbanding negeri Selangor.
Taman Medan, soalan dia?
Jadi saya mohon pandangan Yang Berhormat Bandar Utama adakah Yang Berhormat melalui SCAC boleh mencadangkan supaya Green Budget Tagging ini dilaksanakan dan juga pay as you throw ini dijadikan satu polisi untuk Kerajaan Negeri.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Taman Medan. Saya kira soalan itu sangat bagus kerana penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim salah satu tujuan utama adalah untuk menyelaras pelaksanaan dasar dan pelan tindakanlah berkaitan dengan perubahan iklim. Dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat memang berada di dalam skop dan juga salah satu topik yang diperbincangkan oleh Pusat Adaptasi Perubahan Iklim. Dan seperti yang dimaklumkan tadi SCAC bergerak sepenuhnya pada tahun ini pada bulan Mei kerana kita perlu pastikan perjawatan diisi oleh mereka yang memang mempunyai orang kata kelayakanlah untuk menjawat perjawatan ini. Jadi dalam beberapa bulan ini kita telah menjalankan lebih daripada 10 inisiatif projek yang berkaitan. The main reason is also seperti yang diperkatakan SCAC memang salah satu peranan dan tanggungjawab juga adalah untuk menyelaras dengan semua pemegang taruh, bukan sahaja pihak Kerajaan tetapi juga pertubuhan seperti NGO dengan agensi-agensi lain daripada akademik komuniti swasta dan sebagainya dan pelaksanaan projek-projek dan inisiatif ini sebagai permulaan adalah untuk SCAC memahami dan mengenal pasti situasi di Selangor ini. Apakah perkara yang penting untuk kita laksanakan terlebih dahulu what is the lower hanging fruits dan is what the most important things for us to address dan selepas ini kita akan menggunakan semua informasi data dan pengalaman ini untuk menghasilkan beberapa orang kata dasar yang penting seperti salah satu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Taman Medanlah. Dan perkara ini akan dibincangkan termasuk dasar yang memastikan bahawa setiap inisiatif dan projek yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri perlu mengambil kira juga tentang kemampanan dan juga isu-isu perubahan iklim dan juga seperti yang dibincangkan i rasa point yang kedua adalah berkaitan dengan sama ada kita mahu charge setiap rumah berdasarkan kuantiti sampah contoh isu seperti ini memang kita boleh bangkitkan dalam perbincangan namun isu seperti ini juga dia berkaitan dengan portfolio EXCO-EXCO lain seperti Yang Berhormat Sekinchan jadi perkara ini akan mengambil sedikit masa untuk perbincangan dasar dan persetujuan daripada semua Ahli-Ahli Mesyuarat MMKN, tapi saya kira cadangan itu memang merupakan cadangan yang bagus.
Sikit je. Memandang Bandar Utama telah sebut cadangan saya bagus. Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa isu dasar perubahan iklim ini by partition. Yang mana ianya isu perubahan iklim ini orang Perikatan Nasional pun kena orang DAP pun kena. Jadi adakah Yang Berhormat boleh bersetuju bahawa satu Jawatankuasa atau by partisan group perlu diwujudkan untuk kita formulate satu
dasar perubahan iklim yang lebih mampan untuk negeri Selangor supaya Yang Berhormat Sekinchan juga akan turut sama memberikan komitmen sepenuhnya seluruhnya untuk membantu memformulate dasar perubahan iklim di negeri Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Seperti yang saya katakan saya kira isu perubahan iklim ini saya yakin semua Ahli-Ahli Dewan Negeri tahu dia akan kena pada semua oranglah tidak kira daripada Perikatan Nasional ke daripada Kerajaan Perpaduan ke laki ke perempuan ke semualah. Sebab dia tak akan Perikatan Nasional tiba-tiba 12 celsius macam tu. Dia tak akan tiba-tiba jadi Cameron Highlands. Ok. So, tapi dia walaupun panas dalam hati tapi celsius dia tetap 30’c, 29’c. Tapi panas dalam hati tu tak boleh nak bantulah kan ok. Panas yang berkaitan dengan persekitaran itu, yang itu yang cuba kita usahakan.
Yang Panas dalam Bersatu tidak boleh buat apalah.
Oleh kerana itu saya kira. Cakap tentang panas hati ini semua orang nak masuk komen. Tapi biar saya jawab dulu kepada Yang Berhormat Taman Medan. Jadi, saya kira sebenarnya saya suka apabila soalan yang dibangunkan ini bersifat membina. Di mana kita boleh membincangkan semua isu dengan data dan juga dengan informasi yang tepat dan sebagainya. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Dewan Negeri sebenarnya setiap kali apabila kita mencadangkan sesuatu memang kita dapat focus grouplah di manakah kita pastikan pemegang taruh ataupun stakeholder yang berkaitan akan dirujuk ataupun akan ditemu bual supaya kita dapat informasi data pandangan daripada keseluruhan pemegang taruh yang berkaitan. Jadi di bawah Pusat Adaptasi Perubahan Iklim ini sebenarnya kita ada banyak projek, inisiatif yang berbeza, jadi setiap kali apabila ianya berkaitan topik yang berbeza saya yakin kita akan mencari pemegang taruh yang berkaitan dan apabila dikatakan oleh Jawatankuasa itu sebenarnya kita telah pun mempunyai Jawatankuasa untuk BBC. Yang ini BBC bukan daripada ADUN Kerajaan sahaja termasuk juga daripada Adun Pembangkanglah. Ok, jadi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan Kesihatan Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga Agama Serta Wanita, Jawatankuasa ini memang telah wujudlah. Jadi pada saya apa yang paling penting bukannya setiap isu kita perlu tubuhkan jawatankuasa baru kalau macam itu memang berpuluh-puluh jawatankuasa yang ada. Yang paling penting kita perlu pastikan jawatankuasa yang telah ditubuhkan ini menjalankan tanggungjawab peranan dan juga cekap dalam mengenal pasti isu-isu yang ada. Jadi saya harap semua daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri yang ada di dalam Jawatankuasa berkenaan boleh memainkan peranan masing-masing bagi memastikan negeri Selangor dapat maju ke hadapan dengan lebih mampan dan dengan lebih berpotensi.
Yang Berhormat Sabak.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 21.
YB TUAN SALLEHEN BIN MUKHYI (N02 SABAK)
TAJUK : STRATEGI KERAJAAN NEGERI BAGI MENINGKATKAN AKSES PEKERJAAN BERKUALITI UNTUK GOLONGAN MUDA LUAR BANDAR SELANGOR
21. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah strategi Kerajaan Negeri memastikan golongan muda luar bandar seperti di Sabak Bernam dan Hulu Bernam mendapat peluang pekerjaan berkualiti setanding bandar?
b)
Apakah inisiatif latihan, keusahawanan dan insentif dilaksanakan bagi menarik industri serta ekonomi digital ke kawasan luar bandar?
Terima kasih Yang Berhormat Sabak dan juga terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Ada dua soalan yang ditanyakan tentang strategi Kerajaan Negeri bagi meningkatkan akses pekerjaan berkualiti untuk golongan muda di luar bandar. Pertamanya adalah apakah strategi kerajaan negeri memastikan golongan muda luar bandar seperti Sabak Bernam dan Hulu Bernam mendapat pekerjaan berkualiti setanding bandar? Kedua apakah inisiatif latihan keusahawanan dan inisiatif dilaksanakan bagi menarik industri serta ekonomi digital ke kawasan luar bandar? Tuan Speaker, soalan (a) dan (b) dijawab bersekali. Untuk maklumat Yang Berhormat Sabak, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memastikan pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar termasuk daerah Sabak Bernam. Kita memang adakan karnival Jobcare ini bukan sahaja di kawasan pusat bandar seperti Shah Alam ataupun PJ dan ataupun di Klang tapi kita juga ada di kawasan luar bandar seperti Sabak Bernam dan juga KKB ya. Kita menganjurkan Karnival Kerjaya Jobcare ini di seluruh maksudnya seluruh Selangor termasuk 9 buah daerah. Saya ingin menegaskan dengan penuh rasa bangga bahawa karnival Kerjaya Jobcare ini adalah selaras apa yang saya telah nyatakan dalam jawapan-jawapan sebelum ini. Program ini telah memperluaskan akses peluang pekerjaan kepada rakyat, khususnya golongan muda.
Program ini bukan sekadar sebuah karnival kerjaya biasa, tetapi dibina sebagai one-stop center bagi pemadanan pekerjaan, latihan kemahiran serta bimbingan kerjaya. Melalui program Jobcare, ratusan majikan dan syarikat pelbagai sektor termasuk syarikat industri GLC, Sektor perkilangan logistik teknologi dan peruncitan serta ekonomi digital dihimpunkan di bawah satu bumbung untuk menawarkan ribuan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kemahiran.
Jobcare turut menyediakan khidmat kaunseling kerjaya, sesi temu duga terbuka, pendaftaran pekerjaan secara dalam talian, dan padanan segera instant matching yang dengan izin yang membolehkan pencari kerja khususnya anak muda dapat peluang pekerjaan dalam tempoh yang singkat immediately, kadang-kadang kita interview calon-calon itu dan kita menawarkan kerja itu on the spot pun ada. Seperti contoh Karnival Jobcare di Sabak Bernam pada 11 Oktober 2025 kita telah anjurkan pagi hingga pukul 4.00 petang di Dewan Sri Bernam, sebanyak lebih kurang 95 calon telah berjaya dan saya bagi detail. Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare pada 2025, telah berjaya dilaksanakan di 9 buah daerah. Dengan sambutannya yang amat menggalakkan, berdasarkan statistik bulan Oktober sahaja 2025, seramai 1,126 individu telah berjaya memperoleh pekerjaan, manakala 235 majikan terlibat dalam penawaran peluang pekerja ini. Secara keseluruhan sebanyak 29,882 jawatan kosong telah ditawarkan dengan jumlah kehadiran seramai 1974 orang. Statistik bagi tahun 2024 dan 2025 di Sabak Bernam, seramai 95 calon telah berjaya mendapatkan pekerjaan termasuk golongan anak muda. Ini membuktikan keberkesanannya dalam membantu rakyat khususnya golongan belia mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti, lebih tersusun dan lebih selari dengan keperluan pasaran semasa dalam kawasan khususnya dalam sektor pertanian dan penternakan dengan menggunakan teknologi yang tinggi. Program ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, malah memberi manfaat tambahan melalui latihan bimbingan dan padanan kerjaya yang komprehensif. Oleh itu, saya memohon jasa baik Yang Berhormat ADUN kawasan untuk menyebar luaskan maklumat ini kepada seluruh rakyat Sabak Bernam dan juga Hulu Bernam, seperti saya minta tadi agar para pemuda dan anak muda dapat merebut peluang yang disediakan. Mereka boleh meneroka pelbagai bidang yang ditawarkan di bawah insentif Jobcare ini dan seterusnya membina masa depan yang lebih terjamin. Selain itu, Kerajaan Negeri juga melaksanakan Program SABDA iaitu Sabak Bernam Development Area merupakan strategi dan inisiatif utama untuk merangsang pembangunan ekonomi setempat. Sekali gus membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada golongan belia tempatan terutamanya dalam sektor pertanian moden, agro teknologi dan ekonomi digital. Pihak SABDA kini sedang giat melaksanakan usaha mempromosikan bagi mengetengahkan sektor pertanian dan penternakan sebagai salah satu cabang kerjaya yang mampu menjana pendapatan yang lumayan dan menjadikan masa depan yang lebih terjamin. Usaha ini adalah sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadikan sektor pertanian dan penternakan sebagai satu industri moden progresif dan menarik khususnya kepada golongan belia. Seiring dengan perkembangan semasa penerapan teknologi moden
di lapangan seperti penggunaan sistem fertigasi dron, automasi dalam Internet Of Thing Strategy dengan izin telah mula dilaksanakan dalam sektor pertanian dan penternakan di bawah inisiatif yang digerakkan oleh SABDA. Pendekatan ini terbukti berkesan dengan meningkatkan kecekapan operasi, keluaran hasil dan pendapatan pengusaha. Bagi memperkukuhkan aspek penyelidikan dan pembangunan RND dengan izin, pihak SABDA juga telah menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa industri awam dalam membangunkan pendekatan dan kaedah inovatif melibatkan penggunaan teknologi dan dalam sektor pertanian dan penternakan. Kerjasama ini sedang giat dilaksanakan bagi memastikan pembangunan berdasarkan data dan teknologi kekal relevan dan mampan. Dari sudut keusahawanan pula, SABDA bekerjasama dengan beberapa agensi tempatan untuk memperkasakan industri inap desa yang menunjukkan potensi tinggi di kawasan Sabak Bernam. Usaha ini termasuk menyediakan garis panduan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang tempatan yang membolehkan pengusaha menjalankan aktiviti inap desa secara sah dan tersusun. Langkah ini akan memperkukuh imej pelancongan komuniti dan membuka ruang promosi yang lebih luas dan berkesan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak SABDA sedang merangka dan meneliti pelbagai lagi inisiatif pembangunan ekonomi tempatan, beberapa projek tambahan akan dilaksanakan dalam masa terdekat demi memastikan komuniti Sabak Bernam terutamanya golongan belia berpeluang mengambil bahagian dalam secara aktif dan seterusnya menikmati manfaat daripada kemajuan yang dirancang untuk jangka masa panjang. Di samping itu, melalui inisiatif platform Selangor iaitu PLATS, peniaga serta usahawan produk tempatan diberi latihan, bimbingan dan peluang perniagaan. PLATS telah memainkan peranan penting dalam membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka di peringkat tempatan mahupun di luar daerah Sabak Bernam selaras dengan hasrat untuk memperluaskan capaian pasaran dan menjamin kelangsungan ekonomi komuniti setempat. Dalam jangka masa terdekat, pihak SABDA juga akan memulakan pembangunan pusat penternakan agriculture itu agrokultur dalam bahasa baku berteknologi tinggi di kawasan Sungai Lang. Pusat ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor agrokultur membuka banyak peluang pekerjaan dan menarik penyertaan belia sebagai usahawan dalam industri penternakan air berdasarkan teknologi tinggi, seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi daerah. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Sabak.
Terima kasih Tuan Speaker, pertama sekali apabila program Kerajaan Negeri yang dilaksanakan seperti Karnival JobCare ini, dilihat sebagai satu program yang bermusim, ia bukan satu yang permanent untuk jadi rujukan
anak-anak muda. Jadi yang terlibat terutamanya telah dinyatakan sebanyak seramai 95 calon telah terlibat, saya rasa kalau ada peluang untuk Kerajaan Negeri buat satu yang permanent ataupun ada pejabat dan sebagainya untuk memberikan penerangan untuk memberikan termasuk akses dan latihan dan pendidikan, saya rasa akan lebih memberikan rangsangan kepada anak-anak muda untuk terlibat dalam pencarian kerja yang berkualiti. Dan yang kedua, apa jaminan Kerajaan Negeri dalam program-program SABDA sebagaimana yang disebut tadi untuk meyakinkan anak-anak muda tentang peluang pekerjaan. Sebab sebelum ini pun ada projek di bawah SABDA umpamanya pendaratan ikan tuna projek ikan tuna dan saya pun sebenarnya menurut saya dah rasa macam terasa macam nak makan sushi tuna sebenarnya. Tapi tiba-tiba di terminate, sekarang nak buat agrokultur untuk ikan. Jadi apa jaminan sebenarnya, bahawa ia akan memberi peluang sebab kita tak nak potensi-potensi sahaja tapi mesti memberi satu keyakinan kepada anak muda. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat untuk soalan tambahan. Pertama adalah Jobcare saya setuju memang ia adalah satu program yang sangat bermusim tetapi saya tidak nafikan saya membuat program ini satu Selangor iaitu termasuk 9 buah daerah dan juga tambahan dua lagi program saya buat adalah satu lagi Jobcare istimewa di Pusat Bandar Shah Alam, dia melibatkan maklumat-maklumat tambahan, melibatkan kepada OKU, banduan dan juga ibu tunggal dan mereka daripada yang berumur lah, ia lebih kepada mereka-mereka yang memerlukan perhatian khas, memang saya ada buat Jobcare Khas. Tetapi kembali kepada soalan tambahan tadi, saya tidak nafikan memang Jobcare itu kena buat mengikut musim dengan supply demand dengan izin, dia kena ada majikan, dia kena ada pekerja dan kita boleh match kan perkara itu. Untuk mengadakan pejabat khususnya saya mencadangkan apabila kita membuat setiap Jobcare ini, kita bergabung dengan SOCSO atau lebih tepat PERKESO. Jadi pejabat-pejabat perkeso ada semua bawah daerah ataupun dia ada pusat bandar, kadang-kadang di bandar-bandar besar dan juga JTK. Jadi saya minta kalau di kawasan luar bandar, memandangkan saya tidak nafikan bukan sambutan yang begitu besar, tetapi keperluan itu memang ada. Jadi mereka-mereka yang memerlukan jawatan seperti ini boleh walk-in through ke pejabat PERKESO mendapat maklumat, at least mereka tahu di manakah dan dibuat Jobcare ini untuk mendapat peluang yang lebih tepat mengikut apa yang mereka ada on the hand ataupun qualification mereka.
Dan untuk soalan kedua adalah tentang apa tu peluang-peluang yang diberikan oleh SABDA dan sebagainya. Untuk soalan itu saya rasa saya boleh membuat gulung perkara itu sebab saya perlukan makluman daripada Yang Berhormat Sabak untuk Datuk Rizam untuk dapatkan maklumat terperinci, saya akan gulungkan perkara itu. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 22.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Dasar Ekonomi Penjagaan SelangorQuestions
22. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pelan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan warga emas dipelihara melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor?
b)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang memperkenalkan insentif khas atau skim sokongan baharu untuk penjaga warga emas tidak formal di Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Bukit Lanjan atas soalan berkaitan dasar ekonomi penjagaan negeri Selangor. Berkaitan pelan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan warga emas dipelihara melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan kajian warga emas Selangor serta perbincangan meja bulat round table discussion berkaitan Iltizam Emas Selangor bagi menilai keperluan dan merumuskan cadangan hala tuju inisiatif berkaitan warga emas. Selari dengan dasar ekonomi penjagaan negeri Selangor, Kerajaan Negeri akan merancang pelan jangka panjang dengan mengambil kira aspek berikut bagi memastikan kesejahteraan warga emas dipelihara. Pertama, adalah modul kewangan yang mampan bagi penjagaan usia emas. Di mana pengukuhan ekosistem penjagaan perlu disokong oleh modal kewangan yang mampan dan Kerajaan akan membangunkan modul kewangan penjagaan mampan. Pembangunan modul ini akan mengambil kira model pembiayaan pelbagai sumber yang melibatkan kerajaan, sektor swasta, komuniti dan philanthropy.
Yang kedua, sokongan bagi penuaan setempat ataupun ageing in place. Penumpuan kepada strategi untuk memperkukuhkan sokongan di peringkat komuniti dan negeri bagi membolehkan warga emas menjalani penuaan setempat di tempat tinggal mereka dengan selamat dan selesa. Yang ketiga adalah silver work force, Kerajaan Negeri akan meneroka model pekerjaan yang inklusif yang sesuai dengan kapasiti dan kemampuan warga emas, menggalakkan program latihan semula atau dengan izin reskilling dan padanan pekerjaan
yang berkesan dapat mengoptimumkan penyertaan warga emas dalam pasaran kerja serta melaksanakan langkah dasar dan insentif kepada majikan yang diperlukan untuk memperkukuh dasar silver work force di Selangor.
Bagi soalan (b), berdasarkan hasil dapatan kajian emas Selangor, lebih 60% penjaga warga emas di Selangor ialah penjaga tidak formal. Kebanyakannya terdiri daripada wanita dan ahli keluarga tanpa latihan atau imbuhan tetap. Justeru, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan beberapa langkah dan insentif khas bagi memperkukuh kesejahteraan penjaga seperti berikut, pertama adalah Selangor Care Navigator ataupun Rakan Penjaga Selangor sebagai penyedia perkhidmatan mikro yang berperanan sebagai teman yang memberi sokongan kepada warga emas. Antaranya dapat membantu rutin harian asas serta mengurangkan rasa kesunyian, rakan penjaga juga diberikan latihan pengurusan kes case management bagi membantu, mengurus keperluan warga emas secara sistematik dan berkesan. Yang kedua, latihan penjaga warga emas menggunakan modul latihan berasaskan kompetensi bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjaga dalam memberikan penjagaan yang berkualiti. Program ini mensasakan penjaga daripada kalangan ahli keluarga serta sukarelawan komuniti supaya mereka lebih cekap dan berkeyakinan dalam menyokong keperluan warga emas dan individu yang memerlukan penjagaan serta akan diberikan latihan pendedahan kepada penjagaan fizikal, pengurusan kesihatan, psikososial dan mental.
Yang ketiga, Respite Care & Wellness Hub ini disediakan dengan menambah baik fasiliti awam sedia ada, termasuk di bawah PBT dan Perpustakaan Awam, bagi menawarkan perkhidmatan respite care yang memberikan ruang rehat sementara kepada penjaga dan pada masa yang sama, warga emas boleh menjalani pelbagai aktiviti seperti fisioterapi, berinteraksi dengan rakan penjaga dan aktiviti lain yang dapat meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial mereka. Langkah-langkah ini memperkukuh sokongan kepada kumpulan penjaga tidak formal yang menjadi tulang belakang kepada kesejahteraan warga emas di Selangor, sejajar dengan prinsip penjagaan yang adil, mampan dan berpaksikan komuniti.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Ya, Bukit Lanjan.
Yang Berhormat EXCO , saya nak tanya dua soalan tambahan. Soalan pertama mengenai pelan jangka masa panjang yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi, berapa lama akan kita dapat finalize jangka yang untuk yang pelan
jangka masa panjang. Yang kedua, sejauh manakah PAWE memainkan peranan untuk di bawah Skim Dasar Ekonomi Penjagaan ini. Terima kasih.
Terima kasih untuk soalan tambahan tersebut. Dalam Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor bagi tempoh 2024 hingga 2025 – 2030 yang mana kita melihatkan kesiapsiagaan negeri Selangor menghadapi negeri menua pada tahun 2030. Ada pelbagai definisi sama ada berumur 60 tahun ke atas atau pun 65 tahun ke atas sudah tentunya sekiranya kita telah mencecah 13 % populasi warga emas, berbanding dengan populasi keseluruhan warga Selangor, kita akan menghadapi keperlahanan aktiviti ekonomi dan ditambah pula dengan tahap kesuburan ataupun total fertility raid, Selangor antara yang 4 negeri yang rendah iaitu 1.6 berbanding dengan tahap penggantian iaitu 2.1. Jadi untuk pelan jangka masa panjang, saya kira untuk tempoh sederhana sehingga 2030 dan digabung dengan pelan ataupun ageing blueprint yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi saya kira ini adalah persiapan negeri untuk kita melihat beberapa aspek terutama dari segi model kewangan yang mampan, latihan dan juga Pusat Sokongan Penuaan Setempat. Yang kedua adalah PAWE ataupun Pusat Aktiviti Warga Emas, suka untuk saya kongsikan bahawa di Selangor, PBT yang pertama mempunyai PAWE sendiri iaitu Majlis Perbandaran Selayang di kawasan DUN Sungai Tua telah menganjurkan ataupun melaksanakan PAWE yang modulnya sedikit berbeza, tetapi PAWE ini adalah satu Pusat Aktiviti Warga Emas secara harian di mana di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. PAWE ini diwujudkan dengan sasaran satu Parlimen, satu PAWE. Jadi aktiviti-aktiviti ini mempunyai, ada 4 domain yang mana, Penuaan Sihat dan sebagainya adalah akan membantu dari segi kategori warga emas yang tidak dependent ataupun bergantung kepada pihak yang lain dan dalam lawatan saya ke Pusat Aktiviti Warga Emas anjuran MPS tersebut di Sungai Tua, saya kira respond ataupun maklum balas daripada warga-warga emas yang menghadiri aktiviti adalah sangat baik. Contohnya, akan menyelesaikan isu kesunyian ataupun mereka mempunyai quality life yang lebih baik, di mana mereka ada interaksi dengan rakan-rakan warga emas di PAWE tersebut.
Yang Berhormat Batu Tiga.
Yang Berhormat, saya dengar bila Yang Berhormat sebut tentang Silver Workforce ia juga ada di dalam satu pertanyaan saya pada sidang yang lepas. Tetapi saya tidak jumpa satu indikator yang jelas, saya minta maaf Yang Berhormat sebab bila kita sebut tentang warga emas keadaan negeri menua ini sedang berlaku, kita sedang menghadapinya sekarang, tetapi kalau kita, saya lihat daripada jawapan yang diberikan dia masih lagi dalam peringkat kajian dan membangunkan pelan tindakan termasuk dengan hasil kajian daripada pelan tindakan itu juga akan di bawa untuk merangka kertas kerja dasar. Bagi saya proses itu takut mengambil masa yang terlalu lama. Memandangkan Yang Berhormat Sekinchan juga ada di sini, saya ingat kalau kita boleh
lorongkan aktiviti pekerjaan warga emas ini kepada Airbnb. Memandangkan kita kalau boleh buat satu kajian untuk mengenakan cukai kepada Airbnb. Katalah kita start dengan amaun yang sedikit pun tak apa, tetapi amaun itulah yang kita gunakan untuk menggaji warga emas kita, sekadar untuk menjaga dan menguruskan Airbnb pada saya agak praktikal untuk buat masa ini, dengan keadaan Negeri Selangor sebagai tempat untuk menjadi tumpuan pelancong dan bilangan Airbnb saya ingat kita boleh semak berapa jumlah yang berada di Negeri Selangor ini saya ingat kita boleh gunakan itu sebagai permulaan. Kalau kita nak tunggu kajian, yes saya ingat itu juga yang kita nantikan tetapi saya takut kita mengambil masa yang terlalu lama memandangkan negeri menua, kita akan menuju amaunnya 15 % itu menjelang 2030 itu berbaki dalam 4 tahun lagi. Saya mohon pandangan Yang Berhormat kalau boleh kita segerakan peralihan ataupun memberikan ruang untuk mereka bekerja ini pada waktu yang singkat dan waktu yang terdekat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga, saya kira antara cadangan dalam kajian Silver Workforce ini adalah penggalakkan program latihan semula reskilling dan reskilling dalam jangka pendek sudah tentu mengambil kira industri-industri sedia ada bekerjasama dengan Yang Berhormat Sekinchan untuk pelancongan dan juga di PBT yang mana antara cadangan di peringkat PBT juga adalah memanfaatkan tenaga kerja di kawasan institusi-institusi di bawah PBT dan saya melihat kesukarelawanan ataupun peluang Silver Workforce ini adalah kita mendefinasi semula apakah pendapatan yang boleh diperolehi oleh warga emas ini sesuai dengan tahap kesihatan mereka, tahap keupayaan mereka, pasca pencen dan sudah tentu kita melihat dari segi simpanan KWSP sekadar 50 % mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menyara kehidupan selepas persaraan. Ini adalah satu kajian yang perlu mengambil kira semua aspek kerana untuk memastikan quality life ataupun kehidupan yang berkualiti pasca persaraan itu bukan sahaja menuntut kepada sokongan komuniti tetapi kewangan yang mampan dan juga kesihatan mental pada warga emas itu sendiri.
Soalan tambahan.
Silakan Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya kira pelaksanaan ataupun kerjasama dengan PAWE di Sungai Tua dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MPS adalah sangat baik dan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO tadi iaitu modulnya sangat baik dengan sambutan yang baik daripada warga emas sekitar. Jadi adakah apa ini Yang Berhormat EXCO merancang untuk melaksanakan dan bekerjasama dengan PAWE di seluruh Selangor dengan pelaksanaan modul seperti mana di Sungai Tua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Untuk makluman pihak Kerajaan Negeri bersama dengan Agensi Persekutuan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah mengambil kira bahawa model baru iaitu PAWE@3A iaitu PAWE yang tidak menetapkan premis khusus dan ini lebih dinamik pada saya di mana ia tidak memerlukan emolumen ataupun kos yang lebih tinggi tetapi hasrat ataupun objektif itu boleh dicapai dengan pelaksanaan program yang lebih dekat dengan warga emas itu sendiri. Kerana model PAWE, satu Parlimen, satu PAWE itu dikira dari segi proximity ataupun jarak antara Pusat Aktiviti dengan warga emas itu menjadi keterbatasan kepada warga emas untuk hadir ke tempat-tempat tersebut. Disebabkan itu, kita mencadangkan konsep yang baharu ataupun insentif yang akan kita laksanakan pada tahun 2026 iaitu Selangor Care Navigator iaitu Penyedia Perkhidmatan Mikro yang saya kira untuk aktiviti warga emas itu boleh dipelbagaikan dengan kita ada personalized care ataupun mengenal pasti keperluan yang khusus pada setiap warga emas dan boleh dicadangkan kepada PAWE yang bersesuaian ataupun PAWE@3A yang konsep baru oleh KPWKM. Sekian, dimaklumkan.
Yang Berhormat Seri Kembangan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 23.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Rancangan Tahun Melawat Malaysia 2026Questions
23. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026?
b)
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar negara berbanding dengan negeri lain?
Terima kasih Tuan TUAN TIMBALAN SPEAKER, terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan, soalan ini dijawab bersekalian dengan soalan nombor 186 daripada Yang Berhormat Bukit Lanjan.
a) Seperti apa yang kita sedia maklum , tahun 2026 juga bakal menjadi Tahun Melawat Malaysia. “Malaysia Truly Asia” merupakan tema bagi kempen tersebut yang memberi penekanan kepada kepelbagaian budaya dan warisan yang terdapat di Malaysia dan slogan adalah “ Surreal Experiences” di mana Malaysia menjanjikan keunikan dan pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan. Bagi menyokong agenda ini, Selangor melalui Tourism Selangor turut akan bersama menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui beberapa pendekatan dan perancangan seperti berikut : i. Memanfaatkan kedudukan strategik Selangor sebagai pintu masuk utama ke Malaysia melalui KLIA dan KLIA2 dengan merangka pelbagai inisiatif yang menarik perhatian pelancong yang tiba ke negara ini. Selangor The Gateway to Malaysia.
ii. Menyokong sepenuhnya agenda dan program promosi yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia (TM) bagi memperkukuhkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 serta menggalakkan kemasukan pelancong ke Malaysia, khususnya ke Negeri Selangor.
iii. Meneruskan momentum pelaksanaan program promosi dan acara pelancongan di seluruh negeri, termasuk festival, pameran dan karnival bertemakan pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, sekali gus meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke Negeri Selangor.
iv. Pemantapan Infrastruktur dan Kemudahan Pelancongan - Menyokong pembangunan infrastruktur baharu di kawasan pelancongan berpotensi tinggi seperti di Anjung Utara, Kuala Selangor, Sekinchan Sabak Bernam dan di Anjung Selatan, Sepang, Tanjung Sepat, Morib dan Hulu Selangor.
v. Kerjasama Antara Agensi dan Sektor Swasta - Memperkukuhkan kerjasama strategik dengan pihak industri termasuk hotel, pengusaha pelancongan, pengangkutan, dan peniaga tempatan bagi mewujudkan pakej pelancongan yang menarik dan berdaya saing.
b) Bagi meneruskan dan memastikan Selangor terus mendapat tempat di mata para pelancong dan menjadi negeri yang tertinggi menerima jumlah pelancong dan pengunjung, Negeri Selangor melalui Tourism Selangor terus komited di dalam melaksanakan strategi-strategi seperti berikut :
i. Mengoptimumkan fungsi pintu masuk antarabangsa iaitu KLIA dan KLIA2 dan Cruise Terminal dengan menganjurkan kempen promosi pelancongan di kawasan ini bagi memperkenalkan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama kepada pelancong yang baru tiba.
ii. Menjalin kerjasama strategik dengan pejabat Tourism Malaysia di luar negara untuk memperkukuhkan promosi Selangor sebagai destinasi pilihan pelancong antarabangsa melalui pelbagai platform dan saluran komunikasi.
iii. Bekerjasama dengan media antarabangsa, influencer global, dan content creator sebagai medium utama bagi memperluaskan capaian promosi kempen pelancongan Selangor ke pasaran global.
iv. Mengembangkan program dan acara pelancongan tahunan secara berskala besar seperti Selangor Travel Fair dan Selangor Travel Mart yang melibatkan penggiat industri pelancongan dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh jaringan perniagaan dan memperluaskan pasaran pelancongan antarabangsa dan Selangor.
v. Memperkasakan pemain industri tempatan, dan memberi fokus kepada pengalaman authentic untuk pelancong. Contohnya seperti pembuatan wau, kapal, demonstrasi keris, pertunjukan silat dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Seri Kembangan.
Saya ingin nak tahu sebab bagi saya pelancongan ini dia bukan sahaja datang ke tempat untuk melancong, tetapi ada 2 rasa yang agak penting juga nombor 1 kerana tahun depan kita akan ada tax exemption untuk dengan izin untuk mereka yang pergi ke mana-mana tempat pelancongan yang perlu beli tiket, ini satu, rasa saya ini strategi Kerajaan Negeri boleh menambah baik ataupun menambah kuat supaya lebih mempromosikan tempat-tempat yang perlu jual tiket. Yang kedua adalah produk-produk yang boleh menjadi apa itu cenderahati atau trademark dengan izin di tempat tersebut, adakah apa-apa bantuan atau apa-apa inisiatif dari Kerajaan Selangor untuk mengalakkan lebih banyak produk yang baik dapat dipromosikan kepada para pelancong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan yang sentiasa prihatin terhadap sektor pelancongan, terima kasih. Memang dari segi industri pelancongan ini kita selalu menerima semua pengiat-pengiat industri yang mana mereka ingin bekerjasama dengan Tourism Selangor dan Malaysia khususnya kepada mereka pengiat-pengiat industri yang punyai jual tiket taman tema dan sebagainya, kita akan pastikan tiketnya yang dijual itu dengan harga yang terjangkau, satu, yang kedua ada pakej-pakej
menarik supaya keluarga boleh datang kapet-kapet di tako sekeluarga untuk sigi-sigi bukan satu-satu, dengan izin kalau satu-satu tak ramai kalau boleh anak-beranak bini berbini, semua sekali datang berkeluarga la maksudnya ramai.. kita alu-alukan kaper sugor rawo selamat datang ke Selangor. Itu antaranya yang kedua cenderahati yang dibuat oleh Tourism Selangor dan kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada kreatif, inovatif dan sebagainya sumbangkan idea untuk keluarkan cenderahati kita pun alu-alukan seperti maskot dari Seri Kembangan bring bring itu boleh dipasarkan dan dipromosikan bring-bring ting-ting takpelah janji dia comel-comel dan menarik. Pelancong-pelancong suka, itu paling penting maskot Sepat, maskot apa-apa yang boleh menarik perhatian mereka beli mereka akan spend RM50 untuk beli cenderamata kita dan Tourism Selangor dengan bantuan Kerajaan Negeri setiap tahun kita akan bagi geran pelancongan, geran pelancongan kepada pengiat industri, kepada NGO-NGO, kepada mana-mana pertubuhan yang mereka nak adakan program berkaitan Visit Malaysia Year, Visit Selangor Year, Suprising Selangor, Selangor Penuh Kejutan, Tak Perlu Jauh Selangor Kan Ada, Nak Bercuti Pusing Selangor Dulu, semua kita alu-alukan. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Seri Serdang, silakan.
Kampung Medan Maskot tu. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat EXCO tahun depan kita ada satu event yang besar iaitu SUKMA, perbelanjaan lebih RM100 juta, dan saya kira boleh diambil kesempatan, apa pandangan Yang Berhormat kita ambil kesempatan daripada SUKMA ini untuk jadikan salah satu daripada Sport Tourism, ni kita nak bagi tahu Hulu Klang sukan bukan sahaja riadah tapi dah jadi industri dan boleh dibuat Sport Tourism. Apa pandangan Yang Berhormat Sekinchan?
Terima Kasih Yang Berhormat Seri Serdang, memang tahun depan Selangor akan menjadi tuan rumah ya untuk SUKMA, ini memang sangat penting acara melibatkan beribu atlet dan peminat dan sebagai semua akan datang ke negeri Selangor. Kita bukan sahaja nak jadikan dia sebahagian dari Sport Tourism tapi kita wajib jadikan ia sebagai sebahagian dari Tourism. Saya minta kerjasama dari seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi bantuan hebahkan supaya SUKMA tahun akan datang di negeri Selangor menjadi SUKMA antara yang paling berjaya yang kita anjurkan dan yang penting kita boleh muncul jadi juara. Yang penting sekali Sport Tourism boleh kita kembangkan, saya tahu mungkin sebahagian Yang Berhormat kadang-kadang ada pemikiran yang kurang kurang ikut peredaran masa, mereka fikirkan sport dengan tourism tak boleh bercantum, kadang-kadang snooker dia kata maksiat, saya pun pening,women snooker itu sukan, ada juara dunia main snooker, tapi ada orang kata snooker maksiat, snooker .. snooker ada
Jimmy White, macam itu pun, macam itu dikategorikan maksiat sebab otak mereka penuh dengan maksiat. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Kuang, ada tak?
Terima kasih Tuan Speaker, Kajang pagi tadi dia bagi pantun, tapi dia keluar. Tapi Saya jawab juga pantun Kajang. 12 parti dalam Perikatan Nasional sebenarnya sudah sepakat, soalan saya dari Kuang nombor 24, sekian terima kasih.
Pantun, Bersatu ke berkecai biar saya ceraikan. Biar saya ceraikan. Baik Yang Berhormat sekalian saya nak jawab soalan ini, khususnya berkenaan Tabung Amanah Bencana Alam, baik untuk menjawab soalan ini ada baiknya saya jelaskan tentang kedudukan dua tabung, tabung pertama dinamakan sebagai Tabung Amanah Bencana Alam (TABA). Tabung ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan Tahun 1961 ataupun yang dikenali sebagai Akta 61, maafkan saya Akta Tatacara Kewangan Tahun 1957 Akta ini juga dikenali sebagai Akta 61. Baik. Satu lagi tabung kita adalah Tabung Amanah Bencana Negeri, Tabung Amanah Bencana Negeri juga ditubuhkan di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan yang juga terletak dalam kandungan yang sama, apa perbezaan di antara kedua-dua akta ini atau kedua-dua tabung ini, TABA (Tabung Amanah Bencana Alam) ditubuhkan pada tahun 2011 mempunyai enakmen yang telah ditubuhkan pada tahun tersebut dan pada ketika inti mempunyai peruntukan sebanyak RM90 juta manakala Tabung Amanah Bencana yang diuruskan oleh tadbir Kerajaan Negeri merupakan peruntukan tahunan yang diuruskan oleh pihak Kerajaan Negeri hasil daripada dua dana, dana pertama dari NADMA ataupun Kerajaan Perseketuan kira-kira RM13 juta, dan Kerajaan Negeri kira-kira RM12 juta. Pada waktu ini Tabung Amanah Bencana merupakan mempunyai lebih kurang RM24 juta hingga RM25 juta dan pengurusan bencana negeri biasanya diuruskan melalui Tabung Amanah Bencana ini. Tidak merupakan melalui Tabung Amanah Bencana Alam, kenapa Yang Berhormat kerana Tabung Amanah Bencana Alam kita memerlukan peruntukan itu di bawa di dalam dewan ini untuk diluluskan bagi satu-satu peruntukan dan bencana-bencana tidak menunggu dewan bersidang. Dia kadang-kadang boleh datang ribut di Sijangkang pada berapa bulan yang lepas , ketika nak masuk hari raya Aidiladha saya pernah datang ke Sabak Bernam sebab dilanda banjir yang besar tahun 2019 dia tak tunggu masa. Jadi Tabung Amanah Bencana digunakan hasil dari peruntukan-peruntukan yang diberikan oleh NADMA dan peruntukan-peruntukan yang dikelolakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Yang kedua, Tabung Amanah Bencana dia boleh digunakan untuk apa-apa perkara termasuk urusan-urusan menguruskan mangsa-mangsa bencana antaranya adalah penyediaan kawasan tempat tinggal, antaranya adalah menyediakan makanan, ataupun menyediakan ubat-ubatan, kes terbaru di Putra Height sebagai contoh kita menggunakan Tabung Amanah Bencana kerana ia boleh
digunakan untuk kesemua aspek-aspek bencana termasuk menguruskan infrastruktur. Manakala Tabung Amanah Bencana Alam adalah untuk wang pembangunan wang yang telah diluluskan di dalam Dewan ini perlu di bawah ke dalam Akaun Amanah Akaun Wang Disatukan atau pun dalam Belanjawan Negeri dan ia digunakan untuk projek-projek atau hal-hal pembangunan. Untuk tahun ini Insya Allah kita akan cuba meneroka penggunaan Tabung Amanah Bencana Alam ini dengan peruntukan RM90 juta dan setakat ini dari tahun 2011 sampai sekarang Tabung Amanah Bencana Alam ini tidak pernah digunakan. Jadi kenapa kita nak gunakan sebab kita lihat ada beberapa urusan-urusan pengurusan infrastruktur yang boleh digunakan ini mungkin berita gembira untuk Pandan Indahlah antaranya ialah kawasan-kawasan cerun ataupun tanah-tanah runtuh . Banjir dan sebagainya saya rasa dah ada peruntukannya dan urusannya , untuk cerun kita memerlukan beberapa peruntukan-peruntukan tambahan dan kita perlu meminda enakmen untuk mempermudahkan penggunaannya. Kalau tidak tabung Amanah Bencana sebagai contoh kita hanya memerlukan kelulusan yang biasanya melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Unit Bencana dan sebagai-sebagainya untuk diluluskan dan digunakan. Ahli Yang Berhormat sekalian, kita pernah dilanda bencana seperti banjir besar pada tahun 2021 itu pun kita tak gunakan kerana pada ketika itu ada sebahagian peruntukan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan kita Negeri juga gunakan, RM136 juta sebagai contoh kita gunakan untuk sumbangan RM1 ribu, lebih kurang sama dengan apa yang federal peruntukan pada ketika itu, kita juga peruntukan RM60 juta daripada dana tambahan kepada Tabung Amanah Bencana tadi supaya boleh digunakan atau Tabung Infrastruktur Negeri untuk kita boleh gunakan membaiki laluan genting peras dan sebagainya yang terputus pada ketika bencana tahun 2021. So, ada 2 tabungan, Tabung Amanah Bencana, Tabung Amanah Bencana Alam, Tabung Amanah Bencana Alam, Tabung Amanah Bencana Alam tak boleh guna lagi, eh bukan tidak boleh digunakan tapi tidak pernah digunakan sebab belum mendesak dan Kerajaan Negeri akan gunakan Insyaa Allah sama ada sidang akan datang atau 2 sidang akan datang kita akan buat pindaan enakmen tersebut supaya ia lebih mudah digunakan terutamanya menguruskan kawasan-kawasan dan juga elemen-elemen pembangunan untuk menguruskan bencana atau mengelakkan isu-isu bencana khususnya kawasan tanah runtuh sebab Kerajaan Negeri saban tahun akan dipohon oleh Pihak Berkuasa Tempatan tertentu menangani isu tanah runtuh, ini agak-agak besar di Selayang, dulu selalu di Ampang sahaja, tapi di Selayang , di Petaling Jaya, di kawasan Klang dan beberapa kawasan-kawasan lain juga turut dilaporkan hal tersebut. Jadi mungkin jawapan saya lebar sikit dari soalan asas, tapi perlu dijelaskan supaya kita mempunyai pencerahan terhadap apa yang berlaku. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Alhamdulilah hari ni kita dah dapat tahu ada dua tabung
sebenarnya. Kita ada Tabung TABA tadi dan Tabung Bencana. Daripada jawapan Yang Berhormat tadi Yang Berhormat maklumkan tadi bahawasanya Tabung Amanah Bencana Alam ini kita tak pernah gunakan lagi sampai hari ini. Ada 2 perkara di sini daripada laporan yang saya terima laporan tahunan Tabung Amanah Bencana Alam ini boleh saya rumuskan bahawa sebenarnya tabung ini digunakan untuk buat pelaburan sebenarnya . Kita gunakan tabung ini dari laporan ini untuk buat pelaburan-pelaburan bermakna daripada suntikan awal 2011 hingga 2015, 10 juta setiap tahun kepada tabung ini dan suntikan 10 juta lagi pada tahun 2019 menjadikan suntikan dari Kerajaan berjumlah RM60 juta dalam tabung ini tetapi hari ini saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri selaku Pengerusi Tabung Amanah Bencana Alam ini kerana dari suntikan awal 60 juta hari ini penyata terakhir yang kita terima berakhir pada hujung 2024 kita mempunyai RM92.93 juta dalam tabung ini hasil daripada penggunaan duit tabung yang ini digunakan untuk buat pelaburan-pelaburan yang menguntungkan kepada Kerajaan dan juga kepada tabung. Tahniah kepada Pegawai Kewangan Negeri , cuma saya minta makluman bagaimanakah Kerajaan Negeri sebab tadi Yang Berhormat kata tabung ini tak pernah gunakan tapi sebenarnya tabung ini digunakan juga untuk pelaburan mungkin boleh bagi penjelasan mengenai pengurusan tabung ini.
Terima kasih. Memang maknanya yang saya sebutkan tabung ini belum pernah digunakan untuk pengurusan bencana kerana selama ini pengurusan bencana digunakan melalui Tabung Amanah Bencana tersebut kerana Tabung Amanah Bencana tersebut juga menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan menerima sumbangan-sumbangan daripada pihak swasta, pihak-pihak yang ingin menyumbangkan ketika bencana berlaku, itu memang telah digunakan dan setakat ini cukup. Dan kadang-kala Kerajaan Negeri melakukan perbelanjaan tambahan dan kali terakhir kita buat perbelanjaan tambahan untuk mengisi tabung itu pada tahun 2021 ketika bencana besar tersebut berlaku. Pelaburan bukan hanya di tabungan ini sebab memang disiplin kita sejak tahun 2008 2009 antara reform yang telah digunakan sewaktu itu adalah menubuhkan unit pelaburan. Penubuhan unit pelaburan ini untuk memastikan tabungan kita itu tidak tersekat kepada fix deposit semata sebaliknya mempunyai pelaburan-pelaburan jangka pendek dan jangka sederhana yang memberi pulangan yang lebih baik. Berbanding kita tangguhkan ataupun kita tinggalkan. Apa yang akan dalam fix deposit yang nilai nya mungkin 4% ke 5%. Apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri secara konsisten adalah dalam tempoh bulan-bulan tertentu kita mengambil balik semua pelaburan kita dan kita tawarkan kepada institusi pelaburan apakah yang boleh dilakukan dan berapakah nilai percentage faedah ataupun value yang boleh diberikan di atas pelaburan yang dimasukkan dan kita consolidate semua bukan hanya dalam tabungan ini yang betul dapat. Di tahun 2021 dan 2022 kita advance kan lagi dengan memperkenalkan Selangor Advance. Selangor Advance adalah tabungan lain yang dalam TAWAS yang kita gunakan dengan hubungan dengan satu institusi pelaburan dan nilai pulangan di antara 8% secara purata. Sekarang dah sedikit menurun
menjadi 7% hingga 6% dan kita kena melihat balik pelaburan-pelaburan yang telah dikemukakan. Ia digunakan untuk menjana bila? Nanti bila kita buat Enakmen ini kita ubah sikit Enakmen untuk dipermudahkan sebab saya lihat ada baiknya untuk kita meningkatkan persediaan bencana contohnya di peringkat Daerah. Persediaan kalau bencana berlaku pembelian aset-aset kepada Unit Bencana Daerah dan yang ketiga adalah atau yang kedua adalah melaksanakan projek-projek infrastruktur termasuk di kawasan cerun. Saya rasa dengan nilai yang ada tu tapi kita tak boleh belanja semualah. Yang kedua juga, kita juga meletakkan satu tambahan tabungan. Hampir tiap-tiap tahun sebenarnya kita tambah RM1 juta daripada ke tabung ini supaya tabungan ini mempunyai simpanan yang konsisten daripada Kerajaan Negeri dan dalam pada masa yang sama kita melaburkan supaya nilainya ataupun valuenya bertambah. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Silakan Yang Berhomat Sijangkang.
Terima Tuan Speaker. Tahniah kepada Dato’ Menteri Besar. Saya kira satu inisiatif yang sangat baik apabila wang tabungan ini boleh digunakan untuk pengurusan cerun. Walaupun mungkin ada peruntukan-peruntukan yang lain daripada itu tetapi menambahkan lagi peruntukan untuk pengurusan cerun dengan baik. Cuma, apa pandangan Yang Amat Berhormat, mungkin boleh dipertimbangkan juga berkaitan juga hasil daripada bencana yang berlaku terutamanya di kawasan-kawasan sungai yang runtuh disebabkan oleh ombak ataupun ban-ban kita yang rebah disebabkan oleh perubahan iklim ini juga. Yang saya kira sangat memberi manfaat walaupun saya maklum JPS ada peruntukan-peruntukan yang tertentu tetapi kalau ini boleh digunakan juga saya kira memberikan manfaat yang baik sebab di Sijangkang sebagai contoh ada tanah milik yang sekarang ni dah jadi sebahagian dari sungai dah. Jadi saya ingat ini sangat-sangat memberi makna kalau boleh dipertimbangkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa itu boleh dipertimbangkan dan boleh diperkirakan walaupun kita mempunyai peruntukan sebagaimana Yang Berhormat tahu selaku bekas EXCO Infrastruktur. JKR, JPS dan sebagainya ada peruntukan-peruntukan yang dipohon tiap-tiap tahun dan mempunyai projek-projek yang bersambung daripada tiap-tiap tahun. Tapi yang saya lihat memang cerun kita mempunyai gap yang besar. Sama ada daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutan. Sebab itu pada pandangan saya gapnya adalah kita boleh uruskan cerun. Tapi yang pandangan Yang Berhormat tentang ban ni adalah real. Baru ni di Sabak Bernam pun ada berlaku pecahan ban selepas rebakkan ban selepas peristiwa ataupun kejadian air pasang besar yang berlaku baru-baru ini. Dan itu adalah acara ataupun perkara yang kerap kali berlaku di beberapa kawasan-kawasan pesisir pantai kita ataupun di kawasan tepi-tepi pantai kita. Dan yang pentingnya saya memang nak gunakan tapi kita tak akan gunakan dengan banyak dululah. Kita akan cuba keluarkan di antara RM5 juta hingga RM10 juta dulu, lihat penggunaannya
kita akan fokuskan Yang Berhormat salah satunya, nanti saya akan rujuk kepada EXCO Infrastruktur, Pengurusan Bencana, Alam Sekitar dan sebagainya what the focus. Salah satu ban disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi mungkin boleh dipertimbangkan tapi pada pandangan awal kita dapatan awal kita, kita nak uruskan cerun. Ini mungkin kita akan gunakan dan ia adalah selaras dengan pindaan yang kita akan buat supaya mempermudahkan penggunaannya tetapi kita akan wajibkan untuk dilaporkan. Kalau baru kita nak bentang nak digunakan dia akan jadi lambat sedikit Yang Berhormat. Saya nak benda ni diuruskan dengan cepat tetapi akan tetap dilaporkan dalam Dewan supaya ketelusan dan juga akauntabiliti dapat dijamin di dalam pengurusan tadbiran Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Soalan.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan ke soalan tambahan..
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker. Disoalkan ataupun diajukan soalan kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua mengenai bantuan bencana ni tadi. Kalau kita lihat bukan sekadar infrastruktur dan pengurusan cerun dan seumpama dengannya penting bagi bencana-bencana seperti ini tetapi yang terkesan secara langsung adalah rakyat di bawah yang boleh katakan hampir tiap bulan sama ada ribut taufan, puting beliung dan seumpama dengannya, dengan skala dan berkala yang kerap. Jadi bila dibuat tuntutan dan report kita lihat ada jarak masa yang agak lama untuk mereka mendapat bantuan sedangkan sebagai contoh kalau bumbung ia memerlukan segera supaya tidak terjejas kepada peralihan cuaca hujan dan seumpama dengannya. Jadi bagaimana Yang Amat Berhormat boleh melihat benda ini dapat dipercepatkan dan ditambah nilai amaun bantuannya, bukan sekadar RM500 ringgit. Terima kasih.
Terima kasih. Apa yang disebutkan oleh Sungai Burong saya rasa itu tertakluk di bawah Tabung Amanah Bencana. Tak masuk dalam Tabung Amanah Bencana Alam. Tabung Amanah Bencana Alam, asas soalan ini menumpu kepada infrastruktur Yang Berhormat. Jadi hal-hal kebajikan tentang baik pulih dan sebagainya itu melalui beberapa sumber. Antara sumber kita adalah Yayasan MBI. Memang Yayasan MBI kerap kali turun dan membantu. Jumlah dia juga agak besar. Tiap-tiap tahun kita pernah bantu berapa banyak rumah di Tanjung Karang termasuk di Sungai Burong, termasuk di Permatang pada Tahun 2020 ataupun 2019 sebagai contoh melibatkan kos hampir RM2 juta. Baru-baru ini RM400 ribu di Sijangkang untuk sekolah berkenaan. Juga sumbangan daripada terbabit selain daripada peruntukan daripada Kementerian dan juga jabatan-jabatan terbabit.
Tetapi untuk rumah-rumah dan sebagainya, aset-aset persendirian kita akan rujuk kepada unit tertentu. Antara unit tertentu adalah Zakat. Zakat mempunyai sumbangannya dan juga prosesnya dan juga yang kedua daripada MBI. Untuk mempercepatkan saya rasa ini cadangan yang wajar untuk kita pertimbangkan dan ini saya rasa perkara yang kita boleh lihat macam mana prosesnya boleh dipercepatkan. Selalunya kalau Yayasan MBI tu Yang Berhormat dalam tempoh 48 jam biasanya kita dah buat keputusan untuk dibuat ataupun dilaksanakan. Dan itu akan memberikan kelegaan. Cuma yang lain-lain saya di luar kawalan kita kerana prosesnya dia ada tata kelolanya, dia ada pengurusannya. Dan itu akan kita lihat macam mana nak percepatkan daripada pihak Kerajaan Negeri tahun ni kita percepatkan lesen, kita percepatkan renovation rumah. Mungkin dalam masa terdekat, macam mana kita pertimbangkan bantuan bencana sebagaimana yang disebut Sungai Burong boleh kita pertimbangkan supaya dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam, ada clarity terhadap penduduk-penduduk bagaimana naik taraf, perubahan ataupun kerosakan-kerosakan itu mampu dibantu oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Pertanyaan lisan daripada Sungai Burong.
Ok, soalan saya nombor 25.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Perikatan Nasional jangan murung, terima kasih Sungai Burong. Sungai Burong bertanyakan soalan berkait dengan langkah Kerajaan Negeri, langkah strategik bagi menjamin keterjaminan makanan dan juga pertanian bagi Negeri Selangor. Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian serius kepada segala inisiatif bagi memastikan kemajuan sektor pertanian negeri dan keterjaminan makanan dilaksanakan dengan baik supaya sumbangan Selangor kepada kadar sara diri atau Self-Sufficiency Level (SSL) dapat ditingkatkan dan tahap pendapatan warga tani dapat ditambah baik. Ini sejajar dengan Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang memberi penekanan kepada pertama pertanian bernilai tinggi, permodenan pertanian, tiga rantaian bekalan makanan lengkap, pembangunan agropreneur, yang kelima kemajuan agro pelancongan. Lima komponen penting yang kita tekankan dalam mencapai rantaian bekalan makanan yang lengkap ini ialah pertama ialah guna tanah. Yang kedua ialah pemodenan ataupun pembenihan dan pembiakan. Yang ketiga ialah pengeluaran production. Yang keempat ialah penyimpanan dan yang kelima ialah pemasaran. Dalam aspek guna tanah, Kerajaan Negeri dalam usaha menambahbaik tanah pertanian sedia ada dan menambah kawasan pertanian terutama untuk pertanian bernilai tinggi. Penambahan kawasan pertanian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) ialah dalam keluasan lebih 2000 hektar di 22 lokasi sedang giat dilaksanakan. Di samping itu kawasan-kawasan pertanian baru di bawah SMART Selangor Agro Park dan SMART Selangor Agro Farm SSAP dan SSAF telah diwujudkan di Sungai Air Tawar di Changkat Menteri dan juga di Jelutong Jati serta turut sedang akan dibangunkan di Olak Lempit dengan
keluasan keseluruhan sekitar 500 hektar. Kita terus mengenal pasti, Kerajaan Negeri terus mengenal pasti mana-mana lagi kawasan yang sesuai untuk kita bangunkan bagi pertanian moden di bawah SSAP dan SSAF ini. Di bawah program Agro Bandar pula, usaha berterusan untuk Kerajaan Negeri bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis, bagi kita mengenal pasti dan kita telah pun mendapati lebih 200 kebun komuniti yang terlibat di bawah inisiatif ini di perkasa dengan pelbagai pertanian bernilai tinggi dan mereka turut menyumbang sebenarnya kepada terutamanya sayur-sayur dan juga sayur buah di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga memberi perhatian serius pada aspek pembenihan dan pembakaan kerana komponen ini yang kita lihat menjadi missing link dalam bekal rantaian bekalan makanan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran. Dengan sebab itu tumpuan diberi kepada aspek pembenihan dan pembakaan ini disebabkan aspek ini merupakan aspek yang jarang diceburi oleh usahawan kita atau agropreneur kita kerana dia memerlukan modal yang besar. Teknologi yang tinggi dan juga pulangan pelaburan yang pula agak lambat. Maka intervensi daripada Kerajaan perlu dibuat. Jadi kita telah memulakan intervensi dalam usaha untuk membangunkan usaha-usaha seed bank ataupun pembenihan ini, bank pembenihan dan pembakaan ini dengan jalinan kerjasama juga daripada Kerajaan Persekutuan, GLC dan Syarikat -Syarikat Agropreneur yang lain. Ini termasuk dalam projek pembenihan kelapa MATAG, pembenihan bagi nanas, betik dan juga melon SEL yang saya ingat sekarang sangat popular iaitu melon Selangor, jagung bijian dan jagung manis dan juga penetasan udang harimau iaitu pembakaan udang harimau dan udang putih di Sungai Nipah di Sabak Bernam serta ayam daging di bawah PKPS. Ini untuk pembakaan yang saya cerita ya, pembakaan dan pembenihan dan juga Kambing Black Belly Barbados yang merupakan satu kambing yang sangat popular tetapi kita kekurangan bakanya yang kita telah memulakan di Daerah Kuala Langat. Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan pada usaha pemodenan dalam pengeluaran. Ini pun kita buat bersama penggunaan mesin transplanting atau transplanter dan jentuai combine harvester yang kita telah tiap tahun kita agihkan kepada Persatuan Peladang untuk meningkatkan hasil bagi tanaman padi dan juga mengurangkan kerosakan jatuhnya padi ataupun tertumpahnya padi dengan penggunaan combine harvester ataupun mini harvester ini. Ini pun banyak kita beri, dan setiap tahun kita berikan kepada Persatuan Peladang supaya dapat diperluaskan. Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan-peruntukan tambahan untuk pembelian mesin-mesin, peralatan yang sesuai untuk industri asas tani juga, penggunaan drone dan juga pelbagai lagi kaedah yang pertanian moden termasuk penggunaan hydroponic, ecoponic dan vertical farming yang terus kita perluaskan di bawah di Negeri Selangor ini. Sebahagian dari usaha ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pertanian untuk tahun ini pada maklumat Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada tahun ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kerajaan Persekutuan kita menerima peruntukan RM30.46 juta. Dan kita agihkan terus kepada usahawan tani kita. Untuk kita laksanakan di bawah pertanian bernilai tinggi di Negeri Selangor dan Alhamdullillah saya dapat makluman, sehingga bulan ini kita dah hampir lebih 80% dah siap dilaksanakan dan saya berkeyakinan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian akan memberikan tambahan pada
tahun depan kerana kejayaan Selangor dalam melaksanakan projek-projek yang kita telah diberi peruntukan. Pemasaran juga merupakan aspek penting dalam pengukuhan rantaian bekalan makanan selain memperluaskan hasil pertanian negeri melalui kaedah conventional sama ada penggunaan Pasar Borong, Jualan Ehsan Rahmah serta Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di Kuala Langat contohnya Kerajaan Negeri telah mengoperasikan Kompleks Lembaga Agro ataupun PLAS di Sijangkang dan beberapa Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian baru akan dicadang akan dilaksanakan di Negeri Selangor dan juga kejayaan pengoperasian Pusat Lelongan Ternakan ataupun Pusat Lelongan Agro Selangor, PLAS di Sijangkang telah pun 8 bulan beroperasi cuma kita belum rasmikan lagi. Tapi sebenarnya kita dah beroperasi dan sangat berjaya dan kita akan tambah dalam perancangan untuk juga adakan, ini merupakan Pusat Lelongan Agro Selangor ni yang pertama dalam negara ya. Yang kedua ialah Pusat Lelongan Ternakan ini yang live stock yang kita sedang rancang akan dibina di Olak Lempit. Untuk di bawah Plan Transformasi Agro 2. Dan bagi Plan Kontijensi Menghadapi Krisis Makanan, sikit lagi ya Timbalan Speaker, menghadapi krisis makanan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah pun memulakan program Gudang Makanan Selangor (GMS) yang telah saya sebut sebelum ini di mana stok simpanan makanan asas seperti beras, daging, ayam dan ikan kita simpan untuk menghadapi bencana dan sebagainya. Kekurangan makanan ya. Kita telah mula sekarang ni peringkat untuk tempoh simpanan kita adalah satu bulan bagi 15% penduduk Selangor. Stok ini akan kita tambah setiap tahun kepada satu bulan untuk seluruh rakyat Selangor. Maknanya satu bulan untuk 7 juta dan akan diikuti pula lepas itu untuk tiga bulan bagi 7 juta penduduk. Ini merupakan usaha berterusan daripada Kerajaan Negeri untuk menghadapi jika berlaku bencana ataupun kita menghadapi situasi seperti pandemik Covid-19 yang lepas. Dan dengan berakhirnya Pelan Transformasi Agro Selangor pada tahun ini, PeTA ni akan berakhir pada tahun ini, kita sedang merangka sekarang untuk pelaksanaan PeTA atau pelan Transformasi Agro 2.0. sedang dirangka untuk tempoh 2026-2030. Yang akan dilancarkan tahun depan. PeTA 2.0 ini dijangka akan meneruskan agenda memperkasa sektor pertanian negeri di bawah PeTA 1.0, dengan tumpuan memperluas inisiatif yang telah berjaya sebelum ini dan memperkukuhkan rantaian bekalan makanan bagi kita menyumbang kepada keperluan makanan ataupun makanan bagi negeri Selangor dan negara. Sekian terima kasih.
Mungkin boleh memberi jawapan bertulis, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini, saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2026, semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2026, semua peringkat.
Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor, mengalu-alukan kehadiran pelawat-pelawat berikut ke Persidangan Dewan Negeri Selangor iaitu daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya, seramai 25 orang yang diketuai oleh Cikgu Saiful Sadiq. Yang diaturkan oleh Penggerak Belia Selangor, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Zon 1, dan juga Dewan Undangan Negeri Subang Jaya. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Saya mempersilakan Yang Berhormat Meru, untuk menyambung perbahasan.
Bismillahhirahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, salam Kita Selangor Maju Bersama, Salam Rahmah. Saya mulakan dengan dua rangkap pantun. Terima kasih Timbalan Pengerusi Tetap.
Singgah ke Hulu Kelang membeli roti Jenama Gardenia berisi inti Terima kasih Speaker yang baik hati Beri saya peluang bahas sekali lagi
Negeri Selangor makmur dan aman Pembangunan pesat rakyat dipeduli Saya harap tiada celahan Kerana masa amat mencemburui
Tuan Timbalan Speaker, saya menyambung perbahasan saya semalam, dan seperti janji Tuan Speaker semalam, masa 15 minit. Tema Selangor Juara Rakyat Sejahtera, menggambarkan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memastikan manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang rancak, terus mengalir kepada rakyat, dan dirasai oleh setiap anggota masyarakat. No one left behind, dengan izin. Saya amat teruja melihat peralihan fokus belanja pembangunan 2026, daripada sektor infrastruktur, kepada sektor sosial dengan meningkatkan sebanyak RM360 juta, iaitu kenaikan 30% berbanding sebelum ini.
Penyusunan semula, keutamaan negeri, berdasarkan realiti ekonomi semasa, membuktikan bahawa Kerajaan Madani di Selangor, dan Kerajaan Perpaduan bersikap responsif dan pro aktif. Langkah ini, tidak hanya menunjukkan keupayaan Kerajaan Negeri, mengurus isu-isu semasa, tetapi juga mencerminkan tahap kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi cabaran ekonomi yang dijangka pada masa hadapan. Saya menegaskan di sini bahawa kerajaan Selangor sangat prihatin kepada kebajikan dan keperluan rakyat. Dan saya menyanggah dakwaan bahawa Kerajaan di dalam membangun negeri, iaitu pembangunan menindas kehidupan itu, adalah tidak tepat sama sekali.
Tuan Timbalan Speaker, saya ingin berkongsi berkaitan sebuah keluarga di Meru, yang memohon untuk mendapatkan bantuan BINGKAS, iaitu keluarga suami isteri berumur 32 tahun, yang anak 3 orang dan pendapatan RM5,000.00, dan juga salah seorang itu, anak yang berkeperluan khas. Bagaimana Kerajaan Negeri membantu keluarga ini. Sudah tentu melalui Pusat Khidmat Masyarakat. Kita menguruskan bantuan BINGKAS, berjumlah RM300.00 sebulan untuk mereka membeli barang keperluan asas serta makanan berkhasiat. Termasuk juga, boleh menampung juga kelengkapan sekolah. Untuk pengetahuan Ahli Dewan sekalian, bantuan BINGKAS merupakan bantuan berskala besar. Di antara peruntukan terbesar, dalam belanjawan yang diumumkan baru-baru ini. Dengan amaun yang paling tinggi, yang dilaksanakan oleh Kerajaan di Selangor, berbanding negeri-negeri lain. Ditambah lagi, kalau di Selangor, ditambah lagi kerajaan persekutuan, ada bantuan MyKasih, di bawah Kerajaan. Di mana, RM100.00 sebulan. Sudah tentu amat membantu rakyat menjalani kehidupan harian dan meringankan bebanan mereka. Ini menunjukkan, Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Madani, sama ada di Persekutuan, di Negeri, di pimpin oleh PMX dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, sangat prihatin kepada kebajikan dan nasib rakyat. Saya sangat menghargai dan memuji langkah progresif Kerajaan Negeri, yang memperkenalkan BINGKASAN, atau BINGKASAN dan BINGKASAN PLUS, sebagai exit strategy, dengan izin, yang akan membantu penerima BINGKAS, supaya boleh keluar daripada kepompong kemiskinan dan himpitan kehidupan. Bagi anak-anak di bawah 6 tahun pula, ibu ayah, boleh memohon subsidi Taska dan Tadika, berjumlah RM600.00 sehingga RM1,200.00 setahun, melalui ASUH Pintar dan TUNAS. Manakala anak berkeperluan khas, boleh menerima intervensi secara percuma dengan pusat anak istimewa Selangor iaitu ANIS, di bawah Kerajaan Negeri. Pelaburan bernilai sosial. Tuan Speaker, saya ucapkan tahniah di atas kejayaan Kerajaan Negeri menerusi Invest Selangor, yang berjaya mencatatkan transaksi berjumlah RM8.17 bilion, bagi tahun ini. Seiring dengan pengenalan Asian Business Entity, ABE, dan Investor PASS, dalam belanjawan, PASS ya, bukan PAS. Investor PASS, dalam Belanjawan Persekutuan 2026, oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Peluang baharu untuk mengukuhkan keter hubungan ekonomi serantau, kini terbuka dengan lebih luas. Sehubungan itu, saya ingin bertanya, bagaimana persediaan Kerajaan Negeri untuk memposisikan Selangor sebagai negeri pilihan utama bagi syarikat tempatan dan antarabangsa, mahu memohon atau beroperasi sebagai entiti ABE. Jika peluang ini direbut secara strategi, Selangor mampu membina ekosistem, ekonomi rakyat yang lebih dinamik dan menjadikan negeri ini sebagai pintu masuk utama di rantau ini. Tumpuan sedia ada Kerajaan Negeri kepada institusi aero angkasa, ekonomi digital dan pembangunan pusat data, juga telah mula menghasilkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, meningkatkan kompetensi, tenaga kerja serta menyediakan laluan pendapatan yang lebih bermaruah kepada rakyat. Namun, selain penciptaan pekerjaan, saya percaya, terdapat potensi besar, dari segi manfaat dan pulangan pelaburan sosial, yang selama ini kurang diberi perhatian. Justeru, saya mencadangkan agar, Kerajaan Negeri mengadaptasi indikator Social Return Or Investment (SROI), sebagai sebahagian daripada perancangan pembangunan negeri.
Melalui SROI, setiap pelaburan bukan sahaja dinilai dari segi keuntungan ekonomi, tetapi juga impak sosialnya. Kerajaan negeri boleh mensyaratkan indikator ini, sebagai keutamaan mengambil wanita dan OKU bekerja. Menyediakan latihan semula bagi warga emas produktif, serta menyokong sektor ekonomi penjagaan, dengan mewajibkan komponen CSR, kepada agensi pelaksana seperti WBS dan YANIS. Dengan pendekatan ini, setiap pelaburan yang masuk ke Selangor, akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sambil memperkukuh kesejahteraan rakyat secara mampan tanpa bergantung sepenuhnya kepada hasil negeri yang sedia ada.
Tuan Speaker, saya baru-baru ini, telah mendapat maklumat daripada salah sebuah sekolah, adanya pelajar yang tidak membawa belanja sekolah, ke sekolah. Mungkin mereka ini, daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Jadi saya ingin menyentuh berkaitan bantuan makanan kepada pelajar. Daripada keluarga B40. Saya percaya, pengambilan makanan yang cukup dan seimbang, adalah asas kepada tumpuan pembelajaran dan prestasi akademik anak-anak kita. Maka, dalam kita memberi fokus kepada infrastruktur pendidikan, saya ingin menegaskan bahawa, sudah tiba masanya, Belanjawan Negeri ini, turut memberi perhatian kepada program pemakanan sekolah sebagai komponen penting untuk kesejahteraan murid. Saya mengambil contoh Projek Rintis hidangan berkhasiat di sekolah, HITS, oleh Kementerian Kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa, intervensi yang kosnya serendah RM2 sahaja, sehari pun, mampu memberi impak yang sangat ketara. Program sebegini terbukti, dapat menggalakkan kehadiran ke sekolah, meningkatkan pencarian kognitif, serta mengurangkan masalah malnutrisi dalam kalangan murid. Saya juga ingin mendapatkan pencerahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, adakah program HITS ini, masih diteruskan lagi dan berapakah bilangan pelajar, dan juga sekolah di Selangor yang terlibat.
Tuan Timbalan Speaker, bagi program pembangunan awal kanak-kanak, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menambah fokus kepada dua perkara kritikal iaitu kasihan reproduktif dan literasi digital, kedua-duanya kini menjadi keperluan asas untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko eksploitasi, penderaan dan serta pendedahan digital yang tidak selamat. Saya menyambut baik dan ingin menarik perhatian Dewan berkaitan pemberian subsidi yuran KAFA, murid keluarga B40, sebanyak RM330.00 sebulan. Sudah tentu, pemberian subsidi ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa, bagi memastikan anak-anak mendapatkan pendidikan berterusan, khususnya pendidikan agama. Ini lagi satu bukti, kepedulian yang tinggi Kerajaan Negeri Selangor terhadap rakyat negeri Selangor. Bagi kem muafakat pula, saya ingin menekankan keperluan memperkukuh modul kecerdasan emosi, pembinaan spiritual dan kesihatan mental remaja. Penekanan ini penting untuk meningkatkan jati diri daya tahan dan kesejahteraan generasi muda Selangor. Saya juga menyambut baik peruntukan RM8 juta, untuk membaik pulih Sekolah-Sekolah Agama di Selangor. Jadi, dalam penambahan peruntukan ini juga, saya juga sekali lagi ingin
memohon sebuah Sekolah Rendah Agama dibina di Taman Sungai Kapar Indah, di mana, dalam perbahasan saya dua tahun lalu dulu, saya sudah bangkitkan tentang pembinaan sekolah rendah agama di Taman Sungai Kapar Indah. Ini, di mana penambahan penduduk yang bertambah, dan hanya ada sekolah rendah agama di Pekan Meru sahaja, yang jaraknya agak jauh, dari Taman Sungai Kapar Indah, iaitu setengah jam perjalanan. Jadi, ada pelajar yang tidak mendapat pendidikan, tak dapat hadir ke Sekolah Rendah Agama ini. Saya harap, kerajaan dapat memberi perhatian tentang perkara ini.
Tuan Speaker, saya menyambut baik perlaksanaan turapan mega, menggunakan pendekatan teknologi inovatif oleh JKR Selangor melalui penggunaan sistem tetulang pra-tuang, untuk memastikan jalan-jalan negeri berada dalam keadaan baik. Infrastruktur asas, seperti jalan yang diselenggara dengan baik, menjadi keperluan rakyat terutama bagi jalan-jalan utama yang digunakan. Jadi saya ingin membawa perhatian Dewan juga, yang saya pernah bawa juga dalam sidang Dewan dua tahun lalu, iaitu jalan, walaupun jalan Persekutuan, FT3217, Meru - Kapar, Meru - Klang, yang sekarang ini sangat sesak. Hanya satu lorong, dan saya cadangkan, jalan ini, kalau dapat daripada usaha EXCO sendiri, jalan dapat dilebarkan daripada satu laluan kepada dua laluan, dua lane. Dan juga, jalan ini juga rosak teruk, memandangkan hanya, ADUN tidak boleh membawa perkara ini, jadi jalan ini memang laluan utama daripada Kuala Selangor, daripada daerah Petaling, jadi saya harap, perkara ini juga dapat diberi tumpuan. Justeru, saya ingin menekankan bahawa JKR dan PBT perlu mengambil tindakan pemantauan berkala agar kita dapat pastikan jalan raya yang digunakan rakyat sentiasa dalam keadaan yang baik dan mengurangkan gangguan kepada pengguna. Saya ingin membawa isu sedikit isu kawasan iaitu saya telah dikunjungi oleh pihak kuil dan rakan-rakan kaum India beragama Hindu yang memerlukan krematorium iaitu tapak tanah perkuburan di Kapar sebab tiada setakat ini so saya dimaklumkan bahawa juga ada tapak diwartakan jadi diharap juga ini kerajaan dapat memberi perhatian di mana permintaan yang sangat tinggi dan juga komposisi pengundi rakyat yang beragama Hindu agak tinggi di kawasan Kapar dan Meru. Terdapat juga jalan-jalan yang kurang pencahayaan di lorong-lorong kampung khususnya Jalan Paip dan Jalan Nanas saya harap pihak EXCO dapat meluluskan permohonan daripada Pejabat DUN nanti Insyaa Allah. Seperkara lagi iaitu saya mohon supaya MBDK dapat menaik taraf dan membuat pembaikan stesen bas Klang Sentral iaitu jalan yang rosak teruk dan juga tiada pencahayaan yang baik iaitu gelap perlu memasang lampu yang lebih dan juga kehadiran warga asing yang tidak terkawal jadi ini perlu juga diambil tindakan segera sebab Klang Sentral, Stesen Bas Klang Sentral ini juga menjadi tumpuan kepada pengunjung-pengunjung penumpang bas dari sekitar Shah Alam dari sekitar Klang jadi ini juga perlu kepada perhatian. Dan mohon MBDK melihat semula juga peralatan taman permainan yang usang yang perlu dibaik pulih di banyak tempat di taman permainan khususnya di Meru yang perlu diganti yang agak berbahaya kepada anak-anak kita di mana kalau ada peralatan permainan yang besi yang berkarat, yang patah dan sebagainya yang ini juga banyak aduan yang saya dapat daripada pihak penduduk. Saya juga mohon
pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Sungai Puluh dan Persiaran Aman Perdana memandangkan penambahan mendadak kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut dan ia juga menjadi penyebab kepada berlaku kemalangan. Jadi akhir kata saya tutup juga dengan pantun jadi saya tak ambil masa yang lebih sebab saya dah ada pantun tadi mana pantun takde..pantun itu dah hilang.
Tasik menghijau airnya tenang Memancing ikan di tepi muara Belanjawan disusun telus dan cemerlang Selangor juara rakyat sejahtera
Sebagai penutup Bajet 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor adalah satu dokumen penting yang mencerminkan hala tuju Kerajaan sudah tentu dengan sokongan semua pihak daripada penjawat awam yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sudah tentu kita yakin Bajet ini mampu melonjakkan negeri Selangor sebagai Negeri termaju makmur dan inklusif. Sekian terima kasih Tuan Timbalan Speaker.. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .
Terima kasih Yang Berhormat Meru, seterusnya Yang Berhormat Sijangkang .
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker kerana memberikan peluang kepada saya turut membahas dalam Belanjawan 2026. Saya suka memulakan perbahasan saya dengan membawa ayat daripada (Al Ma’iddah : Ayat 8) yang maksud “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak kebenaran kerana Allah dan saksi-saksi yang bertindak dengan adil janganlah kebencianmu terhadap satu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil berlaku adil kerana adil itu dekat dengan taqwa bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha teliti terhadap kamu terhadap apa yang kamu kerjakan”. Tanggungjawab sebagai pemimpin dalam meliputi memastikan kesejahteraan rakyat dan memelihara agama, menegakkan keadilan, menjaga keselamatan, menyelesaikan pertikaian serta mengutamakan kebajikan rakyat dari segi material pendidikan dan rohaniah kepimpinan adalah amanah berat yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan pemimpin perlu memiliki sifat amanah, jujur, berintegriti, berjiwa rakyat serta berwawasan dan berani. Tuan Speaker, saya kira kalau kita lihat dalam Belanjawan pada kali ini dengan temanya Selangor Juara Rakyat Sejahtera dan medan ini adalah medan untuk kita sama-sama bermuhasabah semula apa yang telah kita lakukan ataupun Kerajaan telah lakukan dan hampir setahun ini dan berasaskan kepada Rancangan Selangor 1 yang akan berakhir pada 2025 ini dan rancang pelan tindakan untuk diterjemahkan pada tahun 2026. Dalam Perbelanjaan 2019 kerajaan telah memperkenalkan klasterisasi atau kelas gugusan ekonomi menuju Smart Selangor kemudiannya RS-1
diperkenalkan pada Julai 2022 dengan Pelan Pembangunan 5 tahun 2021, 2025 dengan Wawasan Selangor Negeri Pintar Makmur Berdaya Huni 2025. Kini sudah berada pada penghujung 2025, pemerhatian saya RS-1 Rancangan Selangor 1 masih tidak lagi mencapai matlamat yang diharapkan. Saya faham pembangunan ini adalah bersifat dinamik dan berterusan dan RS-1 patutnya adalah landasannya kini kita sudah berada di penghujung 2025 saya melihat beberapa contoh kalau saya katakan tadi kita masih belum sampai ke matlamatnya dan antara di dalam seperti saya petik daripada ucapan Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar atau Kerajaan Negeri adalah integriti Integrated Development Region of South Selangor ataupun IDRIS di mana dalam perkara 126 di dalam kawasan IDRIS luas 13,000 hektar merangkumi 9 projek telah menerima kelulusan daripada Kerajaan sebagai projek khas IDRIS dan berada dalam pelbagai fasa perancang dan pelaksanaan di peringkat PBT kita masih lagi berada di dalam fasa kebenaran merancang daripada 9 projek yang telah diluluskan. Dan kalau kita lihat daripada SABDA (Sabak Bernam Development Area) tadi saya ingat secara tidak langsungnya EXCO ada menjawab apa yang berlaku di SABDA di Sabak dulunya ada ikan tuna dan terasa dimulut ikan tuna rupanya tak dapat seleranya adalah pecal leleh jadi ikan keli lagi oleh kerana projek dibatalkan dan ada projek yang disebutkan tadi oleh EXCO akan dibangunkan akuakultur dan kalau kita lihat juga dalam ucapan perkara 126 ucapan Dato Menteri Besar akan diubahsuai HAY Resort akan menjadi tarikan baharu di kawasan pantai barat. Kemudian 127 pusat pengumpulan hasil tani koperasi Selangor akan dibangunkan dan 129 RnR sepanjang WCE akan dibangunkan oleh PNSB dan kita sudah berada di penghujung RS-1 dan sebahagian besar masih lagi kita tidak pasti sama ada akan dibangunkan ataupun kita khuatir pusat dan ikan tuna tadi dibatalkan akhirnya. Saya ingat kita kena lihat dan begitu jugalah dengan Selangor Maritime Gateway akan dibangunkan juga di oleh Landasan Lumayan, cuma saya melihat kalau RS- 1 ni dibentangkan pada Julai ye 2022 dan projek ini sebenarnya projek yang tempohnya 2021 hingga 2025 yang sepatutnya rancangan Selangor ini adalah sebahagian landasan dan bajet-bajet tahunan kita ini merujuk kepada landasan kita bergerak saya khuatir ye hari ini kita dah Bajet 2026 RS-2 yang saya dimaklumkan akan dibentangkan pada tahun ini pun masih belum dibentangkan, kekhuatiran saya ialah sama ada RS-1 tak ada pun kita boleh berjalan tapi sepatutnya itu sebagai landasan, saya khuatir program-program yang kita akan kita lakukan ini dia nya adalah sebagai satu komplemen ataupun kita nak padankan dengan RS daripada sudut belanjawan-belanjawan tahunan itu saya ingat itu tidak berapa kena. Saya tidak tahu bila RS-2 akan dibentangkan begitu juga dengan Pelabuhan Pulau Carey yang masuk juga dalam RS-1 dan Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar dah jawab soalan lisan kelmarin dan ada usaha-usaha untuk bangunkan dan mula boleh bergerak cuma saya melihat saya minta Kerajaan Negeri juga memberikan penerangan atau taklimat urus pada masyarakat tempatan Pulay Carey ini supaya mereka juga akan dapat maklumat yang jelas sama ada kawasan mereka ini akan terlibat, apakah peluang-peluang yang mungkin sumber ekonomi pekerjaan yang mereka boleh juga terlibat pada apabila pelabuhan ini dapat dibangunkan dan saya kira sebab saya dapat maklumat daripada mereka terutamanya masyarakat kampung orang asli ini
seolah-olah mereka belum dapat apa-apa taklimat pun daripada pihak Kerajaan Negeri sama ada melalui Pejabat Daerah ataupun Pihak Berkuasa Tempatan ataupun Kerajaan Negeri sendiri. Sebelum saya terus kepada perkara yang hendak saya bangunkan, saya hendak bertanya pada Kerajaan berkaitan dengan penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk melihat isu berkaitan letupan paip gas Putra Height tempoh hari yang mana tujuannya adalah untuk menyiasat punca sebenar letupan paip gas Putera Height menilai sejauh mana prosedur operasi standard dan beberapa lagi yang telah diberikan dan telah ditubuhkan semenjak daripada September apakah status dapatan-dapatan daripada Jawatankuasa bebas ini untuk dimaklumkan di dalam Dewan ini yang saya kira mungkin sebahagiannya menjadi suatu muhasabah untuk kita bergerak di tahun-tahun hadapan dalam menghadapi isu-isu berkaitan dengan panjangnya paip gas di negeri Selangor itu sendiri. Kemudian saya nak masuk kepada perkara berkaitan dengan kilang haram ataupun kilang tanpa kebenaran yang mana kita dalam laporan menunjukkan bahawa kutipan sehingga 2023 mencecah RM194 juta daripada 365 permohonan yang telah diluluskan dan saya kira ini walaupun tidak terlalu besar tapi jumlah agak signifikan yang menjadi hasil kepada negeri sama ada pada Kerajaan Negeri ataupun Pihak Berkuasa Tempatan tetapi adalah hasil dan sehingga 23 Mei 2025 sebanyak 4,170 premis kilang tanpa kebenaran yang beroperasi secara haram masih lagi belum dapat diputihkan saya kira 365 kilang yang tak diluluskan dapat hampir 200 juta dan 4,000 lebih kilang tanpa kebenaran kalau dapat kelulusan memberi impak yang baik juga hasil kepada Kerajaan Negeri itu sendiri dan MBSA antara PBT yang mempunyai jumlah yang terbesar dan saya kira dengan insentif 30% diskaun sehingga 2027 kita harapkan bahawa kilang-kilang ini akan dapat diputihkan terlalu lama dah kilang-kilang ini dapat beroperasi mungkin dapat menjaga keuntungan yang begitu besar tetapi tidak ada pulangan kepada kerajaan dan ingin tanya apakah setakat ini tindakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyak yang kita anggarkan setiap tahun kita boleh putihkan saya juga ingin menyentuh berkaitan peluang pekerjaan disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar 948 pelaburan diluluskan daripada Januari ke Jun 2025 dan memberikan peluang pekerjaan sebanyak 31,880 peluang pekerjaan dan saya nak tanya apakah persiapan Kerajaan Negeri bagi menyediakan padanan kemahiran-kemahiran tenaga kerja sama ada kerja yang profesional ataupun buruh untuk rakyat negeri Selangor ini sudah tentu dengan kelulusan-kelulusan yang diberikan kita tahu bidang-bidang pekerjaan yang diperlukan saya kira Kerajaan Negeri mempunyai ruangan masa untuk melihat bagaimana peluang-peluang atau kita dapat melahirkan profesional-profesional yang dapat menjana pekerjaan ataupun peluang pekerjaan akan datang. Kemudian saya nak menyentuh berkaitan dengan pembangunan kawasan taman-taman rumah murah ataupun yang dulunya dibangunkan oleh PKNS dan saya rasa ada satu inisiatif oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula. Mungkin tidak melalui URA, Kerajaan Negeri ada inisiatif yang tersendiri bagaimana rumah-rumah yang melebihi daripada 30 tahun ini dapat dibangunkan semula. Mungkin tidak dengan jumlah yang ada pada hari ini, kadang-kadang rumahnya dah terlalu usang, risiko untuk terbakar sebab pendawaian elektrik. Saya ingat tiba masanya untuk Kerajaan Negeri
melihat bagaimana rumah-rumah murah ataupun rumah mampu milik ya istilah pada hari ini dapat dibangunkan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Sudah tentulah Perbadanan yang membangunkan permohonan di dalam Negeri Selangor itu sendiri harus terus dilibatkan kerana kita mengharapkan juga dia akan bagi pulangan kepada negeri melalui dividen-dividen seperti mana yang diharapkan oleh Kerajaan Negeri. Kemudian saya nak menyentuh berkaitan dengan pendidikan. Terima kasih kepada EXCO Pendidikan yang tempoh hari saya kira dengan usaha EXCO Agama Islam Negeri dan juga Menteri Agama di Peringkat Persekutuan yang akhirnya pelajar-pelajar anak-anak kita yang jumlahnya lebih kurang dalam 80 orang dapat menduduki peperiksaan UPKK, cuma saya nak melihat dengan adanya jumlah Sekolah-Sekolah Agama di Negeri Selangor ini kita ada pelbagai KAFA, SRA, SABK, MITS, SRAI. Saya nak tahu di Bandar Saujana Putra bilakah Sekolah Rendah Agama ini akan dibangunkan sebab keperluannya tinggi. Kalau kita lihat Sekolah Rendah sahaja pun saya ingat dengan tertubuhnya Sekolah Rendah ini tidak mencukupi ya dan banyak Sekolah-Sekolah Persendirian di kawasan ini yang mereka menghadapi masalah terutamanya Sekolah Rendah Islam berkaitan dengan pendaftaran kerana mempunyai kekangan-kekangan tertentu dan saya mengharapkan di peringkat Kerajaan Negeri ini hari ini, Sekolah-Sekolah yang kita tak ada ini sama ada SRA ataupun Sekolah-Sekolah Agama ini bukan hanya sekadar sebagai compliment. Kita kena melihat kepada realiti pada hari ini, ibu bapa yang bekerja. Saya ingat ini juga boleh diambil sebagai Sekolah Agama yang kita nak bangunkan ini adalah Sekolah-Sekolah yang sebagai alternatif sifatnya. Contohnya, macam Sekolah SRAI yang kita ada, dia tidak menyusahkan kepada ibu bapa untuk ambil waktu tengah hari daripada Sekolah Rendah kemudian hantar petangnya ke Sekolah Agama, tetapi mempunyai masa kemasukan daripada pagi sehinggalah mungkin pukul 4.00 begitu, tetapi pendidikan agama sudah diterapkan di situ dan ia juga secara tidak langsungnya dapat mengurangkan kos tanggungan kalau mereka berkerjaya untuk sewa kenderaan untuk hantar anak pergi balik sekolah dan saya kira ini saya ingat seperti SRAI boleh diperbanyakkan lagi walaupun mungkin Sekolah-Sekolah Rendah Agama yang kita ada ini kita boleh upgrade kan menjadi SRAI dan sebagainya. Tetapi ini memerlukan satu kesungguhan daripada Kerajaan Negeri itu sendiri. Kemudian berkaitan saya nak sentuh berkaitan dengan alam sekitar. Hutan Simpan Kekal Kuala Langat yang tempoh hari kita digazet kemudian kita gazet kan balik. Saya ingat Hutan Simpan ini harus dikekalkan dan saya nak tahu juga sejauh mana Kerajaan Negeri berazam untuk memulihara dan memelihara Hutan Simpan Kuala Langat ini, kita tahu hutan ini juga sebahagiannya adalah hutan yang agak terosot daripada sifatnya dan saya kira tentu ada peruntukan-peruntukan walaupun sebelum ini sebenarnya ada usaha untuk memulihara dan memelihara hutan ini dengan peruntukan dengan melibatkan juga NGO-NGO supaya terlibat untuk memulihara ataupun memelihara juga hutan simpan ini dan saya nak mengambil kesempatan ini juga menyebutkan selain daripada hutan kita, kita mempunyai hutan bakau yang cukup luas, yang perlu kita sama-sama jaga.
Banyak usaha dilakukan untuk penanaman semula bakau dan sebagainya dan saya nak mengambil satu pendekatan di Sijangkang sebagai contoh Taman Edu Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang yang saya ingat dengan peranan oleh komuniti, mereka membangunkan Hutan Paya Bakau ini dan pada hari ini pun banyak anugerah-anugerah telah mereka dapat dan walaupun mungkin tidak sebaik ada, kalau ada lain yang lebih baik tetapi boleh dijadikan sebagai benchmark macam mana di Selangor ini, Hutan Bakau ini kita dapat pelihara dengan baik yang akhirnya juga secara tidak langsungnya persekitaran atau ekosistem dapat kita jaga dengan sebaik mungkin. Kemudian berkaitan dengan caj ekstreksi air yang mana LUAS memainkan peranan dan begitu juga menjadi sumber pendapatan kepada Negeri Selangor itu sendiri dan saya nak sentuh berkaitan dengan Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang pembinaannya sekarang berjalan dengan agak baik. Cuma saya nak tahu apakah status pembinaan muka sauk yang berada di sekitar Kampung Lombong sepanjang Sungai Klang itu sendiri, kalau tempoh hari ada satu bentuk retifikasi perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan, saya nak tanya apakah status pembangunan itu, kita khuatir walaupun ia mempunyai rangkaian tasik-tasik yang boleh menjadi sumber air, saya nak dapat kepastian, khuatir kalau nanti Loji Rawatan Air itu sudah berfungsi tetapi sumber airnya tidak dapat bekalkan sebaik mungkin dan saya juga nak bertanya berapakah, mungkin sebab saya dimaklumkan bahawa antara tasik-tasik itu juga ada tasik-tasik persendirian. Berapakah jumlah mungkin caj yang boleh yang dapat akan dikenakan dalam ekstrasi air Loji Rawatan Air Sungai Rasau itu sendiri. Saya juga nak menyentuh berkaitan dengan sumber air ini, saya sebenarnya mendapat taklimat pada 6 Mei 2025 berkaitan dengan Taklimat Penggantian Paip Pakej P91, Sijangkang, Kampung Medan dan itu pada Mei 2025 dan saya dimaklumkan dia akan memulakan tidak lama selepas itu tetapi sehingga pada hari ini masih lagi belum bermula. Saya tak tahu apa sebabnya dan saya nak tahu juga apa perancangan seterusnya dan status penggantian ini buat masa ini. Saya ingat, saya ada masa lagi Speaker?.
Teruskan, ada masa 2 minit lagilah.
2 minit. Ok. Saya nak sentuh juga berkaitan dengan FELCRA Batu 8, Sijangkang. Saya tak tahu apa sebenarnya status keseluruhan tanah FELCRA Batu 8 ini. Kalau dahulunya ada perbincangan, taklimat yang saya dilibatkan oleh pihak PBT berkaitan dengan zon Rancangan Tempatan, tetapi saya tak tahu apa statusnya pada hari ini. Kalau dulu status guna syarat gunanya adalah untuk pertanian sahaja, tetapi saya melihat pelbagai pembangunan berlaku di situ, kerja tanah, ada yang memulakan kerja tanah, ada nurseri telah dibangunkan dan ada beberapa projek-projek lain, ada juga Kompleks Gelanggang Badminton di situ dan juga melibatkan kawasan-kawasan pembuangan sampah haram yang berlaku tempoh hari ya termasuklah pembakaran dan didapati juga ada e-waste yang dibakar di kawasan-kawasan itu. Cuma saya melihat bahawa setakat ini saya kira tindakan penguatkuasaan yang kita lakukan adalah satu
tindakan yang tidak betul-betul berapa seriuslah pada pandangan saya. Kalau sekadar kompaun yang kita kenakan RM500.00 sehingga RM1,000.00 akibat pencemaran pembakaran yang berlaku di situ dan masih berulang-ulang lagi ya, pada bulan lepas masih ada lagi berlaku kebakaran. Sepatutnya ia diambil secara serius supaya akhirnya pencemaran alam sekitar ini dapat kita tangani dengan baik. Untuk akhirnya lah Speaker, ada beberapa lagi tetapi saya ambil ini yang terakhirlah, berkaitan dengan jalan ke Pusat Pelupusan Sampah Tanjung Dua belas, Kuala Langat. Pernah berlaku sebelum ini terpaksa hentikan operasi, ditutup untuk menghantar sampah-sampah ke Pusat Pelupusan Sampah di Tanjung Dua belas ini. Kerana jalan yang teruk, berlubang-lubang dan sebagainya. Hari ini saya dapat laporan ia berlaku lagi, walaupun tidak ditutup tetapi berlaku lagi, disebabkan lopak-lopak dan sebagainya. Saya maklum ada pembangunan jalan di situ, tetapi pada hari ini ia berlaku lagi yang teruknya kenderaan-kenderaan yang kecil ini. Kita kesian kepada operator-operator ataupun compactor-compactor termasuk di bawah KDEB yang saya dimaklumkan bukan sahaja lambat untuk sampai. Kadang-kadang rosak dan sebagainya. Saya ingat ini sangat memberikan kesan yang sangat negatif sebab itu saya merasakan Kerajaan Negeri seharusnya mengambil tindakan yang serius sebab bukan pertama kali. Kalau pertama kali tak apa, ini saya ingat 2 tahun lepas saya ada bangkitkan juga dan ini berlaku lagi. Jadi kesannya bukan kepada Sistem Pengurusan Sisa Pepejal kita tetapi juga operator-operator kita. Jadi saya ingat operator-operator kita pun bukan dapat jumlah yang besar, keuntungan yang besar tetapi apabila mereka terpaksa berhadapan dengan risiko-risiko ini saya ingat ia memberikan sesuatu gambaran seolah-olah Kerajaan Negeri tidak memainkan peranan dan kelewatan daripada Pengurusan Sisa Pepejal itu akan memberikan impak yang tidak baik. Jadi terima kasih kepada Tuan Speaker memberikan peluang kepada saya untuk turut berbahas pada kali ini. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya, terima kasih. Dewan Negeri Selangor, sebelum saya memanggil pembahas yang seterusnya Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pelawat-pelawat berikut ke Persidangan Dewan daripada Persatuan Ang Selangor, seramai 5 orang yang diketuai oleh Ahli Majlis, Encik Ang Li Yong. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Sekarang ini saya menjemput pembahas yang seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Batu Tiga. Silakan. 15 minit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk perbahasan Sidang Belanjawan 2026 pada kali ini. Saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Pentadbiran Kerajaan Negeri kerana telah berjaya membentangkan sebuah Belanjawan pada tahun 2026 yang meningkatkan ataupun merekodkan peningkatan dari sudut perbelanjaan dan termasuk dengan perbelanjaan pembangunan yang juga saya akan sentuh
dalam perbahasan kali ini. Pertamanya, soal pendidikan. Menuju agenda pendidikan percuma, saya menyokong penuh inisiatif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor memulakan langkah 50 % yuran pengajian yang ditanggung oleh pihak kerajaan di dua buah institusi milik Kerajaan Negeri iaitu di UNISEL dan juga di UIS dan langkah ini bukan sahaja membuka akses pendidikan, malah mengukuhkan mobiliti anak muda di Selangor. Pertamanya, kenapa menuju pendidikan percuma ini penting. Pendidikan adalah satu-satu cara untuk memecahkan jurang taraf hidup. Ia memberikan jaminan masa depan dan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak-anak muda di Negeri Selangor dan kedua ialah negeri dengan tenaga mahir akan mampu menarik pelaburan yang berkualiti. Kajian The Impact of Human Capital and Skill Availability of Attraction of FDI daripada Mironko tahun 2018, menunjukkan bahawa ketersediaan tenaga kerja mahir menyumbang secara signifikan kepada kemasukan pelaburan langsung asing FDI. Ringkasnya wilayah yang mempunyai kemahiran ataupun tenaga kerja mahir akan menarik lebih ramai pelaburan-pelaburan ke dalam wilayah tersebut dan industri masa depan pastinya akan memerlukan bakat tempatan. Kita sudah melancarkan IC Design Park, kita sudah lancarkan Aerospace di bawah, di Sepang dan juga beberapa pelaburan-pelaburan baru yang melibatkan AI, electric vehicle, Pusat Data dan juga Robotik. Memerlukan ribuan pekerja-pekerja mahir yang mahir dalam bidang berteknologi tinggi dan laporan BERNAMA pada tahun ini Jun 2025 juga menyebut Malaysia berjaya meraih RM4.6 bilion pelaburan melalui penyertaan dalam SEMICON South East Asia 2025. Saya juga menyambut baik bila usaha yang kita laksanakan ini memberikan pulangan yang banyak kepada anak-anak muda di Negeri Selangor dan dalam aspek pendidikan juga saya menyambut baik peruntukan tambahan ataupun peruntukan yang diletakkan untuk subsidi yuran KAFA berjumlah RM5 juta dan juga RM15 juta untuk Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor dan tahun ini Selangor merekodkan perbelanjaan tertinggi dalam sektor pendidikan berjumlah RM136 juta, peningkatan RM55 juta berbanding 2025 dan tertinggi dalam sejarah Belanjawan Negeri Selangor. Kedua, Program SCOUT, ini masih lagi dalam aspek anak muda. Scout Selangor Career Outreach Program yang mana pada SCOUT ini akan memahami pasaran kerja semasa dan menghubungkan graduan pelajar dan industri secara langsung, dengan 948 projek yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang diluluskan daripada tahun ini, daripada bulan Januari sampai ke Jun 2025. Ia telah memberikan pulangan sebanyak 31,898 peluang pekerjaan untuk Negeri Selangor yang kita boleh ambil peluang ini dan SCOUT Program ini saya pohon kalau boleh kita hubungkan terus graduan yang mungkin kita boleh cari dan kita boleh kenal pasti daripada institusi-institusi pendidikan kita supaya kita boleh terus lorongkan mereka dengan industri yang berada di Negeri Selangor. Kita dah tahu jumlah pelaburan, kita dah tahu bilangan peluang pekerjaan, cuma tinggal sekarang ini, bagaimana kita nak buat job matching itu. Itu mungkin Yang Berhormat daripada Banting kita sedang laksanakan perkara itu, tapi saya pohon ia berikan sedikit
tumpuan. Dan kalau boleh kita juga laksanakan automated job matching. Saya tak pasti apa sistem yang kita sedang gunakan. Kalau kita gunakan kaedah konvensional, tradisional kita ialah kita buat job fair. Kita menunggu pencari kerja datang ke tempat kita. Barangkali ada tarikh yang sesuai dengan mereka untuk datang. Barangkali mereka juga tidak berkelapangan ada yang sedang bekerja. Mungkin hari Sabtu. Tapi dengan ada sebuah sistem seperti mana job care di bawah My Future Jobs di bawah PERKESO. Kalau kita ada sistem yang seumpama dengan itu, atau kita boleh kolaborasi dengan pihak PERKESO, itu juga akan menyumbang kepada job matching yang lebih baik yang kita boleh laksanakan.
Tuan Speaker, ekonomi berteknologi tinggi di Negeri Selangor sedang berkembang, kita kena ambil peluang, kita kena sediakan tenaga mahir kita. Dan kalau boleh, dengan keadaan ketidakpadanan kemahiran kita dan industri kita sekarang ini, kita kena sediakan tenaga mahir kita melalui sektor pendidikan atau pun teras pendidikan yang sedang kita usahakan pada tahun 2026. Lanjutan daripada itu Tuan Speaker, industri semikonduktor ialah sektor strategik masa depan Malaysia. Selangor mengambil pendekatan yang paling tepat. Kita perkukuh ekosistem IC Design terlebih dahulu sebelum kita masuk ke sektor pembuatan. Sebab hari ini, bila kita lancarkan IC Design Park yang pertama dan kemudian lancarkan baru sahaja, IC Design Park yang kedua di Cyberjaya. Saya percaya usaha yang kita laksanakan hari ini ialah membuat persiapan kita mulakan dulu dengan sektor design untuk semikonduktor terlebih dahulu. Berbanding dengan kalau kita terus masuk dalam sektor pembuatan dalam keadaan kita tidak bersedia. Saya rasa itu, satu tindakan yang baik.
Cuma, saya ada beberapa persoalan yang saya ingin lontarkan, ada pengumuman yang diumumkan sebelum ini, hab semikonduktor di Bukit Beruntung pembangunannya mungkin saya tidak pasti. Saya ingin juga bertanya bagaimana prosesnya sedang berjalan sudah tentu saya juga ingin bertanya, sebanyak RM40 Juta dana suntikan modal untuk IC Design Park itu, apakah ia juga sebahagiannya akan diberikan tumpuan kepada Hab Semikonduktor Bukit Beruntung. Adakah ia sama ataupun berbeza ataupun ada dua peruntukan yang lain. Sebab kalau kita masukan Hab Semikonduktor Bukit Beruntung ini, maknanya kita ada 3 Hab. IC Design Park pertama di Puchong, kedua di Cyberjaya dan ketiga di Bukit Beruntung. Saya mohon penjelasan daripada pihak Kerajaan dan dalam sektor industri berteknologi tinggi ini juga, juga saya masukan dalam pertanyaan saya berkaitan dengan Aeroangkasa, Sektor Aeroangkasa. Apakah status terkini Selangor Aerospace Action Plan dan apakah fokus-fokus yang digariskan yang telah dilaksanakan atau pun sedang dirangka termasuk pembangunan semula Lapangan Terbang Subang di Subang. Dan saya yakin, selain daripada KLIA di Sepang, Lapang Terbang Subang juga adalah Lapangan Terbang yang sangat berpotensi untuk kita bangunkan semula dalam sektor Aeroangkasa.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kita bercakap tentang pendidikan, kita bercakap tentang peluang pekerjaan dan kita saya nak beralih sedikit kepada mobiliti dan pengangkutan awam sebab ia adalah satu ekosistem yang sentiasa berhubung kait. Kalau lah tuan tuan, ahli-ahli dewan yang berhormat bayangkan. Di Shah alam, sebuah bandar industri, yang saya kira 60:40 lah ratio nya. 60% ialah residential perumahan dan 40% ialah kawasan industri tetapi masalah mobiliti kita tidak terhubung maknanya semua orang kalau pergi kerja kena naik kenderaan sendiri dan kita bayangkan dengan pertumbuhan ekonomi dengan pertambahan pelaburan dengan perubahan jenis industri kalau dulunya kilang pembuatan, sekarang ini sudah ada mungkin 4 ke 6 Logistik Hub yang saya juga saya sebut kepada Yang Berhormat EXCO Pelaburan. Bidang itu akan menambahkan lagi bilangan kenderaan di atas jalan raya. Tapi sektor mobiliti kita bagaimana? Apakah kita boleh merangka semula, terutama di kawasan-kawasan bandar yang pesat ini, mengurangkan penggunaan kenderaan individu atau pun kenderaan peribadi di atas jalan raya dan kita tingkatkan hal berkaitan dengan mobiliti dan pengangkutan awam. So, saya ingin bertanya perkara itu, sebab akses first mile ke last mile itu perlu kita selesaikan. Saya tidaklah cemburu, tapi bila LRT 3 ni tumpuannya banyak di Kota Anggerik Federal Highway sebelah sana, limpahannya kurang dirasai oleh kawan-kawan kita di Batu Tiga. Ada pun apa tau, Stesen UiTM sebelah Federal Highway tu, cuma parking nya di Batu Tiga, ha dia jadi macam tu ja lah. So, kita nak akses laluan LRT ni kita agak terhad di Batu Tiga. So, saya mohon kita usahakan pelaksanaan mobiliti ini, dan mungkin di LRT sebaginya boleh kita kembangkan. Dan kesibukan bandar raya hari ini menunjukkan bahawa kapasiti jalan raya di Negeri Selangor hampir mencapai tahap yang maksimum.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita, saya juga sebut banyak kali dan saya nak sebut juga dalam dewan ini. 6 logistik hab yang mungkin 4 tingkat atau pun 5 tingkat trailer boleh naik sampai ke atas itu, akan menyumbang sekurang-kurangnya 1,000 ke 1,500 keluar masuk trailer kenderaan berat setiap hari bagi satu logistik hab. So, Ahli-Ahli Yang Berhomat boleh bayangkan keadaannya. Seterusnya, reformasi PBT dan Dasar Speed Selangor, saya menyambut baik usaha yang kita laksanakan untuk meningkat agenda SGKV 4 di empat buah PBT Bandaraya. Ini bukan SGV 4 ya, ini SGKV 4, Selangor Greater Klang Valley yang menghubungkan Majlis Bandaraya Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Petaling Jaya dan kalau ikutkan rekod soalan dewan saya tempoh hari, sebanyak cukai, cukai yang kita kutip daripada 4 PBT ini sahaja pada tahun 2024 adalah berjumlah 1.08 Bilion. Maknanya rekod untuk 4 buah Bandaraya sahaja sudah mencapai mungkin 1/3 daripada jumlah belanja Negeri Selangor. So, nilai itu sangat besar dan usaha kita untuk meningkatkan empat-empat buah bandar raya ini saya menyambut baik dengan peruntukan sebanyak RM3 Juta. Namun di situ Dasar Speed Selangor yang juga ingin saya tegur, jangan dasar speed ini kekal speed 1.0 Yang Berhormat Sekinchan. Dia kena 1.0 pergi ke 2.0, kena 2.0 pergi ke 3.0. sebab perubahan pelaburan berlaku sangat pantas. Keadaan ekonomi juga berlaku sangat berubah dengan sangat cepat. Jadi kalau kita buat satu dasar,
melibatkan ekonomi dan pelaburan, dia perlu kepada penambahbaikan daripada masa ke semasa. Kita kena buat perkara itu sebab masyarakat atau pelabur-pelabur di luar sana melihat, apakah dasar yang boleh kita usahakan kepada mereka.
Saya menyentuh bab OKU. Saya ucapkan terima kasih kepada Balakong dan juga kepada Ijok yang juga mengambil bahagian dalam perbahasan bahagian OKU. Saya nak cerita secara overall dulu apa yang sedang berlaku hari ini dan juga beberapa tahun akan datang pada tahun 2026, 2027 dan 2028. Sekarang ini sedang berjalan, Deaflympics - Sukan Orang Pekak Peringkat Antarabangsa di Tokyo dan kita menghantar kontinjen Malaysia sebanyak 25 orang dan secara keseluruhannya 50 orang kontinjen yang kita hantar ke sana. Ia adalah lanjutan daripada sukan orang pekak Malaysia yang berlangsung di Sarawak pada tahun ini. Daripada situ, yang sedang berlangsung ada banyak lah. Daripada situ, yang pada tahun akan datang yang akan berlangsung ialah Para SUKMA pada tahun 2026, Sukan Orang Pekak Malaysia 2027 hos nya juga di Selangor. Asia Pacific Disability Forum (APDF) 2027 juga di Negeri Selangor dan juga Abilympics akan dilaksanakan di Finland pada tahun 2027. Ini keadaan masa depan akan mengaitkan rakan-rakan OKU kita. Atas sebab itu, Yang Berhormat speaker, saya merasakan peruntukan yang berkaitan dengan OKU di negeri Selangor agak rendah berbanding jumlah pendaftaran OKU yang ada pada hari ini. Jumlah pendaftaran OKU hari ini sudah mencecah 147,000 orang di negeri Selangor sahaja dan pertambahan itu bertambah sekurang-kurangnya bertambah 10,000 setiap tahun tetapi peruntukan untuk OKU yang kita berikan tumpuan pada hari ini hanyalah sekitar RM3 Juta sejak tahun 2018 sehingga tahun 2021 kita ada peningkatan kepada RM4 Juta daripada tahun 2022 sampai tahun 2023 tetapi menurun pula sampai ke tahap ini, kurang daripada RM3 Juta termasuk dengan peruntukan Majlis Tindakan OKU Selangor yang juga kekal berada pada tahap 250,000 daripada tahun 2018 sampai ke hari ini tidak ada penambahan. Sedangkan bilangan OKU kita, aktiviti OKU kita sedang meningkat dan mereka sedang aktif untuk laksanakan program-program. Saya pohon kalau boleh kita perhalusi semula peruntukan untuk warga OKU ini. Sebab mereka sekarang ini sedang bergelut ataupun sedang menonjolkan diri, menunjukkan potensi mereka dan dua kejayaan yang saya ingin sebutkan dalam Dewan yang mulia ini yang baru-baru sahaja dicapai oleh warga OKU kita. Yang pertama ialah, kita baru sahaja memenangi dua pingat emas di Global IT Challenge di Korea yang mana kita menghantar anak-anak PPKI Sekolah Menengah kita bersaing dengan mereka di peringkat antarabangsa yang berumur dewasa 20-an ke atas dan kita berjaya mendapatkan dua pingat emas dan yang terbaru Datuk Latif Romly berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara T20 di India pada tahun ini juga. Cadangan saya ialah menaikkan peruntukan dan kita perhalusi semula formula program-program yang boleh kita laksanakan.
Yang terakhir ialah pusat aktiviti wanita. Permatang tak ada tapi saya nak sebut juga. Sebab wanita kita, Yang Berhormat Tuan Speaker, sama ada berumur 25 ataupun menginjak warga emas ialah tulang belakang kepada negeri kita. Meraka adalah ibu, mereka ialah isteri,
mereka ialah pekerja, mereka ialah suri rumah dan mereka juga ialah care giver kepada anak-anak muda kita di negeri Selangor. Namun, suasana hari ini menyebabkan mereka ramai mengalami keletihan emosi, mengalami tekanan mental burnout penjagaan dan tidak ada ruang untuk pemulihan diri. Saya ingin mencadangkan kerajaan Negeri Selangor, kalau kita boleh pertimbangkan mewujudkan sebuah Hub Selangor Care Giver Support Center yang mana pusat ini boleh menjadi pusat healing dan kesejahteraan wanita. Boleh juga jadi pusat sokongan psikososial kepada mereka, boleh juga meningkatkan kecergasan dan juga rekreasi kepada mereka sebab mereka ini adalah care giver utama dalam negeri kita supaya mereka ini boleh memberi kesan langsung kepada anak-anak bangsa kita Insyaa Allah. Dan model-model pelaksanaan kita boleh pertimbangkan pelbagai cara, kita boleh guna bangunan kerajaan sedia ada, kita boleh guna dewan PBT, apa-apa lah cara pun saya harap kita boleh juga kemukakan satu idea untuk mewujudkan sebuah hab supaya kaum wanita punyai tempat mereka datang dan beraktiviti.
Yang terakhir Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan 2026 saya harap kita boleh deliver secara tuntas atau pun secara total kepada rakyat di bawah, baik secara langsung dari sudut insentif atau pun program penyampaian kita atau secara tidak langsung dari sudut infra dan pembangunan dan pastinya segala perkara yang saya sebut tadi, pendidikan, pelaburan, ekonomi dan juga infrastruktur pasti nya akan berikan kesan langsung kepada Dun Batu Tiga dan juga kepada seluruh masyarakat di Negeri Selangor. Dan sekiranya saya berharap kalau Belanjawan ini juga boleh dijadikan satu asas kepada kita semua terutamanya penjawat awam, mari kita sama-sama gerakan belanjawan ini. Bukan hanya serahkan kepada agensi-agensi sahaja, bukan hanya serahkan peruntukan DUN itu kepada DUN sahaja yang uruskan, kita lah sama-sama yang menggerakkan usaha kita semua. Sebab saya yakin dan percaya usaha yang dilaksanakan secara kolektif ini, akan berikan kesan langsung yang baik kepada masyarakat di bawah sana. Dan saya nak berikan pujian kepada penjawat awam kita, beberapa tahun ini, jumlah kutipan hasil kita berjaya melepasi sasaran yang kita tetapkan setiap tahun sejak tahun 2019. Itu satu pencapaian yang sangat hebat dan sangat baik. Akhirnya saya akhiri dengan sebuah serangkap pantun, mesti pantun juga la walaupun dah 12:30, boleh?
Meniti jambatan menuju kota Singgah berehat di bawah jendela pagi Belanjawan ini menjamin sejahtera Belanjawan 2026 Batu Tiga menyokong sepenuh hati
Terima kasih banyak, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih dan seterusnya saya menjemput Semenyih. Dengkil dulu, baik Semenyih nanti.
YANG BERHORMAT DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dengkil ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana telah membentangkan belanjawan Negeri Selangor 2026 dan seterusnya ucapan terima kasih kepada Tuan Speaker yang budiman kerana memberi saya kesempatan untuk berbahas Belanjawan Negeri Selangor 2026 pada hari ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Dengkil akan menumpukan perbahasan Belanjawan ini kepada 6 perkara yang berkaitan dengan keperluan masyarakat. Yang pertamanya, isu berkaitan rumah ibadat, isu pelancongan yang kedua, yang ketiga isu usahawan kecil, yang keempatnya isu sampah haram, yang kelima isu padang golf di Sepang dan keenam isu kemudahan sukan. Isu-isu ini merupakan isu masyarakat yang perlu diberi perhatian kerana ianya sangat terkesan jika tidak diambil tindakan sewajarnya. Isu yang pertama ialah berkaitan dengan rumah ibadat. Isu ini merupakan isu yang berterusan dan sentiasa menjadi perkara yang sering ditanya oleh penduduk setempat. Isu rumah ibadat ini adalah untuk semua kaum dan agama. Tapi saya di sini ingin memberikan tumpuan kepada isu rumah ibadat khususnya masjid dan surau dan khususnya di Dengkil sendiri. Keperluan pembinaan masjid baharu khususnya di kawasan pertumbuhan baharu perlu diberi perhatian oleh Jabatan Agama Islam dan Kerajaan Negeri. Contohnya di kawasan saya sendiri iaitu di kawasan Dengkil, iaitu pertumbuhan kawasan-kawasan baharu seperti Serenia, Cybersouth, Sunsuria dan beberapa lagi tempat. Tapaknya ada tetapi masjid nya masih tidak dibina kerana isu peruntukan. Tuan Speaker saya ingin mengambil contoh pembinaan masjid Dengkil, masih lagi tiada peruntukan. Peruntukan yang disediakan hanya 10 ringgit token. Bertahun-tahun sejak saya menjadi ADUN. Dan isu ini, isu masjid ini perlu diselesaikan segera kerana ia telah pun ada campur tangan daripada pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan sendiri akibat pencerobohan yang berlaku. Isu ini sudah 12 tahun dan masih lagi sama ya, tidak berubah. Jadi saya minta EXCO yang berkaitan untuk memberi perhatian sewajarnya. Saya juga ingin bertanya status sebuah masjid iaitu masjid di Kampung Limau Manis. Ia juga telah pun terbengkalai terlalu lama sejak saya menjadi wakil rakyat lagi masjid tidak boleh digunakan dan terpaksa menumpang untuk aktiviti keagamaan di kawasan di masjid kariah yang lain. Pihak Jabatan Agama Islam perlu mengambil tindakan segera untuk mengatasi menyelesaikan masalah ini. Dengkil menghargai sumbangan Kerajaan Negeri untuk membaik pulih tandas 14 daripada 445 masjid di Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1.4 juta.
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya nak menarik perhatian ya, tadi Yang Berhormat ada menyebut nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Itu adalah memang betul.
Saya hendak memberi peringatan, mengikut Peraturan Tetap 36(8) kelakuan atau sifat Duli Yang Maha Mulia tidak boleh dirujuk dalam mana-mana perbahasan, jadi saya nak ingatkan Yang Berhormat supaya sekiranya perlu diberi penerangan selanjutnya. Saya rasa boleh tetapi kalau tidak perlu saya boleh tarik baliklah.
Ok saya tarik balik.
Ya okay.
Dengkil menghargai sumbangan Kerajaan Negeri untuk baik pulih di kawasan-kawasan masjid yang tertentu. Tetapi adalah lebih baik jika peruntukan ditambah kepada penambahan ruang solat, balik pulih bumbung, penukaran karpet yang usang kepada yang baharu dan jelas ini akan membantu ramai rakyat Selangor untuk beribadat dengan lebih selesa dan khusyuk. Dengkil juga mencadangkan supaya terdapat garis panduan yang khusus untuk kawasan-kawasan perumahan yang baharu dibina untuk menyediakan tempat ibadat seperti masjid dan surau mengikut kapasiti penduduk yang sesuai di kawasan tersebut. Tapak dan lokasi yang lebih praktikal akan menjadikan kawasan penempatan tersebut lebih harmoni dan selesa. Maka dengan cara baharu ini bolehlah kita menterjemahkan konsep maqasid syariah yang menegaskan kewajiban memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta dan kesinambungan kepada maqasid ‘umran yang menegaskan kewajipan memelihara kestabilan sosial dan kemakmuran tamadun.
Isu kedua ialah berkaitan dengan pelancongan. Tahun Melawat Selangor 2025 hampir melabuhkan tirainya. Pada penghujung tahun ini, saya sangat teruja dengan penjelasan Yang Berhormat EXCO Pelancongan Selangor yang bijak sana, pada pagi ini tapi di sini saya ingin mendapatkan pencerahan tentang beberapa perkara berikut hasil dari tahun Melawat Selangor 2025. Yang pertamanya apakah outcome sebenar yang diperolehi daripada program-program yang dilaksanakan tahun berdasarkan pada Tahun Melawat Selangor 2025? Yang kedua berapakah jumlah sebenarnya pelancong yang telah melawat Selangor? Dan buat masa ini berdasarkan statistik yang beri jumlahnya masih rendah berbanding negeri yang kecil seperti Melaka. Kita di Melaka ini saya tengok ada 11 juta setakat Ogos 2025. Di Selangor setakat Jun 2025, masih lagi 4.14 juta. Angka ini adalah bertentangan dengan angka Jabatan Statistik yang menyatakan 34.5 juta pelawat domestik melawat Selangor. Sedangkan angka yang diberikan Tourism Selangor adalah 4.14 juta. Angka ini disahkan oleh Menteri Besar Selangor dalam facebook pada 25 Jun 2025. Dia berkata Alhamdulillah dan berbangga pelawat yang melawat Selangor sebanyak 34.5 juta. Jadi itu tahun 2024 ya, tetapi kalau ikut EXCO Pelancongan tahun 2025, setakat Jun 2025 4.14 juta. Kalau sekali ganda pun masih lagi ketinggalan. Jadi saya minta penjelasan daripada YB dan juga Pengerusi Pelancongan untuk membuat menjelaskan cara pengiraan.
Yang Berhormat kita sebut Yang Berhormat di Selangor. Kita bukan sebuat YB, kita sebut Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat ya.
Yang Berhormat.
Di Selangor kita sebut Yang Berhormat.
Okay. Supaya lebih jelas tentang pengiraan itulah dan yang akhirnya berapakah hasilnya yang diperolehi Kerajaan Negeri untuk melalui Tahun Melawat Selangor ini? Jadi Dengkil juga, untuk soalan seterusnya Dengkil melihat Tahun Melawat Selangor ini agak suram, walau pun telah pun dijelaskan tadi dengan pelbagai aktiviti kerana Kerajaan Negeri telah memberikan menerima peningkatan peruntukan pemberian pelancongan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak 6.9 juta pada tahun 2025 berbanding 4.5 juta pada tahun 2024. Apakah hasilnya dan impak terhadap Tahun Melawat Selangor 2025 ini? Kawasan Wetland Kapal Korek Tim Mining yang telah dicadangkan untuk menjadikan kawasan pelancongan dan muzium timah bagi menarik pelancong datang dan warga tempatan juga mendapat impaknya. Apakah status terkini projek tersebut? Yang dianggap projek mega dalam industri pelancongan negara. Di Dengkil sendiri terdapat beberapa kawasan menarik yang boleh dinaik taraf seperti kebun nanas MD2 di Sungai Merab, penginapan kawasan orang asli di Tadom Hill, Paya Indah Wetland, kawasan pertanian di MAEPS dan berapa tempat lagi. Tetapi masih lagi ketinggalan dan tidak ada publisiti. Seterusnya Dengkil berharap Tahun Melawat Selangor 2025 dapat melabuhkan tirai dengan satu kejayaan membawa nama Selangor di mata dunia.
Isu yang ketiga iaitu berkaitan dengan sampah haram. Dengkil percaya masalah sampah haram dihadapi kebanyakan kawasan di Selangor. Keadaan semakin runcing apabila keadaan tidak lagi terkawal dan menyebabkan pencemaran yang sangat teruk. Sebelum ini Dengkil pernah mengutarakan isu pencemaran bau di Cybersouth yang melibatkan hampir 5,000 penduduk. Kali ini pencemaran berlaku akibat pembuangan sampah haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesannya boleh dirasai sehingga ke Putrajaya. Terima kasih kepada penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang, Pejabat Tanah Sepang dan pihak Bomba yang bertungkus lumus mengambil tindakan sewajarnya. Namun tindakan seperti mencabar pihak berkuasa dengan kejadian yang berulang setiap hari. Apabila pihak berkuasa menutup jalan-jalan tikus ke lokasi pembuangan haram ini dengan beraninya mereka membuka semula dengan menggunakan jentera berat. Ia seolah-olah tidak menghiraukan tindakan pihak
berkuasa. Jika pihak perkara ini berlarutan Dengkil merasakan peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebanyak 5 juta kepada Worldwide Holding Berhad untuk membina pusat latihan yang berfungsi sebagai platform latihan dan peningkatan kemahiran bagi tenaga kerja bidang pengurusan sisa pepejal terutama dalam operasi penyelenggaraan loji WTE tidak dapat disasarkan kepada tujuan asal. Jika perkara sebegini masih tidak boleh diperbaiki, Dengkil mencadangkan supaya waktu operasi lori sampah terutamanya roro perlu dihadkan waktu di jalan raya. Selain daripada lori sampah domestik KDEB. Tindakan tegas juga perlu dilakukan dengan merampas dan menyita lori yang terlibat dengan sampah haram ini dan senaraikan hitam syarikat yang terlibat ini perkara tidak terbendung dan semakin lama Dengkil akan dipenuhi dengan sampah haram merosakkan ekosistem, pencemaran alam sekitar dan punca wujudnya penyakit yang boleh membawa maut.
Usahawan kecil, Dengkil menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam konteks reformasi PBT. Di mana akan mempercepatkan proses mendapatkan lesen penjaja daripada 30 hari kepada 14 hari supaya menjadi pemangkin kepada nadi ekonomi tempatan. Dengkil melihat perkara ini dari segi perspektif sangat baik. Tetapi terdapat sedikit kelopongan terhadap nasib penjaja ini. Dengkil sering mengalami situasi tiada lokasi yang sesuai untuk penjaja ini berniaga dan sering disaman dan di sita peralatan jualannya. Contohnya seperti di Cyberjaya, Dengkil memahami dasar sifat penjaja di Cyberjaya sebagai sebuah bandar elit dan sistematik. Tetapi perlu diselari bahawa jumlah penduduk di Cyberjaya kian bertambah. Dengan wujudnya kawasan-kawasan perumahan dan juga terdapat beberapa rumah Selangorku di mana terdapat golongan B40 dan juga hab pendidikan di mana wujudnya berapa universiti dan kolej yang menempatkan ribuan pelajar. Keperluan mereka untuk mencari makan yang murah yang dapat mengurangkan kos harian. Dengan itu Dengkil merasakan dasar sifar penjaja di Cyberjaya kurang wajar dan patut disemak semula. Dengkil mencadangkan disediakan tempat-tempat yang sesuai dan strategik peniaga berniaga dan penduduk sekitar Cyberjaya dapat menikmati juadah yang disediakan. Selain daripada peruntukan pasar awam Dengkil mencadangkan supaya diadakan juga peruntukan untuk penyediaan tapak lokasi penjaja ini di tempat yang sesuai. Baru-baru ini saya melawat ke tapak pasar malam sementara di bandar Putera Perdana keluhan daripada pengusaha-pengusaha kedai apabila hadapan kedai mereka terpaksa ditutup memberi laluan kepada peniaga pasar malam. Keadaan jalan raya juga menjadi sesak apabila penuh kenderaan di bahu jalan. Dengkil berpendapat tapak pasar malam harus berada di kawasan lapang yang tidak mengganggu aktiviti peniaga dan tidak mengganggu orang awam. Selaras dengan peruntukan sebanyak 2 juta kepada Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor, penjaja ini juga harus dibantu dengan kursus seperti kursus kesihatan percuma, kursus pengurusan kewangan dan sebagainya. Bagi mengembangkan perniagaan mereka menjadi lebih besar sehingga berjaya.
Isu seterusnya ialah berkaitan dengan cadangan pembinaan padang golf di Cyberjaya. Perkara ini telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang pada 16 hari bulan November. Isu utama di sini permohonan kelulusan merancang pada MPS yang telah pun dihantar pada 12 September 2023 yang melibatkan tanah industri dan berubah menjalan pelan susun atur padang golf perlu ditangguhkan dan dibatalkan. Tanah yang digunakan seluas ini 167.47 ekar untuk padang golf 18 lubang ini perlu digunakan projek perumahan sesuai dengan tugas utama PKNS. Untuk makluman walaupun tanah ini tanah PKNS 100% tetapi ianya didiami oleh orang asli ya didiami oleh orang asli dan merupakan kawasan rayau mereka. Kes pemindahan orang asli masih tidak selesai, difahamkan dan perlu perbincangan dengan JAKOA. Jadi saya masih lagilah menyokong tindakan atau pun kata-kata yang telah cadangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang pada 16 November ini supaya projek ini di tangguh dan dibatalkan dan akhir sekali ialah berkaitan dengan kemudahan sukan yang tidak di selenggara. Saya merayu Kerajaan Negeri khususnya PBT memberikan tumpuan untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, kemudahan sukan yang sedia ada di taman-taman dan juga di kampung-kampung supaya ianya dapat digunakan oleh pelbagai peringkat penduduk dengan selesa. Ianya boleh dibuat secara peringkat dan peruntukan yang diberi bukanlah dibuat sekali gus. Ini adalah untuk memberikan ruang rekreasi untuk semua rakyat Selangor. Meskipun tempoh pelaksanaan rancangan ini yang akhir sekali ya ekonomi Selangor terus mencatat pertumbuhan ekonomi yang stabil dan berdaya tahan serta terus mengukuhkan peranannya sebagai penyumbang utama ekonomi negara. Selangor berada di landasan pertumbuhan yang mengukuh sepanjang tempoh Rancangan Selangor Pertama. Meskipun tempoh pelaksanaan jangan sebut langsung dalam Fasa Pemulihan Pasca Pandemik namun jika masalah seperti sampah, sistem saliran, penyelenggaraan, perancangan pembangunan dan pembangunan rumah ibadat masih tidak dapat diselesaikan dengan baik. Maka potensi Kerajaan Negeri yang ingin menjadi sebuah negeri yang lestari dan maju amat sukar dizahirkan. Kecekapan sebuah pentadbiran bukan hanya kepada bilangan keuntungannya atau pun betapa tinggi sumber pendapatannya, tetapi keberjayaan dalam peduli dengan kehendak masyarakat dan kelestarian hidup dalam keadaan yang aman dan tenang menjadi sumber inspirasi utama untuk rakyat gembira dan menjadi rakyat Selangor yang baik. Akhir kata hayati hadis sahih ini daripada Aishah Radiallahuanhu:
Dia berkata, aku mendengar Rasullah S.A.W. bersabda di dalam rumah ku ini “Wahai Tuhan ku, barang siapa yang dilantik menguruskan urusan umat ku ini, lalu dia menyusahkan urusan umat ku maka susahkanlah urusan mereka dan barang siapa yang dilantik menguruskan urusan umat ku dan dia melakukannya dalam keadaan yang lembut dan baik maka Engkau berlaku lembutlah terhadap mereka”. Terima kasih Tuan Speaker.
Seterusnya Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera, salam Kitaselangor Dan Salam Malaysia Madani. Di tengah-tengah dunia yang bergolak dari pandemik ke perang dari ketidaktentuan ekonomi ketekanan perdagangan Selangor terus melangkah sebagai negeri yang utuh dan berdaya tahan. Sepanjang pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama ekonomi negeri bukan sahaja pulih malah kembali berkembang kukuh dengan catatan purata penubuhan 7.3% sepanjang 2021 sehingga 2025. Tahun ini kutipan hasil negeri turut mencapai prestasi membanggakan RM2.5 Bilion peningkatan lebih 106% daripada anggaran awal. Dalam suasana global yang mencabar, pencapaian ini bukan sesuatu yang kecil. Peruntukan keseluruhan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion RM1.37 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Itu fokus kepada pembangunan fizikal selain itu sektor sosial turut diperkukuh dengan kenaikan peruntukan sebanyak 30% bersamaan RM360 juta. Langkah ini tepat kerana membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi global termasuk risiko kemelesetan yang dijangka berlaku tahun depan. Jika kita lihat perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.86 bilion peningkatan juga diperlukan bagi menyokong usaha murni kerajaan Malaysia Madani untuk meningkat gaji penjawat awam, pelaksanaan sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA) Fasa Kedua serta pelarasan harga kontrak selaras dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,700.00. Tuan Speaker, pencapaian Selangor bukan hanya tercatat pada angka tetapi dizahirkan dalam realiti kehidupan rakyat. Selangor bukan sekadar membina kemajuan, Selangor membina kesempurnaan, Selangor bukan hanya menambah kekayaan, Selangor menyalur kesejahteraan. Semuanya kerana setiap lapisan masyarakat dijaga dan tidak pernah di pinggir. Bagi golongan berpendapatan rendah dan OKU, Program SMUE diteruskan pada Tahun 2026 dengan peruntukan RM18.48 juta, termasuk tambahan RM2 Juta. Kuala Kubu Baharu berharap agar kawasan luar bandar seperti KKB, Batang Kali, Ulu Bernam diberi lebih perhatian dan lebih peruntukan. Bagi warga emas Kerajaan memperuntukkan RM55 Juta melalui bantuan baucar barangan keperluan asas. Untuk komuniti pesara polis dan tentera tahun depan sebanyak RM1.7 juta disalurkan kepada veteran tidak berpencen agar pengorbanan mereka sentiasa dihargai. Bagi menghargai kepelbagaian agama dan budaya, Kerajaan Selangor turut meningkatkan peruntukan LIMAS kepada RM8 juta tambahan RM2 juta berbanding Tahun 2025. Semua ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam meringan beban rakyat. Izinkan saya memetik kata-kata Mahatma Ghandi: “The true measure of any society can be found in how it treats its most vulnerable members” Selangor terbukti menjaga semua lapisan masyarakat. Seterusnya saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana memberi perhatian khusus kepada Hulu Selangor melalui pembangunan Automotive Valley di Serendah dan Lembah Beringin serta Hub Industri Real dalam Belanjawan tahun ini, tahun depan. Pembangunan Automotive Valley ini memang dinanti-nantikan oleh warga Hulu Selangor. Dulu Lembah Lembah Beringin dikenali sebagai Bandar Hantu akibat projek perumahan terbengkalai. Hari ini kawasan sama
bakal dihidupkan semula sebagai Hub Automotif. Pembangunan ini juga melengkapkan kejayaan Kerajaan Selangor menarik pelaburan Chery bernilai RM2.2 bilion bagi pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin, Hulu Selangor. Inilah contoh terbaik kerjasama kukuh antara sektor swasta dan sektor awam yang membawa impak nyata kepada rakyat. Kesan limpahan pembangunan sudah dapat dilihat: i. Peningkatan nilai hartanah di kawasan sekitar; ii. Membuka peluang pekerjaan baru terutamanya apabila kilang chery dijangka mula production pada Ogos tahun depan; iii. Meningkat infrastruktur setempat; dan iv. Menarik lagi pelaburan tempatan dan luar
Saya juga ingin menghargai kerjasama yang diberikan oleh pemilik tanah bagi jalan persendirian KLK dan Clarity Christ yang membenarkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor menyelenggara jalan tersebut demi keselamatan pengguna di Lembah Beringin. Jika keseluruhan rantaian pangkalan automotif ini dapat dibangunkan sepenuhnya kita berpotensi mewujudkan jajaran automotif menghubungkan Tanjung Malim, Lembah Beringin dan Serendah. Ini rangkaian strategik yang mampu melonjakkan lagi ekonomi Selangor seterusnya pembangunan Hub Industrial di Hulu Selangor
KKB sikit...automotif...
Ya okay, sila.
Saya ada dalam teks dalam perbahasan tapi saya tak sebut tapi saya nak minta pandangan Yang Berhormat mengikut rekod Selangor sahaja membekal lebih 55% komponen kenderaan maksudnya kita produce 55%, apa pandangan Yang Berhormat bila kita tubuhkan Automotif Valley di kawasan Yang Berhormat itu boleh memberikan pulangan yang lebih banyak kepada pembangunan atau pun sektor pembuatan automotif ini dan apa sebenarnya prospek kita? Kita nak lihat ia boleh berkembang yang bagaimana, kita nak lihat dari sudut ekonomi setempat atau pun kita juga nak lihat kepada pulangan kepada anak-anak muda mungkin mereka boleh mula masuk ke dalam bidang automotif ini. So nilai 55% pengeluaran itu sudah cukup tinggi tapi saya rasa dengan adanya Automotif Valley itu boleh beri pulangan yang lebih baik, apa pandangan Yang Berhormat?
Okay, saya berpendapat bahawa usaha pembangunan Automotif Valley di Serendah atau pun Lembah Beringin adalah satu usaha untuk melengkapkan potensi atau pun kedudukan Selangor yang merupakan pengeluaran produk-produk automotif yang paling besar di Malaysia dan seterus lagi bukan sahaja automotif tetapi
Hulu Selangor juga bakal menjadi Hub Industrial Real merupakan potensi amat tinggi di Selangor. Sebagai contoh dalam Belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor meneruskan komitmen untuk membangunkan lagi Hulu Selangor sebagai contoh Serendah yang terletak di laluan ECRL menghubungkan Kota Baharu dan Pelabuhan Klang dari Pantai Timur ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ini menjadikan Hulu Selangor lokasi ideal bagi sektor pengangkutan dan juga pembangunan Hub Industrial Real. Hasil lawatan kerja bersama Yang Berhormat Kinrara pada 22 Julai tahun ini SIRIM RASA didapati mempunyai kemudahan yang kondusif dan sangat berpotensi menjadi lokasi pelaksanaan projek ini. Justeru Kuala Kubu Baharu ingin bertanya adakah SIRIM RASA dimasukkan dalam pelan Hub Industrial Real Selangor? Kuala Kubu Baharu amat bangga kerana Hub Industrial Real Hulu Selangor turut diberi perhatian dalam Belanjawan ini dan tahniah inilah Speed Selangor yang kita mahukan daripada Rancangan Lawatan Selangor bergerak ke tindakan. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar wujud satu dasar pembangunan rantaian berkala Real Selangor untuk memberi fokus kepada pembangunan tenaga mahir tempatan penglibatan pengusaha kecil dan sederhana dalam pembuatan komponen Real dan penyelarasan insentif pelaburan serta pembangunan infrastruktur sokongan termasuk kemudahan logistik, penyimpanan, jaringan jalan serta komunikasi. Dengan lengkap ini kita dapat membuka dimensi baru kepada pembangunan Hulu Selangor sebagai sebuah bandar yang berdaya saing mencipta pakar tempatan, merancak ekonomi dan menyediakan lebih peluang pekerjaan kepada golongan muda. Seterusnya Tuan Speaker, saya menghargai usaha Kerajaan Negeri dalam melakukan penilaian keberkesanan tentang tenaga nuklear. Tuan Speaker Malaysia kini berada di persimpangan penting dalam transformasi tenaga. Menurut National Energy Transition Roadmaid (METR) negara menyasarkan 70% tenaga boleh baharu menjelang Tahun 2050 dengan sasaran interim 31% pada Tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035. Melalui laporan Malaysia Renewable Energy Roadmaid dengan izin MyRER dan NETR beberapa tindakan utama telah digariskan termasuk pembangunan teknologi solar berskala besar, hidro bawa untuk penjanaan kuasa serta perluasan penggunaan teknologi penyimpanan tenaga energy storage dengan izin penting untuk kita maklum bahawa tenaga nuklear tidak termasuk dalam METR kerana ia dikategori sebagai tenaga bersih bukan tenaga boleh diperbaharui. Secara teknikal tenaga nuklear berpotensi menjadi pilihan untuk menjamin kestabilan base load terutamanya apabila Malaysia menghentikan operasi loji arang batu dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan api. Namun terdapat beberapa cabaran besar yang perlu diberi perhatian: i. Kos permulaan yang sangat tinggi, salah satu metrik penting iaitu levelized cost of energy (LCOE) iaitu jumlah kos membina dan mengendali loji tenaga sepanjang hayatnya dinyatakan dalam solar dollar per mega watt jem. Menurut kajian LCOE bagi tenaga nuklear adalah 4 kali ganda berbanding dengan solar PV, LCOE dianggar 110
mega watt jem dolar pada tahun 2023 dan dijangka kekal sehingga tahun 2050. Sebaliknya solar PV dianggar dijangka turun kepada 25 dollar mega watt jem menjelang tahun 2050. Trend ini turut dilihat di Eropah, China dan India. Pembiayaan kos nuklear yang mencabar biasanya memerlukan sokongan Kerajaan persoalannya adakah kita bersedia?
ii. Semua loji nuklear memerlukan sekurang-kurangnya 10 sampai 15 tahun untuk siap dengan risiko kelewatan yang tinggi bolehkah Selangor yakin projek nuklear dapat siap tepat pada waktunya
Yang Berhormat waktu telah pun menunjukkan pukul 1 petang.
Ok, bolehkah saya sambung?
Saya mohon Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu supaya sambung pada sebelah petang nanti..
Okay, terima kasih Tuan Speaker. Saya akan sambung selepas.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian jam sekarang telah menunjukkan pukul 1.00 petang Dewan ini ditangguhkan ke pukul 2.30 petang ini. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 1.00 PETANG)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullah Hitaala Hiwabarakatuh. Selamat petang, salam Sejahtera. Kita teruskan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026. Kita silakan Kuala Kubu Baharu. Lima minit ya.
Terima kasih Tuan Speaker.
Saya ingin meneruskan perbahasan saya tentang penilaian keberkesanan tenaga nuklear. Cabaran yang ketiga adalah kerangka peraturan dan keselamatan. Malaysia memerlukan institusi pengawal seliaan kukuh tahap keselamatan yang tinggi dan pelan pengurusan sisa jangka masa panjang yang jelas. Penerimaan masyarakat turut menjadi faktor ketika dalam kejayaan pelan ini. Adakah kita bersedia? Selangor dan Malaysia secara keseluruhan perlu melakukan penilaian menyeluruh kerana keputusan kita buat hari ini memberi impak selama puluhan tahun yang akan datang. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang perkara pendidikan. Kuala Kubu Baharu menyambut baik langkah kerajaan memperuntukkan RM136 juta jumlah tertinggi dalam sejarah bagi sektor pendidikan. Namun begitu, saya ingin menarik perhatian tentang inisiatif bantuan berikut serta keberkesanannya. Pertama, Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS). Sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk memberi RM50.00 sebulan kepada kanak-kanak berumur lima dan enam tahun. Program ini amat baik namun jumlah penerima masih kecil berbanding populasi sebenar kanak-kanak pra sekolah di Selangor. Kedua, Program Intervensi, Literasi dan Numerasi dengan peruntukan RM1 juta. Soalnya, apakah penanda aras yang digunakan untuk mengukur kemajuan pelajar? Adakah intervensi disasarkan kepada pelajar yang benar berisiko. Ketiga, Program Pemberdayaan Pendidikan dan Pembangunan Guru. Program ini amat penting namun butiran pelaksanaan dan jumlah penerima masih belum diperincikan. Keempat, Program Intervensi STAM Selangor dengan peruntukan RM250,000.00. Jumlah ini dilihat terlalu kecil untuk sektor STAM yang penting bagi masa depan ekonomi negeri terutamanya dalam era automasi, kecerdasan buatan dan tenaga hijau. Jika kita benar-benar mahu melahirkan graduan dalam bidang kejuruteraan tata dan teknologi, pelaburan mesti setara dengan keperluan.
Tuan Speaker, dalam pelbagai program ini persoalan utama ialah keberkesanan. Program manakah yang benar-benar memberi impak dan program mana paling diperlukan oleh pelajar dan ibu bapa? Bagaimana kita boleh menambah baik keseluruhan ekosistem bantuan pendidikan? Seterusnya, Kuala Kubu Baharu merakam penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan memulihkan perumahan terbengkalai Bestari Jaya yang melibatkan lima estet di Selangor iaitu Ladang Mary, Landang Miga Gana, Ladang Bukit Tagar, Ladang
Sungai Tinggi dan Ladang Minyak. Dengan kerjasama erat antara Kerajaan Madani dan KPKT, impian 245 keluarga untuk memiliki rumah sendiri akhir menjadi realiti. Namun begitu, Kuala Kubu Baharu ingin menarik perhatian Dewan mengenai isu pembinaan kemudahan infrastruktur asas serta pemulihan projek terbengkalai di Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor. Banyak kali tender telah keluar oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor namun cahaya di hujung terowong masih belum kelihatan. Penduduk sedia ada menghadapi masalah gangguan bekalan elektrik, tekanan air yang rendah, tekanan elektrik yang rendah dan ia merupakan keperluan asas kehidupan. Keadaan ini memerlukan perhatian kerajaan. Kerajaan perlu mengkaji semula kaedah dan mencari penyelesaian yang praktikal dan berkesan supaya kebaikan penduduk, pemaju dan kerajaan dapat dijamin secara seimbang dan mampan. Secara keseluruhan belanjawan Kerajaan Negeri Selangor tahun 2026 kekal teguh pada prinsipnya. Kesejahteraan dipacu, kebersamaan dipelihara. Kemajuan untuk semua. Selangor juara, rakyat sejahtera. Kuala Kubu Baharu menyokong sepenuh Rang Undang-Undang Perbekalan 2026. Terima kasih.
Terima kasih Kuala Kubu Baharu. Yang Berhormat Semenyih. Silakan.
Assalamulaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker sebagai mukadimah Semenyih mengucapkan penghargaan atas usaha kerajaan dalam membentangkan belanjawan yang dapat yang dilihat meliputi pelbagai aspek, tahniah. Namun, sebagai Ahli Dewan sudah tentu Semenyih turut bertanggungjawab untuk membawa pandangan, cadangan dan teguran penuh beradab, bernilai tambah Insya Allah selain pendidikan konstruktif.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Semenyih akan cuba berbahas dalam dua segmen. Pertamanya berkaitan dengan sedikit konsep ekonomi sebagai cadangan dan nilai tambah kepada pembentangan belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kedua, tidak lengkap perbahasan Semenyih sekiranya tidak membawa suara hati warga Semenyih yang sudah tentu menuntut perhatian dan tindakan tuntas pihak-pihak berwajib. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan Semenyih untuk memulakan perbahasan dengan memetik firman Allah daripada surah Yusuf, ayat 67 (bacaan ayat Al-Quran). Dan Nabi Ya’qub berkata : “Wahai anak-anakku. Janganlah kamu masuk melalui satu pintu sahaja tetapi masuklah dari pintu-pintu yang berlainan. Dan, aku tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu itu hanya milik Allah. KepadaNyalah aku berserah dan kepadaNyalah hendaklah berserah orang-orang yang sedia mahu berserah”. Walaupun ayat ini secara asasnya berbicara tentang strategi dan nasihat Nabi Ya’qub, ayah kepada Menteri Ekonomi, Nabi Yusuf. Kepada anak-anaknya yang ketika itu berusaha untuk mencari sumber dan hasil. Ketika suasana ekonomi negara sempit dan
menguncup. Ayat ini boleh dijadikan salah satu rujukan ekonomi kerana ia mengandungi beberapa pengajaran yang boleh dijadikan manual ekonomi dan tadbir urus berstrategi.
Yang pertama, la tadhulu mim ba biw wahidiw. Jangan masuk satu pintu sahaja. Dalam erti kata sudut ekonomi pelbagaikan lagi sektor. Agro pembuatan, digital, halal, rantaian nilai dan pasaran eksport untuk kurangkan risiko sistemik. Dalam bahasa lain, diversify pintu ekonomi. Kedua, wadhulu min abwabim mutafarriqoh. Masuk secara berperingkat. Test market dulu, laksanakan dasar secara berfasa. Ada pilot project secara tadarruj berperingkat. Elakkan all in yang terdedah kepada kejutan. Ketiga, tadbir urus dan risikan risiko. Pintu berbeza memerlukan data yang berbeza. Pemantauan dan kawalan dalaman yang kuat untuk mengelak sebarang bentuk ketirisan dan sebarang ancaman. Yang keempat, dalam kita merangka strategi kita beringat, ikhtiar dan usaha kita ada batas. Bina penampan fiskal. Buat jaringan takaful sosial dan adanya pelan kontingensi, kita sedar sebagai manusia kita ada had. COVID-19 banyak mengajar kita dan bencana alam sangat mendidik kita. Kelima, beringat tentang kedaulatan hukum Allah. Rangka ekonomi berteraskan kepada syariah sudah tentu kita menjaga bab halal, haram, pastikan ia adil untuk semua dengan penuh amanah dan berintegriti. Kita jauhi perkara-perkara yang mengundang kepada kemurkaan Allah SWT. Dan yang keenam, dalam kita bertawakal, bertawakallah dengan berdisiplin. Selepas kita ikhtiar yang terbaik sandarkan diri kepada Allah. Jangan sombong. Jangan takabur dengan segala pencapaian yang kita ada sebab semua bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik. Ringkasnya, ikhtiar strategik perlu dari pelbagai pintu. Perlu daripada pelbagai sumber digabung dengan tadbir urus yang kukuh lagi berintegriti serta banyakkan bertawakal kepada Allah barulah natijah nanti Insya Allah stabil, sejahtera untuk ekonomi rakyat kita semua, Insya Allah.
Justeru, pastinya belanjawan negeri 2026 bukan sekadar angka-angka yang biasa tetapi ia merupakan satu amanah besar buat kita semua. Bukan sekadar dokumen fiskal tetapi tanggungjawab kepimpinan. Menerusi prinsip budaya politik matang dan sejahtera, Semenyih tidak sekali-kali berniat untuk mencari salah tapi mengajak untuk kita sama-sama mencari dan melihat ruang penambahbaikan demi masa depan Selangor yang kita cintai. Antara solusi yang dicadangkan oleh Semenyih untuk mempelbagaikan lagi pintu-pintu sumber tersebut adalah implementasi konsep ekonomi negara hidayah yang boleh diterjemah melalui empat paksi. Yang pertama, kita cuba merakyatkan lagi ekonomi dengan cara menggerakkan rakyat sebagai fokus pemacu fiskal dan sosial. Bukan kelompok elit tertentu sahaja. Kedua, menyusun semula ekonomi. Memastikan pengagihan kekayaan adil dan seimbang ke seluruh Negeri Selangor. The greater Klang Valley benar-benar menjalar ke seluruh Negeri Selangor bukan sekadar tertumpu di lokaliti tertentu. Ketiga, limpahan ekonomi pastikan manfaat pertumbuhan mengalir ke seluruh lapisan masyarakat dirasai bukan hanya oleh golong T20 tetapi dapat mengangkat kedudukan M40 dan B40 agar dapat sama-sama merasai kemakmuran yang ada di Negeri Selangor. Keempat, kita juga
mengharap pembangunan yang kita kejar, kemajuan yang dikecapi ini berlaku dengan seimbang. Dengan erti kata memadukan kemajuan fizikal dengan kesejahteraan masyarakat. Kita tidak mahu negeri maju tetapi sebenarnya rakyat tersepit dan sengsara kerana tidak mampu. Tidak mampu untuk bersaing dan duduk sama dengan keadaan negeri yang sangat membangun. Sebagai contoh, merakyat ekonomi boleh kita ambil daripada pengajaran kisah Zulkarnain ketika negara berhadapan dengan ancaman Ya’juj Ma’juj (bacaan ayat Al-Quran). Kisah dalam surah Al-Kahfi yang membawa maksud : “Bawalah kepadaku kepingan-kepingan besi”. Ayat ini mengajar kita tentang keperluan memobilisasi rakyat. Membangunkan kemahiran serta menggembleng sumber asli setempat untuk menghasilkan kesejahteraan yang lebih kukuh dan berdaya tahan. Itulah roh merakyatkan ekonomi. Rakyat digerakkan bukan sekadar dipungut hasilnya. Antara inisiatif yang boleh diperkasakan lagi, perkasakan usahawan akar umbi. Usahawan tani, desa, belia, memerlukan latihan vokasional. Bimbingan perniagaan serta kemahiran digital. Bukan tak ada tapi kita perlu pantau dan bantu sungguh-sungguh kelompok ini. Latihan yang berstruktur mampu meningkatkan lagi produktiviti dan daya saing mereka. Kedua, pacu pasaran digital dan infrastruktur. Hubungkan produk desa ke pasaran global melalui platform-platform e-dagang tempatan dan serantau. Pecahkan monopoli pengedar besar dan bangunkan infrastruktur sokongan seperti pusat pengumpulan hasil pertanian serta jaringan logistik mesra desa bagi cuba menurunkan lagi kos dan meluaskan capaian usahawan akar umbi. Ketiga, perluaskan dan perkukuh pembiayaan mikro. Program seperti TEKUN, Inisiatif Amanah Ikhtiar, Zakat dan Wakaf sudah berjalan. Isunya bukan ketiadaan program tetapi jangkauan, penyelarasan dan penskalaan yang masih terhad. Untuk benar-benar mengangkat usahawan desa dan komuniti akar umbi, kita perlu perluaskan lagi capaian dan selaraskan dasar. Luaskan jangkauan ke komuniti terpinggir, seragamkan syarat dan kadar keuntungan supaya adil, mudah difahami di seluruh negeri.
Seterusnya, lengkapkan dengan bimbingan, latihan kewangan. Ia agar setiap pembiayaan untuk memastikan ia berjaya, pemantauan kewangan perlu dilakukan supaya penerima bukan sahaja mendapat modal tetapi berkemahiran mengurus, meminimakan risiko gagal bayar dan memaksimumkan impak ekonomi agar pembiayaan mikro benar-benar mengangkat usahawan akar umbi agar selari dengan roh merakyatkan ekonomi. Dalam hal ini kita boleh belajar daripada German. Selepas Perang Dunia Kedua, mereka memperkukuh meter stand. Perusahaan bersaiz sederhana seumpama SME atau PKS (Perusahaan Kecil Sederhana) melalui reformasi khas. Pendekatan ini menjadikan ekonomi German antara yang paling stabil dan kompetitif di dunia. Digerakkan bukan oleh segelintir pemain elit besar tetapi oleh ribuan PKS yang tahan lasak. Pengalaman German membuktikan bahawa apabila PKS desa dan usahawan akar umbi diperkuatkan, struktur ekonomi menjadi lebih berdaya tahan. Rantaian nilai tempatan berkembang dan peluang diagih merata bukan hanya berpusat di bandar atau segelintir pemain besar. Inilah roh memasyarakatkan merakyatkan ekonomi menjadikan kekuatan rakyat di akar umbi dan dalam proses Negeri Selangor usahawan desa
boleh dijadikan enjin-enjin pertumbuhan dan perisai kestabilan negeri. Akhirnya belanjawan negeri sudah tentu berpaksikan kepada tiga nilai utama. Yang pertama, amanah. Kedua, adil dan ketiga, ehsan. Percayalah sekiranya ketiga-kita aspek ini diberikan perhatian secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh di semua peringkat, belanjawan yang cantik itu mampu diterjemah bukan sahaja dengan baik tetapi mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada Allah seterusnya kemakmuran dan kesejahteraan benar-benar dirasai oleh semua.
Segmen kedua, suara rakyat Semenyih. Kawasan kami Alhamdulillah berkembang pesat tetapi sayangnya infrastruktur masih tertinggal di takuk lama. Yang Berhormat Tuan Speaker, Semenyih semakin membesar tetapi sayangnya kurang stabil. Penduduk bertambah, rumah dan pembangunan bukan setakat subur tetapi naik mencanak tetapi infrastruktur tidak mengejar dan terkejar. Inilah realiti yang rakyat Semenyih sebut kepada saya di masjid, surau, pasar, sekolah, taman perumahan. Yang Berhormat, pembangunan kita di Semenyih begitu rancak tetapi macam mana dari sudut infra? Sangat-sangat memerlukan perhatian. Maka antara cadangan yang cuba dibawa oleh Semenyih di sebalik tekanan hidup yang semakin sempit tolong naik taraf dengan lebih cepat Jalan Persekutuan. Saya faham di Jalan Persekutuan, Beranang menuju ke Semenyih sampai ke Kajang. Cuma dia perlukan ada usaha sedang dibuat tapi selagi mana jalan itu tidak ditambah baik dengan kadar yang segera dia mengundang kepada banjir kilat khususnya di kawasan Kampung Rinching Ulu. Ia bukan cadangan lagi ia adalah rintihan rakyat yang telah terlalu lama menanggung derita trafik. Semenyih faham ia perlukan kepada kerjasama dengan pihak persekutuan. Itu belum kira soal bottleneck di hadapan Klinik Kesihatan Beranang daripada tiga lane jadi satu. Bayangkan ketika waktu-waktu puncak, ia mengundang trafik yang sangat membebankan. Dalam masa sama ada baik juga sebenarnya kalau ada usaha untuk mengadakan laluan alternatif Beranang, Semenyih, Kajang dimasukkan dalam Rancangan Pembangunan 2026-2030. Semenyih juga pernah terdengar cadangan membuat highway dari Semenyih menuju ke Putrajaya melalui Bandar Baru Bangi dan Southville alangkah baiknya juga andainya ia menjadi kenyataan demi mengurangkan kesesakan trafik sedia ada. Selain itu jalan di bandar Rinching Seksyen 5 dan 6 menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching perlu perhatian serius. Dulu ia merupakan kawasan perumahan dan sekolah, sekarang dia dah jadi kawasan industri dengan lori-lori besar keluar masuk. Mohon perhatian.
Tuan Speaker, Semenyih merupakan salah satu kawasan yang mudah terdedah kepada risiko banjir kilat maka Semenyih berharap projek tebatan banjir dapat disegerakan dan menjadi keutamaan agar sahabat-sahabat di Kampung Rinching Tengah, Desa Mahkota, Sungai Kembung, Kampung Rinching Hilir termasuk di Taman Semenyih Indah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Dari sudut connectivity Yang Berhormat Tuan Speaker, Semenyih sedia maklum kita terputus. MRT yang ada, sampai dekat kajang sahaja. Komuter pula dah sampai ke UKM dan Bangi di terus masuk Bantam dan Bernam kat Negeri Sembilan. Semenyih terlepas bantuan. Maka Semenyih cuba nak mencadangkan ada baiknya pihak
kerajaan negeri dapat berunding dengan MRT Corp dan Kementerian Pengangkutan agar sambungan MRT ke Koridor Bandar Seri Putera, Jenderam, Putrajaya dapat direalisasikan. Kenapa MRT Kajang lain tamat di Kajang? MRT Putrajaya Lane tamat di Putrajaya Sentral. Jarak antara keduanya sekitar 15 hingga 18 kilometer. Maka di kawasan tengah-tengah ini kalaulah dapat disambungkan dengan faktor kesesakan serius yang dilaporkan oleh PLUS khususnya di area Putra Mahkota, Bukit Mahkota setiap hari penduduk tiada alternatif lain selain menggunakan kereta dan mengundangkan jem dan kos mobiliti meningkat. Sekiranya missing link ini dapat di atasi Semenyih percaya dia akan merancakkan lagi ekonomi dan connectivity kita di negeri Selangor khususnya dibelah Selatan Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Semenyih ingin berpindah kepada perkara yang lebih asas iaitu ialah Pendidikan Dan Kesihatan Mental. Dengan suasana pembangunan dan ekonomi yang semakin menghimpit, ia sudah tentu memberi kesan kepada masalah sosial. Semenyih tidak terkecuali apabila mak, ayah bekerja siang malam demi kelangsungan hidup ada kalangan mereka yang tertentu dan seterusnya mengundang kepada kesihatan metal. Bermula dengan stress, depression, anxiety dan kesannya membawa kepada anak-anak. Dan ini menjadi keresahan ibu bapa. Cadangannya sebagai sebuah negeri maju dan kaya Selangor mampu melakukan jaringan mental health secara berkala sama ada di sekolah atau pun komuniti. Sudah tentu ia memerlukan kaunselor psikiatri yang mencukupi. Mungkin juga memerlukan kepada Pusat Sokongan Komuniti seperti masjid, NGO dan sebagainya. Semenyih percaya kerajaan negeri Selangor mampu untuk mengatasi isu ini. Adapun yang terakhir dari sudut SRA Pendidikan Agama. Inilah benteng sosial negeri Selangor khususnya untuk anak-anak orang Islam Melayu. Permintaan SRA meningkat di mana-mana. Dan Semenyih sebagaimana saya sebutkan tadi semakin pesat, Bandar Tasik Kesuma, Eco Hill, Bandar Bukit Mahkota ini kawasan-kawasan yang memang semakin bertambah ia memerlukan kepada perhatian Yang Berhormat EXCO untuk memberikan ataupun perhatian pembinaan Sekolah Rendah Agama. Terkini, baru-baru ini di Bandar Rinching ataupun di Kampung Rinching Tengah KAFA An-Najah, saya percaya pihak JAIS sudah mendapat perhatian dengan jumlah pelajar lebih 700 orang berdepan dengan masalah tanah sekolah itu rupanya milik developer. Alhamdulillah, pihak pemaju sangat berbesar hati sedia memberikan budi bicara dan kelonggaran untuk terus menggunakan sekolah tersebut dalam tempoh lanjutan yang terhad. Justeru, Semenyih ingin memohon respons pihak JAIS sejauh mana progressnya yang sebelum ini pihak PAID Hulu Langat telah pun berunding dengan beberapa options yang ditawarkan antaranya menggunakan tanah di sebelah Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma ataupun tanah sedia ada milik JAIS di Bandar Rinching berhadapan Taman Pelangi Semenyih 2. Selain itu Semenyih terus mengharapkan agar Yang Berhormat EXCO dapat memberikan perhatian serius penuh rahmah kepada isu pemutihan. Saya percaya akan ada pembentangan daripada pihak Yang Berhormat EXCO untuk memastikan Sekolah-Sekolah Agama Tahfiz di Selangor yang sudah tentu kita tidak berkompromi soal keselamatan sekolah tetapi bagaimana kita percaya kerajaan negeri dapat
memberikan sokongan, bantuan sebab suasana pendidikan yang sedang disebut-sebut pada hari ini masyarakat melihat sekolah agama sebagai antara alternatif yang ada dengan jaringan SRA, SRAI, SAM ni dan sebagainya masyarakat begitu percaya kepada sistem pendidikan ini. Saya sebagai warga Semenyih mengharapkan pihak JAIS dapat menambah lagi dan setidak-tidaknya dengan adanya pihak-pihak swasta yang sudi melengkapkan sistem yang sedia ada yang mungkin tidak mampu ditampung sepenuhnya oleh JAIS. Saya percaya JAIS boleh memberikan sokongan ataupun bantuan sebaiknya agar sekolah-sekolah ini dapat terus bergerak mengikut standard yang diperlukan oleh kita di negeri Selangor. Saya kira setakat itu sahaja dulu. Saya kira sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Soalan seterusnya. Kota Damansara nak bangun ataupun Batang Kali? Tak ada yang nak bangun? Kita tutup bahas. Hahaha.
Tutup Speaker, tutup.
Atau Sabak. Sabak belum bahaskan?
Kita dengar Ketua Ulama ni bahas saya rasa macam ok dah lah.
Ok. Kita sambung. Kita sambung Batang Kali ya. Yang Berhormat Batang Kali. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Perikatan Nasional. Pertama kali. Isu pertama yang ingin saya bangkitkan soal kos sara hidup yang semakin meningkat dan menghimpit kehidupan rakyat saban harinya. Khusus golongan B40 dan M40. Dengan merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor, jumlah golongan asnaf, fakir dan miskin yang didaftarkan di Selangor pada tahun 2018 atau 2019 berjumlah 50,947 orang sehingga ke hari ini 31 Ogos 2025 jumlah asnaf fakir dan miskin sudah mencecah 80ribu orang. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 57%. Bagaimana pula dengan keluarga-keluarga yang miskin yang lain yang tidak didaftarkan. Ini tidak termasuk penerima JKM dan orang yang bukan beragama Islam. Berdasarkan angka-angka ini golongan fakir dan miskin semakin meningkat setiap tahun di negeri Selangor. Lembaga Zakat Selangor melalui keratan media pada tarikh 14 Disember 2024 yang dijangkakan akan mencecah sehingga 157ribu orang pada tahun 2030. Nampak? Ini menunjukkan ketidakseimbangan di antara pembangunan sebuah negeri yang maju dengan kualiti taraf kehidupan pendapatan rakyat khususnya. Tiada guna kerajaan negeri berbangga menyimpan reserve negeri sebanyak 4bilion tetapi kedekut untuk membelanjakan
kepada pembangunan serta kebajikan rakyat yang sesungguhnya. Adakah Selangor juara dalam melahirkan rakyat miskin.
Batang Kali boleh mencelah tak? Boleh ke tak boleh?
Sabar banyak ni. Ni baru mukadimah.
Ni pasal zakat tadi, zakat.
Sabar-sabar. Kejap lagi, kejap lagi. Sabar.
Batang Kali tak beri ruang.
Sekali lagi saya ulang adakah Selangor juara dalam melahirkan rakyat yang miskin di Selangor? Apakah langkah-langkah yang wajib diambil oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan peningkatan golongan rakyat miskin di Selangor melalui bajet 2026 yang dibentangkan. Mohon penjelaskan Kerajaan Negeri akan perkara isu ini. Sabar. Tuan Speaker, isu banjir kilat apakah maksud rakyat sejahtera jika rakyat masih menghadapi situasi bencana banjir di kawasan masing-masing. Setiap kali Sidang Dewan pasti ada isu banjir yang dibangkitkan. Ini sudah kali ketiga saya bawakan dalam Sidang Dewan yang mulia ini berkaitan banjir yang sering berlaku dan masih berlaku di kawasan Batang Kali, khususnya Taman Seri Cahaya dan Kampung Sentosa di Batang Kali. Saya merayu dan memohon kepada kerajaan negeri untuk segerakan tindakan yang lebih realistik dalam menyelesaikan dengan kadar segera isu-isu yang berkaitan banjir khususnya di kawasan Hulu Selangor. Adakah kerajaan negeri mengambil peduli akan keselamatan dan nyawa penduduk di kawasan ini? Diharapkan kerajaan negeri dapat mempercepatkan lagi rancangan Tebatan Banjir Fasa 2 di Batang Kali berdasarkan bajet yang telah dibentangkan. Kita tidak mahu kerajaan negeri juga dilabelkan sebagai Selangor juara banjir. Ada lagi. Berdasarkan bajet yang indah yang dibentangkan di dalam Dewan ini isu infrastruktur atau kemudahan asas negeri Selangor perlu dinaik taraf segera untuk kesejahteraan rakyat. Masih banyak kawasan-kawasan di Selangor yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri bagi menaik taraf infrastruktur jalan raya, longkang-longkang di kawasan taman serta kampung termasuk utiliti seperti bekalan air, tenaga elektrik dan jaringan komunikasi khususnya di kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor. Diharapkan kerajaan negeri dapat mempercepatkan proses untuk melebarkan beberapa jalan, jalan utama di Batang Kali termasuklah Jalan Protokol dan jalan B113. Untuk keselesaan dan keselamatan pengguna jalan tersebut. Kerajaan negeri juga perlu membantu dengan kadar
segera pelebaran jalan utama daripada Sungai Choh sehingga ke Jalan Rasa yang kerap berlaku kemalangan dan kemalangan maut. Saya juga mencadangkan kerajaan ngeri menggunakan teknologi AI bagi mengesan jalan-jalan yang rosak untuk segera dibaik pulih dengan kadar yang segera melalui aplikasi dan sistem teknologi yang telah digunakan dan dibangunkan oleh pihak Infrasel iaitu sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri. Kita tidak mahu sekali lagi Kerajaan Negeri di cap sebagai Selangor juara jalan rosak dan berlubang-lubang.
Tuan Speaker, Selangor juara rakyat sejahtera. Slogan ini memang sedap didengar, namun adakah ia benar-benar memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang secara realitinya. Sekali lagi saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menaik taraf jalan-jalan kampung, sistem longkang dan memasang lampu-lampu jalan yang telah sekian lama dipohon oleh penduduk kampung seperti Kampung Hulu Rening, Kawasan Genting Malik, Kampung Koskan dan Kampung Sungai Buaya. Keselesaan, keselamatan dan nyawa penduduk kampung di kawasan saya perlu diambil peduli dan diberi perhatian. Biarlah rakyat di kawasan saya merasai nikmat pembangunan yang lestari sebagai sebuah negeri yang maju. Ini baru dikatakan Selangor juara rakyat sejahtera. Kita tidak mahu rakyat di luar bandar dipinggirkan serta di anak tiri kan oleh Kerajaan Negeri khususnya di kawasan-kawasan kampung.
Tuan Speaker, berkaitan dengan rumah mampu milik, saya berharap Kerajaan Negeri benar-benar menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi untuk rakyat di negeri Selangor dan jangan hanya rumah mampu jeling sahaja. Dan Kerajaan Negeri juga perlu memastikan rumah mampu milik yang disediakan juga adalah berkualiti. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menangani isu kenaikan harga rumah yang tidak seiring dengan pertumbuhan pendapatan isi rumah serta mengurangkan spekulasi harga tanah. Apakah mekanisma pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pemaju yang gagal mematuhi syarat pembinaan rumah mampu milik di bawah dasar rumah Selangorku. Saya mencadangkan Kerajaan Negeri dapat mengkaji semula caj-caj pemajuan yang dikenakan ke atas pemaju-pemaju kecil dan sederhana perumahan, yang benar-benar ingin membantu Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah mampu milik supaya pembangunan perumahan baru rancak dan mencapai sasaran permintaan rakyat negeri Selangor khususnya golongan muda dan B40.
Tuan Speaker, melalui bajet 2026 yang dibentangkan ini, Batang Kali juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membina pintu gerbang masuk ke kampung-kampung tradisi Melayu dan kampung orang asli yang berada di kawasan Batang Kali. Sebagai contoh, pintu-pintu gerbang yang dibina di jalan-jalan masuk kampung bagan atau kampung cina sangat indah dan cantik, ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk mensejahterakan kawasan kampung bagan atau kampung cina. Secara tidak langsung ia sebagai satu pengiktirafan, peranannya dimainkan oleh penduduk kampung dalam menyumbang ekonomi negeri Selangor khususnya kampung-kampung Melayu tradisi dan kampung orang asli. Isu berkaitan pendidikan perlu diambil serius oleh Kerajaan Negeri dari segi aspek kesihatan mental yang
disebabkan oleh sindrom gajet. Apakah langkah yang drastik oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu-isu berkaitan buli di sekolah dan bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan sekolah-sekolah yang berada di Selangor adalah tempat yang selamat untuk anak-anak kita menuntut ilmu dan belajar? Kita tidak mahu pelajar yang di hasilkan adalah pelajar yang mempunyai kemahiran diri yang rendah dan negatif sehingga biadab terhadap rakan-rakan sebaya, guru dan ibu bapa.
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri juga perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada pengurusan-pengurusan tadika swasta dalam membentuk dan memastikan generasi awal kanak-kanak ini tahu membaca, menulis, mengira dan mempunyai adab yang tinggi. Dalam mewujudkan kemandirian keperibadian ke peringkat sekolah rendah, apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada tenaga guru-guru pendidikan awal kanak-kanak di Selangor. Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk campur tangan dalam membantu meneliti, mengurangkan kos operasi seperti utiliti, melalui tarif-tarif tertentu terhadap pengusaha-pengusaha tadika swasta sama ada permit dan lesen operasi yang dikeluarkan oleh pihak PBM atau PBT dan secara tidak langsung pengusaha-pengusaha ini dapat beroperasi dengan selesa dan aman. Mohon pencerahan dan maklum balas daripada Kerajaan Negeri.
Melalui bajet yang dibentangkan juga ini sudah kali keempat dalam Sidang Dewan saya mewakili Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi satu peruntukkan one off kepada setiap buah sekolah SAR, SRA, KAFA dan KAFAI setiap tahun. Ia bertujuan untuk membantu sekolah-sekolah agama tersebut melaksanakan menaik taraf keselamatan dan keselesaan pelajar-pelajar serta guru-guru sekolah tersebut. Sekali lagi kami merayu Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan ini untuk kepentingan agama dan kebajikan moral rakyat. Biarlah Selangor benar-benar menjadi juara membela nasib sekolah-sekolah agama tersebut seperti mana Selangor menjadi juara membela sekolah pelbagai aliran termasuk UAC, mohon pencerahan Kerajaan Negeri akan cadangan ini dalam penggulungan oleh Yang Berhormat EXCO.
Selangor perlu menjadi juara merapatkan jurang pendapatan isi rumah di antara rakyat di bandar dan di luar bandar. Selangor juga perlu menjadi juara memelihara dan memulihara adat dan kebudayaan asal yang ada di negeri Selangor, khususnya untuk kaum Melayu, cina, india dan orang asal, agar tidak ditenggelami dengan arus pemodenan dan kemajuan Artificial Intelligence. Ia sebagai kesinambungan untuk peradaban bangsa negeri Selangor menuju abad 21. Apakah perancangan dan visi Kerajaan Negeri untuk jangka masa panjang sehingga 50 tahun yang akan datang. Sekali lagi saya memohon kepada Kerajaan Negeri melalui bajet yang dibentangkan ini untuk meneliti dan menaik taraf kualiti jaringan komunikasi internet di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Dun Batang Kali dan Hulu Selangor. Biarlah rakyat di luar sana juga merasai kenikmatan kemajuan, dan slogan yang selalu dilaungkan
Selangor Maju, hampir setiap bulan dan setiap kali Sidang Dewan, pasti ada aduan yang berkaitan dengan anjing liar yang semakin berleluasa dan berbahaya. Apakah lagi inisiatif yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu secara discreet dan ekstrem bagi membendung isu yang tiada noktahnya. Isu keselamatan rakyat perlu diberikan keutamaan dalam pelaksanaan pembangunan dan projek-projek yang dilaksanakan supaya rakyat mendapat manfaat seperti industri perlombongan dan kuari. Projek ECRL dan kawasan laluan industri berat dan padat, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan perlu kerap memantau dan memastikan ciri-ciri keselamatan di patuhi dan diikuti sepenuhnya oleh pemain industri pembangunan dan pengelola projek-projek tersebut.
Batang Kali, tadi cakap nak bagi saya peluang. Dah lama, saya nak soal. Tak bagi lagi.
Saya berharap Kerajaan Negeri untuk campur tangan sepenuhnya terhadap projek ECRL yang sedang rancak berjalan di kawasan Serendah, agar rakyat kawasan saya selamat menggunakan jalan raya yang ada kaitan dengan projek pembangunan ECRL. Kita tidak mahu perkara buruk berlaku seperti semalam, yang berlaku pada jam 2.00 petang satu kemalangan telah berlaku di MRR2, Seksyen 14.3 arah Batu Caves, apabila canopy steel bagi projek ECRL telah jatuh dan menimpa sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita india, alhamdulillah selamat. Tuan Speaker, kita banyak mendengar dalam perbahasan kali ini pelbagai inisiatif dan teknologi, teknologi tinggi yang digunakan untuk sektor pertanian dan penternakan yang melibatkan keterjaminan makanan. Banyak puji-pujian kejayaan yang dilontarkan sehingga mengawang-awangkan realiti yang sebenarnya yang berkaitan dengan sektor pertanian dan penternakan. Mengapa kita masih bergantung tinggi mengimport bahan makanan tersebut dari luar negeri dan negara seperti sayur-sayuran, ayam, daging dan lain-lain makanan keperluan asas. Mengapa kita tidak perluaskan skop dan skala bagi membantu petani penternak dan nelayan tempatan. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar import bahan, mengurangkan kadar import barangan bahan mentah makanan tersebut. Adakah Selangor benar-benar juara membantu menaik taraf petani, nelayan dan penternak tempatan, adakah Selangor menjuarai juara mengimport. Persoalan-persoalan ini timbul, juara mengimport.
Batang Kali, jaga masa.
Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan diperhalusi untuk menyatakan perkara tersebut. Saya mencadangkan Kerajaan Negeri memberikan tumpuan utama dengan menambah bajet kepada keperluan sektor pertanian dan penternakan. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri perlu telus untuk memaklumkan kepada rakyat negeri Selangor segala program-program atau skim
yang ada di negeri Selangor ini hanya dikelolai dan diuruskan oleh Ahli Dewan Negeri atau ADUN Kerajaan atau pun pegawai-pegawai penyelaras yang dilantik oleh Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai mandat rakyat. Jangan mengelirukan dan menyusahkan rakyat di luar sana, yang ingin memohon skim atau program-program tersebut yang selalu diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri. Mengapakah Kerajaan Negeri tidak melaksanakan agenda reformasi tulen dan keadilan pengurusan bantuan atau skim program-program tersebut. Adalah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan akses atau kebenaran kepada Ahli Dewan negeri atau adun pembangkang kepada rakyat di kawasan masing-masing kepada rakyat di kawasan masing-masing. Mohon pencerahan dan maklum balas dalam sesi penggulungan oleh Yang Berhormat EXCO dan Kerajaan Negeri.
Batang Kali, masa dah lama habis, tolong landing sekarang.
Seri Serdang minta sikit.
Tunggu dulu, isu rakyat dulu.
Batang Kali saya bagi satu minit lagi.
Yang terakhir sekali, Kerajaan Negeri perlu mencari alternatif selain daripada kebergantungan hasil premium dan cukai tanah sebagai punca utama pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Adalah dilihat tidak baik untuk jangka masa panjang. Berapa banyak tanah Kerajaan Negeri yang perlu dikorbankan setiap tahun, jangan menekan rakyat untuk membayar premium dan cukai tanah yang tinggi untuk mendapatkan hasil pendapatan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Carilah alternatif lain yang boleh mendatangkan pendapatan kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya mengurangkan hasil premium dan cukai tanah. Kebergantungan, mohon penjelasan dan pencerahan semua persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh saya dalam perbahasan ini. Sebelum landing, saya bagi ...
Kena tutup dah Yang Berhormat.
Yang terakhir, suara rakyat suara keramat, dari rakyat untuk rakyat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali.
Speaker, nak minta sikit petua. Seorang berapa minit ini perbahasan.
15 minit sahaja.
Kami ini mengantuk tau kalau macam ini.
Sebelum Sabak bangun, Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pelawat-pelawat ke Persidangan Dewan Negeri Selangor iaitu daripada Majlis Perwakilan Penduduk Zon 15 MPKL seramai 20 orang yang diketuai oleh Encik Ang Lee Young, Puan Gan Lay See dan juga Puan Yusinina, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Silakan Yang Berhormat Sabak.
Assalamualaikum WBT, terima kasih Tuan Speaker. Pertamanya saya mengucapkan tahniah dan syabas pada Dato’ Menteri Besar dan seluruh anggota kerajaan yang telah berjaya membentang, yang telah berjaya untuk membentang belanjawan bagi tahun 2026 dengan tema Selangor Juara Rakyat Sejahtera. Dalam pembentangan yang telah dilakukan oleh Dato’ Menteri Besar, beliau telah mengungkap beberapa kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh ulama termasukkan Profesor Dr. Quraisy, termasuklah Ibnu Kasir dan Ibnu Khaldun. Suka saya untuk memanjangkan sedikit apa yang disebut Ibnu Khaldun dalam karya nya yang agung Al-Mukaddimah, bagi mengingatkan tentang tanggungjawab kerajaan. Tanggungjawab kerajaan menurut Ibnu Khaldun ialah melibatkan pengurusan ekonomi yang adil menjaga keseimbangan antara bandar dan desa. Pertama saling melengkapi kerana keduanya saling memerlukan. Yang kedua, bandar memerlukan desa untuk bekalan bahan mentah, desa memerlukan bandar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemajuan intelek.
Justeru, dalam perbahasan Belanjawan daripada rakan-rakan saya terutama daripada luar bandar, daripada kawasan-kawasan yang jauh daripada bandar, mengungkap bahawa Belanjawan kali ini tidak banyak, turut untuk memberi impak yang besar kepada masyarakat di luar bandar. Oleh sebab itu, kerajaan perlu semak semula Belanjawan ini untuk impak terutama masyarakat di luar bandar. Dan saya tidak perlu untuk mengulang, banyak yang telah disebut oleh rakan-rakan sama ada daripada Sungai Panjang, sama ada daripada Permatang, sama ada daripada Hulu Bernam, sama ada daripada Batang Kali dan yang lain-lain dan untuk memudahkan kerja saya, maka masukkan sahaja ucapan mereka dalam perbahasan saya. Cuma sedikit sebanyak apa yang saya telah sebut dalam perbahasan saya dalam Belanjawan yang lalu, bahawa saya kurang meyakini terhadap projek SABDA yang ada di ataupun projek Sabak Bernam Development Area. Saya telah menyebut sebelum ini bahawa beberapa projek yang telah pun di gariskan, ternyata telah beberapanya projek itu
telah terminate. Kali ini saya dimaklumkan bahawa kita dimaklumkan bahawa satu projek Hay Resort, sebelum ini saya telah bertanya Kerajaan Negeri tentang Hay Resort. Telah diberikan peruntukkan sebanyak 5 juta, tetapi 5 juta ini untuk pembangunan Hay Resort. Saya fikir bukanlah satu keutamaan kepada rakyat di Sabak Bernam, Hay Resort yang sebelum ini telah berdiri tersergam, ada di Sabak Bernam. Ianya dirobohkan untuk dibangunkan semula dan diletakkan di bawah SABDA dan saya fikir, lebih baik kalau ianya diserahkan sahaja kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk membangunkan supaya Majlis Daerah dapat menumpukan pembangunan-pembangunan yang lain lebih berimpak kepada masyarakat ramai di Sabak Bernam.
Tuan Speaker, saya suka menarik perhatian Dewan melalui satu laporan DOSM, berkaitan dengan Malaysia Happiness Indeks (MHI) bagi tahun 2024. Dalam laporan itu menyebut bahawa Selangor berada pada skor 7.1 dan menempat tempat ke 14 daripada 16 negeri termasuk Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Labuan. Ini bererti bahawa kita sebenarnya gagal menjuarai negeri yang paling bahagia. Bukan sekadar gagal mendapati negeri paling bahagia, bahkan kita berada di kedudukan yang ke 14 sedang duit kita banyak, sedang kita negeri paling membangun. Ada negeri yang duit banyak dan negeri yang membangun seumpama Johor berada pada skor lebih tinggi dalam indeks dalam MHI dan ini mengingatkan kita ataupun ini perlu menjadi satu renungan dan kajian supaya setiap sen yang kita keluarkan daripada perbelanjaan bukan sekadar kita membelanjakan sesuatu yang menjadi tanggungjawab dalam Belanjawan tetapi juga mesti memperoleh satu impak untuk mendapatkan kebahagiaan terutama dan kesejahteraan kepada rakyat Selangor.
Saya yakin ini sangat rapat, sangat dekat dengan tema yang telah pun kita canangkan pada kali ini iaitu Selangor Juara Rakyat Sejahtera. Sebagai contoh, ambillah di Sabak Bernam, Desa Permai ambillah di DUN Sabak terutamanya, Desa Permai yang menghijau subur, kes bunuh pelajar terjun bangunan, mati langgar lembu, langgar anjing, perceraian, berantakan keluarga, semuanya memerlukan kepada perhatian penuh supaya setiap sen yang kita belanjakan akan memberi penekanan kepada membina kebahagiaan masyarakat. Ini tidak lagi kawasan-kawasan yang mungkin jauh lebih terdedah di metropolitan yang jauh lebih rencam kehidupan mereka. Oleh sebab itu, laporan ini saya harap menjadi satu penilaian kepada Kerajaan Negeri dalam pengurusan Belanjawan ini, maka antara perkara yang mesti dititik beratkan ialah bagaimana waktu yang sama kita dapat memberi kebahagiaan kepada rakyat negeri Selangor.
Kemudian, dalam Belanjawan yang telah pun di bentang oleh Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar juga telah membariskan tokoh-tokoh yang bukan sikit yang telahpun dinyatakan dalam pembentangan. Maka di kesempatan ini, saya ingin membawa suara rakyat Sabak Bernam supaya bukan sekadar negeri Selangor dan kita didendangkan dengan kenyataan-kenyataan daripada tokoh-tokoh yang telah di sebutkan, sama ada Umberto Eco, Joseph Schumpeter,
The Howitt umpamanya, yang saya tak tahu yang saya pasti dia bukan orang Selangor, tapi tak apa la, kita ambil intelektual, entah ke dia orang jawa, entah ke dia orang banjar, entah ke kita pun tak tahu. Tapi saya mohon supaya Dato’ Yang Amat Berhormat juga Menteri Besar kerajaan mendengar suara orang Sabak Bernam yang saya percaya, nama-nama yang saya akan kemukakan ini ialah tokoh yang tidak didendang tapi mempunyai pengalaman yang sangat lama, berada di Sabak Bernam, betul-betul orang Sabak Bernam. Ada di antaranya orang jawa, betul-betul jawa Sabak Bernam, jawa Selangor, ada antaranya orang Banjar, betul-betul Banjar Selangor, ada antaranya kaum ataupun orang cina, betul-betul orang Selangor. Ambillah contohnya kenyataan Tuan Haji Shukor yang duduk di umurnya hampir 90 tahun yang duduk di Bagan Nira dan betul-betul berhadapan dengan u-turn di Bagan Nira. Saya percaya Sungai Air Tawar kenal sebab dia orang lama, dulu dia orang Sungai Air Tawar juga, sekarang orang saya lah. Apa katanya, walaupun dia bukanlah orang yang sebaris sehebat seperti Professor Dr. Quraisy, tapi dengarlah dia mengatakan bahawa saya menyaksikan kemalangan yang terlalu kerap depan rumah, betul-betul di u-turn bagan nira, ada yang mati, ada yang separuh mati, ada yang cedera, ada yang putus anggota, ada yang masuk parit dan lain-lain. Maka, sebagai orang lama dia memberi pandangan begitu juga dilihat masyarakat Sabak Bernam, maka u-turn itu tidak perlu diadakan di situ, sebaliknya kita mencadangkan supaya buat sahaja fly over di Persimpangan Sepintas menuju ke Sabak. Sebab persimpangan itu akan menghubungkan perkampungan di Sepintas sampailah ke Bagan Terap sampailah ke Sungai Panjang, sampailah nun jauh di Felda Soeharto di Indonesia. Malaysia.
Kemudian, jadi itu cadangan dan saya harap kerajaan ambil perhatian sebab laporan-laporan kemalangan ini ada dalam telah dilaporkan setiap kali banyak kali telah di dalam keadaan yang sangat tidak selamat di persimpangan ini. Kemudian yang kedua, saya juga suka memetik kata-kata yang dibuat oleh sedara Tan Chin Meng, pengusaha kedai basikal di pekan Sabak, yang kedainya sahaja sudah berusia lebih 80 tahun. Dia mewarisi kedai daripada ayahnya, dia mengatakan bahawa dulu dia berniaga untuk dapat seribu ringgit satu hari sangat senang, sekarang dia kata dia berniaga nak dapat seratus ringgit sangat susah. Gambaran kepada taraf kehidupan rakyat yang sangat sempit dan ini memerlukan kepada keprihatinan pihak kerajaan untuk melihat pendapatan-pendapatan. Sebab itu saya membuat soalan tambahan kepada EXCO tadi berkaitan dengan anak muda, bukan sekadar soal anak muda, keyakinan mereka terhadap projek-projek kerajaan yang mereka sebelum ini sudah digambarkan ada projek-projek mega projek-projek besar, tapi tiba-tiba projek di terminate. Jadi ini menjadikan anak-anak muda rasa semakin fedup terhadap projek-projek yang kononnya akan menjadi satu memberi peluang pekerjaan yang sangat besar. Kemudian, begitu juga yang ketiga, sedara Basit daripada parit 6 timur yang telah lama mengusaha sawah sering terlibat dengan perdebatan dengan pesawah-pesawah. Walaupun perdebatan dia tidaklah sehebat perdebatan Friedrich Hayek dengan John Maynard Keynes. Cukuplah dia membuat kesimpulan daripada perbincangan dengan orang-orang sawah kerana dia
orang banjar, saya mengungkap perkataan banjarnya, boleh Sungai Panjang ya. Dia mengatakan...(bahasa banjar).. maknanya, dia buat sawah pun tak untung, tak buat pun tak untung. Ini sangat, trend ini kalau dia berkembang dan ternyata sekarang ini fahaman ini telah berkembang sangat bahaya, sangat bahaya terutama untuk bekalan makanan sekuriti makanan kita. Jadi Tuan Speaker, harap kerajaan ambil perhatian terhadap keluhan-keluhan masyarakat di sawah dan saya sebagaimana yang telah disebut oleh rakan saya Sungai Panjang, itulah juga bahasa saya terhadap bekalan beras dan makanan negara ini.
Kemudian, yang keempat yang terakhir ini kenyataan bukan dalam ucapan saya ialah sedara hafiz seorang anak muda yang aktif sukan walaupun nasibnya tidaklah sebaik peter horvid yang ucapannya diangkat dalam Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat tapi ternyata sedara hafiz betul-betul anak Selangor membawa keinginan anak-anak muda Selangor. Apa katanya, katanya kami boleh sahaja untuk jadi hebat sebagaimana ronaldo dalam permainan bola, atau sekurang-kurangnya selepas ini Selangor ini tak perlu lagi dah untuk mengimport permain-pemain luar yang ramai, cukuplah kami yang menjadi pemain, tapi masalahnya dia kata, bagaimana kami nak tampil sebagai pemain dalam keadaan stadium kami yang tak berapa cantik untuk digunakan. Padang bolanya yang naik turun naik turun, yang tidak rata, balapannya yang berlopak-lopak menjadikan anak muda tak berapa minat untuk menjadikan mini stadium kompleks stadium Sabak Bernam sebagai tempat untuk permainan mereka. Jadi inilah harus mengambil perhatian, macam mana pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Daerah Sabak Bernam yang saya difahamkan telah menerima peruntukan 300 ribu untuk memperbaiki pagar sebagaimana yang saya tela mohon dalam beberapa sidang yang telah lalu supaya diambil perhatian dan terima kasih juga kepada kementerian yang berkaitan. Tetapi tidak cukup itu, kerana dalaman itu tidak memberikan minat kepada anak muda untuk terus menjadikan padang itu sebagai untuk maksimum penggunaannya terutama dalam sukan bola dan sukan yang lain.
Kemudian, itulah di antara beberapa perkara dan saya suka juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan akhir saya ingin menyebut berkaitan dengan menyedarkan atau menarik perhatian Dewan ini dengan satu karya yang telah diterbitkan oleh “saidatul alamah profesor Dr Yusof Alqardhawi sebagai memaknakan lagi ataupun untuk memberikan pengertian yang jelas terhadap pengurusan dalam kerajaan ini. Karya agung profesor Dr. Yusof Alqardhawi yang saya nak sebut ialah tentang Fiqh Al-Aulawiyyat dalam tulisan Dr. Yusof Alqardawi beliau menyebut bahawa pengurusan yang bijak yang berdasarkan kepada fiqh keutamaan. Pengurusan mestilah melihat kepada keutamaan demi keutamaan dan rakan-rakan saya alhamdulilah yang lain telah menyebut dan begitu juga dipihak kerajaan pun telah pun menyebut apa yang sebut tentang masalah-masalah dalam DUN mereka ini adalah keutamaan yang perlu diambil perhatian. Keutamaan demi keutamaan. Begitu juga apa yang disebut oleh dengkil dan juga oleh ketua Hulu Kelang berkaitan dengan soal padang golf walaupun mendapat celahan-celahan. Apabila kita rujuk berdasar kepada tulisan yusof
alqardhawi berkaitan dengan Fiqh Al-Aulawiyyat, antaranya dia menyebut apabila berlaku perkara mudarat dengan mudarat maka mestilah dipilih yang lebih ringan mudaratnya. Tetapi Apabila berlaku pertemuan antara maslahah dengan maslahah mestilah pilihlah yang paling besar maslahah antaranya bila menulis dengan apa yang paling besar maslahan itulah yang paling memberi impak kepada orang yang lebih ramai berbanding memberi impak kepada golongan yang lebih sedikit. Saya rasa itulah yang diutarakan oleh Hulu Kelang berkaitan dengan soal padang golf. Itulah yang berkait dengan padang golf. Kerana keperluan kepada soal rakyat untuk mendapatkan rumah itu jauh lebih ramai bukan soal, saya tidak menafikan, soal keperluan kepada padang golf itu.
Yang Berhormat, dah kena landing.
Ya, nak landing, nak landing sikit lagi, terima kasih Tuan Speaker yang hensem gila. Tapi sayang belum berpunya.
Teruskan yang berhormat saya bagi 30 saat.
jadi bukan soal tidak penting tetapi ialah keperluan orang ramai itu jauh lebih penting dan ini mesti diberi tumpuan, saya percaya semua yang dinyatakan oleh rakan-rakan ialah berkaitan dengan impak orang ramai, rakyat yang teramai. Maka oleh sebab itu kita yang sering mengundang tokoh-tokoh agama dari luar, kita ada festival turath, kita ada bedah siasat kepada kitab-kitab turath dan sebagainya. Saya fikir bukan sekadar semangat untuk memanggil ulamak bahkan yang penting ialah mengambil ilmu mereka dalam pengurusan kita. Akhirnya Tuan Speaker, sebab itu apabila kita menyebut soal Al-Aulawiyyat Ini kita mesti baca kenyataan setiap ulamak untuk kita pakai.
Kicap bukan sebarang kicap, Jangan kicap dikata jamu, Cakap jangan sebarang cakap, Cakaplah biarlah dengan ilmu,
Terima kasih Tuan Speaker yang hensem. Assalamualaikum.
Terima kasih yang berhormat sabak. Yang berhormat Kota Damansara
Terima kasih pada Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker yang membenarkan Kota Damansara untuk turut serta dalam perbahasan Bajet 2026. Saya mewakili rakyat Kota Damansara ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua atas pembentangan Bajet
2026. Tema bagi bajet tahun depan Selangor Juara Rakyat Sejahtera. Tema ini dilihat bersesuaian dengan ekonomi yang tidak menentu akibat geo politik dunia yang meyebabkan market menjadi volatile. Selangor tidak mempunyai pilihan melainkan menjadi juara bagi kesejahteraan rakyat Selangor sendiri. Unjuran semasa bagi tahun 2025 menjangkakan nilai kdnk bakal mencecah 455 bilion pada tahun 2024 Selangor telah menyumbangkan 26% yang bagi sumbangan kdnk dan menjadi salah sebuah negeri yang mengalami pertumbuhan ekonomi melebihi pertumbuhan nasional dan uniknya semua negeri yang dimaksudkan adalah negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan perpaduan. Negeri yang bakal calon PM11 daripada Perikatan Nasional pun tidak tersenarai, hanya menyumbangkan 2.4% iaitu negeri Terengganu. Tuan Speaker saya meneliti ucapan-ucapan daripada pembangkang kelihatan sedikit sinis terhadap petikan-petikan yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat merujuk kepada tokoh-tokoh dunia, seperti Friedrich Hayek, John Keynes, Ibnu Khaldun dan Umberto Eco. Saya memahami semangat yang cuba diambil Yang Amat Berhormat kerana bajet ini dirangka dengan pengisian dan pandangan daripada mereka yang diiktiraf diperingkat dunia dan sepanjang zaman. Semakan saya ketika hulu kelang menjadi menteri besar, beliau juga menggunakan pendekatan yang sama, saya semak juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun menggunakan pendekatan yang sama. Mungkin sebab Hulu Kelang dengan Sungai Tua ni dia datang dari murid Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jadi saya ingat cara mereka hampir sama. Cuma yang YAB Hulu Kelang ketika itu memetik Adam Smith Dan Ibnu Khaldun dan pelbagai lagi tidak pulak saya melihat pandangan-pandangan sinis, ketika taman medan dan gombak setia. Cadangan saya mungkin Yang Amat Berhormat Sungai Tua mungkin selepas itu boleh memetik satu dua ayat dalam buku membangun bangsa tulisan karangan Hulu Kelang walaupun saya sendiri tak pasti buku itu boleh memberi nilai tambah kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Prestasi kewangan di dalam Kerajaan Negeri walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi yang mencabar dan ketidak ketentuan geo politik yang boleh menyebabkan kesan negatif dinegara kita kedudukan kewangan negeri di dalam kumpulan wang yang disatukan terus kukuh dan stabil. Rizab Kerajaan Negeri pula menunjukkan peningkatan pada tahun 2018 hingga kini , rizab Kerajaan Negeri telah meningkat sebanyak 2 bilion 703 juta berbanding tahun 2018. Ini menjadikan rizab negeri berkumpul dan disatukan bersamaan 4bilion 838 juta, penting untuk kita memastikan kedudukan kewangan kita bukan sekadar kukuh malah menjadi public imej agar kita dapat menarik pelabur-pelabur keyakinan pelabur yang boleh digunakan untuk memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor. Saya meneliti satu-persatu kerisauan daripada pihak pembangkang akan hasil negeri tahun demi tahun yang mana pada tahun 2026 juga yang kononnya terlalu bergantung pada hasil cukai dan premium tanah. Suka ingin saya menarik perhatian Dewan, kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua telah berjaya mengurangkan kebergantungan terhadap cukai dan premium tanah dengan mencari hasil-hasil baru, mungkin Hulu Kelang kat sini ada master dalam statisitik. Biar saya buat semakan sedikit, kita semak fakta pada tahun 2015 ketika itu pembentangan bajet jumlahnya 2.5 biion daripada jumlah tersebut 74% hasil datang daripada cukai dan premium tanah, kita pergi pula
2016 ketika itu perbentangan bajet bernilai 2.4 bilion 78.1% datang dari premium dan cukai tanah. 2017 ketika itu bajet paling tinggi 2.8 bilion sekali lagi 81.7% datang daripada cukai dan premium tanah. Dan tahun terakhir ketika Hulu Kelang menjadi Menteri Besar sebelum kita hantar dia ke Federal iaitu 1.9 bilion 77.5% datang daripada hasil dan premium tanah. Tak hantar pergi sendiri. Kita, kita hantar nak naikkan Sungai Tua menjadi Menteri Besar ketika itu.
Tapi Hulu Kelang selalu akan jawab, yang lepas tu lepas la, biarlah kita fokus ke depan, macam mana respon Kota Damansara terhadap pendirian seperti itu?
Baik saya akan respon dan saya benarkan juga kalau Hulu Kelang nak respon Ya, yang lepas biarkan lepas. Tapi kita kena belajar dari sejarah. Kalau tengok kita pandang ke hadapan pada tahun 2024 ketika Yang Amat Berhormat membentangkan bajet cukai premium dan cukai tanah ni hanya hasil 64.8% ada perubahan dari 70,80 ke 64. Tahun 2025 ada sedikit peningkatan 68% jumlah hasil cukai premium dan hasil cukai digunakan hasil negeri dan pada 2026 jumlahnya kita akan mencapai 60% maksudnya apa, maksudnya kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua sedang perlanhan-lahan menuju ke arah tidak kebergantungan kepada cukai tanah inilah yang sebenarnya kita cuba hasil-hasil baru yang dicarikan. Jadi, Kita jangan tengok ke belakang kita jadikan pedoman, khususnya kepada Hulu Kelang Kita tengok balik fakta ni. Hulu Kelang nak jawab ke 70 dan 80 mana lagi tinggi.
Saya nak menggulung, saya percaya Yang Berhormat Kota Damansara faham ketika saya diberikan mandat sebagai Dato’ Menteri Besar, that was 10 years ago, 2014, pada tahun 2014 Selangor ketika itu sedang rancak membangun, banyak lagi tanah-tanah yang belum dibangunkan dan kita lihat banyak pelabur, pemaju yang berhijrah ke Selangor untuk membangunkan Selangor, termasuk rumah mampu milik dan pembangunan-pembangunan yang lain. Sudah tentulah pada ketika itu hasil utama Kerajaan Negeri kebergantungannya kepada hasil tanah, sama ada premium tanah atau pun cukai tanah. Dalam konteks hari ini setelah 10 tahun saya meninggalkan Selangor dan insyaAllah akan datang semula dalam masa yang terdekat, saya nak nyatakan perkembangan ini sudah jauh berbeza dengan 10 tahun yang lalu. Hari ini seperti hujah saya sebelum ini, pembangunan tanah sudah sampai ke tahap yang tepu tidak ada lagi tanah-tanah dikawasan yang strategik sama ada di Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Subang, yang boleh dibangunkan dengan skala yang besar. Maka saya memberikan pandangan, bukan saya katakan tidak boleh bergantung kepada hasil tanah semata-mata tetapi kebergantungan itu harus dikurangkan bukan saja pembangunan tanah sudah semakin tepu tetapi kita ada teknologi-teknologi baru, kaedah baru yang boleh mempelbagaikan hasil negeri. Apakah saya memberikan pandangan selain daripada membandingkan dengan 10 tahun yang lalu.
Saudara tak boleh bandingkan 10 yang lalu dengan setelah 10 tahun hari ini. Jadi dia ada dua perkara di situ Kota Damansara, pembangunan tanah di Selangor sudah sampai ke tahap yang hampir tepu, maka sebagai sebuah Kerajaan yang pragmatik, yang progresif harus berusaha mencari hasil-hasil baru untuk terus maju ke depan. Jangan dengar sangat hujah Bukit Gasing, hujah orang lama yang sudah tepu. Terima kasih.
Terima kasih pada Hulu Kelang, Dia tidak menidakkan fakta bahawa ada perubahan dari sudut kebergantungan daripada sudut cukai tanah dan premium walaubagaimnapun untuk suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Hulu Kelang dalam keadaan semakin tepu pun, Yang Amat Berhormat mendatangkan satu Rancangan Selangor Yang Pertama (RS-1) maksudnya cuba untuk mengunlock tanah-tanah di kawasan utara. Walaupun di peringkat perancangan saya akui ya ini cubaan kita dalam langkah yang berani mencuba membawa Rancangan Selangor Yang Pertama. Ada beberapa perkara yang mungkin boleh ditambah baik tapi walaubagaimana itulah ke arah yang mana cuba dibawa oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua,saya ucapkan terima kasih pada saudara Hulu Kelang sebab saya percaya saudara Hulu Kelang kembali ke Dewan ini bukan sebagai Menteri Besar tetapi pembangkang. Dia tak masuk sini. Sabar sikit, penggal depan belum tahu lagi, penggal seterusnya pun belum tahu lagi. Tapi saya doakan pada Hulu Kelang agar terus kukuh dan mepertahankan Presiden Hulu Kelang Bersatu seperti mana Hulu Kelang pernah mencuba pertahankan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Saya ada ketika itu Hulu Kelang. Saya akan robohkan dinding penjara Sungai Buloh ketika itu. Saya pun turut tepuk juga ketika itu.
Jangan lihat ke belakang kita maju ke depan.
Baik Yang Berhormat Speaker. Pelaburan tahun 2025 direkodkan daripada Januari sehingga Jun 2025 sebanyak 34 billion berbanding 35 billion sepanjang Tahun 2024. Dengan pelaburan ini sebanyak 31 ribu peluang pekerjaan telah disediakan. Bukan hanya untuk rakyat Selangor tapi lebih spesifiknya saya sebut untuk rakyat seluruh Malaysia. Selangor ini dia cerminan kepada Malaysia walaupun kita Kerajaan bertungkus lumus menyediakan peluang pekerjaan tapi kita juga harus menerima yang mana migrasi antara negeri-negeri lain juga turut sama-sama menyumbang kemajuan di Negeri Selangor. Dengan memastikan mengurangkan kebergantungan ini Kerajaan Negeri mengambil langkah berani dengan memperkenalkan dasar-dasar baru seperti Caj Abstrak Air yang memperolehi 33 juta, Dasar Pelepasan Sifar yang juga memperolehi 35 juta dan Dasar Baru pada tahun hadapan Master Dark Fiber dengan hasil yang akan diperoleh sebanyak 196 juta dalam tempoh lima tahun. Ini tak termasuk dengan sumbangan Anak Syarikat 45 juta yang turut diperolehi pada tahun ini. Saya percaya jika ini dapat diteruskan dan InsyaAllah dengan kerjasama daripada penjawat-penjawat awam, kita
mungkin akan sampai satu ketika nanti hasil daripada Negeri Selangor ni kita akan dapat kurangkan sehingga 50 peratus hanya daripada premium dan cukai tanah. Keputusan MBI dengan mencuba peluang potensi untuk melabur ke industri bank yang saya kira ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan Negeri. Saya harap pihak MOF dapat memberikan kelulusan bagi tujuan tersebut sebab apa ingin saya maklumkan sebab ada kadang-kadang daripada pihak PBT pun ada cuba membuat pelaburan-pelaburan tapi walaubagaimanapun telah disekat atau tidak mendapat kelulusan daripada pihak MOF ini akan menyebabkan dalam tempoh jangkamasa yang panjang pelaburan-pelaburan sebegini mungkin akan memberi nilai impak dan pulangan yang baik kepada pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak PBT.
Tuan Speaker, dasar SPEED Rakyat diperkenalkan kesinambungan daripada Dasar Speed Industri berkenaan pelaburan. Saya kira ini dasar reformasi penjawat awam yang diperkenalkan pada waktu yang tepat. Ini selari dengan kehendak masyarakat dan industri 4.0 dengan permit yang dapat di Permit Kerja Pengubahsuaian Kediaman dapat dipendekkan daripada kurang 24 jam, Lesen Penjaja Kecil daripada 30 hari ke 14 hari. Saya cuma mengharapkan dasar ini benar-benar dapat dilaksanakan di peringkat bawah. Saya khuatir bila dasar ini hanya sekadar dilaungkan tapi apabila di peringkat bawah hanya ketika perasmian sahaja dapat digunakan. Tapi dalam tempoh tiga bulan pertama tu mungkin dapat dilaksanakan tapi tidak dapat dilaksanakan sepanjang tahun. Saya harap penjawat awam boleh dapat khususnya di peringkat PBT dapat mengambil kira perkara ini sebab ini ialah hasrat daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat di Selangor mendapat benar-benar merasai apa perubahan atau reformasi yang dapat dilakukan. Sistem padanan semakan tunggakan tafsiran bersepadu sangat penting kerana ia dapat mengesan mereka yang mempunyai beberapa aset di PBT-PBT lain yang cuba mengelak dalam pembayaran cukai sebab kadang-kadang ada setengah-setengah ni dia pemaju dia ada aset-aset di beberapa PBT yang lain. Jadi apabila dia ada rasa nak majukan dalam suatu aset ni di dalam PBT tertentu dia memilih untuk membayar cukai di PBT tertentu sedangkan aset dia di tempat lain dia tidak bayar cukai. Jadi dengan adanya padanan ini dia secara tak langsung akan dapat mengenal pasti kepada mereka untuk melaksanakan tugas dalam proses pembayaran cukai.
Dengan bajet sebanyak 104 juta Tuan Speaker bagi pendidikan saya kira ini membuktikan kepedulian Kerajaan Negeri terhadap generasi masa akan datang sebagai satu-satunya Menteri Besar yang memegang portfolio pendidikan, saya kira ini ialah bajet cerminan bahawa generasi masa akan datang pendidikan mereka adalah tanggungjawab kita bersama. Yang ini kita rentas parti. Yuran subsidi KAFA sebanyak 5 juta ini sangat baik kerana ia juga memastikan generasi masa akan datang tetap mempunyai Pendidikan Agama. Saya ucapkan tahniah kepada pasukan MBI bersama Jabatan Pendidikan Selangor dalam rebrand kembali program PTRS dan program ini juga dapat memberi manfaat kepada 70 ribu pelajar Tingkatan 5 dan juga 75 ribu pelajar Tingkatan 4. Malah yang lebih membanggakan saya
mendapat maklumat beberapa negeri luar daripada Selangor juga mengambil silibus yang sama daripada PTRS. Program Bantuan Sekolah telah diperuntukkan sebanyak 30 juta meningkat berbanding Tahun 2025. Sebanyak 873 buah sekolah mendapat manfaat terhadap bantuan ini. Bagi masyarakat India pula tidak ketinggalan sebanyak 2.5 juta diperutukkan bagi pendidikan mereka termasuk dengan dana bas sekolah dan yuran pendahuluan bagi memasuki universiti. Terdapat juga masyarakat India yang telah disediakan sebanyak 1 juta untuk program seperti I-Seed dan juga sambutan perayaan seperti Vaisakhi dan perayaan-perayaan keutamaan yang lain. Ini membuktikan bahawa masyarakat India sentiasa terbela dan sentiasa diingati oleh Kerajaan Perpaduan ini. Jadi kepada masyarakat India di luar sana janganlah termakan dakyah-dakyah yang konon-kononnya bahawa Parti lain ni ialah Parti selain daripada Kerajaan Perpaduan yang sentiasa membela masyarakat India sedangkan daripada awal sehingga kini Kerajaan Perpaduan sentiasa mengambil berat menitik beratkan pendidikan dan kebajikan masyarakat India.
Hadiah pengajian IPT ini ditingkatkan lagi menjadi 5 juta dan membolehkan 5000 anak Selangor yang mendapat manfaat ini. Saya mendengar ucapan daripada Permatang yang mengatakan bahawa hadiah anak IPT dan juga pinjaman pembolehubah yang mengatakan seolah-olah, mereka yang diterima ini ialah datang lebih sedikit daripada golongan B40, saya kira ini ialah satu tuduhan yang tidak berasas khususnya kepada penjawat-penjawat awam sebab apa mereka menjalankan pemilihan ini mengikut bukan hanya sekadar kedudukan bukan hanya sekadar latar belakang tapi result dan juga pendapatan keluarga. Jadi saya percaya apa yang dilakukan oleh mereka khususnya penjawat awam memastikan mereka yang benar-benar layak. Saya percaya daripada Dewan ni tidak ada pun yang cuba menghubungi mereka untuk bypass daripada sesi saringan. Kalau kita nak tengok dengan jumlah permohonan sehingga 8000 orang dan pada tahun ini kita hanya mampu memberikan 3000 orang. Universiti ini ialah satu peluang untuk anak-anak khususnya di Selangor memperoleh pendidikan yang tinggi sebab kalau kita tengok di anak-anak Selangor ni kebanyakannya pandai-pandai belaka. Sebagai contoh sahabat saya, KKB, saya baru tahu masa pilihanraya haritu SPM dia straight A, jadi ini menunjukkan orang-orang dekat Selangor ni A ni sentiasa ada. Jadi sebab tu kalau andai kata permohonan tu boleh mencapai jumlah sehingga 8000 orang.
Tuan Speaker, sebanyak 40 juta diperuntukkan bagi menjaga kesihatan rakyat Selangor. Pelbagai program dibuat seperti Iltizam Selangor Sihat, Bantuan Selangor Sihat, Skim Rawatan Jantung, Program Saring, ini sangat penting kerana kita tanggungjawab sebagai Kerajaan Negeri walaupun KKM ialah kesihatan ni tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan tapi Kerajaan Selangor datang tampil untuk membantu bersama-sama. Kalau ditengok pula dengan keadaan Program Selangor Saring, saya nak bagi cadangan kepada pihak EXCO, Program Selangor Saring ni kalau boleh biarlah dua kali setiap DUN setahun. Sebab kalau tengok sekarang ni satu tahun satu kali. Kota Damansara ni booking pada bulan
2 tapi program pada bulan 11. Jadi nak kena tunggu sembilan sepuluh bulan baru boleh dilaksanakan. Jadi kalau andai kata kita dapat lakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun enam bulan pertama dan enam bulan kedua, saya ingat ini satu yang baik. Dalam tempoh yang itu juga kita dapat semakkan rupanya ada dua orang yang disaring mempunyai potensi dikenakan kanser breast cancer. Jadi saya percaya kalau dapat dilakukan sebanyak mungkin, InsyaAllah kita dapat mengelakkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Yang Berhormat Kota Damansara lama lagi ye?.
Tadi Hulu Kelang ambil 2 minit.
Saya tambah 5 minit. Teruskan.
Kota Damansara dah tambah 5 minit tu kita tanyalah dia soalan. Terima kasih Kota Damansara. Tadi saya dengar perbahasan Yang Berhormat berkenaan dengan semua program-program kebajikan dalam Kerajaan Negeri Selangor yang saya kira mendapat sambutan yang baik dan juga membantu rakyat kita dalam Negeri Selangor. Dan tadi Batang Kali ada menyebutkan tentang betapa minatnya dia untuk nak sama-sama dalam program ini. Membuktikan bahawasanya program Kerajaan Negeri Selangor ni satu program yang baik. Dibuktikan oleh Batang Kali, jadi apa pandangan Yang Berhormat Kota Damansara kalau ADUN-ADUN, Ahli Dewan Negeri dan Pembangkang ini datang ke Pejabat Penyelaras untuk sama-sama mendaftarkan program-program inisiatif Kerajaan Negeri Selangor?
Saya kira itu ialah cadangan yang baik yang mana penyelaras DUN dan ADUN boleh bekerjasama tapi alangkah lebih baiknya mungkin Batang Kali boleh bekerjasama dengan Hulu Selangor untuk bincang dan pindah ke sebelah sini sama-sama, itu lebih baik. Itu jauh lebih baik. Hahaha. Nanti boleh semak saya punya henset. Eh hansard. Baik dari sudut agama pula inisiatif muassasah haji ditingkatkan dari RM1000 ke RM1500. Sebanyak 1.5 juta juga ditubuhkan untuk Akademi Al-Quran Selangor dan 8 juta juga diberikan untuk program naiktaraf pendawaian sekolah. Jadi ini kita lihat juga dana khas bagi membaikpulih tandas di Masjid-Masjid Negeri bagi keselesaan para Jemaah. Kalau kita tengok jumlah-jumlah bajet yang diperuntukkan tiap-tiap tahun daripada Kerajaan Negeri dan bajet program-program khas khususnya agama, ini membuktikan walaupun ada DAP dalam Kerajaan, Agama Islam tetap terpelihara. Walaupun ada DAP bersama kami dalam Kerajaan, Agama Islam tetap bersinar. Jadi saya mengharapkan perkara-perkara seperti ini sebab sepertimana dulu daripada Pakatan Rakyat bersama-sama, lepastu Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan, siapa pun menjadi Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Agama Islam ini terus terpelihara dan terus bersinar.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker, saya nak bawa kepada isu dana strata Selangor. Kalau nak ikutkan dana strata semua Selangor ni telah disediakan sebanyak 4 juta untuk menyelesaikan isu-isu strata tapi walaubagaimanapun Yang Berhormat EXCO, tak semua isu-isu berkaitan dengan dana. Saya bagi contoh ada beberapa di kawasan saya isu tak dapat strata ni ialah kerana pemaju cuba hantar untuk hantar strata tapi walaubagaimanapun ada setengah-setengah bank ni dia masukkan dia punya Kaveat dan dia tidak mahu melepaskan Kaveat untuk convert daripada Master Title kepada Strata Title. Jadi saya mohon dan saya cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menubuhkan jawatankuasa Kerajaan Negeri menjadi orang tengah supaya masalah-masalah daripada sini, saya percaya bank-bank tempatan tiada masalah. Dia ada bank-bank di luar negara ni yang mempunyai sedikit masalah menyebabkan kadang-kadang dia dalam 100 unit eh dalam 1000 unit tu cuma empat rumah je yang ada masalah. Akhirnya 900 yang lebih ni menjadi tidak dapat Strata Title dan akhirnya Kerajaan Negeri hilang sumber pendapatan.
Akhir sekali sebelum saya duduk saya ingin membawa beberapa isu bagi kawasan Kota Damansara. Isu Jalan Persiaran Atmosfera ini ialah jalan pengelolaan Worldwide. Tahun demi tahun sehingga hari ini jalan ini sentiasa rosak dan kembali rosak dan kembali rosak. Saya percaya Worldwide merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang saya semak memperoleh keuntungan tahun demi tahun tapi walaubagaimanapun sebagai developer bagi yang bertanggungjawab untuk memastikan infra asas ini dapat dibaikpulih. Worldwide tak boleh lari daripada tanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada pembeli-pembeli. Saya bagi contoh kadang-kadang di kawasan Subang Bestari ini sampai 4 bulan 5 bulan tak menyala. Reason ialah kerana Worldwide tak bayar bil. Saya percaya perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku sebab apa, bila beliau bila pihak Worldwide tak menyerahkan jalan dan lampu kepada pihak PBT, pihak PBT tak boleh melakukan apa-apa. Tapi bila kita minta untuk mereka membayar, mereka mengambil masa sehingga 6 bulan. Kadang-kadang ada staff Worldwide sendiri pun yang duduk kat situ 6 bulan lampu tak menyala. Jadi ini mendatangkan ketidakselesaan kepada masyarakat di Subang Bestari. Satu lagi isu daripada Worldwide, Pangsapuri Seri Anduria, pemajunya Worldwide tapi dalam SNP sign ada gated and guarded ada boom gate tapi dan setahun boom gate nya tidak ada. Ada tempat guard tu tapi boom gate tak ada. Jadi saya ingat perkara-perkara seperti ini tidak boleh diterima oleh saya selaku ADUN Kota Damansara dan saya percaya saya mohon kepada pihak Worldwide mungkin boleh mempertimbangkan bukan boleh mempertimbangkan, tolong buat sebab ini dah termasuk dalam SNP dah ni. Jadi saya percaya dengan perkara-perkara yang saya bangkitkan ni pihak Kerajaan, pihak daripada Worldwide, Anak Syarikat mungkin boleh mempertimbangkan.
Akhir sekali Yang Berhormat Speaker telah saya kira, kira-kira lepas tadi sebab ada yang dibangkitkan berkenaan inflasi. Kalau kita akui pada Tahun 2022 kadar inflasi Negeri
Selangor atau Malaysia khususnya dalam kadar 4 peratus. Tapi walaubagaimanapun kadar inflasi di Negeri pada tahun ini dia turun 1.5 peratus. Ada sedikit kenaikan yang disebut oleh Sungai Ramal 1.8 peratus, mungkin Sungai Ramal perlu perhatikan kenaikan itu berlaku selepasnya diperkenalkan Budi Madani. Jadi, ini ialah hit yang akan naik dalam tempoh, teori ekonominya begitu. Apabila satu dasar dilakukan yang akan memberikan efek kepada semua, dia ada sedikit kenaikan inflasi. Tapi walau bagaimanapun, saya percaya, dengan kerajaan melakukan pelbagai jenis program. Bagaimana kita buat jualan Ehsan, jualan Rahmah dan sebagainya. Ini akan secara tak langsung akan menampung, kalau dulu pun, hari tu, kita melakukan diesel subsidi, dia naik, daripada 1.3, dia naik kepada 1.5. tapi dia kembali reda.
Jadi saya percaya, Insya-Allah, dengan pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dengan gandingan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Insya-Allah, kita akan lihat pada tahun 2026, ialah tahun yang baik, untuk Malaysia, dan tahun yang baik untuk Selangor. Cuma pesan saya kepada pihak pembangkang dan pelbagai jenis, kita ada pihak pembangkang, memainkan peranan yang sangat penting, iaitu menjadi sebagai tukang semak. Tapi walau bagaimanapun, pihak pembangkang gagal menjadikan kepada tukang imbang. Sebab apa tadi pihak Hulu Kelang, Taman Medan, Gombak Setia, Bangi, ada memperkenalkan beberapa-beberapa inisiatif yang mungkin pihak kerajaan boleh buat. Saya cadangkan dibukukan, jadilah bajet alternatif. Jadi lebih mudah begitu, supaya rakyat, pihak Selangor ini boleh jadi rujukan kanan dan kiri. Mungkin ketika itu, Hulu Kelang, percaya, ketika sama-sama menjadi pembangkang di peringkat federal, kita buat bajet alternatif. Biarlah Yang Berhormat Hulu Kelang, meletakkan standard yang tinggi sebagai Ketua Pembangkang. Semoga Hulu Kelang, kembali ke Parlimen menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Larut. Insya-Allah. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kota Damansara menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, untuk membawakan Usul ini.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, hendaklah disambung sehingga jam 5.30 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Usul dipersetujui.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah, seramai 58 orang Ahli Dewan Negeri, telah mengambil dalam perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan. 38. 38 orang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2026 kali ini. Sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan jika ingin memberikan apa-apa penjelasan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang ini. Wakil kerajaan, Kota Anggerik.
Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera, selamat petang, Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli Dewan yang dihormati. Izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, di atas pembentangan Belanjawan Selangor 2026, yang merupakan antara belanjawan yang terarah, berani dan bernuansa strategik, yang pernah diketengahkan di dalam Dewan yang mulia ini. Dalam karya Robert Dahl, yang bertajuk, On Democracy, Dahl mengatakan bahawa demokrasi yang berjaya, memerlukan pemimpin yang telus dan mendengar suara rakyat. Di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar, prinsip ini, diterapkan penuh dedikasi, membawa Selangor ke tahap pembangunan yang lebih tinggi. Belanjawan yang diperincikan oleh Dato’ Menteri Besar, bukan sekadar senarai peruntukan dan agihan. Tetapi merupakan satu kerangka dasar yang rapi dan dibina di atas penelitian yang mendalam terhadap denyut nadi rakyat serta realiti ekonomi global yang semakin kompleks. Ini memperlihatkan kecerdasan fiskal yang tinggi, mengimbangi tuntutan mendesak rakyat dengan kewibawaan pengurusan kewangan negeri, serta menegaskan, kedudukan Selangor sebagai negeri peneraju dalam bidang inovasi, produktiviti dan pembangunan modul insan. Apa yang dipersembahkan oleh Dato’ Menteri Besar adalah misi yang jelas. Sebuah belanjawan yang bukan sahaja menjawab cabaran semasa, tetapi membina asas kemajuan jangka panjang. Daripada agenda pemerkasaan belia dan usahawan hinggalah kepada transformasi digital dan kesejahteraan sosial, kita melihat satu ekosistem dasar yang saling melengkapi dan berpaksikan masa depan.
Sepanjang perbahasan berbagai-bagai pandangan telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat. Ada yang membina, ada yang menuntut penjelasan lanjut. Kesemuanya, saya tekuni dan sambut dengan penuh hormat, kerana itu adalah hakikat proses legislatif yang sihat di dalam Dewan yang mulia ini. Maka dengan ini, saya akan menjawab dan memberikan
maklum balas terhadap satu persatu perkara-perkara yang dibangkitkan, khususnya yang menyentuh portfolio di bawah tanggungjawab saya.
Hulu Kelang bangun, nak bagi ruang ke?
Baru intro.
Saya nak mohon sedikit penjelasan, apakah Yang Berhormat akan memberikan respons kepada pembangunan KSSA, selaku EXCO Belia dan Sukan?
Terima kasih. Selaku EXCO Belia dan Sukan, saya, pembangunan KSSA terletak di bawah portfolio MBI, di bawah urusan MBI, jadi tak termasuk di bawah portfolio pembangunan belia. Dia lebih kepada infrastruktur. Terima kasih Hulu Kelang. Nanti, saya ingat Dato’ Menteri Besar akan jawab. Terima kasih. Boleh saya teruskan ya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang, telah menyentuh tentang peruntukan, bagi pelaksanaan SUKMA pada tahun hadapan. Kerajaan Negeri Selangor kekal komited memastikan temasya Sukan Malaysia 2026, akan dianjurkan dengan cemerlang, serta mencapai sasaran prestasi tertinggi kontinjen Selangor. Bagi tujuan ini, sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan pada tahun 2026, merangkumi kerja-kerja menaik taraf kemudahan sukan, program persiapan atlet dan atlet SUKMA dan PARA SUKMA, serta keperluan pengurusan jawatankuasa penganjur. Kerja-kerja menaik taraf fasiliti kini giat dijalankan di venue-venue utama, seperti Pusat Akuatik Darul Ehsan, Lapang Sasar Menembak Subang dan Gelanggang Bola Keranjang Bukit Tinggi. Selain penambahbaikan oleh pihak berkuasa tempatan, termasuk di Stadium Hoki MBPJ, Kompleks Skuasy Astaka, Kompleks Tenis Kelana Jaya, Stadium Hoki Pandamaran, Stadium Kota Raja, serta kemudahan sukan di Kuala Selangor. Dalam aspek pembangunan atlet, Majlis Sukan Negeri Selangor, menerajui program-program persiapan yang merangkumi pemilihan atlet, pembangunan sains sukan, penyertaan kejohanan pendedahan dan pemantauan prestasi, bagi memastikan kontinjen Selangor mencapai sasaran untuk muncul sebagai juara keseluruhan Sukan Malaysia 2026.
Pada masa yang sama, peruntukan turut disalurkan bagi mengurus operasi jawatankuasa induk, pelaksana serta teknikal, yang menjadi tulang belakang penganjuran temasya SUKMA. Penganjuran SUKMA 2026 juga menjadi platform penting untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan negeri Selangor, menjelang penganjuran Islamik Solidariti Game 2029, sekali gus mengukuhkan kemampuan negeri Selangor sebagai tuan rumah bagi penganjuran acara-acara bertaraf antarabangsa. Seterusnya saya merujuk kepada perkara yang turut dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang, agar lebih banyak program-program seni dan belia, dapat
diperluaskan ke kawasan Pelabuhan Klang, supaya anak muda di sana turut mendapat manfaat, justeru, beberapa inisiatif telah dirangka, dan dilaksanakan di daerah-daerah lain. Dan Kerajaan Negeri turut menyasarkan agar pendekatan yang sama, dapat diperluaskan di Pelabuhan Klang.
Untuk makluman Pelabuhan Klang, antara program yang telah berjaya dilaksanakan oleh Penggerak Belia Selangor ialah Program Sempena Deepavali, Program Memasak Muruku, Bengkel Kreatif Belia, Program Seni Jalanan ataupun Street Art dan Mural, klinik muzik belia serta program pembangunan modal insan seperti bengkel kepimpinan dan literasi kewangan belia. Langkah ini bertujuan untuk memastikan golongan belia di Pelabuhan Klang mendapat akses kepada platform pembangunan bakat seni, kreativiti dan kepimpinan, sekali gus membantu membina generasi muda yang lebih berdaya saing, berdisiplin serta aktif menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.
Seterusnya saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Kota Kemuning berhubung literasi pengurusan kewangan, dan keusahawanan di kalangan anak muda. Kerajaan Negeri Selangor menyedari kepentingan perkara ini. Dan sebagai salah satu elemen penting bagi membina belia yang berdikari, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Dalam konteks ini, PeBS memainkan peranan penting sebagai platform pelaksanaan, program-program pembangunan kapasiti belia di peringkat akar umbi. Melalui PeBS, pelbagai inisiatif, literasi kewangan dan keusahawanan telah dianjurkan termasuk Bengkel Literasi Kewangan Belia, Klinik Keusahawanan Mikro, Program Startup Belia dan sesi bimbingan keusahawanan. Program-program ini bertujuan memberikan pengetahuan asas dalam pengurusan kewangan peribadi, rancangan kewangan jangka panjang serta kemahiran keusahawanan praktikal yang boleh diaplikasikan oleh generasi muda dalam kehidupan seharian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri juga mengambil maklum cadangan daripada Seri Serdang untuk memperluaskan program pencerahan generasi muda, yang telah diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar, dengan memberikan tumpuan khusus kepada wacana serta penulisan politik bagi mengukuhkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan belia. Peluasan ini boleh merangkumi penyediaan modul latihan berkaitan asas politik, proses demokrasi, analisis dasar awam dan teknik penulisan hujah. Di samping penganjuran wacana-wacana berkala bersama-sama ahli akademik dan pengamal dasar untuk memupuk budaya dialog yang matang. Bengkel penulisan kritis dan penyuntingan juga boleh diterapkan bagi meningkatkan kemampuan menghasilkan artikel dan analisis berkualiti. Manakala platform penerbitan khusus bagi belia dapat diwujudkan untuk mengetengahkan hasil penulisan mereka berdasarkan kajian dan data yang kukuh. Dalam pelaksanaan program ini, PeBS mampu memainkan peranan strategik sebagai penggerak di peringkat akar
umbi, melalui pengenalpastian peserta, penyelarasan aktiviti komuniti serta bimbingan awal dalam membentuk budaya pemikiran kritis dan penulisan berasaskan fakta.
Berhubung hasrat Seri Serdang untuk memperkukuhkan keupayaan analitik serta pemikiran politik generasi muda, suka untuk saya cadangkan, agar para pemimpin belia untuk membaca Magnum Opus, atau karya agung ahli falsafah, Immanuel Kant, .., yang bermaksud What is Enlightenment? dengan izin, ataupun Apa itu Pencerahan? Meskipun ringkas, karya ini sarat dengan gagasan besar tentang keberanian berfikir, kebebasan intelektual dan tanggungjawab moral dalam membentuk pandangan yang matang terhadap masyarakat dan politik. Pendedahan kepada teks ini diyakini dapat memupuk budaya berfikir secara rasional. Menilai dasar serta secara objektif, serta mengasah kemampuan belia, untuk terlibat dalam wacana awam dengan lebih beretika serta berprinsip. Seperti yang diungkapkan oleh Immanuel Kant, dalam seruan yang kekal relevan hingga kini, sapere aude ataupun berani berfikir, semangat inilah yang ingin diperkukuhkan oleh generasi muda Selangor, untuk tampil sebagai pemimpin yang kritis, tercerahkan dan bertanggungjawab dalam merangka hala tuju negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya berhubung dengan cadangan supaya Program ADUN Muda, melibatkan penglibatan secara langsung PeBS. Kerajaan melihat langkah ini sebagai usaha untuk memperkukuhkan pembangunan kepimpinan belia. PeBS berupaya untuk berfungsi sebagai pemudah cara dalam membantu peserta-peserta program. memahami pentadbiran negeri serta menguruskan program-program komuniti, selain memastikan pelaksanaan aktiviti lebih selaras dengan keperluan setempat. Penglibatan ini juga berpotensi untuk mengujudkan ekosistem pembangunan pelapis pemimpin yang lebih tersusun melalui bimbingan dalam aspek kepimpinan, komunikasi dan advokasi serta memperluaskan jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan, pertubuhan-pertubuhan belia dan pihak-pihak berkuasa tempatan. Kerajaan Negeri Selangor turut mengambil maklum cadangan Seri Serdang untuk menganjurkan program menghimpunkan komuniti rider motor dengan kesediaan menjadi tuan rumah utama. Program ini berpotensi untuk menyatukan komuniti rider dan belia melalui aktiviti-aktiviti sihat. Meningkatkan kemahiran menunggang secara berhemah serta memupuk budaya sukan dan rekreasi yang positif. Di samping memberi ruang kepada komuniti tempatan untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti negeri. Dengan sokongan Seri Serdang, pastinya program ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan memberi manfaat yang konstruktif kepada masyarakat setempat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya berhubung cadangan Sentosa selaku bapa angkat Sukan Kavadi, yang memohon sokongan Kerajaan Negeri untuk penyediaan gelanggang kavadi yang lengkap. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited menyediakan kemudahan sukan untuk masyarakat termasuk gelanggang kavadi, yang telah dibina di Kompleks SUKSES, Seksyen 6, Shah Alam serta di Jalan Bandar, Puchong Utama melalui projek pihak berkuasa tempatan MBSJ. Buat masa ini, tiada
perancangan khusus untuk menambah gelanggang baharu, memandangkan kemudahan sedia ada sudah mencukupi, namun Kerajaan Negeri berpandangan untuk meneliti semula keperluan-keperluan tersebut berdasarkan ketersediaan lokasi, kemudahan berhampiran dan kemampuan kewangan.
Bagi cadangan Morib berhubung naik taraf padang bola dan Dewan badminton untuk persediaan SUKMA 2026 Kerajaan Negeri melalui Sekretariat SUKMA bersama PBT sedang giat melaksanakan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur sukan termasuk di kawasan Morib di bawah Majlis Perbandaran Kuala Langat. Kerajaan Negeri turut mengambil maklum cadangan Seri Kembangan agar Dewan serbaguna MBSJ dibina semula sebagai Dewan moden lengkap dengan kemudahan LED, penghawa dingin lantai sukan dan teknologi hijau. Kerajaan Negeri menerusi MBSJ akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Dewan tersebut pada tahun ini. Selain meneliti potensi untuk menjadikan Dewan tersebut sebagai pusat sehenti yang lebih baik untuk aktiviti sukan dan komuniti.
Kerajaan Negeri turut mengambil perhatian permintaan pembangunan infrastruktur awam seperti pasar dan kemudahan pickleball di Seri Kembangan dan memandangkan sukan Pickleball semakin berkembang, PBT akan menyemak kawasan lapang yang sesuai serta meneliti penaiktarafan gelanggang-gelanggang sedia ada kepada gelanggang pickleball. Bagi cadangan pembinaan kompleks sukan baharu di Kajang, Kerajaan Negeri menghargai keprihatinan Yang Berhormat Kajang, namun demikian kemudahan seperti Kompleks Sukan MPKJ Seksyen 15 dan Stadium Kajang telah disediakan untuk kegunaan masyarakat. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang membina kompleks baharu memandangkan kos pembinaan dan penyelenggaraan yang tinggi serta masih belum memerlukan di kawasan tersebut tetapi tidak ada masalah untuk kita kaji dan lihat pada keperluan masa akan datang.
Berkenaan isu pembangunan sukan permotoran di Bukit Melawati, Kerajaan Negeri menekankan bahawa sebarang pembangunan litar perlumbaan perlu mematuhi piawaian badan sukan antarabangsa dan negara, di samping mengambil kira isu keselamatan khususnya berhampiran kawasan perumahan dan sekolah. Justeru, sebarang cadangan perlu melalui kajian kemungkinan dan impak sosial secara terperinci melalui PBT termasuk penilaian aspek kejuruteraan, ekonomi, alam sekitar dan penerimaan komuniti setempat sebelum sebarang keputusan dibuat.
Seterusnya, saya ingin menjawab perbahasan yang dibangkitkan oleh Batu Tiga sebentar tadi. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin terhadap golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan komited memastikan mereka dapat bergiat aktif dalam bidang sukan sehingga ke peringkat tertinggi. Disebabkan terdapat pelbagai kategori pengkelasan Orang Kelainan Upaya, maka penyertaan mereka dalam sukan juga melibatkan pelbagai jenis acara mengikut klasifikasi masing-masing. Buat masa ini, hanya sukan-sukan di bawah Majlis Paralimpik
Malaysia yang diiktiraf sebagai sukan berprestasi tinggi bagi para atlet Orang Kelainan Upaya. Sehubungan itu, bermula tahun 2026, persediaan pasukan Para SUKMA akan diletakkan sepenuhnya di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri Selangor. Jika sebelum ini ia diletakkan di bawah Jabatan Pembangunan Belia Negeri Selangor dan selepas ini akan terus di bawah agensi Kerajaan Negeri. Bagi memastikan persiapan berjalan lancar, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kewangan khusus bagi kontinjen Para SUKMA, yang diselaraskan bersama kontinjen SUKMA arus perdana. Walaupun status “sukan prestasi tinggi” hanya diberikan kepada sukan para, ini tidak sekali-kali bermaksud bahawa Kerajaan Negeri mengetepikan atlet OKU pendengaran atau atlet Special Olympics. Kerajaan Negeri turut menyalurkan sokongan dan bantuan kepada mereka berdasarkan keperluan serta kesesuaian program masing-masing. Pada ketika ini, tiada mana-mana kategori OKU yang dipinggirkan daripada menyertai sukan di peringkat lebih tinggi. Malah, Kerajaan Negeri memastikan peruntukan bagi persediaan kontinjen Para SUKMA adalah setara dengan peruntukan untuk atlet lain yang bertanding di peringkat tertinggi dan dalam kategori prestasi tinggi.
Yang Berhormat sikit. Yang Berhormat saya sentuh secara spesifik tadi tentang sukan orang pekak yang berlangsung tahun ini di Sarawak, dan InsyaaAllah tahun 2027 nanti di Selangor sukan orang pekak Yang Berhormat ia tidak termasuk dalam SUKMA pun tidak Para SUKMA pun tidak maknanya kategori penyertaan itu saya kira dia tidak termasuk maksud orang-orang yang ada masalah pendengaran menyertai paraSUKMA sebab itu dia buat sukan dia sendiri. Soalan saya kalau kita boleh buat pembangunan kita sendirilah kita bantu mereka bergerak secara swasta dan NGO dan penganjuran 2027 juga bagaimana penglibatan kita makna soalan saya pembangunan satu perkara dan juga penganjuran SUKMA 2027 di Selangor mungkin apa komitmen yang boleh kita berikan?
Terima kasih Batu Tiga InsyaaAllah kita diperingkat Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri sentiasa terbuka untuk engaged atau menyantuni sukan orang pekak ini SUKMA dan saya difahamkan SUKMA untuk 2027 akan dianjurkan di negeri Selangor jadi kita terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan pihak persatuan sekiranya mereka ada keperluan ataupun ada apa-apa perkara yang boleh dijalankan kerjasama secara kolaberatif kita terbuka untuk meraikan mereka jadi InsyaAllah untuk persatuan sukan orang pekak kita tidak ada sebarang bentuk peminggiran dan sebagainya tetapi baru-baru ini pun ketika pasukan kontigen orang pekak SUKMA di Sarawak Kerajaan Negeri turut menyalurkan peruntukkan dan sumbangan hampir 40 Ribu ringgit untuk menampung kos mereka di sana.
Seterusnya Tuan Speaker Kota Kemuning juga turut mencadangkan menyediakan geran bagi anak muda melibatkan diri dalam bidang muzik, filem, animasi dan seni digital serta
peruntukan khas untuk festival seni kepelbagaian kaum. Kerajaan Negeri Selangor amat menghargai cadangan tersebut, malah cadangan ini selaras dengan aspirasi negeri untuk memperkukuh ekosistem, ekonomi kreatif yang inklusif dan mampu melahirkan bakat baharu yang kompetitif. Untuk langkah awal, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan CRE8Fund, iaitu satu inisiatif geran berfokus dalam program ekonomi kreatif yang bertujuan menyokong pembangunan bakat belia serta mengukuhkan kemampuanpemain industri. CRE8Fund memberi ruang kepada golongan kreatif untuk mendapatkan sokongan kewangan dalam penghasilan kandungan, pembangunan projek baharu, kolaborasi kreatif, serta aktiviti yang berpotensi memperluas pasaran produk kreatif tempatan. Untuk makluman Kota Kemuning CRE8Fund ini telah kita perkenalkan pertama kali dalam EXPO Ekonomi kreatif yang telah diadakan beberapa bulan yang lepas sebanyak 80 ribu ringgit dana awalan tapi InsyaaAllah untuk tahun hadapan kita akan menambah baik pelaksanaan CRE8Fund ini dan meningkatkan inisiatif untuk kita galakkan lagi penyertaan lebih ramai anak-anak muda dalam sektor ekonomi kreatif.
Yang Berhormat EXCO i just want a clarification berkenaan perkara itu apakah requirement yang kenakan untuk permohonan geran ini. Apakah permohonan dan bagaimanakah pemuda boleh membuat permohonan ini kepada untuk geran tersebut?
Terima kasih Kota Kemuning untuk makluman kota kemuning CRE8Fund ini kita gerakan dan kita hasilkan lebih kepada untuk kita memberikan ruang kepada usahawan-usahawan kreatif di peringkat permula ataupun startup di mana mereka ini berpeluang untuk memohon dan seterusnya mendapatkan geran ini melalui beberapa proses dan saringan makna kita akan ada proses untuk menemu duga mereka meminta mereka untuk membentangkan proposal ataupun cadangan mereka ini dan daripada penilaian tersebut kita akan berikan ruang kepada usahawan-usahawan ini untuk mendapatkan dana CRE8Fund tadi tapi dari segi syaratnya tidak terlalu ketat kita buka ruang kepada mereka yang terdiri daripada usahawan pemula ataupun startup yang terlibat dalam industri kreatif. Jadi kalau kita nak tengok usahawan ini Alhamdulillah bila kita sebut tentang segmen usahawan kita telah agak ke depan dari segi menjaga usahawan-usahawan diperingkat SME Small Medium Entrepreneur sekarang sebut mikro kecil sederhana secara tak langsung bukan hanya boleh menyediakan mereka platform tetapi menyediakan mereka latihan dan memberikan mereka ruang memasarkan produk mereka lebih tinggi. Cuma sekarang ini kita nampak ada satu segmen usahawan yang mana kita kurang santuni iaitu segmen usahawan kreatif sebab itu kita telah mengalihkan sedikit tumpuan kita untuk membangunkan keusahawanan ini dengan turut menyentuh kepada keperluan dan juga kebajikan usahawan-usahawan yang terlibat dalam industri kreatif dan Kerajaan Negeri akan terus menilai keberkesanan dan membantu dalam memberikan dana untuk memastikan pelan tindakan ekonomi kreatif ini dapat merangkumi usaha berterusan dalam memperkasa belia,
memperkukuh ekosistem Intelektual Property (IP) tempatan, serta memacu Selangor sebagai hab kreatif yang dinamik dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Seterusnya, Seri Kembangan membangkitkan tentang usaha kerajaan menyediakan pelan tindakan ekonomi kreatif dan memperuntukkan RM1 juta bagi 2026, namun berpendapat RM1juta tersebut tidak mencukupi secara peribadi saya pun rasa tidak mencukupi untuk kita jalankan pelbagai rancangan dan program. Walau bagaimanapun itu satu langkah awal kerana ini merupakan satu segmen sedang kita mula terokai dan InsyaaAllah kita tahu tidak mencukupi untuk melaksanakan program namun kita yakin untuk moving forward long run meneliti semua keperluan peruntukan tambahan dengan mengambil kira input pemain-pemain industri dan potensi impak ekonomi kreatif, bagi memastikan ekosistem kreatif yang lebih kondusif dapat diwujudkan. Kerajaan Negeri juga komited untuk memastikan pelan tindakan ini berfungsi sebagai pemacu pertumbuhan sebenar dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memperkukuhkan eko sistem ekonomi kreatif negeri Selangor.
Yang terakhir untuk menjawab perbahasan oleh Semenyih suka saya tegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa teguh dalam komitmen untuk memperkasa usahawan akar umbi khususnya para usahawan tani dan pengusaha produk desa yang menjadi nadi ekonomi komuniti luar bandar. Meskipun mereka telah memiliki kemahiran asas usaha untuk memperkukuhkan mereka menerusi latihan vokasional memperhalusi bimbingan keusahawanan serta mempertingkatkan keupayaan digital tetap menjadi keutamaan agar produktiviti daya saing mereka terus melonjak. Latihan-latihan yang lebih tersusun, sistematik serta berorentasikan masa hadapan inilah sekarang ini membuka ruang kepada usahawan-usahawan desa untuk menembusi pasaran digital. Seterusnya mengembangkan produk-produk tempatan ke pasaran serantau dan antarabangsa melalui platform e-dagang yang disediakan kerajaan. Selain itu Inisiatif Platform Selangor ataupun PLATS turut memainkan peranan strategik dalam mempercepatkan proses transformasi digital para usahawan Selangor dengan membolehkan mereka mengurus peniagaan dengan lebih efisien, cekap dan berimpak tinggi. Kerajaan Negeri melalui platform ini serta program bantuan Dana Usahawan melalui MADANI Selangor DUMS terus menyediakan pembiayaan mikro literasi kewangan serta bimbingan berterusan agar setiap bantuan yang dimanfaatkan secara optimum dengan meminimumkan risiko dan memaksimumkan pulangan. Pendekatan menyeluruh ini bukan sahaja memperkukuhkan ekosistem PKS desa serta usahawan kreatif malah melonjakkan pendapatan mereka menggerakkan ekonomi komuniti setempat memastikan usahawan Selangor mampu berdiri teguh berdiri teguh serta berdaya saing dalam landskap pasaran yang semakin mencabar dan dinamik. Saya menghargai setiap pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan ini, perbezaan pendapat adalah suatu kelaziman dalam demokrasi namun komitmen kita semua terhadap kemajuan negeri adalah tekad bersama. Kerajaan Negeri akan menjalankan dasar-dasar...
Sungai Panjang minta mencelah.
Ya silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat EXCO, seterusnya Sungai panjang ada minta respons untuk RM1 Juta peruntukkan untuk sukan permotoran sebab ini berkait dengan pertanyaan Belanjawan yang sebelum ini yang dibangkitkan bahawa ada pembinaan litar lumba di Sungai Tua yang dibatalkan, jadi adakah peruntukkan yang telah di allocate dengan izin untuk litar lumba Sungai Tua tersebut di alihkan, yang saya maklum bahawa peruntukkan itu besar dialihkan ke litar lumba drag hanya satu Juta sahaja. Itu yang pertama, yang kedua Sungai Panjang ingin membangkitkan bahawa sukan permotoran ini boleh di upgrade daripada sukan dan rekreasi sebab sukan ada beberapa kategori sukan yang pertama, kedua dan ketiga dan keempat dan kita lihat sukan pemotoran ini dalam kategori yang terakhir iaitu sukan dan rekreasi, terima kasih.
Terima kasih Sungai Panjang untuk peruntukkan 1 juta yang disebut sebelum ini untuk pembangunan sebuah litar lumba di Gombak, kawasan Dato Menteri Besar saya ingat saya dapatkan fakta secara bertulis untuk respons pada Sungai Panjang tapi walau bagaimanapun untuk perkara kedua pembangunan sukan pemotoran memang kalau kita lihat dari segi klasifikasi sukan permotoran adalah sukan yang semakin mendapat tempatan di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa merancang penglibatan anak-anak dalam bidang kokurikulum sukan push bike misalnya ini adalah asas sukan pemotoran dan kita ada pelbagai clasifikasi atau kategori, cuma sukan pemotoran ini tidak termasuk sukan berprestasi tinggi di peringkat Commonwealth atau Olimpik tapi salah satu segmen agak menarik untuk diterokai dan Alhamdulillah di peringkat negeri kita telah mula sedikit sebanyak melihat kepada kelangsungan untuk membantu pembangunan sukan pemotoran ini di baru-baru ini di peringkat di MBI Selangor kita turut menaja beberapa atlet-atlet baru yang terlibat dalam sukan pemotoran khususnya mereka yang bermula peringkat kanak-kanak dan remaja ini. InsyaaAllah kita akan teruskan proses tersebut dan pada masa yang sama cuba untuk meneroka banyak lagi ruang mungkin boleh tambah sedikit sebanyak sumbangan kepada ibu bapa ataupun masyarakat yang mana anak-anak mereka terlibat secara langsung dalam sukan pemotoran khususnya di peringkat negeri Selangor. Terima kasih Yang Berhormat.
Sebagai pandangan dan cadanganlah, kami pernah berforum dengan Polis dan juga mereka yang menguruskan litar lumba ini, ada satu contoh untuk menjimatkan koslah litar drag ini, satu contoh di Thailand, dadah eh bukan dadah, litar lumba laju. Drag. Satu contoh di Thailand, sebab kalau kita pergi Thailand, kita
boleh kata zero nak jumpa mereka berlumba di lebuh raya. Sebab apa, kerana dibuka ruang mereka ini satunya di lapangan terbang ada laluan lurus dibuka kepada mereka ini satu tempoh ataupun satu masa untuk mereka berlumba di situ. Maknanya berlumbalah sampai muntah. Balik itu dia tak ini, jadi itu sebagai pandangan dan cadangan pada Kerajaan Negeri.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum dan pada masa yang sama kita pun kalau di peringkat negeri kita ada Litar Lumba Antarabangsa, Sepang yang sememangnya pun turut diberikan ruang, diberikan ruang kepada anak-anak muda yang nak merasai pengalaman berlumba, bukan hanya motor tetapi kereta. Tetapi kalau cadangan untuk membuka landasan lapangan terbang itu saya ingat itu kena lihat semulalah. Kena kaji dan mungkin bincang dengan pihak airport. Sebab takut karang dia lumba di lapangan terbang itu jadi lain pula. Sebab sekarang ini kita kalau nak sebut dari segi permotoran saya tidak ada masalah dengan sukan tersebut dengan sukan ini, bahkan ramai di kalangan anak muda memang terlibat secara tidak langsung, cuma kita perlu meneliti pelbagai aspek. Pertama dari segi keselamatan, dari segi penerimaan masyarakat dan komuniti. Jadi, hal-hal ini antara yang, antara titik apa orang kata grey area lah yang mana kita bantu, tetapi pada masa yang sama kita perlu mengambil kira sensitiviti dan juga isu-isu keselamatan sebab dia melibatkan banyak pihak. Baru-baru ini pun kalau kita tengok Perhimpunan RXZ yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu, memang perhimpunan yang baik, boleh menghimpunkan anak muda, tetapi tidak pernah pun sekali di dalam tempoh tersebut memang akan berlaku insiden yang mengorbankan nyawa. Jadi ini kontralah. Pro ada, kontra pun ada dan di peringkat negeri kita kena melihat kepada keseluruhan aspek. Terima kasih, Sungai Panjang. Saya akhiri ucapan saya, penggulungan saya ini dengan merakamkan sekali lagi penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyumbangkan idea, cadangan, kritikan, teguran kepada Belanjawan 2026 khusus dalam konteks portfolio saya sebagai EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan. In Sha Allah semoga segala perancangan yang digariskan dapat dilaksanakan dengan berjaya demi kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Selangor. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker saya menggulung.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan. Sekarang giliran Yang Berhormat EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna.
Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Sabak Bernam Di Anjung Utara, SABDA Pemangkin Pembangunan Desa, Dengan Tekad Maju Bersama Selangor Juara Rakyat Sejahtera. Terima kasih di atas peluang dan ruang kepada Sungai Air Tawar untuk mengambil bahagian di dalam Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026. Dengan Tema Selangor Juara Rakyat
Sejahtera, saya yakin bahawa prinsip Belanjawan Selangor 2026 ini telah dizahirkan dengan sempurna, merentasi 6 tekad ke arah memastikan bukan sahaja pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan modal insan dan sosioekonomi, serta amalan kelestarian ataupun kemampanan di dalam memastikan Selangor terus dimajukan dengan limpahan ekonomi kepada kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Hulu Bernam ada membangkitkan berkenaan dengan kesinambungan Program Pembangunan Desa dan Perkampungan Tradisi bagi Tahun 2026. Memandangkan perkara tersebut tidak dinyatakan dalam ucapan pembentangan belanjawan, sebenarnya meskipun tidak disebut secara langsung di dalam ucapan belanjawan. Suka untuk saya kongsi kan bahawa Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa dan Luar Bandar dan Kemampanan Kampung Tradisi menerima pertambahan 37.5 % iaitu penerimaan sebanyak RM5.5 juta bagi tahun 2026, berbanding RM4 juta pada tahun 2025. Berdasarkan pertambahan ini, pihak STANDCO, Unit Perancang Ekonomi Negeri akan menyesuaikan program-program dan inisiatif-inisiatif untuk terus memangkin pembangunan ekonomi desa kampung-kampung tradisi termasuklah memperkasakan modal insan di peringkat kampung.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Batang Kali juga ada memberi cadangan berhubung dengan pembinaan pintu gerbang. Pintu-pintu masuk Kampung Tradisi dan Kampung Orang Asli seperti mana di Kampung Bagan. Sebagai identiti kepada kampung masing-masing. Saya mengambil maklum berhubung cadangan baik berkenaan perkara ini untuk pemakluman Dewan, bagi pintu gerbang ini sudah ada sebenarnya, projek rintis iaitu di bawah Program Kampung Angkat Madani di Kampung Tebuk Mufrat bersama dengan Kementerian MITI. Kita telah membina sebuah pintu gerbang dengan mercu tanda ciri-ciri warisan kampung, dalam masa yang sama membina juga tugu yang dilihat yang mempunyai gambaran kepelbagaian etnik yang ada, tradisi warisan yang ada di kampung itu dengan membina tugu di Kampung Tebuk Mufrat dalam masa yang sama telah membina sebuah Dewan terbuka di Kampung Tebuk Mufrat dan perkara ini juga sebenarnya telah dalam penelitian pelaksanaan untuk kita laksanakan di dalam Pelan Pembangunan Desa tahun hadapan di bawah Selangor Lestari. Tuan Speaker, seterusnya Yang Berhormat dari Hulu Kelang, Sungai Panjang, Sijangkang dan Sabak ada membangkitkan beberapa perkara berkaitan kawasan pembangunan Sabak Bernam ataupun SABDA, termasuklah isu berkaitan Rumah Rehat Sabak Bernam (RRSB) atau Hay Resort dan Projek Pendaratan Pemprosesan dan Pembungkusan Ikan Tuna di Sungai Lang.
Sebelum saya menyentuh berkaitan status kemajuan SABDA, izinkan saya menjawab mengenai cadangan Yang Berhormat Sabak dan cadangan, di mana cadangannya agar SABDA ini diserahkan kepada pelabur ataupun syarikat agar Majlis Daerah Sabak Bernam dapat memberi tumpuan kepada pembangunan yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, SABDA ini adalah salah satu daripada wilayah pembangunan ekonomi baharu Kerajaan
Negeri yang mana urus tadbir nya diletakkan di bawah Majlis Pembangunan Sabak Bernam ataupun SBCC. SBCC ini diuruskan secara bersama oleh Anak Syarikat, Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar Selangor Pemerbadanan yakni (MBI) dan Unit Perancang Ekonomi yakni (UPEN). MDSB itu sendiri adalah merupakan Ahli Tetap SBCC.
Pewujudan SBCC ini adalah penting sebagai Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah SABDA untuk memastikan projek program dan inisiatif PPI di SABDA adalah benar-benar mempunyai keboleh laksanaan dan kemampuan mematuhi syarat nyata tanah dan mempunyai pulangan pelaburan kepada ekonomi negeri dan tempatan. Oleh sebab itu, bilamana ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Pihak Pembangkang menyatakan bahawa SABDA ini seolah-olah sebagai satu projek yang gagal. Ingin saya jelaskan di sini ia nya adalah tidak tepat sama sekali. Kerana seperti mana yang saya perkatakan tadi, kita sedia maklum dengan di bawah Rancangan Selangor 1 dengan wujudnya SABDA ini sebagai Pusat Pembangunan Sabak Bernam Anjung Utara, sudah pasti rancangan demi perancangan sedang dijalankan.
Kajian demi kajian sedang dijalankan. Sebelum ini memang ada banyak pelabur yang sebenarnya minat untuk melabur di dalam SABDA. Walau bagaimanapun, kita perlukan penelitian kajian secara mendalam untuk pelaburan-pelaburan besar. Sebab itu, kita membuat penambahbaikan dari sudut pelan pembangunan SABDA untuk jangka masa panjang bagi meyakinkan dan menarik lebih ramai pelabur-pelabur besar yang dilihat berkemampuan untuk melaksanakan Projek SABDA ini. Sebab itu kita melihat dengan adanya apa ini pelan pembangunan yang menyeluruh secara holistik ini ia nya dapat menarik pelabur-pelabur besar.
Sebagai contoh, kita sedia maklum SABDA ini adalah Pusat Pelancongan Kampung Tradisi ke arah agropolitan. Sebab itu kalau kita lihat di negara-negara maju seperti Eropah, Jepun, Korea dan China, walaupun negara ini telah terbina ratusan tahun, kemodenan datang, tetapi bagaimana mereka mewujudkan sebuah bandar ataupun mewujudkan memajukan sesuatu tempat dengan mengekalkan ciri-ciri peradaban bangsa mereka. Atas sebab itu, dengan kemodenan yang ada di Negeri Selangor saya melihat Sabak Bernam ini di bawah SABDA berpotensi untuk melahirkan satu zon yang mengekalkan ciri-ciri pelancongan yang mengekalkan heritage ataupun mengekalkan peradaban etnik yang ada di Sabak Bernam. Atas sebab itu, pelan pembangunan ini sedang diperbaiki dan sedang dalam pelaksanaan. Walau bagaimanapun, sebenarnya banyak program-program ataupun projek-projek kecil yang telah pun berjaya sebagai contoh bila SABDA ini dilancarkan, kita dapat lihat dari sudut pelancongan sekarang berkembang dengan pesat.
Contohnya, di Sekinchan, di DUN Sabak dan DUN Sungai Air Tawar, rumah-rumah inap desa menerima pelancongan yang begitu baik. Dapat dilihat setiap minggu, setiap Sabtu dan Ahad begitu ramai pelancong daripada luar datang ke Sabak Bernam tidak lain dan tidak bukan
semata-mata untuk melihat keindahan kepelbagaian etnik warisan yang ada di dalam Sabak Bernam di bawah Program SABDA. Begitu juga dengan program-program yang telah kita laksanakan seperti program apa Ban Canal, program Ban Canal yang kita adakan setiap tahun ia nya dapat menarik pelancong beribu-ribu orang ya untuk melihat keindahan Ban Canal iaitu satu terusan air yang dibina di zaman era British untuk menyalurkan air kepada petani-petani pesawah di Sabak Bernam.
Di samping itu juga, sebenarnya projek-projek lain seperti Projek Segi tiga Ekopelancongan Sungai Air Tawar berjalan dengan begitu baik, kita dapat lihat Kelong Paradise, Kelong Sabak Bernam yang dahulunya terbengkalai tetapi pada hari ini telah diusahakan di bawah program SABDA ini dan Alhamdulillah telah menarik pelancong dari hari demi hari kepada penggemar-penggemar pemancing yang ada di Negeri Selangor. Begitu juga dengan pembinaan pembangunan yang lebih lestari di Pusat Pelancongan Pantai BNO.
Di bawah program pembangunan di bawah Kementerian KKW dengan kerjasama pelaksanaan prospek yang mana pelaksanaannya dilakukan oleh PKPS. Dia telah membina satu Pusat Perniagaan Kraf tangan untuk apa nama anak-anak tempatan menjual ataupun mengetengahkan produk-produk tempatan dari sudut kraf tangan dan Alhamdulillah ini juga mendapat satu sambutan yang baik dan begitu ramai ya hari ini pelancong datang ke Pantai BNO untuk melihat keindahan pantai dalam masa yang sama dapat membeli kraf tangan warga tempatan.
Dalam masa yang sama juga, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana cakna. Baru-baru ini menyebut peruntukan khas untuk menaik taraf Pantai Bumi Hijau. Pantai Bumi Hijau ini juga adalah salah satu tempat ekopelancongan di bawah SABDA. Dahulunya ia nya hanya sebuah pantai terbiar, tetapi hari ini di bawah SABDA ia nya telah pun diketengahkan sebagai Pusat Pelancongan dengan mengekalkan ciri-ciri kelestarian yang ada di pantai itu dan Alhamdulillah hari ini begitu ramai orang datang ke Pantai Bumi Hijau ini untuk melihat keindahan pantai yang dilihat nature, menjadi satu pantai perkelahan, perkhemahan kepada orang bandar yang ada di bandar yang ingin mencari ketenangan bolehlah datang ke Sabak Bernam iaitu Pantai Bumi Hijau dan kerajaan juga baru sahaja ataupun sedang dalam pelaksanaan menaik taraf ban daripada Bagan Sungai Pulai kepada Pantai Bumi Hijau dengan menaik taraf ban di pantai ini apabila ia nya siap ia nya juga akan menjadi satu Pusat Rekreasi, riadah kepada masyarakat tempatan dan luar untuk ber jogging, membawa anak-anak melihat keindahan pantai dalam masa yang sama dapat melihat apa nama, sunset dan sunrise yang ada di pantai itu.
Di samping itu juga pihak PBT sebenarnya sedang menyiapkan Pelan Tindakan Khas iaitu Pengukuhan Pelancongan Warisan Anjung Senggara yang sedang dalam perancangan
bersama dengan PlanMalaysia untuk menarik lebih banyak pelabur akan masuk ke dalam SABDA ini. Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh secara keseluruhan berkenaan dengan Projek Pendaratan Pemprosesan dan Pembungkusan Ikan Tuna di Sungai Lang. Untuk makluman Dewan Mesyuarat Majlis Perundingan Sabak Bernam (SBCC) Bilangan 1 Tahun 2024 yang bersidang pada 29 dan 30 Januari 2024 telah memutuskan bahawa projek berkenaan tidak dimasukkan ke dalam senarai utama projek dan inisiatif PPI berikutan isu kebolehlaksanaan projek berkenaan. Di antara isu utama adalah berikutan faktor geografi dan kedalaman perairan di pantai berkenaan. Kita sebenarnya menerima cadangan minat daripada pelabur untuk membawa satu projek tuna tetapi setelah penelitian dilakukan bahawasanya atas faktor geografi pendaratan ikan itu tidak mampu dilaksanakan di pantai Sungai Lang. Atas sebab itu, kita menggugurkan projek ini dengan menggantikan satu projek yang lebih berkesan di bawah industri hiliran laut dan agromakanan Sungai Lang dengan mengetengahkan dan mengutamakan mengikut kesesuaian tempat itu, yang mana kita kaji ianya sesuai untuk dibuat ternakan udang dan juga ikan air tawar. Projek ini telah dirangka dengan teliti mengambil kira kekuatan ekonomi tempatan seperti penternakan tadi seperti penternakan udang dan ikan air tawar serta eco-agropelancongan dan pelan pembangunan yang dirangka merentasi 5 zon iaitu zon penghasilan, zon pemprosesan dan zon perniagaan yang menyediakan zon eko pelancongan dan juga zon penempatan.
Berkaitan dengan isu pembangunan Hay Resort atau kini dikenali sebagai Rumah Rehat Sabak Bernam seperti yang dewan sedia maklum bahawa terdapat isu perundangan yang melibatkan perbicaraan mahkamah dan akhirnya penyelesaian luar mahkamah yang menyebabkan operasi Hay Resort ini terbengkalai sejak sekian lamanya dan mengalami kerosakan yang memerlukan kerja-kerja membaik pulih yang besar. Atas sebab itu, Alhamdulillah seperti yang telah diumumkan Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar Kerajaan Negeri memberi komitmen dengan memperuntukkan dana padanan sebanyak RM5 Juta untuk projek pemangkin ke arah pembangunan SABDA. Yang mana salah satunya adalah pembangunan semula Rumah Rehat Sabak Bernam atau Hay Resort. Tadi Yang Berhormat Sabak ada menyebut kerajaan mengumumkan satu kos yang besar, sebenarnya kos itu bukan lah kos keseluruhan untuk Rumah Rehat atau pun Hay Resort ini. Daripada jumlah RM5 Juta match dengan RM5 Juta daripada pelabur, hanya sebahagian sahaja yang akan dilaburkan di Hay Resort untuk memastikan kerja-kerja awalan pembersihan, kerja-kerja pembaikan awalan itu dapat dilakukan supaya ianya dapat memberi seri untuk menarik minat untuk melabur semula di Hay Resort
Yang Berhormat Sungai Air Tawar, nak tanya ini adalah soalan daripada Sabak?
Iya, Sabak
Tapi, Sabak tak ada.
Saya rasa mungkin Sabak ada, tapi dia mungkin minum atau pun solat lah.
Tak apalah itu EXCO yang akan menggulung, saya nasihatkan kalau ADUN yang bertanyakan soalan itu, tak ada di sini, EXCO boleh ringkaskan atau pun memilih untuk jawab secara bertulis ke atau secara ringkas. Teruskan.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, kita bersangka baik la dengan semua ADUN-ADUN ini. Ok, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Untuk menjawab berkaitan dengan SABDA juga ya, secara menyeluruh kemajuan SABDA yang digambarkan sebagai gagal dan kebanyakan Ahli-Ahli Yang Berhormat pembangkang adalah sebenarnya saya kata tadi adalah tidak, salah atau pun ianya adalah tidak, tidak benar sama sekali. Dan sebagai Daerah yang terletak di anjung utara Negeri Selangor dan kawasan luar bandar, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil sikap bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan wilayah yang seimbang di antaranya kawasan luar bandar dan bandar. Namun hasrat membangunkan Sabak Bernam tidak bermaksud untuk membandarkan kawasan desa ini. Pembangunan tidak semestinya membawa kepada pembandaran. Bagi memelihara identiti warisan kampung, tradisi serta memelihara gaya hidup dan alam semula jadi, pembangunan Sabak Bernam dirangka dengan inisiatif untuk meningkat ekonomi tempatan yang berpotensi tinggi. Antaranya aktiviti ekonomi tempatan yang berpotensi tinggi adalah eco-pelancongan menjadikan Sungai Tawar sebagai Hub Kampung Tradisi Warisan Negeri, Hub Bekalan Keselamatan Makanan Negeri khususnya di dalam sektor pertanian dan juga perikanan. Jadi sekali lagi, Majlis Perundingan Sabak Bernam telah meminta untuk MBI dan Jabatan Perancangan Desa di bawah PlanMalaysia untuk meneliti semula dan menggubal satu pelan tindakan blueprint SABDA yang lebih tersusun dan holistik berdasarkan potensi PPI projek program inisiatif yang memerlukan kebolehlaksanaan dan kekuatan ekonomi setempat. Tuan Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar kerana...
Sungai Panjang ingin mohon mencelah. Sungai Panjang mencelah berkenaan SABDA.
Ok. Sungai Pajang, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat EXCO. Sungai Panjang ada menyebut atau membangkitkan berkenaan dengan Selangor Smart Agro Park (SSAP) di Changkat Menteri yang berjumlah
971 hektar di bawah PKPS dan dalam soalan dalam jawapan bertulis pernah disebut bahawa terdapat 18 projek bawah SABDA antaranya SSAP dan antaranya kilang minyak sawit yang telah dikeluarkan dan Sungai Panjang sekali lagi berterima kasih pada Sungai Tawar dapat ganti dengan Kilang Songkok di sana, terima kasih dan songkoknya Sungai Panjang dah pakai dah lah. Jadi, pertanyaan di sini, berkenaan dengan SSAP, apakah tindakan selanjutnya sehingga hari ini daripada dirasmikan 2021 sehingga hari ini tidak ada perkembangan dan masyarakat di situ menanti untuk ada pekerjaan dan alangkah baik tadi pertanyaan ni cadangan, alangkah baik sebagaimana yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Sungai Tawar sendiri ketika satu perasmian di Stadium Sungai Besar, supaya sama ada koperasi atau sebagainya menyediakan satu tempat pengumpulan untuk bahan-bahan sayur-sayuran daripada tempatan supaya dijual ke luar. Hari ini kita lihat orang tengah yang mengambil kesempatan daripada petani-petani yang ada ini dan mereka bayar dalam bentuk satu minggu lewat dan itu yang pertama. Keduanya, kesnya pendatang asing yang mereka terus hantar ke pasar raya Selayang melalui Lalamove pisang dan sebagainya menyebabkan tempatan kita tidak ada tempat keluarkan untuk hasil jualan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Isu yang dibangkitkan ini sebenarnya memang isu yang akan saya ulas. Walau bagaimanapun saya ucapkan terima kasih lah di atas pandangan ini dan saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan projek apa nama di Changkat Menteri itu, sebenarnya memang ianya dalam pemprosesan dalam proses baru sahaja lulus EIA dan kita telah pun menggantikan daripada kilang sawit dengan penanaman kelapa. Jadi program ini sedang dijalankan secara berperingkat di bawah EXCO Pertanian. Dalam masa yang sama juga, saya menyambut baik pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Panjang berkenaan dengan Pusat Pemungut Hasil. Kita sedia maklum bila mana pihak Kerajaan Negeri telah pun meletakkan salah satu program SABDA adalah kepada sektor pertanian dan juga penternakan ke arah keterjaminan makanan. Saya meliliti dan melihat bahawasanya kita boleh memberi didikan kursus, modal, geran kepada petani-petani ini. Tetapi bagaimana untuk kita mengekalkan atau pun menarik minat generasi muda luar bandar untuk kembali ke kawasan luar bandar untuk membuat satu pertanian moden. Pihak kerajaan perlu bersedia menyediakan satu hub atau pun satu pilihan keterjaminan dari sudut pemasaran. Sebab itu bila kita lihat, dengan program-program yang secara berterusan, geran, pinjaman kepada petani memang kebanyakan mereka mampu untuk menjadi petani yang berjaya, menjadi penternak yang berjaya tetapi cabaran pada hari ini ialah dari sudut pemasaran. Hasil buah nya baik, hasil ikan nya baik, hasil pertanian nya bagus tetapi bila nak jual pilihannya tak banyak. Hanya bergantung kepada orang tengah atau pun orang-orang tengah yang dikuasai oleh pasar-pasar borong.
Atas sebab itu, kita mengambil kira, sebab itu, pihak Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar begitu cakna dengan melihat perlu menggerakkan koperasi. Di mana koperasi kita lihat menjadi satu koperasi yang terbesar yang ada di dalam negara ada di Negeri Selangor. Sebab itu, kita menggerakkan koperasi dengan membina satu pusat pengumpulan hasil. Jadi, bila mana kita dapat menarik anak muda untuk kembali ke Daerah Sabak Bernam bertani, kita dalam masa yang sama kita telah bersedia menyediakan satu hub pusat pengumpulan hasil dengan memberi satu persaingan kepada pasar borong yang sedia ada pada hari ini yang dikuasai oleh orang-orang tengah. Jadi saya kira, Yang Amat Berhormat telah pun mengumumkan satu dana khas untuk membina pusat pengumpulan hasil ini yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan saya yakin percaya dengan terdirinya Pusat Pengumpulan Hasil ini ianya dapat memberi satu peluang baru kepada petani-petani, penternak yang ada di anjung utara ini untuk mereka menjual barangan mereka dengan satu harga yang lebih baik dan berpatutan. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya kita sememangnya diakui terdapat beberapa isu pokok yang boleh mengganggu kemajuan projek sebelum ini...
Speaker.
Sungai Air Tawar, Hulu Kelang.
Ya, Yang Berhormat Hulu Kelang. Teruskan
Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Air Tawar ada menyebut tadi bahawa tanggapan pihak Pembangkang bahawa projek-projek di bawah SABDA ini gagal, adalah tidak berasas. Saya antara mereka yang terlibat dalam perbahasan yang agak panjang tentang Rancangan Selangor Pertama. Dalam perbahasan saya pada hari pertama dan kami bersandarkan kepada maklumat yang tertera dalam dashboard Kerajaan Negeri sendiri tentang prestasi Rancangan Selangor Pertama. Seperti yang saya sebutkan, kita sudah sampai di penghujung penggal tempoh RS-1 iaitu tahun 2025 dan kalau kita melihat kepada dashboard Teras 1 iaitu pengukuhan ekonomi, Yang Berhormat sedia maklum dalam Teras 1 ada 93 PPI yang telah disenaraikan dalam tempoh RS Pertama ini. Tetapi, seperti yang saya hujahkan dalam perbahasan, jumlah PPI yang telah selesai hanya 18% ataupun 17 projek sahaja daripada 93 projek dan antara projek-projek yang disenaraikan ini adalah projek-projek yang berimpak tinggi, gagal dilaksanakan adalah pelan fibrasi Sabak Bernam dan pembangunan semula Hay Resort di bawah SABDA. Jadi bagaimana Yang Berhormat Sungai Air Tawar boleh mendakwa hujah kami itu tidak berasas sedangkan dashboard RS-1 sendiri menyatakan hanya 18% daripada 93 projek ini telah berjaya diselesaikan manakala projek-projek lain gagal diselesaikan baru di peringkat perancangan termasuk dua projek berimpak tinggi yang saya nyatakan tadi? Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya menyatakan bahawa tuduhan mengatakan projek SABDA ini gagal tidak berasas kerana sebenarnya ianya masih dalam proses dan ada yang belum bermula kerana terpaksa melalui proses-proses seperti penukaran tanah, hak milik tanah dan status tanah. Jadi projek yang ada dari projek-projek berimpak besar ni, kita perlu meneliti semula Yang Berhormat. Sebagai contoh, memang ada minat, banyak minat datang dari pelabur-pelabur luar tetapi tak semestinya minat yang datang ini, ianya perlu ditelan begitu sahaja. Kita perlu memberi penelitian kepada pelabur-pelabur ini dari sudut keberkesanan, kemampuan dari sudut pelaksanaan pada masa akan datang. Kita tidak boleh terlalu ghairah dengan menerima setiap pelaburan yang datang di dalam SABDA ini. Sebaliknya perlu ada penelitian yang mendalam, sebab itu bila ada projek-projek yang kita terima dan kita lihat tidak berkemampuan untuk dilaksanakan sedangkan penelitian perlu dilihat semula. Sebab itu, saya dah nyatakan di dalam perbahasan saya, kita sedang merangka satu pelan pembangunan yang lebih kukuh dan holistik untuk menarik lebih ramai pelabur-pelabur besar untuk melabur di dalam Sabak. Silakan lagi sekali Yang Berhormat Hulu Kelang.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Saya percaya dalam menggubal Rancangan Selangor Pertama ini ianya tidak dibuat secara tergesa-gesa. Ini adalah rancangan 5 tahun peringkat negeri. Kalau di peringkat pusat kita ada rancangan Malaysia ke 12, ke 13, ke 14 dan perancangan untuk memasukan projek-projek berimpak tinggi ini bukan dibuat secara terburu-buru. Saya meletakkan andaian bahawa apabila RS-1 ni bermula pada tahun 2022 yang sepatutnya tahun 2021, ianya telah dirancang diteliti dengan cukup kemas dalam tempoh 5 tahun projek-projek ini bukan sahaja dapat dilaksanakan tetapi disiapkan dalam tempoh lima tahun. Malahan Kerajaan Negeri melantik PWC untuk membantu memberikan nasihat dari segi teknikal dari, segi perancangan mengapa perkara ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh 5 tahun seperti dirancangkan pada peringkat awal. Itu pun soalan saya kalau Yang Berhormat mengesahkan hanya di peringkat perancangan maknanya penggubalan RS-1 tidak dibuat secara cermat dan berhati-hati mengikut keupayaan Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya kita untuk mengukur satu pelaksanaan program dalam tempoh 5 tahun, kita tak boleh ambil kira dari sudut itu. Sebaliknya sebab itu saya katakan perlu ada satu pelan yang kukuh yang lebih holistik untuk memberi keyakinan kepada pelabur luar yang mempunyai kemampuan yang besar dalam melaksanakan SABDA. Saya ambil contoh ada beberapa projek di kawasan SABDA yang dilaksanakan ataupun projek itu berlaku pecah tanah sebab itu di bawah pentadbiran Hulu Kelang sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi projek itu hanya dapat diselesaikan, disiapkan di bawah pemerintahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Sungai Tua. Sedangkan perancangan itu berlaku pada Yang Berhormat Hulu Kelang projek
pecah tanah berlaku10 tahun 15 tahun yang lepas, tetapi baru sekarang berjaya dilaksanakan. Sebab itu perlu meliliti jangan kita ghairah apabila kita lancar kita ghairah untuk melaksanakan sesuatu projek tanpa meneliti kemampuan syarikat itu. Sebab itu saya katakan tadi bukan keseluruhan ia gagal hanya melibatkan pelabur-pelabur besar. Tetapi dari sudut pelancongan dari sudut eko lain ia mendapat satu sambutan yang baik dan akhirnya jelas dapat memberi satu impak ekonomi yang tinggi kepada masyarakat Sabak Bernam. Jadi saya kira SABDA ini sebenarnya sedang dalam pembikinan dan dah ada contoh-contoh kejayaan projek ini memberi peningkatan ekonomi secara terus kepada penduduk tempatan di Sabak Bernam. Jadi Tuan Speaker selain itu juga sebelum saya mengakhiri ucapan saya tapi walau bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Ya silakan Yang Berhormat Hulu Kelang tak puas hati lagi. Boleh tanya lagi fasal SABDA.
Terima kasih.
Yang berhormat mengaku beberapa projek berimpak tinggi ini masih di peringkat perancangan. Belum lagi bermula, belum lagi dilaksanakan. Baik, apakah Yang Berhormat setuju kenyataan itu akan menjejaskan unjuran pertumbuhan KDNK untuk Rancangan Selangor 1. Kerana dokumen RS-1 itu menyebut dengan jelas unjuran sasaran purata pertumbuhan KDNK tahun 2021 hingga 2025 dalam tempoh RS 1 itu mencecah 6.5% hingga 7%. Tetapi kalau ada beberapa projek yang berimpak tinggi gagal dilaksanakan pastinya ianya tidak menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dalam tempoh RS-1. Sekarang Yang Berhormat mengesahkan projek-projek ini belum bermula, maka apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa unjuran yang diletakkan dalam RS-1 juga akan terjejas kerana projek-projek ini tidak dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Ya saya jelas dan nya apa Yang Berhormat perkatakan tadi memang projek ini sedang dalam pembikinan. Ada yang sedang bermula, ada belum bermula, walau bagaimanapun saya berpandang kita fokus kepada projek ini jelas dan nyata. Ini tidak dapat dinafikan ia terang-terang beri impak yang tinggi kepada ekonomi tempatan pada hari ini. Ada peluang ada peluang ekonomi itu datang secara projek besar yang mungkin memberi kepada peningkatan KDNK. Tetapi sebelum perkara itu berlaku pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan platform secara direct kepada peluang akademi tempatan dengan membawa dari sudut pelancongan yang seperti mana saya perkatakan tadi jelas hari ini pelancongan di Sabak bernam meningkat begitu banyak yang rumah enap desa terbina begitu banyak pelancong datang. Ini cash money kepada penduduk tempatan. Ada kadang-kadang projek besar memainkan peranan bertahun-tahun dan sudah pasti mungkin ianya akan memberi satu peluang KDNK yang baik kepada Kerajaan Negeri. Tapi walau bagaimana kadang-kadang pulangan secara cash kepada penduduk itu akan berlaku sedikit kelewatan. Sebab itu saya kira sebelum berlaku satu projek besar yang dalam penelitian daripada pihak Kerajaan Negeri saya kira
SABDA telah pun menyediakan satu platform yang kuat kepada pelancongan tempatan dan juga pertanian tempatan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker selain sebelum mengakhiri ucapan saya selain itu Kerajaan Negeri juga di dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan rizab Biosfera UNESCO sudah hampir tiba di penghujungnya. Di mana kita sediakan disediakan oleh pihak penyelidik pada penghujung bulan November ini dan sedia untuk dikemukakan untuk pencalonan. Kawasan yang dikenal pasti adalah seluas 432, 751 hektar meliputi sebagian besar daerah Sabak Bernam dan kawasan Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Inisiatif ini akan memelihara khazanah biodiversiti dan menjamin keseimbangan ekosistem ke arah pembangunan ekopelancongan lestari berasaskan alam semula jadi. Secara tuntasnya memang diakui kemajuan projek pembangunan SABDA agak perlahan sebelum ini berikutan beberapa kekangan utama tetapi untuk menyatakan ia gagal adalah tidak wajar dan seharusnya semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu di dalam menjayakan agenda pembangunan ekonomi di negeri ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan dan segala cadangan yang baik akan diteliti dan dipertimbangkan untuk kepentingan kita bersama. Insya-Allah dengan tekad dan iltizam daripada semua pihak kita yakin dan pasti dapat memacu kemajuan demi Selangor juara rakyat sejahtera. Tuan Speaker Sungai Tawar mohon untuk menyokong.
Ya saya sekarang menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Seri Setia.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat daripada Hulu Kelang, Sungai Ramal, Sungai Kandis, Ijok, Bukit Lanjan, Permatang, Seri Serdang, Meru Bukit Malawati, Sijangkang, Dengkil dan Semenyih yang telah membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan Negeri Selangor 2026 dan bangkitkan isu-isu di bawah Jawatankuasa Tetal Hal Ehwal Tetap Agama Islam, Industri Halal, Sains, Teknologi dan Inovasi serta Infrastruktur Digital. Izinkan saya mengambil ruang ini dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Tua, pasukan belanjawan dan kesemua penjawat awam yang telah bertungkus-lumus menyiapkan Belanjawan ini. Rata-ratanya sangat prihatin dengan keperluan rakyat terutamanya isu-isu terkait dengan pengurusan Hal Ehwal Agama Islam, Industri Halal dan digitalisasi. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Majlis agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah, petugas-petugas masjid, Guru-guru dan Imam-iman yang telah banyak memimpin saya, dan memandu saya dan melayan kerenah-kerenah saya yang suka turun ke bawah dan melihat dengan sendiri keadaan infrastruktur dan aset-aset agama Islam di Negeri
Selangor. Jadi daripada lawatan-lawatan kerap saya buat pada masjid-masjid pada waktu yang tak ramai orang. Lawatan-lawatan saya ke sekolah-sekolah agama melihat pada lantai dan juga tandas sekolah-sekolah Agama kita, keadaan pendawaian elektrik yang ada dan juga melihat keperluan anak-anak kita di PPR yang memerlukan pendidikan agama dan kita telah angkat cadangan-cadangan ini pada Kerajaan Negeri untuk dibekalkan beberapa dana pada tahun 2026 untuk kita menaik taraf kemudahan tandas masjid-masjid utama, pendawaian elektrik di Sekolah-sekolah Agama dan juga membiayai yuran-yuran pelajar kita di KAFA Integrasi Selangor sebanyak RM30 sebulan secara bulanan kepada anak-anak Islam di PP yang ada di Negeri Selangor. Inilah Kerajaan dengan izin walk the talk dan menginsafi firman Allah dalam surah Al Saff ayat 3 Bismillahir Rahmanir Rahim (bahasa arab) “maka amat besarlah kebencian di sisi Allah sekiranya kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan”. Baik saya terus sahaja kepada cadangan yang Berhormat Hulu Kelang saya rasa malam ini perlu ..
Yang Berhormat sebelum nak tajuk Hulu Kelang tadi, saya nak bangkitkan juga, tapi sebab mungkin pembahas terakhir tak sempat masuk dalam itu. Tadi saya ada bangkitkan fasal pendawaian, cuma Yang Berhormat EXCO ada isu-isu yang mana sekolah-sekolah KAFA kita yang satu tanah dengan masjid atau surau sekeliling yang mana sekolah-sekolah kita, sekolah-sekolah agama kita yang pertama dia daif dari sudut pendawaian. Kedua tiap-tiap bulan dia kena bayar sewa kepada pihak masjid. Bagi saya memandang ini bawah satu payung yang sama, jadi bagi saya mungkin Yang Berhormat EXCO boleh melihat kembali bagaimana yang setengah-setengah surau atau masjid ini memaksa pihak-pihak sekolah KAFA untuk membayar bulanan kepada mereka, kalau ada kata api atau air saya ok lagi sebab maksudnya pihak sekolah menggunakan tapi nak bayar sewaan seolah-olah kalau dia sewa kat tempat swasta saya faham lagi tapi ini sewa di kawasan masjid dan surau terima kasih.
Terima kasih Kota Damansara saya rasa soalan itu ada dizahirkan secara bertulis. Kalau ada yang lebih spesifik daripada itu boleh terus kepada saya. Sebenarnya sekolah KAFA dibenarkan untuk mengenakan yuran kepada para pelajar dan yuran itu digunakan untuk membayar utiliti sahaja. Tetapi tidak kepada infrastruktur dan sebagainya kerana semua itu di bawah pengurusan jemaah pengurusan sekolah sendiri. Baik Yang Berhormat Hulu Kelang menzahirkan kebimbangan pengurusan Industri Halal telah mencadangkan 2 perkara utama yang pertama adalah cadangan meneliti peluang industri global yang bernilai 5 trilion US dollar dan industri halal yang diunjurkan bernilai USD113 bilion pada tahun 2030 dan beliau juga ada mencadangkan supaya kita melihat kepada potensi sektor chemical dan farmaseutikal. Data daripada HDC dalam halal industri master plan 2030 mengunjurkan pada tahun 2030, industri halal negara Malaysia diunjurkan akan bernilai sebanyak 113 bilion US dollar. Daripada jumlah itu, 75% atau 85.2 bilion akan di sumbang oleh sektor food & beverage ataupun makanan minuman
saya akan sebuat sebagai F&B. Manakala farmaseutikal dijangka akan menyumbang sebanyak 5% atau nilainya RM6 bilion. Jadi wajar kita di Negeri Selangor ini memberikan tumpuan yang lebih khusus dalam jangka masa terdekat ini untuk mengambil ruang dan peluang untuk mengembangkan lagi sektor F&B yang ada ini. Ini juga saya rasa penting kerana sektor farmaseutikal ini juga satu sektor yang mempunyai high barrier for entry jadi kebanyakan dari SME ini kita walaupun mereka boleh menghasilkan produk-produk farmaseutikal yang baik tetapi produk tersebut harus melalui saringan yang ditetapkan oleh KKM Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun NPRA National Pharmacaceutical Regulatory Agency yang mana akan mengambil masa yang panjang dan juga pelaburannya sangat tinggi. Jadi saya letak tepi dulu farmaseutikal itu tadi.
Dan saya nak teruskan cadangan chemical yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Dan di sini saya andaikan chemical tersebut adalah food chemicals yang terkait dengan penghasilan bahan-bahan substitutes kepada industri seperti gelatin, glycerin, glycerol dan food additives yang ada. Jadi apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk merealisasikan potensi sektor F&B ini dengan memperkasakan ekosistem F&B halal di Negeri Selangor pada tahun 2026. Yang pertamanya adalah menubuhkan Halal Hub 2 yang sedang dirangka sebagai gudang penyimpanan atau penghasilan ramuan-ramuan asas utama termasuk substitute itu tadi untuk menyokong inovasi pembuatan makanan halal di Asia Tenggara. His Toyibba Sdn Bhd dan Invest Selangor sedang berusaha untuk mengenal pasti dan mencari syarikat-syarikat untuk melabur ke dalam Halal Hub 2. Ini membantu menjamin stok bahan asas dan juga akan mengawal kenaikan harga akibat gangguan dan bekalan tidak menentu.
Yang kedua, Halal Hub 2 ini juga bakal mempunyai cloud kitchen. Sebuah tempat memasak khusus yang menepati ciri-ciri dapur halal yang boleh disewa para usahawan untuk membuat inovasi produk makanan pada peringkat awal dan seterusnya mereka juga akan perkenalkan kaedah-kaedah pensijilan halal untuk produk tersebut daripada peringkat awal. Konsep cloud kitchen akan dikembangkan pada kantin-kantin masjid, kantin-kantin sekolah agama, kantin-kantin pejabat kerajaan menerusi satu program yang dipanggil ‘istihalal’ pada tahun hadapan. Yang ketiga, meluaskan pasaran produk F&B yang sedia ada dengan menggunakan platform pemasaran digital sedia ada. Satu kerjasama bersama satu platform pemasaran digital seperti Shoppe ataupun CIP oleh HDC akan digunakan untuk memasarkan produk sijil halal Selangor pada tahun 2026. Bagi memudahkan rakyat Selangor membuat semakan secara digital dan pantas untuk memastikan pengesahan label halal sebelum beli produk bersijil halal ini. Satu kaedah semakan digital akan diwujudkan pada tahun hadapan di mana 562 ribu ramuan halal telah pun dikumpulkan datanya. Kerajaan Negeri juga akan memulakan implementasi protokol sertu yang telah wujud dalam enakmen pentadbiran agama Islam sebagai satu proses yang efisien yang akan dirangka bagi mewujudkan gudang-gudang dan rantaian halal untuk penyimpanan dan penghantaran produk-produk halal di negeri Selangor.
Kaedah ini juga bakal diperkenalkan kepada hab-hab perkapalan dan logistik antarabangsa yang mempunyai jaringan import eksport dengan Negeri Selangor. Jadi bukan sahaja barang makanan iaitu halal, lori yang angkat makanan itu akan disertu halal termasuk juga gudang-gudang penyimpan yang akan ada bagi menjamin memberi jaminan akan kehalalan produk makanan untuk rakyat Negeri Selangor.
Yang akhir adalah untuk memastikan sumber protein utama rakyat Selangor iaitu daging ayam segar dapat dijamin kehalalannya. Banyak orang Islam yang saya jumpa yang tak makan ayam sebab dia kata ayam itu tak sembelih dengan betul, maka pihak MAIS akan menerokai satu usaha sama dengan pemain industri ayam segar tempatan untuk memperkenalkan penggunaan proses sembelihan menggunakan teknologi automasi yang boleh memastikan setiap sembelihan dapat dibuat secara sah. Adalah diharapkan agar langkah awal ini dapat dituruti oleh pemain industri yang lain supaya dapat melegakan kebimbangan umat Islam di Negeri Selangor akan status halal daging ayam segar di negeri ini.
Cadangan kedua oleh Yang Berhormat Hulu Kelang adalah agar kerajaan mewujudkan program intervensi pra dan pasca pensijilan halal agar lebih ramai pemegang sijil pengesahan Halal Malaysia atau pun SPHM ini dapat diwujudkan. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini tempoh mendapatkan SPHM kali pertama di Selangor telah dapat kita kuatkuasakan di bawah 30 hari dengan adanya Service Level Commitment di mana untuk kali pertama pensijilan yang dibuat JAIS telah berjaya meringkaskan proses yang ada itu kepada bawah 23 hari setelah dokumen awal diperolehi oleh JAIS. Manakala untuk pembaharuan kali kedua dan seterusnya sela masa yang lebih pendek dapat dilakukan di antara 2 ke14 hari. Jadi itu bila dah ada sijil halal SPHM tersebut berkaitan dengan Program Pra Permohonan jadi Program Pra Permohonan ini merangkumi proses-proses pertama kesedaran, program-program kesedaran kepada pengusaha-pengusaha yang ada dan juga kita membuat sedikit assesment ketersediaan mereka untuk mendapat sijil SPHM itu tadi.
Jadi daripada angka awal yang saya dapat perkara ini sedang dibuat dengan giatnya oleh HIS Toyyiba Sdn Bhd daripada Tahun 2024 ke 2025. Daripada 10 program kesedaran awal yang dibuat, 3,000 usahawan telah diberikan pendedahan kepada pensijilan halal ini tapi daripada angka 3,000 itu sendiri hanya 250 sahaja yang berminat, kurang daripada 10%. Daripada 250 itu pula, bila kita saring hanya 65 yang layak dan bersedia untuk ambil sijil halal dan selepas itu daripada 65 hanya 10 sahaja yang memohon sijil halal. Daripada 10 yang mohon itu pula, setelah masuk ke proses SPHM JAIS, 8 telah lulus. Jadi 80% daripada orang yang bersedia itu masuk boleh dapat sijil halal. Isu dia di luar ini adalah ramai pengusaha kita tidak mahu mengambil sijil halal saya tak pasti kenapa tapi ada yang mengatakan isu-isu kos, isu-isu perlu dapur yang khusus yang kita cuba selesaikan dengan cloud kitchen itu tadi dan realitinya begitu. Maknanya Kerajaan Negeri telah berusaha sesungguh mungkin untuk
memastikan syarikat-syarikat atau pengusaha-pengusaha yang bersedia boleh mendapatkan sijil halal, akan dibantu dan dibimbing supaya mendapatkan sijil tersebut.
Manakala bagi program pasca pula setelah ada sijil halal bagaimana boleh kita bantu mereka mengekalkan pegangan sijil halal tersebut? Ini kita buat dengan membantu mereka mempromosikan produk-produk mereka ke luar negeri dan ke luar negara. Setakat ini sebanyak 555 produk daripada 50 syarikat tempatan telah dikenal pasti dan dibantu untuk dipasarkan ke 7 negara utama iaitu China, Perancis, Dubai, India, Filipina, Kyrgyzstan dan juga Bangladesh. Jadi inilah kaedah kita sekiranya pengusaha tersebut telah mendapat sijil halal, produk dia terus boleh dijual maka mereka akan terpanggil untuk mengekalkan pegangan sijil halal tersebut.
Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan, ada soalan daripada Yang Berhormat Sungai Ramal dia tak di sini tapi sama juga dengan Yang Berhormat Batang Kali menzahirkan..Sila Hulu Kelang.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak kembali kepada topik industri halal ini. Yang Berhormat mengesahkan bahawa jumlah pasaran industri halal di Malaysia dijangka berkembang USD113 menjelang tahun 2030. Tetapi pecahan Yang Berhormat beri itu masih tertumpu kepada sektor F&B 75% dan hanya 5% sahaja yang bakal disumbang oleh Pharmaceutical. Ini yang perbahasan yang saya bangkitkan. Kalau kita tengok dari segi peratusan F&B dan juga proses F&B itu masih tinggi tetapi dalam bidang-bidang baru ini, termasuk Pharmaceutical. dan juga Alternative Ingredient atau API yang saya sebut semalam Active Pharmaceutical. Ingredient ini penglibatan itu masih kecil.
Jadi apa tindakan Kerajaan Negeri untuk merangsang pertumbuhan sektor baru ini supaya pengusaha-pengusaha ini jangan hanya tertumpu kepada F&B kerana pasaran dalam bidang baru ini terlalu besar yang dapat memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada F&B? Itu yang pertama, yang kedua pra pensijilan tadi Yang Berhormat juga mengesahkan bahawa the number of takers itu masih terlalu kecil. Walaupun Kerajaan Negeri telah melakukan sedaya upaya untuk membantu tetapi apakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti mengapa pihak pengusaha ini tidak begitu berminat untuk memegang sijil halal sedangkan pasaran di luar sana terlalu besar untuk masa depan mereka, terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Untuk Farmaseutikal itu tadi sebenarnya Kerajaan Negeri telah pun melakukan beberapa persiapan untuk kita membolehkan kita memberikan pensijilan kepada pemain-pemain industri Farmaseutikal. Jadi baru-baru ini, dekat JAIS kita telah pun mengambil lebih ramai auditor-auditor atau para pegawai yang terlatih dan terus dilatih untuk
membolehkan mereka ini mengenal pasti perkara-perkara yang perlu dalam pensijilan halal untuk produk-produk yang seperti itu.
Dari segi pelaburan industri Farmaseutikal juga saya pasti di sebelah Invest Selangor juga ada rasanya sebuah inisiatif soft landing zone yang dibuat oleh Invest Selangor untuk membawa masuk pelaburan-pelaburan dalam bidang Farmaseutikal ke Negeri Selangor yang saya pasti dalam itu nanti akan ada syarikat-syarikat yang berminat untuk menghasilkan produk-produk halal. Dalam soalan yang kedua mengenai pra pensijilan itu tadi, adalah beberapa yang telah kita kenal pasti dan antaranya adalah keperluan kepada pusat-pusat penyediaan makanan yang khusus yang kalau peniaga itu peniaga buat kali pertama mungkin itu memerlukan satu pelaburan yang amat besar.
Kebanyakan peniaga ini dia akan mulakan dengan dapur dia dulu jadi kalau nak guna dapur dia sendiri tak bercampur dengan dapur dia masak untuk diri dia sendiri sukar untuk mendapat sijil halal. Tapi kalau kita telah kenal pasti perkara tersebut kita akan wujudkan konsep cloud kitchen. Cloud kitchen ni dapur-dapur yang boleh disewa oleh mereka sementara mereka membuat inovasi produk tersebut dan dalam konteks itu mereka boleh mula jual dan boleh mendapatkan pensijilan halal sebelum mereka kembangkan lagi produk itu ke pasaran yang lebih luas. Okey.
Baik, saya terus sahaja tadi dengan soalan yang dibangkit Yang Berhormat Sungai Ramal dan Batang Kali isu-isu peningkatan asnaf di Negeri Selangor. Jadi, di Negeri Selangor ini sebenarnya peningkatan tersebut daripada data yang saya perolehi daripada Lembaga Zakat Selangor ialah 2 perkara:
1. Sebenarnya orang-orang asnaf ini kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat semua pernah berjumpa dengan orang-orang susah dekat bawah ini, ramai yang tak mahu mengaku dia susah, dia malu nak mengaku dia susah. Dia malu nak mengaku dia memerlukan itu dan ini, ini sebut asnaf yang beragama Islam ya..jarang-jarang sekali mereka ini melainkan dah terlalu terdesak akan declare bahawa mereka ini asnaf. Jadi yang perlu dibuat dan telah dibuat oleh Lembaga Zakat adalah mewujudkan Skuad Jejak Kemiskinan maknanya kita pergi cari orang-orang susah ini di mana mereka dan apa keperluannya dan skuad ini telah pun ditubuhkan sekali dengan Teraju Asnaf Selangor satu lagi agensi di bawah MAIS yang telah pergi dengan secara aktif mencari asnaf-asnaf ini di PPR saya bagi angka kejayaan mereka seramai 10,842 ketua keluarga baharu telah berjaya di jejaki menerusi 258 operasi pada Tahun 2025 ini sahaja. Jadi saya ambil peluang ini ucapkan syabas dan tahniah pada Skuad Jejak Kemiskinan dan juga TERAS dan juga Lembaga Zakat Selangor atas usaha yang sangat proaktif. Kita pergi cari
orang-orang susah ini itu yang pertama. Sebab ada orang susah tapi dia tak declare kita kena pergi cari.
2. Salah satu lagi peningkatan asnaf ini adalah faktor migrasi luar daripada data terkini yang saya perolehi hanya 40% dari jumlah asnaf ini dilahirkan di Negeri Selangor yang majoriti itu kebanyakannya adalah bukan daripada Negeri Selangor saya tak perlu sebut perincian ini, tak perlu sebut daripada negeri mana. Itulah baiknya Negeri Selangor orang susah luar datang pun kalau dia asnaf zakat akan terus bantu. Saya rasa di sini juga peluang dan ruang untuk saya membuat sedikit cadangan kepada pihak lembaga zakat Selangor dan juga. Jangan mencelah bagi saya habiskan dahulu. Sebab disebut juga soal kegemilangan zaman Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai satu Zaman Utopia di mana zaman tersebut tidak ada orang yang boleh diberikan zakat dan menerima zakat. Yang lebih penting adalah saya rasa kita harus melihat kepada reformasi pengurusan zakat yang dibawa oleh Khalifah Umar Abdul Aziz itu sendiri. Apa reformasi yang telah dibuat oleh beliau? Cadangan yang pertama yang ingin saya cadangkan adalah:
i. Wang zakat yang dikutip oleh Lembaga Zakat Selangor ini sebaiknya kalau dikutip daripada satu kawasan contohnya Petaling Jaya, wajar diutamakan penerima asnaf itu daripada kawasan Petaling Jaya sendiri sebelum diberikan kepada kawasan-kawasan lain. Saya rasa di peringkat persekutuan perkara ini jelas sebab kalau zakat itu dikutip oleh pemberi zakat dan pembayar zakat di Negeri Selangor maka zakat tersebut akan dibayar kepada asnaf di Negeri Selangor. Tetapi di dalam Selangor kaedahnya bukan begitu dan keadaan itu boleh diperbaiki supaya kita boleh kurangkan isu-isu kemiskinan bandar dan saya tahu contoh di Seri Setia itu sendiri kita ada kawasan T20, kita ada kawasan B40 dan kadang-kadang yang B40 ini tertinggal walaupun ramai orang-orang kaya di kawasan T20 yang ada. Jadi itu yang pertama mungkin kaedah agihan yang baru ini mungkin boleh dipertimbangkan dan ini selaras dengan sebenarnya selaras dengan perkara yang dibuat zaman pentadbiran Umar Abdul Aziz sebab ketika zaman pentadbiran Umaiyah capital city adalah Damascus di mana zakat dikutip daripada sejauh India dan juga bandar-bandar di utara Afrika, agihan setempat dibuat dahulu, baru lebihan itu dikembalikan ke Damascus kepada baitulmal yang akan diberikan semula kepada pusat-pusat yang lain, jadi kaedah yang sama itu boleh diguna pakai.
ii. Mungkin tiba masanya juga Lembaga Zakat Selangor melihat kesesuaian penggunaan modul agihan dan kutipan diamalkan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, di MAIWP zakat dikutip oleh Pusat Pungutan Zakat dan agihan dibuat oleh Baitulmal. Di Negeri Selangor, Lembaga Zakat buat kutipan dan agihan sedangkan sebenarnya kalau realiti di Negeri Selangor ini kita ada jabatan dan agensi seperti JAIS, jentera-jentera kerajaan yang lebih dekat dengan rakyat di bawah yang lebih memahami keperluan asnaf, di mana ada orang susah ini berada dan bagaimana mendekati mereka.
Jadi saya rasa 2 cadangan ini mungkin boleh kita guna pakai sebagai cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor dan MAIS untuk kita reformasikan sedikit kaedah kutipan dan pembahagian zakat Negeri Selangor. Baik saya terus sahaja kepada Yang Berhormat soalan daripada Yang Berhormat Sementa, Yang Berhormat Sungai Kandis, Yang Berhormat Ijok dan Batang Kali. Hulu Kelang lagi.
Terima kasih Yang Berhormat. Ini cadangan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat bermaksud kalau zakat itu dikutip di sebuah daerah maka pengagihan ini juga diberikan keutamaan di daerah yang berkenaan. Tetapi dalam konteks Selangor ini mungkinnya perlu sedikit adjustment sebab bukan semua daerah mempunyai aktiviti ekonomi yang sama. Kita tak boleh bandingkan aktiviti ekonomi di Petaling Jaya dengan aktiviti ekonomi di Sungai Besar, sedangkan penerima zakat saya percaya walaupun ada kemiskinan bandar di Petaling Jaya ada juga satu kelompok penerima zakat yang agak besar di daerah di luar bandar. Jadi kalau hanya diberikan di daerah yang berkenaan, sedangkan kutipan zakat di daerah lain itu kecil tetapi penerimanya besar jadi mungkin ada ketidakseimbangan di situ. Cadangan itu baik tetapi mungkin perlu dibuat sedikit adjustment supaya pengagihan itu lebih adil berdasarkan keperluan di daerah-daerah yang berkenaan, terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Itu kaedah yang sekarang. Saya tak ada angka di depan saya kalau daripada zakat dan juga MAIS, Insya Allah kita bincang dan perincikan kedua-dua kaedah yang ada ini. Silakan Morib.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tadi Yang Berhormat EXCO mengatakan Pusat Zakat sedang mencari ya orang-orang fakir miskin, orang asnaf tapi pada 2024 Selangor telah megazetkan mengatakan sifar kemiskinan. Jadi di sini saya rasa sifar kemiskinan di negeri Selangor ini tidak benarlah sebab masih ada lagi orang-orang miskin yang asnaf yang berada lagi di..minta penjelasan terima kasih.
Ok baik saya rasa angka yang sifar itu berasaskan kepada apa PGK, Pendapatan Garis Kemiskinan yang ditetapkan di Negeri Selangor dia ada satu angka tapi yang digunakan zakat adalah had kifayah, ada yang angka yang berbeza. Jadi bila kita sebut asnaf dalam konteks Lembaga Zakat ini dia beza daripada orang miskin yang disebut sebagi miskin tegar dan seumpamanya saya rasa ada sedikit perbezaan di situlah. Saya boleh bekalkan detail nya nanti. Tapi itu keadaanya.. Baik. Sambung esok? Boleh Speaker? Ke nak saya rumuskan?
Tak apalah Yang Berhormat kita sambung esoklah. Memandangkan jam telah pun menunjukkan 5.30 maka kita tangguhkan Sidang Dewan ini ke 20 November 2025 pukul 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)