Selangor · 22 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 345 turns · 33,701 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 22 April 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.

(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya Pertanyaan-Pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi semua. Kita teruskan sesi pagi ini dengan pertanyaan daripada Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 11.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)Questions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

11. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu Perusahaan Kecil Sederhana menghadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi global?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Gombak Setia. Soalan nombor 11. Berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri bagi membantu perusahaan kecil sederhana menghadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi global. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Gombak Setia berhubung usaha Kerajaan Negeri membantu perusahaan kecil dan sederhana menghadapi cabaran ketidaktentuan global Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan yang bersasar dan menyeluruh menerusi pelaksanaan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa 1 berjumlah RM130.4 juta. Pakej ini diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari sebagai langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam mendepani konflik semasa di Asia Barat. Dengan fokus utama untuk mengukuhkan keterjaminan makanan, mengurangkan kos sara hidup serta mengawal tekanan inflasi

supaya tidak meningkat secara keterlaluan. Di bawah pakej ini pertama, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk bagi memperkasa usahawan dalam sektor peruncitan dan logistik di samping menyediakan geran pembangunan kepada koperasi melalui KOHIJRAH. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan daya tahan serta keupayaan PKS untuk terus beroperasi dan berkembang khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global. Kedua, dalam sektor pertanian yang turut melibatkan ramai usahawan mikro dan PKS sejumlah RM25 juta telah diperuntukkan bagi menampung kos input pertanian termasuk subsidi harga diesel. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat seramai 17,237 pesawah, nelayan, petani, penternak serta pengusaha hortikultur dengan bantuan dianggarkan antara RM300 hingga RM600 sebulan untuk tempoh enam bulan. Langkah ini secara langsung membantu mengurangkan kos operasi dan memastikan kelangsungan pengeluaran makanan dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Secara keseluruhannya pakej ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan perusahaan kecil dan sederhana kekal berdaya saing, berdaya tahan serta mampu mendepani ketidaktentuan ekonomi global secara lebih mampan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan. Baik, terima kasih EXCO di atas jawapan sebentar tadi. Dalam soalan tambahan saya ingin bertanya berhubung kadar capaian bantuan kepada PKS. Saya mendengar beberapa inisiatif dan program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu semua pemain-pemain industri Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam Negeri Selangor ini yang mana peruntukannya mungkin kira-kira RM50 juta setahun. Namun saya ingin bertanya, berapa sebenarnya jumlah perusahaan kecil sederhana yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan berapa daripada jumlah keseluruhan tersebut yang menerima bantuan dan mendapat manfaat daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Untuk soalan Yang Berhormat saya perlu dapatkan data yang lengkap daripada pihak Kerajaan Negeri pasal dia menyebut data menyeluruh berkaitan dengan PKS yang berdaftar. Saya boleh kemukakan secara bertulis kalau Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Boleh, Yang Berhormat EXCO cuma mengapa saya tanya ataupun saya bangkitkan pertanyaan berikut kerana kalau dengan sejumlah peruntukan kira-kira RM50 juta dengan nilai ekonomi Negeri Selangor yang hari ini berjumlah puluhan bilion ringgit saya merasakan bahawa kita masih lagi gagal untuk melindungi pada pemain industri kecil dan sederhana kerana kalau jumlahnya kira-kira RM50 juta sahaja dengan kira-kira 200,000 pemain-pemain IKS di keseluruhan negeri Selangor maksudnya kita baru membantu kira-kira 5,000 hingga 10,000 pemain IKS sahaja. Jadi jumlah itu terlalu kecil maksudnya baru kira-kira 2% hingga 5% daripada pemain-pemain PKS kita yang menerima bantuan dari Kerajaan Negeri. Jadi saya akan menunggu dengan sabar jawapan dari Yang Berhormat EXCO dan saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat kembali

dan meneliti apa lagi bantuan yang dapat kita berikan untuk kita melindungi para pemain industri kita khususnya ketika mendepani kegawatan geopolitik hari ini.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Gombak Setia. Insya Allah saya akan usahakan, ikhtiarkan sebab usahawan ini walaupun kita sebut kecil sederhana dia bukan satu kelompok sahaja. Dia pecah banyak, maksudnya usahawan industri desa, usahawan pertanian, usahawan dalam bidang F&B jadi saya akan dapatkan data lengkap dan kita pecahkan mengikut kategori dan kita akan hantar kepada Gombak Setia. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan. Silakan Ketua Pembangkang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO kita sedia maklum bahawa Rancangan Malaysia yang ke-13 meletakkan sasaran pertumbuhan KDNK Negeri Selangor kepada RM565 bilion. Dan kadar pertumbuhan tahunan secara purata disasarkan lebih kurang 5% setahun. Dan kita sedia maklum bahawa the backbone atau tulang belakang ekonomi negeri dan juga negara adalah sumbangan daripada PKS dan SME namun pada ketika ini kita berdepan dengan satu situasi yang amat mencabar apabila berlakunya perang di Asia Barat dan situasi geopolitik yang tidak menentu. Maka persoalan saya apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan SME dan juga PKS di negeri Selangor ini dapat terus menyumbang dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 kerana kita sedia maklum Selangor merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara. Maka apakah persiapan Kerajaan Negeri untuk memastikan penyumbang kepada KDNK negeri ini dapat bertahan ataupun sustainable sehingga satu tempoh yang dapat kita capai dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang memberikan pandangan dan cadangan. Saya setuju PMKS memang antara sektor utama tunjang yang menyumbang kepada KDNK negeri dan pastinya sebab itu kita di negeri Selangor memperuntukkan peruntukan yang agak besar dari segi bantuan, latihan dan juga pemerkasaan untuk usahawan ini dan kita tumpu khusus kepada usahawan PMKS dan pada masa yang sama juga kita tidak mengetepikan usahawan PMKS yang terlibat dari segi sisi menyumbang kepada sektor ekonomi kreatif dan kita jangkakan ini pun akan memainkan peranan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Selangor. Oleh sebab itu ada beberapa tindakan susulan yang kita ambil selepas ini selain dari pakej rangsangan kita juga akan tumpukan kepada usaha untuk mengenal pasti usahawan ataupun meraka yang terlibat dengan PMKS yang mungkin terjejas apabila ada beberapa kenaikan dan sebagainya dan kita akan teruskan untuk bantuan mereka bukan hanya dari segi memberikan suntikan dari segi kewangan geran dan sebagainya tetapi kita juga akan upayakan mereka ini dengan program-program latihan dan program-program promosi yang mana kita lihat keupayaan

usahawan kita untuk mengetengahkan produk-produk dan juga perkhidmatan mereka ke peringkat yang lebih baik lagi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya Sijangkang.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker. Mohon sekejap dengan Sijangkang. Peraturan tetap 87 mengenai petua Speaker

Timbalan Speaker

Peraturan Tetap mana?

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Peraturan tetap 87 yang berkait dengan perkara 23(1) soal Pertanyaan-Pertanyaan. Saya nak tanya tentang kenapa soalan saya ditolak oleh Speaker? Saya nak beri maklumat di sini bahawa soalan saya yang berbunyi apakah aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Laporan Bencana Putra Heights. Apakah hasilnya ditolak oleh Speaker dengan alasan laporan soalan ini berkait dengan perkara yang dalam perbicaraan mahkamah. Saya mohon petua sama ada ini alasan yang munasabah atau apa yang berlaku dimasukkan sebagai dalam perbicaraan mahkamah sebab rakyat nak tahu apakah hasil kajian laporan bencana Putra Heights itu. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sebenarnya yang Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan ini dipengerusikan oleh Tuan Speaker sendiri. Saya dimaklumkan tadi oleh kerana urusan mahkamah soalan ditolak tapi untuk penjelasan lanjut mungkin Sungai Ramal boleh tanya masa Speaker mempengerusikan mesyuarat sebelah petang nanti. Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Kebakaran hutan perlu digalas. Soalan saya nombor 12.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Kebakaran Hutan Dan PencegahanQuestions

12. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Malaysia bakal dilanda El-Nino terpanas dalam sejarah berlaku di antara Julai hingga Ogos serta berkembang sehingga penghujung tahun 2026 dan awal tahun 2027. Apakah persediaan dan tindakan Kerajaan Negeri bagi mencegah berlakunya kebakaran hutan ketika El-Nino berulang di Selangor?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sijangkang yang telah bertanyakan berkenaan dengan persediaan dan tindakan Kerajaan Negeri bagi mencegah bagi berlakunya kebakaran hutan ketika El-Nino berulang di Selangor. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil langkah kesiapsiagaan dan proaktif dalam menghadapi jangkaan El-Nino yang berpotensi meningkatkan risiko kebakaran hutan khususnya dalam tempoh cuaca panas dan kering. Dan pelbagai persediaan dan tindakan yang telah dirangka serta dilaksanakan oleh pelbagai agensi serta jabatan yang berkaitan, Kerajaan Negeri melalui Smart Disaster Management di bawah Inisiatif Smart Selangor telah menyediakan Smart Selangor Operation Center dan District Disaster Operation Center yang dioperasikan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan sembilan Pejabat Daerah dan Tanah dengan kerjasama Smart Selangor Delivery Unit Menteri Besar. Unit Pengurusan Bencana melalui SSOC beroperasi memantau indikasi petunjuk cuaca serta menyelaras komunikasi dengan DDOC dan pusat kawalan operasi bencana pusat dalam menangani kejadian bencana di Negeri Selangor. Jadi kerajaan Negeri turut juga melaksanakan pelbagai jenis langkah intervensi awal bagi memastikan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut dapat diminimumkan sepanjang tempoh cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino seperti berikut. Yang pertama, Kerajaan Negeri melalui Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor telah mempunyai alat kebakaran tanah gambut atau pun peat fire ext ditempatkan di Majlis Bandaraya Diraja Klang bagi membantu Jabatan Bomba dan penyelamat Negeri Selangor dalam operasi pemadaman kebakaran tanah gambut dan tapak pelupusan sampah haram. Alat ini juga digunakan oleh semua skuad pantas PBT negeri melibatkan kejadian berskala besar serta ketika pelaksanaan operasi. Keduanya, Jabatan Alam Sekitar Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan akan melaksanakan pemantauan dan penilaian risiko di kawasan tapak pelupusan sampah haram dan sekitar kawasan tanah gambut dan hutan simpan kekal yang sering terbakar.

Selain daripada itu pesawat pembadai agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersedia untuk membantu operasi pemadaman kebakaran di Hutan Simpan Kekal Hulu Langat Utara dan Selatan serta Hutan Simpan Kekal Raja Muda Kuala Selangor. Kerajaan melalui Lembaga Urus Air Selangor atau pun LUAS akan juga memastikan bekalan air mentah mencukupi melalui operasi pengepaman kolam air alternatif dan sekiranya perlu akan menjalankan operasi pembenihan awan. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor juga telah melaksanakan projek Sustainable Management of Land Eco-system Malaysia bertujuan menguruskan tanah gambut secara mampan dan bersepadu untuk memelihara sumber mengelak krisis dan kepakaran serta menjana faedah kepada generasi kini dan masa hadapan. Melalui pendekatan secara holistik dengan memperkasa tata kelola institusi, meningkatkan koordinasi di antara agensi dan juga apa yang penting termasuk lah penglibatan masyarakat setempat dan operasi pencegahan kebakaran tanah gambut turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dalam memastikan kebakaran tidak merebak dan kebakaran bersekala besar tidak berlaku.

Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker, saya kira Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dalam Sidang Pembukaan menyentuh soal pemeliharaan hutan simpan ini 31.7 % daripada keseluruhan Negeri Selangor dan Tuanku juga menyentuh soal penanaman semula pokok hampir 7.5 juta daripada 11 juta sasaran 2025 dan pada 10 hari bulan April telah berlaku kebakaran hutan serentak dalam masa 24 jam, 4 kawasan yang terbakar, cuma persoalan saya apakah ada satu sistem amaran yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dan apakah indikator-indikator yang digunakan sama ada mungkin asap haba, cahaya dan sebagainya supaya ia dapat dikesan daripada awal bukan sahaja hanya untuk menguruskan kebakaran melalui sistem kawalan pembakaran yang baru dan sebagainya dan apakah usaha bukan sahaja untuk memelihara tapi memulihara hutan-hutan yang terbakar ini yang telah terbakar ini supaya akhirnya kita dapat jadikan hutan ini sebagai sumber udara yang terbaik kepada Negara kita, terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih soalan yang, soalan tambahan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Sijangkang yang seperti saya katakan tadi sebenarnya kita mempunyai penyelarasan daripada Selangor State Operation Center ataupun SSOC ini merupakan satu pusat operasi negeri yang berfungsi sebagai penyelarasan utama bagi pengurusan bencana di Selangor melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jadi antara peranannya adalah menjadi pusat kawalan dan koordinasi ketika pemeliharaan bencana, ini termasuk bencana-bencana lain seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya. Jadi Operation Center ini juga akan mengumpulkan dan menyebarkan maklumat terkini dan secara dalam pelaksanaan yang terpantas kepada semua agensi-agensi yang terlibat kerana apabila berkaitan dengan isu pembakaran di hutan ini sebenarnya melibatkan pelbagai agensi termasuk Bomba, JPNS, PBT, Pejabat Daerah dan Tanah dan juga, jabatan-jabatan lain oleh sebab itu, tugas ini telah dijalankan oleh SSOC untuk menyelaraskan semua tindakan antara pelbagai agensi bagi memastikan semua agensi menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Selain daripada itu, saya juga ingin uar-uar kepada Ahli-ahli Dewan Negeri bahawa sekiranya ada kebakaran atau pun aduan mengenai kebakaran haruslah disalurkan yang paling penting adalah kepada Jabatan Bomba kerana Jabatan Bomba biasanya berpengalaman dan juga mempunyai ruang untuk menyelaraskan semua jumlah aduan daripada dari pelbagai agensi. Jadi saya inginkan sarankan juga kepada Ahli-ahli Dewan Negeri semua sekiranya terdapat apa-apa kejadian, laporkan seawal mungkin kepada Jabatan Bomba.

EXCO maksud saya adakah mungkin ada satu sistem secara digital mungkin sebagai satu amaran awal atau pun kita ke arah itu, supaya mungkin dia tidak kejadian kebakaran itu tidak merebak sehingga mungkin mendatangkan kesukaran apabila berlaku kebakaran yang agak serentak begitu, dan kita mempunyai tenaga-tenaga yang kurang untuk menguruskannya, terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Buat ketika ini, sistem kita lebih kepada pemantauan rondaan dan juga baru-baru ini daripada pelbagai agensi juga kita telah melakukan penambahan drone. Untuk sistem digital kita akan melihat semula kerana sistem digital itu buat ketika ini belum ada satu sistem yang boleh menghubungi semua agensi berkenaan namun kita akan melihat kembali kepada cadangan daripada Yang Berhormat Sijangkang.

Soalan tambahan, boleh? Terima kasih

Speaker

Soalan tambahan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, masih lagi dalam tajuk kebakaran hutan dan pencegahan ini, saya tertarik untuk bertanya dengan Yang Berhormat EXCO dari sudut dari kesediaan agensi-agensi yang Yang Berhormat EXCO maksudkan apabila berhadapan dengan situasi bencana kebakaran ini. Kalau bencana banjir kita dah biasa hadapi dan saya lihat ada penambahbaikan ada jawatankuasa tetapi untuk yang kebakaran ini kita lihat sebab kita bakal melalui satu fasa musim kering dan juga panas, jadi di Hulu Selangor sendiri saya lihat pasukan bomba ada dua balai sahaja di Bukit Sentosa dan juga di Kuala Kubu sedangkan keluasan hutan begitu luas, jadi adakah Kerajaan Negeri sudah pun lakukan satu penilaian dari sudut kemampuan agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka untuk menghadapi bencana kebakaran ini, dan adakah Kerajaan Negeri juga telah melakukan satu orang kata usaha atau pun inisiatif untuk membina pasukan-pasukan komuniti untuk turut terlibat dalam menghadapi situasi panas dan kering untuk menghadapi bencana kebakaran pada masa akan datang, terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam, sebenarnya daripada setiap agensi kita akan menjalankan penilaian daripada semasa ke semasa dan setiap penilaian adalah berbeza berdasarkan agensi. Sebagai contoh sekiranya JPNS akan melihat daripada segi apakah jenis fasiliti atau pun peralatan tambahan yang diperlukan untuk memastikan kita dapat mencegah atau pun menjalankan intervensi awal secara lebih awal seperti contoh JPNS melalui kerjasama dengan JPS telah membina 19 unit check dam ataupun 138 unit cannal block 20 unit dan sebagai ini adalah berdasarkan keadaan semasa. Daripada segi Jabatan Bomba pula, Jabatan Bomba sebenarnya mempunyai garis panduan dan guide line tersendiri. Setiap kawasan Jabatan Bomba sepatutnya boleh orang kata sampai ke kawasan itu dalam jangka masa 10 minit atau pun lebih kurang dan juga dia berdasarkan coverage dan saya juga tahu sebenarnya seperti yang ada dikatakan oleh Yang Berhormat Hulu Bernam selain daripada balai bomba yang ada, sebenarnya di bawah orang kata inisiatif daripada Jabatan Bomba sendiri mereka mempunyai satu inisiatif di mana setiap komuniti boleh menubuhkan komuniti sukarelawan

bomba tersendiri jadi dengan itu sekiranya, di kawasan yang memang orang kata ada risiko-risiko yang tinggi saya juga mencadangkan dan mengalu-alukan Ahli-ahli Dewan Negeri untuk sebagai wakil rakyat di kawasan untuk melihat sama ada, ada tak keperluan sebegitu untuk menubuhkan komuniti sukarelawan bomba dan boleh bekerjasama secara rapat dengan Jabatan Bomba dan balai bomba di kawasan tersebut.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, soalan seterusnya dari Yang Berhormat Rawang, tidak hadir.

Tuan Speaker, Peraturan Tetap 24(2) Sentosa nak ambil soalan 13, terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Simpanan Air SelangorQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

13. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah tahap 'reserve' margin bekalan air di Selangor pada masa ini?

b)

Apakah kapasiti simpanan air semasa dan jangkaan keperluan dalam lima tahun akan datang?

c)

Apakah projek atau pelan jangka panjang bagi memastikan bekalan air mencukupi?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sentosa mewakili Yang Berhormat Rawang, terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker, soalan yang dibangkitkan oleh Rawang ialah berhubung dengan isu atau aspek mengenai reserve margin bekalan air di Negeri Selangor, untuk makluman Yang Berhormat, margin rizab atau pun reserve margin bekalan air semasa adalah di sekitar 17.4 peratus, iaitu 1,130 juta liter sehari GLH berdasarkan kepada panduan margin rizab yang ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau SPAN, margin rizab air yang melebihi 15 peratus ini adalah dikategorikan sebagai tinggi ialah mana selesa, pada lebih daripada 15 peratus. Pada masa ini jumlah keupayaan pengeluaran air bersih daripada ke semua 34 Loji Rawatan Air atau pun LRA adalah 6,500 juta liter sehari manakala jumlah purata permintaan bekalan air sebenar dari pengguna adalah sebanyak 537juta liter sehari. Pada bahagian dua soalan ialah pertanyaan berhubung dengan kapasiti simpanan air semasa, sebagaimana yang saya sebutkan tadi peratus kapasiti simpanan air kita ialah bersamaan dengan reserve margin iaitu

17.4 peratus. Air Selangor, pengurusan Air Selangor menjangkakan keperluan peratusan kapasiti simpanan air atau reserve margin dalam jangka lima tahun akan adalah pada 20 % peningkatan, untuk lima tahun akan datang. Kerajaan Negeri melalui Air Selangor telah merancang serta melaksanakan pembinaan-pembinaan infrastruktur Loji Rawatan Air baru LRA yang baru bagi memastikan margin atau pun reserve margin kita ini sentiasa berada melebihi 15 %. Ini dibuat selaras dengan permintaan atau pun demand yang diperlukan bagi memenuhi keperluan masa depan. Berikut adalah senarai empat Loji Rawatan Air yang sedang dan akan dibina bagi memenuhi peningkatan permintaan bekalan air pengguna, ini loji baru, tambahan. Loji Rawatan Air Sungai Rasa peringkat 1 yang sedang dalam pembinaan berjumlah 700 juta liter sehari akan siap pada awal tahun 2027, Loji Rawatan Air Sungai Rasau peringkat 2, 700juta liter sehari akan siap beroperasi pada tahun 2031, Loji Rawatan Air Labohan Dagang fasa 2, 200juta liter sehari akan jangkaan siap pada tahun 2029, dan Loji Rawatan Air Langat 2 fasa 2, 760 juta liter sehari 2030 akan siap berjumlah keseluruhan tambahan 2,360 juta liter sehari.

Selain daripada pembinaan Loji Rawatan Air yang baru, pendekatan yang diambil oleh Selangor bagi juga menambah margin ialah dengan di bawah pelan yang melibatkan usaha-usaha inisiatif di bawah RNW atau pun berusaha air tidak berhasil ini itu melibatkan kerja-kerja bagi pelan perniagaan 30 tahun melibatkan kerja-kerja penggantian paip menaik taraf aset seperti rumah pam dan Yang Berhormat Bukit Gasing sebut, saya dengar kita akan pertimbangkan permohonan itu,kita memang dalam usaha untuk memperkukuhkan bekalan air, menaik taraf aset seperti rumah pam dan tangki serta paip agihan dan paip retikulasi air, menaik taraf loji Rawatan Air yang sedia adapun ada yang kita dalam cadangan untuk dinaikkan taraf meningkatkan kapasiti simpanan air dengan membina tangki dan kolam air yang baru serta merangka pelan ke saling hubungan atau pun di antara dua atau lebih sistem agihan bekalan air. Juga antara bagi langkah strategik dalam kita memastikan bekalan air kita terjamin untuk masa depan. Kita juga sedang mempertimbangkan Kerajaan Negeri bersama Air Selangor untuk kita mula memperkenalkan atau pun Loji Penyahkan Penyeragaman Air yang kita yakin adalah merupakan langkah strategik dalam mempelbagaikan sumber air juga antara lagi kita cadangkan sedang dalam penelitian ialah penggunaan kolam-kolam air yang banyak di Negeri Selangor yang dapat dihubung kaitkan dengan sistem sungai di bawah skim SORSS yang saya pernah sebutkan sebelum ini iaitu Selangor Off River Storage Scheme yang melibatkan lebih 185 kolam bekalan air yang di Negeri Selangor dan juga HORAS 3,000 yang juga dalam pelaksanaan ini antara beberapa perkara pendekatan yang kita ambil dalam kita menjamin sumber air begitu air di masa depan terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan Bukit Gasing dahulu.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya tertarik untuk mendengar bahawa Desalination Plant ini dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Boleh tidak Yang Berhormat bagi huraian apakah impak terhadap kos perkhidmatan air dan tarif air jika kita perkenalkan Desalination Plant kalau kita tengok Singapura, impak dia sangat tinggi terhadap tarif air.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih pada Bukit Gasing yang begitu berminat dengan teknologi barulah sebenarnya di negara kitalah bukan di negara lain, negara kita merupakan tarif baru iaitu Desalination Plant ini dan saya sebenarnya telah meneliti agak lama dah penggunaan Desalination Plant ini sebagai satu langkah strategik dalam mempelbagaikan sumber air sebab sekarang ini kita pergantungan air ialah pada sumber air surface water. Malah air bawah tanah pun kita jarang pakai sebenarnya di negeri Selangor, jadi kita tengok lagi sumber yang ada salah satunya ialah Desalination Plant atau pun loji penyahgaraman yang akan dicadangkan. Pada ketika sebelum ini untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kos untuk Desalination Plant ini tidak berbaloi, tidak ekonomi di negara kita. Ini kosnya tinggi tapi sepanjang berapa tahun ke belakang tahun ini kita dapati sama juga macam solar pada satu ketika dulu tidak kompetitif, dia tidak ada daya saing, kosnya tinggi tapi sekarang ini disebabkan production yang besar keperluan yang besar, telah menyebabkan kos solar cell atau pun solar punya panel dah murah dan boleh memenuhi keperluan tenaga. Sama juga dengan Desalination Plant, kos pengeluaran atau pun kos loji ini telah turun dengan agak ketara dan juga peningkatan dengan sedikit sebanyak pada tarif, sebenarnya sudah mula nampak macam ekonomik, boleh dilaksanakan di Negeri Selangor dan masih di peringkat kajian. Jikalau berjaya kita telah menerima beberapa cadangan termasuk lebih kurang 300 juta liter untuk air setakat ini, kapasiti yang sedang dicadangkan di dua tempat sebenarnya yang saya akan boleh sebutkan tapi kita akan buat keputusan muktamad mengikut dari segi aspek teknikal, dari segi strateginya dan juga dari segi koslah, dari segi kewajaran, dari segi ekonomik, dari segi business aspek dalam pelaksanaan itu, terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Batu Tiga.

Terima kasih Speaker dan juga terima kasih Yang Berhormat EXCO. Bila dibentangkan tadi saya percaya kita tidak akan ada masalah airlah berbanding dengan negeri lain Kedah dan sebagainya. Yang Berhormat saya tertarik bila Yang Berhormat sebut tentang penukaran paip yang kita akan berjaya mengurangkan ARW kita. Apakah akan ada juga dashboard seperti mana yang telah dilaksanakan di peringkat JPS, semua status projek di upload dalam dashboard supaya masyarakat dan rakyat boleh buat penilaian. Dan kita pun sebenarnya kami pun hendak tahu

bila berlaku sebarang perkara penukaran paip kita tidak dimaklumkan dan kita juga tidak tahu berapa tempoh pelaksanaan. Dan saya juga baru sempat tengok dalam satu media mungkin Yang Berhormat boleh juga kongsikan pada kita tentang Malaysia Book of Record di Langat 2, sebenarnya apa pencapaian yang kita peroleh daripada Malaysia Book of Record, kalau saya salah mohon betulkanlah, tapi saya terbaca di laporan Ogos tahun lepas, terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih pada Yang Berhormat Batu Tiga kerana soalan dan minat terhadap dalam isu pengurusan air kita ini. Memang saya perlu sebut di sini bahawa tentang Langat 2 ya. Langat 2 ini kita ada 2 fasa, satu yang fasa 1 yang dah siap dan beroperasi sepenuhnya sekarang ini. Kelewatan itu ini adalah disebabkan oleh sistem pipping pengagihan air dan dah selesai di seribu ratus lebih juta liter sehari. Yang saya cerita ini ialah untuk Langat 2 Fasa 2. Ini projek di bawah Kerajaan Persekutuan yang akan dilaksanakan dan kita telah ada perbincangan dengan pihak SPAN dan sebagainya dan juga PAP untuk pelaksanaan dan juga bawah PETRA untuk pelaksanaan bagi Fasa 2 yang akan berjalan dalam masa terdekat bagi menambah kapasiti yang saya sebutkan tadi ialah sekitar 760 juta liter air. Ini akan membantulah dari segi perancangan kita untuk 5 tahun akan datang dalam menambah bekalan air kita. Masalah sekarang ini dia akan melibatkan juga apa nama ini pelbagai aspeklah dari segi bekalan air daripada Pahang atau pun daripada Negeri Sembilan, itu sedang kita teliti bekalan air mentahnya untuk kita pastikan pelaksanaannya akan berjalan dengan baik.

Yang kedua tadi berkaitan apa, ya dashboard ini saya sudah umumkan dalam Dewan dulu yang kita akan mulakan dengan dashboard tentang projek-projek tebatan banjir itu pun telah siap dan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat pun boleh layari dalam laman sesawang JPS, di situ ada satu komponen disebut dashboard di situ semua boleh tengok projek tebatan banjir yang berlaku di peringkat mereka dan juga peratusan penilaian terhadap permasalahannya jika adalah akan dimasukkan di situ secara peringkat daerah dan peringkat DUN. Boleh diteliti dalam laman sesawang JPS di bawah dashboard Dan saya telah minta Jabatan atau pun agensi yang berkaitan yang banyak terutama projek-projek besar ini supaya termasuk JKR dan juga Air Selangor untuk menyediakan dashboard yang serupa supaya dapat kita lihat terutama Air Selangor ini tentang penggantian paip sebab dia banyakkan. Tahun ini sahaja, tahun lepas pun sudah 200 kilometer lebih hampir 300 kilometer jadi kita tentulah mahu lihat banyak tempat-tempat yang terlibat dengan penggantian paip ini. Dan saya telah minta dan saya harap saya akan pantau supaya mereka dapat selesaikan dalam masa terdekat, nanti saya akan buat pengumuman untuk dashboard bagi Air Selangor dan juga JKR, projek-projek JKR, terima kasih.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya kira rizab banci ini sangat bergantung pada sumber air mentah dan kita

pernah mengalami masa kemarau ketidakcukupan air mentah dan seperti mana yang disebutkan oleh Speaker tadi bahawa kita sudah mengenal pasti lebih daripada 140 kolam-kolam bekas kolam lombong dan sebagainya ini dan sebahagian ini bukannya river of, agak jauh tetapi saya berasa sudah tiba masanya untuk mengenal pasti semua kolam-kolam yang di bawah Kerajaan Negeri dan ia dijadikan sebagai real operasi supaya kita boleh bersedia apabila berlaku kemarau, ketidakcukupan kepada sumber empangan dan sebagainya dengan peruntukan yang saya kira cukup besar hasil daripada charge air ini. Boleh digunakan untuk membangunkan kolam-kolam ini. Apa mungkin komen daripada EXCO, terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tepat sekali apa yang dibangkitkan oleh Sijangkang tadi, ini memang yang saya selalu sebutkan selama ini tidak pernah dibuat bancian berhubung dengan sistem kolam atau pun tasik-tasik yang ada, yang sebenarnya boleh dimanfaatkan dalam dua keadaan sebagai penampan untuk banjir dan juga ketika kemarau. Ini yang kita bawa di bawah program yang kita sebut SORSS itu Selangor of Riverse Storage Scheme ini merupakan satu sistem yang kita sedang bangunkan yang akan buat kluster. Saya bagi contoh kalau dekat Sungai Klang, dia ada 3 kolam dekat situ, kita akan cantumkan makna dia ada sistem pipping untuk mereka akhirnya ke sungai juga sebab apa kalau kita membuat andaian kawasan itu akan berlaku musim hujan, maka kita akan kurangkan kapasiti dia ke sungai dan dia akan mula menyerap sebahagian daripada, ini ialah dwifungsi yang kita sedang dalam proses pelaksanaan dari segi teknikal. Dan ketika berlaku kemarau ini boleh juga digunakan sebenarnya untuk meningkatkan tahap atau pun level air di sungai-sungai kita. Jadi ini kajian ini kita buat secara menyeluruh dan 185 ini tidak termasuk kolam-kolam takungan banjir atau pun kolam-kolam horast yang sedia ada, tidak masuk. Ini adalah lain daripada apa yang sedang digunakan oleh Air Selangor, ini di luar daripada itu, makna lebih banyak lagilah sebenarnya kolam-kolam tasik yang ada di Selangor ini yang sedang kita buat. Kita sudah buat audit kualiti airnya pun tidak berada di dalam keadaan yang memuaskan sebenarnya walaupun dia banyak lama duduk dalam kolam, tapi memuaskan tidak ada pencemaran sebenarnya pada kolam-kolam ini dan boleh dimanfaatkan segera. Cuma sistem itu hendak dijadikan sebahagian sistem sungai itu memerlukan sedikit kos dan Insya Allah LUAS, kita sedang meneliti untuk mendapatkan bajet atau peruntukan yang sesuai bagi pelaksanaan projek yang saya sebutkan tadi.

Timbalan Speaker

Soalan lisan seterusnya Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Keberkesanan Program Pemberdayaan WanitaQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

14. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-a)

Apakah indikator yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menilai keberkesanan program pemberdayaan wanita?

b)

Berapa peratus wanita yang benar-benar mendapat manfaat daripada program-program ini?

c)

Apakah usaha kerajaan untuk memastikan penyertaan golongan wanita minoriti seperti OKU dan Orang Asli?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku soalan yang berkaitan indicator yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menilai keberkesanan program Pemberdayaan Wanita. Bagi soalan tersebut Kerajaan Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor menggunakan beberapa indikator prestasi utama atau pun KPI yang bersifat kualitatif dan kuantitatif. Antara pertama adalah pencapaian sasaran kepimpinan di mana sasaran sekurang-kurangnya 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam organisasi dan masyarakat melalui program yang kita sebutkan sebagai Sidang Wanita Selangor atau pun SIWANIS. Yang kedua adalah mobiliti jawatan di mana keupayaan graduan program seperti akademik kepimpinan wanita AKW dan SIWANIS untuk mengisi jawatan penting seperti Ketua Kampung, Penyelia Pusat Wanita Berdaya, Ahli Majlis atau Pengerusi Pertubuhan di komuniti. Dan yang ketiga adalah peningkatan kemahiran ekonomi iaitu keupayaan wanita terutama golongan B40 menjana pendapatan yang lebih mampan melalui bengkel kemahiran di peringkat DUN melalui program Usahanita Digital dan pemberdayaan ekonomi Pusat Wanita Berdaya (PWB). Perkara keempat adalah penyertaan tenaga buruh di mana peningkatan jumlah wanita yang kembali bekerja melalui program Carier Come Back Programme dan Karnival Kerjaya Wanita. Dan kelima adalah penginstitusian genders menstruman itu keupayaan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) mengintegrasikan belanjawan responsif genders budgeting dan pelan tindakan gender dalam perancangan mereka.

Bagi soalan (b), berapa peratus wanita yang benar-benar mendapat manfaat daripada program-program ini? Pada tahun 2025, sejumlah 66,286 orang penerima manfaat dari kalangan wanita Selangor telah direkodkan terlibat secara langsung dalam semua program inisiatif dan aktiviti yang telah dilaksanakan di peringkat negeri dan juga di peringkat DUN serta komuniti. Bagi soalan (c), Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor dan Pusat Wanita Berdaya sentiasa berusaha untuk memastikan penyertaan semua golongan wanita di negeri ini dalam program-program yang dilaksanakan di seluruh negeri termasuk kumpulan

minoriti seperti wanita OKU dan orang asli. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan modul pengarusperdanaan gender atau pun genders manstuming sebagai salah satu usaha bagi memastikan tiada kelompok yang tertinggal daripada menerima manfaat daripada Kerajaan Negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga November 2025 yang lalu, sebanyak 11 Jabatan atau pun agensi Kerajaan telah pun menjalani latihan kapasiti dan membangunkan pelan tindakan gender di peringkat Jabatan atau agensi masing-masing bagi menyantuni semua kumpulan sasar yang terlibat. Daripada projek ini akan dibangunkan juga manual pengarusperdanaan gender sebagai dokumen rujukan untuk diperturunkan ke semua jabatan atau agensi dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan dasar inklusif yang lebih meluas. Di samping itu, pihak Wanita Berdaya Selangor akan turut memperluaskan latihan pembangunan kapasiti ini kepada semua pemimpin wanita di peringkat komuniti seperti Ketua Kampung, Penyelia PWB, Ketua Komuniti India, Penggerak Belia Selangor bagi memastikan setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan mampu menarik penyertaan kumpulan wanita minoriti khususnya wanita OKU dan orang asli.

Wanita Berdaya Selangor juga akan turut meneroka kerjasama erat dengan agensi yang bertanggungjawab seperti pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Tindakan OKU Selangor, Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) dan juga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi mengenal pasti demografi kumpulan sasar yang berkenaan untuk disantuni dalam program-program yang dilaksanakan oleh pihak PWB di setiap DUN.

Timbalan Speaker

Ada soalan tambahan.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Permatang amat menyokong dan kita sangat berminat dengan segala bentuk program dalam pemberdayaan wanita kerana Permatang percaya wanita yang berdaya bukan sahaja penting untuk ekonomi keluarga dan juga tulang belakang komuniti. Namun begitu kita lihat di luar bandar khususnya wanita-wanita ini mempunyai kekangan seperti contoh akses yang terhad bukan sahaja dari segi modal juga dari segi teknologi dan maklumat dan juga kesukaran menembusi pasaran yang terhad di kawasan luar bandar. Jadi Permatang ingin bertanya apakah ada mekanisme khusus yang telah atau pun akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan program-program Pemberdayaan Wanita ini memberi impak khusus kepada golongan wanita di luar bandar yang berdepan dengan kekangan-kekangan akses, modal dan juga pasaran ini tadi dan bagaimana Kerajaan dapat memastikan

program-program Pemberdayaan Wanita yang dilaksanakan ini dapat dilaksanakan secara adil, inklusif dan tidak di monopoli oleh mana-mana kumpulan atau saluran parti politik yang tertentu.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Permatang, saya kira dalam tahun 2025 ada banyak program yang telah kita jalinkan kerjasama antaranya adalah bersama dengan TalentCorp iaitu satu program kita namakan “Career Comeback Programme” di mana untuk demography seperti di anjung utara atau pun di kawasan luar bandar penyesuaian dilakukan iaitu program berasaskan asas tani sebagai contoh dan kemahiran yang kita berikan adalah supaya pendedahan kepada wanita-wanita yang terlibat dalam Program Usahawanita contohnya dan kita juga melihat dan mengenal pasti akses untuk menembusi pasaran lalui akses digital atau pun internet itu kita akan kenal pasti dan saya tidak menolak untuk bekerja sama dengan Portfolio Seri Setia untuk berkaitan akses telekomunikasi dan program ini akan diteruskan lagi apabila kita mengenal pasti berdasarkan data dengan izin data driven dan evidence based melalui kajian, kaji selidik kepada kesesuaian menurut demography.

Bagi soalan kedua untuk berlaku adil tidak terpilih dan saya kira pengagihan sumber-sumber tersebut kita lakukan melalui Pusat Wanita Berdaya dan kerjasama dengan Pusat-Pusat Khidmat DUN dan wakil-wakil komuniti dan sudah pasti agensi-agensi akan kita gerakkan supaya sumber-sumber tersebut dapat diagihkan secara saksama.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan, Seri Serdang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan Pemberdayaan Wanita di bawah PWB seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, kita sedang menghadapi krisis global dan titik panas itu akan berlaku mungkin dalam bulan lapan atau bulan sembilan. Apakah usaha-usaha atau pun ada program-program tertentu yang telah dirancang oleh PWB untuk membantu wanita-wanita khususnya di kawasan-kawasan dalam mendepani cabaran krisis global yang melibatkan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih. Dalam Perancangan Sasaran Kerja Utama tahun 2026 melalui Wanita Berdaya Selangor kita telah mensasarkan jelajah wanita kelima daerah utama untuk bagi Tahun 2026 dan kita akan sesuaikan supaya jelajah tersebut bukan sahaja menturunkan dasar inisiatif tetapi saya akan mengarahkan supaya Pakej Rangsangan Ekonomi atau pun untuk wanita Selangor tahan uji contohnya untuk program Career Comeback atau Upskilling meningkatkan kemahiran supaya dari segi daya

tahan isi rumah dan sebagainya yang mungkin terkesan sekitar dua hingga tiga bulan akan datang akan dapat kita perkukuhkan dan saya tidak menolak bahawa ibu atau pun isteri merupakan tunggak kepada pengukuhan domestik yang mana kita tidak menolak bahawa sekiranya berlaku pemberhentian kerja kepada break winner atau pun suami yang akan terkesan juga adalah seluruh isi rumah. Di dalam usaha untuk menekankan kepentingan bukan sahaja ekonomi tetapi adalah kesihatan mental yang mana saya ingin mengajak semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini mengajak seluruh isi keluarga kita sama ada suami dan juga isteri untuk memastikan perkongsian tanggungjawab itu berlaku dengan saksama dan komunikasi itu berlaku dengan telus supaya kita tidak meletakkan beban hanya kepada satu pihak sahaja. Terutama apabila polisi untuk bekerja dari rumah itu telah dilaksanakan dan kita ambil pengajaran daripada COVID-19 iaitu ketika perintah PKP disebabkan arahan bekerja dari rumah memunculkan wajah sebenar atau pun keadaan kesihatan mental yang makin meningkat malah kita tidak menolak boleh berlaku penceraian, berlaku isu keganasan rumah tangga dan ini kita perlu kekang dari awal bukan sahaja tentang ekonomi tapi tentang kesihatan mental dan keutuhan rumah tangga.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan Speaker.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tambahan.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Sungai Ramal, Sungai Ramal... soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Saya bagi Kampung Tunku dulu, dia bangun dulu tadi.

Timbalan Speaker

Bagi laki-lakilah untuk membantu wanita.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tak apa, dia bangun dulu Kampung Tunku bangun dahulu.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Yang Berhormat soalan saya pendek sahaja. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang menyeluruh cuma yang saya perhatikan daripada program di PWB dan juga Wanita Berdaya Selangor penyertaannya lebih kepada wanita berumur 30 atau pun 35 tahun ke atas so apakah usaha Kerajaan Negeri untuk recharge dengan izin kepada wanita Gen-Z. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih maklum balas tersebut saya juga memerhatikan perkara yang sama dan kita tidak menolak untuk kerjasama dengan PEBS supaya penyelia-penyelia wanita berdaya kita yang sebelum ini pasaran tumpuannya

adalah berumur 35 tahun ke atas akan ada kerjasama dengan Penggerak Belia Selangor khususnya kepada wanita muda, wanita Gen-Z dan dalam program-program berkaitan “Career Comeback” atau pun Kembali Bekerja saya kira kita perlu melihat sub segmen wanita itu pelbagai meskipun wanita muda di bawah 35 tahun pastinya adanya pecahan-pecahan yang lebih spesifik yang memerlukan tumpuan program yang berbeza mengikut kesesuaian permintaan segmen tersebut.

Timbalan Speaker

Sungai Ramal, soalan tambahan terakhir.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Speaker memberi penghormatan kepada saya Yang Berhormat EXCO. Satu segmen wanita masyarakat yang mungkin sedikit tertinggal adalah mereka yang hadapi kes rumah tangga, menjadi ibu tunggal kemudian memelihara anak-anak kelainan upaya dan ada yang memelihara lebih daripada seorang anak kelainan upaya. Bagaimana kita boleh memperkasakan wanita ini untuk menjadi seorang yang berdaya tahan yang kuat dan membawa mereka terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Kerajaan yang saya bimbang ialah bila kita mengajak mereka keluar mereka tak mahu terlibat kerana memikirkan serius anak-anak yang mereka jaga itu didahulukan daripada yang lain, mohon penjelasan.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Saya kira topik ini kita boleh bahas mungkin dalam wacana yang lebih panjang. Topik ini termasuk dalam perkara care economy atau pun ekonomi penjagaan di mana atau pun persilangan antara wanita, krisis rumah tangga dan carer atau pun penjaga kepada anak yang memerlukan tumpuan khas itu iaitu OKU. Jadi, dalam Dasar Ekonomi Penjagaan, Kerajaan Negeri melihat perlunya kita memberikan bantuan kepada carer sebagai contoh dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk BINGKAS 3.0 kita mungkin akan tingkatkan syarat atau pun kriteria di mana bagi mereka yang mempunyai syarat atau pun kriteria anak OKU kita boleh berikan kelonggaran untuk memberikan bantuan BINGKAS RM300 sebulan itu disebabkan dengan bantuan itu agak meringankan dari segi beban yang lain-lain.

Manakala untuk keterlibatan wanita yang mempunyai penjagaan kepada anak OKU, Kerajaan Negeri dalam kerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membangunkan satu projek rintis iaitu dipanggil Respade Wellness Hub di mana Respade Wellness Hub ialah satu premis di mana carer atau pun mungkin wanita tersebut boleh meninggalkan anak yang dijaga atau pun warga emas yang perlu ditinggalkan sementara mungkin 3 hingga 4 jam seperti day care center dan kemudian melibatkan diri dalam aktiviti atau pun menguruskan hal-hal peribadi iaitu running the areas dengan izin supaya masa tersebut yang berkualiti itu akan meningkatkan kapasiti mereka atau pun khususnya wanita tersebut. Jadi saya kira ada dua perkara, satu bantuan tunai untuk kebajikan dan yang kedua adalah untuk pembangunan kapasiti iaitu membangunkan satu premis untuk kita tempatkan secara sementara atau pun secara day care kepada anak-anak OKU atau pun warga emas.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sekejap ya Batu Tiga. Dewan mengalu-alukan lawatan dari Persatuan Pendemokrasasiah Sosial Malaysia (SocDem Malaysia) bersama dengan Telesosialiti UITM Course Tuition King MSU the Back Cloud dan Malaysia Law Student Network yang diketuai Encik Chia Lin Sen yang diatur oleh Yang Berhormat Bukit Gasing dan juga seramai 14 orang dari Majlis Belia OKU Malaysia yang diketuai oleh Encik Mohamad Ghazali Othman, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia dan diatur oleh Yang Berhormat Batu Tiga dan seramai 7 orang dari PKM Sekinchan, Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam yang diketuai Encik Wong Ah Chiah, diatur oleh Yang Berhormat Sekinchan. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Silakan Batu Tiga.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 15?

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Program Penanaman 11 Juta Pokok Negeri SelangorQuestions

15. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah strategi menyeluruh yang digariskan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan sasaran penanaman 11 juta pokok tercapai?

b)

Nyatakan jumlah pokok yang telah berjaya ditanam setakat ini.

c)

Adakah kerajaan mengambil tindakan pokok yang berisiko terutama di kawasan jalan raya?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih soalan yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Batu Tiga mengenai Inisiatif Penanaman 11 Juta Pokok pada ketika ini. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat terlebih dahulu izinkan saya menjunjung setinggi-tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengiktirafan Tuanku terhadap komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha pemeliharaan hutan dan kelestarian alam sekitar seperti yang di zahirkan dalam titah ucapan Tuanku. Tahap keluasan hutan simpan sebanyak 31.7 serta 7% serta kemajuan program penanaman pokok yang kini berada di dalam kini berada di landasan yang tepat mencerminkan kesungguhan dan

keprihatinan semua pihak dalam memastikan warisan alam ini terus terpelihara untuk generasi yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, izinkan saya menjawab pertanyaan yang dikemukakan, yang pertamanya adalah mengenai strategi. Strategi menyeluruh yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran 11 juta pokok adalah dengan melibatkan kerjasama daripada semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Pejabat Daerah dan Tanah serta kolaborasi dengan pelbagai agensi sama ada daripada pihak awam atau pun swasta serta menggalakkan penyertaan sekolah, badan-badan bukan kerajaan dan korporat melalui CSR bagi menanam pokok di kawasan lapang dalam usaha penghijauan kawasan. Dan ini bukan sahaja melibatkan penanaman semula pokok di kawasan hutan, tetapi melibatkan juga penghijauan kawasan bandar, tebing sungai dan persisiran pantai. Dan selain daripada itu, Kerajaan juga telah ingin memastikan kesinambungan agenda penghijauan, menetapkan sasaran baharu untuk 2026 dan di antaranya adalah setiap PBT, PDT dan setiap jabatan serta agensi kerajaan diseru menanam sekitar 100 ribu pokok sepanjang tahun bagi mencapai sasaran keseluruhan iaitu 11 juta pokok seperti dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor juga telah merekodkan penanaman sebanyak 2,502,911 batang pokok, manakala PBT dan PDT merekodkan penanaman pelbagai jenis pokok dan tanaman sebanyak 5,547,100 dengan jumlah keseluruhan terkini adalah sebanyak lebih daripada 8 juta pokok yang Program Penanaman Pokok ini masih diteruskan di semua peringkat dan JPNS akan menyelaras semua maklumat berkaitan dengan penanaman yang telah ditanam oleh pelbagai pihak sama ada daripada agensi kerajaan, IPTA, IPTS, sekolah-sekolah dan sebagainya dan ini juga termasuk antara kerjasama dengan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim. Supaya kita dapat menyelaraskan pencapaian jumlah penanaman pokok secara keseluruhan dan pelbagai spesies pokok juga telah ditanam sebagai contoh pokok ramen, bakau kurap, bakau minyak ramen, meranti, meranti tembaga, merawan siput jantan, geronggang derong dan sebagainya oleh pihak JPNS dan manakala daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah pula telah menanam lebih kepada jenis pokok hiasan dan landskap seperti pokok bunga tanjung, tekoma, persida bunggul, kayu manis, bunga raya, siantan, cempaka kuning dan sebagainya. Kerajaan menerusi JPNS dan PBT memantau dan menyelenggara pokok-pokok di bawah seliaannya dan JPNS mengambil tindakan pemantauan dan penyelenggaraan kepada pokok yang berisiko yang berbahaya terutamanya di kawasan hutan simpanan. Di PBT pula menggunakan Garis Panduan Landskap Negara Edisi 2.0 yang dibangunkan oleh Jabatan Landskap Negara sebagai panduan dalam penentuan jenis pokok dan tanaman landskap yang bersesuaian serta kaedah penyelenggaraan yang dicadangkan bagi memastikan pokok-pokok di bawah seliaan dapat terpelihara.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat terima kasih atas jawapan yang diberikan, sedikit saya merujuk dan membaca mengenai penanaman pokok bakau yang juga akan membantu meningkatkan ekosistem dan menyelamatkan ekosistem di kawasan persisiran pantai. Tapi di Batu Tiga tidak ada pantai Yang Berhormat. Cuma saya nak mention tentang Sungai Klang, sekarang ini sedang giat dibuat projek pedalaman oleh SMG. Apakah mungkin Yang Berhormat boleh bekerjasama dengan SMG untuk kita juga lihat persisiran sepanjang tebing Sungai Klang ini selepas dilaksanakan pengorekan? Kalau Yang Berhormat turun sekarang ini pun memang nampak keadaannya memang sangat tidak cantiklah sebab dia kita buat pelebaran dan juga kita buat pedalaman tapi kawasan itu tidak di selenggara dengan baik. Mungkin saya boleh mencadangkan kepada Yang Berhormat juga melihat kepada sepanjang pesisiran ataupun tebing-tebing sungai kita ini supaya boleh dicantikkan semula sebab itu adalah kawasan laluan utama. Laluan LKSA kemudian kita akan siap Uptown Shah Alam dan kawasan jajaran ini panjang sampai ke Pelabuhan Klang. So mungkin Yang Berhormat juga boleh lihat kawasan tebing sungai juga boleh kita cantikkan dan sekali gus kita menguatkan kawasan tebing itu supaya tidak ada hakisan yang melampau selepas daripada itu. Terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Baik, terima kasih atas cadangan Yang Berhormat, kita akan meneliti semula. Cuma saya juga ingin mengambil ruang ini untuk juga menguarkan kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri sekiranya ada kawasan-kawasan berkaitan yang kita boleh usahakan dengan penambahan pokok-pokok tidak kiralah dari sama ada dari segi masih mempunyai ruang ataupun bagi mencantikkan kawasan tersebut boleh dimaklumkan kepada pejabat saya, supaya pusat adaptasi perubahan iklim boleh selaraskan perkara ini.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Jeram.

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih. Soalan saya nombor 16.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Prestasi Pembangunan Kemudahan AwamQuestions

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

16. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapa jumlah syarikat atau kontraktor yang pernah gagal menyiapkan projek-projek Kerajaan Negeri di dalam DUN Jeram?

b)

Adakah Kerajaan Negeri telah menyenarai hitam (blacklist) syarikat atau kontraktor yang gagal ini?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat Jeram yang bertanyakan soalan tentang Prestasi Pembangunan Kemudahan Awam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan semakan di peringkat Majlis Perbandaran Kuala Selangor, tiada syarikat ataupun kontraktor yang didapati gagal menyiapkan projek-projek Kerajaan Negeri di dalam DUN Jeram setakat ini. Sehubungan itu, tiada syarikat atau kontraktor yang di senarai hitam bagi projek-projek Kerajaan Negeri di DUN Jeram. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa memantau, memantau prestasi pelaksanaan projek secara berkala bagi memastikan setiap projek disiapkan mengikut skop kerja, tempoh masa dan standard yang ditetapkan. Untuk maklumat tambahan kepada Yang Berhormat, sekiranya terdapat kontraktor yang gagal melaksanakan kerja atau gagal menyiapkan projek mengikut kontrak, tindakan akan diambil berdasarkan prosedur dan SOP perolehan yang sedang berkuat kuasa. Antara tindakan yang boleh dipertimbangkan termasuklah satu, mengeluarkan teguran atau notis peringatan kepada kontraktor, itu yang pertama. Yang kedua, memanggil kontraktor untuk memberi penjelasan berhubung kelewatan atau kegagalan pelaksanaan kerja. Yang ketiga, melaksanakan pemantauan tapak dan penilaian prestasi kontraktor. Yang keempat, mengenakan tindakan kontrak seperti pemotongan bayaran, potong bayaran tuntutan ganti rugi tertentu atau menamatkan kontrak tersebut tertakluk kepada terma perjanjian yang berkuat kuasa. Lima, menyenaraikan kontraktor bermasalah untuk tindakan lanjut. Enam, mencadangkan tindakan senarai hitam, seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jeram sekiranya kegagalan tersebut serius dan memenuhi syarat di bawah peraturan perolehan yang berkuat kuasa.

Kerajaan Negeri juga akan memastikan rekod prestasi kontraktor dikemas kini supaya hanya kontraktor yang mempunyai keupayaan rekod kerja yang baik dan bertanggungjawab diberi pertimbangan dalam projek-projek Kerajaan Negeri pada masa hadapan. Yang gagal, yang selalu buat hal, kita senarai hitam dan tidak akan kompromi dalam konteks ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker. Daun keladi daun palas, soalan nombor 17.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. SabdaQuestions

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

17. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah peningkatan pendapatan penduduk di utara Selangor bagi tahun 2025 berbanding 2021 setelah wujud SABDA?

b)

Apakah pula data peningkatan aktiviti pembangunan di utara Selangor bagi tahun 2025 berbanding 2021?

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Yang Berhormat ada bertanya berapakah peningkatan pendapatan penduduk di utara Selangor bagi tahun 2025 berbanding 2021 setelah wujud SABDA? Dan soalan yang kedua, apakah pula data peningkatan aktiviti pembangunan di utara Selangor bagi tahun 2025 berbanding tahun 2021?

Tuan Speaker, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu DOSM, secara keseluruhan terdapat peningkatan pendapatan penduduk di Sabak Bernam dari tahun 2021 hingga tahun 2025 iaitu sebanyak 35.71% secara purata. Peningkatan ini didorong oleh perkembangan penjanaan aktiviti ekonomi tempatan yang berpotensi tinggi khususnya di dalam sektor agro pelancongan. Kewujudan lebih banyak rumah inap desa, pembangunan kemudahan asas di kawasan pelancongan berasaskan alam semula jadi, pengenalan lebih banyak elemen kampung warisan dan keunikan makanan tempatan telah berjaya menarik ramai pelancong untuk datang ke Sabak Bernam. Jumlah pelancong pada tahun lepas iaitu telah meningkat sebanyak 74% berbanding tahun 2024 iaitu seramai 71,414 orang pelancong berbanding 41,032 orang sebelumnya. Sektor ini telah mampu menjana pulangan keuntungan dan kitaran ekonomi tempatan kepada usahawan dan para peniaga daerah di Sabak Bernam. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri cakna terhadap penurunan pendapatan pesawah daripada hasil tuaian padi berikutan serangan penyakit dan perosak tanaman padi terutamanya ulat pengurik batang dan peningkatan kos operasi yang meningkat sejak kebelakangan ini menyebabkan purata pendapatan pesawah masih rendah. Mengambil kira pentingnya, pentingnya sektor pertanian ini, terdapat beberapa keterjaminan makanan dan merealisasikan Sabak Bernam sebagai kota agropolitan serta mengambil kira cabaran ekonomi semasa, Kerajaan Negeri di dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 16 April 2026 telah

memperkenalkan bantuan sokongan sektor pertanian sebanyak RM25 juta. Bantuan yang akan bermula pada bulan Jun 2026 ini akan menyediakan bantuan tunai RM500 setiap hektar kepada 18,000 pesawah untuk satu musim tanaman. Bantuan RM450 setiap bulan dalam bentuk nilai input pertanian kepada 4,000 petani dan 3,500 penternak dan 350 pengusaha akuakultur. Sektor perikanan juga tidak ketinggalan, sebanyak RM300 sebulan diperuntukkan selama 6 bulan kepada 2,000 nelayan sebagai subsidi diesel untuk mereka memancing.

Tuan Speaker, di dalam terus memperkasa pertumbuhan ekonomi tempatan di peringkat akar umbi, Kerajaan Negeri turut mengambil langkah untuk memperkasa ekosistem gerakan koperasi di Selangor. Mengambil kira sektor koperasi ini adalah perniagaan yang berasaskan perkongsian dalam kalangan ahli dan keuntungan yang dijana dapat meningkatkan pendapatan rakyat di peringkat akar umbi. Untuk itu, Kerajaan Negeri dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan juga memperkasakan usahawan koperasi Selangor khususnya di dalam sektor peruncitan dan logistik dengan geran sebanyak RM6 juta melalui Koperasi Warga Hijrah Selangor. Selain itu, di dalam Belanjawan 2026, YAB Dato’ Menteri Besar turut mengumumkan Pembangunan Pusat Pengumpulan Hasil Tani koperasi Negeri Selangor di Sabak Bernam sebagai projek rintis di dalam menyediakan platform pasaran kepada produk usahawan koperasi di peringkat akar umbi kepada pengguna dengan harga yang berpatutan dengan minimum intervensi atau manipulasi daripada manipulasi orang tengah di dalam pasaran. Besarlah harapan Kerajaan Negeri agar dasar inisiatif dan langkah intervensi yang diperkenalkan ini dapat membantu meningkatkan tahap pendapatan penduduk di Sabak Bernam secara mampan ke arah membangun Sabak Bernam berasaskan keupayaan potensi ekonomi tempatan sebagai desa sejahtera yang maju dan lestari.

Tuan Speaker, bagi soalan kedua, sememangnya terdapat peningkatan aktiviti pembangunan secara aktif bagi tahun 2021 hingga tahun 2025 khususnya di dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi eko-agro pelancongan dan pertanian di Sabak Bernam. Antara pembangunan di Sabak Bernam yang dipacu oleh Kerajaan Negeri sama ada melalui peruntukan kerajaan, anak syarikat ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut. Pertama, pembinaan sebanyak 188 unit Rumah Idaman Kasih oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di atas tanah seluas 25 ekar. Kedua, penaiktarafan Kelong Paradise dan jeti. Ketiga, penaiktarafan Pusat Konservasi Kelip-kelip Sungai Panjang. Yang keempat, menaik taraf Pantai Bumi Hijau yang telah dimasukkan dalam Rancangan Tempatan MDSB 2035 iaitu penggantian dan akan dilaksanakan melalui Pelan Tindakan Khas Pengukuhan Pelancongan bagi kawasan-kawasan tersebut dalam tempoh perancangan sehingga tahun 2030. Kelima, penaiktarafan Pantai Batu 23, Sungai Nibong. Keenam, penaiktarafan Pantai BNO melalui Pelan Tindakan Khas Anjung Segara Pantai BNO. Ketujuh, projek Smart Selangor Agro-Farming SSAF sebagai Sungai Air Tawar di mana beberapa tanaman kontan dan buah-buahan telah di tanam di kawasan ini untuk dijadikan sebagai tanaman yang mampu untuk memberikan pulangan jangka pendek untuk

penanaman kelapa hybrid untuk jangka panjang dan yang kelapan, pelancaran fasa pertama pembangunan Projek Pelabuhan Pendaratan Bersepadu Selangor iaitu SILP Sekinchan pada Jun 2025. Bagi teruk melonjakkan pembangunan SABDA, Kerajaan Negeri melalui Belanjawan 2026 telah menyediakan peruntukan RM5 juta bagi memangkin tiga projek iaitu Pembangunan Pusat Hasil Tani Koperasi Negeri Selangor di Air Manis. Kerja-kerja permulaan membaik pulih Rumah Rehat Sabak Bernam (RRSB) dan pembangunan kemudahan asas Pantai Bumi Hijau yang ini anak syarikat PNSB turut komited untuk membangunkan kawasan rehat dan rawat RNR Air Manis dan majlis pecah tanah bagi RNR Air Manis Pusat Pembangunan Hasil Tani Koperasi Negeri Selangor akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 25 April, hari Sabtu ini. Pada sebelah petang ini juga YAB Dato’ Menteri Besar akan turut melancarkan pembangunan fasa pertama industri hiliran hasil laut dan agro makanan Sungai Lang oleh MBI Selangor.

Tuan Speaker, segala agenda pembangunan ini turut disokong oleh projek infrastruktur awam seperti projek perumahan dan penaiktarafan jalan raya utama dalam menyediakan Sabak Bernam sebagai desa maju yang berdaya huni. Antaranya ialah pembinaan jambatan kedua Sungai Air Tawar, Hutan Melintang yang dijangka siap pada September 2027 dengan kos pembinaan RM222 juta. Cadangan projek pembinaan jambatan ketiga Sungai Panjang, Sungai Samak dan pembinaan Lebuh Raya WCE yang menjadi gerbang gateway kepada daerah Sabak Bernam. Daripada aspek perancangan tempatan pula, Majis Daerah Sabak Bernam telah mengambil beberapa langkah melalui perancangan tempatan Pelan Tindakan Khas, misalnya Pelan Tindakan Denai Pelancongan Parit Timur, Sungai Besar yang telah disiapkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak PLANMalaysia Selangor, serta status tanah berkenaan kini sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya di bawah MOTEC. Selain itu terdapat banyak juga projek pembangunan yang telah dan sedang dibangunkan oleh pemaju swasta. Misalnya, terdapat peningkatan ketara secara positif projek perumahan iaitu daripada 222 buah pada tahun 2021 kepada jumlah keseluruhan 819 buah di dalam tempoh 5 tahun yang lepas. Antaranya projek yang berada di dalam fasa pembangunan oleh pemaju swasta adalah pembangunan kawasan perindustrian Pancang Bedena oleh GSM Sdn. Bhd. seluas 8 ekar yang menyediakan 30 unit industri teres dan 3 unit industri sesebuah dan pembangunan 425 unit rumah oleh GHH Sdn Bhd di kawasan seluas 38 ekar di Air Manis. Peningkatan projek pembangunan oleh pemaju swasta ini mencerminkan keyakinan pelabur kepada agenda pembangunan dan prospek pertumbuhan ekonomi di Sabak Bernam iaitu SABDA. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perundingan Sabak Bernam (SBCC) juga yang diuruskan dan diurus seliakan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Perbandaran (MBI) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri akan terus menerokai peluang baru di dalam melonjakkan pembangunan ekonomi eko- pelancongan dan keterjaminan makanan di Sabak Bernam. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO yang memberikan penjelasan yang panjang lebar. Sebagai anak yang lahir di sekitar Sabak Bernam juga saya gembira dengan perkembangan ini. Cuma soalan saya yang mungkin boleh dijawab oleh EXCO untuk membantu Ahli Dewan dan rakyat Selangor. Jika pelancong pergi ke daerah Sabak Bernam, mereka hendak beli apa yang paling signifikan untuk mereka bawa pulang? Saya ulang, apa produk yang paling signifikan yang orang kenang-kenang, bila mereka pergi ke daerah Sabak Bernam, bukan ambil gambar saja, ambil gambar tu biasa. Ambil gambar kapal terbanglah, sawah padi tapi benda yang mereka boleh bawak pulang. Bila di Sabak Bernam, bawak pulang produk yang paling best sekali di Sabak Bernam. Terima kasih.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Ramal atas cadangan dan tanda kasih kepada Sabak Bernam tempat lahir ya. Jadi Sabak Bernam ni sebenarnya banyak produk yang boleh dibawa balik antaranya yang selalu disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Panjang, songkok. Songkok, kita ada kilang songkok Yang Berhormat Sungai Panjang pun sentiasa mempromosikan. Dan antara lain juga barangan-barangan produk makanan IKS yang ada di Sabak Bernam tu yang biasanya akan dibeli oleh pengunjung dan pelancong yang boleh dibawa pulang serta makanan-makanan seperti punten. Punten ni ada di Sabak Bernam sahaja dan telah pun diwartakan di bawah sebagai makanan warisan Negeri Selangor dan kita juga ada mentarang. Ya, mentarang ni ada di Sabak Bernam je, di Negeri Selangor tempat-tempat lain tak ada. Jadi itulah antara beberapa produk yang saya kira dapat menarik pelancong daripada suasana desa yang berkonsepkan alam semula jadi. Pengunjung-pengunjung juga yang datang ke Sabak Bernam boleh membawa hasil-hasil ataupun barangan produk IKS dibawa pulanglah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya?

Tuan Speaker. Peraturan Tetap Tuan Speaker. Peraturan Tetap 24 (2), mohon untuk budi bicara Tuan Speaker untuk membawa soalan Tuan Speaker di dalam Dewan. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Sekolah Rendah Agama Ukay Perdana Dan Bukit AntarabangsaQuestions

Tuan Mohd Kamri bin KamaruddinPKR · PHBukit Antarabangsa

18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bilakah perancangan pembinaan SRA di Ukay Perdana/ Bukit Antarabangsa akan dilaksanakan?

b)

Berapakah jumlah KAFA yang berada dalam kawasan Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa?

c)

Berapa jumlah pelajar yang berada di KAFA tersebut?

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Masa satu jam ya Tuan Speaker nanti.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara dan Yang Berhormat Bukit Antarabangsa. Soalan sangat baik dan saya nak rekodkan di sini ianya mencerminkan keprihatinan Yang Berhormat Bukit Antarabangsa akan keperluan pendidikan Islam untuk kanak-kanak Islam di kawasan tersebut. Baik, saya mulakan dengan jawapan untuk bahagian (a). Soalannya adalah: Bilakah perancangan pembinaan Sekolah Rendah Agama di Ukay Perdana atau Bukit Antarabangsa akan dilaksanakan? Buat masa ini Kerajaan Negeri belum ada sebarang perancangan pembinaan sekolah baharu yang khusus di Ukay Perdana ataupun Bukit Antarabangsa. Namun begitu, pihak JAIS mengambil maklum tentang satu permohonan baharu yang telah dibuat oleh Majlis Gabungan Persatuan Penduduk Ukay Perdana yang memohon pembangunan sebuah sekolah rendah agama di tanah seluas 5 ekar yang telah dihantar pada bulan Januari 2026. Untuk makluman juga yang ini, permohonan ini telah pun diluluskan oleh pihak JAIS pada bulan Mac 2026 yang lalu jadi baru sahaja diluluskan.

Untuk bahagian (b), soalan bahagian (b), berapakah jumlah KAFA yang berada dalam kawasan Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa? Untuk makluman, tiada KAFA yang berada dalam Ukay Perdana manakala hanya ada satu sahaja KAFA di Bukit Antarabangsa iaitu KAFA Integrasi Maarif Ad-Diniyah di Taman Bukit Mewah, Ampang.

Untuk bahagian (c), berapa jumlah pelajar yang berada di KAFA tersebut? Jumlah murid di KAFA tersebut adalah seramai 417 orang dengan kapasiti sekolah yang boleh menampung 450 orang pelajar keseluruhan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya mungkin nak tambah sedikit soalan daripada DUN Bukit Antarabangsa memandangkan ialah untuk makluman Yang Berhormat EXCO jumlah penduduk di kawasan tersebut saya rasa lebih kurang Bukit Antarabangsa dan Ukay

Perdana ada seramai hampir 80 ribu orang. Rasa pada pendapat apa ni EXCO tidak perlukah kita adakan satu sekolah agama khas untuk kawasan tersebut dan saya juga maklumkan yang pihak JAIS dah bersetuju untuk menyerahkan sebahagian daripada tanah perkuburan dijadikan Sekolah Rendah Agama tapi saya dimaklumkan proses tu belum bermula. Jadi saya mintak komen daripada Yang Berhormat EXCO, saya nak maklumkan juga kawasan tersebut adalah kawasan Yang Berhormat Penasihat Undang-undang baharu kita tau. Jadi mintak ambil perhatian. Selamat datang Yang Berhormat Penasihat Undang-undang.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker, saya mohon petua Speaker.

Timbalan Speaker

Petua apa?

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Pakai peraturan mana ni?

Timbalan Speaker

Ada, peraturan tu soalan saya dah tengok, saya dah refer, kepada Dewan Rakyat, Speaker boleh mencelah bila-bila masa.

Jadi saya kira soalan tambahan tu sah ya? Dan saya akan jawab. Baik, yelah disebutkan tadi sebab kelulusan daripada pihak JAIS untuk menggunakan lot tanah 5 ekar tu sebagai sebuah Sekolah Rendah Agama telah pun diperolehi hanya pada bulan Mac 2026, bulan lalu. Yang berlaku sekarang ni adalah kita di JAIS masih menunggu kebenaran daripada pihak MPAJ untuk kita bangunkan sekolah tersebut supaya ianya selaras dengan zoning ataupun rancangan tempatan yang ada. Jadi saya rasa selepas kelulusan itu kebenaran itu kalau diperolehi maka pembinaan ini boleh kita usahakan bersama-sama dan Penasihat Undang-undang pun kalau katanya daripada situ, pewartaan tanah tersebut sebab dia tanah kubur sekarang ni nak jadi lot sekolah, boleh kita segerakan Insya Allah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Tambahan lain? Tak ada. Kita teruskan soalan seterusnya daripada Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Seri Kembangan nombor 19.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Strata ''title''Questions

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

19. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha kerajaan demi membantu pemilik pangsapuri/ flat untuk mendapatkan strata ''title'' daripada pemaju yang enggan/ tidak mampu melengkapkan proses serahan kepada pihak berkuasa?

b) Berapa pangsapuri/ flat di dalam negeri sekarang masih menghadapi masalah strata ''title'', terutamanya di dalam DUN Seri Kembangan?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih, Tuan Speaker. Selepas ni Tanjung Sepat bolehlah tanya dengan Pandan Indah, soalan daripada Tanjung Sepat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Kembangan, saya minta izin untuk

Timbalan Speaker

Tanjung Sepat kena tanya dalam MMKN.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Saya nak jawab soalan bersekali dengan Kampung Tunku iaitu soalan nombor 58. Bagi kes pemaju yang tidak beroperasi dan tidak dapat dikesan dan ataupun gagal melaksanakan tanggungjawab, Kerajaan Negeri melalui Pesuruhjaya Bangunan (COB), selaku pihak penyelaras ataupun pemudah cara bagi membolehkan pemilikan petak mengambil alih peranan pemaju melalui mekanisme yang telah diperuntukkan di bawah Akta Hak milik Strata 1985 atau di bawah kurungan Akta 318, Akta Pengurusan Strata 2013, Akta 757. Dalam keadaan tiada GNB ataupun COB, boleh menyelaras penubuhan. Boleh menyelaras penubuhan bagi badan pengurusan sementara bagi mewakili pengurusan dokumentasi dan juga mengemukakan permohonan hak milik kepada pihak berkuasa. Seterusnya bagi menyokong proses ini, peranan dana strata ataupun DSS turut digunakan untuk menampung kos yang berkaitan seperti penyediaan pelan strata, bayaran ukur serta yuran profesional. Dan bagi memastikan permohonan ini dapat diteruskan walau bagaimanapun tanpa penglibatan pemaju, kita boleh bantu. Tanpa penglibatan pemaju dan wujudkan satu badan berkecuali yang boleh berurusan terus kepada pihak berkuasa. Dan pendekatan ini membolehkan pemilikan tetap memperolehi hak milik strata secara sah dan teratur walaupun berdepan dengan kegagalan pihak pemaju. Antara cadangan untuk penambahbaikan inisiatif yang boleh dipertimbangkan, Kerajaan melalui LPHS akan menganjurkan bengkel kita akan menganjurkan bengkel memperluaskan hebahan mengenai strata sebagai platform untuk kepada ADUN-ADUN, Pihak Berkuasa Tempatan, para penduduk dan juga mendapatkan penerangan yang lebih jelas tentang fungsi strata dana strata ini. Bengkel ini akan dilaksanakan dengan penglibatan ADUN dan juga PBT bagi memastikan penyampaian maklumat yang lebih menyeluruh dan tersusun serta berkesan. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan rekod di Pejabat Tanah Galian (PTGS) sebanyak 662 skim atau melibatkan 117 petak bagi projek yang belum memiliki strata di seluruh Selangor. Walau bagaimanapun, setelah kita lihat dan kita kaji sebenarnya tidak

sampai sebanyak itu skim kerana ada di antara skim yang tidak melibatkan KM kelulusan dan tidak adil untuk kita jadikan dia sebagai yang tidak dapat memiliki strata. Dan bagi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sehingga Mac 2026 mendapati sebanyak 84 skim perumahan yang melibatkan sebanyak 17,592 unit flat, pangsapuri yang belum memiliki hak strata. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut adalah tertakluk kepada perubahan daripada masa ke semasa. LPHS dengan kerjasama PTGS juga akan mengenal pasti projek-projek perumahan khususnya bagi kos rendah, kos sederhana yang tidak memiliki hak milik di kawasan DUN Seri Kembangan serta melalui strata di bawah tertakluk syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun secara perundangan, jika pemaju gagal untuk menyedia, menyebabkan mereka boleh didakwa melanggar perjanjian jual beli di antara pemaju dengan pemilik. Tindakan undang-undang boleh diambil Akta Kontrak 1950, Akta Pemajuan Perumahan di bawah Akta 118 justeru Kerajaan boleh memberi nasihat perundangan. Kita hanya boleh dan pihak Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan, hanya pembeli sahaja yang mengambil tindakan. Dan seterusnya, pada April 2026 Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor telah menerima sebanyak 26 permohonan dana strata yang melibatkan 18,745 unit dan daripada jumlah ini sebahagian daripadanya telah diluluskan dan manakala selebihnya dalam berbagai peringkat menilai isu dokumentasi, bayaran premium dan semakan teknikal agensi. Kebanyakannya gagal kerana mereka tidak membayar premium dan ini di bawah tindakan PTGS. Dan tahun ini juga sebanyak 10 permohonan projek telah diterima dan melibatkan 5,479 unit dengan sebahagiannya telah disyorkan di peringkat teknikal dan selebihnya dalam tindakan untuk ditetapkan.

Kerajaan Negeri turut mensasarkan penyelesaian beberapa projek terutama pada tahun ini melibatkan 4,928 unit untuk kediaman dengan kediaman diberikan kepada projek yang telah mempunyai kesiapsiagaan dokumen dengan berimpak langsung kepada kesejahteraan penduduk melibatkan anggaran lebih kurang 7 juta. Terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Soalan tambahan?

Timbalan Speaker

Silakan Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mempunyai atau berhasrat untuk mengadakan satu special task force, dengan izin untuk menguruskan segala urusan berkenaan dengan strata title ini? Dan pada masa yang sama, kepada pemaju-pemaju yang enggan bekerjasama ataupun menyelesaikan isu strata title ini, special task force tersebut juga boleh memberi nasihat ataupun membantu pemilik-pemilik untuk mengambil tindakan undang-undang. Itu sahaja. Terima kasih.

YB DATUK BORHAN BIN AMAN SHAH

: Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah satu cadangan yang baik dan kita memang mencadangkan seperti yang disebut tadi. Kita akan mengadakan perjumpaan dan bengkel untuk penerangan kepada semua

pihak terutamanya pihak ADUN, dan juga PBT untuk menjelaskan bagaimanakah kegunaan strata ini dan bagaimana untuk kita bantu. Selain daripada itu juga kita akan hubungi syarikat-syarikat yang masih lagi kita boleh hubungi untuk memberi penerangan yang apakah antara khidmat yang boleh kita bantu untuk jalan penyelesaian mengenai strata yang begitu lama telah berlarutan. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan. Ringkas sahaja. Selain daripada penerangan dan saya mengalu-alukan sebarang usaha daripada Kerajaan Negeri tetapi juga ada kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pemaju yang enggan mohon dan melengkapi proses permohonan untuk strata title ini. Adakah kerajaan Negeri berhasrat enough is enough, kita dah bagi mereka chance yang cukup banyak kita kenakan tindakan penguatkuasaan sekuat-kuatnya ke atas semua pemaju, pengarah syarikat yang enggan melengkapkan proses permohonan.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Sebenarnya ada akta yang boleh kita charge pemaju-pemaju yang kelewatan di bawah Akta 318 yang ini di bawah PTG dan setakat ini saya semak baru-baru ini kita ada mesyuarat pada minggu lepas bersama semua agensi kerajaan. Belum ada lagi satu kes pun kita buat dan saya memang arahkan supaya kita ambil tindakan seharusnya dan saya melihat ada 2 negeri yang mengambil tindakan iaitu Johor dan Melaka. Mereka akan didenda mengikut seminimumnya RM10 ribu sehingga RM100 ribu. Tapi bukan denda itu soalnya, soalnya tindakan yang perlu kita ambil. Jadi saya akan pastikan bahawa adanya syarikat-syarikat yang enggan bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk kita mengambil tindakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Seri Serdang dah bangun? Ada 20 saat sahaja. Sila.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya kepada EXCO pendek sahaja. Apakah kaedah Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan strata title ini kepada perumahan-perumahan yang ditinggalkan oleh syarikat yang digulungkan oleh mahkamah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

20 saat.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Seri Serdang. Itulah yang saya sebut tadi kita ada 13 syarat-syarat di antaranya kita akan bantu daripada peringkat awalnya, memastikan bahawa dapat kita bantu dari segi kos penyediaan pertama iaitu strata yang melibatkan lebih kurang RM1,810.00 iaitu antara kos yang kita bantu upah juruukur, penyediaan pelan, bayaran bagi permohonan sijil, bayaran bagi permohonan pecah bahagian dan juga JUPEM serta kos cetak. Ini kita dah peruntukkan dan inilah di antara

inisiatif yang kita bantu untuk pastikan bahawa jika mereka gagal mendapat kerjasama daripada pemaju-pemaju yang meninggalkan projek-projek mereka secara tidak teratur, dan kita telah menyusun untuk membantu dari segi bantuan yang telah disediakan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Saya dengan ini menjemput Ahli Yang Berhormat yang seterusnya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan iaitu Yang Berhormat Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Seri Kembangan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas Titah Ucapan yang telah disampaikan. Dengan pelaksanaan dasar Speed Selangor prosedur dan urusan sedia ada dapat diubahsuai agar menjadi lebih cepat dan cekap khususnya kepada pelabur dan pemaju. Langkah ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai leading state dengan izin di seluruh Malaysia. Kerajaan Selangor bukan sahaja melaksanakan Speed Selangor bagi memudahkan urusan dan menarik pelaburan, malah ketika dunia termasuk Malaysia sedang menghadapi krisis tenaga Asia Barat, Kerajaan Negeri telah mengemukakan pakej pengukuhan daya tahan Selangor pada 16hb April yang lalu. Pakej bantuan ini bernilai RM130.42 juta dan bertujuan membantu rakyat serta industri menghadapi krisis semasa. Terdapat 7 bantuan utama dalam pakej ini iaitu :-

Jelajah ihsan Rahmah Gudang Makanan Selangor Baucar Kita Selangor Subsidi tambang pengangkutan awam Bantuan sarapan percuma pelajar sekolah Bantuan sektor pertanian dan Pemerkasaan Usahawan Koperasi Selangor

Tambahan pula, pakej ini merupakan bantuan fasa pertama. Ini bermakna Kerajaan bersedia untuk mengubahsuai pakej ini dari semasa ke semasa mengikut situasi dan keperluan rakyat dan negeri. Seri Kembangan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sentiasa menurut perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan berdiri seiring dalam menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, isu kilang tanpa kebenaran bukan sahaja mendatangkan risiko pencemaran sungai malah turut memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar. Di Seri Kembangan isu pencemaran bau yang dihasilkan oleh sebuah kilang telah berulang kali berlaku. Seri Kembangan difahamkan bahawa tapak kilang tersebut telah ditukar status kepada kawasan komersial dan dengan itu operasi kilang tersebut kini sepatutnya dikategorikan sebagai kilang tanpa kebenaran. Walaupun pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBSJ telah mengambil tindakan sewajarnya namun disebabkan kes ini telah dibawa ke Mahkamah, tiada tindakan lanjut dapat diambil setakat ini. Walau bagaimanapun pencemaran bau masih berterusan malah semakin serius sehingga penduduk merekodkan lebih 10 kejadian dalam tempoh sebulan sahaja.

Sehubungan itu, Seri Kembangan memohon campur tangan segera daripada Jabatan Alam Sekitar agar isu ini dapat ditangani dengan lebih tegas selaras dengan keprihatinan Tuanku. Selain itu kawasan pusat perdagangan Seri Kembangan (PSK) turut berdepan isu serius berkaitan bengkel kenderaan tanpa izin. Bengkel kenderaan yang menjalankan aktiviti ketuk dan mengecat sepatutnya hanya dibenarkan di kawasan perindustrian kini beroperasi secara meluas di kawasan tersebut. Seri Kembangan sebelum ini telah memohon tindakan daripada pihak PBT namun hanya satu operasi mega dijalankan. Lebih membimbangkan, operasi tersebut tidak mengeluarkan sebarang notis kepada bengkel-bengkel ini. Sebaliknya, kompaun dan notis hanya dikenakan kepada restoran berlesen. Keadaan ini seolah-olah memberi gambaran bahawa berniaga tanpa lesen adalah lebih selamat berbanding berniaga secara sah.

Oleh itu Seri Kembangan memohon agar Jabatan penguat kuasa MBSJ terus mengambil tindakan tegas terhadap bengkel-bengkel tanpa kebenaran ini termasuk memberikan tempoh munasabah kepada pengusaha untuk berpindah ke lokasi yang sesuai. Dalam masa yang sama, pemilik premis juga perlu diberi amaran agar tidak menyewakan premis mereka kepada pengusaha kilang tanpa kebenaran. Pemilik premis turut mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Seri Kembangan amat terharu dengan keprihatinan Tuanku yang berjiwa rakyat di mana isu banjir menjadi perkara utama yang dibangkitkan dalam Titah Baginda. Seri Kembangan ingin merakamkan penghargaan kepada pihak MBSJ, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dan Jabatan Pengarah dan Saliran (JPS) atas usaha menangani isu banjir kilat di Seri Kembangan yang telah memberi kesan kepada penduduk. Melalui kerjasama Ahli-ahli Majlis dan MBSJ, sistem perparitan di kawasan yang terjejas khususnya MPP Zon 21 dan Zon 22 telah dinaiktaraf.

Selain itu pihak JPS juga sedang melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Koyo bagi meningkatkan kapasiti sungai tersebut. Isu banjir merupakan cabaran besar yang

dihadapi oleh banyak negara dan negeri maju. Seri Kembangan melihat usaha dan kesungguhan Kerajaan bukan sahaja untuk mematuhi Titah Tuanku malah memastikan rakyat Selangor dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, kehidupan penduduk masih terjejas jikalau hujan lebat luar biasa seperti kelmarin berlaku. Seri Kembangan difahamkan terdapat kawasan yang mengalami banjir kilat yang sangat serius. Seri Kembangan mencadangkan lebih banyak peruntukan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf sungai-sungai utama di Selangor khususnya yang menjadi saluran utama pelepasan air dari kawasan perumahan.

Seri Kembangan difahamkan bahawa satu isu lagi Seri Kembangan difahamkan bahawa kadar tipping fee dengan izin bagi projek Waste to Energy adalah lebih tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan iaitu landfill dengan izin iaitu RM55.00 setan bagi WTE berbanding dengan RM43.00 setan bagi tapak pelupusan. Sehubungan itu, Seri Kembangan ingin mencadangkan Kerajaan mempertimbangkan untuk menurunkan kadar tipping fee tersebut bagi menggalakkan penggunaan teknologi WTE. WTE sepatutnya mampu menjana pendapatan melalui tenaga yang dihasilkan, bukannya membebankan kontraktor pengurusan sisa dengan kos operasi yang tinggi.

Seri Kembangan dimaklumkan bahawa lori RORO tidak dapat subsidi diesel dari Kerajaan. Maka cabaran yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor sekarang ini adalah sangat besar. Seri Kembangan berharap Kerajaan dapat menimbangkan bantuan dapat disalurkan kepada KDEB dan 850 buah lori RORO di bawah KDEB seperti menurunkan tipping fee WTE yang saya katakan tadi atau memberi subsidi diesel kepada lori RORO KDEB supaya perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dalam negeri tidak terjejas.

Selain itu, Seri Kembangan ingin berbahas tentang kesihatan mental. Seri Kembangan menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Alam Sekitar yang telah melaksanakan projek rintis (PeerZ) yang memberi fokus kepada kesihatan mental pelajar. Projek ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 3 dan 4 dengan menggunakan modul Mental Health Awareness dan Phsychological First Aid dengan izin serta menyasarkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sebagai sokongan tambahan kepada modul sedia ada. Kesihatan mental adalah sangat penting, sama penting dengan kesihatan fizikal. Oleh itu, bagi menjadikan kesihatan mental sebagai satu kebiasaan dalam masyarakat, Seri Kembangan mencadangkan agar Kerajaan memasukkan elemen mental check up dengan izin dalam pemeriksaan kesihatan tahunan bagi kakitangan Kerajaan di Selangor termasuknya guru, anggota polis dan bomba. Sehubungan itu, peruntukan tambahan perlu disediakan bagi memastikan kesejahteraan mental dan fizikal rakyat dapat dijaga dengan lebih menyeluruh. Kalau boleh ADUN juga termasuk lah.

Boleh mencelah?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

ADUN sangat-sangat mempunyai masalah isu besar juga berhadapan dengan kesihatan mental ni.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat bangun, nak bagi ruang?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak, tak, tak. Saya tinggal 2 point sahaja.

Sikit je, nak bantu.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Okay sila.

Saya ingat Kerajaan Selangor ada program kaunselor bergerak dan ini adalah satu-satunya inisiatif di Malaysia yang sangat baik. Cuma saya ingat kalau kita nak memperkasakan lagi sudah tentu memerlukan peruntukan yang besar yang harus mungkin disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan saya ingin memberikan sesuatu impak yang sangat baik kepada masyarakat di luar sana kerana hari ini kita mengalami isu masalah kesihatan mental di kalangan rakyat atau masyarakat di negara kita. Mungkin boleh diulas. Terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih. Saya sangat bersetuju dengan ini. Sebenarnya kalau boleh saya harapkan Kerajaan boleh adakan satu saya cadangkan ada satu projek sukarelawan kepada kaunselor-kaunselor di luar sana sesiapa yang ingin menjadi kaunselor sukarelawan kepada Kerajaan Selangor saya rasa itu akan membantu juga kerana tidak mengeluarkan banyak peruntukan tetapi kita dapat kaunselor yang bertauliah juga.

Selain itu Seri Kembangan menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku terhadap kesejahteraan rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama dan budaya serta terhadap kelestarian alam sekitar. Seri Kembangan bersetuju bahawa sebarang aktiviti industri atau penternakan tidak boleh di kompromi sekiranya menyebabkan pencemaran alam sekitar. Namun demikian, Seri Kembangan berpendapat, berpandangan bahawa Selangor sebagai negeri peneraju tidak seharusnya mengelakkan daripada cabaran, sebaliknya kita perlu mencari penyelesaian yang lebih moden dan mampan.

Mengenai isu penternakan babi dalam Titah Ucapan Tuanku, Seri Kembangan memohon ampun Tuanku menyembah bahawa isu ini juga menyentuh hak kesamarataan warga negara yang terjamin di bawah perkara 8(2), Perlembagaan Persekutuan. Penternakan babi tidak seharusnya dibezakan daripada penternakan haiwan yang lain. Risiko pencemaran, aspek kebersihan serta kesihatan dalam penternakan babi adalah sama seperti yang dihadapi penternakan haiwan yang lain. Namun begitu, amat dukacitanya seperti yang dibangkitkan dalam Titah Ucapan Tuanku isu penternakan babi telah dijadikan sebagai isu politik dan

dimainkan oleh pelbagai pihak termasuklah bekas Ahli Politik di luar sana. Sehubungan itu, Seri Kembangan memohon pertimbangan agar diberikan ruang kepada Kerajaan dan para pelabur untuk meneroka sistem penternakan tertutup dan moden termasuk konsep zero discharge dengan izin melalui teknologi kitar semula sisa kepada bio gas dan tenaga elektrik. Sistem ini telah terbukti berjaya di negeri-negeri lain dan Selangor tidak seharusnya ketinggalan. Tambahan pula, kebergantungan sepenuhnya kepada import bagi sumber makanan adalah berisiko dalam jangka panjang.

Isu terakhir yang ingin Seri Kembangan bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini ialah penangguhan Projek Selangor Penyayang (PSP) pada tahun ini. Untuk makluman semua Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM250 ribu bagi setiap DUN untuk melaksanakan projek-projek menaik taraf infrastruktur awam demi meningkatkan keselesaan penduduk setempat di bawah PSP. Seri Kembangan telah memulakan kerja-kerja penyediaan awal sejak akhir tahun lalu dan semua projek menaik taraf telah dikenal pasti bersama pihak PBT serta penduduk setempat. Penangguhan PSP ini bukan sahaja mengecewakan penduduk, malah turut memberi kesan kepada kontraktor-kontraktor G1 iaitu kontraktor berskala kecil yang kini kehilangan peluang projek. Seri Kembangan memahami keperluan untuk bersiap sedia menghadapi krisis tenaga Asia Barat.

Namun demikian, Seri Kembangan juga ingin mengingatkan Kerajaan Negeri agar terus menjaga kualiti kehidupan rakyat Selangor di samping memastikan sokongan berterusan kepada kontraktor-kontraktor kecil yang kini sedang berdepan cabaran untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Sebelum Seri Kembangan mengakhiri perbahasan. Patik ingin sekali lagi menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, khususnya nasihat baginda kepada pihak Kerajaan dan juga kepada pihak pembangkang. Seri Kembangan amat bersyukur kerana negeri Selangor dikurniakan seorang Sultan yang adil, saksama dan tidak berat sebelah. Baginda bukan sahaja menasihati Kerajaan supaya melaksanakan tugas dengan lebih proaktif, malah dengan jelas mengingatkan pihak pembangkang supaya memainkan peranan sebagai check and balance dengan izin dan bukan sekadar berpolitik. Namun demikian, Patik tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Hulu Kelang yang sudah keluar dari Dewan ini yang mengatakan bahawa beliau telah mengadakan mesyuarat ke persidangan meja bulat ke di Hotel Concorde bagi membincangkan bagaimana pembangkang ingin melaksanakan fungsi semak dan imbang kononnya selaras dengan titah Tuanku.

Persoalan yang ingin Seri Kembangan bangkitkan adalah, adakah pihak pembangkang sekarang baru menyedari bahawa peranan mereka adalah sebagai semak dan imbang?. Setelah hampir tiga tahun berada di kerusi pembangkang, barulah kini hendak berbincang dengan tanggungjawab asas ini. Selama ini apa yang dibuat?.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan Speaker.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak saya tak bagi laluan. Terima kasih. Sibuk dengan berebut dan meletak jawatan sahaja.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Nak bantu. Nak bantu. Nak bantu. Nak bantu je?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak apa, tak apa. It's okay.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tadi Yang Berhormat sebut tentang pandangan pembangkang.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Ketua pembangkang tak ada, tak apa. It's okay.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Takut ke..

Speaker

Yang Berhormat Sungai Ramal. Dia tak bagi laluan. Sila duduk

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak apa, tak apa. Terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal nanti berucap selepas ini ya.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih. Seri Kembangan juga ingin mengingatkan bahawa dalam titah ucapan Tuanku, baginda bukan sahaja menyebut soal check and balance dengan izinnya, malah turut menegaskan bahawa setiap perbahasan hendaklah berasas fakta yang betul dan tepat, serta tidak memutar belitkan fakta demi meraih populariti murahan. Jadi saya ingin bertanya secara terbuka. Adakah perkara ini turut dibincangkan dalam persidangan Hotel Concorde tersebut?. Atau hanya separuh daripada titah Tuanku sahaja yang diambil?. Manakala separuh lagi, dibiarkan begitu sahaja.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Nak jawab boleh. Speaker saya nak jawab ni soalan ni. Boleh saya jawab?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak apa, tak apa. Nanti boleh bahaslah. Nanti masa bahas baru cakap. Tak apa, nanti ada peluang bahas. Nanti peluang bahas banyak lagi. Okay. Nanti boleh jawab. Kerana jikalau hanya memilih sebahagian yang sesuai dengan naratif sendiri, itu bukan semak dan imbang. Itu berpolitik. Itu selektif. Faham?

Seri Kembangan?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Ya. Saya sedang bahas.

Sikit?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Sila, sila Seri Serdang.

Timbalan Speaker

Nak ingatkan, Seri Kembangan ada 3 minit.

Terima kasih kepada Seri Kembangan. Setuju atau pun tidak, Seri Kembangan, segala teguran yang diberikan Ke Bawah Duli Tuanku itu, antara faktornya ialah kerana kegagalan pembangkang menjadi semak imbang di dalam DUN Negeri Selangor ini dan menyebabkan Tuanku terpaksa untuk menitahkan teguran-teguran kepada pihak kerajaan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Amat setuju, Seri Sedang. Terima kasih. Dengan itu, Seri Kembangan menyokong sepenuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat, Seri Kembangan. Kita ke seterusnya, Yang Berhormat, Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih, Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Eksekutif, rakan-rakan, Yang Berhormat Pegawai Kerajaan. Semua hadirin hadirat dan semua yang mengikuti sidang Dewan Negeri Selangor pada kali ini. Sungai Ramal bangun pada pagi ini turut sama untuk menyembah ucapan terima kasih dan menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Panggilan Keempat Dewan Negeri Selangor yang ke-15 pada hari Isnin yang lalu. Sungai Ramal akan membawa enam perkara :-

Memperkukuhkan peranan pembangkang sebagai semak dan imbang. Efisiensi perkhidmatan di daerah-daerah dan kawasan PBT. Kebajikan untuk perumahan berstrata. Kedudukan Selangor dalam Indeks Kebahagiaan Malaysia. Smart Tunnel sebagai contoh tindakan penyelesaian masalah banjir di Kuala Lumpur. Kadar kehilangan pekerjaan di Negeri Selangor.

Tuan Speaker, saya mulakan dengan serangkap pantun untuk menceriakan kita pada pagi ini.

Pergi Ke Pasar Beli Keladi, Keladi Besar Keladi Mini,

Mencurah Air Ke Daun Keladi, Bidalan Terpilih Sidang Kali Ini.

Mungkin Tuan Speaker boleh jawab pantun saya nanti. Saya mulakan dengan memperkasa peranan pembangkang sebagai semak dan imbang demi kebaikan rakyat. Disebut oleh jiran saya, Seri Kembangan. Tentang pertemuan di Concorde Hotel. Kami hanya makan sandwiches saja. Untuk apa pertemuan itu? Untuk memperkukuhkan kembali pembahagian portfolio dalam barisan pembangkang. Untuk mengetengahkan isu-isu yang penting Dewan Negeri ini. Termasuk untuk memberi peluang kepada ketua pembangkang menambah baik semua portfolio yang dipegang oleh rakan-rakan yang lain.

Kerana kita faham bahawa titah Tuanku jelas memperkatakan bahawa peranan pembangkang penting dan kami berperanan untuk mengukuhkan pelan ini untuk memastikan kerajaan bergerak dengan tata kelola yang betul. Dan titah Tuanku ini juga harus difahami sebagai arahan supaya bukan sekadar peranan pembangkang di Dewan yang mula ini sebagai semak dan imbang malah juga sampai ke bawah, sampai ke daerah-daerah dan PBT. Kami menyatakan sekali kekecewaan kami bila mana Wakil Rakyat Pembangkang tak dibenarkan masuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah. Kami boleh terima sekiranya untuk maksud menyebarkan program kebajikan kerajaan kepada rakyat melalui penyelaras, boleh. Sebab itu program yang diajarkan oleh kerajaan untuk wakil kerajaan, it's okay. Tetapi tak membenarkan kami, tak menjemput kami hadir ke Mesyuarat Pembangunan Daerah itu tidak demokratik, kerana kami dipilih oleh rakyat dan rakyat bertanya kepada kami apa yang kami tahu untuk memaklumkan kepada mereka pembangunan daerah-daerah yang sedang mereka duduki.

Sungai Ramal, Sungai Ramal boleh?

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Boleh, boleh.

Speaker

Bagi ruang?, Okay. Silakan

Sebab itulah saya. Saya ucapkan terima kasih kepada Sungai Ramal bagi ruang. Sebab itulah saya setuju dengan Seri Kembangan. Pembangkang sebagai semak imbang di dalam setiap polisi kerajaan yang kita bincangkan dalam Dewan yang mulia ini. Jadi dalam masa yang sama juga di peringkat ground dengan izin PBT, Pejabat Daerah, saya pasti pihak Adun Pembangkang pun ada hubungan yang baik dengan pihak PBT dan juga Pejabat Daerah. Soalan saya ialah, kalau yang dikatakan tadi tidak demokratik negeri-negeri yang dikuasai oleh Perikatan Nasional juga mengamalkan perkara yang sama, maka negeri-negeri juga tidak demokratik. Setuju dengan saya atau tidak?

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya setuju bahawa Terengganu tak meyumbangkan dalam Dewan Negeri. Saya ulang, saya setuju bahawa Terengganu tidak panggil pembangkang dalam Dewan Negeri Terengganu. Setuju? Sebab tidak ada pembangkang di Negeri Terengganu. Dan mereka terlibat dalam aktiviti di bawah, di Pejabat Daerah, di PBT. Sekiranya...

Ya, mereka terlibat kerana mereka ada hubungan baik dengan Pejabat Daerah. Tetapi, dalam mesyuarat-mesyuarat di Pejabat Daerah, mereka lakukan perkara yang sama dan tidak demokratik. Di Kedah, sama juga.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ya. Selangor kena tunjukkan bahawa dengan jumlah pembangkang yang ramai ini..

Jadi, saya kira itu amalan biasa. Dan ketika Sungai Ramal jadi kerajaan dahulu, perkara yang sama juga diamalkan ketika Sungai Ramal dalam kerajaan. Tak bising masa itu? Tak ada Sungai Ramal bising ketika itu pembangkang tidak dilibatkan dalam polisi kerajaan.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Pembangkang tak bertanya ketika kami di kerajaan. Sekarang kita tanya. Kita mahu hak itu supaya rakyat yang mengundi diberikan masa dan memberikan pandangan untuk mendengar apa yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Jadi, jangan double standard Sungai Ramal. Ketika dalam kerajaan punya yang lain dalam pembangkangnya punya yang lain. Ni double standard ni namanya Sungai Ramal.

Speaker

Sungai Ramal bagi ruang pada Seri Serdang tak?.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya tak bagi, cukup. Dan itu yang ditekankan oleh tuanku. Saya hanya mengukuhkan bahawa pembangkang perlu berperanan. Dan ini adalah untuk kebajikan rakyat. Bukan untuk kepentingan politik. Sebab, untuk maksud politik dan kebajikan, negeri boleh hantar wakil mereka, penyelaras, untuk menyampaikan program negeri. Kami tak ada bantahan sama sekali. Yang kami nak adalah kerajaan kami dibenarkan untuk masuk ke Mesyuarat Pembangunan Daerah. Untuk kami tahu apa yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan kami boleh bercakap dan menegur jika perlu. Itu sahaja. Demi rakyat Tuanku sebut untuk kebajikan rakyat. Tak lebih daripada itu Yang Berhormat. Saya mohon kerajaan negeri mempertimbangkan semula untuk membenarkan pegawai-pegawai daerah menjemput kami untuk hadir ke Mesyuarat Pembangunan Daerah di semua daerah dalam negeri ini.

Yang kedua Speaker, ialah efisiensi perkhidmatan di daerah di bawah, iaitu di PBT dan juga di daerah-daerah. Efisiensi ini akan menyebabkan kebimbangan rakyat tentang nilai penyampaian yang sampai kepada akar umbi dan ia bergantung kepada dua aspek. Yang pertama adalah penyelarasan skop kerja. Yang kedua adalah pemantauan dan penguatkuasaan. Penyelarasan skop kerja yang gagal disempurnakan oleh pihak berkuasa menjadikan perkhidmatan tidak efisien. Saya ambil beberapa contoh sebagai menegaskan bahawa perlunya kepada penyelarasan kerja. Contoh yang pertama ialah kawasan perumahan PKNS Kampung Sungai Ramal Luar yang telah dibangunkan lebih 30 tahun dahulu, tetapi sehingga hari ini tidak ada siapa yang mahu bertanggungjawab untuk baik pulih jalan, naik taraf jalan kawasan ini. Bertanya kepada PKNS, ini bukan tanggungjawab kami. Bertanya kepada MPKJ, bukan tanggungjawab kami. Tanya kepada Pejabat Daerah, bukan tanggungjawab kami. Jadi siapakah yang patut bertanggungjawab untuk baik pulih dan naik taraf jalan sekitar rumah PKNS Kampung Sungai Ramal Luar yang jumlahnya hampir 100 buah. Saya difahamkan bahawa tidak ada handing over serahan kepada pihak berkuasa. Saya tidak fikir Negeri Selangor patut membiarkan perkara ini. Dah lama sangat dah, rumah pun dah usang. Tak sepatutnya tidak ada isu serahan tugas ataupun tanggungjawab untuk menyelenggara kawasan ini. Jadi saya mohon baik, saya mohon sangat-sangat supaya penyelarasan kerja dilaksanakan di peringkat bawah.

Contoh yang kedua, di kawasan Sungai Ramal Dalam, kumbahan hasil buangan HME Kampung Sungai Ramal Dalam. Saya telah utarakan aduan kepada pihak berkuasa lama dah sejak mula menjawat ADUN Sungai Ramal. Bagaimana boleh HME membuang kumbahannya masuk ke kampung. Kampung Sungai Ramal Dalam. Pada awal kumbahan yang dibuang, dia melalui saliran tanah, bukan batu tapi tanah. Kecil. Hari ini saliran itu semakin besar dan meninggalkan lubang maut di kampung Sungai Ramal Dalam berharapan HME Kampung Sungai Ramal Dalam. Dan kritikalnya suasana ini akan menunggu masa meruntuhkan dua buah rumah orang kampung di kampung Sungai Ramal Dalam. Saya mohon penyelarasan kerja dipercepatkan untuk menjamin efisiensi perkhidmatan sampai ke akar umbi. Siapa bertanggungjawab?. Laluan longkang ini merentasi jalan JKR. Jadi nak tanya JKR kah? Nak tanya MPKJ kah? Nak tanya Pejabat Tanah kah? untuk selesaikan masalah ini? Tak ada siapa yang mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini. Akhirnya esok, yang menjadi mangsa adalah rakyat di bawah sana. Itu dua contoh bagaimana saya boleh bangkitkan tentang penyelarasan. Yang kedua ialah tentang pemantauan dan penguatkuasaan. Dan kegagalan pemantauan dan penguatkuasaan ini juga memberi kesan kepada efficiency perkhidmatan di peringkat akar umbi. Saya nak sebut dua perkara. Yang pertama letupan batu di kuari Bukit Kajang. Rakan saya Kajang, mungkin maklum perkara ini. Border sebelah dengan DUN Sungai Ramal. Bersebelah pula dengan DUN Semenyih. Bukit Kajang ini ada kuari yang besar. Yang saya fikir kalau ikut saiz bukit tu mungkin ada 20 tahun lagi hak boleh pecahkan kuari ini. Isunya ialah, siapa memantau kerja-kerja mereka.

Yang pertama, letupan. Letupan yang berlaku pada 28/1/2026 baru-baru ini menggegarkan kawasan perumahan yang sejauh 10 kilometer. Dan mencemaskan penduduk kerana sebahagian dari batu-baru sampai ke tempat mereka. Siapa yang meluluskan dan siapa yang memantau? Siapa yang memastikan mengikut SOP?

Yang kedua, laluan keluar masuk lori. Yang membawa hasil batuan ini. Menggunakan jalan yang digunakan oleh orang awam. Orang kampung. Dan berdekatan dengan Pusat Kesihatan Semenyih. YB Dusun Tua tahu, kenal tempat ini. Dan apa yang berlaku ialah, bila mana operasi lori keluar masuk ini berjalan maka, debu-debu akan berterbangan seperti salji yang akan turun ke bumi. Semua kenderaan awam yang melanggan Pusat Kesihatan ini, pesakit-pesakit, pegawai perubatan, nurses dan peniaga-peniaga menjadi mangsa kepada debu salji yang menakutkan ini. Saya mohon, pihak Kerajaan mengambil inisiatif untuk memantau siapa punya urusan ini. Memantau ini. Lesen atau pihak yang beri lesen. Pemantauan ini siapa yang patut memantau. Sebab yang akan terkesan adalah rakyat di bawah sana.

Kes yang kedua bagi maksud pemantauan dan penguatkuasaan ialah kes kontrak pembersihan awam. Saya mendapat jawapan daripada Kerajaan Negeri. Pada sesi lepas bila mana saya bertanya apakah isi kandungan kontrak pembersihan awam dan jadual kerja pembersihan awam yang berkait rapat dengan sampah, longkang dan rumput? Dia berkait rapat dengan kebersihan awam yang memerlukan perhatian supaya dapat diselesaikan. Jawapan saya dapat daripada satu PBT. Saya minta daripada Kerajaan menjawab. Dari PBT yang saya dapat jawapan adalah MPKJ. Saya bacakan.

Skop kerja pembersihan awam MPKJ merangkumi, pemotongan rumput, sapuan, pembersihan longkang, kutipan sampah pukal, pembersihan perhentian bas, pasar malam, pasar siang. Jadual.

Pemotongan rumput di kawasan komersial dan taman perumahan, dua kali dalam sebulan. Pembersihan longkang kawasan komersial dan industri, empat kali dalam sebulan. Kawasan taman perumahan dua kali dalam sebulan. Setiap kali potongan kena sapu. Jalan utama, dan kawasan komersial setiap hari, pagi atau petang. Kutipan sampah pukal, satu kali seminggu. Korekkan longkang setiap taman perumahan dua kali dalam sebulan.

Yang Berhormat tanyalah kepada orang ramai di bawah sana, berapa kerap korekkan longkang dilaksanakan oleh kontraktor yang mendapat kontrak ini. Dan pasti jawapannya adalah tidak mengikut jadual yang saya nyatakan tadi. Justeru, siapakah yang memantau? Dan menguatkuasakan jadual ini dilaksanakan oleh kontraktor. Kita bimbang kontraktor dapat kerja, dapat upah mengikut kontraknya tapi perlaksanaannya sangat-sangat

mengecewakan. Ini menjadikan efficiency perkhidmatan menjadi tanda tanya besar di peringkat bawah untuk

Speaker

Yang Berhormat, Panjang lagi ker?

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Menjadi bahan mereka bercakap sampai bila-bila.

Speaker

Banyak lagi?

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tak. Pendek. Pendek jer.

Speaker

Tolong lighting lah, kalau boleh.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tajuknya panjang. Saya kena pendekkan. Bila Speaker masuk saya kena pendekkan. Sebab Speaker

Speaker

Ialah. Terpaksalah. 15 minit sahaja.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang ketiga adalah perumahan. Itu kebajikan perumahan yang tinggal di kawasan berstrata. Tuanku menyebut tentang keperluan menyediakan rumah mampu milik kepada penduduk Selangor. Dan harus diingat bahawa juga memerlukan kepada pemerhatian serius kepada penghuni-penghuni rumah bertingkat supaya kebajikan mereka terpelihara. Isu paling besar yang menjadi kerungutan mereka adalah yang pertama, masalah jalan raya dalam kompaun perumahan bertingkat.

Yang kedua, masalah kebok sampah atau rumah sampah, yang mana sekiranya diharapkan kepada JMB, Badan Pengurusan Bersama, mereka tak mampu untuk mengeruk semula jalan. Tak mampu untuk membina semula rumah sampah. Saya telah sebut banyak kali dan minta perhatian pihak Kerajaan untuk meneliti dan membantu mereka kerana mereka tak mampu nak buat. Charge pengurusan, charge fee, cheap maintenance. Mereka hanya mampu bayar itu sahaja. Untuk lebih dari itu, tak mampu. Lebih-lebih lagi bila kos baiki jalan sangat-sangat besar. Saya ambil contoh 5 taman dalam kawasan saya supaya dapat perhatian Pihak Berkuasa. Yang pertama Taman Impian Ikhsan, Balakong. Ini bukan kawasan Balakong. Kawasan Sungai Ramal ni. Taman Setia Balakong. Taman Kajang Utama, Bandar Teknologi Kajang dan Taman Seri Kenari, Kajang. Namanya Kajang tapi dalam kawasan Sungai Ramal. Dan saya melihat maklumat daripada Dewan Negeri Selangor tentang pernahkah ada peruntukan diberikan untuk maksud ini? Jawapannya ada. Antara tahun 2013 hingga 2015. Di mana Kerajaan Negeri memperuntukkan untuk membantu JMB baik pulih bangunan, baiki jalan dan kebok sampah, dengan peruntukan sebanyak 9 juta ringgit yang pertama, 13 juta ringgit dan yang kedua, dan 25 juta ringgit yang ketiga. Antara

tahun 2013 hingga 2015. Saya mohon supaya pihak Kerajaan, demi kebajikan rakyat yang jumlah pengundinya teramai di situ. Paling ramai adalah mereka-mereka yang tinggal di rumah bertingkat itu. Tak akan Kerajaan tak perasan bahawa mereka adalah pengundi dan berilah hak mereka untuk hidup selesa dalam negeri yang kita cintai ini. Kerana mengharap kepada collection JMB tak mampu mereka membiayai projek-projek yang sebesar baiki jalan raya ini. Speaker, saya beralih kepada Indeks Kebahagiaan seMalaysia

Speaker

Yang Berhormat dah boleh landing la ni.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ya. Nak landing dah ni.

Speaker

Teguran saya tadi dah selang empat minit dah.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ok nak landing dah. Tapi cuma kawasan tu banyak kapal terbang. Dia kena ambil masa sikit.

Speaker

Cepatkan-cepatkan. Satu minit yang terakhir lah, Yang Berhormat.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Indeks Kebahagiaan seMalaysia Kerohkan Selangor. Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa 2023, tiga negeri teratas paling bahagia adalah Terengganu, Johor, Negeri Sembilan. Selangor tempat ke empat belas. Itu 2023. 2024, Terengganu nombor 1, Selangor nombor 14. 2025 pun Terengganu nombor 1 dan Selangor nombor 14. Soalan saya, apakah Kerajaan ambil tahu perkara ini? Dan apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan setidak-tidaknya Selangor naik setakok, dua takok bagi memastikan dia adalah kesungguhan Kerajaan untuk memastikan kebahagiaan rakyat Selangor ini dijaga oleh Kerajaan yang ada pada hari ini. Kemudian, kehilangan pekerjaan di Selangor. PERKESO melaporkan sehingga Mac 2026, Selangor mencatatkan kadar kehilangan pekerjaan tertinggi di Malaysia iaitu 29.3 peratus. Berjumlah 1,729 orang. Saya mohon pihak Kerajaan menjelaskan bagaimana ini terjadi? Mengapa ini terjadi dan bagaimana penyelesaiannya dan ini juga memberi kesan langsung kepada keadaan geo-politik pada masa ini. Akhir sekali Smart Tunnel - Penyelesaian Masalah Banjir. Tuan Speaker, Malaysia.

Speaker

Yang Berhormat, isu ini tadi saya dengar Seri Kembangan dah bangkitkan. Saya rasa tak perlu bangkitkan lagi.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tak ada. Saya rasa Smart Tunnel tak ada. Tak ada.

Speaker

Tadi saya dengar ada dibangkitkan.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tak ada. Tak ada. Malaysia ada contoh. Saya tak mengatakan bahawa ini satu-satunya contoh terbaik tapi contoh yang dibikin oleh Perdana Menteri ketujuh iaitu Smart Tunnel yang bertujuan selesaikan dua perkara penting. Yang pertama penyuraian trafik dan yang kedua penyelesaian banjir. Ketika dulu, belum ada Smart Tunnel, tiap kali hujan, KL banjir. Tiap kali hujan, KL banjir. Tetapi hari ini dah kurang sangat-sangat jauh. Bila mana Smart Tunnel ini siap kerana dia membantu menyelesaikan masalah banjir sehinggakan projek ini memenangi anugerah reka cipta inovasi UN Habitat School of Honor.

Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tahun 2011. Mungkin Kerajaan boleh pertimbangkan untuk melihat projek ini supaya dapat

Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Diikuti jika perlu untuk memastikan dia boleh berlaku di tempat kita dan selesai masalah banjir. Terima kasih, pihak Sungai Ramal. Mudah mudahan, idea ini menyokong untuk kita memperkukuhkan Pembangkang dan menjadikan Dewan ini terbaik di Malaysia. Assalamualaikum, Warahmatullhi Wabarakatuh.

Speaker

Yang Berhormat Sungai Ramal mengambil masa 22 minit. Saya ingin mengingatkan Dusun Tua, 15 minit.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kita Selangor. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli EXCO, Pegawai-pegawai Kerajaan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor atas titah ucapan yang penuh bermakna dan memberi petunjuk yang jelas mengenai hala tuju pembangunan dan keharmonian rakyat negeri Selangor. Ingin saya bahaskan beberapa isu yang amat penting kepada rakyat di kawasan saya terutama dalam konteks pembangunan ekonomi dan juga pengurusan bencana alam.

Titah Tuanku. Baginda telah memaklumkan mengenai pencapaian ekonomi yang sangat memberangsangkan dengan penerimaan hasil negeri sebanyak 3.021 bilion tahun 2025. Namun walau pun pencapaian ini amat menggalakkan terdapat beberapa cabaran yang masih dihadapi oleh kawasan luar bandar termasuk Dusun Tua. Masyarakat di kawasan ini terutamanya golongan muda masih bergelut untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka. Sehingga kini banyak sektor ekonomi yang beroperasi di kawasan luar bandar masih menggunakan pendekatan tradisional terutamanya dalam sektor

pertanian. Saya ingin memohon kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar agar Kerajaan Negeri dapat memperkenalkan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada golongan muda dan belia di luar bandar.

Program-program ini boleh disasarkan kepada bidang teknologi hijau. Pertanian moden yang dapat memberikan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa. Langkah ini dapat meningkatkan daya saing golongan muda dan memperluaskan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar. Kawasan Dusun Tua dilihat masih mempunyai kawasan tanah yang mampu diteroka dalam bidang pertanian di mana ianya terletak dalam radiasi jarak bersesuaian dengan bandar Kuala Lumpur. Bercakap soal ini, hasil tuaian yang diperolehi mampu dihantar kepada pembekal atau pun pembeli dengan mudah. Sekali gus dapat menjimatkan kos pengangkutan dan penjimatan ini dapat dirasai oleh para pembeli. Penerokaan bidang pertanian moden ini bukan saja pada sudut tanaman sayur-sayuran malah bidang penternakan juga dapat memberikan satu peluang ekonomi yang baik kepada para usahawan muda. Sebagai mana titah saranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, pembangunan perumahan yang mampu milik merupakan keutamaan bagi memastikan rakyat Selangor dapat hidup dalam keadaan yang selesa. Dalam Dusun Tua, isu perumahan masih menjadi cabaran besar. Golongan muda dan keluarga B40 masih sukar untuk memiliki rumah disebabkan harga rumah yang semakin meningkat dan akses yang terhad kepada pinjaman perumahan. Ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Menteri Besar kerana pada 2 April yang lepas dengan kerjasama YB EXCO Tanjung Sepat dan pihak LPHS, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah menyaksikan MOU Residency Selangorku di dalam kawasan Hulu Langat. Walaupun ianya tidak berada dalam kawasan Dusun Tua, namun dengan adanya skim seperti ini, ianya memberikan peluang kepada penduduk tempatan yang masih belum mampu memiliki rumah idaman pertama mereka. Saya berharap kepada Kerajaan Negeri agar dapat menyediakan perumahan mampu milik khususnya bagi golongan muda di kawasan luar bandar bukan saja dari segi aset malah kemudahan pinjaman yang lebih flexible disediakan agar golongan muda dapat memiliki kediaman mereka sendiri tanpa membebankan kewangan mereka.

Tuan Speaker, saya ingin memberi perhatian kepada satu isu yang telah berlarutan saban tahun iaitu masalah banjir di Dusun Tua. Isu yang telah mengakibatkan kerosakan besar kepada kehidupan penduduk di Dusun Tua pada tahun lepas iaitu pada November dan Disember, 4 5 bulan yang berlalu. Kawasan kami telah dilanda banjir hampir tiga kali dalam seminggu yang sama dan telah mengakibatkan kerosakan harta benda, tanaman dan harta benda penduduk. Kejadian banjir ini bukan hanya memberi kesan langsung tetapi juga mengubah bentuk geografi kawasan kami, menjadikan kawasan tertentu lebih terdedah kepada banjir berulang. Projek tempatan banjir yang dicadangkan merupakan satu berita kelegaan buat semua warga Dusun Tua. Dalam titah Tuanku Sultan Selangor, Baginda telah menekankan kepentingan Kerajaan Negeri untuk segera menangani masalah banjir yang berulang di Negeri Selangor. Saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam

memperkenalkan projek tempatan banjir dan projek RTB Hulu Langat yang telah diluluskan, namun perlaksanaan projek tersebut perlu dipercepatkan. Setakat ini walaupun peruntukan telah disediakan, banyak projek tempatan banjir yang masih tidak dilaksanakan sepenuhnya atau dalam peringkat perancangan sahaja. Kerajaan Negeri perlu memberikan perhatian yang lebih serius terhadap perlaksanaan projek ini bagi memastikan rakyat di Dusun Tua mahupun di Selangor tidak terus menderita akibat masalah banjir berulang. Saya amat berharap dan memohon untuk projek RTB ini segera dilaksanakan dengan kadar segera. Tindakan ini perlu melibatkan pembinaan tembok pemecah air yang lebih kuat, pembesaran saliran utama serta penambahbaikan sistem saliran sedia ada, ada di kawasan yang sering dilanda banjir. Projek ini harus di prioritasikan (keutamaan) di kawasan Dusun Tua terutamanya di kawasan yang sangat terdedah kepada risiko banjir seperti di Kampung Sungai Lui, Batu 16, Dusun Tua, Taman Sri Nanding, Kampung Sungai Serai, Kampung Batu 10. Saya juga memohon kepada agensi yang terlibat dalam menguruskan sungai kita ini, mereka perlu memastikan pembersihan sungai dilakukan secara berkala dan berterusan. Sungai yang tercemar dan tersumbat perlu diberi perhatian segera. Pembersihan sungai ini harus dilakukan setiap kali selepas banjir dan pada musim hujan agar aliran air dapat berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

Titah Tuanku Sultan Selangor juga menyentuh mengenai perlunya Kerajaan Negeri memberi fokus kepada pengurusan sisa pepejal sampah yang lebih efisien. Di Dusun Tua, sekitar ini masih lagi belum dapat diuruskan dengan baik terutamanya isu sampah di kawasan perkampungan tradisional. Selain itu, pengusaha komersil terutamanya yang terlibat dalam industri inap desa dan juga restoran juga menyumbang kepada masalah ini. Dusun Tua mempunyai banyak kawasan inap desa yang semakin berkembang pesat yang membawa kepada peningkatan jumlah sampah yang dihasilkan. Sampah yang dihasilkan oleh pengusaha inap desa dan restoran ini perlu diurus dengan lebih efisien dan teratur. Sampah yang terbuang merata-rata terutama di kawasan-kawasan yang tidak disediakan tempat pembuangan sampah yang teratur. Bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah, sungai yang menjadi sumber utama minuman sebahagian besar penduduk di Lembah Klang. Saya juga menyahut dengan baik saranan Kerajaan Negeri dalam merencanakan pelan industri waste to energy yang dapat mengurangkan jumlah sisa yang terkumpul serta menjana tenaga automatif. Sektor ini bukan sahaja dapat memberi manfaat dari segi kelestarian alam sekitar, tetapi juga dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan negeri. Program ini boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan seperti Dusun Tua yang memerlukan teknologi moden dalam pengurusan sisa dan tenaga. Terdapat tapak pelupusan sampah haram yang tumbuh macam cendawan tumbuh. Beberapa tempat di kawasan kampung juga, bagaimana kelulusan untuk illegal dumping ini boleh kita tak nampak. Jadi saya harap Kerajaan Negeri mahupun yang berkuasa, pihak berkuasa dapat memantau tempat pelupusan sampah yang wujud di Dusun Tua. Tuan Speaker, baru-baru ini YAB Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan satu pelan pakej pengukuhan daya tahan Selangor di mana kerajaan telah menawarkan beberapa pakej

rangsangan kepada rakyat Selangor khususnya. Dusun Tua mengucapkan terima kasih kerana Kerajaan Negeri terus cakna kepada permasalahan isu global iaitu krisis Iran dan US di mana kesan drastik telah melanda rakyat Malaysia terutamanya dalam penggunaan bekalan minyak. Syukur dengan adanya pakej ini Kerajaan Selangor telah memberikan subsidi kepada pengangkutan awam khasnya untuk 50,000 pengguna meliputi pengangkutan LRT, bas dan kereta api dengan inisiatif sebanyak 30 Ringgit sebulan. Terus mengukuhkan bantuan kepada rakyat Selangor satu program yang boleh saya kira program yang disambut sangat baik oleh warga Dusun Tua iaitu jualan Ehsan Rahmah telah ditambah baik dengan tambahan peruntukan sebanyak 5 juta telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar bermula Jun 2026. Semoga dengan adanya program jualan Ehsan Rahmah ini rakyat Selangor khususnya dapat menikmati barangan yang berkualiti dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan pasaran. Kerajaan Selangor juga telah menjamin gudang makanan Selangor diberi peruntukkan sebanyak 50 juta ringgit bagi meningkatkan stok dan keterjaminan makanan. Menyentuh tentang usahawan digital juga tidak ketinggalan mendapat sokongan dalam program rangsangan ini. Kerajaan terus memperkasa golongan ini melalui program plate dan usahawan koperasi Selangor dengan peruntukan sebanyak 6 juta ringgit. Dengan kos ini usahawan dapat meningkatkan jualan melalui ekosistem digital mereka di samping dapat menanggung kos operasi, barangan runcitan mahupun logistik mereka. Ibu bapa di Selangor boleh menarik nafas lega dengan pengumuman bantuan sarapan percuma yang melibatkan hampir 873 sekolah dalam Selangor pada Ogos 2026 ini nanti. Insentif ini dilihat dapat meringankan beban ramai ibu bapa dalam menguruskan perbelanjaan persekolahan anak mereka. Saya ingin menzahirkan rasa syukur di atas pengumuman pakej ini yang dianggarkan sebanyak 131 juta dapat membantu rakyat Selangor dalam kita menangani isu krisis bekalan buat masa ini. Bagai penutup, saya menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor kerana telah memberi titah yang penuh berwawasan dan memberi panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri. Dusun Tua memohon agar Kerajaan Negeri memberi tumpuan lebih kepada isu-isu yang dihadapi oleh penduduk terutamanya dalam aspek ekonomi, perumahan, pengurusan sisa pepejal, banjir dan terutama sekali penyelesaian masalah banjir yang telah berlarutan. Saya kira setiap kali sidang DUN saya tak miss mengajukan soalan tentang banjir. Jadi memang dah sampai dan tepatlah waktunya titah dan teguran ini dilaksanakan dengan seberapa segera. Keutamaan perlu diberikan kepada projek tempatan banjir yang telah diluluskan serta pembaikan infrastruktur yang rosak akibat banjir. Saya percaya bahawa dengan kerjasama semua pihak kita dapat mengatasi segala cabaran yang dihadapi dan memastikan Negeri Selangor terus maju, makmur dan sejahtera untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Akhir kata, saya menyokong menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Gombak Setia untuk mengambil tempat dalam perbahasan bagi membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan pantun, Tuan Speaker.

Daun keladi si daun bambu, Titah nasihat berkarung-karung, Menjunjung kasih kepedulian Tuanku, Raja berdaulat, rakyat bernaung.

Daun keladi di atas para, Tempat bertelur itik dan angsa, Hilang pedoman rakyat sengsara, Arus perubahan menunggu masa.

Hujan turun mencurah-curah, Tidak diserap daun keladi, Tuanku berduka, rakyat amarah, Perikatan Nasional siap mentadbir negeri.

Tuan Speaker, Gombak Setia menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, ketika istiadat pembukaan persidangan Dewan Negeri Selangor bagi tahun 2026. Setelah beberapa tahun kita bersidang dalam penggal ini, di Dewan yang mulia ini, kami ahli-ahli Dewan Negeri Selangor cukup teruja mendengar titah nasihat dan pedoman yang terbit dari hati sanubari Baginda yang ikhlas dan luhur. Sesungguhnya titah yang sarat dengan nasihat dan teguran memaparkan kepedulian Baginda terhadap perkembangan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri maju serta kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat yang menduduki negeri ini. Sebagai orang yang pernah terlibat aktif dan berperanan dalam menyediakan teks, dokumen dan laporan kemajuan pembangunan serta inisiatif Kerajaan Negeri, belum pernah saya mendengar titah nasihat, titah teguran dan titah pandangan yang bagi saya begitu keras sehingga menggunakan analogi seperti mencurah air ke daun keladi. Ini kerana Tuan Speaker dalam alam Melayu, daun keladi ini selalunya sinonim dengan perihal yang positif untuk menzahirkan rasa terima kasih, untuk mengenang jasa, budi secara lebih halus dan indah, ianya juga merupakan simbolik kerana daun keladi ini sebenarnya amat dekat dengan kehidupan rakyat kebanyakan. Sebab itu banyak madah peribahasa pantun yang kita biasa dengar atau kadang kala kita juga biasa guna, selalunya menggunakan istilah daun keladi. Ada yang paling popular selalunya terima kasih daun keladi. Kalau panjang sikit mungkin terima kasih daun keladi, budi tuan jadi kenangan. Akan tetapi bila Duli Yang Maha Mulia Tuanku menggunakan peribahasa seperti mencurah air ke daun keladi, pastinya nasihat dan teguran tersebut ada asas yang kuat dan kukuh sebab daun keladi ini cirinya daun itu lebar. Maksudnya kalau lah dengan lebar daun keladi itu boleh

menyerap air maksudnya pasti masalah selesai. Tapi nak buat bagaimana sebab daun keladi ini dia memang suka di tempat yang lembap dan berair. Di mana ada air, mungkin di situ ada keladi. Mungkin juga di mana ada banjir di situ juga ada keladi.

Maka Tuan Speaker, meneliti titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku saya dapat melihat betapa dukacitanya baginda apabila pelbagai masalah yang sedang dan kembali membengkak dalam negeri ini terpaksa mengheret kita daripada membincangkan isu-isu yang besar yang selaras dengan status Negeri Selangor, mungkin sebagai sebuah negeri yang paling maju, sebagai sebuah negeri pintar, sebagai sebuah smart state tetapi hari ini kita terpaksa kembali untuk membincangkan isu-isu asas seperti banjir, sampah dan jalan yang berlubang.

Tuan speaker, dalam dewan yang mulia ini dalam beberapa penggal yang lalu kami semua Ahli Dewan Negeri Selangor dijanjikan untuk suatu engagement dengan Kerajaan Negeri untuk bersama-sama bagi merangka dan menggubal Rancangan Selangor Kedua dan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang semalam. Sehingga hari ini Rancangan Selangor Kedua yang sepatutnya mengambil tempat dalam perancangan bermula tahun 2026 sehinggalah 2030, hari ini sudah bulan April nak masuk bulan Mei ia masih lagi tidak dibentangkan dalam dewan yang mulia ini. Tuan Speaker, saya hendak menyorot perhatian kita sebelum kita bincang dan bahas soal Rancangan Selangor Kedua saya hendak menyorot semula di mana Kerajaan Negeri telah sebelum ini melancarkan Rancangan Selangor Pertama. Dengan inisiatif dengan pelaburan yang disasarkan ke seluruhnya punya nilai kira-kira RM70 hingga RM 80 bilion. Akan tetapi persoalannya, berapa projek besar yang benar-benar di laksanakan dan berapa pula jumlah projek yang hanya kekal sebagai pengumuman.

Sebagai perbandingan, saya hendak rujuk kepada Rancangan Malaysia ke-12, di mana nilai pembangunannya kira-kira RM400 bilion. Kadar pelaksanaan projek utama dari laporan yang dikeluarkan mencatatkan antara 70% hingga 90% mengikut sektor. Sementara FDI negara ketika itu mencatatkan sejumlah RM264 bilion antara yang tertinggi dalam sejarah negara.

Berbanding Rancangan Malaysia Pertama yang berlaku bagi tempoh 2021 hingga 2025 belum ada sebarang laporan yang telus, yang jelas tentang kadar pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama. Tidak juga ada angka rasmi KPI yang dicapai dibentangkan secara konsisten dan juga tiada mid term correction yang jelas selain daripada meminda matlamat Rancangan Selangor Pertama ketika pembentangan yang pertama menyasarkan sumbangan 30% Kerajaan Negeri kepada KDNK negara.

Saya ketika itu antara yang menegur. Bukan sahaja dengan hujah bahkan ketika itu saya bawakan kaedah kiraan untuk memperlihatkan bagaimana sasaran 30% tersebut sebenarnya satu sasaran yang tidak masuk akal untuk kita capai dalam tempoh lima (5)

tahun. Dan apabila perancangan itu gagal mencapai matlamat saya bimbang kerana ia tidak akan dilihat sebagai satu kegagalan biasa tetapi sebagai kegagalan governance dan tata kelola pentadbiran yang mendasar.

Antara kegagalan Rancangan Selangor Pertama juga ialah apabila ia gagal mencipta keterujaan di kalangan pelabur untuk datang melabuh di negeri Selangor dan membawa pelaburan berimpak tinggi. Keterujaan yang ada ialah apabila mengumumkan angka-angka yang besar jumlahnya bilion-bilion, trilion. Begitu juga nama-nama yang cukup hebat, itu di bawah itu ada pameran kalau tengok namanya Aeropolis, macam-macam lah. (Barcelona bukan dalam Rancangan Selangor Pertama)

Tapi, itulah hakikat nya. Kita hanya menciptakan keterujaan di kalangan kita sedangkan pelabur tidak teruja untuk datang dan melabuh dalam negeri Selangor. Hanya keterujaan politik dengan membentangkan angka yang besar dan gah sedangkan pelaburan berteknologi tinggi tidak menunjukkan atau pun tidak memperlihatkan lonjakan yang setimpal. Realitinya, saya akui walaupun pelaburan yang diluluskan Selangor masih tinggi sekitar RM50 hingga RM70 bilion setahun tetapi apa yang saya maksudkan ialah dari segi growth acceleration yang tidak memperlihatkan angka-angka yang significant berbanding negeri pesaing kita seperti negeri Johor. Ini bermakna, banyak proses atau pun projek Rancangan Selangor Pertama yang sebelum ini dirancang ia hanya bersifat incremental dan bukannya bersifat transformational.

Maksudnya Tuan Speaker, kita di Negeri Selangor ini kita memang bergerak tetapi kita tidak bergerak cukup laju sebagai The Economic Power House bagi negara kita ini. Sedangkan sebagai sebuah negeri maju, kita harus mempunyai mentaliti yang selari dengan status negeri kita. Kita harus menghambat masa, kita bukan menunggu masa menghambat kita.

Kita juga harus sedar dalam mana-mana pelan pembangunan, kelewatan pastinya membawa kesan kewangan yang secara langsung. Apa anggaran kesan kelewatan dalam pelaksanaan?, inflasi yang akan meningkat akan melonjakkan kos pembinaan antara 5% hingga 10% setahun ini juga bermakna variation order yang boleh meningkat antara 10% hingga 20% daripada kos asal. Maksudnya, kalau kita melakukan satu-satu projek itu nilainya RM1 bilion mengalami kelewatan dua (2) tahun, kos pasti bertambah antara RM100 juta hingga RM300 juta. Jika, sepuluh (10) projek pertama dalam Rancangan Selangor Pertama sahaja mengalami kelewatan termasuklah mungkin pembangunan Stadium Shah Alam, pastinya kerugian boleh mencecah antara RM1 bilion hingga RM3 bilion. Saya percaya, ini yang sebenarnya dibimbangi dan cuba disembunyikan oleh Kerajaan Negeri kerana kegagalan Rancangan Selangor Pertama memperlihatkan atau pun membuktikan bahawa lesap nya peluang ekonomi akibat daripada tadbir urus yang longlai. Opportunity cost bagi Kerajaan Negeri amat besar sebenarnya. Ini kerana setiap projek ekonomi yang lewat sama juga ertinya dengan ekonomi yang tidak berlaku. Saya cuba anggarkan secara konservatif

sahaja, jika satu (1) projek infrastruktur atau industri bernilai RM1bilion dengan potensi gandaan atau pun multiply effect antara 1.5 hingga 2 kali ganda maknanya apabila projek RM1 bilion nilainya tertangguh, sebanyak RM1.5 hingga RM2 bilion aktiviti ekonomi kita akan hilang. Kalau RM10 bilion maksudnya RM15 bilion hingga RM20 bilion projek atau pun peluang potensi ekonomi dalam negeri kita ini juga akan lesap. Samalah juga impaknya kepada peluang pekerjaan. Jika setiap satu (1) bilion pelaburan biasanya boleh mencipta kira-kira 3,000 hingga 5,000 peluang pekerjaan secara langsung atau pun tidak langsung bermakna projek Rancangan Selangor Pertama jika tertangguh 10 bilion maka 30,000 hingga 50,000 peluang pekerjaan juga telah hilang atau pun tertunda. Ini bukan satu jumlah yang kecil, sebab itu saya minta supaya kita semua mengambil serius terhadap teguran dan nasihat yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Ini bukan satu jumlah yang kecil tetapi potensi rezeki rakyat yang gagal kita wujudkan akibat daripada kelalaian kita. Rancangan Selangor Pertama yang sepatutnya menjadi blue print atau pun pelan jangka sederhana dan panjang untuk melonjakkan ekonomi Selangor ke masa hadapan daripada menjadi pelan atau pun blue print ia akhirnya tersadai menjadi sebuah dokumen yang mahal tanpa hasil yang significant. Tuan Speaker..

Speaker

Yang Berhormat lama lagi ke?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tak ada, pendek.

Speaker

Ya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tuan Speaker, titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menangguhkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 juga pasti punya hikmah dan kebijaksanaan di sebaliknya. Biarpun ada saya dengan juga bisik-bisik tentang soal deposit, soal persediaan atlet dan lain-lain tetapi saya yakin Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah meneliti keseluruhan aspek tersebut. Tuanku menzahirkan titah pandangan tersebut dengan hujah kos penganjuran dan juga isu pembangunan Stadium Shah Alam. Ini bagi saya merupakan isu yang paling kritikal kerana benar, penganjuran SUKMA dan Selangor sebagai tuan rumah pasti memberi limpahan ekonomi kepada negeri.

Speaker

Masa Yang Berhormat telah tamat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Akan tetapi..

Speaker

Mohon Yang Berhormat masuk ke perenggan terakhir.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sekiranya kita teruskan dengan modal pembiayaan yang keseluruhan ditanggung oleh Kerajaan Negeri maka kita bukan sahaja akan terbeban dengan kos penganjuran sebanyak RM100 juta tetapi berdepan dengan risiko

kos tambahan akibat daripada pembangunan Stadium yang tertangguh. Sikit Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyorot kepada apa yang juga dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku tentang isu sampah, pemuliharaan hutan dan juga alam sekitar. Baru-baru ini, viral atau pun tular dalam media sosial satu video yang dirakamkan oleh beberapa orang cyclist di kawasan sekitar Jalan Gombak ke Genting Sempah di mana ada sebuah lori yang sewenang-wenangnya pada siang hari, dia membuang sampah tanpa mempedulikan sebarang arahan atau pun papan tanda yang telah disediakan atau pun yang menunjukkan bahawa kita harus.......

Speaker

Ya Yang berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tak boleh buang sampah dan sebagainya. Tuan speaker, saya hendak bertanya apakah tindakan telah diambil kerana video ini telah tular bukan sahaja setakat tular, mereka juga telah merekodkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Lori BLC 8333 dengan sampah yang begitu banyak dibuang dalam hutan simpan kita. Jadi, apakah sebenarnya usaha Kerajaan Negeri selain daripada memulihara hutan-hutan simpan yang ada dalam negara kita? Apakah kita juga memperketat usaha penguatkuasaan bagi menjaga kawasan-kawasan yang sepatutnya dilindungi oleh Kerajaan? Yang terakhir, Tuanku juga bertitah supaya...

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Kerajaan Negeri mesti lebih responsif terhadap aduan dan juga keluhan rakyat. Budaya libat urus seperti dialog, townhall, engagement atau apa juga namanya apakah budaya ini sudah mula luntur dalam budaya Kerajaan Negeri Selangor. Saya hendak membawakan isu penduduk Batu 11 Gombak yang hari ini mereka telah diminta keluar daripada kediaman mereka untuk dijalankan projek pembangunan pelebaran lebuh raya KL-Karak yang telah pun mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan pada Januari 2026.

Speaker

Yang Berhormat, minit yang terakhir.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker,

Speaker

Yang Berhormat telah melebih masa.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Mereka ini telah berkali-kali menulis surat kepada Kerajaan Negeri meminta supaya ada sesi libat urus (engagement). Mereka bukan hendak tahu banyak, mereka hendak tahu apakah rumah mereka ini kena dengan pembangunan tersebut atau pun tidak. Ini mereka bangun pagi ada rumah yang kena pangkah...

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini mereka bangun pagi ada notis yang ditampal di pintu, jadi sebab itu Tuan Speaker saya teruja dengan titah DYMM Tuanku supaya Kerajaan Negeri lebih responsif dan saya minta lah supaya YAB Dato’ Menteri Besar sendiri. Sebelum ini dia hantar Ahli Majlis...

TUAN SPEAKER

: Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

... ia hantar Ketua Kampung untuk mengadakan libat urus dengan masyarakat ini. Ketua Kampung ini tidak tahu apa, Ahli Majlis ini pun tidak tahu apa, dia tidak boleh bagi jawapan pun bahkan mereka kata dia pun tidak tahu betul ke tidak pembangunan itu hendak dijalankan.

Speaker

Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tetapi ini yang direkodkan yang direkodkan di dalam Dewan Negeri dalam Hansard di mana Kerajaan Negeri dalam jawapan bertulis yang diberikan...

Speaker

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

...kepada saya mengesahkan bahawa projek tersebut..

TUAN SPEAKER

: Masa telah pun banyak terlepas.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

...telah pun diluluskan pada Januari 2025. Jadi sebab itu saya minta supaya eksekutif..

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

...khususnya Menteri Besar sebagai Ahli Parlimen Gombak juga boleh bertemu dan bersemuka..

Speaker

Baik.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

...dengan penduduk-penduduk ini...

Speaker

Baik.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

..dan berikan jawapan ..

Speaker

Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

..jawapan yang terbaik serta pembelaan kepada warga Gombak..

Speaker

Ya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

..yang hari ini juga mendambakan perubahan terima kasih. Gombak Setia menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, setiap Ahli Dewan diberi masa 15 minit untuk sebelah pagi. Gombak Setia mengambil masa 19 minit ya. Saya catatkan . Yang Berhormat Pandamaran 15 minit.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi peluang kepada Pandamaran untuk berdiri di Dewan yang mulia ini bagi menyokong dan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Titah Tuanku bukan sekadar ucapan rasmi malah ia merupakan satu amanat dan hala tuju buat kita semua khususnya dalam memastikan kesejahteraan rakyat Selangor kekal terjamin di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global. Pandamaran ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Menteri Besar kerana sentiasa berpaksikan Iltizam Kita Selangor dalam setiap denyut nadi pentadbiran.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, titah Tuanku sekali lagi menyentuh isu banjir. Ini menunjukkan bahawa Tuanku amat prihatin terhadap kegelisahan rakyat yang saban tahun terpaksa berhadapan dengan bencana ini. Di dalam DUN Pandamaran, Pandamaran ingin memuji JPS dan Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Diraja Klang kerana projek mitigasi yang telah di mula terbukti berjaya mengurangkan kekerapan banjir kilat. Namun, Tuan Speaker apa gunanya kita membina tebatan banjir bernilai jutaan ringgit jika aspek penyelenggaraan asas diabaikan. Pandamaran ingin menarik perhatian Dewan kepada isu penyelenggaraan parit monsun di bawah seliaan Majlis Bandar raya Diraja Klang khususnya di parit Mata Kucing. Baru-baru ini Pandamaran mendapat mesej dari seorang penduduk dan mendapati parit tersebut penuh dengan semak dan rumput. Apabila diselidik jawapannya adalah menunggu kontrak baharu melalui tender terbuka. Tuan Speaker, air tidak menunggu tender selesai untuk melimpah. Mengikut data teknikal, parit yang tersumbat dengan sentimen dan tumbuhan boleh kehilangan 50% kapasiti aliran air. Pandamaran menggesa, Majlis Bandaraya Diraja Klang khususnya Bahagian Ukur Bahan supaya mengambil tindakan

yang drastik. Proses tender tidak seharusnya menjadi alasan untuk membiarkan parit tersumbat. Kita perlukan contigency pelan dengan izin. Jika tender mengambil masa, Majlis Bandaraya Diraja Klang mesti ada mekanisme perlanjutan kontrak jangka pendek atau pasukan in house (dengan izin) yang mampu bertindak segera. Jangan biarkan rakyat menjadi mangsa kelemahan pentadbiran birokrasi. Tuan Speaker, Pandamaran sangat menyambut baik saranan Tuanku mengenai pengambilan pakar dari negara Belanda. Seperti yang kita tahu, negara Belanda adalah guru dunia dalam pengurusan air. 26% daripada negara mereka berada di paras laut namun mereka mampu tidur lena tanpa risau akan banjir. Pandamaran maklum, kerajaan Negeri pernah membeli jentera dari sana tetapi Tuan Speaker, kita bukan sekadar mahu membeli besi, kita mahu intelectual transfer (dengan izin). Kita mahu pakar-pakar Belanda ini datang ke Selangor bekerjasama dengan JPS Selangor untuk mendedahkan sistem saliran kita yang sudah berusia 40 hinga 60 tahun. Kita perlukan sistem Poddle atau room for river (dengan izin) yang disesuaikan dengan topografi Klang. Saya cadang agar Kerajaan Negeri memperuntukkan dana khas untuk konsultasi pakar antarabangsa ini dengan merangka Pelan Induk Saliran negeri Selangor 2050.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Seterusnya, Pandamaran ingin menyentuh isu mengguris hati para peniaga kecil di Klang. Sejak akhir tahun lepas, Pandamaran menerima aduan bahawa Jabatan Lesen MBDK seolah-olah berpesta untuk mengeluarkan saman. Ada peniaga yang dikenakan sehingga 10 saman serentak dalam satu operasi. Walaupun isu ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Diraja Klang pada Oktober 2025 agar tindakan nasihat didahulukan. Nampaknya arahan tersebut masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apabila peniaga bertanya, jawapan pegawai adalah “ ini KPI untuk mencapai hasil Majlis”.

Tuan Speaker, adakah PBT kita kini bertukar menjadi agensi pemungut hutang?. KPI PBT sepatutnya adalah kebahagiaan rakyat dan kelestarian perniagaan bukan jumlah saman yang dikutip. Adakah Kerajaan Negeri bersetuju dengan pendekatan agresif sebegini di saat rakyat baharu sahaja mahu bernafas selepas pandemik? Pandamaran pohon penjelasan daripada EXCO Kerajaan Tempatan mengenai tindakan tegas terhadap pegawai yang ingkar keputusan mesyuarat dasar Majlis.

Tuan Speaker, isu seterusnya adalah mengenai integriti keputusan perancangan bandar. Baru-baru ini, Lembaga Rayuan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Diraja Klang untuk meluluskan pembinaan sebuah food court di Simpang Tiga Jalan Teluk Pulai dan Jalan Emas, Taman Melawis. Secara teknikal lokasi ini adalah zon bahaya. Ia merupakan laluan utama bagi empat (4) sekolah iaitu SK ACS, SMK ACS, SK MGS dan SMK MGS. Kawasan ini sempit dan sering sesak. Majlis Bandar raya Diraja Klang pada asalnya telah menolak permohonan ini dan Pandamaran menyokong penuh tindakan Majlis Bandar raya Diraja Klang tersebut. Namun, bagaimana Lembaga Rayuan boleh mengetepikan bantahan penduduk dengan hujah teknikal Majlis Bandar raya Diraja Klang dengan mengatakan ia

hanya andaian. Tuan Speaker, kita tidak mahu nasi sudah jadi bubur. Jangan tunggu ada kemalangan maut melibatkan pelajar sekolah baru lah kita mahu menilai semula. Pandamaran mohon Lembaga Rayuan turun padang dan melihat sendiri kesesakan di situ pada waktu puncak. Pembangunan mesti ada adab, bukan sekadar mengejar untung.

Tuan Speaker sebagai penutup, di sebalik kritikan Pandamaran sebentar tadi, Pandamaran amat bangga menjadi sebahagian daripada Negeri Selangor. Kejayaan mencatat hasil rekod RM3.02 bilion pada tahun 2025 adalah satu pencapaian yang luar biasa. Syabas kepada YAB Menteri dan YB EXCO Pelaburan. Hasil ini bukan disimpan di dalam tabung tetapi dipulangkan kepada rakyat melalui 36 program Iltizam Kita Selangor. Daripada Bantuan anak-anak (MAMA Kerja) hingga lah ke warga emas (SMUE). Selangor telah membuktikan bahawa model ekonomi kita adalah model yang berperikemanusiaan. Ini adalah perbezaan ketara antara kita dengan negeri-negeri lain yang hanya tahu mengkritik tanpa hasil.

Dengan ini Tuan Speaker, Pandamaran menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi tahun 2024. Sekian, terima kasih. Mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih kepada Pandamaran. Kita hanya mengambil masa 10 minit selepas 10 minit. Yang Berhormat Sabak.

Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker memberi peluang kepada saya untuk berucap atas titah ucapan Tuanku Sultan Selangor. Ucapan yang berterus terang, jelas dan memberi fokus untuk menjaga kebajikan rakyat. Andai disiram si daun keladi, air jatuh di tepi kali, Tuanku sering mencemar duli, kebaikan Tuanku lekat di hati.

Tuan Speaker, saya sudah melalui perjalanan Dewan ini semenjak zaman Allahyarham Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar, Dr. Khir Toyo, Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, Hulu Klang dan kini Sungai Tua. Saya mengalami perjalanan perasmian Dewan yang pertama dahulu sejak daripada Almarhum Sultan Salahuddin. Pattern perbahasan antara Pembangkang dan juga di pihak Kerajaan hampir sama. Bila kita berhujah, ada pihak yang mematikan hujah dengan merujuk kepada parti sendiri, negeri lain, menoleh ke belakang dan sebagainya. Maka pada tengah hari ini saya berdiri merentasi parti sendiri, jauh merentasi kawasan sendiri (Sabak) saya berdiri sebagai rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Saya mesti menumpahkan taat setia kepada Raja yang kami kasihi, saya mesti akur dengan titahnya, melaksanakan titahnya dan arahannya andai saya ingkar, cuai, acuh tak acuh apatah lagi lebih mendengar arahan orang lain yang tiada kena mengena dengan Selangor dengan membelakangkan Raja sendiri sudah tentu sebagai rakyat saya adalah rakyat yang derhaka. Jika saya pemimpin, saya pemimpin yang derhaka. Jika juga saya sebuah kerajaan, saya kerajaan yang derhaka. Sebagai Ahli Politik, Tuanku

menyarankan supaya berpolitik dalam keadaan yang tidak merugikan. Sebagai Ahli Politik, jangan melebihkan politik sebaliknya memberi fokus kepada untuk membangunkan rakyat Selangor. Maka oleh sebab itu, usaha untuk membangunkan rakyat, membantu rakyat, menjaga kebajikan rakyat. Banyak perdebatan dalam Dewan ini adalah terjemahan kepada sikap Ahli Dewan di luar sana. Sejauh mana kita boleh beradab di dalam Dewan ini. Ini satu cabaran sejak daripada dahulu sampai lah kepada hari ini. Sebab itu, apabila saya menyebut tentang adab kita perlu menjadi peneraju kepada sebuah perdebatan yang menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain dan apabila bercakap tentang adab, saya teringat beberapa tulisan-tulisan tokoh-tokoh ulama yang hari ini sering menjadi rujukan kita dalam konteks Negeri Selangor. Dalam adventurous negeri Selangor umpamanya mengambil Imam Al-Ghazali sebagai rujukan. Dalam penulisan besar, karya besar Imam Al-Ghazali Ihya Ulumuddin umpamanya, beliau telah mendahulukan adab daripada ilmu. Sebab itu dalam tulisan Ihya Ulumuddin sebelum membincangkan bab akidah, bab yang lain, bab yang pertama dahulu adalah soal adab. Adab antara guru dengan murid, murid dengan guru, guru dengan guru, murid dengan murid. Maka lantas itu adab ini perlu didahulukan. Adab antara rakyat dengan raja, antara raja dengan raja, rakyat dengan rakyat, raja dengan raja. Ini perlu didahulukan supaya kita hidup dalam keadaan yang bahagia. Dan kebahagiaan inilah nanti

Speaker

Yang Berhormat.

.. akan menjadi jawapan kepada beberapa..

Speaker

Yang Berhormat, masa telah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Saya memohon Yang Berhormat Sabak untuk sambung selama 10 minit lagi pada sebelah petang. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga ke jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt, selamat petang. Kita sambung semula sesi perbahasan titah Diraja. Yang Berhormat Sabak.

Terima kasih Tuan Speaker saya berhenti dalam membahas tentang adab dalam Dewan Undangan Negeri. Pertama saya menyebut tadi adab ini antara yang penting. Sebelum ilmu, adab datang terdahulu dalam kehidupan kita. Sebab itu semua kita diatur dengan adab apatah lagi perbahasan ini kerana saya mengehendaki supaya dewan ini mesti menjadi contoh pada dewan-dewan yang lain untuk menampilkan adab dalam perbahasan.

Sebab itu jangan ada perkara-perkara yang pertama mencelah hanya semata-mata untuk mengganggu. Yang kedua penggunaan bahasa yang kesat dan tidak layak. Yang ketiga, merujuk dalam mengambil maklumat yang bukan fakta. Whatsapp, maklumat kaki lima untuk dibawa dalam Dewan yang mulia ini.

Maka oleh sebab itu peringatan daripada Tuanku supaya kita memberi fokus ahli-ahli politik jangan semata-mata melebihkan politik tetapi mestilah menumpukan kepada fokus untuk membangunkan rakyat di negeri Selangor. Isu yang seterusnya adalah soal berkaitan saranan Tuanku supaya rakyat mesti hidup berjimat cermat. Ekoran kenaikan harga minyak dan gas dunia. Antara kumpulan yang sangat terkesan dengan kenaikan minyak dan gas dunia ini ialah kumpulan petani. Sabak DUN saya 60-70% penduduk adalah dari kalangan petani-petani. Yang sebahagian besar mereka bersawah, mereka sebahagian besar juga B40 yang sangat terkesan dengan kenaikan harga perkhidmatan pertanian. Mesin padi, mesin bajak meningkat sehingga 80% untuk menanti kedatangan musim menuai pada bulan julai ini adalah saat-saat yang mereka sangat terkesan kepada mereka. Apatah lagi ada di antara petani yang sudah menyuarakan bahawa kemungkinan sebahagian mereka bertani hanya untuk rugi sebahagian mengatakan bahawa mereka berjihad pertanian tapi untuk miskin. Maka apa guna kita bertani untuk menghadapi kemiskinan ini.

Maka oleh sebab itu apakah insentif yang boleh kerajaan Negeri berikan kepada petani untuk mereka melangsungkan program pertanian mereka supaya kesan yang menimpa mereka tidaklah seteruk yang akan dijangkakan. Kita mesti ingat bahawa dalam segenggam nasi yang masuk ke dalam mulut kita di sana ada harga diesel yang mereka kena bayar. Di sana ada petani-petani miskin, di sana ada harga-harga yang melambung tinggi yang membolehkan untuk rakyat negeri Selangor walaupun hanya sekadar memasukkan segenggam nasi ke mulut mereka. Kemudian, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan isu berkaitan dengan saranan Tuanku atau titah Tuanku berkenaan dengan tidak perlunya

ada ladang babi di negeri Selangor ini. Saya agak confuse dengan Seri Kembangan. Saya tak tahu sama ada dia bersetuju atau tidak bersetuju dengan titah Tuanku. Asalnya dia ada komen terhadap titah Tuanku yang seolah-olah menggambarkan bahawa beliau tidak begitu setuju tapi kemudian dia kata dia bersetuju dengan titah Tuanku. Yang ini yang saya agak confuse sebenarnya di mana kedudukan ini sama ada dia terima titah Tuanku atau tidak terima. Saya di awal tadi saya telah menyatakan sebagai rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor segala titah Tuanku sebagai seorang rakyat Selangor mesti saya laksanakan. Keengganan, keingkaran melaksanakan saya akan dianggap sebagai rakyat yang derhaka. Kalau pemimpin, pemimpin yang derhaka. Ekoran dengan itu juga saya nak bertanya kepada Kerajaan Negeri.

Oleh kerana Tuanku menyebut dalam titahnya masih terdengar rungutan dari beberapa pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati dan enggan untuk mematuhi persoalan saya yang pertama siapa golongan-golongan yang seolah-olah tidak berpuas hati ini. Saya percaya Kerajaan Negeri tahu siapa golongan-golongan ini. Dan mohon Kerajaan Negeri mendedahkan apakah golongan ini menjadi halangan yang besar kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan titah Tuanku. Soalan saya yang kedua, adakah Kerajaan Negeri telah memaklumkan titah Tuanku ini, arahan Tuanku ini kepada golongan, pihak-pihak yang berkenaan yang seolah-olah enggan untuk melaksanakan titah Tuanku ini. Dan saya juga ingin bertanya berikutan dengan titah Tuanku ini setakat ini berapakah ladang yang telah ditutup dan diarahkan untuk tutup dan banyak mana lagi ladang yang beroperasi yang akan ditutup.

Dan soalan saya berkaitan dengan bab ini juga bila arahan Tuanku ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya sehingga Selangor sifar ladang babi. Saya ingin masuk kepada isu berkaitan dengan jalan berlubang. Terima kasih saya kepada pihak JKR, kepada pihak PBT yang mengambil inisiatif untuk menampal jalan-jalan yang berlubang lebih daripada itu saya juga berterima kasih atas usaha melaksanakan beberapa permintaan saya antaranya membina bonggol dan zebra di hadapan sekolah Engku Aziz antara Masjid Pekan Sabak dan Sekolah Engku Aziz yang sering mengalami kemalangan kerana di situ adalah tempat melintas pelajar-pelajar ke sekolah. Tetapi waktu yang sama saya juga mohon kerana mohon kerana bonggol ini juga mendatangnya akhirnya banyak juga kemalangan kerana bonggol ini. Mungkin mereka tidak menyedari ataupun mereka tidak melihat sign board yang ada di sebelum daripada bonggol ini menyebabkan banyak juga berlaku kemalangan, maka saya mohon bersekali dengan di kawasan bonggol ini juga dan juga di jalan-jalan lain sekiranya dapat supaya menyediakan lampu biru keselamatan. Yang beroperasi 24 jam di hadapan sekolah Engku Aziz di hadapan dan di persimpangan tau di u-turn Bagan Nira yang saya sebut sering berlaku kemalangan dan di u-turn Tebuk Pulai dan juga di u-turn Panchang Badena yang sering berlaku kemalangan.

Berikutan dengan jalan ini juga saya ingin bertanya kepada kerajaan Negeri kerana saya pernah minta supaya Kerajaan Negeri untuk menaik taraf beberapa jalan-jalan ladang yang rakyat hari ini dia telah membina rumah yang banyak di kawasan-kawasan ini. Tetapi jalan mereka tetap jalan ladang belum lagi dipremix masih lagi jalan batu crusher run. Pertama ialah jalan ladang Parit 2 ½ Barat.

Begitu juga saya pernah memohon supaya dibesarkan Jalan Seri Kenangan Kampung Panchang Badena kerana jalan ini sekarang menjadi laluan utama untuk masyarakat kampung dan masyarakat luar masuk ke kawasan sawah. Dan begitu juga saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri kerana projek membina jambatan di Sungai Air Tawar hari ini sudah bermula dan boleh jadi tak berapa lama lagi akan siap Cuma akses jalan di antara BNO dan Pekan Sungai Air Tawar masih lagi jalan lama yang belum lagi diperbesarkan. Sementara dibelah Perak mereka sudah diperbesarkan. Maka oleh sebab itu bilakah jalan ini akan diperbesarkan.

Kemudian, Tuan Speaker saya juga mengucapkan dan menjunjung kasih atas titah Tuanku yang memberi harapan yang sangat besar kepada pembangkang pada hemat saya inilah satu penghargaan yang sangat berharga buat kami barisan pembangkang namun apakah titah Tuanku ini akan membawa satu anjakan baru dalam Dewan Undangan Negeri ini. Apakah pembangkang masih akan terus dinafikan daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat tindakan daerah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh sahabat kita daripada sungai Ramal bila saya tanya kepada pegawai Daerah, Pegawai Daerah jawab tanya Menteri Besar Selangor. Tanya Menteri Besar Selangor mohon kepada Pegawai Daerah. Saya rasa di sini ada permainan politik. Sedang titah Tuanku jangan terlalu banyak sangat berpolitik. Wakil rakyat mesti mendapat maklumat yang betul. Kami masuk mesyuarat untuk mendapat maklumat yang betul. Kami tak akan kutip maklumat di kaki lima di tepi jalan. Kami nak maklumat yang betul. Sebab itu kami masuk apa yang bimbangnya kami masuk dalam mesyuarat. Kami tak perlu pun untuk claim perjalanan. Kalau tak nak sediakan air minum pun kami rela. Tak apa. Yang penting kami nak sama-sama bermesyuarat mendengar apa masalah supaya kami dapat menyalurkan maklumat yang betul kepada rakyat.

Timbalan Speaker

Sabak saya nak maklumkan masa yang diberikan 10 minit tu dah habis saya cuma bagi ekstra 2 minit sahaja. Kalau nak jawab soalan sila jawab.

Terima kasih Sabak. Saya just nak confirm kan di sini semasa Yang Berhormat menjadi EXCO ketika zaman Hulu Kelang menjadi Menteri Besar ketika itulah berapa banyak sebenarnya ketika itu pembangkang juga dinafikan. Apakah Yang Berhormat Sabak ketika itu menjadi EXCO adakah Yang Berhormat membawa dalam mesyuarat MMKN ketika itu untuk membenarkan

pembangkang ketika itu. Saya tak question sama ada ketika itu Cuma saya nak tanya ada tak ketika itu dalam mesyuarat MMKN Yang Berhormat Sabak.

Ok cukup-cukup saya faham. Duduk. Saya telah sebut di awal tadi bahawa saya berhujah merentasi soal parti saya tak akan kembali soal dulu-dulu untuk membawa satu anjakan tak perlu lagi nak soal dulu. Sebab itu kalau kita kembali lagi ke belakang bila masa kita nak membangun. Kita nak menjadi contoh. Kita nak menjadi teladan yang dulu ada keadaan yang dahulu sekarang kita keadaan yang sekarang. Saya bercakap merentasi soal parti. Saya bercakap sebagai kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang diarahkan kepada kita supaya jangan terlalu banyak berpolitik fokus untuk membangunkan rakyat negeri Selangor. Maka oleh sebab itu saya bertanya bila nak membolehkan kita ni duduk bermesyuarat sebab kita tak nak titah Tuanku kata jangan banyak sangat berpolitik. Sebab itu saya mohon jawapan juga supaya boleh atau tak boleh untuk kami masuk supaya kami dapat maklumat yang betul sebab ini arahan Tuanku supaya pembangkang mesti memberikan maklumat yang betul. Kemudian, itulah masa yang diperuntukkan untuk saya oleh Tuan Speaker. Saya ucapkan terima kasih dalam perbahasan ini dan akhirnya Tuan Speaker, Raja dan Rakyat berpisah tiada masalah rakyat dikongsi bersama. Rakyat mengangkat institusi Diraja, Raja dan Rakyat rasa bahagia. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Timbalan Speaker

. Terima kasih Yang Berhormat Sabak.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Bukit Lanjan

Timbalan Speaker

Dewan mengalu-alukan lawatan 20 orang rombongan daripada Batin Orang Asli Negeri Selangor diiringi oleh Jabatan Kebajikan Orang Asli Negeri Selangor dan Pejabat Yang Berhormat Tuan Paparaidu yang diketuai oleh Puan Norzahirah binti Mohd Hosni dari Jabatan Kemajuan Orang Asli daerah Gombak dan En. Juli bin Blat Ketua Unit Orang Asli dan juga lawatan seramai 5 orang mahasiswa dari New Era University Collage yang diketuai Encik Wal Liang Kang di atur oleh Yang Berhormat Balakong. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Pembahas seterusnya Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Tuan Speaker, Ahli-ahli yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, kakitangan Kerajaan serta hadirin sekalian. Salam Sejahtera dan Salam Kita Selangor buat kesemuanya.

Tuan Speaker, terima kasih diberi peluang kepada Bukit Lanjan untuk menyertai perbahasan bagi menjunjung kasih setinggi-tinggi ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena pembukaan persidangan kali ini. Titah Tuanku jelas menggambarkan keprihatinan baginda terhadap kestabilan Negeri dan kebajikan rakyat. Baginda mengingatkan kita bahawa di sebalik kejayaan hasil Negeri mencecah 3.021billion pada

tahun 2025, kita tidak boleh leka dengan cabaran geopolitik yang semakin merunsing. Dunia pada hari ini sedang berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik yang merunsing di Asia Barat, walaupun konflik yang berlaku ribuan kilometer dari sini tempiasnya amat dirasai oleh rakyat di bawah melalui gangguan rantaian bekalan global, kenaikan harga bahan api dan inflasi makanan yang tidak menentu.

Tuan Timbalan Speaker, menyahut titah Tuanku agar Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada perbelanjaan keperluan asas, saya ingin membawa perhatian dewan kepada nasib golongan belia. Generasi muda Selangor hari ini bukan sekadar berdepan dengan krisis global tetapi cabaran realistik di tanah air sendiri, walaupun Selangor mencatatkan 61,311 peluang pekerjaan daripada pelaburan tahun lalu. Isu pekerjaan kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Data daripada PERKESO dan Analisis Hong Leong Investment Bank baru-baru ini menunjukkan satu lonjakan yang mencemaskan pada suku tahun 2026 sahaja seramai 24,100 pekerja yang telah diberhentikan di seluruh negara. Peningkatan drastik sebanyak 47 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun yang lalu. Yang lebih kita perlu beri perhatian adalah Selangor menjadi penyumbang yang tertinggi di mana sebanyak 29.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pemberhentian kerja pada Mac 2026. Ini bermakna hampir 1/3 daripada mereka yang hilang mata pencarian di Malaysia adalah rakyat kita di Selangor.

Tuan Timbalan Speaker, kita harus sedar bahawa angka 24,100 pemberhentian kerja ini hanyalah permulaan. Masalah kehilangan pekerjaan dijangka akan menjauh lebih parah dan merunsing sekiranya krisis geopolitik di Asia Barat ini terus berlarutan tanpa apa-apa pelan intervensi yang agresif. Oleh itu, saya nak ambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengintegrasikan pakej daya tahan Selangor ini dengan satu pelan tindakan kecemasan pekerjaan yang lebih proaktif seperti mewujudkan satu pusat sehenti yang memfokuskan kepada reskilling dan up skilling khususnya untuk pekerja industri pembuatan yang diberhentikan. Selain itu, dicadangkan juga untuk mewujudkan fast-track TVET yang bekerjasama dengan pelabur besar di Selangor contohnya jika pelabur besar sektor ENE masuk pusat latihan Negeri seperti STDC boleh menawarkan kursus banyak kursus pendek sepanjang tiga bulan yang menjaminkan penempatan kerja bagi menangani isu skills mix match di mana graduan tidak memenuhi kriteria industri baru.

Tuan Timbalan Speaker, isu mobiliti merupakan satu isu produktiviti bagi anak muda di Selangor kita biasa menghabiskan masa dua hingga tiga jam sehari di atas jalan raya bukan lagi satu perkara yang luar biasa, tetapi ini merupakan satu bebanan mental dan fizikal yang memenatkan. Menjunjung kasih titah Tuanku Sultan yang sentiasa menekankan aspek kesejahteraan rakyat susulan masalah krisis Asia Barat yang dihadapi buat masa ini, Kerajaan Negeri telah melalui pakej daya tahan Selangor telah mengambil langkah yang proaktif dengan pemberian subsidi sebanyak RM30 sepanjang enam bulan dengan kita menyasarkan 30,000 penerima. Saya nampak ini bukan sekadar satu bantuan tunai tetapi

satu galakan untuk rakyat beralih daripada penggunaan kenderaan peribadi yang memakan kos minyak yang tinggi susulan krisis tenaga global.

Berani saya nak tanya dalam dewan yang mulia ini, antara kita semua yang hadir dalam dewan ini berapa ramai yang ambil pengangkutan awam untuk hadir ke dewan? Rakyat bukan tidak mahu memilih pengangkutan awam tetapi ada tak Kerajaan sedar bahawa infrastruktur yang kita ada hari ini seolah-olahnya adalah menghukum mereka terpaksa beredar bahu jalan tanpa zebra crossing dalam perjalanan yang sempurna. Sejauh manakah PBT telah memastikan infrastruktur asas pejalan kaki di Selangor ini benar-benar selamat? Back to basis dengan izin, sebelum kita minta atau pun galakan rakyat kita untuk menggunakan pengangkutan awam Kerajaan Negeri melalui PBT perlu memastikan laluan pejalan kaki yang bersambung. Realiti pada hari ini walaupun di kawasan saya seperti Bandar Sri Damansara masih berlakunya banyak laluan pejalan kaki kita terputus di tengah-tengah jalan. Ada yang tiba-tiba berakhir di parit besar atau pun di halangi oleh tiang elektrik. Saya mohon PBT untuk melakukan satu audit yang menyeluruh untuk memastikan laluan dari kawasan perumahan ke stesen MRT atau pun perhentian bas adalah bersambung sepenuhnya.

Yang kedua, bagi keselamatan zebra crossing dan lampu isyarat pejalan kaki. Janganlah kita biarkan rakyat mempertaruhkan nyawa mereka setiap kali semasa mereka nak melintas jalan ke stesen MRT atau pun bas, zebra crossing yang perlu dicat semula dengan warna yang jelas dan dilengkapi dengan lampu isyarat pejalan kaki yang berfungsi. Selepas itu bagi anak-anak muda dan wanita yang pulang lewat malam, lorong yang gelap adalah ancaman fasiliti lampu jalan yang terang dan laluan berbumbung bukan lagi satu permintaan yang mewah tetapi ini merupakan satu keperluan asas untuk menggalakkan orang ramai meninggalkan kereta di rumah.

Tuan Speaker, kita mahu budaya berjalan kaki ini menjadi satu gaya hidup di Selangor. Namun gaya hidup ini hanya akan bermula jika infrastruktur kita tidak lagi terputus-putus. Dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri melalui PBT atau pun agensi melalui MRT Corp, RRT, KTM saya yakin kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan peribadi secara drastik.

Tuan Timbalan Speaker, apabila rantau Asia Barat bergolak, harga minyak mentah dunia melambung tinggi, dan akibatnya kos bahan api di stesen minyak terdedah kepada inflasi yang luar biasa jika kita terus bergantung 100% kepada kenderaan berenjin fossil, ekonomi rakyat Selangor akan terus di sandar oleh konflik yang berlaku beribu batu jauhnya di sana. Oleh itu, peralihan EV adalah sebagai satu strategik kelangsungan lihat bagaimana pasaran global bertindak syarikat gergasi kita boleh nampak seperti Toyota, kini agresif menawarkan kereta EV mereka di pasaran. Dalam menjunjung titah Tuanku Sultan yang mahukan Selangor terus mampan, kita tidak boleh lari daripada membincangkan agenda net zero

emissions 2050. Dunia sedang berubah dan Selangor mesti menjadi pelopor. Namun Tuan Timbalan Speaker, marilah kita lihat realiti di bumi Selangor. Kerajaan Negeri mensasarkan 50% penggunaan bas EV menjelang tahun 2028 dan 100% pada tahun 2030. Tapi setakat ini, tahun ini tahun 2026 kadar pencapaian kita baru mencecah 17%. Kerajaan adalah disarankan untuk mempergiatkan lagi untuk segerakan peralihan bas EV ini untuk bas Smart Selangor. Jangan tunggu sampai tahun 2028, lagi dua tahun lagi baru kita nak mencecah 50% sebab krisis global ini tidak tunggu Selangor dan itu berdasarkan data yang saya perolehi, jumlah stesen mengecas EV di Selangor mencecah 1,090 unit. Syabas saya ucapkan kepada pihak MBSA di mana mereka telah memasang 226 unit dan juga MPKj, 221. Namun saya lihat satu jurang yang sangat ketara bagi kawasan luar bandar contohnya di Sabak Bernam hanya ada 1 unit manakala di Hulu Selangor cuma ada 12 unit. Bagaimana kita nak galakkan rakyat kita mengalihkan kepada kereta EV jika infrastruktur yang kita sediakan bimbang di sebelah utara dan Hulu Selangor.

Kita harus mengakui bahawa penggunaan kereta EV di Malaysia termasuk Selangor masih rendah berbanding dengan negara jiran di Thailand. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri bukan sahaja nak mewajibkan pemasangan EV ini, EV dalam pembangunan baru tapi juga boleh mempertimbangkan pembelian insentif khas atau pun geran kepada PBT, luar bandar dan pengusaha stesen minyak di kawasan hulu untuk memasang pengecas EV. Jangan biar rakyat luar bandar takut untuk beralih ke teknologi hijau. Saya mohon juga untuk mempercepatkan garis panduan pemasangan pengecas EV agar pihak swasta tidak berdepan dengan kerenah birokrasi yang berbeza-beza antara PBT dengan PBT yang lain.

Tuan Timbalan Speaker, satu lagi langkah progresif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah pelaksanaan fi kelestarian pelancongan Negeri Selangor bermula 1 Januari 2026. Dengan kadar fi antara 2 ringgit hingga 7 ringgit mengikut kategori penginapan, inisiatif ini bukan adalah satu komitmen kita dalam memelihara alam sekitar dan warisan Negeri Selangor. Namun, Tuan Timbalan Speaker, kutipan ini tidak seharusnya menjadi beban sebaliknya ia mesti dirasai manfaatnya oleh pemain industri dan pelancong itu sendiri melalui penambah baikkan infrastruktur dan produk pelancongan baharu. Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan dua cadangan khusus kepada Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor mengenai penggunaan dana daripada tabung amanah ini.

Yang pertama, pelancongan memperkasakan pelancongan domestik melalui baucar Visit Selangor. Saya mencadangkan agar sebahagian daripada kutipan fi ini dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk baucar Visit Selangor. Baucar ini boleh diberikan kepada rakyat Selangor dan juga pelancong tempatan untuk digunakan di pusat-pusat pelancongan atau pun penginapan berdaftar di dalam negeri. Dan ini secara langsungnya dapat merancangkan ekonomi setempat dan memastikan aliran tunai berputar di dalam Negeri Selangor sendiri sekali gus menghargai rakyat kita yang menyokong pelancongan domestik.

Yang kedua, peralihan fokus pasaran Antarabangsa ke Asia. Mengambil kira krisis Timur Tengah yang tidak menentu seperti yang dititahkan oleh Tuanku Sultan, kita tidak boleh lagi bergantung kepada pasaran tersebut. Bukit Lanjan mengesyorkan agar Tourism Selangor mengubah fokus promosi secara agresif kepada pasaran Asia. Berdasarkan data 2025 pasaran China, Singapura, Indonesia, Jepun dan juga India merupakan top 5 dalam pasaran pelancong ke Selangor. Dan saya cadangkan kita boleh gunakan dana fi kelestarian ini untuk mempergiatkan kempen pemasaran dan juga kolaborasi strategik di dalam 5 negara ini. Kita perlu menjemput mereka dengan satu pakej pelancongan yang lebih menarik memandangkan kestabilan ekonomi di rantau Asia adalah lebih terjamin buat masa ini berbanding dengan rantau lain yang sedang bergolak. Tuan Speaker,

Timbalan Speaker

Yang Berhormat,

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Sudah penutup, ok. Fi kelestarian yang dikutip ini daripada pelancong mestilah di manfaat dengan baik jangan biar ia sekadar angka dalam akaun simpanan tetapi ia boleh menjadi satu enjin yang menggerakkan semua industri pelancongan Selangor agar lebih berdaya saing di peringkat global. Tuan Timbalan Speaker, sebagai pengakhiran perbahasan saya pada hari ini dalam bahasa Mandarin terdapat satu peribahasa yang sangat mendalam maksudnya di mana (Peribahasa Bahasa Mandarin) dengan izin yang bermaksud, dengan izin yang bermaksud “menukarkan krisis menjadi peluang”. Inilah masa untuk Selangor membuktikan kecekalan kita. Rakyat di luar sana mereka tidak mahu melihat kita bertelingkah atas garis politik yang sempit. Mereka mahu melihat anak-anak mereka ada kerja, perjalanan ke tempat kerja mereka lancar dan juga bumi Selangor ini kekal hijau untuk generasi cucu cicit mereka. Marilah kita menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan penuh takzim. Biarlah Selangor menjadi negeri yang bukan sahaja terkaya dengan dari segi angka KDNK tetapi terkaya juga dari segi budi bahasa, kental perpaduannya dan juga paling ampuh mendepani badai global. Kota Darul Ehsan tersergam negeri, rakyat hidup aman dan harmoni, krisis mendatang kita hadapi, Selangor maju teguh berdiri, Tuan Timbalan Speaker, Bukit Lanjan menyokong, sekian terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Pembahas seterusnya Taman Medan, Yang Berhormat Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Tuan Speaker atas peluang yang diberikan untuk saya terlibat sama dalam membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor. Sebagai Ahli Dewan Negeri Taman Medan, saya berdiri pada hari ini bukan sahaja dengan rasa bangga sebagai anak Selangor tetapi dengan rasa syukur yang mendalam kerana kita bernaung di bawah kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, seorang raja yang bukan sekadar memerintah tetapi mendengar denyut nadi

rakyatnya. Dalam titah yang dizahirkan jelas terpancar keprihatinan baginda terhadap kehidupan sebenar rakyat. Daripada isu kos sara hidup, kebajikan hinggalah kepada masalah asas yang membelenggu kehidupan seharian rakyat. Titah Tuanku bukan sekadar ucapan perasmian, ia adalah cerminan suara rakyat yang sampai ke istana. Ia mengingatkan kita semua bahawa pembangunan negeri ini tidak boleh diukur hanya melalui angka dan statistik tetapi melalui kesejahteraan rakyat yang benar-benar dirasai di lapangan. Baginda meletakkan keutamaan negeri dan kebajikan rakyat sebagai perkara paling utama dan ini menjadi amanah besar kepada kita semua di Dewan yang mulia ini untuk memastikan setiap dasar dan tindakan benar-benar selari dengan hasrat tersebut. Maka dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab, saya menyahut titah Tuanku untuk memastikan suara rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya di Shah Alam dan di seluruh Negeri Selangor terus dibawa dengan jujur, berani dan berfakta demi memastikan negeri ini bukan sahaja maju tetapi adil dan sejahtera untuk semua.

Tuan Speaker, di Petaling Jaya, di Shah Alam ada satu kehidupan yang kita jarang lihat dari dalam Dewan ini. Seorang ayah memandang dompetnya sebelum keluar rumah bukan kerana dia tidak bekerja tetapi kerana dia tahu gaji bulan ini belum tentu cukup. Seorang ibu mengira harga susu anak sambil menahan nafas berharap ada baki untuk hujung minggu. Mereka bangun awal pulang lewat, bekerja tanpa henti namun setiap bulan masih terasa sempit. Bukan kerana mereka kurang berusaha tetapi kerana kehidupan di bandar ini semakin mahal untuk ditanggung oleh orang biasa-biasa. Kita selalu bercakap tentang kemajuan tetapi bagi mereka kemajuan itu terasa semakin jauh. Di bandar yang kita banggakan ini untuk hidup biasa sudah menjadi luar biasa. Sewa rumah melonjak, yuran taska mencecah ratusan malahan ribuan ringgit. Ramai ibu bapa terperangkap jika bekerja siapa yang jaga anak, jika berhenti bagaimana mahu bayar sewa. Ini bukan dilema peribadi, ini adalah tekanan sistem, kita telah membina sebuah kota yang hebat untuk pelaburan tetapi semakin sukar untuk membesarkan keluarga.

Dan apabila sebuah negeri menjadi tempat yang mahal untuk hidup tetapi murah untuk mengabaikan rakyatnya, kita perlu bertanya untuk siapa negeri ini sebenarnya dibina. Tuan Speaker, saya ingin bicara soal mobiliti di Negeri Selangor. Setiap pagi di Lembah Klang dari Shah Alam dari Petaling Jaya dari Klang, jutaan rakyat bangun bukan untuk memulakan hari dengan tenang tetapi untuk bersedia terperangkap dalam kesesakan. Data menunjukkan lebih 1.2 juta kenderaan memasuki Kuala Lumpur setiap pagi dan secara keseluruhan antara 3 hingga 6 juta kenderaan bergerak setiap hari dengan sekitar 2.2 juta berada serentak di jalan raya pada waktu puncak. Ini bukan lagi kesesakan biasa, ini sistem yang sudah tepu, sudah melebihi kemampuan jalan yang kita ada. Lebih menyedihkan seorang pekerja di Lembah Klang boleh kehilangan lebih 500 jam setahun di jalan raya. Masa bersama keluarga, masa membina kehidupan hilang begitu sahaja. Namun selepas bertahun-tahun kita mendengar tentang gagasan Lembah Klang Raya, rakyat masih terperangkap di jalan yang sama. Di mana pelan induk mobiliti negeri yang menyeluruh. Apa jadi kepada

cadangan seperti PJD Link yang dibiarkan tergantung tanpa keputusan yang jelas. Ini perancangan atau sekadar pengumuman. Sebagai contoh ketidaktentuan Kerajaan Negeri di dalam isu pembinaan Lebuh Raya PJD Link ini menjadi bukti bahawa Kerajaan di hadapan kita ini tidak mampu membuat keputusan yang jelas dan nyata. EIA sudah, SIA sudah, laporan menunjukkan keputusan yang positif dan preferable kepada projek ini. Hanya kerana Bukit Gasing, Kampung Tunku dan Ahli Parlimen Damansara tidak menyokong, Kerajaan Negeri menggantung dan melengah-lengahkan keputusan ini lebih daripada 2 tahun lamanya. Kegagalan Kerajaan Negeri membuat keputusan bakal mengakibatkan masalah kesesakan bertukar menjadi krisis tanpa sebarang solusi jelas daripada Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan. Yang sengsara dan merana adalah rakyat. Rakyat bertanya dan saya mewakili mereka, it is on or it is off. Itu sahaja yang kita nak tahu daripada Kerajaan Negeri.

Dalam masa yang sama saya juga tidak menolak bahawa banyak langkah lain yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya ini. Masalah ini bukan sekadar jumlah kereta ia adalah kegagalan struktur dan kegagalan keberanian untuk membuat perubahan. Hari ini lebih 50% rakyat bergantung kepada kenderaan sendiri bukan kerana mereka mahu tapi kerana mereka tiada pilihan. Bas tidak efisien, transit tidak menyeluruh, first mile dan last mile gagal, lalu pejalan kaki tidak selamat, mikro mobiliti tidak berkembang. Tetapi saya ingin tegaskan kita bukan tidak tahu apa yang perlu dibuat, kita sudah ada contoh di depan mata, lihat sahaja contoh BRT di Sunway, satu modal yang berfungsi, efisien dan membuktikan bahawa sistem mobiliti yang baik boleh dibina jika ada kemahuan. Kenapa modal ini tidak diperluaskan ke seluruh Negeri Selangor, kenapa kita tidak mewajibkan pemaju-pemaju besar untuk membangunkan sistem BRT, antara rangkaian mobiliti dalam setiap pembangunan mereka. Pada masa yang sama kita juga mesti bergerak ke arah penyelesaian yang lebih pintar dan berasaskan data. Atas kesedaran itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri beberapa inisiatif yang boleh diambil.

Pertama kita perlu berani untuk membincangkan satu langkah yang mungkin tidak popular tetapi terbukti berkesan iaitu conjunctions charges atau cas kesesakan. Di London langkah ini berjaya mengurangkan trafik di pusat bandar sekitar 15%, manakala di Singapura sistem ERP membolehkan kawalan trafik secara dinamik mengikut waktu puncak. Tujuannya bukan untuk membebankan rakyat tetapi untuk mengurus permintaan jalan raya yang sudah melebihi kapasiti. Hasil daripada cas ini boleh disalurkan semula untuk memperkukuh pengangkutan awam dan menjadikan sistem lebih cekap dan lebih mampu milik. Namun semua ini tidak akan berjaya jika kita terus terperangkap dalam mentaliti stailo. Hari ini isu mobiliti terpecah di antara PBT, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Masing-masing bergerak dalam ruang sendiri tanpa penjelasan yang menyeluruh. Kita memerlukan satu pendekatan baru, satu State Mobiliti Command Center yang menyelaras semua agensi, satu pelan induk mobiliti negeri yang mengikat semua pihak dan satu kepimpinan yang berani memecahkan tembok sailor ini. Untuk memastikan semua cadangan ini tidak tinggal sebagai

pelan di atas kertas, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah State Mobiliti Command Center (SMCC) sebuah pusat kawalan bersepadu di peringkat negeri yang berfungsi seperti Air Traffic Control untuk seluruh sistem pergerakan di dalam Negeri Selangor. Pusat ini akan mengintegrasikan data secara masa nyata atau real time daripada pelbagai sumber termasuk kamera trafik, sensor jalan raya, sistem lampu isyarat, aplikasi dan imigrasi data e-hailing seperti Grab serta maklumat daripada PBT, JPJ dan agensi pengangkutan. Dengan sokongan AI dan analitic data, SMCC boleh meramal kesesakan sebelum ia berlaku, melaras lampu isyarat secara dinamik, mengaktifkan laluan alternatif, menyelaras pergerakan bas dan fider, malah memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Boleh mencelah?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit Yang Berhormat. Lebih penting ia akan menjadi platform penyelarasan antara Kerajaan Negeri, PBT dan Persekutuan dan memastikan semua tindakan di lapangan bergerak sebagai satu sistem bukan secara berasingan, sila Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Taman Medan, cuma saya nak memahami fikiran Taman Medan. Taman Medan advocate dengan izin untuk PJD Link tetapi kita tahu daripada kajian bahawa semakin banyak lebuh raya yang di bina semakin banyak trafik yang keluar masuk dan saya tahu Taman Medan advocate juga dengan izin untuk pengangkutan awam tetapi dengan conjunction charge, conjuction charge dia sepatutnya diamalkan apabila sebahagian daripada pengguna jalan raya yang menggunakan kereta individu telah beralih ke pengangkutan awam. So dengan izin, what is it that you really want Taman Medan, kalau diminta untuk memilih antara satu, mengambil pertimbangan bahawa peruntukan kerajaan itu terhad, Taman Medan pilih pengangkutan awam atau PJD Link, terima kasih.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Kampung Tunku. Saya pilih untuk ada lebih masa dengan anak-anak saya. Maksud saya di sini kurang masa saya sesak di atas jalan sama ada kerana kesesakan lalu lintas trafik atau pun menggunakan perkhidmatan awam. Yang Berhormat pun tahu duduk dalam jammed pun tersangkut sejam ke sejam setengah, naik LRT pun sejam setengah. Sekarang itu pilihannya, naik bas pun sangkut juga sejam setengah. Sebab itu saya ambil pendekatan yang lebih holistik, saya tidak hanya melihat kepada soal membina lebuh raya semata-mata bahkan yang saya tanya kepada Kerajaan Negeri, apa keputusannya. If yes, is yes, if no, is no kerana keputusan ini penting untuk kita merencana perancangan perjalanan trafik di Petaling Jaya dan juga kawasan Lembah Klang. Jaringan jalan yang baik juga menyumbang kepada pengurangan kepada jumlah trafik, pertama.

Keduanya, dah nak habis dah. Keduanya, saya nak sebut tadi tentang pengangkutan awam ini it must come together. Dia tidak hanya kita bicara soal lebuh raya tetapi yang saya sebut ni tadi daripada awal keputusan PJD Kerajaan Negeri tidak buat, State Mobility Command Center pun Kerajaan Negeri belum buat, conjuction charge pun Kerajaan Negeri pun tak berani cadang, apa yang Kerajaan Negeri ini buat untuk selesaikan masalah ini, itu yang menjadi masalah kepada kita pada hari ini. Dan itu yang kita tidak nampak penyelesaian itu daripada Kerajaan Negeri.

Saya nak sambung sikit lagi, sebagai pelengkap kepada State Mobility Command Center, saya juga mencadangkan penubuhan satu pasukan respons pantas trafik negeri yang ditempatkan secara strategik di setiap lebuh raya utama dan koridor kritikal di Selangor seperti Federal Highway, NKVE, LDP, KESAS dan juga Guthrie. Pasukan ini berfungsi sebagai first responder setiap kali berlaku kemalangan, kenderaan rosak atau sebarang halangan di jalan raya khususnya pada waktu puncak. Dengan adanya pasukan ini maka kita harapkan dapat mengurangkan kesesakan dengan lebih pantas.

Saya ingin beralih kepada dua saja isu lagi Yang Berhormat Speaker. Pertama tentang perumahan rakyat dan keduanya tentang kos sara hidup di bandar, sikit sahaja Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Ringkaskan ya, ringkaskan.

YB TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN

: Saya cuba ringkaskan walaupun saya rasa macam sukar. Yang Berhormat Speaker, saya ingin bawa Dewan ini kembali kepada satu kisah yang bukan sekadar sejarah. Tetapi jiwa kepada pembangunan Negeri Selangor. Kisah ini bermula dengan Dato’ Harun Idris mantan Menteri Besar kita, seorang pemimpin yang tidak melihat rakyat dari atas ke empukan kerusi kuasa tetapi dari bawah di lapangan. Dari lorong-lorong sempit, dari perkampungan setinggan, dari kehidupan serba kekurangan. Ketika itu lahirnya misi besar penubuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS bukan sekadar untuk membina bangunan tetapi untuk mengangkat maruah rakyat bandar. Hari ini saya lihat PKNS sudah tidak lagi menjiwai visi dan semangat yang dibawa oleh Dato’ Harun Idris. Di mana perancangan PKNS dalam isu urban development di Negeri Selangor, urban development ini tidak akan melibatkan Negeri Kelantan, tak akan melibatkan Negeri Terengganu tetapi negeri yang paling effected adalah negeri Selangor. Apa pendirian Kerajaan Negeri? Siapakah juara kepada isu ini? Kalau dulu Dato’ Harun boleh bina daripada setinggan dan berikan pemilikan rumah kepada rakyat, kenapa hari ini generasi baru masih lagi struggle dengan isu dan juga persoalan di mana kami nak beli rumah di dalam bandar. Di mana PKNS dalam isu ini, tidak ada langsung unit pembangunan urban development dalam PKNS. Tidak ada langsung usaha daripada PKNS untuk selesaikan isu ini kerana kita tidak dengar PKNS berbicara tentang nak bina rumah untuk rakyat seperti zaman Dato’ Harun Idris, sebab itu saya nak mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melakukan reformasi

menyeluruh dalam PKNS supaya mereka kembali kepada mandat asal penubuhan PKNS membina rumah untuk rakyat, membina bandar untuk rakyat dan mengangkat maruah rakyat Negeri Selangor.

Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak bangkit sedikit tentang isu

Timbalan Speaker

Terakhir ya, terakhir.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit sikit last, isu kawasan saya di Petaling Jaya. Mengenai kos sara hidup dan juga tentang isu asas di sini. Pertamanya saya ingin membangkitkan tentang isu sewa lot komersial di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada banyak peniaga yang perlukan ruang berniaga di Petaling Jaya, tetapi bila saya pergi ke Pasar Dato’ Harun, kedai kosong, bertutup, ada orang sewa tapi jadi stor. Tidak ada aktiviti perniagaan di situ yang mana ianya lari daripada tujuan asal membina Pasar Awam Dato’ Harun. Sebagai contoh dan saya percaya masalah ini bukan hanya dihadapi di Pasar Awam Dato’ Harun bahkan di Pasar PJ Old Town dan banyak lagi pasar-pasar lain.

Saya nak mencadangkan pada MBPJ satu audit dan perubahan polisi perlu dibuat. Kalau sewa tapak hanya untuk jadi stor kita boleh keluar notis untuk arah mereka keluar. Bagi orang yang betul-betul nak niaga, jalankan aktiviti perniagaan, masuk dan berniaga di situ kerana ini saya rasa akan membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat sekali gus mengurangkan masalah peniaga-peniaga yang berniaga tanpa lesen di tepi-tepi jalan.

Selain daripada itu..saya ada terima laporan..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat boleh landing Yang Berhormat

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Last...last..Yang Berhormat...Last...

Timbalan Speaker

Ya...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya terima daripada e-mel daripada penduduk di kawasan saya, bertanyakan kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Saya dah tanya ini banyak kali dah. Saya pun dah jemu tanya. Saya ajak Sekinchan turun tengok. Dia tak turun-turun...

Saya cakap dengan Sekinchan sebelum ini dalam Dewan,

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya..saya nak tegaskan Tuan Timbalan Speaker tiada surat..tiada ajakan pun...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bersabarlah...

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

tak ada ajak pun tak boleh seleweng Dewan tak bolehlah macam itu..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya tak seleweng Yang Berhormat, saya cakap dalam Dewan saya ajak Yang Berhormat

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sekarang ajak boleh?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jangan cakap saya seleweng..Yang Berhormat tarik balik..saya cakap dalam Dewan ada hansard Yang Berhormat better tarik balik Yang Berhormat..saya cakap dalam dewan ini..

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Mana..saya tak dapat surat...surat jemputan tak ada...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Dalam Dewan Yang Berhormat..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat...Taman Medan...

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Surat jemputan..surat jemputan...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Apa yang lebih rasminya Yang Berhormat...

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya turun tiada masalah...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak apa...

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tiada masalah..

Timbalan Speaker

Saya bagi seminit lagi...

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ada surat insyallah..insyallah..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat EXCO Kerajaan hari ini, kalau nak tengok masalah rakyat saya kena hantar surat rasmi jemput Yang Berhormat. Baik saya faham saya terima ya. Rakyat didengar luar sana..dengar..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat teruskan..pendekkan Yang Berhormat..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Sekinchan turun masalah rakyat tolong hantar surat rasmi baru dia datang.

Timbalan Speaker

Pendekkan

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Speaker,

Timbalan Speaker

Masa dah lebih panjang..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ini Jalan PJS2 Yang Berhormat sepatutnya siap 14 Mei 2024 jalan tak panjang mana pun, saya ulang kali tanya pada MBPJ saya ingat dah berpuluh video Tiktok saya buat, dah bangkit dalam Dewan, Yang Berhormat Sekinchan marah saya tak hantar surat rasmi jemput Yang Berhormat tengok jalan ini.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat sila landing. Tutup.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Apa yang susah sangat nak siapkan jalan ini? Orang dah mati Yang Berhormat... accident di jalan ini tak siap-siap. Alasan diberi utiliti tak selesai, itu tak selesai, Kerajaan apa ini?

Timbalan Speaker

Yang Berhormat...Taman Medan...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Masalah nak buat jalan pun tak selesai..jangan cerita nak buat Stadium Shah Alam, jalan tak selesai.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Taman Medan,,,

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

2024 tahun ini 2026 tak selesai lagi Yang Berhormat jadi sebab itu Tuan Speaker sebagai penutup..

Timbalan Speaker

Penutup

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Penutup..penutup...ya..Penutup...penutup

Timbalan Speaker

Kita bagi peluang kepada Yang Berhormat yang lain pula...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Inilah wajah sebenar Negeri Selangor pada hari ini. Rakyat kais pagi makan pagi. Bukan kerana mereka tak berusaha tetapi kerana usaha mereka ini tak cukup untuk kejar kos kehidupan yang terus meningkat dan sebab itu saya nak kata dengan jelas, ini bukan soal takdir ini soal pilihan. Apa pilihan Kerajaan Negeri? Apa pilihan keutamaan? Pilihan siapa yang kita utamakan? Jika kita berani memilih untuk rakyat, saya yakin kita boleh mengubah segalanya. Sebab itu, rakyat Selangor tidak perlukan pemimpin yang sentiasa ingin dilihat sempurna dan popular.

Rakyat perlukan pemimpin berani berkata, kita belum cukup baik dan kita akan perbaiki kerana dari kejujuran itulah lahirnya perubahan. Tetapi jika keangkuhan terus mengatasi keinsafan maka rakyat akan terus menanggung beban dan dengan ini negeri akan terus bergerak tanpa arah yang jelas. Dengan ini, ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, patik selaku rakyat yang kasihkan Negeri dan segala isinya menjunjung dan akan memikul di atas bahu gembala patik. Dengan segala daya upaya untuk melaksanakan titah nasihat dan pandangan Duli Tuanku Sultan Selangor, Daulat Tuanku. Demi Taman Medan, demi Selangor Darul Ehsan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Lama Taman Medan ambil masa. Teruskan Yang Berhormat Teratai...

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Yang Berhormat Tuan Speaker, EXCO-EXCO Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan sekalian. Terima kasih Tuan Speaker di atas ruang yang dibenarkan. Saya menjunjung kasih, di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 20 April 2026. Sesungguhnya titah baginda yang amat menitik beratkan soal kebajikan rakyat kelestarian ekonomi dan kecekapan pentadbiran negeri pada waktu yang mencabar ini amatlah kita hargai.

Tuan Speaker, dalam menjunjung titah baginda saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu kritikal yang sedang menghimpit jentera pelaksana dasar negeri. Isu ini bermula ribuan batu jauhnya dari tanah air kita iaitu konflik dan peperangan yang sedang berlarutan di Rantau Timur Tengah. Namun, kesannya meresap masuk terus ke dalam lorong-lorong perumahan dan jalan-jalan raya di negeri Selangor. Bak kata pepatah:

“gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah”

Kencang peperangan kuasa-kuasa besar dan konflik jauh politik di Timur Tengah telah mencetus krisis Rantaian Bekalan Tenaga Global lantas melonjakkan harga bahan api pasaran khususnya Diesel. Kita di Selangor, selaku pelanduk kini sedang merasai tempiasnya yang cukup memeritkan.

Tuan Speaker, kesan rantaian ini telah memukul terus syarikat pengurusan sisa pepejal milik negeri kita iaitu KDEB Waste Management. Ratusan lori kompaktor dan jentera pembersihan KDEB yang beroperasi di ke semua pihak PBT di seluruh Selangor bergantung sepenuhnya kepada bahan api Diesel. Apabila kos Diesel melambung tinggi, kos operasi harian KDEB turut meningkat secara mendadak. Akibatnya, kita mula menerima aduan daripada rakyat prestasi dan jadual kerja-kerja pengutipan sampah di beberapa kawasan PBT dilaporkan mula terjejas. Lori-lori sampah terpaksa mengehadkan pergerakan dan kontraktor-kontraktor kecil di bawah naungan KDEB mula terhimpit dengan margin operasi yang semakin menipis. Benarlah, bidalan Melayu:

“ berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”

Kita yang melihat mungkin hanya mengeluh tentang sampah yang lewat diangkat, tetapi pihak KDEB dan para kerja pembersihan di lapangan sedang bergelut memerah keringat memikirkan cara untuk menampung kos operasi yang semakin di luar kawalan. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita tidak boleh membiarkan perkara ini parah, kebersihan dan kesihatan awam rakyat Selangor bukanlah satu perkara yang boleh di kompromi. Jika pengurusan sisa pepejal lumpuh, ia akan mengundang pelbagai wabak penyakit dan merosakkan imej Selangor sebagai negeri maju. Kita tidak mahu berlakunya senario

“sudah terhantuk baru tengadah”.

Oleh itu, saya menyeru agar Kerajaan Negeri melalui EXCO Kerajaan Tempatan dan PBT duduk semeja dengan pengurusan KDEB untuk mencari mekanisme serampang dua mata dengan segera. Mungkin sudah tiba masa kita meneliti semula struktur bayaran atau menyediakan dana bantuan intervensi sementara kepada KDEB bagi menyerap kejutan ekonomi ini. Pada masa yang sama, perancangan jangka panjang seperti peralihan berperingkat kepada lori sampah elektrik EV perlu dipercepatkan. Kita perlu sediakan payung sebelum hujan agar kebergantungan melampau kepada bahan api ini dapat dikurangkan pada masa hadapan.

Tuan Speaker, Teratai juga ingin membawa satu (1) lagi isu yang semakin merunsing yang kini telah menjadi barah dalam kalangan penduduk di kawasan saya iaitu di Pandan Perdana bawah DUN Teratai. Isu ini bukan lagi sekadar isu sosial biasa tetapi ia telah bertukar menjadi krisis ketenteraman awam yang melibatkan lambakan gelandangan daripada etnik Rohingya. Sejak setahun dua yang lalu, kehadiran warga asing ini semakin tidak terkawal. Mereka mendiami kaki-kaki lima, ruang parking malah membina perkampungan haram di celah-celah bangunan perniagaan dan kawasan rekreasi. Ada juga di antara mereka mencerobohi premis-premis kosong yang tidak dapat kesan identiti pemilik menjadikan premis tersebut sebagai tempat kediaman mereka tanpa izin.

Apa yang menyedihkan kehadiran mereka bukan sekadar menumpang teduh tetapi telah mendatangkan pelbagai kacau ganggu yang menguji kesabaran penduduk tempatan. Isu kebersihan menjadi negeri sampah sarap dibuang merata-rata, bau hancing dan busuk menyelubungi lorong-lorong belakang serta penggunaan kemudahan awam secara rakus tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat setempat. Malah terdapat laporan mengenai perilaku agresif dan tindakan yang mencabar kedaulatan undang-undang tempatan.

Tuan Speaker, apa yang paling dikesalkan oleh penduduk Teratai adalah seolah-olah wujudnya vacuum dalam penguatkuasaan apabila penduduk membuat laporan atau pun aduan kepada PBT mereka diminta merujuk kepada Jabatan Imigresen. Apabila merujuk kepada Imigresen isu status UNHCR kapasiti depot pula dijadikan alasan dan kekangan. Apabila isu gelandangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula tidak mempunyai bidang kuasa penuh ke atas warga asing sehingga hari ini tiada satu agensi kerajaan pun dilihat benar-benar tunas dan berani untuk menangani isu ini secara total. Kita seolah-olah menolak bola sesama sendiri, manakala penduduk Pandan Perdana terus menderita menjadi mangsa keadaan.

Tuan Speaker, satu perkara yang amat menyusahkan saya dan penduduk adalah tindakan etnik Rohingya ini yang sering menunjukkan kad UNHCR seolah-olah ia adalah lesen kabel untuk mereka melakukan apa sahaja termasuk mendiami kawasan awam secara gelandangan. Saya ingin menegaskan di Dewan ini bahawa UNHCR tidak mempunyai hak sepenuhnya atau pun kuasa mutlak ke atas urusan gelandangan ini sehingga mengenepikan undang-undang negara kita. Status pelarian bukan bermaksud mereka boleh bebas melanggar Undang-Undang Kecil PBT atau pun menceroboh harta benda awam. Kita harus konsisten bahawa kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat tempatan adalah jauh lebih tinggi daripada sekadar sekeping kad agensi antarabangsa.

UNHCR tidak seharusnya lepas tangan dengan hanya memberikan kad tanpa memantau kebajikan atau tingkah laku pemegang kad tersebut sehingga membebankan komuniti tempatan. Isu ini, telah menjadi sangat serius, nilai hartanah terjejas, perniagaan merosot kerana pelanggan takut untuk berkunjung ke premis dan keselamatan anak-anak kecil serta wanita di kawasan perumahan kini terancam. Jangan sampai penduduk mengambil tindakan sendiri akibat hilang kepercayaan kepada sistem sedia ada. Kita tidak mahu melihat tercetusnya ketegangan kaum atau pun konflik fizikal kerana kelemahan pihak berkuasa dalam perintah.

Tuan Speaker, saya mendesak Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif untuk mengatasi isu yang saya sebut tadi. Pandan Perdana adalah sebahagian daripada nadi pembangunan di DUN Teratai. Rakyat tempatan membayar cukai, mereka mematuhi undang-undang dan mereka berhak untuk hidup dalam keadaan yang aman, bersih dan selamat. Jangan biarkan mereka merasa seperti anak tiri di tanah air sendiri hanya kerana kita gagal

menguruskan isu warga asing ini. Saya memohon agar perkara ini diberi perhatian serius dan tindakan segera diambil

“sebelum nasi menjadi bubur”.

Tuan Speaker, saya juga ingin memohon ruang ini untuk membela nasib keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Taman Bukit Permai yang telah berlaku empat (4) tahun yang lalu. Saya telah berkali-kali berbangkitkan persoalan mengenai status bayaran bantuan dan eclampsia dengan izin untuk keluarga-keluarga mangsa ini. Namun sehingga hari ini, jawapan yang diterima adalah masih menunggu kelulusan MMKN.

Tuan Speaker, empat tahun menanti adalah satu penyeksaan yang panjang. Dalam keadaan kos sara hidup yang amat menekan sekarang, keluarga yang kehilangan rumah ini terpaksa menanggung beban menyewa kediaman baru. Kelewatan bantuan ini bukan sahaja melumpuhkan kewangan mereka, malah memanjangkan trauma emosi mangsa yang merasa seolah-olah janji di khianati dan dipinggirkan oleh sistem. Mereka amat memerlukan dana ini untuk bangkit dan membina semula kehidupan. Oleh itu, saya rasa penuh hormat kepada Yang Berhormat EXCO yang bertanggungjawab saya memohon penjelasan yang tuntas.

Pertama, apakah sebenarnya kekangan kritikal yang menyebabkan kelulusan ini tersangkut bertahun-tahun di atas meja MMKN. Dan kedua, saya merayu agar pihak Kerajaan Negeri dapatkan memberikan satu garis masa ataupun time line dengan izin yang muktamad mengenai bilakah bayaran ini akan di lunaskan kepada mangsa. Janganlah dibiarkan keluarga mangsa ini terus menunggu dalam gelap. Saya menyeru agar keprihatinan Kerajaan Negeri dibuktikan dengan tindakan segera bagi menoktahkan penderitaan mereka.

Tuan Speaker, saya ingin membawa suara rakyat yang semakin rimas dan tertekan dengan satu wabak yang mencacatkan pemandangan dan mengancam keselamatan di kawasan perumahan serta komersial kita. Wabak yang saya maksudkan adalah lambakan kenderaan terbiar, hampir setiap minggu Pusat Khidmat kita menerima aduan mengenai kereta buruk yang terbiar. Ia bukan sahaja mengambil petak letak kereta yang sangat terhad, malah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan sarang haiwan berbisa. Apabila aduan diajukan kepada pihak PBT, alasan lazim yang kita dengar adalah di pos simpanan kenderaan di PBT telah penuh. Saya ingin menegaskan bahawa keadaan ini bukan sahaja berlaku di PBT kawasan DUN Teratai iaitu MPAJ tetapi ia merupakan satu cabaran yang besar bagi kebanyakan PBT di Selangor terutamanya PBT yang menduduki di kawasan bandar.

Tuan Speaker, saya amat memahami bahawa proses menunda, menjejak pemilik, mendapatkan perintah mahkamah ataupun kelulusan JPJ dan akhirnya melupuskan sesebuah kenderaan itu memakan masa yang sangat panjang biasanya ambil masa

mencecah enam hingga 12 bulan. Namun adakah ini kita harus berpeluk tubuh dan membiarkan alasan depot penuh ini melumpuhkan tindakan PBT. Di sini saya ingin mengutarakan pandangan saya dan beberapa pendekatan strategik untuk di pertimbangkan oleh Kerajaan Negeri memperluaskan depot ataupun membina depot baharu bagi setiap 12 PBT di Selangor adalah satu langkah yang logik di atas kertas. Namun kita perlu berpijak di bumi yang nyata, harga tanah di Selangor terutamanya di kawasan bandar raya ataupun Pembandaran seperti Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam adalah amat tinggi. Saya faham jika PBT di paksa mencari tempat ataupun tanah semata- matanya untuk di jadikan tanah perkuburan kereta buruk ia adalah satu pembaziran aset Negeri. Membina depot yang lebih besar tanpa mempercepatkan proses pelupusan hanyalah ibarat menyediakan baldi yang lebih besar untuk menakung air dari paip yang bocor. Lambat laun depot baharu ini juga akan penuh. Sebagai jalan penyelesaian yang alternatif, saya rasa Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu semata-matanya membina satu depot lagi setiap PBT sebaiknya wujudnya depoh berpusat mengikut zon. Contoh, zon tengah di kongsi dengan MBSA, MBPJ dan MBSj. Zon utara dikongsi oleh MPS dengan MPSH.

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi?

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Tiga minit.

Speaker

Seminit lagilah.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Dua, dua.

Speaker

Seminit.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Ok, ok.

Speaker

Habiskan semua dalam seminit.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Dah, dah last dah. Zon selatan timur ataupun timur dikongsi oleh MPKJ, MPAJ dengan pemusatan ini kos penyelenggaraan kawalan keselamatan dan operasi pentadbiran dapat dikurangkan secara drastik manakala kapasiti simpanan dapat di maksimumkan di kawasan yang mempunyai nilai tanah yang lebih rendah. Tuan Speaker, masalah utama ini bukanlah sekadar kekurangan tanah tetapi kepincangan proses. Saya menyeru Kerajaan Negeri melalui EXCO Kerajaan Tempatan untuk duduk semeja dengan Kementerian Pengangkutan, JPJ dan pihak Polis, PDRM kita perlu menuntut agar proses pelupusan kenderaan terbiar di Selangor dipercepatkan. Kalau boleh saya rasa proses pelupusan itu adalah dalam tiga bulan sahaja.

Tuan Speaker, penyelesaian kepada isu kenderaan terbiar tidak terletak semata-mata pada longgokan tanah liat dan pagar kawat. Ia terletak pada kecekapan sistem, Kerajaan Negeri mesti menyelesaikan birokrasi pelupusan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Jangan jadikan Selangor sebagai satu stor kereta buruk Negara. Tindakan yang lebih tegas dan radikal amat di perlukan sekarang demi kesejahteraan rakyat.

Kesimpulannya Tuan Speaker, cabaran global merupakan penyelesaian muafakat lokal selain daripada krisis dunia kita tidak boleh alpa mendepani cabaran domestik yang menekan rakyat di Negara dan Negeri kita sendiri terutamanya isu peningkatan kos sara hidup, keterjaminan bekalan makanan dan ancaman perubahan iklim seperti banjir. Oleh itu, segala bebanan kos dan permasalahan yang terhasil akibat ketidak tentuan global mahupun tempatan ini perlulah kita tangani bersama secara bijaksana kerana berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. Saya yakin di bawah kepimpinan pentadbiran Negeri yang cekap, isu ini dapat di tangani demi kesejahteraan keseluruhan rakyat Selangor selari dengan hasrat Duli Yang maha Mulia Tuanku. Sekian terima kasih teratai junjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj semoga kita semua diberi kesihatan dan rezeki yang baik untuk Negeri Selangor Darul Ehsan. Dengan ini Teratai menyokong usul yang dibentangkan.

Speaker

Paya Jaras.

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Paya Jaras berapa minit?

Lima minit. Ok.

Speaker

Boleh? Kalau tidak macam mana.

Ok lah.

Speaker

Yang lain kurangkanlah.

Sekali, sekali je.

Speaker

Saya bagilah Paya Jaras selaku Pengerusi tapi selain itu pandai-pandai jaga masa.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera dan terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Paya jaras ingin mengambil bahagian dalam ucapan junjung kasih

titah tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang telah di titahkan pada Isnin, 20 April 2026. Terdapat banyak perkara yang telah di sentuh oleh baginda dan ingatlah tanda keprihatinan, kebersamaan dan kasih sayang baginda tuanku terhadap rakyat dan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, dalam ucapan baginda kali ini kita banyak melihat nasihat-nasihat yang diberikan justeru saya ingin mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan rakyat dan perlu penyelesaian segera dalam titah ucapan baginda tuanku, baginda telah membuat teguran tentang beberapa isu utama yang masih belum selesai khususnya kawasan banjir yang masih berlaku kerap di Negeri ini, pengurusan sampah yang masih lemah, kilang-kilang tanpa kebenaran, jalan yang berlubang yang perlu diselesaikan.

Tuan Speaker, kegagalan menangani isu banjir di Shah Alam bukan lagi isu yang mudah. Ini bukan lagi isu teknikal semata-mata tetapi mencerminkan kelemahan pengurusan banjir. Saya ingin bertanya memandangkan Shah Alam ini pada asalnya di rancang sebagai sebuah bandar taman oleh PKNS dengan penekanan kepada keseimbangan alam sekitar dan kapasiti infrastruktur adakah Kerajaan Negeri mengakui bahawa kejadian banjir berulang berhari-hari ataupun semalam berlaku, sebelum itu telah berlaku akibat daripada kegagalan mengekalkan prinsip perancangan tersebut. Mengapa penyelenggaraan asas seperti pembersihan parit, longkang masih tidak dilaksanakan konsisten sehingga sistem perparitan gagal berfungsi dengan berkesan walaupun dalam keadaan hujan yang biasa. Boleh tak jelaskan apakah pelan tindakan konkrit dalam tempoh enam hingga 12 bulan? Apakah KPI yang boleh diukur? Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya masalah banjir ini terus berulang?

Maka dengan itu saya mengesyorkan supaya dasar pembangunan sebuah kawasan perumahan itu dilihat semula. Khususnya dalam menentukan kawasan hijau, saya ingin mengesyorkan supaya kawasan hijau di kawasan perumahan dinaikkan kepada 30% supaya pengurangan ini, penambahan ini akan memberikan peluang ataupun ruang kepada apa yang disebutkan sebagai kawasan hijau kawasan yang permainan tak permainan dan air boleh menyerap kawasan ini dengan lebih banyak lagi berbanding dengan kadar sekarang lebih kurang 10%. Ini satu kaedah bagaimana kita nak menguruskan berasaskan alam.

Yang kedua Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu kuari yang berlaku yang saya bangkitkan dalam setiap kali Sidang Dewan. Sumbangan sektor perlombongan dan pengkuarian bagi Negeri Selangor pada tahun 2024 adalah sebanyak RM931, sorry, RM931 juta ataupun 0.2 daripada keseluruhan KDNK Negeri. Meskipun perlombongan dan pengkuarian adalah sektor yang kecil yang menyumbang kepada ekonomi Selangor, industri ini memberikan kesan langsung kepada rakyat dan alam sekitar. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan ataupun dengan master pelan serta pelan hala tuju yang jelas bagi pembangunan sektor perlombongan dan pengkuarian ini. Isu kuari yang berlaku pada ini

perlu diuruskan dengan baik. Sebagai contoh, hampir 30 tahun isu kuari ini masih belum selesai khususnya di kawasan Sungai Buloh, kawasan Matang Pagar, Matang Jaya, Bukit Lagong. Penduduk sering membangkitkan banyak isu berkaitan kuari antaranya ialah kerosakan gegaran letupan, lori berat dan lebih muatan, pencemaran habuk, pasir, jumlah lori yang semakin meningkat, waktu operasi lori-lori luar yang dibenarkan awal pagi, petang dan tengah malam, keselamatan pengguna jalan raya di sekitar Matang Pagar, Bukit Rawang Putra dan jalan amat membimbangkan.

Tuan Speaker, untuk makluman pada 31 Januari 2026 isu yang berlaku ini telah menyebabkan penduduk sangat tidak berpuas hati dan telah mengadakan satu perhimpunan aman membantah operasi lori yang beroperasi tanpa pemantauan yang tidak sempurna. Sebagai contoh, penduduk zon ini di dalam surat khabar pun naik tentang zon 20 Sungai Buloh hantar petition bantah operasi kuari. Kemudian sampai bila hendak macam ini penduduk Matang Jaya gesa tindakan isu pencemaran debu, salji, daripada salji, debu kuari terus menghantui penduduk lebih 20 tahun bimbang kesihatan terjejas dan ini menjadi suatu isu besar dalam Negeri kita yang perlu kita uruskan dengan baik. Keadaan ini semakin kritikan apabila dikatakan bahawa 200 hingga 300 buah lori yang beroperasi dalam sehari menjadikan penduduk amat-amat tertekan. Dikatakan terdapat beberapa kuari baharu yang akan di buka sekitar dan ini menunjukkan kesan di kalangan penduduk. Ditegaskan bahawa kita semua memahami dan tidak sekali-kali menafikan keperluan semasa dan kepentingan kuari-kuari dalam industri pembangunan di Negeri Selangor. Namun ianya perlu di uruskan dengan baik dan tertib untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Kehidupan yang sempit ini atau menyesakkan ini memberi tekanan kepada rakyat. Isu utama ialah pengurusan kuari yang lemah dalam pengeluaran permit konsesi kuari. Saya ingin mengesyorkan agar satu master plan pengusaha kuari Selangor jika belum ada perlulah diadakan kalau ada tolong bentangkan. Adakah terdapat panduan lain selain Kaedah Kuari Selangor 2003 bilakah semakan terkini diadakan terhadap kaedah-kaedah ini sesuai dengan keperluan semasa. Berkaitan dengan kelulusan daripada Jabatan Perhutanan adakah Jabatan Perhutanan telah mendapatkan ulasan dan sokongan daripada pihak PBT, JKR serta libat urus dengan penduduk sebelum memberikan kelulusan. Adakah syarikat-syarikat ini telah memberi perlu kelulusan laluan untuk penghasilan sebelum mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perhutanan ataupun sebaliknya.

Tuan Speaker, untuk makluman saya dan penduduk telah menghantar dua petition ataupun dua memorandum kepada Kerajaan Negeri Selangor, namun sehingga kini masih belum dapat balasan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Saya mohon petisyen dan surat dihantar oleh penduduk dan saya tolong respons sebab dah hantar lama dah pada 4.2.2026 dan sebelum itu pada 28.1.2026. Ini telah dihantar pada pihak kerajaan Negeri namun sehingga sekarang masih belum dapat lagi. Seterusnya nak bagikan tentang isu berkaitan tentang jalan alternatif. Pada sesi 2024 pihak kerajaan Negeri telah menyatakan dalam jawapan Dewan, laluan alternatif atau cadangan laluan khas yang boleh digunakan oleh pengeluar,

jalan pengeluar lori kuari telah dikenal pasti. Namun sehingga kini saya masih belum dapat mendengar apakah status laluan alternatif ini? Saya mohon penjelasan bilakah laluan ini akan dilaksanakan? Saya ingin syorkan agar kerajaan Negeri membangunkan dengan segera laluan alternatif ini. Pembangunan jalan ini boleh dilakukan secara smart partnership antara kerajaan Negeri dan syarikat konsesi kuari dan ini perlu dilaksanakan segera. Selain itu saya ingin bertanya, apakah mekanisme referencing oleh kerajaan Negeri untuk menetapkan sejumlah peratusan daripada kutipan royalti premium dan shares daripada industri kuari bagi tujuan pemulihan infrastruktur pemulihan alam sekitar dan kebajikan komuniti di kawasan yang terjejas akibat operasi kuari. Kesejahteraan rakyat perlu diutamakan. Jangan sampai kemalangan dan musibah menimpa, barulah tindakan diambil. Maka langkah segera menubuhkan task force pembangunan kuari Selangor perlu diwujudkan segera kerana terdapat agensi yang terlibat dalam pembangunan ini dan kadang-kadang kita melihat adanya tolak-menolak dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Tuan Speaker, isu ini amat penting kerana ia melibatkan soal agensi-agensi yang berkaitan. Kita berharap selepas ini setiap agensi dapat bincang bersama dan dapat menyelesaikan apa yang berlaku pada masa ini. Ini bukan sahaja berlaku di kawasan Sungai Buloh, tetapi juga dihadapi oleh penduduk Klang dan Hulu Langat. Saya mengesyorkan agar task force ini dipengerusikan sendiri oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menyelesaikan isu pengurusan kuari ini secara tuntas.

Tuan Speaker, persoalan ketiga ialah tentang pengurusan sampah kampung di bawah PBT. Saya ingin mengesyorkan agar khususnya kepada MBSA untuk mengkaji semula keperluan mewujudkan sebuah leach bin dan rumah sampah di beberapa lokasi hotspot di kawasan yang padat penduduk. Kutipan sampah secara tricycle boleh diteruskan dan diperluaskan. Namun ia perlu dikaji semula bagi kawasan-kawasan yang padat penduduk. Satu lot ni kadang-kadang ada sampai lebih kurang 40 rumah. Yang ini menjadikan masalah kepada kita. So apa yang berlaku pada masa sekarang, longgokan sampah ini kadang-kadang tidak diambil kerana isu pengurusan sampah yang kita lalui sebelum ini hingga sampai menimbulkan complaint yang begitu banyak di mana-mana. Sebagai contoh, saya syorkan supaya diwujudkan rumah sampah yang terkawal dan leach bin perlu diadakan semula kepada lokasi-lokasi yang dipanggil hotspot sebagai contoh di kawasan saya Kampung Kubu Gajah, Jalan Gajah 3, Gajah 4, Gajah 10, Gajah 15, Gajah 22, Gajah 23. Ini kawasan yang sangat padat dengan penduduk. So kadang-kadang bila satu tong tu tak cukup maka leach bin dan rumah sampah yang terbaik yang terkawal yang dibina perlulah dikawal dengan betul-betul dan tidak berlakulah apa yang dikata sampah yang bersepah di mana-mana. Kampung Paya Jaras Hilir, Paya Jaras Tengah dan kawasan lain.

Speaker

Yang Berhormat point yang terakhirlah

Sikit Tuan Speaker. Ada sikit lagi.

Speaker

point yang terakhirlah

dua point lagi sikit lagi pendek saja. Yang ketiga diteruskan berkaitan dengan SACC Mall. Saya mohon kepada pihak PKNS untuk melihat semula tentang keadaan SACC Mall. Saya baru pergi baru ni, pergi SACC Mall pada pukul 11.30, apa yang menjadi masalah kepada pengunjung, saya sendiri 3 kali pusing baru jumpa parking, maka ramai pengunjung mengesyorkan kepada pengurusan SACC Mall untuk melihat semula. Pengunjung perlu diberikan tumpuan dan juga keutamaan. Maka pengurusan SACC Mall perlu ambil perhatian sebab masalah parkir di SACC Mall ini menjadi masalah sehinggakan ramai pengunjung-pengunjung tak nak masuk dan pengguna-pengguna, atau peniaga-peniaga menjadi masalah tidak dapat kurang mendapat pengunjung dan saya bimbang ini akan menyebabkan perniagaan di kawasan tersebut semakin berkurang.

Last sekali Tuan Speaker, berkaitan dengan projek Hotel Mercure saya nak tanya tentang keadaan hotel ini. Bagaimana keadaan industri hotel masih mencabar? Berapa sebenarnya kos pemulihan bekas Quality Hotel? Apakah ia dibaik oleh Sukop? Apakah unjuran ROI? Berapa bayaran tahunan yang dikenakan tersebut? Dan apakah ini pelaburan berdasarkan contoh ataupun keputusan yang berisiko ini. Akhirnya Tuan Speaker, saya dengan ini menjunjung kasih atas ucapan atas titah Tuanku dalam Dewan ini yang kita perlu tengok, kita perlu lihat sebagai rakyat Negeri Selangor kita menjunjung kasih atas titah Tuanku dan taat segala titah yang diberikan. Maka dengan ini saya mohon kita semua menyokong dan mematuhi segala titah yang telah dinyatakan oleh Tuanku dalam ucapan Baginda. Saya menyokong dan menyokong sepenuhnya menjunjung kasih titah Tuanku. Terima kasih Tuan Speaker, assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.

Speaker

Rawang?

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker izinkan saya menyentuh beberapa perkara utama dalam ucapan kali ini adalah berkenaan dengan kesiapsiagaan menghadapi ketegangan geopolitik sekuriti makanan, keharmonian masyarakat dan akhirnya realiti perkhidmatan kesihatan di lapangan.

Tuan Speaker, dunia hari ini semakin tidak menentu. Kita telah melalui pandemik Covid-19 kemudian konflik Rusia dan Ukraine, dan kini ketegangan antara Iran dan juga Amerika Syarikat. Setiap kali krisis berlaku kita dapati satu perkara yang sama. Yang paling terkesan bukan sahaja ekonomi secara umum, tetapi secara langsung adalah kepada rakyat melalui bekalan makanan, harga makanan, kos sara hidup. Kita telah melihat bagaimana gangguan rantaian bekalan sebelum ini menyebabkan kekurangan bahan makanan, ternakan, kenaikan harga ayam, telur dan barang asas.

Tuan Speaker, dalam keadaan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Negeri Selangor yang telah mengambil langkah yang sangat proaktif antaranya adalah melalui pelaksanaan pakej ekonomi Selangor yang berjumlah nilainya RM130.4 milion yang memberi faktor kepada membantu rakyat menghadapi kos sara hidup menyokong golongan rentan dan menstabilkan harga barangan keperluan. Selain itu inisiatif seperti jualan Ehsan telah membuktikan, memberi impak langsung kepada rakyat. Malah pendekatan ini kemudian diperluaskan di peringkat Persekutuan melalui jualan Rahmah. Selepas kita melihat keberkesanan model yang dimulakan di peringkat negeri ini menunjukkan satu perkara Selangor bukan sekadar bertindak tetapi memimpin dan ia lebih penting Selangor tidak menunggu krisis berlaku, tetapi bersedia lebih awal.

Tuan Speaker, daripada setiap krisis yang kita lalui satu pengajaran paling jelas adalah ini isu makanan adalah isu paling asas. Bukan sahaja soal ekonomi, tetapi soal keselamatan dan kestabilan. Negara seperti China, walaupun mempunyai populasi yang sangat besar, berbilion-bilion tetap memberi fokus kepada sektor pertanian sehingga mampu mencapai tahap dengan izin, self sufficiency dalam banyak bekalan makanan. Ini berlaku kerana perancangan jangka panjang pelaburan dalam teknologi perlindungan dalam tahap sektor pertanian.

Tuan Speaker, Selangor sebagai negeri maju tidak boleh hanya bergantung kepada import makanan. Saya ingin mencadangkan beberapa langkah ke hadapan. Yang pertama, Kerajaan Negeri perlu mengenal pasti dan mengoptimumkan tanah-tanah kosong yang terbiar termasuk tanah milik kerajaan, GLC dan kawasan yang tidak produktif untuk menjadikan zon pertanian. Kedua, memberi fokus kepada pertanian moden dan berteknologi tinggi seperti smart farming, fertigasi, automation, pengguna data dan IOT dalam pengurusan hasil. Ketiga, mewujudkan ekosistem yang menyokong pertanian muda, alpoprenium, akses kepada pembiayaan dan teknologi. Yang keempat, mengukuhkan rantaian bekalan tempatan bukan sekadar pengeluaran tetapi juga logistik pengedaran dan pemasaran. Matlamatnya sangat jelas. Ia adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada import, menstabilkan harga makanan, membina ketahanan jangka panjang. Kalau kita serius Selangor bukan sahaja menjadi negeri maju dalam segi industri, tetapi negeri yang berdaya tahan daripada segi bekalan makanan.

Tuan Speaker saya ingin menyentuh satu isu yang sebelum ni agak panas. Isu tapak rumah ibadat khususnya dalam melibatkan kuil. Isu ini bukan satu isu yang baharu. Banyak rumah ibadat telah wujud sebelum merdeka dan dibina di kawasannya sebelum ini adalah di kawasan ladang dan hari ini berdepan masalah kerana status tanah. Ini adalah satu isu sejarah dan pentadbiran yang belum diselesaikan sepenuhnya. Namun kebelakangan ini kita melihat isu ini dimanipulasi, ditabur fitnah menjadikan bahan provokasi. Tuan Speaker saya ingin menegaskan provokasi tidak menguntungkan sesiapa. Isu ini boleh diselesaikan

jika kita mengikut saluran yang betul. Menghormati undang-undang memberi ruang dan proses pentadbiran. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Negeri Selangor atas konsisten menyelesaikan isu ini secara berperingkat melalui mekanisme seperti LIMAS. Ada kes yang diselesaikan melalui pemberian tanah dan ada juga kes yang tidak sesuai perlu dipindah ataupun di roboh. Pendekatan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak mengambil langkah dan jalan yang mudah tetapi mengambil pendekatan yang seimbang dan berasaskan undang-undang. Selain itu pendekatan melalui jawatankuasa di peringkat pejabat daerah juga membolehkan isu ini ditangani dengan lebih dekat kepada komuniti. Dalam isu sensitif seperti ini yang kita perlu bukan suara yang paling kuat, tetapi penyelesaian yang bertanggungjawab.

Tuan Speaker, saya ingin juga menyentuh satu isu yang semakin mendesak iaitu pengurusan banjir dalam konteks perubahan iklim. Hari ini kita tidak boleh lagi melihat banjir sebagai isu bermusim semata-matanya. Kesan global warming telah mengubah corak cuaca pada hari ini kita melihat peningkatan jumlah hujan dalam tempoh yang sangat singkat, hujan yang lebih ekstrem dan tidak menentu. Kejadian banjir kilat yang semakin kerap. Ini bukan lagi fenomena luar biasa. Ini adalah realiti baru yang perlu kita hadapi.

Tuan Speaker dalam konteks ini saya ingin merakamkan penghargaan juga kepada kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan belanja yang besar untuk projek tebatan banjir. Menaik taraf sistem saliran kolam takungan serta projek mitigasi di kawasan berisiko tinggi. Komitmen ini saya yakin telah mencecah berbilion ringgit dan dilaksanakan secara berfasa. Saya nak bagi satu contoh adalah di kawasan, kawasan saya, kawasan Rawang dan kita sudah melihat hasilnya beberapa kawasan yang sebelum ni kerap berlaku banjir menunjukkan pengurangan risiko pada hari ini. Sistem saliran yang di naik taraf bermula memberi kesan yang sangat positif namun Tuan Speaker kita tidak menafikan bahawa usaha ini belum mencukupi, masih terdapat kawasan yang berdepan risiko banjir seperti di kawasan Klang, memerlukan penyelesaian jangka panjang yang lebih menyeluruh. Sehubungan ini saya menyambut baik titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar kita belajar daripada negara seperti Belanda yang mempunyai kepakaran dan pengurusan air dan kawalan banjir secara sistematik dan berinovasi. Tuan Speaker, isu banjir bukan isu politik semata-mata. Ini isu keselamatan rakyat dan apabila kita bercakap penyelesaian kita perlu berpijak pada data, kita perlu jujur dengan cabaran sebenarnya dan kita perlu fokus kepada penyelesaian bukan persepsi.

Akhir sekali Tuan Speaker, saya kita perlu melihat realiti kewangan dengan kapasiti belanjawan negeri yang sekitar dalam 3 bilion setahun. Projek tebatan banjir berskala besar tidak mampu ditanggung oleh kerajaan Negeri sahaja. Ini memerlukan kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan, peruntukan yang sangat besar, perancangan bersepadu antara agensi kerana isu ini bukan lagi isu tempatan dan ia adalah cabaran nasional dalam menghadapi perubahan iklim. Jika kita benar-benar serius dengan untuk melindungi rakyat,

kita perlu merancang lebih awal, melabur lebih besar dan kerjasama yang lebih erat demi memastikan Selangor benar-benar bersedia untuk menghadapi realiti baru ini. Tuan Speaker, akhir sekali saya ingin bawa kembali perbahasan ini kepada realiti harian rakyat. Kalau kita turun ke klinik kesihatan kerajaan, kita akan nampak sendiri pesakit menunggu lama, ruangan yang sesak, petugas kesihatan bekerja dalam keadaan yang sangat mencabar di kawasan seperti Rawang saya yakin di kawasan-kawasan lain turut berlaku yang sama. Penambahan penduduk berlaku dengan sangat cepat. Tetapi kemudahan kesihatan tidak berkembang seiring. Ini bukan lagi satu isu yang kecil. Ini adalah isu yang menyentuh maruah sistem kesihatan kita.

Tuan Speaker, walaupun klinik kesihatan ini berada di bawah Kerajaan Persekutuan, saya berpandangan Kerajaan Negeri boleh memain peranan untuk pelengkap yang lebih aktif dan tersusun. Saya ingin mencadangkan. Pertama, mewujudkan peruntukan khas negeri untuk penambahbaikan kecil tetapi berimpak tinggi seperti penambahan ruangan menunggu, tempat duduk yang mencukupi, sistem nombor giliran yang lebih efisien, kemudahan asas untuk warga emas dan juga OKU. Kedua, mengaktifkan Ahli Lembaga Penasihat Klinik sebagai platform sebenar untuk menyelaraskan sumbangan komuniti, melibatkan sektor swasta dan memastikan keperluan di lapangan dapat disampaikan terus kepada pembuat dasar. Ketiga, mengadaptasi model seperti bantuan sekolah Selangor kepada sektor kesihatan di mana negeri membantu daripada segi infrastruktur walaupun bidang kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan. Keempat, mewujudkan kolaborasi antara Kerajaan Negeri, KKM dan PBT untuk mengenal pasti klinik yang kritikal, merancang penambahbaikan secara berfasa dan mempercepatkan penyelesaian isu kapasiti. Tuan Speaker, kadang-kadang rakyat tidak tanya siapa yang dalam bidang kuasa ini. Mereka hanya mahu layanan yang lebih baik, lebih cepat dan lebih manusiawi.

Tuan Speaker, dari isu global kepada makanan, kepada keharmonian akhirnya kita kembali kepada rakyat. Apa yang kita bincangkan hari ini bukan sekadar dasar, tetapi makanan di meja, masa menunggu di klinik, keharmonian dalam masyarakat. Semua ini menentukan satu perkara iaitu rasa selamat rakyat. Rawang sekali lagi menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian terima kasih.

Speaker

Saya ucapkan tahniah kepada Rawang dan Paya Jaras. Tadi mereka menggunakan 13 minit dan 12 minit dan mereka telah berjaya memasukkan saya rasa antara 5 hingga 6 isu yang sangat penting dan saya rasa ini adalah contoh yang harus diikuti oleh ADUN-ADUN yang lain semasa membahas khususnya dalam membahagikan masa masing-masing dan jangan mengadu. Kalau mengadu, rujuk kepada ketua masing-masing. Ya, Yang Berhormat Ijok, boleh? 10 minit boleh?

15 minit.

Speaker

15 minit juga? Tapi ada peluang untuk pendekkan bukan?

Boleh. Sikit.

Speaker

Silakan.

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum WBT dan dalam sejahtera. Bismillahirahmanirahim. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Speaker, Ijok berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor. Mewakili rakyat Ijok, saya menyembah ucapan taat setia kepada Tuanku Sultan dan menjunjung kasih di atas Titah nasihat Tuanku semasa Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 pada Isnin. Tuan Speaker, perbahasan saya akan menyentuh beberapa perkara yang telah dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor terutamanya berkaitan dengan kawasan Ijok dan juga mempunyai kepentingan di dalam Negeri Selangor yang kita cintai ini. Tuan Speaker, menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku berkenaan pentingnya pemeliharaan alam sekitar bagi mengatasi masalah banjir.

Bagai mencurah air di daun keladi, Berguguran air jatuh ke tanah, Sudah berkali peringatan diberi, Sungai masih juga dipenuhi sampah.

Saya ingin menegaskan dengan jelas bahawa rizab sungai bukan tanah pembangunan, bukan tapak pelupusan sampah dan bukan tambakan sesuka hati. Ia wujud sebagai sistem semula jadi untuk takungan dan pelepasan air bagi melindungi penduduk di hilir daripada risiko banjir. Namun, apa yang berlaku hari ini amat membimbangkan. Fungsi semula jadi sungai dan rizabnya telah dimusnahkan. Apabila kawasan rizab ditambak, dipenuhi sampah serta ditutup dengan tanah dan sisa binaan air tidak lagi mempunyai ruang untuk disimpan. Contohnya Sungai Buloh, keadaan timbunan sampah yang berada betul-betul di rizab sungai. Lokasinya di Batu 23, Jalan Ijok, Kampung Sentosa di Jajaran Sungai Buloh. Bayangkanlah, sudahlah cetek, ditambak dengan sampah seperti ini. Inilah punca sebenarnya banjir Ijok berulang, bukan di Ijok sahaja mungkin di tempat lain bukan semata-mata kerana hujan. Daripada pemerhatian di lapangan tapak pelupusan sampah haram ini dipercayai masih lagi beroperasi walaupun luar pagar kelihatan ditutup terdapat sampah baru, struktur pondok dan aktiviti yang masih berjalan di dalam kawasan tersebut. Ini menunjukkan satu hakikat yang jelas, penguatkuasaan yang gagal dan pencerobohan terus berlaku. Apabila hujan, bahan toksik ini akan mengalir terus ke Sungai Buloh, mencemarkan air, merosakkan ekosistem dan menjejaskan sumber air mentah. Ia juga menjejaskan pendapatan nelayan yang memberi kesan buruk kepada persisiran pantai khususnya kerang di mana muara Sungai Buloh dan

di sepanjang persisiran pantainya merupakan pusat ekonomi nelayan bagi penternakan kebun kerang.

Tuan Speaker, ini bukan isu kecil tetapi ini adalah jenayah alam sekitar. Tuan Speaker, rizab sungai bukan sekadar garisan di atas pelan, ia adalah zon perlindungan yang mempunyai fungsi teknikal yang kritikal. Saya merujuk kepada garis panduan lebar sungai 10 hingga 20 meter rizab minimum adalah 20 meter, lebar sungai 20 hingga 40 meter rizab minimumnya adalah 40 meter, lebar sungai melebihi 40 meter minimum rizab adalah 50 meter tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Ini adalah yang saya kongsikan keadaan rizab sungai yang telah di ceroboh. Tujuannya jelas, ia untuk menjamin kapasiti aliran air, mengurangkan risiko limpahan, memberi ruang penyelenggaraan, mengelakkan hakisan dan penyempitan. Persoalannya, apakah pembangunan sedia ada benar-benar mematuhi rizab yang telah digazetkan? Jika tidak, implikasi ini sangat besar. Sungai akan menjadi sempit, aliran tersekat, hakisan meningkat dan akhirnya banjir akan terus berulang, berulang, berulang, tiada jalan penyelesaian.

Tuan Speaker, kita tidak perlu cakap soal Projek Tebatan Banjir yang bernilai jutaan ringgit. Dalam masa yang sama, kita gagal dalam perkara asas iaitu fungsi rizab sungai. Apa gunanya benteng tinggi, ban, skru pam yang mahal jika laluan air ini disempitkan. Masalah banjir tidak akan selesai dengan tambakan demi tambakan sampah yang mencemarkan alam sekitar. Ia akan selesai apabila kita menghormati alam, bukan melawan alam. Justeru itu, saya menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan status sebenar rizab sungai yang telah digazetkan. Kedua, menyemak pematuhan semua pembangunan sedia ada. Ketiga, mengambil tindakan tegas terhadap semua bentuk pencerobohan dan yang paling penting, hentikan segera semua aktiviti pembuangan sampah haram di sungai. Rampas dan kosongkan kawasan yang terlibat. Pulihkan semula rizab sungai kepada fungsi asalnya. Tuan Speaker, rakyat tidak mahu lagi dengar dan menyalahkan ini adalah fenomena luar jangka. Jika rizab sungai tidak dipelihara, kita sebenarnya sedang menjemput bencana. Ini bukan soal kita menyalahkan sesiapa, ini soal memastikan dasar dipatuhi dan keselamatan rakyat diutamakan. Saya ingin tegaskan sekali lagi, selesaikan banjir dengan alam, bukan melawan alam. Ijok dan Selangor perlu menuju ke arah penyelesaian berasaskan alam semula jadi iaitu nature based solution dengan izin.

Tuan Speaker, Ijok juga memohon seterusnya, patik merafak sembah dan menjunjung Titah Tuanku yang menegaskan bahawa Kerajaan Negeri harus peka terhadap kilang-kilang yang tidak menguruskan sisa secara berhemah kerana mendatangkan risiko pencemaran sungai. Isu yang ingin saya bahaskan bukanlah isu serpihan tetapi isu kelangsungan hidup dan kesihatan awam. Ini adalah isu lambakan dan pemprosesan sisa elektrik dan elektronik ataupun E-waste secara haram di negeri kita.

Tuan Speaker, negara kita sedang berhadapan dengan tsunami E-waste. Mengikut unjuran Jabatan Alam Sekitar dan Global E-Waste Monitor, Malaysia dijangka menjana 24.5 juta unit E-waste pada tahun 2025. Malangnya kadar kitar semula kita hanyalah sekitar 21%. Persoalannya, ke manakah hilangnya saki baki toksik berjuta-juta unit ini? Jawapannya ada di kawasan saya Ijok. Ia disembunyikan di sebalik pintu-pintu zink kilang haram di kawasan perindustrian dan tanah-tanah persendirian yang disewakan. Merujuk kepada jawapan bertulis yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada saya sebelum ini, data yang dikongsikan amat membimbangkan dan mendedahkan satu kelompongan penguatkuasaan yang sangat serius. Bagi kawasan Ijok sahaja, termasuk Bestari Jaya, Ladang Bukit Tagar dan sekitar Jalan Kuala Selangor – Rawang, trend kewujudan kilang E-waste haram ini semakin meningkat setiap tahun, bukannya menurun. Pada tahun 2022, hanya satu kilang haram dikesan. 2023 empat kilang. Pada tahun 2024 terus melonjak kepada tujuh kilang.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tidakkah data ini menunjukkan bahawa sindiket E-waste haram ini langsung tidak takut dengan undang-undang di Negeri Selangor? Mereka semakin berani. Oleh itu, saya mohon penjelasan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Berdasarkan jawapan Kerajaan Negeri, untuk 12 kilang haram yang diserbu dalam tempoh 3 tahun, jumlah denda dan kompaun yang dikutip hanyalah RM110,920 untuk tahun 2024. Untuk 7 kilang haram di kompaun sebanyak RM70,400 sahaja.

Tuan Speaker, sindiket ini mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada pengekstrakan logam berharga seperti emas dan tembaga daripada E-waste. Denda RM10,000 bagi mereka “ciput” sangat. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974 pada tahun 2024 yang membenarkan denda maksimum sehingga RM10 juta. Kenapa PBT dan Jabatan Alam Sekitar Negeri masih mengenakan kompaun yang sangat rendah? Adakah Kerajaan Negeri bersedia merombak enakmen PBT untuk mengenakan denda maksimum dan menyita terus tanah pemilik dan penyewa tapak kepada sindiket haram ini? Pada Februari 2025, negara digemparkan dengan operasi besar-besaran oleh SPRM iaitu Operasi ACTS di mana 16 individu telah ditahan kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa untuk melindungi kilang E-waste haram di Selangor dan Johor.

Pertanyaan saya kepada Kerajaan Negeri, apakah jaminan dan mekanisme pemantauan dalam Kerajaan Negeri untuk memastikan agensi teknikal dan PBT yang menjalankan tindakan bersepadu ini bersih daripada unsur rasuah dan tidak menjadi tali barut sindiket? Kita tahu kilang-kilang di Ijok ini bukan sahaja memproses sisa domestik tetapi menjadi tong sampah kepada sisa elektronik yang di seludup daripada negara maju. Pelabuhan Klang berada di negeri kita. Apakah sinergi dan kolaborasi strategik antara Kerajaan Negeri, PBT, Kastam dan Jabatan Alam Sekitar dalam mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi memintas kontena-kontena E-waste ini sebelum sampai ke tanah Ijok dan kawasan-kawasan lain yang terlibat. Penduduk di kawasan terjejas bukan sahaja di Ijok, malah rakan-rakan di Kuala Langat, Hulu Selangor, Klang, saban hari menghidu udara bertoksik. Proses peleburan e-

waste secara haram melepaskan bahan kimia berbahaya seperti dioksin, furan dan logam berat yang boleh menyebabkan kanser dan kecacatan janin. Jika loji-loji ini berterusan beroperasi dan dibiarkan berlarutan, Kerajaan Negeri sebenarnya sedang membiarkan satu pembunuhan senyap ke atas rakyat Selangor. Apakah Kerajaan Negeri ada melakukan ujian sampel kualiti udara, air dan tanah secara berkala di kawasan sekitar Bestari Jaya, Ladang Bukit Tagar dan bilakah dibuat dan bilakah boleh hasilnya didedahkan kepada umum?.

Tuan Speaker, sudah masanya Kerajaan Negeri bertindak lebih kejam kepada penjenayah alam sekitar ini. Kita mahu tindakan dengan izin zero tolerance. Jangan tunggu sampai anak-anak Ijok dan seluruh Selangor jatuh sakit kronik. Baru kita sibuk kelam kabut mencari remedy. Tutup kilang haram, heret dalang ke mahkamah dan sita tanah mereka sekarang.

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi?

Sikit je.

Speaker

Ada berapa isu lagi?

Ada lagi seminit, dua minit.

Speaker

Bukan, berapa isu lagi?

Satu, pendidikan.

Speaker

Satu ye. Minit terakhirlah.

Aah, pendidikan.

Speaker

Ya, satu minit.

Tuan Speaker, Ijok ingin menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku dalam memastikan generasi muda negeri Selangor mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya. Ijok berpendapat peranan UNISEL dan UIS seharusnya diperkasakan dengan sebaik mungkin sebagai universiti milik Kerajaan Negeri Selangor yang telah banyak menghasilkan ilmuan muda dalam kalangan generasi baru. Namun begitu, Ijok ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor dapat menyelesaikan kemelut akademik yang masih belum selesai di UNISEL. Proses perbicaraan di mahkamah yang panjang menyebabkan 16 pensyarah yang dibuang kerja terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapatkan keadilan.

Tidakkah ada sekelumit simpati terhadap mereka yang juga rakyat negeri Selangor yang telah berbelasan tahun menyumbang dalam membentuk generasi muda Selangor selama ini. Janganlah dibebankan mereka ini dengan alasan-alasan teknikal yang mungkin boleh dibuktikan di mahkamah tapi tanpa sifat belas ihsan mereka, mereka telah berjuang untuk pendidikan negeri Selangor sejak sekian lama. Imej UNISEL juga bakal tercemar andai kata terbukti kesilapan adalah di pihak UNISEL seperti mana dua kes yang telah dimenangi oleh 2 pensyarah berasingan baru-baru ini. Sesudahnya, UNISEL perlu membayar pampasan yang tinggi kepada mereka. Imej universiti yang rosak sudah tentu menjejaskan nama baik UNISEL. Tidak perlulah kita memilih menyelesaikan. Akhirnya, menang jadi abu, kalah jadi arang. Oleh itu, Ijok ingin mencadangkan agar suatu usaha perlu dibuat dengan semua pihak yang terlibat dalam mencapai penyelesaian di luar mahkamah bagi mengelakkan nama baik UNISEL daripada terus tercemar.

Speaker

Baik.

Sikit lagi.

Speaker

Tidak. Masa cukup.

Akhir kata, Tuanku, patik berikrar untuk terus memainkan peranan secara konstruktif, berprinsip dan berintegriti dalam memastikan setiap titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dihormati, dipatuhi dan dilaksanakan demi kemakmuran negeri Selangor Darul Ehsan. Daulat tuanku, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, 15 minit 3 isu sahaja. Kajang, 15 minit.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Kita Selangor. Terima kasih, Tuan Speaker. Kajang ingin mengucapkan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana terus memimpin Selangor dengan penuh kebijaksanaan dalam memastikan kebajikan rakyat Selangor terus terpelihara dan dilindungi.

Tuan Speaker, merujuk kepada hasil pertemuan Kajang bersama Ahli-ahli Majlis pada 13hb April yang lalu, Kajang ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Dipertua MPKJ. Melalui maklum balas yang Kajang terima daripada Ahli-ahli Majlis, Tuan Yang Dipertua merupakan seorang pemimpin yang amat berdedikasi dan komited dalam mengalas amanah demi kesejahteraan rakyat di kawasan Kajang. Tahniah dan Syabas, Kajang ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua MPKJ atas kepimpinan yang ditunjukkan. Namun demikian, Kajang juga difahamkan terdapat pengarah yang kurang memberi kerjasama. Ini amat mendukacitakan. Kita tidak boleh membiarkan prestasi hamba sebegini menjadi barah yang merosakkan sistem pentadbiran. Penjawat

awam di setiap peringkat mestilah mempunyai satu denyut nadi yang sama dengan kepimpinan atasan iaitu berkhidmat dengan penuh kesungguhan dan integriti. Jangan biarkan nila setitik merosakkan sederhana imej pentadbiran Kerajaan Negeri.

Isu menilai semula sistem penarafan 5 bintang pihak berkuasa di seluruh Selangor. Tuan Speaker, Kajang ingin menyentuh mengenai keperluan untuk menilai semula sistem penarafan 5 bintang di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kadang kala melihat kepada kualiti perkhidmatan di lapangan, rakyat merasakan seolah-olah tiada Kerajaan Tempatan yang berfungsi. Isu longkang penuh dengan sampah di Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras yang tidak dibersihkan sekian lama, bukan 1-2 hari, bukan 1-2 bulan, malah sudah 5 atau 6 tahun tidak di selenggara. Cuba kita bayangkan pihak kontraktor selepas pembersihan sisa dalam longkang, sisa-sisa tersebut diletakkan di tepi longkang begitu sahaja. SOP apa yang kontraktor ikut yang membenarkan perkara ini dan bila hujan, sisa-sisa tersebut telah jatuh balik ke dalam longkang. Selain itu, jika kita melihat di bahu-bahu jalan lebuh raya, mesti terdapat sisa-sisa dari kerja pembersihan atau pembaikan dibiarkan begitu sahaja, sehingga sisa-sisa tersebut telah membina bukit-bukau di bahu jalan. Amat mengecewakan apa yang berlaku ini. Isu yang Kajang bangkitkan ini hanyalah sekelumit daripada segunung masalah yang ada atau tip of the iceberg. Namun, apa yang menghairankan, bayaran kepada kontraktor tetap berjalan seperti biasa di mana fungsi penyediaan. Seharusnya Jabatan JPPK perlu turun sahkan kerja-kerja sebelum sijil kelulusan kerja siap dikeluarkan kepada jabatan kewangan untuk pembayaran.

Selain itu, jabatan kewangan juga perlu turun ke tapak untuk memastikan kerja-kerja telah siap, dibersihkan sebelum membuat pembayaran. Kedua-dua jabatan tersebut boleh membuat semakan secara silir berganti. SOP mengenai kerja-kerja utiliti sebenarnya sudah cukup jelas sebagai contoh sekiranya syarikat telekomunikasi atau agensi utiliti lain menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel, prosedur yang wajib dipatuhi adalah selepas proses pengorekan selesai, sampah perlu di bersih, tanah mesti dikambus semula dan rumput ditanam dengan kemas seperti sediakala. Namun, di mana titik kelemahannya? Kelemahannya adalah pada tahap penyediaan dan pengesahan kerja seharusnya jabatan berkenaan turun ke lapangan untuk memeriksa kualiti tersebut. Hanya setelah kerja itu disahkan benar-benar bersih, kemas dan mengikut spesifikasi, barulah deposit boleh dipulangkan. Kajang juga pernah mengajuk soalan berkenaan menubuh pasukan khas untuk memantau kerja penyelenggaraan di bawah semua agensi dan PBT pada sidang DUN yang lepas. Jawapannya tidak perlu. Kajang masih ingat lagi ucapan Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Zaman penjawat awam menunggu arahan dari pihak atasan telah berlalu. Rakyat sentiasa menunggu pegawai yang proaktif untuk menyelesaikan masalah mereka, menjiwai budaya kerja yang seronok, dan sentiasa bersedia turun padang menyelesaikan masalah. Lebih membimbangkan, kelemahan pemantau ini telah membuka ruang kepada jenayah integriti yang lebih serius, khususnya dalam isu tipping fees dengan izin. Rujuk amalan kotor di mana

resit tipping palsu digunakan oleh kontraktor untuk menutup bayaran bagi kerja-kerja yang sebenarnya tidak pernah dilaksanakan.

Tuan Speaker, ini bukan sekadar dakwaan kosong. Kajang ingin kongsikan fakta daripada Laporan Audit berkaitan tuntutan bayaran menggunakan resit tipping palsu oleh kontraktor di Majlis Bandaraya Shah Alam. Bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016, dalam tempoh tersebut, tuntutan melibatkan enam buah kontraktor telah mencecah jumlah keseluruhan sebanyak RM961,250.00. Hampir RM1 juta wang rakyat hangus akibat penipuan ini.

Persoalan Kajang di sini, adakah pihak MBSA telah melaksanakan sepenuhnya penambah baik daripada Laporan Audit tersebut? Yang kedua, sejauh mana status tindakan pendakwa daripada pihak SPRM terhadap dalang di sebalik tuntutan palsu ini? Adakah pihak berkuasa negeri telah mengambil iktibar daripada kejadian ini dengan memastikan tindakan pencegahan yang tegas dilaksanakan oleh semua pihak berkuasa tempatan di Selangor bagi menjamin tragedi seumpama ini tidak akan berulang pada masa hadapan?

Selain itu, adakah pihak berkuasa negeri bercadang untuk melaksanakan audit menyeluruh ke atas pihak berkuasa tempatan yang lain? Langkah ini penting bagi memastikan segala bentuk kepincangan atau salah laku sedemikian tidak berlaku sekali gus menutup ruang daripada sebarang pengurangan di masa hadapan.

Tuan Speaker, rakyat melaksanakan tanggungjawab membayar cukai dengan harapan mendapat perkhidmatan terbaik. Namun apabila kita menerima hasil kerja yang semberono ini adalah satu penghinaan kepada pembayar cukai. Persoalannya, di manakah keadilan untuk rakyat jika wang mereka dibazirkan begitu sahaja tanpa pemantauan yang ketat. Keluhan rakyat mengenai isu yang sama seperti jalan berlubang, sistem perparitan yang tersumbat dan pengurusan sampah yang tidak efisien. Masalah ini bukan berpunca daripada ketiadaan peruntukan tapi akibat sikap acuh tak acuh dalam pemantauan kualiti kerja kontraktor yang dilantik. Kajang mendesak agar kriteria penarafan ini dirombak semula dengan menetapkan maklum balas rakyat dan audit integriti sebagai pemberat utama, bukan sekadar dokumentasi yang boleh di manipulasi. Kajang mohon perhatian serius daripada pihak Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu adalah wajar untuk kita menilai semula sama ada kriteria, metodologi penilaian dan mekanisme pemantauan dalam sistem penarafan 5 bintang ini masih relevan, telus dan berpaksikan kepentingan rakyat. Tuan Speaker, penilaian ini bukan bertujuan untuk menyalah mana-mana pihak, tapi untuk memastikan bahawa sistem penilaian digunakan benar-benar memberi pulangan kepada pembayar cukai dalam bentuk kualiti perkhidmatan yang terbaik. Isu dan aduan di seluruh negeri Selangor yang melibatkan longkang, jalan raya, monsun drain, kerja-kerja utiliti serta fasiliti kemudahan di sekitar Selangor yang telah lama dan mengalami kerosakan secara semula jadi seperti tiang-tiang lampu yang patah

dibiarkan, kabel-kabel yang berselerak, kotak switch tanpa penutup, lebihan premis dibuang di bawah jalan, sisa-sisa konkrit dibiarkan selepas by-pulley root curve dengan izin dibiarkan begitu sahaja oleh pihak kontraktor. Seharusnya masyarakat sekitar mahupun penjawat awam yang melihat kerosakan ini boleh membuat aduan dan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Kajang mencadangkan agar individu yang telah menyampaikan aduan ini diberikan token RM1, RM2 atau RM5 bagi setiap aduan sebagai tanda menghargai usaha murni mereka.

Selain itu, bagi penjawat awam pula, insentif yang boleh diberikan adalah melalui markah penilai prestasi dan kenaikan pangkat pegawai berdasarkan KPI. Bagi menjamin keberkesanan PKPI PBT, Kajang mencadangkan penggunaan kod nama atau identiti tanpa nama bagi melindungi pegawai yang melaporkan kelemahan jabatan. Langkah ini penting untuk memberi keyakinan kepada anggota barisan hadapan seperti Unit Parkir dan Penguat kuasa agar dapat melaporkan masalah tanpa rasa takut disisihkan atau dituduh sengaja memburuk-burukkan organisasi. Secara tidak langsung, mekanisme ini akan memperkasa integriti dan ketelusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kita. Penilai prestasi PBT tidak boleh lagi sekadar menjadi rubber stamp atas pematuhan teknikal maklum balas 24 jam. Rakyat bosan dengan jawapan seperti aduan telah dipanjangkan kepada jabatan berkenaan. Rakyat mahukan kadar penyelesaian sebenar, verifikasi lapangan dan audit bebas dijadikan kayu ukur wajib. Rakyat mahu melihat hasil, result, bukan sekadar bukti mesej telah dibalas. Menjadikan output kerja dan KPI lapangan sebagai kriteria mutlak dalam penilaian prestasi serta kenaikan pangkat pegawai. Pengurusan Sumber Manusia mestilah telus dan berpaksikan meritokrasi yang sejajar dengan pencapaian sebenar di tapak kerja.

Isu pembangunan semula pasar Sungai Long, perancangan yang tidak sensitif terhadap keperluan rakyat. Tuan Speaker, kita semua mendukung aspirasi pembangunan. Kita mahukan kemudahan moden dan selesa. Namun, Kajang ingin menegaskan satu prinsip, pembangunan yang baik mestilah bermula dengan perancangan yang jujur, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Bukan mudah untuk mendapatkan tapak strategi dan peruntukan RM15 juta sudah pun diluluskan. Jadi, mesej Kajang kepada pihak pelaksanaan adalah jelas. Jika mahu bina pasar baharu, binalah terbaik. Jangan jadikan teguran Kajang mengenai pembaziran sebelum ini sebagai alasan untuk mengekalkan sebahagian struktur lama dan menyambungnya dengan binaan baru. Keputusan ini adalah tidak memuaskan. Tindakan yang kurang memuaskan ini bukan sahaja menjejaskan imej projek yang bernilai jutaan ringgit, malah pada khidmat Kajang ia mencerminkan tahap profesionalisme yang sangat rendah.

Isu kedua adalah masalah parkir. Laporan menyatakan hanya 92 petak disediakan. Secara teknikal mungkin lulus tetapi secara realiti ia satu kegagalan. Bagaimana 92 petak mahu menampung 160 penjaja, belum termasuk ratusan pengunjung. Kajang mendesak agar dalam fasa dua, kapasiti parkir ditambah secara drastik. Seperti di pasar Kajang, setiap hari

rakyat menggeluh, kena saman, kena kunci tayar. Isu parking di kawasan ini jelas tidak mencukupi walaupun dikatakan cukup. Sehingga kini tiada cadangan konkrit untuk menambah parkir dan perbincangan dengan pihak berkaitan juga tidak berjalan dengan baik. Perniagaan di sini sudah berniaga 20 hingga 30 tahun. Mereka lebih memahami keperluan sebenar di lapangan. Jadi kita perlu duduk berbincang dengan mereka secara serius, bukan buat keputusan tanpa diberikan.

Speaker

Yang Berhormat. Panjang lagi?.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Agak panjang.

Speaker

Ada berapa poin lagi?

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Ehh, banyak poin ni.

Speaker

Berapa?

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Kajang besar ada

Speaker

Berapa? Berapa?

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

5 poin lagi. 5 poin. Kajang minta sambung esok.

Speaker

Sambung esok la. Saya rasa sekarang sambung esok 5 minit la.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Lebih sikit la.

Speaker

Kita bincang nanti.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Ya baik. Tapi ringkaskan la, malam ini boleh praktis la. Baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam telah menunjukkan jam 4.30 petang, maka dewan ini perlu ditangguhkan sehingga ke hari esok 23 April 2026 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang)