Selangor · 27 April 2026
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 463 turns · 46,589 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 27 April 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.
(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, membentangkan kertas-kertas mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 15 tahun 2026, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Badan Berkanun dan Anak Syarikat Berhubung Hala Tuju Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kertas Mesyuarat Bilangan 16 tahun 2026, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah, JP-PADAT berhubung Isu Pajakan Tanah Warta Kerajaan. Kertas Mesyuarat Bilangan 17 Tahun 2026, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah, JP-PADAT berhubung isu Lanjutan Tempoh Pajakan Hak Milik Pajakan Negeri yang hampir tarikh tamat tempoh. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Selamat Pagi. Dewan pada pagi ini mengalu-alukan lawatan 16 orang pelawat dari Monash Career Peer (MCP) dari Monash Universiti Malaysia yang diketuai oleh Encik Lee Le Jia, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekadar mengingatkan kembali mengenai dua kemudahan utama yang masih di sediakan di Wisma Dewan Negeri Selangor ini iaitu yang untuk manfaat kita bersama. Pertama bagi yang belum berkesempatan program saringan kesihatan masih diteruskan di bilik rawatan iaitu bersebelahan dengan ruang media, pasukan perubatan klinik kesihatan Seksyen 19 yang diketuai oleh Dr. Azlina sedia menerima kehadiran Yang Berhormat, para petugas dan anggota polis untuk adakan pemeriksaan.
Yang kedua, kaunter semakan dan bayar cukai tanah dan petak oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Selangor juga masih beroperasi di lobi Wisma, saya amat menggalakkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk manfaatkan ruang yang ada ini sementara urusan dewan sedang berlangsung demi kesihatan dan juga kelancaran dalam menjalankan tanggungjawab kita
sebagai rakyat negeri Selangor. Kita teruskan dengan soalan lisan, saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Kandis.
Soalan saya 38.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Kesihatan Mental BeliaQuestions
38. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah program khusus yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan belia, termasuk pelajar dan graduan muda yang berdepan tekanan emosi serta cabaran mendapat pekerjaan?
b)
Adakah terdapat kaunseling percuma atau kerjasama dengan klinik bagi yang memerlukan?
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 235. Kesihatan Mental BeliaQuestions
235. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah keberkesanan Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) dalam menangani isu tekanan mental belia, serta sejauh manakah perluasan Hab SEHAT akan dilaksanakan di kawasan DUN Teratai bagi memudahkan akses bantuan kepada anak muda?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Kandis yang bertanyakan tentang program khusus yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan belia dan juga sekiranya terdapat sebarang kaunseling percuma atau kerjasama dengan klinik bagi yang memerlukan.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan 235 daripada Yang Berhormat Teratai. Program Selangor Mental Sihat merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental termasuklah golongan belia. Antara inisiatif di bawah program SEHAT yang menyediakan perkhidmatan bantuan dan sokongan kepada golongan belia termasuk pertamanya, talian SEHAT iaitu talian kaunseling percuma yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Pada tahun 2025, lebih daripada 600 jumlah panggilan diterima dan 20% adalah daripada kategori belia. Subsidi rawatan psikiatri dan psikologi, subsidi kepada individu yang disahkan mempunyai isu kesihatan mental serius dan memerlukan sesi rawatan dan ubatan. Bantuan subsidi akan diberikan kepada setiap pesakit dengan kadar maksimum sehingga RM1,000 seorang dan pada tahun 2025, seramai 15 orang pesakit ataupun 50% yang menerima manfaat subsidi terdiri daripada golongan belia.
Selain daripada itu, pada tahun lepas kita juga telah mempopularkan Hab Kaunselor SEHAT yang mana merupakan satu inisiatif oleh Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling secara bersemuka. Sehingga 31 Mac 2026, terdapat sebelas lokasi pusat khidmat masyarakat yang mengadakan Hab Kaunselor SEHAT seperti berikut, ini termasuk Bandar, Morib, Pandan Indan, Sungai Pelek, Sungai Tua, Pandamaran, Sungai Air Tawar, Ijok, Kuala Kubu Baharu dan Lembah Jaya dan pada tahun lepas terdapat seramai 86 orang yang hadir ke Hab Kaunselor SEHAT terdiri daripada golongan belia.
Kerajaan negeri akan terus memperkasa perlaksanaan program SEHAT pada tahun 2026 melalui perwujudan talian khusus bagi memenuhi keperluan psikososial pegangan ini di bawah program Talian SEHAT dan kaunselor yang terlatih akan mengendalikan talian berkenaan dengan pendekatan komunikasi empati, pengurusan krisis, pemahaman isu kesihatan mental yang dihadapi oleh golongan remaja dan belia serta penggunaan teknik intervensi bersesuaian dan inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan sokongan psikososial serta memastikan respons yang lebih pantas, tepat dan berfokus dengan keperluan golongan belia.
Selain daripada itu juga, Kerajaan Negeri turut memperkukuh peranan Hab Kaunselor SEHAT dengan memperluaskan pendekatan perkhidmatan kepada remaja dan belia. Jadi pada tahun ini satu komponen baharu akan diperkenalkan iaitu perkhidmatan sokongan rakan sebaya ataupun apa yang kita katakan sebagai peer support dan perkhidmatan ini akan dikendalikan oleh individu yang mempunyai pengalaman hidup ataupun lived experience dalam isu kesihatan mental, sekali gus mewujudkan pendekatan yang lebih dekat, mesra dan diyakini oleh golongan remaja dan belia dan pendekatan ini berupaya menjadi sokongan awal ataupun first-line support, bagi membantu mengurangkan stigma, serta menggalakkan golongan muda untuk tampil bagi mendapatkan bantuan sebelum dirujuk kepada kaunselor
profesional sekiranya diperlukan. Gabungan perkhidmatan kaunseling fizikal serta sokongan rakan sebaya ini diyakini dapat mewujudkan ekosistem sokongan kesihatan mental yang lebih inclusive, responsif dan berkesan yang selaras dengan keperluan semasa terutamanya golongan remaja dan belia di dalam negeri Selangor.
Kerajaan negeri turut memperkenalkan program Kesedaran Kesihatan Mental Remaja atau lebih dikenali sebagai PeerZ iaitu program advokasi kesihatan mental bertujuan memperkukuh daya tahan, kesejahteraan emosi dan hubungan sosial pelajar sekolah. Program ini akan memberi penekanan yang khusus kepada pembentukan sokongan rakan sebaya, pengurangan stigma terhadap isu kesihatan mental dan pencegahan amalan buli. Seramai 20 orang Duta Remaja PeerZ akan dilantik berperanan sebagai titik penghubung ini merupakan pilot projeklah antara pelajar dan saluran bantuan kesihatan mental yang disediakan sama ada di peringkat Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Badan Bukan Kerajaan.
Jadi sebagai permulaan, dua akan dipilih dan telah pun dipilih sebagai lokasi rintis bagi program ini iaitu Sekolah Menengah Bandar Utama Damansara 4 dan Sekolah Menengah Bandar Utama 3. Jadi, dalam dua sekolah ini kita akan melihatlah kepada ahli-ahli PRS untuk dipilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang lebih orang kata berefektif.
Seterusnya bagi memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan, Program Hab Kaunselor SEHAT 2026 juga akan selepas ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Di mana di bawah JKNS kita mempunyai banyak klinik kesihatan, jadi melalui kerjasama ini Hab Kaunselor SEHAT akan bekerjasama dengan semua klinik kesihatan yang terpilih di setiap daerah sebagai pusat rujukan sekali gus membantu mengurangkan beban perkhidmatan di fasiliti kesihatan awam yang sedia ada.
Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Exco.
Yang Berhormat nak minta soalan tambahan ke apa. Soalan tambahan ya, okay.
Soalan tambahan. Masalah mental sekarang Yang Berhormat EXCO, memang berlaku sangat serius sekarang, bukan daripada keturunan tetapi banyaknya daripada kesan pengambilan dadah oleh anak-anak muda sekarang. Jadi soalan saya, berapa ramaikah kaunselor-kaunselor yang terkini until 26 Mac, berapa ramai jumlah kaunselor yang kita ada untuk fokus kepada rawatan ini dan adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengadakan khidmat 24 jam kiranya terdapat kes-kes yang berlaku sekarang ini, terima kasih.
Soalan kedua adakah boleh ulang semula tak yang soalan kedua.
Kalau boleh rapat sikit dengan mic, tak dengar.
Soalan kedua.
Yang nombor dua tadi.
Soalan kedua adakah Kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan khidmat 24 jam terhadap pesakit-pesakit ini.
Terima kasih soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Sungai Kandis. Buat sementara ini sekiranya di bawah JKNS, kami mempunyai 22 orang pegawai psikologi yang berkhidmat di bawah pejabat kesihatan daerah dan 14 pegawai adalah lantikan kontrak. Oleh kerana itu, daripada Kerajaan negeri juga kita telah menyediakan kaunselor-kaunselor yang berkhidmat di Kaunselor Hab, di mana setiap Sabtu akan ada seorang kaunselor di setiap daerah lah, jadi jumlah kaunselor adalah 11 kaunselor yang berkhidmat setiap Sabtu.
Untuk maklumat yang lebih terperinci termasuk talian SEHAT dan sebagainya nanti saya akan berikan secara bertulis. Untuk soalan kedua, memang kita mempunyai orang kata keinginan untuk bincangkan semula tentang waktu operasilah, kerana buat sementara ini memang talian SEHAT yang ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor juga hampir sama waktunya dengan talian HEAL di bawah Kerajaan Negeri Persekutuan. Jadi selepas ini kita memang ada satu rancangan untuk bincangkan sama ada kita akan adjust the operation time dengan izin ataupun kita akan melihat sama ada kita mahu fokus kepada golongan yang tertentu, contohnya golongan belia dan remaja.
Bagi satu soalan tambahan. Ada satu je.
Ini bukan soal jawab Yang Berhormat, ok teruskan saya bagi.
Lagi satu Yang Berhormat Exco, sekarang seperti di Sungai Kandis, saya rasa kita ada tiga atau empat private punya pusat rawatan. Jadi di situ, adakah kaunselor daripada pihak Kerajaan, daripada hospital, pergi untuk membuat lawatan ataupun apa bentuk bantuan yang boleh pusat-pusat rawatan swasta ini memohon, sebab kebanyakannya yang pesakit-pesakit itu adalah daripada kumpulan B40, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Sebenarnya sekiranya terutamanya golongan daripada B40, sekiranya mereka menjalankan rawatan di Klinik Kesihatan memang dalam keadaan kos yang sangat rendahlah, biasanya bayar RM1.00 sahaja. Jadi kita pun tahu akan mungkin kekangan daripada segi jumlah pesakit yang boleh diterima oleh Klinik Kesihatan, oleh kerana itu di bawah Kerajaan Negeri Selangor, kita pada tahun ini akan cuba bekerjasama dengan Klinik Kesihatan, di mana sekiranya Klinik Kesihatan boleh memberikan preskripsi tentang isu yang ada oleh pesakit-pesakit termasuklah di kawasan Yang Berhormat. Selepas itu boleh diambil alih melalui peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu mereka ini melalui program di bawah Kerajaan Negeri. Yang seperti saya katakan tadi, kita ada memberikan sesi psychologist, psychiatrist secara percuma ataupun boleh saja, sekiranya tak serius, boleh hadir ke hub counselor yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Yang itu pun secara percumalah dan buat masa ini memang kita masih boleh menanggung pesakit tambahan yang memerlukan perkhidmatan seperti ini nanti.
Soalan tambahan.
Ya.
Soalan saya.
Soalan tambahan. Oh sekali tadi. Okay. Teruskan.
Ya, soalan saya. Memandangkan, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan tadi. Memandangkan pada masa kini ramai di antara kita terutamanya orang muda ataupun belia yang menghadapi masalah mental. Tetapi mereka ini tidak mengakui ataupun mereka tidak akan menyedari. Apakah langkah-langkah proaktif yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan untuk mencari ataupun mengesan sesiapa ini adalah orang yang menghadapi kesihatan mental yang boleh kita bantu.
Terima kasih Yang Berhormat Teratai. Jadi daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebenarnya Jabatan JKNS ada menjalankan promosi berkenaan dengan kesedaran kesihatan berkaitan dengan mental. Dari semasa ke semasa di tempat-tempat seperti institusi pendidikan, di sekolah, kolej dan universiti. Jadi, pada ketika ini daripada maklumat yang saya ada memang pada tahun lepas hampir 70 program ceramah telah dijalankan berkaitan dengan kesihatan mental dan juga bagi mengurangkan stigma yang ada inilah. Dan daripada Kerajaan Negeri Selangor pula oleh kerana itu kita telah cuba lahirkan orang kata projek perintis ataupun pilot projek seperti PeerZ. Di mana kita mahu menjadikan Pemimpin Rakan Sebaya, PRS yang dikenalilah di dalam sekolah yang memang handle isu-isu yang berkaitan dengan kaunseling ini. Ini
merupakan wakil-wakil pelajar di mana kita nak berikan mereka latihan ataupun kemahiran untuk mengendalikan isu ini bersama dengan rakan-rakan sebaya. Jadi rakan-rakan sebaya mungkin akan rasa stigma ini dapat dikurangkan kerana mereka dinasihati oleh rakan yang mempunyai pengalaman hidup yang sama dan umur yang agak sebaya. Jadi kita akan cuba sekiranya projek perintis ini berjaya, kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menyebarkan projek ini di kawasan-kawasan yang lain.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Ijok.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan Ijok nombor 39.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)Questions
39. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Sejauh mana peranan PADAT memelihara warisan, sejarah dan budaya Selangor, dan mengapa Muzium Sejarah Kuala Selangor ditutup serta perkembangan kerja naik tarafnya?
b)
Adakah PADAT mampu mengurus muzium daerah, jika tidak, adakah wajar pengurusan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan seperti MPKS?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Yang Berhormat Ijok ada bertanyakan dua soalan iaitu yang A, sejauh manakah PADAT memelihara warisan sejarah dan budaya Selangor dan mengapa Muzium Sejarah Kuala Selangor ditutup dan apakah perkembangan? Dan seterusnya bagi soalan B, apakah PADAT mampu menguruskan Muzium Daerah? Jika tidak, sewajarnya mengurus diserahkan kepada Pihak Berkuasa MPKS. Untuk jawapan Yang Berhormat Ijok, Perbadanan Adat Melayu Selangor dan Warisan Negeri Selangor dalam warisan sejarah budaya Negeri Selangor adalah bersifat menyeluruh dan strategik merangkumi aspek pemeliharaan fizikal, pendidikan, pendokumentasian serta penyebaran ilmu kepada masyarakat. Dan pada konteks ini PADAT bukan sahaja mengurus Institusi Muzium malah ia lebih bertanggungjawab dalam terhadap pemeliharaan tapak warisan, bangunan sejarah
serta warisan yang tidak ketara termasuk adat resam dan juga kesenian. Selain daripada itu, PADAT juga melaksanakan usaha mewartakan warisan, menganjurkan program-program pendidikan awam serta memperkukuhkan kedudukan Negeri Selangor sebagai Hab Budaya bagi memastikan warisan Negeri Selangor terus dipelihara, di perkasa dan diwarisi oleh generasi yang akan datang. Muzium Sejarah Kuala Selangor pula merupakan sebuah muzium yang telah mempamerkan sejarah pentadbiran Negeri Selangor dan telah dibuka secara rasmi pada 29 Oktober 2002 di bawah Lembaga Muzium Selangor. Sejak penubuhan itu muzium ini tidak pernah melalui naik taraf dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, mengambil kira keadaan semasa, bangunan dan keperluan untuk meningkatkan kualiti dan penyampaian pameran, muzium ini ditutup sementara bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian dan juga penaikan taraf untuk dilaksanakan. Kerja-kerja tersebut meliputi pembaikan hiasan dalaman, kaedah peragaan, kemudahan hardscape dan juga sistem pendawaian elektrik yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pameran dan memudah bagi kepada pengunjung. Pada masa ini kerja-kerja naik taraf sekarang 20% kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2026 tertakluk kepada kemajuan kerja dari masa ke semasa. Usaha ini merupakan langkah proaktif bagi memastikan muzium berfungsi dengan lebih afektif dan sebagai medium untuk pendidikan tidak formal kepada sebagai salah satu daripada tarikan pelancong Warisan Negeri Selangor. Bagi soalan (b), Perbadanan Adat Melayu Warisan Negeri Selangor ataupun PADAT sememangnya mempunyai kapasiti, kepakaran dan serta mandat khusus dalam menguruskan Institusi Warisan termasuk Muzium Negeri Selangor. Peranan ini merangkumi pemeliharaan artifak, penyelidikan, daripada pendokumentasian serta penyampaian pameran secara berstruktur dan dia berasas standard profesional kemuziuman. Dan sehubungan itu, pengurusan muzium PADAT adalah selaras dengan fungsi utamanya sebagai agensi pemaju warisan negeri untuk memajukan kepakaran dan teknikal dalam bidang tersebut. Pendekatan ini penting untuk memastikan sejarah dan warisan nilai budaya dipelihara dengan tepat, berintegriti dan selaras dengan standard pengurusan muzium yang diperlukan dan pengkhususannya. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Kuala Selangor memainkan peranan sebagai rakan strategik yang penting khususnya dalam aspek sokongan seperti penyelenggaraan persekitaran, kemudahan infrastruktur, kebersihan dan juga perkongsian pelancong di peringkat tempatan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa pendekatan yang paling berkesan bukanlah penyerahan sepenuhnya kepada pengurusan PBT tetapi sebaliknya melalui model kerjasama strategik di antara PADAT dan juga PBT. Ini kerana pengurusan muzium memerlukan kepakaran khusus dalam bidang warisan dan pengmuziuman Bagaimanapun PBT melengkapkan ekosistem tersebut bagi sudut sokongan dan operasi pembangunan setempat. Pendekatan ini memastikan bahawa pengurusan muzium dilaksanakan secara holistik, mampan dan berimpak tinggi. Sekali gus, memberi pengukuhan
dalam pemeliharaan warisan negeri dan untuk dihayati oleh generasi yang akan datang. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang diberikan. Kita lihat di Kuala Selangor ini ya adalah satu tempat yang bersejarah iaitu di Bukit Melawati. Setiap minggu bila waktu cuti sekolah ataupun cuti-cuti umum, ramai yang hadir. Kita lihat sampaikan kesesakan lalu lintas di Bandar Kuala Selangor. Adakah muzium yang dihadiri itu dikenakan pembayaran tiket? Jika ada tiket untuk masuk ke muzium? Jika ada, adakah kutipan itu boleh digunakan sebagai tambahan untuk pembangunan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Muzium ini memang kita telah di rasmi pada tahun 2002 dan belum pernah lagi kita seperti saya sebut tadi diadakan atau dibuat pembangunan semula. Dari segi sebab apa, kita lihat ada masalah dari segi electrical dan sebagainya. Dan di samping di situ, muzium juga kita ada satu muzium lagi, dipanggil Muzium Permainan Tradisional. Dan muzium ini juga telah dibuka tiga tahun lepas dan juga mendapat sambutan. Seperti yang saya sebut tadi memang setakat ini muzium yang telah kita kenakan bayaran tiket hanya sekadar untuk bukan mampu pun untuk menampung untuk pembangunan, untuk penyelenggaraan dan sebagainya. Tetapi itu untuk menampung sedikit, untuk sedikit pengurusan dan sebagainya. Dan sekarang ini kita tengah buat pembaikan dan kita harap dengan adanya pembangunan yang kita buat sekarang ini mungkin akan lebih baik dan untuk lebih memberi selesa, keselesaan kepada para pengunjung. Dan kita pasti bahawa selepas ini ada beberapa muzium lagi yang kita kena pastikan, seperti Muzium Padi, di Sabak Bernam dan sebagainya perlukan perhatian yang sepenuhnya untuk kita baik pulih dan sebagainya. Terima kasih. Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Kuala Kubu Baru.
Boleh. Satu soalan lagi.
Duduk dulu. Saya bagi Sijangkang sekejap.
Terima kasih kepada Speaker. Tahniah kepada EXCO. Tadi menyebutkan bahawa pengurusan PADAT secara strategi. Cuma saya nak tanya apakah strategi di peringkat PADAT untuk mempromosikan muzium-muzium yang kita ada ini, terutamanya di daerah-daerah termasuklah kalau di Kuala Langat ada Muzium Institut yang saya tengok pada hari ini dia macam agak hambar muzium-muzium
ini. Apatah lagi Muzium Negeri apabila berlaku kelewatan daripada naik taraf tempoh hari seolah-olah rakyat ini lupa dah muzium kita ini. Mungkin dari sudut promosi, strateginya melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya. Kalau boleh saya nak jawapan juga mungkin secara bertulis, kunjungan pelawat-pelawat ataupun pengunjung di muzium-muzium yang kita ada di Selangor dan juga peruntukan yang kita peruntukkan setiap tahun. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Sijangkang, saya ingin fokus kepada Muzium Negeri yang mana telah ditutup hampir enam tahun sebelum ini dan kita telah berjaya buka pada Februari yang lepas. Alhamdulillah setakat ini pengunjungnya melebih 150 ribu. Di antara promosi yang kita buat melalui Tourism Selangor, melalui PBT-PBT, melalui sekolah-sekolah dan melalui juga media masa, media sosial dan sebagainya. Dan saya akui juga bahawa promosi itu perlu diperkasakan lagi kerana setiap muzium ini mempunyai identiti dia sendiri. Dan saya melihat muzium antara yang agak ramai pengunjung di antaranya adalah Muzium Kuala Selangor. Sebab itu kita fokus dan sehubungan pada situ Muzium Institut yang terletak di Kuala Langat dan di sini juga kita pastikan bahawa mungkin ada satu lagi promosi yang bersifat program-program supaya mereka boleh datang, datang ke situ dan ada aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan satu menjadi satu kenang-kenangan ataupun pengalaman yang baik seperti di Muzium Permainan Tradisional. Mereka boleh mengimbau balik bagaimana permainan-permainan Tradisional yang lepas dan mereka boleh praktikkan permainan-permainan seperti letup-letup, permainan seremban, guli dan sebagainya. Jadi untuk jawapan Yang Berhormat Sijangkang mengenai berapakah peruntukan-peruntukan yang telah diberi? Dan itu saya akan jawab secara bertulis. Saya tidak mempunyai data sekarang. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 40.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Stesen Pengecasan EvQuestions
40. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Menurut MEVNet, hanya terdapat 16 stesen pengecasan EV di Hulu Selangor. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penambahan kemudahan ini di seluruh Selangor?
b)
Adakah Kerajaan akan mempertimbangkan dasar “Hak untuk Mengecas” dengan mewajibkan pemaju menyediakan kemudahan pengecas EV?
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 90. Pemasangan Stesen Pengecas EvQuestions
90. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan bilangan terkini stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) yang telah siap dan beroperasi di Selangor mengikut PBT.
b)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mencapai sasaran 4,000 unit menjelang 2030?
c)
Sejauhmanakah pelaksanaan garis panduan EVCB diterjemahkan kepada tindakan sebenar di peringkat PBT?
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu yang bertanyakan mengenai pemasangan perancangan Kerajaan Negeri untuk memperbanyakkan stesen petak pengecasan kenderaan elektrik, EVCB. Saya mohon soalan nombor 40 ini dijawab bersekali dengan soalan nombor 90 oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan. Tuan Speaker, bagi merancakkan industri EV, Kerajaan Negeri melalui PBT telah mengambil inisiatif untuk menjadikan pemasangan rangkaian infrastruktur pengecas EV sebagai salah satu syarat bagi pembangunan baru semasa permohonan kebenaran merancang. Ini adalah selaras dengan garis panduan perancangan petak pengecasan kenderaan EVCB yang disediakan oleh pihak PlanMalaysia. Dalam masa yang sama, PBT juga sedang dalam proses mengenal pasti lokasi-lokasi yang sesuai di bawah seliaan PBT untuk cadangan pemasangan pengecas EV kelak. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Mobiliti Negeri Selangor juga telah bersetuju untuk melantik Worldwide Holding Berhad sebagai agensi penyelaras kepada Charging Point Operator ataupun CPO bagi pelaksanaan program infrastruktur pengecasan kenderaan EV di Selangor. Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk
mencapai sasaran pemasangan sebanyak 4,000 unit pengecas kenderaan elektrik EVCB menjelang tahun 2030 seperti digariskan di dalam Rancangan Selangor sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan ekosistem mobiliti mampan. Berdasarkan semakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan, jumlah terkini stesen pengecasan kenderaan elektrik EV yang telah siap dan beroperasi di Selangor adalah sebanyak 1,090 unit dengan perincian seperti berikut, Majlis Bandaraya Shah Alam 226 unit. Majlis Bandar Raya Petaling Jaya 68 unit. Majlis Bandar Raya Subang Jaya 145 unit, Majlis Bandar Raya Diraja Klang 43 unit, Majlis Perbandaran Selayang, 53 unit, Majlis Perbandaran Kajang 221 unit, Majlis Perbandaran Ampang Jaya 49 unit, Majlis Perbandaran Sepang 182 unit, Majlis Perbandaran Kuala Langat 47 unit, Majlis Perbandaran Kuala Selangor 43 unit, Majlis Perbandaran Hulu Selangor 12 unit dan Majlis Daerah Sabak Bernam 1 unit sahaja. Berkenaan cadangan dasar hak untuk mengecas perkara ini akan diberi pertimbangan secara berperingkat dengan mengambil kira kerangka perundangan sedia ada kesediaan industri pembinaan serta keselarasan dengan dasar garis panduan persekutuan serta garis panduan peringkat Negeri. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker, terima kasih juga kepada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Kinrara, memandang pemasangan EVCB ini masih rendah, ada tak Kerajaan bercadang mewajibkan setiap pengeluar kereta EV ni untuk menyumbang pengecas awam ataupun public EVCB contohnya dengan penjualan setiap seratus kereta mereka EVCB kepada Kerajaan. Dan soalan kedua saya, memandangkan sekarang hanya 1,090 unit yang berpotensi yang beroperasi setakat ini ada tak Kerajaan Negeri meletakan satu sasaran pecahan tahunan memandangkan peralihan kenderaan EV ini merupakan salah satu solusi alternatif susuran krisis tenaga global ini sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan. Ini merupakan satu soalan yang sangat baik. Ini adalah satu cadangan yang kita boleh memperhalusi bersama MITI sekiranya ia dapat dilaksanakan di peringkat semua PBT. Sebenarnya bagi pengeluar kereta EV seperti Tesla, mereka memang bersedia untuk memasang EVCB tetapi sekarang cabaran kita adalah setiap PBT mempunyai kaedah ataupun proses permohonan yang berbeza. Jadi ini sedikit sebanyak melambatkan proses pemasangan EVCB ini. Oleh itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk memuktamadkan satu garis panduan supaya boleh diguna pakai oleh semua PBT dan bagi soalan yang kedua tu, sasaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah pemasangan EVCB tu sebanyak 4 ribu unit menjelang tahun 2030. Jadi tindakan-tindakan selanjutnya telah diambil oleh semua PBT untuk memastikan pemasangan tu ataupun KPI yang telah ditetapkan tu dapat kita capai di menjelang 2030, terima kasih.
Terima soalan tambahan.
Bagi Kuala Kubu Baharu dulu, soalan daripada Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Kerajaan mempertimbangkan hak untuk pengecas secara berperingkat. Saya juga difahamkan bahawa Ke rajaan dalam peringkat untuk memperkenalkan bas EV adakah Kerajaan merancang untuk memperkenalkan selain daripada bas EV, Bas Hijau yang berjenis seperti bas hidrogen dalam rangka kita menuju ke arah sustainable dengan izin.
Terima Kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, hidrogen adalah merupakan satu salah satu tenaga bersih yang saya nampak mampu menggantikan tenaga diesel ataupun tenaga fosil dan Kerajaan Negeri Selangor telah melantik pihak Worldwide untuk menggerakkan inisiatif ini untuk membina electrolyser hydrogen di mana penghasilan hidrogen ini akan digunakan di dalam inisiatif Bas Smart Selangor. Sekiranya ikut sistem electrolyser dan station pengisian hidrogen ini siap tahun ini, kita boleh lihat pelaksanaan Selangor hidrogen bas menjelang hujung tahun 2026. Oleh sebab penghasilan hidrogen ini melibatkan kos yang agak tinggi jadi kita perlu merancangkan inisiatif ini ataupun projek ini dengan berhati-hati supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar selepas kita mempunyai electrolyser dan juga station pengisian. Terima kasih.
Bukit Gasing.
Akhirnya Tuan Timbalan Speaker bagi saya satu peluang. Saya rakamkan saya menyokong pertimbangan Kerajaan Negeri untuk the right to charge dalam bangunan, kerana banyak bangunan kondominium tak membenarkan pemasangan EV charger dalam premis dia dan ini menyukarkan pemilik kondominium tersebut untuk membeli kereta EV walaupun mereka berhasrat untuk lebih mesra alam. Saya ingin bertanya Kerajaan Negeri ada tak Kerajaan Negeri sedia memberi insentif untuk menarik pelaburan terhadap pasang charger di kawasan on street parking. Parking tepi jalan terutamanya macam kawasan PJ, saya belum lihat lagi on street parking tu wujud di Petaling Jaya, walaupun di bangunan swasta cukup banyak tetapi bangunan swasta menjemput tanpa mengenakan sewa bulanan. So insentif tu ada maka mereka masuk ke dalam shopping mall bangunan pejabat tetapi bila datang ke PBT, PBT ada pelbagai charge sewa bulanan pemilik bangunan, dan pelbagai jenis permintaan. Sebab saya Shah Alam ada jenis permit yang diperlukan, jadi boleh tak Kerajaan Negeri pertimbangkan untuk memberi insentif untuk menarik mereka untuk buka demi rakyat biasa lebih senang hati untuk membeli kereta EV.
Sebenarnya syarikat ataupun pelaburan berminat memasang EV ini banyak. Saya dah jumpa banyak syarikat tak kurang saya rasa dari 100 syarikat yang saya telah jumpa dan mereka telah kemukakan macam-macam proposal bahawa mereka berminat memasang EVCB tetapi saya rasa cabaran sekarang adalah kita perlu selaraskan garis panduan di setiap PBT dahulu sebelum kita berbincang dengan
apakah insentif mereka memerlukan. Sebenarnya bagi right to charge setiap bangunan it is small market driven dengan izin sekiranya ada permintaan maka pemaju dia akan pasang ataupun membenarkan pembeli rumah untuk memasang EVCB atau charger di tempat parking di tempat parkir di pembangunan tersebut. Tetapi bagi pembangunan lama, ada kemungkinan tower dia tidak mencukupi itu merupakan masalah yang berbeza dan for the untuk on the street parking charger tu memang dalam rancangan untuk melaksanakan dengan kaedah dengan lebih mudah oleh itu Kerajaan Negeri Selangor telah melantik Worldwide Holding sebagai agensi penyelaras kepada charging point operator jadi ini akan memudahkan operator yang berminat ataupun pelaburan berminat untuk memasang EVCB di setiap PBT. Sekian, terima kasih.
Bukit Melawati.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker soalan saya nombor 41.
Terima Kasih Yang Berhormat Bukit Melawati untuk menjawab soalan berhormat Kerajaan Negeri memberikan bantuan berdasarkan kadar dan kaedah yang telah dinyatakan di dalam ketetapan surat ikatan amanah Tabung Bencana Khas di Negeri Selangor yang berkuat kuasa pada 9 Februari 2023 adalah seperti berikut. Untuk mangsa kebakaran 2 kategori mangsa kebakaran musnah keseluruhan kadar bantuan adalah sebanyak RM500.00. Manakala untuk mangsa kebakaran musnah sebahagian kadar bantuan adalah sebanyak RM200.00. Selain itu Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor juga turut memainkan peranan penting dengan menyalurkan bantuan barangan keperluan, barangan keperluan asas kepada mangsa termasuk toto, selimut, makanan kering, retort food dan pelbagai bantuan lain bagi meringankan beban yang ditanggung. Bantuan ini bukan sahaja membantu mengenai bantuan keperluan mangsa malah memberikan sedikit kelegaan dalam menghadapi situasi sebenar. Pada masa sama, pihak Yayasan Islam Darul Ehsan(YIDE) turut menghulurkan peruntukkan bantuan tambahan berupa sumbangan kewangan sebanyak RM300.00 kepada mangsa yang beragama Islam semua ini dapat membantu mangsa menampung keperluan segera yang mendesak serta mempercepatkan proses pemulihan musibah bencana yang menimpa.
Soalan tambahan.
Silakan Bukit Melawati.
Soalan saya, apakah kategori atau kelayakan minimum yang ditetapkan bagi membolehkan golongan bukan asnaf turut menerima bantuan segera dan adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan pelaksanaan bantuan kecemasan one-off ni bersifat menyeluruh tanpa mengira ekonomi atau status asnaf?
Baik setakat ini kita dalam pemerhatian Kerajaan Negeri kita mengguna pakai peraturan ataupun kaedah sedia ada tapi walau bagaimanapun kita hargai cadangan Yang Berhormat yang saya rasa sesuai kita bincang dengan Lembaga Zakat Selangor mungkin bagi menyelaraskan bantuan-bantuan berkaitan bencana khusus kebakaran ini untuk kita beri mungkin sedikit kelebihan pada asnaf - asnaf ini memandangkan mereka dari golongan berkeupayaan. Walau bagaimanapun, saya akan bawa bincang dengan Unit Bencana Negeri mungkin teroka kerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor untuk mengenal pasti seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi.
Soalan tambahan
Sijangkang lagi. Silakan Sijangkang.
Terima kasih pengerusi ini berkaitan dengan bantuan bencana juga ucapkan takziah penduduk di Sijangkang pada hari Sabtu ditimpa bencana ribut bumbung terbang dan juga melibatkan Pusat Kegiatan Guru di Sijangkang dan Klinik Kesihatan di Sijangkang cuma saya nak tanya pada Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat mungkin boleh diberikan peluang kepada dilihat semula sumbangan daripada peruntukan-peruntukan Ahli-ahli Dewan Pembangkang ini untuk diberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa sebegini kadang-kadang memerlukan untuk reaksi secepat ataupun semangat yang cepat untuk menguruskan mereka ini. Kalau kita khuatir mungkin ada sumbangan berganda daripada pihak-pihak pembangkang ataupun mungkin penyelaras DUN mungkin satu sistem sudah tiba masanya untuk memantau sumbangan-sumbangan ini yang boleh memberikan impak yang lebih baik lagi. Saya harapkan pihak Kerajaan Negeri selain daripada sumbangan yang hanya dibenarkan untuk pendidikan dan perubatan dibenarkan untuk tujuan-tujuan bencana-bencana alam yang lain juga, terima kasih.
Soalan tentang kebakaran terserah kepada Yang Berhormat.
Saya respons sikitlah, kita boleh membawa di dalam perbincangan pihak Unit Pengurusan Bencana dan kita boleh angkat ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Hulu Bernam.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker soalan saya nombor 42.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Pengurusan Air SelangorQuestions
42. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan dapatan utama Pelan Induk Air Selangor 2026 berkaitan risiko kemarau, pencemaran air mentah dan jaminan bekalan air jangka panjang di Selangor.
b)
Apakah pelan tindakan khusus bagi menangani peningkatan ammonia secara semulajadi dalam sumber air mentah ketika musim kemarau?
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 211. Pelan Induk Air SelangorQuestions
211. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini Kajian Pelan Induk Air Selangor dan badan manakah yang bertanggungjawab memimpin kajian ini? Berapakah kos keseluruhan kajian ini?
b)
Projek RTB sedang berjalan, bagaimana kerajaan memastikan projek-projek itu tidak bercanggah atau perlu diubahsuai setelah Pelan Induk disiapkan nanti?
Bismillahirrahmannirahim. Terima kasih pada Yang Berhomat Hulu Benam dan Tuan Timbalan Speaker, Hulu Bernam bertanyakan berkaitan dengan Pelan Induk Air Selangor 2026 dan juga tindakan menangani peningkatan ammonia dalam sumber air. Saya mohon pada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker untuk jawab bersekali dengan soalan Yang Berhormat Ijok soalan 211. Pelan Induk Negeri Selangor sebagaimana yang pernah saya sebut dalam Sidang Dewan ini adalah merupakan satu pelan tindakan yang holistik atau menyeluruh komprehensif bagi memperkukuhkan kerangka dasar pengurusan air sedia ada dalam memastikan bekalan air yang mencukupi dan selamat untuk semua melalui penggunaan secara lestari pemuliharaan dan pengurusan air yang cekap melalui satu mekanisme perkongsian bersama yang melibatkan semua pihak ini holistik semua pihak yang berkepentingan berdasarkan pada senario semasa dan isu berbangkit ataupun emerging issues. Pelan ini bertujuan untuk memperkasakan peranan Kerajaan Negeri dalam menguruskan air dengan mengambil kira keseluruhan kitaran
pengurusan air daripada sumber dan balik semula ke sumber atau source to source dan merupakan satu pelan yang julung kalinya diadakan dalam Negara dan dalam Negeri-Negeri di Malaysia ini. Melalui pelan ini kajian akan dibuat dengan menilai keadaan sumber air sedia ada, infrastruktur dan amalan pengurusan yang berkait dengan bekalan air minuman, kawalan banjir, sistem kumbahan, air untuk pertanian dan juga sumber tenaga di Negeri ini. Kajian ini akan mengenal pasti dan menilai sumber air yang berpotensi termasuk air permukaan, air bawah tanah, penuaian air hujan rain harvesty, dan penggunaan semula air termasuk juga air daripada laut yang saya sebut itu apa nama ini designation plant itu dengan mempertimbangkan ketersediaan, kelestarian dan keberkesanan kos di samping meramalkan keperluan air bagi pelbagai sektor domestik, industri, komersial, pertanian , tenaga pelancongan dengan mengambil kira pertumbuhan penduduk, pembangunan ekonomi dan senario perubahan iklim. Pelan ini akan mengintegrasikan unjuran perubahan iklim yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran dan Institut Pendidikan Air Kebangsaan Negara (NAHRIM) ke dalam perancangan dan pengurusan sumber air untuk memastikan daya tahan dan penyesuaian mengikut keadaan perubahan iklim. Selain itu bagi menangani isu pencemaran sumber air, kajian ini akan meneliti dan menganalisa penambahbaikan kepada penguatkuasaan undang-undang dan peraturan dalam usaha membanteras pencemaran kepada sumber air serta melihat potensi penggunaan teknologi dan penaiktarafan aset sedia ada dan pengukuhan pemantauan penguatkuasaan di lapangan. Pendek kata melingkungi keseluruhan termasuk aspek perundangan. Kajian Inplan Induk ini telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan dalam proses untuk peringkat awalnya untuk pengumpulan data dan maklumat dan pelantikan perunding yang telah kita kenal pasti walaupun kerja-kerja telah pun berjalan di peringkat awal untuk memastikan kerja-kerja ini siap mengikut jadual dan akan diselaraskan di bawah Unit Perancangan Ekonomi Negeri dengan kos keseluruhan kajian tidak melebih RM5 juta. Mengikut perancangan, kajian ini akan dibahagikan dilaksanakan dalam tempoh 21 bulan dan dipecahkan kepada 2 fasa. Bagi fasa 1, tempoh pelaksanaan kajian dah selama 15 bulan di mana perunding yang dilantik akan melaksanakan kerja-kerja mengumpul dan menganalisa data-data primer dan sekunder daripada agensi-agensi pembekal data dan daripada sektor kerajaan dan bukan kerajaan termasuk mengadakan bengkel dan libat urus dengan semua pemegang taruh. Seterusnya di peringkat ini juga, isu semasa yang akan datang serta cadangan pelan tindakan strategi yang merangkumi penambahbaikan peraturan dan penggunaan sedia ada perancangan pembangunan termasuk anggaran kos bagi tempoh 10 tahun serta unjuran permintaan air sehingga tahun 2050 akan dimasukkan dalam draf laporan akhir kajian, ini memang untuk sehingga tahun 2050. Untuk fasa kedua pula akan mengambil masa 6 bulan di mana pihak perunding akan menyediakan dokumen muktamad Pelan Induk Air Negeri Selangor yang turut merangkumi pelan tindakan yang telah dirangka dipersetujui sebagai rujukan sebagai agensi yang terlibat dalam pengurusan Air Selangor. Pendek kata keseluruhan aspek pengurusan air di negeri Selangor ini akan menjadikan pelan induk ini sebagai rujukan yang bermakna di peringkat
JPS, PBT dan semua pihak yang berkepentingan yang pernah pengurusan air Selangor termasuk. Untuk bahagian (b), tentang isu pencemaran ammonia. Pencemaran Ammonia terjadi sewaktu musim kemarau di mana paras air sungai pada waktu itu sangat rendah dan tidak mampu mencairkan kepekatan ammonia, yang masuk ke dalam sungai melalui sumber-sumber buangan industri domestik, agriculture, aquaculture serta penternakan yang tidak terkawal. Dalam usaha untuk menangani masalah pencemaran ammonia di sungai-sungai utama seperti sungai Selangor, sungai Semenyih dan sungai Langat, beberapa tindakan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri setiap agensi yang terbabit. Pertama ialah kesediaan sumber air mentah alternatif sebagaimana yang disebut, mana itu One Hour Malaysia Clean Up (Program Bawa Sejam) dan juga HORAS (Hybrid Off-River Augmentation Storage.) yang telah dilaksanakan. Selain daripada itu juga telah pihak LUAS Lembaga Urus Air Selangor telah mewartakan 20 kolam sumber air alternatif di bawah Seksyen 48 Enakmen Luas 1999 sebagai zon pelindungan bagi tujuan melindungi dan memelihara sumber air. Seterusnya pihak LUAS juga telah mengenal pasti lebih 140 kolam yang telah saya pernah sebut sebelum ini untuk diguna pakai dan dijenamakan di bawah The Selangor Off-River Storage Scheme atau SORSS dengan kapasiti simpanan air mentah sebanyak 167 juta meter padu. Dalam keadaan ini, keperluan ini pihak LUAS dan juga pihak Air Selangor akan melepaskan air empangan secara terkawal dan JPS bagi meningkatkan paras air sungai sebab berlakunya pencemaran atau peningkatan ammonia ini disebabkan penurunan paras air sungai itu menyebabkan airnya begitu pekat. Jadi kita terpaksa cairkan dengan melepaskan air daripada empangan daripada kolam-kolam takungan ini. Yang kedua, pemantauan secara proaktif sama ada di Air Selangor melalui pasukan khasnya PAKAR untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai, yang strategik bagi memantau keadaan air dan mengesan pencemaran lebih awal sementara pihak LUAS melalui skuad elitnya, SKEAL juga melakukan rondaan dan mengambil tindakan-tindakan perlu bagi memastikan air tidak pencemar. Yang ketiga adalah menyelaraskan proses rawatan penggunaan activated carbon dan juga mengaktifkan OPAK ataupun Operasi Pengepaman Air Kolam yang dibuat oleh LUAS dan seterusnya, kerjasama antara agensi dalam mengambil tindakan proaktif dalam menguruskan isu-isu pencemaran ataupun kawasan-kawasan buangan sisa haram dan juga yang terakhirnya adalah pengagihan alternatif Air Selangor memiliki sistem pengagihan alternatif yang boleh diaktifkan bagi memastikan kawasan agihan yang terjejas tetap memang bekalan air secara berterusan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ijok dulu.
Terima kasih kepada Pandan Indah, Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang diberikan tadi. Ijok melihat ada satu inisiatif yang baik daripada Air Selangor dalam projek Fasiliti Rawatan Sisa ataupun RTF, ia sebagai satu langkah yang Ijok fikirkan sangat baik khususnya untuk mengurangkan pelepasan air daripada Loji Rawatan Air. Yang menjadi persoalannya sekarang, untuk makluman Dewan yang mulia, di Ijok ini terdapat 4 buah loji rawatan air iaitu satu di Kampung Rantau Panjang, dan 3 adalah berada di Kampung Bukit Badong. Isunya sekarang menjadi igauan kepada penduduk di mana mengatakan bahawa air tadi ni dilepaskan menjadi salah satu faktor banjir bagi Kampung Jaya Setia. Jadi, Ijok sangat sering dimaklumkan bahawa ada satu program yang baik untuk menggunakan air lepasan tadi untuk digunakan semula untuk satu program RTF jadi Ijok ingin bertanya boleh ke Yang Berhormat EXCO menjelaskan mana projek ini dapat mengurangkan risiko banjir kawasan tersebut serta memberi keyakinan kepada penduduk dan juga apakah ada cadangan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu Air Selangor untuk memastikan ataupun ada sumbangan ataupun dana bagi mempercepatkan projek ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok yang tidak jemu-jemu bertanya dan bercakap Dewan berhubung isu air dan juga banjir. Saya ucap terima kasih pada pandangan dan untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat kita kena akui bahawa selama ini pengurusan air ini tidak dibuat secara komprehensif atau dalam bahasa Arab, jika dilihat secara komprehensif jadi masing-masing jabatan atau agensi dibuat tindakan mengikut keperluan dia sebab itu kita dapati ada dalam menguruskan isu banjir kita dapati kadang-kadang monsun drain atau parit anak sungai ini yang diurus dengan baik oleh JPS tapi air diparit dalaman tak sampai sebab longkangnya kapasiti tak mencukupi. Jadi ini perkara-perkara yang perlu kita kemaskan dalam pelan induk ini salah satu daripada skop yang kita mintak kenal pasti pihak perunding kena kaji ialah bagaimana keberkesanan semua projek-projek tebatan banjir yang sedia ada yang sedang dirancang akan dilaksanakan selepas ini dan memang ada kadang-kadang kita Air Selangor dia buat intake atau bekas sauk untuk air masuk dan kadang-kadang bila dia buat itu intake dia agak tinggi dan bila berlaku air yang banyak hujan dia salah satu punca menyebabkan banjir jadi bila kita ganggu pula whale itu kita sebut whale dalam bahasa Melayu disebut yang kecik, bila kita ganggu itu air pula tam masuk dalam bekas sauk kalau kita nak jaga banjir benda-benda begini berlaku macam tidak ada penyelarasan yang betul yang itulah perkara-perkara yang akan dikenal pasti dalam kajian ini untuk kita betulkan supaya air ini dilihat pengurusannya secara bersekali secara maknanya ia sokong menyokong antara satu sama lain sama ada untuk kegunaan air minum bekalan, untuk pertanian dan juga untuk banjir. Itu antara tugas dan peranan Pelan Induk Air Negeri Selangor ini. Terima kasih.
Hulu Bernam.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas penjelasan berkenaan Pelan Induk Air Selangor, saya
kira pelan ini akan menyediakan satu rujukan sehingga 2050 seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, tapi saya ingin merujuk kepada realiti terkini berkenaan pertumbuhan pusat data yang makin lama semakin diterima di Selangor ini. Jadi saya merujuk kepada laporan daripada SPAN yang mengatakan bahawa pada tahun 2032, 6 tahun lagi pusat data ini memerlukan 79 juta liter air sehari terawat. Jadi nak bertanya Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan keperluan air ini bagaimana Kerajaan Negeri dapat imbangkan keperluan air industri yang tinggi ini dengan permintaan daripada domestik dalam tempoh 6 tahun ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Saya memang menanti-nanti soalan ini juga. Ini memang satu cabaran besar kita ialah permintaan data yang tinggi di bawah data centre. Data centre ini tak masuk dalam perancangan, dia datang-datang dia minta air bukan kecil mintanya kadang-kadang 20 juta liter sehari, 30 juta liter sehari dan bukan sahaja air tapi elektrik sekali. Jadi mereka ini memang datang dan kebanyakannya dia paling kurang dia 10 tahun. Itu satu masalah lagi kadang-kadang tak boleh jaminan dia sambung 10 tahun. Ini kalau kita nak buat nak bangunkan loji air yang baru sebenarnya tidak cukup masa tu tapi walau bagaimanapun kita membuat pemantauan dan perancangan untuk menghadapi dan Alhamdulilah setakat ini kita berjaya dan ke depan lagi kita ada banyak lagi macam saya sebutkan dalam soalan saya tak ingat nombor berapa yang dibangkitkan sebelum ini kita dah menyediakan untuk 3 tahun 4 tahun ini kita dah 2,000 lagi lebih juta liter air yang sehari yang kita telah rancang untuk dibangunkan dan kita tengah mengenal pasti lagi sumber-sumber lain termasuk yang saya sebut loji di .... plant itu yang saya sebutkan sebelum ini semua dirangka untuk mengambil kira bukan sahaja bekalan air yang berkembang setiap tahun keperluan untuk domestik industri dan komersial ini tetapi juga data centre ini yang kita ambil kira cuma kerisauan kita sikit saja dari segi sistem pemasangan paip ini agak sikit jadi isu sebab kalau kawasan tu agak jauh sekarang ni banyak tumpuan sekarang di Hulu Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Selangor jadi kita nak kena rancang dari awal dari segi bekalan itu dari segi air yang di loji ok tapi nak hantar tu memerlukan pemasangan paip dan sebagainya yang akan memerlukan sangat mencabar iaitu kita sedang kita teliti dengan baik untuk memastikan semuanya dapat dibekalkan mengikut yang dia ditetapkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Batang Kali.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 43. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Isu Sindrom Gadget Dan Tenologi AiQuestions
43. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membendung gejala ‘sindrom gadget’ yang dihadapi oleh kanak-kanak dan pelajar Sekolah di Negeri Selangor?
Terima kasih Batang Kali atas soalan yang telah dikemukakan berkenaan dengan tanda kutip Sindrom Gadget di kalangan anak-anak dan pelajar sekolah negeri Selangor. Untuk maklumat Yang Berhormat, sepanjang tahun 2025 inilah antara tema penting yang saya kemukakan ketika pertemuan dengan warga pendidikan dan juga dengan pelajar-pelajar negeri Selangor dan kalau masih ingat dalam pembentangan Belanjawan 2025 saya mengutip Jonathan Heights yang dipanggil sebagai The Anxious Generation ataupun generasi yang gelisah di Amerika Syarikat. Dapatan yang telah dibuat oleh Jonathan Heights berkenaan dengan sindrom dan tingkah laku anak-anak di Amerika Syarikat yang berdepan dengan beberapa kesakitan ataupun yang boleh dianggap sebagai mental health issue. Antara sindrom-sindrom itu ialah mereka menjadi seorang yang mengalami defisit tidur antaranya mereka menjadi orang yang anti-sosial dan mereka menjadi kelompok yang hilang fokus dia dipanggil sebagai focus fragmentation dan tidak mampu bertahan dengan tempoh yang lama dan mereka juga menjadi orang yang addictive dengan kegiatan-kegiatan sosial media. Ini diulas sebanyak beberapa kali dalam pertemuan-pertemuan tersebut dan pihak Kementerian dan Jabatan Pendidikan mengambil kira bahawa sindrom-sindrom ini harus ditangani justeru beberapa langkah dilaksanakan. Antara langkah yang diambil laksanakan ialah kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya kita dapat menjelaskan dan juga melaksanakan program yang dipanggil sebagai penggunaan internet selamat kerana selain daripada empat sindrom yang saya sebut tadi ada beberapa penyakit lain misalnya scam atau tipu helah yang telah mengakibatkan ribuan dan juga masalah jutaan ringgit hilang dan juga perbuatan-perbuatan jenayah yang boleh tersebar melalui kegiatan-kegiatan di dalam internet. Sepanjang tahun 2025, sebanyak 811 sekolah telah dilaksanakan program ini di negeri Selangor, 133 buah sekolah setiap daerah pula akan dilaksanakan pada tahun 2026 dan ini adalah untuk memastikan daripada masa ke semasa penggunaan internet tidak salah tetapi cara penggunaan internet yang selamat yang harus ditekankan dan dilaksanakan. Yang kedua, ia juga meningkatkan kesedaran dan pengetahuan amalan penggunaan internet kepada pengguna-pengguna, meningkatkan kefahaman murid tentang risiko penggunaannya,
memberikan pendedahan kepada murid berkaitan langkah keselamatan digital termasuk pelindungan data peribadi dan etika penggunaan internet. Yang keempat, memperkasa peranan murid sebagai ejan penyebar maklumat berkaitan keselamatan. Hal kedua, intervensi berikutnya adalah kerjasama strategik melibatkan majlis tindakan pengguna negara dalam penyampaian modul kempen keselamatan ataupun kempen internet selamat yang komprehensif. Program ini dilaksanakan pada 28 September 2025 yang melibatkan 100 buah sekolah SJK(C) seluruh Negeri Selangor. Matlamat utama inisiatif ini adalah bagi meningkatkan kesedaran murid khususnya di SJK(C), tadi 811 yang saya sebut tadi adalah sekolah-sekolah kebangsaan sepanjang tahun 2025. September 2025 ada 100 sekolah SJK(C) pula kita laksanakan supaya mereka memahami penggunaan internet secara selamat. Seterusnya saya juga nak maklumkan untuk menangani program antisosial atau pun tingkah laku antisosial di kalangan mereka yang terkena sindrom gajet yang disebut oleh Batang Kali. Kita melaksanakan program-program komunikasi dan program-program seperti Coral Speaking, aktiviti unit beruniform, kawad kaki. Di Negeri Selangor kita anjurkan pertandingan kawad kaki yang melibatkan 5,000 pelajar-pelajar pasukan beruniform daripada pelbagai unit beruniform. Selain daripada kawad kaki itu sebenarnya ia menggalakkan aktiviti sosial dan perhubungan sosial di kalangan anak-anak dan juga pelajar-pelajar di Negeri Selangor. Dalam pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut ataupun Kementerian Pendidikan turut melaraskan, apa yang dipanggil, Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan dan kita lihat ada peningkatan yang signifikan. Contohnya pada tahun 2024, kira-kira 97% daripada guru-guru menggunakan Delima. Delima ini adalah salah satu sistem setempat atau pun sehenti yang digunakan oleh kementerian dan digunakan di sistem pendidikan di seluruh Malaysia untuk mengenal pasti pendaftaran dan sebagainya, pembelajaran atas talian, PDPR ketika pandemik mereka wujudkan delima. Delima ini dilaksanakan 97% guru-guru menggunakannya pada tahun 2024. Tahun 2025 datanya 63,237 guru aktif menggunakan, maknanya 100% guru-guru di Negeri Selangor aktif menggunakan sistem Delima ada peningkatan 3%. Di kalangan pelajar pula ada peningkatan yang baik, 24% daripada 405,000 yang menggunakan pada tahun 2024 sebanyak 629,000 pelajar-pelajar menggunakan iaitu ada peningkatan 24% daripada 43% kepada 67% pada tahun 2025. Justeru, kita bukan hanya ceramah, kita bukan hanya memberikan pendedahan, melaksanakan program diversion daripada tumpuan mereka pada gajet itu, kita juga laksanakan program digitalisasi yang bermanfaat kepada mereka. Di peringkat negeri Selangor secara langsung sebenarnya, program tuisyen rakyat juga dimasukkan di dalam silibus di dalam Dilema. Ia adalah kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri malahan saya boleh katakan modul kita itu juga digunakan di Sekolah Berasrama Penuh, modul kita juga digunakan di beberapa jajahan di negeri lain dan dewan daerah negeri lain kerana ia digunakan dan bermanfaat modul tuisyen rakyat kita yang bermanfaat lebih 160,000 pelajar-pelajar pada waktu ini, pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Seterusnya sokongan pembelajaran PINTAR untuk memastikan sokongan kepada pelajar PINTAR ini, Jabatan Pendidikan Negeri ini telah melaksanakan latihan kepada 17,126 guru
dan 13,280 orang murid melibatkan 389 projek program sejak dasar pendidikan digital KPM dilancarkan November 2023 yang lalu. Mula aktiviti sokong ini beberapa elemen seperti chatbot dan pembantu digital dalam Dilema membantu murid-murid mendapatkan bantuan pembelajaran secara kendiri pada bila-bila masa serta guru dapat manfaat data analisa ini untuk memantau pencapaian murid mengenal pasti jurang pembelajaran dan merancang intervensi yang berkesan. Chatbot, analisa ini sebenarnya ada kaitan dengan penggunaan AI atau pun Artificial Intelligent kecerdasan buatan dan soalan seterusnya Batang Kali itu, sejauh mana AI digunakan, AI diserap masuk atau diguna pakai dalam Dilema dan Dilema itu memberikan analisa pencapaian pelajar-pelajar dan juga data pelajar-pelajar tapi AI ini bergantung juga dengan manusia Yang Berhormat, sebab itu dalam program AI Trailblazer di peringkat Negeri kita juga melatih tenaga-tenaga kita dalam department-deparment tertentu dan antara yang digunakan sekarang adalah di dewan. Apabila Dewan Negeri ketika Speaker memberikan ucapan ketika sidang pembukaan atau pun jamuan sempena sidang pembukaan sekarang kita menggunakan sedikit sebanyak aplikasi AI untuk membuat hansard dewan dan itu bermula dengan AI Trailblazer di mana jabatan-jabatan mengemukakan solusi atau pun cadangan solusi-solusi tertentu supaya AI dapat dilaksanakan begitu juga dengan jabatan pendidikan dan Insya Allah kita akan kembangkan lagi AI Trailblazer termasuknya pendidikan jika diperlukan untuk AI digunakan sebagai solusi kepada pengurusan, pentadbiran dan proses pembelajaran anak-anak kita di sekolah. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Batang Kali.
Terima Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor di atas penerangan yang diberikan. Okay. Apa yang diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor tadi itu adalah berkaitan dengan pelajar-pelajar yang umur 7 tahun dan ke atas. Sindrom Gajet ini lebih kepada kanak-kanak yang berumur di antara 3 ke 6 tahun. So, soalan tambahan, berapakah kos yang dibelanjakan untuk tahun 2026 untuk mengatasi masalah sindrom gajet di kalangan kanak-kanak yang berumur 3 hingga ke 6 tahun di negeri Selangor? Dan yang kedua, apakah bentuk bantuan atau pun inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk membantu tadika-tadika swasta dan juga pra sekolah di kawasan Selangor? Terima kasih.
Terima kasih, untuk pengetahuan Yang Berhormat, pra sekolah juga ada dalam sistem Kementerian Pendidikan maknanya pelajar-pelajar di bawah 7 tahun, 6 tahun dan mungkin selepas ini 5 dan 4 tahun juga akan terkandung di dalam sistem pembelajaran yang di bawah Kementerian Pendidikan. Jadi, itu maknanya tak betul, sekolah kita bukan hanya menangani 7 tahun ke atas, lepas ini 6 tahun ke atas maknanya yang pra sekolah juga ada malahan dengan kewujudan pra sekolah-pra sekolah
ini, sebenarnya mampu memberikan kelegaan kepada guru-guru kepada anak-anak, kepada ibu bapa kerana kosnya jauh lebih murah berbanding dengan penghantaran kepada tadika-tadika atau pun pusat asuhan. Isu yang seterusnya adalah tentang Pusat Asuhan. Pusat Asuhan ini di bawah Portfolio Templer sebenarnya di pusat-pusat asuhan dan saya percaya ada perlunya kita berbincang dengan pusat-pusat asuhan ini bagaimana menangani isu ini kerana kadang-kadang pusat-pusat asuhan ini menggunakan gajet untuk menangani dan mendiamkan dan mendamaikan anak-anaknya yang liar. Jadi, itu pun berlaku saya tengok bukan itu sahaja, ibu bapa pun banyak tak tahan dah, dia tak mampu untuk halang anak dia pegang gajet dan akhirnya dia surrender dan serahkan anaknya gajet supaya anaknya tenang, damai dan tidak meliar atau pun tidak ganas, tidak agresif ketika berada di kedai dan sebagainya. Ia sebenarnya memerlukan tindakan yang menyeluruh di kalangan guru dan sebagainya setakat ini untuk menangani hal itu secara serius, belum lagi terlontar daripada pengusaha-pengusaha tadika atau pun pusat asuhan. Saya percaya Templer boleh melihat benda ini dan perkara ini juga boleh dimasukkan dalam kerangka K-Ekonomi yang sebenarnya di bawah kelolaan dan juga pemantauan daripada Taman Templer. Terima kasih.
Soalan tambahan. Sedikit sahaja.
Silakan.
Okay Yang Berhormat sekiranya terdapat penglibatan pihak NGO dalam membantu dan menyokong program pemulihan sindrom gajet ini, adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukan atau dana tambahan bagi tujuan tersebut?
Yang Berhormat Bukit Melawati, halnya bukan dana tambahan, halnya ialah apakah program itu? Kita belum tahu lagi apakah programnya, kita tahu masalahnya dan pihak-pihak tertentu itu boleh menghubungi pihak negeri dan sebagainya. Kita bersedia berbincang kerana ia adalah kerangka besar di antara sindrom gajet, pembelajaran anak-anak dan juga masalah kesihatan mental yang sebenarnya terangkum. Ada dua tiga EXCO, EXCO Pendidikan, EXCO Keluarga dan juga EXCO Kesihatan sekali gus dalam hal yang meliputi tentang sindrom gajet ini. Kita tak boleh melihat tentang gajet itu sahaja bersih tapi apakah program nya, bagaimana keberkesanannya, bagaimana terlibat, kita sedia bekerjasama dan kita bersedia untuk beradaptasi atau pun bersedia untuk joint atau menggabungkan program-program ini dengan program-program Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Dewan mengalu-alukan kehadiran pelawat daripada Pegawai dan Petugas DUN Sentosa seramai 15 orang yang diketuai oleh Saudara Wan Shahar di atur oleh Yang Berhormat Gunarajah,
ADUN Sentosa. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Ahli Dewan Negeri Sentosa. Silakan Yang Berhormat Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Kota Damansara, soalan no. 44.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Pendaftaran Baru Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2026Questions
44. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah kerajaan merancang untuk membuka pendaftaran baru bagi SMUE pada tahun 2026?
b)
Berapakah peruntukan yang perlu ditampung bagi pendaftaran baru SMUE?
c)
Berapakah jumlah penama yang masih ada dan berapa jumlah yang telah keluarkan selepas pemutihan?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Kota Damansara. Pertanyaan berkaitan pendaftaran baru Skim Mesra Usia Emas atau pun SMUE tahun 2026. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang pertimbangkan cadangan pendaftaran baharu bagi Skim Mesra Usia Emas bagi tahun 2026. Cadangan ini, akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Sehubungan dengan itu, sebarang keputusan termasuk tarikh bagi pendaftaran baru akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Bagi soalan (b), untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengunjurkan seramai 100,000 warga emas akan mendaftar bagi program SMUE dengan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM15 juta setahun.
Bagi soalan (c), sehingga April 2026 terdapat seramai 418,799 ahli aktif Skim Mesra Usia Emas (SMUE), namun demikian proses pemutihan oleh YAWAS mendapati seramai 18,353 orang tidak memenuhi syarat kelayakan sebagai pengundi di negeri Selangor yang telah dikeluarkan daripada senarai penerima aktif.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan itu tadi. Cuma, Kota Damansara mungkin mewakililah DUN-DUN yang lain juga, bertanyakan sebab pada tahun 2025 perkara dan jawapan ini juga akan diberikan kepada kami akan dibincangkan dan dibentangkan dan jadi apabila sepanjang tahun 2025, pemutihan itu akan dibuat oleh pihak YAWAS. Walau bagaimanapun, selepas setahun setengah, pemutihan itu masih lagi belum selesai secara sepenuhnya dan kami masih menunggu sebab apa kami sentiasa didatangi oleh masyarakat yang berumur 60 tahun, hari ini dia bersara, minggu depan dia datang office untuk daftar di bawah YAWAS. Jadi kami ada masalah kerana kami tidak boleh daftarkan kerana kami kata nanti dalam tempoh setahun, sekarang dah setahun setengah telah berlalu, jadi kami bagi tempoh 6 bulan lagi. Jadi mungkin Yang Berhormat boleh bagi satu kata putus mungkin dalam tahun 2026 tiada pendaftaran baru jadi kami lebih mudah untuk menerangkan di peringkat bawah. Terima kasih.
Jangan risau Yang Berhormat, seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, kertas itu akan diangkat dalam MMKN dan akan dipertimbang dan diluluskan dalam masa yang terdekat.
Soalan tambahan
Soalan tambahan. Silakan
Terima kasih. Tuan speaker. Saya pun, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Kita pun tahu, sudah hampir setahun kita lihat, program SMUE ini masih lagi belum dibuka. Jadi saya ingin juga bertanya, tentang bagaimana dengan kalau kita tahu tentang warga emas ini, kita sudah tentu mahu mempermudahkan urusan mereka. Jadi, realitinya kalau kita lihat untuk mendapatkan baucar SMUE pun mereka terpaksa pergi ke Pusat Khidmat DUN dan ada yang terpaksa beratur dan juga Pusat Khidmat DUN ada hari-hari tertentu sahaja mereka boleh claim baucar SMUE ini. Dan juga, ada juga baucar ini hanya boleh digunakan tempat-tempat tertentu. Jadi, soalan saya, adakah kalau kita lihat jumlah pun dalam setahun RM150.00 setahun baucar SMUE ini dan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah bantuan ini diberikan dan adakah juga bantuan ini akan ada cadangan untuk diberikan secara seperti contoh STR yang boleh di terus diberi secara terus kepada kreditkan terus kepada akaun penerima pada masa akan datang untuk memudahkan warga emas itu tadi. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang bagi soalan tersebut. Kerajaan Negeri tidak merancang untuk mengubah formatnya kepada bantuan secara bulanan. Ia tetap menjadi seperti hadiah hari jadi iaitu RM150.00 sekali
setahun. Manakala untuk agihan di peringkat Pusat Khidmat DUN, kita memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada Pusat Khidmat DUN masing-masing untuk menentukan format untuk agihan. Pun begitu, bermula pada tahun 2025, agihan dilakukan secara berfasa iaitu untuk mereka yang lahir Januari, Februari, Mac itu pada kuota 1 suku pertama, agihan hanya pada bulan tersebut tapi baucar tersebut valid sah selama 30 hari dan penambahbaikan telah dilakukan dari masa ke semasa dan saya kira dengan jumlah yang ramai dengan kadar, mungkin satu ada yang DUN 1,500 ke 2,000 pastinya warga-warga emas ini mengambil peluang untuk datang mengambil baucar tersebut. Itu menyebabkan beratur panjang dan sebagainya. Pun begitu, kita belum menyatakan hasrat untuk menjadikan dia seperti masuk terus ke akaun kerana baucar itu mereka masih lagi dalam kategori warga emas yang mahu merasakan secara fizikal dan boleh tebus di pasar raya-pasar raya yang telah ditentukan. Pun begitu berkaitan dengan pasar raya, kita juga boleh membenarkan kepada mana-mana Pusat Khidmat DUN, sekiranya memohon untuk tambahan pasar raya supaya kita boleh memudahkan akses kepada warga emas untuk menebus baucar-baucar tersebut. Sekian.
Pelabuhan Klang
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 45.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Rumah Kerajaan PrihatinQuestions
45. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan dari tahun 2023 sehingga kini?
b)
Sub-soalan telah di tolak
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang kerana tanyakan tentang rumah prihatin. Ada dua soalan. Pertama, Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan dari tahun 2023 sehingga kini? Kedua, berapakah jumlah peruntukan yang digunakan dari tahun 2023 sehingga kini?
Tuan Speaker, soalan (a) dan (b), saya akan jawab bersekali. Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri sejak tahun 2013 bagi membantu rakyat Selangor yang berpendapatan rendah memiliki kediaman yang selesa, selamat dan berdaya huni. Kerajaan Negeri menyediakan dua jenis bantuan di program ini iaitu bantuan baik pulih rumah dengan kos tidak melebihi RM35,000 bagi rumah sebuah dan bantuan bina rumah baru keluasan sejumlah 660 kaki persegi dengan 3 bilik dan berserta 1 bilik air bernilai tidak melebihi RM85,000 bagi sesuatu rumah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Biasanya syarat itu memang ketat di mana pemilik tanah itu mesti ada nama pemilik itu dan kemudian dia mesti tinggal di dalam rumah itu. Kadang-kadang mereka ada tanah lot sahaja, mereka ada apply untuk bina rumah memang tidak boleh. Jadi kita sebagai Kerajaan prihatin, kita bantu mereka-mereka yang mempunyai rumah yang masalah ataupun ada reput, ada runtuh sini dan sana lah. Kita yang peringkat itu kita bantu. Berdasarkan rekod, bilangan permohonan yang telah diluluskan dari tahun 2023 hingga 2025 adalah sebanyak 142 permohonan dengan peruntukan berjumlah RM6.5 juta. Perincian bilangan permohonan dan perbelanjaan mengikut tahunan adalah seperti berikut. Kita ada jadual bagi tahun 2023, bina baru sebanyak 8 buah rumah, baik pulih sebanyak 38, jumlahnya 38. Perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta lebih kurang. 2024 pula, 5 buah bina baru dan 41 baik pulih. Jumlah kita spent RM1.8 juta dan tahun lalu 2025, bina baru 24 dan baik pulih 34 jadi jumlah 58, berjumlah kos sebanyak RM3.136 juta. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM5.65 juta. Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang juga, sejak mula memperkenalkan pada tahun 2013 sehingga 2025, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin telah memberi manfaat kepada seramai 843 orang. Satu angka yang besar dengan penerima bantuan keluarga berpendapatan rendah dan memperuntukkan sebanyak RM23.08 juta. Satu angka yang besar ya. Justeru, program ini telah membantu ramai rakyat negeri Selangor yang kurang berkemampuan mengurangkan kos pembaikan rumah dan memiliki kediaman yang lebih baik, selesa sekali gus membantu mereka meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Subang Jaya nombor 46.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Akta 672Questions
46. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan status tandatangan Selangor kepada Akta 672.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 86. Pengurusan Sisa Pepejal Di SelangorQuestions
86. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pendirian terbaru Kerajaan Negeri mengenai cadangan untuk menguatkuasa Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)?
b)
Adakah jaminan untuk KDEB Waste Management mendapat konsesi ini?
Terima Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Saya mohon izin Tuan Timbalan Speaker untuk saya menjawab soalan 46 bersekalian dengan soalan 86 daripada Yang Berhormat Taman Medan. Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini masih belum menandatangani pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Akta 672. Perkara ini sedang diteliti secara rapi di peringkat Kerajaan Persekutuan sUsulan pelaksanaan kajian due diligence meliputi implikasi perundangan, kewangan, operasi, tadbir urus secara menyeluruh. Kerajaan Negeri menegaskan bahawa sebarang keputusan berhubung pemakaian akta ini akan di muktamadkan secara bertanggungjawab dan berasaskan kepentingan negeri dengan mengambil kira kedudukan serta keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan struktur pengurusan sisa pepejal yang sedia ada di negeri Selangor. Keutamaan Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan yang cekap, stabil dan mampan kepada rakyat. Memandangkan Selangor sudah mempunyai ekosistem pengurusan sisa pepejal yang mampan dan pengalaman yang luas sejak bertahun-tahun, sejak 8 tahun, 10 tahun yang lalu, maka dengan itu kita akan pastikan kepentingan negeri Selangor akan dijadikan keutamaan. Sehubungan itu, sebarang pertimbangan ke arah pemakaian Akta 672 hanya akan dilaksanakan sekiranya ia memberi nilai tambah yang jelas dan meningkatkan keberkesanan sistem yang sedia ada. Sekian terima kasih.
Tidak ada soalan tambahan?
Soalan tambahan.
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Taman Medan, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan kerana telah memaklumkan kepada Dewan bahawa Kerajaan Negeri belum lagi memuktamadkan. Cumanya Akta 672 ini saya rasa perbincangan di peringkat negeri Selangor dan Persekutuan ini dah lama berlangsung dah perbincangan ini, bahkan dalam Jawatankuasa SELCAT pun telah dipanggil untuk didengar pandangan dan juga apa di peringkat mana sekarang ini. Yang Berhormat Sekinchan, adakah Yang Berhormat bersetuju sekiranya kepentingan Kerajaan Negeri terutamanya KDEB Waste Management dan juga Kerajaan Negeri sendiri dan PBT tidak dapat dipenuhi sepenuhnya oleh Akta 672 dan juga perjanjian konsesi yang ingin di tandatangan? Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk meneruskan sendiri pengurusan sisa pepejal ini di negeri Selangor tetapi mungkin mengambil kira pandangan daripada KDEB supaya ditingkatkan fi atau jumlah kewangan yang perlu diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu operasi KDEB Waste Management? Mohon pandangan Yang Berhormat Sekinchan.
Terima Taman Medan yang aktif dalam SELCAT dan juga prihatin terhadap isu pemakaian Akta 672 ini. Akta 672 memang kita sedia maklum Tuan Timbalan Speaker, kita dah buat due diligence perbincangan semua termasuk sesi libat urus dengan PBT, dengan stakeholder, dengan seluruh yang berkepentingan kita dah laksanakan dalam tempoh masa lebih kurang 2, hampir 2 tahun, 2 tahun dan kekangannya sekarang masih dalam peringkat perbincangan dan semuanya kita akan pastikan kepentingan KDEB Waste Management yang tadi saya tegaskan mempunyai ekosistem yang meluas dan juga yang berpengalaman untuk pengurusan sisa pepejal ini harus diutamakan dan menjadi kepentingan utama dan KDEB akan menjadi peneraju utama dalam konteks pemakaian Akta 672. Sekiranya ia tidak mendatangkan kebaikan dan tidak menambah kebaikan pada sistem yang ada sekarang ini, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk kita kekalkan status yang ada sekarang in supaya kita dapat menjaga kepentingan negeri. Walau bagaimanapun semua kita terpulang kepada perbincangan, kita yakin perbincangan akan mencapai penyelesaian solusi yang terbaik. Insya Allah, pasti ada penyelesaian yang terbaik untuk win-win situation demi kita memastikan sistem pengurusan waste management ini menjadi lebih mampan, lebih teratur dan kebersihan di negeri Selangor sentiasa berada di tahap yang terbaik. Itu harapan kita semua, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Meru.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 47.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. Latihan Penjagaan SelangorQuestions
47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah kerajaan untuk melaksanakan latihan penjagaan bagi penjaga formal dan tak formal?
b)
Bagaimanakah strategi bagi meningkatkan keprofesionalan dan perkembangan kerjaya dalam kalangan penjaga?
c)
Adakah kerajaan merancang untuk melaksanakan modul latihan secara atas talian?
Terima Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Meru bertanyakan soalan berkaitan care economy ataupun ekonomi penjagaan. Untuk maklumat Yang Berhormat Meru, Kerajaan Negeri bukan hanya memberi perhatian terhadap penerima penjagaan ataupun care recepient sahaja, namun juga kepada penjaga ataupun caregivers. Untuk makluman, pada tahun 2026 Kerajaan Negeri akan melaksanakan inisiatif latihan penjagaan kepada penjaga formal mahupun tidak formal dan inisiatif ini akan diadakan bertujuan untuk membekalkan penjaga terlatih ataupun trained caregivers dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam penjagaan am, penjagaan fizikal, keselamatan serta pemakanan bagi memastikan penerima jagaan mendapat sokongan yang selamat, menyeluruh dan berkualiti. Selain itu, bagi meningkatkan tahap profesionalisme, penjaga juga akan diberi latihan penjagaan lanjutan agar penjaga dibekalkan dengan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk menyokong perkembangan kerjaya mereka. Memalui Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani oleh Wanita Berdaya Selangor dengan pihak The Asia Foundation (TAF), program latihan penjagaan akan dibangunkan secara tiga fasa seperti yang berikut. Pertama, fasa pembangunan syllabus dan modul. Kedua, fasa pendigitalan modul dan pelaksanaan projek rintis latihan dan fasa tiga, pemurnian kurikulum bagi pensijilan profesional.
Bagi soalan (b), Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk meningkatkan keprofesionalan dan perkembangan kerjaya dalam kalangan penjaga. Sebaik sahaja fasa 1 dan fasa 2 selesai dilaksanakan, latihan penjagaan akan beralih kepada fasa 3 iaitu pemurnian kurikulum bagi pensijilan profesional. Pemurnian kurikulum dibuat melalui jawatankuasa panel pakar yang bertanggungjawab menyemak, memurnikan dan mengesahkan setiap input modul agar selari dengan peraturan serta keperluan industri
semasa dan penglibatan pakar ini bukan sahaja menjamin kualiti latihan malah menjadi pemacu utama dalam proses akreditasi dan menaik taraf sijil bersama pihak Universiti Selangor atau UNISEL. Modul yang telah melalui proses pemurnian akan dibentangkan kepada pihak UNISEL untuk proses pensijilan profesional.
Bagi soalan (c) untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang merangka untuk melaksanakan pendigitalan modul latihan asas akan dilakukan secara atas talian melalui platform digital yang telah dibangunkan. Sasaran termasuklah semua orang awam yang berminat untuk menjalani latihan penjagaan terutama bagi mereka yang sedang menjalankan tugas penjagaan bagi ahli keluarga, sukarelawan penjagaan dan pekerja di sektor formal. Proses pendigitalan termasuklah melibatkan transformasi kandungan teori ke dalam bentuk video tutorial interaktif, modul e-pembelajaran dan kuis atas talian yang boleh diakses secara fleksibel oleh peserta kursus asas.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan? Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya nak tanya tentang sistem penggajian kepada pemegang-pemegang sijil ini kerana apa, pada masa ini penjaga-penjaga profesional ini mereka gaji mereka ada yang RM5,000 sebulan, ada yang RM6,000 sebulan. Jadi bagaimanakah sistem penggajian yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri nanti? Terima kasih Yang Berhormat.
Terima Yang Berhormat. Saya kira ada dua format pembelajaran. Pertama adalah untuk umum yang mana kita muat naik secara di atas talian dan yang kedua adalah satu projek yang kita mahu diangkat melalui sistem akreditasi di UNISEL. Dan selepas projek rintis ini dilakukan selama lebih kurang setahun, kita akan beri ruang kepada UNISEL untuk meneliti dan dia akan diangkat sebagai satu sijil sama ada sijil profesional ataupun diploma dan ditawarkan di UNISEL. Jadi dengan menghasilkan satu sijil ataupun satu kurikulum yang mendapat satu piawaian yang standard, itu akan memberikan peluang kepada mereka yang mengikuti kursus penjagaan ini mendapat bayaran ataupun pendapatan yang berwajaran dengan kualiti yang diperolehi.
Yang Berhormat Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 48.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Masalah Rangkaian TelekomunikasiQuestions
48. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah jalan penyelesaian dapat diambil oleh pihak telekomunikasi dalam menangani isu ini yang kebanyakan kawasan seperti di Kampung Sungai Tekali, Sungai Lui, Kampung Pansun, Kampung Sungai Serai, Kampung Dusun Tua yang tidak mendapat rangkaian talian telco dan juga internet?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Soalan berkaitan dengan perkhidmatan internet di kawasan Kampung Sungai Tekali, Sungai Lui, Kampung Pansun, Kampung Sungai Serai dan Kampung Dusun Tua tidak mendapat rangkaian talian telco dan juga internet. Berdasarkan rekod Consumer Redress Portal (CRP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hanya menerima satu aduan spesifik di lokasi Kampung Kasih, Sungai Tekali. Tiga aduan di Sungai Lui dan tiada aduan direkodkan bagi Kampung Pansun, Kampung Sungai Serai dan Kampung Dusun Tua berkaitan perkhidmatan internet dalam tempoh 1 Januari 2025 sehingga 8 April 2026. Daripada keseluruhan jumlah aduan tersebut, sebanyak 3 aduan telah diselesaikan melalui tindakan oleh pemberi perkhidmatan dan baki 1 aduan lokasi spesifik Sungai Lui masih dalam tindakan penyelesaian dengan pemantauan berterusan oleh Pejabat Negeri Selangor SKMM. Bagi DUN Dusun Tua, setakat 28 Februari 2026, kadar liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk kini telah mencapai 100%. Pelaksanaan inisiatif Pelan Jendela di bawah Parlimen Hulu Langat, DUN Dusun Tua setakat 28 Februari 2026 adalah telah ada 10 tapak menara baru, 184 naik taraf stesen pemancar, 10,468 premis tersedia dengan gantian optik, 32 jumlah tapak pemancar 5G DNB juga telah dioperasikan. 18 jumlah tapak pemancar 5G U Mobile juga telah dioperasikan. Seandainya terdapat sebarang aduan yang hendak dibuat lagi, boleh dilakukan secara terus kepada MCMC melalui portal aduan MCMC dan juga menggunakan satu inovasi terbaru MCMC NEXUS atau aplikasi yang boleh digunakan untuk menguji kelajuan internet secara tuntas di mana sebarang kelajuan di bawah 10Mbps akan disalurkan secara terus kepada pihak MCMC untuk ditangani. Terima kasih.
Yang Berhormat. Itu sahaja jawapannya? Ada lagi? Itu sahaja? Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul menyembah kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Usul menyembah kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya mempersilakan Yang Berhormat Sentosa untuk menyambung perbahasan. 5 minit. Teruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terlebih dahulu dengan penuh rasa syukur dan takzim, patik merafakkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas kebijaksanaan dan keprihatinan dan pertimbangan yang amat luhur dalam memperkenankan Temasya Sukan 2026 diteruskan. Keputusan ini mencerminkan kepimpinan Tuanku yang berpaksikan keseimbangan dan antara tanggungjawab, kewangan dan masa depan generasi muda. Penghargaan juga kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas komitmen Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Tuanku. Daulat Tuanku. Tuan Speaker banyak kenyataan akhbar dan sosial media telah dikeluarkan selama 2 hari ini berkenaan dengan statistik 688 kuil dan sebagainya. Sentosa nak perkara seterusnya diperhalusi sebenarnya berkenaan statistik 688 kuil dan 1,169 rumah-rumah ibadat yang lain, memang mengelirukan jika tidak diperincikan. Kalau dicampurkan semua jenis struktur tanpa kategori yang jelas ia boleh memberikan gambaran yang tidak tepat kepada rakyat. Isu angka 688 kuil di Selangor perlu diperjelaskan. Angka ini perlu diperhalusi dan diperjelaskan dengan lebih teliti. Berdasarkan semakan di peringkat Nasional Hindu Staring Comunity dengan izin, iaitu Badan Bertindak Jawatankuasa Pemandu Kuil Hindu Kebangsaan serta maklum balas daripada komuniti-komuniti setempat. Angka tersebut berkemungkinan merangkumi pelbagai tempat-tempat ibadat yang berbeza sifat dan skala. Ini juga termasuk mungkin struktur kecil dalam satu kawasan yang dikira sebagai entiti berasingan. Kebetulannya bila ada satu kuil di ada bangunan-bangunan lain sekeliling mungkin dia juga telah ambil kira bangunan-bangunan ini. Yang kedua, pondok penyembahan atau selain syerain kecil dan ketiga tempat sebaik sembahyang dalam rumah persendirian. Adalah tidak wajar untuk menyamakan semua ini sebagai kuil. Dalam erti kata sebenar. Kuil itu ada jawatankuasa, dia daftar dengan pendaftar dan sebagainya. Pendekatan yang lebih adil dan tempat adalah dengan mengkategorikan tempat ibadat mengikut definisi yang jelas sama ada kuil berstruktur syerain kecil atau tempat sembahyang persendirian. Sebelum sebarang angka diumumkan kepada umum. Tuan Speaker, Sentosa juga ingin menegaskan bahawa pengurusan tempat ibadat harus ditangani secara tersusun. Inclusive dan berhemah dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat serta keperluan sebenar penganut. Kami menyeru ataupun Sentosa menyeru agar satu semakan menyeluruh dilalukan supaya data yang dikemukakan adalah tepat, telus dan tidak
mengelirukan. Kesimpulannya ketepatan fakta adalah asas kepada dasar yang baik. Jangan kita mengejutkan rakyat dengan angka besar tanpa konteks yang sebenar. Ini adalah data yang dikeluarkan oleh PTGS dalam data itu juga dikatakan JKR tidak ada kuil tanpa kebenaran, kosong. Ini bererti perkara ini pun dibentangkan di peringkat Mesyuarat LIMAS untuk kita bincang bersama dan sebelum data ini boleh dikeluarkan. Tuan Speaker, seterusnya semalam ataupun hari Jumaat lalu. Sentosa telah mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandar Raya Diraja Klang dan JPS atas projek-projek yang telah mereka memperkenalkan. Selama 2 tahun ini memang dengan restu Tuhan, banjir tidak begitu berlaku di Sentosa. Ini adalah dengan tindakan-tindakan Majlis dan juga kumpulan-kumpulan agensi lain KDEB dan sebagainya untuk memastikan longkang kita sentiasa bersih. Apa yang Sentosa minta ialah longkang-longkang di kawasan perumahan Sentosa perlu diperlebarkan. Kolam-kolam tadahan sedang dibina dan juga sungai harus diperlebar juga supaya air boleh dapat keluar dengan cepat. Tuan Speaker kerana Tuan Speaker seorang yang sungguh bijak saya minta 5 minit lagi. Tuan Speaker, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri atas strategik dan langkah proaktif dalam menjayakan inisiatif penanam sebanyak 11 juta pokok. Ini adalah satu usaha yang cukup baik untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar malah perkukuh menangani perubahan iklim dan sebagainya. Masalah yang kita hadapi ialah bertentang penyelenggaraan pokok. Sentosa telah menanam lebih daripada 500 pokok 3 tahun lalu, tapi tidak ada penyelenggaraan. So inilah apa yang kita minta, kita boleh tanam tapi kita perlu memastikan pokok-pokok ini subur dan juga pemangkasan dan pembersihan perlu dilakukan. Sentosa minta harap agensi-agensi berkenaan akan memainkan peranan untuk memastikan pokok yang ditanam dijaga. Tuan Speaker, Sentosa juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada MBI serta yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas kejayaan pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor yang telah menunjukkan impak yang amat merangsangkan dalam keputusan SPM 2025. Pencapaian ini jelas dilihat melalui peningkatan gred purata Negeri Selangor berbanding 4.52 kepada 4.59 pada tahun 2024. Pada masa yang sama peratusan layak memiliki sijil turut meningkat kepada 92.15% berbanding 91.53%. Tahniah kepada semua pelajar straight A prestasi SPM di negeri Selangor menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan gred meningkat dan lebih baik. Saya juga Sentosa meminta Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memastikan semua pelajar ini diberi tempat di Kolej Matrikulasi. Tuan Speaker akhir kata, Sentosa ingin juga membawa isu berkenaan permintaan Sentosa untuk Masjid Al-Barakah di Bandar Sentosa. Masjid Al-Barakah adalah satu-satunya Masjid di untuk jemaah ibadah ataupun Jumaat di kawasan Sentosa. Dan minta 2 tahun proses kelulusan proses untuk memastikan kerja ini lambat. Sentosa meminta agar proses ini
dipercepatkan. Kalau masjid pun ada masalah macam dengan rumah-rumah ibadat yang lain. Saya Sentosa meminta agar proses kelulusan proses pembinaan dipercepatkan. Tuan Speaker, seterusnya berkenaan dengan Air Selangor. Air Selangor ini memang okay operasi dia. Tetapi dia potong air dia hantar surat notis. Tapi dia hantar surat notis okay terima. Dia datang nak potong air ke rumah orang, dia tak ketuk pintu terus potong, terus lari. Ini kalau menyusahkan pening penduduk, tangki air, tangki air di rumah habis, tengok air tak ada. You kenalah salam, bagi salam ketuk pintu bagi tahu minta maaf. Tak potong dan sebagainya. Saya harap Pengurusan Air akan memastikan pemotongan air ini adalah lebih berhemat dan juga untuk menjaga kebajikan penduduk jangan susahkan mereka. Akhir kata, Sentosa sekali lagi merafak sembah menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan penuh rasa tanggungjawab menyatakan sokongan padu terhadap segala titah yang telah disampaikan. Pembangkang harus melihat isu ini sebagai peluang untuk memperbaiki keadaan bukan sekadar mencari kesalahan fokuslah kepada cadangan yang membina, demi kepentingan rakyat Selangor bersama. Sentosa menyokong. Terima kasih.
Lama sangat terlebih bijak. Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Yang Berhormat Dengkil.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Dengkil ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih bagi membahaskan titah ucapan dan pandangan yang di titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Sempena Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor 2026. Dengan ini Dengkil akan memfokuskan kepada isu utama sahaja yang juga melibatkan Dengkil dan juga seluruh Selangor amnya. Yang pertamanya berkaitan dengan Penguat kuasa dan Reformasi PBT. Yang pertama, Dengkil ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Selangor atas pujian yang diberi oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Sultan dalam wujudkan reformasi sistem tadbir urus RSTU. Iaitu ia adalah rangka bagi memastikan sistem tata kelola kerja yang dapat dilaksanakan secara berkesan dan efektif dengan mengurangkan kerenah birokrasi. Mengapa perlunya reformasi ini, ini memandangkan PBT perlu mengambil tindakan secara cepat dan drastik akibat isu yang timbulkan oleh rakyat. Masalah ini masih berlaku yang ditimbulkan oleh rakyat. Ia adalah akibat lambatnya budaya respons. Proses ketelusan permit bina rumah mengambil berbulan lamanya. Isu kutipan sampah, lampu jalan, pembaikan jalan, perparitan yang tidak diselenggarakan dan ada lagi pelbagai aduan. Rintihan ini perlu disegerakan bagi mengurangkan keresahan dan kesulitan rakyat. Dengkil berpandangan bagi membantu mengatasi isu-isu di atas perlu diambil beberapa tindakan segera. Bagi tujuan ini, untuk itu PBT perlu fokus kepada kecekapan sistem pengurusan PBT dan ketelusan dalam tindakan yang dibuat. Yang kedua, hendaklah dibuat kajian semula dan mengemas ini peraturan-
peraturan dan pekeliling yang telah lapuk dan tidak sesuai lagi digunakan untuk semua urusan bagi membolehkan segala perkhidmatan berjalan sesuai dengan keadaan semasa. Yang ketiga, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadapan pelanggaran undang-undang dalam semua aspek yang berkaitan penguatkuasaan. Meneruskan usaha semasa pendekatan penguatkuasaan berfasa, bukan terus saman. Ini sangat penting bagi mendekatkan rakyat dengan PBT. Teruskan dengan memberi notis peringatan dan amaran bertulis. Jika melakukan kesalahan yang sama dimulakan dengan sitaan dan memberi kompaun. Penguatkuasaan perlu dimulakan dengan pendidikan dahulu bukan terus menghukum. Kesannya akan dilihat lebih adil dan mengurangkan persepsi PBT kejam. Yang lima, KPI yang jelas kepada PBT. Paparkan data aduan secara terbuka, tambahkan tenaga kerja di unit yang memerlukan, dan digitalisasi urusan penguatkuasaan. Keenam diwujudkan mesyuarat pelaksanaan secara berpusat pelbagai agensi yang berkaitan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang tidak dapat diselesaikan akibat tolak menolak di antara satu agensi dengan satu agensi yang lain. Sebab ada yang kata ini bukan tanggungjawab mereka, kalau begitu sampai bila perkara ini dapat diselesaikan. Yang ketujuh, sistem pemarkahan, KPI dan pertandingan yang sihat supaya ada usaha yang kuat di kalangan PBT di Selangor khususnya dalam pelbagai aspek yang berkaitan pengurusan PBT. Tujuannya adalah untuk memastikan semua YDP akan bersaing untuk menjadikan PBT nya yang terbaik sebelum mereka dianugerahkan, Anugerah Khidmat Cemerlang. Akhirnya pemerkasaan organisasi PBT supaya ia boleh berjalan secara efisien. Saya difahamkan kontrak YDP ataupun Presiden Majlis hanyalah setakat 2 tahun. Tempohnya terlampau pendek dan belum sempat membuat tindakan dan kena tukar. Jadi tempoh pertukaran YDP yang tidak bermasalah dan tidak ada kena kenaikan pangkat perlu sekurang-kurangnya 4 atau 5 tahun. Supaya ia akan memudahkan pemantauan dengan aktiviti yang dibuat secara efisien. Dan satu lagi, saya ingin mendapatkan penjelasan mengapa YDP pengisian YDP ini mengambil masa yang begitu lama ada yang telah lebih daripada setahun? Contohnya Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Adakah masalah pengisian kerana tiada orang berkelayakan? Saya yakin ini tidak. Sebab kita ada banyak Pegawai-pegawai Kerajaan yang masih lagi boleh ditempatkan sebagai YDP dan juga Timbalan YDP. Dan ini bukan satu saja di Perbandaran Ampang Jaya dan ianya juga di tempat majlis-majlis yang lain. Pengisian jawatan YDP dan jawatan penting ini perlu diisi segera kerana banyak kelulusan yang tidak boleh diluluskan oleh pegawai-pegawai lain, sebab YDP sahaja yang boleh apa sebab kuasanya ada pada YDP sahaja. Kesannya semua keputusan kelulusan jadi lambat dan ia nya merugikan kepada stake holder lah dan juga kepada pemegang taruh yang lain serta hasil negeri akan terkesan. Begitu juga pegawai di peringkat pengurusan dan juga operasi perlu ditukar di kepelbagaian agensi lain secara pinjaman sebab terlampau lama di satu tempat. Saya yakin produktivitinya berkurangan dan idea-idea baru tidak ada dan penambahbaikan sistem kerja juga tidak ada lagi. Untuk itu saya mohon lah Dato’ Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan untuk mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah penempatan ini. Dan beliau boleh berunding dengan pihak JPA supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera.
Isu ini adalah sama dengan yang lain-lain tempat iaitu isu banjir di Dengkil. Kekecewaan yang dizahirkan oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan turut dirasai di Dengkil. Dengkil ini terletak di lembangan dua sungai utama, sungai Langat dan sungai Semenyih. Zon nya adalah zon rendah dan ia nya sangat terdedah kepada tempat limpahan sungai akibat hujan lebat. Dengkil ingin mendapatkan penjelasan ye dan pengesahan mengapa pembinaan projek tebatan banjir ini mengambil masa yang begitu lama untuk dilaksanakan. Dengkil faham proses pengurusan berkenaan projek tebatan banjir yang melalui kawasan Dengkil ini telah pun melalui proses pengambilan tanah sejak tahun 2023 dan dijangka siap pada tahun 2027. Tetapi sehingga kini masih lagi belum bermula lagi. Rakyat masih lagi menanggung kerugian setiap kali banjir dan terutamanya di kawasan satu kampung Lalang namanya sentiasa menghadapi banjir apabila menerima kadar hujan yang tinggi. Masalah saliran dan perparitan juga perlu diperhalusi selain daripada projek tebatan banjir ini. Banjir kilat sering berlaku di kawasan taman. Dengkil juga berharap dapat dipanggil bersama-sama dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana Daerah. Setakat ini mesyuarat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Langat saja dipanggil. Di Sepang kami tidak dipanggil. Bencana tidak memilih pihak kerajaan ataupun pembangkang. Sebagai wakil rakyat yang dipilih, rakyat Dengkil merasakan berhak untuk berada dalam perbincangan bersama Majlis Pengurusan Bencana Daerah. Persediaan yang lebih sistematik dan efektif harus dilaksanakan semasa berlakunya bencana seperti apa yang disarankan dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Isu terakhir ialah isu kebersihan dan keindahan bandar. Perkara asas dan kebersihan perlu melibatkan pengurusan sampah yang lebih efisien dan sistematik. Pada Julai 2025 sahaja didapati sekurang-kurangnya 35 ekar keluasan tanah yang dijadikan pusat buangan sampah haram. Pihak Bomba dan penyelamat terpaksa memadam kebakaran yang dilakukan dan memberi kesan yang buruk kepada penduduk. Kepulan asap ini dapat dirasai ya sehingga ke Putrajaya. Bagaimana sebuah bandar pintar seperti Cyberjaya yang menjaga kebersihan dan keindahan tetapi dikelilingi oleh kawasan-kawasan sampah haram yang semakin berleluasa. Penyediaan tong-tong yang uzur di kawasan kejiranan juga harus diambil kira supaya sampah sarap tidak bertaburan. Dengkil mendapat aduan berapa kes melibatkan pekerja asing yang mengutip sampah membuka plastik bungkusan mencari sampah yang boleh dikitar semula dan kawasan menjadi berselerak dan mengambil masa yang lama untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat. Dengkil mencadangkan supaya menambah Pusat Kitar Semula yang kini hanya ada dua di dalam Dewan Undangan Dengkil iaitu di Putra Perdana dan di Kota warisan. Program kesedaran kitar semula ini harus dipergiatkan supaya kawasan lebih bersih dan sejahtera. Penambahan Pusat Kitar Semula berkonsepkan Drop Off dengan izin harus diperbanyakkan lagi di setiap lokasi yang bersesuaian. Kempen SELKitar yang dilakukan di Kuala Langat juga boleh dijadikan contoh di mana ada lori yang akan mengutip bungkusan kitar semula mengikut jadual yang ditetapkan. Seperti di Dewan Undangan Dengkil dalam daerah Kuala Langat, kutipan akan dilakukan pada setiap hari Jumaat. Dengkil mencadangkan supaya kekerapan kutipan ini ditambah semoga dapat memberi galakan kepada penduduk agar prihatin dengan kepentingan kitar semula. Dengkil juga mendengar
rintihan beberapa kawasan kampung yang menghadapi masalah lambakan sampah di Pusat Pembuangan Sampah dengan bilangan penduduk yang bertambah, kuantiti sampah semakin bertambah dan kebanyakan pusat pengumpulan sampah di kawasan kampung dilakukan secara berkelompok. Penambahan tong-tong sampah amatlah diperlukan. Itu saja daripada Dengkil, ada serangkap pantun yang hendak saya sampaikan. Sikit saja Yang Berhormat Speaker;
Berbaju kurung si anak dara, Diusik lelaki yang miang keladi, Kalau dah tersilap mohon bicara, Asalkan jangan curah air di daun keladi.
Akhirnya Dengkil mengucapkan terima kasih, titah ucapan Duli Yang Maha Mulia tuanku. Segala teguran dan pandangan itu perlu dijadikan panduan penambahbaikan serta dipertingkatkan lagi sistem perkhidmatan dan pentadbiran yang terbaik di negeri Selangor. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Yang Berhormat Batang Kali.
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Tuan Speaker yang budiman. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Patik menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih setia ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Daulat Tuanku. Tuan Speaker, saya mulakan dengan sebuah pantun; Daun keladi sombong berdiri, Air dicurah jatuh ke bumi, Jika titah tuanku tidak di peduli, Rakyat derita menanggung rugi.
Banjir bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan kerugian harta benda dan nyawa rakyat Selangor. Kerajaan Negeri sepatutnya lebih agresif dan proaktif dalam menyelesaikan isu banjir. Ini bukan mendabik dada mengumpul rizab kewangan yang tinggi tetap kebajikan rakyat kurang diambil peduli. Banjir, adakah Selangor ingin menjadi juara banjir? Dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor saya bacakan; “Isu banjir telah berpuluh kali Beta nasihatkan untuk diselesaikan segera namun malangnya nasihat beta tidak di peduli dan tidak diambil berat diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi”.
Tidakkah Kerajaan Negeri berasa malu? Ini bukan satu kali atau dua kali tetapi berpuluh-puluh kali. Tolong dan tolonglah jangan biarkan rakyat yang menanggung deritanya. Hanya indah dengan kata-kata dan disulami dengan hamparan. Tindakan fatamorgana oleh Kerajaan Negeri untuk menutupi kelemahan dan kegagalan tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu banjir. Di kawasan saya Batang Kali, sebuah projek yang agak unik dan analogical dengan izin yang dibina di Taman Cahaya Batang Kali. Sebahagian kawasan padang permainan di taman tersebut telah dihapuskan dan di korek hampir sedalam satu meter untuk dibina kawasan tadahan air yang membolehkan untuk banjir dielakkan katanya. Dan yang lagi unik nya, sebuah longkang kecil dibina di dalam kawasan tadahan tersebut. Projek ini gagal dan menyebabkan berlakunya banjir yang amat dahsyat di kawasan perumahan tersebut baru-baru ini. Untuk menutupi kegagalan dan kelemahan tersebut, sebuah Pusat Tahfiz yang anggaran nya lebih 2 kilometer telah dipersalahkan. Sekali lagi saya ingin menegaskan di dalam Dewan Yang Mulia ini saya juga telah berulang kali memohon dan meminta Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu banjir yang melanda di kawasan Taman Seri Cahaya Batang Kali. Saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan laporan penuh dan jawapan yang betul berkaitan isu yang berlaku di Taman Seri Cahaya Batang Kali. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk mengalihkan isu tersebut dengan menyalahkan pihak pembangkang dan tidak perlulah bermain politik songsang dengan hasil penderitaan rakyat. Jangan hanya untuk keuntungan sebelah pihak harta dan nyawa rakyat dikorbankan. Soalan saya, siapakah yang mengada-adakan projek tersebut? Berapakah nilai projek tersebut dan kontraktor manakah yang mengambil projek tersebut? Persoalan yang kedua apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri yang benar-benar mengatasi isu banjir yang kerap berlaku di Taman Seri Cahaya dan juga beberapa kawasan hotspot banjir di kawasan DUN Batang Kali. Mohon penjelasan dan jawapan daripada kerajaan negeri secara lisan dan bertulis. Tuan Speaker, saya ingin mengambil perhatian kerajaan negeri infrastruktur jalan di kawasan DUN Batang Kali masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan dan kurang baik. Masih banyak jalan-jalan yang berlubang dan rosak perlu ditangani segera di kawasan DUN Batang Kali yang perlu diberi perhatian segera kerana ia melibatkan nyawa pengguna dan rakyat di DUN Batang Kali. Di kawasan DUN Batang Kali terdapat 1,870 buah jalan yang dikelolai oleh pihak PBT. Dan dilaporkan kepada saya sebanyak 316 buah jalan yang rosak berlubang dan tidak di selenggara dengan baik. Sidang Dewan Yang Mulia, Kerajaan Negeri perlu bertindak segera untuk menaik taraf jalan utama daripada Simpang Empat sehinggalah ke Simpang Empat Sungai Buloh. Untuk Sungai Choh maaf, untuk makluman kepada Kerajaan Negeri yang ada sekarang ini jalan tersebut sering kali berlaku kemalangan yang meragut nyawa sudah beratus nyawa telah terkorban. Akibat jalan tersebut kurang sistem pencahayaan lampu dan kurangnya ciri-ciri keselamatan. Saya mohon Kerajaan Negeri untuk menaik taraf sistem pencahayaan dengan memasang lampu di kawasan-kawasan tersebut. Perkara ini telah 5 kali dibawa dalam sidang dewan ini. Dan ia seperti diibaratkan mencurah air di daun keladi. Terdapat 2 jambatan sempit
yang perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi isu kesesakan yang melampau di kawasan Serendah. Saya juga mencadangkan satu fly over di bina di Jalan dari Taman Melati ataupun kawasan ECRL terus ke jalan utama menuju ke by pass Rawang untuk jangka masa panjang. Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membina traffic light atau bulatan round board di Simpang Empat Jalan Protokol Bukit Belantara Simpang Empat Jalan Bandar Sungai Buaya kerana jalan ini sering berlaku kemalangan sehingga meragut banyak nyawa penduduk di kawasan tersebut. Permohonan ini telah bertahun-tahun lamanya diminta oleh persatuan dan juga penduduk tersebut. Apa guna cukai dinaikkan dan dikenakan terhadap rakyat negeri Selangor khususnya di DUN Batang Kali dan Hulu Selangor. Mohon penjelasan dan tindakan Kerajaan Negeri dan soalan saya apakah langkah-langkah yang boleh dituntut ganti rugi oleh pihak yang mengalami ataupun rakyat yang mengalami kemalangan jalan raya disebabkan oleh atau berpunca daripada jalan yang berlubang ataupun infrastruktur jalan yang tidak baik yang sepatutnya di selenggara oleh pihak yang berwajib. Kelestarian dan keindahan kampung amat penting untuk menjaga tradisi kampung-kampung tersebut. Saya mohon penjelasan Kerajaan Negeri berkaitan dengan membina satu pintu gerbang masuk ke kampung tradisi Melayu di Kampung Hulu Rening dan Kampung Sungai Buaya. Ini termasuk lah juga memasang lampu-lampu jalan dan lampu-lampu untuk masuk ke kawasan kampung tersebut. Tuan Speaker, sehingga ke hari ini kutipan sampah oleh KDEB di kawasan saya agak baik dan bagus. Tindakan secara terus oleh KDEB yang diadukan pantas dilaksanakan oleh pihak KDEB apabila aduan diterima oleh penduduk. Sebagai contoh, namun di beberapa kawasan di tempat yang perlu diambil berat oleh pihak KDEB adalah kawasan Apartment Cempaka, Serendah dan sekitarnya. Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula atau memberi suntikan tambahan kos kepada KDEB untuk menanggung kos pengoperasian di DUN Batang Kali dan Hulu Selangor. Akibat kenaikan bahan bakar diesel yang tidak menentu. Saya juga mohon kepada Kerajaan Negeri untuk menyemak semula sistem aduan SISPAA supaya aduan rakyat yang diajukan dalam sistem tersebut benar-benar membantu menyelesaikan masalah aduan tersebut secara berkesan. Jangan hanya dalam sistem sahaja ditulis selesai, namun aduan tersebut pada hakikatnya tidak selesai. Perkara ini berlaku di lapangan. Di sini ingin saya menarik perhatian Dewan, isu berkaitan dengan pencemaran bau dan lalat yang agak kritikal yang berlaku di Taman Ayun Berlian, Batang Kali. Saya mohon penjelasan yang jelas daripada pihak yang berwajib berkaitan dengan isu tersebut. Kerana apabila aduan berkali-kali dilakukan di dalam SISPAA sehinggalah aduan tersebut dikeluarkan oleh pihak media massa barulah tindakan yang drastik diambil oleh pihak yang berwajib. Mohon jawapan dan pandangan daripada Kerajaan Negeri. Tuan Speaker, timbul satu persoalan yang berkaitan dengan rantaian Optic Master Plan Selangor, Dark Fiber Network yang dikatakan sepanjang 889 kilometer di seluruh Selangor. Persoalannya, adakah projek ini meliputi kawasan luar bandar khususnya di kawasan DUN
Batang Kali dan Hulu Selangor dan berapakah kos sebenar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek ini, memandangkan projek ini akan memberi atau menjana hasil sebanyak RM196 juta dalam tempoh 5 tahun selepas ia direalisasikan. Mohon penjelasan yang terperinci. Berkaitan dengan pendidikan dalam ucapan titah Tuanku, satu peruntukan pendidikan RM136 juta telah diperuntukkan untuk pendidikan, saya mohon kepada Yang Berhormat EXCO dan Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan cadangan kami daripada Kerajaan Pembangkang. Walaupun perkara ini telah pun berulang kali di dalam dewan yang mulia ini iaitu cadangan program pemberian satu jumlah ataupun one-off kepada semua sekolah-sekolah agama SRA, SAR dan Kafa Berintegrasi untuk membantu sekolah-sekolah yang daif agar murid-murid yang belajar agama Islam dan fardu ain selesa dan selamat. Ini adalah kali ketujuh cadangan ini dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan. Takkan nak tunggu dah dekat pilihan raya baru nak diberi peruntukan tersebut. Saya yakin Yang Berhormat EXCO akan berlembut hati dan meletakkan kepentingan agama Islam mengatasi segala-galanya dan menyambut cadangan ini untuk dilaksanakan. Mohon Yang Berhormat EXCO memberikan jawapan dan penjelasan. Kami mengharapkan jawapan yang positif. Satu lagi saya mohon mewakili rakyat dan kariah kawasan perumahan saya di Antara Gapi mahukan penjelasan yang jelas dan terperinci tentang status pembinaan Masjid Antara Gapi yang melibatkan hasil kutipan derma duit orang ramai. Siapakah kontraktor yang dilantik? Bilakah ia akan disiapkan?Berapakah peratus progress kerja-kerja di lapangan?. Mohon penjelasan yang terperinci secara lisan dan bertulis. Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji dan meneliti semula caj-caj yang dikenakan oleh pihak PBT dan juga pihak pelukis pelan yang dicadangkan oleh pihak PBT untuk isu permit sekolah-sekolah tadika swasta supaya pengoperasian mereka dapat dikurangkan khususnya di kawasan Hulu Selangor. Ini termasuklah tarif air dan elektrik untuk kegunaan dan pengoperasian sekolah tadika tersebut di kawasan-kawasan di luar bandar. Tuan Speaker, saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk melihat dan mengkaji semual tindakan yang kerap kali diambil ke atas penjaja dan peniaga kecil di Selangor. Khususnya di DUN Batang Kali dan Hulu Selangor. Kembalikanlah semula pengecualian bayaran permit penjaja dan peniaga kecil seperti mana yang telah dilaksanakan oleh Ketua Pembangkang sewaktu menjadi Menteri Besar yang lalu. Prihatinlah kepada penjaja dan peniaga kecil yang cari makan sesuap nasi untuk survivor hidup. Janganlah disita dan diangkut barang perniagaan mereka oleh penguasa PBT. Janganlah menutup periuk nasi mereka, penjaja dan peniaga kecil ini adalah tulang belakang ekonomi setempat. Mesralah kepada penjaja dan peniaga kecil ini, gunakanlah undang-undang untuk mendidik, bukan semata-mata untuk menghukum. Sidang Dewan Yang Mulia, saya bacakan petikan ucapan Tuanku untuk tidak ada lagi ternakan atau ladang babi di Selangor.
Yang Berhormat.
Terima kasih.
Masa dah sampai dah.
Sikit lagi.
Saya rasa dah perenggan terakhir boleh?.
Penutup
Boleh perenggan terakhir. Satu minit lagilah ya.
Saya bersama rakyat di DUN Batang Kali dan Hulu Selangor taat setia untuk mempertahankan, tiada lagi ternakan babi yang akan dilaksanakan di Selangor khususnya di kawasan populasi majoriti penduduknya adalah Melayu dan Islam. Tidak perlu ada alasan-alasan untuk melaksanakan ternakan babi di Selangor. Saya yakin dengan Yang Berhormat daripada Kerajaan Negeri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam juga menyokong untuk tidak diadakan ternakan babi di Selangor. Jangan terlalu sombong dan angkuh untuk mempertahankannya. Dengarkanlah rintihan rakyat, patuhlah kepada titah Tuanku Selangor. Jangan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Jangan cuba bermain politik dengan Sultan kami. Saya dan rakyat di DUN Batang Kali, Hulu Selangor akan menolak dan menentang habis-habisan jika ada pihak yang cuba untuk melaksanakan ternakan babi di Selangor khususnya di kawasan DUN Batang Kali dan Hulu Selangor. Akhir kata, Daun keladi berbentuk hati, Main bersama di tanah pusaka, Titah Tuanku perlu dihormati, Jangan jadi rakyat derhaka.
Jangan diperlekehkan ucapan titah Tuanku Selangor. Daulat Tuanku. Terima kasih.
Saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kota Damansara. 10 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor. Assalamualaikum Warahmatulahhi Wabarakatuh dan Salam Kita Selangor Maju Bersama. Terlebih dahulu Kota Damansara ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih dan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas titah ucapan sempena adat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Bagi Tahun 2026. Titah Tuanku Sultan sarat dengan nasihat dan harapan kepada Kerajaan, Pembangkang dan rakyat Tuanku sekalian.
Pertama sekali, Kota Damansara ingin mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Muhammad Onn Abd. Aziz, selaku Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor yang baru. Tuan Speaker, Kota Damansara meneliti satu persatu ucapan titah Tuanku Sultan. Antaranyalah Tuanku Sultan menyebut berkenaan kejayaan dan catatan rekod sejarah negeri Selangor iaitu bagi penerimaan hasil sebanyak RM3.021 bilion bagi tahun 2025 yakni peningkatan sebanyak RM154 juta berbanding tahun 2024. Pencapaian ini melebihi sasaran asal dan juga akan dicuba dicapai bagi tahun 2026 iaitu sasaran sebanyak RM2.8 bilion. Ini menunjukkan bahawa sepanjang tahun 2025 bahawa Kerajaan, saya ingin mengucapkan, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh Pegawai Kerajaan yang berjaya untuk mendapatkan hasil sebegini rupa, dengan dapatnya jumlah kehasilan ini semestinya kita boleh dapat merancang pada tahun 2026 ini juga. Yang Berhormat Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan Pakej Daya Tahan Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker sebagai wakil rakyat DUN Kota Damansara saya menyambut baik dan menyokong penuh pendekatan proaktif Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang bernilai lebih RM130 juta dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup serta ketidaktentuan ekonomi semasa, selari dengan titah Tuanku yang berbunyi, “Beta berharapkan Kerajaan Beta membuat persiapan awal bagi mendepani cabaran yang bakal kita hadapi”. Pakej ini bukan sahaja bersifat menyeluruh, malah merangkumi pelbagai lapisan masyarakat daripada penggunaan bandar, pelajar, petani sehinggalah kepada usahawan kecil. Kerajaan Negeri tidak tergesa-gesa dalam merancang pakej perancangan ini, seperti yang diumumkan dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor, sebaliknya perancangan awal dibuat dengan melibatkan pakar-pakar yang berlatar belakang ekonomi, institusi kewangan, geopolitik, malah industri tenaga. Selangor menubuhkan jawatankuasa khas menghadapi krisis. Negeri yang pertama melaksanakan bagi mengambil the best brain in Malaysia atau Selangor. Jawatankuasa ini diketuai oleh Tan Sri Muhammad Ibrahim juga seorang bekas Gabenor Negara. Dalam keadaan yang mana negeri-negeri lain tidak melakukan apa-apa, hanya sekadar membuat penjimatan, yang lebih malang di negeri di utara cuba memperlekehkan pimpinan membuat telephone call. Kalau dia buat kena bahan dengan pelajar. Tetapi tanpa dia sedar, negeri itu tidak memberikan apa-apa bantuan kepada kerajaan. Hanya sekadar membuat penjimatan. Tetapi negeri Selangor menunjukkan satu langkah yang ke depan, bukan sekadar buat sekadar penjimatan tetapi malah kita melancarkan Pakej Daya Tahan Selangor 1.0. Supaya kita boleh mengorak langkah untuk membantu rakyat Selangor. Inilah yang sesuai kita panggil Selangor ini ialah Negeri Darul Ehsan, yang mana Kerajaan Negeri juga menunjukkan ehsan kepada rakyat Selangor. Pertama sekali, inisiatif Jelajah Ehsan Rahmah atau (JER) yang dilaksanakan setiap bulan di setiap DUN amat signifikan dan memastikan rakyat mendapat akses sebagai barang
keperluan asas pada harga yang berpatutan. Ini sangat penting, khususnya kepada mereka yang penduduk bandar yang berdepan dengan kenaikan kos makanan. Kedua, penubuhan Gudang Makanan Selangor diperuntukkan sehingga RM50 juta bagi meningkatkan stok penimbalan makanan adalah langkah strategik bagi menjamin keterjaminan makanan negeri serta menstabilkan barangan harga asas. Kita beli stok awal dalam keadaan mana stok sebelum kita kekurangan stok. Jadi kita pulang balik kepada rakyat dengan menjual harga-harga yang lebih murah. Walaupun kita lihat usaha ini tidak begitu besar, tetapi bagi mereka yang golongan yang memerlukan ini satu kelegaan dan keprihatinan kerajaan kepada mereka. Kita sudah melihat pengalaman yang dilalui oleh negara-negara jiran seperti Indonesia, Philippine dan Thailand. Mereka menghadapi kekurangan bekalan minyak dan bekalan barangan makanan. Kedua-dua ini menyebabkan rakyat terpaksa membayar harga yang lebih tinggi ataupun juga insiden di mana makanan serta bahan bakar api tidak mencukupi. Langkah Kerajaan menyediakan negeri proaktif dengan memandang ke hadapan iaitu antara faktor utama, kerajaan memperuntukkan RM130 juta ini selain daripada jumlah peruntukkan, sebenarnya fokus utama ialah amat penting untuk di analisa ialah beberapa elemen-elemen yang kita lihat dengan Kerajaan Negeri mengemukakan iaitu voucher Kita Selangor berjumlah RM30 juta yang akan memberi implikasi kepada 50,000 penerima sebanyak RM100.00. Jumlah RM100.00 ini tidaklah begitu besar dinilai daripada apa yang kita ada hari ini, tetapi dalam nilai RM100.00 ini sekurang-kurangnya mereka yang kehilangan pekerjaan, sekurang-kurangnya beras, minyak, ayam boleh dibeli. Beras 10 kilo ataupun 20 kilo boleh makan sebulan. Ini sebenarnya apa yang kita lakukan. Kerajaan melakukan intervensi membantu masyarakat. Di tambah dengan penerima BINGKAS yang 30,000 penerima menjadikan keluarga yang akan dibantu sebanyak 80,000 keluarga yang akan menerima manfaat bantuan tunai secara terus daripada pihak kerajaan negeri. Ini sekurang-kurangnya 320,000 warga Selangor jika kita mengambil purata satu keluarga seramai 4 orang. Ini ditambah pula dengan Kerajaan Negeri juga memperkenalkan bantuan sarapan percuma kepada pelajar sekolah di seluruh Selangor. Saya kira ini suatu inisiatif yang baik, sebab kalau kita tengok realiti di bawah ada kanak-kanak atau anak-anak kita tidak pergi ke sekolah oleh kerana ibu bapa tidak mampu memberikan duit belanja. Sebab itu kalau kita kira puratanya kalau satu anak-anak diberikan RM2.00 atau RM3.00 ini membantu keluarga sebanyak RM150.00 sebulan kalau untuk satu orang anak. Jika kalau dua orang anak RM300.00. Ini secara tak langsung dia membantu kepada anak-anak kita yang pergi sekolah. Kita tahu bila saat mana ekonomi mencengkam. Kadang-kadang suami, malah isteri juga terpaksa bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Jadi semestinya golongan yang paling tercicir atau golongan yang paling terkesan anak-anak kita yang di luar sana yang akan pergi ke sekolah dengan perut kelaparan. Sebab itu saya menyambut baik program sebegini untuk membantu anak-anak kita yang akan menjadi kita punya pelapis.
Yang Berhormat Tuan Speaker, perancangan jangka masa panjang dari sumber tenaga. Langkah kerajaan untuk mempelbagaikan campuran tenaga akan mengurangkan kebergantungan rakyat dalam industri Selangor serta bahan bakar. Selangor tidak berupaya menunggu dalam melihat aspek ini. Kita lihat kesan isu letupan gas Putra Heights pada tahun lalu. Industri terutamanya kilang-kilang mengalami tekanan kerana operasi kilang amat bergantung kepada gas sumber api. Selain daripada Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri dan PBT, saya fikir bagus untuk kerajaan bekerjasama dengan rapat membantu syarikat-syarikat untuk menambah teknologi tenaga solar. Ini sangat praktikal kerana Selangor ialah denyut nadi ekonomi Negara. Terutamanya industri perkhidmatan dan PKS. Kita mempunyai jumlah syarikat paling banyak di Selangor. Kalau dulu disebut Selangor ini kalau bersin, Malaysia demam. Tetapi saya ingat dalam keadaan ekonomi yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini kalau Selangor bersin ini, Malaysia COVID, saya kira. Jadi, ini sebabnya Selangor tidak boleh gagal kerana sekiranya kita bermasalah...
Kota Damansara.
Bukit Gasing berdiri.
Sila.
Ini Dewan sekarang.
Ya.
Ramai sudah hilang.
Ya.
Pergi Negeri Sembilan.
Semua sudah pergi Negeri Sembilan.
Negeri kita Negeri Selangor.
So, saya temankan Kota Damansara tanya sedikit soalan. Kalau nak kurangkan penggunaan gas di kilang-kilang tersebut seperti Kota Damansara cadangkan, gas itu bukan untuk electricity. Gas itu untuk dia bekalkan haba yang sangat kuat, nak main logam you kena ada haba yang beratus-ratus celsius. Kalau tak ada gas, nak pakai apa untuk dapatkan haba yang begitu tinggi?
Bukan semua kilang menggunakan itu untuk tujuan tersebut. Sebab kita kena memahami juga tujuan utama kita nak memindahkan kilang-kilang ini menggunakan teknologi solar dan sebagainya adalah kita memberi peluang kepada kilang-kilang tersebut target nya untuk menjimat 10% ke 15% (paling kurang 5%) sebab dengan ada penjimatan di kalangan kilang-kilang atau industri ini,
ini akan memberikan ruang yang lebih kepada kilang-kilang ini untuk menjaga cash flow mereka. Jika cash flow mereka terjaga secara tak langsung dalam keadaan ekonomi yang akan datang, kita percaya mereka tidak mengurangkan pekerjaan pekerja-pekerja yang berada di Selangor. Ini sebab saya sebut rancangan oleh atas dasar itu saya minta pihak kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama dengan industri-industri di Selangor.
Yang Berhormat Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah selesai Rancangan Selangor Yang Pertama. Kota Damansara ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar telah melancarkan pencapaian Rancangan Selangor Pertama. Gombak Setia yang mungkin tidak ada pada pagi ini telah menyinggung berkenaan Rancangan Selangor Pertama bahawa Kerajaan hanya mengeluarkan angka-angka yang besar tapi hakikatnya gagal.
Untuk pengetahuan Dewan sekalian, Rancangan Malaysia Yang Pertama peratus pencapaiannya hanya 70%. Tapi kalau kita lihat sehingga hari ini, Rancangan Malaysia dia menjadi satu dokumen khas, dokumen yang diikuti untuk melangkah Malaysia yang lebih maju. Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Selangor akan mengeluarkan dokumen Rancangan Selangor Yang Pertama. Pencapaian 79% yang telah dicapai dan kena tahu juga Rancangan Selangor Pertama ini juga bukan hanya dokumen untuk projek-projek Kerajaan, dia juga meliputi projek-projek swasta. Kalau Rancangan Malaysia Pertama atau Rancangan Malaysia 100% projek Kerajaan. Jadi dalam keadaan ini kita mengimbangi kita menunjukkan satu arah tujuan atau panduan kepada syarikat-syarikat swasta atau kepada Kerajaan Negeri dan juga masyarakat ke mana arah tuju Selangor pada masa akan datang. Saya percaya dalam Rancangan Selangor Yang Pertama dengan hanya 79% pencapaian, dia bukan sesuatu angka yang bukan kira gagal. Kalau gagal ni apa? Kalau 40%, 30%. Saya kira 79% tu bukan angka gagal. Dia adalah angka permulaan untuk kita melangkah ke hadapan.
Kita tengok juga ditanya lagi bilakah pencapaian ini akan dibentangkan dalam sidang. Bagaimana dengan Rancangan Selangor Kedua? Dalam amalan mana-mana apabila Rancangan Malaysia telah habis, tidak ada pembentangan pada pembukaan Dewan (selalunya pembentangan ini akan dibuka pada Penggal Kedua Atau Penggal Ketiga). Saya percaya pada penggal pertengahan nanti akan ada pembentangan Rancangan Selangor Kedua daripada pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya minta Gombak Setia cuba bersabar walaupun disebutkan angka-angka ini ialah angka-angka yang agak mustahil untuk dicapai, saya nak ambil satu sendiri. Gantunglah cita-cita itu setinggi langit, bermimpilah setinggi langit kerana saat bila anda terjatuh anda akan terjatuh di keliling bintang-bintang. Ini ialah ucapan daripada arwah Sukarno. Jadi kita ambil semangat itu. Kita memberikan satu titik tinggi kepada Pegawai-pegawai Kerajaan dan kita percaya berikan kepercayaan kepada Pegawai-pegawai Kerajaan untuk mencapainya. Sebab kita tidak boleh hanya berada dalam keadaan kelompok yang selesa dalam paradoks yang biasa kerana kita
perlu menjadi luar biasa sebab Selangor ni ialah negeri yang luar biasa, rakyatnya luar biasa, masyarakatnya luar biasa dan dia punya pencapaian juga luar biasa.
Yang Berhormat Speaker, dalam titah tuanku ada menyentuh peranan pembangkang di Dewan Negeri Selangor. Amat penting Kota Damansara menjunjung kasih dan bersetuju dengan nasihat tuanku. Tuanku ada menyebut,
‘Beta mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan bahawa peranan Pembangkang di Dewan Negeri ini juga amat penting sebagai pihak yang boleh melakukan semak dan imbang (check and balance). Beta ingin menasihatkan agar pihak pembangkang terus memainkan peranan yang baik untuk memantau setiap dasar dan pelaksanaan dasar Kerajaan beta agar setiap satu tindakan yang dilakukan kepada pihak Kerajaan dilaksanakan dengan telus, berintegriti, efisien dan berhemah dengan meletakkan rakyat sebagai keutamaan utama pada setiap masa. Berbahaslah dengan fakta yang betul’.
Yang ini yang selalu tidak disebut oleh pihak pembangkang. Di luarnya disebut-sebut yang itu tapi dia sampai situ saja. Dia tak habis (dia tak baca habis). Biar saya baca sampai habis supaya pihak pembangkang pun tahu sebenarnya nasihat ini juga bukan hanya pada Kerajaan tapi juga kepada Pembangkang.
‘Berbahaslah dengan mendapat fakta yang betul dan tepat dengan membuat kajian yang mendalam. Jangan memutarbelitkan fakta demi meraih populariti murahan. Berilah pandangan serta idea-idea yang bernas bagi membantu membangunkan dan memajukan Negeri Selangor serta dikemukakan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor’.
Ini antara pesanan yang saya kira begitu tepat kepada Dewan ini sebab saya selalu percaya dalam Dewan ini kita perlukan pembangkang check and balance dan saya kira titah tuanku ini tepat pada masanya sebab kita nak Pembangkang bukan hanya memberikan check tapi memberikan juga balance supaya berikan idea-idea dan bagaimana. Sebab kalau kita tengok dah dua kali dah sidang bajet ni tak ada bajet alternatif daripada pihak Pembangkang. Saya mengharapkan dengan titah yang ada pada tahun ini, Insya-Allah saya kira mungkin ketua pembangkang boleh mencadangkan bajet alternatif.
Yang Berhormat Speaker, saya tidak ingin menyentuh berkenaan SUKMA. Saya kira perkara ini telah selesai dan Alhamdulillah, patik menjunjung kasih juga mewakili para-para atlet kita untuk bolehkan SUKMA ini diteruskan. Dan saya juga bersetuju bahawa ada keperluan daripada pihak KBS untuk menyalurkan sumbangan, menyalurkan geran kepada kerajaan negeri agar kita boleh melakukan program ini bersama-sama. Sebab basic nya apa? Kita nak kita akan adanya Sukan ASEAN pada tahun 2027 dan kita percaya SUKMA yang akan
berada di Selangor ini ialah SUKMA yang akan menjadi tempat untuk training ground atau kita mencari bakat-bakat mewakili Malaysia. Dan ditambah pula SUKMA ini merupakan SUKMA yang pertama akan dilakukan dalam era pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
Tuan Speaker, saya nak berbalik ke isu kawasan. Saya ingat tak sentuh panjang. Pertama sekali saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan
Yang Berhormat, ini yang terakhir boleh tak?
Apa dia? Akhir? Boleh, boleh.
1 minit.
Sebab akhir ini dia satu je. Berkenaan isu di kawasan khususnya di kawasan isu PKNS dengan Bonus Focus di Seksyen 10. Ada pembangunan yang tinggi di kawasan situ jadi kawasan perjalanan itu hanya satu jalan keluar dan satu jalan masuk. Di tanah sebelah ialah tanah PKNS kerjasama dengan JV bersama Bonus Focus. Saya percaya kalau andai kata perkara ini boleh dibuatkan jalan dahulu agar menjadikan satu loop di kawasan itu tidak keluar. Sebab pada tahun lalu. No, bukan. Pada awal tahun hari tu ada pelajar telah meninggal dunia kerana jalan itu terlalu sempit dan akhirnya berlakunya pelanggaran antara mereka dengan kenderaan. Saya percaya ada satu keperluan dan yang perlu dan mustahak.
Dan yang paling penting ialah Speaker berkenaan banjir. Saya minta untuk pihak Kerajaan Negeri ubah SOP apabila berlakunya bila ada berlakunya korekan atau dilakukan korekan, saya tahu bila buat korekan pasirnya diletakkan tepi. Kerana apa? Kalau nak ambil pasir keluar perlukan ada permit. Yang ini di bawah Worldwide. Kalau boleh ubahlah satu SOP yang mana mereka yang buat korekan ini juga turut diberikan permit pasir juga untuk bawa keluar daripada kawasan tersebut. Kalau tak boleh, bincanglah bagaimana untuk kita buat satu penyelarasan sebab tak guna kita spend RM200,000 / RM300,000 untuk buat korekan tapi akhirnya pasir itu diletak tepi, bila hujan pasir itu masuk balik. Jadi ini kita rasa satu pembaziran yang sangat.
Yang Berhormat Speaker, saya yakin dengan pelaksanaan cekap dan telus Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini juga mampu menjadi contoh model yang baik intervensi Kerajaan Negeri yang memberikan kesan dalam menangani cabaran ekonomi semasa. Akhir kata dan sekali lagi saya menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Semoga usaha ini akan diberkati dan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Selangor khususnya di DUN Kota Damansara. Sekian, terima kasih. Kota Damansara mohon menyokong.
Ya.
Seri Serdang.
Bahas terakhir Seri Serdang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Kita Selangor Maju Bersama. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Seri Serdang mengambil tempat bagi membahaskan titah ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor. Secara peribadi Seri Serdang melihat titah Tuanku memperlihatkan keprihatinan Tuanku kepada keadaan semasa yang melibatkan kepentingan negeri Selangor dan rakyat Selangor secara keseluruhannya. Seri Serdang juga mengucapkan tahniah kepada Penasihat Undang-undang kita yang baru. InsyaAllah jasa dan budi tuan untuk memastikan negeri Selangor terus maju pada hari ini dan juga masa akan datang Insya Allah.
Yang Berhormat Speaker, geopolitik semasa merubah situasi. Kerakusan Presiden Amerika Donald Trump dan juga Zionis Israel Netanyahu menyerang negara Iran yang menyebabkan masalah bukan sahaja kepada negara kita Malaysia tetapi ia juga menyebabkan keadaan dunia terumbang-ambing terutama kesan kepada ekonomi dunia. Seharusnya kita memahami sepenuhnya permasalahan ini dan bersedia dengan perancangan yang sempurna bagi memastikan kepentingan negeri dan keadaan kehidupan rakyat khususnya di negeri Selangor di dalam keadaan baik dan terkawal. Melihat kepada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Seri Serdang mengucapkan tahniah di atas pengumuman Pakej Daya Tahan Selangor oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dengan peruntukan awal lebih daripada RM130 juta dan antara yang menarik perhatian Seri Serdang ialah yang pertama bantuan sokongan pertanian sebanyak RM25 juta. Ini bagi memastikan sektor pertanian kita di dalam negeri Selangor ini tidak terjejas teruk di samping bantuan sokongan dari kerajaan persekutuan. Harapan Seri Serdang agar bantuan sokongan ini dapat membantu petani, penternak dan nelayan kita dalam menguruskan kehidupan mereka dan mereka terus dapat menjana hasil yang berterusan.
Seri Serdang juga memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dijangkakan titik panas sebenar pada Ogos atau September tahun ini disebabkan economy crisis yang berlaku. Seri Serdang mencadangkan urban farming (pertanian bandar) harus diberikan perhatian. Pertanian di dalam komuniti juga boleh membantu bagi memastikan komuniti mempunyai sumber makanan. Bukan setakat bantuan pendanaan tetapi sokongan teknikal kepada kebun komuniti dan penggerak pertanian bandar agar mereka dapat memaksimumkan pengeluaran hasil. Kerjasama
dengan agensi kerajaan yang lain seperti MARDI, Pertubuhan Peladang dan agensi kerajaan persekutuan yang lain harus digembleng bersama. Begitu juga kawasan yang boleh diguna pakai sebagai tapak kebun komuniti. Seri Serdang mencadangkan kawasan di bawah rentis TNB dengan izin transmission line boleh diguna pakai dan sesuai dengan tapak projek kebun komuniti. Perlunya dasar Kerajaan Negeri yang jelas bagi penggunaan kawasan tapak di bawah rentis TNB ini khususnya bagi kawasan bandar yang padat seperti Seri Serdang. PBT juga perlu memainkan peranan bagi membantu projek kebun komuniti di kawasan masing-masing. Di kawasan Seri Serdang sendiri terdapat satu kebun komuniti yang telah diluluskan dan sedang di dalam pelaksanaan yang melibatkan kawasan di bawah rentis TNB iaitu di Permai Court Puchong Permai. Komuniti setempat yang bersama-sama memajukan kebun komuniti ini di masa yang sama di kawasan di bawah rentis TNB dahulunya terdapat gerai-gerai haram tidak berlesen. Setelah 30 tahun beroperasi, kawasan ini berjaya dikosongkan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, MBSJ dan TNB. Seri Serdang mengucapkan terima kasih berbanyak-banyak kepada pihak Agensi Kerajaan terutamanya Pejabat Daerah dan Tanah, MBSJ dan juga TNB yang sama-sama untuk kita menyelesaikan isu premis tidak berlesen di bawah rentis TNB ini. Seri Serdang memohon di tapak bawah rentis ini selain kebun komuniti yang telah dibina perlunya dilakukan sesuatu di atas tapak terutama melibatkan keperluan masyarakat setempat. Cadangan Seri Serdang ialah dibina kawasan parkir di sepanjang tapak di bawah rentis TNB Puchong Permai ini. Keperluan mendesak kerana di sekeliling kawasan ini mempunyai rumah kediaman jenis flat berstrata yang sangat memerlukan parkir bagi penduduk di situ. Seri Serdang mencadangkan tapak parkir ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak PBT iaitu Majlis Bandaraya Subang Jaya dan kemudian berbincang dengan persatuan-persatuan penduduk sekitar bagi mendapatkan data dan kerjasama bagi memanfaatkan kawasan ini. Urusan tanah harus disegerakan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Jangan biarkan tapak ini lama kosong. Kerisauan kita ialah takut naik balik bushes dengan izin dan juga kerisauan kita ialah takut timbul balik gerai-gerai haram di atas tapak tersebut jika kita tinggalkan lama tapak ini.
Yang Berhormat Speaker, satu lagi ialah yang menjadi tumpuan kepada Seri Serdang ialah berkenaan Baucar Kita Selangor. Ia satu inisiatif yang baik bukan hanya kepada penerima tetapi juga kepada peniaga yang boleh ditebus voucher ini. Kerajaan bukan hanya perlu melihat kepada penerima sahaja tetapi peniaga kecil juga perlu diberi perhatian. Seri Serdang mencadangkan agar premis yang dibenarkan penebusan baucar ini diperbanyakkan, tidak tertumpu pada sebuah premis sahaja, peniaga tempatan juga harus diberi perhatian. Kita tidak mahu mereka terjejas teruk, apatah lagi terpaksa menutup peniagaan disebabkan krisis ekonomi yang dijangkakan akan berlaku. Penambahan peruntukan kepada JER (Jualan Ehsan Rahmah), Program Jualan Ehsan Rahmah ini telah popular dalam negeri Selangor dan sentiasa di nantikan program JER ini di kawasan mereka. Jualan Ehsan Rahmah ini telah kita mulakan selepas Pandemik COVID-19, untuk memastikan rakyat Selangor mendapat bekalan makanan dengan harga yang berpatutan dan ketika itu kita masih lagi tidak lupa ada rakyat yang mengangkat bendera putih sebagai
tanda mereka tidak ada bekalan makanan. RM5 juta perlu digunakan untuk memastikan harga jualan barangan di Jualan Ehsan Rahmah ini tidak naik, walaupun berhadapan dengan kenaikan harga barang ketika titik panas itu nanti. Seri Serdang melihat penganjuran Jualan Ehsan Rahmah ini memadai dengan dua kali sebulan sahaja di setiap DUN. Perhatian juga kerajaan perlu berikan kepada peniaga-peniaga kecil tempatan agar perniagaan runcit mereka tidak terjejas disebabkan program Jualan Ehsan Rahmah ini nanti. Bagi membantu peniaga kecil tempatan, Seri Serdang mencadangkan pengurangan bayaran sewa premis kerajaan, gerai-gerai di bawah PBT, dan jika ada keperluan bayaran pembaharuan permit perniagaan juga dikurangkan maksima lima puluh peratus. Ini bagi memastikan pada waktu kritikal nanti, mereka masih mampu meneruskan perniagaan dan ia sebagai langkah menjana ekonomi setempat. Seri Serdang memahami implikasi dari pengurangan sewaan dan permohonan lesen dan permit akan mengurangkan pendapatan kerajaan terutamanya pihak PBT. Namun, langkah penjimatan harus dijalankan. Semua pihak perlu bergandung bahu untuk memastikan kelangsungan perhatian kita kepada rakyat dan penduduk setempat. Langkah penjimatan harus diperketatkan lagi, hentikan sebentar ke luar negara dan juga negeri, walau apa jua urusan, mesyuarat jawatankuasa misalnya di PBT harus diadakan di dalam kawasan kompaun PBT sahaja, janganlah diadakan lagi mesyuarat jawatankuasa di luar negeri seperti Sabah dan Sarawak atau di negeri-negeri yang lain. Ini bagi langkah menjimatkan perbelanjaan pengurusan PBT dan penjimatan ini nanti dapat membantu di ketika krisis memuncak di dalam negeri kita.
Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat Speaker, anak-anak adalah aset penting bagi negeri Selangor. Merekalah yang akan mewarisi negeri ini pada masa yang akan datang. Bantuan sarapan percuma sekolah dengan peruntukan 9.6 juta, Sri Serdang melihat ini satu usaha Kerajaan bagi memastikan perut anak-anak kita tidak kosong ketika di sekolah dan membantu ibu bapa yang terlibat nanti. Seri Serdang mencadangkan agar ditumpukan seratus peratus kepada anak-anak yang betul-betul layak dan tidak mengira apa jua kaum. Gunakan data dari pusat zakat dan e-kasih sebagai panduan bagi mendapatkan penerima. Seri Serdang juga mencadangkan agar program diperluaskan kepada KAFA, pastikan perut anak-anak kita tidak kosong terutama ketika di sekolah, pastikan tiada seorang anak-anak kita lapar di sekolah. Mereka adalah aset penting negeri Selangor, seharusnya perhatian khusus kepada mereka bagi memastikan aset penting ini terjaga dengan baik dan mereka jugalah yang akan mewarisi negeri ini pada masa akan datang.
Di kesempatan ini juga, Seri Serdang memohon perhatian pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan agar mempercepatkan proses pemberi milikan dan mengeluarkan surat hak milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tapak sekolah menengah di Lot 82979 Mukim Petaling iaitu di LEP 4/1 Lestari Putera Seri Kembangan, nama Seri Kembangan tapi dalam DUN Seri Serdang. Difahamkan peruntukan membina sekolah ini telah pun diluluskan di peringkat persekutuan dan hanya menunggu kelulusan tanah ini sahaja. Untuk pengetahuan pihak kerajaan, di kawasan ini kawasan yang padat
yang mempunyai satu sekolah rendah dan satu sekolah menengah sahaja. Pengundi sahaja ada 22,000 orang, satu sekolah menengah, satu sekolah rendah. Jadi saya minta perhatian daripada pihak kerajaan untuk mempercepatkan kelulusan pemindahan tanah ini.
Yang Berhormat Speaker, meneroka peluang baru, Seri Serdang mengucapkan tahniah sekali kepada Kerajaan Negeri dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sudah tiba masanya kita meneroka peluang-peluang baru, musibah yang melanda jika dipandang dari sudut positif, ia akan membuka peluang dan ruang yang baru. Kebergantungan yang tinggi kepada satu sumber kuasa sahaja seperti elektrik harus dihentikan. Penggunaan solar ke atas bangunan kerajaan dan PBT adalah satu tindakan yang harus di segerakan, Seri Serdang mencadangkan diperluaskan lagi penggunaan tenaga solar ke atas premis rumah-rumah ibadat, masjid, surau, kuil, temple dan sebagainya. Dan Kerajaan Negeri bolehlah memperuntukkan sedikit inisiatif khas, boleh disediakan kepada rumah-rumah ibadah ini apabila mereka menggunakan tenaga solar bagi kegunaan harian mereka pada masa yang akan datang. Begitu juga Seri Serdang juga mencadangkan kenderaan rasmi kerajaan sama ada kenderaan yang melibatkan Dato’ Menteri Besar, para EXCO, Ketua-ketua Jabatan bertukar menggunakan kenderaan EV (Electric Vehicle) dengan izin, termasuk kenderaan Yang Berhormat Speaker dan Timbalan Speaker. Di samping itu juga, kerajaan dapat menggalakkan lebih banyak tempat mengecas kenderaan EV dalam negeri Selangor dan bagi kenderaan jabatan-jabatan, agensi kerajaan dan PBT, sebaiknya kenderaan yang dah berusia lebih lima tahun digantikan dengan kenderaan EV ini.
Saya ucapkan tahniah kepada pihak TNB kerana telah menukar kenderaan operasi mereka kepada penggunaan kenderaan EV. Langkah ini harus dipertimbangkan oleh kerajaan negeri bagi mengurangkan kebergantungan kepada diesel dan petrol serta sebagai langkah penjimatan, sudah banyak premis Kerajaan yang telah menyediakan tempat mengecas kereta EV, bahkan di ruang parkir Dewan Negeri pun sudah ada tempat untuk mengecas kenderaan EV. Begitu juga dengan pengurusan sisa pepejal, penggunaan kenderaan EV juga dapat mengurangkan penyelenggaraan kenderaan. Seri Serdang mendapat maklumat KDEB ada membeli sebuah kompaktor EV. Jika penggunaan lori kompaktor EV ini bersesuaian, maka eloklah ditukar guna dari lori kompaktor biasa kepada lori berkuasa elektrik. Kalau tidak keseluruhan pun, mungkin boleh dimulakan dengan lori-lori kecil yang ada di pasaran, selain mengurangkan kebergantungan kepada sumber petrol dan diesel, ia juga dapat mengurangkan pencemaran udara yang di sebabkan pelepasan asap kenderaan terutama kenderaan berat.
Begitu juga penerokaan teknologi yang lain, seperti yang dicadangkan Tuanku untuk melihat teknologi dari Natherland bagi mengatasi masalah banjir, ia boleh diberi perhatian dan perlu dibuat penelitian agar teknologi baru yang nak diimplimenkan nanti betul-betul memberi manfaat. Di kesempatan ini Seri Serdang mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri dan semua agensi-agensi termasuk EXCO Infrastruktur negeri Selangor kerana telah
beberapa kali berlaku hujan lebat di kawasan DUN Seri Serdang, DUN Sri Serdang tidak lagi ada banjir termenung, banjir kilat pun susah nak jadi dah sekarang ini. Seri Serdang pun pelik jugalah macam mana Kerajaan buat ini, tapi Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada semua pegawai kerajaan, tabik hormat saya kepada semua agensi terlibat, JPS, MBSJ, JKR dan juga kerajaan negeri Selangor kerana berjaya mengatasi masalah banjir di kawasan DUN Seri Serdang.
Dalam masa yang sama juga, Seri Serdang juga ingin menyatakan supaya Kerajaan dapat memberi perhatian kepada pemantauan agar penduduk di Seri Serdang dapat melupakan peristiwa banjir yang mereka alami sebelum ini. Yang Berhormat Speaker, dalam menghadapi krisis global yang memberi kesan kepada ekonomi negeri, selain bantuan secara fizikal, penerangan kepada rakyat berkenaan usaha-usaha kerajaan menangani masalah dan hala tuju Kerajaan di ketika krisis global ini. Penerangan kerajaan dapat mengurangkan panik dan kerisauan rakyat, selain penerangan secara online di media-media sosial yang saya kira sudah baik di dalam negeri Selangor kita, Seri Serdang mencadangkan juga khutbah Jumaat dijadikan satu lagi medium untuk memperjelaskan hala tuju dan maklumat bantuan-bantuan Kerajaan di ketika krisis ini.
Ini bagi kita menerangkan usaha Kerajaan dalam mendepani krisis ekonomi di sebabkan berlakunya krisis global yang ada pada hari ini. Seri Serdang yakin, apabila rakyat mengetahui usaha kerajaan, mereka akan tenang dan bersama-sama kerajaan menjayakan segala usaha kerajaan dalam menangani krisis ini. Gunakanlah khutbah ini untuk memastikan rakyat semua tahu dan faham berkenaan dengan apa yang Kerajaan lakukan terutama dalam kita mendepani krisis yang sedang berlaku pada hari ini.
Yang Berhormat Speaker, SUKMA. Seri Serdang menyembah maklum dan mengucapkan jutaan terima kasih ke bawah Duli Tuanku yang telah berkenan untuk dan untuk Kerajaan meneruskan SUKMA 2026. Begitu juga ucapan terima kasih Seri Serdang kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, disebabkan melalui usaha-usaha mereka inilah SUKMA dapat di jalankan pada tahun ini. Sebagai Ketua Kontinjen Negeri temasya SUKMA pada tahun ini, patik mendapat reaksi yang sangat positif dan kegembiraan dari para atlet dan persatuan sukan yang akan menyertai dan mewakili negeri Selangor pada SUKMA tahun ini. Setelah mendapat berita berkenaan perkenan Tuanku, mereka lebih bersemangat dan berjanji akan membuat yang terbaik dan akan berusaha memenuhi sasaran pingat yang diberikan. Patik mewakili atlet SUKMA mengucapkan jutaan terima kasih sekali ke Bawah Duli Tuanku di atas perkenan Tuanku, sesungguhnya Tuanku adalah payung kepada semua rakyat dalam negeri Selangor ini.
Walau bagaimanapun, Seri Serdang melihat kekhuatiran Tuanku Sultan sebelum ini ialah berkenaan kos penganjuran SUKMA. Di saat kita sedang menghadapi krisis di peringkat
global, Seri Serdang memohon mencadangkan agar penganjuran SUKMA ini akan diadakan dengan berhemah dan beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Jika berlaku penangguhan SUKMA, ini akan memberi kesan bukan sahaja kepada kos penganjuran, tapi bagi Seri Serdang penyertaan atlet anak-anak muda yang sedang bersemangat bagi menyumbangkan pingat kepada negeri Selangor, bukan sahaja atlet SUKMA tetapi atlet para SUKMA juga akan terkesan. Penyediaan atlet ini telah lama dijalankan dan ada yang bermula sesudah SUKMA Sarawak tempoh hari, masalah utama jika ditangguhkan SUKMA ini ialah kita tidak dapat menetapkan bila SUKMA ini dapat dijalankan semula.
Krisis global berpunca kerasukan Donald Trump dan Netanyahu haram jadah ini masih tidak nampak kesudahannya, apa yang berlaku di Selat Hormuz sebagai contoh, tentera Iran buka laluan, tentera US tutup, tentera US buka, tentera Iran tutup, bila nak selesai, bahkan mereka kini masih berada dalam keadaan gencatan senjata. Pembinaan stadium Shah Alam juga terkesan dengan konflik Asia Barat. Kenaikan harga barang binaan hampir empat puluh peratus, sudah tentu di dalam keadaan begini memerlukan perancangan semula kepada projek stadium. Walau bagaimanapun, Seri Serdang ucap tahniah kepada MBI yang masih mampu menjalankan projek ini yang kini mencecah 8.2 %. Cadangan Seri Serdang bagi penambahbaikan SUKMA bersesuaian dengan keadaan semasa. Yang pertama, menumpukan kepada penganjuran SUKMA, sukan yang ditawarkan sahaja. Upacara pembukaan tidak perlu dengan kadar yang mewah, sebelum ini dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, upacara pembukaan SUKMA dibuat di litar Sepang, Seri Serdang mencadangkan di ubah ke Stadium MBPJ dengan kadar yang sederhana. Tidak perlu pertunjukan bunga api atau persembahan dron, yang menelan belanja yang besar seperti upacara pembukaan perasmian SUKMA Sarawak tempoh hari. Begitu juga upacara penutup yang sederhana di stadium yang sama dengan kos yang lebih rendah. Persembahan sampingan dilibatkan anak-anak Selangor di sekolah dan anak-anak di IPT tempatan, ramai di kalangan mereka berbakat dan aktif di bidang kesenian dan tiada keperluan persembahan oleh artis-artis ternama. Lebihan dari penjimatan daripada upacara pembukaan ini dicadangkan untuk ditambah insentif kepada atlet negeri Selangor yang berjaya merangkul pingat terutama pingat emas nanti selain boleh digunakan bagi tujuan yang lain.
Kedua, penggunaan digital sepenuhnya. Apa yang memerlukan catatan dan hebahan menggunakan digital, paperless dengan izin, ini boleh mengurangkan kos penggunaan kertas dan kos melupuskan sisa kertas. Tiket bagi menonton kejohanan juga boleh digitalkan seperti penggunaan QR kod, pendaftaran atlet dan kontinjen juga menggunakan digital sepenuhnya. Yang ketiga, kenderaan rasmi kontinjen menggunakan kenderaan EV. Ia boleh menjimatkan kos petrol dan diesel yang sedang tinggi dan tidak stabil pada hari ini, telah banyak jenama kenderaan EV di pasaran dan ia boleh mengurangkan kos dalam kita menguruskan penganjuran SUKMA 2026. Yang keempat, ini pasti disukai oleh Hulu Kelang tetapi mungkin Taman Medan akan kecewa. Seri Serdang mencadangkan di batalkan acara golf jemputan yang telah menjadi kebiasaan setiap kali SUKMA diadakan, setiap kali SUKMA kita akan
anjurkan golf jemputan yang melibatkan VVIP daripada kontinjen-kontinjen. Seri Serdang mencadangkan golf jemputan ini dibatalkan bagi SUKMA 2026, ini juga dapat menjimatkan kos penganjuran SUKMA pada tahun ini. Yang paling penting apa, semangat atlet anak-anak muda kita untuk menonjolkan bakat mereka tidak kira SUKMA ataupun Para SUKMA, tidak tergendala dan apabila Tuanku Sultan telah perkenan untuk SUKMA diteruskan, pastinya mereka akan bertambah semangat untuk mengharumkan nama negeri Selangor nanti. Telah menjadi cita-cita atlet muda di seluruh negara,
Yang Berhormat, minit terakhir ya.
Ha sikit lagi. Untuk mewakili negeri masing-masing di kejohanan yang berprestij seperti SUKMA dan pada tahun 2027 nanti akan berlangsung pula Sukan SEA pula. Platform SUKMA inilah yang terbaik untuk memilih atlet untuk mewakili negara. Terakhirnya Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang memohon agar kita menjaga adab dan akhlak kita di luar. Jangan lagi ada fitnah. Cakap-cakap tanpa fakta. Apatah lagi kita memberikan satu gambaran yang tidak baik sama ada kepada semua institusi-institusi termasuk Kerajaan yang ada pada hari ini. Dan kita perlu konsisten dan istiqomah kalau kita nak kata ada di kalangan wakil rakyat kerajaan hari ini yang cuba mempertikaikan titah Tuanku walaupun di dalam Dewan yang mulia ini, saya nak bertanya juga lah bagaimana seorang AJK Pemuda Parti Bersatu Malaysia memperlekeh Pemangku Raja Terengganu semalam. Apakah tindakan yang akan dibuat oleh Perikatan Nasional, PAS. Ni, ni, memperlekeh Terengganu ni Kerajaan kamu ni. PAS, tiada tindakan sehingga pada hari ini? Kenapa jadi macam ni?. Ha ini lah dinamakan double standard kita dalam Negara kita dan akhirnya rakyat akan menilai kerja kita dengan perangai kita di luar. Di samping juga dua MP yang telah disabit salah atas pertuduhan satu Kepala Batas satu Jasin, seorang pakai tudung labuh, seorang pakai jubah serban tapi mulut tak menggambarkan apa yang Islam ajar. Sebab itu amalan kita kena sama, tak boleh kita double standard. Sungai Ramal, tau tak Sungai Ramal, tak boleh double standard. Kalau Kerajaan cakap lain Pembangkang cakap lain. Sebab itu saya menyeru kepada semua termasuklah pihak Kerajaan dan Pembangkang supaya kita menjaga adab dan juga akhlak kita di luar. Walau apa juga di mana juga kita berada. Sekian dulu Yang Berhormat Speaker dan sekali lagi kepada Tuanku Sultan, Seri Serdang mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan juga perkenan Tuanku di atas penganjuran SUKMA. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Sekian dulu Seri Serdang mendukung penuh titah Tuanku ketika Upacara Pembukaan Sidang Dewan yang lepas. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya mempersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan apa-apa penjelasan, saya ingin memberi sedikit makluman terhadap apa yang kita lalui sehingga sekarang ni kita telah pun perbahasan dalam Usul Junjung Titah Kasih ucapan Tuanku adalah diambil bahagian oleh seramai 42 orang ADUN
dan masa perbahasannya adalah sepanjang 15 jam 13 minit. Bermula Selasa hingga sekarang dan purata masa perbahasan kecuali Pelabuhan Klang sebagai pembawa Usul, Bukit Gasing sebagai penyokong Usul dan Hulu Kelang selaku pembahas pertama ialah 17 minit. Tahniah diucapkan kepada semua ADUN yang mengambil bahagian. Dan seterusnya saya ingin, memandangkan pada Khamis yang lepas Setiausaha Dewan Negeri telah menerima satu pemberitahu Usul dan Usul daripada Yang Berhormat ADUN Taman Medan yang mana saya akan lampirkan dalam laman sosial media saya, maka saya ingin memberi keputusan dan penerangan terhadap Usul ini dan saya akan bacakan. Di bawah Peraturan Tetap 26(1) terdapat 19 Sub Peraturan iaitu (a) hingga (r). Taman Medan seboleh-bolehnya menyatakan dengan jelas dalam pemberitahunya bahawa Usulnya adalah dikemukakan di bawah Peraturan Tetap 26(1) (p) p ya. Biarpun Taman Medan tidak berbuat demikian dalam pemberitahunya, isi kandungan Usul beliau jelas menunjukkan tujuannya adalah untuk merujuk Yang Berhormat ADUN Seri Kembangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor dan ianya adalah berkaitan dengan Peraturan Tetap 26(1)(p). Seterusnya saya mendapati Usul Taman Medan adalah cacat iaitu defective, tidak lengkap iaitu incomplete dan tidak boleh diperbaiki ataupun uncurable. Berdasarkan pemerhatian di bawah dan berdasarkan apa yang tertulis dalam Usul beliau, pertama Taman Medan tidak memetik dengan jelas dan nyata bahagian mana dalam isi kandungan ucapan Seri Kembangan yang dikatakan sebagai bercanggah dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Kedua, Taman Medan juga tidak memetik dengan nyata dan jelas bahagian mana dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang telah dicanggahi. Ketiga, Taman Medan dalam Usulnya menyebut bahawa ucapan Seri Kembangan telah melanggar Peraturan Tetap 36(10). Dengan merujuk kepada Peraturan Tetap 36(10), ia nya juga dibahagi kepada tiga Sub Peraturan iaitu (a) Perkataan Derhaka Kepada Negeri, (b) Perkataan Membangkitkan Perasaan Melawan Kuasa Kerajaan atau (c) Perkara Yang Harus Menaikkan Perasaan Sakit Hati Atau Permusuhan Antara Satu Kaum Dengan Kaum Yang Lain di Malaysia. Setiap satu sub peraturan ini memerlukan pemahaman, hujah, beban pembuktian, pertimbangan serta siasatan yang berbeza. Usul Taman Medan tidak memberi jawapan yang jelas sama ada ianya merujuk kepada salah satu daripada sub (a) (b) atau sub (c). Mana-mana dua daripada ketiga-tiganya atau pun kesemuanya. Sekiranya kita hendak membandingkan apa yang berlaku di sini dengan sesuatu kertas pendakwaan atau charge sheet dalam Mahkamah Jenayah, maka jelas isi kandungan dalam Usul Taman Medan adalah cacat, tidak lengkap serta tidak boleh diperbaiki, uncurable. Begitu juga perbandingannya dengan sesebuah Penyataan Tuntutan atau Statement of Claim dalam Mahkamah Sivil isi kandungan dalam Usul Taman Medan juga adalah cacat, defective, tidak lengkap, incomplete dan tidak boleh diperbaiki, uncurable. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, segala keputusan Speaker haruslah berdasarkan kepada apa yang tertera dan tertulis di dalam pemberitahu dan isi kandungan Usul serta peruntukan yang ada dalam Peraturan Tetap dan tidak boleh berdasarkan kepada andaian ataupun presumption semata-mata. Sementara itu Taman Medan yang berbahas selepas Seri Kembangan pada sebelah petang hari yang sama juga tidak membangkitkan isu ini. Justeru itu, berdasarkan hujah-
hujah di atas, saya membuat keputusan di bawah Peraturan Tetap 27(5)(b) untuk menolak dan mengembalikan pemberitahu dan Usul ini kepada Taman Medan yang menandatanganinya dengan kerana pada fikiran saya, pemberitahu Usul itu menyalahi peraturan atau out of order. Saya ingin memberi kepada Ahli- ahli Yang Berhormat bahawa keputusan saya ini adalah bebas daripada apa-apa pengaruh semasa Yang Berhormat Seri Kembangan menyampaikan ucapan beliau saya tidak dimaklumkan tentang perancangan atau pun hasrat beliau untuk mengutarakan perkara ini dan semasa Yang Berhormat Taman Medan hendak menghantar notis atau pun pemberitahu kepada Setiausaha Dewan, saya juga tidak dimaklumkan tentang perkara ini. Oleh sebab itu keputusan saya ini adalah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Itu sahaja daripada saya dan saya berharap semua dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Ya Yang Berhormat Sungai Ramal. Apa-apa lagi, Peraturan Tetap apa?
Mohon listen Speaker, terima kasih. Mohon petua Yang Berhormat Speaker mengenai prosedur dan juga cara mengemukakan Usul sebab kalau mengikut keputusan Yang Berhormat Speaker tadi, seolah kita terpaksa mengemukakan Usul yang panjang lebar untuk suatu permohonan. Dan sewajarnya menjadi garis panduan kepada kami semua ni supaya dia dipermudahkan untuk menjaga kredibiliti Dewan ini. Sebagai contoh begini Tuan Speaker, itu ketika Taman Medan menyebut tentang hasratnya mengemukakan Usul ini, beliau memetik Peruntukan 36(10)(b) yang menyatakan tentang perkataan yang ada elemen derhaka. Jadi, mungkin itu sebagai indikator bahawa hasrat beliau untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa itu bukan Dewan ini. Belum peringkat Dewan lagi Yang Berhormat. Peringkat Jawatankuasa sahaja. Jadi saya fikir kalau kita buat satu keputusan sehingga memperincikan segala-gala macam kita berharap dengan Mahkamah Sivil atau pun Jenayah kita memberikan ruang yang sempit kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan Usul. Jadi, saya mohon pandangan sekiranya untuk memastikan peluang diberikan kepada Ahli Yang Berhormat untuk Usul-usul akan datang kita mempermudahkan urusan ini. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian Usul daripada Yang Berhormat Taman Medan telah pun saya terbitkan dalam laman web saya dan sekiranya anda boleh membacanya ia nya laman web sosial media saya ia nya merupakan satu Usul yang sangat panjang tetapi seperti apa yang saya nyatakan dalam keputusan saya tadi ia nya tidak memetik dengan jelas dan nyata bahagian mana dalam titah ucapan Tuanku yang dicanggahi dan ia juga tidak memetik bahagian mana dalam atau pun ayat mana atau pun perkataan mana yang terkandung dalam ucapan Seri Kembangan yang bercanggahan dengan titah ucapan Tuanku. Justeru itu saya berpendapat itu adalah sesuatu yang tidak lengkap. Ianya adalah sesuatu yang cacat dan juga tidak boleh diperbaiki. Jadi untuk Yang
Berhormat Taman Medan saya dimaklumkan beliau pernah menjadi ADUN selama dua penggal di Pulau Pinang dan beliau pernah menjadi EXCO di Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama dua penggal dan ini adalah penggal yang ketiga dia menjadi ADUN di Negeri Selangor. Jadi saya rasa sepatutnya beliau mempunyai pengalaman, pemahaman, kebolehan, kemahiran serta pengetahuan yang mencukupi untuk menguruskan perkara ini. Itu sahaja daripada saya Yang Berhormat. Jadi dengan tidak melengahkan masa saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Sungai Air Tawar untuk memberi penggulungan.
Tuan Speaker, minta maaf, apakah Tuan Speaker berhasrat untuk menjawab soalan saya dulu pada sidang kali ini pada petang atau esok lusa. Mengenai mengapa soalan saya ditolak oleh Speaker.
Soalan apa tu? Soalan apa, saya telah menjawab. Saya rasa Yang Berhormat tidak ada di Dewan masa tu. Saya telah menjawab. Saya telah mengatakan bahawa soalan tentang Putra Heights itu tidak dapat dijawab kerana ataupun ditolak kerana ianya subjudis sebab ada penduduk-penduduk yang sedang memulakan saman sivil ke Mahkamah terhadap Kerajaan. Itu sebabnya ianya tidak dapat diberi jawapan dan ditolak. Ya. Itu sahaja. Ya Sungai Air Tawar. Dua minit tidak apa mulakan dulu.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pagi hari ke Sungai Air Tawar singgah sebentar melihat sawah, titah Tuanku dijunjung penuh amanah demi rakyat kita laksanakan secara bersama. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Kita Selangor. Ampun Tuanku Sungai Air Tawar merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas. Patik dan pacal rakyat Sungai Air Tawar menzahirkan keazaman untuk terus menumpah taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sesungguhnya Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa menjadi naungan rakyat dan payung perpaduan kepada warga rumpun Selangor yang hidup di dalam kepelbagaian. Tuan Speaker, mengamati perbahasan dalam tempoh lima hari yang lepas saya dapati tidak begitu banyak perkara yang dibangkitkan berkait secara langsung dengan portfolio saya. Walau bagaimanapun saya akan memberi maklum balas berhubung beberapa persoalan yang berkaitan. Yang Amat Berhormat Dusun Tua dan Rawang ada menyentuh mengenai kepentingan sektor pertanian dan menjamin keterjaminan makanan. Meskipun sebahagian besar isu ini akan dijawab oleh sahabat saya Yang Berhormat Pandan Indah saya ingin menjawab dari segi aspek pendekatan dan membantu usahawan dan petani ke arah menyediakan platform pemasaran. Selaku EXCO Koperasi dan Pengguna saya suka untuk kongsikan bahawa Negeri Selangor ini adalah pemacu gerakan Koperasi di Malaysia. Setakat tahun 2025 negeri Selangor mencatatkan jumlah koperasi tertinggi di negara ini dengan jumlah sebanyak 2,217 buah koperasi. Selangor sebagai paksi negara. Bukan sahaja menjadi hab ekonomi industri bernilai tinggi tetapi kita juga mahu terus unggul dalam
meningkatkan dan memperkasa ekonomi rakyat di peringkat akar umbi melalui gerakan Koperasi ini. Berbanding dengan perniagaan biasa Koperasi ini ialah entiti perniagaan rakyat. Melalui perkongsian antara ahli-ahlinya keuntungan perniagaan akhirnya dapat dimanfaatkan oleh rakyat di peringkat akar umbi secara langsung.
Yang Berhormat, ya. Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 1.00 petang, dengan ini saya tangguhkan Sidang Dewan ke pukul 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 petang)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Selamat petang. Dewan mengalu-alukan lawatan 40 mahasiswa dari Universiti Malaya course (tidak jelas) yang diketuai oleh Puan Aida Qistina di atur oleh Yang Berhormat Lembah Jaya dan juga seramai 25 orang belia dari Parlimen Belia Malaysia parti No democratic dan parti generasi rakyat yang diketuai oleh Encik Lim Kai Song Joshua mantan peserta adun dewan muda Selangor 2024. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat kita sambung semula penggulungan ataupun penjelasan dari pihak Kerajaan atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat , saya mempersilakan EXCO kemajuan desa perpaduan dan pengguna untuk menyambung penjelasan.
Speaker, minta petua sikit kita cukup kuorum ke nak teruskan mesyuarat, ni pembangkang sorang pun takde ni mana dia pergi. Tanggungjawab dia sebagai seorang ahli dewan sepatut berada dalam dewan tepat pada masa. Ini takde ketua pembangkang takde. (Dewan Riuh)
Saya minta SU untuk mengira jumlah Ahli-Ahli Dewan. Kira dulu sebelum semua datang. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekalian memandangkan Yang Berhormat daripada Seri Serdang telah membangkitkan mengenai perkara Peraturan Tetap 12(1) maka menurut Peraturan Tetap 12(2) dengan ini saya memanggil semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berada di luar dewan masuk semula ke dalam dewan. Bentara bunyikan loceng. Bunyikan selama 2 minit. (Loceng dibunyikan dalam tempoh 2 minit).
Saya meminta Setiausaha Dewan untuk mengira ahli-ahli di dalam dewan. Berapa? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian keputusan kiraan adalah seramai 21. Dewan akan disambung semula. Saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Atas keizinan untuk saya untuk menyambung semula penggulungan saya. Justeru dengan dukungan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Kerajaan Negeri telah memulakan usaha rintis untuk membangunkan sistem rangkaian bekalan produk koperasi untuk mendukung ekosistem petani, nelayan, usahawan dan akar umbi ini. Sebagai permulaan sebanyak RM 3 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan pusat pengumpulan hasil tani
koperasi Negeri Selangor di Air Manis Sabak Bernam. Projek rintis ini akan diintegrasikan dengan kelebihan Sabak Bernam dalam sektor pertanian dan perikanan. Serta selari dengan agenda Majlis Daerah Sabak Bernam untuk menjadikan Sabak Bernam sebagai Kota Agropolitan. Kerajaan akan meneliti model pembangunan seperti ini untuk diperluas ke wilayah lain di seluruh negeri ini. Untuk membentuk satu ekosistem produk koperasi yang berdaya tahan dan komprehensif. Memandangkan kewujudan pusat pengumpulan hasil ini akan mengurangkan manipulasi orang tengah di dalam pasaran. Saya optimis bahawa harga produk yang akan dijual daripada petani dan nelayan akar umbi adalah lebih rendah berikutan akses terus kepada para pengguna ataupun pembeli. Benar, ini merupakan satu usaha jangka panjang tetapi sekurang-kurangnya kita sudah mula dan dengan sokongan dasar yang betul kita akan mampu mengangkat projek rintis ini kepada satu model pembangunan ke arah ekosistem rantaian bekalan koperasi yang lebih komprehensif dan mendapat contoh yang dapat dicontohi. Tuan Speaker seterusnya Yang Berhormat Paya Jaras, Dusun Tua, Sijangkang, Semenyih dan Sungai Burong ada menyentuh perkara berhubung dengan pengurusan sampah dan sisa pepejal di Kampung..
Yang Berhormat Sungai Air Tawar, sikit mohon mencelah isu tadi fasal agropolitan dan rangkaian bekalan makanan, boleh tanya sikit Yang Berhormat, ialah bahas 10 minit tak cukup masa Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Saya nak tanya Yang Berhormat, memandangkan Sabak Bernam dipilih sebagai lokasi untuk nak tambahan bekalan makanan adakah Yang Berhormat setuju kalau cadangan Seri Kembangan nak buat ladang tertutup babi tu buat di Sabak Bernam, adakah Yang Berhormat selaku EXCO yang bertanggungjawab tentang perkara ini bersetuju supaya ladang babi tertutup yang dicadangkan oleh Seri Kembangan yang rakyat dia nak tu dibuat di Sabak Bernam. Pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Ini soalan provokasi. Kita sedia maklum.
Terserah kepada Sungai Air Tawar sama ada nak jawab tak jawab.
Saya nak jawab, ini soalan provokasi, seperti kita sedia makluman ini titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dah menyebut tidak dibenarkan jadi soalan provokasi ni kita tamat kan di sini. Tuan Speaker.
Nak celah lagi.
Banyak celah banyak lagi saya jawab.
Jadi terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar memberikan pandangan yang cukup jelas tentang pendirian Kerajaan Negeri. Sebab tu saya nak faham kenapa Speaker hari ni tolak usul yang kita bawak sebab usul yang kita
bawak selari dengan pendirian Kerajaan Negeri , selari titah tuanku bahawa kita tak setuju dengan apa yang disebut oleh Seri Kembangan. Kita sebagai ahli dewan kita hanya ada jawatankuasa hak dan kebebasan untuk rujuk mana-mana ahli dewan. Bahkan sebelum ini bila yang Yang Berhormat Gombak Setia dirujuk ke Jawatankuasa hak dan kebebasan dalam peristiwa itu tak ada siapa pun buat usul. Yang Yang Berhormat Gombak Setia hanya sebut hanya Speaker DAP tapi hanya dengan peraturan tetap dihantar kepada Speaker, Speaker terus .. jadi Yang Berhormat Sungai Air Tawar.
Yang Berhormat Taman Medan, Yang Berhormat Taman Medan. (Dewan Riuh)
Terima Kasih Yang Berhormat Taman Medan. Yang Berhormat EXCO ada peraturan tetap 43 keputusan pengerusi adalah muktamad. Speaker dalam dewan atau pengerusi jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab dalam memantau Peraturan Tetap dalam dewan jawatankuasa masing-masing dan keputusan dalam apa-apa peraturan.
Titah Tuanku pun Seri Kembangan boleh tentang tak kan saya nak tanya fasal ini soalan pun tak boleh kepada EXCO. Tak payah lah bangkit Peraturan Tetap. Yang ada peraturan pun tak ikut.. (Dewan Riuh)
Yang Berhormat Taman Medan, sila duduk. Sila duduk. Tak perlu biar saya jawab, biar Speaker beli penjelasan. Saya bagi penjelasan saya minta Taman Medan duduk. Taman Medan duduk. Taman Medan duduk. Taman Medan duduk. Mengenai Peraturan Tetap yang dibangkitkan oleh Seri Serdang, Speaker dah buat keputusan, kita terima keputusan Speaker. Yang dibuat sebentar tadi Taman Medan tak de dalam dewan. Ada dalam dewan tak tadi? (Dewan Riuh)
Sebelum itu saya ada. (Dewan Riuh)
Taman Medan, Taman Medan, saya nak menjawab, Taman Medan, Morib, Kuang duduk. Duduk. Sekarang ini sesi penjelasan dari pihak Kerajaan. Saya minta semua duduk. Taman medan sila duduk. Siapa yang bangun semua takde kebenaran. Yang Berhormat ni flow Yang Berhormat EXCO saya minta semua duduk. Duduk. Yang Berhormat sila duduk, okay, saya Cuma nak jawab tadi soalan Peraturan Tetap yang dibangkitkan oleh Seri Serdang. Sebelah tadi Tuan Speaker dah buat penjelasan.
Sekarang ini saya tanya dengan Speaker sendiri. Sekarang ini Speaker saya tanya Sungai Air Tawar. (Dewan Riuh)
Duduk dulu, duduk dulu, mengenai usul yang dibawa oleh Taman Medan, Speaker sebelah pagi tadi dah buat penjelasan tentang mengapa isu itu ditolak, panjang lebar, sekarang adalah giliran pihak Kerajaan membuat penjelasan mengenai soalan-soalan yang ditanya oleh Adun-Adun Ahli Dewan Negeri. Jadi kita bagi ruang kepada Sungai Air Tawar, memberi penjelasan, jika Sungai Air Tawar memberi peluang kepada Taman Medan untuk memberi penjelasan saya benarkan selagi dia benarkan. Saya benarkan.
Okay..Terima kasih Speaker, terima kasih saya minta penjelasan saya.
Sungai Air Tawar tak bagi.
Terima kasih Tuan Speaker, harap tenang, bawa bertenang bagi saya nak gulung, tempoh berbahas, Ahli-Ahli Yang Berhormat telah diberi, bagi pula kami di sini untuk menggulung, terima kasih Yang Berhormat Taman Medan bawa bertenang, Doktor tak boleh marah-marah selalu Taman Medan. Jadi bawa bertenang. Duduk dulu.
Saya tak marah. Rakyat yang marah. Saya tak marah. Saya mewakili suara rakyat. Kalau seri kembangan boleh.
Taman Medan sila duduk.
Seterusnya Yang Berhormat Paya Jaras, Dusun Tua, Sijangkang, Semenyih dan Sungai Burong ada menyentuh perkara berhubung pengurusan sampah dan sisa pepejal di kampung tradisi. Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar ketika Majlis amanat tahun baru 2026, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10 juta bagi inisiatif penambahbaikan dan pengukuhan pengurusan sisa pepejal kawasan kampung di negeri Selangor. Untuk maklumat Dewan, agensi pelaksana bagi pelaksanaan inisiatif ini ialah KDEB. Butiran mengenai pelaksanaan teknikal inisiatif ini akan dijawab secara terperinci oleh sahabat saya Yang Berhormat Sekinchan nanti. Cuma saya ingin kongsikan bahawa setakat ini cuma baki 100 kampung yang masih belum berada di dalam liputan perkhidmatan ini berikutan beberapa isu utama seperti akses jalan dan bantahan penduduk. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengarahkan agar Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan yakni PBT untuk memastikan semua kawasan di kampung ini menerima perkhidmatan ini.
Soalan, Yang Berhormat EXCO.
Kerajaan Negeri telah menetapkan peningkatan liputan perkhidmatan kutipan sisa pepejal di kawasan kampung kepada sekurang-kurangnya 90% dan pengurangan sekurang-kurangnya 30% insiden pembuangan sampah haram di lokasi hotspot dalam tempoh 6 bulan.
Soalan.
Yang Berhormat EXCO, ada yang bangun. Nak beri ruang ke tak?
Ya.
Sikit je. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang menjelaskan tentang polisi tentang kutipan sampah di kawasan Kampung Tradisi. Kebanyakan mereka ini akan mengadu kepada kita tentang kutipan sampah yang tak regular lah. Sebab itu bila, saya bagi contoh macam Paya Jaras dan kawasan-kawasan Sungai Ramal dan sebagainya. Ini mungkin boleh berbincang di antara EXCO Luar Bandar dan juga dengan Sekinchan. Sebab kutipan sampah ini tak fair. Kalau di kampung-kampung, di kawasan perumahan dia ada jadual. Tapi contoh ya, ini isu di Paya Jaras sebagainya mungkin saya dah jelaskan tadi tentang jumlah rumah yang banyak. Kalau di kampung Sungai Besar mungkin jauh-jauh. Tapi kalau di Paya Jaras, di Sungai Ramal, di kawasan lain, saya cadangkan balik. EXCO pun ada hari ini, EXCO PBT, kena buat rumah sampah yang proper. Ini cadangan saya balik. Kalau boleh timbangkan balik. Sebab yang kedua, leach bin kena ada balik sebab tak cukup. Jadi saya minta pertimbangan daripada dua-dua EXCO ni bincang. Sebab dasar ni kena dasar yang standard di seluruh negeri Selangor. Sebab mereka dah mula bayar cukai pintu. Tapi ini menjadi masalah dan kutipan sampah ini ditambah pula dengan semalam dapat aduan lagi tentang bila sampah tu banyak tak diambil, dah lambat sebab satu rumah ni, dia satu, satu, satu tempat tu dia ada 40. Jadi bila petang dah penuh, anjing pula datang. Semalam anjing pula, cerita pasal anjing pula selongkar. Jadi ini menimbulkan kesihatan dan sebagainya. So, apa yang kita nak buat ialah bagaimana perancangan di antara EXCO Bahagian Luar Bandar dan juga PBT untuk menyelesaikan masalah yang cukup kritikal ni? Sebab dia isu tu timbul sekarang. Kesihatan dengan anjing, macam-macam. Still very complicated. Jadi pada pandangan saya apakah rancangan terbaik dalam tempoh terdekat ni supaya isu-isu ini dapat diselesaikan? Terima kasih EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Sebab itu kita di peringkat Kerajaan Negeri sedang dalam pertimbangan dan pelaksanaan. Ini merupakan projek rintis yang telah pun disuntik untuk permulaan RM10 juta tadi. Insya-Allah. Pandangan daripada Yang Berhormat Paya Jaras akan diberi penelitian
untuk pelaksanaan. Tuan Speaker, Yang Berhormat Sentosa juga menyentuh tentang pentingnya perpaduan. Sebagai paksi negara, negeri Selangor ini menjadi tempat kerumunan masyarakat yang pelbagai. Negeri ini merupakan negeri dengan populasi penduduk tertinggi di negara ini. Negeri ini adalah negeri yang sejahtera. Negeri ini juga negeri yang makmur. Negeri ini juga adalah negeri yang berdaulat. Atas sebab itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor merupakan payung negeri dan juga payung perpaduan rakyat di negeri Selangor. Kita menjunjung taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai payung negeri dan kalau kita memahami nilai perpaduan dan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, sudah pasti keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam semangat ke rumpunan ini dapat dicapai di negeri ini. Atas sebab itu, saya menyeru agar sebarang perkara yang boleh menimbulkan provokasi ataupun boleh memecahbelahkan perpaduan di negeri Selangor ini perlulah dihentikan. Kerana tanpa perpaduan, sudah pasti kita akhirnya tidak dapat membina satu ekonomi yang baik di dalam negeri kita. Cukuplah dengan tekanan ekonomi yang akibat konflik geopolitik di Asia Barat yang membawa kepada kenaikan harga minyak, kekurangan barangan asas dan makanan yang memberi beban kepada rakyat, ini isu utama yang lebih besar yang ada di luar sana. Cukuplah, jadi tumpuan kita harus kepada usaha bersama untuk mendepani cabaran ini untuk membina ekonomi negeri yang berdaya tahan dan memastikan kesejahteraan rakyat. Justeru, saya menyeru kepada semua Ahli Dewan dan rakyat di luar sana untuk menyokong langkah berani Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebagai antara kerajaan terawal yang memperkenal pakej rangsangan ekonomi iaitu Pakej Tumpuan Daya Tahan Selangor bernilai RM131 juta. Tuan Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan. Segala cadangan yang baik akan diteliti dan dipertimbangkan untuk kepentingan kita bersama. Insya-Allah, dengan iltizam dan kesatupaduan daripada semua pihak kita pasti dapat bersama-sama terus memastikan ketahanan negeri dan kesejahteraan rakyat khususnya di dalam cabaran dan ketidaktentuan ekonomi dunia yang sedang dihadapi ini. Tuan Speaker, Sungai Air Tawar menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna. Sekarang wakil daripada pihak Kerajaan, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. Silakan.
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam KitaSelangor Maju Bersama. Terlebih dahulu patik bagi pihak Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat ingin merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di atas Titah Ucapan perasmian yang penuh hikmah dan sarat dengan pedoman sempena pembukaan Mesyuarat Sidang Dewan Negeri
kali ini. Patik meneliti dengan penuh takzim kegusaran Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap kesejahteraan masyarakat dan rakyat jelata terutamanya dalam mendepani krisis tenaga global dan ketidaktentuan ekonomi yang menghimpit kumpulan rentan. Titah Tuanku agar Kerajaan Negeri memberikan keutamaan kepada kebajikan dan perbelanjaan keperluan asas adalah amanah yang patik junjung sepenuhnya demi memastikan tiada rakyat Selangor yang terpinggir daripada manfaat kebajikan dan perlindungan di negeri Selangor yang kita cintai. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sepanjang sesi perbahasan ini saya amat menghargai keprihatinan serta cadangan-cadangan membina yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan portfolio Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan. Segala input ini membuktikan betapa besarnya harapan rakyat agar Selangor bukan sahaja maju dari segi ekonomi, tetapi juga unggul sebagai sebuah negeri penyayang. Saya menerima soalan tambahan daripada Yang Berhormat Permatang berkaitan jumlah perlindungan di Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 42 tempat selamat yang diwartakan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga di seluruh negara. Di mana empat tempat selamat berada di Selangor melibatkan tiga Institusi Kerajaan dan satu di bawah NGO atau Pertubuhan Bukan Kerajaan. Sebelum mendapat perlindungan di institusi yang disebutkan, mangsa boleh terlebih dahulu hadir ke Pusat Krisis Sehenti ataupun One Stop Crisis Centre, Unit Kecemasan dan Trauma di tujuh buah hospital di negeri Selangor itu melibatkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Ampang, Hospital Kajang dan Hospital Shah Alam. Selain rawatan perubatan, petugas perubatan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu mangsa untuk mengumpul bukti, membuat laporan polis serta memohon Perintah Pelindungan Kecemasan ataupun EPO daripada mahkamah yang sah dalam tempoh 7 hari. Penerangan mengenai langkah yang perlu diambil oleh pemandiri adalah penting untuk dilaksanakan agar mereka berani untuk tampil memohon bantuan. Justeru, saya mengharapkan Yang Berhormat sekalian serta semua anggota masyarakat yang cakna dengan keganasan berasaskan gender yang berlaku di sekeliling kita. Tuan Speaker, saya amat menyokong penuh cadangan Yang Berhormat Batu Tiga agar perkhidmatan jurupulih pertuturan ataupun speech therapist disediakan di setiap klinik Selcare bagi memastikan intervensi awal dapat diberikan secara segera, mampu milik dan mudah akses terutama kepada kanak-kanak yang mengalami masalah lewat perkembangan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Yang Berhormat Batu Tiga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor ataupun MTOS juga telah dilantik sebagai Commonwealth Parliamentarians with Disabilities Regional Champion bagi Asia Tenggara. Pelantikan ini mencerminkan kemampuan Selangor dan Malaysia menjuarai nasib dan suara golongan OKU di persada antarabangsa. Syabas diucapkan. Ahli-ahli Dewan sekalian, Yang
Berhormat Subang Jaya mencadangkan agar Kerajaan Negeri melaksanakan agenda digitalisasi kebajikan agar program bantuan seperti Skim Mesra Usia Emas ataupun SMUE dipindahkan sepenuhnya ke platform digital terutama dalam konteks krisis tenaga hari ini. Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan setiap keperluan kumpulan rentan termasuk warga emas. Kajian Emas Selangor mendapati terdapat jurang digital dalam kalangan warga emas untuk mengakses maklumat berkaitan inisiatif Kerajaan Negeri di ruang digital terutama di kalangan golongan wanita. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan melaksanakan SMUE secara hybrid bagi membenarkan proses bantuan secara atas talian dan dalam masa yang sama membantu secara bersemuka warga emas yang tidak boleh mengakses maklumat bantuan menerusi program outreach. Tuan Speaker, Yang Berhormat Selat Kelang dan Hulu Bernam ada membangkitkan tentang program BINGKAS. Tentang permohonan baru dan cadangan meningkatkan jumlah bantuan memandangkan terdapat rakyat yang memerlukan bantuan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh matang program Bingkas 2.0 ialah pada bulan Jun 2026. Kerajaan Negeri sedang merangka hala tuju pelaksanaan bagi tempoh yang seterusnya iaitu pada bulan Julai 2026. Penilaian terhadap dasar dan polisi mekanisme pelaksanaan dan keberkesanan program sedia ada akan dilaksanakan agar bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang layak dan memerlukan. Cadangan Yang Berhormat dalam meningkatkan jumlah penerima bantuan turut akan diteliti bagi pelaksanaan yang akan datang. Sebagai penutup, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan input membina sepanjang Sidang ini. Segala teguran dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor
Mencelah.
Akan patik junjung sebagai amanah untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan dedikasi.
Yang Berhormat, ada yang bangun Yang Berhormat.
Silakan.
Saya nak dapat kepastian daripada Yang Berhormat di atas perkara yang saya bahaskan dalam Sidang Dewan kali ini iaitu berkaitan dengan Bantuan Sihat Selangor yang saya dimaklumkan ada panel farmasi yang tidak mendapat bayaran selama daripada Jun tahun lepas. Adakah ini isu terpencil ataupun ada isu masalah dengan pembayaran-pembayaran, tuntutan-tuntutan ini? Yang mana sepatutnya selepas 30 hari mereka dapat tuntutan itu. Yang saya telah bahaskan dalam ucapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Persoalan berkaitan Bantuan Sihat Selangor akan dijawab oleh rakan saya, Bandar Utama, bahagian Kesihatan. Saya sambung. Sebagai penutup, segala teguran dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor akan patik junjung sebagai amanah untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan dedikasi. Semoga Selangor terus maju bukan sahaja sebagai sebuah economic powerhouse tetapi sebagai negeri yang meletakkan maruah dan nilai kemanusiaan di mercu pembangunannya. Daulat Tuanku! Sekian Tuan Speaker, patik mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. Sekarang giliran Yang Berhormat EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di dalam sesi Sidang Dewan Negeri Selangor kali ini. Kerajaan Negeri menghargai pandangan dan maklum balas daripada Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tajuk berkenaan pelaburan perdagangan industri dan mobiliti. Saya mulakan penggulungan saya dengan isu-isu berkaitan Mobiliti Negeri Selangor yang disentuh oleh Yang Berhormat Bukit Gasing, Taman Medan, Meru, Batu Tiga, Bukit Lanjan dan Balakong. Tuan Speaker, Yang Berhormat Taman Medan memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri perlu membangunkan pelan induk mobiliti yang menyeluruh. Yang Berhormat juga mengemukakan beberapa cadangan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam negeri di samping mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuk menjadikan pelaksanaan Bus Rapid Transit ataupun BRT seperti model yang diperluaskan di Selangor mengenakan charge kesesakan seperti di London dan Singapura mewujudkan State Mobility Command Centre selaku pemantauan trafik secara masa nyata ataupun real time yang mengintegrasikan komunikasi antara PBT, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta menubuhkan pasukan respons pantas trafik negeri untuk ditempatkan di lebuh raya utama negeri terutamanya pada waktu puncak. Semua itu saya catit cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat Taman Medan. Secara dasarnya Kerajaan Negeri bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Taman Medan kecuali pengenalan kepada congestion charge ataupun cas kesesakan. Cadangan ini saya fikir belum sesuai untuk dilaksanakan khususnya dalam keadaan negara sedang menuju ke arah krisis ekonomi disebabkan oleh cas bahan api yang tinggi akibat perang di Asia Barat. Suka saya memetik satu laporan Business Times pada 15 Februari 2026. Ini yang terkini. Bertajuk, dengan izin, improve speed and relevantly of public transportation. Di dalam berita ini, seorang ahli Charted Institute of Logistic And Transport, Wan Agyl Wan Hassan, menyatakan bahawa caj kesesakan hanya sesuai dibuat selepas sebuah rangkaian transit yang lengkap terhubung selamat disediakan. Menurut artikel tersebut, dengan izin, “experience shows pricing is effective only when strong alternatives exist and when the revenue is transparently reinvested
in public transport. Citing Singapore and London as examples, he said both cities implemented demand management only after establishing robust transit networks”. Oleh yang demikian, cadangan pelaksanaan caj kesesakan ini masih belum sesuai dan saya percaya, pelaksanaan ini akan membebankan golongan rentan seperti di kawasan Taman Medan. Jadi adakah serius, Yang Berhormat Taman Medan ingin mencadangkan congestion charge ini kepada penduduk di Taman Medan. Saya rasa belum tepat masanya, khususnya pada masa krisis Asia Barat ini.
Boleh, sebab?
Boleh.
Sebab EXCO tanya saya, saya jawab. Terima kasih. Yang Berhormat, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kinrara, kerana telah mengulas dan juga mendengar, ucapan saya yang lepas dan mencatat semua, cadangan-cadangan. Dan saya ucap terima kasih kerana dalam semua perkara, secara dasarnya setuju, tetapi tentang congestion charge ini, belum lagi bersetuju. Saya juga, sebut dalam ucapan saya mengenai congestion charge ini, supaya kita mula bincangkan, kerana, ini bukan soal Taman Medan sahaja. Dan bukan hanya soal mereka yang golongan rentan dan sebagainya. Kerana kita tau, yang guna kereta, guna kenderaan ini, melibat semua pihak. Tetapi isunya adalah bagaimana kita nak mencari langkah paling efektif untuk mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke kawasan sesak seperti Kuala Lumpur, Bandar Petaling Jaya dan mungkin beberapa bandar-bandar lain, itu saja. Sebab itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri. Saya faham Kinrara kata tak setuju. Tetapi, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, kalau boleh dalam perancangan pelan induk mobiliti itu, dibincangkan juga perkara ini, kerana ia bukan satu keputusan, yang kita boleh buat, hari ini atau dalam Dewan ini. Ia harus melihat kepada kajian dan juga melihat kepada kesan impaknya kepada masyarakat, adakah benar-benar kita mampu lakukan ini untuk kurangkan trafik. Itu saja, Yang Berhormat.
Terima kasih Taman Medan. Sebenarnya perbincangan itu telah mula, ada perbincangan berkenaan pelbagai kaedah dan pelbagai cadangan untuk mengurangkan kesesakan untuk masuk ke Kuala Lumpur ataupun keluar daripada Kuala Lumpur. Oleh itu, saya selalu menyatakan bahawa kalau kita nak tengok bab pengangkutan awam ini, kita perlu tengok keseluruhan. Kita tak boleh asingkan Kuala Lumpur. Kita perlu tengok bersekali. Jadi, saya masih berpandangan, tidak sesuai bagi masa ini untuk melaksanakan congestion charge. Kerana saya yakin kita semua, tak nak membebankan rakyat kita pada waktu krisis Asia Barat ini. Saya tak pasti lah, kalau Taman Medan, tak ada kan, ini hanya satu cadangan. Okey, tak pe.
Yang naikkan harga diesel, kerajaan Yang Berhormat..
Bukan saya. Bukan.
Membebankan, diesel lagi beban
Yang itu bukan kerajaan
Harga minyak naik, yang Berhormat naikkan. Bukan kami.
Saya yang naikkan. Saya rasa
Saya minta congestion charge saja.
Saya rasa Taman Medan, perlu tarik balik.
Jadi tak adil, bahawa
kenyataan ini. Bukan saya yang naikkan.
Ha, bukan. Habis siapa naikkan. PMX?
Bukan saya, bukan saya yang naikkan.
Yang ini, saya betulkan. Bukan Kinrara yang naikkan. PMX yang naikkan. Kerajaan Kinrara.
Yang ini luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Kita sekarang bincangkan bab pengangkutan awam mobiliti. Dah duduk. Sebaliknya apa yang perlu dilakukan bukan sahaja di taman medan, tetapi seluruh, seluruh negeri Selangor, adalah untuk memperkukuhkan ketersambungan first mill and last mill.
Sikit jer, Kinrara, yang jem kat Taman Medan itu, sebab Kinrara lalu Taman Medan.
Sebab Kinrara maju
Sebab Kinrara lalu kat Taman Medan, tu yang jem.
Ini bukan sahaja mengenai mode pengangkutan seperti DRT dan mikro mobiliti tetapi ketersambungan laluan pejalan kaki yang selamat dan mode pembayaran pengangkutan yang lancar, seamless dan berpatutan. Bagi menyokong hasrat ini, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa ini, merupakan masa yang paling tepat untuk memperkenalkan insentif kepada pengguna pengangkutan awam. Khususnya kepada
pengundi dan rakyat di negeri Selangor. Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di bawah pakej pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026. Bermula Jun 2026, subsidi sebanyak RM30.00 sebulan akan disalurkan kepada pengguna pengangkutan awam melalui aplikasi NINE, iaitu platform e-wallet rasmi Kerajaan Negeri, bagi memastikan agihan yang lebih bersasar, terkawal dan telus. Selain daripada itu, pada tahun lalu, Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua PBT untuk mengemaskini inventori laluan pejalan kaki, bagi mengenal pasti keperluan masa kini dan akan datang, laluan pejalan kaki di seluruh Selangor. Selain itu, PBT juga memurnikan laluan pejalan kaki yang sedia ada seperti memastikan laluan tersebut bersih, selesa dilalui dan bebas daripada halangan seperti tiang lampu dan penanda jalan. Saya ingin memetik, antara contoh maklum balas pihak PBT mengenai pemurnian pejalan kaki ini. Seperti Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Selayang. Di bawah pentadbiran MPKj, terdapat sepanjang 30.58 kilometer laluan pejalan kaki dan basikal di dalam pemantauan pihak MPKj yang mana 95% masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Manakala Majlis Perbandaran Selayang, di dalam perancangan pembinaan laluan pejalan kaki dari Hospital Sungai Buloh ke KTM Sungai Buloh sepanjang 1.8 kilometer. Dan Pusat Bandar Rawang dari KTMB Rawang sepanjang 400 meter. Saya percaya, semua PBT sedang melibat gandakan usaha pemurnian laluan pejalan kaki, supaya ia selamat dan selesa untuk digunakan oleh pengguna pengangkutan awam. Seiring dengan itu, Rancangan Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor, juga akan mengambil kira ketersambungan dan keperluan masa depan laluan pejalan kaki di negeri Selangor. Draf pertama Laporan Pelan Induk ini dijangka siap menjelang Ogos, dan muktamadkan pada Disember 2026, sebelum dilancarkan awal tahun hadapan. Tuan Speaker, mengenai inisiatif DRT, saya mengambil maklum permohonan-permohonan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai program DRT Selangor. Buat masa ini Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk memberikan insentif terus kepada para pengguna DRT. Selari dengan pakej pengukuhan daya tahan Selangor 2026. Usaha ini dibuat memandangkan pengoperasian DRT telah dijalankan secara hampir menyeluruh oleh pihak prasarana melalui program Rapid On Demand. Selain terdapat beberapa operator lain, yang membekalkan perkhidmatan di beberapa kawasan di Selangor. Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menawarkan operasi yang bertindih ataupun overlap dengan mana-mana operator. Oleh itu Kerajaan Negeri percaya, dengan subsidi langsung kepada pengguna, ia akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat negeri Selangor. Perbincangan bersama operator sedang berjalan supaya subsidi ini dapat digunakan secara berkesan di dalam pengoperasian DRT. Petang tadi, saya baru berjumpa dengan semua pengendali pengangkutan awam di pejabat saya. Dan mesyuarat masih berlangsung untuk membincangkan kaedah bagaimana kita nak memberikan subsidi secara berterusan kepada pengguna DRT. Sehingga kini Rapid Bus, telah melaksanakan sebanyak 87 Jun perkhidmatan (ROD) Rapid On Demand, yang melibatkan 237 buah van di Lembah Klang.
Pengoperasian ini berjaya mencatatkan purata 18,000 penumpang sehari. Selain itu Rapid Bus talah mengenal pasti, sebanyak 20 Jun baru, bagi menyokong perkhidmatan LRT 3, dalam usaha meningkatkan accessibility bantuan pertama dan akhir, first mill and last mill, untuk perkhidmatan tersebut. Sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai cadangan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan DRT, ke kawasan masing-masing, pihak Yang Amat Berhormat boleh membuat permohonan kepada pejabat saya ataupun MBI, sebagai pengendali ataupun untuk menyelaraskan inisiatif ini. Merujuk kepada first mill and last mill connectivity, di sepanjang jajaran LRT 3, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Tiga, beberapa inisiatif telah digerakkan pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Di Shah Alam, laluan pejalan kaki menghubungkan SUK ke Pusat Bandar Shah Alam, dijangka siap pada tahun ini. Laluan ini akan seterusnya menyambungkan Pusat Bandar Shah Alam dengan Stesen LRT Dato’ Menteri dan dilengkapi dengan kemudahan mikro mobiliti seperti e-skuter. Selain itu MBSA juga sedang melaksanakan pembinaan laluan pejalan kaki Seksyen 7, menghubungkan LRT Stesen LRT 3, Seksyen 7 dengan kawasan perumahan dan komersial. Di Klang, MBDK telah mengenal pasti, 4 lokasi pembinaan laluan pejalan kaki yang baru, dengan keseluruhan kos mencecah hampir RM2 juta. Melibatkan kawasan Stesen LRT Pasar Jawa, Stesen LRT Taman Selatan, Stesen LRT Bandar Baru Klang, Stesen LRT Bandar Bukit Salak Tinggi. Dua daripada laluan tersebut iaitu LRT Pasar Jawa dan LRT Taman Selatan telah siap dibina. Pihak Rapid Bus juga telah mengenal pasti untuk memasang 323 tiang hentian di sepanjang laluan LRT tersebut. Penyelarasan secara berkala dengan semua PBT dan Kerajaan Negeri, bersama pihak prasarana akan diteruskan sehingga pembukaan LRT 3 menjelang Jun nanti. Tuan Speaker, beberapa Ahli Yang Berhormat telah sekali lagi menyatakan kebimbangan terhadap pembangunan pusat data, ataupun data center, yang mampu menjejas
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Ada yang bangun, Batu Tiga.
Ya.
LRT 3 tadi. Sebelum Yang Berhormat berpindah ke tajuk yang lain, LRT 3, saya menyambut baik kalau sekiranya benar-benar dilaksanakan pada Jun. Jangkaannya bila tadi Yang Berhormat.
Bulan Jun.
Bulan Jun. Saya menyambut baik.
Tetapi keputusan muktamad masih kita menunggu, keputusan muktamad daripada Kerajaan Persekutuan. Tapi saya dimaklumkan ada kemungkinan besar, kemungkinan besar, menjelang akhir Jun pada tahun 2026.
Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat, bila disebut tadi ada kemudahan-kemudahan yang akan menyokong kepada pembukaan LRT. Antaranya DRT, Rapid On Demand, dan juga laluan pejalan kaki. Cuma saya masih tidak nampak, bila LRT 3 ini, sebab dia banyak tertumpu kepada kawasan bandar, Yang Berhormat. Dia tidak ada di kawasan Batu Tiga. Dan stesennya juga agak jauhlah. Memang pilihan yang ada untuk warga di Batu Tiga adalah komuter. So, apakah mungkin ada, saya tak pasti, apa cara yang kita buat untuk memberikan galakan supaya masyarakat lebih memilih LRT 3 berbanding dengan komuter. Kita tahu, dari sudut capaiannya lebih besar berbanding dengan komuter.
Baik. Setelah perbincangan bersama prasarana, kita akan mulakan dengan perkhidmatan LRT, supaya kita dapat menangani first mill and last mill connectivity. Dan LRT ini, kita boleh mengembang sedikit kepada hub-hub pengangkutan yang lain. Dan dengan adanya subsidi daripada Kerajaan Negeri untuk pengguna DRT, saya yakin kesedaran itu akan meningkat dan lebih ramai pengguna akan memilih perkhidmatan pengangkutan awam. Jadi, saya nak...
Sikit Yang Berhormat. Tajuk pengangkutan ini. Saya ucap terima kasih Yang Berhormat Kinrara, telah mengulas panjang tentang pelan Kerajaan Negeri. Tentang isu mobiliti ini. Dan sebahagian besar, Yang Berhormat juga mengambil pandangan-pandangan daripada saya, Taman Medan, untuk dimasukkan di dalam ucapan dan bersetuju. Maknanya di dalam Dewan ini, saya sendiri mewakili Perikatan Nasional boleh cadangan yang baik, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa semua Ahli-ahli Pembangkang, ADUN-ADUN Wakil Rakyat Pembangkang ini, dilibatkan dalam mesyuarat majlis dan juga mesyuarat daerah yang membincangkan tentang isu transportasi dan mobilitasi sebagainya ini. Kerana Yang Berhormat sendiri, kita di sini boleh bincang, walaupun ada banyak bising-bising yang lain, tetapi kita boleh bincang dengan konstruktif dan cadangan-cadangan yang baik diterima oleh Kerajaan Negeri. Yang saya tak faham, saya masuk mesyuarat tentang isu mobiliti dan juga connectivity di MBPJ, sekali sahaja saya dijemput. Itu pun kerana tersalah e-mel. Mungkin boleh diwajibkan supaya dibuka sahaja kepada semua untuk dijemput dan dibincangkan perkara-perkara ini di peringkat PBT dan juga di peringkat, apa kita panggil, pejabat daerah. Kerana kami ini mewakili suara rakyat. Jadi sebagai sebuah kerajaan yang demokratik, sepatutnya belah sana ada sikit confident untuk jemput kami masuk dalam mesyuarat. Tak adalah kalau kami duduk dalam mesyuarat PBT, maka kerajaan depan ini akan tumbang. Bahkan cadangan yang kami beri mungkin
akan membantu, kerajaan ini untuk kekal lah dalam pilihan raya yang akan datang. Tapi harapnya tidak lah kekal kerajaan ini.
(Gelak) Jadi sebenarnya, kalau nak salurkan ataupun nak kongsikan pandangan, ada banyak platform. Salah satu platform adalah seperti Dewan Yang Mulia ini dan kita semua ada whatsapp dan pelbagai dan tidak semestinya semua mesyuarat di peringkat daerah ataupun di peringkat PBT itu membincangkan semua benda yang ada berkaitan dan bukan semua mesyuarat itu, Ahli-Ahli Berhormat daripada sebelah sini dijemput pun. Sometimes, kadang-kala ia adalah mesyuarat STANDCO. Jadi kita tengok kesesuaian. Kalau diperlukan, saya tak ada halangan. Kalau diperlukan, saya secara peribadi tak ada halangan kalau nak jemput-jemput. Seperti saya pernah jemput Yang Berhormat Semenyih untuk duduk bersama di Majlis Perbandaran Kajang untuk bincang bersama isu pengangkutan awam, isu pejalan kaki di Kajang. Kalau tak percaya, tanya Yang Berhormat Semenyih ada tak? Kita duduk sebelah saya. Jadi ini terpulang kepada kesesuaian dan keperluan. Adakah Yang Berhormat Bukit Gasing selalu dijemput oleh MBPJ untuk semua mesyuarat? Tak ada kan? Itu ikut keperluan Yang Berhormat Taman Medan. Ikut keperluan.
Tak semua, tak semua tapi Yang Berhormat Kinrara pandai sebab Semenyih rajin macam mesyuarat jawatankuasa, dia selalu hadir. Kehadiran dia TopNotch. Taman Medan, 50/50. Kadang-kadang hadir, banyak kali tak hadir.
Ini sangkaan jahat. Yang Berhormat Bukit Gasing sangkaan jahat. Saya hadir mesyuarat.
Bagi saya masuk data center.
Tak saya minta Speaker, Saya minta Bukit Gasing tarik balik sebab,
Teruskan Yang Berhormat EXCO
Speaker 36(6). 36(6)
Peraturan Tetap apa lagi ni
Peraturan Tetap
Yang Berhormat perlu tarik balik sebab nama Yang Berhormat dah ada dalam barisan EXCO Kerajaan yang akan datang.
Yang Berhormat Kuang, Yang Berhormat Kuang.
Peraturan Tetap no berapa ni. 36?
Sebab Yang Berhormat Bukit Gasing, dia buat sangkaan jahat pada saya dia kata saya 50/50 datang mesyuarat. Which is tak betul. Saya hadir. Bila saya boleh hadir, saya hadir. Bila Bukit Gasing MC tak boleh datang, dia tak datang. Jadi, Sidang DUN pun tak datang. Ada pernah tak datang Sidang Dun? MC kan masa itu? Jadi Yang Berhormat, jangan insinuate seolah-olah saya tidak ambil terlibat secara aktif
Yang Berhormat kita nak teruskan dengan Peraturan Tetap ini ataupun kita nak minta penjelasan?
Saya minta Bukit Gasing tarik balik saja kenyataan dia.
Ada penjelasan daripada Bukit Gasing?
Cadangan saya, Kinrara terima semua tau. Jangan main-main.
Bukit Gasing, ada penjelasan daripada Bukit Gasing?
Macam inilah, Tuan Speaker. Saya minta Tuan Speaker kemukakan rekod kehadiran. Kalau saya salah, saya minta maaf. Kalau saya betul, itu fakta.
Bukit Gasing, ini kehadiran apa? Kehadiran apa yang dimasukkan tadi?
Jawatankuasa.
Kehadiran Jawatankuasa?
Mesyuarat Jawatankuasa. Jawatankuasa. Apalah. Taman Medan.
Suruh tarik balik, Speaker.
Sebab itu, saya minta ini tadi.
Kenapa pula?
Itu tuduhan jahat pada Speaker. Ini tuduhan jahat pada Speaker. Ini tuduhan jahat pada Speaker.
Tak suruh dia tarik balik.
Penjelasan tadi macam mana? Nak minta rekod daripada? Saya tak ada rekod sekarang.
Tarik balik. Minta dia tarik balik. Tarik sajalah. Come on, Bukit Gasing. You want to move on? Tarik balik.
Be gentleman lah.
Be gentleman lah.
Sebagai gentleman, saya tak bagi apa-apa sangkaan. Saya tak tahu masa depan dia. Saya tak ada sangkaan. Saya cuma laporkan apa yang berlaku sebab kami dalam satu jawatankuasa yang sama.
You kata saya tak hadir mesyuarat. Adakah saya tak hadir mesyuarat? Bukan semua saya tak hadir.
Saya pun tak kata semua you tak hadir.
Tapi, no the way Bukit Gasing gambarkan, seolah-olah saya ni cuai dan tak laksana tanggungjawab saya. Itu yang you buat sangkaan tadi. Itu yang you cuba sampaikan.
Itu awak tambah.
Saya sangat dukacita dengan apa yang Bukit Gasing cakap. Mendukacitakan kerana Bukit Gasing cuba mempolitikkan kehadiran saya dalam mesyuarat. Saya cukup dukacita.
Bukit Gasing, Taman Medan duduk dulu.
I think cukup jelas. Saya hanya buat satu ayat. Dia hanya cakap satu ayat. Yang selebihnya, Taman Medan yang tambah sendiri. Kalau Taman Medan makan cili rasa pedas is on you.
Dua-dua, saya minta duduk. Dua-dua saya minta duduk. Dua-dua, saya minta duduk dulu. Penjelasan daripada Bukit Gasing tadi dia tak ada kata betul-betul 100% tak hadir. Dia kata sebahagian. Saya pun kadang-kadang tak hadir. Semua ada. Ahli dewan pun ada kadang-kadang hadir. Kadang-kadang tak hadir.
Maknanya saya rajin kan hadir mesyuarat. Betul speaker?
Saya tak pasti.
Saya buat kerja saya.
Saya tak pasti. Saya tak ada rekod. Saya tak pasti.
Duduklah. Duduklah.
Teruskan.
Saya boleh buktikan Yang Berhormat Taman Medan rajin berbahas di Dewan ini. Ini pujian. Baik, beberapa Ahli Yang Berhormat telah sekali lagi menyatakan kebimbangan terhadap pembangunan pusat data yang mampu menjejaskan sumber air dan elektrik kepada rakyat. Saya ingin tekankan sekali lagi setiap cadangan pembangunan pusat data hanya dapat dipertimbangkan setelah melalui penelitian rapi bersama agensi teknikal yang berkaitan seperti Air Selangor, TNB, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Perancang Bandar. Kelulusan tidak akan diberikan sekiranya kepastian kapasiti bekalan utiliti di sesuatu kawasan boleh memberi kesan kepada pengguna domestik, hospital, sekolah dan kemudahan awam. Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan termasuk Lembaga Urus Air Selangor ataupun LUAS memastikan pengurusan sumber air dilaksanakan secara terkawal dan mampan dengan mewajibkan setiap permohonan pengambilan air melebihi 2 juta liter sehari untuk menyediakan kajian keboleh dapatan sumber air bagi menilai kecukupan sumber serta impaknya terhadap pengguna sedia ada. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada Pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan Air Bumi dan Permukaan Negeri Selangor. Sehingga kini, terdapat tiga syarikat yang telah mengemukakan permohonan rasmi kepada LUAS bagi permohonan pusat data dengan anggaran kapasiti keseluruhan sebanyak 150 juta liter sehari. Selain itu, pelaksanaan sistem pemantauan penggunaan air termasuk pemasangan meter abstraksi turut diwajibkan bagi memastikan penggunaan sebenar dapat di rekod dan dikawal. Penggunaan caj abstraksi air serta caj lebihan pengambilan turut dilaksanakan sebagai mekanisme kawalan dan galakan ke arah penggunaan air secara berhemah. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan serta menetapkan supaya operator pusat data menggunakan sumber air alternatif seperti air kitar semula industri dan sistem penyejukan cekap bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat yang sepatutnya diutamakan untuk kegunaan rakyat. Dari aspek tenaga pula, pelabur diminta menyediakan
pelan bekalan elektrik khusus termasuk pembinaan sistem sokongan tenaga dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh baru supaya penambahan permintaan industri ini tidak membebankan sistem bekalan sedia ada. Selain itu, Kerajaan turut menggalakkan pematuhan kepada Power Usage Effectiveness ataupun PUE selaras dengan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan kecekapan tenaga selain meneroka peluang teknologi tenaga boleh diperbaharui. Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan program pertemuan bersama agensi teknikal berkaitan seperti TNB bagi menilai keperluan tenaga dan memastikan perancangan bekalan yang mampan sebelum kelulusan cadangan projek pelaburan diberikan. Yang lebih penting, Kerajaan Negeri berpegang kepada dasar bahawa bekalan domestik mesti sentiasa diberi keutamaan. Ini bermakna dalam apa dua keadaan, kepentingan rakyat Selangor dari segi akses kepada air dan elektrik akan terus dipelihara. Justeru, pendekatan Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi digital melalui pusat data dapat diteruskan. Namun, dalam masa yang sama, kesejahteraan rakyat, kelestarian sumber dan keselamatan utiliti negara tidak di kompromi. Tuan Speaker, untuk menjawab Yang Berhormat Sijangkang, bagi Pembangunan Integrated Development Region di South Selangor (IDRISS) , sebanyak empat projek telah masuk dalam fasa pelaksanaan iaitu NCT Smart Industrial Park, Integrated AGTech & Life Sciences Hub, KLIA Aero Polis dan Selangor Aero Park. Kerajaan Negeri percaya keempat-empat projek ini yang memacu sektor perkilangan dan perkhidmatan akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Selangor untuk tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Seterusnya, meningkatkan nilai KDNK Negeri melebihi RM431 bilion pada waktu ini.
Dengan perkembangan kemajuan IDRISS yang disebutkan tadi, saya nak dapat juga, dapat maklumat, sempena perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan rumah-rumah pekerja di Kuala Langat antaranya 8 ekar rumah pekerja sepatutnya dibangunkan juga.
Saya percaya rumah-rumah pekerja yang dimasukkan oleh Yang Berhormat Sijangkang adalah Centralized Labour Quarters (CLQ). Sebenarnya pembangunan-pembangunan disebutkan tadi itu akan dilengkapi dengan CLQ bersekali. Ini itu merupakan salah satu syarat kepada pembangunan-pembangunan seperti NCT dan Selangor Aero Park akan ada apa tu CLQ bersekali. Terima kasih. Yang Berhormat Hulu Kelang, saya nak menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tapi dia sibuk, sibuk untuk balas message. Negeri Sembilan. Okay. Yang Berhormat Hulu Kelang telah menyentuh berkenaan sumbangan sektor pembuatan perkilangan kepada keluaran dalam negara kasar KDNK. Negeri yang telah mencatatkan penurunan kepada 21.6% pada tahun 2025 berbanding sebanyak 29.4% pada tahun 2024.
Nampaknya penurunan itu macam dahsyat sangat. Yang Berhormat Hulu Kelang juga bertanya bagaimana Kerajaan Negeri ingin mempertahankan negeri Selangor sebagai hub industri dan jawapan saya adalah saya fikir Yang Berhormat Hulu Kelang telah terkeliru atau tersalah fakta berkaitan sumbangan sektor perkilangan pembuatan kepada KDNK Negeri Selangor. Mungkin Yang Berhormat Hulu Kelang sibuk dengan apa yang berlaku di Negeri Sembilan baru-baru ini. Jadi sebagai makluman Hulu Kelang sumbangan sektor perkilangan atau pembuatan kepada KDNK negeri Selangor pada tahun 2024 adalah sebanyak 29.1%. Itu betul. Manakala data untuk tahun 2025 belum lagi diumumkan oleh Jabatan Statistik ataupun DOSM. Jadi di manakah penurunan yang dimasukkan? Mungkin Hulu Kelang terkeliru ataupun tersalah petik fakta dengan jumlah pelaburan yang diterima oleh negeri Selangor yang diumumkan oleh MIDA baru-baru ini. Sebagai penjelasan lebih lanjut negeri Selangor telah menerima jumlah pelaburan berjumlah RM101.1 bilion pada tahun 2024 yang mana sebanyak RM18.8 bilion atau RM18.6% disumbangkan oleh sektor pembuatan dan sebanyak RM82.3 bilion atau RM81.4% disumbangkan oleh sektor perkhidmatan. Manakala bagi tahun 2025 pula sebanyak RM83.9 bilion ringgit jumlah pelaburan diluluskan yang mana RM18.1 bilion ringgit atau RM21.6% adalah dari sektor pembuatan. RM21.6% adalah nilai pelaburan dan sebanyak RM65.8 bilion ringgit atau RM78.4% adalah dari sektor perkhidmatan dari segi peratusannya prestasi sektor perkilangan kepada jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2025 telah meningkat kepada RM21.6% berbanding dengan sebanyak RM18.6% pada tahun 2024. Sebenarnya ada peningkatan bukan penurunan. Ini penjelasan yang saya ingin sampaikan. Jadi jelas di sini RM21.6% yang disebutkan di sini adalah merujuk kepada kelulusan pelaburan dari sektor perkilangan yang direkodkan oleh pihak MIDA. Manakala angka RM29.1% atau Yang Hulu Kelang sebut RM29.4% itu merupakan data yang dinyatakan pihak DOSM bagi data tahun 2024. Data penuh rasmi tahun 2025 biasanya akan diumumkan oleh pihak DOSM pada pertengahan tahun ini.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dalam perbahasan saya, saya menegaskan bahawa sumbangan ekonomi mengikut sektor sama ada sektor pembuatan, perkilangan, perkhidmatan dan juga mungkin pertanian. Itu sangat vulnerable, maka saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah perhatian yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO untuk memastikan sumbangan sektor-sekor ini dapat bertahan atau pun sustain dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar. Saya hanya ingin memberi contoh 29.4% itu adalah sumbangan sektor pembuatan dan perkilangan bagi tahun 2024. Itu angka yang telah dimuktamadkan oleh DOSM. Cuma persoalannya bagi tahun 2025, angka yang ada pada hari ini, saya faham itu adalah pelaburan baru yang menyumbang sebanyak 21.6%. Persoalannya, setelah walaupun belum dimuktamadkan tetapi angka ini masih jauh daripada angka yang telah dicatatkan pada tahun 2024. Walaupun ia dari jumlah pelaburan dalam pelaburan baru yang datang ke negeri Selangor but still if you compare dengan jumlah pada
tahun 2024 ianya masih rendah. Jadi, saya nak tanya apakah langkah-langkah untuk memastikan pelaburan ini dapat dipertahankan kerana ia akan menjejaskan prestasi perdagangan di negeri Selangor. Saya percaya Yang Berhormat sedia maklum dalam konteks perdagangan data trade ini ada dua komponen penting import dan export, dan kalau ini terjejas, ia juga akan memberi kesan kepada fenomena trade deficit yang sekarang dialami oleh negeri Selangor yang itu juga dalam perbahasan saya pada tahun lepas. Jadi ia ada kesan sampingan Yang Berhormat. Walaupun ia pelaburan baru, tetapi Negeri jangan ambil mudah kerana kita mahu mempertahankan rekod yang telah dicatatkan beberapa tahun yang lepas. Terima kasih.
Baik, penjelasan yang saya buat tadi adalah untuk menjelaskan fakta yang salah itu, sebenarnya bagi sektor pembuatan tu tidak menurun, dia meningkat sedikit bukan sedikit dari 18.6% kepada 21.6% jadi ada peningkatan. Dan tadi juga disebutkan kalau berbanding dengan 2024 nilai pelaburan tu, jauh berbeza dengan nilai pelaburan 2025 yang tu saya pun..
Yang Berhormat.
Belum habis.
Nanti dulu. Kalau Yang Berhormat kata saya terkeliru, ini saya quote titah Tuanku, apakah Tuanku juga dianggap oleh Yang Berhormat keliru..
Tak..saya betulkan fakta, peratusan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang kurang tepat.
Kalau nak betulkan sepatutnya Kerajaan Negeri kemukakan secara tertib dan sopan kepada Tuanku tentang angka-angka. Sekarang ini Tuanku telah menggunakan angka-angka ini..
Saya kan tengah menjawab. Jangan mempolitikkan isu ini. Sekarang ini saya menjawab.
Saya tidak mempolitikkan. Saya baca, Kerajaan beta masih menjangkakan masih ada potensi untuk memperluaskan sektor perkilangan dan pembuatan yang menyumbang 21.6%. Oleh itu, beta berharap terdapat usaha baru untuk merancakkan lagi aktiviti sektor perkilangan. Itu titah Tuanku.
Ya, yang itu, saya akan sampai ke bagaimana kita nak meningkatkan untuk pelaburan di sektor perkhidmatan, perkilangan dan pembuatan dan kalau kita bandingkan approve investment, nilai pelaburan yang masuk ke negeri Selangor pada tahun 2024 iaitu RM101.1 bilion dan 2025 sebanyak RM83.9 bilion. Yang tu nampaknya macam jauh beza, sebenarnya tidak. Yang apa itu, sasaran yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2025 adalah RM65 bilion dan kita telah melebihi sasaran asal iaitu kita berjaya mencapai RM83.9 bilion, bagi saya ini merupakan satu pencapaian yang cukup memberangsangkan, cukup baik bagi tahun 2025 yang penuh dengan pelbagai cabaran. Dan untuk menjawab soalan yang seterusnya. Bagi meningkatkan keupayaan negeri Selangor sebagai hab industri utama di negara ini, sebanyak 7 kawasan perindustrian berstatus Manage Industrial Park ataupun MIP telah diluluskan Kerajaan Negeri yang berkeluasan melebihi 3,600 ekar yang sedang dan akan dibangunkan oleh pihak Sime Darby Property and City Group PKNS, Sunway Property, Able Development Sdn. Bhd. dan KOMPAS @ Kota Seri Langat. Selain daripada 7 taman perindustrian berstatus MIP ini, masih terdapat lagi beberapa kawasan perindustrian besar yang sedang dan akan dibangunkan oleh pemaju-pemaju lain di beberapa lokasi seperti di daerah Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang dengan ketersediaan kawasan perindustrian yang sedang dan akan dibangunkan ini, kita yakin Selangor masih mampu menawarkan lokasi yang kompetitif kepada para pelabur sebagai hab industri yang disokong dengan ekosistem industri yang lebih meyakinkan dan lebih matang berbanding negeri lain.
Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat ada menyatakan sasaran jumlah pelaburan pada asalnya RM65 bilion dan Yang Berhormat mendabik dada bahawa, jumlah yang telah dicatatkan melebihi sasaran. Sekarang ini dikatakan telah mencatat RM83.9 bilion. Tetapi Yang Berhormat tidak mencerakinkan apakah pelaburan yang dimaksudkan ini, pelaburan yang berteknologi tinggi, yang berkemahiran atau pun pelaburan yang masih bersifat labor intensive atau pun capital intensive? Sebab kalau ianya merupakan teknologi ataupun pelaburan yang bersifat labor intensive ianya tidak dapat meningkatkan produktiviti negeri Selangor. Kita ada satu jumlah talent pool yang agak besar tetapi mereka tidak dapat pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan tidak dapat meningkatkan produktiviti. Sebab itu, 21.6% yang dititahkan oleh Tuanku itu, merupakan satu jumlah yang agak kecil kerana itu adalah jumlah pelaburan baru yang sebahagian besarnya berteknologi tinggi. Jadi, jangan hanya nyatakan satu jumlah melebihi sasaran tetapi Kerajaan Negeri tidak mengemukakan apa bentuk pelaburan itu. Jadi kalau Yang Berhormat tidak dapat kemukakan pada petang ini, saya minta Yang Berhormat dapat kemukakan secara bertulis RM83.9 bilion ini, apakah bentuk pelaburan yang masuk ke negeri Selangor. Sebab kita boleh kesan apakah yang berteknologi tinggi, berkemahiran yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan graduan di negeri Selangor. Terima kasih.
Baik, saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Hulu Kelang bahawa di negeri Selangor ni, kalau kita nak tarik pelaburan, kita sepatutnya bertumpu kepada pelaburan yang berteknologi tinggi dan berimpak tinggi yang labor intensive yang memerlukan banyak tenaga kerja tu, sudah tidak sesuai sebenarnya bukan di negeri Selangor sahaja, tetapi di seluruh Malaysia tidak sesuai untuk menarik pelaburan labor intensive industri lagi. Jadi ini, memang bukan merupakan sasaran kepada Kerajaan Negeri
Selangor untuk menarik pelaburan yang memerlukan banyak tenaga kerja yang masuk di negeri Selangor ni, kita semua sedia maklum tanah, harga tanah di negeri Selangor ini lebih mahal daripada negeri-negeri lain but good things doesn’t can’t cheap. Jadi, kenapa mereka masih melabur di negeri Selangor kerana kita ada kepakaran, kita ada talent pool yang paling besar di seluruh negara dan kita ada fasiliti, kita ada infrastruktur yang paling lengkap dan bekalan air, bekalan tenaga yang paling stabil di seluruh negara dan berdekatan dengan KLIA, berdekatan dengan Pelabuhan Klang. Ini merupakan sebab-sebab utama kenapa pelaburan berteknologi tinggi dan berimpak tinggi masuk ke negeri Selangor. Saya bagi satu contoh lagi, IC Design Park. Buat masa ni, IC Design Park telah mempunyai 302 IC Design Engineer (dengan izin) yang semua ni berpendapatan tinggi dengan gaji permulaan sekurang-kurangnya RM5,000 – RM6,000 ke atas. Jadi ini merupakan inisiatif-inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelaburan yang berimpak tinggi yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tetapi secara terperinci saya tak ada angka tu, dan saya tidak ada data tu, saya akan minta Invest Selangor untuk kemukakan secara bertulis kepada Yang Berhormat Hulu Kelang dan selepas itu, kita boleh duduk berbincang dan kita boleh go through senarai tu untuk memastikan semua pelaburan masuk negeri Selangor tu, merupakan pelaburan yang berimpak tinggi. Terima kasih. Dan..
Sedikit mencelah. Terima kasih. Dalam perbahasan saya, saya menyentuh soal kehilangan pekerjaan. Saya ingat analisis daripada Hong Leong Investment Bank juga menyebutkan bahawa, pautan yang agak lemah dalam sektor pembuatan dan juga sektor pengilangan yang ini memberikan kesan kepada kehilangan pekerjaan yang mungkin ada langkah-langkah tertentu oleh Kerajaan Negeri yang dibuat supaya peluang pekerjaan ini bukan sahaja daripada sudut intensive labor atau pun yang berteknologi tinggi tapi memastikan bahawa pelaburan yang masuk dari pembuatan dan pengilangan ini dapat diteruskan dan rakyat tidak akan kehilangan pekerjaan. Terima kasih.
Sebenarnya peluang pekerjaan di negeri Selangor ini, masih banyak dan kalau tak salah saya, kadar pengangguran tu di bawah 3%, bawah 3% kan? 2.9%. Ini merupakan kadar yang paling rendah di seluruh Malaysia. Jadi memang banyak peluang pekerjaan lagi yang ditawarkan oleh pelaburan di negeri Selangor. Sekiranya ada sesiapa yang memerlukan kerja, Kerajaan Negeri Selangor melalui Yang Berhormat Banting selalu menganjurkan Job Fair. Job Fair itu akan kita kumpulkan semua syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja dan menawarkan peluang pekerja kepada anak-anak di negeri Selangor ini. Jadi, Tuan Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini dengan penuh komitmen, pandangan dan bernas serta cadangan yang membina demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri Selangor. Patik juga dengan penuh takzim dan hormatnya menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang sentiasa menjadi panduan dan pedoman dalam
merangka dasar serta hala tuju pembangunan negeri Selangor. Sebagai penutup, patik menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor di dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2026. Terima kasih.
Peraturan Tetap Yang Berhormat Speaker.
Soalan seterusnya.
Speaker, Peraturan Tetap.
Iya.
Saya nak bangkit peraturan 26(1) berkenaan dengan usul saya yang telah saya terima surat daripada Yang Berhormat Tuan Speaker tentang pemberitahu dan usul oleh saya yang dikemukakan pada 23 April. Dalam surat ini, Yang Berhormat Speaker tadi juga telah maklumkan pada sesi sidang pagi tadi, bahawa Yang Berhormat telah menolak usul ini untuk dibahaskan di dalam dewan ini bagi merujuk Yang Berhormat Seri Kembangan kepada pihak Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dalam keputusan Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat memetik bahawa Taman Medan tidak memetik dengan jelas dan nyata bahagian mana dalam isi kandungan ucapan Seri Kembangan yang dikatakan sebagai bercanggah dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Taman Medan juga tidak memetik dengan jelas dan nyata bahagian mana dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang telah dicanggahi. Saya nak rujuk balik pada usul yang telah saya hantar, kalau Yang Berhormat Speaker mungkin kurang jelas dengan apa yang saya cuba sampaikan dalam usul ini. Kalau saya boleh bacakan balik untuk dipertimbangkan bahawasanya menurut peraturan 26(1), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri di Selangor. Dewan yang mulia ini menerima usul Yang Berhormat Taman Medan seperti berikut: Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil maklum dan menzahirkan kebimbangan serius tentang kenyataan yang dibuat oleh Ahli Dewan Seri Kembangan semasa persidangan negeri Selangor pada 22 April 2026 yang dilihat bercanggah dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berhubung larangan penternakan babi di (mikrofon dimatikan)
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Taman Medan. Yang Berhormat Taman Medan. Tidak boleh dibaca sebab isu itu tidak boleh dibaca setelah ditolak. Saya mohon.
(mikrofon dihidupkan semula) ...saya tidak nyatakan dengan jelas, walhal (mikrofon dimatikan).
Sekarang bukan perbahasan. Yang Berhormat, Yang Berhomat.
(mikrofon dihidupkan semula) ...babi di negeri Selangor. Dalam dewan ini, kita dengar titah Tuanku tentang isu larangan penternakan babi di negeri Selangor. Bahkan dalam muka surat 18, titah Tuanku dengan jelas menyebut, bahawa baru-baru ini, beta telah menitahkan agar ternakan babi tidak diadakan di negeri Selangor. Namun demikian, masih terdengar rungutan dari beberapa pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati dan enggan untuk mematuhi titah beta. Itu hari Isnin, waktu Tuanku rasmikan Dewan. Hari Rabu, Yang Berhormat Seri Kembangan bangun, bangkit, kata “saya dukacita dan isu ini telah dipolitikkan”. Bangkit soal kesamarataan dalam perlembagaan. Ini yang dibangkitkan oleh Seri Kembangan.
Yang Berhormat, saya rasa cukuplah.
Namun Sebab itu bila Yang Berhormat Speaker tolak usul saya dan petik bahawa saya tidak menyatakan dengan jelas, adakah Yang Berhormat Speaker kurang faham usul yang saya hantar? Saya guna bahasa melayu yang jelas dan terang lagi nyata apa isu yang hendak dibincangkan. Apa yang diucapkan oleh Seri Kembangan adalah berkenaan penternakan babi. Titah Tuanku sebut tentang penternakan babi. Takkan saya bincang fasal benda lain dalam usul ini? Jadi bagaimana Speaker menggunakan kuasa Speaker menolak usul ini dan memetik bahawa seolah-olah saya tidak menyatakan dengan jelas? Yang Berhormat Speaker kena faham, ucapan dibuat pada 22hb, 23hb pagi saya dah hantar usul, Yang Berhormat boleh check dengan Setiausaha Dewan, adakah Hansard sudah siap pada ketika itu? Saya hendak petik Hansard yang mana? Kalau saya petik video, Yang Berhormat akan kata saya petik video, sumber tidak rasmi. Hansard tidak ada, sebab itu kita nyatakan dengan jelas dalam usul ini bahawa perkara ini tentang isu penternakan babi. Dalam isu penternakan babi Ini, titah Tuanku dah sebut, dalam muka surat 18, titah Tuanku sebut benda ini. Yang Berhormat Seri Kembangan dalam perbahasan dia, dia ulas benda ini, pertama. Kedua, sehari selepas itu dia pertahankan kenyataan dia dalam media. Sebab itu, sebagai proses Yang Berhormat Speaker, saya sebagai Ahli Dewan yang ada tanggungjawab, saya ambil ketetapan yang bertanggungjawab.
Yang Berhormat, berapa lama lagi?
Sebab itu saya bawa usul rujuk pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Bukannya saya buat keputusan, saya pun tidak pasti. Adakah kenyataan dia itu ingkar atau derhaka kepada Tuanku?
Yang Berhormat boleh duduk. Sudah habis, sudah habis.
Sebab itu saya minta Speaker tarik balik keputusan pagi tadi, terima usul yang sebelumnya dan..
Yang Berhormat sudah habis ke belum? Yang Berhormat Taman Medan sudah habis ke belum?
Ini bukan perkara yang boleh digelak-gelak Yang Berhormat Sekinchan! Ini urusan Tuanku. Ini titah Tuanku. Kalau Kerajaan Negeri..
Yang Berhormat sudah habis ke belum? Yang Berhormat sila bertutur dalam bahasa Melayu. Yang Berhormat habiskan ayat yang terakhir. Taman Medan, duduk. Taman Medan habiskan. Yang Berhormat Taman Medan sila duduk. Sila duduk. Sila duduk. Sila duduk. Taman Medan, sila duduk. Sila duduk. Taman Medan, sila duduk. Habis ke belum?
Belum habis.
Tidak perlu. Habiskan dia, ayat terakhir saya minta Taman Medan duduk. Duduk.
Sebab itu, dalam usul itu saya sebut bahawa adalah bahawa Dewan ini juga menegaskan bahawa sebarang cubaan untuk menormalisasikan atau mempertikaikan perkara yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, berpotensi mencetuskan ketegangan masyarakat serta mencalar keharmonian Negeri sesuai dengan Peraturan Tetap 36(10). Kalau saya nak baca 36(10), sebab Yang Berhormat Speaker kata saya tidak jelaskan.
Yang Berhormat duduk. Duduk. Yang Berhormat duduk. Saya akan memberi penjelasan. Saya ingin bertanya. Yang Berhormat sila duduk. Yang Berhormat sila duduk. Yang Berhormat duduk ke tidak?
Belum, belum habis.
Sudah habis. Cukup, cukup di situ. Yang Berhormat, masa sudah sampai. Sekarang bukan zaman waktu berbahas. Yang Berhormat, ini bukan masa untuk berbahas. Yang Berhormat perlu duduk sekarang dan saya akan memberi penjelasan ataupun penerangan kepada semua yang tidak faham. Sila duduk, duduk. Saya tanya Yang Berhormat, pagi tadi di mana? Pagi tadi di mana?
Saya boleh tanya Yang Berhormat juga, pagi tadi Yang Berhormat di mana?
Jawab soalan, pagi tadi di mana? Pagi tadi di mana?
Jam 10 saya sudah ada.
Pagi tadi di mana? Pukul 11.30 hingga 12.30 di mana?
Speaker nak jawab.. (Dewan Riuh)
Jangan berdalih. Yang Berhormat tidak ada di dalam Dewan pada pukul 11.30 hingga pukul 1 petang.
Speaker, Speaker ada mana jam 10? (Dewan Riuh)
Saya telah memberi penjelasan yang panjang lebar tentang perkara ini. Duduk, duduk, duduk. Yang Berhormat duduk ke tidak?
Tak nak, sebab..
Yang Berhormat, saya bagi amaran pertama. Duduk atau tidak? Gombak Setia tidak ada hal. Gombak Setia tidak ada hal. Duduk. Duduk. Gombak Setia tidak ada hal. Taman Medan, duduk. Amaran pertama, duduk. Amaran pertama, duduk. Duduk, duduk, duduk. Gombak Setia tidak ada hal kamu, kamu duduk ya. Saya nasihatkan supaya sabar, ini tidak ada kaitan dengan Yang Berhormat Gombak Setia. Yang Berhormat jangan gunakan gaya bahasa itu. Itu adalah sesuatu yang sangat, sangat, sangat, sangat tidak beradab. Saya minta dua-dua duduk. Yang Berhormat Taman Medan, apabila saya memberi penerangan tentang perkara ini pada pukul sekitar 12.30, Yang Berhormat tidak ada di situ. Penjelasan atau surat yang saya rasa Yang Berhormat sudah dapat dan sudah baca, pastinya sudah jelas Yang Berhormat tidak memetik. Saya tahu apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tetapi usul Yang Berhormat itu tidak memetik langsung bahagian mana yang bercanggah, bahagian mana yang dicanggah dan bahagian yang disebut oleh Yang Berhormat berkenaan dengan perkara..
Sebab itu saya kata Yang Berhormat Speaker..
Saya belum habis lagi, berkenaan dengan Peraturan Tetap 36(10), tidak ada pengkhususan kepada mana-mana satu sub peraturan a, b, c ataupun kesemuanya ataupun semuanya. Jadi Yang Berhormat, saya sudah membuat keputusan. Saya telah pun membuat keputusan menolak dan mengembalikan usul Yang Berhormat kerana tidak mematuhi peraturan. Kerana Yang Berhormat tidak jelas usul Yang Berhormat itu cacat. Saya nasihat Yang Berhormat duduk. Ini amaran kedua, duduk atau tidak. Yang Berhormat, duduk atau tidak?
Saya hendak tanya Yang Berhormat.
Tidak perlu tanya, duduk sahaja. Ini adalah keputusan saya dan ianya adalah muktamad. Ianya tidak akan ditarik balik. Saya akan kekal dengan keputusan ini. Yang Berhormat Taman Medan duduk! Yang Berhormat duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk. Saya telah menggunakan Peraturan 26(9)(b). Telah berada di situ. Telah pun ada dalam surat itu. Saya menasihatkan Yang Berhormat duduk! Duduk! Yang Berhormat Duduk! Yang Berhormat duduk, 27(5)(b). Duduk! Amaran ketiga. Duduk! Duduk!
Ini soal serius!
Bentara sila keluarkan Taman Medan. Keluarkan Taman Medan daripada Dewan ini pada hari ini, keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan telah membazirkan masa 10 minit. Keluar! Taman Medan keluar! Keluarkan Taman Medan, Taman Medan keluar! Keluarkan Taman Medan! Keluar! Keluar!
You tak guna jadi Speaker! (Dewan Riuh)
Yang Berhormat Taman Medan membazirkan masa Dewan. Taman Medan keluar! Taman Medan tak nak duduk, esok lusa. Taman Medan keluar daripada Dewan esok dan lusa. Taman Medan keluarkan.
You tak pertahan titah Tuanku! Saya bawa masuk usul ini kerana hendak pertahankan titah..
Yang Berhormat Taman Medan pernah menjadi ADN 2 penggal di Pulau Pinang. Pernah menjadi ADN dan EXCO.
Betul, sebab itu saya tahu!
Sekarang dah penggal yang ketiga, apakah perangai ini diizinkan? Bentara, keluarkan dia
You tak boleh buat macam ini! Dewan ini ada undang-undang! Bukan undang-undang you! Ini bukan undang-undang DAP! (Dewan Riuh)
Keluarkan, keluarkan Taman Medan. Keluar! Keluar! Keluar! Keluarkan Taman Medan! Keluarkan Taman Medan! Taman Medan keluar, Taman Medan keluar, Taman Medan keluar! Keluar, keluar, keluar. Keluar sekarang! Silakan, keluarkan sekarang! Keluarkan sekarang! Keluarkan Taman Medan! Taman Medan Keluar! Masa tidak mengizinkan lagi. Cukup, cukup, yang lain cukup. Taman Medan keluarkan! Keluarkan
Taman Medan! Bentara keluarkan Taman Medan! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Bentara keluarkan Taman Medan! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Taman Medan keluar! Keluarkan hari ini, esok dan lusa. Keluarkan Taman Medan! Keluarkan Taman Medan! Silakan keluar Taman Medan! Keluar! Keluar! Keluar! Yang lain semua duduk! Semua duduk, duduk, duduk! Tidak ada hal. Keputusan telah pun dibuat. Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Keluar sekarang Taman Medan hari ini, esok dan lusa. Tertib, tertib. Keluarkan Taman Medan! Keluarkan Taman Medan! Cukup! Cukup! Cukup! Keluarkan Taman Medan! Kita perlu kawal masa. Keluarkan Taman Medan. Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Bentara, sila keluarkan Taman Medan. Bentara, keluarkan Taman Medan! Taman Medan! Bentara, keluarkan dia. Keluarkan dia! Keluar! Keluar! Keluar! Keluarkan Taman Medan! Keluar! Yang lain sila duduk. Yang lain duduk. Taman Medan keluar! Keluar! Keluar! Keputusan telah pun dilakukan. Taman Medan keluar. Itu sahaja. Yang lain tidak ada hal. Taman Medan keluar. Keluarkan Taman Medan. Taman Medan keluar, 2 hari. Hari ini, esok dan lusa. Yang Berhormat Taman Medan keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Taman Medan Keluar! Bentara, keluarkan Taman Medan! Keluarkan Taman Medan! Keluarkan Taman Medan! Taman Medan keluar! Keputusan telah pun dilakukan. Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Keluar! Keluar sekarang! Keluar sekarang! Taman Medan keluar! Keluar sekarang! Yang Berhormat, keluar! Keluar! Keluarkan Taman Medan! Bentara, sila keluarkan Taman Medan! Tolong! Sila keluarkan Taman Medan! Keluarkan dia sekarang! Keluarkan dia sekarang! Bentara, sila laksanakan arahan Speaker, keluarkan Taman Medan! Terpaksa dikeluarkan. Taman Medan keluarkan! Taman Medan! Keluarkan dia! Keluarkan dia! Keluarkan Yang Berhormat Taman Medan! Taman Medan keluar Dewan! Taman Medan keluar Dewan! (Dewan Riuh)
Bagilah berhujah dahulu..
Tidak ada hal yang lain. Taman Medan keluar Dewan! Taman Medan keluar Dewan! Yang lain semua duduk. Taman Medan keluar Dewan! Taman Medan keluar Dewan! Taman Medan keluar Dewan! Taman Medan keluar Dewan! Keluar! Keluar! Taman Medan keluar Dewan! Keluar! Keluar juga! Penjelasan telah pun diberikan dengan secukup-cukupnya. Masa tidak boleh dibuangkan begitu sahaja. Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Keluar! Taman Medan keluar! Yang lain tidak ada hal, tidak berkaitan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Hanya Taman Medan keluar. Taman Medan keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Yang lain tidak. Sila duduk. Yang lain sila duduk. Tidak perlu, tidak perlu untuk yang lain berdiri. Taman Medan keluar! Keputusan telah pun dilakukan. Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Keluar! Keluar! Cukup, cukup, cukup. Ini tidak ada kaitan dengan mana-mana Ahli Berhormat yang lain. Taman Medan keluar! Keluar! Keluar! Sila keluarkan dia! Keluarkan dia! Keluarkan dia! Keluarkan
Taman Medan! Taman Medan akan dikeluarkan untuk Persidangan hari ini, esok dan lusa. Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluarkan Taman Medan! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Keluar! Taman Medan keluar! Yang lain boleh duduk. Taman Medan boleh keluar. Masa kita telah pun dibazir 20 minit untuk perkara ini. Taman Medan! Sila ikut arahan Speaker. Keluar daripada Dewan ini untuk Persidangan hari ini, esok dan lusa. Keluar! Taman Medan keluar! Taman Medan keluar! Keluar! Keluar! Yang Berhormat! Bentara, silakan keluarkan dia. Keluarkan dia! Keluarkan dia! Keluarkan dia! Keluarkan dia! Taman Medan sila keluar! Taman Medan, kalau kamu terus berucap lagi, saya akan membuat usul dan juga minta untuk dirujuk kepada Hak dan Kebebasan. Yang Berhormat Taman Medan kalau kamu perlu akur kepada arahan saya sila keluar. Kamu perlu akur kepada arahan Speaker, tidak boleh dibazirkan zaman dan waktu yang berharga Sidang Dewan, Taman Medan keluar. Keluarkan Taman Medan, keluarkan Taman Medan, keluarkan dia. Keluar, keluar. Keluar, keluar, keluarkan Taman Medan, keluar, keluar. Taman Medan keluar. Keluar, keluar, keluar. Isu ini cukup. Taman Medan keluar. Keluar, keluar, keluar. Tak perlu, tak perlu, isu ini usul ini telah pun selesai di situ, keluar, Taman Medan keluar. Yang Berhormat semua sila duduk. Kita, saya telah membuat keputusan Taman Medan dikeluarkan daripada dewan yang mulia ini untuk bagi persidangan hari ini dan juga hari esok dan lusa. Saya teruskan dengan EXCO yang lain siapa? Tanjong Sepat silakan Tanjung Sepat. Tanjong Sepat silakan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Speaker.
Saya nak maklum kepada Tuan Speaker.
Saya minta supaya Tuan Speaker berlaku adil.
Yang Berhormat Hulu Kelang duduk. Saya telah pun membuat keputusan dan keputusannya telah diterangkan pagi tadi. Kalau bagi mereka yang tak sempat baca atau pun tonton live boleh rujuk kemudian. Itu sahaja. Tanjong Sepat sila teruskan.
Alasan yang dikemukakan oleh Tuan Speaker tidak berasas, tidak adil. Bagaimana seorang yang telah mengeluarkan kata-kata...hina raja Melayu..
Teruskan, teruskan, teruskan Tanjong Sepat. (Dewan riuh)
Teruskan, Tanjong Sepat teruskan.
Tanjong Sepat you nak derhaka. ( Dewan riuh)
Tanjong Sepat, rakyat sedang marah sekarang ini. Kerana..
Hulu Kelang duduk, Gombak Setia duduk, Sijangkang duduk, Morib pun duduk, Hulu Kelang duduk, Gombak Setia duduk, Sijangkang duduk, Morib duduk, duduk, duduk, duduk. Sungai Kandis pun duduk, Hulu Kelang duduk, Gombak setia duduk, Morib duduk, duduk, duduk, duduk, sila duduk, semua duduk. Morib duduk, Hulu Kelang sila duduk. Sungai Kandis pun duduk. Tidak ada hal lagi sekarang ini adalah floor Tanjung Sepat. Cukup. Duduk sila duduk. Tanjong Sepat sila duduk. Tanjong Sepat sila duduk. Hulu Kelang duduk juga. Keputusan telah pun dilakukan Hulu Kelang duduk. Tanjong Sepat silakan sila teruskan. Tanjong Sepat sila teruskan.
Pandangan ini amat dihargai dan akan dijadikan panduan kepada Kerajaan Negeri dalam menambah baik dasar dan pelaksanaan dibawah portfolio saya. Terlebih dahulu saya ingin. (Dewan riuh)
Dan juga perbahasan daripada Yang Berhormat Dusun Tua dan juga Yang Berhormat Selat Klang. (Dewan riuh)
Yang Berhormat Tuan Speaker. Ini adalah ...
Bagi ahli yang tidak berucap, sila ikut turutan. Tak perlu ucap panjang-panjang tak perlu tengking , tak perlu meneriak dan sebagainya. Kuang macam mana nak duduk ke tidak. Kuang duduk, Kuang duduk, Kuang duduk, duduk, duduk, duduk Kuang. Ini amaran pertama Kuang duduk ke tidak? Kuang duduk ke tidak? Amaran kedua. Kuang duduk ke tidak? Sila keluarkan Kuang, keluarkan Kuang juga. Bentara sila keluarkan Kuang untuk tempoh persidangan hari ini, esok dan lusa. Keluarkan Kuang. Jadi sila keluarkan dia. Baik. Tanjong Sepat teruskan.
Terima kasih Tuan Speaker.
Kuang keluarkan hari ini, esok dan lusa.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin meneruskan di mana perbahasan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Dusun Tua dan juga Yang Berhormat Selat Klang di mana Rumah Mampu Milik terutamanya di luar bandar. Yang akses pinjaman (Dewan riuh)
Kuang keluar, Kuang keluar, Kuang keluar. Keluarkan Kuang, keluarkan Kuang kerana ingkar arahan Peraturan Tetap 44. Sila keluarkan Kuang. Kuang keluarkan Kuang bagi persidangan hari ini, esok dan lusa. Keluarkan. Yang Berhormat yang lain sila bertenang. Tanjong Sepat sila teruskan. Ya
Semua tak ada.
Sila teruskan Tanjong Sepat, Tanjong Sepat teruskan.
Usul semua tak ada.
Untuk, untuk Ahli-ahli yang tidak ada di sini tidak perlu dijawablah.
Kebanyakan tidak ada. Cuma saya akan jawab.
Tanjong Sepat teruskan masa tidak mengizinkan lagi ya. Ada ramai lagi ADUN yang memerlukan jawapan kepada soalan yang ditanya.
Semua yang...Tuan Speaker yang hanya boleh saya jawab ialah daripada Yang Berhormat Dusun Tua dan juga Yang Berhormat Selat Klang di mana usul yang telah dibawa dan dibahaskan iaitu perancangan rumah mampu milik terutama luar bandar akses pinjaman bagi golongan muda. Yang kedua rumah mampu milik pasangan yang baru daripada Selat Klang. Kerajaan Negeri sangat komited untuk mempergiatkan penyediaan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat khususnya golongan muda dan keluarga baharu. Di Hulu Langat sahaja terdapat 101 projek yang melibatkan 56 ribu, 55,671 unit rumah yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan termasuk di DUN Dusun Tua sebanyak 68 unit di mana Rumah Mampu Milik telah siap dibina. Selain daripada itu Kerajaan Negeri menyediakan pendekatan alternatif bagi skim Smart Sewa bagi membantu golongan yang belum berkemampuan untuk membeli rumah iaitu dengan kadar sewa yang berpatutan dan di samping ruang mengumpul simpanan bagi untuk pemilikan rumah di masa hadapan. Manakala.
Yang Berhormat boleh celah sikit.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kalau bolehlah permintaan Dusun Tua tempoh hari saya ada sebut yang nak luncur baru ini 20 ribu ke 30 ribu. Ia berada di Semenyih, kalau boleh balance kanlah, macam di Bangi berpuluh ribu. Dusun Tua tadi 65 sahaja, memang permintaan anak muda nak rumah ini, amat tinggi. Memang Selangorku ini rumahnya saya rasa memang rumah yang terbaiklah saya kira. Jadi saya rayu supaya fikir strategi mana, tanah PKNS pun ada di dua kawasan mungkin ada extra lagi. Naikkanlah rumah Selangorku di Dusun Tua ini.
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Bagi pihak LPHS kita memang tak ada halangan langsung di mana kawasan yang dibina tetapi ia bergantung pada keperluan dan selain dari itu juga bergantung pada developer. Mereka adalah fokus kawasan dan juga zoning kawasan tersebut. Dan itu boleh kita sarankan jika terdapatnya masih ada tanah-tanah di bawah anak syarikat dan sebahagiannya untuk dimajukan di kawasan Yang Berhormat Dusun Tua. Sehubungan aspek pembiayaan bagi Kerajaan Negeri Selangor memahami keperluan. Asas pinjaman yang lebih flexsibel untuk golongan anak muda di mana namun pada masa sekarang ini Kerajaan tiada skim lagi pinjaman melainkan kita adakan skim Smart sewa di mana mereka boleh menyewa selama 5 tahun dan selepas itu kita akan pulangkan semua 30% pada kadar sewanya itu. Ini membolehkan mereka untuk mereka gunakan duit tersebut, pembayaran sama ada deposit atau pun sebarang urusan untuk pemilikan rumah yang baharu. Sementara itu Selat Klang ada membangunkan pembangunan rumah Selangorku yang masih dalam fasa perancangan dan belum dilaksanakan lagi secara khusus di kawasan tersebut. Bagaimanapun penduduk kawasan itu masih lagi mempunyai akses kepada projek-projek perumahan mampu milik yang telah diluluskan sekitar Klang. Sehingga kini 24 projek melibatkan 11,905 unit yang telah diluluskan dan merangkumi beberapa unit yang telah disiap, pembinaan serta perancangan sekali gus memastikan bekalan perumahan mampu milik terus sedia di peringkat di dalam negeri Selangor. Seterusnya daripada Hulu Bernam tidak ada, dan Sungai Ramal pun tidak ada, Kota Kemuning. Kota Kemuning ada. Untuk menjawab status bantuan rumah sewa bagi mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Height. Untuk pengetahuan Yang Berhormat status bantuan sewa fasa 4 dalam masa tempoh 3 bulan iaitu Januari, Februari, Mac 2026 telah diselesaikan dan telah disalurkan oleh LPHS pada 27 Jun 2026 dan seramai 67 keluarga ataupun KIR yang telah layak menerima bantuan tersebut dengan jumlah implikasi kewangan sebanyak RM402,000. Sehubungan dengan itu tiada tunggakan bayaran dan tiada menerima yang telah tercicir daripada fasa 4. Saya maklumkan kemungkinan adanya yang buat aduan itu mereka itu memang tidak disenaraikan oleh pihak Pejabat Daerah. Jadi yang itu kita akan semak semula.
Dengan izin Yang Berhormat EXCO, kalau begitu adakah mereka boleh panjangkan permohonan rayuan berkenaan dengan permohonan mereka untuk fasa ke 4 iaitu kepada Pejabat EXCO. Boleh?
Boleh Yang Berhormat, tapi kita akan melihat apakah siasatan yang akan dibuat oleh pihak Pejabat Tanah. Dan untuk pengetahuan Yang berhormat, Pejabat Daerah Tanah Petaling pada 21 April 2026 telah mengemukakan permohonan cadangan berhubung dengan lanjutan bantuan bagi sewa Fasa ke 5, Fasa ke 5 untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. Perkara ini akan dibentangkan ke dalam mesyuarat MMKN yang akan datang. Dan seterusnya Kuang, Kuang baharu sahaja keluar, dan setakat itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih.
Banting.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mulakan dengan sepatah serangkap pantun. Padi Menguning Tanda Bahagia, Hasil Dituai Membawa Berkat, Kita Perkasa Modal Insan Negara, Selangor Maju Rakyat Diangkat. Salam Sejahtera, Salam Kita Maju Selangor, Maju Bersama dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bangun untuk menggulung isu pasaran buruh. Isu ini termasuk pemberhentian atau kehilangan pekerjaan. Ia juga termasuk pemadanan kerja melalui Job Care dan Job Fair serta termasuk Pemerkasaan TVET serta pendekatan Fast Tract Berasaskan Industri. Saya mengambil maklum bahawa kebimbangan Yang Berhormat semua, kebimbangan ini menyentuh pendapatan rakyat dan masa depan belia. Kerajaan Negeri akan menjawab dengan data dan tindakan. Pertama sekali patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas limpah perkenan serta titah ucapan sempena Pembukaan Persidangan Dewan Negeri Selangor bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke Empat Tahun 2026 ini. Sesungguhnya titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku merupakan panduan yang amat berharga. Titah tersebut memastikan hala tuju pentadbiran negeri kekal berfokus kepada kesejahteraan rakyat. Kemampanan ekonomi serta pembangunan yang inklusif dan seimbang. Titah Tuanku juga sarat dengan peringatan yang jelas dan penuh hikmah, agar Kerajaan Negeri sentiasa berada pada landasan yang tepat. Patik menyambut baik segala peringatan tersebut. Patik akan berusaha mengambil langkah proaktif supaya setiap dasar dan inisiatif di bawah Portfolio Sumber Manusia dan Kemiskinan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan berimpak tinggi dan menyeluruh. Patik juga menyambut
baik dan menjunjung sepenuhnya titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berhubung usaha berterusan Kerajaan Negeri menangani isu Kemiskinan elektif yang telah berjaya diturunkan daripada 14.2% pada tahun 2022 kepada 8.5% pada tahun 2024. Patik merafak sembah menjunjung kasih atas titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia berhubung peluang pekerjaan dan hasil pelaburan di mana pelaburan tempatan serta luar negara telah menawarkan 61,311.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Banting. Nanti sekejap, saya menjemput ADUN Yang Berhormat Kinrara untuk bawa usul.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan 26 perenggan 4 dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6 petang.
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat setuju sila kata YA. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Usul ini dipersetujui. Yang Berhormat Banting, sila teruskan.
Terima kasih Tuan Speaker. Di mana pelaburan tempatan serta dari luar negara telah menawarkan 61,311 peluang pekerjaan kepada rakyat. Patik menzahirkan komitmen bahawa peluang ini akan terus diutamakan untuk rakyat. Melalui pemerkasaan, pemadanan kerja serta, kesiapsiagaan kemahiran agar rakyat benar-benar dapat merebut peluang yang sedia ada. Patik turut menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang berharap agar terdapat usaha baru untuk merancakkan lagi aktiviti sektor perkilangan yang mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sehubungan itu Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada pemerkasaan ekosistem industri dan pembangunan bakat yang berkaitan. Ini termasuk memperkukuh laluan kemahiran dan latihan yang berteraskan keperluan industri. Matlamatnya agar sektor perkilangan kekal rancak, berdaya saing dan terus menjadi terus sumber pekerjaan yang berkualiti. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya letakkan konteks pasaran buruh. Selangor mempunyai pasaran buruh yang besar dan dinamik. Berdasarkan DOSM, penduduk umur bekerja pada suku keempat 2025 ialah 5.42 juta orang. Ini bersamaan dengan 72.9% daripada jumlah penduduk. Kadar penyertaan tenaga buruh ialah 78.5% atau 4.25 juta orang. Dari sudut pengangguran trend menunjukkan penurunan, Selangor merekodkan 2.7% pada tahun 2023 ia menurun kepada 2.3% pada tahun 2024. Pada tahun suku pertama 2025 pula ia menurun kepada 1.8% dengan 76.6 ribu orang penganggur. Kadar ini lebih rendah berbanding dengan kadar Nasional sekitar 3.2% pada tahun 2024 dan sekitar 3.0% pada tahun 2025. Namun Yang Berhormat Tuan Speaker, angka makro tidak mencerminkan keseluruhan keadaan apabila berlaku kehilangan kerja kesannya besar terhadap keluarga. Maka respons Kerajaan Negeri ialah rapid respons dengan izin,
matlamatnya mengurangkan tempoh pengangguran dan pemulihan pendapatan mereka ya. Yang ketiga ialah tentang kehilangan pekerjaan dan keperluan padanan kerja yang dibangkitkan oleh Sungai Ramal dan Sijangkang. Jadi saya tangguhkan perkara ini dan seterusnya pre-matching ataupun Jobcare.
Yang Berhormat. Tentang kehilangan pekerjaan tadi saya ingat saya juga ada nyatakan tentang soal kehilangan pekerjaan.
Ada, yang tu ada nanti.
Belum lagi. Akan masuk selepas ni atau?
Sekarang kita ada. Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya jelaskan pelaksanaan secara ringkas. Untuk tahun 2026, JobCare dilaksana melalui 3 segmen iaitu pertama Jelajah JobCare di 9 buah daerah. Kedua JobCare Premium untuk peluang pekerjaan kemahiran tinggi seperti Aero Angkasa, IC Design dan kecerdasan buatan iaitu AI. Ketiga, JobCare Istimewa dan juga golongan rentan. Jadual jelajah JobCare dirancang dari April hingga Oktober 2026 ia meliputi Kuala Langat, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Sepang dan Sabak Bernam. Premium dan Istimewa dilaksanakan berasingan supaya pemadanan lebih bersasar. Untuk mempercepatkan padanan, kaedah pre-matching digunakan melalui portal MYFutureJobs, data kekosongan dan pilihan industri dialisis di lebih awal. Temu duga menjadi lebih tersusun, susulan seperti temu duga kedua turut diuruskan. Program disertakan kaunseling kerjaya dan pameran agensi berkaitan. Sebagai contoh pelaksanaan pada tahun 2026, siri pertama Jobcare di Kuala Langat telah dilaksanakan di Kolej MCS Banting. Program ini merekodkan pra pendaftaran seramai 567 orang dengan kehadiran fizikal seramai 289 orang. Hasilnya seramai 119 orang berjaya mendapat pekerjaan on the spot sebab kita di interview pada program ini interview dijalankan dan kita akan lantik pada masa mereka di interview kan. Dan seramai 51 orang ditawarkan temu duga kedua dengan penglibatan sebanyak 30 majikan. Tawaran gaji tertinggi yang direkodkan adalah sekitar RM10,000 hingga RM12,999 bagi jawatan managerial post. Sekali gus menunjukkan program ini menghasilkan impak yang paling nyata. Yang Berhormat Tuan Speaker, apabila mekanisma padanan sudah bergerak, persoalan seterusnya ialah jurang padanan di sinilah kerja ada tetapi tidak padan. Ia perlu ditangani dengan secepat mungkin. Saya merujuk pandangan Yang Berhormat Kuala Kubu Bharu, Yang Berhormat menekankan isu kekosongan jawatan yang missmatch kemahiran. Saya juga merujuk kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan. Yang Berhormat mencadangkan fast track TVET bersama rakan industri Kerajaan Negeri bersetuju pada prinsipnya. Data PERKESO melalui MYFuturejobs menunjukkan kekosongan jawatan di Selangor adalah tertinggi bagi tempoh Januari hingga 31 Disember 2025. Pada masa yang sama terdapat pencari kerja belia yang memerlukan
pemadanan lebih tepat. Maka isu utama ialah kualiti padanan ia merangkumi kemahiran, pendedahan industri dan kesediaan. Dalam ekonomi baru permintaan kemahiran turut berubah. Wujud kekosongan kemahiran tinggi berteras AI. Ia memerlukan latihan yang lebih pantas dan dipacu industri. Menjawab Yang Berhormat Bukit Lanjan dan Yang Berhormat Kuala Kubu Bharu, prinsip TVET fast track adalah jelas. Latihan mestilah pendek tetapi padat. Latihan juga mesti praktikal dan berbaur kepada keperluan jawatan sebenar. Dalam hal ini KPI utama bukan sekadar bilangan peserta tamat latihan. KPI utama ialah penempatan kerja dan keboleh gerakan kerja peserta. Kerjaya peserta keperluan ini menjadi lebih mendesak apabila pasaran menunjuk permintaan kemahiran baru termasuk pasaran ekonomi baru kemahiran tinggi berteras AI. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kursus micro-credentials dan short courses bersama rakan industri dan sebagainya. Kandungan kursus disusun terus daripada kehendak majikan dan standard industri. Laluan industri ini akan disambungkan dengan pemadanan kerja melalui MYFuturejobs dan platform Jobcare supaya peserta tidak tamat latihan tanpa peluang pendapatan. Pada masa yang sama di reskilling dan upskilling akan diperluas kepada pekerja yang terkesan agar mereka dapat beralih ke sektor yang lebih stabil dan lebih bernilai tambah ya. Seterusnya kapasiti TVET dan belia luar bandar. Saya merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Selat Klang. Cadangan ini ialah menambah institusi TVET. Kerajaan negeri menyokong dan fokus pada kapasiti yang kualiti ini termasuk penambahan kod dan model disahkan industri. Ini juga termasuk work base learning dengan izin. Pameran TVET disokong dengan peruntukan sebanyak RM20.48 juta bagi tahun 2026. Pelaksanaan termasuk program seperti Ikhtisas yang terintegrasikan kemahiran teknikal dan keusahawanan. Saya juga menjawab permohonan Yang Berhormat Dusun Tua. Yang Berhormat meminta latihan belia di luar bandar termasuk teknologi hijau dan pertanian moden. Kerajaan Negeri bersetuju latihan perlu menjurus kepada produktiviti dan padanan. Data menunjukkan produktiviti pertanian masih negatif pada 2024 namun bertambah baik berbanding tahun sebelumnya. Maka latihan perlu menyokong pemodenan teknik, penggunaan teknologi dan rantaian nilai. Bagi isu risiko pengurangan tenaga kerja dan intervensi industri saya merujuk kebimbangan Yang Berhormat Batu Tiga berhubung risiko pengurangan tenaga kerja. Kerajaan Negeri melihat keperluan 2 pendekatan strategi. Pertama, padanan kerja yang pantas serta latihan semua reskilling dan peningkatan kemahiran upskilling untuk pekerja yang terkesan. Kedua, memperkukuh pekerjaan berkualiti melalui peningkatan produktiviti supaya mobiliti kerjaya dan pendapatan rakyat dapat dipertingkatkan. Data DOSM menunjukkan produktiviti buruh Selangor kekal mengatasi purata nasional. Asas ini dipacu oleh sektor bernilai tambah tinggi khususnya pembuatan dan perkhidmatan. Sehubungan itu TVET berasaskan industri mesti menyokong arah ini supaya tenaga kerja tempatan benar-benar bersedia mengisi pekerjaan yang bernilai tinggi. Pembasmian kemiskinan. Yang Berhormat Tuan Speaker, di samping memperkukuhkan pasaran buruh.
Yang Berhormat.
Ya sila.
Yang Berhormat, bila Yang Berhormat sebut tentang apa yang saya bahaskan tu sedikit sebanyak dia menjawab tetapi saya ingat ada perkara yang saya lebih risaukan iaitu penguncupan tenaga kerja disebabkan suasana polemik di geopolitik. Sebab risiko nya ada tapi bila Yang Berhormat sebut tentang di awal tadi menjawab kepada Yang Berhormat saya tak ingat jawapan kepada siapa tadi tentang bagaimana sebenarnya kita boleh bantu dalam tempoh beberapa bulan, dalam tempoh mereka kehilangan pekerjaan. Apakah itu sebenarnya boleh menjamin sekurang-kurangnya pendapatan isi rumah tidak terjejas ketika mereka dibuang kerja kepada mendapatkan pekerjaan yang baharu. Apa pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Memang satu soalan yang baik sebab memandangkan geopolitik yang tidak tertentu dan ekonomi tidak tertentu ia mungkin membawa beberapa kesan kepada especially Selangorian dengan izin. Jadi, memang saya merancang untuk mengadakan job karnival ini ataupun job fair ini dengan begitu kerap sekali cuma saya akan mengwar-warkan informasi ini kepada orang ramai melalui by daripada ADUN dan sebagainya supaya mereka-mereka yang telah terkesan daripada masalah geopolitik ini boleh lah datang ke melihat apa yang kita sedang lakukan di daerah tertentu. Cuma baru-baru ini saya telah mengadakan satu Job Karnival di Damansara. Memang peluang pekerjaan tu begitu tinggi lebih kurang 4,000 dan ke atas. Cuma saya nampak apa tu pada participation ataupun kehadiran orang ramai itu tidak begitu menggalakkan. Ini menunjukkan mungkin ramai yang begitu stabil dari segi pekerjaan yang mereka ada itu. Cuma mungkin saya beri nasihat kepada ibu bapa ataupun anak-anak ataupun pelajar yang lepasan universiti dan sebagainya. Datanglah ke karnival-karnival seperti ini untuk mendapatkan maklumat dan juga boleh memilih masa depan anak-anak kita ataupun menceburi bidang yang mana yang paling sesuai. Apakah market yang ada sekarang untuk anak kita menceburi dalam bidang tertentu. Ya, terima kasih. Di samping itu memperkukuh pasaran buruh dan juga TVET. Kerajaan Negeri turut memperkukuhkan perhatian pada isu yang paling dekat dengan kehidupan rakyat iaitu kemampuan sara hidup dan Kemiskinan Relatif. Justeru izinkan saya menyentuh perkembangan hala tuju agenda pembasmian Kemiskinan Relatif ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kemiskinan Relatif telah menurun daripada 14.2% pada tahun 2022 kepada 8.05% pada tahun 2024. Kejayaan ini mencerminkan keberkesanan pendekatan holistik Kerajaan Negeri yang tidak hanya tertumpu kepada bantuan jangka pendek yang bersifat kebajikan semata-mata tetapi turut menekankan aspek jangka masa panjang merangkumi pemerkasaan ekonomi, peningkatan pendapatan dan mobiliti sosial rakyat. Namun demikian, usaha ini tidak boleh terhenti di sini. Isu Kemiskinan Relatif khususnya di kawasan bandar adalah bersifat dinamik dan dipengaruhi oleh peningkatan kos sara hidup,
ketidaktentuan ekonomi dan jurang pendapatan ekonomi semakin melebar. Justeru pendekatan yang lebih bersasar, responsif dan berimpak tinggi akan terus diperkasakan. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pelaksanaan insentif sedia ada melalui penambahbaikan program agar lebih bersasar dan melibatkan integrasi pengkalan data dan penyelesaian antara agensi agar tiada golongan yang tercicir. Pada masa yang sama fokus juga akan diberikan kepada golongan kepada program peningkatan kemahiran, penciptaan, peluang pekerjaan berkualiti dan sokongan keusahawanan bagi memastikan rakyat bukan saja berjaya keluar daripada kemiskinan malah mampu meningkatkan taraf hidup secara mampan. Kerajaan Negeri juga komited untuk memperluas jaringan kerjasama strategik bersama Kerajaan Persekutuan, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha memperkukuhkan sistem ekosistem perlindungan sosial negeri. Akhirnya selaras dengan Titah Duli Yang Maha Mulia tuanku, Kerajaan Negeri beriltizam untuk memastikan setiap dasar dan insentif yang dilaksanakan benar-benar manfaat kepada rakyat khususnya golongan rentan agar kesejahteraan dan kemakmuran negeri Selangor dapat dinikmati secara inklusif dan saksama oleh semua lapisan masyarakat. Yang seterusnya adalah perbahasan Kota Kemuning iaitu Indian Endowments Board. Tuan Speaker, berkenaan dengan cadangan penubuhan Hindu Endowments Board yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kemuning, saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri menyambut baik cadangan tersebut sebagai satu insentif yang berpotensi memperkukuhkan pengurusan rumah ibadat khususnya Kuil Hindu, tanah perkuburan Hindu, pengendalian isu pemindahan kuil serta hal-hal berkaitan agama Hindu di negeri Selangor. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti secara mendalam serta disesuaikan dengan konteks Perlembagaan Persekutuan dan keperluan negeri Selangor antaranya termasuk aspek perundangan, status pemilikan tanah, bidang kuasa pentadbiran serta sensitiviti komuniti setempat lebih-lebih lagi apabila melibatkan kuil yang terletak di atas tanah persendirian. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini terdapat contoh pelaksanaan yang boleh dirujuk seperti di negeri Pulau Pinang melalui Penang Endowments Board, Indian Endowments Board, model ini boleh dijadikan panduan asas. Namun pelaksanaannya di Selangor perlu mengambil kira perbezaan struktur pentadbiran serta kerangka perundangan negeri. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar pandangan dan nasihat turut diperolehi daripada Yang Berhormat Damansara dan juga Yang Berhormat Sungai Buloh yang kini berada di peringkat kepimpinan Persekutuan serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal komuniti India. Selain itu, kuil-kuil utama seperti Batu Caves dan juga beberapa kuil yang mempunyai aset yang besar turut memperlihatkan keperluan kepada sistem tadbir urus dan pemantauan yang lebih tersusun demi memastikan pengurusan yang cekap dan berintegriti. Penglibatan Kerajaan Negeri juga perlu demi menjaga kebajikan masyarakat setempat. Tuan Speaker, modal di negeri Pulau Pinang menunjukkan beberapa kelebihan yang boleh di pertimbangkan oleh negeri Selangor. Antaranya pertama, mewujudkan pengurusan berpusat yang lebih teratur sekali gus mengurangkan pertindihan fungsi antara pelbagai
jawatankuasa kuil. Kedua, memastikan perlindungan dan pengurusan aset rumah ibadat meliputi tanah, bangunan, tanah perkuburan dan dana secara telus serta akauntabiliti, termasuk penyediaan garis panduan, penyelarasan rekod dan dokumentasi kuil. Semakan status dan tanah serta pendaftaran pemilikan yang mengelakkan pertikaian berkaitan pemilikan aset melalui satu badan pentadbiran jelas. Ketiga, memudahkan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan secara lebih sistematik melalui pembangunan Pengkalan data bersepadu, semua kuil di negeri Selangor sekali gus meningkatkan keberkesanan penyelenggaraan, perancangan, pemantauan serta memastikan tadbir urus yang lebih baik melalui audit berkala, laporan kewangan telus dan pemantauan bebas. Keempat, menjamin penglibatan wakil kuil dan masyarakat hindu dalam proses membuat keputusan secara inklusif bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat, di samping itu memastikan keharmonian antara agama terus terpelihara dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negeri Selangor dalam setiap pelaksanaan dasar. Namun begitu, pelaksanaan di negeri Selangor perlu mengambil kira kekangan tertentu, tanah persendirian. Oleh itu, perkara ini wajar dirujuk pada penasihat undang-undang kita negeri Selangor bagi memastikan cadangan ini selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Kewujudan hindu Endowments board di negeri Selangor boleh menyelesaikan pelbagai isu seperti kuil, tanah perkuburan india dan perayaan kaum india, hindu di negeri Selangor. Oleh itu, saya percaya perkara ini perlu dilihat secara mendalam untuk merealisasikannya. Bagi Yang Berhormat Sentosa yang telah bangkitkan ...
Sebelum Yang Berhormat, sebelum kita beralih ke soalan yang ditanya oleh rakan saya YB Sentosa, berkenaan dengan hindu Endowments board, saya menyambut baik bahawa Kerajaan Negeri akan memberi perhatian berkenaan dengan cadangan yang diberikan, tetapi saya perlukan masa yang kita tetapkan sama ada hindu Endowments board itu boleh laksanakan atau tidak, kalau tidak apakah kita boleh menyediakan satu jawatankuasa steering community untuk menyelesaikan isu-isu kuil di kawasan atau pun di negeri Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Memang saya apabila saya buat analisa tentang hindu Endowments board di peringkat Pulau Pinang, dia apabila kita melihat dasar dan sebagainya memang dia menguntungkan semua pihak, dia akan apa tu menyelesaikan banyak masalah. Di peringkat negeri Selangor, saya serahkan kepada yang bijaksana Yang Berhormat PUU kita untuk menganalisa perkara itu, untuk mendapatkan maklumat dalam masa terdekat dan saya mungkin akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Cuma, apabila kita melihat di negeri Selangor ini, saya percaya kita perlu melibatkan banyak NGO ataupun third party yang libat dalam perkara yang hindu Endowments board ini supaya dia lebih adil, dia lebih open kepada semua pihak supaya suara ramai akan dimasukkan dalam Endowments board ini supaya kita mendapat penjelasan. Tapi sekiranya kita pergi kepada jawapan yang di kemukakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari, LIMAS memainkan peranan penting untuk menyelesaikan isu-isu semasa, tetapi LIMAS memainkan secara menyeluruh daripada agama buddha, agama kristian, tao dan hindu dan sebagainya. Jadi saya memang melihat apabila kita ada isu membabitkan kuil-kuil, jumlah kuil di negeri Selangor ini, yang paling ramai antara kuil yang terlibat yang tanpa kelulusan ialah kaum india ataupun hindu temple sebanyak 688, saya ada angka dia ini. Cuma 688 ini apabila kita kira balik, jumlah keseluruhan adalah 1,169, ia melibatkan church, dia juga melibatkan tokong cina, dia juga melibatkan guduara dan sebagainya, surau ada satu la dekat JPS. Jadi apabila kita menyeluruh perkara ini, di peringkat LIMAS kita dapat selesaikan tapi dia makan masa. Sebab itu saya memang menyokong padu kepada permintaan Yang Berhormat Kota Kemuning, bahawa kalau kita ada hindu Endowments board, maksudnya kita selesaikan perkara komuniti yang mengalami masalah ataupun komuniti yang mengadakan banyak isu tentang kuil. So saya setuju sangatlah, tapi saya serahkan kepada PUU untuk menjawab ataupun mendapatkan maklumat terperinci. Ya Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya nak tanya berkenaan dengan nombor yang telah diberikan 688 dan 1,169. Adakah perkara ini betul dan statik ini dibuat dengan baik, diteliti dengan baik dan semua agensi-agensi terbabit dan kenapa perkara ini tidak dibincangkan di peringkat LIMAS untuk dapat satu kepastian, kerana perkara ini telah keluar kat media sosial dan juga akhbar dan di Selangor kalau 688 kuil tidak sah, bagaimana dengan nombor kuil yang sah, berapa banyak lagi yang kita ada. Mungkin saya berpendapat nombor 688 ini tidak sah kerana pandangan saya kalau kita ambil banyak kuil kita di mana bangunan-bangunan dia ada beberapa bangunan di satu tempat, ini you tak boleh bagi tahu, kalau ada lima bangunan ertinya lima kuil. Ini adalah satu persatuan dengan lima bangunan di kawasan itu, mungkin saya berpendapat nombor itu tidak betul. Saya minta pihak EXCO untuk memberi penerangan, terima kasih.
Saya habiskan dan saya terangkan Yang Berhormat, terima kasih Sentosa. Dengan segala hormatnya, berhubung dengan perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sentosa, saya ingin menjelaskan bahawa enam angka 688 yang dinyatakan sebelum ini adalah merujuk kepada jumlah kuil yang tanpa kebenaran sahaja dan setakat rekod diperoleh oleh pihak SPBT pada ketika itu. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum terdapat pengesahan rasmi daripada pihak JKR, itu saya setuju, sebab kita telah memberi tanya kepada JKR, mereka dalam bancian dan sebagainya.
Cuma apabila kita jumlahkan, jumlah rumah ibadat yang tidak sah angka adalah betul 1,169 dan untuk makluman Yang Berhormat Sentosa, sebagai ahli juga Jawatankuasa LIMAS, beberapa mesyuarat kita telah bentangkan angka ini, mungkin kehadiran Yang Berhormat mungkin ataupun terlepas pandang atau sebagainya, memang dalam jawatankuasa LIMAS telah dibentangkan terperinci, cuma saya telah sarankan kepada jawatankuasa LIMAS, saya tidak dapat satu makluman yang terperinci seperti mana Yang Berhormat Sentosa telah bangkitkan pagi tadi bahawa jumlah ataupun bilangan yang tidak nyatakan oleh JKR adalah satu angka yang tidak betul dan sekiranya kita kaji balik dengan teliti, memang mungkin angka-angka itu akan tambah, saya tidak nafikan. Cuma, kembali kepada soalan Yang Berhormat Sentosa tadi, adakah kuil itu kira bangunan ataupun bilangan. Tidak, kita akan mengikut satu kawasan, mungkin konsep hinduisme ini dia mungkin beberapa bangunan kecil, shrain dan sebagainya, dia kira ataupun dikategorikan sebagai satu kuil, satu tempat beribadat dan sebagainya. Ok, saya teruskan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai rumusan perbahasan, Kerajaan Negeri mengambil maklum semua pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung kesejahteraan rakyat. Ketahanan perasaan buruk dan keperluan memperkukuhkan bangunan modal insan negeri. Kerajaan Negeri akan meneruskan pendekatan yang holistik dan bersepadu dengan menumpukan kepada tindakan yang pantas, bersasar dan berasaskan keperluan semasa agar rakyat yang memerlukan sokongan dapat dibantu dengan lebih cepat dan berkesan. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pembasmian kemiskinan latif, melalui penambahbaikan program yang lebih bersasar, menjelaskan antara agensi serta memperkukuh pangkalan data supaya tiada golongan yang tercicir. Fokus turut diberikan kepada peningkatan kemahiran, peluang pekerjaan berkualiti dan sokongan keusahawanan agar rakyat bukan sahaja keluar daripada kemiskinan, malah mampu meningkatkan taraf hidup secara mampan. Kerajaan Negeri juga akan memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan termasuk agensi berkaitan dan rakan industri bagi memastikan inisiatif yang dilaksanakan benar-benar menepati kehendak semasa serta memberi manfaat kepada yang berterusan kepada rakyat. Di samping itu, Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap keperluan memperkemas tadbir urus dan pengurusan rumah ibadat khususnya kuil hindu termasuk aspek rekod, dokumentasi, pengurusan aset serta mekanisme akauntabiliti. Kerajaan Negeri komited meneliti cadangan penambahbaikan secara menyeluruh dengan mengambil kira perundangan, bidang kuasa, status pemilikan tanah dan sensitiviti komuniti setempat agar pelaksanaan tertib, adil dan harmoni. Keutamaan Kerajaan Negeri adalah jelas dan tidak boleh dikompromi. Ia memastikan setiap penubuhan dan pembangunan yang dirancang benar-benar menghasilkan impak yang nyata, terukur dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Segala usaha yang akan dipacu dengan lebih tegas dan fokus kepada membuka peluang yang lebih luas. Memperkasa keupayaan rakyat secara menyeluruh serta
memperkukuhkan daya tahan ekonomi yang sosial negeri dalam menghadapi cabaran semasa pada masa hadapan. Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang kelemahan dan pelaksanaan, setiap dasar dan inisiatif akan dipacu dengan rapi, dinilai secara berterusan dan ditambah baik dengan secara dengan segera bagi memastikan hasil yang maksimum kepada rakyat. Saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas perbahasan yang bernas dan kondusif. Namun demikian, penegasan harus dibuat bahawa setiap cadangan yang dikemukakan akan dinilai secara tegas dan dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti, berlandaskan kepentingan rakyat serta keperluan mendesak untuk memastikan negeri Selangor terus mara sebagai sebuah negeri yang maju, berdaya saing dan bertahan berdaya tahan tinggi, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Seri Setia.
Bismillahirrahmanirrahim, Rabbishrahli Sadri Wa Yassirli Amri Wahlul 'Uqdatam Min Lisaani Yafqahu Qauli, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, terima kasih Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang saya hormati sekalian. Izinkan Seri Setia menyampaikan ucapan penggulungan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas tahun 2026. Titah Tuanku padat dengan nasihat, teguran dan pandangan. Pastinya Titah ini dizahirkan berdasarkan pemerhatian peribadi baginda dengan mengambil kira keluhan-keluhan serta pandangan-pandangan yang terbanyak di negeri ini. Tuanku tentunya menzahirkan Titah ini berdasarkan kebijaksanaan dan pengalaman Baginda sebagai seorang Sultan berjiwa rakyat yang amat memahami denyut nadi dan keresahan rakyat di bawah. Seri Setia menjunjung kasih di atas Titah Tuanku yang pastinya mahukan dengan izin the best from all of us, Adun-adun kerajaan, Adun-adun pembangkang dan kerajaan sendiri agar segala permasalahan rakyat diselesaikan secara tuntas dan segera. Sasaran Tuanku seperti zero flat yang dititahkan dalam ucapan tahun baru 2026 ini mungkin sedikit tinggi, baru dan tidak selesa kepada kita semua, tetapi sasaran-sasaran ala moonshot sebegini, menuntut kita semua untuk menggembleng idea, usaha, dana dan tenaga untuk mencari kaedah-kaedah dan penyelesaian-penyelesaian yang baharu. Titah Tuanku ini sepatutnya kita semua terima sebagai Titah teguran yang serius. Pada hemat Seri Setia dan dalam bahasa marhaen patik, Titah kali ini adalah suatu perintah yang perlu kerajaan laksanakan sesegera mungkin, noktah. Seri Setia ulang semula, Seri Setia ulang untuk semua sekali dalam Dewan Yang Mulia ini, Titah ini adalah suatu perintah yang kerajaan perlu laksanakan sesegera mungkin.
Jadi Seri Setia ingin singgung kenyataan tentang hak kesamarataan menternak binatang itu dengan izin with you respect, molek juga dipertimbangkan hak majoriti dan perasaan majoriti rakyat negeri Selangor termasuk yang bukan Islam yang berhak mendapatkan persekitaran yang lebih bersih, tanah yang tidak tercemar dan sumber makanan yang sewajibnya diuruskan dengan bersih berdasarkan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. Seri Setia merasakan seandainya suara minoriti itu dibangkitkan di Dewan Negeri ini, suara majoriti juga harus diangkat di dalam dewan ini. Realiti di luar, keresahan rakyat itu memang ada, memang ada dan perlu kita ambil kira bersama-sama dalam kita melaksanakan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini. Izinkan Seri Setia meneruskan penggulungan ini dengan memetik beberapa isu rakyat yang di Titahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Jika diamati, permasalahan rakyat ini yang diselitkan dalam Titah kali ini bukanlah perkara baru, permasalahan seperti banjir, jalan berlubang, kutipan sampah masih lagi berulang, Tuanku juga Titah bila kita berbahas, kita bekalkan bahas data, kita bekalkan fakta. Dari segi faktanya sebenarnya telah ada (dengan izin) sedikit anecdotal evidence ataupun tanda-tanda awal akan perubahan ke arah yang lebih baik. Paling kurang pun kekerapan berulang itu sudah pun berkurangan.
Seri Setia ingin kongsikan di sini statistik rasmi insiden bencana banjir dan banjir kilat yang dibekalkan daripada Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Jadi saya ambil angka pada setiap tahun bermula dari tahun 2018 sehingga tahun 2026 jumlah insiden tahunan banjir dan banjir kilat (ada perbezaan di situ sebab banjir kilat ini adalah banjir yang kurang daripada lima jam. Insiden banjir pula atau banjir yang menjurus kepada pembukaan Pusat Pemindahan Sementara ataupun PPS). Daripada angka yang diperolehi, purata insiden banjir tahunan pada penggal pentadbiran ini iaitu pada tahun 2023 sehingga 2026 hanya pada kadar 156 insiden setahun. Bandingkan angka ini dengan purata pada penggal pentadbiran yang lalu (2018 hingga 2022) purata itu adalah pada 382. Jadi sekarang dah jadi 156 insiden setahun secara purata berbanding dengan 382 insiden pada penggal sebelumnya. Ini menunjukkan satu kemajuan yang sangat baik kerana insiden itu sudah berkurangan sebanyak 60%. Ini adalah angka yang saya dapat lihat di Negeri Selangor secara keseluruhan. Tapi yang saya nampak setiap hari adalah insiden-insiden yang berlaku di kawasan saya sendiri (DUN Seri Setia) dan saya dengar Ahli-ahli Dewan yang lain telah ada kemajuan-kemajuan yang dilihat seperti itu. Sebagai contoh di Seri Setia yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang sebelum ini Taman TTDI Jaya. Di taman ini pada tahun 2005 apabila berlaku banjir, rumah tenggelam sampai bumbung. Tahun 2026 kalau paling banyak air naik pun hanyalah pada kala berkadar betis. Adakah itu satu perkara yang baik? Ia ada satu kebaikan dan kemajuan dan boleh diperbaiki lagi dan kerana banyak yang telah dibuat oleh kerajaan negeri menerusi MBSA dan juga JPS seperti penambahan pam, pembinaan float wall dan float valve.
Satu lagi tempat yang sering dilanda banjir ialah Taman Mesra dekat Glenmarie. Taman Mesra dan Taman TTDI Jaya ini adalah flow points ataupun kita panggil low points on a flat lane (kawasan yang parasnya rendah yang duduk dalam lembangan banjir/lembangan sungai yang mudah melimpah). Taman Mesra ini juga sejak saya masuk telah menerima empat rumah pam yang baru dan kekerapan banjir juga sudah berkurangan. Jadi adakah kita dah selesai masalah ini melalui dua tempat ini? Sebenarnya belum. Masih ada lagi satu projek besar yang bakal disiapkan pada tahun 2031 iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damansara yang bernilai RM483juta dan saya yakin Insya-Allah apabila projek ini siap nanti kadar banjir akan terus berkurangan di kawasan-kawasan tersebut. Jadi izinkan saya mengambil kesempatan ini on record dalam Dewan yang mulia ini menyampaikan ucapan penghargaan saya dan penduduk kepada pihak PBT, JPS, JKR yang telah berusaha keras untuk mencapai tahap ini. Sesungguhnya ini telah banyak memberikan kelegaan kepada penduduk. Kerja kita belum tamat. Usaha anda amat saya hargai. Cabaran di depan wajar terus kita harungi bersama. Titah kali ini sebenarnya menunjukkan kepada kita beberapa perkara. Kita harus berubah ataupun kalau ikut bahasa politiknya reformasi ataupun Bahasa Arabnya islah. Isunya bukan sekadar berubah. Yang penting pada kali ini adalah kadar perubahan yang kita nak bawa itu. Saya cadangkan satu terma baru di sini iaitu yang saya sebut pecutan perubahan ataupun dalam Bahasa Arabnya tasri wal islah (pecutan perubahan). It is not change (dengan izin). It is not change yang harus kita buat tetapi it is the speed of change yang akan membezakan kita dengan negeri-negeri lain ataupun negara-negara lain di dunia pada ketika ini. Ada dua bahagian apabila kita sebut soal perubahan. Pertama kita sebut soal dasar dan dalam kerajaan yang membuat dasar adalah akhir dia di peringkat kerajaan negeri adalah kami di MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri). Dasar baik macam mana pun kalau kita buat, teliti bagaimana dengan data dan sebagainya kalau kita buat, kesan dasar itu tidak akan dapat dirasai sekiranya pelaksanaan dasar itu tidak dipecut ke hadapan dengan lebih laju. Jadi inilah sebabnya saya rasa ingin saya ambil peluang ini juga untuk memberikan sedikit teguran kepada jabatan, agensi dan jabatan di bawah. Saya rasa kita masing-masing sering sebut soal bekerja dalam silo. Ya bagus tiap jabatan ada KPI nya sendiri, jabatan ada pencapaiannya sendiri. Itu budaya bekerja di dalam silo lah walaupun mereka mempunyai KPI-KPI yang amat baik. Saya nak ambil perumpamaan ini perumpamaan kisah tiga Badwi. Ada tiga orang Badwi di padang pasir yang mendapat kerja untuk menanam paip gas di sebuah Negara Arab (seorang kerja dia gali lubang, seorang lagi kerja dia tanam paip gas lepas lubang tu dibuat dan seorang lagi kambus tanah apabila paip itu telah diletak). Jadi tiga ini bekerja begitulah masing-masing ada silo (seorang gali lubang, seorang letak paip dan seorang tutup dengan tanah). Satu hari yang tukang lay pipe itu sakit tak datang kerja. Yang dua ni kena kerja juga. Ini masalah kalau kita buat budaya silo dalam tugasan kita.
Cerita ini mungkin lucu tapi sebenarnya cuba kita lihat bagaimana kita uruskan saliran-saliran di Negeri Selangor (ada longkang PBT, ada longkang pemaju, ada longkang JKR, ada longkang JPS, ada sungai JPS). Dia sama saja kan? Setiap satu tu ada penyelenggaraannya, jadualnya sangat rinci, kontraktor nya pun lain-lain. Tapi soalnya siapa yang melihat kepada yang kita nak selesai ni apa? Pengaliran air daripada rumah (longkang-longkang perumahan itu) pergi terus ke dalam sungai. Siapa yang tengok perkara ini? Saya rasa tidak ada. Masing-masing jabatan tadi memang ada KPI masing-masing, spek dan sebagainya tapi siapa yang melihat kepada pengaliran air yang mengalirkan air banjir keluar daripada kawasan-kawasan saliran ini? Sama juga masalahnya apabila kita lihat soal pengurusan jalan-jalan di Negeri Selangor. Jalan pun sama (jalan PBT, jalan JKR). Tapi bila kita sebut soal trafik, siapa yang memantau jumlah kenderaan yang lalu di atas jalan-jalan tersebut supaya trafik tersebut dapat disuraikan dan perancangan pembangunan jalan-jalan baru dapat dibuat dengan lebih baik? Saya rasa kalau tidak ada struktur-struktur sebegini harus kita wujudkan struktur-struktur yang baru dan inilah perlu dibuat dengan cara yang segera. Inilah pecutan perubahan yang saya maksudkan. Kita kena ubah budaya kerja kita sebegitu. Kedua adalah soal masalah kita di bawah apabila kita membuat sedikit diagnosis mengenai permasalahan. Saya nak ambil contoh pelaporan banjir yang dibaca oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Dua kali dah saya sebut Hulu Kelang hari ini ya. Yang pertama adalah katanya di sini laporan banjir pada 20 April 2026. Punca banjir hujan lebat berterusan (ok, tak boleh buat apa), longkang dalaman tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan. Nampak dia kata longkang dalaman. Cadangan penyelesaian jangka pendek meningkatkan kekerapan penyelenggaraan secara dalaman dan menaik taraf sistem perparitan dalaman. Ini satu pemerhatian yang saya rasa perlu kita perbaiki sebab kalau kita tak kenal pasti masalah dengan baik (saya seorang doktor walaupun bukan doktor perubatan), salah diagnos masalah penyelesaiannya pun salah. Kalau kita kata semua longkang dalam kawasan perumahan itu kena naik taraf memanglah kosnya tinggi tapi yang buat laporan ini tadi dia semak tak dekat mana, bucu mana, panjang mana, longkang yang benar-benar memberikan masalah? Itulah yang patut disebut dalam laporan ini. Ini bukan dia tak boleh cut and paste tiap-tiap minggu. Tiap-tiap minggu kalau keluar kes yang sama kita akan dengar benda yang sama dan masalah itu tak akan dapat diselesaikan sebab kita tak tahu punca. Sini juga boleh sebut soal longkang, saya nak tegur juga KDEB Waste secara terbuka di sini. Soal pembersihan longkang-longkang awam yang ada dalam kawasan. Kita tahu longkang akan jadi lebih bersih kalau frekuensi penyelenggaraan itu kita tingkatkan. Tapi itu akan menelan belanja yang tinggi sebab kalau mereka dibayar untuk cuci longkang dua kali sebulan (ya kalau kita cuci longkang empat kali sebulan lebih bersih tapi akan memerlukan
kos yang tinggi). Sepatutnya apa yang berlaku adalah paling kurang setelah tujuh tahun dan lapan tahun melakukan proses pembersihan longkang, KDEB sepatutnya telah tahu di mana hot spot-hot spot longkang yang tersumbat. Jadi kalau mereka memerlukan peningkatan dari segi dana untuk melaksanakan tugasan itu dengan lebih banyak maka saya rasa peningkatan itu tidaklah sampai kali dua. Mungkin hanya peningkatan 10% ataupun 5% tapi berikanlah keutamaan-keutamaan kepada bahagian-bahagian longkang yang tersumbat. Jadi bukan the whole 10 kilometer longkang perlu dibersihkan.
Yang Berhormat.
Tapi carilah tempat-tempat di mana.
Speaker.
penyumbatan ini berlaku. Baik. Silakan Kota Kemuning.
Ya.
Yang Berhormat, Seri Setia sikit. Peraturan Dewan. Sekejap saya ambil Peraturan Dewan.
Peraturan? Dia ada Peraturan.
Yang Berhormat Speaker, saya just nak bertanya dan meminta sedikit petua. Kita bercakap fasal 36(1). Saya bukan nak gunakan Peraturan kepada Yang Berhormat EXCO. Tapi macam tidak berkait dengan portfolio EXCO sendiri. Itu yang pertama. Yang kedua, bila Hulu Kelang tidak berada di sini saya ingat kita boleh terus skip kot bahagian itu. Saya mohon pandangan. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya bukan nak jawab benda itu. Saya cuma nak menjelaskan dan menzahirkan sedikit pemerhatian yang saya rasa boleh diambil serius oleh pihak kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat telah pun bercakap (mencadangkan) berkenaan KDEB. Pada masa yang sama, saya rasa apa yang perlu adalah akauntabiliti KDEB juga kepada rakyat di mana rakyat perlu tahu sama ada mereka menjalankan kerja. Adakah ini masanya untuk kita invest dan mengenalkan satu sistem yang mana kita boleh monitor melalui sama ada mereka hadir (di panggil sistem waste management) yang boleh kita mengawal dan tahu di mana lori-lori ini sama ada mereka membuat kerja ataupun mereka hadir pada hari itu. Ia membantu secara langsung kepada penduduk kawasan.
Baik terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Saya rasa transparensi, tanggungjawab tu penting. Cuma saya kurang setuju kalau kita sebut kalau kita nak syer lokasi petugas-petugas mungkin akan jadi isu-isu keselamatan sebab kita tahu ada kes-kes lori-lori yang dirompak dan sebagainya ya. Tapi saya rasa transparensi tu saya setuju. Sangat penting untuk rakyat tahu. Baik. Saya terus saja kepada perkara selanjutnya. Seri Setia menjunjung setinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang telah mengulangi semula komitmen terus memandu dan memayungi pengurusan agama Islam di Negeri Selangor. Patik yang serba kekurangan ini memberikan komitmen penuh untuk menjunjung titah tuanku dan merealisasikan visi Majlis Agama Islam Selangor untuk mendaulatkan syiar Islam di negeri tercinta ini. Titah tuanku amat jelas dalam memastikan imej pengurusan agama Islam dan kesucian agama Islam terus dipertahankan dan bukan dipertaruhkan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan peribadi atau politik semata-mata. Kami rakyat terbanyak hanya mampu berteduh di bawah ihsan bayangan payung tuanku. Terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang bertanya akan isu-isu terkait dengan portfolio hal ehwal agama Islam. Yang Berhormat Pelabuhan Klang mencadangkan agar bumbung-bumbung surau dan masjid yang bersesuaian memasang panel solar untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Seri Setia bersetuju dengan pandangan ini dan mana-mana cadangan yang bersesuaian oleh pihak swasta bolehlah diajukan kepada saya ataupun JAIS untuk dipertimbangkan oleh JAIS selaku agensi pengawal kepada inisiatif ini. Yang Berhormat Lembah Jaya bertanya soal berkenaan dengan surau-surau bukan Jumaat yang ingin membuat operasi mandi jenazah untuk kariah. Tiada halangan bagi surau Jumaat atau surau bukan Jumaat untuk menguruskan mandi jenazah jika ada petugas yang berkemahiran, peralatan mencukupi dan hanya melibatkan ahli biro khairat atau ahli kariah yang berdaftar dengan surau tersebut. Sekiranya bukan ahli, maka kebenaran daripada pihak masjid kariah yang berkaitan diperlukan untuk urusan jenazah itu dan akan dilakukan/ditentukan oleh masjid di mana-mana surau di bawah seliaan masjid tersebut. Sekiranya perlu menggunakan NGO maka NGO tersebut haruslah benar-benar berdaftar di bawah MAIS. Yang Berhormat Sentosa bertanya berkenaan dengan Masjid Al-Barakah Taman Sentosa. Yang Berhormat, ini bukan masjid. Tapi sebenarnya hanyalah yang diperlukan adalah bangunan tambahan. Pembinaan ini hanya akan dibenarkan apabila tabungan mencukupi, kos yang dianggarkan untuk bangunan tambahan itu setakat ini adalah RM400,000. Perbadanan Wakaf Selangor mengatakan bahawa setakat ini yang telah dikutip adalah RM192,000 (short RM8,000 saja lagi untuk mereka boleh memulakan pembinaan bangunan tersebut). Jadi ini bola tanggung untuk Yang Berhormat Sentosa untuk memberikan sedikit sumbangan kepada masjid tersebut sebagai seorang ADUN yang bertanggungjawab. Terima kasih.
ha. YB EXCO, saya nak satu penjelasan bahawa perkara ini saya pun telah hadiri satu mesyuarat di peringkat Majlis Bandaraya. Tapak pun sudah diberikan untuk pembinaan masjid baru untuk swap land dan sebagainya. Ini adalah bukan untuk tambah (apa ini) dana tambahan atau membina bangunan tambahan. Ini adalah untuk satu permintaan untuk satu masjid yang diperlukan untuk jemaah di sana. Ini bukan untuk bangunan tambahan. Minta penjelasan. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Yang itu masih dalam pertimbangan. Itu tidak ada sebarang perancangan yang rapi dan rinci lagi. Yang setakat ini adalah bangunan tambahan untuk dibesarkan kapasiti masjid sedia ada. Sebab itulah peruntukannya hanya RM400,000. Yang Berhormat Seri Serdang ada mencadangkan supaya (oh tidak ada). Cuma saya nak sebut di sini bahawa kita sedang mempertimbangkan (JAIS sedang mempertimbangkan) untuk memberi makanan percuma kepada para pelajar di sekolah KAFA kita selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memberikan bantuan yang sama, sebagai langkah kesan daripada kenaikan harga bahan api. Jadi, akhir kata Seri Setia yakin Tuanku mahukan yang terbaik untuk rakyat negeri ini. Itulah sebabnya kerajaan tidak boleh berpeluk tubuh dan merasa terlalu selesa dengan prestasi sedia ada. Untuk pembangkang hentilah menggunakan titah ini untuk meningkatkan pengaruh anda. Titah ini untuk semua ahli dewan yang mulia ini baik di sebelah kerajaan, mahupun pembangkang. Negeri ini negeri kita, tanggungjawab ini tanggungjawab kita. Maka kita harus bekerja bersama-sama demi kesejahteraan rakyat negeri kita. Seri Setia dengan ini menjunjung kasih dan menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Sekian, terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bandar Utama untuk menggulung.
Terima kasih Tuan Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan merakamkan bahawa Kerajaan Negeri khususnya di bawah portfolio Kesihatan Awam dan Alam Sekitar mengambil maklum serta meneliti dengan serius, segala titah dan saranan Tuanku, termasuk perkara-perkara yang telah dibangkitkan berkaitan kesejahteraan rakyat, kesihatan awam serta kelestarian alam sekitar di negeri Selangor. Patik juga menjunjung setinggi-tinggi titah Duli Yang Maha Mulia serta merakam setinggi-tinggi penghargaan atas pengiktirafan Tuanku terhadap komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha pemeliharaan hutan dan kelestarian dan alam sekitar seperti dizahirkan dalam titah ucapan Tuanku. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya saya akan meneruskan dengan ucapan penggulungan yang berkaitan dengan portfolio Kesihatan Awam dan Alam Sekitar. Saya akan mulakan penggulungan dengan menjawab isu-isu yang
dibangkitkan berkaitan dengan alam sekitar terlebih dahulu. Tuan Speaker, terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri yang telah membangkitkan cadangan-cadangan berkaitan dengan penggalakan pemasangan sistem tenaga solar di negeri Selangor. Bagi bangunan kerajaan negeri, perkara ini selari dengan hala tuju negeri Selangor khususnya dalam memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui melalui pendekatan yang lebih tersusun dan bersekali. Bermula daripada 1 Februari 2021, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan satu kategori Skim Solar khusus untuk bangunan kerajaan bernama NEM Gomen dan sehubungan dengan itu, pemasangan sistem solar telah dilaksanakan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan 9 Pejabat Daerah dan Tanah melalui kaedah Supply Aggrement Renewal Energy di mana, sistem solar bumbung pertama telah bermula beroperasi pada penghujung 2023 di bangunan SUK dan seterusnya dilaksanakan secara berperingkat di bangunan-bangunan PDT dan sehingga tahun 2025, ia itu tahun lepas, berdasarkan data SEDA Malaysia di bawah program Net Energy Metering bangunan kerajaan, NEM Gomen, sejumlah 70 bangunan kerajaan di Selangor termasuk bangunan PBT telah berdaftar di dalam skim NEM Gomen ini dengan jumlah kapasiti telah ter pasang sebanyak 5.69MW dan daripada jumlah tersebut, kapasiti 2.23MW di jana dari Bangunan SUK dan 9 Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah di negeri Selangor dan usaha untuk meningkatkan pemasangan solar tergendala seketika pada tahun lepas apabila kuota untuk Nem Gomen telah ditamatkan pada 30 Jun 2025, termasuk beberapa projek di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Namun, Kerajaan Persekutuan baru sahaja memperkenalkan skim baru iaitu Solar ATAP (Accelerated Transition Action Programme) pada 1 Januari 2026 dan Kerajaan Negeri akan menyarankan semua PBT serta agensi kerajaan untuk memperluaskan penjanaan tenaga boleh baharu melalui tenaga solar ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri yang prihatin tentang pengumpulan e-waste terutamanya di setiap kawasan DUN. Di Malaysia, e-waste dikategorikan sebagai buangan terjadual dengan kod SW110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Untuk makluman, Jabatan Alam Sekitar ada menyediakan satu laman web khusus untuk maklumat berkaitan e-waste, termasuk lokasi pengumpulan e-waste yang diiktiraf dan berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar dan berdasarkan data terkini, sejumlah 89 lokasi Pusat Pengumpulan e-waste dan Tempat Pengumpulan e-waste berdaftar di seluruh Selangor. Dan walaupun tidak semua 56 DUN di Selangor mempunyai Pusat ataupun Tempat Pengumpulan e-waste berdaftar, namun, terdapat beberapa pihak swasta kini sedang menyediakan perkhidmatan kutipan untuk barangan e-waste seperti ERTH, Grand Sen Heng dan sebagainya. Jadi, selain daripada itu, setiap PBT juga ada melaksanakan kempen-kempen kitar semula secara
berkala yang turut mengumpulkan barangan e-waste melalui kerjasama dengan pusat pengumpulan yang berdaftar dan juga dengan Jabatan Alam Sekitar. Berhubung dengan isu-isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Seri Kembangan telah membangkitkan isu kilang tanpa kebenaran punca pencemaran bau berulang di kawasan kediaman. Berhubung dengan isu tersebut, makluman untuk Ahli Dewan Negeri sekalian, satu permohonan semakan kehakiman dan tindakan injunksi telah difailkan oleh pihak syarikat terhadap tindakan penguatkuasaan oleh pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan untuk makluman, pada sekitar tahun 2013, pemilik kilang syarikat tersebut telah memohon kepada MBSJ untuk menukar zon guna tanah utama daripada perindustrian kepada kategori perniagaan. Walau bagaimanapun, pihak syarikat didapati masih menjalankan aktiviti industri berat yang tidak selaras dengan guna tanah ditetapkan di bawah Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Subang Jaya. Jadi, MBSJ jugak telah menjelaskan bahawa pembangunan kawasan kediaman di sekitar lokasi tersebut telah diluluskan berdasarkan status guna tanah kilang berkenaan sebagai kawasan perniagaan, namun pihak kilang berkenaan telah secara berterusan menjalankan aktiviti sehingga mendatangkan kacau ganggu bau dan bunyi bising kepada penduduk. Berhubung dengan tindakan undang-undang yang difailkan oleh pihak syarikat, kes ini kini telah ditetapkan untuk pendengaran substantif pada 5 Ogos 2026. Jadi, kita perlu membenarkan pendengaran tersebut dijalankan untuk tindakan lanjut. Daripada Jabatan Alam Sekitar bersama dengan pihak majlis MBSJ dan juga pejabat Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan juga telah menjalankan pemeriksaan pada 28 Januari yang lalu dan mendapati, premis tersebut telah memasang Alat Kawalan Pencemaran Udara dan tiada pencemaran bau dikesan semasa pemeriksaan dijalankan dan premis juga didapati patuh kepada peruntukan di bawah Akta kualiti Alam Sekeliling 1974. Jadi ini seperti mana yang telah dijawab pada sidang yang lepas dan seterusnya juga berkenaan dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu berkenaan dengan pencemaran bau berterusan di Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa dan juga 3 cadangan yang dikemukakan. Merujuk kepada isu aduan bau daripada operasi Kilang Kitar Semula di Kawasan Perindustrian Berat Zurah. Hasil yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengambil tindakan proaktif dan menyeluruh untuk menanganinya. Jadi, untuk makluman, satu sesi town hall telah diadakan pada 17 Januari lepas melibatkan Yang Berhormat Kuala Kubu Bharu, Yang Dipertua MPHS, wakil Jabatan Alam Sekitar negeri dan daerah, pihak industri serta penduduk setempat, bertujuan mendengar secara langsung isu yang dibangkitkan serta mendapatkan pandangan semua pihak berkepentingan. Jadi, hasil daripada sesi tersebut, tiga cadangan utama telah dipersetujui iaitu pertama, penetapan had waktu operasi kilang oleh MPHS; kedua, pemasangan stesen pencerap kualiti udara; dan ketiga, peningkatan ketinggian cerobong oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dan
sehubungan dengan itu, MPHS telah melaksanakan sekatan waktu operasi kilang dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam selama tempoh tiga bulan. Arahan ini juga telah dikeluarkan melalui surat bertarikh 19 Mac hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MPHS kepada tiga premis terlibat iaitu E Fast Industries Sdn. Bhd., Zan Hong Industries Sdn. Bhd. dan Anyoli Sdn. Bhd. Selain daripada itu, MPHS juga telah menjalankan pemantauan menggunakan dron pada 23 dan 24 April 2026, tempoh 7.00 malam hingga 7.00 pagi dan hasil pemantauan mendapati E Fast Industries tidak beroperasi dengan hanya pelepasan asap nipis direkodkan dan Zan Hong Industries menunjukkan pelepasan asap nipis, manakala Anyoli Sdn. Bhd. tidak mencatatkan sebarang pelepasan asap. Jadi, merujuk kepada tiga cadangan yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Kubu Bharu, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan untuk menempatkan stesen pemantauan kualiti udara automatik di kawasan Kuala Kubu Bharu. Namun begitu, rundingan perlu dilaksanakan bersama Kerajaan Persekutuan kerana ia melibatkan perjanjian yang telah dimeterai di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar bersama dengan pihak kontraktor yang telah dilantik dan selain daripada itu, Kerajaan Negeri pemasangan low cost sensor juga telah memasangkan di low cost sensor di kawasan-kawasan yang bersesuaian boleh diteliti bagi memantau dan memastikan tahap kualiti udara berada dalam keadaan yang baik dan berhubung cadangan audit penuh sistem pemantauan pelepasan di kilang-kilang bermasalah, di bawah Seksyen 33A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Ketua Pengarah boleh mengehendaki pemunya atau penduduk mana-mana kenderaan, kapal atau premis, tanpa mengira sama ada kenderaan, kapal atau premis itu adalah yang ditetapkan di bawah Seksyen 18 atau selainnya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk menjalankan suatu audit alam sekeliling dan mengemukakan suatu laporan audit mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Alam Sekeliling 1974. Jadi, dalam hal ini, pelaksanaan audit alam sekitar merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh premis yang ditetapkan sepertimana ditetapkan dalam Jadual Pematuhan Syarat-Syarat Lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Jadi, sekiranya terdapat ketidakpatuhan, tindakan akan diambil oleh Jabatan Alam Sekitar mengikut kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, perintah dan peraturan-peraturan di bawahnya. Mana-mana projek pembangunan yang tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Perintah Kualiti Alam 2015 adalah dikehendaki untuk menjalankan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling. Kajian tersebut akan menilai impak dan kesan termasuk “carrying capacity” terhadap persekitaran, kesihatan dan sosial serta merancang langkah mitigasi bagi mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar serta kesihatan awam sebelum projek tersebut dimulakan. Dan Laporan Kajian EIA tersebut akan dipertimbangkan dan diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Teknikal Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling yang dianggotai oleh Jabatan Alam Sekitar, Pihak
Berkuasa Tempatan dan Agensi-Agensi Teknikal yang berkaitan. Sehubungan itu, tiada sebarang aktiviti dibenarkan untuk dilaksanakan di tapak projek tanpa sebarang kelulusan EIA dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar. Namun demikian, sekiranya wujud keperluan untuk kawalan dan pengawasan lanjut, pihak Jabatan Alam Sekitar akan mengeluarkan Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengarahkan premis mengambil tindakan susulan dan langkah-langkah penambahbaikan terhadap isu-isu berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dan juga isu-isu yang sama. Jadi, berdasarkan rekod JAS, notis arahan telah dikeluarkan terhadap tiga (3) premis yang menjalankan aktiviti peleburan besi di Rasa untuk tindakan susulan selanjutnya. Seterusnya saya ingin bergerak ke isu yang telah dibangkitkan berkenaan pelepasan efluen ke saliran di Batu 9 Jalan Kebun Baru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis F&B Nutrition Sdn Bhd pada 30 Mac yang lalu dan pihak premis memaklumkan terdapat kebocoran paip menyebabkan susu tidak terawat terlepas ke saluran awam. Pihak premis memaklumkan, notis arahan juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi mengarahkan premis untuk mengambil langkah-langkah kawalan dan pembersihan dengan segera. Jadi, pihak premis telah mengemukakan notifikasi peningkatan keupayaan bagi loji Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian agar pelepasan daripada kebocoran yang berlaku dapat diatasi dengan memasukkan semula kebocoran tersebut ke dalam SPEP. Dan satu operasi bersepadu akan dilaksanakanlah pada 28 April iaitu esoklah diketuai oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat untuk mengenal pasti punca pencemaran yang disebutkan. Dan antara agensi yang akan terlibat adalah Lembaga Urus Air Selangor yang akan menyemak kepatuhan premis terlibat di bawah Peraturan Dasar Pelepasan Sifar di mana premis berkenaan telah dilesenkan dengan Lesan Air Kembalian. Dan kertas siasatan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Efluen Perindustrian 2005 juga sedang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi mendapatkan izin mengkompaun daripada Timbalan Pendakwa Raya. Dan berkait dengan isu pencemaran pantai-pantai sekitar Tanjung Sepat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor sentiasa berusaha memastikan kualiti sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan jadi pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air.
Speaker, boleh sedikit. Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ingat kalau berkaitan dengan isu pelepasan efluen daripada kilang F&B Nutrition, untuk maklumat Yang Berhormat EXCO bahawa kilang ini dah lebih daripada 10 tahun dan saya ingat complaintnya kepada saya ni saya boleh katakan setiap minggu ada sahaja complaint daripada masyarakat tempatan dan
isu ini berlanjutan. Pengeluaran isu efluen ni dan saya ingat bukan berlaku sesekali sahaja tetapi terlalu kerap. Selepas saya bentangkan isu ini dalam dewan ini esoknya boleh pula dibersihkan dan sebagainya. Jadi saya ingat ini harus diambil tindakan yang lebih tuntas lagi ya. Kerana saya dimaklumkan beberapa kali kompaun pun telah dilakukan. Bermakna isu ni berlarutan yang saya ingat tak perlu sampai rakyat nak membuat laporan saban kali. Kerana ia nya sudah berlarutan. Keduanya berkaitan mungkin juga isu pembakaran yang berlaku di kawasan Felcra Batu 9 dan juga berdekatan dengan Tropicana Aman yang saya kira tidak berkesudahan. Saya ingat sehingga dua hari lalu pun masih ada bau yang tidak dapat di kesan. Dan saya harapkan kalau saya lihat penguatkuasaan, penguatkuasa yang boleh katakan saya keraplah jumpa dengan mereka kerap sangat tetapi saya kira isu ini tidak selesai-selesai. Dan saya harapkan dia menjadi harapan oleh masyarakat kawasan itu terutamanya selain daripada gerakan bersepadu tetapi tindakan-tindakan yang lebih tegas untuk diambil kepada mereka yang membuat onar di kawasan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Jadi saya ingin saya bersetuju isu-isu ini kadangkala berulang tapi juga saya ingin memberikan kepastian bahawa segala tindakan yang boleh diambil memang telah diambil. Dan kadangkala walaupun kita telah menjalankan tindakan seterusnya memang akan munculnya kes-kes baru. Yang mungkin dia kes yang berlainan namun dia mungkin berlaku di kawasan yang hampir sama dan serupa. Jadi sekiranya Yang Berhormat Sijangkang mendapati masih ada lagi tindakan yang bersesuaian yang sepatutnya diambil namun tidak diambil oleh Kerajaan Negeri boleh maklumkan supaya kita menyiasat mengapakan agensi tidak mengambil tindakan tersebut. Namun pada ketika ini memang saya telah mendapat laporan daripada setiap agensi tentang semua jenis tindakan yang boleh diambil termasuk Zero Discharge Policy yang baru sahaja kita mulakan di Selangor lah sejak satu dua tahun yang lepas. Jadi perkara ini akan diteliti semula dan sekiranya perlu ada penambahan..
Terima kasih, saya ingat satu perkara lagi yang saya minta lah di peringkat kerajaan untuk melihat saya tak tahu kebenaran dia tapi maklumat yang sampai kepada saya ada konsultan yang telah saya ingat dilantik dan memberikan pandangan tetapi seolah-olah tidak dipatuhi sehingga menyebabkan kejadian-kejadian ini berulang. Saya tak pasti saya minta supaya ini juga diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya kira boleh sekiranya memang ada isu-isu yang seperti dibangkitkan timbul cuma saya minta kalau boleh nanti Yang Berhormat Sijangkang berikan maklumat yang secara lebih teliti lah supaya kita boleh melihat apakah jenis lagi tindakan yang dikira belum ambil. Dan seterusnya saya ingin juga bergerak kepada isu yang turut dibangkitkan oleh
Yang Berhormat Sijangkang mengenai pembakaran e-waste. Jadi berkenaan dengan isu pembakaran e-waste di Felcra Batu 8 Sijangkang iaitu di Lot 11703 hingga 11742 berhampiran dengan jajaran Lebuh raya Persisiran Pantai Barat yang melibatkan 16 lot tanah. Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mengambil tindakan mengeluarkan notis kepada pemilik tanah meletakkan penghadang konkrit dan pemantauan menggunakan dron. Sementara pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat pula telah mengeluarkan Notis Borang 7A pada 23 Oktober 2024 sehingga 30 Oktober 2025 bagi tempoh 365 hari untuk remedi tanah tersebut. Pemantauan telah dilakukan dari semasa ke semasa dan mendapati kesemua 16 lot pemilik tanah telah selesai menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kini lokasi tersebut tidak aktif serta telah ditangani sepenuhnya. Tindakan turut diambil oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor yang telah menjalankan beberapa siri siasatan secara intensif terhadap aduan pembakaran terbuka melibatkan kawasan sekitar Bandar Rimbayu dan Jalan Sijangkang Utama. Hasil siasatan mendapati pembakaran tersebut berpunca daripada pertamanya pencerobohan tanah. Beberapa lot tanah dan belukar telah di ceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk dijadikan tapak pelupusan sampah haram tanpa pengetahuan pemilik tanah. Dan keduanya adalah kegiatan pengumpulan besi buruk di mana sisa pepejal di tapak telah dibakar secara terbuka untuk mendapatkan logam ataupun besi yang menjadi punca utama asap dan pencemaran udara. Jadi tindakan tegas yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar termasuk 5 notis arahan di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan kepada pemilik tanah bagi tindakan pemulihan dan pencegahan serta satu kompaun yang telah dikeluarkan di bawah Seksyen 9A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atas kesalahan pembakaran terbuka berulang setelah arahan pencegahan awal gagal di patuhi. Tuan Speaker saya ingin kembali..
EXCO sedikit mungkin, saya nak tanya sama ada remedi membuat korekan yang besar kemudian ditanam adakah itu salah satu daripada remedi yang diminta untuk membersihkan kawasan-kawasan yang dipenuhi dengan bahan-bahan recycle ataupun e-waste.
Sorry saya tak dengar.
Saya nak dapat kepastian sama ada remedi yang dimaksudkan itu termasuk membuat kolam yang besar untuk menimbus sampah-sampah dan juga e-waste itu adalah remedi yang diperlukan oleh yang diarahkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Saya akan berikan secara bertulislah tentang jenis-jenis remedi secara terperinci supaya saya tidak memberikan maklumat yang tidak lengkap. Tapi saya kira yang itu sepatutnya bukan. Tuan Speaker selepas ini saya ingin bergerak kepada isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kesihatan awam. Terima
kasih kepada Yang Berhormat Seri Kembangan atas cadangan supaya saringan kesihatan mental dijadikan sebagai salah satu komponen saringan kesihatan kepada Penjawat Awam serta Ahli Dewan Negeri. Untuk makluman Kerajaan Negeri Selangor melalui program Selangor Mental Sihat menyediakan satu inisiatif saringan kesihatan mental yang boleh dilaksanakan melalui aplikasi SELANGKAH. Dan di bawah di bawah inisiatif ini mana-mana individu yang berminat menjalani saringan kesihatan mental termasuk Penjawat Awam akan disaring di tahap kesihatan mental melalui kaedah saringan seperti Perceived Stress Scale PSS10, Depression Anxiety Stress Scale dan juga Patient Health Questionnaire. Mana-mana individu yang memperoleh keputusan saringan berisiko atau severe akan dirujuk ke klinik panel Selcare untuk pengesahan keputusan oleh para doktor seterusnya mendapatkan subsidi rawatan psikiatri dan psikologi di klinik panel. Selain itu Pejabat Setiausaha Kerjaan Negeri melalui Cawangan Pengurusan Kaunseling Dan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia turut menyediakan saringan kesihatan mental kepada Penjawat Awam melalui inisiatif Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam yang mencakupi tujuh skop seperti kecelaruan kemurungan, kecelaruan keresahan, penyalahgunaan bahan, stress dan sebagainya. Dan yang ini juga merupakan platform untuk melaksanakan penilaian terhadap Penjawat Awam terutama kepada golongan yang berisiko tinggi seterusnya menyediakan intervensi melalui sesi psikoterapi dan kaunseling dan lebih daripada 22000 Penjawat Awam di Negeri Selangor melibatkan 43 Jabatan dan Agensi telah disaring melalui platform tersebut. Dan daripada jumlah tersebut seramai 82 pegawai bersamaan 0.37 peratus di dapati berisiko tinggi lebih daripada 8000 pegawai berisiko sederhana dan 14,000 orang pegawai pula berisiko rendah. Jadi seramai 82 pegawai yang didapati berisiko tinggi sedang menjalani sesi psikoterapi dan kaunseling bersama Pegawai Psikologi daripada Unit Cawangan Pengurusan Kaunseling dan Psikologi. Terdapat juga inisiatif saringan kesihatan mental yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan ataupun KKM seperti Program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan, Program Komuniti MENTARI, MyMinda MySejahtera dan saringan di semua Klinik Kesihatan yang berkaitan. Jadi mana-mana Penjawat Awam sekiranya berminat bagi menjalani saringan kesihatan yang disediakan oleh KKM dan juga Kerajaan Negeri boleh lah berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah ataupun Pusat Kaunseling Selangor. Berhubung dengan cadangan oleh Yang Berhormat Seri Kembangan berkenaan dengan latihan kepada sukarelawan untuk menjadi kaunselor terlatih ingin dimaklumkan bahawa kriteria utama seseorang individu yang layak hanyalah melalui pengiktirafan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia selari dengan Akta Kaunselor 1998. Walau bagaimanapun KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melaksanakan program Komuniti Minda pada tahun 2025 dengan kerjasama program Selangor Mental Sihat dan ini merupakan satu program advokasi dan kesedaran kesihatan mental kepada semua Ketua Komuniti seperti Ketua
Penghulu, Ketua Kampung dan Tokoh Agama. Jadi mereka dilatih untuk melaksanakan proses saringan mengenal pasti simptom yang berkaitan dan mencadangkan serta menyalurkan informasi kepada akses perkhidmatan kesihatan mental. Dan pada tahun 2025 taklimat mengenai Inisiatif K-Mindset telah dilaksanakan sebagai pendedahan awal kepada Ketua Komuniti dan seramai 33 orang Ketua Komuniti telah menyertai taklimat tersebut. Seterusnya Kerajaan Negeri ingin menjawab persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang berkenaan dengan strategi yang lebih menyeluruh berkaitan dengan penggunaan vaksin qdenga sebagai pelengkap strategi. Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung dengan inisiatif penggunaan vaksin denggi yang dimulakan atau pun mula diperkenalkan pada tahun 2024 sebagai salah satu usaha mengurangkan risiko kesihatan akibat denggi termasuk kes kematian. Dalam hal ini penggunaan vaksin denggi iaitu qdenga masih dalam fasa menilai keberkesanannya sebelum diputuskan untuk diberikan kepada orang awam. Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Baru Klang vaksin qdenga telah mendapat pendaftaran bersyarat daripada Drug Control Authority Malaysia serta National Pharmaceutical Regulatory Agency Kementerian Kesihatan Malaysia pada Februari 2024 untuk tempoh dua tahun. Jadi dalam tempoh ini pengeluar vaksin perlu mengemukakan data tambahan mengenai kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin untuk penilaian lanjut. Dan pendaftaran sebenarnya boleh ditarik balik sekiranya syarat tidak dipatuhi. Vaksin tersebut boleh diambil oleh individu berumur 4 tahun ke atas namun pada waktu ini ia nya tidak ditawarkan di mana-mana fasiliti bawah Kementerian Kesihatan dan hanya dibekalkan oleh fasiliti swasta. Hasil kajian daripada kalangan...
Yang Berhormat ini adalah vaksin denggi ya, ha vaksin denggi.
Vaksin denggi. Hasil daripada kajian dalam kalangan kanak-kanak berumur 4 hingga 16 tahun menunjukkan vaksin ini dapat mengurangkan kemasukan lah kes demam denggi. Namun vaksin ini tidak menunjukkan sekiranya kita melihat kepada overall picture (dengan izin) tidak menunjukkan ia nya dapat mengurangkan bilangan kes. Jadi sekiranya kita melihat kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia atau pun WHO sebenarnya tidak mencadangkan penggunaan vaksin qdenga bagi negeri bagi negara yang mempunyai beban penularan kes demam denggi yang rendah sehingga sederhana. Jadi dalam hal ini Malaysia sebenarnya dikenal pasti oleh WHO sebagai salah sebuah negara yang hanya mempunyai beban penularan kes demam denggi sederhana. Walau bagaimanapun manfaat vaksin ini didapati melebihi risikonya, jadi data tambahan masih diperlukan. Jadi Kerajaan Negeri akan berkembang dah melihat pemantauan dan menganalisasi pemantauan yang berterusan selaras dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Seterusnya mengenai isu bayaran kepada panel bantuan sihat Selangor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang, untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang pembayaran kepada panel di bawah program bantuan Sihat Selangor tidak
terhenti sejak jun 2025, sebaliknya Kerajaan Negeri melalui Selcare Management Sdn Bhd. sebagai agensi pelaksana berterusan melaksanakan proses pembayaran kepada panel berkaitan berdasarkan proses semakan dan verifikasi sebelum sebarang bayaran dilaksanakan. Jadi sebagai langkah kawalan setiap tuntutan perlu melalui proses pengesahan yang menyeluruh bagi tuntutan yang sah, mematuhi garis panduan program serta mengelakkan sebarang penyalah gunaan dana untuk sebarang tuntutan yang tidak dibenarkan dan dalam hal ini Selcare Management Sdn Bhd juga telah mengedarkan pemakluman rasmi kepada semua panel bahawa semua proses bayaran akan dilaksanakan setelah proses verifikasi selesai. Selaras dengan keperluan tadbir urus dan accountability dana awam. Jadi berdasarkan rekod daripada portal bantuan sihat Selangor setakat 23 April 2026 daripada keseluruhan tuntutan berjumlah RM3,976,823.00 yang melibatkan 6,248 kes sejumlah RM3,357,357.00 atau 84.42% telah dibayar oleh pihak Selcare Management Sdn Bhd. kepada panel tersebut. Jadi, berdasarkan status pembayaran tersebut, jelas menunjukkan proses pembayaran sebenarnya sedang berjalan secara berterusan dengan sebahagian kecil tuntutan masih dalam proses semakan dan verifikasi sebelum kita dapat selesaikan dengan sepenuhnya. Dan juga menjawab persoalan yang telah dibangunkan..
EXCO, saya ingat mungkin perkara yang saya bangkitkan adalah isu spesifik berdasarkan kepada jawapan EXCO, nanti saya akan bagi maklumat dia mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh melihat apakah sebenarnya yang berlaku, sebab kalau maklumat yang saya dapat dia kata dia adalah farmasi yang jadi panel sebelum ini dapat bayaran tapi sejak Jun tahun lepas sehingga kini tidak dapat bayaran lagi yang sepatutnya setiap 30 hari tuntutan dapat bayaran. Nanti saya berikan secara spesifik info yang saya dapat.
Jadi saya mungkin boleh refer pada info yang lebih terperinci la, farmasi mana, kenapa tidak dibayar dan sebagainya, saya boleh dapatkan penjelasan yang terperinci sebab kadangkala dia ada isu verifikasi, dan sebagainya. Ok. Seterusnya tentang status terkini penyakit tibi, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sijangkang berhubung dengan status penyakit tibi di Selangor. Status semasa kes pada tahun 2026 sehingga 4 April menunjukkan terdapat 1,222 kes tibi dengan 5 daerah mencatat jumlah kes tertinggi iaitu Petaling 321 kes, diikuti Hulu langat 302 kes, Gombak 199 kes, Klang 192 kes dan Sepang 63 kes. Menyedari hakikat ini Kerajaan Negeri telah mewujudkan inisiatif insentif rawatan tibi negeri Selangor. Di bawah inisiatif ini pesakit tibi yang menjalani rawatan tibi secara berterusan sehingga pulih akan menerima insentif kewangan berjumlah RM800. Dan bagi tahun ini sehingga 31 Mac, terdapat 190 orang pesakit telah menerima manfaat di bawah insentif rawatan tibi negeri Selangor dan Kerajaan Negeri akan terus membantu pesakit tibi untuk mendapatkan rawatan dengan meneruskan insentif rawatan tibi negeri Selangor pada tahun ini dengan peruntukan keseluruhan berjumlah 1 juta ringgit.
YB EXCO nak tanya berkenaan tibi, sebab tadi YB EXCO ada maklumkan berkenaan bagi mereka yang dalam rawatan tibi mendapat RM800, adakah syarat-syarat bagi mereka ini terbuka kepada semua termasuk mereka ambil vaksin tibi ataupun tidak ambil vaksin tibi, jadi siapa yang kena tibi boleh dapat sumbangan kat sini. Itu saya nak tahu. penjelasan.
Terbuka kepada pesakit yang menghidapi tibi sebab kalau dia vaksin pun dia dah hidap penyakit tersebut dan penduduk Selangorlah.
Sedikit, saya kira satu masa dahulu kita punya penyakit tibi di negara kita dah eradicated dan vaksinasi semenjak kanak-kanak BCG telah hampir 100% di negara kita. Cuma saya nak melihat apabila berlaku dalam kluster-kluster pelajar sekolah. Adakah imunisasi kita dah seolah-olah tidak menjamin imunisasi kepada rakyat negeri Selangor ini. Itu satu. Yang Kedua, inisiatif kepada pesakit tibi ini, saya nak dapat maklumat juga secara detail, bantuan rm800 diberikan kepada pesakit secara dalam 3 fasa. Kalau ikutkan rawatan yang diberikan kepada pesakit-pesakit tibi ini adalah secara percuma dalam negara kita dan diberikan kepada sesiapa yang telah di diagnos. Mungkin kalau dia bukan warganegaralah. Jadi saya melihat ini harus dilihat semula mungkin ada keperluannya untuk mereka pergi ke hospital dan sebagainya. Tetapi saya melihat kalau dapat dilihat juga kes-kes yang disebutkan sebagai latent tibi, bermakna dia nampak sihat kuman ada dalam badan dia. Tapi tidak menunjukkan ciri-ciri jangkitan. Sama ada paru-paru atau organ-organ lain. Kerana saya melihat salah satu kes di Hulu Selangor sebagai contoh adik Aliasaq Imran kalau tidak silap saya di diagnos pada peringkat yang agak dah lewat sebagai meningitis dan brain abscess, jangkitan tibi yang tidak ada pada paru-paru tetapi sudah berjangkit pada sistem otak dan juga meninges. Jadi Ini yang mungkin akhirnya adik-adik ini terlantar, tak boleh buat apa, yang ini saya ingat perlu diberikan tumpuan untuk bantuan-bantuan di bawah skim penyakit Tuberculosis ataupun penyakit tibi ini. Dan satu lagi saya mengharapkan supaya mungkin di selangor ini kita lebih perbanyakkan lagi screening untuk pesakit-pesakit tibi termasuk lah sputum screening ataupun xray yang menunjukkan tanda-tanda kalau dapat dikesan daripada awal dapat mengelakkan ketelanjuran penyakit ini lebih serius.
terima kasih YB sijangkang saya akan mengambil maklumlah cadangan-cadangan yang diberikan, buat masa ini sebenarnya SOP saringan dan pengesanan tentang tibi mempunyai dua strategik pertamanya berkaitan dengan bagaimana kita jalankan saringan proaktif lebih kepada golongan yang berisiko tinggi dan juga mungkin kepada mereka yang mempunyai contact rapat terutamanya ahli keluarga, rakan serumah dan pesakit yang kawan yang berkenalanlah dengan pesakit. Saya akan mengambil maklum tentang cadangan yang dilahirkan oleh Yang Berhormat Sijangkang berdasarkan kapasiti yang ada bukan sahaja dari Kerajaan Negeri tapi lebih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kerana buat ketika ini memang boleh dikatakan adalah garis
panduan tertentu tetapi lebih kepada sasaran berisiko tinggi. Dan selepas itu sekiranya kita telah mendapat notifikasi wajib dan segera kita jugak akan melihat bagaimana kita boleh mengenal pasti kes-kes lain dengan lebih cepat. Jadi seterusnya jugak berkenaan kejap ye. Saya jugak ingin nak sharekan sedikit maklumat tibi ini agak trending, sebernarnya Selangor bukan lah negeri paling serius, saya mendapat maklumat, Cuma sekadar makluman, bahawa sekiranya melihat kepada keadaan diseluruh negara, kita masih dalam keadaan yang stabil sebenarnya dengan kadar status jangkitan daripada 61 hingga 80 kes sahaja untuk 100ribu penduduk. Perkara ini kita akan memantau dari masa ke semasa dan Kerajaan Negeri sebenarnya memang ingin menyokong Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam perkara ini. Oleh kerana itu saya jugak ingin maklumkan sebenarnya inisiatif rawatan tibi negeri Selangor ini adalah juga merupakan cadangan dan kerjasama antara JKNS di mana di negeri-negeri lain yang mempunyai kes yang lebih tinggi pun tidak mempunyai inisiatif seperti ini berbanding dengan Selangor. Dan saya kira saya telah menjawab semua persoalan Ahli-Ahli Dewan Negeri yang ada pada hari ini dan sebagai penutup sekali lagilah saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Berhormat yang amat prihatin terhadap isu-isu di bawah Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Alam Sekitar sepanjang sesi perbahasan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada sidang Dewan negeri kali ini. Kerajaan Negeri akan kekal komited untuk memastikan aspek kesihatan awam dan pemeliharaan alam sekitar sentiasa diberikan keutamaan demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Selangor. Sekian terima kasih.
Terima kasih YB Bandar Utama mengambil masa 40 minit, cukup padat, Kota Anggerik silakan.
Terima kasih YB Speaker. Assalamualaikum WBT . Bismillahirrahmanirrahim. Izinkan saya mulakan penggulungan pada petang ini dengan sedikit pantun. Kapal berlabuh di Kuala Linggi, Haluan diatur menuju Jugra, Titah tuanku dijunjung tinggi, Dengan izin saya mulakan bicara. Alhamdulillah saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dengan izinnya kita dapat bersama-sama dalam sidang yang mulia ini khususnya bagi mendengar sesi penggulungan bersempena titah pembukaan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Terlebih dahulu saya merafakkan setinggi-tinggi menjunjung kasih pada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah bertitah seterusnya menjadi panduan dan pedoman
kepada seluruh ahli dewan dalam memulakan sesi persidangan kita pada kali ini. Yang Berhormat Tuan speaker, sukan pada asasnya bukan sekadar pertandingan antara pasukan ataupun individu ia adalah ruang di mana perbezaan latar belakang diketepikan dan rakyat berkongsi satu identiti yang sama walaupun hanya untuk seketika, dalam detik ini yang wujud bukan lagi kaum status atau pun ideologi tetapi semangat kebersamaan yang tulen. Sejarah telah membuktikan perkara ini dengan jelas seperti yang ditunjukkan oleh Nelson Mandela melalui piala dunia ragbi pada 1995 sukan mampu menjadi jambatan kepada sebuah negara yang pernah berpecah oleh sejarah dan perbezaan. Malah dunia juga menyaksikan bagaimana pingpong diplomasi membuka ruang hubungan di antara dua kuasa besar ketika era perang dingin, bermula hanya dengan satu kunjungan pasukan pingpong Amerika ke China yang akhirnya menjadi pencetus kepada pemulihan hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara. Ini membuktikan bahawa sukan mampu melangkaui sempadan politik dan ideologi dan ia menjadi medium penyatuan bukan kerana ia menghapuskan perbezaan tetapi kerana ia memberi ruang kepada rakyat, untuk berkongsi kebanggaan yang sama. Maka dalam konteks perbahasan kita di dewan negeri ini saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian serta membangkitkan pandangan, cadangan dan kritikan teguran dan sebagainya berhubung dengan titah cadangan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenaan penangguhan SUKMA baru-baru ini. Seiring dengan itu Kerajaan Negeri Selangor menjunjung kasih atas saranan serta titah pandangan yang dizahirkan dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena istiadat Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat Dewan negeri Selangor ini. Titah Baginda mencerminkan kebijaksanaan serta keprihatinan Baginda terhadap keadaan ekonomi semasa dan kesejahteraan rakyat di samping menekankan terhadap pengurusan kewangan negeri yang telus dan berhemah tanpa menafikan kepentingan sukan dalam membentuk serta memupuk bakat muda dan menyemai semangat kesukanan di peringkat akar umbi. Tuan Speaker, dalam kita mendepani suasana ketidaktentuan global ini sukan tidak seharusnya dilihat sebagai satu elemen terpinggir sebaliknya merupakan satu wahana penting dalam membina daya tahan, perpaduan dan inspirasi generasi muda. Justeru itu temasya sukan Malaysia ataupun SUKMA yang merupakan temasya dwi tahunan sejak penganjurannya pada tahun 1996 terus kekal sebagai medan strategik pembangunan sukan negara hasil sinergi antara Majlis Sukan negara Malaysia, Majlis Olimpik Malaysia serta persatuan-persatuan sukan di peringkat Kebangsaan dan Negeri. SUKMA bukan sekadar sebuah kejohanan tetapi merupakan platform tertinggi bagi atlet muda di bawah usia 21 tahun dalam ekosistem sukan tanah air. Di sinilah bermulanya rantaian pembentukan bakat dan seterusnya akan mengangkat nama negara di pentas antarabangsa sama di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Commonwealth ataupun Sukan Olimpik. Kontinjen Selangor telah menyertai SUKMA ini semenjak penganjuran pertama. Negeri Selangor telah mencatatkan
kejuaraan sebanyak 9 kali daripada 21 kali penganjuran dan merupakan negeri pertama menjuarai 6 edisi SUKMA berturut-turut iaitu pada tahun 1996, 1998, tahun 2000, 2002, 2004 dan 2006. Ramai Atlet Kebangsaan yang berasal dari negeri Selangor yang telah berjaya dilahirkan di medan SUKMA di peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik, Sukan Commonwealth, Kejohanan Dunia mahupun Sukan SEA, antaranya Shalin Zulkifli dan Natasha Roslan dalam Sukan Tenpin Bowling, Lee Hap Wei, Olah Raga, Gavin Kyle Green, Golf, Farah Ann, Gimnastik, Nor Farah Ain, Boling Padang dan ramai lagi. Ini membuktikan negeri Selangor merupakan negeri pengeluar atlet yang berkualiti dan terbaik di Malaysia. Jika kita lihat kesinambungan penganjuran Temasya SUKMA 2026 ini, ianya akan menjadi medan pemilihan atlet dari negeri-negeri yang layak dan berpotensi untuk mewakili Malaysia pada penyertaan di beberapa temasya besar seperti berikut. Pertama Sukan Olimpik Remaja 2026 di Dakar, Senegal. Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun. Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland. Sukan SEA 2027 yang akan dianjurkan di Malaysia pada tahun depan dan seterusnya Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat. Patik menjunjung tinggi pandangan serta Titah Tuanku dan sehubungan dengan perkembangan terkini yang mana semalam pihak Kementerian Belia dan Sukan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku setelah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah bersetuju memperkenankan penganjuran SUKMA di Negeri Selangor pada bulan 8 ini dengan nasihat agar ianya dilaksanakan dengan cermat dan berhemah dan setiap keputusan yang diambil adalah perlu untuk kepentingan jangka panjang serta demi kesejahteraan ekosistem sukan negara. Sedia dengan itu, keutamaan Kerajaan Negeri pastinya adalah untuk kita memperkukuhkan libat urus strategik bersama Kerajaan Persekutuan, khususnya di peringkat Kementerian Belia dan Sukan serta pemegang taruh berkaitan bagi memastikan sokongan dan peruntukan dapat diselaraskan secara bersama. Pendekatan ini penting agar beban penganjuran tidak ditanggung secara unilateral oleh Kerajaan Negeri sebaliknya dilaksanakan secara kolektif demi memperkukuh pembangunan sukan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, pelaksanaan penganjuran akan ditambah baik melalui pendekatan yang lebih berhemah, cekap dan berimpak tinggi tanpa menjejaskan kualiti serta standard Temasya SUKMA. Prinsip ini selari dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar setiap aspek pengurusan dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti dan berhemat khususnya dalam memastikan nilai perbelanjaan awam dioptimumkan. Untuk maklumat Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, pada 29 April ini, saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan di titah menghadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyembah maklum perincian serta status terkini persiapan dan kesiapsiagaan penganjuran. Seterusnya pada masa sama, kami juga akan menyembah maklum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenaan dengan perincian kawalan perbelanjaan seperti yang telah dititahkan. Seterusnya, akan dibawa di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Khas SUKMA pada 30 April ini. Pendekatan ini mencerminkan
kesungguhan Kerajaan Negeri secara tertib dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan sukan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi asas utama. Dengan sokongan serta perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, SUKMA Selangor akan dilaksanakan secara lebih berjimat dan efisien serta menjamin prestasi dan pembangunan atlet di tahap yang terbaik. Saya ingin menyentuh juga tentang satu isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Teratai berkenaan dengan bayaran kecemasan ataupun ex-gratia kepada mangsa tanah runtuh Bukit Permai yang berlaku pada 4, pada 4 tahun yang lalu. Untuk makluman Yang Berhormat, kejadian bencana tanah runtuh ini telah berlaku di Taman Bukit Permai pada 10 Mac 2022, kira-kira jam 5.34 petang telah mengakibatkan seramai 5 orang mangsa terperangkap dalam runtuhan ini, di mana 4 orang mangsa didapati meninggal dunia dan seorang mangsa cedera. Selain itu, kejadian bencana ini telah mengakibatkan kerosakan kediaman, kerosakan kenderaan dan arahan pengosongan kediaman. Bantuan kepada mangsa yang terkesan telah dilaksanakan selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, (MMKN) Bilangan 9 Tahun 2022 yang telah disahkan oleh MMKN Bilangan 10 Tahun 2022 pada 13 April 2022. Penyerahan bantuan kepada mangsa telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 16 April 2022. Bantuan yang telah diserahkan pada 16 April 2022 melibatkan bantuan kepada waris mangsa kematian iaitu 4 orang mangsa sebanyak RM10,000 bagi setiap mangsa, 1 orang mangsa cedera sebanyak RM5,000. Bantuan kerosakan kediaman berjumlah 11 unit sebanyak RM5,000 untuk setiap kediaman dan bantuan kepada penduduk yang diarah untuk mengosongkan kediaman iaitu sebanyak 76 unit kediaman di mana sebanyak RM500 telah disampaikan untuk setiap kediaman. Perincian seperti berikut berkenaan dengan perkara sebab perkaranya kematian. Bilangan yang terjejas 4 keluarga. Jumlah kadar sumbangan RM10,000 menjadikannya jumlah RM40,000. Mangsa cedera 1 orang, jumlah bantuan RM5,000. Kerosakan rumah 11 unit, jumlah bantuan RM5,000 untuk setiap unit jadi total RM55,000. Bantuan kepada penduduk yang telah diarahkan mengosongkan rumah tadi 76 unit, 1 unit dapat RM500, jadi RM38,000. Jadi jumlah besar keseluruhan RM138,000. Kekangan yang dihadapi oleh Pengurusan Bencana Negara dalam memberi kelulusan pampasan dan ex-gratia adalah seperti berikut. Pertama, pengesahan dan dokumentasi. Setiap permohonan perlu melalui proses semakan yang teliti melibatkan laporan kerosakan serta pengesahan oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM, Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan. Sekiranya dokumen tidak lengkap atau memerlukan siasatan lanjut proses kelulusan akan mengambil masa yang lebih panjang. Kedua, penyelarasan antara agensi Pengurusan Bencana Negara melibatkan pelbagai Kementerian, agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Justeru penyelarasan dan pengesahan maklumat antara pihak-pihak ini memerlukan tempoh tertentu, khususnya dalam situasi bencana berskala besar yang melibatkan jumlah mangsa yang ramai. Dan ketiga, ketersediaan peruntukan kewangan, kelulusan pampasan ataupun ex-gratia adalah tertakluk
kepada peruntukan semasa kerajaan. Sekiranya keperluan tambahan timbul, permohonan perlu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan lanjut. Keempat, pematuhan kepada garis panduan kelayakan. Pertimbangan kelulusan dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan termasuk tahap kerosakan, status pemilikan serta kategori bantuan. Penilaian secara kes demi kes juga menyumbang kepada tempoh pemprosesan yang lebih panjang. Apakah garis masa bagi tujuan pembayaran tersebut? Setakat ini, tiada pekeliling khusus yang menetapkan garis masa tetap bagi pembayaran pampasan atau ex-gratia. Sebaliknya, pekeliling sedia ada seperti pekeliling, Perbendaharaan, WP 6.3 dan garis panduan NADMA hanya memperincikan tatacara permohonan, syarat kelayakan serta proses kelulusan. Manakala tempoh pembayaran adalah bergantung kepada kelengkapan dokumentasi, proses pengesahan dan kelulusan peruntukan kewangan. Sehingga kini, pembayaran pampasan ataupun ex-gracia tanah runtuh Bukit Permai yang berlaku pada 4 tahun yang lalu masih dalam proses pertimbangan pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Yang Berhormat EXCO, saya ingin bertanya, status ini telah pun diumumkan ataupun di maklum selama satu tahun lebih daripada pihak Pejabat Tanah. Setahu saya, satu dokumentasi ataupun dokumen telah pun diserahkan kepada Pejabat EXCO untuk dipertimbangkan. Sama ada dokumen itu masih tidak lengkap ke ataupun macam mana? Sebab saya difahamkan oleh Pejabat Tanah bahawa dokumen itu tersebut telah pun diserahkan setahun lebih tetapi tidak ada sebarang maklum balas lagi daripada pihak MMKN.
Baik, kalau boleh Yang Berhormat beri saya masa untuk saya semak nanti dengan pihak Unit Pengurusan Bencana Negeri status permohonan yang terkinilah, status terkini isu ini.
Boleh.
Kemudian saya akan mengemukakan maklum balas secara bertulis.
Boleh, terima kasih.
Baik, saya mengambil kesempatan ini juga untuk menutup perbahasan pada hari ini.
EXCO, boleh?
Ya, silakan.
Berkaitan dengan celahan saya kepada Pelabuhan Klang berkaitan dengan bangunan Carlton yang nampak usang yang dirancang untuk dijadikan Pusat e-Sport tu.
Baik, untuk makluman Yang Berhormat berkenaan dengan e-Sport, tanah yang telah kita sebelum ini war-war kan untuk dijadikan satu Hub e-Sport. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat hari ini kita sedang lagi menunggu proses di peringkat MBI Selangor selaku agensi yang menguruskan Carlton Hotel ini dan buat masa ini yang saya difahamkan Carlton Hotel ini sebahagian daripada projek KSSA juga. Nanti insya-Allah saya akan dapatkan penjelasan daripada pihak MBI dan akan kemukakan maklum balas secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Mungkin ada sedikit peruntukan untuk membersihkan kawasan itu. Saya ingat ialah di Shah Alam kan mungkin sebahagian daripada muka kita dengan semaknya, dengan sampahnya, saya ingat itu memberi gambaran yang tidak baiklah.
Itu memang saya telah bincang dengan pihak PBT, MBSA dan juga MBI. Sekurang-kurangnya dalam tempoh kita nak menyambut SUKMA nanti ini kita akan cuba untuk cover up lah. Kalau tanya saya memang saya pun setuju dia jadi eyesore Carlton Hotel itu yang sekarang ini kalau kita lihat menjadi satu lokasi di mana ia menjadi tumpuan content creator. Terutamanya mereka yang memburu content , content mistik ini. Jadi, itu sebahagian daripada masalah yang kita sedang hadapi sekarang tapi saya akan bawa cadangan Yang Berhormat untuk kita tutup ataupun kita bersihkanlah semak-samun dan juga keadaan fizikal di Carlton Hotel yang sebelum ini memang kita sebut untuk dijadikan salah satu Hub e-Sport tetapi walau bagaimanapun masih lagi belum dapat kita realisasikan kerana ada isu-isu teknikal dan juga pentadbiran yang melibatkan tanah Carlton Hotel itu tadi. Jadi, saya kira untuk penggulungan saya setakat hari ini, setakat petang ini di situ saja. Berkaitan dengan SUKMA tadi saya ingat kita semua sudah jelas dan saya ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang mengambil peluang perbahasan dan pastinya titah Dulu Yang Maha Mulia Tuanku kita junjung setinggi-tingginya dan kita akan pastikan penganjuran Sukan Malaysia Selangor pada tahun ini akan menyajikan satu persembahan yang lebih baik, yang lebih bersederhana.
Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat EXCO, saya nak tanya dulu. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cuma kalau andai kata Yang Berhormat EXCO mungkin mempunyai kita maklum Tuanku pun dah dapat maklumat kita mungkin boleh meneruskan SUKMA. Cuma mungkin Yang Berhormat EXCO boleh berkongsi dengan kami ADUN-ADUN yang khususnya yang berbahas untuk meneruskan SUKMA ini, adakah Kerajaan Pusat bersetuju untuk menambah jumlah atau memberi geran kepada Kerajaan Negeri? Kalau ada, berapa jumlahnya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Setakat hari ini kita masih lagi belum menerima sebarang maklum balas ataupun berita positiflah daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan berkenaan dengan sumbangan ataupun dana untuk kita menganjurkan SUKMA. Walau bagaimanapun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Khas yang akan datang kita akan bangkitkan lagi sekali tentang isu ini dan kita juga telah mula merancang untuk melaksanakan rasionalisasi ataupun penyelarasan dari segi peruntukan yang sebelum ini diumumkan oleh negeri sebanyak RM100 juta. Tetapi selepas kita mendengar titah cadangan Tuanku agar dikurangkan kos tersebut kita sedang berusaha untuk mengurangkan kos pelaksanaan ataupun penganjuran SUKMA ini di bawah RM100 juta. Mungkin lebih, lebih bawah daripada itu lagi lah. Dan masalah kita ialah macam tadi disebut apakah Federal ada bagi sumbangan? Setakat ini tidak ada, cuma kita akan cuba rundingkan sekiranya ada keperluan kita dapatkan kontra mungkin dari segi kemudahan sukan ataupun dari segi yuran-yuran yang, bayaran-bayaran token kepada sukarelawan ataupun kepada negeri-negeri yang masuk bertanding. Ini kita akan cuba bincang dan kita akan kemukakan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Khas SUKMA yang akan diadakan pada 30 April nanti. Maksudnya selepas 29 April, Menteri dan EXCO akan di titah menghadap dan kita akan sembah maklum kepada Tuanku. Kita pun nak dengar mungkin Tuanku ada pandangan ataupun petua untuk kita bawa dalam mesyuarat nanti. Jadi, sekiranya ada, kita akan usulkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Khas SUKMA dan kita akan pastikan kepentingan Kerajaan Negeri Selangor sebagai tuan rumah, sebagai penganjur akan kita jamin dan kita pelihara dan mudah-mudahan penganjuran SUKMA pada tahun ini akan menjadi SUKMA yang terbaik dan menjadi SUKMA yang diingati oleh semua generasi dan kita pastikan bakat-bakat yang kita kenal pasti dalam Sukan Malaysia 2026 ini akan menjadi atlet-atlet pelapis seterusnya membawa nama negara ke peringkat lebih tinggi dan insya-Allah akan menjadikan atlet yang dapat menang pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik. Terima kasih. Sekian, Menjunjung Kasih Tuanku, Daulat Tuanku.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Anggerik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Dewan ini, tadi saya, semasa saya tidak berada di dalam Dewan Persidangan ini antara waktu 2.30 hingga 3.30. Sewaktu Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker mempengerusi Persidangan telah dibincangkan tentang kehadiran Ahli Yang Berhormat dalam Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Pilihan Khas dan Dewan sebenarnya mempunyai rekod kehadiran. Saya ingin memberitahu kepada Dewan bahawa kehadiran Yang Berhormat Taman Medan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan mengenai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak Syarikat telah pun diadakan bermula tahun 2024 hingga sekarang 38 kali mesyuarat. Kehadiran Taman Medan 17 kali, 44.7%. Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (SELCAT), 3 tahun berlangsung 15 kali bermesyuarat. Kehadiran Taman Medan, 8 kali, 53.3%. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kehadiran ke Sidang Dewan adalah penting. Bukan setiap bulan, bukan setiap minggu kita bersidang dan
masa Persidangan telah pun ditetapkan oleh sebab itu kehadiran adalah sangat-sangat penting. Itu sebabnya saya bertanyakan Taman Medan ke mana dia pada waktu itu? Apabila saya menerangkan dan memberitahu keputusan saya dan saya pasti sama ada di dalam Dewan ataupun di luar Dewan telah membaca alasan saya dan juga surat saya dan juga usul, isi kandungan usul Yang Berhormat Taman Medan. Saya rasa kita berhenti setakat di situ. Esok kita akan sambung semula Dewan ditangguhkan dan kita akan berjumpa semula, akan bersidang semula pukul 10.00 pagi, 28 April 2026. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 6.00 petang)