Selangor · 24 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 475 turns · 55,842 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat petang dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 24 November 2025 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa (Doa dibacakan).

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Pertanyaan-Pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, selamat pagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin mengambil peluang pada pagi ini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat ke Dewan untuk kita bersidang pada pagi ini. Seperti yang kita sedia maklum, sejak malam tadi hujan sehingga ke pagi ini masih tak berhenti di negeri Selangor ini. Sama-sama kita pastikan Pusat Khidmat masing-masing untuk ADUN-ADUN semua bersiap-siaga jika berlaku sebarang bencana dan juga agensi-agensi Kerajaan juga kita minta bersia-siaga Insyaa Allah.

Untuk meneruskan sidang pagi ini, saya teruskan dengan Soalan Lisan Yang Berhormat Batu Tiga.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker, Peraturan 12 mohon dapat dikira

Timbalan Speaker

Belum cukup lagi?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Jumlah kehadiran kita pada pagi ini.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan Yang Berhormat Sungai Ramal telah membangkitkan Peraturan Tetap berapa tadi? Peraturan 12 (1), maka menurut Peraturan Tetap 12 (2) Dewan ini saya memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di luar Dewan untuk supaya masuk ke Dewan dengan segera. Saya meminta Setiausaha Dewan untuk saya minta untuk dibunyikan loceng ya. Sekejap. Kira dulu betul ke kurang? Kurang. Ada berapa?

Setiausaha Dewan

Perlu 3 lagi.

Timbalan Speaker

Perlu 3 lagi ya. Jadi kita akan membunyikan

loceng untuk memastikan Ahli-Ahli Dewan yang berada di luar memberi masa mereka untuk sampai ke Dewan. Saya faham. Tunggu dulu. Saya faham ya lah keadaan di luar tu hujan, mungkin ada yang tersangkut dalam trafik, terkandas jadi kita memberi masa dan kita membunyikan loceng selama, Ketua Pembangkang tak ada? Belum, itu mungkin dia dalam perjalanan jadi kita minta Bentara untuk bunyikan loceng ya selama 2 minit ya. Silakan.

(Loceng dibunyikan) (Dewan senyap)

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, keputusan kiraan adalah seramai 19 orang maka Dewan akan disambung semula. Saya minta Batu Tiga untuk memberi soalan seterusnya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 59.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Pembangunan Infra OkuQuestions

59. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah semua PBT sudah mempunyai pelan tindakan akses OKU? Apakah rujukan yang PBT gunakan setakat ini?

b)

Bagaimanakah pematuhan bangunan sedia ada dipantau?

c)

Adakah penalti atau denda dikenakan kepada pemaju yang gagal patuhi syarat yang ditetapkan?

Tuan Speaker, Tuan Timbalan Speaker saya menjawab mewakili Yang Berhormat ya, dia keluar. Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga menanyakan tentang Pembangunan infra OKU ya. Ada 3 soalan:

a)

Adakah semua PBT sudah mempunyai pelan tindakan OKU? Apakah rujukan yang PBT gunakan setakat ini? b) Bagaimanakah pematuhan bangunan sedia ada dipantau?

c)

Adakah penalti atau denda dikenakan kepada pemaju yang gagal patuhi syarat ditetapkan?

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga yang sentiasa memperjuangkan pasal OKU ini, terima kasih.

(a) Tuan Timbalan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat penyediaan kemudahan asas OKU menjadi kewajipan kepada semua PBT melalui peruntukan-peruntukan ataupun undang-undang dan garis panduan yang disediakan seperti berikut:

1. Pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) Tahun 1984 melalui Seksyen 34A telah menggariskan bahawa setiap pembangunan baru perlu menyediakan kemudahan asas kepada OKU bagi memudahkan golongan tersebut berurusan di bangunan Kerajaan dan kawasan komersil. Selain itu UKBS 1984 juga mewajibkan semua bangunan awam menyediakan akses bagi membolehkan Orang Kurang Upaya (OKU) memasuki, keluar dan berada dalam bangunan.

2. Garis Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design) dengan izin, yang dibangunkan oleh PLANMalaysia pada tahun 2011. Garis Panduan ini memberi penekanan terhadap aplikasi konsep reka bentuk sejagat dalam merancang kemudahan-kemudahan dan persekitaran bandar yang boleh diakses oleh semua golongan individu.

3. Selain itu Kerajaan Negeri menerusi Majlis Tindakan OKU Selangor akan melancarkan Dasar OKU Selangor dalam masa terdekat. Dasar ini akan menjadi dokumen rujukan bagi semua inisiatif berkaitan OKU di negeri Selangor. Dasar ini juga akan turut terpakai bagi PBT di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Terdapat PBT yang mempunyai garis panduan tersendiri, antaranya Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Subang Jaya telah membangunkan Pelan Tindakan Bandar Bebas Halangan yang meliputi aspek penyediaan infrastruktur fizikal yang mesra dengan OKU dan pelaksanaan program-program yang menyokong accessibility serta penglibatan OKU dalam komuniti setempat.

Bagi soalan (b) pula, bagi bangunan baharu, PBT menggunakan senarai Semak Pematuhan UUK 34A UKBS 1984 yang disediakan berdasarkan standard MS1184:2014 yang

merupakan mandatori di bawah UUK 34A(2). Bagi bangunan sedia ada pula, pematuhan dipantau melalui audit akses, semakan teknikal semasa permohonan pelan ubah suai atau naik taraf bangunan serta aduan orang awam.

Bagi (c) pula, pihak pemaju yang gagal mematuhi syarat akses OKU boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti berikut:

i. Pelanggaran terhadap Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) dan undang-undang kecilnya, bleh dikenakan denda sehingga RM50,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun.

ii. Selain itu, di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171), PBT boleh mengenakan denda atau penjara atau kompaun bagi kesalahan di bawah Akta ini dan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil yang digubal oleh PBT. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ada soalan tambahan?

Itulah, saya mohon petua daripada Tuan Speaker dulu sebab EXCO yang menjawab tidak hadir. Kalau saya berikan soalan tambahan adakah boleh atau tidak?

Timbalan Speaker

Boleh ditanyakan soalan tambahan kalau perlu mungkin dijawab secara bertulis kemudian.

Atau mungkin saya mohon petua Tuan Speaker soalan itu dijawab oleh EXCO PBT. Adakah boleh? Sebab..

Timbalan Speaker

Boleh, terserah kepada Yang Berhormat Pandan Indah, apa ni Sekinchan?

Terima kasih Tuan Speaker atas petua tersebut. Saya nak tanya memandangkan sudah pun ada panduan, kita sudah ada panduan Universal Design oleh PLANMalaysia 2011, kita juga sudah ada Akta 171 dan juga beberapa UUK yang lain. Tetapi bila kita sebut tentang kegagalan pemaju untuk mematuhi aspek Universal Design ini, dia sebenarnya menimbulkan satu rasa ketidakseriusan Kerajaan kita dalam kita menetapkan syarat dan apabila kita ambil garis

seumpama itu, saya harap ia tidaklah menjadi satu keadaan di mana pemaju boleh ambil ringan sebab bilangan kompaun baru RM50 ribu, so amaun itu dilihat agak kecil. Saya punya soalan tambahan ialah, sejauh mana PBT kita boleh betul-betul enforce dan sebenarnya dia bukanlah tertakluk kepada penggunaan OKU sahaja, kita juga kena meraikan warga emas dan sebagainya so sejauh mana kita boleh betul-betul perkuatkuasakan apa yang kita ada hari ini dan soalan saya yang seterusnya ialah dalam apa orang panggil, panduan yang kita ada, adakah perlu kepada panggil apa hah certificatelah, perlu ke ada pegawai-pegawai dalam PBT tu yang ada certificate yang dia ni boleh entitle untuk pelaksanaan itu? Adakah dia perlu kepada keadaan itu ataupun dia sekadar PBT hanya mengikut panduan-panduan tertentu sahaja. Saya mohon pandangan.

Dato' Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Batu Tiga. Soalan tambahan ni saya ambil berkaitan dengan Universal Design tu Yang Berhormat bangkitkan memang kita nak pastikan semua pemaju-pemaju yang melaksanakan projek-projek di mana-mana pun mereka mematuhi apa yang disyaratkan supaya kemudahan-kemudahan untuk OKU dan warga emas ini dapat dipenuhi. Ini memang hasrat Kerajaan Negeri namun kadang-kala ada berlakunya terlepas pandang ataupun pemaju-pemaju yang nakal, yang kurang mematuhi apa yang dilakukan, oleh sebab itu satu pemantauan yang tegas daripada PBT, daripada semua PBT perlu diadakan khususnya satu jawatankuasa khusus untuk memantau isu-isu berkaitan perkara sedemikian dan saya akan pastikan perkara ini akan dibuat perbincangan bersama PLANMalaysia, bersama PBT dalam mesyuarat-mesyuarat akan datang termasuk dalam mesyuarat STANDCO supaya perkara ini diambil berat ya, bukan sahaja sekadar kita sepintas lalu atau hanya sekadar untuk memenuhi syarat sahaja tetapi diambil berat supaya perkara ini menjadi antara agenda utama dalam kelulusan KM, CCC dan sebagainya. Ini akan diambil perhatian untuk makluman Yang Berhormat Batu Tiga. Terima kasih.

Boleh?

Timbalan Speaker

Soalan tambahan?

Hah.

Timbalan Speaker

EXCO yang buat ni tak ada sini boleh?

Kalau boleh saya nak dapatkan maklumat daripada EXCO PBT lah.

Timbalan Speaker

EXCO PBT? Okay, soalan tambahan terakhir.

Terima kasih Speaker. Cuma saya nak tahu adakah realitinya berlaku pemaju-pemaju yang tidak mematuhi syarat di negeri Selangor ni? Kalau dapat mungkin secara bertulis, berapa banyak PBT yang realitinya tidak mematuhi syarat-syarat ni dan melanggar syarat-syarat ni dan berapa banyak yang telah dikenakan kompaun yang mungkin significant untuk kita melihat semula. Terima kasih.

Dato' Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sesungguhnya mesti ada ramai banyak juga apa, pemaju-pemaju yang mematuhi tapi ada segelintir yang tidak, jadi angka-angka ini saya akan dapatkan untuk kita sampaikan secara bertulis. Berapa ramai, berapa banyak pemaju-pemaju yang tidak mematuhi sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Jeram, tak hadir.

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya ambil Peraturan Tetap 24(2) boleh, untuk soalan Jeram.

Speaker

Okay, silakan.

Soalan Jeram nombor 60.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Taman Rakyat MadaniQuestions

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

60. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status projek naik taraf Taman Awam Bandar Melawati menjadi Taman Rakyat Madani, yang mana MPKS telah diperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk kerja-kerja infrastruktur?

Dato' Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat daripada Hulu Bernam, yang mengambil soalan daripada Jeram berkaitan dengan isu naik taraf status terkini Taman Awam Bandar Melawati menjadi Taman Rakyat Madani, kerja-kerja menaiktarafkan Taman Awam Pihak Berkusa Tempatan PBT, Taman Rakyat Madani, Taman Awam Bandar Melawati Kuala Selangor Darul Ehsan sedang dalam tindakan pelaksanaan oleh kontraktor yang berjaya di lantik bermula pada 11 Ogos 2025 hingga 1 Disember 2025. Projek ini dijangka siap sepenuhnya dan dapat digunakan oleh orang awam bermula pada Januari 2026. Namun

begitu ada sedikit lanjutan tempoh siap iaitu (EOT) Extention Of Time kita bagi dia sampai 31 Januari 2026. Progress di lapangan di tapak 80%, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima Yang Berhormat EXCO, Meru tak ada, Dusun Tua tak ada, Morib pun tak ada, Morib ada, sorry tak nampak, minta maaf Yang Berhormat Morib tidak nampak.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Speaker, tapi soalan saya sudah jawab.

Timbalan Speaker

Tapi soalan Yang Berhormat Morib telah dijawab bersekali dengan soalan nombor 13 sebelum ini, jadi Yang Berhormat EXCO sudah jawab, ok terima kasih, Hulu Kelang pun tidak hadir.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Saya ambil Peraturan Tetap 24(2).

Timbalan Speaker

Sebab sebenarnya macam Petua yang dikeluarkan oleh Speaker sebelum ini supaya ketidakhadiran kena maklumkan kepada Tuan Speaker, tapi saya tak dapat apa-apa notis yang menyatakan jika tidak hadir daripada Hulu Kelang pada hari ini. Paya Jaras, kita dapat notis daripada Paya Jaras, soalan siapa Paya Jaras siapa yang bawa?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya bawa.

Timbalan Speaker

Silakan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya mohon Peraturan Tetap 24(2) saya mengambil soalan Paya Jaras, soalan nombor 65. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 65. Jambatan Roboh Di Jalan Gajah 16, Kampung Kubu GajahQuestions

Dato' Dr. Halim Bin TamuriPAS · PNPaya Jaras

65. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina jambatan yang telah runtuh akibat banjir?

b)

Berapakah kos pembinaan jambatan tersebut?

c) Bilakah projek tersebut akan bermula dan dijangka siap?

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras dan juga Sungai Ramal yang bantu membawa soalan ini. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan yang 65 ini berkait dengan pertanyaan yang mengenai jambatan yang runtuh di Jalan Gajah 16 Kampung Kubu Gajah, jadi Yang Berhormat Paya Jaras mahu ingin mengetahui perancangan Kerajaan Negeri untuk membina jambatan yang telah runtuh akibat banjir dan juga kos. Dan bila akan mulakan, untuk makluman Yang Berhormat kerja-kerja naik taraf tebing yang sedang dilaksanakan di tempat yang berhampiran adalah sebahagian daripada jajaran Projek Rancangan Tambatan Banjir Sungai Subang, oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke-20 Tahun 2022 pada 7 September 2022, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor diarahkan untuk menaik taraf 2 jambatan sedia ada di jajaran Projek Tambatan banjir ini di Sungai Subang iaitu Kampung Kubu Gajah iaitu jambatan yang Kubu Gajah dan Jalan Gajah 16. Walau bagaimanapun pada 8 Ogos 2025 salah satu daripada jambatan tersebut yang berada di jalan-jalan Gajah 16 telah roboh, jadi sebelum sempat kita nak buat jambatan baru dia roboh dulu, disebabkan oleh arus deras sebagainya daripada hujan lebat arus deras Sungai Subang. Jadi memang dalam perancangan untuk menaik taraf jambatan ini jadi kita telah mengambil langkah-langkah perlu yang pertamanya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Selangor telah mengangkat permohonan pembinaan jambatan baru Jalan Gajah 16 dan akan dilaksanakan, pembinaan pada tahun 2026. Kita tahu jambatan ini sebenarnya dia ada jalan laluan alternatif sebab itu dia tak begitu kritikal tetapi walau bagaimana ini adalah sebahagian daripada yang kita rancang kita akan laksanakan pada tahun depan, Insyaa Allah. Anggaran kos pembinaan jambatan baru ini ialah di sekitar sebanyak RM20 juta yang meliputi kerja-kerja pembersihan struktur runtuh, pembinaan struktur lama sistem saliran serta kerja-kerja yang berkaitan akan dilaksanakan oleh JKR dan projek akan laksanakan setelah peruntukan tahun depan diluluskan di dalam Belanjawan kita dan akan menggunakan peruntukan tahunan dan akan siap pembangunan dan akan siap dalam tempoh dua tahun. Sekian.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Selat Kelang.

Datuk Abdul Rashid Bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima Kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 66.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Strategi Pendidikan Digital Selangor Dalam Era AiQuestions

Datuk Abdul Rashid Bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

66. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah strategi Selangor memperkukuh pendidikan digital Sekolah Menengah agar pelajar mampu bersaing dalam ekonomi global berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan automasi?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Selat Kelang atas soalan yang telah dikemukakan yang menjurus apakah strategik Selangor dalam memperkukuhkan pendidikan digital di sekolah menegah agar mampu bersaing dalam persaingan ekonomi global berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan automasi? Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sentiasa berusaha dengan kukuh ke arah pendidikan digital Sekolah Menengah agar murid mampu bersaing dalam ekonomi global berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan automasi. Strategi memperkukuh pendidikan digital di Sekolah Menengah tidak terhad kepada satu pelan tunggal, sebaliknya ia merupakan satu pendekatan pelbagai lapisan untuk mewujudkan satu ekosistem yang menyeluruh dan menyediakan murid untuk ekonomi global yang dipacu oleh Kecerdasan Buatan (AI) dan automasi. Antara strategi yang dilaksanakan oleh JPNS ialah :

i. Pelaksanaan Dasar Teras (KPM) dengan menterjemahkan dan melaksanakan Dasar Pendidikan Digital (DPD) di semua Sekolah Menengah. Fokus utamanya adalah seperti berikut, Pembangunan Kompetensi Guru: JPN Selangor secara aktif menyediakan latihan dan pembangunan profesional berterusan kepada guru-guru untuk memastikan mereka mahir dalam mengintegrasikan teknologi digital dan AI ke dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) dengan lebih 100 aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan 36 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh negeri Selangor melibatkan seramai 5,054 orang guru.

ii. Program Pemerkasaan Digital Murid: JPN Selangor mendedahkan murid Sekolah Menengah kepada pelbagai program dan pertandingan berkaitan digital melibatkan ribuan murid setiap tahun untuk mengasah kemahiran dan inovasi mereka dengan lebih 21 pertandingan diwujudkan di bawah Program Pemerkasaan Digital Murid di bawah Bahagian Sumber dan Teknologi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

iii. Pusat STEM: JPN Selangor juga terlibat dalam pembangunan hab tumpuan, seperti STEM HUB yang pertama di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Karang, Sabak Bernam untuk menjadi pusat sumber dan aktiviti berteknologi tinggi bagi sekolah-sekolah di sekitarnya.

iv. Penggunaan Platform DELIMa: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berusaha memacu penggunaan platform digital KPM, DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia). Platform ini adalah "pintu masuk" utama kepada alatan AI, di mana ia telah dilengkapi dengan lebih 16 aplikasi AI (seperti Gemini, Chat GPT, dan Microsoft Copilot) yang boleh diakses oleh semua guru dan pelajar Sekolah Menengah sehingga 6 November 2025. 100% guru aktif menggunakan DELIMa manakala 67% murid aktif menggunakan platform tersebut.

Bagi pihak Kerajaan Negeri kita juga ingin membuka kohort-kohort seterusnya dalam program AI Travelliser Kerajaan Negeri kepada sektor Pendidikan. Kalau semua sedia maklum dalam AI Travelliser negeri kita memperkenalkan kepada department-department supaya mereka mampu merungkai isu masalah atau pun solusi-solusi di peringkat jabatan mereka. Ada Media Selangor, ada Pejabat Tanah dan Galian ada Pihak PBT dan sebagainya yang ikut dalam program itu mereka duduk dalam satu kumpulan dan kumpulan itu menawarkan solusi-solusi dan dibantu dengan kaedah AI. Begitu juga dengan guru-guru nanti Yang Berhormat dalam tahun ke depan ini kita akan masuk kan AI Travelliser dan membuka kepada guru supaya ada guru-guru yang terlibat dalam AI Travelliser Negeri dan mereka akan terdedah kepada aplikasi AI, bagaimana penggunaan Artificial Intelligence dan apakah penggunaan-penggunaan itu untuk kegunaan pembelajaran pendidikan dan pengurusan sekolah secara amnya. Yang lain-lain diuruskan dalam STEM dan sebagainya itu telah bergerak lama di bawah Jabatan Pendidikan Negeri khususnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, Sungai Tua. Yang Berhormat Subang Jaya tidak hadir, soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Speaker, ucapan tahniah YAB Dato’ Menteri Besar di atas beberapa agenda Kerajaan Negeri yang memberikan peruntukan-peruntukan tertentu STEM ke Sekolah-Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, dan tadi disebutkan ada inisiatif yang telah dilakukan di Pusat Kegiatan Guru Tanjung Karang, dan saya melihat bahawa kesiapsiagaan guru-guru ini juga sangat penting supaya mereka ini juga lebih terdedah dan peruntukan-peruntukan ini saya lihat perlu disebarkan ke daerah-daerah yang lain dan saya melihat juga keterlibatan daripada sektor swasta kalau di sekolah sekarang ada penglibatan ibu bapa, pihak ibu bapa, swasta dan komuniti. Tapi keterlibatan swasta ini syarikat-syarikat terutamanya yang terlibat dalam sektor ini nampak agak berkurangan terutamanya kalau saya nak sebutkan di kawasan saya, kalau dulu kita ada NEC, ada Toshiba, sekarang ni AMROR, Renesas keterlibatan dengan sekolah ini nampaknya agak kurang tetapi keperluan dia sangat tinggi soal pengetahuan STEM dan juga pembangunan AI ini dan saya akan mungkin ada strategi-strategi tertentu di pihak Kerajaan Negeri melibatkan peruntukan yang disumbangkan kepada Pusat Kegiatan Guru untuk

mempertingkatkan pengetahuan dalam STEM ini dan juga melibatkan syarikat swasta yang juga membolehkan memberikan bantuan dan dapat direalisasikan supaya anak-anak kita ini lebih berketerampilan dan mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi. Terima kasih.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sijangkang di atas soalan yang dikemukakan. Program yang dirujuk di Tanjung Karang sebentar tadi yang merupakan pusat tumpuan untuk STEM Yang Berhormat, tetapi untuk digitalisasi AI dan sebagainya ia telah dilaksanakan di 36 buah Pusat Kegiatan Guru di seluruh Negeri Selangor yang melibatkan 5,054 orang guru secara keseluruhannya dan saya setuju pada pandangan Yang Berhormat bahawa ada perlu keterlibatan pihak swasta atau pun pihak industri dalam memastikan peralihan pemahaman terhadap sains, teknologi, automasi dan juga digitalisasi ini dapat digerakkan dengan lebih pantas. Apa tah lagi kerana kemampuan institusi-institusi ini untuk menyediakan path atau pun laluan yang lebih jelas kepada anak-anak ini untuk memilih bidang sains, teknologi dan juga teknikal dan vokasional yang melibatkan kejuruteraan dan matematik. Sebab itu lah tahun hadapan STDC akan menjadi pemangkin kepada perjuangan ini ataupun usaha ini dan mana usaha kita untuk memperkasakan STEM akan mula terlibat dengan Sekolah Menengah atau pun secondary school dengan izin, kerana sebelum ini STEM dibuka hanya selepas mereka ambil SPM, pendedahan terhadap STEM hanya juga pada SPM dan kita biarkan secara sendirian pihak Kementerian Pendidikan untuk menguruskan pelajar-pelajar ini. Dengan sokongan yang kita akan tawarkan sebenar nanti atau pun dengan sokongan daripada STDC yang ada hubungan dengan industri, saya percaya ia akan mempercepatkan dan memperkukuhkan usaha ini. Baru ini saya merasmikan satu program yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Hussien Onn yang bertempat di Kwasa Land kerana di sana ditempatkan dan diadakan kehadiran begitu ramai murid-murid Sekolah Menengah dalam program supaya memperkenalkan mereka dengan teknologi pengurusan train dan rail dan kereta api di Malaysia. Kita menyambut baik cadangan-cadangan dan program seperti itu, tetapi program-program itu kebanyakannya adalah program extra kurikulum atau pun program yang tidak dalam kaedah formal, ia dianjurkan dalam program sampingan di hujung minggu pada waktu petang dan sebagainya. Jadi saya yakin dengan penglibatan industri inilah sebenarnya di akan mempercepatkan proses serta usaha kita untuk memperkukuhkan presentasi teknikal dan vokasional atau pun STEM di kalangan anak-anak murid kita atau pun di kalangan murid-murid atau pelajar-pelajar kita seterusnya menyediakan talent poll yang mencukupi untuk mengisi kekurangan-kekurangan yang diperlukan di dalam bidang tersebut, Kerajaan Negeri akan berusaha dan tahun depan memang kita dah minta STDC menggerakkan usaha ke Sekolah Menengah. Sebelum kita hanya tunggu mereka lepas SPM, sekarang ini nak masuk Sekolah Menengah di Tingkatan Menengah Tinggi atau pun Menengah Atas dan mungkin kalau ada ruang kita boleh masuk Menengah Rendah dan di situ kita menyediakan laluan atau pun path yang saya sebut tadi supaya anak-anak ini bersedia dan minat serta menceburi dan meneroka bidang sains dan teknologi atau pun yang kita panggil teknikal dan vokasional yang berprestasi tinggi, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Seri Serdang.

Terima kasih Tuan Speaker. Ketua Pembangkang ponteng Dewan. Soalan saya nombor 68.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 68. Isu Pemindahan Hakmilik Rumah Di Lestari Putra Dan Saujana Puchong Belum SelesaiQuestions

68. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Isu melibatkan liquadator setelah pemaju dibankrapkan dan pihak liquadator tidak berperanan. Apakah status terkini permasalahan ini ?

Datuk Borhan Bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Isu yang dibangkitkan iaitu melibatkan liquidator setelah pemaju bankrap dan pihak liquidator tidak berperanan, apakah status terkini? Untuk makluman Yang Berhormat isu pindah hak milik bagi Lestari Putera dan Saujana Puchong timbul ekoran daripada pemaju asal iaitu Lestari Puchong Sdn Bhd yang telah diisytihar muflis sebelum ini untuk pindah milik kepada para pembeli untuk diselesaikan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Petaling (PDT) sedang berunding dengan pihak pelikudasi yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi iaitu Ler Lum Advisory Services Sdn. Bhd. bagi mencari penyelesaian yang adil dan menyeluruh memandangkan terdapat lot-lot yang masih mempunyai tunggakan cukai tanah serta isu teknikal lain yang menghalang urusan pindah milik. Ini Yang Berhormat, pokoknya adalah kita ada di 13 proses untuk hak milik tapi proses terakhir ini kerana pihak penyelamat ini tidak dapat membayar dan melunaskan cukai tanah ataupun premium dan sesungguhnya skim ini melalui satu lagi Apartment Seri Indah telah pun dibantu oleh Pejabat Tanah dan Galian bagi tujuan permohonan Hak Milik Strata. Walau bagaimanapun, urusan pindah milik Hak Milik Strata masih belum dapat disempurnakan oleh pihak pemaju. Seperti yang saya sebutkan tadi dan juga pemilik asal atau pun pemegang Power of Attorney (PA) jadi Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap nasib para pembeli yang telah lama menunggu penyempurnaan hak milik ini. Oleh itu, pendekatan sedang dilaksanakan melalui kaedah pentadbiran runding rasmi bersama pihak pelikudasi, dengan tujuan untuk memastikan para pembeli mendapat hak mereka secara tanpa gangguan beban kewangan tambahan. Jadi, ini kita akan panggil perbincangan dengan pihak PTGS dan juga pihak pemaju penyelamat untuk bagaimanakah

mencari kaedahnya tetapi walau bagaimanapun kita tidak boleh mengadakan unsur ataupun melibatkan unsur bail out. Kita tidak mahu menjadi precedent case membuatkan mereka ini dikecualikan dalam pembayaran premium dan sebagainya. Itu akan menjadikan beban kepada pihak Kerajaan. Jadi kaedahnya kita telah pun berusaha untuk memastikan pihak penyelamat ini menanggung apa juga yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Untuk pengetahuan Yang Berhormat EXCO memang saya dan juga Pejabat Daerah ada mengadakan rundingan dengan pihak liquidator tetapi malangnya syarat-syarat yang dikenakan itu agak ketat. Saya bagi contoh daripada liquidator fees tutupan 5% turun sampai 1.5% ok. Tetapi mereka bagi tempoh hanya untuk 6 bulan sahaja. Dia total yang pemilik perlu bayar hampir mencecah RM20,000 termasuk lawyer fees, MOT fees dan sebagainya. Dan satu lagi isu berkenaan dengan premium tanah. Premium tanah yang tak dibayar ini pihak liquidator mereka tidak mempunyai duit untuk bayar. Jadi saya kira di situ perlu ada campur tangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini. Tapi saya yakin di kawasan itu masih ada aset yang belum dibangunkan, tanah-tanah yang belum dibangunkan dan telah diserahkan pada liquidator di mana tanah itu boleh diusahakan. Cuma oleh sebab kedegilan pihak liquidator ini saya kira tidak boleh menyelesaikan masalah pada hari ini. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat EXCO, apa kaedah-kaedah lain yang ada supaya kita dapat selesaikan masalah ini. Kerana masalah ini sudah hampir 25 tahun tidak diselesaikan. Kita perlu perhatian dari Kerajaan Negeri. Kalau kita mengharap sahaja dari liquidator saya tak nampak perkara ini boleh diselesaikan. Bahkan saya telah kali ke tiga pergi ke pejabat dia secara terjah baru dapat jumpa pegawai. Pergi sendiri dapat jumpa kerani sahajalah. Pejabat Daerah panggil liquidator dia hantar kerani sahaja yang tak boleh buat apa-apa keputusan. Jadi saya kira di sini Kerajaan Negeri saya mohon Kerajaan Negeri untuk mengambil perhatian serius dan campur tangan dalam menyelesaikan isu kedua-dua tempat di Lestari Putera LEP dan kawasan Saujana Puchong. 25 tahun dah Yang Berhormat.

Datuk Borhan Bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi penyelesaian untuk premium itu adalah luar bidang kuasa LPHS yang ini boleh kita runding bersama pihak PTGS tetapi daripada kos untuk penyelesaian antaranya yang ditanggung yang di isytihar Yang Amat Berhormat tentang dana strata itu kita akan merangkumi lebih kurang 1 petak itu akan kosnya RM1,800 itu kita boleh tanggung. Itu pihak LPHS di bawah dana strata di mana upah Juru ukur RM1,500 setiap petak, penyediaan bagi pelan berbeza mengikut case by case dan bayaran permohonan sijil pemula bagi unit atau share itu RM200 dan bayaran permohonan pecah bahagi bagi bangunan atau pun PBB RM50, JUPEM RM10 dan kos cetak RM50. Sebanyak RM1,800 itu boleh digunakan dana khas strata ini untuk kita bantu. Cuma dari segi premium itu mungkin kita kena bincang dengan pihak PTGS kerana itu di bawah bidang kuasa PTGS. Terima kasih.

Tuan Speaker, satu lagi soalan tambahan. Berkenaan dengan strata tadi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri. Saya kira perkara ini perlu diuar-uarkan ke bawah kepada mereka yang berada di dalam strata dan itu satu kelebihan kepada mereka dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah hak milik. Cuma dalam perumahan landed tadi berkenaan dengan premium tadi saya kira perlu ada satu tindakan yang agak drastik daripada Kerajaan Negeri untuk selesaikan masalah ini sebab rumah landed pun banyak juga yang tak selesai masalah hak milik ini. Saujana Puchong dan juga kawasan Lestari Putera ini. Mereka masih bayar cukai tanah tapi ada yang mula tidak bayar cukai tanah sebab mereka merasakan yang kita tak dapat selesaikan masalah itu. Dan kita kehilangan hasil daripada pembayaran cukai ini kalau mereka menarik diri dari membayar lagi.

Datuk Borhan Bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Kita faham Yang Berhormat tapi cuma kadang-kadang kerjasama daripada pemaju khususnya liquadator ini kalau kita panggil mesyuarat mereka tidak dapat hadir. Jadi kita tak dapat sebarang keputusan. Tapi walau bagaimanapun pihak PTGS dan juga LPHS akan kita cuba dan kita akan ajak Yang Berhormat sekali untuk kita bincang semeja untuk pastikan bagaimanakah jalan penyelesaian untuk memastikan minimum yang boleh kita bantu. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Perumahan. Dewan Negeri Selangor ingin mengalu-alukan kehadiran pelawat-pelawat berikut ke Persidangan Dewan Negeri Selangor daripada St. John Ambulans Malaysia Negeri Selangor Darul Ehsan, kawasan Selangor Barat seramai 15 orang yang diketuai oleh Encik Ng Been Chong sebagai pemeta kawasan dan juga Encik Lim Sek Khin, Setiausaha. Selamat Datang ke Dewan Negeri Selangor. Soalan seterusnya. Gombak tak ada. Saya minta Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Monday Blues kuorum hampir tak cukup, Kerajaan Negeri dan Speaker hampir berpeluh, soalan saya nombor 70.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 70. Status Taman-Taman Perumahan Usang Yang Dibangunkan Oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) SelangorQuestions

70. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam membangunkan semula taman-taman perumahan yang sudah melebihi usia 30 tahun yang telah usang yang dibangunkan oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) Selangor?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Pertama kali dengar pantun 3 kerat. Terima kasih Sijangkang atas soalan yang merujuk kepada taman-taman perumahan ataupun apartment dengan izin yang saya rujuk dalam jawapan ini apartment yang melebihi 30 tahun yang usang yang telah dibangunkan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri. Inisiatif untuk membangunkan semula kediaman lama yang dibangunkan oleh PKNS melebihi 30 tahun sentiasa menjadi salah satu strategi pembangunan yang diberi keutamaan. Sejak tahun 2015, PKNS telah mengenal pasti serta mendapatkan rakan usaha sama yang berpotensi untuk di tiga (3) kawasan perumahan berikut. Yang pertama, Pangsapuri PKNS di AU3, orang di sana panggil Aau, aau AU3 Columbia, yang kedua, Pangsapuri PKNS di Seksyen 17, Petaling Jaya. Yang ketiga, Pangsapuri PKNS di Seksyen 16 Shah Alam. Depan masjid. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dapat diteruskan kerana kegagalan memperolehi persetujuan penduduk melebihi 80%. Yang kedua, tuntutan pampasan yang tinggi dan tidak munasabah daripada peserta-peserta atau penduduk dan kesukaran mendapat lokasi mendapat pemindahan sementara yang sesuai dengan keperluan serta permintaan penduduk. Ini antara tiga perkara yang selalu saya sebutkan kita perlu penelitian sebab itu Kerajaan Negeri sedang meneliti usaha-usaha tentang URA itu Yang Berhormat kerana kalau tanpa URA kita tidak boleh bangunkan semula dan kondisi rumah-rumah ini dan rumah-rumah dan penduduk di sini akan terus run down dan akan terus ditinggalkan sedemikian rupa. Ini antara cabaran besar kepada kita kerana tertakluk di bawah Akta KPKT yang memerlukan sekurang-kurangnya 80% persetujuan daripada penduduk-penduduk dan ia diikuti dengan kawasan dan sebagainya dan kosnya. Kerana mana-mana pemaju yang kita syaratkan untuk membina balik kawasan perumahan ini mereka harus membangunkan perumahan untuk dipindahkan penduduk-penduduk ini dulu. Kita tak boleh biarkan penduduk ini keluar dan bangunan dirobohkan dan baru ingin masukkan selepas dua atau tiga tahun. Cabaran kita tapaknya kalau macam di Flat Columbia, Flat AU3 tadi kita dah nampak tapaknya. Tetapi densitinya akan melangit tinggi kerana kita nak letakkan beberapa blok. Kalau di Seksyen 16 Shah Alam saya rasa bloknya sangat banyak. Terlalu banyak bloknya. Kalau kita nak, kita kena cari satu tapak lain dahulu mungkin di Seksyen 2 kalau ada tapak tersebut kalau nak dipindahkan penduduk di situ baru kita boleh alihkan mereka di tempat lain. Itu isu yang kedua yang sangat besar yang melangsungkan pemajunya amat sukar untuk dapatkan kecuali mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang sangat kukuh. Yang bersedia untuk berbelanja di antara RM100 juta hingga RM150 juta membangunkan blok baru kepada penduduk-penduduk yang perlu kita pindahkan. Terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar. Sebenarnya saya lebih fokus kepada perumahan-perumahan yang dibangunkan oleh GLC atau pun Perbadanan

PKNS di kawasan-kawasan luar bandar ini. Kerana sifatnya rumah murah dan saya ingat kualitinya tidaklah sebaik kalau kita nak bandingkan dengan perumahan-perumahan yang lain. Walaupun saya faham apabila kita nak bangunkan rumah itu kita kena bangunkan satu penempatan yang baru untuk mereka pindahkan dan sebagainya. Cuma saya melihat pada hari ini cabarannya itu pun sudah besar, kalau di kawasan luar bandar saya ingat ada lagi tanah-tanah kerajaan yang boleh diusahakan untuk pembangunan itu di samping kita buat tapakan semula. Dan ini saya sudah tentunyalah memerlukan kajian, kebolehlaksanaan dan juga kesediaan pemilik-pemilik rumah ini. Cuma apabila keadaan rumah yang di kawasan perumahan ini ada rumah yang usang ditinggalkan, anak-anak pun dah tak nak duduk situ mungkin boleh dibangunkan secara vertikal maknanya bukan rumah teres lagi tetapi rumah-rumah yang bertingkat kerana saya ingat satu ketika dulu pun pernah dibincangkan di negeri Selangor ini, bagaimana pembangunan bercampur, vertikal sekolah dan sebagainya, itu boleh bangunkan, mungkin kalau di kawasan luar bandar tidaklah perlu rumah yang terlalu melebihi mungkin lima tingkat dan sebagainya. Tetapi kawasan-kawasan perumahan ini atau rumah-rumah yang usang diberikan peluang untuk dibangunkan dan ada juga peluang kepada generasi-generasi yang selepas pembeli itu iaitu anak-anak atau cucu-cucu juga berpeluang membeli rumah-rumah yang baru dengan peningkatan pembangunan secara vertikal ataupun rumah pangsa itu sendiri. Mungkin ada komen dari Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sijangkang atas cadangan dan pandangan terhadap perumahan teres terutamanya ataupun link house yang sudah usang. Tapi kita bersedia untuk menilai kembali melihat beberapa lokaliti dan kawasan dan saya sendiri lihat beberapa lokaliti-lokaliti tertentu antaranya kalau kita datang ke kawasan yang tempat berdepan dengan banjir di Seri Nanding sebagai contoh. Kawasan tersebut telah dibangunkan lebih 30 tahun dahulu. Itu kalau di daerah Hulu Langat. Dan di daerah lain juga saya percaya ada. Namun begitu penumpuan kita berikan di kawasan apartment kos rendah kerana sebahagian daripada kualitinya terlalu usang dan perlu kita bangunkan semula. Dan saya menganggap bahawa isu yang paling penting di situ ialah bagaimana proses pemindahan mereka di peringkat awal. Itulah cabaran kita yang paling besar sebab biasanya daripada 100 itu paling tidak akan ada satu yang menentang. Kalau kita nak harapkan 100% itu maknanya hampir mustahil kita akan dapat laksanakan ataupun kita akan dapat tawarkan satu benda yang kepada mereka dan ini melibatkan benda yang menjadi aset ataupun menjadi hak mereka yang sudah ada geran. Yang sudah ada hak strata title dan sebagainya. Ia perlukan satu kajian saya percaya kerana antara respons yang ada sebahagiannya ialah kalau kita pindahkan mereka di tempat yang terlalu jauh daripada kediaman mereka sekarang sebahagiannya akan tidak selesa kerana sebahagiannya telah membina keluarga di sana telah bersekolah, telah berkerjaya, dan sebagainya di kawasan sekitarnya. Itu adalah antara respons dan maklum balas yang selalu datang kepada kita. Kita ada isu yang lebih kritikal di Flat Berembang di Pelabuhan Klang.

Itu bukan apa sebab lokaliti itu sudah tidak selamat. Itu kita sedang tumpukan dulu Yang Berhormat kerana kalau bangunan itu roboh dan juga runtuh, walaupun mereka ada penempatan dan juga ada rumah, ada hak mereka, nilainya akan menjadi kosong. Sebab itu kita nak tawarkan ganti rugi ataupun bantuan RM42,000 dan ataupun kita berikan rumah. Itu pun sedang bincang. Saya rasa pihak KPKT kalau bersedia menampung sebahagian daripada kosnya, kita akan dapat menyelesaikan isu yang lebih real Yang Berhormat sebab bangunan itu telah diisytiharkan tidak selamat. Kalau ia tidak selamat, jadi macam mana kita nak bela mereka kecuali kita minta mereka berpindah. Tapi mereka tidak ada option dan bila kita datang ke sana, EXCO sebelum ini datang ke sana dia jadi masalah pula dianggap kita macam nak hapuskan dan runtuhkan rumah mereka. Sedangkan realitinya, kawasan itu sudah tidak selamat. So memang Yang Berhormat sebutkan itu benda yang ada di tanah landed, teres dan sebagainya. Tetapi di rumah-rumah apartment ini sebenarnya lebih perlukan perhatian, lebih perlukan penelitian. Sebab ada pun kes yang sudah diisytiharkan tak selamat, di Flat Berembang, di Pelabuhan Kelang yang kita perlu tangani dengan segera. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan ke soalan seterusnya?

Soalan tambahan dulu sebab berkaitan dengan area. Yang Berhormat. Yang Berhormat sentuh tentang Seksyen 16. Saya faham sebab keadaan di situ memang perlukan kepada kawasan baharu, pindahkan dulu penduduk yang sedia ada, baru kita boleh buat pembangunan. Tapi saya nak bagi senario yang lain. Dalam pertemuan saya dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan juga PlanMalaysia, di Seksyen 18 atau Seksyen 24 contohnya, saya rasa tidak perlu kepada kita mengeluarkan pemilik asal kepada tanah perumahan yang baharu dulu sementara menunggu pembangunan. Sebab reserve di Seksyen 18 dan 24 itu utamanya dia ada kawasan lapang yang boleh kita bangunkan dulu. So apakah kita boleh pertimbangkan kawasan-kawasan seumpama ini, kita laksanakan Urban Renewal Act (URA) tetapi tidak merobohkan terlebih dahulu. Kita bina sebelah, pindahkan, baru kita roboh di bahagian ini. Apa pandangan?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Okay. Kita bersedia melihat kawasan tersebut. Sebenarnya pihak Kerajaan Negeri pun kita ada satu lagi tanah. Tapi tanah itu sebenarnya adalah padang bola. Seluas 3 atau 2 padang bola di Seksyen 2 Shah Alam, tak jauh daripada Seksyen 16. Dan tapaknya sesuai tapi tapaknya agak rendah. Jadi kalau kita takut ia akan mengganggu keperluan sekolah dan keperluan-keperluan di sana. Dan itu adalah tanah Kerajaan Negeri sepenuhnya. Itu mungkin boleh digunakan. Tapi saya bersetuju memang tanah rumah di Seksyen 16 itu sudah tidak berpadanan. Dia ada satu bilik tak silap saya ataupun satu bilik ye satu bilik sahaja. Dan saya rasa kita perlu mengalih. Tapi bloknya terlalu

banyak di sana. Dan Kerajaan Negeri rasa, saya rasa kita perlu lakukan ini. Telah 2 tahun sebenarnya saya minta untuk PKNS segera melaksanakan projek-projek rejenuvasi ataupun pembangunan semula apartment-apartment usang. Kalau kita tak bangunkan, kita akan membiarkan time bomb ini. Sampailah kepada nanti keadaan seperti di Berembang. Di mana kawasan itu sudah tidak lagi selamat. Kerana jangka hayat, ini satu kajian yang telah ditulis oleh satu media. Jangka hayat bagi sebuah rumah apartment ini Yang Berhormat sebenarnya maksimum 100 tahun sahaja. Tetapi kalau pembuatannya tidak menggunakan spec yang betul, simennya tak cukup, pasirnya tak cukup ataupun keperluan-keperluan tak cukup. Dan jumlah life spentnya akan berkurang. Mungkin jadi 40 tahun, mungkin jadi 50 tahun. Ini yang kita bimbangkan sebab ia mungkin dibangunkan sebelum ini yang kita tak pasti spec nya dan penelitiannya. Dan Kerajaan Negeri kena lihat. Sebab itu memang kita nak kalau boleh dibangunkan semula termasuk kawasan-kawasan rumah teres yang telah lama. Tetapi kawasan apartment merupakan satu cabaran segera yang perlu ditangani oleh EXCO Perumahan terutamanya oleh pihak Kerajaan Negeri. Kerana ini realiti yang harus kita tangani dengan cepat dan segera. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Okay. Soalan tambahan yang terakhir.

Terima kasih Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat. Apabila URA telah pun diluluskan nanti, kesediaan Kerajaan Negeri terutamanya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk melihat perumahan-perumahan ini untuk kita bangunkan dengan segera. Kerana bagi saya Yang Amat Berhormat macam Yang Amat Berhormat kata tadi, dia adalah time bomb. Kalau bila-bila masa dia boleh meletup. Jadi saya kira apakah PKNS telah bersedia khususnya dalam kita nak mengambil alih dan juga selepas URA ini telah diluluskan. Kita tak nak nanti PKNS duduk main isu lagi ni Yang Amat Berhormat. Nak buat padang Golf pun jadi masalah.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya sebutkan tadi tiga cabaran utama. Pertama, kebenaran daripada penduduk. Kalau ada URA ataupun Urban Renewal Act maknanya jumlah itu mungkin akan kurang bebanan berbanding dengan kaedah sebelum ini. Bebanan yang kedua ialah mencari pemaju yang berkelayakan. Sebab kosnya besar kerana mengeluarkan initial cost. Mungkin di sini Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) boleh bantu nanti. Kita kena fikirkan macam mana wang tabung yang kita ada itu kita bangunkan dulu di mana-mana rumah. Jadi dengan tabungan tersebut, kita tak perlu menunggu pemaju mengeluarkan tapi Negeri mengeluarkan duit. Kita alihkan dia dulu dan ia menjadi own Kerajaan Negeri sebelum kita laksanakan proses perubahan dan peralihan yang ketiga. Yang ketiga ialah apabila ada kacau-ganggu. Kacau-ganggu ni saya maksudkan apabila ada orang terlebih pandai datang. Yang tak tahu datang daripada mana tiba-tiba dia jadi hero.

Bila jadi hero ni dia lah lawyer paling pandai, dia lah pembela paling pandai. Dan akhirnya dia tidak akan movings apa-apa perkara. Ini banyak berlaku termasuk di beberapa kawasan lokaliti kita dah alihkan kampung dan sebagainya. Sebab ada orang terlebih hero dia tiba-tiba datang dia rasa dia lah yang paling pembela kepada perumahan-perumahan ni sedangkan realitinya mereka berdepan dengan perumahan usang, keadaan kualiti aset yang semakin depreciate (dengan izin) semakin menurun. Dan akhirnya yang ketiga isu keselamatan dan kehidupan. Jadi ini realiti yang kita kena hadapi dengan betul-betul. Sebab itu URA saja bukanlah jawapan akhir tetapi kita ada lagi dua cabaran tadi selepas URA tadi iaitu mencari pemaju yang berkelayakan dan menangani noise ataupun kebingitan-kebingitan yang berlaku akibat daripada proses perubahan ataupun peralihan yang kita nak lakukan demi kesejahteraan rakyat. Tapi Kerajaan Negeri harus bersifat realistik dan kita kena objektif, kita kena mencari jawapan dan kerap harus memberikan penjelasan yang berterusan supaya mereka di luar sana tidak mudah terikut-ikut ataupun tidak memilih jalan yang sebaliknya, sebaliknya menuntut yang bukan-bukan dan akhirnya bertahun-tahun perumahan itu tidak akan mampu dibangunkan ataupun diremajakan semula dan menyebabkan finally kehidupan mereka juga akan terganggu. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Soalan seterusnya dari Batu Tiga.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan 71.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 71. Pelaburan Dalam NegeriQuestions

71. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-a)

Apakah sektor paling aktif dalam pelaburan diterima 2025 dan jangkaan tahun 2026? b)

Apakah bentuk insentif yang ditawarkan oleh Invest Selangor, MIDA dan lain-lain agensi sekiranya pelaburan masuk ke Selangor? c) Apakah perancangan RS-2 dari aspek menarik pelaburan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya mohon soalan 71 dan 146 dari Pandamaran dijawab secara bersekali. Negeri Selangor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia, didorong oleh prestasi pelaburan yang memberangsangkan, ekosistem industri yang matang, dan inisiatif Kerajaan Negeri yang proaktif. Dari segi prestasi, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2025, Selangor telah

meluluskan sejumlah 948 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 34.65 bilion. Daripada jumlah ini, pelaburan tempatan menyumbang sebanyak RM 18.91 bilion, manakala pelaburan asing mencatatkan nilai RM15.74 bilion, menunjukkan keyakinan yang seimbang dari pelabur domestik dan antarabangsa. Pecahan pelaburan ini menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan merupakan pemacu utama, dengan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM 26.3 bilion setakat suku kedua 2025, dan RM 8.3 bilion dari sektor perkilangan. Dalam sektor perkhidmatan, sub-sektor Maklumat dan Komunikasi (ICT) mendominasi dengan pelaburan RM 11.4 bilion, diikuti dengan industri pembangunan (Real Estate) sebanyak RM 9.3 bilion. Bagi sektor perkilangan, sub-sektor peralatan pengangkutan (Transport Equipment) mencatat jumlah tertinggi RM 2.25 bilion, diikuti rapat oleh Elektrikal & Elektronik sebanyak RM 2 bilion. Tren ini dijangka berterusan, dengan jangkaan bahawa sektor E&E (perkilangan) dan ICT (perkhidmatan) akan kekal sebagai sektor paling aktif pada tahun 2026. Bagi menyokong momentum kemasukan pelaburan ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai langkah pemudah caraan, terutamanya dalam mempercepatkan proses kelulusan pembangunan. Dua inisiatif utama dalam hal ini ialah Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan untuk membincangkan isu-isu pelaburan berbangkit, dan pengenalan inisiatif baharu, Speed Selangor. Objektif utama Speed Selangor adalah untuk menyeragamkan, mempercepatkan, dan memudah cara proses kelulusan pembangunan serta perlesenan perniagaan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan. Inisiatif ini selaras dengan prinsip Ease of Doing Business yang menekankan kecekapan, ketelusan, dan amalan mesra pelabur. Selain pemudah caraan prosedur, pelbagai insentif turut ditawarkan untuk menarik pelabur. Melalui Kerajaan Persekutuan (MIDA), insentif cukai dan kewangan utama seperti Pioneer Status (PS), Investment Tax Allowance (ITA), dan Accelerated Capital Allowance (ACA) disediakan. Kerajaan Negeri pula menambah nilai melalui insentif tenaga kerja dan latihan seperti Program IKTISASS Selangor iaitu latihan TVET dan bantuan kewangan melalui SIDEC untuk pembangunan bakat, khususnya dalam industri semikonduktor. Tambahan pula, Invest Selangor menawarkan fasilitasi pelaburan yang komprehensif, merangkumi bantuan pemilihan tapak, sokongan dalam Managed Industrial Park (MIP), Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program, dan Selangor Lab Partnership untuk menggalakkan kolaborasi R&D antara industri dan institusi pengajian tinggi. Menuju ke hadapan, Rancangan Selangor Kedua (RS-2) menggariskan perancangan strategik yang jelas untuk terus menarik pelaburan. Aspek utama termasuk mengutamakan pembangunan dalam industri bernilai tinggi seperti aeroangkasa, E&E, dan automotif. Ini disokong oleh pembangunan infrastruktur pemangkin seperti Selangor Aero Park (SAP) dan Automotive Valley Serendah-Beringin. RS-2 juga akan meneruskan perancangan strategik dari RS-1 seperti pembangunan wilayah IDRISS dan SABDA untuk merancakkan pelaburan di kawasan kurang membangun. Akhir sekali, realisasi inisiatif Selangor Greater Klang Valley (SGKV), yang menyelaraskan empat bandar utama (Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya,

dan Klang), dijangka menjadi pemangkin baharu bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke Selangor. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat sebelum ini pernah sebut tentang 30% penglibatan tempatan. Saya mohon sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat apakah ia bermaksud pembekal-pembekal SME Tempatan juga boleh dilibatkan bersama dalam pelaburan baharu dan bagaimana caranya? Apakah mereka kena buat permohonan ataupun pihak Invest yang menyenaraikan semua syarikat tempatan kepada pihak pelabur baru?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Dasar baru iaitu Local Economy Development (LED) ini merupakan satu dasar 30% local content bagi Data Center buat masa ini, bukan bagi industri lain. Jadi bagi Data Center yang akan masuk ke dalam Negeri Selangor satu syarat wajib bagi Data Center ni adalah mereka mesti mematuhi sekurang-kurangnya 30% local content bermakna komponen ataupun alat itu dihasilkan di dalam Malaysia yang itu mereka perlu menggunakan sebahagian komponen ini dari buatan Malaysia itu untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam dasar LED ini. Dan dengan adanya dasar 30% ini, Kerajaan Negeri Selangor yakin kita akan dapat membantu SME khususnya bagi SME dalam sektor E&E dapat satu pasaran baru supaya mereka dapat mengembangkan perniagaan mereka ke satu sektor yang sangat penting dan sangat berimpak tinggi iaitu Sector Data Center. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kota Damansara.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Kota Damansara soalan nombor 72.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 72. Peruntukan Sebanyak 1 Juta Dalam Pemberian Vaksin Secara PercumaQuestions

72. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimana pelajar yang akan menerima influenza ini dipilih?

b)

Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mempeluaskan ke daerah lain berkenaan program vaksin ini?

c)

Adakah kerajaan merancang untuk memperluaskan lagi program ini pada tahun 2026 bagi meliputi semua daerah?

Puan Jamaliah Binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Kota Damansara bertanyakan berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM1juta dalam pemberian vaksin secara percuma. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk makluman soalan (a) telah dijawab bersekali dengan soalan 13 (b) daripada Yang Berhormat Rawang bersama soalan 63 oleh Yang Berhormat Morib dan soalan 97 (a) dan (b) daripada Yang Berhormat Sijangkang sebelum ini. Sehubungan itu saya akan memberikan maklum balas bagi soalan (b) dan (c) yang akan dijawab bersekali yang bertanyakan tentang perancangan untuk memperluaskan program ini ke daerah lain dan apakah rancangan pada tahun 2026. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatan Kuasa Tetap Kesihatan Awam telah mula melaksanakan program imunisasi vaksin influenza kepada murid sekolah rendah berumur 8 tahun ke bawah bermula daripada pertengahan November di empat daerah yang mencatatkan jangkitan influenza yang tertinggi iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat. Selepas ini Kerajaan Negeri akan memberikan penilaian berdasarkan program-program yang telah dijalankan dan sekiranya terdapat keperluan untuk diperluaskan pada tahun 2026. Kerajaan Negeri akan memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah rendah yang terpilih di daerah yang belum diliputi pada tahun ini dengan keutamaan daerah yang mempunyai faktor-faktor tertentu seperti yang dikatakan, kadar insiden jangkitan penyakit influenza yang tinggi dan sebagainyalah. Dan juga kita akan melihat kepada seterusnya apakah golongan rendah dan berisiko tinggi termasuk warga emas serta individu yang mempunyai penyakit kronik dan akhirnya adalah keperluan dan kerjasama secara strategik bersama Pejabat Kesihatan dan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta klinik panel Selcare bagi memperkukuhkan rangkaian pelaksanaan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, silakan.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih EXCO. Satu program yang baik, cuma saya melihat bahawa Influenza ini dia mempunyai strain yang berbeza-beza setiap tahun. Dan vaksinnya juga akan berbeza-beza setiap tahun sebab itu diberikan secara tahunan. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk

memberikan vaksin ini setiap tahun kepada terutamanya kepada 4 sekolah yang disasarkan mempunyai insiden yang tinggi atau pun sekolah-sekolah lain yang mungkin mempunyai insiden yang tinggi atau pun di peringkat Kerajaan Pusat pun mereka tidak merancang untuk tujuan ini atas faktor pemberian secara tahunan strain-strain yang berbeza-beza, mungkin dapat respons daripada EXCO, terima kasih.

Puan Jamaliah Binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Seperti yang saya pernah jawab sebelum ini, sebenarnya program ini lebih kepada program one off dan kita akan memantau dan melihat sama ada terdapat keperluan tambahan pada tahun 2026 atau pun tidaklah. Pada tahun ini, mengapa Kerajaan Negeri mengambil keputusan sebegini adalah apabila kita telah dimaklumkan oleh JKNS dan pihak Kementerian bahawa kes influenza ini sangat tinggi meningkat terutamanya dalam golongan institusi pendidikan. Dan untuk warga emas pula telah diambil tanggungjawab itu oleh Kementerian Kesihatan di mana suntikan vaksin itu telah diberikan kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Jadi ketika itu memang ada keprihatinan terutamanya oleh ibu bapa, golongan muda terhadap anak-anak mereka. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri atas dasar keprihatinan terhadap warga Selangor telah mengambil keputusan untuk melaksanakan program ini pada tahun ini. Untuk tahun hadapan, kita akan berbincang semula dengan pihak JKNS selepas mendapat report dan dan sebagainya segala keputusan akan diambil berdasarkan enforce statistik dan juga mungkin nasihat serta maklum balaslah daripada pihak agensi yang berkaitan.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Baik, memandangkan Kerajaan melihat report daripada pihak agensi-agensi yang berkenaan, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan untuk mendapatkan sedikit pencerahan, memandangkan tahun ini target kita adalah kepada pelajar, adakah tahun hadapan Kerajaan mula mencadangkan strategi yang berlainan sedikit, memandangkan fokus utamanya khususnya kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar, sebagai contoh SPM. Sebab ini merupakan golongan yang akan terdedah dengan influenza dan kalau kena nanti segala usaha mereka itu akan terkesan menyebabkan masa depan juga akan terkesan. Adakah pihak Kerajaan mencadangkan untuk mengubah strategi hanya fokus kepada tahun depan, kita fokus kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi exam-exam besar, berbanding dengan yang hari ini mengikut kawasan-kawasan yang mempunyai wabak out break, yang ini mungkin akan secara tidak langsung sebab itu saya minta penjelasan daripada pihak Kerajaan, terima kasih.

Puan Jamaliah Binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara, seperti yang dikatakan, kita akan lebih fokus kepada faktor-faktor seperti

golongan manakah yang mempunyai imunisasi yang rendah buat ketika ini. Kerana apa yang kita bimbang sebenarnya sekiranya terdapat kes-kes kematian adalah yang berkait dengan isu-isu yang seperti influenza, jadi bagaimanapun kita akan meneliti dan sekiranya ada cadangan tambahan seperti itu, kita akan perbincangkanlah dengan agensi-agensi yang berkaitan. Dan agensi yang paling penting adalah Jabatan Kesihatan Negeri Selangorlah kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang lebih luas berkenaan dengan perkara ini.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Jeram. Yang Berhormat Jeram tak ada, tak ada orang bawa ya. Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Timbalan Speaker, soalan nombor 74.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 74. Pencapaian Sistem ‘first Mile' Dan ‘last Mile' Connectivity SelangorQuestions

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

74. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Kawasan manakah yang paling berjaya dan apakah sebabnya?

b)

Kawasan mana paling tidak berjaya dan apakah sebabnya?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Ramal bertanya berkenaan dengan pencapaian first mile dan last mile connectivity Selangor yang paling berjaya dan paling tidak berjaya dan apakah sebabnya. Tuan Speaker Ekosistem first mile last mile pengangkutan awam negeri perlu mengambil kira pelbagai aspek dan mode pengangkutan awam yang disediakan, dengan mengintegrasikan pengangkutan awam negeri contohnya Bas Smart Selangor, laluan pejalan kaki dan mikromobiliti serta perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Persekutuan seperti LRT, MRT dan Bas RapidKL. Antara kawasan yang paling berjaya dalam pelaksanaan first mile last mile adalah kawasan-kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya. Ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kepadatan penduduk tinggi, penggunaan tanah dan pembangunan bercampur iaitu mixed development, terdapat sambungan rel yang lengkap, penyediaan infrastruktur khusus seperti BRT, DRT, feeder bus, ketersambungan laluan pejalan kaki, destinasi tumpuan seperti lokasi pusat pengajian tinggi, pusat beli-belah dan pejabat. Kualiti

perkhidmatan pengangkutan awam yang baik serta penyertaan pihak swasta yang aktif dalam penyediaan infrastruktur pengangkutan. Kombinasi infrastruktur fizikal dalam aspek mode pengangkutan dan pembangunan padat menyumbang dalam pencapaian first mile last mile tersebut. Antara kawasan yang kurang mendapat sambutan dalam usaha Kerajaan Negeri ke arah capaian penuh first mile last mile, adalah kawasan berpenduduk rendah atau pun luar bandar di Selangor. Ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kepadatan rendah yang menyumbang kepada jarak ke stesen rel atau bas yang jauh, permintaan tidak padat untuk transit berkala, kekurangan laluan pejalan kaki atau pun jejantas, serta perkhidmatan feeder tidak mampan secara ekonomi, terima kasih.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan tambahan Tuan Timbalan Speaker. Ada satu perkara yang ditangguhkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu lebuh raya, apakah dalam perhatian Yang Berhormat juga tentang Lebuh Raya Bangi, Putrajaya. Sebab dia bertujuan untuk menyuraikan kesesakan sekitar Bangi dan juga Kajang. Apakah ada dalam maklumat Yang Berhormat tentang pembatalan lebuh raya tersebut dan apakah dia buat semula?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya rasa soalan tambahan ini keluar daripada soalan pokoknya. Soalan pokoknya adalah berkenaan pencapaian first mile dan last mile connectivity di Selangor, jadi yang itu lebih berkaitan dengan pengangkutan awam, tetapi soalan tambahan itu ada berkenaan pembangunan lebuh raya. Jadi saya tiada jawapan buat masa ini untuk mengenai Pembangunan lebuh raya Bangi ke Putrajaya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tuan Speaker, hujan renyai tak henti-henti, air melimpah menutup bumi, banjir melanda sana sini, Ketua Pembangkang ponteng sibuk entah ke mana pergi, soalan Kajang 75.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 75. Kebajikan Warga EmasQuestions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

75. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Pusat Jagaan Warga Emas?

b)

Sila senaraikan tanah yang di rezab untuk kegunaan membina rumah kebajikan dengan mengikut Daerah.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Kajang. Bukan hujan renyai tetapi hujan lebat, ok soalan berkaitan kebajikan warga emas. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan bantuan pengoperasian Pusat Jagaan Warga Emas atau pun PAWE secara tahunan berjumlah RM50,000. Bantuan tersebut merangkumi pembiayaan seperti tenaga kerja, pengurusan dan pengoperasian program dan aktiviti PAWE dan perkhidmatan yang diberi serta sewaan premis. Di peringkat Kerajaan Negeri, bantuan yang diberikan kepada Pusat Jagaan ialah pertama Program Sinergi Prihatin iaitu Insentif Usaha Sama dengan Pusat Kebajikan Persatuan dan Pertubuhan yang ingin melaksanakan kerjasama aktiviti kebajikan yang memberikan manfaat kepada golongan rentan seperti warga emas. Yang kedua, program Geran Pusat Jagaan iaitu insentif berbentuk bantuan kewangan sehingga RM5,000 kepada Pusat Jagaan bagi menggalakkan lebih banyak pusat jagaan berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan di samping meningkatkan komitmen mereka dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan yang berkualiti dan selamat.

Bagi soalan (b), tentang tanah yang direzab untuk kegunaan membina rumah kebajikan dengan mengikut daerah. Secara keseluruhan terdapat 5 tanah yang direzab untuk kegunaan membina rumah kebajikan di 4 daerah iaitu di Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Manakala tidak ada tanah yang direzab di daerah Klang, Hulu Langat, Kuala Selangor, Sepang dan Kuala Langat. Senarai terperinci tanah direzab mengikut daerah adalah seperti berikut. Di Petaling tanah rezab bagi kegunaan rumah kebajikan iaitu Kompleks Ibu Tunggal, warta Kerajaan Negeri Selangor, Kompleks Warga Emas warta Kerajaan Negeri Selangor, di daerah Gombak adalah infrastruktur awam, iaitu tapak warga emas Majlis Perbandaran Selayang. Di daerah Hulu Selangor, satu rezab bagi pusat aktiviti warga emas bertempat di Mukim Serendah telah di isytihar melalui warta Kerajaan Negeri bertarikh 5 September 2024.

Manakala di daerah Sabak Bernam, tanah yang diwarta adalah Pusat Aktiviti Warga Emas daerah Sabak Bernam di Mukim Pancang Bandana. Di daerah Kuala Langat, tiada rumah kebajikan yang telah diwartakan di dalam daerah Kuala Langat hanya terdapat 2 pusat aktiviti kebajikan sahaja di Kuala Langat iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas yang beroperasi di atas tanah hak milik persendirian. Dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak yang beroperasi di atas tanah Kerajaan dengan kebenaran Kerajaan Negeri, sekian dimaklumkan.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Sabak.

Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Selain daripada PAWE dan juga pusat-pusat jagaan warga emas ini, ada pusat-pusat yang meletakkan warga emas, yang dihuni oleh warga emas tapi dia bukan lebih kepada penjagaan semata-mata tetapi kepada program pengajian. Sebagai contohlah, saya sendiri ada lebih kurang telah tubuhkan lama, ada 22 warga emas yang kami jaga tapi bukan soal jaga semata tapi syarat dia, dia mesti duduk situ dan dia mengaji di pusat pengajian ini. Jadi apa bentuk bantuan yang boleh didapat selain daripada, kalau dia bukan pusat pengajian, maksud saya, kalau dia bukan pusat penjagaan tapi meletakkan warga emas yang dia juga tak ada, ada yang tak mampu bekerja tapi masih boleh menguruskan diri sebab dia syarat dia, dia mesti duduk situ dan dia belajar dan dia mengaji di situ, terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Saya kira itu bersesuaian dengan bantuan Kerajaan Negeri bagi kategori yang pertama iaitu Program Sinergi Prihatin kerana dalam program-program kerjasama yang boleh ditawarkan antara NGO atau pun Pusat Kebajikan dan Pertubuhan yang mana manfaatnya akan disalurkan kepada warga emas atau pun penghuni. Dan saya kira format yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi seperti pondok moden atau pun pengajian untuk warga emas itu mungkin bersesuaian sekiranya dikhususkan dari segi untuk mengangkat martabat dan juga kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada warga emas. Jadi saya kira kategori tersebut boleh disesuaikan dalam satu bentuk bantuan Kerajaan Negeri itu dinamakan sebagai Program Sinergi Prihatin, boleh tawarkan kertas kerja tersebut kepada pejabat saya dan Insyaa Allah kita akan teliti dan perhalusi sekiranya bersesuaian, kita akan nyatakan saluran kerjasama dengan bantuan kewangan yang bersesuaian.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Timbalan Speaker, soalan No. 76.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Program Imunisasi Awam Bagi Wabak InfluenzaQuestions

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

76. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

Apakah strategi kerajaan dalam program imunisasi awam bagi wabak influenza dan secara khusus bagi kumpulan marginal seperti warga asing dan pelarian yang berada di Selangor?

Puan Jamaliah Binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal telah menanyakan tentang apakah strategi Kerajaan dalam program imunisasi awam bagi wabak influenza secara khususnya bagi kumpulan marginal seperti warga asing dan pelarian yang berada di Selangor. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, warga asing dan pelarian yang berada di Selangor adalah tidak termasuk dalam golongan masyarakat atau pun kumpulan yang layak menerima vaksinasi di bawah program imunisasi influenza sama ada yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri mahupun Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan pada masa ini, pelaksanaan program imunisasi influenza oleh KKM dikhususkan kepada golongan petugas KKM serta warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu kemobiliti tertakluk kepada ketersediaan stok vaksin. Dan justeru itu bagi golongan masyarakat yang tidak termasuk dalam kumpulan tersebut termasuk warga asing atau pun pelarian, mereka disarankan untuk mendapatkan vaksin influenza di fasiliti kesihatan swasta yang menawarkan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Perkara yang saya bangkitkan ini Yang Berhormat Speaker, terima kasih atas jawapan, ialah kerana kebimbangan kita merebaknya, Influenza daripada mereka, mereka bercampur dengan kita saban hari, mereka sebagai buruh di sektor mereka tapi mereka bercampur, di ruang kerja mereka dengan warga tempatan, apakah tidak dipandang serius perkara ini, takut merebak daripada mereka kepada kita. Terima kasih.

Puan Jamaliah Binti JamaludinDAP · PHBandar Utama

Yang Berhormat Sungai Ramal, saya ingin jelaskan sedikit di sinilah tujuan kita memberikan Influenza dia tidak dia sedikit berbeza seperti Influenza, Covid dahulu di mana kita berikan kepada keseluruhan warga. Tujuan pemberian Influenza ini adalah untuk membantu golongan yang mempunyai imunisasi yang lebih rendah. Ini bermaksud walaupun warga Malaysia, kita pun hanya memberikan Influenza kepada golongan warga emas dan juga murid belajar daripada...

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Beri vaksin ke Influenza? Beri vaksin kot?

Puan Jamaliah Binti JamaludinDAP · PHBandar Utama

Ya vaksin, sorry. Terima kasih. Tapi apa yang saya ingin katakan adalah vaksin itulah ianya diberikan kepada golongan yang mempunyai imunisasi rendah seperti warga emas dan juga pelajar-pelajar yang berumur 8 tahun ke bawah. Ini bermaksud kita juga tidak memberikan setakat ini kepada mereka yang berumur 8 tahun ke atas, golongan dewasa dan sebagainya. Jadi warga Malaysia sendiri pun kita berikan secara bersasar. Jadi perkara itu perlu diperbetulkanlah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Sabak

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 77.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. Kesalahan Takfiri Di Negeri SelangorQuestions

77. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan Enakmen Kesalahan yang terpakai berkaitan dengan ajaran atau perbuatan Takfiri di Negeri Selangor. b)

Berapa ramai individu terlibat fahaman Takfiri yang disabit kesalahan dan apakah tindakan seperti penahanan, pendakwaan serta pemulihan akidah telah diambil terhadap mereka?

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Soalan yang ditanyakan adalah dua bahagian. Bahagian pertama adalah nyatakan Enakmen Kesalahan yang terpakai berkaitan dengan ajaran atau perbuatan Takfiri di Negeri Selangor. a) Jawapannya, MAIS belum menerima apa-apa kes melibatkan penahanan atau pendakwaan kesalahan Takfiri. Pembelian akidah yang dilaksanakan oleh MAIS buat masa ini adalah atas kesalahan penyebaran ajaran sesat, menghina Nabi dan permohonan pengisytiharan bukan Islam. Peruntukan yang terpakai berkaitan dengan ajaran atau perbuatan takfiri di Negeri Selangor adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 6, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 9 tahun 1995, iaitu Takfir didefinasikan sebagai tertakluk kepada Subseksyen (2), seseorang yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada secara lisan atau tulisan, atau dengan isyarat, atau dengan gambaran tampak, atau dengan apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelolakan, menganjurkan, atau mengaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa-apa jua cara bahawa mana-mana orang yang menganuti agama Islam

atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan kelas atau perihalan orang yang menganuti agama Islam, i. Adalah orang kafir, ii. Telah berhenti menganuti agama Islam, iii. Tidak patut diterima atau tidak dapat diterima sebagai menganuti agama Islam, atau iv. Tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam agama Islam. Adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi, pertama, apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik, melalui atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang diberi oleh undang-undang bertulis, kuasa untuk memberikan atau mengeluarkan apa-apa fatwa atau keputusan tentang apa-apa perkara mengenai agama Islam, atau yang kedua, apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa fatwa atau keputusan yang diberikan atau dikeluarkan oleh mahkamah atau pihak berkuasa agama itu, sama ada atau tidak fatwa atau keputusan itu adalah secara bertulis atau jika bertulis sama ada atau tidak disiarkan dalam warta. b) Soalannya bertanyakan mengenai berapa ramai individu yang terlibat dalam fahaman takfiri yang disabit kesalahan dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka. Bagi kesalahan yang menjurus kepada subseksyen 6 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berhubungan Takfiri, JAIS hanya menerima satu laporan atau maklumat sahaja, iaitu pada 30 Oktober 2025 dan ianya masih di peringkat siasatan JAIS. Terdapat juga ajaran sesat yang telah difatwa atau diwartakan dan didapati mengandungi ciri-ciri takfir pada sesuatu ajaran tersebut antaranya yang pertama ajaran Islam Jamaah yang difatwakan pada 24 September 1998 ajaran Negara Islam Indonesia yang difatwakan pada 31 Mac 2011 dan ajaran Hizbut Tahrir yang difatwakan pada 17 September 2015. Manakala tindakan khas penguatkuasaan yang telah diambil terhadap kumpulan ajaran sesat ini adalah seperti berikut. Yang pertama, ajaran Islam Jamaah yang berlokasi di Klang 35 individu telah ditangkap dan telah dikuatkuasakan pada tahun 2017. Ajaran Negara Islam Indonesia tidak aktif dan tiada tangkapan setakat ini. Ajaran Hizbut Tahrir di Bangi, Shah Alam dan Hulu Selangor dimana 22 orang individu telah ditangkap dan telah dilakukan tindakan penguatkuasaan daripada tahun 2015, 2017, 2018 dan 2019. Individu yang telah ditangkap dan telah dituduh dan disabit kesalahan serta dijatuhi hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Syariah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 78.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 78. Dasar Speed SelangorQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

78. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-a)

Sejauhmanakah keberkesanan pelaksanaan dasar Speed Selangor menarik pelabur baharu ke Selangor?

b)

Bagaimana kerajaan memastikan kelulusan pantas tidak mengabaikan integriti proses? c)

Apakah langkah bagi memastikan manfaatnya sampai kepada pelabur tempatan dan rakyat Selangor?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya mohon soalan ini dijawab bersekali dengan soalan 157 dari Kota Damansara dan soalan 361 dari Balakong. Tuan Speaker, a) Dasar Speed Selangor baru sahaja dilancarkan pada 8 Oktober 2025 sewaktu perasmian Selangor International Business Summit di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Oleh kerana dasar ini baru sahaja diperkenalkan adalah terlalu awal untuk mengukur keberkesanan penuh dasar ini. Jumlah kelurusan melalui dasar ini juga tidak dapat dinyatakan pada ketika ini. Dasar ini akan diteruskan pada tahun 2026 dan akan menjadi amalan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi teknikal yang berkaitan dalam memproses dan mempertimbangkan kelulusan pelan pembangunan di Negeri Selangor.

b) Perlaksanaan dasar SPEED Selangor akan meliputi keseluruhan ekosistem kelulusan projek pembangunan. Bagi memastikan Dasar Speed Selangor tidak mengabaikan

integratif proses, dasar ini akan dilaksanakan secara sistematik berpandukan Modul OAC 3.0 Plus dengan sokongan sesi Teknikal Brif Projek. Proses pelaksanaan SPEED Selangor merangkumi empat (4) peringkat utama seperti;-i. Penilaian Kelayakan Projek. ii. Permohonan dan Penyediaan Dokumen Sokongan. iii. Semakan Awal dan Proses Pra-Rundingan. iv. Keputusan Kelulusan Pada peringkat awal perlaksanaan inisiatif SPEED Selangor ini, kerajaan negeri tidak menetapkan sebarang sasaran ataupun KPI kepada setiap PBT bagi mengatasi inisiatif ini. Tetapi, bagi memastikan setiap Pihak Berkuasa Negeri melaksanakan dasar ini, kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan dan Penyelarasan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan permatuhan kepada garis panduan mengenal pasti isu serta cabaran perlaksanaan dan mengemukakan cadangan penambahbaikan secara berkala kepada Jawatankuasa Peringkat Negeri. Manakala di peringkat Negeri, pemantauan perlaksanaan SPEED Selangor akan diselaraskan oleh Selangor Implementation dan Performance Monitoring Unit (SIAP) di bawah Jawatankuasa Khas Pemantauan Projek Berimpak Tinggi Negeri Selangor. Secara dasarnya, pelaksanaan inisiatif SPEED Selangor berpotensi untuk meningkatkan pelaburan dan pembangunan industri strategik Negeri Selangor. Penetapan ini bertujuan memastikan keutamaan diberikan kepada projek strategik dan berimpak tinggi yang menyokong agenda pembangunan sosioekonomi di Negeri Selangor. Selain itu, pelaksanaan inisiatif ini secara langsung akan memberikan impak positif kepada Negeri Selangor dalam mempertingkatkan aktiviti pelaburan dan pembangunan. Dengan adanya dasar SPEED Selangor ini, tempoh masa kelulusan pembangunan dapat dipendekkan. Ini secara langsung membantu pihak pelabur untuk memulakan perniagaan dengan lebih cepat, mengurangkan kos dari segi kewangan serta mengurangkan isu pembangunan yang berbangkit. Apabila syarikat dapat memulakan operasi lebih awal, peluang pekerjaan dapat ditawarkan dengan kadar segera kepada rakyat setempat. Selain limpahan ekonomi kepada peniaga tempatan di sekitar kawasan pembangunan. Secara dasarnya, pelaksanaan SPEED Selangor ini akan memberi kesan langsung kepada rakyat dan pelabur. Inisiatif SPEED Selangor akan memberikan kelebihan kepada Negeri Selangor melalui perkara-perkara berikut: i. Pemantauan dan penyelarasan projek strategik; ii. Mempercepatkan kelulusan dan lesen perniagaan; iii. Menarik pelabur melalui imej tadbir urus cemerlang.

Jenis pembangunan yang layak dipertimbangkan di bawah dasar Speed Selangor adalah seperti : i. Pendirian bangunan industri di kawasan perindustrian terancang dan selaras dengan zon guna tanah dalam Rancangan Tempatan (RT) termasuk kilang, gudang dan kemudahan logistik yang menyokong sektor pembuatan teknologi dan rantaian bekalan.

ii. Pendirian bangunan komersial di kawasan komersial terancang atau selaras dengan zon guna tanah Rancangan Tempatan (RT), meliputi hospital swasta, universiti, kemudahan pendidikan swasta dan kemudahan teknologi.

iii. Projek komersial (free standing building), kecuali yang berkonsepkan kediaman seperti SOHO atau SOVO. Bagi fasa pertama pelaksanaan, pendekatan diberikan khusus kepada 2 kategori pembangunan sahaja iaitu bangunan industri dan bangunan komersial. Skop Inisiatif SPEED Selangor akan diperluaskan dalam fasa kedua pelaksanaan di mana ianya akan meliputi jenis pembangunan lain yang memenuhi kriteria strategik dan berimpak tinggi termasuk projek di luar kategori industri dan komersial yang ditetapkan dalam fasa pertama.Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kuang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan saya nombor 79.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 79. Dewan Orang Ramai Bandar Tasik Puteri (BTP)Questions

79. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Merujuk soalan dewan 2025/Sesi2/#127, tarikh siap baharu Dewan BTP adalah 07/11/2025 selepas 3 kelulusan EOT diberikan. Bilakah dewan tersebut boleh mula digunakan?

b)

Merujuk semua jawapan berkaitan, progres pembinaan hanya 10% untuk setiap sesi sidang DUN, mengapakah progres pembinaan terlalu perlahan?

Dato' Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Soalan dari Yang Berhormat Kuang yang hari itu telah dalam perbahasan juga perkara ini dibangkitkan tapi dalam penggulungan saya tidak dapat jawab secara details. Ini saya jawab secara details tentang isu pembinaan Dewan Serbaguna Orang Ramai Bandar Tasik Puteri (BTP) Kuang.

a) Untuk makluman Yang Berhormat, Dewan Serbaguna Bandar Tasik Puteri dijangka siap mengikut tarikh penyiapan projek pada 7 November 2025. Walaubagaimanapun penyiapan di tapak hanya 78%. Kelewatan bagi pembinaan dewan serbaguna ini kerana terdapat beberapa arahan perubahan kerja yang perlu di laksanakan di tapak bagi menambahbaik fungsi penggunaan Dewan ini. Sehubungan dengan itu, jangkaan siap sepenuhnya Dewan Serbaguna Bandar Tasik Puteri ini adalah pada bulan Mac 2026.

b) Yang Berhormat, faktor kelewatan di tapak adalah kerana terdapat kelulusan perubahan kerja yang perlu dipatuhi oleh pihak kontraktor seperti berikut. Dia ada 5 ya,

KPK & APK No. 1 - Penambahan ruang “Loading & Unloading” KPK & APK No. 2 - Penambahan RC “Retaining Wall & Drainage” KPK & APK No. 3 - Perubahan Fixed Louver Screen Panel pada bumbung “Drop Off” KPK & APK No. 4 - Perubahan daripada tembok penahan konkrit kepada “Natural Slope & Spot Turfing” dan kerja-kerja yang berkaitan KPK & APK No. 5 - Penambahan Ruang Parkir Arahan perubahan kerja ini adalah untuk menambah baik ruang penggunaan dewan serta menambah ruang yang bagi perletakan kenderaan agar dapat disediakan ruang pakir secara maksimum bagi penggunaan orang awam. Majlis juga akan memantau dan memastikan

kerja-kerja pembinaan ini siap mengikut jadual kerja baru yang ditetapkan iaitu pada Mac 2026 setelah lima kali dia beri arahan perubahan kerja dan sebagainya kerana ada design sikit ya, dah 5 kali, Mac 2026, Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tak ada soalan tambahan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-Undang Pembekalan 2026 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-Undang Pembekalan 2026 semua peringkat.

Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Pembekalan. Bentara minta.... Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Jadual B1 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan RM162,013,948.00.

Pengerusi

Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin merujuk kepada muka surat 45, B01 (Perkara 505000 – Jawatankuasa Tetap Ekonomi Jagaan).

Saya sememangnya mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Tetap Ekonomi Jagaan. Perkara ini menjadi satu aspek yang sangat penting di Negeri Selangor yang semakin menua dan menjadi sangat penting untuk Bukit Gasing kawasan saya mungkin kawasan yang paling menua di Negeri Selangor bersama dengan Kampung Tunku. Di dalam aspek ekonomi penjagaan, kita ada dua (2) jenis. Kepada golongan T20, kepada golongan yang berkemampuan sektor swasta sedang memberi perkhidmatan. Apabila sektor swasta datang dan memberi perkhidmatan, adalah tugas Kerajaan untuk kejar sistem pelesenan supaya semua perkhidmatan yang diberi dapat dilesenkan dan dapat kita kawal kualiti perkhidmatan supaya tidak ada yang tertipu dan tidak ada yang menjadi mangsa kepada kualiti perkhidmatan atau pun care of quality yang tidak memuaskan. Tetapi saya lebih risau kepada golongan B40, golongan yang tidak mampu untuk membiayai untuk perkhidmatan seperti ini. Jika seorang mempunyai anak OKU tetapi tidak mampu untuk penjagaan sepenuh masa, jika seseorang itu mempunyai mak bapa yang terlantar di rumah dan tidak mampu untuk mengupah penjaga sepenuh masa. Kadang-kadang mereka terpaksa untuk berhenti kerja.

Saya berharap Jawatankuasa Tetap Ekonomi Jagaan bukan sahaja melihat kepada jenis-jenis perkhidmatan yang mungkin wujud kerana kalau kita lihat di Singapura or Australia dan sebagainya memang banyak produk yang boleh diperkenalkan kepada pasaran kami. Memang sektor swasta sedang giat memperkenalkan pelbagai produk jagaan kepada

pasaran tetapi macam mana kita nak wujudkan sistem payment, sistem pembiayaan, social insurance (dengan izin) supaya sesiapa yang menjadi mangsa, sesiapa yang mempunyai keperluan, kos-kos penjagaan ni dapat ditanggung. Jika Kerajaan tidak memikirkan satu solution (dengan izin), jika Kerajaan tidak mempunyai satu penyelesaian, maka mereka yang bernasib baik, bernasib baik. Kalau saya bernasib baik, mak bapa saya sihat saya okay. Saya tidak mempunyai perbelanjaan berlebihan. Tetapi jika yang tidak bernasib baik, macam mana masyarakat nak membantu. Setakat ini kita banyak bergantung pada NGO untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Tetapi sebagai satu Kerajaan yang bergerak ke arah ‘Dunia Pertama’ kita tidak boleh bergantung pada NGO semata-matanya. Kita tidak boleh bergantung pada kebaikan penderma tetapi kita harus wujudkan satu sistem. We all do not know if one day we need this care. Kita tidak tahu satu hari nanti bila kita sendiri sakit dan terlantar di hospital atau pun terlantar di rumah dan memerlukan seorang penjaga sepenuh masa atau pun you know, mungkin penjaga yang kerap datang melawat tiga kali sehari. Jadi, apakah sistem yang mungkin kita boleh wujudkan untuk memastikan bahawa mungkin setiap orang membayar kepada satu sosial insurans demi sesiapa yang menjadi mangsa, sesiapa yang memerlukan pada satu masa nanti. Sistem sosial insurans ini membiayai keperluan jagaan yang diperlukan pada masa tersebut. Jadi untuk Jawatankuasa Tetap ini saya harap untuk tahun 2026 gerak kerja Jawatankuasa ini dapat merangkumi masalah ini. Dapat memikirkan satu solusi demi kebaikan rakyat dan jika diperlukan saya sentiasa bersedia untuk hadir dan memberi bertolongan, bantuan dan berkhidmat untuk membantu mencari penyelesaiaan ini. Sekian terima kasih untuk perkara pertama ini.

Perkara kedua, di muka surat 49 (563000 - Bahagian Korporat). Perkara ini mungkin kurang dibicarakan di dewan tapi hari ini saya nak ambil peluang untuk membangkitkan satu isu yang saya rasa penting apabila kita bergerak dari ‘Dunia ketiga’ ke ‘Dunia Pertama’ iaitu sistem aduan kami. Kita ada satu sistem aduan (SISPAA). Sistem aduan ini menerima beribu-ribu aduan setiap bulan daripada seluruh Selangor, kawasan bandar, luar bandar dan sebagainya. Akan tetapi banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan, tidak dapat ditangani oleh sistem ini. Aduan-aduan yang tidak selesai kebanyakan datang kepada ADUN Kawasan, Ahli Majlis Kawasan dan Ahli Parlimen Kawasan. Di dalam dewan ini sepanjang minggu lepas Sidang Bajet daripada membahas perkara-perkara pokok Bajet. Daripada membahas isu-isu polisi besar, banyak masa diluangkan untuk membangkitkan isu-isu kawasan, isu-isu aduan tempatan yang belum lagi selesai. Saya yakin jika Bahagian Korporat yang jaga sistem aduan ini dapat meningkatkan kecekapan mereka, atau pun diberi kuasa mungkin pegawai yang jaga Bahagian Korporat ini haruslah satu pegawai yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi JUSA C, JUSA B supaya apabila mereka memanggil dua, tiga agensi yang bertindih yang mungkin perlu duduk di satu meja untuk menyelesaikan satu aduan, aduan itu dapat diselesaikan. Mungkin KPI yang terbaik untuk mengukur kejayaan sistem aduan Kerajaan Negeri Selangor ialah kita kena kira bilangan aduan yang masuk dalam Dewan yang mulia ini. Jika ADUN terpaksa membawa aduan daripada banjir ke monyet ke PBT masuk ke dalam Dewan ini, ini bermaksud Unit Aduan ini belum sampai tahap kecekapan yang dapat

menangani aduan-aduan rakyat ini. Jadi saya harap mungkin pihak Kerajaan boleh melantik satu daripada Ahli MMKN untuk bertanggungjawab terhadap perkara ini. Boleh melantik satu pegawai yang mempunyai kebolehan, kepakaran dan diberi kuasa yang cukup tinggi supaya dapat menarik dan dapat membawa semua agensi yang berkaitan ke meja mesyuarat dan memastikan aduan itu selesai. Saya juga bercadang buat mesyuarat berkala dengan Pejabat ADUN di negeri Selangor. Mungkin boleh buat mengikut PBT atau mengikut daerah supaya kami boleh ada platform untuk follow up aduan-aduan yang dibuat oleh penduduk dalam pejabat saya ini. Setiap minggu kami terima aduan. Selalu kita akan tanya dah buat aduan ke SISPAA? Sudah. Aduan berkaitan dengan JKR, aduan berkaitan PBT dan sebagainya sudah buat ke dalam SISPAA tetapi masih belum selesai selepas dua, tiga bulan. Apabila penduduk datang ke Pejabat ADUN, kami terpaksa menerima aduan tersebut dan kami terpaksa majukan kepada pegawai-pegawai yang berkaitan. Saya harap sistem ini di SUK ini boleh dipertingkatkan supaya kerja-kerja Dewan Negeri ini tidak terikat dengan pelbagai aduan yang boleh diselesaikan di luar. Sekian, terima kasih dua isu yang saya hendak bangkitkan untuk B01.

Pengerusi

Terima kasih Bukit Gasing. Ada penjelasan dari pihak Kerajaan? Kalau tiada tidak mengapa. Jadual B1 iaitu wang sejumlah RM162 juta.. Nak jawab? Nak ada penjelasan dari pihak Kerajaan atau nak saya teruskan?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Behormat Bukti Gasing berkaitan dengan Sistem Sosial Insurans. Dalam perbincangan di dalam Selangor International Care Summmit beberapa cadangan berkaitan dengan Model kewangan yang lebih mampan telah dibincangkan. Jadi penumpuan di Jawatankuasa Tetap Ekonomi bagi penjagaan bagi tahun 2026 adalah berkaitan Model Kewangan Yang Lebih Mampan. Maknanya kita tidak bergantung hanya dari geran kerajaan atau pun mengharapkan ihsan daripada penderma tetapi satu model yang kerjasama antara Perbadanan Wakaf Negeri Selangor dan juga jenis model-model yang dicadangkan oleh pengkaji-pengkaji kewangan dan kita berharap dengan kos penjagaan ini akan merealisasikan tentang care diamond iaitu satu model di mana perkongsian penjagaan itu dikongsi bersama antara Kerajaan dan swasta, antara komuniti dan juga pihak keluarga. Sekian, dimaklumkan.

Pengerusi

Terima Kasih Yang Berhormat EXCO.

Dato' Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya respon yang kedua tentang SISPAA tentang aduan awam ini. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing berkaitan dengan isu-isu berbangkit di mana sistem SISPAA ini aduan kadang-kadang banyak diadu tetapi tindakan itu tidak seberapa. Ada yang bertindak, ada yang tidak bertindak. Memang dalam apa sistem sekalipun, aduan khususnya sistem aduan memang ada pro dan kontra. Kadang-kadang dia lebih berkesan, kadang-kadang dia ada sedikit kurang pemantauan dan sebagainya. Namun saya ambil maklum tentang cadangan-cadangan yang daripada Yang Berhormat berkaitan

dengan perlu diadakan satu pegawai atau pun seorang incharge yang boleh membuat koordinasi dengan pelbagai jabatan bukan sahaja jabatan, agensi, agensi luar dan sebagainya supaya ada isu-isu yang berbangkit, aduan tersebut boleh diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Dan ada koordinasi. Kalau tidak mungkin dia diletak di situ dua jabatan satu jabatan antara internal (dalaman), dia perlukan bantuan jabatan luar dia tidak dapat lakukan. Ini yang membantutkan usaha untuk menyelesaikan masalah di peringkat lapangan akhirnya dia sampai ke aduan tersebut sampai ke Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ahli Parlimen. Ini saya ambil maklum. Perkara ini saya sendiri dapat perkara yang sama oleh sebab itu saya akan minta SPBT UPEN untuk kita selaraskan sama ada kesesuaian itu melantik seorang pegawai sama ada Jawatankuasa Penyeragaman dan Penyelarasan daripada SGP yang baru dan sebagainya untuk mereka incharge betul-betul dalam sistem SISPAA antara 12 PBT ini. Ini kesesuaian yang kita boleh teroka dan kita boleh fikirkan. Jadi perkara ini saya akan ambil maklum untuk kita cuba laksanakan supaya dapat mengurangkan isu-isu berkaitan aduan di dalam sistem SISPAA ini, dapat mencapai tahap yang optimum menyelesaikan masalah rakyat kerana PBT ini paling dekat dengan rakyat. Sistem penyampaian, khidmat, cekap, pantas ini akan menghasilkan impak yang positif kepada Kerajaan Negeri dan terima kasih kepada Bukit Gasing. Sekian.

Pengerusi

Jadual B1 iaitu wang sejumlah....

Yang Berhormat Speaker satu lagi....

Pengerusi

Tadi saya dah buka kepada penjelasan. Pihak Kerajaan dah buat penjelasan. Jadual B.1 iaitu wang sejumlah RM162,013,948 untuk Kepala B.1 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Setiausaha Kerajaan menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.2 – Pelbagai Perkhidmatan RM75,421,000.00

Pengerusi

Bukit Gasing

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima Kasih Tuan Pengerusi saya hanya satu perkara. Merujuk muka surat 54 (505000-Perpustakaan). Saya tidak pasti siapa yang

boleh jawab perkara ini. Saya cuma rakamkan kenyataan ini; Sebelum pandemik Covid terdapat satu cawangan PPAS di kawasan DUN Bukit Gasing pada masa itu bertapak di Jaya One dalam shopping mall (dengan izin) tetapi semasa pandemik Covid perpustakaan ini, cawangan ini terpaksa tutup dengan masalah sewa dan sebagainya di sana. Dan selepas pandemik dah lama habis dan perpustakaan dibenarkan buka semula bertahun-tahun dah cawangan ini masih tidak dibuka semula. Saya telah membawa cadangan-cadangan lokasi baharu kepada pengurusan. Saya telah memberi cadangan yang tidak mempunyai kos sewa kepada pengurusan perpustakaan tetapi malangnya sehingga hari ini pihak pengurusan PPAS masih lagi belum membuka balik semula satu-satunya cawangan yang ada di DUN Bukit Gasing. Di seluruh negeri Selangor ada lebih daripada 100 cawangan perpustakaan, jadi saya kira ada beberapa kawasan ADUN yang mempunyai dua atau tiga cawangan perpustakaan tetapi di kawasan Petaling Jaya ini sangat sedikit, ada satu di Taman Medan, tetapi di DUN Bukit Gasing tidak ada satu sejak pandemik Covid, sebelum itu ada. Dan cawangan di DUN Bukit Gasing ini mempunyai jumlah pengunjung yang cukup ramai, memang giat digunakan oleh penduduk DUN Bukit Gasing. Jadi saya harap pihak kerajaan boleh membuka semula cawangan yang telah ditutup beberapa tahun ini secepat mungkin.

Yang kedua berkenaan dengan pengurusan perpustakaan ini. Saya mengalu-alukan pelbagai produk digital yang diperkenalkan di perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam. Memang menjadi satu tarikan kepada semua pengunjung terutamanya kanak-kanak, terdapat teater 3D, terdapat virtual reality dengan izin, terdapat sketch drawing di mana kanak-kanak boleh melukis dan mewarna di atas satu skrin yang besar. Akan tetapi kos-kos yang dikenakan terhadap pengguna adalah agak mahal, untuk virtual reality RM10.00 untuk 15 minit. Kadang-kadang saya melihat di perpustakaan ini, budak itu main 15 minit ini tak cukup, dia nak main lebih dan ibu bapa yang mempunyai tiga empat atau lima anak ini terpaksa tanggung kos yang besar, saya lihat mungkin jika kos ini dapat dikurangkan supaya memberi akses kepada golongan-golongan masyarakat yang biasa, golongan B40 terhadap produk-produk digital ini menjadi satu yang amat baik. Agak kesian juga saya melihat apabila ibu bapa tak dapat menanggung bayaran dan terpaksa bagi tahu anak tak boleh, hanya sekali sahaja lepas 15 minit tak boleh sambung sebab agak mahal. Kalau satu anak RM15.00, kalau 5 anak dah jadi RM75.00 untuk 15 minit sahaja, jadi saya harap pihak pengurusan Perpustakaan Kerajaan Negeri boleh kurangkan kos tersebut. Saya menghargai kos menjadi ahli itu adalah percuma, kos untuk pinjam buku adalah percuma, itu sangat bagus. Saya harap kita pun boleh selaraskan kos untuk perkhidmatan digital, kita bagi akses kepada produk-produk digital ini kepada golongan B40. Pada last dua tiga kali saya pergi ke perpustakaan waktu ini, tahap penggunaannya sangat rendah, agak kosong dan saya faham apabila kos mahal, penggunaannya adalah kosong.

Saya ambil maklum, sebagai seorang ADUN, saya selalu ditawarkan supaya anak saya boleh pakai free, saya tak minta perkhidmatan seperti untuk diri saya sendiri tapi saya melihat kepada beratus-ratus pengunjung perpustakaan setiap hari, agar anak-anak tersebut dapat

mengalami, dapat experience produk-produk digital ini, mungkin bayaran RM3.00 atau RM5.00 lebih memadai. Sekian terima kasih, dua cadangan saya untuk Pengurusan Perpustakaan Negeri Selangor.

Pengerusi

Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker saya ingin merujuk kepada muka surat 54 sama dengan Bukit Gasing tadi di bawah Kod Objek 420000 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada Perpustakaan Tanjung Karang, kerana di Tanjung Karang kami ada satu perpustakaan yang sudah, bukan sahaja bertahun-tahun malah berpuluh tahun masih lagi dalam peringkat selenggaraan sehingga hari ini masih lagi tidak siap-siap Tuan Speaker. Kerana Tuan Speaker saya bangkitkan isu ini adalah kerana bagi saya kami di masyarakat luar bandar sangat memerlukan satu perpustakaan yang lengkap, yang juga penting untuk pendidikan anak-anak kami di luar bandar. Kami juga kerana Tuan Speaker, apabila saya melihat kembali isu ini kita lihat masalah ini bertukar-tukar kontraktor dan sebagainya, jadi sudah hampir saya rasa lebih pada sepuluh tahun, daripada saya kecil lagi sampai sekarang perpustakaan itu masih lagi belum lagi kita siap-siap, belum siap-siap lagi. Jadi Tuan Speaker ini adalah penting kerana kami di luar bandar memerlukan satu perpustakaan yang lengkap dan juga berteknologi dan seperti di bandar ini yang mempunyai ruang digital, bilik pembelajaran dan sebagainya.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Boleh mencelah?

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Silakan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya dengar banyak suara kata isu yang dibangkitkan oleh Tanjung Karang ialah isu pembangunan, bukan pengurusan. Tetapi juga boleh, betul projek itu adalah projek pembangunan mungkin Usul Pembangunan boleh dibangkitkan tapi pun yang boleh dikaitkan ialah pengurusan sebab di dalam belanja pengurusan ini pegawai-pegawai gaji-gaji pegawai yang kita tanggung ini haruslah lebih cekap dalam pengurusan projek sebab apa yang saya dengar dan telah dengar beberapa tahun ini, projek perpustakaan Tanjung Karang ini dah lama belum siap walaupun dah bermula. Tapi ialah projek pembangunan boleh dibawa dalam Usul Pembangunan.

Pengerusi

Ini untuk pengurusan sahaja.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Ok baik, terima kasih Tuan Speaker. Jadi saya harap yalah boleh mungkin kita pengurusan perpustakaan ini dapatlah kita cepatkanlah untuk biar dia dapat berjalan dengan lebih cepat untuk kegunaan Tanjung Karang.

Pengerusi

Terima kasih. Saya minta pihak Kerajaan jika ada penjelasan ataupun saya teruskan. Jadual B.2 iaitu wang sejumlah RM75,421,000.00 untuk Kepala B2 Pelbagai Perkhidmatan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

AHLI-AHLI DEWAN : Ya.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.3 Dewan Negeri Selangor, RM34,491,700.00.

Pengerusi

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Pengerusi Mesyuarat, muka surat 57, Kod 506000 pengurusan dewan negeri. Saya ingin membawa satu isu, satu cadangan dalam pengurusan iaitu terhadap Jawatankuasa Dewan. Dalam Dewan Negeri Selangor ini, kita adalah amat maju ke depan berbanding kebanyakan Dewan Negeri yang lain, berbanding Dewan Rakyat pun kita terlebih dahulu menubuhkan pelbagai jenis Jawatankuasa-Jawatankuasa PBT, ABAS, Pejabat Tanah dan sebagainya. Dan dalam kita ialah betul ini, nama dia pun sama dengan jawatankuasa dia. Dalam kita membentuk sekarang sepuluh jawatankuasa yang bekerja keras untuk memantau pelbagai isu di negeri Selangor, masalah kewangan jawatankuasa ini semakin menimbul. Di Parlimen diperuntukan sebanyak RM5 juta untuk gerak kerja 10 Jawatankuasa. Parlimen start lebih lambat daripada kami untuk menubuhkan semua jawatankuasa, hanya dalam last beberapa tahun sahaja, kita daripada 2009, 2010 dah mula tubuhkan semua jawatankuasa ini. Tetapi sekarang parlimen dah melonjak hadapan daripada kami di mana sejumlah wang khususnya untuk gerak kerja jawatankuasa telah diperuntukan. Wang yang diperuntukkan kepada jawatankuasa boleh membantu gerak kerja jawatankuasa dalam mengupah pakar luar untuk memberi khidmat nasihat, boleh membuat kaji selidik, katakan kita nak upah Merdeka Center dan institusi seperti itu untuk membuat kaji selidik terhadap topik-topik yang hendak dibagi saranan kepada Kerajaan Negeri, kalau jika jawatankuasa mempunyai peruntukan kewangan boleh membantu gerak kerja tersebut. Saya tak minta sampai 5 juta seperti di parlimen, saya hanya mencadang mungkin sekitar 500,000 1/10 daripada apa yang diperuntukkan di Parlimen untuk membantu gerak kerja jawatankuasa demi kita mensuburkan demokrasi di negeri Selangor. Jadi itu sahaja cadangan saya untuk B03.

Speaker.

Pengerusi

Kota Damansara.

Terima kasih Speaker. Saya bangkitkan muka surat 57 bagi butiran 506000 Kod 12000 untuk Elaun Tetap. Yang Berhormat Timbalan Speaker, kalau yang saya bangkitkan ini ialah elaun bagi pegawai-pegawai di pusat khidmat DUN, elaun, elaun ADUN yang ini saya rasa orang lain akan bawa. Tapi walau bagaimana pun, kalau kita lihat di pejabat dun gajinya telah diperuntukkan dua ribu satu bulan, kalau di tolak EPF dan SOCSO dan sebagainya peruntukkan mereka lebih kurang seribu tujuh ratus sebenarnya, kalau dua puluh ringgit daripada ADUN menggenapkan menjadi seribu lapan ratus.

Jadi saya ingat ada keperluan untuk pihak kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan tangga gaji mereka sekurang-kurangnya dua ribu lima ratus, kalau di tolak pun masih dalam lingkungan dua ribu, sebab kita tengok lihat pegawai-pegawai pusat khidmat ini bekerja siang dan malam, itu yang pertama. Kedua kalau kita lihat juga mereka ini bekerja bergerak membantu pelbagai jenis aktiviti dan program-program yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Mereka antara yang membawa dasar dan semangat Kerajaan Negeri, jadi saya mohon kepada pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan menaik tangga gaji sebab seingat saya gaji dua ribu ini start daripada 2008 lagi sehinggalah sekarang dah 2025 tangga gajinya masih kekal sehingga dua ribu ringgit sebulan. Jadi saya minta untuk pihak kerajaan mempertimbangkan kepada semua sama ada di naikkan sekurang-kurangnya lima ratus sebagai permulaan agar mereka dapat sedikit kelegaan secara tak langsung, terima kasih, itu sahaja.

Pengerusi

Yang Berhormat Kuang.

Terima kasih Pengerusi, saya amat bersetuju dengan Kota Damansara, cuma saya rasa Kota Damansara pun kena bersyukur sebab dia dapat, kami di Pembangkang ini tak dapat. Jadi kalau boleh dimasukkan juga cadangan yang itu supaya apa yang diterima oleh Adun-Adun Kerajaan, kalau tak dapat tambah RM500, kalau dapat yang asas pun kami amat bersyukur, terima kasih banyak.

Pengerusi

Ada penjelasan daripada pihak Kerajaan?

Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua perkara yang ditimbulkan, pertamanya daripada Bukit Gasing iaitu berkenaan dengan pengurusan dewan dan saya percaya bagaimanakah pengurusan dewan dapat lebih aktif dan lebih independent atau lebih tersusun dengan sendiri atas keperluan-keperluan dan juga permintaan di kalangan dewan pengurusan dewan termasuk Ahli-ahli Dewan. Antara key penting dalam berlaku perubahan di Parlimen itu apabila mereka sudah mula tablekan satu undang-undang yang dikatakan Akta Pentadbiran Parlimen atau Akta Parlimen yang telah hilang selama puluhan tahun disebabkan beberapa perubahan dan ini antara reform di

peringkat Federall yang telah memberikan ruang yang lebih luas. Sebagaimana yang disebut kita telah memulakan beberapa langkah perubahan, salah satu daripada langkah yang belum kita lengkapkan sepenuhnya adalah Enakmen Pengurusan Dewan yang boleh kita table kan dalam masa tertentu. Jadi saya berharap agar pihak Pengurusan Dewan dan juga pihak Speaker boleh mula merancang paling tidak dalam penggal depan, penggal tak payahlah, tahun depan dalam penggal depan untuk dalam tahun depan dalam untuk mewartakan ataupun membawa Enakmen Pengurusan Dewan ini yang tertangguh sekian lama disebabkan kita tidak mahu bertingkah ataupun terlalu bersalahan dengan apa yang berlaku di peringkat Persekutuan. Kenapa itu kerana ia melibatkan constuition perlembagaan dan sebagainya, so any law yang di govern atau di table di peringkat Negeri tidak bersalahan dengan peringkat Persekutuan, dia akan jadi akan di akan lebih akan tidak berfungsilah macam Anti Hopping Law yang pernah kita debatkan satu ketika dahulu. Jadi maknanya, key nya bukannya kita buat tambahan Pegawai dan sebagainya, namun begitu di pihak negeri saya percaya kita dah mewujudkan satu jabatan yang kita namakan sebagai Selangor Research Institute (SRI), di sanalah sebenarnya inisiatif yang state nak buat supaya kita tak mengharapkan lagi consultant to do researcher for us. Lama-lama kita akan ada fellow, akan ada research sendiri dan mungkin department ini kita boleh hubungkan di masa depan, itu yang pertama.

Tapi yang kedua di bawah peruntukkan Speaker sebenarnya kita ada peruntukan untuk researcher, untuk researcher memang ada di bawah peruntukan Speaker dan saya percaya Speaker boleh bincang dengan pihak Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa untuk melunaskan ataupun untuk merungkaikan hal tersebut Yang Berhormat, itu yang pertama. Berkenaan dengan pengurusan dewan, researcher, keaktifan jawatankuasa dan juga efisiensi jawatankuasa dalam mengeluarkan laporan-laporan yang mampu membantu pemantauan terhadap pihak Kerajaan Negeri.

Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Kota Damansara dan juga Kuang adalah berkenaan gaji ataupun emolumen atau upahan kepada penjawat-penjawat kita terutama di peringkat pusat khidmat. Saya meneliti beberapa perkara, ada dua pilihan Yang Berhormat, sama ada kita pertingkatkan gaji ataupun upahan itu secara langsung atau kita tambah peruntukan-peruntukan yang boleh digunakan di pusat khidmat yang mana saudara-saudara boleh menambah pegawai-pegawai atau menambah upahan ataupun gaji elaun kepada pegawai-pegawai. Bagi pihak Kerajaan Negeri pada tingkat ini kita sediakan jangan di bawah gaji minima. So far selepas tolak semua masih lagi di atas sedikit gaji minima. Walaupun saya tahu ada kekurangan-kekurangan lagi yang tertentu, jadi kita pertimbangkan dua option, baru-baru ini Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa telah berjumpa dengan saya. Antara perkara yang ditanyakan tentangnya adalah berkenaan dengan pertambahan elaun pegawai-pegawai ini. Dan, atau pun, menambah peruntukan pejabat. Jadi kalau peruntukan pejabat itu ditambah, daripada certain amaun yang kita buat sekarang, ia boleh dimanafaatkan kepada semua pegawai-pegawai kita atau pun urusan-urusan pegawai kita di Pusat Khidmat masing-

masing. Selain daripada, kalau kita nak buat tangga gaji baru ia akan mengambil masa yang lebih panjang. Jadi kalau di tahun ini, kita mulakan di tahun ini kita mulakan dengan peruntukan itu supaya peruntukan pejabat kita dah boleh tambah. Justeru, anda boleh menambah pegawai dalam bentuk kontrak yang tertentu ataupun daripada segi urusan atau pun daripada segi pentadbiran tersebut. Ada permintaan lain. Permintaan yang kedua adalah berkenaan pegawai-pegawai itu dilantik terus di kalangan Pejabat Pusat-pusat Khidmat. Saya rasa hal ini kita kena nilai dan kena timbang elok-elok sebab pegawai-pegawai ini juga perlu ada perlindungan-perlindungan sosial mereka seperti SOCSO, KWSP dan sebagainya. Kalau ia diuruskan terus oleh Pusat-pusat Khidmat saya bukan tak percaya saudara tapi takut terkhilaf, tertinggal. Langsung, mungkin saudara-saudara boleh dikenakan offence ataupun kesalahan kerana telah menggaji tanpa memberikan potongan wajib dalam KWSP, SOCSO yang langsung memberikan perlindungan sosial kepada mereka, Setakat ini hal itu protected ataupun dapat diperlihara oleh Pusat, oleh Pejabat Dewan walaupun. Saya tahu Pejabat Dewan terpaksa menguruskan jumlah yang besar. Namun begitu saya rasa buat masa ini kita perlukan ini dulu. Yang mungkin kita boleh tambah ialah peruntukan pengurusan pejabat. Yang boleh kita tambah supaya saudara-saudara boleh menambah pegawai atau pun menambah officer-officer tertentu demi untuk menampung bebanan-bebanan serta dan juga permintaan serta maklumbalas daripada rakyat yang masih lagi menjadikan Pusat Khidmat sebagai satu, salah satu usat rujukan mereka atau pun pusat untuk mereka mengadu dan sebagainya. Terima kasih.

Pengerusi

Jadual B.3 iaitu wang sejumlah RM34,491,700.00 untuk Kepala B.3, Dewan Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.4, Perbendaharaan Negeri, RM183,295,073.00.

Pengerusi

Bukit Gasing. Silakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Merujuk muka surat 60 Pentadbiran dan Kewangan Kod 505000. Saya bangga menjadi ADUN di negeri Selangor di mana kita adalah negeri yang pertama, buat Freedom of Information Enactment. Saya bangga, saya menjadi ADUN di negeri Selangor di mana kita pertama untuk menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Dewan untuk memantau gerak kerja di Dewan. Gerak kerja Kerajaan. Banyak reform bermulanya di Selangor dan lepas itu diikuti oleh negeri-negeri lain dan Parlimen yang menjejak langkah negeri Selangor. Akan tetapi mungkin sudah sampai masanya kita melakukan the next reform, dengan izin. Apakah reform seterusnya yang mungkin menjadi satu mile stone untuk Pentadbiran. Saya bercadang di bawah Kod B04 ini ialah perbelanjaan Kerajaan Negeri. Kalau kita tengok di dunia pertama, contohnya di Amerika. Semua perbelanjaan Kerajaan Negeri boleh di access melalui satu

laman web. Kita ada open data di mana kitab oleh lihat semua perbelanjaan mengikut Jabatan. Kita boleh menganalisis perbelanjaan mengikut kawasan. Contohnya Kerajaan telah berbelanja berapa banyak di Sepang. Atau pun di Kuala Langat atau pun di Petaling Jaya. Kita boleh lihat apa jenis projek yang telah dikurniakan oleh Kerajaan. Kita boleh lihat maklumat kontraktor-kontraktor yang mendapat projek-projek di Sepang, di Banting, di KKB dan sebagainya. Open data ini di mana semua maklumat Kerajaan Negeri saya rasa tidak susah untuk kita buat. Maklumat itu memang dah ada dalam sistem-sistem dalaman tu, maklumat tu sedia ada. Cuma adakah kita nak letak maklumat ini di laman web supaya dapat dilihat, dapat diperiksa oleh rakyat, oleh wartawan. Dan saya mencadangkan pada pagi ini bahawa, saya cadangkan supaya Kerajaan Selangor mengambil langkah progresif untuk memaparkan semua maklumat ini di atas satu dedicated web site supaya rakyat jelata dapat melihat perbelanjaan Kerajaan Negeri setiap tahun mungkin untuk 10 tahun yang kebelakang dapat melihat jenis-jenis projek yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri. Dapat melihat prestasi projek. Mana yang lewat. Mana yang siap tepat pada masa dia. Dan boleh melihat apa yang telah dibangunkan di kawasan di bandar yang diduduki oleh mereka. Perkara ini bukan baru di dunia ini banyak negeri telah melakukan sedemikian. Di Malaysia, saya, setahu saya tidak ada mana-mana negeri yang melakukan. Saya harap bukan negeri lain yang menjadi yang pertama. Saya harap Selangor lah yang menjadi yang pertama untuk melakukan ini. Sekian, terima kasih.

Pengerusi

Penjelasan dari pihak Kerajaan ada?

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya percaya pihak Kerajaan sedang bergerak ke arah tersebut. Untuk mencapai sebuah Open Government. Atau pun sebuah Kerajaan yang terbuka. Dan sebahagian daripada usaha-usaha tersebut diterjemahkan sedikit sebanyak dalam Dashboard Rancangan Selangor Pertama. Kerana di sana ditonjolkan berapa peratusan-peratusan telah dicapai dan beberapa keputusan-keputusan yang boleh dibuat. Saya sendiri memang minta supaya Dashboard ini kita boleh public kan dengan lebih aktif kepada masyarakat supaya masyarakat dapat access dan dapat tahu. Selain pihak-pihak pengkaji atau pun pihak, semua pihak termasuk opposition boleh melihat sejauh mana efficiency pihak Kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab selain daripada menanyakan atau bertanya dalam Dewan ini berkenaan dengan perkembangan-perlembangan tertentu atau pun pelaksanaan-perlaksanaan tertentu.

Yang Berhormat, kita juga laksanakan. Ada beberapa kekangan. Antara kekangan itu adalah, macam saya sebut tadi undang-undang diperingkat Persekutuan yang masih lagi melingkari atau pun masih lagi mengawasi beberapa tindakan-tindakan tersebut. Antara perkara-perkara yang harus kita amat-amati dengan betul-betul selain daripada macam kita sebut FOI tadi ialah Akta Rahsia Rasmi. Akta Rahsia Rasmi masih lagi terpakai. Jadi undang-undang FOI tidak boleh supersede Akta Rahsia Rasmi. Itu prinsip asas yang saya rasa di

Dewan yang lebih rendah ini kita harus mempunyai penghormatan terhadap apa yang berlaku di peringkat Persekutukan atau pun undang-undang perubahan di peringkat Persekutuan atau sebagainya. Tentang langkah-langkah Kerajaan menerbitkan atau pun melaksanakan beberapa proses digitalisasi, saya rasa ini telah berlaku. Malahan, saya juga dah mula minta. Contohnya macam KDEB Waze. Banyak aduan-aduan biasanya dirujuk. Mereka tak dapat buat kutipan. Sedangkan kutipan telah dibuat, kerana perbezaan waktu. Dia bangun pukul 8, tak nampak lori sampai pukul 2 pagi. Sedangkan lori tersebut masuk pukul 6 pagi. Ikut, censor yang kita pasang di lori-lori kita sebenarnya, mereka dah masuk awal dan ada contoh-contoh pergerakkan itu. Kita juga mempertimbang aspek lain seperti keselamatan. Sebab kenderaan-kenderaan yang bergerak ini contoh KDEB, kenderaan-kenderaan bergerak juga terbuka kepada persaingan terbuka kepada sabotaj, terbuka kepada perbuatan khianat dan sebagainya. Jadi pertimbangan-pertimbangan itu sedang diambil kira supaya kita dapat pastikan pukul berapa dia masuk dan sebagainya. Itu boleh dijelaskan timing nya dan juga berdasarkan data. Itu satu contoh sahaja. Tapi rujukan yang Yang Berhormat bangkitkan tadi adalah persoalan tentang senarai kontraktor. Senarai projek yang telah dilaksanakan. Berapa peratus yang dilaksanakan. Itu kita kena tengok balik kepada Akta ataupun Undang-undang yang berkaitan dengan kerahsiaan atau pun perlindungan peribadi dan juga sebagainya. Sebab ini semua akan membuka pelbagai persoalan-persoalan tertentu. Ya, kita mahu supaya semua tahu siapakah yang bertanggungjawab? Adakah mereka ini mempunyai networking dan kaitan dengan orang tertentu. Mengapa mereka selalu dapat. Ini contoh-contoh yang kerap kali timbul dalam masyarakat kita dan kita sebagaimana saya sebut, ada kebimbangan-kebimbangan sabotaj dan sebagainya termasuk rahsia syarikat dan sebagainya yang kita juga tak boleh dedahkan sebab untuk perlindungan maklumat peribadi saya rasa kita perlu ada had dia tertentu. Mana yang dapat tarikhnya? Bila dia dapat? Bila disiapkan? Kenapa EOT dibagi? Ini semua perkara-perkara yang boleh kita tonjolkan di masa depan dan kita dah masukkan dengan Dashboard Rancangan Selangor. Jadi kalau siap boleh perbanyakkan dan perkembangkan terutama benda-benda yang besar la. Yang Berhormat. Tak kan la projek ganti kepala longkang atau ganti penutup longkang tu kita kena tonjolkan. Nanti jadi masalah atau terlalu banyak pula. Dan analisa kita, FOI ini, Yang Berhormat, tak semua pun. Daripada banyak permintaan-permintaan FOI ini banyak yang minta, macam saya sebutkan dalam Dewan lepas bukannya maklumat-maklumat begini. Yang banyak diminta banyak tentang maklumat status perkahwinan. Sebab orang itu nak kahwin. Orang takut dia dah kawhin dua dah. Betul. Banyak pasal status perkahwinan ini. Paling banyak status ini dua tiga tahun yang lepaslah daripada data kita. Jadi, hal itu saya lihat kecaknaan itu tidak lah begitu besar tapi bila time-time tertentu ada orang apply dan ada orang minta dan sebagainya, dan ada permintaan-permintaan tertentu. Maknanya lebih trigger terhadap isu berbanding dengan the real pemantauan terhadap perlaksanaan dan keterbukaan Kerajaan. Tapi komitmen kita ke arah Kerajaan terbuka, itu memang salah satunya. Kita tonjolkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Kita nilai semua supaya saya tak nak kita melanggar beberapa undang-undang yang belum diubah atau pun yang belum di

reform atau diubah di peringkat Persekutuan seperti Akta Perlindungan Hak Peribadi ataupun Makumat Peribadi yang melibatkan banyak pihak yang akan terkesan. Terima kasih.

Pengerusi

Jadual B.4, iaitu wang sejumlah , RM183,295,073.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lapan Puluh Tiga Juta Dua Ratus Sembilan Puluh Lima Tujuh Puluh Tiga) untuk Kepala B.4, Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.6, Caruman kepada Wang Pembangunan Negeri, RM1,370,000,000.00.

Pengerusi

Jadual B.6. Iaitu wang sejumlah RM1,370,000,000.00 untuk kepala Jadual B.6. Kumpulan Wang Pembangunan Negeri, Dewan Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.7, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, RM1,794,168.00.

Pengerusi

Jadual B.7, iaitu wang sejumlah RM1,794,168.00 untuk Kepala B.7, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.8, Jabatan Pertanian, RM24,101,000.00.

Pengerusi

Jadual B.8. Iaitu wang sejumlah RM24,101,000.00 untuk kepala B.8, Jabatan Pertanian menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.9, Pejabat Tanah dan Galian. RM38,718,950.00.

Pengerusi

Jadual B.9. Iaitu wang sejumlah RM38,718,950.00 untuk kepala B.9, Pejabat Tanah dan Galian menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.10, Jabatan Perhutanan, RM32,105,020.00.

Pengerusi

Jadual B.10. Iaitu wang sejumlah RM32,105,020.00 untuk kepala B.10, Jabatan Perhutanan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.11. Jabatan Mufti. RM5,425,594.00.

Pengerusi

Jadual B.11. Iaitu wang sejumlah RM5,425,594.00 untuk kepala B.11, Jabatan Mufti menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.12 Jabatan Kerja Raya RM146,145,676.00.

Pengerusi

Jadual B.12 iaitu wang sejumlah RM146,145,676.00 untuk kepala B.12, Jabatan Kerja Raya menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.13 Jabatan Pengairan dan Saliran RM139,501,366.00

Pengerusi

Jadual B.13 iaitu wang sejumlah RM139,501,366.00 untuk Kepala B.13 Jabatan Pengairan dan Saliran menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.14, Jabatan Agama Islam Selangor RM408,987,860.00.

Pengerusi

Jadual B.14 iaitu wang sejumlah RM408,987,860.00 untuk Kepala B.14, Jabatan Agama Islam Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.15, Jabatan Kebajikan Masyarakat RM 28,057,000.00.

Pengerusi

Ada? Ok...

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin mengambil perbahasan dalam B...

Pengerusi

B.15.

B.15 Kod 505000 Pentadbiran dan Kewangan. Saya ingin membahaskan tentang elaun Penyelia Pusat PDK minta maaf dia tak keluar ‘Monday Blues’. PDK dan umum mengetahui elaun yang kita tetapkan untuk warga PDK hari ini ialah berjumlah RM1,200. Kalau ikut semakan saya dengan pihak JKM melalui Pengarah JKM kita ada 65 Pusat PDK di Negeri Selangor dan juga seramai 450 orang Penyelia yang hari ini kita berdepan dengan jumlah OKU yang sangat ramai. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Dewan semua dalam kita mengendalikan PDK ini bukan hanya kita mengendalikan peserta atau pun pelajar-pelajar yang dihantar ke PDK semata-mata. Ada yang sifatnya datang ke PDK harian. Ada yang datang dwi mungkinnya datang tiga (3) hari atau pun dua (2) hari seminggu dan ada juga sebahagiannya mereka mendaftar dengan PDK tetapi sebabkan tempatnya agak terhad atau pun keadaan mereka ini OKU ini terlantar di rumah. Jadi ia akan memberikan ruang kepada Penyelia PDK ini untuk pergi ke rumah dan atas sebab itu bila kita memandangkan jumlah elaun yang agak sedikit dan kecil ini agak menyusahkan atau pun menyukarkan mereka untuk membuat service beyond, tugasan hakiki yang sedia ada. Saya mohon kalau boleh kita pertimbangkan sebab dalam 450 orang Penyelia PDK ini, kalau kita boleh naikkan daripada RM1,200 kepada RM1,700. Kita memerlukan tambahan dalam RM2.7 juta dan saya kira Penyelia PDK juga hari ini tidak termasuk dalam kumpulan yang akan diberikan juga bantuan BKK setiap tahun yang kita umumkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Sebab mereka ini termasuk dalam kumpulan yang JKM berikan sumbangan atau pun bantuan kepada pihak NGO. NGO yang mengendalikan PDK masing-masing dan mereka melantik dan melantik penyelia-penyelia di tempat masing-masing. So, mereka tidak termasuk dalam kumpulan BKK pun. So saya harap kalau kita boleh pertimbangkan yang pertamanya ialah kenaikan elaun daripada RM1,200 ke RM1,700 paras gaji minima nasional yang kita tetapkan atau pun mungkin boleh kita pertimbangkan kaedah-kaedah lain tapi saya akan go for option yang pertama dulu. Option kedua kalau kita boleh pertimbangkan BINGKAS atau pun bantuan-bantuan lain yang juga boleh menampung keperluan harian mereka. Kalau kita boleh berikan BINGKAS RM300 sebulan mungkin daripada RM1,200 kita boleh anggaplah naik ke RM1,500 dengan bantuan BINGKAS tetapi pilihan pertama kita ialah untuk menaikkan elaun mereka dan selaras seluruh peringkat di nasional ini naik elaun daripada RM1,200 ke paras minima RM1,700 dan saya mengandaikan dan saya membayangkan sekiranya penambahan OKU ini bertambah setiap tahun dengan jumlah 10 ribu setiap tahun untuk negeri Selangor sahaja, hari ini kita ada 147 ribu tahun depan naik lagi dan naik lagi. So bilangan itu akan terus bertambah dengan memandang komitmen itu saya mohon kalau boleh pihak kerajaan mempertimbangkan

kenaikan elaun untuk Penyelia PDK seramai 450 orang di 65 buah institusi PDK ini dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan terima kasih.

Pengerusi

Ya Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker, Subang Jaya juga ingin menyentuh kepada B.15, khasnya berkenaan allowance untuk training bagi staff-staff JKM. Pada tahun lepas, di Subang Jaya pernah sekali kita uruskan satu kes aduan penganiayaan kanak-kanak yang telah berlaku di satu taska. Jadi, semasa siasatan tersebut di dapati bahawa terdapat prosedur-prosedur yang dihadiri oleh Pegawai JKM yang kurang memuaskan yang telah membawa kepada trauma kepada pihak taska dan juga kepada pihak ibu bapa tersebut. Contohnya di mana kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital tanpa pengetahuan ibu bapa ya. Jadi, bila kita bangkitkan perkara ini kepada pihak JKM untuk memahami cabaran yang telah dihadapi oleh pihak mereka. Kita difahamkan bahawa terdapat kekurangan kakitangan dan putaran untuk training berkenaan hanya dua (2) kali setahun. Jadinya bukan salah pihak JKM tetapi ini adalah kekurangan dari segi sumber yang sebagai Kerajaan Negeri kita yang kena bertanggungjawab. Jadi sememangnya pada hari ini secara keseluruhan saya lihat bahawa terdapat penambahan dari segi pengurusan daripada RM15 juta tahun lepas kepada RM20 juta pada tahun akan datang. Jadi, saya berharap dari segi pengurusan untuk tujuan training supaya secara dalaman perkara ini diberikan tekanan yang khusus supaya perkara-perkara seperti ini tidak akan diulangi lagi, terima kasih Tuan Speaker.

Pengerusi

Jadi saya sekarang menjemput kalau tidak ADUN lagi yang hendak membahas saya menjemput sekiranya pihak EXCO ada apa-apa yang hendak digulung? Ya Yang Berhormat Taman Templer.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga, kerana mengangkat dan membela nasib petugas-petugas PDK atau pun Pusat Pemulihan dalam Komuniti ini yang mana kertas ini pernah diangkat tapi perbincangan lanjut perlu diteliti kembali kerana ia melibatkan perbelanjaan mengurus sedangkan bantuan-bantuan untuk kebajikan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai agensi persekutuan di negeri melibatkan perjawatan-perjawatan di negeri. Pun begitu, saya mengambil maklum bahawa elaun minima sekarang ini ada RM1,200, RM1,500 adalah di bawah tahap gaji minima ini disebabkan perkhidmatan yang diberikan oleh petugas-petugas adalah bersifat separuh hari dan modul dan kajian semula akan kami lakukan. Saya kira melalui Selangor Care Network diwujudkan atau pun dilancarkan ketika Selangor Care Townhall dalam kes care summit ya mana kita melihat kebanyakan NGO-NGO sebagai operator pusat pemulihan dalam komuniti ini mengangkat isu perlunya reform ataupun perubahan dalam cara mengurus dan sebagainya. Jadi saya ambil maklum untuk perbincangan lanjut.

Manakala, perbahasan oleh Yang Berhormat Subang Jaya berkaitan kekurangan kakitangan JKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat perkara ini adalah suatu yang sangat mendesak dan saya kira dia perlu angkat ke pihak Kerajaan Persekutuan untuk penambahan perjawatan dan sebagainya dan juga emolumen yang berkaitan.

Pengerusi

Jadual B.15 iaitu wang sejumlah RM28,057,000.00 untuk Kepala B.15 Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.16, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa RM11, 634,000.00

Pengerusi

Jadual B.16 iaitu wang sejumlah RM11,634,000.00 untuk kepada B.16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.17, Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM20,858, 300.00.

Pengerusi

Jadual B.17 iaitu wang sejumlah RM20,858, 300.00 untuk kepada B.17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.18 Pejabat Daerah dan Tanah Petaling RM21,630,027.00.

Pengerusi

Jadual B.18 iaitu wang sejumlah RM21, 630, 000, 027 untuk kepada B.18 Pejabat Daerah dan Tanah Petaling menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.19, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak RM21,555,300.00.

Pengerusi

Jadual B1.9 iaitu wang sejumlah RM21,555,300.00 untuk kepada B.19 Pejabat Daerah dan Tanah Gombak menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-

ahli Yang Berhormat, yang bersetuju sila kata, Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.20, Pejabat Daerah dan Tanah Klang RM21,850, 700.00.

Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Pelabuhan Klang silakan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih, muka surat 137 Kod 52500 Pengurusan Tanah. Pelabuhan Klang ingin bertanya, apakah tindakan yang seterusnya dan selanjutnya ke atas kakitangan-kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Klang yang terlibat dengan hak kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah. Tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 Juta pada awal Tahun 2025 dan apakah mereka ini semua masih lagi bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan kalau sekiranya ada tindakan apakah tindakan yang telah dikenakan terhadap mereka dan ada tak lagi kes-kes yang lain selain daripada kes-kes yang timbul pada awal tahun ini ada tak kes-kes yang lain berlaku? Sebab kita dimaklumkan di Klang ini memang ada banyak masalah status-status tanah yang meragukan dan yang kedua Yang Berhormat Tuan Pengerusi iaitu berkenaan dengan kalau boleh kita sedia maklum Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan ini sekarang ini dia sedang menyewakan tanah-tanah Persekutuan yang tidak diurus atau pun tidak dibangunkan lagi dan berlaku di daerah Klang di mana di sebuah tapak sekolah bukan sebuah ada beberapa tapak sekolah yang telah diberikan sewa kepada syarikat-syarikat yang dikategorikan layak tetapi tidak mengikut zon guna tanah atau pun kegunaan tanah yang asal. Mohon untuk nurseri tetapi kemudian dibina bangunan-bangunan yang kekal seperti di Bandar Botanic dan sehingga sekarang bangunan-bangunan tersebut masih lagi kekal walaupun telah ditamatkan kepada penyewa tersebut sebab melanggar syarat-syarat perjanjian guna tanah atau pun menyewa tanah tersebut dan saya nak cadangkan dalam Dewan yang mulia ini sekiranya Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan ingin menyewakan tanah-tanah Persekutuan kepada mana-mana pihak atau pun syarikat yang memohon untuk menggunakan tanah tersebut sementara ianya belum dibangunkan perlulah melibatkan kakitangan atau pun Pegawai Daerah daripada Pejabat Tanah dan Daerah Klang supaya boleh memberikan pandangan sebelum sesuatu permohonan itu diluluskan. Begitu juga saya mohon kepada Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan supaya menjemput juga dan mendapatkan ulasan serta pandangan daripada pihak PBT, seperti di Klang Majlis Bandar Raya Diraja Klang (MBDK) supaya boleh memberikan pandangan sebelum ia diluluskan.

Sekiranya tidak mendapat ulasan dan pandangan daripada Pegawai Daerah Klang dan juga Datuk Bandar MBDK atau pun Majlis Bandar Raya Klang itu yang nanti pemohon-pemohon ini ingat apabila sudah mendapat kelulusan atau pun surat untuk menggunakan tanah tersebut mereka menggunakannya sesuka hati tanpa merujuk semula kepada Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan juga kepada juga Majlis Bandar Raya Diraja Klang seperti permohonan

kebenaran merancang itu tidak dibuat oleh pemohon-pemohon yang telah mendapat kelulusan menggunakan tanah-tanah Persekutuan yang tidak dibangunkan lagi. Jadi sekali lagi, saya mohon supaya isu ini diberikan perhatian yang serius supaya tidak berulang lagi kejadian yang berlaku di daerah Klang seperti tapak sekolah dibangunkan dengan bangunan-bangunan yang kekal yang tidak tahu siapa yang hendak merobohkan bangunan-bangunan tersebut sekiranya sekolah hendak dibina pada masa hadapan. Itu saja Tuan Pengerusi, daripada Pelabuhan Klang.

Pengerusi

Ya saya mohon menjemput Menteri Besar.

Ya terima kasih, saya tidak ada maklumat lengkap berkenaan dengan kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang tapi saya akan kemukakan kepada beliau dalam masa yang lain atau pun dalam maklumat yang akan kita tetapkan. Tetapi kita di pihak pentadbiran ada kaedah tatatertib ya Yang Berhormat jika ada satu kes kesalahan dikesan, ada melibatkan kes jenayah sudah pasti pegawai-pegawai tersebut akan ditahan atau pun akan diambil tindakan. Buat masa ini keseluruhan pegawai-pegawai yang 7 yang disebut itu yang dari maklumat yang kita dapat telah dikeluarkan dari Pejabat Tanah dan Daerah Klang supaya mereka tidak lagi terlibat. Dan ini bukan satu kes sebenarnya Yang Berhormat, sebab ada berapa lagi aduan-aduan yang melibatkan pertindihan tanah dan sebagainya. Selanjutnya pihak JPA dan sebagainya perlu melakukan pemeriksaan atau pun pihak buat siasatan sebagaimananya untuk tindakan-tindakan pihak jabatan. Kalau ia melibatkan jenayah pula, itu kita akan serahkan kepada pihak autoriti untuk mengambil tindakan kepada pegawai-pegawai terbabit.

Hal keduanya perkara ini sudah kita dah tangani semenjak daripada tahun 2015, 2016 yang lepas. Apa dia, mana-mana tanah yang kita telah kemukakan kepada pihak PTP, biasanya tanah untuk sekolah, tanah untuk balai bomba dan sebagainya diserahkan kepada Pentadbir Tanah Persekutuan namanya. So, maknanya tanah tersebut kita akan letakkan had sekatan penggunaan. Had sekatan penggunaan itu adalah untuk tujuan sekolah maknanya dia tak boleh buat lain. Kalau balai bomba hanya untuk tujuan balai bomba, kalau untuk hospital hanya untuk hospital untuk mengelakkan kejadian tanah-tanah tergadai atau pun terjual kepada pihak-pihak lain. Itu kita dah buat selepas 2015, 2016 sampailah ke hari ini. Apa terjadi, kejadian-kejadian atau pun perkara yang direkodkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi kemungkinan tanah-tanah tersebut telah diberikan kepada PTP sebelum dari tahun 2015, 2016. Jadi tanah-tanah tersebut masih lagi di pegangan tersebut tetapi ada lagi satu sekatan Yang Berhormat. Sekatan dia apa, sebab apa-apa tindakan terhadap pemajuan terhadap tanah tersebut mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Dan di sanalah saya rasa Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengenakan beberapa syarat atau pun menolak permohonan-permohonan kemajuan pembangunan di pihak atau pun di tempat-tempat tersebut. Jadi ini telah ada kaedahnya iaitu pihak PBT sendiri boleh mengambil tindakan atau pun suatu yang melanggar daripada zon boleh ditolak atau pun

mengambil tindakan-tindakan susulan dan tindakan-tindakan lanjut. Kerana walaupun tanah itu tanah kita, kalau ia di luar daripada zon, dia perlu memohon kepada Majlis. Kalau ia membina bangunan kekal, ia perlu memohon kepada Majlis, kalau ia dibangunkan tanpa kebenaran Majlis, Majlis ada hak untuk menyita atau pun meruntuhkan bangunan-bangunan tersebut termasuk tanjakan-tanjakan di rumah atau pun extension-extension sebenarnya banyak berlaku yang telah mengganggu masalah perairan atau pun masalah pengaliran di beberapa lokaliti dan kawasan. Itu saya ingat pihak PBT dah mengambil tindakan-tindakan yang tegas. Jadi kalau ada satu anggap yang di keluar daripada zon, tidak jelas tentang kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, tindakan masih boleh diambil terhadap hal tersebut. Hak kepadanya untuk memajak, untuk menyewa dan sebagainya itu di luar kawalan kita kerana kita tidak menekankan had sekatan penggunaan. Lepas 2015, 2016 kita telah meletakkan had sekatan penggunaan dan tidak ada lagi kes-kes tertentu yang di mana tanah-tanah itu diambil dan kemudian digunakan untuk tujuan lain. Lebih malang digunakan untuk tujuan komersial yang tidak membawa kebaikan sedangkan kita tidak cukup sekolah, kita tidak cukup balai polis, kita tidak cukup balai bomba dan sebagainya. Ini adalah dilema kadang-kadang Yang Berhormat, sebab dilema apa, kadang-kadang peruntukan daripada Persekutuan belum sampai, pembinaan sekolah perlukan daripada Kerajaan Persekutuan. Tapi siapa yang hendak maintain antara tersebut. Itu yang dipertikaikan, baik kita sewakan untuk maintain, di sinilah saya rasa ada gap itu dan kadang-kadang ada pihak yang mengambil kesempatan daripada hal-hal yang terbabit, terima kasih.

Pengerusi

Jadual B.20 iaitu wang sejumlah RM21,850,700.00 untuk Kepala B.20 Pejabat Daerah dan Tanah Klang menjadi sebahagian daripada Jadual ini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.21 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat RM21,285,739.00.

Pengerusi

Ya Morib, silakan.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil bahagian dalam tajuk kod 525000 Pengurusan Tanah. Saya ingin ambil maklum tentang pengurusan tanah-tanah yang isu lot lidi dan tidak berstatus yang saya rasa perlu diambil serius dengan keadaan bukan sahaja di Kuala Langat tapi mungkin di seluruh Selangor yang saya rasa semakin lama semakin membimbangkan kerana ada juga pemilik-pemilik tanah ini yang ingin mendapatkan geran tetapi masalah di peringkat KM. Jadi saya mohon agar pihak Kerajaan Negeri supaya mengambil serius dan saya rasa benda ini pun mungkin akan dibawa ke Jawatankuasa dan saya mohon daripada pihak untuk mengambil perkara ini yang semakin lama semakin banyak mereka-mereka ini yang membeli lot-lot lidi yang ikatan amanah. Dan yang kedua, saya rasa perkara ini juga perlu diselesaikan, saya

rasa sebelum, sebab tanah-tanah di Selangor ini semakin padat. Jadi itulah saya minta pandangan daripada pihak Kerajaan Selangor, terima kasih.

Pengerusi

Ya, kalau ada.

Terima kasih Pengerusi, berkenaan lot lidi ini saya rasa bukan hanya Morib bangkitkan, sebelum ini pernah dibangkitkan oleh Dusun Tua sebenarnya pernah dibangkitkan oleh banyak pihak yang telah memberi kesan yang sangat serius terhadap pemilikan tanah dan nanti dia akan bagi lagi kesan yang buruk kepada pihak terbabit khususnya dalam hak pemilikan tanah. Justeru, di peringkat sebelum ini apa yang telah kita halang daripada berlakunya peristiwa lot lidi ini adalah kita halang daripada PA atau pun surat kuasa diberikan kepada mana-mana pihak. Mana-mana application kepada PA itu telah kita tolak di peringkat awal supaya tidak berlaku lagi lot-lot lidi. Namun begitu malangnya, atas sebab maklumat serta pengetahuan berkenaan dengan lot-lot lidi ini dia jadi masalah lagi, sejak tahun 2018 sebenarnya, daftar ikatan amanah ini kita akan tolak, kita tak akan benarkan dah supaya tidak ada berlaku orang yang tertipu untuk membeli lot lidi. Dan dengan sebab itu, saya rasa kes-kes ini sudah semakin berkurang tetapi apa yang berlaku ialah banyak pemajuan-pemajuan yang dibangunkan rumah dalam satu tapak dan kemudian dijual tapak-tapak tersebut tanpa ada pemegangan amanah. Itu cara pengawalannya ialah melalui dengan kaedah-kaedah KM, maknanya KM tidak dikeluarkan bila KM tidak dikeluarkan maknanya pembinaan itu dianggap sebagai pembinaan yang tidak sah. Bila pembinaan yang tidak sah sebenarnya mereka tidak layak pun untuk menjual atau pun mengalihkan unit-unit tersebut kepada orang-orang lain. Ini isunya Yang Berhormat apabila kita dapati sejak daripada dahulu bila ada surat ikatan amanah ini yang dipanggil sebagai PA tadi, itulah sebenarnya pintu kepada lot-lot lidi dibuka. Jadi apabila kita hentikan ikatan amanah ini dan secara tidak langsung lot-lot lidi ini agak berkurang walaupun banyak lagi player-player yang bermain di bawah sana, menjual lot-lot tersebut tanpa mengasingkan atau pun memecahkan tanah-tanah tersebut dan akhirnya mungkin akan menyebabkan masalah pewarisan, pemilikan dan kos yang agak tinggi terutamanya pembinaan-pembinaan.

Kerana kalau mereka hendak membuat satu projek perumahan sendiri, katakanlah di tapak mereka itu ada projek, ada caranya. Caranya ialah dengan datang ke Majlis, tawarkan dan gunakan program pembangunan yang terancang dan tersusun dan kemudian baru boleh dilaksanakan penjualan dan sebagainya dengan kaedah tertentu. Itu pun ada guna status tanah, kadang-kadang tanah yang digunakan itu contoh tanah pertanian, tak semudahnya mereka boleh buat. Sebab itu, bila hendak pergi ke KM, itulah sekatannya dan di sanalah kita boleh menghalang mereka daripada mengambil tindakan. Saya ambil maklum dan kita akan pastikan lot lidi ini kena dihapuskan sebaik mungkin tapi tak semudah itu Yang Berhormat kerana masih lagi ada pihak yang menawarkan harga-harga yang sangat tidak berpadanan dengan harga semasa yang orang kata hendak tolong Melayulah, apalah semua, akhirnya semua kena tipu dan akhirnya hak-hak itu tidak mendapat hak atau pun mendapat hak milik

masing-masing. Ini realiti terutamanya di kawasan-kawasan tanah pertanian terutamanya di kawasan yang sedikit ceruk daripada kawasan bandar atau pun kawasan pembangunan dan dengan tawaran seolah-olah pemilikan tanah bumiputera, tanah rezab Melayu yang berpatutan dengan harga yang sangat murah berbanding dengan harga yang sebenarnya oleh polisi. Sebenarnya banyak kes di mana selepas kejadian itu kita tidak boleh pecah bahagian dan sebagainya. Waris pula tidak dimaklumkan dan akhirnya waris menuntut keseluruhan lot itu dan keseluruhan transaksi itu boleh dianggap sebagai transaksi yang tidak sah atau pun transaksi yang tidak boleh diakui. Jadi, itu kita cukup maklum dan kita akan menangani masalah ini dari masa ke semasa, terima kasih Tuan Pengerusi.

Pengerusi

Jadual B.21 iaitu wang sejumlah RM21,285,739.00 untuk Kepala B.21 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.22 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat RM21,177,438.00.

Pengerusi

Jadual B.22 iaitu Wang Sejumlah RM21,177,438.00 untuk Kepala B.22 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.23 Pejabat Daerah dan Tanah Sepang RM14,689,005.00.

Pengerusi

Jadual B.23 iaitu wang sejumlah RM14,689,005.00 untuk Kepala B.23 Pejabat Daerah dan Tanah Sepang menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.24 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor RM19,747,459.00.

Pengerusi

Jadual B.24 iaitu wang sejumlah RM19,747,459.00 untuk Kepala B.24 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.25 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor RM18,818,040.00.

Pengerusi

Jadual B.25 iaitu wang sejumlah RM18,818,040.00 untuk Kepala B25 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.26 Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam RM18,390,172.00.

Pengerusi

Jadual B.27 (B.26) Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam iaitu wang sejumlah RM18,390,172.00 untuk Kepala B.26 Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.27 Jabatan Kehakiman Syariah RM48,724,619.00.

Pengerusi

Jadual B.27 iaitu wang sejumlah RM48,724,619.00 untuk kepala B.27 Jabatan Kehakiman Syariah menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.29 Perbendaharaan Negeri (Perbelanjaan Am), RM197,910,046.00.

Speaker

Jadual B.29 iaitu wang sejumlah RM197,910.046.00 untuk Kepala B.29 Perbendaharaan Negeri (Perbelanjaan Am) menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B.30 Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor RM3,437,800.00.

Speaker

Jadual B.30 iaitu wang sejumlah RM3,437,800.00 untuk kepala B.30 Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jumlah Perbekalan RM3,111,767,000.00.

Pengerusi

Jumlah Perbekalan RM3,111,767,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan Fasal 2.

Pengerusi

Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual.

Pengerusi

Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak, dipersetujui. Pencadang.

Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dimaklumkan ke Dewan sekarang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang semula.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Perbekalan dan telah dipersetujui tanpa apa-apa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan untuk dibacakan untuk bacaan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Rang Undang-undang Peruntukan Diraja pindaan 2025Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang ketiga Rang Undang-undang ini boleh dinamakan Enakmen Pembekalan 2026. Aturan urusan seterusnya Rang Undang-undang Peruntukan Diraja pindaan 2025.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian Enakmen Peruntukan Diraja Pindaan 2025 perlu dipinda di bawah peruntukan-peruntukan bagi kelas tiga dan kelas ke depan. Bagi kelas tiga peruntukan telah bertambah dari RM7,966,734.00 kepada RM8,290,632.00 iaitu peningkatan sebayak RM323,898.00. Pertambahan berkenaan adalah disebabkan oleh pengiraan dan pelarasan emolumen Kakitangan Tetap Pejabat Istana. Bagi bahagian kelas empat peruntukan telah bertambah daripada RM20,535,496.00 kepada RM24,055,598.00 iaitu peningkatan sebanyak RM3,520,102.00. Pertambahan ini diperlukan bagi pergantian peralatan serta kenaikan emolumen Kakitangan Kontrak Pejabat Istana bagi tahun 2025. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan Yang Berhormat dengan penjelasan tadi dengan ini saya mencadangkan satu Rang Undang-undang bernama Enakmen Diraja Pindaan 2025 dibacakan kali kedua.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan ini telah pun disokong saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Tiada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sekarang saya mempersilakan Kerajaan kalau ada menggulung, tidak ada perlu digulung kerana tidak ada membahas maka dengan ini Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan sebagai kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua Rang Undang-undang ini bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1959.

Speaker

Ya, pencadang.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker saya memohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai jawatankuasa untuk menimbang hal ini fasal demi fasal.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Pengerusi

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui. Pencadang.

Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah dibincangkan dan di persetujui untuk dimaklumkan ke Dewan untuk bacaan kali ketiga.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang semula.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah di persetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan untuk kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak, dipersetujui.

Usul Nombor 13 tahun 2025 , Usul Peruntukan Pembangunan 2026Motion

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ketiga Rang Undang-undang ini bolehlah di namakan Enakmen Peruntukan Diraja Pindaan 2025. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya Usul Nombor 13 tahun 2025 , Usul Peruntukan Pembangunan 2026.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya dengan sukacitanya memohon membawa satu usul di dalam Dewan yang mulia berbunyi bahasa menurut Seksyen 9 Sub Seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan peruntukan sejumlah RM1,370,000,000.00 yang dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut Seksyen 4(1) Akta yang sama seperti mana yang terdapat di dalam Jadual hendaklah diluluskan. P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri RM1,043,600,000.00, Perbendaharaan Negeri Selangor P04 RM10,400,00.00, P08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor RM9,500,000.00, P10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor RM5,000,000.00, P12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor RM130,000,000.00, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor RM100,000,000.00, Jabatan Agama Islam Negeri

Selangor RM65,000,000.00, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor RM2,500,000.00, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor RM4,000,000.00 dengan keseluruhan berjumlah RM1,370,000,000.00. Jumlah RM7bilion telah diperuntukkan bagi syiling bagi Rancangan Selangor Kedua untuk tahun 2026 hingga 2030. Jumlah tersebut termasuklah RM1.37 bilion bagi membiayai Projek-Projek Pembangunan Negeri Selangor Tahun 2026. Jumlah peruntukan mengikut kepala adalah seperti Usul Pembangunan 2026. P01 Pejabat Menteri Besar sejumlah RM1,043,600,000.00 telah di peruntukan kepada Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri peruntukan mengikut kepada pecahan PK adalah seperti berikut. Sejumlah RM34,500,000.00 diperuntukkan untuk pecahan Kepala 1 atau PK1 Ekonomi peruntukan tersebut menampung Perbelanjaan Penyelidikan Pembangunan Ekonomi Perindustrian Dan Pelaburan, Inisiatif Smart Selangor serta Pembangunan IKS. PK2 Luar Bandar peruntukan berjumlah RM37,480,000.00 disediakan bertujuan pembiayaan Program Pertanian, Perladangan Dan Industri Asas Tani, Pembangunan Sosio Ekonomi, Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi, Pembangunan Desa, Kemudahan Awam, Asas Desa, Kemudahan Awam Asas Desa, Naik Taraf Baik Pulih Jalan Luar Bandar Serta Pembangunan Kampung Baru. PK3 Usahawan peruntukan berjumlah RM6,100,000.00 disediakan untuk Dana Usahawan Mikro Selangor, Promosi Usahawan, Latihan Usahawan Mikro, Penubuhan Perbadanan Usahawan Negeri Selangor Dan Ekonomi Kreatif. PK4 Sosial berjumlah RM94,100,000.00 disediakan untuk tujuan Perkhidmatan Masyarakat, Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli, Program Pembangunan Modal Insan Hal Ehwal Pengguna, Program Kebudayaan Hal Ehwal Selain Islam, Program Pembangunan Minda Rakyat, Industri Halal, Bencana dan Hal-Hal Ehwal Islam. PK5 pendidikan sejumlah RM94,700,000.00 disediakan untuk pelaksanaan Program Pendidikan Serta Pendidikan Tinggi, Projek Bantuan Sekolah, Program Kemahiran Teknikal Dan Pembangunan Pendidikan Masyarakat India. PK6 Wanita Kebajikan dan Kesihatan sejumlah RM154,470,000.00 disediakan untuk menampung perbelanjaan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Kesihatan Awam dan Perpaduan. PK7 Generasi Muda dan Sukan RM40,000,000.00 disediakan untuk Program-Program Pembangunan Generasi Muda Pembangunan Sukan Dan Program Pembangunan Bola Sepak Negeri Selangor. PK8 Kerajaan Prihatin berjumlah RM5,000,000.00 disediakan untuk Program Kerajaan Prihatin Pembangunan Masyarakat India, Bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pemerdayaan Pekerja. PK9 Perbendaharaan sebanyak RM30,520,000.00 adalah untuk menampung Kos Pengangkutan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kerajaan Tempatan. PK10 Pelancongan peruntukan sebanyak RM8,000,000.00 untuk menampung Kos Promosi dan Acara Pelancongan. PK11 Teknologi Maklumat dan Inovasi sebanyak RM16,662,500.00 disediakan untuk melaksanakan pembangunan ICT Dan Projek Sains Teknologi dan Inovasi. Bagi PK12 Alam Sekitar sebanyak RM7,666,000.00 disediakan untuk Program Alam Sekitar Teknologi Hijau Serta Pemulihan Tapak Pengurusan. PK17 Adat Melayu dan Warisan berjumlah RM5,000,000.00 disediakan untuk Naik Taraf Kelengkapan Muzium Sultan Alam Shah, Menaik Taraf Pembangunan Anggerik, Penggunaan Muzium-Muzium Daerah, Penyelidikan Adat Melayu, Bahasa Kesenian Budaya dan Warisan , Menaik

Taraf Tapak Bersejarah Monumen Lama, Pembelian Artifak dan Koleksi, Pengisian Infrastruktur dan Kelengkapan Muzium Setem dan Pembangunan dan Perkembangan Warisan. PK14 Perpustakaan berjumlah RM43,550,000.00 disediakan untuk Projek Ratu Fasa2B Ataupun Perpustakaan Raja Tun Uda Fasa 2B, Pembinaan Baharu Perpustakaan Cawangan Dataran Prima Ampang, Menaik Taraf Perpustakaan Tanjung Karang, Membina Baharu Perpustakaan Desa, Menaik Taraf Perpustakaan Pekan, Menaik Taraf Perpustakaan Cawangan, Menaik Taraf Perpustakaan Desa Projek Khas Perpustakaan Taman Seri Medan Kuala Langat, Projek Usaha Sama Agensi Kelengkapan dan Koleksi Projek, Pembangunan Prasarana IP, Promosi Galakan Membaca, Menaik Taraf Perpustakaan Daerah, Perpustakaan Daerah Kuala Selangor Serta Koleksi Khas Nadir Serta Kerja-Kerja Kurator, RATU ataupun Raja Tun Uda Fasa 2B. Perumahan dan Kesejahteraan Bandar sebanyak RM9,300,000.00 disediakan untuk menampung kos bagi beberapa projek yang telah dikenal pasti. Ini adalah termasuk Kerja Baik Pulih Projek Perumahan Rakyat, Kehidupan Bandar Komuniti Sejahtera dan Skim Ceria, Caring In Government Residence Aid. PK16 Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor sebanyak RM4,500,000.00 disediakan oleh Kerajaan Negeri diantara projek utama di bawah pecahan kepala ini adalah Pembinaan Loji Rawatan Air Labuhan Dagang (LRA) atau Loji Rawatan Air Labuhan Dagang – Kuala Langat dan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM). PK17 Projek Khas Negeri berjumlah RM32,700,000.00 disediakan untuk menampung kos beberapa projek yang telah dikenal pasti termasuk pembinaan Muzium Setem, Muzium Tekstil, Pembangunan Zon Bersejarah dan Projek Mitigasi Banjir (SMG). PK18 Program Iltizam Selangor Penyayang berjumlah RM113,600,000.00 disediakan untuk Skim Kesihatan Wanita, Elaun Anak Ke Nursery, Kesedaran Kenegaraan, Program Hadiah Pengajian IPT, Skim TUNAS Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Program Pemberian Air Percuma dan juga Program ILTIZAM Anak Selangor. PK19 Am sebanyak RM350,751,500.00 disediakan untuk Projek Baik Pulih Bangunan Kerajaan, Pengambilan Balik Tanah dan pelbagai projek lain. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian seterusnya peruntukan pembangunan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memandangkan jam telah menunjukkan pukul 1.02 minit petang dengan ini saya tangguhkan sidang Dewan ke pukul 2.30 pada sebalah petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 1.00 PETANG)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, selamat petang kepada semua Ahli Dewan Negeri Selangor. Dewan Negeri Selangor juga mengalu-alukan kehadiran pelawat-pelawat berikut untuk ke Persidangan Dewan Negeri Selangor daripada Asia Excellence Entrepreneur Federation (AEEF) seramai 19 orang yang diketuai oleh Prof. Dr. Robin Tan yang diaturkan oleh Dr. Joness dan Pertubuhan Impian Wanita Berdaya Selangor seramai 4 orang yang diketuai oleh Siti Nur Aishah binti Mohd Zain yang diaturkan oleh Pejabat EXCO YB Anfaal. Sekarang Dewan menjemput Dato’ Menteri Besar untuk teruskan atur cara hari ini, aturan hari ini.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Timbalan Speaker, saya teruskan kepada P.K 17 - Projek Khas Negeri, sebanyak RM32,700,000.00 (Tiga Puluh Dua Juta Tujuh Ratus Ribu) disediakan untuk menampung kos beberapa projek yang telah dikenal pasti. Ini adalah termasuk projek pembinaan Muzium Setem, Muzium Tekstil, pembangunan zon bersejarah dan projek mitigasi banjir (SMG).

Bagi P.K 18 – Program Iltizam Selangor Penyayang, sebanyak RM113,600,000.00 (Satu Ratus Tiga Belas Juta Enam Ratus Ribu) disediakan untuk Skim Kesihatan Wanita, Elaun Anak ke Nurseri (Asuh Pintar), Kesedaran Kenegaraan, Program Hadiah Pengajian IPT, Skim Tunas, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Program Pemberian Air Percuma dan Program Iltizam Anak Selangor.

Bagi P.K 19 - Am, sebanyak RM305,751,500.00 (Tiga Ratus Lima Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Satu Ribu Lima Ratus) disediakan untuk projek baik pulih bangunan kerajaan, pengambilan balik tanah dan pelbagai projek lain.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya, peruntukan pembangunan bagi:

P.04 - Perbendaharaan Negeri Selangor, Sejumlah RM10,400,000.00 (Sepuluh Juta Empat Ratus Ribu) telah diperuntukkan kepada P.04 –Perbendaharaan Negeri Selangor di bawah P.K 1 - Pembangunan ICT iaitu bagi tujuan pembangunan sistem SMART Pengurusan Perolehan dan Aset Selangor (IPRAISE) Bahagian PPA, penggantian perkakasan iSPEKS di pusat data (DC) & pusat pemulihan bencana (DRC) Perbendaharaan Negeri Selangor serta

pembangunan & persijilan Information Security Management System (ISMS) Perbendaharaan Negeri Selangor (Fasa 1).

P.08 - Jabatan Pertanian Negeri Selangor, sejumlah RM9,500,000.00 (Sembilan Juta Lima Ratus Ribu) telah diperuntukkan kepada P.08 - Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1,480,000.00 (Satu Juta Empat Ratus Lapan Puluh Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 - Program Pembangunan Teknologi Pertanian Pintar dan Infrastuktur bagi tujuan IOT dan AI, mekanisasi dan automasi serta Infrastrutur Fertigasi Pintar (Smart Fertigation System).

Bagi P.K 15 – Program Peningkatan Produktiviti Tanaman, sebanyak RM3,370,000.00 (Tiga Juta Tiga Ratus Tujuh Puluh Ribu) telah diperuntukkan bagi program tanaman buah-buahan, sayuran, tanaman kontan, cendawan,herba dan rempah ratus, padi serta kelapa.

P.K 16 – Program Pembangunan Kerjasama Strategik dan ‘Capacity Building’, sejumlah RM1,500,000.00 (Satu Juta Lima Ratus Ribu) diperuntukkan untuk membiayai program pembangunan capacity building dan transformasi teknologi, program participatory observation dan promosi teknologi, program pembudayaan inovasi dan pengkomersialan serta program kerjasama rakan strategik.

P.K 17 – Program Pembangunan Industri Asas Tani dan Agro Pelancongan, sebanyak RM1,100,000.00 (Satu Juta Satu Ratus Ribu).

P.K 18 – Program Pengeluaran Makanan Selamat dan Berkualiti, sejumlah RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu).

P.K 19 – Program Pembangunan Agro Food Park (AFP) dan tanah Berpotensi, sebanyak RM1,050,000.00 (Satu Juta Lima Puluh Ribu).

Dan P.K 20 – Program Pembangunan ‘Seed Grower’ dan Nurseri, sebanyak RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu).

P.10 – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, sejumlah RM5,000,000.00 (Lima Juta) telah diperuntukkan kepada P.10 - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor diceraikan seperti berikut. P.K 1 – Program Pengurusan Sumber Hutan sebanyak RM450,000.00.

P.K 2 - Program Pembangunan Sumber Hutan, sebanyak RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu).

P.K 3 - Program Perlindungan Dan Inovasi Hutan, sebanyak RM450,000.00 (Empat Ratus Lima Puluh Ribu).

P.K 4 – Program Perhutanan Sosial, sebanyak RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu).

P.K 5 - Program Pembangunan Dan Kejuruteraan Hutan, sebanyak RM1,300,000.00 (Satu Juta Tiga Ratus Ribu) diperuntukkan untuk infrastruktur dan pembangunan, pembangunan kompleks perhutanan Sungai Buloh dan perhubungan jalan hutan.

P.K 6 - Program Penguatkuasaan Hutan, sebanyak setengah juta atau RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu).

P.K 7 - Program Pengusahasilan Hutan, sebanyak RM350,000.00 (Tiga Ratus Lima Puluh Ribu) telah disediakan untuk projek pengembangan dan pemantapan sistem e-kuari serta lesen & permit hutan dan industri berasaskan kayu.

P.K 8 - Program Pembangunan Ladang Hutan, sebanyak RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu) telah disediakan untuk pengurusan dan pembangunan ladang hutan.

P.K 9 - Program Pengurusan dan Pembangunan Hutan Warisan DiRaja Selangor, sebanyak RM1,000,000.00 (Satu Juta) disediakan untuk pembangunan dan pengurusan sumber hutan bukan kayu (bahan batuan) di hutan simpan kekal negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian.

P.12 - Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, sejumlah RM130,000,000.00 (Satu Ratus Tiga Puluh Juta) telah diperuntukkan kepada P.12 - Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM18,749,390.00 (Lapan Belas Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Sembilan Ribu Tiga Ratus Sembilan Puluh) disediakan untuk P.K 1 - Pelbagai Rancangan Program Pembangunan Jalan, bertujuan untuk membaik pulih cerun, pengambilan balik tanah, menaiktaraf jalan, bahu jalan & persimpangan seluruh Selangor, kerja-kerja permulaan, pewartaan jalan negeri, pelan strategik jalan dan lebuh raya Selangor, memasang lampu jalan dan lampu isyarat, meningkatkan aspek keselamatan jalan raya serta menaiktaraf pembentung dan perparitan tepi jalan seluruh Selangor.

P.K 2 - Membina Jambatan & Jejantas, sebanyak RM5,000,090.00 (Lima Juta Sembilan Puluh) diperuntukkan bagi membina dan menaiktaraf jambatan serta jejantas yang telah dikenal pasti mengikut daerah di Negeri Selangor.

P.K 3 - Membina Jalan, sebanyak RM24,900,060.00 (Dua Puluh Empat Juta Sembilan Ratus Ribu Enam Puluh) diperuntukkan bagi pembinaan jalan-jalan baharu di seluruh negeri Selangor mengikut keutamaan dan keperluan sebenar.

P.K 4 - Menaik Taraf Jalan, sebanyak RM74,350,440.00 (Tujuh Puluh Empat Juta Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Empat Ratus Empat Puluh) diperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan di seluruh Selangor mengikut daerah.

P.K 5 - Membina dan Menaik Taraf Projek Bangunan, sebanyak RM7,000,020.00 (Tujuh Juta Dua Puluh) diperuntukkan membaik pulih istana seluruh negeri Selangor, pembinaan pejabat JKR daerah Petaling, pembangunan bersepadu bengkel dan kemudahan-kemudahan berkaitan bagi JKR Klang, pembinaan pejabat JKR daerah Sabak Bernam serta pelbagai projek bangunan.

P.13 – Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor, sejumlah RM100,000,000.00 (Satu Ratus Juta) telah diperuntukkan kepada P.13 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor dengan RM54,346,600.00 (Lima Puluh Empat Juta Tiga Ratus Empat Puluh Enam Ribu Enam Ratus) diperuntukkan kepada P.K 1 - Pembangunan Projek Tebatan Banjir bagi melaksanakan kajian reka bentuk, ukur, siasatan tanah, pewartaan & pengambilan balik tanah serta projek tebatan banjir di lembangan sungai seluruh Negeri Selangor.

P.K 2 – Pembangunan Sistem Saliran, sebanyak RM12,890,120.00 (Dua Belas Juta Lapan Ratus Sembilan Puluh Ribu Satu Ratus Dua Puluh) diperuntukkan untuk program membina dan menaik taraf saliran seluruh Selangor serta retrofit sistem saliran daerah Hulu Langat.

P.K 3 - Pembangunan Lembangan Sungai, sebanyak RM11,513,120.00 (Sebelas Juta Lima Ratus Tiga Belas Ribu Satu Ratus Dua Puluh) diperuntukkan untuk projek penstabilan dan pengukuhan tebing, pembinaan ban dan benteng serta menaik taraf perangkap sampah/ log boom pelbagai daerah.

P.K 4 - Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi, sebanyak RM1,000,010.00 (Satu Juta Sepuluh) diperuntukkan untuk pembangunan stesen berserta sistem ramalan dan amaran banjir.

P.K 5 - Pengurusan Saliran Mesra Alam, sebanyak RM8,650,030.00 (Lapan Juta Enam Ratus Lima Puluh Ribu Tiga Puluh) diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf kolam takungan, Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) pelbagai daerah serta kawalan hakisan, kelodak dan kualiti air pelbagai daerah.

P.K 6 - Pembangunan Pantai, sebanyak RM4,000,120.00 (Empat Juta Satu Ratus Dua Puluh) diperuntukkan bagi memperkukuhkan benteng pantai, rancangan pemeliharaan serta pemuliharaan pantai dan muara serta kajian keberkesanan benteng pantai.

P.K 7 - Pembangunan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal, sebanyak RM2,400,000.00 (Dua Juta Empat Ratus Ribu) diperuntukkan bagi program pemodenan dan naik taraf sistem

hidromekanikal kawalan pintu air dan menaik taraf keupayaan pam bergerak di pelbagai daerah.

P.K 8 - Pembangunan Infrastruktur Bangunan, sebanyak RM2,600,000.00 (Dua Juta Enam Ratus Ribu) diperuntukkan bagi membina dan menyiapkan enam (6) unit kuarters pintu air baharu, penggantian dua (2) unit kuarters sedia ada di daerah Klang, membina dan menyiapkan sebuah kompleks pejabat jabatan pengairan & saliran daerah Sabak Bernam serta menaik taraf kuarters di pelbagai daerah.

P.K 9 - Pembangunan ICT Jabatan, sebanyak RM600,000.00 (Enam Ratus Ribu).

P.K 10 - Pelbagai, sebanyak RM2,000,000.00 (Dua Juta) diperuntukkan untuk kerja-kerja kecemasan luar jangka Jabatan Pengairan dan Saliran.

P.14 – Jabatan Agama Islam Selangor, RM65,000,000.00 (Enam Puluh Lima Juta) telah diperuntukkan kepada P.14 - Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM21,100,000.00 (Dua Puluh Satu Juta Satu Ratus Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 - Sekolah Agama yang bertujuan untuk membaik pulih sekolah agama dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains setiap daerah di Negeri Selangor.

P.K 2 - Pejabat Agama Islam, sebanyak RM6,000,000.00 (Enam Juta) diperuntukkan untuk baik pulih dan menaik taraf bangunan Pejabat Agama Islam Daerah, Kompleks Islam Selangor dan Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS).

P.K 3 - Masjid, sebanyak RM34,400,000.00 (Tiga Puluh Empat Juta Empat Ratus Ribu) diperuntukkan untuk membina serta membaik pulih dan naik taraf masjid seluruh Selangor.

P.K 4 - Surau, sebanyak RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu) diperuntukkan untuk kerja baik pulih dan naik taraf surau.

Manakala P.K 5 - Pelbagai, sebanyak RM3,000,000.00 (Tiga Juta) diperuntukkan untuk menaik taraf kuarters serta pelbagai projek pembangunan.

P.16 – Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor, sebanyak RM2,500,000.00 (Dua Juta Lima Ratus Ribu) telah diperuntukkan kepada P.16 - Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM700,000.00 (Tujuh Ratus Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 - Rancangan Pembangunan bagi program Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan (RT) serta Rancangan Kawasan Khas (RKK).

P.K 2 - Perancangan Dasar, sebanyak RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu).

P.K 3 - Kajian Khas, sebanyak RM1,100,000.00 (Satu Juta Satu Ratus Ribu) diperuntukkan bagi menampung kos kajian-kajian khas yang akan dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa dan 4th Tier Planning Pelan Tindakan Khas (PTK).

Manakala P.K 4 - Pusat Maklumat Geospatial Negeri Selangor, sebanyak RM200,000.00 (Dua Ratus Ribu) diperuntukkan bagi Sistem Pemantauan Rancangan Pembangunan.

P.17 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, sejumlah RM4,000,000.00 (Empat Juta) telah diperuntukkan kepada P.17 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM600,000.00 (Enam Ratus Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 - Pembangunan Komoditi Ternakan Ruminan iaitu untuk Program Pemodenan Ruminan Selangor dan Program Pemakanan Ruminan Selangor.

P.K 2 - Pembangunan Komoditi Ternakan Unggas/ Bukan Ruminan, sebanyak RM300,000.00 (Tiga Ratus Ribu).

Bagi P.K 3 - Pembangunan Industri Hiliran Berasaskan Ternakan, sebanyak RM150,000.00 (Satu Ratus Lima Puluh Ribu).

P.K 4 - Kesihatan Veterinar, sebanyak RM480,000.00 (Empat Ratus Lapan Puluh Ribu).

P.K 5 - Regulatori, sebanyak RM100,000.00 (Satu Ratus Ribu) diperuntukkan untuk pemantapan enakmen dan akta di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

P.K 6 - Pembangunan Kompetensi & Bimbingan Agropreneur, sebanyak RM250,000.00 (Dua Ratus Lima Puluh Ribu).

Di bawah P.K 7 - Pemantapan Kualiti Perkhidmatan Veterinar, sebanyak RM350,000.00 (Tiga Ratus Lima Puluh Ribu)..

Bagi P.K 8 - Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), sebanyak RM850,000.00 (Lapan Ratus Lima Puluh Ribu).

P.K 9 - Pembangunan Genetik Pembiakbakaan Ternakan Ruminan, sebanyak RM350,000.00 (Tiga Ratus Lima Puluh Ribu).

P.K 10 - Pembangunan Pusat Latihan Teknikal Veterinar Sg. Nilam, sebanyak RM420,000.00 (Empat Ratus Dua Puluh Ribu).

P.K 11 – Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat Veterinar, sebanyak RM150,000.00 (Satu Ratus Lima Puluh Ribu).

Tuan Speaker, saya dan Ahli Yang Berhormat maka dengan itu saya mohon mencadangkan peruntukan Usul Pembangunan Negeri Selangor 2026.

Timbalan Speaker

Ada yang menyokong?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang telah dibawa oleh YAB Dato’ Menteri Besar iaitu Usul Peruntukan Pembangunan 2026. Oleh itu saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan.

Timbalan Speaker

Subang Jaya? Yang Berhormat Subang Jaya?

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Timbalan Speaker, terima kasih kerana memberi ruang kepada Subang Jaya untuk membahas Belanjawan Pembangunan. Subang Jaya hanya ingin membangkit 3 perkara. Subang Jaya ingin merujuk kepada Vot 1 P01 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada mukasurat 188 P.K6 - Wanita Kebajikan dan Kesihatan. Butiran 06001 Pembangunan Wanita dan Keluarga. Subang Jaya ingin membangkitkan perkara ini selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan di mana kita sedang merangka satu garis panduan berkenaan pusat jagaan dan juga taman asuhan. Suka untuk saya rujuk kepada satu article yang telah muncul di The Star, kebelakangan ini sahaja iaitu pada 18 November 2025 dengan izin Tuan Timbalan Speaker, tajuknya membaca seperti berikut: Child Care Centres Closing In KL, Putrajaya and Perak Despite Rising Demand.

Ini merupakan laporan daripada DOSM yang menunjukkan bahawa walaupun permintaan sedang menaik di kalangan masyarakat terutamanya di kawasan bandar, namun kita melihat bahawa terdapat banyak pusat jagaan yang sedang tutup. Dengan izin Tuan Speaker saya ingin membaca sedikit keratan daripada article ini. Figures from the Department of Statistics Malaysia show an 11% drop in Kuala Lumpur in 2024 compared to the year before, from 218 to 193. Putrajaya and Perak both declined by 21%, with Putrajaya falling from 62 to 49, while Perak dropped from 245 to 194. Norsheila iaitu seorang pengusaha taska dan tadika, mengatakan seperti berikut, Norsheila said that strict licensing and safety regulations under the Social Welfare Department (JKM) are important, but noted that smaller centers are struggling with the administrative burden and cost of compliance. Seterusnya beliau pun cakap bahawa Nor Sheila call for stronger collaboration between state iaitu kita dan federal goverments to encourage of setting up the community base about child care centers supported by tax freely rental subsidies and use of under utilize publics buldings.

Jadi daripada sini kita lihat bahawa kalau sebagai Kerajaan Negeri kita meletakkan ambang untuk mendaftar sebagai pusat jagaan yang terlalu tinggi maka dia ada impak secara terus kepada keadaan sosial dalam negeri ini. Saya berdiri juga sebagai seorang ibu yang pada Januari akan datang akan menyambut anak kedua di mana saya risau berkenaan keadaan ini sebab ini membuktikan bahawa terdapat banyak keluarga yang bekerja seperti saya yang memerlukan sokongan sosial yang mungkin suatu hari nanti tak akan dapat mencari sokongan-sokongan seperti berikut jadi dalam rangka garis panduan, JKPPP ini kita pun telah melihat bagaimana terutamanya pada peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, kita boleh melihat semula beberapa prosedur supaya kita boleh menyenangkan urusan operator-operator dan suka untuk saya merujuk kepada satu panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Negeri Selangor iaitu panduan pelaksanaan kebenaran merancang bagi perubahan material penggunaan tanah dan bangunan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, sememangnya usaha untuk garis panduan ini sangat bagus sebab kita nak memastikan bahawa pada peringkat pihak berkuasa tempatan semua urusan kita sama daripada Sabak Bernam ke Shah Alam ke Subang Jaya dan sebagainya. Cuma saya nak rujuk kepada muka surat 25 iaitu berkenaan penyediaan laporan cadangan pemajuan keperluan merujuk kepada OSC atau pun One Stop Center dan juga pelan setara. Khasnya untuk Pusat Jagaan Warga Emas, Tadika, Taska dan Pusat Jagaan di mana dalam panduan ini ia menyebut bahawa untuk laporan cadangan pemajuan dan juga untuk pelan setara bahawa ia perlu disediakan oleh perancang bandar berdaftar dan juga arkitek atau pelukis pelan yang berdaftar dan seterusnya kesemua proses ini perlu melalui OSC atau pun One Stop Center.

Sememangnya untuk permohonan-permohonan yang lain mereka tak akan menghadapi cabaran seperti mana Tadika, Taska dan Pusat Jagaan ini adalah kerana untuk kategori permohonan ini mereka perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan yang kedua-duanya tidak duduk dalam OSC. Jadi maksudnya kalau tidak duduk dalam OSC maksudnya sistem OSC 3.0 ini tidak mampu membantu mereka untuk mendapat ulasan daripada agensi tersebut. Maksudnya di akar umbi apa yang mereka perlu buat adalah untuk pergi ketuk setiap pintu, ketuk pintu Jabatan Kebajikan Masyarakat minta ulasan mereka ketuk pintu Jabatan Kesihatan minta ulasan mereka lepas itu upload secara manual kepada sistem OSC untuk dipertimbangkan.

Dengan izin Tuan Timbalan Speaker, sistem seperti ini langsung tidak memudah carakan operator-operator yang pada masa kini sudah menghadapi masalah yang telah di highlight dalam artikel The Star ini. Jadi apa yang kita cadangkan pada peringkat JKPPP adalah seperti berikut: sememangnya dalam beberapa majlis permohonan seperti ini sudah tidak melalui OSC dia melalui satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada agensi dalaman dan juga agensi luaran supaya kita lebih khusus kepada setiap satu permohonan, contoh seperti Subang Jaya, contoh seperti Petaling Jaya yang bagi saya,saya nampak sebagai perkara

yang telah wujud sebagai dengan izin respective yang wajar kita terapkan dalam majlis-majlis lain. Seterusnya untuk Laporan Cadangan Pemajuan dan juga Pelan Setara banyak majlis sebenarnya hanya telah membantu operator-operator di akar umbi di mana mereka telah menyediakan satu template Laporan Cadangan Pemajuan untuk diisi operator dan juga telah menyediakan satu buku Pelan Setara yang boleh dibeli dan seterusnya pindaan boleh dibuat dan di endorse oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan cara ini sangat-sangat menjimatkan kos adalah perkara yang menjadi masalah yang utama untuk operator kalau kita sebagai Kerajaan masih mewajibkan mereka untuk melalui proses untuk melantik perancang bandar berdaftar atau pun arkitek. Mereka yang pernah atau pun pernah berurus dengan perancang bandar atau pun arkitek tahu untuk setiap satu profesional ini kalau nak mengupah mereka sekurang-kurangnya perlu kena belanja 10,000.00 ringgit Tuan Timbalan Speaker, dan untuk operator Taska dan Tadika di mana margin mereka pun tidak berapa besar macam mana kita nak minta mereka untuk melalui proses tersebut. Jadi saya berharap kemudian JKPPP akan membawa satu paper untuk mempertimbangkan supaya perkara ini dilihat semula supaya kita boleh memudah carakan keadaan di tapak dan seterusnya menangani masalah yang kini sudah dihadapi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak supaya dia tidak akan berlaku di Negeri Selangor.

Tuan Timbalan Speaker, Subang Jaya ingin bergerak ke perkara kedua yang saya ingin merujuk di Vot P01- Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri pada muka surat 190 PK14 – Perpustakaan butiran 14009 Membina Baru Perpustakaan Desa. Tuan Timbalan Speaker pada tahun lepas Subang Jaya telah mengenal pasti sebidang tanah di USJ 1 di mana pada asalnya dikhaskan untuk tujuan ke klinik kesihatan tetapi apabila ADUN SEBELUM saya berunding dengan Jabatan Kesihatan atau pun Kementerian Kesihatan mereka mendapati bahawa tanah tersebut terlalu kecil dan tidak boleh dibina Klinik Kesihatan dengan speks seperti sedia ada. Jadi dengan adanya Klinik Kesihatan di Subang Jaya yang sedang dibina maka tanah ini sudah tidak diperlukan dan kita sememangnya sudah dapatkan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan bahawa tidak perlu tanah ini lagi. Jadi Subang Jaya mencadangkan supaya tanah ini diubah guna untuk tujuan Perpustakaan dan di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada PPAS yang telah banyak membantu untuk melihat kesesuaian tanah ini dan di samping itu telah mengemukakan permohonan untuk mewartakan tanah ini sebagai tanah perpustakaan. Saya difahamkan bahawa proses pewartaan ini sudah sampai ke penghujungnya dan saya berharap bahawa tahun ini kita dapat wartakan tanah tersebut. Subang Jaya ingin menanyakan sama ada dalam butiran 14009 dalam usaha membina baru Perpustakaan Desa ini ada tak peluang untuk tahun depan Subang Jaya akan dapatkan perpustakaan ini untuk di bina di kawasan USJ 1.

Tuan Speaker, seterusnya perkara ketiga dan juga terakhir untuk saya, saya ingin merujuk kepada Vot P01- Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri muka surat 191 PK15 – Perumahan dan Kesejahteraan Bandar. Butir 15062 – Kehidupan Bandar Komuniti Sejahtera. Subang Jaya khasnya untuk merujuk kepada dana bantuan Strata. Untuk

makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini Subang Jaya mempunyai bilangan unit strata yang terbanyak dalam Kerajaan Selangor dan sebahagiannya telah dibina sejak 20-30 tahun yang lepas. Salah satunya adalah, maaf salah adalah Pangsapuri Spektrum dan juga Pangsapuri Indah Court yang telah wujud sebelum wujudnya Majlis Perbandaran Subang Jaya. Dia wujud semasa MPPJ Majlis Perbandaran Petaling Jaya jadi pembangunan ini dah lebih daripada 30 tahun dan sehingga sekarang belum dapat strata lagi. Sememangnya untuk pembangunan-pembangunan seperti ini pemajunya atau pun landowner sudah gulung tikar jadi sekarang perlu diusahakan oleh penduduk sendiri dan duit yang dulu di bayar kepada pemaju untuk tujuan ini sekarang tidak boleh diambil, sebab mereka sudah tidak wujud kerana dana perlu dikutip semula dan ini merupakan satu beban yang sangat besar untuk pembeli-pembeli jadi khususnya untuk Pangsapuri Indah Court mereka sudah berada di penghujung permohonan sebab syukur untuk Pangsapuri Indah Court ini mereka dapat cari pelan-pelan bangunan jadi mereka hanya perlu membuat permohonan dan juga penyerahan dan juga pembayaran dan sebagainya. Jadi saya berharap Pangsapuri Indah Court boleh diberikan keutamaan untuk dana bantuan Strata bagi Pangsapuri Spektrum mereka baru kemukakan permohonan dan untuk kes ini mungkin sedikit kompleks tetapi saya juga berharap untuk tahun depan supaya pangsapuri ini dapat dipertimbangkan supaya masalah yang sekarang 30 tahun tak tahu sampai bila kita selesaikan melalui dana bantuan Strata ini. Dengan itu Tuan Speaker, Tuan Timbalan Speaker Subang Jaya menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Subang Jaya. Yang Berhormat Meru.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Meru ingin merujuk ke Vot P01 - Pejabat Menteri Besar PK 4 Sosial 040007 Hal Ehwal Bukan Islam. Oleh sebab, kawasan Kapar telah berlaku pertambahan penduduk yang mendadak dan sebahagian besarnya juga adalah daripada kaum India, pertambahan penduduk ini sama ada pesatnya pembangunan perumahan atau pun penghijrahan daripada luar kawasan. Contohnya di Kapar, jadi komposisi kaum India di Kapar begitu mendadak dan ketara jadi dan kedua teramai di kawasan Meru sedang kan tiada tanah perkuburan yang sediakan atau untuk penganut kaum Hindu di Kapar jadi mereka terpaksa dari segi pengebumian terpaksa ke Klang agak jauh daripada kawasan Kapar dan difahamkan ada tapak yang telah diwartakan dan sebagai tapak perkuburan penganut agama Hindu jadi saya berharap Kerajaan dapat memberi perhatian ke atas isu ini ke atas isu ini dan dapat menyelesaikan isu ini sesegera sebaik mungkin jadi saya ingin bertanya dalam peruntukan RM8.5juta untuk Hal Ehwal Bukan Islam ini adakah pembangunan tanah perkuburan Hindu ini atau pun trimotarium ini termasuk dalam peruntukan atau pun daripada termasuk untuk pembangunan tanah perkuburan kaum Hindu ini.

Kedua saya ingin merujuk Vot P14 – Jabatan Agama Islam Selangor PK 4 – Baik Pulih dan Naik taraf Surau peruntukan sebanyak RM500,000.00 jadi di bawah Vot 04100

memandangkan jumlah surau yang agak banyak saya yakin bukan di Meru malah di seluruh Selangor dan kebanyakan pembangunan surau ini adalah daripada sumbangan banyak pihak atau pun daripada usaha penduduk sendiri dan apa yang kita lihat banyak juga surau dalam keadaan uzur dan usang dan mereka juga ada cadangan untuk menambah lagi extend surau memandangkan juga disebabkan oleh pertambahan penduduk. Jadi saya mencadangkan supaya dipertimbangkan supaya peruntukan untuk penambahbaikan dan menaik taraf surau ini ditambah dari 500,000 ke satu jumlah yang lebih munasabah. Saya juga ingin merujuk berkaitan dengan PK18 – Hadiah Pengajian IPT di bawah Kod 05002. Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru telah didatangi atau sering menerima permohonan sumbangan kewangan daripada ibu bapa anak-anak atau pun pelajar yang akan mendaftarkan untuk masuk IPT, mereka memerlukan perbelanjaan yang awal untuk bayaran yuran dan sebagainya, sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan mereka tapi kita tidak pernah menolak permohonan ini, Pusat Khidmat atau pun mana ADN tidak pernah menolak permohonan ini tak banyak sikit pun kita sumbangkan kepada mereka. Walaupun kita sudah ada inisiatif atau Iltizam Hadiah Masuk IPT di bawah kerajaan tetapi kita melihat bahawa banyak proses yang perlu dilalui oleh pemohon. Di mana kita perlu mereka perlu memohon melalui atas talian dan mereka tidak dapat sumbangan kewangan tersebut hadiah IPT tersebut sebelum mereka masuk atau daftar universiti. Biasanya dia akan dapat selepas ataupun mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan. Jadi, saya mencadangkan dan berharap supaya sistem pemberian hadiah masuk IPT ini di tambah baik. Supaya dapat diberikan lebih awal sebelum pelajar-pelajar ini mendaftar untuk masuk IPT.

Satu perkara lagi iaitu di bawah PK14 - 14010, berkaitan juga dengan pembangunan perpustakaan bandar. Saya tak tahu bandar atau desa Meru ini. Di Meru ada sebuah perpustakaan yang menumpang bangunan milik Majlis Bandaraya Diraja Klang. Keadaannya yang sangat daif pada saya, sempit, hanya bilik dalam keluasan lebih kurang 20x20 kaki persegi. Sedangkan penggunaan dan pengunjung sangat maksimum, terutamanya dari kalangan pelajar sekolah rendah yang seolah-olah menjadikan perpustakaan tersebut sebagai pusat transit sementara. Yang dihantar oleh ibu bapa sebelum mereka pergi kepada ke sekolah agama sesi petang atau yang sekolah agama sesi pagi, pergi ke sekolah kebangsaan sesi petang. Jadi, saya mengharapkan urusan pembinaan perpustakaan yang selesa kepada penduduk Meru khususnya pelajar-pelajar, dapat dipercepatkan dan saya telah dimaklumkan oleh pihak PPAS, bahawa pihak PPAS telah memohon sebidang tanah, yang telah dikenal pasti di pekan Meru dan sedang menunggu proses kelulusan dan saya harap kelulusan permohonan ini dapat disegerakan untuk urusan pembinaan bangunan perpustakaan yang baru, yang lebih selesa kepada penduduk dan masyarakat Meru. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Seri Serdang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Assalamualaikum. Seri Serdang nak highlight beberapa perkara sahaja. Pertama, berkenaan PK2 Luar Bandar di mana di sini beberapa peruntukan yang saya kira sangat baik untuk permohonan luar bandar kita. Cuma Seri Serdang berpandangan ialah supaya diberikan lebih lagi perhatian kepada kawasan luar bandar terutama kampung-kampung tradisi bukan sekadar kepada program-program sahaja, permohonan IKS dan sebagainya tetapi lihat juga kepada infrastruktur di mana kalau kita lihat di kawasan kampung inilah banyaknya sampah-sampah atau tempat longgokan sampah yang perlu diuruskan dan mungkin di bawah portfolio EXCO dapat melihat perkara ini dengan serius dan membuat perbincangan dengan PBT supaya dapat diselesaikan dengan baik kerana kampung-kampung ini adalah mereka ini tidak ada tong sampah di rumah masing-masing. Mereka kebanyakannya berpusat. Jadi saya kira, boleh beri perhatian kepada tahap kebersihan di kawasan kampung-kampung terutama kampung tradisi di dalam negeri Selangor kita.

Yang keduanya, berkenaan dengan hadiah untuk anak-anak kita yang masuk IPT. Dalam perbahasan saya yang lepas, saya telah utarakan satu cadangan selain daripada hadiah berbentuk tunai, yang banyak membantu anak-anak kita ke universiti pada hari ini keperluan mereka yang mendesak ialah laptop atau komputer riba. Saya kira mungkin boleh diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri, untuk mencari jalan bagaimana untuk kita bantu anak-anak kita, adik-adik kita yang melangkahkan kaki ke IPT sama ada IPTA atau IPTS dan sebagainya untuk mendapatkan bantuan komputer riba yang sangat diperlukan dan harga pun bukannya murah sekarang komputer riba. Saya ingat RM1,500 ke atas ikut pada spek. Tapi basic pun lebih RM1,500 baru boleh dapat. Jadi, amaun RM1,500 agak besar juga bagi anak-anak kita terutama anak-anak yang mempunyai potensi yang besar tetapi datang dari keluarga B40. Jadi, saya kira boleh diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk melihat isu ini dengan lebih baik.

Kemudian, saya nak beralih kepada Vot P13 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Pada kod PK2-02104 menaik taraf saliran kawasan kampung tradisi Puchong Kampung Baru. Kalau tengok pada amaun ini, sesi belanjawan tahun lepas untuk 2025, amaun yang sama juga telah berada dalam pembentangan Belanjawan pada tahun 2025. Saya nak dapatkan kepastian daripada Yang Berhormat Kerajaan Negeri, apakah jumlah ini sama atau projek ini masih lagi teruskan atau projek ini masih lagi berlangsung atau ada pertambahan lagi RM15 juta kepada projek di saliran kawasan kampung tradisi, Kampung Sungai Baru? Dan kalau kita masih ingat, di kampung inilah terjadinya bencana letupan paip gas Putra Height dan di sini jugalah kerap kali banjir termasuklah pada pagi ini. Pagi ini pun banjir juga. Saya kira perlu penjelasan daripada kerajaan apakah amaun ini sama seperti tahun lepas atau maksudnya on going projek ataupun pertambahan projek baru di Kampung Kuala Sungai Baru?

Yang keduanya adalah, 02105 menaik taraf sistem saliran kawasan Seri Serdang. Saya difahamkan, ada perancangan untuk RTB Sungai Kuyoh yang melibatkan kawasan Seri Serdang ini. Apakah amaun ini juga, agak besar juga RM15 juta juga ini adalah untuk RTB yang sama atau mungkin ada extension dari RTB itu sendiri ataupun kawasan lain yang di allocate kan dengan izin RM15 juta ini supaya dapat kepastian sebab di kawasan Seri Serdang ini RTB Sungai Kuyoh dalam bajet yang agak besar peruntukan dari Federal. Nak dapatkan kepastian daripada Kerajaan Negeri apakah pertambahan ini daripada RTB itu ataupun dari projek lain atau projek baru yang telah dikenal pasti oleh pihak JPS?

Seterusnya saya beralih kepada Vot P14 Jabatan Agama Islam Selangor. Yang ini pun saya kira Yang Berhormat EXCO dah senyum, dah gelak dah tu. Di awal-awal belanjawan tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga, item ini tetap ada. Saya highlight kan pada 01303 SRA Puchong Utama. Saya nak tahu daripada Kerajaan Negeri Selangor peruntukan ini digunakan ataupun tidak dan apa alasan untuk kita tidak menggunakan peruntukan ini dan saya difahamkan daripada RMK12 dan sekarang dah RMK13, jadi saya kira dalam kawasan yang padat seperti Seri Serdang ini sudah tentu memerlukan lebih banyak lagi sekolah-sekolah dan pembinaan SRA Puchong Utama ini sangat-sangat memberi bantuan kepada penduduk dan anak-anak kita untuk belajar di kawasan Puchong Utama khususnya dan kawasan DUN Seri Serdang. Saya mohon perhatian Yang Berhormat Kerajaan Negeri terutama Yang Berhormat EXCO untuk memberi penjelasan kerana dah tiga kali pembentangan belanjawan, itemnya tetap lagi di sini dan masih lagi RM10 di item RMK13.

Dan seterusnya yang terakhir ialah pada Vot P14 juga Jabatan Agama Islam Selangor 03111 Masjid Taman Lestari Putera Puchong. Ini pun sama juga, dah tiga kali pembentangan belanjawan item yang sama juga berada di sini, tapi ada peningkatan iaitu di sini dia letak RM1 juta di RMK13 berbanding yang lepas RM10 tapi sekarang naik RM1 juta. Saya nak dapatkan kepastian bilakah masjid ini dapat direalisasikan? Untuk pengetahuan Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat EXCO kawasan ini tidak ada masjid, yang ada hanyalah surau-surau yang dinaik taraf untuk Solat Jumaat. Kawasannya sangat padat, dan saya mengharapkan pembinaan masjid ini dapat disegerakan, yang kita jadi masalah nak buat masjid kalau tak ada duit. Sekarang ini duit dah ada RM20 juta. Saya kira perlu diuruskan dengan baik, supaya dapat diadakan segera sebab dah tiga pembentangan belanjawan dia tetap berada di sini cuma ada peningkatan RM1 juta daripada RM10. Jadi, saya mengharapkan juga kepada Yang Berhormat EXCO untuk beri perhatian dan Kerajaan Negeri Selangor, beri perhatian, ini saya bukan main-main Yang Berhormat EXCO, ini serius. Boleh datang sendiri ke kawasan ini dan lihat sendiri penduduk di kawasan ini, Solat Jumaat di beberapa buah surau yang dinaik taraf dan mereka sangat-sangat memerlukan masjid. Langsung tidak ada satu masjid di bina di kawasan ini selama ini. Jadi saya mengharapkan perhatian daripada Kerajaan Negeri terutama Yang Berhormat EXCO untuk melihat isu ini dengan baik. Sekian, Assalamualaikum.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Ijok.

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Ijok ingin mengambil berapa bahagian berkenaan dengan perbelanjaan. Pertama adalah Vot bagi P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, merujuk kepada 02006 PK2 Luar Bandar. Berkenaan dengan naik taraf dan baik pulih jalan luar bandar, muka surat 187. Tuan Speaker, Ijok ingin memohon pertimbangan untuk membaik pulih Jalan Orked di Batu 7, Kampung Ijok dan Lorong Ros dan beberapa lorong-lorong yang terlibat kerana tinggal jalan ini sahaja agak bermasalah yang tidak lagi diturap dan dibaik pulih. Dan Ijok ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri masih lagi meluluskan untuk permohonan berkenaan dengan jalan-jalan izin lalu. Jika ada, Ijok ingin memanjangkan beberapa permohonan daripada tanah-tanah yang memohon untuk izin lalu. Pertamanya, adalah Lot PT44704 Jalan Pakat 1, Bukit Badong. Kedua Lot 451 Jalan Makmur Kampung Ijok. Ketiga, Lot 2750 Batu 4, Ijok. Keempat, Lot 1413 Jalan Orked Batu 7, Ijok.

Seterusnya, Tuan Speaker, Ijok pergi ke PK5 muka surat 188, 05004 berkenaan dengan Program Kemahiran Teknikal, untuk Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas untuk menampung yuran penilaian serta latihan persediaan SKM PPT Amali bagi membuka peluang kepada pekerja-pekerja mahir yang berkemahiran untuk mendapatkan, untuk pengesahan sijil secara mengikut pembelajaran secara formal.

Seterusnya Tuan Speaker, masih lagi dalam Vot P01 iaitu PK12, berkenaan dengan alam sekitar, muka surat 189. Ijok ingin bertanya berkenaan dengan Kod 12003 Pemulihan Tapak Pelupusan. Adakah peruntukan ini boleh digunakan untuk pemulihan tapak-tapak ataupun tempat-tempat pembuangan sampah haram? Contohnya, apa yang berlaku di Ijok, boleh dikatakan di sepanjang ataupun di lembangan-lembangan sungai, Sungai Buloh menjadi tapak pembuangan sampah haram. Adakah peruntukan ini boleh digunakan untuk pemulihan sebagai tapak pelupusan kerana hari ini sepanjang Sungai Buloh penuh air dan sedang membawa sampah pergi ke Ijok dalam keadaan banjir pada pagi tadi.

Tuan Speaker, seterusnya Ijok ingin pergi ke Vot P12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Tuan Speaker, merujuk kepada kod projek 01010 iaitu menaik Taraf Pembetungan Perparitan di Tepi Jalan Seluruh Selangor. Ijok memohon agar pihak JKR dan JPS dapat membincangkan berkenaan dengan masalah banjir yang selalu berlaku di Sekolah Kebangsaan Ijok. Di hadapan ini ada, bila berlaku hujan lebat sahaja kawasan Tabika Kemas, Pra dan padang sekolah Ijok akan dinaiki air. Dia menyebabkan laluan FT54 ada saliran daripada JKR dan ada satu parit di bawah seliaan JPS. Jadi Ijok memohon pertimbangan daripada pihak JPS dan pihak JKR untuk dapat menyelesaikan berkenaan dengan perkara yang selalu banjir berlaku di SK Ijok.

Seterusnya, pada pembentungan juga, Ijok ingin memohon kepada pihak JKR untuk mengkaji ketinggian jambatan di Stesen Minyak BHP Bestari Jaya iaitu jalan Rawang B27 bagi menaik pembentungan, untuk melancarkan air daripada Parit 6 yang menyebabkan banjir di Taman Suria, Kampung Jaya Setia dan sekitarnya.

Ijok seterusnya berkenaan dengan Kod Projek PK4 04700 Kuala Selangor bagi Kod 04709 bagi Kerja-kerja Menaik Taraf Jalan Parit Mahang B109 Daerah Kuala Selangor. Untuk makluman Tuan Speaker, jalan ini kalau berlaku banjir, ia akan berlaku penutupan jalan. Dan saya ucapkan terima kasih juga kepada pihak Kerajaan Negeri kerana projek ini ada termasuk dalam list projek di bawah PK4. Tetapi saya memohon agar dapat dipertimbangkan juga di sepanjang jalan ini ada tiga culvert yang perlu dilihat untuk dinaik taraf juga. Bukan jalan sahaja dinaik taraf, tetapi culvert yang terdapat di Jalan Parit Mahang ini seharusnya dinaik taraf. Dan ada dua parit di kiri kanannya juga berlaku tidak di selenggara iaitu sebelah kanan tidak pernah di selenggara kerana tidak bertuan dan sebelah kiri, Alhamdulillah di selenggara oleh pihak JPS.

Seterusnya Tuan Speaker, Ijok juga berharap tempoh hari, terima kasih kepada EXCO Infra, yang telah menyebut berkenaan dengan projek yang akan dibuat ataupun baik pulih di Jalan Merbau Bukit Cerakah. Jadi, Ijok sangat berharap jalan ini dapat dipertimbangkan kerana jalan ini adalah jalan laluan penting bagi penduduk Kampung Bukit Cerakah, Parit Mahang, Bukit Kucing dan Bukit Hijau. Cuma Tuan Speaker, Ijok selalu dalam perhatian jalan ini mungkin di jalan-jalan tempat lain pun sama juga, selepas sahaja berlaku pengorekan atau pencucian pengorekan parit akan berlaku tanah rebah.

Jadi saya mengharapkan ada perbincangan dengan JPS ataupun pihak JKR cara bagaimana untuk mengelakkan selepas kerja-kerja pembersihan ini berlakunya tanah rebah. Boleh dikatakan dekat Ijok sekarang ini banyak sangat tanah rebah selepas berlaku pengorekan, mungkin berlaku gegaran-gegaran daripada proses pengorekan tadi. Jadi mungkin ada cara ataupun pelbagai caralah yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk mengelakkan berlakunya tanah-tanah rebah tadi.

Yang terakhir, Tuan Speaker, berkenaan dengan Vot P-13 Jabatan Pengairan dan Saliran berkenaan dengan Pembangunan PK-1: Projek Tebatan Banjir iaitu Kod Projek 01100, Ijok ingin bertanya berkenaan dengan status Projek Menaik Taraf Sistem Saliran di Kampung Jaya Setia, Mukim Ijok, yang mana untuk makluman Tuan Speaker dan Dewan Yang Mulia ini, hari ini sudah ada 22 penduduk telah dipindahkan di PPS di Kampung Jaya Setia. Jadi justeru itu, Ijok ingin memohonlah penjelasan berkenaan dengan status Projek Menaik Taraf Sistem Saliran di Kampung Jaya Setia.

Dan yang terakhir Tuan Speaker berkenaan dengan PK-5 Pengurusan Saliran Mesra Alam iaitu 05100 Membina dan Menaik Taraf Kolam Takungan. Tuan Speaker, di Kampung

Harmoni berlaku kerisauan apabila berlaku hujan lebat, lepasan air daripada kolam takungan daripada Kota Puteri. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, parit ini ada persempadanan di antara JPS Daerah Gombak dan JPS Daerah Kuala Selangor. Kota Puteri berada di Daerah Gombak, sebab parit yang dilepaskan itu adalah parit JPS Kuala Selangor. Jadi saya sangat-sangat berharap dapat pihak yang terlibat ini sama ada pihak JPS Gombak, Pihak Ijok JPS Kuala Selangor dan pihak PKNS dapat mengawal pengeluaran air daripada kolam-kolam takungan tersebut yang menyebabkan air-air tersebut ini masuk ke Kampung Harmoni dan terus pergi ke Kampung Ijok. Jadi Ijok sangat berharap setiap kali musim perbahasan Ijok akan bawa benda yang sama kerana kalau nak tengok, nak turut sama jangan turun waktu tak hujan, Ijok sangat berharap pihak JPS dan pihak mana-mana yang sanggup turun waktu hujan bersama saya, saya sedia turun bersama-sama ketika hujan lebat dan ketika air deras keluar daripada kolam takungan. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Batu Tiga.

Timbalan Speaker

Kota Damansara dulu ke Batu Tiga dulu?

Batu Tiga dah duduk balik dah. Baik, terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker, membenarkan Kota Damansara untuk berbahas dalam Pembangunan. Kota Damansara membawa 5 isu sahaja.

Pertama sekali ialah pada Vot P01, bagi muka surat 187, PK2 Kod 02006. Kalau tengok dekat sini ialah Pembangunan Luar Bandar. Kat sini Infra Dan Baik Pulih Jalan Luar Bandar. Peruntukan yang disediakan ialah sebanyak RM1 juta. Untuk maklumat pihak Kerajaan Negeri. Saya maklum kadang-kadang kebanyakan infra bandar banyak dana-dananya diturunkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Bandar (KKDW). Tapi walau bagaimanapun, peruntukan RM1 juta ini saya ingat dia jumlah yang terlalu sedikit. Sebab kalau tahun ini 2025 saja cuma dua batang jalan saja yang daripada Kota Damansara dapat di kawasan Kampung Melayu Subang. Kalau nak kekal pun peruntukan ini bagi lebih ke Kota Damansara. Saya tak ada masalah untuk kekalkan peruntukan banyak ini. Instead, 2 tambah lagi jadi 4 atau 5 batang jalan.

Jadi yang kedua ialah pada P01 juga pada muka surat 190 yang mana Kod 14009. Di mana membina baru perpustakaan desa. Kota Damansara telah dibina satu perpustakaan desa yang saya kira taraf dia yang sangat baik. Dia bukan hanya setakat perpustakaan biasa, tapi dia juga menjadi pusat transit bagi kanak-kanak di luar. Kota Damansara tidak meminta untuk kawasan Kota Damansara sebab dah ada satu, cuma Kota Damansara meminta pihak Kerajaan untuk perbanyakan perpustakaan yang seperti di Kota Damansara, di kawasan DUN- DUN yang lain yang kawasan banyak B40. Di mana anak-anak daripada B40 ini bukan hanya belajar tapi juga menjadi pusat transit. Sebab kita nak perpustakaan ini bukan hanya

untuk orang membaca buku, pinjam buku dan sebagainya. Tapi juga dia menjadi pusat ilmu, pusat masyarakat dan pusat sosial untuk kanak-kanak. Sebab kita dapat kurangkan kes-kes yang berlaku masalah sosial yang berlaku di luar, khususnya pada anak-anak Selangor.

Seterusnya, Yang Berhormat Timbalan Speaker, bagi P10 kalau kita tengok P10. Pada P10 muka surat 203, PK 4 Kod 04002 iaitu Pembangunan Taman Eko Rimba Hutan Lipur, Taman Negeri, Kawasan Eco dan Pelancongan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, kawasan Kota Damansara mempunyai satu hutan simpan Hutan Simpan Kota Damansara. Dekat sini hutan simpan yang ada ini hanya banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah lebih kepada aktiviti hiking. Tapi walau bagaimana, untuk pengetahuan semua Hutan ini juga apabila berlakunya migrasi burung, yang mana pelbagai jenis burung yang singgah ke kawasan hutan itu dan dia menjadi kawasan tumpuan kepada mereka-mereka yang membuat aktiviti menangkap gambar. Dalam Bahasa Inggeris saya tak tahu. Tapi dalam Bahasa Melayu menangkap gambar, mereka yang ambil hunt for picture. Pelbagai jenis spesies burung yang boleh dilihat di kawasan situ tapi walau bagaimana pun aktiviti ini banyak dihalang oleh renjer-renjer hutan. Kalaupun dibenarkan ia ada certain-certain amaun yang dibayar yang kadang-kadang amaun itu lebih tinggi daripada biasa. Saya minta sebab ini berfaktorkan pelancongan dan ialah hutan di kawasan bandar. Saya minta aktiviti-aktiviti pelancongan seperti ini jangan disia-siakan dengan migrasi-migrasi burung yang singgah ke sini. Sebab migrasi burung ini dia bukannya duduk dan menetap di situ ini merupakan satu spesies-spesies yang datang daripada pelbagai kawasan untuk hadir, luar daripada Selangor pun luar daripada Malaysia. Jadi ini satu potensi pelancongan. Sektor pelancongan yang mungkin Yang Berhormat EXCO atau Kerajaan Negeri boleh lihat. Apa yang potensi-potensi yang boleh dilakukan.

Yang ketiga ialah P14. Bukan renjer burung EXCO. Renjer Hutan. Baik, kalau tengok ialah P14, muka surat 238. Kalau 238 ialah Bahagian Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor PK3 bagi Kod 03107 Masjid Kota Damansara 2. Kota Damansara ingin bertanyakan, apakah status bagi Masjid Kota Damansara 2? Adakah sekarang dalam proses design & build, ataukah design dia dah siap atau dah peringkat konsultan? Sebab kita semua maklum Masjid Kota, saya ucapkan terima kasih dulu kepada Yang Berhormat EXCO, sebab Masjid Subang Bestari telah siap dan telah diguna pakai. Alhamdulillah sekarang masyarakat di kawasan khususnya mereka yang duduk di Subang Bestari telah dapat menggunakan Masjid di kawasan Subang Bestari. Tapi bagaimanapun, bagaimana pula dengan Masjid Kota Damansara 2? Sebab di kawasan Kota Damansara 2, ialah mempunyai kepadatan penduduk yang lebih kurang 100,000 orang. Kalau pengundi kurang lagi, tapi jumlah penduduknya sendiri ialah 100,000 orang. Jadi saya percaya kalau andai kata 60% ialah kalau kita ambillah 60% minimum orang Melayu atau beragama Islam, hanya mengharapkan Masjid Kota Damansara 1 atau Masjid Kuning ini tak termampu untuk Solat Jumaat dan kegunaan-kegunaan yang lain. Saya percaya Yang Berhormat EXCO boleh bagi penjelasan kepada Kota Damansara, apakah status Masjid Kota Damansara 2? Sebab ada yang sebahagian daripada mereka, sudah ada bagi sumbangan untuk tabung wakaf, tapi walau bagaimanapun

mereka masih belum tahu statusnya. Walaupun kalau ikut hukum ini niat saja kita dah bagi niat dan insya-Allah itu seterusnya akan diuruskan oleh Allah SWT. Tapi walau bagaimanapun ada juga yang bertanya, dia risau kalau andai kata bila dia meninggal dunia nanti dia tak nampak Masjid itu. Tapi kalau kita tahu niatnya sudah cukup dah. Tapi ada yang nak tengok juga. Itu sebahagian daripada asam garamlah Yang Berhormat EXCO. Kadang-kadang yang datang ke ofis saya dia datang bukan nak isu tanya benda lain tapi dia isu pasal Masjid.

Yang akhir sekali saya tanya adalah berkenaan P13 muka surat 219. Kalau 219 kita tengok Kod Projek PK1 iaitu Kod 01302 iaitu Projek Tebatan Banjir Kampung Melayu Subang, Sungai Pelepas Fasa 2. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO. Penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Apakah status bagi projek ini tersebut? Sebab tahun ini, pada tahun hadapan akan diberikan RM1juta saya nak tahu adakah ini adalah proses-proses akhir yang mana projek ini dilakukan. Kalaupun dilakukan pada tahun hadapan, saya mohon pada Yang Berhormat EXCO untuk dilakukan pada awal tahun atau pertengahan tahun. Saya risau sebab kadang-kadang ada projek-projek ini dilakukan di peringkat hujung tahun sebagai contoh ada projek yang dilakukan ketika musim hujan ini. Semua maklum pagi tadi ramai ADN-ADN yang tertindas. Terkandas bukan tertindas, saya betulkan balik. Saya tarik balik tertindas. Terkandas. Terkandas sebab ada sebahagian kawasan dinaiki air.

Baik yang seterusnya benda P yang sama juga muka surat 228 , Projek PK5 : Kod Projek 05109 ialah Tasik Cova, saya percaya Tasik Cova ini ada termasuk dalam jadual yang diletakkan. Cuma walaupun Yang Berhormat EXCO. Tasik Cova ini ialah salah satu contoh kegagalan yang dilakukan pada musim lalu. Yang mana ketika dibangunkan tidak dipantau dan tidak melakukan penyerahan secara proper. Hasilnya untuk membaik pulih Tasik Cova ini memerlukan jumlah hingga RM21juta. Saya percaya dengan RM21juta, ini hanya untuk membaik pulih Tasik Cova ini ialah sesuatu yang sangat besar tapi walaupun Yang Berhormat EXCO, di kawasan keliling tersebut ada pembangunan-pembangunan baru, saya percaya kalau ada perbincangan antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga kawasan developer-developer yang kawasan sekeliling mungkin mereka boleh membantu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kerjasama pihak Kerajaan Negeri untuk membangunkan balik Tasik Cova. Sebab Tasik Cova ini penting dia ialah tasik yang mengumpul atau water casements untuk mengumpul di kawasan tengah-tengah Kota Damansara. Jika kita biarkan dalam tempoh yang sangat lama, saya percaya kawasan Kota Damansara khususnya di kawasan kota itu sendiri akan berlakunya banjir kilat atau banjir yang teruk pada masa akan datang, kalau kita tidak tangani. Kalau andai kata kita hendak tangani pun, saya faham beban kos yang sangat tinggi sehingga RM21 juta itu bukan suatu jumlah yang rendah tapi ini ialah masalah keturunan yang kita terpaksa terima akibat kegagalan daripada pegawai-pegawai kita. Saya ingat itu sahaja daripada saya, terima kasih kepada Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Batu Tiga.

Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Saya straight forward kepada P.13 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Alhamdulillah, saya ucapkan syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada JPS kerana telah pun berjaya menurunkan hot spot banjir di DUN Batu Tiga daripada 8 yang bermula pada dua tahun lepas ketika awal selepas pilihan raya dan hari ini telah berkurang ke 5 dengan melaksanakan beberapa tindakan iaitu pembinaan kunci air di Padang Jawa, juga sistem kunci air satu lagi di Taman Intan, Batu Tiga. Tetapi di sebalik itu sebenarnya ada beberapa perkara yang saya ingin highlight dan sebenarnya tidak disebut secara detail atau pun secara spesifik tentang taman atau pun tempat yang saya ajukan. Tapi dalam PK1 di bawah item 01300 Daerah Petaling hanya disebutkan secara umum iaitu Projek Tebatan Banjir Di Anak Sungai Anak Damansara Fasa 2 Daerah Petaling. Saya tidak pasti di kawasan mana, tetapi yang berlaku hari ini yang sedang dalam pembinaan ialah di Sungai Damansara di Kampung Kebun Bunga Batu Tiga. Kawasan ini Yang Berhormat saya rasa dia perlukan sedikit perhatian yang lebih sebab walaupun dalam keadaan kita sedang membina tebatan banjir yang sedang dilaksanakan hari ini tetapi ada sedikit kesan langsung akibat daripada pembinaan itu iaitu ban yang sedia ada, pagi ini telah pun pecah atau pun air itu masuk melalui ban. Maknanya, pertamanya kadar atau pun paras air kita agak tinggi berbanding dengan ban yang sedia ada dan saya hendak mengambil juga peluang ini hendak menyebut bahawa apakah kita sedang bina tebatan banjir kita itu mencukupi ketinggiannya. Sebab kalaulah ketinggiannya sama paras dengan ban sedia ada, saya rasa dia tidak berapa berkesanlah. So dia kena lebih tinggi dan lebih tinggi itu mengambil kira yang bagaimana. Sebab hari ini paras air laut yang kita hadapi baru 4.5 atau pun 4.6 tapi kebiasaan di Sungai Klang ini kalau tengok peak hour nya atau pun peak season nya dia akan pergi sampai ke 5.8 atau pun 5.5 ke atas. Maknanya kalau kita ambil kadar pada tahap paras air 4.8 dengan ketinggian tebatan banjir yang kita laksanakan, saya ingat itu tidak memadai. Dan dia perlu ambil yang paling maksimum maknanya 5.8. So di Sungai Damansara, secara rasa spesifik di Kampung Kebun Bunga, saya harap ia diperhalusi. Kedua di Taman Intan juga di Sungai Damansara juga, Taman Intan hari ini telah pun siap, saya dimaklumkan oleh pihak JPS tapi biasalah Yang Berhormat dan Speaker, saya rasa agak janggal setiap kali projek siap tapi kita mengambil masa yang kadang-kadang lebih lama untuk menunggu bekalan TNB. Sedangkan kita sudah pun rancang benda ini lebih awal, apakah tidak boleh kita kendalikan projek kita ini bersekali. Maknanya kalau kita dah timeline projek kita dalam tempoh 2 tahun, dalam masa atau pun proses itu jugalah kita buat permohonan dengan TNB sebab saya ingat dia agak tak berapa cantik bila projek itu siap tetapi kita memberi alasan bekalan api tidak mencukupi. So, dia rasa tidak praktikal untuk kita buat dan saya harap kalau boleh kita segerakan kunci air pelaksanaannya di Taman Intan, Batu Tiga ini hanya tinggal bekalan air sahaja yang saya dimaklumkan.

Cuma ada permintaan sebelum itu, di Taman Intan dia ada benteng berdekatan dengan kawasan perumahan dan benteng itu juga pernah satu ketika air melepasi benteng. Tapi bila saya ajukan sebelum ini pada pihak JPS untuk ditinggikan benteng atau pun tembok yang sedia ada itu, tapi hari ini saya lihat dia tidak dilaksanakan. Apakah dia mungkin tidak ada peruntukan tambahan atau sebagainya, saya mohon itu juga diberikan perhatian. Dan untuk daerah Klang ada satu kawasan yang selain daripada Padang Jawa yang telah selesai dilaksanakan dan pamnya berfungsi dengan baik. Saya ada satu lagi tempat di Taman Rashna yang masih belum mempunyai apa-apa pelaksanaan dan tidak menyelesaikan isu dan keadaan sedia ada. Berulang kali Taman Rashna berlaku banjir dan juga di kilang Muhibah berdekatan dengan Taman Rashna juga akibat daripada projek WCE dan sebagainya, saya harap di Taman Rashna juga diberikan sedikit perhatian sebab ia melibatkan Sungai Rasau pada item 01308. Itu sahaja Yang Berhormat Speaker, saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan dan saya mohon dan menanti jawapan balas daripada Yang Berhormat EXCO, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Paya Jaras.

Terima kasih pada Tuan Timbalan Speaker. Saya hendak bangkit straight kepada 2 perkara, yang pertama PK12-JKR muka surat 207 iaitu PK2 Daerah Petaling Membina Jambatan dan Jejantas, Projek 21021 Jambatan di Jalan Kubu Gajah, Sungai Buloh. Projek ini sebahagian daripada jalan daripada RTB Sungai Subang yang sedang dibuat. Saya mohon kepada pihak EXCO boleh jelaskan bilakah projek ini akan dijalankan sebab kebimbangan penduduk ialah kawasan itu dia macam kawasan besar, macam kolam tasik, tapi bila jambatan itu tak dibuat so, dia menjadi kecil macam menguncup. So, kebimbangan hari ini ialah takut nanti bila air kuat dia boleh pecahkan jalan dan akhirnya menyebabkan banjir berlaku dan hari ini pun air dah naik tapi tak teruk sangat tapi di kawasan itu tak melimpah, tapi kalau air kuat lagi kemungkinan besar jambatan itu, kalau deras dia akan mungkin akan menyebabkan pusingan air dan menyebabkan rosak.

Perkara yang kedua yang sedang projek PK13-JPS Jabatan Pengairan Saliran Selangor muka surat 209, Kod Projek 01201, 01202 Projek Tebatan Banjir Sungai Kedondong Sambungan dan Projek Tebatan Banjir Sungai Kedondong Fasa ke-2 yang saya ucapkan terima kasih ada bajet yang telah diberikan. Namun saya hendak minta penjelasan daripada EXCO, sebab dia melibatkan pemindahan penduduk dan perumahan kawasan-kawasan berkaitan. So, adakah pihak JPS atau pun pihak Pejabat Daerah telah mengadakan libat urus bersama penduduk tentang projek yang akan berlaku.

Dan kedua adakah sedikit sagu hati atau pun pampasan diberikan kepada penduduk-penduduk yang terlibat. Saya maklum kawasan itu ialah kawasan rizab sungai tetapi

penduduk kat situ sudah duduk hampir 30 tahun, 40 tahun dan pelbagai rumah telah dibina di situ dan menyebabkan kebimbangan mereka, ke mana pergi. Jadi saya mohon kepada pihak EXCO adakah sedikit bantuan diberikan kepada mereka, mungkin ganti rugi tidak ada sebab tanah itu tanah rizab kerajaan, mungkin mustahil hendak bagi pampasan tapi adakah sagu hati atau pun ihsan belasan diberikan kepada penduduk kerana mereka perlu pindah dan mencari tempat baru. Dan adakah mereka dapat peluang, contoh yang bagi rakyat warganegara Malaysia, adakah mereka berpeluang untuk mendapat Rumah Selangorku yang boleh mereka beli atau pun mereka sewa, sewakan, yang hendak disewa bagi mereka menghadapi masalah dan kalau boleh saya minta sangat kepada Pihak Kerajaan Negeri Selangor khususnya Daerah Petaling, mengadakan libat urus bersama dengan penduduk, yang mana pihak melibatkan agensi-agensi lain supaya memberi sokongan kepada mereka kerana bila berlakunya perobohan rumah, kawasan yang akan dibina tebatan banjir, maka ada implikasi sosial yang akan berlaku.

Kita faham bahawa keperluan untuk membangunkan kawasan banjir ini tapi pada saya kita juga fikir bagaimanakah orang yang telah lama duduk dekat situ dah 20 tahun khususnya warganegara Malaysia, dibantu dalam projek pembinaan Sungai Kedondong ini, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya merujuk kepada P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, muka surat 187 dan 188 berkaitan dengan PK1-Ekonomi Kod 01002 Perindustrian dan Pelaburan serta PK5-Pendidikan 05002 Program Pendidikan Tinggi berkaitan dengan industri Semikonduktor. Jadi pertamanya tahniah Kerajaan Negeri atas pelancaran Malaysia IC Design Park di Cyberjaya. Sebagai seorang yang pernah bekerjasama rapat dengan SIDEC sebelum menjadi Ahli Dewan Negeri, Kampung Tunku pertamanya ingin memuji ketangkasan dan profesionalisme SIDEC dalam membangunkan ekosistem sara Negeri Selangor dan juga melaksanakan strategi semikonduktor kebangsaan secara holistik.

Kita bukan sekadar menarik syarikat terkenal seperti AM dan sara untuk bertapak di IC Design Park dan mereka cip. Andai kata mereka berjaya menarik perhatian gergasi semi konduktor seperti INTEL atau pun TSMC dengan izin, they skill, they leave and that’s it. Sebaliknya syarikat di IC Design Park 1 and 2 berperanan mengasah bakat tempatan melalui Advance Semi Conductor Academy Malaysia (ASEM) di mana jurutera muda memperoleh ilmu teknikal dan pendedahan kepada dengan izin, chip design, testing, prototyping and validation. Untuk memantapkan lagi talent pipeline Kampung Tunku ingin cadangkan agar Kerajaan Negeri melalui Tabung Wang Kumpulan Biasiswa Negeri Selangor menyemak semula senarai universiti dan kursus yang layak untuk biasiswa atau pinjaman supaya merangkumi IPT yang mempunyai program kejuruteraan berkaitan semikonduktor yang kuat terutamanya di Asia di mana yuran pengajian lebih cost effective dengan izin, berbanding dengan negara-negara

Barat. Buat masa ini, Kerajaan Negeri telah menandatangani memorandum persefahaman dengan IPT seperti Nasional Yang Ming Chiao Tung Universiti dan juga Indian Institut Teknologi Madras tapi kita boleh take it further dengan izin contohnya dengan Ching Qua Universiti, Peking Universiti atau pun Korean Advance Institute of Science & Technology.

Perkara kedua berkaitan dengan kod yang sama juga adalah berkaitan kemasukan OKU ke institusi pendidikan tinggi. Pada bulan Ogos seorang pelajar OKU autisme dilaporkan telah disekat dalam sistem unit pusat universiti iaitu UPU. Pelajar yang dikenali sebagai Aniq telah memilih program Sains Komputer, Sains Matematik dan Statistik dalam fasa kedua dalam sistem. Tetapi pilihan tersebut hilang pada peringkat seterusnya walaupun dia memiliki PNGK yang cukup dan memenuhi syarat program. Yang baiknya pada masa itu Menteri Pendidikan Tinggi telah menjamin agar isu itu akan diselesaikan tetapi bagaimana pula dengan kes lain yang tidak mendapat perhatian awam. Walaupun sistem UPU terletak di bawah Kerajaan Persekutuan namun kerana Selangor kita mempunyai banyak IPT termasuk Unisel, saya kira adalah penting untuk Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memastikan supaya semua pelajar tidak kira OKU fizikal atau pun mental, tidak melalui pengalaman yang sama seperti Aniq. Pelajar OKU mereka berhak memilih kursus impian mereka dan IPT berperanan mempermudahkan perjalanan akademik mereka sama ada melalui penyediaan prasarana mesra OKU dan dengan izin flexible study arrangement yang mengambil kira keperluan unik pelajar OKU.

Saya juga telah mendapat maklum balas aktivis OKU di mana cabaran atau pun kerumitan ini disebabkan garis panduan inclusivity dengan izin, yang berbeza-beza antara program sekuriti dan juga universiti. Mungkin Kerajaan Negeri Selangor boleh lead the way dengan izin, dengan mencadangkan satu garis panduan inklusif dan universal untuk memastikan no student left behind dengan izin. Pendekatan ini juga dapat mengurangkan kerisauan golongan yang takut mendaftarkan diri sendiri sebagai OKU di sebabkan stigma terhadap OKU.

Seterusnya muka surat 188, PK6-Wanita Kebajikan dan Kesihatan Kod 06003 Pembangunan Kesihatan Awam. Kampung Tunku menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk meluaskan skop Selangor Mental Sihat ke sekolah yang melibatkan pemerkasaan guru. Kampung Tunku ingin bertanya sama ada Kerajaan Negeri telah membuat audit bilangan guru kaunseling Selangor di Negeri Selangor dan juga kelayakan tahap kelayakan mereka. Apakah usaha atau pun kajian untuk stream line kelayakan guru kaunseling agar mereka mendapat up skilling dengan izin, untuk menjadi hampir setaraf kaunselor berdaftar di bawah LKM. Dan selain itu apakah rancangan roll out ke sekolah, adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyasarkan sekolah rendah atau pun menengah pada peringkat awal dan apakah out reach dengan izin, kepada ibu bapa supaya mereka lebih menerima usaha Kerajaan Negeri.

Yang terakhir PK7 Generasi Muda dan Sukan Kod 07003 Pembangunan Sukan. Kampung Tunku menyambut baik pertambahan peruntukan sempena Sukma dan Para Sukma 2026. Namun, saya berharap usaha ini tidak berhenti setakat Sukma, malah Kerajaan Negeri harus membantu sukan-sukan teras mendapat home ground sendiri. Kampung Tunku mewakili sukan rugby di Selangor serta sukan-sukan alternatif yang memerlukan padang cow grass dengan izin seperti Ultimate Frisbee, Flag Football, American Football. Sukan-sukan sebegini sukar mendapat tempat untuk latihan dan juga penganjuran perlawanan baik peringkat kebangsaan atau antarabangsa akibat kekurangan kemudahan stadium dan dominasi bola sepak yang banyak melihat padang cow grass ditukar kepada artificial turf.

Dalam soalan lepas Dewan Negeri tahun 2015, oleh Mantan ADUN Hulu Kelang, Yang Berhormat Tuan Haji Saari bin Sungib, terdapat 413 padang bola sepak di bawah seliaan PBT Selangor. Kalau bilangan padang rugby awam di Lembah Klang, tiga sahaja iaitu padang Astaka Petaling Jaya, padang AU2 di Ampang Jaya dan padang Merbok di Kuala Lumpur di luar Selangor. Menggabungkan PK 7 Generasi Muda dan Sukan dan PK 5 Pendidikan Tinggi, Kampung Tunku pada akhirnya ingin cadangkan agar atlet negeri yang berkebolehan turut diberi peluang untuk menyertai Internship Selangor Program for Aspiring Ready and Knowledgeable Talents (SPARC) dengan izin. Inisiatif sebegini akan menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor, di mana kita bukan sahaja mengharapkan atlet cemerlang di medan sukan tetapi mendapat latihan dan kemahiran peluang pekerjaan dan menggalakkan atlet kita untuk menyertai sistem penjawat awam negeri Selangor. Sekian, itu sahaja Kampung Tunku.

Timbalan Speaker

Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin merujuk kepada muka surat 189, PK 12 - Alam Sekitar. Program alam sekitar hanya diperuntukkan sebanyak RM2 juta pada kali ini. Memandangkan program-program yang dijalankan seperti karnival alam sekitar, karnival bebas plastik, SELKITAR dan sebagainya adalah sangat diperlukan. Saya harap peruntukan program alam sekitar dapat dipertingkatkan selepas ini bagi memastikan kempen kesedaran dapat dijalankan dengan lebih efisien.

Selain daripada itu muka surat 190, PK14 - Perpustakaan. Bagi saya perpustakaan adalah satu ruang penting bagi kanak-kanak komuniti supaya mereka mempunyai satu tempat yang percuma dan sihat untuk lepak di sana. Bukan sahaja kanak-kanak, warga emas juga boleh menjadikan perpustakaan satu tempat untuk menghabiskan masa lapang mereka selain daripada kopitiam ataupun tempat lain yang perlu membelanjakan wang. Memandangkan tempat untuk kanak-kanak dan warga emas memang tidak cukup, dan untuk Seri Kembangan sahaja, sebenarnya di dalam Seri Kembangan tak ada satu pun perpustakaan terutama PPAS. Sebelum ini kita pernah cadangkan kepada MBSJ dan juga PPAS untuk menyewa unit di Plaza Serdang Raya iaitu unit 204 dan 205 tapi sewaan dikenakan adalah sebanyak

RM26,469 sebulan oleh MBSJ. Jadi, saya harapkan sewaan ini dapat direndahkan supaya PPAS mampu menyewa untuk membuat perpustakaan kepada penduduk-penduduk di Seri Kembangan.

Selain daripada itu, muka surat 190 juga, PK15 - Perumahan dan Kesejahteraan Bandar. Saya ingin dapatkan perhatian Kerajaan Selangor bagi isu meter pukal air Selangor. Meter pukal adalah meter utama yang digunakan oleh rumah kediaman bertingkat yang akan diambil baca oleh pihak syarikat air. Bacaannya, adalah penggunaan keseluruhan kediaman bertingkat tersebut. Tapi bukan semua flat ataupun kediaman bertingkat telah migrasi kepada meter individu dan disebabkan oleh banyak isu seperti kebocoran dan pencurian air menyebabkan banyak flat kos rendah menghadapi isu pembayaran meter pukal Air Selangor. Sebagai contohnya, Red Ruby 2 di bawah akaun nama pemajunya Sin Hiap Lee Development Sdn Bhd telah berhutang kepada Air Selangor sebanyak RM558,466.80 sehingga bulan setakat bulan Oktober 2025. Jadi, salah satu isu utama bagi pangsapuri Red Ruby 2 mempunyai hutang begitu banyak adalah kerana kerosakan meter dan kebocoran hampir semua paip air. Walaupun kita sudah membaiki semua paip air tetapi hutang tersebut memang tak mampu ditanggung oleh mana-mana penduduk di sana. Selain daripada itu, saya juga ingin dapat penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan tiada peruntukan bagi TEPAT iaitu Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai. Menurut kepada LPHS, masih terdapat 166 projek terbengkalai di Selangor setakat 31 Januari 2025. Saya berharap kerajaan Selangor dapat bekerjasama dengan KPKT kerana menurut kepada berita 15 November 2025, sebanyak 1,289 projek perumahan swasta yang terbengkalai telah berjaya dipulihkan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu KPKT sejak 2023 sehingga September 2025. Jadi jikalau kita memang tiada peruntukan, memang saya harapkan kerjasama yang lebih erat dengan KPKT lah.

Isu yang seterusnya adalah muka surat 249, P 17, PK 4 - Kesihatan Veterinar. Masalah haiwan terbiar seperti kucing dan anjing di Malaysia khususnya di Selangor semakin merunsing dan menjadi isu kemasyarakatan yang menuntut tindakan segera. Isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada kebersihan dan ketenteraman awam malah menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan dan kesejahteraan haiwan itu sendiri. Kebanyakan negara maju seperti Jepun, Bhutan, Jerman, Belanda dan Taiwan telah berjaya mengawal populasi haiwan terbiar melalui pelaksanaan dasar yang sistematik, berperikemanusiaan dan melibatkan komuniti. Antara strategi yang berjaya meraih kesan positif termasuk pelaksanaan TNVR iaitu tangkap, neuter, vaksin, lepas. Penggunaan microchip untuk pengesahan pendidikan awal sejak usia muda serta penglibatan aktif kerajaan tempatan NGO dan sukarelawan. Isu haiwan terbiar bukan setakat masalah kebersihan atau keselamatan awam, tetapi mencerminkan tahap belas ihsan dan kemanusiaan sesebuah masyarakat. Cadangan pelaksanaan program TNVR ini merupakan langkah proaktif bersepadu dan berperikemanusiaan dalam memastikan keseimbangan antara keharmonian komuniti manusia dan perlindungan makhluk lain yang turut mendiami ruang ini. Saya ingin

mendapatkan perjelasan daripada kerajaan bahawa adakah program seperti ini akan ditimbangkan untuk dirangkumi dalam program masyarakat prihatin atau tidak? Terima kasih.

Sementa.

Timbalan Speaker

Sungai Burong. Kuang dulu ke Sungai Burong dulu?

Kuang dulu.

Timbalan Speaker

Kuang dulu.

Baik, terima kasih Tuan Speaker. Saya nak ambil perhatian dewan semua sekali, Buku Embargo kita, buku Anggaran Belanjawan ini dah ada atas meja kita daripada hari pertama. kita dah terima. Rata-rata ADUN-ADUN dalam Dewan ini pun telah berbahas tentang benda ini dan setiap ADUN pun telah diberi peluang untuk berbahas daripada awal. Saya masih di luar ini, saya tengok ramai Yang Berhormat - Yang Berhormat ini gelisah dekat luar. Dusun Tua dah banjir, Pelabuhan Klang dah banjir dan banyak masalah PPS pun dah banyak buka tapi rata-rata ADUN masih lagi berbahas, yang sepatutnya benda ini dah bahas awal lah. Hari ini kalau nak bahas terus kepada VOT apa yang kita nak bahas dan minta penjelasan Kerajaan Negeri sahaja berhubung dengan peruntukan-peruntukan ini. Kalau kita semua terus berbahas, saya tak tahu bila kita nak habis Urusan Aturan Mesyuarat kita hari ini. Jadi, yang lebih saya pelik ni, belah Kerajaan yang lebih banyak buat kerja Pembangkang ni. Jadi bagi peluang kepada yang sebelah Pembangkang membahas benda ini dan kita fokus terus supaya semua Aturan Urusan Mesyuarat kita boleh diselesaikan cepat dan semua Yang Berhormat boleh balik ke kawasan menangani masalah-masalah banjir yang telah diceritakan di luar ni. Terima kasih Yang berhormat.

Timbalan Speaker

Terima kasih Kuang, mungkin kita boleh singkatkan perbahasan sikit. Kita teruskan dengan siapa yang tadi bangun Sungai Burong. Sungai Burong yang bangun.

Terima kasih Tuan Speaker dan ahli Dewan yang Mulia. Sungai Burong nak kaitkan atau nak bangkitkan PK1-Ekonomi dibawah kod projek PO 01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Kerajaan memperuntukkan RM6 juta untuk penyelidikan dan pembangunan ekonomi berbanding jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM27.5 juta. Jadi, soalan saya minta Kerajaan perincikan agihan mengikut wilayah dan nyatakan sekali justifikasinya.

Kedua, bagaimana Kerajaan memastikan bahawa RM20 juta dalam Belanjawan Selangor 2026 benar-benar memberi leverage kepada peruntukan RMK-13 bernilai RM145 juta dan bukan sekadar menjadi matching fund tanpa impak jelas di lapangan.

Ketiga, daripada senarai komponen IDRISS projek manakah yang telah diberi status keutamaan untuk 2026 dan berdasarkan kriteria apa pemilihan itu dibuat dan yang keempat bagaimana IDRISS diintegrasikan dengan pembangunan kampung tradisi, pertanian moden dan komuniti B40 di Selatan Selangor untuk memastikan manfaat tidak terhad kepada zon industri sahaja.

Dan yang kelima daripada senarai komponen SABDA projek manakah yang telah diberi status keutamaan untuk 2026 dan berdasarkan kriteria apa pemilihan itu dibuat. Jadi merujuk kepada Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Benam terkini, Kerajaan Negeri meletakkan keutamaan kepada projek berimpak tinggi di RS-1. Oleh itu adakah status sebenar projek-projek kategori Quick Win dan projek jangka sederhana.

Yang kedua, P13 Jabatan Pengairan dan Saliran muka surat 220, PK1 Kod Projek 01408 Projek Tebatan Banjir Sungai Tengi, Kuala Selangor, ada peruntukan lebih kurang RM50 juta, sedangkan projek tebatan banjir ini pada tahun ini hanya RM10 sahaja, minta penjelasan kenapa di kawasan yang terlibat juga banjir saban tahun dan pada musim tengkujuh tidak ada pembangunan projek untuk tahun Belanjawan 2026.

Seterusnya, P13 masih lagi JPS muka surat 229, PK5 Kod Projek 05201 iaitu PISMA Pelbagai Daerah. Jadi, nak tanya terlibat tak di Parit 4 di Sungai Burong iaitu pintu air ke laut, pintu air sungai ke laut sebab setakat ini termasuklah pada waktu yang banjir ini ia hanya diselenggara menggunakan manual oleh JPS ya, sedangkan air semakin membuak dan gambarnya sungguh menyedihkan, tertutup pintu air, nak keluar itu sebegini rupa tuan-tuan. Jadi, tak terlihat adakah dia termasuk dalam projek di kod yang dinyatakan.

Begitu juga di Parit 3, Parit 2, kampung yang tak cukup dalam dari sudut galian paritnya dan penyelenggaraan agak lemah di situ, mengakibatkan kebun-kebun orang-orang kampung di kawasan Parit 3, Parit 2 mengakibatkan tenggelam khususnya sawit apabila terkena air, hasil yang akan dikeluarkan terbantut dan tidak mengeluarkan hasil. Jadi dalam projek ini, PISMA Pelbagai Daerah ini adakah Parit 2, Parit 3 ini terlibat untuk tujuan tersebut.

Yang ketiga, P13 masih lagi JPS muka surat 230, PK6 Kod Projek 06112. Di sini walaupun melibatkan daerah Sabak Bernam, benteng Pantai Sungai Leman, tetapi saya melihat tidak ada projek di Parit 4 yang sekarang ini, sorry Parit 5 di kawasan Sekinchan iaitu benteng yang pecah. Dah kali kedua dia pecah dan dia mengakibatkan limpahan air masuk ke DUN kami di DUN Sungai Burong melibatkan tak kurang 7 - 8 rumah yang mengakibatkan banjir tambah pula pada musim Monsun Timur Laut yang membimbangkan. So, adakah itu projek termasuk

dalam Parit 5 punya benteng ataupun tidak? Termasuklah kod projek 06113, kedua-duanya ditulis kosong dan di manakah perkara ini nak dihalakan? Sebab tak nampak lagi masalah banjir itu dapat diselesaikan dengan RM10 peruntukan yang diletakkan.

Dan yang terakhir daripada Sungai Burong kod P-14 JAIS - Jabatan Agama Islam Selangor muka surat 236, PK1 Sekolah Agama. Seperti mana perbahasan yang telah Sungai Burong bangkitkan sebelum ini bahawa respon daripada Yang Berhormat EXCO Seri Setia menyatakan bahawa ada seolahnya perancangan untuk bandar-bandar ini diadakan dan dibuat projek sekolah untuk menampung permintaan yang tinggi dan kita tahu bahawa sekolah agama ini membekalkan modal insan yang baik kerana kita dengar kes kebelakangan ini dengan kes-kes yang cukup menggerunkan. Jadi seolah-olah dalam perancangan RMK-13 termasuklah Bajet atau pun Belanjawan 2026 pada kod yang saya sebutkan tadi (Kod Projek 01900) tidak ada, hanya wujud di kawasan bandar Kuala Selangor. Jadi apakah perancangan panjangnya di seluruh bandar-bandar besar khususnya kalau relate di kawasan daerah kami di kawasan Kuala Selangor yang memang nakkan sekolah agama lebih daripada satu kerana keperluannya yang agak mendesak. Jadi terima kasih Tuan Timbalan Speaker atas ruang. Assalamualaikum.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kajang ingin membangkitkan beberapa isu dan cadangan yang perlu kerajaan beri perhatian. Muka surat 200 Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Pecahan kepala 19 – Program Pembangunan Agro Food Park (AFP) dan Tanah Berpotensi. Kajang ingin menyentuh Kod Projek dari 19001, 19002 dan 19003.

Kajang melihat Kerajaan Negeri hanya menyumbang RM1 juta lebih sahaja berbanding kerajaan pusat iaitu sebanyak RM12 juta lebih melalui RMK-13. Maka Kajang ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah langkah atau kaedah yang sedang dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan rantaian bekalan makanan di negeri Selangor berada dalam keadaan baik tanpa perlu bergantung pada import dalam negara mahupun luar negara? Kajang berharap Kerajaan Negeri dapat menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh Kajang ini.

Muka surat 245 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Kajang ingin menyentuh mengenai pecahan kepala 1 bagi Kod Projek 01003 iaitu mengenai Rancangan Kawasan Khas (RKK). Kajang ingin bertanya apakah projek atau program yang akan dilaksanakan melalui RKK ini. Adakah peruntukan yang disalurkan kepada RKK ini boleh digunakan bagi projek untuk mencantikkan kawasan bandar di Kajang? Kajang telah bangkitkan dan telah memberi cadangan beberapa tempat yang boleh diusahakan sebagai daya tarikan baharu di Kajang. Bangunan lama di Kajang mempunyai potensi besar sebagai

nilai sejarah dan warisan kepada Kajang dan perkara ini akan memberi ruang kepada memperkuatkan industri pelancongan di Kajang. Maka Kajang ingin penjelasan adakah RKK ini berfokus dalam mencantikkan kawasan sedia ada atau ia lebih bersifat kepada kawasan belum membangun. Kajang mohon penjelasan mengenai perkara ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat Kajang. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian oleh sebab Urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan Urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil YAB Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Timbalan Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa suatu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah menyambung Persidangan sehingga selesai semua Urusan Dewan.

Dato' Ir. Izham Bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang bersetuju sila kata ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak

Usul dipersetujui.

Siapa yang bangun tadi? Sungai Panjang. Silakan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Oleh sebab nak selesaikan semua, Sungai Panjang cuba ringkaskan. Halaman 187 PK 2 Luar Bandar. Disebabkan RMK-13 2026 hingga 2030, ada sasaran nasional yang perlu Selangor penuhi antaranya mengecilkan ruang bandar dan juga desa. Jadi dari segi pendapatan dan akses perkhidmatan asas dan juga mentransformasi Kampung Tradisi dan Kampung Baharu kepada desa yang lebih produktif. Selangor luar bandar khususnya Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor masih lagi terperangkap dalam mid income rural trap, dengan izin. Soalan Sungai Panjang merujuk kepada butiran 02002 – Pembangunan Sosioekonomi. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM19.4 juta dengan jumlah ini apakah indikator khusus tahun 2026 bagi mengukur keberhasilan pembangunan sosioekonomi desa selaras sasaran RMK-13 termasuk peluang pekerjaan, pendapatan isi rumah dan akses perkhidmatan asas di kawasan luar bandar, internet dan sebagainya.

Butiran 02003 – Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi. Mohon perincian peruntukan ini akan digunakan di mana.

Butiran 02004 – Pembangunan Desa. Sejauh mana perbelanjaan Pembangunan Desa pada 2026 diselaraskan dengan keperluan sebenar mukim dan zon luar bandar di Selangor dan apakah indikator keberhasilan yang ditetapkan untuk menepati sasaran RMK13 dalam menjurangkan jurang bandar dan juga desa? Minta senarai DUN yang terlibat dan minta juga Kerajaan nyatakan prestasi tahun sebenar 2024.

Butiran 02005 – Kemudahan Asas atau Asas Desa. Apakah sasaran RP1 bagi peningkatan liputan kemudahan asas desa seperti jalan, air bersih, internet, longkang, perumahan desa di Selangor dan bagaimana Kerajaan memastikan capaian minimum 98% selaras sasaran RMK-13? Minta senarai mengikut DUN.

Butiran 02006 – Naik Taraf Atau Baik Pulih Jalan Luar Bandar. Minta kerajaan perincikan jumlah jalan luar bandar di Selangor yang disasarkan untuk dinaik taraf di bawah RP1 2026 dan sejauh mana kesan atau impak projek ini menyumbang kepada pencapaian sasaran RMK-13 untuk penghubungan ekonomi luar bandar.

Kemudian, Sungai Panjang pergi kepada Kod Projek PK4 halaman 214 04900 – Sabak Bernam 04902. Sungai Panjang ingin bertanya, ini telah tiga kali masuk dalam pembangunan dan ingin bertanya status projek Jalan B44 ini yang jalan paling panjang di negeri Selangor. Hampir boleh qasar jalan tu, daripada simpang tiganya sampailah ke sempadan Hulu Bernam. Jadi peruntukan ini hanya sampai ke Parit 4 Timur sahaja dan keperluan yang ada sekarang ini, jalan itu perlu ada laluan kecemasan kerana sekolah pun telah banyak dan yang terbaru ada Sekolah Binjai dinaik taraf sehingga ke SK11 bermakna laluan motor itu perlu untuk laluan B44.

Dan yang kedua terakhir, akhir juga tapi kedua terakhir. Pembangunan Projek Tebatan Banjir. Mohon perkembangan pada Kod Projek 01705.

Dan yang terakhir, Menaik Taraf. Kod Projek PK6 06110 – Menaik Taraf Benteng Pantai Sungai Nipah dan Pasir Panjang Daerah Sabak Bernam. Sungai Panjang mohon perkembangan projek.

Dan yang paling akhir Kod Projek PK8 08201 – iaitu Membina dan Menyiapkan Sebuah Kompleks Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Sabak Bernam. Ini rakyat Sabak Bernam telah lama menanti dan mohon perkembangan kod projek ini kerana dikhuatiri tempat yang ada itu dijadikan tempat lepak atau pun tempat berkumpulnya aktiviti yang tidak sihat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Bukit Gasing

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya pun akan menyentuh beberapa perkara dalam Usul Pembangunan ini. Tapi pertama untuk saudara saya daripada Kuang, kalau perlu balik kawasan baliklah tetapi Sidang Dewan ni adalah tempat untuk ADUN-ADUN memberi cadangan kepada Kerajaan membawa isu kawasan dan sebagainya. Jadi kita tidak payah menyekat ADUN-ADUN daripada membangkitkan isu dan hari ini saya hendak bangkitkan enam isu dan satu soalan.

Pertama, berkenaan pembangunan ICT dan Smart Selangor dalam PK1, saya sememangnya selalu menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan Smart Selangor. Saya ingin bertanya apakah perkembangan Kerajaan Negeri untuk mendigitalisasikan semua perkhidmatan kaunter di semua agensi kerajaan terutamanya PBT, Pejabat Daerah tetapi di atas keseluruhan agensi Kerajaan Negeri.

Pada zaman ini di mana hampir semua orang mempunyai satu smart phone mempunyai akses kepada internet. Saya harap kita boleh permudahkan akses kepada perkhidmatan kerajaan kepada seluruh rakyat. Tidak perlu lagi datang beratur di kaunter di pejabat kerajaan untuk sebarang urusan. Kaunter-kaunter tersebut jangan tutup dulu. Ada di kalangan masyarakat kita yang perlu datang dan buat secara manual tetapi kepada mereka yang lebih rela untuk membuat urusannya melalui atas talian kita harus menyediakan perkhidmatan tersebut dengan selengkapnya.

Jadi saya ingin bertanya siapakah Ahli MMKN yang bertanggungjawab bagi memastikan semua perkhidmatan yang wujud di semua agensi dan pejabat Kerajaan Negeri supaya mempunyai perkhidmatan atas talian. Apa perkembangan? Adakah kita sudah capai tahap 70%, 80%. Berapa banyak lagi perkhidmatan yang masih belum dapat dilaksanakan atas talian. Dan bilakah tahun berapakah kita akan siap melakukan semua perkhidmatan atas talian? Ini yang pertama.

Yang kedua, untuk isu pengangkutan izinkan saya memberi cadangan untuk perkhidmatan BRT. Saya sangat gembira perkhidmatan BRT sekarang menjadi luas dan famous. Apabila kita mulakan perkhidmatan kumpul di Petaling Jaya pada 2021, ramai tidak pernah dengar konsep ini di mana kita pakai van secara perkongsian dan konsep BRT tidak pernah didengari oleh masyarakat di Malaysia. Tetapi sekarang kita mempunyai banyak perkhidmatan Rapid KL pun telah membeli 300 van untuk memberi perkhidmatan di seluruh Lembah Klang dan juga di negeri-negeri lain. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri pada masa tersebut beberapa tahun yang lepas memang perlu dan bagus Kerajaan Negeri terlibat dalam perkhidmatan BRT di kawasan bandar.

Saya ingin mencadangkan untuk perbelanjaan tahun 2026 dan selanjutnya perkhidmatan BRT Kerajaan Negeri ditumpukan di kawasan luar bandar. Kawasan bandar telah luas diberi perkhidmatan oleh Rapid KL dan saya lihat trend dia, dia akan semakin hari semakin tambah perkhidmatan BRT di kawasan bandar tetapi di luar bandar kita harus sampai ke satu tahap that, walaupun di Pekan Sungai Besar, walaupun di Sepang, pelancong, pengunjung, orang tempatan boleh bergerak tanpa kereta sendiri. Ini adalah satu perkhidmatan yang boleh membangunkan kawasan luar bandar dan boleh memberi keselesaan kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Yang ketiga, isu perumahan. Terima kasih EXCO perumahan yang hadir dalam dewan. Saya ingin membawa tiga isu, yang pertama rumah transit untuk anak muda. Perkara ini pernah di bincang beberapa kali dan saya berterima kasih, kita ada pelbagai program rumah SelangorKu untuk pembeli, program SMART Sewa untuk penyewa, tetapi bagaimana program untuk jangka masa pendek, mungkin enam bulan, setahun kepada mereka yang memerlukan satu perumahan sementara, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memajukan satu skim untuk golongan ini? Yang kedua di bawah perumahan ialah skim perumahan untuk warga emas terutamanya dan warga bujang yang tidak memerlukan rumah tiga bilik. Sekarang semua program perumahan kami daripada PPR kepada SMART Sewa kepada program jualan rumah Selangorku adalah rumah tiga bilik, sama ada 750 kaki persegi ke 1000 kaki persegi adalah rumah 3 bilik. Tetapi di mana kita lihat kes warga emas yang bujang, mereka boleh berkongsi tiga orang dalam satu rumah, kita boleh sewakan satu bilik demi satu bilik dan kalau ada tiga orang yang tinggal dalam satu rumah, ada juga interaksi sosial yang adalah bagus untuk mereka. Adakah Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memulakan satu skim seperti ini? Kalau lihat jiran kita di Singapura, mereka pun mempunyai satu skim seperti ini di mana dua dewasa yang bujang yang tidak mempunyai rumah sendiri, di kongsikan dalam satu rumah. Bukan sahaja membantu dari segi mengurangkan kos, kalau kita sewakan satu flat dalam skim Smart Sewa kepada mereka, tiga bilik mereka tak perlu tiga bilik tersebut, mereka tinggal satu bilik, dua lagi kosong ataupun kucing yang tinggal lagi dua bilik. Tetapi jika di kita padankan mereka yang bersesuaian, mereka kongsi satu apartment, maka kos dapat dijimatkan dan secara sosial, mereka mempunyai interaksi sosial tersebut.

Dan yang ketiga, isu penyelenggaraan flat kos rendah. Saya menyambut skim ceria yang masih berterusan di dalam bajet pembangunan kami. Saya berharap skim untuk mengambil alih penyelenggaraan seperti mana yang disebutkan dalam manifesto pilihan raya yang lepas, dapat dimulakan secepat mungkin. Kalau tak ada dalam manifesto saya tak payah cakap hari ini, tetapi disebabkan ada dalam manifesto saya harap boleh dipercepatkan pelaksanaan mengambil alihan pelaksanaan flat kos rendah demi menjaga kebajikan penduduk di sana apabila flat itu selenggara dengan sempurna, maka kualiti kehidupan rakyat termiskin kami terbela.

Saya gerak kepada topik seterusnya perindustrian dan pelaburan. Di mana kerap kita dengar usaha Kerajaan Negeri menarik pelaburan negeri Selangor, saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas pelbagai kejayaan Kerajaan Negeri dalam menarik pelaburan masuk ke Selangor. Saya ingin bertanya berkenaan usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan eksport dan membantu syarikat-syarikat yang bertapak di negeri Selangor meningkatkan eksport mereka ke luar negara. Saya kira perkara ini juga penting dalam membantu pertumbuhan ekonomi di Selangor setiap barang yang di eksport keluar membantu meningkatkan nilai mata wang kita, setiap barang yang kita eksport keluar membantu meningkatkan pendapatan rakyat kita.

Isu kelima, isu pelancongan. Sedikit sahaja saya sentuh berkenaan pelancongan, apakah strategi kerajaan untuk membantu pelancongan dalam bandar? Banyak produk pelancongan kami adalah di luar bandar, di kawasan pantai, di kawasan rekreasi hutan, tetapi di kawasan bandar, apakah strategi pelancongan kami. Saya lihat satu website popular klook, kalau kita lihat di setengah destinasi, terdapat pelbagai jenis produk tour experiences dan sebagainya yang boleh di kunjungi oleh pelawat kepada bandar-bandar tersebut. Kalau tengok di New York, tengok di Singapura, tengok di Bali, cukup banyak produk, tetapi kalau search Petaling Jaya di klook, jarang jumpa apa-apa produk. Kalau kita nak galakkan pelancong yang datang ke Kuala Lumpur untuk juga memakai produk pelancongan di Selangor, kita perlu tingkatkan promosi dan saya ingin menggalakkan dalam usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan pelancong untuk jangan lupa membangunkan pelancong kawasan bandar di sini. Yang kedua, Air Asia merupakan satu hub satu pergerak manusia yang besar di rantau ini. Banyak orang bersinggah di KLIA untuk tukar kapal terbang, hub transport yang agak besar. Saya ingin menggalakkan Kerajaan Negeri Selangor untuk bekerja sama dengan Air Asia,perkenalkan stay over satu malam, dua malam atau tiga malam di Klang Valley supaya mereka yang pergi di antara Thailand ke Australia boleh memilih untuk tambah stay dua hari di Kuala Lumpur atau bila di stay di Kuala Lumpur itu, potensinya stay di Selangor untuk mereka mengalami satu dua hari di Malaysia sambil mereka bergerak daripada Kazakhtan ke Australia ataupun daripada Turkey ke Jepun, bila mereka tukar kapal terbang di KLIA 2, jangan hanya singgah tiga jam tapi mungkin boleh singgah 3 hari, tetapi usaha ini memerlukan kordinasi dan saya ingin menggalakkan Kerajaan Negeri untuk bekerja ke arah tersebut. Ia juga memerlukan pengangkutan yang murah daripada KLIA ke kawasan-kawasan di Selangor, contoh daripada KLIA ke kawasan Sunway Lagoon, Sunway Pyramid, macam mana kita nak bergerak sekarang. Rata-ratanya pilihan dia Grab sahaja, kalau nak naik pengangkutan secara murah hanya terhadap ke KL Central daripada KLIA. Di mana sambungan bas daripada KLIA ke Bandar Utama, dari KLIA ke Sunway, KLIA ke Kajang dan sebagainya. Perkara ini boleh membantu meningkatkan pelancongan jangka masa pendek kepada mereka yang singgah.

Isu keenam adalah isu monyet. Di kawasan hutan Bukit Gasing semakin hari semakin monyet keluar daripada kawasan hutan kerana rasa tertekan, rasa teringin sangat nak cari makan dan masuk kepada kawasan perumahan. Kawasan seksyen 5 yang mengelilingi kawasan

hutan Bukit Gasing, sering mendapat aduan daripada monyet, semakin tahun semakin ganas dan semakin agresif mereka keluar daripada hutan. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, Jabatan Veterinar, kepada mana-mana agensi, macam mana kita nak tangani isu ini. Sebab, setakat nak minta penduduk ikat tong sampah tak mencukupi lagi. Monyet ini pun masuk ke dalam rumah, masuk ke dalam dapur untuk cari makan dan saya harap kita boleh pertimbangkan usaha untuk mengalihkan monyet ini daripada hutan Bukit Gasing kepada satu hutan yang lebih sesuai demi keselesaan monyet ini dan keselesaan manusia yang tinggal di sekeliling kawasan hutan Bukit Gasing. Mungkin juga projek pembangunan di Kuala Lumpur semakin menghampiri kawasan hutan dan mengurangkan tempat rayau untuk monyet ini tetapi apa-apa dia, sebab dia masalah ini memang berterusan dan sesuatu harus dilakukan.

Akhir sekali, selepas enam isu yang saya bangkitkan, satu soalan saya perhatikan P01 perkara PK19, dua ratus empat puluh satu juta ringgit di bajetkan untuk pelbagai. Saya ingin tanya kepada Kerajaan Negeri, adakah pelbagai ini projek-projek yang telah dikenal pasti kerana angka dua ratus empat puluh satu juta merupakan satu angka yang besar, merupakan lebih daripada sepuluh peratus bajet pembangunan kami, adakah projek-projek di sini sudah dikenal pasti ataupun belum dikenal pasti, apakah sebab projek-projek, item ini pelbagai biasanya pelbagai ialah satu angka yang kecil, tapi kali ini pelbagai ini adalah lain-lain dan lain-lain adalah satu angka yang sangat-sangat besar melebihi semua lain item dalam bajet pembangunan kali ini. Jadi saya mohon penjelasan daripada kerajaan ini, sekian terima kasih, saya menyokong usul ini.

Timbalan Speaker

Terima kasih Bukit Gasing. Ada lagi? Pembahas pembangkang, Permatang silakan.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Permatang ingin membawa perhatian Dewan berkenaan dengan PK 2 Luar Bandar Kod Projek PK2 Luar Bandar, Kod 02003 Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi. Permatang ingin membawa perhatian Dewan kepada potensi pelancongan desa untuk membangunkan ekonomi kampung tradisi. Memandangkan Belanjawan peruntukkan sebanyak RM2.5 juta untuk seluruh Selangor adalah agak kecil. Justeru saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewartakan persisiran pantai dan sungai di utara Selangor sebagai zon pelancongan. Sebagai contoh termasuklah Sungai Ban Cannal, Sungai Pasir dan juga Sungai Pasir Penambang dalam membolehkan pembangunan infrastruktur pelancongan kampung dan juga membolehkan lebih banyak lagi lesen-lesen perniagaan dan juga lesen inap desa dan juga dapat menyediakan insentif untuk pengusaha tempatan untuk menarik, untuk menambahkan ekonomi di kawasan utara Selangor termasuklah kawasan Permatang. Jadi pewartaan ini dilihat akan membuka peluang ekonomi baru untuk penduduk kampung dan juga meningkatkan nilai kawasan secara terancang.

Yang keduanya Tuan Speaker, di bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan PK 4, Sosial Peruntukan bagi Kod Bencana 04010 yang berjumlah sebanyak RM500,000 untuk seluruh negeri Selangor. Kita lihat pada hari ini sendiri, kita lihat dah mula banjir di merata-rata dan juga banyak juga tempat termasuk Permatang juga ada banjir dan juga mengalami bencana ini. Jadi kita mengikut laporan tahun lalu Kerajaan Negeri melaporkan kerugian banjir sahaja mencecah RM22.6 juta jauh kita lihat lebih besar daripada RM500 ribu ini. Kita juga ada tragedi, kita tidak boleh lupakan tragedi letupan gas Putra Height yang hingga hari ini kita lihat, masih lagi meninggalkan ramai keluarga mencari penyelesaian sebagai contoh, ada yang mengadu ada fasa bantuan ketiga, katanya sewa masih lagi tertangguh dan juga masih menanggung kos pemulihan. Jadi kita lihat kos peruntukkan bencana ini kelihatannya agak kecil kerana kita lihat hari ini sahaja ramai kawasan-kawasan dah di, sedang menghadapi banjir.

Kemudian Tuan Speaker yang ketiga, saya ingin menyentuh PK 7 Generasi Muda dan Sukan, Kod 07003 di mana menyentuh berkenaan pembangunan sukan. Saya ingin mengemukakan kepada Dewan berkenaan berhubung dengan jawapan yang saya terima daripada Kerajaan Negeri terhadap soalan berkenaan pembinaan gelanggang bowling padang di Kuala Selangor. Jadi, dalam jawapan rasmi Dewan yang saya terima, gelanggang ini tidak dapat diadakan di Kuala Selangor kerana tumpuan diberikan kepada fasiliti SUKMA 2026. Cuma saya ingin mengingatkan Dewan Yang Mulia ini, bahawa SUKMA kalau kita lihat tertumpu hanyalah di kawasan bandar, kami di kawasan luar bandar ini di Kuala Selangor ini, bila kita minta gelanggang bowling padang, minta, saya juga ada minta untuk membetulkan padang bola juga, jawapan yang sama diberikan, tidak dapat diberikan peruntukkan kerana untuk fokus kepada SUKMA yang bakal diadakan. Jadi saya harap supaya Dewan yang Mulia ini dapat melihat kerana saya harap, harapan saya agar pembangunan sukan kita janganlah menjadi seolah-olah seperti bandar centric dengan izin Tuan Speaker, sedangkan daerah kita di luar bandar kelihatan terus terpinggir. Saya juga ingin ...

Timbalan Speaker

Seri Serdang nak mencelah.

Tadi saya ada terdengar perbahasan Permatang berkenaan dengan Putra Height. Saya nak tanya pada Permatang, Permatang ada turun ke Putra Height melihat sendiri pembangunan dan kerja-kerja yang telah kita lakukan di Putra Height?

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya sendiri sebenarnya terlibat daripada awal, daripada bencana itu dan juga ada juga yang mengadu dengan Putra Height dan juga bencana, jadi yang meminta untuk bertanyakan tentang fasa ketiga, sewa perumahan, itu yang saya bangkitkan tadi. Kerana ada, dengan izin Tuan Speaker, untuk pengetahuan Dewan saya juga ada juga yang peguam Putra Height dan sebagainya ada yang menyatakan mereka tertanya-tanya tentang sewa fasa ketiga, katanya dijanjikan sewa itu

selama setahun, tapi sekarang ini hanya dapat fasa pertama dan fasa kedua sahaja. Jadi ini keluarlah daripada perbelanjaan pembangunan, harap saya boleh teruskan dengan kita punya peruntukkan pembangunan.

Cuma saya rasa jauh daripada Kuala Selangor tu lari ke Putra Heights tu. Lari jauh dia punya distance tu. Pasal dia punya Wakil Rakyat ada dua orang ni, hidup lagi ni. Seri Serdang dengan ni. So saya kira mungkin Permatang perlu lebih memperhalusi lah setiap aduan. Kerana aduan ini kadang-kadang ialah emosi dan sebagainya.

Timbalan Speaker

Tak pe. Boleh terus.

Saya kira boleh fokus dengan kawasan sendiri

Timbalan Speaker

Teruskan Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya kena jawab lah Tuan Speaker. Kalau dia dah tanya. Sebab kerana

Timbalan Speaker

Kenapa?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Permatang, memandang Putra Heights tadi, Fasa Ketiga telah pun dibayar minggu ni. Adakah orang yang complaint kepada Permatang ada bagi tahu telah menerima Fasa Ketiga? Tak ada ya? Tak ada ya?

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Okey. Saya pun, memandangkan Tuan Speaker. Saya terpaksa jawab lah. Dia dah tanya.

Tak pe. Tak pe.

Timbalan Speaker

Ringkaskan. Ringkaskan ye.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Memandangkan kita hari ini pun baru hari Isnin, Yang saya pun diberitahu, terakhir pada Jumaat yang lepas mungkin dia baru dapat la kot hari ini. Mungkin pagi ini dia tak sempat lagi nak cakap dengan saya. Jadi kalau berkenaan dengan tanya kenapa daripada Kuala Selangor ke Putra Heights. Itu lah tanggungjawab, kami ni, Perikatan Nasional ni, kita ni menjaga Selangor. Bukan sahaja hanya di kawasan saya. Tapi saya juga sebagai, ialah sebagai, ialah, Ketua Penerangan, saya

Timbalan Speaker

Permatang. Teruskan isu Permatang

Kalau Permatang menjaga kawasan Selangor, macam mana Permatang tak tahu yang pembayaran kali ketiga telah dijelaskan.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Boleh saya teruskan? Saya rasa boleh la saya teruskan Tuan Speaker. Hah?

Kalau Permatang kata menjaga satu Selangor, macam mana Permatang tak tahu pembayaran untuk kali ketiga tu dh dijelaskan.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya teruskan. Hari ini pun baru hari Isnin.

Jadi saya kira tak tepat tu. Kalau Permatang menjaga kawasan Selangor, macam mana Permatang tak tahu yang pembayaran kali ketiga telah dijelaskan. Kalau Permatang kata menjaga satu Selangor, macam mana Permatang tak tahu pembayaran untuk kali ketiga tu dh dijelaskan.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya teruskan ye Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Teruskan perbahasan, Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya rasa.

Saya rasa perbahasan tu tak kena. Sebab tu saya kata, fokus kepada kawasan sendiri. Kami berdua ada. ADUN kawasan ini ada kat sini. Kami pun tak cerita apa. Tak payah masuk campur. Jaga Kawasan sendiri sahaja. Jangan sebuk urusan orang lain.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya rasa kelihatannya begitu emosi Seri Serdang hari ini. Apabila saya berbahas tentang ini.

Yang Berhormat Speaker, kita ni bahas pasal Belanjawan ke bahas pasal apa?

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Tiga orang yang bangun ni. Tiga orang yang bangun.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Tujuan saya sekarang saya ingin bertanya kepada Dewan……

Rulling. Rulling. Rulling. Rulling, Tuan Speaker. Kita ni berbahas belanjawan ke apa ni?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, mohon kebenaran. Peraturan Tetap ke apa ini?

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Sekarang ni perbahasan, floor Permatang. Kena dapat kebenaran. Peraturan tetap. Permatang. Permatang bagi ke dia orang bangun ni? Tak bagi. Permatang teruskan.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Seandainya bantuan itu telah diberikan pada minggu ini, yang bermula pada minggu ini, hari Isnin, terima kasih saya ucapkan. Dan saya harap semua mendapatlah dengan, peruntukan ini dapatlah diberikan dengan, kepada semua. Itu sahaja. Jadi kalau seandainya kita dah dapat, Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan.

Kalau tak dapat, kami dua orang ni akan bising dulu.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya cuma sampaikan apa yang aduan kepada saya. Saya rasa cukuplah kot Seri Serdang. Saya ada lagi perbahasan nak bentang.

Saya kira fokus kepada kawasan sendiri lah tak payah masuk campur hal orang. Kami berdua tahu lah nak jaga kawasan kami macam mana.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Oooo, kita kalau camtu, kita kena tengok lah satu Selangor ini. Kitakan nak mendapatkan Greater Selangor.

Macam nak jaga satu Selangor. Dah dapat bayaran pun tak tahu.

Timbalan Speaker

Permatang teruskan. Ada masa tinggal beberapa minit lagi.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Jadi masa ni saya nak bawa balik kepada kawasan saya di Permatang, memandangkan tadi dah, saya minta lebih masa lah dari Tuan Speaker walaupun hari ini tak ada pantun sebab kita nak cepat. Jadi, ok, tadi berkenaan dengan keadaan boling padang. Gelanggang boling padang. Kerana saya ingin menarik perhatian Dewan kerana jawapan ada menyebutkan sekiranya ada permintaan tinggi, jadi untuk diadakan, baru boleh diadakan boling padang. Jadi saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa kami ada dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Pengkalan Permatang dan Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor, di mana sekolah-sekolah ini telah melahirkan ramai atlet boling padang peringkat, bukan sahaja peringkat negeri malah peringkat kebangsaan, Tuan Speaker. Dan lebih membanggakan, anak jati Kuala Selangor, anak jati daripada Permatang sendiri Cik Farah Ain dari Kampung Sungai Yu, Tuan Speaker, telah dinobatkan sebagai pemain boling padang terbaik dunia dan juga juara dunia. Jadi saya ingin meminta perhatian Dewan agar diberi sikit perhatian berkenaan gelanggang boling padang di Permatang kerana kami di Permatang ni di kawasan kami, boling padang adalah salah satu sukan yang sangat-sangat penting. Bukan sahaja pickleball. Pickleball tak ada kat Permatang. Kita ada boling padang sahaja.

Sokong belanjawan tidak?

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Tuan Speaker, saya ingin meneruskan tentang PK14 Skop Projek 14008 berkenaan dengan Menaik Taraf Perpustakaan tadi, Cawangan Tanjung Karang. Kerana saya ingin tanya satu sahaja, saya harap untuk diberikan tarikh pasti bagi tarikh siap perpustakaan baru di Tanjung Karang ini. Okey. Kemudian Permatang teruskan PK18 Program Iltizam Selangor Penyayang, Kod Projek 18002 Skim Kesihatan Wanita. Saya ingin membangkitkan isu yang saya lihat isu kritikal berkenaan Skim Kesihatan Wanita Selangor ini di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Kerana saya lihat program ini adalah satu program yang amat baik lah, kerana ia menjaga dan menjaga kesihatan wanita. Namun, saya lihat di dalam Belanjawan ini, dalam buku, dalam perbelanjaan ini saya menarik perhatian, dilihat tiada satu pun angka Belanjawan khusus untuk program ini pada tahun hadapan. Jadi saya ingin bertanya kepada Dewan apakah status insentif di bawah Skim Kesihatan Wanita ini? Kemudian, saya ingin meneruskan kepada PK18, Tuan Speaker, Kod 18009 Skim Mesra Usia Emas. Dalam Belanjawan 2026 Kerajaan Negeri dalam ucapan telah memperuntukan sebanyak RM55 juta untuk baucer RM150 warga emas dan OKU melalui SMUE. Ini adalah salah satu saya lihat program berkebajikan yang baik di Selangor. Namun begitu, permohonan baru telah ditutup secara online sejak 1/12/2024 lagi. Jadi kita tak tahu bila tarikh dia akan dibuka semula. Dan ini adalah, telah mengakibatkan ramai warga emas yang baru mencecah umur 60 tahun tidak

dapat menikmati insentif ini. Jadi, saya juga ingin bertanyakan kerana semenjak daripada tahun Belanjawan 2024 program ini dikatakan akan didigitalisasikan. Jadi soalan saya, bilakah program ini akan didigitalisasikan sepenuhnya. Dan juga, saya juga ingin bertanya kepada Dewan kerana kalau kita lihat dalam PK18 ni tadi, dalam PK18 ni tadi dia mencatatkan Belanjawan ini dilihat mencatatkan sebanyak RM49 juta. Tetapi dalam ucapan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di umumkan RM55 juta. Jadi Permatang ingin bertanya, apakah nilai sebenar SMUE ini, adakah RM49 juta atau RM55 juta. Kerana perbezaan ini agak, bukan lah kecil. Jadi akhir sekali, Permatang ingin mencadangkan untuk program sebaik, ahhh, saya puji ni, inisiatif sebaik SMUE ini untuk menambahbaik lagi. Kita harap jangan lah dapatkan, apa, baucer tu hanya digunakan dikedai-kedai tertentu sahaja, kerana ramai kami di Tanjung Karang, kita ada banyak kedai-kedai runcit. Jadi kalau Permatang mencadangkan kalau kata dah didigitalisaikan, apa kata kalau lebih baik seandainya program ini kita, ditukarkan kepada e-wallet, sebagai contoh, supaya warga emas ni tadi tak perlulah pergi jauh-jauh untuk menebus baucer ini. Sekian, daripada Permatang.

Timbalan Speaker

Kalau tak ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin membahas usul Pembangunan ini Ada lagi? Kalau tak ada, saya menjemput pihak MMKN, ada apa-apa? Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan boleh memberi sedikit penggulungan? Ya, Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Assalamualaikum WBT. Salam Kita Selangor Membangun Bersama. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya bangkit bagi menggulung isu dan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkait dengan portfplio kemajuan desa di bawah kod 02006. Yang Berhormat Ijok, Damansara, Kota Damansara, Sungai Panjang dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain ada membangkitkan berkaitan naik taraf dan baik pulih jalan luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat, Ijok berkaitan dengan penerapan tanah atau jalan izin lalu berdasarkan, dasar sedia ada penerapan bagi jalan berkenaan memang tidak boleh menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri mamandangkan ianya adalah tanah persendirian dan tidak direzabkan di bawah Kerajaan Negeri. Bagaimana pun sekiranya ianya adalah tanah yang direzabkan sebagai tanah Kerajaan, permohonan bolehlah dikemukakan kepada PDT di kawasan berkenaan. Daripada segi kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih jalan luar bandar, permohonan bolehlah dipanjangkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah PDT masing-masing yang kemudiannya akan diangkat kepada Seksyen Agihan dan Pembangunan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) untuk pertimbangan dan kelulusan berdasarkan keutamaan semasa. Berhubung permohonan

Yang Berhormat Sungai Panjang, untuk mendapatkan butiran projek mengikut DUN, saya tak ada senarai penuh buat masa ini. Perkara ini akan diteliti oleh pihak UPEN dan akan dijawab

secara bertulis kepada Yang Berhormat berdasarkan maklumat sedia ada. Saya juga mengambil maklum berhubung ulasan Yang Berhormat Kota Damansara berhubung peruntukan RM1 juta oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf dan baik pulih jalan luar bandar yang disifatkan sebagai tidak mencukupi untuk jalan-jalan luar bandar di negeri Selangor. Selain daripada itu, sebagai tambahan, juga untuk makluman Yang Berhormat KKW juga mengguna pakai garis panduan perlaksanaan jalan perhubungan desa termasuklah berkaitan skop kerja, garis panduan dan tatacara penyelenggaraan jalan luar bandar menggunakan peruntukan MARRIS. Semoga dengan perjasama ini Kerajaan Persekutuan dapat menampung kekangan peruntukan Kerajaan Negeri dan jalan-jalan luar bandar ini.

Berhubung permohonan baik pulih jalan luar bandar di kawasan kampung Yang Berhormat Kota Damansara, saya minta agar Yang Berhormat untuk menghantar permohonan kepada PDT dan memberi salinan kepada saya untuk diteliti pada tahun hadapan.

Seterusnya cadangan Yang Berhormat Kota Damansara juga, berkenaan perpustakaan. Secara umumnya perpustakaan berada di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Walau bagaimanapun, daripada segi kewujudan hub komuniti desa, termasuklah elemen perpustaan di bawah bandar sememangnya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di bawah PLANMalaysia Selangor ada melaksanakan pembinaan Pusat SMART Desa. Pada masa ini terdapat 5 Pusat SMART Desa yang dibangunkan di kawasan Balai Raya sedia ada iaitu di Kampung Endah, Kuala Langat, Kampung Sungai Tawar, Sabak Bernam, Kampung Seri Taman Baru, Ampang, Kampung Budiman, Petaling dan Kampung Telok Gong, Klang. Pada masa yang sama, seperti yang diasaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Kerajaan Negeri turut komited untuk memperkukuhkan sinergi bersama anak syarikat MBI khususnya bersama SMARTSel bagi mempergiatkan usaha menyediakan Pusat SMART Desa di setiap DUN negeri Selangor menjelang Rancangan Malaysia ke 13 atau pun RMK13. Kerajaan Negeri juga yakin bahawa program SMART Desa bukan sahaja akan merapatkan jurang digital, antara bandar dan luar bandar, tetapi juga akan menjadikan komuniti desa yang berilmu melalui elemen perpustakaan, pusat komputer dan ruang kongsi yang boleh digunakan sebagai Pusat Tuisyen atau tempat belajar oleh anak-anak muda di kampung.

Yang Berhormat Sungai Burong ada membangkitkan berkaitan pemilihan dan keutamaan projek-projek di bawah kawasan pembangunan Sabak Bernam (SABDA). Untuk makluman, Mesyuarat Majlis Perundingan Sabak Bernam (SBCC) selaku Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah SABDA, telah memutuskan bahawa setiap projek, program dan inisiatif PPI ini di bawah SABDA mestilah benar-benar dinilai dan hanya PPI yang mempunyai kebolehlaksanaan dan kemampuan mematuhi syarat nyata tanah dan mempunyai peluang pelaburan kepada ekonomi negeri dan tempatan akan dipilih dan diluluskan untuk dilaksanakan. Bagi memelihara identiti kampung tradisi serta memelihara gaya hidup dan alam semulajadi, permohonan Sabak Bernam dirangka dengan insiatif untuk meningkatkan

ekonomi tempatan yang berpotensi tinggi. Aktiviti ekonomi tempat berpotensi tinggi ini adalah eko-agro pelancongan yakni menjadikan antaranya Sungai Tawar sebagai Hub Kampung Tradisi Warisan Negeri dan Hub Bekalan Keselamatan Negeri khususnya dalam sektor pertanian dan juga perikanan. Sebab itulah Majlis Perundingan Sabak Bernam telah meminta untuk MBI dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa yakni di bawah PLANMalaysia Selangor untuk meneliti semula dan menggubal satu pelan tindakan blueprint SABDA yang lebih tersusun dan holistik berdasarkan potensi KPI projek program inisiatif yang memenuhi kebolehan dan kekuatan ekonomi setempat.

Bagi projek 02003 Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi 2.5 juta, Yang Berhormat Sungai Panjang dan Permatang ada membangkitkan berkaitan vot pembangunan ekonomi Kampung Tradisi. Untuk makluman Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi menerima pertambahan peruntukan tambahan sebanyak 25% iaitu RM2.5 juta untuk tahun hadapan berbanding RM2 juta untuk tahun 2025. Bagi peruntukan Vot ini, terdapat tiga keutamaan inisiatif dan projek yang di rencana, yang ini pembangunan sosial dan pemasyarakatan, penjenamaan dan pembudayaan kampung serta pemantapan kepimpinan kampung.

Peruntukan akan diguna bagi meningkatkan kualiti taraf hidup dan ikatan kemasyarakatan warga desa melalui pelaksanaan program-program kemasyarakatan seperti Program Keceriaan Desa, Program Kebudayaan dan Sukan Rakyat, Penjenamaan Identiti Kampung, Pemerkasaan Kepimpinan JPKK dan penghargaan kepada Kampung-Kampung Tradisi dan Ikon Ketua Kampung. Selain daripada itu sebagai tambahan, khusus kemahiran dan pembangunan kepimpinan kampung dan sahsiah kepada JPKK. Pengerusi JPKK juga dilatih dengan kemahiran meditasi dan ke arah pensijilan sebagai model komuniti di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang akan menjadikan Pengerusi JPKK sebagai ejen pendamai atau orang tengah di dalam membantu menyelesaikan masalah dan pertikaian kecil di peringkat akar umbi atau kampung masing-masing tanpa perlu dibawa ke pihak berkuasa atau proses Mahkamah.

Seterusnya bagi menambah baik Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Negeri Selangor Kerajaan Negeri akan menimbangkan untuk melaksanakan Kajian Separuh Penggal yang ini PSP Pelan Hala Tuju Strategi Desa 2035 oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor di bawah Plan Malaysia Selangor. Kajian Separuh Penggal ini akan mengemas kini maklumat terbaru berdasarkan Jabatan Kajian Pengemaskinian Profil dan Sepadan Kampung Negeri Selangor 2025 dan yang baru sahaja dilengkapkan serta mengambil kira perubahan-perubahan besar dan terkini untuk menyiapkan kampung-kampung yang kalis masa depan dan mendepani cabaran dan peluang masa kini.

Bagi Kod Projek 02005 Kemudahan Awam Asas Desa yakni RM1 Juta, Yang Berhormat Sungai Panjang juga ada menyentuh mengenai Vot Kemudahan Awam Asas Desa. Untuk makluman Dewan, peruntukan di bawah kod projek ini adalah di khususkan kepada kerja-

kerja yakni penyelenggaraan menaik taraf dan penambahbai pemulihan kemudahan awam dan humanity social serta balai raya dan kemudahan sukan seperti gelanggang futsal, kemudahan infrastruktur digital iaitu penyediaan liputan jalur lebar percuma, balai raya atau pusat komuniti pilihan dan penambahan Pusat Smart Desa sebagai pusat sehenti untuk kegunaan warga desa sebagai pelbagai umur bagi menggunakan perkhidmatan jalur lebar percuma, pusat internet, kelas tambahan dan juga pusat komuniti.

Bagi tujuan kegunaan peruntukan ini, seperti mana kegunaan Vot Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah akan mengemukakan permohonan kepada Seksyen Agihan dan Pembangunan (AP) Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) yang akan diputuskan mengikut keperluan dan keutamaan semasa. Sekian sahaja penggulungan daripada saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang membahas pada petang ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Seri Setia...

Tuan Dr. Mohammad Fahmi NgahPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah bertanya mengenai isu-isu di bawahan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Vot P14 Jabatan Agama Islam Selangor. Saya mulakan Yang Berhormat Meru yang bertanya sama ada bolehkah peruntukan untuk surau-surau dinaikkan kepada angka melebihi RM500 ribu, saya pasti sebagai seorang ADUN, Yang Berhormat ada peruntukan yang boleh diberikan kepada surau-surau tersebut. Namun sekiranya ada keperluan mendesak daripada surau-surau di bawah yang memerlukan sedikit keutamaan untuk dibelanjakan duit RM500 ribu ini atau pun daripada tabung-tabung yang ada di negeri Selangor seperti TIJARI, permohonan itu dialu-alukan untuk dipanjangkan kepada pejabat saya.

Yang kedua, Yang Berhormat Seri Serdang menzahirkan kebimbangan mengenai pembinaan Sekolah Rendah Agama Puchong Utama. Sekolah ini Yang Berhormat, walaupun seperti mana sekolah-sekolah lain, ia akan bermula di dalam Buku Belanjawan dengan RM10 tapi bila dah ada dalam Buku Belanjawan itu dia akan dikekalkan dan akan ada tahun dia di mana akan ada angka juta yang akan diletakkan untuk pembinaan sekolah tersebut. Untuk makluman buat masa ini, kos sekolah tersebut masih belum dimuktamadkan oleh pihak JKR, jadi penilaian itu harus berlaku dahulu sebelum kita tetapkan perbelanjaan yang diperlukan untuk pembinaan sekolah tersebut.

Untuk Masjid Taman Lestari Putra Puchong, yang sekarang ini seperti mana Sekolah Rendah Agama tadi bertahun-tahun ada RM10 tahun ini telah ada RM1 Juta. Pihak JAIS telah memberikan jaminan bahawa kerja-kerja awalan dan masuk tapak akan dimulakan pada tahun hadapan. Setakat ini, Masjid ini akan dibangunkan menggunakan formula 10, 40, 50 di mana itu adalah peratusan-peratusan yang akan dibiayai oleh pihak-pihak yang berkait. 50% akan dicadangkan untuk diperolehi daripada ICU, 40% akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri

dan 10% oleh Kariah. Jadi anggaran Masjid itu dianggarkan bernilai RM20 juta, bahagian Kariah telah pun ada lebih kurang RM2 juta, dan Kerajaan Negeri telah memberikan komitmen RM1 juta pada tahun ini dan kita akan letakkan komitmen yang lain kepada RM8 juta pada tahun yang akan datang dan pihak JAIS juga sedang dalam proses memohon 50% tambahan itu daripada pihak ICU. Buat masa ini saya rasa tidak ada masalah solat Jumaat di kawasan tersebut kerana dimaklumkan ada tujuh surau dan daripada tujuh surau itu ada empat surau Jumaat yang telah pun beroperasi di kawasan sekitar tapi insya-allah masjid ini akan dimulakan pada tahun hadapan.

Yang Berhormat Kota Damansara, menzahirkan kebimbangan mengenai Masjid Kota Damansara 2 apa statusnya? Dalam Buku Belanjawan disebut peruntukan tahun hadapan telah disediakan sebanyak RM1.35 juta dan sebenarnya Kerajaan Negeri telah pun meletakkan satu jumlah sebanyak RM5 juta telah pun tersedia. Jadi kalau kita ikut formula 50% daripada ICU tadi, sebahagian 50% itu akan kita pohon dari pihak ICU dan kerja awalan sudah pun dimulakan Yang Berhormat, cuma sekarang sedikit tertangguh kerana isu-isu pewartaan tanah. Masjid itu kebetulan berada di atas tanah yang diwartakan sebagai tapak kubur, jadi kita kena wartakan separuh bahagian kubur, separuh bahagian masjid lah. Harap-harapnya orang yang tanya Yang Berhormat itu masih ada untuk lihat masjid itu dan bukan berakhir di kuburlah.

Baik, Yang Berhormat Sungai Burong bertanya soalan mengenai Perancangan Sekolah Agama. Jadi, sebenarnya satu kejadian sedang dirancang untuk dibuat pada tahun hadapan. Kerana buat masa ini, saya rasa kaedah yang diguna pakai oleh JAIS itu ada satu kaedah untuk meletakkan sekolah-sekolah mana yang patut dibuat dahulu dan bahagian perancangan sekolah-sekolah yang baru. Saya tidak pasti sama ada asasnya masih boleh kita guna pakai, jadi kesesuaian tersebut akan kita kaji pada tahun hadapan dan dana kajian tersebut dibuat menerusi dana yang diberikan di bawah Sasaran Kerja Utama 2026 di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam bajetnya boleh dirujuk dalam P01 di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri di bawah kepala PK404011 Hal Ehwal Agama Islam yang bernilai RM500 ribu ada disediakan, terima kasih.

Speaker

Ok Tanjung Sepat.

Datuk Borhan Bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi menjawab soalan dan yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Subang Jaya, mengenai strata bagi permohonan Pangsapuri Indah Vila. Yang ini kita dah terima, dan dalam proses untuk penyelesaian dan kita melihat mungkin ada lagi beberapa dokumen yang diperlukan. Dan seterusnya pada Pangsapuri Spektrum, ini baru sahaja kita terima dan ini dalam semakan dan jika ada sebarang kelemahan lagi kita akan memaklumkan kepada Yang Berhormat untuk dapatkan sebarang dokumen untuk dilengkapkan.

Yang seterusnya daripada Yang Berhormat Bukit Gasing, iaitu ada tiga perkara iaitu perkara pertama, sebenarnya iaitu tentang Rumah Warga Menua ini, yang ini kita tidak ada perancangan tetapi walau bagaimanapun satu cadangan yang baik untuk masa depan kerana kita melihat di Malaysia atau di Selangor Warga Menua ini telah meningkat ramai pada bukan 65 hingga 75 tahun dan sebagainya. Keperluan ini ada keperluannya dan mungkin melibatkan ada beberapa agensi yang perlu kita bincang dan pastikan bahawa pelaksanaannya dapat kerjasama dari semua pihak.

Dan seterusnya, mengenai bantuan penyelenggaran bagi rumah pangsa murah ini yang mana yang lepas pun Yang Berhormat ada menyebut dan bertanyakan dan kajian telah dibuat kalau keseluruhannya melibatkan lebih kurang RM65 juta setahun, tapi walau bagaimana mungkin kita boleh buat dalam berperingkat-peringkat dan ini perlu diperhalusi dan jika dapat bantuan daripada khas daripada Kerajaan Negeri atau pun kita boleh bincang dengan pihak KPKT. Ada subsidi yang boleh diberi. Saya rasa ini sangat perlu kerana kita melihatkan makin lama makin teruk tentang penyelenggaraan rumah kos murahan ini melibatkan kalau tidak ada tindakan atau pun sebarang idea yang baru, mungkinlah bertambah lagi teruk keadaan rumah dan sebagainya.

Dan yang seterusnya tentang kajian rumah untuk RM1 bilion ini sebenarnya kita ada di peringkat kerajaan menyediakan rumah TOD atau pun Transit Oriented Development tetapi yang ini di kawasan-kawasan TOD yang kos dia agak mahal mungkin tidak boleh dibeli oleh masyarakat biasa. Dan ini boleh tidak kalau bahagian persisiran bandar atau pun di semi urban area yang mana kita juga sebagai contoh LPHS. Kita sekarang ini sedang memproses memohon tanah-tanah pinggiran bandar atau pun di kawasan di daerah Kuala Langat, Sepang untuk kita dirikan rumah PPR dan sebagainya. Yang ini kita boleh bantu sedikit bagi kaum masyarakat B40 yang mana kita sekarang ini tengah membina 200 unit di Dengkil, di bawah geran KPKT dan baru ini kita dapat lagi 10 ekar tanah di Kuala Langat di Sungai Buaya dan ini kita juga merancang untuk nak membina rumah murah atau pun rumah PPR untuk memastikan bahawa golongan-golongan ini untuk menyewa rumah dengan harga kadar yang lebih selesa.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Izinkan saya bertanya. Saya mengalu-alukan kalau ada tanah baru pembangunan khas tetapi buat sementara waktu, rumah PPR yang sedia ada yang biasanya disewakan kepada satu penyewa. Jika golongan pasangan yang tidak mempunyai anak atau pun bujang, disewakan satu bilik. Jadi daripada satu unit PPR sedia ada, boleh disewakan kepada tiga orang yang bermanfaat daripada satu unit . Sama macam Skim Smart Sewa, yang RM600 itu boleh disewakan RM200, RM200, RM200 dan boleh memanfaatkan tiga pasangan warga emas yang tidak mempunyai anak.

Datuk Borhan Bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing, itu satu cadangan baik cuma kita nak kena fikirkan mekanisme dia bagaimana.

Mechanism dia itu kerana dalam satu rumah ada tiga orang duduk yang berlainan, mungkin daripada masalah bangsa atau pun mungkin dari segi kedudukan seseorang itu, kesesuaian itu perlu dibuat kajian. Tapi itu satu cadangan yang baik kerana itu boleh menjimatkan daripada seorang seperti yang Bukit Gasing sebut, satu rumah hanya duduk dua orang sedangkan ada tiga bilik. Jadi kita perlukan mungkin masalah pula dari segi kitchen dapur dan bagaimana perkongsian dan sebagainya. Yang ini kita boleh, jadi itu sahajalah sekadar yang saya dapat dua ADN atau pun Yang Berhormat telah berbincang, terima kasih.

Speaker

Kinrara ke atau pun Taman Templer dulu? Kinrara? Taman Templer ya.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih atas perbahasan oleh Yang Berhormat sekalian. Saya ingin menambah sedikit daripada persoalan yang dibangkitkan oleh Bukit Gasing berkaitan rumah warga emas meski pun telah dijawab oleh EXCO Perumahan. Di peringkat Jawatankuasa Tetap Care Economy atau pun Ekonomi Penjagaan, kita sedang meneliti modul aging in place ataupun penuaan setempat bagi warga emas yang masih sihat dan produktif. Ini adalah gabung jalin antara konsep PAWE iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas dan juga assisting revise peralatan bantuan yang boleh digunakan, diguna pakai oleh ahli keluarga kepada warga emas tersebut supaya mereka ini tidak perlu pergi ke satu institusi atau pun rumah spesifik tapi lebih menggunakan rumah sedia ada, duduk bersama dengan keluarga mereka. Jadi itu adalah tambahan kepada soalan yang bangkitkan oleh Bukit Gasing.

Berkenaan perbahasan yang diutarakan oleh Permatang berkaitan Skim Mesra Usia Emas. Untuk makluman, memang kita telah menutup pendaftaran baharu mulai 1 Disember 2024, memandangkan pendaftaran ahli sedia ada pada tahun 2024 adalah sebanyak 450 ribu dan mana kes kita sedang membuat kajian warga emas yang telah selesai, maka permohonan baru akan dibuka semula dan Kerajaan Negeri berhasrat untuk membuka semula pendaftaran baru pada 2026 dan tertakluk kepada keputusan MMKN, bila tarikh yang tuntasnya.

Berkenaan digitalisasi, kami mendapati melalui kajian bahawa warga emas menghadapi isu literasi digital, yang membataskan akses mereka untuk mendapat bantuan dan daripada kajian penyelidik bahawa bantuan-bantuan tersebut mungkin tersasar di sebabkan akses kepada digitalisasi. Maka kita perlu menggabungkan dua secara hybrid. Pertama, adalah menerusi aplikasi atau pun laman sesawang dan juga akan mengekalkan mekanisma sedia ada bergantung pada keperluan di locality atau pun demografi sesuatu DUN. Antara bajet RM49 Juta yang tertera dalam Buku Bajet ini dan juga yang dinyatakan oleh Dato’ Menteri Besar itu jumlah RM50 juta ini juga akan diputuskan dalam Mesyuarat SKU akan datang, MMKN akan datang tetapi kami sangat mengalu-alukan jumlah RM55 juta itu dengan mengambil kira jumlah tahunan yang digunakan di manfaatkan untuk menyalurkan bantuan

Skim Mesra RM150 baucar itu mencecah RM52 juta setiap tahun. Meskipun dalam Belanjawan pada tahun 2025 ini adalah RM40 juta sahaja.

Jadi jumlah itu akan dituntaskan dalam Mesyuarat Sasaran Kerja Utama dan diputuskan dalam MMKN akan datang. Ok seterusnya, saya ingin menyentuh berkaitan yang diangkat oleh ADUN Yang Berhormat Subang Jaya, berkaitan perubahan material atau pun ini merujuk kepada berita berkaitan beberapa operasi penjagaan kanak-kanak yang mulai ditutup disebabkan kos dan sebagainya. Kita memahami bahawa sekiranya kita meletakkan syarat yang terlalu ketat ini akan memberikan tekanan kepada pengusaha. Maka di peringkat Jawatankuasa Tetap, kami akan melihat semula beberapa prosedur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan untuk memudahkan operator. Maka hampir setahun berjalan, cadangan daripada Jawatankuasa penambahbaikan perkhidmatan penjagaan ini antaranya adalah mencadangkan agar permohonan-permohonan pendaftaran itu untuk mendapatkan kebenaran merancang tidak perlu memasuki OSC dan rancangan kemajuan dan pelan setara di endorsed ataupun dipersetujui oleh, diperakui sah oleh PBT tidak memerlukan konsultan berdaftar. Ini disebabkan konsultan berdaftar sama ada arkitek dan sebagainya ingin mengenakan kos yang agak tinggi sekitar RM10 ribu ke RM20 ribu. Jadi saya menyambut baik cadangan Subang Jaya agar mekanisme ini kita pastikan supaya operator-operator ini terus mendaftar dalam masa yang sama tidak menekan sehingga mengikat dan menyebabkan banyak operator menutup operasi mereka, itu sahaja.

Speaker

Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin memberi maklum balas kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Burong. Projek Pembangunan IDRISS merupakan projek-projek pembangunan hartanah berskala besar yang dimajukan sendiri oleh pemilik tanah atau pun pihak swasta. Pelaksanaan projek-projek di bawah pembangunan IDRISS berdasarkan perancangan pihak pemaju sendiri. Pihak Kerajaan Negeri hanya berperanan untuk membantu pemaju agar cadangan projek pembangunan dapat dilaksanakan mengikut perancangan mereka. Secara dasarnya, pembangunan IDRISS melibatkan cadangan pemajuan dalam beberapa sektor seperti industri perkhidmatan, pertanian berteknologi tinggi, pelancongan dan perumahan di mana fokus pembangunan dalam IDRISS tidak hanya tertumpu pada pembangunan industri sahaja. Pembangunan IDRISS boleh dilaksanakan secara seimbang melalui beberapa pendekatan seperti pemerkasaan kampung tradisi melalui naik taraf infrastruktur asas setempat untuk kemudahan bersama. Pembukaan sumber ekonomi baru melalui penawaran peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan setempat. Dan juga peningkatan pendapatan melalui penawaran program latihan kemahiran dan TVET bagi penyediaan sumber tenaga kerja berkemahiran.

Dan saya juga ingin menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing. Antara usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan prestasi eksport negeri seperti expo antarabangsa seperti pengecualian penjualan misi perdagangan luar negara dan program-program latihan dan bimbingan bagi penerokaan pasaran eksport melalui kerjasama dengan pihak MATRADE. Saya juga ingin berkongsi sedikit statistik berkenaan prestasi perdagangan Negeri Selangor bagi Januari hingga Ogos 2025. Bagi ranking Negeri Selangor dan sumber, sumbangan kepada negara, bagi perdagangan kedudukan Selangor adalah pertama, dengan menyumbang 31.2% dan dengan nilai iaitu RM250 bilion. Dan bagi eksport kedudukan ketiga, sumbangan 24.2% dan nilainya adalah RM366.47 bilion. Bagi import juga rankingnya pertama dengan menyumbang 38.8% dan jumlah nilainya adalah RM616.5 bilion.

Dan Yang Berhormat Bukit Gasing juga menyentuh sedikit berkenaan perkhidmatan LRT. Suka saya maklumkan Kerajaan Negeri mengambil maklum serta menyambut baik saranan Yang Berhormat Bukit Gasing agar perbelanjaan tahun 2026 memberi tumpuan kepada perluasan perkhidmatan LRT di kawasan luar bandar. Pendekatan ini dilihat selaras dengan objektif memperkukuhkan jaringan pengangkutan awam bagi komuniti yang kurang mendapat liputan perkhidmatan sedia ada dalam usaha Kerajaan Negeri ke arah meningkatkan akses mobiliti yang lebih inklusif. Keutamaan kepada kawasan luar bandar juga berpotensi mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian serta menyokong agenda pembangunan sosial ekonomi serta melalui peningkatan keterhubungan antara pusat pertumbuhan utama. Walaubagaimanapun, pertimbangan holistik perlu diambil kira terutamanya daripada segi tahap permintaan taburan penduduk serta kos pengoperasian yang lebih tinggi di kawasan berpenduduk rendah. Kerajaan Negeri akan meneliti semula unjuran keperluan model operasi yang paling efisien serta potensi penstrukturan semula liputan perkhidmatan agar pengagihan sumber kewangan dapat di laksanakan secara optimum tanpa menjejaskan keberlangsungan operasi LRT di kawasan bandar yang mempunyai permintaan yang tinggi. Kajian terperinci ini akan memastikan perbelanjaan 2026 dapat dilaksanakan dengan seimbang, berimpak dan mampu memberi manfaat maksimum kepada seluruh rakyat Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Bandar Utama.

Puan Jamaliah Binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan pendapat. Saya ingin mulakan sesi ini dengan menjawab persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Damansara berhubung dengan aktiviti menangkap gambar berbagai-bagai jenis spesies burung namun dihalang oleh Renjer Hutan. Di sini saya menjawab lebih kepada apakah garis panduan dan selepas ini sekiranya ada penambahbaikan dari sudut pelancongan iaitu mungkin boleh dibincangkan kemudianlah oleh portfolio pelancongan. Untuk makluman Hutan Simpan Kota

Damansara hanya dibenarkan untuk aktiviti hiking saja setakat ini dengan bayaran RM2.00 sahaja sekali masuk. Namun kebelakangan ini memang banyaklah individu yang masuk untuk tujuan mengambil gambar. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor tiada halangan untuk individu yang masuk ke hutan Kota Damansara untuk tujuan mengambil gambar cuma perlu mematuhi kaedah-kaedah hutan Negeri Selangor. Jika gambar dirakam sekadar untuk simpanan persendirian it’s ok, tak ada charge atau bayaranlah tetapi bagi tujuan komersil, pihak terlibat perlulah membuat bayaran fee fotografi komersial dengan kadar RM100.00 sehari dan jika untuk tujuan penggambaran dia kenakan fee berjumlah RM500.00 sehari. Jadi itu adalah maklum balas daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Dan selain daripada itu, Yang Berhormat Seri Kembangan telah membangkitkan tentang isu peruntukan yang sebelum ini pun telah dibangkitkan dan seperti yang telah dimaklumkan memang di bawah peruntukan pembangunan masih terdapat sumber peruntukan tambahan yang lainlah yang boleh digunakan untuk menganjurkan program contohnya Tabung Kutipan Caj Beg Plastik, Ecological Fiscal Transfer atau pun EFT dan selain daripada itu Pusat Adaptasi Perubahan Iklim juga sedang giat mencari atau pun meneroka peluang-peluang untuk mendapatkan geran daripada Persekutuan atau pun geran daripada antarabangsa.

Namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Kembangan kerana telah membangkitkan perkara ini di mana saya rasa kita juga terus perlu mengambil ruang untuk melakukan penambahbaikan supaya pada masa yang akan datang sekiranya Tabung Kutipan Caj Beg Plastik sebagai contoh telah habis kerana kita target untuk kurangkan penggunaan beg plastik. Jadi sekiranya satu hari nanti sekiranya tabung ini tidak mempunyai peruntukan yang seperti yang dulu, kita perlu cari peruntukan tambahanlah untuk kegunaan program alam sekitar yang seterusnya. Soalan Yang Berhormat Permatang telah bertanyakan mengapa Skim Kesihatan Wanita seperti sudah tiada angka di bawah kod Belanjawan 2026. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan manfaat Skim Kesihatan Wanita bagi saringan mamogram tetap ada di bawah program Selangor Kanser, ini lebih daripada teknikal, teknikaliti lah kerana Skim Kesihatan Wanita ini sebenarnya adalah untuk program mamogram di mana selepas perbincangan, kita dapati penyelarasan untuk program ini lebih efisien sekiranya kita park under saringan Selangor. Selangor Saring, di mana kita mempunyai saringan kanser yang melibatkan mamogram. Jadi sebenarnya peruntukan itu hanyalah diarahkan kepada satu Vot yang digabungkan tetapi masih wujud untuk Skim Kesihatan Wanita dan tujuannya untuk mamogram. Jadi sedikit penjelasanlah untuk Yang Berhormat Permatang. Jadi setakat itu sahaja yang telah ditanya, jadi saya ingin mengucapkan terima kasihlah kepada semua yang telah bertanyakan soalan.

Speaker

Ya Banting.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ditanyakan oleh Yang Berhormat Meru tentang di mana kawasan Kapar

semakin ramai penduduk kaum Hindu tapi tiada crematorium, maksudnya beliau meminta sebuah crematorium di kawasan Meru itu. Saya faham memang kewujudan kaum Hindu di kawasan Meru sebanyak 24.5% iaitu jumlah sebanyak 16,400,97 orang pengundi yang mungkin lebih ramai mereka yang tinggal, sebab mereka telah berhijrah dari kawasan Kapar atau pun kawasan utara daripada Kuala Selangor dan sebagainya. Saya menyambut baiklah apa Yang Berhormat Meru telah bangkitkan cuma pada masa kini kita memang merancang untuk membina crematorium dan kali ini adalah di kawasan Kuala Selangor iaitu sebanyak RM1 juta akan kita salurkan kepada PBT di Kuala Selangor, di mana bakinya pun kita akan cari di mana-mana tempat, baik daripada Kerajaan Negeri atau PBT untuk membina sebuah crematorium di kawasan Kuala Selangor dulu. Sebab memandangkan experience saya sebagai ADN Banting itu di kawasan Kuala Langat, kita buat satu krematorium lebih kurang RM4.5 juta dia menelan satu kos yang tinggi. Jadi kita, saya tidak nafikanlah keperluan itu memang ada, jadi saya akan runding balik dengan PBT dan juga Kerajaan Negeri lagi untuk mendapatkan bantuan atau pun sokongan kewangan baik daripada peringkat Persekutuan dan sebagainya untuk membina sebuah crematorium yang lebih efisien dan juga lebih apa itu lebih sesuai di kawasan yang Meru itu. Dan saya juga melihat ada potensi di kawasan-kawasan Meru sebab ada banyak tapak telah dikesan sebagai tapak perkuburan Hindu dan saya juga sedang berbincang dengan Sime Darby di mana mereka perlu serah kepada Kerajaan Negeri sebanyak 4 ekar lebih di kawasan Jalan Meru itu. Itu adalah tanah perkuburan atau pun persemadian kawasan orang Hindu yang telah bekerja di dalam ladang-ladang estet zaman dahulu, jadi saya akan mengusahakan supaya dapat balik tanah itu kepada Kerajaan Negeri supaya kita boleh membina sebuah crematorium yang lebih cantik dan lebih sesuai kepada semua pihak.

Yang kedua saya ingin menyentuh sedikit tentang Seri Serdang bahawa Seri Serdang telah meminta tentang bantuan laptop kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS. Saya rasa di bawah saya khususnya saya target saya kepada kaum India saja. Saya rasa saya juga akan mengambil perkara ini mengambil maklum dan memang kalangan B40 terlalu ramai pelajar-pelajar kaum India tidak dapat membeli laptop pada, pada apa penggal mereka masuk ke universiti atau pun di tempat pengajian tinggi dan sebagainya. Sekarang mereka memerlukan laptop dan pada masa zaman SPM dan form 4 sudah pakai dah. Jadi saya meneliti balik bajet yang telah diperuntukkan kepada saya iaitu sebanyak RM1.5 juta untuk pendidikan tinggi kepada kaum India. Saya mungkin akan pecah belah sikit untuk bantuan yuran pengajian tinggi dan juga untuk pembelian laptop. Tapi saya apa itu terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Serdang kerana membawa perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini, sekian terima kasih.

Speaker

Ya Sekinchan.

Dato' Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Pembangunan.

Saya ingin respons kepada Yang Berhormat Seri Serdang berkaitan dengan isu sampah-sampah yang kurang terurus di Kampung-kampung Tradisi yang kekurangan tong sampah roro dan sebagainya. Perkara ini akan diteliti untuk diatasi dengan sebaik mungkin kerana isu-isu tentang sampah-sampah di kampung ini dia ada kekangan sikit. Kadang-kadang dia ada isu dengan KDEB yang banyaknya di bawah PBT. Jadi kita akan fokuskan mana yang boleh kita selesaikan kita cuba atasi untuk makluman Yang Berhormat Seri Serdang dan Ijok juga ada bangkitkan sedikit tentang isu sampah dan sebagainya. Kita Kerajaan Negeri memang mengambil serius tentang isu sampah dan sampah haram, kebakaran sini sana dan pencerobohan, banyaklah perkara yang berbangkit. Tapi kita akan fokus satu persatu di mana tindakan yang tegas, keras kita akan lakukan termasuk bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor untuk kita keluarkan borang 7A dan sebagainya kepada pemilik-pemilik yang ingkar yang terus membenarkan tapak-tapak mereka dijadikan tapak pembuangan sampah dan sebagainya. Kalau sekiranya mereka masih lagi gagal, tanah akan dirampas, kita akan cuba lakukan yang terbaiklah, ini untuk makluman Ijok.

Seterusnya respons kepada Yang Berhormat Kajang tentang penggunaan isu RKK, Rancangan Kawasan Khas. RKK digunakan sebagai dokumen perancangan terperinci untuk memastikan pembangunan kawasan dilakukan secara teratur bagi 4 kawasan berasaskan data. Bagi kawasan Kajang, beberapa projek sedang dikenal pasti termasuk penambahbaikan jaringan pejalan kaki, pengaktifan kawasan tumpuan dan pembangunan semula kawasan yang berpotensilah. Rancangan kawasan had bukan hanya fokus kepada pelancongan khas sedia ada tetapi merangkumi keseluruhannya pembangunan bandar termasuk pemulihan kawasan bersejarah, fasiliti awam dan tarikan pelancongan. Kita hendak pastikan Kajang tidak ketinggalan dari segi perancangan pembangunan dari pelbagai aspek. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kajang.

Seterusnya saya respons kepada Yang Berhormat Bukit Gasing yang menyentuh beberapa perkara yang penting berkaitan dengan kerjasama dengan AirAsia dengan konteks isu pelancongan. Kerajaan Negeri sedang meneruskan kerjasama strategi dengan AirAsia dalam mempromosi pelancongan termasuk kempen digital dan tawaran khas di destinasi Negeri Selangor dan AirAsia turut membantu promosi Tahun Melawat Selangor which is Selangor Year 2025 melalui paparan di platform media mereka dan kolaborasi pemasaran silang antara kita dengan Air Asia ini antara kerjasama yang telah kita jalinkan. Kita harap pada masa akan datang kerjasama yang lebih erat supaya kita dapat mengoptimumkan kerjasama ini mencapai impak yang paling besar memberi merangsangkan industri sektor pelancongan di Negeri Selangor. Seterusnya berkaitan dengan promosi program bandar-bandar ini bagaimana ada tarikan-tarikan tersendiri di bandar khususnya Bandar Raya Petaling Jaya. Bandar Raya Petaling Jaya antara bandar walaupun tua tetapi paling lama ada keunikan sendiri termasuk Sungai Way pun ada muzium untuk Kampung Baru itu juga boleh jadikan sebagai produk baru pelancongan dimasukkan dalam Promosi Tourism Negeri Selangor supaya ramai orang datang ke Sungai Way bukan sahaja duduk di hotel-hotel di persekitaran

tetapi mereka boleh datang ke situ menerokai sejarah pembangunan Kampung Baru dan melawat muzium-muzium tersebut untuk faedah untuk orang kampung di situ dan kita hendak menarik lebih ramai orang-orang, anak-anak muda datang ke Kampung-kampung Baru kita.

Seterusnya isu berkaitan dengan Kerajaan Negeri bersama PBT sedang melaksanakan promosi bandar seperti seni budaya yang tadi saya tegaskan bandar jejak sejarah food trail night economy dan aktiviti komuniti. Ini juga yang kita tekankan program ini bertujuan meningkatkan identiti Majlis Bandar Raya Petaling Jaya an bandar-bandar yang lain serta merancakkan ekonomi setempat melalui tarikan kepada pengunjung-pengunjung dan juga pelancong-pelancong. Pada masa yang sama juga PJ ada satu tarikan selain daripada sejarah warisannya, keseniannya ada antaranya ramai orang pelancong singgah ke PJ ke mana? Ke SS2 di DKing Durian, antara durian yang terkenal datang ke PJ boleh pergi ke DKing SS2 itu juga kita ada banyak kerjasama dengan Tourism Selangor ada pesta kita, ada pertandingan makan durian dan juga ratu cantik dan sebagainya ada kait buah durian ini dan buah durian ini menjadi tarikan yang sangat kuat kepada pelancong antarabangsa khususnya daripada Hong Kong, daripada China, daripada sekitar yang mereka sangat minat dengan raja buah Malaysia. Jadi kita kena manfaatkan sebesar mungkin untuk tarik pelancongan. Seterusnya dalam konteks promosi penduduk bandar ini kita juga cadangkan macam di Bandar Raya Petaling Jaya ini segmentasi shopping mall atau MICE, meeting conference and exhibition segmentasi ini boleh kita bangunkan banyak syarikat-syarikat profesional dan korporat yang mereka rancangkan akan adakan retreat adakan kajian SKT dan sebagainya mereka boleh datang ke mana? Ke bandar-bandar Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam di bandar-bandar untuk menyewa hotel dan mereka adakan mesyuarat. Ini juga satu tarikan pelancongan untuk di bandar-bandar. Jadi kita hendak pastikan kerjasama yang erat dengan MICE CEB ialah Biro Pameran Malaysia, kita akan kerjasama dengan mereka, mereka ada inisiatif ada sedikit insentif diberikan kepada penganjur yang boleh menganjur 1,000, 2,000, 3,000 yang datang berkonvensyen di mana-mana di destinasi dan di hotel-hotel kita tumpukan segmentasi ini MICE di bandar-bandar yang besar. Saya harap kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat input dan sebagainya kita akan teliti dengan sewajarnya supaya sektor pelancongan Selangor menjadi satu sektor yang menggalakkan ekonomi untuk Negeri Selangor menjadikan Surprising Selangor which is Selangor Year 2025 menjadi mencapai sasaran 8 juta pelancong pada akhir tahun. Pada tahun hadapan kita akan lanjutkan which is Malaysia 2026 dengan which is Selangor Year 2026. Tidak perlu jauh Selangor kan ada, (bahasa asing) Selangor Penuh Kejutan. Sekian sahaja terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Tuan Speaker ringkas 2 perkara sahaja 2 yang ingin dibangkitkan. Pertama yang di bangkitkan oleh Yang Berhormat Kampung Tungku berkenaan keperluan sukan ragbi untuk mendapatkan home ground sendiri khususnya padang berumput cow grass yang menepati standard sukan

tersebut saya ingin maklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk membantu sukan teras untuk memiliki home ground masing-masing. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekangan yang perlu di pertimbangkan secara teliti sebelum suatu kemudahan itu dapat disediakan. Antara cabaran utama adalah masalah keterbatasan tanah atau limitation yang sesuai di Lembah Klang kos penyelenggaraan padang yang agak tinggi sekiranya di khususkan untuk stu jenis sukan sahaja. Oleh itu pendekatan Kerajaan Negeri pada masa ini adalah untuk kita bekerjasama dengan pihak PBT dalam menyediakan kemudahan sukan yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan latihan dan pertandingan mengikut keperluan sukan masing-masing dan dalam pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga sentiasa bersedia membantu mana-mana persatuan sukan yang memerlukan akses kepada kemudahan di bawah pentadbiran PBT. Pada masa yang akan datang Kerajaan Negeri akan meneroka kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tapak kemudahan sukan bagi memenuhi permintaan persatuan sukan secara lebih menyeluruh dan strategik.

Yang kedua yang dibangkitkan oleh Permatang berkaitan cadangan agar atlet Negeri di beri peluang menyertai Selangor Programme For Inspiring Ready And Knowledgeable Talent, SPAK. Kita tidak mempunyai sebarang halangan malah sangat mengalu-alukan penyertaan atlet-atlet dalam program latihan industri ini bagi memberikan mereka pendedahan profesional serta kemahiran tambahan di luar arena sukan. Untuk tujuan pemadanan penempatan latihan industri para atlet boleh berhubung secara terus dengan pihak Majlis Sukan Negeri Selangor yang akan menguruskan dan menyelaras penyertaan mereka dalam Program SPAK ini nanti mengikut kesesuaian bidang dan kekosongan penempatan. Yang Kedua yang dibangkitkan oleh Permatang berkenaan pembangunan sukan boling padang di Daerah Kuala Selangor, Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang isu ini dan Daerah Kuala Selangor pun sudah lama menjadi lokasi yang sangat aktif sebenarnya untuk di laksanakan latihan-latihan atlet-atlet boling padang kita dan tidak di nafikan ramai atlet Negeri yang bertaraf Negeri dan antarabangsa turut lahir di sekolah-sekolah dan kelab-kelab di kawasan Kuala Selangor. Untuk makluman semua Daerah Kuala Selangor memang mempunyai kemudahan gelanggang boling padang namun demikian gelanggang tersebut telah mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan lagi. Sehubungan itu Kerajaan Negeri bersedia untuk berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi meneliti semula keperluan membangunkan kemudahan gelanggang boling padang di Kuala Selangor seperti mana i maklumkan oleh Permatang. Penelitian ini akan meliputi pelbagai aspek kesesuaian tapak, kos pembangunan, tahap permintaan komuniti serta potensi penggunaan gelanggang tersebut bagi pembangunan atlet pelapis. Kerajaan Negeri komited untuk memastikan sukan boling padang terus mendapatkan sokongan sewajarnya di kawasan terbukti aktif melahirkan bakat sukan di peringkat Negeri. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Ya Pandan Indah.

Dato' Ir. Izham Bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat saya ucapkan juga terima kasih juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanyakan berapa perkara yang berhubung dengan isu banjir dan juga jalan dan ada satu soalan daripada Kampung Tunku mengenai Jabatan Veterinar. Siapa tadi? Daripada Seri Kembangan yang bertanyakan mengenai isu anjing liar dan juga kucing. Saya kalau untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya banyak yang saya sudah sentuh berhubung dengan isu Projek Tambatan Banjir dan juga isu berkaitan dengan jalan ini. Cuma saya hendak sebut pada umumnya kalau lihat di bawah PK1 di bawah Pembangunan P13 yang Jabatan Pengairan dan Saliran kalau boleh rujuk di situ kalau lihat betul-betul kalau projek-projek itu kalau kita tengok saya bagi satu contoh 01301 yang di bangkitkan oleh Kota Damansara iaitu kalau kita sebut di situ 01301 Projek Tambatan Banjir contohnya di Kampung Melayu Subang di Sungai Pelempas Sambungan dekat hujung itu untuk bawah 26 di sebut RM10.00 itu bermakna projek ini sudah habis. Ini sedang proses untuk dimuktamadkan kalau dia ada sambungan itu bermakna kalau kata RM10.00 itu untuk dimuktamadkan jadi itu panduannya. Jadi kalau lihat balik di situ juga kalau ada sebab projek-projek pembangunan ini yang menggunakan peruntukan pembangunan ini ia memang ada projek nama yang khusus. Jadi kita tidak boleh projek lain itu projek nya sama ada yang dulu yang kemudian sahaja jadi kalau kita rujuk sini contohnya 01302 ini Projek Tambatan Kampung Melayu Subang, Sungai Pelempas Fasa 2 peruntukan tahun ini adalah RM1 juta maknanya sudah kerja awalan sudah mula. Kerja-kerja awalan sudah mula dan untuk yang lain contohnya di bawah 01312 Projek Tambatan Banjir Anak Sungai Damansara Fasa 2 itu RM15 juta tetapi RM10.00 ini tidak ada sambungan bermakna projek ini belum bermula sama ada dia dilambatkan lagi mungkin dalam proses rundingan. Kalau rundingan pula pelantikan juru runding ataupun perunding ialah kita lihat 01001, 010100 itu semua perunding di situ kita letakkan yang kita akan buat banyak lantikan perunding untuk tahun hadapan yang akan di peringkat awal tidak duduk di projek tetapi dia ada di dalam 01101001 kajian reka bentuk ukur siasatan tanah itu kita mula di situ. Jadi itu panduan dalam kita melihat bagaimana projek-projek sama ada di peringkat mana.

Jadi saya sebut semua ini untuk memahamkan bahawa projek yang telah kita sebut yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat ini semua projek sama ada daripada Seri Serdang, Ijok, Paya Jaras, Kota Damansara, Batu Tiga, Sungai Burong, Sungai Panjang semua ada dalam senarai ini. Kalau tidak ada di tempat 2 tempat satu lagi projek di bawah projek Tambatan banjir Persekutuan peruntukan Persekutuan tiada dalam ini. Yang satu lagi di bawah Caruman Parit, kebanyakan kita libat urus yang saya buat yang saya turun itu dan juga sebahagian yang duduk di bawah jangka sederhana atau yang quit win menggunakan peruntukan caruman parit yang tidak ada juga dalam ini. Jadi sebab itu jangan ada kebimbangan kita akan melihat dan meneliti kalau tidak ada dalam tahunan di ada di tempat yang lain untuk kita pastikan isu berkaitan tambatan banjir ini ataupun pengurusan banjir berjalan dengan baik tetapi kita kana ingat dalam suasana hari ini kita lihat ini fenomena yang luar biasa bila kita buat reka bentuk saya sudah sebut dia ada dia punya ARI kalau melebihi

ARI ini tidak ada sistem yang boleh mengawal banjir yang akan ada ini yang berlaku yang kita lihat fenomena yang berlaku sehari 2 ini itu antaranya tapi kita boleh mitigasi meminimumkan impak. Berhubung dengan pertanyaan daripada Sungai Panjang berhubung dengan jalan B44 jadi B44 ini sebenarnya dalam beberapa fasa reka bentuk terperinci melibatkan naik taraf termasuk sekali persimpangan yang cuma masalahnya kalau cadangan laluan kecemasan ini kita akan pertimbangkan berdasarkan pada rizab jalan yang sedia ada. Kalau melibatkan pengambilan akan menjadi satu isu yang lain pula dan yang di bangkitkan oleh Paya Jaras berhubung dengan jambatan ini juga saya sudah jawab pagi tadi berhubung dengan jabatan yang runtuh pagi tadi Yang Berhormat pun telah di jawab dan ini sebenarnya Jalan Jambatan Kubu Gajah dan Kubu Gajah 16 ini saya sudah sebutkan tadi dan Jambatan Tengku Ampuan merupakan jabatan yang sudah masuk dalam untuk menaiktarafan dan tender perunding akan selesai pada Mac 2026 untuk perunding, untuk runding dahulu consultancy dahulu selepas itu baru mereka bentuk jambatan dilaksanakan. Untuk Jabatan Veterinar saya sebagai mana yang Ahli Yang Berhormat Seri Kembangan satu yang terakhir ialah ia kalau di ikut dari segi.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat Kota Kemuning, sebelum Yang Berhormat pergi ke isu-isu veterinary berkenaan Yang Berhormat sentuh berkenaan projek Persekutuan saya ingin menyatakan bahawa adakah Yang Berhormat pantau kerja-kerja tersebut kerana hari ini di Sri Muda menyebabkan Desa Kemuning banjir memandangkan kelewatan dalam mendapatkan kebenaran masuk ke kawasan LLM so saya pohon juga sama ada Yang Berhormat EXCO memantau kerja-kerja ini.

Dato' Ir. Izham Bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Memang Projek-projek Rancangan Tambatan Banjir yang melibatkan peruntukan Persekutuan memang dipantau bersekali oleh JPS Selangor dengan kerjasama JPS Malaysia dan kita memang memantau dan memang itu saya sebutkan kalau melibatkan agensi-agensi lain kadang-kadang ada sedikit isu kelewatan dalam kita mendapatkan kebenaran dan sebagainya terutama lebih-lebih lagi kalau melibatkan lebuhraya dan saya difahamkan setakat ini memang dapat kebenaran cuma proses untuk kita laksanakan itu memakan sedikit masa jadi saya kita akan terus memantau projek-projek Persekutuan kerana projek banjir ni saya dah sebut berkali-kali dia tidak boleh dilihat secara berasingan, sama ada projek Negeri, projek Persekutuan ataupun di bawah caruman parit, semuanya dilihat secara holistik dan pelaksanaannya dipantau dan saya akan pastikan ini akan berlaku. Yang Jabatan Perkhidmatan Veterinar tu kita kena fahamkan pengurusan anjing liar ataupun ayam liar ke, ataupun kucing liar, ini sebenarnya di bawah Pihak Berkuasa Tempatan, saya tak, Jabatan Veterinar hanya menguruskan isu-isu kalau berkaitan dengan wabak. Kalau ada wabak sebagainya ada, tapi lembu kerbau dan juga babi dan ayam jugalah, ayam itu di bawah apa nama ni, pengurusan Jabatan Perhutanan dan Perhilitan. Walau bagaimanapun usaha untuk kita mengawal anjing liar terutamanya kucing liar ni tak serius sangat. Anjing liar ni satu usaha yang kita sedang hadapi memang bermasalah termasuk monyet ya, itu bawah Perhilitian jadi perlu diuruskan dan saya harap

kita ke depan ini kita ada kaedah lebih baik bagaimana kita nak menguruskan semua ini kehidupan liar ini. Terima kasih.

Speaker

Ya, Dato’ Menteri Besar?

Tuan Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker, Peratruan Tetap. Speaker, sebelum Yang Amat Berhormat memberikan penjelasan, saya nak menarik perhatian Speaker kepada 24(8) mengenai Jawapan kepada Pertanyaan sepatutnya diberikan pada minggu pertama kepada Ahli Dewan tapi sehingga ke hari ini belum sempurna jawapan yang diberikan kepada kami semua. Mohon penegasan pihak Speaker untuk menegaskan jawapan diberikan jugak pada hari ini. Terima kasih.

Speaker

Semua jawapan sepatutnya diberikan pada hari yang terakhir persidangan Dewan kita. Jadi memandangkan hari ini ialah hari yang terakhir jadi seharusnya ianya akan dibekalkan pada hari ini. Jadi saya hendak memberitahu juga kepada semua ADUN bahawa sekiranya terdapat mana-mana khususnya Soalan Bertulis yang masih belum menerima jawapan, pada minggu yang pertama Persidangan sekiranya anda masih belum lagi menerima selepas tarkh ini anda boleh kemukakan surat kepada saya untuk disiasat dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itu sahaja, seterusnya saya menjemput YAB Dato’ Menteri Besar?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian atas perbahasan bab Peruntukan Pembangunan Negeri Selangor sebagaimana untuk melengkapkan perbahasan kita sepanjang Belanjawan 2026 ini. Untuk makluman Yang Berhormat ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam sesi perbahasan usul ini.

Yang pertama sekali saya nak merujuk kepada Bukit Gasing iaitu berkenaan dengan peruntukan-peruntukan yang tertakluk di bawah Pelbagai. Peruntukan-peruntukan ini adalah sebahagian daripada beberapa keputusan-keputusan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri ketika peruntukan belanjawan ini dibuat. Bagaimana peruntukan belanjawan dibuat? Peruntukan belanjawan dibuat biasanya pada bulan 6, tiap-tiap tahun kita akan mengumpulkan semua cadangan-cadangan daripada pelbagai Jabatan dan sebagainya. Justeru di beberapa waktu dan ketika daripada bulan 6 hingga ke bulan 9 ataupun bulan 10 kita turut menerbitkan beberapa rencana-rencana baharu untuk program-program Kerajaan Negeri. Antara rencana baharu yang mungkin tak dimasukkan di peringkat awal sebagai contoh biasiswa untuk ataupun bantuan subsidi 50% kepada mereka-mereka yang memerlukan. Kita tambah lagi RM5 juta sebagai contoh, untuk membantu fakir miskin yang kita nak keluarkan atau nak bantu mereka yang tidak jatuh. 1,351 orang antara perkara baharu ialah bila kita dengar taklimat berkenaan dengan Hay Resort dan kawasan-kawasan di kawasan Sabak Bernam kerajaan Negeri ingin memperuntukan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membangunkan Hay Resort dan supaya ia mampu meningkatkan keupayaan Hay

Resort ketika pembangunan itu. Jadi justeru nilainya tak kecil kadang-kadang sampai RM17 juta, ada tambah RM5 juta dan sebagainya dan nanti datanya saya boleh berikan secara keseluruhan kerana ia melibatkan beberapa perkara yang kita kemukakan dan di antara perkara-perkara itu termasuklah Integrated Circuit IC Design Park. Ini adalah komitmen kita RM5 juta tiap-tiap tahun yang akan bermula sebenarnya tahun hadapan. Tahun lepas kita dah mulakan untuk one short programme tetapi kita nak kena buat komitmen dan selepas ini peruntukan untuk IC Design Park ni akan kita laksanakan. Kita juga melihat sebagai contoh Kampung Indian Settlement Gombak. Ini ada isu yang dibangkitkan. Ini penyelesaian dah lama kita nak buat jalan kos dia makan saban tahun meningkat dan kita telah rekodkan sampai sekarang barulah rekod ni sampai 10 juta dan kita laksanakan.

Antara belanjawan yang kita turut kemukakan di sini ialah program sebagai contoh Penyelenggaraan Parit Tidak Bertuan sebanyak RM5 juta. Ini juga belum dimasukkan dalam peruntukan secara khusus kerana kita sedang menunggu data-datanya dan juga Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang sebanyak RM2 juta. Ini contoh, ya sebab ketika bulan 6, bulan 7 hingga sampai ke bulan 8 dan bulan 9 seketika peruntukan itu dibuat, kita ada mengesampingkan sebahagian untuk pelbagai ini untuk mengisi keperluan-keperluan itu dan ia adaah keupayaan kitalah, sebenarnya peruntukan tu banyak jadi yang kita dapatkan lock kan satu numbers dan selebihnya kita tambah, dan sebab itu nilai Pelbagai itu agak tinggi.

Ada juga peruntukan untuk persiapan SUKMA sebanyak RM25 juta. Ini bukan selalu kita kena buat dan Majlis Agama Islam (MAIS) sebagai contoh RM10 juta yang kita kemukakan. Ini adalah permohonan-permohonan yang datang kemudian daripada budget listing yang dimulakan dalam bulan 6 dan bulan 7. Dan sebab itu angka-angkanya itu dimasukkan dalam Pelbagai kerana kita tak clearkan lagi kepala nak dimasukkan di mana, supaya peruntukan-peruntukan itu dijalan, dan ada sebahagian peruntukan itu memerlukan masa untuk take off ataupun untuk dilaksanakan secara menyeluruh. Ada butiran-butirannya nanti saya akan kemukakan. Misal contoh Ucapan Bajet 2026 Menteri Besar. Saya diberikan diberikan untuk 50 juta memperuntukkan sebab itu saya boleh tambah untuk peruntukan LIMAS sebagai contoh ya, kita tambah untuk peruntukan pendidikan seabagi contoh tuition rakyat ataupun voucher buku. Voucher buku dulu 4 ribu orang kita naikan untuk menjadi 10 ribu orang penerima. Ini antara perkara-perkara dan exercise supaya kita boleh memperkenalkan progam baharu di samping kita melaksanakan dialog Belanjawan yang biasa berlangsung bulan 8, bulan 9, kita boleh menambah program-program baharu yang lahir daripada aktiviti dan program tersebut. Antaranya Projek Selangor Penyayang contoh. Allocate tahun depan sekitar RM14 juta yang akan kita perturunkan di peringkat bawah dan ada pulak perbincangan bersama dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda. Kerajaan Negeri ingin meletakkan satu komitmen supaya setiap Tuanku turun itu turut kita bantu mengenalpasti satu lokaliti yang boleh dibantu aktiviti, penyelenggaraan, pembaikan dan jugak naiktaraf beberapa kemudahan-kemudahan. Nilainya berapa? Lebih kurang RM4.5 juta. Jadi nilai-nilai ini semua dimasukkan dalam Pelbagai atas beberapa faktor. Yang pertama Program-program

baharu yang ingin kita perkenalkan. Program-program yang belum lagi mempunyai vot ataupun kepala-kepala tertentu untuk kita kemukakan dan daripada masa ke semasa sebagai contoh IC Design Park selepas ini tiap-tiap tahun kita akan peruntukann RM5 juta selama 5 tahun atau selama 10 tahun kerana kita kena peruntukan RM60 juta. Jadi kita akan kemukakan dalam kepala itu kemudian tapi buat masa ini belum ada lagi, langsung ia dimasukkan dalam Pelbagai dan Kerajaan Negeri boleh kemukakan. Ada peruntukan baharu untuk orang asli sebagai contoh 200 ribu hasil daripada permohonan-permohonan pihak tertentu jadi Pelbagai ini bukanlah kita tidak merancang atau pun merencana, sebaliknya ia adalah program baharu yang saya sebut yang belum ada kepala atau pun vot yang tertentu dan yang ketiga ada beberapa kelebihan-kelebihan di Pejabat Menteri Besar yang boleh kita tentukan ketika merangka ucapan Belanjawan supaya peruntukan kita Belanjawan kita itu lebih menarik dan juga mampu untuk sampai kepada mereka yang memerlukan.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian saya terdengar tadi daripada Meru menyebutkan bantuan masuk universiti. Tahun depan daripada peruntukan biasa adalah sebanyak RM3 juta tapi tahun depan kita naikkan kepada RM5 juta. RM5 juta tu daripada mana Yang Berhormat? Daripada Pelbagai tadi sebenarnya daripada awal tadi kita tak masukkan lagi naikkan RM5 juta tapi kita masukkan di situ nanti kita tambah untuk apa untuk menambah permohonan. Kenapa kita tambah permohonan itu? Sebab permohonan pada tahun ini jumlahnya adalah sebanyak 7 ribu orang dan kita meningkatkan hanya daripada 7 ribu hanya 3 ribu yang dapat kita naikkan menjadi 5 ribu orang dan nilainya adalah RM5 juta. Ini bukan baharu, sebenarnya pada tahun-tahun sebelum ini iaitu pada tahun 2018, 2019 nilainhya memang RM5 juta tapi duliu kita terpaksa restructure sebab kita pertingkatkan peruntukan untuk PTRS dan sekarang PTRS ada sumbangan daripada MBI dan sebagainya kita masih lagi dapat kekalkan PTRS sebanyak 150 ribu orang plus makan tengahari mereka dan ditambah lagi untuk bantuan kepada mereka yang belum menguasai kemahiran 3M. Itu antara perkara-perkara yang berlaku dalam dinamika kita merangka dan merencana belanjawan. Tentang sentuhan ataupun perkara yang dibangkitkan oleh Meru yang menyebutkan bahawa kenapa kita agak lambat. Sebab dalam prosedur sebelum ini hadiah masa di universiti ni adalah untuk mereka yang masuk universiti. Tawaran di universiti belum lagi mengesahkan seseorang itu masuk universiti. Mereka perlu masuk ke universiti berdaftar dan diikuti dengan permohonan dengan kita sebab kalau tidak mereka dapat borang mereka dapat tawaran mereka tak ambik. Jadi mereka dapatlah RM1 ribu itu tapi RM1 ribu tu akhirnya tak membantu mereka di universiti dan ini walaupun agak terlewat tapi saya kira masih lagi mengurangkan beban keluarga terutamanya memastikan kehidupan first 3 month ataupun first 2 month untuk keluarga ataupun mana pelajar-pelajar, mahasiswa mahasiswi tersebut belajar di universiti untuk sara hidup mereka pada masa-masa tertentu. Saya faham kalau ada mekanisme yang boleh mengesahkan mereka masuk, itu kita boleh bagikan segera. Sebab itu antara prosedur yang disemak oleh audit dan sebagainya kita tak boleh bagi sebelum mereka masuk. Kalau mereka masuk, baru kita boleh bagi kalau kita tak bagi

kalau kita bagi awal apa kata mereka tak masuk. Wang itu bukan hadiah masuk universiti tapi hadiah tawaran di universiti haa dia tak jadi macam tu.

Yang Berhormat, berkenaan dengan PPAS ataupun perpustakaan awam saya menyambut baik dengan permohonan daripada ramai pihak tadi saya ingat Permatang ada sebutkan tentang perpustakaan Tanjung Karang. Dalam buku Belanjawan ini jelas tahun depan kita peruntukkan RM2.5 juta untuk melengkapkan Perpustakaan Awam Tanjung Karang. Kenapa ada kelewatan sebab ada beberapa faktor. Salah satu faktornya adalah kegagalan kontraktor dan yang kedua kita terpaksa mengganti selepas dia berikan extension of time dan sebagainya dan selepas itu kita ditimpa pandemik selama 2 tahun daripada 2020-2021 jadi dengan sebab itu sahaja kita habis masa dekat 4-5 tahun untuk melengkapkan pembinaan semula ataupun menyiapkan perubahan ataupun penyelenggaraan sepenuhnya Perpustakaan Awam Tanjung Karang yang mana saya rasa boleh dilengkapkan pada tahun depan pada tahun 2026 jika semuanya berjalan dengan baik dan teratur dan rapi. Tentang perpustakaan di mall yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing jugak saya cukup faham sebab beliau juga terlibat dengan saya sewaktu di perpustakaan dan sewaktu saya Pengerusi Perpustakaan Awam Negeri. Kita dapati ada sebab tertentu walaupun permintaannya sangat tinggi di perpustakaan tersebut. Insya Allah kita akan semak balik daripada peruntukan perpustakaan ini di mana kita nak cari tapak di Bukit Gasing yang sesuai. Kalau kita dapatkan daripada bangunan Majlis sebagai contoh yang tidak melibatkan kos yang tinggi. Tetapi pihak perpustakaan perlu membuatkan dan mengekalkan beberapa konsep. Konsep supaya perpustakaan-perpustakaan tersebut dapat dibangunkan dengan selesa dan menjadi sebahagian transit practice kita di beberapa tempat. PPR Kota Damansara sebagai contoh ia satu practise yang baik kosnya tak besar pun. Saya ingat kosnya dalam RM400, RM1000, RM300-RM400 ribu dan ia disumbangkan sebenarnya oleh MBI yang menyediakan tapak tersebut. Dan selepas kita naik taraf itu Yang Berhormat kita perlu pulak memastikan penyelenggaraannya baik.

Saya dengar pagi tadi saya tak sempat nak gulung tapi dah disimpulkan adalah berkenaan dengan kemudahan-kemudahan yang ada. Kita ada beberapa kemudahan yang sebenarnya adalah hasil kerjasama dengan pihak luar. Antaranya pihak UITM, ataupun pihak syarikat swasta dan sebagainya sebab itu kita terpaksa mengenakan kos tertentu kerana mereka juga melibatkan kos yang belum lagi dibayar ataupun ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan ia menjadi tarikan-tarikan secara tidak langsung di perpustakaan namun kita boleh mungkin menyediakan satu tabungan seperti wakaf dan sebagainya yang boleh diukirkan dan dipraktis kan di masa depan supaya kemudahan-kemudahan di perpustakaan awam itu boleh digunakan dengan jauh lebih murah. Ataupun boleh digunakan dengan jauh lebih affordable kepada keluarga-keluarga dengan izin atau lebih berpatutan kepada keluarga-keluarga yang terbabit dan untuk tahun hadapan sebagai contoh kita akan mengenal pasti beberapa lagi PPR kerana konsep di Kota Damansara itu sangat baik. Sebelum itu kita sudah buat di Kampung Lindungan sebenarnya perpustakaan yang sebegitu tetapi di kabin sahaja tetapi di

Kota Damansara amat menarik kerana gunakan sebahagian kompaun PPR itu dan kompaun itu secara tidak langsung menjadi pusat aktiviti masyarakat menjadi tempat mereka belajar mengurangkan kesan-kesan tertentu mungkin selepas ini PPR Bandar Baru HICOM sebagai contoh. Itu antara tempat0-tempat yang kita sedang teliti ataupun di Lembah Subang yang kita akan ambil alih daripada pihak KPKT selepas selesai beberapa urusan. Kampung Tunku membangkitkan tentang nuklear ini menimbulkan segment baharu di kalangan masyarakat pro dan kontra walaupun masing-masing menimbulkan pelbagai perkara antaranya paip gas kita tidak boleh hendak kawal apatah lagi berkaitan dengan nuklear saya sudah agak ini antara perkara yang timbul.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Maaf Kampung Tunku tidak membangkitkan nuklear.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sapa yang bangkitkan nuklear tadi? Tidak ada? Tapi saya hendak sebutkan juga di sini Kota Raja. Kota Raja tidak ada tetapi apa yang saya hendak sebutkan di sini nuklear ini adalah usaha kita untuk mempelbagaikan punca kuasa ataupun punca tenaga kita di masa hadapan dan sebab itu kita mulakan dengan pembinaan kapasiti kita, kita tidak boleh bergantung dengan pihak luar semata kita membina kapasiti dan kekuatan dalaman kita dahulu supaya pelajar-pelajar ini yang kita ajar hantar ke Tsinghua kerana Tsinghua yang menawarkan biasiswa RM3.7 juta dan Kerajaan Negeri menambah RM1 juta untuk kos sara hidup atau kos pembiayaan sara diri mereka dan kita harap pelajar, pegawai yang kita hantar ke sana boleh pulang ke sini menyediakan satu rangka dan juga menyediakan penerangan-penerangan kepada masyarakat dan komuniti bagaimanakah konsep energy berdasarkan daripada nuklear ini boleh di bangunkan di Negeri Selangor. Ini bukan perkara baru Kementerian Tenaga di Peringkat Persekutuan juga mula meneroka hal ini dan sejak awal tahun ini beberapa diskusi perbincangan, beberapa pengumuman daripada pihak-pihak terbabit telah kita kemukakan atau telah kita bangkitkan sebelum ini.

Soalan yang ketiga saya rasa daripada Bukit Gasing juga adalah berkenaan sejauh manakah arah digitalisasi Jabatan Kerajaan. Ini terangkum sedikit sebanyak dalam usaha kita di dalam beberapa inisiatif Kerajaan Negeri antaranya AI Trailblazers. AI Trailblazers kita bukan buat mesin ataupun buat ChatGPT kita bukan Gemini tetapi kita buat kumpulan mengikut Jabatan-jabatan dan di antara badan dan institusi yang terlibat adalah Pihak-pihak Berkuasa Tempatan ada 4 majlis Bandar Raya yang kita anggap inilah yang telah bersedia membuat satu solusi terhadap permasalahan isu yang mereka rangkumkan dan kemudian isu itu di lahirkan dengan kumpulan daripada AI Trailblazers kita kerjasama dengan Google dan saya ada mereka dan melahirkan satu solusi dalam konsep AI ataupun penyelesaian AI atau solusi AI dan itu adalah salah satu langkah bukan hanya kita menyediakan alatan machinery atau kemudahan yang terkini tetapi ia di ciptakan untuk penyelesaian masalah yang semasa supaya ia real contohnya Media Selangor apa yang Media Selangor buat adalah untuk satu bahan atau pun untuk mengumpulkan semua berita berkenaan dengan Selangor dan mudah diakses di Media Selangor itu contohnya. Contohnya Pejabat Tanah dan Daerah, apa

penyelesaiannya? PBT pun ada penyelesaiannya. Jadi kita sudah sampai ke beberapa kohort tahun hadapan kita akan menyelesaikan dan merangka beberapa kohort pagi tadi saya ada jawab kita akan cuba pergi dapatkan guru-guru sekolah supaya AI ini di bukan bergerak dengan the new machine tetapi dengan penyelesaian dan penggunaan ini yang selalu saya tegaskan dan saya selalu sebutkan bahawa ada keperluan ia menjadi satu budaya kalau kita hendak buat Smart City contohnya Smart City is not about the new machine tetapi bagaimana pembudayaan nya secara menyeluruh kita sebutlah digitalisasi Negeri menyebutkan bahawa mereka telah mencapai tahap Smart State pada tahun ini ukurannya apa? Ukurannya berdasarkan KPKT kerana semua Pihak berkuasa Tempatan mereka telah menyelesaikan tahap satu tetapi kita Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah sampai tahap 1, Majlis Perbandaran Hulu Selangor mungkin daripada tahap 1, Majlis Bandar Raya Subang Jaya dan PJ telah sampai tahap 3 tetapi kita tidak ada Sabak Bernam, Sabak Bernam tidak sampai ke tahap 1 sebab apa? Sebab tidak ada kriteria boleh dipertanggungjawabkan. Kita tidak mahu push itu Yang Berhormat sebab nanti kalau kita push nanti benda itu akan jadi fake atau tidak digunakan yang kita nak ia digunakan dan itu yang terjadi kalau kita lancarkan Program PLATS. PLATS di lancarkan selesaikan masalah peniaga-peniaga tidak boleh menjaja tetapi hari ini apa bila proses itu telah berjalan beberapa tahun kita telah mengumpulkan 100 ribu penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil di seluruh Negeri Selangor di bawah platform PLATS. Di sana mereka di upayakan ataupun di pertingkatkan kemahiran mereka dan buktinya jualan Bazar Ramadhan kita merekodkan jualan yang sangat besar. Di Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam rekodnya RM1.7 juta jualan. Seluruh Selangor yang di rekodkan dengan Agro Bank sahaja RM7 juta yang tidak termasuk Maybank dan sebagainya keseluruhan yang di rekodkan RM200 juta di Negeri Selangor sahaja tetapi apa yang menggembirakan sebahagian daripadanya sudah mula ada transaksi di dalam talian. Itu yang kita nak bukan hanya kita mempunyai E-Wallet kita, kita mempunyai kemudahan kita tetapi ia digunakan dengan secara meluas. Kalau kita pergi ken Negara China jualan di tepi jalan pun akan digunakan QRCode atau Wechat Pay tidak menggunakan note. Kalau kita gunakan notes walaupun Sedara Tze Han cina confirm cina dia tahu dah cina dari Negara lain bukan dari Negara China sebab tidak menggunakan aplikasi-aplikasi yang digunakan secara meluas di Negara tersebut. Jadi ini perkara yang kita hendak buat perubahan transformasi Kerajaan yang itulah yang kita akan laksanakan melalui AI Trailblazers dan sebagai nya untuk kita menyelesaikan ataupun kita peruntukan secara keseluruhan tentang Belanjawan kita atau untuk digitalisasi.

Speaker

Ya Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tapi Yang Amat Berhormat boleh atau tidak saya sebagai rakyat Selangor menjelang mungkin 2 tahun daripada hari ini tidak perlu datang ke mana-mana kaunter kerajaan untuk apa-apa urusan semua boleh dilakukan di atas talian? Boleh atau tidak kita sampai ke tahap tersebut atau set satu target date kita sampai ke tahap tersebut?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya percaya boleh kalau kita sudah menggunakan sepenuhnya sekarang ini pun sebahagian daripada pembayaran cukai, pembayaran petak tanah, pembayaran-pembayaran tertentu pembayaran saman saya cuba sendiri pembayaran saman kereta saya kena saman di Kajang dia tidak tahu itu kereta saya kut jadi disaman tetapi tidak apa kita bayar alhamdulillah dalam tempoh 3 ke 4 minit proses pembayaran itu selesai Cuma pasti akan ada permintaan sebagaimana yang disebutkan ada warga emas ada mereka yang tidak biasa dengan penggunaan pengendalian atas talian dan sebagainya saya lihat masih lagi kita perlukan itu pun kita sudah mempercepatkan ringkaskan sebaik mungkin untuk memastikan digitalisasi itu sampai ke tahapnya. Menjadi Negeri digital bukan hanya alatnya, machinery nya terkini tetapi juga budaya penggunaan digitalisasi itu digunakan itu yang pentingnya sebab itu kita laksanakan aplikasi sebagai contoh aplikasi Nine ini aplikasi sebenarnya Kerajaan Negeri sedang menari salah satu aplikasi kita ada aplikasi SELANGKAH, kita da aplikasi Nine, kita ada CEPAT sebelum ini dan pelbagai yang lain. Jadi sekarang ini kita hendak rangkum menjadi satu supaya menjadi single window untuk pendaftaran dan juga untuk parking dan juga perkara-perkara lain. Sebab itu apabila kita terlibat dengan sistem parking itu bukan kita nak kutip 10% itu sahaja Kerajaan Negeri hendak pastikan ada integrated solution untuk penyelesaian rakyat secara menyeluruh menggunakan sistem itu. Kita agak bangga kerana sistem E-Parking kita atau Smart Parking kita menggunakan baik dan orang boleh menempah dan booking ataupun menempah kawasan parking mereka pada waktu-waktu tertentu tapi apa yang saya hendak sebutkan dengan jelas di sini usaha ini berterusan dan ia memerlukan satu pemantauan ataupun pelaksanaan apa yang kita laksanakan sekarang melalui SBU kita mengumpulkan semua PBT mereka tidak boleh lagi melancarkan program mereka sesuka hati tanpa leverage dengan izin dengan beberapa local council yang lain supaya standard itu boleh digunakan. Memang mudah untuk kita laksanakan apa yang kita panggil sebagai super web ataupun super apps itu memang semua orang akan cakap kita hendak buat super apps tetapi super apps untuk apa? Sebagai contoh untuk kesihatan semuanya digunakan sepenuhnya oleh SELANGKAH, untuk E-Parking semuanya menggunakan Pin ataupun Nine yang kita sedang bangunkan dengan E-Wallet yang kita sudah bangunkan atau pun ada Selangor Finntack telah kita bangunkan Selangor Advance dan sebagainya. Ini semua memerlukan peragaman atau penyeragaman di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan dan seluruh transaksi-transaksi yang ada jadi kita permudahkan satu persatu yang praktikal dan sebagainya supaya kita bukan hanya mencipta best machine sebab machine ini teknologi ini bergerak dengan sangat pantas dan kadangkala kita tidak mampu untuk mengejar atau tidak mampu untuk menyelesaikan secara keseluruhannya. Jadi itu sedikit banyak yang saya telah jelaskan berkenaan bajet Belanjawan saya ulang balik tentang kepelbagaian itu kenapa pelbagai itu wujud dengan nilai yang tinggi atas sebab beberapa faktor saya sebutkan tentang PPAS tadi saya sebutkan tentang nuklear dan terakhir tentang digitalisasi yang menjadi usaha yang berterusan dan image yang saya hendak bukan sahaja label yang kita hendak kata kita sadah menjadi Smart State sebab kita semua sudah level 1 itu belum sampai ke tahap aplikasi yang konon nya

tetapi saya juga gembira walaupun kita belum lagi di kategori Smart State tetapi digunakan secara menyeluruh oleh rakyat berdasarkan inisiatif-inisiatif dan kerangka yang telah kita bangunkan beberapa tahun yang lepas. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi berikut. Bahawa menurut Seksyen 9 Sub Seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 Dewan ini membuat penetapan bahawa peruntukan sebanyak RM1,370,000,000.00 yang dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut Seksyen 4(1) Akta yang sama seperti mana terdapat di jadual hendaklah diluluskan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.

Usul ini di persetujui.

Usul Nombor 14 Tahun 2025 Usul Pindaan Pegawai Pengawal Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 Kumpulan Wang Amanah Kilang tanp...Motion

Setiausaha Dewan

Aturan mesyuarat seterusnya. Usul Nombor 14 Tahun 2025 Usul Pindaan Pegawai Pengawal Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 Kumpulan Wang Amanah Kilang tanpa Kebenaran.

Speaker

Ya pencadang.

Dato' Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya dengan suka citanya memohon membawa satu usul di dalam Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi seperti berikut. Bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju supaya membuat pindaan ke atas kelulusan yang telah diberikan untuk membuat satu ketetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut. Menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK ) di mana sebanyak 1% daripada setiap penerimaan bayaran premium tanah atau dan premium tambahan susulan kelulusan permohonan menukar kategori kegunaan dan syarat tanah hendaklah disumbangkan kepada Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK) ini yang akan diselenggarakan oleh Jawatankuasa Tetap STANDCO Kilang Tanpa Kebenaran (KDK) Negeri Selangor namun begitu Pegawai Pengawal Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK) yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas adalah Pengarah Tanah dan Galian Selangor yang juga bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemegang Amanah memohon di pinda kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK) yang telah diluluskan dalam sidang Dewan

Negeri yang lepas merupakan akaun amanah Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 memandangkan terdapat keperluan sebahagian daripada hasil Kerajaan Negeri di sumbangkan ke akaun Kumpulan Wang Amanah (KWAKTK) ini pihak Perbendaharaan Negeri Selangor berpandangan adalah bertanggungjawab Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Pengawal di Peringkat Kerajaan Negeri Selangor. Untuk menjadi Pegawai Pengawal KWAKTK Kumpulan Wang Amanah KTK tersebut dan seterusnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Kumpulan Wang Amanah KTK. Sehubungan itu Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-32/2025 bertarikh 31 Oktober 2025 telah meluluskan secara dasar pembentangan Kertas Usul Pindaan Pegawai Pengawal Kumpulan Wang Tabung Amanah KTK di Bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957serta Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah KTK adalah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan senarai keanggotaan Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah KTK terbaru seperti yang di terangkan di dalam perkataan warna merah dan naskhah Surat Ikatan Amanah SIA yang telah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya memanjangkan cadangan sokongan terhadap pindaan Pegawai Pengawal dan Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK) diangkat untuk pertimbangan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian maka dengan itu saya mohon mencadangkan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul hendaklah di bawa oleh Yang Berhormat Sekinchan iaitu Pindaan Pegawai Pengawal Tabung Amanah KTK di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK) oleh itu saya kemukakan usul ini untuk di bahaskan. Memandangkan tidak ada ADUN yang membahas jadi tidak perlu lah Yang Berhormat Sekinchan untuk menggulung. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju membuat pindaan ke atas kelulusan yang telah diberikan untuk membuat satu ketetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK) di mana sebanyak 1% daripada setiap penerimaan bayaran premium tanah atau dan premium tambahan susulan kelulusan permohonan menukar kategori kegunaan dan syarat nyata tanah hendaklah di sumbangkan kepada Kumpulan Wang Amanah Kilang tanpa Kebenaran (KWAKTK) ini. Yang akan diselenggarakan oleh Jawatankuasa Tetap (STANDCO) Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor. Namun begitu Pegawai Pengawal Kumpulan Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWAKTK) yang diluluskan dalam sidang Dewan Negeri yang lepas adalah Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan juga bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa

Pemegang Amanah mohon di pinda kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.

Ahli-ahli Yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.

Usul ini di persetujui.

Setiausaha Dewan

Usul Seterusnya.

Speaker Peraturan Tetap, Peraturan 87 Speaker.

Speaker

Ya.

Memandangkan kita ada lagi 2 jam sebelum hendak habiskan Dewan Cuma saya minta berkenaan soalan lisan Speaker boleh atau tidak kami dapatkan yang balance itu sebab ada sebahagian besar kami tidak dapat lagi.

Speaker

Soalan lisan juga kita akan berikan pada hari ini juga kalau hari ini adalah hari yang terakhir jadi saya mohon supaya pegawai kepada semua Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk berpesan kepada semua pegawai untuk supaya menghantarkan teks atau pun jawapan lisan yang belum sempat di jawab kepada semua Ahli Yang Berhormat pada hari ini sebelum sidang di tangguhkan. Seterusnya saya menjemput Setiausaha

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya nombor Usul 15 tahun 2025 Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun Dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung Hala Tuju Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2025. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) bil. 5/2024, 12/2024, 1/2025, 6/2025, 8/2025 dan Bil 11/2025 yang dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi PKNS telah mengenal pasti beberapa perkara berbangkit berkenaan hala tuju PKNS yang memerlukan

perhatian pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk menjamin kemampanan agensi ini dan memastikan kelangsungan pelaksanaan dasar Pembangunan Negeri. Penubuhan Jawatankuasa dimaklumkan yang Hala Tuju PKNS tidak lagi tertumpu pada pembangunan bandar-bandar baru atau pembangunan perumahan mampu milik sebaliknya PKNS pada hari ini memposisikan peranannya sebagai syarikat pemaju hartanah sebagai pemaju swasta lain di Negeri Selangor. Jawatankuasa dimaklumkan selain daripada sektor hartanah PKNS melalui anak syarikat juga menceburi sektor tenaga, pengurusan sisa dan perkhidmatan kesihatan. Jawatankuasa mendapati PKNS berhadapan kesukaran untuk bersaingan dengan syarikat pembangunan tanah yang lain dalam pasaran. Jenama PKNS sering di sama kan dengan pembangunan rumah-rumah kos rendah kos rendah sederhana rendah dan kos sederhana jenama PKNS mempunyai masalah persepsi yang menghalang PKNS dari membangunkan unit-unit khas hartanah bernilai tinggi. Jawatankuasa mengambil maklum keterangan pihak PKNS bahawa barisan pengurusan dan kakitangan PKNS mewarisi legasi budaya kerja yang menyukarkan transisi PKNS kepada sebuah syarikat yang boleh bersaing dengan pemaju swasta di pasaran bebas. Jawatankuasa melalui PKNS perlu mencapai keuntungan yang lebih tinggi untuk menampung kos perbelanjaan mengurus yang tinggi dan pembayaran hutang.

Oleh yang demikian saranan Jawatankuasa menyarankan PKNS untuk mengambil mandat baharu dalam pembangunan Negeri Selangor di mana impak aktiviti PKNS dapat memberi kesan yang positif secara langsung kepada KPDNK dengan melaksanakan inisiatif berimpak tinggi. Jawatankuasa berpandangan PKNS boleh meneruskan aktiviti perniagaan sedia adanya tetapi harus di tambah dengan aktiviti perniagaan baru yang berimpak tinggi seperti pembangunan semula dengan regurgitasi pembangunan PKNS perlu membentuk sebuah jabatan khusus untuk mengenal pasti peluang-peluang pembangunan semula yang di perlukan dalam Negeri. Pembinaan kediaman berpusat pekerja warga asing CLQ usaha pembinaan CLQ pada masa kini terlalu sedikit berbanding dengan jumlah pekerja asing yang ada dalam Negeri. CLQ tidak semestinya perlu menyasarkan pekerja kilang tetapi kerja dalam sektor perkhidmatan pembinaan CLQ dapat mengurangkan tekanan dan saingan kepada golongan rakyat B40 terhadap penyewaan rumah-rumah kos rendah yang sedia ada. Memainkan peranan sebagai pemaju utama infrastruktur, pengangkutan awam PKNS perlu memainkan peranan untuk menjadi penggerak utama pembangunan rancangan pengangkutan awam Selangor seperti di Pulau Pinang di mana sebuah agensi Kerajaan telah menggerakkan pembangunan projek pengangkutan awam walaupun PKNS adalah pemaju utama dana masih diberikan dari sumber-sumber luar seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia atau Kerajaan persekutuan tanpa sebarang agensi yang memacu pembangunan infrastruktur pengangkutan awam, pembangunan rancangan ini tidak akan di laksanakan. Pembangunan Taman Industri Kitar Semula PKNS boleh membangunkan Taman Industri Kitar Semula yang lestari sebagai master developer yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan langkah-langkah kawalan pencemaran yang sewajarnya melalui pembangunan sebuah Taman Industri Kitar Semula

PKNS boleh menyewakan lot-lot kilang pengusaha SME secara langsung menjadi pemangkin industri ini dan KDNK Selangor. Penyedia perkhidmatan kesihatan dan sektor premium ekonomi terdapat permintaan yang signifikan untuk perkhidmatan kesihatan dan sektor premium ekonomi yang berpotensi menjadi sektor pendengar di antara perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan oleh KKM dan perkhidmatan kesihatan premium yang disediakan di hospital swasta. Jawatankuasa menyarankan PKNS melaksanakan projek-projek pembangunan sendiri tanpa usaha sama JV dengan syarikat luar memandangkan PKNS mempunyai kepakaran dalam pengalaman kakitangan kanan yang mencukupi. Jawatankuasa menyarankan PKNS untuk mencapai kadar hasil pada nilai 1% KDNK Selangor menjadi pemangkin kepada 2% ke 5% KDNK Selangor. Dengan ini Kajang mohon mencadangkan.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong, saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu Usul yang berbunyi bahawasanya menurut perenggan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung hala tuju Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 37 tahun 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.

Usul dipersetujui.

SETIUSAHA DEWAN : Usul seterusnya Usul Nombor 16 Tahun 2025 Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul seperti berikut bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung penstrukturan semula Anak Syarikat dan Agensi sebagai Badan Berkanun telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 38 tahun 2025. Tuan Speaker dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) Bilangan 11/2024 Jawatankuasa bersetuju untuk mencadangkan satu pembahagian dan penstrukturan semula

kategori sektor syarikat berkaitan Kerajaan GLC di Negeri Selangor yang sedia ada maka dalam Mesyuarat Bilangan 12/2024 Jawatankuasa telah memanggil CEO PKNS dan CEO MBI bagi mendapat pandangan tentang pengasingan syarikat menjalankan operasi pentadbiran serta aktiviti perniagaan dan menjadikan syarikat yang menjalankan operasi pentadbiran badan berkanun ataupun perbadanan manakala Mesyuarat Bilangan 14/2024 Jawatankuasa telah memanggil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Selangor bagi memberi pandangan penstrukturan semula anak syarikat MBI dan PKNS menjadikan anak syarikat yang menjalankan fungsi Kerajaan sebagai sebuah agensi Kerajaan yang rasmi. Berdasarkan keterangan-keterangan PKNS, MBI dan Bahagian Sumber Manusia Kerajaan Negeri Selangor, Jawatankuasa mendapati anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Selangor secara umumnya terbahagi kepada kategori seperti berikut yang pertama syarikat yang berorientasikan keuntungan dan dividen, yang kedua syarikat strategik berorientasikan keuntungan monopoli semula jadi KDEB Waste Management Sdn Bhd dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan tidak mempunyai pesaing dari sektor swasta dan yang ketiga syarikat strategik bertindak sebagai one stop agency untuk memproses sebagai permohonan dari sektor swasta seperti KUSEL dan yang keempat syarikat yang berfungsi sebagai agensi Kerajaan seperti Tourism Selangor, Invest Selangor, Media Selangor dan sebagainya. Syarikat-syarikat ini mendapat geran pendapatan daripada Kerajaan Negeri Selangor seperti agensi Kerajaan yang lain dan tidak menjalankan sebarang perniagaan. Oleh itu Jawatankuasa berpandangan bahawa syarikat-syarikat berorientasikan keuntungan dan dividen perlu di tanda aras dengan syarikat yang setanding untuk menentukan margin keuntungan yang sesuai.

Seterusnya syarikat perlu menetapkan KPI dalam bentuk margin keuntungan dan dividen yang hendak dipulangkan kepada Kerajaan Negeri. Jawatankuasa juga menyarankan supaya Kerajaan Negeri menetapkan agensi kawal selia untuk syarikat-syarikat berorientasikan keuntungan semula jadi untuk memastikan pencapaian KPI prestasi perkhidmatan dan KPI kewangan. Selain itu Kerajaan Negeri harus menetapkan mekanisme kawalan kos operasi dan mekanisme pemulangan dividen kepada Kerajaan Negeri untuk syarikat-syarikat bertindak sebagai one stop agency. Jawatankuasa berpandangan syarikat yang berfungsi sebagai agensi Kerajaan di strukturkan semula sebagai badan berkanun rasmi di bawah Kerajaan Negeri bagi menjamin kejelasan mandat ketulusan tadbir urus serta penyelarasan semula. Minta maaf, penyelarasan struktur, perjawatan dan kawal selia yang lebih berkesan, penstrukturan semula bagi berkanun juga membawa implikasi pencukaian untuk agensi-agensi ini. Buat masa ini agensi yang beroperasi sebagai sebuah syarikat terdedah kepada pencukaian atas hasil-hasil yang diraih. Jawatankuasa berpandangan dengan adanya pengelasan yang jelas antara semua entiti ini, KPI untuk semua entiti ini dapat ditetapkan dengan jelas dan adil mengikut matlamat dan objektif. Selain itu kekeliruan tentang entiti mana yang perlu menjana keuntungan dan memberikan pulangan dividen kepada Kerajaan Negeri dapat dielakkan. Tuan Speaker, Balakong mohon mencadang.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tuan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul yang berbunyi. Bahawasanya, menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS), berhubung penstrukturan semula anak syarikat dan agensi sebagai badan berkanun yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 38 Tahun 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.

Usul dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya, Usul No. 17 Tahun 2025. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Seri Serdang.

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya, menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS), berhubung Isu Kemampanan Kewangan Yayasan Selangor yang telah dibentangkan Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 39 Tahun 2025.

Yang Berhormat, Tuan Timbalan Speaker dan semua Yang Berhormat. Dalam Mesyuarat JP-ABAS Bilangan 10 Tahun 2025, pada 25 Ogos 2025, Yayasan Selangor yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor sendiri, telah hadir untuk memberikan penerangan mengenai status kewangan operasi dan hala tujunya. Yayasan Selangor memaklumkan bahawa hala tuju utama mereka adalah untuk menjadi agensi peneraju dalam bidang pendidikan Negeri Selangor dengan menumpukan 70% daripada gerak kerja dan pelan pengoperasian kepada sektor pendidikan.

Bagi memastikan perkara tersebut dapat dicapai, Yayasan Selangor telah melaksanakan empat program utama yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan telah dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor, iaitu;

1. Selangor Industrial Internship Programme (SISPRO) - peruntukan RM300,000 seramai 300 orang penerima,

2. Program Jerayawara Siswa KITASelangor (JSS) - 16 IPTA seluruh Malaysia dan sisi lain yang melibatkan RM122,000-RM140,000,

3. Program Baucar Buku Kita Selangor yang melibatkan 2,000 orang mahasiswa Selangor dengan peruntukan RM400,000,

4. Geran Penyelidikan Negeri Selangor (GPNS), IPTA-IPTS yang menjalankan pendidikan dan sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi program ini.

Kesemua peruntukan yang digunakan bagi melaksanakan program-program tersebut adalah disalurkan melalui Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan tiada sebarang peruntukan dalaman Yayasan Selangor digunakan untuk tujuan program-program tersebut. Yayasan Selangor mengoptimumkan penggunaan lokasi Ibu Pejabat dengan menjadikan Menara Yayasan Selangor sebagai Hub Pendidikan Selangor. Hub ini merangkumi penubuhan Hub Mahasiswa Selangor, pelaksanaan kerjasama rentas agensi bagi memperkukuhkan impak serta pembinaan pusat pengembangan dan penyelesaian program pendidikan Selangor sehingga lebih teratur dan bersepadu. Yayasan Selangor juga memaklumkan wujud cabaran dalam penjanaan sumber kewangan bagi mengembangkan lagi agenda pendidikan Yayasan Selangor. Selaras dengan peranannya sebagai peneraju utama pendidikan di Negeri Selangor.

Usaha yang telah dilakukan untuk menghadapi cabaran tersebut adalah pihak Yayasan Selangor menjalin hubungan strategik bersama syarikat-syarikat GLC Selangor yang lain bagi tujuan pembangunan aset tanah yang masih belum dibangunkan. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) serta beberapa perancangan kerjasama lain bersama GLC yang berkaitan. Yayasan Selangor turut memaklumkan bahawa mereka berdepan dengan cabaran untuk memenuhi keperluan untuk menjenamakan semula agenda pendidikannya, khususnya selepas hampir 55 tahun beroperasi dan memberi sumbangan berterusan kepada pembangunan Negeri Selangor.

Antara tindakan yang telah pun diambil oleh Yayasan Selangor ialah sebagai menggalas tanggungjawab peneraju utama pendidikan negeri dengan melaksanakan program bukan sahaja untuk pelajar Tajaan Yayasan Selangor tetapi juga untuk semua pelajar rakyat Selangor melaksanakan program yang lebih berimpak tinggi serta melaksanakan penstrukturan semula organisasi dengan memberi penekanan kepada fungsi Jabatan Pendidikan Yayasan Selangor. Begitu juga antara program yang telah dijalankan ialah dengan mengadakan program bersama kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri

Selangor (JPNS) sebagai rakan strategi mereka. Hal ini kerana, data pelajar di setiap sekolah adalah berbeza dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) merupakan pihak yang mempunyai akses serta autoriti untuk menilai dan menentukan sekolah-sekolah yang bersesuaian berdasarkan keperluan dan latar belakang pelajar.

Di peringkat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor memberi peluang kepada sekolah untuk melaksanakan program akademik khusus bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Sasaran awal Yayasan Selangor bagi program sekolah angkat adalah untuk melibatkan sebanyak 40 buah sekolah dan jumlah tersebut dicadangkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) berdasarkan analisis data serta keperluan pelajar di negeri ini. Yayasan Selangor juga maklumkan bahawa pada masa ini mereka tidak mempunyai sebarang program atau skim bantuan bagi membiayai pengajian luar negara kerana pembiayaan tersebut adalah secara langsung di bawah pengurusan Biasiswa Kerajaan Negeri Selangor.

Pihak Yayasan Selangor juga telah memaklumkan bahawa cadangan telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar pengurusan Tabung Pendidikan Biasiswa Kerajaan Negeri diserahkan kepada Yayasan Selangor yang merangkumi sebanyak 11 program termasuk program pembiayaan dan pinjaman pelajar ke luar negara. Tuan Timbalan Speaker, satu lagi yang telah dimaklumkan ialah berkenaan aset-aset Yayasan Selangor. Kebanyakan aset-aset Yayasan Selangor adalah dalam bentuk hartanah secara khususnya bangunan Yayasan Selangor di Kampung Baru, Kuala Lumpur, bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang, Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya (PJ), Tanah Pertanian di Serendah dan Kuala Langat dan beberapa aset-aset hartanah lain.

Yayasan Selangor menjalankan mandat untuk menyokong usaha pendidikan dan hasil pulangan pelaburan aset-asetnya Yayasan Selangor memerlukan pulangan pelaburan yang lebih baik untuk menampung perbelanjaan inisiatif pendidikan. Yayasan Selangor maklumkan bahawa jumlah keseluruhan aset bagi Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, bangunan Yayasan Selangor di Kampung Baru, serta bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang dianggarkan sekitar RM300 juta dan disenaraikan sebagai aset strategik Yayasan Selangor. Aset-aset Yayasan Selangor dianggarkan bernilai RM1 bilion dengan kadar pulangan hasil sebanyak RM12 juta setahun, kadar pulangan pelaburan sebanyak 1.2%. Pihak Yayasan Selangor menjelaskan juga bahawa mereka tidak dapat memberikan sebarang anggaran nilai hartanah yang dimiliki kerana proses penilaian hartanah terakhir telah dijalankan pada tahun 2015.

Bagi menyediakan maklumat tersebut, penilaian rasmi yang baru perlu dilaksanakan terlebih dahulu berdasarkan nilai pasaran semasa. Pihak Yayasan Selangor juga memaklumkan bahawa bagi Tanah Warta, mereka bertindak sebagai caretaker dan kini sedang dalam proses untuk memohon pajakan rasmi. Penemuan jawatankuasa, jawatankuasa mendapati

hasil pulangan aset-aset Yayasan Selangor pada kadar 1.2% setahun adalah terlalu rendah. Jawatankuasa mendapati bahawa kadar pulangan deposit tetap adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar pulangan aset Yayasan Selangor ini. Jawatankuasa mendapati Yayasan Selangor tidak mempunyai nilaian semasa sebenar terhadap aset-asetnya. Kali terakhir nilaian dilakukan terhadap aset-aset Yayasan adalah pada tahun 2015.

Jawatankuasa mendapati juga Yayasan Selangor tidak mempunyai rancangan perniagaan yang jelas untuk kebanyakan asetnya untuk menjana hasil yang setimpal dengan nilainya. Saranan jawatankuasa, jawatankuasa menyarankan Yayasan Selangor untuk menjalankan penilaian semula ke atas semua aset-aset yang sedia ada pada kadar nilaian semasa. Jawatankuasa juga menyarankan Yayasan Selangor untuk lebih agresif dalam memanfaatkan aset-aset sedia ada untuk meningkatkan kadar pulangan hasil.

Yayasan Selangor perlu mempunyai rancangan perniagaan untuk menguruskan semua aset-asetnya. Yang ketiga, jawatankuasa menyarankan Yayasan Selangor untuk menyasarkan kadar pulangan hasil aset ROA mereka sekurang-kurangnya 6% setahun supaya matlamat dan mandat pendidikan Yayasan Selangor dapat dipenuhi. Sekiranya pengurusan Yayasan Selangor tidak dapat merangka rancangan untuk mendapatkan pulangan pada kadar ini, pihak pengurusan sepatutnya mempertimbangkan pilihan untuk melupuskan aset hartanah ini dan melabur hasil jualan ini dalam instrumen pelaburan yang lain. Sekian dulu Tuan Speaker, Seri Serdang mencadangkan.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul yang berbunyi. Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Kanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung Isu Kemapanan Kewangan Yayasan Selangor yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 39 Tahun 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.

Usul dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya, Usul No. 18 Tahun 2025. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut.

Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) bagi Dewan Negeri Selangor berhubung Isu Pajakan Tanah Warta Kerajaan yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 40 Tahun 2025. Sedikit latar belakang, dalam Mesyuarat Bilangan Pertama 2025 bertarikh 25 Mac 2025, telah membangkitkan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang berhubung sebidang tanah lapang yang diwartakan untuk kegunaan awam yang didakwa telah diberikan kepada sebuah syarikat swasta daerah Klang. Jawatankuasa bersetuju untuk melawat Pejabat Daerah Tanah Klang dan mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini dan beberapa perkara lain.

Dalam Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2025 bertarikh 17 April 2025, di Pejabat Daerah Tanah Klang, pihak PDT Klang bersama dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) telah memberi taklimat dan penjelasan mengenai isu ini. Saksi-saksi berikut telah hadir di hadapan jawatankuasa untuk memberi penerangan, terutama Pengarah PTGS, Pegawai Daerah Klang, dijemput juga Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang serta seluruh Ahli Jawatankuasa JP-PADAT. Saranan jawatankuasa, saya ingin menyatakan bahawa yang

1. Jawatankuasa menyarankan supaya PTGS mewajibkan setiap permohonan pajakan Tanah Rizab Kerajaan dibuat bersama dengan iklan ditapak. Permohonan di lokasi jelas yang mudah dilihat, prominent, selama 60 hari.

2. Jawatankuasa menyarankan supaya PTGS mewajibkan permohonan pajakan Tanah Rizab disertakan dengan maklum balas dan pandangan daripada wakil dan komuniti setempat.

3. Jawatankuasa menyarankan supaya PTGS menambah kewajipan untuk mendapat ulasan teknikal rasmi daripada pihak penyelenggara Tanah Rizab Kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Lembaga Urus Air Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah.

4. Jawatankuasa menyarankan supaya agensi penyelenggara tanah diberikan tempoh satu bulan untuk mengemukakan ulasan teknikal supaya ulasan teknikal dapat disediakan secara terperinci tetapi tanpa terlalu melengahkan proses permohonan pajakan.

5. Jawatankuasa menyarankan supaya kawalan dan pemantauan berkala dilakukan untuk semua pajakan yang telah diluluskan untuk memastikan pematuhan terhadap perjanjian pajakan. Pemantauan berkala sekurang-kurangnya sekali setiap 2-3 tahun bersama dengan pemantauan secara rawak mengikut keutamaan kawasan dan aduan orang awam.

6. Jawatankuasa menyarankan supaya proses permohonan untuk pajakan Tanah Warta Kerajaan Negeri dikaji semula supaya permohonan bermula di Pejabat Daerah dan Tanah sebelum diangkat dan disemak oleh PTGS untuk pertimbangan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar bagi meningkatkan accountability dan ketelusan serta memendekkan tempoh proses permohonan.

Jawatankuasa ini ingin merakamkan juga ucapan terima kasih kepada semua wakil agensi individu yang telah mengemukakan keterangan serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyediaan penyata ini. Jawatankuasa berharap hubungan baik dapat dikekalkan di samping meningkatkan prestasi cemerlang dalam menjalankan fungsi dan peranan masing-masing. Penyata ini telah dibincangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah Bilangan 5/2025 pada 10 Oktober 2025. Dusun Tua mohon mencadangkan.

Timbalan Speaker

Ada yang menyokong?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong, saya buka usul ini untuk dibahaskan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Ini berkenaan dengan isu tanah yang saya bangkitkan juga tadi semasa Jawatankuasa Perbekalan. Berkenaan dengan isu, ini isu integritilah. Bagaimana pihak Pegawai Kerajaan melaporkan status atau pun keadaan semasa di tapak itu tidak sama. Di mana dilaporkan seolah-olah tanah tersebut mempunyai sampah dan perlu diberikan kepada pihak swasta sedangkan kawasan tersebut merupakan kawasan yang dijadikan zon penampan. Dan ini adalah isu integriti. Sebab itu saya ucapkan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa PADAT kerana mengambil serius aduan yang dibuat oleh saya dan saya harap isu ini tidak akan lagi berlaku pada masa akan datang. Dan apa yang saya hendak sampaikan pada hari ini ialah berdasarkan dapatan yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa PADAT ialah bagaimana, penemuan Jawatankuasa ini yang penting ini. Jawatankuasa mendapati ulasan yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Daerah dan agensi penyelenggara mungkin tidak

menggambarkan keadaan sebenar di lapangan dan tidak mengambil kira keadaan kawasan di sekeliling tanah rizab yang dipohon. Maknanya ada percubaan memanipulasi fakta sebenar di tapak dan menyebabkan ianya diluluskan di peringkat yang lebih tinggi. Sedangkan laporan itu disediakan oleh pihak Pejabat Pentadbir Tanah Klang tetapi laporannya tidak jujur. Jadi saya berharap supaya satu tindakan diambil sebagai pengajaran memandangkan Pejabat Tanah dan Daerah Klang ini awal tahun kita dah ada kes, bagaimana pertukaran hak milik dibuat secara orang kata, tidak mengikut prosedur yang sebenarnya. Dan ini mesti diberikan tunjuk sebab terhadap pegawai yang melaporkan bahawa tanah tersebut tidak terjaga dan disalah guna sebagai kawasan buangan sampah haram sedangkan ianya tidak berlaku seperti apa yang dilaporkan. Jadi untuk pengajaran, saya mencadangkan dalam Dewan Yang Mulia ini, satu surat tunjuk sebab diberikan dan tindakan mesti diambil terhadap pegawai yang membuat laporan yang tidak benar terhadap status tapak tersebut. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Jawatankuasa PADAT.

Timbalan Speaker

Terima kasih Pelabuhan Klang. Ada penjelasan daripada pihak Kerajaan? Tak ada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah Suatu Usul Yang Berbunyi Bahawasanya Menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah, JP-PADAT bagi Dewan Negeri Selangor berhubung isu Pajakan Tanah Warta Kerajaan yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 40 Tahun 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.

Usul ini dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya usul No. 19 Tahun 2025, Usul Di Bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut, Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT) bagi Dewan Negeri Selangor berhubung Isu Lanjutan Tempoh Pajakan Hak Milik Pajakan Negeri Yang Hampir Tamat Tempoh yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 41 Tahun 2025. Dalam mesyuarat bilangan 1/2025 bertarikh 25 Mac 2025, saya telah membangkitkan isu berkenaan tanah-tanah pajakan negeri yang menghampiri atau pun menemui tarikh tamat tempoh pajakan milikan badan-badan bukan kerajaan. Tanah-tanah ini dilaporkan sebagai berstatus syarat bangunan dengan

syarat zoning di kawasan komersial dan perkara ini membawa kepada penilaian hak hartanah yang tinggi. Saya memberi satu contoh di kawasan saya, satu persatuan yang apa namanya Persatuan Quan Yi Seri Kembangan mempunyai satu bangunan di pekan Serdang dan persatuan ini telah, baru-baru saja menyambut ulang tahun ke-78 mereka. Dan bangunan mereka sebenarnya hanya berada di atas satu tanah yang seluas hanya 0.106 ekar dan malangnya pajakan tanah tersebut telah tamat pada 2001 dan apabila mereka cuba mohon lanjutan pajakan tersebut pada tahun 2017, mereka dikenakan bayaran premium sebanyak RM496,840.70. Itu bayaran premium pada 2017. Jadi memandangkan mereka memang satu persatuan yang tidak berdasarkan keuntungan, mereka memang tidak mampu untuk membayar premium sebanyak sebegini.

Akhirnya akibatnya, Kerajaan Negeri tidak akan dapat mengutip apa-apa hasil tetapi pada masa yang sama tidak dapat membuat apa-apa perancangan atau pun pembangunan baru ke atas tanah tersebut kerana statusnya yang tergantung. Jadi selepas kita mengadakan beberapa mesyuarat dan penemuan-penemuan Jawatankuasa adalah seperti berikut; Jawatankuasa mendapati bahawa terdapat dua pilihan untuk hak milik pajakan negeri berstatus kediaman yang hampir atau telah luput iaitu nombor 1, perlanjutan tempoh pajakan pada kadar premium nominal RM5,000.00 dengan caveat pendaftar di bawah Seksyen 90(A) KTN untuk hak milik pajakan negeri yang belum tamat tempoh pajakan. Dan pemberi milikan semula pada kadar premium nominal RM1,000.00 dengan caveat pendaftar di bawah Seksyen 76 KTN untuk hak milik pajakan negeri yang telah tamat tempoh pajakan. Nombor 2, Jawatankuasa mendapati bahawa tiada pilihan lanjutan atau pemberi milikan semula pada kadar premium nominal ditawarkan untuk hak milik pajakan negeri berstatus selain daripada kediaman tanpa mengira status pemilik. Jawatankuasa juga mendapati proses lanjutan pajakan negeri sedia ada terhad kepada lanjutan untuk tempoh yang panjang dengan kadar premium yang signifikan. Perkara ini membawa beban kewangan yang besar terhadap organisasi dan perniagaan kecil yang terkesan.

Jawatankuasa juga mendapati tiada sebarang bentuk pembayaran ansuran ditawarkan untuk bayaran premium lanjutan pajakan negeri. Jawatankuasa mendapati juga tempoh pemprosesan permohonan yang panjang menyebabkan sesetengah hak milik pajakan negeri untuk tamat tempoh pajakan sebelum permohonan selesai diproses. Akhirnya, Jawatankuasa juga mendapati ramai pemilik hak milik pajakan negeri tidak sedar yang hak tanah milik mereka sudah hampir dengan tarikh luput pajakan. Saranan Jawatankuasa adalah Jawatankuasa menyarankan PTGS untuk menyemak semula pekeliling PTGS Bilangan 6/2011 dan 3/2020 berhubung lanjutan dan pemberi milikan semula pajakan negeri hak milik berstatus kediaman untuk, nombor 1 penyeragaman kadar premium minimal bagi lanjutan pajakan negeri di bawah Seksyen 90(A) KTN dan pelupusan dan pemberi milikan semula pajakan negeri di bawah Seksyen 76 KTN dan membolehkan mana-mana hak milik yang sedang dalam proses lanjutan tempoh pajakan di bawah Seksyen 90(A) KTN yang tamat

tempoh pajakannya untuk terus diproses seakan-akan pajakannya masih belum tamat untuk mengelakkan pemilik terpaksa membuat permohonan semula.

Nombor 2, Jawatankuasa menyarankan supaya PTGS menawarkan pilihan berikut bagi hak milik pajakan negeri berstatus bukan kediaman. Nombor 1, lanjutan pajakan untuk tempoh kurang daripada 10 tahun untuk mengurangkan beban bayaran premium atau 2, bayaran premium lanjutan pajakan negeri secara ansuran. Nombor 3, Jawatankuasa menyarankan Kerajaan Negeri untuk menawarkan kadar premium nominal dengan caveat pendaftar bagi hak milik pajakan negeri yang dimiliki oleh badan-badan yang tidak berteraskan keuntungan iaitu NGO dengan izin. Jawatankuasa menyarankan PTGS dan Pentadbir Tanah Daerah untuk memberikan notis peringatan membaharui pajakan seawal 6 ke 10 tahun sebelum tanah pajakan negeri luput. Dengan ini Seri Kembangan mohon mencadangkan.

Timbalan Speaker

Ada yang menyokong?

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya bangkit untuk menyokong penyata ini dan saya sangat-sangat menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya menyelesaikan masalah pajakan tanah di kawasan Petaling Jaya iaitu yang telah dihuraikan dalam saranan 6.2 di muka surat 7 penyata ini. Tanah-tanah komersial di PJ boleh diperbaharui. Tanah-tanah pajakan ini memang pun ada yang telah mohon dan perkara ini saya pun telah berkali-kali bangkit di Dewan yang mulia ini. Saya harap penyelesaian terhadap jumlah premium yang harus dibayar itu boleh ada satu ansuran atau pun satu skim di mana rakyat mampu untuk bayar premium. Kalau premium paling kurang pun RM1 juta, RM1.1 juta untuk rumah kedai yang paling kecil di kawasan PJ Old Town, memang tak mampu dibayar oleh kebanyakan pemilik pada hari ini. Jadi saya harap, saya sangat berharap Kerajaan Negeri memberi satu jawapan, pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah berjumpa dengan wakil-wakil penduduk di Petaling Jaya. Perkara ini telah pun dibawa di Dewan ini beberapa kali, saya harap sebelum akhir tahun ini dapat ada satu pengumuman, satu skim untuk membantu pemilik ini.

Timbalan Speaker

Ada penjelasan daripada pihak Kerajaan, tak ada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT) bagi Dewan Negeri Selangor berhubung Isu Lanjutan

Tempoh Pajakan Hak Milik Pajakan Negeri Yang Hampir Tamat Tempoh yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 41 Tahun 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.

Usul dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya Usul No. 20 Tahun 2025, Usul Di Bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut; Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor berhubung kenyataan ADUN, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia pada 24 November 2023 yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 46 Tahun 2026.

Sedikit latar belakang Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, semasa Sidang Belanjawan 2024, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor yang ke-15 pada hari Jumaat 24 November 2023, Ahli Dewan Negeri Rawang telah memetik Peraturan Tetap 26 (1) untuk merujuk Ahli Dewan Negeri Gombak Setia kepada Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan membangkitkan kejadian, di mana Gombak Setia dikatakan telah melaungkan kata-kata Speaker DAP dalam Dewan. Yang Berhormat Pengerusi pula, telah membangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 1/2024 dan meminta pihak penyelidik untuk menyemak sama ada perkara ini berlaku. Yang Berhormat Subang Jaya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 2/2024 mencadangkan supaya perkara ini dipertimbangkan oleh Jawatankuasa, untuk menentukan sama ada kejadian ini menyalahi peruntukan Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor atau Enakmen Penghinaan Dewan.

Jawatankuasa bersetuju dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 2/2024 untuk melantik Sentosa sebagai Pemangku Pengerusi untuk menyiasat kejadian ini, memandangkan kejadian ini melibatkan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa. Yang Berhormat Pengerusi dan Gombak Setia yang kedua-duanya merupakan Ahli Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan diminta untuk mengecualikan diri dari mempertimbangkan perkara ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, keterangan Yang Berhormat Speaker dan juga dalam Mesyuarat Bilangan 2/2024, Yang Berhormat Speaker memberi keterangan bahawa laungan tersebut telah menjejaskan persepsi terhadap jawatan Speaker Dewan Negeri Selangor yang tidak

memihak kepada mana-mana parti. Yang Berhormat Speaker juga menjelaskan bahawa keahliannya dalam sebuah parti politik tidak menjejaskan kebolehannya melaksanakan tugas beliau sebagai seorang Speaker Dewan Negeri tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak. Yang Berhormat Speaker juga memaklumkan kepada Jawatankuasa bahawa keahliannya dalam parti DAP tidak relevan dengan usul yang sedang dibahaskan ketika kejadian tersebut.

Keterangan pula daripada Yang Berhormat Gombak Setia. Yang Berhormat Gombak Setia menyatakan bahawa beliau tiada sebarang comment atau penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan ini memandangkan mesyuarat ini adalah mesyuarat pertama yang dihadirinya. Gombak Setia juga membangkitkan beberapa perkara iaitu mandat, skop dan bila Jawatankuasa boleh dipanggil bermesyuarat, perimeter pendengaran apabila terdapat satu isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan Negeri, keperluan untuk notis yang jelas dikeluarkan terlebih dahulu sebelum mana-mana orang dipanggil untuk memberi keterangan dihadapan Jawatankuasa.

Perbincangan Jawatankuasa dalam mesyuarat 2/2024, jawatankuasa mengambil maklum, bahawa mesyuarat pada hari ini adalah untuk memutuskan samada jawatankuasa akan meneruskan siasatan terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Speaker terhadap ataupun berhubung dengan Yang Berhormat Gombak Setia.

Yang Berhormat Pemangku Pengurusi bersetuju dengan Yang Berhormat Gombak Setia untuk beliau perlu diberikan notis yang sewajarnya sebelum dipanggil memberi keterangan. Jawatankuasa berpendapat bahawa ada keperluan untuk meneruskan siasatan terhadap perkara ini untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Jawatankuasa mengambil maklum peruntukan Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor bahawa satu penyata perlu dibentangkan kepada Dewan selepas perkara ini disiasat.

Yang Berhormat Subang Jaya juga telah mencadangkan supaya prosedur yang serupa seperti di mahkamah dijadikan asas kepada prosedur pendengaran Jawatankuasa. Jawatankuasa memutuskan untuk mengadakan pendengaran dari kedua-kedua pihak mengenai perkara ini pada 1 tarikh yang akan diputuskan dalam mesyuarat yang akan datang. Jawatankuasa juga bermesyuarat semula pada 11 Mac 2025 dalam Mesyuarat Bilangan 1/2025 selepas hampir setahun berlalu sejak mesyuarat terakhir Jawatankuasa. Gombak Setia diminta untuk memberi penjelasan secara bertulis atau kenyataan yang dikeluarkan dalam isu kejadian tersebut kepada Jawatankuasa dalam tempoh yang munasabah supaya Jawatankuasa dapat menentukan langkah seterusnya.

Ahli-ahli jawatankuasa dimaklumkan mengenai satu kes yang melibatkan Batang Kali pada tahun 2017 di mana Yang Berhormat Dato' Mat Nazeri telah mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan nama baik Dewan Negeri Selangor. Yang Berhormat Dato' Mat Nazeri pada

ketika itu telah dirujuk ke hadapan Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan dan selepas siasatan lanjut Jawatankuasa mencadangkan supaya Yang Berhormat Dato' Mat Nazeri dikenakan hukuman pencelahan. Setiausaha jawatankuasa diminta untuk menulis kepada Gombak Setia untuk meminta penjelasan secara bertulis mengenai kejadian ini. Setiausaha jawatankuasa memaklumkan kepada jawatankuasa bahawa Gombak Setia tidak ada memberikan apa-apa maklum balas kepada surat permintaan penjelasan secara bertulis yang dikeluarkan.

Jawatankuasa mempertimbangkan hukuman pencelahan sebagai salah satu tindakan disiplin yang sesuai dan setimpal terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Gombak Setia. Tujuan tindakan disiplin ini dicadangkan adalah untuk mengelakkan kesalahan seperti ini di mana peranan dan keperibadian Speaker Dewan Negeri Selangor dikaitkan dengan sebarang urusan atau pertikaian dalam Dewan dari berulang lagi.

Penubuhan Jawatankuasa, Jawatankuasa mendapati tiada rekod di dalam hansard mengenai kejadian ini tetapi terdapat pengakuan dari Rawang, Seri Serdang dan Subang Jaya bahawa Gombak Setia telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Jawatankuasa mendapati semakan rakaman audio dan video sidang pada hari kejadian ada merekodkan audio kenyataan Speaker DAP dilaungkan tetapi tiada rakaman video individu yang melaungkan kenyataan tersebut. Jawatankuasa mendapati, Gombak Setia tidak pernah menafikan dari mengeluarkan kenyataan tersebut dalam mesyuarat Jawatankuasa. Gombak Setia tidak hadir ke mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa seterusnya untuk menafikan kenyataan tersebut mahukan menafikan kenyataan tersebut secara bertulis kepada Jawatankuasa. Keputusan dan saranan Jawatankuasa, Yang Berhormat Tuan Speaker, Jawatankuasa bersetuju bahawa kenyataan ADUN Gombak Setia ataupun Ahli Dewan Negeri Gombak Setia terhadap Yang Berhormat Speaker ini tidak sopan dan mempunyai niat untuk menaruh prasangka tidak baik terhadap Yang Berhormat Speaker.

Jawatankuasa menyarankan satu hukuman berbentuk pencelahan dalam Dewan Negeri Selangor dikenakan terhadap Gombak Setia. Jawatankuasa telah meneliti perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Speaker dan juga Subang Jaya menurut Peruntukan Perenggan 70(4) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dalam mesyuarat Jawatankuasa. Jawatankuasa ini mengingatkan semua Ahli Dewan Negeri hendaklah lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan untuk memelihara dekorum dan adab di dalam Dewan. Penyata ini telah disediakan oleh Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan dan telah dibincangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3/2025 pada 5 November. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Ada yang menyokong?

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Sungai Ramal. Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan saya meneliti kertas ini satu per satu dan berhajat untuk membangkang usul ini. Saya berpendapat bahawa terdapat beberapa kecacatan dalam usul ini, yang sepatutnya ia digugurkan daripada awal lagi, daripada dibawa usul ke dalam Dewan ini. Ada tiga kecacatan yang saya akan sebutkan di sini Tuan Speaker.

Yang pertama pada hemat saya, usul ini tidak menyatakan apakah peruntukan kesalahan. Saya bersetuju tentang perlunya adab dan decorum, tetapi dalam usul, ini tidak menyatakan apakah peruntukan kesalahan itu dibuat oleh Gombak Setia dan bagaimana mungkin jika tidak ada peruntukan kesalahan itu dinyatakan, Yang Berhormat Gombak Setia dikatakan melakukan kesalahan. Sebab itu, saya menyatakan bahawa yang pertama, ia cacat, bukan saya cacat tetapi boleh memalukan seorang Ahli Yang Berhormat, bukan sahaja memalukan seorang Ahli Yang Berhormat tapi juga boleh memalukan Dewan Yang Mulia ini.

Yang kedua, bila bercakap tentang prosedur yang dikatakan oleh pembawa usul tadi bahawa kita perlu mengikut prosedur mahkamah. Ya, saya bersetuju dengan cadangan tersebut dan saya menyatakan bahawa kecacatan yang kedua adalah kecacatan prosedur. Pada hemat saya Speaker, prosedur keterangan kesaksian yang diambil oleh Jawatankuasa ini tidak betul dan cacat. Ini saya rujuk kepada kenyataan Jawatankuasa bahawa ada 2 orang Ahli Yang Berhormat dikatakan menjadi saksi yang mendengar kata-kata yang menjadi material dalam tuduhan ini. Satu Rawang, yang kedua Sri Serdang, dan dalam penyata ini, Jawatankuasa ini tidak menyatakan bilakah kedua-dua Ahli Yang Berhormat berkenaan dipanggil memberi keterangan. Tidak ada. Jadi prosedur mana yang diguna pakai oleh Jawatankuasa ini untuk mengambil atau menuduh Gombak Setia dalam tuduhan ini.

Yang ketiga, kecacatan yang ketiga adalah rujukan kes, yang bagi saya tidak kukuh. Dalam penelitian saya, saya sebut ini kerana saya juga terlibat dalam kes terdahulu, ketika saya yang membuat celaan terhadap Yang Berhormat berkenaan. Saya tahu dan saya boleh mengatakan bahawa rujukan kes bagi usul ini tidak tepat dan tidak relevan. Pada penelitian saya, Jawatankuasa ini merujuk usul ini dengan kes, ADUN Batang Kali tahun 2017, mantan ADUN Batang Kali, sebagai precedent case, dengan izin, sedangkan ianya tidak sama dari sudut content nya yang saya jelaskan seperti berikut. Dalam kes berkenaan, kata-kata ADUN Batang Kali yang menjadi material dalam kes ini, telah disebut dalam ucapannya dalam Dewan. Saya ulang, disebut, direkodkan dalam Dewan. Ucapan tersebut dicatat dalam Hansard, dirakam dan dirakam kedua-duanya, audio visual. Manakala pertuduhan dalam kes ini, pertama, tak diketahui apakah benar-benar wujud kata-kata berkenaan dan kedua, tidak

diketahui siapakah yang menuturkannya. Saya rujuk kepada kertas usul ini, para 8.1, laporan Jawatankuasa ini menyatakan dengan jelas bahawa Jawatankuasa mendapati tiada rekod dalam Hansard mengenai kejadian ini, yang ada hanyalah rekod audio, perkataan yang dituduh. Tetapi tidak, tiada rakaman video individu yang melaungkan kenyataan tersebut. Maknanya, tidak dapat disahkan kata-kata berkenaan benar-benar wujud. Dan jika wujud pun, tak dapat diketahui siapakah yang menuturkannya. Maknanya, barang kes tidak ada. Penuturnya tak diketahui. Justeru bagaimana boleh Gombak Setia, tiba-tiba dituduh melakukan kesalahan ini?

Justeru Yang Berhormat Speaker, saya menyimpulkan bahawa kecacatan yang jelas wujud dalam laporan ini, dalam usul ini, yang pertama, kandungan laporan Jawatankuasa ini cacat. Yang kedua, pertuduhan Jawatankuasa ini cacat. Yang ketiga, keputusan dan saranan Jawatankuasa ini cacat. Berdasarkan fakta ini, secara ab initio, usul ini cacat, tidak wajar dibawa dalam Dewan Yang Mulia ini. Justeru Sungai Ramal menegaskan, Gombak Setia tidak patut dikenakan apa-apa pertuduhan, apatahlah lagi hukuman. Sungai Ramal, menegaskan dan menggesa supaya jangan kita menggunakan kuasa majoriti Dewan ini untuk menghukum seseorang Yang Berhormat untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sungai Ramal membangkang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman Bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, diatas peluang yang diberikan kepada Gombak Setia untuk mengambil tempat dalam perbahasan bagi usul No.20 berhubung Penyata Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan Negeri Selangor yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Sentosa. Saya ingin merujuk kepada kejadian, di mana saya dikatakan telah melaungkan kata-kata atau terma “Speaker DAP”. Dan pada petang ini, saya ingin menegaskan dua fakta penting, mengapa penyata ini tidak harus diterima dan harus ditolak oleh Dewan Yang Mulia ini.

Pertama Yang Berhormat Timbalan Speaker, apakah sebenarnya ada kesalahan tentang penyataan ‘Speaker DAP’ tersebut? Saya tidak merasakan bahawa penyataan atau pun terma ‘Speaker DAP’ itu membawa pengertian yang tidak sopan atau pun kata-kata carutan, atau pun apa-apa nuansa yang boleh menyatakan bahawa ianya suatu perkara yang biadab dan perkara yang dianggap boleh menghina Dewan sekali gus melanggar Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan bertentangan dengan Enakmen Penghinaan Dewan Negeri Selangor 2009. Dari segi fakta apakah beliau bukan ahli DAP? Sedangkan bagi saya ianya bukan suatu yang salah.

Kedua, saya juga ingin menegaskan bahawa bagaimana proses untuk menghasilkan penyata ini sendiri merupakan satu proses yang tempang..

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang bertanya boleh?

Tuan Muhamad Hilman Bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang bertanya, mencelah.

Tuan Muhamad Hilman Bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ya silakan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang ingin mencelah bertanya setuju tak Yang Berhormat Gombak Setia bahawa perkataan DAP itu tidak menghina dan tidak ada kesalahan?

Tuan Muhamad Hilman Bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih. Sebab itu saya tegaskan tadi, apakah perkataan DAP itu atau pun sebagai contoh Yang Berhormat Timbalan Speaker datang dari PKR. Apakah PKR itu suatu perkataan yang hina atau pun yang memberi nuansa yang boleh dianggap menghina Dewan? Dan saya hendak merujuk kepada bagaimana saya nyatakan tadi proses menghasilkan penyata ini sendiri adalah suatu proses yang tempang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan iaitu Yang Berhormat Speaker sendiri dalam mesyuarat Bil.1/2024 dibentangkan tadi oleh Yang Berhormat Sentosa, beliau meminta penyelidik untuk menyemak sama ada kejadian ini betul atau pun tidak dan dibentangkan oleh Yang Berhormat Sentosa tadi bahawa apa penemuan Jawatankuasa? Jawatankuasa mendapati tiada rekod dalam Hansard mengenai kejadian ini. Tiada rekod dalam Hansard akan tetapi jawatankuasa mendapati terdapat rakaman audio dan video Sidang Dewan Negeri pada hari kejadian ada merekodkan audio tetapi tiada rakaman video individu yang melaungkan kenyataan tersebut.

Tuan Speaker, bagaimana penghasilan satu-satu Hansard ini? Ini satu perkara yang saya nak tegaskan. Macam mana Hansard yang sepatutnya dihasilkan daripada audio, dalam audio ada, dalam Hansard tiada. Ini suatu perkara yang pelik ya? Sebab itu apakah ada tangan-tangan ghaib pula yang memadamkan rekod Hansard ini sebab kalau betul ada audio, tiba-tiba dalam Hansard tiada. Jadi, dari mana asas kepada pertuduhan ini yang dilemparkan kepada saya kalau dalam Hansard tidak ada. Kemudian, perkara itu dinyatakan bahawa tiada dalam rekod, dalam Hansard namun ada pula pengakuan daripada Ahli Dewan Negeri Rawang, Seri Serdang dan juga Subang Jaya. Saya hendak bertanya, pertama bila mereka, ketiga-tiga mereka ini dipanggil dan kalaupun mereka tidak dipanggil, apakah ada penyataan saksi atau pun rekod mereka ini sebagai saksi yang dibentangkan dalam Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan sebab proses ini sendiri tempang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, dalam kenyataan atau pun apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Sentosa tadi, keterangan daripada Yang Berhormat Gombak Setia. Memang bagi saya, saya tidak perlu komen dalam hal-hal yang kecil sebegini tetapi saya tegaskan bahawa prosedur mesti diikuti. Saya tegaskan apa mandatnya, apa skopnya, bila Jawatankuasa boleh dipanggil untuk bermesyuarat, apa perimeter Jawatankuasa untuk mendengar daripada mereka yang dituduh, daripada saksi. Begitu juga keperluan untuk notis.

Sebab itu Yang Berhormat Subang Jaya bersetuju, dia kata kena ikut prosedur bagaimana mahkamah. Kita setujulah. Tapi, kalau daripada prosedur mahkamah apakah saksi ini tidak perlu dipanggil? Atau pun apakah tidak perlu ada penyataan saksi untuk menyatakan seseorang itu bersalah? Jadi, sebab itu mereka kata boleh diambil tindakan, perlu dikeluarkan notis, tetapi notis tidak dikeluarkan, pendengaran tidak dikeluarkan. Dihantar lah satu surat selepas setahun tidak bermesyuarat, dikeluarkan lah satu surat kepada saya, saya terima satu surat yang baseless! Yang baseless! Kemudian minta saya mengaku sama ada saya menyatakan atau tidak. Mengapa perlu saya respon kepada satu pertuduhan yang baseless sebegini.

Begitu juga yang kedua, minta saya jelaskan apa niat yang ingin saya sampaikan. Eh. Nasib baik Tanjung Sepat ada, hari tu dia sebut "Nawaitu sauma ghadin..”. Sebab itu Tuan Speaker, bagi saya perkara yang begini jangan digunakan. Kuasa majoriti untuk menindas atau pun digunakan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri selagi ianya tidak dijalankan dengan betul, mengikut prosedur yang tepat. Jangan kita set a wrong precedent kepada Dewan Negeri Selangor tentang penyata yang sebegini dan akhirnya ianya akan dinilai sendiri oleh generasi masa depan negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker, saya cadang syor supaya ditarik balik atau ditolak balik usul ini untuk dibahaskan sebab banyak kecacatan berlaku dan ini bagi menjaga nama Dewan. Saya syorkan untuk ditarik. Terima kasih.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Saya sokong

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Morib setuju

Timbalan Speaker

Tapi tak apa, saya pulangkan balik pada Dewan untuk membuat keputusan. Kita mengundi ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi:

Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankausa Hak Dan Kebebasan Dewan Negeri

Selangor berhubung kenyataan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia pada 24 November 2023 yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 46/2025

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.

Ahli-ahli yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.

Usul dipersetujui

Tuan Muhamad Hilman Bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Undi ya.

Timbalan Speaker

Undi? Seorang bangun tidak.. Jadi...Usul ini dipersetujui. Hah? Apa? Tiada seorang yang bangun tadi. Sepatutnya.

Tuan Muhamad Hilman Bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Kita minta la.

Timbalan Speaker

Automatik tadi bangunlah yang mana tidak. Sekali, sekali. Kita teruskan undi belah bahagi. Macam mana? Urus setia uruskan lah. Saya minta bentara. Saya minta bentara untuk uruskan mengira undi yang mana bersetuju dan mana tidak bersetuju ya. Minta urus setia untuk lantik untuk mengira undi. Setiausaha kita lantik satu session seorang.. Setiausaha..

(Proses pengundian sedang berlangsung)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Keputusan pengundian belah bahagi berada di tangan saya.

Ahli Dewan Negeri yang telah menjawab tidak setuju seramai 17.

Orang (Ahli Dewan) yang memberi persetujuan 29.

Usul dipersetujui.

Yang Bermormat Gombak Setia, saya minta Yang Berhormat Gombak Setia berdiri.

Tuan Muhammad Hilman Bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya kena gulung ke?

Timbalan Speaker

Berdiri. Pencelaan kepada Ahli Dewan Negeri Gombak Setia. Yang Berhormat Tuan Muhammad Hilman bin Idham, Gombak Setia. Dewan telah meluluskan penyata yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Yang Berhormat sepatutnya berdiri. Dewan memutuskan bahawa yang Yang Berhormat Gombak

Setia, ternyata dengan cuba menaruh perangsangka buruk di dalam Dewan melalui petikan ucapan Yang Berhormat pada 24 November 2023.

Dalam penyata oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini, Dewan diingatkan mengenai tuntutan berfikir dan mengkaji sebelum memberi ucapan. Yang Berhormat sendiri harus sedar, Speaker dan Timbalan Speaker selalu bertidak adil dalam memberi ruang dan memperkuatkan peranan pembangkang, yakni peranan Yang Berhormat sendiri dalam pertabiran Dewan Negeri Selangor. Yang Berhormat seharusnya menggunakan hak tersebut dengan jalan yang baik bukannya dengan cara sebegini. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah menjalankan tugas dalam menguruskan isu Yang Berhormat Gombak Setia ini mengikut peraturan dan kuasa yang telah menaungi Jawatankuasa ini bukan isu politik PARTI atau ada apa-apa niat oleh Jawatankuasa untuk membuat satu penindasan terhadap Yang Berhormat. Saya harap perlakuan tersebut janganlah diulang lagi oleh sesiapa pun di Dewan ini. Dengan ini Dewan dengan rasminya mencela tindakan Yang Berhormat terhadap Dewan ini dan saya perintahkan pencelaan ini direkodkan di dalam Handsard. Sekian terima kasih.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya. Usul nombor 21 Tahun 2025. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jabatan Kuasa Peraturan-peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor yang dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 47 Tahun 2025. Tuan Speaker mengikut peraturan 69(3) Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap menimbang dari satu masa ke satu masa dan mengeluarkan penyata kepada Dewan berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan dengan Peraturan-peraturan Tetap yang diserahkan oleh Dewan kepadanya bagi dibentangkan Dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang Ke-15, satu usul cadangan Pindaan Kepada Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor telah dibawa melalui kertas Mesyuarat Bilangan 25 Tahun 2024. Usul tersebut dibacakan dan dipersetujui oleh Dewan Negeri Selangor pada 27 November 2024 dan Dewan telah menyerahkan perkara-perkara yang hendak dipinda itu kepada Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap seperti di Lampiran A, Kertas Mesyuarat Bilangan 25 Tahun 2024 tersebut dan dihalusi sebelum dipertimbangkan bagi diluluskan pindaan tersebut oleh Dewan pada mesyuarat seterusnya.

Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri selaras dengan amanah yang diberikan oleh Dewan, telah mengadakan mesyuarat pada 18 Desember 2024 dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor bagi mengkaji dan meneliti kesemua cadangan

pindaan kepada Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor seperti diserahkan kepadanya pada 27 November 2024 yang lalu. Mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap yang diadakan pada 18 Desember, 16 Januari, 11 Ogos 2025 dan 29 Ogos 2025 telah memutamadkan Laporan Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor bagi meminda Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Ahli-ahli jawatankuasa adalah seperti di Lampiran A dan syor telah ulas. Ulasan Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor mengenai pindaan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor 1959 adalah seperti Lampiran B Penelitian Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor mendapati pindaan dicadangkan melibatkan peraturan-peraturan berikut Peraturan 36, Peraturan 41, Peraturan 67(A), mengikut Peraturan 69 (3) dan 69 (4) Jawatan Kuasa Peraturan-peraturan Tetap mengesyorkan Cadangan Pindaan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, ini diluluskan mengikut ulasan dan syor jawatankuasa seperti di Lampiran B. Dengan ini, Tuan Speaker saya pohon supaya mencadangkan usul ini.

Tuan Speaker, saya menyokong.

Tuan Speaker.

Speaker

Ya, nanti sekejap ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Usul ini telah pun disokong, saya buka usul ini untuk dibahas. Ya.

Tuan Speaker, saya bangkit nak minta petua daripada Tuan Speaker. Tadi sebelum Tuan Speaker masuk telah berlaku usul yang sebelum ini di mana melibatkan Gombak Setia atas tindakan Gombak Setia di cela sebenarnya ini penting. perkara yang penting Tuan Speaker tadi sewaktu usul dibaca oleh Kota Kemuning.

Speaker

Yang Berhormat, usul ini tidak ada kaitan dengan usul yang kita bahas sekarang. Usul ini adalah usul yang ke 22. Tiada kaitan.

Setuju. Baik saya terus kepada usul yang itu..

Speaker

Adakah Yang Berhormat nak bahas usul ini?

Baik sebab sewaktu Kota Kemuning membahas tadi, saya terperasan dekat TV, dia tulis Kota Kemuning PH, kemudian bila Sentosa bangun pun disertakan dengan nama parti Yang Berhormat, benda yang sama yang berlaku apabila Yang Berhormat Gombak Setia menyebut nama seseorang berserta parti, saya nak minta petua.

Speaker, Speaker.

Itu berkenaan dengan Peraturan Tetap, Peraturan Tetap.

(Dewan Riuh)

Speaker

Yang Berhormat, sila duduk kalau tidak hendak membahas, saya minta duduk ini adalah melanggari Peraturan 36(1). Peraturan 36 (1), seseorang Ahli hendaklah menghalakan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkaitan. Jadi usul ini sebenarnya untuk maklumat semua, ialah satu usul yang diluluskan oleh ADUN Muda Selangor, suara anak muda jadi Yang Berhormat Kuang, sekiranya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini dipersilakan, tidak ada masalah. Kita pun tidakkan hadkan masa, jadi saya nak tanya Yang Berhormat Kuang nak ambil bahagian dalam usul ini atau tidak, sebab yang dibacakan oleh Kota Kemening, ialah berkaitan dengan TVET dan sebagainya, dia tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan dan sebagainya.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Speaker, Speaker. Itu berkenaan dengan Peraturan Tetap.

Speaker

Usul 21. 21, maafkan saya saya tersilap juga, jadi kita membahaskan tentang peraturan tetap, Pindahan Peraturan Tetap yang telah dipindahkan sebelum ini, iaitu termasuklah perkataan yang berkaitan dengan Penubuhan Jawatankuasa Pemilih dan juga sifat-sifat yang Tuan Yang Terutama Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan dalam perbahasan kita ini, jadi saya berharap Yang Berhormat Kuang supaya kita ikut apa yang dibahaskan sekarang ini. Sekiranya Yang Berhormat hendak mencadangkan apa-apa pindahan terhadap Peraturan Tetap boleh kemukakan secara bertulis kemudian, pun tak ada masalah saya tak pasti, Yang Berhormat bukan Ahli Jawatankuasa.

Terima kasih, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Itu sahaja. Maaf ye Yang Berhormat usul ini sekarang ini masih dalam perbahasan, sekiranya ada yang hendak membahas? Kalau tidak ada Yang Berhormat sekalian, ada pun masalah dihadapan ini, ialah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor yang dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 47 Tahun 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak.

Usul ini dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul Nombor 22 Tahun 2025, usul di bawah Peraturan Tetap 26 (1) oleh Yang Berhormat Kampung Tunku.

Speaker

Ya, silakan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan Yang Mulia ini mencadangkan supaya usul yang telah dibahas dan mendapat undian tertinggi oleh peserta-peserta ADUN Muda pada 29 Julai 2025 yang lalu dibawa ke Dewan Yang Mulia ini, iaitu menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil langkah untuk menangani keciciran pendidikan dalam kalangan belia dari aspek bantuan kewangan, pemerkasaan program TVET dan pemantapan ilmu kenegaraan.

Tuan Speaker, pertama sekali tahniah kepada Pejabat Speaker dan Pejabat Dewan Negeri Selangor atas pengajuran Program ADUN Muda Selangor yang cukup mantap. Tahun ini juga mencatat sejarah dengan penyertaan seorang peserta OKU Penglihatan. Saudara Muhammad Alif Muhammad Ghazali berumur 30 tahun yang menggunakan bantuan telefon pintar dan komputer bercirikan audio semasa perjalanan program Semoga penyertaan Saudara Alif menjadi inspirasi dan memperluaskan kepelbagaian peserta pada tahun seterusnya. Keciciran pendidikan dalam kalangan belia harus fokus kepada mereka yang lenyap daripada sistem ataupun dengan izin tall to the cracks. Mereka yang berhenti sekolah, mereka yang terperangkap dalam pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan rendah. Segelintir kecil mungkin berjaya tetapi secara amnya belia tercicir mempunyai mobiliti sosial yang terhad apabila mereka dewasa, berkeluarga ada anak kitaran kemiskinan akan berulang. Terdapat tiga aspek untuk dibahaskan iaitu bantuan kewangan, pemerkasaan program TVET dan pemantapan ilmu kenegaraan. Dari aspek pertama walaupun Kerajaan Negeri Selangor hadapan dengan pelbagai inisiatif pendidikan kita perlu ingat realiti harian belia golongan B40. Kos buku, kos tambang, makan minum, peranti dan lain-lain kos. Perkongsian dan penyelarasan maklumat antara semua pemegang taruh, harus dieratkan lagi supaya belia berisiko dan keluarga mereka mendapat bantuan yang sesuai. Kalau layak untuk BINGKAS kita daftarkan. Kalau ada masalah pembelajaran Anak Istimewa Selangor boleh bantu merangka intervensi kalau perlu peranti digital kita bekalkan. Pokoknya, jika kita mahu belia terus belajar, kita mesti pastikan mereka mampu hadir ke sekolah dan IPT.

Kedua Pemerkasaan Program TVET. Terima kasih kerajaan Malaysia Madani atas peruntukkan bagi TVET sebanyak RM7.9 bilion, di peringkat belanjawan persekutuan dan

peruntukan RM20.48 juta di peringkat belanjawan negeri Selangor. Semasa penerbangan ke Sandakan minggu lepas, saya berpeluang sembang dengan seorang anak muda dari Gombak yang sedang menuntut Diploma Teknologi Kejuruteraan Marin, satu bidang yang sangat khusus dan sebenarnya in demand dengan izin di Malaysia. Hakikatnya, pilihan TVET telah berkembang dari segi kepelbagaian, malah belia lulusan di TVET mampu meraih gaji yang lebih tinggi berbanding bidang profesional. Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Steven Sim juga menjadi teladan dengan mengambil pensijilan kemahiran Malaysia, SKM Tahap 5. Selain itu, pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 bagi menaikkan tahap SKM kepada 6, 7 dan 8 supaya setaraf dengan ijazah dan sarjana diharap dapat menambah baik persepsi belia terhadap TVET.

Ketiga pemantapan ilmu kenegaraan. Manusia sentiasa mencari makna kehidupan. Bak tajuk karya pelukis Perancis, Paul Gauguin dengan izin, Where Do We Come From? What Are We? Where Are We Going? Bantuan Kewangan dan Pemerkasaan Program TVET merupakan isu bread and butter dengan izin. Hari ini saya ingin utarakan perspektif bread and belonging dengan izin. Pemantapan ilmu kenegaraan dapat memberi belia yang masih sedang mencari identiti sendiri, dengan izin Sense of Purpose, Sense of Belonging supaya mereka lebih bersemangat untuk menyambung pelajaran bukan sahaja untuk perkembangan diri tetapi supaya mereka merasa sebahagian daripada komuniti dan didorong untuk mencurah bakti kepada masyarakat negeri Selangor dan negara Malaysia. Kampung Tunku mohon mencadang.

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Usul ini telah pun disokong saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ya Batu Tiga

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin mengambil sedikit masa sahaja untuk membahaskan sedikit berkenaan dengan usul daripada ADUN Muda. Saya kira ini satu perkara yang sangat baik apabila usul yang ini dibacakan ataupun disebut oleh kalangan ADUN-ADUN Muda dan kalangan ADUN-ADUN Muda juga cakna dengan isu pendidikan di negeri Selangor ini dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak negeri Selangor kerana telahpun berjaya melaksanakan beberapa inisiatif yang sangat baik. Saya ingin menyentuh dua sahaja perkara tentang dua artikel. Satu ialah TVET pada artikel di Utusan Malaysia pada tahun 23 Julai 2022. TVET ialah laluan pelajar tercicir dimana situasi itu sudah mula beralih dan harini TVET bukan lagi pilihan kedua buat anak anak muda di Malaysia dan seterusnya daripada kenyataan KPM juga menyebut pada tahun selepas pada itu memetik bahawa keciciran pelajar di sekolah menengah telah berkurang sejak 2019 manakala penyertaan dalam TVET telahpun meningkat. Saya ingat ini dua perkara ataupun artikel ini boleh kita pertimbangkan

dan sebenarnya TVET sudah menjadi pilihan yang baik daripada kalangan anak muda sekalian dan saya harap ADUN-ADUN ahli ahli ADN Muda pada masa akan datang lebih banyak isu isu yang dibawakan dalam sidang Dewan dan supaya itu juga akan diangkat sebagai agenda negeri Selangor. Sekian dahulu terima kasih saya menyokong.

Speaker

Sekiranya ada sebarang penggulungan daripada Dato Menteri Besar, dipersilakan.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Batu Tiga dan juga Kampung Tunku dan juga yang menyokong. Saya ambil maklum tentang beberapa perkara dan memang tahun ini kita mentingkatkan usaha untuk teknikal dan vokasional. Salah satunya adalah program untuk sekolah menengah yang kita akan mula lancarkan tahun depan di mana pengenalan TVET bukan hanya selepas mereka tercicir masuk universiti, sebaliknya mereka dipandu untuk masuk TVET daripada peringkat awal yang pertama. Yang kedua tentang bantuan sokongan kewangan, sudah pasti kita mempelbagaikan dana untuk masuk sampai ke sekolah menengah kita melalui Yayasan Selangor melalui beberapa program-program yang dianjurkan Yayasan Selangor tidak lagi menumpu seperti dulu bahawa orang kampung masuk ke bandar sekolah ada ada ada asrama. Sebaliknya, kita pergi ke sekolah ambil dia jadi anak angkat buat program Hyper sebab program program tertentu yang mana program program itu membantu pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Jadi pendidikan merupakan asas penting dalam pembangunan negeri dan ia diterjemahkan dengan peruntukan yang besar peningkatan sehingga 55 juta pada tahun hadapan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan kita ialah satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya Dewan Yang Mulia ini mencadangkan supaya usul yang telah dibahas dan mendapat undian tertinggi oleh peserta peserta ADUN Muda pada 29 Julai 2025 yang lalu dibawa ke Dewan Yang Mulia ini iaitu menggesa kerajaan negeri Selangor untuk mengambil langkah untuk menangani keciciran pendidikan dalam kalangan belia dari aspek bantuan kewangan, pemerkasaan program TVET dan pemantapan ilmu kenegaraan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.

Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju, sila kata tidak.

Usul ini dipersetujui.

Usul untuk menangguhkan DewanMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya usul untuk menangguhkan Dewan.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker dan juga ahli Dewan sekalian, Dewan persidangan kita hampir tamat setelah kita melalui beberapa perbahasan sebelum saya menamatkan sesi perbahasan ataupun sesi sidang ketiga kali ini untuk kita temui lagi, InsyaAllah pada tahun hadapan. Di sini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah cukup 3 tahun ataupun genap tiga tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang telah membawa Malaysia dengan nama harum dan juga membawa kepada kejayaan seperti peningkatan nilai ringgit. Yang kedua saya ingin mengemaskini tentang situasi banjir negeri, setakat ini kita telah membuka 14 PPS yang melibatkan lebih 1000 orang dan InsyaAllah mulai esok saya, kita akan mengumumkan beberapa sokongan dan bantuan setelah meneliti perkembangan-perkembangan yang berlaku di sekitar negeri Selangor yang juga turut terlibat dengan beberapa buah negeri lain termasuk di Kuala Lumpur apabila proses atau luruan monsoon telah menyebabkan kejadian yang berlaku. InsyaAllah malam ni beberapa EXCO akan turun ke PPS untuk melihat sendiri apa yang berlaku dan esok kita akan melakukan satu taklimat khusus bagaimana ingin kita tangani dan saya ucapkan selamat pulang ke kawasan masing masing dan sila maklumkan jika apa apa sokongan perlu diberikan terutamanya dalam berdepan dengan banjir dan juga bencana yang berlaku. Terima kasih Ahli-Ahli Speaker. Saya mencadangkan agar sidang ini ditangguhkan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker saya menyokong

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya menangguhkan persidangan hari ini kali ini, saya mengambil peluang dan kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai Pegawai Kerajaan di atas kerjasama yang dihulurkan bagi melicinkan perjalanan mesyuarat ketiga Persidangan Penggal Ketiga kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, urusetia, pelapor-pelapor dan semua petugas yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung diatas komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar. Kepada semua Yang Berhormat sekali lagi, saya berpesan supaya semak draf penyata yang telah dan akan diedarkan berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat Sekalian dan kembalikan semula ke pentadbiran Dewan sekiranya terdapat sebarang pembetulan agar penyata rasmi tersebut dapat disediakan dan diedarkan kepada Yang Berhormat sekalian pada kadar yang segera. Pada masa yang sama, saya juga mohon supaya perjalanan pulang dan pergerakan Ahli-Ahli Yang Berhormat di kawasan masing masing akan sentiasa lancar dan dalam perjalanan pulang berhati- hatilah dalam jalan raya kerana keadaan cuaca yang agak bahaya dan tidak mengizinkan dan saya berharap rakan-rakan semua dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua rakyat di kawasan masing masing. Dengan ini, Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 7.40 PETANG)