Selangor · 23 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 427 turns · 36,664 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 23 April 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.

(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, membentangkan kertas mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan Empat Belas Tahun 2026 , Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat, Berhubung Kemampanan Kewangan Yayasan Selangor. Aturan Mesyuarat seterusnya, Pertanyaan-Pertanyaan.

Speaker

Selamat pagi dan salam sejahtera di ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Sebelum saya memulakan sesi soal jawab, saya ada mempunyai dua makluman penting mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Wisma Dewan Negeri Selangor pada hari ini. Yang pertama mengenai program saringan kesihatan, satu program saringan kesihatan sedang dan akan dijalankan di bilik rawatan sebelah ruang media, program ini dikendalikan oleh Dr. Rohan bersama pasukan perubatan daripada Klinik Kesihatan Taman Medan, saringan ini dibuka kepada semua Ahli Yang Berhormat, kakitangan, sukarelawan serta anggota polis yang bertugas.

Kedua mengenai kaunter bayaran cukai, bagi memudahkan urusan Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua petugas yang hadir pada persidangan dewan, kaunter semak dan bayaran cukai tanah dan cukai petak negeri Selangor telah pun dibuka bermula pagi ini di lobi Wisma Dewan Negeri Selangor. Sehubungan itu saya menggalakkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengambil peluang ini bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan dan semakan dan bayaran atau bayaran kaunter, bayaran cukai tanah dan cukai petak di kaunter-kaunter yang disediakan oleh pihak Klinik Kesihatan Taman Medan dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Itu sahaja daripada saya dan dewan juga mengalukan kehadiran seramai 20 orang pelajar yang diatur pusat khidmat Adun Bandar Utama yang diketuai oleh Encik Eiden Lim, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Dengan ini saya memanggil soalan pertama pada hari ini Yang Berhormat Taman Medan.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Sebelum itu Tuan Speaker, Peraturan Tetap 87 mohon ketua Speaker.

Speaker

Peraturan Tetap apa?

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ya. Saya telah bertanya dengan Timbalan Speaker semalam, mengenai ...

Speaker

27.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Betul Speaker, 87.

Speaker

Ya.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Mengapa soal saya ditolak. Tuan Timbalan Speaker mengatakan menunggu Speaker buat penjelasan.

Speaker

Saya akan semak kemudian Yang Berhormat. Saya telah pun menerima whatsapp daripada Yang Berhormat, saya akan semak dan beritahu. Tapi saya rasa surat tak ada.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Harap Tuan Speaker jangan jawab melalui whatsapp la. Terima kasih.

Speaker

Ya baik, terima kasih. Ya Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 20.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Kuil Hindu Tidak Berlesen Dibina Di SelangorQuestions

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

20. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini bantahan terhadap kelulusan dasar tapak RIBI kepada Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Desa Perangsang di Lot 76417 di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya?

b)

Adakah pembinaan akan diteruskan atau digantikan ke tapak baru yang lebih sesuai?

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan, terima kasih Tuan Speaker. Tajuk soalannya adalah Kuil Hindu Yang Tidak Berlesen Yang Dibina di Negeri Selangor. Ia lebih kepada lebih sesuai kalau kuil hindu tidak berlesen, kita kena tukar istilah itu, lesen. Tidak sah ataupun tidak ada kelulusan dan sebagainya. Kuil ini memang tiada lesen, tidak perlukan sebarang lesen. Ada dua fakta, di mana pertamanya apakah status terkini bantuan terhadap kelulusan dasar tapak RIBI kepada Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Desa Perangsang di Lot 76417 di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya dan keduanya apakah adakah pembinaan akan diuruskan atau digantikan ke tapak yang lebih sesuai. Terima kasih Tuan Speaker.

Untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan, Pihak Berkuasa Negeri telah mengambil kira terhadap bantahan yang telah dikemukakan oleh penduduk sekitar berhubung lokasi penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di Lot 76417 Taman Dato’ Harun. Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Negeri melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 8/2026 bertarikh 05 Mac 2026 bersetuju untuk mempertimbangkan penempatan semula tapak RISI bagi Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Desa Perangsang daripada Lot 76417 Taman Dato’ Harun ke Lot 64015 PJS3, Taman Medan. Di sini saya ingin berterima kasih kepada pasukan barisan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri termasuk Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Petaling, Datuk Bandar PJ khususnya Perancang dan juga Jawatankuasa kuil tersebut kerana memberi kerjasama begitu dengan pejabat saya termasuk juga Yang Berhormat Taman Medan dan juga penyelaras tak boleh juga lupa, dia bantu saya juga. Selain itu, berkenaan permohonan tapak ganti persatuan tersebut, pihak Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Desa Perangsang telah membukakan permohonan ke tapak yang baru di sebahagian Lot 64015 PJS3 Taman Medan. Bagaimanapun, persatuan hanya akan diberikan kelulusan untuk membina bangunan sempurna sebaik sahaja mendapatkan kelulusan kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan iaitu MBPJ, sekian terima kasih.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan. Yang Berhormat saya ucap terima kasih atas makluman yang diberikan oleh Yang Berhormat. Cumanya, saya nak bertanya pada Yang Berhormat, adakah sebenar perkara ini boleh dielakkan daripada awal atau kontroversi yang berlaku, saya pun tak suka nak buat PC untuk bagi tahu bahawa kita tak setuju itu dan ini. Kerana proses ini melibatkan proses pemindahan, adakah polisi atau dasar di peringkat Jawatankuasa Limas dan di pejabat Yang Berhormat sendiri, apabila ada isu-isu seperti ini, seharusnya rujukan kepada pemimpin tempatan sama ada baik wakil

rakyat atau penyelaras sendiri, dibuat lebih awal supaya tidak timbul seperti apa yang berlaku baru ini di kawasan ini lah. Kerana saya lihat, kalau kita lihat dalam media dilaporkan ada lebih enam ratus rumah ibadat yang ada isu seperti ini di negeri Selangor. Maka ke hadapan kita perlukan satu standard operating procedure supaya ianya dapat menjaga keharmonian semua kaum dan memudahkan kerja bukan sahaja Yang Berhormat, tetapi juga kerja kami sebagai wakil rakyat di kawasan supaya dapat kita selesaikan masalah ini dengan harmoni dan lebih baik. Jadi saya harap, saya mohon pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini.

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan kerana ada soalan tambahan. Dia cuma saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat nyatakan, memang kita di peringkat pengurusan baik daripada LIMAS ataupun Kerajaan Negeri, kita akan melihat balik jalan yang lebih sesuai untuk menyelesaikan satu isu. Contoh di Taman Medan apa yang telah berlaku, tapak yang telah di gazetkan sebagai kawasan RIBI itu sedia ada yang telah diberi oleh pemaju kepada Kerajaan Negeri. Jadi apabila kita ingin membangunkan kawasan kubur di PJS itu, jadi kami terpaksa memindahkan struktur ataupun temple yang sedia ada di tapak itu. Oleh kerana itu, kita telah memilih kawasan-kawasan bersesuaian ataupun kawasan-kawasan yang terlah digazetkan, sebelum ini kawasan RIBI dan sebagainya. Untuk bagi kes ini, mungkin penepatan yang bersebelahan dengan PJS Lot 76417 itu majoritinya kaum Melayu, saya tidak nafikan. Tetapi dulu sebelum kita memilih kawasan itu sebagai kawasan RIBI itu, memang bantahan rancangan dah buat, memang tempat telah di gazetkan sebagai kawasan RIBI. Tetapi kita mengambil maklum perkara yang telah berlaku di mana ada bantahan dan sebagainya sebab itu di peringkat Kerajaan Negeri dan juga MMKN, saya berucap terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar kita kerana memberi ruang kepada saya untuk memilih tapak baru supaya perkara ini dapat diselesaikan secara harmoni. Satu contoh yang terbaik, semasa Yang Berhormat Hulu Kelang sebagai Menteri Besar dulu, kita pernah pergi ke temple Sri Muda, Shah Alam, kita pergi ke temple itself dan juga semasa YB Ganabatirau EXCO semasa itu, telah membantu menyelesaikan kawasan ataupun zon itu supaya isu temple itu dapat diselesaikan. Itulah cara terbaik, biasanya kita pergi ke site untuk menyelesaikan. Dalam isu ini mungkin saya terlepas pandang, memandang saya setuju, saya terlepas pandang di mana mungkin tapak itu, sebab apa tapak itu tapak RIBI, so no issue at all. Memandangkan persekitaran penduduk itu tidak bersetuju, jadi kita menghormati keputusan ataupun cadangan bantahan yang telah dikemukakan sebab itu kita telah tukar tapak itu ke tapak baru. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sentosa nak tanya berkenaan dengan penggunaan istilah lesen itulah. Memang apa yang EXCO bagi tahu itu tidak sah dan sebagainya, tetapi ini mengelirukan ahli dalam kalangan Ahli Dewan dan juga masyarakat luar. Dan soalan seterusnya adalah berkenaan dengan Taman Medan mengatakan, media mengatakan kita ada enam ratus kuil, adakah ini betul. Setahu yang kita faham, bukan semua kuil, tapi ada yang di pakai pondok penyembahan, kita tidak boleh bergabung dan mengatakan kita ada lebih seratus enam ratus kuil di Selangor. Soalan saya ialah berkenaan adakah ini betul, terima kasih.

Saya berterima kasih kepada Taman Sentosa. Memang untuk menjawab soalan jumlah dan bilangan itu saya ada soalan 34, yang sorry 34 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Kemuning untuk lebih teliti dan panjang lebar, saya akan jawab don’t worry. Cuma apa yang saya ingin bagi tahu pada Dewan Yang Mulia ini dengan kehadiran ADUN-ADUN dan juga pegawai-pegawai kerajaan, di negara kita ini kita fokusnya pada negeri Selangor, kita adalah sebuah negeri yang majmuk, pertama dan kedua dulu semasa saya celebrate Thaipusam, kita jem kan satu Selangor dan juga Batu Cave, tiada isu.

Dan juga kawan-kawan kita Melayu dan beragama Islam nak pergi prayers Friday di masjid, kadang-kadang jalan depan itu jem, tak ada masalah. Dan juga di kalangan Tiong Hua, kaum Cina kita, ada persembahan penyembahan kecil di kadang-kadang kawasan padang sebagainya, tiada masalah. Cuma, kesemua ini mungkin dia melanggar akta ataupun undang-undang yang sedia ada. Kita adalah fleksibel, sebab itu kita digeruni oleh semua pihak di luar sana. Selangor ini different sikit, dan juga Malaysia secara amnya, tetapi kembali kepada soalan sebenar tadi adalah bilangan itu saya setuju memang ada shrain, ada temple yang tidak apa itu mendapat kelulusan dan sebagainya, saya sebagai EXCO yang bertanggungjawab yang memberi kepercayaan oleh pengerusi LIMAS bersama baik daripada YB Kinrara dan juga YB Sekinchan.

Saya memang meneliti perkara secara mendalam. Di dalam pejabat saya setakat ini ada lebih kurang 178 fail untuk menunggu untuk menyelesaikan isu yang boleh di bincang, cara saya very simple, kita akan mengadakan perbincangan, perjumpaan dan apa mencari solusi yang win-win situation dengan izin Tuan Speaker. Jadi kita bukan mengikut berita ataupun whatsapp ataupun yang lebih tepat itu berita palsu la, dia cakap itu tak betul, ini tak betul, tapi individu di luar sana, mereka sengaja menunggu untuk mengucar-ngacirkan ataupun mengucarkan apa itu persefahaman kita. Jadi kita kena pandai sikitlah untuk handle perkara itu.

Cuma saya sekali berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang berhormat yang begitu mantap dan sentiasa peka kepada isu semasa. Yang terakhir saya sekali berterima kasih kepada semua pihak termasuk Yang Berhormat Kajang dan juga Yang Berhormat Kuang tadi, semalam pun kita bincang fasal isu kuil dan sebagainya. Tak kisah walaupun ada pembangkang ke, ADUN Kajang ke, saya akan sentiasa membantu menyelesaikan perkara ini demi kebaikan dan kesejahteraan negara kita, negeri kita. Sekian terima kasih.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah Kerajaan Negeri mempunyai langkah yang lebih proaktif untuk mengenal pasti dengan segera, di mana adanya tapak-tapak penyembahan ataupun kuil-kuil yang tidak sah ini sebab kita tak mahu nanti bila dah terlalu banyak baru kita nak ambil tindakan dan ia nya akan menyukarkan proses penguatkuasaan dan sebagainya. Ini saya nak rujuk, tadi pun Yang Berhormat EXCO sebut sekarang atas meja ada berapa, 100 lebih fail dan saya yakin daripada 120 lebih itu pun yang datang daripada kawasan saya sahaja ada berapa kan, termasuklah yang saya bangkitkan dalam dewan sebelum ini. Sebab kawasan saya Gombak Setia ini kalau menghala ke Genting Sempah itu, sepanjang-panjang itu dia memang cukup elemen dia. Ada alam, ada air dan sebagainya. Memang banyak. Jadi sebab itu bila kita nak selesaikan itu saya harap Kerajaan Negeri punya langkah yang lebih proaktif dan saya nak tanya juga apakah Kerajaan Negeri boleh memperhebatkan usaha untuk berbincang dengan kumpulan-kumpulan kecil ini supaya mereka dapat menempatkan tempat penyembahan ataupun kuil tersebut yang jauh lebih sesuai sebelum ia nya mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan juga negeri kita ini. Terima kasih.

Okay, terima kasih. Satu soalan yang cukup bagus. Terima kasih Gombak Setia. Cuma apa yang saya ingin berjanji ataupun bersetuju dengan Ahli-Ahli Dewan Yang Berhormat, kita memang di peringkat LIMAS telah menggariskan Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Selain Islam lebih terperinci. Ya, memang garis panduan itu sebelum itu ada, tetapi kali ini dia lebih proaktif atau pun lebih tepat untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam beberapa bulan yang lalu. Cuma, bilangan itu saya setuju, memang makin lama makin tambah juga. Dalam, untuk makluman Yang Berhormat Gombak Setia, kita pun telah mengambil tindakan perobohan di kawasan DUN Sungai Kandis dan juga border kepada YB Sentosa juga, Alam Impian. Kita pernah apa itu merobohkan sampai memberi laluan kepada jalan yang sedia ada kepada Kampung Jawa dan sebagainya. Memang tindakan itu diambil. Di sini saya berterima kasih dan ucap tahniah kepada Datuk Bandar Shah Alam dan juga Pengarah Perancang, Pemangku Perancang, Shahrul Nizam yang begitu pantas mengambil tindakan. Cuma kadang-kadang,

isu ini tertimbul bukan semalam ataupun 2 hari sebelum ini. Isu ini dah timbul sekian lama, bertahun-tahun. Cuma bagaimana kita mengendali perkara ini untuk mengambil satu keputusan untuk mendapatkan satu solution yang once and for all. Saya cuma nak beritahu kepada Dewan yang mulia ini. Nak dapatkan gantian tanah itu memang tak ada. Di Selangor, nak gantikan semua shrine dan temple tu kepada tapak yang baru dan sebagainya memang tidak. Tidak ada. Unless dia ada development berlaku di certain area. Seperti estet dan sebagainya. Ya, mereka akan menyediakan tapak RIBI yang sesuai. Mungkin ke tapak itu kita boleh transfer dan sebagainya. Tetapi nak gantikan one to one, apple to apple dengan izin, tidak akan berlaku. Jadi saya juga ada cadangan untuk memberikan kepada Hindu Sangam menyediakan satu kertas cadangan di mana temple-temple yang besar itu boleh adapt, boleh adapt dan juga kita boleh mengurangkan isu ini. Tetapi untuk menyelesaikan di kawasan Yang Berhormat Gombak Setia itu kebanyakan itu kawasan hutan dan sebagainya kita pun ada rancangan untuk menyelesaikan isu yang memang sangat panas itu. Walaupun saya sebagai salah seorang Pengerusi LIMAS dan juga saya ada pasukan yang begitu mantap, Jawatankuasa LIMAS itu, kita akan bekerjasama, mana-mana pihak, mana-mana ADN dan juga mana-mana Jabatan untuk menyelesaikan perkara ini dengan secara aman dan harmoni. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya.

Soalan tambahan.

Speaker

Batu Tiga.

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat saya nak bertanya tentang panduan, bila contoh di kawasan Batu Tiga kita ada pusat yang kita kumpulkan secara bersepadu, tak silap saya ada 9 tapak untuk Rumah Ibadat Bukan Islam tetapi hari ini baru ada 4. Maknanya ada lagi berbaki 5, tetapi bila saya nak sebut, saya nak tanya tentang panduan itu sebab mereka ini mungkin tidak jelas tentang apa bentuk bantuan yang mungkin boleh diberikan untuk proses pemindahan. Itu yang pertama dan kemudian bila mereka dipindahkan ke tempat bersepadu itu, apakah mereka ini boleh kekal berapa lama pula. Saya ingat itu sebenarnya yang agak tidak jelas, sebab itu kebanyakan mereka bila kita cadangkan untuk berpindah, mereka agak relax ataupun berat untuk berpindah sebab mereka tidak jelas dari sudut itu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Memang di Shah Alam itu, kita memang telah ada Rancangan Bersepadu ya dekat Seksyen 20, Seksyen 18 itu, memang betul. Apabila kita nak check berapakah baki plot yang ada itu saya belum dapat jawapan yang rasmi. Cuma setahu saya ada 1 atau 2 sahaja berbaki. Kebanyakan itu mereka setuju nak pindah, dalam proses untuk pewartaan kepada

kuil-kuil yang ada di kawasan Yang Berhormat itu. Cuma saya ingin menegaskan hari ini, di Dewan yang mulia ini ada juga shrine ataupun temple-temple itu, membina untuk menjaga apa itu perniagaan mereka seperti besi buruk di tapak-tapak yang JPS untuk menjaga perniagaan mereka, mereka pula bina satu temple untuk menjadi apa itu menjaga perniagaan mereka. Itu yang tidak dinasihatkan ataupun perlu menangani dengan secepat mungkin. Satu lagi, biasa kita dengar adalah tempat letak lori pun mereka nak letakkan lori padahal dia buat satu temple yang kecil shrine dan sebagainya dan benda-benda ini yang melanggar apa itu agama Hindu lah. Agama Hindu ataupun mana-mana agama, tak membenarkan perkara sebegini untuk membuat. Cuma, kembali kepada tadi idea ataupun soalan Yang Berhormat Batu Tiga, once kita dah pindah kepada satu tempat yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri saya rasa selama-lamanya mereka boleh duduk di sana, tak ada masalah. Sebab itu saya minta temple ataupun kuil, baik juga tokong cina dan sebagainya tolong bekerjasama dengan pejabat kami pejabat LIMAS selagi tempat itu tidak diwartakan ataupun tidak digazet kan dia akan mengundang berbagai masalah pada masa hadapan sebab dia melanggari Akta Perancang, dia tidak disenangi, lepas itu dia tak bersetuju oleh jiran dan sebagainya. Jadi kita kena ikutlah, undang-undang itu dah ada, cuma kita kena memperkasakan lagi. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sabak.

Daun keladi batangnya satu, soalan nombor 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Projek Sabda (SABAK Bernam Development Area) Dan Keterjaminan MakananQuestions

21. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha di bawah projek SABDA bagi memastikan keterjaminan makanan di Selangor, khususnya Sabak Bernam?

b)

Bagaimanakah pendekatan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pengeluaran, produktiviti dan rantaian bekalan makanan?

c)

Apakah langkah bagi memastikan kelestarian projek SABDA serta impaknya terhadap bekalan makanan rakyat?

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak. Yang Berhormat Sabak ada bertanya apakah usaha di bawah projek SABDA bagi memastikan keterjaminan makanan di Selangor, khususnya Sabak Bernam. Bagaimanakah pendekatan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pengeluaran, produktiviti dan rantaian bekalan makanan. Selepas itu yang ketiga, apakah langkah bagi memastikan kelestarian projek SABDA serta impaknya terhadap bekalan makanan rakyat.

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan a, b dan c secara bersekali. Sememangnya agenda utama SABDA adalah membangunkan ekonomi tempatan berpotensi tinggi iaitu sektor agropelancongan dan juga pertanian. Salah satu fokus utama SABDA dalam pertanian adalah mendukung inisiatif keterjaminan makanan dan keselamatan bekalan makanan. Beberapa projek pembangunan yang jelas memberi fokus kepada keterjaminan makanan adalah seperti berikut:

i. Pembangunan Pusat Pengumpulan Hasil Tani Koperasi Negeri Selangor di Air Manis. Pusat ini akan menjadi projek rintis di dalam menyediakan kemudahan pusat sehenti ia ini One Stop Centre bagi pengumpulan, pengagihan dan pemasaran produk usahawan koperasi. Pusat ini juga akan menyediakan platform pemasaran produk pertanian dan perikanan daripada akar umbi terus kepada pasar tani yang bersesuaian kepada pengguna. Projek rintis ini akan membangunkan sistem rantaian bekalan produk koperasi yang lebih sistematik dan kompetitif serta dijangka dapat menawarkan harga yang lebih murah kepada pengguna berikutan ketiadaan manipulasi orang tengah di dalam pasaran.

a. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar akan merasmikan Majlis Pecah Tanah pusat ini pada 25 April 2026 ia ini Sabtu ini dan projek ini akan dibangunkan oleh Koperasi Warga Hijrah Selangor melalui pembiayaan dana sebanyak RM3 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor. Peranan KOHIJRAH selaku koperasi menengah dengan keanggotaan seramai 11,760 orang ahli, sudah pasti akan menjana pulangan keuntungan kepada ahli-ahli nya di mana model perniagaan koperasi adalah berteraskan kepada milikan rakyat. Justeru sudah pasti keuntungan yang dijana kelak akan memanfaatkan rakyat di peringkat akar umbi.

ii. Pelancaran Fasa Pertama Pembangunan Projek Pelabuhan Pendaratan Bersepadu Selangor, Sekinchan yang melibatkan kawasan seluas 84 ekar daripada keluasan keseluruhan pembangunan iaitu 415 ekar. Kerja-kerja fizikal bagi projek ini akan dimulakan dan dijangka akan siap pada tahun 2030. Buat masa ini Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar ia ini (EIA) dan Kajian Penilaian

Impak Trafik ia ini (TIA) dan Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) sedang dijalankan dan dijangka siap pada hujung tahun ini. Pembangunan fasa pertama ini bertujuan menguruskan kesesakan trafik bot-bot nelayan yang mengurangkan kawasan pendaratan ikan yang sedia ada serta sepanjang proses pra pembangunan ini sedang dilaksanakan, sebuah Pusat Maklumat serta Penerangan akan dibangunkan bagi membolehkan pengumpulan maklumat serta penerangan tentang pembangunan kepada pelabur serta orang awam. Pembangunan ini juga akan menekankan pemerkasaan pengurusan industri perikanan, pengurusan hasil tangkapan menjadi lebih sistematik, meningkatkan produktiviti industri perikanan dan menjamin bekalan hasil laut yang lebih konsisten.

iii. Pelancaran Pembangunan Fasa Pertama Industri Hiliran Hasil Laut, Agro Makanan, Sungai Lang yang melibatkan kawasan seluas 100 ekar dan daripada keluasan keseluruhan pembangunan 600 ekar, pembangunan fasa pertama ini dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun ini dengan memberikan penumpuan kepada pembangunan kolam penternakan aquaculture. Projek ini bertujuan untuk menyediakan kolam ternakan aquaculture mengawal dan meningkatkan bekalan produk aquaculture dan membangunkan kawasan pemprosesan produk hiliran hasil laut yang pada akhirnya menyumbang kepada keterjaminan bekalan hasil laut. Projek fasa pertama ini dianggarkan akan meningkatkan hasil pendapatan terkumpul melebihi RM87.5 juta bagi sektor aquaculture sedia ada untuk tempoh masa 10 tahun akan datang. Pada masa hadapan konsep pembangunan ini juga akan diintegrasikan ke kawasan Teluk Rhu di atas tanah seluas 100 ekar.

iv. Pembangunan pertanian pintar yang melibatkan Smart Selangor Agro Farm ia ini (SSAF). Sehingga kini projek sedang bergiat aktif di SSAF, Sungai Air Tawar seluas di tanah 56 hektar. Sebenarnya terdapat 3 rancangan jangka panjang bagi projek pertanian pintar iaitu pengeluaran sulur nanas MD-2, mengeluarkan benih betik Selangor menjelang tahun 2027 dan mengeluarkan benih kelapa hybrid mulai tahun 2029 sehingga 2031. Bagi mengelakkan pembaziran guna tanah sehingga objektif jangka panjang ini tercapai sepenuhnya. Beberapa projek tanaman kontan dilaksanakan untuk terus menjana ekonomi usahawan dan petani seperti nenas yankee, jambu, pisang dan sayur-sayuran seperti bendi, terung dan juga peria.

v. Sehingga akhir Disember 2025, hasil tuaian yang direkodkan adalah 16.1 tan metrik nenas yankee dan 21.3 tan metrik jambu emas dan 5.5 tan metrik pisang berangan, 4.7 tan metrik pisang tanduk, 6.3 tan metrik bendi dan 4 tan metrik terung serta 5.4 tan metrik peria setakat tempoh berkenaan juga sebanyak 60,500 sulur nenas MD-2 dan 16,200 sulur nenas yankee juga telah dituai. Projek

pertanian pintar ini bertujuan mewujudkan kawasan bekalan makanan berasaskan pertanian yang mempunyai hasil yang berkualiti. Mempunyai produktiviti tinggi dan memenuhi keperluan pasaran.

Tuan Speaker, di dalam terus mengukuhkan keterjaminan makanan negeri untuk mendepani krisis geopolitik, Kerajaan Negeri melalui pakej pengukuhan daya tahan Selangor Fasa Satu yang telah diumumkan pada 16 April 2026 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan inisiatif gudang makanan Selangor. Inisiatif ini dengan peruntukan RM50 juta iaitu RM25 juta daripada Kerajaan Negeri dan RM25 juta ini juga daripada, dia akan dilaksanakan oleh PKPS bertujuan untuk menyediakan pelan contingency sekiranya berlaku sebarang import makanan. Gudang ini akan menampung stok makanan seperti beras dan juga sumber protein agar barang mentah tidak melonjak terlalu tinggi. Pembangunan tidak akan dicapai secara menyeluruh tanpa keter sambungan ataupun ke saling hubungan yang baik di antara kawasan di dalam negeri bagi memastikan pencapaian optimum pembangunan infrastruktur yang melibatkan juga lebuh raya daripada WCE sebagai gerbang utama ke Sabak Bernam dan jaringan jalan raya utama seperti pembinaan jambatan Sungai Air Tawar, Hutan Melintang yang menjamin akses pengedaran makanan dan mengekalkan kualiti produk makanan kepada pengguna. Terima kasih.

Speaker

Sabak.

Terima kasih Speaker, terima kasih EXCO. Daripada beberapa unjuran ataupun jumlah kerajaan yang telah diunjurkan dalam projek SABDA ni ada ke tidak membuat satu peratusan tentang jaminan bahawa akan melibatkan pekerja-pekerja pekerjaan pekerja-pekerja ni kepada penduduk Sabak Bernam sendiri. Kita tak nak nanti, apa ini akhirnya ramai yang terlibat ialah orang-orang pekerja-pekerja asing. Dan yang kedua daripada pelaburan-pelaburan yang besar yang masuk ini, yang akan memberikan apakah mekanisme pemantauan untuk memastikan bahawa ia memberi keuntungan kepada penduduk ataupun kepada masyarakat di Sabak Bernam sendiri. Terima kasih.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Sebenarnya semalam saya ada menjawab daripada Yang Berhormat Sungai Ramal berkenaan dengan peningkatan ekonomi tu, semalam dah disebut ya daripada berdasarkan data perangkaan Malaysia di bawah DOSM, secara keseluruhan terdapat peningkatan pendapatan penduduk di Sabak Bernam dari tahun 2021 hingga 2025 iaitu sebanyak 35.71% secara purata. Walau bagaimanapun saya menyambut baik tadi saranan daripada Yang Berhormat Sabak berkenaan dengan memastikan agar warga tempatan diberi keutamaan dalam kewujudan peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam pembangunan SABDA ini. Atas sebab itu memang kita di peringkat Kerajaan Negeri dan SABDA saya telah menetapkan di mana pembangunan fasa pertama Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan Sungai Lang ini

perlulah di isi oleh warga tempatan sahaja. Kita tak membenarkan pemaju ataupun koperasi yang akan melaksanakan ini menggunakan warga asing dan sebab itu kita memberi galakan ataupun bekerjasama dengan koperasi KOHIJRAH untuk mencari ahli-ahli yang terdiri daripada warga tempatan. Saya sedia maklum saranan daripada Yang Berhormat Sabak ni, kita tak nak pembangunan yang datang ni akhirnya tidak memberi pulangan ekonomi kepada warga tempatan. Sudah pasti warga tempatan akan kita beri keutamaan dan kita akan mengenal pasti mereka yang benar-benar mampu untuk melaksanakan projek yang telah pun dicadangkan di dalam SABDA. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Soalan seterusnya oleh Yang Berhormat daripada kawasan Kajang, Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker, Salam Kajang Bersih, Kajang di hatiku. Soalan nombor 22.

Speaker

Ya Kajang.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Permit Korekan JalanQuestions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

22. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah keberkesanan KUSEL dalam membantu mempermudahkan kelulusan permit korekan di negeri ini?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikumwarahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Kajang. Terima kasih Tuan Speaker. Kajang bertanyakan perkara berhubung dengan keberkesanan KUSEL dalam membantu memudahkan kelulusan permit korekan di negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Koridor Utiliti Selangor KUSEL berperanan sebagai penyelaras koridor utiliti dengan fungsi utamanya sebagai Agensi Pusat Setempat. One Stop Agency bagi permohonan permit pemasangan infrastruktur utiliti, pengurusan pelan pengurusan trafik, TMP Trafic Management Plan, penggunaan peralatan pengurusan dan pemantauan keselamatan trafik serta membangunkan pangkalan data utiliti berdasarkan maklumat

permohonan pemasangan oleh penyedia utiliti. Sejak mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2022 KUSEL telah menunjukkan keupayaannya sebagai penyelaras utama dalam pengurusan koridor utiliti Negeri Selangor. KUSEL telah membantu memudahkan, mempermudahkan kelulusan permit korekan di Negeri Selangor di jalan-jalan Negeri Selangor di mana proses permohonan permit telah diselaraskan di bawah satu platform bersepadu sekali gus mengurangkan karenah birokrasi dan kebergantungan pada kaedah manual. Proses ini membolehkan penyelarasan yang lebih baik antara agensi teknikal, Pihak Berkuasa Tempatan termasuk JKR serta syarikat utiliti di samping mempercepatkan tempoh kelulusan permit. KUSEL juga meningkatkan ketelusan kerana status permohonan dapat di pantau secara masa nyata ‘real time’. Selain itu dari sudut pengurusan infrastruktur, KUSEL membantu mengurangkan isu korekan berulang di lokasi sama dengan koordinasi yang dibuat sekali gus meminimumkan gangguan kepada pengguna jalan raya. Menjaga kualiti jalan serta menjimatkan kos penyelenggaraan jangka panjang. Dengan adanya pelan pengurusan kawalan trafik dapat membantu mengenal pasti projek korekan jalan mempunyai permit daripada pihak berkuasa melulus iaitu Jabatan Kerja Raya JKR Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan PBT. Ia juga bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar semasa kerja-kerja pengorekan di jalan di jalankan serta aspek pengguna keselamatan pengguna jalan raya di utamakan. Untuk memudahkan pengurusan permohonan permit korekan KUSEL telah memberi akses sistem aplikasi atas talian atau SAAT kepada pihak PBM atau pihak berkuasa melulus dan data daripada permohonan ini disimpan di dalam pangkalan data. Dalam hal ini KUSEL membantu mempermudahkan kelulusan permit korekan dan menyokong aspirasi Kerajaan Negeri dalam memastikan pengurusan infrastruktur utiliti yang lebih cekap terselaras dan berimpak tinggi kepada kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

Speaker

Ya Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker. Soalan tambahan. Subang Jaya ingin nak tanyakan sama ada KUSEL akan secara proaktif apabila satu pembangunan telah diluluskan oleh pihak PBT memanggil pemaju untuk menanya berkenaan paip-paip atau pun wire-wire yang mereka nak lay ataupun fiber optic ini disebabkan contohnya di Subang Jaya terdapat satu pembangunan oleh Sime Darby di mana jalan yang sama mantan Ahli Majlis saya sudah jadi EXCO dalam kawasan itu dekat USJ 1 Persiaran Subang ya, telah di korek sekali untuk TNB dalam berapa bulan lagi akan di korek sekali lagi untuk IWK dan juga fiber optic. Jadi sememangnya benda ini boleh dielakkan tetapi itulah masalah ini pun terjadi dekat tapak. Jadi clarify daripada YB EXCO akan amat membantu. Terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Ini antara perkara yang masih menjadi masalah yang besar pada negeri Selangor dalam pengurusan utiliti. Sebenarnya dalam komponen utiliti yang sedia ada. Dia ada dua, satu yang sedia ada di mana kabel sama ada fiber atau pun kabel Tenaga Nasional atau paip air yang telah dibina sebelum ini yang berselerak di merata tempat termasuk di kawasan-kawasan longkang, parit yang kadang-kadang bukan sahaja menyebabkan masalah banyak

pada pengguna, masalah banjir, dia bila ada air daripada longkang parit ni membawa sampah, sampah tu akan sangkut, itu satu masalah. Kedua yang kita hadapi ialah dalam menguruskan utiliti yang banyak ni terutama telekomunikasi, kalau elektrik tu satu TNB kemudian air dan gas. Di mana dalam mengkoordinasi pelaksanaan itu supaya dapat dibuat dengan teratur. Ini kita telah mengambil langkah-langkah proaktif melalui KUSEL untuk meminta memohon pada utiliti ini menyediakan pelan jangka panjang. Untuk contohnya untuk dua tahun ke hadapan atau lima tahun, apakah projek-projek pembinaan laluan utiliti ni yang akan dibuat di semua tempat di kawasan PBT ini. Jadi supaya dapat diselaraskan untuk memastikan bila korekan dibuat, dibuat serentak dan bila selesai baru kita buat turapan. Ini sebenarnya sedang diusahakan memang ada lagi masih lagi ada belum berjaya tetapi ini memang merupakan salah satu agenda penting sebab kita tak nak hari ni kita turap jalan cantik minggu depan dia datang korek, lepas itu dah tutup balik minggu lagi satu ada orang yang lain pula korek. Ini antara koordinasi inilah yang sedang di usahakan secara bersungguh-sungguh oleh pihak KUSEL dan saya sentiasa mengingatkan ini antara salah satu agenda yang sangat penting untuk memastikan kualiti jalan-jalan. Jalan ni kalau dah mula tebuk, tampal balik, dia tidak akan capai kualiti yang sebagaimana turapan yang kita buat. Ini yang jadi masalah besar dalam kita menguruskan isu utiliti. Dan untuk jalan-jalan baru kita memang tidak benarkan mereka mengorek di jalan. Dia kena buat koridor di tepi jalan. Makna di koridor tu disediakan di sebelah jalan. Tidak di atas jalan. Ini yang cerita ni brownfield ataupun utiliti yang lama, yang sentiasa ada di bawah jalan raya kita. Ini yang sedang diusahakan dan apabila ada usaha-usaha kabel baru ataupun penjajaran baru maka mereka kena pindahkan dan ini dibuat secara berperingkat-peringkat, dipindahkan ke tepi jalan. Sebab dulu jalan kecilkan. Bila kita buat penaiktarafan dia makin besar. Mana ada yang duduk di bawah jalan raya, ini yang sedang kita usahakan secara bersungguh-sungguh. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Tadi Yang Berhormat kata kewujudan KUSEL adalah untuk mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan permohonan permit tetapi di lapangan kami masih terdapat banyak aduan. Di mana setiap permohonan ni mungkin akan mengambil masa sehingga enam bulan ataupun lebih jadi saya nak minta penjelasan tentang perkara ini.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih kepada Balakong. Saya sebenar menunggu soalan ni. Sebab saya menerima banyak aduan daripada pelbagai pihak yang menyatakan KUSEL melambat-lambatkan permohonan. Kita kena faham KUSEL ini adalah One Stop Center yang menguruskan permohonan supaya diselaraskan di kalangan pihak berkuasa melulus. Pihak berkuasa melulus ni 12 PBT campur JKR. Jadi dia memudah cara. Dan saya telah meminta pihak KUSEL supaya menyediakan data yang menunjukkan proses kelulusan ini berdasarkan kepada tiga tahun ni. Kat mana kelewatannya dan saya dapati ada tiga tempat di mana kelewatan berlaku. Pertama ialah kadang-kadang ada

dokumentasi daripada pihak utiliti tak lengkap pergi kepada PBT. Kita kena ingat permit dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan JKR, bukan KUSEL. KUSEL hanya menyelaras dan bila dokumen tak cukup dia berlaku kelewatan, itu satu. Yang kedua ialah kelewatan membayar. Ini berdasar kepada data ya. Saya tak boleh bagi exact data tapi ni saya dah tengok ni tiga punca utama yang kedua ialah pembayaran. Bila dah lulus dia lambat bayar. Kadang-kadang dua minggu ada yang tiga minggu ada empat minggu. Ada sebulan. Empat minggulah sebulan ya. Yang lambat bayar melambatkan. Tetapi yang ketiga ini yang selalu menjadi isu besar yang dipersalahkan kepada KUSEL iaitu proses dalaman kontraktor utiliti ini. Apabila dia dah lulus, dia nak lantik kontraktor kadang-kadang berbulan. Ada syarikat utiliti ini saya tak sebutlah dekat mana tapi salah satu, dua bulan kadang-kadang nak lantik kontraktor dia. Proses dalaman mereka yang tidak ada kaitan dengan KUSEL. Dari segi KUSEL punya masa memang kita kaji dari semasa ke semasa proses dia secara online ini mana yang kita boleh percepatkan dan memang kita telah buat untuk dipercepatkan. Tapi ada perkara-perkara lain yang di luar bidang kuasa kawalan daripada KUSEL yang menyebabkan masalah itu. Jadi kalau ada secara khusus apa lagi yang lewat saya boleh tengok sebab saya dah teliti aduan-aduan ini dan saya dapati itu tiga punca utama kenapa berlaku kelewatan dalam meluluskan permit malah kalau yang emergency kita tak guna permit kita terus benar dia buat. Kalau ada berlaku breakdown katakan pecah paip pecah ataupun kabel yang apa yang rosak tu kita benarkan segera buat. Tapi ini cerita yang untuk dalam keadaan biasa di mana projek yang tu kita minta permit dibuat. Permohonan permit. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker nombor 23.

