Selangor · 21 April 2026
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 280 turns · 37,383 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas dan 21 April 2026 dimulakan dengan bacaan Doa dan Lafaz Ikrar Rukun Negara.
(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA)
Salam sejahtera dan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pegawai bukan kerajaan dan para pemerhati sekalian. Sebelum saya meneruskan aturan urusan mesyuarat, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Meru atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Abu Bakar bin Din pada 7 April 2026 yang lalu. Semoga Yang Berhormat Meru dan seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Sebagai penghormatan, saya memohon supaya dewan ini bertafakur selama seminit mengikut kepercayaan agama masing-masing. (Dewan bertafakur). Ya kita berdiri. Ya baik. Seterusnya saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada pagi ini.
Membentang kertas-kertas mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2026 : Rang Undang-undang Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 2026Bill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, membentang kertas-kertas mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2026 : Rang Undang-undang Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 2026. Kertas Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2026 : Laporan Tahunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor PKNS 2024. Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2026 : Sijil Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Beraudit Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2024. Kertas Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2026 : Sijil Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2024, 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Kertas Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2026 : Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1 2026 Negeri Selangor.
Kertas Mesyuarat Bilangan 6 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor SELCAT Mengenai Perkembangan Terkini Terhadap Usaha menangani masalah banjir di Daerah Klang. Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor JP-ABAS Berhubung Isu Program Perumahan PPR di Selangor. Kertas Mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor JP-ABAS Berhubung Yayasan Hijrah Selangor. Kertas Mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor JP-ABAS Berhubung Hala Tuju Universiti Selangor (UNISEL). Kertas Mesyuarat Bilangan 10 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup (JPK-SEJAHTERA) berhubung Lawatan Kerja ke Singapura. Kertas Mesyuarat Bilangan 11 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup (JPK-SEJAHTERA) berhubung Pencemaran Udara di Negeri Selangor. Kertas Mesyuarat Bilangan 12 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup (JPK-SEJAHTERA) berhubung Pencemaran Air di Negeri Selangor. Kertas Mesyuarat Bilangan 13 Tahun 2026 : Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor JP-ABAS berhubung Kos Pengoperasian Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor). Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Terima kasih. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat Subang Jaya saya ingin merakamkan mengalu-alukan lawatan seramai 20 orang daripada Universiti Tengku Abdul Rahman yang diketuai oleh Puan Ng Hui Jing dan juga seramai 21 orang dari Penyelia Pusat Wanita Berdaya DUN Bandar Utama diketuai oleh Puan Norliza, juga tidak dilupakan juga seramai 33 pelajar serta guru pengiring dari Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi Darul Ehsan diketuai oleh Encik Mohd Kamil Hakimi bin Amrizal. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Saya menjemput Yang Berhormat Subang Jaya.
Speaker.
Ya.
Nak minta petua sekejap.
Ya, apa dia?
Minta maaf Tuan Speaker, saya nak minta petua pandangan. Berkenaan dengan status Ketua Pembangkang kita, Yang Berhormat Speaker. Ada apa-apa ke update sebab di luar sana sebulan dua bulan lepas, kita dengar macam-macam. Whatsapp group lah, apalah semua ini.
Ya.
Saya nak tahu juga macam mana status Ketua Pembangkang kita? Masih lagi Ketua Pembangkang ke? Sebab biasanya Ketua Pembangkang, dia datang awal, tapi hari ini, hari pertama bersidang ini, tak sampai-sampai lagi. Kita pun risau juga tengok Hulu Kelang ini.
Ini tahu ke peraturan Dewan ke tak tahu peraturan Dewan?
Yang Berhormat, Yang Berhormat tenang-tenang.
Dia masih menjadi Ketua Pembangkanglah, sibuk tanya pasal orang.
Yang Berhormat-Yang Berhormat sila duduk, sila duduk.
Orang bertanya pada Tuan Speaker, Tuan Speaker bagi petualah
Yang Berhormat Seri Serdang, Taman Medan dan Kuang duduk. Seri Serdang pun duduk juga, tiga-tiga duduk, saya akan jawab
Tak reti baca Peraturan Dewan Yang Berhormat Speaker.
Taman Medan, saya hendak cakap ini. Saya nak berucap dan bagi jawapan. Taman Medan duduk-duduk.
Apa pagi-pagi.
Jangan mencela, ini bukan perbahasan.
Saya minta petua kepada Speaker.
Yang Berhormat Taman Medan, duduk, duduk. Taman Medan duduk. Saya ingin memberitahu kepada semua yang hadir. Kalau nak jawapan duduk. Kalau tak nak jawapan pening macam ini. Jawapan tak ada, jawapannya ialah sehingga sekarang Pejabat Speaker dan Pejabat Dewan masih belum menerima apa-apa perkembangan dengan status terkini jawatan Ketua Pembangkang.
Jangan percaya fake news.
Jadi penentuan, Yang Berhormat duduk saya belum habis lagi. Penentuan jawatan Ketua Pembangkang ini akan ditentukan sepenuhnya mengikut Peraturan Tetap yang sedia ada iaitu akan dipilih di kalangan Ahli-Ahli Dewan Pembangkanglah. Jadi sehingga sekarang ini Pejabat Dewan dan Pejabat Speaker masih belum menerima apa-apa makluman rasmi tentang perkara ini dan jawatan Ketua Pembangkang sehingga kini masih lagi dipegang oleh Ahli Yang Berhormat dari Hulu Kelang. Itu sahaja. Jadi Subang Jaya.
Terima kasih Speaker.
Ya.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Subang Jaya nombor satu (1).
Y.B. PUAN MICHELLE NG MEI SZE (N31 SUBANG JAYA)
TAJUK : KESAN PERANG IRAN KEPADA NEGERI SELANGOR
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan kesan perang di Iran kepada Selangor khususnya dari segi pembelanjaan kerajaan, projek-projek kerajaan dan kelangsungan makanan.
b)
Sila nyatakan tindakan mitigasi kepada setiap satu perkara di atas.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersama-sama dengan 13 atau pun 12 soalan. Soalan nombor 1, 13 keseluruhan dan 12 soalan yang lain. Dan soalan-soalan tersebut merujuk kepada soalan Rawang iaitu soalan yang ke-80, Seri Serdang soalan 10, Morib soalan 96, Kuala Kubu nombor 177, Hulu Bernam 179, Kuala Kubu Baru 212, Hulu Bernam 214, Gombak Setia 224, Batang Kali 283, Kota Damansara 346, Bandar Baru Klang 368 dan Selat Klang 379. Kerana ia merujuk kepada situasi terkini khususnya berkenaan dengan kesan konflik dan juga krisis peperangan dan kemanusiaan di Timur Tengah. Tuan Speaker, setelah berlaku krisis tersebut, pihak Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan meneliti dengan rinci kesan-kesan yang mungkin akan berlaku terhadap ekonomi dan kehidupan masyarakat secara amnya. Justeru Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa siri, antaranya pertemuan dengan Menteri-Menteri Besar bersama dengan Perdana Menteri dan Majlis Tindakan Ekonomi yang membentangkan beberapa projection atau pun sasaran-sasaran yang berlaku dalam tempoh beberapa tempoh beberapa bulan yang mendatang. Kedua, pada 1 April 2026, pihak Kerajaan Negeri telah menganjurkan meja bulat yang dihadiri oleh beberapa tokoh ekonomi wakil daripada GAS Malaysia, wakil daripada MINDA UKM, wakil economist daripada Dato’ Nungsari daripada MHB, dan juga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Mohd Ibrahim yang memberikan beberapa latar belakang berkenaan krisis ini dan kemungkinan masalah-masalah yang berlaku dan kemudian pada 16 April baru-baru ini Kerajaan Negeri telah membentangkan fasa pertama yang dipanggil sebagai pakej untuk mempertahankan kelangsungan dan kedayatahanan ekonomi negeri yang diharapkan dapat menangi serta memberikan kesan terhadap keupayaan kita berhadapan dengan krisis-krisis yang berlaku pada kali ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, krisis ini harus dilaksanakan dan harus dihadapi dengan berkesan oleh semua pihak untuk memastikan rangkaian dan kesan-kesannya tidak memberikan kesan langsung terhadap keupayaan negeri, keupayaan ekonomi negeri dan seterusnya kepada kelangsungan dan juga kehidupan rakyat secara amnya. Justeru secara amnya, pelan Kerajaan Negeri dalam tempoh 6 bulan sehingga satu tahun mendatang menumpukan kepada beberapa aspek berikut. Pertama adalah untuk menangani kesan-kesan peningkatan harga barang, kos sara hidup dan seterusnya membantu serta menyerap tekanan kepada kumpulan-kumpulan rentan. Yang kedua, bagaimana mempertahankan industri dan juga kegiatan-kegiatan ekonomi yang mungkin terkesan secara langsung dan tidak langsung akibat daripada krisis yang tersebut. Yang ketiga, meneroka peluang-peluang baru supaya Kerajaan Negeri mempunyai daya tahan di masa depan agar bila berlaku semula krisis seperti ini kita berdepan dan kita berhadapan, kita mampu untuk menyerap kesan-kesannya pada masa depan seperti penerokaan tenaga-tenaga baru ataupun penggunaan kenderaan awam dan pelbagai lagi inisiatif yang kita akan laksanakan daripada masa ke semasa. Yang keempat, sudah pasti meningkatkan komunikasi kepada masyarakat
dan rakyat supaya mereka faham beberapa anjakan-anjakan ini yang akan memberikan kesan sama ada secara jangka pendek ataupun jangka panjang kepada Negeri. Merujuk kepada soalan Kota Damansara sebagai contoh, apakah ia akan memberi kesan kepada hasil Negeri? Ya sudah pasti daripada angka yang ditunjukkan pada tahun 2026 di bandingkan dengan prestasi tahun 2025 terdapat pengurangan lebih kurang hampir RM100 juta daripada hasil Negeri yang di catatkan daripada tempoh yang sama pada tahun 2025. Walaupun kesan ini belum betul-betul menekan atau pun memberikan tekanan secara langsung tetapi sudah mula berhati-hati khususnya untuk unlock ataupun untuk membayar premium-premium tanah kerana ada beberapa rencana-rencana diberikan secara khusus dalam menangani hal ini dan secara tidak langsung. Kita meneliti dengan secara rinci perkembangan-perkembangan ini bulan demi bulan supaya kita dapat melihat kembali apakah hasil Negeri dan keupayaan Negeri mampu dioptimumkan supaya kita mampu mencapai sasaran RM2.8 bilion sebagaimana dibentangkan dalam Sesi Belanjawan dan Sesi Dewan yang lepas. Itu antara hasil Negeri. Soalan yang dikemukakan pula oleh beberapa pihak antaranya apakah bidang-bidang atau subsektor-subsektor yang terkesan antaranya daripada Batang Kali, daripada Hulu Bernam dan sebagainya kita merujuk dua, tiga sektor yang terkesan teruk antaranya adalah sektor logistik dan perkhidmatan. Ini adalah 60% daripada sektor ekonomi Negeri Insyaallah kalau kita diberikan kekuatan dan mampu untuk merangka dengan segera selepas sesi pertama yang membentangkan beberapa langkah-langkah yang sebenarnya untuk menangani kos harga barang dan kumpulan rentan kita akan juga menangani juga beberapa langkah-langkah ataupun memperkenalkan beberapa langkah-langkah supaya kita dapat mempertahankan industri-industri seperti sektor binaan yang terkesan ataupun sektor perkhidmatan yang banyak menggunakan bahan bakar seperti diesel dan gas dan sektor pembuatan yang juga mendapatkan atau pun memerlukan bahan-bahan seperti gas helium, sektor semi konduktor sebagai contoh gas helium merupakan antara unsur yang penting yang menjana ataupun menggerakkan industri tersebut. Dalam tempoh satu bulan ataupun mungkin dua bulan daripada sekarang sekitar bulan Jun dan Julai sesuai juga dengan pembentangan Rancangan Selangor Kedua, Kerajaan Negeri akan turut menyelitkan ataupun menyenaraikan beberapa langkah-langkah supaya sektor-sektor industri dan juga program ini dapat bertahan dengan lebih baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat dikasihi sekalian di samping ini pihak Kerajaan Negeri juga telah menyenaraikan beberapa langkah, antara langkah-langkah tersebut ialah tambahan RM5 juta daripada RM131 juta tersebut. RM5 juta kepada jualan Ehsan Rahmah dan keseluruhannya menjadi RM10 juta untuk setiap DUN paling kurang mempunyai dua kali Program Jualan Jelajah Ehsan Rahmah bagi menangani dan membantu kumpulan rentan. Gudang-gudang Makan Selangor kita memperuntukkan RM50 juta di mana RM25 juta diperuntukkan daripada kantung Kerajaan Negeri dan RM25 juta daripada PKPS untuk mempercepatkan simpanan dan stockpile gudang makanan kita. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian simpanan beras yang telah kita kumpul d alam tempoh 2 tahun setelah kita perkenalkan Polisi Gudang Makanan Selangor adalah berjumlah lebih kurang 5 ribu tan dan kita akan mempergiatkan menambah menjadi 15 ribu tan dengan anggaran 5 ribu tan tersebut sebenarnya kita mampu bertahan
sekitar satu bulan setengah sehingga dua bulan jika tidak ada beras-beras import yang mampu diambil dan kita berharap tidak berlaku peristiwa tersebut. Kalau kita dapat mempertingkatkan sehingga 15 ribu tan bermakna kita dapat mempertingkatkan di antara 5 hingga 6 bulan kemampuan daya tahan makanan dan juga makanan asas kepada rakyat Negeri Selangor. Kita tidak terhenti kepada sumber karbohidrat kita juga menyediakan stockpile-stockpile makanan seperti daging dan ikan supaya protein dan sumber protein juga disiapkan atau disediakan kepada rakyat Negeri Selangor. Ketiga, Baucar Kita Selangor RM100 sebulan dalam tempoh 6 bulan kepada 50 ribu dengan kos lebih kurang RM30 juta dan proses ini akan berlangsung mulai bulan Jun. Subsidi pengangkutan awam bernilai RM30 sebulan selama 6 bulan kepada 30 ribu penerima dan kita peruntukan 5.4 juta secara keseluruhan, program ini Insya Allah akan berlangsung mulai Ogos 2026, Bantuan Sarapan Percuma kepada 873 sekolah dengan peruntukan RM9.6 juta sebahagiannya diperuntukkan oleh PBT-PBT, satu PBT lebih kuran RM1 juta secara hitung kasar dan kita rasa kita akan dapat membantu ratusan ataupun puluhan ribu anak-anak kita yang mungkin terkesan kerana tidak dapat disediakan sarapan pagi. Bantuan Sektor Pertanian ini segera kita lakukan dengan menyalurkan RM300 sebulan sehingga RM600 sebulan kepada 17,237 pesawah, nelayan, petani, penternak dan pengusaha agro-culture untuk menampung kos input pertanian dan keseluruhannya kita akan berbelanja lebih kurang RM25 juta dan yang terakhir memperkasaan usaha koperasi Selangor menerusi KOHIJRAH dalam membantu usahawan dan sektor peruncitan logistik dalam usahawan sedia ada dengan peruntukan RM6 juta. Ini program yang kita akan laksanakan seterusnya ataupun dengan secara terus pada bulan ini dan bulan hadapan, untuk pertanian juga kita akan teruskan dan lain kita buat dalam antara bulan enam hingga bulan lapan bermula dan kita anggarkan sampai akhir tahun ini kerana walaupun ada riak-riak satu hari kadang-kadang dia berubah kejap jadi kejap tidak jadi kejap ceasefire kejap tidak ceasefire walaupun esok damai yang berlaku seterusnya, kesan ini akan berterusan dan mungkin akan memberikan kesan yang berpanjangan kepada kehidupan masyarakat, rakyat dan secara amnya kepada kehidupan dan juga pencapaian ekonomi Negeri Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian secara tempoh jangka masa panjang sudah pasti kita ingin mempercepatkan peralihan sumber tenaga daripada hanya menumpu kepada sumber daripada gas kepada solar, hidrogen, loji waste to energy dan juga meneroka industri nuklear. Sebagaimana yang saya maklumkan dalam tempoh 5 tahun sasaran kita untuk kita mulakan projek-projek pembangunan sumber tenaga daripada nuklear, saya percaya dengan krisis seperti ini sewajarnya kita mempercepatkan usaha ini dan saya harus berbincang dengan pihak PETRA ataupun Kementerian terbabit di peringkat Persekutuan supaya Selangor yang bersedia yang telah menghantar beberapa orang pelajar dan juga tenaga kerja kita daripada World Wide ke Sighwa University dan berapa universiti lain bersedia secepat mungkin untuk beralih kepada loji ini di samping beberapa Projek Large Solar yang telah di menangi atau bidalannya oleh World Wide di kawasan Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya. Dalam pada masa yang sama kita juga tidak boleh membuang ataupun menolak langsung sumber tenaga daripada arang batu kerana sumber itu walaupun memberikan kesan sedikit sebanyak kepada alam sekitar masih lagi sustainable ataupun
mampu dengan izin memberikan sumber tenaga yang mampan walaupun dalam keadaan krisis geo politik kerana sumber arang batu bukan hanya datang daripada negara seperti Rusia dan negara-negara lain tetapi ada negara jiran seperti Indonesia yang memberikan ataupun mampu untuk mengedarkan sumber tenaga tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian daripada tempoh sederhana dan panjang juga kita harus bersedia dengan program work from home yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri yang mana usahanya adalah untuk mengurangkan consumption ataupun mengurangkan tekanan penggunaan bahan bakar api sebagaimana yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dan perlahan-lahan mengalih perhatian masyarakat untuk penggunaan kenderaan awam. Ini mungkin kita boleh capai cita-cita kita dan juga sasaran kita untuk mengalih penggunaan kenderaan awam, kenderaan peribadi kepada kadar ataupun ratio 60%, 40% berbanding terbalik sekarang 40% hanya kenderaan awam dan 60% adalah kenderaan peribadi dan kebetulan pula LRT 3 akan mula berfungsi Insy Allah mulai bulan Jun nanti dan ini akan mempercepatkan usaha-usaha tersebut. Untuk maksud tersebut pihak STANDCO di bawah Kinrara akan memanggil semua pengendali-pengendali kenderaan supaya kita dapat mengatasi isu-isu penting, mengatasi lompong, gape yang berada bagi setiap kenderaan-kenderaan tersebut, Kerajaan Negeri atau pihak-pihak tertentu boleh melancarkan subsidi tambang bas, tambang kereta api tetapi kalau tidak dapat menyelesaikan isu capaian mereka terhadap tempat kerja, terhadap sasaran kawasan-kawasan komersial ataupun tempat-tempat yang mereka ingin jejaki ia juga memberikan kurang makna sebab itu kita peru kerjasama erat daripada pihak-pihak terbabit. Itu adalah langkah-langkah yang kita lakukan di mana langkah-langkah awal yang saya maklumkan tadi sedikit sebanyak adalah untuk menyerap tekanan inflasi dan saya ingin maklumkan, kita sebenarnya belum lagi sebenarnya sampai ke tahap kritikal ataupun tahap titik panas yang sebenarnya kerana kesannya contohnya harga bahan bakar yang kita consume atau kita dapati sekarang ini adalah kesan daripada empat atau pun lima bulan yang lepas dan harga bahan bakar kita lima, enam bulan akan datang adalah kesan daripada apa yang situasi berlaku daripada sekarang. Ini adalah rangkaian daripada oil and gas yang perlu kita kena fahami sebab itu kita berhati-hati dalam menyenaraikan program-program kita walau pun daripada peringkat awal sewajarnya kita memberikan tumpuan kepada industri dan sebagainya dan saya percaya kumpulan rentan ataupun kumpulan B40 ini akan diberikan kesan secara langsung. Soalan daripada Batang Kali sebagai contoh yang minta apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi kenaikan bahan mentah sebagai contoh. Ini adalah satu perkara yang kita akan rungkaikan dalam pelan yang kedua kerana sebagai mana yang saya sebut sektor perkhidmatan logistik, penghantaran barangan dengan kewujudan pelabuhan-pelabuhan kita pasti akan terkesan dengan kos peningkatan tersebut dan pihak Kerajaan Persekutuan baru sahaja memberikan peningkatan subsidi diesel sebagai contoh untuk sektor pertanian daripada RM160 kepada RM300 dan beberapa sektor lain naik kepada RM400, saya kira ia turut memberikan kelegaan kepada pengusaha-pengusaha yang menggunakan bahan daripada diesel untuk kenderaan dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka langsungkan. Terima kasih.
Subang Jaya.
Tuan Speaker, soalan tambahan. Subang Jaya ingin tanyakan memandangkan bahawa peperangan juga membawa impact kepada sektor perubatan di mana kos perubatan juga akan naik sebayak 30% hingga 40% adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk membuat sesuatu dalam sektor tersebut dan satu lagi berkenaan perubatan juga sebenarnya Malaysia berada dalam keadaan strategik disebabkan status halal kita jadi contohnya daripada Dubai terdapat berita di mana pesakit-pesakit jangka masa panjang di mana mereka tidak boleh balik ke Dubai untuk rawatan, kini perlu ubah hala mereka ke Negara-negara lain. Jadi sebagai contoh SELCARE akan di position dengan izin untuk menerima kelebihan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, itu adalah termasuk dalam sektor perkhidmatan kerana perkhidmatan perubatan juga merupakan antara kesan yang akan sebagaimana peningkatan secara purata dapatan daripada sebuah bank antarabangsa memberikan maklum balas kepada Kerajaan Negeri kadar peningkatan yang dijangkakan kepada semua sektor barangan adalah di antara 15% hingga 25% termasuk sektor perubatan dan ini lebih kritikal, sebab itu saya percaya pihak Kerajaan Negeri akan meneliti tentang perkembangannya sebagaimana saya sebut hit yang sebenarnya ataupun titik panas yang sebenarnya belum sampai, ia mungkin akan sampai sekitar bulan September dan Oktober nanti sebab itu saya percaya bila sampai masanya dan kita ambil masa sedikit untuk berbincang dengan setiap sub sektor ini kerana setiap sektor-sektor ini mempunyai fokus keprihatinan , masalah dan isu-isu yang tersendiri sebagai contoh apabila bas semalam saya raya Perdana Menteri baru mengumumkan setelah berjumpa dengan PMKS, Perdagangan Medium Kecil dan Sederhana dan ini adalah micro kecil dan sederhana saya percaya ini akan juga dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri melihat kepada sektor-sektor penting ini kerana sejauh mana sektor perubatan ini kerana ubat-ubatan hampir 70% kalau tidak 80% sebenarnya merupakan daripada sumber import, kita dapatkan daripada Negara-negara luar dan kalau krisis di teluk itu berterusan masalah di beberapa selat berterusan ini juga akan memberi kesan kepada peningkatan tersebut dan menjawab KKB juga saya sebenarnya hendak sebut berapa banyak peningkatan kos untuk Rancangan Selangor antara soalannya tapi itulah yang sebenarnya yang telah diteliti oleh Unit Perancangan Ekonomi sebaik sesi meja bulat pada 1 April 2026, kita dapatkan maklumat daripada pihak PBT bukan hanya Rancangan Selangor, kita dapati dan kita bersedia untuk setiap kos projek itu meningkat di antara 15% hingga 25% berkadaran dengan laporan yang telah dikeluarkan oleh sebuah bank kepada kita yang menjangkakan ada peningkatan di antara 15% hingga 25% terhadap peningkatan kos-kos projek akibat peningkatan harga bahan mentah, harga barangan dan juga perkhidmatan yang berlangsung di Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Selat Klang. Maaf Kota Damansara bukan Selat Klang.
Baik terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Soalan saya, memandangkan kita dah ada projection berkenaan nilai yang kemungkinan income Kerajaan Negeri kemungkinan kurang seratus juta, adakah kerajaan bersedia atau mula buat preparation untuk kita menggunakan rizab kita, memandangkan rizab negeri kita mempunyai jumlah yang agak besar. Ini ialah saya percaya ini ialah waktu yang sesuai dan kita pastikan sama ada untuk sub sektor di luar dan rakyat bersedia dan merasakan bahawa kerajaan ini ialah benar-benar kerajaan yang membantu mereka pada masa akan datang, terima kasih,
Terima kasih. Itu adalah salah satu daripada pilihan yang kita boleh buat, tapi di peringkat awal apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri ialah menyediakan garis penjimatan. Sebagai contoh beberapa langkah-langkah atau beberapa lawatan ke luar negara sudah mula kita hadkan, work from home juga akan memberi kesan. Dan secara keseluruhan, secara purata kita menganggarkan penggunaan kos operasi kita ialah pada kadar 95%. Penggunaan kepada kos pembangunan kita akan mencecah di antara 90% hingga 91%.
Dengan penjimatan yang kita gariskan tersebut, kita sasarkan mempunyai baki lebih kurang 200 juta yang boleh kita gunakan. Sekarang kita sudah memberikan komitmen untuk 131 juta, dalam pada masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga merangka dengan pihak anak syarikat seperti MBI, PKNS, dan PKPS. PKPS sudah diberikan arahan untuk menggunakan 25 juta daripada simpanan dan tabung mereka untuk gudang makanan. Manakala yang lain-lain seperti PKNS dan juga MBI, bergantung kepada kekuatan kewangan mereka, juga akan menyediakan sama ada daripada perkhidmatan yang mereka lakukan ataupun bantuan dan sokongan yang diberikan untuk memastikan kita mempunyai cukup wang dan dana untuk digunakan. So saya anggarkan sebenarnya sampai ke hujung tahun ini, kita boleh menggunakan maksimum ataupun minimum 200 juta dan maksimum hingga 500 juta. 200 hingga 500 juta untuk keseluruhan pakej ini sampai kepada akhir tahun ini Yang Berhormat sekalian. Selepas itu, kita mempunyai tabung-tabung seperti tabung warisan, tabung-tabung yang lain yang boleh digunakan, saya kena bincang dengan pihak PWN, kerana kita juga tak nak gadaikan masa depan negeri, paling tidak ada simpanan yang mencukupi, dengan simpanan tersebut kita boleh berdepan dan absorb masalah-masalah lain pada masa depan. Jadi rencana kita memang nampak enam bulan, tapi kita tidak akan berhenti enam bulan kerana kesannya mungkin akan berpanjangan sampai satu tahun kalau kita lihat pandemik COVID-19 pun selepas tahun 2021 baru kita dapat keluar dan kita mula mengorak langkah.
Dan begitulah juga dalam situasi sekarang, apatah lagi kita tak mampu mengawalnya, kita tak mampu menghentikan perang tersebut, yang mampu kita mungkin kita hubungi, kita buat kempen, kita buat apa-apa, tapi ia akhirnya kembali kepada perbincangan negara-negara bergolak atau pun negara yang berkenaan, mereka berbincang pun, dah mencapai kata putus, dah dibuka Selat Hormuz, esok kembali selat itu terganggu dan selat itu kembali keadaan dalam keadaan tidak terkawal.
Saya jawab soalan Seri Serdang, apakah mungkin kita memutuskan hubungan dengan negara-negara yang terlibat dengan peperangan sebagai contoh Amerika Syarikat. Buat masa ini, Amerika merupakan di antara pelabur yang besar. Tahun 2024, jumlah nilai pelaburannya mencecah 5.09 bilion, ada pengurangan sikit 2 bilion berbanding daripada tahun 2023. Namun begitu ia masih lagi antara negara yang memberikan sumbangan yang besar dengan sikap neutral dan netraliti yang ditegaskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan dasar kita sekian lama, saya percaya kita teruskan kerana nilai dagang ini kita teruskan. Sebab itu di antara penghadkan kita terhadap lawatan-lawatan luar negara, kita berikan pelepasan untuk sektor industri dan juga pelaburan dan juga pelancongan kerana dua sektor ini membawa pelancong dan membawa pelaburan turut akan membantu ketahanan dan kemampuan kita dalam berdepan dengan isu ekonomi sebagai mana yang telah kita hadapi.
Sijangkang.
YB DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI
: Terima kasih Tuan Speaker. Saya kira kesan utama perang timur tengah ini adalah kesan kepada sumber tenaga, gas, petrol dan juga diesel. Apakah kerajaan negeri juga melihat bagaimana kita nak bawa pelabur-pelabur luar terutamanya membangunkan lebih gugar lagi pembangunan industri bateri sebagai contoh yang mana kita mempunyai sumber tenaga REE yang baik dan sebagainya adalah guna untuk pembangunan sumber bateri ini. Yang saya kira mungkin untuk jangka masa panjangnya yang akan memberikan impak yang baik kepada negara kita, terima kasih.
Terima kasih Sijangkang. Untuk makluman Sijangkang dan Ahli Dewan, mulai tahun lepas ataupun tahun 2025, sebenarnya pihak Worldwide Holdings yang telah menang bidaan untuk LH5, solar yang terapung yang dimenangi bidaannya oleh pihak Worldwide, turut meneroka penggunaan bateri supaya simpanan tenaga solar itu dapat disimpan kerana tenaga solar yang disalurkan terus kepada grid mungkin satu solusi tapi menyimpan dengan bateri juga merupakan satu solusi yang baik. Kita menyambut baik berapa pelaburan yang besar antaranya daripada Chery dan juga beberapa pengusaha-pengusaha EV dan datang bersama-sama mereka itu adalah teknologi bateri yang boleh memberikan tenaga kepada kenderaan tersebut. Justeru saya percaya penerokaan terhadap industri bateri yang mampu menyimpan tenaga merupakan satu usaha yang wajar diteruskan dan hal ini akan turut dimasukkan dalam penerokaan peluang baru
atau pun penerokaan industri baru, sektor tenaga yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing yang tidak lagi bergantung dengan sumber bahan fosil seperti gas dan juga minyak, terima kasih.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Klang nombor dua (2).
Ya Banting.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Bantuan Blueprint Bantuan Pembasmian KemiskinanQuestions
2. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah penerima Blueprint bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang untuk tahun 2023 sehingga 2025?
b)
Berapa peratus daripada jumlah keseluruhan penerima yang telah berjaya keluar daripada kemiskinan?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih juga Yang Berhormat Pelabuhan Klang bertanyakan tentang bantuan Blueprint dan juga bantuan membasmi kemiskinan. Ada dua soalan, pertama berapakah jumlah penerima Blueprint bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang bagi tahun 2023 hingga 2025. Kedua, berapakah peratus daripada jumlah keseluruhan penerima yang telah berjaya keluar daripada kemiskinan.
Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Program Bantuan Blueprint Pembasmi Kemiskinan atau lebih dikenali sebagai Blueprint adalah program bantuan yang dilaksanakan mengikut daerah di mana borang perlu dikemukakan kepada pejabat daerah dan tanah untuk diproses dan disiasat sebelum dibawa masuk di dalam mesyuarat jawatankuasa pemilihan. Sehubungan itu, tiada terperincian data penerima bantuan Blueprint mengikut DUN kerana program ini adalah berdasarkan jumlah permohonan yang di terima oleh setiap pejabat daerah dan tanah. Namun begitu,
Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan tiada halangan untuk berkongsi data penerima bantuan mengikut daerah seperti nama, alamat, jenis perniagaan dan peralatan atau mesin yang diterima oleh penerima bantuan kepada Ahli Dewan Negeri yang memerlukan maklumat tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan melalui pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan.
Berdasarkan rekod, jumlah penerimaan bantuan Blueprint bagi daerah Klang tahun 2023 hingga 2025 adalah seramai 97 orang dengan peruntukan berjumlah RM756,099.00 telah dibelanjakan. Perincian bilangan penerima manfaat bantuan Blueprint dan peralatan bagi daerah Klang mengikut tahun adalah seperti jadual di bawah ini. Bagi tahun 2023, seramai 29 orang dan bajet yang telah dibelanjakan sebanyak RM255, 910.00, bagi tahun 2024 pula 34 orang dengan kos sebanyak RM208, 049.00, bagi tahun lalu 2025 seramai 34 orang juga di mana kita telah belanjakan sebanyak RM294,140.00. Maksudnya, jumlah keseluruhan seramai 97 orang dan jumlah kita telah spend sebanyak RM756,099.00
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga tahun 2025 program Blueprint telah memberi manfaat kepada seramai 6,167 orang, penerima bantuan daripada kalangan peniaga kecil dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah melebihi RM25 juta mulai diperkenalkan pada tahun 2008. Even saya masih ingat lagi Yang Berhormat Pelabuhan Klang telah bersekali dengan saya apabila kita serahkan barangan itu kepada penerima bantuan Blueprint, terima kasih Yang Berhormat.
Program ini telah membantu ramai peniaga berpendapatan rendah atau golongan miskin mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan mereka, sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka. Bagi soalan kedua pula, untuk makluman Ahli-ahli Berhormat, tiada kajian terperinci dan terkini yang dilaksanakan terhadap Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. Justeru Kerajaan Negeri tiada maklumat terkini yang tepat mengenai peratusan penerima bantuan Blueprint yang berjaya keluar daripada kemiskinan. Namun begitu, satu kajian penilaian impak telah dilaksanakan pada tahun 2018 oleh Institusi Darul Ehsan. Merujuk kepada laporan akhir kajian penilaian impak tersebut, majoriti responden dari kalangan penerima Program Bantuan Blueprint Untuk Pembasmian Kemiskinan iaitu 95% daripada jumlah 1,171 sample penerima bantuan bersetuju bahawa bantuan peralatan atau mesin yang telah diterima telah berjaya membantu meningkatkan pendapatan bulanan mereka.
Sementara itu, satu kajian impak Iltizam Selangor Penyayang, Pembangunan Modal Insan 2024 hingga 2025, sedang dilaksanakan oleh Selangor Research Institute terhadap 9 program di bawah ISP termasuk program Blueprint. Responden bagi kajian ini adalah penerima bantuan atau manfaat program ISP yang terlibat bagi tahun 2024 dan 2025, Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan dimaklumkan bahawa laporan akhir kajian impak ini dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan Julai tahun ini, 2026. Hasil kajian itu
nanti diharapkan dapat membantu Kerajaan Negeri menilai kecekapan dan keberkesanan program serta membuat penambahbaikan program selaras dengan visi dan misi Kerajaan Negeri demi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri kita, sekian terima kasih.
Meru.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Projek Rumah Idaman SelangorQuestions
3. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jumlah keseluruhan projek Rumah Idaman yang sedang dalam pembinaan mengikut daerah, serta peratusan kemajuan kerja bagi setiap tapak projek tersebut.
b)
Apakah mekanisme pemantauan Kerajaan Negeri bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual?
c)
Bagaimanakah kerajaan memastikan projek menerapkan elemen inklusif sosial?
Terima kasih Tuan Speaker, terlebih dahulu izinkan saya ingin menyampaikan salam takziah kepada Yang Berhormat Meru di atas pemergian suami tersayang Allahyarham Haji Abu Bakar, mudah-mudahan Insya Allah rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Soalan daripada Meru ada tiga soalan, yang pertama nyatakan rumah jumlah keseluruhan rumah idaman yang sedang dibina dan mengikut daerah serta peratus kerja bagi setiap projek. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, setakat ini ada 14,454 unit rumah idaman MBI sedang dibina dan ianya melibatkan 4 daerah iaitu Petaling Jaya sebanyak 7,832 unit, daerah Sepang sebanyak 2,949 unit, daerah Kuala Selangor sebanyak 1,048 unit dan daerah Hulu Langat sebanyak 2,252.
Mengikut peratus Kwasa Land iaitu daerah Petaling sebanyak 4,694 sebanyak 41% dalam pembinaan, Elmina Petaling, daerah Petaling 3,138 sebanyak 2.13%, ini baru bermula pada 2027 akan datang dan Abadi Height Sepang sebanyak 513 unit, dijangka siap pada 2026 Mei peratusnya dah 98% hampir siap. Praman Greens Worlds di mana Sepang menyediakan 1,076 unit 15% dan Mayra Saujana Sepang sebanyak 858- 25%, Desa Pinggiran Putra daerah Sepang 502 unit, dijangka siap 2027 sebanyak 85% dalam pembinaan, Alam Perdana Kuala Selangor 1,048 unit dijangka siap pada tahun depan 2027- 84% dan Pekan Bangi Lama, Hulu Langat 1,176 dijangka siap 2028 baru 5% dan UEM Height iaitu Hulu Langat sebanyak 1,076 dijangka siap 2028 sebanyak 5%.
Bagi soalan nombor 2 iaitu soalan b, untuk makluman Yang Berhormat kerajaan melalui LPHS dan juga MBI sebagai pemegang dasar sentiasa memantau dan melaporkan dan dihantar kepada Jawatankuasa Projek Perumahan Idaman, dua anak syarikat iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB dan juga Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) merupakan PMC yang diberi tanggungjawab untuk memastikan projek idaman dilaksanakan dan disiapkan mengikut jadual. LPHS sebagai agensi pemantau sentiasa berusaha memastikan semua projek perumahan yang dibangunkan memenuhi dasar dan mengikut jadual dan seterusnya dapat disiapkan sehingga sijil layak memiliki diperolehi.
Untuk jawapan C, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan juga MBI komited untuk pembangunan Projek Idaman dan tidak hanya tertumpu kepada penyediaan unit perumahan semasa malah bertindak sebagai pemangkin kepada integrasi sosial, holistik, strategi dan penerapan inklusif di mana dilaksanakan mengikut lima teras iaitu lokasi, kemudahan facilities, reka bentuk, pelbagai sosioekonomi dan juga harga rumah. Sekian, terima kasih.
Dusun Tua.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Kebajikan Dan RakyatQuestions
4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah penerima bantuan kebajikan negeri di Dusun Tua dan apakah usaha untuk memastikan golongan tercicir turut mendapat bantuan?
b)
Apakah inisiatif khusus Kerajaan Negeri dalam membantu golongan B40 dan warga emas di Dusun Tua menghadapi kos sara hidup yang meningkat?
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua berkaitan soalan (a). Untuk makluman Yang Berhormat Dusun Tua, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat menyalurkan tiga bantuan kebajikan utama iaitu:-
1) Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS); 2) Skim Mesra Usia Emas; dan 3) Program Khairat Darul Ehsan.
Bagi DUN Dusun Tua, jumlah keseluruhan penerima bagi ketiga-tiga bantuan kebajikan ini adalah seramai 12,173 orang. Perincian jumlah penerima bantuan bagi tahun 2026 adalah seperti berikut iaitu untuk BINGKAS – 634 orang, Khairat Darul Ehsan – 3,394 orang dan Skim Mesra Usia Emas – 8,145 orang.
Bagi soalan (b), untuk makluman Yang Berhormat Iltizam Selangor Penyayang ataupun ISP merangkumi 46 inisiatif bagi membantu golongan B40 dan warga emas dalam menangani kos sara hidup yang meningkat. Antara program yang sesuai untuk semua peringkat umur adalah Jelajah Ehsan Rakyat iaitu JER, Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Program Jom Shopping Perayaan dan Skim Air Darul Ehsan (SADE), Program Bantuan Peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Rumah Baru, Rumah Kerajaan Prihatin serta program-program lain di bawah Iltizam Selangor Sihat. Sekian, dimaklumkan.
Tuan Speaker, saya nak tanya tentang bantuan BINGKAS. Terdapat tak tahulah scammer ke atau saja, saya pun dah pernah hubungi Yang Berhormat EXCO yang menyatakan BINGKAS ini boleh mohon (taruk gambar Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau gambar saya di Dusun Tua). Ini satu penganiayaanlah.
Yang Berhormat boleh kuatkan sikit tak? Kuatkan suara.
Bagi saya satu aniaya pada masyarakat atau rakyat khususnya di kawasan saya. Sudah beberapa kali kena. Apakah tindakan Negeri terhadap scammer-scammer yang melakukan yang buat dajjal macam ni lah? Taruk gambar MB, taruk gambar saya oh boleh buka BINGKAS. Jadi di pejabat kita
didatangi oleh rakyat tapi benda tu tutup. Belum buka. Jadi kalau mohon tindakanlah untuk memastikan tidak berlakulah. Sering berlaku. Terima kasih.
Ok, saya mengambil maklum aduan disampaikan oleh pihak Dusun Tua (Yang Berhormat Dusun Tua). Dari masa ke semasa SELCARE selaku agensi pelaksana BINGKAS akan memantau dan sekiranya aduan tersebut berlaku kita akan laporkan ke SKMM dan laporkan contohnya Facebook dan sebagainya. Dan untuk makluman semua, mulai tahun 2026 kita masih belum membuka pendaftaran baharu permohonan untuk BINGKAS kerana BINGKAS 2.0 yang bermula Julai 2024 dan akan tamat pada Julai 2026 ia adalah untuk tempoh 24 bulan. Pun begitu untuk BINGKAS 3.0 yang akan bermula pada Julai 2026 ini kita akan meneliti semula syaratnya mungkin tempohnya dihadkan kepada 12 bulan sahaja dan ini akan kita selaraskan kerana untuk tahun 2026 ada dua tambahan bajet yang diluluskan iaitu :-
i. BINGKASAN iaitu untuk 1,315 KIR (Ketua Isi Rumah) yang tidak produktif seluruh Selangor. Data yang kita perolehi daripada pihak ICU Selangor dan itu peruntukannya RM5 juta; dan
ii. BINGKAS PLUS supaya kita boleh exit ataupun keluarkan mereka yang menerima bantuan BINGKAS ini yang seawal dari tahun 2017 Program KISS.
Jadi saya kira, sekiranya maklumat itu dihebahkan, itu adalah palsu dan tidak benar kerana kita tidak membuka secara umum. Mungkin Pelabuhan Klang akan mengadulah apabila iklan itu dibuka berleluasa dan sememangnya memang kita tidak buka untuk tahun 2026.
Hulu Kelang.
Soalan nombor 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Usaha Menjamin Keselamatan Makanan Di Negeri SelangorQuestions
5. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah Kerajaan Negeri bersedia mengambil tindakan yang proaktif bagi mengehadkan penukaran guna tanah dan mengoptimumkan pembangunan tanah-tanah pertanian
dengan konsep smart farming bagi menjamin keselamatan makanan di Negeri Selangor tatkala ketidaktentuan global yang berterusan?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, terima kasih Tuan Speaker dan juga tahniah kepada Hulu Kelang kerana jarang sekali Hulu Kelang bertanya mengenai pertanian ataupun agro makanan. Kali ini soalannya berhubung dengan sekuriti keselamatan makanan. Terima kasih banyak-banyak.
Yang Berhormat Hulu Kelang bertanyakan soalan berhubung dengan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam isu berkaitan dengan penukaran guna tanah dan mengoptimumkan pembangunan tanah pertanian dengan pertanian moden atau konsep smart farming bagi menjamin keselamatan makanan di Selangor tatkala ketidaktentuan global yang berterusan.
Yang Berhormat Hulu Kelang, untuk makluman Yang Berhormat, keselamatan makanan ini merupakan agenda penting Kerajaan Negeri sejajar dengan keputusan ataupun di peringkat dasar di kerajaan persekutuan dalam memastikan bekalan makanan yang mencukupi kepada seluruh rakyat. Bagi mengekalkan kelestarian zon pertanian, pengukuhan kawalan guna tanah pertanian dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) serta rancangan tempatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Langkah ini bertujuan menyekat penukaran status tanah pertanian kepada sektor pembangunan lain seperti perumahan dan industri secara sewenang-wenangnya.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti dan membuka kawasan-kawasan pertanian baru melalui pelaksanaan Smart Selangor Agro Park (SSAP) dan juga Smart Selangor Agro Farm (SSAF) di lokasi-lokasi yang terpilih secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh di Sungai Air Tawar (di bawah SSAP Sungai Air Tawar) yang sedang pertanian sedang dilaksanakan dan kita mengenal pasti beberapa lagi tempat seperti Changkat Menteri, Jelutong Jati dan Bukit Changgang sebagai kawasan-kawasan baru untuk di bawah SSAP dan SSAF ini. Manakala bagi kawasan-kawasan pertanian sedia ada, langkah-langkah untuk kita membuat pemutihan dan pewartaan sedang digubal dan sedang dalam pelaksanaan. Ini termasuklah tanah-tanah sawah kita di barat laut yang berkeluasan 18,000 hektar dan juga Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang kini berjumlah keluasannya 2,170 hektar yang meliputi di kawasan 34 tempat yang di bawah pengurusan Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada juga di bawah Jabatan Perikanan.
Berhubung dengan aspek pemodenan pertanian, Negeri Selangor adalah merupakan peneraju kepada pertanian moden iaitu smart farming yang kita telah sekian lama usahakan di Selangor secara berperingkat-peringkat. Usaha pemodenan ini sehingga tahun 2025 terdapat 9,200 peserta dalam bidang tanaman, sayuran, buah-buahan dan padi mengamalkan kaedah smart farming di Negeri Selangor dalam pelbagai peringkat termasuklah penggunaan jentera yang moden, Internet of Things dan juga pembangunan di bawah Sistem Perlindungan Hujan (SPH) dan yang terbaru ialah penggunaan konsep tanaman di bawah plant factory (iaitu dalam bangunan-bangunan). Konsep tanaman plant factory ini yang terbaru yang di Negeri Selangor ini adalah merupakan tanaman di dalam bangunan yang dikawal sepenuhnya secara atas talian dengan penggunaan System Internet of Things. Terdapat 11 syarikat yang sedang mengusahakan konsep penanaman secara plant factory ini dengan kerjasama Jabatan Pertanian. Salah satu ialah De Lettuce B.E.A.R Malaysian Berhad ini terletak di Klang dan Kalumpang ini merupakan satu kawasan yang agak luas dan besar pengeluaran sayur-sayuran bernilai tinggi yang saya ingat berjaya di mana tujuh musim (tujuh pusingan dalam setahun) mereka membuat penanaman (ini dalam bangunan). Manakala ada juga pihak Pertubuhan Peladang juga turut juga terlibat dalam pertanian moden ini yang dibuat secara besar-besaran. Contohnya Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat yang mengusahakan sejumlah 260,000 poli beg tanaman cili di mana 16,000 daripadanya menggunakan 100% kaedah internet ataupun System Internet of Things. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri amat menggalakkan penggunaan secara optimum tanah-tanah sedia ada khususnya di kawasan bandar atau kawasan perumahan untuk jadikan kawasan pertanian berkonsepkan kebun komuniti. Kita berkeyakinan Kerajaan Negeri, kita berdasarkan pengalaman dan juga apa yang kita telah usahakan konsep yang kecil kalau diuruskan secara pertanian moden boleh meningkatkan hasil yang berlipat ganda (dua atau tiga kali ganda daripada dengan kawasan yang sama luasnya). Terdapat 231 kebun komuniti di Selangor yang aktif yang telah pun menggunakan kaedah pertanian moden seperti penggunaan Sistem Perlindungan Hujan (SPH) yang lengkap dengan sistem IOT bagi pengawalan baja dan air terutama bagi penanaman melon dan cili. Kaedah ini dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dengan penggunaan tanah yang lebih sedikit berbanding pertanian secara konvensional.
Kerajaan Selangor dengan kerjasama juga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa mengambil langkah proaktif dan bekerjasama dalam membantu meningkatkan pengeluaran atau penanaman makanan atau agro makanan bagi negeri bagi membantu negara dalam menghadapi isu sekuriti makanan ini. Melalui integrasi teknologi tinggi dan kawalan perancangan yang rapi, Selangor optimis dapat memastikan sokongan kita dalam ketersediaan bekalan makanan yang mencukupi serta mampan bagi seluruh rakyat negeri. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih. Sebelum saya melontarkan soalan tambahan, saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa saya kurang bertanya soal pertanian kerana di kalangan 21 Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional, kita ada portfolio masing-masing yang telah diberikan tanggungjawab untuk mengetuai sektor-sektor tertentu. Namun dalam ketidaktentuan global pada hari ini, saya terpanggil untuk bersama-sama dengan rakan-rakan saya bertanya tentang satu isu yang besar iaitu keterjaminan bekalan makanan di Negeri Selangor.
Dalam jawapan Yang Berhormat sebentar tadi, Yang Berhormat telah menyatakan bahawa keselamatan makanan merupakan agenda penting Kerajaan Negeri bagi menjamin keterjaminan dan kelestarian bekalan makanan di Negeri Selangor. Apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kumpulan sasar yang paling terkesan akibat lonjakan harga diesel dan harga petrol adalah pesawah, petani dan nelayan? Sekiranya perkara ini diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri, saya ingin bertanya apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri selain daripada apa yang telah diumumkan dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor untuk membantu golongan petani, nelayan dan juga pekebun bagi menyumbang kepada keterjaminan bekalan makanan di Negeri Selangor dan menjayakan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjamin food security yang lestari untuk satu tempoh yang panjang? Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Satu soalan dan pertanyaan. Saya amat bersetuju sekuriti makanan ini merupakan satu aspek penting. Dulu pengalaman kita ketika pandemik mengajar kita projek besar-besar pun kalau makanan tak ada memang kita akan menghadapi masalah besar dan kita masa ketika itu Kerajaan Negeri telah mengeluarkan pelbagai program untuk rangsangan bagi kita membantu warga tani kita dalam meneruskan usaha bagi memastikan kurangkan pergantungan kita dengan import makanan daripada luar negara. Walaupun kita masih tinggi, kita cuba mencari kaedah-kaedah yang alternatif yang untuk boleh membantu mereka meneruskan usaha mereka. Dia ada beberapa kaedah pendekatan yang kita bincangkan secara panjang lebar. Saya telah bertemu dengan pelbagai pihak stake holders dalam menghadapi isu sekuriti makanan ataupun food security ini bagi menjamin bukan saja ketika suasana yang sekarang ini, malah juga dalam suasana dan keadaan yang lain. Antara beberapa perkara yang kita lihat ialah pertama kita nak kena pastikan supaya penerusan usaha warga tani kita termasuklah nelayan, termasuklah penternak lembu, kambing, ayam, termasuk juga yang eco culture, eco kulturnya, termasuk juga petani-petani kita termasuk pesawah. Usaha ini perlu diteruskan maknanya kalau mereka gagal dalam meneruskan usaha mereka, kita akan menghadapi satu lagi sokongan yang kita kena beri kepada mereka. Jadi mana usaha mereka kena buat. Jadi kesan daripada perang ini ialah selain daripada kenaikan diesel,harga diesel yang tidak ada dalam peruntukan kepada jentera-jentera bagi pertanian. Ini pun kita telah bawa kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan mereka telah
memberikan jaminan untuk melihat bagaimana sokongan dapat diberi kepada jentera-jentera pertanian yang tidak ada subsidi. Nelayan mungkin ada subsidi. Itu pun dalam peruntukan ini kita sediakan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi walaupun nelayan ada menerima subsidi diesel mereka tetapi tidak mencukupi. Kita tambah tadi peruntukan RM300 itu untuk nelayan-nelayan nanti bagi membantu mereka dalam melaksanakan tugas.
Begitu juga kita akan bantu contohnya kalau pertanian sekarang ini baja akan naik, kita telah kenal pasti kita akan cari pertama alternatif. Kita tak boleh nak tukar 100% baja ini sebab baja kimia ini memang banyak import. Jadi kita boleh ganti sebahagiannya dengan penggunaan baja-baja kompos, yang baja organik yang locally produce, yang ini kita boleh bantu mereka. Kita sudah masukkan dalam program dan sebahagian lagi kita pastikan macam penternak kita akan tengok makanan. Makanan ternakan akan meningkat. Makanan ternakan ayam, ruminan dan juga apa nama ini ikan. Ini pun kita telah masuk supaya mereka terus menghasilkan apa nama ini produk-produk mereka sama ada ikan ataupun ternakan ayam sebagainya dengan kos yang lebih, yang kita tampung sedikit dengan pemberian makanan ternakan. Lagi satu aspek yang kita dapati apabila berlaku krisis atau sebagainya dalam ialah dari segi rantaian. Kebanyakan produk-produk pertanian kita bila keluar dia tidak dapat dipasarkan dengan cepat. Jadi kita telah melihat untuk Pusat Pengumpulan ini yang telah kita wujudkan untuk melengkapkan pemasaran ataupun pengedaran makanan. Bagaimana yang berjaya dibuat oleh PPK Kuala Langat. Dia ada Pusat Pengumpulan Produk Pertanian. Mereka menerima dan FAMA kita telah minta supaya menerima semua produk-produk pertanian, supaya petani tidak perlu pening kepada memikirkan bagaimana nak memasarkan. Ini sebab kalau kita dapat agih dengan cepat ke pusat-pusat apa nama ini pengumpulan ini dan diagihkan ke pula pasar borong dan selepas itu pusat lelongan kita yang di Sijangkang. Saya rasa ini akan membantu mengurangkan kerosakan pada hasil-hasil pertanian, kerana produk pertanian kita dengan cuaca ini dia mudah rosak dan itu kita bantu dari segi itu dan yang satu lagi Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, semua yang saya maklumkan ini ialah gudang makanan yang disebut tadi oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar yang kita akan tingkatkan stockpile nya ataupun penimbal, stok penimbal yang akan dibantu oleh melalui PKPS dan juga Kerajaan Negeri bagi meningkatkan stok simpanan beras dan juga sumber protein kita seperti ayam, ikan dan juga daging bagi membantu menstabilkan harga dan juga dalam krisis boleh dapat dikeluarkan. Ini beberapa langkah yang kita buat dan kita mempunyai perancangan yang rapi untuk bagaimana dapat kita laksanakan supaya dapat mencapai matlamat, dapat mengurangkan kesan daripada suasana perang yang berlaku ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Sijangkang.
YB DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI
: Terima kasih Tuan Speaker, saya sangat setuju tentang berkaitan dengan keterjaminan makanan ini adalah pada saya satu perkara yang sangat penting. Terutamanya dalam keadaan kita krisis dan saya kira di Selangor juga kita mempunyai keterbatasan pengeluaran yang saya kira terlalu kecil sama ada daripada sudut sumber protein, karbohidrat ataupun sayur-sayuran. Sebab itu saya melihat walaupun dengan adanya gedung makanan ini yang saya kira sebahagian besarnya juga kita bergantung kepada eksport daripada luar. Sebab itu saya melihat bagaimana mungkin Kerajaan Negeri dapat melihat Smart Farming ini ataupun Modern Farming ini dapat betul-betul kita menggalakkan petani-petani kita dan kalaupun mungkin kita masih lagi tidak berjaya dengan petani-petani kita dan Kerajaan Negeri mengambil peranan yang cukup besar dan mungkin juga kita boleh melihat pelabur-pelabur daripada luar ini yang berjaya daripada sudut pertanian mereka, kalau saya ambil contoh sebagai Taiwan yang mungkin bukan satu buah negara yang besar, tetapi boleh eksport padi ataupun beras mereka. Begitu juga dengan negara-negara lain, Thailand dan sebagainya. Adakah usaha ke arah itu mungkin dapat membantu yang akhirnya apabila berlaku krisis, gedung makanan kita, kita boleh bergantung kepada produk kita sendiri dengan jumlah guna tanah yang mungkin boleh dipertingkatkan dan tidak bergantung kepada negara luar, terima kasih.
Terima kasih Sijangkang atas cadangan. Sememangnya memang begitu, kita memang melihat dan memantau dan meneliti sebarang perubahan atau pembangunan moden ini yang dalam pertanian ini yang kita dapat duit. Tetapi ada beberapa aspek saya perlu sebut sini, makanan contohnya yang masalah besar kita ialah padi. Padi kita masih kekal daripada 50-55% keperluan kita, masih mengimport dalam 40-45% padi. Kedua ialah daging. Daging masalah, ketiga adalah produk tenusu iaitu Diary Product dan keempat adalah sayur-sayur tertentu dan kita kena faham dan buah-buahan lah, buah-buahan citrus ini memang kalau buah-buah macam limau, anggur semua itu akan penggunaannya tinggi tetapi itu tidak dapat ditanam di negara kita. Jadi kita mengambil kira semua ini supaya kita dapat alternatif. Padi saya sebut tolak ke tepi, sebab kita nak tumpu, saya dah panggil beberapa kali pertemuan untuk melihat secara menyeluruh padi ini macam mana kita nak bangunkan. Sangat-sangat mencabar. Dia melibatkan pelbagai aspek, tetapi kita tidak akan putus asalah sebab padi ini makanan ruji kita, tetapi hasil lain di Negeri Selangor, saya beri contoh Melon, dengan kita membantu apa nama ini kebun komuniti dan juga pelbagai pihak dalam penggunaan ISPH iaitu Sistem Perlindungan Hujan. Kita dapati dengan penggunaan Melon Sel yang Selangor popular, Melon Selangor yang popular itu, dia sekilo RM10.00 ke RM15.00. Makna dia kita dapat jual produk itu habis, banyak sambutan yang sangat luar biasa pun tak cukup supply. Jadi bila kita berjaya buat dengan pertanian moden dia boleh buat 4 kali hasil setahun. 4 kali dia dapat buat kutipan ya ataupun dapat dituai 4 kali setahun. Hasilnya tinggi, petani dapat hasil yang tinggi, dalam masa yang sama kita dapat meningkatkan apa nama ini, produk-produk yang
bernilai tinggi ini yang sebagaimana menjadi dasar negeri. Jadi, saya bagi contohlah makna dia penggunaan teknologi moden, kena bersesuaian dengan hasil yang nak dikeluarkan. Kalau kita tanam benda yang murah-murah ini dia tak dapat kos untuk pengeluaran tidak dapat ditampung. Jadi, sebab itu dalam Plan Factory tadi dia menanam tanaman-tanaman yang bernilai tinggi. Salad-salad yang bernilai tinggi supaya dan hasilnya dapat dijual dan juga mereka dapat hasil yang tinggi. Ini antara pendekatan kita dalam alternatif untuk apa nama ini meningkatkan hasil petani dalam pada masa yang sama juga meningkatkan SSR dalam sayur-sayuran terutamanya dan makanan lain daging memang kita menghadapi kesukaran kawasan. Itu saya rasa Selangor di setakat 50% sahaja sekarang SSR kita untuk daging. Kalau kambing itu 1 % sahaja. Memang kita menghadapi masalah besar dalam menguruskan kawasan yang tidak mencukupi, tetapi untuk pertanian, tanaman kita masih mempunyai peluang dan ruang untuk meningkatkan produktiviti kita dan juga dalam eco-culture. Ini merupakan antara beberapa perkara yang kita beri tumpuan supaya dapat menyokong usaha meningkatkan SSR bagi negara. Itu yang kita usahakan, terima kasih.
Paya Jaras.
Soalan nombor 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Isu Pencemaran Air Dan Bau Busuk Di Kampung Paya JarasQuestions
6. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah punca utama sebenar masalah pencemaran di kawasan terlibat?
b)
Siapa pihak atau agensi yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini?
c)
Apakah tindakan yang telah dilaksanakan serta pelan jangka panjang bagi mengatasi isu ini?
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Soalan dengan berkenaan isu pencemaran air dan bau busuk di Kampung Paya Jaras.
Untuk bahagian (a) Suatu kes saman sivil telah diterima dan kini dikendalikan oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor. Oleh yang demikian, bagi menjaga kepentingan pihak-pihak dan kelancaran prosiding kes, pihak JAIS tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Sebarang ulasan berhubung isu ini juga dikhuatiri bersifat subjudis dan mendahului mahkamah. Selaras dengan Peraturan Dewan 36(2) yang menyatakan; “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan Mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara itu”. Untuk bahagian (b), dalam menyelesaikan isu ini JAIS dan bantuan syarikat pakar telah mengambil inisiatif untuk mengenal pasti punca pencemaran. Walau bagaimanapun, dapatan daripada syarikat ini hanya akan dibentangkan ketika perbicaraan kelak. Pihak bertanggungjawab hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah. Untuk bahagian (c), Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap dan Agensi Teknikal berkaitan akan sentiasa mengambil langkah-langkah menguatkuasakan undang-undang dengan tegas dan pencegahan yang efektif bagi mengekang dan menghentikan apa jua bentuk pencemaran sisa buangan, pepejal atau sampah domestik. Terima kasih.
Ya, Paya Jaras.
Terima kasih kepada EXCO yang telah memberi penjelasan. Isu ini berlarutan dah masuk 2 tahun dan malangnya isu masih lagi berlaku sebagaimana EXCO sebutkan tadi, bahawa bau busuk masih wujud lagi dan sebelum ini ada perjumpaan penduduk dan komen dia ialah bila nak selesai? Baik, apakah tindakan sementara yang dibuat oleh Pihak Berkuasa khususnya PBT bagi mengurangkan ataupun mengambil tindakan mengurangkan bau busuk yang berlaku ini sebab bau ini dia sebab cukup kritikal, yang pertama dia bahan magnetal dekat rumah ini dia karat. Yang kedua, air-cond penghawa dingin yang ada di rumah itu dia boleh tahan setahun sahaja. Maknanya bila kita check saya tengok dia punya gambar dan juga itu berlaku iaitu air-cond itu warna hitam keluar. Jadi bermakna ada satu pencemaran yang serius, namun JAS kata tidak ada pencemaran, so ada confuse sikitlah. So pada saya, apakah tindakan sementara bagi mengurangkan masalah ini, sebab dia memberi kesan kesihatan, sebab penduduk-penduduk, anak kecil ini dia tidak boleh bernafas, terpaksa tutup pintu pun dia masuk juga. Jadi, mohon pandangan daripada EXCO, apakah tindakan sementara yang boleh dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pihak PBT sebagainya ataupun pihak Pejabat Daerah bagi mengekang ataupun mengurangkan kesan bau busuk yang sangat kuat sebab dia akan berlaku 2 kali, waktu petang, waktu malam. Discharge air hitam itu keluar, bau dia cukup pedih dan melekat dekat hidung. Saya pernah pergi bila pergi melawat itu nak makan tak boleh sebab melekat dalam kita punya. Jadi mohon EXCO respond. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Isu ini tahun lepas pun saya telah turun ke tapak, kita dengan JAS, MBSA dan juga Pejabat Tanah telah pun turun. Jadi kalau disebut soal apakah punca-punca yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku, jadi kita ada keadaan, di mana ada tanah-tanah kubur JAIS yang telah pun menjadi tapak pencemaran pembuangan sampah pada satu peringkat. Di bahagian atas bukit juga terdapat tanah-tanah persendirian yang sebelum ini memang menjadi tapak sampah haram yang sangat besar. Ada juga satu kilang yang dimaklumkan di atas itu yang membuat filter yang katanya bahan-bahan kimia kononnya keluar dan mengalir. Daripada air hitam yang keluar itu tadi, sampel-sampelan telah dibuat dan pada dapatan awalnya menunjukkan bahawa air itu adalah air licik daripada sampah. Jadi itu yang kita tahu daripada awal. Tindakan awal yang kita telah buat adalah kita telah pun mengawal dan keadaan supaya tidak ada lagi pembuangan sampah haram yang baru, yang kedua kita telah pun mendapatkan kos sebenarnya untuk memulihkan air licik tersebut. Soalnya sekarang bagaimana kos itu hendak diagihkan kerana ada punca-punca pencemaran lain yang menyumbang kepada pengeluaran air licik tersebut. Jadi ini yang kita kena tunggu keputusan daripada pihak mahkamah. Terima kasih.
Selat Klang
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Kilang Haram Di Kawasan PerindustrianQuestions
7. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah kerajaan mempunyai statistik lengkap dan jelas berkenaan kedudukan kilang-kilang haram di kawasan perindustrian Bandar Sultan Suleiman dan sekitarnya?
b)
Adakah tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berkala bagi membanteras aktiviti kilang haram di kawasan tersebut?
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Selat Klang yang prihatin tentang isu kilang haram ataupun Kilang Tanpa Kebenaran. Tiada kilang haram dikenal pasti beroperasi di kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman. Di sekitar kawasan tersebut, iaitu di Pelabuhan Klang, sebanyak 10 Kilang
Tanpa Kebenaran (KTK) telah dibanci dan direkodkan dalam inventori Kilang Tanpa Kebenaran. Daripada jumlah tersebut, 7 KTK (Kilang Tanpa Kebenaran) telah diputihkan melalui kelulusan Kebenaran Merancang. Baki sebanyak 3 Kilang Tanpa Kebenaran yang masih belum menjalani proses pemutihan kini dalam tindakan penguatkuasaan selaras dengan Akta 172. Tuan Speaker, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berkala di kawasan tersebut. Pemantauan secara berkala dijalankan di Bandar Sultan Sulaiman dan kawasan-kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang oleh pegawai kawasan bersama anggota penguatkuasaan. Mana-mana struktur baru atau aktiviti kerja tanah yang dikenal pasti tiada kelulusan di kawasan Bandar Sultan Sulaiman dan sekitarnya, pihak Jabatan akan mengambil tindakan penguatkuasaan serta-merta. Tindakan pengeluaran notis peringatan kepada pengusaha dan pemilik tanah serta memasang pita sekatan di laluan masuk tapak tersebut. Selanjutnya, tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Majlis yang berkaitan. Tindakan pendakwaan di mahkamah, serta pemotongan bekalan utiliti sekiranya pemilik atau pengusaha gagal mematuhi notis-notis yang dikeluarkan. Di peringkat Majlis Bandaraya Diraja Klang telah mewujudkan Task Force - Pasukan Khas Tindakan Guna Sama ataupun (JForce) yang terdiri daripada jabatan teknikal dan penguatkuasaan. Objektif utama pasukan ini dalam memantau dan memeriksa premis-premis industri dalam mengenal pasti aktiviti yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis. Fokus utama pemantauan berdasarkan teras perkhidmatan perbandaran iaitu kawalan kebersihan dan kesihatan, kawalan pelesenan dan penguatkuasaan serta kawalan pembangunan. Selain itu, pasukan ini akan mengambil tindakan secara holistik oleh jabatan terlibat ke atas premis yang didapati melanggar peruntukan kesalahan dan tindakan kompaun yang dikeluarkan adalah tanpa rayuan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, satu tindakan ya, tambahan ya. TEGAS iaitu operasi bersepadu penguatkuasaan perobohan KTK ataupun Kilang Tanpa Kebenaran sebanyak 19 buah kilang tanpa kebenaran akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat, di mana di Persiaran Pulau Indah dan berhampiran sekitar Kawasan Perindustrian Telok Gong Pelabuhan Klang. Bersama yang diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Pejabat Daerah dan Tanah Klang, PTG, Majlis Bandaraya Diraja Klang, PDRM, Polis, Bomba dan sebagainya. Kerana tanah-tanah ini telah, kilang-kilang 19 buah ini telah diberi notis yang terakhir dan mereka telah mencerobohi kawasan tanah Kerajaan selama lebih 20 tahun. Dan penguatkuasaan ini akan dilaksanakan untuk menunjukkan ketegasan pihak Kerajaan Negeri terhadap isu KTK ini. Operasi ini adalah manifestasi jelas kepada ketegasan Kerajaan Negeri dalam menegakkan Kedaulatan Undang-Undang sebagaimana yang ditekankan dalam laporan yang direkodkan sebelum ini. Terdapat sebanyak 4,170 kilang tanpa kebenaran telah dikesan di seluruh Negeri Selangor dan kita sedang giat menjalankan proses pemutihan. Namun bagi premis yang mencerobohi tanah kerajaan yang gagal mengikut garis panduan,
tiada lagi kompromi atau amaran ya. Acah-acah sahaja dan kita akan pastikan tindakan tegas ini akan diambil. Oleh itu saya minta semua dan menyerulah semua pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran yang belum lagi diputihkan datanglah segera ke Pejabat Daerah dan Tanah di semua Pejabat Daerah dan Tanah termasuk Majlis PBT-PBT untuk memutihkan kilang-kilang pengusaha supaya tidak dikenakan tindakan, itu yang pertama. Yang kedua, banyak tawaran-tawaran, keistimewaan telah diberikan kepada kilang-kilang KTK ini sehingga 31 Disember 2027 termasuk 30% diskaun untuk premium tanah dan juga caj pemajuan dan sebagainya. Banyak insentif telah diberikan. Kerajaan cuba bantu bukan untuk menyusahkan supaya kilang KTK ini boleh diputihkan dan beroperasi di tempatnya tanpa was-was, tanpa gangguan dan juga adil kepada mereka yang menggunakan industri-industri yang berdaftar secara sah. Ini maklumat tambahan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, satu jawapan yang begitu meyakinkan dan komprehensif. Terima kasih. Yang Berhormat berkenaan dengan tindakan yang akan diambil terhadap 19 kilang yang akan dibuat tidak lama lagi, adakah kilang-kilang ini akan ditutup atau di apa nama itu diputihkan? Kenapa Yang Berhormat, sekiranya kilang-kilang ini ditutup ada dua implikasi. Yang pertamanya kehilangan pekerjaan. Dah tentu ramai pekerja-pekerja yang akan hilang pekerjaan dan mungkin kehidupan mereka akan terjejas. Yang keduanya Yang Berhormat, mungkin kilang-kilang ini ada yang mengeluarkan bahan-bahan semikonduktor atau komponen-komponen yang diperlukan oleh kilang-kilang pembuatan yang lain. Jadi apabila ini berlaku, sudah tentu apa nama tu kilang- kilang yang memerlukan bahan-bahan ini akan menjadi kekurangan dan mungkin sekiranya ada perjanjian-perjanjian jangka panjang yang dibuat oleh syarikat-syarikat ini akan menjadi satu masalah yang besar kepada apa nama tu syarikat pembuatan tadi tu. Jadi bagaimana Kerajaan menangani keadaan seperti ini Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang berhormat Selat Klang yang cukup prihatin terhadap isu KTK ini di mana Kerajaan Negeri Selangor kita tegas dalam usaha memutihkan kilang-kilang tanpa kebenaran ini di mana kita ambil pendekatan ya carrot and stick di mana kita akan bagi keistimewaan, tawaran istimewa dan sebagainya dan kemudian kita akan ambil tindakan, itu yang pertama. Yang kedua, bagi kilang-kilang yang dikenal pasti berada di tempat yang tidak sah seperti rizab Kerajaan, rintis TNB, rizab sungai, tanah Kerajaan kita tidak kompromi. Kita sampai masa notis telah diberikan, engagement telah diberikan, akhirnya kita akan robohkan. Kalau mereka boleh robohkan sendiri itu paling baik. Dan di Persiaran ya, Telok Gong ini, Perindustrian Telok Gong ini dan Pelabuhan Klang sebahagian besar mereka telah robohkan sendiri atau buka sendiri. Hah, itu yang terbaik, mereka bagi kerjasama yang terbaik dan mereka telah buka. Hanya ada saki baki empat atau lima yang mereka enggan mematuhi dan kita akan ambil tindakan. Dan kemudiannya soal kehilangan peluang pekerjaan dan menjejaskan rantaian ekosistem dan sebagainya,
kita sedia maklum banyak Industri Park yang baru telah disediakan oleh Kerajaan. Dan Kerajaan Negeri tidak boleh benarkan KTK yang beroperasi di tempat yang tidak sah. Tidak sah dan kita seolah-olah memberi satu signal menggalakkan mereka di situ. Jadi suka tak suka sudah sampai masa, ya, kalau bukan sekarang kapan lagi? Tuan Speaker, kapan lagi? Sekarang la waktunya. Ya, untuk kita ambil tindakan. Dan semua Industri Park di Sepang, di Kapar di mana semua Industri Park baru. Kerajaan Bersama pihak swasta telah sediakan. Mereka boleh pergi ke Kawasan Industri Park supaya mereka dapat beroperasi dengan sah tanpa waswas. Itu yang paling penting. Tidak boleh benarkan lagilah, mereka curi-curi masuk ke kawasan pertanian, ke kawasan Perepat ke mana, Lapis 5, Lapis 3 untuk mereka buat apa, buat kilang di situ supaya penguatkuasaan tidak dilaksanakan di situ. Ini sudah sampai masa untuk berhentikan kegiatan sedemikian. Jangan cuba-cuba sekalian untuk membuat kerja seperti ini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Ya Balakong.
Yang Berhormat, kalau apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi banyak kelonggaran telah diberikan kepada KTK khususnya dalam pematuhan syaratlah. Adakah pematuhan kelonggaran ini juga akan diberikan kepada Industri Park yang baru operasi seperti apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat tadi banyak Industri Park yang telah beroperasi baru. Yang kedua, saya nak tahu untuk sempurnakan satu tindakan penguatkuasaan khususnya kepada kilang yang berada di salah guna tanah untuk sempurnakan Notis 7A sehingga ke 8A berapa lama jangka masa yang akan diambil.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Tentang kelonggaran atau keistimewaan, tiada keistimewaan dan kelonggaran akan diberikan kepada kilang-kilang yang berada di Industri Park ini memang mereka bukan KTK, mereka akan berada di Industri Park secara teratur dan sebagainya. Itu yang pertama, yang kedua tentang soal Notis 7A hingga ke 8A, kita mengambil sedikit masa lah. Biasanya kita ambil setahun ya, paling kurang setahun untuk kita bagi Notis 7A kemudian 7B untuk mereka baik pulihkan tanah dan sebagainya. Sekiranya mereka masih ingkar, dan Notis 8A akan di serve dan kita akan ambil tindakan untuk roboh dan sebagainya. Tapi prosesnya kita lakukan secara teratur, ada engagement, perbincangan. Kita bukan nak menghukum tetapi kita dah beri masa. Lebih dah, lebih 20 tahun ya, 25 tahun usaha untuk putihkan KTK ini tapi masih belum mencapai satu tahap yang memuaskan. Namun kita tidak akan putus asa, akan terus melakukan yang terbaik supaya dapat membantu pengusaha-pengusaha KTK ini, mereka dapat faham dan menyertai program pemutihan ini dan kilang mereka dapat diputihkan. Itu yang paling utama, bukan kita nak menghukum, kita nak membantu. Itu yang paling utama. Sekian terima kasih.
Peraturan Tetap 28(2), Kajang minta tanya soalan 8.
Ok saya izinkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. PelaburanQuestions
8. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai strategi khusus untuk menarik pelaburan serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu di Bandar Sentosa?
b)
Apakah bantuan/ sokongan yang dapat diberi oleh Kerajaan Negeri kepada pengusaha-pengusaha kecil (SME) baru di Bandar Sentosa?
Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sentosa yang bertanya mengenai strategi khusus menarik pelaburan baru berserta peluang pekerjaan dan bantuan SME di Bandar Sentosa. Tuan Speaker, Bandar Sentosa merupakan satu bandar yang telah bertumbuh dengan stabil sejak 10 tahun yang lalu. Daripada 132,500 orang pada 2017 hingga 141,300 orang pada 2020, iaitu meningkat 6.64 %. Dan seterusnya naik 11 % kepada 157,300 orang. Manakala nisbah peratusan kawasan industri kepada kediaman pula adalah 1 kepada 6 ataupun 28.49 % adalah kediaman manakala 4.85 % adalah industri. Berdasarkan data daripada Rancangan Tempatan Bandaraya Di Raja Klang 2035, pengubahan satu Kerajaan Negeri percaya Bandar Sentosa mempunyai potensi pembangunan industri yang baik dan dipacu oleh pertumbuhan penduduk dan jumlah tenaga kerja yang besar. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat beberapa program penggalakan pelaburan yang telah dilancarkan secara konsisten oleh pihak Invest Selangor. Pertamanya, misi penggalakan pelaburan luar negara. Kedua, penganjuran Selangor International Business Summit. Ketiga, Selangor Soft Learning Programme yang menawarkan sokongan ekosistem perniagaan secara holistik antaranya bimbingan kepada pelabur dengan kaedah sebagai penyelaras terus dengan Agensi Kerajaan Persekutuan seperti MIDA dan PBT. Penawaran co-working space percuma dan bantuan penyediaan bakat tempatan untuk pelabur. Pada tahun ini pihak Invest Selangor telah melancarkan satu
lagi inisiatif baru yang dikenali sebagai Local Business Connect yang bertujuan untuk menghubungkan Syarikat PKS, Syarikat Multi National Corporation dan bakat tempat di dalam sesebuah kawasan. Melalui Local Business Connect, Syarikat PKS boleh memahami dengan lebih mendalam keperluan syarikat MNC dan pelabur asing dan seterusnya membina potensi untuk mengembangkan perniagaan. Program Local Business Connect yang pertama telah berjaya diadakan di DUN Batu Tiga bersama Yang Berhormat Batu Tiga. Program tersebut berjaya mencatatkan penglibatan 74 syarikat iaitu 46 usahawan tempatan dan 6 pelabur asing. Selain syarikat turut melainkan syarikat perekrut atau recruitment company yang turut menawarkan peluang pekerjaan kepada 296 peserta yang hadir. Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mengalu-alukan sekiranya terdapat Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat untuk berkolaborasi dengan Invest Selangor melalui program Local Business Connect bagi meningkatkan keupayaan PKS di kawasan masing-masing selain mencipta peluang pekerjaan yang bernilai tinggi untuk rakyat di lokaliti tersebut. Terima kasih.
Pandamaran
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Jumlah Pelaburan Negeri SelangorQuestions
9. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jumlah pelaburan di Selangor bagi tahun 2024, 2025 mengikut kategori dibawah: i) Pelabur Dalam Negeri ii) Pelabur Luar Negeri iii) Pelabur Luar Negara
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Bagi tempoh tahun 2024 hingga 2025 sebanyak 4,569 projek pelaburan telah di luluskan di negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah 185.04 bilion ringgit yang melibatkan pelbagai sektor seperti sektor utama atau primary sectors perkhidmatan dan perkilangan. Dari jumlah pelaburan tersebut sebanyak 124.09 bilion ringgit daripada pelaburan tempatan ataupun pelabur dalam negeri dan sebanyak 60.96 bilion ringgit daripada pelaburan asing ataupun pelabur luar negara. Sekian terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, soalan yang kesepuluh dari Yang Berhormat Seri Serdang telah pun dijawab dalam soalan pertama oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya, Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Ya saya menjemput yang membuat usul Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mohon izin untuk membawa suatu Usul yang berbunyi seperti berikut :-“Ampun Tuanku, patik-patik sekalian iaitu Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan yang mulia ini memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas”. Memulakan ucapan, Pelabuhan Klang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas titah ucapan yang telah dizahirkan. Sesungguhnya titah Tuanku, Sultan Selangor mencerminkan prihatin yang amat mendalam terhadap kesejahteraan rakyat serta memberikan panduan dan hala tuju yang jelas kepada Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan pentadbiran yang lebih berkesan, lebih telus dan lebih berfokus demi kepentingan rakyat negeri Selangor. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga sarat dengan peringatan yang bermakna agar setiap dasar dan perancangan yang dilaksanakan benar-benar akan memberikan manfaat kepada rakyat serta mampu menangani cabaran semasa lebih berkesan dan menyeluruh. Yang Berhormat Tuan Speaker selaras dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang telah menzahirkan kebimbangan yang serius terhadap isu-isu yang akan memberikan kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat di negeri Selangor. Izinkan Pelabuhan Klang memulakan perbahasan dengan memberikan tumpuan kepada perkara yang amat penting dalam kehidupan rakyat iaitu isu banjir yang sehingga kini masih lagi belum menemui jalan penyelesaian jangka masa panjang yang benar-benar tuntas. Seperti mana yang telah dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, perkara ini bukan sahaja ditegur berulang kali berulang kali di nasihat malah telah dinasihatkan agar diselesaikan dengan segera dan berkesan. Namun realiti di lapangan menunjukkan bahawa masalah ini masih berterusan dan dalam beberapa keadaan semakin membimbangkan.
Contohnya kejadian banjir yang berlaku petang semalam, di kawasan Shah Alam, di kawasan Klang serta beberapa Kawasan-kawasan lain yang jelas menunjukkan banjir kilat ini masih lagi berulang. Apa yang lebih membimbangkan adalah hakikat bahawa setiap tahun peruntukan yang besar telah disediakan bagi tujuan tebatan banjir. Pelbagai projek telah dilaksanakan dan pelbagai usaha telah diumumkan namun hasil yang benar-benar signifikan masih belum dapat dirasai oleh rakyat. Keadaan ini menimbulkan persoalan yang wajar untuk kita renungkan iaitu sama ada isu ni berpunca dari kekurangan sumber atau kelemahan dari sudut pelaksanaan dan penyelarasan di peringkat agensi-agensi Kerajaan yang bertanggung terhadap pengurusan banjir di negeri Selangor Dalam hal ini Pelabuhan Klang berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri Selangor menilai semula pendekatan sedia ada secara lebih menyeluruh kerana isu banjir pada hari ini tidak boleh lagi dilihat sebagai masalah teknikal semata-mata, sebaliknya ia mestilah menjadi cabar tadbir urus yang memerlukan penyelesaian secara sistematik dan bersepadu. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang mengambil maklum, bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah pun membangunkan, menyediakan pelan induk pengurusan banjir Selangor yang diumumkan sekitar tahun 2023 yang berteraskan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam atau PISMA. Pelan ini melibatkan pengurusan lebih daripada 1,000 batang sungai secara mampan dengan menggabungkan langkah struktur seperti pembinaan kolam takungan, benteng, terowong dan menaiktaraf sistem saliran sedia ada serta. Langkah bukan struktur seperti penyediaan peti hazard banjir dan kawalan pembangunan di kawasan-kawasan berisiko untuk banjir. Selain itu pelan ini turut merangkumi kajian lembangan sungai utama seperti Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat secara holistik serta pengurusan air ribut di kawasan bandar seperti Klang, Rawang, Banting, Seri Kembangan dan Selayang termasuk Shah Alam melalui pendekatan PISMA. Kajian-kajian ini menjadi panduan yang penting kepada Jabatan Pengairan dan Saliran dalam usaha merancang dan melaksanakan projek tebatan banjir yang lebih efektif namun demikian walaupun pelan induk ini telah dirangka dengan pendekatan yang menyeluruh Pelabuhan Klang berpandangan bahawa penambahbaikan dari segi pelaksanaan, penyelarasan serta keberkesanan tindakan di lapangan harus terus diperkukuhkan, ini kerana realiti semasa menunjukkan bahawa masalah banjir kilat khususnya di kawasan bandar masih lagi membelenggu rakyat dan berlaku secara berulang. Sehubungan dengan itu pendekatan yang terlalu bergantung kepada langkah-langkah reaktif seperti pembersihan sistem saliran sedia ada dan pengorekan sungai-sungai secara berkala tidak lagi memadai untuk menangani masalah yang semakin kompleks. Sebaliknya pelaksanaan Pelan Induk Pengurusan Banjir ini perlu segera diperkasakan dengan tindakan-tindakan yang lebih agresif, pemantau dan berkala serta penyelarasan yang berkesan antara semua Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan. Sesungguhya Pelabuhan menyokong saranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mendapatkan pandangan dan kepakaran daripada negara luar yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam usaha menguruskan masalah banjir seperti di negara Belanda. Walau bagaimanapun usaha ini hendaklah dilaksanakan secara substantif dan bukan sekadar bersifat simbolik atau retorik dengan memberi penekanan kepada pemindahan teknologi. Penambahbaikan sistem sedia ada serta pelaksanaan yang dapat diukur keberkesanannya dan selain itu satu audit yang menyeluruh juga perlu dilaksanakan oleh Kerajaan terhadap semua projek tebatan banjir yang telah dan sedang dijalankan bagi menilai tahap keberkesanan dan memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan benar-benar memberikan pulangan kepada rakyat sebagai wakil rakyat di Pelabuhan Klang.
Mohon mencelah, mohon mencelah.
Pelabuhan Klang turut menyaksikan sendiri bagaimana Kawasan yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang seperti DUN Pendamaran, DUN Bandar Baru Klang, DUN Meru, DUN Sentosa, DUN Kota Kemuning dan DUN Sungai Kandis sentiasa berdepan dengan masalah banjir kilat yang berlaku secara kerap dan berulang kali walaupun pelbagai usaha penyelenggaraan telah dilaksanakan. Fenomena ini bukan lagi bersifat luar jangka sebaliknya telah menjadi satu keadaan yang biasa dan normal setiap kali hujan lebat dalam tempoh yang singkat. Ya Taman Medan.
Beri laluan Pelabuhan Klang, rasanya Pelabuhan Klang dah bunyi macam Hulu Kelang hari ini. Saya tertarik untuk terlibat sama dalam perbahasan yang dibentangkan oleh Pelabuhan Klang. Adakah Pelabuhan Klang bersetuju dengan saya, langkah-langkah agresif yang perlu diambil adalah kerana kita melihat seolah-olah Kerajaan Negeri pada hari ini dia sit on the matter, dia duduk macam itu saja. Dia rasa macam perkara ini macam biasa berlaku, banjir kilat biasa la banjir kilat, bahkan semalam saya dengan Bukit Gasing bincang waktu makan malam semalam, di Kawasan Jalan Templer pun banjir punya teruk, dia minta saya bantai Kerajaan Negeri. Ya Bukit Gasing, jadi saya ambil itulah dari Bukit Gasing, saya nak tanya Pelabuhan Klang, adakah langkah drastik itu salah satunya pertama kalau Kerajaan Negeri masih gagal atau pembuat-pembuat dasar di hadapan kita ini masih gagal untuk menyelesaikan masalah ini, pertama, kita tukar EXCO bertanggungjawab. Kedua, kalau tak berjaya juga kita tukar Menteri Besar. Ketiga, jika tak berjaya juga kita tukar Kerajaan Negeri. Setuju atau tidak Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Saya tambah sikit, terima kasih. Pagi tadi masa masuk Ketua Pembangkang tak ada. Yang Berhormat kat belakang tu tanya, adakah Ketua Pembangkang masih Ketua Pembangkang? Ini kita baru nak bahas
Titah Ucapan Tuanku, Menteri Besar tak ada, adakah Menteri Besar masih Menteri Besar atau nak tukar Menteri Besar? Saya pun nak tanya la juga, terima kasih.
Hoi korang ni punya soalan, okay terima kasih Yang Berhormat Taman Medan dan Kuang yang bertanyakan soalan, pada pandangan saya seperti apa yang saya nyatakan tadi bahawa Kerajaan Negeri telah pun ada Pelan Induk Saliran Mesra Alam atau PISMA dan juga Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu yang telah dirangka pun pada tahun 2023. Cuma sekarang ini ialah tentang pelaksanaannya, adakah ianya dilaksanakan secara efektif ataupun secara mengikut garis panduan ataupun cadangan yang telah di.. orang kata buat di dalam pelan induk tersebut. Sebab pelan induk ini semua dah ada, dia bukan baru perkara banjir masa zaman Yang Berhormat Hulu Klang jadi Menteri Besar pun banyak banjir ini berlaku, eh dekat Klang kawasan saya banyak berlaku, bukan kata tak berlaku, ini isu alam, ini isu alam okay dan sekarang ini dengan perubahan cuaca yang ekstrem, dengan perubahan-perubahan fizikal muka bumi di kawasan negeri Selangor ini, dengan pertambahan air akibat pemanasan global, jadi mungkin ini kita perlu lihat dari sudut yang berbeza dari semasa ke semasa sebab tu dalam ucapan saya tadi saya minta supaya dikaji semula pelan induk tersebut dan dilihat dari sudut yang lebih efektif. Sebab itu saya minta juga supaya diwujudkan jawatankuasa audit bagi audit semula pelan tersebut sama ada ianya benar-benar berkesan untuk dilaksanakan. Saya kesian juga dengan kawan saya Yang Berhormat Kota Kemuning semalam teruk kena dengan penduduk apabila banjir kilat berlaku di Seri Muda yang terhenti-henti. Seri Muda ini time Yang Amat Berhormat Hulu Klang pun lagi teruk tapi sekarang ini dah makin kurang. Eh apa pulak tak ada, saya Ahli Majlis. Tambah lagi.
Yang Berhormat Pelabohan Klang sikit jer. Dia satu yang berlaku semalam ada di kawasan jalan tapi ada juga yang berlaku sekitar kawasan perumahan, yang perumahan okay tapi bila discharge air pergi ke kawasan kampung contoh di kawasan kami Paya Jaras sekiranya Elmina sebagainya. Adakah perancangan untuk melihat balik pembangunan bandar-bandar baru ni yang memberi kesan kepada banjir di kawasan – kawasan kampung contoh Kampung Paya Jaras, Kampung Uluk Sempak, Kubu Gajah dan juga Kampung Bukit Lagoh dan sebagainya. So saya tidak tahu minta Kerajaan Negeri jawab selepas ini, apakah sebenarnya Kerajaan Negeri melihat secara holistik tentang pembangunan ini bukan sekadar yang telah berlaku banjir tetapi risiko-risiko berlaku banjir sebab di kawasan-kawasan yang pembangunan baru ini kritikal dan menjadi isu kepada rakyat ialah dia orang kata ini contoh jika banjir di kawasan Kubu Gajah di kawasan Paya Jaras dia kata apa ini DNA Elmina sebab airnya air merah ini DNA air lain. So itu faktor yang saya rasa mungkin kalau boleh kalau setuju perlu satu perancangan baru plan semula kepada Kerajaan Negeri untuk melihat Polisi-Polisi Pembangunan Bandar-Bandar Baru. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras, macam yang saya katakan tadi bahawa pelan itu dah ada, memang ada perancangan kalau kita lihat dalam pelan itu perlu dilihat semula kepada pembangunan perancangan-perancangan yang baru sewaktu meluluskan mana-mana permohonan kebenaran merancang pembinaan bandar-bandar baru dan taman-taman perumahan baru, kawasan-kawasan bandar yang baru perlu dilihat secara semua sebab itu ada juga Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA), sebab tu dah ada semua, cuma sekarang pelaksanaan sama ada betul-betul berkesan atau pun ia dilaksanakan secara mengikut pelan yang telah disediakan. Sebab itu sekali lagi, saya tekankan bahawa audit perlu dilaksanakan terhadap semua perancangan-perancangan yang akan dilaksanakan, yang telah dilaksanakan dan yang sedang dilaksanakan untuk mengatasi masalah banjir di dalam negeri Selangor dan kalau kita lihat pun di negeri Selangor ni dia bukan masalah banjir temenung macam ni di negeri Kelantan, macam di negeri Terengganu, macam di negeri-negeri yang lain. Ini masalah banjir kilat yang walaupun kebiasaannya air ini akan surut dalam tempoh sekitar satu 1 ataupun 30 minit, ada yang 40 minit, ada yang lebih 2 jam lepas tu ianya surut namun impaknya tetap besar kepada penduduk kerana dalam tempoh yang singkat itu jalan-jalan utama semalam kita tengok ditenggelami air sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, keadaan kenderaan rosak akibat air masuk ke enjin serta menyukarkan pergerakan dan juga aktiviti-aktiviti harian rakyat. Peniaga kecil juga terpaksa menanggung kerugian apabila premis ini dimasuki air, barangan rosak dan operasi perniagaan terganggu walaupun hanya dalam tempoh yang singkat. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa walaupun banjir tersebut bersifat sementara impaknya adalah berulang dan memberikan tekanan yang berterusan kepada kehidupan rakyat. Justeru, itu sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri Selangor memastikan bahawa pelaksanaan pelan sedia ada perlu diperkukuhkan agar isu banjir khususnya banjir kilat dapat ditangani secara lebih berkesan dan tidak akan menjadi beban kepada rakyat dari tahun ke tahun sesuai dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
Pelabuhan Klang Nak selit sikit.
Pelabuhan Klang boleh mencelah? Baik terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Saya daripada luar tadi saya dengar ada orang tu sebut petik nama Sungai Kandis. Rupanya adinda saya kat sini. Alhamdulillah, Yang Berhormat Pelabuhan Klang pun sedia maklum sebab kami sering berhubung untuk tolong buka gate dekat kawasan Pelabuhan Klang untuk mengelakkan banjir di Sungai Kandis. Jadi banjir di Sungai Kandis ini memang dah jadi satu pesta. Ya seolah-olah satu pesta, cuma apa yang penduduk minta ya apa yang penduduk minta, one off RM250 untuk sekali banjir tu biarlah setiap kali banjir mereka boleh menuntut, boleh claim sebab kesalahan
ini bukan kerana kesalahan penduduk. Jadi perkara terbaik apa yang JPS dan juga JKR buat sekarang di Sungai Kandis mencuci parit-parit dan longkang, memberi kesan yang bagus kepada Sungai Kandis. Sungai Kandis sekarang boleh dikatakan 40% lebih baik daripada sebelum yang mana setiap kali hujan sudah kurang banjir di kawasan-kawasan banjir kilat tetapi bila masuk di kawasan-yang longkang tidak bertuan. Jadi kawasan inilah yang selalu berlaku banjir kilat dan kawasan inilah kebanyakannya setahun sehingga 7, 8 kali banjir akan masuk ke kawasan rumah penduduk. Penduduk-penduduk ini bukan penduduk yang senang. Penduduk yang susah. Walaupun satu kawasan masuk bagi mereka amatlah, mungkin bagi kita kerugian yang ditanggung tidak banyak tetapi kalau untuk penduduk-penduduk yang susah sekali masuk air bermakna kepala mereka pun masuk air sekali. Susah. Jadi minta tolong, apa yang JPS dan JKR buat di kawasan Sungai Kandis amat saya berterima kasih. Longkang-longkang dah bersih tapi tolong teruskan dan untuk kawasan yang parit yang tidak bertuan, longkang yang tidak bertuan daripada PBT dan juga daripada Pejabat Daerah, tolong turun pantau kawasan masing-masing. Kasihanilah kepada penduduk Sungai Kandis, kami orang miskin. Ya kami orang miskin, jadi walaupun kerugian yang tidak banyak, kami menanggung banyak kesan dan beban. Terima kasih. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Boleh.
Terima kasih kepada Pelabuhan Klang, juga sahabat saya berkenaan dengan mangsa banjir. Seperti mana yang Pelabuhan Klang maklumkan tadi kebanyakannya adalah banjir kilat. Tetapi di Ijok berbeza mungkin sama dengan Kelantan. Dia banjir termenung. Air daripada up stream daripada Petaling Jaya, daripada Gombak, daripada Paya Jaras dan akhirnya air ini akan pergi ke Sungai Buloh dan termenung di Ijok sebelum keluar ke muara Sungai Buloh. Jadi, sekarang ini kita, bukan masanya untuk kita mencari salah sesiapa tetapi kita cari punca. Bagi ini Ijok ingin mencadangkan bahawa kita kembali kepada alam. Bukan menyalahkan alam ya. Jadi kita lihat sekarang ini, air ini sebenarnya mengalir melalui sungai tetapi rizab sungai kita telah rosak. Jadi adakah Pelabuhan Klang bersetuju dengan Ijok supaya rakyat tidak lagi, rakyat sekarang ini tidak mahu lagi setiap kali hujan, kita menyalahkan fenomena luar jangka. Jika kita lihat rizab hari ini, tidak dijaga, tidak di selenggara dengan baik. Jadi saya ingin tegaskan selesaikan banjir dengan alam bukan melawan alam. Kita cari penyelesaian berasaskan alam semula jadi iaitu kita nature base absolution dengan izin. Kita pulihkan rizab sungai dan urus lembangan sungai secara menyeluruh. Terima kasih.
Terima kasih Ijok.
Sungai Panjang.
Hai apa lagi Ini?
Banjir. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Pelabuhan Klang.
Yang Berhormat Pelabuhan Klang ini adalah terpulang kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang nak bagi atau tidak.
Ya baik.
Boleh.
Terima kasih. Berkaitan dengan banjir yang disebutkan tadi, sama juga di sebelah utara ini dia bukan banjir kilat ia adalah banjir termenung. Dan termenungnya itu, agak lama. Dia termenung mengelamun. Sangat lama. Kadang makan masa sehingga seminggu. Jadi, sama seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ijok, kita bukan nak mencari salah siapa, mencari punca antara punca yang dikenal pasti dalam kawasan Sabak Bernam ini adalah hutan simpan Sungai Karang yang dicarah semahu-mahunya sehinggakan hutan itu, dan dia bersambung dengan Hulu Selangor, kalau Hulu Selangor banjir, lepas Hulu Selangor barulah masuk ke Sungai Panjang dan Sabak Bernam. Maka Sungai Panjang berharap sangat supaya Kerajaan melihat kembali penerokaan hutan simpan khususnya Sungai Panjang yang diteroka oleh Kerajaan sendiri seperti PKPS dan sebagainya yang memberikan kesan banjir termenung kepada masyarakat di situ sehinggakan waktu banjir itu masyarakat tak perlu cari ikan. Sebab ikannya akan sampai depan rumah. Itu yang berlaku di Belia 2, Belia 1 dan sebagainya. Wallahi Taala. Terima kasih.
YB TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
: Ok, terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, Sungai Kandis, dan juga Ijok. Selepas ini jangan ada lagi ya. Saya nak habiskan ini sebab ada tajuk banyak lagi ni.
Ada satu lagi ni boleh?
Ada lagi?
Kita kira kawan.
Okay. Sabak bolehlah.
Terima kasih Pelabuhan Klang, saya merujuk kepada perbahasan yang bercakap tentang hal banjir. Saya ingat saya mungkin boleh mencadangkan yang mungkin boleh dipertimbangkan balik oleh pihak Kerajaan atau mungkin juga mohon pandangan Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Kita sekarang ini banyaknya kita buat tindakan reaktif maknanya bila berlaku baru kita akan membuat apa sahajalah tindakan-tindakan kita termasuk dengan ketika banjir berlaku pun kita reaktif. Kita tidak ada pelan, bagaimana untuk kita buat kesediaan lebih awal. Maksud saya begini, saya ambil kisah yang semalamlah mungkin paling awal, yang paling dekat dengan kita. Semalam saya ingat tidak ada sebarang amaran, tidak ada sebarang warning yang diberikan kepada kita semua. JPS pun tidak keluarkan apa-apa. Saya pun tidak terima sebarang perkara. Tapi perkara itu berlaku memanglah kita kata hal cuaca, hal benda yang sukar nak diramal. Jadi ini kita faham tapi air pasang kita boleh jangka kita tahu keadaan-keadaan tertentu. Mungkin kalau kita boleh cadangkan kepada pihak Kerajaan adalah bagaimana sebenarnya kita boleh buat persiapan lebih awal supaya masyarakat juga boleh menyelamatkan harta benda lebih awal itu yang penting. Sebab dalam hal berlaku banjir ini yang paling terkesan ialah harta benda. Itu yang paling besar dan saya berharap kalau boleh semua perancangan Rancangan Tebatan Banjir itu kita laksanakan dengan baik saya cukup percaya, JPS sedang laksanakan dengan baik tapi kita juga perlu proaktif melihat kepada perancangan yang selain daripada hal berkaitan dengan Rancangan Tebatan Banjir kita juga perlu bantu masyarakat untuk menyelamatkan harta benda yang sebolehnya tidak musnah dalam sebarang kejadian banjir. Terima kasih banyak.
Okay. Terima kasih. Saya setuju dengan Batu Tiga tadi cuma saya nak penambahan sikit berkenaan tentang banjir tadi dengan keadaan yang biasanya berlaku kita dah standby. Cuma saya nak bertanya setuju tak kalau Pelabuhan Klang kalau Kerajaan menilai dari segi pelan tindakan itu ditentukan untuk berlaku 5 tahun, 10 tahun? Sebab sekarang ini bila korek hanya untuk mungkin hanya setahun. Kita tak tahu the next tahun depan hujan akan bertambah. Jadi saya melihat di sini perlunya pihak Kerajaan menilai segala projek itu boleh menampung sehingga 5 tahun, 10 tahun itu yang lebih baik. Supaya kita dah bersedia. Kalau tadahan air itu boleh tampung tahun ini, dua tahun mungkin kita boleh buat hingga 20 tahun. Jadi saya rasa ini akan mengurangkan kos dari segi kerosakan yang berlaku. Terima kasih.
Okay. Terima kasih Morib, terima kasih Batu Tiga. Semua juga yang tadi Sungai Kandis, Sungai Panjang dan juga Ijok. Saya terima pandangan semua Ahli-ahli Dewan yang tadi mencelah dalam ucapan saya berkenaan dengan banjir. Sebab itu saya tadi bercakap dalam ucapan saya iaitu pelan ini perlu dilihat semula secara lebih komprehensif untuk jangka masa pendek dan juga panjang sama ada ianya masih sesuai lagi atau tidak sesuai, atau dirangka satu pelan yang lebih baru. Selaras ataupun selari dengan titah dan nasihat Tuanku dan juga mengatakan bahawa mungkin kita kekurangan pakar di dalam negara kita ataupun di dalam negeri Selangor ini. Sebab kita
semua dari Ahli-ahli Dewan Negeri pun bukan pakar banjir ini. Memang kita semua ada yang bergelar jurutera tetapi dia juga bergantung kepada pengalaman. Sebab itu Tuanku juga di dalam titahnya semalam cakap suruh rujuk negara-negara seperti negara Belanda. Jadi, sebab itu kita perlu tengok ianya bukan lagi dari satu sudut untuk salah-menyalahkan, saya setuju dengan Ijok tetapi ianya lebih kepada apakah kalau kita tukar kerajaan besok banjir ini takkan berlaku? Tidak juga, sama juga nanti. Sebab ia adalah kena mengena dengan alam kita yang semula jadi. Kalau kita kacau alam, alam akan kacau kita balik. Dan selepas ini kalau kita nak orang kata ada pembangunan-pembangunan di kawasan-kawasan tertentu perlu mengambil kira masalah kesan kepada pembangunan tersebut kepada alam terutama sekali yang boleh mengakibatkan banjir pada masa hadapan seperti yang berlaku di Selangor Utara. Memang, banjir termenung ini saya akui sebab ia bukan hanya di Selangor Utara sahaja tetapi kesan dari negeri Perak, yang melimpah juga air sehingga masuk ke dalam Selangor. Yang ini juga kita perlu lihat bahawa bukan hanya air itu kalau dekat Selangor, Selangor sahaja dia orang kata dia mengalir. Dia juga mengalir dari negeri-negeri yang lain masuk ke negeri kita. Dari negeri kita juga masuk ke negeri-negeri yang lain yang bersempadan dengan negeri Selangor seperti negeri Perak. Jadi saya harap kita bekerjasama dalam isu masalah banjir ini demi masyarakat setempat demi masyarakat dan rakyat juga di negeri selari dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang sangat-sangat menitik beratkan tentang masalah banjir ini di negeri Selangor. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada isu banjir, Pelabuhan Klang juga ingin menarik perhatian kepada satu lagi perkara yang sering Pelabuhan Klang bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini sejak tahun 2018 sehingga kini, saya menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor dan terus menjadi rungutan rakyat iaitu isu-isu asas melibatkan infrastruktur harian seperti jalan berlubang, kutipan sampah dan penyelenggaraan lampu jalan yang masih belum diselesaikan secara tuntas sehingga ditegur lagi oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam titah Tuanku semalam. Di kawasan Pelabuhan Klang dan sekitarnya aduan berkaitan jalan rosak dan berlubang bukan lagi perkara baru. Terdapat keadaan di mana jalan utama yang digunakan setiap hari oleh penduduk dibiarkan rosak dalam tempoh yang lama sebelum sebarang tindakan pembaikan diambil. Ini bukan sahaja menyukarkan pergerakan, malah telah menyebabkan kerosakan kenderaan dan meningkatkan risiko kemalangan sehingga ada yang terlibat dengan kemalangan nyawa khususnya kepada penunggang-penunggang motosikal. Begitu juga dengan isu kutipan sampah di mana terdapat kawasan-kawasan yang tidak mengikut jadual kutipan yang telah ditetapkan dengan pelbagai alasan-alasan yang diberikan oleh pihak-pihak kontraktor yang telah dilantik oleh KDEB dan juga yang telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Dan keadaan ini menyebabkan longgokan sampah kita boleh lihat, di tepi-tepi jalan berhari-hari sehingga mencacatkan pemandangan persekitaran, menimbulkan bau-bau yang tidak menyenangkan serta berpotensi menjejaskan kesihatan penduduk setempat. Dalam masa yang sama lampu jalan yang rosak, tidak diganti dengan segera pula menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan terutama di kawasan perumahan dan laluan-laluan yang kurang pencahayaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara-perkara ini mungkin kelihatan kecil dari sudut
perancangan dasar. Tetapi inilah isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat negeri Selangor setiap hari. Justeru itu, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa aspek pemantauan perlu dilaksanakan dengan lebih agresif dan lebih berkesan. Agensi-agensi kerajaan bukan sahaja perlu mengambil tindakan segera untuk membaiki jalan raya yang rosak. Tetapi juga memastikan semua infrastruktur asas awam termasuk sistem saliran, lampu jalan, kemudahan awam dan perkhidmatan kutipan sampah di selenggara dengan lebih baik dan berfungsi secara konsisten. Pemantauan juga tidak boleh lagi bersifat reaktif iaitu hanya bertindak selepas aduan diterima sebaliknya perlu dilaksanakan secara berkala dan sistematik bagi mengenal pasti kerosakan lebih awal dan memastikan tindakan pembaikan dapat dilaksanakan dengan segera. Pendekatan ini penting supaya isu-isu asas seperti ini tidak terus berulang dan akhirnya menjadi beban kepada rakyat sehingga mendapat teguran lagi daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Sehubungan itu Pelabuhan Klang berpandangan bahawa sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan pembentukan satu pelan induk infrastruktur Negeri Selangor saya tak pasti ada atau tidak ada tetapi ini mestilah lebih komprehensif sebagai panduan utama dalam mengurus dan menyelaras pembangunan serta penyenggaraan infrastruktur asas di seluruh Negeri Selangor. Pelan induk ini perlu dirangkumi beberapa komponen utama yang bersifat menyeluruh dan bersepadu antaranya termasuk penyediaan pangkalan data pusat lebih lengkap bagi semua aset infrastruktur negeri seperti jalan raya, sistem saliran, lampu-lampu jalan dan kemudahan awan supaya setiap kerosakan dapat dikesan lebih awal dan diurus secara sistematik dalam masa yang sama, penggunaan teknologi seperti sistem pemantauan digital, pelaporan masa nyata serta integrasi aduan rakyat perlu diperkasakan bagi memastikan maklumat sampai dengan cepat kepada agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab.
Selain itu, pelan induk ini perlu menetapkan standard perkhidmatan yang jelas iaitu ataupun Service Level Agreement (SLA) bagi setiap jenis kerja penyelenggaraan seperti tempoh masa maksimum untuk membaiki jalan berlubang, mengganti lampu jalan rosak atau menyelesaikan isu kutipan sampah. Penetapan piawaian ini penting bagi memastikan tindakan diambil secara konsisten dan dapat diukur keberkesanannya. Pelan induk ini juga perlu menekankan aspek penyelenggaraan berkala dan pencegahan preventive maintenance dan bukan hanya tertumpu pada pembaikan selepas kerosakan berlaku, ini termasuk jadual pemeriksaan berkala. Audit keadaan infrastruktur serta perancangan naik taraf secara berfasa bagi menggelakkan masalah menjadi lebih serius pada masa hadapan. Sebagai contoh, saya selalu bising fasal masalah jalan berlubang ini, kalau lubang masa tengah kecik kenapa tak buat kenapa tak tampal dan baiki tetapi lubang itu dah besar, baru nak baiki, baru nak tampal baru nak buat. Jadi semasa kecik kosnya kecil bila dah besar kosnya jadi besar, jadi saya lihat di sini mungkin lah pada pihak-pihak tertentu yang melihatkan masalah kerosakan jalan raya ini satu perniagaan bukan sebagai tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau ia dipandang dari sudut perniagaan, memang dia kata biarlah ia besar sedikit, baru boleh dapat charge kos yang mahal, kan kalau dia
lubang kecik tu berapa sen nya dapat, tak berbaloi so biar ia besar biar aduan itu banyak jadi senang untuk dapat kelulusan bajet supaya dapat tampal jalan tersebut. Kalau ini cara pemikiran dan pandangan pihak-pihak tertentu, jadi maka masalahlah kepada kita pengguna-pengguna jalan raya, tapi kalau atas dasar tanggungjawab masa kecil tu lah kita nak selesaikan masalah lubang jalan yang berlubang ini, lubang tu masa kecil tulah kita tampal dan baiki sebelum ia menjadi lebih besar.
Yang Berhormat, berkenaan jalan berlubang ini pengalaman saya sendiri, depan saya motosikal berlubang tu bukan disebabkan hujan dan sebagainya disebabkan main hole, jalan baru turap, tetapi main hole tu tak di level kan dengan jalan yang diturap itu. Itu masalahnya Yang Berhormat jadi apa pandangan Yang Berhormat tentang hal ini?
Setuju..perkara tersebut juga saya dah bangkitkan sebab itu tadi saya kata sudah sampai masanya pihak Kerajaan Negeri melihat semula titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang serius semalam menegur masalah infrastruktur ini dengan segera mewujudkan pelan induk dengan lebih komprehensif dan lebih orang kata menyeluruh termasuk dengan isu-isu main hole ini apabila jalan diturap tapi main hole ini masih lagi di aras yang lama tidak dinaikkan aras mengikut turapan jalan yang dibuat. Yang ini masalah kalau biasanya PBT lah kan PBT biasanya tak ada mil, dia terus surface sahaja dia buat lagi satu layer atas dia tak de buat main and paste okay. Tapi masa dia dah buat itu maknanya aras utiliti itu tidak dinaikkan dan sepatutnya mungkin dah sampai masa sekiranya mana-mana jalan raya-jalan raya yang ada banyak laluan-laluan utiliti ini sebelum turapan itu dibuat perbincangan dengan syarikat-syarikat utiliti itu perlu dibuat untuk berbincang sama-sama siapa yang nak keluarkan kos apabila jalan diturap siapa nak keluarkan kos untuk menaikkan aras lubang-lubang utiliti ini sebab kalau tidak itu yang PBT akan buat PBT punya kerja unit utiliti punya kerja tapi yang menanggung akibat dan kesannya adalah rakyat ataupun pengguna-pengguna jalan raya tersebut dan saya dah boleh tengok kat Tik Tok saya dah bising jugalah korek jalan tak apa orang kata mengikut piawaian ataupun standard yang telah ditetapkan oleh pihak PBT ataupun pihak JKR begitu juga dengan air Selangor kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh air Selangor lepas dia dah korek pembaikan pecah, apa semua turapan tidak berkualiti dan tidak mencapai standard piawaian oleh PBT dan JKR. Jadi sudah sampai masanyalah maknanya lepas ini kalau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk memantau kerja-kerja perlu diberikan surat tunjuk sebab saya tak pernah nampak pun selama ini mana-mana pengarah, mana-mana pegawai tidak menjalankan tugas tidak diberikan amaran, tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab, tidak pernah pun diambil tindakan mungkin dah sampai masanya mana-mana yang bertanggungjawab untuk memantau, untuk membuat laporan, untuk orang kata memberikan tindakan ataupun melaksanakan tugas untuk menyelesaikan masalah tersebut tidak
menjalankan tanggungjawabnya dah sampai masanya diambil tindakan ataupun ditukarkan. Kota Kemuning silakan.
Yang Berhormat terima kasih. Yang Berhormat ada lagi satu isu juga berkenaan dengan jalan iaitu jabatan mana yang perlu bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu. Kita dapat lihat selalu ada menanding jari kalau jalan itu di tengah-tengah border siapa pun tak nak repair dia kata ini jalan JKR, lagi satu MBSA kalau keadaan seperti ini adakah kita perlu adakan jawatankuasa yang integrasi untuk menyelesaikan isu ini . People don’t care siapa yang bertanggungjawab pada jalan itu, people care adakah kamu menjalankan kerja-kerja tersebut adakah kita perlu mengadakan integrasi jabatan untuk menyelesaikan isu-isu ini. Itu soalan saya.
Okay terima kasih Kota Kemuning dan perkara ini saya selalu bangkitkan saya selalu bangkitkan dan pernah bangkitkan dalam sidang negeri sebelum ini tentang tuan punya jalan ada macam JKR pun ada 3, JKR Persekutuan lain, JKR Negeri lain, JKR daerah lain, apatah lagi PBT, dan kemudian ada juga jalan pejabat daerah ada juga jalan pejabat saliran ada juga tidak bertuan, ada jalan kita tak tahu siapa punya jalan so kita nak baiki dan turap tak boleh tak ada dalam sistem. Okay jadi ini masalah yang perlu diambil kira sebab itu saya cadangkan tadi supaya pelan induk infrastruktur Negeri Selangor ini perlu lagi dibuat secara komprehensif dengan melihat semula dari sudut perundangannya, dari sudut undang-undangnya, dari sudut aktanya, sebab dia ada juga bahawa dikatakan oh kalau peruntukkan Kerajaan Negeri kita tak boleh guna duit kerajaan itu untuk turap jalan persekutuan kalau duit kerajaan persekutuan tak boleh guna duit itu menggunakan untuk turap jalan-jalan Kerajaan Negeri, ini masalah yang timbul daripada dulu sehinggalah sekarang yang masih lagi belum dapat diselesaikan sebab itu kita ada tengok nanti jalan ni yang cantik ni kenapa diturap lagi sedangkan jalan yang tak cantik ni dia tak turap rupanya yang cantik tu diturap oleh pihak lain, pihak JKR misalnya tapi jalan sebelah ni jalan PBT tapi PBT belum ada bajet lagi. So jalan tu tak diturap, sebab tu kita sebagai rakyat tak faham dia tak tahu jalan siapa dia tahu jalan ni elok, elok mesti dibaiki, kalau rosak dia cari ADUN. Ko jawablah ADUN kenapa jalan-jalan rosak ni tidak dibaiki, wakil rakyat juga dipersalahkan. Tapi apa pun ini satu cabaran kepada kita sebagai kerajaan Negeri Selangor supaya melihat isu ini dari sudut yang positif, melihat isu yang ditegur oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor ni dari sudut yang positif sebab isu ini dah lama berlaku daripada dulu tentang bagaimana kerjasama di antara semua jabatan ini dapat disatukan dalam satu kerangka pelan induk yang lebih komprehensif dan dah sampai masanya lah tak boleh lagi ada pihak-pihak merunding jari satu sama lain. Agensi kerajaan adalah agensi kerajaan kalau itu tanggungjawab bersama macam contoh baru-baru ini saya ucap terima kasih kepada jurutera daerah Klang, walaupun jalan itu bukan tanggungjawab JKR tapi atas dasar tanggungjawab kepada rakyat kepada masyarakat setempat pengguna-pengguna jalan raya, ni jalan rel kereta api ini tanggungjawab perbadanan aset kereta api ataupun Railway Aset Corporation (RAC). Ini memang tanggungjawab tapi dia tak buat-buat
jalan itu berlubang, rosak sehingga ada motor yang jatuh sehingga menyebabkan kecederaan dan pada penunggang motosikal tersebut jadi akhirnya pihak JKR ini contoh orang macam ni kena ucap terima kasih, dewan ini kepada jurutera daerah Klang mengambil tindakan proaktif dengan menyelesaikan masalah railway itu. Dan sekarang dah tak ada masalah walaupun ia bersifat sementara menunggu RAC menyiapkan ataupun membaiki jalan kereta api tersebut dalam untuk jangka masa yang panjang. Tapi kalau kerjasama antara jabatan-jabatan ini dapat direalisasikan di bawah satu organisasi ataupun satu pelan induk infrastruktur mungkin kita tak dapat jumpa lagi masalah merunding jari ini pada masa akan datang. Dan sekali lagi saya cakap tadi berkenaan dengan aspek penyelenggaraan berkala dan juga pencegahan preventive maintenance. Jalanraya dah tahu dah ia adalah berpunca daripada masalah kelemahan jalan raya di Malaysia ini primax kita kalah dengan air, kalah dengan hujan kalau air bertakung primax kita akan rosak dan primax kita kalah dengan tumpahan-tumpahan diesel, minyak-minyak diesel yang menitik seperti di kawasan Pelabuhan Klang, kalau ada diesel menitik ini jalan akan rosak, kalau ada air bertakung akan rosak tapi kenapa biarkan? Jalan-jalan tu air bertakung kenapa tak selesaikan masalah sistem saliran yang ada di tepi-tepi jalan tersebut. Begitu juga dah tahu dah masalah diesel yang menyebabkan kerosakan jalan tersebut kenapa tak cari teknologi, method yang mana seperti ada di kawasan Pelabuhan Klang sekarang di bawah jambatan Kota Pendamar sehingga kini dulu 6 bulan sekali diturap tetapi menggunakan kaedah teknologi terkini sehingga kini jalan u-turn tersebut dah lebih 2 tahun masih lagi tahan. Gunalah kaedah macam tu tersebut. Kenapa masih lagi tunggu, sebab mungkin tidak ada orang kata SOP ataupun garis panduan yang jelas baik di agensi-agensi kerajaan ini dan kadang-kadang terikat dengan kos sana sini jadi alasan-alasan ini rakyat dah tak nak dengar kan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor saya harap tahun depan tak ada lagi keluar lah kenyataan macam itu dalam titah Tuanku sempena pembukaan dewan 2027.
Saya tertarik apabila Pelabuhan Klang menyentuh berkenaan kos, saya nak tanya pandangan daripada Pelabuhan Klang, kita dah ada dalam belanjawan kita peruntukkan untuk belanja infra terutamanya jalan dan kos jalan ini adalah kos semasa maksudnya dalam membaiki berlopak dan berlubang ini kita tak boleh jangka berlaku pada bila-bila masa. saya kira mungkin ada kaedah yang tertentu untuk mempercepatkan perbelanjaan peruntukkan itu kepada khususnya dalam kita nak menjaga jalan-jalan raya kita pada pandangan Pelabuhan Klang apa kaedah yang terbaik untuk memastikan peruntukkan ini dapat disalurkan dengan baik dengan cepat supaya masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.
Setuju dengan Sungai Serdang.. eh Seri Serdang...ingat Seri Serdang bahawa saya setujulah apa yang disampaikan oleh Seri Serdang sebab saya rasa isu jalan ni bukan lagi isu yang sepatutnya kita bahaskan dalam dewan yang mulia ni dia dah menjadi mengata dalam media sosial dalam apa ni laporan-laporan memang kita lihat masalah jalan raya ni bukanlah masalah yang baru yang masalah
yang sudah lama tetapi kita tidak boleh la kita kata biasalah jalan biasalah kenderaan berat tak boleh ambil mudah dah perlu ada pendekatan lebih agresif yang lebih bersifat proaktif pada mana mengatasi masalah jalan-jalan tersebut seperti yang saya katakan tadi, dah tahu air bertakung ini akan merosakkan jalan kenapa biarkan air bertakung lama-lama kenapa tak selesaikan masalah sistem saliran? Dah tahu bahu-bahu jalan tertentu terutama di selekoh-selekoh sering berlubang apa semua kenapa masih nak guna gunalah simen konkrit apa dekat selekoh-selekoh tersebut. Dah tahu lebar jalan itu kecil trailer u-turn semua kenapa tak besarkan lebarkan jalan tersebut. Jadi ini perlu dilihat secara lebih komprehensif pada masa akan datang dan kalau boleh tak nak lagi teguran di buat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Ya Yang Berhormat Meru.
Adakah Yang Berhormat Pelabuhan Klang setuju bahawa jalan-jalan pecah ataupun mendap ini daripada akibat daripada lori-lori yang lebih muatan yang mengangkut tanah yang menggunakan laluan-laluan tertentu untuk tujuan pembangunan yang pesat di kawasan sekitar, apa pandangan Yang Berhormat?
Setuju Yang Berhormat Meru.
Satu lagi, adakah Yang Berhormat Pelabuhan Klang setuju bahawa pemaju juga patut dilibatkan dalam bertanggungjawab bersama untuk membaik pulih dan menangani masalah jalan-jalan rosak ini?
Setuju Yang Berhormat Meru, macam saya bagi tahu tadi perlu ada kajian yang menyeluruh sebab kalau di Pelabuhan Klang ni dia satu bandar yang tidak terancang bercampur-campur kawasan perumahan dan juga kawasan perindustrian dan juga kawasan-kawasan perniagaan. Ini bandar-bandar lama termasuklah Meru. Kita kawasan di Klang, daerah Klang ni dia bandar lama bandar yang tidak dirancang dengan baik berbeza dengan bandar di Shah Alam dan kawasan-kawasan ni sebab tu dia kena ada orang kata had muatan. Sebab tu di Pelabuhan Klang sekarang dah ada dah weight motion sensor. Selepas ni kalau mana-mana kenderaan berat yang melalui kawasan-kawasan tersebut melebihi had muatan yang sepatutnya akan dikenakan saman secara automatik secara online sebab dia ada rakaman, kamera, ada weight motion dia automatik. Jadi ini salah satu langkah yang saya lihat pihak Kementerian Kerja Raya bersama-sama dengan pihak Kementerian Pengangkutan telah mengambil langkah yang proaktif untuk mengurangkan kenderaan-kenderaan berat yang melebihi had muatan yang sepatutnya menggunakan jalan-jalan yang tidak sepatutnya.
Jadi begitu juga di taman-taman perumahan sebab itu kenderaan-kenderaan berat yang melalui taman-taman perumahan sebab taman-taman perumahan ni had muatan jalan tersebut ataupun had bebannya adalah 8 tan sahaja tetapi kenderaan-kenderaan yang lalu ini melebihi 20 tan. Kadang untuk lori sampah lalu pun jalan raya di kawasan kampung Teluk
Gong misalnya disebabkan rosak jalan tu sebab lori sampah yang lalu sebab itu jalan kampung tapi lori KDEB ni besar gedabak 20 tan bila sampah dah penuh, jadi bayangkan berat beban tersebut secara tak langsung telah merosakkan jalan. Sebab tu kerjasama ni semua pihak ni dia kena dilihat secara menyeluruh bukan lagi salah menyalah antara satu sama lain. Jadi isu jalan ni dah banyak kali dah saya cakap dan sekali lagi lah saya harap saya kalau bila tak nak cakap lagi lah pasal isu jalan tapi semalam apabila ditegur oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor maknanya Sultan Selangor sentiasa mendapat aduan dan rungutan berkenaan dengan masalah infrastruktur ni daripada rakyat secara langsung. Dan itulah sebabnya penyelarasan antara agensi perlu diperkukuhkan supaya tidak berlaku pertindihan tugas ataupun kelewatan tindakan. Semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Teknikal serta kontraktor pelaksana perlu bergerak dalam satu sistem yang selaras dengan garis panduan yang jelas di bawah pelan induk tersebut. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa pelan ini perlu dimasukkan elemen accountability dan penilaian prestasi di mana setiap agensi dan kontraktor dinilai berdasarkan kecekapan pelaksanaan serta tahap kepuasan rakyat. Maknanya lepas kerja-kerja itu disiapkan perlu dapatkan pandangan dan orang kata nasihat daripada penduduk-penduduk sama ada ianya berkualiti atau tidak.
Jangan kita ingat penduduk-penduduk ni tak pandai. Ada penduduk-penduduk yang engineer juga. Mereka juga boleh memberikan pandangan boleh memberikan nasihat kepada kita agensi-agensi Kerajaan. Semua pandangan perlu diambil kira demi kepuasan kita juga sebagai pengguna-pengguna jalan raya. Mekanisme pemantauan yang telus dan berkala perlu diwujudkan bagi memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan benar-benar memberi hasil yang optimum dalam masa yang sama pelan ini perlu mengambil kira perancangan jangka masa panjang yang selari dengan pembangunan bandar dan pertambahan penduduk termasuk keperluan menaik taraf kapasiti jalan, sistem saliran serta kemudahan awam agar mampu menampung pertumbuhan kawasan bandar yang pesat. Tidak kurang pentingnya pelan induk ini juga perlu memberikan penekanan kepada pendekatan mesra alam dan mampan termasuk penggunaan teknologi hijau, pengurusan sisa yang lebih efisien serta pembangunan infrastruktur yang tahan terhadap perubahan cuaca ekstrem seperti hujan lebat dan banjir kilat. Dengan adanya satu pelan induk infrastruktur negeri Selangor yang jelas dan menyeluruh, Pelabuhan Klang yakin bahawa isu-isu asas seperti jalan rosak, kutipan sampah dan lampu jalan tidak lagi dilihat sebagai masalah berulang, sebaliknya dapat diurus secara sistematik, proaktif dan berkesan demi memastikan kualiti hidup rakyat akan terus dipelihara pada masa hadapan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Pelabuhan Klang ingin menyentuh satu isu yang amat dekat dengan kehidupan rakyat pada hari ini iaitu berkaitan kos sara hidup serta keutamaan dalam perbelanjaan negeri. Sepertimana yang telah dizahirkan dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, tekanan ekonomi semasa yang dihadapi oleh rakyat bukanlah satu perkara yang berlaku secara kebetulan, sebaliknya turut dipengaruhi
oleh ketidaktentuan ekonomi global serta faktor geopolitik yang semakin meruncing. Pelabuhan Klang berpandangan bahawa konflik yang sedang berlaku di Asia Barat yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran telah memberi kesan langsung kepada kestabilan rantaian bekalan tenaga dunia. Gangguan terhadap laluan strategik perdagangan seperti Selat Hormuz telah menyebabkan ketidaktentuan bekalan minyak dan gas, sekalipun memberi kesan rantaian kepada kos pengangkutan pengeluaran makanan serta harga barangan makanan asas.
Kesan ini akhirnya dirasai oleh rakyat dalam bentuk kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar dalam konteks ini Pelabuhan Klang melihat bahawa langkah proaktif Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu ini adalah tepat dan pertepatan dengan keperluan semasa. Pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua, Iltizam Kita Selangor Penyayang telah diperkenalkan merupakan satu pendekatan menyeluruh yang memfokuskan kepada kebajikan rakyat serta peningkatan kualiti hidup secara berterusan. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, pelbagai inisiatif telah disenaraikan di bawah program ini meliputi aspek seperti bantuan kewangan, kebajikan sosial, kesihatan, pendidikan serta pembangunan ekonomi rakyat.
Pelabuhan Klang ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas pelaksanaan program-program yang benar-benar memberi kesan langsung kepada rakyat. Antaranya termasuklah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS yang menyediakan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada keluarga berpendapatan rendah bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas serta pendidikan anak-anak. Program ini bukan saja membantu mengurangkan tekanan kewangan isi rumah, malah meningkatkan kestabilan ekonomi keluarga dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, skim Air Darul Ihsan yang menyediakan air percuma kepada golongan yang layak untuk turut membantu mengurangkan kos utiliti bulanan rakyat. Manakala program Jom Shopping Perayaan pula memberi bantuan bentuk baucar bernilai RM200 kepada golongan B40 bagi menghadapi musim perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Inisiatif ini jelas menunjukkan pendekatan Kerajaan Negeri yang inklusif dan sensitif terhadap keperluan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang. Dalam masa yang sama Pelabuhan Klang turut menyokong pelaksanaan Program Jualan Ehsan Rahmah yang menyediakan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, ikan, beras dan minyak masak pada harga yang lebih rendah daripada pasaran. Program ini bukan saja membantu rakyat secara langsung malah turut berperanan menstabilkan harga pasaran melalui campur tangan Kerajaan Negeri dalam rantaian bekalan makanan dan kita boleh lihat sendiri. Dah berapa perayaan kita lalui daripada tahun lepas hingga tahun ini kita tak pernah dengar lagi makanan terputus bekalan dan harga dinaikkan semasa musim-musim perayaan malah kalau kita pergi di pasar raya-pasar raya sekarang beras banyak, telur banyak, dengan harga-harga yang berpatutan dan tidak mahal lagi seperti yang sepatutnya seperti yang sebelum-sebelum ini semasa musim-musim perayaan.
Ya, Yang Berhormat
Terima kasih Pelabuhan Klang. Jualan Rahmah dipandang sebagai satu injection dengan izin untuk memperdayakan rakyat bawahan untuk menerima makanan harian dengan harga yang berpatutan. Satu sudutnya adalah satu benda yang baik. Tetapi bukankah satu sudut yang lain ia menekan golongan pertengahan khususnya peniaga-peniaga kedai runcit yang semakin kehilangan pelanggan dan golongan ini adalah mendapat tekanan yang begitu dahsyat juga kebelakangan ini selain golongan B40. Jadi bukankah benda yang baik kita puji, sepertimana RM200 yang diberikan oleh Madani sebelum ini, dengan RM200 itu diberikan kepada kedai-kedai untuk mereka menebus jadi golongan yang sasar pun dapat dibantu golongan peniaga pun dapat naik bersekali dan ini menjadikan makmurnya ekonomi itu menyeluruh bukan sekadar golongan bawahan yang mana kita tahu bahawa golongan M40 sekarang ini mengalami tekanan yang cukup dahsyat juga. Komen Pelabuhan Klang.
Sebenarnya sampai saya akan ke arah itu juga, sebab Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar pun dia ada mengumumkan pelan untuk jangka masa panjang yang akan datang. Tapi kalau Yang Berhormat tengok, kalau katalah itu kesan kepada peniaga-peniaga yang ada terkesan dengan program apa tadi, Jelajah Ehsan Rahmah, tak juga sebab Jualan Ehsan Rahmah ni, dia cuma dia bukannya tiap-tiap hari. Macam kawasan saya pun sebulan dua kali dan lepas itu dia kawasan-kawasan tertentu kita pilih sebab kita tahu golongan kawasan ni ada kawasan-kawasan saya, macam seperti di Kampung Teluk Gong, Kampung Pulau Indah, ni kawasan-kawasan yang jauh. Kalau dia nak pergi membeli ni duit minyak dia lagi mahal. Kalau dia nak pergi kedai kalau dia nak pergi pasar raya yang murah kalau ada jualan ke apa dia lagi mahal. So kita datang ke tempat-tempat ke kampung-kampung ini untuk memudahkan mereka datang membeli barangan dengan harga yang berpatutan.
Lepas itu dia ada kuota pun. Bukan dia kata banyak, tapi secara tidak langsung ianya membantu kita untuk menstabil. Sebab itu tadi saya cakap dalam ucapan saya itu menstabilkan harga pasaran melalui campur tangan Kerajaan Negeri dalam rantaian bekalan makanan. Sebab itu kita boleh lihat, ianya terbukti semasa musim perayaan, tak putus pembekalan makanan dah berapa tahun tapi sebelum-sebelum ni, kerajaan-kerajaan sebelum ini, kita bila tiba hari raya je minyak masak tak adalah, telur tak adalah, daging tak adalah, ayam tak adalah semua naik di harga. Tapi sekarang ni berlambak-lambak. Sebab apa, sebab kita juga bagi tekanan secara tidak langsung melalui Program Jualan Ehsan Rahmah. Sebab dia kena ada keseimbangan tidak boleh dimonopoli oleh satu-satu pihak Sahaja.
Dan boleh datang kat tempat saya memang saya rasa puas hatilah tahun ni sebab harga telur tu tak naik apabila tiba musim perayaan kalau nak dibandingkan sebelum-sebelum ini. Kalau dulu zaman covid ni, saya boleh cakap lah minyak masak saya ada lagi gambar. Harga minyak masak 5 liter tu, RM35 masa zaman covid. Tapi sekarang ni tak pernah naik lebih daripada RM25, RM24 di pasar raya-pasar raya. Sebab apa, sebab kita ada kestabilan melalui Jualan Ehsan Rahmah ni. Kalau kita turun harga tersebut, orang akan tunggu beli kat Jualan Ehsan Rahmah. Kalau tidak, mereka terpaksa beli harga yang mahal. Tapi bila mereka tahu, ok takpe kalau ini jual mahal, kita akan tunggu Jualan Ehsan Rahmah kita beli banyak-banyak semasa Jualan Ehsan Rahmah dan ini antara kebaikan-kebaikan yang kita perlu akui tentang keberkesanan program Jualan Ehsan Rahmah ini.
Pelabuhan Klang
Ya, ok.
Sila Seri Serdang.
Saya nak tanya adakah Pelabuhan Klang setuju, pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni, untuk Jualan Ehsan Rahmah, tambahan 5 juta. Tambah 5 juta ni, bukan kita tambah kekerapan Jualan Ehsan Rahmah. 5 juta ni adalah subsidi supaya harga barangan macam mana kita beri hari ni akan datang macam tu juga bukan bermaksud kita tambahkan kekerapan Jualan Ehsan Rahmah tu kita faham kita pun nak jaga juga peniaga-peniaga kita. Kalau kita kerap buat Jualan Ehsan Rahmah mungkin akan mengganggu sedikit ada kesan sedikit kepada peniaga-peniaga kita. Tapi tambahan 5 juta ni adalah untuk memastikan harga barang-barang di Jualan Ehsan Rahmah ni masih kekal seperti mana hari ni. Apa pandangan dan persetujuan daripada Pelabuhan Klang.
Ya, saya setuju sebab tu nanti saya dah terus masuk ke pakej yang ini ucapan saya yang seterusnya. Saya setuju Yang Berhormat Seri Serdang. Dalam menghadapi tekanan ekonomi semasa yang semakin mencabar Pelabuhan Klang ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua atas pengumuman Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor sebagai langkah proaktif dalam mendepani kesan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah dan di negara Malaysia ini, Selangor antara negeri yang terawal, yang pertama ke depan untuk kita sediakan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini untuk berdepan dengan ekonomi yang tidak tentu pada masa hadapan akibat perang yang sedang meletus di Timur Tengah.
Pakej ini melibatkan peruntukan sebanyak RM131 juta yang dirangka secara khusus bagi membantu rakyat negeri Selangor dan industri menghadapi kesan krisis bekalan tenaga serta peningkatan kos sara hidup. Pakej ini merangkumi pelbagai langkah strategik. Yang menyentuh keperluan asas rakyat secara langsung, antaranya termasuklah seperti yang Seri Serdang cakap tadi, iaitu perlaksanaan Jelajah Ehsan Rahmah dengan peruntukan RM5 juta yang dijalankan secara berskala di setiap kawasan DUN bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada barangan asas pada harga yang berpatutan. Selain itu, penubuhan gudang makanan Selangor dengan peruntukan RM50 juta bagi tujuan untuk memastikan stok penimbal makanan asas sentiasa mencukupi sekali gus mengurangkan risiko gangguan bekalan makanan melalui Baucar Kita Selangor pula dijangka seramai 50,000 orang penerima akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM100 sebulan selama tempoh 6 bulan dengan jumlah peruntukan RM30 juta bagi membantu pembelian barangan keperluan asas. Ini menunjukkan pendekatan bantuan secara langsung yang menyasarkan golongan-golongan yang benar-benar memerlukan.
Selain itu, subsidi pengangkutan awam turut diperkenalkan melalui pakej ini iaitu dengan nilai RM30 sebulan kepada 30,000 orang penerima bagi tempoh 6 bulan dengan jumlah peruntukan RM5.4 juta. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos perjalanan harian rakyat malah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai alternatif yang lebih ekonomi. Dalam sektor Pendidikan, bantuan sarapan percuma kepada pelajar di 873 sekolah dengan peruntukan RM9.6 juta turut diperkenalkan bagi meringankan beban ibu bapa serta memastikan kebajikan pelajar terus terjaga. Sementara itu, bantuan kepada sektor pertanian dengan peruntukan RM25 juta pula disalurkan kepada lebih 17,000 golongan termasuk pesawah, nelayan, petani dan penternak bagi menampung kos input serta meningkatkan daya tahan sektor makanan di negeri Selangor.
Pelabuhan Klang berpandangan bahawa pendekatan ini adalah menyeluruh kerana ia bukan sahaja memberi bantuan terus kepada rakyat tetapi juga memperkukuhkan rantaian bekalan makanan serta menyokong sektor ekonomi yang terkesan. Ini selaras dengan objektif pakej tersebut untuk mengawal inflasi, mengurangkan tekanan kos sara hidup dan memastikan kestabilan ekonomi negeri. Namun demikian, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global yang masih berterusan, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa pendekatan berjimat cermat serta keputusan kewangan yang berhemah perlu terus di perkasakan. Setiap peruntukan yang dibelanjakan perlu dinilai berdasarkan impaknya kepada rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang paling terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.
Dalam masa yang sama, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa usaha-usaha yang telah dilaksanakan ini perlu diteruskan dan diperluaskan agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai rakyat negeri Selangor. Penambahan dari segi capaian, penyampaian serta
keberkesanan pelaksanaan juga perlu diberikan perhatian supaya setiap bantuan yang diumumkan benar-benar sampai kepada golongan-golongan sasaran.
Yang Berhormat Tuan Speaker, rakyat pada hari ini, bukan sahaja menilai jumlah bantuan yang diberikan, tetapi juga keberkesanan pelaksanaannya. Rakyat mahu melihat hasil yang nyata dalam kehidupan seharian mereka. Sama ada dalam bentuk harga barang yang lebih stabil, kos kehidupan lebih terkawal atau kemudahannya lebih baik. Justeru itu, Pelabuhan Klang berpandangan, bahawa pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua melalui Iltizam Selangor Penyayang serta pakej pengukuhan daya tahan Selangor adalah langkah yang tepat, namun perlu terus diperkukuhkan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa agar ia kekal relevan dengan cabaran ekonomi yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Speaker, isu yang terakhir yang saya nak bangkitkan, mungkin agak sensitif. Sebagai penutup kepada perbahasan ini Pelabuhan Klang ingin menyentuh, berkaitan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah dizahirkan dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Pelabuhan Klang mengambil maklum bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor telah memberikan pandangan, agar penganjuran SUKMA ini ditangguhkan dengan diambil kira keadaan ekonomi semasa serta keutamaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Titah ini jelas mencerminkan kebijaksanaan, keprihatinan serta pandangan jauh Tuanku Sultan Selangor dalam memastikan setiap perbelanjaan negeri dilaksanakan secara berhemah, berfokus dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, SUKMA merupakan temasya sukan kebangsaan yang telah diperkenalkan sejak tahun 1986 dan menjadi platform utama pembangunan atlet-atlet muda negara khususnya bagi atlet yang berumur bawah umur 21 Tahun. Sepanjang penganjurannya, SUKMA telah memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menzahirkan atlet-atlet yang bakat, malah menjadi medan penilaian atlet terbaik negara sebelum mereka diangkat untuk melangkah ke temasya sukan yang lebih tinggi, yang lebih berprestij di peringkat antarabangsa. Dalam konteks semasa, SUKMA berperanan sebagai titik permulaan dalam satu rantaian pembangunan atlet-atlet negara yang tersusun. Bermula daripada SUKMA, atlet-atlet muda ini, akan diberikan pendedahan ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan dalam Youth Olympics Games yang dijadualkan berlangsung juga dalam tahun ini, tahun 2026 seterusnya atlet-atlet ini akan terus diperkasakan untuk mewakili negara ke temasya sukan yang lebih kompetitif iaitu Sukan Asia dan Sukan Komanwel yang akan berlangsung pada tahun ini juga tahun 2026 sebelum melangkah ke Sukan SEA pada tahun 2027 dan akhirnya ke mencapai kemuncak prestasi di Sukan Olimpik pada tahun 2028 sebagai pentas sukan tertinggi di dunia.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam suasana ketidaktentuan global termasuk konflik yang sedang berlaku pada masa ini. Temasya-temasya sukan antarabangsa tersebut tetap diteruskan mengikut perancangan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam pembangunan sukan dan penyatuan masyarakat di dunia. Perkara ini, menunjukkan bahawa agenda pembangunan sukan tidak terhenti, malah, terus bergerak seiring dengan cabaran global yang dihadapi. Kesinambungan ini jelas menunjukkan bahawa SUKMA bukan sebagai temasya sukan di peringkat negeri, tetapi merupakan asas kepada pembangunan atlet negara secara menyeluruh dan berterusan. Tanpa platform seperti SUKMA, rantaian pembangunan atlet ini akan terjejas dan memberi kesan langsung kepada prestasi sukan negara di peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama, Pelabuhan Klang juga ingin menarik perhatian bahawa, SUKMA satu-satunya platform utama bagi atlet-atlet muda bawah umur 21 tahun untuk beraksi di peringkat kebangsaan.
Oleh itu,sebarang penangguhan penganjuran ini perlu diteliti dengan sebaiknya kerana terdapat atlet-atlet yang pada tahun ini berada pada had umur maksimum iaitu 21 tahun dan ini merupakan peluang terakhir mereka untuk menyertai SUKMA setelah menjalani latihan intensif dalam tempoh yang panjang bermula dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan kemudian ke peringkat universiti, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi sebahagian daripada peserta yang bertanding di kejohanan SUKMA. Sebagai contoh..
Port Klang, Seri Serdang.
Sebagai contoh, di kawasan..
Bagi laluan Seri Serdang.
Saya antara bapa angkat yang bertanggungjawab untuk bola padang, boling padang. Mereka berlatih di kawasan DUN Pelabuhan Klang iaitu di Kota Bayu Emas, yang juga akan menjadi venue atau pun gelanggang pertandingan di peringkat SUKMA nanti. Saya tengok anak-anak muda ini begitu bersungguh-sungguh berpakaian t-shirt hari-hari berlatih untuk memastikan Selangor menang dan kebanyakan mereka tinggal di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang termasuk lah jurulatihnya juga pengundi DUN Pelabuhan Klang dan semalam selepas sahaja titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor semua macam, macam tak bersemangat. Telefon macam mana ni Yang Berhormat? Betul ke nak di tangguhkan, betul ke tak akan di teruskan sedangkan kami bersemangat untuk membawa satu balik piala untuk apa ni negeri Selangor sebab boling padang ini antara sasaran Majlis Sukan Negeri Selangor untuk membawa pulang pingat emas untuk Negeri Selangor pada kejohanan SUKMA 2026 nanti?
Nampaklah dorang down kan. Raya hari itu, kita orang raya sama-sama, seronok bercerita, come on kali ni kita akan bawak balik emas yang banyak, kalau kat Sarawak dulu kita tak
berapa menyerlah sebab kita perjalanan kita penat, kita kena naik kapal terbang pergi sana bertanding apa semua, tapi kali ini kita tuan rumah, kita tunggu dorang datang dorang penat datang, jadi kita jadi tuan rumah, kita Insya Allah pun kita boleh menang sebab kita dah jimat tenaga dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi gelanggang pertandingan. Ini kelebihan sebagai tuan rumah, sebab tu, tuan rumah selalunya akan ada kelebihan apabila menganjurkan mana-mana temasya sukan.
Dua orang yang bangun.
Oo...dua sekali, okay, come on come on...
Seri Serdang ke bagi kat Pandamaran?
Pandamaran dulu, kawan saya. Tadi Seri Serdang saya dah bagi.
Terima kasih Pelabuhan Klang, sahabat karib saya. Saya cuma nak tanya lah, apa pandangan terhadap Pelabuhan Klang, jika krisis peperangan telah tamat, apa yang kita nampak sekarang harga minyak mentah telah turun, apa pandangan Pelabuhan Klang, jika krisis peperangan ini telah tamat wajib tak kerajaan negeri teruskan SUKMA ini?
Terima kasih. Seri Serdang sekali jalan.
Terima kasih sahabat saya Pelabuhan Klang. Saya tertarik apabila mendengar perbahasan Pelabuhan Klang berkenaan dengan atlet-atlet kita ya. Kita menjunjung tinggi titah dan pandangan Ke bawah Duli Tuanku berkenaan dengan penganjuran SUKMA. Di masa yang sama juga, jangan kita lupa juga Pelabuhan Klang. Selepas SUKMA adalah Para SUKMA. Penyediaan atlet-atlet Para SUKMA ini memang diberi penelitian, pengkhususan dan peruntukan yang tinggi kepada Para SUKMA dan atlet-atlet kita di Para SUKMA ini yang saya kira telah bersedia untuk bertarung di Kejohanan Para SUKMA selepas SUKMA. Pada pandangan dan hemat Pelabuhan Klang, apakah ada implikasi yang kesan yang terus kepada individu atlet-atlet terutama kepada atlet Para SUKMA jika ditangguhkan kejohanan SUKMA dan juga Para SUKMA ini.
Terima kasih pada pandangan dan juga...
Beri soalan dekat Kuang...
Ok Kuang pula. Sahabat saya juga. Terima kasih.
Baik, terima kasih Pelabuhan Klang bagi laluan kat Kuang. Saya telah mendengar dengan teliti, perbahasan daripada Pelabuhan Klang berkenaan SUKMA ni. Kita takut kita hilang fokus dan salah faham apa yang dicadangkan oleh Tuanku. Tunku tak anti dengan SUKMA, Tuanku sebut dan Tuanku khuatir dengan perbelanjaan kita menganjurkan SUKMA dalam keadaan kegawatan ekonomi yang berlaku hari ni. Tuanku sendiri minta supaya Sambutan Jubli Perak Tuanku diadakan secara sederhana. Ini menunjukkan betapa prihatin dan Tuanku menitikberatkan faktor perbelanjaan kita menghadapi sukan tersebut. Jadi, jangan hilang fokus seolah-olah kita kata Tuanku tak setuju buat SUKMA. Tak. Yang kita nak tengok apa tindakan kerajaan negeri selepas ini setelah mendengar pandangan atau cadangan daripada Tuanku berhubung dengan penganjuran tersebut dan saya minta supaya kalaupun kerajaan negeri dan semua adun-adun cadang nak buat juga mungkin ada pelan tindakan baru. Kalau sebelum ini cadang nak belanja 200 Juta mungkin kita boleh kurang belanja SUKMA tu kepada jumlah yang lebih kecil dan dan mungkin bentang balik kepada tuanku cadangan yang baru. So, saya minta Pelabuhan Klang bagi pandangan daripada sudut pandangan tuanku tentang perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri berkenaan dengan SUKMA itu sendiri.
Sabar Kuang. Itu saya kata, ucapan saya tak habis lagi. Sebenarnya saya akan menjurus kepada situ, sebab saya pun tak kata. Sebab itu kita baca dan teliti betul-betul apa yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor semalam. Saya baca dan baca dan dengar dengan teliti semula ialah Tuanku memberi pandangan bukannya arahan bermakna untuk dipertimbangkan supaya SUKMA ini ditangguhkan tapi dia perlu dilihat dari sudut, satu sudut yang positif dari satu sudut yang negatif, dari sudut keseluruhan semua pemegang taruh atau semua yang terlibat yang berkepentingan dalam SUKMA ini.
Sebab itu, saya hari ini nak menyampaikan, saya berhati-hati supaya saya tidak, saya takut disalah tafsir adakah Pelabuhan Klang ini kita tak nak dengar titah Tuanku. Sebab saya tengok, media-media juga cara melaporkan salah. Dia kata memang dalam ucapan titah Tuanku tapi dalam ucapan tersebut, Tuanku juga menyatakan memberikan pandangan. Jadi pandangan ini kita pun akan memberikan semula pandangan dalam dewan yang mulia ini. Sebab kita ini dalam platform yang betul la, untuk kita membawa suara rakyat. Apa yang saya cuba saya sampaikan adalah suara rakyat, atlet-atlet muda yang bernaung di bawah saya iaitu Boling Padang. Team Boling Padang memang bawah saya. Okay. Saya nampak kesungguhan mereka bertanding dan apabila mereka meluahkan. “YB, ini kita orang last ni YB, lepas ni kita orang dah tak boleh masuk dah SUKMA kalau lagi 2 tahun kita orang bukan 21 Tahun dan nanti nama kita orang tak senarai untuk dipilih untuk ke peringkat yang lebih tinggi”, sebab dia tak dapat tunjukkan bakat dia. Bakat itu akan ditunjukkan di SUKMA. Sebab
rekod pencapaian atau pun keputusan tu akan diterima pakai untuk melayakkan mereka pergi ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi seperti yang saya nyatakan tadi dalam ucapan saya. Sebab itu, saya lihat wajar untuk kita ambil kira aspek anak-anak muda yang telah bertungkus-lumus, bersungguh-sungguh, mungkin bercita-cita daripada sekolah rendah lagi kemudian pergi ke sekolah menengah, satu hari aku akan bermain dekat SUKMA. Okay. Agar usaha, pengorbanan, komitmen atlet-atlet muda ini tidak terjejas, dan mematahkan semangat serta motivasi mereka. Ataupun mungkin, kalau ia betul akan ditangguhkan juga, mungkin had umur itu, kalau SUKMA yang akan dianjurkan akan datang, kena naikkanlah, 23 tahun ke, 24 tahun, supaya atlet-atlet yang tidak dapat bertanding pada tahun ini, kalau sekiranya benar SUKMA ini akan ditangguhkan, supaya mereka juga boleh diberikan peluang untuk bertanding dalam SUKMA lagi dua tahun yang akan datang. Dan begitu juga, seperti yang Pandamaran sarankan tadi, sekiranya peperangan ini tamat, betul-betul tamat, dan mungkin ini peluang kitalah, untuk kita kembali pulih, kembali kepada sedia asal kehidupan kita seperti sebelum ini, maknanya tiada peperangan dan tiadalah kesan krisis global kepada negeri-negeri seperti negara kita, Malaysia. Betullah seperti yang Seri Serdang cakap, sebab susunan sukan-sukan di peringkat antarabangsa, tidak terhenti. Dan bila Malaysia terhenti, bagaimana kita nak hantar pesaing-pesaing daripada Malaysia pada masa akan datang. Ya, Kota Kemuning.
Yang Berhormat, lagi satu, berkenaan SUKMA juga, baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan, bahawa kita bersedia untuk kurangkan komitmen daripada 200 juta kepada 100 juta, supaya kita lebih bersederhana dalam mengadakan SUKMA ini. Adakah ini satu cadangan yang bagus?
Sebab itu saya yakin, di peringkat kerajaan negeri Selangor berkenaan dengan SUKMA ini telah mengambil kira perbelanjaan yang sangat-sangat berhemah. Kalau kita tengok pelancaran maskot pun, kalau negeri lain lancar maskot, meriah, mewah. Kita dewan yang kecil saja. Datang pun, kehadiran, cukup-cukup untuk atlet apa semua. Kita tak sambut berlebih-lebihan, bermewah-mewahan. Cukup untuk kita wujudkan tentang siapa maskot sempena sukan SUKMA yang, Selangor menjadi tuan rumah. Kalau kita tengok, memang dah habis, inilah. Dan saya tak pasti jumlah nya. Mungkin nanti selepas ini, EXCO Yang Berhormat Kota Anggerik, semasa penggulungan nanti akan memberikan angka-angka yang lebih tepat. Dan saya difahamkan kos itu makin berkurangan, makin berkurangan, setelah mengambil kira kos-kos yang kita akan tanggung dan kesan daripada peperangan di peringkat global sekarang ini. Dan penaja-penaja, makin ramai datang untuk membantu, untuk memastikan SUKMA ini dilaksanakan. Jadi, saya setuju, maknanya, kalau nak diteruskan, kos itu perlu dikurangkan. Dan sekarang pun, kerajaan negeri pun, telah pun melaksanakan pengurangan daripada 200 juta kepada 100 juta. Dan saya rasa mungkin lebih murah lagi, sebab akan ada penaja-penaja lain, yang seperti yang saya akan cadangkan nanti, selepas ini.
Namun begitu, Yang Berhormat Tuan Speaker, penganjuran temasya sememangnya memerlukan komitmen kewangan yang besar. Melibatkan pelbagai aspek, seperti penyediaan tempat logistik, pengurusan atlet, keselamatan serta keseluruhan pengurusan temasya SUKMA. Dalam konteks ini, pelabuhan Klang melihat bahawa komitmen perbelanjaan tersebut pada ketika ini, banyak bergantung pada kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri Selangor dan penaja-penaja dari negeri Selangor. Oleh itu, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa penganjuran SUKMA ini, wajar dilihat sebagai satu agenda nasional, yang memberi manfaat kepada seluruh negara, dan bukan hanya sebagai tanggungjawab kerajaan negeri semata-mata. Justeru itu, Pelabuhan Klang mencadangkan agar, kerajaan persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan, supaya dapat mempertimbangkan untuk menyalurkan sokongan dana serta suntikan dana, bagi menampung kos penganjuran dan dalam masa yang sama dapat meringankan kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor sebelum ini, untuk bersama-sama menjayakan dan merealisasikan impian penganjuran temasya SUKMA ini. Saya bercakap pada hari ini, demi, atlet-atlet muda yang datang mengadu kepada saya. Tersepit di antara titah ataupun pandangan Tuanku Sultan Selangor, bersama dengan mereka, orang kata penyokong-penyokong ataupun atlet-atlet yang telah bertungkus-lumus berlatih, untuk menyertai SUKMA ini, dan juga pihak-pihak yang berkepentingan yang terlibat dalam menyiapkan ataupun membuat persiapan temasya SUKMA ini. Itu pandangan saya. Tersepit juga, apabila takut seperti dengan Kuang, takut dilihat kita hilang fokus, takut dilihat juga orang kata tidak sehaluan ataupun sepandangan dengan Tuanku Sultan Selangor.
Sehubungan itu, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa sebarang keputusan sama ada untuk menangguhkan ataupun meneruskan penganjuran SUKMA perlu diperhalusi dan dibincangkan secara ilmiah, menyeluruh dan berasaskan fakta dan data, dengan penglibatan semua pemegang taruh, termasuk kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, agensi-agensi teknikal yang berkaitan, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, agensi-agensi yang sepatutnya terlibat dengan perjalanan SUKMA serta wakil-wakil daripada setiap negeri-negeri yang ada di dalam Malaysia ini, yang terlibat SUKMA ini, agar keputusan yang akan diambil benar-benar seimbang, antara pembangunan sukan dan keutamaan kesejahteraan rakyat, seperti yang disarankan oleh Dulu Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, tidak dapat dinafikan bahawa SUKMA mempunyai strategik yang tinggi, ia bukan sahaja menjadi pembangunan atlet muda, malah turut menyumbang kepada peningkatan prestasi sukan negara secara keseluruhan. Selain itu, penganjuran SUKMA juga berpotensi merancakkan ekonomi setempat, melalui peningkatan aktiviti pelancongan, perkhidmatan dan perniagaan tempatan di samping memperkukuhkan perpaduan rakyat melalui penyertaan pelbagai negeri dalam satu temasya yang menyatukan semua. Sukan menyatukan semua pihak.
Sijangkang bangun.. bagi laluan ke Pelabuhan Klang.
Sekejap, sekejap. Penganjuran ini juga, penganjuran SUKMA ini juga berpotensi meningkatkan imej negeri Selangor sebagai hub sukan utama negara, serta memberi peluang kepada atlet negeri untuk beraksi di gelanggang sendiri, dan meningkatkan pencapaian mereka hasil usaha gigih mereka berlatih selama ini. Namun demikian, selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Pelabuhan Klang menjunjung tinggi pandangan dan kebijaksanaan Tuanku Sultan Selangor, yang menekankan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat serta pengurusan kewangan berhemah dalam keadaan ekonomi semasa. Pelabuhan Klang berpandangan dan yakin, bahawa semangat dan prinsip yang dizahirkan di dalam titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tersebut, perlu dijadikan asas utama dalam mempertimbangkan penganjuran SUKMA ini. Dalam masa yang sama Pelabuhan Klang berpandangan juga, bahawa sebarang penangguhan juga, perlu dilihat secara menyeluruh agar tidak menjejas momentum pembangunan sukan negara, termasuk peluang atlet-atlet muda yang berada di penghujung had umur penyertaan serta persepsi terhadap keupayaan negeri dalam mengurus temasya SUKMA yang berskala besar ini. Ya, Kuala Langat, Kuala Langat pula.
Terima kasih memberi laluan, terima kasih Tuan Speaker. Saya sangat tertarik dengan ucapan Fasa, daripada Pelabuhan Klang tadi. Beraksi di gelanggang sendiri. Cuma saya lihat, ini bukan keseluruhan, saya nak ambil satu daripada acaralah. Yang acara kita Selangor ini mempunyai potensi yang sangat hebat, sangat baik, bukan sahaja di mata negara kita tetapi di luar sana. Dan saya sedang juga memahami sebenarnya acara-acara ini, walaupun dia buka acara wajib dan saya difahamkan akan dimasukkan dalam sukan SUKMA ini, iaitu acara e-sport. Dan saya melihat, Pelabuhan Klang, nampak kerajaan negeri macam belum bersungguh lagi dalam acara e-sport ini. Terutamanya bila Pelabuhan Klang sebutkan beraksi di gelanggang sendiri. Kerajaan negeri telah memutuskan untuk membangunkan, bekas bangunan Carlton Hotel itu. Kalau kita sekarang, hari ini pun jadi macam bangunan cukup seram juga. Bukan sahaja bangunan itu sendiri tapi tempat parking itu, dah macam bangunan berpuaka, banyak tumbuh-tumbuhan semua. Dan itu dicadangkan untuk sebagai pusat e-sport tempoh hari. Adakah mungkin, ada satu kaedah yang baru. Walaupun saya faham mungkin acara itu tidak dibangunkan di situ, tapi kesungguhan kerajaan negeri untuk melihat perancangan telah di susun atur itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya rasa soalan tersebut nanti, saya tak boleh nak jawab sangat, sebab saya tak ada data tersebut, tapi saya bersetujulah, sukan e-sport ini memang menjadi kegilaan ramai anak-anak muda, di negeri Selangor ini, termasuk anak saya pun. Memang minat sangat dengan e-sport. Dan sekarang anak-anak sekarang ini memang terdedah dengan sukan-sukan seperti ini. Jadi itu nanti mungkin Yang Berhormat EXCO Yang Berhormat Kota
Anggerik akan jawab, apa yang dibangkitkan oleh Sijangkang. Dan cuma saya nak mengakhiri ucapan saya, tinggal empat minit sahaja, sebelum kita makan tengah hari. Justeru, saya nak nyatakan di sini, dalam kerangka menjunjung titah tersebut, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa penganjuran SUKMA ini, boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan dengan pendekatan yang lebih berhemah, terancang dan efisien, termasuk melalui kerjasama erat semua pihak seperti yang saya nyatakan tadi. Dan kena faham Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, dia sangat-sangat, orang kata prihatin terhadap perbelanjaan negeri dalam setiap perbelanjaannya supaya memberi pulangan yang jelas kepada rakyat. Di samping memastikan agenda pembangunan sukan negara terus dapat dilaksanakan secara bertanggungjawab dan juga secara mampan.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai menutup kepada perbahasan ini, Pelabuhan Klang ingin menegaskan bahawa segala isu yang telah dibangkitkan sama ada berkaitan banjir, infrastruktur asas, mahupun kos sara hidup, memerlukan komitmen yang berterusan, serta pelaksanaan yang lebih tersusun dan lebih berkesan pada masa hadapan, agar kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara dan sentiasa dapat diperkasakan. Dan sangat-sangat berharap, Pelabuhan Klang sangat-sangat berharap, supaya kita tidak lagi, kerajaan negeri tidak lagi ditegur oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pada sidang Dewan Negeri yang akan datang pada tahun 2027. Ambillah apa yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor tadi, sebagai satu nasihat, sebagai panduan dan sebagai satu iltizam kita untuk bersama-sama merealisasikan impian supaya negeri Selangor ini, adalah negeri yang paling sejahtera untuk kita duduki. Tidak lagi ada isu-isu yang berbangkit seperti banjir, kebersihan dan masalah infrastruktur misalnya. Dan pastikan ia terus dipelihara dan diperkasakan pada masa hadapan. Saya yakin di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua, bahawa ada agenda-agenda yang telah pun dirancang dengan baik, tetapi seperti yang katakan tadi, pelaksanaannya, pelaksanaannya, orang yang melaksanakannya, adakah orang yang ada kompetensi untuk melaksanakannya. Perancangan dah baik, tetapi siapakah tubuh badan, ataupun pegawai, ataupun mereka yang terlibat itu ada kompetensi untuk melaksanakan agenda-agenda tersebut selari dengan Rancangan Malaysia 1, Rancangan Selangor 1, dan kemudian sekarang ini, kita ada Rancangan Selangor 2. Dan Pelabuhan Klang percaya, bahawa melalui perancangan yang teliti, pelaksanaan yang sistematik, serta kerjasama erat antara semua pihak, kerajaan negeri Selangor akan terus berupaya mendepani cabaran semasa dengan baik. Di samping memastikan setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberikan manfaat yang nyata dan jelas kepada rakyat di negeri Selangor. Akhir kata, Pelabuhan Klang dengan penuh takzim dan setinggi-tinggi penghormatan menjunjung kasih, serta menyatakan sokongan terhadap titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, sebagai panduan, sebagai nasihat, sebagai teguran dalam usaha untuk memacu kesejahteraan rakyat negeri Selangor, rakyat negeri Selangor, rakyat negeri Selangor. Terima kasih Tuanku, Pelabuhan Klang menyokong dan Daulat Tuanku. Terima kasih.
Terima kasih Pelabuhan Klang. Ada yang menyokong. Bangun untuk menyokong.
Ya, saya bangun untuk menyokong tapi kita sambung ucapan selepas ini.
Terima kasih. Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini dan esok, akan berlangsung di Lobi Wisma Dewan Negeri Selangor, satu pameran inovasi berimpak tinggi oleh Universiti Malaya yang akan memaparkan penyelesaian praktikal bagi cabaran semasa di negeri ini. Pameran ini mengetengahkan teknologi terkini, seperti penukaran sisa kepada bahan api, sistem pemantauan tanah runtuh secara nyata, pengesanan keselamatan makanan yang pantas, serta penyelidikan tenaga hydrogen bersih. Para penyelidik sedia menanti untuk sesi interaksi serta penerangan lanjut di ruang pameran. Sekian terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari, dengan ini saya menangguhkan Dewan hingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
TIMBALAN TUAN SPEAKER
: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam Sejahtera. Kita sambung semula perbahasan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gasing. YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN
: Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Saya berdiri untuk menjunjung kasih setinggi-tingginya terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas Perasmian Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas. Titah Baginda membuktikan bahawa di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan Selangor hari ini kita bukan sahaja merancang tetapi kita melaksanakan dengan baik. Kesungguhan ekonomi, mana pembangkang ini tinggal seorang sahaja? Ada meeting khas dekat luar? EXCO ada lebih, pembangkang seorang sahaja. Tak apa saya teruskan ucapan saya. Keunggulan Ekonomi. Rekod hasil 3.021 bilion pada tahun 2025, bukan sekadar angka yang besar, ia hasil kepelbagaian sumber seperti cat, abstraksi air, sebanyak 48 juta dan keberkesanan kutipan tunggakan notis 5A. Saya ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri mempelbagaikan sumber hasil negeri, sumber kewangan negeri dan saya harap usaha ini akan diteruskan dan kita lihat di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan arah dia adalah satu arah yang betul. Keupayaan ekonomi Selangor bukan sahaja terbukti melalui lonjakan hasil malah pengurusan rizab yang sangat dinamik. Saya berharap Hulu Kelang ada di dalam dewan untuk point ini. Di bawah pentadbiran hari ini rizab negeri telah mencatat pertumbuhan luar biasa daripada 2.1 bilion pada tahun 2018 apabila Sungai Tua mengambil alih menjadi Menteri Besar kepada 4 bilion lebih pada hari ini. Pembangkang selalu suka buat aduan, kenapa rizab besar, belanja, belanja, belanja. Tetapi saya berterima kasih, kita apabila melalui perang Iran pada tahun ini dan berkemungkinan memerlukan beberapa pakej Rangsangan Pertama telah diumumkan sebanyak 134 juta nanti pakej Rangsangan Kedua dan Ketiga akan diumumkan kerana semua pakar meramalkan kegawatan ekonomi dunia akan berterusan walaupun perang itu selesai dia akan ambil masa untuk pulih keadaan ekonomi dunia. Saya gembira Kerajaan Negeri Selangor berjimat cermat dalam tahun-tahun yang baik dan tahun ini mempunyai satu rizab RM4 bilion untuk memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipelihara pada masa kegawatan ekonomi yang mungkin timbul dalam bulan-bulan yang akan datang. Ketumbuhan fizikal ini disokong oleh prestasi pelaburan yang amat baik di mana Selangor berjaya menarik pelaburan sebanyak 83.9 bilion pada tahun 2025. Jauh melepasi sasaran asal sebanyak 65 bilion. Apa yang lebih membanggakan lebih daripada separuh jumlah tersebut adalah sumber pelabur tempatan, membuktikan keyakinan tinggi komuniti perniagaan domestik terhadap ekosistem pentadbiran di Negeri Selangor. Momentum ini secara langsung telah menawarkan lebih daripada 61 ribu peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan bukan sahaja peluang pekerjaan peringkat
terbawah tetapi peluang pekerjaan yang cukup tinggi dengan gaji yang cukup lumayan dalam industri semikonduktor kami. Respons kepada krisis global saya berterima kasih Kerajaan proaktif mendepani impak peperangan di Timur Tengah dengan penubuhan pasukan petugas khas krisis tenaga yang untuk meminimumkan kesan ekonomi dan menjamin bekalan makanan di Negeri Selangor. Saya berterima kasih teras pertama untuk memantau rangkaian bekalan makanan bagi mengelak kekurangan makanan dengan gudang makanan di Negeri Selangor, beras dan protein, ikan, ayam dan daging dipastikan mencukupi bagi kesejahteraan rakyat. Yang kedua, sumbangan RM100 tambahan kepada keluarga-keluarga yang disasarkan sebanyak 50 ribu keluarga akan menerima bantuan ini, akan meringankan kos sara hidup apabila pendapatan mereka terjejas. Saya nak ucapkan terima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan yang walaupun mempunyai kekangan kewangan daripada kenaikan harga minyak meneruskan subsidi bersasar BUDI95. Dan ini sangat membantu meringankan beban rakyat dan saya lihat dalam sambutan Aidilfitri kali ini, sambutan antara rakyat itu berterusan banyak orang dapat melawat saudara-saudara, dapat meraikan Hari Raya dengan cukup baik disebabkan kestabilan bekalan makanan. Kalau ayam, telor tak ada tak bolehlah sambut. Kalau harga minyak mahal semua orang tak kunjung rumah, tetapi hidup kehidupan kita dapat diteruskan kerana perancangan ekonomi yang baik dan tahniah saya ucapkan. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana inisiatif seperti BINGKAS masih berjalan dan diteruskan untuk memastikan bahawa tiada miskin tegar di Negeri Selangor. Kita dapat menaikkan taraf kehidupan komuniti yang termiskin di Selangor untuk memastikan tak ada keluarga yang lapar di Negeri Selangor. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri yang mengekalkan minimum 30% kawasan hutan simpan di Negeri Selangor walaupun Selangor bangun secara pesat dalam 10 tahun yang lepas, kita tidak berganjak daripada janji kami sejak 2008 untuk mengekalkan minimum 30% hutan dengan kadar sekarang 31.7% Negeri Selangor masih kekal sebagai Hutan Simpan. Saya ingin memberi satu cabaran kepada rakan-rakan saya di pihak pembangkang, mana alternatifnya, mana rancangan Visi penduduk Negeri Selangor. Kami masih belum melihat satu Visi yang baru apabila terdapat berita awal tahun ini Ketua Pembangkang letak jawatan. Saya pada masa itu menganggap Paya Jaras akan pindah kerusi mengambil alih Ketua Pembangkang tetapi hari ini apabila Sidang bermula nampaknya Paya Jaras masih duduk di kerusi nombor 2. So macam mana ini, mana Visi sebab Hulu Kelang masih lagi belum lagi bagi Visi kepada rakyat Negeri Selangor, mungkin Paya Jaras sudah sampai masa untuk tampil bagi satu Visi kepada rakyat, tetapi kalau Paya Jaras tak mampu tak apa, tak apa, kita ada. Kita terus mentadbir Negeri Selangor dengan baik. Tuan Speaker, saya ingin membawa sedikit cadangan pada hari ini untuk kita menambah baik pakej Perangsang Ekonomi dan untuk persediaan kita dalam menghadapi krisis tenaga pada tahun ini. Yang pertama, disebabkan tenaga ini adalah the crack of the crisis, saya ingin mencadangkan yang pertama sekali, sudah sampai masanya semua bangunan milik Kerajaan Negeri Selangor, milik PBT-PBT Negeri Selangor dan milik GLC dan Agensi Negeri Selangor harus memasang sistem solar. Kita harus kurangkan kebergantungan kita kepada tenaga elektrik berkarbon sebab di Semenanjung, tenaga kita datang daripada arang batu dan gas. Gas pun hanya 70% ke 60 lebih peratus datangnya
daripada sumber gas tempatan selebihnya kita terpaksa import dan import daripada Qatar dan Timur Tengah sekarang terjejas menyebabkan harga dia semakin naik dan bekalan semakin tidak stabil. Saya berterima kasih Petronas telah uruskan supaya tak ada putus bekalan gas dan semua orang boleh menggunakan electricity tanpa was-was. Tetapi saya ingin menggesa Kerajaan Negeri Selangor menjadi teladan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor pasang solar semaksimum yang boleh di setiap bangunan Kerajaan, di setiap pasar awam, di setiap Masjid dan Surau, harap Seri Setia boleh sokong bagi arahan sebab kita ada cukup banyak aset dan bangunan milik Kerajaan dan milik agensi Kerajaan, milik anak syarikat kerajaan di mana kita boleh tunjuk teladan bahawa kita menggunakan tenaga bersih dan kita mengurangkan kebergantungan kita terhadap gas asli. Yang keduanya, energy efficiency contract dengan izin, kita harus menggunakan sistem tenaga yang cekap seperti setiap bangunan menggunakan lampu, menggunakan aircond dan ada aircond dan lampu yang menggunakan sumber tenaga yang sedikit yang kecil ada aircond yang mungkin sebab dia tua dia pakai tenaga yang banyak, jadi energy efficiency dengan izin adalah satu perkara sangat penting. Bagi tetap menggunakan lampu, bukanlah kata padam semua lampu bagi tetap gunakan aircond mungkin pada suhu 24 celsius dan bukan 19 celsius sehingga orang kena pakai jaket di pejabat. Kita kena buat sedikit energy efficiency di bangunan-bangunan kerajaan. Jika duit untuk dilaburkan untuk menaik taraf peralatan elektrik ini kurang atau menjadi satu cabaran, kita di Malaysia sudah ada banyak syarikat yang menawarkan zero capact di mana mereka datang dan pasang sistem-sistem untuk mengurangkan kegunaan tenaga elektrik dan hasil pemasangan ini membawa satu penurunan bil elektrik. Penjimatan itu dikongsi di antara syarikat tersebut dan pelanggan, pelanggan di kali ini adalah Kerajaan Negeri Selangor. Jadi saya mensarankan kepada Kerajaan Negeri Selangor buatlah untuk semua bangunan terutamanya bangunan besar, lantiklah EPC, dipanggil syarikat EPC untuk masuk dan buat kecekapan tenaga supaya setiap bangunan kita menggunakan seminima tenaga yang boleh demi menunjukkan teladan dan kita harus galakkan semua syarikat swasta di luar, semua syarikat di Negeri Selangor untuk juga melakukan inisiatif-inisiatif seperti ini bagi mengurangkan keperluan untuk mengimport sumber tenaga ke Negeri Selangor. Yang ketiga, fokus sarapan pagi.
Yang Berhormat.
Kuang bangun.
Boleh saya bagi laluan.
Terima kasih Yang Berhormat, saya dengar dengan teliti. YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN
: Terima kasih dengar teliti.
Walaupun saya masuk lambat tadi, sebab saya sedang dalam perbincangan mahasiswa di bawah, dan kebetulan topik Yang Berhormat bawa tadi berkenaan dengan kita mencari alternatif melalui solar dan sebagainya. Untuk maklumat Yang Berhormat, di bawah tadi ada beberapa mahasiswa daripada Universiti Malaya yang diwakili oleh
Direktornya Irman Sulaiman, Dr. Mohd Fazli bin Abdul Fatah, Dr. Mohd Sharmil bin Mohd Saad, Dr. Lee Chin Chia, Dr. Nurul Fauzani Jamaludin dan juga Mahizal Dahari. Apa yang dipamerkan di bawah tadi adalah satu teknologi baru yang mampu untuk tukar waste into diesel. Masalah yang kita hadapi hari ini bukan kekurangan bekalan elektrik, bukan kekurangan benda-benda lain. Kita menghadapi masalah peningkatan harga diesel yang mendadak dan kita bergantung kepada Timur Tengah dan kalau berlaku lagi masalah di sana tidak selesai maka masalah yang kita akan hadapi adalah diesel. Dan anak-anak muda mahasiswa yang di bawah tadi datang dengan satu teknologi baharu yang berkemampuan untuk menghasilkan diesel daripada waste dan juga benda ini boleh disebut biodisel yang kita mempunyai sumber mencukupi dalam negeri kita sendiri termasuk kepala sawit dan barang-barang lain. Saya nak tanya pandangan Yang Berhormat, kalau kita ambil apa yang dibawa oleh mahasiswa-mahasiswa di bawah itu, yang sudah pun ada prototype yang diperlukan sekarang hanyalah mungkin sedikit tanah beberapa ekar berserta sedikit suntikan modal untuk menjayakan idea ini yang kalau dia berjaya maka Selangor boleh jadi negeri pertama yang mungkin mengurangkan kebergantungan kita kepada minyak diesel daripada negara-negara luar, saya rasa Kerajaan Negeri patut mendengar mahasiswa-mahasiswa ini mengkaji pandangan dan juga teknologi yang dia ada, melabur dalam teknologi tersebut bagi mengurangkan kebergantungan negara kita terhadap diesel daripada Timur Tengah. Jadi bolehkah Yang Berhormat bersetuju dengan saya dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri to listen to them ambil
YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN
: Boleh.
Dan mungkin kita move forward from that to help this mahasiswa and gaint something from there.
YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN
: Boleh, boleh, saya rasa tiada masalah nak dengar.
TUAN SPEAKER
: Yang Berhormat sekejap sebelum menjawab soalan daripada Kuang. Dewan mengalu-alukan Lawatan 13 orang dari Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) yang diketuai oleh Encik Amanda Mohamad Zabir bin Jurini diatur oleh Encik Leonard John Anak Lelaki Johnson Penggerak Belia Selangor, PEBS, MBPJ Zon 8. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Silakan.
YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN
: Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kepada rakan saya di Kuang tak ada masalah. Kita boleh dengar dan jika ada idea bagus mari kita jayakan, mari kita membantu universiti-universiti tempatan kita mencipta teknologi yang boleh membantu ekonomi Selangor dan ekonomi Malaysia. Tetapi saya juga berterima kasih Kuang recognize the fact dengan izin bahawa tiada masalah elektrik, Petronas telah mendapat sumber gas yang mencukupi supaya tidak terputus bekalannya elektrik di Malaysia tak terputusnya bekalan elektrik di Selangor walaupun sebagai satu sistem kita masih import gas daripada Timur Tengah supaya semua loji jana elektrik kita dapat berfungsi dengan optimum kerana gas yang kita ambil dari semenanjung ini tak cukup untuk memenuhi keperluan. Jadi, is important masih lagi penting untuk kita memperkenalkan tenaga hijau untuk kurangkan kebergantungan kita terhadap gas import yang diperlukan untuk menjana elektrik yang mencukupi.
Yang ketiga, saya nak bagi satu cadangan terhadap niat Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi sarapan pagi memang satu niat yang cukup murni dan cukup popular di terima oleh rakyat. Saya harap fokus ini dapat diberi secara khususnya kepada mereka yang terkesan daripada kegawatan ekonomi, ibu bapa yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan di dalam bulan-bulan yang akan datang kita beri, bagi sokongan makan mungkin bukan sahaja sarapan pagi tetapi juga makan tengah hari supaya at least sebelum mereka balik rumah ada satu menu yang berkhasiat untuk mereka jangan makan maggi sahaja dalam masa kegawatan ekonomi dan kita jangan buat sekali seminggu bagi dia setiap hari kepada mereka yang betul-betul terkesan.
Bagi cadangan pengangkutan awam saya berterima kasih Kerajaan Negeri prihatin untuk mempromosikan pengangkutan awam di pada saat di mana kita perlu mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri, mengurangkan kebergantungan kepada diesel dan petrol, saya berharap pada masa ini kita menggunakan semaksimumnya peruntukan yang ada untuk promosikan DRT-DRT tempatan. Kalau dulunya bahasa kami mula DRT hanya satu dua zon, pada awal-awal sekali hanya di Petaling Jaya dan Subang Jaya kini prasarana sudah ada 93 zon DRT di hampir semua pelosok Negeri Selangor. Lets promote it, kita harus mendapatkan lebih ridership pada van-van DRT ini, mari kita rakan-rakan saya di Dewan ini promosikan servis yang ada disediakan oleh prasarana ini kepada orang awam dan saya harap insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri boleh membantu orang tinggalkan kereta di rumah dan pakai DRT. Yes, Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya tertarik bila Yang Berhormat sebut tentang dana yang perlu disalurkan untuk mempromosikan lagi soal pengangkutan awam. Saya melihat dengan rapat tentang pelaksanaan DRT di Negeri Selangor sebenarnya kalau kita dengar jawapan Kinrara sebelum ini bukan hanya untuk promosi bahkan untuk pelaksanaan operational cost juga telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri sebab itu saya rasa kita kena berlaku adil dan jujur untuk melihat sendiri sebenarnya adakah DRT ini is the only concept yang kita boleh adopt di Selangor kerana pertamanya saya tak rasa ridership nya agak memberangsangkan hakikatnya dan kita lihat yang dibelanjakan diberi secara terus kepada syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri outcome nya kita tidak tahu dan kita tahu sebelum ni pun saya sudah kritik Kerajaan Negeri kenapa melantik syarikat-syarikat ini dan kita tak nampak sustainability syarikat-syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri sebelum ini untuk mereka sendiri melakukan promosi saya tidak nampak. Bahkan saya sendiri telah mencuba dengan beberapa warga emas di Taman Medan antara isu besar yang mereka bangkitkan adalah DRT ini semua pakai Apps. Makcik nak guna Apps makcik tak pandai. Bila makcik nak telefon dia pun jadi tidak ada saya nampak inisiatif daripada mereka yang beri perkhidmatan DRT yang dibayar olej Kerajaan Negeri ini, ditanggung operasi oleh Kerajaan Negeri ini untuk inovate dan juga district the way they operate in order untuk lebih banyak ridership. Its not about promotion sahaja pertama. Keduanya dari segi jaringan jalan Yang Berhormat Bukit Gasing boleh tak Yang Berhormat bersetuju dengan saya ada banyak isu di Petaling Jaya sekarang ini jem lebih daripada 2 jam Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tahu Yang Berhormat duduk dekat Bukit Gasing saya dekat Taman Medan kita tahu isu kesesakan yang berlaku dan kita masih lagi tidak dapat jawapan daripada Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat pernah, kita pernah minta Kerajaan Negeri tambah bas tambah itu tambah ini tetapi benda tidak berlaku, jalan masih tidak ada keputusan adakah kita hendak bina lebuh raya baharu atau tidak. Adakah kita hendak bawa masuk MRT atau LRT atau tidak masih tidak ada jawapan. Dan ini sebenarnya Yang Berhormat adalah tidak cukup kepada promosi sahaja jadi Yang Berhormat Bukit Gasing mungkin boleh bantu saya juga Yang Berhormat kena minta Kerajaan Negeri come out with a proper master plan bahkan saya di jemput dalam Mesyuarat MBPJ untuk bincang Pelan Tranportasi Pengangkutan MBPJ sekali sahaja jemput. Jadi saya nak, tak Yang Berhormat kita kena berlaku adil dalam hal ini. Saya dijemput sekali sahaja lepas itu MBPJ tidak jemput dah. Saya dimaklum oleh Ahli-ahli Majlis tersalah jemput, tersalah jemput. Soal transportasi apa yang hendak dipolitikkan. Bahkan banyak cadangan saya diterima dalam sekali mesyuarat saya datang. Cuba kalau saya datang 10 kali, saya ingat selesai masalah pengangkutan di Petaling Jaya. Jadi Yang Berhormat setuju tak bahawa perlu ada pendekatan yang lebih jujur, pendekatan yang lebih holistik dan juga penglibatan semua pihak yang benar-benar terlibat dengan masalah ini.
YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN
: Ok terima kasih Taman Medan ada niat dan minat terhadap pengangkutan awam tetapi Taman Medan kena ikut perkembangan terkini. Dulu DRT di mulakan di Selangor yang memulakan promosinya ada tiga syarikat untuk cuba dan sekarang Prasarana telah ambil alih operasi DRT tidak muncul isu Kerajaan Negeri bayar untuk syarikat sebab DRT sekarang di operate oleh Prasarana dan sudah bukan fasal 7,8 zon masa kita buat percubaan terdahulu but everything start somewhere dan sekarang telah berkembang, ridership pun telah berkembang, bilangan van pun telah berkembang dan sekarang sudah 300 van telah dibeli oleh Kerajaan Pusat. So, dia berkembang ke hadapan kalau Taman Medan hendak sumbang idea terhadap pengangkutan awam ok no problem nanti masa ucapan saya harap untuk mendengar lima minit idea-idea baru pengangkutan awam bagi kebaikan penduduk Negeri Selangor sumbang lah idea tapi kena ikut perkembanganlah apa yang telah berlaku dalam enam bulan, 12 bulan yang lepas, jangan ketinggalan. Tuan Speaker, izinkan saya membawa sedikit isu yang berkaitan dengan DUN Bukit Gasing untuk menjadi suara mereka. Yang pertama ialah jaminan bekalan air. Saya hendak mengucapkan terima kasih atas penambahbaikan prestasi Air Selangor dalam 4, 5 tahun yang lepas bilangan putus bekalan air telah jatuh secara mendadak, bilangan gangguan pecah paip air telah jatuh secara mendadak, banyak hotspot gangguan bekalan air, air paip dia telah diganti dan sekarang gangguan dia telah kurang sangat-sangat sedikit berbanding 10 tahun yang lepas, saya ucapkan terima kasih. Tetapi saya ingin membangkitkan satu lagi perkara ialah kolam takungan perkhidmatan iaitu tangki air yang besar yang ada di kawasan perumahan di seluruh Negeri Selangor terdapat 1,657 kolam takungan perkhidmatan ini term yang digunakan oleh Air Selangor untuk memberi perkhidmatan air jika bekalan terputus di loji rawatan air. Sepatutnya kolam ini dapat memberi perkhidmatan sebanyak 24 jam kepada taman-taman perumahan tersebut. Malangnya di kawasan lama Petaling Jaya terutamanya di DUN Bukit Gasing, ini adalah masalah legasi. Dulu tidak ada syarat untuk bina kolam tersebut, jadi banyak kawasan 80% DUN Bukit Gasing tidak ada tangki-tangki ini. Jika terdapat apa-apa putus bekalan di peringkat loji di upstream, malangnya bekalan air terus terputus di kawasan-kawasan perumahan seperti Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 8 Petaling Jaya. Saya telah berbincang dengan Pengurusan Air Selangor di peringkat Daerah Petaling untuk kenal pasti lokasi-lokasi yang mungkin
boleh dibina kolam takungan perkhidmatan ini dan hari ini saya ingin bawa kepada perhatian Kerajaan Negeri terutamanya Pandan Indah, saya harap peruntukan yang secukupnya dapat disalurkan supaya kolam takungan perkhidmatan ini dapat dibina di kawasan-kawasan lama di Petaling Jaya supaya penduduk mereka juga ada water security ini di mana jika terdapat apa-apa gangguan bekalan air tangki ini boleh memberi sedikit bantuan. Yang kedua ialah isu tanah pajakan komersial di mana saya pernah bangkitkan di Dewan ini saya harap Dato’ Menteri besar boleh memberi satu solusi kepada pemilik tanah komersial, tanah leasehold di mana kos untuk memperbaharui tempoh pajakan ini adalah agak mahal. Sekarang di PJ Oldtown kos untuk satu rumah kedai untuk memperbaharui pajakan 9, 10 tahun dalam sekitar RM1.1 juta. Ini di luar kemampuan kebanyakan rakyat biasa dan kebanyakan rakyat biasa pengusaha kecil memang tidak mampu bayar RM1.1 juta ini. Saya harap Kerajaan boleh mengumumkan satu dasar kita menanti-nantikan satu solusi bagi mereka apa-apa nya mungkin satu diskaun di alu-alukan bayaran secara beransuran mungkin selama 10 tahun atau 20 tahun di alu-alukan ataupun skim seperti perumahan bayar satu premium nominal hari ini tetapi jika dia jual pada masa depan dia kena bayar premium penuh pada masa tersebut. Saya harap peniaga-peniaga kecil ini dapat dibantu kalau peniaga besar seperti Mcdonald, Guardian, Watson itu tidak apa, dia boleh bayar premium penuh tetapi pengusaha kecil yang buat kerja kedai serbaneka, restoran, kedai baiki kereta mereka menghadapi kesusahan dan ada beberapa kes di mana tempoh pajakan sudah luput sebab tidak mampu bayar dan kalau tidak ada skim, dia tidak ada pilihan bukan dia tak nak bayar, bukan dia kedekut, dia tunggu sampai hari-hari terakhir tanah dia sudah expired sudah luput tapi dia masih menjalankan operasi restoran dia, operasi kedai bengkel kereta dia dan sebagainya sebab selagi Kerajaan tidak halang akan sambung. Saya harap satu polisi dapat diumumkan dengan secepat mungkin. Yang ketiga ialah penyelesaian kepada isu banjir di Jalan Othman yang ini sempadan dengan Taman Medan tidak tahu kalau rakan saya sedar. So jalan Othman di hadapan pasar awam ini sering berlakunya banjir apabila hujan datang dengan lebat dan cepat dan harap penyelesaian kepada banjir ini boleh dipercepatkan dan juga di kawasan Seksyen 18 Petaling Jaya di mana sistem salirannya bersambung kepada Kuala Lumpur adakah pihak Kerajaan Negeri Selangor hendak tukar aliran air tersebut atau bina kolam takungan saya harap satu penyelesaian yang cepat mungkin rakan saya daripada Sekinchan boleh bagi sedikit cerahan semasa menggulung tadi sebab kita tak nak rakyat takut setiap kali hujan lebat air masuk rumah. Yang kerap complain pun rakan saya daripada Kota Kemuning staff dia tinggal di sana. Dia kerap complain kepada saya. Dan akhir sekali untuk isu tempatan ialah saya ingin membawa isu Pasar PJ Oldtown, Pasar Jalan Othman di mana agak lama kita menunggu satu naik taraf dan saya ingin tanya status terkini adakah pasar ini akan di naik taraf dalam masa terdekat atau akan di roboh dan bina semula seperti rancangan MBPJ mungkin rakan saya daripada Sekinchan boleh bagi cerahan apa status terkini ada lebih kurang 300 peniaga di dalam pasar ini. Ini bukan pasar kecil dan mempunyai impak yang besar kepada peniaga dan penduduk kawasan Petaling Jaya. Akhir sekali sebelum saya duduk saya ada 3 perkara saya ingin tanya penjelasan daripada Kerajaan Negeri, yang pertama apakah status pelaksanaan horas 3000. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan niat untuk membina horas 3000 dan bila pengambil alihan tanah akan dibuat land execution akan dibuat dan bina pembinaan tersebut akan bermula dan bila horas tiga ribu dijangka mula beroperasi. Ataupun adakah kerajaan mempunyai satu lagi cadangan baru
mungkin dalam perkembangan teknologi sejak 10 tahun yang lepas mungkin tidak perlu horas tiga ribu mungkin ada solution yang lain. Mohon Pandan Indah memberi satu cerahan apa status terkini.
Yang keduanya, ada satu lombong pasir dan sekarangnya telah jadi lombong biji timah, consention yang telah diberi oleh KL larut di kawasan Kuala Selangor, adakah consention ini yang bakal tamat pada tahun 2030 ni akan diteruskan ataupun adakah Kerajaan Negeri akan serah kepada kumpulan semesta sebab ini mungkin satu-satunya tanah kerajaan yang telah diberi kepada syarikat swasta pada zaman dahulu. So, saya ingin mohon pencerahan, sekarang sudah sampai tahun 2026, tak lama lagi consention ini akan tamat, adakah pajakan kepada syarikat KL Larut ini diteruskan atau kita akan ambil alih dan buat daripada GLC Kerajaan Negeri Selangor.
Dan pencerahan yang ketiga ialah untuk talian penghantaran transmition line TNB yang luas tanah, tapak tanahnya di seluruh negeri Selangor daripada utara ke selatan. Ada khabar angin bahawa Kerajaan Negeri akan meminta TNB untuk mohon untuk geran tanah dan bayar premium tanah untuk talian transmition line ini talian penghantaran ini. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat berbuat demikian dan berapa agaknya premium yang bakal dikutip jika Kerajaan Negeri meminta TNB bayar premium bagi tanah-tanah ini. Jika Kerajaan Negeri ingin meminta TNB bayar premium, dan hak milik ini jika tanah ini pada masa depan tidak digunakan sebagai transmition line, adakah TNB bebas menggunakan dia untuk tujuan komersial yang lain. Sebab banyak tanah ini adalah terduduk di kawasan strategik. Talian penghantaran ini terdapat di tengah2 petaling jaya, di tengah2 subang jaya, di tengah2 hampir seluruh kawasan pembangunan pesat di Klang Valley ini.
Jadi inilah sedikit perkara yang saya ingin minta penjelasan. Akhirnya saya gembira Selangor berada di landasan yang betul. Akhirnya saya gembira pihak pembangkang telah sampai balik ke dewan untuk makluman waktu lunch kita habis 2.30 tapi ok pukul 3 semua dah sampai balik ke dewan. Sekian, Kerajaan ada, banyak, ramai hadir. Tak apa. You boleh tanya. Akhir sekali saya bangga untuk menyokong usul yang dibawa oleh Pelabuhan Klang pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya silakan Ketua Pembangkang untuk terlibat dalam perbahasan.
YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
: Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassalatu wassalamu 'ala asyarafil anbiya-e wal mursalin, wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in, Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam Sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kerana dapat bersama pada petang ini dan sukacita saya memaklumkan bahawa saya bangun sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor. Saya mendapat sokongan sebulat suara daripada dua puluh satu Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional.
Saya juga mewakili Perikatan Nasional ingin merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Yang Berhormat Tuan Mohamad Onn Abdul Aziz selaku Penasihat Undang-undang negeri Selangor dan selamat datang ke negeri Selangor. Bimbinglah Dato’ Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya mereka mematuhi perlembagaan, peraturan dan undang-undang yang sedia ada.
Tuan Speaker, pada petang ini saya bertanggungjawab untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas tahun 2026. Titah ucapan Tuanku bermula tepat jam 10.07 minit pagi dan selesai jam 10.44 pagi. Sarat dengan titah nasihat, sarat dengan titah teguran dan sarat dengan titah pandangan yang ikhlas dari Tuanku Sultan.
Tema perbahasan saya pada petang ini bertajuk Daun Keladi. Di akhir perbahasan saya pada petang, ini kita akan dapat mengenali apa itu daun keladi dan kita akan dapat mengetahui ciri-ciri dan sifat daun keladi dan akhirnya kita nak tahu siapakah daun keladi. Saya dan Yang Berhormat Paya Jaras dan semua Ahli-ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional, kita mendengar dengan tekun titah ucapan Tuanku. Saya semalam Tuan Speaker, saya terpaksa adjust kedudukan kerusi saya, saya tenung wajah Tuanku Sultan, dan saya dapat menyelami perasaan Tuanku Sultan yang dukacita, yang kecewa, dan mengeluh dengan prestasi Kerajaan Negeri. Saya amat bersimpati dengan Tuanku Sultan, yang terpaksa terbeban dengan masalah-masalah dalam negeri Selangor, yang sepatutnya diselesaikan oleh Kerajaan Negeri, yang sepatutnya diselesaikan oleh Sekinchan.
Sebaik sahaja Tuanku berangkat, langsung selepas istiadat pembukaan, kami Perikatan Nasional terus mengadakan sidang meja bulat tergempar di hotel Concorde Shah Alam untuk membincangkan bagaimana Ahli-ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional dapat meneruskan peranan kami melakukan semak dan imbang (Check and Balance) dan saya dan teman-teman seperjuangan teruja dengan Titah Tuanku Sultan yang menegaskan bahawa, saya quote Beta juga mengambil kesempatan di sini, untuk menyatakan bahawa peranan pihak Pembangkang di Dewan Negeri Selangor ini juga amat penting sebagai pihak yang boleh melakukan semak dan imbang (Check and Balance).
Beta ingin menasihatkan agar pihak Pembangkang agar terus memainkan peranannya dengan baik. Jangan buat laporan polis Sekinchan, Titah Tuanku itu. Agar Pihak Pembangkang dapat memantau setiap dasar dan pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri, agar setiap satu tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan telus berintegriti, efisien dan berkhemah dengan meletakkan rakyat sebagai keutamaan utama pada setiap masa. Malam tadi kami tak boleh tidur Sekinchan, kerana kami teruja, kerana kami kasih dan cinta kepada Tuanku Sultan yang mengiktiraf bahawa peranan Pembangkang di dalam Dewan Negeri Selangor ini amat-amat penting dan mesti diteruskan.
Titah nasihat Tuanku semalam bukanlah kali pertama, tetapi seperti yang dititahkan telah berpuluh kali bukan sekali, bukan dua kali Tuanku menzahirkan istilah berpuluh kali menasihatkan Kerajaan Negeri untuk diselesaikan dengan segera. Namun saya quote sekali lagi Titah Tuanku, nasihat beta tidak di peduli, nasihat beta tidak diambil berat, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi. Kalau saya lah duduk di kerusi pihak executive, saya merasa malu kerana Kerajaan Negeri telah gagal melaksanakan tugas dengan berkesan dan dapat memberikan khidmat kepada rakyat.
Saya meneliti teks Ucapan Titah Tuanku Sultan semalam, bahagian pertama ada dua belas muka surat, bahagian pertama. Bahagian kedua bermula dengan para sebelum beta menutup titah ucapan
beta, pada pandangan saya kalau itulah yang dizahirkan oleh Tuanku, mungkinlah satu dua para sahaja, tetapi bahagian kedua ini lebih panjang daripada bahagian yang pertama, empat belas muka surat. Ini adalah Titah Ucapan Tuanku Sultan, kita kena terima hakikat sebagai Ahli Dewan Negeri ataupun Ahli Dewan Rakyat, ini adalah Titah Ucapan Tuanku Sultan.
Kalau di peringkat Parlimen, ini adalah Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Tetapi kita semua bersetuju, menurut amalan konvensyen, draf asas yang melibatkan dasar dan inisiatif sesebuah kerajaan sama ada peringkat negeri mahupun di peringkat pusat termasuk data dan statistik akan disediakan oleh Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat dan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan dengan tertib, dengan sopan, dengan beradab bagi mendapat perkenan Tuanku.
Saya ingin bertanya, apakah Kerajaan Negeri mempunyai pasukan yang komited dan bertanggungjawab untuk menyediakan draf yang merangkumi angka yang tepat, maklumat yang sahih dan berintegriti dan dipersembahkan dengan sopan dan tertib kepada pihak istana. Ada atau tidak. Apakah Dato’ Menteri Besar telah menyembah maklum kepada Tuanku Sultan tentang dasar-dasar penting Kerajaan Negeri yang sekiranya diperkenankan oleh Tuanku, boleh menjadi sebahagian daripada kandungan Titah ucapan. Malangnya saya tidak bertemu dengan hujah perkembangan Rancangan Selangor yang Kedua.
Apakah hala tuju Kerajaan Negeri seterusnya, sekarang kita sudah berada di dalam bulan April 2026, Rancangan Selangor Pertama telah tamat tempohnya pada penghujung tahun 2025, yang bermula pada tahun 2021. Kalau Rancangan Selangor Pertama itu hebat dan menghasilkan output yang memberikan manfaat kepada rakyat, mengapa tidak dipersembahkan kepada Tuanku. Kita juga ingin mengetahui di mana Rancangan Selangor yang Kedua, sudah masuk bulan April 2026, Rancangan Selangor yang Pertama sudah tamat, sudah empat bulan berlalu, tidak ada perbincangan, tidak ada perbahasan, tidak ada sebarang dokumen dan hala tuju Kerajaan Negeri untuk berdepan dengan cabaran yang semakin getir yang kita akui, hari ini cabaran geopolitik semakin mencabar, masalah global, rantau dan domestik semakin mencabar. Tetapi kita tidak ada sebarang maklumat.
Kita juga ingin mengetahui prestasi kemajuan keseluruhan Rancangan Selangor Yang Pertama kerana ketika perbahasan saya di dalam Dewan ini pada tahun yang lalu, pada penghujung tahun yang lepas, pencapaian prestasi kemajuan RS-1 ketika itu hanya 55.68%. Apakah ianya mati dan terkubur di situ? Ataupun ada pencapaian yang boleh dibanggakan selepas itu, tidak ada pembentangan.
Kita juga mahu mengetahui bagaimana kecekapan dan dalam pelaksanaan PPI ataupun Program Projek dan Inisiatif yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama ada 282 projek, 282 inisiatif dan program. Kalau pada penghujung tahun 2025 pencapaian keseluruhan hanyalah 55.68%, mengapa tidak dibentangkan prestasi yang terakhir? Rancangan Selangor Pertama sudah tamat. Rancangan Selangor Yang Kedua hilang entah
ke mana. Jadi apa peranan Ahli Dewan Negeri pada hari ini? Jangan ikut Bukit Gasing ‘saya sokong! Saya sokong! Saya sokong!’ bila minum lain pula nadanya. Pelabuhan Klang jangan senyum. Nak tengok WhatsApp. Tak apalah. Saya tahu bagaimana keresahan Pelabuhan Klang tapi dia tidak boleh zahirkan. Dia carilah kawan-kawan lama. Tak ada masalah. Demi kebaikan negeri apa masalahnya?
Tetapi inilah apabila tidak ada satu kumpulan yang kompeten, yang bertanggungjawab, yang nak kita sembahkan ini kepada Tuanku, bukan ketua cabang, bukan ketua cawangan PKR. Ada adabnya, ada sopannya, ada wibawanya. Tidak ada. Dan saya juga tidak nampak sebarang para di dalam titah ucapan Tuanku tentang pakej pengukuhan daya tahan Selangor yang katanya nilainya RM131 juta. Besar. Patutnya Kerajaan Negeri bangga. Tadi saya dengar backbenchers bukan main ‘inilah negeri yang pertama!’ poooom tepuk. Kalau betul ini negeri yang pertama, sembah pada Tuanku. Bila Tuanku bertitah, maka kita boleh bahas titah Tuanku. Tak ada. Makna dia pun tak yakin tentang pakej rangsangan ini. Ya rizab ada RM4 billion. Saya tak ada masalah Bukit Gasing nak singgung saya. Memanglah setiap tahun sepatutnya peningkatan rizab itu dapat dicatatkan. Tetapi pokoknya yang kita bahas setiap sidang apa makna rizab yang besar kalau rakyat di bawah merempat dan susah. Faham Pelabuhan Klang? Yang kita bincang masa breakfast pagi tadi?
Tuan Speaker, Tuanku juga berpandangan bahawa adalah lebih wajar penganjuran Sukan Malaysia atau SUKMA ditangguhkan kerana peruntukan yang diperlukan adalah sangat tinggi. Hari ini Pelabuhan Klang dia bawa usul, usulnya bertajuk apa, usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih tapi tak berapa kasih dalam ucapan dia tadi. Dia kata Tuanku bukan titah, Tuanku beri pandangan. Pelabuhan Klang, ini bahasa, bahasa istana, bahasa Dewan. Bila Tuanku titah, kita sebut Tuanku titah. Bukan Tuanku bercakap. Kalau bercakap itu ketua cabang. Tapi raja dia tak bercakap. Dia titah.
Sebab itu dalam mukadimah saya sebut tadi, titah nasihat, titah pandangan, titah Tuanku. Semua itu titah. Bila dia titah, ikutlah. Maknanya sekarang ada kecenderungan Pelabuhan Klang ingkar titah Tuanku. Ha, perbetulkan balik. Pandangan itu titah. Nasihat itu titah. Sebab itu kita sebut dalam istana, kalau jadi Menteri Besar, sebab itu Pelabuhan Klang mungkin tak ada pengalaman. Kalau Pelabuhan Klang diangkat menjadi Menteri Besar, dalam istana, majlis rasmi, ‘patik menjunjung kasih di atas titah nasihat Tuanku. Titah nasihat. Maknanya nasihat itu titah. Patutnya hari ini Pelabuhan Klang bangun patik selaku ketua BBC, patik menjunjung kasih di atas titah pandangan Tuanku. Ini boleh pertikai. Ya lah, itu pandangan. Ini bukan titah. Pelabuhan Klang, elok kita duduk bincang semula.
Sebab titah pandangan Tuanku itu ada legitimasinya, ada meritnya. Bukan soal pertikaian SUKMA yang Pelabuhan Klang bincang panjang hari ini. inilah sukan yang boleh menggabungkan, menyatukan. Tak ada siapa pertikaikan itu. Tuanku hanya memberikan titah pandangan tentang kos yang terlalu tinggi. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Ya, sebab itu dalam ucapan saya tadi juga saya bersetuju dengan titah pandangan Tuanku tentang penangguhan SUKMA. Tetapi dalam masa yang sama saya juga berdiri sebagai wakil rakyat, saya juga berdiri sebagai seorang penaung untuk pasukan lawn ball yang mewakili Negeri Selangor ke peringkat pertandingan SUKMA. Apa yang disampaikan itu saya cuba sampaikan dalam Dewan. Sebab itu saya juga memberikan pandangan sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili rakyat di dalam kawasan saya, di dalam pasukan-pasukan yang akan bermain di pertandingan SUKMA. Kita setuju, saya setuju dengan titah Tuanku Sultan Selangor tetapi sekurang-kurangnya inilah pentas untuk saya menyampaikan suara dan hasrat anak-anak muda bawah 21 tahun yang akan bertanding di dalam pertandingan SUKMA yang akan datang. Sekurang-kurangnya saya dah bawa suara itu di dalam Dewan, sebab itu ruang usul menjunjung kasih titah Tuanku sebab itu kita bahaskan, kita bincang di Dewan yang mulia ini.
Saya memberikan pandangan saya sebagai wakil rakyat, sebagai BBC dan juga dalam masa yang sama saya juga sebagai rakyat Negeri Selangor yang patuh kepada titah Tuanku tetapi dalam masa yang sama menyampaikan pandangan. Sebab rakyat tak boleh masuk Dewan ni. Jadi saya sebagai wakil menyampaikan apa yang disampaikan oleh rakyat di bawah.
Alhamdulillah. Saya sebenarnya nak bantu Pelabuhan Klang. Manalah tahu Pelabuhan Klang nama dia dicalonkan sebagai Menteri Besar. Jadi kena jagalah. Kalau itu hujah Pelabuhan Klang, bagus. Maknanya Pelabuhan Klang akur dengan titah pandangan Tuanku. Betul? Ok jadi pagi tadi tu kena erased, perbetulkan sekretariat sebab saya nak bantu dia ni. Ok.
Dan pada masa yang sama Tuanku pun tidak menolak SUKMA. Tuanku berpandangan, bagi kita titah pandangan Tuanku ditangguhkan sehingga siapnya Stadium Shah Alam. Ok? Ha, itu aku nak masuk Shah Alam tu. Stadium Shah Alam. Ok.
Baik, saya dah semak sedikit maklumat peruntukan untuk SUKMA bagi bulan Ogos ini, ya, Kota Anggerik RM100 juta tetapi ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Sepenuhnya, termasuk kos menaik taraf kemudahan, kemudahan sukan dalam Negeri Selangor bagi menjayakan SUKMA. Bagus. Tetapi Pelabuhan Klang kena ingat, SUKMA ini sifatnya sukan kebangsaan, bukan peringkat negeri. Ini sukan peringkat kebangsaan. Kita ni sebagai tuan rumah saja. Tahun 2028 saya dengar tuan rumahnya Kelantan. Maknanya dia beralih, Selangor, Kelantan, sebelum ini Johor. Tahun 2027 kita ada Sukan SEA di Kuala Lumpur tetapi yang saya nak bawa dalam Dewan hari ini SUKMA adalah sukan kebangsaan. Bukan sukan kenegerian. Maka persoalan saya, kalau inilah sifat SUKMA di mana tanggungjawab Kerajaan Persekutuan? Faham? Ha ok. Lambat nak tanya soalan mudah pun. 5 minit nak jawab faham, tak faham.
Yang Berhormat tak dengar saya ucapan saya tadi. Saya pun bagi tahu sebab itu kita minta supaya sebab ini adalah kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang bersifat nasional. Sebab itu kita minta Kementerian Belia dan Sukan tampil ke Negeri Selangor ni untuk membantu seperti suntikan dana dan menyokong usaha untuk memastikan kalau tidak mahu sukan ini ditangguhkan kena bantu Kerajaan Negeri dari segi sudut kos penganjuran sukan ini.
Saya dengar tu. Sebab tu saya kata saya dengar. Yang itu saya setuju. Sebab itu saya tanya sekali lagi faham, tak faham? Faham. Ok, ok. Jadi di mana peranan Kerajaan Persekutuan? Saya dengar Kerajaan Negeri dah hantar dua surat. Tak apa. Kota Anggerik sahkan dalam penggulungan. Satu surat pada Menteri Belia dan Sukan sebelum ini daripada parti Bukit Gasing. Tak berjawab sampai petang ini. Ha, mana Bukit Gasing? Ya, ya, ya sokong, surat pun tak jawab. Di mana hubungan persekutuan dengan negeri? Nasib baik Kota Anggerik ni very proactive. Dia tulis surat. Ada je menteri baru, dia tulis satu lagi. Itu baru EXCO yang efektif. Tulis surat, ada lah sedikit jawapan sebab dia menteri baru seronok jawab surat. Tapi standard, sedang dalam pertimbangan. Pertimbangan apa? Dua bulan je lagi.
Sebab itu saya nak cadangkan sebab baru-baru ini Dato’ Menteri Besar dilantik sebagai wakil Perdana Menteri. Wakil Perdana Menteri ke Barcelona. Oh besar. Kesian Pelabuhan Klang tak dapat. Dia dilantik wakil Perdana Menteri nun ke Barcelona. Sampai Barcelona, balik senyap-senyap je dah masuk Dewan. Tak tahu apa hasilnya. Maka saya nak gunakan pengaruh dia sebagai wakil Perdana Menteri boleh tak dia mengarahkan Perdana Menteri minta Menteri Belia dan Sukan segera tanggung kos SUKMA untuk Negeri Selangor. Sokong atau tidak Pelabuhan Klang?
Sokong.
Slow je. Kuatlah sikit. Betul? Saya nak menteri yang baru ini, Taufiq ini kalau betullah ini wakil Perdana Menteri tolong dengar cakap wakil Perdana Menteri. Beri. Janganlah suruh ambil hasil negeri RM100 juta. Ini bukan sukan kita. Ya, kita terlibat, kita tuan rumah. Apakah selepas ini nak suruh Kelantan bagi RM100 juta? Johor, dipaksa. Bila dititahkan, no. Tidak boleh. Takut pula tu. Maka Kerajaan Persekutuan bagi. Jadi Kerajaan Negeri Selangor ni janganlah jadi pengemis. Mesti jadi juara. Juara untuk menentukan hak rakyat Selangor ini dipertahankan.
YB TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
: Yang Berhormat, boleh cakap Yang Berhormat?
Beri, janganlah suruh ambil hasil negeri RM100 juta. Ini bukan sukan kita, ia kita terlibat, kita tuan rumah. Apakah selepas ini nak suruh Kelantan bagi RM100 juta?. Johor, dipaksa. Bila dititahkan no, tidak boleh, takut pula itu. Maka Kerajaan Persekutuan bagi. Jadi, Kerajaan Negeri Selangornya janganlah jadi pengemis. Mesti jadi juara, juara untuk menentukan hak rakyat Selangor ini dipertahankan.
Yang Berhormat, boleh bercakap Yang Berhormat?
Ok.
Tak, nada Yang Berhormat Hulu Kelang ini macam setuju pula SUKMA ini nak diadakan. Maknanya apa?.
Itulah putar belitnya PKR ni. Saya beritahu, titah Tuanku tangguh, ada 2
Ok, ok.
alasan yang kuat. Kos terlalu tinggi.
Ok, Yang Berhormat Hulu Kelang, ok.
Yang kedua tunggu sampai stadium siap. Bab Stadium panjang lepas ini. Sabar. Ok.
Sekarang ini cuma nak tengok pandangan Hulu Kelang, maknanya SUKMA ini boleh diadakan atau tidak, cadangan, pandangan
Bukan boleh di ada
Hulu Klang.
setakat hari ini mesti ditangguhkan kerana ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Tidak boleh menggunakan hasil negeri Selangor untuk menjayakan program di peringkat persekutuan. Faham.
Ok. Itu ja.
Faham. Ok, baik. Tak payah kesian, dia ketua backbencher’s. Dia ada wibawa dia. Dia masih mencuba. Mungkin selepas ni dia
peluang dia naik sana dah nampak daun keladi ini semakin, dah goyang, ada peluang. Ini daun getah ini. Baik saya juga nyatakan tadi Tuanku berpandangan supaya tangguhlah lepas Stadium Shah Alam siap. Ini satu perkara yang saya dah bawa berulang kali dalam dewan ya. Akhirnya disambut oleh Tuanku, Alhamdulillah. Saya nak tanya ini, ini pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang merangkumi pembangunan Stadium Shah Alam. Apa statusnya Pelabuhan Klang? Saya dah nampak macam Pelabuhan Klang duduk situ, jadi saya nak tanya situ jelah. Baik, apa statusnya? SST ini Surat Setuju Terima ditandatangani pada16 Mei 2025 dengan persetujuan kos RM3 billion dan dalam perjanjian ini disebut tempoh untuk melaksana dan menyiapkan projek ini akan berakhir pada 15 Mei 2029. Apakah projek ini boleh siap? Kalau kita turun sekarang di tapak asal Stadium Shah Alam, kita boleh saksikan. Mana mungkin stadium ini boleh disiapkan pada tahun 2029. Kalau ini berlaku, penangguhan berlaku, projek tidak berjalan, maka tak mungkin SUKMA dapat dianjurkan oleh Negeri Selangor seperti yang dititahkan oleh Tuanku. Sebab itu saya nak tahu statusnya. Pertama, keupayaan MBI untuk membuat pembayaran kepada MRCB berjumlah RM3 bilion secara tunai. Saya tak tahu apakah MBI ada keupayaan dalam tempoh 4 tahun ini untuk raise RM3 bilion nak bayar secara cash kepada MRCB bagi pembangunan KSSA, yang ini terkandung dalam perjanjian harga lum sump dalam kontrak EPCC. Saya tak tahu apakah keupayaan MBI. Apakah MRCB sudah berjaya mendapat pembiayaan daripada mana-mana bank? Dalam perbahasan tahun lepas saya telah membuktikan beberapa bank yang telah menolak permohonan untuk membiayai projek ini kerana mereka tidak nampak keupayaan MBI dan Kerajaan Negeri untuk membayar balik pinjaman bank tersebut. Di mana kedudukan itu sekarang? Begitu juga saya nak tahu apakah modal kewangan dan pembiayaan yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri, kerana mengikut perjanjian selain daripada tunai, kalau ada kaedah land swap, nilainya tidak boleh lebih RM200 juta. Kalau nak guna kaedah land swap saya nak tahu tanah mana, saya dah tanya dah berulang kali, berpuluh kali. Kadang-kadang saya pun merasa mencurah air di daun keladi juga. Tidak ada jawapan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri yang lama, memberi jaminan bahawa ya kita sedang runding, kita sedang bincang, kita akan kenal pasti. Sampai petang ini, saya tak nampak tanah mana, saya tak nampak milik siapa, saya tak tahu nilai tanah itu berapa, kerana kalau nak buat land swap pun hanya RM200 juta. RM2.8 bilion lagi dengan tunai. Apakah kita ada keupayaan itu?. Ya, Negeri ada rizab RM4 bilion, tetapi dalam keadaan ini, apakah nak digunakan rizab ini melalui MBI untuk membiayai projek ini dan saya nak tahu jugalah kos, apakah kosnya masih RM3 bilion ataupun to be exact RM2.937 bilion ataupun sudah melonjak kerana kos hari ini semakin meningkat. Tuan Yang Dipertua, saya nak tanyalah bila projek ini nak bermula? Selagi Kerajaan Negeri tidak telus dalam memberikan perincian yang saya lontarkan, maka titah nasihat Tuanku untuk menganjurkan SUKMA selepas siap sepenuhnya Stadium Shah Alam ini tidak akan dapat direalisasikan.
Sebab itu saya sangat-sangat simpati dengan Tuanku Sultan. Sedih saya tengok, terpaksa dibebankan dengan kegagalan Kerajaan Negeri. Sepatutnya Pelabuhan Klang, pembukaan Stadium baru Shah Alam ini, yang berprestij ini, sepatutnya disempurnakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Tuanku, sepatutnya. Pelabuhan Klang harus ingat, tidak semua pemerintah yang sempat sampai selama tempoh 25 tahun pemerintahan. Setuju? Setuju. Saya bersyukur, rakyat Selangor bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana telah mengurniakan Tuanku Sultan Selangor peluang untuk terus berkhidmat kepada negeri dan rakyat Selangor sepanjang tempoh 25 tahun, Alhamdulillah. Pada petang ini, patik dan rakan-rakan, Ahli-ahli Dewan Negeri, Perikatan Nasional dan juga saya percaya di sebelah sana memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T. semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor senantiasa beroleh perlindungan dan rahmatnya, dilanjutkan usia dalam sihat walafiat, mendapat hidayah dan taufik dengan iman dan taat agar bertambah mulia, lagi berdaulat melaksanakan pemerintahan negeri dengan sempurna, adil dan saksama, mendapat berkat di dunia dan di akhirat. Tuan Speaker, saya ingin beralih kepada sektor ekonomi. Di dalam titah Tuanku disebut sumbangan sektor pembuatan dan perkilangan mencatatkan 21.6%. Saya terkejut, baru pada tahun lepas exactly a year ago, di sini, saya telah merekodkan bahawa sumbangan sektor pembuatan dan perkilangan pada ketika itu mencatatkan 29.4%. Setahun kemudian, angka ini sudah merudum daripada 29.4% kepada 21.6%. Bagaimana kita nak mempertahankan kedudukan Negeri Selangor sebagai hab industri, hab pembuatan, hab sektor perkilangan, kalau dalam tempoh setahun kita gagal mempertahankan pencapaian yang telah direkodkan pada tahun lalu, hari ini merudum kepada 21.6%. Manakala sektor pembinaan dan sektor pertanian masih kekal single digit, berbanding sebelum ini ketika saya membentangkan perkara yang sama, ketika itu sektor pembinaan 4.9% dan sektor pertanian 1.15% yang menyumbang kepada KDNK Negeri Selangor. Maknanya tidak ada perkembangan dan tidak ada kesan daripada pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama dan ini juga asas perbahasan saya tahun lepas tanpa RS-1 pun kita telah mencatatkan pertumbuhan pada kadar tertentu. Tetapi dengan pelaksanaan RS-1 tidak ada satu lonjakan, tidak ada satu kemajuan yang boleh dibanggakan. Malahan hari ini terbukti sektor pembuatan dan perkilangan sudah jatuh. Pagi ini kita mendengar jawapan Yang Berhormat Pandan Indah bahawa keselamatan makanan ataupun food security adalah agenda yang terpenting dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Alhamdulillah. Saya mendukung, tetapi malangnya sumbangan sektor pertanian masih lagi kekal terlalu kecil iaitu 1-2%, kita boleh gah dengan dasar kita, kita boleh gah dengan pengumuman kita. Sebab itu di dalam titah ucapan Tuanku Sultan pada muka surat 18, Tuanku telah menitahkan jangan asyik bercakap sahaja dan jangan sampai rakyat hilang rasa percaya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ini peringatan Tuanku, kita menyatakan pada pagi ini food security adalah agenda penting supaya kita nak jamin
keterjaminan dan kelestarian bekalan makanan di Negeri Selangor, apatah lagi kita sedang berdepan dengan risiko untuk menyediakan stok penimbal makanan dan keterjaminan stok bekalan makanan akibat perang yang sedang berlaku dan akan terus berlanjutan. Tetapi sumbangan sektor pertanian masih lagi kecil. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan ada satu perimbangan kerana kalau kita tengok sumbangan ekonomi mengikut sektor yang saya sebut tadi, pembuatan, perkilangan, perkhidmatan, pembinaan dan pertanian, semuanya masih lagi terlalu sangat vulnerable dan perlu diberikan perhatian segera oleh kerajaan. Maka sekarang sekali lagi di dalam titah ucapan Tuanku pada muka surat 14, Tuanku mengingatkan kita dan bertitah masih ada potensi untuk memperluaskan sektor perkilangan dan pembuatan di Negeri Selangor. Tuan Speaker, seperti saya nyatakan tadi titah nasihat, titah pandangan, titah ucapan Tuanku ini bukan baru. Tuanku sendiri menitahkan sudah berpuluh kali. Saya sempat merujuk kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku di Negeri Selangor yang sekali lagi saya rasa perkara ini boleh dielakkan. Pada 5 Disember 2024, tatkala Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan merasmikan Masjid Jamek Cina Muslim Klang di Bandar Botanik, Bandaraya Diraja Klang, Tuanku telah bertitah, Beta melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang. Baginda sudah berkali-kali menegur dan menasihati Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri untuk mengambil langkah efektif dan perancangan rapi dalam mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Bandaraya Diraja Klang. Open, secara terbuka Kerajaan Negeri di repliement oleh Tuanku. Begitu juga pada 29 Disember 2025 titah perutusan Tuanku Sultan sempena tahun baru 2026, saya quotes, “Beta ingin berpesan, cukup-cukuplah bercakap pasal politik, fokus bekerja untuk menyelesaikan masalah rakyat. Beta mahu melihat masalah banjir ditangani secara tuntas dengan sasaran yang jelas iaitu zero flood. Carilah kepakaran terbaik sama ada dari dalam mahupun Luar Negara, gunakan ilmu teknologi dan pengalaman, jangan lagi berlindung di sebalik alasan. Beta yakin banjir boleh diatasi sekiranya wujud sistem yang baik perancangan jangka panjang dan pelaksanaan yang jujur serta berdisiplin”. Ada dua lagi kenyataan dari pihak Istana. Persoalannya peringatan telah diberikan nasihat telah diberikan. Mengapa masih berulang perkara-perkara ini? Maka saya nak masuk terus kepada perkara yang dibangkitkan iaitu soal banjir. Dalam titah ucapan Tuanku, Tuanku telah bertitah berpuluh kali untuk diselesaikan masalah banjir dengan segera. Dan menasihatkan Kerajaan Negeri merujuk kepada pakar-pakar dari Luar Negara terutamanya daripada Negara Netherlands bagi mendapatkan idea yang terbaik di dalam mengatasi masalah banjir. Banjir masih tetap berlaku. Pagi Tuanku bertitah, petang Selangor banjir lagi. Daulat Tuanku. Ni Pelabuhan Klang, Allah nak tunjuk, beri peringatan kepada Pelabuhan Klang sebagai Ketua BBC, tegur Kerajaan Negeri. Semalam bila kita pulang daripada Sidang Dewan, saya terus dapat maklumat daripada rakan-rakan Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional. Ini yang sempat saya kutip. Banjir tak kisah lah kilat ke, termenung ke, ini bukan soal termenung tak termenung Sekinchan, termenung pun rosak,
kilat pun rosak. Kesan ekonominya besar. Apatah lagi di Negeri Selangor. Jadi jangan guna alasan Kelantan Terengganu termenung. Kita tak, kilat je sekejap je. Jangan ambil itu mengguris perasaan mangsa-mangsa banjir Pelabuhan Klang. Pertama, Persimpangan Utama Jalan Templer dan Persiaran P.Narayanan, saya dapat daripada Ahli Dewan Negeri Taman Medan. Tapi kalau dengar Bukit Gasing dia duduk sebelah-sebelah je tu, eh semua ok, semua ok. The best Menteri Besar in the world. Petaling Jaya banjir. Apa barang. Kedua, ini saya dapat daripada Paya Jaras. Sebab kami ni ADUN ni bekerja, dia boleh tahu di mana masalah-masalah dia lapor kepada Ketua Pembangkang. Sungai Gasi, KTM Sungai Buloh. Betul Paya Jaras? Betul?
Betul
Berani kata tak betul. Kawasan pula kerap banjir. Mengikut kata dia tak selesai juga. Kolam Takungan Banjir Saujana, Seksyen 13 Shah Alam, Kota Anggerik, nampak tak semalam. Nampak kan. Ha jadi? Seksyen 13 dalam Kota Anggerik? Ha, nasib lah kamu. Seksyen 13 Shah Alam banjir, dekat stadium. Hai nasiblah Stadium Shah Alam ni. Kampung Bahagia, Bukit Lagong Sungai Buloh, Jalan Bukit Payong Bukti Kapar, itu maklumat awal yang saya dapat daripada rakan-rakan. Saya ada enam laporan yang saya dapat direct daripada JPS. Jangan laporan polis pula, kesian pula Pengarah JPS pula. Pertama, laporan JPS beritahu saya, lokasi TTDI Jaya Shah Alam adalah detail, pukul berapa bermula, pukul berapa surut, berapa ketinggian aras air dan sebagainya tetapi saya nak rujuk apa punca banjir. Punca banjir di TTDI Jaya Shah Alam longkang dalaman tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan. Ini masalah rutin, masalah pentadbiran. Saya tak pasti sama ada ianya directly under JPS ataupun Majlis Bandar raya Shah Alam. Selesaikanlah. Ini di TTDI Jaya Shah Alam.
Ha?
DUN Seri Setia, dah didesak maknanya macam mencurah air di daun keladi lah. Maknanya daun keladi ni ada di sini, ada di PBT, ada di JPS, begitu? Tak boleh Seri Setia. Cadangan daripada JPS, meningkatkan kekerapan penyelenggaraan sistem saliran dalaman. Tapi ini syor-syor yang biasa, tak selesai juga masalah. Satu lagi laporan daripada JPS Seksyen 13 Shah Alam, panjang ceritalah di mana Jalan Lontar Cakera, Jalan Lontar Peluru, Persiaran Sukan, kemudian ketinggian air, masa banjir, masa surut tapi punca banjir sama, longkang dalaman tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan. Cadangan penyelesaian jangka pendek meningkatkan kekerapan penyelenggaraan sistem saliran dalaman. Ini standard, di copy paste, tapi masalah tak selesai juga. Lokasi yang ketiga, Jalan 51A/223, Jalan 51A/219 Petaling Jaya, DUN Seri Setia, kesian Seri Setia ni dia orang baik tapi tolong lah selesaikan. Punca banjir limpahan Sungai Penchala di kawasan rendah dan kapasiti saliran dalaman tidak mencukupi. Dan cadangan penyelesaian pelaksanaan kerja penyelenggaraan korekan
Sungai Penchala dan pelaksanaan pembinaan flood wall di lokasi rendah. Kalau ini lah cadangan daripada JPS di mana JPS cadangkan mesti diselenggarakan korekan Sungai Penchala dan pembinaan flood wall di lokasi rendah, saya nak tanya dengan Pandan Indah apakah tindakan yang telah diambil setelah JPS berulang kali mengemukakan syor dan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu rakyat Selangor. Pelabuhan Klang setuju dengan desakan saya? Setuju, bagus. Nampaknya dah boleh disatukanlah kita. Ya, sila.
Terima kasih Dato’ Pembangkang. Saya sangat tertarik dengan laporan daripada JPS tadi yang menimbulkan antara penyelesaian itu adalah bersifat jangka pendek terutamanya banjir yang berlaku di Seksyen 13. Saya ingat dalam ingatan saya, dalam pembentangan atau pemakluman awal dahulu apabila ada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam, antara komponennya adalah bertujuan untuk mitigasi banjir. So, mungkin ada pemakluman di bawah Ketua Pembangkang sama ada komponen ini masih ada lagi sebagai penyelesaian jangka masa sederhana ataupun panjang ataupun tidak ada lagi. Kalau tidak ada lagi, bermakna kita berisiko untuk penyelesaian jangka pendek berulang-ulang dan berlaku sehingga siapnya entah bila Kompleks Sukan Shah Alam. Mungkin boleh beri sedikit ulasan. Terima kasih.
Terima kasih Sijangkang. Memang benar daripada design awal KSSA salah satu komponen dalam pembangunan KSSA adalah projek mitigasi banjir untuk menangani masalah banjir di kawasan tersebut dan itulah alasan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk melonjakkan kos projek. Daripada 800 juta naik kepada 1.2 naik 1.8 sekarang naik sampai RM2.937 bilion. Itu alasan yang digunakan. Tetapi dalam beberapa sidang yang lalu, ada juga maklumat yang kita perolehi kononnya mereka nak fokus soal pembangunan stadium sahaja. Sebab itu saya setuju dengan Sijangkang, kalau itu berlaku, bangunkanlah bagaimana hebat sekalipun Stadium Shah Alam, masalah ini masih akan berterusan di Seksyen 13 dan kawasan sekitar. Sebab itu saya minta sungguh-sungguh, JPS juga bagi tahu sebahagiannya dalam tindakan jabatan tetapi antara kekangan pelaksanaan projek ini ada tiga. Pertama, isu pengambilan tanah. Kedua, pencerobohan rizab. Yang ketiga, soal pengalihan utiliti. Dua alasan pertama saya tak boleh terima, sebab isu pengambilan tanah dan juga pencerobohan rizab itu adalah kuasa Kerajaan Negeri. Kalau tahu banjir ini memberikan kesan yang parah kepada rakyat dan ekonomi Negeri Selangor, mengapa Kerajaan Negeri tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah pengambilan tanah dan sekiranya ada pencerobohan mengapa pihak penguat kuasa masih lagi berpeluk tubuh tidak mengambil tindakan segera supaya pencerobohan ini dapat dihentikan di dalam Negeri Selangor. Tidak ada komitmen sebab, Sungai Air Tawar, kita curah air di daun keladi. Di Sungai Air Tawar banyak daun keladi?
Banyak kan. Cuba Sungai Air Tawar balik curah air di daun keladi, tiada kesan. Sedangkan ini bidang kuasa Kerajaan Negeri. Hotspot di Selangor patutnya telah dikenal pasti. Kalau Seksyen 13, ayuh duduk dengan PTG, duduk dengan MBSA, duduk dengan Menteri Besar, duduk dengan Kota Anggerik tengok pengambilan tanah di mana yang diperlukan, ada pencerobohan masuk ambil tindakan, segerakan. Sebab kos untuk menyelesaikan masalah banjir ini lebih besar daripada kos projek tersebut. Satu lagi Jalan Kuala Selangor FT54, ini juga sering berlaku banjir. Dalam Parlimen Petaling Jaya DUN Bukit Lanjan. Cadangan daripada JPS pelaksanaan kerja penyelenggaraan korekan Sungai Gasi, pelaksanaan pembinaan flood wall Sungai Gasi, meningkatkan aras jalan JKR. Itu jangka pendek, saya nak tahu apa tindakannya. Jangka pendek pun tak buat, jangka panjang pun tak buat, jangka apa buat? Jangka bomb? Ha tunggulah pilihan raya yang akan datang. Ini yang cadangkan ni bukan Perikatan Nasional, ini JPS. Jabatan teknikal yang tahu masalah di bawah. Mengapa tidak dilaksanakan dan untuk jangka panjang, JPS cadangkan RTB Sungai Buloh Fasa 2 ini tapi dalam laporan ni masih dalam kajian. Kajian, kajian, kajian, tubuh jawatankuasa, tubuh jawatankuasa, datang Pelabuhan Klang nak audit, nak audit. Nak audit apa kerja belum start. Jadi saya nak tahu apakah RTB Sungai Buloh Fasa 2 ini sudah diluluskan dalam RMK13 atau sebaliknya. Kalau tidak ia tidak akan bergerak. Dan akhirnya lokasi Kampung Cempaka di dalam sekali lagi
Yang Berhormat Hulu Kelang
Petaling Jaya DUN Bandar Utama.
Boleh sikit, pasal banjir. Yang Berhormat Hulu Kelang maksud saya tentang audit itu adalah sebelum ini semua perancangan-perancangan yang dibuat ini berdasarkan perubahan iklim yang tak berubah lagi macam sekarang ni. Sebab itu sekarang saya ambil contoh di Klang lah. Di Klang kita ada kawasan tebatan banjir, kolam tadahan banjir apa semua tapi dah buat pun dia still banjir sebab pertambahan air yang begitu banyak. Kalau nak dibandingkan dengan kajian yang dibuat 10 ke 20 tahun yang lalu untuk persiapan banjir kilat di kawasan Klang, di kawasan Bayu Perdana contohnya tetapi ianya tetap berlaku juga. So, begitu juga di kawasan Pelabuhan Klang ada kawasan-kawasan yang ada yang telah dilaksanakan, semua yang telah dicadangkan oleh pihak JPS pun ada juga banjir juga. So, sebab itu saya minta audit kaji semula adakah plan yang kita buat dulu boleh sama macam plan sekarang sebab pertambahan air. Dulu kita tak pernah terima taburan hujan macam di Pelabuhan Klang, sekarang ni setiap kali hujan 60mm dalam masa satu jam. Dulu tak pernah macam ni hujan, daripada saya kecil tinggal kat Port Klang tak pernah macam ni lebat hujan macam ni sekarang hujan ni lebat lain macam. Sebab tu saya minta kaji semula sebab kenapa perubahan iklim tu begitu mendadak sehingga kesan banjir kilat zaman sekarang ni.
Okay, terima kasih Pelabuhan Klang, saya setuju masukkan penjelasan ini dalam perbahasan Pelabuhan Klang ni pagi tadi. So, pagi tadi mungkin dia terlupa. Baik, satu lagi lokasi Kampung Cempaka ya, di Bandar Utama, Bandar Utama ha ada banjir semalam. Parlimen Petaling Jaya, semua kawasan EXCO ni banjir apahal sebenarnya. Kota Anggerik banjir, Seri Setia banjir, Bandar Utama banjir, Bukit Gasing pun banjir, cakap banyak, takpe dia tak dengar. Di bandar utama, mengikut laporan JPS, punca banjir adalah limpahan air Sungai Kayu Ara yang melebihi paras bahaya. Dan yang kedua kapasiti saliran dalaman yang tidak mencukupi. Jadi penyelesaian jangka pendek pelaksanaan kerja korekan kolam online Sungai kayu ara dan jangka Panjang pelaksanaan dan pengoperasian pump projek Sungai kayu ara fasa 2. Jadi saya akan sampaikan nota ini kepada Bandar Utama, Bandar Utama boleh desak Menteri besar supaya selesaikan segera. I’m helping you Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima Kasih.
Menggulung esok.
Saya nak jelaskan, takpe saya dah terima.
Dah terima.
Saya baru habis lawat tempat tu dan projek sedang dijalankan. Sekadar makluman.
Sedang dijalankan.
Sebab dia ada tiga fasa, fasa pertama dah siap, fasa kedua sedang dijalankan oleh JPS dan kita akan ada fasa ketiga.
Terima kasih Yang Berhormat dah menggulung dah hari ni. Baik, dalam titah ucapan Tuanku, Tuanku ada sebut mintalah kepakaran daripada dalam atau luar negara. Sebab perkara-perkara teknikal ini kadang-kadang dengan teknologi baru, pendekatan baru kita boleh menyelesaikan masalah, dan salah satu negara yang dicadangkan adalah Netherlands. Kalau kita lihat di negara Netherlands ini, 52% daripada kawasan Netherlands ini berada di Kawasan bawah paras laut. Itu faktanya dan 62% populasi Netherlands dia tinggal di kawasan yang berisiko tinggi. Tetapi Netherlands memang diiktiraf dunia. Mereka mempunyai satu sistem mitigasi banjir yang terbaik, yang perlu kita pelajari. Saya sempat mendapat beberapa maklumat antara perkara yang perlu kita beri perhatian ialah tentang infrastruktur yang dibina di Netherlands untuk memastikan satu standard perlindungan yang jangka panjang, bukan untuk satu tahun, dua tahun, tiga tahun, tetapi kalau di Netherlands dia menyusun strategi di antara 30 hingga 50 tahun. Antara perkara infra yang dibina dengan menggunakan nation skill engineering ini berskala besar, pertama storm search barier. Ini memang salah satu projek yang besar. Dan yang
kedua sistem saliran pintar. Dan di Netherlands sekarang ada 3600 km flood defence yang telah pun siap dibina. Jadi kalau kita boleh cadangkan Kerajaan Negeri melihat tak payah pergi Netherlands, ini kalau cadangan esok beli tiket pulalah, nak pergi Netherlands. Tak payah. Sekarang ni online boleh, video call boleh, semua boleh. Ini nak cari peluang nak melawat Netherlands. Kenapa, Tuanku titah. Yang itu dia ikut, yang lain tak ikut, tak boleh begitu. Jadi saya harap perkara ini diberikan perhatian segera supaya masalah banjir ini tidak lagi berbangkit dalam siding-sidang yang akan datang dan sekurang-kurangnya kita mulakan di beberapa hotspot yang memberikan kesan yang besar kepada ekonomi Negeri Selangor. Sebagai contoh Shah Alam, Petaling Jaya. Tak pe, nanti dulu. Kena beri keutamaan sebab kerosakan itu melibatkan jutaan ringgit dan kita kena perbetulkan. Tuan speaker, saya juga nak bawa satu perkara yang juga di sentuh oleh Tuanku Sultan iaitu tentang, maaf saya masih dalam topik banjir. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menjelaskan kepada dewan ini berapa banyak projek-projek pembangunan yang diluluskan di kawasan tadahan air ataupun flood plan dalam 5 tahun kebelakangan ini. Tadi ada rakan saya sebut banyak pembangunan-pembangunan baru yang menjadi punca banjir-banjir kilat di Negeri Selangor. Jadi kita nak tahu apakah perancangan telah dibuat untuk mengelakkan pembangunan yang berterusan sama ada perumahan ataupun industri di kawasan tadahan air atau flood plan di Negeri Selangor untuk 5 tahun yang kebelakangan ini ataupun untuk masa yang akan datang. Yang keduanya ialah soal sistem saliran yang lemah, kita sedia maklum sebahagian besar daripada kawasan-kawasan pembangunan di Negeri Selangor ini telah lama dibangunkan mungkin 40 tahun 50 tahun, sistem perparitannya tidak dapat lagi menampung aliran muka air dan juga taburan hujan yang semakin besar. Saya setuju dengan Pelabuhan Klang dalam situasi dan fenomena climate change hari ini, taburan hujan semakin meningkat, ya. Tetapi tidak semestinya itu dijadikan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Sebenarnya untuk berkongsi dengan rakan-rakan di dewan ini, kita sedia maklum setiap tahun Kerajaan Negeri menerima peruntukan MARRIS pada zaman saya dulu sekitar RM600 juta setahun. Saya percaya dengan cerapan-cerapan yang dilakukan, mungkin hari ini sudah melebihi RM600 juta setahun. Pada Ketika itu, garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan setiap peruntukan MARRIS yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri hanya untuk penyelenggaraan jalan tetapi apabila saya melihat sistem perparitan di taman-taman perumahan sama ada di Klang, Petaling Jaya, Subang, sudah tidak dapat menampung aliran air yang semakin tinggi, saya bawak perkara ini dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara dan juga mesyuarat Menteri-menteri Besar. Ketika itu dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak. Saya sebagai Menteri Besar, parti yang berbeza, Kerajaan yang berbeza, saya desak supaya peruntukan MARRIS itu diperluaskan skopnya supaya bukan sahaja untuk jalan, tetapi juga untuk lereng-lereng bukit, cerun-cerun bukit termasuk sistem perparitan yang boleh dinaiktaraf. Dan saya gembira kerana cadangan daripada Negeri Selangor itu telah pun dipersetujui pada ketika itu. Jadi daripada RM600 juta itu kita boleh memanfaatkan untuk tujuan menaik taraf sistem perparitan di taman-taman perumahan yang lama. Tetapi
perkara ini masih berlaku kerana taman-taman perumahan, projek-projek pembangunan di Selangor ini sudah melebihi satu tempoh yang agak lama. Maka saya berharap Kerajaan Negeri dapat lebih proaktif melihat bagaimana PBT dapat diberikan peruntukan tambahan. Saya pernah mencadangkan kalau ada aset sama ada aset tetap, aset tidak tetap, PBT tidak perlu disimpan dengan jumlah yang terlalu besar. Inilah masanya untuk diberikan kelonggaran kepada PBT menggunakan sebahagian daripada simpanan tersebut bagi tujuan memberikan manfaat kepada rakyat yang di bawah daripada simpanan yang begitu besar.
Yang Berhormat, panjang lagi>.
Ada lagi satu topik yang agak besar Tuan Speaker iaitu tentang sampah.
Saya rasa percepatkanlah
Kita akan habis pukul
Kita akan habis seberapa awal yang bolehlah. Terima kasih.
Terima kasih.
Silakan.
Speaker dah tak tahan dah tu. Baik, saya beralih sekarang kepada isu sampah. Ini sekali lagi disentuh dengan begitu tegas, dititahkan oleh Tuanku Sultan dalam titah ucapan semalam. Bila kita bincang soal pengurusan sisa pepejal ataupun sampah di Negeri Selangor, sudah tentulah kita melihat kepada peranan KDEB, KDEB Waste. Dan kita juga sedia maklum pada dasarnya KDEB Waste ini diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri untuk tiga tanggungjawab utama. Pertama mengawal hampir keseluruhan operasi kutipan sisa pepejal di Selangor. Yang kedua, menguruskan kontraktor melalui sistem zon dan yang ketiga, menjadi single aggregator kepada PBT. Ini secara umumnya mandat yang diberikan kepada KDEB Waste. Tetapi kalau kita teliti dan hayati mandat-mandat yang diberikan ini, saya kira kita akan dapat mengesan, ada kesan sampingan, ada masalah yang timbul. Pertama, tidak ada persaingan yang sebenar. There is no real competition untuk pengurusan sisa pepejal. Yang kedua tidak ada tekanan pasaran. Dan yang ketiga, tidak ada insentif untuk meningkatkan efficiency dalam sistem penyampaian dan perkhidmatan oleh KDEB Waste.
Mohon mencelah, bukankah sistem ini sistem Hulu Kelang selama Hulu Kelang menjadi Menteri besar.
Hei Bukit Gasing ni, setiap sidang itu je la. Penasihat undang-undang belum pernah dengar, itulah cara Bukit gasing. Kenapa tak bandingkan dengan zaman Tunku Abdul Rahman. I mean simple. Bagilah saya jawab.
Kalau Hulu Kelang kesal sistem, Hulu Klang, memperkenalkan itu tiak baik, boleh, boleh mengaku.
Saya tidak kata tidak baik, of course pada ketika itu, itu adalah sistem yang terbaik. Saudara, maaf Yang Berhormat kena ingat, populasi kita meningkat, populasi Selangor daripada 3 juta naik 4 juta, naik 5 juta, sekarang sudah 6 juta. Sudah tentulah kutipan sisa pepejal juga meningkat. Pengeluaran sisa pepejal juga meningkat, apakah nak guna sistem zaman Tunku Abdul Rahman pada hari ini sedangkan populasi Ketika itu 1 juta ataupun 100 ribu hari ini sudah 6 juta, come on Bukit Gasing, sebab itu banjir di Bukit Gasing, sebab sampah tak dikutip. Betul, terima kasih. Saya cakap memang betul Bukit Gasing. Saya tak pernah bohong. Tadi Pelabuhan Klang setuju, sekarang DAP setuju, tadi PKR setuju, Amanah memanglah tak pernah setuju. Mana dia? Dah lari Seri Serdang, pagi tadi bukan main. PAS memang hebat, rakan setia yang jujur dan Ikhlas dalam perjuangan. Sapa suruh tanya bola tanggung punya soalan. Baik, Tuan Speaker kalau kita tengok kepada operasi KDEB, dia diberikan kepada dibahagikan kepada 5 zon utama, dan kalau kita jujur setiap zon ini dia ada masalah yang tersendiri. Yang kita kena teliti dan perhalusi. Zon yang pertama, Petaling Jaya dan Subang Jaya, yang ini saya sebut tadi, Petaling Jaya dan Subang Jaya kepadatan penduduk semakin hari semakin meningkat, populasinya semakin tinggi, semakin besar. Maka kita telah lihat banyak aduan, kutipan tidak konsisten di kawasan strata dan juga di kawasan komersial. Ini hakikatnya, kita jangan ambil sindrom menafikan segala-galanya. Apabila kawasan itu banyak pembangunan strata apatah lagi kalau perumahan kos rendah kos sederhana ada masalah management ataupun JMB, inilah masalah yang akan timbul, begitu juga dengan kawasan komersial. Tetapi that is the nature of Petaling Jaya and Subang Jaya. Ok. Im defending you Bukit Gasing. Yang kedua, zon kedua ialah Klang dan Shah Alam. Klang dan Shah Alam ini kita tahu sebahagiannya kawasan perumahan, sebahagian kawasan industri. Shah Alam juga ada masalah yang kita teliti pertama, hotspot lambakan haram dan kutipan lewat. Ini dalam banyak sidang soalan dilontarkan kepada Sekinchan. Sampah-sampah yang tidak dikutip, longgokan dan lambakan sampah dan sisa pepejal haram, ini berlaku di bawah. Bagi kawasan seperti Klang dan Shah Alam. Ampang Jaya dan Hulu Langat, kita tahu ini kawasan campuran, bandar, luar bandar, semi urban, urban, isu yang kita dengar adalah liputannya tidak menyeluruh. Kemudian Selayang dan Gombak, ini juga kawasan PPR, kepadatan agak tinggi, maka yang kita terima aduan baru dan juga longgokan yang berulang kali berlaku. Zon yang terakhir ialah Kuala Langat dan Sepang dan ini kawasan yang sedang berkembang pesat. Kita tahu bagaimana perkembangan dan kemajuan di Sepang, di Kuala Langat, maka isu yang mendepani di kawasan ini adalah infrastruktur kutipan yang tak seiring dengan pembangunan yang begitu pesat di dua kawasan yang tersebut. Sebab itu masalah sebenarnya di dalam KDEB Waste ini adalah masalah struktur. Kalau kita teliti betul-betul kita ada KDEB Waste, kemudian kita ada kontraktor ataupun vendor utama, dan jangan kita nafikan vendor dan kontraktor utama ini ada pula subkontraktor, kemudian ada juga operator lori. Jadi dia ada tiga, empat lapis yang
menyebabkan setiap lapisan itu akan mengambil margin masing-masing sudah tentu. The main kontraktor perlukan margin, subkontraktor perlukan margin, operator lori perlukan margin tapi kalau strukturnya dikekalkan begitu setiap peringkat ada kepentingan untuk berorientasikan profit dan juga margin maka itu akan melemahkan kecekapan ataupun efficiency dan juga akauntabiliti kepada perkhidmatan yang hendak disampaikan.
Sebab itu saya nak tanya dengan Kerajaan Negeri pada petang ini. Bagaimana penggunaan akta 672? Apakah Kerajaan Negeri sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima pakai akta 672? Dan sekiranya akta ini nak dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah sampah, apakah akta ini benar-benar berupaya untuk menyelesaikan masalah kutipan sampah dan sisa pepejal di negeri Selangor. Saya dengar di peringkat Persekutuan mereka ada kepentingan-kepentingan untuk membentuk satu SPV baru bagi menguruskan sisa pepejal dan kutipan sampah di negeri Selangor. Sekiranya perkara ini dipersetujui ataupun didesak untuk dipersetujui, saya nak tanya di mana peranan KDEB Waste? KDEB Waste ini sekurang-kurangnya ada pengalaman yang agak lama di negeri Selangor. Mereka ada tenaga pekerja yang cukup ramai. Mereka ada kemudahan fasiliti lori yang cukup banyak. Tak semestinya mereka sempurna tetapi saya tidak mahu apabila akta ini diterima pakai oleh Kerajaan Negeri maka KPKT akan telan segala-galanya dan mengetepikan kepentingan rakyat Selangor dan kepentingan Kerajaan Negeri Selangor. Saya nak bertanya saya tak tahu apakah status akta 672 sehingga hari ini sama ada sudah dipersetujui dengan triparty agreement ataupun sebaliknya. Jadi saya pohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri.
Mohon pandangan boleh. Saya mohon pandangan.
Saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri. Bukit Gasing belum lagi jadi EXCO.
Saya pun tak nak jawab. Saya nak tanya Yang Berhormat Hulu Kelang.
Oh nak tanya juga. Terima kasih.
Saya nak tanya pandangan Hulu Kelang, adakah Hulu Klang menyokong nak KPKT bagi kepada GLC Selangor ataupun Hulu Kelang ada cadangan yang lain kepada KPKT?
Terima kasih Bukit Gasing. Sebelum saya setuju atau tidak setuju saya perlukan maklumat ini. Bagi saya sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor saya nak jaga kepentingan Negeri Selangor. Sama ada dari segi peranan GLC di
negeri Selangor dalam SPV yang hendak dibentuk ataupun sebaliknya, saya tak tahu. Kalau KPKT mendesak Kerajaan Negeri ini adalah dibuat secara unilateral tanpa penglibatan Kerajaan Negeri sudah tentu saya tidak setuju. Saya sebut tadi KDEB walaupun dengan kekangan yang ada mereka ada pengalaman, mereka ada sedikit kepakaran kita nak bantu mereka kita nak dari segi pengurusan mereka yang lebih cekap tapi janganlah KPKT kawan baik Sekinchan datang ke Selangor dia telannya kita di Selangor. Saya akan lawan habis-habisan Sekinchan kalau mengetepikan kepentingan rakyat Selangor.
Yang Berhormat Panjang lagi?
Panjang lagi?
Saya cuba habis dalam 10 minit boleh Tuan Speaker?
Kalau macam itu yang saya minta Yang Berhormat EXCO untuk bawa usul. Bawa usul.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan 26(4) dalam peraturan tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.00 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun telah disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
AHLI DEWAN : Tidak.
Usul ini dipersetujuilah. Jadi kembali kepada Yang Berhormat Hulu Kelang, saya minta supaya selesaikan dalam masa 10 minit lagi lah supaya ADUN-ADUN yang lain boleh mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini.
Terima kasih Tuan Speaker. Oleh kerana telah dilanjutkan ke jam 5.00 petang, maka saya akan lanjutkan ke 5.00 petanglah.
Yang Berhormat 10 minit lah.
Tuan Speaker, minta petua.
10 minitlah kerana. Yang Berhormat Bukit Gasing sila. kerana
10 minit lagi ke sampai pukul 5?
Bukit Gasing sila. Kerana tadi Pelabuhan Klang pun..
Speaker sini bukan situ.
Pelabuhan Klang telah mengambil masa 1jam 30minit jadi saya kira kalau ketua pembangkang sampai ke 4.30 petang pun seimbanglah. Ya, saya nasihatkan.
Seimbang dengan siapa?
Seimbang dengan perbahasan tempoh masa perbahasan Perlabuhan Klang.
Takkanlah bandingkan saya dengan Pelabuhan Klang?
Yang Berhormat itu nasihat saya. Itu nasihat saya. Sila teruskan. Sila teruskan.
Oiiii!!!! jauh langit dengan bumi Speaker.
Teruskan. Teruskan. Teruskan dengan apa yang ada dan kita selesaikan dalam masa 10 minit.
Mana ada jauh. Dekat je. Dekat-dekat je. Mana ada jauh. Dekat dekat je.
Ini namanya zalim. Haa ok.
Yang Berhormat. Yang Berhormat kita bagi masa yang seimbang kepada semua. Pembawa usul ialah Pelabuhan Klang dan beliau mengambil masa 90 minit. Jadi kalau Pelabuhan Klang juga menggunakan masa yang lebuh kurang sama saya rasa adillah tu. Dan kalau ada isu-isu yang lain saya rasa ADUN-ADUN yang lain sama ada dari
pembangkang ataupun Kerajaan dia boleh kemukakan untuk di bahaskan. Saya mohon pertolongan daripada Yang Berhormat Hulu Klang.
Oleh kerana Speaker minta tolong saya. Saya tolong Speaker. Saya tamat 4.30.
Ya, terima kasih.
Mana pula nota tadi. Sekejap ya. Akta 672. Akta 672 ini ok kita bincang saya minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri sebab kalau pelaksanaan akta 672 ini dia ada dia punya kebaikan yang perlu kita perlu teliti. Pertama, ia mewajibkan audit dan juga KPI. Itu penting dalam mana-mana sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada massa kepada rakyat sudah tentulah kita kena buat audit kita kena ada satu KPI yang perlu ditetapkan kepada KDEB Waste ataupun mana-mana syarikat yang menguruskan perkara ini. Itu perlu kita setuju bersama. Sebab perbelanjaan mengurus sisa pepejal di negeri Selangor ini kalau setakat hari ini di antara RM800 juta hingga RM1 bilion. Dan kalau kita teliti betul-betul daripada laporan Ketua Audit dan sebagainya inefficiancy ketirisan yang berlaku di antara 15 hingga 20%. Maknanya di antara RM150 juta hingga RM200 juta setahun tiris dan hilang sedangkan ini satu jumlah yang cukup significant yang boleh kita salurkan balik kepada rakyat supaya sistem penyampaian sisa pepejal dan juga kutipan sampah ini dapat dipertingkatkan di seluruh negeri Selangor.
Yang kedua, saya ingat nak mencadangkan supaya mewajibkan tender terbuka untuk semua zon. Ini saya dimaklumkan dia ada satu sistem masuk dalam sistem tetapi bila penghujung untuk menentukan siapa yang boleh dapat kontrak angkat sampah dibuat secara manual dan tidak lagi menggunakan sistem yang telus. Perkara ini perlu diteliti. Kalau betul ianya perlu diperbetulkan. Saya mahu supaya tender terbuka dibuat kepada semua zon. Tidak boleh dijadikan kontrak kutipan sampah ini sebagai political reward kepada ketua cabang PKR, kepada ketua cawangan PKR, kepada Ahli Majlis. Tak boleh. Saya tidak tuduh, saya kata tidak boleh. Dianya mesti beri kalau tidak, beri kepada mereka, mereka tidak ada kepakaran, tidak ada kemudahan, tidak ada sistem, maka dia akan sub. Itu yang saya sebut tadi, ada main vendor, ada subkontraktor, ada operator lori akhirnya kos akan meningkat. This must be stop di negeri Selangor.
Yang ketiga, saya cadangkan supaya ada public dashboard untuk menentukan KPI supaya setiap zon kita boleh lihat, berapa kerap dia kutip sampah, pukul berapa dia sampai ke jalan A, pukul berapa jalan sampai B. Ini tidak sukar. Dengan AI hari ini, bukan Anuar Ibrahim, Artificial Intelligence. Sama la. Ok. Kita guna teknologi ini untuk kesan pergerakan lori ini, pergerakan syarikat ini, supaya kita boleh pamerkan dalam dashboard public and tax payers ada hak untuk melihat bagaimana prestasi kutipan sampah. Selagi perkara ini tidak dilakukan
percayalah, buangan sampah, longgokan sampah akan berterusan dan masalah ini akan tidak dapat diselesaikan. Tuan Speaker, akhirnya
Boleh?
Ok silakan.
Terima kasih Yang Dipertua, terima kasih Hulu Kelang. Berkaitan dengan akta 672 yang kita dengar akan dimeterai pada mungkin bulan 8, bulan 9 sebelum hujung tahun ini, dan saya ingat melihat juga pada prestasi dan sistem yang sudah ada yang dilakukan oleh KDEB ini dan tadi merujuk pula kepada sistem tender terbuka untuk pengurus-pengurus ini. Dan kita dimaklumkan apabila pemeterai dibuat maka daripada sudut pungutan sampah ini maka agensi entiti yang diberikan kuasa SWCorp ini mempunyai kuasa mandatori. Jadi apakah pendirian kita yang mungkin kita nak lihat Kerajaan Negeri sama ada kita nak mendesak supaya ada jaminan daripada Kerajaan Negeri yang terbaikkan sistem kutipan sampah domestik ini yang memberikan kebaikan kepada rakyat. Terima kasih.
Hulu kelang, nak tambah sikit pasal akta 672. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Hulu Klang kerana Yang Berhormat ada pengalaman sebagai Menteri Besar sebelum ini. Kerana kita difahamkan akta 672 ini apabila kita bersoal jawab dengan pegawai, pegawai memaklumkan akta 672 kalau di adopt di Selangor, kutipan sampah ini hanya fokus pada kawasan Perbandaran sahaja. Bahkan sampah-sampah di kawasan kampung tidak akan termasuk di bawah akta 672 dan saya difahamkan sebahagian besar peruntukkan yang dah ada di PBT ini hampir lebih pada RM500 juta akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak Kerajaan Persekutuan, yang mana akan ditentukan segala dasar itu apabila kita sign akta 672, maka semua keputusan-keputusan itu akan dibuat di peringkat Persekutuan. Jadi, di mana komitmen Kerajaan Negeri kerana saya dengar Kerajaan Negeri pun belum ada keputusan yang jelas tentang perkara ini bahkan tidak ada penerangan, tidak ada engagement dengan kami peringkat ADUN-ADUN dan apatah lagi di peringkat akar umbi tentang nak adopt 672 ini, akta 672 ini. Maka saya mohon Yang Berhormat Hulu Kelang beri pandangan tentang perkara ini kerana saya nampak Sekinchan macam tak serius tentang akta 672 ini. Tak ada langsung engagement dengan kita.
Terima kasih.
Sabar.
Tuan Speaker saya ringkaskan jawapan saya. Terima kasih Sijangkang, terima kasih Taman Medan. Respons saya seperti
di awal tadi. Pendirian Perikatan Nasional, Insya Allah dalam beberapa bulan kita akan beralih menjadi Kerajaan, kita mahu kepentingan Kerajaan Negeri anak syarikat Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor mesti dipertahankan. Itu pendirian kita. Tetapi soal Kerajaan Negeri yang ada sekarang sebab itu saya lontarkan soalan ini, sebab dalam Jawatankuasa Pendengaran SELCAT. Perkara ini telah timbul tetapi kita tidak ada jawapan yang nyata daripada Kerajaan Negeri bagaimana kedudukan KDEB Waste bagaimana peranan yang disebut SWE Corp. Itu kalau dia masuk dia nak telan kita semua sudah tentulah ini mesti dipantau oleh Kerajaan Negeri kita nak jaga juga kepentingan-kepentingan bukan sahaja di pihak perbandaran tetapi di kampung, jalan kampung, kutipan sampah kampung, siapa bertanggungjawab, janganlah pada ketika itu hanya diserahkan kepada PBT tetapi di bandar di kawasan luar bandar di kuasai oleh Persekutuan, jadi perkara-perkara ini perlu dijelaskan oleh Sekinchan dalam penggulungan beliau dalam satu dua hari ini, jangan terlalu panjang, baca teks kalau tidak membuang banyak masa sidang dewan.
Akhirnya Tuan Speaker, saya nak tanya satu lagi kepada Sekinchan, saya minta bila gulung buat secara bertulis teks dan baca sahaja, iaitu ada tak PBT di Selangor ini, telah mencapai tahap world class miniciple standard? Sekinchan tahu tak makna miniciple standard? Aa okay tak nanti jawapan salah. Sebab setakat ini kalau kajian yang saya buat tidak ada satu pun PBT mencapai standard konsisten di antara 95 hingga 100% . MBSA Shah Alam paling tinggi 90%, Petaling Jaya MBPJ 88-92%, MBSJ Subang Jaya 85-90%, Klang MBDK 83-88%, MPAJ Ampang Jaya 85-90% dan MPKj Kajang 86-91%. Kalau kita lihat standard world class miniciple standard dia mesti mencapai 95% ke atas.
Jadi saya hanya mohon penjelasan daripada EXCO mana PBT yang telah melepasi tahap trash hole yang saya sebutkan tadi. Jadi Tuan Speaker saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang berhormat yang telah menyertai perbahasan ini, saya berharap pandangan kami daripada Perikatan Nasional diberikan pertimbangan oleh Kerajaan Negeri kerana titah Tuanku kita kena bersama-sama membangunkan negeri Selangor ini. Ini adalah negeri kita, ini tanggungjawab kita, maka kita harus bekerja bersama-sama demi rakyat dan negeri Selangor. Terima kasih, Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Terima Kasih. Saya jemput Ahli Yang Berhormat Ahli Kawasan Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada Subang Jaya untuk membahas dan menjunjung kasih ucapan titah Tuanku. Saya nak sentuh berkenaan isu banjir, yang disentuh oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, seolah-olah satu Selangor tak ada penambahbaikan seolah-olah satu Selangor banjir semalam, saya nak sebutkan di sini bahawa semalam Dun Subang Jaya tak banjir langsung, satu tempat pun tak banjir, dan kalau dibandingkan dengan tahun 2019 dan 2021 di mana selang 2 tahun tempat beberapa tempat yang sama, telah banjir dan banjir tu jenis banjir yang dikatakan
sekali 10 tahun. Sekarang tahun 2026, semalam betul banyak tempat banjir saya pun semasa pergi ke Concorde menghadapi masalah lalu lintas, ada. Tetapi nak kata tak ada penambahbaikan, itu pun tak pernah ye. Jadi saya berharap bahawa perkara itu boleh dibetulkan Tuan Speaker.
Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat mencadangkan supaya titah ucapan Tuanku itu dipinda?
Saya hanya nak menekan kan bahawa ada penambahbaikan Tuan Speaker ye dan nak memperbetulkan persepsi bahawa satu Selangor banjir dan langsung tak ada tindakan yang diambil iaitu itulah persepsi yang diberikan oleh Hulu Kelang, saya tak kata tak ada banjir, masih ada tetapi ada penambahbaikan dan Subang Jaya merupakan salah satu contoh Taman Medan di mana sekarang tak ada banjir
(Tak jelas suara..)
Tentang persepsi, Yang Berhormat kita berbahas di sini tentang titah Tuanku semalam, apa yang titah Tuanku sebut semalam tu di seluruh negeri Selangor, rakyat Selangor bercakap tu di luar sana sekarang ni bahawa Selangor ni ada masalah banjir. Janganlah Yang Berhormat Subang Jaya kes tak ada banjir hari ini, Yang Berhormat kata satu Selangor takde banjir, tetapi isu banjir isu masalah banjir dihadapi oleh rakyat Selangor setiap minggu, setiap bulan, saban tahun, tak selesai oleh Kerajaan Negeri, itu Yang Berhormat kena faham...
Tenang..tenang..
sebut itu macam Tuanku sebut macam mencurah di daun keladi. Yang Berhormat tak faham tu lagi tu kenapa? Janganlah petik Subang Jaya sahaja.
Teruskan Subang Jaya.. nak bagi laluan ke tidak..?
Subang Jaya tak banjir, orang Shah Alam tengah marah, orang Taman Medan tengah marah. Sebab tu Tuanku sebut apa yang rakyat sampai kepada Tuanku Yang Berhormat, jadi Yang Berhormat cukuplah terima sahaja hakikat Selangor tengah banjir, bagi cadangan Yang Berhormat macam mana nak selesaikan masalah banjir di negeri Selangor .
saya juga berharap bahawa Yang Berhormat Taman Medan terima hakikat ada penambahbaikan juga. Saya di sini juga nak mengiktiraf kerja keras di belakang sana, di belakang pentadbiran yang telah mencurah bakti untuk
membetulkan keadaan. Saya hanya cuma nak mengiktiraf perkara itu Taman Medan, Tuan Speaker saya tak nak membazirkan masa sebab lanjutan masa sehingga pukul 5 sahaja Tuan Speaker, saya ada 5 perkara yang nak saya bangkitkan.
Teruskan..
Tuan Speaker dalam kita membincangkan soal efficiency dalam skim kebajikan, kita tak boleh lari kepada masalah geopolitik yang kita hadapi sekarang, dan saya menjunjung kasih titah Tuanku yang prihatin terhadap kebajikan rakyat dalam krisis ini. Jadi saya berharap bahawa terutamanya dalam inisiatif peduli rakyat, yang kita ada di peringkat negeri Selangor, supaya kita melihat semula cara pelaksanaannya. Contohnya di kawasan Subang jaya kita mempunyai sekitar 1,000 penerima SMUE ataupun skim mesra usia emas setiap bulan dan dengan keadaan penebusan sekarang kita perlu pergi ke pusat khidmat untuk menebus untuk mengutip baucar dan selepas itu menebus di pasaraya. Dalam keadaan bahan api yang tidak menentu Tuan Speaker, dan bekalan yang kian menghimpit dalam beberapa bulan iaitu mungkin dalam bulan Ogos atau bulan September apabila kesan sepenuhnya Tuan Speaker krisis bahan api yang dirasai. Setiap titis petrol akan menjadi amat berharga bagi rakyat. Jadi Tuan Speaker, kalau kita anggarkan Dun untuk Subang Jaya sahaja, bahawa perjalanan fizikal seseorang itu dalam anggaran 10 kilometer iaitu untuk pergi dan balik, ini bermakna untuk Dun Subang Jaya sahaja setiap bulan rakyat terpaksa menggunakan 10 ribu kilometer penggunaan bahan api, setiap bulan. Dan ini adalah untuk perkara penebusan sahaja yang sebenarnya Tuan Speaker saya nak cadangkan boleh digitalisasi. Bayangkan dalam setahun, 120,000 kilometer perjalanan bagi penerima Dun Subang Jaya boleh banyak penjimatan dan kita boleh mengurangkan risiko keselamatan bekalan kepada tenaga kita. Jadi saya nak mendesak pihak Kerajaan Negeri Selangor, agar mengalihkan di mana boleh sebanyak program kepada inisiatif Peduli Rakyat ke atas talian. Perubahan ini Tuan Speaker masa ini bukan satu pilihan tetapi telah menjadi satu keperluan strategik tetapi kita tidak boleh model pengurusan lama untuk menangani masalah krisis bahan api yang luar biasa sekarang.
Tuan Speaker berkenaan isu sampah iaitu isu kedua Subang Jaya ketengahkan. Subang Jaya menjunjung kasih titah Tuanku yang prihatin terhadap isu sampah di negeri Selangor dan dalam perkara ini bila kita turun ke akar umbi dan membincang dengan pihak kontraktor, kita dapat tahu bahawa terdapat satu isu yang mendesak Tuan Speaker iaitu berkenaan diesel di mana kadangkala mencecah ringgit Malaysia 6.72 seliter. Salah satu masalah Tuan Speaker adalah berkenaan kontraktor lori roro ataupun roll on roll off di mana lori-lori seperti ini kita dapat tahu bahawa ianya tidak senarai dalam sistem subsidi diesel bersasar persekutuan.
Walaupun sektor agensi lain menerima subsidi 2.15 sen kontraktor roro menguruskan sisa pukal dan sisa pembinaan terpaksa membayar harga pasaran sepenuhnya. Jadi apabila kos
bahan api meningkat sekali ganda ia bukan sahaja isu margin keuntungan ia adalah satu isu rolling fund Tuan Speaker ataupun modal pusingan. Kita difahamkan bahawa kontraktor kini terhimpit, modal untuk penyelenggaraan lori dan gaji pekerja habis disedut di pam minyak. Jika aliran tunai ini kering lori tidak berjalan sampah tidak di pungut akhirnya rakyat menanggung padah dari segi kesihatan dan kebersihan. Jadi Subang Jaya ingin memohon Kerajaan Negeri berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula senarai kelayakan SKDS ini. Pengurusan sisa adalah perkhidmatan yang perlu ataupun essential service dan kita tidak boleh membiarkan kontraktor kita karam di tengah jalan kerana masalah spefikasi. Selain itu memandangkan pihak KDEB adalah satu syarikat milik penuh Kerajaan Negeri yang menyelia kontraktor kebersihan Subang Jaya ingin mencadangkan beberapa langkah intervensi yang boleh diambil untuk menstabilkan operasi mereka.
Yang pertama, satu mechanisme fuel adjustmen factor ataupun .....Kerajaan Negeri boleh memperkenalkan satu dasar untuk KDEB jadi contoh jika harga pasaran untuk diesel meningkat ambang tertentu contohnya KDEB memberikan bayaran tambahan sementara kepada kontraktor berdasarkan perbatuan ataupun jumlah tread yang telah disahkan. Jadi ini akan bertindakan sebagai insurans terhadap turun naik harga global diesel.
Yang kedua, talk to credit ataupun skim kredit bahan api berkelompok. KDEB sebenarnya juga boleh menggunakan kekuatan ekonominya sebagai entiti besar untuk berunding dari syarikat minyak contohnya dengan Petronas dan KDEB juga memberi kredit bahan api secara pukal pada harga korporat yang lebih rendah untuk mengagihkannya kepada kontraktor-kontraktor melalui satu sistem. Contohnya, kad armada KDEB. Jadi ini akan membantu kontraktor kecil menikmati harga yang lebih kompetitif berbanding harga runcit.
Tuan Speaker perkara ketiga yang Subang Jaya ingin ketengahkan adalah berkenaan kategori kelayakkan sistem diesel subsidi. Dengan Selangor sebagai penyumbang GDP negara yang tertinggi kita juga perlu peka terhadap impak krisis bahan api kepada rantai pembekalan negara kita, oleh itu satu isu Subang Jaya ketengahkan mengenai kelompang dalam pelaksanaan sistem kawalan diesel subsidi bawah Kerajaan Persekutuan.
Tuan Speaker baru-baru ini, saya telah menerima satu rujukan daripada satu pemain industri kecil dan sederhana yang menjadi tulang belakang kepada sektor pembuatan kita di Selangor. Mereka bukan syarikat logistik yang besar tetapi merupakan penyedia perkhidmatan teknikal dan kejuruteraan. Saban hari mereka bergerak dari satu kilang ke satu kilang untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan mesin pembaikan naik taraf teknikal untuk memastikan teknikal rantaian industri tidak tergendala, Tuan Speaker tetapi menjadi satu ironi apabila kilang-kilang mereka bantu layak terima subsidi diesel tetapi kita boleh panggil mereka sebagai doktor mesin yang memastikan kilang tersebut terus beroperasi ini pula tidak boleh menerima subsidi berkenaan. Jadi apabila kos bahan api meningkat secara
drastik satu tekanan inflasi dalam rantaian bekalan akhirnya kos penyelenggaraan meningkat harga barangan melonjak dan daya tahan PKS kita juga terjejas.
Sejajar dengan misi madani Tuan Speaker untuk memperkukuhkan sistem industri Subang Jaya ingin mensyorkan agar Kerajaan Negeri membawa suara ini ke peringkat persekutuan, khususnya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan juga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk :- meluaskan kategori Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk memasukkan syarikat perkhidmatan teknikal dan sokongan kejuruteraan sebagai kategori yang layak menerima ke amanah. Mereka adalah essential support kepada sektor pembuatan. Yang kedua, mewujudkan satu saluran rayuan khusus, iaitu untuk memudahkan proses bagi syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mempunyai bukti kontrak service industri untuk memohon kuota diesel bersubsidi secara bersasar. Kita mahu membina satu ekosistem yang berdaya tahan. Jika kita mahu industri kita lebih produktif dan kompetitif, kita tidak boleh membiarkan penyedia perkhidmatan teknikal ini menunggang, menanggung beban kos operasi yang tidak munasabah sendirian.
Sokongan daripada mereka adalah pelaburan daripada kelangsungan industri pembuatan negara. Tuan Speaker, perkara keempat yang Subang Jaya ingin ketengahkan adalah berkenaan masalah perolehan dalam kerajaan. Dalam sistem perolehan kerajaan semasa, sama ada di peringkat negeri ataupun PBT, kita sering melihat sekumpulan kontraktor berpakat ataupun memanipulasi kaedah statistical mean, iaitu kaedah tender yang sedang digunakan pada semua peringkat kerajaan. Caranya begini Tuan Speaker, mereka akan menghantar bidaan dummy ataupun bidaan olok-olok yang sengaja diletakkan pada harga sedikit tinggi semata-mata untuk mengalihkan nilai purata ke atas dan di tengah-tengah kelompok ini, terdapat satu bidaan yang terletak pada paras yang sangat rendah adapun yang menunjam sehingga 40% di bawah anggaran jabatan. Masalahnya Tuan Speaker ataupun soalannya Tuan Speaker, mengapa isu ini menjadi barah kepada rakyat?.Tuan Speaker, apabila sesebuah kontrak dianugerahkan kepada pembida yang memotong sehingga 40%, kita sebenarnya menempah kegagalan atas tiga sebab, yang pertama, kemungkinan projek terbengkalai, iaitu kontraktor tidak mempunyai margin keuntungan yang cukup untuk menampung kos bahan binaan yang kian meningkat. Sebab kedua, kontraktor yang tak dapat perform akan memberikan kualiti yang rendah di mana mereka terpaksa menggunakan bahan gred yang rendah ataupun mengabaikan piawaian keselamatan demi kelangsungan kerja. Sebab ketiga, iaitu masalah di mana sakitnya dihujung ataupun di peringkat kerajaan. Akhirnya, projek menjadi sakit, terbengkalai dan Kerajaan Negeri terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk melantik kontraktor penyelamat. Tuan Speaker, ini adalah pembaziran wang rakyat yang nyata. Sistem min ataupun purata statistik ini jelas mempunyai satu blind spot dan ia boleh dimanipulasi oleh jumlah penyertaan bidaan yang besar daripada satu kumpulan yang sama. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar kita beralih daripada sistem purata kepada satu sistem yang dipanggil Best Value Procurement
ataupun sistem penilaian berdasarkan nilai terbaik yang merangkumi tiga perkara. Satu, harga siling realistik iaitu abnormally low bid rule. Kita perlu menetapkan ambang bawah yang tegas. Jadi, contoh, mana-mana bidaan yang jatuh di bawah 25% daripada anggaran jabatan
Subang Jaya, Sekejap sebelum masuk ke cadangan itu. Yang Berhormat Subang Jaya, saya sangat setuju bila kita bincangkan tentang perkara ini. Sebab bila semualah, saya nak kata semualah kita ambil projek Majlislah sebagai contoh. Bila ketetapan cut-off itu dilihat terlalu tinggi pada saya 30% pun dilihat sudah tinggi dan kadang-kadang boleh pergi sampai ke 40%. Pada saya itu sudah menampakkan bahawa projek ini bakal tidak akan berjaya. Satu, tentang kos betul disebut oleh Subang Jaya tadi. Kedua, saya lebih concern kepada ataupun saya lebih risau kepada perlaksanaan sehingga ke akhirnya. Kadang-kadang bila kita cut-off terlalu tinggi projek itu hanya akan berlangsung hanya sekitar 60% atau 70% dan kita pun tahu pada akhirnya nanti kontraktor itu tidak mampu untuk laksanakan. Saya mungkin nanti Yang Berhormat Subang Jaya akan sebutkan cadangan-cadangan tapi saya ingin juga memberikan maklum balas bahawa kalau boleh kita ubahkan kesemuanya secara sistematik. sebab bila kita buat secara runcit-runcit contohlah kita buat pindaan cut-off dulu tetapi benda lain yang adanya kita tidak perhalusi. Antara juga yang saya nak masukkan dalam cadangan saya ialah bagaimana kita menetapkan harga BQ itu mana daripada pihak dalaman yang membuat cadangan harga dan BQ itu juga perlu mengambil kira harga kos bahan binaan semasa. Kadang-kadang kita terlepas pandang harga binaan sebulan lepas yang sudah jauh berbeza ataupun kita ambil yang 6 bulan lepas itu juga saya ingat perlu bersekali kita bincangkan supaya perolehan itu dibuat secara tersusun dan sistematik supaya tidak ada masalah pada pelaksanaannya oleh pihak kontraktor. Terima kasih.
Saya setuju sangat dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Batu Tiga dan inilah sebabnya saya bawa ke peringkat Kerajaan Negeri disebabkan apabila saya mencadangkan kepada pihak dalam kes ini majlis untuk menggunakan sistem lain katanya bahawa tidak boleh sebab auditnya berdasarkan sistem sedia ada jadi kalau kita nak ubah sistem maka Kerajaan Negeri perlu memberi arahan yang sewajarnya jadi, itu sebabnya saya menggunakan ruang dan peluang ini untuk memberi beberapa cadangan yang saya berharap boleh dipertimbangkan pada peringkat Kerajaan Negeri, jadi seperti mana saya sebutkan tadi cadangan saya adalah berdasarkan Best Value Procurement yang melibatkan tiga perkara iaitu satu, harga ceiling yang lebih realistik dan juga Abnormally Low Bid kita perlu menetapkan ambang bawah yang tegas Tuan Speaker, jadi untuk sesuatu projek contohnya kalau jabatan telah tetapkan bahawa 25% anggaran jabatan itu adalah paling rendah maka itulah cut off point dia dan sebarang bidaan perlu ditolak secara otomatik ataupun diwajibkan melalui proses audit keupayaan kewangan yang sangat ketat sebelum ianya dipertimbangkan. Yang kedua, sistem Merit Techniques ataupun Two Envelope System, kita harus mengasingkan penilaian teknikal daripada harga Tuan Speaker. hanya syarikat yang melepasi markah merit teknikal yang tinggi berdasarkan rekod
prestasi lepas dan keupayaan jentera sahaja yang dibuka sampul harganya dan ini memastikan bahawa kita akan memilih kontraktor yang mampu buat kerja dan bukan sekadar kontraktor yang paling murah. Ketiga, pangkalan data kontraktor berpusat ataupun Centralized Performance Ledger Tuan Speaker, yang mewujudkan sistem rating bagi setiap kontraktor. Syarikat yang mempunyai sejarah projek terbengkalai ataupun kualiti yang rendah di mana PBT ataupun kerajaan negeri harus senarai hitamkan daripada pembidaan dan kesannya seharusnya kepada seluruh negeri Selangor. Kita, Tuan Speaker, saya ingin dengan rendah diri ingin mencadangkan bahawa kita perlu berhenti mengejar harga terendah semata-mata dan mula mengejar nilai terbaik matlamat kita bukan hanya untuk membelanjakan bajet, tetapi untuk memastikan bahawa setiap sen yang dibelanjakan menghasilkan projek yang berfungsi kita dapat jalan yang rata, bangunan yang selamat, longkang yang bersih untuk rakyat Negeri Selangor. Tuan Speaker, perkara kelima iaitu satu masalah kawasan dalam Subang Jaya yang telah saya bangkitkan berulang kali dan saya berharap akan dapat perhatian sewajarnya kerana sudah ada satu kejadian serius yang telah berlaku akibat masalah ini iaitu pengubahsuaian rumah teres kepada rumah hostel. Saya ingin membawa kepada perhatian dewan yang mulia ini satu dengan izin bom jangka Tuan Speaker, yang sedang menghantui kawasan perumahan Subang Jaya. Terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan Institusi Pengajian Tinggi seperti PJS 7 dan PJS 9, SS 17 dan SS 15. Isu yang saya maksudkan Tuan Speaker adalah penukaran rumah teres kepada asrama sama ada untuk pelajar ataupun pekerja yang dibuat secara haram dan juga tidak terkawal. Kita faham bahawa permintaan terhadap penginapan terutamanya untuk pelajar dalam DUN Subang Jaya adalah tinggi ini adalah disebabkan, kita ada banyak IPTS, contohnya Sunway, Monash, Taylor's, Inti, Universiti Sarawak juga baru pindah ke dalam Subang Jaya namun apabila sebuah rumah teres yang asal di reka untuk sebuah keluarga diubahsuai secara drastik Tuan Speaker, untuk memuatkan bukan sahaja 5 - 6 orang tetapi 15-20 bilik Tuan Speaker, ini bukan satu rumah dah Tuan Speaker ia sudah menjadi satu premis komersial yang berselindung di sebalik satu status kediaman. Tuan Speaker, kesan rantaian kepada aktiviti ini sangat membebankan komuniti setempat atas empat sebab :-yang pertama, isu kebersihan dan sampah. Penjanaan sampah di rumah-rumah ini berkali ganda lebih daripada kapasiti kutipan biasa dan ini menyebabkan tong sampah melimpah dan mengundang masalah kacau-ganggu bau serta haiwan perosak. Bayangkan masalah ini Tuan Speaker, di mana bila ada penukaran term satu IPTS daripada mungkin term pertama ke term kedua ataupun dari setahun ke setahun dan pelajar ini berpindah-randah setiap kali, bayangkan 15-20 katil yang dibuang daripada hostel sedemikian, meja kerusi yang sudah tak nak dipakai oleh penghuni seterusnya juga dibuang di luar dan bukan dalam kadar yang kecil tetapi besar. Adakah ini adil kepada jiran-jiran mereka ataupun kepada pihak kontraktor seperti KDEB di mana sampahnya dikirakan di mana sampahnya dikirakan untuk satu keluarga untuk satu rumah jadi perkara ini perlu ditukar. Yang kedua berkenaan masalah kebakaran Tuan Speaker, baru-baru ini terdapat satu kejadian kebakaran atas premise demikian di PJS 9 dan ini adalah perkara yang paling membimbangkan saya Tuan Speaker sebab melibatkan nyawa. Penggunaan partition yang padat tanpa sistem
pengudaraan dan pintu keluar kecemasan yang betul adalah perangkap maut. Ketiga beban elektrik pendawaian asal rumah teres tidak direka untuk menampung penggunaan belasan unit penyaman udara contohnya secara serentak dan akhirnya dia akan mengundang risiko litar pintas. Masalah terakhir Tuan Speaker, masalah parking dan juga kesesakan. Apabila sebuah rumah mempunyai 10,15 hingga 20 penghuni yang masing-masing mempunyai kenderaan ia menyebabkan kesesakan melampau di jalan-jalan perumahan kita. Tuan Speaker, saya tidak berharap agar kita tunggu sehingga ada nyawa yang melayang lagi sebelum tindakan tegas diambil. Jadi Subang Jaya ingin dengan rendah diri menggesa supaya Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Kerajaan Negeri memperketat penguatkuasaan terhadap pengubahsuaian dalam pengubahsuaian dalaman tanpa permit dan memastikan setiap premis yang dijadikan asrama ataupun hostel mematuhi garis panduan yang ketat termasuk kelulusan daripada pihak bomba. Rumah teres adalah untuk kediaman keluarga bukan untuk pusat keuntungan yang mengabaikan keselamatan dan juga hak jiran tetangga. Sememangnya dalam akta-akta sedia ada Tuan Speaker, contohnya Akta Perancang Bandar Dan Desa sudah terdapat peruntukan di mana PBT diberikan kuasa untuk mengambil tindakan terhadap premis-premis sedemikian di mana zoning kawasan tersebut adalah untuk perumahan tetapi jelas sekarang digunakan untuk tujuan komersial, ia boleh dikategorikan sebagai salah guna zoning Tuan Speaker, dan itu boleh menjadi asas untuk membawa perkara ini pada peringkat mahkamah untuk mendapatkan perintah tertentu supaya tindakan boleh diambil untuk keselamatan rakyat Tuan Speaker. Tuan Speaker, dalam mengakhiri ucapan saya izinkan saya sampaikan sekerat pantun. Ada pantun Hulu Kelang, “Terbang tinggi si burung helang, hinggap sebentar di pohon ru, Negeri Selangor maju gemilang, saya menjunjung kasih Titah Tuanku”, sekian Tuan Speaker, Subang Jaya menyokong.
Terima Kasih Subang Jaya. walaupun daun keladi licin sifatnya, tapi air yang melimpah tetap membasahi tanah dan akarnya, dan seterusnya menyuburkan pokok keladi tersebut. Saya berharap Perbahasan Dewan akan kekal subur dan sihat selepas ini. Ahli-ahli Berhormat sekalian sekalian jam sudah pun empat setengah petang jadi Dewan ditangguhkan lima petang, Maaf. Maka dewan ditangguhkan sehingga ke hari esok 22 April 2026 bermula jam 10 pagi. Saya mohon Kota Anggerik dan Gombak Setia siap sedia pagi esok dengan ini Dewan ditangguhkan. (Dewan ditangguhkan pada jam 5.00 petang)