Selangor · 20 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 539 turns · 48,918 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat petang dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 20 November 2025 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa (Doa dibacakan).

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Pertanyaan-Pertanyaan.

Speaker

Salam sejahtera dan selamat pagi kepada semua Yang Berhormat. Dewan Negeri Selangor hari ini juga mengalu-alukan kehadiran pelawat berikut ke Persidangan Dewan Negeri Selangor iaitu seramai 14 orang dari Persatuan Pendemokrasian Sosial Malaysia atau SOCDEM diketuai oleh Puan Koh Yew Shuen yang diaturkan oleh Pusat Khidmat Yang Berhormat ADUN Bukit Gasing. Tanpa melengahkan masa saya ingin menjemput Yang Berhormat Lembah Jaya untuk bertanyakan soalan. Silakan Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 26.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Keterangkuman DigitalQuestions

26. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif “Selangor Digital Network” bagi memperluas capaian internet berkelajuan tinggi. Boleh jelaskan bila liputan 5G dan WiFi awam percuma akan diperluas ke kawasan berpenduduk padat seperti Taman Kosas, Kampung Ampang Campuran dan Lembah Jaya Utara?

Speaker

Silakan Seri Setia.

Terima kasih Tuan Speaker. Selangor maju jaya, terima kasih Lembah Jaya. Untuk soalan 26, Kerajaan Negeri melalui pelan digitalisasi Negeri Selangor ataupun “Selangor Digital Future Action Plan (DxF) 2026 2030” yang baru diluncurkan Yang Amat Berhormat Sungai Tua pada bulan lalu, sedang menyusun semula pendekatan penyediaan perkhidmatan internet awam yang percuma bagi memastikan pelaksanaannya lebih berkesan, mampan dan memberi impak tinggi kepada rakyat. Pada masa ini Program Wifi Smart Selangor telah dinyahaktifkan sementara bagi memberi ruang kepada proses penyemakan semula pelan teknikal penyelarasan lokasi dan model pelaksanaan baharu. Berikutan tahap penggunaan yang minimum di kebanyakan lokasi serta perkembangan pesat teknologi mudah alih 5G yang kini menawarkan akses internet berkelajuan tinggi pada kos yang jauh lebih rendah. Kajian semula terperinci sedang dijalankan bagi menilai semula keperluan lokasi dan pendekatan terbaik untuk pelaksanaan semula program ini. Langkah ini turut dijangka dapat menghasilkan penjimatan kewangan yang boleh disalurkan kepada inisiatif digital Kerajaan Negeri yang lain yang lebih memberi impak kepada rakyat. Semakan semula ini sedang diselaraskan melalui inisiatif Program Wifi Percuma 3.0. Pelaksanaan program semula ini akan dilaksanakan secara berfasa untuk memastikan internet selamat, iaitu internet yang dapat dilayari dengan baik, tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau fitnah, mengurangkan siber buli dan juga kes-kes scam yang berlaku di Selangor. Internet selamat ini akan dibekalkan kepada kawasan berkepadatan tinggi yang berkeperluan seperti institusi pendidikan, pusat komuniti termasuk juga masjid-masjid kita di negeri Selangor. Dalam tempoh peralihan ini Kerajaan Negeri melalui PlanMalaysia@Selangor melalui sokongan anak syarikat Kerajaan Negeri SmartSel Sdn. Bhd. selaku penyedia perkhidmatan internet dan melaksanakan Program Smart Desa Selangor di mana kemudahan internet disediakan bagi menyokong aktiviti komuniti dan pusat maklumat desa. Di antara lokasi pelaksanaan Smart Desa Selangor termasuk pertama, balai raya Kampung Seri Taman Baru di Tasik Tambahan Ampang. Kedua, Balai Raya Kampung Budiman di Kapar. Ketiga, balai raya Kampung Sungai Air Tawar Sabak Bernam. Keempat, Balai ICT Kampung Endah di Banting. Untuk menjawab soalan liputan 5G, di kawasan penduduk padat seperti di Taman Kosas, Tampung Ampang Campuran dan Lembah Jaya Utara, DNB dan U Mobile sedang dalam proses membangunkan internet berkelajuan tinggi menerusi rangkaian 5G yang sedang disediakan. Umumnya MCMC telah menetapkan sasaran 100% liputan 5G di kawasan berpenduduk di negeri Selangor untuk tahun 2026 ini. Terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih Seri Setia. Mungkin untuk penggunaan di kawasan-kawasan tersebut di institusi seperti rumah ibadah dan juga sekolah, Wi-fi 3.0 ini bolehkah saya dapatkan satu kemas kini pada tahap apakah ia telah dibangunkan mungkin dari segi fasa atau dari segi peratusan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Jadi antara ciri-ciri Wifi 3.0 yang akan diperkenalkan ini adalah yang pertama, adalah ia harus lebih accessible maksudnya mudah untuk digunakan, signal ada dan internet pastinya ada. Kedua adalah soal kelajuan, harus ada satu kelajuan yang memadai untuk pengguna melayari internet dengan selesa dan ketiga adalah ciri-ciri keselamatan. Maksudnya laman-laman sesawang yang tidak sesuai memang tidak boleh diakses menggunakan Wifi 3.0 itu termasuk juga laman-laman yang lain yang risiko-risiko keselamatan kepada negara. Buat masa ini yang sedang dibuat adalah satu audit dan penilaian kepada tahap kelajuan Wifi yang ada di masjid-masjid pengurusan di negeri Selangor. Daripada 86 masjid pengurusan di Selangor setakat bulan 10 yang lalu lebih kurang 80 masjid telah dibuat semakan di mana di situ penyedia telco bersama dengan pihak MCMC telah turun untuk membuat sedikit sama ada audit adakah masjid-masjid tersebut mempunyai kelajuan seperti mana yang telah dibayar dan dilanggani daripada penyedia telco sedia ada. Langkah seterusnya juga adalah untuk kita pastikan bahawa masjid-masjid ini mempunyai satu tahap kelajuan internet yang sesuai untuk memastikan agar kuliah-kuliah, ceramah-ceramah agama yang dibuat di masjid itu dapat diakses dengan selesa oleh kariah sekitar. Dan apabila kita ada internet yang baik untuk masjid ini juga kita akan mengupayakan sistem digital pengurusan masjid yang baru. Sistem digital pengurusan masjid yang baru yang akan memberikan data waktu nyata termasuk bilangan jemaah, sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada masjid. Jadi masjid dapat diurus dengan lebih baik berasaskan data pada waktu nyata. Jadi ini sedang dibuat pada ketika ini dan kita menjangkakan bahawa POC atau pun minimum viable produk Wifi 3.0 yang pertama kita akan keluarkan pada awal suku pertama 2026. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Peraturan Tetap.

Speaker

Peraturan Tetap dari mana? Siapa yang berdiri keluarkan Peraturan Tetap. Soalan terakhir dari Selat Klang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Tuan EXCO. Berapa peratus coverage yang telah dilaksanakan tentang Wi-fi Selangor ini di Selangor dan bagaimana sambutan rakyat terhadap Wifi Smart Selangor yang Yang Berhormat katakan tadi. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Selat Klang. Soalan mengenai liputan Wifi Smart Selangor yang terdahulu sebelum ini. Jadi program itu telah kita nyahaktif pada tahun 2020 ini kerana pertama kita merasakan kurangnya penggunaan dan penggunanya sebab harga data telah pun jatuh merudum. Data unlimited memang banyak dalam setiap mobile phone di negeri Selangor ini. Masing-masing lebih selesa membuat langganan-langganan seperti itu. Jadi isunya di sini ialah perlunya kita tentukan lokasi yang lebih wajar untuk penggunaan tersebut. Jadi itu statistik yang ada. Kalau soalannya menjurus kepada liputan 5G di negeri Selangor, setakat bulan Ogos tahun 2025

liputan sebanyak 96.9% telah pun dilitupi oleh 5G di kawasan berpenduduk di negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Peraturan Tetap 24(8). Semua pertanyaan bagi soalan bertulis hendaklah dijawab dan jawapan bertulis diedarkan kepada ahli yang bertanyakan soalan tersebut pada minggu pertama persidangan Dewan. Sungai Panjang inginkan pencerahan dan juga daripada Yang Berhormat Speaker yang dikira sebagai minggu pertama adakah minggu lepas jumaat ataupun selepas 5 hari bersidang itu dikira sebagai minggu pertama. Terima kasih.

Speaker

Perkara ini pernah ditimbulkan dan kalau saya tak silap, saya pernah mengeluarkan petua bahawa semua jawapan bertulis kepada soalan bertulis perlu dikeluarkan pada minggu pertama. Kalau ikut apa yang kita ada sekarang ini ialah minggu lepas iaitu hari pertama persidangan Dewan. Perkara itu telah pun diputuskan. Sekiranya Yang Berhormat Sungai Panjang ada masalah boleh menulis kepada saya dan kita akan bincang dalam Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan. Kita teruskan dengan Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker soalan 27.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Sektor Global Business Services (GBS)Questions

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

27. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan sektor GBS di Selangor?

b)

Berapakah nilai sektor GBS di Selangor dan jumlah peluang kerja yang tersedia pada waktu ini?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memperkukuh pertumbuhan sektor Global Business Services (GBS) sebagai salah satu pemacu utama ekonomi negeri. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah penyertaan dalam program GBS ASEAN Summit 2025 melalui Invest Selangor Berhad baru-baru ini yang menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan dan pemain sedia ada industri GBS. Melalui penyertaan tersebut, satu sesi meja bulat telah diadakan bersama syarikat-syarikat GBS yang beroperasi di Selangor. Sesi ini telah menjadi ruang bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta membincangkan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh pemain industri. Hasil daripada perbincangan

ini, Kerajaan Negeri telah menyatakan komitmen untuk terus membantu serta memudah cara urusan industri GBS, termasuk dari segi penyediaan ekosistem pelaburan yang kondusif, pengurangan halangan pentadbiran dan sokongan terhadap pembangunan bakat tempatan bagi memenuhi keperluan sektor tersebut. Selain itu, usaha promosi pelaburan turut dipergiatkan melalui Invest Selangor Berhad dengan tumpuan kepada menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke sektor GBS di Selangor. Antara langkah yang diambil termasuk mempromosikan kelebihan daya saing negeri seperti infrastruktur digital bertaraf dunia, tenaga kerja berkemahiran tinggi serta persekitaran pelaburan yang stabil dan mesra perniagaan. Melalui pendekatan bersepadu ini, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai hab utama GBS di Malaysia dan rantau ASEAN, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berimpak tinggi. Berdasarkan rekod yang diperoleh daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2020 hingga 2024, jumlah pelaburan yang direkodkan adalah sebanyak RM8.93 bilion, melibatkan 116 syarikat GBS yang telah mencipta sebanyak 13,582 peluang pekerjaan di Negeri Selangor. Berdasarkan statistik pencapaian industri GBS yang direkodkan terdapat trend peningkatan positif dari segi jumlah syarikat, nilai pelaburan yang diluluskan, serta bilangan tenaga kerja yang terlibat. Kalau saya boleh bagi contoh pada tahun 2020 jumpa syarikat GBS yang baru masuk di negeri Selangor adalah sebanyak 8 buah syarikat dan jumlah pelaburan yang diluluskan adalah sebanyak RM0.4 bilion dan jumlah pekerjaan yang baru adalah 716 bagi tahun 2020. Tetapi lima tahun kemudian, tahun 2024 jumlah syarikat GBS yang baru yang masuk ke negeri Selangor telah bertambah sehingga 63 syarikat baharu dan jumlah pelaburan baru yang diluluskan adalah sebanyak RM4.87 bilion dan jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan adalah sebanyak 7,713. Jadi peningkatan ini mencerminkan keupayaan negeri Selangor untuk muncul sebagai hab GBS utama di Malaysia dan rantau ASEAN di mana-mana syarikat GBS antarabangsa menunjukkan keyakinan tinggi untuk melabur di Selangor didorong oleh ekosistem yang kukuh, infrastruktur yang menyokong serta kedudukan strategik negeri sebagai lokasi pelaburan pilihan. Terima kasih.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Selat Klang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Yang Berhormat, kita baru-baru ini telah menandatangani Kerajaan Malaysia menandatangani ART ataupun Perjanjian Timbal Balik Malaysia dengan US dan banyaklah komen-komen kepada pihak pembangkang menyatakan perjanjian ini berat sebelah Kerajaan Negara kepada Malaysia dan sebagainya kepada US dan sebagainya. Apakah stand Kerajaan Negeri Selangor kepada perjanjian ini. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sebenarnya berkenaan soalan perjanjian ART ini saya telah jawab pada hari yang kedua Sidang Dewan ini. Bagi saya paling penting sekali adakah kita at the same level playing field dengan Negara-negara ASEAN yang lain seperti Negara

Thailand, Vietnam, Indonesia dan sebagainya. Sekiranya kita berada at the same level playing field bermakna kos kita tidak akan bertambah, kos kita untuk mengeksportkan barangan kita ke Amerika Syarikat itu adalah sama seperti Negara-negara lain. Jadi itu adalah point yang paling penting. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dengkil.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 28.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Jualan RahmahQuestions

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

28. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan dan hasil jualan untuk setiap program jualan Rahmah dilaksanakan di setiap kawasan dalam DUN Dengkil sehingga Oktober 2025?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Tuan Speaker, Dengkil bertanyakan soalan berhubung dengan perbelanjaan yang dikeluarkan dan hasil jualan setiap Program Jualan Rahmah dilaksanakan di setiap kawasan dalam DUN Dengkil sehingga Oktober 2025. Bagi DUN atau pun Dewan Negeri Dengkil sebanyak 39 siri Jualan Ehsan Rahmah dilaksanakan pada tahun ini dengan jumlah hasil jualan sebanyak RM585,000.00. Daripada jumlah ini sebanyak RM490,500.00 adalah digunakan untuk perbelanjaan pembelian barang operasi manakala RM175,500.00 adalah merupakan dana subsidi jadi sekitar 30% yang dibelanjakan bagi memastikan harga barangan kekal rendah dan program berjalan dengan lancar. Terima kasih.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Dengkil.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Adakah kajian keberkesanan di buat tentang program jualan rahmah ini dan apakah usaha-usaha untuk penambahbaikan supaya untuk memastikan semua kawasan dapat menikmati Program Jualan Rahmah ini bukan secara menyeluruh bukan di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sememangnya Program Jualan Ehsan Rahmah ini adalah satu program yang sangat digemari ataupun popular di kalangan rakyat ini merupakan satu program yang kita sentiasa buat pemantauan memandangkan perubahan dari segi keperluan rakyat semasa dan juga pelaksanaan sistem pemasaran kita yang lebih meluas telah kita laksanakan contohnya pelaksanaan penubuhan Ehsan Mart dan Segi Mart ini yang kita laksanakan di tambah juga dengan pelbagai lagi aktiviti program di bawah Kerajaan Persekutuan juga ditumpukan di Negeri Selangor contohnya Agro Madani dan sebagainya. Jadi sebab itu penyelarasan sentiasa dibuat dan pemantauan dibuat bukan segi lokasi tapi kita juga memantau juga dari segi harga barangan yang ditawarkan sebab itu kita telah menambah barangan sekarang ini daripada 6 ke 12 mengikut keperluan kita tambah lampin sebagainya dan juga keperluan-keperluan tepung dan sebaginya kerana kita melihat keperluan itu ada dan juga harga pun kita turunkan apabila kita lihat ada penurunan di dalam harga pasaran maka kita akan turunkan kerana kita telah bersetuju untuk memberi subsidi sekitar pada 30% bagi barang-barang keperluan utama yang dalam dipasarkan di bawah ini. Dari segi lokasi pun kita memantau dan melihat bagaimana kesesuaian supaya manfaat itu dapat di rasai oleh ramai rakyat Negeri Selangor itu memang kita buat dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Speaker

Semenyih.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Kelopak bunga tanjung kita jumlahnya 9, soalan Semenyih nombor 29.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Khidmat KaunselingQuestions

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

29. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan khidmat kaunseling psikologi komuniti di masjid-masjid Pengurusan yang berada di bawah pengurusan JAIS, sebagai salah satu usaha menangani isu kesihatan mental dalam komuniti Muslim?

Terima kasih Tuan Speaker, saya jawab Yang Berhormat Semenyih, daun ketupat daun sirih, terima kasih Yang berhormat Semenyih. Soalan bertanya mengenai adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Khidmat Kaunseling Psikologi Komuniti di Masjid-masjid Pengurusan sebagai salah satu usaha menangani isu kesihatan mental dalam komuniti umat Islam. Daripada kajian awal

memang ada isu-isu kesihatan mental dalam komuniti orang Islam. Isu-isu tersebut merangkumi isu-isu kegusaran dan kebimbangan hukum-hukum agama yang terangkum daripada isu-isu feqah termasuk isu-isu nikah kahwin dan seumpama dengannya. Kedua ada juga kebimbangan dan isu-isu kesihatan mental yang terkait dengan perkara-perkara supernatural contohnya disantau, ada orang kacau ganggu dan seumpama dengannya dan yang ketiga yang ini agak serius juga dalam masjid ada juga laporan-laporan mengatakan bahawa berlaku diskriminasi contohnya dia baca Al-Fatihah, pakai jubah lain sikit senget ke jadi ada isu-isu yang memberikan tekanan kepada orang yang datang ke masjid jadi saya setuju Yang Berhormat bahawa perlu ada satu kaedah ataupun khidmat kaunseling diwujudkan di masjid-masjid Pengurusan di bawah JAIS dan perancangannya telah adalah telah ada di dalam Pelan Hala Tuju Kelestarian Hal Ehwal Agam Islam Selangor 2025 hingga 2030 untuk diwujudkan satu platform dan modul latihan untuk menangani isu kesihatan mental. Satu sesi sumbang saran untuk pembentukan modul dan latihan kepada pentadbir dan sukarelawan masjid secara berfasa akan mula diadakan pada awal suku tahun pertama 2026. Terima kasih.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Soalan tambahan.

Speaker

Semenyih.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Ini merupakan rentetan daripada perbincangan kita sidang lepas bila respons daripada masyarakat ada suara-suara masih kedengaran khususnya masjid pengurusan banyak ustaz-ustaz muda so di situ pandangan Semenyih ada baiknya kita kalau boleh lah pada pandangan apa pandangan EXCO kalau kita beri nilai tambah kepada imam-imam muda kita dengan latihan-latihan contohnya kita ada ILDAS. Dulu ILDAS sekarang INSPES tidak silap saya kita berikan kursus-kursus kaunseling atau latihan asas for sure dengan bimbingan daripada mereka yang pakar sebab menjadi lumrah orang melayu ini suka rujuk imam, kita takut kalau imam bagi direction tidak tepat kurang kepakaran orang kita kalau berpenyakit jumpa ustaz so saya cuba mencadangkan kalau boleh diberikan latihan yang memberi nilai tambah kepada imam-imam kita supaya dijadikan rujukan yang tepat kepada masyarakat dan kita sedikit sebanyak dapat mengurangkan isu kesihatan mental yang sebenarnya ada peningkatan dalam masyarakat. Apa pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih Yang Berhormat Semenyih saya sangat setuju kalau dengan isu-isu penyakit sahaja cari ustaz, ada penyakit sahaja cari imam dan saya setuju memang latihan-latihan awal telah kita mulakan dan di ILDAS sekarang telah dinamakan INSEL, telah ada modul-modul baharu telah dibentuk untuk kita latih imam-imam muda kita supaya lebih berani mendepani masyarakat dan mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu tidak sahaja dari sudut psikologi dan kaunseling daripada masyarakat tetapi juga isu-isu seperti pengurusan masjid kaedah memahami kewangan dan

juga bagaimana untuk mengubah, dan merangka dan membaca data-data kariah yang ada. Jadi perkara itu sedang dibuat Insya Allah boleh kita kembangkan lagi pada tahun hadapan. Terima kasih.

Speaker

Kota Damansara.

Terima kasih Tuan Speaker soalan Kota Damansara soalan nombor 30.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Asean MalaysiaQuestions

30. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah peranan Selangor di dalam kepengerusian ASEAN pada tahun 2025?

b)

Berapa banyakkah MOU yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor?

c)

Berapakah jumlah potensi pelaburan terhadap ASEAN bagi tahun 2025?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Kota Damansara atas soalan yang telah dikemukakan merujuk kepada peranan Kerajaan Negeri Selangor dalam kepengerusian ASEAN tahun 2025 ataupun saya boleh fokuskan sedikit sebanyak di dalam apakah keterlibatan Kerajaan Negeri dalam menganjurkan ASEAN SUMMIT yang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat hampir sebahagian besar daripada kepengerusian dan tanggungjawab penganjuran ASEAN SUMMIT adalah dikelolakan di bawah Kementerian Luar atau Kerajaan Persekutuan. Tanggungjawab-tanggungjawab perlu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri haruslah memastikan setiap laluan-laluan masuk utama dalam Negara kita terutamanya laluan KLIA, Kuala International Airport terletak di Sepang hinggalah sampai ke Ibu Kota Kuala Lumpur berjalan dalam keadaan baik dan itu tanggungjawab yang telah kita kemukakan kepada dua department yang penting iaitu Jabatan Kerja Raya dan juga Majlis Perbandaran Sepang dan Alhamdulillah maklum balas awal yang kita terima termasuk daripada tetamu seperti President Trump menyebutkan serta memberikan aprisiasi yang besar terhadap kemudahan infrastruktur yang dimiliki oleh Kerajaan pada waktu ini dan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab utama yang perlu kita laksanakan memastikan laluan masuk dan keluar Negara berada dalam keadaan baik dan kita telah melaksanakan hal tersebut. Di samping

itu, Selangor juga terlibat secara langsung dalam penganjuran Majlis Makan Malam ASCC, Asean Socio Cultural Community yang terlibat dalam sebahagian acara yang terkandung dalam ASEAN SUMMIT. Program telah dianjurkan di Sunway Hotel dan di sana kita telah memperkenalkan produk-produk pelancongan Selangor di samping menjemput dan menjadi tetamu ataupun menjadi tuan rumah kepada tetamu-tetamu daripada Menteri-menteri Pelancongan di Negara-negara ASEAN. Alhamdulillah bukan sahaja kita memperkenalkan kemudahan infrastruktur kita, kita juga memperkenalkan aktiviti-aktiviti kesenian kita seperti tarian, seperti persembahan, seperti cempuling, seperti bali-bali daripada Kuala Selangor dan sebagainya di samping memperkenalkan produk-produk kita seperti Kelip-kelip Kampung Kuantan dan tidak ketinggalan Sky Mirror yang terletak di Kuala Selangor dan Padi di Sekinchan. Itu keterlibatan kita secara langsung yang secara tidak langsung sudah pasti pegawai-pegawai turut terlibat dalam beberapa program antaranya AIPA, Asean Inter-Parliamentary Association, kepengerusian ASEAN telah menyebabkan Speaker Dewan Rakyat menjadi Pengerusinya an Ahli-ahli Dewan Negeri kita turut terlibat dalam persidangan-persidangan yang dianjurkan. Untuk soalan kedua adalah berkenan dengan MOU sudah pasti apabila kita tidak secara langsung setakat ini tidak ada MOU-MOU yang melibatkan di antara Negara-negara ASEAN secara langsung dengan Negeri Selangor tetapi perjanjian-perjanjian, persefahaman-persefahaman itu adalah dalam konteks G to G di antara Negara ke Negara. Jadi kita tidak terlibat ataupun kita boleh katakan tiak terlibat sebarang MOU dengan kepengerusian ASEAN tersebut. Soalan ketiga potensi pelaburan di ASEAN ini adalah data daripada MIDA yang telah dicatatkan sehingga suku kedua tahun 2025 yang melibatkan jumlah pelaburan yang telah diluluskan di kalangan Negara-negara ASEAN yang lebih banyak sebenarnya tertumpu dalam sektor perkhidmatan. Indonesia bernilai RM5.75 juta, Filipina bernilai RM5 juta, Thailand bernilai RM2.3 juta dan ini adalah disebabkan Negara-negara terbabit juga merupakan pesaing kita dalam bidang pembuatan. Jadi banyak pelaburan-pelaburan mereka itu tertumpu dalam bidang perkhidmatan di Negeri Selangor sesuai dengan kedudukan pelabuhan serta lapangan terbang yang ada di Negeri Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita juga menganjurkan Selangor International Business Summit yang selama ini memperkenalkan diri kita ataupun melabelkan diri kita sebagai gateway to ASEAN. Sudah pasti kita mengambil tanggungjawab atau mengambil peranan kepengerusian Asean itu turut bersama-sama untuk menjadikan Selangor International Business Summit yang dianjurkan di KLCC ataupun Kuala Lumpur International Convention Centre lebih daripada 8 bilion komitmen yang telah di rekodkan di dalam penganjurannya dan ini adalah jumlah yang terbesar dalam satu-satu penganjuran. Tahun lepas jumlahnya adalah 13 bilion tetapi kita anjurkan 2 kali disebabkan strategi-strategi tertentu tetapi tahun ini sekali sahaja 8 bilion dan ada peningkatan di dalam komitmen-komitmen yang melibatkan taman-taman industri ataupun industrial park dan juga yang melibatkan sains teknologi dan juga yang melibatkan Smart City berbanding dengan foods and beverages yang sememangnya merupakan antara key product kita yang menjadi tarikan dalam Selangor International Business Summit. Ceraiannya pihak Invest Selangor sedang mendetailkan atau

memperincikan nanti kalau ada kesempatan saya akan terangkan berapa banyak yang sebenarnya datang daripada Negara-negara dalam Selangor International Business Summit dan an tara perkara yang telah dua atau tiga tahun selalu saya kemukakan di dalam Selangor International Business Summit adalah gesaan kepada rakan-rakan dagang Asean untuk mempertingkatkan dagang di kalangan Negara-negara Asean. Ini memang agak berkurang berbanding kita menjadi tempat invesment mencari pelabur-pelabur dari Negara luar daripada China, daripada India, daripada Amerika Syarikat ataupun daripada Eropah dan nilai dagangan itu adalah sangat besar kerana kita mempunyai lebih 600 juta populasi di Negara Asean dan populasi itu sebenarnya key market yang wajar diteroka oleh Negara-negara Asean termasuk daripada Selangor dan juga Negara-negara di Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kota Damansara.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Tadi Yang Amat Berhormat ada sebut jua berkenaan Selangor International Business Summit dalam sepanjang tempoh Selangor menganjurkan Selangor International Business Summit adakah Yang Berhormat mendapat peluang-peluang pelaburan bagi kawasan-kawasan IDRISS dan SABDA sebab semalam ada juga EXCO mengatakan ada setengah projek ini dia sedang menapis beberapa jenis pelaburan jadi mungkin dalam Selangor International Business Summit ini mungkin adakah pelaburan-pelaburan daripada luar yang mungkin boleh unlock beberapa business opportunity bagi kawasan-kawasan yang kita kira SABDA dan IDRISS. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Pihak Invest Selangor sedang kemukakan perincian nya nanti saya akan kemukakan kebetulan ini sedikit off daripada makna asal walaupun jawapan saya ada menyebutkan tentang Selangor International Business Summit dan sebenarnya Selangor International Business Summit kita memperkenalkan produk seperti Sprak. Spark ini adalah tawaran untuk taman-taman industri ataupun International Industrial Spark dan International Industrial Spark itu bukan tertumpu di Negeri Selangor sebagai contoh Negeri seperti Pahang pada tahun lepas mencatatkan komitmen hampir RM2 bilion dalam Selangor International Business Summit dan sebenarnya Selangor International Business Summit kita memperkenalkan produk seperti SPARK. SPARK ini adalah tawaran untuk taman-taman industri ataupun industrial park dan industrial park itu bukan hanya tertumpu di Negeri Selangor, sebagai contoh negeri seperti Pahang pada tahun lepas, mencatatkan komitmen hampir RM2 bilion dalam Selangor International Business Summit. Negeri seperti Terengganu juga mencatatkan jumlah yang agak besar dan malah Kulim Hi-Tech Park yang berada di Negeri Kedah juga menyertai program yang kita anjurkan dan Selangor dengan N-City dan beberapa yang kita ada seperti Sime Darby dan

juga World Klang dan beberapa pihak-pihak yang lain juga turut mencatatkan komitmen-komitmen yang berkenaan. Jadi kalau saya nak maksudkan, kita tak hanya tertumpu daripada awal dulu, Selangor International Expo lebih kepada F&B sekarang sebenarnya program kita telah melebar kepada beberapa sub sektor yang telah ditumpukan dan semi konduktor merupakan antara benda baharu yang telah kita tonjolkan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini malahan persidangan Smart City kita sentiasa penuh sepanjang daripada penganjuran itu dan SIDEC kelihatan begitu konsisten dalam membawa serta melebarkan aktiviti-aktiviti e-dagang di dalam negeri sebagaimana kita asaskan pada tahun 2015 ataupun 2016 yang lepas. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Speaker. Yang Amat Berhormat, saya ingin merujuk kepada statistik DOSM yang baru sahaja dikeluarkan semalam 19 November 2025, berhubung perangkaan perdagangan luar negeri Malaysia bagi bulan Oktober 2025. Dalam statistik yang dikeluarkan berhubung prestasi eksport dan import bagi sektor pembuatan perlombongan dan pertanian, ASEAN sumbangan ASEAN menurun dalam sektor eksport sebanyak 20.1% dan dalam sektor import menurun sebanyak 12%. Maka persoalan saya, kepengerusian Malaysia pada tahun ini tidak banyak dapat melonjakkan sumbangan kepada perdagangan luar negeri Malaysia daripada ASEAN itu sendiri kerana penurunannya menyaksikan agak significant dalam sektor eksport dan juga import jadi apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu meningkatkan prestasi eksport dan import di kalangan negara-negara ASEAN walaupun ini statistik di peringkat nasional tetapi oleh kerana Selangor merupakan penyumbang utama kepada KDNK Malaysia, saya percaya ianya juga menyumbang kepada penurunan sumbangan prestasi eksport dan import daripada negara-negara ASEAN.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Dalam statistik yang dikeluarkan di DOSM menunjukkan bahawa jumlah investment yang begitu besar telah dicatatkan dalam negara kita dan sebahagian besar daripada catatan itu lebih kurang 285 bilion kalau tak silap saya, adalah daripada negara-negara yang masih lagi menjadi rakan dagang tradisi kita iaitu seperti Jepun, ataupun Amerika Syarikat dan tidak ketinggalan kuasa besar seperti China. Sudah pasti dengan kebangkitan ekonomi seperti China itu telah menarik nilai dagangan yang begitu tinggi iaitu aktiviti import dan eksport daripada terhadap negara-negara di ASEAN dan sekalipun mengurangkan jumlah serta keterlibatan negara-negara ASEAN dalam proses dagang ataupun nilai-nilai angka-angka yang disebut oleh Yang Berhormat. Antara langkah-langkah yang kita cadangkan pada tahun hadapan tahun 2026 sedikit sebanyak saya nukilkan dalam ucapan Belanjawan di mana aktiviti Selangor International Business Summit tidak lagi hanya bertapak di Malaysia. Kita sebenarnya telah keluar daripada Negeri Selangor. Kali pertama kita anjurkan, saya ingat masa tu di Mines, SIE dan

kemudian kita bertukar di Setia Alam Convention Centre dan selepas itu selama-lamanya terus kita di KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre) pernah di MITEC sekali ataupun dua kali. Itu menunjukkan bahawa kita tidak mempunyai space yang mencukupi dan attraction atau pun tarikan yang mencukupi untuk aktiviti itu tapi tahun hadapan sebagaimana yang saya kemukakan dalam ucapan Belanjawan kita akan cuba meneroka SIBS dianjurkan di negara-negara ASEAN. Ini adalah sebahagian daripada langkah dan inisiatif sendiri negeri demi mempertingkatkan nilai dagang di antara negara-negara ASEAN dan Malaysia dan Selangor bersedia menjadi gateway di antara negara-negara ASEAN ke Malaysia dan Malaysia ke negara-negara ASEAN. Itu adalah salah satu strategi yang kita kemukakan tapi kita sedang memperhalusi daripada segi kos dan bagaimana penganjurannya, penganjuran Selangor Week sebagai contoh di negeri-negeri tertentu di Thailand, di Singapura ataupun di Indonesia, dan di Filipina ataupun mungkin ke Timor Leste yang merupakan satu pasaran yang belum disentuh ataupun yang belum diteroka sepenuhnya. Jadi kalau jawapannya strateginya kita bukan hanya mempergiat pertemuan dengan pelabur-pelabur di sana ataupun dengan business chambers di negara-negara terbabit kita akan turut menganjurkan Selangor International Business Summit di negara-negara ASEAN yang tidak lagi tertumpu hanya menjemput mereka ke KL sebaliknya membawa potensi-potensi pelabur kita dan produk-produk kita ke negara luar sebagai misi Malaysia dan juga Negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Teratai?

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Tuan Speaker, soalan saya No. 31.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Kebajikan Warga EmasQuestions

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

31. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kebajikan serta kesejahteraan warga emas di Selangor, khususnya dalam aspek kesihatan, penjagaan diri, dan sokongan sosial bagi mereka yang tinggal bersendirian atau tidak mempunyai keluarga terdekat?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Teratai, berkaitan dengan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kebajikan serta kesejahteraan warga emas di

Selangor. Kerajaan Negeri menerusi inisiatif rentas portfolio dan agensi melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan warga emas di Selangor. Dari aspek kesihatan, Program Saringan Kesihatan Warga Emas Selangor dijalankan sebagai langkah proaktif mengesan risiko awal dan menggalakkan penuaan sihat. Selain itu, lltizam Selangor Sihat dan Bantuan Sihat Selangor memberikan bantuan rawatan asas, subsidi ubat, vaksinasi dan peralatan perubatan bagi warga Selangor termasuk warga emas berpendapatan rendah. Pemantauan daripada Pejabat Kesihatan Daerah dan dibantu oleh sukarelawan Khidmat Bantu Dirumah (KBDR) melalui JKM bagi memastikan warga emas menerima penjagaan asas, bantuan kebersihan diri, makanan dan alat sokongan mobiliti. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) turut menyediakan program komuniti setempat yang melaksanakan aktiviti sosial, pembelajaran sepanjang hayat, kesedaran kesihatan, rekreasi bagi mengelakkan pengasingan sosial. Pada tahun 2026, Kerajaan Negeri akan melaksanakan lltizam Emas Selangor merangkumi inisiatif seperti Selangor Care Navigator Program (Rakan Penjaga Selangor) yang merupakan langkah bagi menyokong warga keperluan warga emas, mengatasi kesunyian sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan mereka.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Memandangkan warga emas tunggal mungkin mengalami risiko kewangan yang lebih tinggi terutamanya mereka yang berpendapatan rendah jadi ada apa-apa langkah ataupun cadangan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan ataupun menambahkan dana khusus ditujukan kepada golongan ini.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih. Dari segi dana, Kerajaan Negeri belum ada hasrat untuk memberikan bantuan khusus kepada mereka yang tinggal bersendiri, warga emas tinggal sendirian. Pun begitu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat terdapat bantuan berbentuk bulanan kepada warga emas yang tinggal sendiri yang dikenal pasti tanpa waris dan sebagainya dalam keadaan RM500 sebulan. Jadi, kita akan perhalusi terutamanya dalam ruang ekosistem yang menyeluruh antara pejabat kesihatan daerah dan khidmat bantu di rumah di mana setiap kes warga emas ini ada kes manager yang akan memastikan mereka tidak terabai kerana antara isu yang beberapa bulan kebelakangan ini terdapat kes warga emas meninggal dunia seorang diri di rumah dan pada saya ini adalah tanggungjawab bersama antara pihak Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri untuk memastikan keselamatan warga emas yang tinggal sendirian di rumah.

Speaker

Morib?

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 32.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Bencana AlamQuestions

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

32. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah persediaan dan tindakan Kerajaan Negeri dalam menguruskan bencana alam di Negeri Selangor?

b)

Berapakah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor apabila bencana alam berlaku seperti banjir ataupun ribut di Negeri Selangor pada tahun 2023 sehingga kini?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Morib atas soalan. Saya mohon izin Yang Berhormat Speaker untuk menjawab soalan 32 bersekali dengan soalan 43 kerana melibatkan topik yang sama bencana alam. Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri setiap tahun pada bulan Oktober yang akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Mesyuarat ini bagi menyelaraskan maklumat berkaitan tinjauan cuaca sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL), serta mendapatkan maklum balas agensi berhubung kesiapsiagaan menghadapi kejadian bencana. Ini termasuk status anggota bertugas, aset-aset, serta keperluan logistik oleh setiap agensi / jabatan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah akan diaktifkan segera di semua lokasi bencana. JPBD dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan bersiap siaga memainkan peranan masing-masing bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut dengan melaksanakan operasi dan koordinasi bersepadu di peringkat daerah dan negeri. Semua jabatan dan agensi akan memainkan peranan tindakan penyelarasan dengan Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). No.1: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Segala bantuan pengoperasian bersepadu hendaklah diselaraskan melalui JPBD bagi Tahap 1 manakala JPBN bagi Tahap 2. Semua Pegawai Daerah selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) akan diarah melaksanakan mesyuarat persediaan di peringkat daerah dengan segera bagi memastikan perancangan awal dalam pengurusan aset pemindahan dan menyelamat, pengurusan pusat pemindahan serta bekalan bahan mentah yang mencukupi. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) pula dimohon untuk memaklumkan kawasan-kawasan hotspot serta

berisiko banjir kepada JPBD dan JPBN, serta bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR) bagi tujuan penyelenggaraan dan mengedarkan pelan hotspot banjir. Semua aset seperti pam air pelbagai jenis, stesen telemetri, stesen amaran, stesen sukatan luahan, stesen curahan hujan, stesen paras air, dan stesen kamera pemantauan banjir dipantau secara harian bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan bersedia. Polis Diraja Malaysia Negeri Selangor (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor (APM) dan Briged 11 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut diletakkan dalam keadaan bersiapsiaga, di mana semua agensi telah merangka pelan tindakan operasi semasa Monsun Timur Laut. Aset-aset yang digunakan semasa Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah ditempatkan di lokasi strategik seperti di pangkalan hadapan di setiap daerah. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKM) bersedia dengan pewartaan 1,152 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan memastikan garis panduan penetapan dan pengendalian mangsa yang mengalami masalah kesihatan dikuatkuasakan. Bekalan keperluan asas semasa bencana juga dipastikan dalam keadaan baik dan mencukupi. Sekiranya berlaku bencana banjir, agensi keselamatan akan melaksanakan kerja-kerja mencari dan menyelamat serta memindahkan mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah diaktifkan berdasarkan pengisytiharan arahan oleh Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). PPS tersebut adalah di bawah penyelarasan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengedaran kelengkapan asas di PPS seperti cubicle tent dengan izin, selimut, tilam, bantal, retort food dan keperluan asas lain akan segera diberikan sejurus mangsa tiba di PPS bagi memastikan keselesaan mangsa bencana. Bagi melancarkan penyelarasan tindakan setiap agensi/kerajaan, Kerajaan Negeri telah memutuskan penugasan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) dalam kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut seperti berikut:

BIL. EXCO SKOP PENUGASAN 1. Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han Pemulihan Kawasan Industri 2. Yang Berhormat Dato' Ir. Izham Bin Hashim Pemulihan Infrastruktur 3. Yang Berhormat Datuk Borhan Bin Aman Shah Pengurusan PPS

Speaker

Yang Berhormat, kita sebut nama kawasan, bukan nama Ahli Dewan tersebut.

BIL. EXCO SKOP PENUGASAN 4. Yang Berhormat Sekinchan Pembersihan/PBT 5. Yang Berhormat Sungai Air Tawar Penyelarasan bencana luar bandar 6. Yang Berhormat Kota Anggerik Menyelaras Bantuan Sukarelawan 7. Yang Berhormat Bandar Utama Kesihatan 8. Yang Berhormat Banting Tugas-tugas Khas 9. Yang Berhormat Seri Setia Pengurusan telekomunikasi dan Masjid/Surau 10. Yang Berhormat Taman Templer Penyelarasan Kebajikan

Kerajaan Negeri Selangor juga telah melaksanakan post-mortem bagi mengkaji punca banjir dan menambah baik pelaksanaan pengurusan mangsa banjir setelah kejadian banjir besar pada Disember 2021. Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) melalui kerjasama Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan NGO - National Disaster Management Association (NADIM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diperluaskan kepada komuniti penduduk di sembilan (9) Daerah di Negeri Selangor bagi memupuk kesedaran, meningkatkan daya tahan dan tindakan proaktif penduduk. Kerajaan Negeri Selangor juga akan menambah peralatan dan aset bagi tujuan melancarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat di kawasan komuniti setempat. Unit Pengurusan Bencana melalui Smart Selangor Operations Centre (SSOC) beroperasi memantau indikasi petunjuk cuaca serta menyelaras komunikasi dan melaksanakan pengintegrasian data dengan District Disaster Operation Centre (DDOC) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat dalam menangani kejadian Bencana di Negeri Selangor.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kajian menyeluruh impak banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia. Survey pertama telah dijalankan oleh DOSM pada tahun 2021 dan diteruskan sehingga kini. Laporan terkini adalah Laporan Impak Banjir 2024 yang telah diterbitkan pada 19 Mac 2025. Objektif survey ialah untuk mengira jumlah kerugian dan kerosakan akibat bencana banjir yang melanda Negara mengikut kategori seperti kerugian tempat kediaman, kerugian kenderaan, kerugian sektor pembuatan dan kerugian premis perniagaan. DOSM juga menggunakan data anggaran kerugian daripada Kementerian Pertanian keterjaminan makanan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Perladangan dan Komuniti, Jabatan Pengaliran dan Saliran, dan Jabatan Kementerian Kerja Raya, daripada dapatan data ini anggaran kerosakan industri pertanian dan aset awam dan infrastruktur telah diperolehi. Hasil penemuan kerugian banjir tahun 2023 -2024 bagi negeri Selangor adalah seperti berikut, kerugian keseluruhan jumlah kerugian keseluruhan akibat banjir pada tahun 2024 bernilai RM0.9 billion. Untuk tahun 2023, RM0.8 billion yang bersamaan 0.05% berbanding keluaran dalam Negeri kasar KDNK 2024. Nilai kerugian ini meliputi tempat kediaman, 0.4 billion untuk tahun 2024 dan 0.2 billion untuk tahun 2023. Kenderaan kerugian berjumlah RM17.3 juta untuk tahun 2024 dan RM22.3 juta untuk tahun 2023. Pembuatan kerugian RM1.2 juta untuk tahun 2024 dan RM10.3 juta untuk tahun 2023. Premis perniagaan, kerugian RM54.1 juta untuk tahun 2024 dan RM53.2 juta untuk tahun 2023. Pertanian RM0.2 billion kerugian yang dicatatkan untuk tahun 2024 mana kala RM0.1 billion kerugian dicatatkan untuk 2023. Aset awam dan infrastruktur untuk tahun 2024 kerugian dicatatkan bernilai RM0.3 billion manakala untuk tahun 2023 kerugian RM0.4 billion. Jumlah kerugian keseluruhan kerugian di Negeri Selangor akibat banjir pada tahun 2024 bernilai RM 22.6 juta dan pada tahun 2023 berjumlah RM13.9 juta. Perincian nilai kerugian adalah seperti berikut untuk tempat kediaman kerugian RM6.6 juta pada tahun 2024 kerugian RM0.9 juta pada tahun 2023, kerugian kenderaan dicatatkan RM0.3 juta bagi tahun 2024 dan RM1.8 juta bagi tahun 2023. Pertanian, kerugian RM1.9 juta untuk tahun 2024 dan RM3.3 juta bagi tahun 2023. Aset awam dan infrastruktur kerugian pada tahun 2024 dicatatkan RM13.8 juta, manakala untuk tahun 2023 kerugian dicatatkan RM8 juta. Tiada kerugian dilaporkan bagi premis perniagaan dan pembuatan untuk tahun 2024 dan 2023. Bagi tahun 2025 penerbitan laporan impak banjir 2025 akan diterbitkan pada suku pertama 2026. Untuk soalan nombor 43 jumlah kelulusan peruntukan adalah berdasarkan permohonan yang diterima daripada Pejabat Daerah Tanah selaku urus setia jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, peruntukan yang telah diluluskan oleh ahli-ahli Jawatankuasa tabung bencana khas negeri Selangor kemudiannya dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri yang berperanan sebagai urus setia kepada jawatankuasa pengurusan Bencana Negeri adalah seperti berikut, untuk tahun 2022 jumlah peruntukan adalah sebanyak RM1,165,275.25 bagi tahun 2023, jumlah peruntukkan 61,412,886.25 , bagi tahun 2024 jumlah peruntukan RM1,543,563.60 dan untuk tahun 2025 sehingga 30 September 2025

peruntukan adalah 2,938,759.88 jumlah keseluruhan peruntukan daripada tahun 2022 sehingga 30 September 2025 adalah RM166,600,484.98.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk meningkatkan sumbangan kadar bantuan bencana kepada mangsa, Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan bantuan wang Ehsan BWI kepada ketua isi rumah mangsa banjir mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam surat ikatan amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang berkuat kausa mulai 29 Februari 2023,pembayaran dilakukan secara tunai atau pun melalui Elektronik Fund Transfer EFT cek atau kaedah lain yang bersesuaian. Untuk mangsa banjir kadar maksimum bantuan adalah sebanyak RM500 untuk mangsa banjir kilat yang tidak melibatkan pemindahan bangsa adalah pada kadar RM250 iaitu kadar maksimum setahun. Bagi waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia kadar bantuan adalah sebanyak RM1000.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pelawat ke Persidangan Negeri Selangor daripada Briekfield Asia College seramai 10 orang diketuai yang diaturkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pusat Khidmat Dewan Negeri Selangor Kawasan Kota Kemuning. Selamat Datang ke Dewan Negeri Selangor. Seterusnya Yang Berhormat Sementa

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 33.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Mempromosikan Sukan PushbikeQuestions

33. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempromosikan sukan pushbike diperingkat akar umbi sebagai salah satu suka awal kanak-kanak di Selangor?

b)

Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan latihan atau trek khas untuk acara pushbike disediakan dengan ciri keselamatan yang mencukupi?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Sementa, Kerajaan Negeri melalui stanco belia dan sukan sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak atau agensi dalam mempromosikan aktiviti sukan seperti pushbike di kalangan rakyat di negeri

Selangor. Aktiviti sukan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, namun ianya juga memberi manfaat kepada ibubapa dalam mengisi aktiviti berfaedah kepada anak-anak dan keluarga. Kerajaan negeri juga sentiasa menyediakan platform sukan seperti pushbike untuk rakyat agar dapat di manfaat sebaiknya terutamanya kanak-kanak di negeri Selangor melalui penganjuran event sampingan di dalam program besar seperti Karnival Jelajah Belia Madani, Sambutan Hari Belia Negeri Selangor, Program Hari Sukan Negara, Hari Tanpa Kenderaan anjuran Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya. Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah menyediakan taman – taman awam untuk aktiviti sukan seperti trek jogging, trek berbasikal, padang – padang atau lapangan untuk aktiviti beriadah. Ianya boleh diguna pakai untuk melaksanakan aktiviti pushbike tersebut. Namun untuk membina kawasan latihan atau trek khas bagi acara pushbike masih belum ada perancangan khusus. Walau bagaimanapun segala keperluan dari sudut keselamatan akan dipastikan dan disediakan pada semua program penganjuran yang melibatkan program pushbike tersebut.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas pencerahan dan jawapan tadi, cuma untuk makluman Ahli Dewan di Kampung Tok Muda DUN Sementa kita ada seorang puteri pushbike yang telah menjuarai 60 kejuaraan walaupun usia baru 5 tahun dan dah terlibat ketika usia 3 tahun dan pernah menjuarai beberapa kejohanan di Indonesia sebanyak 4 kali, dan bulan depan beliau akan pergi sekali ke Indonesia di atas jemputan atas nama Asean Pushbike. Justeru ke atas kejayaan beliau, usia 5 tahun dan telah menjuarai kejohanan pushbike sebanyak 60 kali apakah Kerajaan Negeri bersedia merangka Pelan Pembangunan Sukan Kanak-kanak yang merangkumi pushbike sebagai salah satu fokus utama dan keduanya memandangkan sukan ini semakin kompetitif di peringkat Antarabangsa, adakah Kerajaan Negeri merancang menyediakan skim bantuan bagi penyertaan kejohanan di luar Negeri kepada atlet muda seperti anak Sementa ini agar bakat mereka dapat diketengahkan di peringkat Antarabangsa, sekian.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih, Sementa saya sememangnya menyambut baik cadangan daripada Sementa kerana memang betul sukan pushbike adalah antara sukan semakin berkembang di peringkat Negeri Selangor khususnya melibatkan anak-anak sekolah kalau tak tahu pushbike di dalam konteks lebih kurang macam basikal lajak cuma basikalnya lebih kecil dan kanak-kanak dia tak mengayuh dia hanya kayuh kaki dia sahaja, tetapi walaupun bagaimanapun kita akan mengambil maklum cadangan Yang Berhormat dan saya akan bincang dengan pihak Majlis Sukan Negeri Selangor untuk kita lihat

jika ada ruang bagi kita membangunkan sebuah pelan sukan untuk kanak-kanak khususnya terlibat dalam sukan pushbike ini dan saya akan berhubung dengan pihak MBI Selangor untuk kita melihat keperluan untuk kita mungkin boleh taja anak kecil ini yang telah berjaya mengharumkan nama Negeri Selangor dan nama Negara melalui penglibatan beliau dalam sukan pushbike saya akan susuli cadangan Yang Berhormat tersebut. Terima kasih.

Speaker

Sungai Pelek

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Peraturan Tetap, soalan 34.

Speaker

Saya tidak benarkan, Permatang

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker, Petak Berdendang Penuh Irama, soalan Permatang nombor 35.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Kelewatan Serius Dan Kegagalan Pemantauan Projek Rumah Selangorku Di SelangorQuestions

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

35. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah unit Rumah Selangorku diluluskan, dibina dan siap sejak 2020, serta peratus kelewatan melebihi tempoh perjanjian?

b)

Mengapakah masih berlaku kelewatan serius dan projek sakit walaupun LPHS dan PBT ditugaskan memantau, tanpa tindakan tegas terhadap pemaju?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Permatang yang kaya dengan pantun, terlebih dahulu saya, akan menjawab dua soalan daripada Yang Berhormat Permatang iaitu Dasar Rumah Selangorku mula diperkenalkan pada tahun 2014 dan jumlah rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri laksanakan pada 2020 sehingga kini sebanyak 311 unit yang melibatkan 181,647 unit perinciannya adalah seperti berikut di mana, status pembangunan yang telah siap di bina dan penyerahan kunci sebanyak 104 unit, 104 projek yang melibatkan 30,992, unit peringkat

pembinaan ada 68 projek yang melibatkan 32,957 unit dan di peringkat perancangan masih dalam kebenaran merancang sebanyak 139 projek yang melibatkan 117, 658 unit dan keseluruhannya sebanyak 181,647 unit.

Definisi Projek Sakit yang digariskan oleh pihak KPKT adalah merupakan projek yang telah mengalami kelewatan sebanyak 30% berbanding kemajuan sepatutnya atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual Beli (PJB). Sehubungan dengan itu, daripada 68 projek Rumah Selangorku sedang dalam pembinaan di Negeri Selangor, sebanyak 5 projek telah di kategori sebagai Projek Sakit yang melibatkan 943 unit rumah. Walaupun jumlah Projek Sakit hanya melibatkan 7.3% daripada jumlah projek dalam pembinaan, namun impaknya amat besar kepada semua pihak khususnya para pembeli. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil serius isu projek perumahan terbengkalai/sakit/lewat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat yang telah lama menunggu rumah kediaman mereka. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan pemantauan berkala terhadap semua projek perumahan terutamanya projek perumahan harga kawalan di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelewatan serius yang berpunca daripada beberapa faktor utama di luar kawalan pihak berkuasa, di antaranya kedudukan kewangan pemaju yang lemah, menyebabkan kerja pembinaan tergendala dan tidak dapat diteruskan mengikut jadual asal. Pertikaian dalaman antara pemaju, pemilik tanah atau kontraktor utama, yang mengakibatkan kerja di tapak tergendala. Yang ketiga, masalah teknikal atau undang-undang, termasuk isu hak milik tanah, kelulusan perancangan yang tertangguh, atau perubahan reka bentuk oleh pemaju. Aliran tunai pembangunan terjejas disebabkan kenaikan harga bahan binaan di pasaran tempatan dan global secara mendadak. Ini berlaku selepas pandemik, itu jelas sekali. Pihak LPHS dan KPKT mempunyai beberapa pendekatan dalam menyelesaikan projek lewat dan sakit di Negeri Selangor. Tindakan tegas seperti pembatalan kelulusan pembangunan dan stop work order projek harga bebas milik pihak pemaju pernah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Namun yang demikian, ianya dilaksanakan secara case by case basis mengikut kesesuaian. Bagi projek projek perumahan yang telah mempunyai ikatan perjanjian jual beli dengan orang awam, kaedah rundingan dengan semua pihak perlu dibuat bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan dan diserahkan kepada pembeli. Ini adalah penyelesaian terbaik kerana sebarang tindakan dan juga pihak ketiga boleh menyebabkan implikasi perundangan sekali gus menyebabkan projek menjadi lebih sakit dah berkemungkinan akan jadi terbengkalai. Dari sudut perundangan, dalam Akta 118 hanya mengiktiraf tiga pihak iaitu pemaju, pembeli dan pengawal perumahan ataupun KPKT. Sebagai entiti yang mempunyai kedudukan undang-undang secara langsung maka Kerajaan Negeri tidak diberi kuasa secara terus untuk mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta 118, Akta Pemajuan Perumahan atau pun di bawah Kawalan Pelesenan 1996, terima kasih.

Speaker

Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan, terima kasih Tuan Speaker. Jadi kalau kita lihat tadi daripada penjelasan Yang Berhormat, kita nampak ada pemantauan daripada pemantauan tetapi masalah ini masih lagi terjadi. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah projek-projek sebagai contoh projek-projek Rumah Selangorku yang melibatkan Kerajaan Negeri ini yang melibatkan khususnya melibatkan perumahan pertama, adakah mempunyai mereka pemaju mempunyai sebarang bentuk jaminan kewangan seperti contoh deposit atau pun bon bank atau pun insurans atau apa-apa jaminan lainlah yang sepatutnya kita boleh guna untuk melindungi rakyat apabila projek lewat atau gagal disiapkan mengikut jadual. Dan kerana seperti yang kita tahu Yang Berhormat, apabila projek sakit atau pun terbengkalai ini seperti Yang Berhormat maklum, pembeli yang menjadi mangsa. Jadi mereka kita lihat terpaksa membayar sewa, pada masa yang sama mereka terpaksa membayar installment kepada bank. Walaupun kelewatan itu bukan salah mereka, jadi saya ingin bertanya lagi jika jaminan kewangan ini wujud, adakah Yang Berhormat setuju yang jaminan kewangan ini dapat membantu sedikit sebanyak nasib pembeli ini tadi dan jika belum lagi wujud, adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk mewujudkan jaminan kewangan seperti contoh bersama dengan KPKT pada projek-projek perumahan yang lain, itu sahaja terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat, setakat ini memang kita dah ada pegangan bagi kewangan untuk memastikan mereka memberi cagaran dan sebagainya. Tetapi pemantauan memang kita buat dan setiap kali ada aduan, kadang-kadang kita menerima aduan ini ada daripada PBT sendiri atau pun pembeli membuat aduan bahawa kelewatan berlaku dan pemantauan sering kita buat dan kita panggil pemaju-pemaju ini untuk menyelesaikan apakah masalah-masalah yang timbul. Saya sudah sebutkan tadi di antara masalah-masalah yang timbul tadi, di antaranya kekangan kewangannya yang menyebabkan tidak dapat diteruskan projek, masalah pertelingkahan di antara pemaju dengan tuan tanah dan juga pembeli. Ini sering berlaku dan juga untuk tindakan seperti kita pernah mengadakan tindakan pemaju Kelana Qualities Sdn Bhd, di mana perumahan harga bebas yang tidak dapat melaksanakan dan kita buat stop holder, stop holder ini kita hanya ada kuasa memastikan bahawa segala apa juga perancangan untuk seterusnya kita stop dulu baru kita bagi jaminan. Ada juga pemaju-pemaju ini yang mereka mengambil kesempatan, mereka ada memohon untuk Rumah Selangorku mampu milik dan harga bebas. Kadang-kadang mereka tak buat Rumah Mampu Milik ini dulu, mereka akan buat rumah harga bebas dulu. Dan ini menyebabkan apabila mereka dah siap, mereka tidak laksanakan perumahan dan ini kita gunakan kuasa-kuasa yang ada dan pastikan bahawa mereka dapat melaksanakan secara berskala yang telah ditetapkan. Ada juga beberapa seperti Setia Eco Templer yang juga menyebabkan beberapa fasa yang kita buat tindakan supaya tidak dapat diteruskan dengan syarat mengikut KM yang telah diluluskan. Jadi

cadangan itu kita akan ambil guna pakai untuk memastikan perjalanan pembinaan rumah dapat diteruskan.

Speaker

Sungai Panjang, soalan seterusnya Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Dari Sepang ke Sabak Bernam, soalan Sungai Panjang nombor 36.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Orang Kurang Upaya (OKU)Questions

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

36. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-a)

Berapa jumlah sekolah yang telah dilengkapi kemudahan mesra OKU dan peruntukan yang disalurkan bagi setiap sekolah yang terlibat? b)

Apakah pelan tindakan konkrit yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan bagi mendepani isu peningkatan jumlah pelajar bantut, lembam dan OKU di Selangor?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sungai Panjang. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat empat (4) jenis kemudahan mesra OKU yang terdiri daripada tandas, parkir, susur landai atau pun (ramp) dan susur tangan (handrail) dan menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN Selangor) sebanyak 457 buah sekolah telah dilengkapi sekurang-kurangnya dua (2) kemudahan mesra OKU. Peruntukan yang telah diluluskan ialah sebanyak RM30 ribu bagi setiap sekolah dan telah diberikan kepada sekolah-sekolah yang belum dilengkapi 4 kemudahan mesra OKU. Peruntukan ini diperolehi daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan permohonan daripada JPN Selangor.

Bagi soalan kedua, apakah pelan tindakan konkrit yang sedang dan akan dilaksanakan Kerajaan bagi mendepani isu peningkatan jumlah pelajar bantut, lembam dan OKU di Selangor. JPN Selangor telah mengambil beberapa langkah-langkah dalam memastikan peluasan BPKI atau pun Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah-sekolah Negeri Selangor. Berdasarkan peningkatan enrolmen Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) saban tahun, JPN Selangor telah membuat permohonan penambahan kelas dan perjawatan Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Dalam masa yang sama, JPN Selangor telah membuat permohonan bangunan tambahan PPKI bagi sekolah-sekolah sedia ada dalam RMKe-12 Rolling Plan (RP) 1 hingga 5 dan RMKe-13. Untuk makluman, strategi jangka pendek turut dibuat dengan menjalankan 2 sesi PPKI bagi sekolah-sekolah yang mengalami pertambahan MBPK untuk mengurangkan isu kepadatan

kelas. Selain itu, perolehan bilik darjah IBS (Industrialised Building System) daripada JKR Selangor di sekolah-sekolah terpilih juga dapat membantu mengatasi masalah kepadatan dalam kelas PPKI, sekian dimaklumkan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Speaker

Ya silakan Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sebagaimana kita maklum, JKM mengiktiraf 7 kategori OKU antaranya kurang upaya mental iaitu gangguan mental kronik yang menjejaskan fungsi seharian. Soalan Sungai Panjang, dengar baik-baik ya. Pertama bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor mengawal, memantau serta mengesan OKU mental di kalangan masyarakat, pekerja dan pelajar. Contoh kemurungan mental yang kronik, di luar kita dengar langgar orang, kemudian tiba-tiba dia OKU mental. Dia mengamuk-mengamuk dekat mall, tiba-tiba dia OKU mental. Sebab itu Sungai Panjang bertanya bagaimana, yang kedua apakah mekanisme yang digunakan untuk ketiga-tiga perkara tadi. Seperti contoh tadi kita lihat di sekolah dia ada saringan kesihatan mental, jadi kalau dicadangkan juga kepada Ahli Dewan Negeri yang mungkin hendak bertanding ke dan sebagainya dibuat saringan mental, terpekik terlolong dan sebagaimana sama ada itu masalah mental atau pun itu attitude dia dengan izin.

Yang ketiga, siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan pendaftaran OKU apabila dikenal pasti, contoh ada ibu bapa yang tidak mahu mendaftar bila sekolah dah kesan, suruh bawa ke doktor pakar, tapi ibu bapa tidak mengambil peduli, jadi siapa yang bertanggungjawab selepas itu, terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Suka untuk saya mulakan dengan satu premis iaitu OKU kelainan upaya pembelajaran perlu dibezakan dengan OKU mental kerana mereka yang terjejas dengan kesihatan mental, mitigasi atau pun intervensinya berlaku di peringkat kesihatan, Kementerian Kesihatan. Manakala untuk mereka yang dikenal pasti kelainan pembelajaran atau pun keupayaan mentalnya di sebabkan ADHD, GDD Autisme sebagainya ada mitigasi khusus di bawah JKM. Pun begitu, untuk soalan bagaimana mengawal, memantau untuk pekerja dan pelajar, di peringkat Kerajaan Negeri kita mempunyai program di bawah Yang Berhormat Bandar Utama berkaitan mental sihat dan sudah pasti tekanan-tekanan harian dan sebagainya di kalangan pelajar atau pun pekerja-pekerja harus ditangani secara komprehensif atau pun menyeluruh. Untuk program intervensi dan sebagainya di bawah Kerajaan Negeri Selangor iaitu melalui Yayasan Insan Istimewa Selangor, kita sedang menggubal program-program pemerkasaan atau pun pemberdayaan OKU belia, termasuk yang telah diumumkan semalam di bawah program Majlis Tindakan OKU Selangor. Kita menggesa atau pun mempelawa mana-mana konsultan, NGO, Badan Kajian untuk

mendatangkan satu idea untuk disesuaikan di bawah salah satu Jawatankuasa Inklusifviti yang mana untuk mengenal pasti mereka ini boleh sesuai dalam bidang pekerjaan. Boleh jadi yang dikatakan OKU mental di kalangan pekerja bukan kerana mereka adalah OKU tetapi mungkin tekanan dan compliant mekanisme yang perlu dilalui oleh pekerja itu menyebabkan terarah kepada kemurungan, keresahan, anxiety dan sebagainya. Jadi mekanisme yang digunakan saya kira bermula dengan advokasi baik kerjasama intern exco approach yang mana di peringkat EXCO Bandar Utama, Bahagian Kesihatan, kita meningkatkan advokasi dan kesedaran tentang memeriksa tahap kesihatan mental. Dan yang kedua adalah melalui program saringan di mana di bawah YANIS kita melaksanakan setiap tahun atau pun dalam beberapa bulan sekali iaitu Program Saringan dan melalui saringan kita boleh dapat diagnosis sama ada anak-anak yang boleh di intervensi di peringkat awal sekitar umur 3 ke 4 tahun untuk mengenal pasti apakah tindakan sewajarnya untuk menangani kelainan upaya pembelajaran. Jadi saya kira perlu dibezakan antara mereka yang kategori OKU daripada awal mempunyai kelainan pembelajaran atau pun neuro diversiti dan juga mereka yang mempunyai tekanan kehidupan yang mengakibatkan kepada kesihatan mental. Jadi saya bermula dengan premis tersebut dan saya berharap bahawa itu dapat membezakan proses mitigasi dan juga intervensi kepada 2 permasalahan yang berbeza.

Speaker

Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Soalan saya No. 37.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Projek SelkitarQuestions

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

37. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah keberkesanan program Projek SelKitar setakat ini dalam meningkatkan kadar pengasingan sisa di punca dan sejauh mana penglibatan komuniti dalam menjayakan inisiatif ini di peringkat PBT?

b)

Apakah indikator utama yang digunakan untuk menilai keberkesanan Projek SelKitar dalam meningkatkan kadar pengasingan?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kota Kemuning berkaitan dengan keberkesanan program Projek SelKitar dan juga indikator utama yang digunakan untuk menilai keberkesanan projek ini. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Program SelKitar merupakan program

kolaborasi di antara Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Adaptasi Perubahan Iklim, KDEB Waste Management Sdn Bhd dan Nestle Malaysia Sdn Bhd dengan matlamat untuk menggalakkan amalan kitar semula di kalangan masyarakat. Meningkatkan tahap kesedaran serta penglibatan aktif masyarakat dalam pengurusan sisa yang lebih mampan. Jadi program ini telah pun bermula pada tahun ini pada 13 Mei dan program SelKitar ini sebenarnya memberikan fokus kepada pelaksanaan kutipan bahan kitar semula dari pintu ke pintu atau pun door to door collection fasa 1 yang telah melibatkan 20,000 isi rumah di kawasan perumahan dan strata di kawasan Subang Jaya dan Sepang selaku kawasan perintis ketika itu pada permulaan SelKitar. Jadi melalui program ini sebanyak 77,000 kg bahan kitar semula telah berjaya dikumpulkan setakat 31 Oktober 2025. Dan program ini juga telah selepas itu disambung pada pertengahan Mei di MBSJ. Yang menunjukkan peningkatan kutipan bulanan sehingga 45% dari 5,900 kg pada Jun kepada 8,600 kg pada bulan September. Manakala di MP Sepang pula peningkatan 24% dicatatkan dari 7,700 kg pada Jun hingga ke 9,500 kg pada September. Jadi jumlah ini dipercayai dapat dipertingkatkan lagi dengan mengoptimumkan pengoperasian dan menambah bilangan rumah yang menerima perkhidmatan ini.

Yang pencapaian ini telah mendorong Kerajaan Negeri untuk memperluaskan program SelKitar melalui KDEB Waste Management ke kawasan pentadbiran PBT yang lain dan telah bermula secara berfasa sehingga hujung tahun ini. Jadi ia akan meliputi anggaran jumlah lebih daripada 200 ribu buah rumah dan program SelKitar ini merupakan lanjutan atau pun expression daripada program yang pernah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu oleh beberapa pihak swasta seperti yang dikatakanlah, Nestle Malaysia mempunyai pengalaman sebegini dan juga Klang West di PBT seperti di Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang. Jadi secara keseluruhannya lebih daripada 400 ribu buah rumah yang telah terlibat dengan program SelKitar ini. Dan dalam program ini komuniti yang telah terlibat dalam melaksanakan kaedah pengasingan sisa di punca dengan cara yang betul dan menyediakan bahan-bahan kitar semula untuk tujuan kutipan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadi secara ringkasnya memang Kerajaan dengan bantuan PBT dan juga pihak-pihak swasta ini akan mengutip di rumah tersebut. Jadi mereka tidak perlu hantar ke orang kata centre yang lain, perkara ini sangat memudahkan. Dan penglibatan komuniti tempatan sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjayakan keberkesanan pelaksanaan inisiatif kitar semula di peringkat PBT terutamanya untuk komuniti yang memang aktif dengan aktiviti seperti ini, mereka telah menggalakkan semua jiran yang di sekeliling untuk turut melakukan inisiatif dan aktiviti inilah. Jadi mereka sebenarnya banyak memberikan penerangan, terdapat whatsapp group dan sebagainya. Jadi salah satu komponen utama dalam program Selangor Kita sebenarnya melibatkan pendekatan bersepadu. Kita bukan setakat mengambil kutipan sahaja, malah terdapat komunikasi. Seperti saya katakan, adanya whatsapp group dan ada juga pendidikan. Contohnya kita akan adakan event ataupun program di kawasan-kawasan masing-masing supaya menggalakkan penyertaan dan juga kesedaran komuniti dan perkara ini dilaksanakan oleh KDEB Waste Management, Nestle Malaysia dan Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) menerusi pertemuan dengan persatuan penduduk dan Ahli Majlis Kawasan, hebahan kempen di media sosial, edaran risalah dan kita juga melakukan lawatan ke rumah dan interaksi bersama dengan pasukan operasi dan ini banyak membantu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti setempat tentang program ini. Dan di samping itu juga pihak komuniti menyertai kempen-kempen kitar semula yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mendapatkan maklumat berkaitan tanggungjawab di pihak pengguna dan insentif yang disediakan. Kerana ada PBT-PBT tertentu yang menyediakan insentif pertandingan dan sebagainya untuk menggalakkan orang kata setiap kawasan perumahan untuk pertandingan, mengumpul barangan kita semula itu dengan jumlah yang lebih banyak. Dan indikator utama untuk menilai keberkesanan projek SelKitar ini adalah berdasarkan beberapa aspek. Antara aspek utama adalah jumlah sisa kitar semula yang dikutip, yang memaparkan jumlah berat sebenar sisa yang berjaya dikumpul dan dihantar ke pusat kitar semula. Jadi indikator ini membantu menilai sumbangan Program Selangor Kitar terhadap pengurangan sisa di tapak pelupusan. Dan seterusnya adalah penyertaan isi rumah dalam program Selangor Kita kerana kita kutip. Jadi pihak kerajaan boleh estimate ataupun mengetahui jumlah isi rumah yang menyertai. Dan pada setakat ini memang kita rasakan penyertaannya agak tinggi apabila jumlah keseluruhan melebihi 400 ribu buah isi rumah. Dan ini juga menunjukkan keberkesanan program daripada segi kesedaran dan penglibatan komuniti. Dan seterusnya yang terakhir memang pastinya tahap kesedaran komuniti yang mengukur pengetahuan, sikap dan amalan pengasingan sisa yang boleh didapati ini sangat penting. Jadi Pihak Berkuasa Tempatan PBT bersama dengan pihak swasta dan sebagainya, kita juga mempunyai banyak WhatsApp group di kawasan-kawasan yang aktif. Dan apabila kita meneliti WhatsApp group ini sebenarnya mereka sangat excited dan tertanya-tanya. Sebab untuk sekarang memang kita kutip seminggu sekali untuk permulaan dan sebagainya. Ada yang so excited mereka harapkan ada jumlah pengutipan yang lebih kerap. Jadi saya rasa program ini bergerak dengan agak baik namun tidak dinafikan yang ia masih dalam peringkat permulaan. Kerana kita baru bermula kurang daripada setahun dan belum dilaksanakan sepenuhnya di semua PBT. Namun saya kira ini merupakan indikator yang boleh kita lihat supaya kita dapat menjalankan penambahbaikan daripada semasa ke semasa.

Speaker

Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya rasa ia adalah satu cadangan yang baik tapi saya cuba untuk menambahbaikan di mana fokus bukan sahaja di kawasan perumahan tapi juga di kawasan kampung dan juga lot-lot yang selalunya tertinggal daripada whatsApp group dan aktiviti-aktiviti sebegini. Jadi saya cadangkan supaya promosi juga boleh dilakukan di kawasan-kawasan seperti ini supaya kita boleh membawa semua masyarakat untuk menjamin kebersihan di kawasan dan perumahan mereka.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Saya kira cadangan itu sangat baik. Sebenarnya juga membuka ruang kepada saya untuk menjelaskan sebenarnya kita juga mempunyai Projek Rintis di kawasan kampung. Dan juga di satu ataupun dua bangunan serata. Di mana di situ mungkin lebih sulit sedikit kerana cara SOP dan sebagainya mungkin perlukan pendekatan yang sedikit berbeza. Dan juga contohnya kalau di kawasan perumahan kita mempunyai persatuan penduduk yang aktif. Di kawasan kampung pula kita perlukan orang kata JPKK yang aktif dan sebagainya. Jadi memang kita ada jalankan Projek Rintis dan di Projek Rintis itu pun kita mendapat pengalaman di mana contohnya di kawasan kampung sesetengah jalan memang sedikit sukar untuk masuk dan sebagainya. Jadi dalam masa kita baru mulakan sahaja di kawasan-kawasan perumahan di landed house dan sebagainya untuk kita meningkatkan pengutipan Selangor Kita ini pada masa sama kita pun telah mulakan Projek Rintis. Di mana bila kita dah rasakan projek ini agak stabil di kawasan-kawasan perumahan dan kita mempunyai ruang tambahan selepas itu kita akan bergerak ke fasa seterusnya untuk melihat potensi untuk pelaksanaan projek sel kita di kawasan kampung dan juga bangunan berstrata.

Speaker

Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Sungai Kandis nombor 38.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Bantuan Masjid Dan Surau KampungQuestions

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

38. Bertanya kepada YA. Dato' Menteri Besar:-a)

Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada institusi masjid dan surau kampung yang uzur dan memerlukan pembaikan segera? b)

Adakah MAIS atau JAIS ada menyediakan peruntukan khas bagi pembaikan bumbung, tandas dan sistem audio kampung?

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Soalannya adalah mengenai bantuan masjid, surau dan kampung. Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada usia masjid dan surau kampung yang uzur yang memerlukan perbaikan segera? Untuk soalan ini. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyediakan rancangan baik pulih dan naik taraf masjid dan surau RBPJ bagi tempoh 3 tahun. Merit baik pulih akan diutamakan kepada masjid-masjid dan surau-surau. Untuk bahagian kedua,

adakah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ada menyediakan peruntukan khas bagi pembaikan bumbung, tandas dan sistem audio kampung?. Jawapannya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tiada peruntukan khusus untuk perbaikan bumbung, tandas dan sistem audio kampung. Saya rasa keutamaan pada perkara ini boleh diminta daripada ADUN atau Penyelaras Kawasan dahulu. Sekiranya ada keperluan, boleh mohon kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Terima Kasih.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Soalan tambahan.

Speaker

Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Bermakna di sini YB EXCO sebabkan kita sebagai pembangkang tidak ada peruntukan untuk kerosakan kecil, kadang-kadang untuk bumbung. Bila permohonan itu masuk kepada kita, jadi bolehkah pihak kami directkan permohonan kepada pihak YB EXCO untuk membantu? Sebab banyak juga surau-surau di kawasan kita yang tidak berdaftar dengan JAIS. Benda-benda ini mungkin penduduk mereka tidak faham, tapi bantuan mereka tetap nak sama dengan yang mana yang di dalam coverage JAIS. Jadi padangan YB EXCO untuk memudahkan kami menjawab kepada penduduk dan membantu.

Speaker

Yang Berhormat Sungai Kandis. Kita menggunakan Yang Berhormat, bukan YB Sungai Kandis, Sungai Kandis, Sungai Kandis, gunakan Yang Berhormat, bukan YB.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Sorry sorry.. Yang Berhormat.

Speaker

Yang Berhormat Seri Setia.

Takpe – takpe. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Kita jadi Kerajaan ni begitulah, saya untuk rekod, saya amat berbesar hati menerima segala cadangan-cadangan permohonan peruntukan, saya rasa di sebelah sana pun Yang Berhormat Yang Berhormat ada banyak mengajukan permohonan begitu kepada saya yang mana yang termampu Insyaa Allah saya akan bantu. Terima kasih.

Speaker

Ijok

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan Ijok nombor 39.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Strategi Kerajaan Negeri Bagi Memastikan Peluang Pekerjaan Buat Anak Selangor Dalam Industri Teknologi TinggiQuestions

39. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-a)

Apakah strategi Kerajaan Negeri memastikan industri berteknologi tinggi seperti semikonduktor, aeroangkasa dan AI di bawah RSNS 2035 benar-benar menyediakan peluang pekerjaan berkualiti untuk anak Selangor dan tidak bergantung kepada pekerja asing?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon jawab soalan nombor 39, 168, 197, 222 dan 265 dijawab secara bersekali. Kerajaan Negeri sedang melaksanakan strategi serampang dua mata, bukan sahaja untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini, tetapi juga untuk memastikan bahawa kemasukan pelaburan berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor seperti semikonduktor, aeroangkasa, dan Kecerdasan Buatan (AI) - secara langsung mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan bermaruah untuk anak-anak Selangor. Strategi ini beralih daripada kebergantungan kepada buruh asing murah kepada pembangunan modal insan tempatan yang berkemahiran tinggi. Nadi kepada usaha ini ialah Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSNS) 2035. Walaupun secara amnya RSNS 2035 menggariskan dasar pemajuan dan penggunaan tanah, ia meletakkan penekanan khusus pada pembangunan industri berteknologi tinggi. Ini dilaksanakan melalui beberapa dasar teras: 1. Pemerkasaan Modal Insan Tempatan (Dasar BM3): Melahirkan modal insan berpengetahuan dan mahir melalui institusi latihan teknikal seperti Selangor Technical Skills Development Centre (STDC), UNISEL, dan KUIS yang berfokuskan kemahiran IR4.0, AI, dan automasi bagi memenuhi permintaan industri.

2. Pusat Aktiviti Teknologi Tinggi (Dasar BM4): Membangunkan Selangor sebagai hab teknologi tinggi dengan mewujudkan zon penyelidikan dan inovasi bagi menggalakkan kolaborasi antara industri, universiti, dan pusat R&D. 3. Pembangunan Industri Berkelompok (Dasar BM5): Kerajaan Negeri memperkukuh kluster industri strategik seperti aeroangkasa, semikonduktor (E&E), dan ekonomi digital, di mana setiap kluster dilengkapi dengan kemudahan latihan industri untuk pekerja tempatan. Bagi memastikan padanan kemahiran yang tepat, Kerajaan Negeri telah melancarkan inisiatif khusus untuk sektor-sektor utama. Dalam sektor aeroangkasa, yang menyumbang lebih 67% aktiviti ekonomi negara di Selangor, pembangunan bakat dipacu melalui Program Iltizam Usaha Insan (NAICO) dan Selangor Aerospace Apprenticeship Programme (SAAP), yang memperkukuh kolaborasi industri-institusi (cth., UniKL MIAT). Pembangunan infrastruktur

strategik seperti Selangor Aero Park (SAP) dan MyAero Training Centre (MATC) pula menyasarkan penjanaan ribuan pekerjaan tempatan serta melahirkan tenaga pakar bertaraf antarabangsa. Dalam sektor semikonduktor, Selangor sedang beralih daripada aktiviti Back-End kepada Front-End Semiconductoryang bernilai lebih tinggi. Teras kepada usaha ini ialah pembangunan IC Design Park dan penubuhan Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM). ASEM berfungsi melatih graduan universiti dan tenaga kerja tempatan dalam reka bentuk cip, dan setakat ini, 1,500 pelajar telah berjaya menamatkan program tersebut. Bagi memastikan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Persoalan utama ialah bagaimana Kerajaan Negeri memastikan anak-anak Selangor mendapat manfaat terbesar dan mengisi kekosongan jawatan yang wujud. Walaupun pada masa ini tiada ketetapan kuota pekerjaan khusus untuk graduan dari negeri Selangor, Kerajaan Negeri menggunakan beberapa mekanisme kawal selia dan program proaktif yang lebih berkesan: 1. Syarat Pelesenan Wajib: Di bawah Lesen Pengilang (Akta Penyelarasan Perindustrian 1975), syarikat dalam sektor pembuatan disyaratkan untuk memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah guna tenaga sepenuh masa syarikat adalah warganegara Malaysia.

2. Kawal Selia Impak Sosial: Melalui Panduan Penilaian Impak Sosial (PPSIA), projek pembangunan mesti menilai dan mengawal impak kemasukan pekerja asing serta mengutamakan pengambilan pekerja tempatan.

3. Dasar Kandungan Tempatan: Melalui SIDEC, Kerajaan Negeri memperkenalkan Dasar Kandungan Tempatan bagi sektor Pusat Data, AI, dan semikonduktor untuk menggalakkan penglibatan aktif syarikat tempatan.

4. Program Pemadanan Kerja: Kerajaan Negeri proaktif mengurangkan jurang antara industri dan pencari kerja. Inisiatif seperti Selangor Career Outreach Program (SCOUT) mengadakan sesi libat urus antara universiti dan pemain industri, seperti dalam sektor rREL dan GBS). Strategi ini telah menunjukkan hasil yang positif. Bagi tempoh 2020 hingga Jun 2025, sebanyak 952 projek pelaburan baharu telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM40.11 bilion. Pelaburan ini telah mewujudkan 55,848 potensi peluang pekerjaan baharu di negeri ini. Secara kesimpulannya, Kerajaan Negeri Selangor tidak hanya menunggu pelaburan datang, tetapi secara aktif membentuk ekosistem pelaburan. Melalui perancangan jangka panjang seperti RSNS 2035, pembangunan bakat yang disasarkan, serta promosi strategik menerusi platform seperti SIBS, Selangor memastikan bahawa pertumbuhan ekonominya adalah mampan dan inklusif, dengan anak-anak Selangor menjadi penerima manfaat utama dalam landskap industri berteknologi tinggi, sekian terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan masa jam 11:30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk sesi urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 semua peringkat.

Speaker

Baiklah dipersilakan Yang Berhormat Seri Setia untuk menyambung penggulungan.

Terima kasih Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian. Semalam saya hanya sempat landing ke zakat, saya beri peluang sikit lagi kepada sesiapa yang hendak bertanya soal zakat sebab ada Yang Berhormat yang tidak ada semalam, terima kasih.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker.

Speaker

Nak beri kepada siapa? Sungai Ramal ke Batang Kali?

Batang Kali, Batang Kali.

Speaker

Batang Kali.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan semalam cuma dekat sini saya ingin mendapatkan pencerahan sedikitlah daripada Yang Berhormat EXCO. Data yang sebenar yang menunjukkan kadar kemiskinan yang sebenarnya secara realiti di Selangor, sebab jika data atau pun angka yang telah di umumkan semalam oleh Yang Berhormat EXCO, sikit lagi, Yang Berhormat EXCO, kita lihat Lembaga Zakat berjaya, ini Batang Kali ingin memuji Lembaga Zakat Selangor berjaya turun sendiri ke lapangan dan sehingga semalam hampir 10 ribu. Angka ini menunjukkan cara kumulatifnya jumlah kemiskinan yang berada di dalam negeri Selangor semakin meningkat setiap hari dan setiap bulan sehingga ke 31 Ogos 2025. Kadar kenaikan atau pun kadar kemiskinan rakyat miskin di luar boleh diukur hampir 57%. Cuma di sini, semalam saya dalam perbahasan saya ingin penjelasan atau pun bagaimana kaedah yang boleh diguna pakai Kerajaan Negeri bagi mengurangkan rakyat yang miskin di luar sana, itu persoalan saya.

Yang kedua, saya agak kurang bersetuju dengan Yang Berhormat EXCO menyalahkan rakyat dari luar negeri yang datang ke Negeri Selangor, itu adalah punca utama kenaikan golongan

asnaf, fakir dan miskin di dalam negeri Selangor. Sebab kita sendiri kena realiti di luar sana bukan di atas kertas dan saya agak tidak bersetuju juga dengan Yang Berhormat EXCO Kemiskinan yang mana kita menoktahi kemiskinan di atas kertas. Itu kami Pakatan Nasional tidak bersetujulah sebab ini belum masuk dengan data-data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ...

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat sekarang kita belum sampai lagi kepada penggulungan Banting, sekarang ini Seri Setia saja tentang zakat, jadi saya hendak perincikan untuk Yang Berhormat supaya tidak terlalu menjangkau terlalu banyak perkara dalam satu portfolio EXCO.

Ok, apa pun sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana berani menyatakan kebenaran secara realiti di luar sana, rakyat semakin miskin. Itu hakikat dia dan kita tak hendak negeri Selangor menjadi juara dalam melahirkan peningkatan kemiskinan di luar sana semakin meningkat setiap hari dan setiap bulan, terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Tuan Speaker.

Speaker

Hendak minta apa Yang Berhormat Meru? Meru apa?

24.4 sesuatu pertanyaan itu ...

Speaker

24.4

Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dijadikan helah berbahas.

Speaker

Jadi apa yang dijadikan helah Yang Berhormat kena ada sedikit penerangan.

Maknanya Batang Kali itu bukan soalan tapi dia punya, panjang lebar seolah-olah berbahas.

Speaker

Tak apalah kita terima Yang Berhormat dan kita berharap semua Yang Berhormat kita boleh bertanyakan soalan atau pun mencelah dengan persoalan yang lebih jitu dan tepatlah. Yang Berhormat Seri Setia, boleh jawab?

Biar saya jawab Yang Berhormat Batang Kali, terima kasih Yang Berhormat Meru. Saya hendak betulkan point yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Kali. Saya tidak pernah sebut bahawa orang luar yang masuk ke Selangor ini adalah faktor utama menyebabkan peningkatan asnaf di negeri Selangor. Yang saya sebut boleh semak dalam hansard adalah hanya 40% daripada penerimaan asnaf kita adalah yang dilahirkan di Negeri Selangor, itu sahaja semalam yang itu yang pertama. Yang kedua soal kalau kita sebut soal miskin, saya kena jelaskan ini, sebab dalam dunia saya dalam dunia Lembaga Zakat Selangor ini kita gunakan terma yang disebut asnaf. Di dalam asnaf ini dia ada dua sub kategori sebenarnya iaitu golongan fakir dan golongan miskin. Yang fakir ini memang lagi susah, miskin itu miskinlah kan tapi kaedahnya adalah bagaimana kita tetapkan siapa yang fakir, siapa yang miskin berdasarkan satu formula di Lembaga Zakat disebut pendapatan mereka itu adakah lebih atas atau lebih rendah daripada satu tahap yang dipanggil hadkifayah. Yang ini beza daripada kaedah definisi miskin tegar yang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai contohkan itu hanya menetapkan satu angka sebagai contoh, di Negeri Selangor kalau dia di kawasan, bandar miskin didefinisikan sebagai mereka pendapatan kurang daripada RM2,842 tanpa mengambil kira dia ada anak berapa, dia kerja atau tidak, dan dia OKU ke tidak dalam keluarga dan seumpamanya. Tapi hadkifayah dia ini kira beza sikit ya. Kalau kita boleh ubah formula tukar bagaimana pun kita masih lagi memerlukan satu angka pendapatan yang kita kata di bawah angka pendapatan itu, itulah orang miskin, itulah orang fakir, itulah orang susah. Secara ekonominya Yang Berhormat, kalau kita lihat kepada distribution, pendapatan penduduk Negeri Selangor, kita akan dapat satu taburan bell curve kita kata dari segi statistiknya ada bell curve disebutkan. Ada hujung belah kiri itu pendapatan rendah, hujung sebelah kanan itu pendapatan tinggi. Daripada taburan pendapatan tersebutlah kita tentukan siapa yang T20 iaitu teratas 20% daripada yang ada pendapatan tersebut B40, M40. Dan daripada taburan itu juga kita tentukan apakah itu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang sesuai. Kalau Negeri Selangor ini dapat negeri super maju sekali pun, dengan pendapatan PGK itu RM10 ribu, katakan RM10 ribu itu taburan itu naik, setuju. Kalau dia naik sekali pun, 10 ribu itu adalah ada satu garisan yang kita definisikan sebagai garis kemiskinan. Soalnya sekarang bila kita definisikan saya setuju kalau kita perlu buat pelarasan maksudnya kalau di sebelah zakat kita kira miskin itu satu definisi, kalau kita selaras JKM dan sesuai kita perlu sebut benda yang sama. Tapi macam mana pun kita perlu satu garis supaya yang di bawah itu kita kata susah dan perlu kita bantu di atas itu senang tak perlu kita bantu. Jadi ini isu yang ada di sini Yang Berhormat, saya rasa kalau Yang Berhormat jadi Kerajaan pun kena selesai yang ini, kena diperincikan lagi dan saya setuju juga kalau kita tidak hanya melihat kepada itu sebagai satu angka, kita perlu lihat keperluan-keperluan penduduk di kawasan tersebut. Berapa nilai pendapatan yang munasabah dan bermartabat yang boleh supaya dia dapat hidup dengan bermaruah di kawasan dan lokaliti tersebut. Tapi itu beyond tanggungjawab daripada tanggungjawab saya, mungkin perkara itu boleh dibincangkan dengan lebih luas di peringkat Kerajaan Negeri, saya minta Sungai Ramal, sila.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker terima kasih, terima kasih juga kepada Seri Setia yang memberikan penjelasan tentang sumbangan angka-angka yang diberikan oleh Pusat Zakat Selangor. Yang pertama saya tidak aspek sebenarnya Seri Setia akan menjawab banyak perkara ini sebab kemiskinan, tapi dah dijawab oleh Seri Setia mungkin lepas ini Banting akan jawab. Saya bercakap tentang kadar kemiskinan yang cushion Negeri Selangor ini. Sebab kalau melihat jurang yang real di antara kumpulan paling bawah disebut oleh Jabatan Perangkaan D’Dseal. Di D1, di D2, di D3 sampai D10 sangat jauh di Selangor tapi saya kecilkanlah kepada D1 sampai D5 pertengahan, antara pendapatan yang paling bawah dengan pertengahan pun dah sudah jauh dan dibuktikan melalui angka. Saya mengambil angka Lembaga Zakat sebagai contoh, indikator bahawa angka ini menunjukkan bukti betapa Selangor perlu mencari jalan yang serius bagi mengenal pasti punca masalah dan selesaikan. Mungkin tidak boleh selesaikan cara 1% tidak, tapi sekurang-kurang kita boleh membawa satu angka yang lebih baik mengurangkan kadar kemiskinan ini dari semasa ke semasa. Dan kita juga menghargai Lembaga Zakat Selangor kumpulannya daripada atas sampai ke bawah bekerja bersungguh-sungguh sehingga melahirkan data yang sangat-sangat jelas bahawa kita perlu melihat angka ini. Dan saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya melihat dan mengkaji sekiranya boleh melihat mengapa ini terjadi sebab sejak kita ambil alih Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional 2008, sampai hari ini kita berikan berbilion-bilion ringgit untuk bantu rakyat dengan program, dengan kursus, dengan bantuan, kalau kita boleh bercakap fasal memberdayakan wanita sangat banyak. Tapi kadar kemiskinan terus meningkat dengan jelas, saya mencadangkan supaya dibuat satu berikan satu peruntukan untuk buat kajianlah menyeluruh supaya kita dapat selesaikan masalah ini, terima kasih.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang soalan fasal zakat juga, boleh?

Biar saya jawab ini. Jadi terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal atas cadangan tersebut dan sebenarnya cadangan ini telah pun diangkat kepada MAIS, kita sudah sediakan satu dana pun tahun depan. Seri Setia sering mempersoalkan perkara ini kerana kita dah ada data umat Islam sebagaimana yang menjadi asnaf, yang memberi zakat tahun ke tahun. Soalnya pernah ke kita persoalkan, apakah faktor-faktor utama menyebabkan mereka ini menjadi asnaf sebagai contoh. Dan kalau kita dapat profil kan begitu dan kita dapat tahu di lokaliti manakah lebih ramai asnaf dan seumpamanya, dan perkara-perkara ini boleh digunakan untuk kita mengelakkan lagi atau pun mengurangkan keberadaan orang-orang miskin atau pun asnaf di Negeri Selangor. Tapi yang lebih penting di sini adalah apakah juga faktor-faktor yang menyebabkan kumpulan bawahan daripada M40 itu tergelincir menjadi B40 sebagai contoh, itu lebih penting saya rasa, tapi kajian tersebut akan mengambil kira data yang sedia ada dan kita akan membuat kajian untuk melaksanakan dan mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat

tergelincir ini supaya dapat kita kurangkan bilangan asnaf pada masa hadapan. Silakan Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tentang zakat juga tapi bukan kepada fakir miskin atau pun asnaf lebih kepada pembayar zakat. Sungai Panjang ada berbual dengan beberapa pegawai zakat bagaimana untuk kita pengeluar zakat ini dia lebih prihatin untuk mengeluarkan zakat bila ditanya adakah ada enakmen. Dia kata ada yang tak keluar zakat ini kena denda berapa dan sebagainya kita boleh contohi pada zaman Abbashiyah bilamana dia mengenakmen zakat baitulmal itu daripada kosong sampai ada ini. Jadi bila ditanya enakmen itu ada tetapi penguat kuasa bukan pada Lembaga Zakat, jadi mungkin boleh dicadangkan ditambah peruntukan supaya ada penguat kuasa yang pergi kejar mereka tak keluar zakat macam mana LHDN boleh keluar surat sampai tuntutan saman. Maka kita boleh buat sedemikian, ada yang homestay, rumah sewa dan sebagainya mereka tak keluar zakat, pertama. Kedua cadangannya di kaji juga tentang Zakat Maadan yang Sungai Panjang kira rasa di negara kita ini tidak belum lagi sebab kita banyak hasil galian, jadi boleh dimanfaatkan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Zakat Maadan yang kedua itu saya kurang, Zakat Maadan ke sebut tadi, ok tak apa yang itu saya kena teliti kemudian, tidak ada jawapan buat masa ini. Tapi dari segi penguatkuasaan kepada yang tidak membayar zakat saya rasa perkara itu telah pun ada dan kita juga kena ambil maklum bahawa penjana-penjana ekonomi, pekerja-pekerja pembayar zakat di Negeri Selangor ini pun kadang-kadang asalnya itu daripada negeri lain. Dan ada juga yang mempunyai jiwa untuk membantu orang kampung jadi takkanlah kita hendak halang benda-benda macam itu. Walaupun ada fatwa yang jelas supaya zakat yang di jana di Negeri Selangor itu patut diberi di Negeri Selangor. Jadi inilah perkara-perkara yang terkait dengan soal-soal kesedaran dan soal-soal penguatkuasaan yang boleh kita perbaiki di masa hadapan, terima kasih.

Jadi kalau begitu saya hendak terus kepada perkara selanjutnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sementa, Sungai Kandis, Ijok dan juga Batang Kali. Yang Berhormat ada menzahirkan kebimbangan mengenai liputan internet di kawasan. Internet ini Yang Berhormat sekalian dia susah, dia bukan macam hendak buat aduan dekat SISPA, sebab kalau Yang Berhormat kata kawasan saya contohnya di Batang Kali tidak ada internet, jenuh saya hendak cari, jenuh MCMC hendak cari dekat ceruk mana, jalan mana, lubang mana. Oleh sebab itu, kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan pihak MCMC telah pun berjaya menghasilkan satu aplikasi yang disebut MCMC Nexus, boleh download dekat Play Store, Apps Store MCMC Nexus namanya. Bila kita download aplikasi tersebut dia akan terus meminta koordinat di mana pengujian liputan internet itu sedang dibuat kita boleh uji kepantasan internet yang ada di kawasan itu, kekuatan signal yang ada di kawasan itu dan

juga siapa penyelia perkhidmatan yang ada di kawasan tersebut. Data-data ini baiknya daripada MCMC Nexus ini boleh dibuat secara crowdsourcing dengan penduduk di bawah dia akan terus dipanjangkan kepada pihak MCMC sendiri bagi mereka mendapatkan data liputan internet secara lebih tepat dan secara lebih banyak dengan cara crowdsourcing. Jadi saya cadangkan Yang Berhormat sekalian, yang ada duit peruntukan sikit-sikit itu buatlah program cari signal di kawasan Itu yang paling baik sebab itu akan menetapkan lokasi-lokasi yang tertentu dan khusus di mana ada masalah-masalah liputan internet yang ada di Negeri Selangor. Untuk tujuan yang tadi itu MCMC juga telah memberikan komitmen sekiranya ada masalah liputan yang terhasil di paparan mereka, dalam tempoh 48 jam selepas data itu diterima, akan ada pegawai yang pergi ke kawasan untuk membuat pengesahan bahawa kawasan tersebut masih memerlukan liputan internet yang lebih baik. Baik, saya tuju saja terus kepada Yang Berhormat Permatang yang menyuarakan kebimbangan yang sangat, nampaknya mengenai Seksyen 66A, saya suka menyebut di sini bahawa buat masa ini draft Rang Undang-Undang Pengantian Seksyen 66A ini telah dimuktamadkan di peringkat Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor tetapi ia perlu dimukakan kepada Pihak Jabatan Peguam Negara dengan melalui Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum Rang Undang-Undang ini diwartakan. Berita baiknya adalah sasaran Kerajaan Negeri menjangkakan bahawa Seksyen 66A ini adalah diantara Tiga Rang Undang-Undang berkaitan dengan Pemerkasaan Mahkamah Syariah yang akan kita wartakan pada tahun hadapan jadi Insyaa Allah ada cahaya di hujung tunnel tersebut. Saya terus saja kepada isu-isu Masjid. Pertamanya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dengkil. Yang Berhormat Dengkil menzahirkan kebimbangan mengenai keperluan masjid baru di Dengkil. Baik, Yang Berhormat Dengkil berita baiknya adalah dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas 10juta telah diperuntukkan untuk masjid ini dimulakan pembinaannya boleh rujuk pada Buku Anggaran Belanjawan yang ada ni pada mukasurat 239 di mana projek ini telah pun dikenalpasti dan akan berjalan. Insyaa Allah. Yang kedua juga Yang Berhormat Dengkil membangkitkan isu Masjid Kampung Limau Manis yang ni pun cerita dia sama Yang Berhormat sebenarnya proses Penilaian Tender sedang dibuat oleh Pihak Jabatan Kerja Raya dan akan selesai pada pertengahan Disember 2025 dengan anggaran Surat Setuju Terima akan dikeluarkan pada akhir tahun ini. Jadi Insyaa Allah tahun depan kontraktor baru boleh masuk masjid tu boleh siap dan saya harap Yang Berhormat Dengkil jemputlah saya turun, kita sama-sama rasmikan masjid tu kalau siap. Yang ketiga adalah Yang Berhormat Dengkil juga membangkitkan isu keperluan mengenai garis panduan khusus pembinaan masjid di kawasan perumahan yang baru, betul yang Amat Berhormat ya? Keperluan tapak-tapak pembinaan masjid di kawasan tapak perumahan baru adalah ditetapkan berdasarkan garis panduan Pihak Berkuasa Tempatan, namun pihak Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor pada ketika ini sedang menyediakan garis panduan pembinaan dan pendaftaran masjid baru yang boleh digunakan oleh ahli kariah sebagai panduan dalam membuat permohonan pembinaan masjid baru setelah tapak tersebut diwartakan atau diwakaf irsodkan selain daripada cadangan pembinaan masjid tersebut yang

telah disenaraikan sebagai keperluan dalam Rancangan Pembinaan Masjid bagi tempoh 10 tahun yang akan datang jadi insyaAllah perkara-perkara itu sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri. Silakan Yang Amat Berhormat.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Saya nak ucapkan ribuan terima kasihlah atas penjelasan yang amat jelas dan baik. Itu saja.

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Dengkil, terima kasih memberikan feedback yang sangat baik pada Kerajaan Negeri. Baik, saya nak tuju sekarang ini pada isu sekolah-sekolah agama pula. Saya mulakan dengan soalan daripada Yang Berhormat Bukit Melawati menzahirkan isu parkir dan ruang menunggu di Sekolah Agama Assam Jawa, yang saya dengar, saya pernah sampai ke Assam Jawa ni, buat masa ini pihak JAIS akan mempertimbangkan permohonan ini tapi satu kajian keselamatan sedang perlu dibuat dahulu oleh Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor untuk melihat kesesuaian cadangan pembinaan ruang parkir khas ini, jadi akan diteliti oleh pihak JAIS , maklum balas akan kita berikan kemudian. Seterusnya isu sekolah agama juga Yang berhormat Bukit Lanjan walaupun dia bukan seorang Islam, belum lagi, tapi kebimbangan dia jelas keperluan mengenai sebuah Sekolah Rendah Agama Damansara Damai dan Kerajaan Negeri buat ketika ini dengan jelas telah mengenalpasti keperluan ini dalam buku Belanjawan boleh rujuk muka surat 235 telah ada kepala projek dan sebanyak 20 juta telah dikenalpasti di sepanjang Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang kita akan mulakan kerja-kerja tanahnya pada tahun hadapan tapi dana penuh itu mungkin akan turun dalam tempoh 2026 hingga 2030. Seterusnya, Yang Berhormat Morib, Yang Berhormat Morib, sekejap ya Yang Berhormat Morib bertanya mengenai Sekolah Rendah Agama Taman Kemuning Banting, yang ini. Yang Berhormat cerita dia pun sama juga kita telah meluluskan ini dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan dana sebanyak RM20 juta ringgit. Untuk sekolah agama juga yang terakhir di sini adalah saya rasa ini adalah kebimbangan daripada Yang Berhormat Seri Serdang mengenai cadangan penambahbaikan infrastruktur sekolah-sekolah KAFA dan saya rasa ini satu panduan yang saya nak sebut kepada semua kalau dirujuk kepada garis panduan pengurusan sekolah KAFA, yang dikeluarkan oleh Pihak JAKIM tanggungjawab - tanggungjawab pengurusan infrastruktur adalah sebenarnya di bawah tanggungjawab jawatankuasa KAFA peringkat sekolah ataupun yang biasa dipanggil sebagai jemaah pengurusan sekolah. Saya sebut di sini dia ada banyak tanggungjawab tapi dua yang saya nak ketengahkan di sini adalah pertama jemaah pengurusan sekolah ini perlu memastikan keperluan asas dan alat-alat kelengkapan pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan kedua memastikan dan mengawal selia premis supaya memenuhi aspek keselesaan, kesihatan, kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Jadi jemaah pengurusan sekolah inilah yang pertama sekali patut kalau ADUN-ADUN semua menerima sebarang aduan pergi kepada mereka dulu. Mereka yang kena selesaikan lepas itu kalau tak boleh juga

boleh tuju kepada JAIS atau datang kepada saya untuk saya teliti secara lebih mendalam lagi. Jadi Itu sahaja yang telah diambil. Terima kasih.

Yang Berhormat Seri Setia EXCO.

Speaker

Silakan.

Terima kasih Speaker. Saya memahami berkenaan dengan infrastruktur KAFA-KAFA kita dalam Negeri Selangor terutama dalam kawasan DUN Seri Serdang, prosedur dan sebagainya cuma peranan dari Lembaga Jemaah dan sebagainya cuma saya kira dalam Negeri Selangor ini kita memang menitik beratkan soal pendidikan anak-anak dan kita nak pastikan bukan setakat pada silibus sahaja tetapi dalam keadaan infrastruktur mereka dengan keadaan yang baik. Lembaga Jemaah ini kadang-kadang ada yang KAFA-KAFA yang mungkin tidak berapa aktif untuk mencari dana sebagai contoh tapi masa yang sama kita juga sebagai Kerajaan Negeri Selangor perlu memantau keadaan-keadaan KAFA-KAFA kita supaya apa-apa yang berlaku dari bawah pengawalan kita. Kita tak nak lagi peristiwa yang terjadi di Bahrul Ulum itu berulang. Ya, saya fahamkan ibu bapa sudah mengambil tindakan undang-undang kepada pihak JAIS dan juga pihak sekolah jadi saya kira kalau benda ini tidak kita pantau pada sekarang terjadinya Na'udzubillah kita minta simpang tapi kalau terjadi benda sebegini lagi, kita akan ada satu imej kita tidak cantik Yang Berhormat. Yang keduanya ialah kita terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang dan sebagainya. Justeru saya mengharapkan supaya kita mengambil perhatian kepada infrastruktur KAFA-KAFA ini juga walaupun sebenarnya ia bukan tugas sebenar yang diletakkan di bawah Jabatan Agama Islam atau dibawah portfolio Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Jadi untuk perkara ini izinkan mungkin satu cadangan yang boleh kita teliti adalah sedikit reformasi mengenai pemantauan prestasi jawatankuasa KAFA peringkat sekolah atau jemaah pengurusan sekolah ini tadi sebab Naziran masih lagi tertakluk di bawah bidangkuasa Bahagian Pendidikan Islam JAIS. Jadi perlu kita letakkan sedikit KPI dan sebagainya untuk kita perkemaskan dan perhatikan semula namun begitu saya berpandangan sebab isu-isu KAFA ini isu-isu legasi. Ada KAFA yang KAFA Swasta, buat bangunan kemudian akhirnya ada masalah tanah dan sebagainya jadi masalah. Kita ada juga isu-isu KAFA di mana bangunan itu dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sekalipun oleh JAKIM setelah lama uzur dan sebagainya ada masalah untuk kita perbaiki infrastruktur sedia ada.Jadi oleh sebab itu di peringkat Kerajaan Negeri kita merasakan bahawa perlu untuk kita tambah sekolah-sekolah agama betul tapi model yang bakal kita wujudkan adalah model-model lebih banyak SRA ini terkait dengan soalan daripada Yang Berhormat Semenyih saya tertinggal tadi mengenai isu KAFA An-Najah di Kampung Rincing Tengah. Sekolah ini dulu di atas tanah yang konon-kononnya disedekahkan ataupun diberikan oleh pemaju, tiba-tiba pemaju nak

tarik balik kan dia jadi masalah. Pemaju memang dah jamin, dia kata JAIS tolong cari tapak baru. Saya akan buat bangunan baru di situ tapi perbincangan dan rundingan tersebut sedang berjalan, jadi mengambil masa untuk kita selesaikan. Namun begitu di kawasan tersebut Pihak JAIS merasakan ada beberapa buah sekolah baru yang boleh memenuhi keperluan pendidikan di kawasan tersebut iaitu SRA Bandar Rincing, KAFA Integrasi Bandar Rincing, KAFA Integrasi Mustakim Bandar Rincing, dan KAFA Integrasi Al Kawthar Bandar Tasik Kesuma namun begitu pembinaan Sekolah Rendah Agama Rincing Tengah yang kita kenal pasti sebagai jalan penyelesaiannya juga telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-13 telah ada dalam buku Belanjawan Insyaa Allah kita akan mulakan proses pembinaan sekolah ni sesegera mungkin dan saya rasa tak ada masalah di situ bila sekolah tu dah siap tutup KAFA yang macam ni. Kita pindahkan mereka ke Sekolah Rendah Agama. Jadi dengan cara itu Pendidikan Agama, keselamatan anak dan guru-guru dapat kita jamin dengan lebih baik sebagai sebuah Kerajaan. Baik, saya ingin sudahi dengan... ...

Seri Setia, Seri Setia, sikit.

Oh silakan, Sungai Burong.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Kita tahu bahawa Pendidikan Agama antara satu mekanisme yang baiklah untuk menerapkan satu kefahaman keinsafan kepada pelajar yang semakin menganas dewasa inilah. Jadi saya rasa dapatan daripada sahabat-sahabat kami dan semualah bahawa keperluan kepada Sekolah Rendah Agama SRAI dan adik-beradiknya lah di Selangor khususnya pada tempat negeri ataupun di kawasan urban dan semi-urban sangat tinggi permintaannya ada tetapi sekolah terpaksa menolak kerana ketidakmampuan sekolah untuk menerima kapasiti pelajar yang begitu tinggi. Jadi ada tak satu kajian menyeluruh untuk mewujudkan sekolah-sekolah tambahan di Negeri Selangor ini dalam Rancangan Malaysia ke-13 khususnya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Dana untuk tujuan-tujuan yang untuk awal ni telah ada tapi kalau soalannya kajian yang lebih menyeluruh ke hadapan jadi saya nak kaitkan yang ini dengan yang tadi kita sebut soal data pengurusan umat Islam Negeri Selangor dan saya rasa ada Yang Berhormat bangkitkan juga isu-isu kalau kita buat pembangunan yang baru tak bolehkah kita letakkan satu rezab Sekolah Agama yang tu agak sukar Yang Berhormat sekalian sebab kita tak tahu berapa ramai umat Islam akan duduk di situ untuk peringkat awal jadi dari sudut itu kita kena kejar sedikitlah, we have to play catch up sedikit tapi bagaimanapun dengan portfolio sekolah-sekolah agama yang kita ada dengan umur infrastruktur sekolah-sekolah yang kita ada ni saya rasa kita buat satu plan yang sangat baik untuk kita pertama kenal pasti pembaikan-pembaikan yang perlu kita buat, kita boleh beri keutamaan di situ dan juga membuat unjuran-

unjuran yang bersesuaian supaya kawasan-kawasan yang memerlukan sekolah agama keperluan-keperluan mendesak seperti ni dapat diberikan keutamaan jadi perancangan itu memang ada Insyaa Allah. Saya akan sudahi dengan....

Yang Berhormat EXCO. Satu lagi.

Oh sila Batang Kali.

Yang Berhormat EXCO, saya ada membangkitkan atau mencadangkan satu cadangan untuk kerajaan ni, ini kali keempat ya Yang Berhormat EXCO, untuk diberikan satu dana khas setiap tahun kepada keseluruhan semua sekolah-sekolah Agama yang ada dalam negeri Selangor. Mohon pencerahan dan pandangan daripada Yang Berhormat EXCO.

Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali. Saya ingat kita tunggu tahun pilihanraya lah kalau kita nak buat begitu, buat masa ni belum lagi saya ambil maklum terima kasih dan saya pasti Yang Berhormat akan bangkitkan sekali lagi tahun depan tapi tahun pilihanraya Insyaa Allah lah kita kalau ada dana lebih sikit kita akan cuba buat begitu. Baik. Biar saya sudahi dengan satu ungkapan daripada Sayyidina Ali bin Abi Talib daripada kitab Bahar Al-Rajaz شَمَل ً شَتﱠتَفِكي yang bermaksud “Sesungguhnya saudaramu yang sebenar orang yang bersamamu dan إ ِذَا ِ رَو َ يْب ْ مﱠزﻻَ نا َ صَدَعَكsanggup mencederakan dirinya demi kebaikan kamu dan apabila zaman yang penuh kerumitan mempecahbelahkan kamu, saudara kamu itu tadi akan menumpahkan seluruh dirinya untuk menjaga kesatuan kamu.” Demikianlah ucapan penggulungan Seri Setia. Seri Setia mohon menyokong Rang Undang-Undang Belanjawan 2026 ini. Wabillah Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Banting untuk menggulung.

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Salam Sejahtera, Salam Kita Selangor dan Salam Malaysia Madani. Tidak lupa juga dengan kepada para hadirin dan tetamu jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan yang turut bersama kita dalam Dewan yang mulia ini. Saya mulakan dengan serangkap pantun Tuan Speaker,

Padi menguning di hujung bendang (padi ya) Petani tekun menuai hasilnya Ilmu dan tenaga rakyat kita kembangkan Agar kemiskinan lenyap selama-lamanya

Tuan speaker, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan belanjawan 2026 bertemakan Selangor Juara Rakyat Sejahtera yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar. Perbahasan yang berlangsung sepanjang sidang ini jelas menunjukkan komitmen dan kesungguhan setiap Ahli Dewan dalam memastikan belanjawan 2026 benar-benar menepati aspirasi rakyat dan memenuhi keperluan pembangunan negeri. Saya amat menghargai segala pandangan membina, cadangan bernas, teguran yang ikhlas serta sokongan yang diberikan oleh Ahli Dewan daripada pelbagai sudut. Setiap maklum balas yang diberikan sama ada berkaitan kebajikan rakyat, pembangunan sosial, pengukuhan ekonomi, peningkatan kecekapan pentadbiran mahupun kelestarian alam sekitar mencerminkan semangat bersama kita untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang terus maju, inklusif dan sejahtera. Kerajaan Negeri mengambil maklum dengan penuh prihatin setiap isu yang telah dibangkitkan dan saya percaya perbahasan ini bukan sahaja memperkukuhkan dasar sedia tetapi turut membantu menambah baik pelaksanaan program serta inisiatif pada tahun mendatang. Segala input Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian adalah sangat penting dalam memastikan dasar-dasar Kerajaan terus relevan, berkesan dan berpaksikan kepada kehendak rakyat.

Tuan Speaker, penggulungan saya hari ini adalah manifestasi kepada tekad Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan semua Ahli Dewan tanpa mengira latar belakang politik demi memastikan pembangunan negeri Selangor terus bersama, berada pada landasan yang kukuh, mampan dan progresif. Sesungguhnya, kejayaan negeri ini adalah hasil usaha kolektif kita semua iaitu Ahli Dewan Negeri, penjawat-penjawat awam serta seluruh rakyat yang kita sentiasa mengutamakan. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Taman Medan, Yang Berhormat Kota Kemuning, Yang Berhormat Sentosa, Yang Berhormat Permatang dan Yang Berhormat Gombak Setia yang telah menarik perhatian saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dalam penggulungan saya.

Tuan Speaker, merujuk kepada Yang Berhormat Hulu Kelang berkenaan Selangor tidak mempunyai program pembasmian kemiskinan yang berkesan adalah tidak tepat. Selangor mempunyai lebih 46 program menyeluruh di bawah inisiatif Iltizam Selangor Penyayang yang merangkumi pelbagai bentuk bantuan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Majoriti program ISP ini memberi fokus khusus kepada keluarga B40, warga emas, OKU, wanita, ibu tunggal, belia berpendapatan rendah serta golongan yang memerlukan sokongan berterusan.

Program-program ini bukan sahaja menyediakan bantuan kewangan, tetapi turut merangkumi peningkatan pendapatan, sokongan kesihatan, bantuan pendidikan, pengukuhan jaringan sosial, pembiayaan keusahawanan, perumahan dan program pembangunan insan. Pendekatan menyeluruh ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada

rakyat Selangor yang tercicir daripada akses bantuan seterusnya memperkukuh usaha pembasmi kemiskinan serta mampan. Ini bukti kukuh bahawa pembasmian kemiskinan adalah antara agenda utama Kerajaan Negeri dan dilaksanakan dengan data yang serta keberkesanan. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang, atas ucapan tahniah berhubung dengan penambahan peruntukan Jom Shopping Perayaan. Sebelum ini, peruntukan yang disalurkan berjumlah RM12....

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Yang Berhormat Banting. Sikit.

Timbalan Speaker

Ya. Silakan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya rasa Yang Berhormat, sebahagian besar ucapan daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri terutama dari pihak ‘kami’, Kita tidak mempersoalkan tentang ada atau tidak program, tetapi persoalan yang lebih besar adalah garis kemiskinan yang kita ambil. Kerana kita tahu Selangor ini terbahagi dua (2)..tiga (3) lah. Kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Dan kalau Yang Berhormat ikuti ucapan saya tempoh hari saya tunjukkan bahawa, bahkan Bank Negara sendiri memberi kan pandangan bahawa kalau tinggal di bandar raya seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Subang dan sebagainya garis yang harus kita ambil itu adalah RM6,500 dan ke bawah, bukannya RM2,900 seperti garis kemiskinan yang diletakkan oleh data Kerajaan Negeri. Kerana kalau kita ambil RM6,500 sebagai contoh barulah kita sebenarnya akan menjurus program kita ke arah yang dapat menyelesaikan masalah ini. Masalah kita di Selangor sekarang, kita berada dalam comfort zone sebagai pentadbir. Kita merasakan kemiskinan dah selesai di Selangor. Hakikatnya realiti di luar rakyat masih tertekan sebab itu saya mencadangkan indeks baharu dibentuk. Selangor boleh mulakan. Kalau Selangor nak jadi ‘Juara’ inilah cara nya. Kerana kita tahu isu kemiskinan bandar yang ada di Petaling Jaya, di Shah Alam dan Subang dan kawasan Ampang, Gombak sebagainya isu ini tidak sama dengan negeri-negeri lain. Jangan banding diri kita dengan Kelantan, banding dengan Terengganu, banding dengan Kedah sebab negeri ‘sana’ lain. Kita di Selangor kalau kita nak jadi ‘Juara’ kita selesaikan isu ini. Kalau belah ‘sana’ tak mampu selesaikan tidak mengapa. Pilih kami dalam pilihan raya akan datang. Kami akan bantu selesaikan masalah itu untuk...

Tidak apa. Cadangan itu diambil kira. Saya akan meneliti perkara itu dan kita akan maklum kemudian. Betul saya setuju memang PGK di peringkat negeri Selangor iaitu...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Banting setuju untuk tukar Kerajaan.

Tak. Saya ambil maklum, saya ambil maklum. Sabar Taman Medan, saya ambil maklum. Cuma apa yang boleh saya katakan...

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker. Minta maaf Yang Berhormat EXCO. Saya minta petua daripada Yang Berhormat Speaker, pasal sekarang ini waktu..

Tak apa tak apa boleh boleh

Waktu Yang Berhormat EXCO buat penggulungan kan. Saya kira fokus kita pada penggulungan Yang Berhormat EXCO lah. Kalau nak tanya pasal nak ‘tukar kerajaan’ nak ‘pilih siapa’ ini, alah sudahlah nanti lah dulu bagilah EXCO..baru mula EXCO baru tak sampai 5 minit gulung.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

... tengah fokus.

...bagi masa dekat dia bagi dia bentang dulu esok nak tanya tanyalah...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...kami bincang fasal rakyat miskin, bukan bincang fasal padang golf

penggulungan.. bagi masa untuk dia gulung.. bagi masa untuk dia gulung..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...bukan nak bincang fasal seri sedang nak buat padang golf.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Yang Berhormat duduk.

Speaker buat petua.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...kami bincang fasal rakyat miskin yang seri serdang marah kenapa..

Timbalan Speaker

Taman Medan, sorry!

Saya minta speaker buat petua.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...pasal rakyat mskin dia marah

Timbalan Speaker

Taman Medan, tak apa

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...bincang fasal padang golf..main golf boleh

Saya minta Speaker buat petua bukan Taman Medan buat petua..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...mana logiknya ni?

Speaker buat petua..bagi ruang pada EXCO untuk penggulungan dia. Kalau macam ni seminggu tak habis Tuan Speaker

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Seri Serdang.. Seri Serdang..

(microfon ditutup)

Saya sambung ya.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

EXCO pun terima kasih kat saya.

Tak apa tak apa.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Seri Serdang nak marah fasal apa?.

Timbalan Speaker

Taman medan duduk duduk. Taman Medan! Taman Medan!

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...kami nak bincang fasal rakyat miskin.

Kami minta diberi floor luas kepada EXCO buat penggulungan tak payahlah cerita fasal

(mikrofon ditutup)

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sekarang kami nak bincang fasal orang miskin ya.

Ok, terima kasih. Terima kasih ok.

Timbalan Speaker

Petua daripada saya, saya bagi ruang kepada Yang Berhormat EXCO untuk memberi ruang atau tidak kepada Taman Medan. Baik, silakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang atas ucapan tahniah berhubung tambahan peruntukan Jom Shopping Perayaan. Sebelum ini peruntukan yang disalurkan berjumlah RM16.48 juta dan kini telah ditingkat kan kepada RM18.48 juta. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak kami telah berjaya menambahkan sebanyak RM2 juta khususnya bagi tujuan penambahan voucher Jom Shopping Perayaan bagi memberi lebih manfaat kepada golongan B40 serta meringankan kos persiapan perayaan mereka. Jom Shopping Perayaan di Selangor bukan sahaja inisiatif prihatin oleh Kerajaan Negeri yang memberi bantuan langsung kepada golongan B40 khususnya dalam menghadapi musim perayaan malah menjadi program yang sangat popular menjelang perayaan di Selangor. Ramai dalam kalangan keluarga B40 tidak berpeluang untuk membelanja lebih atau membeli kelengkapan baharu sempena perayaan akibat kekangan kewangan. Melalui program ini, pemberian voucher membeli belah membantu mereka mendapatkan barangan keperluan asas dan sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan. Secara tidak langsung inisiatif ini bukan sahaja membantu penerima membuat persiapan perayaan dengan lebih selesa malah turut membawa sinar kegembiraan kepada keluarga yang sebelum ini terpaksa berjimat dan menyambut perayaan yang bermakna kepada mereka. Penambahan ini juga adalah hasil keprihatinan YAB Dato’ Menteri Besar yang sentiasa mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat dan memastikan bantuan dapat diperluaskan serta sampai kepada golongan yang memerlukan. Saya sedar bahawa pihak kami sebelum ini menghadapi masalah kekangan dan tidak dapat menunaikan permohonan ADUN-ADUN, Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menambah voucher setiap kali perayaan tiba. Oleh itu saya berharap dengan penambahan peruntukan ini, kita dapat menunaikan lebih banyak permohonan menjangkaui lebih ramai penerima yang memerlukan dan memastikan bantuan ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat dengan lebih adil dan saksama. Penambahan ini juga menunjukkan Kerajaan Negeri berkomited untuk memastikan setiap peruntukan digunakan secara tulus, berkesan dan tepat pada sasaran. Bagi masa hadapan kami akan terus mencuba yang terbaik untuk menambahkan peruntukan dan memperluas lagi manfaat program ini. Selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan Yang Berhormat.

Sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.A.B Menteri Besar atas kepimpinan yang berwawasan serta membentangkan belanjawan yang begitu komprehensif dan penuh keprihatinan serta sokongan berterusan dalam memastikan kesejahteraan rakyat. Semoga usaha ini dapat terus memberi impak positif dan menjadi contoh kerjasama berkesan demi rakyat terutamanya menjelang musim perayaan yang bakal

kita raikan. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Taman Medan berkenaan Paras Garis Kemiskinan. Untuk makluman Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri, garis kemiskinan negeri Selangor ditentukan melalui pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap keluarga dan garis kemiskinan ini ditentukan oleh Paras Garis Kemiskinan (PGK). PGK tahun 2022 yang digunakan kini adalah mengikut kategori Miskin dan Miskin Tegar serta mengikut status Bandar dan Luar Bandar. PGK Miskin Di Bandar adalah RM2,848.00 manakala bagi kategori Miskin Di Luar Bandar RM2,421.00 PGK Miskin Tegar Di Bandar pula adalah RM1,274.00 dan bagi kategori Miskin Tegar Di Luar Bandar adalah sebanyak RM1,262.00 Sistem e-Kasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional yang telah dibangunkan dan diguna pakai oleh kerajaan bermula tahun 2008 untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan selain mengintegrasikan data dan maklumat isi rumah di bawah pendapatan garis kemiskinan. Data Ketua Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar disiasat dan dikumpul melalui pendaftaran Ketua Isi Rumah dan bancian akan dijalankan oleh pembanci yang dilantik oleh ICU Selangor yang ditetapkan di setiap daerah dan kemudian data ini akan dikemas kini dalam sistem e-Kasih. Data e-Kasih ini dijadikan rujukan oleh semua agensi pemberi bantuan persekutuan dan juga negeri bagi menyalurkan bantuan program-program pembasmian kemiskinan dan juga dalam usaha-usaha pembasmian kemiskinan.

Menoktahkan Miskin Tegar adalah satu tugas yang berat dan usaha secara berterusan perlu dilakukan dengan kerjasama semua pihak iaitu jabatan dan agensi pemberi bantuan. Untuk makluman Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri, data terkini sehingga 31 Oktober 2025 Miskin Tegar dalam data e-Kasih adalah sifar. Ini adalah satu kejayaan yang cukup besar. Untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan, data paling relevan dan sahih bagi mengenal pasti golongan Miskin dan Miskin Tegar di negeri Selangor adalah melalui sistem e-Kasih. Hal ini kerana setiap Ketua Isi Rumah yang berdaftar dalam e-Kasih mempunyai maklumat lengkap terperinci dan terkini termasuk butiran pengenalan diri, bilangan tanggungan, alamat tempat tinggal serta maklumat yang dihubungi. Dengan kewujudan maklumat yang lengkap ini, agensi-agensi bantuan di peringkat persekutuan dan negeri dapat mengenal pasti Ketua Isi Rumah yang benar-benar layak dan tepat seterusnya memudahkan proses penyaluran bantuan seperti bantuan kewangan, program peningkatan pendapatan, intervensi sosial dan bantuan keperluan asas. Kemudahan data lengkap e-Kasih ini juga memastikan tiada Ketua Isi Rumah tercicir. Mengelakkan pertindihan bantuan antara agensi dan membolehkan pendekatan yang lebih bersasar serta berkesan dalam usaha mengeluarkan ketua isi rumah daripada kepompong miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, e-Kasih menjadi asas penting kepada penyelarasan program pembasmian kemiskinan secara menyeluruh dan komprehensif di negeri Selangor. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama rapat dengan ICU Selangor. Dalam usaha pembasmian kemiskinan pendapatan paras garis kemiskinan PGK serta pengesahan status miskin dan miskin tegar di negeri ini adalah berasaskan data rasmi yang disahkan oleh ICU Selangor. Segala perancangan pelaksanaan dan pemantauan program pembasmian kemiskinan di Selangor menggunakan data

berintegriti dan berdedikasi sebagai rujukan tunggal memastikan bahawa setiap intervensi adalah tepat, berasaskan dan memberi manfaat kepada ketua isi rumah yang benar-benar memerlukan. ICU Selangor sentiasa bekerjasama rapat dan melakukan semakan silang cross check, dengan izin, dengan jabatan-jabatan serta agensi kerajaan termasuk Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan maklumat dan data kemiskinan yang digunakan adalah berkomprehensif, terkini dan tepat. Kerjasama bersepadu ini penting untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Untuk maklumat Yang Berhormat, tiada istilah pendapatan celup digunakan dalam mana-mana dokumen rasmi kerajaan atau agensi perangkaan. Namun begitu Kerajaan Negeri Selangor memandang serious isu pendapatan tidak tetap dan tidak stabil yang dialami oleh sebahagian keluarga miskin di bandar. Dalam hal kini keluarga miskin bandar tidak pernah diketepikan malah setiap, malah sentiasa diberi perhatian melalui pelbagai bantuan dan intervensi di bawah program-program negeri Selangor secara konsisten menyalurkan sokongan yang diperlukan bagi memastikan isi rumah berpendapatan rendah di kawasan bandar terus mendapat perlindungan sosial yang sewajarnya. Cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Taman Medan berkaitan kadar sewa rumah dan premis perniagaan di kawasan bandar adalah satu pandangan yang bernas dan relevan. Ha, ini kredit ya, pergi kepada Taman Medan. Ok, saranan tersebut akan dijadikan rujukan serta panduan penting dalam perancangan program dan inisiatif pembangunan bandar dan pada masa hadapan khususnya dalam usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk dan menyokong kelangsungan ekonomi setempat. Tuan Speaker, saya juga merakamkan...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Yang Berhormat Banting, saya ucapkan terima kasih..

Speaker

Yang Banting Banting bagi laluan?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Banting dengan saya baik.

Speaker

Kalau Banting, siap, siap. Kalau Banting bagi laluan, Banting duduk dulu, kalau dah habis kang, Banting bangun.

Tapi lari, lari kepada point la.

Speaker

Jadi saya tahu siapa.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Baik-baik.

Speaker

Jadi saya tahu bila Banting dah, akan masa berhenti.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih YB Banting. Saya ikuti perbahasan ini dengan cermat kerana saya nak mendengar dan saya terima kasih kerana Banting ambil maklum tentang apa yang kita bangkitkan. Kita tidak mempersoalkan tentang data e-Kasih, bahkan kita tidak mempersoalkan garis kemiskinan yang diletakkan PGK iaitu 2800 dan 1200 tadi dan 2400 di luar bandar. Cumanya yang kita bangkitkan atau highlight dalam Dewan ini adalah tentang isu realiti di luar, yang mana sebahagian besar daripada keluarga-keluarga ini daripada penduduk terutamanya di bandar, mereka ni senang tergelincir, maknanya dari segi pendapatan apabila berlaku saja sikit musibah contohnya sakit dan sebagainya, dia terus akan jatuh miskin kerana kos-kos yang lain itu. Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Banting ambil perhatian tentang perkara ini cuma saya nak mintak Yang Berhormat Banting kalau boleh, dalam ucapan saya, saya mencadangkan diwujudkan satu indeks untuk Selangor kerana dapatan yang saya sebut-sebut tadi tu semua adalah hasil kajian, betul memang dalam dokumen rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat tak ada dan sebagainya tetapi itu adalah hasil kajian lapangan ahli-ahli akademik dari USM, UKM, laporan Bank Negara, Yayasan Hasanah dan sebagainya. Kerana bila kita tengok property indeks di kawasan bandar ini, dia sedikit berbeza cabaran dia dengan kawasan lain. Sebab itu Bank Negara menggariskan RM6,500.00 sebagai pendapatan yang, isi rumah yang bermaruah untuk tinggal di kawasan bandar. Jadi saya nak cadangkan kalau YB Banting boleh pertimbangkan untuk tahun hadapan, untuk mulakan kajian untuk mewujudkan Selangor Urban Hardship Index, bahasa Melayu dia saya tidak dapat lagilah. Tetapi Selangor Urban Hardship Indeks, makna kepayahan dan kesusahan tinggal di kawasan bandar di Selangor ini. Kerana dengan index ini Yang Berhormat Banting boleh masukkan faktor-faktor lain bukan hanya soal pendapatan tetapi dari segi kos sewa rumah, akses makanan, kos pendidikan, kos pengangkutan, kerana itu saya rasa akan lebih memberi pandangan yang menyeluruh kepada bagaimana status sebenarnya rakyat negeri Selangor terutamanya yang di kawasan bandar. Kerana kalau Yang Berhormat Banting mulakan sekarang, saya percaya 5 tahun, 10 tahun ke hadapan kita akan dapat formula bagaimana untuk selesaikan masalah ini. Kerana Yang Berhormat, masalah ini telah menjadi kitaran yang saya tengok akan terus berulang dari generasi ke generasi. Terima kasih Yang Berhormat.

Okay, alright, terima kasih ataupun cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Medan tadi saya tidak nafikan kehidupan makin lama makin mencabar especially di kawasan bandar, saya tidak nafikan, cuma apabila kita ada laporan CTC e-Kasih ini, yang dokumen rasmi daripada ICU ni kita sedang, apa tu, apabila pejabat saya menilai perkara ini, betul, saya setuju, PGK yang digariskan di kawasan bandar untuk miskin tegar dan miskin tu adalah satu angka yang terlalu berkurang, saya setuju, dan mungkin saya perlu adakan pelbagai mesyuarat dengan pelbagai jabatan untuk mengkaji semula apa yang telah diutarakan oleh Taman Medan tadi. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi ya.

Saya ingin merakamkan perhargaan kepada Yang Berhormat Kota Kemuning atas pandangan yang konsaktif berkaitan dengan penambahbaikan program I-Seed bagi komuniti India di golongan dan golongan B40. Saya setuju bahawa komuniti India bukan sahaja memerlukan bantuan bersifat sementara tapi memerlukan peluang jangka panjang untuk membina masa depan yang lebih stabil dan bermaruah. Cadangan seperti modal permulaan perniagaan, program inkubator, latihan, latihan digital dan mentoring profesional adalah amat relevan. Inkubator, saya dah google, bermaksud dia adalah lebih kepada apa itu penternakan. It’s very good affect thank you ya. Untuk makluman dewan, komponen latihan dan pembangunan kemahiran I-Seed dirancang untuk dilaksanakan bermula tahun 2026, bagi memastikan peserta benar-benar bersedia untuk memasuki dunia keusahawanan dan pasaran kerja. Berhubung dengan cadangan program inkubutor dan latihan professional, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan mempertimbangkan elemen-eleman ini sebagai penambahbaikan berterusan berdasarkan kemampuan fiskal keberkesanan pelaksanaan dan keperluan komuniti. Menyentuh cadangan meningkatkan I-Seed kepada skim bernilai RM10 juta, Kerajaan Negeri menyambut baik semangat cadangan tersebut. Bagaimanapun ia melibatkan implikasi kewangan yang besar dan banyak faktor perlu di pertimbangkan sebelum sebarang keputusan dibuat. Namun Kerajaan Negeri komited untuk menambah baik program ini secara berperingkat dari tahun ke tahun. Dalam aspek modal permulaan perniagaan, Kerajaan Negeri perlu berhati-hati bagi mengelakkan potensi penyalahgunaan. Sebagai alternatif peserta boleh turut memanfaatkan pinjaman yang disediakan oleh Tekun, AIM dan Hijrah Selangor yang bersifat bertanggungjawab dan beretika sebagai instrument sokongan kewangan yang dapat membimbing mereka menggunakan dana dengan bijak. Kerajaan Negeri kekal komited menambahbaik I-Seed bukan sahaja sebagai skim bantuan tetapi sebagai platform pembangunan ekonomi dan mobaliti sosial yang mampu memecahkan rantaian kemiskinan komuniti India di negeri yang tercinta ini.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat EXCO, boleh saya tanya, celah. Yang Berhormat EXCO, saya berterima kasih kerana Yang Berhormat EXCO telah bersetuju melebarkan skop I-Seed. Setakat sekarang, apa yang saya lihat adalah kita memberikan geran atau pun membelikan barang kepada masyarakat supaya mereka boleh mereka boleh menjalankan suatu perniagaan. Tetapi apa yang saya lihat tidak mempunyai, terdapat gap iaitu dari segi promosi dan dari segi cara mana mereka boleh membaiki ataupun mempertingkatkan perniagaan mereka. They do not have, dengan izin, proper guidance berkenaan bagaimaan meraka boleh membesarkan ataupun mempertingkatkan perniagaan mereka. So, apakah tindakan yang boleh diambil oleh Yang Berhormat EXCO untuk menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam perniagaan.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning, memang satu corak ataupun cadangan yang baik. Cuma untuk menggalakkan

ataupun mempromosikan perniagaan-perniagaan mereka itu adalah dilebih kepada di lapangan melalui facebook saya dan juga kita menggunakan KK dan juga ahli-ahli majlis kawasan untuk memperluaskan perniagaan mereka. Dalam masa tu, saya juga bercadang pada hari Sabtu akan datang, kita adakan karnival I-Seed dan juga blue print di Pantai Morib untuk kita menguar-uarkan satu Selangor bahawa apakah kejayaan yang telah dicapai oleh penerima bantuan ini. Dan ia akan memberi satu promosi yang besar di kalangan masyarakat di mana Kerajaan Negeri turut menyemarak diri untuk membantu masyarakat yang di kalangan B40 ni. Bagaimana kita boleh mempertingkatkan usaha mereka untuk mencapai pasaran mereka di peringkat luar daerah dan dalam negeri dan luar negeri dan juga peringkat antarabangsa. Sebab tu karnival ini amat penting dan julung-julung kali pertama saya menganjurkan karnival ni untuk mempromosikan barangan dan juga program-program I-Seed dan juga blue print. Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat ya.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sentosa atas perbahasan yang membangkitkan program baucar perayaan. Khususnya program ‘Jom Shopping’ yang dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor. Saya amat bersetuju dengan pandangan YB bahawa program-program ini memberikan kesan langsung kepada rakyat terutamanya golongan yang memerlukan. Jesteru, pengagihan bantuan ini haruslah dilaksanakan dengan lebih tepat sasaran supaya manfaatnya sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Kerana mereka ini everytime, sorry, dengan izin, setiap tahun mereka memohon, orang yang sama, kita memberikan kepada orang yang sama. Saya rasa perkara ini patut di, apa tu, dinilai balik, adakah patut kita memberi orang kenalan kita ataupun kita memberi voucher ni kepada mereka-mereka ni, yang betul-betul memerlukan bantuan, kadang-kadang single mother, dengan izin, single mother, ibu tunggal ataupun keluarga yang mempunyai anak yang ramai dan sebagainya. Dan kita kalau memperluaskan program ini saya rasa rakyat negeri kita akan apa tu, menyintai lagi kita, ya. Kerajaan Negeri amat menitik beratkan prinsip.

Speaker

Yang Berhormat EXCO, ada yang bangun.

Sila Yang Berhormat Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan berkenaan dengan voucher dan jugak diucapkan tahniah. Sorry?

Belum habis lagi.

Belum habis lagi? Okay, silakan habis dulu.

Terima kasih YB Sentosa, saya complete dulu, then, saya bagi ruang. Memang saya akan bagi ruang. Dont worries. Kerajaan Negeri amat menitik beratkan prinsip ketelusan dan keadilan dalam mengagih, pengagihan bantuan ini. Oleh itu, tanggungjawab utama dalam memastikan keberkesanan pengagihan ini terletak pada Pejabat PKM ADUN dan penyelaras DUN masing-masing. Mereka diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tugas ini secara telus, adil dan bertanggungjawab. Dalam laksanakan tanggungjawab ini, PKM dan ADUN serta penyelaras boleh mendapatkan maklumat dan sokongan daripada Ketua Kampung, Ketua Komuniti Kaum India serta Ahli-Ahli Majlis Kawasan. Kerjasama ini penting bagi mengekal, mengenal pasti dan mengesahkan penerima yang paling layak agar bantuan yang disalurkan bukan sekadar memenuhi kuota tetapi benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Jom Shopping merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri yang amat relevan dan berkesan. Kerana ini bukan sahaja membantu meringankan beban keluarga B40 menjelang musim perayaan malah memberi ruang kepada mereka yang, untuk membeli keperluan asas dengan lebih selesa dan bermaruah. Sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa bagi musim perayaan Deepavali baru-baru ini, kawasan Sentosa mencatat jumlah pengagihan voucher shopping yang paling tertinggi dalam sejarah. Hal ini kerana kita sedar bahawa kawasan tersebut mempunyai bilangan penduduk kaum India yang paling ramai dan keperluan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya. Selain itu program-program ini juga memerlukan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri dan membina kerjasama sosial dan inklusif dengan ADUN, sokongan ADUN-ADUN, PKM dan penyelarasan DUN serta kerjasama komuniti setempat, saya yakin setiap bantuan dapat disalurkan dengan lebih tepat dan memberi impak yang sebenar kepada rakyat. Ya, Yang Berhormat Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO dan jugak saya ucapkan tahniah atas tahun 2026 akan ditambahkan bajet untuk voucher dan sebagainya. Tapi Sentosa nak maklumkan, penduduk di Sentosa, populasinya 90,000 orang. Masyarakat India anggaran 40%. Yang Berhormat EXCO telah buat TikTok dan menyatakan bahawa Sentosa terima paling tinggi. Hanya 700. Tahun lalu 600. Tahun ini diberikan 100 tambahan. Masalah yang dihadapi ialah, di antara 40% dari populasi, population setakat 90,000. Kita tau la. 700 ini tak cukup. Tapi kalau boleh, ya. Pandamaran cakap 500 sahaja. Mungkin tahun depan kita perlu tengok balik mengikut populasi DUN masing-masing. Kalau Sentosa ada banyak orang India, mungin perlu tambahankan. Mungkin 1,500 ke, 2,000 ke. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Sentosa. Memang apa yang saya telah uar-uarkan dalam TikTok saya adalah satu kejayaan. Di mana tidak pernah ADUN di Selangor menerima baucer sebanyak 700 ini dalam sejarah. Saya rasa gembira juga la. Saya rasa gembira juga. Sebab tu saya buat. Cuma saya juga

mengambil maklum apa yang, Yang Berhormat Sentosa membangkitkan tadi. Jumlah baucer yang kita telah agihan kepada DUN Sentosa memang tak cukup. Saya setuju. Mungkin pada masa akan datang saya akan meneliti perkara ini. Dengan penambahan sebanyak 2 juta ringgit. Oleh Kerajaan Negeri. Jadi kita akan membuat penilaian semula dan bagaimana kita boleh mengaihkan baucar itu lebih adil pada musim perayaan masing-masing seperti kepada Yang Berhormat yang lain. Mereka pun ada minta pada musim perayaan Tahun Baru Cina dan juga Hari Raya Aidilfitri. Jadi saya akan menilai balik. Saya tidak akan memberi sebulat macam yang telah diberikan pada tahun-tahun lalu. Tahun kan buat kiraan balik. Saya akan sediakan sedikit kuota tambahan supaya sesiapa yang memohon bantuan tambahan itu, saya akan menilai dan saya akan menyelesaikan dan meluluskan. Terima kasih.

Seterusnya, dalam isu pendidikan masyarakat India, yang telah dicadangkan agar Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah yang terhad kepada pelajar SJKT diperluas kepada pelajar komuniti B40 di sekolah kebangsaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Subsidi Tambang Bas Sekolah pada tahun 2013. Yang pada awalnya terhad kepada anak-anak pekerja ladang sahaja. Memang dulu, memang dulu memang program ini telah diwujudkan oleh mantan EXCO Yang Berhormat Kota Kemuning adalah untuk membantu anak-anak pekerja ladang. Kita, sebab tu Yang Berhormat Permatang sentiasa tanya saya bagaimana kita boleh membantu anak-anak pekerja ladang. Walaupun mereka pergi sekolah SJKT, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah lain. Jadi, cuma formula yang ada digunapakai pada masa kini adalah, hanya untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sahaja. Tapi perkara ini saya ambil maklum dan saya akan memberi ulasan yang lebih tepat, kemudian. Namun program ini telah diperluas kepada semua murid SJKT komuniti India dalam kalangan B40 bermula tahun 2022. Justeru perbelanjaan bagi program ini telah meningkat dengan agak tinggi atau significant dengan perluasan ini. Saya amat berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang telah menyokong perluasan program tambang bas dengan memperuntukan sejumlah besar peruntukan dalam tempoh 4 tahun. Jangan lepas. Bagi tahun 2026, peruntukan Inisiatif Pembangunan Pendidikan Masyarakat India dinaikkan kepada 2.7 juta.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Mohon mencelah?

Speaker

Yes. Sila.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil maklum berkenaan kenaikan peruntukan tambang bas itu. Dan tujuan, untuk pengetahuan ahli Dewan, tujuan saya untuk memberi cadangan untuk agar penambahbaikan, pemulihan program ini kepada sekolah menengah dan juga sekolah menengah kebangsaan dan sekolah rendah kebangsaan adalah kerana, kalau kita lihat di kawasan saya sendiri, di

estate-estate, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memang ada, hampir di semua estate. Jadi anak-anak estate di kawasan saya, banyaknya di kawasan pedalaman. Mereka tiada masalah untuk ke sekolah rendah kerana mereka boleh berjalan kaki. Jadi mereka tidak memerlukan bantuan bas sekolah ini tadi. Tetapi masalah timbul apabila mereka hendak ke sekolah menengah, Yang Berhormat, sekolah menengah terletak lebih jauh dari estate-estate ini tadi. Jadi sekali lagi saya memohon dan meminta perhatian Dewan agar program sebaik ini, rugi seandainya kita tidak extend kepada sekolah menengah, pelajar-pelajar sekolah menengah tadi. Itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang ini program yang cukup baik dan sangat popular. Saya tidak nafikan, cuma untuk tambahkan skop atau pun memperluaskan skop ini kepada sekolah menengah itu satu cadangan yang sangat baik tapi bagi pejabat saya atau pun Kerajaan Negeri untuk meneliti bagaimana mekanisme boleh digunapakai supaya tidak berlaku misused kepada yang dinamakan tadi. Sekian, terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, selain daripada Program Tambang Bas Sekolah, bantuan yuran pengajian yang di bawah selian Jawatankuasa Tetap dan saya, terdapat pelbagai lagi program kebajikan dan pendidikan disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat termasuk golongan komuniti India. Antara program-program tersebut ialah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor iaitu BINGKAS. Program Tuisyen Rakyat Selangor, Hadiah Pengajian IPT, Program Keusahawaan dan pelbagai inisiatif lain. Di bawah saya, lagi ada satu program di mana bantuan yuran pengajian tinggi untuk pelajar-pelajar yang menjalankan pendidikan mereka di peringkat universiti dan di peringkat Diploma. Diploma kita memberi bantuan one off iaitu RM2000 dan kepada pelajar-pelajar universiti, kita akan memberi bantuan sebanyak RM3,000.00 one off tapi untuk keluarga B40 dan untuk penggal, untuk tahun pertama dan kedua sahaja. Dalam once and for all. Sekali sahaja pelajar-pelajar ini. Kepada golongan kaum India sahaja. Sehubungan dengan itu saya menyeru Yang Berhormat, sekalian untuk terus menyebar luas maklumat berkenaan. Semua program Kerajaan Negeri dibawah Iltizam Selangor Penyayang agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Kerajaan Negeri sentiasa komited menambahkan pengurusan dan perlaksanaan dasar agar memberi impak yang baik dan tinggi terhadap kemajuan sosio ekonomi dan kesejateraan rakyat di negeri Selangor. Justeru, kepimpinan negeri sentiasa menyambut baik sebarang cadangan yang baik dan impact full, dengan izin. Sama ada ia dari pihak kawan mau pun pihak lawan. Kita menyambut baik semua itu, ya.

Izinkan saya memberikan penjelasan tambahan berhubung dengan isu keselamatan sosial pekerja GIG yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak Setia. Walaupun Gombak Setia tak ada di sini, Yang Berhormat Speaker, saya minta sebab ianya satu informasi.

Speaker

Nak terus jawab Gombak Setia ataupun boleh skip.

Boleh saya memberikan jawapan secara bertulis? Saya maklum, Tuan Speaker.

Yang seterusnya adalah saya amat berterima kasih dan menghargai atas keperihatianan Yang Berhormat Dengkil terhadap isu masyarakat Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited dan bekerjsama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor (JAKOA) dalam memastikan nasib masyarakat Orang Asli terbela sentiasa terbela. Untuk makluman Yang Berhormat Dengkil, beberapa sesi perbincangan dan libat urus telah diadakan oleh pihak Perbadangan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), JAKOA dan penduduk kampung Orang Asli Bukit Baja, daerah Sepang sejak tahun 2005 hingga 2025, bagi mencari jalan menyelesaikan dalam aspek pampasan dan penempatan semula yang bersesuaian serta munasabah kepada penduduk yang terlibat. Sehubungan dengan itu, semasa sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke 15 pada 9/7/2024 Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor telah maklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mewartakan kawasan Kampung Orang Asli Bukit Baja seluas 180 ekar iaitu 72.8 hektar berstatus tanah Kerajaan Negeri sebagai Rezab Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 56 ketua isi rumah terlibat dalam pembangunan oleh PKNS dan juga di Kampung Orang Asli Bukit Baja, Sepang, tersebut. Sebagai langkah penyelesaian dan tuntutan yang dikemukakan oleh Batin, Ketua Kampung Orang Asli Bukit Baja pihak PKNS telah menawarkan cadangan pembangunan penempatan semula kepada 56 ketua isi rumah merangkumi, ada 3 ya.

i. Tapak pembangunan seluas 8.87 ekar untuk penempatan 56 unit rumah, dewan, tabika, surau, pejabat JPKKA dan di dalam kawasan 180 ekar yang akan diwartakan.

ii. Pembinaaan 56 unit rumah baru dengan keluasan 1,000 kaki persegi.

iii. Serta yang terakhir, kemudahan awam dan eminiti sosial

Buat masa ini pihak PKNS sedang dalam proses memuktamatkan draf perjanjian penyelesaian penempatan antara PKNS dan komuniti Orang Asli Bukit Baja bagi memastikan persetujuan ini dicapat secara rasmi dan teratur. Selaras dengan keperluan Kerajaan Negeri serta hak dan kepentingan Orang Asli yang terlibat. Ini ialah laporan dari JAKOA ya.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, izinkan saya sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Selangor 2026 yang begitu komprehensif, inklusif an berpaksikan expresi rakyat. Belanjawan ini bukan sahaja menampilkan pendekatan yang jelas dalam memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negeri, malah memperlihatkan keutuhan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan. Saya juga amat menyambut baik peruntukan tambahan yang telah diumumkan untuk portfolio di bawah Jawatankuasa Sumber Manusia. Membasmi kemiskinan Orang Asli dan minoriti. Peruntukan tambahan ini adalah satu pengiktirafan kepada kepentingan agenda pembangunan insan, keadilan social dan pemerkasaan komuniti rentan yang semakin menjadi tumpuan negeri Selangor termasuk bagi komuniti kaum India. Dengan peruntukan yang dipertingkatkan ini, kita berpeluang untuk melaksanakan dasar dan program yang lebih bersasar serta berimpak tinggi. Ini termasuk usaha memperluas, akses peluang pekerjaan kepada anak muda, mengangkat martabat keluarga yang bergelut dengan kemiskinan serta memastikan masyarakat komuniti India, Orang Asli dan minoriti yang tidak hanya diraikan tapi turut diperkasakan dalan arus pembangunan negeri.

Tuan Speaker, saya yakin bahawa segala langkah yang diambil ini akan memberi kesan langsung kepada peningkatan kualiti hidup rakyat dan memperkukuhkan hubungan antara pelbagai komuniti di Selangor. Dengan sokongan padu daripada ahli-ahli Dewan dan kerjasama erat daripada semua jabatan serta agensi kerajaan, saya percaya portfolio ini akan terus memainkan peranan penting dalam merealisasikan Visi Selangor sebagai sebuah negeri yang maju sejahtera dan inklusif. Akhir kata saya ingin menegaskan, komitmen penuh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan amanah ini dengan intergriti dan dedikasi demi kepentingan seluruh rakyat negeri Selangor. Sekian, terima kasih Tuan Speaker. Salam hormat.

Speaker

Terima kasih Tuan EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan. Sekarang giliran EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Kita Selangor Maju Bersama. Pertamanya saya ingin metrakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Selangor yang saya kira merupakan dokumen yang bukan sahaja komprehensif tetapi juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, peningkatan kesejahteraan rakyat serta kesinambungan pembangunan sosial secara menyeluruh. Belanjawan ini turut memeperlihatkan kepekaan terhadap keperluan kelompok rentan termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas dan golongan berpendapatan rendah di samping mengekalkan fokus terhadap inovasi kemampanan dan daya saing negeri sebagai

peneraju ekonomi negara. Saya turut ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2026. Saya menyambut baik semua cadangan dan maklumbalas yang diberikan berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Ijok, Batu Tiga ada membangkitkan soal PPDK. Antaranya ialah isu berkaitan isu premis yang tidak sesuai, elaun PPDK yang masih rendah dan kadar bantuan kepada PPDK yang tidak selari dengan keperluan semasa. Untuk makluman Dewan yang mulia PPDK ialah sebuah entiti yang dioperasikan oleh NGO dan dibantu Kerajaan melalui pemberian geran bantuan operasi yang perlu di mohon saban tahun termasuklah bantuan sewaan berjumlah RM3,000.00 sebulan. Pemilihan premis PPDK boleh ditentukan sendiri oleh NGO yang mengendalikan PPDK yang berdasarkan kadar sewaan tersebut. Manakala nisbah pengambilan pelatih-pelatih di PPDK adalah berdasarkan kepada Garis Panduan Bantuan Kewangan kepada PPDK pada tahun 2024 iaitu satu orang petugas kepada 5 pelatih tertakluk kepada keluasan lantai yang boleh menampung bilangan seperti dinyatakan oleh Akta Pusat Jagaan 19913 iaitu Akta 506. Di Selangor setakat tahun 2025 terdapat sebanyak 65 buah PPDK, 2465 orang pelatih OKU, 65 orang penyelia dan 385 orang petugas mengambil kira pengoperasian PPDK selama 4 jam sehari maka elaun yang diberikan oleh Kerajaan kepada penyelia adalah berjumlah RM1,500.00 sebulan. Manakala bagi petugas sebanyak RM1,200.00 yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan walau bagaimanapun kita akan meneliti mekanisme yang sesuai untuk mengurus hal ini. Bagi tujuan bimbingan dan penempatan kerja bagi OKU yang mempunyai keupayaan bekerja JKM menyediakan perkhidmatan job coach di PPDK bagi membimbing pelatih-pelatih yang akan mula bekerja dalam persekitaran kerja yang kondusif. Bagi menyediakan latihan kepada sukarelawan dan majikan

Yang Berhormat berkenaan PPDK sebelum Yang Berhormat pindah ke topik yang lain. Yang Berhormat sebut tentang PPDK di Selangor 65 buah boleh atau tidak nanti boleh saya dapatkan sedikit maklumat bilangan pelatih di setiap PPDK dan ratio cikgu dan juga pelatih rasanya kita hendak tengok apakah sekarang ini PPDK kita berada di tahap padat atau bagaimana. Kedua bila sebut tentang elaun, kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan itu saya rasa dalam maklumat yang saya terima Negeri Johor di antara yang menambah elaun tambahan daripada Negeri untuk menampung elaun penyelia tadi sebab apakah kita Negeri Selangor boleh laksanakan perkara itu dan bila boleh kita jayakan sebab begini Yang Berhormat perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali dan kita rasa ada keperluan untuk kita buat sebab kita sudah letakkan had minimum gaji kepada RM1,700.00, jadi memandangkan komitmen mereka di bawah sana agak tinggi dengan kepadatannya dan saya harap Kerajaan dapat

mempertimbangkan untuk disegerakan sekurang-kurangnya dapat gaji minimum yang kita tetapkan. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga menurut Garis Panduan sewajarnya satu orang petugas kepada 5 pelatih tetapi pejabat saya akan menyemak semula dalam 65 buah PPDK ini berapa nisbah 1 orang petugas kepada 5 pelatih di mana dalam rekod berjumlah 2,495 pelatih OKU. Berkaitan dengan permohonan tambahan telah dimajukan tetapi mungkin ada penyelidikan yang lebih terperinci perlu dilaksanakan sebelum tanggungan oleh Kerajaan Negeri diberikan untuk menampung kekurangan ataupun elaun yang lebih rendah daripada gaji minimum pun saya kira Selangor juara harus mengatasi Negeri seperti Johor dalam menyokong sosial seperti ini. Bagi tujuan bimbingan dan penempatan kerja bagi OKU yang mempunyai keupayaan bekerja JKM menyediakan perkhidmatan job coach di PPDK bagi membimbing pelatih-pelatih yang akan mula bekerja dalam persekitaran kerja yang kondusif. Bagi menyediakan latihan kepada sukarelawan dan majikan untuk membantu OKU di tempat kerja Kerajaan Negeri melalui Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) melaksanakan latihan job coach atau juru latih pekerjaan ini bertanggungjawab menjaga kebajikan dan hubungan baik di antara pekerja OKU dan majikan yang mengambil mereka bekerja. Selain itu YANIS dan juga MTOS ataupun Majlis Tindakan OKU Selangor melaksanakan Program Disability Selangor Equality Selangor ataupun DET bagi memastikan kesediaan majikan khususnya anak syarikat Negeri Selangor dalam mengambil OKU bekerja. Melalui program ini majikan akan diberikan pendedahan kepada mewujudkan suasana inklusif OKU di tempat kerja. Majikan yang terlibat akan berusaha mengubah dasar dan amalan syarikat serta menaiktaraf infrastruktur bagi memberikan akses kepada OKU bekerja di tempat mereka. Tuan Speaker, Yang Berhormat Balakong ada mengutarakan tentang isu murid yang mempunyai masalah pembelajaran kapasiti sekolah dan guru seperti yang saya sebutkan sebentar tadi JPN, Jabatan Pendidikan Negeri telah membuat permohonan penambahan kelas, perjawatan guru serta permohonan bangunan tambahan KPPI. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat setiap sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi ataupun PPKI akan menerima geran bantuan peka pita yang disalurkan oleh KPM mengikut enrolment murid berkeperluan pendidikan khas MBPK termasuk murid-murid autisme di sekolah-sekolah tersebut. Sekolah menggunakan peruntukan PCG ataupun bantuan peka pita untuk membeli alat bantu pelajar yang bersesuaian dengan keupayaan dan kapasiti MBPK dan juga murid-murid autisme. JPN Selangor juga telah menyediakan khidmat bantuan kursus dan teknik-teknik mengajar MBPK termasuk murid-murid autisme di KPPI melalui pegawai di pusat perkhidmatan pendidikan khas ataupun 3 PK ke sekolah-sekolah seluruh Selangor. Tuan Speaker saya mengambil maklum tentang isu peruntukan bagi inisiatif dan program OKU yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu Tiga kita akui bahawa peruntukan telah menurun sejak usaha pembudayaan OKU dimulakan secara aktif pada tahun 2018. Alhamdulillah baru-baru ini Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri, UPEN telah bersetuju untuk menambah

peruntukan Bantuan Khas YANIS berjumlah RM400,000.00 kerana permintaan tinggi oleh OKU dan ibu bapa penjaga OKU. Bagi peruntukan tahun 2026 saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat bersama pihak UPEN, PNS dan MMKN bagi memastikan pelaksanaan inisiatif di bawah MTOS tidak terjejas dan sentiasa berkembang. Tuan Speaker untuk sesi persidangan Dewan Negeri pada kali ini saya telah menerima sebanyak 21 pertanyaan lisan dan bertulis yang berkait dengan warga emas. Angka ini menunjukkan perhatian yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memastikan kesiapsiagaan Negeri menghadapi cabaran global terkait dengan perubahan demografi yang sudah tentu yang akan memberi kesan kepada pembangunan Negeri. Untuk makluman Dewan yang mulia kajian emas Selangor yang dilaksanakan telah mengenal pasti isu dan keperluan warga emas di mana kajian tersebut pada tahun 2025 mendapati kesedaran warga emas terhadap program dan bantuan sedia ada masih lagi pada tahap yang rendah terutama disebabkan celik digital dan aksesibiliti mereka kepada teknologi yang terbatas. Keadaan ini menyebabkan kaedah hebahan yang biasa digunakan seperti media sosial ataupun platform digital kurang berkesan. Maka keadaan ini menuntut pendekatan outreach secara peribadi dan one to one bagi memastikan maklumat dan perkhidmatan sampai dengan tepat dan terus kepada warga emas. Dari segi lokasi dapatan kajian menunjukkan perbezaan cabaran yang ketara di antara warga emas di luar bandar dan di bandar. Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan keperluan antara gender di mana warga emas wanita lebih memerlukan kaunseling kewangan serta sokongan psikososial bagi menangani isu emosi kesejahteraan dan pengurusan kehidupan harian sebaliknya warga emas lelaki cenderung memerlukan akses kepada program pendidikan atau latihan kemahiran serta bantuan mencari pekerjaan bagi menyokong kelangsungan ekonomi dan produktiviti mereka. Selain keperluan untuk merangka intervensi yang lebih sensitif gender kajian juga menunjukkan perbezaan keperluan warga emas berbeza mengikut konteks geografi yang memerlukan pendekatan bantuan dan perkhidmatannya lebih tersasar serta responsif terhadap isu-isu interseksionaliti. Saya teruja kerana sepanjang sesi perbahasan pelbagai solusi menarik di ketengahkan oleh Ahli-ahli Dewan termasuk Skim Padanan Kerjaya, Zon Mesra Usia Emas, Selangor Care Giver Support Centre dan Pusat Aktiviti Warga Emas Micro. Pada bulan September lalu Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor, YAWAS telah melaksanakan perbincangan meja bulan, round table discussion Iltizam Emas Selangor yang memberi fokus kepada 3 aspek utama berkaitan warga emas. Antaranya adalah modul kewangan mampan yang kedua penuaan setempat ataupun aging in place dan ketiga silver workforce. Berkaitan silver workforce saya memahami kegusaran Yang Berhormat Batu Tiga tentang kajian yang mengambil masa cuma berbeza dengan wacana dan dasar tentang mengambil OKU bekerja yang telah lama mengambil tempat di Negara ini kita masih belum ada panduan yang jelas berkaitan dengan warga emas. Umpamanya persoalan-persoalan apakah cabaran utama untuk warga emas kekal dalam sektor pekerjaan, apakah pekerjaan yang sesuai dengan kapasiti dan kemampuan mereka dan apakah jenis latihan semula atau reskilling dan padanan pekerjaan yang boleh dibuat serta bagaimana kita boleh menggalakkan majikan-

majikan mengambil warga emas bekerja menerusi langkah dasar dan insentif. Maka perkara-perkara ini harus diteliti agar kita boleh menyediakan panduan insentif platform dan latihan supaya warga emas boleh terus produktif dan kendiri. Daripada kajian dan RTD yang dilaksanakan Jawatankuasa Tetap Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor akan merumuskan inisiatif Iltizam Emas Selangor yang dijangka dilaksanakan pada tahun hadapan. Inisiatif ini termasuk apa yang telah saya sebut dalam jawapan sebelum ini iaitu Selangor Care Navigator, latihan penjaga, pekerjaan emas serta Respite Care And Wellness Hub. Suka saya nyatakan Respite Care ataupun tempat sementara boleh juga merangkumi semua kelompok termasuk lah wanita. Tuan Speaker, Yang Berhormat Lembah Jaya ada mengutarakan kebimbangan tentang populasi warga emas di kawasan serta isu kesunyian.

Speaker

Batu Tiga bangun.

Yang Berhormat saya dengar dengan teliti dan saya ucapkan tahniah sekali gus saya ingin juga mengucapkan tahniah di atas penganjuran Care Summit di KLCC yang berikan gambaran yang sangat besar kepada masyarakat di luar sana tentang apa inisiatif Selangor hendak laksanakan dan di bawah pentadbiran Yang Berhormat juga telah pun dilancarkan Care Buku Dasar Penjagaan, Buku Dasar Wanita juga telah dilancarkan sekali gus saya berharap agar semua dasar itu cadangan yang di letakkan dalam buku itu di implementasikan kadar yang cepat macam saya sebut dalam perbahasan sebelum ini bilangan itu sudah mencapai 1 angka yang merisaukan dan tempoh kita mendepani Negeri menua itu sudah makin dekat maka saya berharap kalau boleh kita segerakan segala implementasi itu dan sekiranya Yang Berhormat kalau ada cadangan untuk laksanakan Care Summit pada tahun hadapan saya suka untuk mencadangkan kita pelihat kepada Pelan Tindakan dan perkara yang boleh kita laksanakan dalam tempoh jangka pendek itu boleh beri kesan langsung kepada warga emas dan wanita. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat yang menyatakan tentang kejayaan Selangor International Care Summit yang mana untuk saya kongsikan dengan Ahli Dewan yang mulia bahawa Care Summit itu menggabungkan beberapa komponen antaranya kita merasmikan Selangor Care Network dalam Program Care Townhall daripada dapatan-dapatan yang diperoleh daripada pihak NGO, pengusaha dan sebaginya kita mendapati dengan mewujudkan Selangor Care Network itu akan mempercepatkan proses libat urus dan juga pelaksanaan cadangan-cadangan dan saya tidak menolak bahawa pelaksanaan Care Summit lebih kepada meneliti semula Pelan-pelan Tindakan Berada dalam Dasar Ekonomi Penjagaan supaya kita bukan hanya menjadikan satu ceremonial atau pelaksanaan program semata-mata tapi tidak mengukur dari sudut outcome nya. Tuan Speaker, Yang Berhormat Lembah Jaya ada mengutarakan kebimbangan tentang populasi warga emas di kawasan serta isu kesunyian ataupun loneliness yang dihadapi oleh

mereka. Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan inisiatif Selangor Care Navigator atau Rakan Penjaga Selangor untuk memberikan perkhidmatan micro berperanan sebagai teman yang memberi sokongan kepada warga emas. Di peringkat Persekutuan Program Pawe@3A bermaksud anytime, anyway, any place yang akan diwujudkan membolehkan Persatuan Warga Emas berdaftar dengan ROS memohon peruntukan berjumlah RM20,000.00 maksimum secara one off bagi melaksanakan program ataupun pelaksanaan termasuklah perkhidmatan pendampingan sosial. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan JKM, PBT dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri untuk melaksanakan inisiatif warga emas di lokaliti-lokaliti yang memudahkan penyertaan tersebut. Tuan Speaker saya tertarik dengan point perbahasan Yang Berhormat Meru berkait dengan pelaburan berimpak sosial dengan penekanan yang diberikan kepada Social Return On Investment, SROI jadi dalam masa kita ingin adanya pelbagai program inisiatif untuk semua golongan rentan di bawah Kerajaan Negeri kita perlu fikirkan secara bersama soal ruang fiskal dan kemampanan kewangan untuk menampung program-program ini.

Speaker

Yang Berhormat EXCO panjang lagi ke? Tidak apa kita sambung kemudian ya. Ahli-Ahli Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari oleh itu kita tangguhkan dahulu perbahasan dan penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Pembekalan 2026 ini ke jam 2.30 petang ini.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 1.00 PETANG)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Dewan bersambung semula sekarang saya menjemput Yang Berhormat Taman Templer untuk meneruskan penggulungan.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Negeri yang dihormati sebab itu saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Meru agar Kerajaan Negeri memastikan bahawa setiap pelaburan yang masuk menerusi Invest Selangor dan MBI adanya indikator sosial yang ditetapkan seperti peruntukan dana latihan infra

bagi usaha memperkukuh ekonomi penjagaan negeri. Melalui Wanita Berdaya Selangor sebagai agensi pelaksana utama ekonomi penjagaan Kerajaan Negeri akan melihat strategi bagaimana kita boleh beranjak kepada model kewangan sosial yang lebih mampan. Ahli-ahli Dewan sekalian, saya menyambut baik pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan untuk menguatkuasakan dasar 30% kuota wanita dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan di semua peringkat. Oleh itu bagi tahun 2026, Kerajaan Negeri merancang untuk memperluas program Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) dengan pelaksanaan Program Sijil Profesional Kepimpinan Wanita melalui memorandum persefahaman antara WBS dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu Kerajaan Negeri juga melaksanakan AKW yang menumpukan kepada kumpulan Penjawat Awam, Pemimpin Komuniti dan Politik bagi memastikan kita dapat menyediakan pemimpin wanita yang berkualiti untuk mencapai matlamat 30%. Bertitik tolak matlamat keempat dasar wanita Selangor iaitu mempercepatkan perwakilan dan kepimpinan wanita Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor sedang meneruskan Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) bagi sesi 2025 – 2026 dengan menyasarkan 50% perwakilan wanita sebagai pembuat dasar. SIWANIS ini agak istimewa kerana julung kalinya SIWANIS dilaksanakan secara usaha sama dengan KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat melalui inisiatif program perantisan kepimpinan wanita atau PERANTIS. Tuan Speaker, Yang Berhormat Permatang telah melahirkan kebimbangan..

Yang Berhormat EXCO.

Speaker

Meru.

Kita sering bincang dan perkatakan tentang kuota 30% ini khusus kepada Ahli-ahli Politik seolah-olah begitu. Apakah pandangan Yang Berhormat EXCO bahawa kuota 30% ini termasuk di Jabatan-jabatan Kerajaan yang membuat polisi dan dasar di mana mengutamakan kenaikan pangkat ini kepada wanita supaya dapat capai juga 30% wanita di pembuat polisi di Jabatan Kerajaan juga.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Sebab itu saya nyatakan tadi di peringkat Kerajaan Negeri kita melaksanakan bukan sahaja Akademi Kepimpinan Wanita yang menumpukan penjawat awam tetapi ini adalah pipeline untuk kita sediakan kepimpinan wanita yang mempunyai kompetensi dan juga kelayakan yang berkualiti untuk mencapai matlamat 30%. Sudah tentu dalam indeks gender gap atau kesenjangan gender di tahap pendidikan, ekonomi dan kesihatan wanita itu hampir sama dengan lelaki tetapi masih ketinggalan jauh dalam aspek politik. Jadi terdapat beberapa mitigasi yang perlu kita laksanakan sebab itu yang saya sebut tentang matlamat keempat berkaitan mempercepatkan perwakilan dan kepimpinan wanita merangkumi semua politik dan juga di pentadbiran awam.

Yang Berhormat EXCO. Semalam pada perbahasan saya, saya ada menyatakan berkenaan dengan PeBS di mana saya melihat adik-adik di PeBS ini berbakat besar dan hari ini mereka tertumpu pada kerja-kerja lapangan yang di monitor dengan izin oleh PBT dan sebagainya. Saya nak masukkan cadangan saya Yang Berhormat dan pandangan Yang Berhormat SIWANIS adalah satu medium yang sangat baik jadi apa pandangan Yang Berhormat kalau adik-adik PeBS ini diserapkan sekurang-kurangnya dalam 10%-20% dalam

kuota SIWANIS itu di kalangan PeBS wanita untuk mereka dapat juga peluang berbahas dan sebagainya, berkongsi idea dalam SIWANIS.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Semalam Pejabat Dewan menerima kunjung hormat daripada Meru antaranya yang hadir adalah PeBS Meru dan saya menyambut baik kepada mereka wanita ini sebenarnya saluran untuk wanita muda itu bergiat aktif bukan sahaja melalui yang dianjurkan oleh Pejabat Speaker itu seperti ADN muda dan juga SIWANIS. Jadi saya tidak menolak kita boleh meletakkan kuota dan membuka peluang kerana kita tidak mensyaratkan wanita itu dari mana tapi dengan mereka mendapat pendedahan aktiviti lapangan yang dipantau oleh PBT melalui PeBS dan pipeline terus ke Wanita Berdaya Selangor melalui aktiviti dan program kepimpinan akan meningkatkan dan mempercepatkan perwakilan mereka dalam kepimpinan wanita. Sebagai langkah awal Selangor akan memperkenalkan kerangka polisi mesra keluarga atau family friendly policy framework berasaskan data yang dijalankan oleh WBS. Polisi akan menjadi panduan kepada agensi negeri dan sektor swasta dalam mewujudkan tempat kerja yang menyokong penjagaan keluarga dan kesejahteraan pekerja. Subsidiari di bawah MBI juga akan melaksanakan polisi ini melalui program sebagai model amalan terbaik bagi meningkatkan produktiviti dan keseimbangan kehidupan berkeluarga. Bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, saya akhiri dengan dua rangkap pantun. Rendang condong pohon meranti.

Yang Berhormat, sebelum pantun tu habis saya ingat Yang Berhormat tak menjawab lagi tentang pusat untuk wanita.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Saya tidak nyatakan secara khusus tapi saya telah nyatakan dalam mitigasi untuk program berkaitan dengan warga emas dan ekonomi penjagaan iaitu respite (sebentar). Saya nyatakan dalam program untuk membina respite center atau wellness hub respite care yang merangkumi semua kelompok kerana tidak mengasingkan bahawa mereka yang memerlukan itu harus khusus kepada wanita atau penjaga tetapi kita mengambil maklum bahawa apa yang dinyatakan atau diangkat sebagai cadangan oleh pihak Yang Berhormat Batu Tiga adalah berkaitan sokongan psikososial dan ruang untuk healing dengan izin kepada mereka wanita khususnya yang kebanyakannya dalam data kami adalah penjaga tidak formal.

Juga saya ingat saya ingin menambah sikit cadangan mungkin boleh diangkat juga fasiliti sedia ada seperti LPPKN yang saya tak pasti berapa bilangan yang berada di Selangor saya yakin dia ada fasiliti itu mungkin boleh dikembangkan dan boleh dimanfaatkan oleh golongan wanita. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

LPPKN di Selangor ada beberapa pusat Iris atau aktiviti kalau di Taman Templer ada ruang yang di peringkat di aras 1 itu berkeperluan untuk kaunseling. Kaunseling pada kadar sangat rendah iaitu RM10 untuk satu sesi. Dan juga ada ruang untuk kelas bercermin dan sebagainya yang saya kira boleh dijadikan sebagai ruang aktiviti untuk wanita-wanita. Jadi Kerajaan Negeri akan giatkan lagi kerjasama dan saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan pada 29 November 2025 akan diadakan sambutan bulan Keluarga Kebangsaan di peringkat Negeri Selangor kerjasama antara peringkat negeri dan juga LPPKN Selangor dengan

temanya mengangkat bapa sebagai pelindung keluarga. Jadi program ini dilaksanakan pada 29 November di IDCC Selayang.

Yang Berhormat EXCO oleh sebab bersambung sikit saya nak mengambil masa ini, adakah Yang Berhormat EXCO juga bercadang atau kita boleh mencadangkan supaya Yang Berhormat EXCO wanita berkolaborasi dengan PBT-PBT sama ada untuk menubuhkan Pusat Komuniti Wanita ataupun mewujudkan pelan tindakan bandar mesra wanita. Saya rasa sudah sampai masanya bukan sahaja aspek kepimpinan sahaja tapi kita kena melihat bandar selamat untuk wanita itu juga satu keutamaan. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Bagi cadangan Pusat Komuniti Wanita sebenarnya di bawah Wanita Berdaya Selangor akan mengangkat hab wanita. Dia sedikit berbeza daripada cadangan yang diangkat oleh Yang Berhormat Batu Tiga kerana Wellness atau hab untuk respite care ini lebih menumpukan kepada psikososial healing dengan izin tapi WBS hab ini lebih kepada aktiviti dan juga untuk kita mempamerkan produk hasil karya wanita melalui Program Pusat Wanita Berdaya. Berkaitan pelan bandar mesra selamat wanita saya kira di bawah MBSA juga pernah mengangkat dan membincangkan tapi di peringkat Kerajaan Negeri kita akan memperhalus konsep dan pelan ini.

Yang Berhormat EXCO. Tak silap dalam perbahasan saya, saya ada menyentuh tentang Tunas dan Asuh bantuan. Ada dalam penggulungan?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tunas di bawah portfolio Menteri Besar. Yang Berhormat Sungai Tua tetapi bahagian Asuh Pintar saya kira itu adalah bantuan kepada pendidikan awal kanak-kanak subsidi kepada taska-taska yang berdaftar. Soalannya apa?.

Soalan dalam perbahasan saya berkaitan dengan bantuan asuh adakah bagi tahun 2026 ini memandangkan kos sara hidup yang semakin menekan adakah syarat kelayakan memohon itu akan lebarkan lagi bukan sahaja RM500,0000 pendapatan isi rumah diangkatkan lagi siling tersebut dan juga amaun bantuan itu daripada RM100 ditingkatkan lagi. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Buat masa ini tidak ada penilaian semula kepada syarat tapi sekiranya terdapat keperluan kita akan mengkaji dan umumkan dalam syarat-syarat baru. Cuma kalau berkaitan dengan bantuan atau subsidi kepada taska yang berkaitan langsung adalah satu inisiatif baharu yang pernah dilaksanakan one-off sebagai satu janji pelaksanaan manifesto Kerajaan Perpaduan pada akhir 2023 iaitu Mama Kerja pada tahun 2023 kita telah tetapkan untuk bantuan kepada ibu bekerja yang mempunyai anak seramai 3 orang di bawah umur 12 tahun dengan pendapatan isi rumah RM8,000.00. Dengan mengambil hasrat yang sama bahawa kita bukan sahaja meluaskan bantuan kepada kategori B40 tapi kita meluaskan kepada medium income kalau di Selangor ini telah meningkat pada kadar RM9,000.00 sebulan. Kajian lebih terperinci sebelum pengumuman permohonan Mama Kerja dengan Bantuan RM100 setiap bulan selama 12 bulan itu akan diumumkan kelak.

Yang Berhormat EXCO. Sama juga berkenaan pendidikan awal kanak-kanak, Yang Berhormat EXCO cuma saya nak bawa ke pengetahuan Yang Berhormat EXCO kalau kita tengok ada data yang mengatakan khususnya pusat jagaan kanak-kanak semakin kurang ini mungkin tidak berlaku di Selangor kerana Selangor mempunyai peningkatan 8% tapi di negeri jiran kita ada berlaku pengurangan yang agak signifikan. Cuma Yang Berhormat EXCO, sekarang kalau kita lihat operator-operator mempunyai masalah sebab tak ada SOP yang jelas di setiap PBT berlainan SOP. Kalau yang kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah dia perlukan kelulusan dari JKM tapi operator ini terpaksa pertama sekali dia kena cari tempat dan sewa dan kena renovate dulu. Saya bagi contoh antaranya di Klang dia renovate dengan Jabatan Bangunan selepas itu bila dapat kelulusan dari Jabatan Bangunan dia kena hantar juga ke Jabatan Perancang untuk ubah dari kediaman kepada komersial. Jadi jika ada bantahan dari penduduk dia akan jadi masalah dia tak boleh teruskan permohonan tetapi operator dah keluarkan duit. Jadi bila nak mohon kepada JKM, JKM menolak sebab atas keputusan sebab ada bantahan dari penduduk. Jadi perkara-perkara ini menyebabkan operator haram berleluasa sebab bila mereka nak buat secara legal dia mempunyai sangat banyak masalah. Dan kadang-kadang ada setengah tu dah keluar sehingga RM100,000.00 tapi tak dapat lesen dan akhirnya mereka akan pergi kawasan operator. Saya ingat yang ini mungkin Yang Berhormat boleh bincang dan tetapkan dan biar SOP lebih kurang sama. Kalau tidak dia akan jadi masalah. Saya rasa pada masa akan datang kita akan buka ruang yang sangat besar kepada operator yang tidak berlesen dan tidak mengikut piawaian keselamatan. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Sehubungan dengan apa yang dibangkitkan di pihak Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu jawatankuasa khas pusat penambahbaikan perkhidmatan penjagaan (JKPP) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Subang Jaya di mana hampir setahun kita telah bermesyuarat ataupun jawatankuasa kerja tersebut telah menilai kesemua garis panduan atau syarat-syarat yang dikenakan oleh 12 PBT antara cabaran yang dihadapi oleh operator adalah disebabkan garis panduan atau syarat yang pelbagai dan tempohnya ada yang perlu dilalui Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang, Jabatan Pelesenan dan ia menyukarkan mereka memperoleh Kebenaran Merancang dan di peringkat akhir untuk finalize dengan izin garis Panduan tersebut dan insyallah akan di luncurkan pada akhir tahun ini di mana Garis Panduan Pusat Jagaan ini telah mencadangkan mewujudkan satu jawatankuasa khas dengan punca kuasanya di PBT untuk mewujudkan jawatankuasa itu yang dianggotai oleh JKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Kesihatan dan juga 3 Jabatan dalam PBT iaitu pembangunan, perancang dan pelesenan supaya proses-proses ini boleh dipercepatkan dan mengurangkan birokrasi apabila specific door policy yang hanya khusus kepada satu tempat yang boleh diproses bersekali. Jadi di samping itu sebentar tadi saya telah menyerahkan geran Pusat Jagaan kepada 21 operator di mana mereka ini antara kes-kes yang telah beroperasi ada yang hampir 10 tahun tetapi tiak berdaftar di sebabkan halangan-halangan ini. Di Geran Pusat Jagaan yang kita wujudkan dengan jumlah maksimum setiap operator layak untuk menerima sebanyak RM5,000.00 akan dibantu dengan proses-proses mempercepatkan pendaftaran itu. Jadi ini adalah hasrat Negeri kita bukan sahaja mencari mereka yang tidak berdaftar ataupun beroperasi secara haram tetapi kita mengambil pendekatan outreach atau mendekati mereka untuk mengetahui bagaimana untuk mereka ini di bantu pendaftarannya.

Yang Berhormat EXCO saya nak mencelah sikit Yang Berhormat EXCO yang berkenaan had siling bantuan asuh sebentar tadi saya hendak merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2023 Kerajaan Persekutuan, pemberian subsidi yuran pengasuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja sektor awam yang mana di dalam pekeliling ini disebutkan bahawa pada Belanjawan tahun 2023 yang lalu Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan pendapatan bulanan isi rumah Pegawai Perkhidmatan Awam dari RM5,000.00 kepada RM7,000.00 had siling untuk mendapat bantuan sub sidi tersebut. Maka saya lihat Kerajaan Negeri Selangor kena selari juga dengan menetapkan had siling dalam memilih atau syarat untuk mendapatkan bantuan asuhan tersebut. Jadi mohon respons Yang Berhormat EXCO.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat, saya kira itu adalah polisi yang ditetapkan oleh di Kerajaan Persekutuan adalah tidak satu kesalahan untuk kita seragamkan yang pertamanya Selangor sebagai penyumbang kepada GDP Negara dengan kadar median income pendapatan median kita meningkat iaitu kepada RM9,000.00. Pun begitu kita akan selaraskan di peringkat agensi iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor selaku agensi pelaksana kepada bantuan asuh pintar dan apa yang saya sebut sebentar tadi penyelarasan untuk Program Mama Kerja hasratnya sama tetapi lebih kepada bantu ibu-ibu bekerja dan melalui inisiatif mam kerja ini membantu mencapai 2 matlamat pertama dalam dasar wanita di mana kita ingin libatkan wanita ke dalam tenaga buruh di mana Selangor menyasarkan 75% pada tahun 2030 di mana buat masa ini Selangor mencatatkan kadar yang lebih tinggi iaitu women in labour force participation, wanita dalam tenaga buruh itu kadar 70.3%. Jadi yang kedua adalah dasar untuk kanak-kanak yang tempatkan di taska-taska dalam keadaan yang selamat kerana syarat untuk menerima bantuan asuh pintar dan juga mama kerja mestilah di taska yang berdaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat jadi saya tidak menolak cadangan tersebut untuk menyeragamkan atau menaikkan had siling syarat untuk menerima bantuan asuh pintar. Saya akhiri dengan dua rangkap pantun.

Rendang condong pohon meranti, Tempat berteduh di kala sunyi, Warga emas disantuni sepenuh hati, OKU disayangi martabat dihargai.

Bunga cempaka harum mewangi, Mengubat hati yang pernah sengsara, Di bahu keluarga tersandar Negeri, Dengan wanita teguh Selangor tetap juara.

Dengan ini saya menyokong sepenuhnya Rang Undang-undang Belanjawan 2026 sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih, seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bandar Utama untuk memulakan penggulungan.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hijau alam penawar

kesihatan, mohon izin mulakan penggulungan. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat saya mengambil peluang ini bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Sidang Dewan Negeri kali ini berkaitan dengan Belanjawan Selangor 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Belanjawan 20206 adalah langkah menyeluruh yang menegaskan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan rakyat serta kesinambungan pembangunan Negeri secara mampan. Jadi Belanjawan ini terus mencerminkan dasar-dasar yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dengan tumpuan diberikan kepada kebajikan sosial, kesihatan, pendidikan dan pemuliharaan alam sekitar sekali gus menjadikan Selangor terus unggul sebagai sebuah Negeri yang maju dan inklusif. Tuan Speaker saya akan mulakan penggulungan dengan menjawab isu-isu kesihatan awam terlebih dahulu dan kemudian akan dikuti dengan isu-isu berkaitan dengan alam sekitar. Seperti tahun-tahun sebelumnya Negeri Selangor menunjukkan iltizam yang tinggi dalam memastikan kemajuan ekonomi berjalan seiring dengan kesejahteraan rakyat jadi selaras dengan tekad kelima Selangor Negeri penyayang menerusi Belanjawan Negeri Selangor 2026 Kerajaan Negeri telah mengekalkan peruntukan RM40 juta bagi portfolio kesihatan awam yang membuktikan kesungguhan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ijok dan juga Yang Berhormat Bandar Baru Klang yang telah membangkitkan isu berkaitan isu vape. Sebelum saya mulakan penggulungan saya ini untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak hadir saya mungkin saya akan ringkaskan tentang isu-isu yang telah dibangkitkan. Jadi seperti yang saya katakan Yang Berhormat Ijok dan juga Bandar Baru Klang memang prihatin dengan rokok elektrik ataupun vape dan juga tentang penguatkuasaan penggunaan rokok elektronik secara pengawalan yang lebih ketat berbanding pengharaman penuh. Jadi untuk makluman Yang Berhormat sekalian sebenarnya Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam telah memperuntukkan RM300,000.00 pada Belanjawan Negeri Selangor tahun hadapan iaitu tahun 2026 bagi pelaksanaan kempen kesedaran Advokasi Berkaitan dengan risiko penggunaan rokok elektronik ataupun vape. Jadi maklumat sebelum ini tidak begitu tepat memang kita ada peruntukan untuk mengendalikan isu berkaitan dengan rokok elektronik ini. Jadi di bawah program ini kita akan mulakan dulu dengan projek rintis insyaallah kalau boleh secepat mungkin kita boleh mulakan seawal akhir tahun ini dan di bawah program ini kita akan adakan Karnival Kesedaran, Ceramah Advokasi, Sesi Interaktif serta pelbagai jenis aktiviti berbentuk pendidikan berasaskan gaya hidup sihat. Jadi ini juga termasuk lah program seperti Talian Sokongan di mana kita membantu individu berhenti dengan tabiat menghisap vape dan perkhidmatan ujian saringan terhadap ketagihan nikotin dan untuk makluman Yang Berhormat pada ketika ini Kerajaan Negeri sedang menetapkan antara inisiatif usaha bagaimana kita boleh mengharmonikan dasar Kerajaan Negeri dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2026 ataupun Akta 852 yang memperuntukkan kawalan terhadap penjualan, pembekalan dan penggunaan semua jenis produk merokok termasuk elektronik ataupun cecair vape dan dai bawah akta ini memang walaupun di benarkan penjualan rokok ataupun vape dengan syarat-sayarat tertentu namun seperti yang dikatakan syarat-syarat tertentu ada antaranya syarat-sayarat yang ketat termasuk tidak boleh mempamerkan secara terbuka di kaunter jualan ataupun di rak yang mudah di lihat oleh pelanggan serta larangan untuk dijual kepada individu yang berumur 18 tahu ke bawah. Jadi mulai sekarang sudah boleh lihat di Familymart atau SevenE7, KK dan sebagainya memang tidak

dibenarkan apa-apa pameran iklan dan sebagainya. Jadi sekiranya terdapat pameran iklan saya memang galakkan semua untuk melaporkan kepada pihak-pihak berkuasa ataupun berkaitan supaya tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan.

Jadi seterusnya kepada topik berkenaan dengan peruntukan kaunseling bagi komuniti dan juga Kempen Anti Buli yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Kota Kemuning dan juga Yang Berhormat Semenyih dan Yang Berhormat Semenyih turut bangkitkan supaya saringan kesihatan mental di laksanakan secara berkala di sekolah ataupun di komuniti di mana perkara ini memang telah pun di jalankan di bawah di dalam sekolah tapi ia di bawah kementerian kerjasama di bawah Kementerian Kesihatan dan Pendidikan. Jadi kita apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk selepas ini mungkin mengharmonikan atau melakukan penambahbaikan sekiranya terdapat ruang untuk berbuat begitu tetapi namun kini memang ada inisiatif tersebut di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi melalui Program Selangor Mental Sihat juga ingin saya mempromosikan kerana Kerajaan Negeri seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri pada tahun hadapan akan ditingkatkan peruntukan berkaitan dengan inisiatif kesihatan mental sehingga RM1.5 juta. Jadi saya kira itu merupakan satu orang kata penambahbaikan yang cukup bagus kerana peningkatan itu hampir satu kali ganda. Jadi di bawah program ketika ini Program Selangor Mental Sihat kita telah pun ada kaunseling hub sihat yang telah ditubuhkan di 11 lokasi. Pada tahun ini sepatutnya 9 tetapi oleh sebab ada sambutan yang memberangsangkan jadi kita tambah 2 di kawasan berpotensi sekitar Ogos ini. Jadi jumlah keseluruhan 11 lokasi di 9 daerah dan pusat ini beroperasi setiap hari Sabtu kecuali cuti umum bermula daripada 9 pagi hingga 1 petang dan individu yang berminat bolehlah mendapatkan temu janji melalui Apps Selangkah dan selain daripada itu Kerajaan Negeri juga melalui pusat khidmat kaunseling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan kaunseling secara percuma di Pusat Kaunseling Selangor PKS yang bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam. Jadi tempoh-tempoh berdebat ini ada Ahli-ahli Dewan Negeri yang stress sebenarnya PKNS dekat sahaja boleh menjalankan sesi kaunseling di situ juga. Jadi berhubung dengan cadangan penambah peruntukan seperti saya maklumkan tadi kita telah pun menambah peruntukan untuk tahun hadapan dan antara orang kata cabaran selepas ini adalah bagaimana kita meneliti bagaimana penggunaan peruntukan tersebut berdasarkan keperluan yang sepatutnya kerana pada tahun ini juga banyak isu-isu lain yang telah semakin menunjukkan orang kata trend yang meningkat contohnya isu buli yang ada di dalam sekolah dan sebagainya. Jadi berkaitan dengan itu contohnya isu buli memang Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian dan memandangkan ia sering berlaku dan kurangnya penekanan buat masa ini dari aspek kesejahteraan mental di kalangan remaja jadi Kerajaan Negeri akan mulakan memperkenalkan satu program rintis Kesedaran Kesihatan Mental Khusus Untuk Remaja yang saya juga sekiranya boleh akan mula dilancarkan kerana projek rintis jadi kita harap siap seawal yang mungkin dijangkakan pada akhir tahun ini juga iaitu Kumpulan Sokongan Rakan Sebaya atau pun Peer Support Group ini akan menjadi komponen yang penting dalam usaha dalam mestikan kesejahteraan mental para pelajar sekolah sentiasa pada tahap yang baik. Ini juga usaha Kerajaan Negeri dalam melengkapi program Pembimbing Rakan Sebaya ataupun lebih dikenali sebagai PRS oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Manakala bagi latihan pemerkasaan kepada guru pihak Kerajaan Negeri sedang meneliti dan perkara ini akan di teliti oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bagi memastikan modul yang diperkenalkan relevan dengan situasi semasa dan selain daripada itu advokasi dan kesedaran

berkaitan dengan isu buli akan terus di pergiat dan diperkukuhkan melalui kerjasama erat Jabatan serta agensi yang berkaitan dan seterusnya saya akan bergerak kepada isu Ambulan Kita Selangor.

Sikit sahaja boleh? Terima kasih Yang Berhormat EXCO kebetulan pagi tadi saya ada Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan membincangkan soal mental health dan saya ingat Selangor diberikan pengiktirafan yang baiklah antara negeri yang ada inisiatif ini dan program-program yang dijalankan sangat baik cuma antara yang saya nak tanya adalah berkaitan dengan subsidi rawatan psikiatrik ni ya, apakah sifatnya, dan subsidi yang sebagaimana yang mungkin diberikan kepada pesakit sebab sebahagian besar kita tak nafikan mana-mana kategori pun boleh terlibat tetapi di kalangan B40 sebagai contoh, mereka bukan sahaja tak mampu untuk membayar rawatan psikiatrik ini, tetapi stigma tu ada untuk datang kaunseling pun mereka sangat khuatir kerana stigma penyakit mental ataupun gila itu sendiri selain daripada mental health sebenarnya.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih pandangan telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang saya sangat bersetuju kerana mungkin di luar sana masih ramai yang tidak mengetahui sebenarnya ada perbezaan juga daripada segi kaunseling ini bermula daripada lepas tu kita ada psychologist psychiatrist dan sebagainya di mana sekiranya sehingga ke tahap psychiatrist ertinya juga perlu menggunakan rawatan daripada segi perubatanlah, jadi ianya mengikut tahap keseriusan dan buat ketika ini, pada tahun ini sebenarnya kita banyak fokus kepada kaunseling kerana kita mahu kalau boleh kita mahu mulakan dengan daripada sudut pencegahan. Namun begitu, saya tidak bangkitkan di sini. Kita masih mempunyai sesi percuma untuk sesi psikologi atau pun psychiatrist di mana di bawah program mental sihat ini sebenarnya kita mempunyai talian sihat dan juga dan juga apps Selangkah dan kegunaan kedua-dua orang kata cara ini adalah daripada aplikasi Selangkah itu kita mempunyai ujian saringan kendiri di mana sekiranya mendapati membahayakan dan ada ruang untuk berjumpa dengan klinik panel yang telah terpilih dan boleh membuat temujanjilah dengan sesi sama ada psychologist ataupun psychiatrist nanti akan ditentukan ketika membuat temujanji tersebut dan sesi itu memang diberikan secara percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya dan begitu juga dengan hotline yang telah disediakan dan hotline kita sedikit berbeza dengan talian Kasih ataupun Befrienders di mana kita sering mendengar Befrienders sebab agak popular dan telah wujud lama tapi Befriender ni bukan dikendalikan oleh pihak yang sangat professional lah jadi tujuan utama adalah untuk mendengar isu-isu yang telah dihadapi di mana .. kita pulak sekiranya kaunselor itu mendapati selepas perbualan memang orang yang menghubungi itu menunjukkan sifat-sifat yang agak membimbangkan dan merisaukan kaunselor tersebut mereka juga boleh apa tu, menawarkan sesi percuma samada psychologist ataupun psychiatrist berdasarkan pengalaman mereka dengan orang yang menghubungi itu dan ianya juga akan ditanggung secara percuma dan saya tidak mempunyai maklumat penuh, namun setakat ini memang kita tidak ada isu berkenaan dengan kuota lah jadi memang masih boleh diberikan percuma sehingga mungkin pada bajet yang seterusnya.

Cuma EXCO, sebab dalam ucapan YAB Dato’ Menteri Besar disebutkan tu kenaikan RM700 ribu kepada RM1.5 juta dan ada disebutkan juga berkaitan dengan subsidi rawatan psikiatrik. Itu yang saya ingat antara … nak tau subsidi bagaimana samada subsidi 50% daripada rawatan tu akan ditanggung oleh Kerajaan ataupun bagaimana

berkaitan rawatan psikiatrik itu sendiri. Terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Jadi seperti yang dinyatakan kerana program kesihatan mental sihat ini di bawah Negeri Selangor sebenarnya kita mempunyai berbagai jenis bantuan. Jadi saya tidak dapat menerangkan semua secara terperinci tapi buat seketika ini walaupun kita tidak ada tajuk yang berkenaan dengan subsidi, beberapa peratus namun setakat ini memang kita telah pun mempunyai subsidi atau 100% ertinya secara percuma as long as memang mereka telah menjalani saringan kendiri dan didapati in certain percentage perlu berjumpa dengan psychiatrist tersebut ataupun melalui hotline kitalah di mana seterusnya sekiranya perlu kita boleh juga offer kan ataupun memberikan taklimat kepada kaunseling hub kita. Sekiranya mempunyai isu yang serius mereka akan terus orang kata dinasihati dan memberikan ruang mereka untuk mendapatkan sesi ini secara percuma. Saya tidak mempunyai info peruntukan setakat ini, namun setakat ini memang kita masih mempunyai subsidi tersebutlah. Sekiranya subsidi itu telah melepasi had permohonan, contohnya permohonan lebih tinggi daripada subsidi yang ada, selepas itu kita akan orang kata melihat semula ataupun meneliti semula untuk peningkatan subsidi tersebut dan perkara ini juga akan dibincangkan sebagai salah satu perkara yang perlu diberi perhatian terhadap penggunaan peruntukan RM1.5 juta pada tahun 2026.

Jadi saya akan teruskan selepas ini kepada topik yang berkaitan dengan Ambulans Kita Selangor yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Teratai dan juga Yang Berhormat Hulu Bernam. Terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian kerana menyambut baik perkhidmatan Ambulans Kita Selangor. Inisiatif oleh Kerajaan Negeri yang telah dilancarkan oleh Dato’ Seri Menteri Besar kita pada 7 November yang lalu.

Tuan Speaker, program Ambulans Kita Selangor merupakan satu usaha oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap pencapaian perkhidmatan pengangkutan bagi kes bukan kecemasan. Jadi kepada golongan yang kurang berkemampuan jugalah jadi melalui peruntukan RM1 juta ini program AKS dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tahun ini dengan fasa pertama melibatkan 3 daerah iaitu Petaling, Kuala Langat dan juga Kuala Selangor. Jadi melalui pemilihan 3 daerah ini sebenarnya mengapa kita pilih 3 daerah ini kerana ketiga-tiga daerah ini meliputi 3 demografi yang berbeza iaitu di kawasan bandar, pinggir bandar dan juga luar bandar. Jadi berhubung dengan cadangan Yang Berhormat untuk memperluaskan perkhidmatan Ambulans Kita Selangor ke baki 6 daerah yang lain memang Kerajaan Negeri mengambil maklum dan bersedia untuk meneliti perkara ini. Ini memang di dalam juga perancangan Kerajaan Negeri dan Keputusan selepas ini akan dibuat berdasarkan prestasi pelaksanaan di 3 daerah Fasa 1 serta mengambil kira kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri bagi memastikan perluasan program dapat dilaksanakan secara berkesan, mampan dan memberi manfaat optimum kepada rakyat.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Teratai berkenaan dengan cadangan pewujudan pusat ambulans satelit serta mengoptimum lalua dan penggunaan ambulans berdasarkan real time data namun seperti yang saya maklumkan ketika ini ambulans Kita Selangor (AKS) adalah untuk kegunaan kes bukan kecemasan. Jadi selepas ini sekiranya kita mahu memperluaskan skop kepada skop-skop lain saya kira Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Teratai kerana Kerajaan Negeri memang

sentiasa komited dalam segala aspek teknikal dan operasi supaya kita dapat menjamin pelaksanaan inisiatif ini dijalankan dengan lebih lancar, berkesan dan memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

Tuan Speaker berkenaan dengan inisiatif Ambulans Kita Selangor ini yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Bernam bertanyakan tentang peruntukan pada tahun hadapan, jadi untuk makluman seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini Ambulans Kita Selangor berada di Fasa 1 dan ianya akan dipertimbangkan sekiranya prestasi memang baik, memang sangat memerlukan, kita akan selepas itu menentukan jumlah peruntukan kerana kalau kita tentukan pada masa kini, mungkin dia peruntukan itu tidak orang kata setara dengan permintaan yang diperlukan. Jadi itu akan kita tentukan pada tahun hadapan. Seterusnya

Yang Berhormat boleh buat celahan sikit? Boleh?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Boleh, boleh.

Sikit. Berkenaan dengan Ambulans Kita Selangor ni, jadi yang kita faham ketika ini berada di Fasa Pertama dan tertumpu kepada 3 daerah terlebih dahululah iaitu Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Betul? Jadi dalam mempertimbangkan untuk meneruskan agenda Ambulans Kita Selangor ini bolehkah juga dilaksanakan kajian di kawasan luar bandar? Saya beri contoh di Ulu Bernam, ramainya akan pergi ke hospital di seberang Perak di bahagian Slim. Jadi kalau kajian itu dapat dilaksanakan juga di kawasan luar bandar kita lihat dari sudut permintaan dan juga keberkesanan menggunakan ambulan ini supaya kita lihat dalam Fasa yang kedua nanti kerajaan dapat nilai di kawasan luar bandar dan juga kawasan bandar bagaimana dapat dimanfaatkan Ambulans Kita Selangor ini. Terima kasih EXCO.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih atas cadangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sebenarnya walaupun kita di peringkat Fasa Pertama namun Kerajaan Negeri sedarlah bahawa Negeri Selangor ni sebenarnya berdekatan dengan banyak-banyak negeri lain contohya Kuala Lumpur pun sebenarnya di dalam Selangor dan juga negeri-negeri di sekeliling. Oleh kerana itu untuk pelaksanaan Fasa Pertama sebenarnya selain daripada hospital-hospital di bawah Negeri Selangor sekiranya kawasan-kawasan itu mendekati negeri lain, contohnya kiranya berdekatan dengan Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur ataupun Hospital Teluk Intan, Hospital Slim River dan sebagainya, kita sebenarnya juga terlingkung dalam hospital berkenaan juga walaupun pada Fasa Pertama. Jadi dia juga mengikut jaraklah. Walaupun ini merupakan program ini di bawah Negeri Selangor namun sekiranya penduduk di Selangor lebih efisien sekiranya mereka mahu dihantar ke Hospital Teluk Intan perkhidmatan AKS ini juga membenarkan penghantaran ke Hospital Teluk Intan dan juga Slim River. Tapi daripada Slim River penduduk sana tak boleh apa tulah sebab ini adalah orang kata inisiatif untuk warga Selangor daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak untuk Yang Berhormat pertimbangkan tentang skop liputan ambulan ini. Maksud saya adalah ambulan ini pastinya untuk mobilisasi pesakit

kita. Hasil pertemuan saya dengan sebahagian daripada, ni pengalaman saya di Taman Medan la. Bila kita ke klinik kesihatan Taman Medan saya lihat ada ramai warga emas yang menggunakan perkhidmatan awam untuk pergi ke klinik-klinik ini termasuk juga pesakit-pesakit dialysis. Boleh Yang Berhormat pertimbangkan yang mana skop Ambulans Kita Selangor ini diperluaskan kepada all the DRT services yang mana mungkin boleh diwujudkan satu skim khas untuk pesakit-pesakit dialysis dan juga warga emas yang perlukan rawatan susulan setiap bulan atau 3 bulan sekali di klinik-klinik diberikan satu peruntukan khusus untuk mereka ini yang mana mereka boleh gunakan DRT service yang dah diwujudkan dalam kawasan-kawasan ini supaya mereka juga diberikan apa kita panggil coverage melalui program Ambulans Kita Selangor ni. Jadi mereka boleh dapatkan rawatan di pusat dialysis ataupun di klinik kesihatan. Mohon pertimbangan Yang Berhormat.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih atas cadangan yang telah dicadangan oleh Yang Berhormat Taman Medan dan saya sentiasa beri perhatian. Jadi untuk Ambulans Kita Selangor memang buat ketika ini pada Fasa Pertama kita fokus kepada pesakit yang memang memerlukan bantuan, sokongan seperti bekalan oksigen ataupun pesakit yang terlantar sebab itu kita gunakan ambulans. So saya juga setuju dengan cadangan Yang Berhormat tadi itu mereka sebenarnya ada juga pesakit orang kata ada book appointment dan sebagainya dan tidak memerlukan tank oksigen. Yang itu juga selepas ini kita memang akan telitilah. Mungkin dia akan juga diletakkan di bawah EXCO lain. Sebagai contoh mungkin Yang Berhormat Kinrara kerana DRT ini sebenarnya mereka boleh juga naik apa tu sebab DRT satu program yang bagus jadi Yang Berhormat sekalian kenalah sokong program-program seperti ini sebab kalau memang ada permintaan untuk DRT saya rasa Yang Berhormat Kinrara akan usahakan sepenuhnya untuk memastikan kita akan kembalikan program DRT ini (ketawa).

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ambulans kita sokong Yang Berhormat. Buat padang golf kita tak sokong.

Speaker

Kita cakap tentang ambulans ya. Kesihatan. Takde kaitan dengan pengangkutan awam ataupun padang golf. Fokus, fokus.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Okay, jadi kalau kita dah habis topik ambulans ini, saya mintak Yang Berhormat sekalian kembali kepada program vaksin pula. Seterusnya Yang Berhormat Bandar Baru Klang telah membangkitkan isu berkenaan dengan vaksin denggi dan mengharapkan sekiranya kita boleh jadikan ianya sebagai salah satu manfaat vaksin di bawah program ISS lah sebenarnya topik ini telah dibangkitkan beberapa kali walaupun dia sedang sebelum ini nanti saya akan berikan penjelasan. Memang Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin tentang kes denggi dan oleh sebab itu banyak usaha yang telah dijalankan pada tahun ini daripada semua aspek, keseluruhan aspek bagi memastikan berbagai-bagai jenis kawalan pencegahan dapat dilaksanakan secara efektif dan terbuktinya pada tahun ini kita telah mencatatkan penurunan sebanyak 63.8 peratus sehingga minggu epdilogi pada yang ke-45 pada 8 November 2025 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2024, tapi sebenarnya Kerajaan Negeri juga sentiasa peka dan juga mengambil maklum berkenaan dengan penggunaan Vaksin Denggi yang telah mula diperkenalkan pada tahun lalu sebagai salah satu usaha dalam mengurangkan risiko kesihatan akibat denggi termasuk kematian.

Untuk makluman Yang Berhormat, vaksin telah mendapat pendaftaran bersyarat daripada Drug Control Aurority Malaysia pada 8 Februari 2024 untuk tempoh dua tahun, ertinya pemantauan ini akan dijalankan daripada tahun 2024 hingga tempoh dua tahun itu ertinya sehingga tahun hadapan Februari dan mereka akan keluarkan report dan sebagainya. Jadi untuk Kerajaan Negeri kita perlu juga memantau sehingga tempoh tersebut itu adalah cadangan dan saranan oleh kerana itu juga pada waktu ini vaksin tersebut tidak ditawarkan di mana-mana fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, saya extra offer under Kementerian KKM dengan izin dan hanya dibekalkan oleh fasiliti-fasiliti kesihatan swasta. Jadi sekiranya ada mereka yang nak ambil vaksin ini boleh dapatkan sementara waktu di swasta dan kita akan pantau sehingga tahun hadapan dan buat masa ini sedikit penerangan hasil daripada kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak berumur empat tahun hingga enam belas tahun telah pun menunjukkan sebenarnay vaksin ini dapat mengurangkan kemasukan kes demam denggi ke hospital serta berkesan terhadap penyakit yang disahkan mendapat demam denggi. Jadi dia mengurangkan orang kata simptom kalau kita tak ambil vaksin mungkin simptom akan sangat serius macam contohnya kalau tidak ambil Vaksin Influenza ada yang haritu maklum dia sampai sakit dua bulan terkesan daripada Influenza A dan sebagainya.

Namun, vaksin ini tidak akan dapat mengurangkan bilangan kes demam denggi, ini merupakan hasil daripada kajian tersebut. Jadi menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia ataupun lebih dikenali sebagai WHO sebenarnya tidak mencadangkan penggunaan vaksin denggi bagi negara yang mempunyai beban penularan kes demam denggi atau pun change mission intercity yang rendah sehingga sederhana. Jadi dalam hal ini Malaysia di kenal pasti oleh WHO sebagai salah sebuah Negara yang mempunyai beban penularan kes demam denggi yang sederhana buat seketika ini jadi kita juga akan memantau daripada segi strategi sama ada berbaloi atau pun tidak peruntukan ini digunakan, jadi oleh sebab itu juga WHO mencadangkan keperluan strategik berkomunikasi secara berkesan kepada komuniti tentang pemberian vaksin Qdenga dan ini juga kita akan usahakan.

Kerajaan Negeri pada tahun hadapan juga akan seperti yang dikatakan selepas akhirnya tempoh dua tahun ini mengadakan libat urus bersama dengan pihak JKNS bagi menilai semula cadangan vaksin Qdenga selepas KKM dan seterusnya berdasarkan keputusan terkini kita akan melihat apa penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan berkaitan supaya cadangan vaksin denggi itu dimasukkan sebagai salah satu manfaat di bawah Iltizam Selangor Sihat juga akan dipantau selepas tempoh dua tahun tersebut.

Yang seterusnya Tuan Speaker berhubung persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kajang, berkenaan dengan pembangunan klinik kesihatan jenis dou Bandar Mahkota Cheras. Sebenarnya ia nya telah pun disenaraikan untuk dipertimbangkan di bawah Rancangan Malaysia ke-14 dalam rolling plan pertama yang dijadualkan permulaan pembinaannya pada tahun 2031. Jika dijadualkan, jika diluluskan penjadualan ini mengambil kira keperluan mengoptimumkan sumber pembangunan kesihatan awam di samping memastikan projek yang lebih kritikal dan mendesak diberi keutamaan untuk dilaksanakan terlebih dahulu jadi klinik kesihatan tersebut turut akan dicadangkan sebagai klinik gantian kepada klinik kesihatan jenis Empat Sungai Segamat yang kini mempunyai populasi hampir 80,000 orang yang terletak kira-kira 7.6km dari tapak baru yang dicadangkan. Jadi perkara itu telah pun diberi perhatian oleh JKNS dan seterusnya akan diusahakan oleh Jabatan

Kesihatan untuk follow up untuk memastikan perkara ini dibincangkan di peringkat Kementerian, jadi seterusnya kembali kepada Negeri Selangor berkenaan dengan topik Selangor Saring yang Berhormat Damansara telah mencadangkan agar Selangor Saring dilaksanakan dua kali setahun dan program ini sebenarnya merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memudah cara kan orang awam bagi menjalani saringan kesihatan secara percuma dan saya nak terangkan sikit sebab program ini memang bagus kerana ianya melibatkan dua komponen saringan yang pertamanya memang saringan yang kita sering dengan yang meliputi saringan pemeriksaan fizikal, darah, urine, mata gigi, telinga dan sebagainya fisioterapi jadi itu adalah saringan yang asas. Namun di bawah Selangor Saring sebenarnya kita juga ada komponen kedua, komponen ini sangat penting iaitu komponen yang berkaitan dengan saringan kanser, yang meliputi empat jenis kanser iaitu prostat, serviks dan juga payu dara dan program ini sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dan saya ingin meuar-uarkan supaya semua Ahli-Ahli Dewan Negeri dan juga mereka yang mendengar untuk meyakinkan lebih ramai untuk menghadiri program ini kerana program ini memainkan peranan penting dalam mengesan penyakit tidak berjangkit penyakit kanser dan faktor risiko kesihatan dalam kalangan rakyat Selangor. Jadi melalui program ini apa yang paling penting adalah sekiranya ada sebarang isu berkaitan dengan kesihatan ia nya dapat dikenal pasti pada peringkat awal, seterusnya membolehkan intervensi yang lebih awal dan berkesan dilakukan. Kita sering mendengar isu-isu berkaitan dengan kanser di mana sukar untuk pulih dan sebagainya kerana ia dikesan kebanyak kali di peringkat yang terakhir jadi sebenarnya sangat penting untuk kita menjalankan saringan kesihatan setiap tahun bagi memastikan diri kita dalam keadaan yang sihat dan sekiranya ada isu ia nya dikenal pasti pada peringkat yang lebih senang untuk mendapatkan rawatan dan boleh mendapatkan rawatan dengan cara yang lebih mudah.

Justeru itu, cadangan daripada Yang Berhormat Kota Damansara merupakan sebenarnya cadangan yang saya kira baik memang sekiranya boleh cadangan ini memang mahu diusahakan cuma cadangan tersebut juga perlu penelitian yang lanjut daripada sudut kapasiti tenaga kerja profesional seperti juru jawat, pegawai perubatan serta keperluan logistik. Jadi daripada semua aspek itu, daripada kita boleh menambah jumlah saringan yang paling utama buat ketika ini adalah memastikan kesemua pelaksanaan program sedia ada iaitu kerana kita bukan offer sekali dua kali kita offer di setiap DUN sekali. Jadi di bawah Negeri Selangor kita mempunyai 56 DUN ertinya satu tahun target kita yang pertama pun adalah untuk menjalankan saringan ini di 56 kawasan, di mana ada juga kawasan-kawasan yang sukar untuk mendapatkan temu janji dan sebagainya jadi saya harap untuk program yang baik sebegini saya harap kita dapat orang kata kerjasama daripada semua ketua komuniti pelbagai peringkat masyarakat bagi kita menggalakkan lebih banyak orang yang mendapatkan saringan dan pada saya cadangan yang berhormat DUN Kota Damansara boleh dipertimbangkan di kawasan DUN yang saya kira telah menjalinkan menjalankan Selangor Saring untuk kali pertama dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan memerlukan program buat kali kedua dan perkara itu diperbincangkan dengan pejabat saya.

Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas jawapan itu tadi, memandangkan Selangor Saring ini satu program yang mendapat sambutan yang baik, soalan pertama saya ialah berapa kos untuk pihak Kerajaan sediakan untuk setiap kali program ini dilakukan bagi satu-satu DUN? kedua tadi Yang Berhormat EXCO ada sebut ada beberapa DUN ini dia mendapat kesukaran Yang Berhormat boleh bagi tahu saya sendiri kalau

andai kata DUN itu tak mahu bagi tahu saya tidak ada masalah dua tiga kali buat pun tidak ada masalah bagi saya setiap kali buat kita ada dalam lebih kurang 400 orang yang sedia untuk menunggu dan disaring cuma mungkin Yang Berhormat mungkin ada beberapa setengah tempat mungkin dia ada kerjasama dengan pihak swasta yang mana walaupun pihak Selangor Saring ada kanser punya saringan tapi ada juga yang pihak swasta sanggup datang sama-sama jadi ada dua tempat yang walaupun kita dua perkara benda yang sama tapi secara tak langsung dia lebih mempercepatkan sebab ada setengah -setengah yang macam hospital-hospital dia sanggup bekerjasama untuk join sama-sama dengan Selangor Saring jadi secara tak langsung ini akan memberikan ruang yang lebih kepada pihak kerajaan untuk bantu atleast kita buat ke arah satu DUN dua kali setahun, terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih cadangan dan pandangan, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Damansara sebenarnya saya setuju kalau kita boleh jalankan saringan ini, dengan cara-cara yang tersendiri secara lebih efektif perkara ini sebenarnya sangat bagus. Oleh sebab itu, setiap saya katakan berkenaan dengan program ini sepatutnya pihak penyelaras berkenaan dengan program ini daripada Selcare atau pun perlu berbincang dengan pusat khidmat masing-masing dengan Ahli Dewan Negeri supaya kita pastikan program dapat dijalankan dengan orang kata mengikut garis panduan Kerajaan Negeri pada masa sama juga mungkin ada perkara-perkara yang boleh kita lihat daripada perbezaan kawasan-kawasan masing-masing. Contohnya mungkin di kawasan yang mempunyai lebih banyak warga emas sebenarnya boleh juga buka booth yang berkaitan dengan kesihatan warga emas dan sebagainya ataupun booth yang berkaitan dengan Selangor Saring. Sebab itu, sememangnya apabila program ini dijalankan perkara pertama yang saya minta adalah supaya perbincangan dapat dijalankan bersama dengan pusat khidmat di kawasan DUN masing-masing. Dan itu juga mungkin akan menjadi salah satu cabaran dan kekangan kerana sometimes terpulang juga sekiranya pusat khidmat mempunyai masa atau pun ada juga program lain yang mungkin lebih laris di kawasan berkenaan jadi itu merupakan cabaran yang peru kita kendalikan. Namun apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Damansara, sekiranya program ini merupakan salah satu orang kata yang disambut baik di kawasan DUN Yang Berhormat memang kita menerima baik lah dan memang boleh cuba mengusahakan untuk kali kedua sekiranya mempunyai sambutan yang menggalakkan.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan tambahan. Yang Berhormat EXCO apakah bolehkah kita guna klinik sebagai tempat untuk buat saringan? Mohon dengan izin, setahu saya ISS klinik adalah banyak 1600. So pesakit boleh datang ke klinik instead pergi saring.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Yang Berhormat jadi perkara itu akan kita teliti, sebenarnya buat seketika ini sebenarnya kita telah pun membenarkan saringan-saringan tertentu di klinik-klinik yang ada di bawah Program ISS, jadi di bawah Program ISS pun sekiranya yang ini saya ingin uar-uarkan kerana kat klinik kesihatan kita ini bukan sahaja memberikan subsidi kepada perubatan dan sekiranya memerlukan saringan juga kita memberikan subsidi. Jadi perkara itu pun telah dimulakan namun cadangan daripada Yang Berhormat kita boleh teliti untuk kemudian hari untuk melihat sama ada pada tahun hadapan atau pun tahun seterusnya sekiranya kita boleh jalankan penambahbaikan cadangan itu akan diberi penelitian. Seterusnya adalah Tuan Speaker, saya telah selesai menjawab isu berkaitan tentang kesihatan awam, seterusnya adalah berkenaan..

Speaker

Sijangkang

Jadi bualan doktor di sana program saringan ini memang sangat baik mendasar kepada rakyat begitu juga dengan penggunaan mungkin klinik-klinik ISS untuk program-program saringan ini juga daripada perbualan doktor mereka mempertikaikan soal kelewatan pengoperasian Hospital Selcare di Rawang dan dia juga menjadi masalah kepada pengurusan dan 13 orang doktor yang saya ingat dia hendak membawa kepada tindakan undang-undang diatas kelewatan ini, mungkin Yang Berhormat boleh respons.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih atas soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang. Saya cuma hendak minta sedikit pencerahan, ini adakah klinik atau pun hospital? Selcare ke Hospital Selgate?

Selcare ya di Rawang?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Selcare, oh di Rawang. Saya tidak mempunyai perincian untuk klinik eh? Hospital?

Hospital Selcare yang saya ingat, doktor-doktor ini hendak kenakan undang-undang kepada Selgate.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya tidak mempunyai perincian tentang kawasan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat kerana dibangkitkan bukan dibangkitkan dalam perbahasanlah cuma ditanyakan sekarang. Oleh sebab itu, saya boleh tolong mengesahkan selepas ini dan melihat dan saya juga ingin mengambil ruang kerana telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang. Saya ingin mengambil ruang sekiranya terdapat aduan-aduan berkenaan dengan klinik Selcare atau pun hospital Selgate dan sebagainya boleh hantar selepas ini aduan terus kepada pihak pejabat sayalah kerana memang niat kami sentiasa melakukan pemantauan seperti yang dikatakan oleh yang dibincangkan tadi sebenarnya Selcare mempunyai banyak klinik-klinik, hospital dan sebagainya. Dan saya yakin dari masa ke semasa akan tertimbul isu cabaran dan sebagainya dan saya memang ingin mengetahui sekiranya ada boleh hubungi teruslah dengan pejabat saya untuk kita melakukan tindakan susulan terhadap aduan-aduan berkenaan.

Dan seterusnya kita akan pergi ke Tekad Ke-6, Kelestarian Alam Sekitar dan Kepintaran Infrastruktur. Tuan Speaker, Belanjawan Selangor 2026 telah menunjukkan visi Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan negeri secara menyeluruh, berdaya tahan dan lestari dengan mengimbangkan keperluan pembangunan fizikal serta pemuliharaan alam sekitar demi generasi masa depan. Jadi ia terbukti dengan Tekad Ke-6 Kelestarian Alam Sekitar dan Kepintaran Infrastruktur dalam Belanjawan Selangor 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Medan dan Yang Berhormat Sungai Panjang kerana atas keprihatinan isu-isu kelestarian alam di Negeri Selangor dengan mencadangkan agar peruntukan untuk alam sekitar di tingkatkan. Saya sebagai EXCO Alam

Sekitar sebenarnya amat terharu apabila Yang Berhormat sekalian membangkitkan isu bahawa peruntukan untuk inisiatif berkenaan alam sekitar harus ditingkatkan. Dan di sini saya ingin menyatakan saya juga mempunyai pendapat yang sama. Saya percaya Ahli-ahli Dewan Negeri mahupun pejabat awam yang peka tentang isu alam sekitar dan prihatin tentang masa depan negara akan tahu sebenarnya betapa pentingnya untuk kita melabur dalam inisiatif-inisiatif berkaitan dengan penjagaan pemuliharaan serta usaha meningkatkan kualiti alam sekitar kita kerana ada sesetengah perkara yang sekiranya alam sekitar kita ini termusnah, dia tidak mempunyai ruang untuk kita u-turn dan sekiranya keadaan perubahan iklim menjadi semakin teruk dan sebagainya, pada ketika itu mahu kita mengambil langkah inisiatif atau pun mengambil langkah untuk membanteras mungkin agak terlewat. Jadi saya secara peribadi telah menyuarakan pendapat yang hampir sama dan telah bincangkan perkara ini dengan pelbagai pihak termasuk dalam MMKN dengan pihak UPEN mengenai peruntukan alam sekitar pada masa hadapan mesti ditingkatkan demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Kerana seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Taman Medan, bencana alam sekitar ini tidak pilih mangsalah, tidak kira dari sana sini, Perikatan Nasional ke, Kerajaan Perpaduan, memang kalau terkena bencana banjir dan sebagainya memang semua akan terkena.

Justeru bagi tahun 2026, portfolio, ini sebenarnya ada terima sedikit peningkatan, saya hendak mulakan dengan itu dulu. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, pada tahun 2026, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau sebenarnya telah menerima pertambahan peruntukan sebanyak RM500 ribu bersamaan 12.15% kepada RM4.5 juta berbanding peruntukan pada tahun ini iaitu sebanyak RM4 juta. Dan jumlah peruntukan bagi tahun 2026 akan membolehkan Kerajaan Negeri untuk merancang dengan lebih baik dalam program atau pun aktiviti yang memberi impak terhadap kelestarian alam sekitar termasuk pembangunan pelan biodiversiti Selangor, program karbon Negeri Selangor, pembangunan Jilid Ke-2, Pelan Hala Tuju Ekonomi Hijau Negeri Selangor dengan tajuk Kecekapan Tenaga Bangunan dan Ekonomi Kitaran dan selepas ini juga fokus terhadap program kempen bebas Negeri Selangor. Dengan kenaikan peruntukan ini sebenarnya program dan alam sekitar peringkat negeri akan dapat dilaksanakan dengan sedikit lebih berkesan dan menyeluruh. Saya juga ingin mengambil sedikit masa untuk berkongsi pendengaran lanjut berkenaan dengan program SelKitar since we touch about program inikan. Seperti dalam ucapan..

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang Berhormat, Sungai Panjang. Berkenaan dengan Tekad yang Ke-6 ini, Sungai Panjang ingin bertanya adakah peruntukan yang bertambah ini kalau kita lihat sebelum ini banyak fokus kepada masalah banjir dan juga saliran. Sungai Panjang ingin penjelasan adakah selepas ini banyak fokus kepada pemuliharaan hutan simpan dan juga tanah rizab, sebab kita tahu Selangor antara ada 9 hutan simpan kekal dan hutan simpan kekal ini telah banyak di terokai, pengambilan tanah maksudnya.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Yang Berhormat, saya belum habis, ada dekat dalam ucapan. Jadi mungkin selepas saya habis ada pertanyaan tambahan nanti boleh tanyalah ok. Jadi di samping itu saya hendak betulkan sikitlah kerana ucapan Belanjawan itu saya hendak mungkin maklumkan sikit penerangan lanjut tentang SelKitar kerana SelKitar sebenarnya program ini lebih fokus kepada kitaran barangan kitar semula seperti plastik, kad bod, kotak minuman dan sebagainya. Oleh yang demikian, jumlah yang 122 tan yang kita hantar itu adalah lebih kepada

barangan kitar semula. Manakala khusus kepada inisiatif kutipan e-waste yang dijalankan secara berasingan dengan SelKitar adalah dengan kutipan jumlah e-waste yang dikemukakan lebih kurang dalam 29,000 kg yang dilaksanakan melalui program kitar semula e-waste di bawah portfolio ini dan Jabatan Alam Sekitar.

Dan saya ingin fokus kembali kepada peningkatan sebanyak RM500 ribu, saya hendak memberikan sedikit penerangan kerana RM500 ribu untuk portfolio ini bukan satu peningkatan yang signifikan namun selepas itu apabila kita memahami dan melakukan penelitian terhadap peruntukan utama yang telah ditingkatkan pada tahun 2026. Sebenarnya seperti yang telah dimaklumkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri telah memberikan fokus sepenuh kepada pelbagai inisiatif dan usaha yang bakal giat dilaksanakan bagi menangani impak perubahan iklim khususnya bencana banjir, projek-projek tebatan banjir, pengurusan lembangan sungai, pengurusan saliran mesra alam, penyelenggaraan kolam takungan dan sebagainya. Jadi selepas memahami perancangan negeri, saya sebenarnya bersetuju bahawa yang utama perkara, perkara yang paling utama terlebih dahulu adalah kita melaksanakan projek-projek mitigasi banjir terlebih dahulu sebagai usaha untuk menangani banjir di Selangor kerana keadaannya mendesak. Dan berdasarkan pengalaman banjir yang besar dalam beberapa tahun ini memang kita tahu, kita memerlukan perhatian penuh dalam usaha menyelesaikan terlebih dahulu projek-projek yang berkaitan mitigasi banjir akibat perubahan iklim. Dan kemudiannya saya juga bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bahawa kita seterusnya perlu juga memberikan fokus kepada projek-projek yang berkaitan dengan pencegahan perubahan iklim yang lain dengan cadangan penambahan peruntukan bagi melaksanakan serta meluaskan perancangan-perancangan yang berkaitan.

Jadi saya percaya selepas kita handle atau pun kita kendalikan projek mitigasi banjir selepas itu kita juga akan berikan peruntukan yang lebih signifikan kepada portfolio alam sekitar berkaitan dengan pencegahan isu-isu perubahan iklim. Dan saya juga ingin mengingatkan bahawa selain daripada peruntukan daripada Kerajaan Negeri, sebenarnya banyak lagi program alam sekitar dan perubahan iklim yang menggunakan sumber dana lain seperti dana Kerajaan Persekutuan melalui Eco Fiskal Transfer atau pun (EFT) daripada Kerajaan Persekutuan atau pun Kerajaan Negeri juga telah memberikan peruntukan tambahan melalui kutipan cas beg plastik sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat CSR daripada pihak swasta. Dan di samping itu sebenarnya dengan adanya Pusat Data Perubahan Iklim Selangor (SCAC) bersama dengan Kerajaan Negeri sebenarnya kini sentiasa meneroka sumber pendanaan baru seperti dari Global Environment Facilities Adoption Fund serta program-program dengan kerjasama Kerajaan-kerajaan lain seperti United Kingdom, Belanda atau pun Kesatuan Eropah di mana di situ kita pun akan cuba mendapatkan dana atau pun peruntukan tambahan bagi menjalankan inisiatif dan program berkaitan dengan alam sekitar.

Dan Tuan Speaker, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Panjang untuk mewujudkan skim bayaran karbon secara sukarela kepada komuniti kepada orang asli dan penduduk kampung yang memelihara hutan. Saya cuma ingin mengambil masa untuk maklumkan bahawa program Karbon Selangor yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar merupakan inisiatif pertama. Inisiatif strategik negeri yang bertujuan memperkukuhkan agenda pembangunan rendah karbon melalui penyelesaian berasaskan alam serta teknologi. Bagi meningkatkan simpanan karbon yang boleh dimanfaatkan menerusi mekanisme perdagangan atau pun inisiatif berasaskan

pasaran. Jadi sebagaimana yang diumumkan, Kerajaan Negeri menerusi Pusat Adaptasi Perubahan Iklim dengan kerjasama Malaysia Forest Fund akan mulakan dulu kajian. Kajian awal berkaitan dengan karbon di Negeri Selangor seawal tahun hadapan, ini jugalah termasuk strategi dan sistem pelaksanaan, jadi perkara ini akan dibincangkan ketika itu dan kajian ini perlu dilaksanakan bagi menilai potensi karbon kesesuaian lokasi, kos pelaksanaan serta mekanisme tadbir urus yang selaras dengan dasar, pasaran karbon negeri dan kita akan lihat bagaimana kita boleh memperkembangkan perkara ini.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Panjang juga telah menzahirkan keprihatinan kepada berkaitan dengan hutan simpan kekal di Selangor. Yang mencadangkan agar peruntukan khusus kepada pemulihan hutan simpan kekal disediakan. Jadi untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya juga amat mementingkan pemuliharaan dan pengurusan lestari hutan simpan kekal demi memastikan kesinambungan alam dan kesejahteraan rakyat. Jadi selaras dengan komitmen tersebut pada tahun ini, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sebenarnya telah pun menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM4,060,000.00 daripada Kerajaan Negeri bagi tujuan pengurusan hutan. Dan untuk tahun hadapan iaitu tahun 2026, komitmen Kerajaan Negeri terus diperkukuh dengan peningkatan hampir RM1 juta iaitu kepada RM5 juta yang merangkumi 9 program utama. Dan melalui program pembangunan sumber hutan, JPNS akan melaksanakan aktiviti penanaman semula di kawasan hutan terus serta menjalankan rawatan di kawasan yang telah ditanam bagi memastikan kelestarian sumber hutan sentiasa terpelihara.

Dan selain daripada itu juga sebenarnya JPNS juga turut menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang seperti saya katakan Kerajaan Persekutuan juga memberikan bantuan EFT atau pun Ecologycal Transfer yang berjumlah RM3.3 juta yang juga akan membantu dalam menyokong usaha pemuliharaan dan pemeliharaan sumber hutan di Negeri Selangor. Dan seterusnya adalah kepada Yang Berhormat ...

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang Berhormat, satu perkara yang Sungai Panjang ada bangkitkan pertama tentang pemuliharaan, yang kedua tentang pengambilalihan tanah seperti kalau kita lihat projek-projek pembangunan besar macam perumahan, industri yang akan memusnahkan hutan-hutan sekunder. Kerajaan Negeri perlu sediakan satu mekanisme atau pun levi denda supaya membiayai pembelian semula hutan simpan kekal. Sebab bila projek pembangunan perumahan atau industri yang besar akan mengurangkan lagi kawasan hutan simpan kekal. Begitu juga mengurangkan lagi tanah-tanah rizab kita. Jadi yang Sungai Panjang, maksudkan yang kedua adalah peruntukan untuk pengambil balik tanah yang telah digunakan untuk projek-projek besar ataupun industri.

Yang Berhormat EXCO boleh bersekali? Isu yang sama yang saya bangkitkan. Tadi peruntukan sejumlah RM4juta lebih, adakah dia mempunyai program-program spesifik kepada hutan simpan kekal di Negeri Selangor?. Sebab saya bangkitkan juga berkaitan dengan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara. Terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Sebenarnya, sekiranya ada cadangan penambahbaikan yang berkenaan dengan Jabatan Alam

Sekitar (JAS) dan sebagainya, saya akan mengambil maklum. Cuma saya juga ada dalam perbahasan yang pada sidang kali ini ada beberapa Ahli-ahli Berhormat telah membangkitkan tentang isu pengambilan tanah yang walaupun berkaitan dengan hutan simpan ataupun berkaitan dengan hutan, itu lebih di bawah portfolio Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar. Jadi untuk isu-isu tersebut, cara pengambilan, penambahbaikan pengambilan tanah-tanah itu terletak di bawah portfolio Yang Amat Berhormat, yang itu akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat selepas ini. Tapi saya kembali kepada ucapan Yang Berhormat Sijangkang yang ada juga membangkitkan mengenai keperluan memelihara dan memelihara hutan simpan Kuala Langat. Jadi itu lebih kepada peruntukan yang disediakan ataupun bagaimana yang digunakan untuk hutan simpan yang khususnya dibangkitkan adalah berkaitan dengan Hutan Simpan Kuala Langat.

Jadi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memang komited dalam usaha mengekalkan kawasan berhutan dalam Negeri Selangor. Jadi untuk Hutan Simpan Kuala Langat, sikit penerangan, memang berkeluasan lebih daripada 8000 hektar dan itu Kuala Langat Selatan dan Kuala Langat Utara pula seluas 688.63 hektar. Yang ini memang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal bagi memelihara kepelbagaian biodiversiti dan memastikan kelestarian ekosistem hutan serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan fungsi ekologi.

Jadi JPNS pada ketika ini juga ada menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi serta komuniti orang asli di Kuala Langat dalam melaksanakan program pemulihan dan pemuliharaan hutan termasuk pembinaan telaga tiup, kolam takungan dan menara tinjau kepakaran. Yang ini adalah inisiatif bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber air, pencegahan kebakaran hutan serta pemulihan ekosistem secara menyeluruh. Dan melalui dana projek pengurusan mampan ekosistem tanah gambut di Malaysia, JPNS telah menyediakan pelan pengurusan bersepadu Hutan Paya Gambut Selangor Utara dan pelan pengurusan bersepadu Hutan Paya Gambut Selangor Selatan bagi memperkemas pengurusan ekosistem tanah gambut di negeri ini.

Jadi ini juga dalam pelan ini termasuk Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang merupakan sebuah hutan paya gambut yang terlindung. Jadi sejajar dengan itu juga Pelan Pengurusan Bersepadu Hutan Paya Gambut Selangor Utara telah pun ada pada tahun 2025 sehingga tahun 2034 dan Pelan Pengurusan Bersepadu Hutan Paya Gambut Selatan pada tahun 2025 hingga 2034 telah disediakan sebagai panduan menyeluruh untuk mengurus dan memelihara ekosistem hutan paya gambut secara mampan. Jadi JPNS turut menyiapkan dokumen pelan zon pengurusan peralihan tanah gambut lestari bagi memastikan pengurusan hutan paya gambut dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif dan teratur dan selain daripada itu juga usaha memelihara hutan simpan termasuk Hutan Simpan Kuala Langat diperkukuh melalui perlaksanaan dasar moratorium pembalakan selama 25 tahun bermula daripada tahun 2010 hingga tahun 2035 yang melarang sebarang aktiviti pembalakan di dalam kawasan hutan simpanan kekal bagi memelihara ekosistem hutan. Dan untuk maklumat Yang Berhormat, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) juga komited dalam pemeliharaan dan pemeliharaan Hutan Paya Bakau iaitu Hutan Paya Laut di Negeri Selangor terutamanya di dalam kawasan hutan simpanan kekal dengan penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai. Jadi tujuannya adalah untuk memastikan supaya kawasan itu dapat ditumbuhi dengan pokok. Pokok ini sebenarnya memainkan peranan yang paling penting iaitu memainkan peranan sebagai lindungan semula jadi, pemecah ombak dan meminimumkan kesan

kemusnahan akibat kejadian alam seperti ombak tsunami dan hakisan tanah disebabkan oleh arus air laut dan selain daripada itu sebenarnya terdapat juga program-program yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan ekosistem hutan paya laut jadi program penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai telah dijalankan secara komprehensif dengan penglibatan daripada pelbagai peringkat seperti pihak jabatan, agensi kerajaan dan swasta terdapat juga NGO, IPTA, IPTS yang telah melibatkan pelajar-pelajar dan juga syarikat swasta, para penduduk kampung dan semua golongan masyarakat supaya mereka mempunyai ruang untuk mendapatkan pengetahuan tentang isu ini. Jadi sebagai penutup, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang amat prihatin terhadap isu-isu Belanjawan Selangor 2026 di bawah..

EXCO. Boleh? Pertanyaan dalam ucapan saya berkaitan dengan tapak pelupusan sampah haram di kawasan Tanah FELCRA, yang mana 11 lokasi telah dikenal pasti dan juga melibatkan lebih daripada 20 lot dan setakat ini makluman balas yang terpada datang kepada saya hanya beberapa notis termasuklah remedi dan sebagainya daripada pihak Pejabat Tanah Dan Daerah (PDT) dan juga di bawah pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) cuma setakat yang saya dapat maklumat seolah-olah tidak ada lagilah tindakan perundangan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana saya ingat pencemaran itu nyata pembakaran-pembakaran, yang masuk hospital pun nyata, saya ingat mungkin di bawah Akta 127 - Pencemaran Alam Sekitar ini sepatutnya boleh dikenakan tindakan. Tetapi saya tak tahu kalau ada, tetapi di luar daripada pengetahuan saya yang ada tindakan perundangan tersebut. Terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Jadi seperti yang diketahui dari masa ke semasa memang tapak pembuangan sampah haram ini melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tapi orang kata urus setia utama ataupun portfolio utama adalah lebih berkaitan dengan EXCO PBT, jadi perkara ini mungkin selepas ini akan diperjelaskan di bawah EXCO PBT lah sebagai usaha pemantauan dan sebagainya kerana ianya lebih kepada penguatkuasaan yang telah disepadukan di bawah Kerajaan Tempatan.

Yang Berhormat, saya dapat maklumat daripada EXCO PBT sendiri. Cuma yang saya pertikaikan saya ingat, Yang Berhormat pun mungkin fed up dengan saya bila saya mesej tengah-tengah malam berlaku kebakaran dan ini biasa. Yang buat pencemaran ini dia bukan buat waktu siang, waktu orang bekerja, waktu malam dan sebagainya tapi isunya seolah-olah tidak ada tindakan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkaitan pencemaran alam sekitar itu sendiri di bawah Akta 127.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Jadi sekiranya pertanyaan, saya kira kita tidak mencatat pada sidang ini, kerana sampah haram dia lebih di bawah portfolio EXCO PBT, namun sekiranya ada kaitan dengan pembakaran secara haram sebagai contoh, sebenarnya walaupun dia berkait rapat dengan PBT sebenarnya daripada pejabat saya pun kita sangat prihatin. Jadi selepas ini, pada beberapa minggu lepas saya pun telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri di dalam Mesyuarat MMKN, bahawa kita akan melihat isu pembakaran sampah haram ini ataupun sampah-sampah secara menyeluruh, kerana sering kali dibangkitkan namun seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sijangkang, sulit untuk mendapat jalan penyelesaian kerana isu ini sometime

agak berat dan sometime juga perundangan yang sedia ada mungkin kadang kala dia ada orang kata loophole dan mungkin sukar dilaksanakan secara sepenuhnya. Jadi kita mahu tahu mengapa? Jadi perkara ini kita akan jalankan Mesyuarat Bersepadu bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama dengan Pejabat Tanah Dan Daerah (PDT) untuk membincangkan secara orang kata dengan teliti bagaimana kita boleh melakukan penambahbaikan terhadap isu pembakaran sampah haram ini dan ini fokus kepada semua isu pembakaran sampah haram di seluruh Negeri Selangor termasuk kawasan Yang Berhormat Sijankang dan juga kawasan-kawasan lain. Kerana banyak juga kawasan lain yang mempunyai isu yang sama dan juga mungkin telah berlaku untuk satu tempoh yang agak panjang jadi kita berharap dengan adanya Mesyuarat Bersepadu selepas ini dengan pelbagai pihak agensi kerajaan, kita dapat mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dan menyelesaikan isu-isu dan memahami mengapa untuk tempoh ini begitu sukar untuk menyelesaikan isu pembakaran sampah haram ini.

Tuan Speaker. Yang Berhormat berkaitan tentang pencemaran Sungai Kapar Kecil. Yang mana Yang Berhormat ada mengulas pada Jun, Julai yang lepas. Dan masih berlaku lagi yang terakhir pada minggu lepas. Jadi maknanya, sejauh mana penguatkuasaan yang dilakukan, apakah sudah dikenal pasti operator yang melakukan? dan juga apakah tindakan yang telah dilakukan itu benar-benar memberikan kesan kepada mereka yang melakukan perkara tersebut?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sementa, ingin saya ingatkan bahawa perkara ini hanya dibangunkan ketika inilah, ianya tiada dalam perbahasan, perbahasan kali ini ataupun Jun. Kali ini tentang??..

Pencemaran di bawah Alam Sekitar. Dalam ucapan saya yang lepas, yang baru inilah, hari Selasa.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya dimaklumkan oleh pegawai tidak dibahaskan, ianya cuma dibahaskan dalam soalan.. Dalam soalan kan?

Ada dalam Hansard. Tidak, dalam ucapan saya, perbahasan.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Okey, saya akan semak Hansard kembalilah kerana saya tidak mempunyai maklumat buat ketika ini dan ianya tidak direkodkan. Sekiranya ada, nanti saya akan lias dengan Pejabat Dewan untuk berikan maklum balas secara bertulis dan kita akan semak Hansard tersebut. Tapi sebagai pemakluman secara orang kata secara umum, isu tentang pencemaran alam tak kiralah di sungai ke di tanah dan sebagainya, memang dia akan ada dari semasa ke semasa dan ada juga dalam keadaan di mana tempat yang sama akan mengalami pencemaran tersebut, mungkin oleh pihak yang sama, mungkin oleh pihak yang berbeza. Buat ketika ini saya tidak dapat memberikan maklum balas secara terperinci kerana saya tidak mempunyai maklumat, tapi ingin saya sarankan sekiranya ada ataupun terdapat apa-apa sahaja isu pencemaran kita boleh maklumkan secara rasmi dan dibangkitkan dan dimaklumkan kepada pejabat saya dan kita akan melakukan apa itu follow up (dengan izin) ataupun tindakan susulan di mana kita

akan melihat apakah isu yang melibatkan ianya berulang semula kerana di setiap tempat yang berbeza dia mempunyai faktor ataupun mempunyai isu yang sedikit berbeza. Sometimes mungkin tempat itu memang tidak mempunyai pemantauan. Ataupun sometimes mungkin dilakukan oleh pihak yang berlainan. Jadi perkara ini kita akan berikan maklum balas secara orang kata selepas mendapat info tersebut dan sekiranya tiada tindakan susulan perkara ini boleh dibangkitkan semula pada sidang yang akan datang.

Jadi sebagai penutup saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin terhadap isu-isu Belanjawan Selangor 2026 di bawah Jawatan Kuasa Tetap Kesihatan Awam Dan Alam Sekitar dan pejabat saya sememangnya mengambil perhatian yang sangat serius dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan dan saya juga ingin meminta jasa baik daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya mempunyai isu tersebut maklumkan secara rasmi kepada pejabat saya, supaya kita boleh membuka satu orang kata aduan rasmi dan kita boleh follow up bahawa perkara ini tidak dapat diselesaikan oleh agensi atau pun mempunyai cabaran serta kesulitan. Dan kita boleh melihat kepada isu itu dengan lebih telitilah kerana seperti yang diketahui di Negeri Selangor memang kita mempunyai populasi yang tinggi. Memang isu pencemaran alam sekitar ini juga satu isu yang orang kata sangat mencabar dan kritikal. Jadi sekiranya boleh saya ingin meminta kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya boleh berkerjasama untuk membantu isu ini dengan menjalankan secara rasmi supaya kita dapat melihat bagaimana penambah baik untuk setiap kes dapat dijalankan, terima kasih. Bandar Utama menyokong sepenuh Belanjawan Selangor 2026.

Speaker

Terima kasih Bandar Utama, sesuai dengan tahap kesukaran pada portfolio Yang Berhormat. Yang Berhormat mengambil masa 70 minit dalam penggulungan ini. Selepas ini saya juga ingin mengumumkan kita mengalu-alukan kehadiran rombongan lawatan seramai 4 orang daripada Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang yang diketuai oleh Tuan Haji Hamdan bin Rasul dan diketuai oleh Encik Jefri Johari. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung untuk meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul ini. Silakan Yang Berhormat Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin membawa suatu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6:30 petang.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong, saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.

Usul ini dipersetujui.

Seterusnya saya juga menjemput Yang Berhormat Kinrara untuk memulakan penggulungan, dipersilakan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2026 yang menyentuh teras-teras berkaitan sektor pelaburan, perdangangan, industri pembangunan SME di Selangor. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan inisiatif strategik Kerajaan Negeri dalam memperkasakan industri semi konduktor khususnya dalam reka bentuk litar bersepadu. Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan di bawah Nasional Semi Konduktor Strategi. Apakah itu Semi Konduktor? Semi Konduktor is the new of the 21 Century. Kita harus menerima hakikat bahawa cip bukan lagi sekadar komponen dalam komputer dan atau pun telefon pintar. Pada hari ini cip adalah tunjang tamadun moden. Bermula daripada kenderaan elektrik sehinggalah kepada pusat data dan kecerdasan buatan yang sedang berkembang pesat. Kelangsungan teknologi dunia bergantung sepenuhnya kepada kuasa pemprosesan cip mikro ini. Justeru Selangor tidak mahu sekadar menjadi pengguna dan bertindak sebagai peneraju bagi memastikan Malaysia muncul sebagai hub utama semi konduktor di rantau ini. Dalam tempoh sekurang dalam setahun, Malaysia Semi Konduktor ICI Design Park di Puchong telah membuktikan kejayaannya dengan menarik penyertaan 14 syarikat reka bentuk IC bertaraf global dan tempatan.

Pelaburan ini telah menjana 250 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi merangkumi jurutera reka bentuk litar. Sasaran kita adalah untuk meningkatkan jumlah ini kepada 400 jurutera menjelang penghujung tahun 206. Visi ini tidak terhenti di Puchong, dalam semi konduktor ICI Design Park kedua di Cyberjaya yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat PMX pada 6hb November yang lalu. Pusat baru ini beroperasi sebagai fasiliti ujian cip bertaraf dunia yang pertama di rantau Asia Tenggara. Inilah gambaran besar yang ingin saya sampaikan daripada taman pertama di Puchong yang menghubungkan terus ke taman kedua di Cyberjaya. Kita kini dapat melihat pembentukan rantaian industri yang lengkap dan utuh. Ini menjadikan Selangor antara negeri terpantas membangunkan kluster reka bentuk IC di Malaysia. Dengan potensi pelaburan terkumpul bernilai RM3 bilion.

Tuan Speaker, terdapat dakwaan bahawa Kerajaan Negeri hanya sekadar menyediakan ruang pekerjaan semata-mata di taman perindustrian ini. Sebenarnya apa yang kita tawarkan di semi konduktor IC Design Park jauh melangkaui dinding dan bumbung pejabat. Kita menawarkan ekosistem lengkap yang merangkumi dana pemecut dan modal teroka interrelation and visi fund. Kerajaan menyediakan akses kepada dana untuk menyokong semi konduktor antarabangsa, tempatan mahupun kerjasama usaha sama. Dua, infrastruktur dan peralatan kelas pertama. Selain pejabat yang lengkap dengan sewa dan utiliti percuma, kita menyediakan akses kepada perisian EDA Tools iaitu Electronic Design Automation. Peralatan pengujian, testing and equipment, harta intelek, IP, pelayan berkapasiti tinggi, server serta perkhidmatan multi-projek wafer (MPW). Mungkin ini istilah EDA Tools kedengaran agak sedikit bagi sesetengah pihak. Izinkan saya beri satu contoh yang mudah sebagaimana kita memerlukan aplikasi seperti Adobe untuk membuka dokumen atau perisian

atau CapCut untuk edit video. Begitu jugalah fungsinya EDA Tools, ia adalah perisian wajib yang diperlukan oleh Jurutera untuk melakar atau mereka bentuk litar cip.

Yang ketiga pembangunan bakat, subsidi sehingga 100% diberikan untuk latihan bakat melalui advance semi konduktor Academy of Malaysia atau pun ASM. Tuan Speaker, matlamat sebenar kita adalah mewujudkan satu kluster industri yang kukuh. Mengambil inspirasi daripada kejadian Sucho Industrial Park dan Sechan Industrial Park. Kedua-duanya adalah contoh bagaimana pemusatan reka bentuk IC di satu lokasi mampu menarik aluran modal yang intensif sekali gus menjadikan mereka kuasa besar teknologi dunia. Gelombang pelaburan ini memberi impak besar kepada ekonomi tersebut. Oleh itu, visi Selangor bukan sekadar mahu mereka sekeping cip, apa yang kita sedang bina adalah kelebihan daya saing industri Malaysia. Selain memanggungkan cip, cabaran terbesar adalah meyakinkan pasaran untuk membeli cip rekaan Selangor. Saya penuh yakin bahawa permintaannya wujud, Malaysia merupakan negara pengeksport semi konduktor kelima terbesar di dunia. Reputasi global ini memberi kita kelebihan besar. Berkaitan perkara akses kepada syarikat gergasi seperti Intel, Nvidia dan AMD. Suka saya tegaskan bahawa Selangor tidak memberi janji kosong kepada ekosistem rekaan cip. Sebaliknya SIDEC telah mewujudkan struktur hubungan melalui vendor, IP providers dan rakan teknologi antarabangsa menjadi pintu masuk kepada rantaian bekalan global semi konduktor. Proses ini sememangnya memerlukan masa kerana standard industri adalah ketat dan memerlukan penilaian vendor yang menyeluruh. Kerajaan Negeri juga berkerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan melalui platform seperti Nasional Semi Konduktor Strategi. Malaysia silikon vision dan pelbagai sesi industri dengan kerjasama pihak MOSTI, MITI dan MIDA. Di mana SIDEC secara proaktif memperkenalkan keupayaan syarikat-syarikat IC Design Park kepada pemain global serta memastikan mereka berada dalam saluran perbincangan formal negara.

Tuan Speaker Kerajaan Negeri telah merangka satu dasar baru dikenali sebagai Dasar 30% local ekonomi development dalam pembangunan pusat data. Bagi maksud ini, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menetapkan 30% kandungan tempatan dalam pembangunan pusat data dalam tempoh 3 tahun yang akan menjana permintaan bagi cip rekaan Selangor, Selangor yakin syarikat tempatan mampu membekalkan perkhidmatan mahupun pembuatan dalam komponen-komponen pusat data termasuk IT Hardware, electrical power infrastructure dan cooling thermo system.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Yang Berhormat telah mengesahkan bahawa taman pertama di Puchong memberikan tumpuan kepada usaha untuk mereka bentuk litar bersepadu. Dan ini melibatkan beberapa pelabur-pelabur yang telah pun bertapak di Puchong dengan beberapa kemudahan yang telah diberikan kepada mereka. Kemudian kemudahan yang kedua iaitu di Cyberjaya, itu masih lagi di peringkat percubaan seperti Yang Berhormat sebut, ini adalah kemudahan ujian cip yang telah direka bentuk di Puchong. Ia masih belum menjawab perbahasan di luar sana, sejauh mana Kerajaan Negeri memberikan komitmen untuk membantu pelabur-pelabur yang telah mereka bentuk litar bersepadu di Puchong dan kemudian di uji reka bentuknya di Cyberjaya untuk diberikan akses kepada pemain-pemain industri yang besar seperti yang telah disenaraikan tadi, Intel, Broadcom, Nvidia, dan juga AMD. Yang Berhormat sebut perkara ini akan dilakukan, bolehkah saya mengetahui apakah status rundingan dengan syarikat-syarikat yang besar ini supaya tidak ada sebarang rangkaian yang terputus setelah ia direka bentuk di Puchong, diuji di Cyberjaya kerana tidak mungkin pelabur-pelabur yang terlibat

dalam reka bentuk bersepadu ini mempunyai satu jumlah pelaburan yang mencecah berbilion ringgit untuk melakukan pengeluaran atau pun production litar bersepadu yang telah direka bentuk oleh syarikat-syarikat tempatan mahupun pelabur yang dibawa masuk ke Puchong. Saya mohon penjelasan, status rundingan dengan pemain industri yang besar ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. Sebenarnya subjek semi konduktor ini memang merupakan satu subjek yang sangat rumit. Bukan senang kita hendak faham, rantaian yang penuh bagi semi konduktor dan bagaimana kita menghasilkan satu cip sehingga kita memasarkan satu cip. Seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, syarikat-syarikat besar seperti Intel, Nvidia, AMD yang disebutkan Hulu Kelang itu, dia menghasilkan produk yang berbeza. Dia tidak bersama dengan produk yang kita hasilkan di IC Design Park dan tadi saya juga jawab separuh sebelum Yang Berhormat Hulu Kelang bangun, dasar 30% local economy development itu kita akan kenakan produk, kandungan tempatan ke atas data centre yang akan masuk ke dalam Negeri Selangor. Apa yang akan kita kenakan komponen, cooling system, ini bukan produk daripada Nvidia. Nvidia menghasilkan cip, super cip bagi pemprosesan AI. Jadi yang itu merupakan produk yang berbeza tetapi kita tidak berhenti di sini. Kita telah mengadakan banyak beberapa siri sesi libat urus, round table discussion, engagement bersama pemain industri dan juga IC Design, syarikat di dalam IC Design Park seperti libat urus dengan Aero Angkasa, seperti libat urus dengan automatif industri, seperti libat urus dengan pusat data. Jadi ini adalah kerja-kerja bagaimana kita untuk mencari pasaran untuk produk atau pun hasil yang akan kita hasilkan di dalam kita punya IC Design Park. Saya harap saya sudah jawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya akan teruskan untuk penjelasan apakah itu 30% lokal ekonomi development.

Jadi melalui dasar ini, syarikat-syarikat elektrik dan elektronik sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Johor atau pun di Kedah boleh mendapat faedah daripada pembangunan pusat data. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sedia maklum terdapat pelbagai kritikan mengenai peluang pekerjaan dalam pembangunan pusat data. Jadi selain daripada kita dapat mewujudkan rantaian yang lebih besar untuk syarikat-syarikat SMB khususnya syarikat E&E yang terletak di Pulau Pinang dan Kedah. Kita juga perlu cari satu kaedah dengan melalui polisi 30% ekonomi development ini, kita dapat wujudkan peluang pekerjaan bagi anak-anak Malaysia. Jadi antaranya adalah di dalam satu terbitan terbaru akhbar The Edge Malaysia, saya juga baca The Edge Yang Berhormat Hulu Kelang. The Edge terkini yang bertarikh 27 Oktober, kolum ini ditulis oleh Prof. Jomo Kwame Sundaram dan K Kuhaneetha Bai, Jomo Sundaram bertajuk Inviting Troubles Data Center Investment Not Worth It . Jadi ini saya baca, jadi apakah tindakan daripada Kerajaan Negeri Selangor? Data di dalam penerbitan ini, selain mengkritik penggunaan tenaga dan air yang tinggi, penulis juga mempersoalkan peluang pekerjaan bernilai tinggi melalui Pembangunan Pusat Data, jadi Kerajaan Negeri Selangor yakin dengan syarat 30% Local Economy Development ini kita dapat menjaga kepentingan syarikat lokal, khususnya Syarikat SME di dalam rantaian bekalan ini. Saya sambung ya, Tuan Speker, tiada ekosistem yang boleh berjaya tanpa bakat. Disinilah peranan Advanced Semiconductor Economy of Malaysia (SM). SM ditubuhkan untuk melatih graduan tahun akhir dan tenaga kerja tempatan melalui program seperti National Semiconductor Excellence Program (NSEP) sejak tahun 2024, seramai 1,500 pelajar telah berjaya menamatkan latihan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Boleh-boleh.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Yang Berhormat saya ingin merujuk kepada perkara Pusat Data Yang Berhormat bincangkan sebentar tadi, saya ingin bertanya apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang penubuhan dan pengembangan Pusat-pusat Data di Negeri Selangor khususnya? Apakah perkara ini akan diberikan keutamaan kerana kita tahu pembangunan pusat-pusat data ini juga ada isu alam sekitar ya khususnya pelepasan karbon yang agak ketara dan juga penggunaan elektrik yang agak signifikan. Saya percaya, selain daripada Pembangunan Pusat Data dan beberapa komponen yang disebut oleh Yang Berhormat Kinrara tadi, kita juga harus membincangkan kesan terhadap Pembangunan Pusat-pusat Data ini di dalam Negeri Selangor sebagai contoh, pada tahun 2023, Google melaporkan peningkatan sebanyak 48% jumlah pelepasan karbon dalam tempoh 5 tahun dengan jumlah keseluruhan sebanyak 14.3 juta ton metrik CO2 setara dan peningkatan ini disebabkan oleh pengembangan pusat data untuk menyokong sistem kecerdasan AI. Maknanya, sementara sistem kecerdasan buatan atau AI ini nak dikembangkan, bagaimana Kerajaan Negeri dapat mengimbangkan terhadap kesan alam sekitar khususnya pelepasan karbon dan juga peningkatan penggunaan elektrik yang agak tinggi dan signifikan dalam pembangunan pusat data ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih. Ini merupakan satu soalan yang penting, bagi Kerajaan Negeri Selangor, pendirian Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya selaras dengan National Semiconductor Strategy iaitu data center merupakan sebahagian daripada rantaian ataupun ekosistem semikonduktor yang ingin kita bangunkan kerana kita akan dapat membekalkan sebahagian komponen-komponen termasuk chips dan sebagainya kepada data center. Jadi ini merupakan satu pasaran yang besar dan pasaran baru untuk ekonomi Malaysia. Sentuh berkenaan apa itu isu alam sekitar, bagi data center yang baru sebenarnya salah satu syaratnya adalah mereka mesti mematuhi apa yang disebutkan itu PUE, Power Usage Effectiveness dan juga penggunaan air. Jadi bagi data-data center yang baru sebenarnya mereka telah mencapai satu standard di mana standard ini juga digunapakai di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan sebagainya. Jadi ini akan kita akan terus memantau supaya memastikan data center data center baru ini mematuhi syarat-syarat alam sekitar yang telah ditetapkan. Ini merupakan satu perkara yang penting dan juga kita dapat menghasilkan lebih banyak green energy untuk kita membekalkan bekalan kepada keperluan data center. Jadi tadi saya sentuh berkenaan

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, saya nak tanya satu lagi soalan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Satu lagi

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi apakah Yang Berhormat boleh menyakinkan dewan ini bahawa pelaburan dalam pusat-pusat data ini dapat mencapai matlamat ESG dalam tempoh yang telah digariskan oleh piawaian antarabangsa?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, saya suka soalan ini ESG untuk data center. Dengan adanya IC Design Park dan juga ciptaan IC tempatan, ciptaan Negeri Selangor ini sebenarnya kita dapat membantu data-data center ini untuk mencapai markah apa tu extra marks untuk ESG. Kenapa? kerana mereka tidak perlu mengimport sebagian komponen atau cip dari luar negara. Cip itu akan dihasilkan di Malaysia. Jadi ini secara langsung akan membantu pencapaian markah ESG. Ini adalah satu kaedah yang kita masih bekerjasama, menjadi satu langkah untuk bekerjasama bersama semua data center pemain industri data center di negara ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, saya nak minta pencerahan sebab kenyataan Yang Berhormat mengatakan chips ataupun litas bersepadu ini dihasilkan di dalam negara termasuk di Selangor. Boleh Yang Berhormat nyatakan syarikat yang mengeluarkan chips ini setahu saya, sama ada di Puchong atau di Cyberjaya yang saya sebut daripada awal termasuk dalam perbahasan, hanya untuk mereka bentuk, bukan untuk mengeluarkan ataupun produce chip yang telah direka bentuk kerana pengeluaran dan production bagi chips yang direka bentuk itu pelaburannya terlalu besar dan tidak mungkin syarikat-syarikat yang tersenarai di Puchong ada keupayaan untuk mengeluarkan produk-produk yang telah direka bentuk di Puchong. Saya faham di Puchong itu hanya untuk mereka bentuk tetapi sekarang kalau ada kenyataan daripada Yang Berhormat bahawa chips ini dikeluarkan di Selangor, saya ingin tahu syarikat mana, di mana dan volume yang dikeluarkan di dalam negara kita.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tepat sekali Hulu Kelang, Puchong dan Cyberjaya hanya mereka design, reka bentuk IC. Kita tidak memproses atau membuat IC chip tersebut di Negeri Selangor. Proses untuk membuat satu chip itu seperti apa yang saya kata tadi rumit dan proses itu panjang dan dia tidak buat di satu negara sahaja di apa yang kita nak buatkan, apa yang kita nak bangunkan di Negeri Selangor ini adalah front end. Front end bermakna IC design. Selepas itu ada middle end dan back end. Middle end itu mana yang paling kuat? Seperti Korea, Taiwan, TSMC, Samsung, Intel. Yang ini kepakaran mereka adalah kat tengah sini dan back end, packaging and testing mana yang paling kuat? di Pulau Pinang dan Kedah. Jadi akhirnya dia akan patah balik ke Malaysia untuk menghasilkan ataupun menjadikan satu produk yang dapat dipasarkan. Jadi ini merupakan satu rantaian ekosistem yang ingin kita bina dan akhirnya produk yang boleh dipasarkan itu akan dari Malaysia. Seperti apa yang kita export ke Amerika sekarang. E&E Export kebanyakan adalah produk ataupun hasil semikonduktor daripada Pulau Pinang dan juga Kulim di Kedah. Jadi saya nak sambung kepada pembinaan bakat untuk semikonduktor. Impak ekonominya dengan adanya lebih tenaga kerja apa tu tempatan adalah sangat jelas. Kita menyasarkan untuk melatih lebih 10,000 jurutera mahir dalam tempoh 10 tahun. Setiap jurutera ini berpotensi menjana pendapatan purata RM80,000 hingga RM120,000 setahun. Ini bermakna inisiatif ini bakal menyumbang impak pendapatan langsung melebihi RM800 juta hingga RM1billion kepada ekonomi rakyat. Saya berharap agar usaha ini diberi ruang dan kepercayaan. Ini bukanlah satu percaturan yang sia-sia tetapi satu langkah persiapan yang wajar dan mendesak bagi menjamin daya saing ekonomi kita agar kita relevan di pentas antarabangsa.

Tuan Speaker, mengenai Pembangunan sektor Aeroangkasa di Selangor Eropark at KLIA Aeropolis, Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor Incorporation sedang mempergiat pembangunan ini dengan kerjasama Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) melalui satu struktur Incorporated Joint

Venture, struktur ini akan memastikan pembangunan Selangor Eropark dapat dilaksanakan secara terurus, terancang, serta berlandaskan takbir urus yang diyakini pelabur, selaras dengan perancangan induk KLIA Aeropolis. Pada masa ini pihak MBI dan MAHB berada di dalam fasa akhir untuk memutamatkan pegangan masing-masing di dalam special purpose vehicle tersebut melalui kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan G2G ini, Kerajaan Negeri percaya ia dapat memastikan Selangor Eropark at KLIA Aeropolis menjadi destinasi pelaburan antarabangsa yang kompetitif serta memberikan limpahan ekonomi yang tinggi kepada Negeri sebagai salah sebuah projek yang diiktiraf di dalam Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS). Projek ini layak untuk menerima lima insentif daripada Kerajaan Negeri iaitu skim premium khas, bayaran insurance charge permajuan tanpa faedah, pengecualian cukai taksiran tanah kosong, potongan 50% cukai taksiran bangunan kosong dan pengecualian bayaran lesen perniagaan. Untuk makluman, sebuah jawatankuasa khas bertindak terdiri daripada agensi di peringkat Kerajaan Pusat dan Negeri juga telah ditubuhkan pada Julai 2025 bagi memantau pelaksanaan projek Selangor Eropark. Selangor Eropark at KLIA Aeropolis sangat beruntung kerana mempunyai anchor tenant yang pertama iaitu GE Aerospace. Sebuah syarikat pembuat enjin kapal terbang yang mempunyai size market USD 312 billion yang berpangkalan di Amerika Syarikat. GE Aerospace telah tampil sebagai pelabur terawal dan anchor tenant di Selangor Eropark at KLIA Aeropolis melalui pembinaan fasiliti perkhidmatan enjin berskala besar iaitu LEAP Engines yang digunapakai oleh kapal Boeing 737 MAX dan Airbus A320 New dengan anggaran sejumlah 700 peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan di dalam fasiliti ini. Kerajaan Negeri akan menyokong pembangunan GE Aerospace melalui penyediaan infrastruktur yang diperlukan. Koordinasi hal-hal berkaitan kelulusan pembangunan dan ketersediaan ekosistem bagi memastikan kejayaan pelaburan tersebut. Pada peringkat ini, Kerajaan Negeri belum merancang untuk terlibat secara langsung di dalam GE Aerospace melalui suntikan ikuti. Memandangkan syarikat tersebut merupakan pelaburan langsung asing yang beroperasi di bawah struktur korporat global dan modal pelaburannya tidak menuntut penyertaan ikuti daripada Kerajaan Negeri. Keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk bertindak sebagai pembangun ekosistem memastikan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dapat diwujudkan, Permindahan teknologi dapat digerakkan serta perusahaan tempatan dapat mengambil bahagian dalam rantaian bekalan industri Aeroangkasa. Fokus pada peringkat ini adalah tertumpu kepada limpahan ekonomi yang berkualiti tinggi termasuk perwujudan pekerjaan kemahiran tinggi untuk rakyat, permindahan teknologi peningkatan keupayaan perusahaan tempatan serta Integrasi Vendor Domestik ke dalam rantaian bekalan global berbanding pegangan saham di peringkat syarikat. Bagi tujuan tersebut, beberapa sesi libat urus telahpun dijalankan pihak MBI bersama syarikat-syarikat utama Aeroangkasa tempatan seperti Malaysia Aviation Group, Capital Air dan Batik Air untuk mengenalpasti ekosistem vendor tempatan yang dapat dimanfaatkan melalui Kerangka Selangor Aeropark at KLIA Aeropolis. Mengenai pembangunan aeroangkasa di Subang, MBI dan MHB juga telah…

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh saya sentuh soal SAP ini. Saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Kinrara tentang Pembangunan Aero Selangor Ecopark dalam perbahasan saya ini adalah antara perkara yang saya bincangkan agak panjang kerana gesaan saya pada Kerajaan Negeri bukan sekadar terlibat dari segi promosi ataupun penjualan tanah tetapi saya mahu melihat bagaimana Kerajaan Negeri boleh terlibat dalam Industrial Development di Selangor Aeropark termasuk meningkatkan Value Proposition dengan beberapa syarikat gergasi yang sudah bertapak di SAP sebagai contoh GE Aerospace.

Namun seperti yang saya sudah jangkakan, Yang Berhormat Kinrara telah mengesahkan pada ketika ini, Kerajaan Negeri masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk melihat dari segi aspek komersial dan juga teknikal dengan MAHB dan juga melihat apakah pulangan pelaburan jangka panjang yang boleh diperoleh oleh Kerajaan Negeri? Saya ingin tahu sejauh mana rundingan dan perbincangan ini boleh dimuktamadkan kerana pelancarannya seperti yang saya sebut pada bulan Jun 2025. Sekarang ini sudah hampir enam (6) bulan. Saya tidak mahu Kerajaan Negeri terlepas peluang di atas potensi yang begitu besar untuk meningkatkan projek-projek berimpak tinggi di dalam SAP ini. Sebagai contoh kalau Yang Berhormat kata Kerajaan Negeri belum lagi bersedia untuk menyuntik ekuiti dalam Syarikat GE Aerospace, apakah mungkin Kerajaan Negeri boleh membantu syarikat-syarikat tempatan pada tahap tier 2 or even tier 3 untuk menjadi rantaian bekalan kepada GE Aerospace untuk beberapa komponen atau pun mungkin kita boleh ada rundingan dengan GE Aerospace untuk mengadakan program-program latihan upskilling dan reskilling kepada jurutera-jurutera kita dalam industri yang berimpak tinggi seperti aeroangkasa ini. Kalau ini dapat dilakukan sebelum memuktamadkan sama ada pegangan ekuiti atau pun value proposition yang lain saya kira kita dapat menerima manfaat yang begitu besar bagi masa depan negeri Selangor. Terima kasih

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tepat sekali lagi. Ini menunjukkan Ketua Pembangkang ini ada buat homework. Bagi equity injection kalau kita cinta sama satu perempuan atau wanita kalau dia tak nak kahwin, kita tidak boleh paksa dia kahwin. Tak boleh paksa kan? tak boleh paksa. Tetapi (bagi tadi apa tu) yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi sebenarnya kita dah laksanakan. Apa yang kita hendak wujudkan melalui adanya Selangor Aeropark di aerospace ini adalah kita nak mewujudkan satu ekosistem. Kita hendak buat local vendor development. Kita hendak bangunkan tier 2, nak bangunkan apa tu tier 3 to tier2, tier 2 to tier 1. Ini adalah langkah-langkah yang kita sedang buat dan langkah-langkah yang kita sedang laksanakan supaya ekosistem bukan sahaja untuk semi conductor tetapi ekosistem untuk aeroangkasa. Kita juga dapat bangunkan. Ini adalah matlamat utama kenapa kita perlu sebuah aero park yang begitu komprehensif dan kita tidak mahu aero park ini akhirnya jadi property play. Kita tidak mahu jadi seperti itu, kita hendak bangunkan industri aeroangkasa. Terima kasih kepada Hulu Kelang kerana menyokong penuh inisiatif Kerajaan Selangor ini. Dan (tadi sampai mana ya?) okey berkenaan Subang MBI dan MHB juga telah memeterai MOU pada Julai 2024 dalam kerjasama Subang Airport Regeneration Plan bagi maksud ini, proses kajian ketekunan wajar atau due diligent meliputi aspek teknikal dan bukan teknikal sedang giat disempurnakan oleh kedua-dua pihak. Langkah ini amat penting bagi memastikan model pelaksanaan projek ini menepati sasaran nilai ekonomi kepada negeri Selangor dan negara secara keseluruhan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada minggu lalu dengan hasil kerjasama dan fasilitasi yang diselaraskan pihak Invest Selangor Berhad, kita telah menyaksikan pembukaan semula fasiliti Maintainance Repair and Overhaul (MRO) di Subang milik Impicable Vintage Property (IVP) milikan penuh Khazanah Nasional yang menempatkan dua (2) syarikat utama MRO di rantau ini iaitu MAB Engineering Services dan Best Maintainance Malaysia. Pengaktifan semula fasiliti MRO ini selepas 10 tahun ini dijangka akan melonjakkan aktiviti MRO dan komponen MRO di Subang dan lembah Klang serta memperkukuh rantaian bekalan aeroangkasa dan nilai eksport negeri Selangor. Usaha ini merupakan kejayaan program-program promosi yang dilaksanakan secara bersama dengan agensi Persekutuan seperti NAICO Malaysia, MIDA dan MATRADE dalam meletakkan Malaysia sebagai

lokasi pilihan. Kerajaan Negeri Selangor dan NAICO Malaysia juga sedang memperhalusi usaha untuk melaksanakan program-program sokongan industri aeroangkasa melalui myaero centre of accellence.

Tuan speaker, Yang Berhormat Batu Tiga ada sentuh berkenaan Selangor Aerospace Action Pelan. Selangor Aerospace Action Plan telah dilancarkan kira-kira lima (5) tahun yang lalu sebagai pelan tindakan hala tuju jangka panjang industri aeroangkasa negeri. Dengan perkembangan pesat sektor ini Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO) melalui Invest Selangor berhad kini sedang melaksanakan proses penilaian semula dan pengemaskinian menyeluruh ke atas pelan tindakan ini. Semakan semula ini bertujuan memastikan strategi pembangunan industri kekal relevan dan responsif kepada perubahan ekosistem termasuk pembangunan bakat teknologi baru, pembangunan fasiliti serta keperluan pelaburan dari luar negara.

Yang Berhormat sikit. Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang diberikan. Saya juga ingin menyambung sedikit lagi pertanyaan berkaitan Selangor Aviation Show dan Selangor Aerospace Summit yang telah berlangsung. Berapakah pulangan yang kita terima daripada pelaburan event yang kita laksanakan itu? dan adakah ia memberi satu hasil yang positif sebab itu juga akan mencerminkan bahawa kemampuan kita dalam bidang aerospace akan memberikan keuntungan kepada negeri.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih. Dengan adanya penganjuran Selangor Aviation Show sebenarnya pulangan yang paling besar adalah ekosistem yang kita sedang membina ini. Kerana kita memberi peluang perniagaan dan juga peluang untuk menghubungkan local vendor, local SME dengan pemain industri bertaraf antarabangsa. Jadi bagi saya itu adalah merupakan pulangan yang paling besar. Tuan speaker, merujuk kepada kebimbangan mengenai Agreement On Reciprocle State (ART). Saya ingin mengulangi pandangan saya bahawa perjanjian ini perlu dilihat daripada sudut yang lebih menyeluruh. Pada waktu ini kerajaan berpandangan bahawa perjanjian ART dengan Amerika Syarikat perlu dilihat sebagai langkah strategik yang mengukuhkan kestabilan dan keboleh ramalan ekonomi Malaysia di tengah-tengah ketegangan geopolitik global. Meskipun ART dijamin tidak menggadaikan kedaulatan negara atau mengatasi undang-undang domestik, Selangor sebagai pintu masuk perdagangan utama tetap mengambil langkah proaktif untuk mengurus cabaran tarif ART khususnya bagi sektor-sektor berorientasikan eksport yang sensitif seperti E&E. Sebagai respons kepada keperluan analisis data yang kukuh saya telah meminta pihak Invest Selangor dan SIDEC untuk membuat Cost Benefit Analysis atau pun CBA untuk mengukur kesan bersih ART terhadap nilai eksport pelaburan dan pembangunan sektor tempatan. CBA ini akan diselaraskan dengan strategi yang memanfaatkan dasar perdagangan sedia ada terutamanya Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Transpacifik (CPTPP) dan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Penggunaan CPTPP dan RCEP berfungsi sebagai penanda aras dan kerangka pelengkap untuk memastikan produk Malaysia mendapat kelebihan akses pasaran yang paling optimum di kedua-dua blok timur dan barat sekali gus memantapkan ketahanan rantaian bekalan kita. CPTPP? RCEP? Semua tu dah jawab.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Saya dengar Yang Berhormat Kinrara bersetuju untuk meminta Invest Selangor memulakan CBA

(Cost Benefit Analysis) untuk melihat impak kepada ART. Ini antara cadangan yang saya kemukakan dalam perbahasan saya dan tahniah kepada Yang Berhormat kerana bersetuju dengan Perikatan Nasional tentang pelaksanaan CBA bagi perjanjian ini. Cuma yang berhormat juga mengeluarkan kenyataan tadi yang saya kira perlu diperjelaskan bahawa ART ini menjamin kedaulatan negara. Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri MITI, saya siapkan kenyataan Tengku Zafrul di sini bertarikh 15 November, Yang Berhormat Tengku Zafrul mengakui Kerajaan sedang berusaha untuk menyemak semula perjanjian tarif timbal balas ART dengan Amerika Syarikat khususnya berkaitan satu klausa yang dianggap menjejaskan kedaulatan negara. Ini pengakuan daripada Menteri MITI yang terlibat secara langsung dalam menandatangani perjanjian ini. Yang Berhormat Tengku Zafrul juga menyebut bahawa, kedaulatan negara ini apabila dilihat dalam klausa 5.1 Malaysia, dibandingkan dengan klausa 5.1 Kemboja yang menurutnya masih memberi perlindungan kepada kedaulatan negara tersebut. Yang Berhormat menteri MITI mengesahkan bahawa ART yang ditandatangani dengan Kemboja itu memberi jaminan yang lebih kuat terhadap kedaulatan negara berkenaan berbanding dengan Malaysia. Sebab itu lah Kementerian sekarang sudah bersedia untuk berunding semula kerana katanya sini “sejujurnya, kami sedang mencuba kerana pihak mereka belum lagi rectify perjanjian tersebut. Kita sedang dalam proses sekarang”. Jadi ini bercanggah dengan kenyataan Yang Berhormat di peringkat negeri. Jika dibandingkan dengan peringkat persekutuan. Saya pohon penjelasan

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya tidak tahu mana yang bercanggah dengan kenyataan menteri. Tadi saya jawab meskipun ART dijamin tidak menggadaikan kedaulatan negara atau pun mengatasi undang-udang domestik, seperti... sebenarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi sekarang ART ini dalam proses rectifiying. Jadi klausa-klausa dalam semua agreement tu dalam proses rectifiying. Yang Berhormat Hulu Kelang pernah menjadi Menteri MITI, segala agreement yang ditandatangani itu melalui satu proses rectifying untuk memasukkan terma-terma masing-masing. Jadi sekarang kita masih dalam proses rectifying yang itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri MITI Tengku Zafrul ini. Jadi, kalau kita hendak rujuk kepada Article 5.1 yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi sebenarnya kita kena baca keseluruhan Article 5.1 bukan baca atas, bawah itu tidak dibaca. Di bawah itu juga jelas menyatakan: Malaysia shall adopt or maintain make sure equivalent restrictive effect as a measure adopted by the United State or agree on a mutually acceptable timeline for implementation, that is acceptable to both parties to adress a shared economy or national security concern guided by prinsiple or good view. Ini kalau kita baca keseluruhannya telah jelas menunjukkan kedaulatan negara ini juga dipertahankan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak tambah sikit

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini sebenarnya...

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat EXCO.

Timbalan Speaker

Bagi Kota Kemuning ke Hulu Kelang?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Biar saya habis tinggal sikit je

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sikit je..saya pun sikit je. Terima kasih.

Timbalan Speaker

...dah bangun dulu

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kita serahkan kepada Sijangkang bawa soalan ini ke Parlimen.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Eh apa ini, kita bincang isu Dewan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang ini sebenarnya di bawah bidang kuasa parlimen

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tak apa tak apa beri saya beri penjelasan sedikit

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO tak bagi Kota Kemuning?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tak payahlah saya tingal sedikit je saya nak habiskan ini, dan saya sekarang nak jawab sedikit soalan mobility yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semenyih

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sikit je (HK) satu minit.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

ART lagi?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya sikit je

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

ART sampaikan kepada Yang Berhormat Sijangkang. Dia boleh tolong bawa ke Parlimen..

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebab Yang Berhormat yang memulakan penggulungan tentang ART. Jadi saya berikan...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya jawab kepada perbahasan Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dalam penggulungan, kita boleh mencelah, kita boleh minta penjelasan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya rasa saya telah jawab dengan sepenuhnya termasuk CPTPP dan RCEP.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okey.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya pun dah jawab.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang ini merupakan perjanjian cukup baik dan penting.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kinrara tak bagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak minta sedikit pencerahan tentang jawapan Yang Berhormat sebentar tadi. Dalam mana-mana perjanjian Yang Berhormat Bukit Antarabangsa, memang betul kita ada 2 peringkat.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Rektifikasi.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

No. Salah. Itu peringkat kedua. Bila kita tandatangani sebarang perjanjian di peringkat antarabangsa dia tidak berhenti di situ. Dalam tempoh 60 hari negara yang berkenaan mesti meratifikasikan perjanjian tersebut. Dua peringkat. Tetapi Yang Berhormat sebut dalam meratifikasikan sesebuah perjanjian di situlah pindaan-pindaan yang dibuat, tak betul Yang Berhormat. Semua pindaan, rundingan mesti dibuat sebelum menandatangani perjanjian tersebut. Dan dalam tempoh 60 hari maka kedua-dua negara kena bawa sama ada dalam kabinet dan di peringkat Dewan Rakyat untuk meratifikasi perjanjian tersebut.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang.. Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti dulu. Dalam jawapan Tengku Zafrul, dia mengesahkan perkara ini..

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

.. perlu di semak semula. Bukan di peringkat ratifikasi, sekarang ni.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik-baik..

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebelum ia, sebab itu dia kata kami sedang mencuba kerana dia belum menaritifikasi lagi. Maknanya bukan di peringkat ratifikasi, dia nak buat sekarang.

Timbalan Speaker

YB Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Maknanya kedaulatan negara itu belum terjamin sepenuhnya. Itu maksud saya.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Okey, Saya ambil maklum, terima kasih, YB Hulu Kelang.

Timbalan Speaker

Saya serah kepada YB EXCO untuk jawab atau tidak tapi ada seorang lagi bangun di belakang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tidak apa, tidak apa. Tak payah, tak payah. YB Semenyih mencadangkan supaya MRT, penyambungan MRT dan laluan MRT ke kawasan Semenyih. Ya, cadangan ini sebenarnya bagus dan cadangan ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperluas jaringan pengangkutan awam bersepadu demi meningkatkan mobiliti rakyat serta merancakkan pembangunan sosial ekonomi, khususnya di kawasan yang ber, apa tu, berpotensi tinggi seperti Semenyih. Jadi, Semenyih di bawah seliaan MPKJ merupakan, ha, sorry, ini Dusun Tua, Semenyih. Salah pandang. Okay, merupakan kawasan berpenduduk padat dengan pertumbuhan pembangunan yang pesat. Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri mencadangkan supaya MPKJ mempertimbang pembangunan pelan tindakan pengangkutan awam yang holistik dan bagi kawasan seliaan merangkumi beberapa aspek termasuk pemetaan keutamaan rangkaian pengangkutan awam termasuk cadangan penyambungan MRT, perkhidmatan bas berkapasiti tinggi dan inisiatif mikromobiliti serta penyelarasan bersepadu antara agensi bagi memastikan perancangan pengangkutan adalah menyeluruh dan memberi manfaat optimum kepada penduduk. Tuan Speaker, akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli YB yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan kali ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, sekarang EXCO Perumahan dan Kebudayaan jika ada penjelasan daripada YB EXCO. Silakan.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Bismillahhirahmannirohim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli YB yang telah menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya iaitu Perumahan dan Kebudayaan. Walaupun sebahagian besar dibahaskan menumpu kepada perumahan dan dalam sessi perbahasan Belanjawan 2026. Pertama saya ingin respon daripada YB Kajang iaitu membangkitkan berkenaan dengan pembaikan pangsapuri kos rendah, merosakkan, kerosakan bumbung dan juga mengenai syarat wujudnya JMB dan juga MC bagi menggantikan TPPN. Tuan Speaker melalui pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 5 juta bagi meneruskan pelaksanaan Skim Ceria dan Kerajaan Negeri melalui LPHS juga sedang menilai projek-projek yang layak untuk melalui Skim Ceria iaitu termasuk pangsapuri-pangsapuri di DUN Kajang yang memenuhi syarat. Kepada bahagian Kajang yang telah menerima bantuan Ceria, Skim Ceria sebelum ini manakala ada berbaki lagi sedang dipertimbangkan untuk tahun 2026. Jadi ada lagi, yang lepas telah kita luluskan, dan ada berbaki lagi untuk tahun depan. Tuan Speaker dengan berkenaan dengan syarat untuk tabung penyelenggaraan bagi perumahan Malaysia atau TPPM di bawah Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan, tabung ini turut menyediakan bantuan penyelenggaraan kepada perumahan kos rendah, kos sederhana dan juga perumahan awam. Jadi permohonan TPPM ini mestilah dikemukakan melalui JMC, AJMB ataupun MC ataupun Persatuan Penduduk selaras dengan garis panduan KPKT. Antara syarat-syarat yang diperlukan ialah yang pertama iaitu salinan perjanjian jual beli. Yang mana unit-unit kediaman dan laporan kerosakan lengkap bergambar, menerangkan jenis kerosakkan dan lokasi serta anggaran kos. Dan minit mesyuarat JMB Persatuan Penduduk yang menunjukkan Persatuan Penduduk ini melaksanakan kerja penyelenggaraan. Dan salinan hak milik strata, jika telah dikeluarkan ataupun dokumen yang berkaitan. Dan permohonan TPPM ini perlu dikemukakan kepada

COB, PBT masing-masing dan seterusnya menjalani proses penilaian teknikal sebelum diangkat ke KPKT untuk pertimbangan.

Sehubungan dengan itu, mana-mana pangsapuri kos rendah yang memenuhi syarat dan mempunyai dokumen lengkap adalah layak untuk memohon TPPM selain daripada Skim Ceria, Kerajaan Negeri juga mengalakkan semua JMB, MC memanfaatkan kemudahan ini bagi memastikan bangunan selamat, kekal dan selamat berfungsi dan diurus dengan baik demi kesejahteraan. Seterusnya YB ada menekan tentang pemuliharaan bangunan bersejarah di Kajang. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap usaha memelihara dan memulihara bagi bangunan-bangunan bersejarah di Selangor. Sehubungan dengan itu, bangunan yang bukan hak milik persendirian atau dikenal mempunyai nilai warisan yang tinggi boleh dimajukan permohonan kepada pihak berkuasa PBT. Ini kalau dia bukan hak milik individu. Dan masing-masing untuk permohonan diperuntukkan dibawah program pemulihan, pemeliharaan, ubah suai dan naik taraf ataupun PPUN di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya MOTAC dengan sokongan Kerajaan Negeri serta MOTAC Selangor. Setiap permohonan yang memenuhi syarat dan kelayakan berpeluang untuk dipertimbangkan bagi menerima bantuan sehingga 500,000. Ini kalau yang bersendirian, persendirian, kita ambik contoh di Melaka, dia mendapat persetujuan daripada persendirian di Kampung Morten. Masing-masing rumah akan memasang lampu dan membaiki dan mungkin ada geran yang diberi. Jadi itu kalau yang persendirian tapi kalau melibatkan harta Jabatan Kerajaan dan sebagainya, boleh diajukan kepada pihak PBT. Dan seterusnya ingin saya bawak isu yang dibangkitkan iaitu peneroka Jalan Papan, Pandamaran. Untuk pengetahuan YB Pandamaran, ini memang kita sering berbincang dan kita duduk bersama untuk memberi bagaimanakah jalan yang terbaik ya, untuk peneroka Jalan Papan iaitu Pandamaran iaitu isu yang telah berlarutan lebih 25 tahun yang melibatkan pelbagai keputusan MMKN, rundingan serta proses di Mahkamah. Hasil daripada rundingan tersebut, pemaju telah bersetuju ya, untuk menyerahkan tanah seluas 2.83 hektar ataupun 7 ekar bagi pengembangan kediaman pangsapuri yang akan dibangunkan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad, PNB. Yang ini dalam proses dan walau bagaimanapun pembangunan ini perlu mengambil masa kerana melibatkan pembangunan yang menyeluruh. Sementara itu Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor telah menawarkan penempatan sementara Skim Rumah Smart Sewa di mana peneroka yang memerlukan semasa perobohan dilakukan. Dan penyerahan tanah ini perlu dibentangkan dalam MMKN ya, yang akan, akan datang iaitu untuk peyelesaian setinggan peneroka Jalan Papan termasuk juga peruntukan pembangunan Skim Penempatan Sementara dan garis panduan pelaksanaan projek untuk pertimbangan dan kelulusannya. Jadi apa yang ditimbulkan bahawa peneroka memintak supaya disegerakan perjanjian aku janji tapi ini perlu melalui proses yang perlu kita dapat keputusan dari MMKN dan anak syarikat yang pelaksanaan itu akan engage, buat engagement dengan peneroka. Dan tanah ini pun kita dah dapat secara rasmi melalui surat yang telah dihantar oleh, apa ni, pemilik tanah. Jadi Kerajaan Negeri menyeru kepada semua agar memberi kerjasama sepenuhnya agar projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Dengan itu peranan Kerajaan Negeri, isu peneroka Jalan Papan adalah positif untuk berlandaskan kepada prinsip keadilan dan tanggungjawab kepada rakyat. Terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Seterusnya adalah, ada banyak, saya baca satu-satu, tidak apa. Cuma yang tidak ada Hulu Kelang je.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya, saya ada tanya..

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Seterusnya daripada YB Permatang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya ada bab tentang perumahan rakyat dalam ni.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Ada-ada.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada? Ha, okay.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Ada, Sabar. Okay, YB Permatang ada menyebutkan projek sakit di Sungai Yu Indah dan Taman Permata yang telah selesai memperolehi CTC. Kejayaan memulihkan projek perumahan ini khususnya projek rumah sakit yang terbengkalai bukanlah satu tanggungjawab bagi satu pihak semata-mata. Ia memerlukan komitmen yang kerjasama semua pihak, sama ada Kerajaan Negeri, agensi teknikal, pemaju termasuk peranan yang aktif YB. Yang ni, saya nak puji YB, walaupun kita di sebelah sana tetapi inisiatif yang YB buat ini sangat baik dan membantu kita. Sebelum itu kami daripada agensi LPHS, KPKT sangat rasa perlunya kerjasama daripada ADUN kawasan itu sendiri. Dan ini menunjukkan bahawa dua penyelesaian yang terbengkalai puluhan tahun ini dapat kita selesaikan dengan begitu baik. Jadi tahniah saya ingin nyatakan dan ini sebagai satu saya ambil kira baik sekiranya YB Morib mengambil pendekatan yang baik ini yang telah diamalkan oleh YB Permatang untuk duduk bincang bersama. Apabila ada perbincangan, mesyuarat kita panggil, hadir dan ini dapat menyelesaikan masalah. Dan seterusnya, Tuan Speaker, berkaitan dengan bidang kuasa Kerajaan Negeri untuk...

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Nak, nak...

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Ya, silakan.

Timbalan Speaker

YB Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih YB Speaker, jadi terutama sekali saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua agensi dan juga pejabat Kerajaan Negeri, dan juga LPHS dan juga EXCO sendiri yang juga turut membantu dalam dua projek perumahan di Taman Mutiara dan juga Taman Sungai Yu Indah tadi. Dan cuma sekarang ini saya nampak minggu ini memang sudah hampir semua mendapat kunci dan ini adalah satu, saya lihat, satu kejayaanlah yang kita sama-sama lihat dan saya juga berterima kasih kerana walaupun kami di pembangkang tapi semua agensi ketika saya membuat towh hall termasuk LPHS sendiri turun untuk bersama-sama membincangkan isu ini. Terima kasih banyak-banyak. Cuma YB saya ingin maklumkan dan juga mengharap perhatian daripada kerajaan berkenaan dengan bantuan yang, bantuan guaman untuk menuntut LAD ni kerana sekarang ni setelah dapat kunci seramai 493 rumah tu, apa, pemiliknya jumpa saya nak bertanya berkenaan LAD pula. Jadi saya harap, saya benar-benar berharap agar kerjasama ini kita dapat teruskan untuk membantu semua pembeli rumah yang jadi mangsa.

Sokong belanjawan la.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Tanjung Sepat, sikit. Terima kasih YB EXCO, saya tak dapat maklumat. Dapat maklumat untuk hadir ke mesyuarat itu pada hari petang. Email ya, jadi sebelum itu hari Selasa tu saya berada di Sabah. Jadi masalah sekarang ni bukan kerana saya tak hadir atau pun hadir, masalah sekarang ni perkara itu diselesaikan, sebab tu adalah tanggungjawab kepada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

YB Morib, tunggu sebentar, nanti saya jawab ya. Sebab itu saya nak bagi contoh supaya kerjasama tu, ini nampaknya sebagai contoh yang baik di mana Permatang telah memberi kerjasama yang begitu baik maka boleh menyelesaikan dua yang terbengkalai. Sebab tu bukan saya nak sebut. Tunggu saya jawab nanti yang Morib punya isu ni. Hulu Kelang sabar dulu. Dia selalu usik saya. Hari ni saya usik dia kali ni. Baik, tidak apa, mengenai cadangan untuk pemberian, sebab ada apa ni, kos guaman ni, ni kita boleh bincangkan mungkin ada bagaimana teknikal dia ataupun kaedah-kaedah yang boleh membantu cuma berhubung dengan pemberian monotirium ni, pinjaman kita ada satu cara yang mana jika ada aduan dan permohonan daripada pembeli ataupun yang telah menanggung kos-kos ini boleh berbincang dengan LPHS untuk kita keluarkan surat kepada bank-bank ini supaya mereka memberi pertimbangan kerana atas tanggungan ini disebabkan kelemahan ataupun telah dilakukan oleh pemaju itu sendiri bukannya pembeli. Jadi yang ni boleh kita bincang supaya YB boleh kita bantu dari segi melepaskan ataupun tuntutan daripada mana-mana pihak kewangan negeri. Dan seterusnya untuk YB Morib, di mana rumah sakit terbengkalai, rumah sakit Selangorku, Morib Bay dan juga rumah bekas pekerja ladang. Okey, untuk projek rumah Selangrku Bay, Morib Bay, ini belum terbengkalai, ini baru bawah status sakit. Dia kena ada dua kategori. Sebab itu kita bincang dengan KPKT supaya jangan dimasukkan di dalam terbengkalai. Kalau masuk dalam terbengkalai, dia akan mengambil masa yang begitu panjang untuk mendapat keputusan daripada Mahkamah. Sebab itu baru-baru ni saya dah buat mesyuarat banyak kali...dan apabila Yang Berhormat kata tak menerima tu, semalam dia siap tunjuk surat. Dia ada terima. Cuma tak dapat hadir. Terima tapi tak dapat hadir kerana ke Sabah. Itu alasan yang saya terima lah. Tapi kalau tak terima tu saya tak boleh. Sebab kita ada bukti penghantaran kepada email. Tak apa. Saya dah hantar sebenarnya. Baik. Dan saya nak bagi tahu tentang makluman pada projek perumahan Morib ini. Kerajaan Negeri telah mengenal pasti bahawa punca utama kelewatan, ya, adalah masalah kewangan serius pemaju yang asal. Iaitu Setoria Harta Sdn Bhd. Dia kemungkinan akan dibangkrupsikan. Jadi sebelum ada satu langkah ni, kita dah ambil pendekatan dengan memanggil semua yang terlibat dalam projek ini antaranya tuan tanah iaitu, PNSB. Sorry. PNB. Permodalan Nasional Berhad. Dia adalah tuan tanah yang jv dengan Sentoria. Jadi kami telah juga berbincang dengan syarikat yang kita lihat ada rekod yang boleh membantu bagi projek-projek terbengkalai. Jadi, dia telah datang pada hari tersebut. Saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat. Yang hari tu datang. 30 puluh. Kita jemput 3 jer dari wakil daripada pembeli. Yang datang 30 orang. Yang tak datang YB sahaja. Yang Berhormat Morib sahaja tak datang. Yang lain semua datang ya. Jadi hari itu, kita telah dapat penyelesaian yang agak baik. Penyelesaian yang agak baik. Kerana pada dasarnya, yang pertama pembeli harus

bersetuju untuk menyahkan atau tidak buat penuntutan bagi LAD. Kalau mereka buat tuntutan LAD melibatkan 30 juta sedangkan projek untuk dibaik pulih melebihi 160 juta. Jadi kita telah melihat ada 2 fasa iaitu landed, iaitu rumah teres dan apartments. Cuma kita boleh tak, pindahkan orang yang apartment yang tak siap tadi lebih kurang dalam 100 lebih kepada landed. Yang kita anggap apartment ini second phase atau pun selepas penyelesian, kerana rumah landed sudah 965% siap, Hanya tinggal, infra dan sebagainya. Jadi pada dasarnya, mesyuarat telah berlangsung pada 11/11/2025 itu. Di mana kita lihat nampaknya ada Cahaya menunjukkan bahawa ketiga-tiga parti termasuk developer, Syarikat penyelamat, pemilik tanah dan juga pembeli boleh berbincang untuk memastikan bahawa projek ini dapat diteruskan.

Tentang projek ladang dusun durian Morib ini, rundingan lantikan dengan Era Permai Sdn Bhd, telah menghantar permohonan untuk kebenaran merancang semula. Ini Yang Berhormat dia hantar balik semula. Maksud dia, dusun durian yang lama tu, rumah teres tu, dengan harga 80,000 memang dia tak mampu buat. Dan dengan harga sekarang memang kita tak dapat merealisasikan. Jadi dia telah menghantar balik semula KM kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat untuk memberi kelulusan bersyarat. Pada 31/7/2025. Baru lagi lah. Dalam 3 bulan, 4 bulan. Bulan Julai. Dan kini hanya mematuhi aaahhhh. Belum memenuhi beberapa syarat kelulusan merancang yang ditetapkan sebelum 12/2025. Jadi jika gagal, syarat pelulusan ini mungkin akan dibatalkan dan permohonan semula perlu dibuat semula. Jadi, saya harap syarikat ini akan dapat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPKL. Dan sekiranya pemaju berjaya memenuhi semua syarat untuk kelulusan maka projek ini dijangka dapat diterusnya sepenuhnya. Dan diharap boleh siap pada 1/2029. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan penyelesaian projek ini demi menjaga kebajikan, hak penmbeli dan Kerajaan Negeri akan terus memantau rapi proses pemuliharaan ini sehingga projek dapat disiapkan. Dan diserah kepada pembeli dalam keadaan selamat, teratur dan mengikut standard. Dan ini penyelesiannya. Yang Berhormat, ramai juga yang telah meninggal dunia. Yang perlukan kuasa dan sebagainya.

Dan seterusnya saya ingin memberi pencerahan tentang projek di bawah Yang Berhormat Sungai Kandis iaitu projek sakit Taman Andaman. Jalan 5. Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat. Projek Perumahan Taman Andaman 5 ni. Jalan Universiti merupakan projek yang dilaksanakan oleh Universal Construction Trading Berhad Yang kini berada pada fasa yang disediakan dokumen lengkap bagi tujuan perlantikan rasmi dan menandatangani Surat Setuju Terima. SST. Dijangka, akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Disember. Pada bulan depan. Dalam proses dah. Dah memang nampak dah ada. Dan Lembaga Perumahan Negeri telahpun meluluskan dan telah meluluskan melantik pemaju daripada Perbendaharaan Negeri Selangor pada 31/10 yang lalu. Kita dah lantik dah. Dah lantik dan dalam minggu pertama Disember akan keluar satu surat dan proses ii berada di peringkat terakhir menjadikan dokumen oleh pihak pemaju dan membolehkan perlantikan

dimuktamadkan. Untuk muktamadkan perlantikan. Dan sebaik sahaja perlantikan dimeterai, proses pemulihan dan penyelesaian projek dapat dilanksanakan mengikut jadual. Jadi Kerajaan Negeri melalui APSS komited untuk memastikan setiap proses garis panduan masa yang telah ditetapkan dan kerja pemulihan dapat diteruskan tanpa sebarang kelewatan.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Cuma nak pastikan Yang Berhormat EXCO, sebab masalah yang kita hadapi, I mean, bantuan daripada pihak YB EXCO memang kita tak nafikan. You dah buat all the best, cuma yang kita nampak sekarang, masalahnya daripada kontraktor yang dilantik. Jadi mungkin kalau kata benda ni dah selesai seperti yang YB EXCO cakap bermaksud dia orang dah dapat comply dengan CIDB requirement for that project. Jadi tak apa. Kita tengok. Go through. Jadi kalau kata bulan 12 masih tak ini nanti, we come back to ni lah ye. But, terima kasih banyak YB.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Yang Berhormat, Kita akan pantaulah. Kita akan pastikan seperti yang dijadualkan. Saya harap dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Seterusnya terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dengkil. Yang Berhormat Dengkil tak ada. Dia tak ada apa. Pasal kapal korek sahaja. Boleh nak jawab? Kalau Ketua Pembangkang kata, kita tolong lah. Baik, Yang Berhormat Dengkil saya rasa saya perlu juga jawab lah. Sebab ini bagus sebenarnya untuk salah satu soalan-soalan yang melibatkan kebudayaan. Dan ini warisan ya. Berapakah kawasan kapal korek dan muzium dilihat kurang mendapat beberapa kawasan dia kata. Dan kurang mendapat sambutan. Baik. Saya jelaskan. Isu kapal korek ini di bawah, tanah ini adalah di bawah PNSB yang sedang dan sekarang ini telah dibincangkan dengan kawasan itu kapal Seri Banting. Sebagai tarikan pelancong yang baru di Selangor. Dengan fokus kepada pembelian dan aktiviti komersial yang sesuai untuk dihidupkan kembali sebagai sejarah perlombongan negeri. Jadi sebagai sektor pemuziuman, PADAT terus memperkukuhkan konsisten untuk memastikan supaya pendidikan pemangkinan ekonomi terus kreatif, kapal korek ini sebenarnya kita ada rancangan untuk bawa ke UNESCO untuk dijadikan sebagai satu sejarah perlombongan negara. Tapi, sebab ada beberapa perkara tidak dapat diteruskan maka kita mencadang supaya kapal korek ini akan dijadikan kawasan pelancongan yang ada membawa sejarah tentang perlombongan. Jadi yang ini telah, kita akan bincang antara pihak PNSB sebagai tuan tanah dengan Majlis Perbandaran Sepang dan juga PADAT untuk memastikan kapal korek ini akan diterus terpeliharan dan sebagainya.

Seterusnya, Yang Berhormat Ijok. Ijok ada? Yang Berhormat Ijok menyediakan rumah mampu milik aatu pun RMM. Untuk maklumat Yang Berhormat, Lembaga Perumahan dan juga Hartanah Selangor sentiasa menjalankan pemantauan berterusan terhadap pembangunan perumahan khusus, khususnya projek mampu milik di seluruh kawasan di negeri Selangor. Bagi Mukim Sungai Buloh, sehingga kini 4 projek telah disiapkan. Iaitu melibatkan 874 unit dan 3 unit sedang dalam pembinaan. Dengan 3255 unit iaitu Idaman

Amani di Bandar Elmina dan juga Idaman Kuaza, Damansara serta Idaman Selangor Ku. Mankala, bakinya 15 projek masih dalam peringkat perancangan proses pelulusan di Jabatan-jabatan Kerajaan berkenaan. Yang lain sudah ni. Cuma ada beberapa lagi dan 10 projek telah siap dibina merangkumi 3583 unit. Ini bagi Mukim Ijok. 5 projek sedang dalam pembinaan dan melibat 1679 unit dan selainnya ada 13 projek juga masih dalam peringkat perancangan. Dalam bentuk KM dan sebagainya. Kerajaan Negeri sentiasa menyedari permintaan yang tinggi terhadap rumah mampu milik di Selangor dan terus komited untuk meluaskan pembangunannya. Usaha dilaksanakan melalui pelbagai dasar inisiatif termasuk perlaksanaan Dasar RSKU 3.0 yang lebih flexible. Dan seterusnya pengecualian bagi cas kemajuan bagi projek rumah mampu milik yang telah dikuatkuasakan pada 1/2025. Memang kita dah, yang lepas pun saya dah bentangkan bahawa cas kemajuan telah kita bagi rumah RSKU. Kerajaan Negeri terus memastikan pembangunan rumah mampu milik Selangor mampan dan dapat dipenuhi, memenuhi syarat.

Dan seterusnya Batang Kali. Tentang pemantauan rumah yang gagal disiapkan dalam projek. Kerajaan Negeri amat memandang serius berhubungan dengan isu pemaju perumahan yang bermasalah mempunyai rekod yang buruk melaksanakan projek perumahan di negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah menetapkan langkah pencegahan melalui halangan pentadbiran iaitu menolak sebarang permohonan baru daripada pemaju yang mempunyai rekod yang buruk dan gagal menyiapkan projek terdahulu khususnya bagi pemilik tanah-tanah Kerajaan Negeri. Yang ini, mereka gagal projek yang nak dibuat kemudian, buat company baru. Daftar yang baru, maka kita tengok dan kita black list. Lembaga Pengarah-pengarah yang ada rekod yang tidak cantik ni. Sebab itu Kerajaan Negeri turut memperkukuhkan pemantauan bagi penempatan syarat-syarat ketat semua pemaju. Sehubungan dengan itu pada tahun 2005 Kerajaan Negeri telah memperkenalkan sistem pendaftaran pemaju atau pun STEM berdasarkan kepada Keputusan Mesyuarat MMKN 16 September 2004. Yang mewajibkan setiap syarikat, pemaju Selangor berdaftar di bawah Lembangan Perumahan. Ini dasar lama yang telah kita praktikkan. Dan seterusnya, nak habis dah. Tinggal Hulu Kelang. Ada Hulu Kelang? Habis dah. Habis dah. Sementa. Mana pergi ya?

Timbalan Speaker

Bagi jawapan bertulis lah.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Eh. Ada. Ada. Ada. Saya ada jawapan. Yang mana pasal perumahan yang telah dibangkitkan oleh Hulu Kelang. Yang Berhormat Hulu Kelang. Mengenai golf. Apa juga yang melibatkan pembangunan itu memang pihak Yang Amat Berhormat yang akan menjawab. Saya cuma fokus kepada perumahan. Iaitu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Iaitu permintaan rumah mampu milik di Sepang. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan sentiasa memberi tumpuan utama kepada penyediaan rumah mampu milik negeri ini.

Memainkan peranan besar untuk memastikan penawaran dan permintaan itu dapat dipenuhi. Peranan penting ini memastikan keseimbangan antara keperluan rakyat dan percanggahan pembangunan negeri untuk dicapai. Dan bagi setiap pembangunan yang telah dilaksanakan tertakluk kepada perancangan tempatan yang telah melalui proses prosedur yang telah disediakan. Yang ini kalau diikutkan tanah yang disebut oleh Hulu Kelang. Yang Berhormat Hulu Kelang adalah pembangunan bercampur. Rancangan Tempatan bercampur dan zoningnya ada perumahan sedikit, kemudian ada komersil ada juga industrial. Dan ini merangkumi beberapa zon perumahan industri yang saya sebut tadi. Dan sekiranya terdapat bantahan, dia sebenarnya belum lagi submit ke pembangunan tersebut, baru dalam, dalam buat penyelidikan dan jika dapat bantahan dalam public hearing akan dimaklumkan nanti jika kawasan itu tidak bersuaian. Dan sekiranya terdapat bantahan penduduk maka dikemukakan melalui pendengaran awam yang telah dijalankan dan memastikan bahawa proses perancangan fizikal di kawasan dilaksanakan sepenuhnya mendapat kelulusan dan rasa bertanggungjawab. Di kawasan Sepang sehingga kini terdapat 18 projek Rumah Selangorku yang telah siap yang melibatkan 7848 unit yang tersedia untuk didiami. Selain daripada itu 13 projek lagi ya, sedang dalam pembinaan dan apabila disiapkan sepenuhnya pada tahun 2027, dia telah menyediakan lagi tambahan daripada 7000 tadi dan ada penambahan lagi 5658 unit rumah. Jadi keseluruhannya telah melebihi hampir 14,000 dan keseluruhan 13,500 unit telah siap dan dalam pembinaan diyakini akan dapat menampung permintaan yang tinggi di kawasan tersebut. Sebagai tambahan data perumahan Selangor mampu milik, rumah mampu milik yang direkodkan oleh LPHS sebenarnya adalah berdasarkan jumlah permohonan setiap projek rumah yang dibuka iaitu penawaran dan menunjukkan bahawa kawasan itu bukan sahaja pembinaan rumah di Sepang, malah tetap permintaan bukan sekadar penduduk rakyat Sepang tetapi yang berdaftar itu luar daripada Sepang. Jadi untuk menampung penduduk Sepang, kita rasa tidak ada satu masalah tetapi pendaftaran yang dibuat permohonan itu ramai di kalangan luar daripada Sepang. Jadi, begitu juga kita melebarkan tarikan kawasan ini kerana kawasan kediaman yang agak selesa, tempat dan juga berpusat selain daripada KLIA dan sebagainya. Ingat nak pantun.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih YB Tanjung Sepat. YB, dalam perbahasan saya, saya ada mengemukakan beberapa dokumen penting sebagai rujukan. Yang pertama satu kertas yang dibentangkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor sendiri dalam Program Inisiatif Pembangunan Perumahan Bandar iaitu sempena Shah Alam Urban Forum pada 14 Oktober 2025. Di dalam kertas yang dibentangkan oleh Lembaga Perumahan ini banyak data dan analisa yang telah dibentangkan. Begitu jugak dengan Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Bil 1 Tahun 2025 berhubung dasar rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI Negeri Selangor. Persoalan yang pertama ialah apakah data-data ini digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengubal dasar perumahan di Negeri Selangor. Sebagai contoh, dalam Kertas Perumahan Berdaya Huni dan Komuniti Madani Selangor yang dibentangkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, dinyatakan di sini jumlah permintaan adalah sejumlah 146,987. Pada pandangan saya angka-angka yang dibentangkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor ini harus menjadi rujukan ataupun asas kepada Kerajaan Negeri dalam menggubal dasar perumahan Negeri

Selangor khususnya dalam membentangkan Belanjawan 2026 tetapi seperti yang kita lihat tidak ada satu peruntukkan yang bersungguh-sungguh untuk memenuhi permintaan 146,000. Sebab itu saya tanya apakah kertas, data dan analisa ini benar-benar diterima secara serious oleh Kerajaan Negeri dalam menggubal dasar perumahan negeri. Itu yang pertama. Yang kedua YB sebut tadi permintaan yang disenaraikan ini bukan daripada penduduk Sepang. Ini ada daripada luar, yang ini saya tidak bersetuju kerana dalam perbahasan saya, saya jugak minta YB meneliti semula dasar pemberi milikan rumah-rumah mampu milik bukan sahaja mengikut tempat lahir tetapi Kerajaan Negeri jugak harus menimbangkan kepada mereka yang berkhidmat, yang bekerja, yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan industri Negeri Selangor. Tidak kiralah dia datang daripada manapun. Malahan limpahan ekonomi daripada pembangunan KLIA dan Selangor Aero, apa ni, Aeropark, itu jugak menyumbang kepada ekonomi Negeri Selangor dan disumbang oleh mereka yang mungkin tidak lahir di Sepang, mungkin tidak lahir di Selangor tetapi mengapa mereka diketepikan sedangkan mereka adalah penyumbang utama kepada ekonomi Negeri Selangor. Itu yang pertama. Tentang dasar rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI Negeri Selangor, dinyatakan dengan jelas di sini, Rumah Selangorku, ciri-ciri dan syarat pembangunan rumah Selangorku mestilah keluasan minimun 1000 kaki persegi. Dalam perbahasan saya, saya sebut tentang pembangunan Lingkar 52 SA Sentral. Saya mintak YB supaya memastikan dasar-dasar ini mesti dilaksanakan oleh agensi Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Kalau agensi Kerajaan Negeri sendiri tidak menghormati garis panduan dan dasar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, bagaimana YB nak mengharapkan pemaju-pemaju swasta untuk mematuhi garis panduan ini. Contoh yang saya saya berikan ialah PKNS. Projek Lingkar 52 SA sentral ini letaknya hanya 50 meter daripada LRT. Dato’ Menteri sepatutnya dalam pembangunan TOD diberikan keutamaan kepada pembangunan rumah mampu milik supaya pemilik-pemilik ini dapat memanfaatkan pengangkutan awam dibandingkan dengan pengangkutan persendirian. Tetapi apa yang dibina oleh PKNS, walaupun harganya 250,000 hingga harga yang hampir mencecah satu jumlah yang besar tetapi keluasaannya YB hanya 450 kaki persegi. Sedangkan garis panduan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor minima mesti 1000 kaki persegi untuk harga 250,000 ringgit. Jadi bagi saya kalau pemaju seperti PKNS tidak menerima garis panduan Lembaga Perumahan, bagaimana pemaju-pemaju swasta akan mematuhi arahan daripada Kerajaan Negeri. Akhirnya tentang pembangunan di Cyberjaya. YB sebut itu baru dalam proses mendapatkan maklum balas. Saya telah mengemukakan surat bertarikh 12 Ogos, baru sahaja dalam dua bulan yang lalu. Maknanya PKNS sudah ada niat the first intention of PKNS is to built padang golf. Yang keduanya sudah ada permohonan, belum permohohan kebenaran merancang saya tahu belum ada tetapi the fact that they have submitted untuk permohonan kebenaran bagi pelan susun atur, maknanya sudah ada niat untuk membangunkan padang golf. Sepatutnya niat itu mesti dibatalkan. Beri keutamaan kepada pembangunan rumah mampu milik. Ini yang disebut oleh Sabak semalam. Prinsip Fiqh Alawiyat, memberikan keutamaan kepada kemaslahah kepentingan rakyat. Apakah golf lebih penting daripada rumah? Kalau Seri Serdang, memang itulah kepentingannya.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

YB, soalannya YB. Soalannya?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Akhir, akhir

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Soalan jer.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Soalannya ialah,

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Saya nak soalan jer. Ini golf tak masuk dah ni.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Baik, soalannya mengapa isu ini Tanjung Sepat nak serahkan kepada Dato’ Menteri Besar? Apakah kerana dia main golf, maka isu golf dia jawab? Tetapi saya nak tumpu soal perumahan. Perumahan ini harus di berikan kepentingan 167, Sekinchan nak jawab ke nak, nak ganggu?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Hulu Kelang, jalan terus, tak payah terganggu. Jangan terganggu.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Diam, diam. Jangan ada kacau ganggu di dalam dewan. Giliran kamu selepas ini. Tunggu.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kita nak bertarung selepas ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan lari.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya takkan lari, anak jantan Sekinchan tak akan lari.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tanjung Sepat.

Timbalan Speaker

Tanjung Sepat bagi lagi ruang dekat Hulu Kelang ya?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tanjung Sepat,

Timbalan Speaker

Masih bagi?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya mintak, jangan serahkan kepada Dato’ Menteri Besar, ini isu perumahan. Saya nak mintak mengapa 167 ekar yang telah pun ditetapkan status tanah industri nak dipindah milik ataupun disusun atur kepada padang golf, sedangkan permintaan di daerah Sepang terlalu besar. Beri keutamaan kepada rakyat, bukan Mahakaya. Terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih, YB, saya, YB Hulu Kelang, saya nak betulkan statement, saya sebut tadi bahawa pendaftaran yang telah memohon rumah kawasan itu ada jugak daripada luar, bukan saya kata kita tidak membenarkan orang beli di, property di Sepang. Kalau check balik semua berapa ramai yang beli orang luar, yang bekerja di KLIA dan sebagainya. Maksud saya dia memenuhi, kalau setakat orang Sepang, mencukupi. Yang apa yang YB Hulu Kelang dulu sebut, ini seolah-olah tidak mengambil berat tentang penduduk Sepang untuk memiliki rumah. Tak betul statement tu. Jadi biar perkara ni betul. Yang kedua saya nak jawab tentang niat. YB Hulu Kelang, kita nak mencuri niat tak berdosa lagi. Tak berdosa lagi. Jangan kata niat tu sebagai satu

pokok yang menentukan. Itu baru niat dan masih dalam perancangan. Jadi jangan ditekankanlah, soalnya nak kata saya jawab kerana, nanti dulu YB.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya taknak bantah, jawapan itu saya nak direkodkan.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Okay.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu jawapan Kerajaan Negeri.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Okay, saya nak jawab tentang, apa ni, golf, bukan itu, biar dia sendiri jawab kerana YAB adalah pengerusi. Kalau nak ikutkan saya sebagai Pengarah, tak boleh kepada saya sahaja. Pandan, apa ni, Pandan Indah pun Lembaga Pengarah, Kinrara pun Lembaga Pengarah. Jadi kita fokus pada perumahan. Tentang itu, biar YAB akan bincang dan jelaskan tentang hal tuju PKNS tentang tanah 140 ekar. Jadi untuk yang saya nak maklumkan bahawa mengenai pembinaan rumah yang akan dibuat oleh PKNS ini adalah kawasan-kawasan yang kita sebut, kita ada program dibawah Dasar Solo, Duo dan Trio. Yang ini yang kata-kata nak memohon, bila kita penuhi sahaja untuk orang yang berkeluarga, nanti tuntutan pulak mana orang yang baru bekerja, orang yang masih bachelor, yang bujang, tidak ada peruntukkan rumah yang kita sediakan. Sebab itu kita ada projek-projek yang kita tengah pastikan bahawa mereka mampu buat jugak untuk semua golongan masyarakat untuk memastikan memiliki rumah yang mencukupi bagi usaha Negeri Selangor. Jadi itulah yang terakhir dan sebelum saya menutupi.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

YB, boleh saya tanya soalan satu lagi?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Ha, boleh.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi apakah pendirian YB tentang pembangunan perumahan di atas tapak 167 ekar itu? Apakah diteruskan dengan pembangunan padang golf atau YB bersetuju diberikan keutamaan pada pembangunan 20,000 unit rumah mampu milik.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih YB Hulu Kelang. Saya dah sebut tadi awalnya, tanah ini, kawasan ini ada RT dia, Rancangan Tempatan dan dia ada Zooning dia. Dan kita akan tengoklah kalau Zooning dia ada perumahan, ada industrial, saya akan pertahankan bagi locality bagi kawasan perumahan. Itu tanggungjwab saya. Jadi itu sahaja jawapanlah. Sebelum Hulu kelang bangun, saya baca pantun terakhir. Baik.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti, nanti, jawapan YB itu tidak tepat, walaupun YB nak pertahankan ikut Zooning, tetapi YB, mereka telah memohon untuk menukar susun atur itu, jadi apakah YB bersetuju dengan permohonan ini? Okay.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

YB, memohon, saya dah tegas tadi bahawa saya akan mempertahankan. Kalau Zooningnya memang kawasan perumahan. Dah cukuplah. Apa lagi yang kita nak ni. Dia baru mohon, baru niat. YB Hulu Kelang, baru niat,

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Niat?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Belum lagi, apa lagi pun.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tapi niat ni baik atau tidak?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Itu terpulang kepada nawaitu saumaghodin dialah. Saje gurau. Okay, terima kasih YB Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pantun, pantun, pantun, pantun, pantun.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Saya pantun la Yang Berhormat. Biar lega sikit. Okay.

Rumah dibina, rakyat sejahtera, Budaya dipupuk, warisan terpelihara, Belanjawan 2026, disokong sepenuhnya, Demi Selangor, maju bersama.

Perumahan mampu milik tempat berteduh, Seni budaya jadi nadi negeri, Belanjawan 2026 disokong penuh, Agar Selangor terus bersinar tinggi.

Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB EXCO Perumahan dan Kebudayaan. Sekarang kita minta YB EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan untuk memberikan penjelasan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Salam sejahtera, salam sore, selamat petang Tuan Timbalan Speaker, saya hendak mengambil kesempatan ini hendak mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh portfolio khususnya Yang Berhormat Hulu Kelang, Ketua Pembangkang kita yang budiman. Yang Berhormat Kuang, Yang Berhormat Seri Kembangan, Yang Berhormat Dusun Tua, Yang Berhormat Batu Tiga, Yang Berhormat Rawang, Yang Berhormat Sementa, Yang Berhormat Dengkil, Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Hulu Bernam, Yang Berhormat Permatang, Yang Berhormat Bukit Melawati dan juga Yang Berhormat Sijangkang. Dan saya ingin mengambil masa sedikit untuk memperjelaskan isu-isu yang berbangkit ya Tuan Timbalan Speaker.

Berkaitan dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, Ketua Pembangkang kita tentang isu Selangor Intelligent Parking. Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum sepenuhnya berhubung persoalan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak berkenaan pelaksanaan Sistem Tempat Letak Kereta Pintar Selangor atau pun Selangor Intelligent Parking (SIP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada masa ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan pengurusan tempat letak kereta secara konsesi bukanlah perkara yang baru di Negeri Selangor. Kaedah ini telah dikenalkan sejak tahun 1996 sehingga hari ini sebagai inisiatif untuk menambah baik sistem pengurusan tempat letak kereta di Negeri Selangor sehingga November 2025. Untuk makluman, terdapat 3 lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang masih lagi melaksanakan pengurusan tempat letak kereta melalui kontrak konsesi sedia ada bersama swasta Efektif Sdn Bhd iaitu Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang. Manakala bagi Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kontrak konsesi masing-masing telah tamat pada 30 Jun 2025 yang lalu. Justeru keputusan Kerajaan Negeri yang memperkenalkan Sistem Letak Kereta Pintar Selangor atau pun SIP adalah kesinambungan kepada pendekatan sedia ada. Namun dengan kaedah pelaksanaan yang lebih baik, moden bersepadu, pendekatan baru ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengurusan parkir melalui penggunaan teknologi yang lebih canggih, penguatkuasaan yang lebih efisien serta pemantauan yang lebih tepat bagi memastikan peningkatan hasil yang lebih mampan kepada PBT pada masa ke semasa.

Dalam pada masa yang sama pelaksanaan SIP memberi kemudahan yang lebih telus, mudah, responsif kepada rakyat. Selaras dengan aspirasi Selangor sebagai Negeri Bandar Pintar atau pun Smart State, Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan pelaksanaan SIP secara berfasa bagi memastikan peralihan dan penyelarasan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Bagi fasa pertama Kerajaan Negeri telah menetapkan 4 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai pelaksana awal iaitu Majlis Bandar Raya Shah Alam. Majlis Bandar Raya Subang Jaya, Majlis Bandar Raya Selayang dan Majlis Bandar Raya Petaling Jaya. Pelaksanaan ini secara berfasa membolehkan proses pemantauan penambahbaikan dan penyelarasan dibuat secara sistematik sebelum diperluaskan kepada PBT-PBT yang lain.

Tuan Timbalan Speaker, sehingga Oktober 2025, 3 PBT telah bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian ditepati melibatkan PBT dan Tayar Mesra Sdn Bhd (RMSB) serta Selmace Sdn Bhd. Persetujuan ini menandakan komitmen PBT terlibat terhadap pelaksanaan sistem parkir pintar yang lebih tersusun, moden, bersepadu di bawah rangka Smart Intelligent Parking. Walau bagaimanapun, Majlis Banda Raya Petaling Jaya (MBPJ) masih belum memuktamadkan persetujuan terhadap terma dan syarat perjanjian tripatai tersebut. Ketidak sediaan untuk memuktamadkan dokumen perundangan, ini telah menyebabkan pelaksanaan SIP di MBPJ tertangguh berbanding di 3 PBT yang telah memuktamadkan persetujuan mereka. Berhubung isu unjuran hasil yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, Ketua Pembangkang kita iaitu RM60 juta yang dibangkitkan angka tersebut adalah anggaran maksimum yang hanya terhasil. Sekiranya semua 40 ribu petak parkir di Majlis Bandar Raya Petaling Jaya dipenuhi sepanjang masa dengan kadar pematuhan pembayaran sempurna iaitu hundred percent dengan izin, maknanya 40 ribu itu tiap-tiap masa mesti penuh, satu kereta kurang pun tak boleh, sepanjang tahun, sepanjang tahun dan juga namun realitinya prestasi

sebenar adalah jauh lebih rendah. Pada masa kini kutipan hasil yang direkodkan oleh Majlis Bandar Raya Petaling Jaya adalah sekitar RM13 juta setahun. Manakala kos operasi merangkumi penguatkuasaan, penyelenggaraan petak serta tenaga kerja berjumlah kira-kira RM5 juta setahun.

Ini bermakna pulangan bersih kepada MBPJ hanyalah sekitar RM8 juta setahun dengan kadar pematuhan penggunaan sekitar 40 hingga 45 peratus. Berdasarkan kadar pematuhan sedia ada terdapat ruang peningkatan yang sangat besar bagi MBPJ untuk meningkatkan tahap pematuhan pengguna. Sekiranya MBPJ bersetuju dengan pelaksanaan SIP unjuran hasil menunjukkan potensi kutipan bersih yang boleh diterima oleh MBPJ atas kadar 40% adalah sekitar RM9 juta setahun bagi kutipan parkir harian, parkir 2 jam dan pas bulanan. Jumlah ini tidak termasuk hasil kompaun dan kutipan tambahan daripada parkir luar jalan off street dan juga petak khas yang diuruskan sendiri oleh MBPJ dengan penggunaan teknologi pemantauan digital serta sistem penguatkuasaan yang lebih berkesan. PBT berpotensi meningkatkan hasil parkir secara signifikan malah setelah pemasangan CCTV siap sepenuhnya, kutipan hasil dijangka akan meningkat selepas tahun kedua selaras dengan pemantauan automatik dan penguatkuasaan yang lebih konsisten.

Tuan Timbalan Speaker, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MBI melalui anak syarikat milik penuh RMSB berperanan sebagai operator pengurusan sistem yang bertanggungjawab ...

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sekejap lagi, sekejap lagi, saya bagi, sabar dulu. Saya bagi sedikit mukadimah supaya Yang Berhormat Hulu Kelang lebih jelas, hendak tanya nanti kita teruskan ya. RMSB berperanan sebagai operator pengurusan sistem yang bertanggungjawab membangun menyelaras sistem pengurusan tempat letak kereta di Negeri Selangor. Manakala syarikat konsesi yang dilantik SMEC Sdn Bhd berperanan sebagai operator pengoperasian yang melaksanakan pengurusan tempat letak kereta di lapangan. PBT pula kekal sebagai Pihak Berkuasa utama yang menetapkan dasar kadar bayaran dan penetapan kawasan tempat letak kereta. Perjanjian diter pakai antara PBT, RMSB dan syarikat konsesi yang dilantik memastikan peranan dan tanggungjawab setiap pihak adalah jelas, terikat secara sah serta mematuhi kerangka tadbir urus yang ditetapkan. Di bawah pelaksanaan modal ini hasil kutipan tempat letak kereta diagih kepada 3 pihak iaitu PBT, RMSB dan syarikat konsesi mengikut peranan dan fungsi masing-masing. Modal ini juga memberikan kelebihan kepada PBT kerana PBT menerima 40% hasil kutipan tempat letak kereta tanpa perlu, hah, ini penting ya Tuan Timbalan Speaker, tanpa perlu menanggung apa-apa kos operasi berikutan semua kos operasi sepenuhnya oleh RMSB ditanggung oleh RMSB. Dan syarikat konsesi yang dilantik untuk penjelasan kepada Dewan, PBT atau RMSB tidak mempunyai sebarang pegangan saham dalam syarikat SMEC Sdn Bhd.

Penguatkuasaan itu kekal sepenuhnya di bawah kuasa PBT. Sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang sedia ada, syarikat konsesi yang dilantik hanya bertanggungjawab mengurus pengoperasian tempat letak kereta termasuk penyediaan kenderaan, peralatan, pembayaran emolumen, penguat kuasa, penyelenggaraan parkir, petak parkir, perkhidmatan pelanggan dan perabot teknikal. Manakala tindakan penguatkuasaan seperti pengeluaran notis, kompaun dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa yang untuk PBT yang bertindak atas nama Dato’ Bandar

atau Yang Dipertua, selaras dengan perintah tempat letak kereta masing-masing. Walaupun ada pihak syarikat konsesi menanggung bayaran gaji, elaun dan pakaian seragam pegawai penguat kuasa yang melaksanakan tugas di lapangan, pegawai penguat kuasa berkenaan kekal di bawah kuasa PBT kerana pelantikan itu dibuat oleh PBT. Sebarang kos penambahan kakitangan penguat kuasa bagi tujuan SIP akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi.

Tuan Timbalan Speaker, berhubung dengan isu pembayaran tempat letak kereta, pihak RMSB tidak pernah melantik way pay sebagai pembangunan aplikasi sistem parkir RMSB mengguna pakai kaedah pembayaran sedia ada seperti Smart Selangor Parking, Flate Parking, Touch N Go, E-Wallet dan juga Jom Pay, Settle, Way Pay hanyalah satu saluran pembayaran parkir, tambahan tanpa sebarang cas selain cas perkhidmatan yang dibenarkan memberi pilihan kepada penggunalah ok ...

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Penjelasan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Nak jelas dulu, tak nak dengar dulu saya habiskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tak mahu.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ok, dia tak mahulah, dia tak sabar pula ya, tak nak.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat Sekinchan, saya hendak tanya sebelum Yang Berhormat pergi jauh lagi. Yang Berhormat telah memberitahu Dewan tentang beberapa manfaat yang akan diperoleh oleh Majlis Bandar Raya Petaling Jaya atas analisa yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri. Maka persoalan saya, mengapa Majlis Bandar Raya Petaling Jaya masih lagi tidak memuktamadkan atau tidak bersetuju dengan konsesi yang dicadangkan ini. Saya hendak tanya itu dulu sebelum saya lanjut kepada persoalan yang lain.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Setakat ini masih dalam perbincangan, mereka secara dasar bersetuju cuma perbincangan antara teknikal dan juga kaedah kandungan dan sebagainya mereka tengah bincang di peringkat Majlis Bandar Raya Petaling Jaya. Kerajaan Negeri mengambil sikap terbuka, kita tidak memaksa cuma kelulusan dasar saja kepada mereka tapi pihak Majlis Bandar Raya kita berikan mereka kuasa untuk menentukan sama ada kebaikan yang apa kita hendak aspirasi Kerajaan Negeri ini agenda untuk memastikan sistem parkir lebih teratur, berteknologi tinggi dan sebagainya menuju Smart State. Ini dapat direalisasikan secara sepenuhnya pada masa akan datang oleh semua PBT. Ini terpulang, tetapi sekarang saya yakin mereka akan dapat apabila pertemuan dan juga engagement dengan pihak RMSB dan pihak SMEC, mereka akan mencapai kata sepakat. Setakat ini masih belum mencapai kata sepakat.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Antara maklumat yang saya perolehi yang membantah kuat tentang penglibatan MBPJ dalam konsesi ini adalah Ahli-ahli Majlis di dalam Majlis Bandar Raya Petaling Jaya. Saya percaya mereka mempunyai hujah yang kuat untuk tidak membenarkan Majlis Bandar Raya terlibat pada peringkat ini. Antaranya ialah pulangan atau hasil yang akan perolehi oleh Majlis Bandar Raya Petaling Jaya. Kiraan yang saya buat dalam perbahasan saya, tidak jauh daripada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sendiri tadi. Kalau ikut kiraan

yang saya buat, saya dimaklumkan sejumlah 40 ribu parking base dalam pengurusan dan pentadbiran Majlis Bandar Raya Petaling Jaya. Cuma Yang Berhormat kena cerakinkan berapa banyak di kalangan 40 ribu ini yang telah di gazet dan berapa banyak belum di gazetkan, itu yang pertama. Yang kedua pada ketika ini, kalau ikut kiraan Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat mengesahkan bahawa unjuran kalau semuanya dapat diuruskan dengan lebih cekap, kita jangka boleh dapat RM60 juta setahun sebab 10.5 jam sehari di kali dengan yang saya sebut dalam ucapan saya, 60 sen sejam untuk setiap minggu, setiap bulan, 12 bulan kali 40 ribu, kita jangka dapat RM60 juta.

Saya juga menyatakan dalam perbahasan saya pada ketika ini kutipan yang dibuat oleh Majlis Bandar Raya hanya RM13 juta, ditolak dengan pengurusan RM5 juta, penguatkuasaan hanya RM8 juta. Persoalan saya seterusnya ialah sekiranya hendak dibuatkan SIP ini supaya pengurusan itu lebih cekap, efisien, kutipan itu lebih tinggi, tetapi maklumat yang kita perolehi dalam dua tahun pertama ini ia masih di takuk yang lama, ia tidak melonjakkan satu jumlah hasil yang begitu tinggi atas alasan oleh SelMAX di mana mereka telah melabur RM200 juta untuk 1,000 CCTV sebab itu mereka tidak mahu memberikan pulangan yang lebih besar. Sekali lagi di sini peranan Kerajaan Negeri untuk memastikan apa juga tindakan untuk menswastakan pengurusan tempat letak kereta ini sepatutnya memberikan pulangan yang lebih baik, pengurusan yang lebih cekap dan adil kepada PBT yang terlibat tetapi pada ketika ini ia tidak menampakkan satu hasil yang positif dan ini antara penolakan oleh Ahli-ahli Majlis Bandar raya Petaling Jaya. Saya mohon penjelasan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang begitu memperincikan semua tentang parkir. Memang saya menghargai tentang keprihatinan tersebut di mana Ahli-ahli Majlis ada yang tidak setuju dan sebagainya sebab pemahaman mereka terhadap sistem ini pad awalnya tidak begitu mendalam mungkin mereka concern dan saya tidak menghalang mereka nyatakan pandangan mereka kerana dalam Kerajaan Negeri Selangor yang ada sekarang ini kita komited ketulusan itu penting dan mereka bagi suara Ahli Majlis mana ada Negeri-negeri sebelah yang lain Ahli Majlis boleh suarakan bantahan dengan dasar Kerajaan. (bahasa asing) Tuan Timbalan Speaker mereka patuh tetapi di Negeri Selangor dahsyat kita luar biasa kita bagi hak mereka untuk nyatakan dan kita dengar kita engage dan ini kalau apa yang mereka nyatakan kalau itu boleh mendatangkan kebaikan kita bincang supaya kita tambah baik tidak ada masalah dan ini baru dalam proses perbincangan dan 3 PBT yang lain baru sign bulan 10 macam mana kita hendak unjur 2 tahun akan datang kita buat unjuran kita kena bagi masa untuk penambahan dan sekarang baru kita nampak 3 PBT yang lain telah menunjukkan peningkatan hasil yakinlah kalau kita bagi sokongan penuh dengan kaedah sedemikian pastinya akan mendatangkan hasil kalau sampai satu masa masih berada di takuk yang lama kita boleh pastikan mereka ini tidak layak dan sebagainya boleh tamatkan kontak tiada masalah sebab kita tidak mahu ikat dulu, kini dan selama-lamanya itu yang paling penting. Jadi dalam konteks Yang Berhormat tadi tekankan 40 ribu boleh dapat RM60 juta itu memang kalau kira Yang Berhormat Ijok daripada Amerika kira-kira matematik A1 tetapi kira-kira dalam kertas boleh lah. Tanya diri sendiri tepuk dada tanya selera Tuan Timbalan Speaker.

Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ramai yang letak kereta pun tidak bagi duit termasuk Yang Berhormat tetapi dia ada kelonggaran lah tetapi keluarganya letak kereta termasuk

Yang Berhormat boleh minta laluan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tidak boleh belum lagi saya hendak jawab Kuang sabar dahulu, Kuang tidak ada sentuh tentang isu smart intelligent parking Timbalan Speaker kena tegas masa tidak cukup kalau dia sentuh boleh tapi Hulu Kelang dia sentuh dari pada A to Z jadi saya kena jawab. Kita ambil tanggungjawab sebab saya dengan Hulu Kelang kita orang lama dalam Dewan kita memahami satu sama lain tinggi rendah bersama kita faham.

Yang Berhormat Kuang minta sikit sahaja saya kagum dengan penjelasan daripada Yang Berhormat. Saya hendak puji ni Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Timbalan Speaker tolong.

Timbalan Speaker

Kuang duduk.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tolong tertibkan dia tolong duduk. Tolong saya minta tertibkan dulu. Jadi saya hendak bagi tahu 40 ribu itu memang tapi kalau kena pematuhan 100%, sekarang ini mana ada letak satu masa yang sama penuh tidak ada 45 sahaja tetapi tidak apa kita akan cuba lakukan supaya satu hari nanti boleh mencapai angka yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang jadi sabar Selangor ini kita tidak mahu apa-apa perkara yang dilaksanakan kerana kita punya pembangkang yang kuat di pimpin oleh Mantan Menteri Besar dan Mantan Menteri MITI dengan ahli yang ramai mereka sentiasa check and balance di Dewan Negeri Selangor kita tiada masalah kita buka seluas-luasnya untuk mereka check and balance semak dan imbang apa masalahnya jadi ruang ini kita bagi. Jadi saya hendak bagi tahu kita sabar bagi masa untuk mereka bincang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Baik Yang Berhormat Sekinchan saya juga nyatakan tadi daripada segi jumlah parking base di MBPJ saya dimaklumkan ada 40 ribu saya tanya tadi berapa yang di gazet dan berapa yang belum di gazet itu yang pertama. Yang kedua saya juga akui bahawa dalam kaedah semasa ataupun sebelum SIP hendak dilaksanakan memang ada kelemahan sebab itu Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk meningkatkan prestasi dan perkhidmatan sistem parking di dalam Negeri Selangor. Jadi kalau sudah diswastakan dengan kaedah SIP ini Negeri tidak ada unjuran baru berapakah hasil bagi PBT saya kira itu tidak efektif dan tidak berkesan. Buat apa kita swastakan kepada pihak yang lain kalau kutipannya masih sama yang itu saya sebut tadi unjuran dalam 2 tahun pertama ini masih di takuk yang sama sepatutnya ia menunjukkan prestasi yang lebih baik. Kalau saya bagi angka yang tidak betul saya hendak Sekinchan jawab dalam Dewan ini. Tahun pertama pelaksanaan SIP di MBPJ berapa dijangkakan peningkatan hasil. Tahun kedua berapa? Kerana daripada SelMAX mereka memberi tahu untuk 2 ketiga tahun ini tidak ada peningkatan yang signifikan atas alasan pelaburan mereka terlalu besar untuk menyediakan CCTV. Saya kira alasan yang tidak boleh diterima oleh Kerajaan Negeri sepatutnya tiga tahun pertama ini kita boleh yakin kan kepada PBT yang lain bahawa SIP ini terbaik afficient dapat meningkatkan hasil. Jadi saya minta Sekinchan nyatakan dalam Dewan ini apa unjuran peningkatan hasil MBPJ bagi meyakinkan Ahli-ahli Majlis this is the best method, this is the best solution untuk membantu MBPJ sila jelaskan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang memang kita dalam tempoh masa 2 tahun untuk stu syarikat baru hendak membuat pelaburan dalam industri ini untuk menyesuaikan peralatan dan sebagainya kita perlu bagi masa MBPJ sendiri pun tahu dalam tempoh masa berurusan dengan sendiri mengurus tadbir sendiri pun mereka tidak dapat mencapai seperti apa yang dinyatakan RM60 juta jadi sekarang kita menggunakan sistem baru kena cuba. Jadi kena cuba sekali macam anak kita baru 3 tahun baru melangkah start mahu melangkah jatuh sikit terus hendak dia terbang (bahasa asing) tidak mungkin hendak terbang. Jadi dalam setahun dua ini dua tiga tahun ini unjuran nya rendah munasabah tapi kalau lepas tiga tahun masih rendah tidak munasabah ini perlu Yang Berhormat Hulu Kelang dulu Menteri Besar pernah jadi MITI unjuran Negara apa itu unjuran tapi kadang capai kadang-kadang tidak capai tak akan tidak faham.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya faham.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tidak perlu saya ajarkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Berapa unjuran.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Unjurannya sekarang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tahun pertama berapa?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tahun pertama unjuran kita tidak ada spesifik saya tidak ambil daripada data yang terbaru tapi baru ini di Majlis Bandaraya Shah Alam yang kedua di Selayang sudah menunjukkan peningkatan. Kalau hendak dapatkan angka unjuran tersebut saya boleh bagi yang bertulis sebab tidak adil untuk saya hendak catat satu persatu sebab ini lebih kepada teknikal.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat tidak boleh bagi secara bertulis perbahasan ini saya muatkan secara panjang lebar pada Isnin yang lalu Yang Berhormat ada 3 hari untuk siapkan jawapan patutnya datang dengan angka pastinya saya akan bertanya apa unjuran pada tahun pertama dan apa unjuran pada tahun kedua bukan sekadar melenting dan hendak meninggikan suara itu bukan cara Kerajaan Negeri menjawab soalan yang saya nyatakan dalam perbahasan. Ini bukan perkara baru yang saya bangkitkan pada petang ini. Kalau betul Yang Berhormat akta ok the first two years kita tidak akan dapat peningkatan yang signifikan nyatakan berapa unjuran ia saya faham unjuran tidak semestinya kita dapat capai pada angka yang kita unjurkan tapi sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri mesti meyakinkan MBPJ pada tahun pertama peningkatan daripada 13 kepada 15, tahun kedua 15 kepada 20 kalau kita dapat capai alhamdulillah thank God tapi kalau tidak dapat capai kita akan semak semula di mana kelemahannya, di mana kecuaiannya tapi kalau pada petang ini pun unjuran pun EXCO tidak tahu bagaimana kita hendak yakin kan kepada Ahli-ahli Majlis dan MBPJ ini kaedah yang terbaik. Jadi saya pohon Yang Berhormat nyatakan unjuran. Pegawai di belakang bantu EXCO kit ayang tiada jawapan yang tepat pada petang ini. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Sebab ini berkaitan dengan data-data unjuran saya boleh bagi unjuran tetapi saya tidak mahu kurang tepat memang ada tapi oleh sebab Yang Berhormat menanyakan isu-isu tentang bagaimana boleh dapat ini dan sebagainya tidak ada waktu perbahasan unjuran berapa tidak kira tidak ada dalam itu pun kalau Yang Berhormat ada unjuran dan sebagainya saya mesti ada jawapan tetapi Yang Berhormat dalam perbahasan cuma soal OSC, soal kena tidak sign itu sahaja yang saya ada jadi tidak adil untuk saya hendak cari sampai A to Z jadi sebab itu saya akan bagi jawapan tentang unjuran tersebut sebagai Menteri Besar bukan semua tahu habis dalam masa yang singkat common sense dengan izin Tuan Timbalan Speaker tidak adil untuk saya. Jadi saya hendak bagi tahu yang berbincang dengan ini benda ini adalah pihak RMSB tapi saya boleh dapatkan sekiranya perbahasan itu dan Sekinchan kena pastikan ada unjuran dan sebagainya (bahasa asing) tidak cakap tidak sebut pun satu patah tiba-tiba hendak minta macam mana saya hendak minta tentang data terperinci sampai bulan sekarang belum ada tidak boleh.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tidak adil.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tadi YB Kinrara beri data yang tepat kepada saya.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Itu pasal ini cuba hendak melaga-lagakan ini saya fahamlah.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini yang hebat Kinrara dia layak menjadi EXCO Kanan dia datang macam Seri Setia beri jawapan yang cukup padat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Itu biasa itu spin.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kinrara lagi tepat jawapannya ini tidak tahu melentik tidak tentu.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang bagi ruang untuk YB EXCO menjawab.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

OK.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada satu soalan lagi.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ada soalan lagi?

Timbalan Speaker

Bagi atau tidak?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Baik tidak apa saya tunggu jawapan bertulis.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Akan dibekalkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan kata insyaallah bagi besok pukul 10.00 pagi saya hendak jawapan bertulis atas meja saya.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Malam ini 12.01 kita boleh e-mel ok. Nanti saya minta pegawai semua e-mel tiada masalah itu bukan boleh sorok mana ada masalah tetapi yang bising yang check lebih ini sabar.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ok saya hendak tanya Yang Berhormat sebut 3 PBT telah bersetuju setakat petang ini 3 PBT ini Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Bandar raya Shah Alam dan juga MBSJ sudah pasang CCTV ataupun tidak?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Bulan 10. Tuan Timbalan Speaker meraka baru muktamadkan bulan 10, ini bulan 11 mereka tengah buat di lapangan tengah siasat dan sebagainya kalau kita hendak sesuai badan kita dengan baju pun satu masa, kasut baru kasut yang baru .. kasut yang baru kita pakai tidak selesa dia kena satu masa semua ada perlu masa tanya orang-orang kahwin baru pun kena serasi dengan pasangan pada satu masa. Dia masuk sahaja malam itu apabila mereka kahwin pasangan baru Tuan Timbalan Speaker kena sesuaikan emosinya, apa gayanya, apa stail nya semuanya kena ada. Saya kata sebab setiap orang ada emosi.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO teruskan dengan jawapan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya bagi contoh.

Timbalan Speaker

Siapa yang kahwin baru tu?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya tidak cakap siapa yang kahwin baru tetapi saya bagi contoh kalau yang makan cili dia rasa pedas. Saya doakan kalau yang kahwin baru selamat pengantin baru lah.

Timbalan Speaker

Teruskan Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Jadi persoalannya saya teruskan Tuan Timbalan Speaker. Bagi memastikan semua pengurusan tempat letak kereta yang lebih efisien.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat ada lagi.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya ada lagi panjang lagi saya hendak jawab banyak lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tidak apa lah.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

So ada soalan lagi?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada. Yang Berhormat unjuran tidak ada, ada pukul 12.00 malam, CCTV belum pasang. Saya hendak tanya siapa buat due diligence projek sebesar ini? Kalau Kerajaan Negeri tidak ada data-data ini maklumat-maklumat ini dalam sidang Dewan di mana lagi kita hendak bincang. Itu belum lagi soalan ada 2,3 yang saya hendak tanya. Tidak apa saya ikutlah bila. Dengar dulu Yang Berhormat jawab saya akan interject pada ketika itu.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sila. Saya rasa tidak perlu.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okey, maknanya tidak berani jawab la tu.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Bukan tak berani … Ketua Pembangkang kadang-kadang bahas, backbencher yang baru penggal pertama bangun dia pun tak bagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Eh bagi.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tak malu ke? Malu. Kalau saya, backbencher yang pertama kali mesti saya duduk. Saya bagi.

Timbalan Speaker

Apa bising-bising ni?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukit Gasing tanya soalan yang tak logik pun saya bagi.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ada saya tengok banyak kali. Pembangkang walaupun lima penggal, enam penggal kat sini lima penggal tak bagi jugak

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ini biasalah kan. Takkan tak biasa.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO kita teruskan dengan penjelasan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

“Aku tak biasa” (mengajuk petikan lagu).

Timbalan Speaker

Teruskan dengan penjelasan Yang Berhormat EXCO.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jawab dulu, jawab dulu siapa buat due diligence tentang projek ini?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Due diligence ini dilakukan oleh RMSB (Rantaian Mesra Sdn Bhd) di bawah syarikat dari bawah MBI. Mereka bersama dia tiga, dia melibat tiga bukan satu. RMSB, PBT dan juga syarikat – 3 pihak dia bukan satu pihak dan bukan senang untuk mereka

tandatangan mesti mereka tengok kiri, tengok kanan baca betul-betul. Haaa

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat,

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Okay saya belum jawab habis dah bangun pulak. Ini pun lebih kurang juga lah dua kali lima lah.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Selmax, PBT dan RMSB itu adalah the new SPV untuk projek ini. Sebelum projek ini dipersetujui mesti ada due diligence. Takkan you benarkan Selmax buat due diligence? Pastinya dia ada interest dalam projek ini. Ini cerita apa Yang Berhormat? You cannot allow the private sectors to submit the report on due delligence on this particular projects sebab dia ada kepentingan. Saya nak tanya di pihak Kerajaan Negeri ini siapa buat due diligence? Yang Yang Berhormat jawab tu salah, itu adalah SPV bagi projek ini. Dua benda yang berbeza. Itu yang pertama. Yang kedua, nyatakan secara terperinci siapa pemilik ekuiti dalam RMSB? Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kalau Yang Berhormat tak berapa faham saya akan fahamkan. Satu, tadi saya beritahu ini tiga, melibatkan tiga party, tapi untuk kelulusan dasar di bawah kelulusan MMKN. MMKN lulus untuk SIP pelaksanaan Smart Intelligence Parking, MMKN yang luluskan. Jadi lepas lulus, kita serah ke lulus itu kita menyatakan RMSB sebagai anak syarikat kepada MBI dan mereka uruskan due diligence dan sebagainya. Itu sahaja. Jadi apa yang nak perlu dikhuatirkan? Ha, di sini jawapannya ialah apabila kelulusan EXCO itu dicapai secara dasar, kemudian diserah kepada RMSB untuk membuat perbincangan. Ha, itu sahaja.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Baik, biasanya sebelum MMKN membuat keputusan, dia ada kertas MMKN. Di situlah ada report tentang due diligence samada MMKN boleh bersetuju atau tidak? Takkan lah dia setuju dulu baru serahkan kepada RMSB? Dia mesti ada laporan. Dia mesti ada penilaian samada projek ini vible atau sebaliknya. Apakah manfaat pada Kerajaan Negeri? Semua ini mesti terkandung dalam kertas MMKN. Saya pohon penjelasan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO. Saya juga nak ambil perhatian Yang Berhormat EXCO tentang persoalan-persoalan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat lain yang perlu Yang Berhormat EXCO bagi penjelasan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya banyak. Oleh kerana Hulu Kelang dia nak tanya supaya nak menunjukkan bahawa dia faham tentang perkara ini tidak apa kita bagi sikit saja masa. Ya, saya nak bagitahu pihak SPBT dia akan kertas kepada MTES untuk buat pembentangan. Pembentangan tersebut dia ada cadangan, mula-mula cadangan itu daripada RMSB, MBI dia buat senarai SIP kepada 6, 26 syarikat akhirnya dikenalpasti 3 kemudian baru kenal pasti 1, kemudian diserah balik kepada MMKN untuk dibuat Keputusan boleh kah ini, aaa macam tu. Jadi saya nak bagitahu kepada Yang Berhormat Hulu Kelang, segala proses yang berjalan dengan telus takde apa yang perlu disorok-sorok, takde. Ini saya nak bagitahu kita takde benda nak sorok ya. Kalau Yang Berhormat nak lebih terperinci tadi, soal unjuran, saya dapat maklumat terbaru, unjuran tu setiap tahun 8 juta dulu tahun pertama, tahun kedua 8 juta sebab dia taknak commit awal, ya 8 juta, 8 juta dulu untuk

dua tahun yang pertama untuk MBPJ. Tapi oleh kerana mereka ada yang tidak berapa setuju jadi mereka bincang lagi. Jadi kita menghormati hak ahli majlis dan PBT untuk mereka menyatakan suara. Ini demokrasi tadi saya tegaskan. Jadi saya rasa ini jawapan kepada Yang Berhormat Hulu Kelang saya kena pergi ke tempat lain kerana apa? Kerana banyak jawapan-jawapan yang akan beritahu tidak adil kepada mereka.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pemilik ekuiti RMSB.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

RMSB dimiliki oleh MBI. M. B. I. Menteri Besar Incorporated. MBI. Yang pada satu ketika dulu Yang Berhormat sebagai Menteri Besar pernah jadi pengerusi chairman. MBI. Kalau tak faham M. B. I. nanti saya bagi maklumat yang lebih lanjut tentang M.B.I. Boleh? Okay, baik. Saya pergi, eh, Tuan Timbalan Speaker saya rasa cukuplah, saya kena pergi tempat lainlah. Ya. Baik untuk kepada

Timbalan Speaker

Teruskan. Teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini tentang SIP apakah eh saya tanya dalam perbahasan bukan benda Baharu. Apakah benar dokumen-dokumen mengenai SIP ini diletakkan di bawah OSA?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya nak nyatakan di sini ya, untuk dokumen itu hanya boleh dipertimbangkan dia boleh ditimbang selepas mendapat kebenaran rasmi tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pemilik dokumen. Kerajaan Negeri bukanlah pihak kepada perjanjian tripartite yang akan dimasuki oleh RMSB, PBT dan Selmax maka Kerajaan Negeri tidak mempunyai lokus untuk mendedahkan apa-apa maklumat dalam perjanjian kepada mana-mana pihak ketiga. Apa-apa perkara yang hendak dipersetujui oleh pihak-pihak dalam perjanjian tripartite ini juga adalah terpulang kepada persetujuan pihak-pihak kepada perjanjian. Namun begitu tujuan pelaksanaan perjanjian tripartite ini tersebut adalah atas asas untuk menjayakan dasar Kerajaan Negeri untuk melaksanakan SIP. Pendekatan ini juga selaras dengan Enakmen Kebebasan Maklumat, Freedom of Information (FOI) Negeri Selangor 2011 khususnya Bahagian 4 yang membenarkan pengecualian untuk mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga secara rahsia melibatkan rahsia perniagaan kepentingan komersial pihak ketiga. Ini saya nak jelaskan kepada Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tanya mudah, apakah dokumen ini telah diklasifikasikan di bawah OSA. Ya atau tidak?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

sedemikian memang dokumen ini berada dalam OSA. Memang. Sebab semua perjanjian-perjanjian tapi kalau Yang Berhormat nak dedahkan nak tahu dia kena mohon melalui pegawai maklumat dalam, kita ada information ROI, ada information Freedom of Information (FOI) ada akta tersebut boleh mintak disebut haaa apabila diklasifikasikan keluar, baru boleh kalau tidak, sebab dia tidak melibatkan Kerajaan Negeri. Dia hanya melibatkan RMSB, melibatkan Selmax, melibatkan PBT. Jadi dia perlu persetujuan tiga-tiga pihak baru boleh dedah. Jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya. Takde benda yang nak disorok. Semua tahu,

satu dunia pun dah tahu tapi yang cuba jadi juara, cuba jadi juara siapa? Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, saya tanya ya atau tidak? Yang Berhormat kata ya. Okay, saya nak rekodkan ya dokumen ini di bawah OSA. Saya faham pada tahun 2011 memang kita ada gubal satu FOI. Tujuannnya apa? Untuk meningkatkan ketelusan, kebertanggungjawaban, memberikan akses kepada rakyat dan pembayar cukai, mendapat maklumat. Sepatutnya Kerajaan Negeri mempertahankan prinsip tersebut. Freedom of Information ini salah satu perkara asas dalam system demokrasi. Itu yang pertama, yang kedua saya nak tanya Yang Berhormat, mengapa perkara ini diletakkan di bawah OSA? Ini bukan soal keselamatan. Ini bukan soal pembelian senjata ataupun peralatan perang. Ini soal parking. Hanya tempat letak kereta pun nak disorokkan. Nak diletakkan di bawah OSA. Betul, saya boleh pergi kepada FOI dan membuat permohonan tetapi mengapa nak menyusahkan rakyat mendapatkan maklumat, berapa parking base, berapa kena bayar, siapa penguatkuasaan, apakah ini akta rahsia rasmi Kerajaan? Apakah ini Kerajaan Madani hari ini yang menghalang rakyat dan pembayar cukai mendapat maklumat yang tepat? Saya tidak mahu berbahas dengan maklumat yang tidak tepat. Sebab itu saya tanya mengapa? Apa asas Yang Berhormat letakkan di bawah OSA? Itu persoalan saya.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya bukan soal letak dalam OSA. Semua maklumat-maklumat diclassified sebagai rahsia iaitu perjanjian. Jadi apa-apa yang hendak, boleh kena mohon melalui pegawai maklumat dalam FOI. Ikut prosedur dulu. Ha kemudian akan dipertimbangkan dan kenapa Yang Berhormat Hulu Kelang begitu ghairah nak begitu, nak itu maklumat seolah-olah kita ada sorok benda-benda, tak ada pun. Tak ada benda yang nak ditengok, takde benda yang boleh orang kata apa boleh memberangsangkan Yang Berhormat, tak ada. Saya dah beritahu, jadi saya nak bagitahu prosedur, prosedur bias aini semua dikelaskan sebagai rahsia tapi Yang Berhormat nak jugak, tulis surat kepada pegawai kalau diclassfiedkan boleh, sebab saya dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya saya dah bagitahu sebab ini melibatkan 3 pihak. Kalau untuk Kerajaan Negeri Sahaja kita boleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar terus, boleh buka cerita. Sebab ini 3 party, 3 pihak. Jadi Yang Berhormat sebagai Menteri Besar

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Mengapa nak dirahsiakan?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya tak ada masalah, tak perlu rahsia pun tapi ini perlu melalui porsidure.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Apa?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Porsidure. Kena melalui

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Prosedur.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saja, saya saja. Ha, tapi Hulu Kelang tak faham.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Susah, susah pencatat hansard nak

catat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tak apa, tak apa. sebab Hulu Kelang

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Prosedur.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Orak reti opo seng kito ngomong (Bahasa Jawa) ya dengan izin.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang boleh duduk.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Dengan izin, ya, jadi saya rasa cukup sekadar itu. Saya kena jawab untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain lah ya. Saya rasa sekadar itulah.

Timbalan Speaker

Teruskan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Timbalan Speaker, baik saya pergi ke tempat yang lain. Isu berkaitan dengan ha, ha, ha, saya petang ini walaupun kita bertengkar sikit takde hal. Sebab Hulu Kelang ini kita kena sayang jugak. Sayang, sebab apa hari tu dia bertungkus-lumus dalam Dewan dia tuduh. Tuduh apa? Kerajaan Negeri nak hapuskan joo. Joo Negara Hulu, Kemensah. Kemensah Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukan joo, Zoo.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tidak apa, Zoo. Zoo Negara Kemensah. Dia nak hapuskan dia tuduh Kerajaan nak hapuskan. Maksud dia kalau kita hapuskan, harimau takde tempat, singa takde tempat, panda takde tempat, monyet takde tempat, zirafah pun takde tempat. Gajah lagi takde tempat. Buaya kan kesian pulak ya, Buaya darat ada tempatlah. Tapi takpa dengan izin. Tapi saya bagitahu kita nak hapuskan saya pun terbaca, lah. Sejak bila Kerajaan Negeri zalim sampai nak hapuskan bukan sahaja Hulu Kelang takde tempat duduk, monyet, harimau pun takde macamana kita nak. Jadi saya apabila dapat jawapan wahh baru legalah sikit. Rupa-rupanya Yang Berhormat keliru, Yang Berhormat keliru. Tanah yang dimaksudkan ini saya baca dulu kena baca sebab dia ada berkaitan ya. Lot-lot tanah yang dirujuk terletak di Kawasan sekitar Zoo Negara. Kemensah, Hulu Kelang, sebab Hulu Kelang takde apa nak dibanggakan, hanya ada Zoo Negara sahaja. Tapi jangan kita hapuskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, jangan menghina haiwan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tak, tak, tak. Haiwan kawan saya. Saya kucing banyak. Anjing pun banyak. Saya tak pernah menghina sebab EXCO PBT jaga kucing, jaga anjing, sekarang termasuk haiwan-haiwan di Zoo pun saya jaga.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat tau tak Zoo ini jugak

terletak di bawah Parlimen Gombak?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ha, tidak apa tapi yang penting Hulu Kelang paling dekat. Hahahaha itu dia.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yelah paling dekat, di luar Zoo bukan dalam Zoo.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Bukan, tu paling dekat Kemensah adoii tapi tidak apa. Tanah tersebut adalah tanah hakmilik individu persendirian. Bukan tanah berstatus pewartaan. Lot yang terlibat adalah PT 5014 dengan keluasan 79885 meter persegi iaitu 19.74 ekar dan PT 5012 dengan keluasan 134437 meter persegi 33.22 ekar ha ini 2 lot ada. Sehubungan itu, sebarang transaksi jual beli atau pindah milik yang berlaku adalah urusan sah di bawah pemilikan sendiri dan pekara tersebut adalah di luar bidang kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Ya, MPAJ dan dari segi perancangan kategori zon guna tanah, bagi kedua-dua lot di dalam Rancangan tempatan MPAJ 2035 penggantian ditetapkan sebagai komersial. Kemurahan sukan dan rekreasi swasta zon ini haa dengar dulu Tuan Timbalan Speaker ya. Saya tegaskan zon ini tidak pernah ya, zon ini tidak pernah di apa? Dipinda dan kekal sama sebagaimana yang telah termaktub dalam Rancangan MPAJ penggubahan 2020. Perbezaan warna yang kelihatan dalam peta seperti Yang Berhormat tunjuk peta, perbezaan warna yang kelihatan dalam peta Rancangan Tempatan MPAJ 2035 adalah berpunca daripada standard persembahan grafik di bawah manual sistem maklumat geografi. GIS rancangan pemajuan Visi 2.0 ya. Dalam Jilid 1 warna biru digunakan untuk menunjukkan kategori komersial guna tanah 1 manakala dalam Jiilid 2 perincian zon bagi kemudahan sukan dan rekreasi swasta guna tanah 3 dipaparkan menggunakan warna hijau berbingkai biru. Perbezaan ini adalah semata-mata format paparan GIS dan tidak mencerminkan perubahan zon, Rujukan rasmi bagi zon guna tanah tapak tersebut adalah peta cadangan guna tanah blok perancangan 2 dalam RT MPAJ 2035 Jilid 2 mukasurat 2 hingga 47 yang mengesahkan statusnya sebagai komersil, kemudahan sukan dan rekreasi swasta mengikut manual GIS. Antara aktiviti yang dibenarkan di bawah kategori ini termasuklah taman tema, Zoo, ya kolam renang, padang golf dan kemudahan rekreasi bersifat komersial ya penting untuk ditegaskan bahawa kawasan ini tidak boleh dibangunkan untuk pembangunan komersial umum seperti pangsapuri. Ya seperti perkhidmatan pangsapuri ya, seperti perkhidmatan pangsapuri,kedai atau pejabat. Kita tidak mahu nanti apa lembu duduk di pangsapuri, taknak. Penggunaannya adalah terhad sepenuhnya kepada aktiviti sukan dan rekreasi swasta sebagaimana yang ditetapkan dalam perancangan. Jadi Kerajaan komited mempertahankan Zoo Negara Kemensah, Hulu Kelang. Kita tidak mahu Hulu Kelang hilang ini. Kita pertahankan. Jadi tuduhan, dakwaan hari itu mengatakan di dalam Dewan yang mulia, Hulu Kelang katanya kita dah hapus Zoo Negara adalah tidak berasas semata-mata meraikan popular politik sahaja. Ha ini yang saya nak tegaskan. Ni tak perlu tambahan sebab jelas sebab Yang Berhormat Teratai pun hari tu dia jelas jugak sikit la kan, Yang Berhormat Teratai betul? Ha, Teratai pun faham orang penggal pertama faham. Ha, bayangkan. Bayangkan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, Teratai bukan EXCO.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya, dia faham. Dia faham bukan Teratai bukan EXCO tapi Teratai faham. Haaa

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Ya, ya, saya faham. Saya faham.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebab itu , saya nak tunggu Yang Berhormat jawab pada petang ini. Yang Berhormat telah beri jawapan. Pertama Yang Berhormat nyatakan bahawa Kerajaan Negeri komited untuk kekalkan Zoo Negara. Saya nak ucapkan terima kasih. Sekurang-kurangnya rakyat, rumah rakyat dipecahkan tapi tempat haiwan dikekalkan. Tidak apa terima kasih jugak ya. Sebab di Kampung Papan, Kampung Papan rakyat kena musnah, kena halau,

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ini tak berkaitan. Perbahasan saya

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak ucap terima kasih. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Jalan Papan itu tak berkaitan. Saya kena bangun. Kalau kata Zoo Hulu Kelang, boleh.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Zoo Negara dalam Gombak.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kalau cerita Kampung Papan tak payah.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kalau Yang Berhormat kata ini milik persendirian, jawapan yang saya terima secara bertulis tanah ini berpindah milik hanya pada September 2020, 23 kepada Canggih Samudera barh saya dalam sekitar 4 tahun yang lepas. Mengapa setelah puluhan tahun haiwan-haiwan ini mendiami di tempat itu? 4 tahun lepas, dipindahmilikkan kepada Canggih Samudera untuk 2 lot daripada 3 lot yang diperuntukkan kepada Zoo Negara. Itu yang pertama. Yang Berhormat jugak sebut bahawa dalam susun guna tanah RT MPAJ 2035 ia akan kekal sebagai rekreasi swasta tak boleh bangun pangsapuri, betul? Tidak boleh ada sebarang pembangunan. Nanti dulu dengar jawapan saya dulu. Tidak boleh dibangunkan bangunan yang tinggi. Betul? Tetapi Yang Berhormat sebut yang boleh padang golf. Takkanlah tempat rakyat pun nak bangun padang golf, tempat haiwan pun nak bangun padang golf. Tapi takkan lah di situ dibenarkan padang golf Yang Berhormat? Kekalkanlah sebagai..

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Cukuplah saya belanja awak.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kekalkan sebagai Zoo negara.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Masa cukup dah. Saya dah bagi maknanya kita ambil pertimbangan ya pandangan daripada YB Hulu Kelang. Sejak dewan ini saya agak pelik. Pelik bin Ajaib. Sebab Yang Berhormat hulu Kelang dia anti golf. Dia Nampak golf dia mesti marah. Ooo presiden main golf. Huh sampai macam tu. Ooo main golf

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini buruk sangka 36-6.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Nak buruk sangka main golf pun buruk sangka?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tidak anti golf. Saya mintak Yang Berhormat Sekinchan faham prinsip fiqh al-awlawiyat iaitu soal maslahah mana yang memberi manfaat terbanyak kepada rakyat yang terbanyak. Kalau di Zoo Negara ini soal rekreasi untuk keluarga, anak kita, untuk pergi berehat di hujung minggu takkan itu pun nak dibangunkan padang golf? Bukan saya anti golf. Itu satu tanggapan yang tidak tepat dan saya kira ditarik balik.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Cukuplah yang perlu ditanya sudah ditanya. Okay, baik Tuan Timbalan Speaker, jadi isu ni lain kali saya nak nasihatkan kepada Ketua Pembangkang lain kali nak tuduh kita hapuskan Zoo Negara dan sebagainya kena siasat dulu semak betul-betul jangan datang dewan guna imuniti hentam sembrono tak boleh lah macam tu tidak menunjukkan kematangan. Tak boleh. Kita dengar, saya pun menggigil. “Menggigil aku” (menyanyi petikan lagu”) sampai kapan Kerajaan Negeri ni zalim? Biarkan Zoo ni dihapuskan? Hooo tak boleh, tak boleh. Nasib baik saya juga pertahankan jugak ya. Saya ingat Yang Berhormat semua pertahankan. Jadi saya beritahu lain kali kalau datang dewan, semak betul-betul dan tuduh biar berfakta kalau tidak, tuduh sebarangan orang dengar, ambil content bagi Tiktok rakyat percaya. Aaa inilah cara dia tak betul. Hari ini kita jawab baru nak pusing orang dah masuk percaya dah. Ni taktik haa saya pun tahulah macamana nak main taktik macam tu. Tapi tidak apa, saya nak bagitahu perkara ini kita dah jelaskan. Saya nak pergi isu yang lain.

Ini isu berkaitan dengan Yang Berhormat Kuang, tadi yang bangun tu. Haa sampai masa. Sabar tu sebahagian daripada iman. Ini berkaitan dengan kilang haram dan juga apa yang berlaku di Sungai Buloh, Kerajaan Negeri ingin menjelaskan bahawa kawasan bekas tapak kilang-kilang haram di Sungai Buloh tanpa izin merupakan kawasan rizab Kerajaan termasuk rizab rentis, PNB, rizab sungai, zon penampan kepada Kem Tentera Sungai Buloh. Kawasan ini bukan sahaja kawasan pembangunan industri dan sebab itu lah ia tidak dibenarkan sama sekali untuk aktiviti perkilangan sejak awal. Selepas tindakan perobohan dijalankan Kerajaan Negeri telah merangka satu pelan tindakan pelan tindakan jangka panjang bagi memastikan kawasan tersebut tidak lagi menjadi tumpuan operasi kilang tanpa kebenaran ataupun kilang haram. Antara langkah utama yag sendang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Kita nak pulihkan tempat tersebut pengawasan kawasan itu akan diperketatkan. Kawasan berenaan dipantau secara berterusnan oleh Unit Penguatkuasaan supaya tidak berlaku lagi di kawsan tersebut;

2. Kerajaaan Negeri melaksanakan penyusunan semula zon industri melalui KDK Kilang Tanpa Kebenaran dalam program penempatan semula kilang-kilang terlibat ke kawasan industri. Kita galakkan mereka pergi ke kawasan industri jangan terus berada di kawasan yang tanpa izin dan seterusnya antara komponen penting dalam perindustrian dijalankan mengikut peraturan. Kita mereka, kita nak didik supaya semua pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran. Hulu

Kelang? Oh dah keluar, tidak apalah. Saya tak de Hulu Kelang mcam serba kekurangan. Tidak apa, tidak apalah. Tuan Timbalan Speaker.

3. Pengusaha kilang juga dibenarkan untuk mengenalpasti tanah persendirian kalau tanah mereka, mereka kena cari tanah, oooh datang. Ha, selamat pulang. Baru saya sebut dia mari. Bagus. Kita mintak mereka pergi buat tukar syarat pemutihan. Ini perkara yang berlaku dan Kerajaan Negeri melalui program ini turut menyediakan pelbagai insentif. Dalam KTK ni kemudahan pentadbiran kepada pengusaha memenuhi syarat kriteria yang digariskan. Insentif yang merangkumi bantuan dari segi proses permohonan, tawaran penempatan yang sah, serta sokongan pentadbiran yang memastikan pengusaha dapat beroperasi secara patuh atau pun sah undang-undang yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, Kerajaan Negeri komited memastikan kawasan Sungai Buloh tidak lagi menjadi pusat kegiatan industri tidak berlesen melalui pendekatan pemulihan kawasan penguatkuasaan rentas agensi penyusunan semula zon industri dan penyediaan insentif yang bersesuaian. Kerajaan Negeri yakin bahawa usaha ini akan memastikan Pembangunan yang lebih teratur serta memelihara keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat. Jadi tujuan PTGS, pihak Kerajaan Negeri dan semua agensi dan jabatan yang terlibat seperti PTGS, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, PDRM dan semua agensi yang terlibat yang telah menjayakan program ini saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana telah berjaya melaksanakan penguatkuasaan yang selama ini 30 tahun tidak dapat kita laksanakan penguatkuasaan tersebut. Ini kali yang pertama, tahniah. Hari itu dalam sejarahlah. Jadi, silakan Kuang.

Terima kasih Yang Berhormat atas penjelasan Yang Berhormat tadi. Saya nampak seronok bila Yang Berhormat bagi penjelasan dengan tenang tadi. Tapi urusan ni urusan Yang Berhormat dengan Kuang tak payah libatkan Hulu Kelanglah. Tidak apa, dengar je. Saya dah dengar penjelasan Yang Berhormat tadi berkenaan dengan kerja-kerja perobohan kawasan tu tapi ada soalan saya Yang Berhormat belum jawab. Daripada sebaris kilang-kilang yang telah dirobohkan itu, yang telah digazetkan seperti Yang Berhormat sebut itu adalah tanah rizab, rentis TNB tapi ada dua kilang yang hujung tu tidak dirobohkan. Jadi saya mintak penjelasan Yang Berhormat kenapa sebaris yang sama dalam kawasan yang sama atas rizab yang sama, sebahagian dirobohkan tapi ada kilang yang tidak dirobohkan?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang prihatin di kawasan Kuang ya? Oh Sungai Buloh, berdekatan ya, baik, terima kasih. Tuan Timbalan Speaker memang ada 2 yang tidak dirobohkan kerana no. lot tu adalah PT 9234 dan PT 9233. Ada 2. Memang. Pemilik tanah tu yang Yap Kim Thoi, dua2 sama pemilik alamat pemilik 32, Jalan Rimbunan Matahari 2, Laman Rimbunan Kepong, 52100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ya, Alamat premis bekas talian letrik Kampung Baru, Kampung Baru Sungai Buloh. No. Hakmilik pun ada HSD 221350, HSD 221349. Luas tanah 404.29 meter persegi yang satu lagi 342.79 persegi. Isunya di sini apa? Ialah dia Syarikat My Yellow Stone Sdn .Bhd. Dia pembuat perabot di situ. Telah diteroka, diduduki sejak tahun 1992. Pada 1994 Pentadbir Tanah Petaling telah meluluskan permohonan lessen menduduki sementara kepada

Pemohon. Pada 13 Mac 2002 MMKN pada ketika tu 10/2002 melalui Kertas MMK 18/10 2002 telah meluluskan permohonan pelupusan secara pembelikan tanah Kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara untuk tujuan bangunan perniagaan kepada Pemohon. Jadi ulasan ketiga tu Jabatan Teknikal daripada Majlis Bandaraya Shah Alam pada 29 Oktober 2001 adalah sokong dengan syarat: Menyediakan zon penampan 10 kaki untuk kem tentera itu ketika itu. Jadi, kita tak roboh sebab 2002 sudah ada hakmilik kalau kita roboh nanti kena saman. Tapi benda itu waktu itu saya pun tak faham saya mintak maaf kepada Dewan, saya tak tahu kenapa boleh diluluskan. Ha, saya tak tahu. 2002. Jadi diluluskan jadi kita tak bolehlah nak roboh nanti kena saman, kena bayar lagi pampasan. Akhirnya ni, tapi sekarang kita perbetulkan mana yang tak betul, yang tak betul tetap tak betul di lapangan itu. Yang tak betul tetap tak betul, kita perbetulkan. Itu sahaja.

Baik terima kasih Yang Berhormat, saya menarik betul dengan jawapan Yang Berhormat bagi tu, sebab Yang Berhormat kata alamat premis je, kalau yang Berhormat boleh rujuk kepada data Yang Berhormat tu, Yang Berhormat sebut alamat premis adalah bekas talian TNB dan kelulusan MMKN yang diberikan pada masa itu bersyarat mesti ada rizab penampan 10 kaki. Dalam kawasan yang sama kita robohkan yang lain sedangkan ada keputusan dasar awal oleh pihak PBT memberi kelulusan kepada, ada kebenaran ni, ni Kerajaan Negeri yang buat keputusan ni, kita telah..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kuang, ringkaskan

Boleh kita sambung soalan ni?

Timbalan Speaker

Ni bergantung kepada YB EXCO ni ada banyak lagi nak sambung ke?

Kita sambung esok pagi lah.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO sambung lagi esok. Sambung lagi? Ingatkan dah habis dah. Belum ya. Ahli-ahli Yang Berhormat masa telah menunjukkan jamk 6.30 petang dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-undang 2026 sehingga hari esok 21 November 2025 bermula jam 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)