Speaker

Ya silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Prestasi Perdagangan Di SelangorQuestions

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

23. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Jelaskan kesan langsung konflik di Asia Barat antara Iran dan Amerika ke atas prestasi perdagangan Negeri Selangor.

b)

Apakah langkah-langkah yang dirancang Kerajaan Negeri bagi meminimakan impak daripada konflik tersebut?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya mohon soalan ini dijawab bersekali dengan soalan nombor 181 daripada Yang Berhormat Kota Damansara dan juga soalan 234 daripada soalan Yang Berhormat Bukit Lanjan. Dan soalan a dan b di dalam soalan ini akan dijawab bersekali. Untuk maklumat Yang Berhormat konflik di Asia Barat antara Iran dan Amerika Syarikat dijangka akan memberi kesan yang signifikan kepada Negeri Selangor memandangkan negeri ini merupakan hub pembuatan dan logistik utama di Malaysia. Dengan sumbangan sebanyak 26.2% kepada KDNK negara, sebarang gangguan global akan memberi kesan langsung terhadap prestasi perdagangan negeri ini dan seterusnya negara kita. Untuk rekod prestasi perdagangan Negeri Selangor berada pada landasan yang baik sejak negara pulih daripada krisis COVID-19. Pada tahun 2023 Selangor mencatatkan nilai dagangan sebanyak 769.9 juta ringgit, meningkat 12.3% kepada 864.48 juta ringgit pada tahun 2024. Dan seterusnya naik 9.1% kepada 943 juta pada tahun 2025. Jumlah ini adalah sekali ganda berbanding nilai dagang pada tahun krisis COVID-19 iaitu hanya RM398.3 juta bilion pada tahun 2020. Selain keadaan politik negara dan geopolitik yang stabil prestasi ini didorong oleh kecekapan jentera Kerajaan Negeri dan pelaksanaan kepada strategi yang mampan. Kerajaan Negeri menjangkakan momentum kekal positif namun dengan konflik Asia barat dan krisis tenaga khususnya harga minyak mentah yang tinggi dan bekalan minyak yang terhad. Sudah tentu ini mengganggu prestasi perdagangan. Pada masa ini sektor logistik telah menerima kesan langsung kepada krisis tenaga tersebut. Antara implikasi utama termasuk peningkatan kos logistik dan insurans yang seterusnya menyebabkan kenaikan harga barangan. Di samping itu gangguan operasi penghantaran barangan juga barang boleh menjejaskan operasi pengeluaran sekali gus mengganggu jadual pengeluaran dan komitmen penghantaran kepada pelanggan antarabangsa. Kesan paling buruk kepada industri adalah apabila terpaksa berhadapan dengan risiko pembatalan pesanan kelak. Secara keseluruhannya, konflik ini memberi kekangan kepada kos operasi serta menyebabkan kelewatan logistik yang akhirnya menjejaskan margin keuntungan pengeksport di Selangor walaupun nilai dagangan langsung dengan Iran itu adalah sangat kecil. Bagi sektor pelaburan Kerajaan Negeri sedang menyemak kembali angka-angka pelaburan antarabangsa disebabkan oleh konflik ini. Adalah terlalu awal, untuk membuat sebarang kesimpulan pada waktu ini, seperti apa yang dikatakan oleh firma perbankan terkenal JP Morgan Malaysia dan China mempunyai ekonomi berdaya tahan di Asia dalam mengharungi konflik di Asia Barat. Pada masa ini Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan syarikat tempatan untuk mencipta daya saing yang tinggi dan berupaya mengembangkan pelaburan tempatan ataupun domestik direct investment. Secara kasar lebih daripada 60% daripada profile pelaburan di negeri Selangor dihasilkan dari pelaburan tempatan. Seperti yang telah diterangkan oleh YAB Dato Menteri Besar, beberapa langkah utama untuk meminimumkan impas krisis ini telah dirangka termasuk yang pertama penubuhan pasukan

petugas khas atau task force yang melibatkan pakar bidang ekonomi kewangan dan industri, khususnya minyak dan gas. Bagi menilai impak krisis secara komprehensif. Yang kedua, pemantauan rantaian bekalan dan makanan melalui jawatankuasa khas yang memberi tumpuan kepada kelangsungan bekalan makanan dan tenaga di samping memantau harga barangan bagi memastikan kestabilan pasaran. Yang ketiga, sesi libat urus bersama pihak industri dalam masa terdekat bagi memastikan konflik ini tidak memberi kesan jangka masa panjang khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana. Sekian terima kasih. Soalan tambahan, Kota Damansara.

Terima kasih pada YB EXCO atas jawapan itu tadi, berkenaan soalan Kota Damansara satu kesan pelaburan kita lihat 2 minggu lepas World Bank membuat unjuran baru bahawa Malaysia punya gross meningkat walaupun dalam keadaan ekonomi ramalan asal 4.1% tapi Malaysia kemungkinan akan bergerak lebih hadapan ramalannya ialah 4.4%. Cuma bagaimana pihak Kerajaan Negeri untuk pastikan dalam 4.4% ramalan ini kita ialah sebahagian daripada negeri yang terikut sekali dengan ramalan asal, bukan kita mencadangkan untuk daya tahan tapi kita lebih daripada bukan hanya sekadar untuk pastikan industri-indusri ini berdaya tahan tapi melakukan lebih baik daripada negeri-negeri lain. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima Kasih. Apakah soalannya ni atau gencatan atau soalan.

Saya ulang balik, boleh ya, kalau ikut daripada unjuran asal World Bank yang keluar report 2 minggu lepas dia akan menjangkakan Malaysia unjurannya 4.4% daripada unjuran asalnya 4.1%, jadi daripada 4.4%, jadi Selangor soalan saya itulah berkenaan kesan pelaburan di negeri Selangor pada tahun 2026, EXCO menjawab kita ada membuat beberapa perancangan untuk pastikan setiap daripada pelaburan dan syarikat-syarikat swasta boleh berdaya tahan dan pastikan mereka sentiasa tidak berlaku kuncupan. Apakah rancangan Kerajaan untuk pastikan setiap daripada swasta ini tidak bukan hanya sekadar berdaya tahan tapi boleh melakukan lebih daripada biasa.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini merupakan satu soalan yang sangat baik dan penting, iaitu selain dari langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan daya tahan itu daya saing itu adalah ada dan langkah-langkah yang telah ataupun yang akan kita laksanakan di negeri Selangor, adalah bagaimana kita dapat membantu SME ataupun perusahaan kecil dan sederhana di negeri Selangor ini untuk menceburi pasaran yang lebih besar. Itu adalah penting kerana kita seharusnya kita tidak tergantung dengan pasaran sedia ada ataupun pasaran domestik yang ada di negeri Selangor atau di Malaysia. Kerana saya nampak banyak syarikat yang bertapak di Selangor sebenarnya mereka mempunyai kapasiti yang sangat kuat, kapasiti dari tenaga, kapasiti dari

teknologi dan sebaiknya. Mereka mempunyai kapasiti untuk menceburi pasaran Antarabangsa dan kita akan mula di pasaran di Asia Tenggara. Oleh itu Invest Selangor akan menganjurkan Selangor International Business Summit at Bandung pada bulan Julai ini salah satu tujuannya adalah untuk membawa syarikat daripada negeri Selangor untuk menceburi pasaran yang lebih besar iaitu di Indonesia. Sekian terima kasih.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker. Selain daripada sektor logistik ada tak apa-apa langkah daripada Kerajaan Negeri dengan segera yang untuk memastikan kelangsungan rangkaian bekalan industri dan perdagangan di Selangor khususnya untuk sektor pembuatan plastik.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Okay, yang tu memang benar sektor pembuatan plastik saya juga ada terima komen ataupun feedback daripada pemain industri bahawa raw material sekarang mereka mengalami raw material yang berkurangan kerana tidak ada production for the crude. Jadi itu merupakan satu cabaran besar dan Kerajaan Negeri Selangor akan teruskan perjumpaan ataupun perbincangan dengan industri ini dan syarikat besar syarikat minyak seperti Petronas untuk mendapatkan satu hala tuju yang lebih jelas bagaimana dengan production minyak mentah supaya kita dapat hasil this is sub product dengan ejen daripada proses minyak mentah jadi itu kita akan teruskan engagement bersama syarikat-syarikat tersebut termasuk Petronas untuk mendapatkan hala tuju yang lebih jelas. Terima kasih.

Speaker

Kuang.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 24.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Parkir Di HospitalQuestions

24. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Hospital merupakan tempat yang melibatkan banyak pengunjung, walau bagaimanapun kawasan parkir tidak dapat memenuhi keperluan kakitangan, pesakit dan pelawat hospital yang datang. Apakah tindakan jangka panjang dan jangka pendek bagi mengatasi masalah parkir yang telah sekian lama berlaku?

Speaker

Terima kasih. Ya, Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih soalan yang telah ditanya oleh Yang Berhormat Kuang, berkenaan tentang tindakan jangka panjang dan jangka pendek bagi mengatasi masalah parkir yang telah sekian lama berlaku di hospital. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat bagi menangani isu kekurangan parkir di hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di Selangor beberapa langkah telah dan akan dilaksanakan seperti berikut, pada kadar jangka masa pendek KKM akan mengopitimumkan penggunaan ruang parkir sedia melalui pengasingan zon iaitu zon kakitangan, pesakit dan pelawat, serta penguatkuasaan parking. Selain daripada itu melaksanakan sistem pengurusan parking yang lebih sistematik termasuk penggunaan sistem berpalang dan bayaran tanpa tunai. Seterusnya menyediakan parking alternatif di kawasan berhampiran termasuk penggunaan parking berbayar di luar kawasan hospital sekiranya tersedia serta perkhidmatan shuttle bagi kakitangan dan selain daripada itu adalah menggalakkan penggunaan teknologi pintar dan pengangkutan awam bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. Dan juga seterusnya daripada Kementerian Kesihatan juga mempunyai perancangan jangka masa panjang iaitu untuk mengintegrasikan keperluan parkir dalam setiap perancangan pembangunan dan naik taraf hospital seperti mana pelaksanaan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, susulan pembukaan pusat jantung Serdang yang turut melibatkan penambahan 70 buah petak tempat letak kereta. Dan perancangan pembinaan blok baru di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Banting yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 melalui Rancangan Pembangunan Satu , turut mengintegrasikan kemudahan parkir bertingkat bagi menampung peningkatan kapasiti pesakit. Jadi bagaimanapun memandangkan peruntukan yang diluluskan buat masa ini adalah RM500 juta bagi setiap projek, itu sebenarnya separuh daripada anggaran kos asal. Jumlah kapasiti parkir juga hanya boleh dimuktamadkanlah selepas kos pelarasan dibuat atas dasar syiling peruntukan tersebut. Dan selain daripada itu, juga sebagai makluman merancang pembinaan parkir bertingkat ataupun sistem parkir mekanikal juga akan tertakluk kepada kelulusan peruntukan dan pengurusan parkir secara penswastaan ataupun outsourcing oleh sebab itu juga akan dipertimbangkan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan.

Soalan tambahan. Terima kasih YB EXCO atas jawapan yang diberikan. Mungkin YB EXCO boleh bersetuju dengan saya bahawasanya kita memang menghadapi masalah parkiran di seluruh hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan dalam Negeri Selangor. Soalan yang saya kemukakan kalau YB tak boleh jawab Yang Berhormat boleh jawab secara bertulis nanti. Apabila timbul masalah parkir di hospital dan juga di klinik-klinik kesihatan hampir seluruh negeri Selangor, ini bermakna orang yang pergi ke klinik kesihatan dan juga ke hospital-hospital melebihi daripada kemampuan hospital dan klinik itu untuk menampung. Bila dia bina satu hospital dia

dah ada target parkir dia berapa ratus parkir itu lah kemampuan dia untuk hospital itu beroperasi. Tapi rata-rata dalam negeri Selangor ni kalau pergi ke klinik kesihatan mana-mana sekalipun termasuk klinik Kesihatan Batu Arang dan Klinik Kesihatan Kuang kita boleh lihat kenderaan-kenderaan parkir dalam dan luar, dan juga Yang Berhormat cakap tadi kita terpaksa sewa kawasan luar, rancang buat tempat parkir bertingkat sebagainya. Soalan saya kepada Yang Berhormat adakah terdapat data pada Yang Berhormat berkenaan dengan penambahan hospital-hospital kerajaan baru bukan hospital swasta bukan SELGATE data pada Yang Berhormat berapakah perancangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina hospital-hospital kerajaan baru dalam negeri Selangor dan pembukaan klinik-klinik kesihatan baru dalam negeri Selangor. Yang kedua saya nak tanya boleh tak YB dapatkan data ada berapa tanah yang telah diperuntukkan atau digazetkan sebagai tanah untuk klinik Kesihatan atau hospital dalam Negeri Selangor, kalau tak ada nanti jawab juga saya baru-baru ini mendapat satu data perancangan baru di Kuang melibatkan Sime Darby yang akan membuka satu kawasan perumahan baru di situ saya ada juga melihat di dalam data itu ada tanah seluas lebih 4.1 ekar dengan tujuan Klinik Kesihatan. Saya tertanya-tanya sebenarnya ada berapa banyak lagi tanah yang di gazetkan untuk Klinik Kesihatan dalam negeri Selangor dan bilakah sebenarnya perancangan kita untuk kita buka klinik kesihatan baru. Bagi menampung permintaan daripada rakyat untuk klinik-klinik kesihatan ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih soalan yang telah ditanyakan YB Kuang, data secara terperinci saya nanti saya akan berikan secara bertulis. Secara keseluruhan memang dari semasa ke semasa pihak KKM akan mendapat nasihat dan pandangan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk melihat apakah jenis Klinik Kesihatan yang perlukan penaiktarafan termasuk hospital mana yang perlu penambahan blok dan sebagainya dan sekiranya perlukan penambahan klinik kesihatan atau hospital baru, yang itu saya akan sediakan selepas ini. Sekian terima kasih.

Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 25.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 25. Penipuan TanahQuestions

25. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah punca sebenar sehingga JKD terpaksa diaktifkan dan sejak bila masalah pencerobohan serta penipuan tanah ini dikesan?

b) Mengapakah tindakan penguatkuasaan dan pemantauan sebelum ini gagal menghalang kegiatan pencerobohan daripada berlaku lebih awal?

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 164. Keberkesanan JkdQuestions

164. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah indikator kejayaan yang digunakan untuk menilai keberkesanan pengaktifan JKD dan adakah terdapat garis masa yang jelas untuk menyelesaikan isu ini?

b)

Mengapa perlu menunggu sehingga isu ini menjadi serius baru JKD diaktifkan? Mengapa bukan lebih awal?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Burong, Speaker saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Burong bersama dengan satu lagi soalan 164 kerana merujuk kepada topik yang sama iaitu Jawatankuasa Keselamatan Daerah. Soalan Yang Berhormat Sungai Burong menyebutkan, apakah faktor-faktor yang menyebabkan Kerajaan Negeri mengaktifkan Jawatankuasa Keselamatan daerah sekitar awal tahun ini dan kenapa ia tak diaktifkan sebelum ini dan ingin melihat keberkesanannya. Untuk perhatian Yang Berhormat sekalian sudah pasti Kerajaan Negeri ingin bertindak atas rasa kebertanggungjawaban untuk memastikan keselamatan, kestabilan, keharmonian

penduduk di dalam negeri Selangor ini dipertahankan. Kita sangat belajar dengan peristiwa beberapa tahun yang lepas yang telah menyebabkan satu peristiwa yang kita tidak mahukan dan mungkin ada nyawa yang hilang. Justeru pihak Kerajaan Negeri memang serius berkenaan dengan kewujudan rumah-rumah ibadat ataupun tapak-tapak sembahan daripada bukan Islam dan juga yang lain-lain yang didirikan di dalam kawasan-kawasan yang tidak sah. Ada berapa kategori. Yang pertama kategori di tanah kerajaan. Yang kedua adalah kategori di tanah peribadi. Praktis kita sebelum ini kita aktifkan melalui Jawatankuasa Lima Agama. Dan Jawatankuasa Lima Agama akan menguruskan, mengaturkan perbincangan. Ada yang tanah peribadi, ada yang tanah kerajaan tetapi biasanya mereka akan relocate ataupun ditempatkan semula di tanah-tanah yang telah dikhususkan untuk tanah-tanah rumah ibadat bukan Islam ataupun yang dipanggil sebagai RIBI. Timbulnya bagaimana? Apabila ada satu tanah hak milik peribadi. Dan tanah hak milik peribadi ini secara logiknya dan secara asasnya haruslah diuruskan oleh tuan punya tanah tersebut. Maknanya tuan punya tanah harus memagari tanah tersebut, mengosongkan tanah tersebut dan kalau ada apa-apa aktiviti-aktiviti yang dianggap tidak sah, kebertanggungjawaban akan di letak di bahu ataupun dipertanggungjawab tuan milik tanah. Namun begitu apa yang berlaku ialah apabila berlaku satu aktiviti yang agak sensitif untuk kita tangani dengan secara langsung. Apabila ada aktiviti rumah ibadat di situ yang telah bertapak beberapa tahun bukan satu ataupun dua tahun dan ada tindakan-tindakan yang cuba dibuat oleh tuan pemilik tanah dan menimbulkan sedikit keadaan yang tidak selesa. Jadi saya panggil Jawatankuasa Keselamatan Negeri, kita dengar pandangan Pejabat Tanah, kita dengar pandangan PBT, kita dengar pandangan Polis. Justeru apa yang berlaku ketika di Karawang itu ialah kita telah lihat fungsi Polis menasihati kedua-dua pihak. Satu pihak yang dianggap menceroboh, tuan tanah dan akhirnya isu itu dapat diselesaikan apabila yang dianggap menceroboh mengeluarkan semua anutan-anutan mereka ataupun sembahan-sembahan mereka dengan kaedah dan ritual yang sepatutnya dilaksanakan dan esoknya tuan tanah telah melaksanakan proses pembersihan dan dilakukan. Sebab itu, fungsi Jawatankuasa Tanah Daerah itu adalah berfungsi sedemikian rupa untuk membantu terutamanya di tanah-tanah peribadi ataupun tanah-tanah hak milik peribadi supaya kita dapat mengelakkan sebarang situasi yang tidak baik ataupun situasi yang tidak menggalakkan dengan bantuan pihak keselamatan iaitu pihak Polis, pihak Jawatankuasa Tanah ataupun pihak Pejabat Tanah dan pelbagai pihak lagi kerana kebertanggungjawaban itu diletakkan balik kepada hak milik tanah. Lalu timbul perkara apakah Kerajaan Negeri pula sebut sebab saya sebut kalau proses itu tidak berjaya maknanya langkah paling akhir ialah kembali ke mahkamah. Saya dikritik besar saya bertemu dengan Persatuan Peguam Islam. Dapat pandangan-pandangan daripada mereka dan kita sedang mereka ataupun membentuk satu bengkel membentuk satu bengkel baru bagaimana pula kerajaan boleh membantu tapi akhirnya kos milik siapa? Kos akan dikembalikan kepada tuan tanah kerajaan boleh membantu. Setakat ini tugas bantuan kerajaan melalui Jawatankuasa Tanah Daerah yang dipengerusikan oleh DO ataupun Pejabat Tanah dan dibantu dengan pihak polis dan sebagainya. Facilitate supaya proses ritual mengeluarkan ataupun mengeluarkan anutan itu ataupun sembahan itu dengan cara

yang dihormati dan tidak berlaku atau perkara-perkara yang tidak di ingini ataupun kekacauan yang tidak dingini. Dan ini juga adalah semangat Al-Quran saya kira. Kerana al-Quran mengajarkan kita jangan kita memperlekah, menghina anutan dan sembahan orang lain kerana nanti hinaannya kepada Allah adalah hinaan yang lebih buruk yang kita tidak boleh kawal malahan menimbulkan kekacauan. Jadi kenapa kita buat? Saya nak jamin keharmonian, kestabilan dan juga situasi dan aktif dilakukan dan ada praktisnya bila tanah di Senkora itu dilaksanakan dengan cara yang baik malahan Jabatan Hutan di negeri Selangor juga tunjukkan apabila kita dah buat dengan kaedah yang betul dan kita akan turuti. Cuma jumlah dia banyak Yang Berhormat. Saya tengok datanya banyak, jumlahnya banyak dan kita kena pergiatkan dan saya dengar pandangan daripada pihak Persatuan Pegawai Agama Islam kita sedang ubah suai sedikit supaya jabatan kerajaan boleh participate sama tapi saya juga akan dengar daripada Persatuan Hindu Sanggam sebagainya supaya proses ritual itu dapat dilaksanakan dengan baik untuk mengeluarkan ataupun memutihkan tanah-tanah hak milik dan tanah-tanah kerajaan daripada bangunan-bangunan yang tidak sah. Dan aktiviti pencerobohan ini bukan hanya kuil bukan hanya rumah ibadat tapi ada juga aktiviti pertanian, ada juga aktiviti-aktiviti komersial, kilang dan sebagainya. Untuk kilang haram saya rasa Yang Berhormat Sekinchan tengah lakukan dan sedang lakukan, Alhamdulillah sebenarnya dalam tempoh belasan tahun yang lepas kita begitu aktif robohkan. Sebelum ini kita cakap nak buat kilang haram, pendatang haram tapi tak ada satu pun tapi paling tidak saya ingat dah ada empat, lima yang telah kita lakukan walaupun is not popular tetapi saya rasa kita buat tindakan yang betul demi untuk memastikan rule of law dapat berjalan dan peraturan dapat dilaksanakan. Sudah pasti kita tak nak pula pihak-pihak tuan tanah terpaksa menanggung mereka terpaksa kena pergi mahkamah pula. Mereka kena bayar peguam. Saya rasa itu tidak adil tetapi sebab itu kita minta Jawatankuasa Tanah Daerah facilitate dahulu sebelum kita ubah beberapa langkah-langkah dan juga aturan berdasarkan nasihat daripada badan-badan yang terbabit. Keberkesanannya sebagaimana soalan 164, keberkesanannya kita dapat lihat ada beberapa yang kita dapat lakukan dan sudah pasti Limas boleh advice kita nanti mana yang kita boleh laksanakan terutamanya yang melibatkan sungai ataupun yang melibatkan tempat-tempat sembahan kecil yang mengganggu ketenteraman awam ataupun menyebabkan keadaan yang kurang selesa dengan perasaan ataupun keharmonian bersama. Bagi kita di negeri Selangor kita tak nak agar isu-isu ini menjadi satu isu yang memecahbelahkan kita. Kalau kita pergi di Kuala Selangor, di Bukit Rotan, sebelah kuil, masjid sebelah masjid ada gereja. Dia boleh hidup dengan aman-damai. Jaminan daripada Persatuan Pegawai Islam juga begitu. Dia sedia iktiraf yang ada di dalam rumah-rumah ibadat bukan Islam yang telah dikhususkan. Dan saya sokong dengan panduan itu cuma kadang-kadang ada dua, tiga pihak yang rasa nak jadi hero ataupun nak tunjukkan mereka lebih. Lebih baik, lebih buat dan bertidak dengan sendiri dan kerajaan terpaksa mengawal perkara ini demi menjamin keharmonian dan kestabilan. Terima kasih.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat, boleh saya bertanya soalan tambahan? Yang Berhormat, saya sangat setuju dengan pandangan dan juga

cadangan Yang Berhormat tetapi saya ada satu isu di mana di lapangan sana kita tak ada mediator for instant tanah private land tatapi pemilik tanah mengambil tindakan terhadap struktur tersebut. Tak ada mediator yang mereka boleh merujuk untuk mediate this matter. For example di Pulau Pinang mereka ada Hindu endownment yang mana wakaf ini disediakan untuk membantu kuil-kuil secara segi tanah dan juga dana. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pandangan ataupun cadangan untuk mewujudkan Hindu endownment ataupun Selangor non-Muslim endownment ini supaya ia dapat membantu dan menjadi mediator so lepas ini sesuatu isu sebegini dapat dirunding dengan lebih baik menggunakan mediator ini. Ataupun badan ini. Yang mana badan ini perlu di ordinand ataupun perlu di ada gigi perundangan di mana mereka boleh membantu dalam menyelesaikan masalah ini.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Kota Kemuning. Saya melihat bila timbul perkara ini unsur mediator itu sangat penting. Untuk membantu menyelesaikan dan sebagainya sebelum ini LIMAS adalah satu Jawatankuasa yang menjadi mediator tapi dalam isu tanah-tanah hak milik yang dimiliki oleh institusi yang besar ada sebahagiannya sebahagian daripada kuil tersebut lahir daripada ladang. Ladang itu dijual dan ladang itu sudah ada pekerja-pekerja ladang sebahagian kuil itu lahir ataupun duduk bersama dengan pekerja-pekerja itu. Ini sebahagian kes itu. Jadi dalam hal tersebut sebenarnya LIMAS ada banyak bantu. Kita bantu di Batu Tiga sebagai contoh ia milik adalah sebuah kumpulan perubatan yang besar dan kita bantu untuk selesaikan kita tawarkan pula tapak lain ataupun tapak yang telah dikhususkan bukan kita ganti pun sebenarnya itu adalah tapak khusus mereka berpindah secara sendiri. Itu contohnya. Tetapi dalam hal yang lain pula ini tapak hak milik peribadi yayasan yang kecil, milik individu mereka tak boleh nak hire peguam. Mereka tak ada akses sebab itu mediator yang diwujudkan sekarang ini adalah Jawatankuasa Tanah Daerah dan DO adalah mediator untuk bantu. Mediator nya adalah DO, DO akan menjadi pihak yang neutral melihat semua kes dan isu, dan kalau ada kes-kes yang melibatkan pencerobohan, undang-undang dan sebagainya itu biar pihak Polis dan pihak Peguam Negara akan putuskan. Ada orang sebut adakah kita nak biarkan pencerobohan? Tidak! Pencerobohan ada tugas dia itu pihak Pendakwaan akan tetapkan. Adakah kita nak biarkan mereka yang membuat kacau bilau, tidak juga pihak Polis akan ambil tindakan. Itu dalam kes yang kita nak rujuk di Rawang. Tapi mediator dia sekarang diwujudkan oleh pihak Kerajaan Negeri oleh Jawatankuasa Keselamatan Daerah yang dipengerusikan oleh DO saya minta maaf para DO, DO kena tambah kerja sikit selain Jawatankuasa Keselamatan, Jawatankuasa Tanah, Jawatankuasa Bencana dan jadi konsul dan jadi Jawatankuasa Keselamatan aktif tapi yang pentingnya kita jamin keharmonian dan rule of law dapat dipertahankan. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Ya, Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan daripada apa yang disebut oleh Sungai Tua tadi. Saya melihat

Hansard tentang penubuhan JKD yang baru ini daripada hansard 2012 tentang jawatankuasa yang lama memberikan satu alasan ataupun beberapa alasan tentang kekurangan anggota penguatkuasa, kekurangan peruntukkan kewangan untuk infrastruktur kawalan fizikal dan teknologi, kelemahan koordinasi antara agensi dan rekod dan data tanah yang tidak dikemas kini. Jadi itu yang lama punya hansard dan kini bila ditubuhkan baru mesti ada satu anjakan yang significant sebab bila kita tengok apa yang berlaku dalam isu-isu tanah ni khusus penipuan, pencerobohan dan sebagainya khususnya yang terbaru ini kuil. Kita lihat pihak Polis ke hadapan di sana sebab saya sokong Kota Kemuning tadi menekankan supaya fungsi orang tengah JKD ini diperkasakan sungguh supaya tidak berlaku kes-kes seumpama ini selepas daripada ini. Mungkin komen.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Baik. Terima kasih. Saya rasa. Sekejap-sekejap. Satu, dua soalan. Dia tak boleh jamak ataupun mempoligamikan soalan. Keladi-keladi ni kan tua-tua biang keladi makin tua makin menjadi. Yang Berhormat sekalian, minta maaf. Saya tarik balik untuk Kuang. Saya nak sebutkan di situ mungkin yang dirujuk oleh Sungai Burong ialah task force tanah ketika itu. Task force tanah diwujudkan untuk menangani pencerobohan-pencerobohan yang melibatkan perumahan. Yang melibatkan perkilangan dan task force-task force itu adalah untuk menyelesaikan hak milik tanah. Tetapi sekarang Jawatankuasa Keselamatan Daerah ini memang sudah ada mengikut daripada arahan Majlis Keselamatan Negara Bilangan 12 penubuhan Jawatankuasa di bawah MKN, Jabatan Perdana Menteri selaras dengan peruntukkan di bawah akta MKN 2016 akta 776. Jadi saya nak sebutkan balik bahawa pengaktifan ini tak pernah dibuat tapi kita aktifkan demi untuk menangani isu-isu pencerobohan terutama yang melibatkan hal yang sensitif. Salah satu yang sensitif itu ialah rumah-rumah anutan ataupun rumah-rumah ibadat yang tidak sah yang di duduk di kawasan tanah peribadi. Sebab sebenarnya daripada segi mata kasar perundangan, tuan punya tanah mempunyai wewenang ataupun mempunyai apa-apa perkara hak untuk melaksanakan tindakan di tanahnya. Dan itu tanggungjawab dia. Kalau ada pencerobohan buang sampah haram sebenarnya tuan punya tanah yang bertanggungjawab untuk membersihkan apatah lagi bila melibatkan rumah ibadat. Tetapi kalau rumah ibadat nak dirobohkan ada pula kaedahnya kalau tidak dia akan menyebabkan perkara-perkara yang kita tidak ingini ataupun perkara-perkara yang tidak melibatkan ketegangan yang kita wajar elakkan. Justeru mediator yang saya sebutkan tadi itu adalah itu cuma memperkasakannya bagaimana Yang Berhormat? Fungsinya boleh dipanggil sebab selaku ketua ataupun Pengerusi jawatankuasa Keselamatan negeri kita boleh panggil semua agensi. Selaku Ketua Jawatankuasa Keselamatan Daerah, DO boleh juga harus mendapatkan kerjasama kerana ia ditubuhkan di bawah akta majlis arahan Majlis Keselamatan Negara Bilangan 12 dan di bawah Pejabat Perdana Menteri, Akta Jabatan di bawah peruntukan akta di bawah MKN 2016 yang telah ditubuhkan ataupun dipanggil sebagai Akta Tubuh 76. So, punca kuasa itulah yang sebenarnya menyebabkan DO ataupun Pegawai Daerah selaku Pengerusi Keselamatan Daerah mampu untuk bertindak ataupun melakukan tindakan yang sewajarnya.

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 26.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Keganasan Rumah TanggaQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

26. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan statistik terkini kes keganasan rumah tangga di Selangor mengikut jantina mangsa bagi tempoh tiga (3) tahun terakhir.

b)

Apakah anggaran kadar kes yang tidak dilaporkan?

c)

Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengurangkan stigma terhadap mangsa lelaki agar mereka tampil mendapatkan bantuan?

Hai lari pula nak jawab soalan.

