Selangor · 28 April 2026
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 459 turns · 56,716 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 28 April 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.
(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Selamat Pagi kepada semua. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat Hulu Kelang untuk berdiri bertanyakan soalan, ingin saya memetik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakan-rakan media terhadap Peraturan 82 iaitu Wakil Akhbar, di mana Speaker boleh mengeluarkan kebenaran am kepada wakil apa-apa akhbar kerana menghadiri Persidangan Dewan mengikut apa-apa peraturan yang dikeluarkannya dari satu masa ke satu masa. Jika wakil itu melanggar peraturan-peraturan itu, maka kebenaran itu harus akan ditarik balik.
Saya telah menerima aduan daripada orang awam bahawa terdapat podcast Perikatan Nasional yang hadir ke Dewan tanpa kebenaran untuk membuat rancangan video. Saya memandang kita tidak pernah menerima apa-apa kebenaran, saya telah pun membuat keputusan di bawah Peraturan Tetap 82 supaya tidak dibenarkan membuat sebarang podcast semasa Sidang ini berlangsung kerana ia nya dijalankan tanpa kebenaran bertulis kepada kita. Saya memohon Wakil Rakyat, Ahli Dewan Negeri dari parti Perikatan Nasional supaya memberitahu perkara ini kepada wakil media Perikatan Nasional supaya dalam Sidang pada bulan 8 nanti bulan Ogos boleh lah, perlulah menulis terlebih dahulu kepada kita. Keperluan ini sebenarnya juga telah dikemukakan dan diperlukan terhadap media-media yang menjalankan podcast sepanjang Sidang Dewan iaitu Selangorfm dan Media Selangor. Mereka dah memohon kepada kita dan kita izinkan. Hulu Kelang.
Tuan Speaker, saya nak mohon pertanyaan. Siapa pengadu yang menyebabkan Tuan Speaker membuat keputusan begitu?
Saya tidak perlu memberi jawapan. Setakat saya mengetahui bahawa podcast itu dijalankan tanpa kebenaran bertulis daripada Urus setia dan tidak ada permohonan kebenaran daripada pihak berkenaan. Hulu Kelang teruskan.
Tambah sikit.
Tidak, tidak. Hulu Kelang, soalan.
Tuan Speaker, sebab penghakiman Tuan Speaker tadi menyatakan berdasarkan aduan awam. Jadi saya ingat tidak berlebihan untuk saya bertanya siapa pengadu sehingga Speaker boleh membuat keputusan.
Saya tidak perlu memberi jawapan. Setakat saya maklumkan kepada Dewan bahawa memang pernah ada podcast dijalankan dan ia nya dilakukan tanpa memohon kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada urus setia dan saya tidak izinkan memandangkan mereka telah pun menjalankan program ini selama seminggu lebih. Saya rasa setakat di situ mereka tidak dibenarkan. Yang Berhormat Hulu Kelang. Soalan, soalan Yang Berhormat.
Tuan Speaker, ya soalan saya Tuan Speaker sedar bahawa Selangor merupakan negeri yang mengamalkan demokrasi terbuka. Sedangkan Sidang Dewan pun, Sidang Dewan pun, nanti la Speaker. Saya cakap baik-baik ni. Jangan jadi seperti petang semalam. Sementara saya berhujah dengan baik, tertib, beri peluang.
Saya tahu tentang ianya ada tatacaranya. Media podcast Perikatan Nasional tidak lebih adil daripada yang lain, saya ni hanya ingin memberitahu Yang Berhormat. Saya beri sedikit peluang tapi saya mohon Yang Berhormat tidak perlu bazirkan masa yang terlalu banyak kerana semuanya perlu mengikut peraturan, media podcast Perikatan Nasional tidak lebih adil daripada yang lain. Itu sahaja.
Tuan Speaker, dalam sistem demokrasi yang kita amalkan di Negeri Selangor, Sidang Dewan Undangan Negeri pun kita buat live telecast, tidak ada benda yang nak kita sorok. Podcast ini kalau tak buat di Pejabat Ketua Pembangkang pun, kita boleh buat di mana sahaja dalam zaman teknologi hari ini, you can’t stop. It is unstoppable untuk rakyat Selangor mendapat maklumat. Mengapa takut sangat dengan Perikatan Nasional ini? Kalau Kerajaan ni, Kerajaan yang kuat, Kerajaan yang begitu kukuh tidak ada sebab Kerajaan, Speaker takut dengan podcast Perikatan Nasional.
Cukup, cukup, cukup. Yang Berhormat Hulu Kelang, ini tidak ada kaitan dengan Kerajaan. Ini adalah keputusan saya yang bebas daripada sebarang pengaruh. Saya mohon Yang Berhormat duduk dulu, cukup setakat di situ. Saya mengulangi kenyataan saya, podcast-podcast yang lain termasuk daripada parti Perikatan Nasional, parti DAP, parti Keadilan Rakyat, parti Amanah, parti UMNO, parti MCA, parti sesiapa pun, MUDA
ataupun daripada Media Selangor, daripada Selangorfm semuanya perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada Urus setia dan kita selalunya akan memberi kebenaran. Dalam kes ini kita tidak menerima sebarang permohonan dan selepas itu ia nya dilaksanakan tanpa pengetahuan kami dan sehingga ada yang mengadu. Saya tidak perlu mengatakan siapa yang mengadu, cukup setakat apabila kita menerima aduan tersebut dan kita menyiasat dan kemudian kita minta dan tanya dan kita tahu bahawa ia nya telah berlangsung tanpa memohon kebenaran dan tanpa kebenaran. Dua perkara, tidak memohon kebenaran dan tidak mendapat kebenaran. Oleh sebab itu saya berpendapat, cukup la sekadar seminggu lebih dijalankan di sini dan selepas itu tidak dibenarkan. Podcast boleh dijalankan di mana-mana tetapi selain, sekiranya ia nya berlaku atau dijalankan di Dewan Bangunan Dewan Negeri Selangor termasuk Wisma Dewan Negeri Selangor ia nya perlu mendapat kebenaran daripada tuan punya tempat tersebut. Cukup, cukup. Soalan.
Tuan Speaker, apa jaminan Tuan Speaker sekiranya kami mengemukakan permohonan, permohonan ini akan diluluskan.
Saya tidak boleh kata lulus atau tidak lulus tetapi apabila kami terima saya akan memberi pertimbangan sewajarnya yang sama rata, yang adil kepada semua. Itu sahaja Yang Berhormat. Jangan bimbang. Bulan lapan akan ada lagi Sidang.
Ya lah. Saya tak bimbang, tapi semalam Ahli Dewan Negeri kena halau, sekarang podcast kena halau, media kena halau, ini demokrasi apa?
Soalan, soalan. Cukup, cukup, Hulu Kelang soalan?
Soalan nombor?
Saya tak tahu. Yang Berhormat sebutkan nombor Yang Berhormat.
Saya tak lupa, saya nak test Speaker. Soalan nombor 49.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Tahap Sara Diri Minimum Bekalan MakananQuestions
49. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah akan memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan, tekanan inflasi dan krisis bekalan tenaga negara. Apakah tahap sara diri minimum (minimum self-sufficiency level) yang mampu dicapai oleh Selangor tanpa bergantung kepada bekalan makanan dari luar?
Pandan Indah.
Bismillahirohmanirrahim dan Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Salam Sejahtera, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya tak pandai pantun. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Hulu Kelang bertanyakan isu berhubung dengan tahap minimum sara diri bagi bekalan makanan bagi Negeri Selangor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data rasmi mengenai tahap sara diri ataupun self-sufficiency ratio, ataupun level (SSL) di peringkat negeri masih dalam penyediaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Walau bagaimanapun, saya boleh membuat perbandingan dengan tahun 2024, antara SSR ataupun SSL di Malaysia dan juga di Selangor. Sebab Malaysia ni yang terbaru ya.
Berdasarkan data di peringkat nasional, tahap sara diri di Malaysia bagi komoditi utama adalah seperti berikut :-
Beras; sekitar 65% hingga 70%, kalau Selangor hanya menyumbang 8% kepada keperluan SSL bagi beras.
Daging lembu sekitar 20% hingga 25% bagi negara SSL nya. Selangor hanya untuk 5% sahaja, untuk daging lembu.
Susu; sekitar 60% hingga 65% bagi negara tapi di Selangor, susu di sekitar 10%.
Ayam; tinggi ya, ayam tinggi di sekitar 80%, melebihi peratus tetapi di Selangor kita hanya menyumbang 60% sahaja. Ayam.
Telur ayam di negara melebihi 100%, 114%, telur ayam la satu-satu produk yang melebihi keperluan negara dan di Selangor kita menyumbang, kita hanya SSL 85% telur ayam.
Dan sayur-sayuran sekitar 80% hingga 90%. Di Selangor hanya 15%, SSL bagi sayur-sayuran.
Dan bagi buah-buahan di sekitar 20% di peringkat negara lebih tinggi 49% hingga 50%.
Ini merupakan angka kepada komoditi utama yang dapat saya berikan kalau tidak banyak, panjang ya. Dalam konteks Negeri Selangor berdasarkan data terkini, jumlah penduduk di sekitar 7.41 juta pada tahun 2025. Ini menjadikan Selangor negeri berpenduduk tinggi, tertinggi di Malaysia dan mempunyai keperluan yang besar serta bergantung kepada negara lain dan import. Berdasarkan pendekatan penggunaan per kapita, ataupun per capita consumption, keperluan makanan di Negeri Selangor dianggarkan seperti berikut :-
Untuk keperluan beras diperlukan 46,000 hingga 48,000 tan metrik sebulan.
Keperluan ayam sekitar 32,000 hingga 34,000 metrik tan sebulan bersamaan kira-kira 15 hingga 16 juta ekor, satu bulan ya.
Keperluan ikan 34,000 sehingga 37,000 tan metrik sebulan.
Keperluan telur ayam sekitar 260 juta sehingga 270 juta biji sebulan. Itu sebulan ya. Jadi seorang 400 biji telur ayam ya.
Keperluan daging lembu sekitar 3,700 hingga 4,300 tan metrik sebulan.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri tidak hanya bergantung pada indikator SSL semata-mata sebaliknya mengguna juga pendekatan keterjaminan makanan dalam ataupun food resilience yang lebih praktikal. Dengan sebab itulah Kerajaan Negeri sentiasa mengambil tindakan-tindakan yang boleh membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan dan juga sokongan lain seperti yang dilaksanakan di bawah gedung atau pun gudang makanan Selangor yang menyasarkan stok penimbal sekurang-kurangnya satu bulan bagi 100% penduduk pada peringkat awal dan akan ditingkatkan kepada tiga bulan bagi penduduk negeri Selangor. Ini meliputi menyediakan keperluan beras, ayam, ikan, telur ayam dan juga minyak masak secara berperingkat-peringkat. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan menyeluruh dan berasaskan data bagi memastikan keterjaminan makanan yang mampan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Hulu Kelang.
Yang Berhormat EXCO, saya ingin merujuk kepada Laporan Indeks Harga Pengguna yang dikeluarkan oleh DOSIM yang melaporkan bahawa peratusan kenaikan harga dari Mac 2025 hingga Mac 2026
menunjukkan walaupun kadar inflasi keseluruhan di negeri Selangor mencatatkan 1.6% tetapi kadar inflasi makanan di luar rumah telah meningkat lebih dua kali ganda sehingga mencatatkan 4.1%. Contoh, nasi lemak naik 3.3%, roti canai 3.2%, teh tarik 11.4% dan nasi campur, ikan dan sayur 9.5%. Ini menunjukkan bahawa rakyat hari ini sedang bergelut dengan kos sara hidup yang begitu tinggi. Maka persoalan saya, apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan bukan sahaja bekalan makanan mencukupi, tetapi kita dapat juga mengawal harga-harga makanan yang utama ini bagi membantu rakyat di negeri Selangor. Saya juga pohon Kerajaan Negeri khususnya Yang Berhormat EXCO berkongsi dengan Dewan ini mengenai jumlah keperluan daging babi sebulan berbanding dengan daging lembu. Sekiranya wujud ketidaksamarataan di antara keperluan daging babi dengan daging lembu, apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka ladang-ladang ternakan babi yang baru di lokasi baru seperti di Seri Serdang ataupun di Batu Tiga, pohon penjelasan.
Terima kasih pada pertanyaan tambahan daripada Hulu Kelang. Saya menerima baik pandangan dan pertanyaan itu. Saya telah sebenarnya peringkat apabila kita menempuh keadaan dampak daripada peperangan ini. Kita akui bahawa antara perkara yang akan terkena secara langsung peningkatan adalah pada kos hara hidup terutama daripada makanan. Kita telah menetapkan dashboard untuk memantau dan saya telah panggil pun KPDN pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, FAMA dan sebagainya untuk kita memantau secara harian akan isu-isu berkaitan dengan kenaikan harga barangan terutama barangan mentah. Sebab barangan mentah ini kalau ada kenaikan biasanya kalau pergi dalam proses dia akan berganda lagi kenaikannya. Jadi kita pantau dan kita lihat sebab apa? Kita nak lihat daripada sumber yang asal juga. Jadi kita bukan sahaja pantau KPDN. KPDN ini tidak meliputi semua benda. Dia akan hanya meliputi certain aspek makanan saja. Contohnya asas tani. Macam baja, dia tak pantau. Harga baja, harga makanan ternakan, dia tak pantau. Harga racun untuk tanaman. Ini semua sebenarnya memberi kesan langsung kepada pertanian dan pertanian ini menjadi asas kepada kita. Jadi kita pantau dan kita lihat apa bentuk kenaikan di mana supaya kita boleh laksanakan pakej yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar itu. Pakej, contohnya pakej Pengukuhan Daya Tahan itu kepada petani-petani dan mengena sasarannya. Contohnya kalau ayam kita akan bantu kalau ada kenaikan jagung kita akan bantu dalam memberikan sokongan kepada makanan ternakan. Kalau melibatkan petani juga kita lihat baja atau input. Dan kita tahu baja urea ini sebahagian daripada dalam by-product kepada petroleum. Dan ini sekarang ini memang meningkat agak ketara. Dan merupakan baja yang asas pada semua jenis tanaman. Jadi kita tengok alternatifnya atau mengurangkan urea dan menggantikan dengan baja-baja lokal tempatan yang lain yang kompos sebagainya untuk kita pastikan petani kita akan dapat mengusahakan pertanian dengan baik dan kenaikan itu agak minimum. Tetapi Yang Berhormat pun sedar bahawa kita merupakan negara net importer makanan. Itu lebih kurang kita mengimport 80 lebih bilion setahun makanan yang berasas makanan dan kita mengeksport 50 bilion. Itu lebih kepada sawitlah ya. Jadi maknanya defisit pada 30 bilion. Dan sayur-sayuran buah-buahan sahaja 75 bilion pada
buah-buahan dan sayuran sahaja. Jadi ini akan berkesan langsung sebab buah-buah yang sitrus atau buah-buah yang macam anggur, limau ini semua adalah import. Jadi kita boleh, kita kena kempen galakkan makan buah-buah tempatan untuk mengurangkan import dan sebagainya dan juga yang petani kita teruskan, kita bagi sokongan dan kita juga satu lagi dasar ialah kita kukuhkan rantaian dari segi bekalan supaya hasil-hasil petani ini dapat kita terus bawa ke meja ataupun ke pusat-pusat jualan supaya untuk mengelakkan kerosakan. Sebab pertanian ini. Itu pun kita tengah buat dan kita pelbagaikan dan kita telah semalam diumumkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar tentang satu lagi pusat pengumpulan pertanian yang dibuka di Sabak Bernam, yang sekarang ada satu di Kuala Langat. Kita akan buka lagi dua untuk supaya semua produk pertanian kita boleh kumpul dan kita agihkan terus kepada pusat lelongan kita di Sijangkang plus pasar borong kita di Puchong supaya produk-produk ini dapat dijual dengan harga yang lebih murah dan lebih cepat karena dia mudah rosak. Jadi ini antara-antara perkara yang kita buat untuk memastikan pemantauan berjalan, sokongan kita beri dalam masa sama kita cuba pastikan kalau ada kenaikan pada tahap yang minima. Tapi Yang Berhormat tahu, Selangor kita tidak mampu nak menyediakan 100%. Kita negeri industri, negeri yang ada banyak tanah kita banyak dengan perumahan sebenarnya, tanah pertanian kita tak banyak dan kita penduduknya padat. Jadi kita tetap akan bergantung kepada import sama ada luar dari negeri Selangor atau luar negara. Jadi sebab itu kita cuba minimakan kesan daripada import ini oleh kenaikan ini dengan menggalakkan alternatif. Itu satu. Yang kedua yang gudang tadi. Kita akan keluarkan barang-barang dalam gudang ini kalau ada berlaku krisis atau berlaku kenaikan ini supaya dapat kita kurang atau stabilkan harga-harga komoditi utama ini. Itu antara usaha-usaha kerajaan negeri yang kita buat. Terima kasih.
Soalan kedua belum jawab. Jumlah keperluan daging babi sebulan.
Yang Berhormat Bukit Gasing. Ya
Ingat nak jawab dalam golongan ni. Takpa saya jawab sekarang. Isu sebenarnya pada satu ketika, ini cerita pada 2 tahun lepas sebelum terkena wabak African Swine Fever. Kita sebenarnya SSR bagi negeri Selangor untuk daging babi ialah di sekitar 60%. Kita ada berupaya untuk dia nak sama dengan ayam, hampir sama. SSR bagi daging babi adalah di sekitar 60%. Tetapi disebabkan penyakit dan sebagainya telah turun sehingga ke tahap 10% dan 15% begitu. Dan tentu akan berakhir lepas ini, dan masa ketika itu, kita kerajaan negeri telah benarkan import. Sebenarnya kita dah benarkan lesen untuk import yang hidup daripada Sarawak. Di sekitar 800 ekor seminggu. Cuma syaratnya ketat. Kita kata dia tidak boleh singgah di mana-mana sampai saja terus bawa ke pusat penyembelihannya di Rawang. Dan diproses di sana untuk jualan dan sebagainya. Dan mereka telah mengimport 800 ekor daripada Sarawak. Dan daripada Perak pun ada yang masuk. Cuma kita ada syarat yang ketat untuk memastikan tidak ada berlaku jangkitan,
penyakit dan sebagainya. Itu yang fresh lah, yang hidup. Tapi dalam masa yang sama, kita memantau juga tentang keperluan yang kulkas, yang beku. Sama juga dengan daging lembu. Daging lembu rendah, kita hanya menyediakan 5%. 95% kita import. Jadi memang kita pastikan yang beku, kulkas dapat dibawa dan memang mencukupi sebenarnya untuk keperluan dalam negeri Selangor. Itu jawapannya. Terima kasih.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Saya tertarik dengan hasrat Yang Berhormat untuk menyediakan gudang dan tiga bulan bekalan makanan asas. Berapa lamakah untuk kita habis sediakan gudang-gudang tersebut yang akan mengambil masa untuk membina dan mula beroperasi. Jadi berapa bulan daripada hari ini kita jangka dapat sampai ke tahap tiga bulan dan apakah kos operasi setahun bagi semua gudang ini?. Saya jangka kos elektrik, kos tanah, kos pekerja cukup tinggi bagi satu bekalan makanan yang sangat besar.
Okay Bukit Gasing, soalan Bukit Gasing memang hebat-hebat. Jadi kalau saya tak prepare tak boleh nak jawab. Sebenarnya kita dah buat kiraan untuk kita nak beli produk saja ataupun nak beli barang-barang keperluan seperti beras. Yang penting beras. Kemudian sumber proteinnya ialah daging, ikan dan juga ayam. Untuk empat item ini saja kalau kita nak beli untuk memenuhi keperluan satu bulan saja kita perlukan 200 juta ringgit. Makna kita telah sediakan peruntukan 40 juta setiap tahun. Untuk lima tahun baru cukup satu bulan. Satu bulan keperluan bagi seluruh rakyat Selangor 7.4 juta. Dan kalau kita nak naikkan kepada tiga bulan kalilah 3, jadi 100 x 3, 200 x 3. Itulah dia angka yang diperlukan dan kita akan buat berperingkat-peringkat. Yang keduanya ialah kos operasi. Kita buat masa sekarang memang kita menyewa. Seperti beras sekarang ini di Sekinchan, kita ada gudang di sana yang kita sewakan. Yang daging ini ada beberapa tempat ikan daging ini di sekitar Port Klang dan juga di berhampiran dengan Seri Kembangan. Ini kita bayar, itu pun ada lagi kos yang perlu kita tanggung. Dan lagi satu ialah pengoperasian nanti. Sebab kita tidak boleh simpan beras ini dia setahun saja. Kalau tidak dia jadi usang. Kemudian kita ada proses untuk keluar dan juga dijual melalui Jualan Ehsan Rahmah (JER) dan sebagainya. Tapi diganti. Keluar je ganti balik. Keluar ganti makna kita kekal, ya kos operasi dan sebagainya itu terlibat. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita teliti. Tapi yang pentingnya kita kena ada berdasarkan pengalaman kita COVID dan sekarang perang ini, keperluan itu sangat mendesak dan kita terus untuk kekal untuk mencari jalan kedah yang terbaik untuk negara rakyat Selangor. Terima kasih.
Paya Jaras.
Tak jawab. Berapa bulan untuk siap?
Paya Jaras. Tak apalah. Paya Jaras
Soalan 50.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Master Plan Operasi Kuari Matang Pagar Dan Bukit LagongQuestions
50. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-a)
Adakah Kerajaan Negeri mewujudkan pelan induk/ master plan pengoperasian kuari kawasan ini? b)
Apakah wujud satu task force yang melibatkan semua agensi yang berkaitan? c)
Nyatakan syarat dan garis panduan untuk mengawal kesan kepada kesejahteraan penduduk sekitar.
Terima kasih Paya Jaras. Serta soalan yang dikemukakan merujuk tentang operasi kuari di Matang Pagar. Untuk maklumat Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sedang merangka satu garis panduan pengkuarian mampan di Kawasan Hutan Simpan Kekal selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 2026-2030. Jabatan Pengurusan Operasi Pengkuarian dalam Hutan Simpan Kekal selaras dengan Rancangan Pengurusan Hutan 2021-2030, pematuhan syarat-syarat DIA yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar, skim kuari di bawah Jabatan Mineral dan juga Geosains. Soalan kedua berkenaan dengan Task Force. Setakat ini, kita tidak mewujudkan Task Force ataupun Pasukan Tindakan Khas yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan kerana merasakan dengan satu garis panduan pengkuarian mampan yang diterbitkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, kita mampu mengawal operasi pengkuarian di kawasan-kawasan terbabit. Soalan ketiga berkenaan dengan garis panduan. Setiap pemegang lesen kecil kuari disyaratkan untuk menyedia dan mendapatkan kelulusan di atas laporan Penilaian Impak Alam Sekitar ataupun EIA yang mengandungi aspek-aspek berkaitan kawalan kesan kepada alam sekitar. EIA ini hendaklah dimulakan ataupun EIA ini hendaklah disediakan sebelum dokumen lesen dikeluarkan sebelum kerja-kerja pengkuarian boleh dimulakan. Semua syarat yang telah ditetapkan EIA hendaklah dipatuhi terutamanya dalam menjaga kesejahteraan dan juga keharmonian penduduk. Selain itu syarat-syarat tambahan lesen kuari juga mengandungi syarat yang menghendaki. Setiap pemegang lesen mematuhi syarat-syarat berkaitan pemuliharaan alam sekitar, pemuliharaan saliran serta syarat-syarat yang berkuat kuasa oleh agensi-agensi teknikal berkaitan demi menjamin
kesejahteraan dan keharmonian penduduk. Biasanya, lazimnya EIA akan mengambil tempoh di antara satu sehingga dua tahun dan banyak masalah-masalah sebelum ini timbul akibat beberapa isu yang bukan hanya merujuk kepada isu-isu alam sekitar sahaja tetapi juga merujuk kepada jalan keluar masuk, merujuk kepada laluan-laluan kenderaan berat tersebut yang mungkin mengganggu sehingga pengkuarian itu mengalami kelewatan dan proses-proses tertentu. Untuk maklumat semua, Kerajaan Negeri harus merangka program pengkuarian ini kerana kita kena mencapai titik keseimbangan di antara pengeluaran batuan untuk pembangunan di dalam negeri dan juga keadaan kelestarian alam sekitar. Justeru pada tahun 2019, kita telah menetapkan satu tempoh yang panjang untuk meluluskan beberapa yang lain kerana kita melihat ada beberapa lesen-lesen yang akan tamat tempoh. Apabila tamat tempoh, kita kalau tak perbaharui dengan satu tempoh yang dirancang kita mungkin akan kehilangan bahan batuan dan ini akan meningkatkan kos pembangunan yang rancak di negeri Selangor. Terima kasih.
Selat Klang.
Soalan tambahan.
Selat Klang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, soalan nombor 51.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. Kemahiran Digital BeliaQuestions
51. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah program Kerajaan untuk memperkasa kemahiran teknologi dan digital dalam kalangan belia di Negeri Selangor, khususnya di DUN Selat Klang?
Terima kasih Yang Berhormat Kerajaan. Negeri Selangor telah mengambil pelangkah untuk memperkasa kemahiran teknologi dan digital dalam kalangan belia. Antaranya melalui latihan teknikal dan digital di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) serta Inisiatif Keusahawanan Digital. Selain daripada itu, penggerak belia Selangor, PBS turut memainkan peranan sebagai pemuda acara dengan melaksanakan program-program latihan berskala kecil tetapi
berimpak tinggi secara terus di peringkat komuniti. Antara bentuk pelaksanaan yang boleh dipertimbangkan termasuk bengkel asas kemahiran digital pemasaran media sosial, e-dagang serta pendedahan kepada teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI) yang dilihat semakin relevan dalam pasaran kerja semasa. Inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri berada pada landasan yang tepat, namun penambahbaikan dari segi pelaksanaan yang lebih inklusif, relevan dan berimpak tinggi amat diperlukan agar belia di DUN Selat Klang tidak sekadar menjadi penerima manfaat secara umum tetapi benar-benar mampu bersaing dan maju dalam persekitaran ekonomi.
Soalan tambahan. Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat. Saya cuma nak bertanya dengan Yang Berhormat apakah tindakan-tindakan ataupun program-program yang boleh dilakukan untuk memberi kesedaran kepada belia tentang AI khasnya. Sebab dulu Yang Berhormat ada sebut, AI ini ada yang baik, ada yang tak baik. Jadi saya nampak adalah apa nama tu banyak lebih yang tak baik daripada yang baik. Jadi bagaimana cara untuk menyedarkan belia-belia ini supaya mereka menggunakan AI ini, umpamanya untuk menambah pendapatan dari segi digital AI ini. Yang kedua Yang Berhormat, ada satu lagi. Maafkan saya. Saya nak sentuh tentang Cyber Cafe. Kita tahu yang Cyber Cafe ini pengunjungnya adalah anak-anak muda, remaja dan sebagainya termasuk kanak-kanak ataupun murid-murid sekolah. Jadi apakah tindakan Kerajaan untuk menentukan bahawa Cyber Cafe ini diperiksa secara berkala untuk menentukan bahawa perkara-perkara seperti kunjungan daripada murid-murid sekolah dapat diketepikan dan tentang pengusaha Cyber Cafe ini, sama ada mereka mematuhi syarat-syarat dalam lesen Cyber Café itu. Sebab kita, yang pentingnya, content. Kadang-kadang content kita tak tahu apa dia. Dan inilah yang, yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak muda di masa hadapan. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih, Selat Klang. Terutama untuk menjawab soalan pertama tadi. Di peringkat Kerajaan Negeri kita belum lagi ada program secara khurus untuk menerangkan impak atau pro and cons. Dengan izin, AI ini tapi walau bagaiman pun kita mengambil manfaat daripada kelebihan atau pun kekuatan AI untuk kita rangka program-program para usahawan kita. Khususnya mereka ini yang terlibat dalam marketing atau promosi dan juga pemasaran. Dan memang kita ada modul kursus. Cuma untuk program di DUN Selat Klang, saya fikir kita boleh, mungkin melaksanakan satu koloberasi selepas ini, dengan pihak Kerajaan Negeri. Saya alu-alukan kalau di pihak Yang Berhormat ada cadangan atau pun kertas kerja yang mungkin kita oleh selaraskan bersama. Program khusus untuk anak muda dalam mereka memahami dan memanfaatkan AI ini.
Dan untuk soalan kedua tadi, berkenaan dengan Cyber Café, setakat ini kita, di Cyber-cyber Café yang beroperasi di Negeri Selangor ini diletakkan khusus terus ke bawah PBT. Maksudnya dari segi lesen, dari segi pemantauan, dari segi penguatkuasaan. Itu bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Dan nanti saya akan bincang dengan EXCO yang terlibat
untuk kita lihat semula mechanism terutama dari segi content lah. Kadang-kadang kita tak boleh kawal. Biasanya kalau Cyber Café ini, masa kita, zaman saya dulu, kita pergi Cyber Café untuk main game. Untuk main permainan e-sport. Tetapi, atau pun untuk chatting. Macam Seri Serdang, dia pergi Cyber Café untuk chatting cari kenalan. Tapi hari ini mungkin berbeza. Cyber Café sekarang ini, kita pun tak tahu apa anak-anak pergi. Apa anak-anak buat di sana. Jadi mungkin nanti kita boleh bincang, YB EXCO PBT untuk Pihak Berkuasa Negeri melaksanakan tindakan pemantauan dan menyemak semula dari segi content, dari segi perkhidmatan yang disediakan oleh Cyber Café ini sebab kita pun khuatir juga sekarang ini bukan hanya dalam perisian komputer tetapi di dalam telefon pintar pun anak-anak kita ada access kepada pelbagai informasi. Pelbagai maklumat yang mungkin kita sendiri gagal atau pun tidak sempat untuk pantau. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Selat Klang atas cadangan dan pandangan.
Soalan tambahan.
Ya.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Tuan Speaker. Pelabuhan Klang ingin bertanya, adakah Kerajaan Negeri mengadakan kerjasama atau kolaborasi dengan syarikat-syarikat swasta bagi memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang berkemahiran dalam teknologi dan digital.
Baik. Terima kasih, Pelabuhan Klang. Melalui STDC iaitu Selangor Techincal Skill Development Center, ini adalah salah satu agensi di bawah Kerajaan Negeri yang kita berikan ruang khusus kepada anak muda supaya mereka dapat sijil kemahiran. Mereka juga diberi peluang menerusi STDC ini untuk bekerja atau pun mendapat peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat besar. Syarikat-syarikat swasta. Antaranya Syarikat Pendingin Hawa Daikin, Perodua, Proton dan sebagainya. Dan ini antara ruang di mana anak-anak muda kita yang ada kekuatan untuk kemahiran dari segi teknikal atau yang kita sebut sekarang TVET. Mereka ini memang ada potensi besar dan prospek besar dalam pekerjaan dan di peringkat Negeri memang kita ada program khusus untuk bantu mereka ini dan link kan ataupun connect kan, dengan izin, mereka dengan syarikat-syarikat berpotensi yang besar. Terima kasih.
Sentosa.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, 52.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Bantuan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)Questions
52. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Rumah Ibadat Bukan Islam di Selangor bagi tahun 2025?
b)
Apakah insiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rumah ibadat yang memerlukan pembaikan atau penambahbaikan infrastruktur?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sentosa dan juga terima kasih, Tuan Speaker. Tadi ada soalan tanyakan soalan bantuan rumah ibadat bukan Islam. Ada dua soalan. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Rumah Ibadat Bukan Islam di Selangor bagi tahun 2025? Kedua, apakah insiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rumah ibadat yang memerlukan pembaikan atau penambahbaikan infrastruktur?
Tuan Speaker, jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada rumah ibadat bukan Islam di Selangor pada tahun 2025 adalah seperti maklumat berikut :
1. Tokong bagi tahun 2025, sebanyak 3.727 juta. Yang merangkumi 354 tokong dan kuil sebanyak 1.653 juta. Merangkumi 219 tokong. Gereja adalah 541,000. Merangkumi 81 gereja dan gurdwara sebanyak 15 gurdwara. Melibatkan RM78,200. Jadi jumlah peruntukan adalah RM6 juta. Jadi keseluruhan peruntukan rumah ibadat yang terlibat adalah 669.
2. Bagi membantu rumah ibadat yang memerlukan pembaikan atau penambahbaikan infrastruktur, Kerajaan Negeri di bawah jawatankuasa khas LIMAS, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao. Iaitu Limas mempunyai peruntukan yang boleh dimohon oleh persatuan atau pertubuhan yang menyelenggarakan rumah ibadat melalui sistem bantuan kewangan LIMAS. Semua permohonan adalah tertakluk kepada pematuhan garis panduan dan peraturan yang berkuat kuasa. Ini adalah bagi memastikan kemudahan tersebut kekal selamat, teratur dan memberi manfaat kepada komuniti setempat. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB EXCO kerana beri jawapan berkenaan soalan saya. Soalan tambahan saya ialah, berkenaan apakah perancangan selain daripada bantuan dana. Adakah Kerajaan Negeri boleh membantu jawatankuasa-jawatankuasa rumah-rumah ibadat untuk meningkatkan prestasi mereka sendiri seperti latihan untuk jawatankuasa. Untuk mengadakan program atau, macam mana untuk mendaftarkan rumah-rumah ibadat dan juga untuk menaikkan prestij mereka sendiri. Adakah Kerajaan Negeri ada perancangan yang lebih baik untuk mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa kerana ada soalan tambahan. Dia adalah lebih kepada sesuatu persatuan itu sendiri yang mengendalikan temple atau persatuan itu. Sebab, kadang-kadang kita di peringkat Kerajaan Negeri, kita tak libatkan internal issue. Dia melibatkan prestasi atau pun peningkatan program mereka. Saya biasanya memilih bagi persatuan atau pun kuil yang menjalankan at least kelas-kelas bimbingan seperti tuisyen, computer classes, dengan izin, atau pun devaram dan juga lain-lain program. Jadi saya memberi kriteria markah yang lebih sikit kepada kuil atau persatuan yang menjalankan kelas seperti ini. Tetapi ada juga kuil yang membuat permohonan ini tidak menepati kriteria seperti mereka tidak mempunyai tanah yang sah dan sebagainya. Walau pun mereka ada persatuan atau pun NGO dan sebagainya tetapi mereka tidak mempunyai tanah atau pun mereka mendirikan tokong atau temple tu atas tanah Kerajaan dan sebagainya dengan tidak memilikan sebarang dokumentasi. Oleh itu saya terpaksa tolak atau kita tanggung permohonan itu dan kita memberi keutamaan kepada mereka-mereka yang menjalankan aktiviti komuniti seperti yang saya telah beritahu tadi. Sekian, terima kasih.
Pandamaran.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya, 53.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan KlangQuestions
53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan butir-butir projek naik taraf Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Pandamaran. Soalan ini mengenai butir-butir projek naik taraf Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang. Jabatan Agama Islam Selangor mengambil maklum bahawa Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang merupakan sebuah masjid yang telah berusia. Sememangnya telah disenaraikan dalam perancangan jangka panjang untuk diruntuhkan dan dibangunkan semula dengan struktur yang lebih baharu serta kondusif. Walau bagaimanapun berdasarkan penilaian semasa, masjid tersebut masih berada dalam keadaan yang boleh digunakan dengan baik dan berfungsi menampung keperluan kadar setempat dinding luar dan dinding dalamnya yang hijau, mehrab nya hijau, tandasnya pun hijau. Syilingnya sahaja yang putih. Jadi saya ada gambar terkini. Memang sangat cantik lagi masjid ini. Kapasiti masjid ini dianggarkan mampu menampung seramai 1,444 jemaah pada satu-satu masa berbanding jumlah kariah sekitar yang dianggarkan hanya sekitar 400 orang. Peningkatan jumlah jemaah lazimnya hanya berlaku pada waktu solat Jumaat kerana lokasi masjid yang berhampiran dengan kawasan perindustrian. Jadi di situ ramai warga asing lah yang sembahyang pada waktu Jumaat. Namun demikian, kapasiti sedia ada masih mencukupi untuk menampung pertambahan jemaah tersebut. Sehubungan itu, mesti pun masjid itu telah berusia, pihak JAIS sentiasa komited memastikan aspek penyelenggaraan dan fasiliti masjid berada pada tahap yang baik, selamat serta selesa untuk kegunaan para jemaah. Masjid ini pun telah pun menjadi masjid pengurusan dan di bawah pengurusan pihak JAIS. Sebagai contoh pada tahun 2025 sahaja, Lembaga Zakat Selangor telah menyumbang sebanyak RM70,000 untuk penukaran karpet baharu dan pihak ICU juga telah menyumbangkan RM70,000 untuk kerj-kerja baik pulih tandas. Terima kasih.
Seri Serdang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 54.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Status Guna Pakai Tanah Dibawah Rentis Tnb Yang Telah Dirobohkan Kawasan Puchong PermaiQuestions
54. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Perobohan gerai haram di bawah rentis Puchong Permai. Apakah perancangan seterusnya bagi memastikan tapak diguna pakai bagi kegunaan masyarakat setempat?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Seri Serdang. Yang berhormat tanyakan status guna pakai tanah di bawah rentis TNB yang telah dirobohkan. Kawasan, di kawasan Puchong Permai. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Majlis telah mengemukakan permohonan lesen pendudukan sementara LPS bagi empat plot bagi sebelas, kepada 11/2/2025 bagi tujuan tempat letak kereta PLK di bawah rentis Taman Puchong Permai seperti berikut :
1. Plot 1, di hadapan Surau Ar-Ra’ayah dan Pangsapuri Permai Court dengan keluasan 7,001 meter persegi.
2. Plot 2, di hadapan Pangsapuri Permai Wira, Puchong dengan keluasan 8,252 meter persegi.
3. Plot 3 di hadapan Pangsapuri Puchong Permai ,Blok F5/F8 dengan keluasan 8,885 meter persegi.
4. Plot 4 di hadapan Pangsapuri Puchong Permai, Blok F1 hingga F4 dengan keluasan 9,088 meter persegi.
Tapak yang dipohon adalah dari Jalan Indah 3 sehingga ke Pangsapuri Permai Court. Permohonan LPS telah dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan tanah Petaling pada 11/2/2026. Sementara menunggu kelulusan LPS, pihak majlis telah menghantar surat permohonan bertarikh 6/2/2026 untuk memohon kebenaran awal bagi memasuki dan menjalankan kerja-kerja berkaitan di Plot 1 sehingga Plot 4. Pihak TNB hanya meluluskan tapak tersebut dijadikan tempat letak kereta TLK Sahaja. Keempat-empat plot tanah ini akan dijadikan tempat letak kereta PLK awam dan tidak akan diserahkan kepada Selangor Inter-region Parking. SIP. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Gombak Setia.
Speaker, soalan 55.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Sumber Tenaga Boleh DiperbaharuiQuestions
55. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneroka potensi pendapatan baharu negeri melalui sumber tenaga boleh diperbaharui sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil?
Terima kasih, soalan yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Gombak Setia berkenaan dengan bagaimana Kerajaan berhasrat meneroka potensi pendapatan baharu negeri melalui sumber tenaga boleh diperbaharui sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat. Melalui pelaksanaan Selangor Agenda For Green Economy 2025 hingga 2035, Kerajaan Negeri telah menetapkan hala tuju jelas sebagai antara usaha menjadikan sektor tenaga sebagai pemaju utama pertumbuhan ekonomi dan sumber pendapatan baru kepada negeri. Di samping mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil. SAGE merupakan pelan komprehensif yang merangkumi pembangunan tenaga haba, tenaga boleh diperbaharui, tenaga lestari serta teknologi baru seperti hidrogen dengan sasaran yang boleh menarik pelaburan melebihi 63 bilion menjelang tahun 2035. Dan usaha serta sasaran ini dizahirkan melalui pelaksanaan beberapa projek strategik seperti pembangunan Program Ladang Solar Skala Besar Lima, (LSS Five) di Bestari Jaya. Dua Loji Waste Energy di Jeram. Serta loji jana kuasa hidro kecil di Batang Kali. Ini mencerminkan pendekatan menyeluruh negeri dalam memperbagaikan sumber tenaga. Secara keseluruhannya usaha mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan memperkukuhkan campuran tenaga negeri di laksanakan melalui pendekatan yang merangkumi peningkatan penawaran tenaga bersih. Pengurangan permintaan tenaga serta transformasi struktur ekonomi dan penggunaan tenaga. Ini termasuk memperluaskan pembangunan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan waste energy di samping memodenkan infrastruktur tenaga dan sistem grid bagi menyokong kestabilan bekalan serta mempertingkatkan kecekapan tenaga dalam sektor industri dan bangunan. Selain daripada itu, peralihan ini diperkukuh melalui pembangunan eko-sistem hidrogen secara berperingkat. Termasuk inisiatif ke arah pembangunan hidrogen hub di Batang Kali yang menyokong rantaian nilai daripada pengeluaran sehingga kepada penggunaan. Khususnya dalam sektor industri dan pengangkutan. Dalam pada masa yang sama usaha elektrifikasi pengangkutan turut dipergiat melalui galakkan kepada penggunaan kenderaan elektrik ataupun EV. Serta pembangunan infrastruktur pengecasan disokong oleh galakan dasar pembiayaan hijau dan pembangunan kemahiran tenaga kerja. Jadi, dalam
konteks pelaksanaan pendekatan yang sedang diteroka termasuk pembangunan secara berfasa, penglibatan rakan strategik industri serta model yang membuka ruang kepada penyertaan syarikat tempatan termasuk bumiputera dan ini penting supaya manfaat ekonomi daripada pembangunan tenaga ini dapat diagihkan secara meluas dan inklusif kepada rakyat Selangor.
Soalan tambahan.
Sijangkang
Speaker, takkan soalan tambahan tak boleh?
Sijangkang, Sijangkang.
Ini dewan ni untuk apa Tuan Speaker?
Sijangkang, soalan seterusnya, Sijangkang.
Soalan tambahan tak boleh tanya, itu tak boleh tanya.
Sijangkang.
Macam mana? Malu kita....
Sijangkang, Sijangkang.
...duduk di dalam negeri yang mengamalkan demokrasi.
Gombak Setia duduk. Sijangkang. Saya panggil Sijangkang.
Tapi ada seorang Speaker yang takda semangat untuk mengamalkan soalan demokrasi seperti ini.
Teruskan dengan soalan, Sijangkang. Gombak Setia duduk.
Terima kasih Tuan Speaker. Ahli Dewan Negeri 56, soalan saya 56. Cuma soalan (b)...
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 56. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Dan Iltizam Anak Selangor (ANAS)Questions
56. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah keuntungan hasil pelaburan yang dilaburkan ke pelbagai instrumen program TAWAS yang diuruskan oleh YAWAS bagi kelahiran 2008 hingga 2018?
b)
Berapakah jangkaan keuntungan pelaburan RM100 setahun selama 5 tahun yang dikreditkan ke dalam akaun Simpanan SSPN Prime dalam program ANAS?
Saya membuat ruling, Yang Berhormat Gombak Setia, Yang Berhormat Gombak Setia keluar dari Dewan hari ini dan esok.
Tuan Speaker, soalan yang (b) itu, saya ada sedikit kesilapan berkaitan dengan keuntungan pelaburan, sebab ini simpanan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang atas soalan beliau. Yang ingin bertanya berapakah hasil keuntungan program TAWAS ataupun pelaburan dalam tabung TAWAS. Saya ingin menjelaskan, sebelum tahun 2020 bagaimanakah Kerajaan Negeri menyediakan proses persediaan untuk pembayaran bagi tawaran TAWAS yang telah kita mulakan 2008. Pada waktu itu Kerajaan Negeri menyimpan di antara 30 hingga 50 juta daripada tabungan negeri supaya pada tahun 2026 kita mempunyai jumlah yang mencukupi untuk memulakan pembayaran dan Alhamdulillah, tahun 2026, yang berdaftar pada tahun 2008 itu sudah mula menerima bayaran-bayaran dengan jumlah yang tertentu. Saya lupa jumlahnya tapi tahun ini Insya Allah kita mampu untuk laksanakan. Jawapannya saya, maknanya daripada tahun 2008 sampai 2020, tidak ada instrumen pelaburan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri pada ketika itu untuk menjamin kelestarian pembayaran kepada tabung TAWAS. Pada hari ini atau pada tahun 2026 sehinggalah 10 tahun mendatang. Itu jawapan yang pertama. Tetapi mulai tahun 2020 sesuai dengan keadaan COVID -9, pada ketika itu kita mula memikirkan kalau Kerajaan Negeri menggunakan kaedah simpanan tahunan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini, kita perlu juga untuk menyediakan pelaburan bagi tabungan TAWAS yang sedia ada. Justeru
pada ketika itu kita melaksanakan program yang dinamakan Selangor Advanced, dalam kaedah perbankan dipanggil sebagai factoring. Apa dia factoring ini? Biasanya diambil oleh para kontraktor atau pun pengendali-pengendali projek-projek Kerajaan terutamanya, sebelum mereka menerima ataupun menerima bayaran yang mengambil tempoh tertentu, kaedah factoring ini adalah pinjaman jangka pendek yang boleh mereka ambil dan juga dividennya ataupun dia punya interest ataupun keuntungan yang marginnya adalah sekitar di antara 6 sehingga 8%. Dan dengan itu sebenarnya kita telah mengeluarkan pendanaan sebanyak RM285 juta, daripada mana? Daripada tabungan TAWAS, daripada simpanan yang kita ada, yang simpanan tetap untuk 2026, 27 tu kita kekalkan, kita ambil yang lain, untuk tabungan TAWAS ini, dan secara keseluruhannya daripada 2020 sampai 2025, program ini telah menjana keuntungan atau pun pelaburan ini menjana keuntungan RM79.5 juta. Dan bolehlah dikatakan semenjak daripada 2021 sampai 2025, kadar purata margin yang dicatatkan ialah di antara 7.3 sehingga 8%. Maknanya sangat baik apabila kita mampu untuk membuat kaedah factoring ini dan kaedah factoring ini diambil dan saya nak maklumkan ia tidak bergantung dengan syarikat-syarikat yang hanya beroperasi di negeri Selangor, termasuk yang ada dengan federal projek pun sebenarnya mereka ambil dan sustainability kepada keuntungan margin yang dicatatkan oleh Selangor Advanced ini menjadikan kita lebih bersedia dengan kadar purata 7 sehingga 8% dan secara keseluruhan sampai 2025 adalah bernilai RM79.5 juta Malaysia. Itu yang pertama.
Soalan Yang Berhormat Sijangkang yang kedua adalah bertanya tentang bagaimana pula dengan program terbaru ANAS atau pun program simpanan SSPN Prime yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Baik, SSPN Prime ini kalau saya nak maklumkan bagaimana kaedahnya, pihak PTPTN menyediakan tabungan awal kepada anak-anak supaya mereka bila masuk universiti ada tabungan tersebut. Kita melihat kaedah yang dibuat dalam TAWAS itu kurang sustainable kerana kita tidak mempunyai kaedah pelaburan, keuntungannya pun 7, 8%, kalau kita buat simpanan dekat fix deposit pun 4%. Lalu kita berikan 500 ringgit, 100, 100, 100 dalam tempoh 5 tahun dengan harapan ibu ayahnya juga turut menabung di masa depan kerana dalam SSPN Prime ini apabila satu-satu akaun itu ada RM1,000.00, pihak PTPTN akan menambah lagi RM1,000.00. Dan secara purata kadar keuntungan atau pun dividen yang diberikan, kalau kita rujuk tahun 2024 adalah paling besar iaitu 4.05%, tahun 2025 juga agak tinggi, lebih kurang kadar yang sama 4%. Kita ambil flat rate kadar purata, maknanya sebelum itu agak rendah 3%, 2% , dan dengan itu sebenarnya Kerajaan Negeri melunaskan janji kita dalam tempoh 5 tahun, tak payah tunggu 18 tahun, tetapi budaya menyimpan yang ada itu dengan kewujudan tabung SPPN Prime ini, secara lazimnya akan menggalakkan penabungan untuk pembiayaan pembelajaran atau pun pendidikan kepada anak-anak ini pada masa depan khususnya untuk pendidikan peringkat ketiga atau pun thirdly education. Jadi jawapannya Yang Berhormat, 4% kalau diukur 100 tahun, RM100 setahun, 100 tahun pula, RM100 setahun, kalau 4% maknanya kita lihatlah kalau 100, dia 4 ringgitlah, 4 kali dengan 5, maknanya dia 20 ringgit lebih kurang. Tetapi itu juga fluctuate, dengan izin,
atau pun berkadaran dengan kadar dividen yang telah ditawarkan. 2024 paling tinggi 4%, 2025 juga 4%, sebelum itu di bawah kadar tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan Speaker.
Rawang tidak ada. Kampung Tunku tidak ada. Batu 3 tidak ada.
Kenapa tidak boleh soalan tambahan?
Tuan Speakar, soalan 59.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Model Antarabangsa Pengurusan BandarQuestions
59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah model pengurusan bandar antarabangsa yang diguna pakai di Selangor?
b)
PBT sertai World Urban Forum hampir semua edisi, apakah hasil penyertaan dan idea yang di aplikasi?
c)
Apakah bandar luar negara yang menjadi rakan kerjasama PBT setakat ini?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Batu 3 yang bertanyakan dengan Model Antarabangsa, pengurusan bandar. Secara prinsipnya Kerajaan Negeri menggunakan pakai dan mengadaptasi beberapa model pengurusan bandar bertaraf antarabangsa yang disesuaikan dengan keperluan tempatan bagi menyokong pembangunan negeri yang pintar, berdaya tahan dan mampan. Antara model utama yang diterapkan adalah seperti berikut, pertama, model bandar pintar Smartcity. Kerajaan Negeri melaksanakan Pelan Tindakan Smart Selangor 2025 (SSAP), yang dirangka berasaskan rangka kerja Antarabangsa seperti Smart City Strategy Index. Pendekatan ini menekan tadbir urus berasaskan data penggunaan teknologi digital serta penanda aras global bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kualiti hidup rakyat. Dua, model pembangunan berasaskan Transit-Oriented Development (TOD) model ini diterapkan secara strategik bagi menggalakkan pembangunan bersepadu di sekitar hub
pengangkutan awam sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian serta mewujudkan persekitaran bandar yang lebih lestari dan mudah di akses. Tuan Speaker, untuk nombor 3, model bandar mampan dan rendah karbon. sustainable role carbon city, dengan izin, Kerajaan Negeri turut mengintegrasikan pendekatan pembangunan bandar mampan yang menekankan kecekapan, penggunaan sumber, pengurangan pelepasan karbon serta pemeliharaan alam sekitar melalui perancangan guna tanah mobility hijau dan pengurusan sisa yang lebih bestari. Pendekatan ini memastikan pembangunan bandar di negeri Selangor dilaksanakan secara lebih terancang, bersepadu dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa tanpa mengabaikan konteks tempatan.
Untuk (b), penyertaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam World Urban Forum (WUF) memberi nilai tambah yang significant kepada pembangunan bandar di negeri Selangor, khususnya dari segi pemindahan pengetahuan penyesuaian amalan terbaik Antarabangsa serta pengukuhan kapasiti perancangan bandar. Antara hasil utama dan idea yang telah diterjemahkan kepada pelaksanaan di peringat negeri adalah seperti berikut, pertama, pengukuhan pendekatan bandar mampan dan berdaya tahan termasuk penerapan elemen pembangunan rendah karbon, pengurusan sisa yang lebih sistematik serta perancangan bandar yang lebih responsif terhadap perubahan iklim. Kedua, pemerkasaan konsep bandar pintar melalui penggunaan teknologi dan data bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta tadbir urus PBT. Ketiga, penerapan pembangunan berorientasikan komuniti termasuk inisiatif seperti pertanian bandar dan penggunaan ruang secara optimum bagi meningkatkan kesejahteraan serta ketahanan komuniti. Keempat, pengukuhan kerjasama dan jaringan antarabangsa yang membolehkan PBT berkongsi pengalaman menarik pelaburan serta menyesuaikan modal pengurusan bandar global kepada konteks tempatan. Pendekatan ini memastikan setiap penyertaan di peringkat antarabangsa diterjemahkan kepada pelaksanaan dasar dan inisiatif yang praktikal selaras dengan keperluan pembangunan bandar di negeri Selangor.
Untuk (c), Tuan Speaker, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor telah menjalin kerjasama Antarabangsa secara strategik melalui inisiatif bandar kembar, sister city dan rangkaian bandar global. Antara bandar rakan kerjasama PBT adalah seperti berikut:
1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bandung, Indonesia dan Kitakyushu, Jepun.
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Seoul, Korea Selatan dan Yokohama, Jepun.
3. Majlis Bandaraya Subang Jaya, Qingdao, China.
Kerjasama ini melibatkan perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan bandar, pembangunan mampan, teknologi bandar pintar serta pengukuhan kapasiti institusi di peringkat PBT. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik ini bagi menyokong pembangunan bandar yang lebih berdaya saing, mampan dan berorientasikan global. Sekian terima kasih.
Jeram.
Soalan saya nombor 60.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Kemudahan Pelajar OkuQuestions
60. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk mewujudkan satu bentuk bantuan yang lebih khusus kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terutamanya kepada golongan OKU pelajar sekolah?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Jeram, soalan berkaitan kemudahan pelajar OKU. Untuk maklumat Yang Berhormat, kos pembangunan dan pendidikan individu OKU merupakan antara kos paling tinggi yang membebani ibu bapa dan keluarga. Di peringkat Persekutuan, Kerajaan menyediakan bantuan elaun murid keperluan khas atau pun EMBPK berjumlah RM150 sebulan. Bantuan ini diberikan kepada pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mengikuti program pendidikan Khas Integrasi, PPKI di sekolah rendah dan menengah. Kerajaan Negeri turut komited untuk memastikan golongan OKU di Selangor mendapat akses yang lebih baik terhadap pendidikan termasuklah dengan menyediakan bantuan kewangan. Kerajaan negeri melalui Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) akan melaksanakan Program Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor atau pun BRIIS tahun 2026 yang menggantikan bantuan khas ANIS. Program BRIS ini bertujuan untuk membantu golongan OKU bagi menampung kos melibatkan terapi intervensi awal, yuran awal PPKI, fasiliti tandas OKU serta kos peralatan dan ubat-ubatan. Melalui peruntukkan berjumlah 800 ribu ringgit, program ini bakal memberi manfaat kepada sejumlah 1,800 penerima OKU di Selangor melalui penyaluran langsung kepada pusat terapi, sekolah dan institusi yang layak.
Soalan tambahan.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Terima kasih atas penjelasan tadi cuma saya berpandangan dari segi pengangkutan khususnya pengangkutan bagi pelajar-pelajar OKU yang menetap di luar bandar seperti contoh di kawasan saya, ada sesetengah pelajar OKU yang tidak dapat ke sekolah kerana menghadapi masalah pengangkutan, dari segi kewangan, dari segi bantuan fizikal nak mengangkat pelajar tersebut ke kenderaan dan sebagainya. Jadi soalan saya, adakah Kerajaan ada memikirkan dari sudut ini untuk membantu dari segi pengangkutan pelajar OKU yang menetap di luar bandar? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Jeram. Saya kira, dikira di peringkat Majlis tindakan OKU Selangor juga di dalam dasar OKU Selangor kita akan merangka tentang accessibility dan inclusivity dan pihak kami akan berbincang dengan Kinrara melalui Mobiliti Selangor dari segi reka bentuk kenderaan yang boleh membantu menggerakkan warga OKU terutamanya ulang-alik ke sekolah dan sebagainya. Pun begitu, kita dalam proses untuk meneroka model kewangan yang mampan kerana untuk social financing (dengan izin) untuk memberi bantuan kewangan sosial ini memerlukan keutuhan kewangan yang mampan dan saya kira dengan dana contohnya peruntukan RM800,000.00 kita hanya boleh memberikan bantuan hanya kepada 1,800. Pun begitu OKU kita mempunyai capaian bukan sahaja dalam bandar tetapi juga luar bandar. Kita tidak menolak perancangan tersebut dan insya-Allah sekiranya mengizinkan kita akan mengenal pasti dan melalui pendataan atau pun data maping untuk mengenal pasti keperluan dan jumlah mereka yang berada di bandar dan juga luar bandar.
Sungai Ramal.
Speaker, soalan nombor 61.
YB TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAH (N26 SUNGAI RAMAL)
TAJUK : BANTUAN PERUMAHAN BERTINGKAT
61. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah program bantuan kepada perumahan bertingkat bagi seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2021 – 2025?
b)
Berapakah yang melibatkan JMB tidak aktif?
c)
Apakah pula bantuan bagi Rumah Selangorku yang ada masalah?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal yang bertanya kan tiga (3) perkara iaitu:
Pertama, apakah program bantuan kepada rumah bertingkat bagi seluruh negeri Selangor bagi tahun 2021 hingga 2025? Untuk jawapan kepada Yang Berhormat, dalam tempoh 2021 hingga 2025 Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bantuan bagi perumahan bertingkat di seluruh negeri Selangor. Antara inisiatif pertama ialah, Skim Ceria yang membaiki kerja-kerja baik pulih harta bersama termasuk penggantian bumbung, baik pulih tangki air, menggantikan komponen lift, pembaikan sistem paip dan saliran serta pembaikan kemudahan awam bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penghuni. Selain daripada itu Projek Selangor Penyayang (PSP) turut menyokong usaha membaik pulih infrastruktur dan juga persekitaran kediaman serta khususnya bagi mengecat semula bangunan. Kerajaan Persekutuan juga melalui KPKT juga menyediakan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) bagi membaiki penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan bersama dalam perumahan strata termasuk pangsapuri kos rendah, kondominium, flat bertingkat dan lain-lain. Permohonan TPPM boleh dikemukakan melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) bagi setiap projek kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Perincian bagi Skim Ceria 2021 hingga 2025 adalah seperti berikut, dari tahun 2021 hingga 2025 sebanyak 64 projek yang melibatkan RM22.1 juta yang telah dilaksanakan. Perincian bagi mengecat atau pun program PSP, daripada tahun 2023 hingga 2024 sebanyak 55 projek dan 2025 sembilan (9) projek dalam pembinaan dan juga dalam menunggu kelulusan. Keseluruhan projek sebanyak RM18,061,498.00.
Bagi jawapan (b), bagi pangsapuri yang menghadapi masalah JMB atau MC yang tidak aktif. Setakat 2021 hingga 2025 hanya melibat empat (4) pangsapuri. Bagi bangunan-bangunan ini COB melaksanakan Pelantikan Agen Pengurusan di bawah Seksyen 86 Akta Pengurusan Strata 2013 Akta 757 untuk mengambil alih pengurusan sementara dan memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan dengan teratur. Walau bagaimanapun, syarat yang dikenakan ditekankan bahawa selepas kerja-kerja pembaikan atau pelantikan agen selesai bagi pengurusan JMB atau MC perlu ditubuhkan supaya pengurusan bangunan dapat dijalankan secara mampan. Tumpuan bantuan untuk diberikan kepada pangsapuri yang
sudah mempunyai JMB dan MC kerana keberkesanan penyelenggaraan tadbir urus yang lebih mudah dilaksanakan termasuk kutipan caj penyelenggaraan secara konsisten.
Bagi jawapan (c), program bantuan di bawah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terbuka kepada semua jenis Skim Perumahan termasuk Rumah Selangorku. LPHS dan juga COB sentiasa memberi pemantauan, bimbingan dan latihan pengurusan kepada pemilik unit. Selain daripada itu, bantuan fizikal melalui Skim Ceria dan TPPM disalurkan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat sekalian. Yang Berhormat Kota Anggerik dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, kalau nak berbincang boleh berbincang di luar. Jangan berdiri di belakang dan berbincang ya. Tanjung Sepat.
Terima kasih Tuan Speaker. Gabungan fizikal sokongan pengurusan dan latihan ini memastikan bahawa Rumah Selangorku yang bermasalah dapat diurus secara berkesan dan berterusan serta menekankan kepentingan mempunyai badan pengurusan yang kukuh bagi segi tadbir urus dan kewangan. Seterusnya menjamin keselamatan dan keselesaan dan kesejahteraan penghuni. Terima kasih
Tambahan.
Ya silakan Sungai Ramal.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan kepada Yang Berhormat EXCO mengenai ketidakmampuan JMB. Saya fikir dalam banyak Dewan Undangan Negeri, kita punyai ramai penghuni rumah bertingkat dan masalah JMB. Isunya ialah beberapa fasiliti bersama kegunaan bersama yang belum dapat dibaiki contohnya kebuk sampah yang dibakar, rosak dan sebagainya yang dah pasti tidak mampu dibiayai oleh JMB dan saya tidak mendengar ada contoh diberikan oleh Yang Berhormat tentang bantuan diberikan untuk maksud demikian. Apakah ini keluar dari skop yang dibantu atau pun bagaimana? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Ini semalam masuk dalam sepatutnya yang telah dibahaskan yang sepatutnya saya jawab semalam tetapi kita akan bagi secara bertulis. Walau bagaimanapun kawasan-kawasan persendirian di luar kawasan pengurusan itu adalah tanggu jawab sama ada Pihak Berkuasa Tempatan atau pun daripada pihak yang lain. Tetapi walau bagaimanapun jika di dalam kompaun di kawasan perumahan memang kita boleh pertimbangkan. Jika kebuk sampahnya rosak atau pun jalan yang perlu diperbaiki dan kita bersedia untuk membantu dari segi pengurusan dan juga bantuan yang telah disediakan sama ada di bawah Skim Ceria
atau pun di bawah KPKT boleh kita panjangkan kepada pihak kementerian KPKT. Terima kasih.
Bukit Antarabangsa.
Soalan saya nombor 6.
Tekan mikrofon.
Assalamualaikum.
Soalan saya nombor 62.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Sekolah Rendah Di Ukay Perdana/ Bukit AntarabangsaQuestions
62. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah pembinaan sekolah ini akan bermula pada 2026?
b)
Apakah perancangan Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan pembinaan Sekolah Menengah di Ukay Perdana/ Bukit Antarabangsa?
Ya.
Terima kasih Speaker dan Timbalan Speaker yang tanya soalan. Hey, Timbalan Speaker ambil kesempatan banyak. Yang Berhormat sekalian. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan keprihatinan Yang Berhormat berkenaan isu pembinaan sekolah di kawasan Ukay Perdana Bukit Antarabangsa, Gombak Selangor. Projek Pembinaan Sekolah Baharu Kebangsaan Ukay Sungai Sering akan dilaksanakan oleh bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak KPM telah melaksanakan semakan kesediaan dokumen tender namun telah dimaklumkan bahawa keputusan permohonan perlanjutan kelulusan Kebenaran Merancang tidak berjaya dan proses kelulusan Kebenaran Merancang perlu dibuat semula. Sasaran asal pihak KPM untuk mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) pada Oktober 2026. Namun begitu perkembangan terbaru yang berlaku pihak KPM perlu menyemak semula time line tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sememangnya mempunyai perancangan untuk membina sebuah sekolah menengah di sini. Walau bagaimanapun kekangan yang dihadapi adalah tiada tapak yang bersesuaian di kawasan ini. Memandangkan profil serta kontur tanah di kawasan sekitar yang berbatu dan mempunyai kecerunan yang tinggi. Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berharap agar pihak-pihak berkepentingan dapat membantu mengenal pasti tapak yang sesuai agar penyediaan kemudahan pendidikan iaitu sekolah menengah dapat direalisasikan. Tentang soalan yang (a). Insya-Allah Yang Berhormat, saya akan merujuk balik kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya supaya kebenaran itu dapat disegerakan dengan sebaik mungkin kerana persediaan untuk sekolah adalah sangat kritikal dan kita dapat memendekkan proses demi untuk kesejahteraan penduduk.
Kedua, sudah pasti kita akan kenal pasti tanah kalau Yang Berhormat boleh bantu juga di kalangan pemilik-pemilik tanah atau pun pemaju-pemaju yang ada di kawasan tersebut yang boleh kita kenakan syarat untuk penyediaan tapak sekolah, Kerajaan Negeri juga bersedia untuk membantu dan juga menyelesaikan isu berkenaan dengan persediaan tapak sekolah menengah sebagaimana komitmen yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih Speaker, terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan Bukti Antarabangsa.
Untuk makluman Yang Amat Berhormat, kita sedia maklum tapak-tapak yang digazet kan di Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa kebanyakannya lokasi-lokasi yang tidak dapat digunakan sebab keadaannya bercerun. Jadi, adakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk menggantikan tanah-tanah tersebut untuk digunakan sebagai tapak sama ada sekolah, klinik kesihatan dan sebagainya?, dan saya sedia maklum yang di kawasan Sungai Sering di Ukay Perdana terdapat tanah milik MBI. Kalau boleh Kerajaan Negeri boleh memberi sedikit kawasan untuk digunakan sebagai sekolah menengah di masa akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sedia maklum tentang kedudukan lokasi tanah tersebut tetapi saya perlu dapat pengesahan daripada MBI untuk memastikan pembinaan itu dapat kita teruskan. Untuk makluman Yang Berhormat ini secara asas secara general berkenaan tanah MBI tersebut ya, ia melibatkan beberapa proses pengambilan, proses pemberhentian kerjasama dengan beberapa pihak yang lain dan juga persediaan untuk kita bekerjasama dengan pihak yang lain. Jadi, sebenarnya ada julat perbezaan keuntungan yang diukur di antara kawasan tanah di Sungai Sering itu. Itu asas yang saya dapat semak sehingga malam tadi. Jadi sudah pasti kalau tapak tersebut sesuai sebenarnya untuk kita settle kan untuk tanah sekolah, kita bersedia berbincang daripada kita
menjadikan kawasan itu sebagai kawasan pembinaan komersial atau pun pembinaan pembangunan perumahan kerana akhirnya nanti julat keuntungan itu terlalu kecil, nilai kadar keuntungan kecil daripada anggaran kos pengambilannya kepada satu-satu masa dahulu. Ini ada rentetan kes yang panjang sebab ia melibatkan kita hentikan satu projek yang besar dan kita ambil alih untuk kepentingan negeri kemudian kita kerjasama dengan syarikat luar pula. Ini kes-kes sebelum ini lah yang saya terpaksa handle dan terpaksa murnikan. Tetapi untuk Sungai Sering ini, Yang Berhormat Insya-Allah kalau solusi akhirnya adalah untuk public facilities atau pun kegunaan masyarakat yang besar seperti sekolah saya rasa itu penyelesaian yang baik. Kita boleh cadangkan dengan pihak Kementerian dan juga pihak Jabatan Pendidikan Negeri untuk segera melihat tapak tersebut. Saya lupa acres tanah nya tetapi dia ada masalah itu. Masalah dahulu kita batalkan sesuatu projek dengan sebab public utilities yang rasa projek itu tidak sesuai, kemudian ada arahan untuk kita membuat komersial, kemudian ada tuntutan mahkamah. Itu latar belakang kes tanah tersebut. Jadi kalau kita kembali kepada public amenities atau pun kemudahan awam jadi kita boleh gunakan untuk sekolah sebagai mana keperluan penduduk. Terima kasih.
Yang Berhormat boleh saya tanya soalan tambahan?.
Yang Berhormat Kota Kemuning. Ini ialah...
Saya nak tahu berkenaan dengan..
Sekolah di Ukay Perdana.
Ya saya tahu.
Yang Berhormat duduk sana?
Saya nak tanya kalau mencelah berkenaan dengan dasar sahaja berkenaan sekolah padat untuk sekolah menengah kalau ada apa-apa tindakan daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan sekolah padat di sesuatu kawasan, kita ada alternatif sekolah menengah yang boleh kita membina.
Setakat tahun lepas sebenarnya Kerajaan Negeri atau negeri Selangor secara lebih jelas menerima beberapa projek yang dilaksanakan oleh Kementerian. Antara projek tersebut saya dapat pergi lihat di Sijangkang dan beberapa tempat yang lain iaitu sekolah dalam bentuk kabin dan sekolah-sekolah dalam bentuk kabin itu tidak lah terlalu buruk, kita tidak boleh bayangkan macam kabin kontena yang jadi bilik gerakan pilihan raya itu. Dia jadi dengan satu agak proper urusan yang dibuat oleh Kementerian dan ia telah dilaksanakan oleh JKR tahun lepas saya lupa nilainya. Tahun ini
ada lagi tambahan untuk 10 atau pun 15 sekolah. Sekarang ini solusi dia begitu Yang Berhormat. Kita cari kawasan di kawasan sekolah, kita buat tambahan dengan cabin school atau pun cabin class dan cabin class itu boleh menampung di antara 25 hingga 30 pelajar dan mengurangkan tekanan sekolah-sekolah padat. Tetapi, asas kita sebenarnya memang ini realiti negeri Selangor dan setiap kali saya bangkitkan kepada Kementerian di Parlimen dan sebagainya bahawa realiti sekolah padat ini merata-rata. Di Hulu Langat, di Klang dan juga di tempat-tempat yang lain. Jadi penyelesaian tahun lepas ialah dengan pembinaan sekolah-sekolah kabin dan tahun ini saya lupa jumlahnya kita ada siapkan juga jumlah sekolah-sekolah tersebut untuk sekolah tersebut dengan bantuan pihak negeri bantulah daripada segi kebenaran merancang dan sebagainya terima kasih.
Baik, Seri Kembangan.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 63.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 63. Drt Selangor ''mobility'' Dan Bas Percuma SelangorkuQuestions
63. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah penumpang bulanan bagi bas percuma Selangorku dan perkhidmatan DRT?
b)
Adakah laluan perkhidmatan DRT telah ditambah? Jika ya, berapakah jumlah laluan baru yang telah ditambah?
Tuan Speaker, perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) telah ditambah oleh Kerajaan Negeri secara berperingkat. Pada peringkat awal perkhidmatan DRT dilaksanakan sebagai projek rintis di empat (4) kawasan iaitu Puchong, Ampang, Gombang dan Subang Jaya yang mula beroperasi pada November 2023. Berdasarkan maklum balas serta prestasi projek rintis tersebut, Kerajaan Negeri kemudiannya telah bersetuju untuk memperbaharui dan memperluaskan projek rintis DRT kepada 10 Jun secara keseluruhan khususnya di kawasan Taman Megah, Bandar Utama, Ara Damansara, Sunway, USJ, Puchong, Ampang, UPM Serdang, Taman Keramat, Taman Melawati sehingga Februari 2025. Penambahan laluan ini bertujuan untuk memperkukuh
jaringan pengangkutan awam negeri khususnya bagi menyokong keperluan perbatuan pertama dan terakhir first mile and last mile connectivity di kawasan berkepadatan tinggi serta laluan sempit di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat Selangor. Kerajaan Negeri akan terus menilai keberkesanan perkhidmatan DRT dari semasa ke semasa dan mempertimbangkan perluasan ke kawasan lain berdasarkan permintaan pengguna, tahap keberkesanan operasi serta kemampuan kewangan negeri. Terima kasih.
Ya, Bukit Gasing.
Tuan Speaker, di bawah Peraturan 24(2), nak ambil soalan 64 kalau diizinkan.
Saya ingat Bukit Gasing nak tanya soalan tambahan?
Tak.
Bukan?
Bukan.
Saya tidak benarkan kerana soalan 64 daripada Taman Medan. Taman Medan digantung pada hari ini. Sabak.
Speaker, soalan saya nombor 65.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 65. Kesan Kenaikan Kos Sara Hidup Terhadap Elaun Guru KafaQuestions
65. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam menyemak dan menaikkan elaun Guru KAFA selaras peningkatan kos sara hidup?
b)
Apakah justifikasi penyelarasan elaun Guru KAFA agar setimpal dengan beban tugas dan keadaan ekonomi semasa?
c)
Apakah mekanisme bagi memastikan kebajikan Guru KAFA terus terpelihara?
EXCO yang berkaitan tak ada Tuan Speaker.
Sabak, mana Seri Setia? Ini adalah soalan tentang kesan kenaikan kos sara hidup terhadap elaun guru KAFA.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Soalan tiga bahagian. Yang pertama, bertanyakan apakah langkah Kerajaan negeri dalam menyemak dan menaikkan elaun guru KAFA selaras peningkatan kos sara hidup? Kerajaan Negeri melalui JAIS akan mengemukakan kertas cadangan kenaikan elaun guru KAFA dari RM1,500.00 kepada RM1,700.00 sebulan selaras dengan peningkatan kos sara hidup semasa pada bulan Mei ini.
Untuk bahagian (b), justifikasi penyelarasan elaun guru KAFA agar setimpal dengan beban tugas dan keadaan ekonomi semasa. Justifikasi penyelarasan elaun guru KAFA agar setimpal dengan beban tugas dan keadaan ekonomi semasa adalah seperti berikut :
1) Waktu bertugas guru KAFA adalah lima jam sehari sahaja selama lima hari seminggu.
2) Lokasi bertugas guru KAFA adalah berhampiran dengan alamat tempat tinggal guru.
3) Penyelarasan elaun guru KAFA dapat menarik minat permohonan menjadi guru KAFA dan dapat mengekalkan guru KAFA di sekolah. Keempat, pada masa yang sama guru KAFA boleh memohon pelbagai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri, MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.
Untuk bahagian (c), apakah mekanisme bagi memastikan kebajikan guru KAFA terus terpelihara? Kerajaan Negeri memberikan peruntukan kepada guru KAFA dengan caruman KWSP, PERKESO dan juga kemudahan cuti rehat khas sebanyak 10 hari, cuti menjaga anak kuarantin sebanyak lima hari, cuti kematian keluarga sebanyak tiga hari, cuti sakit kritikal berpanjangan sebanyak 180 hari dengan 90 hari elaun penuh, 90 separuh elaun, 90 hari tanpa elaun dengan kelulusan, cuti sakit tahunan 15 hari, cuti isteri bersalin sebanyak tiga hari termasuk hari Sabtu, Ahad, itu untuk isteri yang pertama sahaja. Cuti bersalin sebanyak 60 hari dengan elaun penuh untuk guru KAFA di sekolah rendah agama tiga kali dalam perkhidmatan, cuti menunaikan umrah sebanyak tujuh hari sekali dalam perkhidmatan, cuti menunaikan haji sebanyak maksimum 40 hari sekali dalam perkhidmatan. Selain itu, guru KAFA mempunyai peluang dan sokongan melanjutkan pelajaran dalam bidang ikhtisas ke peringkat tertinggi serta berpeluang untuk mengikuti kursus peningkatan profesionalisme.
Kebajikan ini telah ditambah baik dari semasa ke semasa meliputi caruman tambahan PERKESO, kebenaran cuti melaksanakan haji dan umrah dalam perkhidmatan, teman cuti rehat khas daripada tujuh ke 10 hari sama seperti kebajikan guru-guru di Kementerian. Terima kasih.
Kajang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Kajang 66.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Jalan Akses Ke Masjid Bandar Teknologi KajangQuestions
66. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap jalan akses ke Masjid ini yang dibina di atas tanah persendirian?
b)
Berapakah anggaran kos untuk pembinaan jalan akses ini dari Jalan Semenyih?
Terima kasih Yang Berhormat Kajang, Yang Berhormat Tuan Speaker. Kajang bertanyakan soalan berhubung dengan akses ke Majlis Bandar Teknologi Kajang. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor, EXCO ada di belakang, telah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju bagi jalan akses ke Masjid Bandar Teknologi Kajang. Pihak pemaju telah bersetuju membuat serahan untuk sebagai untuk kegunaan masjid dan juga sebagai rizab kepada jalan awam. Pihak pemaju juga telah menyediakan pelan pra-hitungan atau pre-comp bagi perbincangan lanjut berhubung perkara ini di mana akan dibincangkan, dah siap pelan pra-hitungan.
Yang keduanya iaitu bahagian kedua soalan ialah jalan keluar dari Masjid Bandar Teknologi ke jalan utama ke Jalan Semenyih merupakan jalan persendirian milik Tetuan INS Scanet. Pihak Kajang Rocks telah membuat perjanjian sewaan dengan tuan tanah berkenaan bagi tujuan laluan keluar masuk kuari ke jalan utama dan laluan yang sama turut digunakan sebagai akses ke Masjid Bandar Teknologi. Panjang jalan yang terlibat adalah 370 meter manakala kos pelaksanaan masih dalam proses dimuktamadkan oleh pemaju. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Balakong.
Tuan Speaker, soalan 67.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 67. Pendermaan OrganQuestions
67. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan kadar pendermaan organ di Negeri Selangor sejak Tahun 2023 sehingga kini.
b)
Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kadar pengikrar bagi pendermaan organ?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Balakong yang telah bertanyakan tentang kadar pendermaan organ di Negeri Selangor sejak 2023 sehingga kini dan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kadar pengikrar? Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan data daripada Pusat Sumber Transplan Negara jumlah dan kadar pendermaan di negeri Selangor bermula tahun 2023 sehingga kini adalah seperti berikut. Bilangan penderma ada pada 2023 adalah seramai 23 orang. 2024 adalah seramai 18 orang dan 2025 adalah seramai 18 orang. Jadi, berdasarkan Jadual 1, tempoh daripada 2023 hingga 2025 menunjukkan bahawa sebenarnya jumlah penderma organ menurun daripada 23 orang ke 18 orang. Jadi, seiring dengan trend tersebut kadar pendermaan organ di peringkat negeri turut menurun daripada 3.1 per 1 juta populasi kepada 2.44 dan 2.43 per 1 juta populasi pada tahun 2024 dan 2025. Walaupun terdapat sedikit penurunan, kadar pendermaan organ di negeri Selangor sebenarnya masih tinggi berbanding dengan purata nasional dan ini mencerminkan kita masih mempunyai prestasi yang baik namun memerlukan usaha yang berterusan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Selangor sebenarnya juga merupakan antara negeri yang mencatat jumlah pengikrar derma organ tertinggi di Malaysia dengan kedudukan keempat secara keseluruhan secara serta kadar pengikrar sebanyak 1.43% daripada jumlah populasi penduduk negeri Selangor. Dan pencapaian ini mencerminkan tahap kesedaran dan komitmen yang tinggi pada rakyat Selangor terhadap usaha menyelamatkan nyawa melalui amalan derma organ.
Jadi, saya nak terangkan sedikitlah. Penderma dia berbeza dengan pengikrar. Pengikrar tu ertinya kita berikrar untuk mendermakan organ namun penderma merupakan mereka yang telah menderma organ. Jadi, jumlah pengikrar derma organ baharu di negeri Selangor pada tahun 2023 hingga 2025 adalah sebanyak 16,242 orang. Jadi, di seluruh Malaysia kita mempunyai lebih daripada 58,000 jadi boleh kita lihat peratusan pengikrar penderma organ di negeri Selangor mencapai 27% daripada keseluruhan pengikrar di seluruh Malaysia. Jadi, antara usaha yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam adalah bagi meningkatkan kadar pendermaan organ di negeri Selangor melalui Kempen Kesedaran Pendermaan Organ Negeri Selangor yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia atau MKF di mana kempen kesedaran ini yang bertemakan 1 ikrar 8 harapan bertujuan meningkatkan bilangan pengikrar penderma organ melalui pendekatan pendidikan komuniti, sokongan secara atas talian dan penglibatan secara berterusan oleh golongan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Dan kempen ini sebenarnya juga merangkumi pelaksanaan aktiviti kesedaran di lokasi Program Selangor Saring melalui jelajah pameran, edaran bahan penerangan serta pendaftaran pengikrar penderma organ secara terus menggunakan aplikasi MySejahtera. Dan di samping itu juga, ianya melibatkan golongan belia melalui latihan dan pelantikan pelajar universiti sebagai duta kempen bagi memperluaskan penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Dan daripada aspek pendidikan kesihatan, kempen ini turut memberi penekanan kepada penerangan berkaitan dengan isu agama dan budaya termasuk penjelasan bahawa pendermaan organ adalah harus dan digalakkan dalam Islam bagi mengurangkan kekeliruan serta stigma dalam kalangan masyarakat. Jadi, saya juga ingin mengambil ruang untuk terangkan sikit sebenarnya kita mempunyai peratusan pengikrar yang agak tinggi namun begitu apabila contohnya ada seorang pengikrar yang telah meninggal dunia mungkin cabaran adalah halangan daripada ahli-ahli keluarga dan mereka tidak dapat mendermalah kerana at the end kita masih menghormati orang kata pandangan daripada ahli keluarga. Jadi, antara perkara yang penting disentuh dalam kempen-kempen berkenaan adalah supaya kita dapat menghormati hasrat daripada pengikrar untuk melaksanakan ataupun menjalankan pendermaan organ sekiranya ada apa-apa yang telah berlaku. Jadi, selain daripada itu juga saya ingin memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebenarnya turut komited dan menyokong agenda Nasional bagi memperkukuh sistem pendermaan dan pemindahan organ di Malaysia. Jadi, daripada pihak JKNS sebenarnya sentiasa melaksanakan langkah dan usaha strategik bagi meningkatkan kadar pendermaan seperti memperkasa peranan Jawatankuasa Teknikal Transplantasi Peringkat Negeri Selangor dengan penglibatan aktif semua Ketua Pusat Tanggungjawab dan juga langkah ini bertujuan untuk memantapkan tadbir urus penyelarasan klinikal serta keberkesanan operasi di peringkat hospital bagi memastikan proses perolehan organ berjalan dengan lebih lancar dan efisien. Dan seterusnya terdapat juga pemantauan berterusan terhadap KPI ataupun Petunjuk Prestasi Utama yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui prestasi Program Perolehan Organ dan Transplantasi di negeri Selangor sebagai satu
langkah bahawa kita sentiasa berada pada tahap yang cemerlang. Dan, seterusnya adalah kelulusan naik taraf pusat kecemerlangan ataupun Centre of Excellence Transplant oleh pihak kementerian khususnya melalui perolehan peralatan perubatan bagi meningkatkan kapasiti dan kualiti perkhidmatan dan juga langkah-langkah aktiviti promosi serta advokasi dan terdapat juga perancangan pelaksanaan Majlis Penghargaan Penderma dan Waris Penderma Organ pada 7 Mei 2026 sebagai tanda pengiktirafan kepada waris, keluarga waris dan penderma. Jadi, akhir kata saya ingin galakkan semua termasuk Ahli-ahli Dewan Negeri untuk menjadi seorang pengikrar kerana ia dapat membantu banyak rakyat Malaysia dan warga Selangor terutamanya kini kita memang mempunyai banyak kes yang berkaitan dengan perlunya menjalankan rawatan dialisis dan sebagainya dan kes-kes seperti ini dapat diselesaikan sekiranya kita mempunyai lebih ramai penderma yang mahu membantu antara satu sama lain.
Soalan seterusnya daripada dari kawasan Kuang, dari Kuang tidak perlu dijawab kerana beliau digantung dari Dewan pada hari ini dan hari esok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah pun menunjukkan jam 11.30 pagi. Sebelum saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya, Dewan mengalu-alukan kehadiran dan lawatan empat orang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ketua Kampung, Ketua Komuniti India (KKI), Pusat Wanita Berdaya dan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) dari kawasan DUN Bukit Antarabangsa yang diketuai oleh Dato Yap Wee Seng. Selamat datang ke Dewan. Dan juga seramai 8 orang pegawai dan petugas pusat khidmat masyarakat DUN Bukit Antarabangsa ketuai oleh Puan Muhayati dan diaturkan oleh Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Ahli Dewan bagi kawasan Bukit Antarabangsa. Sekali lagi selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Dengan ini saya tangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Dengan ini saya mempersilakan pihak Kerajaan untuk memberi apa-apa penjelasan terhadap isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Speaker, saya ada Peraturan Tetap yang saya ingin bangkitkan. Ini berkenaan dengan Peraturan Tetap 44 (7). Pengerusi boleh memerintahkan mana-mana orang termasuk kakitangan Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai untuk menguatkuasakan mana-mana keputusan ataupun perintah yang dibuat di bawah peraturan ini. Tuan Speaker, semalam ada seorang Ahli Undangan Negeri iaitu Taman Medan telah ingkar perintah Speaker. Speaker telah pun memberi arahan kepada Bentara untuk keluarkan beliau. Tetapi masa yang diambil adalah 20 minit. Ia saya pohon supaya Tuan Speaker mengenakan satu peraturan ataupun mengenakan satu arahan
yang jelas supaya kita tidak membuang masa just to set stand there and allow them to speak. Ia membuang masa. Saya minta Petua atau pun arahan Speaker untuk mengarahkan Bentara untuk menjalankan kerja mereka secepat mungkin. Ia bukan sahaja tidak menjalankan pada masa yang sama ia membawa satu embarrassment kepada Dewan Undangan Negeri ini dan membawa kekecohan. Saya harap kerja-kerja ini dapat dilakukan dengan secepat mungkin.
Dewan Negeri Selangor sudah sekian lama tidak berlaku insiden di mana Speaker perlu mengeluarkan mana-mana Ahli yang tidak sopan dan tidak senonoh dan degil. Selalunya apabila situasi ini berlaku di Dewan Negeri Selangor ataupun di Dewan Rakyat akhirnya Ahli yang diminta keluar itu akan akur dan terima keputusan itu. Saya tidak tahu apa yang ada pada Taman Medan semalam sehingga beliau berasa dia boleh kekal duduk di situ saya masih lagi bercakap bahawa semua Ahli Dewan yang ada di Dewan Negeri ini adalah sama rata bagi saya. Tidak ada sesiapa yang lebih adil daripada yang lain. Tidak ada sesiapa yang lebih istimewa daripada yang lain. Dan sekiranya kalau ada di kalangan mana-mana ADUN yang merasakan dia sendiri kebal dia lebih adil dan lebih istimewa daripada yang lain, saya berharap mereka akan membuang pemikiran ini. Untuk Peraturan Tetap 44(7) ini saya akan berbincang selepas ini dengan urus setia macam mana kita hendak memperbaiki pelaksanaan Peraturan Tetap ini dan seperti apa yang saya kata kita bukan selalunya berbuat sedemikian dan kita akan belajar dan juga mengikuti contoh yang terbaik daripada amalan-amalan Westminster begitu juga dengan apa yang berlaku di Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya kita boleh menggunakannya untuk melaksanakan arahan Speaker ini. Sementara waktu itu kita berharap sekiranya kita ada Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri yang akan digubal pada tahun-tahun yang akan datang atau bulan-bulan yang akan datang kita mungkin dapat memperkuatkan senarai perjawatan yang ada di negeri kita di Dewan Negeri kita supaya kita boleh memastikan Bentara menerima latihan yang secukupnya untuk menguruskan situasi seperti apa yang berlaku semalam. Jadi itulah adalah apa yang saya boleh respons kepada Yang Berhormat Kota Kemuning, kita akan memperkasakan dan melengkapkan dan mengemaskan sekiranya terdapat apa-apa kelonggaran di situ. Jadi saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Pandan Indah untuk ...
Peraturan Tetap 80 Speaker. Yang tak ada kena mengena ..
Peraturan Tetap 80 tentang media kan?
Ia benar. Tuan Speaker telah memberikan ruling pagi tadi tentang keperluan wakil akhbar hadir dengan permission ataupun surat permohonan kepada Pejabat Speaker. Saya cuba melihat Peraturan Tetap di manakah ada perlanggaran sekiranya wakil media tidak memohon kebenaran dari Speaker. Peraturan Tetap 82, Speaker menyebut tentang Speaker boleh mengeluarkan kebenaran am kepada
wakil-wakil apa-apa akhbar kerana menghadiri persidangan Dewan. Perkataan menghadiri sidang Dewan itu ditafsirkan bagaimana. Saya merujuk tafsiran dalam Jadual Kedua Peraturan Tetap 10(5) dan 73(16). Tafsiran dibuat dalam jadual ini ialah tentang Dewan. Dewan termasuklah mana-mana tempat mesyuarat yang ditentukan oleh Speaker. Jadi saya mencari di manakah kesalahan sekiranya ada wakil media yang hadir tanpa pemakluman kepada Speaker. Saya tak menemuinya. Kerana sekiranya berlaku podcast atau berkaitan dengannya di bilik mesyuarat pembangkang apakah bilik mesyuarat Pembangkang itu diisytiharkan sebagai Dewan Mesyuarat. Tak pernah ada di mana-mana saya melihat itu berlaku Tuan Speaker.
Bilik Ketua Pembangkang bilik guna sama BBC, Bilik Mesyuarat, Bilik Taklimat, Perpustakaan SUK, Pejabat Speaker dan Timbalan Speaker, Bilik Penyelidik, Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Bilik Urus setia Setiausaha Dewan, Ruang Kerja Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Ruang Kerja SUK, Dewan Makan, Dewan Jamuan dan seluruhnya Wisma Bangunan Dewan Negeri dan Bangunan Dewan Negeri adalah di bawah takrifan kawasan Dewan Negeri Selangor. Saya telah menyatakan dengan jelas tidak ada permohonan dan oleh sebab itu saya tidak membenarkan podcast ini di lakukan di Dewan Negeri Selangor di kawasan Dewan Negeri Selangor termasuk di bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor pada hari ini dan sehingga Dewan ini ditangguhkan. Itu keputusan saya. Saya tidak perlu mengulangi Yang Berhormat.
Mohon petua Yang Berhormat. Petua , Petua dan saya tak sentuh Bilik Ketua Pembangkang.
Tak perlulah. Cukup. Kalau ada lagi boleh kemukakan secara bertulis. Kalau boleh, boleh. Kalau nak boleh minta secara bertulis nanti.
Yang Berhormat, kita sama-sama duduk di dalam Jawatankuasa untuk kita beri maklumat kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Masa tidak mengizinkan. Yang Berhormat sila duduk. Kalau ada Petua lagi boleh kemukakan kepada saya secara bertulis. Sijangkang. Sila duduk.
Peraturan Tetap. Saya nak minta panduan daripada Tuan Speaker.
Peraturan Tetap mana?
26(1). Berkaitan dengan Usul. Ini bukan spesifik dengan isu yang semalam kita perdebatkan. Mungkin saya nak minta panduan. Saya melihat Usul yang kita 26(1) ini kalau mungkin kita nak ambil panduan daripada negeri yang ada di Malaysia ini mungkin ada saya tak tahulah. Tapi kalau yang terdekat ini saya lihat apa yang jadi amalan di Parlimen apabila satu Usul yang berkaitan untuk merujukkan kepada Hak dan Kebebasan biasanya yang berlaku adalah amalan di
Parlimen saya juga pernah membawa isu ini yang tak selesai pun lagi setakat ini. Speaker akan mendapatkan maklum balas daripada yang dituduh dan kemudian bila mendapat maklum balas itu yang menuduh pula akan diminta juga respons kepada yang didakwa tadi. Dan kemudian barulah ada perbincangan di peringkat bilik Tuan Speaker dan akhirnya mungkin akan ada keputusan untuk dirujukkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Saya ingat ini amalan-amalan yang terbaik saya bukan nak mencabar Tuan Speaker tetapi sekurang-kurangnya diberikan pandangan-pandangan daripada kedua-dua belah pihak yang akhirnya akan diputuskan secara bijak sana dan secara adil. Ini bagi saya itu mungkin panduan yang kita boleh ikuti pada masa-masa akan datang. Tapi yang semalam tu Tuan Speaker dah melihat semula pun baiknya tetapi selepas ini mungkin ada sama ada pihak kita atau pihak sebelah sana supaya ada satu panduan yang kita boleh rujuk sebagai kaedah yang boleh kita amalkan. Terima kasih.
Saya rasa itu adalah salah satu amalan yang boleh dilakukan oleh sesiapa pun dan bagi saya perkaranya adalah jelas jadi apa yang saya terangkan pada pukul 12.00 semalam saya telah mengatakan bahawa apabila Yang Berhormat Seri Kembangan mengemukakan ucapan dia, saya tidak tahu tentang perkara ini. Dan saya juga tidak tahu apabila Taman Medan hendak mengemukakan Usul dia. Oleh sebab itu, saya apabila menerima Usul daripada Taman Medan dan saya menjalankan siasatan secara bebas dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun dan perkaranya adalah sangat-sangat senang, sangat ringkas iaitu Usul itu sudah ada perkataan itu sudah ada dan saya membuat keputusan berdasarkan apa yang ada di dalam Usul tersebut dan memang di dalam Usul Yang Berhormat sudah baca memang tidak disebut bahagian mana dalam ucapan Seri Kembangan yang bercanggah. Dan tidak disebut juga bahagian mana dalam titah ucapan yang bercanggah. Kita boleh mengandai tetapi apa yang keputusan akhir ialah kita perlu berdasarkan apa yang tertera dalam kertas tersebut di dalam bahasa Inggeris The Four Corner of the War. Apa yang tertera di dalam segi empat kertas itu, isi kandungan dia itu yang menjadi pertimbangan kita. Kita tidak boleh mengandaikan dan tidak boleh disebut tentang Peraturan Tetap di mana yang mencanggahi sama ada 36(10) a atau b atau c atau mana-mana dua daripadanya ataupun kesemua tiganya. Jadi saya harap perbincangan ini atau pembentangan ini telah cukup jelas semalam tetapi malangnya Yang Berhormat Taman Medan tidak hadir tadi pukul 12.30 saya ada tanya tapi beliau tidak hadir dan beliau tergamak untuk tanya balik kepada saya, di mana saya? Memang saya ada di dalam Dewan. Dan saya berpendapat itu adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku pada Ahli Yang Berhormat. Itu sebabnya saya menegur dan menasihat jangan ada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini dia anggap dia sendiri lebih adil daripada yang lain. Ataupun dia lebih istimewa daripada yang lain. Saya rasa perkara ini kita biarkan di situ sahaja. Cadangan daripada Sijangkang saya terima. Mungkin itu boleh diamalkan dalam situasi tertentu pada masa depan oleh Speaker lain pun. Tetapi untuk perkara ini saya rasa perkaranya cukup ringkas ada unsur yang ditulis dengan kertas dan perkataan kita melihat ayat-ayat itu sahaja
tak perlu kita buat interpretasi ataupun terjemahan yang selebihnya. Itu sahaja. Yang Berhormat Pandan Indah. Tak apalah, kita bagi penerangan sekali lagilah. Pandan Indah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat penggulungan atas perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sebahagian besar yang menyentuh isu banjir. Saya juga dengan penuh rasa takzim menjunjung kasih atas segala titah dan saranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Dewan. Pandangan dan nasihat Tuanku akan sentiasa menjadi pedoman dan panduan pada patik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berat ini. Dan saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang berhormat yang telah memberikan pelbagai pandangan, kritikan dan juga saranan yang saya dapati cukup bernas dan cukup hebat dan dapat bukan sahaja membantu saya dalam menjalankan dan melaksanakan tugas ini juga dapat menyediakan memberikan beberapa peluang untuk kita mengambil tindakan yang di luar daripada yang biasa kita buat. Jadi saya harap dengan usaha yang begini hubungan sebegini akan membantu dalam melaksanakan tugas. Bukan suatu yang saya pergi kepada banjir dulu. Yang jadi topik atau tajuk utama dalam perbahasan pada kali ini dan bukan kali ini sahaja. Sebelum ini pun ada beberapa kali ucapan ataupun perbahasan yang berkait rapat dengan isu-isu banjir. Yang paling kurang sekali waktu tak ada isu banjir ini masa berlaku COVID masa tu banyak cerita fasal COVID. Tapi banjir ini merupakan satu fenomena atau suasana yang sangat luar biasa bagi negeri Selangor negeri yang maju dan pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga dengan bantuan juga Kerajaan Persekutuan dalam kita cuba menangani isu yang sukar yang berat ini dan saya ingin berkongsi beberapa perkara dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita masuk kepada perincian apa yang kita bangkitkan dalam perbahasan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah Rancangan Selangor-1 dan juga Rancangan Selangor -2 yang akan dibentangkan juga di dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13 iaitu dari tahun 2021 sehingga tahun 2030, RM5.74 bilion telah komited telah disediakan bagi melaksanakan projek tebatan banjir. RM5.74 bilion. Saya ulangi. Itu angka yang sangat besar untuk 9 tahun daripada tahun 2021 hingga tahun 2030. Ada yang dah siap. Ada yang dalam pelaksanaan. Ada yang dalam perancangan. Tetapi dah commit. Ini melibatkan 134 projek tebatan banjir bagi negeri Selangor. Peruntukan daripada negeri untuk 9 tahun ini ataupun 10 tahun ini adalah di bawah Rancangan Selangor -1 dan 2 ini adalah 10 tahun ialah 2.11 billion peruntukan negeri sahaja, melibatkan 108 projek di bawah Kerajaan Persekutuan, 3.63 billion daripada tadi 5.74 billion itu jumlah keseluruhan 26 projek.
Jadi semua projek adalah 134 projek, benda ini ada telah dipaparkan dalam dashboard saya harap ini Yang Berhormat Sijangkang di tanya boleh rujuk pada tak dah assess ke dalam dashboard JPS. Untuk melihat kemajuan yang kita akan update atau pun kemas kini dari masa ke semasa. Daripada 134 projek ini, untuk makluman Yang Berhormat ada beberapa
stage atau pun beberapa peringkat, belum mula 16 dalam perancangan 38, reka bentuk dalam proses reka bentuk 24, dalam urusan pengambilan tanah 8, dalam perolehan untuk tender dan sebut harga 4, dan dalam pembinaan 44. Ini keseluruhan daripada pecahan 134 projek, dan saya dah pecahkan pula dalam dari segi progress kemajuan, yang dalam pembinaan ini ada kemajuan mana pembinaan mana fizikal, pembinaan fizikalnya itu 44 projek yang tadi saya sebut adalah dalam pelaksanaan fizikal. Yang dah 25 % siap 10, yang 50% ada 6, 75 % siap 8, dan yang dah lebih 85 % sehingga 100 %s ada 19. Semua yang 19 ini akan siap tahun ini. Semua tahun ini saya sehingga November hingga Disember ada 19 projek tambatan banjir yang akan siap. Jadi ini merupakan kemajuan projek yang sedang berjalan dan saya sering kali menyebut dalam dewan yang mulia ini bahawa projek ini tambatan banjir ini bukan projek yang boleh buat macam mee maggi, 5 minit boleh makan. Dia adalah satu projek yang memerlukan masa untuk pelaksanaan, ini saya dah senaraikan projek-projek yang terlibat yang akan di siap dan tahun ini merupakan tahun 19 projek tahun ini sahaja akan siap ini akan beri impak yang sangat besar kepada rakyat negeri Selangor. Terima kasih. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat kalau selepas berbilion-bilion berbelanja kalau selepas lebih daripada 100 projek dibuat kita dari segi pandangan luar nampak macam jauh daripada penyelesaiannya agak-agak Yang Berhormat dalam keadaan ideal berapa lagi bilion diperlukan untuk selesaikan one for all, semua kejadian banjir yang mungkin akan timbul dalam 15 – 20 tahun yang akan datang, adakah angka dia terlalu besar untuk kita bayangkan atau pun adakah pihak Yang Berhormat pernah ada kajian untuk mengetahuinya jika tiada had duit atau pun jika kita selesaikan ke semua projek yang perlu di buat supaya tak ada banjir lagi, berapa bilion yang diperlukan?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing, yang itu saya nak sampai selepas ini, sebab dia melibatkan pelan induk tadi, ini sekarang ini saya cerita yang kita telah committ yang kita telah peruntukan bagi pelaksanaan projek berdasar pada kajian semasa yang dibuat bagi keperluan negeri Selangor, peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri saya nak cerita berkaitan supaya kita boleh berkongsi ini dan dengar secara the big picture gambaran besar bagaimana pelaksanaan projek tambatan banjir bagi negeri Selangor.
Daripada dan projek yang siap ini yang daripada jumlah tadi 134 projek, 47 dan siap. 47 ini daripada tahun 2021 – 2025 ini bernilai 791juta dan siap, ini melibatkan 47 projek, saya cerita yang dah siap. Langkah tambahan yang dibuat kerajaan negeri selepas kita sebab projek bersifat jangka panjang dan yang kesederhanaan mana dia tiga, empat tahun, lima tahun. Kerajaan Negeri saya pernah sebut dalam dewan ini selain daripada langkah ini kita ada langkah tambahan yang kita buat yang saya turut yang melibatkan libat urus dengan Pihak Berkuasa Tempatan, dan agensi yang terbabit ada melibatkan JKR, melibatkan JPS, melibatkan juga kereta api KTM, melibatkan TNB dan sebagainya kita turun ke setiap PBT
dan 10 PBT ada dah 9 ada 3 lagi saya paksa baru ini pergi Kuala Langat Majlis Bandar Raya Kuala Langat yang masa terdekat ini adalah Majlis Bandar Raya Petaling Jaya sebelum saya pergi ke Sabak dan akhir sekali ke Ampang Jaya dan Ampang Jaya ini tak banyak banjir.
Dan kita turun kita buat dan kenal pasti bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan dan juga agensi dan jabatan lain, kita kenal pasti juga projek-projek tambahan yang boleh buat segera itu kita ikut yang itu melibatkan 195 projek dalam masa berapa bulan dan pelbagai agensi jabatan melibatkan kos 57juta tambahan daripada kerajaan Negeri. Kita tambah dan kita daripada 195, 149projek dah siap. Ini ada yang sebulan ada yang dua minggu ada sebulan ada dua bulan, ini yang tak perlu kan reka bentuk yang makan masa panjang untuk buat reka bentuk, korekan, kolam takungan, kolam takungan tambahan, parit, tanah sebagainya yang kita buat. Itu dan dalam pelaksanaan masih ada lagi 46 projek yang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan yang kita pantau untuk pastikan juga siap, kerana air banjir dia kalau kita buat kalau semua tidak bekerjasama air itu tak sampai ke sasaran dia akan melimpah menjadi banjir. Contohnya kalau kita, macam di Seri Muda kalau kita mempunyai parit yang besar pam yang bagus tetapi kalau longkang dalamnya tersumbat ataupun kecil tidak sampai air ke parit atau pun monsun drain diuruskan oleh JPS maka air pam tidak dapat beroperasi dengan baik kerana air tak sampai ini contoh-contoh mana kita kesinambungan itu, kita kenal pasti air itu bersambung dan memenuhi keperluan untuk atau kesinambungan air ini. Macam-macam kadang-kadang macam Seri Muda melibatkan juga ada yang juga turut menyumbang dan kita juga adakan libat urus juga bersama jabatan ini dan kita panggil untuk mereka bentangkan supaya penyelesaian itu dibuat dengan tuntas dan juga dengan lengkap.
Yang Berhormat, berkenaan dengan Taman Sri Muda, boleh saya tanya?
Kota Kemuning bangun.
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat mengambil maklum bahawa pengaliran air dalaman itu, tidak sampai kepada longkang JPS, seterusnya MBSA telah pun mengadakan satu kajian yang telah pun mengatakan kos penaiktarafan longkang-longkang tersebut adalah lebih kurang 258juta. So adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan jumlah tersebut untuk membantu MBSA untuk membuat penaiktarafan bagi longkang-longkang tersebut kalau tidak ia akan mengulangi berapa banyak kita lebarkan sungai pun isu dalaman itu tidak dapat selesaikan dan ia saya masih akan datang ke tempat yang sama di dewan ini akan berulang-ulang akan kata kawasan Seri Muda banjir, apakah cadangan dan bagaimana kita nak ambil tindakan dalam perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning saya memang menunggu pertanyaan itu, saya ingin menyentuh juga apa yang
selalu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat pun pernah jadi EXCO Infra dulu sekejap, setahun. Jadi boleh memahami sangat-sangat masalah yang kita hadapi, kita memang kita boleh merancang 5 tahun, 6 tahun, 10 tahun, tetapi yang segera pun kena buat kita tak boleh nak buat yang perancangan jangka panjang yang segera perlu di selesai, kalau nak pergi kita sakit sementara nak pergi hospital sapu la minyak angin, minyak cap kapak ke apa, kita tak boleh nak menunggu sampai nak ke hospital baru nak ini, sampai hospital cari jalan untuk kurangkan ini yang kita buat pendekatan negeri. Langkah segera kena buat langkah jangka panjang pun kita kena buat, rancangan duduk kena berjalan. Ini yang kita buat itu kita panggil dan juga tapi langkah ini tidaklah hundred percent, dan lagi satu saya nak sebut yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Kemuning, kita apabila kita membuat reka bentuk dalam komponen tebatan banjir ini kita mesti berasaskan kepada suatu kriteria dan sebagainya besar mana kita nak buat longkang besar mana, kita nak korek sungai, besar kita nak tinggi kan empangan kita ataupun besarkan kolam takungan dia mesti ada criteria, criteria yang disebut (ARI) itu, saya dah sebut Average Recurrence Interval, mana dia kalau kita kata kita nak buat ini untuk beberapa tahun banjir besar akan berlaku untuk kita boleh bertahan. Sekarang ini kebanyakan kolam-kolam takungan dan juga sungai dan juga sistem saliran kita berdasarkan kepada 20 atau 30 ARI sahaja, dalam 30 tahun sekali berlaku banjir besar. Kalau dia Holland 10,000 tahun sekali dalam 10,000 jadi bila kita letak lagi tinggi angka itu maka lagi besar strukturnya lagi mahal kosnya. Sebab itu di Shah Alam kajian yang di bawah Shah Alam Sustainable Urban saya sebut sebelum ini , nak naik kan taraf sahaja daripada 30 ke 50 belum sampai 100 lagi, sungai-sungai bawah JPS 100 ARI dia, kalau di Shah Alam nak naik ke 30 – 50 kosnya ialah 300 juta. Nak maka dia sebab longkangnya banyak, paritnya panjang semua nak dinaik taraf kolam-kolam takungan di naik taraf sekali kos untuk Shah Alam sahaja 300 juta untuk 5 tahun nak buat. Kalau seluruh saya kata saya tak berani jawab tadi soalan Bukit Gasing, sebab kosnya terlalu besar dan di Holland saya cerita Holland sebab kita melawat banyak kali, nanti Yang Berhormat boleh pergi, boleh tanya, di Holland dalam perlembagaan negara dia wajib atau pun peruntukan setiap tahun without failed 1 billion Euro untuk urusan air, saya terkejut dengar 1 bilion Euro setiap tahun. Sebab 70 % dia bawah paras laut kalau berlaku apa-apa 70 % negara dia tenggelam. Kita boleh bersedia 1 bilion Euro? RM4 bilion , RM5 bilion . Memang kosnya besar tapi saya bukan nak bagi alasan Yang Berhormat bagi saya bil sekejap lagi boleh cek kan. Duduk dulu, duduk dulu.
Maksud saya kita kena bekerja dalam ruang lingkup yang kita ada saya bagi tahu contoh Sungai Kelang, Sungai Kelang kali terakhir kita korek Sungai Kelang adalah pada tahun 2001. 2001 berapa 20 tahun lebih, buat permohonan bukan JPS tak mohon, tapi kita faham Kerajaan Persekutuan banyak bagi peruntukan kita banyak bilion. Sungai Kelang dia nak korek daripada 54kilometer sampai ke sempadan Kuala Lumpur sampai ke laut, kita perlukan 700juta kita dah berapa sungai besar ada tiga, Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Kelang kalau dinaikkan sempadan Perak Sungai Bernam. Untuk Sungai Kelang sahaja dia tak kira Sungai Penchala tidak kira, Sungai Damansara tak kira lagi, nak korek sungai Kelang
sebab kita korek kita ken kukuhkan tebing bukan main korek, sungai Kelang itu saya dah sebut sebelum ini dalam dia empat meter tapi sebabkan dah lama tak korek dengan sampah dengan Allah sahaja yang tahu dalamnya, tinggal 1 meter jer air. 1 meter tinggal ini saya di bawah Landasan Lumayan, bawah SMG, jadi 1 meter air memanglah banjir sungai ini tujuannya bawa air daripada kepada ke laut. Jadi kita mohon JPS bukan tak mohon, mohon tetapi peruntukan, kekangan maka terpaksa guna duit sendiri Kerajaan Negeri untuk buat projek itu. Dan kita telah korek sekarang boleh tengok ada kesannya banyak tempat tak banjir lagi dengan kedalaman sungai Kelang. Kita guna duit negeri sekarang baru ada peruntukan turun di bahagian selatan Sungai Kelang, ada sikit daripada federal yang berbilion juga yang telah tampung jadi kurang sikit apa nama, duit negeri yang perlu dikeluarkan dalam membuat kerja-kerja korekan dan pembaikan tebing di sepanjang sungai Kelang.
Silakan.
Terima kasih EXCO saya tak tahu nak simpati ke nak empati kepada EXCO sebab saya pun mengalami benda yang sama dulu Cuma ialah perbelanjaan yang kita anggarkan peruntukan jumlah yang besar berbilion Cuma saya ingat kalau EXCO tadi berkaitan, saya ingat kita kena melihat kepada satu keadaan yang mana akhirnya ROI yang kita hendak dapat sebab saya tengok banyak projek-projek ini satu dia lewat, nak mula yang kedua dah mula lewat pula nak selesaikan ialah macam-macam isunya termasuk yang saya sebut di tebatan banjir di Sijangkang ini, contoh yang di sampai sekarang saya tak tahu berapa kontraktor dah bertukar tangan dan masih lagi tak selesai kalau tidak pun kesinambungan itu nampak elok sikit, dia punya pagar tak selesai lagi sebab itu saya bertanya kepada soal statusnya, begitu juga dengan yang di Jalan Garuda peruntukan kita RM11 juta, kalau ikutkan mula 2023 selesai 2024. Sekarang daripada mula kalau alasannya soal mengalihkan utiliti, saya tidak nampak yang berlaku peralihan utiliti itu, sampailah dibina pada hari ini. Begitu juga di Jalan Parepat sebagai contoh, peruntukan RM5 juta di Teluk Panglima Garang, tapi sekarang ini tidak selesai. Isunya pula ada soal pengambilan alihan tanah yang sepatutnya ini selesai sebelum kita mula projek lagi tapi projek dah selesai dan itu pun termasuk dalam projek yang kita hendak buat tapi soal pengambilan tanah tidak selesai. Ini kena perbaiki supaya akhirnya duit yang kita belanjakan kalaupun tidak lewat menambahkan peruntukan-peruntukan yang kita hendak untukkan, kita dapat ROI yang lebih baiklah, terima kasih.
Saya akan terangkan kepada Yang Berhormat, ada lagi salah faham di kalangan Ahli Yang Berhormat tentang isu ini, sekejap lagi, sekejap lagi. Bukan apa saya hendak beritahu supaya jelas proses dia macam mana ya. Selain daripada tadi saya sebut mengenai quick wind 195 projek, belanja RM57 juta, 149 dah siap, 46 dalam pelaksanaan. Atau ada pula langkah yang sederhana, sederhana ini makna setahun, setahun atau setahun setengah macam itu, 18 projek apabila saya buat libat urus. Dan RM40.5 juta ini pun peruntukan tambahan lagi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri
melalui Jabatan dan Agensi dalam pelaksanaan. Kemudian ada yang bertanya ini semua buat ini, ada kesan? Memang ada kesan, saya pun dengar banyak pandangan daripada Sungai Kandis ada sebut, daripada Batu Tiga ada sebut, daripada Meru Yang Berhormat Meru, daripada Subang Jaya, daripada Klang, Pelabuhan Klang dan pelbagai lagi termasuklah Pandamaran walaupun dia kritik tapi dia pun akui ada kesan dia. Dan kita dah buat kajian pada tahun 2022 ada 97 hotspot, 97 hotspot, pada tahun 2025, 56 tinggal makna separuh dah hilang.
Saya tak katalah kita puas hatilah, maksud saya ada perubahan itu dan kita akan tingkatkan lagi, itu sasaran kita. Kalaulah yang risiko banjir pula, ini yang tiga kali banjir dalam masa tiga tahun ya, itu dipanggil hotspot. Yang risiko banjir yang sering ada banjir, tahun 2022, 390, sekarang 2025, 232 makna separuh lebih kurang separuh dah tapi bukanlah makna kita berpuas hati, kita akan teruskan dan saya yakin dengan proses benih sesi yang sedang berlaku, kita akan develop tempat lain pula, itu kita kena pastikan perancangan bagi pelaksanaan ada yang disebut oleh saya tidak ingat, Bandar Baru Klang, dia ada sebut supaya ada OSD (On Side Distension) pada setiap, memang kita syaratkan tapi dulu kita buat OSD kita letak di bawah private. Tuan milik tanah itu, selepas dia dapat CCC, tak lama lepas itu OSD dah jadi benda lain, dah tukar dia hilang. Jadi tak boleh, selepas ini kita dah syaratkan kena ada komuniti diuruskan oleh sama ada Pihak Berkuasa Tempatan atau pun JPS, kalau tidak tak boleh lagi benarkan tuan tanah itu menguruskan OSD atau pun sebab dia sebahagian dari kolam takungan banjir. Jadi ini di antara penambahbaikan yang kita akan buat. Saya hendak bercerita sikit berkongsi tentang proses, yang ini banyak yang tidak faham proses pelaksanaan Projek Tebatan Banjir. Ini melibatkan projek yang besarlah ya, kalau projek kecil-kecil quick wind itu kita tak perlu. Projek pelaksanaan RTB ini, dia ada beberapa proses, pertama lantikan perunding iaitu lebih kurang sebulan setengah hendak lantik perunding. Lepas lantik perunding, baru kita boleh buat reka bentuk, perunding yang buat reka bentuk, reka bentuk ini kalau biasanya 12 bulan, sebab apa lama bukan mudah ya, sebab dia melibatkan lembangan, makna high speck hidrologi kajian taburan hujan, kajian air dan sebagainya dan juga hidrolik design perlu diambil pertimbangan dalam kita mereka bentuk, jadi dia memerlukan 12 bulan. Saya hendak minta sebelum ini pihak JPS cari jalan untuk pendekkan, sekarang mereka berjaya pendekkan daripada 12 bulan ke 9 bulan proses mereka bentuk terperinci.
Lepas reka bentuk terperinci Yang Berhormat Sijangkang, baru kita tahu tanah mana hendak ambil, tanah tidak boleh diambil dulu sebab proses reka bentuk terperinci kena siap baru kita tahu pengambilan tanah banyak mana. Banyak yang bercakap kenapa tidak buat ambilan tanah awal, tak boleh. Kita tak tahu banyak mana tanah yang kita kena, yang tenggelam yang perlukan untuk tebatan banjir, dia hanya boleh diketahui selepas reka bentuk terperinci dah siap. Jadi dah 9 bulan campur sebulan setengah tadi dah 10 bulan, baru boleh kita mengenal pasti dan pengambilan tanah kita letak setahun, memang proses pengambilan tanah mudah, kalau dia pergi mahkamah lagilah susah, ini macam projek WCE itu, dia pergi
mahkamah bertahun-tahun, jalan dah siap semua, tempat itu tak boleh siap, jadi tak boleh jalan jugalah terpaksa ambil langkah-langkah, kita kena faham itu proses pengambilan tanah di Selangor bukan mudah. Jadi dia memerlukan kita letakkan setahun okay. Lepas itu, barulah boleh buat perolehan-perolehan tak lama sebenarnya, pro tender semua, dulunya 4 bulan sekarang kita buat 2 bulan sahaja. Jadi keseluruhan proses ini sebelum fizikal bermula ialah 2.5 tahun sebelum ini, bermakna 2 setengah tahun. Sebelum start fizikal ya, sekarang kita dah kurang dari itu, 3 bulan tadi campur yang perolehan 2 bulan, kita boleh buat 2 tahun, 2 tahun, baru hendak mula start fizikal, fizikal akan makan masa 2 ke-3 tahun depending projek besar mana. Jadi keseluruhannya 4 ke 5 tahun. Sebab itu saya selalu sebut sebelum ini, memang 4 ke 5 tahun, tidak ada cara lain dah nak pendek, saya tidak tahu lagi dah macam mana nak pendekkan projek masa itu ....
Yang Berhormat bagi ruang.
Yes you go.
Okay, Yang Berhormat terima kasih berkenaan dengan isu pengambilan tanah saya faham, ia melibatkan land and conversion beberapa proses yang kita perlu beri seperti Borang N, Borang K semuanya. Tetapi bila melibatkan Agensi Kerajaan contoh di Seri Muda, tanah yang kita perlu ambil adalah kepunyaan LLM. Kita dua boleh bincang berkenaan perkara ini untuk mencapai satu penyelarasan ataupun interim approval antara kawasan yang kita boleh identify untuk pengambilan. Contoh di kawasan Seri Muda, tahun lepas bulan 4 kita telah pun tahu tanah mana yang kita hendak ambil. Tapi sampai hari ini alasan yang diberikan kepada saya proses ini masih berjalan. So, saya percaya kalau melibatkan Agensi-agensi Kerajaan, kita boleh adakan satu jawatankuasa libat urus yang mana boleh menyelesaikan perkara ini secepat mungkin kerana banjir ini adalah isu kritikal. Kritikal development yang kita perlu mempercepatkan sesuatu proses, itu cadangan saya berkenaan apabila melibatkan tanah-tanah yang melibatkan Kerajaan agensi. Bagaimana Yang Berhormat boleh mengambil tindakan dalam perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat, ini memanglah antara perkara itu saya sebenarnya saya perhati proses ini. Saya memang perhati, dulu saya tengok dari segi apa reka bentuk ini, kita dah boleh kurangkan. Sekarang kita tengok ada isu pengambilan tanah ini, satu tahun, saya akan mengambil pandangan daripada Yang Berhormat Kota Kemuning ini untuk cari jalan bagaimana kita dapat improve lagi tapi jangan kita expect hendak setahun ya boleh jadi 3 bulan, ini memang sukar, tanah ini bukan perkara yang mudah ya, kita akan cuba pendekkan masa pengambilan itu, tetapi kita kena faham benda ini subsequent follow after one after another, kita tidak boleh langgar, kalau kita buat ambil tanah dulu, jadi tak boleh dia kena reka bentuk dulu baru kita tahu tanah mana kita perlukan.
Bukit Gasing bangun.
Makna ... Bukit Gasing.
Sebenarnya bila saya dengar Yang Berhormat huraikan semua langkah-langkah jangka masa, saya rasa kita tidak nafikan proses persediaan, proses untuk buat kerja itu mengambil masa. So, dua tahun untuk sebelum kerja fizikal boleh bermula, adalah satu perkara yang kami faham. Tetapi Yang Berhormat hendak tanya, boleh tidak kita menjangka banjir-banjir yang akan datang dan kita buat 5 tahun kerja ini sebelum banjir-banjir bermula bukan tunggu dia jadi hotspot banjir 3 tahun baru kita start design cara penyelesaian. Kalau itu ada pepatah English, the dog chasing the tail, dia macam anjing berpusing-pusing kejar dia punya ekor, kita tidak akan selesai sebab kita tunggu hotspot, lepas hotspot dah 3 tahun, 5 tahun then kita start 5 tahun projek. Then, hotspot baru akan muncul dalam lagi 5 tahun dan kita hendak kejar dan baiki dia, wasted the big master planned for Selangor. Apa perancangan untuk membuat kolam hendak dalam sungai, what is the idea and the planned to do overall project all over Selangor supaya tak muncul banjir selepas tahun 2035 contohnya atau pun selepas tahun 2040. Saya ada listing, saya tak minta selesaikanlah dalam 1, 2 tahun ini memanglah tak mungkin tapi their must be a planned to works solving it.
Faham itu apa yang Bukit Gasing, dan memang saya akan sampai sekejap lagi ya, saya akan sebut, sabar, saya dah susun. Sebab saya sebut dah tadi, kita ada perancangan quick wind, kita ada perancangan jangka sederhana, jangka pendek, jangka panjang, semua kita ada rancangan. Saya berasa syukur sebab kita berjaya laksanakan setakat ini ialah di bawah bekalan air, 30 tahun pelan kita. Ahli-ahli Yang Berhormat perasan tidak setahun dua ini, kita mana ada gangguan bekalan air. Setiap sejam iklim changer, bila kita buat penyelesaian segera dan juga jangka panjang, macam sejam kita belanja RM300 juta lebih, RM320 juta dia mula di komisen dilaksanakan pada bulan 6 tahun lepas, selepas kita buat itu, dah 13 kali sekarang ini kita gunakan sejam ini. Kita activate dia sebab kalau tidak kita memang akan Semenyih yang terbaru ini, dua hari setengah, saya pun sudah panik, 2 hari setengah masih lagi berlaku pencemaran sebab kolam kita hanya boleh bertahan 5 hari. Kita design untuk tahan 5 hari saja sebab kita tak pernah lebih daripada sehari pencemaran tetapi 2 hari setengah saya dah mula panik. Sebab kita biasa 1 hari dah tak sampai beberapa jam, tapi Alhamdulillah kita berjaya dan sebab itu kita 13 kali dah sejak bulan 6 tahun lepas, hingga sekarang 13 kali saja berlaku pengaktifan sejam ini bagi menangani isu menghalang daripada berlakunya gangguan bekalan air kita, Alhamdulillah. Makna banjir ini pun satu keadaan yang lebih mencabarlah bagi sayalah, lebih mencabarlah daripada bekalan air sebenarnya lebih mencabar dan kita ada sebenarnya perancangan. Perancangan sekarang ini yang saya sebut pelan induk air ini sebenarnya salah satu daripada fungsi pelan induk ini dalam kajian pelan induk ialah pertama mengaudit.
Ini disebutkan oleh Pelabuhan Klang, saya ingat audit keberkesanan projek-projek tebatan banjir kita setakat ini.
Tidak ada pernah lagi dibuat pengauditan untuk melihat keberkesanan projek tebatan banjir ini, saya sebut tadi dari segi kurangnya hotspot itu, salah satu indikatorlah. Tapi itu bukan satu-satunya indikator hendak menunjukkan bahawa keberkesanan dan saya faham kajian yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gasing, kita buat kajian sekarang, kita buat projek kadang-kadang delay jadi 5 ke-6 tahun. Jadi pada sampai 6 tahun lagi mungkin dah keperluan lebih besar lagi, keperluan lebih besar daripada design daripada awal. Sebab itu kita sediakan pelan induk kajian ini yang akan mengintegrasikan melihat air ini secara keseluruhan supaya kita dapat sediakan bukan saja keperluan air untuk air mentah, bekalan air juga isu banjir dan kemarau sehingga tahun 2050. Itu yang kita sedang dalam pelaksanaan dan telah lulus oleh Kerajaan Negeri, RM5 juta bagi kajian untuk kita merangka pelan induk air Selangor the first dalam negara di Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah yang menerangkan tentang perancangan untuk pelan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang berkenaan dengan cabaran untuk kita menyelesaikan isu banjir di negeri Selangor. Cuma Pelabuhan Klang ingin bertanya berkenaan dengan ada tak kajian tentang perubahan iklim sekarang ini yang kita lihat sangat ekstrem sebab taburan hujan kali ini dia bukan taburan hujan seperti dulu semasa saya kecil di Pelabuhan Klang, hujan tidaklah selebat sekarang ini tapi sekarang ini apabila hujan lebat di Pelabuhan Klang, dalam masa satu jam dia turun 60mm dan kita pun sedia maklum kalau lebih 60mm dalam satu jam ini sangat lebat akan berlaku banjir kilat di mana-mana dan bagaimana kita melihat isu perubahan iklim ini yang menyebabkan hujan turun macam tak terkawal lebatnya sehingga menyebabkan banjir kilat di merata-rata tempat.
Terima kasih Yang Berhormat, ini memang salah satu dalam skop kajian yang akan dibuat oleh di bawah pelan induk ini. Kesan daripada climate change atau perubahan cuaca ini adalah merupakan salah satu komponen penting. Kita kena faham perubahan cuaca ini bukan saja taburan hujan, sebab hujan kita ini di sebabkan salah satu faktor Yang Berhormat ya, urban heat atau pun kepanasan bandar ini. Dia sebenarnya membawa meningkatkan lagi hujan penolakan atau local rain atau range rain yang berlaku di kawasan-kawasan bandar sebab di Negeri Selangor boleh dikatakan urbanisasinya terlalu besar, jadi kita expect hujannya lebat yang pendek duration nya, tempohnya pendek ini menyebabkan banjir kilat. Ini merupakan fenomena yang biasa kita di bandar tapi di negara kita ini kita hujannya sangat lebat ya...masa berlaku kajian yang sedang kita buat saya dah minta pihak JPS melihat tolak hujan atau pun rain gauge ini. Dia selalu bagi saya total keseluruhan setahun 3000mm sekarang saya dah minta mereka lihat dia ada 300 lebih seluruh negeri. Saya nak tengok satu-satu sebab kalau dulu biasanya hujan lebat ini di Hulu di kawasan hutan sebagainya dia banyak lebat, dia bukan. Sekarang ini semasa
berlaku banjir besar kita buat kajian Klang lebih tinggi hujannya daripada Hulu, Hulu Langat dalam 250, Klang 300 lebih. Maknanya dia dah tak mengikut sebenarnya saya ada sebut selalu kepada engineer-engineer yang selalu jumpa saya dia kata dia tak ikut kaedah dalam kita belajar dahulu. Kita belajar dahulu, Hulu lebih tinggi hujannya daripada Hilir. Sekarang media strim dia pun lebih tinggi daripada Hulu, jadi kaedah sebab itu kita juga buat empangan di Hulu, kita tahan air sana supaya selain daripada untuk bekalan air juga untuk mengawal banjir. Tapi sekarang dia berlaku dekat tengah-tengah berlaku dekat Hilir dekat Muara lebih banyak airnya macam mana kita nak empangan kita dia tak membantu. Kita perlukan kolam-kolam takungan ini ORS ini adalah kaedah yang kita gunakan dalam Perancangan Pelan Induk ini akan digunakan.
Pandamaran.
Yang ke...sekejap-sekejap tak habis lagi..terlupa lagi dan lagi satu kita kena ingat kesan daripada climate change ini ialah peningkatan aras laut. Ini pun kita dah buatkan kajian, sebab itu sepanjang pantai kita telah pun siap kajian kita kena naikkan ban persisiran pantai kita sehingga 1.5 meter 1 ke 1.5 meter daripada Sabak Bernam sampai ke Sepang. Kita telah ini itu memerlukan kos lagi tu tak masuk lagi dalam Bajet untuk naikkan ban kita tu. Jadi dia akan kesan kemudian peningkatan aras laut akan juga memberi kesan pada aras air sungai kita bila berlaku mana air sungai kita akan ada back flow ini akan memerlukan kita untuk meningkatkan tebing-tebing sungai kita Sungai Langat, Sungai Klang dan juga Sungai Selangor. Ini semua kita ambil kajian dalam kajian ini kita kena laksanakan secara menyeluruh untuk memastikan bahawa penyelesaian kita ini secara holistik untuk jangka panjang Yang Berhormat Bukit Gasing ya..untuk jangka panjang tapi untuk jangka pendek ini saya kena carilah minyak angin atau pun minyak cap kapak untuk saya selesaikan langkah segera tapi bukan murah minyak cap kapak RM30-40 Juta juga kita kena keluarkan dan saya akan tengok lagi apa lagi langkah-langkah tambahan termasuk Dusun Tua tak henti-henti projek baru mula ya jadi terpaksa saya cari jalan bagaimana untuk laksanakan. Tentang teknologi saya
Kota Damansara...
Yang Berhormat EXCO mengenai SOP tadi..
Ya silakan...saya habis ini saya suruh..
Saya membahas terakhir jadi saya percaya saya punya soalan itu mungkin tidak ada cuma berkenaan Yang Berhormat EXCO saya ada bangkitkan berkenaan SOP khususnya bila buat quick wind atau pertengahan kita selalu bila kita buat korekan selalu kita maklumkan ada pasir dan akhirnya sebab isu untuk mengeluarkan pasir ini perlu ada permit. Jadi selalu bila ada isu, bila ada
korekan kita spent RM200 Ribu, RM300 Ribu akhirnya pasir dia korek dan diletakkan di tepi kerana kontraktor yang membuat korekan itu, dia tak ada permit untuk mengeluarkan pasir itu tersebut. Jadi selepas setahun, dua tahun hujan pun lalu pasir itu masuk balik ke sungai itu. Jadi sebab itu saya minta mungkin kajian boleh dibuat, duduk maksudnya kalau siapa yang dapat tender untuk buat pembersihan atau korekan itu di sekalikan sekali dengan permit pasir untuk keluarkan pasir itu terus daripada sungai tersebut, terima kasih.
Aaa...itu kita boleh pertimbangkan tapi ini untuk Sungai Klang memang kita buat begitu. Untuk Sungai Klang korekan itu memang kita dapat permit sekali untuk mereka uruskanlah. Saya boleh melihat bersekali dengan yang dicadangkan oleh Kajang, Yang Berhormat Kajang pun ada sebut isu-isu bila korekan tinggal sisa tepi kemudian hujan datang masuk balik bukan sahaja isu pasir ya, sampah-sampah pun sama. Letak tepi hujan datang masuk balik, jadi ini antara perkara yang saya telah peringatkan untuk diambil tindakan segera dalam kita memastikan kualiti kerja-kerja penyelenggaraan kita ini tidak akan kerja sia-sia. Dia korek letak tepi masuk balik, lepas itu korek lagi. Jadi itu satu kerja yang sia-sia ya dan perkara ini saya telah ingatkan kepada agensi jabatan untuk memastikan tidak berlaku perkara begini.
Yang Berhormat EXCO terima kasih. Yang Berhormat EXCO sebut tadi Hulu Langat saya memang sering bangkitkan pertanyaan tentang projek-projek yang dah lulus, Yang Berhormat juga maklum yang bahawa Kerajaan Negeri contohnya di Dusun Tua di Batu 16, RM10 juta di Batu 10, RM10 juta. Saya ajukan soalan bila tempoh dan juga projek yang RCB RM512 Juta ini saya selalu ajukan soalan dan di Mesyuarat Tindakan Daerah saya pun bangkitkan kalau boleh saya request dalam hari ini supaya konsultan ini bagilah taklimat. Ketua kampung kita pun tertunggu-tunggu ada tengok ada ramai masuk lorong rumah belakang fasal di Dusun Tua ada beza sedikit mungkin pasal dia banyak sungai. Mungkin maksudnya dia bagi taklimatlah mungkin dah setahun dah mungkin Yang Berhormat EXCO cakap tadi 12 bulan so kan nanti Yang Berhormat jawab dah ada tarikh kang saya balik saya bagi tahu atau di Facebook saya siap-siap bagi tahu jadi rakyat tertunggu-tunggu. Jadi harapan saya, konsultan ini bagi taklimat dah stage mana, jadi tak adalah saya nak argue soalan banyak. Kerja pun taka ada, jalan ke tak jalan, maksudnya Yang Berhormat ada hujung tahun. Ini sudah awal tahun dah...dah suku tahun dah terima kasih. Kalau boleh request konsultan bagi taklimat.
Itu pandangan yang baik libat urus bersama dengan state holder. Saya rasa itu satu langkah baik saya akan susun nanti untuk tempat-tempat yang melibatkan projek-projek tebatan banjir ini yang besar-besarlah ya. Kalau semua saya nak pergi tak ada tempat, atau pun kita minta konsultan dengan pihak Pejabat JPS untuk mengaturkan dialog atau pun pertemuan dengan syarikat untuk maklumkan. Tapi untuk Ahli-ahli Yang Berhormat boleh terus akses ke dashboard eh memang ada dalam itu semua kemajuan projek-projek tebatan banjir yang saya sebutkan tadi ada dalam itu untuk pemahaman semua.
Morib.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya tertarik dengan apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat berkenaan tentang pembangunan dan cuma saya di sini saya melihat Kerajaan Negeri hanya melihat dan menyelesaikan masalah projek ke projek dan saya setuju dengan Bukit Gasing ya..Bukit Gasing tadi ya...menilai ya berapa keseluruhan seperti mana yang di sebut oleh Yang Berhormat tadi dengan dibandingkan dengan Negara Belanda ok dia menggunakan hampir 1 Bilion Euro ya dan saya rasa dah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri menilai balik dan mengeluarkan belanja yang banyak sebab saya rasa banjir ini penting dan boleh kita belajar daripada di pihak Negara Belanda khususnya dengan keadaan kita buat keseluruhan ya...apa yang diberi tahu daripada Bukit Gasing hari itu satu soalan yang terbaik: 1. Berapa kos yang kita perlu buat untuk kita menangani masalah ini 10 hingga 20 tahun ya..sebab apa yang diberi tahu tadi kita hanya buat projek ke projek mungkin hanya tiga (3) tahun ke lima (5) tahun. Jadi sudah masanya bagi saya untuk kita mengeluarkan bajet yang banyak ya..;
2. tentang perkara hotspot ya...seperti di kawasan saya bukan kawasan hotspot tetapi berlaku banjir yang termenung di kampung-kampung dan ini juga memerlukan perhatian daripada Kerajaan Negeri untuk membantu mereka pada yang bukan hotspot tetapi benda ini juga masalah pada penduduk kampung ya.. Jadi saya minta pihak Yang Berhormat untuk menilai, terima kasih.
Itu yang saya sebutkan tadi ya langkah-langkah pertama dalam proses itu tentang-tentang penyelesaian isu banjir ini ialah saya sebut dah tadi proses dia..kita cuba pendekkan bagi aktiviti tapi kerja-kerja antara lagi satu langkah yang kita akan buat di sini ialah menggunakan kepakaran dalaman JPS untuk kerja-kerja yang kecil sedikit. Yang ini tidak perlu kita nak panggil konsultan sebagainya itu kita boleh percepatkan. Saya akan tengok tadi ada sebut isu tanah itu kita akan bagaimana kita dan isu kontraktor, ini yang mana ini bukan sahaja untuk projek tebatan banjir isu kontraktor ini saya faham dalam Dewan Ahli Yang Berhormat faham sangat kontraktor ramai setengah ini pernah jadi kontraktor saya pun pernah jadi kontraktor kita faham sangat. Tambahan dalam keadaan ini pula kesan Timur Tengah ini lagilah ini dah datang permohonan macam-macam nak minta naikkan harga, harga bahan-bahan binaan dah meningkat jadi inilah sakitlah waktu biasa pun dia sakti tambah waktu ini. Ini melibatkan banyak faktor dan kita telah teliti antaranya ialah
isu proses tender itu sendiri yang paling rendah dapat sebagainya ini kadang-kadang dia bubuh letak terlalu rendah dia dapat juga dan dia tahu dia tak boleh buat dia ambil juga. Ini pun antara perkara yang kita bincang secara berterusan nak tengok syarikat kaedah terbaik bagaimana nak menguruskan...
Yang Berhormat Pandamaran...
Pihak kontraktor yang ini.
Pandan Indah, Pandamaran setuju apa yang disebut oleh Pandan Indah mana proses memang ada dan kaedah memang ada dan adakah Kerajaan dapat menguraikan sebab-sebab punca utama yang seperti yang dah disebutkan oleh Pelabuhan Klang, penyenggaraan sebab mengikut pakar kata ada satu perkara yang juga akan mengakibatkan banjir kilat iaitu Projek MARRIS yang hanya turap dan tiada mil and pave. Makin jalan itu akan tebal 50mm 5 tahun kemudian tambah 50 tahun sudah 100 tambah lagi 51, 50 dah. Jadi itu yang menyebabkan keadaan rumah akan makin rendah dan jalan bertambah tinggi. Jadi Pandamaran ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO adakah Kerajaan boleh ambil langkah-langkah yang dapat mengelakkan penambahan atau pun penurapan sebegini untuk mengelakkan banjir kilat yang akan berlaku. Pandamaran percaya sebarang mitigasi projek dibuat dalam 5 tahun, 6 tahun kemudian dia akan berulang. Saya nak berterima kasih kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang dan juga JPS Klang sebab banyak membantu kebelakangan ini DUN Pandamaran memang kurang banjir kilat tapi saya percaya tak lama lagi akan berulang balik ya.
Terima kasih Pandaraman saya antara tempat yang paling saya turun kerap Pandamaran banyak kali dah turun. Tetapi isu itu betul, memang isu jalan ini dia boleh menyumbang kalau tak cara tidak diuruskan dengan baik. Tapi dari segi mill and pave itu sebenarnya kita akan tengok ketinggian sebenarnya. Memang ada sesekali itu dia akan turap sahaja, tapi dia tidak boleh berterusan menurap kerana dia akan naik sangat tinggi, dia akan terpaksa buat milling and paving saya nak bagi tahu Alhamdulillah sekarang ini kita dah ada teknologi kita dah mula pesan mesinnya daripada teknologi Jepun tapi daripada di proses di kilangnya di Puchong itu. Dia boleh guna sisa jalan ini, sekarang ini sisa jalan itu kita bagi dekat masjid,surau, sekolah-sekolah agama untuk di ini. Sekarang kita boleh proses semula untuk turap balik untuk heavy pacthing lah heavy patching dan kita boleh potongan harga 60% daripada harga sekarang. Banyak save tu, dengan penggunaan ASRI ini kita panggil yang kita akan mula melaksanakannya. Tapi balik pada tadi jadi maknanya proses saya akui maintenance penting saya dengar banyak pandangan mengenai penyelenggaraan itu memang kena buat, perlu dibuat dengan baik saya siap tegur Parit Erong kadang-kadang tersumbat jadi air bertakung dekat jalan lepas itu kenderaan lalu lalang tanggal balik dia air tak boleh bertakung atas jalan kalau bertakung lalu lalang tanggal. Itu kelemahan besar bitumen ini eh. Paksa Parit Erong perlu dibuat dia ini
kenalah berkala tak akan dekat EXCO nak kena turun satu-satu Parit Erong ini banyak ini. Parit Erong ini perlu sentiasa dibuat penyelenggaraan supaya air mengalir terus ke longkang.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah yang menerangkan tentang proses atau pun kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat oleh semua agensi-agensi Kerajaan seperti JPS dan juga PBT tentang parit-parit dan longkang-longkang serta sistem saliran yang sedia ada. Cuma saya nak memberikan pandangan boleh tak kita ubah cara jadual penyelenggaraan itu? Kalau boleh ianya dibuat semasa musim panas tidak dibuat semasa musim hujan dan sebab itu bila korekan dibuat baru je korek lepas itu hujan turun sisa itu masuk ke dalam parit semula. Begitu juga dengan sisa-sisa yang lain yang dikorek semasa kalau kerja-kerja penyelenggaraan atau pun pengorekan itu dibuat semasa musim hujan. Jadi mungkin dalam setahun ada dalam 12 bulan kalau kata setahun itu setiap sistem saliran longkang itu mesti dikorek atau pun di selenggara 3 kali setahun atau pun 4 kali tapi kena pilih tarikh yang sesuai tapi isunya ialah kelulusan Bajet di awal tahun sepatutnya buat pada bulan 1, bulan 2 tapi kelulusan tak dapat lagi, bajet tak lulus lagi jadi mungkin kena ubah dah cara kita bekerja bagi mengatasi masalah banjir. Kita ada konsep mencegah dan yang kedua ialah berkenaan dengan ada tak perancangan Kerajaan Negeri saya selalu bangkitkan daripada tahun 2018 saya masuk dalam Dewan Negeri Selangor ini tentang isu untuk menyelaras dan menyatukan semua saliran longkang, parit-parit yang ada ini bawah satu sahaja tak nak lagi JKR, JKR, JPS, JPS, PBT,PBT sebab sekarang ini yang paling masalah ini kalau di Klang di Persiaran Raja Muda Musa misalnya kawasan saya di DUN Pandamaran, DUN Pelabuhan Klang ini yang JKR punya...sebab JKR tak ada bajet sistem, tidak ada bajet untuk menyelenggarakan sistem perparitan yang sedia ada sebab parit hanya untuk alihkan air hujan ataupun air yang bertakung atas jalan sahaja ini sekarang ini parit JKR semua sudah kena tab dengan longkang PBT lepas itu JPS pun tab parit JKR jadi JKR sudah jadi lain sekarang ini lebih baik kita satukan kalau tidak masalah banjir ini sentiasa akan berlaku Yang Berhormat Pandan Indah. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang itu saya ingat saya jangka-jangka panjang. Saya tidak mampu saya sudah cuba saya terus terang saya bagi tahu saya sudah cuba untuk peringkat awal dahulu saya jadi EXCO saya tengok saya hendak cuba jadikan jalan ini pemilik jalan dua sahaja PBT dengan JKR sahaja tetapi banyak kekangan halangan dan sebagainya tidak mampu masih kekal empat lagi dan lima kalau masuk dengan JKR Malaysia yang Jalan Federal sebenarnya lima pemilik jalan. Kalau jalan Federal, Persekutuan di bawah JKR Malaysia, Jalan Negeri di bawah JKR Negeri kemudian PBT kemudian pihak Pejabat Tanah dan Daerah untuk jalan-jalan kampung dan satu lagi jalan pertanian di bawah JPS. Saya sudah cuba untuk jadikan dua tapi nampak memang sangat sukar kekangan dan register terlalu bayak untuk ini dan sama juga tentang isu longkang dan parit tadi cuma kurang sikit daripada jalan melibatkan JKR, PBT dan juga.
Sungai Kandis bangun Yang Berhormat.
Bagi saya habis dahulu nanti saya lupa jadi lain pula nanti. Melibatkan jalan JKR longkang JKR, JPS dan juga PBT ada juga longkang-longkang tanah kampung yang perlu di bawah Pejabat Tanah dan Daerah tetapi benda in saya rasa benda on going proses ini dalam kajian pelan induk saya rasa kita akan juga memberikan rumusan tindakan-tindakan susulan yang itu saya tengah tunggu dan kita ada asas yang kukuh dalam kajian ini sebab kita akan buat secara menyeluruh untuk melihat keseluruhan dan pelaksanaan nya macam mana dengan cara itu selepas ini EXCO yang bertanggungjawab boleh follow ikut betul-betul bukan sahaja untuk banjir pelan induk air juga untuk jalan pun sudah siap jalan di bawah jalur itu pelan pembangunan jalan sebab itu soalan-soalan yang bertanya jalan hendak lebar atau apa kita sudah ada kajian kita akan ikut itu yang mana tidak ada lagi akan siap kita kena ikut yang mana sudah lulus sebab itu sudah siap sampai 2035 di panggil Jalur 2035 berkenaan Highway Bukit Gasing termasuk lebuh raya dalam itu by the way dalam itu PJD Link termasuk ada tetapi saya tidak mahu sentuh PJD Link sebab panjang ceritanya nanti masih dalam kajian lagi tetapi dalam itu ada Lebuhraya Missing Link jalan dan semua yang terlibat untuk kita bangunkan yang mana yang hendak naik taraf yang mana hendak buat baru sehingga 2035 sudah siap. Pelan Induk Air ini Insya Allah kita fasa pertama akan siap pada tahun ini dan fasa kedua akan siap tahun depan dan ini akan menjadikan panduan dalam kita menentukan bagaimana kita hendak menguruskan isu air kita ini bekalan air mentah, air banjir, kemarau kegunaannya untuk dan bagaimana tindakan susulan untuk pastikan benda itu dapat dilaksanakan dengan baik dan termasuk air kumbahan IWK ada cadangan untuk kita ambil alih di bawah Air Selangor ambil alih IDWK ini itu ada dalam itu nanti kajian akan dibuat sebab apa ia kena di lihat bersekali kita sudah mula ambil proses air IWK untuk digunakan sudah mula dah pun di Kilang Sarung Tangan Kossan kita sudah mula. Jadi bukan benda yang pelik kalau benda ini akan di teruskan untuk masa akan datang. Saya hendak menyentuh tadi tentang isu apa tadi Yang Berhormat tanyakan tadi. Saya sudah sebut dahulu saya sudang cadang penyelenggaraan masalah di bandar hujan tidak berhenti itulah masalahnya tetapi kalau melibatkan kawasan-kawasan pertanian atau longkang-longkang atau parit-parit tanah saya sudah sebut dahulu dan minta JPS susun semula supaya kita buat penyelenggaraan itu menjelang atau sebulan sebelum monsun, musim hujan supaya sebab apa parit-parit tanah ini kawasan pertanian baja banyak bukan subur pokok tanaman sahaja lalang pun subur juga, rumput pun subur juga sekejap sahaja kita cuci dia dah tumbuh jadi kalau boleh kita sedekat mungkin dengan musim monsun baru kita buat penyelenggaraan bagi itu sebab memang saya sudah bagi arahan dan memang telah dilaksanakan mungkin boleh diperbaiki lagi. Dari segi teknologi saya hendak kongsi sendiri saya adalah seorang yang suka sangat teknologi memang bila Tuanku.
Sungai Pelek bangun.
Nanti kejap baru hendak masuk gear tak kan hendak break. Apabila Tuanku menitahkan teknologi termasuk Holland saya rasa teruja sebab saya memang banyak kali bertemu dengan pakar-pakar malah dalam pelan induk ini kita juga mengambil nasihat daripada pandangan daripada pakar mereka daripada Deltares, Deltares ini memang base dekat Delft kawasan memang pakar kajian air. Kita memang ambil teknologi kena bersekali dalam pertanian, dalam urusan jalan, dalam urusan banjir pun teknologi adalah komponen penting dan kita menerima malah sekarang pun sedang buat kajian di Sabak Bernam, Sungai Bernam nature based solution antara G to G antara Kerajaan Netherland atau Holland dan Malaysia memang sedang berjalan dan kita memang ambil tetapi kita kena ingat bila kita ambil teknologi kita tidak boleh ambil dan gunakan terus sebab apa suasana tidak sama saya beri tahu Holland, Holland ini empat kali ganda lebih luas daripada Selangor empat kali lebih luas ujiannya 1.4 daripada kita lebih 800ml setahun kita 3,000ml setahun dan hujan kalau hujan kita boleh jalan dia sekata sepanjang tahun. Kita hujan berani hendak jalan sekejap sudah habis lencun tidak sama jadi potential range kita. Jadi walaupun teknologinya ada tetapi penggunaannya kita kena adaptasikan dengan sesuai dengan keadaan kita dan dia cabaran besar bagi Holland ini bukan hujan daripada untuk banjir daripada sea surge, air laut yang meningkat tinggi yang boleh surge masuk itu mereka menghadapi masalah dari segi intergration air salt water tetapi kita ambil dan bukan setakat Holland kita tengok teknologi macam di Hulu Selangor di Kampung Sentosa kita ada satu tambatan banjir sekarang kita sedang buat kita menggunakan teknologi Jerman iaitu ecoblock itu sebab apa ecoblock ini yang sedang kita pakai untuk Pilot Projek di Hulu Selangor ini kawasan kecil tapi boleh store air banyak. Ecoblock ini daripada Jerman teknologi ini kita sedang dilaksanakan di sana di Hulu Selangor dan kemudian SPS daripada Indonesia kita gunakan masuk jalan yang Berhormat Sementa sudah pergi melawat baru-baru ini di Jalan Iskandar, jalan itu asyik bergerak sahaja, dia boleh bergerak jalan itu kita gunakan teknologi SPS termasuk juga di Bagan Pasir, Tanjung Karang dan juga yang akan datang ini di Tanjung 12 ini ada di bangkitkan di Tanjung 12 oleh Yang Berhormat saya tidak ingat tadi oleh Sungai Pelek atau di mana yang bertanya tadi Sungai Pelek atau Balakong yang bertanya nanti kejap sabar kejap. Balakong ada bertanya mengenai Tanjong 12 itu kita akan menggunakan teknologi SPS. Jadi kita ambil teknologi dalam Ban pun kita akan gunakan SPS juga dan selain daripada itu yang terbaru kita telah ada kita telah luluskan bersama MBSA, JPS kita akan buat penggunaan sponge city menyerap daripada absorbe water itu untuk projek pertama dengan MBSA di Kampung Lombong ini pun telah kita luluskan jadi maknanya teknologi ini memang kita sentiasa melihat dan kita akan adapt dan adopt kita adaptasikan dahulu baru kita adope sistem itu dalam teknologi pengurusan banjir di Negeri Selangor. Yang ketiga saya sudah tadi langkah pengauditan kita akan buat melalui pelan induk termasuk juga kita akan lengkapkan itu akan berikan kita garis panduan dan untuk pelan jangka panjang kita dalam penyelesaian isu banjir dan juga pengurusan air di negeri Selangor dan langkah seterusnya dashboard ini saya ingin maklumkan juga kepada Yang Berhormat semua, Ahli-ahli Yang Berhormat JPS sudah siap, JKR sedang dibuat untuk projek
JKR untuk Air Selangor yang di bangkitkan oleh Batu Tiga ada bertanya dashboard Air Selangor pemasangan paip atau penggantian paip ini akan siap semua everything dalam bulan Jun ini sudah boleh akses untuk melihat kemajuan penggantian paip di kawasan masing-masing di bawah dashboard dan yang terbaru adalah SAGE, Selangor Agenda for Green Economy bawah Worldwide yang mempunyai tenaga dan inisiatif tenaga itu pun akan ada dashboard yang boleh di akses saya rasa minggu ini sepatutnya saya lancarkan untuk perasmian bagi dashboard itu untuk kita hendak tengok projek-projek solar, projek yang melibatkan SAGE ini yang kita telah luluskan itu akan ada pelan induk juga penggunaan tenaga di Negeri Selangor boleh di akses melalui dashboard. Kalau saya hendak pergi satu-satu memang saya rasa banyak saya sudah cover. Saya ambil maklum semua yang di bangkitkan saya tahu Permatang pun tengok saya tahu banyak menyebut mengenai banjir yang saya ada semua ini saya tidak perlu jawab satu itu saya akan ambil pertimbangan semua saya akan bagi umum tadi itu langkah kita dan saya akan teliti satu-satu apa yang di bangkitkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat berkait dengan kawasan masing-masing dan jangan jemu-jemu untuk tengok dashboard itu tengok kemajuan dan sebagainya macam Ijok memang aktif betul dengan banjir ini dan dia bagi pandangan banyak mengenai air yang dikembalikan itu saya dengar pandangan itu saya akan teliti betul tau tidak air ini kembali ke situ menyebabkan banjir yang sebagaimana yang di sebut oleh penduduk dan juga oleh Yang Berhormat di kawasan berkenaan.
Mohon mencelah.
Sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO terutamanya Ijok ingin merakamkan dan penghargaan dan terima kasih kepada komitmen yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO berkenaan oleh RTB Sungai Buloh termasuk pasukannya daripada Dato Pengarah JPS Selangor, JPS Daerah Kuala Selangor yang begitu memberikan komitmen yang baik kepada Ijok berkenaan dengan Projek RTB Sungai Buloh. Ijok tadi sudah mendengar pembentangan daripada penggulungan daripada YB EXCO sangat teruja untuk mendengarnya tapi Ijok ingin berkongsi sedikit ucapan terima kasih tadi berkongsi sedikit Yang Berhormat EXCO menyebut laporan kemajuan jadi Ijok ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa merujuk kepada laporan kemajuan RTB Sungai Buloh Fasa 1 sekarang ini sudah capai 93% berbaki lagi lebih kurang 7% sahaja tetapi apa yang merisaukan Ijok dengan masalah harga diesel yang melambung ia akan menjejaskan pergerakan atau pun gerak kerja untuk mencapai 100% dan Ijok ingin bertanya apakah jaminan pada Kerajaan Negeri untuk memastikan kerja-kerja ini tidak tertangguh dan ijok ingin mohon daripada Yang Berhormat EXCO untuk berkongsi walau tidak dapat jawapan hari ini pun tidak mengapa jawapan bertulis berkenaan dengan penggunaan bajet atau pun peruntukan RTB Sungai Buloh ini adakah ia ada berlaku penambahan ataupun penjimatan. sekiranya berlaku penjimatan Ijok mohon merayu kepada pihak Kerajaan Negeri dan pihak
EXCO, Ijok mencadangkan agar penjimatan ini di gunakan untuk kerja-kerja mendalamkan sungai, membersihkan sungai, melebarkan sungai daripada Jabatan Parit Mahang hinggalah Jambatan Bukit Mayong untuk menampung lebihan air daripada upstream. Itu sahaja terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok, saya ambil maklum dan saya dalam apa yang saya ingat setakat ini memang diluluskan projek ini yang paling besar satu projek tambatan banjir yang paling besar RM870 juta dalam sekitar itu lebih kurang itu RM870 juta adalah RTB Sungai Buloh Fasa 2 dan kita sudah dapat kelulusan peringkat awal kerja-kerja RM44j uta adalah untuk kerja-kerja awal termasuklah kerja ukur dan juga reka bentuk dan sebagainya telah pun diluluskan dan setakat ini kita tidak tahu di jambatan macam mana tapi itu memang berdasarkan kepada kos awal. Jadi kalau ada nanti dan itu melibatkan juga pendalaman sungai Selangor sebenarnya Sungai Buloh itu sendiri pendalaman dan juga tebing dan sebagainya dan rumah pam semua masuk dalam kos itu dan kalau sungai-sungai lain kita akan tengok macam mana nanti kita hendak uruskan dan saya juga menerima juga pandangan-pandangan daripada dari Batang Kali pun ada menyebut fasal banjir ini saya take note apa yang disebutkan daripada Bukit Melawati pun menyentuh beberapa perkara penaiktarafan saliran dan sebagainya dan Permatang sudah sebut tadi kalau saya hendak go one by one tidak sempat lagi untuk ini saya akan buat kalau perlu jawapan bertulis pun saya akan buat.
Hebat ini yang general.
Saya bagi general tadi umum tapi memang makna saya fokus. Apa yang kita nak buat tu fokus jadi Paya Jaras pun saya faham tapi Paya Jaras kali ni dia lebih matang pagar dia tu. Kita dah ada penyelesaiannya Yang Berhormat, jangan risau saya nak cuba habiskan sebelum pukul 1 sebab saya ada isu babi lagi nak sebut
Permatang? Bagi Permatang dulu.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jadi Permatang saya mendapat mengambil maklum tentang penjelasan Yang Berhormat EXCO yang saya lihat penjelasannya sangat panjang lebar lah tadi. Cumanya Permatang nak berkenaan banjir di Permatang ni dia agak special sikit Yang Berhomat EXCO. Jadi Permatang memerlukan, sebab kita kat sini seperti yang Permatang sudah terangkan kita di tempat, di Permatang ni kita, banjir kita berlaku di tempat yang sama setiap tahun dan hotspot nya sama kerana sebenarnya kalau kita lihat di Permatang ni kita telah membuat kajian daripada jabatan-jabatan yang berkaitan sudah penyelesaian tu memang dah ada sebab contoh, sebagai contoh kita perlukan naikkan benteng, naikkan ban dan sebagainya kerananya kita ni betul-betul di kawasan tepi sungai dan juga berdepan dengan
masalah apabila air pasang besar tadilah. Jadi saya harap, saya ingin bertanyalah adakah kerajaan Negeri mempunyai kajian mengenai hotspot banjir yang macam isu seperti di Permatang ni. Isunya banjir tu di tempat yang sama juga jadi kami contoh Kampung Rantau Panjang dan juga Kampung Lubuk bila hujan ni kita dah mula angkat barang terus macam tu, jadi kita maksudnya adakah kerajaan Negeri mempunyai orang kata mitigasi yang spesifik kepada kawasan yang sama banjir yang berlaku di tempat yang sama ni juga dan juga adakah sebarang selain daripada yalah, jangka pendek macam contoh benteng yang kita naikkan dan sebagainya, adakah lagi mitigasi ataupun intervensi daripada kerajaan Negeri dan untuk tempoh jangka masa penyelesaian untuk tempoh jangka masa yang panjang. Terima kasih.
Okay, Yang Berhormat Permatang itu yang saya sebutkan tadi kita memang telitilah Kampung Rantau Panjang, Lubuk Jaya, Gulang-Gulang semua ni memang ada dalam perancangan kita dan memang ada yang kita dah buat. Macam flood wall di kawasan pengukuhan tebing di Rantau Panjang ni, kita saliran blok 1 tu, RM131 ribu tu dah siap pun pada 12 Februari tu dan kita akan tengok lagi, apa lagi isu di kawasan yang berkaitan, ni yang contoh satu lagi pemuliharaan sungai, di Sungai Selangor di Kampung Rantau Panjang, RM200 ribu ni siap September tahun lepas tapi untuk jangka panjang RTB Sungai Selangor ni, kos RM30 juta di dalam proses reka bentuk yang tu dalam proses reka bentuk untuk yang jangka panjang sebab tu quick wind ni very important. Untuk sementara kita nak menghadapi yang panjang tadi tu, kita akan tengok lagi apa lagi kaedah-kaedah quick wind langkah segera yang kita boleh buat untuk mengurangkan kesan banjir tu ya.
Sikit, sikit je Yang Berhormat. Yang Berhormat, yang ni saya tertanya-tanyalah saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat pun ramai yang akan tertanya-tanya, ni, semasa musim panas yang lepas, bila saya jalan kat kawasan Pelabuhan Klang dan sebagainya sepatutnya parit-parit yang sedia ada parit-parit monsun yang sedia ada tu sepatutnya kering, tapi air tu penuh je nak tanya air laut, tak pasang tu mana datang air tu dan dia tak surut, sepatutnya parit-parit monsun yang sedia ada ni, sepatutnya dia kering dia kosong, supaya bersedia untuk menerima air baru kalau air hujan turun selepas tu. Tapi sekarang ni, parit yang sedia ada tu dia penuh, saya ada sampai sekarang ni dekat sebagai contoh Parit Monsun JKR depan Taman Teluk Gedung Indah. Airnya je, airnya termenung je macam tu, penuh. Air laut pasang ke tak pasang ke dia penuh je apa isu, apa masalahnya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat, sekali lah saya ingat saya nak mengingatkan pertama nak terima kasih Yang Berhormat datang 19 Ogos di Majlis Perbandaran Kajang tapi ada satu isu berbangkit yang kesianlah, satu bulan yang lalu, tiga kali Laman Sungai Gahal, Kampung Sungai Gahal. Yang Berhormat dah luluskan, bulan
8 kalau lagi 4 bulan, setahun dah. Terima kasih Yang Berhormat. Pasal suruh jawab sekali pakej.
Okay, jawab sekali. Betul, quick wind tu sedap kita dengar quick wind tu sedap hati kita dapat buat sesuatu, dapat berita yang baik, facebook dapat post dengan baik, tiktok tu sedap tapi I think masalahnya cadangan saya lah, kalau kita selalu nak kejar quick wind ni, sampai 50 tahun takkan selesai. Saya rasa yang paling penting bukan nak kejar quick wind, yang paling penting nak kejar satu rangka yang holistik supaya generasi akan datang tu tak terkesan dengan banjir. Katakan hujan datang lebat tiga kali ganda daripada sejarah hujan lebat hari ini, rancangan kita infra kita kena bersedia supaya tak banjir.
Yang saya sebut tadi tu tetapi kita kena ingat, kalau kita tengok tadi yang saya sebut, 5 tahun kan. 5 tahun kalau 3 kali sidang dewan, 15 kali tu, 15 kali soalan sama dia akan tanya saya, sebab projek tak siap. Jadi sebab YB Infra nak kena jawab benda yang sama 15 kali jadi maksud saya, jangka panjang ada Yang Berhormat, saya dah sebut jangka panjang ada, keberkesanan auditing pun kita akan buat bawah ni, saya dah sebut tadi. Tapi quick wind tu kena ada jugak, quick wind bukan bermakna penyelesaian menyeluruh. Dia hanya bantu mengurangkan sikit impact dia, sebab kita kadang kesian tengok rumah dia baru beli perabot kena lagi, lepas tu kena beli perabot kena lagi, jadi tentulah siapa yang, takkan kita saja nak seronok berseronok tengok rakyat sedang menghadapi sengsara kesan banjir ni, tak ada siapa nak. Kalau boleh saya nak selesaikan benda ni, segera kalau boleh, tapi kemampuan kita itu setakat mana kita boleh buat. Kalau kita boleh percepat 5 tahun jadi setahun, saya bersedia buat, bagi tahu saya teknologi mana, setahun kita siapkan. Malah dalam rancangan saya di depan Yang Amat Berhormat PMX sendiri Perdana Menteri, saya sebut sendiri salah satu langkah besar kita ataupun macam tadi SJAM tadi untuk bekalan air langkah satu langkah yang game changer dipanggil, ialah highway air yang mana buat di Saitama, Jepun yang saya pergi turun ke bawah dengan di Kawasaki kena bawa air daripada Kuala Lumpur dan Selangor terus ke laut. Sebahagian yang lain akan diuruskan oleh sungai itu game changernya dan dalam pelan induk nanti kita akan kaji dan kita, saya yakin itulah salah satu lagi solution penambahbaikan dalam sistem pengurusan banjir bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Itu saya sebut semua ni jadi saya harap benda ni dapat kita bagi perhatian dan saya yang, saya nak pergi kepada beberapa minit ni, saya nak pergi kepada isu yang saya dah menjawab banyak tentang isu food security atau bekalan makanan dalam soalan-soalan saya banyak sebut tapi isu babi ni telah dibangkitkan, jadi saya kena sentuh sikit dan kita, saya patik menjunjung titah Tuanku, berhubung dengan arahan untuk tiada lagi ternakan babi negeri Selangor, jadi langkah daripada Kerajaan Negeri ya, langkah daripada kerajaan Negeri ialah ada beberapa perkara. Pertama daripada awal lagi, tentang isu bila ada serangan penyakit ASF ni atau African Swine Fever ni, kita dah lihat saya dah sebut tadi, semasa soalan pagi tadi oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tentang isu daging
babi, kita telah melihat penurunan SSR ataupun Self-Sufficiency Ratio menurun daripada 60% kepada 10-15%. Jadi kita dah ambil tindakan dan meluluskan pengimportan daripada Sarawak, yang dah certified disahkan memang bebas daripada penyakit ini, bawa melalui Pelabuhan Kelang dan terus bawa ke pusat penyembelihan di Rawang, di Rawang itu, dan kita telah benarkan dan kalau ada permohonan pun kita akan pertimbangkan tapi syarat tu itulah, tidak boleh singgah di mana-mana dan dia tertutup cara hygienic, cara yang bersih bawa ke pusat penyembelihan dan juga daripada Perak sentiasalah daripada Perak ni, masuk kepada Selangor untuk pusat penyembelihan itu dan kita lihat juga bekalan dia supaya tidak terganggu kalau kita lihat dari segi SSR, ternakan di negeri Selangor ni lembu lagi rendah lembu 5% sahaja kambing 1% lagi rendah ini babi dia 60% sekarang dah turun ke 10-15% dan ayam yang tinggi, ayam yang tinggi dan ayam ada masalah dia sendiri, saya bukan kata tidak ada pencemaran, ayam ni pun kena diurus dan kita telah ada kita luluskan hala tuju ternakan ayam di Selangor ni, itu tidak berlaku kacau ganggu makna kita pastikan pengimportan berlaku supaya cukup bekalan daging babi bagi kegunaan masyarakat yang bukan Islam di Negeri Selangor dan kita pun kena faham kalau kita tidak ada, mereka tak cukup dia akan switch kepada ayam, ayam pula harga akan naik jadi ini merupakan perkara yang Kerajaan Negeri sebagai kerajaan bertanggungjawab kita cari jalan terbaik.
Yang keduanya kebajikan penternak babi. Saya dah beberapa kali membuat apa nama ni, libat urus dengan mereka dan kita sebahagiannya dah pun menukar kepada pertanian lain dan kita akan tengok lagi apa lagi bentuk kaedah penggunaan tanah. Saya untuk makluman semua, tanah-tanah yang terlibat, tanah-tanah persendirian ini, kalau dikira jumlah dia lebih kurang 350 ekar. Kalau dicampur, dia ada 114 ladang, lebih kurang 87, saya ingat semua, 87 penternak dan sebahagian dah pun berhenti ada yang kerugian puluhan juta pun ada, sebabkan bila dia bela, ternak sekejap mati, lepas tu beli lagi mati, mati, sebab penyakit ini sangat luar biasa. Dia dalam masa 2 hari, 3 hari, dia akan berdarah telinga, mata, semuanya, dia akan mati dan mereka kerugian besar. Kita kena prihatin mengenai juga kebajikan mereka dan kita akan cari jalan, Kerajaan Negeri bagaimana kita dapat bantu untuk mengurangkan kesan daripada penyakit ini dan juga isu berkaitan dengan ternakan babi ini dan tentang disebut oleh Yang Berhormat Sijangkang, Sijangkang pun tahu, dia pun lama ya isu pencemaran dan sebagainya kita akan tengok, sebab dia bukan murah untuk kos untuk buat pemulihan ataupun rehabilitasi kawasan-kawasan yang pencemaran dengan najis babi ini. Makna kita perlukan kos yang tinggi tapi kita akan tengok bagaimana kita boleh buat berperingkat-peringkat supaya dipulihkan kawasan-kawasan yang tercemar ini supaya untuk mengelakkan daripada berterusan dalam keadaan pencemaran malah kita rugi ya dia tidak produktif tempat-tempat ini dan saya tengok sekarang ini, saya melawat Morib pun dah bersih, tengok pantai-pantai pun kita sedang siap dah program hakisan pantai itu pun kita dah siap dan kita akan cantikkan lagi tempat itu untuk masyarakat di Selangor untuk ke Morib dan sebagainya. Jadi maknanya kita berterusan melihat bagaimana lagi kaedah yang kita boleh bantu untuk memastikan keterjaminan makanan dan juga kebajikan penternak-penternak babi
di kawasan, apa nama ni, Tanjung Sepat lah ya jadi dapat kita uruskan dengan baik. Ini antara beberapa perkara yang saya ....
Boleh sikit? Habis ni.
Ada tak peruntukan buat masa ini, terutamanya untuk menyelenggarakan pencemaran-pencemaran yang berlaku ini sebab saya masih dapat respons lagi untuk kawasan Tanjung Sepat dan juga kalau di Banting ni Teluk Bunut, sampai dia cakap dia tak nak anak dia terganggu perkembangan-perkembangan anak dia itulah ini daripada masyarakat yang bukan Muslim sendiri, jadi saya ingat ini perkara yang seriuslah, bahawa masih ada lagi walaupun ladang tradisional dah tak ada dah ditutup. Terima kasih.
Memang yang terbaru yang dibuat oleh apa, pengauditan yang dibuat oleh siasatan dibuat oleh pihak Jabatan Veterinar memang sudah tinggal dalam 11,000 ekor lagi tinggal yang dia kalau kena penyakit dia akan terus mati dan kita telah bagi kelonggaran, iaitu kelulusan supaya anak-anak babi ini dapat besar sebelum dilupuskan, tapi kita telah tidak benarkan apa nama ni, baru benda ini baru, baka baru masuk, itu memang kita telah hentikan dan lesen pun tidak diperbaharui. Mengikut dasar keputusan dasar titah Tuanku, maka kita akur kepada keputusan itu cuma itulah macam saya sebut tadi, mereka ni dia ada masa sikit lagi ni, beberapa bulan ni, dia akan habis lah. Saya ingat dalam beberapa bulan ni habis, selesai, sebab biasanya babi daripada anak dia sampai nak besar tu, lebih kurang 7-8 bulan lah dia perlukan masa itu untuk sebelum disembelih ya. Banyak saya belajar mengenai babi ni. Jadi walau bagaimana pun, itu tanggungjawab saya akan laksanakan yang terbaik dan saya lebih perhatian sekarang isu mengenai kebajikanlah kebajikan penternak-penternak babi ni yang kita akan tengok macam mana kita dapat boleh bantu kurangkan. Mereka pun ada keluarga ya, yang perlu kita ambil apa nama ni ambil beratlah bagaimana kita dapat bantu mereka, itu antara perkara tindakan yang akan kita laksanakan di bawah Kerajaan Negeri dan saya harap perkara ini kita janganlah dipolitikkan benda ni melibatkan juga makanan, melibatkan hak mereka untuk makan dan juga melibatkan kebajikan, saya tak minat benda tu sebab tu saya jarang komen benda-benda ni sebab saya lebih fokus kepada bagaimana saya boleh bantu untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan. Jadi ini pandangan saya dan pandangan negeri dan saya sentiasa mengemaskini laporan-laporan berkaitan dalam mesyuarat-mesyuarat MMKN yang diadakan. Itu sahaja daripada saya....
Yang Berhormat, ada sambung lagi selepas ini atau penutup terus?
saya ambil note lah, saya ada semua isu jalan ni saya tak banyak sangat tapi saya untuk makluman sebelum saya akhiri, untuk jalan ni kita dah luluskan untuk pelaksanaan jetpatcher teknologi baru untuk tampalan dia kerja tampal sahaja, kita dah peruntukkan RM25 juta pada semua jalan-jalan PBT mulai bulan 5 ni akan
mula. Dia kerja tiap-tiap hari tampal jalan je, ada yang mesin tu akan sampai peringkat-peringkat ada yang dah ada 2 biji, 2, kita akan laksanakan tampalan lubang sahaja untuk jalan PBT jadi lepas ni tidak ada kerisauan mengenai tampalan lubang.
Yang Berhormat dah tak sambung ya selepas ni?
Tak. Saya habis dah, saya rasa, terima kasih banyak-banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, apa lagi?
Paya Jaras, Paya Jaras. Sikit je.
Tak ada masalah.
Jangan risau, Matang Pagar tu kita dah selesai akan masuk MTES dah ada penyelesaian, isu-isu tentang itu apa load quarry
Yang Berhormat, sila tutup Yang Berhormat. Yang Berhormat EXCO.
Jadi saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat semua kerana beri sokongan dan kerjasama tak kiralah siapa dalam Dewan ni saya sentiasa mendapat sokongan yang baik moga usaha kita ini akan mendapat keberkatan dan Pandan Indah juga menjunjung kasih kepada segala titah Tuanku dan sentiasa mengikuti dan mendengar pandangan sebagai pedoman dan panduan kita. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Kerajaan Infra dan Pertanian, minta maaf ya, Infra dan Pertanian. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 petang)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Selamat Tengah Hari. Kita sambung semula sesi pembahasan dan penjelasan daripada pihak kerajaan. Saya dengan ini mempersilakan Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker, selamat sore kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi maklum balas, penjelasan dan respons kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Dan terima kasih kepada mereka yang telah membangkitkan isu-isu semasa perbahasan dalam Usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Antara Ahli-ahli Yang Berhormat, yang saya ingin saya respons, termasuk Hulu Kelang, tapi Hulu Kelang tak ada. Yang Berhormat Teratai, Yang Berhormat Paya Jaras, dia pun tak ada. Yang Berhormat Balakong, Yang Berhormat Sungai Kandis, Yang Berhormat Semenyih, Yang Berhormat Permatang, Yang Berhormat Sungai Burong, Yang Berhormat Sementa. Topik ini, semua saya kaitkan dengan pengurusan sampah KDEB dan sebagainya. Tadi saya tumpukan dua tiga group, PBT, pengurusan sampah, pelancongan dan sebagainya.
Tuan Timbalan Speaker, terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan, khususnya berhubung dengan terkait dengan isu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Berbagai perkara telah dibangkitkan merangkumi kecekapan, kutipan, struktur operasi KDEB Waste Management, peningkatan kos operasi, isu sampah haram, kapasiti pelupusan serta hala tuju jangka panjang pengurusan sisa pepejal negeri Selangor. Kerajaan Negeri menghargai setiap pandangan yang dikemukakan, dan ingin menegaskan bahawa aspek kebersihan awam merupakan keutamaan yang diberikan perhatian secara berterusan, kerana ia berkait langsung dengan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat negeri Selangor.
Isu Struktur KDEB yang banyak dibangkitkan dan kecekapan, Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri mengambil maklum kebimbangan berhubung dengan struktur pelaksanaan KDEB Waste Management. Termasuk rantaian sub-kontrak yang panjang, dalam hal ini, adalah ditegaskan bahawa KDEB Waste Management bertindak sebagai Projek Management Company (PMC) yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan perkhidmatan secara menyeluruh, merangkumi aspek operasi dan pengurusan kontraktor di lapangan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste Management, terus memperkukuhkan struktur pelaksanaan sedia ada, bagi memastikan rangkaian penyampaian perkhidmatan lebih tersusun, terkawal dan berakauntabiliti. Penambahbaikan
ini memberi tumpuan kepada pengukuhan pemantauan prestasi, penyelarasan operasi, serta penetapan standard perkhidmatan yang lebih jelas kepada semua pihak yang terlibat.
Matlamatnya adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara lebih cekap, konsisten dan berkualiti, di samping mengurangkan ketidakseragaman perkhidmatan yang berpunca struktur pelaksanaan yang tidak optimum. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri menegaskan bahawa sebarang kelemahan prestasi di lapangan akan ditangani secara tegas dan KDEB Waste Management sebagai PMC dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memastikan tahap perkhidmatan yang ditetapkan, dipatuhi oleh semua operator dan kontraktor di bawah seliaannya. Dari sudut operasi, berbagai langkah telah dan sedang dilaksanakan termasuk penyusunan semula jadual dan laluan kutipan. Penambah baik aset dan jentera. Peningkatan kekerapan kutipan di kawasan berkepadatan tinggi, serta pemantauan, pemantauan lebih rapi terhadap aduan dan hotspot kebersihan. Pendekatan ini, dilaksanakan secara bersasar mengikut keperluan setempat, termasuk di kawasan kampung, kawasan strata dan komersial.
Selain itu, bagi memperkukuhkan lagi perkhidmatan di luar bandar, Kerajaan Negeri pada 27 Februari 2026, telah meluluskan peruntukan khas berjumlah RM15 juta, bagi pelaksanaan inisiatif penambahbaikan pengurusan sisa pepejal di kawasan kampung di seluruh negeri Selangor. Peruntukan ini merangkumi, Tuan Timbalan Speaker, pelaksanaan intervensi segera di kawasan hotspot, di kampung serta perluasan liputan perkhidmatan di kampung-kampung yang sebelum ini, belum menerima perkhidmatan kutipan secara berjadual. Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan tiada kawasan khususnya komuniti luar bandar tercicir daripada sistem perkhidmatan kebersihan yang teratur, menyeluruh dan berkesan. Kerajaan Negeri bersetuju bahawa penggunaan teknologi moden perlu terus diperkukuh, diperluas dan di optimumkan dalam sistem sedia ada. Bagi meningkatkan ketelusan serta kecekapan pemantauan perkhidmatan.
Pada masa yang sama, berbagai teknologi telah pun diguna pakai, termasuk sistem pemantauan berasaskan GPS, CCTV dan platform aduan digital, Kerajaan Negeri akan terus mempertingkatkan penggunaannya secara lebih menyeluruh termasuk ke arah pemantauan prestasi secara masa nyata dan bersepadu. Pendekatan ini penting bagi memastikan tahap akauntabiliti penyedia perkhidmatan diperkukuhkan di samping meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan di kawasan masing-masing.
Tuan Timbalan Speaker, pendirian Kerajaan Negeri Selangor terhadap Akta 672. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat, yang menyentuh...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Ya, silakan.
Sebelum masuk.
Ya, ya, silakan, Kota Kemuning.
Ke 672. Saya nak tanya berkenaan prestasi KDEB dalam isu kutipan sampah. Yang Berhormat telah pun mencadangkan bahawa kita menggunakan IOT ataupun teknologi untuk menjejak GPS, berkenaan lori-lori tersebut. Isu sekarang adalah, bagi penduduk untuk mendapat tahu adakah GPS ini available, bagi penduduk dapat tahu, di mana lori tersebut. Sama ada lori itu masuk ke kawasan mereka untuk kutipan sampah. Adakah kita bersedia mengadakan satu dashboard, untuk tujuan pemantauan lori-lori tersebut masuk ke kawasan untuk tujuan kutipan sampah. Itu soalan saya.
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Kemuning, yang juga
EXCO, Yang Berhormat EXCO, ada yang bangun, boleh.
Sekalian. Bersekalian.
YB DATO’ DR. AB HALIM BIN TAMURI
: Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya nak minta pandangan, apakah polisi Kerajaan Negeri terhadap penggunaan CCTV, dalam pemantauan pembuangan sampah secara haram. Khususnya di kawasan-kawasan yang kampung, yang mana kadang-kadang kita dapati, yang buang sampah ini, bukan nya orang situ, tapi orang lalu lalang dan kadang-kadang industri pun tolong buang kat situ. Apakah polisi ini dilaksanakan di semua kawasan dan apakah perancangan CCTV, dalam beberapa PBT yang ada khususnya di kawasan MBSA, MPS dan juga di kawasan MPKS. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning dan juga Yang Berhormat Paya Jaras, yang prihatin tentang isu kebersihan dan juga bagaimana penggunaan IOS ataupun GPS termasuk CCTV khususnya untuk memantau, memastikan lori-lori yang masuk ke lapangan, masuk ke sanitary land field. Mereka betul-betul masuk, bukan curi tulang, pusing sana, pusing Selangor dulu. Itu tak boleh, kena masuk ke sasaran, masuk ke sasaran. Ke mana, ke tapak pelupusan sampah. Tiap-tiap hari kena masuk ke situ. Saya tahu. Sebelum ini, kita apabila tidak ada GPS, mereka berhenti di situ sementara, kemudian jual barang lusuh, jual barang second hand, recycle, kemudian pusing ke tempat lain, kemudian baru masuk. Ini antara perkara yang menyebabkan mutu perkhidmatan itu tergendala dan terjejas. Kita ambil maklum perkara itu. Dan kita nak pastikan semua GPS
dipasang di lori-lori ini, boleh kita track, dan boleh kita tahu mana mereka berada. Dan tv, command center. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ada masa, boleh datang ke pejabat KDEB Waste Management, tingkat 18, di Shah Alam. Datang tengok, di mana command center mereka. Kita tengok mana kawasan, lori itu masuk ke tak masuk, pergi ke mana, kita boleh jejak. Ada buat lawatan sambil belajar, dan untuk mengetahui, boleh kita jemput datang, dengan, boleh berhubung dengan KDEB.
Ya, Yang Berhormat, dengan soalan saya adakah GPS itu ada akses bagi penduduk dapat tahu. Kita boleh jejak tetapi untuk penduduk, mereka nak tahu, sama ada lori ini masuk ke kawasan perumahan mereka untuk kutipan sampah atau tidak.
Cadangan tersebut, Yang Berhormat, boleh dipertimbangkan. Mungkin kita boleh melalui persatuan penduduk dan sebagainya. Mungkin untuk setiap orang, mungkin kita agak payah sikit, mungkin melalui persatuan penduduk dan sebagainya. Nanti kita terokai apa kaedah yang terbaik yang boleh kita jejak mereka. Jejak ulat sampah atau jejak mereka yang bawa lori masuk ke tempat, masuk ke kawasan, dan sebagainya. Saya mengambil maklum tentang perkara tersebut.
Sekinchan
Kemudian dengan Paya Jaras, yang tadi mengatakan sampah haram
Seri Serdang bangun.
Belum lagi, saya maklum kepada maklum balas dulu, ya, kepada Paya Jaras. Di mana sampah haram itu. Kadang-kadang di kampung-kampung, datang bukan daripada orang kampung pun. Mereka datang daripada orang luar. Datang buang sampah ke situ dan sebagainya. Akhirnya kita gagal, gagal memantau siapa yang buang, dan menjadi berlonggok, akhirnya menjadi isu besar, jadi tapak pelupusan sampah haram kecil-kecilan, di sini di sana. Akhirnya, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Itu yang menyebabkan lost control. Tapi, Tuan Timbalan Speaker, perkara ini, kita telah ambil maklum dan pihak penguat kuasa daripada PBT dan sebagainya, semua akan diarahkan untuk membuat pemantauan, penguatkuasaan secara berkala, lebih kerap, itu satu. Yang kedua, penggunaan CCTV. CCTV ini kita, kalau, seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, PJ, Subang, yang bertaraf bandaraya, mereka mempunyai kewangan yang lebih, kita akan minta mereka pasang CCTV di kawasan-kawasan hotspot sedemikian. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, kita juga minta mereka cuba sedaya upaya untuk kita lebihkan CCTV ini, di kawasan hotspot ini, untuk kita nak tangkap, nak cekup ulat sampah ini. Supaya masyarakat kita hidup dalam keadaan bersih. Dan kerjasama daripada ADUN, Yang
Berhormat semua, juga amat di alu-alukan. Dan kerjasama daripada NGO dan orang ramai, supaya bagi respons, siapa masuk buang sampah, tolong ambil gambar, dengan no platnya dan sebagainya. Hantar kepada pusat aduan dan sebagainya. Kita akan jejak mereka, tangkap mereka. Itu antara matlamat utama kita. Silakan.
Terima kasih Sekinchan. Saya meneliti perbahasan ataupun penggulungan daripada EXCO Sekinchan. Cuma saya nak tumpukan kepada kampung tradisi ini. Di kampung-kampung ini, kutipan sampah ini yang berbentuk kepada tempat pengumpulan berpusat, kebuk-kebuk sampah. Dan di kawasan kampung tradisi sekarang ini pun, dah ada dikenakan cukai pintu, kepada mereka-mereka, ikut syarat yang tertentu. Masalah sampah ini datang daripada rumah-rumah sewa. Bertingkat-tingkat rumah sewa ini. Dan juga, kebanyakannya menghuni rumah sewa adalah pendatang asing. Apakah ada perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk mengenakan cukai pintu juga kepada rumah-rumah sewa ini, terutama yang menyewakan kepada pendatang asing.
Terima kasih, Seri Serdang, Kajang silakan.
Sekali dengan Kota Damansara pun, sekali.
Terima kasih, Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sekinchan. Untuk isu seperti di Sungai Long dan BMC, ada longkang yang tidak dicuci, bukan hanya satu dua bulan, satu dua tahun, tapi beberapa tahun. Persoalannya, macam mana mengelakkan benda ini berlaku lagi? Adakah bayaran masih bayar, kalau mereka tidak cuci?
Okey, terima kasih Yang Berhormat EXCO, soalan saya sebelum EXCO pindah ke Akta. Kita tau KDEB mempunyai 1,000 kontraktor, khususnya yang kutip sampah. Cuma dari segi sampah domestik, tak ada isu, Yang Berhormat EXCO, yang masalah ialah sampah pukal, sebab mereka ini tak dapat subsidi diesel. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah Yang Berhormat EXCO bersama KDEB merancang untuk berjumpa dengan kementerian untuk dapatkan mereka tergolong, untuk dapatkan subsidi. Sebab masalah kalau sampah pukal, masalah isu dia, macam nak ambil sampah haram ini, kontraktor sampah pukal yang akan ambil, tapi diorang tak boleh nak buat dua trip, tiga trip, sebab diesel terlalu tinggi dan mereka tidak tertakluk dalam subsidi ni. Jadi saya harap mungkin Yang Berhormat EXCO boleh bagi penerangan dan bagi tahu apa perancangan pada masa akan datang.
Baik, Tuan Timbalan Speaker. Respons kepada Yang Berhormat Seri Serdang tadi di Kampung Tradisi. Selama ini Kampung Tradisi ada yang kita kenakan cukai pintu, ada yang tidak. Dan juga kutipan tu tidak menyeluruh. Kadang
ada yang tempat kita masuk, ada yang tidak kita masuk. Dia ada skop kerja yang tersendiri. Itu kita sendiri maklum ya. Ada kelemahan. Memang ada kelemahan kita akui, tapi sekarang oleh kerana kerajaan negeri memandang serius dengan teguran titah daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kita telah, YAB Dato Menteri Besar telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk kita selesaikan isu-isu yang berkaitan ini. Seperti di kampung dan juga hotspot. Itu kita selesaikan. Kedua, tentang ramai yang sewa rumah-rumah mereka kepada pendatang asing, dan ini menyebabkan sampah berlebihan. Sepatutnya sampah hanya sekadar ini saja, 2kg atau 3kg. Tiba-tiba jadi 10kg. Sebab orang itu berlebihan dalam rumah tersebut. Semua rumah sewa orang asing. Ini mungkin kita akan, cadangan ini baik. PBT bersama KDEB kita akan duduk untuk teliti bagaimana kita nak kenakan surcharge. Caj tambahan kepada mereka. Mungkin bukan cukai pintu atau surcharge. Sebab sampah mereka lebih daripada sampah orang lain. Kita tak ada tanggungjawab untuk bersihkan sampah mereka. Minta mereka bayar tambahan. Itu antara kemungkinan yang akan kita lakukan. Yang ketiga, tentang Kota Damansara yang mengatakan bahawa oleh kerana KDEB ada 850 roro. Yang 850 roro ini tidak kategori dalam subsidi diesel. Mereka tidak berhak menerima. Jadi kos mereka bertambah. Bagaimana kita nak bincang dengan Kementerian dan sebagainya. Ini nanti dalam ucapan saya akan cuba respons, dan saya akan terus. Okey, Pelabuhan Klang dulu. Sebelum saya pergi AKTA 672.
Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat Pembuat Pelabuhan Kelang. Ini berkenaan dengan lori kompaktor sampah KDEB. Saya cuma nak mohon kepada pihak Yang Berhormat Sekinchan untuk membuat kajian semula tentang lori kompaktor sampah KDEB ini yang sekarang ini di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang di mana dulu sampah-sampah di kampung ini kita buang sampah secara pukal di tong-tong besar. Tetapi apabila lori kompaktor KDEB mengutip sampah di setiap rumah. Di rumah-rumah kampung. Kita ada masalah lain pula. Sebab lori kompaktor KDEB ini berat 20 tan. Besar, dan jalan-jalan kampung ini hanya mampu bertahan untuk kenderaan berat bawah 8 tan. Ada jalan itu yang 5 tan, jalan kecil dan sekarang kita ada masalah kerosakan jalan pula. Selepas lori kompaktor sampah KDEB ini masuk 3 kali seminggu di kawasan-kawasan kampung. Jadi boleh tak dibuat kajian semula untuk bagaimana nak mengelakkan kerosakan jalan disebabkan oleh lori kompaktor KDEB ini. Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Backbencher Pelabuhan Klang yang bagi satu isu yang memang kita hadapi di lapangan. Sebelum ini kampung ini kita tak banyak masalah. Sekarang apabila kita masuk kita nak bersihkan sampah-sampah. Tapi oleh kerana setengah tempat lorong kecil, jalan kecil. Jalan kecil, lorong kecil, tapi kompaktor itu besar. Ada yang sampai 18 tan, 20 tan. Apabila masuk kerap masuk ke jalan kecil seperti ini muatan dengan tanggungan itu tidak setimpal. Akhirnya jalan rosak berlubang-lubang. (Bahasa Jawa) dengan izin Tuan Timbalan Speaker. Maka bagaimana kita selesaikan? Caranya pendekatannya senang. Kita akan gunakan lori yang
berskala kecil. Termasuk ada yang roda tiga dan sebagainya. Kita akan pertimbangkan kaedah tersebut untuk pastikan sampah-sampah di kampung ini boleh dikutip tanpa merosakkan jalan-jalan kampung ini. Itu akan kita pertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Saya teruskan ya Tuan Timbalan Speaker dengan pendirian mengenai AKTA 672.
Yang Berhormat, sikit.
Haa okay okay, Batu Tiga.
Yang Berhormat, saya ingat saya tak perasan kalau Yang Berhormat ada sebut tentang pemandu lori KDEB ini. Pernah dalam satu ketika kebetulan ditangkap pemandunya bukan warganegara. So apakah ini akan berulang lagi masalah yang sama? Sebab ketika ada JPJ buat sekatan dan sebagainya kebanyakannya lori ini tidak beroperasi. Dia ambil langkah semuanya parking di tepi jalan dan sebagainya. Kita harap benda itu tidak berlaku la. So apa jaminan daripada Yang Berhormat EXCO sendiri?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Memang isu ini satu ketika menjadi sensasi di mana banyak lori-lori kompaktor daripada KDEB dan sebagainya telah dikaitkan dengan pemandu-pemandu warga asing. Kita panggil dia PEWA. Pemandu warga asing, PEWA ini. Memang sekarang ini dengan harga yang ditawarkan oleh PBT kepada KDEB dengan kontraknya selepas tujuh tahun kontraknya tetap berganjak sedikit dan sebagainya. Jadi ada kekangan untuk kontraktor-kontraktor tempatan untuk mengambil pekerja-pekerja tempatan. Itu satu cabaran. Kita harus akui itu satu cabaran. Yang kedua, apabila kita bagi gaji RM3,000-RM4,000 iklan satu minggu pun, kadang-kadang dua minggu datang kerja dua-tiga hari orang tempatan kemudian mereka letak jawatan. Sebab kerja pembersihan sisa pepejal sampah ini dia tergolong dalam tiga D. Difficulty, Dangerous, Dirty. Kotor, (Bahasa Jawa). Pagi sampai ke petang. Tak ada cuti. Setahun 365 hari. Jadi orang tempatan ini ada kenduri kahwin, ada kematian, ada macam-macam. Jadi mereka tidak mahu kerja ini. Walaupun gaji RM4,000, kadang-kadang pun ada yang tak nak. Belum campur OT lagi. Ini cabaran untuk KDEB. Namun begitu, pihak KDEB kita tetap mengambil langkah supaya ini tidak menjadi isu. Jadi kita telah bagi tahu semua kontraktor-kontraktor mesti utamakan dalam kontrak, mesti gunakan pekerja tempatan. Dengan apa cara sekalipun, jangan menggunakan alasan untuk mengupah pekerja asing. Kalau mereka upah pekerja asing, tanggung sendiri samannya dan sebagainya. Apabila samannya terlalu banyak, kita akan potong terus bayaran kita akan potong. Sebab mereka telah menyebabkan nama baik reputasi imej KDEB Waste Management terjejas ataupun tercalar. Ini yang masalah. Jadi perkara ini, KDEB dan pihak Kerajaan Negeri maklum tentang perkara ini. Kita akan cuba minimakan penggunaan tersebut. Jadi untuk hendak selesaikan 100%, dalam
masa terdekat, kita tak berani jamin. Sebab dia perlu melalui prosesnya. Dan kita perlu galakkan. Dan paling terbaik adalah ini, solusi AKTA 672 yang akan saya perincikan. Berhubung dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Akta 672, Kerajaan Negeri mengekalkan...
Sungai Kandis bangun Yang Berhormat.
Ahh? Sekejap dulu, saya masuk dulu lah. Saya masuk dulu ya. Kerajaan Negeri mengekalkan pendirian bahawa sebarang keputusan akan dibuat secara berhati-hati. Berhati-hati ataupun (Bahasa Jawa). Dengan mengambil kira kepentingan negeri Selangor. Selangor bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Namun, perlaksanaan yang perlu memastikan. Satu, peranan dan keupayaan KDEB terus dimanfaatkan secara optimum. Secara dia sebagai peneraju. Itu prasyarat pertama. Kedua, kawasan luar bandar dan kampung tidak dipinggirkan. Tiga, autonomi negeri dalam menentukan dasar dan struktur pengurusan sisa tempatan kekal terpelihara. Perkara ini harus kita pertahankan. Perkara ini juga serang diperhalusi melalui rundingan lanjut di peringkat Persekutuan, bagi memastikan sebarang keputusan yang diambil benar-benar memberi manfaat kepada negeri dan rakyat. Ini antara proses rundingan dalam AKTA 672. Seterusnya, Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang kos operasi dan kebajikan kontraktor. Peningkatan kos operasi yang ditanggung seperti apa yang dikatakan oleh Kota Damansara tadi. Operator perkhidmatan khususnya berkaitan dengan kenaikan harga bahan api yang memberi kesan langsung kepada kelangsungan dan kualiti perkhidmatan di lapangan. Sehubungan itu, mekanisme ataupun mekanisma pelarasan kos seperti Fuel Adjustment Factor (FAF) atau Variation of Price (VOP), ataupun kaedah bersesuaian sedang diperhalusi bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan tidak terjejas. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Timbalan Speaker oleh kerana tadi pasal roro itu 850, tiada subsidi dan sebagainya, maka kita akan minta kepada Kementerian untuk masukkan ini, dipertimbangkan supaya boleh mendapat subsidi. Kalau tidak, tanggungan itu sangat berat. Kita dah kira, saya dah maklumkan kepada YAB Dato' Menteri Besar, salam RM4 juta, masuk saja saya salam RM4 juta. Yang Amat Berhormat masuk, salam RM4 juta. Kita perlukan wang tambahan setiap bulan. Bukan setengah tahun, bukan satu tahun (Bahasa Jawa) dengan izin, setiap bulan RM4 juta. Kalau 10 bulan dah RM40 juta. Bengkok, bukan-bukan senang. Ini satu bebanan besar. Namun begitu, kita akan cuba lakukan terbaik supaya kerajaan boleh masukkan, supaya roro ini boleh dapat insentif khas ataupun diberi subsidi. Silakan, Subang Jaya.
Terima kasih, YB EXCO. Berkaitan dengan roro juga, kita difahamkan bahawa dalam kontrak sebelum ini, bahawa muatan roro adalah 3 tan. Tetapi kalau ikutkan peruntukan JPJ yang baru ini, sekarang setiap roro hanya dihadkan 2 tan. Jadi untuk harga yang sama yang kita bayar untuk kutipan, mereka kena sekurangnya tambah satu trip lagi untuk cukupkan kutipan sampah. Sebab muatannya dah turun daripada
3 tan kepada 2 tan. Jadi adakah kita akan berunding dengan JPJ dengan berkenaan perkara ini ataupun adakah kita akan berunding dengan majlis supaya kita semak semula perjanjiannya sebab ini juga merupakan masalah kos dan di samping itu menjadikan masalah operasi di lapangan YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya, kerana prihatin terhadap kos-kos operasi ini. Memang betul, di mana lori roro dulu boleh 3 tan, sekarang boleh jadi 2 tan dan sebagainya. Semua telah menyebabkan kos bertambah, meningkat. Jadi bagaimana kita nak atasi? Antaranya yang seperti yang dibincangkan, kita perlu berbincang dengan pihak JPJ, pihak Kementerian dan juga bincang dengan majlis PBT, semak kontrak, tambah duit lagi sikit supaya sama-sama menanggung. Kita nak pastikan sektor-sektor yang essential ini tidak boleh tergendala. Apabila tergendala seperti satu ketika di Subang, ramai orang bising, rakyat bising dan Yang Berhormat Subang Jaya juga akan mendapat banyak aduan. Jadi saya mohon maaf dalam perkara ini. Namun begitu, kita dah selesaikan. Itu waktu transaksi. Sekarang transisi, sekarang kita dah selesaikan. Jadi, kita teruskanlah bagaimana untuk selesaikan isu pengurusan sampah. Sungai Kandis.
Okay terima kasih Yang Berhormat EXCO. Memandangkan masalah KDEB, kutipan sampah ini, saya perhatikan boleh dikatakan keseluruhan yang mengadu tentang masalah sampah ini. Jadi saya ingin bertanya, adakah ditetapkan sebarang KPI kepada kontraktor pungutan sampah ini dan adakah sebarang, sekiranya ditetapkan KPI, adakah mereka ini dikenakan penalti dan sebagainya sekiranya tidak dapat mencapai KPI tersebut. Walau bagaimanapun, saya ingin tegaskan di sini yang di Sungai Kandis, Alhamdulillah, nampaknya KDEB memberi dikatakan servis yang cukup baik walaupun masih ada masalah-masalah tetapi kita tetap memahami masalah teknikal yang mereka hadapi. Cuma saya nak kepastian ada KPI.
Terima kasih Sungai Kandis. Memang kita cuba lakukan yang terbaik, termasuk kawasan pembangkang pun kita bersihkan dengan lebih baik. Tak ada isu kita tidak bantu, semua kita bantu. Jadi terima kasih Sungai Kandis telah buktikan, bagi tahu bahawa kawasan Sungai Kandis kita lakukan kerja yang terbaik. Tahniah kepada KDEB, juga tahniah kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang dan Shah Alam. Tapi yang pentingnya, ada sistemnya. Di mana KPI ada kita tetapkan beberapa aduan, kemudian lepas aduan tersebut kita akan kenakan NTC, bagi kompaun dan mereka akan kenakan potongan dan sebagainya. Dan apabila rekod mereka lembab, konsisten begitu, sampai satu masa mereka juga akan diberi amaran terakhir dan akan di terminate. Ini juga akan berlaku. Ada sistemnya, kita akan lakukan yang terbaik. Perkara ini akan kita ambil maklum. Terima kasih Yang Berhormat. Isu sampah haram..
Jeram.
Haa Jeram, haa Jeram sila.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya difahamkan kesemua PBT-PBT di kawasan Lembah Klang, melupuskan sampah melalui lori-lori KDEB ini di Landfill Jeram. Saya mendapat aduan antara punca utama mengapa lori-lori KDEB ini tidak mempunyai cukup masa untuk memasuki kawasan perumahan mengutip sampah dan sebagainya. Antara sebabnya adalah keadaan yang tidak sistematik dan efisien di dalam Landfill Jeram. Sebagai contoh, infrastruktur keadaan yang berada dalam Landfill Jeram ini. Seperti jalan yang masih lagi tanah merah dan apabila musim hujan lebat, lori-lori roro sampah ini dengan muatan yang beratnya akan berlonggokan sangkut, ada yang terbalik, ada yang terbenam. Dan juga sistem melupuskan sampah ini dalam Landfill Jeram ini tidak efisien menyebabkan backlog ataupun lori-lori ini tergendala. Jadi ini menyebabkan mereka tidak ada cukup masa untuk mengejar trip tadi, nak hantar balik, nak pergi kutip sampah di seluruh kawasan Lembah Klang. Saya minta Yang Berhormat EXCO tolong perjelaskan. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Yang prihatin dan fokus tentang isu tapak pelupusan sampah di Jeram ini. Memang Jeram ini sekarang kita, setiap hari. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setiap hari kita menguruskan lebih kurang tiga hingga lima ribu tan sampah daripada berbagai tempat termasuk Selayang dan sebagainya. Semua akan masuk ke landfill tersebut untuk melupuskan sampah, buang sampah dan sebagainya. Dan oleh kerana kapasitinya yang begitu besar telah menyebabkan conjested jammed dan sebagainya. Ada kalanya waktu hujan, waktu hujan satu trip sampai ke situ lepas tengah hari pun belum keluar daripada situ. Mereka terpaksa beratur tiga jam, empat jam. Daripada Selayang lagi jauh. Kadang-kadang lima jam. Maknanya satu hari hanya boleh satu trip. Dua trip pun tak mampu. Itu yang jadi masalah. Perkara ini akan diteliti dan pihak Worldwide selaku pengendali, kita telah sentiasa bertemu untuk memastikan mereka up grade. Up grade apa? Up grade jalan. Jalan tanah merah itu boleh kita belajar daripada landfill di kawasan lain yang lebih moden. Bagaimana mereka gunakan teknologi yang lebih moden. Jalan boleh ubah. Mungkin boleh gunakan jalan batu dan jalan tar dan sebagainya supaya isu-isu tergendala ini tidak berlaku dan menjimatkan masa. Itu akan kita ambil maklum. Dan kemudiannya, isu tentang apabila kita banyak sangat lori tersebut, kita akan gunakan cara lain. Nanti ada solusinya saya akan beritahu bagaimana kita akan kurangkan penumpuan sampah-sampah di situ. Ada solusi dan teknologi yang akan kita lakukan. Terima kasih, Yang Berhormat Jeram.
Dan isu sampah haram dan penguatkuasaan pengubahsuaian premis. Isu sampah haram terus diberi perhatian serius khususnya di kawasan hotspot. Kerajaan Negeri memperakui tindakan memperkukuhkan tindakan melalui satu penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pelaku. Dua, pemantauan bersepadu bersama agensi berkaitan serta penetapan akauntabiliti kepada semua pihak terlibat termasuk pemilik tanah dan pengangkut. Seterusnya,
pendekatan berdasarkan data, berasakan data dan pemantauan pintar turut dipertingkatkan bagi membolehkan intervensi awal dilaksanakan secara lebih tepat, sekali gus mengurangkan keterbegantungan kepada tindakan reaktif semata-mata. Dalam masa yang sama, isu pengubahan premis kediaman kepada penggunaan berkapasiti tinggi tanpa kebenaran juga sedang ditangani secara lebih tegas melalui tindakan penguatkuasaan oleh PBT. Dan seterusnya Kerajaan Negeri menegaskan bahawa pengurusan sisa pepejal dilaksanakan secara berstruktur melalui kerangka dasar Negeri. Tumpuan diberikan kepada pengurangan sisa di punca. Pengasingan dan kitar semula (recycle). Pemulihan bahan dan ekonomi kitaran. Circular economy, dengan izin, dan pembangunan fasiliti pengurusan sisa yang lebih moden dan mampan. Dalam konteks ini pembangunan teknologi, untuk Jeram ya. Waste To Energy (WTE) merupakan antara komponen penting dalam strategi negeri bagi mengurangkan keterbegantungan kepada tapak pelupusan serta memperkukuhkan kelestarian sistem pengurusan sisa dalam jangka waktu yang panjang. Sebagai langkah ke hadapan, kemudahan WTE (Waste To Energy) pertama di negeri Selangor, telah mula beroperasi sepenuhnya pada mulai 1/4/2026 dengan keupayaan pemprosesan sekitar 1200 hingga 1300 tan sisa pepejal sehari. Pelaksanaan ini menjadikan pemangkin kepada transformasi sistem pelupusan sisa negeri ke arah pendekatan yang lebih moden, efisien dan mampan.
Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri menjunjung serius teguran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor berhubung tahap kebersihan negeri sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab. Komitmen Kerajaan Negeri adalah jelas. Setiap peruntukan yang dibelanjakan mesti diterjemahkan kepada perkhidmatan yang benar-benar berkualiti, cekap dan memberi impak kepada rakyat. Fokus kita bukan sekadar mengurus sisa. Tetapi membina satu cara yang moden, terus, responsif dan mampan. Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam soal kebersihan awam dan komitmen ini akan terus diterjemahkan melalui tindakan yang tegas. Penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta sistem pengurusan sisa yang diyakini rakyat. Agenda ini menuntut komitmen bersama semua pihak di Dewan yang mulia ini demi kepentingan rakyat negeri Selangor. Ini isu sampah WTE dan seluruhnya lah. Saya telah rangkumkan dan seterusnya saya akan buat respons soal prestasi PBT. Tetapi memandangkan Hulu Kelang tak ada saya tak perlu luangkan masa. Saya teruskan kepada yang lain.
Tuan Timbalan Speaker, berkaitan dengan sikit soal PBT. Untuk makluman pihak majlis berkaitan isu banjir di, ini berkaitan banyak isu banjir yang besar-besar. Tebatan dan sebagainya. Mitagasi telah dikongsi oleh Yang Berhormat Pandan Indah dan saya ambil sedikit berkaitan dengan PBT lah. Untuk makluman, pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah dengan beri maklumat kepada Yang Berhormat Bukit Gasing dan MBPJ telah membuat semakan berhubung isu banjir yang berlaku di kawasan hadapan Pasar Jalan Othman. Hasil semakan didapati bahawa antara punca yang dikenal pasti adalah berkaitan binaan lantai tanpa kebenaran yang telah memberi kesan kepada laluan air serta menyebabkan aliran air
tidak berjalan dengan lancar. Selain itu terdapat juga isu longkang tersumbat di kawasan berkenaan. Sehubungan itu, kerja-kerja pembersihan longkang akan dilaksanakan oleh pihak KDEB Waste Management bagi memastikan aliran air dapat dipulihkan dan mengurangkan risiko berlakunya takungan air dan banjir kilat di kawasan tersebut. Bagi isu banjir yang direkodkan di Seksyen 18 pula, pihak majlis sedang mengambil tindakan. Isu Seksyen 18, susulan melalui penyelarasan bersama pihak berkaitan satu perjumpaan bersama DBKL dan juga pemaju Mah Sing dijadualkan akan diadakan pada bulan Mei 2026. Bagi membincangkan syarat serta keperluan menaik taraf longkang yang bersambung dengan sistem saliran di bawah seliaan majlis. Dalam masa yang sama, pihak majlis juga sedang dalam proses semakan sempadan parit. Hujan lebat di kawasan sempadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tujuan penyelarasan kerja-kerja pembersihan berkala, Langkah ini penting ya. Langkah ini penting untuk kita nak pastikan isu-isu berbangkit dapat diselesaikan. Dan bagi memastikan tanggungjawab penyelenggaraan dapat diselaraskan dengan lebih jelas. Antara pihak-pihak yang berkaitan. Jadi mesyuarat akan dibuat dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, ya, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Kebanyakan isu banjir di DUN Bukit Gasing dah diselesaikan. Tetapi isu di Seksyen 18 ini berkait dengan Kuala Lumpur. Di mana air mengalir daripada Seksyen 18, Petaling Jaya ke Kuala Lumpur dan tersekat di sana. Saya dah lama, bertahun-tahun tunggu MBPJ menyelesaikan dengan DBKL walaupun mesyuarat seterusnya adalah dalam masa terdekat, hakikatnya sudah beberapa tahun penyelesaian ini belum sampai. Mungkin sudah sampai masanya, kekuatan negeri digunakan untuk membantu MBPJ berurusan dengan DBKL untuk menyelesaikan masalah ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gasing yang telah berjuang untuk menyelesaikan isu sempadan dan sebagainya bertindih dengan DBKL. Lama dah isu ni. Jadi saya minta lah, pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya kali ini kena bersungguh-sungguh selepas buat mesyuarat, bukan tinggalkan mesyuarat kemudian dibiarkan begitu. Lepas buat mesyuarat terus follow up satu persatu. Pastikan benda ni daripada A to Z selesai secara tuntas. Supaya Bukit Gasing dapat memberi satu perkhidmatan yang terbaik di kawasan Bukit Gasing. Ini paling penting ya. Saya akan panggil mereka lakukan. Saya akan follow up dari masa ke semasa.
Tuan Timbalan Speaker, isu status taraf Pasar Jalan Othman, PJ Old Town.
Yang Berhormat.
Ya, silakan.
Sebelum masuk ke topik lain, Ini berkenaan dengan Sri Muda, Bukit Kemuning dan juga beberapa kawasan di mana MBSA telah pun mengadakan satu cadangan kajian tebatan banjir di kawasan Sri Muda, Seksyen 25 sehingga 36. Tetapi peruntukan yang kita perlukan daripada, untuk menaiktaraf longkang-longkang di kawasan Sri Muda adalah lebih kurang 258 juta, untuk long term mitigation. Short term mitigation, kita perlukan 15 juta. Bila saya tanya MBSA bila kita boleh, kita ada kajian, kita ada cadangan, tetapi kita tak ada dana. So, saya minta Yang Berhormat untuk membantu MBSA untuk menyelesaikan masalah ini. Kawasan Sri Muda, bukan kali pertama. Berkali-kali kami telah pun membawa perkara ini. Tetapi setiap kali bila kami ditanya, jawapan standard. Iaitu, tiada dana. So, saya harap sangat Yang Berhormat di bawah EXCO Yang Berhormat, boleh membantu saya untuk menyelesaikan once and for all. Ya. Baru-baru ini banjir kerana air tak dapat mengalir ke longkang JPS. Ini isunya. Dan setiap kali saya membawa masalah ini, kita masih ada push over. Saya minta Yang Berhormat membantu saya dalam perkara ini.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Isu bajet tebatan banjir memang perancangan tebatan banjir Seksyen 25 hingga 36. Di Kota Kemuning dari MBSA. Memang perancangan tu ada. Kadang-kadang dana itu jadi masalah, ya. Kalau long term tadi saya dimaklumkan 258. Short term 15 juta. Jadi saya akan cuba bincang dengan EXCO Yang Berhormat Infra Pandan Indah dan MBSA, bagaimana kita boleh guna secara dua, tiga peringkat. Bagaimana untuk selesaikan lah. Kalau tidak, benda ini akan terus berlaku di situ dan tidak ada penyelesaian. Ya ini akan kita pantau dari masa ke semasa. Terima kasih, Yang Berhormat Kota Kemuning.
Sementa.
Ok. Silakan.
Dalam perbahasan saya ada menyebut tentang memohon status kerja-kerja membina pembetung jalan kapal bagi tebatan banjir Sungai Kapar Indah, di Batu 7 di bawah MBDK. Apa status yang terkini? Dan juga baru 25% siap. Dijangka siap pada 29/3/2026. Tapi report yang saya dapat pada 25 Mac, baru 25%. Bila akan siap? Sebab ia melibatkan trafik yang teruk di sebelah pagi. Daripada arah Klang Perdana, Taman Sri Sementa nak keluar ke jalan, Jalan Kapar. Dulu ada traffic light di situ. Tapi kini traffic light sudah dicabut kerana untuk membuka laluan daripada arah Kapar ke Klang. So, saya minta supaya diberikan perhatian khususnya trafik di sebelah pagi sementara nak tunggu ianya siap. Minta penjelasan.
Terima kasih, Yang Berhormat Sementa yang terus bekerja untuk pastikan isu yang berlaku di Sementa dapat diselesaikan. Baik, perkara ini
akan saya bincang dengan MBDK supaya kenapa tergendala dan sampai sekarang belum siap. Kita akan bagi jawapan bertulis.
Baik teruskan. Tuan Timbalan Speaker, untuk makluman, bangunan Pasar Othman, pihak majlis pada masa kini akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala bagi memastikan keadaan bangunan pasar sentiasa berada dalam keadaan selamat, berfungsi, sesuai digunakan oleh para peniaga serta pengunjung. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut akan dilaksanakan menggunakan peruntukan tahunan majlis mengikut keutamaan dan keperluan semasa. Berhubung dengan cadangan pembangunan semula atau naik taraf bersekala besar bagi bangunan pasar ini, perkara tersebut akan dipertimbangkan selepas kajian menyeluruh melalui penyediaan rancangan tebatan penggantian RT selesai dilaksanakan. Pada masa ini, Rancangan Tebatan penggantian tersebut sedang berada di peringkat publisiti awam selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Akta 172. Oleh sebab itu sebarang rancangan pembangunan semula atau naiktaraf pasar akan dinilai secara lebih menyeluruh selepas proses kajian publisiti awam dan penelitian perancangan tebatan dimuktamadkan. Ini untuk Yang Berhormat Bukit Gasing.
Seterusnya maklum balas kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Sedikit isu pengurusan sampah. Kebersihan. Tadi saya sudah bincang soal sampah. Tentang MBDK dan KDEB Waste Management. Bagaimana nak tambah kutipan, tambahbaik dan sebagainya bagi kutipan domestik. Perkhidmatan adalah seperti berikut:
1. Kawasan perumahan 3 kali seminggu 2. Kawasan kampung 3 kali seminggu 3. Kawasan strata setiap hari 4. Kawasan komersial setiap hari, 5. Kawasan industri setiap hari.
Bagi menangani isu longgokan sampah haram pula MBDK telah mengambil beberapa tindakan termasuk edaran notis dan kempen pengedaran tong sampah di kawasan perumahan komersial dan industri yang berisiko. Seterusnya, tindakan penguatkuasaan terhadap individu, syarikat, premis yang membuang sampah di tempat awam dan pelaksanaan OPS Statik di kawasan hotspot pembuang sampah longgok. Pengawasan ini akan dilakukan dari secara dari masa ke semasa. Dari segi pemantauan prestasi KDEB sentiasa disemak dan dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembersihan, Pengindahan Bandar yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh Datuk Bandar bersama Ahli Majlis serta jabatan dalaman Majlis Bandaraya DiRaja Klang.
Isu seterusnya, isu tindakan penguatkuasaan isu sampah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Majlis Bandaraya Diraja Klang turut menjalankan tindakan penguatkuasaan secara
berterusan terhadap pembuangan sampah haram. Secara keseluruhan tahun 2025 hingga Februari 2026 tindakan yang telah direkodkan meliputi, saya bagi sedikit angka, 21 notis, 1,443 kompaun, 127 sitaan. Tindakan ini melibatkan beberapa kategori seperti tapak pelupusan, sampah haram, pemantauan CCTV, pemeriksaan individu, pemeriksaan premis, tindakan terhadap kutu ataupun ulat sampah. Ini menunjukkan penguatkuasaan bukan sahaja dibuat secara aduan tetapi juga melalui pemantauan dan operasi lapangan secara aktif. Dan berdasarkan semakan MBDK, prestasi ya, prestasi KDEB bagi pengurusan sisa pepejal domestik di daerah Klang adalah pada tahap baik dan stabil iaitu 2023, 93.87%, 2024, 92.41%, 2025, 94.18%. Bagi pembersihan awam pula, prestasi ada berikut 2023, 87.42, 2024, 87.92, 2025, 89.75. Ini menunjukkan bahawa pemantauan prestasi sentiasa dibuat. Masih ada ruang penambah baik khususnya dalam aspek pembersihan. Kita akui masih ada ruang, ya.
Isu banjir saliran kawasan Klang, bagi isu penyelenggaraan longkang, tanggungjawab adalah dibahagikan mengikut kategori yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu melibatkan JKR, JPS, MBDK dan longkang parit monsun di bawah selenggaraan MBDK. Sebanyak 31 kerja pembersihan parit monsun telah dikeluarkan dengan kekerapan tiga bulan sekali dan empat pusingan setahun. Bagi penyelenggaraan kolam tadahan pula, MBDK telah mengeluarkan tiga kerja kontrak tahunan pembersihan dengan kekerapan enam bulan sekali iaitu dua pusingan setahun. Isu hot spot dan kawasan risiko banjir di Pelabuhan Klang, untuk makluman terdapat empat lokasi hot spot di kawasan Pelabuhan Klang, Kampung Teluk Gong, Kampung Teluk Gadung Indah, Kampung Kem Sungai Keladi, Jalan Syahbandar. Selain itu terdapat 21 lokasi kawasan berisiko banjir yang turut di pantau antaranya Taman Selat Damai, Lorong Chungga, Kampung Keladi Seri Pandamaran, Kampung Banting, Pandamaran, Bandar Sultan Sulaiman, Kampung Lerek, Kampung Rantau Panjang, Glenmarie Curve, Jalan Jepun, beberapa kawasan di Pulau Indah serta beberapa lokasi lain termasuk di Teluk Gong dan Kota Pendamar. Sebagai tindakan susulan MBDK turut melaksanakan usaha menaik taraf sistem perparitan di kawasan hot spot banjir bagi mengurangkan risiko kejadian itu terus berulang. Ha, ini untuk respons kepada Pelabuhan Klang ya. Seterusnya Pandamaran ya, isu juga monsun yang tersumbat. Untuk makluman, bagi penyelenggaraan longkang di saliran di kawasan Klang, tanggungjawab adalah dibahagi mengikut kategorilah seperti apa yang telah saya jelas tadi. Jadi kita akan pantau dari masa ke semasa tentang isu yang berlaku di Pandamaran supaya MBDK lebih kerap memantau kawasan situ bagi banjir kilat dan sebagainya dapat di kurangkan, hotspot juga dapat dikurangkan. Itu usaha komitmen berterusan daripada MBDK. Silakan Pandamaran.
Terima kasih Tuan, Dato’ Exco, cuma saya, sebab saya dah banyak kali, Pandamaran dah banyak kali bagi tahu, sebelum kontrak habis, kontrak baru perlu di award supaya kerja-kerja penyelenggaraan tidak berhenti. Dia ambil, lepas berhenti enam bulan, jadi kita dalam masa itu, kalau banjir, rakyat akan salahkan Majlis sebab takde penyelenggaraan. Jadi kontrak dia satu tahun. Jadi bagi saya kontrak itu dia pendek,
kadang-kadang dua tahun dia kata, kadang-kadang kontraktor tak perform. Jadi Pandamaran ingin menyerulah kepada pihak Majlis supaya carilah kaedah yang boleh terus sambung, apa kata, dia punya kontrak supaya tidak tergendala. Terima kasih Dato’ Exco.
Terima kasih Pandamaran. Saya ambil maklum. Mungkin kadang-kadang oleh kerana urusan-urusan tertentu dan sebagainya, mereka terlepas pandang atau pun sistem mereka tidak melakukan lebih awal. Sepatutnya kontrak yang lama, sebulan dua, tiga bulan lagi akan tamat, kontrak baru harus di panggil dan sebagainya supaya ada kesinambungan tu ada. Tetapi oleh sebab kadang-kadang sibuk dan sebagainya mereka terlepas pandang. Isu ini saya mintak pihak MBDK ambil maklum, supaya kita boleh sambung terus bertali arus, jangan ada berhenti, ada masa dua tiga bulan, tak tahu siapa nak selenggara dan sebagainya. Akhirnya banjir, Pandamaran Yang Berhormat kena marah. Saya faham perasaan Yang Berhormat apabila kena marah dengan pengundi, penduduk, bukan benda yang disebabkan oleh Yang Berhormatlah. Baik, saya akan terus perjuangkan isu ini. Baik, terima kasih.
Seterusnya berkaitan dengan Ijok. Ijok ya. Yang Berhormat Ijok, isu sungai penuh sampah, aduh, sampah ya. Reserve sungai tapak tadi Yang Berhormat Pandan Indah, dia dah sebut sedikit tapi saya tambah sedikit. Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah ambil beberapa tindakan di kawasan Seri Sentosa bagi menangani pembuangan sampah haram antaranya pasang banting larangan di laluan masuk, rondaan bersekala, keluarkan notis amaran, kompaun sitaan, korek parit selebar dua meter di laluan masuk supaya mereka tak boleh masuk, pasang dua unit CCTV dan laksana 65 operasi statik. Itu antara operasi yang kita lakukan. Secara keseluruhannya bagi tempoh 2017 hingga 2025, tindakan yang direkodkan 145 sitaan kenderaan, 313 kompaun dan 24 notis. Isu pelupusan sisa industri dan pemantauan kawasan, MPKS mensyaratkan semua industri mematuhi dasar ICI dan semua industri perlu melantik KDEB Waste Management untuk pengurusan sisa industri kecuali sisa berjadual, schedule waste, sebagai syarat lesen perniagaan.
Sepanjang 2025, MPKS, Kuala Selangor turut melaksanakan 88 notis kompaun berkaitan kebersihan, 313 NTP, pemantauan kerja, kutipan sisa dan pembersihan awam, 288 laporan pemantauan penyedia, 328 program gotong-royong, 81 operasi penguatkuasaan dan 6 sesi perjumpaan taklimat bersama KDEB Waste Management. Bagi aduan awam, sasaran tindakan ialah aduan sisa pepejal tiga hari, aduan pembersihan awam tujuh hari. Pada tahun 2025 sebanyak 401 daripada 401 aduan telah diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan. Isu kilang pencemaran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ijok, sepanjang Januari hingga Disember 2025, Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah mengambil tindakan terhadap 13 kilang dan ladang ternakan ayam di sekitar Ijok yang menyebabkan kacau ganggu dan pencemaran. Pembakaran terbuka satunya, pelepasan sisa ke sistem perparitan, gangguan lalat, lalat sini sana, gangguan ni sebab mereka ternak ayam gunakan
cara yang lama. Premis kotor, tindakan yang telah diambil 12 notis, 7 kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perindustrian MDKS 2007.
Isu 12 KTK, kilang tanpa kebenaran yang telah diambil tindakan. Bagi isu KTK, notis yang telah dikeluarkan adalah 8 notis pada tahun 2025. 5 notis pada tahun 2026. Isu tindakan lebih tegas terhadap, termasuk penutupan kilang haram, pendakwaan terhadap ladang sindiket dan penyitaan aset sebagai langkah membendung aktiviti jenayah alam sekitar. Ha, ini saya memang cukup tegas. Kita tidak boleh biarkan mereka mencemarkan kawasan sekitar kita dengan e-wastelah dengan berbagai industri yang tidak diizinkan. Jabatan telah menetapkan 100 kompaun dan 100 notis bagi kesalahan kacau ganggu alam sekitar. Penguatkuasaan dijalankan oleh Jabatan adalah melalui penyampaian notis hapuskan kacau ganggu. Sebagai pemilik melakukan tindakan kebersihan atau apa, apa perkara yang menghapuskan kacau ganggu tersebut. Sekiranya didapati pemilik ingkar arahan notis tersebut, kompaun akan dikeluarkan mengikut peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang kecil yang termaktub. Namun begitu sekiranya sesuatu premis tersebut melakukan kesalahan yang sama berulang, berulang kali dalam tempoh tahun yang sama, pemilik akan berdepan dengan aktiviti penguatkuasaan yang di jalankan secara bersepadu sehingga menyebabkan penutupan sesuatu premis tersebut. Akan ditutup ya. Ini untuk respons kepada Ijok. Ya, silakan Ijok.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekinchan di atas jawapan yang cukup memberi keterujaan kepada Ijok pada petang ini, holistik. Tapi di atas, apa tadi, kompaun-kompaun yang diberikan, yang dikenakan, tetapi pembuangan sampah ini sebenarnya masih lagi beroperasi, sebagai contoh di Jalan Kampung Harmoni. Hari ini kalau kita lihat kalau ada CCTV secara, hari ini, petang ini, masih ada lagi lori roro keluar masuk keluar masuk membawa sampah dan yang terbaru saya mendapat aduan dari penduduk, tanah orang kampung juga di ceroboh. Saya dah maklumkan kepada pihak Pegawai Daerah Kuala Selangor untuk tindakan selanjutnya dan saya masih lagi menunggu jawapan daripada beliau. Jadi saya mengharapkan kepada Kerajaan Negeri agar lebih tegas sampaikan di Ijok ini, sungai juga telah dicerobohi, hampir separuh sungai sampahnya dah berada dekat situ. Jadi saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk lebih tegas memastikan kelestarian alam ini terjaga. Terima kasih.
Yang Berhormat Ijok yang telah, dalam perbahasan banyak menyentuh perkara itu. Saya telah dengar dengan tekun dan jawapannya kita sediakan lebih complete kepada Yang Berhormat dan kita akan pastikan pihak Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor dan juga Majlis Perbandaran Kuala Selangor lebih kerap, lebih serius tumpukan di kawasan Ijok di mana ada orang suka buat e-waste la, KTK la, dan sebagainya, ceroboh kawasan tanah dan sebagainya, ini akan cuba kita lakukan yang terbaik supaya isu ini dapat diredakanlah, dikurangkan.
Seterusnya saya respons sedikit sahaja isu tentang Rawang. Untuk makluman Yang Berhormat, risiko banjir di DUN Rawang telah dapat dikurangkan melalui Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam, PISMA, yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran, JPS. Sehubungan dengan itu melalui kajian tersebut telah dapat mengenal pasti kawasan-kawasan hotspot dan risiko banjir selenggaraan Majlis Perbandaran Selayang yang berlaku di Rawang. Rintihan daripada itu, pihak MPS telah mengambil inisiatif untuk menaik taraf saliran hotspot banjir tersebut melalui kiraan hidrologi serta hidraulik yang telah dilaksanakan melalui hasil kajian PISMA tersebut. Di antara lokasi dalam pelaksanaan adalah di New Green Park dan sebagainya. Inilah sedikit respons untuk Kajang. Kita harapkan dapat membantu Kajang. Eh, bukan Kajang pula, Rawang kurangkan isu-isu seterusnya banjir tersebut.
Seterusnya saya respons sikit tentang Dusun Tua, Dusun Tua tadi Pandan Indah pun banyak dah respons pengurusan sisa pepejal, kampung dan sebagai resort yang banyak isu-isu sampah longgok, ini semua kita akan selesaikan secara sekali gus kerana ada peruntukkan 15 juta daripada Kerajaan Negeri. Insya Allah perkara ini akan dapat diperbaiki dan diselesaikan dengan lebih baik.
Untuk Sungai Ramal, Sungai Ramal jadual kerja-kerja tentang isu jadual pembersihan, juga kerja-kerja pembersihan awam di kawasan DUN Sungai Ramal mengikut jadual yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun bagi taman-taman yang tidak mengikut jadual, notis gegaran telah dikeluarkan, pemotongan bayaran juga telah dibuat, pemantauan berkala juga telah dibuat, setiap hari bagi memastikan KDEB Waste Managemant melaksanakan kerja-kerja mengikut spesifikasi kontraktor yang ditetapkan. Kutipan sampah domestik di kawasan perumahan tiga kali seminggulah, ini telah saya tegaskan. Dan seterusnya kita akan lakukan yang terbaiklah di Sungai Ramal.
Kajang ya, Kajang isu tentang longkang penuh sampah seperti tadi di Sungai Long, Bandar Mahkota, Cheras didakwa tidak di selenggara lamalah ya. Pembersihan longkang dilaksanakan secara berkala mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh MPKj Kajang. Sentiasa memantau secara serius kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan di kawasan bandar Mahkota Cheras, Bandar Sungai Long. Bandar Sungai Long itu penting ya. Kemudian, walau bagaimanapun terdapat beberapa kekangan yang menjejaskan pelaksanaan pembersihan secara optimum di lapangan. Terdapat longkang di kawasan komersial sama ada di lorong belakang atau hadapan premis perniagaan yang bertutup, ha, ini kekangannya, bertutup menyukarkan kerja pembersihan dijalankan dengan sempurna.
Dua, segelintir premis perniagaan membina struktur tambahan sehingga menyebabkan sisa binaan seperti batu dan pasir memasuki longkang awam. Seterusnya mengakibatkan mendapan dan penyumbatan yang serius, dia sumbat. Terdapat premis restoran yang tidak bertanggungjawab yang membuang sisa minyak terus ke dalam longkang awam
menyebabkan pembentukan gumpalan minyak keras yang menghalang aliran dan sebagainya. Ini juga antara cabaran tapi kita akan lakukan terbaik tentang SOP kontraktor apabila pembersihan longkang diletak di tepi longkang dan sebagainya. Mengikut SOP bagi kerja-kerja pembersihan longkang, pihak KDEB hendaklah memastikan semua pembersihan dimasukkan ke dalam plastik sampah yang sesuai. Pihak KDEB akan dilarang sama sekali untuk meletak sebarang sisalah di tepi jalan dan sebagainyalah.
Seterusnyalah bagi MPKj yang kita mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis gegaran, 5 notis gegaran dari Zon 15, Bandar Mahkota Cheras, 2 notis gegaran di Zon 24, Sungai Long pada tahun 2025. Kajang lagi sedikit isu tentang kompaun dan kunci tayar akibat parkir tidak mencukupi. Ini sikitlah. Untuk makluman, kompaun dalam petak letak kereta adalah di bawah pengurusan Suasa Efektif Sdn. Bhd.. kompaun akan dikenakan apabila pemilik kenderaan gagal membayar caj parkir ketika kenderaan tersebut parkir di dalam petak letak kereta di bawah perenggan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Pengangkutan Jalan, peruntukkan tempat letak kereta Majlis Perbandaran Kajang 2007, manakala kunci tayar dilaksanakan oleh bahagian Car Pit, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang mengikut peruntukan di bawah perenggan 36A, satu Akta Pengangkutan Jalan 1987, perintah pengangkutan jalan peruntukan tempat letak kerja Majlis Perbandaran Kajang 2027, 2007. Tindakan kunci tayar akan dilaksanakan jika pemilik kenderaan parkir di luar petak kereta, letak kereta yang di sediakan oleh Majlis menghalang lalu lintas, tindakan kunci tayar hanya dilaksanakan di kawasan yang diwartakan sahaja. Silakan.
Yang Berhormat Sekinchan, soalan Kajang ialah ada pembinaan pasar baharu di Sungai Long dan parking yang diadakan adalah tidak mencukupi. Untuk Pasar Kajang memang dah tahu sejak dahulu sudah selalu orang complain bahawa tidak cukup parking dan ada dapat peruntukan RM15 juta untuk buat renovation. Jadi kenapa tidak fikir untuk tambah baik, tambah parking untuk penduduk-penduduk di sana seperti mana yang saya cakap di Sungai Long juga. Dalam SOP memang 92 cukup (dalam paper) tetapi penjaja dalam Pasar dah jejak 160 dari sebelum, hanya penghuni sahaja 160 belum lagi pelawat datang lagi. Memanglah tak cukup. Jadi adakah Kerajaan kena fikir macam mana selesai masalah parking itu selain daripada hanya yang sedia ada. Selalu pelawat datang kena saman. Sekian.
YB DATO’ NG SUEE LIM
: Isu ini kita akan ambil perhatian ya. Dan seterusnya saya jawab berkenaan isu dari sudut profesional bangkitkan parkir pasar hanya 92 petak untuk menampung kira-kira 160 penjaja kan? Itu perkara yang berbangkit ya. Berdasarkan Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi Keempat Bagi Pasar Awam iaitu satu (1) satu petak parkir bagi setiap 500sqf Groundfloor Area jumlah GFA adalah 48.125 kaki per segi.
Keperluan parkir bersamaan dengan 43.125 bahagi dengan 500 = 87 petak parkir (dibundarkan). Kesimpulannya, penyediaan 90 parkir sebenarnya melebihi keperluan minimum 87 berdasarkan garis panduan. Jadi dari sudut teknik perancangan jumlah parkir adalah mencukupi dan compliance. Keperluan parkir tidak dikira berdasarkan bilangan peniaga tetapi berdasarkan keluasan lantai ground floor area. permintaan parkir tidak berlaku..
Tambahan.
YB DATO’ NG SUEE LIM
: Serentak, ya.
Oleh sebab kiraan itu tidak dapat nombor parkir yang perlu, jadi adakah Kerajaan patut buat satu syarat yang baharu untuk memenuhi seperti 160 penjaja tetapi parkir cuma ada 92. Jadi Kerajaan harus kaji semula isu-isu ini.
YB DATO’ NG SUEE LIM
: Baik saya teruskan ya. Permintaan parkir tidak berlaku serentak dalam angka maksimum, penggunaan tidak semestinya berlaku dalam pada satu masa lah. Isu kekurangan parkir sebelum ini kemungkinan berpunca daripada persaingan parkir dengan pelajar (UTAR). Parking yang disediakan ini adalah khusus untuk pasar jadi tekanan penggunaan dijangka lebih terkawal. Keluasan tapak hanya 1.16 ekar yang memang mengehadkan kapasiti parkir secara fizikal. Dengan kos bawah RM15 juta pembinaan parkir bertingkat adalah tidak ekonomik. Namun begitu di sini saya hendak tegaskan oleh sebab Yang Berhormat Kajang kata 92 parking tak cukup, saya akan mintak pihak Majlis Perbandaran Kajang turun semula ke kawasan tersebut buat satu kajian yang menyeluruh supaya kalau betul-betul kurang lagi boleh bersama Yang Berhormat Kajang, pastikan tambah parkir di situ supaya isu ini dapat diselesaikan di lapangan. Jadi dia ungkit lagi di dalam Dewan Yang Mulia ini ya. Baik, terima kasih.
Seterusnya ada sedikit lagi sebelum saya tutup tentang respons kepada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu tentang cadangan pengusahaan Kilang Tanpa Kebenaran yang telah diberi kemudahan. Kita bagi Skim Ansuran Bayaran. Memang mengambil maklum cadangan yang dikemukakan namun Kerajaan Negeri melalui pekeliling PTGS Bil. 3/2025 telah pun mengambil kira kekangan yang akan dihadapi pemohon/ pengusaha KTK justeru itu insentif2 terkandung di dalam pekeliling tersebut telah merangkumi keperluan, kemudahan yang boleh dinikmati oleh pemohon.
Antaranya insentif pemotongan kaedah pembayaran premium tanah seperti berikut:
i. Pengecualian premium khas tanah di bawah kaedah 11, kaedah-kaedah tanah Selangor 2003 pindaan 2016
(Subang Jaya nanti dulu)
ii. Potongan sebanyak 30% premium keseluruhan jika dijelaskan dalam tempoh enam (6) bulan. iii. Potongan 50% premium tanah bagai KTK yang berada di kawasan kampung baru. iv. Jika tidak berkemampuan, pemohon/ pengusaha KTK diberi pilihan membuat bayaran premium secara nominal sebanyak 30% iaitu RM300,000.00 (yang mana lebih tinggi daripada jumlah bayaran premium yang telah diluluskan) dengan syarat kemasukan kaveat pendaftar dalam hak milik sebelum menyelesaikan tuntutan keseluruhan premium tanah yang dikenakan. v. Di samping itu, terdapat potongan 30% untuk bayaran caj pemajuan, bayaran Improvement Service Fund (ISF) secara ansuran iaitu 70% sebelum kelulusan Kebenaran Merancang dan 30% sebelum kelulusan Pelan Jalan dan Saliran.
Sebagai maklum balas kepada cadangan perkara dua (2): i. Pengusaha KTK/ Pemohon telah diberi kelonggaran untuk mematuhi syarat teknikal secara minimum permohonan PBT sewaktu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang, Syarat Pelan Bangunan, Syarat Pelan Kejuruteraan, Syarat Pengeluaran Lesen Perniagaan Sementara.
ii. Agensi teknikal luaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja Selangor (JKKP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan sebagainya.
iii. Polis Diraja Malaysia (PDRM) barang lusuh berhubung dengan cadangan pembangunan secara kluster.
Kita berpandangan cadangan tersebut adalah amat baik namun ia tertakluk kepada Perancangan Tempatan yang disediakan oleh PBT.
Jadi, banyak insentif kita berikan kepada Kilang Tanpa Kebenaran. Mintaklah bantuan semua Ahli-Ahli Yang Berhomat di dalam Dewan Yang Mulia ini war-warkan kepada pengusaha Kilang Tanpa Kebenaran. Masa ini lah masa terbaik, kalau bukan sekarang kapan lagi. Datang lah menyertai putih kan kilang anda supaya anda boleh berniaga di situ dengan lebih kondusif dan tidak melanggar apa-apa syarat dan sebagainya. Dan banyak insentif telah diberikan. Sekiranya tidak, rotan akan diberikan. Ini amaran terakhir untuk semua kalau tidak dalam tempoh ini kita akan keluarkan notis 7A, 8A, 7B kemudian 8A kita akan roboh satu persatu. Itu antara amaran. Kita bukan hendak menghalang tetapi kita hendak membantu supaya putihkan.
Teruskan Subang Jaya.
Yang Berhormat Sekinchan tadi kata nak duduk, so i risau sebab i ada isu berkenaan hostel. Ada ya? Okay terima kasih
(bahasa cina – dengan izin) Okay. Saya tahu Yang Berhormat. Saya maklum Subang Jaya ada bangkitkan isu pengubahsuaian rumah teres kepada hostel (asrama) ini. Isu ini banyak kali dibangkitkan lokasinya tidak lain tidak bukan di mana?.
Untuk makluman Yang Berhormat, MBSJ memandang serius pengubahan rumah teres kepada asrama pelajar atau pekerja khususnya di kawasan PJS 7, PJS9, SS15 dan SS17. Isu ini telah berbangkit sejak tahun 2009 melibatkan aduan kacau ganggu, masalah parkir, kebersihan, kepadatan penghuni serta pengubahsuaian bilik yang tidak mematuhi spesifikasi bangunan. Pada tahun 2012 MPSJ (bukan MBSJ) masih perbandaran lagi telah memansuhkan prosedur Kebenaran Merancang bagi rumah kediaman dijadikan asrama. Pada tahun 2015 pemeriksaan task force telah dilaksanakan di sekitar kawasan tersebut yang membawa kepada pengeluaran notis di bawah Akta 133 dan juga Akta 172.
Oleh yang demikian bagi kes semasa, MBSJ telah menjalankan carian rasmi, pada 9 Mei 2023 merujuk perkara kepada Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pejabat Pendidikan Daerah pada 4 Julai 2025 dan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi pada 28 November 2025. Maklum balas pada 6 Februari 2026 mengesahkan premis di PJS7 bukan penginapan rasmi institusi dan tiada halangan untuk tindakan penguatkuasaan diambil. Berdasarkan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian) hanya rumah kedai atau pun kedai pejabat sahaja sedia ada dibenarkan dijadikan asrama pekerja atau pelajar secara tempoh terhad tertakluk kepada syarat ditetapkan. Maka, penukaran rumah teres kepada asrama tanpa kelulusan adalah tidak selaras dengan perancangan semasa. Untuk Yang Berhormat ya makluman.
Tuan Speaker, tindakan boleh diambil di bawah Akta 172, Akta 133, Akta 171 dan UBBL 1984 khususnya melibatkan keselamatan bangunan, kepadatan kacau ganggu dan pematuhan guna tanah. MBSJ akan terus melaksanakan pemantauan, pengeluaran notis, tindakan penutupan, pendakwaan serta permohonan perintah mahkamah jika ketidakpatuhan berterusan. Dalam masa yang sama MBSJ turut melaksanakan kawalan parkir melalui pelekat kenderaan, penduduk dan penyelarasan bersama KDEB Waste Management bagi pengurusan sisa pepejal. MBSJ juga sedang meneliti penyediaan Garis Panduan lebih lengkap berkaitan dengan rumah kediaman atau bangunan yang dijadikan asrama merangkumi aspek pengurusan sisa, pengubahsuaian bangunan, lesen perniagaan dan beberapa perancangan seterusnya.
Kesimpulannya..
TUAN SPEAKER
: Yang Berhormat.
Kerajaan Negeri melalui MBSJ tidak membenarkan penukaran..
TUAN SPEAKER
: Yang Berhormat Bukit Gasing.
Penukaran rumah teres kepada asrama secara haram dan tidak terkawal. Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan di samping penyelarasan dasar dan Garis Panduan yang lebih menyeluruh.
Sedikit untuk Bukit Gasing.
Terima kasih. Saya bagi peluang untuk Yang Berhormat rehat sedikit kereta api laju ini ucapan pada petang ini.
Di Petaling Jaya ada masalah yang sama. Di Seksyen 14 Petaling Jaya ada satu kes di mana dia buat 29 bilik dalam satu rumah. Dia kata ini bukan asrama, ini rumah. Ini rumah bujang kita semua penyewa rumah tidak salah. Jadi saya hendak bertanya Yang Berhormat, macam mana takrifan antara asrama dengan rumah sewa dan macam mana ia dibezakan jika pemilik itu kata ini bukan asrama ini hanya rumah.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Memang Seksyen 14 kita akan minta sekali lagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya turun untuk buat operasi, 29 bilik kalau bukan asrama apa lagi? Saya pun confius. Tapi tak mengapa kita semak lagi maklumat tersebut. Terima kasih atas maklumat tambahan tersebut (ketawa)
Baik kita pusing sedikit kepada Seri Kembangan berkenaan isu Kilang Tanpa Kebenaran yang mendatangkan risiko. Jawapannya, untuk makluman Yang Berhormat kacau ganggu yang melibatkan Kilang Tanpa Kebenaran dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa MBSJ Bil.5/2025 pada 14 Mei 2025. Menurut Mesyuarat Penuh dan sebagainya menunggu keputusan Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam. MBSJ juga telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan pada 19 Jun bersama JAS (Jabatan Alam Sekitar), UPEN, PTD Petaling, TNB, Ahli Majlis Zon 24 dan Jabatan Dalam MBSJ meniti aduan kacau ganggu yang diterima oleh penduduk lah.
Pada 29 Januari 2026, pemeriksaan MBSJ, JAS dan pejabat Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan telah dijalankan. Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut memasang
sistem kawalan pencemaran udara Activated Carbon Filter Media. Tiada pencemaran bau dikesan semasa pemeriksaan. Bacaan bunyi bising pada 44.2 iaitu masih di bawah paras 75 desibel (dB). Walau bagaimanapun, MBSJ mengambil maklum bahawa aduan penduduk berulang kerana jarak premis dengan kawasan perumahan terlalu hampir dan sekitar 10 meter. Berdasarkan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (penggantian) tapak premis berada di dalam zon komersial dan tidak sesuai untuk operasi kilang kerana operasi menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Jadi seluruh tindakan, JAS mengambil tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 namun tindakan lanjut berkaitan pencemaran adalah terhad kerana tiada data pengukuran berdasarkan certain standard khusus pencemaran bau boleh digunakan untuk tindakan sUsulan.
Isu utama dalam kes ini lebih berkait dengan pengelasan guna tanah dan kesesuaian aktiviti kilang di kawasan tersebut. Semakan PTD Petaling turut mendapati pihak kilang telah memohon serahan untuk menukar status tanah daripada Industri kepada Komersial namun bayaran premium masih belum diselesaikan. Sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh ditetapkan tindakan lanjut termasuk rampasan tanah boleh dipertimbang oleh Pihak Berkuasa . MBSJ akan mengambil tindakan mengikut punca kuasa yang ada termasuk pengeluaran notis berkaitan namun tindakan penguatkuasaan lanjut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung semakan kehakiman yang difailkan oleh pihak syarikat. Status terkini perbicaraan kehakiman yang sepatutnya berlangsung pada 23 Feb 2026 telah ditetapkan semula pada 5 Ogos 2026.
Sedikit tentang isu pusat servis kenderaan lah di Seri Kembangan yang telah dilaporkan. MBSA tidak mengeluarkan lesen kepada pemilik bengkel tersebut dan kawasan komersial maka kita akan ambil tindakan bagaimana kita nak selesaikan itu tersebut lah ya.
Seterusnya, berkaitan dengan Yang Berhormat Seri Serdang ada sedikit isu berkaitan dengan rintis ini telah dijawab dalam soalan pertanyaan lisan tersebut dan sebelum saya landing ada satu perkara yang harus kita pergi iaitu respons kepada Bukit Lanjan.
Bukit Lanjan menyentuh tentang ‘Bercuti Pusing Selangor Dulu, Tak Perlu Jauh’. Selangor kan ada. Isu soal Fi Kelestarian telah kita laksanakan di negeri Selangor pada awal 1 Januari 2026 secara berperingkat. Untuk tiga (3) bulan yang pertama ini kita beri consultation, beri didikan untuk mereka membuat penyesuaian Supaya Fi Kelestarian ini dapat di laksanakan secara menyeluruh dalam tahun ini. Sampai ke akhir tahun lah. Dan untuk seterusnya Fi Kelestarian sebenarnya yang dikutip ini untuk pastikan pelaburan semula bagi memperkukuhkan ekosistem pelancongan Negeri Selangor. Sehubungan itu cadangan supaya hasil Fi Kelestarian digunakan dalam bentuk Baucar Pelancongan kepada rakyat dan pelancong domestik. Ini cadangan yang baik. Kita akan lakukan. Sebelum ini dalam COVID kita pernah lakukan Baucar Pelancongan kepada rakyat domestik dan sebagainya untuk mereka Baucar Pelancongan Selangor 1 dan 2 dilaksanakan waktu pandemiklah. Waktu tu
RM100.00 hingga RM200.00 dan mereka boleh tukar dan boleh bayar di premis dan sebagainya. Tujuannya untuk apa? Untuk galakkan mereka, untuk datang melancong di tempatan di Selangor. Nak bercuti pusing Selangor dulu. Itu sangat penting. Dan seterusnya tentang integrasi dan sebagainya tentang Kerajaan Negeri juga mengambil maklum cadangan supaya TSSB memfokus lebih besar pasaran Asia, asian. Ini memang saya sudah tegaskan kita akan fokus asian, Asia kerana jaraknya lebih dekat. Kos perjalanan lebih rendah dan potensi lawatan berulang cenderung, lawatan berulang lebih tinggi. Lawatan semula lebih tinggi. Kalau kita fokus ke tempat lain krisis global ini akan terjejas. Jadi, sasaran pun kena tepat.
Seterusnya, untuk makluman Yang Berhormat tahun 2025 Selangor telah menerima 8.4 juta pelancong dan majoritinya datang daripada pasaran Asia, China, Singapura, Indonesia. Liburan sihat ke Selangor aja, Jepun dan India. Atas asas itu, TSSB sememangnya sedang memberi penekanan kepada pasaran melalui pelaksanaan sales mission, penyertaan dalam acara perdagangan, pelancongan seperti Asian Tourism Forum, Air TV Asia, kerjasama pempengaruh dari negara asian, pelaksanaan fun trip dan sebagainya. Langkah ini dapat membantu meningkatkan kadar lawatan berulang dan dapat meningkatkan lebih, menarik lebih ramai pelancong-pelancong datang ke Negeri Selangor. Dan susulan daripada Visit Malaysia Year 2026, Visit Selangor Year yang telah mencapai sasaran 8 juta kepada 8.4 juta kita telah lanjutkan Visit Selangor Year kepada 2026. Dan sasaran tahun ini 9 juta. Walaupun cabaran besar tapi kita tetap komited untuk mencapai sasaran tersebut dan baru-baru ini kerjasama antara Tourism Selangor dengan Guangzhi Province, Guangzhi Radio dan TV untuk buat satu New Folks Song Gala bersama kita tampilkan Silang Budaya, nyanyian dan sebagainya antara badan, antara negeri Selangor kita terbukakan tampilkan artis muda kita Layla Sania daripada Kajang anak Selangor dengan sorang penyanyi di Negeri China kita gandingkan dengan ikan kekek. Ikan kekek....itu dia cara dia. Lai ilai ilai. Ikan kekek dan juga (bahasa Cina) dengan izin, ini kita gandingkan kombinasi ini. Kita paparkan di Negeri China di Guangzhi dan sebagainya dalam tempoh dua bulan kita telah pecah rekod 250 juta capaian untuk orang tengok dalam media sosial dan sebagainya. Ini satu rekod baru kenalilah Negeri Selangor. Datang bercuti di Negeri Selangor. Tak perlu jauh. Selangor kan ada.
Seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Speaker, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan serta mengemukakan pandangan, teguran, cadangan yang bernas demi...
Yang Berhormat.
Kepentingan rakyat dan kemajuan Negeri Selangor pada masa.
Ya.
Kota Kemuning, sedikit last ya.
Last, last Yang Berhormat. Saya nak, saya ada bangkitkan isu-isu berkenaan dengan kesesakan jalan raya di Kota Kemuning. Adakah perkara itu telah di...ada jawapan bagi perkara tersebut yang saya bangkitkan Yang Berhormat?
Yang mana satu?
Berkenaan dengan kesesakan jalan raya di Kota Kemuning. Sama ada kita ingin menggunakan satu sistem Intelligent Traffic Management untuk mengurangkan kesesakan. Adakah Yang Berhormat mempunyai jawapan bagi soalan saya tersebut?
Yang Berhormat, ITM (Intelligent Traffic Management) ini kita akan tengok balik keadaan itu dan kalau ada jawapan nanti saya akan bagilah secara bertulis. Terima kasih ya. Pada masa yang sama, patik menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Persidangan Dewan Negeri Selangor bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Tahun 2026 yang menjadi panduan serta pedoman penting kepada Kerajaan Negeri dalam melaksanakan amanah, memperkukuhkan tadbir urus dan memastikan kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Selangor terpelihara. Sekian terima kasih. Daulat Tuanku. Terima kasih Tuan Speaker.
Seterusnya, saya menjemput Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar.
Assalamulaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang budiman. Alhamdulillah kita telah sampai ke sesi penggulungan setelah perbahasan yang telah begitu panjang, lebar oleh Ahli-Ahli Dewan sempena dengan Pembukaan Sidang Dewan kali ini khusus untuk kita berbahas titah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Selangor. Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan sekalung tahniah kepada Baginda Tuanku kerana ucapan pembukaan tempoh hari merupakan ucapan kali ke-25 Tuanku dan mencemar duli membuka Sidang Dewan selaras dan termaktub dalam Perkara 61 dan Perkara 73, Bab Kelima Undang-Undang Tubuh Negeri 1959. Kerajaan Negeri mengambil kesempatan sembah maklum ke atas semua teguran, nasihat yang ikhlas dan juga apa yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor.
Tuan Speaker, Allah SWT telah berfirman (bacaan ayat Al-Quran, surah An-Nahl, ayat 97) – “Siapa yang beramal soleh dari lelaki dan perempuan sedang ia beriman, maka sesungguhnya akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah dikerjakan”. Firman Allah S.W.T. ini merupakan satu titah perintah, seruan, saranan dan gesaan yang menjadi inspirasi kepada pasukan Kerajaan Negeri baik di peringkat pentadbiran negeri, di peringkat akar umbi daerah untuk membuat kebaikan dan mengerjakan amal soleh. Ahli tafsir mutaakhirin Indonesia, Profesor Muhammad Shihab dalam kitabnya yang masyhur telah mentafsir ayat ini dengan memberi penekanan kepada prinsip keadilan yang jauh melampaui zaman. Nation Quran ini jauh mendahului pemikiran John Stuart Mill ataupun Mary Wollstonecraft membentuk saranan pemikiran progresif yang melewati batas kelamin lelaki, perempuan, miskin atau kaya yang mendiami rumah agam atau pondok kecil di tebing sungai atau seorang pemimpin mahupun rakyat jelata, hamba sahaya. Sekiranya mereka beriman dan beramal soleh, maka akan dikurniakan ganjaran kehidupan yang baik dan pahala oleh Allah khobir robbul jalil. Prinsip keadilan yang sedang diulang dalam Al-Quran inilah yang membentuk kekuatan rohiyah serta jasmani dan mencanai kecekalan perjuangan, keadilan dan muafakat kerjasama pelbagai parti di peringkat persekutuan mahupun di peringkat Negeri Selangor. Selain daripada Quraish Shihab yang turut menjelaskan peri makna amal soleh, sudah jelas amal soleh itu adalah amalan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Al-Quran dan sunah tetapi makna istilah ini turut mencakupi segala sesuatu yang baik, tidak rosak dan merosakkan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, gandingan prinsip ini keadilan dan amal soleh menjadi satu moral compass ataupun menjadi pegangan dan hala tuju pihak Kerajaan Negeri pada hari ini dalam berdepan dengan cabaran-cabaran. Ahli Yang Berhormat sekalian, antara ciri dan nilai yang selalu saya tekankan setelah kita berdepan dengan beberapa krisis sama ada dalam skala kecil dan skala besar, sama ada banjir yang melibatkan alam, letupan gas yang melibatkan kemalangan, hatta pandemik yang melanda seluruh negara dan pada hari ini saya menekankan kepada negeri ini rakyatnya, pentadbirannya dan pengurusannya harus bersifat tahan uji. Bagaimana kita membentuk sikap dan pendirian tahan uji itu?
Pertama, kita harus memahami sesuatu krisis dan persoalan yang berlaku. Sebenarnya saya mengharapkan dalam perbahasan yang timbul daripada ramai Ahli-Ahli Dewan sepanjang sesi hari ini mungkin boleh ditumpukan sedikit sebanyak memberikan pandangan-pandangan, mungkin memberikan teguran ataupun memberikan cadangan kepada Kerajaan Negeri dan pentadbiran berdepan dengan krisis geopolitik yang melarat kesannya kepada negara kita pada hari ini. Saya boleh mendengar kita berada dalam krisis geopolitik. Kita berdepan dengan situasi kekurangan bahan sumber dan sebagainya. Namun begitu, saya boleh katakan kita perlu untuk menambah lagi beberapa inisiatif-inisiatif, peranan-peranan kerajaan kerana kesannya sangat besar kepada negara dan negeri kita. Ia bukan hanya akan mengurangkan pendapatan negeri atau memberi kesan kepada hasil negeri yang lebih
parah, ia mungkin akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat dengan terjejasnya peluang-peluang ekonomi yang berada dalam negara dan negeri kita. Sebab itu langkah pertama yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah mengambil sesi meja bulat, memahami dengan rinci perbedaannya dengan pandemik Covid-19. Pandemik Covid-19 kalau kita keluar kita dijangkiti dan kemungkinan kita akan meninggal dunia. Tetapi pada hari itu kita tidak keluar, jadi isunya adalah demand ataupun permintaan. Tapi sekarang disebabkan perang di timur tengah yang masih tidak berkesudahan walaupun proses damai yang dilakukan berulang kali, kejap jadi kejap tak jadi, kejap buka Selat Hormuz, kejap tak buka Selat Hormuz, akhirnya kemungkinan kalau kita keluar kita tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kerana kosnya akan begitu besar disebabkan oleh peningkatan harga bahan api. Daripada situlah Kerajaan Negeri mendalami, memahami dan cuba untuk meneliti apakah langkah-langkah yang kita lakukan? Dalam jawapan pertama di sesi ini, menjawab soalan 12 Ahli-ahli Dewan terutamanya soalan asas daripada Subang Jaya yang saya sebutkan kita cuba menangani perkara pertama ialah berkenaan dengan kos sara hidup, berkenaan dengan inflasi dan juga kumpulan rentan. Sama ada kumpulan ini adalah kumpulan yang baharu lahir akibat daripada krisis ataupun yang akan lebih parah kerana bekalan barangan yang berkurangan ataupun meningkat dengan sangat tinggi.
Dan yang kedua, bagaimana kita mengekalkan sub sektor-sub sektor utama. Dua sub sektor penting di Negeri Selangor iaitu perkhidmatan dan pembuatan harus kita pertahankan bersama-sama dan Insya Allah dalam bulan hadapan ataupun mungkin ambil sedikit masa lama lagi pihak Invest Selangor sudah memulakan perbincangan. Kita akan melancarkan pula beberapa inisiatif-inisiatif supaya industri-industri ini dapat dipertahankan. Bila industri ini kekal berjalan, rakyat masih mendapat peluang pekerjaan dan mereka masih mendapat ruang pendapatan. Inilah yang selalu saya sebutkan. Kita kena mempertahankan ekonomi yang bermaruah. Kalau tidak, tindakan-tindakan anarkis akan berlebaran, tindakan-tindakan luar kawalan akan bergerak mengambil langkah mudah melalui pencurian, rompakan dan perkara-perkara lain. Hatta yang paling menyedihkan di mana negara dan tempat sekalipun bila krisis yang besar berlaku akan berlaku penjualan tubuh. Memaksimumkan keseluruhan sumber peribadi dan sumber resource yang ada dengan menjual tubuh. Kita berharap tidak sampai ke tahap yang parah itu. Sebab itu kita harus mempertahankan industri dan juga sub sektor-sub sektor ini. Namun, saya boleh mendengar perbahasan Ahli-Ahli Dewan baik kerajaan sedikit sebanyak ada cadangan mungkin belum terfikir. Pembangkang pun belum ada lagi cadangan-cadangan tetapi saya bersedia menerima setiap masa dan waktu kerana Kerajaan Negeri dan kita sangat berbesar hati kerana Duli Yang Maha Mulia turut menyebutkan dalam titah ucapan Baginda bahawa berbesar hati kita adalah negeri pertama yang melancarkan program yang negeri pertama menubuhkan satu petugas khas. Dalam negara kita ada dua je pasukan petugas khas. Satu ditubuhkan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan satu ditubuhkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor kerana kita mahu menangani isu ini dengan tuntas dan mampu untuk berdepan dengan cabaran-cabaran ini agar tahan uji ini betul-betul dapat dipertahankan dan kita mampu untuk bergerak dengan
lebih pantas dan juga dengan lebih kuat. Inilah yang mungkin saya sebutkan untuk kita faham apa yang berlaku. Kalau dulu ketika pandemik saya menitipkan Peter Perat, Cognitive Challenge of War pada ketika itu. Masa itu kita kena bertukar minda dan fikir kita kalau kita nak hidup di zaman pandemik, bertukar ke arah digitalisasi dan sebagainya. Dan kali ini kita belum rangkumkan tetapi saya hanya melihat dia sebagai gelarnya sebagai The Coming Storm kerana ia dinukilkan daripada buku Odd Arne Westad, The Coming Storm, Power Conflict and Warnings From History yang sikit sebanyak menceritakan peristiwa perang dunia pertama dan sebenarnya yang berlaku di Negeri Selangor atau yang berlaku di dunia pada ketika ini ada mirip-mirip. Ada mirip-mirip dan kita berdoa kepada Allah s.w.t. tak berlakulah perang yang seterusnya perang dunia itu kerana ada mirip-mirip boleh merebak menjadi perang kerana melibatkan dua kuasa yang bertempur sama ada dalam bidang ekonomi, sama ada dalam bidang teknologi dan ia mungkin boleh bertempur dalam bidang teknologi peperangan dan kita doa supaya hal ini tidak berlaku kerana kita adalah sebuah negara dan Negeri Selangor yang terlibat besar dengan dagang. Jadi, kalau dagangan tidak laku maknanya kita mungkin akan terpanggang dengan krisis dan juga peristiwa yang berlaku.
Pihak Kerajaan Pusat berbelanja dengan sangat besar. Setiap Kerajaan Pusat berbelanja sebenarnya RM2,300.00 setiap saat, kerana mengekalkan Budi 95, dengan kosnya setiap minit adalah RM138,000.00, setiap jam adalah RM8.28 juta, dan Kerajaan berbelanja RM200 juta sehari, dan kos sebulan mencecah di antara RM6 hingga 7 billion. Soalnya, adakah kita nak biarkan Kerajaan Pusat begitu sahaja berbelanja untuk Budi 95 dan bagaimana kita beradaptasi dan mengurus hal tersebut.
Ini lah yang saya sebut kita kena uruskan dulu kumpulan rentan, mengekalkan industri dan kumpulan-kumpulan tertentu sebagai contoh baucar yang akan kita luncurkan tidak berapa lama lagi, baucar bukan hanya untuk kumpulan rentan seratus ringgit mungkin dua ratus ringgit mungkin kita boleh tingkatkan tiga ratus, kita ada BINGKAS tetapi dalam masa yang sama kita nak memastikan pekedai-pekedai runcit dapat terus hidup, pekerja-pekerjanya terus dapat sambung perniagaan, perbekalan-perbekalan sudah pasti akan dapat berjalan tapi ingat di negeri Selangor banyak warehouse-warehouse yang merupakan center ataupun pusat kepada penghantaran bekalan seluruh negara, dan diesel merupakan kenderaan atau pun bahan bakar penting, bagaimana mengekalkan kumpulan-kumpulan ini, bagaimana mempertahankan kelompok-kelompok ini, saya agak menunggu juga tapi sampai sekarang saya tak nampak ada pandangan-pandangan itu dan mungkin kita perlu sidang khas kalau nak perlukan masa, saya sedia bentangkan sekali lagi sebab itu sebelum sesi dewan saya dah bentangkan 131 juta supaya mungkin boleh diteliti oleh ramai ahli dewan, dan saya bawa lagi selepas sesi pembukaan supaya ramai lagi dengar dan faham tapi agak malang mungkin kita lebih terpengaruh dengan keladi dan babi dan lupa tentang hal yang lebih besar dan sebagainya, yang itu penting juga bukan tak penting tapi yang pentingnya hal ini juga perlu kita address dan kita tetapkan dan turut dengan jelas dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda supaya rakyat bersatu hati bukan hanya menuding jari, bukan hanya salah menyalah
kerana ini adalah nasib kita bersama dan kesannya adalah jangka panjang peristiwanya akan beri kesan yang besar kepada kehidupan dan masyarakat dalam negara kita.
Permatang, Hulu Bernam, Sungai Pelek, Batu Tiga, Sijangkang, Meru, Bandar Baru Klang, Kampung Tunku, Bukit Lanjan, Seri Kembangan dusun tua dan Kajang dan Balakong. Ini adalah ahli-ahli dewan yang menyentuh tentang krisis ini, dan semoga daripada masa ke semasa saya sedia untuk membentangkan langkah-langkah khusus yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri seperti sebagai mana yang telah kita laksanakan pada fasa pertama yang telah berjalan. Gudang Makanan Selangor telah berjalan. Program untuk bantuan pesawah petani akan mula berjalan dengan segera tetapi bantuan makanan kepada kumpulan rentan akan bermula sedikit bantuan makan pagi kepada pelajar sekolah kita juga dah dengar pandangan-pandangan ada yang cadangkan ikut rencananya satu sekolah satu hari, kita bertukar dan membuat rotation, ada cadangkan kita cari kelompok tertentu, saya dah jumpa Jabatan Pendidikan pun Jabatan Pendidikan dah ada senarainya Insha-Allah kita akan gunakan dengan sebaik mungkin sebab itu kita lewatkan sikit di sekitar di bulan Jun ataupun Julai kita akan laksanakan program tersebut.
Jadi pakej rangsangan 131 juta itu pasti kita akan gunakan semaksimum mungkin sebaik mungkin dan dalam masa yang sama kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah-langkah yang lain kerana kita juga nak pertahankan subsector-subsector penting, pembuatan, perkhidmatan, sektor utama, pertanian untuk memastikan kehidupan rakyat terus dijamin dengan cara bermaruah dan mungkin kita boleh mengambil kesempatan ini untuk mengubah sedikit cara hidup kerana EXCO Kinrara sebutkan kita dah mula tukar kenderaan EV menjelang 2030 nanti. Dalam masa yang sama kita juga nak naikkan penggunaan kenderaan awam tapi masa yang sama kita kena pastikan pengusaha dan pengendalian kenderaan awam ini selesaikan first mill last mill, kalau tidak dia akan banyak membantu, kalau kita tak capai kita kena ambil peluang proses digitalisasi.
Semasa sebelum Paska pandemik Sabah. Nanti Batu Tiga. Semasa Paska Pandemik sebagai contoh kita nak convert kepada transformasi digitalisasi amat susah kepada peniaga-peniaga kecil dan sebagainya tetapi kerana beberapa langkah kehidupan pandemik, hari ini PLATS ada lebih 100,000, transaksi ketika bazar Ramadhan sahaja lebih 7 juta, dan ini adalah peningkatan yang saya rasa disebabkan oleh langkah-langkah yang kita buat tadi, terima kasih. Silakan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, bila disebut tadi krisis dan juga kebarangkalian subsector kita yang mungkin akan terkesan pasti akan memberikan kesan langsung kepada ekonomi kita. Bila disebut tadi mungkin tidak ada cadangan-cadangan daripada Ahli-Ahli Dewan tentang apa yang boleh kita laksanakan untuk menyelamatkan industri itu dan saya terpanggil untuk menyambut baik hasrat Yang Amat Berhormat bila sebut tentang sidang khas, sebab Yang
Amat Berhormat bila dalam perbincangan kita sebelum-sebelum ini kita sebut impaknya akan kita rasai pada sekitar bulan lapan atau pun bulan sembilan, mungkin hari ini kita masih bertahan dengan apa yang Kerajaan Persekutuan buat dengan meningkatkan subsidi dan sebagainya tetapi bila kita rasa impak itu makin dekat dan makin dekat pada bulan lapan bulan sembilan, saya rasa adalah satu perkara yang baik kalau kita boleh buat sidang khas supaya kita bincang ketika itu apa sebenarnya impak yang benar-benar kita rasa ketika itu, sebab hari ini mungkin kita rasa kita bertahan kita masih lagi berada dalam keadaan yang mungkin agak selesa tapi mungkin keadaan akan berubah dalam sebulan, dua lagi. Saya mohon kalau itu akan dilaksanakan kita menyambut baik dan kita menunggu sidang itu dipanggil
boleh sekali Dato’ Menteri Besar.
Kejap-kejap, saya jawab dulu sikit, terima kasih cadangan Yang Berhormat sebenarnya kita ada beberapa jadual yang dirangka oleh Kerajaan Negeri pertama kita akan ada pembentangan khas Rancangan Selangor Ke-2. Saya akan buat satu sesi khas mungkin di situ kita boleh masukkan sekali sesi khas itu termasuk bagaimana menangani krisis. Yang kedua, sekitar bulan Ogos dalam jadual yang telah ditetapkan oleh Pejabat Dewan dan kita turut telah persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, hanya menunggu pengesahan kita boleh adakan pada sesi tersebut, itu adalah satu cadangan yang baik yang saya akan, dipersilakan Sijangkang.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, saya sangat setuju dengan pandangan dan cadangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga daripada Batu Tiga yang saya kira-kira perlu ada satu sidang untuk kita membincangkan soal kepentingan masa depan negeri Selangor itu sendiri, dan saya masih melihat lagi kalau hari ini kita berdepan dengan krisis ini, antara perkara atau pun sektor yang perlu kita lihat dengan agak serius dengan ada tumpuannya adalah berkaitan dengan soal keterjaminan makanan. Kita maklum, usaha yang saya lihat sangat cantik dengan pakej rangsangan yang dicadangkan tersebut, gedung makanan negeri 57 juta, bantuan kepada sasaran pertanian, petani-petani penternak dan juga nelayan 25 juta, ini saya ingat sangat baik tetapi khuatirkan saya dia tidak membantu daripada membugarkan lagi keterjaminan pendapatan pengeluaran di negeri Selangor. Mungkin 500 ringgit itu hanya sekadar untuk kecukupan untuk petani-petani kita tapi tidak membangunkan atau pun menambah nilai pengeluaran padi sebagai contoh atau pun pesawah-pesawah kita ini. Jadi saya ingat ini atau perkara yang penting. Sebab itu saya mencadangkan supaya kita ada penumpuan kalau pun saya sebutkan bahawa perlu diasingkan portfolio pertanian daripada EXCO kita yang terbeban dengan isu infrastruktur dan sebagainya, saya ingat supaya kita ada tumpuan benar-benar untuk masa depan kita. Sekarang ada kita baru berhadapan krisis yang peringkat awal belum ada impak yang cukup besar tapi untuk jangka masa panjang saya kira sudah tentu sektor pertanian ini adalah satu perkara yang sangat
penting akhirnya mungkin mengurangkan kos daripada sudut keperluan gedung makanan kita yang berasaskan kepada import dan sebagainya tapi kita dapat mengeluarkan produk kita sendiri, terima kasih.
Terima kasih atas pandangan Sijangkang, sesi khas itu nanti saya akan sebutkan tadi kita fikirkan ketika pembentangan Rancangan Selangor nanti, sebab dalam bulan enam atau bulan tujuh kita nak bentang Rancangan Selangor termasuk prestasinya yang kita sedang kumpulkan dan dalam pada masa yang sama kita boleh masukkan satu atau dua hari khas untuk kita bincang bagaimana menangani kelompok ini selepas pada waktu itu mungkin saya akan bentangkan.
Menurut cadangan daripada Sijangkang juga berkenaan dengan perubahan portfolio, saya pun kesian dengan Pandan Indah, sekarang rumah dah dua, jadi masalah banyak, saya takut rambut daripada tak ada tumbuh balik. Ketika masalah jadi isu ini saya kita kena buat, saya willing untuk discuss dengan rakan-rakan sekalian. Jealous juga la tu, jadi yang pentingnya kita nak pastikan keberkesanan yang saya sebutkan tadi, saya memang sebutkan bahawa ini kita nak atasi cushion awal, petani ini di semai, kalau kita tak bantu 500 kemungkinan mereka tak bekerja ataupun mereka tak keluar akhirnya mereka akan terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan sebagainya jadi kita nak dia pastikan ada income yang cukup walaupun harga tinggi sedikit dapat kurangkan pengumuman subsidi diesel untuk kenderaan pertanian oleh Perdana Menteri. Saya rasa beberapa hari yang lepas juga ada kelegaan dan ini kita harus tengok macam mana kita nak selesaikan dan bantu hal ini. Permatang. Kurus nampak..
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, jadi saya jadi Permatang kita tertarik dengan bila menyebut tentang bantuan pesawah petani yang akan dijalankan dengan kadar segera. Dan saya kira Dewan kita semua sudah maklum berkenaan dengan penarikan subsidi diesel, jadi saya ingin bertanya berkenaan dengan penarikan subsidi diesel ini, adakah Kerajaan mengambil maklum tentang masalah pesawah-pesawah kita yang tidak dapat mendaftar Budi Madani ini, kerana di tempat saya di Permatang kita ada ramai yang tidak daftar tidak dapat enjoy apa Budi Madani ini, jadi mereka terpaksa membayar diesel itu menggunakan harga yang tanpa subsidi. Jadi saya harap ini dapat kita selesai dengan segera sebab kerana kalau kit tengok bantuan secara one-off itu agak kurang saya kira agak kurang mendapat penyelesaian jangka panjang nanti, jadi saya minta pendapat daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Terima kasih Permatang, atas cadangan-cadangan tersebut saya akan rekodkan sebagai cadangan yang saya akan bawakan kepada peringkat Kerajaan Persekutuan dan beberapa cadangan untuk terus memastikan sektor pertanian dapat bertahan dan juga dapat berkembang. Ini mungkin peluang terbaik untuk kita mengubah beberapa pendekatan, tadi saya dengar jawapan daripada Yang Berhormat Pandan Indah, teknologi merupakan satu solusi dan juga langkah yang harus kita laksanakan
untuk meningkatkan pengeluaran padi dan bahan-bahan pertanian yang lain, subsidi adalah satu perkara yang lain tapi kalau kita boleh shift beberapa pendekatan-pendekatan mereka, pengurusannya, pelaksanaannya saya dengar kadang-kadang jadi istilah, dulu saya dengar 3T sekarang menjadi 4T. Dulu 3 tanam, tinggal, tuai. Sekarang tambah satu lagi tanam, tinggal, telefon, tuai, siap call telefon kawan-kwan main dam, jadi kita kena ubah pendekatan kalau tak masih lagi laksanakan 4T tersebut atau 3T tersebut, teknologi apa datang pun subsidi datang apa pun macam mana Saudara Pandah Indah selalu sebutkan bahawa makin tinggi subsidi diberikan, makin banyak subsidi diberikan, hasil masih lagi belum berkurangan kebergantungan kita kepada import masih lagi tinggi. Ini adalah mungkin solusi yang atau pun langkah yang kita patut laksanakan dengan segera dan ambil kesempatan ini kerana di sebalik krisis ada opportunity, opportunity itu bukan nak menonjol diri, tapi opportunity itu solve dan selesaikan isu yang berlarutan yang mungkin tidak boleh diselesaikan. Saya minta para EXCO atau pun para pegawai-pegawai yang ada untuk kita ambil dan beri fokus ini, kalau tidak kemungkinan kita tak dapat mengambil kesempatan ini untuk mengubah. Kenderaan awam sebagai contoh, this is the best opportunity, pertukaran teknologi sebagai contoh ini adalah satu opportunity. Connectivity sebagai contoh, atau pun penggunaan teknologi hijau sebagai contoh, ini semua adalah perkara-perkara yang wajar kita ambil kesempatan untuk ubah dan gunakan, dan mungkin ini kita boleh address dalam sesi khas nanti dan sebelum sesi khas saya pun sedia bentangkan dokumen kita yang kedua, rencana kita yang kedua, supaya lebih fokus dan lebih teratur atau pun ada tambahan-tambahan lain, silakan Sabak.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, terima kasih Tuan Speaker, saya mengakui beberapa perancangan yang akan dibuat oleh Kerajaan dalam membantu petani-petani dengan sistem teknologi dan sebagainya, tetapi banyak yang dinyatakan itu ialah satu perancangan yang akan dilakukan, umpamanya saya pernah bangkitkan soal masalah air yang kurang berkualiti di sekitar Sabak Bernam umpamanya untuk petani-petani, jadi jawapannya akan buat kolam takungan dan sebaginya, jadi akan ini memerlukan satu jangkaan masa dan dalam perjalanan ini maka ramai petani-petani yang sudah feed up umpamanya, yang sudah menukar pertanian sawah mereka sudah jadi tanaman sawit, sawah mereka sudah jadi homestay dan sebagainya jadi dia memerlukan tindakan yang betul-betul segera Yang Amat Berhormat, apa pandangan.
Sebab itulah antara langkah awal apabila kita berdepan dengan cabaran ini, saya minta kita review balik Belanjawan kita, review Belanjawan ini supaya kita boleh menetapkan fokus. Kita dah hantar kepada Kerajaan Persekutuan, sistem perparitan sawah padi kita sebagai contoh. Dah puluhan tahun tidak refurbish atau pun tidak dibangunkan semula, pertambahan berlaku, perubahan struktur tanah berlaku, perubahan kualiti air berlaku. Kita perlu persegerakan, kos dia berapa, kos dia RM1 bilion. Mungkin kalau adapun RM989 juta, jadi ini adalah satu shift yang besar yang patut kita lakukan di dalam penelitian Kerajaan Negeri, terima kasih, kita setuju dengan
cadangan tersebut untuk disegerakan. Dan kita juga kena lihat kepada kemampuan dan keupayaan kita dan mendapatkan sokongan-sokongan tersebut.
Alhamdulillah, dua tahun yang lepas kita memulakan idea Gedung Makanan Selangor atau pun Gudang Makanan Selangor. Hari ini di saat orang lain tidak ada perkara atau pun tidak ada jaminan berapa at least kita boleh kata sebulan atau satu bulan setengah, kita dah siap sedia di saat tempat lain tak ada lagi. Sekarang ini nak mencepatkan, cepatkan nak bina sendiri kos dia lebih tinggi sekarang. Mungkin kita boleh ambil alih gudang yang sedia ada atau buat sewaan, itu sedang kita laksanakan dan telah kita laksanakan dan paling tidak pajakan kita tentang padi, secure kita tentang kos atau pun jumlah padi atau pun jumlah beras yang kita dah ada, at least ada dan makin kuat. Hubungan kita dengan beberapa orang pengimport atau pun pengeksport daripada daripada luar seperti Alana dan sebagainya telah dijalinkan dua tahun yang lepas atau setahun yang lepas dan paling tidak kita ada jaminan bekalan daging yang mencukupi yang halal, insya-Allah.
Jadi Yang Berhormat sekalian, sebab itulah saya melihat banyak yang ditumpu, rakyat susah, kehidupan akan menderita tapi kita belum dengar cadangan-cadangan, kita akan laksanakan dulu pelaksanaan-pelaksanaan tersebut dan kita juga akan cuba mengambil kesempatan dan peluang ini untuk ubah keseluruhan gaya dan nature hidup kita yang akan membawa kelestarian contohnya penggunaan kenderaan awam. Contohnya penggunaan solar, contohnya kenderaan elektrik dan pelbagai perkara lain sebagai sebahagian daripada cara hidup yang akan menentukan kelestarian kehidupan kita yang mungkin tidak akan terganggu kalau ada krisis yang hampir sama. Sebagai mana apabila suatu waktu dulu kita mula melihat balik akta yang sedia ada iaitu akta tentang penempatan pekerja, saya dengar tadi Sekinchan jawab, asrama pekerja ke rumah ke apa, jadi itu sebenarnya ada kaitan yang besar ketika masalah ventilasi dan sekarang penempatan pekerja berpusat sudah ada kita siapkan di satu dua tempat dan dalam pada masa yang sama kita perlu juga mengambil kesempatan seperti itu untuk kenderaan awam, penggunaan pertanian dan juga penggunaan bahan atau pun penggunaan elektrik.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan Usul.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung, saya hah, itu ucapan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian (Dewan ketawa) aduh nak jadi Speaker apa, saya ingin membawa suatu Usul yang berbunyi bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung hingga jam 7:00 malam. Saya bagi masa nanti untuk solat Asar, Insya-Allah.
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’, Usul ini dipersetujui. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, sila teruskan.
Baik, terima kasih. Ya silakan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Selat Klang.
Saya hendak sentuh tentang gedung makanan. Yang Amat Berhormat, saya pernah melihat satu di Thailand Yang Berhormat, saya melawat satu gedung food security dipanggil di sana dan gedung ini amat besar, tinggi, penuh dengan beras dan sebagainya. Dan selain daripada kita boleh jemput rakyat Selangor melihat gedung ini sendiri untuk meyakinkan mereka yang Kerajaan Negeri Selangor mempunyai satu gedung makanan yang cukup bak kata tiga bulan, enam bulan dan juga menjadikan satu pusat pelancongan bila gedung ini siap, itu cadangan saya Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Selat Klang yang masih menjiwai bekas EXCO Pelancongan. Kita kena memahami fokus kita Yang Berhormat, fokus kita adalah untuk keselamatan bekalan makanan. Bila isu ini adalah dengan tanda keselamatan, tempat itu juga merupakan tempat adalah berpotensi dan mempunyai risiko dengan aspek-aspek keselamatan. Ini satu perkara yang penting kalau tidak mungkin ada tindakan sabotaj kepada simpanan tersebut. Pihak musuh kalau ingin berlaku peperangan, itulah tempat hala tuju pertama, saya rasa ini juga hal-hal ini kita harus ambil pertimbangan walaupun ada cadangan Yang Berhormat. Daripada segi gambar, video itu sebenarnya kita boleh buat tapi hendak jadi orang berbondong-bondong naik bas datang untuk tengok gedung itu, kita boleh fikirkan dan kita kena tengok situasi dan keadaan semasa. Dan kadang-kadang kita tak faham kenapa dam atau pun empangan itu begitu sensitif sampai di pagar orang tidak boleh memancing, orang tidak boleh menjala tetapi dalam satu masa yang sama kita kena sedar juga faktor keselamatan kerana keselamatan itu bukan hanya cukup makan tetapi makanan itu selamat ataupun makanan itu tidak sabotaj, atau pun bekalan itu tidak hilang atau pun dirampas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih atas cadangan itu tapi kita ada pertimbangan keselamatan yang harus kita fikirkan bersama. Itu secara sedikit sebanyak saya dah sentuh tentang pakej rangsangan kita, Rm131 juta dan akan ada lagi selepas ini dan selepas itu saya harap kita dapat lagi cadangan-cadangan
sama ada personel atau pun dalam forum atau pun dalam tindakan untuk melihat secara terperinci tentang keberkesanan hal tersebut.
Hal kedua yang saya kira sangat jelas untuk dibangkitkan terutama daripada dua Ahli Dewan iaitu Hulu Kelang dan juga Gombak Setia adalah berkenaan dengan Rancangan Selangor Pertama dan Rancangan Selangor Ke-2.
Yang Amat Berhormat, kedua-duanya tiada di sini.
Tak apa, tak apa, ini kepentingan awam jadi saya kena terangkan sebab saya bukan hendak terangkan untuk Hulu Kelang dengan Gombak Setia sahaja, saya rasa rakyat Selangor juga kena faham dan juga kena tahu. Antara soalan asas pertama kenapakah Rancangan Selangor Pertama belum kita membuat konklusinya atau pun membuat kesimpulan. Kita sebenarnya sedang menunggu dua data yang penting. Data pertama ialah berkenaan dengan kadar pertumbuhan negeri. Di peringkat Persekutuan secara purata diunjurkan lebih kurang 5.2. Kita juga mempunyai unjuran, unjuran kita hasil daripada Selangor Research Institut bersama dengan beberapa universiti antaranya Universiti Putra Malaysia, unjuran kita ada 6.2. Kenapa penting pertumbuhan 6.2 atau pun 6.3 atau pun 5.9 kerana adakah kita dapat mencapai secara purata 6.5 hingga 7.5 sebagaimana yang ada dalam Rancangan Selangor Pertama. Bilakah dia akan keluar? Dia akan keluar atau pun urusan itu akan keluar daripada Department of Statistic atau pun Jabatan Perangkaan Negara sekitar bulan 6 dan bulan 7 kerana bulan 6 dan bulan 7 nanti barulah kerangka atau pun data itu akan dikeluarkan secara sah walaupun kita telah mempunyai unjuran.
Kalau ikutkan memang saya hendak bentangkan, itu pun kita dah buat showcase dan juga sedikit pembentangan, kita dah capai 79.1% secara keseluruhannya dengan beberapa PPI, PPI telah mencatatkan tema-tema tertentu telah mencatatkan kadar lengkapnya, misalnya tema sosial mencapai 88.72%. Tema kelestarian 81.2%, tema tadbir urus mencapai 90.77%, tema ekonomi mencapai 58.89%, kenapa kecil sebab ada dua angka penting, kadar pertumbuhan dan nilaian ekonomi. Tahun 2024 sebagai contoh data terkini itu paling sah, kita punya pertumbuhan atau pun kita punya sumbangan KDNK kita 26.2%.
Sumbangan nilaian ekonomi kita RM432 bilion, 2023 RM406 bilion, sumbangan kita 25.9%, yang terbaru belum lagi dan kita kena tunggu data-data tersebut dan dengan ada data-data tersebut barulah kita akan lengkapkan dan kita akan persembahkan kepada semua pihak termasuk kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana ini adalah usaha pertama di mana-mana negeri membuat rencana ini. Dan usaha pula mengabungkan dan mencantumkan antara inisiatif kerajaan dan juga inisiatif swasta. Saya sebutkan dalam ucapan ketika showcase, tak adapun laporan tiap-tiap tahun berapa percent dicapai bagi setiap RMK sebenarnya. Yang ada adalah RMK yang pertama, RMK yang pertama capaiannya 70%, kita
belum lengkap lagi data dah capai 79%, saya hendak ucapkan terima kasih kepada pasukan kita daripada pentadbiran Kerajaan Negeri yang bekerja dengan kuat dan mereka yang terlibat untuk menjayakan hari ini (Dewan menepuk meja).
Yang Amat Berhormat, bila sebut tentang Rancangan Selangor Ke-2 yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang dan Gombak Setia, mungkin ini andaian saya, mungkin apakah mereka membuat pembandingan dengan RMK sebab bila RMK Ke-12 tamat pada penghujung tahun 2025, RMK Ke-13 diumumkan lebih awal pada Julai 2025, adakah itu panduan yang boleh kita guna pakai atau pun sebenarnya kita menunggu laporan-laporan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi.
Kita memang sedang tunggu laporan kerana laporan yang ada hanya 2024, jadi kita kena conclude yang 2025, nak conclude 2025 kita kena tunggu data 2025 yang keluar pada tahun 2026. Laporannya siap siap, belum masukkan lagi data tersebut. Rencana Rancangan Selangor Ke-2, kita dah buat bila, kita dah buat kira-kira dua tahun atau pun dua tahun setengah daripada sekarang. Kenapa kita tak bentangkan lagi, sebab pertama Rancangan Selangor Pertama tak conclude lagi, yang kedua sebenarnya saya memberi arahan untuk kita membuat ubah suai. Kenapa kita kena buat ubahsuai kerana kita berdepan dengan Krisis Geo Politik Timur Tengah yang mungkin akan bagi kesan kepada beberapa capaian-capaian dan juga beberapa nilai-nilai yang ingin kita capai. Kita kena realistik dalam hal ini, kalau tidak kita mungkin akan tersilap, baik juga berlaku kelewatan rangkuman Rancangan Selangor Pertama dan kita boleh mengubah suai kerana sejarahnya Rancangan Selangor Pertama adalah satu ikhtiar dan usaha Kerajaan Negeri pada waktu itu untuk kita keluar daripada kesan pandemik.
Kalau kita lihat pelancongan adalah subsektor yang mungkin akan paling akhir selesai atau pun boleh. Tahun lepas kita dengan beraninya selepas beberapa tahun pandemik 2021, 4 tahun, sektor pelancongan kita catat 8.4 juta pelancong lebih daripada sasaran 8 juta sempena dengan Tahun Melawat Selangor. Dan ini contoh macam mana kita sebut sebenarnya tahun lepas dan tahun-tahun sebelum itu kita dah pulih kerana sebahagiannya di suntik oleh Rancangan Selangor Pertama. Sebagaimana saya sebut, pertumbuhan dalam Negeri Selangor pada tahun 2022 berjumlah berapa, berjumlah 11% lebih daripada biasa orang sebut 10% dah tinggi, meningkat 11%, betul kerana base kita yang lepas adalah sangat lemah pada tahun 2021 kerana kegiatan ekonomi lemah. Tetapi compare lah dengan other state dan negeri lain yang tidak ada rencana seperti Rancangan Selangor Pertama, perkembangan mereka mungkin dalam sekitar 6 dan 7% tapi kita dapat mencapai tangga 11% diikuti dengan konsistensi pada tahun-tahun sebelumnya selepasnya. Dan kita sedang tunggu angka terakhir dan kadar purata pertumbuhan yang saya sebutkan tadi sebenarnya lebih, kita sasarkan 7.5, sebenarnya kadar purata pertumbuhan kita 7.9. Selalu Hulu Kelang sebut kenapa tak ambil kadar medium, itu cuma hendak bandingkan dan hendak bezakan
sahaja, akhirnya itulah kadar puratanya kalau hendak tengok kadar tiap-tiap tahun, memang tak bolehlah sebab kita kena tengok 5 tahun, ini perancangan 5 tahun. Sebab itu kita kena lihat pada kadar purata yang sedia ada.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rancangan Selangor Kedua antara projek-projek yang berjaya adalah Pulau Indah Power Plant. 1,200 mega wat tenaga elektrik yang memenuhi hampir 40% keperluan puncak tenaga di Lembah Klang. Loji Waste to Energy kita menjunjung kasih kepada keprihatinan Tuanku untuk segera kita lakukan loji Waste to Energy Jeram 1 dan 2 dan Tanjung Dua Belas yang ketiga nanti, merupakan satu-satunya negeri yang mana loji rawatan Waste to Energy itu yang kita buat sendiri. Benar kita tengok ada launching di Sungai Udang baru ini that is the federal project, kita akan dengar nanti di Bukit Payong, that is also federal project. Kita dengar di Negeri Sembilan yang dah siap, itu adalah federal project tetapi di negeri Selangor kita tak harap sangat dengan federal project, kita usahakan sendiri kita jalankan sendiri bermula tahun 2023, sekitar berapa minggu yang lepas, kita baru lulus penggunaan grid ataupun pelaksanaan grid daripada TNB dan kita hanya menunggu untuk perjalanan komersial pertama. Alhamdulillah Tuanku pohon ataupun Tuanku minta untuk kita laksanakan dengan segera bulan 6 loji rawatan atau pun loji Waste to Energy kita akan mula mengambil sisa pepejal sebanyak 1,500 daripada keseluruhan 8 ribu tan sisa pepejal yang diuruskan dalam negeri Selangor. Tak berapa lama kemudian Waste to Energy ke-2 di Jeram akan siap dalam construction sekarang dan Tanjung Dua Belas akan siap pada tahun 2028, keseluruhan ketiga-tiga tersebut kita akan dapat uruskan lebih kurang 3 ribu, 4 ribu hingga 5 ribu tan daripada 8 ribu tan yang sekarang diuruskan. Ketika kita buat pada 2023, ketika itu sampah kita baru 7 ribu tan dan sekarang telah meningkat 8 ribu tan.
Adakah Kerajaan Negeri menghalang mana-mana pihak hendak buat lain, buat, boleh. Kita minta KDEB Waste ada kerjasama untuk buat di Rawang, ada isu tentang EIA, kita kena ikut aturan, kita menunggu kalau boleh buatlah sebanyak mana yang mungkin sebab Waste to Energy ini adalah sebahagian daripada solusi kita untuk menangani masalah penggunaan landfill yang tidak sustainable di mana tanah-tanah tersebut terpaksa boleh dirawat puluhan tahun baru kita boleh gunakan semula walaupun Waste to Energy masih memerlukan landfill dan pelbagai perkara lain.
Saya juga hendak sentuh antara perkara yang disentuh oleh Hulu Kelang bila dia sebut Rancangan Selangor Pertama tidak mampu memberikan limpahan ekonomi kerana sektor pembuatan kita hanya berjumlah 21.6%. Marilah kita lihat angka ini dengan lebih jernih supaya kita tidak kabur. Sebagai contoh, pada tahun 2025 jumlah projek kita adalah RM2,562 maknanya sektor pembuatan kita berkembang daripada tahun sebelumnya hanya ada 207 projek dan berkembang menjadi RM2,562. Manakala pada 2024, peluang pekerjaan yang ditawarkan daripada sektor pembuatan adalah sebanyak 18,800 peluang pekerjaan. Tahun 2025 sebanyak 24,957 atau pun 25 ribu sebenarnya peluang pekerjaan yang dibuat.
Tak bolehlah kita hendak spin kenyataan itu dengan realiti yang sebenar. Tengok percentage rendah, kenapa dia rendah kerana pembubaran dan pengembangan sektor perkhidmatan, sektor perkhidmatan kita berkembang biak kerana sebahagiannya digerakkan oleh ekonomi digital yang ada sekarang. Dan pelbagai lain seperti data center dan pelbagai perkara lain malahan kita menerima beberapa pengendali-pengendali data center daripada negeri lain yang sebelum ini beroperasi di negara lain kerana apa, kerana di negeri kita mempunyai sustainability bekalan tenaga dan air yang mencukupi. Rizab margin kita naik 18%, satu peningkatan, none renewal water kita berkurang. Pencemaran yang menyebabkan henti tugas, kosong pada tahun 2025 (Dewan menepuk meja) ini adalah contoh bagaimana rencana-rencana dalam Rancangan Selangor sebenarnya meningkatkan dan mengupayakan ekonomi kita dan kalau kita tengok pun tahun 2024, jumlah pelaburan yang kita terima RM101 bilion ringgit Malaysia. Tak pernah dicapai RM101 bilion secara keseluruhan, tahun lepas RM80 bilion ringgit Malaysia, peluang pekerjaan berapa, 61 ribu peluang pekerjaan. Datanya ada pengeluaran, ada pengecutan daripada segi percentage tetapi kalau kita lihat datanya insyaAllah kita akan dapat melihat dengan lebih jernih dan saya jelaskan. Dan ini juga terkandung kerana ada peningkatan teknologi, contohnya ada suatu syarikat Boon Foot Sdn Bhd mempunyai tenaga kerja 50% wanita dan disebabkan peningkatan teknologi automasi kadar pembuatan syarikat itu telah berjaya meningkat 165%. Domasilation Sdn Bhd dia telah berjaya meningkatkan hasil sebanyak 192% kecekapan meningkat sementara tempoh waktu bekerja juga meningkat. Saya baru pulang daripada UMW Aero Space, dulu Hulu Kelang selalu berbangga kita lihat fan chase made in Malaysia, dibuat di Serendah. Tapi sebenarnya waktu itu di bahagian depan sahaja, sekarang keseluruhan fan chase, Boeing dan juga Air Bus sebenarnya adalah dibuat di Malaysia. Dulu hanya bahagian depan sekarang bahagian rare atau bahagian belakangnya juga, bahagian bloom sekarang bahagian depan, semua fan chase situ dibuat oleh Malaysia dan kepakarannya adalah kepakaran tempatan (Dewan menepuk meja) dan menjadi pembantu atau kepada syarikat Rolls Royce.
Lebih membanggakan bila saya datang ke sana, beberapa syarikat-syarikat tempatan kita daripada Jenjarom, daripada Beranang, daripada Balakong, syarikat-syarikat inilah yang membekal untuk penggunaan kimia untuk beberapa oven dan urusan-urusan tertentu dan semua syarikat-syarikat ini adalah syarikat-syarikat tempatan. Dengan satu contoh yang kecil itu, saya boleh sebutkan sebenarnya perkembangan yang sangat positif daripada sektor pembuatan di dalam Negeri Selangor tetapi kerancakan sektor perkhidmatan itu kita tidak mampu tandingi kerana data center merupakan penyambung kepada ekonomi dan penyambung kepada pelebaran pergerakan data-data yang bergerak di seluruh dunia dengan teknologi semikonduktor AI dan sebagainya saya dapat lihat dengan jelas.
Jadi kita tak boleh hendak mengambil kesempatan daripada titah tersebut untuk memutar belit dan akhirnya tidak memberikan kejelasan dengan apa yang berlaku pada hari ini dan pada masa depan.
Yang Amat Berhormat, terima kasih atas penerangan itu tadi. Yang Amat Berhormat boleh tak kita dapatkan satu simpulan bahawa pada masa akan datang kita tak boleh hanya bergantung semata-mata data sektor pembuatan kerana dalam keadaan ekonomi bergerak laju, sektor-sektor yang lain akan menjadi salah satu faktor pemangkin atau mula akan dijadikan satu penanda aras yang bukan hanya lagi pada masa akan datang, kita hanya tunggu sahaja, maksudnya kalau dulu Malaysia ia, dengan sektor pembuatannya kerana kita membuka kilang-kilang baru dalam keadaan mana kita melihat itu ialah sebagai pencapaian kita, tapi kita sudah harus sedar pada masa akan datang itu bukan lagi target kita sebenarnya tapi dunia bergerak ke sektor perkhidmatan dan kita juga seharusnya memberikan tumpuan juga kepada sektor perkhidmatan. Kalau kita takut sebab nanti dia akan ulang-ulang sampailah habis penggal, sampai kempen pilihan raya nanti.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Ada bukanlah semuanya silap sebab ini adalah debate dan sosioekonomi. Saya cuba adil di sini atau pun bertindak adil sebab antara perkara yang selalu di bahaskan tentang negara seperti Malaysia atau pun Vietnam, adakah kita dapat beralih daripada mass level manufacturer kepada high tech manufacturer. Kita tidak boleh segera menjadi ekonomi kedua dalam dunia beralih kepada sektor perkhidmatan kerana kita belum cukup matured, ini pandangan-pandangan daripada beberapa institusi ekonomi beberapa tahun yang lepas. Maknanya kita kena perkasakan tak, yes kena perkasakan tapi dalam pembentangan hal yang saya sebutkan tadi, percentage nya nampak menurun tetapi datanya menunjukkan peningkatan. Peluang pekerjaan yang dibuka juga meningkat, ruang ekonomi juga meningkat, sebab itu apabila ada gesaan orang di luar sana, ini Selangor dah makin hancur, 5 ribu hilang pekerjaan, tahun lepas 60 ribu peluang pekerjaan baru datang bukan saja orang Selangor, orang Kelantan, orang Terengganu, orang Kedah datang ke sini untuk mencari rezeki dan juga bekerja dan hidup di Negeri Selangor. Jadi maknanya bila raya itu orang kata Shah Ale dah tak jadi Shah Ale, dia jadi Shah Alam, contohlah. Jadi kita bukanlah kita anti dan hendak try jadi orang yang parokial dalam hal ini, kita hendak jadi orang yang terbuka dan di Negeri Selangor ciri yang pentingnya adalah bersikap terbuka dan mampu untuk menerima semua tetapi bekerja dan membantu membangunkan negeri kita dengan baik. Betul, hal pekerja yang dibuang atau pun yang kehilangan itu kita akan tengok sebab datanya adalah data PERKESO dan kita akan semak apakah perlu sokongan dan bantuan. Kalau yang lain peluang pekerjaan ada, ada kerana data makronya yang saya sebut, 60 ribu peluang pekerjaan baru, 24,900 peluang pekerjaan sektor pembuatan dan ia boleh diganti dengan 5 ribu peluang pekerjaan yang hilang dan kalau kita tolak 60 dengan 5 ribu itu sebenarnya masih ada margin yang besar untuk hal yang tersebut. Itu hal ... Ya, silakan Morib.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, jadi saya lihat tidak ada masalah dalam pembangunan di Selangor ini. Jadi setuju ke tidak saya
hendak tanya pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar jika kita keluarkan sudah sampai masanya untuk kita keluarkan rizab kita, saya nampak peningkatan itu ada, jadi dengan apa yang kita bincangkan tadi tentang banjir, tentang masalah iyallah, khususnya yang Tuanku titah masalah banjir itu saya rasa tak ada masalah untuk kita keluarkan rizab untuk kita beri kepada pembinaan atau pun pembangunan fasa rana banjir itu sendiri, terima kasih.
Ya sudah pasti hal yang harus kita seimbangkan selain daripada kemajuan ialah kualiti kehidupan. Kita tidak boleh membangun dalam masa yang sama meruntuhkan kehidupan. Cadangan Yang Berhormat saya rasa tumbuh lagi panjang jambang Pegawai Kewangan Negeri ini nanti. Antara hal penting sekarang ialah penggunaan rizab ya sebab itu kita tak akan henti RM131 juta saya sebutkan awal-awal. Kita cuba Pegawai Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi sebenarnya kita hendak cari RM200 juta, saya hendak minta anak syarikat lain, kita hendak sampai RM500 juta tapi kita ada beberapa kekangan antara kekangan kita ialah komitmen jangka panjang, TAWAS adalah satu contoh kekangan kita jangka panjang. Nilainya ratusan juta yang harus kita laksanakan, yang kedua penggunaan tabung, penggunaan tabung-tabung itu dia ada trans date dia atau pun dia ada garis panduan dia. Kita kena bawa ke Dewan ini lagi untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dibangkitkan tersebut. Yang ketiga, dia ada jadual bersama Yang Berhormat, perparitan JPS ini sebenarnya jadual bersama di antara Persekutuan dan Negeri. Jadi Persekutuan ada tanggungjawab dia, Negeri ada tanggungjawab dia untuk laksanakan, as a record di tahun 2024 Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran menggunakan 99%, betul tak Yang Berhormat Rizam, 99% daripada bajet yang telah kita allocated pada tahun 2024 untuk penyelesaian isu banjir. JKR pun sama tetapi kenapa masih lagi berlarutan, ada sebahagian projek itu atau pun urusan itu harus dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Contohnya Sungai Langat Fasa 2, nilainya RM1 bilion saya masih ingat lagi, tak selesai reka bentuk dia tak tahu selesai ke tak selesai.
Yang ketiga adalah peringkat PBT, MBSA pembentangan kita jumlah RM380 juta tak silap, RM300 juta ringgit. Itu sedikit sebanyak walaupun kita boleh memanggil dia bagi arahan tetapi tindakan itu harus diselaraskan. Sebab itu, saya kesian jugalah dahlah rumah dua, selain daripada Pertanian tadi, banjir ini tak sudah-sudah, ke sana ke mari, kadang-kadang masalah dia local council, local council tak selesaikan. Saya menjunjung kasih di atas keprihatinan Tuanku, Tuanku sebut sebagai contoh, tolong gunakan kepakaran negara luar daripada Nethelands sebagai contoh. Sebenarnya kita tidak approach lama dah, tapi mereka baru selesai menandatangani MOU dengan Kerajaan Persekutuan dengan PETRA. Selepas itu baru dia hendak kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Antara tempat yang mereka telah tengok adalah di Hulu Bernam, di Sabak Bernam kawan saya, Sungai Bernam di Hulu Bernam. Tempat itu tidaklah begitu berisiko tetapi kena dengan nature negara Nethelands, sebab negara Nethelands sebahagian besar daripada urusan dia adalah untuk perairan pertanian. Dan di Sabak Bernam urusannya adalah urusan pertanian Sabak Bernam.
Kita kerjasama dengan JAIKA daripada Jepun lama dulu, lima enam tahun dulu, untuk apa, untuk kenal pasti pengesanan awal isu dan juga sensitiviti terhadap masalah bencana. Kita hendak sasarkan masalah bencana, dia tidak boleh di anggak bila hujan turun walaupun ada ramalan kaji cuaca tapi kadang-kadang kita kena tengok apa dia, kita kena tengok high tight sekarang masalah high tight. Alhamdulillah tahun lepas high tight kita tidak begitu terkesan walaupun masih lagi berlaku banjir. Itu contoh peningkatan yang ada tapi kita menjunjung kasih kerana pada masa yang sama kita perlu percepatkan, kita perlu gunakan. Saya akan tengok cadangan dari Morib nanti, bincang dengan Pegawai Kewangan kita apa yang boleh kita keluarkan, kita laksanakan tetapi saya hendak sebutkan bahawa hundred percent kita gunakan sampai 99%, bukannya tak habis. Saya masih ingat di awal saya jadi Ahli Dewan dulu atau pun hatta saya jadi EXCO dulu, penggunaannya kadang-kadang 60%, kadang-kadang 70% yang di bajetkan tetapi hendak selesai apa, tak selesai. Saya masih ingat Hulu Kelang masa jadi Menteri Besar masa itu dia bukan Antarabangsa, dia turun di Kajang, selesaikan masalah banjir di Bandar Kajang, itu jer lah yang selesai, yang di Meru daripada dulu sampai ke hari ini masih lagi berlaku. Di Bukit Hijau, di Bukit Kucing, Ijok masih lagi berlaku. Kenapa sebab tak ada sebab kita selesaikan RM100 juta saja di Bandar Kajang pada ketika itu. Menunjukkan apa bahawa masalah ini berlarutan dan perlu kita selesaikan dengan bersungguh-sungguh dan selesaikan dengan segala mampu yang kita mungkin.
Kedua, ketika pembersihan Sungai Klang, sebenarnya saya hendak maklumkan berulang kali kita sebutkan pembersihan Sungai Klang ini berjalan dan konsisten berlaku. Malahan saban tahun kita dapat melihat pengurangan liberty atau pun waste yang dikumpulkan daripada proses pembersihan Sungai Klang menunjukkan kesedaran sudah semakin meningkat. Kedua telah muncul atelier seperti buaya, memerang dan sebagainya yang sebelum ini tak mampu hidup di Sungai Klang tersebut. Yang ketiga SPAN telah menyebutkan bahawa Sungai Klang dah boleh abstrak air dia, dulu level 5, sekarang level 3 sebab itu Kerajaan Negeri buat Loji Rawatan Air Sungai Rasau, siap pada 27 ke 26? Rasau 2026, hujung tahun ini akan siap. Source work nya daripada mana, daripada Sungai Rasau, anak Sungai Klang, kali pertama kita boleh abstrak air daripada Sungai Klang. Untuk yang pertama sekitar berapa, sekitar 350mmld sampai 700mmld lengkap sepenuhnya kita boleh abstrak air 1,400mmld (million liter per day) juta liter per hari daripada Sungai Klang menunjukkan ada peningkatan yang signifikan daripada kualiti pembersihan Sungai Klang. Itu kita tidak berhenti di situ, MBI (Maritim Gate Way) buat drainage dalam sekitar 80 hingga 100km lebih kurang di 54km di Sungai Klang. Akhirnya dengan kerja tersebut, kita telah meningkatkan jumlah kapasiti Sungai Klang 20%. Sebab itulah tidak berlaku lagi peristiwa banjir di Bukit Lancong, sebab itu sekarang Kampung Lombong tidak lagi severe banjirnya sebagaimana seperti dahulu. Maknanya berlaku tak peningkatan?. Berlaku tapi kita menerima cabaran daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku baginda telah pun 25 Tahun melihat hitung naik daripada dulu Sri Muda ini banjir daripada dulu bukan sekali tapi berkali-kali. 1995 banjir Tahun 2005 banjir, Tahun 2025 banjir baginda sudah tak mahu, tak nak 2030 banjir berlaku lagi di Sri Muda itu pun banyak yang kita dah buat bila kita buat rejim tersebut
Sri Muda dulu paras dada yang terkini paras buku lali. Ada peningkatan alhamdulillah ada peningkatan tapi adakah kita sempurna? Sudah pasti kita tak sempurna tetapi kita sedang cuba sedaya upaya untuk selesaikan isu ini melalui rencana-rencana yang kita akan laksanakan daripada masa ke semasa termasuk kerjasama dengan institusi daripada negara-negara seperti Belanda.
Pembersihan ini contoh, kita adalah negara pertama pembersihan Sungai Klang oleh Ocean Cleanup namanya pun Ocean. Dulu mereka tumpu di laut, sekarang mereka buat di sungai ini adalah negeri pertama yang dibuat.Interceptor machine nya 87,000 tan telah berjaya dikutip pada hal tersebut dan pada waktu-waktu yang tersebut. Jadi saya telah jelaskan sedikit sebanyak sebenarnya apa yang disentuh tentang Rancangan Selangor adakah ia mencapai sasaran? Percentage nya ada telah dipaparkan dan juga apa yang telah kita buat dan kita laksanakan dan bersedia melaksanakan dan menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sama ada melalui data-data yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan dan juga pandangan-pandangan yang penuh ikhlas daripada Tuanku demi untuk memastikan negeri ini berjalan dengan lebih baik dan jalan dengan lebih rancang.
Yang Amat Berhormat terima kasih. Bila sebut pasal pengorekan sungai dan pelebaran sungai dia berkait dengan SMG dan juga zon ekonomi yang dalam jajaran SMG. Saya masih ingat ketika kita serahkan atau pun berikan projek itu kepada berjaya dia punya kontranya zon ekonomi itu.Maknanya hari ini, kalau saya tengok di site memang tidak ada sebarang progress lagi di zon tak silap saya pakej 6 di Seksyen 24 dan memanglah SMG ini bagi kesan yang sangat baik Yang Amat Berhormat yang sangat baik Seksyen 24, Sekysen 17 tidak berlaku banjir lagi hasil daripada pengorekan pedalaman sungai itu, cuma saya nak bertanya dengan adakah dengan belum terlaksananya zon ekonomi di bawah SMG itu dia membantutkan usaha SMG itu sebab itulah hasil yang kita berikan kepada pihak Berjaya. So adakah itu terbantut? Atau pun ia masih lagi berjalan seperti yang dirancangkan?
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Amat Berhormat kalau saya boleh sambungkan sedikit memandangkan Yang Amat Berhormat sentuh berkenaan Sri Muda tadi, Yang Amat Berhormat saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat berkenaan tebatan banjir yang sedang dibuat oleh JPS. Memang cekap, memang ada reset improvement dalam perkara tersebut tetapi Yang Amat Berhormat masa kita mempunyai masalah berkenaan dengan internal draining tersebut so saya pohon Yang Amat Berhormat boleh memberikan satu peruntukan khas untuk tujuan kita menyelesaikan isu di Sri Muda khususnya bagi penaik tarafkan jenis-jenis dalaman bagi Sri Muda.
Terima kasih daripada Kota Kemuning atas cadangan yang telah di kemukakan ia menjurus pelaksanaan di peringkat PBT saya rasa tadi Sekinchan telah jawab sedikit sebanyak kita akan cuba selaraskan sebab kita kena akui banjir ini bukan isu sungai sahaja, bukan hujan sahaja, bukan sahaja air melimpah daripada paras ketinggiannya yang tertentu tapi banjir ini datang daripada keseluruhan ekosistem termasuk kekuatan longkang dan juga kaedah pembangunan.
Beberapa tahun lepas, merata-rata seluruh dunia orang sebut sponge city, sponge city tapi akhirnya kita kena terima hakikat sebahagian besar daripada kaedah pembangunan kita bina di Malaysia termasuk di Negeri Selangor telah menghilangkan nilai-nilai serapan tersebut. Tak ada lagi kawasan tanah, pantang ada tanah pasti nak di tar, pantang ada tanah pasti nak disimen, lepas itu naik apartment macam mana kita nak berdaya bersaing di tempat saya lagi teruk Yang Berhormat di kampung di salah satu di kawasan saya di Sungai Tua. Dulu ada tasik, tasik itu pun dah tak ada dah jadi apartment atas tasik itu. Jadi macam mana kita nak selesaikan, terpaksalah kita ubah balik, bangun balik dan saya masih ingat satu penggal saya di sana berhari, berminggu-minggu kita akan turun mengatasi masalah itu sampailah projek Jabatan Pengairan dan Saliran siap di Sungai Udang itu pun masih lagi berlaku di Selayang Baru belum selesai sepenuhnya.
Saya rasa Templer tau la, Selayang Baru mana tempat itu. Jadi maksudnya, ia melibatkan pengairan air saya ingat peta tadi disebut oleh Yang Berhormat Pandan Indah merupakan penyelesaian jangka panjang tapi rakyat bukan nak tahu jangka panjang ke jangka pendek. Itu Pelan Induk Air bukan peta pertanian. Pelan Induk Air itu adalah solusi jangka panjang tapi rakyat saya tahu, dia tak tunggu, dia komen ini dia tengok komen di semua tempat. Malahan dia boleh komen juga di laman sosial milik Duli Yang Maha Mulia Tuanku jadi Tuanku juga turut terdedah dengan laporan-laporan tersebut bagaimana rapatnya hubungan Tuanku dan sampaikan dengan penuh ikhlas ke sini dan sampaikan. Saya pernah sendiri secara peribadi menyebutkan Tuanku minta maaf kita dah cuba untuk lakukan dengan terbaik tak boleh, terus sebut daripada kecil ,daripada muda baginda dia tengok berapa negeri saya tak nak sebut ya..daripada dulu sampai sekarang kalau banjir negeri itu juga ada. Tuanku tak nak Negeri Selangor yang maju yang dianggap separuh kawasan Malaysia ini menjadi negeri yang seperti itu. Sebab itu kita menerima dengan baik, kita buat dengan hati yang terbuka walaupun ada orang menggunakan untuk dengan kaedah signical terpulanglah kalau nak gunakan ini untuk kepentingan politik sementara...lakukanlah...tapi kita di sini bekerja keras dah ada bukti kita laksanakan dan kita akan laksanakan dengan sebaik mungkin atau pun dengan seboleh mungkin. Ini dua isu utama yang saya rasa kita telah hurai ya, silakan....
Terima kasih Yang Amat Berhormat, saya nak beri Yang Amat Berhormat rehat sekejap..
Memang kita tidak pernah menafikan tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dirasai seterus oleh rakyat di peringkat bawah. Dengan berbagai projek cuma persoalannya ialah sejak Yang Amat Berhormat sebagai ADUN pertama saya juga sama tahun itu kita bincang perkara yang sama Tak ada hari ini pelbagai rancangan bak kata Yang Berhormat Semenyih kita berbangga dengan angka yang berbagai-bagai jumlahnya tetapi pihak di bawah tak terasa pun kesannya. Jadi sebab itu kami cadangkan yang pertama ialah tentang rombakan sistem, bagaimana kita boleh upgrade sistem kita kepada shift yang lebih baik supaya soal banjir sebagai contoh kita mengaku bahawa bukan soal sungai semata-mata tapi soal air yang banyak di peringkat Perbandaran memerlukan kepada fokus kita menaik taraf saliran yang menggunakan peruntukan PBT sebagai contoh atau pun meningkatkan sistem kawalan sebagai contoh termasuk juga bagaimana kita boleh meningkatkan daya murni di negeri ini. Kami tak membantah usaha-usaha pihak kerajaan tapi kami nak melihat ianya berkesan sehingga menunjukkan keberkesanannya kepada kita bila data yang dikeluarkan oleh DOSM kita masih tercorot jumlah kebahagiaan. Itu sebagai indikator yang dibuat oleh pihak kerajaan jadi soalnya ialah kita mahu sebaik ditingkatkan sistem kita demi rakyat Selangor yang tercinta, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat sudah sikit dulu sekejap dulu tidak boleh poligamikan soalan, nanti salah itu walaupun ada niat nak berpoligami boleh. (gelak). Ada tapi tak berani, saya tak marah janganlah jadi tiga pula sabar dulu...
okay-okay soalan saya...
Saya jawab dulu, terima kasih banyak-banyak saya hargai dari pandangan Sungai Ramal tersebut, dan kita pun tahu Sungai Ramal bermula sebagai Ahli Majlis, kemudian terlibat menjadi estate SMD dan melihat dengan lihat dengan jelas bagaimana progress dan juga apakah yang berlaku perkembangan yang berlaku dalam negeri kita...kalau kita sebut tentang banjir, kita dulu bermula masa zaman penggal pertama ada 15 ada dekat 20 hotspot kita tangani hotpsot tersebut. Rupanya hotspot tersebut bila diuruskan banjir pula mengalir di tempat lain. Kita selesaikan banjir dekat Bandar Klang dulu, di Bandar Kajang dulu akhirnya banjir tersebut merebak pula atau pun mengalir di Kampung Cemperai, di Sepang kerana di Kajang tak ada laut dia mengalir ke Sepang Kampung Cemperai kita kena selesaikan Kampung Cemperai.
Kampung Cemperai dia ada kaitan dengan Langat 2 atau pun Langat Fasa 2. Itu contohnya secara realistik yang harus terangkan sebab itu, saya dengar Pelabuhan Klang memang betul saya setuju kita tak boleh nak selesaikan, nak jawab isu ini jawab isu teknikal tapi itulah technicality yang harus kita tangani bersama-sama. Saya tak nak ambil portfolio infrastruktur
ini cukuplah kepala saya pun dah makin nipis ini. Kang nanti rosak pula tapi saya nak jelaskan saya cukup faham hal ini dan saya, saya hargai setiap keprihatinan apa yang dibangkitkan oleh Semenyih. Pertemuan kita besar tapi isu banjir ini tidak selesai, bukan tak selesai, bukan tak cuba diselesaikan, kita cuba sedaya upaya tetapi isunya masih lagi ada hal-hal tertentu yang harus kita tangani dan kita hadapi.
Taman Mutiara di kawasan Kota Anggerik tak silap, bertahun-tahun tak selesai antaranya Lebuh raya tak selesaikan atau pun tak bagi laluan bila Lebuh raya beri laluan alhamdulillah Taman Mutiara kita nak selesaikan. Saya bukan hanya sebutkan detail ini, sebab saya ikuti dengan penuh perasaan setiap benda ni, semenjak hal ini dibangkitkan pada Tahun 2023 dan saya melihat sendiri Tahun 2021 dan saya lihat di banyak tempat lain kita masuk pendalaman di dalam kawasan. Jadi, saya setuju pandangan daripada Sungai Ramal kena satu tindakan menyeluruh tapi tindakan menyeluruh itu ada pertindanan kuasa dan yang kedua ada perubahan struktur-struktur yang kita kena akui kadangkala tidak boleh kita selesaikan. Kita selesaikan Sri Muda, tapi tak selesai lagi di Meru contohnya, kita selesaikan di Kampung Aman contoh tadahan-tadahan itu kita nak selesai time kita dah minta buat, roboh pula tak selesai lagi...
Saya tahu rakyat tak akan dengar alasan-alasan macam ini tetapi sebagai penjawat pembuat dasar kita kena faham menyeluruh kerana itu, saya sebut tadi untuk jadi kita tahan uji, kita kena faham realiti kita kena faham apa yang berlaku barulah kita dapat tangani isunya bukan simptom nya. Yang jadi masalah kita kadang-kadang address the simptom tapi kita tidak tangani core and cuts of the issue dengan izin. Morib...
Terima kasih Yang Amat Berhormat, ini cerita pasal rambut ini saya lagi dah makin botak mungkin sebab ini semua Ahli Berhormat semua tak ada rambut dah insyallah. Jadi (gelak) jadi, saya refer pada Yang Amat Berhormat tadi mengatakan tentang kawasan dan saya simpati mengatakan kawasan dia juga banjir. Jadi saya nampak di sini pembangunan itu saya nampak tidak selari dan setiap pembangunan itu tidak menepati piawaian yang menyebabkan tanah rendah ya..dan saya rasa sampai masa juga untuk kita menilai mana-mana projek atau pun pembangunan itu melihat tentang satu tanah rendah dan tadahan air. Kita lihat dan punca-punca ini adalah saya rasa dah lama dah tapi bagi saya selepas ini kita kena perketatkan di pihak PBT atau pun di pihak jabatan-jabatan lain. Itu pendapat saya apa maklum.
Terima kasih ini juga merapati dengan disiplin perancangan sebab itu sewaktu Tahun 2008 dulu banyak teguran yang dibuat oleh Menteri Besar masa ketika itu Allahyarham Tan Sri Khalid dia kata, saya masih ingat lagi bahawa perancang-perancang kamu kena jadi perancang bukan biarkan developer tentukan
perancangan. Jadi sebelum ini, kadang-kadang kita mungkin agak cuai, kita dah selesa, sebab itulah kita nak gerakkan tentang reformasi di peringkat PBT tapi malangnya bila berlaku krisis sikit kita terhenti sedikitlah saya nak tengok isunya supaya kita boleh tangani hal yang berlaku supaya kita boleh tangani reformasi di peringkat PBT ini kerana apa yang disebut oleh Morib tadi perancangan daripada awal. Bayangkan, secara natural di tempat saya itu dululah itu adalah tasik yang menjadi secara natural menjadi tempat tadahan sementara hilang tasik tersebut jadi rumah townhouse. Air tak boleh mengalir sementara dekat situ tapi dah selesailah selepas satu penggal atau pun satu penggal setengah itu pun berkeras rotan beberapa kali menjadi wakil rakyat di situ dan di sana saya gerak masa itu kita ramai sikit tak, masa itu kita sebut beberapa kali tentang isu banjir dan alhamdulillah hal itu diselesaikan tetapi peranan semua Ahli Dewan sangat penting bukan hanya melihat, memantau tetapi juga berperanan dalam memahami hal tersebut. Batu Tiga...
Berkenaan SMG tadi Yang Amat Berhormat sebabnya Zon Pembangunan Ekonomi ZP tidak berjalan lagi setakat ini, adakah dia mengganggu proses SMG?
Terima kasih lupa, sebenarnya SMG masih lagi berjalan tetapi kita cuba untuk mencapai keseimbangan di antara projek pembangunan dan juga projek pembersihan. Projek pembersihan masih lagi berlaku sebelum ini Kerajaan Negeri pun dan spent RM45 Million sebenarnya kepada Syarikat Selangor Maritime Gatewway (SMG) untuk membuat pengisian sebelum ada kerjasama dengan Berjaya dan selepas itu mereka membiayai hampir RM5 Juta sebenarnya satu tahun untuk proses pembersihan tersebut dan termasuk Projek Ranging yang kita anjurkan kita dah ada kenal pasti tanah projek itu telah mula dimulakan di satu dua tempat dan namun begitu kita kena tengok kesesuaianlah ada yang melibatkan jalan masuk, ada yang melibatkan pinggir sungai dan sebagainya. Sebab itu kita masih lagi owner dengan agreement dan juga perjanjian tersebut tapi sebagaimana yang saya sebutkan dalam agreement tersebut jelas kita akan pertahankan hak negeri. Kita akan pertahankan keseimbangan negeri bukan sewenang-wenangnya membenarkan dan kita perlu menyelesaikan masalah pembersihan atau pun masalah pendalaman Sungai Klang yang kita telah lakukan sebelum ini. Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat satu lagi ia berkait juga. Jadi dengan itu Yang Berhormat, zon package enam adalah zon pembangunan ekonomi yang mula-mula dicadangkan ada Lion Group telah pun dapat katanya hendak bina perumahan di Seksyen 24 tetapi baru-baru ini saya datang site visit bersama dengan Pandan Indah, kita buat Projek SPS pula dekat situ, so tapak yang sama kita hendak buat zon ekonomi untuk SMG tetapi di situ juga kita buat tapak SPS untuk kita buat tembatan banjir. So itu yang pertama maknanya kalau tidak masalah untuk kita
mengubah zon pembangunan ekonomi itu kepada sesuatu perkara yang lain, saya ingin mohon satu package di Seksyen 17 itu ditukar guna daripada kita bangunkan ekonomi perumahan ataupun komersial, ada permohonan daripada pihak masjid untuk kita pindahkan Masjid Al-Amin kepada tapak di ZPE zon pembangunan ekonomi SMG itu, sebab ada permohonan kita mengubah kepada komersial kepada masjid dan rekreasi, so mungkin Yang Berhormat boleh bagi pandangan sedikit.
Terima kasih. Kita mengubah struktur pembinaan di sana Seksyen 24 itu tersebut, sebahagiannya masih mengekalkan untuk pembangunan perumahan masih kita kekalkan, tetapi yang lain-lain kita tangguhkan sekejap, kerana kita hendak tumpukan kepada ban untuk program tambatan banjir yang kita akan laksanakan. Tentang cadangan Yang Berhormat peralihan masjid dan sebagainya itu kita akan tengok dengan teliti Yang Berhormat macam saya ni Ahli Parlimen Shah Alam. Saya tidak tahu detail itu, tidak apa nanti saya akan tengok dengan terperinci lagi. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat, saya hendak sentuh sikit fasal banjir balik lah sebab banjir ini masih lagi kita hadapi dan kita sama-sama atasi. Saya hendak tahu fasal kawasan, saya hendak ambil contoh di kawasan saya Paya Jaras, Kubu Gajah, Merbau Sempak dan sekitarnya dan juga kawasan-kawasan sekitar sebab kawasannya macam saya sebut dalam ucapan saya ia terkepung dengan pembangunan bandar baru. Elmina ini dia besar, ini lagi banyak ia akan timbul satu pertama adalah tentang bagaimana aliran air banjir, air di kawasan Elmina ini saya tidak nafikan dari sudut pembangunan clear semua, air semua cukup, dari sudut perparitan ada water..(kurang jelas) semua siap tetapi bila discharge tu masuk ke kampung, yang ini yang saya sebenarnya menyebabkan banjir yang sering berlaku di kawasan Paya Jaras dan sebagainya. Sebab itu saya sebutkan melalui ucapan kita ada orang kenal ini air merah ini air Elmina, ini kalau air yang macam ini air dari Kota Damansara, kita tahu air sebab ini yang saya rasa kita kena tengok daripada dasar pembangunan.
Boleh atau tidak pada masa akan datang, sebab kalau tidak salah saya keluar di kawasan hijau adalah 10% boleh tidak kita kembangkan di luaskan menjadi mungkin kepada 30% supaya tadahan hujan itu lebih besar air itu akan meresap lebih banyak lagi dan digantikan dengan one to one maknanya ada proses kita hendak kawasan hijau itu diperluaskan supaya air hujan itu dapat diserap. Sebelum ini kawasan Elmina ini kawasan ladang, sekarang ini masuk ladang tidak ada dah ia akan masuk menjadi kawasan tadahan hujan dan akibat daripada pembangunan itu satu lagi ialah tentang kesesakan lalu lintas. Kalau perasan tuan-tuan, sahabat semua, Ahli-ahli Yang Berhormat kalau tengok kalau bangun pagi banyak video viral Elmina waktu pagi, sebab di Elmina ini bandar makin besar, orang Saujana, orang Hill Park, orang daripada mana-mana kawasan daripada Bukit Cerakah lalu dan akan ke situ tetapi masalah utama ialah jalan keluar, jalan keluar hanya satu sahaja di Elmina dan itu adalah tempat segala-galanya kalau pagi tidak ada dua jam bukan Elmina nama dia. Dan ini
satu perkara yang saya rasa kita kena ambil perhatian, so banjir di kawasan sekitar akibat pembangunan itu satu perkara dan kesan daripada pembangunan juga kita masuk menghadapi kesesakan lalu lintas yang melampau yang mana-mana tidak boleh masuk, saya minta Kerajaan Negeri tengok balik perkara ini supaya polisi-polisi tentang pembangunan kawasan baru ini perlu lebih sistematik supaya dapat mengurangkan kesan-kesan banjir di kawasan berhampiran. Ini pandangan saya Yang Berhormat, sekian.
Terima kasih Paya Jaras atas cadangan dan juga pandangan Yang Berhormat Paya Jaras dan sebenarnya ia kembali kepada aspek yang disebut sebagai perancangan. Ketika satu proses development order dikeluarkan biasanya memang sebenarnya kita terperangkap, terperangkap mengikut locality Majlis Tempatan. Apa Yang Berhormat sebutkan Saujana, Saujana sebenarnya dalam Majlis Perbandaran Kuala Selangor, apa Yang Berhormat sebutkan Elmina sebahagiannya adalah dalam Majlis Bandaraya Shah Alam, Elmina yang lain pula masuk dalam Majlis Perbandaran Selayang, kawasan Matang pagar, kawasan Merbau Sempak, kawasan kampung Yang Berhormat semuanya di bawah Majlis Perbandaran Selayang. Jadi saya kira, ini satu anjakan penting untuk EXCO PBT untuk lihat benda ini, iaitu bagaimana satu perancangan itu kena fikirkan sempadan sebelah, jangan fikir longkang, jangan fikir masalah tambatan itu hanya selesaikan dalam locality mereka sahaja. Ini mungkin anjakan dalam OSC ataupun dalam kebenaran development order yang patut kita perhalusi di peringkat Kerajaan Tempatan, kalau kita fikir sebenarnya Yang Berhormat kalau saya fikir secara rasional, secara logik, takkan kau fikir ke sebelah itu sahaja tetapi kadang-kadang teknikalnya cakap “saya tidak tahu encik, saya kerja dekat Kuala Selangor” itu dah masuk Shah Alam padahal sebelah rumah sahaja.
Jadi hal inilah yang saya rasa perlu anjakan-anjakan yang besar perlu ada perubahan-perubahan yang besar di dalam cara bekerja termasuk apabila kelulusan satu development order mengambil kira Kerajaan Tempatan di sebelah, mengambil kira Daerah di sebelah, mengambil kira locality di sebelah. Saya cukup faham apa yang di bangkitkan oleh Yang Berhormat sebab saya lihat sendiri di dalam beberapa masalah-masalah perancangan pembangunan dan kadangkala kita terpaksa panggil dua-dua untuk membuat proses koordinasi. Saya rasa hal ini perlu ada kreativiti di peringat Kerajaan Tempatan sekarang macam mana kita address hal ini, yang dah berlaku macam mana pula kita hendak selesaikan, adakah kita hendak salahkan dahulu, oh ini dahulu, ini tidak boleh, sekarang kita kena selesaikan, kesian lah dia tengok air sahaja, ini Elmina, ini Kota Damansara, tidak boleh macam itu, saya cadangkan hal itu kita boleh selesaikan dengan menyeluruh. Saya hendak jawab.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar Sungai Tua. Saya tertarik dengan ungkapan reformasi pentadbiran. Saya kira, walaupun kita berhadapan dengan krisis ekonomi, krisis global, Kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua tidak boleh hentikan reformasi pentadbiran itu,
sebab kesan Yang Amat Berhormat yang pertama sekali apabila hendak dilancarkan RS-2, di saat kita mengalami satu cabaran krisis ekonomi sudah tentu Selangor akan jadi tumpuan. RS-1 telah membuktikan peluang pekerjaan dibuka sampai 60 ribu dan selepas ini RS-2 saya yakin akan menjadi satu daya tarikan dan juga untuk menggembleng dan menjana ekonomi di Negeri kita, so akan ramai lagi akan datang berhijrah masuk dalam Negeri kita Selangor. Menjadi tumpuan, itu yang Shah Alam jadi Shah Aley, tapi pada masa yang sama saya kira reformasi pentadbiran perlu dilakukan walaupun apa jua rintangan disebabkan, saya bagi contoh apabila peluang pekerjaan besar maka kita memerlukan perumahan, kawasan perumahan besar dan memerlukan pengurusan sistem perparitan, sistem sampah dan sebagainya. Saya kira semua ini menuntut kepada satu koordinasi menyeluruh melibatkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Dan saya kira pandangan saya pada Yang Amat Berhormat untuk kita teruskan reformasi pentadbiran supaya apa pun cabaran yang akan datang kita telah bersedia pada masa yang akan datang.
Terima kasih. Sudah pasti ini memang ada dalam pelan Negeri, sebagai contoh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri menerbitkan apa yang dikatakan Reformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri Selangor menjurus kepada sektor di bawah kelolaan beliau secara lebih spesifik daripada Pejabat SUK sampailah kepada Pejabat Tanah dan Daerah dan juga termasuk PBT. Saya pada penggal ini ataupun dalam tahun ini kita mulakan reformasi tadbir urus penjawat awam di peringkat PBT kerana masalah itu adalah masalah harian yang kita perlu tangani. Kalau kita tidak tangani hal tersebut apa yang disebut Paya Jaras tadi boleh berlaku di tempat lain boleh wujud di tempat lain termasuk beberapa isu yang lain bila saya sebut tentang sampah haram kawasan saya dekat Ijok, terima kasih sebut esok kenderaan semua masuk rampas tapi hari ini sudah datang balik contohnya.
Jadi hal ini tidak boleh jadi macam itu sebab itu saya minta buat satu perkara saya hendak lihat macam mana respons ya terima kasih respons saya bukannya hendak bantah dengan performance, tindakan tetapi wujud budaya yang ada dekat setengah tempat tersebut, insya-Allah saya perlukan kerjasama semua termasuk semua Ahli-ahli Dewan Negeri, Pembangkang dan Kerajaan untuk kita buat benda ini, kalau tidak dia akan terus menghantui, siapa pun yang Menjadi Menteri Besar, siapa pun yang jadi EXCO, yang kena jawab dekat sini, yang daily depan pintu utama itu finally siapa? Finally kita pun tidak tahu dan macam mana dia punya jaringan dan sebagainya itu yang saya sebutkan bukan saya sebut semua, saya percaya ramai yang ikhlas, ramai yang jujur tetapi kita kena buat lakukan termasuk memastikan kualiti Ahli-ahli Majlis kita yang boleh bekerja dan tengok benda ini sebahagian daripada task mereka ataupun sebahagian daripada benchmark kekuatan mereka. Jangan lama sangat duduk sana finally dah sebahagian daripada bekerja dengan pegawai terbabit.
Saya hendak jawab isu spesifik daripada Bukit Gasing iaitu berkenaan lanjut tempoh pajakan pemilik pajakan Negeri yang hampir tamat tempoh. Cadangan penambahbaikan kadar
premium bagi syarat nyata bangunan perniagaan telah di bentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah Dan Sumber Alam Bilangan 2/2025, 15 Oktober yang lepas dan satu garis panduan holistik yang mencakupi aspek-aspek yang dibangkitkan iaitu aspek keseimbangan antara kebajikan pemilik tanah dan kutipan hasil Negeri. Antara kaedah dalam penitian adalah benchmarking amalan terbaik Negeri lain yang mempunyai kaedah pengenaan bayaran premium khusus bagi pelanjutan tempoh bayaran. Cadangan benchmarking tersebut akan hanya melihat daripada kaedah khas yang diberikan kepada juga melihat kepada faktor biodiversity, faktor sosioekonomi dan kelangsungan. Kerajaan Negeri melalui Pejabat tanah dan Tanah Galian Selangor menyambut baik cadangan yang diUsulkan supaya dapat membantu pemilik-pemilik tanah tersebut melanjutkan tempoh pajakan hak milik mereka dengan menyediakan kemudahan kepada milik tanah seperti pemberian diskaun premium dan tempoh 10 tahun dan sebagainya dan ini akan dimasukkan tahun ini sebenarnya Yang Berhormat untuk masalah di Bukit Gasing yang secara konsisten di bangkitkan beliau.
Tentang konsesi perlombongan bijih timah di atas tanah Kerajaan berdasarkan Seksyen 66 Enakmen Mineral Selangor 2000 Pembaharuan Pajakan Melombong boleh dibuat oleh KL Larut begitu, selaras dengan pemakaian Pekeliling PTGS Bilangan 5/2021 dan Garis Panduan Pengeluaran Temuan Mineral di Tanah Milik Negeri Selangor. Permohonan boleh dibuat melalui Kumpulan Semesta dan sebarang permohonan diterima oleh KL Larut sebagai pertimbangan oleh Kerajaan Negeri tertakluk kerana ini adalah melibatkan salah satu projek kita untuk HORAS jadi kita hendak korek untuk HORAS sebenarnya lalu kita benarkan untuk aktiviti yang lain. HORAS kita selesai, alhamdulillah kalau setiap musim bencana setiap kali musim kemarau ataupun musim kering dengan ada HORAS ada ORS ini kita boleh bertahan minimum 6 months, 6 bulan dan boleh bersambung sampai 9 bulan.
Seterusnya perkara ketiga yang dibangkitkan oleh bila status pemilikan tanah rintis. Kerajaan Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 2024 bertarikh 29 Mei dan disahkan pada 7 Jun telah menimbang dan meluluskan secara dasar cadangan bagi pelupusan secara pemberi milikan Tanah Kerajaan bagi tanah Rintis TNB. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menerusi Pejabat tanah dan Galian Negeri Selangor sedang meneruskan kajian perhalusi kaedah penetapan kadar yang bersesuaian dan sewajarnya bagi membolehkan kadar tersebut di terima sebagai mengambil kira sebagai urusan terkini daripada Kamar Penasihat Undang-undang Negeri. Sebarang penggubahan kepada kategori dan syarat nyata tanah yang ditetapkan, perlulah melalui urusan pengubahan kategori dan syarat nyata tanah memandangkan penetapan kategori dan syarat nyata tanah bagi tujuan rintis mahupun pencawang TNB adalah dalam kategori industri dan syarat nyata khusus untuk tujuan rintis dan pencawang elektrik.
Ini sebenarnya ada sedikit anjakan perubahan, di mana dahulu mana-mana rintis ini sebenarnya tertakluk di bawah Pejabat Tanah dan Daerah, tetapi kelulusan ataupun
kebenaran aktiviti di bawah hak milik syarikat-syarikat utiliti berkenaan, TNB dalam hal tersebut, tetapi ada anjakan yang lain kita benarkan TNB untuk beli jajaran itu secara terus dan tidak ada perlu double application untuk kawasan-kawasan terbabit. Itu satu langkah pertama tetapi ada yang dulu-dulu macam mana, dulu-dulu inilah di katakan pemberi milikan tetapi kita kena tetapkan syarat nyata supaya aktivitinya tidak mengganggu rintis tersebut kerana rintis tersebut telah ada sekian lama dan di bawahnya tidak dijaga dengan baik. Silakan Paya Jaras.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, saya hendak balik kepada pajakan yang hampir tamat, ini boleh atau tidak berikan satu jaminan ini masyarakat di banyak tempat khususnya di Kubu Gajah yang tempoh hendak habis tinggal 10 tahun lagi 15 tahun. Ada atau tiak jaminan Kerajaan kerana premium confirm meningkat ada yang RM100 ribu, RM200 ribu dan sebagainya. Boleh atau tidak memberikan satu jaminan jika mereka tidak mampu bayar premium kita bagi jaminan untuk kaveat makna bayar minima tetapi kaveat nya sehingga kalau hendak jual baru bayar premium penuh. Itu kalau dapat satu jaminan daripada Kerajaan Negeri so akan melegakan banyak penduduk. Jadi mohon pencerahan daripada Yang Amat Berhormat.
Terima kasih. Untuk merujuk Bukit Gasing sebenarnya Yang Berhormat, kita tak ada masalah untuk sambungan pajakan pemilikan untuk rumah kediaman. Rumah kediaman saya masih meneruskan dasar tahun 2008 yang sedikit ada ubah suai. Dulu kita letak RM1,000, sekarang kita naikkan sedikit jadi RM5,000 sebab kos meningkat. Yang lain-lain, cukai, bukan cukai, caruman parit, caruman kubur itu kita ada tambah jugak. Dan kaveat dikenakan, kecuali apabila mereka nak gadai atau nak jual tanah tersebut, dia kena bayar full. Itu untuk kediaman. Apa yang saya rujuk kes Paya Jaras ni sebenarnya adalah komersial. Tetapi komersial dia tu adalah komersial gerai-gerai runcit yang nilai jualannya mungkin RM300 setiap hari ataupun RM400 setiap hari. Dan kalau ikut harga di Petaling Jaya, nilainya jutaan untuk kawasan tanah tersebut. Jadi apa yang saya rungkaikan ataupun yang saya balas ataupun yang saya jawab untuk pihak Bukit Gasing atau bagi soalan Bukit Gasing, ialah merujuk kepada tanah komersial ataupun kegunaan komersial. Memang kalau ikut harga tempat harga semasa, dia akan cecah jutaan ringgit. Tapi kita sedang teliti sebab hal ini juga akan merebak di daerah-daerah lain. PJ adalah daerah pertama yang dibangun di Negeri Selangor sesuai dengan Satellite City of Kuala Lumpur. Jadi saya percaya selepas ini dia akan merebak dekat Kajang, dekat tempat-tempat lain. Kalau perlu kita mengemukakan satu dasar yang baharu, kita akan kemukakan dasar yang baharu. Sebab itu kita nak tengok benchmarking dengan negeri-negeri lain tadi. Adakah negeri lain bagaimana praktisnya dan sebagainya. Kalau tak, hasil negeri pun akan berkurang.
Kita perlukan hasil tapi dalam masa yang sama kebajikan. Sebahagian daripada mereka itu dah berumur 67, 80 tahun dan tak ada kemampuan untuk menyambung. Tapi sasaran saya
tahun ini kita akan selesaikan. Tapi kalau Paya Jaras sebut tadi unit itu, premis itu adalah untuk kediaman, polisinya masih sama. Kadar minimum cuma naik sedikit, bayarlah beberapa caruman, boleh kekal sambung anak ke cucu ke apa semua kecuali ada dasar baharu berubah selepas ini yang saya rasa kita tak akan ubahlah. Kita masih kekal.
Yang Berhormat, berkenaan ni tak jauh beza sebab berkenaan utilities. Macam tadi Yang Berhormat ada sebut berkenaan rintis. Cuma Yang Berhormat salah satu yang kita perlu lihat jugak yang mana utilities seperti Indah Water, yang mana pelan-pelannya telah ditutup. Tapi seharusnya tanah-tanah ni perlu dipulang semula kerana diaorang duduk kat situ pajakan hanya untuk membuat utiliti. Tapi apabila pelan itu ditutup, tanah itu tidak dipulangkan kembali kepada Kerajaan Negeri. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk tubuhkan satu jawatankuasa untuk menilai semula yang mana pelan-pelan Indah Water khususnya di kawasan tengah-tengah bandar ni yang terbiar dan kosong untuk diambil semula untuk menjadikan salah satu daripada aset Kerajaan Negeri?
Terima kasih Kota Damansara. Sememangnya Kerajaan Negeri telah menyenaraikan semua tanah-tanah yang kita serahkan untuk loji-loji IWK berlaku perubahan daripada segi teknologi di mana kawasan tersebut tidak lagi memerlukan saiz yang sebegitu besar. Kita dah senarai semula kerana tanah-tanah tersebut sememangnya digunakan sepatutnya untuk loji rawatan ketika kita surrender tanah tersebut kepada Kerajaan Persekutuan. Dan nilainya masa itu kita pergi dengan nilai minimum RM1,000 ke RM2,000 je, RM1,000 kalau tidak silap saya. Dan kita sedang tuntut balik kerana sebahagian kawasan-kawasan itu adalah kawasan strategik dan ia boleh dibangunkan sebagai kawasan pembangunan untuk semua dan juga untuk watak negeri. Yang terakhir, saya nak memberikan sedikit update terkini berkenaan dengan Sekolah Agama Meru yang dibangkitkan oleh Sementa dalam sesi soalan. Setelah saya semak, insya-Allah pihak JKR akan melakukan pembangunan dekat kawasan tersebut dan akan siap Ogos ya. Yang Berhormat EXCO Agama baru sebutkan dengan saya, Jabatan Agama Islam bagi jaminan akan siap Ogos jambatan tersebut dan insya-Allah kita akan boleh selesaikan secara keseluruhan. Yang Berhormat sekalian.
YB DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI
: Yang Berhormat. Boleh?
YAB DATO’ MENTERI BESAR
: Ya.
YB DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI
: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya ingat isu ini yang saya nak utarakan adalah isu yang lama dan saya sentuh juga dalam ucapan saya. Ialah kita nak salahkan orang dulu hari ini terpaksa selesaikan. Iaitu isu tanah lot lidi. Kalau di kawasan saya ni kampung estet yang sebahagian besarnya boleh saya katakan 100% adalah penduduk India lah yang mereka beli secara lot-
lot kecil tuan punyanya pun sekarang ni dulu beli mungkin satu lot tu dalam RM10,000 begitu sekarang harganya jutaan ya, yang bila bapaknya meninggal anaknya pula. So, mungkin secara power attorney, ikatan amanah dan sebagainya. Mungkin ada satu dasarlah seperti mana Yang Berhormat sebutkan akan ada, pada peringkat awal saya sangat setuju bila Yang Berhormat menghentikan lot-lot lidi ini pada tahun 2018 kerana impaknya cukup besar tetapi bagaimana kita nak selesaikan yang dah ada ni yang mungkin itu sahajalah harta dia dan rumah pun memang itulah yang ada takkan kita nak robohkan dan mereka jugak mempunyai kepentingan-kepentingan yang tertentu yang mungkin kita boleh duduk kita bincangkan apa tindakan yang terbaik sama ada kita nak convert sebagai perumahan dan mereka terpaksa bayar premium yang tinggi ataupun bagaimana, tetapi saya melihat kepada satu penyelesaian yang tuntas untuk mereka demi masa depan mereka juga. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Sijangkang. Ini mungkin satu task force yang kita boleh wujudkan menangani lot-lot lidi yang telah terlepas sebelum ini. Banyak sebenarnya Yang Berhormat bukan hanya di kawasan Kuala Langat saya rasa di Klang sangat banyak, di kawasan Hulu Langat juga banyak dan kita perlu tangani hal ini kerana ia menentukan nasib dan juga masa depan.
Kalau kita bergerak di atas kertas saja tanpa ada pertimbangan secara kemanusiaan sebenarnya ramai yang akan menderita. Mereka beli tanah tersebut kemudian pemiliknya meninggal, agreement itu tidak diakui oleh waris, waris pulak ramai dan mula nak bergaduh dan inilah antara realiti besar dan sangat pedih berkenaan dengan usaha-usaha pemilikan ataupun kaedah lot lidi yang banyak tersebar satu ketika dahulu. Alhamdulillah kita dah hentikannya. Bila dah hentikan kita kena pulihkan. Ini masalah yang saya rasa kita kena buat. Mungkin kita ada task force sebelum ini nak tangani sampah haram ataupun kilang haram. Sekarang ini kita kena tangani pulak macam mana kita nak tangani task force nak, tangani lot lidi. Kita ada task force nak tangani rumah ibadat yang tidak sah. Kita juga kena ada task force nak selesaikan masalah kuari sebagaimana cadangan daripada Paya Jaras sebentar tadi. Terima kasih daripada Sijangkang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebagaimana apa yang saya mulakan dalam pembukaan saya pada hari ini sebenarnya kita berada dalam keadaan yang kurang menentu. Walaupun heatnya belum terasa, kita kena sedar kita berada dalam keadaan yang sangat mencemaskan. Keadaan itu bukan sahaja peperangan yang mungkin boleh berlaku ataupun pertembungan kuasa besar tetapi kehidupan dan juga kemaslahatan rakyat secara amnya. Justeru saya menyeru kepada seluruh ahli Dewan untuk kita memposisikan kedudukan kita dengan betul. Sama ada kita ingin mengambil kesempatan untuk kepentingan sementara ataupun kita boleh bekerjasama untuk selesaikan masalah ini dan juga situasi ini daripada berlarutan. Saya sambut baik kematangan ahli-ahli Dewan kita, baik dalam penggal lepas, penggal ini dan penggal sebelum ini. Kerana walau
bagaimanapun yang berlaku, di sebalik krisis, tidak berlaku krisis-krisis tambahan. Dah mula lihat di berapa buah negeri. Negeri yang paling kecil, tapi dah selesailah sikit banyak, itu pun belum tentu lagi. Itu pun belum tentu lagi. Sekarang, negeri yang paling banyak, bunyi negerinya. Orang ada satu negeri, dia ada sembilan pun dah berlaku lagi. Jadi, ini penting untuk kita mempunyai kewarasan. Sebab itu teguran Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk kita bersatu hati itu sangat penting untuk kita melihat isu ini. Sebab itu, saya meluahkan sedikit rasa kecewa kerana kurangnya disentuh bab-bab yang berkaitan dengan pakej-pakej pemulihan. Ataupun pakej-pakej rangsangan untuk kita tangani hal ini bersama. Sampai kita perlu pulak buat satu sidang khas cadangan yang daripada saya dan juga diterima oleh Sijangkang dan lain-lain. Sebab itu, ketika kita melihat hal ini, marilah kita muhasabah, kita menyemak, sama ada diri kita ini boleh betul-betul berperanan sama ada sebagai pembangkang, sebagai semak dan imbang ataupun kita hanya sembang. Itu yang jadi masalah. Sembang. Sembang jadi masalah. Ataupun kita jadi kerajaan yang tak nak dengar pulak yang rasa semua betul. Itu pun tak boleh. Kita kena dengar dan kita kena terima pandangan. Kita kena bukak ruang. Kita kena terima semua pandangan dan semua nasihat. Nasihat-nasihat, keputusan yang dah dibuat, keputusan yang dicapai. Saya faham ada yang didesak oleh orang kawasan, didesak oleh rakyat untuk menyatakan sesuatu. Di sini pentingnya kita mempunyai kewarasan. Kalau tidak, kita akan jadi watak-watak yang banyak dalam dunia, dalam drama, dalam wayang. Kalau kita tengok wayang kulit, ada watak Wana, Ravana, Damasuka. Dia dalam orang Hindu tahulah Ravana ni dia rampas Sita daripada Ramayana. Kerana apa? Kerana cinta yang gila. Tetapi porak-peranda satu negeri. Porak-peranda semua tempat. Adakah kita nak porak-perandakan semua demi capai suatu yang kecil? Ataupun kita sedia korbankan. Jadi, kita sedar ada dalang yang menentukan hala tuju ke depan. Tapi kita juga kena ada pendirian. Nak jadi Sita yang setia atau nak jadi Ravana yang kuat, geliga tetapi jahat dan tidak mampu untuk menentukan garis kebenaran dan garis kemenangan. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan stick kepada prinsip kita Keadilan. Kita tak mahu nak memporak-perandakan. Kita tak mahu untuk mengaburi. Kita jawab dengan jelas. Kita faham prinsip of West Minister Democracy. How constitutional monarch berjalan dengan adil dan baik. Saya hormati kedudukan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pandangannya dan sebagainya. Kita sedia mendengar dengan patuh. Kita bersedia untuk menyampaikan kembali kalau ada maklumat-maklumat yang betul dan kita sanjung tinggi contoh Duli Yang Maha Mulia bila mencadangkan tentang SUKMA. Ada pandangan daripada negeri lain. Negeri lain. Negeri Terengganu cadang. Negeri Kedah cadang. Kedah tak? Negeri Terengganu, Negeri Kelantan cadang sebaliknya. Kalau kita tak faham constitutional monarch, kita anggap semua derhaka la belaka tu. Sebab Tuanku dah cadangkan.Tetapi keterbukaan Tuanku sangat disanjung tinggi. Sebab itu dalam hal-hal tertentu juga kita lihat dan kita tengok banyak benda, banyak perkara yang berlaku dan kita kadang-kadang kena buat keputusan. Kadang-kadang pahit. Kadang-kadang sukar. Negeri sendiri saya cadang. Saya tahu di dalam kes babi ni ramai yang nak ambil kesempatan, ambil tindakan. Nak rasa mereka lah yang paling bela Tuanku. Dulu masa Tuanku negeri, Yang Dipertuan
Agong tak nak bagi darurat, masa tu keras. Masa tu derhaka tak ada masalah. Tapi sekarang? Nak jadi macam mana? Sebab tu hati-hati main wayang ni. Hati-hati. Akar-akar hempas pun hati-hati juga saya nak beritahu. Sebab itu kita kena faham hal ini dalam konteks constitutional monarch.
Saya pun nak tegur jugak orang kita di sini. Bila kata keputusan yang dibuat, kita kena buat. Bila Tuanku memberikan justifikasi. Ini isu alam sekitar. Ini isu kebersihan. Dan negeri rasa ada kewajaran. Tetapi sekarang isu bekalan. Saya turun ke bawah. Saya tanya dengan sendiri. Ada yang tak boleh terima ni daging beku ni? Ada nak terima daging segar? Saya pun tak tahu rasanya macam mana. Segar dengan beku. Saya pun tak tahu. Tapi mereka adalah warga Selangor, rakyat Negeri Selangor. Saya kena dengar jugak. Kita kena seimbangkan. Solusi yang dibangkitkan tadi tentang moden. Semua negeri pernah cuba. Kerajaan BN pernah cadang. Kerajaan PH 1.0 pernah buat. Pernah cadang. Dan sekarang bila nak buat? Tuanku berpandangan, dah bertahun-tahun dah orang cadang, buat apa lagi nak cadang? Kita stop lah dulu. Kita terima pandangan itu sebagai pandangan terbaik buat masa ni dan kita laksanakan dengan titah dan juga dengan cadangan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku oleh pihak Kerajaan Negeri. Tapi bila ada orang kemukakan, walaupun Tuanku dah tegur dah, dah banyak kali rasanya kot. Tapi kita kena terima dengan baik dan kita kena ulas dan cadangan dengan baik. Sebab isunya bukan kita againsts mana-mana. Ataupun kita bersikap besi keras nak pertahan dengan betul. Isunya kita kena strike a balance. Kita kena berikan keadilan. Penternak-penternak yang puluhan tahun tu, dia rakyat Negeri Selangor jugak. Apakah dengan polisi ni kita nak biarkan mereka kebulur tak makan? Kerajaan Negeri kena bantulah. Tukar naratif dan kehidupan mereka daripada penternak kepada petani-petani yang lain. Tu bila kita nak tolong pulak dah gambar baju saya penuh babi pulak. Sekarang ada pulak orang, dia letak pulak dengan sangat kotor semalam saya dah buat kenyataan dan sebagainya. Bila saya semak dengan MCMC, memang purposely dia buat. Sebab bila dia buat fake account tersebut kononnya fake account, kita minta pihak polis siasat. Lepas terbit gambar tersebut dia padam pulak dan tutup akaun tersebut.
Jadi kita kena hati-hati dalam waktu ini untuk bertindak secara rasional. Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mempertahankan institusi raja sebagai institusi yang mulia dengan memastikan constitution dapat dipertahankan, kehidupan rakyat dapat dipertahankan dan selama ini, kita beruntung mempunyai Tuanku yang membaca, yang memerhati, yang memberi dengan betul setiap tingkah laku dan kita sebagai ahli Dewan pulak, jangan kerja kita jadi batu api sementara nampak ada kepentingan supaya kita tak memberikan kekaburan. Ini penting, Yang Berhormat, saya tegur, saya tegur diri saya dan jugak rakan-rakan sekalian kadang-kadang, mungkin kelebihan tu kat saya mungkin kelebihan tu kat tempat lain mungkin kelebihan tu orang lain.Tapi take advantage ini tak beri kebaikan kerana we stick on the constitutional monarch we respect king based on the constitutional monarch and the king safe because of the constitutional monarch. That's the princip yang kita nak
pertahankan. Kalau tidak, okay, kita nak tukar yang ekstrim ataupun nak tukar yang lain. Finally, nanti we will repeat again in different angle dalam keadaan yang lain dan situasi yang lain dan insya-Allah ini tak boleh kita biarkan dan dan kita ni, prinsipnya kita tegakkan.
Jadi dari Beluran, dari Sandakan, Bumi Sabah tanahnya subur, Kalau tuan berbahas di Dewan, Biar jelas janganlah kabur.
Patik menjunjung kasih kita menjunjung kasih. Terima kasih.
Sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ya terima kasih YAB Dato’ Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Adapun di hadapan dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi seperti berikut. Ampun Tuanku, patik-patik sekalian iaitu Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan ini memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila, kata Ya (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju, sila kata tidak. Usul ini dipersetujui.
Rang Undang-undang Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 2026Bill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, Rang Undang-undang Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 2026. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 Akta 1667.
Saya menjemput Yang Berhormat Bandar Utama.
Tuan Speaker saya mohon mencadangkan suatu Enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 Akta A1667 di negeri Selangor. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] telah digubal dan diwartakan pada 31 Disember 1984. Akta 313 telah digubal di bawah perenggan (b) Fasal (1) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan penyeragaman pemakaian Akta 313 ke seluruh Semenanjung Malaysia. Manakala berdasarkan Fasal (3) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tersebut hanya akan berkuat kuasa di sesuatu Negeri selepas Akta itu diterima pakai di Negeri itu melalui suatu Enakmen Negeri yang diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri tersebut yang mana selepas itu undang-undang tersebut hendaklah disifatkan sebagai perundangan Negeri yang boleh dipinda dan dimansuhkan oleh Badan Perundangan Negeri tersebut.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, perkara berkenaan dengan hutan adalah di bawah tanggungjawab Negeri berdasarkan kepada butiran 3, Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, bagi maksud Akta 313, ia telah diterima pakai di Negeri Selangor melalui Enakmen pemakaian iaitu Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 [Enakmen No. 5 tahun 1985].
Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 telah diwartakan pada 19 Jun 1984 dan mula berkuat kuasa di Negeri Selangor pada 4 Februari 1987. Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 telah dipinda sebanyak tiga (3) kali iaitu pindaan kali pertama pada 1 September 2005, pindaan kali kedua pada 19 Mei 2011 dan pindaan kali ketiga pada 25 Julai 2018.
Secara dasarnya, Rang Undang-Undang Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 2026 digubal bertujuan untuk menerimapakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667]. Akta A1667 telah digubal untuk meminda Akta 313 dan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 18 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 8 Ogos 2022. Akta A1667 ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan disiar Warta pada 20 September 2022.
Berdasarkan subseksyen 1(2) Akta A1667, Akta ini tidak boleh berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri melainkan ia telah diterima pakai oleh suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri menurut Fasal (3) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan.
Akta A1667 ini digubal bagi memastikan kerangka perundangan perhutanan negara bergerak seiring dengan perkembangan semasa yang merangkumi aspek-aspek pencegahan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran, menambahbaik dan memantapkan pengurusan kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal, serta pengukuhan pembangunan sektor perhutanan negara.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Akta A1667 memberikan penekanan kepada objektif-objektif berikut:
Pertama, memperketatkan proses pewartaan keluar dan penggantian Hutan Simpanan Kekal iaitu pindaan kepada seksyen 11 untuk mewujudkan punca kuasa perundangan yang memperuntukkan keperluan untuk diadakan penyiasatan awam oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi keputusan mewarta keluar Hutan Simpanan Kekal. Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat Kaedah Penyiasatan Awam bagi menjalankan tujuan dan maksud tersebut.
Pindaan kepada seksyen 12 memperuntukkan supaya kawasan Hutan Simpanan Kekal yang diwarta keluar hendaklah diganti dengan tanah yang mempunyai keluasan yang setara atau lebih besar dari kawasan yang Hutan Simpanan Kekal yang diwarta keluar. Selain itu, siaran warta keluar dan warta kawasan ganti hendaklah dibuat serentak.
Pindaan ini bertujuan untuk membolehkan Pihak Berkuasa Negeri mempertimbangkan kewajaran pewartaan keluar kawasan Hutan Simpanan Kekal di mana kepentingannya dari sudut pemeliharaan perkhidmatan dan produk ekosistem hutan, kepentingan alam sekitar di samping kepentingan ekonomi juga perlu dipertimbangkan; dan
Keperluan pengisytiharan dalam warta mengenai pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal dan kawasan tanah gantian Hutan Simpanan Kekal secara serentak akan membantu dalam memastikan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal sedia ada dikekalkan. Ini penting bagi membolehkan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara amnya dan sebanyak 30% daripada keluasan tanah negeri khasnya sebagai kawasan berhutan dapat dicapai.
Bagi negeri Selangor, pindaan Akta A1667 pada seksyen 11 yang mewujudkan punca kuasa perundangan untuk mengadakan penyiasatan awam adalah selari dengan pindaan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011 [Enakmen A23] yang telah diwartakan pada 19 Mei 2011. Berdasarkan pindaan Enakmen A23 tersebut juga, satu Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam telah digubal dan diwartakan pada 30 Januari 2014. Walau bagaimanapun, tiada pindaan dibuat pada seksyen 12. Oleh yang demikian, pindaan melalui Akta A1667 ini adalah tepat bagi memastikan semua pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal dan kawasan tanah gantian Hutan Simpanan Kekal dilakukan secara serentak.
Objektif yang kedua ialah memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran. Bagi tujuan tersebut, ia melibatkan 10 pindaan seksyen iaitu seksyen 88,89,90, 91, 92, 93, 96, 101, 103 dan 104 serta pewujudan 7 seksyen baharu iaitu 86A, 86B, 86C, 86D, 91A, 95A dan 96A.
Seksyen 86A adalah berhubung kesalahan sekiranya mana-mana orang menghalang pegawai hutan melaksanakan kewajipan dan kuasa. Seksyen 86B adalah berhubung kesalahan sekiranya mana-mana orang memberikan kenyataan palsu. Seksyen 86C adalah berhubung kesalahan sekiranya mana-mana orang cuba melakukan apa-apa kesalahan hutan. Seksyen 86D pula adalah berhubung kesalahan sekiranya mana-mana orang bersubahat dalam pelakuan kesalahan hutan. Seksyen 91A bertujuan untuk memberi pegawai hutan, pegawai yang diberi kuasa dan pegawai polis kuasa untuk mengendalikan pemeriksaan orang. Seksyen 95A bertujuan untuk memasukkan kos memegang dan mengendali apa-apa peralatan yang terlibat kes kesalahan hutan adalah ditanggung oleh
orang yang didapati bersalah kepada Pihak Berkuasa Negeri. Seksyen 96A bertujuan memberi kuasa kepada pegawai hutan untuk menjalankan sekatan jalan raya di bawah akta.
Pewujudan seksyen 86B dan 86D iaitu peruntukan berhubung Kenyataan Palsu dan Persubahatan adalah selari dengan pindaan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2018 [Enakmen A55] yang telah diwartakan pada 25 Julai 2018.
Objektif yang ketiga ialah meningkatkan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar. Pindaan ini dilaksanakan berdasarkan keperluan untuk membuat semakan semula kadar hukuman dan menilai tahap relevan kadar hukuman tersebut ke atas usaha membendung kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran. Peningkatan kadar hukuman dan penalti ini adalah sebagai satu usaha pencegahan kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan.
Bagi Negeri Selangor beberapa pindaan kepada peruntukan hukuman dan denda telah pun terlebih dahulu dilaksanakan melalui Enakmen A55. Melalui Enakmen A55, pindaan kepada seksyen 15, 25, 32, 40, 47, 50, 66, 67, 68, 69, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 96, 97, 98 dan 100 telah pun dibuat dengan menambah nilai penalti dan hukuman yang lebih berat ke atas kesalahan-kesalahan hutan di bawah seksyen-seksyen tersebut.
Bagi pindaan meningkatkan kadar denda maksimum Ringgit Malaysia Lima Juta (RM5,000,000.00) dan hukuman serta nilai penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar, kenaikan yang dibuat dalam seksyen 15 Akta A1667 dilihat dapat membantu usaha untuk mengekang kegiatan kesalahan hutan yang berlaku kerana pindaan yang dibuat melalui Enakmen A55 hanya memperuntukkan denda maksimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1,000,000.00).
Objektif yang keempat ialah mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas. Melalui Akta A1667, terdapat 13 seksyen yang dipinda untuk menjelaskan kekaburan iaitu pindaan kepada seksyen 4, 5, 10, 21, 43, 47, 58, 73, 75, 99, 106, 109 dan 111. Sebanyak 8 seksyen diwujudkan bagi mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas iaitu seksyen 3A, 19A, 29A, 31A, 50A, 60A, 70A, dan 75A.
Seksyen 3A bertujuan bagi membolehkan Pihak Berkuasa Negeri untuk memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk menjalankan Penguatkuasaan. Walau bagaimanapun, ini tidak akan mengurangkan kuasa di peringkat Pihak Berkuasa Negeri. Seksyen 19A bertujuan untuk memperkemaskan urusan pentadbiran yang mana setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri, Pengarah boleh mengeluarkan dan membaharui lesen. Seksyen 29A bertujuan untuk menghendaki seseorang mengemukakan pelan kawasan bagi permohonan lesen kecil
kepada Pengarah. Seksyen 31A bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pemberhentian kerja, penggantungan dan pembatalan lesen kecil. Seksyen 50A penjelasan mengenai tempoh, syarat dan pembaharuan permit jalan. Seksyen 60A berhubung kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengurangkan, melepaskan atau mengecualikan ses pembangunan hutan. Seksyen 70A berhubung kuasa Pihak Berkuasa Negeri mengeluarkan apa-apa pas selain pas pemindah bagi mengeluarkan hasil hutan dan Seksyen 75A berhubung kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengenakan apa-apa fi bagi perkhidmatan Pihak Berkuasa Negeri.
Pindaan juga melibatkan penetapan kaedah-kaedah iaitu perenggan 111(2) yang bertujuan untuk mengawal selia pentadbiran, pembangunan, aktiviti, fi, fungsi dan apa-apa perkara lain bagi setiap pengelasan Hutan Simpanan Kekal.
Objektif yang terakhir ialah penambahbaikan jadual-jadual yang melibatkan pindaan ke atas Jadual Kedua dan Jadual Keenam.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali ke-17/2025 pada 4 Jun 2025 dan disahkan oleh MMKN Ke 18/2025 pada 11 Jun 2025 telah memutuskan Akta A1667 diterima pakai secara sebahagiannya dengan mengekalkan mana-mana peruntukan berhubung nilai penalti dan hukuman yang lebih tinggi dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985, Rang Undang-Undang Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 2026 di gubal bertujuan untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [A1667] secara sebahagiannya.
Secara keseluruhannya, sebanyak 40 seksyen Akta A1667 diterimapakai sepenuhnya, 10 pindaan seksyen diterimapakai secara sebahagiannya manakala 14 lagi pindaan seksyen tidak diterima pakai.
Seksyen-seksyen Akta A1667 yang diterimapakai ialah pindaan kepada seksyen 2, 3A, 4, 5, 11, 12, 15, 19A, 21, 29A, 31A, 43, 48, 50, 50A, 58, 60A, 70A, 73, 75, 75A, 86A, 86C, 88, 89, 90, 91, 91A, 92, 95A, 96A, 99, 101, 104, 106, 107, 109, 111, Jadual Kedua dan Jadual Keenam.
Pindaan yang diterima pakai secara sebahagian ialah pindaan kepada seksyen 47, 66, 68, 81, 82, 83, 85, 93, 96 dan 100. Kesemua 10 seksyen tersebut diterimapakai secara sebahagian bertujuan untuk mengekalkan peruntukan berhubung penalti dan hukuman yang lebih tinggi atau sama dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 dan menerimapakai pindaan selainnya dalam seksyen-seksyen tersebut.
Manakala pindaan yang tidak diterima pakai ialah pindaan kepada seksyen 10, 25, 32, 40, 67, 69, 84, 86, 86B, 86D, 87, 97, 98 dan 103. Seksyen-seksyen 10, 86B, 86D dan 103 tidak diterima pakai kerana peruntukan yang bersamaan telah pun dimasukkan dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 melalui pindaan-pindaan yang telah dibuat sebelum ini.
Manakala pindaan kepada seksyen 25, 32, 40, 67, 69, 84, 87, 97, dan 98 tidak diterima pakai bagi mengekalkan peruntukan berhubung penalti dan hukuman yang lebih tinggi dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya mohon mencadangkan. Sekian terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan ini telah pun disokong, saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Ya. Sijangkang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan yang membawa Rang Undang-Undang pindahan pemakaian akta hutan ini. Cuma saya nak menyentuh berkaitan dengan peruntukan-peruntukan yang diterima pakai dengan ubah suaian. Dalam Sub Seksyen 32B yang menerima pakai penggantian kepada peringkat 61, (2)(A) seperti yang disebutkan tadi. Dan kalau kita merujuk kepada akta hutan, saya kira jika kesalahan itu dibawa pindaan A, didenda tidak melebih daripada kalau dalam pindahan ini adalah tidak melebihi RM20,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun ataupun kedua-duanya. Memahami dan realiti kepentingan pembangunan ekonomi di negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju dan juga keperluan industri-industri pembangunan bandar-bandar baru, penempatan-penempatan dan juga menginsafi keadaan hutan kita yang semakin menyusut. Menyusut 31.7% dan juga menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengharapkan supaya hutan simpan di negeri Selangor ini dapat dijaga sekurang-kurangnya 30%. Saya melihat perlu ada satu yang mungkin lebih serius. Cuma saya nak bertanya kepada Kerajaan Negeri kenapa tidak mungkin kita mengguna pakai sub seksyen 32B itu yang saya melihat bahawa denda dan hukuman yang mungkin kita boleh guna pakai iaitu tidak melebih kepada RM100,000 dan juga penjara yang tidak lebih daripada 7 tahun. Kenapa ini diletakkan dalam pindaan yang lebih rendah daripada itu dan saya rasa kalau kita kena serius, saya kira ada kewajarannya untuk kita mengguna pakai Sub Seksyen 32(B) seperti mana peruntukan-peruntukan yang untuk diterima pakai dengan ubah suaian. Terima kasih.
Sekiranya tidak ada lagi Ahli-ahli Dewan nak mengambil bahagian dalam perbahasan, saya mohon sekiranya kalau EXCO ada apa-apa yang ingin memberi penggulungan.
Saya ingin menjawablah secara keseluruhanlah untuk semua pindaan yang tidak diterima pakai termasuk seksyen 32 adalah kerana Selangor telah pun melaksanakan pindaan peruntukan ini pada tahun 2018 dan sebelumnya dan biasanya kita tidak akan menerima pakai apabila Selangor sendiri mempunyai enakmen yang memperuntukkan penalti ataupun hukuman yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang ada pada Akta A1667. Jadi kebanyakan semua pindaan yang tidak diterima pakai adalah lebih kerana Selangor secara progresifnya telah menetapkan hukuman penalti yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang dicadangkan oleh Akta A1667. Sekian terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan dewan ini ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata Tidak. Dipersetujui.
Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022, Akta A1667.
Pencadang?
Tuan Speaker, saya memohon supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.
Penyokong?
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1.
Fasal 1 menjadi sebahagian Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.
Fasal 3.
Fasal 3 menjadi sebahagian Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.
Fasal 4.
Fasal 4 menjadi sebahagian Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.
Fasal 5.
Fasal 5 menjadi sebahagian Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada Dewan sekarang.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan...
Nanti Yang Berhormat. Cokmar perlu diangkat balik. Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatan kuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Penyokong?
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah rang undang-undang ini hentaklah dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.
Usul No. 1 Tahun 2026Motion
Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 2026. Aturan Urusan Seterusnya. Usul No. 1 Tahun 2026. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat, Teratai.
Teratai.
YB TUAN YEW JIA HAUR
: Terima kasih, Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya, menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima penyata Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan Selangor (SELCAT), mengenai Perkembangan Terkini Terhadap Usaha Menangani Masalah Banjir Di Daerah Klang yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 6 Tahun 2026. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha ini bermula sUsulan pembentangan penyata berhubung isu banjir oleh Jawatan Kuasa Pilihan Khas INFRAGRO yang telah mengadakan sesi taklimat bersama JPS Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak Pejabat Daerah dan Tanah. Selepas meneliti penyata tersebut, SELCAT memutuskan siasatan yang lebih mendalam perlu dijalankan terhadap isu banjir, terutamanya di sekitar daerah Klang. Bagi merungkai perkara ini secara telus, jawatankuasa telah mengadakan satu Sesi Pendengaran Awam pada 15 Oktober 2025. Objektif utama siasatan dan penyata ini adalah untuk mendapatkan penjelasan menyeluruh mengenai perkembangan terkini usaha tebatan dan pengurusan banjir di kawasan tersebut. Semasa pendengaran tersebut, seramai lima orang saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan membantu memberikan penjelasan. Di antaranya adalah wakil daripada Jabatan Kejuruteraan MBDK, Jabatan Perancang Bandar MBDK, JPS Daerah Klang dan JPS Negeri Selangor serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Hasil daripada keterangan saksi-saksi dan penelitian jawatan kuasa, kami mendapati isu banjir di Klang adalah bersifat sistemik. Dengan ini, saya telah merumuskan seperti berikut. Kejadian banjir berpunca daripada kombinasi faktor cuaca ekstrem, perancangan pembangunan legasi, kapasiti infrastruktur yang terhad serta sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah. Pembangunan berskala kecil (pocket development) dengan izin dan pembangunan lama didapati gagal menyediakan sistem saliran bersepadu serta kolam tadahan yang mencukupi. Isu perparitan
dan longkang tidak bertuan masih belenggu kelancaran sistem saliran di samping kelemahan dalam pemantauan projek. Peruntukan penyelenggaraan semasa, terbukti tidak seimbang dan tidak selaras dengan skala keperluan infrastruktur sebenarnya di daerah Klang. Dari sudut bantuan pasca bencana, pengurusan kewangan mangsa banjir terjejas akibat masalah ketirisan, permohonan bertindih dan kelewatan yang berpunca daripada kelemahan sistem penciptaan. Berdasarkan penemuan-penemuan tersebut, Jawatankuasa Pilihan Khas SELCAT telah merangka ke semua 11 saranan strategik berikut bagi menjamin tindakan yang lebih proaktif dan berkesan. Yang pertama, penubuhan mesyuarat khas berkala. Menubuhkan satu mesyuarat khas berkala isu banjir di peringkat daerah Klang yang melibatkan Pejabat Daerah, MBDK, JPS, JKR, agensi utiliti dan pihak berkuasa berkaitan. Yang kedua, pemeriksaan bersama (join inspection) dengan izin, mewajibkan pemeriksaan bersama sebelum kelulusan mana-mana projek pembangunan tanpa mengira skala bagi memastikan keselarasan sistem saliran dan mitigasi banjir. Yang ketiga, syarat teknikal ketat. Mengekalkan dan menguatkuasakan syarat teknikal berkaitan penyediaan kolam tadahan sementara, kolam tadahan dwi fungsi serta laporan kajian risiko banjir termasuk bagi pembangunan skala kerja. Yang keempat, edaran dokumen rujukan. Mengedarkan pelan pencegahan banjir daerah Klang secara rasmi kepada semua ADUN dan Ahli Majlis untuk pemahaman dan perlaksanaan yang selaras. Kelima, penguatkuasaan tegas. Memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap pembangunan berisiko, pencerobohan ataupun penerokaan tanah haram serta sambungan sistem saliran yang tidak sempurna. Keenam, pemantauan sisa pepejal. Melaksanakan pemantauan dan pendataan pembuangan sampah secara sistematik dan bersepadu untuk menilai keberkesanan kempen dan penguatkuasaan. Yang ketujuh, meningkatkan kesiapsiagaan dari segi peralatan dan sumber manusia serta menambahkan dan menstruktur semula peruntukan penyelenggaraan agar bersifat berterusan dan preventif. Kelapan, pemantauan berkala berkaitan projek. Memastikan perlaksanaan projek tebatan banjir dipantau secara berkala oleh Jawatankuasa Khas peringkat daerah dengan laporan yang jelas dan boleh di audit. Kesembilan, pemerkasaan simulasi CBDRM memperkasakan perlaksanaan latihan simulasi Community Base Disaster Risk Management secara berperingkat untuk membina kesefahaman dan tindakbalas komuniti. Kesepuluh, penyelarasan sumber bencana. Menyediakan peruntukan khas atau menyelaraskan sumber antara jabatan supaya sekurang-kurangnya beberapa latihan simulasi dapat dilaksanakan setiap tahun. Kesebelas, perlaksanaan meluas menyarankan apa yang dilakukan oleh pemegang taruh di Klang beserta cadangan jawatankuasa ini turut dipertimbangkan dan dilaksanakan di daerah-daerah lain di Selangor.
Tuan Speaker, masalah banjir bukan sekadar angka kerugian. Tetapi ia melibatkan nyawa, harta benda dan trauma rakyat. Penyata ini dibentang dengan harapan agar kelemahan struktur dan pentadbiran masa lalu dapat dibetulkan segera demi kesejahteraan penduduk khususnya di daerah Klang. Sekian dulu, Tuan Speaker. Teratai mencadangkan.
Penyokong?
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya mohon menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Usul ini telah pun disokong. Saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pelabuhan Klang ingin mengambil bahagian untuk berbahas tentang penyata yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan Selangor atau pun SELCAT mengenai perkembangan terkini terhadap Usul menangani masalah banjir di daerah Klang. Sukacita, Pelabuhan Klang ingin memaklumkan bahawa kawasan DUN Pelabuhan Klang, semasa mula-mula saya masuk ke Dewan Negeri Selangor ini, pada tahun 2018 banyak isu-isu banjir dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang dan kebanyakkan isu-isu yang dibangkitkan itu telah pun berjaya diselesaikan oleh pihak Kerajaan Negeri berkerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor dan juga daerah Klang. Dan di kesempatan ini, Pelabuhan Klang ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada barisan kepimpinan teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Klang, khususnya kepada Tuan Ir. Ganesan Balakrisnan dan Tuan Ir. Ahmad Fauzan bin Mohd Sabri selaku bekas Jurutera JPS Daerah Klang serta sekarang ini yang menjalankan tugas sebagai Jurutera JPS Daerah Klang iaitu Tuan Ir. Mohamad Hafiz bin Hasan. Dan saya tak akan lupakan juga kepada Encik Abdul Wahid, bekas Pegawai JPS Klang serta Encik Mohd Nizam bin Ishak selaku Pegawai JPS Klang yang terkini. Dan sudah tentu penghargaan juga saya ingin ucapkan terima kasih banyak kepada Dato’ Ir. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Selangor kerana banyak membantu menyelesaikan isu-isu banjir di kawasan Pelabuhan Klang. Sesungguhnya peranan JPS bukan sekadar melaksanakan kerja-kerja teknikal dan pada saya ianya menjadi tulang belakang kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran perubahan cuaca dan juga peningkatan risiko banjir saban tahun.
Untuk Kawasan Pelabuhan Klang. Alhamdulillah, saya bersyukur di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan juga di bawah EXCO Yang Berhormat Pandan Indah projek-projek menaiktaraf kunci air telah berjaya dilaksanakan selepas tahun 2018 dan ia nya banyak telah Berjaya disiapkan pada tahun 2024 dan juga 2025. Antaranya ialah pembinaan pintu kunci air Royal Yatch Club dan juga pembinaan rumah pam yang bernilai 24 hampir 25 juta. Dan juga menaiktaraf Pintu Air Jalan Tangki dan juga Pintu Air Jalan Kem bersama dengan pembinaan rumah pam yang juga berjumlah 25 juta yang menelan belanja keseluruhannya menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak 50 juta ringgit dan ianya telahpun berjaya disiapkan dan risiko banjir di kedua-dua kawasan ini
terutama di kawasan Taman Kem dan juga di kawasan Pekan Pelabuhan Klang telah pun berjaya diatasi. Terutamanya apabila hujan lebat bertembung dengan air laut pasang. Dan kedua-dua rumah pam ini berfungsi dengan baik sehingga lah sekarang ini dan daripada tahun lepas sehinggalah tahun ini saya tidak pernah lagi berhadapan dengan banjir di kawasan ini. Begitu juga dengan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak 17 juta ringgit telah berjaya menyiapkan projek tebatan banjir di pembinaan pintu kunci air di Sungai Aur, Pandamaran iaitu pembinaan rumah pam dan juga pembinaan skru pam yang boleh mengeluarkan air daripada daratan ke laut sebanyak 1400 liter sesaat. Dan menyebabkan kawasan tersebut tidak banjir. Dan saya masih ingat lagi, projek ini siap pada bulan Mei 2021 dan apabila banjir besar melanda pada 17 Disember 2021 Pelabuhan Klang, alhamdulillah selamat kerana siapnya rumah pam kunci air ini. Dan sepatutnya Pelabuhan Klang antara kawasan yang sepatutnya kena macam Sri Muda sebab kita berhampiran dengan tepi laut. Tetapi disebabkan rumah pam ini berfungsi dengan baik, walaupun hujan turun selama 18 jam, banjir tidak berlaku di kawasan tersebut. Kos perbelanjaannya adalah sebanyak 7 juta ringgit menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Terima kasih Yang berhormat Pandan Indah. Ok.
Dan seterusnya sekarang ini di kawasan yang kritikal juga yang menghadapi masalah banjir iaitu di kawasan Pulau Indah. Kerajaan Negeri melalui JPS Daerah Klang dan juga JPS Selangor sedang membina pintu air yang baru dan juga rumah pam beserta dengan kuarters untuk kakitangan JPS yang akan bertugas menjaga rumah pam tersebut di Kampung Sungai Kembong dan juga Kampung Sungai Pinang. Dan ini juga sedang disiapkan dan dijangka akan mula boleh beroperasi sepenuhnya pada Disember 2026. Dengan siapnya ini, insya Allah, banjir juga akan berlaku di kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah. Dan dalam masa yang sama juga pihak Central Spectrum Sdn Bhd juga telah berjaya menaik taraf kunci air di Laguna Park dan ianya juga telah menyumbang kepada mengurangkan risiko banjir di kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah.
Dan sekarang ini juga saya nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak JPS kerana sedang merangka proses atau pun sedang membuat reka bentuk untuk kerja-kerja menaik taraf kunci air yang sedia ada di kawasan Sungai Tengkorak, Kampung Perajurit, Telok Gong dan juga pembinaan sebuah lagi kunci air di kawasan Sungai Udang, Kampung Telok Gong. Dan insya Allah, saya yakin ianya akan berjaya disiapkan rekabentuknya. Dan insya Allah kot, sama ada Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Persekutuan akan memberikan peruntukan untuk kerja-kerja ini dilaksanakan apabila siap sepenuhnya. Orang kata, reka bentuk dan juga kaedah dan teknologi yang akan diguna pakai untuk pembinaan pintu air dan rumah pam di kawasan Kampung Telok Gong ini. Dan kos ini dianggarkan berjumlah sebanyak RM30 juta. Dan harap-harap boleh lah Kerajaan Negeri bincang dengan Kerajaan Persekutuan bagaimana untuk memastikan kawasan Kampung Telok Gong ini tidak akan dilanda banjir pada masa akan datang.
Dalam masa yang sama juga saya memuji pihak JPS Daerah Klang kerana sentiasa memastikan sistem-sistem saliran yang sedia ada, sistem perparitan yang sedia ada, longkang yang sedia ada itu diselenggarakan mengikut jadual-jadual yang telah pun ditetapkan. Cuma ada beberapa lokasi sahaja lah. Walau pun kita laksanakan atau pun pihak JPS laksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tu, dia masih lagi ada banjir kilat sedikit sebab kawasan tersebut rendah dan mungkin kena ada kaedah yang lain perlu diguna pakai oleh pihak JPS untuk memastikan banjir tidak berlaku di kawasan tersebut. Ianya amat sedikit lah. Amat terpencil lah. Dan ada juga sesetengah itu adalah kawasan PBT seperti di Kampung Idaman. Sebahagian kawasan Pandamaran Jaya. Sebab sistem longkang yang lama dan kawasan tersebut rendah dan kalau berlaku hujan lebat memang dia ada, orang kata kecenderungan untuk risiko kena banjir kilat. Dan ada beberapa rumah lah, yang dimasuki air.
Dan saya juga nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak JPS kerana semua kerja-kerja memulihkan dan menaiktaraf ban di kawasan Pelabuhan Klang khususnya di kawasan Kampung Telok Gong, di kawasan Pulau Indah, di kawasan Telok Gedong Indah, di kawasan Taman Selat Damai. Ini semua kawasan perumahan yang berhampiran dengan persisiran pantai. Tetapi kerja-kerja menaiktaraf ban, memulihkan ban dan memastikan ban-ban itu semua berfungsi dengan baik. Terutama ban-ban yang kalau tengok, tepi laut ni, dia masalah ban ni, sebab dikorek oleh ketam. Ketam ni dia buat terowong kat bawah. Jadi itu yang risiko yang terpaksa kami yang tinggal di tepi laut ini hadapi. Dan tak akan la kita nak marah ketam. Sebab itu memang, orang kata alam semulajadi. So, itu secara semulajadi. Tapi ada beberapa kawasan yang kalau kita tengok memang pihak JPS ada juga kaedah-kaedah yang digunapakai yang boleh memastikan ban tersebut tahan dan ketam pun dia tak boleh korek buat terowong. Ban tersebut untuk dijadikan sarang. Jadi ini antara yang saya nak ucapkan berbanyak terima kasih sebab tahun 2025, tahun 2026 kalau Yang Berhormat Pandan Indah tengok, Pelabuhan Klang dah jarang bising pasal banjir ni sebenarnya. Cuma baru ni, perbahasan menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Selangor, saya cuma berjuang bagi pihak kawan-kawan saya yang berhampiran dengan DUN Pelabuhan Klang terutamanya yang bersebelahan dengan DUN Pelabuhan Klang iaitu DUN Pandamaran, DUN Sentosa, DUN Meru, DUN Bandar Baru Klang. Semua ini, kadang-kadang saya kesian juga tengok kawan-kawan saya. Terutama sekali Kota Kemuning. Mana Kota Kemuning? Bila tengok kena, bila hujan lebat tu banjir berlaku dan mereka-mereka bertungkus lumus.
Teringat lah pengalaman saya sewaktu berhadapan dengan banjir sebelum kerja-kerja menaik taraf sistem saliran, menaik taraf kunci air di Pelabuhan Klang dilaksanakan. Dan saya harap selain daripada kawasan Pelabuhan Klang ini, seperti yang dinyatakan dalam penyata yang dibentangkan oleh pihak SELCAT ini mohon dilaksanakan di kawasan-kawasan lain di kawasan daerah Klang ini. Kita sedia maklum, Klang dan juga Pelabuhan Klang berada di bawah paras laut dan kalau apabila berlaku hujan lebat, risiko banjir itu sangat-sangat tinggi dan kena pastikan lah supaya kerjasama di antara semua pihak.
Saya dapat kerjasama baik juga daripada Datuk Bandar Majlis Bandaraya DiRaja Klang (MBDK) dengan kakitangan Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perkhidmatan Persekitaran kerana membantu menyelesai dan menyelenggarakan longkang-longkang PBT yang sedia ada. Cuma, macam mana kita nak selesaikan. Yang ini Yang Berhormat Pandan Indah. Itu tadi saya tanya berkenaan dnegan parit-parit yang tidak bertuan, parit-parit orang kampung. Yang inilah yang kita kena cari jalan bagaimana untuk kita memastikan supaya parit-parit yang tidak bertuan, parit-parit kampung ini, ianya dapat diselenggarakan supaya ianya tidak boleh mendatangkan banjir pada masa hadapan. Apa pun, segalanya berlaku semenjak Yang Amat Berhormat Sungai Tua menjadi Dato’ Menteri Besar dan Yang Berhormat Pandan Indah menjadi EXCO Infrastruktur. Dan saya ucapkan berbanyak terima kasih dan kalau boleh tambah baik lagi lah sistem-sistem teknologi yang terkini di kawasan Pelabuhan Klang dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang menyokong Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas SELCAT yang dibentang mengenai perkembangan terkini terhadap usaha menangani masalah banjir di daerah Klang. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
Ya, sekiranya tidak ada Pembahas yang lain, saya memohon sekiranya Kerajaan ingin memberi sebarang maklumbalas atau pun penggulungan.
Terima kasih, Tuan Speaker dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Kita di pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum segala laporan yang disebut dalam penyata ini. Cuma nak sebut tentang isu longkang tak bertuan itu sebenarnya kita dah ada inventori dan untuk tahun ini kita akan buat lagi sekali one off. Tahun lepas kita dah buat. Tahun ini kita dah ada peruntukan untuk buat lagi sekali penyelenggaraan longkang-longkang tak bertuan sebelum diserahkan kepada jabatan dan agensi yang telah kita kenal pasti untuk menjadi tuan kepada parit-parit dan longkang yang tak bertuan ini. Ini untuk longkang itu ya. Jadi itu sedikit sebanyak daripada pihak Kerajaan dalam berkaitan dengan penyata ini. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada pun masalah dihadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi, bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) mengenai perkembangan terkini terhadap usaha menangani masalah banjir di daerah Klang yang telah dibentangkan di dalam dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 6 Tahun 2026. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata Ya, (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata Tidak.
Usul ini dipersetujui.
Usul No.2 Tahun 2026. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat KajangMotion
Aturan urusan seterusnya. Usul No.2 Tahun 2026. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Kajang.
Pencadang, Kajang.
Tuan Speaker dan ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya menurut peraturan 76(5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Menilai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor, JP-ABAS berhubung isu Program Perumahan Rakyat, PPR di Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2026. Tuan Speaker, dalam Mesyuarat JP-ABAS, Bil. 15 Tahun 2025 pada 8 Disember 2025, Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd., PHHS, PHSSB telah hadir bagi memberikan penerangan mengenai status kewangan, operasi hala tuju dan rancangan PHSSB. Pengurus Besar PHSSB telah hadir untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa. Setelah keterangan daripada Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. dalam Mesyuarat Bil.15/2025, hasil penemuan Jawatankuasa. Jawatankuasa mendapati bahawa penyambungan kontrak sewaan penghuni PPR dibuat secara automatik dan tiada proses permohonan semula atau pengisytiharan pendapatan setiap tahun. Jawatankuasa mendapati PHSSB telah melakukan semakan silang pendapatan penyewa dengan dalam pangkalan data Kerajaan seperti e-Kasih, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Jawatankuasa mendapati unit PPR yang sedia ada adalah terhad dan berpandangan kelayakan pendapatan isi rumah iaitu RM5,000 perlu disemak semula. Golongan berpendapatan RM3,000 ke RM5,000 seharusnya mampu menyewa tempat lain atau mengambil Skim Smart Sewa dan unit PPR harus diberi keutamaan kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah. Jawatankuasa mendapati terdapat kelompongan dalam prosedur tindakan pengusiran terhadap penyewaan yang gagal menjelaskan bayaran sewa. Jawatankuasa mendapati unit-unit PPR yang rosak mengambil masa yang lama untuk dibaik pulih dan ia menyebabkan kelewatan penyewaan kepada penyewa baru. Saranan Jawatankuasa, Kerajaan Negeri disarankan agar mewajibkan semakan kelayakan tahunan yang lebih ketat serta menurunkan hak kelayakan pendapatan isi rumah PPR daripada RM5,000 kepada RM3,000 supaya unit PPR yang terhad dapat disewakan kepada penyewa yang benar-benar layak. PHSSB disarankan agar melakukan semakan silang berpendapatan penyewa dengan pangkalan data kerajaan seperti e-Kasih, Inisiatif Pendapatan Rakyat dan Sumbangan Tunai Rahmah. Jawatankuasa mencadangkan agar prosedur yang lebih ketat bagi tamat tempoh penyewaan seperti memberikan notis keluar serta-merta jika penyewa tidak menandatangani perjanjian baru atau gagal membuktikan kelayakan sebelum tarikh input. PHSSB juga perlu lebih tegas untuk mengeluarkan penyewa yang tidak layak demi memberi peluang kepada senarai menunggu yang berkelayakan. Jawatankuasa menyarankan unit-unit PPR yang rosak harus dibaik pulih
dan dikembalikan kepada penyewa baru dalam tempoh masa singkat iaitu kurang dari satu bulan. Kajang mohon mencadang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Ya, Permatang, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Okay, Permatang ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan Penyata Jawatankuasa Pilihan ABAS berhubung isu Program Perumahan Rakyat di Selangor. Jadi Tuan Speaker, kalau kita lihat di sini Permatang tertarik melihat saranan Jawatankuasa dalam Jawatankuasa Pilihan ABAS ini. Dan kalau kita lihat di sini ada sebanyak 3,004 unit kediaman dan dikatakan hampir kalau kita lihat di sana hampir penduduknya hampir 10,000. Jadi kalau kita lihat ini bukanlah angka yang kecil kerana kalau kita lihat rumah PPR ni diumpama bandar yang menegak kerana kita lihat dan juga kita semua maklum yang menghuni di sini adalah rakyat yang berpendapatan rendah. Permatang ingin menarik perhatian Dewan kerana kalau kita kaji semula, kita lihat semula dalam ni dan juga mengikut rekod perbahasan Dewan kadar kutipan sewa bagi PPR dilaporkan adalah amat rendah. Jadi sebab itulah ada saranan Jawatankuasa yang Permatang lihat sangat baiknyalah. Dan juga Kerajaan juga terpaksa menampung sehingga puluhan juta ringgit kos tambahan. Dan kita lihat seolah-olah bagaimana cara kutipan sewa ini adalah kurang efisien kerana tidak ramai, saya, kita dapat maklum ramai yang tidak membayar sewa. Dan untuk pengetahuan Tuan Speaker dan juga makluman Dewan, baru-baru ini juga Permatang sendiri ada berjumpa dengan beberapa penduduk dan saya nak meminta kepada Dewanlah untuk memberitahu katanya di, apa, sudah hampir daripada November hari itu, November hari itu katanya pejabat sudah tutup untuk mengutip....
Yang Berhormat Bukit Gasing nak mencelah ke macam mana?
Ha, sekejap.
Kalau Yang Berhormat, kalau dibenarkan, barulah berdiri..
Saya sambung sikit sekejap.
Kalau tidak duduk ya.
Katanya semenjak November yang lepas tidak dapat membayar, ramai yang tidak berjaya membayar sewa. Jadi saya harap, saya lihat ini adalah satu yang agak membimbangkanlah kerana takut membebankan Kerajaan Negeri sendiri. Sila Bukit Gasing.
Cuma nak tanya, antara saranan penyata ini adalah untuk buat saringan setiap tahun dia sambung penyewaan untuk tengok dia punya gaji masih sama dalam kategori layak ataupun dia dah pun terkeluar sebab memang terdapat banyak kereta Vios, Honda dan sebagainya di kawasan PPR. Macam mana Permatang rasa? Patutkah kita saring? Dan yang kedua, patutkah kita terminate mereka yang mempunyai pendapatan tapi tak nak bayar sewa juga.
Terima kasih Bukti Gasing, jadi kalau berkenaan dengan saringan ini, kalau kita tahu sejarah ya, rumah PPR ni, Tuan Speaker, kalau sejarah rumah PPR ni sebenarnya mula, sebenarnya niat rumah PPR Lembah Subang 1, ini adalah rumah transit, sebenarnya dari permulaan dulu. Kerana kalau kita tahu rumah PPR Lembah Subang ini rumah transit dan juga dia dibina oleh KPKT di atas tanah KPKT dan juga dia dibuat oleh Kerajaan Persekutuanlah. Jadinya, okay, kalau kita....ha,
Kenal tak mantan Menteri?
Jangan kacau. Tuan Speaker dia kacau. Okay, jadi...
Yang Berhormat, kalau Pelabuhan Klang nak bertanyakan soalan, berdirilahkan. Janganlah buat macam tu.
Jangan ganggu, ini peraturan Dewan. Okay, jadi apabila kalau kita berkenaan dengan Bukit Gasing tadi mengenai saringan. Jadinya, apabila, kita dapat maklum ya, ada antara penduduk-penduduk yang dah duduk sini dah 20 tahun, dah berapa lama. Jadinya ada juga yang saringan ini saya rasa adalah mungkin dalam sebab saya baca kita akan ada, apa, pembaharuan kontrak, jadi mungkin sebagai itu, mungkin sesuai juga menjadi dibuat saringan itu supaya kita memastikan mereka yang betul-betul layak duduk di rumah PPR ini.
Boleh tanya sedikit?
Ini dah macam EXCO, saya lak jawab.
Tanya, tanya, bukan jawab, tanya. Nanti EXCO jawab.
Bagi, bagilah, kalau itu adalah urusan Permatang.
Takpe, bolehlah. Semua dah mengantukkan, okay.
Semua dah mengantuk. Itu yang kena hidupkan balik perbahasan. Jika kita buat saringan semula, pasti ada yang betul-betul layak dan patut disambung kontrak penyewaan dia tetapi juga ada mereka yang bernasib baik dalam pendapatan, pendapatan mereka sudah meningkat dan tidak wajar disambung kontrak dia. Adakah pihak Pembangkang akan protes jika tak sambung penyewaan kepada golongan ini dan menyokong usaha Kerajaan untuk buat pembaharuan di mana kita bawa orang baru masuk yang betul-betul layak?
Ini dah jawab ni, dah jawab macam EXCO, nak kena tanya. Okay, jadi, okay kalau kita lihat bagaimana, apa, berkenaan dengan saringan itu sendiri sebab kalau kita ambil maklum kadang-kadang saya mendapat maklumlah rumah PPR ini kadang-kadang ada yang mereka yang tinggal di sana, yang bukannya, kadang-kadang dia sampai bertapa, kita cakap pengurusan itu agak kurang berkesan. Ada yang tinggal di sana dia main masuk je rumah tu pun ada. Maksudnya mereka ni kadang-kadang mereka pun tidak berdaftar pun, macam tidak mendapat pun, maksudnya dia boleh sambung-sambung macam tu je, maksudnya dia tahu ada kosong, ada penghuni baru yang masuk macam tu. Jadi bagi saya, pengurusan kali ni memang benar-benar kena memerhatikanlah untuk betul-betul kita kaji dan pastikan mereka yang tinggal di PPR ini adalah mereka yang layak dan juga untuk memastikan, itu juga untuk kepentingan penduduk bersama kerana ada juga penduduk yang mengadu apabila ada golongan ataupun kumpulan, ada juga pendatang tanpa izin yang masuk ke dalam rumah PPR itu, jadi itu juga menyusahkan penduduk-penduduk di sana. Jadinya memang seharusnya sepatutnya kita lihat semula penduduk, penduduk yang layak untuk berada di rumah-rumah PPR ini. Jadi Tuan Speaker, kalau kita lihat ya, kalau kita lihat, saya merujuk pada 3.2 di mana PHSSB mengambil sebanyak 20% daripada jumlah kutipan sebagai yuran penyelenggaraan manakala lebihan kutipan akan dipulangkan kepada LPHS. Jadi kalau kita lihat, kalau dikatakan 20% dengan kadar kutipan sewa yang hanya RM250 dan ada juga rata-rata yang hanya RM124. Ini kalau kita membuat kiraan lebih kurang kiraan kasar sebanyak 20% Ini, hanya lebih kurang 1.2 juta setahun. Maksudnya ini 1.2 juta ini kalau dapat kutip semua, maksudnya semua orang bayar baru dapat 1.2 juta. Tapi memandangkan laporan yang kita terima hanya lebih kurang 40% sahaja yang bayar, jadi saya pasti jumlah yang dikutip itu akan lebih rendah daripada 1.2 juta ini tadi. Dan kita semua bercakap tentang flat, flat kos rendah bertingkat tinggi, ya Tuan Speaker, di mana kita boleh lihat kat situ ada kos lif, ada pam air, kos kebersihan, kos keselamatan dan paling penting struktur bangunan. Kerana bangunan ini, PPR ini telah dibina lebih kurang daripada tahun 2000 lagi jadinya dia satu bangunan lama dan sudah pasti kos untuk menyelenggara bangunan ini juga memerlukan kos yang tinggi. Jadi sekadar, Permatang juga ingin membawa perhatian Dewan, jadi 20% ini dilihatnya agak rendah sebenarnya untuk menyelenggara satu flat yang
bertingkat tinggi dan juga mempunyai penduduk yang hampir 10 ribu. Jadi kalau kita lihat seperti yang Permatang cakap tadi, rumah ini, PPR Lembah Subang 1 ini rumah yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan atas tanah persekutuan. Maksudnya kos semua ditaja, diberi oleh Persekutuan dan diberi kepada Kerajaan Negeri. Maksudnya Kerajaan Negeri menerima rumah ini tanpa kos. Jadinya Permatang ingin mencadangkan agar kutipan selenggaraan ini adalah lebih daripada 20%. Mungkin kita boleh lebihlah, maksudnya 50% atau 70%. Ini adalah penting sebab kita ingin memastikan penduduk mempunyai sistem pengurusan yang lebih teratur dan juga dapat tinggal di sana dengan selesa. Dan perkara kedua, Tuan Speaker, Permatang ingin membawa perhatian Dewan tentang kos penyelenggaraan di dalam rumah kerana masing-masing penduduk berpendapat mereka hanya menyewa di situ. Jadi apabila kos di dalam rumah, maksudnya ada kerosakan dalam rumah, yang rumah yang telah berumur 20 tahun jadinya mereka menganggap kos untuk membetulkan rumah pun terletak kepada kerajaan juga. Kerana konsep dia, dia kata kalau sewa rumah, landlord kena bertanggungjawab kepada kerosakan dalam rumah juga. Jadi Permatang ingin membawa cadanganlah kepada Dewan kerana kalau kita lihat, kalau kita lihat ini, Permatang ingin mencadangkan agar projek ini menjadi salah satu projek rent to own. Kerana apabila dia rent to own ni apabila dia merasakan rumah itu dia mempunyai kebertanggungjawaban di dalam diri untuk menjaga kebersihan rumahnya dan juga bahagian dalam rumahnya sendiri. Jadi ini dapat mengurangkan juga bebanan daripada pihak Kerajaan dan juga dan dapat membantu juga penduduk di sana dalam kehidupan yang lebih selesa. Jadi Tuan Speaker, jadi, kalau, jadi saya harap pandangan, Permatang berharap atau pun pembentangan pandangan ini akan dapat diterima dan juga dibincangkan oleh Kerajaan Negeri dalam memberi keselesaan yang lebih kepada penduduk-penduduk di PPR di Lembah Subang 1 dan juga agar kita sama-samalah dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang baik kepada penduduk. Terima kasih.
Baik, Sungai Burong, Sungai Burong. Sungai Burong dulu.
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker terima kasih kerana memberikan peluang untuk membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Dan Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung isu Program Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor.
Saya membaca dengan teliti apa yang dinyatakan dalam kertas yang disediakan oleh Jawatankuasa. Ada beberapa perkara yang Sungai Burong ingin bahaskan di sini. Antaranya pada keterangan Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd (PHSSB) sendiri dalam Mesyuarat Bil.15/2025 pada perkara 3.5, ketika itu menyatakan bahawa; Untuk mendapatkan balik pembayaran sewa supaya menepati jadual yang ditetapkan antara mekanismenya adalah memotong bekalan air untuk memastikan (di sini ada) pemotongan bekalan air secara konsisten pada setiap 21hb terhadap penyewa yang gagal menjelaskan bayaran sewaan. Itu
adalah dari PHSSB sendiri. Maka ini dipandang satu yang agak luar biasa kerana air ini adalah satu keperluan asasi kalau boleh ditukar kepada api paling tidak pun sebagai amaran keras juga supaya ia tidak menjadi satu tekanan yang sangat luar biasa sehingga melanggar hak asasi manusia. Itu yang pertama.
Yang kedua, saya meneliti pada saranan..
Mohon penjelasan
Ya.
Sebab tadi cadangan daripada sebelah sana ialah kita kena tegas kepada mereka yang tidak bayar. Sekarang kita kena lebih relax kepada mereka yang tidak bayar. Apa pandangan yang tak bayar ini patut diusir keluar ke patut dibenarkan terus tinggal tanpa bayar?
Terima kasih Bukit Gasing. Kita mengambil pandangan win win situation. Tidak lebih dan tidak kurang. Pengutipan atau pun pemungutan sewaan itu perlu tetapi dalam masa sama meraikan kemanusiaan dan hak asasi itu juga perlu. Maka, dicadangkan atau ditambah baik kan untuk mengurangkan daripada tekanan pemotongan air kepada pemotongan elektrik mungkin.
Yang kedua adalah mengenai saranan Jawatankuasa yang disenaraikan di dalam Jawatankuasa JP-ABAS begitu menarik dan baik tetapi Sungai Burong berpandangan ada sesuatu benda yang boleh ditambah baik kan. Pertamanya, adakah penguatkuasaan dan perkara yang nak di utarakan oleh JP-ABAS ini dibuat libat urus kepada penduduk PPR sendiri kerana sesuatu benda yang di enforce (dengan izin) tanpa ada sebarang libat urus mengakibatkan penolakan atau pun kejutan itu berlaku di sana. So, bila ada berlaku libat urus dalam banyak kes dan situasi kita melihat penolakan dan pemahaman kepada sesuatu kes itu lebih lunak. Jika saya mengambil contoh di dalam isu Covid-19 ketika mana hendak melakukan pengambilan vaksin. Perbandingan sedikit di antara Indonesia dengan Malaysia ketika itu di Indonesia penolakan daripada rakyat tidak sekuat pada permulaannya seperti mana di Malaysia kerana antaranya mereka membuat libat urus dengan pondok-pondok, pesantren-pesantren, tok-tok guru untuk diberikan penerangan awal sebab mereka ini adalah golongan berpengaruh untuk sampaikan keperluan vaksinasi di situ. Tetapi di Malaysia tidak cepat dalam bertindak sedemikian rupa mengakibatkan ada penolakan pada permulaannya walaupun mencapai keberjayaan pada akhirnya. Jadi, libat urus ini adalah satu benda yang asas untuk dipertimbangkan dengan PPR itu sendiri.
Yang kedua, apabila surat amaran atau pun pengosongan / pengusiran kepada mereka yang ingkar setelah mana mereka tidak layak menduduki PPR tersebut, Sungai Burong
berpandangan untuk memberi cadangan supaya diberikan tiga (3) kali amaran. Surat amaran pertama, surat amaran kedua, surat amaran ketiga yang ia bersifat berdaftar seperti mana mahkamah menghantar supaya dapat ke tangan penyewa itu sendiri supaya tidak lagi menjadi hujah kepada mereka yang mereka tidak dapat statement, tidak tahu dan tiga kali ini juga adalah umpama adab kita memberi salam sebelum pengusiran, ada amaran telah dilakukan sebanyak tiga kali di samping surat yang berdaftar tersebut dihantar kan ke tangan. Kita meraikan situasi AI dan perkembangan teknologi dengan memberi kan salinan online iaitu whatsapp mungkin kepada pengguna untuk mereka benar-benar alert ataupun sedar tentang kebertanggungjawaban mereka kepada isu penyewaan ini. Jadi Sungai Burong memberikan nota-nota tersebut untuk diberikan perhatian pada Jawatankuasa JP-ABAS. Sekian, terima kasih.
TUAN SPEAKER
: Batu Tiga.
Yang Berhormat Speaker terima kasih kerana membenarkan saya untuk membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung isu Perumahan Rakyat PPR di negeri Selangor.
Saya ingin menyentuh dua (2) perkara sahaja yang sebahagiannya mungkin telah disentuh oleh Permatang dan Sungai Burong. Tetapi saya ingin memberikan sedikit penerangan awal. Sebelum kita memilih atau pun mendapat kan komitmen menambah sasaran 10,000 unit kediaman sewaan menjelang tahun 2030 dan pada masa ini kita menguruskan PHSSB sebanyak 2,400 unit dan menguruskan PPR 1,200 unit. Sebenarnya yang patut kita laksanakan terlebih dahulu, memperkemaskan sistem itu. Sebab kita menguruskan 3,000 pun kita ada masalah dari sudut kutipan, kita uruskan 3,000 ini pun kita ada masalah yang lain-lain yang mungkin akan timbul selepas pada ini, bayangkan kalau kita ada 10,000 unit yang dalam keadaan kita tidak bersedia.
Yang Berhormat Speaker bila kita lihat kepada sistem ini ia penting. Memanglah kalau disebut Sungai Burong itu kalau kita tutup air ni kita kejam, kita buat tindakan-tindakan lain pun kita rasa kita tidak duduk pada aspek kemanusiaan. Tetapi kalau kita telah beri notis sebaiknya pun masih lagi ingkar tidak membuat pembayaran atau pun kutipan sewa kita masih berada dalam paras yang rendah, apa lagi tindakan yang boleh kita laksanakan? So, pada saat itu sebenarnya kalau kita ada sistem yang kemas di mana ketika awal mereka commit untuk membuat sewaan atau pun duduk di PPR kita, syarat itu telah kita bentangkan lebih awal. Kalau patuh dengan syarat, ikut dengan apa yang kita tetapkan then sign, baru masuk ke rumah unit PPR dan unit sewaan kita.
So sistem perlu kita kemaskan terlebih dahulu sebab itu akan membina mentaliti penyewa-penyewa kita, penduduk-penduduk yang hendak duduk di PPR kita. Dia kena baca, dia kena jelas dan dia kena tahu segala perkara yang kita tetapkan dahulu then sign dan duduk.
Yang Berhormat Speaker, perkara kedua yang saya nak sebutkan tentang pendapatan. Tadi saya sempat baca, dia sebut had pendapatan hendak dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM3,000 pendapatan isi rumah sebagai syarat untuk kita dapatkan penyewa. Saya ingin mencadangkan agar kita kekalkan jumlah itu RM5,000 sebab dalam keadaan hidup di bandar mungkin agak berbeza duduk di sub urban (kawasan luar bandar) RM3,000.00 mungkin bersesuaian di kawasan luar bandar tetapi kalau kita turunkan RM5,000 kepada RM3,000 saya lebih risaukan penyewa sedia ada. Mungkin separuh kena keluar. Mungkin pendapatan mereka RM5,200 RM5,300.
Mohon mencelah.
Silakan Bukit Gasing. Ya boleh, boleh.
Terima kasih. Hanya pandangan sahaja.
Memandangkan stok unit PPR di Selangor hanya 3,000 unit berbanding bilangan rumah keseluruhan di Negeri Selangor hampir 2 juta dia sangat sedikit, tidak sampai 1%. Adakah wajar kita simpan 3,000 unit ini untuk mereka yang terpaling miskin di Selangor? Sebab jika kita menyewakan kepada mereka yang bergaji RM4,500 and mereka yang bergaji RM2,000 tidak dapat masuk sebab dah penuh. Dah maklum waiting list sekarang cukup panjang. Beratus-ratus orang menunggu dan tidak dapat unit sebab penuh.
Ya saya setuju dengan unit. Tapi kita kena lihat juga pendapatan atau pun kumpulan-kumpulan sasar kita. Kalau kita nak tumpukan kepada yang betul-betul peringkat bawahan, saya setuju dengan statement yang disebutkan oleh penyata; kita rujuk daripada data e-kasih atau pun STR. Yang disebutkan ada IPI, e-kasih, STR. Kalau kita nak sentuh kumpulan itu semata-mata, kita buang lah pendapatan isi rumah, kita kata yang layak hanya lah yang mereka ada e-kasih, STR dan juga IPI kalau kita hendak buat syarat itu. Tetapi kalau kita tetapkan pendapatan, kita kena raikan orang yang berpendapatan walaupun RM5,000 yang kita tetapkan mereka hidup di bandar dengan jumlah pendapatan isi rumah itu. Kerisauan saya ialah kalau kita turunkan kita kena lihat dulu pendapatan atau pun kumpulan penyewa sedia ada. Kalau penilaian kita hari ini penyewa sedia ada mungkin rata-rata lah penyewa kita semua pendapatan isi rumahnya RM3,000 ke RM3,500 contohnya dan kita mungkin boleh
sesuai untuk kita laksanakan terus menurunkan kadar pendapatan isi rumah, contoh. Tapi kalau kita tengok pada kumpulan penyewa hari ini pun ada yang RM4,500 bayangkan kalau keadaan keputusan itu kita buat, berapa ramai yang perlu kita minta mereka keluar.
Dalam masa yang sama Tuan Speaker, saya juga bersetuju untuk penilaian itu dibuat secara berkala. Kalau macam ini, kita buat RM5,000 tapi kita juga buat secara berkala. Katalah mereka ini dapat penambahan pendapatan melalui tukar kerja atau pun ada penambahan-penambahan income lain atau pun sebelum ini isteri nya tidak bekerja kemudian isterinya bekerja pula, so bila kita nak renew secara tahunan itu biarlah mereka kemas kini. Dan saya hendak mohon biarlah penyewa-penyewa kita jujur. Ini pun satu cabaran juga sebab kita hendak mereka berlaku jujur cara yang macam mana. Kita hendak minta bank statement, kita boleh minta. Kita boleh minta penyata pendapatan, kita boleh minta tetapi sejauh mana dokumen itu benar-benar sah kita pun tidak pasti. Tetapi kita lah di pihak pentadbiran, kita percaya apa yang mereka berikan.
Ada banyak pertimbangan yang perlu kita berikan. Pertama, ialah sistem itu dan kedua mungkin dicadangkan diturunkan RM5,000 ke RM3,000 mungkin atas pertimbangan Jawatankuasa. Saya lebih memikirkan penyewa sedia ada yang sedang berada di unit PPR dan juga Skim Smart Sewa kita. Apakah mereka akan terjejas? dan kalau boleh kita juga melihat secara keseluruhan sasaran kita 10,000 itu kalau boleh dipercepatkan dan dalam masa yang sama kita juga bersedia untuk menerima lebih ramai penyewa-penyewa atau pun pemilikan-pemilikan PPR kita pada masa akan datang. Sekian dahulu, itu pandangan saya terhadap Penyata Jawatankuasa JP-ABAS. Terima kasih.
TUAN SPEAKER
: Ya. Terima kasih. Ya Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker. Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian. Berdasarkan laporan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Kajang jelas bahawa pengurusan perumahan rakyat ini memerlukan satu reformasi yang drastik. Bukan sekadar tampal mana yang bocor sahaja. Berikut adalah beberapa hujah dan cadangan saya selepas saya teliti Usul yang di bawa oleh Yang Berhormat Kajang.
Yang pertama, mengenai untuk menetapkan kelayakan PPR ini hanya untuk mereka yang benar-benar memerlukan. Saya sokong penuh saranan yang telah senarai seperti 5.1 dan juga 5.2 dalam laporan ini. Kita tidak boleh biarkan unit PPR ini didiami oleh mereka yang sudah mampu sementara beribu-ribu lagi dalam senarai menunggu dan juga menyewa bilik sempit di luar sana. Dan saya ambil satu contoh apa yang berlaku di Singapura, Skim Perumahan mereka mempunyai satu income ceiling dengan izin yang sangat ketat dan disemak secara berkala dan jika pendapatan isi rumah meningkat melebihi satu tahap tertentu mereka akan digalakkan atau pun dibantu kan untuk berpindah ke rumah ke Skim Perumahan yang lebih tinggi dan sesuai.
Dan oleh itu saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan satu sistem semakan automatik integrasi antara PHSSB dengan LHDN dan juga KWSP supaya kita tidak perlu tunggu setahun untuk semakan sistem sepatutnya automatik akan berikan satu refleks dengan izin sebaik sahaja pendapatan penyewa melonjak naik.
Yang kedua, mengenai penguatkuasaan yang tegas. Tiada lagi kontrak automatik. Dapatan 4.1 ini sangat mengejutkan bahawa penyambungan kontrak berlaku adalah secara automatik tanpa pengisytiharan pendapatan. Ini saya nampak adalah satu ketirisan tadbir urus. Contoh saya ambil satu contoh daripada DBKL. DBKL ini telah mula untuk melaksanakan tempoh penyewaan yang mempunyai had nya. Misalnya antara tiga (3) hingga lima (5) tahun di mana selepas tamat tempoh, penyewa wajib untuk memohon semula dan membuktikan mereka masih layak dan PPR ini sepatutnya menjadi satu transit kehidupan bukan untuk waris hingga cucu dan cicit mereka. Dan kita mesti memastikan polisi tempoh minimum 10 tahun ini seperti saranan 3.9 secara menyeluruh tanpa kompromi untuk memastikan mobiliti sosial berlaku. Yang ketiga, mengenai penyelenggaraan dan pemulihan unit yang rosak. Laporan 4.5 menyatakan unit-unit yang rosak ini mengambil masa yang terlalu lama untuk dibaiki. Ini adalah merupakan satu kerugian hasil kepada kerajaan. Saya cadangkan PHSSB ini boleh wujudkan satu Unit Penyelenggaraan Dalaman ataupun lebih dikenali sebagai in house, dengan izin yang khusus untuk turn over unit-unit yang kosong ini. Sasaran kita mestilah unit kosong ini di jadi kepada satu unit sedia didiami dalam tempoh kurang daripada setahun. Semakin lama unit ini di kosong, semakin tinggi risiko untuk berlaku pencerobohan dan juga vandalisme kepada unit-unit kosong ini.
Yang keempat, transformasi pengurusan daripada tuan tanah kepada rakan pembangunan komuniti. Tuan Speaker, kita harus akui bahawa kaedah pengusiran dan tindakan undang-undang adalah satu jalan buntu yang mana akan menambah beban kepada kewangan PHSSB. Saya cadang model yang lebih inklusi dan mampan di sini. Kita ambil satu contoh yang telah dilaksanakan di Singapore. Mereka ada satu Skim Rangkaian Keselamatan Sosial ataupun lebih dikenali sebagai Social Safety Net Integration. Di Singapore, jika seorang penyewa HTP mereka gagal membayar sewa, mereka tidak akan terus diusir. Sebaliknya pegawai kerja sosial mereka akan terus turun padang dan bertemu dengan penyewa-penyewa yang terlibat. Saya cadangkan kepada PHSSB ini mengambil contoh daripada apa yang berlaku di Singapore dapat mewujudkan satu Unit Intervensi Sosial. Maksudnya, jika penyewa ini gagal bayar sewa berturut-turut tiga bulan, sistem secara automatik akan rujuk mereka kepada JKM ataupun Lembaga Zakat. Ini untuk kita kenal pasti sama ada mereka memang sengaja ataupun memang betul-betul sesak, memang betul-betul perlukan bantuan kewangan. Jika sesak, bantuan sewa boleh dibayar terus daripada JKM ataupun Lembaga Zakat terus kepada PHSSB dan ini boleh menjaminkan aliran tunai PHSSB ini tanpa melibat urusan ke mahkamah.
Akhir sekali Tuan Speaker, saya ingin menambahkan satu cadangan luar kotak iaitu wujudkan satu Skim Graduasi PPR. Kerajaan boleh kerjasama dengan bank ataupun LPHS untuk memberikan satu laluan hijau ataupun green lane kepada penyewa PPR ini yang sudah melebihi had pendapatan RM5,000.00 untuk membeli satu rumah mampu milik di bawah projek-projek yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Kita jangan hanya sahaja halau mereka keluar tetapi kita pimpin mereka keluar supaya unit tersebut dapat diserahkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan di luar sana. Tuan Speaker, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Seterusnya, saya jemput Ahli Yang Berhormat kawasan Tanjong Sepat sekiranya ada apa-apa untuk digulung.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang, Yang Berhormat Sungai Burong, Yang Berhormat Batu Tiga dan Yang Berhormat Bukit Lanjan yang membahaskan tentang Usul yang dibawa. Bukit Gasing, minta maaf. Terima kasih. Saya rasa agak seronok bila mendengar kesemua Yang Berhormat memberi pandangan yang berlainan dari segi banyak aspek. Ada yang ambil tindakan tegas, ada yang perlu diberi kelonggaran, ada yang memberi cadangan supaya lebih senang kalau kita jadikan rent to own, ada juga yang menyatakan sistem dan sebagainya.
Saya cuma ambil maklum tetapi ingin saya menekankan di sini sedikit iaitu kita kena faham rumah PPR ini yang diduduki adalah masyarakat ada golongan B40. Saya ambil maklum apabila saya bertanyakan tentang pengurusan kenapa ada tunggakan? Kenapa begini, begitu dan sebagainya? Kadang-kadang mereka datang membayar. Mereka sewa hanya RM250.00 ataupun RM114.00 depends. Tetapi kepada Lembah Subang ini kita baru dapat surat tawaran mengambil alih. Sebelum ini memang bawah pentadbiran KPKT. Mereka datang hanya ada duit, dia tunggak RM500.00 dua bulan. Dia datang bawa RM400.00. Sama ada kita nak ambil atau kita tak nak ambil? Ini persoalannya. Kita kena ambil. Kalau kita tak ambil, dia kata tak apalah. You tak nak ambil, tunggak lagi. Kemudian bila dah tunggak banyak, enam bulan, lima bulan nak kita alih keluar datang pula surat daripada Ahli Parlimen, ADN kawasan. Pertimbangkan. Ahli Majlis. Ini realiti. Bukan soalnya. Ini adalah masyarakat B40. Kalau kita tegas sehingga mereka tak boleh masuk macam Yang Berhormat Sungai Burong kata zalim kita potong air dia.
Kita pula ada, kita ada sebenarnya ada bagi security card. Mereka tak bayar, dia tak boleh touch. Tak boleh naik lif. Jadi, ini yang nak dipertimbangkan. Jadi, saya dengar dan saya teliti setiap pandangan dan bahas dan kita lihat bagaimanakah dia punya mekanisme untuk kita pertimbangkan. Tapi mungkin ada juga yang sesuai untuk rent to own untuk sekurang-kurangnya mereka memiliki dan apa yang dikata syarat-syarat dia? Memang kita ada syarat-syarat yang cukup kuat. Antaranya peraturan yang agak keras, permohonan pasangan mestilah warga Malaysia, umur 18 tahun ke atas, pendapatan seisi keluarga RM5,000.00 ke
atas, eh ke bawah. Bawah RM5,000.00. Kemudian, perkahwinan mempunyai tanggungan. Dia tak boleh.
Satu ke dua?
Itu, saya itu kena refer kawan sayalah.
Kalau dua tak boleh kan?
Kalau dua dia lagi memerlukan. Dia tak mampu.
Dengar tu.
Kemudian permohonan pasangan tidak memiliki rumah. Dia tidak ada rumah-rumah lain dan permohonan suami isteri mesti tinggal dan bekerja di negeri Selangor. Itu di antara syarat-syarat dan lain-lain tempatan dan tidak dibenarkan memberi sewaan atau unit ini kepada orang lain. Ini yang disebut oleh Permatang. Tadi dia kata ada juga yang sewa atas sewa. Kalau Lembah Subang ni, kita lihat dan kita buat kajian, ini bukan setakat tiga line, empat line pun ada. Yang diletak di dahi tu. Jadi, di sini bukan mudah untuk kita pastikan bahawa di sini kita perlu buat kajian sebelum kita mengambil alih tetapi kita dah dapat tawaran daripada pihak KPKT dan kita minta geran sekali supaya kita nak baik pulih balik dan kita buat ataupun kita jadikan kawasan ini untuk di penempatan semula dalam disaring semula penempatan. Sebab kita memang ada warga asing yang duduk. Lepas tu seperti yang disebut tadi selepas bapa anak. Lepas anak cucu duduk. Jadi, yang ini kita tidak mahu ada satu kluster yang tak dapat. Dan nampaknya sistem penghidupan mereka di sini pun agak tak selesa dari segi kebersihan, pembuangan sampah dan sebagainya. Jadi, saya dengar dan saya teliti semua pandangan daripada Yang Berhormat dan Insya-Allah kita ambil maklum untuk diperbaiki dan kita akan jadikan sebagai satu dasar. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi “Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung isu Program Perumahan Rakyat PPRT Selangor yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2026. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya, (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.
Usul ini dipersetujui.
Usul nombor 3 tahun tahun 2026. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit MelawatiMotion
Aturan urusan seterusnya. Usul nombor 3 tahun tahun 2026. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit Melawati.
Yang Berhormat Bukit Melawati, silakan.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung Yayasan Hijrah Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat bilangan 8 tahun 2026. Dalam mesyuarat JP-ABAS bilangan 3/2026 bertarikh 4 Februari 2026, Jawatankuasa telah memutuskan untuk meneliti dan mendengar taklimat mengenai hala tuju pelan pengoperasian dan status kewangan oleh Yayasan Hijrah Selangor. Dalam mesyuarat JP-ABAS Bilangan 4/2026 pada 23 Februari 2026, Yayasan Hijrah Selangor telah hadir bagi memberikan penerangan mengenai hala tuju pelan pengoperasian dan status kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor telah hadir untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa. Keterangan Yayasan Hijrah Selangor bilangan 4/2026, Yayasan Hijrah Selangor memaklumkan bahawa mandat utama adalah untuk menyediakan pembiayaan mikro antara RM1,000.00 hingga RM50,000.00 kepada usahawan kecil di Selangor. Produk pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut. Niaga Plus, pembiayaan individu kepada usahawan yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya satu tahun. Suri Plus, pembiayaan secara berkumpulan yang menyasarkan kumpulan wanita di kawasan luar bandar. Gana Plus, platform pembiayaan digital bagi jumlah pembiayaan tidak melebihi RM10,000.00 yang menggunakan sistem pemarkahan kredit dengan menggunakan teknologi AI. Semua permohonan akan diproses dan diluluskan dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam. Yayasan Hijrah Selangor memaklumkan bahawa Yayasan Hijrah Selangor telah menyalurkan hampir RM900 juta pembiayaan di mana 75% penerima terdiri daripada kumpulan B40.
Kadar bayaran balik pembiayaan Yayasan Hijrah Selangor adalah seperti berikut. Suri Plus, 100%. Niaga Plus pada tahun 2024 hingga 2025 pada 97%. Yayasan Hijrah Selangor memaklumkan bahawa akan mengambil tindakan penguatkuasaan melalui surat tuntutan dan penyenaraian hitam blacklist yang akan menyebabkan kesukaran kepada peminjam untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi lain. Pendekatan ini merupakan strategi Yayasan Hijrah Selangor bagi meningkatkan kadar kutipan dan menggalakkan pematuhan pembayaran di kalangan peminjam. Kadar caj perkhidmatan yang dikenakan kepada penerima adalah seperti berikut. 10% flat rate bagi pembiayaan umum dan 8.8% bagi pembiayaan di bawah Program Suri Plus. Yayasan Hijrah Selangor memaklumkan bahawa
suntikan modal Kerajaan Negeri sejak penubuhan adalah sebanyak RM330 juta yang terdiri daripada RM150 juta dalam bentuk pinjaman dan selebihnya dalam bentuk ekuiti atau geran melalui MBI.
Yayasan Hijrah Selangor menyatakan bahawa Yayasan Hijrah Selangor telah membayar balik sebanyak RM90 juta dan baki pinjaman semasa adalah sebanyak RM60 juta. Yayasan Hijrah Selangor memaklumkan bahawa, diberikan moratorium selama dua tahun dengan pembiayaan semula pinjaman dijadualkan bermula pada tahun 2028. Yayasan Hijrah Selangor memaklumkan bahawa sasaran syarikat sehingga 2028 adalah untuk mencapai jumlah pembiayaan sebanyak RM250 juta. Yayasan Hijrah Selangor memaklumkan bahawa dengan susulan penstrukturan semula oleh MBI, Yayasan Hijrah Selangor beroperasi secara berorientasikan komisen tetapi MBI belum menetapkan sasaran bayaran dividen. Penemuan Jawatankuasa. Jawatankuasa mendapati bahawa berlaku penstrukturan semula kepada Yayasan Hijrah Selangor yang kini beroperasi secara komersial. Sekiranya, sekiranya Yayasan Hijrah Selangor mengenakan 10% kadar faedah pinjaman, Yayasan Hijrah Selangor dilihat sebagai satu entiti komersial. Sekiranya peranan Yayasan Hijrah Selangor sebagai satu entiti komersial, Yayasan Hijrah Selangor seharusnya menjana keuntungan yang setara dengan pulangan tetap membayar dividen kepada Kerajaan Negeri. Jawatankuasa mendapati program....
Yang Berhormat. Ya, betul. Memandangkan jam telah pun menunjukkan pukul 7.00 malam, saya memohon Yang Berhormat Bukit Melawati untuk sambung dengan ucapan pencadang pada pukul 11.30 pagi esok. Ya, ya, betul. Lega sikitlah sekarang ini. Rakan-rakan semua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 7.00 malam, maka Dewan ditangguhkan sehingga ke hari Rabu, 29 April 2026 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 7.00 petang)