Selangor · 21 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 353 turns · 43,926 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat petang dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 21 November 2025 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa (Doa dibacakan).

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Pertanyaan-Pertanyaan.

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 52 Tahun 2025, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti, JPK Infragro berhubung Projek Jajaran Rel Selangor dan Projek Pengangkutan Kargo Di Kawasan Klang. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Pertanyaan-Pertanyaan.

Speaker

Salam Sejahtera dan Selamat pagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat dari Bandar Baru Klang untuk mengemukakan soalan yang pertama pada hari ini.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih. Soalan yang ke 40.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Sekinchan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Dasar Pelancongan Kesihatan Selangor Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026Questions

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

40. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah dasar dan pelan strategik yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pelancongan kesihatan di Selangor sempena Tahun Melawat Malaysia 2026?

b)

Berapakah peruntukan bagi pelan yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker, selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang yang bertanyakan Dasar Pelan Strategik Yang Dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelancongan kesihatan di Selangor sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan berapakah peruntukan? Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor menyokong inisiatif Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026 dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai Hub Pelancongan Kesihatan Serantau yang menawarkan rawatan perubatan berkualiti serta pengalaman pelancongan pemulihan bertaraf Antarabangsa. Dasar utama Kerajaan Negeri adalah menyepadukan sektor kesihatan dan pelancongan bagi mewujudkan ekosistem pelancongan perubatan dan pemulihan yang mampan. Menggalakkan kolaborasi awam-swasta antara Tourism Selangor, Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTC) dan fasiliti kesihatan untuk hospital swasta dan hospital awam untuk pembangunan pakej Pelancongan Kesihatan berintergrasi.

Pelan strategik pelaksanaan yang telah dirancang untuk Pelancongan Kesihatan Selangor adalah seperti berikut:-i. Program Promosi bersasar bukan tersasar, ia bersasar ke pasaran utama seperti Indonesia, Singapura dan Timur Tengah melalui pameran dan kempen bersama MHTC iaitu Malaysia Healthcare Tourism Council.

ii. Pembangunan pakej rawatan terintegrasi yang merangkumi diagnosis, rawatan, penginapan, serta aktiviti pemulihan.

iii. Latihan dan pensijilan bagi meningkatkan kemahiran hospitaliti dan kualiti seperti program Hos Komuniti setempat.

iv. Pendigitalan perjalanan pesakit termasuk platform tempahan rawatan dan maklumat fasiliti kesihatan.

v. Memperkasakan kempen promosi pelancongan Kesihatan Kerajaan Negeri melalui MedTravel Selangor dengan cogan kata khas, ‘Heal & Explore Selangor’ serta, ‘Liburan Sehat, di Selangor Aja!’ Bagi fasa akhir tahun 2025, Tourism Selangor akan menyelaras program promosi bersama MHTC, mendaftarkan fasiliti kesihatan yang layak dan melancarkan siri kempen kesedaran menjelang Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Kerajaan Negeri yakin pelan ini akan memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi utama pelancongan kesihatan di rantau ini serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri secara menyeluruh.

Bagi (b), Kerajaan Negeri telah memperuntukkan anggaran jumlah peruntukan antara RM300,000.00 hingga RM500,000.00 untuk 1 tahun bagi menjalankan pelbagai program pembangunan pelancongan kesihatan (Medical Tourism) dengan izin termasuklah Program Pameran Pelancongan Kesihatan dalam dan luar negara, acara pelancongan kesihatan, penyediaan video pelancongan kesihatan, program FAM Trip dan pengiklanan. ‘Liburan Sihat, Ke Selangor Aja!’, sekian terima kasih.

Speaker

Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan tambahan. Di peringkat kebangsaan, kita ada MHTC iaitu Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia, wajarkan Selangor mewujudkan Majlis Pelancongan khas untuk Selangor. Terima Kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kita ada, terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang dengan soalan tambahannya. Ya memang kita ada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) di peringkat kebangsaan dah wujud lama dan sangat aktif dan memainkan peranan yang sangat penting di mana telah dapat membuat pameran, membuat kerjasama, strategi yang rapat dan promosi di luar negara termasuk domestik dan internasional. Selalunya sasaran target mereka adalah Indonesia, Medan, Jakarta dan juga Surabaya dan antara tempat-tempat yang hotspot, kemudian ada Timur Tengah dan sebagainya. Peranan sangat penting, di Selangor setakat ini kita belum ada Yang Berhormat Bandar Baru Klang iaitu Majlis Pelancongan Kesihatan Negeri Selangor. Namun begitu, dengan perkembangan pesat, dengan potensi Medical Tourism ini, saya yakin Selangor sudah sampai masa terdapat keperluan untuk kita meneliti dan mengkaji untuk menubuhkan Majlis Pelancongan Kesihatan Selangor bagi kita menyelaras semua yang berkaitan dengan sektor medical tourism. Kerana apa? Kerana Selangor mempunyai 42 buah hospital private yang sangat mempunyai pelbagai rawatan, tawaran dan sebagainya yang sangat canggih dan terkini. Oleh sebab itu kita mempunyai potensi yang sangat besar. Oleh sebab itu saya akan pastikan perancangan kalau ada dana akan datang, kita ada peruntukkan daripada Kerajaan Negeri dan sebagainya, Majlis Pelancongan Kesihatan Negeri Selangor akan dipertimbangkan. Terima kasih.

Speaker

Seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Bukit Melawati.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 41.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 41. Akses Digital Dan Ekonomi Melaluai Digital Luar BandarQuestions

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

41. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan program “Smart Kampung” di mukim-mukim luar bandar bagi meningkatkan akses digital untuk membangunkan ekonomi tempatan?

Speaker

Silakan Sungai Air Tawar.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Melawati. Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh, Salam Jumaat. Yang Berhormat Bukit Melawati ada bertanya adakah kerajaan negeri bercadang untuk memperkenalkan program SMART Kampung di mukim-mukim luar bandar bagi meningkatkan akses digital untuk membangunkan ekonomi tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Melawati, sebenarnya Kerajaan Negeri memang komited untuk memastikan pembangunan negeri berlaku secara seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar sejajar dengan matlamat yang digariskan di dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (RSNS 2035) dan Pelan Hala tuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 (PHSDNS 2035) yang telah disediakan pada tahun 2016. Kedua-dua dokumen ini menekankan kepentingan pembangunan ekonomi desa berasaskan teknologi dan pengukuhan infrastruktur digital, dan penyediaan peluang pendapatan baharu melalui ekonomi pintar di peringkat komuniti. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Melawati, cadangan yang tadi begitu baik iaitu cadangan untuk mewujudkan desa kampung SMART Kampung. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Melawati, di bawah Pelan Hala tuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 Kerajaan Negeri sebenarnya telah pun memperkenalkan SMART Desa, dipanggil SMART Desa yang menyasarkan pembangunan kawasan desa Selangor yang bestari dan mampan dengan persekitaran yang kondusif dan terpelihara untuk membentuk masyarakat desa yang sejahtera. Sebagai langkah permulaan, inisiatif Pusat SMART Desa telah diperkenalkan yang mana kemudahan balai raya sedia ada di kampung, dibaik pulih dan diberikan nafas baru bagi menjalankan aktiviti seharian penduduk. Turut tidak dilupakan elemen infrastruktur internet percuma yang menjadi salah satu elemen wajib dalam merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar bagi menyokong pelaksanaan agenda pendigitalan komuniti desa Selangor. Projek SMART Desa kini berada di lima daerah dan dijangka akan dikembangkan ke daerah-daerah lain sehingga tahun 2035 selaras dengan tahun perancangan dokumen tersebut pada masa ini. Lokasi tersebut adalah seperti berikut:

1. Balai ICT Kg Endah, Kuala Langat; 2. Balai Raya Kg Sg Air Tawar, Sabak Bernam;

3. Balai Raya Kg Sri Taman Baru, Ampang; 4. Balai Raya Kg Budiman, Petaling; dan 5. Balai Raya Kg Telok Gong, Klang

Dalam masa yang sama juga, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada juga memberi pandangan dan cadangan agar semua balai raya ini dapat diadakan di setiap DUN pada masa akan datang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri juga sedang meneliti pelaksanaan kerjasama strategik bersama agensi-agensi di peringkat Persekutuan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Usaha ini bertujuan untuk mengembangkan peluang kolaborasi dalam penyediaan kemudahan dan pelaksanaan program-program berteraskan teknologi pintar yang akan diterapkan dalam perancangan dan pembangunan kampung-kampung di Negeri Selangor. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut komited untuk memperkukuh sinergi bersama anak syarikat MBI, khususnya bersama SmartSel, bagi mempergiatkan usaha-usaha penyediaan Pusat SMART Desa di setiap DUN di Negeri Selangor menjelang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Kerajaan Negeri juga yakin bahawa Program SMART Desa bukan sahaja akan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, tetapi juga akan menjadikan komuniti desa sebahagian daripada ekosistem ekonomi moden dan lestari negeri ini. Terima kasih.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Soalan tambahan.

Speaker

Bukit Melawati.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Bila kita lihat sekarang ini banyak perniagaan di atas talian ini, menggunakan platform seperti Tiktok, Shopee dan sebagainya. Jadi saya ingin tahu apakah insentif Kerajaan Negeri bagi membantu usahawan desa untuk memanfaatkan platform e-dagang pemasaran digital supaya mereka di luar bandar ini tidak ketinggalan arus ekonomi digital. Jadi saya ingin tahu SMART Desa ini ada tak di memberi satu untuk ekonomi digital ini. Itu soalan saya.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Kerajaan negeri di dalam perancangan untuk melaksanakan program seperti mana yang diharapkan oleh Yang Berhormat Bukit Melawati, terima kasih atas cadangan dan pandangan itu. Program itu kita letak di bawah Seri Selangor, ke arah pemangkin pelaksanaan SMART Desa program Seri Selangor juga akan di dikenal pasti bermula tahun hadapan yang menggariskan empat teras strategi iaitu sosial, akademik, ketahanan dan inovatif dan program pemangkin ini akan dilaksanakan merentasi sembilan daerah iaitu bidang tumpuan iaitu infrastruktur, kelestarian landskap, modal insan ekonomi, kampung digital, geran mikro usahawan desa, identiti dan budaya kesiapsiagaan bencana dan dalam antara program ini memang kita merancang untuk mengadakan program memperkasakan ekonomi luar bandar

di mana kursus akan diberikan dan juga kursus-kursus bagi memastikan usahawan-usahawan desa ini dapat di kembangkan di mana produk mereka boleh, bukan sahaja dapat dipasarkan di dalam negeri dan negara, malahan produk mereka boleh bukan saja dapat dipasarkan di dalam negeri dan negara, malahan produk mereka pada masa akan datang dapat kita pasarkan ke luar negara dengan memberi ilmu pengetahuan dari sudut packaging dan juga penjualan secara talian dalam online. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Seterusnya Yang Berhormat Hulu Bernam.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 42.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Transformasi EsgQuestions

42. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah usahawan dan perniagaan di Selangor yang telah beralih kepada operasi kemampanan (ESG compliance)?

b)

Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan agenda transformasi ESG bukan sahaja dimanfaatkan syarikat besar, tetapi turut memberi impak nyata kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS)?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor melalui SIDEC Sdn. Bhd. dan agensi-agensi berkaitan sedang giat memacu inisiatif ESG di kalangan perusahaan kecil dan sederhana dan usahawan. Antara usaha yang menggalakkan pematuhan ESG di Selangor adalah :-

1) Penganjuran SME ESG Summit untuk mendidik PKS tentang kepentingan dan manfaat mematuhi amalan ESG;

2) Program Selangor Accelerator Program dan Selangor e-Commerce Accelerator juga menyatukan elemen ESG dalam latihan dan bimbingan mereka; 3) Perancangan pembangunan negeri Rancangan Selangor Pertama (RS-1) merangkumi kelestarian ataupun sustainability dan tabir urus yang berkesan, effective governance

sebagai terma strategik utama menekankan kepentingan ESG dalam pembangunan ekonomi negeri.

Selain itu, terdapat beberapa projek berimpak tinggi seperti di dalam IDRISS yang berasaskan ESG seperti NCT Smart Industrial Park yang diumumkan sebagai taman perindustrian pintar pertama yang didorong oleh prinsip-prinsip ESG. Kerajaan Negeri memahami cabaran dan pematuhan ESG seperti kurang pendedahan kepada PKS. Masalah aliran tunai dan kapasiti atau keupayaan kepakaran dalaman syarikat untuk mengukur prestasi ESG malah isu pematuhan ESG ini tidak hanya berlaku di Malaysia. Pada 13 November (minggu lepas) iaitu minggu lepas, Parlimen EU telah buat satu keputusan baru. Saya baca yang tajuk BH pada 14 November 2025. EU Parliament votes to cut ESG regulation following intense pressure from US business association and state authorities general. Jadi Parlimen EU (European Union) telah mengundi untuk memansuhkan sebahagian besar peraturan mengenai pelaporan kemampanan dan kewajipan wajar corporate sustainability reporting and due diligence directive. Menjadikan peraturan tersebut lebih fleksibel. Ini bermakna lebih 90% syarikat yang sebelum ini perlu mematuhi peraturan ESG kini tidak perlu buat demikian. Perubahan ini dibuat hasil tekanan daripada persatuan perniagaan di Amerika Syarikat. Namun di Selangor dengan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh pihak SIDEC dalam mengupayakan usahawan PKS untuk beralih kepada operasi kemampanan atau ESG compliance, kita sudah mempunyai asas yang baik untuk menggerakkan insentif-insentif kepada ekosistem ini yang akan dimuktamadkan pada awal tahun 2026 dan dilaksanakan pada tahun hadapan juga. Libat urus bersama pihak Bursa Malaysia juga sedang dilaksanakan bagi menjayakan hasrat ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya silakan Hulu Bernam.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO kerana berkongsi berkenaan dengan ESG compliance ini dan maklumat terkini daripada Yang Berhormat EXCO sebentar tadi bahawa EU sendiri telah pun mula memansuhkan ESG compliances ini kepada perusahaan-perusahaan di sanalah. Jadi saya nak bertanya pendapat Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan maklumat yang terkini ini. Bagaimana Yang Berhormat EXCO melihat kepentingan pematuhan-pematuhan ESG ini terhadap perusahaan-perusahaan yang ada di dalam negeri ini? Masihkah mereka perlu melabur untuk beralih kepada pematuhan ESG ini ataupun tidak ada satu keperluan? Dan keduanya, kita memahami bahawa untuk mematuhi ESG ini memerlukan kos yang begitu besar. Jadi adakah sebarang tabungan yang disediakan kepada perusahaan-perusahaan ini untuk mereka dapat bantuan dalam mematuhi pematuhan ESG ini? Sebab apa? Kita nak merancakkan KDNK dalam negeri kita dan juga memperkukuhkan sistem rantaian berkala dalam negeri ini. Mohon pandangan Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih. Bagi soalan yang pertama, ini merupakan keputusan baru daripada European Union. Dia hanya buat satu keputusan baru pada minggu lepas. Jadi kita masih menunggu apa yang akan berlaku di European Union. Tetapi bagi syarikat-syarikat yang telah membuat ESG di Malaysia ataupun di Negeri Selangor, saya nampak ini merupakan satu inisiatif yang baik dan kita telah mempunyai satu asas yang baik, satu permulaan yang baik sekiranya kita ada kemampuan kita harus meneruskan inisiatif ESG yang telah dilaksanakan.

Dan berkenaan soalan yang kedua, seperti yang dinyatakan tadi Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sumber dan peruntukan untuk kita salurkan dalam program pembangunan PKS termasuk program libat urus seperti yang saya nyatakan tadi dan beberapa geran untuk membantu pihak PKS mematuhi syarat ESG. Dan selepas pertemuan dengan Bursa Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi, SIDEC akan memuktamadkan bentuk program dan pecahan program yang bersesuaian bersekali dengan Bursa Malaysia. Terima kasih.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan Speaker.

Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Speaker dan terima kasih Kinrara. Masih tentang ESG. Saya fikir keberanian kerajaan negeri untuk mengekalkan ESG compliance ini mesti dipegang sekuatnya walau apa pun yang berlaku di EU atau negara-negara Eropah sebab keperluan kita untuk menjaga persekitaran dalam pembangunan itu adalah penting dan sangat tuntas. Soalan saya ialah apakah kemungkinan kita menjadikan satu polisi bagi peringkat negeri terutama bagi kawasan-kawasan perbandaran yang telah dimajukan termasuk yang akan dimajukan? Terima kasih. Soalannya adalah negeri bersedia untuk buat satu polisi yang tegas terhadap pembangunan dalam kawasan-kawasan yang telah dimajukan dan akan dimajukan. Nak ulang balik?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Polisi alam sekitar?

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

ESG. Kepatuhan ESG.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Polisi tu memang sebenarnya dah ada pematuhan ESG dan syarat-syarat pematuhan ESG itu sebenarnya dah ada. Tetapi kita kena kalau Yang Berhormat baca, Yang Berhormat baca yang laporan ini. Kita akan dapat tahu kenapa European Union dia menangguhkan sebahagian besar daripada ESG compliance kerana cost of doing business meningkat. Jadi kita kalau kita nak meneruskan ESG ataupun kita nak memansuhkan ESG satu perkara yang penting adalah kita kena strike a balance di dalam kita nak menjaga alam sekitar, kita nak menjaga pentadbiran yang baik dan juga cost of doing

business. Jadi ini merupakan pertimbangan utama kenapa sebahagian besar ditangguhkan buat sementara ini. Tetapi tidak bermakna EU Parliament dia tidak akan mematuhi segalanya syarat-syarat dalam ESG. Jadi kita masih menunggu apa yang akan terjadi di European Union. Terima kasih.

Speaker

Soalan yang ke 43 telah pun dijawab semalam bersekali dengan soalan yang ke 32. Sekarang ni saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Batang Kali.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 44.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Isu BuliQuestions

44. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan dan pelaksanaan Kerajaan Negeri untuk menangani isu buli yang kerap berlaku di institusi Pendidikan di Selangor?

b)

Apakah program-program Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan di Selangor untuk membanteras isu buli di sekolah dan institusi pendidikan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Batang Kali atas soalan yang dikemukakan. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan 165 kerana merangkumi isu yang sama. Ahli Yang Berhormat sekalian, perancangan dan pelaksanaan kerajaan negeri untuk menangani isu buli sudah pasti akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang merupakan agensi kunci bagi pelaksanaan program-program pendidikan di dalam negeri ini. Yang pertama, memperkasakan permuafakatan strategik melalui task force komuniti negeri bersama PDRM, JAKOA, pejabat daerah, Lembaga Zakat, JPNIN, LPPKN (Lembaga Pembangunan Keluarga), ketua komuniti, JAIS, MCMC, NGO bagi merangka pencegahan dan pemantauan kes buli. Yang kedua, melaksanakan latihan training of trainers Intervensi Minda Sihat kepada guru kaunseling dan pembimbing rakan sebaya di semua daerah bagi memantapkan Program Minda Sihat melalui modul prisma iaitu Intervensi Minda Sihat. Yang ketiga, memberikan kemahiran guru disiplin kaunseling dan pentadbiran untuk mengenal pasti punca buli, menangani kes dengan beretika dan memupuk budaya sekolah selamat dengan pematuhan SPI Bilangan 12/2023 iaitu Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku

Buli di Institusi Pendidikan Di Bawah KPM (Kementerian Pendidikan). Yang keempat, bekerjasama dengan PDRM untuk menempatkan pegawai-pegawai perhubungan sekolah di semua sekolah menengah dan sekolah rendah dan melaksanakan pemeriksaan mengejut dan rondaan keselamatan secara berkala. Yang kelima, memperkasakan Kelab Pencegahan Jenayah di semua sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dan bantuan serta bimbingan daripada Pegawai Perhubungan Sekolah ataupun PPS sebagai penasihat penyelaras sesuai dengan SPI Bilangan 5/2006 iaitu Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah. Yang keenam, memberikan pendidikan tentang etika digital, buli siber dan keselamatan dalam talian kepada pelajar-pelajar, guru, ibu bapa melalui MCMC menerusi Karnival Internet Selamat Selangor.

Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk soalan (b) apakah program-program langsung yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri di samping program dan sokongan yang kita berikan kepada JPNS dalam enam langkah yang saya sebutkan tadi? Pertama, kita melaksanakan program-program karnival dalam bentuk karnival ataupun dalam bentuk atur cara seperti Karnival Pertandingan Kawad yang dianjurkan. Pertandingan yang melibatkan 5,000 pelajar-pelajar di kalangan semua pasukan-pasukan beruniform di daerah-daerah di Negeri Selangor akan menempatkan dan menitikberatkan beberapa etika kepada pelajar-pelajar ini termasuk bagaimana menangani hubungan dengan guru, dengan keluarga dan juga sesama rakan termasuk mengelakkan acara ataupun aktiviti buli di sekolah yang berlaku. Yang kedua, membantu sekolah melalui peralatan-peralatan tertentu. Baru-baru ini saya bersama dengan Bandar Utama datang ke satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama 4 di mana ada berlaku kes pembunuhan di sana dan Kerajaan Negeri bersedia membantu memperbaiki beberapa kemudahan-kemudahan termasuk laluan ke stesen dan ke tempat mengambil kereta di kawasan majlis menempatkan beberapa peralatan seperti face recognition kepada pelajar-pelajar untuk menjadi pusat pendaftaran. Dan ini akan dibuat secara case by case basis (dengan izin) supaya kita dapat menangani kes secara spesifik. Yang ketiga, kita turut menganjurkan Kem Permuafakatan di mana kem ini turut akan menggalakkan latihan-latihan kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin di kalangan pengawas, di kalangan ketua darjah/ketua kelas dan juga pasukan-pasukan kepimpinan di dalam sekolah supaya mereka dapat bersama-sama memantau kes ini ataupun kejadian buli ini berlaku.

Ahli Yang Berhormat, sudah pasti ada perkara baru yang kita titikberatkan. Antaranya bantuan kepada sekolah nanti turut akan melebar kepada bantuan kepada PIBG. Dengan bantuan kepada PIBG ini saya percaya ia akan turut memperkasakan kehadiran dan keterlibatan ibu bapa di dalam mekanisme menyeluruh dalam memastikan kes-kes seperti buli ataupun jenayah di sekolah dapat dielakkan dengan kerjasama erat di mana bantuan sekolah tidak hanya tertumpu kepada aktiviti menaik taraf kemudahan infrastruktur sahaja sebaliknya turut juga diberikan sebahagian portion nya sekitar 10% hingga 20% untuk aktiviti di kalangan PIBG dan memantapkan pendidikan ataupun program pembelajaran dan pendidikan di sekolah. Terima kasih.

Speaker

Ya Batang Kali.

Ok, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor di atas penerangan yang panjang dan lebar. Cuma saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah method ataupun inisiatif yang boleh dipraktikkan untuk mengumpul data-data yang berkaitan dengan kecerdasan dan positif minda pelajar supaya tidak dipengaruhi oleh kebisuan digital yang boleh dilalukan ataupun diberikan peranan kepada ibu bapa serta guru-guru di sekolah di Negeri Selangor? Dan adakah teknik ataupun Bayesian Method ataupun Heuristic Method boleh diguna pakai sebagai kajian di lapangan untuk yang akan datang sebagai langkah awal pencegahan sebelum berlakunya perkara yang tak diingini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya apa yang dirujuk oleh Yang Berhormat adalah berkaitan dengan kesan langsung sosial media dan juga alat-alat digital kepada pelajar-pelajar dan kecenderungan mereka untuk bertingkah laku. Ini antara perkara yang saya ulang sepanjang tahun 2025 dalam pertemuan-pertemuan bersama dengan guru-guru sesuai dengan apa yang saya kutip daripada Jonathan Haidt berkenaan dengan Anxious Generation Yang Berhormat. Dan sebab itulah saya percaya pihak Kerajaan Persekutuan pada ketika ini meneliti beberapa langkah sebagaimana pelaksanaan di Kerajaan Australia ataupun di Negara Australia supaya meletakkan had-had tertentu penggunaan sosial media yang mungkin boleh mengganggu cara fikir, tingkah laku dan tindakan. Apa yang dirujuk kepada kes terbaru, salah satu daripada teori kejadian itu yang berlaku adalah disebabkan oleh games yang telah membentuk karakter, keperibadian dan tingkah laku tersebut. Begitu banyak kajian yang direkodkan dan kita perlu bekerjasama dalam hal ini yang bukan hanya meletakkan satu penghalang ataupun satu benchmark tertentu dalam undang-undang seperti mengehadkan penggunaan tetapi bagaimana keluarga di rumah dan semua pihak dapat melaksanakan pemantauan kepada anak-anak mereka bahawa pendidikan melalui digitalisasi ini baik, antaranya Program Tuisyen Rakyat kita melalui kaedah digital malahan content digital kita digunakan di seluruh Malaysia digunakan di dua jajahan ataupun satu jajahan di Kelantan pada ketika ini. Digunakan disatu sekolah berasrama penuh tetapi siapakah yang memandu pelajar-pelajar ini dengan menggunakan peranti-peranti digital yang ternyata mempunyai pelbagai kesan termasuk kecenderungan keganasan, aktiviti pembulian dan beberapa depresi yang dikesan. Dalam program sihat yang ada kaitan dengan kesihatan mental sebagai contoh, kita turut akan memberikan fokus pada sekolah-sekolah berdasarkan beberapa kes yang telah dilaporkan mutakhir ini dan beberapa kebimbangan yang telah dilaporkan apa yang disebut kaedah Yang Berhormat secara spesifik saya tidak mempunyai maklumatnya kalau boleh ada maklumat itu dikongsikan kita akan cuba bawakan dan bawa perbincangan kepada Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pendidikan Tinggi supaya kita

boleh merangka program-program berdasarkan dapatan, kaedah metodologi apa yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan.

Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat memberikan ulasan tentang langkah-langkah pihak Kerajaan untuk menangani masalah buli di negeri ini. Ada satu perkara yang mungkin terlepas pandang oleh pihak Kerajaan. Buli yang akibatkan amang seksual. Saya telah bertanya dengan EXCO, pada EXCO Agama, pada sesi lepas tentang apakah tindakan jabatan agama Islam Selangor dalam mengawal displin dan gejala negatif di kalangan pelajar-pelajar sekolah agama? Jawapan tidak ada. Tetapi data-data yang saya baca, tetapi saya tidak boleh kemukakan pada pagi ini, ada menunjukkan bahawa ada gejala amang seksual dan homoseksual juga berlaku di peringkat Sekolah Menengah Agama. Jadi apakah boleh pihak Kerajaan juga melihat aspek ini untuk memastikan buli tidak juga melibatkan aspek-aspek yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat sudah pasti apa yang saya sebutkan secara makronya itu merujuk kepada apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat bahawa ia bukan hanya aspek pembulian secara mental dan fizikal atau melibatkan pembunuhan aktiviti jenayah tetapi turut melibatkan beberapa aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap sebagai kecelaruan seksual di kalangan pelajar-pelajar dan hal ini bukan hanya tertumpu kepada kecenderungan-kecenderungan tertentu ataupun pengaruh-pengaruh rakan sebaya sahaja kerana ia turut melibatkan dengan apa yang didapati melalui peranti-peranti digital ataupun media sosial yang kadangkala tidak ada kawalan-kawalan yang sangat, yang sangat, yang sangat buruk dan tidak beradab dan jauh daripada tradisi masyarakat secara keseluruhan. Insyaa Allah isu-isu ini juga akan diambil perhatian terutama apabila melibatkan masalah sekolah yang menetapkan satu jenis gender sahaja dalam satu sekolah . ini berlaku dengan sangat banyak. Ataupun memang ada sekolah berasrama Yang Berhormat kita dapati ada beberapa kes-kes tertentu. Dan ini bukan baru. Kalau dahulu ia hanya berkembang apabila ada ejen penyuntik atau ada orang menggerakkanya secara individu atau bekumpulan tetapi ia bergerak dengan lebih pantas dalam bentuk media sosial yang capaiannya tidak dapat dikekang pada waktu dan masa tertentu. Jadi ini adalah perkara-perkara yang wajar diberikan perhatian serius. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Sungai Ramal. Terima kasih.

Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabohan Klang nombor 45.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Isu Perumahan Mampu Milik SelangorkuQuestions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

45. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapa unit Rumah Selangorku yang sudah siap dan diserahkan kepada pemohon pada tahun 2024 dan 2025?

b)

Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan projek Rumah Selangorku siap mengikut jadual?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Secara keseluruhannya sebanyak 35 projek dengan 10,629 unit telah siap dibina. Dan diserahkan kunci pada tahun 2024 sehingga 31 oktober 2025. Pecahan projek berikat adalah seperti berikut tahun 2024 sebanyak 19 projek yang mengandungi 5,671 unit, sehingga Oktober 2025 16 unit sebanyak 4,998, dan keseluruhan projek adalah 35 dan keseluruhan unit yang telah siap dibina 10,629. Di antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan projek siap mengikut jadual adalah disyaratkan pemaju untuk memulakan pembinaan di lapangan itu dalam masa dua tahun dari surat kelulusan MMKN dan seterusnya pemaju adalah dikehendaki untuk mengemukakan jadual pelaksanaan projek sebaik kelulusan pembangunan diberikan oleh Kerajaan Negeri seterusnya projek tersebut perlu dan dipantau secara berkala oleh Lembaga Perumahan dan Ketiga pemantauan melalui Jawatankuasa teknikal pemantuan Rumah Selangorku di mana fungsinya adalah seperti berikut, pertama menjadi pemudah cara mengenai masalah teknikal dan dalam pembangunan yang dihadapi oleh pemaju dan pihak pemaju dengan jabatan kerajaan atau syarikat pembekal utiliti. Yang seterusnya membuat pemantauan yang khusus bagi projek yang didapati lewat dah disiapkan di mana pihak pemaju dipohon untuk mengemukakan pelan cadangan pemulihan projek kepada pihak Jawatankuasa dan seterusnya syor yang agak drastik iaitu kita pembekuan ataupun stop of work di mana kita stop work order ni kita caveat pendaftaran ke atas tanah pemilik dan seterusnya pemaju didapati sengaja melewatkan-lewatkan pembinaan Rumah Selangorku.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 46.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Pembersihan SungaiQuestions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

46. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha-usaha dan belanja kewangan oleh MBPJ untuk tujuan pembersihan sungai dibawah kawasan pentadbirannya?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speakar. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menjalankan kerja-kerja pemantauan hotspot sampah haram di rizab-rizab sungai di kawasan Petaling Jaya menggunakan dron lokasi sungai yang dipantau Sungai Penchala, Sungai Kayu Ara dan Sungai Tambul dengan kekerapan satu kali seminggu. Sekali seminggu dan membuat siasatan melalui sumber aduan SISPA iaitu Sistem Pengurusan Aduan Awam mahupun pihak kerajaan laporan pemantauan dilaporkan, dilaporkan di dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal penguasaan MBPJ untuk mengenal pasti ada pencemaran, ada perkara-perkara yang tidak diingini akan diambil tindakan. Sekian terima kasih.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Soalan tambahan saya ialah adakah pihak MBPJ ataupun tidak MBPJ siapakah pihak yang akan ditugaskan untuk membersihkan sungai-sungai yang disebut tadi di kawasan Petaling Jaya terutamanya Sungai Penchala yang melalui DUN Bukit Gasing.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing dengan soalan tambahannya, kalau dikenal pasti ada isu-isu berbangkit jabatan yang dikenal pasti adalah JPS untuk melakukan kerja-kerja di situlah. kalau sekiranya terdapat perkara berbangkit mereka akan uruskan dengan kerjasama MBPJ. MPBJ akan bagi salurkan semua maklumat terhadap perkara yang berbangkit dilapangan. Ini pemantauan secara berkala kita nak pastikan guna teknologi dron ini dapat mengurangkan isu yang berbangkit iaitu sungai itu sentiasa bersih. Sekian terima kasih.

Speaker

Meru.

Terima kasih tuan speaker. Sekarang dah mula musim tengkujuh. Soalan saya nombor 47.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. Peluang Pekerjaan Wanita SelangorQuestions

47. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah bilangan wanita yang dibantu melalui program Jelajah Wanita MyWira di Selangor dan apakah bidang kerja yang ditawarkan?

b)

Apakah indikator kejayaan kerjasama TalentCorp–WBS dalam memperkasakan tenaga kerja wanita?

c)

Apakah perancangan jangka panjang untuk memastikan keseimbangan keluarga-kerja bagi lelaki dan wanita?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat meru. Bagi inisiatif meningkatkan tenaga buruh wanita di selangor, Kerajaan Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor telah menandatangi memorandum persefahaman MOU dengan pihak Talent Corp dan berkolaborasi dengan myfuture jobs melalui kerjasama ini wbs telah melaksanakan konvensyen kerjaya wanita 2025 dan jelajah Career Come Back Ccp di zon Gombak, zon klang dan sabak bernam dengan penyertaan seramai 2030 wanita. Temu duga terbuka atau walk in interview telah dilaksanakan melibatkan beberapa bidang kerjaya berasaskan tenologi digital automatif robotik akaun perniagaan dan pertanian. Bagi soalan (b), antara indikator kejayaan yang dapat dikenal pasti termasuk pertama kadar penyertaan nya menggalakkan sehingga 31 Oktober 2025 seramai 2,030 wanita telah menyertai program inisiatif meningkatkan tenaga buruh wanita dilaksanakan. Yang kedua keberkesanan temuduga terbuka daripada 245 permohonan sebanyak 132 wanita bersamaan 53.9% berjaya ke peringkat temu duga kedua dan memperoleh pekerjaan semasa temu duga tersebut. Yang ketiga, liputan daerah yang strategik dan menyeluruh pelaksanaan program utama beberapa zon utama di Selangor termasuk, Gombak, Shah alam, Selangor, Klang dan Sabak Bernam membuktikan keupayaan pelaksanan inisiatif ini bersikap rentas geografi dan menyasarkan komuniti wanita yang pelbagai. Keempat segmentasi golongan sasaran yang strategi di mana program ini

menyasarkan wanita menganggur, ibu tunggal graduan baharu, pelajar TVET atau STEM, usahawan baru dan prosfesional dengan pendekatan yang disesuaikan mengikut keperluan setiap kumpulan . Kelima kolaborasi rentas sektor. Kolaborasi strategik dilaksanakan bersama agensi kerajaan seperti Talent Corp dan My Future Jobs di bawah PERKESO di bawah kementerian sumber manusia KESUMA serta pemain industri seperti shopee, carsome, robotinc,hitechologies, kiddocare Malaysia, persatuan taska, tadika dan pusat jagaan di Selangor, jobstreets, bysick dan sunway as farms. Bagi soalan ketiga, apakah perancangan jangkamasa panjang wbs ini dalam proses memuktamadkan kajian berkenaan amalan pekerjaan mesra keluarga di Selangor ataupun family friendly work place yang merangkumi analisis keperluan cabaran dan potensi pelaksanaan dasar atau amalan yang menyokong keseimbangan warga kerja bagi pekerja lelaki dan wanita. Beberapa syor akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri seperti memperkenalkan cuti paternity yang panjang dan cuti ibu bapa berkongsi shared parental leave di negeri Selangor sebagai asas kepada perlaksanaan dasar yang lebih progresif dan responsif terhadap realiti kehidupan moden

Soalan tambahan.

Speaker

Meru. Silakan.

Adakah jelajah wanita MyWira di Selangor ini akan diadakan di seluruh Selangor pada tahun yang akan datang.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih untuk soalan tambahan untuk Yang Berhormat meru. Program Jelajah My Wira tersebut adalah di bawah anjuran KESUMA ataupun khususnya ini di bawah pihak Talent Corp jadi perusan jelajah tersebut bergantung terhadap di bawah kementerian sendiri pun begitu disebabkan wbs telah menjalinkan persefahaman ataupun MOU bersama dengan talent corp sebarang usaha yang baik yang akan diteruskan diselangor kita akan turut sama bergerak bersama dengan talent corp. Untuk meneruskan jelajah tersebut.

Speaker

Dusun Tuan.

Terima Kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 48.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Isu Baik Pulih Tebing SungaiQuestions

48. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah segera JPS dalam menangani isu tebing runtuh akibat aliran air besar luar biasa seperti yang berlaku di Sungai Lui pada Julai – September lalu?

b)

Jika ada kerja pembaikan yang telah dibuat, sila nyatakan.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismilahirahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Tuan speaker. Dusun tua bertanyakan soalan berhubung dengan isu keruntuhan tebing disebabkan aliran air yang agak besar di Sungai Lui pada bulan Julai hingga September yang lepas dan apakah langkah-langkah diambil bagi mengatasinya. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod jabatan pengairan dan saliran negeri Selangor. Kejadian runtuhan tebing yang berlaku di Sungai Lui berlaku antara Julai hingga September 2025 adalah berpunca dari aliran air besar agak besar luar biasa dalam tempoh tersebut sejumlah direkodkan sebanyak 7 kejadian runtuhan tebing sungai di Sungai Lui. Perinciannya adalah seperti berikut yang pertama ialah di Batu 24 Kampung Paya Lebar, kerja-kerja telah dibuat dengan kos 199,850 telah pun siap. Kerja-kerja penstabilan tebing di Batu 20 Sungai Pagoh RM49,950.00 kemudian yang ketiga di Batu 22 Kampung Sungai Lui kerja-kerja penstabilan penyelengaraan tebing RM4,7600 pun telah siap, pada bulan September, bulan Ogos kemudian Batu 22 1/2 Kg Sungai Lui pun sama kerja yang serupa RM49,900 telah pun siap pada 31 Oktober kemudian kelima Batu 19 3/4 Kampung Jawa kerja yang serupa RM49,600 telah pun siap pada bulan Ogos dan lagi dua di Batu 20 rumah PKNS di Sungai Lui, ini kerja-kerja sedang dalam penyediaan BQ dan sedang disiapkan dalam masa terdekat, ini RM50 ribu, dan juga Batu 20 Kampung Baru Sungai Lui pun dalam penyediaan BQ juga bill of quantity, yang akan siap dalam jangka masa terdekat, RM50 ribu juga, jadi keseluruhanya hampir 500 ribu telah disediakan untuk dilaksanakan kerja-kerja penstabilan dan untuk makluman juga Yang Berhormat bahawa jajaran ini juga termasuk dalam skop projek penyelesaian jangka panjang di bawah Rancangan Tebatan Banjir RTB Sungai Langat Fasa 2 Pakej 1 yang sedang dalam peringkat rekabentuk. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dusun Tua.

Yang Berhormat terima kasih atas penjelasan tadi ada 7 tempat di Sungai Lui dan ini satu kampung mungkin ada kampung-kampung lain, adakah pihak JPS menyediakan peruntukan serta saya dapat aduan juga ada nampak dah tebing-tebing di kampung-kampung lain. Soalan saya, adakah peruntukan tambahan untuk dibantu membaikpulih tebing di kampung-kampung lain.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat ini sememang kita sentiasa membuat pemantauan. Sungai-sungai kita ni bila berlaku runtuhan ini kita anggap kerja-kerja emergency yang kita memang sediakan peruntukan untuk kita buat penambahbaikan, bukan sahaja penambahbaikan yang kita gunakan, itu pelbagai. Kita tengok kadar bagaimana kerosakan itu ada kita dah sekarang ni banyak teknologi-teknologi baru yang kita telah mula laksanakan. Yang kita tengok kesesuaian untuk kita laksanakan mengikut keperluan tebing atau pun tempat yang-yang berkaitan. Kita memang kita ada sediakan dan kita akan sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan segera. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang. Tidak hadir. Paya Jaras.

Soalan saya nombor 50.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh Fasa 2Questions

50. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini permohonan yang dikemukakan oleh pihak JPS kepada Kerajaan Persekutuan?

b)

Bilakah projek ini dijangka akan mendapat kelulusan untuk dilaksanakan?

c)

Nyatakan perincian terkini berhubung kos pembinaan RTB Sungai Buloh Fasa 2.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Tuan Speaker, Yang Berhormat Paya Jaras bertanyakan soalan berhubung dengan status Projek Tebatan Banjir Sungai Buloh yang Fasa 2 lah ya yang dimaksudkan ini yang telah dibuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah sebagaimana dalam ucapan Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini menyebut bahawa telah diluluskan projek bagi

Pelaksanaan Sungai Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2. Jadi untuk peringkat pertama ini, 44 juta ringgit telah diluluskan dibawah kepada Jabatan Perairan dan Saliran Negeri Selangor bagi pelaksanaan projek ini yang merupakan dia projek permohonan projek bagi RMK-13 dibawah Rolling Plan 1 Tahun 2026 makna tahun depan lah. Kerja-kerja ini yang diluluskan adalah melibatkan kerja-kerja awalan iaitu pelantikan perunding, rekabentuk terperinci pelantikan juruukur, kejuruteraan dan pengambilan tanah. Juruukur pengesanan utiliti bawah tanah UDM dan juga kerja-kerja penyiasatan tanah. Soil investigation dengan izin. Dan saya dah teliti skop kerja yang disediakan ini yang berdasarkan pada permohonan awal kita ialah 854,963,000.00. Pecahan itu kalau kita lihat itu mengikut daripada awal kerja-kerja awalan, kerja-kerja fizikal, pengalihan utiliti, pengambilan tanah sahaja ada 200 juta, kerja-kerja ukur, kejuruteraan penyediaan pelan, kerja -kerja ukur halus, pewartaan, kerja-kerja penyiasat tanah, perunding rekabentuk terperinci penyediaan tapak dan bayaran caj kepada Pihak Berkuasa Tempatan,dan perkhidmatan utiliti. Kalau tengok semua ni 854,963,000.00. Dan 44 juta ni adalah komponen daripada 9 komponen ini saya perhatikan ialah yang komponen 5, 6, 7 dan 8 iaitu kerja-kerja ukur, kejuruteraan, penyediaan pelan pengambilan tanah, kerja ukur halus, pewartaan, kerja penyiasatan tanah, soil investigation dan juga pelantikan perunding rekabentuk terperinci. Maknanya fasa awal lah ya. Sementara itu JPS Malaysia akan menyelaras skop dan kos yang masih belum diluluskan. Yang selebihnya bersama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) selepas rekabentuk terperinci jadi kerja awal ni akan dibuat rekabentuk terperinci yang makan masa dekat setahun jugalah untuk dilaksanakan. Bila dah itu barulah sementara itu penyelarasan berhubung dengan kerja-kerja fizikal akan dibuat bersama dengan Kementerian PETRA. Pada peringkat ini JPS Malaysia akan buat lantikan perunding berdasarkan nilai kerja awal yang saya sebutkan tadi untuk dilaksanakan dalam masa segera. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Paya Jaras, silakan.

Terima kasih kepada EXCO saya ingat usaha yang telah dibuat oleh EXCO dan juga Kerajaan Selangor untuk mendapatkan Projek Tebatan Banjir yang telah lama diminta ini telah saya ingat boleh nampaklah ada ruang cahaya kat hujung terowong tu. Saya ingat boleh buat walaupun saya jangka projek ni mungkin lama boleh tak EXCO jelaskan pertama, berapakah anggaran awal projek ini dijangka akan siap? Itu satu perkara. Yang kedua sementara menunggu saya menjangka mungkin lama, apakah kalau ada keperluan untuk dikatakan kerja-kerja segera sebab banjir ni tak tau bila kan. Terima kasih kepada EXCO. JPS telah buat satu ban baru dekat Gajah 1,5, dan 6 saya ingat ini banyak membantu, kita usahakan ikhtiar untuk menguruskan banjir. Tapi apakah boleh buat satu peruntukan tambahan ke sebagainya untuk memastikan kerja segera kalau berlaku juga sementara menunggu projek RTB Sungai Buloh Fasa 2 ini boleh sempurna. Terima kasih EXCO.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Saya bercadang untuk nak sebut masa penggulungan sebab banyak isu-isu ini telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Berhormat berhubung dengan banjir ini. Kalau saya sebut kat sini nanti kat penggugulungan tak perlulah saya panjang-panjang lebar. Secara umumnya saya dah bagitahu dalam jawapan sebelum ini pada hari pertama sidang iaitu bahawa proses dalam kita melaksanakan Projek Tebatan Banjir ni memakan masa kalau untuk rekabentuk sahaja terperinci dalam setahun hampir setahun sebab dia melibatkan kajian. Kita biasanya mengikutkan lembangan, ikut lembangan. Sebab kita tak boleh lihat tebatan banjir ni secara isolation makna secara adhoc. Dia kena dilihat dalam lembangan dia. Sebab air yang mengalir masuk tu dia melalui anak-anak sungai maka perlu dia buat kajian. Itu yang lama tu. Kajian hidrologinya dan hidroliknya. Ini yang dia perlukan dan kadang-kadang sub-lembangan, lembangan dalam lembangan tu kadang-kadang besar macam Sungai Buloh ni sebenarnya bukan lembangan utama. Dia adalah sub-lembangan kepada lembangan Sungai Selangor. Itu pun besar. Perlu kajian juga dan sebagainya sebab dia ada anak-anak sungai yang mengalir masuk ke situ. Jadi perlu dibuat kajian itu yang makan masa lama. Saya cuba telah bincang dengan pihak perunding dan juga dengan pihak JPS supaya akan dapat dipendekkan sikit masa tetapi memang sukar kerana apa prosesnya panjang. Dia melibatkan kerja- kerja ukur lagi. Kemudian yang lagi satu yang besar ialah pengambilan tanah. Dia hanya boleh berlaku apabila rekabentuk terperinci dah siap. Kalau tak siap rekabentuk terperinci kita tak tau tanah mana nak ambil, banyak mana. Dia tak boleh proses tu jalan concurrent atau serentak tak boleh. Dia kena lepas itu. Baru boleh kita kenal pasti tanah dan proses tu bukan mudah. Kadang-kadang ada yang dikalangan pemilik tanah ni dia cabar ke mahkamah. Dia tak puas hati. Ha itu akan keluar naik turun mahkamah, bagaimana yang berlaku dengan WCE, bertahun menyebabkan tergendala kerja-kerja kita itu disebabkan isu pengambilan tanah ini isu yang sensitive, saya rasa Yang Berhormat pun ada pengalaman ya untuk isu pengambilan tanah ini. Lepas itu barulah bermula kalau kerja-kerja itu kerja-kerja yang telah diberikan secara turn key makna dia kontraktor tu akan buat design dan akan buat pembinaan tu boleh terus buat. Tapi kalau belum maka dia ada satu lagi proses perolehan pula untuk tender, itu makan masa juga 6 bulan begitu untuk proses-proses tender. Jadi bayangan Yang Berhormat dua tahun ni, dua tahun setengah dah, lepas itu pembinaan dalam masa dua ke tiga tahun. Kalau ada kerja-kerja alih utiliti biasanya dia akan dibuat selepas pengambilan tanah tu, itu lagi akan ganggu juga. Kadang-kadang ada utiliti terutama jalan lah kalau taman-taman yang ni ada juga tapi tidak banyak. Nak alih utiliti ni bukan senang ya, paip air dan cable ni memakan masa. Jadi kerja-kerja fizikal dua tiga tahun, kalau ada kontraktor yang sakit pula tambah lagi sebagaimana yang sikit berlaku daripada Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 1. Bila kontraktor sakit, proses dia pun bukan mudah kalau kita nak terminate kan dia. Jadi all and all saya rasa lima tahun adalah kadar yang paling minima daripada awal untuk kita siapkan tebatan banjir. Sebab tu saya bertindak turun ke PBT bersama dengan jabatan agensi lain, sekarang ni dah lapan PBT ada lagi empat saya belum pergi untuk meneliti dan melihat bagaimana kaedah sementara jangka pendek dan jangka sederhana untuk kita kurangkan proses apa nama isu yang berkaitan dengan banjir ni. Ini

dah banyak itupun 27 juta dah setakat ini Kerajaan Negeri luluskan tambahan untuk kerja-kerja quick win atau segera yang kita buat dan sebagainya dah dibuat untuk mengurangkan kesan daripada banjir ini. Jadi ini langkah yang saya akan perhatikan dari semasa ke semasa apa lagi langkah yang kita boleh buat untuk membantu bagi kita mengurangkan banjir sementara kita menunggu siapnya projek yang tebatan banjir yang besar ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Selat Klang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 51.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. Peranan Selangor Dalam Tenaga Boleh DiperbaharuiQuestions

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

51. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah Selangor menyokong Dasar Tenaga Negara 2050 dengan memperluas tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan pelepasan karbon?

b)

Apakah status stesen janakuasa di Kapar? Adakah ia akan diteruskan atau dibangunkan semula dengan teknologi baru?

Timbalan Speaker

Ya Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Selat Kelang yang telah bertanyakan bagaimanakah Selangor menyokong Dasar Tenaga Negara 2050 dengan memperluaskan tenaga baru boleh diperbaharui dan mengurangkan pelepasan karbon secara spesifiknya apa status Stesen Janakuasa di Kapar. Adakah ia akan diteruskan atau dibangunkan semula dengan teknologi baru. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor menyokong sepenuhnya Dasar Tenaga Negara 2050 yang telah digariskan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menumpukan kepada dua teras utama iaitu Pengembangan Tenaga Boleh Diperbaharui ataupun Renewal Energy dan Pengurangan Pelepasan Karbon melalui Peralihan Tenaga yang terancang dan inklusif. Jadi dalam konteks ini, Kerajaan Negeri dan PBT telah melaksanakan pelbagai jenis inisiatif bagi memperkukuhkan Dasar Hijau di Negeri Selangor dalam usaha mencapai sifar karbon menjelang Tahun 2050. Di antaranya adalah seperti memperluaskan penggunaan tenaga solar melalui pelaksanaan projek solar di atas bumbung di bangunan Kerajaan dan Pihak

Berkuasa Tempatan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah disahkan pada 23 Jun 2021 bilangan yang ke 21 telah pun setuju agar pemasangan bumbung solar dipergiatkan pada bangunan ataupun premis Jabatan serta Agensi Negeri seperti pada bangunan Pejabat Jabatan, bangunan hakmilik PBT seperti dewan, stadium, gerai majlis serta surau dan masjid dalam usaha meningkatkan status penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan jejak karbon. Dan setakat ini sebanyak 28 bangunan dan premis PBT telah pun melaksanakan pemasangan bumbung solar antara sembilan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah juga terlibat. Dan ini juga terlibat dalam Terminal Bas Majlis Bandaraya Shah Alam, Pusat Kitar Semula di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Kuala Langat. Kerajaan Negeri juga menerusi Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor sedang merangka dasar-dasar dan polisi-polisi berkaitan dengan pengurusan kecekapan tenaga dan pelaksanaan pemakaian sistem pemantauan tenaga bangunan dalam talian ataupun BEDOS di bangunan Kerajaan Negeri, PBT, Jabatan serta Agensi Negeri Selangor sebagai usaha menggalak penggunaan tenaga secara lebih cekap dan lestari serta mencapai status negeri sifar karbon menjelang Tahun 2050. Dan selain daripada itu juga kita telah menjalankan inisiatif di mana terdapat pemasangan 980 unit lampu jalan solar LVD menerusi Program Selangor Bercahaya Fasa 1 hingga Fasa Ketiga di 56 DUN yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Dan seterusnya Pelan Halatuju Ekonomi Hijau Negeri Selangor ataupun SAGE 2025 sehingga 2035 juga telah dilancarkan baru-baru ini pada 8 Oktober yang merangkumi tiga jilid utama iaitu pertama Tenaga Bersih selepas itu Kitaran Ekonomi dan juga Mobiliti Hijau. Mobiliti Hijau dan di bawah Teras Tenaga Bersih sasaran SAGE antaranya adalah untuk mencapai sehingga 7414 megawatt kapasiti penjanaan tenaga hijau di seluruh negeri. Dan Kerajaan Negeri Selangor kini bersedia untuk melaksanakan projek-projek tenaga hijau seperti Pembinaan Loji Janakuasa Hidro, Waste To Energy dan Ladang Solar berskala besar menerusi penglibatan Syarikat-Syarikat subsidiari Kerajaan Negeri seperti Worldwide Holding Berhad, Pengurusan Air Selangor dan Menteri Besar Selangor ataupun MBI. Dan berkenaan dengan stesen Janakuasa di Kapar, Tenaga Nasional Berhad telah melancarkan Pelan Halatuju Sifar Bersih Pelepasan Karbon 2050 di mana TNB komited untuk tidak membangunkan lagi stesen janakuasa arang batu yang baharu untuk tujuan pembekalan tenaga elektrik negara. Oleh kerana yang demikian kesemua stesen janakuasa arang batu akan dihenti tugas setelah berakhirnya perjanjian pembelian tenaga di kawasan masing-masing dan setakat ini tiada perancangan untuk menyambung operasi stesen jana kuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar, dengan menggunakan arang batu selepas tamat PPA pada tahun 2029. Namun begitu, bagi menjamin dan meningkatkan keperluan permintaan tenaga dan keselamatan operasi gred nasional, TNB sedang dalam perancangan untuk membangunkan stesen jana kuasa dengan menggunakan teknologi terkini, turbin gas berdekatan dengan lokasi SJSSAA. Stesen baru ini akan dilengkapi peralatan yang akan membolehkan penggunaan gas hidrogen sebagai bahan api. Selain daripada bahan api utama iaitu gas asli, dan seterusnya mengurangkan pelepasan karbon yang signifikan.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

Speaker

Silakan Selat Klang

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih, Yang Berhormat Exco kerana memberikan jawapan yang begitu komprehensif, untuk masa depan tenaga negeri Selangor. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut tadi, cuma 28 bangunan kerajaan yang telah dipasang solar sistem. Adakah Kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi pemasangan solar-solar ini di bangunan-bangunan kerajaan yang lain termasuk hospital dan sebagainya. Yang keduanya, saya dimaklumkan..

Speaker

Yang Berhormat, boleh cakap kuat sikit tak, supaya Bandar Utama boleh dengar jelas, apa yang hendak ditanya.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Baik Yang Berhormat.

Speaker

Dekatkan dengan mikrofon.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Soalan saya yang kedua ialah, saya dimaklumkan polisi Kerajaan Selangor sekarang untuk membina solar sistem atau solar panel, tidak boleh lagi di atas tanah. Dan mesti dibangunkan di dalam kolam. Adakah polisi ini betul, Yang Berhormat? Terima kasih. Dua soalan sahaja.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih, soalan oleh Yang Berhormat Selat Klang. Yang pertama tadi, saya tak berapa jelas.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Yang Berhormat ada sebut yang cuma 28 bangunan sahaja.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Ooo.. 28 bangunan sahaja.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi, pembangunan solar-solar ini di bangunan-bangunan kerajaan yang lain termasuk hospital. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk inisiatif 28 bangunan, sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor, adalah menerusi arahan ataupun keputusan daripada MMKN. Kita telah menasihati supaya PBT dan juga Pejabat Daerah dan Tanah serta agensi-agensi yang berkaitan, yang boleh melaksanakan inisiatif tersebut supaya melihat bagaimana mereka boleh menjalankan. Jadi, untuk bangunan-bangunan yang bersesuaian, memang digalakkanlah. Tapi ada juga

bangunan mungkin tidak bersesuaian, ataupun mempunyai isu-isu hak milik dan sebagainya, yang tidak boleh dilaksanakan. Jadi perkara itu, kita tidak mewajibkan PBT untuk berbuat demikian kerana atas kekangan yang tertentu. Namun dari masa ke semasa, memang kita memantau sekiranya ada bangunan yang bersesuaian, kita akan cadangkan ataupun galakkan setiap PBT untuk melaksanakan projek itu. Dan pada tahun ini juga, melalui Pusat Adaptasi Perubahan Iklim dan seperti yang dikatakan memang Pusat Adaptasi Perubahan Iklim, ada berinteraksi dan juga menjalankan taklimat, sesi libat urus bersama agensi-agensi kerajaan termasuk PBT bagi memastikan mereka memahami cara-cara yang boleh dilaksanakan, untuk orang kata, menggunakan tenaga hijau ataupun menggunakan clear energy dan sebagainya. Termasuk inisiatif solar dan sebagainya. Jadi perkara itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Dan soalan kedua adalah berkaitan dengan penggunaan tanah untuk ladang solar. Setakat ini, permukaan air, sangat popular, tetapi saya rasa, sekiranya ia mengikut garis panduan solar yang telah ditetapkan, Kerajaan Negeri memang mempunyai garis panduan dan perkara itu akan diperbincangkan di Jawatankuasa Khas Ladang Solar Negeri Selangor. Untuk ketika ini, memang perlu ada di dalam kolam. Dan sekiranya ada apa-apa pembaharuan, boleh juga diperbincangkan dalam jawatankuasa ini, supaya kita dapat membaharui, garis panduan dari semasa ke semasa.

Speaker

Sentosa

Pagi yang tenang, burung pun bernyanyi, Hulu Kelang belum sampai, soalan saya nombor dua menanti, harap jawapan datang bererti. Nombor saya, nombor soalan saya, 52.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Prasana Dan Kemudahan AwamQuestions

52. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah langkah-langkah penambahbaikan sistem pengangkutan awam yang akan dibuat oleh Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan masyarakat tempatan di Bandar Sentosa berpeluang menggunakan sistem LRT apabila ianya beroperasi pada penghujung tahun ini?

Speaker

Ya, silakan Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, sebelum saya menjawab soalan 52, daripada Yang Berhormat Sentosa, saya ada satu perkara di mana saya memerlukan bantuan daripada Yang Berhormat Sentosa, saya terima tiga soalan daripada Yang Berhormat Sentosa dengan tajuk yang sama. Jadi untuk mengelakkan kesilapan dan memastikan jawapan tepat dapat diberikan kepada Yang Berhormat Sentosa, saya mohon bantuan, boleh pada masa depan, boleh menggunakan tajuk yang berbeza, bagi soalan yang berbeza. Ini hanya cadangan.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, cadangan yang baik, tetapi, soalan itu, saya boleh tujukan tiga soalan, tapi, tajuk dia sama. Mungkin saya tukar tajuk lain kali. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, lain kali, kalau boleh ubah sedikit tajuk, supaya kita boleh mengelakkan kesilapan dan saya dapat beri jawapan yang tepat kepada Yang Berhormat. Jadi bagi soalan 52, bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat, perkhidmatan bas pengantara atau feeder bus, akan disediakan oleh pihak Prasarana RapidKL, untuk membawa penumpang dari hentian bas utama bagi semua stesen LRT 3, di kawasan Majlis Bandar Raya Diraja Klang. Bagi sekitar Bandar Sentosa, stesen utama yang berhampiran dengan Stesen LRT Klang Jaya. Terdapat perkhidmatan bas pengantara disediakan bagi laluan Klang Jaya hingga ke Taman Klang Jaya. Melalui perkhidmatan ini, penduduk tempatan di bandar sentosa berpeluang menggunakan sistem LRT apabila ia mula beroperasi tidak lama lagi. Terima kasih.

Soalan. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya berkenan, memang kita di Sentosa menunggu LRT 3. Tapi apa yang kita tunggu ialah bas pengantara. Kita tidak boleh bergantung pada RapidKL ataupun perkhidmatan daripada mereka. Saya nak tanya berkenaan dengan status bas perantara di antara Pekan Klang ke Bandar Sentosa dan kawasan sekitar. Kerana tidak ada, hanya kita bergantung pada bas Smart Selangor. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO tentang perkhidmatan bas perantara yang tidak ada ataupun diberhentikan. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sekiranya Yang Berhormat Sentosa, ada cadangan bagi laluan yang lebih sesuai yang di mana Yang Berhormat rasa, dapat memberikan perkhidmatan yang lebih sempurna di kawasan Sentosa, Yang Berhormat boleh kemukakan permohonan kepada saya. Dan pejabat saya akan berbincang dengan pihak Prasarana, atau pun dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang, untuk mengembangkan perkhidmatan bas Smart Selangor ke kawasan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, sekiranya peruntukan mencukupi. Terima kasih.

Speaker

Subang Jaya, Peraturan Tetap.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Speaker, 24 (2), saya ingin mengambil soalan 53.

Speaker

Baik, Yang Berhormat, saya terima maklumat daripada Yang Berhormat Subang Jaya, saya izinkan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Loji Rawatan Air (LRA) Sungai RasauQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

53. Bertanya kepada YAB. Dato' Menteri Besar:-

a) Sila nyatakan progres pembinaan LRA Sungai Rasau.

b) Apakah tarikh persiapan projek?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran, bagi pihak Subang Jaya. Terima kasih Tuan Speaker. Subang Jaya bertanyakan soalan berhubung kemajuan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Rasau. Untuk makluman Yang Berhormat, status kemajuan pembinaan sebenar Loji Rawaatan Air Sungai Rasau Fasa 1, setakat 30 September 2025 adalah pada 46.42%, berbanding jadual pada 46.20%. Lebih cepat sikit daripada jadual. Secara keseluruhannya, status pembinaan masih melebihi jadual, lebih sikit daripada jadual. Bahagian (b), untuk projek Fasa 1 ini akan disiapkan secara berperingkat. Walaupun kita ada Fasa 2, untuk Fasa 1 ini pun, pembinaannya pun berperingkat, dan juga testing commissioning dengan izin. Ujian dan juga pengoperasiannya akan bermula juga berperingkat iaitu :

i. Persiapan secara berperingkat, dipanggil ‘Sectional Completion’, atau sebahagian yang siap dan akan di operasikan pada 31 Disember 2026 , maknanya tahun depan, lagi setahun, akan dilaksanakan dengan kapasiti 350 juta liter sehari (JLH), walaupun kapasiti penuh 700 juta liter sehari (JLH), sebahagian akan dimula beroperasi pada akhir tahun hadapan, pada bulan Disember 2026.

ii. Persiapan keseluruhan (‘Overall Completion’) untuk Fasa 1, sebanyak 700 juta liter sehari ada pada 30 Jun 2027, ada enam bulan selepas itu, untuk lengkap lagi Fasa 1, bagi Loji Rawatan Air Sungai Rasau. Terima kasih.

Speaker

Ya, silakan.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan tambahan. Cuma nak tanya Yang Berhormat EXCO, sebab insiden tebing pecah, adakah mereka telah memohon EOT ataupun berapa lama telah ada kelewatan daripada jadual sebenarnya.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sememangnya, memang ada kelewatan dalam, disebabkan keruntuhan tebing yang berlaku sebelum ini. Dan walau bagaimanapun, kerjanya telah berjaya kita, memang ada lanjutan kedua. Tapi masih dalam ruang lingkup masa yang kita tetapkan. Memang kita bercadang untuk 2026 ini, untuk siapkan dan dioperasikan pada pertengahan tahun 2026. Tapi ada sedikit kelewatan disebabkan kejadian itu. Dan ada lagi kelewatan oleh bahagian lain di projek ini. Tetapi bagaimanapun kita berjaya percepatkan tempat lain, di bahagian-bahagian lain, dan dengan itu kita akan berjaya siapkan lebih kurang 5 bulan atau 6 bulan daripada jadual asal. Dan saya rasa ini bertepatan juga dengan pelaksanaan source work, ataupun untuk bekalan air mentah. Itu pun, yang jadi ada pertanyaan timbul dalam perbahasan, yang akan siap dalam waktu yang sama. Jadi kita berjayalah, untuk bukan sahaja menyiapkan loji rawatan, dalam masa yang sama, menyiapkan sumber air mentah untuk difitkan, untuk dimasukkan ke dalam loji ini. Pada masa yang hampir yang sama. Terima kasih.

Speaker

Seri Serdang.

Tuan Speaker, soalan saya, 54.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Pemerkasaan Kampung TradisiQuestions

54. Bertanya kepada YAB. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah program dan aktiviti yang dijalankan di Kampung Tradisi?

b) Apakah ada peruntukan khas untuk Kampung Tradisi?

c) Apakah ada inisiatif kerajaan untuk membantu isu penyelesaian hak milik tanah di Kampung Tradisi?

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Yang Berhormat Seri Serdang ada bertanya, apakah program dan aktiviti yang dijalankan di Kampung Tradisi? Apakah ada peruntukan khas untuk

Kampung Tradisi? Dan apakah ada inisiatif kerajaan untuk membantu isu penyelesaian hak milik tanah di Kampung Tradisi? Untuk pengetahuan Yang Berhormat Seri Serdang, izinkan saya menjawab soalan satu dan dua, secara bersekali. Untuk makluman Dewan, ke semua 373 kampung, Ketua Kampung Tradisi, atau Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, iaitu JPKK Negeri Selangor menerima elaun bulanan sebanyak RM1,500.00 manakala Setiausaha JPKK pula sebanyak RM500.00 sebulan. Sebagai tambahan setiap JPKK menerima peruntukan RM20,000.00 setahun yang disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing. JPKK berkenaan bolehlah menetapkan penganjuran program komuniti yang bersesuaian di kampung masing-masing, berdasarkan pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 5 Tahun 2022, berkaitan Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ketua Kampung, Pengerusi MKK dan Ketua Komuniti India Negeri Selangor. Antara aktiviti yang dibenarkan menggunakan peruntukan ini, adalah penganjuran aktiviti-aktiviti kampung, program mesra rakyat dan sambutan perayaan keagamaan. Termasuklah seperti program pengindahan kampung, gotong-royong dan sukan rakyat. Dan kita baru sahaja mengarahkan ketua-ketua kampung ini agar melaksanakan satu program pembanterasan atau pembasmian haiwan liar perosak, di kampung-kampung dengan kerjasama dengan Jabatan Perhilitan kerana kita ambil maklum, begitu banyak aduan berkenaan haiwan perosak seperti monyet dan juga anjing-anjing liar, yang boleh mengancam keselamatan penduduk. Atas sebab itu, Alhamdulillah, dengan adanya beberapa operasi, ia dapat kita tangani dengan secara baik.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkaitan isu penyelesaian hak milik tanah di Kampung Tradisi, adalah dimaklumkan bahawa penyelesaian ini perlulah dikendali secara case by case, iaitu mengikut keperluan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) berkaitan. Sebarang cadangan pemberian hak milik tanah Kampung Tradisi perlulah diteliti dengan mendalam dan perlu mengambil kira kriteria-kriteria dan syarat-syarat seperti berikut, antaranya tanah yang diduduki berstatus tanah kerajaan tiada sebarang perancangan ataupun bangunan ke atas tapak tersebut. Seterusnya mempunyai rizab jalan dan parit yang mencukupi tidak termasuk dalam lingkungan 50 meter daripada rizab sungai ataupun rizab parit, rumah hendaklah didiami penghuni asal yang ditetap oleh pejabat daerah dan bukan disewakan oleh penghuni tanpa kebenaran. Seterusnya tiada halangan daripada jabatan-jabatan teknikal yang terlibat dan tertakluk kepada syarat-syarat pemberi milikan dalam pekeliling dalam Pejabat Tanah dan Galian Selangor PTGS Bilangan 3 Tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Soalan tambahan Seri Serdang.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat Speaker saya ada dua soalan tambahan saya yang pertama dapatkan pandangan dan juga apakah perancangan Yang Berhormat EXCO tentang program-program di kawasan kampung tradisi dia kita maklum di kampung tradisi kita ada ketua kampung dan kita ada juga Ahli Majlis di situ sudah pastinya mereka akan merangka

program-program di kawasan mereka tetapi adakah apa pun perancangan khusus sebab di kampung tradisi ni kita banyak program-program ataupun banyak aset-aset kita boleh utarakan, kita bawa ke atas contohnya dari segi makanan tradisional, sukan tradisional dan juga tempat-tempat yang menarik kampung. Kalau di tempat saya itu di Seri Aman ada satu kolam besar ataupun ada tasik di situ yang boleh guna pakai untuk menarik perhatian orang awam untuk datang. Di kampung-kampung tradisi mempunyai satu nilai yang sangat besar yang boleh digunakan untuk kita menaikkan lagi imej negeri Selangor itu sendiri melalui kampung-kampung tradisi. Yang kedua berkenaan mengenai hak milik tanah. Banyak kawasan-kawasan tanah kampung tradisi ini masih lagi mempunyai kad putih sahaja seperti kampung Seri Aman sebagai contoh sudah ada program untuk memberikan program hak milik kepada semua penduduk-penduduk di situ tetapi beberapa kampung yang lain masih lagi dalam status pertanian dan juga pada masa yang sama kad putih lagi, tiada hak milik. Saya kira dia memerlukan pada perhatian Kerajaan Negeri untuk memberi hak milik pada mereka supaya tanah-tanah ini terus kekal menjadi kampung tradisi pada masa hadapan. Terima kasih.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang atas pandangan dan cadangan yang baik untuk kita laksanakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Seri Serdang memang dari sudut memperkasakan JPKK kita ada kerangka pada tahun hadapan untuk melaksanakan satu kursus dipanggil media komuniti adalah satu kursus platform bagi memastikan Ketua-Ketua Kampung JPKK ini mempunyai pengetahuan dalam menyelesaikan masalah-masalah kekeluargaan, masalah-masalah kemasyarakatan tanpa perlu membawa ianya kepada perkara yang lebih tinggi seperti aduan polis dan juga akhirnya membawa kepada proses kehakiman. Kalau dapat ianya diselesaikan di dalam melalui perbincangan yang lebih berhikmah di peringkat kampung. Di samping itu juga kita sedia maklum banyak program-program kita boleh laksanakan di peringkat kampung seperti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan program seperti ini sebenarnya seperti yang kita perkatakan tadi ianya boleh dilaksanakan oleh setiap ketua kampung melalui apa nama peruntukkan ia yang sedia ada iaitu 20 ribu setahun yang boleh digunakan program-program seperti yang saya katakan tadi. Walau bagaimana pun dalam Siri Jelajah Gagasan Rumpun Selangor yang telah kita laksanakan sebelum ini banyak program-program kemasyarakatan yang dapat kita laksanakan sepanjang Jelajah Gagasan Rumpun Selangor bersama dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Berkenaan dengan hak-hak milikan tanah saya sedia maklum banyak sebenarnya banyak tanah-tanah khususnya bawah rumah PPRT yang telah dibina sekian lama tetapi masih belum mempunyai geran dan ini dalam penelitian bersama pihak saya bersama dengan Plan Malaysia untuk kita lihat semula kerana ada beberapa kampung ini khususnya di kawasan-kawasan PPRT ini, perumahan ini telah pun terbina dan dibina di atas tanah rizab kerajaan khususnya tanah-tanah rizab JPS jadi inilah menjadi sedikit kekangan pihak Kerajaan Negeri untuk membuat penilaian semula bagaimana menggerankan ia rumah-rumah yang berada di bawah rizab-rizab kerajaan ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Gombak Setia tidak hadir.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peraturan Tetap 24(2).

Speaker

Saya tidak izinkan. Sijangkang tidak hadir, Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 57.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker secara dasarnya projek pelaburan yang diluluskan mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan untuk direalisasikan bergantung kepada skala projek dan keadaan ekonomi. Projek yang realisasikan merujuk kepada projek-projek yang telah mula beroperasi dalam pembinaan sama ada bangunan atau kilang atau sedang ( dewan tidak jelas...)

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peraturan Dewan 24(2) Yang Berhormat

Speaker

Ya 24(2) apa?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peraturan Tetap 24(2) Yang Berhormat

Speaker

Ya 24(2) apa dia?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Berkenaan dengan ahli lain mengambil soalan Yang Berhormat.

Speaker

Apa masalah dia?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jika soalan ahli tidak bangun, maka sesiapa ahli lain tertakluk pada budi bicara Speaker mengambil pertanyaan itu jadikan pertanyaan sendiri, saya mohon petua dari Yang Berhormat Speaker kerana awal minggu ini kita tahu Yang Berhormat Bukit Gasing menggunakan peraturan yang sama untuk Yang Berhormat Kampung Tunku dan Yang Berhormat Speaker membenarkan pertanyaan yang ditanya saya mohon petua dari Yang Berhormat apa kriteria yang membuatkan Yang Berhormat membuat keputusan untuk tidak mengambil membenarkan Morib untuk membenarkan mengambil soalan bagi Gombak Setia. Saya mohon petua Yang Berhormat EXCO sibuk kenapa? Tak payah sibuklah.

Speaker

Saya tidak akan mengambil masa yang panjang untuk memberi penjelasan untuk semua Ahli Yang Berhormat sama ada pembangkang atau kerajaan nasihat

daripada saya ialah sentiasa mementing dan mengutamakan Persidangan Dewan Negeri Selangor ini perlu hadir waktu yang tepat untuk berdiri bertanyakan soalan memandangkan orang ramai dan juga media sebenarnya memberi tumpuan yang banyak terhadap sesi soal jawab yang diadakan setiap hari selama 90 minit ini. Oleh sebab itu sekiranya ada ADUN yang tidak memberitahu saya sebab mereka tidak dapat hadir dan kemudiannya mereka minta ADUN yang lain untuk berdiri bawah peraturan ini untuk bertanyakan soalan saya tidak akan izinkan sama ada daripada kerajaan atau pembangkang. Apa yang saya perlukan ialah bahawa ADUN yang tidak hadir itu ada bukti yang kukuh untuk meyakinkan kepada saya bahawa mereka memang ada alasan yang kukuh dan munasabah bahawa mereka tidak dapat sampai pada waktu yang ditetapkan untuk berdiri di atas tempat mereka bertanyakan soalan dan sekiranya mereka ada dan saya berasa yakin dengan alasan itu maka saya akan izinkan itu sahaja. Okay cukup Yang Berhormat Kinrara teruskan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih.

Speaker

Yang berhormat yang 57 teruskan teruskan..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Antara tahun 2023

Speaker

Maaf Yang berhormat soalan yang 55 tadi itu telah pun dijawab soalan 18 tak apa Yang Berhomat Kinrara teruskan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Pelaburan Asing Kepada SelangorQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

57. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah pelaburan yang direalisasikan di Selangor hasil promosi luar negara oleh PMX?

b)

Apakah MOU yang telah disahkan dan mula dilaksanakan di Selangor?

c)

Bagaimana rakyat mendapat manfaat terus daripada pelaburan-pelaburan ini?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya sedang menjawab soalan 57 daripada Yang Berhormat Rawang. Jadi antara tahun 2023 dan 2025 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengetuai Misi 33 pelaburan. Negara berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM493.58 billion sehingga Januari 2025 pelaburan bernilai RM123.8 billion telah diluluskan di seluruh negara. Sehingga Oktober 2025 sebanyak 90 projek pelaburan bernilai RM5.52 billion telah dilaksanakan di Selangor. Projek ini dijangka mewujudkan 1,300 pekerjaan dalam sektor utama seperti elektrik dan elektronik, pembuatan makanan, logistik dan teknologi digital. Kebanyakan MOU yang ditandatangani sewaktu promosi di luar negara seperti World Expo OSAKA 2025 serta melalui inisiatif dalam negeri yang sejajar dengan usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menarik pelaburan asing. MOU di peringkat persekutuan diselaraskan oleh pihak MIDA namun begitu tiada maklumat khusus yang mengesahkan pelaksanaannya di negeri Selangor. Pelaksanaan aktiviti pelaburan membawa pelbagai manfaat terus antaranya penawaran peluang pekerjaan baru, pemindahan teknologi dan kepakaran baru peningkatan pendapatan dan kualiti hidup rangsangan pertumbuhan ekonomi setempat dan pembangunan dan penaiktarafan kemudahan infrastruktur. Terima Kasih.

Speaker

Soalan tambahan Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Berkenaan dengan tadi Yang Berhormat EXCO mengatakan ada 9 projek yang bernilai 5 Billion ringgit boleh ada tak maklumat berkenaan dengan apa projek syarikat yang ada. Soalan yang kedua untuk masa depan sebab yang ni untuk 2, 3 tahun untuk masa depan ada tak ada yang syarikat-syarikat berpotensi yang diusaha oleh PMX sepanjang masa ni akan melabur di negeri Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Bagi soalan yang kedua, kita masih menunggu syarikat-syarikat tersebut untuk buat keputusan muktamad di manakah mereka akan melabur, ada sama ada di Negeri Selangor ataupun negeri lain. Dan bagi soalan yang pertama, sembilan projek yang bernilai 5.52 bilion yang telah masuk ke Negeri Selangor pada waktu itu adalah bagi syarikat yang pertama, "Ayobet" Malaysia Sdn Bhd, pelabur dari Korea yang bertapak di Bukit Raja, Klang, dan buat home appliances. Yang kedua adalah Longi Malaysia Sdn Bhd dari People's Republic of China di Serendah. Dia membuat solar ingot, wafer, cell and modules. Dan syarikat yang ketiga, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd daripada United Kingdom di Seksyen 15 Shah Alam, manufacture of chocolate and chocolate wafers. Yang keempat, Carbon MRO Services dari Japan di Subang Airport. Syarikat ini adalah MRO bagi aeroangkasa. Dan yang kelima, Delo Malaysia Sdn Bhd dari Germany di Sepang. Manufacturing of highly specialized industrial adhesive. Yang keenam, YCH Fusionaris Sdn Bhd di Seksyen 14 Shah Alam, ia merupakan sebuah smart warehouse. Dan ketujuh, NextDC dari Australia merupakan satu... sebuah data center di Petaling Jaya yang membekalkan hyperscale data center dengan 65 megawatt kapasitinya. Kelapan, New Waste Electronics dari Netherlands di Bukit Raja, dia buat control box and related components.

Kesembilan, Oleon Port Klang Sdn Bhd dari Belgium di dalam Port Klang, dengan apa tu... chemicals plastic manufacturing facilities. Sekian, terima kasih.

Speaker

Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya 58.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Penggunaan VapeQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

58. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri dapat melaksanakan kempen larangan penggunaan "vape"?

b)

Nyatakan sebab-sebab jika tidak.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran yang telah bertanyakan berkenaan dengan kempen larangan penggunaan vape yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat soalan (a) dan (b) akan dijawab dengan bersekali. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memang sedang merangka kertas dasar berkenaan dengan Hala Tuju Kawal Selia Produk Rokok Elektronik ataupun vape di peringkat negeri termasuk Kempen Larangan Penggunaan Vape yang saya juga terangkanlah semasa penggulungan yang lepas, dan dasar ini akan dikupas secara menyeluruh selaras dengan pendekatan dengan digariskan di bawah Akta Kawasan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam 2023 ataupun dikenali Akta 852 dengan mengambil kira realiti semasa pasaran kesan terhadap kesihatan awam dan bagaimana yang paling pentingnya kita boleh memperkukuhkan penguatkuasaan di bawah negeri Selangor ini. Ini adalah perkara yang sangat penting selain daripada Kempen Larangan Vape. Kempen Larangan Vape ini memang kita akan jalankan selepas ini seperti yang telah diumumkan sebelum ini kempen ini kita akan mengambil peruntukan sebanyak RM300,000.00 dan akan dimulakan dengan projek rintis yang berkaitan dengan inisiatif bagaimana kita pertamanya mahu mencegah remaja kita daripada mengambil ruang untuk mendapatkan rokok ataupun vape dan seterusnya untuk mereka yang telah pun bermula. Kita akan menjalankan program serta inisiatif bagaimana untuk berhenti merokok dan vape dan kesan-kesan vape terhadap kesihatan dan kempen ini akan dijalankan bersama dengan Medical Mythbusters Malaysia yang seperti diterangkan sebuah

NGO yang selepas itu, daripada projek ataupun program rintis bersama dengan NGO itu kita akan perkembangkanlah kepada kawasan-kawasan lain tertakluk kepada peruntukan yang sedia ada. Jadi program dan advokasi ini akan bersasar, kita akan semestinya lebih fokus kepada golongan belia. Kerana golongan belia yang mendapat lebih banyak pengaruh berkaitan terutamanya vape. Kerana vape dia nampak dikira lebih cool, lebih menarik dan sebagainya. Jadi kita mahu menghalang orang kata trend vape semakin berleluasalah dan selain daripada itu juga kita akan memberikan tumpuan kepada pelajar Sekolah Menengah dan juga pelajar di Institut Pengajian Tinggi dan daripada itu semua, kesedaran, kempen kesedaran dan pendidikan akan berasaskan gaya hidup yang lebih sihat.

Soalan tambahan.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 11.00 pagi, dengan ini saya tangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 semua peringkat.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan Yang Berhormat Sekinchan untuk menyambung perbahasan dan juga penggulungan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-Undang ini, silakan Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya teruskan di mana respond kepada Yang Berhormat Kuang petang semalam, berkaitan dengan perobohan, operasi perobohan kilang tanpa kebenaran di Sungai Buloh, di mana terdapat 2 lagi yang tidak diroboh dan semalam saya telah beri makluman bahawa kedua-dua ini mendapat hakmilik pada tahun 2002 waktu ketika itu. Oleh sebab itu, tindakan perobohan tidak dapat dilakukan dan kenapa, isunya kenapa yang sekarang ini dia robohkan. Itu persoalan daripada Kuang dan saya di sini, baru-baru ini kita sebelum kita adakan operasi dan sebagainya, semua kerja-kerja di lapangan siap, siasat, semak dan sebagainya. Semua dilakukan. Kita bukan gopoh-gopoh atau bertindak zalim dan sebagainya, tidak. Kerana kawasan itu memang sekat, sampai hari ini kita dapat ulasan terbaru daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia yang jaga kem dekat situ iaitu CGSO (Chief Government Security Officer) yang telah memberi ulasan bahawa tanah tersebut, di kawasan tersebut, dia hasil sehubungan itu dia kata ada satu lawatan. Sehubungan dengan itu, ada satu lawatan penilaian PTG Negeri Selangor (PTGS) bersama pejabat ini dan beberapa Agensi Keselamatan berkenaan telah dilaksanakan di kawasan sekitar perimeter zon penampan Kem Tentera Sungai Buloh pada 3 Oktober 2025 yang lepas. Pejabat ini mengambil maklum dan mengesyorkan perkara-perkara seperti berikut, hasil penilaian pihak CGSO mendapati infrastruktur bangunan haram yang dibina adalah terlalu hampir dengan pagar, perimeter haram yang dibina adalah terlalu hampir dan

Kem Tentera Sungai Buloh didapati terdapat ancaman bagi akses kemasukan ke dalam kawasan kem serta ancaman kerosakan terhadap infrastruktur pagar perimeter kem dan pihak CGSO mencadangkan agar infrastruktur bangunan haram berkenaan dirobohkan bagi menjamin keselamatan kawasan sekitar perimeter zon penampan Kem Tentera Sungai Buloh itu. Oleh sebab itu, kita bertindaklah. Jadi, yang 2 itu kalau kita bertindak kena pergi ke Mahkamah. Jadi itulah isunya Kuang. Baik.

Yang Berhormat

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sedikit.

Terima kasih Yang Berhormat, saya nampak pagi ini Yang Berhormat tenang, diteruskan prestasi tenang untuk menjawab dengan penuh hemah, teliti dan baik. Jadi, saya ucap terima kasih atas jawapan Yang Berhormat. Jadi, kita ambil maklum. Saya juga nak maklumkan kepada Yang Berhormat yang saya memang mengikuti dengan rapat semua proses-proses perobohan kilang-kilang yang dibuat oleh agensi bersama dengan pihak Yang Berhormat sebenarnya di Sungai Buloh, bukan di situ sahaja yang berlaku perobohan. Sebelum itu pun Yang Berhormat telah buat beberapa proses merobohkan kilang-kilang di tempat lain dan saya menyokonglah tindakan yang diambil oleh pihak Yang Berhormat, cuma kita kena lebih teliti dan saya ingin minta kepada Yang Berhormat dan juga agensi berkenaan supaya berhati-hati sebab ada double standard di kawasan yang dirobohkan itu disebabkan satu kelulusan MMKN sebelum ini, menyebabkan kita duduk dalam keadaan dilema. Saya sedar kelulusan itu bukan dibuat semasa Yang Berhormat, cuma telah ada kelulusan dasar awal MMKN membuat pelupusan tanah milik kerajaan walaupun menyedari bahawa itu adalah reserved Tenaga Nasional pada awalnya. Itu yang pertama dan ada 1 lagi lot di belakang, Lot 41 pun yang saya dimaklumkan juga telah mendapat kelulusan MMKN tetapi premium belum dibayar oleh, jadi kena semak supaya di masa akan datang, jangan kita buat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keresahan rakyat apabila berlaku double standard. Yang keduanya, saya juga ada bertanya kepada Yang Berhormat, apakah tanah yang telah dikosongkan itu akan ada sebarang perancangan daripada Kerajaan Negeri ataupun tanah tersebut akan dibiarkan menjadi zon yang tidak akan dibangunkan dan penampan dengan Kem Askar? Jadi saya minta penjelasan Yang Berhormat tentang benda itu.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Kuang, atas keprihatinan tentang perkara tersebut. Saya ambil maklumlah, tentang kita perlu berhati-hati dalam meluluskan apa-apa permohonan hakmilik dan sebagainya. Ulasan-ulasan perlu diteliti, kalau tidak akhirnya dia menimbulkan masalah di lapangan, termasuk isu yang satu lagi ada premium tak boleh bayar itu berkaitan dengan perumahan. Kita akan siasat dan kita akan pastikan segalanya berjalan lancar di lapanganlah dan kawasan yang kita telah robohkan kita akan jadikan zon penampan dan kita akan pemantauan yang serius di kawasan tersebut dan pagi ini kita tenang sebab apa, tanpa Hulu Kelang ini, dia tenang. Kenapa tenang, sebab

Ketua Pembangkang tidak hadir, dia tidak membawa provokasi satu. Kedua, dia selalu membawa isu-isu yang memutarbelitkan Dewan, seperti nak hapuskan Zoo Negara. Itu, telah menyebabkan orang

Yang Berhormat, fokus, tenang, kalau merepek-repek nanti jadi panjang nanti.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Okay, Okay, kita kekal tenang, kekal tenang. Baik. Okay, terima kasih kepada Kuang, baik. Seterusnya saya pusing kepada Sijangkang. Tetapi Sijangkang tak ada Tuan Speaker, kalau Sijangkang tak ada, dia ada isu sampah, isu Rancangan Tempatan saya bagi tak perlu saya jawablah. Kalau ada keperluan saya akan bagi bertulis, saya tak perlu jawab ya untuk jimatkan masa. Baik, seterusnya terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Kembangan, Dusun Tua, Batu Tiga dan serta beberapa Ahli Dewan Negeri yang lain atas cadangan dan pandangan berhubung pelaksanaan Dasar Speed Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik segala cadangan dan pandangan yang telah diberikan kerana ia selaras dengan agenda penambah baik berterusan, dalam pengurusan PBT khususnya memastikan proses kelulusan yang lebih cekap, teratur, responsif terhadap keperluan rakyat dan industri. Dasar Speed Selangor merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri yang digubal bagi menyeragamkan dan mempercepatkan, memudah cara kan proses kelulusan pembangunan serta pelesenan perniagaan di seluruh 12 PBT selaras dengan prinsip Easy of Doing Business. Mudahlah kita nak buat business. Pelaksanaan dasar ini dipandu oleh Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Bilangan 1 Tahun 2025. Garis Panduan Pelaksanaan Speed Selangor yang berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2025. Speed Selangor dilaksana secara seragam di 12 PBT melalui menggunakan Sistem OSC 3.0 Plus yang menjadikan platform utama pengurusan permohonan pembangunan. Tempoh pemprosesan keseluruhan dipendekkan kepada maksimum 30 hari, iaitu 21 hari bagi proses rundingan teknikal dan 9 hari bagi kelulusan pelan pemajuan. Penetapan piagam prestasi ini menjadikan penanda aras baharu ke arah sistem kelulusan yang pantas, telus dan berakauntabiliti. Selaras dengan hasrat PMX, Perdana Menteri kita iaitu reformasi, kerenah, birokrasi. ARKB, kita nak percepatkan, nak mudahkan cara. Untuk makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat, fasa yang pertama Speed Selangor memberi tumpuan kepada projek pembangunan strategik dan berimpak tinggi dalam kategori industri dan komersial terancang. Seperti pendirian bangunan, kilang, gudang, kemudahan logistik, hospital swasta, universiti dan kemudahan teknologi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang meneliti perluasan skop pelaksanaan kepada skop lain dalam fasa kedua. Termasuk bagi skop pertanian berteknologi tinggi, pemprosesan makanan, penternakan moden serta pembangunan ladang solar yang memenuhi kriteria projek strategik dan berimpak tinggi. Tuan Speaker, penilaian terhadap peluasan ini akan

dilaksanakan setelah fasa pertama mencapai tahap pelaksanaan yang penuh dengan mengambil kira kesediaan agensi teknikal, keberkesanan proses semasa serta kesesuaian infrastruktur sokongan serta sistem digital, kapasiti pemprosesan data dan integrasi OSC 3.0 Plus yang diperlukan bagi memastikan peluasan skop Speed Selangor dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan. Saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Seri Kembangan untuk memasukkan permit ubahsuai kedai atau kilang di atas tanah persendirian ke dalam inisiatif Speed Selangor ya, terima kasih Yang Berhormat, cadangan ini adalah selaras dengan objektif dasar untuk memudahkan urusan rakyat serta mempercepatkan proses perniagaan dan pelaburan. Sebab rakyat sekarang ini, mereka menaruh harapan terhadap Kerajaan Negeri khususnya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Mereka mahu servis yang cepat ya, dia boleh beli yang cepat, penyampaian yang lebih laju. Jadi kita nak pastikan soal kilang ubahsuai ini pun boleh kita selaraskan. Baik, sehubungan itu Kerajaan Negeri akan meneliti terlebih dahulu keboleh laksanaan skop ini termasuk aspek risiko, teknikal dan sebagainya. Ini yang akan kita laksanakan. Kemudian, Kerajaan Negeri kekal komited menjadikan Speed Selangor sebagai platform pemudah cara utamalah dalam memastikan lebih ramai pelabur yang datang. Mereka tak perlu tunggu lama, sekarang kita bukan bersaing domestik sahaja, nescaya antara negeri-negeri sahaja. Kita bersaing global seluruh dunia,seluruhnya Vietnam, Kemboja, Korea, Singapura, Thailand, mana-mana kita terpaksa bersaing. Jadi kita kena laju, kalau tak laju orang tidak boleh tunggu, mereka akan pergi ke tempat yang lain. Inilah Dasar Speed Selangor. Kemudian, terus dengan respond kepada Yang Berhormat Kuang lagi. Yang Berhormat Kuang dan Yang Berhormat Rawang, berkaitan dengan WTE ya. WTE di..

Yang Berhormat, Yang Berhormat akan jawab saya ke ataupun dah selesai bahagian Speed?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Seri Serdang yang mana yang tadi.

Yang Speed punya dah habis.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Speed dah. Kalau tak sempat saya nak ke tempat lain dah.

Sebab saya nak pergi ke Speed.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kapal terbang itu susah nak tunggu. Silakan, cepat.

Yang Berhormat tentang Dasar Speed Selangor, saya percaya ia satu inisiatif yang sangat bagus. Cuma saya ingin bertanya apakah elemen TIA dan SIA juga diambil kira dalam perbincangan. Sebab

Yang Berhormat, bagi sebahagian kawasan yang sudah terlalu padat seperti di Batu Tiga saya rasa satu elemen itu tidak diambil kira dengan sepenuhnya terutama dari sudut trafik. Sebab trafik kita sudah padat Yang Berhormat dan Yang Berhormat boleh sendiri bayangkan bagaimana pusat-pusat logistik yang berada di Shah Alam, Batu Tiga ini bila semuanya beroperasi keenam-enam kesemuanya. Saya beranggapan bahawa trafik kita akan jadi lebih parah dan tidak ada, kalau ikut perbincangan saya dengan pihak majlis. Tidak ada penambahbaikan infra jalan yang dibuat bersekali dengan pembangunan. Maknanya jalan itu kalau 3 lane di laluan utamanya, masih kekal dengan 3 laluan. So, tidak ada dimasukkan elemen itu Yang Berhormat. Saya mohon kalau boleh Dasar Speed itu benar-benar mengambil kira segala item dan perkara yang kita bincangkan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya, kita nak laju memang. Semua kita nak laju, tetapi dalam kelajuan itu harus kita teliti balik ya. Mana-mana elemen yang penting seperti EIA, SIA dan sebagainya. Kerana ada kawasan yang padat. Dia perlu ada penelitian dalam konteks ini. Ini kita akan ambil maklum. Supaya Dasar Speed Selangor ini lebih merangkumi semua perkaralah untuk dipertimbangkan, itu saya ambil maklumlah. Seterusnya.

Ok, sebelum pergi ke WTE. Dasar Speed Selangor, saya pun ada bangkitkan dalam saya punya perbahasan. Cuma semestinya antara kebimbangan daripada pihak kami ialah dalam keadaan kita mana nak pastikan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan semua pelaburan masuk dengan cepat dalam Negeri Selangor. Concern saya adalah bilamana ada setengah-setengah perkara ini, cuma di peringkat awal sahaja dia Speed, di hujungnya dia jadi tak Speed dah. Cuma saya minta mungkin di pihak Kerajaan Negeri mungkin boleh buat KPI. Maksudnya berapa permohonan yang masuk, berapa permohonan yang keluar dan dikeluarkan secara menyeluruh sebab saya tak mahu nanti masuk 100, yang Speed nya 3 sahaja. 97 dia tak berapa jadi Speed. Jadi, minta bila ada KPI ini, jadi pegawai-pegawai kita khususnya di dalam peringkat PBT dan semuanya dia ada, dia mengejar KPI itu dan dia melihat kepada sesuatu. Jadi saya tak nak hanya sekadar lepaskan beberapa semak atas dasar nama Speed dan selebihnya dia akan tunggu dan tidak mengikut apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.

Tetapi Yang Berhormat di tempat saya, saya rasa terlalu Speed sangat pun masalah juga, Speed sangat ini maknanya semua boleh, semuanya lulus pun masalah juga, sebab perkara lain tidak diambil kira. Saya ingat Speed itu betul sebab itu saya bahaskan Yang Berhormat, Dasar speed 1.0, 2.0 kena ada sebab kita kena buat penambahbaikan-penambahbaikan. Dia tak boleh statik dengan dasar yang sama.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik, Yang Berhormat Batu Tiga dan Yang Berhormat Kota Damansara saya ambil maklum sebab kalau laju banget orak eneng break, pun orak keno

juga iyo (Bahasa Jawa) dengan izin. Laju sangat tak ada break pun ada masalah. Maksudnya kita kena teliti semua betul-betul ya. Semua fail yang masuk, permohonan yang masuk, saya yakin pegawai-pegawai kita perancang, OSC dan sebagainya, mereka akan teliti dan saya minta mereka iya..lebih hands-on dengan semua perkara lah. Ambil maklum perkara ini. Kita akan teliti supaya akan datang ada satu jawatankuasa yang khusus boleh memastikan fail-fail itu yang boleh kita speed, kita speed, yang perlu penelitian, kita kategorikan penelitian itu, itu sangat penting ya. Dan seterusnya, saya balik kepada Rawang dengan Kuang tadi yang tentang WTE dan sebagainya. WTE ini, adalah satu teknologi yang telah Waste to Energy, yang telah digunakan di Singapura, di Jepun, di seluruh seantero dunia la..seantero dunia, di China, di mana-mana pun ya, semua gunakan termasuk di Istanbul, Turkey semuanya WTE. Kerana apa? kerana cara tapak pelupusan sanitary landfill yang kita gunakan sekarang ini sudah tidak economic dan tidak mesra alam dan mahal dan sebagainya. Kerana apa, kita terpaksa menggunakan tanah yang besar dan di Jeram, saya nak maklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Speaker, di Jeram sekarang ini sanitary landfill, tapak pelupusan sampah di Jeram ni dah hampir penuh. Sekarang ini kita perlu korek lagi tanah, 200 ekar, berpuluh juta lagi yang kita perlu bayar. Untuk apa? Untuk sanitary landfill, tapak pelupusan sampah. Kita sekarang dah bina di Jeram, 2 plant WTE dengan kapasiti 3,000 tan. 1,500 tan, 1,500 tan oleh Worldwide Holdings dan akan siap sekiranya tiada hala melintang akan siap hujung tahun ini dan dijangka beroperasi tahun hadapan suku yang pertama. Ini satu lembaran baru, sejarah baru, untuk Negeri Selangor. Di mana kita telah membuat transaksi, transformasi kepada tapak pelupusan sisa pepejal daripada pelupusan landfill kepada WTE. Dan ingin saya perbetulkan, ramai yang mengatakan incinerator dan sebaginya. Ya, incinerator 20 30 tahun yang lalu incinerator, tapi sekarang ini kita dah rangkumkan untuk WTE, Waste to Energy. Jadi, teknologi ni sudah berkembang, dulu kita gunakan, mula-mula tak ada telefon kita gunakan dail macam ni, pusing, pusing, pusing ya..kemudian kita guna handphone yang macam, besar macam apa tupperware, handphone Motoralla, apa Nokia, macam tupperware. Kemudian, kita boleh lipat-lipat sekarang balik kepada lipat pula. Kemudian iPhone dan sebagainya. Nokia pun nak tukar 3310. Jadi, dunia ini sentiasa berubah. Jadi kita jangan berhenti di takuk yang lama, sebahagian orang yang tak faham, mereka diputar belit, mereka masih, masih apa? Masih marah dengan Kerajaan. Kenapa kita gunakan , incinerator, gunakan WTE dan sebagainya. Mereka tidak puas hati, dalam rancangan struktur negeri kita telah dengar bantahan mereka, rancangan tempatan dengar bantahan mereka tetapi hujah daripada Kerajaan Negeri mereka tak akan terima. Mereka akan tetap dengan hujah mereka. Ini yang jadi masalah, jadi saya tidak mahu panjangkan isu ini. Kerana masa saya, Jumaat yang berkat ini masa saya tak cukup panjang, jadi saya cakap sepintas lalu. Soal dekat dengan sekolah, dekat dengan itu, memang saya ambil maklum ya, tapi saya nak bagitahu, saya baru-baru ini saya pergi Jepun melawat ke Tokyo ke satu wedasi di kota bandaraya, Tokyo Metropolitan. Di situ, sekolah dengan WTE 30 meter sahaja. 30 Meter dah berpuluh tahun di situ. Tak ada masalah. Jadi benda ini kita belum tengok, jangan kita fikirkan semua enggak bisa. Ya, yang ini jadi masalah. Jadi, tak apa saya ambil maklum semua bantahan, semua pendapat dan sebagainya tapi Kerajaan, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab

kita perlu melaksanakan satu perkara yang baik untuk generasi kita akan datang. Sesungguhnya Yang Berhormat EXCO Alam Sekitar pasti setuju kita nak satu environment yang lebih baik dan tanpa pencemaran yang lebih serius. Ha, Kuang cepat.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingat dah bahas dalam banyak sidang dewan berkenaan dengan benda ini. Dan kita tidak pernah sekali pun meragui konsep WTE yang cuba dibina di Batu Arang. Itu bukanlah permasalahannya. Teknologi ini kita yakin bagus dan besok bila di Jeram dah siap, tahun depan mula beroperasi, mungkin Yang Berhormat boleh jemput Rawang dan juga Kuang untuk sama-sama kita pergi tengok. Sebab sehingga hari ini saya yakin teknologi itu bagus. Cuma yang dikhuatirkan oleh penduduk adalah 200 lori sampah yang akan masuk dan keluar setiap hari melalui kawasan perumahan mereka. Sebab walaupun teknologi WTE Yang Berhormat cakap tadi dulu kita telefon pusing, pusing, pusing sekarang dah ada speed dial, boleh tekan terus call. Lori sampah yang datang belum ada satu pun yang wangi. Melainkan Yang Berhormat boleh tunjukkan kat sayalah. Tapi yang saya tahu, lori sampah kita yang beroperasi sama ada di bawah mana-mana syarikat sekalipun dengan dia perah air dekat jalan dan sebagainya. Air lecek itu turun di seluruh highway kalau Yang Berhormat lalu jalan ke Tanjung Malim, sebelum dia keluar di apa ni, seluruh , seluruh kawasan jalan itu, bermasalah dengan masalah air-air sampah. Jadi yang penduduk khuatir terutamanya di Bandar Tasik Puteri dan tempat lain ialah masa yang diambil untuk development di situ mencapai tahap sehingga hari ini 20 tahun. Sekarang baru la nak ada nilai kepada hartanah di situ. Dan sekiranya benda ini dibuat di situ, maka boleh menyebabkan nilai hartanah kepada mereka-mereka yang memiliki perumahan di situ jatuh dengan teruk. Jadi kita juga kena faham, dalam proses untuk meluluskan benda ini, kena ada kelulusan-kelulusan tertentu. EIA, SIA dan sebagainya. Jadi kalau itu mendapat bantahan daripada rakyat, maka kerajaan negeri kenalah ambil perhatian benda itu. Jadi saya mohon pada Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Ini perkara telah dibangkitkan berulang kali tapi tak apa saya tetap ambil maklumlah. Kerana kita akan bina projek WTE Rawang, Sungai Idris..Sultan Idris. Maaf ya, Sultan Idris Shah Green Energy Plant (SIS GEP) di mana kita akan lakukan tetapi dalam proses ini kita tidak terburu-buru ya. Sekarang dalam EIA dan soal lori keluar masuk melalui jalan alternatif dan sebagainya, ini semua diambil kira untuk memastikan kita berada dalam satu era yang baru kita ke arah satu pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan di masa hadapan. Insyaa Allah Selangor boleh lakukan yang terbaik. Seterusnya, saya akan pergi ke Yang Berhormat Kajang berkaitan dengan isu anjing liar. Anjing liar ini isu mana Yang Berhomat tadi, soal...

Boleh? Dengan ihsan Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Bukan, tadi ada isu fasal beberapa perkara saya telah lampirkan untuk dijadikan jawapan bertulis dalam masa saya panjang, tak panjang pendek sebab semalam dah panjang dengan Hulu Kelang. Jadi hari ini saya masa mahu sentuh sahaja, saya nak beri ruang kepada Pandan Indah ya. Minta maaf. Jadi saya bagi yang jawapan bertulis lengkap yang banyak benda yang boleh diperhalusi. Baik, Kajang selalu bangkit dan Yang Berhormat yang lain juga bangkit soal isu anjing liar. Isu anjing liar bukan isu baru. Tapi nak kita selesaikan kita perlu ada satu pendekatan yang win win. Kita perlu menyelesaikan masalah di lapangan, sekarang ramai orang yang NGO dan sebagainya. Yang mereka yang prihatin yang sangat cakna, sangat mengambil prihatin terhadap anjing, terhadap kucing dan sebagainya. Jadi kita kena jaga sensitiviti dan sebagainya. Pelaksanaan Program Trap Neuter Release kita juga lakukan dan juga kita cuba lakukan pelbagailah inisiatif yang saya nyatakan banyak kali dalam Dewan. Dan saya minta semua penguatkuasa di lapangan khususnya apabila kita nak buru anjing dan sebagainya, lakukan dengan cara yang terbaik tapi yang tempat terlalu banyak anjing liar pun kita kena lakukan. Suka tak suka penguatkuasaan tangkapan perlu dilakukan untuk pastikan tak ada kacau ganggu. Ada wong (Bahasa Jawa) marah sampai kena gigit dan sebagainya. Saya tahu, ini perkara berlaku di mana-mana tapi ini bukan kita boleh selesaikan dengan tuntas tapi boleh dilaksanakan dengan lebih baik mengikut SOP dan kerjasama dengan semua NGO-NGO yang ada. Dan kita juga buat pemandulan dan sebagainya supaya seekor anjing kita perlukan 3 untuk vaksin dan sebagainya 300..eh..150 hingga 300 kos dan sebagainya la. Banyak. tapi saya akan pastikan perkara ini dapat kita kawal dari masa ke semasa. Baik Yang Berhormat Kajang. Kemudian, berkaitan dengan Bandar Puteri, Tasik Bandar Puteri berkaitan dengan dewan dan sebagainya ada jawapannya tapi projek tersebut masih ada sedikit masalahlah. Tapi kita akan pastikan dia boleh siap pada bulan Mac 2026. Baik, seterusnya berkaitan dengan isu Yang Berhormat Seri Kembangan, Yang Berhormat Dengkil berkaitan dengan isu permit dan sebagainya penjaja ya. Terima kasih pada Yang Berhormat Seri Kembangan, Dengkil dan Ahli Yang Berhormat yang lain atas cadangan, pandangan berhubung dengan reformasi PBT menghargai pandangan ini la. Dan seterusnya, tentang perkara yang berbangkit selaras dengan komitmen tersebut, kerajaan negeri akan melaksanakan reformasi fasa 1 PBT 2026 yang memberi tumpuan kepada penyeragaman dan perkhidmatan utama. Satu, permit ubahsuai kediaman yang tadi yang saya kata. Kita proses dalam masa 24 jam la. Lesen penjaja tempoh kelulusannya kita pendekkan 30 hari kepada 14 hari la bagi memberikan kepastian, kemudahan kepada penjaja. Maknanya, dulu 30 hari kepada 14 hari untuk penjaja. Maknya ubahsuai, renovation 24 Jam kalau tak da apa-apa halangan. Ini semuanya kita akan selaraskan supaya lebih mudah boleh membantu rakyat. Dan seterusnya, berkaitan dengan SPEED Selangor sudah, baik. Saya akan teruskan, masa ada sedikit lagi ya..baik baik..saya dah pecut dah. 3 minit lagi. Isu-isu yang Sungai Kandis ada. Sungai Kandis tentang isu longkang, isu banjir, Yang Berhormat Pandan Indah sesungguhnya dia ada jawapan yang lebih terangkum lah. Saya bagi, ruang seluruhnya infrastruktur. Seluruhnya kepada Pandan Indah ya. Banjir lah, longkang lah, sumbatlah, ini jalan semua. Saya tak nak sentuh lah. Banyak Sungai Kandis ada, Bandar Baru Klang pun ada, Sentosa pun ada, berbagai,

Sementa dan sebagainya ini kita bagi lah kepada Yang Berhormat Pandan Indah. Yang sesungguhnya pasti akan ada jawapan yang boleh memuaskan hati semua dan ada tindakan susulan yang terbaik untuk kita selesaikan. Sekarang saya, masa yang sentuh ini ke nak bercuti pusing ke Selangor dulu. Surpising Selangor ya, Tahun Melawat Selangor 2025 which is Selangor Year 2025. Tak perlu jauh Selangor kan ada. Kita nak sambung 2025-2026 Which Is Malaysia Year And Which Is Selangor Year 2026. Setakat 2025 Yang Berhormat Dengkil, dia tanya jumlah pelancongnya berapa hadir? Kita ada 4.41 juta. Ini untuk suku bulan 6 sahaja, bulan 6. Bulan 9 suku ketiga belum lagi, suku yang keempat belum lagi. Laporan belum terima. Saya yakin pastinya ada peningkatan. Sasaran kita 8 Juta untuk tahun ini dan kenapa, kenapa laporan dari DOSM mengatakan pelancong datang ke Negeri Selangor 34.5 juta. Kenapa kita punya laporan daripada Tourism Selangor hanya dalam 4.1 juta. Kenapa ada contradict? Ini saya nak bagitahu bahawa angka yang kita perolehi daripada Tourism Selangor ini adalah daripada UNWTO – United Nation World Tourism Organisation di mana kita menarikan pelancong ini kepada menginap sekurang-kurangnya 1 malam. Dia ada one night stay. Paling kurang dia kena duduk satu malam. Hah ini, itu angka Tourism. Jadi, 4.14 kalau angka daripada DOSM, dia pelawat. Maknanya hari ini datang, hari ini balik, sediluk wae (Bahasa Jawa) touch n go. Kejap datang dia balik. Harian sahaja, pelawat. Jadi dia ada 34 juta tapi kalau bermalam tak ada la angka setinggi itu. Ini untuk Yang Berhormat Dengkil tentang apa yang kita nyatakan dan sasaran kita pada tahun ini 30 juta untuk pelawat yang harian itu. 8 juta untuk Tahun Melawat Selangor dan kita akan pastikan angka ini boleh ditingkatkan pada tahun hadapan supaya dia memberi resit perbelanjaan tourism resit iaitu RM15 Bilion untuk Negeri Selangor. Tak ada apa industri yang paling cepat menjana pendapatan, hanyalah nak bercuti pusing Selangor dulu ya. Surprising Selangor. Kemudian, saya nak pusing sedikit ke Bukit Lanjan tentang fi kelestarian, sudah sampai masalah Negeri Selangor kita kenakan satu fi yang tidak membebankan iaitu fi kelestarian. Di Melaka ada caj ada fi warisan. Di Pulau Pinang ada. Di Pahang ada fi kelestarian. Di Langkawi pun ada, di Perak pun ada, di Negeri Sembilan baru-baru pun dilaksanakan dan bila lagi? Bila lagi? Selangor lah. Tahun depan, 1 hari bulan 1, 2026 kita akan laksanakan fi kelestarian. Kita caj kepada siapa? Caj kepada semua pengunjung-pengunjung pelancong yang datang. Pihak hotel hanya menguruskan sahaja. PBT yang akan menyempurnakan, menyelaraskan resit kutipan dan sebagainya dan tidak membebankan. Hotel 5 bintang kita anggarkan, setakat ini belum muktamad RM7 satu malam. Kemudian RM5 untuk bawah 3 bintang, lepas tu RM3 lepas tu RM2 untuk Airbnb untuk homestay dan sebagainya. 7,532 angka berkat pada pagi Jumaat ini ya. Jadi kita ada satu tabung yang akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat SUK, Dato’ SUK untuk menyelaraskan tabung dan kutipan ini akan dipulangkan kepada semua industri infrastruktur dan sebagainya untuk memastikan kelestarian pemulihan alam dan sebagainya untuk rakyat Negeri Selangor.

Speaker

Yang Berhormat angka berkat tu ialah angka apa?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

7532 tujuh ringgit, lima ringgit tiga ringgit, dua ringgit berkatlah. Tapi Yang Berhormat dia mimpi ke apa tu lain ceritalah. Baik seterusnya ini soalan fi kelestarian. Baik. Hulu Bernam soal eco-toursim kita akan pastikan semua kayuhan kita king of mountain KKB, Fraser’s Hill dan sebagainya wing of KKB semua kita akan laksanakan di Hulu Selangor. Hulu Selangor antara kawasan tumpuan untuk eco-tourism di Negeri Selangor. Banyak water rafting dan sebagainya. Hulu Selangor pastinya nak bercuti jangan lupa sampai ke Kuala Kubu sampai ke Hulu Selangor ke Hulu Bernam dan sebagainyalah. Dan seterusnya berkaitan dengan Permatang. Permatang tak ada, tak ada, saya tak perlu jawablah. Saya nak jawab fasal homestay, kita nak buat pemutihan dan sebagainya. Sekarang kita tengah buat proseslah ya saya sepintas lalu sahaja untuk di Hulu Kelang, bukan Hulu Kelang.. apa ini.. Hulu Kelang pula sebut ya. Ok baik, semua dah lebih kurang semua dah. Saya ringkaskan nota hari ini dan sebelum saya tutup, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Hulu Kelang. Sentosa terakhir-terakhir.

Yang Berhormat EXCO dalam perbahasan saya telah bawa berkenaan dengan cadangan Majlis Perbandaran atau PBT untuk membina dewan-dewan untuk kegunaan upacara pengebumian dan sebagainya kerana sekarang di kawasan pangsapuri ada yang JMB tidak benarkan untuk upacara dijalankan. Apakah perancangan mungkin jawapan boleh diberikan secara bertulis. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Memang kita ada jawapan dan sebagainya. Saya cuba sampaikan untuk menjimatkan masa lah. Sentosa selalu banyak membantu dalam konteks ini, selaras dengan Majlis Bandar Diraja Klang. Terima kasih Yang Berhormat Sentosa jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat saya tutup pengulangan kali ini dengan serangkap pantun. Ayam berkokok suara bergetar, sampai makcik pun tutup telinga, Selangor juara semakin bersinar, rakyat sejahtera happy sentiasa. Sekian terima kasih. Saya sokong terus Bajet kita.

Speaker

Okay baik, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pandan Indah.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat semua yang masih ada dalam yang mulia ini. Saya ingin mengambil masa untuk sedikit sebanyak untuk membuat penjelasan atau pun menggulung menjawab soalan-soalan atau pun perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan memang lebih dari 30 Ahli-Ahli Yang Berhormat menyentuh i-SPEK berkaitan dengan infrastruktur dan juga pertanian yang saya akan cuba sedaya upaya menjawab dan sebahagianya mungkin telah pun saya jawab dalam soalan-soalan lisan yang telah dibangkitkan sebelum ini. Saya bahagi pada 3 bahagian, satu berkaitan dengan jalan dan juga bekalan air dan juga cerun,

satu lagi pertanian yang akhir sekali yang berkaitan dengan banjir. Yang itu panjang sikit jadi kita akan habiskan Tuan Speaker 12.30 ya, 12.30. 12.00.

Speaker

Tangguhkan pada pukul 12.00.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

12.00 ya.

Speaker

Tak apa teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak apa saya teruskan. Untuk yang soalan pertama yang berhubung dengan jalan aspek jalan daripada dari Seri Kembangan. Berhubung dengan jalan besar Seri Kembangan ini yang dah bertangguh. Dan untuk makluman Yang Berhormat pihak kita telah menghubungi dan telah pihak JKR telah menghubungi JKR Persekutuan JKR Malaysia untuk kita memohon supaya diberikan ruang kepada kerja-kerja menaiktaraf jalan besar cuba dibangkitkan. Berhubung dengan kawasan yang semakin sesak ini, kita akan tunggu sebab ini melibatkan peruntukan persekutuan, jadi kita akan tunggu untuk dapatkan kelulusan mereka dalam pelaksanaan naik penaiktarafan jalan ini. Untuk maklumat Yang Berhormat FT macam saya sebutkan tadi di bawah ada cadangan daripada Yang Berhormat supaya ada usaha-usaha daripada pihak swasta yang berminat. Kaedah ini belum ada lagi dilaksanakan di bawah JKR. Di peringkat lebuh raya tu ada, tapi di peringkat JKR belum dan Kementerian Kerja Raya tidak ada mekanisme, bagaimana jalan-jalan JKR ini sama ada persekutuan atau negeri mekanisme untuk membenarkan dana daripada sektor swasta disalurkan mungkin kita akan boleh teliti nanti. Kalau ada yang berminat untuk pendanaan daripada sektor swasta. Dan untuk Yang Berhormat juga, jalan-jalan lain yang terlibat di kawasan ini, masih lagi banyak kawasan-kawasan pembangunan yang belum dibangunkan, jadi kita menghadapi masalah jalan ini, secara umum kepada semua, banyak jalan-jalan yang dibangunkan bukan sahaja jalan JKR tapi juga jalan-jalan Pihak Berkuasa Tempatan. Bila pembangunan dia buat berperingkat-peringkat, ada lagi tanah-tanah itu tidak dibangunkan tanah yang lain dibangunkan jadi kita memerlukan sumbangan atau contribution daripada semua pihak di situ untuk bangunkan jalan-jalan ini. Jadi sebab itu kita menghadapi masalah serahan ini yang ada jalan yang diserah ada tidak serahkan lagi dan ada yang tidak dapat disiapkan atau pun dinaik taraf, kerana ini menjadi masalah besar dalam kita dalam menguruskan penaiktarafan jalan atau pembinaan jalan-jalan baru. Jadi ini sama juga di Seri Kembangan kita menghadapi masalah ini dan kita cuba selaraskan. Sebaik mungkin bagaimana supaya perkara ini dapat diperbaiki dan diperolehi pelaksanaan dengan lebih baik di masa yang akan datang. Untuk Kajang yang bertanyakan tentang isu, ada Kajang? Ada tentang maintance. Saya untuk jalan-jalan persekutuan Yang Berhormat saya dah sebut banyak kali di bawah konsesi masih lagi road care, di bawah road care, saya rasa dia akan tamat tak lama lagi. Untuk jalan-jalan persekutuan, dia punya anggaran rumput ini ialah dia 12 kali setahun. 12 pusingan jadi kalau ikut betulnya setiap bulan. Kalau di bawah jalan-jalan negeri, dia adalah di bawah KJP

(Kontrak Jangka Panjang) pemotongan ini ditetapkan dua kali sebulan bagi semua jenis kategori jalan. Ini terletak di bawah konsesi apa nama KJP dia sekarang Infrasel dan di bawah itu ada tiap-tiap kawasan itu ada kontraktor-kontraktor yang bertanggungjawab kalau kita dapati ada ketidakpatuhan pihak JKR akan mengambil langkah untuk mengeluarkan borang laporan ketidakpatuhan kepada kontraktor-kontraktor ini. Dan mereka akan diambil penalti jika gagal untuk melaksanakan. Dan pada soalan berhubungan dengan adakah ada pemantauan pada atau audit kepada kerja-kerja di bawah kawasan di bawah JKR ini? Memang ada, kita melantik perunding insurance quality control ini QC ini yang di bawah kontrak KJP ini memang ada untuk memantau, menyelaras kerja-kerja penyelenggara jalan ini termasuk rumput dan sebagainya dipatuhi dan pihak QC perunding ini dia akan mengeluarkan notice of defect NOD kalau ada syarikat-syarikat konsesi ini yang di bawah konsesi ini yang tidak menjalankan tugas mengikut SOP yang telah ditetapkan. Jadi kalau kita dapati ada, termasuk juga peranan perunding ini QC ini juga mengenal pasti mana-mana jalan kerosakan dan sebagainya kita tengok kaedah apa kita nak pakai tempat itu. Dari segi teknikal dia akan mencadangkan apa jenis bentuk penyelenggaraan yang perlu dibuat bagi memastikan jalan kita sentiasa dalam keadaan yang baik. Jadi ini peranan yang telah dibuat dalam masa yang sama juga JKR sentiasa mengadakan unit ronda dia bagi memastikan kualiti jalan dan sebagainya. Tapi saya kena sebut sini jalan kita memang bermasalah, ini baru ini semalam ada demo besar-besar daripada pemilik lori dan treler ini kerana selama ini memang kenderaan kita ini lori-lori berat memang bawa muatan lebih daripada had. Dan ini tidak membantu dalam kita menjaga kualiti jalan kita. Jadi bila kalau memang kalau jalan ini dia design untuk 30 tan dan kalau asik 40-50 tan jalan, kita tidak dapat bertahan, saya dah sebut banyak kali dalam dewan ini. Kita tanah kita, tanah mary clay atau pun tanah gambut memang akan menyebabkan kerosakan cepat. Kemudian dengan hujan yang lebat, dengan trafik yang berat, yang kerap, yang berat jadi menyebabkan banyak isu dan sebab itu kita di peringkat ini saya sebut secara umum bahawa yang disebut oleh pelbagai pihak supaya kita hormati kualiti jalan kita kena ada kombinasi teknologi ini dah juga pelaksanaan kaedah pembinaan dan juga penaiktarafkan dan juga penyelenggaraan perlu diubah, kalau tidak cara kita mengurus begini kita tidak akan mampu untuk seperti disebut oleh Pelabuhan Klang dia sebut bahawa penggunaan SMFM itu atau pun dipanggil super fiber mix telah dilaksanakan memang 30% lebih tinggi daripada kos biasa untuk turapan. Tapi dia tahan hampir dua tiga tahun tanpa minimum maintaince penyelenggaraannya. Kos tinggi tapi maintance kurang dan terbukti memang berjaya. Ini teknologi sebegini kita akan laksanakan. Jadi sebab itu saya rasa kita dari segi jalan secara umum kita menghadapi masalah yang besar jangan kita banding dengan negeri lain. Kita negeri penduduk ramai, bila penduduk ramai, trafik heavy, kenderaan berat dan sebagainya dengan cuaca dengan tanah dan sebagainya. Jadi kita perlu ada kaedah yang lebih di luar kebiasaan untuk kita selesaikan. Jadi yang berkaitan dengan tadi none compliance makna sentiasa kita memerhati mana-mana kegagalan pihak kontraktor untuk melaksanakan kita akan keluarkan notis none compliance dan selepas beberapa kali kita akan ambil tindakan termasuk menamatkan khidmat mereka. Ini yang dilaksanakan.

Bukit Melawati ada? Bukit Melawati ya. Bukit Melawati ada membawa isu berhubung dengan WCE. WCE yang telah pun menghadapi masalah sedikit sebanyak di kawasan terutama di kawasan Kampung Asahan yang disebut disini di jalan Rawang. Kita akui dan pihak JKR sebenarnya telah mengeluarkan notis berhenti kerja sebenar kepada pihak WCE pada 2 Julai 2025. Bagi pihak pemaju pelaksanaan pembaikan maklumat dalam berhubung dengan aspek keselamatan terutamanya dalam pelaksanaan projek WCE (West Cost Expressway). Dan telah pada 21 Julai mereka telah menghantar surat minta supaya dibenarkan semula kerja, tapi pihak JKR tidak berpuas hati lagi dan penarikan hanya berlaku pada bulan Ogos jadi mana sehingga di audit didapati bersesuaian diterima, baru 15 Ogos baru JKR mengeluarkan susulan membenarkan mereka untuk membuat dengan teguran selepas meraka membetulkan segala perkara yang berkaitan keselamatan penyelenggaraan laluan sementara itu. Dan juga pencahayaan, pihak WCE pun telah diminta 12 unit solar telah dipasang bagi memastikan tempat itu lebih terang di kawasan-kawasan laluan sementara itu. Ini menghadapi masalah juga kerana kecurian, ini pun berlaku kecurian jadi kita telah minta supaya pihak pemaju mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan lampu-lampu ini tidak curi dan supaya kawasan itu terang terutama sebelah malam terutama di waktu malam malah dibanyakkan pencahayaan di situ. Ini antara langkah yang telah kita ambil. Tentang cadangan supaya diadakan di Sekolah Rendah Agama Asam Jawa diwujudkan parking khas ini. Parking khas ini telah dibincangkan dengan pihak JAIS. Pihak JAIS meneliti sebab tanah itu melibatkan Sekolah. Kesesuaian oleh sama ada sesuai atau tak sama ada sesuai atau dibina parkir khas ini ya. Jadi kita akan tunggu minta penjelasan nanti, penjelasan dengan pihak JAIS untuk menyelesaikan isu ini. Dalam masa yang sama pihak JKR kita buatlah penambahbaikan dari segi aspek keselamatan di situ penggunaan termasuk trouser bar, yellow box dan sebagainya dan road studs kita laksanakan di situ.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Tuan Speaker.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tidak, Jalan Tanjung ini, ia bawah Majlis Perbandaran Kuala Selangor ini pun kita akan tengok bagaimana dapat kita dapat bantu.

Speaker

Pandan Indah nak bagi tak?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya Silakan.

Speaker

Bukit Melawati.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat EXCO. Sekolah yang Agama Asam Jawa ini sebenarnya, laluan utama ke Klang dari Klang ke Teluk Intan. Jalan ini jalan utama saya ingat pihak JKR meneliti pun saya rasa dah cukup baik, jalan itu dan ada trafik light kat situ untuk kanak-kanak melintas. Tapi jalan itu kadang-kadang ibu bapa tunggu di tepi jalan, jadi membahayakan ibu bapa menunggu. Jadi itu yang kita minta kalau boleh buat peringkat awal mungkin letak tanah

kasaran, supaya ibu bapa dia boleh tunggu belah belakang sekolah itu. Sebelah daripada sekolah itu adalah perumahan Yang Berhormat EXCO jadi susah untuk laluan untuk yang tinggal di perumahan di situ. Jadi saya minta kalau boleh diberi keutamaan untuk pembinaan parkir tempat menunggu.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya memang itu lah, yang kita lihat kita dapati bahawa kawasan yang sesuai adalah di belakang sekolah jadi sebabkan belakang sekolah itu kita rasa tapak yang sesuai untuk diadakan parkir khas ini tapi itu lah kita perlukan kelulusan daripada JAIS sebab ini merupakan tanah mereka dan memang pihak JAIS telah menerima permohonan ini dan mereka sedang kaji bagaimana sama ada kesesuaian untuk diadakan parkir itu dan juga Jalan Tanjung Keramat di bawah MPKS, Majlis Bandar Raya Kuala Selangor ini kita akan lihat bagaimana kita akan bantu untuk memastikan keselamatan utama sebab kawasan ini banyak sekolah di sini dan perkampungan pun ada di sini. Untuk Meru pertanyaan berhubung dengan FT3217 naik lorong sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya telah meluluskan Kerja Awalan Bagi Projek Ini Menaik Taraf Jalan Perindustrian Kapar, Meru dari Persimpangan Jalan Abdul Manan hingga ke Persimpangan Jalan Limau. Ini merupakan reka bentuk dalam RP1 skop kerja mengikut merangkumi kerja ukur, penyiasatan tanah dan juga kerja awalan dengan kos RM5 juta ini kerja awalan belum lagi pembinaan kemudian pembinaan fizikal belum diluluskan lagi dananya dan ataupun bajet belum diluluskan tetapi kita akan siapkan dahulu reka bentuk dan sebagainya untuk dilaksanakan dan kita dalam masa yang sama buat permohonan untuk kerja-kerja kelulusan bagi kerja-kerja fizikal. Pada masa itu kerja-kerja penyelenggaraan rutin ini akan terus dilaksanakan untuk memastikan kualiti ataupun keselesaan dari segi teknikal yang dapat dipenuhi dan pencahayaan itu Jalan Paip dan Jalan Nanas itu kita tengah teliti dan kita akan masukkan kalau perlu penggunaan lampu solar ini kita akan terus memperluaskan, tahun ini kita telah mula mengagihkan lampu-lampu solar di bawah pencahayaan Selangor sebanyak lebih daripada 200 unit.

Yang Berhormat EXCO mohon laluan.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya.

Berkaitan dengan Jalan FT3217 jalan ini termasuk Jalan Hamzah Alang dan di hadapan laluan Masjid Meru dan juga Pekan Meru ke arah Klang dan daripada Pekan Meru ke arah Kapar. Jadi nama jalan ini adalah FT3217 tetapi sepanjang jalan ini agak teruk kerosakannya dan juga jalan di Pekan Meru ini agak sempit dah sekarang ini satu laluan yang kalau boleh laluan itu daripada satu lane kepada dua lane supaya tidak menjadi sesak pada waktu puncak. Terima kasih dan juga penyelenggaraan jalan ini.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya ambil perhatian dengan apa yang dibangkitkan. Saya hendak maklumkan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain kita di bawah Jabatan kerja Raya Selangor kita telah mula ada inventory kawasan-kawasan yang sering menghadapi kerosakan serius ini dan kita telah mula pelaksanaan kaedah teknologi baru saya bagi contoh Jalan Merbau di Kuala Selangor tidak silap saya rasa terletak di bawah Ijok. Di bawah itu kita sudah buat finalize design untuk pelaksanaan SPS yang di sebut oleh Yang Berhormat Menteri Besar baru-baru ini iaitu pratuang konkrit panel itu sebab kejayaan telah berjaya selesaikan di Bagan Pasir selepas 2 ke 3 kali air pasang besar itu masih bertahan dengan cantik jadi kita akan memperluaskan antara tempat pertama adalah di Jalan Merbau. Jadi kita telah mengenal pasti jalan-jalan mana yang kerosakan besar ini sama ada kita akan guna teknologi ini ataupun ada teknologi power sand contohnya ataupun menggunakan ASRR yang kita laksanakan ini juga termasuk yang tadi yang telah di sebut oleh Pelabuhan Klang penggunaan super fiber mix. Jadi kaedah teknologi ini kita kena masuk dan kita tidak boleh buat secara menyeluruh kita perlu mengenal pasti tempat yang perlu untuk kita laksanakan termasuklah di kawasan Yang Berhormat Meru kita telah mengenal pasti beberapa tempat yang kita akan laksanakan kaedah-kaedah turapan ataupun pavement yang lebih baik untuk mengelakkan daripada penyelenggaraan yang berulang kali yang lebih kerap. Ini agak membantu walaupun kosnya agak tinggi sedikit tetapi ia lebih tahan untuk jangka masa panjang dan juga pemakluman Yang Berhormat pemasangan lampu isyarat di sepanjang persimpangan Sungai Buloh sendang giat dilaksanakan oleh pihak pemaju ini oleh Tetuan Sime Darby dan juga JKR Selangor merancang untuk melaksanakan pemasangan lampu isyarat di Jalan Aman Perdana menggunakan peruntukan perbelanjaan di bawah P12. Seterusnya saya hendak sebut di sini juga apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang berhubung dengan isu Projek Jalan Sungai Chuchuh ini dan saya memang mengikuti dengan dekat isu ini sebab ini isu telah berulang kali tentang kerosakan permukaan jalan di Jalan Jajaran 12110 chernis 13000 berdekatan dengan pintu masuk utama Pemaju NCT ini. Jalan ini sebenarnya jalan besar, jalan utama yang bukan sahaja digunakan oleh NCT ini dan akan juga digunakan oleh WTE yang baru di Tanjung 12 oleh Worldwide. Jadi kerosakan ini berpunca daripada hujan lebat satu hal sistem saliran di kawasan ini water table nya sangat tinggi tanahnya tanah gambut jadi sawah dekat situ disebabkan lori-lori compactor sampah yang banyak lori-lori besar yang pergi untuk NCT ini menyebabkan kerosakan yang sangat serius. Jadi apa yang berlaku ialah kita telah pun berbincang dan telah pun mendapatkan keputusan menyerahkan kepada NCT untuk melaksanakan projek sambung daripada kontraktor dulu pun sudah angkat tangan, surrender bendera putih tidak mampu lagi kita telah buat penyerahan kepada NCT untuk membina jalan ini sepanjang 8 kilometer ini dan selebihnya sambungan dari situ ke tapak Worldwide ini akan dilaksanakan di bawah JKR menggunakan kaedah yang konkrit pratuang tadi SPS sistem tadi. Ini antara pendekatan yang kita akan buat dan dalam pelaksanaan untuk design dan juga untuk pelaksanaan.

EXCO boleh? Saya faham dia punya water table nya memang agak tinggi mungkin ada satu penyelesaian kepada sistem saliran ataupun

paritnya itu sebab walaupun bukan musim tengkujuh hujan lebat sikit ia hampir penuh jadi kalau itu dapat dibantu untuk diselesaikan sama ada bukan flap gate tetapi water table di peringkat saliran parit itu dapat di kurangkan mungkin jalan di sebelah parit itu dapat dikurangkan juga dan kesesuaian untuk musim tengkujuh saya ingat agak mustahil untuk kita uruskan jalan ini sebab hujan pun lebat water table nya tinggi ini menambahkan teruk saya ingat kalau kita urus pada masa ini. Terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat sebenarnya kita telah meneliti isu water table yang tinggi ini sebenarnya tidak boleh diselesaikan dengan kaedah yang biasa kena ada raise level jalan itu, longkang ya kita memang kena sediakan tetapi kena rise dia tidak boleh dan sistem SPS ini ia akan boleh naikkan kita naikkan lebih tinggi sikit daripada jalan dengan panel itu jadi air water table ini tidak lah sampai boleh mengganggu dan sistem ataupun permukaan bagi jalan ini. Ini setakat yang kita gunakan cuma kebimbangan saya adalah kaedah dibuat oleh NCT ini tidak mengikut SPS jadi saya akan perhatikan nanti kalau didapati kegagalan juga kita akan panjangkan jalan ini SPS ini daripada yang kita bina 3 kilometer atau 2 setengah kilometer ini terus untuk memastikan jalan itu akan konsisten dan sama sepanjang di Hulu Chuchuh itu. Untuk Yang Berhormat Semenyih yang bertanyakan berhubung trafik yang sesak di depan Klinik Kesihatan Beranang, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya telah meluluskan Projek Menaik taraf Persimpangan di bawah RP1 RMK-13 iaitu di bawah FT01 jalan Sesapan Batu Rembau di laluan FT01. Skop ini melibatkan lorong tambahan dari Jalan Semenyih ke Beranang dan ke Jalan Sesapan Batu Rembau B146. Menaik taraf longkang, alih utiliti, memperbaharui permukaan jalan dan pengalihan lampu isyarat serta menggunakan peruntukan RM6.8 juta. Projek ini mula pada tahun November 27 sebab dia melibatkan pengalihan utiliti dan kerja-kerja design dan sebagainya jadi saya cuba untuk mempercepatkan untuk jalan ini sebab saya tahu jalan ini memang begitu sesak dan banyak yang telah kita terima aduan berhubung dengan jalan ini. Untuk laluan ke Kampung Rincing belum ada permohonan naik taraf walau bagaimanapun kita akan mengangkat permohonan ini dan saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua banyak jalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam ucapan perbahasan dan sebagainya memang kita dalam kajian akhir Pelan Induk Strategik Pembangunan Jalan dan Lebuh Raya Selangor memang dibuat oleh JKR akan siap pada bulan hadapan daripada situ kita akan lihat jalan mana perlu di upgrade dahulu jalan mana yang missing link semua ada dalam itu saya memang menunggu untuk melihat dan ini merupakan kajian pertama kali dalam sejarah Negeri Selangor. Kajian berhubung dengan keseluruhan jalinan ataupun jaringan jalan-jalan kita adalah lebuh raya untuk kita lihat conectivity nya dan kita harapkan akan membantu dan saya boleh berkongsi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk melihat mana-mana jalan missing link yang perlu di upgrade untuk membantu kita dalam kita merancang dengan lebih teratur jaringan jalan dan juga lebuh raya di Negeri Selangor. Ini termasuk Kampung Rincing ini sekali ya. Tentang Batang Kali daripada Yang Berhormat Batang Kali berhubung Jalan Protokol dan P113 yang ini sebenarnya kita dah melihat sekali

lagi saya sebut benda ini kita akan tengok kewajarannya dalam Pelan Strategik yang saya sebut akan siap pada bulan hadapan ini tetapi setakat ini tidak ada lagi keperluan untuk pelebaran jalan ini walaupun, saya akan tengok nanti kalau ada keperluan itu saya akan jadikan agenda utama antara agenda utama kita dalam memastikan jalan itu dapat dilebarkan. Tentang Jalan Sungai Choh ke Rasah kita telah membuat bahagian cawangan jalan oleh ibu pejabat telah menjalankan lawatan ini adalah jalan Persekutuan FT01 pada 6 November 2025 dan mengenal pasti masalah utama dan perancangan pelebaran Jalan Persekutuan ini dan permohonan ini akan dibuat di bawah RP, Rolling Plan 2 maknanya 2027 bagi RMK-13 bagi memastikan jalan ini memenuhi standard JKR bagi laluan persekutuan. Tentang cadangan penggunaan AI sebenarnya kita memang sedang menggunakan AI untuk dalam pengesanan jalan-jalan rosak. Untuk Ahli Yang Berhormat pihak JKR Selangor telah menggunakan pakai artificial intelligence, AI di dalam modul ronda di dalam modul ronda di dalam skop kerja Skop Integrated Road Maintenance System termasuk juga di bawah sistem IRAA di bawah InfraSEL kita ada rondaan diguna pakai melibatkan dashcam yang di pasang dan membuat rondaan. Kita memang setiap hari rondaan untuk pickup dan kita tahu sebenarnya lubang-lubang dan sebagai mana kerosakan tetapi proses pelaksanaan proses penyelenggaraan ini berlaku kita ada lebih 22,000 anytime lubang-lubang jalan di seluruh Selangor kita senang uruskan berperingkat-peringkat untuk pelaksanaan untuk diselenggarakan. Dashcam tersebut telah dilengkapi teknologi AI di mana kerosakan pothole ini dapat dikesan dengan serta-merta cadangan pelaksanaan, saya hendak maklumkan di sini juga kepada semua Ahli Yang Berhormat kita telah luluskan baru-baru ini dalam MMKN untuk mulai tahun hadapan jalan-jalan kita akan buat tampalan ini menggunakan jetpatcher yang kita telah buat projek rintis pada tahun ini didapati sangat berkesan dalam memperbaiki kualiti tampalan lubang-lubang jalan dan kita telah setuju bahagi kepada 5 zon, zon tengah, selatan, barat, timur dan utara dan setiap zon akan diberi peruntukan RM5 juta menggunakan jetpatcher untuk tampalan sahaja termasuk jalan-jalan PBT. Jadi akan mula pada tahun hadapan jadi kita sudah luluskan dan maknanya kerjanya adalah tampalan lubang sahaja sepanjang Jalan-jalan JKR juga dan juga jalan-jalan PBT dan ini telah diluluskan satu teknologi baru menggunakan jetpatcher ini tidak ada potong-potong lubang tidak ada dia pergi dan terus tampalan sebab ia hot mix dan dia asimilasinya dengan kuat bonding antara lama dan baru ini akan membantu dari segi tampalan lubang kita jauh lebih kualiti dan lebih tahan berbanding dengan kaedah yang sedia ada. 12 ya.

Speaker

Berkenaan jackpatcher Yang Berhormat. Jam sekarang telah pun menunjukkan pukul 12 tengah hari dengan ini Sidang Dewan ditangguhkan ke pukul 3.00 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.00 PETANG)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera, selamat petang semua. Kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pejabat Tanah Galian Negeri Selangor telah membuka kaunter semakan dan bayaran cukai tanah dan cukai petak negeri Selangor yang dijadualkan akan dibuka bermula pukul 3.00 petang, 21 November 2025 dan disusuli 8.30 pagi, setiap hari sehingga selesai Sidang Dewan Yang Ke-15 bertempat di lobi Wisma Dewan Negeri Selangor. Saya menjemput semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan petugas-petugas Sidang Dewan untuk hadir ke kaunter tersebut bagi membuat semakan serta membuat bayaran cukai tanah dan juga cukai petak bagi yang belum menjelaskan untuk tahun 2025. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kita sambung penggulungan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Infra Dan Pertanian. Dipersilakan Yang Berhormat.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Tuan Timbalah Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Hulu Kelang pada petang ini. Saya sambung pada penggulungan yang saya dah buat sebahagiannya pada pagi tadi berhubung dengan isu berkaitan dengan jalan raya. Jadi Ini Yang Berhormat Sabak ada ya. Yang Berhormat Sabak yang membawa isu cadangan pembinaan flyover tadi sepintas di Sabak disebabkan u-turn. Kita sebenarnya memang mendapat makluman perkara ini dan membuat kajian berhubung dengan perkara ini. Dan Ini adalah salah satu lagi yang saya sebutkan tadi yang akan masuk dalam pelan induk jalinan jalan raya dan juga lebuh raya dalam kajian kita yang dimaksudkan itu di Kampung Bagan Nira dan Kampung Panchang Badena. Ini yang merupakan perkara ini memang kita akui dan kita untuk sementara kita menambah baik aspek keselamatan di situ dengan pemasangan road start solar warna merah itu untuk memberi peringatan kepada pengguna tentang menggunakan round bord street untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dan pemasangan papan tanda pemakluman pusingan ‘U’ di hadapan. Ini yang antara langkah sementara yang kita dah buat dan kita akan tengok lagi, apa lagi yang langkah-langkah seterusnya yang kita akan lakukan. Saya menerima....

Cuma, sikit sahaja. Cuma saya nak tanya kajian itu lama mana agak-agaknya?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kajian itu sebenarnya saya telah sebutkan tadi. Pagi tadi kita akan siapkan pada hujung bulan 12, bulan depan ya. Sebenarnya dah bermula hampir 7 atau 8 bulan kajian ini dibuat berhubung dengan pelan induk pembangunan ataupun rangkaian jalan dan lebuh raya Selangor ini merupakan kajian pertama dalam negeri Selangor yang akan melihat keperluan penaiktarafan jalan dan juga keperluan missing link, jalan-jalan

yang perlu dicantum untuk meningkatkan connectivity. Saya akan siap pada bulan 12 insya-Allah. Pada Sidang akan datang saya rasa dah boleh sebahagiannya saya boleh kongsikan dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua. Saya menerima juga pandangan–pandangan yang baik daripada Yang Berhormat Sentosa daripada Sungai Kandis, daripada Morib dan juga dan daripada Sementa berhubung dengan langkah-langkah perlu yang di ambil untuk meningkatkan tahap penyelenggaraan ataupun mutu atau kualiti dengan keadaan jalan dan saya pun sebahagiannya saya dah sentuh usaha kita berterusan untuk memperbaiki kualiti jalan-jalan kita dengan bukan sahaja dengan pengenalan teknologi yang saya sebutkan pagi tadi tapi juga dengan langkah-langah pemantauan dan penggunaan teknologi seperti AI yang tadi yang saya sebutkan. Dan juga dengan pelantikan perunding QA/QC pun sudah saya sebutkan tadi. Yang pihak ketiga independence bebas yang akan membuat kajian dan juga membuat pemantauan dan menentukan kualiti jalan-jalan raya di negeri Selangor. Ini pun di Jalan Persekutuan pun mereka mempunyai star rating untuk menilai prestasi syarikat konsesi sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang baru-baru ini. Kita akan teruskan juga akan panjangkan juga di Selangor untuk memastikan bahawa kualiti jalan kita akan berada di tahap yang terbaik. Jadi saya harap perkara ini dapat kita segerakan dalam pelaksanaan. Dan berhubung dengan Yang Berhormat Sementa ada menyebut mengenai jalan di Jalan Iskandar, Bukit Kapar. Jalan Iskandar, Bukit Kapar ini yang merupakan jalan kenderaan berat yang melaluinya. Mendapan terdapat mendapan. Jalan ini sebenarnya termasuk juga dalam jalan-jalan yang saya sebut pagi tadi yang mana kita memantau, melihat sama ada kita perlu guna kaedah yang lain dalam untuk memperbaiki struktur jalan ini. Dalam kaedah pembaikan ini akan dijangka bermula sekarang ini dalam proses semakan dan akan bermula kerja-kerja tapak ini pada bulan Disember ini. Untuk membaiki, untuk memperbaiki mutu Jalan Iskandar, Bukit Kapar ini. Dan pencahayaan pun kita akan tengok bersekalilah bagaimana yang isu pencahayaan di kawasan yang berkenaan. Untuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sementa juga berkaitan dengan isu kerosakan jalan yang dikatakan kuari sebenarnya kita telah menyemak dan sebenarnya tiada operasi kuari di situ ya. Yang menjalankan di kawasan itu yang ada itu merujuk kepada yang disebut kuari tanah merah sebenarnya bukanlah kuari tetapi adalah kerja pengeluaran tanah yang dilaksanakan melalui kelulusan permit 4C oleh Pejabat Daerah Tanah Dan Daerah Klang. Ini yang sebenarnya berlaku dan kita telah cadangkan JMG juga telah memberi nasihat Jabatan Mineral dan Sains juga sedia memberi nasihat teknikal geologi dan sebagainya kepada isu ini kerana dia bukan kuari jadi aktivitinya tiada kawalan yang sebagaimana yang teliti ataupun yang SOP yang sesuai sebagaimana kuari. Jadi saya rasa perkara ini kita akan teliti bersama dengan Jabatan berkaitan iaitu JMG, Jabatan Alam Sekitar dan pihak PBT termasuk Pejabat Tanah untuk memastikan pemantauan berlaku terhadap kerja-kerja tanah ini yang membawa jugaimpak kepada kualiti jalan. Itu yang kita akan laksanakan. Tentang Paya Jaras.

Yang Berhormat.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya.

Yang pertama isu pengeluaran tanah merah tadi itu. Setelah mana saya semak dengan Pejabat Daerah, Tuan DO sendiri menyatakan tiada permit yang dikeluarkan tetapi ada lagi pengusaha-pengusaha ataupun operator yang agak degil. So, di sini sepatutnya yang pertama sama ada penguatkuasaan daripada Pejabat Daerah itu perlu di perkasakan ataupun pihak-pihak lain termasuk JPJ untuk di kerap mengadakan operasi bersepadu. Yang keduanya, berkaitan tentang kenderaan berat itu ditambah pula daripada jiran sebelah daripada Kuala Selangor yang melalui Jalan Iskandar yang menjadikan jalan tersebut semakin teruk dan mendap sedalam dua kaki. Dan terpaksa ditutup sekarang ini dalam beberapa bulan ini ditutup dan memberikan kepayahan kepada penduduk dan pengguna jalan raya di situ. Dan tadi dimaklumkan Disember ini akan bermula dan mudahan insya-Allahlah benda itu akan kekal lama.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat itu yang saya sebutkan tadi yang permit pun ada yang tiada permit pun ada. Ini yang sebab tu saya cadangkan di sini satu Jawatankuasa Khas pemantauan berhubung dengan kerja-kerja pengambilan tanah ini yang terdiri daripada Pejabat Tanah, PBT, JAS dan juga JMG dan juga JKR. Yang ini kita akan segerakan sementara itu kita memang dah ada pun cadangan untuk penambahbaikan Jalan Iskandar yang berkenaan. Untuk Yang Berhormat Paya Jaras, ada membangkitkan isu-isu berkaitan dengan Jalan Rahidin ini yang dianggap ada dua isu sebenarnya di situ satu ialah kaitan dengan penaiktarafan jalan sendiri di jalan-jalan simpan tiga Jalan Rahidin ini. Ada tak Paya Jaras? Jadi kini sekarang kita sedang peringkat memuktamadkan reka bentuk terperinci untuk projek ini, pengambilan tanah akan melibatkan 12 lot masih berada di peringkat menunggu sesi pendengaran kita clearkan dulu isu reka bentuk ini dan kita ikuti dengan pengambilan tanah ada 12 lot dan jangka proses tender dijangka pada Oktober 2026 bergantung pada status pengambilan tanah ini. Kerana projek ini akan siap pada masa 36 bulan dari tarikh mula pembinaan. Jalan Merbau Sempak projek penaik taraf dua simpang persimpangan Jalan Merbok, Sempak B131 serta kerja berkaitan ini masih di peringkat pengambilan tanah dan projek kita naklaksanakan setelah isu pengambilan tanah selesai. Ini pun isu tiga tahun juga akan diperlukan untuk construction. Saya mengambil maklum mengenai isu dibangkitkan berhubung dengan kerja-kerja penggantian paip. Di paya jaras, di Jalan Rahidin Satu ini dan Jalan Kepong yang masih belum selesai. Ini merupakan satu pakej 59 ini adalah 8 lokasi hotspot ya. Jadi enamnya telah siap manakala satu hotspot telah di keluar pakejnya dan Jalan Rahidin merupakan satu lagi yang tinggal. Satu lagi hotspot yang belum siap. Peringkat awalnya memang ada masalah dengan kontraktor yang kurang memuaskan dan kurang tenaga kerja tetapi kontraktor telah memberi keutamaan kepada enam spot yang lain diabaikan yang ini. Jadi kita telah bagi amaran dan sebagainya dan telah diberi sambungan sehingga kerjanya akan disiapkan selewat-lewatnya Mac 2026. Yang ini kerja-kerja sedang di selesaikan atau Mac atau paling kurang pun Jun lah kita katakan Jun 2026 semua nanti termasuk turapan dan sebagainya akan siap di kawasan berkenaan. Saya juga nak menyentuh mengenai isu berkaitan air yang dibangkitkan oleh, oh Sijangkang tak ada, yang dibangkit oleh Hulu Kelang. Hulu Kelang ada kita ceritakan sikitlah berhubung apa

yang dibangkitkan mengenai kekurangan air atau ketiadaan sumber air bagi SBB Industrial Park ataupun Selangor Biobay ini yang saya ketika saya jadi EXCO pun isu ini memang timbullah. Di mana kawasan pembangunan itu tidak mempunyai air, bekalan air yang mencukupi untuk mereka bangunkan tempat itu. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pembangunan di Pulau Indah ini melibatkan keluasan 5,324 ekar. Iaitu tiga projek utama iaitu Pulau Indah Industrial Park, PIIP, Selangor Halal Hub (SHH) dan Selangor Biobay, SBB Development. SBB ini dibangunkan oleh Sentral Spektrumlah merupakan anak syarikat di bawah GLC melibatkan 5 fasa ya. Lima fasa daripada 2020 sehingga 2042 lah ada lima fasa di situ. Setelah siap fasa satu, SSB ataupun Sentral Spektrum ini memerlukan bekalan air bersih tambahan untuk menampung pembangunan. Jadi bekalan air tidak cukup untuk di bekalkan di situ menyebabkan kerja-kerja penggunaan air ini perlu disambung dari Bukit Lipat Kajang di Kajang ini, di Klang ini merupakan dia punya kolam imbangan. Kolam imbangan air Selangor. Melibatkan pemasangan paip sepanjang 27.2 kilometer. Yang melibatkan kos yang dianggarkan 300juta dan kerja ini perlu disiapkan pada atau sebelum tahun 2028. Sebenarnya projek Rasau ini pun sebenarnya akan juga melibatkan juga pemasangan ataupun pengupgrade dan paip ke Bukit Lipat Kajang ini. Untuk menaikkan kapasitinya. Jadi penyediaan infrastruktur air ini adalah tanggungjawab pemaju sebab ini tanggungjawab pemaju maka mereka perlu menyediakan kos penyediaan utiliti biasanya satu daripada komponen kos yang biasa dibiayai pemaju dan dalam usaha ini penyelesaian isu pemasangan paip ke Pulau Indah ini di bawah Bayu Bay ini telah dicapai serta persefahaman di antara Sentral Spektrum dan Kumpulan Perangsang supaya kerja-kerja pemasangan paip dilaksanakan dibiayai sepenuhnya oleh KPS lah kumpulan Perangsang Selangor Bhd. Rundingan antara SSP dan KPS mengenai kaedah bayaran balik segala kos yang telah dibayar kepada PPR telah menjurus kepada hubungan company to company tanpa melibatkan kerajaan negeri. Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Ijok berkaitan dengan Ijok banyak memberikan pandangan dalam isu tebatan banjir tetapi ada isu elektrik, jadi saya sebutkan dulu. Isu voltan rendah ini sebenarnya saya mendapat makluman daripada Tenaga Nasional bukan sahaja di Ijok ada menghadapi masalah gangguan bekalan elektrik ini. Kemasalahan ini ialah masalah ketidakstabilan voltage, voltan ya di kawasan Ijok ini punca utamanya adalah pembangunan tidak terancang. Bila bangunan tidak terancang membuat permohonan elektrik bekalan diberi dia memberi gangguan kepada kestabilan voltan ini disebabkan infrastruktur elektrik itu tidak dibuat dengan baik. Sebabkan ia tidak dirancang dengan baik. Dia biasa kalau kawasan terancang dia akan menyediakan infrastruktur subseksyen dan sebagainya. Ini bukan sahaja di Ijok, di Klang pun saya dapat maklumat pun ada kawasan-kawasan yang menghadapi masalah. Jadi Tenaga Nasional sedang mengambil segala langkah yang perlu untuk menyelesaikan secara jangka pendek, jangka panjang. Jadi Ijok termasuk antara langkah yang diambil ialah meningkatkan keupayaan sistem rangkaian bekalan supaya dapat disalurkan dari tempat lain dan merancang pembinaan infrastruktur baru seperti pencawang elektrik untuk masa yang akan datang ini sedang dibina dan dilaksanakan oleh pihak Tenaga Nasional. Berhubung dengan, Bukit Lanjan ada? Bukit Lanjan ya yang membangkitkan isu mengenai Cerun. Saya ingin memaklumkan di sini

bahawa pembangunan Cerun ini kita telah membuat penelitian dan kita telah hampir siap cadangan penambahbaikan yang agak komprehensif atau secara meluas berhubung dengan isu mengenai cerun ini. Pengurusan cerun. Baru ini dibangkitkan juga oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa ada tabung bencana alam itu, tabung amanah bencana alam yang boleh digunakan. Sebenarnya inilah salah satu daripada perkara yang aspek menjadi isu sensitiviti. Selain daripada pembangunan itu yang di bawa ke Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Sensitiviti Alam Sekitar. Yang melibatkan 12 agensi yang kami lihat pembangunan di kawasan-kawasan cerun ini. Saya lebih menumpukan kepada bagaimana nak menguruskan cerun untuk masa akan datang. Sekarang dan masa akan datang. Ada tiga komponen besar di bawah Jawatankuasa Pengurusan Cerun yang saya pengerusikan. Pertama ialah melihat SOP penyelenggaraan, saya boleh maklumkan di sini antara punca berlakunya banyakkan keruntuhan cerun-cerun ini adalah apabila ban drain apa Bahasa Melayu ini yang ban ini yang bertingkat itu longkang yang di atas tingkat itu tidak di selenggara dengan baik kadang pokok tumbuh. Ada pandangan pokok tumbuh bagus tapi sebenarnya pokok tu tak bagus sebab akar itu akan pecah longkang ini dan air akan masuk salah satu yang punca yang berlaku keruntuhan di Bukit Permai itu adalah air yang masuk dalam longkang daripada lubang-lubang ini menyebabkan tepu tanah ini dan menyebabkan keruntuhan. Jadi perlu di selenggara dengan baik. Jadi SOP nya kita telah hampir siap. Dan juga yang kedua ialah kita juga melihat badan pemantau. Satu badan perlu ada diwujudkan di negeri Selangor ini untuk memantau keadaan cerun-cerun ini. Kadang cerun ini ada cerun yang man made yang dibuat oleh manusia ada cerun yang natural yang duduk di dalam kawasan-kawasan dalam hutan yang biasanya. Yang juga kadang-kadang boleh membawa masalah kepada masyarakat setempat. Dan yang ketiga adalah penandaan. Jadi kita ada Cadangan nanti untuk caruman cerun yang kita akan cadangkan di peringkat masih lagi di peringkat kajian di peringkat akhir kajian untuk kita bentangkan ke MTES dan juga kepada MMKN bagi kita laksanakan itu dan sebagainya yang disebut oleh Yang Berhormatlah berhubung tabung bencana alam yang disebutkan boleh digunakan. Jadi ini langkah-langkah yang kita akan ambil. Kita dah ada inventori semua kawasan-kawasan mempunyai cerun-cerun yang perlu dipantau ini kita dah ada inventorinya dan kita akan berterusan memantaunya. Untuk pertanian saya ingin sentuh sedikit adalah sedikit sebanyak yang dibangkitkan oleh ada disebut oleh Hulu Kelang, yang disebut Sungai Panjang, Permatang, Sabak, Morib, Sungai Burung, Semenyih,Batang Kali dan Kota Kemuning. Saya akui memang pertanian ini kalau dilihat dari segi peratus dia memang rendah ya. Kalau kita lihat 2020 kita punya sumbangan adalah kepada KDNK 4.7bilion, 2021 4.95, 2022 4.93, 2023 4.56, 2024 naik sikit 4.88 dia sekitar 1.1% sumbangan. Dia ada dua industri. Memang kita ber apa orang kata, berebut tanah dengan industri dan perumahan memang kita kalah selalunya. Jadi ini yang antara satu isu lagi yang kita hadapi. Yang keduanya, pertanian ini kita kena ingat dia bukan sahaja fresh produce. Dia ada juga proses bila yang proses itu kita panggil industri asas tani. Buah-buahan diproses di tinkan, ayam dan sebagainya dia buat burger tapi bila diproses ia tak masuk dalam kiraan pertanian. Dia masuk bawah industri. Jadi kiraan itu tak masuk sebab itu nampak macam kecik. Kalau kata keseluruhan pertanian agro makanan ini

dimasukkan saya rasa ini dari segi cara DOSM membuat kiraan dan sebagainya. Saya pernah tegur, dorang kata itu memagn dah daripada dulu begitu kiraannya. Kalau kita kira balik, Selangor ini terkenal dengan industri jadi banyak Pertanian dan makanan ini diproses. Jadi bila proses itu dah tak duduk di bawah pertanian dia terletak di bawah industri. Walau bagaimanapun saya menerima teguran dan pandangan bagaimana kita dapat perbaiki di bawah peta pelan transformasi agro yang pertama kita telah ada usaha bukan sahaja untuk meningkatkan isu sesuatu ratio ataupun kadar sara diri menyumbang kepada negara tetapi juga penglibatan anak muda dan wanita. Sebenarnya kita dapati memang penuaan di dalam di kalangan petani ini ia sangat tinggi. Yang anak muda ini tak ramai tetapi mula meningkat bila mereka melihat pertanian moden dan hasilnya boleh meningkat. Ini merupakan juga dasar di bawah pelan transformasi agro 2.0 yang kita sedang buat untuk menambah lagi minat anak muda dan wanita dengan cara kita meningkatkan tahap pendapatan. Kalau pertanian tidak boleh memberi menyumbang kepada meningkatnya pendapatan tak akan ada sapa pun nak masuk. Jadi sebab itu kita pergi kepada pertanian bernilai tinggi supaya mereka dengan sokongan kita bimbingan dan juga dana pendanaan daripada kerajaan negeri dan juga persekutuan baru kita boleh tingkatkan usaha-usaha Pertanian moden ini yang telah membuktikan boleh memberi sumbangan yang baik. Sebagai satu kerjaya kepada anak-anak muda kita. Antara mereka-mereka yang kita boleh lihat dengan yang telah berjaya di peringkat dunia pun dah ada dah boleh mengeksport barang-barang barangan dan produk mereka. Saya mendengar pandangan daripada Sungai Panjang yang menyebut mengenai apa sebenarnya Kerajaan kita beri pada orang tani sebenarnya banyak tapi itulah walaupun ucapan Yang Amat Berhormat tahun ini tak banyak sangat penekanan pada pertanian tapi bukan bermakna kita menyampingkan bukan kita menepikan peranan pertanian dan agro makanan. Kita tetap kalau saya bagikan contoh tahun ini Sungai Panjang. Untuk makluman Sungai Panjang dan juga Permatang ya, kita 17.77juta telah disediakan melalui veterinar dan juga Jabatan Pertanian untuk membantu warga tani kita. Tahun 2026 20juta akan dimasukkan di bawah keterjaminan makanan. Peruntukkan tersebut tidak termasuk kajian pusat lagi. Kerajaan pusat untuk padi sahaja 6.3juta. dan dia punya subsidi untuk bantuan. Kalau kita senaraikan kat sini untuk 2025 ita tengok melalui UPEN 3.64juta. Melalui Barat Laut, AIGA Barat Laut 26juta, Jabatan Pertanian 9.05juta, di bawah Jabatan Veterinar Selangor 77ribu ini tak banyak. Jabatan Perikanan 900ribu, LKIN 742ribu, Pertubuhan Peladang 20.64juta, Lembaga Perindustrian Nenas 3.1juta. Keseluruhan 181juta ini tak termasuk subsidi padi. Subsidi padi 1 hektar RM3500 input yang diberi kepada semua melalui baja dan sebagainya. Dan ini tak termasuk subsidi output pula yang RM500 dibayar 1 tan oleh BERNAS. Jadi memang tinggi dan kita juga mulai tahun lepas kita mulai menerima 30juta lebih, tahun ini juga 30juta lebih juga daripada federal dan kita agihkan terus kepada warga petani kita. Ada yang buat pertanian bernilai tinggi pembenihan pembakaan. Ada yang udang, ada yang Black Belly Barbados yang saya sebutkan itu kambing yang pelbagai dan kita terus agihkan untuk mereka laksanakan. Dan saya yakin tahun depan Kementerian akan bagi lagi 30juta lebih lagi dan kita akan usahakan untuk kita perluaskan lagi penglibatan warga tani Selangor dalam mengeluarkan produk pertanian yang bernilai tinggi ini untuk kita sumbangkan kepada

kemajuan pertanian negeri Selangor. Saya ambil maklum mengenai isu padi yang dibangkitkan saban tahun oleh setiap kali siding Sabak tak henti-henti, kita untuk tahun ini saya menyahut seruan daripada Sabak kita dah mula 2 blok di Sabak Bernam untuk kita buat pertanian yang kita uruskan daripada awal. Jadi kita boleh melawat nanti kita tengok bulan 3 nanti penanaman padi akan dituai. Setakat ini alhamdulillah berjalan dengan baik. Kalau berjaya kita kembangkan. Selain usaha-usaha lain usaha ini merupakan daripada STANDCO Pertanian sendiri bersama IADA, Barat Laut dan pertanian kita buktikan bahawa sebenarnya sawah ini boleh membawa hasil yang baik kepada petani itu kita boleh melawat bersama nanti di Sabak Bernam.

Yang Berhormat, terima kasih. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat sebentar tadi, Cuma saya nak menzahirkan sekali lagi kebimbangan terhadap petani-petani yang tidak memanfaatkan lot-lot sawah mereka sebagaimana Sungai Panjang telah menyebutkan ada petani yang sudah rasa fed-up untuk membangunkan tanah-tanah mereka. Dan akhirnya tanak sawah mereka terbiar dan saya nak mencadang kalau boleh Yang Berhormat ya. Kalau boleh Yang Berhormat bincang dengan Seri Setia bagi tanah-tanah yang tidak diusahakan ataupun yang petani-petani yang sudah agak tepu untuk mengusahakan tanah mereka sehingga pengeluaran padi tu dah tak berapa banyak kerana pengusaha pun dah tak berapa semangat nak mengusahakan padi, yang ini kalau boleh ada negeri yang telah buat lot-lot ini diserahkan kepada Lembaga Zakat untuk mengurus. Untuk mengurus lot-lot yang tidak diusahakan ini dan zakat akan bila sudah hari menuai zakat hanya akan ambil bahagian zakat dan tak perlu dibayar zakat lagi dan untuk itu yang lebihnya dibagikan kepada tuan punya tanah. Jadi dengan sendirinya tanah itu dapat dimanfaatkan dan pengusaha dan sebahagiannya kita sedia maklum bahawa pengusaha-pengusaha ini ada yang memang berusia yang berumur. Anak-anak muda dah memang tak berapa minat dah sebab dia bukan pendapatan tinggi, kadang-kadang rugi pun dengan pertanian ini. Sebab kalau dia ada kerja lain, dia akan memilih kerja lain. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang boleh?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Jap, saya jawab dulu. Yang berkait je dulu. Sebentar lagi. Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Sabak. Dan saya memang membuat kajian berhubung dengan isu sawah ini ya. Sawah ini dia tak termasuk pertanian bernilai tinggi. Itu yang saya selalu sebut. Tanaman yang paling banyak subsidi tapi hasil tak semana adalah padi. Dia kalau kita kira balik dia perlukan sekurang-kurangnya enam tan kalau nak untung. Kalau setakat tiga tan dia rugi. Itu kalau kira termasuk subsidi kerajaan pusat kalau setakat duit dia bagi dan kerajaan berpusat bawah lima tan jangan, memang rugilah. Tapi memang kalau buat duit yang sama tanam nanas MD2 ke apa memang hasil dia sangat luar biasa. Tapi itulah padi ini kita tak boleh lari BERNAS ini adalah makanan asasi kita. Letih kita kalau kita tak dapat beras ni. Memang letih ya. Keperluan itu tinggi. Tapi bila

kita buat siasatan kita sebenarnya ada 19,000 lebih hektar sebenarnya kawasan dibelah Barat Laut. Kita tak ada tempat lain di Selangor ni. Di Barat Laut je kita ada dan tak ada lagi ruang kita nak tambah. Memang tak ada. Menteri Kementerian tanya nak tambah memang tak boleh. Kita boleh tambah produktiviti dia je tapi tak boleh tambah tanah dah untuk sawah ni. Dan saya faham dan dua-dua lebih kurang 2,000 hektar memang ada yang buat benda lain. Ada yang buat homestay, ada yang buat tanam sayur dengan Bangladesh pun ada, saya tahu. Saya melawat tempat-tempat ini. Ada yang tanam lemon mantle ada yang pelbagai tanaman lain sebabkan kita nak enforce pun kita tak berapa berani kerana dia rugi. Tanah tu tak sesuai dengan tempat tu saya akui memang setengah bahagian tanah yang sawah ini memang tak sesuai untuk padi dan padi ini tanaman monocrop, tanaman single crop. Dia ulang-ulang. Tanaman begini dalam pertanian memang sukar sebab dia kena rawat tanah, penyakitlah dan sebagainya. Sebab kalau kita tanam lepas tu kita break satu musim kita tanam jagung lepas tu padi balik dia akan putus penyakit tu. Tapi sebab kita berterusan menyebabkan masalah yang banyak dalam pertanian yang single crop ini dan saya rasa sudah sampai masa kita buat permohonan baru ini iaitu dengan tak cerita sistem saliran itu. Kita buat permohonan daripada federal Wilayah Persekutuan 1.2 bilion baru ini. 600juta sahaja pengambilan tanah. Kos pengambilan tanah 600juta. Nak besarkan Palong tu air tu, nak buat kolam lagi satu. Jadi saya tak dapat lagi jawapan respons daripada kerajaan eh Kementerian Pertanian. Saya nak tunggu mesyuarat hujung bulan ini dengan Menteri, nak tanya apa status permohonan kerajaan negeri berhubung isu ini. Jadi banyak isu yang kita hadapi dan saya rasa kita akan ambil langkah seterusnya untuk melihat balik tanah-tanah ini bagaimana kita dapat uruskan dengan baik dan sistem yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sabak itu dipanggil sawah berskala besar SBB. Sekarang ini diusahakan oleh FGV, berapa ribu, saya ingat seribu lebih hektar yang mereka usahakan dan berjaya untuk meningkatkan hasil. Di koperasi Simpang Lima tu 500 hektar tu memang dah lama mereka usahakan ahli juga tetapi di bawah satu badan. Itu sahaja kaedah, satu lagi kaedah bagaimana kita nak menguruskan sawah ini. Kena buat secara besar plantation berskala besar. Yang ini perlukan penambahbaikan dalam bagaimana kita nak menguruskan sawah ini sebab betul memang ramai yang dah berumur tak mampu lagi untuk nak meneruskan usaha sawah perlu kita buat dalam bentuk berskala besar sama ada melalui koperasi ataupun melalui syarikat-syarikat besar ini yang akan mengusahakan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO sebab itu Sungai Panjang menimbulkan dalam perbahasan tentang kerisauan kawasan sawah padi di Barat Laut ini akan terhakis akibat pembangunan. Jadi tidak ada dana yang khusus untuk perlindungan tanah yang pertanian itu kekal. Itu yang pertama, Sungai Panjang bangkitkan hari itu dan Kedua, Sungai Panjang mencadangkan bila ada pengambilan tanah untuk perkara tersebut diwujudkan moratorium penukaran tanah sawah kepada pembangunan yang kita kenal pasti ada 24,000 lebih hektar yang aktif kalau ikut DOSM lah. Umumkan moratorium 10 tahun atau sebagainya bergantung kepada kajian. Dan Sungai Panjang pernah bangkitkan juga dulu untuk menggalakkan petani ini tanah memberikan insentif harga padi

bagi pesawah yang menanam untuk padi makanan, bukan padi benih. Sebab kita nak menjaga keterjaminan makanan, terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Saya beri pandangan ini memang kita cukup orang kata cemburu dalam tanah ini. Kita tak nak lagi tanah ini digunakan untuk benda lain sebab itu dalam Syarat Nyata dia tulis sawah. Dan kita kajian ini saya rasa perlu kita saya dah cadangkan untuk kita buat kajian ini, tapi lebih melihat kepada kesesuaian tanah itu. Tapi kita cuba maintain 18 ribu itu, pertahankan 18 ribu hektar ini, sebab saya dah sebut tadi, tidak ada lagi tanah lain, dan kita akan pertahankan dan kaedah bagaimana kita nak mengurus sawah ini macam saya sebut tadi antaranya skala berskala besar itu antaranya ialah pelaksanaan rice check yang betul, ... dan sebagainya. Dan juga kaedah penanaman pada, ada yang nak tanam beras wangi, ada tanam beras untuk benih, dan untuk makan sebagainya kita kena tengok balik portion ataupun rationya itu, nisbahnya itu. Dan memang kalau kita tanam padi, untuk benih dia punya standard lebih tinggi tapi kualiti harga dia lebih baik, beras wangi ini lebih tinggi nilai pasaran tapi kita kena ada keseimbangan pula, jadi perkara-perkara begini kita akan include, masukkan sekali dalam kajian kita, tapi kita tetap akan pertahankan sawah barat laut ini yang merupakan antara yang terbaik dalam negara kita sebenarnya dari segi walaupun ada kelemahan dari segi, masih yang terbaik sebagai jelapang padi bagi negara kita ini. Jadi kita akan teruskan.

Saya isu sikitlah yang pertanian ini ada isu lalat yang dibangkitkan, memang dibangkitkan oleh Morib. Saya ingin maklumkan di sini, kita telah meluluskan satu kaedah penternakan darat iaitu dipanggil ayamlah, kita ada saya ada tiga terhutang. Satu ialah kaedah penternakan darat babi, satu kaedah penternakan darat ayam dan satu kaedah penternakan ataupun lembu kerbau, untuk lembu kerbau kawalan. Tiga ini sebenarnya dalam proses yang agak advance untuk kita selesaikan untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai lembu kerbau liar sebagainya ataupun terbiar ataupun rayau ini. Termasuk juga isu ayam, ayam kita telah luluskan dan dia akan diikuti nanti dengan enakmen ternakan darat ayam ini. Kita telah lihat di sini, ayam sebagai makanan utama protein kita, sekuriti dari segi makanan, kita juga kena seimbang dengan pembangunan yang mengelakkan kacau ganggu terutama lalat kepada masyarakat. Jadi dia kena seimbang, kalau kita letak syarat terlalu ketat sampai mesti ada KM sepenuhnya mesti tukar tittle ke industri dan sebagai, harga ayam akan melompat. Kita ambil jalan tengah, contohnya kita kata 500 ekor ke atas kena ada KM, KM pun di tanah pertanian iaitu di bawah ternakan darat ayam dan mesti tertutup. Itu kita akan melaksanakan kita dah bagi tempoh tiga tahun untuk migrasi kepada kaedah tertutup. Lepas ini kalau 500 ke atas, dia tak ada kita akan ambil ternakan dan kita bagi masa dua ke tiga tahu untuk mereka buat migrasi atas kawasan-kawasan yang dibenarkan. Ini antara kaedah, yang lain itu kita terpaksa ambil tindakan secara adhoc ini, kalau ada gangguan sebagainya, kita akan bagi kompaun.

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, boleh ternak ayam ini tanpa ada lalat ini. Saya dah buktikan di Sabak Bernam, dia ikut kaedah yang baik, sembur elok-elok mikrob di bawah najis, lalat tak datang, tak jadi. Tapi pengurusannya tidak bagi, buka mahal sangat mikrob ini, tapi dia orang tak nak ikut itu menyebabkan gangguan. Dan kita telah tutup ada dua di Sabak Bernam dua ladang yang berkali-kali, terpaksa kita ambil tindakan menutup tempat ternakan yang tersebut. Jadi kita akan ambil serius mengenai perkara ini dan kita akan berterusan bersama dengan pihak PBT untuk melaksanakan. Saya di akhir ini saya nak sentuh mengenai banjir.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Di bawah kementerian, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Di bawah kementerian pembangunan kerajaan tempatan, di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, garis panduan pada 2023 telah dikeluarkan dalam garis panduan perancangan ladang penternakan ayam (GPP) Lantera. Saya nak bertanya Yang Berhormat EXCO, adakah Selangor dalam mereka membenarkan menternak ladang-ladang ayam ini mengikut spec yang diberikan panduan yang diberi kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ini di PlanMalaysia? Itu je. Sebab saya nampak garis panduan ini memang cukup lengkap dan saya rasa kalau semua yang nak buka ikut garis panduan ini saya rasa semua bolehlah mengelakkan daripada ganggu kacau lalat sepenuhnya, terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebutkan tadi di bawah garis panduan ini, kita dah buat penambahbaikan baru ini, sebenarnya benda yang sama ini yang saya sebut tadi itu telah dibuat garis panduan ini dibentangkan dalam SPC atau pun Selangor State Planning Comunity yang urus setianya pun memang JPBD ataupun PlanMalaysia Selangor, yang ini kita telah luluskan itu. Ini menambahbaikkan lagi apa yang dicadangkan dulu oleh di bawah yang di bawah Pelan Malaysia itu kerana pengurusan ini melibatkan bukan PBT dan juga melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, jadi ini yang kita telah uruskan dan penambahbaikan ini akan diikuti pula lepas ini dengan enakmen untuk mengukuhkan lagi supaya industri ayam ini bukan sahaja dapat dibangunkan dengan baik tapi juga boleh co-exist wujud bersama dengan masyarakat, tidak timbul lagi isu ayam pun kita nak, dalam masa sama kita pun tak boleh tahan dengan lalat ini, jadi macam mana satu ini.

Jadi ini antara perkara yang kita akan buat yang saya rasa ini akan bantu banyak. Kadang-kadang nak letak 500 ekor ada mula-mulanya cadangannya tahu 25 ribu ekor itu kadar minimum. Saya kata 25 ribu ekor baik tak payah, banyak tu, jadi kita turun ke 500 itu minima, yang itu bawah 500 itu ok kita ternakan kita kampung kita kata. Lebih dianggap dah komersial, perlu mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan. Untuk banjir ini, saya kalau saya nak cerita ini memang cukup panjang dan saya sebahagian pun saya dah jawab dan saya dah sentuh. Saya ucap terima kasih pada Hulu Bernam kerana menimbul bawa isu kaedah cadangan dashboard dan saya telah terus selepas mendengar itu saya terus bincang dengan pengarah JPS dan pengarah JKR di bawah website mereka atau portal mereka immediately

prepare dashboard untuk melihat progres projek. Saya dah cadangkan mereka supaya semua bukan setakat YB boleh akses, rakyat pun boleh akses tengok kemajuan projek-projek tebatb banjir, sebab terlalu banyak, saya rasa lima enam puluh tujuh projek yang sedang berlaku, saya pun kadang-kadang tak berapa nak ingat, jadi kalau ada dashboard itu masuk bagi tahu progres kemajuan supaya YB boleh akses dan juga orang ramai pun boleh masuk tengok projek ok, rancangan tebatan banjir sungai buloh dua apa statusnya, apa yang actual, apa yang sebenarnya yang di jadualkan, apa masalahnya.

Saya rasa itu telah mula, lepas ini saya harap saya akan pantau supaya dapat disiapkan segera termasuk juga projek-projek JKR, dashboard mereka sendiri untuk kita supaya akses kepada Ahli-ahli Berhormat terutamanya dan juga rakyat untuk melihat kemajuan projek-projek tebatan banjir. Sebab kadang-kadang saya panggil juga, dulu pun saya panggil juga Ahli-ahli Berhormat untuk hadir dalam taklimat dalam task force banjir ada yang datang, ada yang tak dapat datang. Jadi tapi nak buat empat bukan sekali nak panggil saya rasa selalu sekarang pun saya empat kali itu pun dah perit sebab banyak lagi urusan yang perlu dibuat, tapi saya rasa dengan kaedah ini Ahli Berhormat akan sentiasa boleh update kemajuan projek-projek yang akan dilaksanakan.

Jadi yang saya pergi secara ringkas ya, yang ini saya rasa yang bangkitkan oleh Ijok ini berhubung dengan banjir ini saya telah maklumkan memang kita ada masalah awalnya dengan kontraktor tapi benda ini telah berjalan dengan baik, kita dah tingkatkan pemantauan lebih rapi untuk memastikan kerjanya akan jadual, memang ada extension time tapi nampaknya kemajuan dah pun mencapai 80 lebih peratus untuk kalau, kalau untuk makluman Yang Berhormat dia telah mencapai 86.88 peratus, jadual 87 dia dah lari sikit, dan kita yakin dia akan siap dalam masa terdekat ini untuk walaupun tidak kita telah beri extension empat kali. Jadi ini antara perkara yang di Jaya Setia ini pun yang sistem saliran ini di Jaya Setia ini pun dalam peringkat D2 dah siap sukuan tahun 2026, tiada pengambilan tanah dan perolehan akan mula lepas itu pada suku tahun 2026 dan dilaksanakan selepas itu.

Yang lainnya daripada Teratai pun bangkitkan kerja-kerja naik taraf ini pun sedang di peringkat penyediaan kertas pihak berkuasa melulus untuk perunding iaitu projek naik taraf anak sungai putih, ini pun akan dalam pelaksanaan di peringkat rundingan di perunding, lantikan perunding. Bandar Baru Klang, saya kata tebatan sungai Kapar ini dalam pelaksanaan 24 peratus, dan seterusnya Kapar Kecil ini 24 peratus diperingkat langkah bentuk terperinci, projek ini adalah projek jadi dia akan terus dengan pengambilan tanah mulai tahun depan dan lepas itu akan pembinaan, ini besar ini melibatkan sungai kapar dan kapar kecil ini. Dan menaiktarafkan juga sistem saliran di bawah Batu 4 Jalan Kapar ini pun dalam peringkat pra tender, ini pun sedang akan ada pelaksanaan.

Dan Sementa pun saya boleh sebutkan di sini, kerja-kerja berkala di kawasan saliran utama pun dalam pelaksanaan 80 peratus, dia banyak kalau saya nak cerita panjang berpuluh projek

ini sedang dalam pelaksanaan, jadi saya boleh serahkan Yang Berhormat. Banjir kilat di Gombak yang dibangkitkan ini tiada, Yang Berhormat Gombak, tak apa saya bagi bertulis nanti kepada, itu parlimen. Yang Hulu Bernam ini pun saya terima pandangan ataupun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kita ada satu untuk makluman Hulu Bernam, kampung apa nama ini, pelan induk yang lembagan sungai bernam ini 4.95 juta ini telah kita lihat kepada keperluan itu, kajian nanti kita dalam peringkat awal. Ini melibatkan 4.95 juta akan dilaksanakan, yang lain-lain yang dibangkitkan sering berlaku banjir ini, saya dah melawat baru ini Majlis Perbandaran dan kita telah ada dan satu Kampung Sentosa kalau tak silap saya, salah satu yang itu kita akan gunakan teknologi baru, modul tank untuk kolam takungan, ini merupakan pertama dalam negara yang kita mula laksanakan di situ nanti saya boleh kongsi nanti itu dalam peringkat pelaksanaan itu untuk dijadikan model kalau kita berjaya itu kita boleh perluaskan kepada yang lain.

Sungai Kandis macam biasa menimbulkan, saya cakap terus terang, saya dah minta beberapa hari lepas, supaya pisma dibuat untuk penentuan dari segi kawasan yang banyak kampung ini, taman-taman yang longkang kecil ini, kita perlukan pisma ini atau itu pelan induk saliran mesra alam. Daripada situ kita buat kajian itu kita boleh tahu kenal pasti, sekarang yang baru siap Hulu Langat, baru siap. Kita perlukan itu nak tahu nak longkang ini nak upgrade macam mana, besar mana, saliran dia, itu kalau buat pisma baru nampak, kalau tidak kita upgrade sana sini kita tak tahu sebenarnya sebab tapi masalahnya yang Klang ini yang paling last kita buat dulu 2009, dah lama, tak boleh dah sebab pembangunan dah pesat. Kita perlu dalam 5 tahun saja, kalau lebih 5 tahun dah tak boleh, dah tak boleh pakai, maklumat tak boleh pakai. Jadi saya dah minta segerakan untuk peruntukkan negeri untuk buat pisma di melibatkan Sungai Kandis, Johan Setia, Jalan Kebun ini supaya kita dapat tujukan orang kampung, banyak kawasan kampung ini kalau tidak terancang, dia tak ada parit pun dia parit keliling rumah sahaja, jadi air tak boleh nak dialihkan. Bila saya turun libat urus ke PBT ini saya dapati susah air itu nak mengalir macam mana. Terpaksa buat, bila nak buat kena ada pengambilan tanah untuk nak buat parit, nak bawa air ini untuk di salirkan ke dalam sungai, itu yang menjadi isu besar sebenarnya di kawasan-kawasan yang tidak terancang dengan baik ini.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, jadi walau macam mana pun, Alhamdulillah JPS semakin very hard sekarang untuk kawasan DUN Sungai Kandis, jadi nampak adalah perubahan, memang sekarang kita pula duk tunggu banjir, kenapa tidak banjir dekat Sungai Kandis. Jadi Cuma yang kita minta balik sekarang macam new housing project, untuk new housing project itu bermakna kontraktor perumahan itu mesti dapat approval daripada PBT-PBT macam mana dia orang nak drain out air-air itu dan mungkin kekurangan banjir itu sebab kita punya longkang besar dekat main road Jalan Kebun Baru itu dah banyak yang dah siaplah kan. Kalau boleh, di dalamkan sedikit the you beam itu, kan kalau dia setakat letak sahaja di atas base yang lama, dan tak kuat sangat dia punya improvement dia. Kalau kita turunkan lagi then dia akan getting better lah. Tapi apa

pun, appreciation untuk JPS memang every day on the move lah dia punya pembersihan. Cuma PBT punya longkang-longkang ni yang perlu dilebihkan sekarang. For both PBT MBSA dengan MPK. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebutkan masa menjawab soalan yang hari pertama itu bagaimana langkah-langkah tambahan yang kita buat di mana bila saya turun ke PBT tu (kita libat urus sekarang ni ada lapan PBT, ada lagi empatlah. Kuala Langat belum lagi. Kuala Langat, Sabak Bernam, Petaling Jaya dan Ampang Jaya. Ini yang paling kuranglah dari segi banjirnya). Tapi Kuala Langat tu agak saya akan pergi next.

Yang seterusnya, memang kita bila kita turun memang kita dapati perlu langkah-langkah segera. Langkah segera tu melibatkan pelbagai jabatan/agensi. Sebab itu yang sekarang ini kalau tengok kerja-kerja itu bila kita susun balik untuk quick win yang segera kita nak buat tu, RM27juta lagi peruntukan negeri kita tambah. Terpaksa buat. Yang sekarang yang kita lihat tu yang segera tu. Yang libatkan parit dia boleh korek dan sebagainya tapi kalau melibatkan RTB (Rancangan Tebatan Banjir) dia tak boleh. Dia kena lama. Sebab proses kajian dia. Tapi yang ni kita boleh perbetulkan. Macam Jalan Kebun tu kita korek (tanah MARDI tu kita korek) buat kolam. Kalau kita lihat itu salah satu punca bagaimana kita dapat perbaiki saliran air di situ. Sebab dia terlalu (ya). Macam saya sebut dulu sekali pun orang gelakkan. Dekat Kampung Jawa, Padang Jawa? Kampung Jawa. Ini yang parit daripada JPS ada pintu air sungai. Bila air sungai tinggi dia tutup. Yang PBT punya tak ada. Jadi sebelah ni dok pam air, sebelah ni air masuk. Jadi itu pun kita telah betulkan, kita dah masuk inventori. Ini langkah-langkah segera yang kita buat. Ya, di Sungai Kandis, di Kota Kemuning, di banyak tempat.

Jadi saya tak perlu nak go satu per satu. Saya terima semua ni. Saya follow up terus dan dashboard itu nanti saya akan masukkan semua projek-projek yang sedang berjalan untuk tatapan. Tapi di mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya belum melawat lagi yang melibatkan empat PBT tadi, saya akan teruskan nanti selepas semasa terdekat nilah untuk saya tengok lagi apa benda yang kita boleh perbaiki ya. Sungai Kandis dah. Saya dah turun bawah Klang (bawah MBDK). Yang pertama sekali turun ialah MBDK untuk melihat dan memang Sungai Kandis ada termasuk dalam quick way dan juga langkah sederhana yang sedang mereka laksanakan. Jadi saya rasa dia cukup untuk ni. Yang Amat Berhormat akan

Yang Berhormat, ada satu daripada Hulu Bernam Yang Berhormat belum jawab lagi saya rasa.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ada dalam ni. Tapi saya akan beri tumpuan kepada banjir ni kalau nak cerita satu-satu panjang.

Yang berkaitan dengan rizab air. Ada tak?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang mana satu?

Rizab air. Yang saya bangkitkan dalam perbahasan tu berkenaan dengan adakah rizab air Selangor ni mencukupi untuk menampung keperluan pusat data? Ataupun bukan di bawah..

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Di bawah Air Selangor?

Rizab air kita adakah mencukupi untuk pusat data.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ha, untuk rizab. Dia sebenarnya untuk dia ada dua. Pertama sumber air kita, kedua ialah rizab air yang dah terawat. Kalau dia sumber air kita, saya dah bagi tahu banyak kali kita ada tujuh empangan baru ni. Memang ada baru-baru ini merosot sikit air kita disebabkan musim panas. Tapi yang banyak terkesan adalah di Sungai Selangor. Sungai Selangor (Empangan Sungai Selangor), Empangan Sungai Tinggi memang turun banyak. Sungai Tengi lagi satu. Sungai Tinggi. Turun sampai 70% (jarang turun sampai situ). Tapi yang lain maintain tapi sekarang saya tengok kebelakangan ni dah naik balik. Dah balik hampir 80% balik dan saya rasa dengan hujan dan sebagainya tapi jangan minta ya Sungai Kandis. Jangan minta-minta pula hujan nak test longkang pula.

Yang Berhormat, sebab saya bangkitkan tu Yang Berhormat sebab berdasarkan kajian bahawa 2026 ini kita akan masuk ke fasa kemarau.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, ya. Sebenarnya 2026 itu sebenarnya ialah ramalan dibuat oleh Jabatan Meteorologi bahawa akan berlaku kemarau panjang pada tahun 2026 ni dan kita memang dah buat persiapan awal-awal (dua tahun lepas kita dah buat persiapan) untuk menghadapi keadaan ini di mana kita ada kolam-kolam yang kita buat bancian yang kita boleh gunakan ORS dan sebagainya dan source untuk menampung keperluan air ni. Dan kita bersedia sebenarnya untuk dan kita tak mintalah dia berlaku tapi kita bersedia nak menghadapi kemungkinan-kemungkinan kemarau pada tahun hadapan. Itu yang berlaku ya.

Saya mohon juga supaya kita lihat sebab dalam portal berita daripada luar negara ini South China Morning Post mengatakan Johor dah minta penangguhan pembangunan pusat data ini sehingga 2027 lah.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Memang kita di bawah dulu pun kita dah minta, NAHRIM pun dah buat pembentangan mengenai bagaimana pengurusan untuk kemarau ini melibatkan water balance dan sebagainya. Ini kita tengok secara keseluruhan bersama dengan pihak dan jabatan berkaitan dan saya bagi tahu sini memang kita ada persiapan dalam menghadapi kemarau jika berlaku pada tahun yang akan datang dan tahun depan ya. Terima kasih semua ya saya ucap di hujung ni saya ucap terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Kita teruskan usaha ini. Saya tidak ada apa masalah untuk bertemu dan berbincang dengan Ahli Yang Berhormat berhubung dengan projek ataupun keperluan rakyat ini. Saya tak ada masalah dan saya bersedia untuk turun dan melihat apa lagi keperluan bagi kita membaiki khidmat terutama berkait dengan infra ya. Kalau Hulu Kelang panggil pun saya turun dan tak ada masalah terutama kalau Hulu Kelang jadi presiden lagilah saya hormat. Saya ucap tahniah. Saya mungkin jadi orang yang pertama ucap tahniahlah kalau. Jadi itu saja dari saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Infra dan Pertanian. Saya menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Selangor Juara Rakyat Sejahtera untuk membuat penggulungan dan penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, Tuan Speaker. Nanti. Peraturan mesyuarat.

Timbalan Speaker

Peraturan Mesyuarat nombor?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Peraturan Mesyuarat 65.

Timbalan Speaker

Tolong baca.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Anggaran perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi tahun akan datang hendaklah dibentangkan di meja Dewan sebelum Rang Undang-undang Perbekalan Tahunan di bawa ke dalam mesyuarat.

Timbalan Speaker

65?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

65. Tuan Speaker, saya ingin memohon panduan kerana pada 14 November yang lalu ketika Yang Amat Berhormat membentangkan Belanjawan 2026, satu dokumen Kertas Bilangan 31/2025 iaitu Anggaran Belanjawan Negeri Selangor 2026 telah pun dibentangkan di dalam Dewan ini. Saya ingin merujuk kepada muka surat 189 – kod projek PK12, pada ketika pembentangan belanjawan hanya ada satu butiran yang berjumlah RM39,830,000. Maka perbahasan yang berlangsung semenjak hari Isnin yang melibatkan 38 Ahli Dewan Negeri berpandukan kepada dokumen yang telah dibentangkan pada 14 November. Tetapi di hujung perbahasan iaitu pada hari ini

kami dibentangkan dengan satu lagi anggaran Belanjawan Negeri Selangor 2026 dengan ada pindaan pada muka surat 189 – kod projek PK12 daripada satu butiran telah dijadikan tiga butiran yang berasingan. Walaupun jumlahnya sama RM39,830,000 tetapi butirannya telah ditambahkan kepada Program Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Persoalan yang saya nak bangkitkan di sini, apakah ada keperluan untuk Dato’ Menteri Besar membentangkan semula Belanjawan 2026 untuk kod projek ini? Kerana perbahasan yang berlangsung selama empat hari ini tidak dirujuk kepada butiran ini memandangkan kita baru mendapat pindaan hanya pada petang ini setelah 38 ADN berbahas dan penggulungan telah pun bermula. Jadi saya mohon supaya tidak ada masalah teknikal dari segi Belanjawan 2026 kerana dokumen yang dibentangkan adalah dua dokumen yang berbeza pada hari pembentangan belanjawan dengan di akhir sesi perbahasan. Jadi saya pohon petua daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, saya telah dimaklumkan oleh urus setia memang ada berlaku ralat dalam print yang pertama dan pembetulan telah dibuat oleh urus setia dan telah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Dewan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, sebab itu saya kata kita memang terima tetapi perbahasan kita itu tidak merujuk kepada dokumen.

Timbalan Speaker

Sebab jumlah (total) daripada ini tidak berubah.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, jumlah sama Yang Berhormat Tuan Speaker tetapi butirannya ditambah dua lagi butiran. Jadi saya hanya bertanya apakah perlu untuk Dato’ Menteri Besar menzahirkan tambahan dua butiran ini supaya tidak timbul masalah Belanjawan 2026? Itu saja pertanyaan saya. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kalau saya boleh sedikit memberikan cadangan. Belanjawan di peringkat dasar adalah untuk kita merumuskan keseluruhan dengan beberapa dasar-dasar yang telah ditetapkan (kalau itu boleh saya sebutkan). Sebab itu tidak ada pertikaian yang begitu besar, kalau tidak kita kena keluarkan nota untuk mengganti amaun tertentu dalam belanjawan tersebut. Jadi angka PK12 tadi (kalau tidak silap saya) tetap sama cuma butirannya diceraikan atau dicerakinkan kepada tiga perkara. Justeru cerakinan itu saya rasa boleh dibincangkan di peringkat jawatankuasa jika pihak-pihak Yang Berhormat boleh sebutkan dan tidak perlu ada (saya rasa) nota tambahan ataupun pembentangan semula sebab angka besarnya tidak berubah. Itu pada pandangan saya. Speaker, boleh?

Timbalan Speaker

Seterusnya Yang Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Berani Timbalan Speaker tak boleh. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan ugut.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Assalamualaikum Warahmatuhi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Speaker, seluruh Ahli Dewan, Ketua Pembangkang dan juga penjawat-penjawat awam yang turut mengikut Sidang Penggulungan Belanjawan Tahun 2026 ini. Awal-awal ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keseluruhan (38 orang Ahli-ahli Dewan) yang telah berbahas selama lebih kurang empat hingga lima hari sehingga ke semalam untuk sama-sama kita melihat ataupun merangka apakah dasar dan juga rencana Kerajaan Negeri dalam berdepan cabaran-cabaran serta rencana-rencana kita pada tahun 2026. Di peringkat awal ini, antara perkara pertama yang selalu dan juga kerap kali saya dengar dan saya ikuti perbahasan pastinya merujuk kepada satu angka-angka dan juga pertikaian berkenaan dengan jumlah kemiskinan. Di dalam negeri Selangor ataupun Belanjawan Negeri Selangor kali ini antara strategi baru yang kita ketengahkan adalah bagaimana menangani miskin mutlak supaya mereka tidak berlaku ataupun miskin tegar supaya tidak timbul lagi elemen-elemen ataupun kejadian miskin tegar. Dan sudah pasti angka-angka yang disebut oleh Ahli-ahli Dewan, oleh Sungai Ramal mempunyai beberapa pertikaian-pertikaian dan inilah saya rasa patut diluruskan di samping untuk menjelaskan apa yang disebut sedikit sebanyak oleh Seri Setia semalam.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada dua petanda ataupun rangka penting untuk melihat kemiskinan. Satu adalah data-data yang telah dikeluarkan oleh DOSM dan juga oleh ICU yang merujuk kepada insiden kemiskinan sama ada kemiskinan itu adalah kemiskinan relatif ataupun ia adalah kemiskinan tegar. Dan angka juga dirujuk kepada mereka yang menerima zakat kerana antara pertikaiannya kenapa dengan pelbagai program yang telah diaturkan oleh pihak Kerajaan Negeri, insiden ataupun jumlah mereka yang menerima zakat itu bertambah? Saya ingin menyambung sedikit apa yang disebut oleh Seri Setia kerana kaedah pemberian zakat itu mempunyai had kifayah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Mufti ataupun pengurusan zakat bagaimana pemberian zakat itu diberikan dan walaupun ada kenaikan-kenaikan tertentu had kifayah yang telah ditetapkan itu memberikan satu ruangan untuk kita tetap membantu walaupun ada peningkatan-peningkatan gaji berbanding dengan penetapan garis kemiskinan sebagaimana yang disebutkan oleh ICU ataupun data-data yang telah diberikan oleh pihak DOSM.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Daripada data yang telah dikeluarkan oleh ICU dan juga DOSM membuktikan bahawa selama satu tahun lebih pihak Kerajaan Negeri telah berjaya memuktamadkan kemiskinan tegar. Kenapa kita boleh claim begitu Yang Berhormat? Kerana setiap enam bulan kita akan melihat angka-angka tertentu sama ada ada lagi mereka yang jatuh kepada miskin tegar dan kalau mereka jatuh kepada miskin tegar segala list peruntukan bantuan dan sumbangan sama ada zakat bagi yang Muslim, JKM bagi pada kaum-kaum yang bukan Islam terutamanya, bantuan BINGKAS, bantuan ISS dan pelbagai program lagi akan diaturkan supaya sumbangan-sumbangan itu mengeluarkan mereka

daripada garis-garis tetap kemiskinan yang telah ditetapkan. Garis kemiskinan yang telah ditetapkan di negeri Selangor sebenarnya lebih tinggi daripada garis nasional Yang Berhormat kerana garis nasional menetapkan bahawa ataupun DOSM menetapkan bahawa garis kemiskinan PGK di Malaysia adalah RM2,705 tetapi untuk garis kemiskinan di Selangor RM2,949. Tetapi data ini ataupun kaedah PGK ini tidak sama dengan kaedah zakat. Kerana di zakat dia akan melihat kepada jumlah anak, dia akan dilihat kepada jumlah tanggungan termasuk ibu bapa, jumlah aset pemilikan termasuk rumah menyewa dan pelbagai program-program lain. Sebab itu ada peningkatan tetapi alhamdulilah kita bersyukur di negeri yang bertuah ini jumlah pungutan zakat kita bertambah.

Saya masih ingat pada tahun pertama saya menjadi wakil rakyat kita berbangga pungutan zakat kita RM500, RM600 juta tetapi pungutan zakat kita telah mencecah 1.1,1.2 bilion dan sebahagian besar daripada pungutan-pungutan itu dikembalikan kepada mereka mengikut had yang telah ditetapkan dengan kaedah pengiraan tersebut. Manakala dengan kaedah PGK, kita dapat lihat bahawa kemiskinan tegar di negeri Selangor telah mencecah 0.0. Angka terkini yang dikeluarkan oleh ICU, pada bulan Julai ataupun Ogos, angkanya ada 2 orang lagi. Semalam saya bertemu dengan ICU, ICU kata dah tinggal sorang. Maknanya walaupun jatuh kepada miskin ataupun miskin tegar, melalui zakat, melalui bantuan sokongan yang telah diberikan, semuanya telah diberikan sokongan supaya mereka tidak duduk dalam miskin tegar yang memerlukan sokongan berterusan dari pihak Kerajaan Negeri, atau pihak-pihak terbabit.

Apakah program baru yang ada dalam program kali ini atau dalam tahun 2026 Yang Berhomat? Program baru itu ialah merujuk kepada 1,351. Ini angka yang telah diberikan oleh ICU, pangkalan datanya daripada mana? dari pendaftaran eKasih. 1,351 ini adalah kelompok yang berada dalam kelompok miskin dan mereka dianggap tidak produktif. Mereka mungkin warga emas yang telah berumur di antara 65 hingga 100 tahun. Mereka mungkin terlantar, baru saja dibuang kerja dan pelbagai faktor-faktor yang telah menyebabkan mereka tidak lagi produktif dan dalam tempoh bulan-bulan tertentu mereka akan jatuh kepada kelompok miskin tegar. Daripada data dan juga apa ni, rangkaian yang telah kita bentuk ataupun penilaian yang telah kita bentuk, 1,351 ini tidak layak menerima BINGKAS kerana meraka tidak mempunyai anak ataupun syarat-syaratnya yang lain. Justeru, pihak Kerajaan Negeri meletakkan BINGKAS tambahan yang kita namakan sebagai BINGKISAN ini supaya BINGKISAN ini dapat membantu mereka RM300 sebulan dan RM3,600 satu tahun dan memastikan mereka ini terkeluar ataupun tidak jatuh di dalam kelompok yang dipanggil sebagai miskin tegar di dalam negeri Selangor. Maknanya bukan hanya kita tunggu miskin tegar baru kita nak bantu. Sekarang kita one step ahead Yang Berhormat supaya kita dapat mengatasi supaya mereka tidak jatuh dalam kelompok yang kita panggil sebagai miskin tegar.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kita jugak telah melaksanakan secara bersusun dan teratur apabila kali ini kita telah meletakkan satu exit clause dengan izin ataupun

ada satu exit way untuk mereka yang menerima ini supaya mereka tidak lagi menerima ataupun mendapat sokongan ini berterusan, mereka perlu berdikari, itulah yang ada dalam rencana belanjawan ini supaya penerima-penerima ini bukan hanya menerima sumbangan dan mereka keluar dan kalau ada sumbangan yang mereka tidak dapat akan jatuh miskin balik ataupun miskin tegar semula atau masuk dalam kelompok miskin tegar. Rencana 2026 akan turut meneliti penerima-penerima sumbangan ini baik BINGKAS, baik kita akan lihat data zakat ataupun data STR dan sebagainya supaya kelompok-kelompok ini dibantu dengan bantuan program keusahawanan, program pendidikan, program teknikal dan vokasional dan sebagainya supaya mereka boleh keluar atau tidak lagi berharap dan memerlukan bantuan berterusan daripada pihak Kerajaan Negeri ataupun dari pihak zakat atau sebagainya.

Ahli Yang Berhormat cuma Isunya adalah kemiskinan relatif. Pada tahun 2022, 14.2% rakyat negeri Selangor telah dikategorikan sebagai miskin relatif dan pada tahun 2024 selepas beberapa langkah yang telah ditetapkan, program yang kita gerakan pelaburan yang telah menjana aktiviti pekerjaan dan sebagainya, jumlah mereka yang dianggap sebagai miskin relatif dalam negeri Selangor pada tahun 2024 telah menurun kepada single digit dari 14.2% kepada 8.5%. Dan ini merupakan angka kedua terendah selepas negeri Pahang dan kita adalah dua negeri Pahang dan Selangor mempunyai kemiskinan relatif yang jauh lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.

Sementara itu saya juga nak merekodkan semalam, semalam bila saya tengok rujuk balik penerima-penerima zakat tidak semuanya adalah rakyat negeri Selangor ataupun mereka yang lahir di negeri Selangor. 60% adalah di kalangan mereka yang datang daripada luar negeri Selangor. Saya boleh sebutkan adalah negeri jiran adalah negeri yang terbesar, ada 10% dari pantai timur dan selebihnya daripada negeri-negeri lain. Itulah dia bebanan ataupun tanggungjawab yang harus dipikul sesuai dengan kerancakan ekonomi orang berhijrah jumlah penduduk yang meningkat dan akhirnya kita juga menangani isu-isu kemiskinan ini supaya kemiskinan ini dapat ditangani dan di masa depan sudah pasti kita harus melihat daripada kerangka MULPI - Multidimensional Poverty Index pula dan tidak hanya tertakluk ataupun tidak hanya terperangkap dengan PGK ataupun istilah-istilah yang telah digariskan untuk menyedapkan mata.

Saya dengar ucapan dari Batang Kali daripada pihak opposition terutamanya menyebut ini realiti, ini realiti, realitinya, realitinya ini angka yang jelas Yang Berhormat cubaan kita setiap 6 bulan data kita, kita update setiap minggu setiap bulan zakat juga begitu mengambil masanya dan sehabis baik kecuali mereka tidak mendaftar ataupun kecuali mereka tidak register dengan zakat atau tidak rujuk kepada pihak zakat, amil yang berada di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor. Tidak rujuk pendaftaran eKasih, Yang Berhormat EXCO Banting sebagai contoh merasakan beberapa pendaftaran-pendaftaran eKasih dan setiap kali mesyuarat tindakan pembangunan negeri bukan hanya saya meneliti tentang senarai mereka yang projek-projek yang sakit, projek yang tidak siap, projek yang mendahului jadual, masalah

EOT dan sebagainya, satu topik wajib ialah melihat sejauh mana program pembasmian kemiskinan ini dapat kita tangani dengan sebaik mungkin dan semurni mungkin. Walaupun insiden-insiden itu masih berlaku.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan. Terima kasih Yang Amat Berhormat memberikan ulasan kepada Dewan tentang status terkini miskin tegar dan juga miskin relatif. Bila kami bercakap tentang realiti, bermaksud apa yang kami hadapi saban hari di pejabat. Bila mana permohonan dibuat, mereka datang ke pejabat memohon berbagai-bagai bantuan, bila kita tanya adakah mereka ada mendaftar dengan eKasih? tak tahu. Walaupun dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa pembangunan daerah, saya pernah hadir 2 kali ketika mana EXCO membenarkan kami hadir, yang mengatakan bahawa ramai mereka yang tidak bersedia untuk mendaftar di eKasih. Ini menunjukkan bahawa dia masih ada lompong-lompong di situ yang menandakan titik-titik kemiskinan itu masih wujud. Walaupun disebut tadi, data diberikan oleh ICU sebagai satu orang atau dua orang, jadi saya ingin mendapatkan jawapan yang benar-benar tuntas, mengatakan bahawa mereka di bawah tahu program yang dibuat oleh Kerajaan Negeri mereka semua mendaftar dengan eKasih atau apa-apa sistem lain termasuk zakat untuk dibantu. Itu yang pertama Yang Berhormat.

Yang kedua, bila kita bercakap tentang ada orang luar yang datang kemari antara yang menyumbang kadar kemiskinan di Selangor, kita juga kena akui ramai juga mereka yang datang kemari menyumbang kepada pembangunan ekonomi Selangor dan mungkin lebih ramai lagi mereka yang menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor. Bahkan Yang Berhormat, tengok semua kerusi kita ini. Daripada kerusi Menteri Besar, EXCO, YB-YB, kebanyakannya adalah, bukan kebanyakan, ramainya datang dari luar membina Selangor. Jadi, jangan kita terlampau mengaitkan jumlah miskin tu datang dari luar semata-mata. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Eh. kita tidak pernah ingin memberi diskriminasi, siapa yang duduk di negeri Selangor, bekerja di negeri Selangor kebetulan hidup di negeri Selangor jatuh kepada kawasan orang yang miskin tegar jatuh kepada mereka yang miskin dia dibantu melalui ekosistem sokongan yang telah kita ada. Itu memang pendirian kita dan tidak pernah ada dasar tersebut. Yang saya kemukakan ialah data dan angka daripada statistik yang ada. Statistik itu menggambarkan bagaimana negeri ini menjadi tumpuan ramai orang datang bekerja, duduk tinggal dan sebagainya dan bukan sahaja membawa kemajuan ada sebahagian nya juga dirundung masalah dan kita juga menangani dengan ekosistem dan bantuan-bantuan sokongan yang kita ada.

Berkenaan dengan pendaftaran eKasih, ya, saya percaya sebenarnya sejak daripada penggal lepas Yang Berhormat ketika Hulu Kelang jadi Pengerusi MPTAG pun kita sebutkan kita perlu menambah lagi pegawai-pegawai. Pada tahun 2018, 2019 tak silap saya, kita tambah pegawai-pegawai untuk pendaftaran bukan cukup dengan penghulu bukan hanya kita

bebankan kepada ketua kampung kerana mencari mereka ini pada setiap waktu dan masa adalah satu tanggungjawab yang berterusan. Dan kerana dinamik kehadiran orang keluar masuk di satu lokaliti. Hatta di satu kampung pun bukan hanya di kawasan taman ataupun apartment. Di kawasan saya contohnya di kawasan Kampung Nakhoda, penduduknya mungkin berubah dalam tempoh 6 bulan sekali ada sahaja orang baru masuk, ada jugak orang keluar. Di Kampung Selayang Baru, dekat dengan Taman Templer dan sebahagianya kawasan saya juga ada orang baru dan orang keluar. Dinamika ini kadang-kadang kita tidak boleh elakkan. Dan ia turut melibatkan kepada warga asing ataupun pihak-pihak yang boleh dikategorikan miskin atau pun miskin tegar.

Tetapi tanggungjawab untuk menghapuskan miskin tegar ataupun menoktahkan miskin tegar sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kemudian dipertangunggjawabkan kepada unit ICU dan sebagainya menunjukkan komitmen kita yang berterusan dan tanpa kompromi atau tanpa ada diskriminasi kepada mana-mana pihak supaya insiden-insiden kemiskinan ini dapat kita tangani dan kita mula melihat bukan hanya menangani masalah miskin tegar, orang kata miskin tegar kita bagi duit selesai, kita bagi duit selesai, tidak begitu. Kali ini kita cuba lihat bagaimana elemen-elemen bantuan sokongan seperti sokongan teknikal dan vokasional, bantuan air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan dan pelbagai perkara lain, ISS dan sebagainya diletakkan dan dibantu supaya kemiskinan relatif juga dapat ditangani dan ternyata daripada data yang telah diberikan oleh DOSM kita menurunkan daripada 14% jumlahnya pun ada lebih kurang 17ribu orang lebih kurang miskin tegar ataupun miskin relatif ataupun miskin. Berbanding mungkin angkanya 25ribu di sebuah negeri yang lain. Angkanya 45ribu di Pantai timur di sebuah negeri pantai timur. Ini semua menunjukkan walaupun jumlah penduduk yang besar, 7.1, 7.2 juta masalah kemiskinan dapat ditangani sampai ke tahap yang sebaik mungkin walaupun kita akan cuba berikhtiar sebaik mungkin untuk mencapai angka 0.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kemudian timbul beberapa persoalan mengenai dengan inflasi. Inflasi di negeri Selangor dikatakan melonjak daripada angka sebelum ini. Dan kali ini pada tahun ini, inflasi ataupun kadar inflasi dikeluarkan hampir setiap bulan. Pada bulan Ogos tahun ini, insiden inflasi di negeri Selangor adalah pada kadar lebih kurang 1.5%. Pada bulan September angkanya telah meningkat kepada 1.8%. Dan baru tadi DOSM keluarkan sekali lagi, pada bulan Oktober inflasi kita dah turun 1.6% daripada berbanding dengan apa yang ada pada kadar nasional. Cuma, saya cuba meneliti data-data sebelum ini, dalam data-data sebelum ini menunjukkan sepanjang peringatan dan data ini ada, saya dapati data inflasi negeri Selangor sentiasa lebih daripada data nasional. Hanya ada satu tahun pada tahun 2012 kalau tak silap saya. Bahawa inflasi kita adalah lebih rendah berbanding dengan kadar purata nasional. Dan bezanya itu adalah di antara 0.2 sehingga 0.3%. Inflasi kita pernah mencanak sampai kepda 4.2%. Bila yang berhormat? Tahun 2022. Bila waktunya? Pada tahun 2017. Tetapi kerana usaha konsisten dari pihak Kerajaan Negeri langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan mengawal harga barang

program seperti jualan Ehsan dan pelbagai perkara yang telah kita laksanakan sepanjang tahun 2024, inflasi kita telah turun 2.4 ataupun 2.1%. Dan sepanjang tahun 2025, angka kita tidak pernah mencecah 1. tak pernah melebih daripada 2%. Bila saya menyemak daripada data-data ekonomi, saya mendapati bahawa rupanya inflasi juga bukanlah semuanya adalah stigma negatif kerana inflasi merujuk kepada permintaan dan penawaran. Kalau inflasinya negatif, itu menunjukkan permintaan dan penawaran akan berada dalam keadaan yang 0. Kelantan mencatatkan inflasi 0.5, mungkin harga barangan di sana tidak setinggi di negeri Selangor yang mencatatkan 1.8 pada bulan September ataupun sebagaimana Negeri Terengganu yang mencatatkan 1.7. Terengganu juga boleh dianggap gagal kalau 1.7 berbanding dengan kadar purata nasional. Tapi, inflasi juga memberikan tunjuk bahawa ada permintaan yang lebih terhadap barangan ataupun perkhidmatan. Jadi inflasi menunjukkan begitu rancaknya pasaran dan juga begitu rancaknya market dan ia selagi terkawal di bawah 3 peratus sebenarnya ia masih dianggap sebagai kadar inflasi yang sihat. Bila kadar inflasi tu kita lihat 1.6, 1.5, 1.8 saya rasa kadar itu adalah jumlah yang masih sangat terkawal dan kalau dilihat pula sebenarnya inflasi ni kena dirujuk dengan apa, kena disemak pula dengan kadar peningkatan gaji dan upahan. Dua angka yang kita boleh rujuk, SSPA tahun lepas naik lebih kurang 8 peratus, tahun ini naik lebih kurang 7 peratus. Untuk penjawat-penjawat tinggi tahun lepas naik 3 atau 4 peratus, tahun ini naik 3 peratus. Maknanya dengan inflasi 1.8, dengan peningkatan gaji penjawat awam dalam kategori penjawat awan dan seluruh rangkaiannya, harga barangan masih lagi boleh dianggap lebih murah ataupun lebih berpadanan dengan kemampuan membeli perkhidmatan dan barangan di sesebuah negeri ataupun di sebuah lokaliti dan kawasan. Baik angka kedua yang kita nak rujuk apa dia, adalah peningkatan gaji minima. Gaji minima naik daripada RM1500.00 kepada RM1700.00. Dengan RM1700.00 ini bermakna peningkatan itu lebih 10 peratus daripada kadar gaji minima sebelum ini. Peningkatan 10 peratus ini bermakna bahawa sebenarnya kita boleh menerima dan absorb pun sepuluh peratus peningkatan daripada inflasi kalau daripada segi teoritikalnya. Tapi saya faham rangkaian bekalan tidak begitu, ada yang dijual dengan dua lipat kali ganda kerana pasaran demi pasaran orang tengah dan sebagainya jadi peningkatan 10 peratus 11 peratus sebenarnya gaji minima itu saya boleh anggap sangat berpadanan dan boleh absorb kepada masalah inflasi. Jadi pertama kenaikan 0.2 peratus bukan melonjak. Kalau melonjak ni sampai 4.2 peratus. Sebab tu Yang Berhormat Hulu Kelang kena faham istilah, sebab tu saya sebutkan istilah-istilah tapi Yang Berhomat kata dihamburkan dengan kata-kata puitis. Ini istilah-istilah ekonomi jadi saya kena bandingkan dengan istilah-istilah ekonomi. Ahli Yang Berhormat sekalian.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Amat Berhormat ada merujuk kepada peratusan kenaikan gaji samaada dikalangan anggota perkhidmatan awam ataupun secara keseluruhannya tetapi apakah Yang Amat Berhormat sedar bahawa kenaikan gaji ini juga ada perbezaan di antara the nominal wage dengan the real wage kerana nominal wage itu tidak termasuk dengan kadar inflasi yang berlaku. Sedangkan the real wage yang diterima oleh mana-mana pekerja itu terbeban dengan kadar inflasi yang berlaku pada hari ini.