Speaker

Bukit Lanjan. Bukit Lanjan bawa bertenang ya.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima Kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Soalan berkaitan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sebanyak 503 kes aduan keganasan rumah tangga telah diterima dari tahun 2023 hingga 2025. Perincian statistik kes mengikut pecahan tahun dan jantina adalah seperti berikut bagi tahun 2023 lelaki seramai 21 orang, perempuan 139 orang bagi tahun 2024 lelaki 19 orang, perempuan 149 orang. Bagi tahun 2025 lelaki 18 orang, perempuan 157. Ini menjumlahkan lelaki 58 orang, perempuan 445 orang itu dengan jumlah keseluruhan adalah 503 kes aduan tentang keganasan rumah tangga.

Manakala bagi soalan (b), apakah anggaran kadar kes yang tidak dilaporkan buat masa ini tidak ada data anggaran jumlah kes keganasan kes rumah tangga yang tidak dilaporkan walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa mempergiat usaha advokasi dan kesedaran terutama bagi menggalakkan mangsa untuk tampil membuat laporan serta mendapatkan bantuan sewajarnya.

Bagi soalan (c), Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor telah melaksanakan kempen Gender Based Violance (GBV) sejak tahun 2021, di mana kempen tersebut bersifat universal tidak hanya berfokus kepada wanita malah menekankan bahawa lelaki dan kanak-kanak juga boleh menjadi mangsa keganasan. Bahan kempen yang disediakan tidak memberi fokus terhadap wanita sahaja malahan ialah ianya bersifat umum bagi membuang stigma hanya wanita sahaja yang menjadi mangsa domestik. Pada tahun 2026 ini, kempen hentikan keganasan berasaskan gender akan diadakan lebih menyeluruh bagi 5 siri advokasi jelajah Selangor bermula Jun 2026 sehingga November 2026. Siri advokasi ini akan turut membawa agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan sokongan kepada mangsa keganasan seperti di pihak dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan tambahan.

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat EXCO, soalan saya ada 3, soalan pertama mengenai selain daripada kempen bias, gender ada tak Kerajaan Negeri sedia untuk menyediakan pusat perlindungan ataupun lebih dikenali sebagai shelter house untuk mangsa-mangsa di bawah keganasan rumah tangga dan soalan kedua daripada saya, ada tak langkah-langkah yang khusus daripada kita melindungi kanak-kanak yang turut menjadi mangsa ataupun saksi dalam isu-isu keganasan rumah tangga ini sebab selain daripada mangsa yang terlibat, selain daripada lelaki ataupun wanita, kanak-kanak turut menjadi salah satu mangsa dalam satu kes isu keganasan rumah tangga dan soalan saya ketiga, adalah jika kes rumah tangga ini meningkat, ada tak ada satu selain daripada kempen yang telah dilaksanakan sebelum ini ada tak apa-apa pendekatan yang lebih berkesan dan segera untuk kita menangani peningkatan kes keganasan rumah tangga di Selangor?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan untuk soalan-soalan tambahan soalan pertama berkaitan shelter home ataupun rumah perlindungan buat masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membina rumah perlindungan sendiri kerana apa yang telah kita lakukan sejak tahun 2021 adalah memberikan geran kepada rumah-rumah perlindungan jadi adalah lebih bijaksana dan lebih smart untuk kita memberikan sokongan kepada NGO, pertubuhan bukan kerajaan yang telah lama bertapak dan lebih menguasai usaha-usaha untuk melindungi wanita contohnya daripada pihak awam, daripada NGO, Raudahtul Sakinah dan sebagainya. Jadi kita akan meneruskan sokongan kepada NGO tersebut dan kita akan salurkan sebarang aduan-aduan ke NGO-NGO yang telah lama menguruskan rumah-rumah perlindungan tersebut. Bagi soalan kedua, langkah-langkah untuk melindungi kanak-kanak jadi saksi dan mangsa saya kira sesi libat urus sidang meja bulat akan diteruskan. Contohnya dalam topik berkaitan

perlindungan kita telah membincangkan tentang pernikahan bawah umur, tentang kehamilan luar nikah di kalangan kanak-kanak dan ini juga rentetan daripada isu-isu keganasan dan kita akan bekerja rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia yang mana laporan-laporan terkini menunjukkan cabaran kita bukan sahaja keganasan fizikal, tetapi berlakunya gangguan keganasan seksual di atas talian, jadi advokasi berterusan kepada ibu bapa dan juga kanak-kanak untuk lebih selamat, cyber security di atas talian lebih penting pada saat ini. Dan yang ketiga, adalah kempen selain daripada kempen, saya kira laporan-laporan ini adalah masih lagi bukan menggambarkan jumlah sebenar ya dan kebiasaannya adalah ada reporting dengan izin dalam sekitar 30% ada lagi jumlah yang belum dilaporkan dan advokasi peningkatan kesedaran ini perlu dilakukan secara berterusan mereka ini tampil memohon bantuan dan mendapatkan nasihat sama ada nasihat guaman ataupun kaunselor dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang peruntukkan undang-undang sedia ada. Jadi kerjasama pihak LPPKN, Agensi Kerajaan Persekutuan berada di negeri Selangor, pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia kita akan teruskan supaya usaha untuk membanteras ataupun menghentikan ini akan menjadi usaha yang tuntas dan berkesan.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker, saya tertarik tadi berkenaan dengan rumah perlindungan yang berada di Selangor ni untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga. Jadi soalan saya berapakah sebenarnya jumlah rumah perlindungan yang ada dan adakah Selangor antara negeri mencatatkan kes-kes keganasan rumah tangga yang tinggi adakah jumlah ini mencukupi atau sikitnya mencukupi benar-benar melindungi mangsa-mangsa ini dan apakah juga jaminan Kerajaan Negeri mana-mana mangsa yang tampil hari ini ke rumah-rumah perlindungan itu tidak akan dipaksa kembali kepada persekitaran asal mereka? Atas alasan tidak kerana rumah-rumah ini tidak mampu menampung bilangan. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Permatang. Saya kira jumlah laporan ataupun tindakan untuk melindungi wanita-wanita jadi mangsa keganasan rumah tangga ini pelbagai dan fasanya juga berbeza dalam pengetahuan ataupun observasi yang telah kami lakukan dari awal pada tahun 2023 interim protection order atau perlindungan sementara yang dikeluarkan pihak polis itu sebenarnya akan membantu melindungi wanita-wanita ini yang pergi ke rumah perlindungan dan tidak akan dilindungi daripada dipaksa kembali ke tempat asal. Dan rumah perlindungan ini bersifat sementara sebelum mereka boleh kembali ke tempat yang lebih selamat dan sudah pasti bukan tempat asal sumber atau punca keganasan itu berlaku. Jadi untuk senarai saya akan berikan secara bertulis pun begitu rumah-rumah perlindungan perlu mendapat warta rumah selamat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana ada sebahagian rumah perlindungan ini diwujudkan masih

belum dapat warta ataupun mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JKM , Jabatan Kebajikan Masyarakat menurut akta rumah penjagaan.

Speaker

Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Tuan Speaker soalan saya nombor 27.

Speaker

27.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Pemerkasaan Penjaja Dan Peniaga KecilQuestions

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

27. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan MTEN bagi merangsang aktiviti ekonomi mikro, dan adakah terdapat peruntukan khas untuk menaik taraf tapak penjaja dan perniagaan kecil di seluruh Negeri Selangor?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi makro sebagai sebahagian daripada strategi. Memperkukuhkan ekonomi rakyat secara menyeluruh khususnya melibatkan penjaja dan peniaga kecil. Untuk maklumat Yang Berhormat Teratai, perancangan ini dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan aktif pihak berkuasa tempatan PBT merangkumi penyediaan dan penambahbaikan tapak niaga yang lebih terancang, selesa dan selamat. Di samping meningkat keupayaan operasi, tahap pendapatan serta daya saing penjaja dan peniaga kecil. Berhubung soalan peruntukan, tiada peruntukan khas secara berpusat, diwujudkan di peringkat Kerajaan Negeri sebaliknya pelaksanaan naik taraf tapak penjaja dilaksanakan secara berterusan. Melalui peruntukan pembangunan tahunan PBT serta turut disokong oleh peruntukan Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri UPEN berdasarkan keperluan. Berdasarkan keperluan usaha ini turut diperkukuhkan melalui geran pembangunan daripada kerajaan persekutuan termasuk peruntukan di bawah kementerian berkaitan iaitu terutama KPKT yang disalurkan terus kepada PBT bagi pelaksanaan projek naik taraf dan pembangunan semula tapak penjaja. Di peringkat pelaksanaan, PBT menilai keperluan setempat melibatkan lokasi kesesuaian tapak, serta penyediaan infrastruktur asas seperti gerai, bekalan utiliti, sistem sanitasi dan pengurusan sisa bagi memastikan kawasan penjaja lebih bersih, selamat dan tersusun. Tuan Speaker selain daripada pembangunan fizikal Kerajaan Negeri turut memperkukuhkan sokongan kepada penjaja dan peniaga kecil melalui inisiatif pembiayaan

dan pembangunan kapasiti termasuk pelaksanaan blueprint, pembasmian Selangor yang memperuntukkan kira-kira RM2 juta setahun, serta peranan agensi seperti Yayasan Hijrah Selangor dan SIDEC dalam pembiayaan mikro, latihan keusahawanan dan pendigitalan perniagaan. Pendekatan ini demi memastikan pemerkasaan ekonomi mikro dilaksanakan secara menyeluruh berterusan dan berimpak selaras dengan keperluan setempat serta keupayaan pelaksanaan di peringkat PBT. Sekian, terima kasih.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

soalan tambahan

Speaker

Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Terima kasih pada Yang Berhormat EXCO, dan saya ingin bertanya juga bagaimanakah MTEN memastikan peniaga kecil ini akhirnya mampu graduan menjadi perniagaan PKS yang lebih berhasil, lebih hasil dia lebih besar daripada rangsangan ekonomi ini.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Teratai yang prihatin terhadap peniaga kecil penjaja di kawasan dan di seluruh negeri Selangor. Memang Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negeri sentiasa nak bantu peniaga-peniaga kecil ini supaya mereka bukan sahaja ada ruang, tempat, kawasan persekitaran yang kondusif untuk niaga boleh dibantu dari segi asuhan, didikan, berdikari pada masa bantuan kewangan dan sebagainya. Kita salurkan daripada KPKT, daripada UPEN dan sebagainya untuk pastikan mereka boleh berdikari boleh berniaga dengan selesa di kawasan yang tersebut. Pada masa yang sama kita nak mereka satu hari nanti boleh keluar daripada soal contest penjajar dengan peniaga kecil boleh mereka berdikasi sampailah ke mana mereka boleh kedai-kedai yang besar keluar daripada penjaja-penjaja, sampai bila nak jadi penjaja sahaja? Sampai kapan nak jadi peniaga-peniaga cilik-cilik dengan izin kecil kita nak mereka bukan sahaja peniaga kecil daripada waktu kecil waktu sekarang kecil mereka akan satu hari nanti Insyaa Allah mereka akan menjadi peniaga besar-besar..sing gedi seluruhnya menjadi seorang insan yang berjaya, ini harapan daripada Kerajaan Negeri Selangor demi untuk membantu penjaja di kawasan di mana-mana pun tidak kira di kota ataupun di desa. Kita wajib bantu mereka pusing seluruh negeri Selangor bantu penjaja-penjaja demi apa? Demi meningkatkan ekonomi mereka, kemahiran mereka, keupayaan mereka supaya apa? Mereka dapat berdikari satu, kedua meningkatkan pendapatan dan menyara hidup keluarga mereka dengan selesa. Kita Selangor maju bersama. Inilah ye hasrat utama Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat sekalian, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam telah menunjukkan 11:30 pagi, sebelum saya menangguhkan urusan seterusnya, saya ingin memberitahu bahawa soalan daripada Sungai Ramal yang ditolak itu adalah tentang Laporan Bencana Putera Heights sebab ditolak adalah kerana percanggahan dengan peraturan tetap 23 (g) di mana satu perkara yang sedang soal pertanyaan tidak boleh dibangkitkan dalam

pertimbangan mahkamah, jadi oleh sebab itu soalan ini ditolak ya. Jadi Yang Berhormat sekalian, saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan Yang Berhormat Kajang untuk menyambung perbahasan 5 minit.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peraturan Yang Berhormat. Yang Berhormat membangkitkan Peraturan 26 Yang Berhormat tentang Usul. Pagi ini saya telah menghantar satu Usul kepada Dewan ini melalui Yang Berhormat Setiausaha Dewan, Usul tentang memaklumkan bahawa dalam Usul ini untuk merujuk Yang Berhormat Seri Kembangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana dalam Usul ini.

Speaker

Yang Berhormat, saya belum menerima. Saya tidak menerima, saya belum lagi menerima dan membaca Usul tersebut. Oleh sebab itu, saya akan semak sama ada saya, Ya?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Nak minta Petua Speaker, sabar. Saya nak sebut, saya nak highlight bahawa saya dah hantar betul. Saya akui bahawa Speaker belum tengok lagi.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh berdiri atas Peraturan Tetap untuk mengambil peluang untuk membahas. Yang Berhormat memaklumkan kepada saya Usul telah pun dihantar maka saya akan semak sama ada Usul ini telah dihantar dan saya akan meneliti isi kandungan. Itu sahaja Yang Berhormat. Sebelum saya mengemukakan apa-apa keputusan terhadap apa-apa Usul saya kena baca dulu. Saya belum terima Yang Berhormat, jangan ganggu sesi perbahasan yang sekarang saya perlu dimulakan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Nak minta Petua Tuan Speaker.

Speaker

Tak perlu Petua. Kalau macam itu setiap ADUN yang hantar usul dia minta Petua untuk berdiri satu-satu masa kita akan membazir. Kalau sudah hantar usul pastinya ada cop terima dan oleh sebab itu ia akan pastinya sampai ke meja saya untuk diperhatikan. Itu sahaja. Duduk. Taman Medan, duduk. Saya telah menjawab soalan itu. Usul telah pun dikemukakan kalau ada pemberitahu ianya akan diteliti oleh saya. Itu sahaja. Sila duduk. Cukup. Cukup. Duduk. Ini bukan perbahasan Yang Berhormat Taman Medan. Yang Berhormat Taman Medan telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Itu sahaja. Kajang, saya minta Kajang teruskan 5 minit. Yang lain duduk. Seri Serdang pun duduk. Taman Medan, duduk, duduk, duduk. Saya kata duduk. Saya belum baca apa-apa lagi saya kena semak. Duduk. Taman Medan duduk. Seri Serdang duduk. Kajang teruskan

5 minit. Kajang teruskan mula 5 minit. Taman Medan duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Saya kata Taman Medan duduk. Jangan macam ini. Kita ini telah dilihat. Siaran langsung. Duduk. Teruskan. Semua duduk. Duduk. Taman Medan duduk. Taman Medan duduk. Gombak Setia duduk. Seri Serdang duduk. Semua tiga-tiga duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Saya bagi amaran satu, duduk ke tidak. Saya kata duduk. Saya akan teliti dengan pejabat. Notis hanya sampai pagi tadi sahaja, saya akan tengok pemberitahu dia akan buktikan satu keputusan. Oleh sebab itu saya kata duduk. Itu sahaja. Saya kata duduk. Saya kata saya tak tahu. Ini bukan masa untuk perbahasan Yang Berhormat Taman Medan dan ini bukan Peraturan Tetap yang betul. Oleh sebab itu, saya minta ini adalah amaran yang kedua. Yang Berhormat duduk atau tidak? Duduk atau tidak? Saya kata saya akan semak. Cukup setakat itu. Saya kata saya akan semak. Sila duduk. Saya belum baca lagi apakah isi kandungannya. Duduk. Gombak Setia tak ada hal kamu. Duduk. Terima kasih kerana duduk. Ya, Taman Medan duduk. Taman Medan duduk. Hulu Kelang apa isu?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, Tuan Speaker selaku ketua pembangkang, saya nak cari pendamaianlah di antara Speaker dan Taman Medan.

Speaker

Tak perlu, tak perlu Yang Berhormat. Saya kata kalau Taman Medan duduk, duduk. Sudah cukup. Ini bukan perbahasan. Tak ada isu pertikaian di sini. Kajang teruskan saja. Kita sudah membazirkan 4 minit. Ya, kita telah membazirkan 4 minit. Kajang, Kajang teruskan. (Dewan Riuh)

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih. Seperti…. (Dewan Riuh)

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Cuci tayar, cuci… walaupun dikatakan cukup. Sehingga kini tiada cadangan menambah parking pihak berkaitan tidak berjalan dengan baik. Peniaga di sini sudah berniaga 20 tahun mereka lebih memahami keperluan penduduk di lapangan dan kita perlu duduk berbincang dengan mereka secara serius bukan untuk keputusan tanpa libat urus. Pasar Kajang menerima peruntukan RM15 juta untuk kerja naik taraf. Persoalannya mengapa isu parkir masih belum menemui jalan penyelesaian. Isu ini tidak boleh dibiarkan berlarutan, kita perlu cari penyelesaian yang praktikal dan segera. So Kajang ialah melaksanakan pembangunan secara menyeluruh, melakukan transformasi tanpa kompromi yang mengelirukan dan merugikan imej negeri. Rakyat mahukan kualiti jangka panjang.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya mohon mencelah Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Projek naik taraf di Persiaran Kewajipan Persiaran dan Subang Permai Subang Jaya. Nanti, Tuan Speaker, merujuk kepada jawapan yang Kajang perolehi pada sidang yang lalu mengenai isu-isu kerja menaik taraf di Persiaran Kewajipan, Persiaran Subang Permai USJ Subang Jaya, jawapan yang Kajang terima telah menyatakan bahawa Projek Flyover USJ telah pun diberhentikan susulan peningkatan kos pembedaan dari sudut kos pengalihan utiliti, kos perubahan, reka bentuk dan penambahan fee perunding. Dalam jawapan juga menyatakan timbul isu melibatkan kerja-kerja pembinaan memasuki Zon Perlindungan Kereta P, Railway Protection Zone (RPZ). Maka, Kajang memohon beberapa penjelasan mengenai perkara ini, nyatakan kronologi penuh projek dari fasa perancangan hingga pemberhentian kerja termasuk tarif pelantikan perunding, kontraktor, skop tugas, kos siling projek serta status bayaran terkini. Sejauh manakah kegagalan pengundi mengambil kira syarat Railway Protection Zone (RPZ) dianggap sebagai kecuaian profesional? Apakah tindakan tentu tak ganti rugi telah diambil memandangkan kecacatan laporan ini mengakibatkan kerugian kepada MBSJ. Mengapakah isu RPZ ini tidak dimasukkan dalam tender asal sedangkan ia jelas dibawa Akta Keretapi 1991. Adakah pelan ini telah disokong dan di lulus oleh agensi teknikal sebelum tender di anugerah. Senaraikan anggaran kos tambahan bagi kerja-kerja pengalaman utiliti yang tercicir daripada bill of quantities, BQ asal. Banyak lagi ni.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat, mohon mencelah Yang Berhormat.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Senaraikan anggaran kos tambahan bagi kerja-kerja pengalaman utiliti yang tercicir daripada bill of quantities, BQ asal. Lepas kelulusan ini, masa tak cukup ni, banyak lagi.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit sahaja Yang Berhormat.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Agensi yang manakah yang bertanggungjawab mengawal sedia Utilities Retention Mapping dan bagaimana konflik RPZ serta UDM ini hanya dikesan oleh MBSJ setelah projek ini bermula di tapak. Pakej Perkukuh Daya Tahan Selangor berjumlah RM131 juta. Kajang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas Kerajaan Negeri dalam menggerakkan pakej perkukuhan daya tahan yang berjumlah RM131 juta ini dan Kerajaan Selangor merupakan antara Kerajaan Negeri terawal bertindak dalam memperkenalkan pakej rangsangan ini. Kepimpinan ini ditunjukkan ini patut menjadi tauladan kepada kepimpinan lain agar kepimpinan Kerajaan Negeri perlu proaktif dalam bertindak dalam memastikan keadaan ekonomi negeri tidak terjejas dengan keadaan krisis yang berlaku ini. Cadangan pedang pelan induk pengukuhan sekuriti makanan negeri Selangor. Falsafah hungry man is an angry man sememangnya menjadi teras kepada kestabilan sosial politik di mana-mana tamadun. Geopolitik dan realiti semasa ketidaktentuan geopolitikal global menggunakan daripada konflik Rusia - Ukraine sehinggalah penggolakan di Timur Tengah bukan sekadar

mengancam ekonomi, malah mengugat eksekuriti makanan dunia. Pengangguran terhadap rantaian bekalan input petanian seperti baja dan racun bahkan memberi kesan rantaian kepada hasil domestik serta kos import Selangor. Sebagai hab ekonomi negara, wajib mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan krisis bekalan yang boleh mengugat ketenteraman awam. Teras strategi eksekuriti makanan, pelan induk ini harus dipastikan kepada empat elemen utama. Keterjangkauan (affordability), harga yang mampu dibayar oleh semua lapisan rakyat. Keselamatan (safety), jaminan makanan yang bersih, halal dan bebas pencemaran. Ketersediaan (availability), bekalan setiap masa ada di pasaran tanpa gangguan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Kajang. Kajang. Saya kesian Speaker. Dia baca pun tercungap-cungap.

Speaker

Masa pun tak cukup.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Informasi dasar dan penambahbaikan birokrasi bagi menyokong ekosistem pengurangan makanan, tanaman, ternakan dan perikanan. Kerajaan Negeri perlu bertindak sebagai pemudah cara fasilitator. Penjelasan status guna tanah merujuk kepada Seksyen 115 Kanun Tanah Negara dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, definisi pertanian yang merangkumi tanaman, ternakan dan perikanan. Isu pengusahaan ternakan seperti ayam yang dipaksa menukar status tanah kepada industri perlu disemak semula. Tindakan tersebut membebankan petani dengan premium tinggi, cukai pintu melampau dan tarif utiliti komersial yang akhirnya melonjakkan harga makanan. Optimalisasi tanah rizab, menggerakkan inisiatif pemberian lesen penduduk sementara bagi tanah rizab yang terbiar seperti rizab sekolah, hospital atau bomba. Untuk aktiviti pertanian bandar, untuk kontrak bagi meningkatkan hasil tempatan di Tanah Rizab Perhutanan kita dapati ada kawasan di mana balak telah diterbang dan kini kawasan tersebut dibiarkan tanpa pukul menjadi tanah kosong atau terbiar. Kajang memandangkan kawasan seperti ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu diusahakan semula sama ada melalui penanaman semula, pemulihan hutan atau pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan alam sekitar.

Speaker

Kajang tak bagi. Kajang tak bagi.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Masa tak cukup. Kawalan pencemaran dan integriti perlembagaan, menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengenai isu pencemaran alam sekitar akibat aktiviti penternakan. Standard Piawaian Universal Kerajaan Negeri wajib menyediakan satu garis panduan piawai kawalan pencemaran yang komprehensif merangkumi semua jenis penternakan ayam, lembu, kambing, itik dan babi.

Speaker

Lampu dah merah ini.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Pendekatan ini mesti dah berasaskan teknikal dan undang-undang alam sekitar yang ketat tanpa kompromi. Keseimbangan dan kesamarataan bagi memberi hala kewibawaan pentadbiran setiap tindakan penguatkuasaan dan pembangunan infrastruktur sisa ternakan haruslah bersifat menyeluruh fokus yang terlalu berat kepada satu-satu jenis ternakan seperti babi tanpa penjelasan terhadap ternakan dan dikhuatiri menimbulkan persepsi negatif yang tidak selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengenai kesamarataan di sisi undang-undang.

Speaker

Yang Berhormat. Banyak lagi?

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Ada dua tiga.

Speaker

Saya rasa minit terakhir la. Minit terakhir.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Adakah Yang Berhormat Kajang tak setuju dengan titah Tuanku tentang isu pentadbiran babi ini? Yang Berhormat Kajang, saya nak tanya Yang Berhormat sebab Yang Berhormat ulang balik tentang isu penternakan babi ini, saya nak tahu adakah Yang Berhormat Kajang tak setuju dengan titah Tuanku pada hari Isnin yang lepas? (Dewan Riuh)

Speaker

Tidak diberi laluan semua duduk. Tidak diberi laluan semua duduk.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peraturan Tetap Speaker. 35.(6). Kajang. (Dewan Riuh)

Speaker

Tadi saya tak dengar ni, dah jadi 35.(6). Tidak diberi laluan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

35.(6) Speaker, 35.(6) seseorang ahli tidak boleh membaca ucapannya tetapi boleh dibacakan cabutan sahaja. Ini dah baca hampir keseluruhan. Saya kesian pada Yang Berhormat. Duk baca, nafas pun dah tak cukup.

Speaker

Tak apalah, saya rasa saya ingatkan.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Gombak Setia. Ini isu kecil. Kita pandang ke langkah yang lebih besar. Titah Tuanku, jangan berpolitik. Check and balance.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Lagi baik ambil teks itu...

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Isu besar, itu tentang babi tak nak jawab.

Speaker

Tak apa, tak apa. Saya nak bawa keputusan. Saya terima baik cadangan dan peringatan daripada Gombak Setia. Semua duduk. Memang dalam di sini, seseorang ahli tidak boleh membaca ucapannya tetapi boleh dibacakan cabutan daripada buku ataupun surat. Salah satu... Nanti, nanti, nanti. Saya boleh habiskan. Seboleh-bolehnya Yang Berhormat sekalian, kita tidak. Kita jangan baca daripada teks tertentu tetapi dalam keadaan kecemasan, seperti masa tidak mencukupi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, tak ada yang cemas Speaker. Speaker boleh bagi masa tambahan kalau ada soalan.

Speaker

Kalau saya baca, kalau saya... Kalau baca daripada teks, ia akan menjimatkan masa. Yang Berhormat Gombak Setia dan yang lain perlu tahu seboleh-bolehnya jangan baca ucapan. Tetapi kalau masa tidak mengizinkan, kalau baca teks, ia boleh memendekkan masa jadi ia boleh diberi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Masa tak cukup hantar je ucapan tu.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Memang layak jadi pembangkang seumur hidup. Ini isu kecil. Buat apa dah bawa? (Dewan Riuh)

Speaker

Yang Berhormat Kajang. Duduk. Duduk. sekejap, sekejap. Tunggu sekejap. Yang Berhormat duduk. (Dewan Riuh)

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini isu babi. (Dewan Riuh)

Speaker

Semua duduk. Duduk, duduk, duduk. Ini adalah saya. (Dewan Riuh)

Speaker

Semua duduk. Semua duduk. Semua duduk. Duduk...duduk.. Ini adalah saya, Speaker berucap. Speaker berucap. Saya ingin memberitahu kepada semua. Taman Medan, Taman Medan, Taman Medan,Taman Medan duduk...Taman Medan duduk.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Nak cabar Tuanku ke apa? (Dewan Riuh)

(Dewan Riuh)

Speaker

Taman Medan, duduk, duduk. Taman Medan, duduk. Taman Medan, tak ada hal. Taman Medan ini bukan urusan kamu, ini adalah teguran saya. Ini bukan peraturan tetap yang di bagi kan oleh Taman Medan. Mengapa Taman Medan panas baran hari ini? Sabar. (Dewan Riuh) Ini adalah isu yang dibangkitkan oleh Gombak Setia dan saya bagi penjelasan.

Speaker. Speaker.

Speaker

Iya, Seri Serdang. Apa isu nya lagi?

Peraturan Tetap 43 bersama dengan 44. “Pengerusi, setelah menarik perhatian dewan atau jawatankuasa kepada kelakuan seseorang ahli yang degil menyebutkan hujahnya sendiri atau hujah ahli lain dalam sesuatu perbahasan boleh memerintahkan ahli itu berhenti bercakap.” Saya kira dah banyak kali dah Speaker bagi peluang pada Taman Medan isu ni. Saya mohon perhatian dan timbang tara daripada Speaker. Kalau tak boleh control Taman Medan buat tindakan yang lebih drastik supaya kesucian Dewan dapat terjaga.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan, cukup cukup. Saya ambil maklum perkara ini Taman Medan semasa Kajang dan semuanya saya hanya ingin memberi satu pemahaman, memang tidak boleh dibaca teks semasa membahas, tetapi kalau masa tidak mengizinkan kita boleh membaca supaya kita boleh pendekkan masa dan perbahasan menjadi lebih licin dan perkara kerajaan dapat mencatat nota mereka dan kemudiannya EXCO dapat memberi jawapan yang lebih lengkap. Tetapi saya juga memohon bagi mereka yang membaca teks, juga jangan terlalu banyak bergantung pada teks. Kerana ini adalah sesi perbahasan dan bukan ucapan. Tetapi saya izinkan. Itu saya sahaja peringatan saya kepada apa yang dibagikan oleh Gombak Setia. Dan untuk Seri Serdang, saya ambil maklum. Saya memberi amaran sekali lagi, kalau ada sesiapa ahli di sini yang berdiri tanpa kebenaran, tanpa alasan yang kukuh, tanpa menggunakan peraturan tetap yang munasabah, saya akan minta mereka duduk dan kalau tidak dia ingkar saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada saya di bawah Peraturan-Peraturan Tetap 44 (2) untuk mengeluarkan seseorang ahli itu dan saya ambil maklum Taman Medan memang kali ini, pagi ini agak tidak sabarlah. Saya berharap anda dapat menerima nasihat ini. Itu sahaja. Saya menjemput Yang Berhormat Sijangkang. Itu sahaja.

Terima kasih Speaker.

Terima kasih Tuan Speaker. Cuma sebelum saya mula...

Speaker

Ya. Ya. Jangan provoke ya. Sijangkang teruskan. Jangan jangan provoke. (Dewan Riuh). Teruskan Sijangkang. Masa...

Sebelum saya mula. Saya nak dapat Petua berapa minit Tuan Speaker? (Dewan Riuh)

Speaker

Saya bagi 15 minit sahaja la kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat senior.

Saya cuba untuk 15 minit kalau Yang Di-Pertua..Tuan Speaker pun dah habis penggal dalam usia muda. Saya ni dah lebih tua mungkin ini adalah yang terakhir untuk saya berucap... (Dewan Riuh)

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Speaker... Speaker saya belum habis bahas saya.

Speaker

Saya tahu, saya tahu. Saya yakin. Okay Yang Berhormat. Teruskan, teruskan.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

(Dewan Riuh) Saya belum bahas Speaker. Bahas saya lagi ada. Penutup pun belum.

Speaker

Tak apa. Tak apa Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Masa dah habis dah untuk membaca. Masa membaca, baca kat library.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Penutup. Penutup. Tadi dia orang kacau saya masa saya dah hilang. Macam mana?

Speaker

Tak apa. Tak apa. Dah lepas dah saya ingat

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Bagi laluan, tolong. Saya tinggal penutup.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker dah panggil dah.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Penutup, penutup.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Baca dekat perpustakaan. (Dewan Riuh)

Speaker

Saya bagi seminit lagi. Seminit lagi kepada Kajang. Apa yang nak di tutup. Tapi Yang Berhormat jangan baca ya. Boleh rujuk tapi jangan membaca. (Dewan Riuh)

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Hari ini kita diuji dengan krisis besar tetapi dengan kelemahan kerja yang dibiarkan tetapi sejarah membuktikan sistem tidak runtuh sekali gus, ia runtuh perlahan-lahan. Bermula dengan perkara yang kita anggap remeh. Sebagai penutup, Kajang memohon perhatian rakan-rakan Yang Berhormat sekalian apabila kita melangkah keluar dari Dewan yang Mulia ini. On the Way balik ke rumah tolong jangan tengok Whatsapp sahaja. Tengok kiri kanan bahu jalan tengok adakah jalan-jalan yang rosak, lampu tiang yang telah patah, kabel-kabel berselerak, penutup longkang yang tiada, bahu jalan yang terbiarkan tanpa baik pulih. Okay. Benda-benda ini, kelebihan premix jalan dibiarkan di bahu jalan manakala tanah korekan projek Taico pula dibuang sesuka hati di tepi jalan, penutup konkrit dibiarkan di biarkan terbuka atas longkang, mungkin saiz berlainan manhole utility tiada beberapa penutup sejak berpuluh tahun. Susur jalan konkrit pecah, permukaan korekan utility dibiarkan dan macam-macam lagi. Pemandangan ini sangat mendukacitakan jika keadaan ini berterusan. Tolong la diam sikit. Tamadun ini..aish (mengeluh). Macam mana you nak jadi wakil rakyat.

Speaker

Yang Berhormat, ada ahli yang tidak bercakap.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Di manakah peranan Kerajaan Tempatan memantau tadbir urus pelaksanaan ini. Janganlah kita membiarkan ketiadaan pemantauan ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan tempatan. Tuan Speaker, kehadiran Kajang hari ini bukan untuk berpolitik. Kehadiran Kajang hari ini bukan untuk mencari musuh, kehadiran Kajang bukan untuk memfitnah, Kajang hadir untuk reform, membetulkan sistem yang semakin longgar. Kajang hadir untuk menutup ruang ketirisan yang kian membara. Kajang hadir untuk memastikan amanah rakyat dipelihara. Ini bukan soal kepentingan diri. Ini adalah amanah yang perlu dijawab dengan jujur. Penggal ini mungkin tinggal lebih kurang setahun. Kajang mahu melakukan yang terbaik kepada Selangor khususnya rakyat Kajang. Kajang berharap masalah ini dapat diselesaikan sebelum sidang yang akan datang. Kajang akhiri dengan satu prinsip mudah, kehadiran tidak datang sendiri, ia dibina, ia dijaga dan ia hanya akan kekal jika sistem kita jujur. Sekian, terima kasih dan Kajang menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Salam Kajang Bersih, Kajang di Hatiku.

Speaker

Terima kasih. Yang berhormat sekalian. Saya menarik perhatian terhadap Peraturan Tetap 41. Adab ahli yang tidak bercakap masa mesyuarat bersidang – (e) Sedang seseorang ahli itu bercakap, semua ahli hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab. Peringatan saya. Sijangkang. 15 Minit.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada saya untuk terus membahas menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor bagi kali yang Keenam Belas Tahun 2026. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Mohamad Onn bin Abd. Aziz yang dilantik sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Saya tengok tadi berkerut-kerut dahi Yang Berhormat melihat gelagat di Dewan pada pagi ini. Ini lah suasana kita yang Insya-Allah, kita sebagai pembangkang akan memberikan semak imbang yang terbaik untuk Kerajaan pada pagi ini. Saya melihat penerimaan Kerajaan Negeri hasil pada tahun 2025 sebanyak RM3.021 bilion dan juga reserved berakhir pada Disember 2025 RM4.736 Bilion. Saya kira ini menunjukkan kemampanan yang baik kepada Kerajaan Negeri untuk menghadapi krisis yang berlaku di Timur Tengah dan saya kira dengan kekuatan, kemampanan kewangan ini, harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kerana dilihat, kalau dilihat daripada sudut prestasi caj air sahaja menunjukkan kutipan sebanyak RM48 juta yang saya kira saya mengharapkan Kerajaan Negeri untuk menggunakan sebahagian daripada kutipan ini untuk merealisasikan bagaimana kita memperkasakan sumber air mentah di dalam negeri Selangor ini dengan melihat seperti yang saya sebutkan dalam semalam berkaitan dengan lombong-lombong dan sebagainya untuk dijadikan secara real dan bukan hanya sebagai satu lease ataupun data yang ada di negeri Selangor. Saya melihat dalam kita menghadapi krisis di Timur Tengah ini secara tidak langsungnya adalah berkaitan dengan kos tenaga atau pun sumber tenaga iaitu petrol, diesel, gas dan sebagainya yang akhirnya akan memberi kesan kepada soal kos sara hidup dan saya melihat beberapa perkara yang penting untuk dilihat. Pertamanya, soal keterjaminan makanan kepada rakyat negeri Selangor. Soal peluang pekerjaan, soal pendidikan dan juga soal kesejahteraan rakyat di dalam negeri Selangor ini. Soal ketiadaan makanan sepertimana yang disebut tadi, saya ingat sangat cantik lah bila Sungai Air Tawar menjawab soalan berkaitan dengan keterjaminan makanan pagi pagi tadi. Peruntukan 50 juta yang diperuntukkan dan saya melihat secara keseluruhan ini, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 131 juta ini, satu jumlah yang sangat kecil walaupun realitinya hari ini rakyat belum terlalu terasa tetapi saya melihat mengharap supaya dilihat semula pakej pengukuhan daya saing...daya tahan Selangor ini supaya melihat dengan lebih detail dan dengan lebih jitu lagi. Dan saya melihat, soal keterjaminan makanan ini adalah soal yang cukup besar,nak dibebankan kepada Pandan Indah, saya melihat isu banjir tak selesai lagi, isu infrastruktur pun tak selesai lagi, saya nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya Portfolio Pertanian, Perikanan dan Penternakan diserahkan kepada EXCO yang lain supaya ada tumpuan. Contohnya, diserahkan kepada Air Tawar supaya dia khusus untuk melihat bagaimana keterjaminan makanan. Terima kasih kepada Pandan Indah semalam, kita dapat Harum Manis tapi soal keterjaminan makanan di Negeri Selangor ini bukan nak bawa Harum Manis

ke Negeri Selangor sahaja tetapi bagaimana kita nak membugarkan lagi soal keterjaminan makanan dari sudut keluaran di dalam Negeri Selangor soal karbohidrat, protein, sayuran, buah-buahan yang saya kira sangat kritikal apabila krisis semakin memuncak. Kemudian, saya nak melihat bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menunjukkan bahawa kadar kehilangan pekerjaan yang meningkat terutama di Negeri Selangor yang contribute dengan jumlah yang cukup besar 29.3% dan saya kira ini bukan sahaja kehilangan pekerjaan yang bermajikan, hatta yang tidak bermajikan pada hari ini pun, sudah mula hilang pekerjaan disebabkan oleh kenaikan harga petrol dan sebagainya. Saya melihat, mungkin sebagai salah satu contoh, mereka-meraka yang berusaha yang membawa anak ke sekolah, anak-anak, pelajar-pelajar ke sekolah. Hari ini mereka sudah terasa yang cukup besar, mereka mempunyai perjanjian sejumlah banyak mana sewa setiap bulan, tetapi bebanan daripada kenaikan harga minyak ini cukup membimbangkan dan ini juga mungkin salah satu yang boleh dilihat oleh Kerajaan Negeri supaya akhirnya kesejahteraan ini dapat dirasakan oleh mereka-mereka yang berada di dalam keadaan sekarang ini. Saya juga nak melihat, saya nak tahu juga apakah perancangan negeri di dalam program Job Fair sebagai contoh untuk bagaimana pemadanan, bagaimana mungkin meningkatkan mereka-mereka ini yang hilang pekerjaan untuk ditingkatkan keupayaan mereka untuk berdikari dan sebagainya yang harus dilihat secara detail. Saya juga melihat bagaimana soal kesejahteraan rakyat ini, walaupun ada peruntukan-peruntukan yang diperuntukkan pengukuhan Daya Tahan Selangor sebanyak 131 juta untuk dilihat semula tetapi saya nak melihat juga bagaimana program-program yang sedia ada ini sebagai contoh bantuan Selangor Sihat. Saya dapat maklumat daripada panel-panel farmasi, yang sebelum ini membekalkan ubat-ubatan dan keperluan-keperluan kepada pesakit-pesakit. Saya dapat maklumat bahawa mereka tidak dibayar sejak Jun 2025 yang mana sepatutnya apabila mereka menuntut, 30 hari selepas itu, mereka dapat bayaran dan saya kira ini kesannya yang cukup besar kalau betul lah ini bukan satu isu terpencil, isu yang menyeluruh saya mengharapkan ada mungkin pemakluman-pemakluman daripada Kerajaan ini untuk melihat perkara ini. Keduanya, berkaitan dengan penyakit Pulmonary Tuberculosis atau Tibi yang pada hari ini di Selangor antara kluster yang cukup besar. Kita ada program yang pada satu ketika, sebelum ini bahawa kita sudah notify dah Tuberculosis tapi hari ini adalah menjadi masalah yang cukup besar dan begitu juga saya nak melihat berkaitan dengan Rancangan Selangor-1, saya nak tahu status dan juga terkini berkaitan dengan IDRISS dan juga projek Terminal 3 Pulau Carey yang mana projek ke Terminal Pulau Carey ini sudah diluluskan oleh kabinet diserahkan kepada Kerajaan ini. Apa statusnya, apa perancangannya yang telah disusun atur dan saya mengharapkan supaya ada satu libat urus antara Kerajaan Negeri dan juga penduduk tempatan di Pulau Carey terutamanya orang-orang asli. Walaupun saya dapat maklumat, seolah-olah, sudah ada libat urus tapi saya dapat respond daripada masyarakat

orang asli tapi bahawa tiada satu libat urus pun kepada pengerusi-pengerusi jawatankuasa orang asli ataupun tok batin-tok batin yang terlibat secara langsung tempat mereka dan mereka ada kepentingan-kepentingan ekonomi yang seharusnya mereka juga perlu dilibatkan di sana. Begitu juga dengan pembangunan IDRISS ini yang saya kira tidak sampai 50%, maklumat saya dapat pembangunannya ada yang tidak dapat diteruskan, ada yang dibatalkan dan mungkin ada respond yang terkini yang boleh dimaklumkan kepada di dalam dewan ini. Kemudian, saya ingin menyentuh terus kepada beberapa nasihat yang dikeluarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor secara ikhlas. Pertamanya adalah berkaitan isu banjir. Isu banjir yang berlaku di negeri Selangor ini adalah sesuatu yang sangat significant. Kalaupun la tidak dikatakan secara menyeluruh, tetapi yang berulang-ulang ni terutamanya di Shah Alam di sini lah tempat Istana Kayangan, di sinilah tempat Istana Mastika, di sini la Rumah Rasmi Menteri Besar Selangor, di sini lah rumah rasmi EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan di sini la rumah the best brand lah yang ada di negeri Selangor tetapi ia memberi impak yang sangat negatif apabila berlaku banjir yang berulang-ulang. Ini harus diambil secara serius oleh Kerajaan Negeri terutamanya EXCO Infrastruktur yang menjaga infra sungai, parit dan sebagainya. Saya sangat teruja apabila ada program pembangunan KSSA, Kompleks Sukan Shah Alam dan juga Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang mempunyai komponen untuk mitigasi banjir selain kalau Sungai Rasau merupakan air-air yang bersih tetapi saya tak tahu apa status sebenarnya. Mitigasi banjir dalam program pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam ini. Begitu juga dengan Sungai Rasau yang tempoh hari, kita dimaklumkan projek untuk pembangunan muka sauk ini ditangguhkan. Saya dapat maklumat seolah-olah disebabkan oleh peruntukan yang tidak mencukupi, ada ratifikasi atau pun reka bentuk yang terkini dan dalam jawapan bulan Julai tahun lalu EXCO menyebutkan bahawa ada stock work order, ekoran daripada keruntuhan tebing, pada September 2024. Dan ada penambahbaikan. Jadi, saya nak tau apa statusnya. Kalau ini boleh berlaku dengan segera, saya kira, mungkin pada ketika itu, perancangan untuk mengurangkan banjir di Shah Alam ini, dapat di atasi dan kesediaan untuk membekalkan air, sumber air mentah kepada Loji Rawatan Air Sg Rasau ini, dapat di uruskan ataupun diselesaikan dengan baik.

Berkaitan dengan itu, saya juga nak bertanya berkaitan dengan tebatan banjir Kampung Jaya Sepakat. Yang mana kawasan ini, adalah kawasan yang berdekatan dengan muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor. Dan pada hari ini, itu kawasan yang juga sering berlaku kejadian banjir. Dan di sebelahnya ada pembangunan bandar. Yang saya lihat, supaya apabila tebatan banjir ini dilihat secara keseluruhan, ada saya dapat maklumat bahawa kunci air perlu dipertambahkan lagi untuk mengelakkan banjir. Sistem perparitan dengan pembangunan bandar yang lebih tinggi daripada kampung di situ. Juga melihat sebagai ini sudah seperti seolah-olah kawasan paya yang harus dilihat dengan sebaik mungkin. Dan

saya dapat maklumat juga, bahawa jalan susur daripada Kampung Jaya Sepakat ke Bandar Saujana Putra, di tepi elite highway itu, dikatakan akan diambil semula ataupun ditutup, disebabkan oleh pembesaran elite highway. Dan ada satu pemajuan daripada pihak pembangunan bandar itu akan menaikkan taraf, satu jalan yang melalui ataupun tepi daripada Kampung Jaya Sepakat bersebelahan kolam takungan air. Dan saya mengharapkan ini dapat diperbincangkan dengan lebih tuntas lagi.

Begitu juga, saya dapat maklumat ataupun status projek tebatan banjir di sekitar Sijangkang, RTB Sungai Sijangkang, termasuklah naik taraf sistem saliran di Jalan Garuda, sepanjang 2.4 kilometer, yang saya lihat pada hari ini, dengan pembangunan ini, jalan rosak teruk. Saya harapkan ada peruntukkan nanti, dia selesai sahaja pembangunan tebatan banjir ini, yang saya lihat agak lewat, tetapi ada juga peruntukan untuk naik taraf jalan di situ.

Begitu juga, saya nak bertanya berkaitan dengan isu sampah. Saya ingat di Sijangkang ataupun di Kuala Langat khususnya di Sijangkang, ada tapak-tapak haram pembakaran yang tidak selesai-selesai lagi. Semenjak daripada 2018, yang saya, di situlah mulanya rancak pembakaran sampah haram, termasuklah e-waste, di Felcra Batu 8, Sijangkang, sehingga pada hari ini, ada sahaja, laporan-laporan berlaku kebakaran yang saya kira sudah merebak teruk, baru ada tindakan-tindakan tertentu. Saya melihat yang terkini, di persimpangan Jalan Kebun Tambahan, Sijangkang Utama dan juga Jalan Kemandol. Dan kemudian baru-baru ini pun, ada complain-complain daripada masyarakat, yang bau-bau pembakaran ini berlaku, yang masih berlaku tetapi tidak dapat dikesan. Dan, saya juga ingin bertanya berkaitan dengan pengurusan sampah haram. Hotspot-hotspot yang ada di kawasan Sijangkang, yang mana dengan pengurusan selepas memeterai Akta 672, bagaimana pengurusan sampah kampung ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan isu pencemaran bau, fluent industry, di kawasan Teluk Panglima Garang. Pencemaran air ataupun sistem saliran di Jalan Garuda, Batu 9, Kebun Baru dan juga Jalan Manggis. Ini pun bukan perkara yang baru, pernah saya utarakan dan pihak EXCO dikatakan mahu melawat. Tapi saya tak tau sehingga ke hari ini pun, keadaan tidak selesai, dan kilang, ada kilang yang disyaki iaitu kilang F & B Nutrition di kawasan industri Batu 9, Kebun Baru, yang melepaskan effluents nya terus kepada sistem perparitan. Kalau Tuan Speaker, saya boleh tunjukkan, ini antara satu gambar yang saya ambil dua hari lepas. Longkang ini dah jadi longkang susu. Kalau kata di syurga ada saliran susu, sungai susu. Ini di Kebun Baru, dia ada longkang susu, baunya yang sangat-sangat toksik. Saya boleh katakan. Dan ini, tidak lagi selesai, dan saya dapat maklumat, ada pihak konsultan yang telah memberikan pandangan. Tetapi pihak industri ini, seolah-olah tidak mahu mengambil berat ataupun mengambil tindakan. Dan ini, saya ingat antara yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, supaya melihat kilang-kilang yang tidak mengikut peraturan menguruskan sisa mereka, harus diambil tindakan dengan cukup berat.

Kemudian, saya juga ingin mendapatkan respons daripada Kerajaan Negeri mengenai isu Lot Lidi yang tempoh hari, saya ingat Menteri Besar ada menyebutkan akan ada dasar kepada lot-lot lidi ini. Kita tidak boleh biarkan lot-lot lidi itu berterusan begitu sahaja. Apa yang berlaku, adakah kita nak runtuhkan yang sedia ada ataupun bagaimana. Begitu juga dengan isu peneroka, tanah peneroka di Kampung Melayu Pulau Carey. Yang mana Kampung Melayu Pulau Carey ini, sudah digazetkan sebagai Kampung Melayu tapi sebelum itu ada peneroka-peneroka, termasuklah masyarakat india dan sebagainya. Dan mereka terpaksa keluar, apabila telah digazetkan sebagai rizab Melayu. Dan saya harapkan ini dapat diusahakan, bagaimana, mungkin mereka dapat gantian. Hanya tinggal 5 peneroka sahaja yang perlu diselaraskan. Yang lainnya telah selesai, dan ada soal jual beli. Dan saya ingat, itu tidak perlu untuk difikirkan kemudian.

Dan untuk yang akhirnya, saya kira ini isu yang sangat sensitif. Berkaitan dengan penternakan ladang babi tradisional. Ekoran daripada titah Tuanku, tiada lagi ladang babi di negeri Selangor, perlu import daripada Sabah dan Sarawak. Saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri. Apa pendirian Kerajaan Negeri? Adakah Kerajaan Negeri juga akan melihat pandangan daripada ADUN Seri Kembangan semalam? Ataupun ada pandangan-pandangan lain yang menjadi keputusan kepada Kerajaan Negeri. Walaupun titah yang jelas, dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dalam Sidang Pembukaan itu, yang baginda sudah tidak mahu lagi ada ladang babi di negeri Selangor. Dan ini berkaitan dengan isu pencemaran bau dan sebagainya ini. Sampai sehingga hari ini pun, ladang babi yang ada di Tanjung Sepat, sebahagiannya telah ditutup, tetapi pencemarannya masih berterusan. Adakah Kerajaan Negeri juga, ada peruntukan untuk menguruskan, pencemaran-pencemaran yang berlaku, bukan sahaja di sungai, tapi di pantai-pantai, di sekitar Tanjung Sepat tersebut.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon mencelah Yang Berhormat.

Boleh.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Boleh. Terima kasih Yang Berhormat. Tentang isu penternakan babi ini, saya nak tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat bersetuju, bahawa untuk menyamaratakan penternakan babi dan juga penternakan-penternakan yang lain, adalah satu yang tidak tepat. Kerana hasil pencemaran yang di puncakan daripada penternakan babi ini jauh lebih kritikal dan parah, pertama. Dan pengalaman saya sedikit, di Pulau Pinang ketika saya menjadi EXCO Pertanian, dan membawa usul dan meluluskan Akta Penternakan Babi di negeri Pulau Pinang. Antara perkara yang dibincangkan adalah perladangan tertutup. Di Selangor ini, saya difahamkan Akta ini dah ada lama, tetapi tidak pernah dilaksanakan. Jadi mungkin kita kena terima bahawa hakikatnya, walaupun undang-undang itu dah ada, penternak tak nak buat, dan Tuanku dah bertitah, maka kita terimalah titah Tuanku ini, dan move forward, daripada ini,

daripada kita terus berbicara tentang kesamarataan dan sebagainya, kerana ini bukan soal hak. Ini soal nak menjaga alam dan juga nak menjaga keselamatan dan juga kesihatan rakyat. Mohon pandangan Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, penutup, ya.

Terima kasih. Saya jawab, kemudian saya tutup. Saya kira, pandangan yang cukup baik daripada Taman Medan. Saya kira, kita sedia maklum berkaitan dengan ladang babi ini. Dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, bagi saya, kita tidak boleh pertikaikan. Yang nak diselamatkan ini rakyat, yang nak diselamatkan ini, alam sekitar. Yang nak diselamatkan ini, soal pencemaran. Kalau kita lihat, mengurus kembali kepada isu kesihatan, bagaimana berlaku jangkitan nipah virus. Yang mengorbankan mangsa rakyat. Yang bukan sahaja yang membuat ladang penternakan, tetapi rakyat yang berdekatan. Saya kira ini isu yang sangat serius. Dan pencemaran pun sehingga pada hari ini, dikatakan lebih daripada 50 tahun, kita tak dapat selesaikan. Kandungan heavy leak yang begitu besar. Dan saya kira, penternakan secara moden, pig farming pun, kalau di Malaysia ini, di Penang pun, dia tidak menyelesaikan isu. Kemungkinan-kemungkinan jangkitan dan sebagainya. Saya kira kita harus jugalah berpadanan untuk melihat perkara ini. Cuma saya juga nak bertanya kepada Kerajaan Negeri, ekoran daripada titah Duli Yang Maha Tuanku, adakah kita nak meminda semula, Akta Enakmen Kawalan Penternakan Babi ini? Ataupun kita nak memansuhkan, nak mansuhkanlah, sebab tuanku dah tak benarkan untuk kita ternak babi di Selangor ini? Jadi, Tuan Speaker, saya kira, harus kita bijaksana dalam kita berbahas, dan juga melihat pertimbangan-pertimbangan. Saya tak nafikan keperluan kepada mereka-mereka yang consume daging babi ini sebagai sumber protein, tidak bersalahan pun kepada mereka dan saya ingat isu yang besar, isu pokok itu menjadi keselamatan kepada alam sekitar dan juga manusia. Jadi untuk akhirnya, saya nak

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tambahan.. mencelah. Sikit saja.

Mungkin boleh sedikit, Tuan Speaker.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sikit saja. Boleh. Kajang tadi boleh membaca jer. Ini berbahas.

Timbalan Speaker

Ini dah lebih, dah hampir 20 minit, nanti tanya soalan tambahan pada pembahas yang lain.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Diorang tak bahas, dia membaca sahaja. Sikit saja. Sijangkang, saya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Atas kapasiti sebagai Ketua Pembangkang, saya bagi ruang sikit, satu minit.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih, bagus Timbalan Speaker ini. Nanti saya hadir majlis nanti. Sijangkang, saya setuju dengan pandangan Sijangkang. Tidak ada mana-mana pihak khususnya Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengekang bekalan daging babi bagi mereka yang ingin consume daging berkenaan. Ini bukan satu tindakan yang zalim. Tindakan Tuanku, kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, lebih kepada pertimbangan keselamatan rakyat dan juga pencemaran yang harus ditangani dengan baik. Malahan, Tuanku Sultan di dalam titah Tuanku, sendiri mencadangkan perkara ini boleh diselesaikan dengan pengimportan daging babi bagi mereka yang nak makan babi. Tak ada masalah. Ia haram bagi umat Islam. Tetapi yang bukan Islam....

Timbalan Speaker

Boleh habiskan soalan..

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

yang ingin consume, nak makan, silakan. Tetapi import.

Timbalan Speaker

Sijangkang sila bangun, bagi teruskan..

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Cuma persoalannya mengapa Seri Kembangan menggunakan istilah..

Timbalan Speaker

Ketua Pembangkang, saya dah bagi ruang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

sekejap saja. Nak habis dah. Mengapa Seri Kembangan menggunakan istilah-istilah yang terlalu kasar,

Timbalan Speaker

Sijangkang, 30 saat.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dan boleh dilihat sebagai menderhaka kepada Sultan.

Timbalan Speaker

30 saat, untuk penutup terus.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini persoalannya. Sepatutnya,

Timbalan Speaker

30 saat.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sepatutnya, mendukung titah tuanku demi keselamatan rakyat. Mendukung titah tuanku menjaga keselamatan dan kesejahteraan negeri Selangor.

Timbalan Speaker

Silakan Sijangkang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi saya pohon, penjelasan daripada Yang Berhormat Sijangkang.

Terima kasih Hulu Kelang.

Timbalan Speaker

30 saat, betul-betul 30 saat, ya.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, saya ada peraturan tetap.

Timbalan Speaker

Peraturan tetap, kita bagi ruang.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ya, 36 (6), Hulu Kelang tadi telah menyatakan, bahawa, ia adalah berbunyi sebegini, seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain. Hulu Kelang tadi mengatakan bahawa Seri Kembangan telah menderhaka kepada Tuanku. Kenyataan itu adalah satu sangkaan jahat terhadap beliau. Satu, mengikut beliau itu adalah cadangan beliau untuk membawa rintihan rakyat. Itu adalah cadangan, sama ada Kerajaan ingin mengambil tindakan atau tidak, itu terpulang kepada Kerajaan. You have no right to make decision or interpretation except other thing, ya, so, saya pohon supaya beliau tarik balik perkara itu.

Timbalan Speaker

Penjelasan daripada ini.. Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya dengan jelas menyebut tadi, bahawa istilah yang digunakan Seri Kembangan adalah terlalu keras dan kasar, dan boleh... dengar la...

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Ayat mana yang kasar...

Timbalan Speaker

Bagi penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

yang kasar, yang ....

DEWAN RIUH

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat..

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Taman Medan, Gombak Setia, Kuang, Jeram. Sila duduk. Sila duduk. Gombak Setia, Taman Medan, Jeram....

Okey, kita dengar penjelasan daripada Hulu Kelang. Sebelum kita buat keputusan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya telah tegaskan tadi, daripada ucapan perbahasan Seri Kembangan, beliau menggunakan istilah-istilah yang keras dan kasar terhadap titah ucapan Tuanku yang boleh ditafsirkan sebagai penderhakaan kepada titah Tuanku. Apakah itu bukan soal tafsiran istilah yang digunakan amat mendukacitakan. Ini titah bukan pun pandangan. Bukan pun nasihat ini titah. Jadi apakah salah saya menegur, sebab itu kita mengikut proses perundangan kita kemukakan usul yang dibawa oleh Taman Medan kepada Tuan Speaker untuk kita bahaskan dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan itu peraturan Dewan.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Saya minta Hulu Kelang tunjuk ayat yang kasar.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang saya minta untuk ayat penderhakaan itu ditarik balik.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tidak tarik balik sebab amat mendukacitakan itu apakah Tuanku Speaker bersetuju dengan Seri Kembangan yang menghina titah ucapan Tuanku.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Sebab Hulu Kelang tidak dapat tunjuk ayat-ayat kasar.

Timbalan Speaker

(Dewan bergaduh)

Timbalan Speaker

Saya minta perkara ini direkodkan Hulu Kelang untuk menarik balik. Menarik balik perkataan penderhakaan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya berpendirian Seri Kembangan telah menghina dan mencemarkan Dewan yang mulia ini. Perkara ini tidak boleh dimaafkan.

Timbalan Speaker

Saya sebagai Pengerusi hari ini untuk Sidang Dewan pada tengah hari ini meminta untuk Hulu Kelang menarik balik perkataan penderhakaan.

(Dewan bergaduh)

Timbalan Speaker

Saya nak dengar yang mana satu ini. Asal ni bangun, yang ini bangun. Masa satu yang saya nak dengar ini.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bersangkut dengan ini, sebab tentang apa yang Seri Kembangan sebut.

Timbalan Speaker

Peraturan tetap mana ini.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

36(10).

Timbalan Speaker

36(10) cuba baca apa dia.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Adalah menyalahi peraturan untuk menggunakan perkataan derhaka kepada negeri, perkataan membangkitkan perasaan melawan kuasa Kerajaan atau perkataan yang harus menaikkan perasaan sakit hati atau bermusuhan antara satu kaum dengan kaum yang lain dalam satu Malaysia. Yang Berhormat Speaker selepas kenyataan Seri Kembangan semalam dalam Dewan, kita lihat reaksi di luar bagaimana? Orang tengah marah, rakyat tengah marah kerana dan telah mengguris.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ucapan itu Seri Kembangan sebut mendukacitakan, soal kesamarataan, soal perlembagaan, apakah Tuanku tidak faham tentang perkara itu? Adakan Tuanku sedang mencemar. Kesamarataan rakyat atau Tuanku sedang menarik hak rakyat? Tidak. Tetapi apa yang Seri Kembangan gambarkan Tuanku bertitah seolah-olah tidak mengikut perlembagaan dan tak menghormati perlembagaan persekutuan. Itu yang Kota Kemuning tidak faham, itu yang Pandamaran tidak faham, itu yang Seri Kembangan tidak faham. (Dewan riuh)

Timbalan Speaker

Saya dah buat keputusan Taman Medan. Saya dan buat keputusan. Taman Medan sila duduk Taman Medan. Dewan riuh.

Timbalan Speaker

Saya nak berurusan dengan Taman Medan dahulu. Taman Medan saya minta perkara ini saya dah putuskan jadi nanti kita tengok apa keputusan Speaker kalau betul Hulu Kelang tak mahu menarik balik dari perkataan penderhakaan itu. (Mic off)

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tuan Speaker nak tunggu Speaker lain masuk untuk buat rulling terhadap apa yang disebut oleh Hulu Kelang.

Timbalan Speaker

Peraturan tetap. Saya tidak benarkan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya nak bertanya apakah Tuan Speaker tidak mahu buat rulling terhadap apa yang disebut Hulu Kelang ataupon nak tunggu.

Timbalan Speaker

Saya dah buat rulling.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Baik-baik. Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya dah buat rulling untuk perkataan itu ditarik balik. Saya dah buat rulling. (Dewan bergaduh)

Timbalan Speaker

Gombak Setia saya dah buat rulling untuk perkataan penderhakaan itu ditarik balik. Sila duduk. Apa sahaja tindakan pada Ketua Pembangkang nanti saya akan saya merujuk kepada Speaker Dewan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Kenapa nak rujuk pada yang lain.Tuan Speaker sudah buat Rulling betul.

Timbalan Speaker

Rulling untuk tarik balik. Tapi atas Tuan Speaker Hulu Kelang biarlah Speaker yang akan buat keputusan sama ada perlu dibawa ke Jawatankuasa yang ada. Ok teruskan Sijangkang. 30 saat. Betul-betul 30 saat.

Janganlah strict sangat Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya terus habiskan. Terus saya minta Balakong untuk teruskan.

Tidak ada penutup.

Timbalan Speaker

30 saat.

Okay. Terima kasih di atas celahan Hulu Kelang. Saya kira celahan yang sangat baik.

Timbalan Speaker

30 saat betul ya.

Sebahagian daripada ucapan saya. Jadi harapkan Tuan Timbalan Speaker ada sini Tuan Speaker melihat kepada usul dan diberikan keputusan seadil-adilnya untuk dipertimbangkan. Untuk akhirnya patik menjunjung kasih dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas titah ucapan nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan saya nak mengakhiri dengan serangkap pantun. Kalau Kerajaan Daun

Keladi, Kami Rela jadi Tanahnya, Kalau Nasihat Tuanku Sudah Tidak Disudi, Sembah Derhakalah Ucapannya.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya persilakan Yang Berhormat Balakong.

Speaker ada lagi peraturan tetap. Nak minta Petua dan juga pandangan daripada Speaker. Peraturan Tetap 36(7). Nama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atau nama Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Melaka tidak boleh digunakan untuk mempengaruhi Dewan. Hari ini Yang Berhormat Speaker kita. (Dewan riuh)

Kita bincang kita bicara tentang apa yang terjadi di Negeri Selangor dan titah Tuanku itu kita junjung sebagai teguran kepada kita semua. Tetapi dalam masa yang sama apabila kita berbahas, saya kira peraturan ini jelas menyatakan kita tidak boleh menggunakan nama-nama ini yang disebutkan tadi untuk mempengaruhi Dewan yang mulia ini. Minta Petua daripada Speaker.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tuanku dah tegur Seri Kembangan tak terima. Faham tak.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tuanku dan tegur Seri Kembangan tak terima. Apa yang Seri Serdang tak faham?

Dia menggunakan Peraturan Tetap. Kalau tak guna Peraturan Tetap nak guna peraturan apa? Peraturan tetap ini yang kita guna.

Timbalan Speaker

Taman Medan sila duduk. Taman Medan. Duduk.

Tuan Speaker bagi Petua apa tentang apa yang saya bangkitkan tadi. (Dewan bergaduh)

Timbalan Speaker

Saya minta semua Ahli-ahli Yang Berhormat tidak membazirkan masa kita di sini. Kita banyak lagi pembahas-pembahas yang belum nak ambil pembahasan kita. Saya hanya akan bagi ruang pada yang ada peraturan tetap saya bagi ruang bercakap. Yang lain saya minta duduk. Hulu Kelang minta duduk. Yang bangun Meru. Yang Berhormat Meru bangun dulu.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Usul ini Tuan Speaker adalah usul menyembah ucapan terima kasih serta. (Mic off )

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

tidak ada sebab kita nak terima kasih dengan Seri Serdang. (Dewan bergaduh)

Saya bawa pada Peraturan Tetap minta Petua pandangan dari Tuan Speaker dan kita bahas apa yang telah di titah oleh Tuanku kita terima semua titah Tuanku kita menjunjung titah Tuanku. 36(7) ini jelas. Sebab itu saya minta Petua dan pandangan daripada Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker bagi saya ruang sudah banyak dah banyak masa mereka ambil kita berbahas sebenarnya.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Meru. Silakan.

Tuan Timbalan Speaker Peraturan Tetap 36 (9). dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat mana-mana Ahli Parlimen, Dewan Negeri atau mana-mana pegawai kerajaan selain kelakuan yang pada menjalankan urusan sebagai Ahli Parlimen dan Dewan Negeri ataupun Kerajaan adalah menyalahi peraturan untukah menggunakan perkataan derhaka kepada negeri. Perkataan membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan atau perkataan yang harus menaikkan perasaan sakit hati atau permusuhan antara satu kaum dengan kaum lain dalam Malaysia. Tetapi betul, tapi point dia apa perkara ini belum lagi dibaca aduan itu oleh Tuan Speaker. Jadi tak perlulah Ketua Pembangkang nak buat satu rumusan untuk mengatakan bahawa Seri Kembangan ini derhaka. Yang belum lagi, belum ada keputusan lagi. Sekian terima kasih Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat saya minta semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya berbahas dengan mengikut tertib dan adap selepas ini. Apa sahaja isu-isu yang kita bawa seboleh-bolehnya jangan menggunakan perkataan-perkataan yang boleh mendatangkan bukan menguris. Yang boleh mendatangkan kekacauan di dalam Dewan ini. Ini saya maklumkan untuk semua sama ada Pembangkang atau pun sama ada Pihak Kerajaan dan Pembangkang. Ok kita teruskan dengan Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima Kasih Tuan Speaker banyak cabaran kita nak mulakan perbahasan. Tapi saya ingin beri satu penyataan mesralah. Kita kena jaga adap, jaga kesihatan. Banyak jerit-jerit saya pun risau tengok nanti ada siapa-siapa collapse dalam Dewan ini pun tidak diingini. Jadi terima kasih. Balakong ingin memulakan perbahasan dengan menjunjung kasih atas titah Tuanku yang telah menekankan kepentingan

mengukuhkan sistem tadbir urus Kerajaan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Titah Tuanku amat signifikan kerana ini menyentuh keperluan asas pentadbiran moden iaitu sistem yang lebih pantas bersepadu dan tidak membebankan rakyat dengan proses yang berlapis serta mengambil masa yang panjang. Dalam konteks ini saya menyambut baik reformasi sistem penyampaian dan tadbir urus negeri Selangor, RSTU yang telah digerakkan oleh Kerajaan Negeri namun saya berpandangan reformasi ini perlu melibatkan keseluruhan ekosistem pentadbiran dengan merangkumi semua agensi teknikal yang berkenaan. Berdasarkan maklum balas yang sering diterima antara isu utama yang dihadapi oleh rakyat dan pihak industri ialah tempoh proses kelulusan yang terlalu panjang. Khususnya yang melibatkan keperluan mendapatkan ulasan teknikal daripada pelbagai agensi. Pada masa ini proses tersebut sering dilaksanakan secara berturutan di mana satu agensi perlu menunggu agensi yang lain untuk memberi maklum balas terlebih dahulu sebelum proses seterusnya dapat diteruskan. Justeru saya ingin bercadang bahawa pendekatan ini perlu diubah kepada sistem yang lebih bersepadu dan selari di mana semua agensi berkaitan boleh memberikan ulasan secara serentak dalam satu tempoh masa yang sama bagi tujuan mempercepatkan keseluruhan proses kelulusan tanpa menjejaskan aspek kawal selia dan teknikal. Saya percaya sekiranya reformasi ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh merentasi agensi ia bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan pentadbiran, malah memberi impak langsung kepada pertumbuhan ekonomi negeri melalui pemudahcaraan, pelaburan, pengurangan kos pematuhan serta peningkatan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap sistem penyampaian Kerajaan. Kejayaan reformasi tadbir urus seharusnya diukur bukan hanya pada struktur dan inisiatif yang diwujudkan tetapi juga pada sejauh manakan ia benar-benar mempercepatkan proses memudahkan urusan rakyat dan memberi kesan positif kepada ekonomi negeri secara keseluruhannya. Seterusnya Balakong ingin menyentuh isu jalan berlubang seperti yang dizahirkan dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Isu ini bukan perkara kecik sebaliknya merupakan antara rungutan utama rakyat kerana ia melibatkan keselamatan harian pengguna jalan raya serta memberi kesan langsung kepada kualiti hidup. Kami sering menerima aduan berkaitan keadaan jalan yang berlubang, rosak dan berbahaya. Masalah ini bukan sahaja menyusahkan malah boleh mengundang risiko kemalangan jika tidak ditangani dengan segera dan berkesan. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak PBT khususnya MPKJ atas respons dan tindakan segera yang telah diambil dalam banyak kes. Namun begitu saya juga difahamkan bahawa terdapat kekangan tertentu khususnya berkaitan status pemilikan jalan di mana ada jalan yang masih belum diserahkan secara rasmi atau sukar dikenal pasti bidang kuasa penyelenggaraannya. Kekangan ini akhirnya menyebabkan kelewatan tindakan, sedangkan rakyat terus terkesan. Justeru saya berpandangan bahawa satu pendekatan yang lebih sistematik bersepadu dan komprehensif perlu dilaksanakan. Dalam hal ini saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri melalui INFRASEL memainkan peranan sebagai pelaksana segera bagi kategori yang, kategori jalan yang tidak jelas status pemilikannya atau berada dalam keadaan kritikal. Pendekatan yang boleh

dilaksanakan dengan prinsip baiki dulu selesaikan kemudian. Maksudnya kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera demi keselamatan rakyat dan selepas itu kos boleh dituntut atau dicaj semula kepada pemilik jalan yang dikenal pasti. Pendekatan ini saya kira lebih proaktif berbanding menunggu proses penentuan pemilikan yang berpanjangan atau saling menuding jari antara agensi. Selain itu kerajaan juga wajar memperkukuhkan mekanisme penyelarasan dan pangkalan data bersepadu antara PBT, JKR serta agensi yang berkaitan supaya isu status jalan tidak lagi menjadi penghalang kepada tindakan segera di lapangan. Isu asas seperti ini tidak seharusnya berlarutan sehingga menjejaskan keyakinan rakyat. Apa yang diperlukan adalah tindakan yang pantas, koordinasi yang jelas serta keberanian untuk melaksanakan penyelesaian di luar kebiasaan demi kepentingan rakyat. Tuan Speaker, seperti yang telah dititahkan oleh DYMM Tuanku, masih terdapat ruang penambahbaikan dalam perkhidmatan kutipan sampah. Terutamanya apabila aduan terus berulang berkaitan ketidakpatuhan jadual kutipan serta tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Perkara ini memberi gambaran bahawa sistem penyampaian sedia ada masih belum mencapai tahap kecekapan dan konsistensi yang diharapkan. Di kawasan Balakong misalnya masih kerap berlakunya kelewatan dalam kutipan sampah. Jadi saya minta supaya perkara ini dapat diatasi segera. Kita tidak wajar berkompromi dengan mana-mana kontraktor yang tidak mencapai prestasi yang sepatutnya. Saya juga ingin menarik perhatian bahawa gangguan perkhidmatan telah berlaku semasa tempoh peralihan daripada kontraktor lama kepada kontraktor baru. Keadaan ini telah memberi kesan langsung kepada kesejahteraan kepada penduduk setempat. Justeru proses peralihan pada masa hadapan perlu dirancang dengan lebih rapi termasuk pelan mitigasi yang jelas bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan tidak terjejas. Di samping itu keadaan jalan menghala ke tapak pelupusan di Tanjung Dua Belas yang dilaporkan rosak sebelum ini turut menimbulkan kebimbangan. Infrastruktur yang tidak di selenggara dengan baik bukan sahaja menjejaskan kelancaran operasi pelupusan sisa malah juga berpotensi meningkatkan kos logistik serta risiko keselamatan kepada para pengguna jalan raya dan operator. Justeru saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kerajaan apakah status terkini tindakan yang telah atau sedang diambil bagi menangani gangguan kutipan semasa tempoh peralihan kontraktor serta usaha membaiki jalan ke tapak pelupusan Tanjung Dua Belas. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana melalui KDEB telah menanggung peningkatan kos operasi sekitar RM4 juta sebulan akibat kenaikan harga diesel sebagai langkah memastikan operasi harian tidak terjejas. Sehubungan itu adalah tidak munasabah sekiranya ada mana-mana kontraktor menjadikan faktor kos sebagai alasan untuk mengurangkan mutu ataupun skop perkhidmatan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat. Dalam masa yang sama saya juga ingin menggariskan bahawa isu pembuangan sampah haram perlu dilihat masih berleluasa. Perkara ini menimbulkan persoalan apakah wujud kekangan dari segi penguatkuasaan sedia ada sama ada dari aspek perundangan, sumber manusia mahupun penyelarasan antara agensi. Sehubungan dengan itu saya ingin mendapatkan penjelasan Kerajaan Negeri Selangor mengenai perancangan kerajaan

sekiranya pelaksanaan Akta 672 terus ditangguhkan. Adakah terdapat pendekatan alternatif yang lebih proaktif untuk membendung aktiviti pembuangan sampah haram ini daripada terus berlarutan. Balakong ingin menjunjung kasih titah Tuanku atas keprihatinan terhadap situasi semasa dunia yang penuh ketidaktentuan khususnya akibat faktor geopolitik yang meningkatkan risiko konflik dan peperangan. Kebimbangan Tuanku terhadap kenaikan harga minyak dan gas dunia serta kemungkinan kekurangan bekalan akibat konflik di Asia Barat adalah sangat berasas. Kesan rantaian daripada situasi ini telah mula dirasai melalui peningkatan harga bahan api dan barangan keperluan yang akhirnya memberi tekanan langsung kepada kos sara hidup rakyat. Sehubungan dengan itu titah Tuanku agar Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada perbelanjaan keperluan asas bagi meringankan beban rakyat adalah satu panduan yang jelas dan tepat pada masanya. Tuan Speaker dalam konteks ini Balakong ingin, Balakong melihat pakej pengukuhan daya tahan Selangor sebagai satu respon dasar yang selari dengan hasrat Tuanku. Pertamanya, dari sudut persiapan menghadapi cabaran jangka panjang, Kerajaan Negeri telah mengadakan perancangan dengan penglibatan pakar-pakar bidang ekonomi, kewangan, geopolitik dan tenaga. Ini menunjukkan pendekatan yang berasaskan data dan jangkaan risiko bukan sekadar reaksi kepada keadaan semasa. Selangor juga tampil sebagai antara negeri terawal untuk mengumumkan pakej yang dirangka untuk memastikan daya tahan sehingga hujung tahun 2026. Langkah ini diambil sebelum negara menerima kesan yang paling buruk. Kita telah mengambil iktibar daripada pengalaman negara jiran yang telah berdepan gangguan bekalan minyak dan makanan sehingga menyebabkan kenaikan harga dan kekurangan bekalan kepada rakyat. Kedua, langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat, peruntukan sebanyak RM 131 juta mencerminkan komitmen yang serius malahan telah fokus kepada keperluan asas rakyat. Antaranya baucar KitaSelangor yang dijangka dapat memanfaatkan 50 ribu penerima dalam masa yang sama peningkatan kekerapan jualan Ehsan Rakyat serta pengukuhan gudang makanan juga memperlihatkan usaha kerajaan memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga kekal berpatutan selari dengan titah Tuanku agar keperluan asas diberi keutamaan. Kemudian dari segi pengangkutan awam pula, subsidi yang diberikan sebanyak RM 30 sebulan bagi tempoh setengah tahun untuk 30 ribu orang Selangor juga merupakan satu galakan kepada rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam lalu mengurangkan penggunaan bahan bakar api supaya Malaysia dapat memanjangkan rizab bahan bakar api. Saya juga difahamkan bahawa STANDCO Mobiliti kini sedang bekerjasama rapat dengan operator-operator utama industri, van VRT supaya jaringan 1st mile dan last mile dapat diperluaskan. Ini adalah sangat penting kerana sekiranya jaringan sedia ada tidak diperkukuhkan, subsidi pengangkutan awam tidak akan memberi impak dalam meningkatkan penggunaan pengangkutan awam. Untuk itu Balakong ingin memohon supaya perkhidmatan VRT ini dapat ditambahkan dan diperluaskan lagi kawasan perkhidmatannya khususnya di kawasan pentadbiran MPKJ termasuk Balakong. Memandangkan kawasan pentadbiran

MPKJ merupakan antara PBT yang mempunyai paling banyak stesen MRT. Begitu juga di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan universiti dan kolej sekiranya perkhidmatan VRT dapat diperluaskan di kawasan tersebut ianya dapat memudahkan mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di luar kampus untuk pergi ke kuliah. Balakong juga ingin menjunjung kasih atas titah Tuanku yang telah menggariskan faktor penting tentang ketidaksesuaian aktiviti ternakan babi di negeri Selangor. Kita semua setuju agar isu pencemaran serta kesesuaian guna tanah merupakan perkara asas yang tidak boleh di kompromi kerana ia melibatkan kesihatan awam, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan rakyat. Dalam konteks ini Balakong melihat pelaksanaan dasar kini wajar bergerak kepada satu pendekatan yang lebih tersusun iaitu pelaksanaan pelan sandaran secara menyeluruh berfasa dan berstruktur di negeri Selangor. Sehubungan dengan itu saya ingin mengemukakan beberapa persoalan penting. Yang Pertama, apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan penstrukturan semula jadi industri ini tidak dilaksanakan secara mengejut serta kejelasan hala tuju industri ke hadapan. Yang kedua, kawalan kos serta kebolehlaksanaan dasar. Realitinya setiap transformasi akan melibatkan implikasi kos yang sangat besar khususnya kepada pengusaha kecil dan sederhana. Justeru apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan wujudnya mekanisme kawalan kos yang realistik termasuk sokongan transisi serta pendekatan yang tidak membebankan mana-mana pihak industri secara tidak seimbang. Dalam konteks ini juga perlu diambil kira bahawa sebarang kebergantungan kepada import akan meningkatkan kos rantaian bekalan. Akhirnya tekanan kos ini tidak hanya tertanggung di peringkat pengusaha atau pembekal tetapi akan di terjemah kepada kenaikan harga perbelanjaan di pasaran dan memberi kesan kepada pengguna akhir. Oleh itu aspek kawalan kos rantaian bekalan mesti diperhalusi supaya dasar yang bakal dilaksanakan nanti tidak menimbulkan kesan sampingan kepada harga makanan asas dan keterjaminan bekalan. Ketiga, apakah Kerajaan Negeri juga akan meneliti keperluan untuk perluaskan dasar kepada semua sub sektor penternakan termasuk lembu, kambing dan sebagainya berdasarkan tahap risiko pencemaran, kesesuaian tanah serta impak terhadap alam sekitar. Langkah ini penting kerana Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Negeri dapat bertindak lebih awal dan secara berstruktur sebelum isu menjadi lebih kritikal. Bunga raya mekar di taman, harum mewangi sepanjang hari, taat setia jadi pegangan, Tuanku disembah sepenuh hati. Balakong menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Balakong menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Yang Berhormat Batu Tiga.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih kepada Tuan Speaker. Terima kasih juga atas seruan diberikan hari ini saya bangun mewakili Batu Tiga untuk membahaskan realiti dan juga membahaskan usul menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah

SWT kerana kita hari ni dapat lagi mengekalkan struktur ekonomi yang sangat hebat di negeri Selangor ini. Selangor sebagai enjin ekonomi negara pastinya sudah menjadi suatu benchmark mark yang mana telah pun kita tetapkan dahulu yang mana kita telah pun mencapai paras tertinggi pada tahun 2024 sebanyak 378 bilion ringgit mengikut laporan MIDA dalam pelaburan swasta. Malah saya juga ingin menyentuh satu lagi laporan daripada MATRADE juga menyentuh tentang pencapaian syarikat-syarikat Selangor yang juga menunjukkan prestasi yang sangat tinggi dalam negeri Selangor kita. Kekuatan ekonomi ini juga disokong oleh pelbagai faktor dan juga inisiatif yang dibangunkan pihak kerajaan. Namun bila berlaku masalah dan krisis ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kita semua. Walaupun hari ini kita bercakap tentang ekonomi Selangor berada pada tahap yang sangat baik. Kita bersaing dengan beberapa buah negeri yang lain antaranya Johor dan Pulau Pinang tetapi dalam keadaan itu juga faktor yang paling besar yang menjadikan kita tertekan hari ini ialah faktor luaran. Yang juga akan mengakibatkan kalau kita tidak berhati-hati dengan kenaikan harga bahan mentah ataupun bahan minyak kita dan juga akan mengganggu cycle ataupun surprichange yang juga berkadar langsung dengan semua industri yang berlangsung di negeri Selangor ini. Maka kita akan berhadapan dengan satu ancaman yang mungkin sukar untuk kita kawal. Saya juga ingin menyentuh perkara itu sebab ia berkadar langsung dengan apa yang sedang berlaku di dalam negeri kita. Selangor ataupun saya khususnya di Shah Alam sendiri dan di DUN Batu Tiga adalah hub ekonomi negeri Selangor. Yang mana kalau saya baca daripada laporan daripada pihak MBSA dan juga INVEST ada sekitar lebih 400 ataupun 500 buah pusat-pusat industri dan juga pusat-pusat pembangunan ekonomi dalam Shah Alam ini. Dan juga kita melihat kalau ada berlaku kesan-kesan faktor luaran yang memberikan kesan kepada kita, saya ambil contoh satu yang berlaku pada tahun, 3 tahun lepas ketika ‘GOODYEAR’ terpaksa ditutup kilang operasinya ia memberikan kesan kepada hampir 1000 pekerja yang rata-ratanya juga adalah penduduk ataupun masyarakat di Shah Alam. Dan untuk itu sebenarnya kalau kita boleh buat persiapan lebih awal dengan apa yang sedang berlaku dalam geopolitik hari ini. Saya sangat-sangat berharap supaya kita menyelamatkan industri kita sebab ia akan berkadar langsung kepada impak kepada rakyat. Tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat semua, kerajaan perlu wujudkan satu program intervensi awal untuk kita selamatkan. Saya ucapkan tahniah kepada pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mengumumkan pakej daya tahan berjumlah 131 juta tetapi dalam itu belum lagi termasuk dengan bantuan yang kita boleh berikan kepada pihak industri ataupun pihak PMKS yang berada di negeri Selangor. Ia sedikit sebanyak juga akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Saya ambil satu rekod daripada statistik PERKESO. Statistik pekerja aktif PERKESO di negeri Selangor hari ini yang berakhir pada tahun 2025 ialah sebanyak 2.29 juta orang. Maknanya semua orang ataupun masyarakat di negeri Selangor ini daripada 27 juta populasi kita, 2.29 juta adalah penggerak ataupun penggiat dalam ekonomi swasta. Dan mungkin sebahagian besarnya adalah terkait dengan industri yang berada di negeri Selangor. Dan untuk itu sebenarnya kalau kita tidak laksanakan sebarang intervensi, saya risau dan saya sangat takut ia akan beri kadar langsung dan impak kepada mereka semua. Ia akan beri impak kepada ketua keluarga, ia akan beri impak kepada

pendapatan isi rumah dan juga ia akan beri impak kepada masyarakat secara keseluruhannya. Tuan Speaker saya harap Kerajaan Negeri dapat mengambil perkara ini sebagai sebuah perkara yang sangat besar sebab kita tidak mahu sebarang perkara walaupun dalam rekod PERKESO juga yang dikongsi kan kepada saya ada rekod-rekod jadual kehilangan pekerjaan, ada, yang kita tidaklah nafikan sejak daripada tahun awal tahun 2026 ini, sejak pada Januari sampai ke April ini ada kehilangan pekerjaan yang direkodkan oleh PERKESO, tapi kita tidak mahu impak itu terus berkembang dan berkembang sampai ke akhirnya. Untuk itu Yang Berhormat Speaker, saya berharap pihak Kerajaan akan berikan fokus kepada pihak industri. Saya telah buat pertemuan dengan pihak Invest, dengan sebanyak 150 pusat-pusat industri yang berada di Shah Alam, kita pilih segmen-segmen tertentu tempoh hari, kita buat pertemuan dan kita dengar pandangan daripada pihak mereka dan saya juga dimaklumkan dalam pakej daya tahan itu juga dimasukkan, kita akan buat libat urus bersama pihak industri, saya sambut baik. Kita perlu buat lagi dan kita perlu dengar lagi apa lagi respons dan rintihan yang mereka hadapi setakat ini. Dan mungkin yang kita hadapi hari ini adalah pada bulan tiga dan bulan empat, cerita pada bulan tiga dan bulan empat ini mungkin tidak akan sama dengan cerita pada bulan lima, kita masuk bulan Mei nanti atau bulan enam nanti. Saya berharap dialog itu boleh kita teruskan dan kita dapatkan pandangan mereka. Yang saya lebih risaukan ialah masyarakat ataupun pekerja-pekerja kita. Kalau di rekodkan sini 2.29 juta kita ambillah mungkin sebahagian besar yang terlibat yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua, yang terlibat dalam industri logistik perkhidmatan dan juga pembuatan, kita anggaplah mungkin sekitar 40%. 40% daripada 2.29 juta ini lah yang akan berisiko kehilangan pekerjaan sekiranya kita tidak bantu ataupun melaksanakan sebarang intervensi kepada pihak industri. Saya bercakap hal ini bukan menyebelahi mana-mana pihak, tetapi kita bercakap tentang realiti. Sebenarnya kita berhadapan dengan satu situasi yang mungkin di luar kawalan kita, disebabkan peperangan yang berlaku antara US dan Iran, tetapi impaknya daripada berapa ribu batu jauhnya itu, impaknya dirasai oleh kita semua di negeri Selangor khususnya pada hari ini. Dan risiko penguncupan ekonomi dan pekerjaan ini adalah satu perkara sangat penting, jadi saya mohon EXCO Pelaburan dan EXCO Sumber Manusia datangkan kepada kita mungkin pakej-pakej rangsangan ataupun cadangan-cadangan intervensi yang boleh kita pertimbangkan supaya kita lihat secara keseluruhan. Saya juga tidak menafikan selain daripada industri pembuatan dan juga perkhidmatan, mungkin akan ada lagi industri-industri yang terkesan seperti yang dibahaskan oleh beberapa Ahli Dewan yang lain, berkaitan dengan pertanian yang melibatkan juga kos jentera berat yang juga terkesan dengan kenaikan harga minyak. Saya harap dua EXCO dapat membantu saya untuk kita laksanakan program intervensi. Yang Berhormat Speaker, kalau kita tunggu impak itu datang, kita akan terlambat buat keputusan. Saya cadang kalau kita boleh buat libat urus itu lebih awal, sebaik sahaja mungkin sidang kita habis 30 hari bulan, saya cadangkan 3 hari bulan ataupun 4 hari bulan kita terus buat libat urus bersama dengan pihak industri, itu cadangan saya. Dan saya berhasrat untuk

bersama-sama dalam libat urus itu dan saya akan maklumkan kepada pihak Invest nanti, Insya Allah.

Tuan Speaker, saya ingin mengambil ruang untuk bercakap tentang beberapa isu yang lain. Saya berterima kasih kepada urus setia dan juga Yang Berhormat Speaker kerana membenarkan sekumpulan golongan belia daripada Majlis Belia OKU Selangor Malaysia yang hadir semalam seramai 12 orang yang datang ke dalam sidang dewan kita, walaupun dalam keadaan mereka kelainan upaya ataupun kekurangan upaya. 12 orang, empat daripada mereka berkerusi roda, saya nak cerita realiti kepada kita semua supaya kita faham. Yang Berhormat Speaker, empat orang berkerusi roda boleh akses sehingga ke bangunan dewan kita, bangunan Annex pun boleh akses sebab kita ada hidraulik sistem dekat tangga bawah, cuma kita ada masalah bila nak masukkan mereka ke dalam dewan galeri kita. Sampai kenapa kita terpaksa ambil sukarelawan enam orang untuk angkat kerusi roda dan masukkan mereka ke dalam dewan kita.

Itu baru Dewan Negeri Selangor, kita belum lihat lagi mungkin bangunan SUK, kita belum lihat lagi semua 12 PBT, bangunan majlis, kita belum lihat lagi semua bangunan pejabat daerah kita dan saya berharap kalau boleh biarlah perkara semalam yang berlaku itu adalah eye opener kepada kita semua supaya semua pihak, semua agensi mengambil kira juga, sebab mereka hari ini sudah berada dalam masyarakat, mereka hari ini bukanlah satu kumpulan yang boleh kita ketepikan pada bila-bila masa, mereka nak bersama dengan masyarakat, mereka nak berada inclusive bersama dengan kita, tetapi kita tidak sediakan tempat dan akses yang baik kepada mereka. Saya ucapkan terima kasih atas usaha semalam, tapi banyak lagi yang perlu kita laksanakan.

Saya juga ingin menyebut, Majlis Tindakan OKU Selangor sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun, baik swasta ataupun pihak Kerajaan, kita nak bantu 150 ribu orang Orang Kurang Upaya berdaftar di negeri Selangor ini, biarlah mereka mempunyai akses yang baik dalam negeri kita. Biarlah mereka juga mempunyai hak yang sama dalam negeri kita, dan biarlah mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri kita. Sebab itulah saya berharap kalaulah mereka ini walaupun kita lihat adalah kumpulan-kumpulan kecil, ramai kalangan mereka ini sudah menjadi pun graduan-graduan di universiti-universiti dan memiliki ijazah-ijazah yang hebat. Saya harap kita boleh berikan ruang itu dan yang pertama yang perlu kita uruskan ialah accessibility mereka ke dalam bangunan-bangunan kita.

Kedua ialah Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak SELCARE. Hal ini kita berdepan dengan masyarakat ataupun anak-anak kita yang menghadapi literasi dan numegrasi. Kita buat program tuisyen rakyat, saya sokong dan saya sangat puji. Tapi kita tertinggal satu perkara, kalau mereka ini ada masalah perkembangan ataupun lewat perkembangan, mereka tak akan boleh ikuti program literasi dan numegrasi

yang kita sediakan, sebab itu saya cadangkan pada pihak SELCARE untuk pertimbangkan. Disediakan speech therapist di setiap klinik SELCARE, kenapa saya sebut di setiap? Sebab hari ini kes ataupun yang kita diagnosis sudah pun berada di semua tempat.

Kalau dulu kita berikan tumpuan pada pusat bandar, kita sediakan pusat ANIS di Shah Alam, kita ada isu di tempat lain, kita sediakan pula di Gombak, kita terlalu segmentise tempat yang kita rasa ini ada, situ ada baru kita buat. Tapi hari ini bilangannya ramai, dan kes yang kita akan berdepan juga akan bertambah. Saya berharap kalau speech therapist boleh disediakan di semua klinik SELCARE atau kita mulakan dulu dengan beberapa pakej mungkin 10 ataupun 15 orang, ia sangat membantu perkembangan awal kanak-kanak kita. Itu cadangan yang dua.

Yang ketiga, Yang Berhormat Speaker. Isu banjir telah pun dibahaskan banyak oleh banyak pihak, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat semua yang ada masalah banjir, saya tidak nafikan dan saya juga ingin juga menyatakan kita juga ada masalah banjir di Shah Alam seperti disebutkan oleh Sijangkang tadi, di pusat ibu negeri inilah adanya the best drain, di sini jugalah ada kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar dan sebagainya dengan pusat pentadbiran kita SUK, tapi saya nak sebut juga di Shah Alam juga sedang menghadapi masalah.

Pertama saya nak berikan pujian dulu kepada pihak JPS, tidak saya nafikan sejak daripada 2023 lepas kita habis pilihan raya, hubungan saya dengan pihak JPS sangat baik. Kita berjaya menyelesaikan apa, kita dah berjaya mengurangkan daripada 9 hotspot banjir kepada 4 sahaja yang tinggal. Apa yang kita buat, kita buat pam air di Taman Intan Batu Tiga, yang sedang sedikit lagi, tinggal 2% lagi. Kita buat pam air di Kampung Padang jawa, kita buat pembersihan mega di culvert KTM di Padang Jawa, kita buat pam air di Kampung Kebun Bunga dan kita buat pam air juga. Kita tempatkan satu juga pam air di seksyen 23. Semua ini telah menelan kos lebih satu juta ringgit dan saya juga ucapkan terima kasih kepada pihak JPS kerana sentiasa berhubung dengan kita dan menyampaikan maklumat kepada kita. Ada dua projek ataupun tiga projek lagi yang sedang dalam pembangunan yang mana saya share projek itu dengan Kota Kemuning sebab dia melibatkan RTB Sungai Klang ini, dia akan libatkan dua-dua belah, kalau saya buat sebelah, Kota Kemuning jadi masalah, tapi kalau buat sebelah sahaja Kota Kemuning, saya pun masalah, so Kota Kemuning kita kena bersama-sama pastikan masalah kita boleh diselesaikan. RTB di Sungai Klang dia akan libatkan jajaran 3.2 kilometer projek SPS. Saya sangat berharap kajiannya telah kita laksanakan itu sudah merangkumi jangkauan ataupun jangkaan kita sepuluh ke lima belas tahun akan datang. Kenapa saya sebut begitu, sebab hari ini paras air laut yang tertinggi yang kita pernah rekodkan ialan 5.8 meter. Katalah lagi 5 tahun, jadi 6.3 meter, adakah projek SPS ini boleh menampung air setinggi itu. Maksud saya, kalau kita buat projek itu biarlah projek itu berbaloi untuk lima belas tahun ataupun dua puluh tahun akan datang. Sebab itu bila kita sebut tentang paras air laut yang naik, pastikan apa pun tebatan banjir yang kita buat, kita cuba extra lebihkan sedikit ketinggiannya supaya bila-bila berlaku, bila-bila masa

berlaku pun kita dalam keadaan yang bersedia. Itu akan menelan belanja 469 juta ringgit dan di Taman Rashnah telah pun lulus sebanyak 40 juta ringgit, saya juga ucapkan terima kasih kepada JPS kerana mendapatkan peruntukan sejumlah itu untuk kita selesaikan masalah yang berlaku berulang-ulang kali di Taman Rashnah.

Dan saya juga akan mengikuti rapat yang disebut oleh Yang Berhormat Infra, Pandan Indah yang sebut ada dashboard di website JPS dan saya juga akan follow rapat perkembangan setiap hari dan setiap waktu. Sebab kita nak pastikan biarlah projek itu boleh disiapkan dengan baik.

Saya juga nak sebut tentang LRT 3, memanglah infranya sudah siap, kalau ikut jajarannya yang melalui kawasan Shah Alam ini bermula di seksyen 7 tepi UITM, pusat bandar, kemudian pergi seksyen 13, kemudian dia masuk Seri Setia dan terus ke depan. Tetapi Yang Berhormat Speaker, saya ingin bangkitkan tentang bagaimana kita mempersiapkan first mile dan last mile connectivity itu. Sebab LRT 3 tidak melalui kawasan Batu Tiga, saya nak sebut sebab dia hanya melalui kawasan Kota Anggerik, so orang yang mungkin di seksyen 19, 18, 17 masih lagi perlu naik KTM yang sedia ada hari ini. Alhamdulillah jugalah sedang dinaik taraf. Tapi accessibility kepada naik LRT 3 mungkin agak jauh untuk kita sampai. Saya nak lontarkan kepada EXCO Mobiliti kita, apakah kita sudah membuat persiapan lebih awal untuk pastikan integrasi keseluruhan pengangkutan awam kita, ada LRT, ada KTM, ada bas Smart Selangor, ada DRT, sekarang ini pun ada On Demand, prasarana, semua-semua itu saya nak pastikan kalau boleh kita buat connectivity itu dengan kemas. Sebab itu semua akan membantu bila kita buat sesuatu projek pembangunan ataupun pelaburan masuk ke dalam sesuatu tempat, kita nak kalau boleh pengangkutan awam ini boleh support. Saya berjumpa dengan beberapa pihak, saya ingat dalam 13 pusat logistik di Shah Alam. Pusat logistik ini dia ada yang dah siap, ada yang sedang dibina. Yang dah siap, yang dah sedang beroperasi hari ini menghadapi masa apa Tuan Speaker, mereka menghadapi masalah parking, dan juga keluar masuk, laluan keluar masuk kenderaan setiap hari. Mereka sendiri ada klien, klien mereka ini setiap hari lori keluar masuk, tapi kenderaan sendiri kakitangan pun kena ambil kira juga, sebab hari-hari pun keluar masuk. So mereka hadapi masalah laluan, laluan yang sempit itulah lori pun masuk situ, laluan itu jugalah semua kakitangan dan juga orang-orang lain datang dan keluar masuk. Sebab itu bila mereka menghadapi masalah parking, masalah laluan ini yang mampu menyelesaikan ialah pengangkutan awam. Sebab itu saya sebut kepada pihak MBSA, cuba ambil kira juga ke semua ini. Pusat logistik kita rasa macam alah, kau dah ada lori sendiri, kau dah ada kenderaan sendiri, pakailah, tidak, pada sampai pada masanya, walaupun kita kata parking disediakan dekat rooftop ke sebagainya, dia pasti juga akan hadapi masalah kesesakan. Saya harap biarlah connectivity itu boleh kita sama-sama susun dan kita pastikan ia tidak ada masalah pada masa akan datang supaya biarlah apa pun kemudahan yang kita sediakan, orang pakai.

Yang Berhormat Speaker, sebenarnya kalau boleh saya sebutkan, MBSA juga dah bagi laporan pada kita. Kadar pengguna bas Smart Selangor kita ini di Shah Alam lah saya sebut Shah Alam, berada dalam paras yang paling rendah, sebab orang Shah Alam atau pun orang kita, bekerja di luar Shah Alam, yang bekerja di dalam Shah Alam ini siapa, warga asing. Sebab mereka akan pilih perumahan ataupun penginapan yang paling dekat dengan tempat kerja, paling senang mereka naik basikal, tapi bila dah tiada pilihan, mereka naik bas, naik bas bayarlah dengan kadar yang kita tetapkan walaupun warga asing.

Tapi, orang awam tak pakai, sebab mereka bekerja di luar. Sebab itu bila saya sebut ada berapa usaha yang saya nak laksanakan bersama dengan EXCO Pelaburan kita, biarlah semua ataupun pelabur-pelabur yang baharu ini diberikan sedikit kuota ataupun berikan sedikit galakkan kepada orang tempatan bekerja dalam kawasan sendiri, sebab itu dalam usaha itulah kita boleh galakkan penggunaan pengangkutan awam, kita juga boleh menjimatkan penggunaan kos petrol untuk perjalanan mereka keluar ke Shah Alam. Dengan itu saya ingat kita boleh usahakan dengan baik sekali, Insyaallah.

Dan saya akhiri terus dan menutup terus dengan sedikit di hujungnya, krisis global ini tidak menunggu kita bersedia, tetapi Kerajaan yang baik adalah Kerajaan yang bersedia lebih awal. Selangor mempunyai kekuatan ekonomi yang sangat baik dan saya harapkan kita mampu menyelesaikan masalah walaupun kita berada dalam krisis ini. Sekian dahulu, Batu Tiga Menjunjung Kasih Titah Dulu Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Timbalan Speaker

Terima kasih Batu Tiga, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan satu tengah hari, dengan ini saya menangguhkan dewan hingga jam dua tiga puluh petang. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Baik. Dewan bersambung semula. Siapa yang nak bahas tadi?

Hulu Bernam.

Speaker

Ya. Hulu Bernam tadi mula berapa lama dah?

Baru nak mula.

Speaker

Baru nak mula. Saya bagi 15 minit la.

Ok.

Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahhirrohmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Hulu Bernam ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sempena pembukaan Persidangan Dewan Negeri Selangor bagi penggal ini. Sesungguhnya titah Tuanku bukan sekadar merakamkan pencapaian negeri tetapi turut mengandungi teguran yang jelas dan peringatan yang serius kepada Kerajaan Negeri agar tidak alpa dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Hulu Bernam berpandangan kesemua titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor seperti isu konflik global dan kos sara hidup, isu kesejahteraan ekonomi rakyat, isu teknologi dan tenaga, isu banjir dan perumahan mampu milik serta cadangan penangguhan SUKMA bukti kecaknaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor terhadap kerajaan baginda serta sekalian rakyat Selangor khususnya. Sebagai wakil rakyat pembangkang Hulu Bernam melihat titah ini sebagai satu amanah penting yang perlu di bahas secara jujur berfakta dan bertanggungjawab selari dengan hasrat Tuanku sendiri agar perbahasan di Dewan ini tidak bersifat retorik semata-mata. Tuan Speaker.

Speaker

Maaf Yang Berhormat sekejap ya. Saya lupa kita mengalu-alukan kehadiran 20 orang pelawat dari Jabatan Kemajuan Orang Asli, Daerah Kuala Langat dan Klang dan diketuai oleh Encik Mohd Helmi Muizuddin bin Shahidan yang diaturkan oleh UPEN dan JAKWA , NSWP. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Ya, Yang Berhormat Hulu Bernam sambung semula.

Ok. Saya turut mengalu-alukan kedatangan semua yang hadir ke Dewan. Tuan Speaker konflik yang dimulakan Amerika dan Israel terhadap Iran telah melarat menjadi perang serantau yang memberi kesan langsung kepada laluan tenaga dan perdagangan dunia. Konflik ini juga bukan sekadar isu

ketenteraan ia sudah menjadi krisis tenaga, logistik, makanan dan inflasi global. Malah PBB memberi amaran tentang gangguan pada bekalan minyak, gas dan baja manakala syarikat perkapalan besar melaporkan kos tambahan besar dan gangguan tempahan ke pelabuhan-pelabuhan Teluk. Kesan rantaian konflik ini tidak terhad kepada kawasan di negara-negara Teluk seperti UAE, Bahrain dan Qatar. Bahkan seantara dunia merasai bahana perang ini termasuk negara kita Malaysia dan negeri kita Selangor.

Tuan Speaker, krisis tenaga global hari ini akan memberi tekanan besar kepada pelbagai industri yang akhirnya akan memberi tekanan kepada pasaran buruh. Data PERKESO baru-baru ini, saya lihat di sebelah sesi pagi tadi ADUN Batu Tiga turut membawa data daripada PERKESO berkenaan dengan jumlah pekerja di negeri Selangor. Tetapi pada petang ini saya nak membawa satu data PERKESO yang baru-baru ini mencatatkan jumlah yang kehilangan pekerjaan menjangkau 1,700 orang di negeri Selangor. Malah besar kemungkinan ini akan lebih meningkat lagi daripada semasa ke semasa melihat kepada tekanan dan juga krisis yang berlaku pada hari ini. Bayangkan hari ini jumlah itu ahli keluarga di Selangor jatuh miskin dan sedang hidup dalam keadaan penuh kebimbangan terhadap masa hadapan mereka. Mereka juga memiliki pasangan, anak-anak kecil, barangkali menjaga orang tua di rumah mereka untuk mereka menyediakan makanan di atas meja mereka. Dua hari yang lalu, Kerajaan Persekutuan ada mengumumkan langkah tambahan membantu golongan tersisih peluang pekerjaan. Saya fikir Selangor juga perlu ada pelan-pelan khusus memastikan rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan terus terbela.

Soalan Hulu Benam kepada Kerajaan Negeri di bawah portfolio Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan. Adakah rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan ini boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam Senarai Data MyKasih? Hulu Benam secara peribadi melihat ada keperluan Yang Berhormat untuk diadakan satu kerjasama dengan pihak PERKESO supaya maklumat yang diperolehi daripada PERKESO terus dimasukkan ke dalam Data MyKasih supaya mereka dapat beroleh bantuan-bantuan yang Kerajaan sediakan sehingga satu tempoh masa yang ditentukan. Selain mendapat tambahan daripada skim insurans pekerjaan daripada PERKESO. Selain itu, apakah usaha-usaha giat lain Yang Berhormat yang sedang disusun dalam mendepani isu ini supaya rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan boleh mendapat padanan pekerjaan dalam tempoh yang tertentu. Hulu Benam turut ingin bertanya Kerajaan Negeri di bawah portfolio pembangunan wanita dan kebajikan masyarakat yang bertanggungjawab terus dalam pelaksanaan BINGKAS. Mengapa pendaftaran BINGKAS bagi tahun 2026 masih belum lagi dibuka sedangkan di luar sana begitu ramai rakyat sedang menunggu untuk mendaftar. Dan Hulu Benam turut ingin bertanya adakah kuota BINGKAS ini akan dipertimbangkan agar dipertingkatkan khusus sebagai kesediaan menghadapi krisis ini.

Tuan Speaker, Hulu Benam ingin menyentuh sedikit berkenaan pakej pengukuhan daya tahan Selangor lanjutan daripada perbahasan Hulu Benam berkenaan kesan krisis global

kejap tadi. Saya telah mengambil peluang menghadiri satu taklimat yang dikendalikan oleh pihak UPEN berkenaan pakej pengukuhan ekonomi Selangor, pakej pengukuhan pakej daya tahan Selangor selepas selesai sidang mendengar setelah selesai mendengar sidang Titah Tuanku pada Isnin yang lepas. Dalam taklimat tersebut kami diberi maklum bahawa Kerajaan Persekutuan masih belum ada perancangan jelas dan menyeluruh bagi menghadapi kesan krisis ini ketika itu. Namun begitu Selangor telah membentangkan satu kerangka lebih awal sebagai asas persiapan menghadapi krisis ini. Hulu Bernam mengambil peluang merakamkan ucapan tahniah atas usaha kakitangan kerajaan yang proaktif menyediakan pelan ini.

Namun begitu Hulu Bernam melihat butiran-butiran yang ada di dalam pakej tersebut masih banyak yang boleh dibahaskan, masih ada banyak input-input yang diperlukan bagi menjadikan pakej pengukuhan daya tahan Selangor ini benar-benar berdaya tahan dan kukuh. Saya melihat ada beberapa ADUN yang turut membahaskan berkenaan dengan pakej daya tahan ini antaranya Bukit Lanjan, antaranya Balakong sebentar tadi dan beberapa ADUN-ADUN yang lain. Jadi soalan Hulu Bernam kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia atau ada perancangan untuk mengadakan sidang khas bagi membahaskan persiapan Negeri Selangor bagi menghadapi krisis tenaga global termasuk membahaskan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini? Saya yakin dan percaya banyak input-input daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini yang mewakili suara-suara rakyat di kawasan masing-masing dapat dikumpulkan untuk mengukuhkan persiapan menghadapi krisis lebih panjang dan pakej yang disebutkan tadi.

Saya beralih kepada topik pelupusan sampah e-waste khusus kepada panel solar. Merujuk kepada titah Dulu Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor berkenaan isu pengurusan sampah. Hulu Benam ingin membawa perhatian Dewan ini kepada satu dimensi baharu dalam pengurusan sisa yang semakin membimbangkan iaitu sisa elektronik ataupun e-waste dan secara spesifik merujuk kepada pelupusan panel solar atau solar photovoltaic, PV e-waste. Selangor sebagai negeri yang agresif dalam pembangunan tenaga boleh baharu termasuk pemasangan solar di bumbung premis industri, komersial dan kediaman kini perlu mengakui satu realiti iaitu pengurusan sisa panel solar akan menjadi satu lagi tanggungjawab yang perlu diuruskan dengan cermat. Berbeza dengan e-waste biasa panel solar mengandungi bahan yang lebih compact seperti kaca khas, aluminium, silikon serta logam berat tertentu yang memerlukan proses pelupusan dan kitar semula yang khusus. Jika tidak diuruskan dengan betul komponen ini berisiko mencemarkan tanah dan sumber air sekali gus memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

Soalan Hulu Bernam kepada Kerajaan Negeri khususnya Bandar Utama. Apakah ada sebarang dasar atau standard yang perlu dicapai bagi melupuskan sisa solar PV ini dan kepada Yang Berhormat EXCO Sekinchan, apakah perancangan pihak PBT dalam

mengendalikan sisa jenis solar PV ini yang sensitif kepada alam sekitar dalam kuantiti yang lebih besar di masa akan datang dan apakah current practice di PBT-PBT ketika ini.

Tuan Speaker, Hulu Bernam menjunjung kasih atas titah Tuanku Sultan Selangor yang berkenan mencadangkan Kerajaan Negeri agar memberikan fokus yang lebih serius membangunkan projek Waste To Energy. Tuanku dengan penuh kebijaksanaan mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memfokuskan kepada projek Waste To Energy ini kerana dapat mengurangkan kebergantungan pada tapak pelupusan sampah yang sudah semakin terhad. Selain itu, WTE ini boleh menghasilkan tenaga boleh diperbaharui dan menurunkan pelepasan gas rumah hijau yang lebih mesra alam sekitar dan ini akan menjadi pemacu utama masa hadapan yang lebih lestari. Sehubungan dengan itu, Hulu Bernam ingin memohon Kerajaan Negeri membentangkan kemajuan projek bagi projek WTE di Jeram, di Tanjung Dua Belas dan juga Kuala Langat.

Tuan Speaker, Hulu Bernam turut ingin merujuk kepada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang mencadangkan agar Kerajaan Negeri meneliti pendekatan negara seperti Belanda dalam menguruskan isu banjir. Adalah penting untuk kita memahami bahawa kejayaan Belanda bukan bergantung kepada satu projek besar semata-mata tetapi kepada satu sistem pengurusan yang menyeluruh, bersepadu dan berasaskan perancangan jangka panjang sebagai sebuah negara yang sebahagian besar kawasannya berada di bawah paras laut. Belanda ini berada di bawah paras laut telah membangunkan model pengurusan air yang bukan sahaja efektif tetapi juga menjadi rujukan dunia dalam menangani risiko banjir. Antara pendekatan utama yang digunakan ialah konsep Room For The River iaitu memberikan ruang kepada air untuk mengalir secara semula jadi. Berbanding cuba menahan sepenuhnya aliran air melalui benteng atau sistem saliran semata-mata. Pendekatan ini melibatkan pelebaran sungai, pembinaan kawasan takungan sementara serta penstrukturan semula pembangunan agar tidak tertumpu di kawasan berisiko tinggi. Ini menunjukkan satu perubahan paradigma daripada melawan air kepada mengurus dan hidup bersama air secara lebih strategik. Saya menyokong seperti mana perbahasan daripada Ijok sebelum ini, kita kena hidup dengan air ini.

Persoalan Hulu Bernam, adakah Kerajaan Negeri ini telah benar-benar mendalami teknologi yang diguna pakai Belanda ini? Adakah sebarang libat urus pernah diadakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan negara Belanda? Dan yang terpaling utama, apakah ada sebarang kekangan Kerajaan Negeri dalam meniru model negara Belanda ini yang telah terbukti berjaya mengawal banjir dengan begitu berkesan?

Saya beralih kepada tajuk Perumahan Mampu Milik. Tuan Speaker, selain daripada isu banjir, Hulu Bernam ingin membawa perhatian Dewan ini kepada satu perkara penting yang turut disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor iaitu keperluan menyediakan rumah mampu milik yang benar-benar boleh dimiliki oleh rakyat. Kerajaan Negeri

memaklumkan bahawa sehingga akhir tahun 2025, sebanyak 75,493 unit rumah mampu milik telah siap dibina dan sasaran sebanyak 120,000 unit akan dicapai dalam tempoh terdekat. Hulu Bernam ingin bertanya Kerajaan Negeri dengan isu konflik global yang masih berpanjangan serta kenaikan pelbagai kos harga barang dan bahan binaan hari ini, berapakah harga siling yang masih mampu ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi meneruskan agenda ini dan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula jumlah yang perlu disiapkan dalam tempoh setahun ini memandangkan harga bahan meningkat dan kuasa beli rakyat juga mungkin akan berubah.

Tuan Speaker, sebelum ke isu yang terakhir pembahasan hari ini Hulu Bernam turut menjunjung kasih atas titah Tuanku yang turut menyentuh berkenaan tadbir urus PBT yang merupakan barisan hadapan berurusan dengan rakyat. Tuanku bertitah supaya PBT bersegera memberi respons kepada setiap aduan rakyat dan persatuan penduduk lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan perkara-perkara asas seperti kebersihan, kutipan sampah, pembaikan jalan dan lampu yang menunjukkan keprihatinan Tuanku terhadap kesejahteraan kehidupan rakyat Tuanku. Di sini saya ingin mengambil peluang mengangkat isu setempat di tempat sendiri iaitu isu kebersihan pengusaha ternakan ruminan, pengusaha tanaman sayur dan lori-lori sampah yang lalu-lalang di kawasan sekitar Kalumpang menjadi tanda tanya warga setempat berkenaan pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan terhadap kawasan yang disebutkan.

Untuk makluman Ahli Dewan kawasan yang Hulu Bernam sebutkan ini dikelilingi dengan kawasan pertanian, penternakan dan tapak pelupusan sampah yang menjadi laluan lori-lori sampah setiap hari. Saya bangkitkan perkara ini kerana hari ini saya menerima banyak aduan rakyat berkenaan kacau ganggu lalat daripada penduduk di Taman Tempua Bestari, Kampung Gumut Tambahan dan Kampung Pasir Putih. Penduduk nak memulakan sarapan pun dah ada lalat dan baru-baru ini ada Majlis Aidilfitri pun penuh dengan lalat yang terbang di atas sajian-sajian dan juga juadah yang disediakan. Saya mohon pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya dan saya ingin bertanya Kerajaan Negeri berapa kali kah sepatutnya kekerapan pihak PBT melakukan tinjauan dan pemantauan ke premis-premis perusahaan dan jentera angkut sampah ini lebih-lebih lagi yang berdekatan dengan kawasan penempatan.

Terakhir, Hulu Bernam turut tertarik untuk mengulas ringkas dan bertanya soalan berkenaan isu yang telah pun diberikan keputusan oleh Kementerian Belia dan Sukan, dua hari yang lalu berhubung Penangguhan Sukan Malaysia, SUKMA yang ke-22. Hulu Bernam melihat pertimbangan yang disebut oleh Tuanku dalam titahnya dan pengesahan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan tersebut adalah rasional, mengambil kira keadaan ekonomi semasa yang mencabar dan keutamaan berbelanja untuk kebajikan rakyat dalam tempoh krisis ini. Dalam masa yang sama, Hulu Bernam ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini pada satu perkara yang tidak kurang pentingnya iaitu peruntukan sebanyak RM100 juta yang telah

disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Selangor 2026 bagi tujuan persediaan temasya sukan tersebut. Apakah status dana kewangan itu sekarang?. Berapakah jumlah-jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi membayar vendor-vendor yang berkaitan?

Bagaimana Kerajaan Negeri mengurus kewangan yang telah dibelanjakan setelah keputusan pembatalan ini diumumkan?. Saya bersetuju dengan cadangan Hulu Kelang, dalam perbahasan beliau supaya kos penganjuran ini ditanggung sepenuhnya oleh KBS. Terakhir Hulu Bernam turut ingin mencadangkan agar pulangan wang penganjuran ini dapat disalurkan kepada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor agar manfaat daripada program yang ada boleh ditambah luas dan dirasai lebih ramai rakyat yang terkesan di pelbagai peringkat. Akhir sekali saya ingin menutup dengan dua rangkap pantun

Hulu Bernam, sedikit nak tanya pasal SUKMA

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon mencelah.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Bernam nak bagi laluan kepada siapa?.

Batu Tiga. Silakan.

Speaker

Batu Tiga. Kawan baik ya.

Sebab kita kawan baik.

Speaker

Dulu kawan baik.

Yang Berhormat Hulu Bernam, bila Yang Berhormat sebut fasal penangguhan SUKMA kemudian jumlah itu dimasukkan ke Pakej Daya Tahan. Macam mana kalau kerajaan jawab sebahagiannya telah dibelanjakan. Maksudnya sebahagiannya telah dibuat renovasi dewan, stadium dan sebagainya. Tapi dalam tempoh yang agak suntuk untuk kita buat keputusan untuk kita menangguhkan. Saya menjunjung kasih titah Tuanku itu. Cuma nak mohon pandangan Hulu Bernam.

Maknanya sebahagian kos telah kita belanjakan dan sebahagian persiapannya sudah berada dalam tahap akhir. Macam mana pandangan Hulu Bernam?. Sebab kos itu telah pun kita belanja. Yang itu yang pertama, yang kedua kalau bersetuju untuk ditangguhkan, bila dicadangkan untuk ditangguhkan, sebab kita mengambil juga pendekatan umur atlet sebabnya dia akan berakhir pada 21 tahun. Mohon pandangan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Hulu Bernam.

Terima kasih Batu Tiga.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Soalan tambahan. Mohon mencelah. Boleh?.

Speaker

Terpulanglah kepada Hulu Bernam.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ok, boleh?.

Speaker

Hulu Bernam.

Hulu Kelang nak menambah?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak lanjutan daripada pertanyaan daripada Batu Tiga tadi. Saya nak tanya kalaulah alasannya sebahagian daripada itu telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri, apakah Yang Berhormat Hulu Bernam bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan tampung perbelanjaan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri. Itu salah satu penyelesaian yang boleh dipertimbangkan.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang memberi pandangan kepada isu yang melibatkan anak muda pada hari ini. Betul saya tak nafikan kehendak atlet ini untuk bertarung di peringkat yang lebih tinggi di peringkat SUKMA ini tapi Tuanku telah bertitah dengan membuat pertimbangan yang begitu wajar. Sebab hari ini kita sedang memasuki satu tempoh krisis yang mana kita tak tahu ketentuan masa hadapan kita. Maka, pertimbangan ini saya lihat adalah keutamaan kepada kesejahteraan rakyat dan saya bersetuju dengan Hulu Kelang supaya kos yang telah belanjakan itu ditanggung oleh KBS supaya dapat dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk kita putarkan kepada rakyat semula. Jadi saya menutup dengan dua rangkap pantun

Speaker

Ini ada lagi Bukit Gasing

Saya menutup dengan dua rangkap pantun. Bukit Gasing?. Ada masa lagi ke ataupun.

Speaker

Ok, bagi ke tidak?. Saya ok sahaja.

Ok last Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Sekejap sahaja, nak ucapkan tahniah kepada Hulu Bernam jadi contoh yang baik, pembangkang yang baik, bawa banyak hujah demi kebaikan rakyat Selangor, tak main politik, tak jerit-jerit biadab. Seperti mana Gombak Setia mungkin boleh belajar daripada Hulu Bernam. Jadi nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Hulu Bernam.

Ok, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing, saya tutup dengan dua rangkap pantun.

Bunga melur di tepi halaman Harumnya sampai ke dalam taman Jika titah dijadikan panduan In sha Allah rakyat hidup aman

Duli Yang Maha Mulia disanjung tinggi Titah Baginda penuh bererti Selangor gah di persada negeri Namun masih banyak yang perlu diperbaiki.

Selangor deserves better. Sekian Hulu Bernam menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Assalamualaikum w.b.t.

Speaker

Ok baik terima kasih Hulu Bernam. Inilah pelajaran yang kita timba di CPA, Barbados ya. Ya seterusnya Kota Kemuning. Selepas itu Selat Klang.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Speaker, Tuan Speaker. Salam sejahtera.

Speaker

Kota Kemuning bertenang ya, tenang.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tenang.

Speaker

Slow ya.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Baru lepas lunch, ok. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih saya mengucapkan kerana memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk menyuarakan suara rakyat DUN Kota Kemuning untuk turut serta dalam perbahasan titah Tuanku bagi penggal yang keempat. Patik menjunjung kasih atas titah Tuanku.

Tuan Speaker,

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang memberikan.

Saya nak..

Speaker

Apa masalahnya Kuang?.

Saya nak minta Petua dengan Tuan Speaker.

Speaker

87.

Sorry?

Speaker

Petua apa Petua?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya baru nak relaks.

35(6) tadi yang berkenaan dengan perbahasan yang membaca teks. Tuan Speaker ada keluarkan Petua tadi, kalau nak tengok pada cabutan boleh, tapi saya lihat Yang Berhormat macam dah ada rehal atas itu dan teksnya panjang.

Speaker

Ok sahaja saya rasa. Kadang-kadang kita boleh rujuk, kita boleh pegang.

Ini masa yang cukup panjang diberikan. Jadi saya rasa

Speaker

Tak apa, tak apa saya ok sahaja.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Kuang don’t worry saya hanya.

I’m not worried

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

kepada nota

I’m not worried.

Speaker

Kuang, Kuang

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Nama dia apa.

Speaker

Kuang.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Hulu Bernam juga mempunyai nota di hadapan, tetapi Kuang diam sahaja pada masa itu, sekarang duduk saya akan jawab. Ok.

Yang Berhormat, Yang Berhormat tak payah arahkan

Speaker

Tak apa Yang Berhormat Kuang saya ambil maklum. Saya rasa hal ini telah pun kita jelaskan.

Yang Berhormat tak payahlah, ada Tuan Speaker, saya minta Petua daripada Tuan Speaker, bukan daripada you.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat Kuang don’t be unfair here. Why you didn’t raise just now?.

Kenapa tuan bercakap bahasa Inggeris.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya nak cakap, apa saya minta izin.

Speaker

Yang Berhormat.

Kena bagi tahu dengan izin.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya dah cakap dengan.

Speaker

Ada dua isu Yang Berhormat tiada isu baca teks atau tidak.

Saya minta Petua, sebab yang keluarkan Petua tadi adalah Tuan Speaker

Speaker

Tidak saya minta dah jawablah Yang Berhormat .

You don’t have to tell me anything.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Duduk, duduk.

Terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Sekarang pun Kuang guna bahasa Inggeris tanpa minta izin.

Speaker

Jadi saya minta kepada Kota Kemuning teruskan. Itu sahaja.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, terima kasih. Secara rumusnya titah Tuanku lebih berfokus kepada bukan isu berkenaan dengan ekonomi sahaja, pelaburan sahaja. Beliau juga telah mengambil kira ukur semula, apakah status Selangor sebagai negeri yang ingin menjadi negeri juara, adalah juga perlu kita buktikan dari segi keteguhan infrastruktur dan juga keberkesanan yang kita perlu menamatkan penderitaan rakyat kita. Tuan Speaker saya ada empat isu yang saya perlu bawa hari ini.

Tapi sebelum itu saya ingin membuat satu renungan ia dalam bahasa Inggeris dengan izin ‘weak people look at peoples problem and feel better, but strong people look at other’s problem and make them better. Weak people noticed mistakes to radical them, but strong people learn from the mistakes and correct them’. Ini adalah penting. Sebagai pemimpin, sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, kita harus menjadi strong people. Fokus kita adalah untuk memperbaiki kepincangan dan memastikan bahawa kita fokus dalam kerja kita untuk memastikan Selangor selalu menjadi negeri yang juara dalam semua aspek dan isu yang pertama saya ingin membawa adalah isu banjir.

Tuan Speaker, dari awal sampai hari ini, di dewan ini tidak pernah saya lupa berbahas berkenaan dengan isu banjir. Sri Muda, tahun 2021 dari situ kita mengalami satu bencana yang teruk dan ia trauma itu masih berlanjut. Bukit Kemuning, Kampung Baru Hicom, Kampung Bukit Lanchong, Kampung Lanchong Jaya dan Jalan Kebun. Ia bukan tempat sekadar di dalam peta sahaja, ia merupakan hotspot, all of us are known about that. Kita semua tahu ia adalah satu hotspot banjir yang selalu menjadi isu di kawasan saya. Saya perlu akur dan akui bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Madani telah memperuntukkan RM100 juta bagi tebatan banjir di Taman Sri Muda. Nasib baik ia adalah Kerajaan Madani, kalau Perikatan habuk pun tak akan sampai ya. Tapi JPS, JPS telah menjalankan banyak kerja. Saya memang melihat kepada cara mereka menjalankan kerja memang saya rasa mereka bertanggungjawab. Tapi semua masa mereka mengalami satu masalah. What is that issue?. Masalah adalah berkenaan dengan excuse yang sama, pengambilan tanah. Pengambilan tanah ini award kontrak dah award. Lepas itu bila kontraktor nak masuk kita kena minta izin, pemilik akan kata kita tidak akan benarkan kamu perlu mengambilkan pengambilan tanah. Apa masalah ini, ia menjadi satu masa yang lebih panjang untuk just masuk dalam dan membuat projek tersebut. Contoh saya bagi, di

Taman Sri Muda di LKSA kita nak masuk buat satu kolam takungan. Satu setengah tahun sampai hari ini kita masih tak dapat kata putus berkenaan dengan pengambilan tanah. Kenapa?. So, saya cadangkan kita dari segi dasar bila melibatkan critical project kita perlu mencari satu penyelesaian.

Penyelesaian kalau kita boleh adakan speed untuk ease of this business untuk perkara banjir. Kita perlukan satu reformasi tadbir urus. Saya minta Kerajaan Negeri untuk mengambil langkah untuk menyediakan satu tadbir reformasi tadbir urus yang mana kita boleh menyelesaikan isu pengambilan dari, dalam tujuh hingga empat belas hari. Bagaimana kita nak buat?. Dalam undang-undang kita boleh minta kepada interim approval untuk masuk, untuk menyediakan atau menjalankan projek tersebut.

Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yes.

Ok, saya tertarik dengan penghujahan Kota Kemuning berkenaan dengan cara penyaluran dan juga kekangan-kekangan yang ada apabila kita nak melaksanakan projek. Saya nak tanya pandangan dan adakah Kota Kemuning setuju siap projek-projek besar yang mempunyai impak yang tinggi kepada rakyat dan masyarakat setempat boleh diadakan satu taskforce ataupun jawatankuasa bersama yang dilibatkan juga Ahli Dewan Negeri di kawasan tersebut atau penyelaras kawasan tersebut. Apa pandangan Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya setuju Seri Serdang. Tapi kita ada kekangan undang-undang, kadang-kadang di mana dalam taskforce itu kita boleh memberi cadangan tetapi bila kita melakukan sesuatu perkara kita perlu mengikut undang-undang, tapi sebagai rakyat biasa apa yang mereka mahu bukan alasan is in process mereka mahu projek siap. Itu yang mereka nak tahu, sama ada kita terlibat, tak terlibat itu tak ada isu. Mereka nak projek siap. Itu yang kita perlu mengambil. Saya lihat dalam pengalaman saya dalam 3 tahun ini. Isu yang lazim diambil oleh JPS dan semua bahagian JKR dan juga PBT, pengambilan tanah, pengambilan tanah. Proses dia lambat, proses dia lambat. Sampai bila kita nak bagi alasan ini?

Kita perlu cari satu penyelesaian yang boleh kita memulakan proses ini. Itu adalah cadangan saya. Salah satunya we have reformasi tadbir urus, di mana memberi kuasa kepada tadbir urus ini untuk menyelesaikan masalah pengambilan tanah dengan interim approval. Mungkin Penasihat Undang-undang baru kita boleh melihat kepada perkara ini sama ada kita mempunyai apa-apa peruntukan yang membenarkan kita mengadakan satu proses yang lebih cepat bagi pengambilan tanah.

Tuan Speaker, seterusnya adalah isu berkenaan dengan, saya sambut baik berkenaan dengan titah Tuanku yang memberi pandangan dan cadangan bahawa kita menggunakan kepakaran dari Belanda. So, baru-baru ini saya juga berterima kasih merakam penghargaan kepada His Excellency, Duta Besar Belanda yang bersedia membantu kita dalam isu banjir di negeri kita. Tapi kita juga perlu melihat kepada konsep sama ada konsep tersebut boleh diguna pakai. Kemungkinan ia mengikut tempat yang berbeza. Tapi saya juga ada buat satu penelitian berkenaan dengan konsep yang digunakan di Tokyo. Contohnya di Tokyo dia menggunakan satu konsep yang dipanggil G-Cans. G-Cans ini adalah satu sistem terowong ataupun dipanggil cetidral, cetidral di bawah tanah yang menyimpan air banjir.

Contoh di Sri Muda, kita tidak mempunyai tanah lagi untuk membuat apa ini tak dia adalah telaga, we call cetidral. Telaga di bawah tanah yang boleh menampung air yang lebih besar. So dalam di kawasan Sri Muda kita tidak lagi mempunyai tempat. So, pembangunan dah padat, so salah satu cara yang boleh kita buat adalah gunakan model G-Cans ini untuk menyediakan satu telaga yang besar untuk menyalurkan air masuk ke dalam terowong tersebut sebelum ia disalurkan balik kepada sungai. Ini adalah satu konsep yang digunakan di Tokyo dan berjaya untuk mengurangkan banjir di situ.

So, sekali lagi kita tidak boleh tunggu sampai hujan berlaku baru kita nak cari penyelesaian. We have to be proactive dalam penyelesaian. Saya tidak kata penjawat awam kita tidak buat kerja. Kadang-kadang kita perlukan idea baru. Kita perlukan solution baru yang kita boleh menyelesaikan masalah. Dan lagi satu perkara di MBSA, dalam MBSA dia proaktif, dia proaktif, dia telah menyediakan satu laporan macam mana kita boleh menyelesaikan banjir di kawasan Sri Muda, Bukit Kemuning dan Jalan Kebun. Tapi kos anggaran dia adalah untuk short term mitigation, 15 juta. Untuk long term mitigation, 258 juta. Very good you have idea you have solution. Bila you nak buat tiada dana. Bila you nak buat tiada dana. So, kita mempunyai masalah sekarang yang mana kita ada isu kita perlu menyelesaikan tapi isunya tiada dana. Satu, saya minta Kerajaan Negeri meminta Kerajaan Persekutuan membantu kita dalam isu-isu banjir ini untuk menyalurkan jumlah yang besar supaya kita dapat menyelesaikan isu ini once and for all. Lagi satu cara adalah saya minta kita juga ada we have a reserve of 4 billion dan saya percaya ini adalah masa untuk kita menggunakan jumlah tersebut supaya ia dapat mengurangkan masalah rakyat.

Tuan Speaker.

Kota Kemuning, sedikit.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ya boleh.

Yang Berhormat Kota Kemuning, sebut fasal banjir, saya sangat berharap kalau kita buat apa juga projeklah jangan kita selesaikan satu masalah tetapi airnya mengalir ke tempat lain pulak. Itu yang pertama. Kedua bila Yang Berhormat sebut fasal kos, saya ingat sudah tiba masanya kita berhadapan dengan banjir yang teruk pada tahun 2021, hari ni sudah 2026 tetapi masalah banjir berlaku di tempat yang sama malah kadang-kadang lebih teruk. Saya agak simpati dengan Kota Kemuning berbanding kawasan saya mungkin kawasan kita ada yang sudah menurun dan berkurang. Tapi mungkin Kota Kemuning agak teruk dan mungkin makin-makin lebih-lebih teruk. Cuma saya ingat soal peruntukan saya minta maaf saya sukar untuk berkompromi sekiranya kerajaan kata tidak ada duit dan peruntukan. Kalau kita boleh usahakan dan mohon pihak kerajaan juga bagi pandangan biarlah kita usahakan sebab ni dah masuk tahun kelima selepas banjir yang teruk tahun 2021. Bila lagi kita nak belanjakan dan kalau kita perlu belanjakan reserve kita this is the right time lah. So mohon pandangan Ahli Yang Berhormat.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Batu Tiga. Itu cadangan saya. Ini adalah masa. Kita tak boleh tunggu lagi dah enam tahun. Pagi titah Tuanku, petang kawasan Seri Muda dah banjir. Air dah masuk rumah. Apa lagi kita nak tunggu. Ini adalah keperitan rakyat di Seri Muda dan Bukit Kemuning yang selalu kadang-kadang tak banjir kerana air pasang, air masuk ke dalam rumah pun ada. So ini adalah masalah yang kita menghadapi di lapangan sana, saya percaya semua agensi-agensi memang bekerja. JPS bila saya tanya soalan bila tanya terus mereka menjawab. I’m very grateful kerana mereka selalu membantu. Tapi itu sahaja tidak akan menyelesaikan masalah kita.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Banjir lagi?

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Ya banjir, berkaitan dengan banjir. Terima kasih atas point yang diberi oleh Kota Kemuning. Saya ingin juga menceritakan satu perkara yang sama berkaitan dengan banjir. Sebenarnya banjir mungkin di bandar ni berbeza di desa. Di kawasan saya banyak banjir ni dilakukan apabila kapasiti air banyak daripada ladang-ladang pertanian yang mengalir ke bandar atau mengalir ke pekan. Ini menyebabkan kampung atau pun bandar ataupun pekan tu disebabkan banjir. Jadi adakah Kota Kemuning setuju kita untuk membuat kajian untuk dasarkan buat dasar berkaitan dengan undang-undang yang boleh menentukan mana memanggil mereka daripada sektor pertanian untuk datang untuk buat mungkin buat kolam tadahan bagi penyelesaian masalah ini dalam masa jangka panjang. Sebenarnya saya tengok kalau perkara ni dari dasar undang-undang perlu ada supaya mereka boleh dibawa dalam satu platform perbincangan atau mesyuarat supaya mereka ambil tanggungjawab tu menyediakan kolam tadahan dan itu sebabnya yang boleh

membantu untuk kita mengurangkan banjir lah. Adakah Kota Kemuning setuju dengan kita buat dasar undang-undang?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Sungai Pelek. Memang kita tahu mana cara yang kita boleh lakukan. Neither Sungai Pelek or saya mempunyai kepakaran bagaimana kita menyelesaikan perkara ni. Kerana itu saya menyambut baik apa yang di titah oleh Tuanku kita perlu kepakaran. Yang mana kita boleh bawa dari beberapa negara yang proven, the have to they can prevent a flood iaitu Belanda ataupun Tokyo untuk melihat kepada holisticly bagi semua seluruh Selangor bagaimana kita boleh menyelesaikan isu tersebut. So saya memang minta banyak yang kita boleh membuat tapi kita perlukan satu kajian yang terperinci dari pakar yang memang mempunyai kepakaran dalam perkara ini.

Seterusnya Tuan Speaker, saya akan masuk ke isu kedua iaitu berkenaan dengan jalan lubang, trafik dan pengurusan sisa. Saya juga tidak menafikan bahawa banyak penampalan jalan dilakukan oleh PBT, MBSA, MBSJ dan JKR. Namun masa yang mereka ambil untuk menampal satu lubang tu berminggu-minggu. Macam Pelabuhan Klang kata dia nak tunggu sampai lubang tu besar, ada dua orang melibat dalam kemalangan baru dia nak buat. So ini adalah masalah seperti mana dikatakan saya rasa lagi satu taskforce untuk jalan berlubang ni saya minta sangat Kerajaan Negeri pilihlah Pelabuhan Klang, beliau mempunyai kepakaran dalam jalan. Ya. So saya minta, so yang kita ada di Selangor adalah mengamalkan budaya tampal hari ini berlubang esok. So ini bukan penyelenggaraan, ini pembaziran. So saya ada membuat beberapa kajian, kajian ni saya ingat semua pernah buat, iaitu di Jerman yang mana mereka menggunakan sistem reka bentuk pembinaan jalan yang boleh bertahan selama 40 tahun. That is they call ia adalah long-life pavement. Itu yang digunakan di Jerman.

Di Korea, mereka gunakan satu teknologi AI untuk kesan retak sebelum jadi lubang. So kita perlu mencari satu penyelesaian dalam perkara ini. Kita nak menjadi satu negara AI. Tapi kita jarang nak guna AI. So ini adalah masa kita melabur membawa perubahan dalam Kerajaan Negeri, we has to be the first who want to bring AI di dalam negeri kita dan kita boleh menggunakan teknologi-teknologi seperti ini untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang di kawasan kita. Kita perlu melihat secara proaktif sudah lah berapa lama kita perlu mengambil report baru kita nak pergi menyelesaikan masalah. Di Jalan Bukit Kemuning ini jalan Persekutuan lagi satu masalah. Saya rasa kalau JKR Selangor pun boleh buat kerja JKR Persekutuan kalau kita dah berminggu-minggu dia berbulan-bulan kita kena tunggu. Dia keadaan masih daif. Berlubang tanpa lampu jalan. Tiada papan tanda sehingga hari ini berlaku banyak kemalangan. Tapi tiada tindakan. Mereka telah memberitahu bahawa saya dah proposed kepada Kementerian tapi nampaknya Kementerian Kerja Raya tak nak layan permohonan kita. Tak nak endahkan permohonan kita. Ini masalah apa? Saya pun tak tahu.

So, saya nak minta kalau boleh Kerajaan Negeri minta balik 20 peratus cukai yang dibayar oleh rakyat kita dan serahkan balik semua jalan-jalan Persekutuan kepada kita. Kita sendiri selenggara jalan kita. Dan kita akan menunjukkan kepada mereka Selangor boleh membina setaraf di panggil autobarn jalan. Ini adalah cadangan saya. Kita minta balik duit kalau you tak nak buat bagi balik duit kita akan sediakan sendiri.

Speaker

Yang Berhormat masa semakin

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker saya kena lebih, saya ada banyak yang celah tadi.

Speaker

Saya bagi dua minitlah

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya nak habiskan, saya nak habiskan. Saya baru dalam perkara 2, ada lagi 2, 3, 4 ni. So, saya nak habiskan.

Speaker

Dua minit lah, dua minit

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya rasa saya kena baca teks.

Speaker

Rujuk, rujuk, rujuk, rujuk, rujuk.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

So, trafik isu di Kota Kemuning ini gred F. Saya dah banyak kali berulang, berulang, berulang. Apa jadi kepada trafik? Sistem trafik kita tiada jawapan. Kadang-kadang tidak ada jawapan, kadang-kadang tidak ada tindakan. Saya pun tak tahu berapa lama kita kena tunggu. Ini adalah isu yang memang selalu dibangkitkan. I give you one solution kita tak perlu highway yang besar, kita tak perlu apa-apa, kita boleh gunakan satu sistem dipanggil city brain. City brain ini adalah digunakan dalam banyak bandar-bandar besar. Singapore, Guangzhou many countries dia guna sistem ini. Dipanggil kita hanya melabur kepada sistem ini dipanggil Intelligence Traffic Management System, ITMS, SIAP, ia akan mengurangkan trafik kita di mana control traffic light akan menjadi syncless menjadi satu investment yang bagus juga untuk kita. So saya minta sangat tak payahlah buang masa untuk berbilion-bilion untuk kita nak bina highway tapi masalah sesak masih tidak dapat selesaikan.

Kutipan sampah. Saya rasa ramai dah bincang perkara ini saya pun tak tau bila mereka. Isu dia sekarang, KDEB kalau kita lihat masalah dia selepas penaikan cukai taksiran complaint dia lebih banyak lagi. Apa yang kita cadangkan sebelum ini kalau kita naikkan cukai taksiran efisien dia lebih baik tapi keadaan lebih teruk. So saya minta sangat pejabat Yang Berhormat EXCO untuk mengamalkan satu ataupun mengimpose satu sistem, ini sistem call Smart Waste Management System. Sensor IOT yang menjejak GPS bagi semua lori-lori on the real

time. Kedua kalau rakyat boleh membuat aduan sampah terus kepada sistem itu. Kalau sistem itu pick up lebih daripada tiga kali ada tiada sampah ataupun lori tidak hadir tidak datang kita penalti mereka tanpa kompromi. Lebih daripada tiga kali kita tamatkan kontrak mereka. Impose kalau condition tu nak tengok agreement tu nak macam mana nak draf boleh jumpa saya, saya akan free of charge saya akan buat. Ok.

Isu keempat, ketiga adalah berkenaan dengan Endowment Board. Ini adalah isu rumah ibadat. Ramai yang cuba politikkan perkara ini. Tapi saya memang kena setuju, LIMAS telah menjalankan kerja dengan baik tapi dalam beberapa perkara limitation untuk membincang atau limitation untuk masuk berbincang dengan perkara bila melibatkan sesuatu rumah tanah persendirian ia adalah menjadi masalah. Di Pulau Pinang mereka ada satu Endowment Board. Hindu Endowments Board yang telah digubalkan lama sudah lama. Apakah fungsi Endowments Board ini adalah untuk menjadi pentadbir and watch a governing body untuk memastikan semua kuil-kuil ini mempunyai dokumen yang betul, mempunyai penyelenggaraan kewangan yang betul dan mereka memastikan semua permohonan ini dibuatkan secara baik. Saya rasa Tuan Speaker ada beberapa isu di sini saya memang tahu ada isu berkenaan dengan konstitusional reference in term of bagaimana kalau kita boleh mengadakan Hindu Endowment Board di Selangor. Tapi saya minta Penasihat Undang-undang tolong sekali lagi kita perlu melihat perkara ini. This is very important Sir. Not kalau kita tak buat sekarang, lagi 10 tahun masalah ini akan masih berada. Kita perlu mengambil tindakan we want to make sure kita menghormati semua kaum. Kita perlu memastikan negeri ini stabil.

Speaker

Ya.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Last-last point Tuan Speaker. Im landing this in very final dan ini adalah berkenaan dengan laporan letupan paip gas Putra Heights. Tuan Speaker, saya memang tahu Tuan Speaker telah membuat ruling tadi berkenaan dengan subjudis. Subjudis itu adalah berkenaan dengan perkara-perkara di dalam mahkamah. Saya tidak ingin menyentuh dalam perkara di dalam mahkamah tetapi ada beberapa perkara yang penduduk telah minta saya membawa kepada perhatian Kerajaan Negeri iaitu satu, yang mana Tuan Speaker boleh dengar soalan saya dulu lepas itu Tuan Speaker boleh buat keputusan. Apakah status laporan daripada lapan panel bebas yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri? Adakah laporan tersebut akan didedahkan kepada pihak umum? Kedua, apakah keputusan Kerajaan Negeri berkenaan dengan garis panduan pembangunan di sepanjang paip gas di Petronas? Ini penting kerana sekarang kita nak tahu sama ada pembangunan baru akan dibina di sepanjang ataupun di sebelah paip Petronas yang mana buffer period dulu adalah dua ratus tapi dalam insiden ini menunjukkan effect letupan itu adalah lebih daripada satu kilometer. So buffer period itu berapakah yang kita perlu tetapkan adakah PBT akan memberi perhatian dalam perkara ini.

Dan isu seterusnya adalah berkenaan dengan rintihan sewa di mana mereka masih menyatakan bahawa sewa yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri fasa kelima dan keempat masih belum sampai kepada mereka, saya minta Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada perkara tersebut. Tuan Speaker, akhirnya saya ingin berterima kasih di tengah-tengah isu politik geopolitik sekarang Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan untuk memastikan 130 juta disediakan untuk memastikan mereka yang terkesan mendapat bantuan yang secepat mungkin. Tuan Speaker, ramai yang telah berbincang berkenaan dengan perkara tersebut tapi saya ingin, before landing I want make say this Tuan Speaker izinkan saya ingin memetik satu-satu kata hikmah An ordinary politician will think about next selection, A Leader think about next generation. Saya minta pihak-pihak ahli-ahli kerajaan will rather choose to be a leader by doing a right thing and we walk tall instead of being a our position yang berpolitik hanya tahu menuding jari demi berkuasa. Teruskan bekerja, teruskan berkhidmat biar hasil kerja kita menjadi jawapan kepada segala kritikan. Tuan Speaker saya mohon menyokong usul ini dan junjung kasih tuanku. Daulat tuanku. Terima kasih.

Speaker

Selat Klang

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Bismillahirohmanirohim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Salam Kita Selangor. Sebelum saya meneruskan perbahasan dan saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Pegawai Undang-Undang Selangor yang baru, Yang Berhormat Tuan Mohamad Onn Abd. Aziz, Selamat datang tuan ke Selangor. Tuan Speaker, bermula dengan mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Selangor Ke-15 pada 20 April yang lalu.

Ampun Tuanku, patik bagi pihak rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor, Dewan Undangan Selat Klang Negeri Selangor. Ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih dan ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sudi mencemar duli merasmikan persidangan Dewan Negeri Selangor pada kali ini. Sesungguhnya titah ucapan Tuanku titah yang sungguh bernas, tegas, komprehensif dan holistik yang mencakupi semua bidang kehidupan rakyat di negeri Selangor yang kita cintai. Sejujurnya patik melihat titah ucapan tuanku begitu tulus dan ikhlas menunjukkan kepada rakyat Selangor betapa prihatinnya dan sayangnya Duli Yang Maha Mulia tuanku kepada rakyat Selangor. Patik dan rakyat di kawasan patik akan sentiasa mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia tuanku dianugerahkan dengan kesihatan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Raja dan rakyat berpisah tiada. Ampun tuanku.

Tuan Speaker, oleh sebab masa begitu cemburu dengan saya dan saya ingin menyentuh beberapa isu penting sahaja. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

dan syabas kepada kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan seluruh kakitangan Kerajaan Negeri Selangor yang bersungguh-sungguh bekerja dan membantu Kerajaan hingga berjaya mendapat kutipan hasil yang begitu besar jumlahnya pada tahun 2025 sebanyak RM3.021 bilion melebihi jumlah yang di sasar sebanyak RM2.8 bilion. Selain daripada itu berbagai-bagai-bagai sumber kewangan lain yang disyorkan oleh Kerajaan sehingga berjaya meningkatkan rezab negeri Selangor daripada 2.135 bilion pada tahun 2018 kepada 4.736 bilion pada akhir 2025.

Di samping itu mencatatkan pelaburan sebanyak RM83.9 bilion dan berjaya menawarkan pekerjaan sebanyak 61311 peluang pekerjaan. Kejayaan-kejayaan ini kita serahkan kepada rakyat untuk menilai kerana merekalah yang paling layak menilai dan merekalah saksi yang paling jujur kepada setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor dan apabila rakyat sudah bersuara kita tidak boleh menafikan suara-suara mereka. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pada pandangan saya telah berjaya memperbaiki keadaan ekonomi negara mengurangkan inflasi, mengurangkan defisit negara, memantapkan keadaan geo-politik negara hingga menyebabkan pelabur asing berpusu-pusu datang melabur ke Malaysia.

Beliau juga telah melancarkan pelbagai bantuan untuk kesejahteraan dan kebaikan rakyat di negara Malaysia. Walaupun begitu beliau pada pandangan saya telah melakukan yang terbaik untuk negara tetapi beliau tidak terlepas daripada kritikan yang melampau cercaan penghinaan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Percayalah semakin banyak cercaan fitnah dan penghinaan yang dilemparkan kepada beliau makin tinggi darjat beliau di mata rakyat ini di negara ini dan juga di seluruh pelosok dunia. Sesungguhnya situasi yang dilalui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 11, yang bermaksud “wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu pihak dari kaum lelaki atau perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki atau perempuan yang lain kerana sesungguhnya puak yang dicemuh itu adalah lebih baik daripada mereka dan janganlah kamu menyatakan keaiban puak yang lain dan janganlah pula kamu memanggil satu sama lain dengan gelaran yang buruk yang menyebabkan orang-orang yang melakukan nya menjadi fasiq. dan Ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada fasiq mereka adalah golongan orang-orang yang zalim”. Oleh itu pihak-pihak yang mencerca menghina memburuk-burukkan nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cukup-cukuplah sudah sudahlah dari berbuat demikian kerana menambahkan dosa sahaja. Bersyukurlah dengan apa yang ada yang telah disediakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri teruskanlah tugas anda dengan tulus dan ikhlas. Demi kepentingan rakyat dan negara Malaysia. InshaAllah PRU 16 kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terus menang dan memerintah negara ini.

Tuan Speaker, sebagai sebuah negeri yang termaju di Malaysia sudah pasti tindakan-tindakan sektor pentadbiran negeri Selangor mestilah menunjukkan satu kecekapan yang luar biasa untuk menarik pelabur-pelabur asing melabur di negeri Selangor. Oleh itu saya amat berharap kepada kakitangan Kerajaan Negeri Selangor mestilah fasih dalam ekosistem digital dan AI yang dibangunkan untuk kecekapan ataupun efficiency pentadbiran kerajaan supaya pelabur asing merasa selamat terjamin melabur di negeri Selangor. Contoh juga telah ditunjukkan oleh Yang Berhormat Dato Setiausaha Kerajaan Negeri yang memulakan reformasi yang dikenali sebagai Reformasi Tadbir Urus atau (RSTU) yang memastikan sistem dan serta pola kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tahniah kepada Dato Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tuan Speaker sebahagian negeri maju, Kerajaan Negeri mestilah memfokuskan aspek pendidikan kepada generasi muda yang akan mewarisi masa depan Kejayaan Negeri Selangor peruntukan sebanyak hampir 130 juta ringgit adalah tepat dan keperluan semasa untuk membantu keupayaan dan kapasiti generasi muda. Pelbagai pengkhususan terhadap kepentingan sains dan teknologi, kejuruteraan, STEM, PTRS dan lain-lain menunjukkan Kerajaan Negeri begitu peka dan prihatin kepada pendidikan dan pembelajaran anak-anak muda di Selangor.

Walau apa-pun saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor menambahkan lagi jumlah institusi TVET untuk menampung peluang-peluang pekerjaan yang akan wujud hasil daripada perluasan industri pembuatan, logistik dan perkhidmatan. Saya juga memohon satu institusi TVET, kalau boleh Kerajaan Negeri YAB Menteri Besar bangunkanlah satu di dalam kawasan saya di DUN Selat Klang, kerana terlalu banyak kegiatan ekonomi seperti perkilangan, perkapalan dan perindustrian yang berlaku di dalam DUN Selat Klang.

Tuan Speaker, kemiskinan adalah satu isu yang amat menyentuh di hati saya, oleh itu saya berharap Kerajaan Negeri dapat menambah lagi dalam program BINGKAS agar lebih ramai rakyat Selangor mendapat bantuan ini dan secara langsung membolehkan mereka keluar dari miskin tegar. Di samping itu Kerajaan sewajarnya menambahkan lagi jumlah pembangunan rumah-rumah mampu milik terutamanya kepada generasi muda memandangkan bertambahnya jumlah rakyat Selangor yang mencecah 7 juta orang. Ini adalah penting kerana mereka yang baru berumah tangga akan dapat memulakan keluarga mereka dalam situasi yang aman yang damai dengan memilik rumah sendiri.

Tuan Speaker saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Menteri Besar kerana tindakan proaktif dalam menangani isu akibat peperangan timur tengah. Memang tidak dapat dinafikan peperangan yang dimulakan oleh Amerika dan Israel terhadap Iran akan memberi kesan yang agak buruk kepada dunia negara Malaysia dan negeri Selangor khasnya dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain. Saya amat bersetuju

dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar Kerajaan Negeri Selangor memberi keutamaan kepada perbelanjaan keperluan asas yang penting sahaja untuk meringankan beban yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor. Inisiatif yang dilancarkan oleh YAB Menteri Besar menunjukkan sikap beliau yang tegas dan prihatin dalam menjaga kesejahteraan rakyat negeri Selangor.

Tuan Speaker akhir sekali menyentuh isu-isu banjir, sampah, kilang tanpa kebenaran, KTK dan jalan berlubang yang diutarakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang begitu tegas dan terus terang. Saya amat berharap Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar dan seluruh kakitangan Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan yang pantas dan tuntas untuk menangani masalah yang rumit ini. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mestilah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sempurna tanpa kompromi. InsyaAllah saya percaya, sekiranya jika semua pihak bersatu dan bergabung tenaga untuk melaksanakan titah tuanku ini ia akan dapat diuruskan dengan cepat dan sempurna. Saya berharap sekiranya Kerajaan bertindak dengan cepat menangani isu-isu ini dah dapat diselesaikan di tahun hadapan, Insyaallah Duli Yang Maha Mulia akan hadir dalam istiadat yang sama dalam keadaan yang ceria dapat mengukir senyum mesra kepada Yang Berhormat semua. Bak kata pepatah inggeris, there’s always a light at the end of the tunnel. Jadi itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker saya Selat Klang menyokong.

Speaker

Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Keladi tumbuh di hujung laman, tumbuh subur di waktu pagi, titah Tuanku bukan sekadar pedoman tapi amanah untuk kita penuhi. Tuan Speaker permatang berdiri pada hari dengan penuh takzim dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena pembukaan persidangan Dewan Negeri Selangor bagi tahun ini. Sesungguhnya, titah Tuanku bukanlah sekadar ucapan perasmian atau sekadar pandangan tetapi ianya adalah titah yang seharusnya kita junjung. Dalam Rukun Negara yang kita semua berikrar, kita menyebut tentang Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Sebaiknya, kita semua menunjukkan kesetiaan kita dengan patuh kepada titah Tuanku tanpa mempersoalkannya. Kerana titah ini adalah satu amanah besar, satu peringatan yang jujur dan panduan jelas kepada pihak kerajaan serta seluruh, seluruh Ahli Dewan dalam memastikan negeri Selangor ini agar terus maju, makmur dan sejahtera. Permatang juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Tuanku Sultan yang menyentuh secara menyeluruh tentang aspek pembangunan negeri daripada kekuatan ekonomi, kebajikan rakyat, pendidikan, generasi muda sehinggalah kepada isu-isu asas yang dekat di hati rakyat seperti banjir, kebersihan, jalan yang rosak serta kos sara hidup.

Tuan Speaker, Tuanku telah bertitah dengan jelas bahawa perkhidmatan kutipan sampah di Selangor dilihat masih tidak dapat diatasi dengan berkesan. Ini bukan persepsi semata tetapi kalau kita lihat hari ini apa yang berlaku. Bukan sahaja masalah kutipan sampah ini dilihat merata-rata masalah menjadi isu di semua tempat. Namun begitu rakyat sekarang dipaksa bayar lebih untuk perkhidmatan kutipan sampah.

Saya membawa bukti yang jelas Tuan Speaker. Di Kampung Bestari Jaya di tempat di DUN Permatang, cas kutipan sampah di rumah naik daripada RM25 hingga ke RM35. Manakala cas kutipan sampah di premis peniagaan pula naik dari RM35 ke RM45. Kenaikan cas yang dikenakan ini bukanlah satu angka kecil tetapi melonjak kita lihat sehingga 40% lebih daripada kadar asal. Alasan yang diberikan dan diterangkan adalah kerana harga diesel yang mencanak naik sekali gus menjadi punca kenaikan kos operasi. Kalau kita lihat Tuan Speaker, apakah tugas kita semua di dalam Dewan ini? Adakah kita semua hanya mahu duduk dan melihat dan kemudiannya membiarkan beban yang ditanggung oleh kontraktor tadi dipindahkan kepada rakyat? Kerana kalau kita lihat mengapakah lori yang membawa barang boleh dipertimbangkan untuk menerima subsidi sedangkan lori kutip sampah yang secara langsung berkait dengan kebersihan harian rakyat tidak disenaraikan sebagai penerima subsidi diesel di bawah skim SKDS. Ini juga Tuan Speaker, telah di bahas oleh rakan bijaksana saya Yang Berhormat Subang Jaya baru-baru ini.

Jadi adakah pengurusan sampah ini kita mahu lihat sebagai isu yang kecil atau kita hanya akan sedar kepentingannya apabila sampah ini kelak sudah melimpah? Bukan apa Tuan Speaker, saya risau janganlah selepas kita berdepan banjir air, jika kita masalah sampah ini tidak dapat kita sama-sama selesaikan, kita pula akan dibanjiri sampah. Kerana masalah ini gagal kita tangani dengan sewajarnya. Saya juga ingin bertanya kepada Dewan, siapakah pihak yang mengawal harga perkhidmatan kutipan sampah ini dan siapakah yang berkuasa meluluskan kenaikan tersebut? Kerana kita di dalam Dewan ini semua tahu bahawa sistem kawalan diesel bersubsidi ini adalah dasar yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun realiti pada hari ini adalah apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan datang daripada gabungan yang sama iaitu Kerajaan Perpaduan. Maka sewajarnya dasar yang digubal di peringkat Persekutuan turut mengambil kira implikasi langsung kepada pentadbiran negeri, khususnya dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan rakyat dalam urusan seharian mereka. Saya juga ingin bertanya dengan jelas, apakah langkah konkrit yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani kesan kenaikan kos operasi kutipan sampah akibat dasar Persekutuan ini? Dan seandainya jika langkah ini belum berjaya, apakah pelan intervensi sama ada dalam bentuk subsidi, insentif atau penstrukturan semula operasi bagi memastikan rakyat agar tidak terus terbeban? Dan adakah Kerajaan

Negeri telah berunding secara serius dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan perkhidmatan kritikal seperti kutipan sampah ini tidak terjejas?

Tuan Speaker, saya memandang baik kerana memandangkan Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita mampu saya lihat memainkan peranan mewakili kepimpinan pusat dan juga PM (Perdana Menteri) dalam rundingan di peringkat antarabangsa termasuklah dengan Kerajaan Mesir bagi melancarkan penghantaran bantuan ke Gaza. Jadi saya pasti isu dalam negeri sendiri yang melibatkan pengurusan sampah ini yang melibatkan kesejahteraan rakyat selangor ini seharusnya lebih mudah diselesaikan kerana kalau kita lihat ini bukanlah isu geopolitik yang sukar. Ia hanyalah isu sampah namun begitu ini adalah isu yang mengganggu kesejahteraan rakyat di Selangor dalam kehidupan seharian mereka.

Tuan Speaker, Tuanku juga telah menzahirkan kebimbangan bahawa terlalu banyak perkara dilihat dipolitikkan sehingga rakyat menjadi keliru dengan isu sebenar dan keadaan ini berpotensi membawa kepada perpecahan. Malah Tuanku turut menegaskan bahawa semua pihak, semua pihak termasuk pembangkang mempunyai peranan yang penting untuk memantau dasar dan pelaksanaan demi memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan baik. Ini bukan sekadar nasihat tetapi marilah kita melihat ini sebagai satu peringatan yang serius kepada semua pihak dalam Dewan ini, sama ada di sebelah sana mahupun di sebelah sini.

Saya ingin menegaskan satu perkara yang sangat penting Tuan Speaker. Titah Tuanku bukan untuk kita sama-sama politikkan. Titah Tuanku adalah untuk kita junjung dan laksanakan. Kerana kebijaksanaan Tuanku telah bertitah dan titah yang dibuat oleh Tuanku telah dibuat dengan penuh pertimbangan demi kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat. Namun Tuan Speaker, dukacitanya kalau kita lihat bait-bait dalam titah Tuanku sendiri, Tuanku seolah-olah terkesan dan juga berdukacita dengan dengar rungutan daripada beberapa pihak dalam isu kandang babi. Kerana dilihat ada beberapa pihak seolah-olah tidak berpuas hati dan enggan untuk mematuhi titah tersebut. Perkara ini amat membimbangkan Tuan Speaker. Dan Permatang berharap selepas ini, janganlah lagi ada lagi antara kita yang merungut atau cuba mempersoalkan titah Tuanku ini. Jadi, saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan kita sekali-kali menjadikan titah Tuanku sebagai bahan politik. Kita boleh berbeza pandangan dalam soal dasar. Kita boleh berbahas dalam soal pentadbiran tetapi apabila melibatkan titah Tuanku tiada ruang untuk kita perdebatkan secara politik dan tiada ruang untuk kita manipulasi. Yang ada hanyalah tanggungjawab kita sebagai Ahli Dewan Negeri ini untuk menjunjung dan melaksanakan. Permatang ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah pendirian tegas Kerajaan Negeri dalam memastikan titah

Tuanku berhubung isu penternakan babi ini dipatuhi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi dan apakah tindakan konkrit terhadap mana-mana pihak yang masih enggan mematuhinya? Tuan Speaker, hari ini kita lihat bagaimana rata-rata rakyat mengadu tentang masalah kesempitan ekonomi. Kita juga lihat bantuan-bantuan insentif rakyat seperti di Selangor ini contohnya Bingkas, Bingkas Plus seperti yang dititahkan juga dalam ucapan Tuanku hari itu, Iltizam Selangor Sihat, Voucher Perayaan, Voucher Skim Mesra Usia Emas dan pelbagai lagi insentif kebajikan. Secara prinsipnya Tuan Speaker, kita lihat ini adalah hak rakyat Selangor namun di lapangan ia sering dilihat agak sukar untuk rakyat mendapat menikmati insentif-insentif ini. Ini kerana rakyat keliru saluran sebenar untuk memohon. Ramai yang hadir ke Pusat Khidmat ADUN-ADUN Pembangkang tetapi akhirnya pulang dengan kecewa kerana kami terpaksa merujuk mereka kepada Pejabat Penyelaras DUN dan untuk menyelesaikan isu-isu mereka. Akhirnya Tuan Speaker, apa yang terjadi di kalangan rakyat, mereka berada dalam kekeliruan maka wujudlah persepsi bahawa mereka perlu melalui penyelaras DUN yang sinonim dengan saluran politik tertentu. Permatang sekali lagi bertanya seperti sidang-sidang lepas. Bilakah sistem digitalisasi insentif berkebajikan Kerajaan Negeri dapat dilancarkan secara menyeluruh kerana ini bukan diumumkan pada tahun lepas saya rasa sudah diumumkan 2 tahun lepas ini sudah. Jadi bilakah sistem digitalisasi insentif kebajikan ini akan menjadi kenyataan supaya semua rakyat Selangor dapat menikmati insentif kebajikan ini? Kerana ini menimbulkan persoalan bahawa adakah kita ini benar-benar berjaya melaksanakan dasar yang kita rancang atau sekadar hebat merancang tetapi lemah dalam pelaksanaan? Ini bukan sekadar persepsi Tuan Speaker. Ini adalah kebimbangan, bahawa rakyat akan merasa keliru dengan isu-isu yang sering dipolitikkan. Sebagai contoh, mereka tidak tahu sama ada ingin ke Pejabat ADUN atau ke Pejabat Penyelaras. Isu ini tidak seharusnya menjadi bebanan buat rakyat yang sudah cukup terbeban dengan isu lain seperti kos sara hidup yang tinggi. Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang Mesyuarat Tindakan Daerah yang sepatutnya menjadi platform menyelaras tindakan menyelesaikan masalah rakyat dan menghubungkan semua agensi serta wakil rakyat. Namun realitinya pada hari ini kita lihat penglibatan seolah-olah tidak seimbang kerana kami, pihak pembangkang tidak dijemput ke Mesyuarat Tindakan Daerah. Jadi apa implikasinya adalah maklumat tidak disampaikan secara menyeluruh maka koordinasi jadi terjejas. Malah ada laporan juga bahawa penjawat awam dan agensi ada yang takut kerana ditegur sekiranya menjemput atau bekerjasama dengan pihak pembangkang. Akhirnya, tindakan menjadi lambat. Siapa yang menjadi mangsa? Kita semua tak kira daripada kerajaan atau pembangkang kita mempunyai stakeholder yang sama iaitu rakyat. Apabila tindakan menjadi lambat penyelesaian tidak menyeluruh maka rakyat yang menjadi mangsa. Ini adalah jelas bercanggah dengan semangat pentadbiran yang inklusif dan profesional. Jadi adakah wajar kalau kita mengaitkan kegagalan ini yang

cuba hari itu ada yang cuba mengaitkan kegagalan pentadbiran pada hari ini kerana kelemahan semak dan imbang oleh pihak pembangkang. Tuan Speaker, Kita haruslah berlaku adil dalam Dewan Yang Mulia ini. Hakikatnya, Kerajaan Negeri yang mempunyai kuasa penuh dalam melaksanakan dasar. Kerajaan Negeri yang mempunyai kuasa penuh untuk mengawal peruntukan berbilion ringgit dan seluruh agensi pelaksana berada di bawah pentadbiran kerajaan. Peranan pembangkang pula adalah jelas Tuan Speaker, kami hanya menegur, kami hanya boleh mempersoalkan dan membawa suara rakyat ke dalam Dewan Yang Mulia ini dan semua itu telah kami lakukan. Namun begitu Tuan Speaker, titah Tuanku bukan untuk kita saling menuding jari tapi bagaimana pada tahun ini tahun 2026 ini kita sama-sama dapat melakukan reformasi. Kita melakukan reformasi dengan memulakan kerjasama yang erat antara kerajaan dan pembangkang demi rakyat. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, ayuh kita sama-sama jangan kita politikkan isu rakyat ini kerana kita seharusnya bekerjasama. Kejap batuk jap.

Timbalan Speaker

Tak apa ambil masa.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Tuan Speaker, Permatang juga ingin menyentuh tentang banjir. Kejap ya Tuan Speaker. Minum kejap.

Timbalan Speaker

Tak apa ambil masa boleh.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Di Permatang, kami hidup dalam keadaan kebimbangan ketika fenomena air pasang besar kerana di kawasan kami bukan sekadar masalah banjir kilat. Kami juga terjejas dengan limpahan air daripada Sungai Buloh yang kemudiannya turun ke Ijok dan akhirnya melimpah melalui Sungai Selangor masuk ke kawasan kampung. Antara kawasan yang paling terkesan adalah kawasan Kampung Rantau Panjang, Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Sungai Gulang-Gulang. Setiap tahun Tuan Speaker, di tempat yang sama, rumah yang sama, mangsa yang sama, cerita yang sama. Mereka adalah mangsa yang sama mengalami banjir kerana ini bukan banjir kilat tetapi ini adalah banjir termenung yang mana air akan naik secara perlahan tetapi akan bertakung berhari-hari. Banjir di Permatang tidak surut walaupun hujan sudah berhenti. Ketika banjir di Paya Jaras, di Ijok dan kawasan lain sudah kering dan matahari pun sudah terik, rakyat Permatang air baru melimpah dan ada yang masih duduk dalam air selama berhari-hari. Tuan Speaker, banjir di kawasan Permatang ini saya lihat bukan lagi isu alam tetapi sudah jadi sebagai habit sistem. Dalam menangani masalah banjir di Permatang saya juga telah berbincang dengan pelbagai agensi kerajaan dan pelbagai lagi agensi teknikal. Tidak dinafikan agensi-agensi ini mempunyai cadangan dan pelan yang kelihatan efisien. Namun akhirnya, cadangan dan pelan yang dikemukakan itu terhenti apabila akibat daripada kekangan peruntukan. Saya yakin bahawa kekangan peruntukan ini bukan hanya dihadapi di Permatang tetapi ini adalah masalah di seluruh Selangor.

Tuan Speaker, baginda Sultan bertitah juga bahawa setiap tahun akan ada peruntukkan dari belanjawan negeri bagi mengatasi masalah banjir, namun tiada hasil berkesan yang dilihat hari ini dan banjir masih tetap berlaku. Dalam belanjawan negeri pula peruntukkan berkaitan dengan bencana dan mitigasi saya lihat masih berada di skala yang relatif kecil berbanding daripada skala masalah sebenar. Dan peruntukkan ini sememangnya tidak mencukupi untuk menghentikan masalah banjir di Selangor. Jadi saya ingin bertanya pada Kerajaan Negeri adakah peruntukkan ini benar-benar sampai ke kawasan yang kritikal atau hanya tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Jika punca banjir sudah kita kenal pasti, dan jika trend banjir saban tahun berlaku pada tempat yang sama, dah sudah jelas, mengapakah penyelesaian masih tidak menyeluruh akhir sekali Tuan Speaker saya ingin menyentuh tentang isu pakej pengukuhan daya tahan Selangor, bantuan sektor pertanian. Kerajaan Negeri telah mengumumkan pakej bernilai lebih seratus tiga puluh Juta kita lihat itulah satu angka yang nampak besar, yang nampak meyakinkan tetapi apabila kita teliti, dalam krisis Asia Barat ini untuk sektor yang paling kritikal ialah isu keterjaminan makanan. Saya lihat Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sekitar 25 Juta sahaja untuk pertanian. Ini pun soalan saya, sejauh manakah peruntukkan yang kurang 20% kepada sektor pertanian memadai sedangkan sektor ini memainkan peranan yang penting dalam menjamin bekalan makanan dan kesejahteraan rakyat. Kalau kita lihat realiti di lapangan harga diesel meningkat kos baja dan racunnya melonjak juga upah jentera yang semakin tinggi.

Bukan sekali saya bangkitkan dalam dewan sidang lalu saya sudah menyentuh masalah sebenar yang dihadapi oleh pesawah dilapangan. Realitinya saya ulang isu paling kritikal ramai pesawah yang terutama sekali di kawasan saya gagal dan masih gagal mendaftar bawah inisiatif budi madani. Ini adalah kerana bukan mereka ini tidak layak, tetapi kerana mereka berdepan dengan kekangan birokrasi yang tidak selari dengan realiti operasi seharian, antaranya ialah syarat pendaftaran ialah yang memerlukan dokumen seperti roadtax dan bagi jentera pertanian. Sedangkan hakikat di lapangan adalah sebahagian jentera pertanian tidak memerlukan roadtax seperti kenderaan biasa kerana ia digunakan khusus di kawasan sawah dan tidak berada di jalan raya.

Jadi akibatnya apa? Pesawah tidak dapat mendaftar akhirnya mereka tidak berjaya menerima subsidi diesel akhirnya mereka membeli diesel pada harga pasaran yang tinggi, bukan itu sahaja Tuan Speaker, kekangan had belian diesel atau petrol di dalam tong tu sejumlah hanya 20 liter seorang sahaja, itu juga amat menyusahkan pesawah dan memberi tekanan besar kos operasi seharian. Maka persoalan saya Tuan Speaker, apakah langkah konkrit yang telah akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kegagalan pendaftaran pesawah di Selangor ini di bawah inisiatif budi madani ini? Kerana ...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat lama lagi ke?

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

tak dah penutup dah...

Timbalan Speaker

saya bagi 1 minit sebab Yang Berhormat batuk tadi saya bagi 1 minit...

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih patut saya batuk lama lagi. Syarat yang tidak selari dengan realiti penggunaan jentera pertanian. Jadi soalan saya adakah Kerajaan Negeri telah berbincang secara serius dengan kerajaan persekutuan tentang isu ini. Dah penutup dah Speaker. Sebagai penutup Tuan Speaker kita lihat titah tuanku ini tadi jelas pembangunan mesti berpaksikan rakyat, pentadbiran mesti cekap dan berkesan dan paling penting kerjasama antara kerajaan dan pembangkang demi kepentingan.

Jadi seperti yang dititahkan oleh Tuanku semua pihak termasuklah kami pembangkang mempunyai peranan penting dalam memantau, menegur dan memastikan pelaksanaan dasar berjalan dengan baik. Kerana akhirnya rakyat peduli siapa yang memberi tetapi rakyat peduli sama ada mereka menerima atau tidak. Last pantun Tuan Speaker, curah air ke daun keladi, timba kosong air selerak, kepada rakyat kita berbudi, rapatkan saf ayuh bergerak, Permatang menjujung kasih titah Tuanku, Daulat Tuanku.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Permatang, Yang Berhormat Lembah Jaya silakan.

Bismillah Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Speaker saya berdiri di dewan yang mulia ini untuk menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas titah baginda yang penuh dengan hikmah dan pedoman untuk kita semua. Titah Tuanku pada kali ini bukan sekadar ucapan perasmian tetapi merupakan sebuah manuskrip empati yang menuntut kita meletakkan keadaan rakyat di atas segala agenda peribadi. Tuanku telah mempamerkan satu darjah kepimpinan moral yang saya fikir luar biasa. Apabila Baginda sendiri menitahkan agar sambutan jubli perak 25 tahun pemerintahan Baginda dilaksanakan secara sederhana. Keputusan Baginda membatalkan majlis santapan diraja, membatalkan pertunjukan bunga api, membatalkan konsert rakyat adalah satu isyarat jelas bahawa pemimpin mesti merasai jerih payah rakyat yang sedang dihimpit krisis ekonomi.

Langkah Tuanku ini adalah bermanifestasi kepada konsep zuhur dalam kepimpinan iaitu mengutamakan kebajikan umum berbanding kemewahan sekumpulan yang kecil. Di saat Kerajaan Negeri mencatat rekod hasil sejarah, 3.021 Billion Ringgit, kita diingatkan supaya

tidak mabuk dengan angka-angka seperti ini, Tuanku berpesan agar setiap sen yang dibelanjakan mestilah memberi faedah sepenuhnya kepada rakyat, terutamanya mereka yang teruk terjejas, dan kami di Lembah Jaya di pusat khidmat Lembah Jaya akan mengambil iktibar ini dan mengubah sebahagian daripada perancangan kami supaya selari dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Tuanku berpesan agar setiap sen yang dibelanjakan mestilah memberi faedah sepenuhnya kepada rakyat, maka hari ini saya ingin membawa suara warga Lembah Jaya melalui 3 paksi utama yang menyentuh kedaulatan dan maruah kehidupan kami di Lembah Jaya.

Tuan Speaker paksi pertama saya adalah melalui kelangsungan perut melalui isu kedaulatan makanan. Tuanku telah menzahirkan kebimbangan mengenai kenaikan harga barangan keperluan dan kekurangan bekalan akibat krisis geopolitik di timur tengah yang di luar kawalan kita. Kesan peperangan ini bukan sahaja meningkatkan kos sara hidup, tetapi memberi amaran bahawa rantaian bekalan makanan kita kurang stabil, inisiatif gedung maknan Selangor adalah satu langkah awal yang amat terpuji saya fikir, namun kita perlu berganjak ke tahap yang lebih tinggi. Kita tidak boleh sekadar bercakap tentang first order dengan izin iaitu security makanan hanya mementingkan keberadaan stok di pasaran walaupun ia barangan import. Kita harus pergi second order Tuan Speaker iaitu kedaulatan makanan ataupun food amenity dengan izin iaitu hak Selangor dan rakyatnya untuk menentukan sendiri sistem pengeluaran makanan mereka.

Pemikir agung iman Al-Mawardi dalam kariah Al-Hakim Al-sultaniah menegaskan bahawa kewajipan pemerintah untuk memastikan kemakmuran bumi dan bekalan rezeki tidak diganggu oleh monopoli yang zalim. Realitinya hari ini rantaian bekalan makanan yang kita sering dicerobohi oleh kartel dan orang tengah yang memanipulasi harga demi keuntungan yang melampau. Saya berharap agar gedung makanan Selangor ini tidak sekadar menjadi stor simpanan tetapi menjadi satu alat memutus rantaian monopoli yang sedang tular. Kerajaan Negeri harus memastikan pengedaran barangan kepada rakyat dan usahawan kecil tanpa kacau ganggu parasit ekonomi yang mencekik leher. Kita semua mahu saya yakin, rakyat Selangor berdaulat apabila berada di meja makanan mereka sendiri. Di mana harga makanan tidak lagi ditentukan oleh spekulasi dan kartel tetapi dikawal sedia dengan keadilan tadbir urus negeri kita.

Paksi kedua saya menyentuh isu infrastruktur dan keselamatan nyawa yang merupakan hak asasi rakyat. Tuanku telah menitahkan agar pendekatan lebih sistematik dan bersepadu dilaksanakan supaya masalah asas seperti jalan berlubang dan banjir tidak lagi menjadi rungutan rakyat. Tuanku secara jujur menegaskan jangan asyik bercakap sahaja, dan jangan sampai rakyat hilang rasa percaya kepada ahli-ahli yang Berhormat. Di Lembah Jaya, pesanan ini sangat terasa kerana satu hari sebelum Tuanku bertitah, pada 19 April, di kampung Ampang Indah, sekali lagi kami diuji dengan insiden tanah runtuh. Dua runtuhan kecil Jalan Indah 4, telah memusnahkan sedikit harta benda rakyat termasuk sebuah van

yang menjadi punca rezeki keluarga saya lihat dengan mata kepala saya sendiri apabila saya turun kepada kawasan pada hari Ahad tersebut. Bagi kita di sini dalam dewan ini mungkin bukan semua, van itu mungkin sekadar besi buruk atau sesuatu yang boleh dipandang rendah tetapi pemiliknya di Lembah Jaya ia adalah nyawa bagi kelangsungan kehidupan ekonomi mereka.

Tuan Speaker kita tidak boleh terus menggunakan alasan hujan lebat, takdir semata-mata setiap kali bencana seperti ini berlaku. Kajian akademik daripada geolikal sosio membuktikan bahawa majoriti tanah runtuh di kawasan perbukitan Ampang adalah human induce land slide ataupun tanah runtuh cetusan manusia. Ia berpunca daripada kegagalan penyelenggaraan jangka panjang dan pengurusan guna tanah yang tidak diselia dengan ketat untuk jangka masa yang panjang sebelum ini. Pemikir besar Ibnu Kaldu mengingatkan bahawa pembangunan fizikal atau umran tanpa pengurusan risiko yang bijaksana hanya akan membawa kepada kerapuhan tamadun. Tuan Speaker dalam menghadapi risiko bencana ini, saya ingin membawa satu tuntutan atau permintaan yang kritikal daripada rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri sepatutnya menyemak semula kadar bantuan Ehsan bencana di bawah di Pejabat Daerah. Buat masa ini kadar bantuan sedia ada sering kali tidak mencukupi untuk memulihkan struktur rumah yang teruk atau membayar ganti rugi tanah runtuh, banjir ataupun kebakaran.

Saya ingin mencadangkan bantuan ini dinaikkan dan diselaraskan melalui tata kelola yang baik mengikut skala kerosakan dan tahap bencana secara lebih adil. Biarlah hasil negeri mencecah bilion ringgit mula mengalir dan boleh menjadi sedikit ubat kepada luka rakyat yang hilang tempat berteduh bukan sekadar bantuan yang melepaskan batuk di tangga. Kita perlukan tata kelola infrastruktur yang preventif dengan izin dan juga predictive. Kita selenggara sebelum runtuh, kita pantau sebelum musnah.

Paksi ketiga saya adalah mengenai urusan birokrasi yang boleh menimbulkan persepsi yang menyusahkan rakyat. Tuanku telah memuji langkah reformasi sistem tadbir urus untuk mengurangkan rintangan birokrasi yang membuat rakyat menggagap ia menyusahkan. Namun ada satu isu di Lembah Jaya ini, iaitu isu pengurusan jenazah di kawasan padat seperti di Lembah Jaya dan saya yakin juga di kawasan-kawasan lain yang masih menjadi tembok yang nampak seperti menyesakkan. Lebih kurang mungkin sekali setiap 5 bulan atau 6 bulan berlaku kematian yang bertindih di dalam satu kariah, dan waris-waris terpaksa menunggu giliran yang mereka rasa terlalu lama di masjid kariah untuk menguruskan jenazah. Tuan Speaker orang-orang di Lembah Jaya ini orang-orang yang baik-baik tak kiralah agama mana pun mereka mahu melunaskan mereka mahu mengikut peraturan dan aliran agama masing-masing untuk orang Islam yang terbaik ialah menguruskan jenazah secepat mungkin jadi dalam satu keadaan yang emosinya agak tinggi, apabila berlaku pertindihan atau terpaksa beratur untuk menguruskan jenazah akan timbul kadang-kadang perasan kecil hati atau marah. Bayangkan beban emosi keluarga yang sedang berduka

terpaksa berhadapan pula dengan persepsi kelewatan pengurusan jenazah orang yang mereka sayang.

Saya ingin mencadangkan agar Jabatan Agama Islam Selangor JAIS di bawah nasihat dan panduan Majlis Agama Islam Selangor melaksanakan desentralisasi pengurusan jenazah dengan memberikan mandat kepada surau-surau Jumaat untuk terlibat menguruskan jenazah kariah setempat. Surau-surau Jumaat ini sudah pun menolong masjid-masjid sekitarnya menampung umat Islam yang mahu solat Jumaat jadi kenapa tidak mereka menolong juga jika ada kesesakan dalam menguruskan jenazah. Di Lembah Jaya kami ada 3 surau Jumaat semua berhampiran dengan masjid-masjid. 5 masjid dan 3 surau Jumaat saya yakin kalau kita implementasikan sistem ini ia dapat menolong dan memberi ketenangan yang lebih keluarga-keluarga arwah. Berikanlah tauliah dan pengiktirafan kepada surau-surau Jumaat yang berkelayakan sahaja yang mempunyai fasiliti yang cukup untuk menguruskan jenazah sepenuhnya dari mula hingga akhir.

Tuan Speaker pemikir agung Imam Al Ghazali yang menekan syariah menyatakan bahawa memelihara maruah insan, Hifz al-Ird adalah teras kepada kesejahteraan sesebuah komuniti. Mempermudah urusan jenazah adalah sebentuk empati tertinggi kepada rakyat pada saat mereka dilanda kehilangan orang yang tercinta. Tuan Speaker, siapa lagi yang akan buat ini kalau bukan kita di Selangor?. Kitalah yang Darul Ehsan, bukan negeri lain. Jangan biarkan peraturan yang terlalu kaku menghalang tuntutan Fardu Kifayah diselesaikan dengan pantas dan penuh penghormatan.

Tuan Speaker, Dewan ini bukan tempat untuk kita saling memuji dalam kepompong keselesaan atau kita mengkritik semata-mata untuk cloud chase dengan izin. Dewan ini adalah tempat untuk kita melunaskan amanah rakyat yang memahukan perubahan yang nyata. Hasil negeri yang tinggi mestilah dicerminkan melalui bantuan bencana yang lebih tinggi dan setimpal, kedaulatan makanan yang lebih terjamin dan pelaksanaan birokrasi yang lebih berempati dan lincir. Mari kita semua bekerja dengan penuh integriti menjunjung titah Tuanku bukan sekadar dengan lafaz di bibir tetapi dengan islah yang menyentuh setiap rumah, setiap rakyat di Selangor Darul Ehsan. Jikalau sebelum ini ada Ahli-ahli Dewan Negeri yang menjual pantun saya juga ingin menjual sikit pantun dengan izin. Tuan Speaker, Kuang, boleh ya Kuang? Ini kena baca sebab belum hafal.

Terbang kenari melintasi awal Hinggap sebentar mencari teman Suara Lembah Jaya bergema di Dewan Titah Tuanku kami jadikan pedoman

Sekian terima kasih Tuan Speaker. Saya mohon menyokong usul ini dan sebagai seorang anak Selangor menjunjung kasih titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya, Yang Berhormat Kuang.

Terima kasih Tuan Speaker beri ruang kepada Kuang untuk membahas usul. Menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Ke-15 tahun 2026. Kuang steady lah, tak ada teks punya lah. Jangan susah punya. Tuan Speaker, saya izinkan dorang nak kacau saya berapa banyak pun. Saya ada beberapa perkara yang saya akan bangkit berkenaan dengan titah ucapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.

Perkara pertama yang saya nak sebut Dewan Bandar Tasik Puteri tapi EXCO dia tak ada dan saya rasa saya tak nak bahas pasal Dewan ni lah sebab Dewan ni EXCO dah jawab empat kali. Sejak saya masuk kali pertama, setiap kali saya tanya soalan Dewan, EXCO jawab, bagi tarikh. Jawapan EXCO yang duduk dekat situ dalam penggal yang lepas Dewan Bandar Tasik Puteri akan siap pada Mac 2026. Saya baru lepas melawat tapak, mustahillah sebab saya pergi Dewan tu tak siap pun lagi. Jadi saya tolong jawab bagi pihak EXCO, dewan ni akan siap Disember 2026. Jadi kalau ada pegawai EXCO dalam perbahasan nanti tak payah sebut pasal Dewan ni sebab dah ada orang bantu jawab soalan EXCO ni.

Yang keduanya, Yang Berhormat Rawang ada bawa isu fasal jalan daripada Green Valley ke Batu Arang. Saya telah mendapat jawapan daripada DO bahawasanya jalan ini sedang dalam proses pengambilan tanah kerana jalan itu melalui tanah kerajaan dan tanah-tanah individu. Proses pengambilan tanah ini akan mengambil masa 12 ke 18 bulan. Maknanya rakyat penduduk daripada Tasik Puteri dan Batu Arang yang menggunakan jalan tu kena sabar sekurang-kurangnya 18 bulan lagi daripada sekarang sehingga proses pengambilalihan tanah selesai dan jalan itu didaftarkan di bawah JKR maka pada ketika itu barulah peruntukan MARRIS boleh digunakan untuk memperbaiki jalan tersebut. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Rawang baru-baru ni buat gotong- royong berusaha keras Yang Berhormat Rawang buat gotong-royong ramai-ramai untuk memperbaiki jalan tersebut setakat mana dalam kemampuan. Tapi Yang Berhormat, Yang Berhormat bukan ADUN pembangkang, Yang Berhormat kerajaan. Saya cadangkan untuk tempoh 18 bulan ke depan ni Yang Berhormat menggunakan sepenuhnya kedudukan Yang Berhormat sebagai salah seorang ADUN kerajaan mohonlah peruntukan daripada ICU. Sebab sebelum ini pun jalan tersebut di selenggara oleh ICU JPM, JPM maka boleh guna, sebab kita tak boleh guna peruntukan MARRIS lagi kita guna ICU dulu untuk memperbaiki jalan tersebu sehingga

proses pengambilan tanah ini selesai maka bolehlah kita gunakan peruntukan MARRIS dan kita perbaiki terus jalan tersebut.

Satu lagi jalan yang menjadi masalah kepada saya dalam DUN Kuang ini masih lagi Lorong Melati. Saya dah dapat jawapan daripada JKR juga tentang jalan ini memerlukan peruntukan sebanyak RM53 juta. Malangnya dalam pengumuman bajet tahun lepas hanya RM1 juta sahaja diperuntukkan. Maka kerja-kerja pelebaran jalan tersebut tidak dapat dibuat. Tuanku dalam titah-titah Tuanku tidak pernah terlepas daripada memuji Kerajaan Negeri. Tuanku selalu sebut beta mengambil maklum prestasi baik kerajaan, prestasi baik kewangan Negeri Selangor. Tuanku puji duit kita banyak RM34 bilion tapi Tuanku juga tambah dalam merancang pembangunan Kerajaan Negeri Selangor, kesejahteraan rakyat beta mestilah diutamakan. Jalan yang saya sebutkan ini menjadi jalan utama, yang menyambungkan antara Bukit Rahman Putra di bawah DUN Paya Jaras ke Kuang. Jalan inilah juga jalan yang memberi masalah paling banyak kerana dilalui oleh lori-lori kuari. Jalan ini perlu kepada peruntukan RM53 juta. Apalah sangat simpan RM4 bilion, duit banyak tapi kesejahteraan rakyat tak dapat kita jaga. Selari permintaan saya ni dengan Kota Kemuning tadi. Banyak peruntukan diperlukan untuk memperbaiki infra-infra. Buat apa simpan duit banyak-banyak? Apa salahnya gunakan duit yang kita ada berbilion-bilion ini untuk memperbaiki dan menjaga kesejahteraan rakyat selari dengan titah Tuanku? Jadi saya mohonlah pertimbangan. Buat apa kita nak bangga tiap-tiap tahun kita tambah duit, kita tambah reserve, kita tambah reserve, tapi rakyat di bawah sengsara tak habis-habis. Kuang ini kawasan yang selalu menimbulkan cerita-cerita menarik, termasuklah baru-baru ini insiden sebuah kereta terjun masuk ke dalam Tasik Biru. Ada 10, ada 7, 8 orang wira yang sempat yang kebetulan berada di situ terjun masuk selamatkan tiga nyawa. Ibu dan dua orang anak. Saya ada nama-nama mereka. Yang saya nak sebut juga benda ini adalah kerana apalah salahnya kalau Kerajaan Negeri mengiktiraf keberanian mereka sempena sambutan Jubli Perak cadangkan kepada wira-wira ini sekurang-kurangnya dapat sedikit pingat kecil ke sebagai menghargai jasa mereka. Dia pula terjun dalam kolam, nasib baik tak dengan dia-dia sekali jalan. Dan yang paling penting saya nak minta MPS beri penjelasan dan jawapan yang tuntas. Apakah tindakan yang kita akan ambil untuk memastikan insiden ini yang sebenarnya kali kedua. Pertama kali berlaku pada tahun 2021, dua orang meninggal. Kali ini berulang lagi. Takkan kita nak biar benda ini terus berlaku. Jadi saya minta kepada kerajaan untuk mencari satu solusi bagaimana kita nak selesaikan masalah.

Seterusnya Tuanku juga dalam titah menyebut tentang banjir. Kalau Tuan-tuan perasan dalam perbahasan Hulu Kelang menyebut kawasan-kawasan yang terlibat dalam banjir Hulu Kelang tak sebut pun Kuang. Walaupun daripada sidang pertama saya masuk dewan banjir menjadi masalah paling besar kepada saya. Banjir yang pernah berlaku di Kuang, satu kampung tenggelam. Kampung Gombak tenggelam terus. Tapi baru-baru ini saya nak maklum untuk rekod Dewan juga. Sejak daripada hujung tahun lepas, termasuk baru-baru ini Kuang merekodkan zero banjir. Kosong insiden banjir dalam Dun Kuang. Saya nak berterima

kasih kepada seorang Iron Man,tiga orang Iron Lady. Iron Man saya adalah YDP MPS, Tuan Shahman. Saya ada tiga Iron Lady, tiga-tiga A. Puan Azlina, Puan Azura, JKR dan juga Puan Nur Aisyah, JPS. Hasil kerja kuat mereka kenal pasti apa yang perlu kita buat, mana yang sungai yang perlu kita bersihkan, berapa banyak kolam tadahan baru yang perlu kita buat, kita usahakan semua benda itu. Saya ada senarai projek-projek JPS yang telah dilaksanakan dalam tempoh setahun. Hasilnya ialah Kuang tak banjir. Tuanku bukan minta Kerajaan Negeri bulan dan bintang. Tuanku tak minta Kerajaan Negeri bina jambatan emas. Tuanku tak minta Kerajaan Negeri sepinggan hati nyamuk. Tuanku minta kita selesaikan masalah banjir yang sebenarnya boleh kita selesaikan sekiranya kita sama-sama duduk, sama-sama kenal pasti punca, sama-sama cari permasalahan dan jalan penyelesaian dia dan selesaikan dengan cara yang betul. Silakan.

Terima kasih, Kuang. Hari ini saya menghormati dan salute dengan Kuang. Setuju atau tidak, Kuang, sebenarnya dalam apa-apa isu pun terutama berkenaan dengan perkara banjir dan sebagainya kita boleh bekerjasama tak kira ADUN Kerajaan mahu pun ADUN Pembangkang kerana saya yakin kakitangan kerajaan kita semua bukan memikirkan tentang politik tapi mereka memikirkan tentang rakyat. Setuju atau tidak, Kuang sebenarnya walaupunlah ada penyelarasan di kawasan Kuang tetapi masalah itu boleh diselesaikan dengan hubungan sebagai ahli Dewan Negeri dengan agensi kerajaan.

Benda baik kita setuju. Setuju sangat sebab saya tak ada masalah dengan mana-mana pegawai kerajaan dalam kawasan saya. Saya nak quote kata-kata daripada pengarah JPS kepada saya pegawai JPS, Puan Noor Azlina. Dia kata kat saya, “YB, we have to make room for water, rather than we force water to make room for us”. Kita kena cari jalan penyelesaian untuk kita alirkan air ini dan berikan ruang secukupnya untuk air ini. Kita tak boleh paksa air ini jangan datang kepada kita. Kita kena uruskan dia dengan baik. Jadi saya nak sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan yang telah membantu saya dalam menangani masalah banjir dan Alhamdulillah tetapi itu bukan penyelesaian lagi. Kalau kita tak selenggara semua benda ini dengan baik tidak mustahil lepas ini kita akan mengalami masalah banjir yang berulang sebab apa yang penting kalau kita dah buat semua kerja-kerja pembersihan ini tapi maintenance dia tak ada kita tak jaga dan kita tak perhati betul-betul dan sikap rakyat pun penting juga. Ini ada yang suka buang macam-macam barang dalam sungai dan sebagainya yang akan boleh menyumbang kepada berlakunya banjir dalam kawasan jadi ini semua kita kena perhatikanlah.

Saya juga nak maklumkan, tadi saya dah tanya dengan Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan klinik-klinik kesihatan dan sebagainya. Ada beberapa pembangunan baru yang saya telah mendapat datanya ada lebih kurang 4,000 lebih rumah baru yang akan dibina di Kuang dan dalam data yang saya dapat berserta dengan kawasan kemajuan tersebut ada 5 sekolah

menjadikan total tanah sekolah saya di bawah Kuang ada 10 tanah, ada tanah masjid, ada tanah surau, ada tanah klinik kesihatan dan sebagainya. Saya nak minta pandangan dan juga kerjasama EXCO di dalam meluluskan kebenaran merancang kepada developer-developer besar ni yang nak masuk buat beribu-ribu rumah baru yang kita tak ada sekolah untuk menampung benda ini. Apa kaedah yang kita boleh guna pakai? Meminta supaya developer ini tak perlulah serah tanah semata-mata. Menyerahkan tanah kepada kerajaan atau kepada JPNF, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan sebagainya 20 tahun lagi pun sekolah itu tidak akan dibina sebab saya ada pengalaman, 20 tahun dah YB William jadi Ahli Parlimen baru dengar satu sekolah nak dibina. Sedangkan sekolah-sekolah yang ada dalam kawasan sudah menampung kapasiti berlebihan daripada kemampuan dia dan kita nak bina rumah-rumah baru pula lagi. 5,000 rumah sana, 5,000 rumah sini, Sime Darby buat rumah, Gamuda nak buka baru, Scientex baru, Myra Gardens baru. Semua perancangan itu kita buat tapi kita tak berjaya menyediakan infra yang mencukupi untuk penduduk. Jadi inilah masanya EXCO boleh bincang dengan developer, when you build a house, build a school together. Serahkan sekolah kepada kerajaan jangan serahkan tanah sekolah semata-mata. Saya yakin benda itu boleh dibuat kalau kita duduk dan kita bincang sama-sama bagaimana kaedahnya kita nak menyelesaikan masalah itu.

Kuang, sedikit Kuang.

Silakan.

Yang Berhormat Kuang, saya mengambil maklum tentang perkara tersebut lagi-lagi melibatkan sekolah dan juga melibatkan infra-infra awam. Mungkin yang saya ingat masalah yang selalu berlaku ialah di kawasan-kawasan luar bandar dan selalu pinggir bandar dan bila pembangunan di buat secara pocket development itu akan selalu berlaku masalah. Rasanya contoh, di kawasan saya ada sedikit mungkin di kawasan-kawasan Yang Berhormat yang lain pun ada masalah juga. Bila dia buat pocket development, mana ada orang nak buat serah tanah. Kata lah dia buat perumahan 50 biji rumah teres, tanah 3 ekar, so semua pemilik tanah pun buat benda yang sama, benda yang sama akhirnya tidak ada tanah yang diserahkan kepada pihak kerajaan untuk pembinaan sekolah dan infra awam itu. So mungkin, saya tak pasti, mungkin Yang Berhormat ada cadangan untuk kita fikirkan sebab dia kena ada juga plot yang diserahkan untuk pembangunan infra itu.

Ya betul. Ini kalau lot lidi la yang 2 ekar, 2 ekar, 2 ekar dia buat sebagainya itu memang masalah. Tapi saya bercakap tentang pembangunan lebih daripada 1,500 ekar tanah Sime Darby, dulu estet bersihkan dia nak buat lebih kurang 4,000 5,000 rumah jadi dia ada penyerahan kawasan padang bola, surau, masjid, tanah perkuburan Islam, tanah perkuburan bukan Islam, masjid, RIBI ada semua ada.

Juga saya nak maklumkan kepada Dewan, kita pun berjaya bincang, saya bincang dengan Exco kita berjaya memindahkan 2 buah kuil, tak ada endowment tak ada jawatankuasa apa-apa, wakil rakyat panggil jawatankuasa kuil, wakil rakyat panggil tuan tanah duduk pejabat, bincang, selesai. Tidak melibatkan DO, tidak melibatkan siapa-siapa. Saya rasa, wakil-wakil rakyat sepatutnya main peranan apabila berlaku masalah-masalah melibatkan semua perkara dalam kawasan masing-masing. Saya yakin dan percaya, wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Warna dah kuning, masih ada beberapa perkara. Saya

Timbalan Speaker

Kuning tu pun dah lama tu.

Ha, dia tak merah lagi.

Timbalan Speaker

Ringkaskan.

Belum merah, dah minta ringkas. Akhirnya saya nak sebut fasal SELCAT, sorry SELGATE. Hospital yang

Timbalan Speaker

Dah merah dah.

Dia dah buat perangai pula dah. Hospital yang di pecah tanahnya 2018, siap sepatutnya 2025 tertangguh awal Mac 2025, tertangguh sehingga Oktober 2025 walaupun majlis pecah tanahnya 2018. Kapasiti katilnya 224 tetapi setakat hari ini hanya 36 sahaja. Sebelahnya, dah ada KPJ Rawang pula buat blok baru. Setiap penangguhan yang berlaku, di hospital ini melibatkan kos yang bertambah-tambah terutamanya apabila operasi sepatutnya dah boleh tetapi tak jalan-jalan lagi. Hospital SELGATE di Sepang telah pun diserahkan pada September 2025 tetapi sehingga kini masih belum dibuka. Sepatutnya dah boleh operasi, kakitangan dah ada tapi masih belum beroperasi.

Jadi ini boleh menimbulkan kos operasi yang meningkatkan tanpa ada hasil. Saya minta Exco yang berkaitan, mungkin boleh bagi perincian tentang hospital-hospital SELGATE ini. Saya juga nak minta sedikit penerangan, sebab ada yang memaklumkan kepada saya, SELGATE sedang dalam perundingan peringkat akhir dengan Tabung Haji untuk suntikan modal sebanyak 200 juta. Perancangan kita nak bina 5, 6, 7 hospital, tapi apabila mula hospital itu sepatutnya milik Kerajaan Negeri, tetapi apabila kita mula melibatkan suntikan modal daripada agensi-agensi luar adakah hospital-hospital ini akhirnya akan menjadi milik orang lain maka cita-cita kita untuk ada hospital sendiri dalam Negeri Selangor akan tidak dapat dilaksanakan. Akhirnya, isu sensitif sebelum saya tutup, SUKMA.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

3 minit

Timbalan Speaker

2 minit.

2 minit, terima kasih memang nak 2 je. Tuanku telah bertitah tangguhkan SUKMA. Kita bangkit isu, kita dah belanja duit. Saya tahu kita dah belanja banyak, tetapi kita banya belanja untuk membaiki infra-infra kita sendiri. Yang sedang diperbaiki Pusat Akuatik. Apa masalahnya kita belanja memperbaiki infra-infra sukan milik Kerajaan Negeri. Sepatutnya pagi Tuanku titah tangguh, tengah hari surat dah hantar kepada Kementerian Belia menjunjung kasih titah Tuanku Kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan tidak akan menjadi penganjur kepada SUKMA 2026. Walau bagaimanapun sekiranya Kementerian berminat untuk meneruskan, Kementerian sila teruskan dengan keseluruhan kos ditanggung oleh Kementerian nak sewa venue, sewa lah. Kan kita dah baiki semua venue. Kalau ada Kerajaan Negeri lain nak ambil, ambil lah. Apa yang ribut sangat? Tak ada masalah, ada yang bangkitkan kesian atlet ni, eh, Covid 2 tahun tak ada SUKMA, apa jadi kat atlet-atlet tu? Kita kata keputusan terlalu lambat.

PMX batalkan Majlis Hari Raya 2 hari ja lagi. Dewan dah siap, dah pasang, khemah dah tempah, PA sistem dah buat, makan minum dah tempah. Apabila keputusan itu telah dibuat, akur ja lah, itu kan titah. Kita tak kata, jangan buat SUKMA, Tuanku titah tangguh, serahkan balik bola itu kepada Kementerian Belia dan Sukan. Dia lebih tahu, sebab dia jaga sukan satu Malaysia. Biar dia buat keputusan lah. Yang perlu kepada ADUN-ADUN adalah mematuhi titah yang dikeluarkan oleh Tuanku. Semestinya Tuanku telah mendapat maklumat penuh sebelum Tuanku bertitah sebegitu.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat.

Sama-sama.

Timbalan Speaker

Habiskan.

Dan akhir sekali, Kuang menjunjung kasih Tuanku mohon ampun dan maaf jika ada salah kata dan tutur. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kampung Tunku, silakan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Memandangkan ada 10 minit sehingga pukul 4:30 sekiranya tidak habis pada hari ini saya minta masa tambahan esok.

Timbalan Speaker

Kita tengok nanti, teruskan dulu.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, okay.

Jadi, pertamanya Kampung Tunku menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang banyak menyentuh isu yang dekat dengan hati rakyat. Patik menjunjung kasih ke atas keprihatinan dan kearifan Tuanku dan selalu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Tuanku.

Saya ingin mengambil peluang untuk menjawab hujah Kuang mengenai SUKMA. Saya rasa mungkin Kuang tidak begitu tahu tentang ekosistem yang diperlukan ataupun yang sedia ada ke arah penyediaan atau pun penganjuran satu temasya sukan terutamanya yang berperingkat kebangsaan. Tapi saya boleh sumbang sedikit lah sebagai bapa angkat Ragbi SUKMA untuk 3 kali berturut-turut dari tahun 2022, 2024 dan juga untuk tahun ini. Sebagai Presiden Kesatuan Ragbi Selangor dan juga Presiden Ragbi Wanita yang pertama di seluruh Malaysia dan juga sebagai ketua kontinjen Para SUKMA Selangor 2026, saya terbawa untuk meluahkan suara atlet, jurulatih dan persatuan sukan yang telah bertungkus lumus membuat persediaan dan sangat bersemangat untuk mewakili Negeri Selangor yang tercinta khususnya bagi Kontinjen Para SUKMA Selangor 2026.

Besar harapan mereka kerana buat kali pertama Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Selangor komited telah berjanji untuk memberi sokongan persediaan infrastruktur, insentif dan pengiktirafan yang sama rata dengan SUKMA. Ini satu penanda aras yang significant bagi status suka Para serta memartabatkan golongan OKU di Selangor and we hope to be able to owned it (dengan izin). Bak kata, dengan izin Rome wasn’t built in one day begitu juga dengan pembangunan sukan. Kesinambungan program pembangunan sukan sangat penting sebelum kita boleh raih hasilnya dan SUKMA merupakan satu platform yang penting dalam development pipeline (dengan izin) dari peringkat sekolah ke kebangsaan ke antarabangsa.

Saya melihat sendiri perkembangan ragbi wanita dari SUKMA ke Sukan SEA. 10 pemain ragbi wanita Selangor memasuki long list (dengan izin) pasukan SEA Games 2025, 8 pernah mewakili Selangor di SUKMA pada tahun 2022 dan 2024. 5 orang bakal mewakili SUKMA Selangor pada tahun ini. Untuk senarai short list 4 daripada 6 pemain Selangor merupakan atlet SUKMA Selangor dan suka saya maklumkan kepada Dewan bahawa pada Sukan SEA tahun lepas di Thailand, pasukan ragbi wanita kebangsaan yang ada 6 wakil daripada Selangor telah memenangi pingat Perak buat kali pertama dalam sejarah.

So, untuk makluman Dewan dan untuk makluman Kuang juga, penangguhan SUKMA ini tidak bermaksud kos atau perbelanjaan akan stop begitu sahaja. Pada masa ini, atlet, jurulatih dan pengurusan pasukan dalam kontinjen SUKMA atau Para SUKMA dibayar elaun bulanan. Contohnya bagi Ragbi sebabnya itu yang saya paling kenal setiap atlet menerima elaun bulanan RM5,000, jurulatih dan pengurusan menerima RM500 masing-masing. So, bayangkan 3 senario, jika SUKMA di tangguh ke satu tarikh yang tidak diketahui, Kerajaan Negeri-negeri mereka dalam posisi serba salah, sebab mereka tak tahu sama ada nak dan berupaya teruskan bayaran elaun bulanan atau tidak. Because there is no end to it (dengan izin) jika ada penetapan tarikh baru SUKMA

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mencelah.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Boleh saya habiskan 3 senario. Lepastu Taman Medan boleh bagi pendapat.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Okay. Bagi ye. Terima kasih.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Jika ada tarikh baru SUKMA dalam tahun ini, Kerajaan Negeri-negeri perlu teruskan belanja because state program masih on going dan mereka perlu berbelanja bayaran elaun dan sebagainya untuk tempoh yang lebih panjang dan ini akan meningkatkan kos untuk semua negeri secara keseluruhan. Dan Senario ke 3, jika SUKMA tidak dilaksanakan tahun ini, maka seluruh ekosistem atlet, jurulatih, pengurus sukan dan lain-lain dia akan hilang pendapatan, itu satu. Dan momentum secara tiba-tiba. Program latihan dan pembangunan akan dihentikan dan semua pasukan terpaksa start from zero (dengan izin) kerana perlu mengambil kira atlet yang melebihi had umur. So, dan saya kesian atlet kerana ramai dan masuk persiapan fasa kedua dengan expectation to peak (dengan izin) pada bulan Ogos. SUKMA juga merupakan platform kemasukan ke IPT melalui kuota sukan di mana atlet yang cemerlang berpeluang mendapat biasiswa sukan. Taman Medan nak mencelah, saya benarkan dulu.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Kampung Tunku. Saya mengikuti rapat apa yang Kampung Tunku cuba sampaikan, tetapi saya juga nak pendapat daripada Kampung Tunku kalau kita dengar titah ucapan Tuanku, saya tak rasa Tuanku akan mencadangkan supaya penangguhan SUKMA ini dilakukan pada tahun ini kalau keadaan seperti biasa. Makna tidak ada masalah ekonomi, masalah global yang kita hadapi, masalah kos yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri sepenuhnya. Benda ini berada dalam keadaan luar biasa Yang Berhormat. Saya setuju Yang Berhormat bahawa pembangunan sukan ini mesti berterusan. Kalau lah argument kita bahawa elaun-elaun atlet ini menjadi pertimbangannya, saya rasa apa yang Tuanku cuba sampaikan tidak lah tentang elaun mereka ini. Yang nak cuba disampaikan tentang perlu ke pasang bunga api nak buat perasmian, contoh. Kos-kos lain itu juga perlukan penjimatan Yang Berhormat. Jadi, sebagai

ibu angkat, bapa angkat, pemimpin angkat la ya kepada aktiviti ragbi dan sebagainya ini, mungkin Yang Berhormat pandangan saya Yang Berhormat boleh kongsi kan untuk kita adaptasi dengan masalah yang berlaku ini, Yang Berhormat boleh cari banyak pertandingan yang lain untuk teruskan development anak-anak kita dalam bidang-bidang sukan ini. Tak akan lah dengan satu SUKMA, maka semua terencat dari segi pembangunan sukan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay. Saya boleh jawab.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Itu, pandangan saya Yang Berhormat. Mohon...

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay. Saya boleh jawab Taman Medan. Sebenarnya saya nak pergi kepada bahagian adjustment lah. Sekiranya, you know masih nak meneruskan dengan SUKMA, cuma berkaitan komen Taman Medan tentang “Oh, tak akan kita tak boleh cari satu temasya lain dan sebagainya”, its not that easy Taman Medan (dengan izin) kalau nak menganjurkan contohnya Kesatuan Ragbi Selangor nak menganjurkan satu liga di Selangor pun, dia perlu penyertaan yang significant supaya kita tak datang 4, 5 pasukan and then, you know, saya dapat juara you dapat kedua, ketiga we have significant mess (dengan izin). (Dewan Riuh) So,Tunggu-tunggu, saya jelaskan.

Yang Berhormat, saya minta laluan sikit.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tunggu-tunggu, saya jelaskan

Sikit je. Sikit je.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, silakan.

Saya akan habiskan. Saya akan minta Speaker bagi masa yang cukup untuk Taman Medan besok untuk ini. Yang Berhormat, kalau saya dengar Kampung Tunku, kalau saya dengan hujah Kampung Tunku tadi, kalau saya Menteri Belia Dan Sukan saya akan bawa isu ni terus masuk kabinet, minta peruntukan mencukupi daripada Perdana Menteri.

Kuang bukan Menteri Belia dan Sukan.

Tak, nanti dulu dengar dulu...saya

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Kuang sebab saya masih belum sampai bahagian itu.

Kalau cerita kalau, semua boleh cerita kalau.

Tak, kalau saya, selepas penjelasan tadi, kalau begitu la hujahnya kepada Menteri Belia dan Sukan dia sepatutnya bertanggungjawab ambil dan dapatkan peruntukan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, saya jawab Kuang secara terus, saya...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, nanti Yang Berhormat boleh sambung balik esok. Saya bagi 5 minit, 5 minit esok ya. Tambahan 5 minit. Itu bergantung kepada keadaan esok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam sudah pun 4.30 petang, maka, dewan ditangguhkan sehingga hari esok 24 April 2026 bermula jam 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang)