Selangor · 24 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 366 turns · 33,624 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 24 April 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.

(PEGAWAI PENYELIDIK MEMBACA DOA)

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatuhi Wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Dewan pada pagi ini mengalu-alukan Lawatan lima belas (15) orang dari Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Sepang yang diketuai oleh Puan Fauziah binti Omar dan diatur oleh Sektoral, UPEN dan JKORT NSWP Wilayah Persekutuan, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor.

Kita mulakan Sesi Pertanyaan Lisan pada hari ini, dijemput Yang Berhormat Dengkil.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat Speaker, soalan nombor 28?

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Inisiatif Pemerkasaan Anak Muda Dalam Teknologi AiQuestions

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

28. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif yang boleh diberikan kepada belia dan anak muda yang ingin menceburi bidang teknologi AI bagi menyokong Rancangan Selangor Pertama untuk membangunkan teknologi AI?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Yang Berhormat Speaker, terima kasih Dengkil atas soalan yang ditujukan. Bagi menyokong aspirasi Rancangan Selangor Pertama dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan ataupun AI terdapat beberapa

inisiatif yang boleh digerakkan untuk memastikan belia dan anak-anak muda bukan sahaja berminat tetapi benar-benar bersedia untuk menceburi bidang ini secara serius dan berdaya saing. Kerajaan Negeri melalui agensi serta rakan strategik seperti Selangor Teknikal Skills Development Center, STDC boleh memperluaskan penawaran kursus berkaitan AI yang lebih praktikal dan berfokus kepada industri. Termasuk bidang seperti analisis data, pembelajaran mesin atau pun machine learning dan Automasi Pintar. Pendekatan ini penting supaya belia bukan sekadar memahami konsep asas tetapi mampu membangunkan penyelesaian sebenar yang boleh digunakan dalam sektor industri.

Dalam masa yang sama, program berbentuk latihan intensif seperti Boothcamp AI, Hackathon dan Program Pensijilan Mikro atau pun Micro Prudentials perlu diperbanyakkan bagi memberi laluan pembelajaran yang lebih fleksibel dan cepat. Inisiatif sebegini membolehkan belia daripada pelbagai latar belakang termasuk bukan teknikal untuk memasuki bidang AI tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada laluan akademik tradisional dan itu sokongan kepada pembangunan bakat AI juga boleh diperkukuh melalui kerjasama rapat dengan industri dan Institusi Pendidikan Tinggi. Menerusi pendekatan ini, lebih banyak peluang latihan industri, projek kolaboratif dan Programme Real World Problem Solving dengan izin dapat diwujudkan supaya belia dapat membina pengalaman sebenar serta memahami keperluan pasaran kerja dengan lebih jelas. Di peringkat komuniti pula, organisasi seperti Penggerak Belia Selangor, PBS memainkan peranan penting dalam memperkenalkan pendedahan awal kepada AI melalui Bengkel Asas Program Kelestarian Teknologi dan Sesi Perkongsian Bersama Penggiat Industri ini penting untuk membina minat dan keyakinan dalam kalangan belia khususnya di kalangan luar bandar atau belia berpendapatan rendah.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan tambahan...

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Dengkil.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Adakah kajian telah dibuat oleh pihak Kerajaan untuk memastikan pemerkasaan AI ini nanti di semua peringkat tidak memberi kesan kepada isu pengurangan guna tenaga kerja? Yang kedua, kesahihan fakta menggunakan AI ini siapakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan pemantauannya khusus yang berkaitan dengan urusan yang berkaitan isu-isu yang berkaitan dengan urusan-urusan Kerajaan?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Berkaitan dengan kajian setakat ini kita masih lagi belumlah melaksanakan kajian secara spesifik tentang sejauh mana pengaruh AI dalam meninggalkan impak kepada alam pekerjaan. Walau bagaimanapun saya akan bincang nanti dengan EXCO Sumber Manusia dan juga EXCO yang bertanggungjawab dalam bidang Inovasi dan Sains, Seri Setia dan juga

Banting untuk kita lihat bagaimana kita boleh mencari satu penyelesaian untuk kita pastikan AI ini tidak menjejaskan potensi dan juga peluang pekerjaan yang melibatkan belia dan anak muda dan dari segi pemantauan pun kita setakat hari ini kita masih bergantung dengan agensi daripada Persekutuan iaitu MCMC sekiranya ada sebarang bentuk penyalahgunaan atau pun manipulasi yang melibatkan AI dan ini seharusnya kita kembangkan lagi mungkin di negeri Selangor dan kita akan bincang lanjut Insya Allah oleh pihak EXCO yang berkaitan dengan portfolio AI nanti dan saya terima kasih kepada Dengkil yang melontarkan isu ini dan kita sebenarnya kena harus ambil maklumlah AI ini banyak pro and con dia, kelebihan pun ada kelemahan pun ada juga dan sebab itu kita perlu guna pakai pendekatan-pendekatan yang lebih komprehensif dan yang lebih baik untuk kita pastikan AI ini kita manfaatkan untuk tujuan kebaikan. Terima kasih Dengkil.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Semenyih.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Semenyih nombor 29?

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Isu Kenaikan Harga BarangQuestions

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

29. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang memperkenalkan intervensi pasaran seperti pasar rakyat, subsidi pengangkutan makanan atau insentif kepada peniaga kecil bagi memastikan harga barangan asas kekal mampu milik?

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Yang Berhormat ada bertanya, apakah Kerajaan Negeri bercadang memperkenalkan intervensi pasaran seperti pasar rakyat, subsidi pengangkutan makanan atau insentif kepada peniaga kecil bagi memastikan harga barangan asas kekal mampu milik?

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi dan Inisiatif yang melaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup yak ini KPDN Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa intervensi bagi memastikan peniaga kecil masih mendapat harga barangan asas yang berpatutan dan mampu milik. Antara program intervensi bersama adalah Pelaksanaan Siri Program Jualan

Rahmah Madani yak ini PJRM di seluruh Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh beberapa operator seperti Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, PKPS, Koperasi Warga Hijrah Selangor (KOHIJRAH) dan sukacita dimaklumkan bahawa untuk Tahun 2026 setakat 15 April sebanyak 1,227 Program PJRM telah pun dilaksanakan di seluruh Negeri dan jumlah ini akan terus meningkat dari masa ke semasa demi terus membeli dan membela nasib rakyat melalui tawaran harga barangan asas yang lebih murah. Kerajaan Negeri melalui KOHIJRAH turut mengadakan Siri Program Jualan Rumpun Selangor yakni JRS di dalam mengetengahkan permasalahan produk keusahawanan koperasi akar umbi agar terus kepada pengguna pada harga yang lebih rendah berikutan tiada manipulasi orang tengah di dalam pasaran.

Sebagai tambahan, rakan-rakan koperasi di Negeri Selangor turut di perkasa bagi meningkatkan pendapatan rakyat memandangkan model perniagaan koperasi ini adalah secara perkongsian ahli-ahlinya, yang mana pada akhirnya keuntungan yang dijana dapat diberi ataupun meningkatkan ekonomi rakyat di peringkat akar umbi. Ke arah merintis pembangunan sistem rantaian bekalan produk pertanian dan perikanan koperasi, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan juga RM3 juta bagi Pembangunan Pusat Pengumpulan Hasil Tani Koperasi Negeri Selangor di Sabak Bernam yang akan dibangunkan oleh Koperasi Warga Hijrah Selangor. Perbincangan juga turut diadakan bersama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yakni KUSKOP di dalam membangunkan jeti pengumpulan koperasi segala inisiatif ini bertujuan untuk mendukung dan mengukuhkan agenda keterjaminan makanan di Negeri Selangor ini. Kerjasama juga turut dijalinkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Selangor untuk membimbing dan menggalakkan penumbuhan lebih banyak koperasi rakyat khususnya di kampung-kampung dan Kariah Masjid.

Tuan Speaker, melalui pakej pengukuhan daya tahan Selangor Fasa 1 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 16 April 2026 bernilai RM131 Juta. Beberapa langkah telah diperkenalkan untuk membantu rakyat dan usahawan. Antaranya adalah: i. Jualah Ehsan Rahmah (JER) akan diadakan dua (2) kali sebulan di setiap DUN dengan kos RM5 juta yang akan mendapat manfaatnya sehingga 178,500 isi rumah;

ii. Baucar KitaSelangor bernilai RM100 sebulan untuk tempoh enam (6) bulan kepada 50 ribu penerima yang layak dengan kos RM5 juta;

iii. Subsidi tambang pengangkutan awam sebanyak RM30 sebulan selama enam (6) bulan kepada 30 ribu penerima bermula Jun ini;

iv. Bermula Jun ini Kerajaan Negeri menyediakan bantuan sokongan sektor pertanian yang bernilai RM25 juta merangkumi bantuan RM500 setiap hektar kepada 180,000 pesawah, RM300 setiap bulan selama enam (6) bulan kepada 2,000 nelayan untuk subsidi Diesel, RM450 setiap bulan untuk enam (6) bulan dalam bentuk input pertanian kepada 4,000 petani serta 3,500 penternak dan 350 pengusaha AQUA;

v. RM6 Juta diperuntukkan untuk memperkasa usahawan Koperasi Selangor;dan

vi. Memperkasakan usahawan melalui plat di semua 12 PBT bermula bulan depan.

Sebagai tambahan KPDN Negeri Selangor turut melaksanakan Pasar PATUH. Skop Program Pasar PATUH ini terdiri daripada 3 jenis entiti perniagaan iaitu Pasar PATUH, Program PATUH dan Zon Tumpuan Pelancong PATUH. Program ini memfokuskan kepada penandaan harga jelas dan alat timbang tepat bagi membudayakan pematuhan perniagaan. Buat masa ini, terdapat dua (2) pasar yang telah dikategorikan sebagai Pasar PATUH di Negeri Selangor iaitu Pasar Awam Dengkil dan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya. Manakala tujuh (7) kawasan RNR Plus dan kawasan tumpuan pelancong pula telah dikenal pasti sebagai Program PATUH dan Zon Tumpuan Pelancong PATUH. Daripada subsidi pengangkutan KPDN telah memperkenalkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi yak ini SKDS dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi, SKPS yang merupakan satu inisiatif penting bagi memastikan pengagihan dan penggunaan bahan api bersubsidi dapat dikawal secara lebih sistematik, telus dan berkesan melalui Card Fleet. Sistem ini juga diperkenal sebagai langkah untuk mengatasi isu ketirisan subsidi, penyeludupan bahan api serta penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini membolehkan pihak berkusa mengesan sebarang aktiviti mencurigakan serta mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih cepat berdasarkan rekod kelulusan Card Fleet bagi Negeri Selangor terdapat sebanyak 45,112 Syarikat yang telah diberi kelulusan menggunakan Card Fleet ini.

Tuntasnya besarlah harapan Kerajaan Negeri agar segala inisiatif dan langkah intervensi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan termasuklah inisiatif secara bersama dapat terus membantu para pengguna dan juga entiti perniagaan termasuklah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, PMKS di dalam mendepani tekanan ekonomi pada masa ini berikutan Konflik Geopolitik Timur Tengah yang memberi kesan kepada ekonomi global. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan sila..

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Yang Berhormat EXCO bagi Semenyih sangat komprehensif, cuma soalan ini diajukan ketika Pakej Daya Tahan Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 belum diperkenalkan maka boleh tak kalau Semenyih minta pandangan Yang Berhormat EXCO sekiranya khususnya Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 yang sangat cantik ini terus dipanjangkan terus bukan hanya pada tempoh-tempoh tertentu khususnya kepada peniaga-peniaga kecil untuk memberikan mereka kekuatan bersaing dengan mendapat sokongan bantuan daripada Kerajaan Negeri. Samalah juga mungkin boleh digambarkan seperti kita ada Budi, kita ada Sara mungkin ada pakej khas BUDI Selangor, SARA Selangor untuk membantu peniaga-peniaga kecil? Terima kasih.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Semenyih atas sokongan dan juga pandangan yang sebegini baik untuk kepentingan rakyat di Negeri Selangor. Insya Allah kami di pihak Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan daripada segala cadangan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Semenyih, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Lembah Jaya. Yang Berhormat Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 31.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Program Perumahan Rakyat (PPR)Questions

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

31. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status pemilikan perumahan PPRT Desa Kasih Taman Sri Merbau di Pekan Sungai Pelek?

b)

Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis panduan atau cadangan untuk pemutihan tentang PPRT Desa Kasih Taman Sri Merbau, di pekan Sungai Pelek?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Yang Berhormat Sungai Pelek ada menanyakan dua soalan. Yang pertama, apakah status pemilikan perumahan PPRT Desa Kasih Taman Sri Merbau di Pekan Sungai Pelek. Untuk Pengetahuan Yang Berhormat, Program Perumahan

Rakyat Termiskin atau PPRT yang terkini dikenal sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Program ini bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar yang bina baru ataupun menambahbaikkan rumah tersebut. Berhubung dengan itu projek PPRT adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu ke arah penyelesaian kepada penduduk tempatan bagi PPRT Desa Kasih Taman Sri Merbau di Pekan Sungai Pelek memandangkan kawasan tersebut telah lama diduduki dan telah di reserve kan sebagai kawasan PPRT seluas 2.8 hektar menurut rekod Pejabat Daerah Sepang. Sehubungan dengan itu saya memohon supaya pihak Yang Berhormat untuk memberi makluman terperinci kepada kami untuk berkenaan dengan kediaman tersebut dan masalah yang berlaku bagi membolehkan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan penyelesaian dengan perkara di atas. Sehubungan dengan itu juga perkara ini juga saya akan selaraskan dengan pihak Sektoral dan di bawah Yang Berhormat Banting selaku EXCO Pembasmian dan Kemiskinan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Morib.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker soalan saya nombor 32.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Peluang Ekonomi Dan PekerjaanQuestions

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

32. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di DUN Morib?

b)

Adakah Kerajaan Negeri ada perancangan membawa pelaburan atau industri ringan ke kawasan ini untuk kebaikan penduduk tempatan?

Terima kasih Yang Berhormat Morib, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Ada dua soalan, yang pertamanya, apakah strategi Kerajaan Negeri untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di DUN Morib, kedua adakah Kerajaan Negeri ada perancangan membawa

pelaburan atau industri ringan ke kawasan ini untuk kebaikan penduduk tempatan. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa strategi bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di daerah Kuala Langat termasuk DUN Morib. Antaranya Majlis Perbandaran Kuala Langat, MPKL telah menyediakan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 yang memberi penekanan kepada kewujudan peluang pekerjaan berkualiti berasaskan pendekatan bersepadu menggabungkan pelancongan, infrastruktur ekonomi tempatan. Selain itu penganjuran Karnival Kerjaya seperti Karnival Jelajah Jobcare Daerah Kuala Langat tahun 2026 pada 11 April 2026 yang lalu turun telah menjadi pertubuhan pencarian kerja tempatan dengan majikan secara terus di samping itu Kerajaan Negeri menggalakkan peningkatan kemahiran melalui Program Latihan TVET Selangor termasuk di institusi kemahiran seperti STDC dan STDC adalah satu Institusi di bawah Kerajaan Negeri dekat Kuala Selangor stand for Selangor Technical Skills Development Center dengan izin membantu menerusi program in penduduk tempatan berpeluang mengikuti latihan percuma dalam bidang teknikal logistik dan pembuatan kursusnya bagi belia lepasan sekolah sebelum di padankan terus dengan keperluan dasar ringan yang bersesuaian. Dalam masa yang sama platform Selangor (PLATS) turut menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan baharu bagi membantu mereka menjana pendapatan dan memperkukuhkan ekonomi melalui aktiviti perniagaan.

Bagi soalan kedua pula, Kerajaan Negeri merancang untuk menarik pelaburan serta merancakkan pembangunan industri ringan di kawasan Morib bagi meningkatkan kesejahteraan dan memperluaskan peluang ekonomi kepada penduduk setempat. Usaha ini turut diperkukuh melalui penggalakan ekonomi desa dan sektor pelancongan antaranya dengan menarik taraf produk pelancongan, memperkasa program homestay serta mengukuhkan perusahaan kecil dan sederhana PKS melalui inisiatif platform Selangor. Selain itu kedudukan Morib yang berhampiran dengan zon industri Kuala Langat seperti Bukit Canggang, Teluk Panglima Garang dan Olak Lempit menjadikan lokasi yang sangat strategik untuk di bangunkan sebagai hub industri ringan dan logistik. Keadaan ini berpotensi memberikan limpahan ekonomi yang lebih menyeluruh serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat di samping itu pelaksanaan Program Selangor Maritime Gateway dan pembangunan Sungai Langat yang turut berperanan sebagai inisiatif mitigasi banjir dijangkakan mampu melancarkan pembangunan dan pelancongan di persisiran sungai. Inisiatif ini juga berpotensi memperkukuhkan sektor logistik dan ekosistem ekonomi di daerah Kuala Langat secara keseluruhan. Perkara ini dapat di lihat melalui kemajuan pembangunan projek pemuliharaan Pantai Morib yang telah mencapai 96% dan dijangka siap mengikut jadual yang di tetapkan. Projek ini di yakini mampu memangkin semula ekonomi penduduk setempat serta menjadikan Pantai Morib antara destinasi tumpuan pelancongan utama di negeri Selangor. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat EXCO. Dalam soalan tambahan saya kita lihat ada kluster di kawasan Morib ini antaranya Kluster Pelancongan, Pertanian dan Perikanan dan Pembangunan Hartanah dan Infra. Daripada ketiga-tiga kluster yang ada di DUN Morib ini adakah mana yang berpotensi daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pekerjaan kepada belia ataupun anak muda yang saya lihat ke belakangan ini saya melihat Morib hanya menarik pelancong tetapi tidak ada pekerjaan dari segi pelancongan kita lihat Morib tidak ada satu pembangunan yang hebat yang boleh kita banggakan seperti di Desaru, Port Dickson, saya melihat dari dulu memang ada pembangunan dilakukan tetapi itu pembangunan infrastruktur tetapi peluang pekerjaan yang kita tahun Morib itu ada satu potensi untuk menarik industri pelancongan bukan sahaja di pantai Morib tetapi juga di sekitar contohnya di Bukit Jugra. Terima kasih.

Terima kasih Morib atas soalan tambahan itu. Saya akui bahawa Morib ini bukan satu bandar ataupun metalpolishen township sebab lebih kepada perkampungan dan juga luar bandar. Kita mesti mengekalkan keaslian kampung itu jangan kita lupa kita terlalu dahaga dengan pembangunan yang terlalu busy seperti mana bandar-bandar besar seperti di negeri-negeri lain. Cuma saya tertarik apabila kita membuka peluang pekerjaan ataupun memajukan kawasan Morib itu dengan penarikan pelancongan di peringkat Negeri, Negara dan Antarabangsa saya setuju kalau EXCO Sekinchan memberi ruang untuk kita saya rasa benda itu patut di bawa di peringkat Negeri dan sebagainya tetapi tarikan penting kepada anak muda kita di kawasan itu sekarang sedang diperhalusi saya rasa projek seperti pembangunan pelabuhan yang besar di Carey Island membantu sedikit anak-anak muda untuk menceburi dalam bidang perdagangan, import dan eksport dan sebagainya saya tidak nafikan jadi kalau kita mendapat peluang untuk secara mendalam untuk memperkembangkan ekonomi setempat kita juga boleh mengambil bahagian dalam sektor itu. Tambahan sedikit kita jangan lupa desa ini kita juga mem produce kepada IKS, barangan pengeluaran kampungan seperti kerepek ataupun kuih-kuih asli kita di Morib dan juga Tanjung Sepat dan sebagainya. Jadi saya setuju dengan pandangan tadi Yang Berhormat Morib cuma untuk menaik perhatian ataupun memperkembangkan kawasan Morib itu kita akan bekerjasama dengan EXCO Pelancongan untuk membuat blueprint yang lebih eksklusif untuk menarik pelancong di peringkat Negeri dan juga Antarabangsa. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya hendak bertanya apakah bentuk mungkin usaha satu promosi lebih tuntas

lagi terutamanya di pintu masuk Selangor ini sebagai contoh di Lapangan Terbang Antarabangsa, KLIA Sepang yang saya kira untuk mempromosikan secara tidak langsungnya untuk membugarkan lagi IKS-IKS yang berada sama ada di Kuala Langat ataupun Sepang terutamanya di kawasan Morib, di Kanchong Darat kerepek-kerepek yang disebutkan tadi membantu untuk IKS dan peluang pekerjaan termasuklah kalau di Pulau Carey tadi budaya Mahmeri yang perlu mungkin promosi kepada pelancong-pelancong luar negara atau mereka yang transit boleh singgah sebentar dan juga menjadi pemangkin kepada peluang pekerjaan atau pun industri yang kecil promosi kepada masyarakat Mahmeri Orang Asli itu sendiri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang saya bersetuju ataupun saya tertarik dengan peluang pelancongan dan juga memberi membuka ruang kepada sektor pekerjaan melalui promosi barangan IKS dan juga program-program yang dilaksanakan di peringkat Orang Asli kita di Pulau Carey dan juga Mah Meri Itu adalah identiti yang orang asli di sana sangat popular bukan sahaja di peringkat Negeri tetapi di peringkat Antarabangsa. Di sini saya berbangga dan berbesar hati untuk memberi tahu kepada Dewan yang mulia ini bahawa Mah Meri adalah identiti Pulau Carey kita jangan lupa dan pembangunan yang bakal kita hadapi di Pulau Carey ini kita juga memberi ruang kepada orang asli yang tinggal di kawasan Pulau Carey ini untuk mengambil bahagian dalam sektor perdagangan dan sebagainya tetapi kita kembali kepada soalan tadi Yang Berhormat Sejangkang rancangan itu memang ada melalui kita pun ada perbincangan di peringkat Kerajaan Negeri untuk pembinaan kereta api dan sebagainya. Saya rasa Sepang dan juga tanjung Sepat dan sebagainya laluan utama apabila mereka foreigners dengan izin datang ke Malaysia jadi kita tibalah masanya untuk kita mempromosikan lagi pendalaman sedikit untuk memberi tahu foreigners bahawa kita ada kampung di kawasan ini dan sekian sahaja. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan daripada Yang Berhormat Sementa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker soalan saya nombor 33.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Persediaan Sekolah Tahun 1 Di Bawah JaisQuestions

33. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah persediaan guru dan kemudahan sekolah di bawah Kerajaan Negeri (JAIS) untuk menerima murid Tahun 1 berumur 6 tahun 2027 mengikut garis panduan KPM?

b)

Adakah bilangan guru mencukupi untuk Tahun 1?

c)

Apakah status keselamatan dan kesesuaian bangunan sekolah?

Timbalan Speaker

Yang Berhormat soalan. Yang Berhormat Sungai Tua soalan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sorry. Tengah baca massage. Terima kasih Yang Berhormat saya mohon izin untuk menjawab soalan nombor 33 daripada Sementa bersama-sama dengan soalan sahabat saya daripada Sijangkang soalan nombor 177. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam membuat ketentuan untuk mengikuti dasar kemasukan murid tahun 1 seawal enam tahun untuk sesi persekolahan tahun 2027. Justeru persediaan tersebut merangkumi cadangan berikut, yang pertama mengesan dan mengoptimumkan kegunaan bilik darjah sehingga 45 orang satu kelas, kedua menyelaras data murid dan mengesan kawasan yang mempunyai penduduk padat bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, yang ketiga mengenal pasti keperluan penambahan guru, yang keempat menambah dan mewujudkan tiga sesi persekolahan daripada dua sesi persekolahan mengikut kesesuaian, yang kelima menyediakan pembinaan infrastruktur tambahan seperti tambahan bilik darjah bagi menampung penambahan murid dan untuk bilangan guru dijangkakan seramai hampir 80,000 permohonan telah diterima pada tahun 2027 ini untuk keseluruhan Negeri dan kekurangan 880 guru adalah di unjurkan. Namun begitu Kerajaan Negeri akan bersedia kerana salah satu strategi kita adalah menambah bilangan-bilangan guru bilangan ketiga tadi supaya kita dapat mengisinya berdasarkan dengan kemampuan dan kedudukan Negeri. Setakat ini saya belum menerima daripada Jabatan agama ataupun daripada Bahagian pendidikan berapakah keperluan tambahan yang diperlukan untuk pengoperasian pada tahun 2027 dan itu semua akan dirangkumkan di dalam Belanjawan 2027 yang kita akan bentangkan biasanya pada hujung tahun.

Secara keseluruhannya untuk soalan (c), tentang keselamatan dan sebagainya secara keseluruhannya semua bangunan sekolah di bawah JAIS adalah selamat dan sesuai dan boleh digunakan. Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan sentiasa memberi bantuan baik pulih sekiranya terdapat permohonan daripada pihak sekolah atau Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam malahan ketika amanat tahun baharu kita telah sediakan tambahan peruntukan R4juta kepada sekolah-sekolah agam JAIS dan KAFA terutamanya untuk

menambah keperluan meja pelajar, kerusi pelajar, alat bantuan mengajar di sekolah-sekolah ini demi, untuk memastikan pendidikan di sekolah-sekolah JAIS memenuhi keperluan standard dan piawaian yang ditetapkan demi untuk pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak kita. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan silakan.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas penjelasan tadi. Soalan tambahan saya yang pertama, apakah kaedah penapisan untuk kemasukan tahun 1 yang berusia 6 tahun tersebut? Apakah kita menerima semua permohonan atau pun di sana ada penapisannya? Yang kedua, apakah kita dah bersedia kepada guru-guru kita kaedah khusus untuk anak-anak 6 tahun ini. Kaedah ini berbeza dengan anak yang berumur 7 tahun pendekatan dia dan apakah kursus-kursus itu telah dirangka dan akan dibuat pada tahun ini? Dan yang ketiga berkaitan tentang keselamatan. Saya ingin membawa satu isu yang berlaku pada 16 Mei 2025 tahun lepas sempena sambutan Hari Guru. Satu kemalangan telah berlaku di SRA Pekan Meru bila anak-anak jatuh di tangga sekolah tersebut kerana tangga yang kedua telah dirobohkan dan tidak dibina sampai sekarang. Perobohan tangga yang kedua SRA Pekan Meru itu bukan setahun dua, dah lama dah. Sampai sekarang belum dibuat lagi tangga tersebut dan sudah berlaku kemalangan pada tahun lepas sempena Hari Guru dan bilakah tangga tersebut akan dibuat dalam kadar segera ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Piawaian pendidikan kita akan mengikut garis yang telah ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan kerana dasar ini baru sahaja diumumkan pada tahun ini dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Sudah pasti program mana yang saya sebut tadi kita mengikut saranan dan juga langkah yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kerana pelan transformasi ataupun reformasi pendidikan ini memberikan peluang yang lebih cepat kepada anak-anak kita untuk terjun dalam bidang perusahaan pendidikan selepas mereka tamat sekolah pada waktu yang tertentu kerana mengikut standard dan piawaian antarabangsa.

Justeru sudah pasti kita menyesuaikan dengan kesesuaian-kesesuaian Kerajaan Persekutuan dan kita dalam pada masa yang sama akan meneliti bagaimanakah respons dan maklum balas. Berkenaan dengan semuanya atau tidak, saya kena rujuk balik daripada Jabatan Pendidikan atau Bahagian Pendidikan JAIS kerana akhirnya kita akan memastikan paling tidak standard kita minimum 45 orang bukan minimum 45 orang dalam satu kelas tapi minimum standard maknanya paling baik 25, 30, tapi kita telah tingkatkan jadi 45. Itu dah agak padat sebenarnya dan itu adalah kadar kepadatan yang paling maksimum kita boleh terima supaya anak-anak kita tidak terlalu tertekan dengan satu kelas yang padat, yang

mungkin akan mengganggu tumbesaran dan juga kemampuan mereka untuk menerima proses pembelajaran.

Perkara kedua yang spesifik saya kena rujuk juga dengan pihak terbabit kerana hal spesifik merujuk kepada, saya tidak ada datanya. Jadi kalau ada maklum balasnya saya akan maklumkan secara bertulis atau saya akan maklum kepada publik jika ada keperluan ataupun ada jawapan yang lebih konkrit berkenaan dengan bilakah nak dibuat, berapa kosnya dan kenapa ada sedikit delay atau ada proses penangguhan terhadap pembangunan semula tangga ataupun tangga yang telah ditutup disebabkan ada kes kemalangan tersebut. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Terima kasih. Saya kira saya tidak menolak bahawa permulaan pendidikan tahun 1 pada usia 6 tahun dan ini mungkin pendekatan yang ke hadapan untuk memberikan peluang kepada anak-anak kita mendapat pendidikan lebih awal. Cuma saya kira isunya sekarang ini ialah pada kawasan-kawasan yang berkepadatan tinggi, dan soalnya adalah persiapan daripada sudut infra, bilik darjah dan sebagainya. Kalau saya nak ambil di kawasan saya sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan Kebun Baru dan Sekolah Rendah Agama Kebun Baru, pelajarnya sudah lebih daripada 3,000 orang pelajar. Satu bilik darjah lebih daripada 45, ada yang 48, ada yang 49 dan ini mungkin antara salah satu sekolah yang padat.

Cuma saya melihat mungkin kalau di peringkat pendidikan agama sekolah rendah agama ataupun KAFA di Negeri Selangor ini untuk kita lewatkan pada tahun hadapan sebagai persiapan kita untuk memperkasakan lagi infra, itu mungkin lebih baik cuma saya lihat sebahagian daripada SRA pun telah digunakan untuk pendidikan di sekolah-sekolah arus perdana yang tidak cukup bilik darjah digunakan SRA untuk pendidikan tahap 1 atau pun tahap 2 dan saya melihat juga ada baiknya telah berlaku di Negeri Selangor ini SRAI sebagai contoh, pendidikan daripada pagi sehingga lah ke pukul 3, pukul 4 begitu dengan keadaan ibu bapa yang berkerjaya mungkin meringankan untuk ambil anak waktu tengah hari, hantar lagi sekolah agama, mungkin itu boleh dilihat di samping bukan kita nak menolak tanggungjawab kita mengeluarkan pendidikan sekolah-sekolah rendah agama ataupun KAFA di Selangor ini tetapi diberikan peluang kepada sekolah juga Kerajaan Pusat untuk mengambil membantu dari sudut keperluannya. Jadi saya mungkin ini sebagai satu compliment SRAI diperbanyakkan lagi di Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat soalannya?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya asasnya setuju untuk kita banyakkan SRAI ini sebab hampir semua orang, anak saya sekolah-sekolah SRAI JAIS. Saya percaya dengan sistem pendidikan Jabatan Agama Islam . Jadi apa yang saya nak sebutkan di sini isu SRAI kita bukan boleh tambah kemudahan fizikal. Kemudahan fizikal saya rasa kita boleh projek atau unjurkan untuk 1 tahun dan 2 tahun. Yang selalu menjadi halangan dan juga cabaran kepada sekolah-sekolah SRAI yang saya sendiri alami bila saya datang daftarkan anak, datang ke majlis kori kulum ataupun datang ke majlis kokurikulum mereka, yang selalu disebut ialah kekurangan-kekurangan guru. Kekurangan guru ini kadang-kadang dia mengambil masa dan kadang-kadang skim dan juga tawaran yang kita kemukakan itu tidak la secekap ataupun tidak lah tidak seindah atau pun sebagaimana yang ada jaminan dalam sistem Kerajaan Persekutuan selaku pentadbir awam berbanding dengan sekolah SRAI kerana status SRAI walaupun sebenarnya boleh lah dianggap SRAI ini sekolah milik Kerajaan Negeri masih lagi dianggap sebahagian daripada subsektor pendidikan swasta kerana dia bukanlah sepenuhnya di bawah urusan Kementerian Pendidikan Malaysia walaupun ada pemantauan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadi kadang-kadang prioriti yang diberikan oleh kementerian dan jabatan sudah pasti mereka ada prioriti. Prioriti mereka adalah memenuhi guru sejarah, memenuhi guru matematik, memenuhi guru-guru pendidikan akademik untuk sekolah-sekolah di bawah kementerian terdahulu baru diikut dengan sekolah yang tidak ada bantuan penuh ataupun tidak bukanlah sepenuhnya di bawah perhatian KPM seperti sekolah rendah agama integrasi SRAI yang sebenarnya mencatatkan keputusan yang agak baik, keputusan curriculum yang agak baik, extra co-curriculum juga baik, menang bola sepak, kejohanan perbahasan dan sebagainya tetapi dalam masa yang sama pencapaian akademik juga yang baik. Jadi asas yang dicadangkan oleh Sijangkang itu bagus tetapi kita sedar cabaran tersebut kalau cabarannya kalau setakat menaik taraf kemampuan fizikal, saya rasa itu boleh dilakukan kita boleh buat projek 2 tahun, 3 tahun pun tetapi yang lebih parah ialah memenuhi keperluan akademik. Guru-guru untuk keperluan pendidikan agama saya rasa kita mempunyai jaringan pelajar-pelajar daripada Timur Tengah, daripada KUIS, daripada institusi-institusi kuliah agama di seluruh negara, itu sudah saya rasa cukup dan ada lebihan pun. Tetapi untuk memenuhi keperluan akademik itu kadang-kadang, untuk spesifik untuk sains, teknologi dan matematik itu sedikit ada cabaran dan saya perlu akui dan kadang-kadang kita bukannya tidak dijadikan first option kerana opsyen pertama di peringkat KPN dan JPN adalah untuk memenuhi keperluan kepada sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian tersebut. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Saya ingin mencelah berkaitan dengan isu yang telah dibawa oleh Sementa sebentar tadi berkaitan dengan Sekolah SRA Pekan Meru. Sebenarnya sebaik sahaja kejadian itu berlaku, saya mengadakan lawatan di

SRA tersebut dan tuntas saya telah menghubungi Pengarah JAIS dan sebenarnya telah ada jawapan daripada Pengarah JAIS dan JKR pun telah turun. Saya menunggu jawapan juga sebenarnya, jadi saya ucapkan terima kasih kepada Sementa kerana tolong bertanyakan tentang perkara ini tapi saya sentiasa menghubungi Pengarah JAIS untuk mendapatkan apakah tindakan seterusnya ataupun jawapan-jawapan daripada Pengarah JAIS ke atas tangga yang dirobohkan ini dan bila pembinaannya. Terima kasih.

Soalan saya ialah sama juga dengan Sementa. Bilakah tangga itu akan dibangunkan semula kerana 2,000 orang pelajar menggunakan 1 tangga sebab itu menyebabkan anak-anak itu jatuh bertindih antara satu sama lain.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya ambil maklum tentang apa yang disebutkan oleh Meru. Insya Allah kalau saya ada kepastiannya nanti sebab isunya saya sebut spesifik soalan asasnya ialah tentang anak-anak 6 tahun masuk ke sekolah. Jadi bila terus kepada sekolah yang merujuk kepada sesuatu sekolah saya rasa kita tak ada datanya, saya pun tak siap segalanya. Jadi kita akan kemukakan nanti apabila data diberikan oleh Bahagian Penyelidikan JAIS. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Jangan lupa juga permohonan sekolah SRA di Ukay Perdana.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Timbalan Speaker jangan ambil kesempatan. Tanya soalan ke situ.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya dari Kota Kemuning.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Tuan Speaker, saya ingin menggunakan Peraturan 24 (2) untuk mengambil soalan ini.

Timbalan Speaker

Silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Kuil Dan Tanah RibiQuestions

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

34. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah kuil Hindu di Selangor dan status tanah masing-masing (berdaftar,dalam proses dan tanpa kelulusan)?

b)

Berapakah jumlah lot tanah RIBI yang telah diwartakan, digunakan dan masih tersedia termasuk lokasinya?

c)

Apakah garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi proses kelulusan permohonan dan pemberimilikan?

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kota Kemuning telah tanyakan tentang kuil dan tanah RIBI. Ada 3 soalan;

(i) Berapakah jumlah kuil Hindu di Selangor dan status tanah masing-masing (berdaftar,dalam proses dan tanpa kelulusan)?

(ii) Berapakah jumlah lot tanah RIBI yang telah diwartakan, digunakan dan masih tersedia termasuk lokasinya?

(iii) Apakah garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi proses kelulusan permohonan dan pemberimilikan?

Tuan Speaker, berdasarkan kepada inventori dari Pejabat Daerah dan Tanah sehingga 16 April 2026, terdapat 285 buah kuil sah dan 688 kuil yang tidak mendapat kebenaran dengan pecahan mengikut daerah seperti berikut. Saya ada data ini saya boleh kongsikan data ini kepada Yang Berhormat Kota Kemuning, kemudian memang jumlahnya adalah lebih kurang kuil di atas tanah Kerajaan tanpa kebenaran sebanyak 433, kuil di atas tanah milik tanpa kebenaran, 255 dan kuil sah warta dan persendirian sebanyak 285. Jadi jumlah adalah 881 ya.

Bagi jawapan kedua, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa lot tanah yang dirizabkan bagi tujuan rumah ibadah bukan Islam di lokasi tertentu di seluruh negeri Selangor. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri sedang meneliti kesesuaian lot-lot tersebut dari segi perancangan, status tanah serta keperluan setempat termasuk sebagai opsyen penempatan semula bagi rumah ibadat yang telah lama dibina tetapi tidak ada, tidak dapat diwartakan di tapak yang sedia ada. Pendekatan ini diambil bagi memastikan penyelesaian yang lebih tersusun, partikel selaras dan dengan perundangan serta keharmonian masyarakat.

Bagi jawapan soalan ketiga adalah permohonan pemberi milikan ataupun kita panggil pewartaan ada lagi pemberi milikan la ya, pewartaan tanah hendaklah mematuhi peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1995, setiap permohonan akan dinilai secara menyeluruh oleh jabatan teknikal berkaitan dengan mengambil kira status tanah, zon guna tanah dan keperluan taktikal yang dikawal selia oleh agensi masing-masing sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Berdasarkan keputusan MMKN Bil. 2/2010 bertarikh 26 Jun 2010, semua tapak rumah ibadat hanya akan dipertimbangkan untuk pewartaan dan dikawal selia oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Bagi permohonan pewartaan tapak rumah ibadat selain Islam, permohonan tersebut akan dibentangkan dahulu di Mesyuarat Jawatankuasa Khas LIMAS iaitu agama Buddha, agama Kristian, agama Hindu, agama Sikh, dan agama Tao negeri Selangor sebelum diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan. Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Speaker. Pandamaran ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah Kerajaan. Pihak Berkuasa Tempatan akan mengambil tindakan untuk menghalang atau merobohkan kuil-kuil ataupun tanah rumah ibadat bukan Islam yang baru akan dibina sebab saya dapati bila kita buat laporan, PBT dia akan buat tali, ikat, seal, tapi lepas tu tak ada, lepas tu orang balik lagi. Jadi bila bina, masuk, kita susah nak ambil tindakan. Saya, Pandamaran ingin menyeru kepada Kerajaan supaya bila kita dapati ada yang baru, yang lama kita kekalkan dan cuba kita bantu tapi yang lama dia tanpa izin, kita perlu ambil tindakan yang drastik. Apa cadangan daripada Yang Berhormat EXCO?

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Memang dia ada satu gred dia. Memandangkan kita di peringkat Jawatankuasa LIMAS memang ada keputusan semua rumah ibadat, dia melibatkan 3R dan agama dan sebagainya, kita memerlukan satu kelulusan khas oleh Jawatankuasa LIMAS memang ada keputusan, semua rumah ibadat dia melibatkan 3R juga agama dan sebagainya kita memerlukan satu kelulusan khas Jawatankuasa LIMAS. Tetapi ia juga perlu diambil kira kuasa ada pada Kerajaan Tempatan iaitu Akta 172. Memang kuasa diberikan kepada Kerajaan Tempatan untuk mengambil tindakan bangunan tanpa kelulusan dan sebagainya lebih-lebih lagi ia adalah pembinaan di kawasan lapang. Kita tidak nafikan memang Pihak Berkuasa Tempatan ada kuasa untuk merobohkan serta-merta. Cuma kita mengambil kira kita mengharmonikan perkara keadaan di lapangan seperti mana permintaan tadi Yang Berhormat Pandamaran sekiranya bangunan itu sedia ada dengan complete ada berlaku pemujaan dan sebagainya, ia perlu mendapatkan kelulusan di peringkat LIMAS. Ya. Kalau mereka baru nak bina something, baru nak bina tanpa kelulusan, tanpa diberitahu mana-mana pihak, tolonglah ambil tindakan. Saya rasa pengerusi bersama LIMAS, Yang

Berhormat Kinrara dan juga Yang Berhormat Sekinchan akan bersetuju dengan saya di mana bangunan baru nak bina something di kawasan lapang, boleh diambil tindakan segera tanpa merujuk kepada pihak LIMAS dan sebagainya. Sekian terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya telah menerima jawapan tentang rumah ibadat bukan islam Negeri Selangor dengan angka-angka yang sah dan tidak sah yang melibatkan kuil, tokong dan gereja dan jumlahnya agak besar sebenarnya. Dan salah satu daripada ini adalah kuil yang disebut oleh Yang Berhormat tadi cumanya saya ingin bertanya, apakah di sana dengan usaha-usaha kerajaan yang sedang dibuat sekarang ini supaya yang tidak sah itu disahkan? Apakah boleh dikongsikan untuk tahun-tahun yang akan datang seperti pemutihan berapa yang telah berjaya diputihkan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Memang apa Yang Berhormat telah nyatakan ataupun jawapan saya kepada Yang Berhormat Kota Kemuning menyatakan satu jumlah yang memang membimbangkan. Memang jumlah itu banyak, tanpa kelulusan ataupun tanpa dengan besar. Tetapi dalam masa itu juga saya diberi amanah oleh pengerusi bersama LIMAS dimana bagi kuil-kuil yang ada di lapangan sana, saya mengadakan mesyuarat berkala dengan jabatan-jabatan teknikal, dengan persatuan itu sendiri dan juga penduduk setempat. Kadang-kadang dia melibatkan tokong ataupun temple itu terlalu lama di satu tempat daripada sejarah ladang dan sebagainya, kita memberi keutamaan. Kalau boleh kita memindahkan satu kawasan ataupun tempat yang diwartakan sebagai ... dan sebagainya. Tetapi kembali kepada soalan ataupun cadangan, soalan yang ditanya oleh Pandamaran tadi, saya ingin beritahu kalau pembinaan baru tanpa kelulusan ataupun secara tiba-tiba hari ini kita fast track tidak ada, esok dah ada. Kalau bangunan macam itu, kita perlu mengambil tindakan untuk mengharmonikan semua pihak. Tetapi kembali kepada pertanyaan tadi Yang Berhormat Sementa, saya memang menyusun jadual saya untuk berjumpa kalau boleh semua kuil-kuil ataupun pembinaan ini dengan personal di pejabat saya. Saya memperuntukkan masa yang cukupnya dengan pegawai-pegawai saya. Saya akan bantu untuk menyelesaikan dalam masa yang bukan masa terdekat, tapi saya perlukan masa lebih panjang sikit tapi hala tuju kita tetap bersama dan kita akan menyelesaikan perkara ini. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Manis Sungguh delima, soalan Permatang nombor 35.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Kadar Inflasi Di SelangorQuestions

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah unjuran peningkatan kadar inflasi di Selangor bagi tahun 2026 susulan kenaikan harga minyak dan apakah kesannya terhadap kos sara hidup rakyat Selangor?

b)

Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat susulan kenaikan harga minyak?

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Permatang.

Timbalan Speaker

Tak balas ke?

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Oh. Yang Berhormat Permatang ada bertanya, berapakah unjuran peningkatan kadar inflasi di Selangor bagi tahun 2026 susulan kenaikan harga minyak dan apakah kesannya terhadap kos sara hidup rakyat Selangor? Kedua, apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat susulan kenaikan harga minyak? Tuan Speaker, ketidaktentuan ekonomi global khususnya konflik geopolitik di Timur Tengah telah memberi tekanan kepada harga tenaga dan rantaian bekalan global dijangka memberi kesan kepada unjuran inflasi negara termasuklah negeri Selangor. Berdasarkan data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia yakni DOSM, kadar inflasi negara direkodkan pada 1.6% pada Januari 2026 dan 1.4% pada Februari 2026. Bagi keseluruhan tahun 2026, Bank Negara Malaysia mengunjurkan kadar inflasi antara 1.5% hingga 2.5% manakala anggaran pasaran meletakkan inflasi sekitar 1.8% hingga 2.0%. Bagi negeri Selangor, kadar inflasi setakat Februari 2026 adalah 1.4% dan dijangka meningkat secara sederhana dan bergerak seiring dengan kadar inflasi nasional. Perkembangan ini sudah pasti memberi kesan kepada rakyat khususnya tekanan ekonomi global terhadap sektor yang lebih sensitif kepada harga import seperti minyak petrol dan diesel serta barangan asas seperti makanan yang memberi gangguan kepada sistem bekalan rantaian makanan negara dan juga negeri ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri selari di dalam melaksanakan dasar dan tindakan untuk membantu mengurangkan kesan tekanan kos global terhadap harga dalam negeri termasuklah nasionalisasi subsidi petrol dan diesel baru-baru ini. Di dalam konteks

membantu rakyat khususnya golongan rentan dan berpendapatan rendah di dalam menangani tekanan kos sara hidup, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah intervensi yang menyasarkan kepada pengurangan beban pembekalan isi rumah, kestabilan harga barangan dan pengukuhan bekalan makanan. Antaranya ialah melalui pelaksanaan program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor iaitu BINGKAS yang menyediakan bantuan e-Dompet sebanyak RM300 sebulan kepada kira-kira 30,000 penerima yang melibatkan peruntukan sebanyak RM103 juta pada tahun ini bagi membantu pembelian barangan keperluan asas dan mengurangkan beban perbelanjaan harian di samping memperkenalkan Baucar Jom Shopping Perayaan bernilai RM200 pada sambutan perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Di dalam terus membantu pembelian isi rumah pada harga 10 hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran, Kerajaan Negeri menganjurkan siri program Jualan Ehsan Rahmah iaitu JER yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor iaitu PKPS dan siri program Jualan Rumpun Selangor JRS oleh KOHIJRAH. Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN di dalam pelaksanaan siri program Jualan Rahmah Madani yakni PJRM. Program sedia ada di bawah Iltizam Selangor Penyayang seperti Skim Mesra, bantuan pendidikan dan keusahawanan terus dilaksanakan pada tahun ini di dalam memampan jaringan keselamatan sosial masyarakat Selangor khususnya golongan rentan dan juga berpendapatan rendah.

Di dalam mendukung dasar ke arah pengurangan penggunaan petrol, Kerajaan Negeri melalui Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri turut menggunakan pakai dasar bekerja dari rumah iaitu BDR dengan mekanisme dengan pemantauan prestasi, produktiviti di semua peringkat. Kerajaan Negeri turut berkongsi gesaan Kerajaan Persekutuan agar syarikat-syarikat swasta turut mengadaptasi dasar BDR ini mengikut kesesuaian perniagaan masing-masing di Negeri Selangor. Bagi memastikan tiada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di dalam waktu krisis ini sama ada percatuan penyelewengan barangan terkawal dan bersubsidi seperti petrol dan barangan asas mahupun memanipulasi harga dan bekalan bahan mentah, makanan dan barangan. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan pihak KPTN Negeri Selangor di dalam menguatkuasakan pematuhan dan juga melaksanakan pemantauan dari masa ke semasa bagi mengekang sebarang gangguan kepada harga dan juga bekalan di pasaran domestik. Tuan Speaker, dalam terus mendepani ketidaktentuan global serta memastikan ketahanan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat negeri Selangor terus dibela, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah berani melalui pemotongan 10% belanja pembangunan Capex dan 5% belanja pengurusan Opex pada tahun ini dan menjadi Kerajaan Negeri yang pertama yang melancarkan pakej rangsangan ekonomi bagi melindungi kebajikan rakyat serta memastikan kelangsungan perniagaan khususnya perusahaan mikro kecil dan juga sederhana. Pakej pengukuhan daya tahan Selangor fasa 1 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 16 April 2026 yang bernilai RM131 juta merupakan langkah jangka segera dan sederhana untuk kita

menghadapi krisis dan ketidaktentuan yang belum ada noktahnya. Antara langkah yang diperkenal untuk membantu rakyat Selangor dalam mengurangkan tekanan ekonomi dan kos sara hidup ini adalah pertama, Jualan Ehsan Rahmah JER yang saya nyatakan tadi akan diadakan dua kali sebulan di setiap DUN dengan kos RM5 juta yang akan mendapat manfaat sehingga 178,500 isi rumah. Kedua, baucar Kita Selangor bernilai RM100 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada 50,000 penerima yang layak dengan kos sebanyak RM5 juta. Ketiga, subsidi tambang pengangkutan awam sebanyak RM30 sebulan selama 6 bulan kepada 30,000 penerima bermula Jun ini dan yang keempat, bantuan serapan percuma pelajar sekolah di mana setiap PBT akan mengadakan program ini di satu sekolah setiap hari yang pada akhirnya secara berperingkat akan mendapat manfaat kepada 873 buah sekolah di seluruh negeri Selangor. Daripada segi takbir urus, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Ekonomi Selangor yakni MTES Khas yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar telah diaktifkan untuk terus memantau perkembangan krisis ini untuk mengenal pasti sebarang dasar atau langkah baru yang perlu di dalam mendepani krisis ekonomi susulan konflik Timur Tengah ini. Kerajaan Negeri juga turut menubuhkan pasukan petugas khas krisis tenaga yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Ibrahim, bekas Gabenor Bank Negara. Secara tuntasnya, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan menyeluruh dan proaktif bagi memastikan kemampanan ekonomi negeri yang berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Ada soalan tambahan? Silakan.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang saya lihat sangat terperinci dan komprehensif. Saya berharap segala penerangan yang diberikan tadi dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan di lapangan. Jadi memandangkan Kerajaan Negeri telah merancang dan juga telah dilaksanakan pelbagai intervensi dalam menangani kos sara hidup ini tadi. Jadi saya ingin bertanya, apakah indikator ataupun KPI yang digunakan untuk kita sama-sama memastikan bahawa langkah-langkah yang diumumkan itu benar-benar berkesan dalam mengurangkan beban rakyat terutama sekali dalam krisis global pada hari ini dan juga adakah bagaimana untuk memastikan ia hanya tidak bersifat sementara dan dapat mengatasi masalah inflasi terutama sekali di Selangor? Terima kasih.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Saya kira pakej pengukuhan Daya Tahan Selangor yang diumumkan YAB Dato’ Menteri Besar ini adalah pakej khusus bagi menangani krisis yang berlaku di Timur Tengah. Dalam masa yang sama kita sedia maklum, pakej-pakej ataupun inisiatif peduli rakyat yang memang telah pun berjalan selama ini sentiasa konsisten. Kita dapat lihat daripada beberapa perkara yang saya nyatakan tadi, di antaranya adalah Jualan Ehsan Rahmah dan juga Jualan Rumpun Selangor. Saya ingat ini dapat banyak memberi manfaat kepada masyarakat khususnya

golongan luar bandar dan bandar yang memerlukan dan ianya dapat memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk mendapatkan harga barangan yang jauh lebih baik daripada pasar raya yang sedia ada. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang atas pandangan dan juga sokongan, dorongan selama ini kepada pihak Kerajaan Negeri. Insha Allah, terima kasih.

Boleh tambahan?

Timbalan Speaker

Soalan tambahan? Satu lagi.

Terima kasih. EXCO, saya ingat dalam keadaan krisis yang kita hadapi sekarang ini, ia memang sangat membebankan kepada rakyat secara umumnya. Cuma saya melihat bahawa saya nampak satu keadaan yang terkini dalam keadaan ini, ramai anak-anak kita yang mula nak masuk universiti atau dah dapat tawaran ini. Saya faham Kerajaan Negeri ada memberikan insentif untuk yuran tetapi mereka juga sebenarnya mempunyai kekangan, yang saya lihat ibu bapa mempunyai kekangan untuk membeli peralatan-peralatan untuk mereka masuk asrama, masuk ke universiti ini. Saya ingat mungkin ini boleh dilihat supaya ia juga meringankan kepada mereka yang memerlukan dan saya mengharapkan juga peruntukan di bawah pembangkang ini dibenarkan ataupun dibuka lebih luas lagi bukan hanya sekadar untuk bantuan pendidikan, keperluan pendidikan dan juga kesihatan tetapi yang lain-lain. Saya tengok pola hutang rumah sewa, tak bayar elektrik, kena potong air dan sebagainya, saya ingat nampak meningkat dan membebankan rakyat. Terima kasih.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang atas pandangan dan cadangan. Insya Allah pandangan dan cadangan ini akan kita sambut baik di peringkat Kerajaan Negeri dan Insya Allah akan dilaksanakan untuk kebajikan dan juga keperluan rakyat di negeri Selangor.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Pokok keladi baru ditanam, soalan 36.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Pengurusan Bekalan AirQuestions

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah terdapat sistem pengasingan antara saluran paip air bagi kegunaan domestik dan komersial? b)

Apakah perancangan jangka panjang yang dirangka bagi memastikan tekanan air yang stabil kepada pengguna? c)

Adakah terdapat kes kecurian air dan bagaimana pelaksanaan tindakan bagi mengatasi kecurian air?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tidak sempat nak jawab. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Sungai Panjang bertanyakan soalan berkaitan dengan pengurusan bekalan air di negeri Selangor. Bagi pada tiga bahagian soalan ini.

Yang pertama ialah berhubung dengan sistem piping ataupun paip yang berasingan bagi kegunaan domestik dan komersial. Sistem paip air di Selangor berfungsi untuk membekalkan air terawat kepada semua pengguna di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada pengasingan sistem bekalan air di antara pengguna domestik dan komersial kerana air yang dibekalkan kepada kedua-dua kategori pengguna adalah daripada sumber logi rawatan air yang sama. Hal ini terpakai juga untuk sumber air terawat di kawasan DUN Sungai Panjang yang mana tiada sistem pengasingan, setakat inilah tiada sistem pengasingan bekalan air dan jajaran paip kepada pengguna domestik dan komersial dan juga industri.

Bahagian (b), berhubung dengan soalan berhubung dengan perancangan jangka panjang bagi memastikan tekanan air yang stabil. Ini panjang sikit jawapannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Air Selangor melalui perancangan Pelan Perniagaan 30 Tahun sedang dan akan melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap sistem bekalan air bagi memastikan tekanan air yang stabil kepada pengguna. Yang pertama ialah seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, kerja-kerja penggantian paip yang telah kita telah tingkatkan daripada 100km setahun kepada 300km setahun. Yang keduanya menaik taraf aset seperti rumah pam, tangki kolam air serta paip agihan dan paip retikulasi. Yang ketiga menaik taraf logi rawatan air. Yang keempat meningkatkan kapasiti simpanan air dengan membina tangki dan kolam air baru dan mengaktifkan juga kolam-kolam yang sebelum ini, dan tangki yang telah pun dihentikan tugas sebelum ini telah pun diaktifkan semula peringkat-peringkatnya. Merangka Pelan ke saling hubungan di antara dua atau lebih sistem agihan bekalan air atau dipanggil water grid interconnectivity di mana dulu kalau satu paip pecah, air daripada loji ini tidak boleh dihantar ke kawasan lain. Sekarang ini telah disambung, dihubungkaitkan ataupun di saling hubungkan supaya kalau berlaku paip pecah di satu loji ini, loji lain dapat menerima air melalui paip yang lagi satu. Ini dipanggil water grid interconnectivity.

Seterusnya juga ialah setakat ini sebanyak 70% kawasan berpenduduk telah berada di bawah District Metering Zone atau DMZ. Ini adalah kawasan zon yang lebih kecil untuk pemantauan berhubung dengan ataupun pengurusan air di kawasan berkaitan. Sekarang ini sudah 70% telah dipasang dan liputan ini akan ditingkatkan dan dikekalkan kepada 80% daripada jumlah sambungan. Ini akan kita naikkan sesuai dengan cadangan ini di bawah pelan ini. Sasaran akan dicapai melalui penambahan 600 lagi kawasan District Metering Zone ini, DMZ ini yang baru secara kontrak bagi tempoh 2026 hingga 2027. Kita tingkatkan lagi, lagi ada 600 kawasan baru. Sekali gus membolehkan liputan 80% ini dicapai lebih awal. Kalau ikut perancangan kita nak capai 2029, tetapi kita insya-Allah berjaya akan menjelang tahun 2027 kita akan mencapai sasarannya. Pelaksanaan DMZ ini ataupun District Metering Zone ini memberi kelebihan dalam aspek pemantauan tekanan, ini lebih mudah kita memantau tekanan dan menguruskan kehilangan air dengan lebih sistematik. Sekali gus mengurangkan risiko paip pecah dan kebocoran. Selain itu, DMZ membolehkan pengesanan kebocoran dapat dilakukan dengan lebih cepat melalui analisis analisa aliran dan tekanan, seterusnya mempercepatkan tindakan pembaikan serta meningkatkan kecekapan operasi keseluruhan sistem agihan air.

Yang menarik bahagian (c) juga agak menarik soalannya berhubung dengan kes kecurian air dan bagaimana pelaksanaan tindakan bagi mengatasi kecurian air. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2025, sebanyak 209 kes kecurian air telah dikenal pasti dengan pecahan 25 kes jenis akaun domestik dan 184 kes lagi jenis akaun komersial. Ini makna lebih banyak komersial ya. Sehingga Mac 2026 pula, sebanyak 43 kes kecurian air telah dikenal pasti dengan pecahan 12 kes jenis akaun domestik dan 31 kes jenis akaun komersial. Kecurian air bukan saja menjejaskan sistem bekalan dan kepentingan pengguna sah malah memberi kesan langsung kepada kadar air tidak berhasil ataupun NRW ini Non Remedy Water. Kestabilan tekanan pun akan terganggu serta integriti rangkaian paip sedia ada. Justeru Kerajaan Negeri menerusi Seksyen Penguatkuasaan Air Selangor telah melakukan pemantauan berterusan, tindakan risikkan, ada SB juga, risikkan serta penguatkuasaan mengikut undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) bagi mengekang kecurian air melalui beberapa strategi berikut. Pertama operasi cegah harian yang melibatkan kerja pemantauan secara proaktif ini cara harian, maklum balas kaki tangan dalaman, yang ketiga meneliti data daripada data yang di analisa kita tahu kat mana pengurangan-pengurangan tekanan ini yang boleh kita suspek ada kes kecurian kemudian kerjasama komuniti juga kita menerima laporan-laporan berhubung dengan melalui orang awam tentang kes kecurian. Yang kedua, pendekatan yang kita pakai ialah penglibatan dalam operasi bersepadu Air Selangor bersama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) jabatan Kerajaan dan pihak Kuasa Tempatan dan Media. Ini melibatkan operasi bersepadu yang dibuat secara berkala dan juga kerjasama strategik ini dapat memastikan setiap operasi dijalankan mengikut mematuhi peraturan dan piawaian keselamatan. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Saya bagi Sungai Panjang dulu.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang pertama, rawatan air bersih ini dia bergantung kepada bekalan bahan kimia yang mana bekalan bahan kimia ini juga terdedah kepada gangguan import kesan daripada konflik yang ada sekarang. Sungai Panjang bertanya adakah stok bahan kimia rawatan air di Selangor mencukupi dan apakah pelan mitigasi jika berlaku gangguan bekalan luar negara, yang pertama. Yang kedua Sungai Panjang bertanya juga apakah tindakan yang telah diambil ke atas satu villa yang viral baru ini, Mi Le Garden mencuri air dan membayar hanya beberapa puluh sahaja. Rakyat ingin tahu apakah tindakan yang telah diambil ke atas villa tersebut dan status villa tersebut terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih kepada Sungai Panjang ada dua soalan saja yang tambahan yang dibangkitkan berhubung dengan pengurusan air. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ada dua aspek komponen penting yang akan terlibat dari segi disebabkan kesan daripada impak perang di Timur Tengah ini yang pertama adalah kos elektrik dan kos bahan kimia. Kos bahan kimia digunakan dalam memproses air ini supaya air akan mencapai kualiti yang kita perlukan, standard untuk pertahankan dan kita mempunyai bekalan-bekalan yang jangka panjang ya. Panjang ini tidaklah panjang yang sampai 10 tahun, 5 tahun ada yang 2 tahun, ada yang 3 tahun. Sedikit sebanyak akan terganggu, sekarang ini saya mengikut apa yang saya lihat dalam maklumat yang sebelum ini ialah di sekitar 80 juta ke 100 juta setahun kita perlukan pembelian bahan-bahan kimia dalam menguruskan rawatan air ini di semua loji-loji di air Selangor dan ini akan tentu pasti akan terdedah kepada kenaikan dan kita tidak mempunyai lagi angka sebenarnya berapa percent ada yang naik, ada yang sikit, ada yang banyak dan kita akan teliti dari semasa ke semasa. Yang paling membimbangkan ialah elektrik sebab elektrik kita membelanja lebih daripada 300 juta setahun dan akan meningkat ke 400 juta jauh lebih banyak daripada penggunaan bahan-bahan kimia dengan itu sebab itu pendekatan kita sekarang untuk melihat untuk tingkatkan penggunaan solar bagi membantu mengurangkan pergantungan apa nama, elektrik, bil elektrik ini daripada sumber-sumber fosil dan itu antara kaedah pendekatan yang kita akan buat. Tentang isu kecurian ini sebagaimana yang saya dah sebutkan tadi, kita akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan kita perlu buat kajian membuat selepas kita mengenal pasti kawasan-kawasan ataupun tempat yang melakukan kecurian, maka siasatan akan dibuat sepenuhnya dan tindakan undang-undang akan diambil untuk memastikan mereka akan bukan sahaja kita ambil tindakan kerana mereka telah mencuri tetapi juga memberikan juga peringatan kepada yang lain supaya tidak ada usaha-usaha untuk melakukan kerja-kerja kecurian elektrik ini. Ini kita akan tengok dalam proses mohon dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Berkenaan soalan (a), pengasingan paip komersial dan domestik, apa perkembangan memproses air daripada air kumbahan untuk digunakan untuk tujuan industri dan sistem rangkaian paip baru yang perlu dibina untuk tujuan tersebut ada tak perkembangan?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Ini satu soalan yang penting yang saya nak sebut tadi tapi saya tunggu dan jawab daripada soalan tambahan. Untuk makluman Ahli Yang Amat Berhormat, kita sebenarnya negara ini negara kita ini kita menguasai sejarah penggunaan single paip dalam pembekalan air kita sebenarnya kita yang paling membazir dalam dunia antara negara yang paling bazir air dalam dunia kita guna air minum untuk tandas sebab kita tak ada sistem piping yang berbeza, kita hanya ada satu sistem paip. Di negara lain dah pun menukar kepada dua paip iaitu paip satu untuk kegunaan air pembasuhan pembersihan, satu untuk minum portable water dan non-portable water, ini termasuk juga penggunaan di industri. Industri mereka menggunakan air yang kualitinya tidak perlu sampai ke tahap air minum tapi kita tidak mempunyai sistem piping berbeza kita guna juga air minum pergi untuk juga industri dan juga komersial jadi ini merupakan satu pembaziran sebenarnya tetapi kita melihat balik pendekatan di Air Selangor ini dan kita pernah bincang di peringkat negeri juga bersama SPAN, ialah bagaimana kita dapat mulakan penggunaan second piping atau paip kedua ini bagi membantu kita mengurangkan penggunaan air minum ini itu untuk urusan-urusan yang tak perlu tahap kualiti air minum. Terutamanya industri itu sebab kos yang tinggi kalau kita nak buat paip kedua ini kos yang sangat tinggi dan tidak berbaloi itu punca utama sebenarnya kenapa kita tidak sediakan tapi kita boleh mulakan dan di Selangor kita dah mulakan untuk air kumbahan air yang dikembalikan ini yang kita proses daripada IWK kita telah mulakan membekal air yang diproses ini untuk guna industri di syarikat sarung tangan, KOSAN telah pun bermula beberapa tahun, tapi dia ada paip yang tersendiri untuk sampai ke kilang ini dah dimulakan dan kita sedang tingkatkan lagi beberapa tempat lagi yang kita akan mula pelaksanaan bagi pelaksanaan paip kedua untuk industri dulu untuk komersial dengan domestik belum lagi untuk industri dan saya berpandangan dan telah kita pun sedang teliti juga untuk kita mulakan di kawasan-kawasan kilang, air-air yang dikembalikan ini bertepatan dengan sama isu PPP ini Polluter Pay Principle dan juga Zero Discharge Policy ini air yang dikembalikan di recycle balik digunakan semula ke kilang-kilang ini, kita akan guna bersekali dengan penggunaan paip kedua, paip yang akan digunakan untuk kegunaan industri untuk industri dulu, kita belum lagi meneliti untuk digunakan di rumah-rumah domestik ataupun di kawasan komersial belum lagi. Itu setakat ini yang usaha senang kita buat dan kita akan pertingkatkan dari masa ke semasa. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan yang 37.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Impak Konflik Timur Tengah Terhadap PelanconganQuestions

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

37. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah impak konflik timur tengah terhadap sasaran pelancongan? b)

Sejauh manakah konflik di timur tengah memberi kesan terhadap penurunan ketibaan pelancong dari rantau tersebut? c)

Apakah strategi alternatif yang dicadangkan bagi menarik pelancong daripada pasaran lain atau lain-lain negara?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat, Bandar Baru Klang yang prihatin terhadap isu pelancongan impak konflik Timur Tengah terhadap pelancongan. Untuk (a) dan (b), konflik peperangan di Timur Tengah sememangnya memberi kesan terhadap ekonomi secara global hampir seluruh negara merasai kesannya. Dan berbagai-bagai sektor ekonomi terjejas akibat berlakunya konflik tersebut. Bagi sektor pelancongan, antara impak utama adalah satu, penurunan jumlah pelancong dari negara Timur Tengah. Sebelum ini kehadiran pelancong dari negara Timur Tengah telah mencatatkan jumlah kedatangan pelancongan yang memberangsangkan. Selangor adalah antara negeri yang akan dilawati dan menjadi pilihan kepada pelancongan dari pelancong dari Timur Tengah. Walau bagaimanapun, jumlah penurunan ini dapat dilihat dari jumlah kedatangan yang dicatatkan bagi negeri Selangor, jumlah kedatangan pelancong dari negara-negara Timur Tengah telah menunjukkan penurunan sejak dari tahun 2024 dan 2025. Dengan berlakunya konflik ini, jumlah tersebut dijangka akan terus menurun. Dan terus ia memberi kesan kepada jumlah kedatangan pelancong dari negara tersebut. Saya bagi contoh. Daripada Arab Saudi 2023, 52,719 orang. Tahun 2024, 90,474. 2025, dia turun terus kepada 41,321. Iaitu kalau banding 2024 dengan 2025 susut 54.3%. Yang kedua U.A.E. tahun 2023 - 83,458, 2024-73,282, 2025 - 49,134, susut 33 %. Oman, 2023 - 3,649. 2024 - 7,697. 2025 - 4,621. Susut 40%. Syria, tahun 2023- 916. 2024- 1,007. 2025 - 1,110. Maknanya susut 30.9%. Daripada Yaman, 2023 - 3,348. 2024 - 4,109. 2025- 3,530. Susut 14.1%. Kuwait 2023 - 10,727. 2024 - 16,001. 2025, susut kepada 6,297. Susut 60.6%. Iraq, Tahun 2023 - 1,282. 2024 - 1,612. 2025 - 1,289 susut 22.2%. Satu lagi, Iran. 2023-

10,914. 2024, peningkatan sedikit 12,285. 2025 - 7,977. Susut 35.1%. Jadi, trendnya menunjukkan penurunan secara keseluruhannya.

Yang kedua, Pembatalan penerbangan dan sekatan perjalanan. Seperti yang sedia maklum, antara syarikat penerbangan utama dan terbesar di dunia adalah dari negara Timur Tengah. Sebagai contoh, syarikat penerbangan Qatar Airways, Emirates, Saudi, Etihad Airways dan lain-lain. Kebanyakan pelancong-pelancong antarabangsa memilih penerbangan ini sebagai medium pengangkutan mereka untuk melancong ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Walau bagaimanapun, Tuan Timbalan speaker, akibat dari pada konflik yang berlaku ini, banyak pembatalan penerbangan telah berlaku dan syarikat ini tidak dapat beroperasi atas faktor keselamatan dan juga sekatan laluan ruang udara yang dikenakan. Ini amat memberi kesan terhadap jumlah kedatangan pelancong dari negara tersebut ke Malaysia khususnya negeri Selangor selaku pintu masuk, the gateway to Malaysia. Tiga, kerugian industri hospitality. Konflik ini juga turut memberi kesan kepada pengusaha serta penggiat industri di Malaysia dan negeri Selangor. Di antaranya pengusaha industri seperti hotel dan resort, taman tema, pemain industri dari sektor MICE di mana mereka mengalami kerugian apabila kebanyakan tempahan yang dibuat telah dibatalkan dan jumlah tempahan turut berkurang. Ini telah menjejaskan pendapatan mereka dan seterusnya memberi impak kepada syarikat dan perniagaan mereka. Empat, kesan rantaian global. Konflik Timur Tengah turut memberi kesan kepada rantaian global seperti kenaikan harga minyak. Kerana rantau tersebut merupakan pengeluar minyak utama dunia. Kos penerbangan meningkat dan mengakibatkan kenaikan harga tiket penerbangan dan ketidakstabilan mata wang.

Untuk (c), bagi mengatasi kekurangan kedatangan pelancong dari negara Timur Tengah, Tourism Selangor telah mengambil pendekatan dan langkah-langkah alternatif di dalam menggalakkan kedatangan pelancong-pelancong ke Selangor, walaupun mengalami pengurangan kehadiran pelancongan dari Timur Tengah. Tourism Selangor melihat ini juga merupakan satu peluang yang baik untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa memilih Malaysia khususnya Selangor sebagai destinasi pilihan mereka untuk bercuti. Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang aman dan stabil dan seterusnya mampu untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dari negara Eropah, Asia Barat dan lain-lain lagi. Perubahan aliran pelancong (tourist flow) akibat daripada konflik ini harus diambil peluang oleh Malaysia khususnya negeri Selangor bagi menarik lebih ramai pelancong untuk melawat Selangor. Oleh itu, Tourism Selangor terus komited mengadakan siri promosi dan kerjasama dengan Tourism Malaysia bagi memberi fokus kepada pasaran China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea dan Asia Tenggara. Pelbagai kerjasama dengan penggiat industri dan penghasilan pakej-pakej pelancongan dengan kerjasama agensi pelancongan serta persatuan pelancongan telah dipergiatkan di dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke negeri Selangor. Selain itu , Tourism Selangor turut memberikan penekanan kepada rakyat di Malaysia untuk melancong di dalam negara. Domestik Pelancongan. Tourism. Selain memastikan kestabilan ekonomi negara, kos melancong yang lebih murah, penjimatan masa

perjalanan dan jaminan keselamatan turut dapat diperolehi dengan melancong di dalam negara. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mempromosikan pakej-pakej pelancongan yang menarik dan mampu untuk dinikmati Bersama seisi keluarga khususnya pelancongan domestik. Tuan Timbalan Speaker, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pesta, Festival, Sawah Padi Sekinchan akan diadakan pada hari esok dan hari Ahad, 25 – 26 ini. 25 – 25 dua hari satu malam di Terminal Sekinchan yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya menjemput seluruhnya ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Tuan Timbalan Speaker datanglah bercuti ke Anjung Utara Sabak Bernam SABDA. Sabak Bernam Kota Agropolitan. Sekinchan kawasan destinasi yang unggul. Harus dilawati oleh semua. Jadi datanglah ke Pesta Sawah Padi dengan berbagai programnya. Lariannya. Dan juga makanannya dan sebagainya. Seluruhnya ada di situ. Datanglah beramai-ramai. Jom. Jangan lupa, ya. Tahun ini ada tahun Visit Malaysia Year 2026. Malaysia The Truly Asia. Dan Selangor, kita panjangkan, Visit Selangor 2025 kepada 2026. Visit Selangor, Tak perlu jauh, Selangor kan ada.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Bandar Baru.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Walaupun Malaysia berjaya menarik jumlah pelancong yang lebih tinggi, kita masih belum benar-benar menawan segmen pelancongan yang bernilai tinggi ataupun The Ultra Premium, The High Net Worth. Seperti yang dilakukan oleh Singapura. Soalannya adalah, apakah rancangan strategik kita untuk menarik dan mengekalkan golongan pelancongan yang berimpak tinggi.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih kepada Bandar Baru Klang yang bertanyakan tentang bagaimana kita nak target supaya, macam Singapura, Tuan Timbalan Speaker. Macam Singapura, mereka dapat menarik lebih ramai High End atau Premium Tourist datang ke Malaysia. Memang kita sedang menyasarkan golongan-golongan seperti ini khususnya di pasaran China, pasaran Hong Kong, pasaran Korea dan Jepun. Kerana konflik di Timur Tengah, kita sekarang alih kiblatnya ke mana? Ke negeri China, ke Asia, ke Hong Kong, ke Jepun, dan ke Korea. Termasuk Indonesia. Kerana di negeri China, banyak city-city first tier, first tier city, bandaraya kelas satu seperti Beijing, Shanghai, Guangzhoa dan Shenchen. Chongqing. Ini antara yang first tier city. Mereka punya spending power yang tinggi, Boleh beli barang, spend dengan lebih banyak datang ke Malaysia. Promosi-promosi daripada Tourim Selangor kt akan fokus ke arah itu. Supaya mereka suka. Tak pergi ke Eropah. Tak pergi ke Paris. London. Mereka datang ke mana? Ke Kuala Lumpur, ke Selangor, ke Sunway, ke Sekinchan, ke Sabak Bernam, ke Tanjung Sepat, ke Sepang. Itu paling penting dengan fokus tersebut, promosi dan promosi tersebut sudah pastinya akan dapat menjamin ekonomi, impak ekonomi yang tinggi. Yang keduanya. Baru-baru ini saya baru balik dari menyertai misi Sea Trade Global Cruise Convention di Miami. Kita nak

pastikan sektor pelayaran kapal, kapal pelayaran mewah. Cruise ini kerana kita ada Port Klang Cruise terbina juga dapat diuar-uarkan. Mendapat banyak sambutan. Mereka juga dating ke negeri Selangor. Ke Port Klang. Cruise terbina untuk belayar ke sini dan bawa banyak pelancong dating ke negeri Selangor.

Yang Berhormat…

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sikit sahaja lagi saya nak sentuh, Bandar Baru Klang.

Saya nak bantu Yang Berhormat sikit. Sikit sahaja. Saya nak bantu Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Ada soalan tambahan ke apa?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tak ada masalah. Nanti saya akan bagi soalan tambahan. Sekejap-sekejap. Sabar, Kuang. Sabar Kuang, ye. Sabar. Jadi, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Tuan Timbalan Speaker, Visit Selangor Year 2025. Kita telah mensasarkan 8 juta pelancong dan syukur Alhamdulillah, kita telah mencapai, bukan sahaja 8 juta, tapi 8.42 juta untuk tahun 2025. Ini akan kita panjangkan untuk tahun ini walau pun cabaran krisis global kita sasarkan 9 juta. Tapi kena kerja kuat lebih daripada yang sebelum ini. Ini lah antara sasaran dan apa yang Bandar Baru Klang cadangkan untuk premium, apa yang berimpak tinggi, kita akan teroka ke arah itu. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Ada soalan tambahan tadi?

Itu lah tadi Yang Berhormat. Saya nak mencelah barang 45 minit supaya Yang berhormat ada masa tinggal untuk habis pukul 11. Bila yang Berhormat tak bagi saya mencelah, jadi tengok, dah tinggal 50 saat lagi.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kita jemput Kuang datang ke Festival Sawah Padi di Sekinchan pada hari esok dan hari Ahad ini. Datanglah beramai-ramai. Dan bercuti pusing Selangor dulu, Tak perlu jauh, Selangor kan ada. Ya. Jadi saya minta lah semua Ahli-ahli Yang Berhormat juga bantu. Bantu Tourism Selangor promote di mana-mana Facebook dan sebagainya. Instagram, media sosial. Tolong promote sebanyak mungkin supaya ramai rakyat di seluruh negara. Mereka akan pilih keluar keluar nak melancong akan pilih ke negeri Selangor. Tak perlu jauh, Selangor kan ada, seluruhnya. Kali ini Pesta Sawah Padi ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi ini satu penumpuan yang sangat penting. Datang lah. Jangan tak datang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Jangan lupa jemputan rasmi kepada Timbalan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan Yang Berhormat Kampung Tunku untuk menyambung perbahasan 10 minit.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, jadi saya sambung dari semalam berkenaan SUKMA.

Timbalan Speaker

Boleh jugak buat penjelasan soalan dari Kuang semalam.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Ya, okay, so saya ada free amber lah dan saya akan datang kepada soalan Kuang. So, semalam saya bangkitkan bahawa kos SUKMA tidak akan terus berhenti jika SUKMA ditangguhkan. Malah mungkin meningkat disebabkan komitmen negeri kepada program persediaan masing-masing. Saya bangkitkan beban atlet, jurulatih dan pengurus pasukan bukan sekadar elaun sahaja, tetapi saya perlu membuka mata Taman Medan dan Kuang terhadap amanah dan komitmen tinggi dalam pentadbiran sukan. Sebab inilah EXCO Sukan Kelantan dan Terengganu serta Menteri daripada Sarawak senada menjunjung kasih titah Tuanku dan berharap SUKMA tidak ditangguhkan. Semalam saya juga kongsi tentang perwakilan atlet SUKMA Selangor dalam Pasukan Kebangsaan Ragbi Wanita yang mencipta sejarah di Sukan SEA 2025 dan kepentingan kesinambungan dalam pembangunan sukan. Mungkin ramai tidak tahu bahawa SUKMA 2026 ialah pentas utama pemilihan atlet ke Sukan SEA 2027. Jika kita tangguh SUKMA, Malaysia berisiko gagal menyediakan atlet untuk Sukan SEA. Di manalah kita nak letak muka sebagai tuan rumah nanti. Dan dari aspek ekonomi, penganjuran SUKMA dan PARA SUKMA yang berlangsung di pelbagai daerah di seluruh Selangor akan memberi impak ekonomi berganda. Hotel dan pengusaha homestay, sektor F&B dan retail, dengan izin, pengeluar produk pelancong, semua menunggu-nunggu ketibaan kontinjen SUKMA dan PARA SUKMA dari seluruh negara. SUKMA dan PARA SUKMA merupakan peluang keemasan untuk menjana domestic consumption, dengan izin, terutamanya bagi industri kecil dan sederhana, IKS. Kesian pakcik makcik gerai makanan yang tengok stadium sudah cantik dinaiktaraf tapi tiada crowd, dengan izin, sunyi akibat penangguhan SUKMA. So, untuk menjawab soalan Kuang, Kampung Tunku ingin mencadangkan agar SUKMA dianjurkan secara bersederhana melalui penjimatan kos majlis pembukaan dan penutupan. Kita kurangkan kemewahan dan perbelanjaan non insential, dengan izin, supaya kelihatan professional, kemas, lengkap tetapi prihatin terhadap situasi terkini. Kalau perlu batalkan majlis pembukaan dan penutupan, batalkan. Its okay, dengan izin, let the athletes have their best day, dengan izin. SUKMA bukan untuk EXCO

ataupun officials untuk rasa megah. Its should be all about the athletes. Only about the athletes, dengan izin. Kedua, saya menyeru Kementerian Belia dan Sukan, KBS agar segera menetapkan amaun peruntukan tambahan seperti edisi-edisi SUKMA yang lepas. Saya kena perbetulkan persepsi yang ditimbulkan seolah-olah KBS mengharapkan Kerajaan Negeri untuk tampung 100%. Kos SUKMA sebenarnya ada kelonggaran. KBS pernah meluluskan peruntukan tambahan RM152 juta bagi menaik taraf kemudahan sukan SUKMA 2018 di Perak, peruntukan 50 juta ringgit untuk SUKMA 2024 di Sarawak. Ya, silakan Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Kampung Tunku. Bila kita bercakap soal peruntukan penganjuran sukan atau temasya sukan seperti SUKMA, saya rasa antara dalam titah ucapan Tuanku itu ada menyebut tentang isu kos juga. Adakah Yang Berhormat Kampung Tunku bersetuju dengan saya kalau Kerajaan Negeri boleh membentangkan dengan unjuran terbaru, maknanya dari segi peningkatan kos, mungkin itu boleh menjadi pertimbangan yang lebih wajar sama ada SUKMA ini seharusnya diteruskan atau tidak. Dan unjuran awal peningkatan kos kerana saya difahamkan apabila saya berbincang, ada beberapa EXCO-EXCO Kerajaan Negeri lain juga berhubung dengan kita, saya tanya juga, adakah kos itu akan meningkat sebab sebagai contoh Yang Berhormat, saya nak hantar anak saya pergi main ragbi di Singapura bulan 5 ini, kos bas sahaja naik lebih daripada RM1,500 untuk tempoh yang sama. Itu kos bas sahaja, belum lagi kos penginapan dan pelbagai kos-kos lain. Jadi mungkin kalau kita timbang itu juga, maka ada bernasnya cadangan daripada Tuanku Sultan supaya ditangguhkan, dia bukan mintak batal, tangguhkan dulu dan lihat balik dan kalau soal yang tadi, perkembangan dan juga pembangunan sukan, atlet dan sebagainya, saya rasa itu tidak terhenti. Itu tidak menyekat pun…

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peruntukan sekarang.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, saya boleh jawab.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Isunya penganjuran SUKMA itu sendiri.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Maknanya the physical…

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

…beza, beza..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

event itu sendiri.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, beza antara situasi anak Taman Medan yang pergi ke satu perlawanan di Singapura adalah beza, sangat-sangat berbeza dengan penganjuran satu temasya sukan Kebangsaan. Wowowowo okay, bagi saya jawab dulu..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab itu saya sebut dari segi kos..

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Sebab…sebab

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya cerita tadi analogi dia..

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tak, tak, dia…

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kos itu akan meningkat…

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, bagi saya jawab dulu, sebab..

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat kena setuju bahawa takkan kos Yang Berhormat akan kekal..

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, ada laluan tak?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kos Yang Berhormat mesti meningkat, betul tak Yang Berhormat?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Sebab..

Speaker

Kampung Tunku bagi laluan ke tidak?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tak.

Speaker

Tak bagi laluan. Kampung Tunku kena sabar dulu.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Taman medan dan pasukan anak Taman Medan kena berhadapan dengan kos bas untuk satu perlawanan, masalah yang kita ada ialah di semua negeri mereka telah meletakkan deposit untuk hotel, untuk bas yang, dan juga untuk dari segi Kerajaan Negeri Selangor, kami telah meletakkan tempahan untuk peralatan perkakas yang akan digunakan di SUKMA. Ada peralatan yang ditempah daripada luar negara dan kita tak boleh, kita sudah bayar deposit, kita tak boleh tarik balik. So you have a situation, dengan izin, of sunken cost already. Dan kita tak boleh jangka bila konflik Asia Barat akan, akan berakhir kerana konflik Asia Barat ni, terus terang saya boleh katakan, ia bukan sebab perselisihan ideologi, dia disebabkan sifat colonialism dan ego seorang Presiden Amerika Syarikat dan juga Israel. So, this thing, dengan izin, can go on forever.

Sikit, Yang Berhormat…

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

So, Saya setuju dengan cadangan Taman Medan tentang unjuran yang terbaru dan saya rasa Kerajaan Negeri Selangor dan..

Speaker

Ada laluan ke?

Speaker

Tak ada laluan, nanti kita tutup.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Bersedia dengan perbelanjaan terbaru untuk dibawak berbincang bersama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA..

Speaker

Kuang, Taman Medan tunggu..

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Yang akan berlangsung pada 30 April, so, tunggulah, sabarlah Taman Medan, saya rasa kita kan ada jawapannya.

Boleh saya minta sedikit…

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, saya beri laluan kepada Kuang.

Speaker

Kuang

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Taman Medan ke Kuang?

Speaker

Kuang, Kuang.

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya nak mintak Yang Berhormat bezakan dua perkara. Saya nak minta tadi dari penjelasan Yang Berhormat berkenaan dengan kita telah menempah peralatan sukan dan sebagainya. Dia ada dua faktor di sini. Faktor pertama, kita sebagai penganjur sukan SUKMA, sukan Malaysia. Keduanya, kita sebagai Kerajaan yang nak jaga atlet sukan negeri Selangor. Itu dua faktor berbeza ya, dua faktor berbeza. Kalau tempahan-tempahan yang telah dibuat untuk atlet-atlet daripada Selangor, apa salahnya benda tu? Saya tak nampak apa masalah dan kita boleh teruskan dengan pembelian barang-barang untuk atlet Negeri Selangor. Itu tak jadi masalah. Yang dipertikaikan sekarang ialah penganjuran SUKMA itu sendiri yang sepatutnya kosnya ditanggung oleh Kementerian Belia dan Sukan itu sendiri. Itu yang saya cuba maksudkan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Itu yang saya cuba perbetulkan tadi. Kuang tak dengar saya. Saya kata, biasanya dalam penganjuran SUKMA, tuan rumah negeri, dia diharap menampung kos, tetapi ada suntikan, pernah ada suntikan dana daripada KBS seperti yang saya katakan, 2018-152 juta kepada Perak, negeri asal saya. Saya dulu ingat ada satu padang di MBI, dulu dia padang kosong, selepas SUKMA, ada stadium ragbi, okay. Untuk SUKMA Sarawak, KBS menyuntik 50 juta peruntukan, so, jadi sebab itu Kuang tadi saya kata kita mesti meminta Menteri..

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat…

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Untuk tetapkan amaun segera peruntukan tambahan, so, saya rasa saya telah..

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Jawab itulah.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Boleh saya memberikan sedikit penjelasan?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Adakah ia berulang, soalan yang berulang ataupun lain?

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

No.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay ,saya bagi.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Saya cuma ingin menjelaskan di sini, saya setuju, dengan apa tu, penjelasan Yang Berhormat tadi tentang peruntukan, sebenarnya saya bekas Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, saya ingin, bukan action ya.

Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor, sama ada, adakah penjelasan diberi untuk tidak memberikan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Selangor disebabkan semua negeri-negeri yang sebelum ini memang mendapat satu peruntukan yang besar.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin la ada persepsi bahawa Selangor ni, dia negeri kaya dan lepas tu tak perlukan banyak bantuan tetapi melihat keadaan..

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Sorry..

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Sekarang..

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Sarawak pun negeri kaya juga.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Situasi sekarang, sebab itu, sebab itu saya mohon supaya Kementerian Belia dan Sukan boleh segera menetapkan amaun, so, saya terima cadangan daripada Taman Medan, ya, Kerajaan Negeri harus bawa unjuran perbelanjaan yang terbaru, impak kos dan sebagainya akibat konflik, saya tak bagi laluan sebab saya ada beberapa isu lagi, tetapi, tetapi, tak asing, memang tak asing untuk, untuk negeri meminta suntikan tambahan daripada KBS dan Yang Berhormat pun ada, ada pengalaman la disitu. Memang tidak asing bahawa KBS boleh memberi suntikan tambahan kepada SUKMA Selangor 2020. Saya ingin pergi kepada point lain mengenai sukan. Saya rasa kita boleh akui bahawa sukan, dia memberi sinar harapan semasa kegawatan ekonomi ataupun konflik peperangan. Sukan boleh memupuk perpaduan, keamanan dan membina jambatan diplomasi dan kita kena peka dengan psikologi rakyat. Pada masa ini mereka disuruh untuk berkorban untuk berjimat untuk akibat satu peperangan yang saya kata tadi, tak ada kena mengena dengan negara kita pun. Rakyat rasa tertekan, rakyat rasa risau, jadi, dengan izin, give the people something to cheer for, give them something to unite for, give them something to hope for, let the games go on. Ini curahan hati Kampung Tunku sebagai pencinta sukan, pengamal sukan dan pentadbir sukan serta wakil rakyat yang selalu mengutamakan kecemerlangan negeri Selangor baik dalam aspek khidmat rakyat atau di arena sukan. Okay saya pergi ke isu kawasan saya. Mohon sedikit kelonggaran masa. Kepada bantuan sarapan percuma sekolah di bawah pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas pakej pengukuhan, jualan Ehsan Rahmah, Gudang Makanan Selangor dan subsidi pengangkutan awam, saya rasa tepat sasarannya dalam usaha meringankan kos sara hidup, menjamin bekalan makanan dan juga mengurangkan penggunaan minyak dan diesel sambil meningkatkan penggunaan pengangkutan awam. Dan saya ingin ucapkan terima kasih khas kepada PKPS atas inisiatif yang selalu menganjurkan JER di DUN Kampung Tunku. Hampir setiap bulan, 4 atau 5 sesi JER yang dianjurkan memang steady, dengan izin, mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar. Namun saya kira bantuan sarapan percuma sekolah perlu diteliti semula. Pelaksanaan satu hari satu sekolah bagi 873 sekolah di bawah 12 PBT secara one off, saya rasa kurang

berimpak di samping wujudnya program rancangan tambahan bagi pelajar B40 dan pelajar sesi petang pun dia tidak akan rasa sarapan percuma ini. Sebaliknya Kampung Tunku ingin cadangkan agar peruntukkan RM9.6 juta ini dijadikan bantuan pembiayaan kesihatan bagi rawatan atau prosedur penyakit serius yang tidak dilindungi oleh Iltizam Sihat Selangor, MySalam, Peka B40 dan lain-lain bagi golongan berpendapatan RM8,000 ke bawah iaitu B40 dan lower middle class, dengan izin. Kos perubatan dan insurans telah meningkat secara mendadak dan dijangka akan meningkat lagi akibat konflik Asia Barat. Tahun lepas Pusat Perubatan Universiti Malaysia menaikkan charge sebanyak 2, 3 kali ganda, susulan kenaikan kos peralatan dan disposable, dengan izin. Boleh saya habiskan perenggan ini.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak tambah cadangan pada Yang Berhormat boleh?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Saya belum masuk cadangan saya lagi.

Speaker

Yang Berhormat Kampung Tunku bagi laluan ke tidak?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, okay, saya bagi laluan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya sebab hari itu Speaker bagi saya pendek je, saya tak sempat nak cakap semua benda. Saya nak celah sikit saja Yang Berhormat Kampung Tunku. Ini berkenaan dengan program sarapan ini, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa mungkin kita tak dapat cover semua dan akhirnya akan ada yang tercicir. Program ini selain ditukar kepada program kesihatan, mungkin ditukar kepada program food basket, nurtrishness food basket yang mana bakul makanan ini dihantar kepada keluarga ini supaya mereka masak dirumah. Saya rasa itu, kerana isu malnutrisi di kalangan kanak-kanak B40 dan stanting ini antara isu besar yang masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat di Negeri Selangor. Jadi saya berpandangan, 9.6 juta tu dibelanjakan instead of sarapan, bagi terus a proper food, a nurtrishes food bagi kepada keluarga ini supaya mereka dapat masak dan juga makan di rumah.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, terima kasih Taman Medan. Saya rasa seolah-olah Taman Medan dah macam spy kertas saya sebab sebenarnya isu, isu malnutrisi dan bantut kanak-kanak, mungkin saya ter whatsapp kepada Taman Medan la. Saya tak tahu. Tapi isu-isu malnutrisi dan bantut kanak-kanak ini memang satu isu yang saya nak bangkit.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Great minds think alike Yang Berhormat.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tapi kena berhati-hati juga lah sebab “fools seldom differ” kan so seram juga (ketawa). Okay kenapa saya mencadangkan bantuan pembiayaan kesihatan?. Saya kira dalam pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri Selangor kita ada banyak program, Bakul Makanan juga kita ada JER di mana Kerajaan Negeri telah menurunkan barrier (dengan izin) untuk keluarga membeli sayur-sayuran, ikan dan sebagainya – makanan yang berkhasiat. Cuma looking at (dengan izin) the uncovered market. So, saya beri contoh tiga (3) kes di DUN Kampung Tunku yang mendorong saya untuk membuat cadangan ini.

Saya ada dua (2) kes, satu (1) B40, satu (1) M40 yang memerlukan pembedahan penukaran valve jantung yang tidak dilindungi ISS. Pesakit B40 telah habiskan manfaat mySalam untuk rawatan dialisis dan pesakit M40 tiada insurans kesihatan akibat sejarah penyakit komorbid, pendapatan keluarga tidak stabil tetapi kos pembedahan di IJN ialah RM50,000.00. Saya ada kes ketiga di mana anak muda memerlukan tiga (3) pembedahan di bahagian kaki akibat kemalangan jalan raya dan anggaran kos satu pembedahan sahaja RM10,000.00. Ibu beliau, walaupun dapat pencen Kerajaan tetapi adik terpaksa berhenti kerja untuk membawa anak muda ini ulang alik ke hospital. Di sini saya ingin menzahirkan penghargaan kepada program Ambulans Kita Selangor kerana dapat meringankan beban keluarga tersebut. Tetapi, saya kira untuk ADUN individu bantu settle kan kos pembedahan memang kita sukar nak bantu 100% kerana perlu memikirkan keseluruhan pengundi di bawah DUN masing-masing tetapi bagi pesakit yang memerlukan, it is a matter of life and death. So, oleh itu Kampung Tunku berharap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan semula Program Bantuan Sarapan Percuma Sekolah ini ubah kepada satu Bantuan Pembiayaan Kesihatan bagi rawatan atau prosedur penyakit serius yang tidak dilindungi skim-skim pada masa ini. Kita boleh tetapkan mungkin sehingga akhir tahun ini atau pun sehingga...

Speaker

Yang Berhormat.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

...konflik Asia selesai tetapi saya rasa ia penting demi kelangsungan dan kesejahteraan hidup rakyat. Tuan speaker, adakah saya dibenarkan untuk sebut isu (ketawa) yang dijawab oleh ...

Speaker

Ringkas sahaja

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

I mean yang ditanya oleh Taman Medan.

Speaker

Yang Berhormat satu minit lagi, point terakhir.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay.

Speaker

Perenggan terakhir. Baca aje kalau ada teks supaya point taken dan yang lain jangan ganggu.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okey then, okey sebab saya ada dua isu iaitu malnutrisi kanak-kanak yang disebut oleh .. saya mengambil peluang untuk menjawab lah soalan Taman Medan tadi.

Speaker

Iya.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Saya kira isu malnutrisi dan bantut kanak-kanak dah sampai satu tahap yang kritikal dan sekiranya kita tidak tangani secara mendalam dan berterusan ia akan memberi impak negatif kepada kesihatan populasi, produktiviti dan juga modal insan. Oleh sebab itu, kalau kita bercakap tentang memberi ‘Bakul Makanan’, I thing we need (dengan izin) something more continues. Oleh itu Kampung Tunku ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri. Sebenarnya apa KPI dan keberkesanan program Anak Selangor Anak Sihat sejak dilancarkan?. Sejak mana ASAS membantu mengurangkan kadar malnutrisi dan bantut kanak-kanak di Selangor?. Adakah bantuan itu one off?. Adakah pemantauan berterusan dibuat bagi penerima manfaat ASAS? dan apakah dapatan dan pengaplikasian kepada dasar Negeri dan lebih meluas?. Dan Tuan Speaker, saya mohon maaf tetapi point yang terakhir mengenai banjir.

Kalau dibenarkan. Pendek-pendek Sahaja

Speaker

Iya.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

I think Ahli Majlis (Ahli Majlis pula, sebab dulu mantan Ahli Majlis kan) ramai Ahli Dewan telah sentuh tentang isu banjir, Kampung Tunku sebenarnya jarang banjir sebab kami berada di elevation yang lebih tinggi (dengan izin) tetapi kami juga giat mengejar projek naik taraf longkang melalui MARRIS dan juga kerjasama erat dengan Jabatan Saliran MBPJ yang selalu membantu saya. Namun, Kampung Tunku dalam perbincangan dengan ADUN-ADUN lain rasa i think kami senada. Kami rasa kami seolah-olah kita upgrade longkang, kita upgrade tebatan banjir tetapi hujan juga upgrade dia punya kelebatan dan kelajuan. Kawasan bandar seperti Petaling Jaya berhadapan dengan masalah surface run off. Walaupun longkang sum dah cantik tetapi air dia deras mengalir dan cepat bertakung di jalan raya. Oleh itu, cadangan terakhir Kampung Tungku dalam ucapan perbahasan ini ialah satu langkah radikal. Sudikah Kerajaan Negeri menyemak semula dasar sedia ada yang mewajibkan pemaju mengekalkan hanya 10% Kawasan hijau dalam Kawasan Pembangunan mereka?. Di Singapura, pembangunan strata baharu wajib menggantikan setiap meter persegi kehijauan permukaan yang hilang akibat building footprint (dengan izin) dengan meter persegi kehijauan vertikal atau atas bumbung yang setara. Maksudnya, kadar penggantian dia 100% (1 to 1). Setiap kawasan lapang atau rekreasi hijau wajib mempunyai 4.5 kali ganda leaf surface (dengan izin) berbanding keluasan kawasan lapang dan Perancang Bandar dan Arkitek digalakkan untuk mencipta reka bentuk hijau yang inovatif.

Saya kira Kerajaan Negeri telah banyak melakukan usaha dan dalam Kempen Kitar Semula, Kurangkan Beg Plastik, Tutup Lampu Sempena Hari Bumi Sedunia. Dia usaha murni tetapi dia ada had nya. I think Kerajaan Negeri perlu merancakkan dasar terhadap big players berbanding perubahan gaya hidup individu seperti Zero Discharge Policy (dengan izin). Saya ucapkan tahniah tapi we must do more (dengan izin). Jika tidak memanfaatkan data, tak

memanfaatkan analisa, tak memberi fleksibiliti kepada teknologi dan cara kejuruteraan yang terbaharu dan mempercepatkan usaha menangani kesan perubahan iklim (dengan izin) we were always behind climate change. Dengan itu Kampung Tunku menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor. Patik selalu mendoakan kebahagiaan, kesihatan, kesejahteraan Tuanku. Dan Kampung Tunku mohon menyokong.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Bandar Baru Klang.

Speaker

Iya. Bandar Baru Klang

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Tuan Speaker.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Selamat pagi dan salam sejahtera. Berdirinya Bandar Baru Klang pada hari ini dengan penuh rasa hormat, untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas unsur menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Pembukaan Persidangan Dewan bagi tahun 2026. Sesungguhnya titah Tuanku bukan sekadar titah ucapan perasmian, tetapi ia juga merupakan satu panduan dan amanat yang sarat dengan keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta hala tuju pembangunan Negeri Selangor. Seperti yang dititahkan oleh Tuanku Sultan, konflik yang sedang berlaku di timur Tengah bukan lah sesuatu yang jauh daripada kita. Sebaliknya, memberi kesan langsung kepada negara. Sama ada dari segi ekonomi, rantaian bekalan mahupun peringkat kos sara hidup. Namun demikian, di bawah kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar Kerajaan Negeri tidak berdiam diri. Pelbagai pelan dan langkah strategik telah dirangka bagi menghadapi cabaran ini secara proaktif iaitu Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM131 juta yang dilancarkan pada 16 April 2026. Pakej ini hadir tepat pada masa nya dalam menghadapi kesan konflik Timur Tengah yang semakin dirasai di peringkat domestik khususnya melalui peningkatan kos tenaga serta gangguan rantaian bekalan global. Ini bukan sekadar pakej ekonomi biasa, tetapi satu pelan menyeluruh untuk melindungi rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi negeri terus dipelihara.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pendekatan segera dalam aspek kewangan dan sosial kerajaan negeri telah merangka pendekatan yang bersasar dan berimpak tinggi. Antara aspek keselamatan makanan dan kawalan harga. Sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Jualan Ehsan Rahmat (JER) secara bulanan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah mendapat barangan asas pada harga yang berpatutan. Pada masa yang sama, penubuhan Gudang Makanan Selangor (GMS) dengan peruntukan RM50 juta akan memperkukuhkan keupayaan negeri menyimpan stok barangan keperluan sekali gus mengekang lonjakan harga secara mendadak. Tambahan pula, pelaksanaan Program Sarapan Percuma di sekolah bermula Ogos 2026 dengan peruntukan RM9.6 juta mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan dan masa depan generasi muda. Selain itu, langkah subsidi yang bantuan langsung turut menjadikan tujuan

utama pakej ini. Sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk program Voucher Kita Selangor yang menawarkan RM100 sebulan selama enam (6) bulan kepada 50,000 penerima bagi mengurangkan beban kos sara hidup. Inisiatif tambahan sebanyak RM30 sebulan untuk pengangkutan awam tidak dilupai. Juga sebanyak RM25 juta diperuntukkan bagi menyokong 17,000 petani dan nelayan yang berdepan dengan peningkatan kos input. Ini merupakan satu langkah penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan negeri.

Kesemua langkah ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri bukan sahaja bertindak balas terhadap cabaran semasa, malah sedang membina asas daya tahan jangka panjang. Pakej ini mengimbang keperluan segera rakyat dan strategi ekonomi yang mampan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Bandar Baru Klang ingin juga menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu penting yang memberi kesan langsung kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat iaitu kelangsungan Perniagaan Mikro dan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) khususnya dalam keadaan yang ketidaktentuan global ketika ini. Konflik antarabangsa yang berterusan telah memberi tekanan kepada rantaian bekalan. Kos tenaga, harga bahan mentah akibatnya kos operasi bagi peniaga kecil semakin meningkat. Manakala, kuasa pengguna semakin terjejas. Golongan mikro dan PKS ini bukan sekadar entiti peniaga malah mereka merupakan tulang belakang ekonomi tempatan. Mereka menyediakan peluang pekerjaan dan menggerakkan ekonomi setempat dan menyokong kehidupan ribuan keluarga di Selangor. Sehubungan itu, Bandar Baru Klang ingin mencadangkan agar kerajaan Negeri mempertimbangkan beberapa langkah proaktif bagi meringankan beban mereka. Pertama, mengurangkan cukai taksiran atau assesment tax khususnya bagi peniaga kecil yang terkesan secara langsung oleh peningkatan kos operasi. Kedua, memperkenalkan insentif tambahan seperti rebat lesen perniagaan, mengurangkan caj permit serta fleksibiliti bayaran bagi bantuan aliran tunai.

Ketiga, menyediakan program sokongan seperti geran kecil, latihan dan bantuan pemasaran agar PKS dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi semasa. Keempat, memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi yang berkaitan bagi memastikan bantuan di salur dengan cepat dan berkesan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, langkah-langkah ini bukan sekadar bantuan jangka pendek tetapi merupakan pelaburan strategik untuk memastikan ekonomi negeri kekal berdaya tahan. Jika peniaga kecil mampu bertahan, ekonomi tempatan akan terus bergerak. Jika mereka berkembang peluang pekerjaan akan meningkat dan jika mereka berjaya, seluruh negeri akan turut mendapat manfaat. Bandar Baru Klang berharap agar Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan ini dengan serius demi memastikan peniagaan mikro dan PKS di Selangor terus kukuh dan menghadapi cabaran semasa. Tuan Speaker, dalam menghadapi situasi mencabar ini kekuatan sebenar negeri tertakluk terletak kepada rakyat. Rakyat yang sihat adalah rakyat yang produktif yang mampu berada di tempat kerja,

menyumbang kepada ekonomi dan menggerakkan pembangunan negeri bukan nya terbaring di katil hospital akibat penyakit yang sepatutnya boleh dicegah. Sehubungan itu, Bandar Baru Klang ingin menarik perhatian Dewan kepada satu isu kesihatan awam yang amat kritikal – ancaman demam denggi. Di mana sampah merupakan salah satu faktor penyumbang. Kita harus mengakui satu hakikat bahawa pendekatan sedia ada iaitu fogging, kempen kesedaran, tindakan penguatkuasaan sahaja tidak lagi mencukupi. Kita boleh. Kita mempunyai strategi yang menyeluruh, moden dan bersepadu. Selangor kekal sebagai epicentre, dengan izin denggi di Malaysia menyumbangkan hampir separuh daripada kes negara. Bagi tempoh 4 Januari hingga 14 April 2026, sebanyak 17,814 kes telah di lapor di seluruh negara dengan Selangor mencatatkan 8,175 kes. Ini bersama kira-kira 46%. Lebih membimbangkan sembilan kematian di rekod setakat tahun ini. Meningkat berbanding dua kematian tempoh yang sama. Daerah Petaling, Hulu Langat, Klang terus mencatatkan dengan kes tertinggi masing-masing dengan 3,200, 1,500 dan 1,200 kes. Ini bukan sekadar angka. Ini adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas dan berkesan perlu diambil segera. Pertama, iaitu pencegahan mesti sebab mesti kekal sebagai benteng utama. Namun, perlu diperkukuhkan dengan pendekatan baharu termasuk pengeluaran vaksin iaitu Qdenga. Kedua, pendekatan kawalan persekitaran sememangnya penting dan mesti diteruskan namun untuk bergantung sepenuhnya kepadanya tidak lagi selari dengan realiti semasa. Dalam persekitaran urbanisasi yang pesat dan kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Selangor, kita tidak mampu menjamin sifar tempat pembiakan nyamuk pada setiap masa. Di sinilah peranan vaksin menjadi kritikal sebagai pelengkap strategik. Jika kita kawal persekitaran bertujuan menghapuskan punca, vaksin pula melindungi individu apabila pendedahan tetap berlaku. Vaksin menyediakan satu lapisan perlindungan tambahan yang konsisten, tidak bergantung sepenuhnya kepada tahap pematuhan masyarakat atau keberkesanan penguat kuasa di lapangan. Lebih penting vaksinasi adalah pro aktif yang mampu mencegah jangkitan dan mengurangkan risiko komplikasi serius sebelum pesakit mengalami masalah kesihatan. Ini berbeza dengan fogging yang bersifat reaktif dan juga kawalan persekitaran yang hasilnya sering mengambil masa serta bergantung kepada berbagai faktor. Dengan adanya vaksin, kita berupaya mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan terus mengurangkan tekanan ke atas fasiliti kesihatan awam. Justeru, persoalannya bukan memilih antara kawalan persekitaran atau vaksin tetapi menggabungkan kedua-dua. Kalau satu strategi yang lebih menyeluruh dan berkesan. Tanpa komponen imunisasi, usaha pencegahan akan sentiasa terdedah kepada kelemahan pelaksanaan di lapangan.

Tuan Speaker, kita harus mengambil kira pandangan badan profesion seperti Persatuan Pediatrik telah menggesa agar vaksin denggi dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan di peringkat nasional. Susulan banyak kes dan kematian walaupun langkah kawalan vektor telah dipergiatkan. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa vaksin mampu mengurangkan kes serius dan kadar kemasukan ke hospital walaupun vaksin bukan

jalan penyelesaian mutlak. Vaksin ialah pelengkap yang penting khususnya di kawasan berisiko tinggi. Dengan gabungan sains dan dasar yang tepat, penguatkuasaan yang berkesan dengan bekerjasama rakyat, kita bukan sahaja mampu mengawal denggi tetapi merupakan mengatasi dengan secara berkesan.

Tuan Speaker, Bandar Baru pada hari ini untuk menyentuh satu isu yang telah berulang kali dibangkit namun masih belum menemui penyelesaian tuntas iaitu masalah banjir di Negeri Selangor. Pertama sekali, Bandar Baru Klang mengalukan peruntukan ratusan juta yang telah disediakan oleh negeri bagi projek mitigasi banjir. Ini adalah satu langkah yang positif. Namun, persoalan pertama yang Bandar Baru Klang bangkit adalah sejauh mana peruntukan ini benar-benar di terjemah kepada hasil di lapangan? Tuan Speaker, realitinya banjir masih berlaku dan semakin membimbangkan di kawasan seperti Bandar Bukit Raja. Penderitaan penduduk bukanlah perkara baru. Setiap kali hujan mereka hidup dalam kebimbangan. Namun, isu ini tidak terhad di situ sahaja. Kawasan sekitar Bandar Baru Klang termasuk Meru, Pandamaran, Kota Kemuning, kawasan perumahan berhampiran juga berdepan dengan banjir kilat yang berulang kali berlaku. Sistem perparitan yang sedia ada tidak lagi mampu menampung kapasiti air ditambah pula dengan pembangunan pesat dan perubahan corak hujan. Lebih membimbangkan adalah masalah di hilir seperti sepanjang Sungai Buloh hingga ke pintu air memberi kesan limpahan semula ke kawasan-kawasan ini. Ini menunjukkan bahawa isu banjir yang kita menghadapi adalah bersifat sistematik dan saling berkait bukan terpencil. Seumpama itu, Bandar Baru ingin mencadangkan bahawa agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Mitigasi Banjir yang berfungsi sebagai platform penyelaras bersepadu di atas semua pihak yang berkaitan. Jawatankuasa ini perlu melibatkan Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan Pihak Berkuasa Tempatan. Peranan utamanya adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan projek, menyelaras perancangan antara hulu dan hilir air sungai serta menyelesaikan isu teknikal secara bersepadu. Bagi kawasan sekitar Bandar Baru Klang, Bandar Baru Klang ingin mengemukakan beberapa cadangan khusus.

Pertama, melaksanakan pendekatan dengan izin, whole river basin management iaitu dengan memberi tumpuan kepada sistem Sungai Buloh dan saliran utama di Meru dan Sementa. Ini termasuk kerja-kerja pelebaran dan pedalaman sungai. Kedua, pembinaan kolam takungan (retention pond) di kawasan strategik yang bagi menahan lebihan air semasa hujan dan dilepaskan secara terkawal. Ketiga, menaik taraf pintu air dan sistem pam di kawasan hilir bagi mengelakkan fenomena back flow, dengan izin yang sering menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan. Keempat, memperkukuhkan kawalan pembangunan dengan mewajibkan sistem On-Site Detention bagi setiap projek khususnya di kawasan tadahan air.

Tuan Speaker, dalam masa yang sama Bandar Baru Klang cadang menyokong cadangan Tuanku agar Kerajaan Negeri mendapatkan kepakaran antarabangsa khususnya dari

Netherlands yang terkenal dengan pendekatan inovatif dalam pengurusan banjir. Kita tidak perlu bermula dari kosong. Kita boleh belajar daripada yang telah berjaya.

Tuan Speaker, masalah utama yang sering dibangkit oleh rakyat adalah bukan ketiadaan peruntukan tetapi ketiadaan hasil yang dapat dirasai. Oleh itu, Bandar Baru Klang sekali lagi menyeru agar Kerajaan Negeri memberi keutamaan tertinggi kepada isu ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Bandar Baru Klang ingin menyentuh secara ringkas isu penternakan babi di negeri Selangor. Satu sektor yang sensitif namun mempunyai kepentingan ekonomi dan kesihatan awam. Bandar Baru Klang memohon ribuan ampun Tuanku Sultan dengan penuh hormat dan takzimnya kepada Tuanku Sultan. Bandar Baru Klang terpanggil untuk menyembah pandangan rakyat kepada isu ini di Dewan yang mulia ini yang merupakan satu-satunya pelantar yang paling sesuai untuk wakil rakyat menyalurkan hasrat rakyat berhubung dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri. Ironi dalam isu ini adalah kewujudan kawasan penternakan babi itu adalah sensitif kepada satu pihak tetapi penutupannya sepenuhnya pula sensitif kepada satu pihak yang lain. Oleh itu, segala tindakan yang bakal diambil hendaklah dipertimbangkan dengan mengambil sensitiviti kedua-dua pihak. Sesungguhnya hendaklah diakui bahawa ini adalah satu pertimbangan yang amat kompleks dan rumit.

Tuan Speaker, pendekatan ini harus jelas bukan memperluaskan tanpa kawalan tapi memodenkan pengurusan yang sedia ada. Ini boleh dicapai melalui zon terkawal yang jauh daripada pendapat awam, teknologi moden seperti sistem tertutup, rawatan sistem berkesan, piawaian kesihatan yang ketat bagi mencegah pencemaran dan penyakit. Sesungguhnya semua perkara ini telah pun dipertimbangkan dan di terjemah dalam bentuk Enakmen Pencegahan Penternakan Babi 1991. Oleh itu, Bandar Baru Klang menyeru Kerajaan Negeri meneliti semula enakmen ini dan memberi penyelesaian yang telah diperuntukkan dalam enakmen tersebut dengan mengambi kira hak pelbagai pihak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pendekatan ini penting untuk memastikan industri boleh diurus dengan secara bersih, selamat, tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat. Akhirnya, matlamat kami adalah keseimbangan antara ekonomi, kesihatan awam, alam sekitar dan keharmonian masyarakat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sejarah telah membuktikan bahawa setiap krisis akan lahir peluang baru. Dalam menghadapi ketidaktentuan global, Selangor telah memilih untuk bertindak bukan menunggu. Kita melindungi rakyat, memperkukuhkan asas ekonomi dan pada masa yang sama berani meneroka peluang baru. Dengan ini Bandar Baru Klang menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan Tuanku. Terima kasih.

Speaker

Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Speaker, Sungai Kandis menjunjung kasih di atas ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ketika istiadat pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri pada pada di tahun 2026. Setelah beberapa tahun kita bersidang di dalam penggal ini, di Dewan yang mulia ini kami Ahli-ahli Negeri Selangor dapat mendengar titah pedoman dan nasihat yang menyentuh dari hati Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang ikhlas dan luhur.

Sebelum saya meneruskan perbahasan ini Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Tuan Mohd Onn bin Abdul Aziz atas pelantikan di atas sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor yang baru. Semoga dengan pengalaman, kewibawaan dan dedikasi yang dimiliki akan terus memercu kecemerlangan perkhidmatan perundangan di Negeri Selangor ini. Tahniah tuan. Alhamdulillah pada hari ini, saya akan sekali lagi diberi peluang dan untuk mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi menyampai hasrat dan harapan di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor di kawasan saya di DUN Sungai Kandis. Tuan Speaker, realitinya penduduk di Selangor khususnya di DUN Sungai Kandis telah terlalu lama hidup dalam trauma. Setiap kali hujan lebat melebihi satu jam, mereka sudah bersiap siaga untuk memindahkan kenderaan dan mengangkat barang-barang. Ini bukan lagi satu isu baru. Ini isu maruah dan kualiti hidup rakyat. Sehubungan dengan itu, selaras dengan titah Tuanku supaya jabatan-jabatan terbabit bertindak segera saya mendesak mencadangkan tindakan berikut dilaksanakan tanpa lengah. Jabatan Pengairan dan Saliran, sila bentangkan jadual kerja mendalamkan dan melebarkan sungai-sungai terutama di DUN Sungai Kandis, Sungai Renggam dan juga parit-parit monsun utama. Projek tebatan banjir yang diluluskan mesti disegerakan dan dipantau secara mingguan. Laporan kemajuan wajib dikemukakan kepada Jawatankuasa Tindakan Daerah Petaling setiap bulan. Majlis Bandaraya Shah Alam tolong ambil tindakan penguatkuasaan serta-merta terhadap sistem saliran tersumbat, pembangunan yang menutup rizab parit dan juga sampah-sarap pukal di longkang. Wajib semua pam-pam air di kolam takungan dan pastikan ia berfungsi 100% sebelum November. Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selaraskan semua agensi dan wujudkan Bilik Gerakan Banjir Kilat 24 jam di kawasan-kawasan tertentu termasuk di DUN Sungai Kandis sepanjang musim monsun timur laut ini. Pastikan bantuan logistik dan pusat pemindahan dapat digerakkan dalam tempoh 1 jam selepas amaran. Unit Perancangan Ekonomi Negeri salurkan peruntukan khas kecemasan untuk kerja-kerja penyelenggaraan ketika sistem. Isu ini tidak boleh lagi menunggu bajet tahunan. Penderitaan rakyat sedang berlaku sekarang.

Tuan Speaker, titah Tuanku adalah perintah saya ulang. Titah Tuanku adalah perintah. Dalam adat kita, menjunjung titah bermaksud mematuhi, melaksanakan dengan taat dan setia tanpa ragu-ragu. Maka tiada lagi alasan dalam kajian menunggu peruntukan atau bidang kuasa agensi lain. Kegagalan bertindak selepas Tuanku sendiri bertitah adalah satu

penderhakaan terhadap amanah yang diberikan kepada kita sebagai pentadbir. Justeru saya menyeru dewan yang mulia ini untuk sebulat suara menyokong agar satu jawatankuasa khas diwujudkan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita sendiri untuk memastikan setiap teguran dalam titah Tuanku diterjemahkan kepada tindakan di lapangan dalam tempoh 30 hari dari sekarang.

Tuan Speaker, berhubung isu kegagalan tindakan berkesan oleh agensi kerajaan dalam menangani masalah sampah sarap yang kotor dan berbau busuk khususnya di Shah Alam, Klang dan termasuklah di DUN Sungai Kandis yang tidak pernah saya lupakan. Menjunjung titah Tuanku. Patik merafakkan sembah menzahirkan rasa dukacita yang sama sebagaimana yang dizahirkan oleh Tuanku. Sebagai sebuah negeri maju dan negeri terkaya di Malaysia, amat memalukan apabila rakyat terpaksa menghidu bau busuk dan melihat longgokan sampah di tepi jalan di kawasan perumahan malah berhampiran premis makanan. Ini mencalar imej Selangor dan menjejaskan kesihatan awam. Tahun ini, tahun melawat Selangor. Di mana Kerajaan Negeri hendak meletakkan muka jika kotoran ini tidak dapat diselesaikan segera.

Tuan Speaker, titah Tuanku bukan sekadar teguran tetapi suatu peringatan keras kepada kita sebagai pentadbir negeri. Apabila Tuanku sendiri bertitah bahawa tiada tindakan maka ia bermaksud sistem penyampaian kita telah gagal. Di seluruh Shah Alam, di Taman Seri Muda tempat rakan saya, di Kampung Jawa Klang, Jalan Kebun DUN Sungai Kandis, aduan rakyat mengenai kutipan sampah tidak ikut jadual. Tong sampah awam rosak dan longgokan sampah haram semakin menjadi kebiasaan.

Saya tidak menafikan ada ataupun tanggungjawab yang dijalankan oleh KDEB bagus tetapi di sesetengah kawasan masalah ini tidak dapat dilindungi. KDEB Waste Management dan PBT iaitu MBSA, MBDK, MBPJ bentangkan dalam tempoh 14 hari jadual kutipan baharu yang realistik dan patuh KPI. Pastikan lori-lori sampah masuk ke setiap lorong belakang bukan hanya jalan utama. Wujudkan skuad pembersihan ekspres untuk bertindak dalam tempoh 24 jam bagi setiap aduan sampah. Pakai yang itulah. Dari segi penguatkuasaan tingkatkan kompaun maksimum kepada pesalah buang sampah haram di bawah undang-undang kecil PBT. Sita premis perniagaan yang ulang kesalahan buang sisa makanan ke longkang. Laburkan sedikit peruntukan untuk memasang CCTV di hotspot-hotspot sampah haram seluruh Selangor terutama Shah Alam dan Klang dalam tempoh terdekat. Kolam dan parit, pihak JPS dan PBT wajib buat gotong-royong perdana boleh bersihkan parit dan longkang yang tersumbat tanpa berlengah. Punca banjir kilat banyak berpunca daripada longkang dan kotoran sampah. Ketulusan aduan, wajibkan semua PBT siar secara mingguan, laporan sifar sampah haram ikut DUN. Dashboard aduan iClean Selangor mesti tunjuk status real time. Bukan sekadar diterima tetapi selesai dengan gambar sebagai bukti.

Untuk pendidikan awam lancar kempen Selangor bersih tanggungjawab bersama di sekolah, masjid dan rukun tetangga. Namun penguatkuasaan mesti jalan serentak. Didikan tanpa denda tak akan berkesan. Itulah sikap rakyat Malaysia. Kontrak dan pemantauan Kerajaan Negeri melalui KDEB perlu audit semula semua kontraktor-kontraktor kutipan sampah. Tamatkan kontrak syarikat yang gagal capai KPI 3 bulan berturut-turut. Bayaran hanya akan dibuat berdasarkan performance bukannya pukal. Bentang skor prestasi kontraktor ikut PBT Dewan setiap penggal, amalkan cara orang membuat urusan perniagaan dan bukan dengan cara kroni ataupun sebagainya. Tong sampah dan infrastruktur banyak taman perumahan di terutama DUN Sungai Kandis masih kongsi tong sampah komuniti yang pecah dan tak bertutup. Saya tidak menafikan ini adalah tanggungjawab penduduk tetapi kelonggaran dan bantuan sedikit sebanyak dari pihak PBT amat kami perlukan terutama di DUN Sungai Kandis yang terdiri daripada rakyat-rakyat B40. Sisa domestik versus komersial, asingkan jadual kutipan restoran dan kilang yang hasilkan sisa banyak wajib langgan tong roro sendiri. Penguatkuasaan ke atas premis yang membuang minyak dan sisa makanan dalam longkang mesti diperketat kerana ini adalah punca utama bau busuk dan pembiakan tikus. Dalam sesi perbahasan kali ini, Sungai Kandis membawa 3 isu penting yang dihadapi di dalam DUN Sungai Kandis. Pertama, ialah isu banjir di DUN Sungai Kandis. Di kawasan DUN Sungai Kandis sangat dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir kilat berulang terutama di Kampung Sungai Kandis, Johan Setia, Kampung Jawa dan juga Taman Sri Andalas. Tidak ketinggalan di Kampung Lombong. Alasannya, dapat diletakkan sebagai sistem saliran tidak mencukupi dan tersumbat. Sungai cetek akibat mendapan dan sampah. Pembangunan pesat tanpa kolam tadahan air. Kawasan Sungai Kandis yang berada dalam daerah Klang telah lama dikenal pasti sebagai kawasan hotspot banjir kilat. Begitu juga di kawasan sahabat saya di Sentosa dan Kota Kemuning. Walaupun kerja-kerja penyelenggaraan parit dan saliran seperti di Jalan Sellathevan hingga ke pintu air Sungai Kandis dijalankan secara berkala masalah ini sentiasa berulang setiap kali hujan lebat. Lebih membimbangkan laporan menunjukkan bahawa projek tebatan banjir di negeri Selangor telah melibatkan peruntukan melebihi RM700 juta. Namun, kesannya di peringkat akar umbi masih tidak memuaskan. Persoalannya, mengapa lepas ratusan juta ringgit dibelanjakan rakyat masih berdepan dengan banjir ini setiap kali hujan dan setiap tahun sudah pasti. Ini menunjukkan bahawa peningkatan kita mungkin masih bersifat reaktif bukan penyelesaian jangka panjang.

Tuan Speaker, izinkan saya mengambil lagi 2 minit untuk habiskan. Isu kedua yang saya akan bawa ialah tapak pelupusan haram dan pembuangan sisa industri yang turut menyumbang kepada pencemaran serius. Persoalannya adakah penguatkuasaan kita benar-benar tegas atau sekadar bermusim atau berprofil tinggi sahaja. Kesan daripada dua isu iniakhirnya memberi impak kepada satu lagi aspek penting iaitu jalan raya dan infrastruktur awam. Antara aduan utama rakyat dan juga apa yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku ialah jalan yang berlubang dan rosak. Longkang di tepi jalan yang tersumbat. Air bertakung selepas hujan. Sampah di bahu jalan. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan

keselesaan, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Hakikatnya, banjir merosakkan jalan dan menjejaskan ekonomi dan mobiliti rakyat.

Tuan Speaker, izinkan saya rumuskan dalam satu rangkaian yang jelas. Sampah akan membuat saliran tersumbat dan menyebabkan banjir yang akan sentiasa merosakkan jalan dan ia akan menjadikan rakyat sentiasa terkesan. Walaupun saya masih ada beberapa isu tetapi nampaknya masa tidak mengizinkan.

Speaker

Yang Berhormat, ringkaskan isu yang terakhir.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Tuan Speaker, saya teruskan antara punca utama berdasarkan dapatan terdapat beberapa punca. Sistem saliran yang tidak di naik taraf mengikut pembangunan semasa. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak konsisten, sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab, perancangan pembangunan yang tidak holistik, penyelenggaraan infrastruktur yang tidak mencukupi selain tiba masanya kita beralih daripada retorik kepada tindakan. Saya mencadangkan naik taraf sistem saliran secara menyeluruh bukan tampalan sementara. Projek tebatan banjir berasaskan data dan pemantauan sebenar.

Untuk pengurusan sampah penguatkuasaan tegas terhadap pembuangan sampah haram yang saya maksudkan tadi adalah termasuk memberi kompaun tertinggi. Sistem kutipan lebih efisien dan konsisten, kempen kesedaran awam perlu diteruskan. Untuk infrastruktur jalan, audit berkala jalan raya dan longkang. Peruntukan khas penyelenggaraan di kawasan hotspot integrasi sistem jalan dan saliran. Rakyat Selangor dan di Sungai Kandis tidak meminta sesuatu yang luar biasa. Kami hanya mahukan rumah yang tidak dinaiki air, persekitaran yang bersih dan jalan yang selamat digunakan. Ramai pegawai-pegawai dan juga pekerja-pekerja di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang tinggal dia kawasan kami dan mereka juga pernah datang terus kepada saya untuk membangkitkan perkara ini di dalam Dewan untuk tindakan seterusnya. Namun perkara asas ini masih menjadi perjuangan. Jika kita benar-benar komited kepada kesejahteraan rakyat maka isu ini tidak boleh dilihat secara berasingan tetapi mesti ditangani secara menyeluruh, bersepadu dan berani. Fakta di lapangan tidak menipu. Di jalan DUN Sungai Kandis, aduan jalan berlubang, bahu jalan mendap sehingga 6 inci dari paras turapan dan garisan putih yang langsung hilang adalah pemandangan biasa. Kampung koboi kami panggil. Bonggol atau speed reducer di hadapan sekolah dan kawasan perumahan pula termasuk surau terlalu kurang dan tidak diluluskan apabila permohonan kami dibuat. Menyebabkan kenderaan memecut seperti di dalam trek Sepang. Menyebabkan kenderaan memecut tanpa kawalan. Lebih bahaya banyak lampu jalan di laluan utama terpadam berminggu-minggu atau berhari-hari mengundang risiko jenayah dan kemalangan maut pada waktu malam. Hari ini repair esok lusa padam. Repair esok lusa padam. Jadi mohon pihak yang terlibat untuk terus membuat sesuatu sebelum kejadian yang tidak baik berlaku. Sehubungan dengan itu, selaras dengan titah Duli

Yang Maha Mulia Tuanku supaya jabatan-jabatan terbabit bertindak segera. Saya mendesak tindakan berikut dilaksanakan tanpa dalih.

Speaker

Yang Berhormat, masa telah pun tamat.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Kena berhenti teruskah?.

Speaker

Berhentilah. Sila duduk. Itu sahaja Yang Berhormat.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Akhir kata.

Speaker

Tak payah akhir kata. Masa sudah tamat. Maaf sila duduk.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Ok, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian jam telah pun menunjukkan pukul 12.01 tengah hari. Maka saya tangguhkan Sidang Dewan ke pukul 3.00 nanti. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 12.01 tengah hari

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera, selamat petang, kita teruskan perbahasan titah Diraja, saya jemput Yang Berhormat Semenyih.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih Tuan Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Semenyih untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Mewakili suara dan seluruh nadi warga Semenyih, patik menyembah ucapan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Sultan. Semenyih menjunjung kasih di atas titah nasihat Tuanku yang merupakan sebuah kompas moral dan hala tuju pentadbiran yang amat mendalam maknanya bagi kita semua di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Speaker, kita bersyukur Kerajaan Negeri Selangor mempunyai angka-angka yang membanggakan. Sudah tentu kami warga Semenyih tumpang berbangga sekali sebagai warga Negeri Selangor. Hasil negeri mencecah lebih RM3 bilion, rizab negeri meningkat mencecah hampir RM5 bilion, pelaburan berjumlah lebih RM80 bilion, lebih 60 ribu peluang pekerjaan diwujudkan, pendidikan pula menerima peruntukan lebih RM136 juta, rumah mampu milik lebih 75 ribu unit telah siap dibina, alhamdulillah dan tahniah Semenyih ucapkan.

Persoalannya, adakah angka-angka ini benar-benar dirasai dan berjaya diterjemah dalam kehidupan seharian warga Negeri Selangor di lapangan? Realitinya rakyat Negeri Selangor tidak hidup di dalam angka-angka rizab dan hasil negeri. Rakyat hidup dalam realiti kawasan mereka kesan langsung daripada keputusan perancangan, kelulusan pembangunan, kelemahan penyelenggaraan dan kegagalan penguatkuasaan. Dengan kata lain apabila angka-angka itu begitu besar dan mempesonakan, rakyat mula tergamit untuk menuntut supaya kekuatan negeri ini benar-benar diterjemahkan kepada kelegaan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang nyata dan dapat dirasai secara langsung. Success bricks expectations, the higher you climb, the heavier the crown. Inilah mungkin juga yang dimaksudkan oleh William Shakespeare. Expectations the road of all hard act. Expectations adalah punca dan titik mula kepada semua jenis sakit hati dan sakit jiwa atau dengan kata lain expectations yang tidak terkawal amat melukakan. Maka izinkan Semenyih untuk membentangkan realiti di lapangan seperti di Semenyih dan Beranang, di sebalik angka-angka yang kita banggakan dan syukuri tadi.

Pertama, krisis banjir. Semenyih mulakan dengan isu yang paling kerap mengetuk pintu pejabat kami, banjir. Di Semenyih khususnya di Taman Semenyih Indah, Taman Semenyih Permata dan Kampung Rinching Hulu, banjir bukan lagi bencana alam semata-mata. Ia telah menjadi isyarat kegagalan tadbir urus. Bayangkanlah sebuah keluarga yang terpaksa mengangkat dan mengangkut perabot dan tilam setiap kali hujan lebat, bukan sekali, bukan dua kali, di Semenyih inilah realiti. Bayangkanlah pula kalau mereka ini orang tua, orang tua kita atau orang yang berkelainan upaya. Kita yang sihat walafiat ini pun tidak tertanggung inikan pula mereka. Ingat, bukan sekali dua tetapi berulang-ulang kali, lebih mengejutkan lagi ketika keadaan cemas sebegitu ada kalanya respons yang diterima daripada sahabat-sahabat di pihak PBT, maaf ya, esok pagi insyaAllah baru kami sampai, sekarang kami dah tak ada OT lepas office hours. Di Taman Semenyih Indah, Jalan 16 khususnya, setiap kali hujan lebat sedikit air akan terus masuk menerjah rumah mereka. Sudah berkali-kali dan bertahun-tahun berlaku, Semenyih yang baru dua tahun lebih menjadi ADUN sendiri sudah semakin terasa segan dan malu dengan pengulangan masalah yang sepertinya tidak berkesudahan ini.

Soalan yang sentiasa berbangkit, adakah isu ini ada kaitan dengan kelulusan dan pemantauan projek pembangunan sekitar serta penguatkuasaannya? Tidak kurang di kalangan penduduk juga kuat berpandangan puncanya adalah laluan air dari kolam tadahan yang tidak di selenggara mengikut jadual menuju ke kawasan perindustrian dan perkilangan di Sungai Purun, menimbulkan pula tanda tanya seperti sejauh mana laluan air di kawasan perindustrian dan perkilangan tersebut benar-benar sufficient dan mengikut SOP untuk mengalirkan air agar tidak melimpah ke Taman Semenyih Indah. Dan apakah sebenarnya status kawasan perindustrian dan perkilangan di situ sehingga timbullah suara-suara nakal persepsi isu kilang haram berbangkit? Mohon penjelasan.

Di Taman Semenyih Permata pula, monsun drain berada di tengah-tengah laluan taman perumahan. Keadaannya sudah mendap teruk, tidak di selenggara, tidak dikorek, parit dan longkang taman perumahan pula seperti tidak mengikut SOP, selain kolam takungan gagal berfungsi akibat tersumbat yang juga tidak di selenggara. Banjir lumpur berwarna kuning pula menunjukkan air itu datang dari projek pembangunan berhampiran yang kelihatannya tidak dikawal dan dipantau. Ringkasnya penduduk percaya isu asas yang sebenarnya adalah isu penyelenggaraan, pemantauan SOP dan kelulusan projek.

Di persekitaran Kampung Rinching dan Kampung Sungai Kembung pula, sungai semakin cetek, berlaku bottle neck. Timbul kebimbangan tentang pencemaran serta peningkatan paras air apabila saliran baharu disambungkan. Itu belum kira soal tebing sungai yang semakin terhakis yang mengundang kerisauan terhadap keselamatan dan tanah penduduk kampung. Ini bukan semata-mata soal hujan lebat, ini mengundang persepsi soal pentadbiran dan pengurusan yang dilihat membelakangkan peraturan.

Apabila pembangunan baharu diluluskan tanpa menilai kesan kepada penempatan dan perkampungan sedia ada khususnya, penduduk kampunglah mangsa utamanya atas nama harga sebuah pembangunan. Risiko banjir bukan diselesaikan, ia hanya dipindahkan. Soalannya, adakah kelulusan projek-projek ini mengambil kira ekosistem sedia ada atau sekadar memenuhi prosedur di atas kertas demi mengejarkan keuntungan yang mencantikkan angka-angka yang kita sebutkan tadi? Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri telah menegaskan bahawa isu banjir ini sudah terlalu lama berulang. Peruntukan disediakan setiap tahun tetapi hasil yang berkesan masih belum kelihatan. Tuanku juga ada menitahkan supaya Kerajaan belajar daripada amalan terbaik di luar negara seperti Netherlands. Di Netherlands, strategi room for the river yang digunakan bukan sekadar projek kejuruteraan. Ia adalah perubahan falsafah tentang bagaimana manusia hidup bersama air, bukan melawan air.

Sejak tahun 2007, Netherlands telah melaksanakan lebih 30 projek di sepanjang Sungai Rhine, Meuse, Waal dan Amstel. Bukan dengan membina tembok yang lebih tinggi tetapi dengan mengembalikan rizab sungai kepada sungai. Antara pendekatan yang mereka amalkan adalah mendalamkan dan melebarkan dataran banjir. Flat plan excavation supaya hujan lebat ada ruang untuk melimpah secara terkawal, memindahkan penempatan yang terlalu hampir dengan sungai ke kawasan yang lebih selamat dengan pampasan yang adil. Menghapuskan sekatan di dalam air dalam aliran sungai termasuk jambatan lama. Ini amat selari dengan inti pati perbahasan Ijok tempoh hari.

Soalan saya kepada Kerajaan Negeri, apakah yang sedang kita pelajari secara konkrit daripada model Netherlands ini? Adakah terdapat kajian semula sempadan rizab sungai di Semenyih dan Beranang? Adakah setiap kelulusan pembangunan baharu disertakan dengan penilaian kesan hidrologi yang menyeluruh? Semenyih ingin mencadangkan agar diperbaharui sekiranya sudah ada atau diwujudkan sekiranya belum ada garis panduan perancangan pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar.

Tuan Speaker, banjir hanyalah salah satu daripada lapisan realiti yang luas. Turut menjadi masalah besar buat penduduk Semenyih adalah kesesakan lalu lintas. Apabila pembangunan bergerak lebih pantas daripada kapasiti jalan dan utiliti, rakyat terpaksa membayar harga yang mahal. Kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang melelahkan dan mempertaruhkan nyawa di jalan raya yang berlubang walaupun rizab negeri mencecah berbilion ringgit. Semenyih memohon status sekiranya ada perancangan menaik taraf dari Jalan Bangi Lama ke Kampung Sungai Purun iaitu sekitar Kampung Batu 5 dan Kampung Sungai Purun laluan yang sering mengalami kesesakan teruk akibat penggerakan lori berat. Ini suara warga Semenyih yang menuntut jawapan. Begitu juga Jalan Persekutuan dari Pekan Beranang ke Pekan Semenyih menuju ke Kajang khususnya di hadapan Klinik Kesihatan Beranang yang belum menampakkan apa-apa tindakan yang sewajarnya walaupun telah diberikan respons oleh Yang Berhormat EXCO pada sidang yang lepas.

Dalam masa yang sama, trafik di Pekan Semenyih dan sekitar Prima Saujana dan Desa Jenaris juga memerlukan perhatian serius daripada pihak Kerajaan, mohon sangat-sangat perhatian dan bantuan. Berkaitan naik taraf jalan khususnya isu jalan berlubang, jalan-jalan di sekitar Bandar Tasik Kesuma yang sebegitu luas semakin teruk keadaannya sekali gus mengundang bahaya khususnya di sekitar Apartmen Baiduri Fasa 6, termasuk isu tiang lampu yang tidak bernyala. Perkara sama bahkan semakin serius berlaku di Bandar Rinching Seksyen 5 menghala kawasan sekolah. Ya jalan itu sentiasa diturap tetapi betul ibarat mencurah air ke daun keladi, dek jentera dan lori-lori besar menjadikannya laluan utama mereka.

Kedua, pengurusan sampah dan anjing liar. Krisis pengurusan sampah bukan sekadar soal pemandangan yang menyakitkan mata, ia soal maruah Kerajaan Negeri Selangor. Kita tidak boleh bercakap tentang negeri maju jika sisa domestik pun gagal di urus secara efisien. PBT seharusnya responsif bukannya membiarkan rakyat hidup lemas dalam persekitaran kotor yang tidak selari dengan imej negeri maju. Selain isu kutipan tidak mengikut jadual yang belum berkesudahan, sebenarnya isu penyelarasan kutipan sampah di kawasan-kawasan kampung juga masih mengundang keresahan warga Beranang walaupun telah dibangkitkan beberapa kali. Malu kita kalau orang tahu rakyat Negeri Selangor terpaksa membuang sampah ke negeri jiran, namun itulah hakikatnya.

Bagi isu anjing liar, Semenyih ingin tegaskan bahawa ini bukan isu baharu. Semenyih telah bangkitkan berkali-kali dalam Persidangan Ketiga Belas, Empat Belas dan menegaskan sekali lagi cadangan tuntas pada Persidangan Kelima Belas. Namun, buat masa ini kami belum nampak apa-apa tindakan yang serius dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk rekod lima tahun kebelakangan ini sahaja, 10,201 aduan direkodkan dan angka ini terus meningkat. Soalan saya hari ini, apakah tindakan konkrit yang telah diambil atau terdapat sebarang perancangan strategik disediakan sejak kami membangkitkan isu ini? Setakat ini yang saya dengar dari jauh, sekadar ada bengkel namun, hakikatnya di lapangan anjing liar semakin meningkat dan semakin mengganas.

Ketiga, isu sekolah sesak dan pendidikan agama. Tuan Speaker, anak-anak Semenyih sedang belajar dalam keadaan yang amat mencabar. Semenyih menyaksikan kapasiti dan maksimum di sekolah-sekolah menengah di DUN Semenyih. Kita perlu tahu dengan tepat sekolah mana yang sudah mencecah kepadatan luar biasa melebihi 100% kapasiti. Semenyih sedar ini isu Persekutuan, namun begitu, Semenyih berhasrat dan memohon jasa baik Kerajaan Negeri untuk panjangkan kepada Kerajaan Persekutuan tentang keperluan kepada sekolah menengah yang lebih baik untuk menampung kapasiti yang semakin melangkau. Sebagai contoh

Timbalan Speaker

Yang Berhormat

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

bayangkan di Sekolah Menengah Bandar

Timbalan Speaker

Kena landing dah, dah penutup dah.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

InsyaAllah sikit lagi. Bayangkan tuan-tuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putera, pelajarnya mencecah 4,100 orang pelajar. Dah macam jumlah pelajar universiti. So, perlu sangat perhatian. Kami juga dengar ada sekolah menengah Bandar Bukit Mahkota sedang dibuat, cuma terbengkalai dan terpaksa dibuat balik semula projek baru dengar-dengarnya 2028. Tolong sekali lagi perhatian dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Seterusnya berkaitan dengan Sekolah Agama dan Maahad Tahfiz. Mohon perhatian dan jasa baik pihak Yang Berhormat EXCO untuk terus melihat proses pemutihan agar sekolah-sekolah ini dapat diberikan perhatian dan diberikan bantuan sewajarnya untuk menampung pula kepadatan sekolah-sekolah rendah agama kita yang semakin sesak dari satu sudut ia satu perkembangan yang positif kerana sekolah-sekolah rendah agama semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

Yang terakhir yang Tuan Speaker, isu tanah di Kampung Sungai Pening-pening. Memang pening sungguh. Untuk rekod, Semenyih pernah mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini agar jalan Kampung Sungai Pening-Pening di Sungai Lalang dinaik taraf melalui Kampung Naqsyabandiah, Kajang Rocks Quarry dan akhirnya tembus di Masjid Bandar Tek Kajang dan Klinik Kesihatan Kajang. Namun, tiba-tiba terkejut penduduk di Kampung Sungai Pening-Pening tiba-tiba ada pemakluman Majlis upacara pecah tanah laluan pintas jajaran 4 lorong yang melanggar ataupun menembusi tanah-tanah orang kampung. Malangnya, penduduk memaklumkan mereka tidak tahu apa-apa dan tidak ada perbincangan. Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan sebaik mungkin sekiranya berlaku libat urus perbincangan yang sewajarnya dengan penduduk kampung. Untuk akhirnya Tuan Speaker, Semenyih ingin menzahirkan kebimbangan selain isu kelemahan fizikal tadi, kedengaran adalah kegagalan penguatkuasaan terhadap kilang haram dan lori muatan melampau. Yang saya nak sebut sikit, kerisauan tentang bisik-bisik duit kopi kedengaran. Ini perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Kita mohon sangat-sangat jasa baik Kerajaan Negeri yang tegas bercakap soal rasuah dan tata kelola untuk mengambil perhatian serius perkara ini. Insha Allah kami sedia untuk sama-sama membantu untuk mengelak benda yang duit angka-angka yang besar tadi akhirnya tidak hilang sebegitu sahaja disebabkan kurang ketegasan kita untuk sama-sama menaik ataupun mengangkat kedudukan Negeri Selangor dengan lebih baik. Untuk akhirnya, Selangor deserve better. Sekian terima kasih, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum WBT.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat seterusnya, Yang Berhormat Morib.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Selangor yang saya hormati. Morib menjunjung kasih di atas titah ucapan DYMM Sultan Selangor pada Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor pada tahun 2026. Morib juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Mohamad Onn bin Abd. Aziz atas lantikan Penasihat Undang-undang Negeri Selangor. Tuan Speaker, titah Baginda Tuanku adalah satu peringatan yang amat jelas, tegas dan menyentuh kelemahan sebenar di lapangan serta penuh hikmah kepada semua pihak bahawa amanah pentadbiran negeri ini bukanlah satu keistimewaan tetapi satu tanggungjawab besar yang akan dipersoalkan nanti. Morib menzahirkan setinggi penghargaan pada titah Tuanku yang menekankan soal amanah, integriti dan kesejahteraan rakyat. Titah ini bukan sekadar nasihat, tetapi satu cerminan kepada yang nanti pentadbiran negeri yang perlu dinilai dengan jujur. Jika Tuanku sendiri menzahirkan kebimbangan terhadap isu rakyat, maka ia menunjukkan bahawa suara rakyat di bawah masih belum benar-benar sampai ke tahap penyelesaian yang sebenar. Saya melihat dan mendengar perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, rata-rata apa yang dititah oleh Tuanku berkenaan masalah banjir, sampah, kebersihan air, pencemaran industri, semua itu adalah benar dan amat benar sekali. Setiap kali kita Bersidang, pasti masalah dan perbahasan yang sama akan berulang dan ini menunjukkan pihak kerajaan amat lemah dan tidak mampu menangani masalah ini.

Tuan Speaker, Tuanku juga dalam titah ucapan telah menitahkan agar ternakan babi tidak diadakan di Selangor. Ini disebabkan oleh faktor kekurangan tanah, kepadatan penduduk dan isu pencemaran bau dan saliran. Dan ini bukan masalah berkenaan isu dipolitikkan seperti apa yang di bahas oleh Yang Berhormat Seri Kembangan, tetapi keputusan ini diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor kesamarataan yang dikatakan oleh Seri Kembangan. Adakah perbandingan ini antara babi dengan lembu, babi dengan kambing atau babi dengan ayam dan last sekali adakah babi dengan unta? Jadi ini persoalan saya, adakah kandangnya sama? Adakah makanannya sama? Dan adakah penyakitnya sama? Kebersihan sistem kumbahan, salirannya sama? Apakah semua ini disamaratakan dengan apa yang diperkatakan oleh Seri Kembangan? Itu persoalannya. Daging babi yang diimport, yang dikatakan berisiko adalah tidak tepat kerana ia lebih banyak kebaikan daripada keburukan dan antaranya tiada kesan langsung kepada tanah dan sungai di Selangor. Dan yang paling penting Tuan Speaker, tiada beban alam sekitar di Negeri Selangor dan saya yakin insha Allah, pada mereka-mereka yang menikmati daging babi ini segala bekalan import itu sentiasa ada.

Tuan Speaker, saya ingin beralih kepada kawasan saya di DUN Morib. Antaranya masalah lalat, itu pun terlalu relate jugalah dengan masalah babi itu. Masih tidak selesai terutamanya di kawasan kampung-kampung yang saya tuju ini adalah Kampung Kelanang yang semakin banyak lalat dan di kawasan sekitarnya. Penduduk sentiasa terpaksa berperang dengan lalat setiap hari dan peniaga gerai semakin kurang pendapatan sebabkan terlalu banyak sehinggakan tiada pelanggan yang datang.

Tuan Speaker, satu lagi saya nak beritahu kepada Dewan yang mulia ini berkenaan satu projek Morib Rejuvenation adalah satu projek mega pembangunan semula Morib dengan anggaran awal nilai keseluruhan hampir RM700 juta. Projek ini melibatkan antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan bertindak sebagai pemilik dan pemegang tanah utama bersama syarikat Lim Siang Hai Capital Berhad dan syarikat-syarikat yang lain. Soalan saya pada projek ini, adakah projek ini menguntungkan Kerajaan Negeri Selangor dengan pajakan 60 tahun? Dan saya ingin juga mengetahui siapakah sebenar mendapat manfaat terbesar daripada tanah milik Selangor ini? Apakah keuntungan kepada penduduk di kawasan sekitar projek ini dan apakah jaminan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan projek ini berjaya? Tuan Speaker, kerisauan Morib adalah kemungkinan akan berlaku sekali lagi projek terbengkalai di DUN Morib seperti projek Sentoria Morib Bay City Resort yang dahulunya ingin membuka pusat pelancongan, taman air dan safari dan juga terletaknya projek terbengkalai Rumah Selangorku Morib yang sehingga kini masih belum selesai.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Morib.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Ya.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya baru jumpa masa dalam titah Tuanku, saya nak, boleh? Boleh ya. Ini berkenaan dengan isu penternakan babi tadi. Saya nak tarik balik ke situ. Adakah Yang Berhormat Morib setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Seri Kembangan, bukan hanya dalam Dewan ini, tetapi Seri Kembangan mengulang lagi dalam temu ramah beliau dengan media menyatakan bahawa she stands with her statement. Dia mempertahankan kenyataan beliau di dalam Dewan, katanya ini suara orang Seri Kembangan yang nak ada ladang babi ini. Itu ayat daripada Seri Kembangan. Tapi, kalau kita rujuk pada titah Tuanku dalam muka surat 18, saya baca semula apa yang Tuanku titahkan, “baru-baru ini Beta telah menitahkan agar ternakan babi tidak diadakan di Negeri Selangor, namun demikian masih terdengar rungutan dari beberapa pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati dan enggan untuk mematuhi titah Beta”. Saya rasa wording ini sangat strong, kuat dalam titah Tuanku. “Beta telah memberikan faktor-faktor kenapa ternakan babi tidak sesuai di Negeri Selangor. Antaranya faktor tanah tidak mencukupi dan ternakan babi diadakan di kawasan penempatan penduduk yang padat dengan umat Islam”. Yang Berhormat Morib, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa tindakan Seri Kembangan itu sebenarnya telah ingkar kepada titah Tuanku, ini pertama. Dan sebab itu kita bawa usul untuk nak rujuk Seri Kembangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dalam masa yang sama bila Seri Kembangan dalam report media menyatakan bahawa dia masih lagi berpegang kepada kenyataan itu. Adakah Yang Berhormat Morib setuju dengan saya supaya Seri Kembangan dalam tempoh Dewan ini saya rasa yang terbaik untuk Seri Kembangan adalah

Timbalan Speaker

Taman Medan, Morib dah bangun tu.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

untuk mohon maaf dan tarik balik kenyataan beliau itu dan patuh kepada titah Tuanku seperti yang telah disebut? Saya hanya baca verbatim daripada titah yang Tuanku sudah titahkan dalam Dewan ini dan kita semua dapat teks ini. Adakah Yang Berhormat Morib setuju supaya Seri Kembangan tarik balik saja kenyataan itu dan juga minta maaf mungkin terkhilaf dan bersetuju dan patuh pada titah Tuanku pada titah perasmian hari Isnin yang lepas?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat Morib, saya ada satu soalan lanjutan daripada rakan saya tadi boleh?

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Tidak. It’s okey.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Boleh? Isu yang sama, saya nak tanya juga apakah pandangan Morib berkenaan dengan isu itu?

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

No, no, no. Tidak apa, tidak apa. Saya setuju dengan..

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tidak bagi? Bagi tak bagi?

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Tidak apa. Tidak bagi. Bagi ruang saya. Saya setuju dengan Taman Medan sebab bagi saya, Tuanku amat prihatin, bukan setakat hanya, bagi saya sumber makanan protein ini bukannya melibatkan 100%, hanya melibatkan beberapa peratus sahaja yang menggunakan dan bagi saya oleh kerana Tuanku titah Tuanku itu amat tepat. Kerana dia begitu prihatin kepada alam sekitar dan penduduk di kepadatan di Selangor ini dan saya setuju, dan saya ingin kalau boleh masukkan ucapan Taman Medan untuk dimasukkan dalam ucapan saya sekali.

Jadi, Tuan Speaker, saya sambung berkenaan tentang projek Sentoria Morib Bay City Resort ini yang masih belum selesai dan saya berharap agar projek ini yang dikatakan hampir beratus juta ini dapat betul-betul memberi manfaat kepada penduduk dan di DUN Morib ini, insha Allah. Tuan Speaker, berkenaan projek pembinaan pantai di Pantai Morib, saya juga berharap dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kerana selama pembinaan ini terdapat rungutan daripada peniaga-peniaga yang pendapatan mereka agak merosot

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Morib, mencelah.

Timbalan Speaker

Morib, bagi Kajang mencelah?

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Akibat kurangnya, itu hari, you, you speak, i nak tutup, nak tutup tak bagi. Di Pantai Klanang juga agar pihak PBT dapat menambah baik fasiliti awam dengan..

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Saya hendak tanya setuju tidak Morib sedang baca teks, bukan berbahas? Setuju tidak? Morib sedang baca teks, tapi bagi saya, Kajang, tidak apa saya biar dia. Sebab ini isu kecil, remeh. Silakan.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

You baca macam ini..

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Kajang tidak berpolitik di sini.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Okey. Seterusnya bekalan elektrik yang sering berlaku di kawasan Pantai Kelanang. You ganggulah. Cerita belakanglah nanti kita jumpa. Aduh. Tak apa, kita boleh settle belakang. Don’t worry. It’s okay. Tuan Speaker, jalan raya ada kemudahan, adalah kemudahan pada rakyat tidak kira di bandar. You nak suruh saya laju macam you ke? Stop lah. Okey, ataupun di kampung-kampung seperti tetapi jika jalan raya di bandar ataupun di kampung ini berlubang dan berlopak menjadi bencana kepada pengguna jalan raya. Di kawasan Morib, masalah ini masih lagi tidak selesai. Di kampung-kampung seperti Kampung Sungai Buaya, Kampung Kelanang, Kampung Bandar dan Kampung Kanchong Darat. Saya sebutkan contoh di Kampung Kanchong Darat, di Lorong Haji Tolus, di Jalan Pulai, Lorong Rasbeni, Lorong Jalan Nangka, di Jalan Cempedak, Lorong Bahagia, sekitar Jalan Masjid, Jalan Kenanga, lorong-lorong di Jalan Cempaka juga sudah tidak pernah saya rasa sudah berpuluh tahun tidak pernah diturap dan di selenggara. Berkenaan dengan banjir, DUN Morib juga tidak berkecuali, di Kampung Bandar di kampung yang saya sebut tadi pun berlaku juga. Air yang bertakung ini juga tidak dapat diselesaikan oleh kerana sistem perparitan yang tidak sistematik yang di antaranya di Kanchong Darat itu yang paling teruk..

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Morib kena laju sikit kalau nak baca teks. Tidak boleh lambat-lambat.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Tidak, saya ikut fakta. Jangan bermain Kajang. Jangan kacau.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kajang jangan kacau. Masa sudah tidak ada. Morib Landing. Penutup.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Satu lagi. Okey, okey. Mengambil kesempatan untuk berkenaan status Dewan Gemilang di Jalan Pulai, Jalan Kanchong Darat yang telah dirobohkan permintaan dari pihak KRT dan komuniti penduduk di Jalan Pulai berharap agar dewan ini dapat dibangunkan lagi dan untuk sukan anak muda dan aktiviti-aktiviti kampung dan..

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Morib jaga speed. Laju sikit.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kajang, jangan kacau.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Saya ingin menjelaskan istilah mencurah air di daun keladi, ini saya baca ya istilah ini adalah seperti air..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat dah kena landing dah. Yang Berhormat kena penutup dah.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Saya minta izin. Yang ini saya baca, saya nak sebut seperti mana yang Tuan Speaker semalam menyebut ada disebut “Menyiram air di daun keladi, air turun ke tanah dan pokok naik”. Salah tu, itu bukan peribahasa. Apa yang peribahasa ini adalah perumpamaan yang amat keras yang bermaksud adalah kepada orang yang degil, keras hati, tidak mahu menerima nasihat. Ini sebenarnya perumpamaannya, bukan air jatuh ke tanah diserap oleh pokok. Itu ayat sebenar.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat sila landing Yang Berhormat. Lampu tutup. Yang Berhormat penutup

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

contoh-contoh...

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Kerajaan Negeri sering dikritik oleh kerana isu banjir. Seolah-olah, ni satu lagi perumpamaan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Ini, dan satu lagi saya tunjuk lagi satu perumpamaan mencurah air ke pasir ya, sama juga ni, ini menunjukkan impak yang jelas, yang tidak nampakkan impak yang jelas dan perubahan yang ketara di peringkat pelaksanaan. Sikit lagi.

Timbalan Speaker

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

dan yang hujungnya, hujungnya, hujungnya Kerajaan Negeri bersikap telinga tipis dan ini saya sebut lagi telinga tipis macam mana pula. Apabila terlalu mudah tersinggung ya dan terhadap kritikan dan teguran yang dikemukakan. Sedangkan teguran itu sebenarnya bertujuan untuk menambahbaikkan dan untuk kepentingan rakyat. Jadi, akhir kata Tuan Speaker, habis dah. Penat dah ni, kacau. Akhir kata patik menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, sesungguhnya titah tersebut menjadi pedoman dan peringatan kepada kita semua untuk memperbaiki segala kelemahan serta memperkukuhkan tadbir urus demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri. Sekian, terima kasih, Daulat Tuanku.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Morib.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Kuala Kubu Baharu.

Timbalan Speaker

Perbahas seterusnya Kuala Kubu Baharu...

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker, Kuala Kubu Baharu bangun mohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Titah baginda mencerminkan keprihatinan terhadap kecekapan pengurusan negeri dan juga kesejahteraan rakyat. Perbahasan Kuala Kubu Baharu ini ingin fokus kepada satu realiti yang sedang kita hadapi iaitu krisis tenaga di Rantau Asia akibat konflik Asia Barat. Ini bukan isu jauh, di Thailand stesen minyak kehabisan bekalan, Philippine sudah mengisytihar krisis tenaga, di Malaysia kita menyaksi harga petrol, harga diesel naik dan turun tidak menentu akibat ketegangan Geopolitik. Subsidi bahan api melonjak dari sekitar 700 Juta sehingga 7 Bilion sebulan. Ini tekanan besar kepada rakyat dan juga Kerajaan. Dalam keadaan ini, kita nampak kenapa asas ekonomi yang kukuh itu penting. Selangor mencatat hasil 3.021 bilion dan rizab mencecah 4.83 bilion. Sebelum ini ada pihak di sebelah sana kata bahawa belanja, belanja, belanja seolah-olahnya belanja tanpa had itu satu jalan yang paling bijak, satu jalan yang paling tepat. Tetapi pada hari ini, kita nampak kenapa simpanan dan juga rizab penting untuk satu negeri. Apabila krisis datang, Selangor memiliki ruang dan kekuatan untuk bertindak dan juga melindungi rakyat. Sebab itulah, Selangor mampu melancarkan Pakej Daya Tahan berjumlah RM131 juta untuk bantu rakyat menghadapi kenaikan kos dan krisis tenaga.

Kuala Kubu Baharu nak cadangkan tiga perkara, empat perkara ringkas. Pertama, RM25 juta untuk sektor pertanian, bantuan RM300 sehingga RM600 harus di salur secara tunai supaya petani kecil tidak tercicir. Inilah penting kerana kos baja, kos diesel semua menaik. Kalau pengeluar makanan kita tertekan, rakyat juga terkesan. Dan saya juga nak ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana Kerajaan hadir sebagai pelengkap dan juga pelindung melengkapi usaha Kerajaan Persekutuan untuk menawar Subsidi Diesel, Budi Diesel dan juga Budi Agrikomoditi yang dinaik sehingga RM400 sebulan susulan konflik Asia Barat.

Kedua, RM5 juta untuk Jualan Ehsan Rahmah. Program ini memang bantu rakyat tetapi kita boleh pergi lebih jauh. Guna bekalan terus daripada petani Negeri Selangor jadi harga kekal murah dan duit kekal dalam ekonomi setempat.

Ketiga, RM9.6 juta untuk sarapan percuma di sekolah. Ini bukan sekadar memberi makanan tetapi juga sokongan dan semangat solidariti kepada golongan ibu bapa yang terkesan kos kenaikan hidup, kenaikan kos hidup. Kerajaan perlu memastikan setiap hidangan memenuhi piawaian nutrisi dan memberi ruang kepada pengusaha-pengusaha kantin tempatan supaya mereka mendapat limpahan daripada peruntukan ini.

Keempat, daripada belanja RM5 juta untuk memberi bantuan RM30 sebulan kepada 30,0000 penerima selama enam bulan, Kuala Kubu Baharu mencadang agar peruntukan ini digunakan untuk menawar DRT Percuma di kawasan-kawasan berkeperluan besar selama enam bulan dan cari jalan, cari kaedah supaya program ini boleh membuka peluang kepada semua pengunjung bukan kumpulan bersasar.

Tuan Speaker, krisis tenaga ini mula tidak nampak penghujungnya. Dasar kita mesti berpijak di bumi nyata, melindungi rakyat dan mengukuhkan ekonomi negeri. Sambung daripada itu, krisis tenaga ini bukan sahaja tekan kos hidup tetapi juga beri kesan langsung kepada pekerjaan. Baru-baru ini, data Hong Leong Investment Bank dengan izin mendedahkan statistik yang membimbangkan di mana Selangor menyumbang purata 29 kes kehilangan pekerjaan nasional. Tetapi pada masa yang sama, di Selangor sini ada lebih 100,000 kekosongan jawatan. Ini menunjukkan masalah sebenarnya bukan tiada pekerjaan tetapi skill mix matches dengan izin. Dalam situasi krisis tenaga bukan sahaja kita menjangka kos tenaga, kos logistik akan meningkat tetapi kita juga berdepan risiko kos push retrenchment dengan izin terutamanya di sektor pembuatan, sektor perdagangan dan perkhidmatan.

Jadi, Selangor perlu bertindak sekarang. Pertama, Kuala Kubu Baharu mencadang supaya Kerajaan mengukuh kerjasama strategik antara awam dan swasta, merangka pelan meditasi sekarang supaya syarikat tidak menjadikan pemberhentian kerja sebagai pilihan utama apabila kos operasi mereka meningkat.

Dan kedua, Kerajaan perlu memperkasakan TVET berasakan industri serta TVET fast track dengan izin seperti yang dicadangkan oleh Bukit Lanjan, melibatkan syarikat-syarikat besar sebagai rakan strategik, bapa angkat supaya latihan diberi selari dengan keperluan pasaran dan fokus kepada up skilling dan reskilling dengan izin supaya kita siap sedia membantu pekerja-pekerja di Selangor beralih ke sektor yang lebih stabil.

Seterusnya keadaan pusat data. Dalam keadaan krisis tenaga ini kita juga lihat Selangor berkembang sebagai hub digital. Banyak pusat data sedang dibina dan telah dibina termasuk di Hulu Selangor. Ini adalah peluang tetapi juga cabaran besar, kenapa? Kerana pusat data guna tenaga dan air yang sangat tinggi. Menurut MIDA, unjuran menunjukkan penggunaan elektrik oleh pusat data di Semenanjung boleh mencecah 40% daripada jumlah kapasiti bekalan elektrik sedia ada di Semenanjung Malaysia. Dari segi air pula, mengikut Laporan International Energy Association 2025, pusat data 100 megawatt secara purata menggunakan 2 juta liter air sehari. Kalau kita ambil pusat data Google yang terletak di Elmina Business Park sebagai contoh, fasa 1 mereka nak bina kapasiti 100 megawatt, fasa 2 dijangkakan kapasiti 200 sehingga 250 megawatt, itu dikira sebagai pusat data hyper skill. Kalau kita ambil ini sebagai contoh, pusat data hyper skill ini beroperasi pada kapasiti 350 megawatt ia memerlukan 7 juta liter air sehari dan ini bersamaan dengan purata penggunaan air harian untuk 31,000 orang rakyat Malaysia.

Jadi persoalannya, bagaimana Kerajaan memastikan bekalan air dan bekalan elektrik kekal mampan dan kita sudah ada rizab air sekitar 17.4% dan non revenew water dengan izin 26%. Inilah pencapaian yang baik tetapi dengan permintaan baru ini, adakah ia mencukupi untuk jangka masa panjang. Dan Kuala Kubu Baharu turut ingin mencadang agar Water Usage Efectiveness (WUE) dengan izin dan Power Usage Effectivenes (PUE) seperti yang dicadangkan oleh MIDA diwajibkan kepada semua operasi pusat data untuk laporan dan ketulusan serta memastikan pertubuhan pusat data di Malaysia selari dengan matlamat kelestarian dan pelepasan sifar bersih menjelang Tahun 2050. Tuan Speaker, kita mengalu-alukan pelaburan digital tetapi dalam krisis tenaga keutamaan mesti jelas, keperluan asas rakyat tidak boleh di kompromi.

Seterusnya berkenaan infrastruktur Kuala Kubu Baharu menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku terhadap kemudahan awam dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih kepada semua agensi yang telah menambah baik jalan, sistem perparitan, kemudahan awam di kawasan Simpang Rasa, Simpang Dataran KKB, Ampang Pecah dan Batang Kali secara am. Namun, di lapangan masih ada perkara asas yang perlu diberi perhatian. Beberapa jalan utama masih gelap dari Jalan Persekutuan KKB ke Kerling, dari Jalan Negeri Ampang Pecah Rasa serta laluan KKB ke Serendah Persekutuan masih gelap. Ini isu keselamatan rakyat terutamanya pada waktu malam.

Selain itu, Simpang Ulu Yam lama yang sudah menjadi hot spot kemalangan turut memerlukan perhatian dan naik tarafan yang lebih kerap dan lebih efektif. Pembangunan mesti sampai ke tahap yang dirasai oleh rakyat selamat, terang dan boleh digunakan dengan yakin setiap hari. Dan juga saya ingin membangkit kemajuan tentang Projek Taman Madani Rakyat terletak di Jalan Meranti 3A di Bandar Utama, Batang Kali di bawah DUN Kuala Kubu Baharu di atas kertas kemajuan tercapai 95% tapi di lapangan saya tak nampak kualiti projek RM1 juta. Jadi saya harap pihak berkenaan boleh semak semula kemajuan sebenar.

Seterusnya tentang isu kilang tanpa kebenaran. Tuan Speaker, dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, kita tak boleh lihat KTK semata-mata sebagai masalah tetapi sebagai potensi yang belum dimanfaatkan. Kuala Kubu Baharu setuju bahawa segala kelestarian alam, kesejahteraan rakyat wajib menjadi keutamaan tiada kompromi untuk perkara ini. Hari ini, ramai pengusaha mahu patuh tetapi tersekat dengan kos premium tanah tinggi, caj pembangunan dan proses yang rumit.

Jadi Kuala Kubu Baharu cadangkan tiga rangka. Pertama, skim bayaran ansuran premium supaya tidak membebankan aliran tunai dan pada masa yang sama kita boleh menjaminkan constant revenue kepada pihak Kerajaan Negeri. Kedua, kelonggaran teknikal bersyarat untuk kilang lama. Selagi aspek keselamatan dan aspek alam sekitar dipatuhi sepenuhnya, kelonggaran syarat teknikal boleh dipertimbangkan. Ketiga, Kerajaan harus memberi diskaun kepada pembangunan kluster dengan infrastruktur bersama berkongsi untuk mengurangkan kos pemutihan sekali gus menyelesaikan masalah secara berkluster. Matlamat kita jelas, ubah status KTK ini dari beban pengundangan ke aset ekonomi lebih-lebih lagi dalam krisis sekarang.

Seterusnya tentang isu pencemaran. Kuala Kubu Baharu menjunjung kasih titah Tuanku mengenai pencemaran industri. Kuala Kubu Baharu ingin membawa suara keresahan penduduk di kawasan perindustrian curah rasa. Realitinya, rakyat masih berdepan pencemaran bau yang sangat serius daripada operasi kilang kitar semula. Walaupun sport check berkali-kali diadakan, walaupun sesi townhall melibatkan PBT, Jabatan Alam Sekitar telah diadakan dan komitmen daripada PBT bahawa dia ada bagi kelulusan bagi kilang kitar semula yang ketiga di kawasan tersebut. Namun, ia meninggalkan satu tanda tanya besar di fikiran rakyat. Kalau bau kuat masih setiap hari, setiap malam di mana keberkesanan tindakan Kerajaan? Ini bukan isu baru. penduduk sudah lama bersabar. Penduduk sudah lama menanggung. Kualiti hidup mereka terjejas, bukan sekali sekala tetapi berterusan. Sebelum ini, Tuan Speaker, integriti adalah akar kepada keberkesanan dasar. Sebelum ini Kuala Kubu Baharu dalam membangkitkan bahawa Laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, EAIC mengenai salah laku pegawai JAS berkaitan pelepasan kontena sisa elektrik ALAM di Pelabuhan Klang. Ternyata kebimbangan Kuala Kubu Baharu berasas apabila baru-baru ini dua kes pertuduhan rasuah melibatkan pengurusan sisa elektrik telah dihadap ke mahkamah. Namun, ia meninggalkan satu tanda tanya besar di fikiran rakyat. Bagaimana pula dengan pencemaran udara, pencemaran bau yang masih berterusan? Mengapa bau busuk masih berterusan? Sampai bila penduduk nak menanggung situasi di sini? Jangan bagi jawapan bahawa.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat lama lagi ke?

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Sikit, dua minit, dua minit.

Timbalan Speaker

Pendekkan.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Jangan bagi jawapan bahawa pematuhan piawaian, jangan bagi jawapan bahawa kilang-kilang mempunyai lesen. Jawapan-jawapan ini tidak boleh mengubah situasi di lapangan. Jadi Kuala Kubu Baharu mencadangkan tiga perkara. Pertama, letakkan stesen pemantauan udara mudah alih di kawasan berkenaan yang boleh dipantau oleh rakyat supaya dapatkan data sebenar bukan sekadar laporan di atas kertas. Kedua, audit penuh sistem pemantauan pelepasan continuous inition monitoring system di kilang-kilang bermasalah. Ketiga, nilai semula caring capacity dengan izin alam sekitar di kawasan berkenaan sebelum sebarang kelulusan baru diberi.

Tuan Speaker, dalam menghadapi krisis tenaga dan yang menekan kos dan isu pencemaran yang menjejaskan kesihatan rakyat, kita tidak boleh berkompromi dengan perkara asas iaitu melindungi rakyat dan golongan yang paling rentan. Seperti yang diingatkan oleh Hubert Humphrey, “The moral test of government is how it treats those in the dawn of life, the twilight of life and the shadows of life” dengan izin. Sebagai penutup patik merafakkan sembah mohon restu ke bawah Duli Tuanku atas segala urusan dipermudahkan demi kesejahteraan rakyat Selangor. Patik juga menzahir doa agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor dan Tuanku Permaisuri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta berbahagia selama-lamanya. Sekian, Kuala Kubu Baharu memohon menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, Yang Berhormat Sungai panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. (bacaan doa) “dan jika sebuah Negeri itu beriman serta bertakwa kepada Allah Jalla Jallallah maka akan dibukakan pintu rezeki dari langit dan juga dari bumi akan tetapi mereka ini mendustai maka ambillah seksa yang diberikan di atas perbuatan mereka” surahtul Al-A'raf, surah ketujuh, ayat 96, juzuk 9, halaman 163. Terima kasih daun keladi kerana sudi titah nasihat kami. Segala titah kepada Kerajaan Negeri semua Ahli-ahli Dewan perlulah ambil peduli. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Dewan sekalian. Sungai Panjang menjunjung kasih titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dengan penuh hormat menyokong sepenuhnya titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Negeri Selangor Tahun 2026. Titah Tuanku jelas merupakan satu peringatan yang amat besar kepada seluruh kepimpinan Negeri agar kembali kepada atas takbir urus yang amanah, adil dan berhemah serta sebagaimana tuntutan Islam. Sungai Panjang menyambut baik penekanan Tuanku agar Kerajaan Negeri bersedia menghadapi cabaran ekonomi global. Mengelakkan pembaziran serta mengutamakan perbelanjaan kepada keperluan asas kepada rakyat yang sedang terbeban pada masa ini. Juga Tuanku bertitah agar bertindak pantas dan segera serta tiada kompromi pada perkara yang melibatkan isu-isu berkaitan agama, kaum dan institusi raja.

Yang Berhormat Tuan Speaker, rasanya belum masih terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Mohamad Onn bin Abd. Aziz yang di lantik berkuat kuasa pada 8 April 2026. Pertama, baginda Sultan bertitah, Sungai Panjang membaca matannya “Beta mahu Negeri Selangor kekal sebagai sebuah Negeri yang tahan uji dalam mendepani krisis yang melanda, Beta merasa amat bimbang dengan kenaikan harga minyak”. Sungai Panjang melihat bahawa perkara ini memberikan kesan kepada petani realiti pahit mangkuk nasi Negara, petani padi berhadapan dengan jalan buntu akibat kos input mengatasi daripada pendapatan mereka. Sungai panjang memberikan contoh SOP Jabatan Pertanian bagi penanaman padi. Ini sekiranya petani sawah mengikut SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian dan juga oleh IADA Barat Laut. Upah rotor empat kali dalam RM900.00 ke RM1,000.00. Upah meracun lapan kali dalam RM560.00. Ini terpaksa baca sebab fakta takut salah nanti. Menanam transplanter RM1,400.00, menyulam dan membuang padi angin RM600.00. Kalau upah bangla murah sedikit selalunya ramai bangla tetapi di Seri Serdang tiada bangla minta maaf. Upah membaja RM300.00, kos input racun RM1,800.00 ke RM2,000.00, menuai RM200.00 satu tan jika dapat lima tan RM1,000.00, sewa bendang lingkungan dalam RM3500.00 yang ada tapak rumah RM4,000.00 kosong tiada tapak rumah. Sekiranya petani mendapat lima tan ikut SOP dalam RM1,500.00 per tan kali lima tan petani baru mendapat RM7,500.00 sedangkan belanja petani tadi RM10,060.00 itu yang dapat lima tan. Yang dapat bawah lima tan paling kurang petani kena dapat lapan ke sembilan tan dan belanja lebih mahal dengan kos-kos yang ada sebab itu krisis sekuriti makanan dan kelangsungan hidup petani ini yang mana kita jangan melihat sektor penanaman padi ini hanya perniagaan tetapi ia adalah tunjang sekuriti makanan Negara namun realiti di lapangan padi, realiti di lapangan hari ini menunjukkan para petani, para pesawah kini sedang dalam membiayai sekuriti makanan Negara dengan keringat dan kerugian mereka sendiri. Mereka berhutang setiap kali setiap musim tanpa diberikan apa-apa kelebihan kepada mereka. Naratif yang dibawa bahawa petani ini kaya, kaya dengan subsidi, subsidi baja, subsidi racun subsidi itu semua ini hanyalah mitos semata-mata yang perlu dilenyapkan segara apabila melihat kembali lembaran imbangan sebenar bagi satu kitaran tanaman tadi. Sebab itu Sungai Panjang datangkan contoh tadi maka punca utama tekanan ini adalah masalah berpunca dari ketidak seimbangan struktur pasaran.

Yang pertama, kenaikan kos input tidak terkawal racunnya, bajanya dan yang lainnya. Tidak terkawal dan tidak ada harga siling akan tetapi harga jualan padi dikawal RM1,500.00 ketat ada siling dan juga ada lantai. Petani tersepit di tengah-tengah jual murah beli barang-barang import racun baja dan segala-galanya mahal. Yang kedua, monopoli jentera. Bayangkan empat kali rotor RM900.00 kali empat RM3,600.00 untuk traktor sahaja. Dan untuk mesin pula yang ini menjadi kerisauan petani di sebelah utara Sungai Panjang, Sabak bernam, Bagan Terap kenapa, kerana waktu kami panin, panin bahasanya menuai waktu kami menuai nanti adalah pada waktu yang sama dengan utara. Jadi jentera ini mereka akan fikir dua kali hendak datang ke Sungai Panjang atau di utara sahaja kerana belanja bawa jentera mesin padi sahaja sudah menjangkau hampir RM6,000.00 sampai-sampai di Sungai Panjang padi tidak boleh jual, petani kena hutang dahulu tidak balik modal dan sebab itulah Sungai Panjang berharap supaya Kerajaan Negeri memikirkan, melebihkan jentera yang ada. Jentera yang ada ini tidak cukup untuk sawah-sawah di sana. Kemudian pemotongan penentuan, iaitu isu pemotongan berat padi. Maka Sungai Panjang memberikan cadangan dan solusi. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Daerah Sabak Bernam, terima kasih kepada juga kepada IADA Barat Laut yang memberikan info-info dan juga maklumat kepada pejabat kami.

Pertama, perlu ada semakan semula skim subsidi harga padi, SSHP daripada 500 per tan disemak selaras dengan lonjakan kos input harga lantai jaminan padi mesti dinaikkan. Kedua, kawalan harga input pertanian dan mekanisasi wujudkan harga siling bagi sewaan jentera menuai, sewaan membajak dan harga siling pada racun baja yang di jual sewenang-wenangnya dengan harga yang tidak menentu. Ketiga, bantuan khas musim bencana atau penyakit yang mana hasil rendah daripada dua tan disebabkan faktor luaran seperti bencana, serangan perosak perlu ada insurans tanaman atau bantuan one off. Dan cadangan yang terakhir dari sungai panjang, ketelusan pemutuan padi. Ini perlu bila mana padi tadi di jual sampai ke pusat timbangan wajib sistem pemutuan digital yang telus dikilang-kilang dan kehadiran wakil yang berkecuali supaya timbangan tadi di lihat dan di perhatikan. Ada sesetengah pusat-pusat pengambilan padi yang melakukan penyelewengan timbangan.

Yang kedua, “Beta berharap reformasi PBT dapat di gerakkan secara pantas termasuk proses kelulusan respons” Sungai Panjang melihat ada tiga perkara di sini berkenaan dengan hutan simpan. Pertama Hutan Simpan Sungai Karang. Hutan Simpan Sungai Karang adalah tempat ataupun Kampung Sungai panjang sendiri iaitu di Parit 5, Parit 6, 7, 8. Sungai Panjang tinggal di Parit 3 dan bersekolah di Parit 4. 40 tahun Sungai Panjang bersahabat dengan mereka, berkawan dengan ayah mereka, melihat mereka ini memperjuangkan tanah untuk mereka miliki. Sehingga hari ini, mereka masih lagi tidak memiliki tanah kerana itu permohonan hak milik hartanah baris satu di kawasan Parit 5 hingga Parit 8, kalau nak sedap nama nanti tukar lah kepada presint ke seksyen ke kot tak suka nama parit, tukarlah tak kesah Sungai Panjang. Tapi, tolonglah kepada Kerajaan Negeri selesaikan urusan ini. Berpuluh tahun mereka duduk di situ hutan simpan ini baris yang pertama tanya kepada Jabatan Hutan, Jabatan Hutan kata tanya kepada Pejabat Daerah, tanya kepada Pejabat Daerah, Pejabat Daerah kata tanya kepada Jabatan Hutan dan sehingga hutan itu di serahkan kepada Koperasi Usahawan Bersatu Selangor Berhad, KUBSB dan Sungai Panjang juga berterima kasih kerana Koperasi memberikan kerjasama dengan penduduk. Tapi, apa yang malangnya di sini penduduk masih lagi mengharapkan supaya perkara itu diambil berat. Yang keduanya Hutan Simpan.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang, kena penutup ya.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sikit lagi. Hutan Simpan Air Hitam. Sungai Panjang ingin bertanya sahaja. Pendedahan penuh berhubung kronologi dan harga urus niaga serta status terkini. Kedua, pengesahan pematuhan dasar tender tanah negeri sama ada penjualan dibuat secara tender terus atau lelong. Ketiga, penjelasan asas penilaian harga tanah yang digunakan. Keempat, relevansi untuk menukar tanah tersebut sebagai tanah rizab hutan bagi melindungi kepentingan alam sekitar. Harap dapat catit sebab ni baca sahaja. Peneroka asal, Kampung Baru Teluk Gong. Kenapa masih ada lagi pemilik geran yang enggan menyerahkan geran kepada Pejabat Daerah untuk digantikan dengan kawasan baharu? Kerana kawasan lama telah diduduki oleh peneroka sejak 60 tahun lalu dan Sungai Panjang mahukan jaminan daripada Kerajaan Negeri supaya peristiwa yang berlaku pada 11 Oktober 2022 sekitar jam 10 pagi sehingga 1 petang di kediaman Encik Misron tidak berulang kembali kepada penduduk-penduduk tersebut. Dan yang, sikit lagi tuan ni nak penutup.

Saya terus potong yang kelima, titah Baginda Tuanku ni yang terakhir. Janji dari Sungai Panjang ni terakhir, tidak ada akhirnya dah. “Beta juga menitahkan polis agar lebih peka, pantas dan bertindak segera dalam mengambil tindakan ke atas sebarang repot polis yang dibuat melibatkan isu-isu berkaitan agama, kaum dan institusi Raja”. Sungai Panjang ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, adakah titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini ada tarikh luputnya? Jika tiada ini bermakna mana-mana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebelum ini haruslah Kerajaan Negeri ambil perhatian dan ambil berat untuk dipatuhi. Jika ingkar, jadilah Kerajaan yang disebut di luar sana, bukan Sungai Panjang sebut, di luar sana sebut sebagai Kerajaan derhaka.

Oleh itu Sungai Panjang bertanya lagi, apakah langkah dan tindakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar apabila EXCO sendiri yang menggunakan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk mengugut penjawat-penjawat supaya menukar status tanah. Sungai Panjang pernah membangkitkan dahulu daripada pejabat sendiri dan juga daripada pejabat EXCO. Peliknya, kenapa ini digunakan titah Sultan dan pada tahun 2023.

Speaker

Yang Berhormat. Masa telah tamat.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tanah itu pula boleh dibenarkan

Speaker

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Untuk kegunaan

Speaker

Yang Berhormat, masa sudah tamat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Panjang, Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

tanah bendang untuk kegunaan komersial. Pelik, kenapa

Speaker

Sungai Panjang, Sungai Panjang, Sungai Panjang

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

pada awalnya perintah gunakan.

Speaker

Sungai Panjang, Sungai Panjang, Sungai Panjang, dengar, dengar di sini. Sungai Panjang, Sungai Panjang, Sungai Panjang, Sungai Panjang, Sungai Panjang, Sungai Panjang. Saya kata masa sudah tamat. Tak payah tutuplah sebab kita kena jaga masa. Itu sahaja Yang Berhormat. Sungai Panjang, duduk. Seterusnya saya menjemput

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tolak melukar sulur kaladi, bongkah kaladi gen ditukar, ulon tengati, Kerajaan Negeri, mayo mayo lah gawiannya mengelintar. Terima kasih.

Speaker

Saya ingin memberi teguran kepada Sungai Panjang. Apabila saya memanggil nama Sungai Panjang, buat kali pertama tadi, saya ingin bertanya berapa lama lagi? Boleh ringkaskan ke tidak? Sungai Panjang tidak dengar arahan saya dan terus langgar saja dan memberi ucapan. Saya rasa itu tidak seharusnya berlaku. Saya berharap Sungai Panjang memberi perhatian kepada apa yang saya sedang cakap sekarang. Bila saya tegur buat kali pertama, saya bertanya, berapa lama lagi? Sebab masa sudah hampir tamat. Saya boleh memberi satu minit lagi tetapi Sungai Panjang kena pandai menguruskan masa dan isi ucapan. Mungkin sedikit kesimpulan atau pun rumusan terhadap perkara yang terakhir dan kemudiannya habiskan ucapan dan bukan langgar seperti ini. Ya, saya harap Sungai Panjang terima.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya boleh jawab, atau?

Speaker

Tidak perlu jawab, saya memohon supaya itu sahaja.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sebab saya dah minta izin kepada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Ya, Yang Berhormat?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Speaker tak sebut berapa masa izinkan.

Speaker

Ya, apa dia?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya dah minta izin kepada Yang Berhormat Speaker tadi berapa lama.

Speaker

Ya saya tahu tapi masa sudah tamat

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tapi Yang Berhormat tak sebut berapa lama masanya.

Speaker

Kita masih ada lagi di peringkat Perikatan Nasional, enam orang pendebat, pembahas lagi yang belum lagi menyampaikan ucapan. Kita nak pastikan seboleh-bolehnya semua dapat habiskannya pada hari ini. Kalau semua nak balik awal, ha. Ya, Yang Berhormat seterusnya ialah Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Speaker, Peraturan Tetap 7. Bahasa rasmi Dewan adalah Bahasa Melayu dan menurut fasal (2) dan (3) dalam perkara 152 Perlembagaan adalah Bahasa Inggeris juga. Saya nak mohon Petua tadi Sungai Panjang ada bagi pantun hujung-hujung tapi saya tak tahu bahasa apa, kalau dia boleh terangkan maksud.

Speaker

Saya pun tak pastilah. Bahasa Jawa.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Sebab dia ada beri satu pantun cuma saya tak faham. Kita nak tahu jugak bahasa pantun tu adalah misleading ke tak misleading.

Speaker

Saya pun beri teguranlah kalau ada apa-apa sahaja isi kandungan dalam bahasa yang lain, tolong beri penterjemahan dan minta izin daripada Pengerusi ataupun Yang Dipertua sebelum meneruskan dengan Bahasa Inggeris ke, Bahasa Bugis ke, Bahasa Jawa ke, Bahasa Hokkien ke, Bahasa Mandarin ke, itulah dia.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Sebab Sekinchan pun kata dia tak faham tadi.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sekinchan Jawa.

Speaker

Kalau Sekinchan tak faham itu bukan Jawalah.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sekinchan Jawa, Sekinchan tak sama.

Speaker

Yang Berhormat, saya bagi kepada Meru dululah, Meru.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum

Speaker

Saya bagi Meru 10 minit boleh?

Sikit sangat tu Tuan Speaker, adillah pada saya. Ada sikit

Speaker

Tak apa, habiskan apa sahaja ada dalam masa, minit yang kesepuluh kemudian kita akan tengok.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani, salam KitaSelangor Maju Bersama. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi ruang kepada Meru untuk bahas di Dewan Yang Mulia ini.

Meru menjunjung kasih dan merafak sembah atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor. Patik tekuni titah Tuanku yang inti patinya berhubung inisiatif Kerajaan dalam mentadbir Negeri serta sarat dengan teguran dan nasihat yang seharusnya kita semua ambil perhatian oleh Kerajaan serta semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Penasihat Undang-undang Negeri yang baharu iaitu Yang Berhormat Tuan Muhammad Onn bin Abd. Aziz di atas pelantikan ini. Mewakili penduduk Pangsapuri Meru Ehsan, Meru mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, melalui Yang Berhormat EXCO Perumahan yang menyumbang RM950,000 untuk membaik-pulih bumbung dan infrastruktur jalan di kawasan perumahan tersebut. Sudah tentu ini akan memberi keselesaan dan kelegaan kepada penduduk.

Tuan Speaker, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor ada bertitah tentang pencapaian penerimaan hasil serta pelaburan tempatan dan luar negara yang melonjak melebihi sasaran asal. Hasilnya sudah tentu dapat dirasai oleh secara terus oleh rakyat melalui pelbagai inisiatif dan program pembangunan termasuk menerusi tindakan bersifat segera apabila ada krisis dan isu berlaku sama ada di peringkat tempatan mahupun global.

Di kesempatan ini, Meru ingin merakamkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor atas perhubungan pakej pengukuhan daya tahan Selangor yang bernilai RM131 juta yang mencerminkan kesiapsiagaan Selangor dalam menghadapi krisis global terutama apa yang berlaku sekarang di Timur Tengah. Meru juga tertarik menyentuh tentang pemberian subsidi, ini saya skip ya Tuan Speaker, banyak saya skip, saya akan skip insya Allah untuk menjimatkan masa.

Meru tertarik untuk menyentuh tentang pemberian subsidi tambang pengangkutan awam RM30 sebulan yang saya percaya merupakan langkah intervensi jangka pendek yang penting mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dalam mendepani krisis tenaga global menyebabkan ketidaktentuan harga bahan api. Kebergantungan kepada kenderaan peribadi bukanlah lagi satu pilihan yang mampan. Tetapi berhubung dengan perkara ini, Meru ada menerima permohonan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Meru agar khidmat bas Smart Selangor ataupun sekurang-kurangnya DRT dapat beroperasi di Meru terutamanya sewaktu anak-anak pergi dan pulang dari sekolah terutama di kalangan anak-anak kumpulan B40. Kunci utama menarik rakyat beralih kepada pengangkutan awam bukanlah sekadar pada kemudahan fizikal tapi pada dua tunjang utama itu ketersambungan, connectivity dengan izin, dan kebolehpercayaan, reliability.

Saya melihat bahawa projek Demand Responsive Transit (DRT) merupakan alternatif terbaik sebagai penyambung jurang antara rumah dan stesen utama ataupun destinasi. Bagi memastikan kelestarian jangka panjang DRT perlu segera beralih daripada fasa rintis kepada pelaksanaan yang lebih meluas mengambil kira penawaran harga tambang rahmah, fleksibiliti laluan dengan sokongan teknologi digital termasuk sistem pembayaran bersepadu dan penjadualan berasaskan data masa nyata. Langkah ini pada hemah Meru dapat meningkatkan kebolehpercayaan sistem di mata rakyat sekali gus merangsang peningkatan jumlah ridership.

Sehubungan itu, Meru berharap agar pakej pengukuhan daya tahan Selangor mungkin ada fasa dua akan datang memuat langkah jangka panjang agar kita sentiasa bersedia menghadapi cabaran tenaga masa depan.

Tuan Speaker, apabila berlaku krisis, program perlindungan sosial mestilah bersifat proaktif dan mampu menjadi penyerap hentakan shock absorber dengan izin, yang berkesan. Maka Meru berharap agar Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada aspek kebajikan dan sosial terutama kepada peruntukan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan rentan, wanita, warga emas, kanak-kanak dan orang-orang kurang upaya. Meru menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Mulia Tuanku di atas keprihatinan tentang isu banjir yang sering melanda di Negeri Selangor. Sehubungan itu, tidak dinafikan juga usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu banjir ini, buktinya bila berlaku hujan lebat baru-baru ini di banyak-banyak tempat berlaku banjir tetapi alhamdulillah kali ini telah beberapa bulan Meru tidak dilanda banjir. Dan saya melihat keberkesanan iaitu projek tebatan banjir sama ada di peringkat Persekutuan maupun Kerajaan Negeri, ada keberkesanannya di mana projek pelebaran Sungai Binjai telah dilaksanakan dan begitu juga dengan projek kolam tadahan, projek kolam takungan Kampung Budiman telah dilaksanakan dan siap sepenuhnya dan ini juga menyumbang kepada kurangnya berlaku banjir khusus di Meru.

Jadi Tuan Speaker, cuma usaha ini juga sedikit sebanyak kejadian banjir ini mungkin perlu kita beri perhatian tentang tindakan oleh pihak berkuasa tempatan ataupun kalau di kawasan Meru ialah Majlis Bandaraya Diraja Klang iaitu aspek penyelenggaraan yang perlu diberi perhatian serius dan langkah drastik supaya tidak berlaku banjir kilat bila berlaku hujan lebat. Ini yang atas penelitian saya, apa yang saya lihat kali ini bila berlaku banjir kilat ia berlaku di kawasan taman-taman perumahan dan sudah berkurang di hotspot di kawasan-kawasan kampung.

Tuan Speaker, saya pendekkan lagi ucapan saya. Meru juga mencadangkan supaya longkang-longkang perumahan yang melebih 10 tahun dapat dikenal pasti dan dinaiktaraf kerana longkang-longkang yang lama ini kemungkinan tidak dapat menampung limpahan air hujan yang kian bertambah dari masa ke semasa. Sehubungan itu juga, Meru berharap agar pihak berkuasa tempatan MBDK memperketatkan syarat kelulusan pelan kawalan hakisan kelodak (ESCP) bagi setiap pemaju. Kita tidak boleh lagi bertolak-ansur dengan mana-mana pemaju yang mengejar keuntungan tetapi mengabaikan tanggungjawab menjaga kolam perangkap kelodak iaitu silk trap di tapak projek mereka.

Izinkan Meru menyentuh sedikit tentang isu kawasan iaitu kawasan perumahan iaitu nama Taman Meru Makmur yang masih belum mendapat CF ataupun sijil menduduki disebabkan sistem pembetungan yang belum siap sepenuhnya. Setelah lebih 20 tahun mereka menduduki perumahan tersebut. Buat masa ini penduduk terpaksa mengambil inisiatif mengurus sistem pembetungan mengikut cara mereka yang sudah tentu dalam keadaan yang tidak sempurna dan selamat dari aspek kebersihan dan kesihatan. Meru memohon Kerajaan Negeri melalui Yang Berhormat EXCO Perumahan untuk membantu menyelesaikan isu yang dihadapi oleh penduduk sekian lama.

Oleh kerana pertambahan penduduk yang mendadak di Taman Aman Perdana dan Sungai Kapar Indah, keperluan mewujudkan sekolah KAFA dan juga sekolah rendah agama yang telah saya bawa dalam sesi-sesi perbahasan saya yang lepas sangat-sangat mendesak. Ketiadaan KAFA dan SRA ini menyebabkan sebahagian besar anak-anak tidak dapat belajar asas agama Islam di kawasan tersebut. Di Meru ada dua sekolah rendah agama tetapi perjalanannya mengambil masa setengah jam dan juga agak padat ya untuk anak-anak daripada Aman Perdana untuk belajar di kawasan Meru. Difahamkan pihak Surau Aman Perdana dan penduduk SKI telah memohon membuka KAFA dan SRA tapi difahamkan ada isu-isu teknikal yang menyebabkan permohonan ini tertangguh. Mohon perhatian Yang Berhormat EXCO kerana isu pendidikan agama anak-anak ini tidak boleh kita pandang ringan dan keperluan pendidikan agama sangat penting dan mendesak, saya ulangi.

Seterusnya ialah keselamatan trafik persimpangan Jalan Sungai Puloh Persiaran Aman Perdana. Meru mencadangkan pelebaran jalan serta pemasangan lampu isyarat di lokasi berkenaan. Difahamkan JKR telah menjalankan kajian menyokong cadangan ini dan difahamkan pihak pemaju di Central Subsidiary Mah Sing bertanggungjawab namun pelaksanaan belum bermula dan dalam tempoh dan perjanjian bakal tamat tidak lama lagi. Seterusnya ialah memohon supaya penambahbaikan infrastruktur Stesen Bas Klang Sentral. Walaupun bukan di kawasan Meru tapi mungkin ada penduduk Meru yang menggunakan stesen bas tersebut yang dalam keadaan yang daif, yang uzur iaitu bangunan utama ada yang ditutup, kawasan sekitar dalam keadaan gelap, tiada pencahayaan, kebanjiran warga asing tidak terkawal dan keadaan jalan infrastrukturnya yang rosak teruk. Stesen Bas Klang Sentral adalah salah sebuah nadi pengangkutan awam di Daerah Klang dan antara pintu masuk pelancongan. Pembaikan segera diperlukan, perlu diambil tindakan khususnya Majlis Bandar Diraja Klang dan khususnya dan juga Kerajaan Negeri Selangor. Jadi saya tidak ambil masa yang panjang, akhir kata terima kasih di atas ucapan takziah daripada rakan-rakan khususnya Yang Berhormat Tuan Speaker di atas pemergian suami saya yang tercinta.

Akhir kata Meru merafak sembah atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor menyampaikan titah Baginda yang penuh dengan panduan dan nasihat terutama kepada kita semua wakil rakyat agar melaksanakan amanah dan memikul mandat rakyat dengan sebaiknya. Masa ini adalah masa kita untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah kita. Bukanlah sepanjang masa kita berpolitik. Ya, iaitu amanah kita adalah memberi khidmat terbaik dan memberi keselesaan kepada rakyat. Dengan ini Meru menyokong penuh titah Baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Ya, Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Selangor Deserves Better. Terlebih dahulu saya menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sempena Pembukaan Persidangan Dewan Negeri Selangor pada kali ini. Sesungguhnya titah Sultan Tuanku bukan sahaja mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap kebajikan rakyat, bahkan turut memberi gambaran jelas tentang pencapaian serta cabaran sebenar yang sedang dihadapi oleh Negeri Selangor.

Wajah yang manis, bicaranya nyonya, Cemarnya alam, baunya hanyir, Daun keladi cantik tampaknya, Tapi sayangnya menolak air

Tuan Speaker, saya ingin memulakan dengan mengiktiraf pencapaian ekonomi Negeri Selangor yang memberangsangkan. Peningkatan hasil negeri, pengukuhan rizab serta kejayaan menarik pelaburan mencecah hampir RM84 bilion adalah satu pencapaian yang wajar dipuji. Ini membuktikan bahawa Selangor kekal sebagai enjin ekonomi utama negara. Namun begitu, persoalan yang lebih besar yang perlu kita jawab di Dewan yang Mulia ini ialah adakah kemakmuran ini benar-benar dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi? Kerana hakikatnya dalam masa yang sama, kita berdepan dengan isu asas yang berulang. Banjir, kutipan sampah, jalan rosak dan kelewatan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan. Ini yang dinamakan high revenue tetapi tak selari dengan effective delivery, dengan izin. Ini menunjukkan wujudnya apa yang boleh diistilahkan sebagai execution gap dengan izin, jurang pelaksanaan.

Justeru, saya mencadangkan agar satu unit penyampaian negeri, state delivery unit, diwujudkan bagi memantau secara langsung projek-projek kritikal seperti banjir, kebersihan dan infrastruktur asas. Unit ini perlu berfungsi secara bebas, berasaskan data dan melaporkan kemajuan secara berkala dan boleh diakses oleh Dewan mahupun rakyat. Alasan kekangan bajet dan peruntukan adalah sesuatu yang tidak proaktif bagi sebuah negeri yang maju dan mempunyai rizab negeri yang besar. Apatah lagi bila ia melibatkan nyawa, keselamatan dan kesejahteraan yang perlu dinilai bukan semata-mata kepada projek first come first serve dengan izin, tetapi mengikut kritikal dan kurang kritikal. Cadangan ini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan kepada Kerajaan Negeri malah dapat mengurangkan penyebaran maklumat palsu dan mengurangkan birokrasi seperti yang dititahkan oleh Tuanku. Isu keberkesanan pelaksanaan ini pernah disebut oleh Steven Covey dalam isu pengurusan iaitu 70% kegagalan bukanlah pada perancangan tetapi adalah pada pelaksanaan. Teori Pareto 2080 dalam mengenal pasti masalah sebenar untuk di fokus dan ditangani adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan dalam keberkesanan pelaksanaan.

Tuan Speaker, dalam menangani teguran Tuanku dan keluhan rakyat pada isu banjir, Sungai Burong berpandangan pelaksanaan Pelan Induk Master Pelan, pengurusan banjir bersepadu berasaskan lembangan sungai mampu membantu penyelesaian yang menyuruh dan holistik bukan sekadar bertindak atas kes yang terzahir tetapi melihat punca sebenar dan penyelesaian agar tidak berulang kembali. Selain itu, titah Tuanku untuk mengambil Belanda sebagai negara yang berpengalaman bagi kerjasama strategik ataupun sebagai panduan menggambarkan kebijaksanaan Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan pihak istana sebagai satu penanda aras yang logik dan boleh dilaksanakan. Sungai Burong juga melihat penetapan KPI yang jelas dan boleh diukur. Agensi pelaksana boleh mengelakkan isu tolak-menolak, salah-menyalah di antara Kerajaan dan agensinya. Bahkan menggambarkan keseriusan pihak Kerajaan dalam memantau dekat dan melaksanakannya dengan berkesan. Rakyat tidak lagi mahu mendengar janji, rakyat mahu melihat hasil.

Tuan Speaker, saya beralih kepada isu tempatan, isu sampah di kampung tradisi di Sungai Burong. Walaupun ia di luar kawasan operasi khususnya selepas Majlis Daerah Kuala Selangor bertukar kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor, penutupan pusat pembuangan sampah sebahagiannya bukanlah cara yang bijak dalam permasalahan ini. Penduduk dan sampah terus meningkat. Kebimbangan untuk pengguna membuang sisa pepejal merata-rata termasuk ke kawasan operasi sangat-sangat signifikan. Kita lihat bagaimana isu ini bukanlah auta tetapi gambar di Parit 2 Sawah. Adakah sesuai dengan sebuah negeri yang mempunyai reserve yang besar yang dikatakan maju? Parit 2 Sawah di luar kawasan operasi tetapi masih mempunyai banyak homestay sebagai tempat pelancongan yang Sekinchan menyebut kata “Pusing Selangor Dahulu.” Termasuklah kawasan Parit 12, Jalan Sekolah, tuan-tuan, bergelimpangan sampah. Ini Jalan Sekolah,tuan-tuan. Ini real. Begitu juga Jalan Bagan Tengkorak, tempat Paya Jaras punya kampung tuan-tuan. Ini menunjukkan bahawa ia adalah bukan masalah yang picisan tetapi benar diadukan dan bukti bergambar ditunjukkan di sana. Takkanlah Kelantan yang selalu disindir kononnya mundur yang kutipannya hanya RM400 juta setahun berbanding Selangor sebanyak RM3 bilion bagi tahun 2025 tetapi hasilnya lebih kurang sama. Selangor deserves better, dengan izin.

Diesel Borneo berbeza di Jalan Petani, Petani mangsa terus derita, Krisis global luar kawalan, Kerajaan bertindak mengawal jelata.

Saya berpindah kepada isu keluhan petani sempena krisis dunia khususnya peningkatan harga bahan api. Satu surat yang dikeluarkan oleh PPNS sendiri bahagian jentera mengeluarkan tentang kenaikan kos yang agak luar biasa meliputi 10 item, roto 1, roto 2, roto 3, potongan jerami, sisir rata tanah, half track, land razor, menabur kapur, bucket menuai dan kesemuanya itu adalah naik untuk kos operasi hampir 50%. Jadi, itu belum termasuk yang disebut bahan-bahan input kos kenaikan racun, baja, drone, menyulam, pam air dan lain-lain. Itu belum lagi cerita isu pemutuan padi, potongan yang tidak standard yang di risau akan berlaku ketirisan. Ini menimbulkan kerisauan dan tekanan yang sangat nyata di mana Astro Awani pernah menyatakan dalam satu paparan di akhbar pada tahun di hujung 2024 bahawa mereka di Kelantan tidak mahu lagi menanam padi pada musim hadapan menyebabkan Kementerian dan agensi-agensi yang terlibat terpaksa turun sendiri untuk libat urus dan memujuk supaya terus menanam dan menyelesaikan masalah mereka. So saya bimbang perkara-perkara dan tekanan yang luar biasa ini, kos yang melonjak menyebabkan harga jentera, harga kenaikan kos ini mengakibatkan mahal tali daripada beruk. Biasanya beruk ini adalah subjek utama, tali itu secondary untuk support beruk tapi takut sebaliknya dan mereka akhirnya bimbang untuk tidak lagi menanam tanaman padi mengakibatkan kemerosotan keterjaminan makanan yang daripada 70% kepada 56.2%. Jadi Sungai Burong mencadangkan dengan kenaikan di sana sini, harga bahan api yang naik, harga barangan kat pasaran naik, harga itu dan ini naik, tetapi harga padi yang begitu ketat disebut oleh Sungai Panjang tadi, kekal RM1,500 juga perlu di review dengan izin, dinaikkan sekurang-kurangnya RM1,800 per tan ke RM2,000.

Tuan Speaker, saya berpindah kepada input pertanian selain daripada padi, tanaman kontan khususnya di kawasan Parit 4, Ban 4, Ban 3. Ban 4 di situ adalah tempat yang banyak tanah-tanah gambut yang tidak sesuai lagi untuk penanaman padi yang tidak subur. Hasil daripada libat urus yang ada dibenarkan untuk menanam tanaman kontan seperti mana sayur, jagung, jambu dan seumpama dengannya dengan syarat ia tidak berstatus kekal, kita faham perkara tersebut. Pun begitu, bila telah dibenarkan, input pertanian seperti baja dan racun tidak lagi diberikan. Adakah mereka.

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi?

3 minit.

Speaker

Tolong ringkaskan.

Adakah mereka tidak layak untuk, adakah mereka tidak menyumbang kepada keterjaminan makanan dan adakah mereka bukan petani yang mengusahakan untuk keberlangsungan hidup? Maka input pertanian yang melonjak harga seperti racun dan baja ini perlu diberikan penekanan dan diberikan perhatian untuk selain daripada tanaman padi yang saya maksudkan tadi.

Tuan Speaker, baru-baru ini bencana melanda yang luar daripada jangka kita sekitar bulan November 2025 mengakibatkan petani-petani kontan ini mengalami banjir dan alhamdulillah ucapan terima kasih atas janji Kerajaan Negeri untuk memberikan bantuan bencana. Pun begitu, sehingga sekarang, dah masuk bulan April dan nak masuk bulan Mei, hampir 6 bulan setengah tahun la salam wala kalam dengan izin, tak ada khabar, tak ada berita. Mereka sangkakan boleh dapat raya untuk meringankan beban tetapi sehingga sekarang tidak dapat lagi. Jadi apakah sebenarnya masalah yang berlaku di sana? Berapa lamakah SOP yang sepatutnya diselesaikan bantuan tersebut kerana mereka masih lagi tidak menikmati dan bahkan ada di kalangan mereka bukan tuan tanah kerana menyewa tanah sawah sahaja, dapat pun tak. Jadi ini yang perlu diberikan perhatian.

Tuan Speaker, sebagai penutup Sungai Burong ingin menegaskan bahawa Selangor mempunyai segala kelebihan hasil yang kukuh, pelaburan yang tinggi dan potensi yang besar. Namun kejayaan sebenar hanya akan tercapai apabila setiap dasar yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dirasai oleh rakyat. Marilah kita semua tanpa mengira pihak Kerajaan dan Pembangkang berganding bahu memastikan Negeri Selangor terus maju. Tetapi, dalam masa yang sama adil, cekap, berintegriti, bekerjasama tanpa melihat Pembangkang ataupun Kerajaan seperti mana yang disarankan oleh pengerusi Perikatan Nasional Pusat untuk duduk sama-sama bagi menyelesaikan masalah ini daripada pusat hinggalah ke bawah Majlis Tindakan Daerah. Jadi, sekian dahulu, Selangor deserves better. Daulat Tuanku sekian. Terima kasih. Assalamualaikum.

Speaker

Ya, Sungai Pelek?

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker saya akan cuba buat yang teringkas sekali. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Dan tahniah diucapkan

Speaker

Maaf. Sekejap, sekejap. Sungai Pelek, sekejap ye. Dewan mengalu-alukan kehadiran 40 orang mahasiswa dari Green Representative Network, Monash Universiti dan Taylor’s Universiti Nature Club yang diketuai oleh Encik Bui Heng dan diaturkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Ya, maaf Sungai Pelek. Teruskan.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih, Tuan Speaker, dan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Mohamad Onn Bin Abd. Aziz yang telah dilantik sebagai Penasihat Undang-undang Selangor, selamat berkhidmat di Selangor. Tuan Speaker, terlebih dahulu, Sungai Pelek ingin mengucapkan terima kasih diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini bagi membahas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor pada persidangan kali ini. Sesungguhnya, titah Tuanku amat menyeluruh mencukupi aspek ekonomi, kebajikan rakyat dan tadbir urus serta cabaran global yang sedang dihadapi. Ia bukan sahaja memberi panduan kepada Kerajaan, malah menjadikan peringatan kepada semua Ahli Dewan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengumumkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang merupakan satu langkah membantu rakyat dan industri dalam mengharungi krisis tenaga yang sedang dihadapi global. Negeri Selangor merupakan negeri pertama yang melaksanakan program yang prihatin ini.

Tuan Speaker, Sungai Pelek ingin memulakan dengan pembahasan dengan menyentuh aspek kemudahan pelaburan dan tadbir urus. Sungai Pelek menyokong penuh inisiatif Kerajaan seperti SPEED Selangor dan pelaksanaan reformasi sistem tadbir urus. Langkah ini amat penting bagi memastikan Selangor kekal kompetitif. Namun, Sungai Pelek ingin menekan bahawa kejayaan dasar ini bergantung kepada perlaksanaan di peringkat agensi. Rakyat dan pelabur tidak hanya melihat kepada dasar tetapi kepada tiga perkara iaitu berapa cepatnya permohonan itu dapat diluluskan. Kedua, sejauh mana birokrasi dapat dikurangkan. Dan ketiga, sejauh manakah kecekapan perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan. Justeru, Sungai Pelek mencadang agar satu penanda aras masa kelulusan yang jelas ditetapkan dan dipantau secara konsisten.

Tuan Speaker, Sungai Pelek ingin menyentuh beberapa perkara pembangunan infrastruktur di kawasan yang lambat siap. Berapa projek di DUN Sungai Pelek umumnya yang kelihatan masih tidak siap dan perlahan dalam segi kemajuan kerja. Seperti contoh, projek jalan B48 dan projek naik taraf di persimpangan FD29.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Boleh?

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Boleh.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Mencelah.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Saya beri.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Saya bersetujulah dengan apa tu pandangan daripada YB Sungai Pelek. Memang jalan yang berkenaan itu begitu lama terbiar dan sehingga sekarang tiada tindakan. Dan dah dijanjikan untuk disiapkan pada tahun lepas dan sehingga kini tidak ada apa-apa perubahan. Jadi, saya harap perkara ini juga dapat dipanjangkan untuk sama-sama kita menikmati. Sebab itu adalah sempadan dengan Dengkil, Warisan. Okay, terima kasih.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih ya, Yang Berhormat Dengkil. Sebenarnya projek B48 ini dah berlanjutan 10 tahun. Kes kemalangan maut ini tidak kurang daripada lima kes. Malahan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dengkil, persimpangan di FD29 ini juga sama keadaannya kalau malam kita lalu di sini adalah gelap gelita dan mempunyai risiko tinggi berlakunya kemalangan. Saya harap ada pendekatan atau JKR boleh menyiapkan jalan tersebut dalam tempoh masa yang dijanjikan. Berdasarkan situasi ini, Sungai Pelek amat setuju dengan menyokong penuh apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Subang Jaya, berkaitan dengan pemilihan kontraktor untuk perolehan tender Kerajaan Negeri yang melibatkan peruntukan yang besar dan kerja-kerja yang penting dalam kemajuan infrastruktur berdasarkan kaedah dengan izin best value performance. Ataupun sistem penilaian berdasarkan nilai terbaik, bukannya termurah. Kita perlu merujuk kepada track record dengan izin ataupun performance dengan izin berkaitan dengan syarikat tersebut. Bukannya kita pergi kepada syarikat yang menawarkan harga termurah. Akhirnya dia akan terjadi macam kes di jalan B48 ini, kerana tidak dapat disiapkan dengan harga yang begitu murah. Kalau ikut anggaran harga adalah RM40 juta dan tender ditawarkan kontraktor mendapat harga RM32 juta. Maka jalan itu sehingga hari ini pun tidak siap. Sepatutnya dia kena siap dalam hujung, bukan hujung tahun, dalam pertengahan bulan Jun kalau tak silap saya. Jadi saya rasa kalau pemilihan kontraktor ini perlulah merujuk kepada performance dengan izin ataupun track record, bukan berdasarkan harga yang terendah. Jadi semua rekod-rekod itu perlu diambil maklum.

Tuan Speaker, peranan pihak berkuasa tempatan, PBT juga tidak boleh dipandang ringan. PBT merupakan barisan hadapan Kerajaan yang berurus secara langsung dengan rakyat. Isu-isu seperti kutipan sampah, longkang tersumbat, jalan rosak, lampu jalan, semuanya adalah sangat penting. Sehubungan dengan itu, Sungai Pelek bercadang agar tiga perkara ini di laksanakan. Yang pertama, tempoh respons rasmi terhadap aduan rakyat. Bukan kita tak letakkan time frame, tetapi dengan izin, tetapi kita kena hadkan masa supaya semua aduan itu dapat diambil dan diselesai. Bukan setakat ambil tapi perlu ada penyelesaiannya. Kedua, sistem pemantauan aduan diperkasakan secara digital. Bukan saja balas maklum dengan surat, dengan penulisan, dengan whatsapp, tetapi perlu secara digital. Ketiga, prestasi PBT dinilai secara berkala serta terus.

Tuan Speaker, Sungai Pelek juga menyokong dengan Seri Kembangan berkenaan dengan Kerajaan Negeri agar tidak menangguhkan pelaksanaan projek-projek Selangor Penyayang ini. Kerana ini adalah pelaksanaan yang sedikit sebanyak dapat membantu kontraktor-kontraktor yang kecil, yang tidak mempunyai daya persaingan. Yang ini sedang menghadapi ketidaktentuan ekonomi sekarang. Tuan Speaker.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

boleh mencelah Speaker, Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Ya.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih, Sungai Pelek. Saya juga sependapat dengan Tuan Sungai Pelek tentang keadaan kutipan sampah yang belum selesai sampai hari ini. Dan pengalaman Sungai Pelek sebagai Ahli Majlis dulu pun lama membantu menguruskan masalah Perbandaran ini. Apakah bersetuju dengan saya bahawa kita memerlukan anjakan paradigm shift dalam sistem pungutan sampah, pembersihan dan yang sama dengannya. Supaya tidak ada cara lama yang tak akan berubah sampai bila-bila. Mohon pandangan.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih kepada Sungai Ramal, Yang Berhormat. Saya rasa perkara ini perlu dipertingkatkan mutu perkhidmatan itu. Saya rasa perlu ataupun sampai lah masanya kita bergerak langkah kita ke masa depan dengan perkhidmatan itu dapat memuaskan hati rakyat sebagai pemberi-pemberi cukai. Justeru itu, Sungai Pelek menyokong agar pendekatan yang lebih menyuruh diambil merangkumi pertama, rancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kedua, kawalan pembangunan melalui kebenaran merancang bagi permohonan untuk pembinaan taman-taman di kawasan perindustrian. Ketiga, memantau ketat terhadap perlaksanaan projek tebatan banjir. Keempat, membuat dasar undang-undang bagi memastikan sektor pertanian perlu bertanggungjawab kepada penyumbang musibah banjir. Sebab saya sebut kerana banjir ini kerap berlaku di kawasan saya, khususnya berulang-ulang. Seperti dikatakan oleh titah Tuanku, Sultan Selangor, banjir itu berulang-ulang. Saya rasa hampir semua Ahli Dewan yang berbahas ini telah membangkitkan isu yang sama, iaitu banjir. Saya rasa semua telah membangkitkan isu banjir. Jadi, saya rasa itu adalah isu yang kritikal yang perlu ditangani segera.

Yang saya pula nak sentuh sedikit isu berkaitan dengan kawasan saya, iaitu Selangor Agro Park. Saya nak rujuk pada Kerajaan Negeri bagaimana perkembangan projek ini dan apakah tempoh masa Kerajaan untuk sempurnakan pembinaan projek Idris ini dan apakah nilai pelaburan kasar setakat ini yang diangkakan. Berapa anggaran jumlah peluang pekerjaan yang dapat dijanakan di kawasan sayalah ini sebab khususnya di Sepang, di DUN Sungai Pelek untuk makluman Yang Berhormat EXCO. Soalan ini berlegar di kalangan warga Sepang, memandangkan terdapat banyak juga projek perumahan, migrasi penduduk ke daerah Sepang. Dia adalah satu, saya boleh katakan drain dengan izin. Kebanyakan sekarang keliling Sepang ini dipenuhi dengan rumah, rumah-rumah, taman-taman baru semua player ataupun developer yang besar-besaran telah pun masuk ke kawasan Sepang. Di Majlis Perbandaran Sepang, saya rasa permohonan ini sampai orang kata banyak ya, sampai jem orang kata. Jadi saya rasa itu soalan saya, saya tujukan kepada Yang Berhormat EXCO dalam Invest. Akhirnya, saya tak. Masa cukup ye Tuan Speaker okay ya.

Speaker

Ada lagi, masuk poin yang terakhir. 1 minit lagi.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Satu minit, okay, okay saya cuba habiskan. Akhirnya minta izin, ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik diharap di ampun. Patik menyokong titah Tuanku Sultan Selangor berkenaan dengan isu babi atau khinzir. Namun patik sebagai wakil rakyat juga ingin mendengar keluhan kepada penternak khinzir dan pekerja-pekerja yang hanya bergantung kepada industri penternakan khinzir sebagai mata pencarian semata-matanya. Ada di antara mereka juga dah hampir tiga generasi yang telah menjalankan aktiviti penternakan tersebut. Saya rasa mereka juga pekerja dan juga penternak ini mempunyai keluarga yang ramai, dan mereka cumalah itu pendapatan yang dapat mereka janakan dan saya harap dari pihak Kerajaan, patik memohon pertimbangan berkenaan isu ternakan khinzir ini dikaji semula oleh pihak Kerajaan untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik bagi membantu penternak-penternak khinzir yang selama ini hanya bergantung kepada industri penternakan. Dan ini adalah mata pencarian untuk menanggung keluarga mereka. Seperti dibangkitkan sebelum ini, dua hari lepas dari Seri Kembangan, Yang Berhormat Seri Kembangan mengatakan mempunyai sistem dan dapat mengurangkan ataupun orang kata dari pencemaran.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Dan dibangkitkan oleh Bandar Baru Klang berkaitan...

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Sungai Pelek, boleh saya mencelah?.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Sila.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Sungai Pelek, saya ingat Paya Jaras tak ada di sini. Ya, Paya Jeram. So, Sungai Pelek, saya ada melihat kepada satu laporan media yang telah dibawa oleh ataupun soalan ditanya kepada Selangor PAS Commissioner yang mana berkenaan dengan industri babi tersebut. Yang mana beliau kata dengan izin, “PAS does not oppose pig farming in Selangor nor prohibit non-Muslims from consuming pork, provided that environmental cleanliness is fully safeguarded and prevent a pollution with actives at located in suitable areas”. Ini merupakan pendirian PAS di mana apabila China Press telah menanya mereka pada 30 Januari 2026. Adakah ini menunjukkan bahawa mereka juga bersetuju berkenaan dengan industri ini dijalankan, tetapi dengan menggunakan dengan teknologi yang lebih baik dan kurangkan pencemaran?.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Saya setuju dengan informasi daripada Kota Kemuning, tetapi secara umumnya saya belum baca terperinci berkenaan informasi itu ataupun berita itu. Dan saya zahirkan terima kasih, Kota Kemuning, nanti Whatsapp saya, saya nak baca. Terima kasih. Saya alu-alukan. Seperti tadi saya sambung, Bandar Baru Klang telah juga tadi.

Speaker

Mana Sementa.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

membahaskan perkara ini.

Mohon mencelah.

Speaker

Sementa.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Okay.

Saya nak memberikan sikit informasi.

Speaker

Bagi.

Yang mana kenyataan tersebut sebelum Titah Tuanku, sempena kita punya adat pembukaan. So, saya rasa perkara ini dah selesailah.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Maksudnya sebelum Titah Tuanku, itu adalah pendirian PAS?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Adakah itu pendirian PAS sebelum Titah Tuanku?

Ya, ini menunjukkan bahawasanya kami akur dengan titah Tuanku.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Tak apa. Tak apa. Kita bincang selepas ini ya. Whatsapp ye. Whatsapp. Ok. Jadi dengan cara ya. Begitulah kita nak, kan. Lepas tu saya nak bangkit juga berkaitan dengan perbahasan dari Balakong. Sama juga. Dia memberi fakta-fakta berkaitan sistematik dengan apa cara yang perlu diadakan oleh perbincangan di pihak Kerajaan supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini dalam win win situation dengan izin. Kita menjaga dua pihak. Kita kena faham penternak khinzir ini pun, pekerja dia pun mereka adalah rakyat Selangor. Mereka juga duduk di Selangor. Mereka juga adalah anak Selangor. Jangan pula kita pinggirkan mereka. Mereka ini dianggap tercicir oleh Kerajaan. Minta izin ya. Minta izin. Seperti Kajang pun …

Sungai Pelek, mencelah, boleh? Boleh mencelah sikit, Sg pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Ya, boleh boleh. Sila kan.

Boleh tambah masa kot, Tuan Speaker. Saya tertarik dnegan perbahasan berkenaan dengan penternakan babi yang Sungai Pelek menyentuh, bahawa mungkin dah dua atau tiga generasi yang telah pun mengusahakan penternakan babi ini. Saya faham berkenaan keadaan tersebut. Tetapi Tuanku bertitah dengan membuat pertimbangan yang banyak. Saya kira antara cadangan yang nak dicadangkan tu di Bukit Tagar sangat dekat dengan sumber air. Barangkali sumber air ini semua rakyat Selangor perlu mendapatkan sumber air yang sama. Jadi ini demi kepentingan semua bangsa tak kira agama. Jadi, adakah Sungai Pelek bersetuju jika semua keluarga yang telah pun mengusahakan ternakan ladang babi ini diberi peluang untuk perusahaan penternakan haiwan-haiwan yang lain? Mohon pandangan Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Ok. Terima kasih ya, Hulu Bernam. Yang Berhormat, dalam perkara ini saya berpendapat, buat masa sekarang mungkin mereka tidak mempunyai daya dari segi kewangan. Dari kawasan tapak. Dan saya rasa perlu masa. Itu sebabnya saya minta Kerajaan untuk kaji perkara ini. Bukan kita buat Keputusan hari ini supaya kita teruskan. Saya, ampun Tuanku. Dan perkara ini perlu dan harus dipertimbangkan. Mereka juga, saya dah sebut tadi, mereka juga adalah warga Selangor. Dan anak Selangor. Kalau setakat sekarang ini bukan keadaan yang memenangkan semua pihak. Jadi saya mohon lah Kerajaan untuk pertimbangankan perkara ini dengan penyelesaian yang terbaik, ya. Minta maaf.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Ya, silakan. Silakan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Sungai Pelek, saya mohon sekejap ya. Saya nak cuba damaikan isi ini antara kedua pihak. Disebabkan kita dapat tahu bahawa pada Mei 2016, Kerajaan Pulau Pinang akan laksana sistem ladang babi secara tertutup. Dan pada masa itu, EXCO nya yang menjaga pertanian adalah Yang Berhormat Taman Medan. Jadi, saya melihat di pihak sana nampaknya ada kepakaran untuk menguruskan perkara ini. Jadi, saya nak mencadangkan supaya kita boleh damaikan antara dua pihak. Di mana kita boleh belajar daripada pengalaman Taman Medan supaya kita boleh cari penyelesaian untuk negeri Selangor. Sama-sama selesai isu ini. Terima kasih.

Paya Jaras, Taman Medan, Seri Kembangan, duduk sekali.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Ada lagi? Tak ada, ya? Tak ada? Terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya. Sama juga memberikan satu informasi yang sangat baik. Nanti whatsapp saya, ya. Ok. Nanti tak perlu panjang lebar. Saya rasa saya dah melebihi masa. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, Sungai Pelek adalah merangkapkan dua rangkap pantun.

Membina rumah di dalam taman, Taman Prima ditepi desa, Kerajaan prihatin menerajui zaman, Rakyat Makmur hidup selesa.

Pergi ke kedai membeli buku, Demi belajar mencapai hajat, Menjunjung kasih Daulat Tuanku, Raja bertahta berjiwa rakyat.

Dengan ini patik menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Jeram, saya bertanya selepas ini dari Perikatan Nasional siapa? Sementa? Sementa pun siap sedia juga. Ya. Ya. Ya. Sebab nak balance balik. Ya, silakan.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya tak tahu pulak Taman Medan pakar rupanya dalam menternak babi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker. Terlebih dahulu Bukit Melawati merafak sembah dan menjunjung setinggi tinggi kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangbor sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke empat Dewan Negeri Selangor yang ke lima belas. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Mohamad Onn bin Abdul Aziz atas perlantikan sebagai Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, yang baru. Semoga dengan pengalaman, kewibawaan dan dedikasi yang dimiliki pihak tuan akan terus memacu kecemerlangan perkhidmatan perundangan negeri ke tahap yang lebih tinggi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Speaker atas ruang yang diberikan kepada Bukit Melawati untuk turut membahaskan usul pada hari ini.

Yang Berhormat Speaker, keadaan ekonomi semasa bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor domestik tetapi turut terkesan secara langsung oleh pergolakkan geo-politik di Timur Tengah. Konflik yang berterusan dirantau tersebut telah menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran global memberi kesan langsung kepada kos pengangkutan. Seterusnya mendorong kenaikan harga barangan di dalam negara. Juateru, dalam konteks ketidaktentuan ekonomi global. Yang dipacu oleh konflik di Timur Tengah ini adalah amat wajar untuk Kerajaan Negeri mengambil pendekatan berhemah dalam perbelanjaan dan lebih memberikan fokus kepada aktiviti yang dapat merangsang ekonomi tempatan.

Bukit Melawati turun menjunjung kasih di atas keprihatinan dan contoh tauladan yang ditunjukan oleh Tuanku atas titah untuk mengurangkan perbelanjaan sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sehubungan dengan itu saya menggesa agar Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang selaras dengan titah Tuanku iaitu menangguhkan penganjuran SUKMA dan menilai semula keutamaan perbelanjaan negeri. Peruntukan yang ada boleh disalurkan …

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat…

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Kejap. Kejap. Baru start. Sekejap. Baru start.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Sebab, berkenaan dengan sukan…

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Kejap. Hijau lagi tu. Sekejap. Saya bagi. Saya bagi sekejap lagi. Semula, keutamaan perbelanjaan negeri, peruntukan yang ada boleh disalurkan kepada usul-usul yang lebih mendesak terutama dalam membantu rakyat menhadapi cabaran ekonomi semasa. Yang Berhormat Speaker, pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan lima isu yang berkaitan di Dun Bukit Melawati.

Yang pertama, isu kesesakan luar biasa di Jalan Tanjung Keramat. Yang berhormat Speaker, ini bukan kali pertama saya membangkitkan isu ini. Pada sidang dewan yang lepas juga saya telah membangkitkan isu berkaitan kesesakan luar biasa di Jalan Tanjung Keramat ini. Jalan Tanjung Keramat ini merupakan laluan utama bagi beberapa buah sekolah yang terdiri daripada dua buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Seri Tanjung, Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz. Tiga buah sekolah rendah. SK Tanjung Keramat, SJK(C) Aik Thee dan SJK(T) Vageesar dan sebuah Pejabat Pendidikan Daerah serta kawasan perkampungan dalam Kampung Tanjung Keramat. Kesesakan ini, di kawasan ini dilihat semakin ketara terutamanya pada waktu puncak. Menyebabkan risiko keselamatan dan kelewatan yang amat serius. Perjalanan kini mengambil masa berganda dan urusan harian rakyat terganggu secara langsung. Saya minta Kerajaan Negeri. Mungkin EXCO pun ada. Boleh turun waktu kemuncak. Waktu sekolah ni. Untuk pergi ke Jalan Tanjung Keramat ni. Kerana jalan itu, sekolah itu di tepi jalan. Antara Jalan Tanjung Keramat tu, dua buah sekolah di belah kiri dan tiga buah sekolah di belah kanan. Jalan itu hanya dua lorong sahaja. Jadi, terlalu sesak bila waktu puncak. Di hujung jalan tu ada De Palma. Depan lagi tu ada bukit jalan ban. Jalan ban tu mungkin boleh kita usahakan sama nanti. Kita bincang lah. Dengan Kerajaan Negeri. Mungkin boleh buat satu laluan hanya sehala. Boleh keluar balik di pekan lama Kuala Selangor.

Speaker

Yang Berhormat. Nasihat saya, sebab isu kawasan ini selalu dia ada banyak butiran dan sangat memakan masa. Jadi saya nasihatkan supaya ia ringkaskan.

Timbalan Speaker

Ok.

Timbalan Speaker

Apa yang boleh disampaikan melalui whatsapp, surat dan sebagainya, saya rasa boleh disampaikan. Tetapi setakat cukup kalau sebut tentangnya di sini dengan ringkas dan kemudian …

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih.

Timbalan Speaker

Jika isu yang lain lah. Sama ada isu kawasan atau isu negeri dan sebagainya. Silakan.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Seterusnya, yang kedua berkenaan ladang ternakan ayam haram di Jalan Raja Abdullah. Ini penting saya rasa sebab banyak sangat gangguan lalat di kawasan ini. Kehadiran ladang ini telah menyebabkan gangguan yang amat serius kepada kehidupan harian penduduk khususnya dari segi pencemaran bau dan kehadiran lalat dalam jumlah yang sangat banyak. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan, malah menjejaskan kualiti kehidupan penduduk. Penduduk terpaksa berhadapan dengan situasi yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah kediaman beliau. Pada 28/7/2025 saya telah menghantar satu statement kepada pihak Majlis. Waktu ketika itu, dan pihak Majlis pun ada bagi pemakluman yang mana kita telah keluarkan 3 kompaun dan satu notis kepada Reban Ayam Batu Bata. Sebahagian gambar sedang pembersihan najis. Maknanya pihak Majlis dah tutup tempat ini. Dalam Facebook, Majlis pun dah bagi tahu Jabatan Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Kuala Selangor. MPKS telah menjalankan satu operasi bersepadu. Operasi dijalankan pada hari tersebut merupakan kilang yang tidak mempunyai lesen. Jadi, persoalan saya kepada Kerajaan Negeri, dalam baru- baru ini, tahun ini kilang tu dah boleh beroperasi semula. Jadi saya minta Kerajaan Negeri maklumkan dalam Dewan yang mulia ini bagaimanakah status kilang yang tak ada lesen boleh beroperasi. Saya rasa sudah hampir 10 tahun di kawasan tersebut. Jadi saya ingin mohon penjelasan dari pihak Kerajaan, apakah jaminan yang boleh diberikan kepada penduduk bahawa ladang ini akan ditutup secara kekal dan tidak akan beroperasi semula untuk mengelakkan permasalahan yang sama berulang. Saya mohon jawapan yang jelas dari pihak Kerajaan Negeri Selangor berkenan dengan isu ternakan ayam tanpa kebenaran di dalam daerah Kuala Selangor ini.

Seterusnya pemasalahan tebing jalan di Kampung Bukit Kucing. Yang Berhormat Speaker, saya menjunjung kasih dan merujuk kepada titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menekankan aspek keselamatan rakyat serta penyelenggaraan infrastruktur diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan. Oleh itu, saya ingin menarik perhatian pihak Kerajaan berhubung satu isu yang amat membimbangkan melibatkan keselamatan infrastruktur di Jalan Kampung Bukit Kucing.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini saya telah menerima banyak aduan daripada penduduk setempat mengenai keadaan tebing. Jalan tebing yang menghadapi hakisan tanah di Jambatan setiap jalan-jalan tersebut. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan pergerakan kenderaan yang lalu lalang, malah turut membahayakan keselamatan jalan raya. Khususnya apabila kenderaan yang ingin keluar dari jalan tersebut kerana apa yang lebih membimbangkan isu ini bukan sahaja melibatkan satu lokasi tetapi melibatkan sebelas buah jalan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Speaker, jalan ini ada 11 lorong. Jalan pertama, Lorongnya Jalan Terkukur 1 hingga Jalan Terkukur, Jalan Melati Pekan. Ada 11 lorong. Jadi saya mohon dari pihak JPS Daerah, JPS Negeri, Kerajaan Negeri, kalau boleh meluluskan peruntukan untuk membina baik pulih tebing jalan ini supaya tidak lagi menjejaskan keselamatan penduduk.

Yang Berhormat Speaker, sebagai Pembangkang. Pendirian saya jelas. Saya akan terus memainkan peranan sebagai semak dan imbang bagi memastikan setiap dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi kesan kepada rakyat hari ini bukan sekadar memerlukan bantuan jangka pendek tetapi mengharapkan penyelesaian jangka panjang yang mampu memperbaiki kualiti hidup mereka secara menyeluruh. Mereka mahu melihat tindakan yang konsisten, penguatkuasaan yang tegas serta sistem penyampaian yang berkesan. Jadi.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih. Saya rasa, saya ingat dah lupa dah. Tak apa. Yang Berhormat, berkenaan dengan SUKMA tadi Yang Berhormat, Yang Berhormat telah bahas bahawa mengatakan kita perlu memberi perhatian berkenaan cadangan kita perlu menangguh, tetapi kita juga mendapat desakan daripada Negeri Terengganu yang mintak cadangkan SUKMA diteruskan dengan skala yang kecil, dan Kelantan kata bimbang moral prestasi atlet terjejas jika tanggung, tangguh SUKMA 2026. Apakah cadangan Yang Berhormat berkenaan dengan desakan ataupun permintaan daripada negeri-negeri ini yang mintak kita, walaupun titah Tuanku dah keluar mengatakan beri pandangan beliau menangguh tapi ada juga negeri-negeri ini yang mintak kita jalankan? Apakah pandangan dan cadangan tuan, Yang Berhormat?

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih. Bagi saya rasa rakan-rakan saya banyak dah bahas, jadi di peringkat kita ni, kita bersetuju sekiranya Kerajaan Pusat menghulurkan bantuan sepenuhnya dana untuk laksanakan SUKMA di Negeri Selangor ni, saya rasa kita semua pun tiada halangan SUKMA itu dijalankan tapi mestilah duit itu mesti datang daripada Kerajaan Pusat untuk kita teruskan SUKMA. Jangan guna Kerajaan Negeri. Duit itu mungkin boleh digunakan dana yang, apa ni, lain. Gunalah duit Kerajaan Pusat, kami InsyaAllah akan menyokong apa juga usaha SUKMA. Saya sokong, teruskan SUKMA ni tapi dengan syarat pakai duit Kerajaan Negeri, jangan pakai duit Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat. Akhir kata saya berharap agar segala isu yang dibangkitkan ini dapat diberikan perhatian serius oleh pihak Kerajaan Negeri demi memastikan kesejahteraan rakyat di semua kawasan dapat dipelihara tanpa mengira perbezaan politik. Jadi akhir daripada saya, saya pun ada pantun juga.

Kalau Kerajaan daun keladi, Tumbuh liar tiada pedoman, Kalau teguran sering diingkari, Hilang arah runtuhlah nanti.

Sekian daripada Bukit Melawati menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.

Speaker

Sementa? Sementa.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera (bacaan doa ayat Al-Quran). Terima kasih Timbalan Speaker dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Daun keladi di tepi perigi, Tumbuh segar di waktu pagi, Titah Tuanku wajib diteladani, Demi rakyat amanah dijunjung tinggi.

Tuan speaker, saya berdiri pada hari ini untuk turut serta dalam perbahasan serta menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke15 pada 20 April yang lepas. Sesungguhnya titah Tuanku amat menyentuh realiti sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat khususnya berkaitan tekanan kos sara hidup, keperluan berjimat cermat serta keutamaan kepada kebajikan rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Antara titah Baginda “Namun malangnya nasihat Beta tidak dipeduli dan tidak diambil berat, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi sahaja”. Titah Tuanku ini menzahirkan kekecewaan terhadap isu banjir yang masih berulang walaupun pelbagai peringatan, peruntukan dan projek yang telah dilaksanakan. Ini adalah amat bertepatan dengan realiti semasa khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi termasuklah DUN Sementa.

Perkara yang pertama yang ingin disentuh oleh Sementa, isu banjir. Tuan Speaker, kejadian banjir kilat pada 20 April yang lepas di berapa kawasan antaranya di Klang dan Shah Alam seperti Bukit Raja, Seksyen 13 dan sekitar I-City berlaku hanya selepas tempoh hujan yang lebat yang singkat. Begitu juga pada 16 April di Bukit Payung, Bukit Kapar pun banjir kilat. Walaupun namanya bukit tetap banjir juga. Data daripada Jabatan Pengairan Saliran menunjukkan paras air di berapa stesen telah melepasi tahap amaran dan bahaya, dengan sistem amaran banjir yang di aktifkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa sistem saliran sedia ada masih belum mampu menampung hujan yang berintensiti tinggi walaupun dalam tempoh yang singkat. Statistik sebelum ini menunjukkan kepada kita kerugian akibat banjir di Selangor meningkat kepada RM22.6 juta pada tahun 2025 berbanding RM13.9 juta pada tahun sebelumnya. Pecahan kerugian melibatkan infrastruktur dan aset awam, kediaman, pertanian dan kenderaan. Manakala semasa monsun timur laut November 2025, seramai 4,463 mangsa telah direkodkan, 33 pusat pemindahan sementara telah dibuka. Kawasan seperti Taman Sri Muda, Meru, Sementa, Paya Jaras, Semenyih, Ijok dan lain-lain lagi terjejas walaupun pelbagai projek tebatan banjir telah dilaksanakan.

Sementa ingin menyentuh satu, sebelum itu, Sementa ingin bertanya beberapa persoalan kepada Kerajaan, apakah mechanism pemantauan yang telah digunakan bagi memastikan Pihak Berkuasa Tebatan dan agensi Kerajaan yang lain dalam melaksanakan penyelenggaraan sistem saliran secara berkala dan berkesan? Yang kedua, apakah indikator prestasi utama yang ditetapkan kepada agensi Kerajaan dan aspek penyelenggaraan saliran dan pengurangan risiko banjir ini? Ketiga, apakah tindakan yang dikenakan terhadap agensi Kerajaan yang gagal mencapai KPI tersebut? Dan yang keempat, apakah langkah penambahbaikan yang telah diambil bagi memastikan sistem pam kawalan banjir tidak gagal berfungsi lagi?

Dan, berkaitan tentang projek tebatan banjir, Kerajaan Negeri telah memaklumkan pelaksanaan 13 projek tebatan banjir di daerah Klang dengan nilai keseluruhan sekitar RM493 juta. Sementa ingin merujuk tentang isu kelewatan projek tebatan banjir Taman Sungai Kapar Indah, di Batu 7, Jalan Kapar di bawah MBDK. Saya dah turun tempoh hari, dan ke sana tersergam indah papan notis projek tersebut yang mana dalam notis itu menyebutkan projek akan siap pada 29 Mac 2026. Akan tetapi apabila saya merujuk kepada pihak yang berwajib, sehingga 25 Mac, hanya 25% sahaja yang baru siap. Makna dia banyak lagi yang belum disiapkan dan tidak tahu apakah punca-punca kelewatan tersebut. Dan kelewatan ini turut memberikan kesan langsung kepada rakyat khususnya menyebabkan kesesakan trafik yang cukup serius pada waktu pagi di laluan utama khususnya daripada arah Taman Klang Perdana, Taman Seri Sementa menuju kearah Jalan Kapar.

Sehubungan itu, beberapa soalan ingin saya tujukan kepada pihak Kerajaan, mengapakah berlaku kelewatan yang begitu ketara berbanding jadual yang asal? Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kelewatan ini, sama ada kontraktor, perunding atau pihak yang berkuasa tempatan? Apakah tindakan tegas yang telah atau akan diambil terhadap pihak yang gagal menyiapkan projek mengikut tempoh yang telah ditetapkan? Adakah terdapat kelemahan dari segi perancangan pemantauan atau kelulusan yang menyebabkan projek ini terbantut?. Dan bilakah tarikh baru yang realistik untuk projek ini disiapkan sepenuhnya?. Apakah pelan mitigasi segera bagi mengurangkan kesesakan dan kesulitan yang ditanggung oleh pengguna jalan raya pada setiap hari?. Rakyat tidak boleh terus dibebankan dengan kelemahan pengurusan projek. Penjelasan yang telus dan tindakan segera amat diperlukan. Begitu juga dengan isu-isu banjir setempat. Saya mohon kepada pihak Kerajaan untuk terus mengambil tindakan segera yang berterusan. Isu yang tidak selesai contohnya banjir kilat di Bukit Payung yang masih belum berkesudahan. Yang kedua, banjir termenung di Jalan Bahagia, Jalan Haji Alias dan Jalan Sebaya serta persekitarannya. Apakah status terkini berkaitan projek menaik taraf sistem saliran di Kampung Bukit Kapar secara keseluruhan yang disebutkan sebelum ini diperuntukkan sebanyak RM26 juta. Aduan yang terbaru yang saya terima pada semalam iaitu berkaitan banjir di Taman Seri Kerayung menjadi mangsa yang terbaru. Ia antara puncanya kerana terkesan daripada Projek World Klang Group di Pekan Kapar. Justeru saya mohon Kerajaan turun padang dan buat siasatan dan tindakan segera sebelum penduduk khususnya di Taman Seri Kerayung yang betul-betul bersempadan dengan projek tersebut menjadi mangsa yang seterusnya.

Perkara yang kedua, berkaitan dengan kilang tanpa kebenaran, KTK. Tuan Speaker, titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku turut menyentuh isu pencemaran dan keperluan tindakan tegas terhadap kilang tanpa kebenaran. Data terkini menunjukkan sebanyak 4,170 KTK direkodkan di Selangor. Hanya 19 premis sahaja yang dikenal pasti untuk tindakan perobohan. Manakala di DUN Sementa sendiri, di kawasan saya, berdasarkan data rasmi terdapat 694 premis kilang direkodkan tetapi hanya sekitar 10% sahaja yang mempunyai kebenaran merancang. Makna dia, 90% tidak ada KM. Ini menunjukkan majoriti aktiviti industri di kawasan ini masih tidak mematuhi sepenuhnya peraturan perancangan. Walaupun tempoh KTK dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027, kewujudan kilang-kilang baru di Sementa, khususnya di Kampung Perepat terus dibina dan saya tidak pasti ada KM atau pun tidak yang pastinya di tanah pertanian yang tidak mungkin ada KM di situ. Maka sebab itu di manakah sebenarnya kelemahan kita? Apakah pada dasarnya, pada pelaksanaannya, atau pun pada integriti penguatkuasaannya? Ini bukan lagi isu kecil tetapi mencerminkan masalah sistemik yang perlu ditangani segera. Mohon disemak di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi.

Dan dalam masa yang sama juga berkaitan KTK ini soal keselamatan. Telah berlaku satu kejadian kebakaran pada 9 Mac yang lepas, berlaku kebakaran KTK di Batu 9½ Jalan Kapar, yang telah menimbulkan kebimbangan serius apabila pili bomba tidak berfungsi dengan baik, tekanan air rendah atau tiada bekalan. Keadaan ini memaksa pihak bomba mendapatkan bekalan air alternatif. Terpaksa menunggu lori tangki air untuk meneruskan operasi pemadaman, sekali gus meningkatkan risiko kepada keselamatan penduduk. Persoalannya, bagaimana penyelenggaraan pili bomba dilaksanakan? Siapakah pihak yang bertanggungjawab memastikan fungsi sistem ini? Apakah langkah pembaikan segera yang telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab?

Tuan Speaker, yang seterusnya, saya lompat terus perkara yang ketiga, isu kebersihan dan juga kutipan sampah. Tuan Speaker, selain itu saya ingin menyentuh titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan isu kebersihan khususnya perkhidmatan kutipan sampah yang sehingga kini masih gagal ditangani secara berkesan. Di lapangan, beberapa isu berbangkit yang serius terus berlaku. Antaranya, kutipan sampah yang tidak mengikut jadual secara konsisten menjejaskan keselesaan dan kesihatan penduduk. Untuk makluman Tuan Speaker, jadual kutipan sampah di kawasan saya sendiri, Isnin, Rabu Jumaat. Saya suka membuang sampah pada hari Sabtu atau Ahad sebab nak buat uji kaji. Dan saya tengok sampah hari Sabtu, tak dikutip pada hari Isnin. Sampah hari Sabtu tak dikutip pada hari Selasa dan dikutip pada hari Rabu. Makna dia, jadual tidak dipatuhi. Maka sebab itu semasa saya Ahli Majlis MPK dulu, setiap kontraktor setiap zon diletakkan papan tanda. Nama kontraktor, nama penyelia, siapa yang boleh dihubungi. Maka kami mencadangkan, saya mencadangkan supaya perkara ini dibuat juga dalam keadaan sekarang ini supaya penduduk tahu siapa yang perlu dihubungi. Aduan itu perlu disampaikan kepada siapa selain daripada YB yang ada di kawasan tersebut.

Yang seterusnya, masalah pertukaran pemandu lori yang kerap berlaku. Ya, ini antara alasan yang kami terima. Namun isu berbangkit..

Speaker

Panjang lagi ke Yang Berhormat?.

Ya ada dua lagi pendek-pendek Tuan Speaker.

Speaker

1 minit terakhir lah ya

Saya ingatkan 20 minit rupanya 10 minit.

Speaker

15 minit sudahlah.

Isu berbangkit daripada ini Tuan Speaker. Pergerakan lori kutipan sampah dan kenderaan berat melalui Jalan Bukit Kerayong, Jalan Abdul Wahid walaupun ia bukan laluan yang ditetapkan.

Lebih membimbangkan terdapat kejadian tumpahan cecair sisa daripada lori tersebut ke atas jalan menjadikan jalan licin dan banyak kemalangan berlaku. Ini contohnya Tuan Speaker. Keadaan jalan yang licin sehingga kan anak-anak kita, adik-beradik kita jatuh tergelincir sebab motor tayar tebal macam mana pun dia boleh tergelincir terjatuh. Dalam satu minggu beberapa kejadian telah berlaku di situ. Dan saya difahamkan pihak KDEB yang ini ada surat daripada KDEB telah mengeluarkan arahan serta surat peringatan supaya kenderaan tidak menggunakan laluan tersebut tetapi masih lagi mereka lalu jalan tersebut. Arahan tersebut gagal dipatuhi di peringkat operasi. Persoalan kepada Kerajaan, apakah tindakan tegas yang telah dan akan diambil terhadap kegagalan pematuhan ini?. Adakah mekanisme pemantauan sedia ada mencukupi untuk memastikan pematuhan di lapangan?. Sejauh manakah akauntabiliti dikenakan terhadap kontraktor atau operator yang ingkar kepada arahan tersebut?

Yang seterusnya keempat, isu jalan berlubang yang disebutkan oleh rakan-rakan saya yang lain. Isu jalan berlubang dan membahayakan seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku merupakan satu realiti yang sedang dihadapi oleh rakyat di lapangan.

Speaker

Yang Berhormat isu berlubang ini juga telah dibangkitkan oleh ramai ADUN.

Ya saya akan sebutkan lokasi-lokasi.

Speaker

Jadi Yang Berhormat hanya terus sebutlah apa yang berlaku di kawasan kemudian boleh..

Yang pertama, saya ingin bertanya kepada Kerajaan, saya merujuk kepada JKR, saya merujuk ke MBDK dan saya merujuk ke PLB, Pejabat Daerah Tanah. Saya agak risau apabila saya rujuk kepada PLB, bila jalan berlubang dikatakan tiada peruntukan. Benar atau pun tidak? Sebab dia kata yang ada untuk kami turap sahaja.

Bila ada yang berlubang tunggu peruntukan-peruntukan yang akan datang yang tak pasti lagi. Berbeza dengan JKR, bila ada jalan berlubang dia akan tampal sementara dalam tempoh 24 jam kemudian akan diperbaiki dengan sempurna dalam tempoh 72 jam. Tapi, tidak berlaku di peringkat PLB dan saya mohon ini disemak dan ditambah baik. Begitu juga dengan jalan yang mendap. Terima kasih kepada EXCO Infra dan juga team yang sedang memperbaiki jalan mendap di Jalan Iskandar. Tapi masih berlaku di lokasi-lokasi yang lain iaitu di Jalan Abdul Latif dan juga Jalan Kempas Kiri yang berlaku ke mendapan di situ dan mohon kepada perhatian.

Dan yang terakhir dengan masa yang singkat ini, saya ingin bertanya tentang satu projek lagi di Bukit Kapar iaitu Projek Perobohan dan, Projek Meroboh dan Membina Semula Dewan Orang Ramai Bukit Kapar. Di papan kenyataan projek disebutkan di situ bermula 11hb.10.2023 dan siap 7hb.10.2025. Namun sampai sekarang tidak siap lagi. Di mana kelemahannya? Apa sebabnya? Dan bila akan disiapkan?. Kita tak nak lah projek-projek Kerajaan ini indah dari sudut khabarnya tapi di lapangan banyak masalah dan banyak yang tak siap. Dan bila rakyat bertanya dengan kita, dapat tarikh baru tak siap juga. Tanya lagi, dapat tarikh baru tak siap juga. Akhirnya rakyat hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat. Untuk akhirnya, Tuan Speaker yang dikasihi.

Pergi ke bendang menanam padi, Air mengalir jernih ke muara, Raja di junjung sepenuh hati, Rakyat sejahtera negeri terpelihara.

Tuan Speaker, akhir kalam patik sekali lagi menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sarat dengan nasihat, teguran dan panduan demi kesejahteraan negeri serta rakyat jelata. Sesungguhnya titah Tuanku bukan sekadar untuk didengar tetapi untuk dilaksanakan dengan penuh amanah, keikhlasan dan bertanggungjawab. Semoga segala perbahasan dan keputusan yang dibuat dalam Dewan yang mulia ini sentiasa berpaksikan kepentingan rakyat selaras dengan hasrat Tuanku agar negeri Selangor terus maju, makmur dan sejahtera. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Sentosa

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ada lapan minit sahaja mungkin hari Isnin tambah 10 minit.

Speaker

Tak apa teruskan mula.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terlebih dahulu Sentosa merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih serta menjunjung titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan. Sentosa ingin merakamkan setulus penghargaan atas cadangan dan titah Baginda untuk memperhebat serta memperkukuh khidmat urus Kerajaan agar lebih cekap telus dan berkesan.

Baginda sentiasa menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan rakyat, kestabilan pentadbiran serta pembangunan negeri secara menyeluruh. Justeru, Sentosa berpendapat atau pun berpandangan bahawa titah Baginda tidak seharusnya disalah tafsir atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Memang selama empat hari ini pihak Pembangkang menggunakan istilah daun keladi. Tapi apa yang kita dapat iktibar ialah memang bila air curah, daun keladi turun. Kita juga, kita tunduk dan sembah kepada Baginda, mendengar nasihat titah dan pandangan. Dan memang dalam perbahasan ini banyak pandangan yang kita terima, cadangan dan sebagainya, cari jalan untuk memastikan titah Baginda kita dengar dan akan patuhi. Titah tersebut adalah satu panduan yang jelas untuk kita memperbaiki sistem pentadbiran dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memahami titah Baginda dengan penuh hormat. Melaksanakannya dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat Selangor.

Yang Berhormat tuan Speaker, Sentosa ingin menyentuh mengenai penganjuran Sukan SUKMA. Kita maklum bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menzahirkan kebimbangan terhadap kos penganjuran. Sentosa berpendapat langkah yang lebih pragmatik adalah dengan mengurangkan kos dan menstruktur semula bajet agar lebih berhemah dan efisien tanpa menjejaskan matlamat utama pembangunan sukan dan bakat atlet muda negara agar pihak Kerajaan mengambil pendekatan kolaboratif dengan melibatkan syarikat-syarikat korporat sebagai penaja yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak. Saya juga percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kabinet juga turut akan membantu. Tunggu lah pengumuman nanti.

Tuan Speaker, saya juga berdiri hari ini untuk menyentuh satu perkara yang amat penting yang banyak merunsingkan iaitu isu berkaitan kuil dan rumah-rumah ibadat negeri kita. Kerajaan Negeri mesti mengambil tindakan tegas, bijaksana dan berhemah bagi memastikan semua isu ini dapat diselesaikan secara aman, adil dan harmoni. Dalam masyarakat majmuk seperti kita setiap rumah ibadat bukan sekadar sebuah bangunan tetapi merupakan simbol. Simbol kepercayaan identiti dan keharmonian sesuatu komuniti. Oleh itu, sebarang isu yang timbul perlu ditangani melalui rundingan yang matang, inclusive dan penuh dengan rasa hormat dengan mengambil kira sensitiviti semua pihak, dan juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengambil beberapa langkah dan juga menubuhkan satu jawatankuasa untuk menangani masalah ini.

Selain daripada itu, saya juga, Sentosa juga ingin menegaskan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan proaktif. Mereka bukan sekadar agensi pentadbiran tetapi merupakan barisan hadapan dalam menguruskan isu-isu berkaitan tapak kelulusan serta status rumah ibadat dan penguatkuasaan. Tindakan yang cepat telus dan berhemah amat penting bagi mengelakkan salah faham serta pertikaian yang boleh berpanjangan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti yang telah dititahkan oleh Tuanku berhubung isu 3R, Agama, Kaum dan Institusi Diraja, kita semua memikul tanggungjawab besar untuk memastikan perkara ini tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak. Justeru itu saya, Sentosa menyeru agar pihak polis mengambil tindakan segera dan tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu ini atau mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Kita tidak boleh membiarkan provokasi dan retorik sempit merosakkan keharmonian yang telah lama kita bina bersama. Kekuatan sebenar negara ini terletak pada perpaduan, saling hormat-menghormati serta keupayaan kita untuk hidup bersama dalam suasana aman dan sejahtera walaupun berbeza latar belakang. Marilah kita semua tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik berganding bahu mempertahankan nilai perpaduan dan keharmonian ini demi masa depan negeri dan negara yang lebih baik.

Sentosa juga ingin menarik perhatian Dewan ini kepada satu isu yang semakin kritikal iaitu pengurusan sisa elektronik atau e-waste. Hari ini kita melihat peningkatan mendadak penggunaan peranti elektronik, telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya. Sentosa ingin mencadangkan agar setiap kawasan DUN di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya satu pengumpulan e-waste yang diiktiraf dan dikawal selia. Langkah ini amat penting kerana dengan adanya pusat di setiap DUN rakyat tidak lagi perlu pergi jauh atau membuang secara tidak sah dan sebagainya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya ialah berkenaan dengan e-hailing. Sentosa ingin membangkitkan satu isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan anak muda kita iaitu peningkatan kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang e-hailing dan penghantar makanan. Realitinya, ramai pemuda bekerja dalam sektor ini demi mencari rezeki. Namun, sistem ganjaran yang diamalkan oleh setengah syarikat, setengah-setengah syarikat e-hailing memberi tekanan kepada mereka untuk menghantar barangan secepat mungkin. Lebih cepat sampai, lebih tinggi insentif yang diterima. Akibatnya mereka terpaksa menunggang dalam keadaan tergesa-gesa, melanggar had laju dan mengambil risiko di jalan raya. Ini bukan sahaja membahayakan diri mereka tetapi juga pengguna jalan raya yang lain. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mencadangkan, Sentosa mencadangkan agar satu kajian menyeluruh dilakukan terhadap struktur ganjaran syarikat e-hailing. Kita perlu menilai sama ada sistem ini menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan.

Seterusnya Tuan Speaker ialah berkenaan dengan isu banjir. Sentosa ingin menyentuh isu banjir di kawasan Sentosa yang sekian lama menjadi kebimbangan utama penduduk khususnya setiap kali berlakunya hujan lebat. Tetapi, Sentosa ingin menyatakan bahawa dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, kawasan Sentosa tidak mengalami keadaan atau pun kejadian banjir besar. Ini merupakan satu perkembangan yang amat positif dan wajar kita hargai. Memang kita tidak boleh sentiasa menyalah sesiapa, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang dan JPS serta semua penduduk Sentosa yang telah bersama-sama memainkan peranan penting untuk menangani isu ini.

Usaha ini merangkumi penekanan terhadap kebersihan kawasan, penyediaan dan penambahbaikan longkang, tadahan dan sebagainya. Bercakap fasal longkang dan sebagainya, memang kita ada banyak projek yang dijalankan oleh Majlis dan saya akan sambung pada hari Isnin untuk seterusnya. Sentosa mengucapkan terima kasih.

Speaker

Okey ya. Baik Yang Berhormat Sentosa kita sambung pada hari Isnin. Saya beri 5 minit lagi lah pada hari Isnin.

Ahli-ahli yang berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 5.30 petang. Maka Dewan ditangguhkan sehingga ke hari Isnin 27 April 2026 bermula jam 10.00 pagi. Dengan ini sidang Dewan ditangguhkan.