Walaupun pada ketika ini dikatakan 1.8 peratus untuk bulan September dan ada berlaku sedikit penurunan kepada 1.6 peratus tetapi the real burden on the ground itu melebihi daripada apa yang telah dicatatkan. Jadi bagaimana Yang Amat Berhormat boleh membezakan di antara the real wage dengan nominal wage yang berlaku pada ketika ini.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Sebab itu sebelum Yang Berhormat sebutkan tadi saya sebutkan bahawa kita turut menyedari kalau ikutkan absorben ataupun menyerap tekanan 10 peratus daripada kenaikan dengan 10 peratus itu dia tidak jadi sebegitu kerana rangkaian bekalan itu dia berlipat kali ganda. Kuih tidak dihasilkan immediate jadi kuih. Dia dimulakan dengan supply barangan keperluan yang turut meningkat 2 peratus 1 peratus dan 3 peratus. Jadi sudah pasti kita letakkan peningkatan sehingga 7 peratus dan peningkatan sehingga 10 peratus mampu walaupun kadar yang disebutkan itu adalah 1.8 hatta 2 peratus sekali Yang Berhormat sebab tak mungkin dia naik sampai 5 kali ganda. Kalau dia naik sampai 5 kali ganda ada masalah kepada sistem rantaian bekalan kita ataupun sistem pembekalan makanan. Tentang real wage ataupun gaji real yang diterima, gaji real yang diterima sudah pasti ditolak ataupun diasingkan dengan beberapa expenditure-expenditure tertentu. Expenditure-expenditure wajib berkenaan dengan utiliti dan sebagainya. Inflasi juga diukur dengan apa juga perkhidmatan termasuk utiliti. Daripada air, elektrik dan minyak dan sebagainya. Dan beberapa kenaikan itu disebabkan permintaan yang tinggi terhadap bahan-bahan bakar dan sebagainya. Sebab itu saya sebutkan saya akui ada peningkatan daripada 1.5 naik kepada 1.8 sekarang turun balik 1.6 walaupun turun begitu ada je sokongan-sokongan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri supaya menangani apa yang dikatakan gap ataupun lompong ataupun sengkang, jeda di antara kedua-dua antara real wage gaji yang bersih diterima bersama dengan tanggungan-tanggungan yang terpaksa dilaksanakan ataupun diterima oleh ahli-ahli ataupun oleh rakyat di bawah sana.

Ahli Yang Berhormat sekalian, antara perkara penting yang saya juga ingin rujuk di sini adalah berkenaan dengan peningkatan pendapatan median ataupun peningkatan gaji yang telah direkodkan peningkatan pendapatan di kalangan rakyat negeri Selangor. Melalui langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri kita dapati bahawa gaji-gaji di peringkat Daerah telah mencatatkan peningkatan yang lebih baik. Secara keseluruhannya pada Tahun 2022 dengan juga Tahun 2024, ini bukan gaji, pendapatan saya ulang balik. Pada Tahun 2022 gaji yang diterima ataupun pendapatan purata yang diterima pada Tahun 2022 pendapatan menengahnya adalah eh pendapatan puratanya adalah RM9983.00. Dan pada Tahun 2024 pendapatan ini meningkat kepada RM10726.00. Ini untuk Selangor keseluruhan. Tetapi yang lebih menarik Daerah Sabak Bernam mencatatkan peningkatan median sebanyak 6 perpuluhan, maafkan saya. Peningkatan Sabak Bernam meningkat sebanyak 20 peratus daripada RM5533.00 pada Tahun 2022 meningkat kepada RM6941.00 pada Tahun 2024. Secara purata peningkatan gaji median ini ialah 6.93 di seluruh negeri Selangor tetapi Sabak Bernam mencatatkan 20 peratus peningkatan daripada pendapatan daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang telah digembleng sepanjang daripada Tahun 2022 dan

2024. Dan ini tergambar daripada jumlah peningkatan KDNK kita. Peningkatan KDNK pada Tahun 2022 sebagai contoh, peningkatan itu melonjak 41 billion Ringgit Malaysia. Daripada 344 billion kepada 385 billion. Dan pada Tahun 2024 sebagai contoh peningkatan itu meningkat 26.1 billion. Kalau dalam tempoh sepanjang Rancangan Selangor Pertama, keseluruhan peningkatan pendapatan ataupun hasil aktiviti ekonomi dalam negeri Selangor meningkat 106 billion daripada Tahun 2021 sehingga Tahun 2024. Dan ini dicerakinkan ataupun diceraikan pula dengan gaji median di peringkat Daerah. Gaji median di peringkat Daerah sebagai contoh, Kuala Selangor daripada RM7644.00 kepada RM8046.00, Hulu Selangor RM7678.00 hampir RM1000 meningkat pendapatan kepada RM8485.00, Klang RM8203.00 kepada RM8837.00, Petaling RM9618.00 kepada RM10726.00. Betul, saya akui ada gap di antara 6941 dengan Petaling 10726.00 berdasarkan aktiviti-aktiviti tertentu dan sebab itulah Kerajaan Negeri merangka kluster pada peringkat awal sebelum kita sebutkan wilayah-wilayah ekonomi supaya adanya aktiviti dan adanya peningkatan-peningkatan. Dan kalau kita rujuk Daerah yang paling utara yang kita anggap paling banyak insiden kemiskinan Sabak menunjukkan peningkatan yang paling besar iaitu 20 peratus daripada dua tahun sebelumnya sesuai dengan pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama. Jadi maknanya sebagaimana kesimpulan yang dibuat oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tak betul kalau Rancangan Selangor Pertama tak ada, takpe, ini takde peningkatan ini. Tetapi dengan adanya Rancangan Selangor kita lonjakkan kepada 41 billion pada Tahun 2022 pertambahan ditambah lagi ataupun dihurai dirungkaikan dengan pertambahan 20 peratus di Sabak Bernam. Dekat satu ribu ringgit di Daerah Sepang dan ini semua adalah diceraikan ataupun dirangkumkan dengan semua-semua Daerah walaupun masih ada gap sebagaimana yang disebut oleh Gombak Setia apabila katanya masih ada gap yang besar. Saya akui memang ada gap. Sebab itu Kerajaan Negeri menumpu supaya Sabak dan kawasan-kawasan tertentu dibangunkan ataupun dihidupkan termasuk apa yang kita bangkitkan pada Tahun 2026 nanti supaya ada Auto Valley di Hulu Selangor. Di sanalah nanti kita nak tengok Daerah Hulu Selangor termasuk di Hulu Bernam yang bersempadan dengan kawasan Tanjung Malim juga boleh menerima limpahan. Di sana ada tanah PKNS berjumlah 6000 ekar. Pembelian telah dibuat sebelum ini sebahagiannya kita ada balance dalam 3000 hingga 4000 ekar. Di sana kita boleh bangunkan Kawasan Industri kalau ada pelaburan yang masuk dan sebagainya yang boleh menyambut sebagai aktiviti sokongan Industri Auto Valley ataupun Industry Automotive yang ada di kawasan Hulu Selangor dan kawasan sekitarnya.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Amat Berhormat, angka-angka yang disebut tadi ini yang kita bincangkan sebelum ini, ini adalah pendapatan nominal seperti yang disasarkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Kalau Yang Amat Berhormat lihat laporan terkini oleh DOSM, yang bertajuk Household Income In Selangor jelas di dalam laporan ini menyatakan kalau kita rujuk kepada petunjuk makro pendapatan menengah atau median isi rumah ianya menetapkan sasaran menjelang Tahun 2025 adalah RM9290.00. Maknanya di akhir tempoh RS Pertama ini, itulah angka yang disasarkan RM9290.00. Tetapi mengikut laporan DOSM pada Tahun 2024 ianya telah mencecah RM10726.00 seperti Yang

Amat Berhormat nyatakan tadi. Dan meningkat daripada RM9983.00 sebulan pada Tahun 2022. Tetapi ini adalah pendapatan nominal. Apa yang ditegaskan oleh DOSM di dalam laporan yang sama, sekiranya pendapatan nominal ini dilaraskan dengan tingkat harga dengan menggunakan IHP ataupun Indeks Harga Pengguna pada Tahun 2024 pendapatan benar isi rumah di Selangor jatuh kepada RM7726.74 sebulan. Maknanya ada perbezaan di sini. Di antara pendapatan nominal dan pendapatan benar. Dimana perbezaannya adalah RM2999.26 sebulan. Ini yang saya nyatakan dalam perbahasan saya, jurang perbezaan di antara pendapatan nominal dengan pendapatan benar ini semakin melebar. Kerana kalau kita lihat statistik sekali lagi pada Tahun 2014 perbezaannya adalah RM623.78. Tetapi pada kali ini ianya sudah melebar kepada RM3000.00. Sebab itu perbahasan kita tertumpu apakah langkah-langkah Kerajaan betul kita ada kerangka ekonomi Rancangan Selangor Pertama tetapi kalau berdasarkan laporan pada DOSM, apa yang disasarkan dalam RS1 menjelang 2025 berjumlah RM9290.00 sebulan ianya merupakan pendapatan nominal tetapi dibandingkan dengan pendapatan benar ianya jatuh kepada RM7726.74 sebulan. Jadi, pertanyaan saya dalam perbahasan, apakah langkah-langkah lain yang boleh memastikan pendapatan nominal ini tidak jauh jika dibandingkan dengan pendapatan benar rakyat di Selangor secara keseluruhan. Mungkin mengikut Daerah latar belakang ekonominya berbeza tetapi Rancangan Selangor Pertama itu sasarannya adalah untuk konteks seluruh negeri Selangor. Saya pohon penjelasan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Dalam Rancangan Selangor kita telah menetapkan berdasarkan gaji median. Apa yang disebutkan perbandingan dengan Indeks Harga Pengguna kerangkanya adalah melalui kadar inflasi di sesebuah Negeri dan sebuah lokaliti. Itulah yang menentukan turun naik tentang harga barangan dan perkhidmatan Yang Berhormat. Sebab itu bandingan pada Tahun 2024 dengan kadar inflasi kita 2.1 diperingkat Nasional sekarang ni kadar purata inflasi kita 1.3 dan kita dah turun 1.6 pada tahun pada bulan Oktober ini. Menunjukkan bahawa jumlah gap ataupun simpanan ataupun jumlah yang boleh dibelanjakan ataupun yang boleh perbelanjaan luar daripada keperluan-keperluan semasa. Yang Berhormat, daripada apa data yang kita perolehi, perbelanjaan kepada rakyat negeri Selangor lebih kurang 7266. Daripada jumlah ini, perumahan, air, elektrik, gas, bahan api, mewakili 23.6%. Selebihnya sebagai contohnya restoran 20%, makanan minuman 11%, pengangkutan 10%, hiasan dan penyelenggaraan rumah 5.2%. Ini angka-angkanya, dengan jumlah yang telah digariskan sebentar tadi. Maknanya dengan RM7,700.00 yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, ia cukup untuk perbelanjaan yang ada dalam kehidupan, termasuk makan minum, penyelenggaraan, hiasan dan penyelenggaraan rumah, maklumat dan komunikasi. Ini adalah data-data yang telah dicatatkan oleh DOSM. Insurans dan perkhidmatan kewangan juga dimasukkan iaitu 6%. Penjagaan diri, perlindungan diri, termasuk facial 4.8%, kalau facial la. Rekreasi dan sukan 3.4%. Maknanya pecahannya yang disebut Yang Berhormat, tentang real expediters, ataupun real income itu adalah dirujuk real expenditure, berdasarkan data yang dikumpulkan dan saya juga rujuk kepada data DOSM. Maknanya walaupun naik, yang disebut kurang daripada RM10,000.00 tadi yang sebenarnya

real-nya RM7,700.00 masih lagi bertepatan, ataupun boleh menanggung kehidupan untuk perbelanjaan dan kehidupan secara purata ataupun secara keseluruhan di Negeri Selangor. Itu daripada data-data yang telah kita perolehi. Baik. Saya rasa itu jelas, berkenaan dengan kemiskinan, inflasi, pertambahan serta apa yang dikatakan tentang pergerakan ekonomi di Negeri Selangor. Baik, antara kritikan yang muncul berterusan daripada pihak opposition terutamanya adalah berkenaan dengan kaedah ataupun cara kita berbelanja. Antara kaedah perbelanjaan yang selalu menekankan bahawa, kurangnya bajet-bajet ataupun peruntukan-peruntukan untuk pembangunan dan memungkinkan berlakunya pengurangan aktiviti pembangunan di dalam Negeri Selangor.

Ahli Yang Berhormat sekalian, kalau saya boleh rungkaikan ataupun luruskan di sini, sebahagian daripada bajet pengurusan itu juga, merupakan bajet-bajet untuk pembangunan. Sebagai contoh, Tabung Amanah Pinjaman. Di Tabung Amanah Pinjaman, kita peruntukan RM100 juta, pada tiap-tiap tahun. Dan pinjaman-pinjaman itu merupakan RCPS. Dan dalam jawapan saya kepada soalan-soalan sebelum ini, saya jelaskan, pelaburan kita kepada Worldwide, sebagai contoh, RM150 juta untuk Pulau Indah Power Plant, ada pulangan lebih kurang 13% setakat ini. Pulangan daripada Mini Hidro di Batang Kali ada pulangan lebih kurang 7-8%, lebih kurang. Pulangan kita daripada Selangor Advance secara konsisten, dalam tempoh 3-4 tahun, lebih kurang 8% sehingga sekarang ini, dah berkurang sikit, jadi 7%. Kita kena lihat balik pelaburan-pelaburan tersebut.

Jadi Yang Berhormat, maknanya bukan hanya semua pengurusan itu akan habis dicampak untuk membayar gaji, menyelenggara kenderaan, menguruskan pejabat. Tetapi sebahagiannya juga di uruskan juga untuk pembangunan. Dan kita juga lihat kepada pembangunan terfokus. Dengan adanya Rancangan Selangor, kita dapat melihat fokus-fokus itu dan tidak membuat pembangunan ataupun melancarkan program-program infrastruktur terutamanya, di luar daripada aktiviti-aktiviti yang telah digariskan. Dan saya sebutkan tadi, bagaimana pertumbuhan yang jelas, yang baik, kalau bagi contoh di tahun 2023, pertambahan aktiviti ekonomi di Negeri Selangor berjumlah RM21 bilion. Sepanjang tahun 2021, pertumbuhan kita RM17 bilion. Pertumbuhan kita pada 2020, saya tak nak sebut percentage, ini real money yang mengalir di dalam Negeri Selangor, berjumlah RM17 bilion. Di tahun 2020 sahaja ada negative RM18, kerana disebabkan oleh pandemik. Benar, Yang Berhormat berbelanja dengan agak besar, tetapi sepanjang daripada rekod itu, ada pencapaian yang lebih kurang RM20–RM21 bilion, yang direkodkan pada tahun 2016, 2018 dan 2017. Dan tanpa kita berbelanja besar dengan pembangunan pun, sebenarnya kita mampu mencatatkan pertambahan RM41 bilion pada tahun 2022. Pertambahan aktiviti ekonomi, iaitu daripada RM344 kepada RM385. Tahun depan, tahun 2025, atas, daripada jangkaan kita tahun 2025, kita akan lebih daripada RM450 bilion. Kita punya aktiviti ekonomi. Iaitu pertambahan lebih kurang RM23-RM24 bilion. Jadi maknanya bukan sahaja teori asas bertambah bajet pembangunan, bererti akan bertambah aktiviti ekonomi. Itu teori asas dia. Tetapi dengan strategi yang betul yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri

termasuk ada sebahagian portion daripada pengurusan kita, itu juga sebenarnya adalah bentuk pinjaman-pinjaman kepada anak-anak Kerajaan Negeri yang boleh dijana dan digembleng daripada aktiviti ataupun untuk aktiviti pertambahan dan pertumbuhan ekonomi.

Kedua, kalau kita bandingkan dengan negeri-negeri lainlah, Yang Berhormat, saya percaya jumlah amaun pembangunan kita masih lagi besar, berbanding dengan federal juga, lagi besar dan diikuti kita mempunyai anak-anak syarikat yang turut berbelanja dengan jumlah yang besar. Kalau saya sebut, Worldwide, berbelanja hampir RM2 bilion, untuk Pulau Indah Power Plant, sebagai contoh. Itu tidak ada dalam rekod pembangunan. Tapi dibelanjakan atau tidak, dibelanjakan. PKPS, membangunkan beberapa ladang, sama ada di dalam negeri atau di luar negeri. Malahan anak-anak syarikat kita turut mula mencari dan juga melaksanakan aktiviti ekonomi yang mendatangkan hasil kepada anak syarikat itu di luar Negeri Selangor. Sebagai contoh, Hileo Cell yang sedang menguruskan meter auto meter smart kita. Kita cuba meter smart kita di Bukit Jelutong, dia dapat turunkan NRW daripada 27% kepada 8%. Satu perubahan yang sangat besar. Apabila kita tawarkan di beberapa buah negeri, Alhamdulillah, sekarang satu negeri, di selatan tanah air, menggunakan meter itu dan aktiviti-aktiviti itu juga merupakan hasil kepada negeri walaupun tidak berlaku di Negeri Selangor secara langsung tapi proses pembuatannya, kepakarannya dan sebagainya. Ada orang sebut, kita hanya gunakan teknologi asing, betul, tetapi sistem pemantauan itu di bina sendiri oleh Air Selangor dan kepakaran Air Selangor, sebagai contoh. Inilah yang saya sebutkan bahawa, keseluruhan ekosistem pembangunan negeri ini berjalan dengan baik, berjalan dengan rancak. Dan, kenapa kita perlukan rezab yang besar. Ini sebenarnya rencana Kerajaan Negeri ataupun rancangan Kerajaan Negeri di masa depan, kalau tidak boleh tahun depan, mungkin kita kena rangka di tahun-tahun hadapan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Amat Berhormat, saya ingin pohon penjelasan. Apakah Yang Amat Berhormat boleh jelaskan kepada Dewan ini, kalau mengikut purata pertumbuhan KDNK menjelang akhir penggal RS-1. Ia diletakkan pada 6.5% hingga 7%. Tetapi dua tahun yang terakhir dalam tempoh RS-1 ini, purata pertumbuhan KDNK mencatatkan 5.9%. Kita tinggal hanya dalam dua bulan sebelum tamatnya RS yang pertama ini. Jadi apakah penjelasan Yang Amat Berhormat untuk kita meletakkan sasaran asal itu dapat dicapai menjelang akhir RS-1.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Jumlah pertumbuhan terhadap Negeri Selangor, juga ada unjuran-unjuran tertentu. Kita lihat unjuran tahun 2025, kita anggarkan kurang daripada 6%. Tetapi data baru yang kita terima daripada input and output negeri Selangor pada tahun 2025, sebagai contoh. Kajian dibuat oleh Universiti Putera Malaysia. Mendapati bahawa Negeri Selangor berpotensi untuk meningkat sehingga 6.3% growth, yang kita telah capai atau yang kita bakal capai. Dan ini semua bergantung juga dengan apa yang berlaku di perang di Timur Tengah, perang di kawasan tertentu. Dan kajian input dan output ini sebenarnya, kita nak keluarkan bersekali dengan sesi

belanjawan. Tetapi, ada sebab masalah-masalah pengiraan, kita akan keluarkan kembali supaya input and output yang sebenarnya merupakan disiplin dalam pembentangan belanjawan di peringkat persekutuan, juga turut dipraktiskan di peringkat negeri. Jadi kita agak beruntung, Yang Berhormat, kerana pada tahun 2022, kita mendapat lonjakan sampai 11%, growth, di Negeri Selangor. Dan itulah yang telah menjadikan pertumbuhan kita boleh maintain sepanjang daripada pelaksanaannya, daripada 2020 sampai 2023. Pertambahan kita meningkat, ataupun masih lagi pada kadar 7.3% lebih tinggi daripada 6.5 sebagaimana sasaran awal, yang diletakkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Cumanya dalam kajian separuh penggal, kita telah menetapkan keseluruhan pertumbuhan kita boleh mencecah 26.5% hingga 27% kepada sumbangan KDNK. Sekarang sumbang kita lebih kurang 26.2%, iaitu pada tahun 2024 dan kita sedang menunggu angka pada tahun 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang saya kasihi sekalian, saya, jadi maknanya, apa yang kita belanjakan bukan hanya melibatkan pengurusan tetapi pengurusan juga ada elemen pelaburan. Ada elemen pembangunan dan ia dihasilkan dengan jelas, apabila jawapan saya berkenaan dengan pertumbuhan dan juga pelaporan yang telah diberikan. Ada, Ahli Yang Berhormat juga, ada menyentuh berkenaan dengan pemantauan terhadap projek-projek yang telah dilaksanakan di bawah Rancangan Selangor Pertama. Sebagai contoh, pihak kerajaan sehingga 30 September 2025, kita pun telah menyediakan sebanyak RM3 bilion, setakat ini. Di pihak Kerajaan Negeri, RM1.6 bilion, badan bukan berkanun sebanyak RM534.88 juta, dan anak-anak syarikat pula memperuntukkan RM901.3 juta.

Sektor swasta melihat komitmen pembiayaan yang tinggi terutamanya bagi projek infrastruktur, iaitu sebanyak RM47.806 bilion, dan kebanyakannya terletak di kawasan Integrated Development Region In South Selangor. Dari tahun pertama Rancangan Selangor Pertama, ekonomi Selangor mencatatkan sebanyak RM344 bilion yang saya sebut tadi. Dan sehingga Rancangan Selangor ini, pada tahun 2024, kita telah mempunyai pertambahan RM88.1 bilion. Dan beberapa langkah baru yang diperkenalkan dalam Rancangan Selangor Kedua, untuk mengekalkan pembangunan di dalam negeri Selangor. Misalnya Hub Automatif dan Rell di Utara Selangor akan, yang dibangkitkan,sebagaimana yang dibangkitkan Hulu Bernam. Dan pendekatan baru yang dihasratkan dalam Rancangan Selangor Kedua, adalah mission base approach seperti yang ditekankan oleh pakar ekonomi seperti Mariana Marzukato. Ini akan meningkatkan mobiliti di antara daerah-daerah dan mengurangkan jurang sebagaimana yang saya sebut apabila Rancangan Selangor Pertama dilancarkan. Kita lihat masih ada lagi jurang dan pendekatan based economy yang tertentu itu akan menjadi penumpuan dan lebih diberikan perhatian dalam Rancangan Selangor Kedua. Sasaran di Rancangan Selangor Pertama, adalah 11% menjelang Rancangan Selangor Pertama. Data dan angka daripada DOSM, bahawa kita telah berjaya menurunkan angka-angka kemiskinan daripada 14% kepada 8%. Tak sampai atau tak habis Rancangan Selangor Pertama, kemiskinan relative dapat kita turun kepada satu angka, iaitu 8.5%. Daripada segi pencapaian projek-projek utama sehingga bulan September 2025, kita telah mencapai kadar 64.47%. Ini

sedikit sebanyak disumbangkan oleh beberapa usaha dan juga yang juga bakal berjalan seperti Pelabuhan ketiga Pulau Carey dan usaha sama kerajaan persekutuan, Kompleks Sukan Shah Alam, serta projek-projek agro pelancongan di Sabak Bernam Development Area. Bagi menilai dan membuat trouble shooting projek-projek di bawah Rancangan Selangor Pertama, Kerajaan Negeri mempunyai dua pendekatan.

Pertama melalui SIAP iaitu Selangor Implementation and Performant Units. SIAP telah dipertanggungjawabkan untuk memantau prestasi dan pelaksanaan untuk memastikan Kerajaan Negeri sentiasa mengukuhkan pelaksanaan. Isu-isu kelewatan baik di peringkat koordinasi antara jabatan dan PBT ataupun aspek-aspek perancangan akan disemak dan disampaikan kepada satu lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa CORE. Jawatankuasa Pemantau Pelarasan Dan Resolusi pula dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan menyelesaikan isu-isu yang dikenal pasti selepas menerima maklum balas daripada department, agensi dan STANDCO-STANDCO yang terbabit.

Kemudian tahap ketiga pula adalah kumpulan kerja, ataupun working group bagi setiap tema strategik, iaitu ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus. Jadi bermakna dalam pada masa kita ada SIAP, SIAP memantau projek-projek terbabit, di samping juga memantau secara keseluruhan projek-projek Selangor penyayang yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri, kita juga melihat keseluruhan projek-projek yang dilaksanakan oleh Rancangan Selangor Pertama. Tapi saya perlu akui, SIAP belum sempurna, Yang Berhormat, sebab kita ada jumlah yang terhad. Ada lebih kurang empat ataupun lima. Jadi dalam Rancangan Selangor Kedua, saya percaya pihak Kewangan Negeri harus memberi persetujuan untuk kita tambah pegawai-pegawai di SIAP ataupun pemantau-pemantau ini, supaya jumlah projek yang berterusan itu dapat kita siapkan sebagaimana jadual dan ada projek-projek sambungan yang boleh kita maklumkan dalam Rancangan Selangor Kedua.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada tiga perkara yang ingin saya dapatkan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat. Pertama tentang SIAP. Yang Amat Berhormat mengakui ada kekangan dari segi tenaga dan juga kepakaran di SIAP. Cuma untuk menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat sendiri, dalam perbahasan saya bertanya apakah Yang Amat Berhormat pernah mempengerusikan mesyuarat SIAP, supaya pastikan projek-projek itu benar-benar siap dan mengikut jadual. Kalau ikut pengalaman PEMANDU di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri sendiri mengambil inisiatif, dia ada political will untuk mempengerusikan 2 kali mesyuarat PEMANDU setiap bulan dan ianya dipantau secara dekat supaya projek-projek ini mengikut jadual. Jadi saya nak bertanya berapa kali Yang Amat Berhormat telah mempengerusikan mesyuarat SIAP?

Yang kedua, Yang Amat Berhormat juga ada menyebut secara sepintas lalu mungkin ianya dapat diperbaiki dalam Rancangan Selangor ke-2 tetapi Rancangan Selangor ke-2, kami

belum lagi bincang ataupun dibentangkan ataupun dibahaskan. Kita hanya tinggal sebulan, sebelum tamatnya Rancangan Selangor pertama dan saya percaya Rancangan Selangor ke-2 akan bermula pada bulan Januari 2026, tetapi belum ada sebarang dokumen untuk dirujuk, dibincang dan dibahaskan. Jadi bilakah Rancangan Selangor ke-2 ini akan dibentangkan dalam dewan untuk dibahaskan supaya pengalaman kita dalam Rancangan Selangor pertama itu dapat kita bantu untuk memperbaiki Rancangan Selangor ke-2.

Yang ketiga Yang Amat Berhormat, disebut tadi bahawa pemain-pemain industri dan pihak swasta nampaknya berminat dalam projek-projek infrastruktur dalam Rancangan Selangor pertama, tetapi kalau kita lihat sekali lagi angka-angka yang dikeluarkan oleh DOSM sumbangan sektor pembinaan daripada tahun 2021 iaitu bermulanya rancangan Selangor pertama sehinggalah 2024, tidak ada sebarang petunjuk menunjukkan lonjakkan yang besar. Tahun 2021, RM17 bilion, 2022 RM18 bilion, 2023 RM19 bilion, 2024 RM22 bilion maknanya dalam tempoh 4 tahun peningkatannya hanya RM5 bilion lebih kurang RM1 bilion setiap tahun. Ini tidak menunjukkan satu lonjakkan yang signifikan dalam sektor pembinaan.

Berbanding dengan tahun 2015, RM16 bilion, 2016 RM16 bilion, 2017 RM17 bilion, 2018 RM18 bilion, 2019 RM20 bilion. Itu yang saya sebut tadi, tanpa RS1 pun sektor pembinaan juga menyumbang jumlah yang sama. Dengan adanya RS1 ini tidak ada satu peningkatan yang signifikan. Satu lagi indikator yang saya nak bangkitkan dalam dewan seperti dalam perbahasan saya ialah jumlah projek yang telah disiapkan di dalam RS1 ini, peratusannya masih rendah iaitu 55.68%. Tadi Yang Berhormat sebut mungkin kita dah naik kepada 64% maknanya masih jauh peratusan menyiapkan projek-projek PPI ini di bawah RS1 dan itulah menyebabkan sumbangan sektor pembinaan masih lagi rendah kerana banyak projek yang terbengkalai ataupun belum dimulakan dan masih lagi di fasa perbincangan jadi saya pohon penjelasan di atas 3 perkara ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Baik, saya juga tunjukkan tadi dengan ada Rancangan Selangor pertama, pertambahan ekonomi kita naik kepada RM41 bilion pada tahun 2022, naik sampai RM21 biiion, RM26 bilion pada tahun 2024. Dan ia tidak boleh hanya diukur daripada sektor pembinaan. Memang pembinaan, sebab ia adalah melibatkan pembinaan perumahan terutamanya yang besar, sektor pembinaan selain itu pembinaan juga melibatkan sektor pengilangan tapi jumlahnya kecil, tetapi Selangor masih lagi mencatatkan unsur positif dalam sektor pembinaan pada tiap-tiap tahun. Walaupun Yang Berhormat kata tak cukup melonjak ataupun tak cukup meningkat tetapi masih ada pertumbuhan positif dan sebahagiannya itu adalah kerana kita ingin mengisi keperluan-keperluan hanging unit dengan izin sebenarnya Yang Berhormat kalau kajian dibuat dengan teliti dengan pembinaan TRX, dengan pembinaan Menara 118 dan beberapa bangunan-bangunan lain, permintaan kepada komersial unit di Lembah Klang mempunyai lebihan square foot yang besar. Sebab itu pada hari ini kalau Yang Berhormat rujuk mall-mall baru. Sebutlah mall baru di Datum, ataupun pavillion di Damansara atau di mana-mana sekalipun, kita dapati ada kesuraman, ataupun

adanya kekurangan-kekurangan kerana adanya lebihan-lebihan terhadap supply terhadap komersial-komersial unit yang ada di Lembah Klang. Ini kajian yang saya perolehi pada tahun 2021 Yang Berhormat, saya tak dapat yang terkini, tapi saya pasti sebenarnya kerancakan kita pada tahun 2018, 2019 sebelum hits by the pandemic sebenarnya merupakan satu lebihan-lebihan yang berlaku ataupun adanya lebihan-lebihan penawaran yang telah dibuat terhadap komersial-komersial ini dan itulah sedikit sebanyak jawapan kenapa unit-unit sektor pembinaan tidaklah serancak.

PKNS sendiri pada tahun 2018 mempunyai hang unit ataupun jumlah yang tidak dijual hampir RM1.6 bilion dan hasil daripada beberapa kerja keras kita tinggal beberapa 200 Juta 300 Juta value yang belum dijual. Jadi sebab itulah Yang Berhormat, adanya lebihan terhadap penawaran ataupun supply terhadap barangan-barangan yang telah diberikan sebentar tadi. Tapi aktiviti ekonomi terus meningkat terus meningkat. Kenapa dia terus meningkat? Sebab kita juga menumpukan sektor pengilangan, pada sektor perkhidmatan yang mana sektor itu tidaklah meningkatkan secara mendadak pertumbuhan pembangunan sektor pembinaan tetapi juga memberikan sumbangan yang besar kepada sektor ekonomi secara keseluruhan. Saya nak lari sekejap Hulu Bernam, saya nak rujuk cukup tak sebenarnya air kita? Sebenarnya air kita cukup Yang Berhormat. Kita mempunyai reserved kita ni sekarang hampir 18%. Tahun lepas reserved kita 15%. Kita sasarkan tahun ini 18% lebihan reserved air kita margin air kita. Jadi sebab itu, air data centre masih boleh ditangani kerana sejak daripada tahun lepas kita dah rujuk, kita perlu ada 200 ml lebih daripada reserved yang kita ada. Jadi daripada air kita yang kita ada dan pembinaan rasau yang akan siap 2026 / 2027 kita ada lebihan diperingkat awal 350 maksimum fasa 1, 700 keseluruhan 1,400 ml itu.

Soalan kedua adalah berkenaan dengan SIAP, ye Yang Berhormat sabar tak habis lagi. Berkenaan dengan SIAP memang kita tubuhkan bukan tak cukup kepakarannya, kepakarannya saya rasa ada 1, 2 pegawai ada 4 tapi ada masalah penjawatan jadi saya rasa kita kena tambah supaya pemantauan yang berterusan boleh diadakan dan boleh dibuat. Saya sebut tadi, SIAP melakukan penilaian hampir setiap hari terhadap projek-projek yang telah ditetapkan. Selepas SIAP dilaksanakan barulah dirujuk oleh ataupun dipantau oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya sendiri dalam tempoh setahun ada 2 kali bertemu dengan penjawat-penjawat awam terutamanya PTD, DO dan juga pegawai-pegawai kita untuk melihat perkembangan Rancangan Selangor. SIAP bukan platform saya, SIAP sebenarnya Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri. Pemantauan seterusnya CORE, dipantau oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan saya hanya melihat dashboard prestasi semasa baru-baru ini adalah kali kedua untuk saya bertemu dengan semua termasuk pemain industri, termasuk syarikat-syarikat, sila sebutkan apa masalahnya, apa isunya, Pejabat Tanah jawab di situ juga, isunya adalah berkaitan dengan amalgamation tanah sebagai contoh, jadi kita minta berapa lama ia boleh diselesaikan, berapa lama ia boleh dimanfaatkan. Jadi saya ada buat tak? Ada, tahun ini sahaja 2 kali tahun lepas 1 kali paling

tidak. Dan Setiausaha Kerajaan Negeri setiap 3 dan 4 bulan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri mungkin memantaunya setiap bulan untuk melihat pemantauan projek-projek ini.

Rancangn Selangor 1 biasa mula-mula mendapat lonjakan yang awal kemudiannya ada hanging sekitar 2022 dan 2023 sedikit sebanyak disumbangkan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum dan selebihnya selepas 2023 baru kembali rancak ataupun kembali ketersambungan terhadap projek-projek yang kita laksanakan berdasarkan niat investment pelaburan yang telah diberikan. Kenapa saya sebutkan syarikat-syarikat minat? Saya bagi contoh NCT, membangunkan manage industrial park. Fasa pertamanya hampir lengkap, dia ada masalah pembangunan jalan ulu cucuh ke KLIA yang tertangguh dan tertunggak. Apa sebab yang tertunggak Yang Berhormat? Sebab dijumpai bom. Hampir 3 / 4 lokasi bom-bom lama ada di kawasan itu, tempat simpanan askar Jepun yang menyimpan bom-bom yang masih lagi aktif. Jadi sekarang, bom-bom itu kita dah selesaikan NCT sendiri kata dia akan gunakan wang dia sendiri untuk membangunkan jalan tersebut. Dan Kerajaan Negeri bersedia untuk membenarkan dengan spec yang ditentukan oleh JKR kalau nak tunggu JKR dan sebagainya mungkin akan ambil masa sebab kita juga nak siapkan jalan di Pelabuhan Klang kita juga nak siapkan di Banting, di Semenyih dan tempat-tempat yang lain.

Jadi itu lah yang saya maksudkan minat daripada syarikat-syarikat swasta sangat baik tetapi apa yang kita pelajari di sini bagaimana pemantauan yang berterusan pengajaran kita daripada rancangan Selangor pertama. Bilakah Rancangan Selangor ke-2 kita nak bentangkan? Hampir siap sebenarnya. Kalau ikutkan kita akan bentangkan dalam awal tahun depan ataupun kita bentangkan di pertengahan tahun depan, tapi saya boleh buat satu sesi khas sebelum ramadan ataupun selepas ramadan kerana sesi kita mungkin selepas hari raya baru ada pembukaan sidang dan kita akan bentangkan ketika itu walaupun ia dah lepasi masa daripada permulaan. Dan daripada situlah nanti kita akan bincangkan pencapaian Rancangan Selangor 1, apakah hasilnya, bagaimanakah kekurangannya, apakah penyambungannya? Sebab pengalaman kita dalam rancangan-rancangan Malaysia pun sebahagian projek-projek itu terpaksa digugurkan. Dia tidak ada.

Ada sebahagian projek tu terpaksa ditambah balik dimasukkan balik. Saya ingat lagi Jalan Bukit Beruntung ke Bukit Sentosa. Ada dah sekian lama daripada rancangan Malaysia ke sepuluh. Lebuh raya ke Kuala Krai sampai ke Kota Baharu dari rancangan Malaysia kelapan sampailah rancangan Malaysia ketiga belas tak tumbuh-tumbuh. Tapi bezanya kita kali ini lebih sukar Yang Berhormat kerana kita mengambil cabaran, kita bukan hanya menitik beratkan projek kerajaan, projek anak syarikat tetapi projek di bawah syarikat-syarikat swasta bersih. Sejauh mana mereka nak belanja, apa yang baru kita berikan insentif, apa yang kita nak galakkan mereka? Ini adalah cabaran-cabaran besar yang kita banyak pelajari walaupun kita ambil cabaran tersebut setakat ini 64.47% peratusannya dan saya percaya kita boleh capai kepada 1 angka yang munasabah dibentangkan pada bulan 1 atau bulan 2 kalau kita

boleh cari tarikhnya ataupun kita boleh bentang masa-masa khas atau waktu yang telah ditetapkan. Terima Kasih Yang Berhormat.

Saya nak sebutkan tadi sebelum dicelah oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, bahawa sebenarnya apa yang sebenarnya Kerajaan Negeri dalam program Kerajaan Negeri kita mempunyai GLC tetapi rupa-rupanya sebagaimana soalan daripada Yang Berhormat anak-anak syarikat kita tidak ada GLIC. Kita tak ada satu unit yang benar-benar melaksanakan investment seperti Khazanah ataupun sebuah unit seperti KWSP sebuah unit seperti KWAP dan sebagainya. Itulah unit yang kita akan tubuhkan ataupun kita akan bangunkan, saya tahu ada cita-cita dan impian pada penggal-penggal sebelum ini nak tukar nak convert MBI kepada sebuah GLIC. Unfortunately, keseluruhan belum berjaya lagi Yang Berhormat. InsyaaAllah dengan Thrive 38 dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri, kita boleh convert dan alihkan GLIC 1 di mana investment itu akan boleh digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk projek infrastruktur ataupun projek-projek pembangunan yang ada sebab itu reserved yang besar itu sebahagian yang kita akan gunakan dalam Tabung Warisan Selangor sebagai contoh kalau investmentnya betul, niatnya betul, kita akan boleh capai, tetapi kita perlu berhati-hati sebab saya tak mahu repeat beberapa masalah kita invest to the wrong companies. Kalau kita invest khazanah dalam fun fest, ia akan jadi takut, ia akan jadi version valley tak jadi masuk pakai baju oren semua nanti. Jadi sebab itu saya percaya, inilah kapasiti yang ingin kita bangunkan di MBI dan penyusunan anak-anak syarikat supaya kita ada uninvestment arm yang boleh meneliti dengan teliti dengan detail dengan rinci. Kota Damansara tanya apa tadi? Dan sebagainya. Terima kasih.

Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat, tadi dibangkitkan berkenaan faktor DOSM pengiraan sektor pembuatan dinaikkan 1 bilion - 1 bilion dan 1 bilion, cuma saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat, kalau dibandingkan sebab perbandingan dibuat tadi daripada 2014 dengan 2024 saya maklum Hulu Kelang selalu kata jangan tengok ke belakang, cuma apabila kita tengok belakang contoh yang diberikan ketika itu situasinya sedikit berbeza yang mana perang dunia tiada ketika itu, covid pun tiada, tapi walau bagaimanapun adakah sektor pembuatan ini kenaikan ni 1 bilion - 1 bilion ni, walaupun tidak tinggi tapi adakah ini pendorong faktor kenaikan harga barang? itu yang pertama.

Kedua, lambakan rumah yang tidak terjual sehingga kalau diingatkan tahun 2024 lebih kurang 3 ribu unit rumah yang tidak terjual menyebabkan sektor pembuatan ini sedikit terjejas dan walau bagaimanapun saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana walaupun dalam keadaan begitu, masih kekal mendorong negeri Selangor untuk ada kenaikan dari sudut sektor pembuatan. Terima kasih. Mohon penjelasan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya membawa satu usul yang berbunyi, bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung pada 6:30 petang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya..

Ahli-ahli yang berhormat tidak setuju sila kata tidak,

Usul ini dipersetujui.

Silakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, teruskan penggulungan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat, unsur kedua yang selalu dipertanyakan, terima kasih Kota Damansara. Ya saya dah sebutkan tadi, ada unit yang tidak terjual dan sebab itu sektor pembinaan mengalami pertumbuhan yang sederhana. Ia tidaklah serancak sebagaimana walaupun pertumbuhan kita 41 bilion 2022, 26 bilion 2024, dia hanya menyumbang 1, 2 bilion tambahan daripada sektor pembinaan sebagaimana yang disebutkan oleh Hulu Kelang. Tetapi sebab hang unit kita agak banyak, malahan saya sebutkan tadi datanya di Kuala Lumpur ataupun di Lembah Klang termasuk Negeri Selangor. Lebihan square feet ataupun jumlah kaki persegi tawaran-tawaran untuk unit-unit komersial mengalami masalah kekurangan pelanggan ataupun tak cukup ataupun lebihan. Bukan tak cukup, lebihan kerana over supply dengan izin dan itulah yang berlaku di samping ada, kalau sektor pembuatan ia sudah pasti ada gangguan terhadap rangkaian belian dan sebagainya yang disebutkan dalam ini. Perkara kedua yang kerap kali disebut ialah tentang pertambahan hasil-hasil baru. Saya meneliti dengan ucapan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Amat Berhormat saya ingin bertanya, apakah ketika ini Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa entiti yang boleh ditakrifkan sebagai GLIC bagi Negeri Selangor.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, kalau ikut rencana MBI secara keseluruhan, MBI itself itu akan jadi GLIC. Cuma sebelum ini MBI adalah Holding Companies. Apa sedikit silap langkah kita dalam tempoh 8, 6 tahun yang lepas, MBI telah menandatangani beberapa DRA-DRA yang bergerak seolah-olah companies. That’ why MBI mengalami beberapa isu. Antara isu itu adalah sangkutnya dividen daripada Perangsang sebagai contoh.

Dia mengalami masalah struktur. Struktur itu Alhamdulillah saya rasa kita dah selesaikan. Yang kedua adalah masalah bebanan taxes. Jumlahnya agak besar kerana penyelesaian air dikira ada taxes nya dan juga ada isu aktiviti perniagaan yang dibuat langsung oleh MBI yang sepatutnya dibuat oleh anak-anak syarikat MBI. Ini kita juga sedang uruskan dan MBI itself itu sendiri akan berdiri menjadi sebuah GLIC. Kita ada 3 parents besar Yang Berhormat. PKPS, PKNS, MBI, pada waktu ini saya rasa MBI mempunyai kapasiti itu kalau disusun dengan sebaik mungkin supaya GLIC yang intake yang berpengaruh dan boleh kita dapatkan pegawai-pegawainya dan sebahagiannya kita dah buat melalui Perangsang. Perangsang mempunyai syer. Sebagai contoh dalam Toyoplus. Syer yang besar dalam Kingkoil suatu ketika dulu. Investment kita RM100 juta, tetapi kita terlepas untuk invest di startup-startup yang berjaya. Walaupun sebahagian startup-startup itu kita yang kenal pasti. Inilah yang rasa perlu diperbesarkan ataupun dipersegerakan dan kita juga boleh menumpu dalam apa-apa projek yang kita nak sambung dalam Rancangan Selangor selepas ini supaya ada GLIC yang berkesan dan bermanfaat untuk semua.

Baik, ada yang menyentuh tentang hasil negeri. Baik, hasil negeri saya dengar Kota Damansara. Kota Damansara sebutkan ada peningkatan terutamanya daripada pengurangan sebenarnya daripada kebergantungan tanah. Sebab itu masa dulu kita bergantung sampai 70% - 80%. Tetapi sekarang nilainya dah berkurang menjadi lebih kurang 60%. Kenapa 60% dapat hasil, bukan hanya dengan sumbangan daripada anak syarikat. Anak syarikat kita sekitar RM40 juta. Sekarang RM45 juta. Mungkin masa depan RM50 juta. Kalau saya sebutkan tadi dengan pencapaian apa yang dibuat oleh MBI dengan beberapa deal projek yang sangat memberangsangkan. Malahan saya boleh sebutkan. Salah satu negeri SG4 pun menggunakan meter yang akan kita gunakan nanti, kalau tak kena block oleh orang sanalah. In sha Allah kita akan ada pendapatan yang lebih besar dan apa yang saya nak sebutkan, mereka akan mampu untuk buat sebab MBI sendiri berbelanja RM45 juta untuk program-program melalui Yayasan MBI. Bantuan Haji, Bantuan Raya kepada Guru-Guru KAFA, kepada Nazir Masjid, kepada Imam, kepada Bilal. Bantuan Muassasah Haji yang akan kita naikkan dan juga Tuisyen Rakyat, Bantuan Rumah Terbakar, Bantuan Ribut, itu juga RM45 juta.

Kalau itu sahaja penilaian yang kita buat, saya rasa MBI mempunyai kekuatan untuk teruskan. Tetapi apa dengan tambahan yang kita buat adalah contohnya melalui dark fiber yang saya sebutkan dalam pembentangan Belanjawan. Ini adalah satu rangkaian utiliti yang kita tidak boleh lepaskan. Suatu masa dulu, kita sedikit terlepas dengan penanaman apa yang ini kita panggil sebagai fiber optic. Tetapi dark fiber ini sebenarnya digunakan untuk pusat-pusat data dan biasanya pusat-pusat data bukan membayar selepas setahun tetapi akan mereka bayar setahun awal jika mereka perlukan rangkaian-rangkaian tersebut. Membina dark fiber ini kita sudah berbincang dengan Pihak Kerajaan Persekutuan, dananya sedang dimuktamadkan. Saya percaya kita boleh buat dengan apa yang kita ada dan Selangor merupakan tempat yang sangat strategik. Kenapa? Dia boleh merupakan rangkaian paling tengah sampailah ke

Thailand. Kenapa Thailand hingga ke Selatan tanah air begitu penting? Sebab di Singapura merupakan puncak untuk sampai ke dunia. Rangkaian-rangkaian bawah laut sebenarnya paling banyak adalah di Singapura. Jadi kita ada juga rangkaian daripada bawah laut yang boleh mendarat di Banting. Jadi daripada Banting ke Singapura, kita boleh bypass rangkaian-rangkaian tersebut dalam masa yang sama kita juga boleh menyambung ke Negeri Sembilan, ke Melaka sampailah ke Johor untuk membina rangkaian-rangkaian dark fiber tersebut. Di negeri Selangor sahaja kita kenal pasti 800 lebih. 800 kilometer ini sebenarnya boleh menyumbang sampai RM129 juta dalam tempoh 3 hingga 5 tahun daripada sekarang. Caj asasi air sebagai contoh kita akan naikkan sama 80% dan juga kita turut meletakkan zero discharge policy yang boleh mencapai RM100 juta dalam tempoh 2 tahun tetapi tahun depan kita kenakan RM50 juta dulu sebab kita nak biasakan. Respond kita pada FFM, sebagai contoh ataupun dengan Federation Manufacture Malaysia. Mereka sangat menyambut baik. Tetapi di situ juga membuka ruang perniagaan baru. Antara ruang perniagaan baru itu adalah contohnya perniagaan yang kita namakan sebagai Air Lestari. Air Lestari ini adalah untuk kitaran air supaya mereka tak discharge air. Daripada mereka discharge air, lebih baik mereka kitar air. Projek kitar air itu telah capai sasaran oleh Air Lestari, Air Selangor, tahun ini kita target 5 mld, kita dah dapat 7 mld dengan agreement baru dengan sebuah syarikat pembuat sarung tangan di dalam Negeri Selangor. Jadi, ini semua memberikan gambaran kekuatan yang boleh kita menambah hasil negeri melalui tindakan-tindakan kreatif kita ataupun hasil-hasil kreatif kita kepada negeri Selangor.

Antara perkara yang mungkin kita sedikit tertinggal ataupun terlepas adalah berkenaan dengan Akaun Belum Terima. Akaun Belum Terima ini Yang Berhormat kerana kita telah melaksanakan satu percukaian petak pada tahun-tahun sebelum ini. Tetapi di peringkat awal, sistemnya agak kurang kemas. Jadi tunggakannya agak besar. Tunggakannya begitu besar dan sebab itu kita akan mengubah beberapa ekosistem supaya kita dapat mencapai hasil bukan sahaja terkini tetapi hasil-hasil tunggakan dan seterusnya itulah yang kita nak buat GLIC tadi Yang Berhormat, supaya selepas ini beberapa projek-projek kita sebagai contoh loji rawatan air, loji kitar padu gas di Pulau Indah dan pelbagai projek-projek lain seperti Batang Kali, Kerling, Sungai Selangor, haidi ni hidro yang kita nak buat itu boleh dibiayai ataupun boleh menggunakan dana-dana daripada GLIC ataupun dana-dana pinjaman yang dikenakan dengan RS ataupun RCPS yang dihasilkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya kira apa yang kita bincangkan pada petang ini ialah dalam usaha kita untuk prudent the source of revenue untuk Negeri Selangor. Dalam perbahasan saya, saya juga ada mencadangkan beberapa kaedah tambahan selain daripada apa yang telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri iaitu untuk menimbangkan supaya Kerajaan Negeri dapat rationalized beberapa aset-aset yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Saya telah mengemukakan pertanyaan bertulis kepada Kerajaan Negeri, untuk mencerakinkan apakah aset-aset yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah dan nilai semasa setiap aset yang berkenaan.

Jawapan yang saya terima daripada Kerajaan Negeri pada ketika ini jumlah aset yang direkodkan berjumlah RM8.6 bilion. Ini satu jumlah yang agak signifikan untuk Kerajaan Negeri menimbangkan kaedah baru untuk mengembangkan hasil daripada pendapatan Kerajaan Negeri. Daripada RM8.6 bilion ini, aset tanah ada 728 bidang dan aset bangunan 1,108 buah. Apakah mungkin Kerajaan Negeri dapat menimbangkan sebahagian daripada aset-aset ini khususnya bangunan-bangunan yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri untuk disenaraikan dalam satu writ ataupun real estate investment trust supaya kita dapat satu pulangan yang agak signifikan di antara 6% sehingga 8% setiap tahun dan pengurusan bangunan-bangunan ini juga dapat dilakukan secara profesional. Ini baru aset yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, saya percaya setiap PBT juga mempunyai aset yang agak besar khususnya Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBSA, Klang dan sebagainya. Jadi kalau kita kumpulkan aset-aset ini, saya percaya Kerajaan Negeri dapat mengambil satu tindakan yang lebih proaktif untuk mengembangkan hasil dan pendapatan Kerajaan Negeri untuk tahun-tahun yang akan datang. Jadi apa pandangan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tentang cadangan ini.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, dalam hitung kira asas bagi rate Yang Berhormat, hitung asas sebagai rate adalah yield ataupun pulangan kepada sesuatu aset itu kena positif 6% minimum. Kalau pulangannya itu ataupun nilaian sewaan, nilaian gandaan itu kurang daripada 6%, rate itu akan menjadi burden pula kepada Kerajaan Negeri ataupun kepada mana-mana pihak. Rate kita dah teroka melalui PKNS sebenarnya Yang Berhormat, sampai sekarang kita belum lagi mempunyai asas yang cukup kuat kerana kita perlu membuat investment pula terhadap bangunan-bangunan tersebut. Kalau contoh bangunan Kerajaan Negeri kita nak masukkan dalam rangkaian rate, kita perlu naikkan taraf supaya yield nya itu cukup 6% dan untuk bangunan Kerajaan Negeri jadi sukar pula sebab sebahagian daripada bangunan-bangunan ini bukan dalam konteks sewaan. Ia walaupun dimiliki Kerajaan Negeri ia tidak boleh di sewaan, tetapi kita dah mulakan inisiatif rate ini untuk anak-anak syarikat Kerajaan Negeri terutamanya PKNS dan MBI yang mempunyai rangkaian-rangkaian mereka untuk PBT kita belum lagi Yang Berhormat sebab dia punya formula asas itu harus mempunyai yield 6% sebagai asas supaya ia adalah satu rate yang berbaloi. Kalau tak rate nya itu kurang berbaloi. Saya tertinggal nak maklumkan tentang hal tersebut.

Baik. Saya juga ingin sebutkan tentang SPARK, iaitu Program for Inspiring Ready and Knowledge Talent yang ingin dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri yang meliputi kepada generasi muda dengan kita mensasarkan pada tahun 2026 sebanyak 500 individu dan sebagaimana yang disebut dalam Rancangan 5 Tahun 5 Janji Kerajaan Negeri. SPARK ini juga akan kita penuhi apabila kita akan kenakan ataupun akan beri bayaran RM1,500.00. Konsepnya adalah 500 ataupun sebahagian dibayar oleh para ADUN-ADUN ataupun oleh syarikat dan selebihnya akan ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri maksimum boleh pergi on one thousand lah. Kita tak boleh pergi terlalu banyak sebab kita

nak sasarkan. Tetapi keseluruhan RM1,500.00 memenuhi janji yang ditetapkan saya rasa macam Kota Damansara yang ada plan nak tambah satu lagi, pejabat, jadi kita mempunyai kebolehan untuk membayar RM500.00 sebagaimana yang telah kita ada.

Baik. Saya rasa saya dah menjelaskan dengan rinci dengan detail berkenaan dengan ekonomi negeri secara makro, apakah hasil-hasil kita, apakah rancangan Selangor dan bagaimana kita nak capai strategi-strateginya. Sekarang saya nak beralih kepada isu-isu yang lebih spesifik terutamanya yang melibatkan PKNS. Ahli Yang Berhormat sekalian, soalan pertama daripada Hulu Kelang adalah berkenaan dengan 13 unit St. Regis, daripada data yang kita perolehi maklum balas daripada PKNS, kadar sewaan yang ditetapkan untuk 13 unit ini adalah di antara RM6,000.00 sehingga RM13,500.00 satu bulan. Pada ketika ini, kita sudah mempunyai 12 unit secara keseluruhan dan 3 daripada unit ini adalah telah disewakan dan tempoh sewaan yang didapati daripada penyewa-penyewa adalah dalam tempoh satu tahun dan jumlah pulangannya adalah di antara RM25,000.00 per RM300,000.00 bagi setiap bulan. Maknanya RM25,000.00 satu bulan daripada unit yang telah kita sewakan. Manakala Projek LINKAR 52, SA Sentral.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Amat Berhormat, tentang ini kondominium mewah St. Regis ini. Maksud Yang Amat Berhormat ialah semenjak unit-unit ini diserahkan kepada PKNS lebih kurang mungkin 2 atau 3 tahun yang lalu, baru 3 unit yang dapat disewakan ya. Maknanya ada 10 unit lagi yang masih kosong yang belum ada penyewa dan sudah tentulah ini akan menjejaskan hasil kutipan bagi PKNS. Yang keduanya 3 unit yang disewakan ini juga kalau ikut jawapan yang diberikan tadi hanya untuk tempoh 1 tahun. Maka sekali lagi ia nya akan menjejaskan pendapatan PKNS untuk satu tempoh yang panjang. Ini perbahasan kita daripada peringkat awal lagi, kondominium mewah seperti ini tidak mungkin dapat kita sewakan kepada rakyat biasa kerana kos sewaannya agak tinggi untuk kita dapatkan pulangan bagi PKNS. Jadi, apakah langkah seterusnya, untuk memastikan unit-unit ini yang telah dibuat secara in kind oleh MRCB kepada PKNS dapat dimanfaatkan sepenuhnya?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Memang kita sedang mempromosikannya lagi. Mendapatkan tempoh-tempoh sewaan jangka panjang. Apa yang kita buat sebenarnya adalah tempoh jangkaan sewaan jangka panjang. Mereka perlu membayar pada satu tempoh yang tertentu, maknanya kalau tempoh dia buat, dia bayar 1 tahun dan stay dan kita akan hubungi syarikat-syarikat antarabangsa antaranya Data Center, Global Services Agencie atau pun unit sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO Pelaburan. Dan ini adalah ekspektorat-ekspektorat yang berkemampuan untuk menyewa bangunan ini dan sebagaimana saya sebut in kind ini adalah sebahagian daripada penyelesaian penjajaran PJ Central. Sebenarnya kita tak mahu lagi menanggung hutang berterusan dekat PJ Central, then, kita dapatkan bangunan ni, kita dapat bangunan beliau atau bangunan MRCB di Shah Alam dan sekarang bangunan itu pula dalam sedang dalam renovation sebab kita nak

masukkan dalam RID dan kita nak masukkan lagi dalam nak menambah nilai kepada nilai-nilai dan pelaburan yang telah diberikan.

Dan untuk Projek Lingkar 52 SA Sentral, 74 unit rumah mampu milik dibina dengan harga RM250,000 dengan keluasan lebih kurang 600 kaki persegi. Dan faktor utama keluasan dengan lebih kecil untuk kos tanah adalah disebabkan oleh kos tanah yang berkonsepkan pembangunan Transit Oriented Development berdekatan dengan LRT 3, kos binaan dan keperluan infrastruktur. Jadi Yang Berhormat, SA Sentral ini adalah sebahagian daripada perubahan planning PKNS daripada apa yang pernah diilhamkan sebelum ini iaitu membina Selangor Business Capital. Selangor Business Capital sebenarnya itulah kawasan Yang Berhormat sebut tentang padang golf tu nanti. Nanti saya jelaskan. Selangor Business Capital dulu pun Yang Berhormat tidak mempunyai entiti atau pun jumlah mampu milik. Itu adalah konteks perniagaan atau pun kawasan untuk aktiviti dan program.

Jadi, tak betul kalau Yang Berhormat kata 22, 000 rumah masa itu Yang Berhormat tak plan bina 22,000 rumah. Tapi tak apa, kita selesaikan dulu SA Sentral. SA Sentral kerana kita mempunyai hubungan dengan LRT. Kita mempunyai rangkaian mall, hotel, bangunan perangsang yang telah dibeli oleh pihak PKNS juga akan kita hidupkan semula hotel. Grand Mercure akan masuk di sana tidak berapa lagi kerana kita kurang hotel-hotel bertaraf 5 bintang dan 6 bintang di kawasan sekitar Shah Alam. Dan itu, akan merancakkan lagi dengan adanya SACC Convention Centre. Dengan pembinaan LRT yang akan mula beroperasi bulan 12, saya percaya pembinaan Transit Oriented Development atau pun TOD yang dibangunkan di sana termasuk ada perumahan mampu milik yang kita akan tawarkan kepada pemilik-pemilik di kawasan sana. Saya percaya ia akan menjadi Selangor Business Capital yang rancak.

Apa yang menjadi cabaran kita di Shah Alam ini Yang Berhormat, kadang-kadang pusat bandar kita ini terlalu sunyi. Sunyinya itu kadang-kadang lepas jam 7:30 dia dah habis kecuali adanya program sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya. Jadi, sebagai entiti bandar, dia harus ada vibe nya yang tersendiri. Jadi dengan adanya Shah Alam Sentral ini kita percaya kita boleh menambah vibe dan aktiviti-aktiviti yang ada. Baik, kita terus kepada Cyber Valley. Iaitu kawasan...

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak kembali kepada Projek Lingkar 52 ini, saya sedia maklum dan saya sebut dalam perbahasan saya, memang ada beberapa unit di tetapkan sebagai harga RM250,000 tetapi seperti Yang Amat Berhormat keluasan lebih kecil daripada apa yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk rumah-rumah mampu milik mengikut pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Bilangan 1 Tahun 2025 mestilah bersaiz 1,000 kaki persegi pada harga RM250,000. Persoalan saya ialah, sekiranya agensi seperti PKNS tidak dapat mematuhi garis panduan Kerajaan Negeri. Bagaimana kita dapat meletakan aspirasi

Kerajaan Negeri ini kepada pihak swasta. Apatah lagi pembangunan ini dalam TOD. Saya faham mungkin kos tanah di kawasan TOD itu lebih tinggi daripada kawasan biasa. Tetapi itulah matlamat kita memberi keutamaan kepada rumah kos mampu milik. Kerana kita mahu pemilik-pemilik ini dapat memanfaatkan sistem pengangkutan awam seperti di Lingkar 52 ini kedudukan LRT Dato Menteri hanya 50 meter daripada premis yang berkenaan. Dan ini satu kawasan yang amat sesuai untuk mereka di kalangan B40 dan M40 memiliki rumah-rumah mampu milik pada masa yang sama dapat menikmati sistem pengangkutan awam.

Jadi, persoalan di sini ialah mengapa PKNS tidak dapat memberikan keutamaan kepada jumlah pembinaan rumah mampu milik di kawasan TOD pada harga yang ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan juga saiz yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor? Apa yang kita saksikan dalam Projek Lingkar 52 ini, PKNS menjual pada harga RM555 satu kaki persegi sehingga RM794 satu kaki persegi sekali lagi ini lah perbandingan yang saya buat di mana rumah mampu milik yang ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor hanyalah RM250 satu kaki persegi? Jadi saya mohon perkara ini dapat dipertimbangkan khususnya dalam kawasan TOD supaya sistem pengangkutan awam itu dapat benar-benar dapat dimanfaatkan oleh pemilik-pemilik rumah di kawasan yang berkenaan. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya percaya antara tujuan asas Shah Alam Sentral dibuat adalah untuk menghidupkan kawasan itu dan menjadikan aktiviti-aktiviti di sana sebagai daripada aktiviti yang merancakkan perniagaan. Sebab itulah yang akan convert apa yang kita sebutkan sebagai Selangor Business Capital dengan kemudahan-kemudahan yang ada. Elemen-elemen atau pun entiti-entiti yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat, saya percaya saya akan rujuk kembali dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor adakah telah diberikan kelulusan-kelulusan tertentu dan adakah telah di bawa ke MMKN sebab benda-benda ini sebenarnya kena bawa ke MMKN terutamanya kelulusan setelah pihak pemaju termasuk PKNS memohon untuk pembinaan kawasan-kawasan dan lokaliti-lokaliti, perumahan-perumahan terbabit. Dan kalau daripada segi kos Yang Berhormat sebenarnya kalau kita bandingkan dengan salah satu projek PKNS sebelum ini tidak lain dan tidak bukan adalah projek kita di Datum. Projek di Datum pada ketika itu, per square foot jatuh kepada RM800 per square feet. Saya tak pasti pada ketika itu kenapa jadinya begitu dan menyebabkan unit-unit itu tidak dapat dijual malahan mall yang ada pada hari ini pun masih ada lagi sendu dan tidak dapat pasaran yang sebaik mungkin walaupun pada ketika awal perancangan Datum Jelatek, kita rasa tempat itu adalah tempat terbaik untuk kita laksanakan pembangunan sebagaimana yang disebut salah satu nya adalah membangunkan kawasan perumahan kos rendah yang digantikan dengan perumahan baru yang diberikan duit ganjaran yang besar. Tetapi akhirnya kos yang besar dan menjadikan projek itu tidak sustainable dan harga pasaran di sana jauh berbeza. Namun harga pasaran yang kita compare yang ada di sini yang kita dapat dilihat di sini adalah secara keseluruhannya berada dalam memastikan Transit Oriented Development TOD yang

mencukupi dapat ditawarkan dan ini bukan menumpu kepada pasangan berkeluarga tetapi juga menumpu kepada pasangan atau pun mereka yang masih lagi bujang.

Dalam RSKU 3.0 sebenarnya, Dasar RSKU 3.0 kita ada memperkenalkan beberapa rumah. Rumah single atau pun duo sebagai contoh. Di mana ada rumah yang tidak berbilik, ada rumah yang mempunyai 2 bilik. Ini adalah rancangan rencana-rencana baru yang kita perkenalkan sebab ada permintaan di kalangan bujang atau pun mereka yang tidak lagi berkelamin atau pun berkeluarga yang memerlukan perumahan-perumahan tersebut. Saya kena semak balik apakah kedudukannya dan nanti saya akan maklumkan kembali kepada Yang Berhormat. Tetapi saiz atau pun harga yang sebenarnya menjadi pertimbangan asas kerana harga di sana merupakan harga yang sangat tinggi dan secara keseluruhannya kita terpaksa meletakkan harga sedikit tinggi untuk kawasan terbabit.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Amat Berhormat sebut sebentar tadi perkara ini boleh dirujuk semula oleh MMKN terhadap sebarang kelulusan yang diberikan oleh PKNS tapi projek ini sudah pun dalam proses dan pembangunan jadi bagaimana, apakah kesediaan Kerajaan Negeri untuk menyemak semula kelulusan yang telah diberikan kepada PKNS.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Izinkan saya untuk menyemak balik kelulusan-kelulusan yang telah diberikan sebab ia memerlukan kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri sejauh mana banyak kertas sebenarnya telah dibentangkan di dalam MMKN tentang projek-projek perumahan tapi dia perlu melepasi LPHS dan sebagainya dan kesediaan kita yang sangat terbuka untuk melihat kembali adakah dasar-dasar ini. Sebab Yang Berhormat untuk membina rumah mampu milik membina rumah mampu milik sebenarnya setiap unit rumah mampu milik itu kita memerlukan subsidi atau pun kita perlu cross subsidi. Kalau tidak, dia tidak akan dapat terhasil. Satu rumah yang berharga RM42,000 atau pun RM45,000, kos sebenar yang perlu ditanggung adalah lebih daripada RM100,000 subsidi pada waktu ini lah. Sebelum ini 80,000 kira-kira ini 5 tahun yang lepas. Jadi ini lah yang menyebabkan Kerajaan Negeri menggerakkan rumah RM250,000 kerana akhirnya RM250,000 masih lagi memberi ruang dengan keluasan 1,000 kaki persegi dengan konsep rumah idaman dan rumah harapan. Jadi itu yang saya maksudkan tapi saya kena rujuk balik sejauh mana 74 unit ini dengan rumah 550 kaki ini. Tapi seingat saya kita ada dasar rumah duo dan rumah single dalam Rancangan Selangor yang pertama yang lebih dikhususkan untuk pasangan tidak berkahwin.

Baik, Cyber Valley. Ada keluasan keseluruhan Cyber Valley adalah 1,594 ekar. Cadangan padang golf berkonsepkan padang golf Seri Selangor sebenarnya adalah terhasil apabila kita merancang untuk membangunkan kawasan sekitar golf Seri Selangor yang terletak di Kota Damansara. Di sana apabila kita bangunkan dan sebenarnya, kalau saya boleh sebutkan Kelab Golf Seri Selangor ini, mencatatkan 5,000 round satu tahun dan di antara lapangan golf

yang paling affordable di dalam kawasan bandar dan merupakan antara tempat yang paling popular. Tapi tempatnya agak sedikit sempit sekarang disebabkan dihimpit dengan pembangunan. Dan ada beberapa tempat-tempat tertentu itu tidak sesuai untuk diteruskan aktiviti golf di sana terutama apabila Taman Medan main sebab bola dia masuk ke jalan di sebelah kanan. Tarik balik, tarik balik.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

36:6, 36:6

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak benar, tak benar. bayar banyak juga saya lepastu. Jadi, kita telah merancang tapi ada bantahan daripada penduduk dan kawasan sekitar. Sebab itu, kita nak gantikan kawasan di padang, di Seri Selangor di Sepang, kebetulan Sepang tidak mempunyai padang golf secara langsung yang dekat dengan Airport. Kalau kita lihat padang golf-padang golf tertentu yang dibangunkan di banyak negara-negara dunia, dia berdekatan dengan lapangan terbang dan biasanya akan menarik ramai orang terutamanya kalau kita pergi ke Indonesia. Nak tahu, tanya Taman Medan di mana dia pergi. Dalam kawasan tersebut, saya nak sebutkan daripada 1,954 ekar, 50 ekar adalah dalam penyediaan RSKU dengan jumlahnya 3,523 unit 60% daripada kawasan tersebut juga akan dibangunkan kawasan kediaman. 2,389 atau pun 40% adalah rumah harga bebas. Ini dalam rencana yang dalam kawasan keluasan itu dan PKNS telah siap bina 864 pun rumah mampu milik Idaman Residensi yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2022.

Jadi, PKNS telah menyediakan 2,877 unit pada tahun 2013 menambah 5,000 lagi yang bakal disediakan di kawasan seperti Kota Puteri dan Cyber Valley dan tidak ketinggalan ada rencana sebenarnya tanah PKNS yang kita debat panjang di kawasan Semenyih itu akan di bina kan lebih kurang 20,000 hingga 25,000 rumah mampu milik yang ingin dibangunkan oleh developer terbabit. Jadi maknanya PKNS masih lagi menimbangkan tentang kawasan perumahan tersebut dan padang golf ini baru lah di peringkat cadangan dan kita kena semak balik kesesuaiannya dan melihat balik rencana tentang pembinaan di Seri Selangor sebab kalau kawasan itu terus mendapat bantahan dan tidak sesuai atau pun ada benda-benda yang tidak baik untuk diteruskan kita mungkin akan boleh batalkan projek ini untuk kita teruskan apa yang kita rancang kan di kawasan Seri Selangor dan kawasan sekitarnya. Ia adalah gantian apa yang kita ada di Seri Selangor dan tidak ada masalah untuk kawasan pembinaan baru.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Amat Berhormat jawapan tadi menyatakan bahawa ini adalah gantian kepada padang golf di Seri Selangor. Persoalannya kalau pun ada kewajaran untuk membangunkan tanah dan tapak di Seri Selangor apakah perlu digantikan padang golf yang lain? Sedangkan banyak padang-padang golf telah pun wujud dan dibangunkan di seluruh Negeri Selangor dan juga kawasan yang berdekatan. Itu yang pertama. Yang kedua, saya bukanlah pemain golf saya tidak pernah main golf pun dan saya pun bukan soal tak suka Sekinchan. Nasib baik dia tak datang pagi ni, kalau tidak panas

lagi. Cuma saya nak nyatakan keutamaan. Yang Amat Berhormat sebut memang PKNS bina sebanyak 2,877 unit pada tahun 2013 dan ada perancangan di beberapa daerah yang lain. Tetapi sekali yang saya bahaskan, mengapa dalam mengubal dasar dan perancangan Kerajaan Negeri tidak terikat dengan dasar-dasar Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor? Saya rujuk kepada kertas yang dibentangkan di Shah Alam Urban Forum. Di mana Lembaga Perumahan sendiri sebut, bahawa Sepang antara daerah yang tertinggi selain daripada Petaling berjumlah 23,908 permintaan rumah. Ini satu daerah Yang Amat berhormat, jadi apabila ada tapak yang bersesuai di Sepang, ok kita ada pertimbangan sama ada padang golf atau perumahan. Saya tak ada masalah, tetapi dari segi maslahah yang dibangkit oleh Sabak, pastinya Kerajaan Negeri berminat untuk menyiapkan rumah-rumah mampu milik bagi memenuhi aspirasi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Itu sahaja permintaan saya, kalau kita boleh bina di atas 167 ekar tanah ini dengan jumlah 20,040 unit maka selesailah sebahagian besar daripada permintaan di daerah Sepang.

Yang ketiga Yang Amat Berhormat, saya tersinggung tadi mengata bahawa bila kita bina rumah mampu milik ini, ia ada subsidi, ada kos di situ. Ini menyebabkan PKNS lebih berhati-hati. Tetapi kalau kita lihat, sebuah syarikat swasta Sain Tech, dalam review of pistuliar 2025 yang membina affordable home dia launch sebanyak 10 ribu quality affordable home dia boleh untung sebanyak 28%. Saya tak meletakkan kadar keuntungan yang begitu besar berbanding dengan syarikat swasta. Kalau PKNS itu dalam perbahasan saya, kalau dia letakkan keuntungan 10% pun dia boleh untung sebanyak RM500 juta berbanding dengan padang golf yang dicadangkan.

Yang keempat yang akhir Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat katakan yang ini baru cadangan. Baru niat semalam, Tanjung Sepat sebut niat. Tapi niat ini ada tak dizahirkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS. Yang dipengerusikan oleh yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Patutnya kalaupun itu niat, sebagai Ketua Eksekutif, sebagai Dato’ Menteri Besar apakah tidak mungkin Dato’ Menteri Besar menegur PKNS di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah di antara padang golf dengan perumahan, aku pro rakyat, aku nak bina rumah mampu milik. Itu sahaja saya nak tanya ada tak perbincangan niat itu di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Baik Yang Berhormat, keseluruhan tanah itu 1,594. 163 adalah sebahagian daripadanya. Dan dengan sebab itu kita percaya ia hanya sekitar berapa persen sahaja daripada keseluruhan tanah yang ingin dibangunkan. Makna 10% itu yang pertama. Yang kedua, saya tak pasti bagaimana syarikat yang terbabit boleh mencatatkan 28% margin dengan pembinaan rumah mampu milik. Sebab mana-mana developer you tanya sekali pun, pembangunan rumah mampu milik kecuali dengan volume tertentu dengan satu harga seperti Idaman dan Harapan, barulah dapat margin single digit 5-8%. Itu paling jelas. Jadi saya tak pasti mana kira-kiranya, bagaimana kalkulatornya yang katakan boleh untung sampai berbilion ringgit Malaysia itu. Sabar-sabar, dan seterusnya

daripada keseluruhan yang kita sebutkan ada RSKU yang kita bangunkan iaitu sebanyak 3,523 unit yang kita ingin bangunkan.

Yang keempat, tanah tersebut merupakan tanah peat soil, Yang Berhormat sendiri tahu, kita pernah berkerjasama dengan Raudah City. Iklannya sampai ke Sabah dan Sarawak tapi boleh dikatakan gagal projek tersebut dan sampai sekarang tak dapat jalannya. Sebab apa tanah peat soil. kita perlukan keluarkan peat itu atau tanah gambut itu secara keseluruhannya, barulah kita dapat bangunkan kawasan situ dan menyebabkan land kosnya meningkat hampir meningkat 2 atau 3 kali ganda. Jadi Cyber Valley dibangunkan dengan aktiviti komersial dan cadangan Yang Berhormat dulu pun Selangor Business Capital tidak ada elemen rumah mampu milik. Itu adalah kawasan hall, pusat perniagaan dan sebagainya. Tak ada rumah mampu milik, jadi itu membuktikan 143 ekar itu adalah satu proses kita fikir kalau kita nak bangunkan kawasan itu sudah ada di Shah Alam Sentral dan kita ada pelan untuk bangunkan di sana dan kita bangunkan di sana. Silakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Yang Amat Berhormat, saya tertarik yang apa yang Hulu Kelang sebut, jadi saya cepat-cepat pakai internet untuk kaji. Sain Tech Properties Divison, profit margin 28% itu merujuk kepada keseluruhan Properties Division bukan sahaja rumah mampu milik. Yang kedua, definisi rumah mampu milik mereka RM300 hingga RM500 ribu. Yang rumah mampu milik Selangorku RM250 ribu. Yang ketiga, kebanyakan projek mereka adalah projek rumah teres di mana kos pembinaan adalah jauh lebih murah berbanding rumah bertingkat. Dan keempat, kebanyakan rumah mereka adalah di luar Selangor. Jadi harga tanah di sana pun lebih murah, jadi nak bagi konteks macam mana boleh sampai 28%. Ini daripada website.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada berkaitan. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Science Tech ini, dengan jelas menyebut dalam laporan fisculiar 2025. Jumlah affordable home yang saya maksudkan tadi, saya sebut tadi 10,000. Kalau di Sepang ini 20,000 yang saya cadangkan itu, maknaya 50% of the total number of unit yang dibina oleh Sain Tech, itu yang pertama. Sebab itu saya kata kalau Sain Tech memperoleh 28% saya tidak mahu impost PKNS meraih keuntungan sebesar itu. Saya hanya meletakkan 10% or even less 5%. Itu pun sudah cukup PKNS memberikan pulangan, itu yang pertamalah.

Yang kedua Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat sebut tadi yang sebelum ini pun kita punya cadangan tidak ada komponen rumah mampu milik. Ketika itu saya sebut dalam perbahasan saya, tapak tersebut telah pun di wartakan sebagai zon industri. Sudah tentulah komersial elemen diberikan keutamaan dan ianya pasti pulangan juga kepada PKNS. Rather then you built padang golf. Hari ini tanah industri itu seperti yang saya tunjukkan dalam perbahasan saya, sudah ada permohonan untuk meminda kebenaran merancang bagi cadangan pindaan terhadap pelan susun atur bagi telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sepang pada 12 September 2023, yang melibatkan lot-lot industri. Memang ketika itu lot

industri Yang Amat Berhormat, cuma sekarang nak dipinda menjadi padang golf, ini yang rasa keutamaan salah bagi pihak PKNS yang diberikan mandat untuk membina rumah-rumah dan juga membuka bandar-bandar baharu. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya rasa perlu jelas, saya rasa tadi Bukit Gasing menjelaskan, saya rasa agak mustahil mana-mana developer mampu mencatatkan 28%, untuk membina rumah mampu milik. Dah tu penafsiran makna rumah mampu milik dia pun lari 300 ribu hingga 500 ribu. Penafsiran kita 250 ribu. Saya membuat kiraan secara asas, kalau kita membina cadangan atau pun pandangan Yang Berhormat, 12,960 unit, jumlah yang kita akan belanjakan lebih 3.2 bilion. Dan kita akan hutang lebih kurang 414 juta kalau kita bangunkan rumah mampu milik itu.

Jadi itu adalah kerangka yang saya perlu dilihat dengan menyeluruh. Tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gasing itu patut diteliti dengan ulas. Bukannya saya tak nak bina rumah mampu milik, tetapi asasnya di situ adalah untuk membina kawasan perindustrian dan kawasan perniagaan dan memang sebahagian daripada aktiviti yang melibatkan perniagaan itu adalah aktiviti sosialnya ialah permainan golf. Itulah sebenarnya dirangka pada peringkat awal. Sebab itu dia muncul pada tahun 2023 Yang Berhormat, sekarang mungkin sekarang jadualnya sudah sedikit berubah. Setelah melalui proses, adakah ia tidak ditegur, ditegur sebab dalam retreat-retreat kita dibentangkan hal ini tak semua kita luluskan tak semuanya kita benarkan jalan untuk kita review balik. Sebab di sana mempunyai sejarah kos tanah yang begitu besar dan pelbagai perkara-perkara yang lain. Kita bincang dengan banyak pihak Gamuda, pemaju di depan untuk membangunkan kawasan industri di sana dan di sini di kawasan terbabit. Semua nya masih lagi tersangkut dengan kos tanah yang sangat besar sebab ia melibatkan dengan peat soil, sekali lagi saya sebutkan ia melibatkan tanah gambut yang mana kos tanahnya adalah berlipat kali ganda kerana kita perlu membuang. Buktinya Raudah City yang pernah Yang Berhormat melancarkan bersama-sama dulu, tak berjalan dan tidak ada satu ketul rumah pun dapat dibina di kawasan terbabit dan bukan ertinya dibangunkan dan boleh dihidupkan sebagai mana apa yang Yang Berhormat sebutkan. Baik itu saya rasa, saya dah jawab detail berkenaan dengan Shah Alam Sentral.

Baik saya teruskan tentang Kompleks Sukan Shah Alam. Kompleks Sukan Shah Alam sedang melalui proses pembangunan yang akan digerakkan sebaik Arkitek dan Jurutera menyediakan perincian yang dimuktamadkan. Setakat ini perjanjian EPCC atau dipanggil sebagai Engineering, Procument, Construction and Commeasuring belum ditanda tangani dan dia akan dimuktamadkan pada penggal pertama atau pun suka pertama tahun hadapan. Kos untuk keseluruhan pembangunan KSSA termasuk stadium, ruang perniagaan komersial, teater tertutup, hotel, terminal pengangkutan, plaza, letak kereta, fasiliti sukan dan kawasan rekreasi dianggarkan RM2.93 bilion. Terdapat juga...

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Amat Berhormat, sebelum kita pergi jauh tentang kos, Yang Amat Berhormat mengesahkan bahawa kontrak EPCC belum lagi ditanda tangani. Saya ingin merujuk kepada SST yang telahpun dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dalam SST ini jelas menyatakan kontrak EPCC mesti ditandatangani 6 bulan daripada tarikh SST. Tarikh SST adalah pada 15 Mei 2025. Maka telah pun luput SST yang ditandatangani, sekarang ini kontrak EPCC hanya akan ditanda tangani pada awal tahun hadapan. Jadi apakah penjelasan Yang Amat Berhormat?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Asalnya kita telah membenarkan atau pun ada satu new agreement of development yang dimaksudkan oleh pihak pemaju dan juga pihak MBI untuk pihak pemaju untuk memulakan kerja-kerja tanah. Jadi sebelum EPCC dibuat, kerja-kerja tanah masih boleh dilaksanakan dan while agreement itu dipersetujui mereka secara kedua-duanya bersetuju untuk menandatangani EPCC sementara kerja-kerja tanah awalan dapat dilaksanakan dan sebab itu selepas perobohan selesai, kita dapat lihat ditapak masih ada kerja-kerja dibuat. Kerja-kerja itu bukan kerja apa, ia adalah kerja-kerja awalan yang dibenarkan akan melibatkan kerja-kerja tanah.

Kos keseluruhan adalah RM2.937 bilion, terdapat juga persoalan berkenaan dengan kadar fee konsultan dan kadar ini adalah dalam bandwidth atau pun dalam kadar am bagi pembangunan berskala besar iaitu di antara 8 sehingga 12%. Untuk maklumat Yang Berhormat semua, untuk pembangunan ini kos konsultan itu adalah 9.4% dengan konteks pembangunan yang menyeluruh. Malah untuk pembangunan Kompleks Sukan Bukit Jalil, kadarnya sekitar 10.807%. Stadium, kita bandingkan dengan stadium Yang Berhormat. Daripada gross development cost dan dikenakan bagi urusan perancangan, penjadualan, pengurusan risiko, kos arkitek serta penempatan piawaian, syarat dan undang-undang. Dan perunding ini terlibat dalam pembangunan beberapa pusat sukan yang terkemuka seperti pembinaan Stadium Tottenham Hotspur di London, Hong Kong Kai Tak Stadium, State Farm Stadium Glendale, Arizona, Aramco Stadium Arab Saudi dan Wembley Stadium di London.

Dari segi kemampuan untuk membayar, pihak MBI telah laksanakan beberapa rundingan dan juga rundingan dengan institusi pinjaman. Pembiayaan perlu dibuat secara keseluruhan pada tahun 2029 melalui satu kaedah pembayaran. Dengan izin Tuan Speaker, kaedah ini seperti penerbitan suku turut boleh diteliti sebagai option untuk mengurangkan kadar faedah sekiranya keseluruhan pinjaman itu diambil daripada institusi kewangan konvensional. Sudah pasti kaedah pembayaran untuk menampung sebahagian daripada kos keseluruhan adalah melalui tukar milik tanah. Sehingga kini sebanyak bidang tanah milik MBI sudah dikenal pasti dengan nilai 295.704 juta. Tiga melibatkan tanah rizab Melayu yang belum dimuktamadkan oleh MMKN. Tempoh pajakan bagi KSSA adalah sebanyak 99 tahun. Sementara itu kita juga turut mempertimbangkan untuk money ties dengan izin beberapa elemen yang ada di dalam pembangunan ini tidak semuanya kita minta untuk di bangunkan segera tetapi kita boleh money ties segera. Di antara money ties barang-barang atau pun komponen-komponen yang

boleh di money ties antaranya bangunan dewan, bangunan hotel, bangunan terminal pengangkutan serta plaza tempat letak kereta selain daripada facilities sukan kerana perancangan projek ini seluruhnya akan diberikan kepada Kerajaan Negeri dan kalau Kerajaan Negeri memiliki hotel tersebut boleh menjana keuntungan tapi di peringkat ini saya percaya dalam anggaran kita sekitar RM500 juta boleh di money ties sebelum projek ini disiapkan untuk kita membayar ataupun membayar kos yang telah di tetapkan pada hari ini dan pada masa hadapan. Jadi maknanya land swapping, money ties beberapa komponen dan pinjaman melalui sukuk dan melalui pinjaman-pinjaman komersial boleh diusahakan untuk membayar kos-kos atau pun yang melibatkan RM2.93 yang saya rasa kita telah lock pada masa-masa tertentu.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Pertama tentang kaedah land swap ini sekali lagi dalam SST menyebut apa-apa juga tanah yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri untuk digunakan sebagai kaedah land swap tidak boleh melebihi RM200 juta. Sekiranya projek ini mencecah RM2.937 bilion kalau ditolak dengan land swap RM200 juta masih ada RM2.7 bilion yang perlu dibayar oleh MBI secara tunai seperti yang termaktub dalam SST. Ada lagi satu klausa dalam SST menyebut sekiranya pihak pemaju iaitu MRCB tidak bersetuju dengan cadangan tapak yang dikenal pasti oleh Kerajaan maka keseluruhan kos RM2.937 bilion perlu dibayar secara tunai. Disinilah persoalannya apakah kemampuan MBI. Itu yang pertama Yang Amat Berhormat, sekarang ini ada satu kaedah baru kemungkinan akan di pertimbangkan sukuk. Ini sekali lagi memberikan komitmen yang besar kepada MBI untuk menanggung kos yang begitu besar. Ketiga Yang Amat Berhormat di sebut tadi bahawa consultancy fees ini adalah satu kadar biasa iaitu sebanyak 9.4% daripada kos projek tetapi di dalam SST juga di sebut RM2.937 bilion ini adalah kos projek tidak termasuk cukai-cukai yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa dan saya pasti dalam tempoh 4 tahun ini apabila kementerian Kewangan mengenakan pelbagai bentuk cukai kos projek ini akan melebihi RM3 bilion.

Seterusnya saya hendak minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri kaedah pengiraan faedah itu tadi consultancy fees ini interest yang dikenakan sebanyak 8% oleh MRCB kepada MBI dan MBI telah setuju dengan kadar tersebut. Kadar pengiraan faedah yang diguna pakai dalam SST ini adalah berdasarkan kaedah straight line method yang mana 8% ini dikenakan berdasarkan nilai keseluruhan kontrak KSSA berjumlah RM2.937 bilion maknanya dia kira dari bulan pertama sehinggalah bulan yang ke-48 di mana nilai prinsipal RM2.9 bilion ini tidak berkurang daripada tahun ke tahun dan sudah tentu kaedah ini adalah kaedah pengiraan yang mahal. Apakah MBI ataupun Kerajaan Negeri tidak boleh menyemak semula kaedah pembayaran faedah ini dengan menggunakan reducing balance method di mana kaedah ini biasa digunakan oleh mana-mana bank untuk memberikan pinjaman dengan menggunakan kaedah reducing balance method ini prinsipalnya iaitu RM2.937 bilion ini dikenakan dengan kadar kaedah dan ke atas baki tadi yang berkurang dari tahun ke tahun. Pastinya kaedah ini lebih murah dan lebih adil kepada MBI untuk dipertimbangkan kerana kalau Yang Amat

Berhormat lihat kalau kita gunakan straight line method ini di mana prinsipalnya tidak berkurang daripada tahun pertama hingga tahun ke bulan yang 48 selama tempoh 4 tahun the effective rate yang MBI perlu bayar sebenarnya adalah 9.19% sedangkan kalau kita guna reducing balance method di mana kadar faedah ini dikenakan ke atas prinsipal yang berkurangan daripada bulan ke bulan, tahun ke tahun, pastinya ia lebih murah untuk dibiayai oleh MBI. Jadi mengapakan Negeri tidak memilih kaedah reducing balance method ini tetapi MBI lebih berpihak kepada kadar faedah yang lebih tinggi.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Reducing balance method biasanya dikenakan atau dinikmati untuk pinjaman-pinjaman dalam bentuk pinjaman Kerajaan terutamanya, Yang Berhormat. Ini adalah biasanya kita nikmati kalau kita buat pinjaman Kerajaan, pinjaman perumahan baik atau pinjaman kereta konsepnya reducing balance method berbanding istilah Yang Berhormat sebut tadi. Satu data yang kita sebutkan awal 5 tahun, 3 tahun pertama biasanya kita buat tetapi ini bukan melibatkan infrastruktur awam, stadium saya tahu infrastruktur awam tetapi sebahagian daripada kawasan tersebut kecuali pub adalah inflasi infrastruktur-infrastruktur ataupun unit-unit yang boleh kita anggapkan sebagai unit komersial so the discussion atau perbincangan itu sejauh mana nilai dan value yang melibatkan kawasan pembangunan hotel, pembangunan unit-unit komersial, pembangunan stadium nanti yang bukan hanya boleh dianjurkan aktiviti sukan tetapi aktiviti-aktiviti lain juga mendatangkan keuntungan dengan GDV yang telah dipertimbangkan. Saya mengambil maklum tentang penilaian dan pertimbangan itu saya akan kemukakan semula kepada pihak MBI supaya pihak MBI boleh mencadangkan supaya ia tidak membebankan kita daripada segi faedah kerana faedah reducing balance itu akhirnya akan jatuh dalam sekitar 4% atau 5% lebih kurang tapi kalau kita lihat dalam kaedah yang kita ambil di mana-mana market sekali pun memang itu kadarnya dan hasilnya kita membuat transaksi secara komersial Yang Berhormat. Selalunya pinjaman-pinjaman Kerajaan ini adalah reducing balance kaedahnya belum pernah saya dengan ada bank reducing balance untuk mana-mana pihak untuk membuat satu unit yang boleh dianggap mendatangkan hasil. Itu yang pertama, sabar dulu Yang Berhormat.

Yang kedua adalah berkenaan dengan kemampuan sudah pasti MBI mempunyai beberapa rancangan-rancangan dan rencana kita, saya sebutkan tadi dalam tempoh 1 tahun, 2 tahun hasil daripada Air Lestari sahaja untungnya adalah lebih kurang RM1.9 dalam tempoh 5 tahun sampai RM190 juta dan beberapa rencana-rencana kita dalam pelaburan, perangsang dan sebagainya menyebabkan saya yakin kita mampu untuk membayar pinjaman ataupun sukuk yang kita akan pohon dan sukuk ini juga akan di gantung dengan Kerajaan Negeri kerana kenapa sebab ini adalah projek Negeri yang saya rasa perlu dijamin untuk membawa kebaikan kepada Negeri secara keseluruhan dan kita mempunyai 3A ataupun penarafan 3A yang layak untuk menerima sukuk sebagaimana kekuatan aset dan kemampuan perniagaan yang kita ada dan sudah pasti pelupusan aset ataupun pencairan aset merupakan last option kalau tidak ada option yang lain tapi saya rasa dengan kerangka yang kita ada dengan

penggantian yang kita ada termasuk money ties ataupun menguntungkan atau mendapatkan hasil daripada unit-unit yang sepatutnya kita dapat secara percuma, hotel dan sebagainya itu yang kita anggap ia di luar daripada sponsers RM1 juta itu lain ini bukan sponsers ini adalah pembangunan di kawasan itu yang kita money ties segera tanpa mereka bangunkan kita akan money ties segera dengan pembelinya kawasan GDV-nya kita boleh anggarkan minimum RM300 juta kita boleh galvanized kita boleh dana daripada pembangunan kawasan terbabit. Jadi kemampuan, faedah dan juga strateginya adalah kita masih lagi berkemampuan untuk membayar di samping saya sedia menyemak balik tentang reducing budget ataupun reducing balance method yang disebut oleh Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Amat Berhormat saya menyambut baik pendirian Yang Amat Berhormat untuk mengarahkan MBI meneliti semula kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengenaan kadar faedah oleh MRCB kepada MBI kerana cadangan saya tadi selain daripada reducing balance method ini yang digunakan sekarang adalah straight line method yang agak mahal. Cuma jawapan Yang Amat Berhormat bahawa biasanya reducing balance method ini diamalkan apabila berlaku pinjaman di pihak Kerajaan. Saya hendak membuktikan sebaliknya Yang Amat Berhormat dan saya telah buktikan ini dalam perbahasan saya, ini adalah financial statement of MRCB bagi tahun 2024 di mana semua projek-projek hartanah yang dimajukan oleh MRCB, mereka juga mendapat pinjaman daripada institusi kewangan dengan menggunakan kaedah reducing balance method sebab itu the evarage of the financing cost bagi pihak MRCB ialah di antara 5.1% hingga 5.20%. Ini kaedah reducing balance method. Even syarikat swasta tidak bersedia untuk menerima straight line method ini kerana kosnya jauh lebih tinggi daripada kaedah yang saya cadangkan tadi, itu kalau pihak swasta.

Dalam perbahasan saya juga saya telah buktikan iaitu KPS, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad di mana apabila pinjaman di buat term loans yang di nikmati oleh KPS adalah 4.96% kedua-dua ini menggunakan reducing balance method berbanding dengan straight line method yang dikenakan oleh MRCB terhadap MBI jadi saya benar-benar berharap Yang Amat Berhormat dapat mendesak MBI supaya meneliti sungguh-sungguh tentang kadar faedah yang dikenakan oleh MRCB ini kerana 8% itu bersamaan RM211 juta yang perlu di bayar oleh MBI kepada pihak MRCB. Selain daripada consultancy fies yang bernilai RM278 juta kalau kita combine dua-dua kos ini setengah bilion ringgit terpaksa ditanggung oleh MBI kepada pihak MRCB. Itu saya pohon penegasan daripada yang Amat Berhormat tentang perkara kadar faedah ataupun kaedah yang digunakan untuk menetapkan kadar faedah ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Ya sudah pasti kalau kita lihat dua entiti itu Perangsang baik, MRCB baik walaupun dia berdiri atas syarikat swasta tetapi asas kepada syarikat-syarikat tersebut sangat rapat dengan entiti-entiti yang ada kaitan dengan Kerajaan. MRCB antara pemegang share paling besar adalah KWSP, KWAP, Perangsang

dan sebagainya sebab itu saya terbuka tadi apa mungkin dengan tanah itu akan jadi milik Kerajaan Negeri dan sebagainya walaupun aktiviti-aktiviti yang ingin kita bangunkan itu adalah aktiviti-aktiviti komersial itu yang saya kena tengok balik sebab itu Yang Berhormat saya pun hendak tengok apakah projek MRCB yang ada kaitan dengan cara dan kaedah, faedah reducing balance yang dikenakan. Adakah melibatkan projek Kerajaan seperti waste to anergy dan sebagainya. Itu antara perkara-perkara yang kita akan teliti semula kerana yang pentingnya bukan sahaja stadium ini kita akan siapkan tetapi dapat apa yang dikatakan value for money nilai yang terbaik kepada rakyat dan juga kepada masyarakat secara keseluruhannya yang akhirnya ia menjadi image, lambang dan juga keberhasilan kepada Negeri secara keseluruhan. Beberapa strategi yang disebutkan tadi Negeri dan GLIC-nya dengan berapa semua rencananya kita cukup tak Yang Berhormat saya rasa cukup berbelanja tapi adakah kita hendak ambil balance ataupun rizab Negeri hanya untuk sebuah stadium sudah pasti tidak kita sudah pasti ingin membangunkan dan merancang beberapa rencana dan rancangan- rancangan kita ke hadapan demi untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat secara amnya. Itu jawapan saya.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Baik, saya hendak beralih kepada keupayaan MBI untuk membuat pembayaran kepada pihak MRCB. Yang Amat Berhormat telah nyatakan tadi bahawa untuk melupuskan aset-aset MBI ini, itu adalah the last option maknanya masih ada pertimbangan kemungkinan itu ada sekiranya MBI tidak berkeupayaan mendapatkan sukuk tidak mampu untuk buat pembayaran land swap gagal maka ada kemungkinan walaupun ia last option untuk melupuskan pegangan aset-aset oleh MBI. Cuma, kita kena ambil maklum bahawa aset terbesar MBI adalah Air Selangor. Pada tahun 2024, revenue untuk Air Selangor adalah 2.98 bilion ringgit dan built up capital sebanyak 13.5 bilion ringgit. Maka apakah jaminan hutang 2.97 bilion ringgit ini kepada MRCB untuk KSSA dalam tempoh empat tahun, tidak akan ditebus dengan pegangan saham MBI di dalam Air Selangor? Ataupun apakah mungkin MBI akan memaksa Air Selangor untuk mengeluarkan dividen khas atau special deviden kepada MBI, maka dividen khas ini akan digunakan untuk membuat pembayaran, yang akhirnya kesan kepada kenaikan tarif yang lebih tinggi kepada pengguna untuk menampung pembayaran dividen khas ini oleh Air Selangor kepada MBI? Semua perkara-perkara ini harus diperhalusi kerana kemungkinan-kemungkinan ini ada sekiranya MBI gagal membuat pembayaran kepada MRCB dalam tempoh empat tahun yang akan datang.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat, sebab itu saya kata that’s the last option selepas apa sokongan RCPS negeri dan sebagainya, dia ambil pertimbangan dan juga hasil-hasil. Tapi daripada Thrive 38 kita mempunyai sasaran sebagaimana hasil-hasil yang telah kita tunjukkan tadi ataupun yang kita buktikan tadi jaminan saya kalau saya ada di sini lah, memang saya tak akan benarkanlah aset-aset itu diberikan apatah lagi aset itu adalah aset air. Kita susah payah untuk ambil alih air itu, dan Kerajaan Negeri akan kawal sepenuhnya untuk menjamin perkhidmatan air yang baik dan Alhamdulillah setakat ini saya

rasa prestasi kita makin bertambah baik, kita adalah satu-satunya negeri yang keep mendapat geran kerana berjaya mengurangkan NRW, kita negeri yang berjaya menambah marjin dan kita negeri yang telah mempunyai dan membangun sendiri sistem bekalan kita. Alhamdulillah Yang Berhormat Insyaallah itu kita pertahankan dan boleh saya sebutkan dalam dewan, mana-mana pihak pun selepas ini jadi Menteri Besar apa semua, air ini aset kita yang sangat bernilai yang tidak boleh kita gadaikan sama sekali, tapi yang lain-lain dengan tanah, dengan apa yang ada itu saya percaya termasuk Yang Berhormat beberapa kawasan pembinaan yang kita fikirkan di sekitar Kuala Langat dan juga di kawasan Hulu Selangor. Kita sedang fikirkan di sana di kawasan Hulu Selangor terutamanya selepas kita bangunkan auto valley nanti dna beberapa lokaliti lain untuk dibangunkan kawasan-kawasan dan juga lokaliti-lokaliti kawasan tersebut.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas jaminan tersebut, saya juga ingin memberikan jaminan yang sama, kita tidak mahu aset-aset MBI ini termasuk Air Selangor digunakan membuat pembayaran yang akhirnya memberikan tekanan kepada pengguna untuk membayar tarif yang lebih tinggi. Itu keupayaan MBI untuk membuat pembayaran, saya nak rujuk kepada keupayaan MRCB pula, kerana ini juga termaktub di dalam perbahasan saya. Dalam perbahasan saya, saya telah membuktikan sekali lagi di dalam statement of financial position of MRCB yang berakhir pada 31 Disember 2024, jumlah liabilities dan borrowing MRCB telah mencecah 2.3 bilion ringgit. Sekiranya MRCB ingin mendapat pinjaman berjumlah hampir 3 bilion ringgit, ini akan menjadikan jumlah liabilities MRCB melebihi 5 bilion ringgit. Saya tidak pasti sama ada institusi kewangan dan perbankkan mempunyai keyakinan di atas jumlah yang begitu besar yang terpaksa ditanggung oleh MRCB, tetapi ianya ada kesan kepada projek KSSA. Hari ini saya nak rujuk kepada MRCB dalam konteks gearing ratio, di mana ukuran yang diguna pakai iaitu nilai liabiliti syarikat yang saya sebut tadi 2.3 bilion ringgit dan juga nilai equity pemegang saham atau share holder fund. Kalau mengikut laporan yang sama, kedudukan kewangan pada tahun pada Disember 2024, nilai liabiliti 2.3 bilion, nilai equity pemegang saham atau share holder fund iailah 4.6 bilion ringgit, ini MRCB.

Maka kalau kita lihat dari segi pertimbangan dan pengiraan gearing ratio MRCB pada masa ini adalah 49 peratus. Ini bermakna ianya masih boleh dipertimbangkan oleh mana-mana institusi kewangan kerana ratio itu masih reasonable di mana kalau pelabur itu melabur satu ringgit, maknanya 48 sen itu adalah di sokong oleh nilai liabiliti. Tetapi Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat sekiranya hutang tambahan 2.9 bilion ringgit ini dimasukkan di dalam perkiraan gearing ratio of MRCB, liabiliti 2.3 bilion, hutang tambahan 2.9 bilion, maka nilai borrowing atau liabilities MRCB mencecah 5.2 bilion ringgit dan kalau kita ambil kira nilai share holders fund yang saya sebut tadi 4.6 bilion, maka gearing ratio MRCB melonjak kepada 113 peratus, berbanding hanya 49 peratus. Kalau ini berlaku, maknanya setiap nilai pelabur melabur satu ringgit, seringgit tiga belas sen adalah disokong oleh borrowing and liabilities. Dan ini adalah satu nisbah yang saya yakin tidak akan di terima oleh mana-mana institusi

kewangan di Malaysia kerana highly gear position yang serius dan berisiko tinggi. Waluapun ini masalah yang perlu ditanggung oleh MRCB, tetapi kegagalan MRCB untuk membuat pinjaman bagi menyiapkan KSSA akan pastinya melengahkan atau mengagalkan pembangunan KSSA, apatah lagi MBI juga terpaksa bergantung terhadap pinjaman yang perlu dibuat, maka saya bimbang kalau kedua-dua entiti ini tidak dapat menyiapkan projek ini, bagaimana masa depan stadium ataupun infrastruktur sukan di dalam negeri Selangor. Jadi saya pohon apakah MBI telah meneliti sebelum bersetuju untuk menyerahkan projek ini kepada MRCB kerana bukan sahaja borrowing nya, liabilities nya, tetapi gearing ratio nya juga berisiko tinggi yang menyebabkan tergendalanya projek KSSA. Saya pohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat, pertamanya MRCB dipilih salah satunya kerana kemampuan mereka membangunkan stadium Bukit Jalil yang di mana pembangunan semula stadium Bukit Jalil itu merupakan satu kos yang begitu besar yang dapat dilaksanakan dalam tempoh satu tahun. Yang keduanya MRCB juga mempunyai rangkaian pemegang-pemegang share yang berkualiti dan mempunyai nilai yang begitu besar di antaranya KWAP dan KWSP. Jadi maknanya sokongan terhadap kewangan dan kedudukan mereka sebagai share nya itu adalah satu share yang agak besar. Yang ketiga, MRCB juga menunjukkan bahawa mereka dalam proses untuk mendapatkan suku bernilai 3.6 bilion yang mana prosesnya hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi, di samping loan tambahan dengan bank-bank tempatan dan liabiliti sebahagian daripada jualan pembangunan yang belum direalisasikan. Inilah di antara jawapan yang telah dikemukakan oleh MRCB apabila kita kemukakan kemampuan mereka untuk membiayai projek tersebut. Setakat ini bila kita sebut untuk bangunkan, untuk buatkan runtuhan, projeknya berjalan ataupun pelaksanaannya mengikut jadual dan mendahului jadual. Malahan sebelum ini apabila sebelum di EBCC pun, kerja-kerja tanah telah dimulakan dan telah berjalan.

Jadi ini menunjukkan kemampuan MRCB untuk melaksanakan berdasarkan daripada pengalaman projek lepas, kedudukan kewangan dan sebagainya menyebabkan kami yakin ataupun pihak MBI yakin mereka mampu untuk melaksanakan. Bagaimana, apakah keupayaan MRCB, selain daripada kita juga melihat mereka sedang mengusahakan untuk ton loan secara keseluruhan dengan bank sebanyak tambahan dalam 500 hingga 600 juta untuk memastikan projek ini dapat berjalan tanpa ada gangguan secara keseluruhannya. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya rasa telah memberikan penjelasan, zoo dah jelas dah.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jawapan Yang Amat Berhormat tadi menyebut selain daripada MRCB, dia juga mempunyai pemegang-pemegang saham yang lain. Ini telah saya tegaskan tadi share holder fund dalam MRCB berjumlah 4.6 bilion ringgit itu memang telah pun di muktamadkan pada ketika ini. Cuma, liabiliti hari ini, liabiliti semasa 2.3 bilion, jadi kalau kita compiute dari segi ratio, ianya munasabah untuk mendapat pinjaman, saya tidak tolak kemungkinan itu. Sebab gearing ratio pada ketika ini adalah 49 peratus, 2.3

liabiliti share holder fund 4.6 bilion. Cuma perbahasan kita petang ini, kalau liabiliti hari ini 2.3 bilion dan ada pinjaman tambahan untuk KSSA bernilai 3 bilion, ini menjadikan jumlah liabilitinya 5.2 bilion. Walaupun share holder fund dalam MRCB tu masih kekal 4.6 bilion gearing ration untuk MRCB dengan pinjaman tambahan ini akan melonjak 113 peratus.

Saya percaya bank akan meneliti perkara ini sebelum memberikan kelulusan. Saya sebut dalam perbahasan saya, ada sebuah bank yang telah didekati oleh MRCB dua bulan yang lalu tetapi akhirnya bank ini menolak permohonan tersebut kerana masalah yang sama, gearing ratio MRCB telah melonjak kepada 113 peratus. Jadi apakah persediaan Kerajaan Negeri sementara kita teruskan rundingan dengan MRCB untuk mengurangkan kos termasuk consultancy fees, kadar faedah dan juga sub contractor yang akan dilantik oleh MRCB itu juga termaktub dalam perbahasan saya. Saya percaya kos itu dapat dijimatkan dan mungkin dengan penjimatan ini kita dapat pinjaman tambahan dengan gearing ratio yang lebih munasabah untuk menyiapkan projek ini. Terima Kasih Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat, sebab saya sebutkan tadi dia kena realize beberapa aset untuk mengurangkan gearing tersebut, kalau tidak dia dalam bentuk liabilities, dia dalam bentuk benda yang kata susut nilai, dan yang keduanya beliau juga menyediakan satu pelan dikatakan term loan, supaya term loan ini secara keseluruhan dapat mengurangkan masalah-masalah terbabit di samping urusan MRCB secara keseluruhan. Sudah pasti dengan track rekod saya sebut tadi kita yakin mereka boleh lakukan dan kita memantau perkara ini daripada masa ke semasa dengan pasukan yang gitu sama ada bekas pengarah JKR negeri sendiri menjadi ketua untuk memastikan projek itu berjalan di atas tapak dan unit kewangan kita secara keseluruhan memastikan keseluruhan dan juga projek ini mencapai dan juga sampai kepada tujuan kita pada tahun 2029, apatah lagi tahun 2029 merupakan tahun kita akan menjadi tuan rumah untuk sukan persaudaraan Islam, sukan bagi negara-negara OIC dan kita telah diberikan pengiktirafan dan juga diberikan ruangan oleh pihak badan terbabit untuk menjadi tuan rumah dan itu adalah masa terbaik untuk kita lancarkan dan kita luncurkan program tersebut pada tahun 2029. Ahli Yang Berhormat

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Satu lagi pertanyaan yang saya mohon penjelasan. Kalau mengikut SST yang telah ditandatangani pada Mei 2025, kaedah yang digunakan ialah lump sum kontrak, maknanya selesai projek dalam tempoh 48 bulan MBI perlu membayar jumlah yang telah dipersetujui iaitu 2.9 bilion ringgit. Persoalan saya, mengapa tidak dipilih kaedah progres payment dan ini dapat menjimatkan kos bagi MBI untuk membuat pembayaran secara progresif rather than lump sum pada tempoh 4 tahun. Apakah penjelasan daripada Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Pasti Yang Berhormat, projek di Cyber Valley Yang Berhormat, kita terpaksa membayar lump sum kepada Gamuda dengan nilai yang besar pada

ketika itu, 60 70 juta. Yang Berhormat masa itu pun tak fikir kenapa kita buat bullet payment, tetapi pada waktu ini pihak MRCB memerlukan jaminan itu dan kita percaya dengan pelan yang kita buat termasuk pelan pinjaman yang akan dibuat oleh pihak MBI untuk membayarnya dan dalam pada masa sekarang, ketika pembinaan itu berlangsung kita masih ada ruang (penajaan RM100juta, pembinaan kawasan realize projek-projek yang di kawasan yang sedia ada, tanah dan kawasan tanah yang dikenal pasti nanti kalau ada), kita yakin kita boleh membayar dan bukanlah kita membayar keseluruhan RM2.9juta itu. Kerana paling tidak kita sudah mengenal pasti beberapa kaedah (paling tidak dua) yang sangat realistik iaitu monetize aset-aset yang bakal dibangunkan dengan segera sekarang dan yang kedua adalah land swapping. Land swapping dengan monetize itu saja saya yakin kita boleh dapat RM700juta hingga RM800juta. Maknanya kita tidak perlu membayar RM2.9juta yang ada secara bullet payment pada waktu itu. Dan kita ada masa 48 bulan dalam SST itu. Dan kita ada masa untuk membayarnya dalam pada masa yang sama kita juga boleh merancang untuk sukuk pinjaman dan pelbagai rencana yang telah kita kemukakan. Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Cuma Yang Amat Berhormat walaupun ada tempoh 48 bulan tetapi ianya melibatkan kos kadar faedah yang dikenakan terlalu tinggi 8% walaupun hari ini ada jaminan mungkin boleh dirunding dan dibincangkan semula tetapi apa yang telah dipersetujui itu kosnya tinggi 8%.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kos komersial akan dibincangkan dan per annum ataupun perbincangan 8% itu akan ada dalam mana-mana agreement sebelum ini yang agak standard di antaranya saya sebut tadi 8% hingga 12%. Itu adalah rate nya Yang Berhormat dan kita setuju pada kadar komersial dengan perjanjian yang telah dikemukakan. Baik Yang Berhormat sekalian, saya percaya kita telah menjelaskan dengan rinci Belanjawan Tahun 2026 dan bagaimanakah pencapaian yang telah kita kemukakan. Ada suara-suara yang selalu dikemukakan bahawa pembentangan belanjawan saya kerap kali mencubit dan mengukirkan puisi ataupun menyuarakan kata-kata dan quotes kata-kata daripada pujangga ataupun mana-mana pihak. Ini adalah sebahagian daripada kita untuk memahami makna. Sebab angka, data, pertumbuhan itu adalah angka data dan kalau tak dibaca dengan makna yang betul kita boleh menyesatkan dan kita boleh mengaburkan orang. Contoh apabila sebut tentang inflasi. Inflasi melonjak bunyinya macam besar ‘melonjak’ tapi naik 0.2% sampai terikut semua melonjak daripada sini sampai sana melonjak. Tapi bila kita jelaskan bahawa ada sejarah, ada latar itulah pentingnya. Sebab itu bila saya kutip Umberto Eco kita kena tidak boleh tenggelam di dalam makna. Insya-Allah Kerajaan Negeri sentiasa berada dalam garis kewarasan, garis kesedaran dan kita bersedia untuk berbincang ataupun berbahas dengan secara berhemah tetapi Kerajaan Negeri menjamin. Apa dia? Niat yang terbaik, pelaksanaan yang terbaik dan juga melalui pemantauan-pemantauan kita termasuk perkara yang di luar daripada sebenarnya tanggungjawab asasi kita. Kalau kita lihat dalam belanjawan ini saya pun nak tunggu belanjawan ini saya ingat banyaklah orang nak discuss fasal education sebab saya letakkan peruntukan yang besar untuk pendidikan. Tapi sebahagian perbincangannya

adalah melibatkan kemiskinan kerana mungkin kesilapan-kesilapan dan pemahaman makna yang tersilap ataupun yang gagal dikemukakan atau sengaja untuk mengelabui dan menandingi segala hal tersebut.

Saya rasa tentang Zoo saya rasa telah dijawab sebahagiannya dan saya sendiri bertanya dengan bagi pihak pemaju (pihak Zoo) kenapa mereka terpaksa nak jual tanah-tanah tersebut? Ini sebahagiannya kerana pandemik Yang Berhormat. Masa pandemik, orang tak cukup makan Yang Berhormat dan orang terpaksa gantung bendera putih. Itu PN tu. Orang tak cukup makan tapi bukan saja orang tak cukup makan, binatang pun tak cukup makan. Cuma binatang tak boleh gantung bendera putih. Jadi mereka terpaksa jual untuk tampung beberapa kos-kos keperluan mereka dan Kerajaan Negeri juga melihat (Yang Berhormat sendiri ADN Hulu Kelang) bila kita tengok rupa-rupanya kawasan tersebut dah terlalu padat. Orang bising sebab bau tahi kuda, orang bising sebab ada haiwan terlepas. Kalau ada cadangan yang lebih baik di kawasan yang lebih sesuai saya rasa tidak ada salahnya untuk kita mengalu-alukan pembukaan safari dan kawasan Zoo yang lebih baik, yang lebih selesa kepada rakyat di samping penduduk-penduduk di Kemensah dan kawasan-kawasan sekitar itu dapat kita bangunkan dan dapat kita hidupkan. Jadi Taman Medan penting puisi itu. Kalau tak, tak perlulah kod rumi Taman Medan. Taman Medan sebut tak perlu polisi. Dia selamat hari raya kod rumi juga. Sebut je lah selamat hari raya. Tak payah kod rumi. Sebab itu penting faham puisi. Kalau tak kita sesat dalam maknanya. Dah duduk, duduk, duduk. Sebab itu Yang Berhormat sekalian

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Berani bagi celahlah.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ha?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bagi celah tak?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sampai puisi pun nak gaduh ni apa hal?

Speaker

Taman Medan, ini adalah floor Menteri Besar.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak apa Menteri Besar. Tapi faham makna dan laksanakan. Itu saja yang kita minta. Tak salah kot? Saya suka Yang Berhormat sebut. Yang Berhormat patut bangga ada ADN macam saya baca satu-satu apa Yang Berhormat quotes.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ya, ya, ya.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ha. Tapi saya nak Yang Berhormat faham maknanya, laksanakan. Itu saja.

Semalam cakap lain, hari ini cakap lain. Semalam bukan main balun MB.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sebab itulah Yang Berhormat bila Yang Berhormat bercakap macam itu (Hulu Kelang saya faham dia memang begitu. Dia taklah suka puisi, pantun ini sebab dia straight forward orangnya). Jadi akhirnya. Tak apa. Dah terlepas tu. Yang lain-lain pun jadi terikut. Yang lain-lain pun terikut. Dah tu penggunaan perkataan-perkataan (tentang inflasi, tentang apa). Tengok Sementa pun ikut sebut tentang kemiskinan. Ini real. Jangan quotes yang bukan-bukan, jangan faham teori. Kita kena faham teori. Sementa hati-hati sebab nama saudara Wan sebanyaknya yang Wan ni lawan di Hulu Kelang. Jadi, eh Sungai Kandis! Ya Allah. Walaupun saya tahu apa di hati Sungai Kandis. Jadi terima kasih Yang Berhormat. Saya mohon mencadangkan Belanjawan Tahun 2026

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada satu belum jawab lagi.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Apa?

Speaker

Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tentang konsesi SIP. SIP apa?

Speaker

Dah, dah, dah.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jawapan tentang..

Speaker

Sudah jawab. Tak apalah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kenapa Kerajaan Negeri

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ok, ok, ok.

Speaker

Ya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Semalam dah panjang dah. Nak faham apa? Baik, yang pertama.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukan keseluruhan Yang Amat Berhormat. Satu topik saja di bawah SIP iaitu mengapa dokumen ini diletakkan di bawah OSA. Saya pohon penjelasan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ok, baik, baik, baik. Yang Berhormat, sebahagian daripada projek ataupun sebahagian daripada dokumen yang melibatkan MMKN, dokumen-dokumen yang melibatkan mesyuarat penuh, di pihak majlis dan sebagainya memang tertakluk di bawah OSA. Apa yang terjadi? Kalau mereka memohon di bawah FOI jadi ia ditolak kerana memang sedia ada di bawah OSA kerana itu sedia ada. Kita telah meneliti keseluruhan dokumen. Dua mesyuarat lepas (tak payah tunggu Sidang Dewan), pihak Kerajaan Negeri telah mengarahkan untuk kita keluarkan dokumen-dokumen tersebut daripada OSA untuk orang tengok. Sebelum ini tak boleh. Jadi ada permohonan Kerajaan Negeri dalam dua MMKN sebelum meeting ini untuk kita declassified di bawah OSA kecuali dokumen kontrak kerana ia hanya dia melibatkan dengan syarikat. Jadi bagi pihak kerajaan kami tak ada masalah tapi syarikat dia ada pelan perniagaan dia yang kita tidak boleh dedahkan semua. Untuk itu, kedua-dua pihak perlu memberikan pelepasan. Lain-lain saya yakin semua overboard melalui proses dan saya nak sebutkan di sini dia pun keluar dekat keluar sekejap tadi (saya dah sebut tadi bahawa kita akan declassified supaya semua orang tengok prosesnya) dan kita yakin semua proses dilakukan dengan baik dan teliti.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini tentang SIP ke?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ha?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tentang SIP Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Selangor Parking kan?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya lah. Inilah jawapan Yang Amat Berhormat lebih kemas dan cantik daripada Sekinchan semalam.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sebab itu dia Menteri Besar!

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Semalam

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sebab itu dia Menteri Besar! Kalau Menteri Besar mestilah lebih kelas tak macam Hulu Kelang!

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Semalam jawapan dia langsung, dia bagi tahu jawapan dia tak boleh.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Langsung tak ada kelas! Orang suruh jawab dia buat bunyi daripada pagi sampai petang!

Speaker

Cukup, cukup, cukup. Saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tapi sekarang Yang Amat Berhormat menyatakan boleh didedahkan. Jawapan tidak selari dengan …

Speaker

Ok, baik, baik.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ikutlah dasar kerajaan. Yang Amat Berhormat, tukar EXCO Sekinchan!

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ok, kejap, kejap, kejap. Tak habis lagi. Tak habis lagi.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Letak Pelabuhan Klang yang tunggu begitu lama! Lebih layak duduk daripada Sekinchan! Tak layak! Bagi jawapan yang salah dalam Dewan!

(Dewan riuh)

Speaker

Menteri Besar, Menteri Besar ada ucapan. Masih lagi floor Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Hulu Kelang, Hulu Kelang. Hulu Kelang sabar. Sabar, sabar, sabar.

Speaker

Ya, masih lagi platform Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Hulu Kelang dah lebih 60 tahun dah umur. Sabar sikit. Takut kena sakit jantung. Yang Berhormat, saya dah jelaskan dah ada jaminan. Yang nak pergi melompat lagi kenapa?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tak melompat sebab EXCO Yang Amat Berhormat tidak memberi jawapan yang tidak tepat.

(Dewan Riuh)

Speaker

Ya, cukup, cukup, cukup.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tengok macam Menteri Besar.

Speaker

Hulu Kelang, Sekinchan tenang, tenang. Kita kena teruskan urusan kita.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ya, baik, baik.

Speaker

Ya, panjang lagi.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya habiskan sikit. Saya habiskan sikit. Saya nak habiskan performance Yang Berhormat. Daripada data yang kita perolehi sebelum ia dilaksanakan integrated parking, majlis-majlis terbabit mengutip RM1.18juta. Tetapi selepas integrating dilaksanakan, MBSA sebagai contoh mencatatkan kutipan RM1.185juta walaupun ia hanya sekitar 40%. Maknanya jumlah kutipan telah bertambah hasil kepada jabatan kekal sebagaimana yang diadakan. Apa yang lebih menarik 10% dimiliki juga oleh pihak MBI yang sebelum ini tidak dimiliki oleh MBI. Ini belum full force kerana kita tak melibatkan penguat kuasa dan tambahan yang sepenuhnya. Tapi saya percaya dengan track record yang kita ada, dengan apa yang kita ada dan tidak ada perlu kita sembunyikan. Esok sendiri saya hantar ke pejabat Ahli Parlimen Petaling Jaya data-data dan maklumat yang diperlukan supaya sebab apa? Sebab kita pastikan ada satu sistem yang tersusun yang rapi dan sistem inilah yang akan menjamin sebuah negeri yang pintar dan kehidupan rakyat yang selesa. Dengan itu Yang Berhormat, saya….

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Satu minit.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

6.30.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ok, ok. Semalam Yang Amat Berhormat, saya tidak dapat jawapan daripada EXCO sebab dia tidak bersedia untuk beri jawapan. Saya hanya dapat pada 9.21 malam kerana dia tak hafal tentang angka-angka unjuran hasil setiap PBT. Tetapi saya dapat pukul 9.21 malam saya terkejut sebab itu Majlis Bandaraya Petaling Jaya menolak cadangan ini kerana unjuran bagi MBPJ bagi tahun 2026 Yang Amat Berhormat hanya RM9juta sedangkan bagi MBSA RM19juta, bagi MBSJ RM11juta. Bagaimana dua PBT ini yang jauh lebih kecil daripada. Semalam tak nak jawab! Hari ini kacau Menteri Besar nak jawab! Bagaimana MBPJ punya unjuran hasil jauh lebih rendah daripada MBSA dan juga MBSJ? Malahan pada tahun 2028 MBPJ hanya mencatatkan RM11juta, bagi MBSA RM21juta. Jadi nampak ada percanggahan Yang Amat Berhormat dengan jawapan yang diberikan oleh Sekinchan semalam. Jadi saya pohonlah Yang Amat Berhormat pandulah EXCO-EXCO Yang Amat Berhormat supaya berilah jawapan

yang tepat, yang betul ini di dalam Dewan. Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas kepetahan dan kemahiran Yang Amat Berhormat dalam memberikan jawapan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Datanya apa yang saya sebut Yang Berhormat bahawa ia menepati kepada apa hasil malahan lebih ya. Saya sebutkan MPS sebelum ini dapat RM300,000 dengan sistem baru RM350,000. Jadi kita nak buktikan kepada PJ bahawa capaian boleh dapat tapi kena ambil masa sedikit sebelum sampai dan memanglah benda yang baru ini janganlah nak salahkan Sekinchan. Saya tak ada masalah. Kita dah pandu dia, dah pimpin dia semua. Tapi Yang Berhormat pun jangan salah pandu yang kat sebelah sana. Salah pandu sebelah sana melonjak habis semua inflasi jadi masalah. jadi tak apa Yang Berhormat. saya mohon untuk mencadangkan. Semoga Belanjawan Tahun 2026 menjadikan kita sebagai sebuah negeri yang juara dan rakyat yang sejahtera.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ini ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua Rang Undang-undang ini bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Speaker

Ya pencadang? Pencadang, pencadang. Tak apa, bacakan saja.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan di bawah Peraturan Tetap 66(3) untuk menimbang Rang Undang-Undang ini fasal demi fasal.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan. Yang Berhormat sekalian, memandangkan waktu telah pun menunjukkan 6.30 petang maka kita perlu tangguhkan Sidang Dewan ini pada pukul 10 pagi, Isnin 24 hari bulan. Dewan bersidang semula. Ya. Baik, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Sidang Dewan kita ditangguhkan sehingga ke pukul 10 pagi pada 24 November 2025 hari Isnin. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)