Selangor · 29 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 276 turns · 31,380 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 29 April 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.

(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya membentangkan kertas mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 18 Tahun 2026. Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) Bagi Dewan Negeri Selangor Ke -15 Tahun 2025, berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021, 2022 dan 2024. Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Selamat Pagi kepada semua Ahli-ahli Dewan. Kita teruskan sidang kita pada hari ini dengan pertanyaan lisan Sungai Burung. Ada? Sungai Burung tak ada? Sungai Burung. Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 70.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 70. Gedung E-Sukan SelangorQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

70. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini projek Gedung E-Sports Selangor di bekas Hotel Carlton?

b)

Apakah perancangan dan garis masa jelas bagi kerja-kerja naik taraf bangunan tersebut sehingga boleh digunakan sebagai pusat e-sukan?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Timbalan Speaker, Bukit Lanjan. Saya ingin menjawab soalan berkenaan dengan Gedung E-Sukan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan penyerahan tapak tanah Carlton Hotel kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) ataupun MBI. Selaras dengan kelulusan tersebut, MBI akan diberikan mandat untuk menerajui pembangunan tapak tersebut. Sebagai langkah awal, MBI akan melaksanakan pemasangan holding di sekeliling kawasan tapak sebagai persediaan bagi pembangunan komersial yang turut merangkumi komponen E-Sukan sebagai sebahagian daripada keseluruhan pembangunan tersebut. Perincian pelan pembangunan akan dimuktamadkan melalui sesi libat urus lanjut bersama dengan MMKN daripada masa ke semasa. Buat masa ini, sebarang perancangan terperinci bagi pembangunan tapak tersebut masih di peringkat awal dan belum lagi dimuktamadkan. Untuk maklumat Yang Berhormat semua, kenapakah ada berlaku kelewatan walaupun kita telah umumkan satu juta ataupun inisiatif awal pada tahun 2025 kerana daripada segi pemilikan tanah Hotel Carlton ini pada waktu satu tahun yang lepas masih lagi di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor dan ia tidak diberikan kepada pihak mana-mana syarikat ataupun pihak yang bertanggungjawab. Justeru pada waktu itu kita mempertimbangkan adakah secara terus ia boleh diberikan kepada pihak swasta untuk membangunkan ataupun kita mampu mengawalnya melalui anak syarikat Kerajaan Negeri seperti MBI. Jadi dalam tempoh beberapa tahun ini kita telah setahun ini merumuskan bahawa MBI perlu menerajui dan ia boleh diletakkan di bawah beberapa anak syarikat untuk dibangunkan bersama-sama dengan kerjasama swasta untuk dibangunkan. Kedua, masih ada komitmen perjanjian yang perlu dihormati di antara pemegang tanah tersebut bersama dengan pembangunan sebelum ini yang mempunyai history dan sejarahnya dan hal itu akan dimuktamadkan pada tahun 2026. Justeru di tahun 2026 ini kita muktamadkan penyerahan tanah tersebut dan kita menunggu beberapa waktu saja lagi untuk memuktamadkan perjanjian-perjanjian sebelum ini ketika pembangunan hotel tersebut kerana sedia maklum bahawa pembangunan hotel tersebut mempunyai latar belakangnya yang cukup panjang ia bermula sebagai bangunan pejabat, asrama kemudian berubah menjadi hotel kemudian ditutup kerana disebabkan oleh pandemik dan kesannya dan ada perjanjian yang sedikit mengikat yang mungkin akan menghalang pembangunan di kawasan tersebut. Jadi kita tunggu waktu yang sesuai tanah telah kita serahkan dan saya kira sekarang MBI sedang meneliti dengan beberapa pihak dengan juga cadangan-cadangan yang sudah mula masuk sebenarnya mulai tahun lepas. Jadi kita percaya tahun ini selesai saja daripada sukan Malaysia, hal ini boleh kita muktamadkan dan kita boleh memulakan Gedung E-Sukan sebagaimana yang telah diinspirasikan dalam pembentangan belanjawan tahun 2025. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ada soalan tambahan? Tak ada? Teruskan dengan Pelabuhan Klang. Yang Berhormat, silakan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 71.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 71. Rumah Idaman SelangorQuestions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

71. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah Rumah Idaman Selangor yang telah siap, sedang dan akan dibina dari tahun 2023 sehingga kini?

b)

Adakah Kerajaan Negeri akan turut membantu bagi memudahkan proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang bertanyakan dua soalan, iaitu Berapakah jumlah rumah Idaman Selangor yang telah disiap dibina dan juga yang sedang dibina sehingga 2023 dan soalan yang kedua, apakah Kerajaan Negeri akan turut membantu bagi memudahkan proses kelulusan pinjaman dari pihak bank. Untuk maklumat Yang Berhormat, status rumah idaman sehingga Mac 2026 adalah seperti berikut, yang telah disiap dibina sebanyak 7,702 unit, iaitu Idaman Kajang 2, Idaman BSP, Idaman Bukit Jelutong dan Idaman Melur, dan Idaman Taman Air Manis dan juga Idaman Cahaya. Dalam proses yang kedua itu dalam pembinaan sebanyak 14,081 unit, iaitu dalam kawasan Idaman Kwasa, Idaman Greenwood, Idaman Abadi Heights, Idaman Elmina, Idaman Alam dan juga Idaman Saujana serta Idaman Putera dan akhirnya, Idaman pekan Bangi Lama, Idaman Green Heights. Untuk yang ketiga, iaitu perancangan sebanyak 27,979 unit ini adalah menjadi secara keseluruhan

melibatkan sebanyak 50,175 unit rumah idaman di bawah MBI yang telah dan juga akan disediakan untuk rakyat Negeri Selangor. Untuk jawapan (b), untuk maklumat Yang Berhormat, proses kelulusan pinjaman adalah melibatkan pihak institut bank dan juga di masa ini adalah tertakluk kepada scoring daripada pembeli yang telah ditetapkan, iaitu sektor pembiayaan kewangan. Kerajaan Negeri telah menyediakan inisiatif, iaitu Skim Smart Sewa melalui LPSS untuk membantu pembeli yang tidak berjaya untuk mendapatkan pinjaman rumah dengan konsep penyewaan dalam masa tempoh maksimum lima tahun dan sebagai penyediaan untuk menyimpan duit dan mencapai kestabilan status kewangan khususnya bagi pasangan yang baru saja berkeluarga. LPSS juga mengadakan kerjasama dengan agensi kaunseling dan pengurusan kredit ataupun AKPK dalam meuar-uarkan modul pendidikan berkaitan dengan perumahan, iaitu AKPK ataupun Rumahku untuk keperluan orang awam. Ianya membantu bakal-bakal pembeli rumah untuk membuat persediaan awal dalam merancang kewangan dengan bijak sebelum membuat pembelian rumah agar memenuhi kelayakan dan juga mendapatkan pinjaman perumahan. AKPK juga membantu mereka yang menghadapi masalah kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan. AKPK akan mengenal pasti punca masalah kegagalan untuk memohon pinjaman perumahan dan AKPK juga akan memberi bantuan secara percuma dari segi persetujuan semula pembiayaan atau pinjaman memberi permohonan yang sedia ada dan juga arah pengurusan kewangan yang lebih bijak dan stabil. Akhirnya, kita dapat membantu pemohon untuk mendapatkan pembiayaan perumahan di masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Subang Jaya nombor 72.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 72. Perpustakaan Usj 1Questions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

72. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a) Sila nyatakan status pewartaan tanah di USJ 1 untuk tujuan perpustakaan PPAS.

b)

Apakah status tender/ pembinaan, jika ada?

c)

Apakah ''timeline'' projek Perpustakaan USJ 1?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Subang Jaya dan Timbalan Speaker. Untuk maklumat Yang Berhormat, status pewartaan tanah tersebut sebagai tapak perpustakaan telah dimulakan pada 21 Mei 2025 apabila secara rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor telah menghantar permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling. Seterusnya maklumat terkini Pejabat Daerah Petaling telah menerima pengesahan tindakan tersebut melalui sistem e-tanah pada 6 April 2026 bagi tujuan tapak perpustakaan awam walau bagaimanapun, kita masih lagi, Pejabat Daerah Petaling perlu menerima fail fizikal daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor bagi meneruskan tindakan selanjutnya. Jadi, apakah tindakan selanjutnya, Pejabat Daerah Petaling akan mengemukakan kertas tersebut kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun Pihak Berkuasa Negeri untuk memutuskan proses pewartaan tanah tersebut. Untuk soalan (b), pada ketika ini, Perbadanan Awam Perpustakaan Negeri Selangor sedang menyediakan konsep, reka bentuk dan juga penyediaan dokumen sebut harga dan jika urusan tanah itu selesai dalam masa terdekat, dijangkakan pada September 2026, proses tender dan sebut harga akan dimulakan. Kerja-kerja perancangan awal telah dimulakan oleh PPAS dan kita sedang berbincang dengan semua stake holder yang lain termasuk PBT dan sebagainya, supaya the moment ataupun bila urusan tanah itu selesai, jadi urusan seterusnya adalah urusan di bawah PPAS untuk menyerahkan ataupun menyenaraikan sebut harga dan membuat proses dan seterusnya melakukan pembinaan untuk perpustakaan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang berhormat, Meru.

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 73.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 73. Waktu Kerja Anjal Sebagai Langkah Tangani Kesan Krisis Geo-PolitikQuestions

73. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah dasar Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan waktu kerja anjal di bagi sektor awam negeri disebabkan kesan krisis geo-politik yang berlaku?

b)

Apakah usaha dan insentif untuk menggalakkan anak syarikat GLC dan sektor swasta di Selangor bagi melaksanakan waktu kerja anjal?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Meru atas soalan yang telah dikemukakan. Meru bertanyakan tentang waktu kerja anjal. Sebenarnya, pelaksanaan polisi waktu kerja anjal ini telah bermula pada tahun 2019 yang memberi kelonggaran kepada pegawai untuk menentukan masa masuk dan pulang asalkan memenuhi jumlah jam bekerja iaitu 9 jam selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan MyPPSM ceraian SR 4.1.1 pelaksanaan waktu kerja fleksi ataupun waktu kerja anjal. Mungkin apa yang dimaksudkan Yang Berhormat di sini ialah bekerja dari rumah ataupun BDR dan ini adalah selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha-usaha mengurangkan tekanan kepada penggunaan petrol dan diesel. Jadual waktu kerja ataupun bekerja dari rumah telah dimulakan mulai bulan April ini khususnya kepada mereka yang tinggal 8km sehala ke tempat kerja dibagi seluruh negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang telah dilaksanakan oleh pihak pentadbiran. Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor Bilangan 6.26 Khas bertarikh 3 April telah bersetuju, Pemakaian Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 2 April 2026 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia MyPPSM ceraian 4.1.2 bekerja dari rumah telah dilaksanakan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri secara berperingkat mulai 15 April 2026. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau saya boleh cerakinkan di sini, seramai 393 pegawai atau 54.4% adalah jumlah keseluruhan pegawai yang dianggap bekerja di bawah BDR. Jumlah ini akan berubah daripada masa ke semasa mengambil kira pergerakan pegawai disebabkan oleh pusingan kerja. Manakala sebanyak 39.3% atau 284 pegawai tidak layak BDR kerana tinggal kurang 8km dari pejabat. Tambahan 109 atau 15% lagi pegawai tidak BDR disebabkan bidang tugas pegawai memerlukan keberadaan pegawai di pejabat sedia ada maknanya 54.4% bekerja dari rumah, mungkin jumlahnya akan berkurang daripada masa ke semasa mengikut kesesuaian. 15% memang tak boleh sebab harus physically wujud manakala ada 39.3% juga tidak layak kerana jumlah atau jarak rumah mereka dengan tempat kerja kurang 8km. Oleh yang demikian jumlah pegawai BDR adalah sebanyak 45.5% atau 329 pegawai

daripada jumlah tersebut 190 pegawai BDR secara sepenuhnya iaitu 3 hari seminggu pada hari Selasa, Rabu dan Khamis 139 atau 19.2% pegawai BDR secara penggiliran. Secara amnya pegawai-pegawai BDR secara penggiliran disebabkan keperluan kerja tugasan yang menyukarkan pegawai BDR sepenuhnya kerana kesan penyampaian perkhidmatan Kerajaan juga diukur ataupun ditimbang daripada waktu kerja yang tersebut. Soalan kedua, kita menggalakkan pihak swasta atau pihak syarikat-syarikat persendirian untuk mengikut kesesuaian industri masing-masing. Manakala di pihak GLC juga kita telah mendekatkan atau merapatkan usaha-usaha BDR ini daripada masa ke semasa kerana apabila jadual waktu kerja anjal dan juga BDR kita pelaksanaan awal antara yang kita telah buat awal adalah MBI. MBI pernah melaksanakan ataupun telah melaksanakan BDR ini dalam usaha untuk memastikan kerja lebih efisien dan keputusannya agak baik. Pertama penggunaan utilities ataupun penggunaan bahan api seperti penghawa dingin, elektrik dan air berkurang disebabkan oleh kebenaran BDR dengan syarat-syarat yang tertentu walaupun sebelum krisis. Kedua, saya nak berikan maklum, tuntutan-tuntutan cuti sakit ditambah dengan kos rawatan mereka juga berkurang. Jadi makna dia apa? Maknanya kadang kala sebelum ini ada yang mengambil cuti sakit dengan secara kreatif dan diikuti dengan sakit yang dicipta secara kreatif dan dibayar pula kreativiti itu oleh...oleh...oleh beberapa dapatan anak syarikat.. dan bila kita benarkan BDR ini secara automatik, hampir 30% tuntutan itu berkurang. Ini adalah satu contoh yang baik tetapi isunya di sini adakah, bagaimana, bagaimana apa efficiency dan produktiviti dapat dipertahankan. Sebab itu, pelaksanaan BDR di Negeri Selangor di akan pantau dari masa ke semasa di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri kita nak lihat bulan ke bulan kalau ada kesan, ada..ada.. ada isu tentang produktiviti mungkin kita kena pantau semula kerana saya rasa pihak Ketua Setiausaha Negara ketika pertemuan bersama dengan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Selangor dia kata BDR ni bukan baring, duduk, rehat BDR kan...baring, duduk rehat dia sebenarnya kena bekerja dari rumah dan penetapan bekerja dari rumah ini memerlukan beberapa ketetapan tertentu antaranya mereka perlu log in dalam tempoh waktu yang ditetapkan kalau tak kita tak tahu dia di mana. Bekerja dari rumah, rumah di Rawang sekali log in di One Utama. Ha, itu masalah. Kita pun tak nak pun macam itu sebab tujuan BDR ini adalah supaya mengurangkan consumption api, bahan api dan juga petrol dan diesel untuk memberikan kelangsungan yang lebih panjang kepada supply atau pun bekalan terhadap bahan-bahan bakar api yang terkesan secara keseluruhan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Meru, silakan.

Soalan Tambahan. Yang Berhormat, adakah galakan atau pun arahan ini boleh terpakai di Pusat-pusat khidmat masyarakat DUN kecuali tugas kaunter? Terima kasih.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya rasa di pihak Pusat Khidmat, para Ahli Dewan Negeri mempunyai tanggungjawab untuk memantau keberkesanannya dan saya percaya di Pusat Khidmat kita bekerja tu hampir setiap waktu, masa ada pelbagai aduan yang datang secara fizikal bukan hanya minta bantuan. Kadang-kadang datang nak minta konsultasi ya, konsultasi bergaduh dengan jiran, bergaduh dengan suami pun kita ada, banyak...banyak perkara. Jadi, saya rasa kewajaran dan kebijaksanaan Pusat-pusat Khidmat untuk menetapkan perkara tersebut tetapi kena faham pegawai-pegawai pusat khidmat ini masih lagi di bawah Pusat Dewan kan? Masih di bawah Dewan...masih di bawah Dewan. Jadi, untuk urusan pentadbiran, hal ini perlu dirujuk kepada Dewan. Rujuk pada Dewan, mungkin kita di pihak pengurusan dewan boleh memantau dan juga menyemak. Nanti setiausaha bangun menjelaskan, susah pula. Dia tak baca senarai jadual mesyuarat dia baca tajuk...tapi tak apa, lepas ni saya rasa boleh dibincangkan dengan pihak pengurusan Dewan kerana lingkungan kuasa atau pun pelantikan mereka tertakluk di bawah pejabat Dewan Negeri. Dan kalau dibenarkan, benarkan lah. Tapi saya tak nak kita benarkan dan mengganggu urusan di Pusat Khidmat yang saya kira ini pada waktu ini agak penuh dengan pelbagai permintaan. Terima kasih.

Soalan Tambahan.

Hulu Bernam Boleh?

Timbalan Speaker

Sungai Burong. Yang Berhormat Sungai Burong.

Terima Kasih Tuan Speaker. Walaupun, Alhamdulillah satu sudut BDR ini adalah satu perkara yang menjimatkan di pihak kerajaan dan pastinya di pihak pengguna dan rakyat, peningkatan kepada consumption (dengan izin), elektrik, api dan kos di rumah meningkat seolah-olah kos kerajaan tu di absorb oleh pengguna atau pun rakyat. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Tua?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Kita menilai pelaksanaan tersebut dengan pertimbangan yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Burong juga. Adakah kita ingin mengalihkan tekanan penggunaan pejabat kepada di rumah? Namun begitu, saya percaya tekanan yang lebih besar yang kita ingin kurangkan ialah tekanan penggunaan bahan api. Kalau tekanan bahan api dapat kita kurangkan, sebenarnya kita dapat memberikan life spend yang lebih lama di samping kita menunggu suasana di Timur Tengah damai, tenang dan bekalan bahan api akan berkurangan. Penggunaan elektrik dan penggunaan utiliti yang lain seperti air dan api, saya kira harus dilaksanakan juga pelaksanaan itu di peringkat rumah masing-masing dengan melaksanakan beberapa penjimatan penggunaan solar dan sebagainya. Kita meneliti soalan itu, tetapi maslahat yang lebih besar, tentang penggunaan bahan api, petrol dan juga diesel merupakan antara tujuan yang harus kita tekankan dan kita lihat.

Namun begitu saya percaya pelaksanaan ini kita bukan laksanakan dengan ketat, bukan dengan ketat maksudnya tidak fleksibel. Kita harus menilai pelaksanaannya kerana kena lihat kesannya iaitu kepada penggunaan bahan api. Sejauh mana ia berkurang, kesannya kepada penjimatan-penjimatan yang ingin dicatatkan di pihak pejabat kerajaan. Kita nak tengok lihat dan kesannya kepada produktiviti juga. Produktiviti, adakah produktiviti berkurang, terkesan atau tidak dan yang keempat, sebagaimana pandangan Yang Berhormat tadi, kesannya, tekanannya di rumah penggunaan-penggunaan elektrik dan air yang juga makin bertambah. Terima kasih.

Soalan tambahan boleh?

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Speaker.

Yang Berhormat Speaker, sebentar tadi Yang Berhormat ada memberi jawapan bahawa antara kriteria BDR ini ialah 8.. lebih 8km dari rumah. Cuma saya nak bertanya sama ada penanda aras yang Kerajaan letakkan sama ada 50% kakitangan itu perlu bekerja dari rumah ataupun 60% ataupun berdasarkan sasaran lebih 8km sahaja. Ini berhubung bukan sahaja penjimatan tenaga, minyak tetapi tenaga elektrik yang digunakan di premis-premis Kerajaan. Terima kasih.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kita tertakluk kepada pekeliling yang telah ditetapkan oleh pihak Persekutuan setakat ini. Sebab itu saya percaya sebelum ini kita pernah Work From Home ketika pandemik. Waktu tu situasi berbeza tetapi sekarang Work From Home ataupuan BDR dengan tujuan yang tertentu juga situasinya berbeza. Kalau waktu dulu tak kira 1 inci pun you work from home sekarang ini 8km kerana isunya adalah untuk mengelakkan penggunaan bahan api yang terlalu besar petrol dan diesel dan 8km dianggap sebagai jarak yang memberikan kesan yang signifikan dan juga kesan penggunaan bahan api yang besar. Tapi tak apa lah Yang Berhormat, kita tengok dulu macam yang saya sebut tadi bahawa antara cara kita adalah menilai secara bulanan. Semalam Yang Berhormat Menteri Komunikasi ada sebutkan ada sekian banyak tenaga atau bahan api yang berjaya dijimatkan. Kita juga nak estimate bagaimana produktiviti dapat diwujudkan. Sebab itu, ada waktu-waktu tertentu pelaksanaan BDR di peringkat negeri kita berikan sedikit ruang kepada Ketua Jabatan, untuk Ketua Jabatan menetapkan walaupun dia jarak dia 20km kalau dia perlu datang, dia kena datang kerana ada tugas-tugasan penting yang perlu dilaksanakan, ada kaunter yang perlu diaktifkan setiap masa. Ada permintaan terhadap beberapa urusan-urusan pentadbiran terutamanya dengan rakyat yang perlu kita laksanakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Dewan mengalu-alukan lawatan 20 orang mahasiswa dari Kelab Wawasan Universiti Islam Antarabangsa...Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diketuai oleh Encik Aiman Firdaus dan juga seramai 15 orang pelawat dari Malaysia International Commerce, Culture & Art Facilitation Association yang diketuai oleh Puan Law Pau Ching. Ini semua diatur oleh Yang Berhormat Pandamaran. Selamat Datang ke Dewan Negeri Selangor. Dusun Tua, tak ada ya? Dusun Tua tak ada. Paya Jaras, Paya Jaras, Paya Jaras pun tak ada. Paya Jaras tak ada, Selat Klang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 76.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Status Penyewaan Tanah PknsQuestions

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

76. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status penyewaan tanah PKNS kepada syarikat swasta di hadapan Kampung Keretapi dalam DUN Selat Klang?

b)

Apakah syarat-syarat utama penyewaan tanah tersebut bagi mengelakkan kesesakan jalan raya serta tidak menjejaskan kebajikan penduduk berhampiran?

Kerja lebih ni hari ini. Allahuakbar. Terima kasih Selat Klang atas soalan yang telah dikemukakan. Beliau bertanyakan berkenaan dengan status penyewaan tanah-tanah PKNS. Tanah milik tanah PKNS tersebut telah disewakan sepenuhnya kepada pihak syarikat swasta mulai Oktober 2025 iaitu berkenaan dengan penyewaan tanah PKNS kepada syarikat swasta di hadapan Kampung Keretapi DUN Selat Klang. Tanah tersebut telah disewakan sepenuhnya kepada syarikat swasta mulai Oktober 2025. Bagi mengurangkan impak kesesakan lalu lintas, PKNS telah menetapkan syarat-syarat penyewaan di mana pihak penyewa tidak dibenarkan sama sekali menggunakan laluan sedia ada iaitu Jalan Seri Junjung yang merupakan laluan utama penduduk berhampiran sebaliknya pihak penyewa hendaklah membina laluan dan akses berasingan ke kawasan tanah yang disewa melalui lot kilang Tamadan. Terima kasih.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Timbalan Speaker

Silakan soalan tambahan.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Sebenarnya masalah yang timbul daripada penyewaan ini ialah Yang Amat Berhormat ialah yang pertama sekali, jarak antara kontena yard dengan kawasan kampung tu, iaitu Kampung Seri Tambahan dan Kampung Keretapi terlampau dekat Yang Berhormat tak sampai 20meter. Itu satu. Yang keduanya, masalah habuk, oleh kerana kontena yard tu tidak di turap, jadi kalau musim panas kita boleh nampak Yang Berhormat, habuk naik dan masalah kepada penduduk di situ. Dan ketiga nya bunyi bising. Mereka bekerja 24 Jam dan apabila mereka menyusun kontena-kontena tu, ada yang tinggi sampai mungkin rumah 6 tingkat Yang Amat Berhormat. Jadi, bunyi dentuman kontena-kontena tu menyebabkan bunyi bising dan mengganggu kehidupan penduduk kawasan tu, terutama kepada anak-anak kecil. Mereka complaint dengan saya katakan malam-malam anak mereka tak boleh tidur oleh kerana dentuman yang agak kuat dan terlampau dekat dengan kawasan rumah mereka. Jadi, apakah jaminan yang boleh diberikan kepada penduduk tersebut untuk mengatasi masalah ini Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Selat Klang. Saya kira yang dibangkitkan oleh Selat Klang urusannya adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang. Sebab hal-hal yang melibatkan penyewaan tanah itu di antara PKNS dengan pihak terbabit. Itu pun kita mengambil kira jalan masuk dan jalan sebagainya, itu satu bab yang lain tapi bila melibatkan kacau ganggu ataupun melibatkan keselesaan penduduk, laporan-laporan kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang boleh dikemukakan kerana lesen untuk melaksanakan tempat logistik kontena. Kalau saya difahamkan. Kalau daripada maklumat Yang Berhormat seperti tempat penyimpanan atau transit kontena. Saya rasa tempat di sana dan itu memerlukan kesahan atau kebenaran daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang. Jadi, saya perlu rujuk kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang ataupun yang berhormat boleh dirujuk supaya hal tersebut boleh ditangani dikenakan beberapa syarat-syarat tertentu, waktu-waktu kerja tertentu dan juga mengelakkan bunyi bising untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian penduduk kerana hal kacau ganggu kehidupan itu semua itu semua di bawah tanggungjawab dan di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Diraja Klang. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Soalan daripada Yang Berhormat Pandamaran. Yang Berhormat EXCO. Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh rehat dulu.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 77.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. Program Khairat Darul Ehsan (KDE)Questions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

77. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan jumlah peruntukan diberi untuk Program Khairat Darul Ehsan (KDE) pada tahun 2025.

b)

Nyatakan jumlah pada tahun 2025 dan 2026 mengikut kategori:-i) permohonan ii) permohonan lulus iii) permohonan tidak lulus iv) permohonan dalam proses kelulusan

c)

Nyatakan sebab-sebab permohonan ditolak.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Untuk makluman Yang Berhormat jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi pelaksanaan Program Khairat Darul Ehsan atau pun KDE pada tahun 2025 adalah sebanyak RM7 Juta selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara. Bagi jawapan (b), untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan data KDE Program Khairat Darul Ehsan sehingga 6 April 2026 adalah seperti berikut, statistik jumlah yang diterima pada tahun 2025 148,133 bagi tahun 2026 sebanyak 50,754 manakala permohonan yang lulus daripada jumlah tersebut adalah pada tahun 2025 142,184 bagi tahun 2026 adalah 48,326 permohonan itu yang tidak lulus adalah 785 pada tahun 2025 dan 210 pada tahun 2026 dan permohonan dalam proses kelulusan pada tahun 2025 adalah 5,164 dan untuk tahun 2026 sebanyak 2,218. Antara sebab permohonan KDE ditolak adalah kerana tidak memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan disebabkan seperti berikut:

1. Alamat tempat tinggal pemohon berada di luar Negeri Selangor. 2. Pemohon atau penjaga bukan pengundi di Selangor. 3. Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap sebelum atau pada tarikh akhir yang telah ditetapkan. 4. Dan terakhir, pemohon tidak bersetuju untuk meneruskan permohonan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, silakan.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan tambahan, Pandamaran ingin tanya, berapa lamakah, permohonan sampai diluluskan? Berapa lamakah masa untuk dapat kelulusan? Sebab kadang-kadang ada yang tanya, dah lama, kenapa belum dapat kelulusan?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Sekiranya dokumen lengkap, biasanya kita akan proses dalam tempoh sebulan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Soalan daripada Yang Berhormat Seri Serdang.

Terima kasih, Speaker, soalan saya nombor 78.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 78. Kaedah Penulisan Teks Khutbah Jumaat Dan Khutbah Solat Hari RayaQuestions

78. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

(a) Apakah kaedah yang sedang diguna pakai untuk penulisan teks Khutbah Solat Jumaat dan solat Hari Raya?

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Bertanyakan mengenai apakah kaedah yang sedang diguna pakai untuk penulisan teks Khutbah Solat Jumaat dan solat Hari Raya?

Penulisan teks khutbah Solat Jumaat dan solat Hari Raya, di negeri Selangor, dilaksanakan secara berstruktur melalui ketetapan dasar, dan garis panduan pengurusan dan penulisan khutbah negeri Selangor, yang diluluskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Khutbah MAIS. Bagi memastikan hala tuju kandungan, keseragaman dan penyampaian khutbah, bagi lidah khalifah, sentiasa selaras dengan dasar serta keperluan semasa negeri. Teks ini juga boleh mengambil kira pandangan-pandangan awam, yang boleh dimasukkan menggunakan laman rasmi web evo-khutbah sebagai platform berpusat membolehkan pihak-pihak berkelayakan menyumbang penulisan khutbah. Melalui sistem ini, proses penulisan, semakan dan kelulusan dapat dilaksanakan secara efisien, di samping dapat memudahkan para penulis khutbah. Dari sudut kandungan, teks khutbah di garap dengan unsur nasihat, galakan dan peringatan serta dikaitkan isu-isu semasa dengan nilai-nilai Islam secara jelas dan seimbang.

Setiap teks khutbah akan melalui proses semakan dan kelulusan oleh Jawatankuasa bagi mematikan ketepatan fakta, kesesuaian mesej dan keseragaman penyampaian di seluruh negeri.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cuma saya nak beri pandangan da juga mungkin Yang Berhormat Speaker boleh bersetuju dengan saya. Khutbah adalah satu medium boleh mempengaruhi keadaan masyarakat kita. Pandangan saya ialah, khutbah dijadikan satu tempat yang untuk kita menjana pemikiran rakyat kita, yang pertama. Dan kita kena bagi rakyat kita faham, umat Islam kita faham, keadaan masyarakat kita, keadaan negeri kita, keadaan negara kita. Dan saya memohon kepada pihak Yang Berhormat EXCO, untuk sama-sama membantu Kerajaan menggunakan mimbar ini, khutbah ini, untuk membantu pihak kerajaan terutama dalam kita menghadapi krisis global pada hari ini. Pendekatan daripada kerajaan, dengan kita dah uar-uarkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri pun, dah uar-uarkan berkenaan dengan pakej rangsangan ekonomi kita. Sesuai dengan bertujuan untuk krisis global yang ada pada hari ini. Saya kira mimbar khutbah itu, boleh digunakan untuk membagi rakyat kita terutama orang Islam memahami apa gerak kerja kerajaan. Saya kira itu bukan politik, itu adalah kepentingan negeri Selangor kita. Begitu jugalah, dengan isu-isu yang melibatkan geopolitik, ketika Republik Islam Iran diserang, krisis di timur tengah, perlu kita beri kefahaman yang tuntas kepada umat Islam, menggunakan mimbar khutbah ini, supaya kita faham, apa yang terjadi sebenarnya, dalam geopolitik dunia pada hari ini. Yang Berhormat Speaker, setuju ataupun tidak.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang.

Timbalan Speaker

EXCO.

EXCO, Yang Berhormat Speaker (Dewan Gelak). Yang Berhormat EXCO, bersetuju atau tidak. Minta maaf. Sorry. Speaker mesti setuju. Fasal semalam tak dapat soalan tambahan, tu tanya Speaker tu.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang, saya sangat setuju dengan pandangan yang diutarakan tersebut. Saya rasa ia adalah satu ruang yang sangat baik untuk dijelaskan isu-isu semasa, dasar-dasar semasa, termasuk insentif-insentif baru, yang sedang dibekalkan. Jadi untuk tujuan itu, saya ambil

tanggungjawab ini, untuk kita sama-sama memberikan pandangan untuk dipertimbangkan oleh pihak Jawatankuasa Khutbah MAIS, untuk masukkan elemen-elemen tersebut.

Speaker.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Satu lagi saya bagi.

Terima kasih Tuan Speaker, saya juga mengucapkan tahniah atas kesungguhan pihak JAIS menyediakan khutbah dan tajuk-tajuk khutbah yang biasanya semasa, kepada masyarakat Islam di Selangor. Cuma kadang-kadang tajuknya sedap, Cuma kaedah penyampaiannya tak berapa kena. Sehingga ramai jemaah yang tidur waktu Jumaat, jadi, yang ini saya fikir, apa mekanisme yang digunakan, pemantauan, sistem pemantauan terhadap khatib-khatib ini. Supaya penyampaian dia, bertenaga, bersemangat dan menjadikan makmum itu tidak tidur waktu khutbah Jumaat. Jadi, apa mekanisme, apa pemantauan ini, yang digunakan.

Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Yalah, kalau saya boleh cadangkan satu, adalah sebelum sembahyang Jumaat tu, janganlah makan tengah hari, tapi ramai yang begitu. Memang kita telah menetapkan satu standard yang amat baik. Contohnya boleh dilihat, di Masjid Negeri sebagai contohnya, kita berikan imam yang muda, dan bertenaga, untuk menyampaikan khutbah dengan cara dan kaedah sebegitu. Dan saya rasa, mungkin satu garis panduan yang lebih tuntas boleh dibentuk dan boleh disyaratkan untuk semua pembaca-pembaca khutbah yang ada di negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker, satu lagi.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Ini bukan perbahasan,

Satu lagi.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Okay, saya bagi ruang satu lagi.

Terima kasih Speaker. Ganti semalam Speaker. Itulah, saya setuju dengan Sabak tadi. Ada dua perkara, saya lihat di sini, Yang Berhormat EXCO. Yang pertama sekali, kita selalu sebut, baca khutbah. Itu yang membaca tu. Membaca satu-satu, satu tu, last sekali, (bahasa asing). Engkau orang nak

tidur, tidur la. Fasal baca khutbah itu. Tapi sebenarnya, istilah yang sesuai ialah, berkhutbah, berkhutbah, bukan membaca khutbah.

Timbalan Speaker

Soalannya.

Itu yang pertama. Yang kedua,

Timbalan Speaker

Soalannya.

Soalannya ialah, nanti jap Tuan Speaker. Yang keduanya, saya setuju tadi dengan pendekatan Speaker, EXCO tadi, berkenaan dengan khatib-khatib muda. Saya lihat mana-masjid-masjid, ada khatib nya muda, imamnya muda, memang bertenaga lah daripada khutbahnya, Alhamdulillah. Apakah ada perancangan pihak kerajaan untuk memastikan masjid, surau kita ini, orang-orang muda mengepalai, terutamanya imam ataupun Nazir di kalangan orang muda, supaya dia lebih fresh, dengan keadaan semasa. Terima kasih.

Baik terima kasih, Yang Berhormat Seri Serdang. Dari segi imam muda, bilal muda, ini semua telah dilaksanakan sebenarnya dalam model masjid pengurusan di negeri Selangor. Kita ambil sebenarnya graduan-graduan kita daripada timur tengah, yang memang selalu pergi usrah, ilmunya pun banyak dan sebagainya, untuk kita letak dan kita angkat sebagai pimpinan-pimpinan dalam masjid dan komuniti yang sedia ada. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan 79, Ahli Dewan Negeri digantung, soalan nombor 80 ini, telah dijawab bersama dengan soalan nombor 1, oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Kampung Tunku, work from Home. Batu Tiga.

Tuan Speaker, soalan saya nombor 82. Saya tak work from home.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 82. Negeri Pelaburan Teknologi AiQuestions

82. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

(a) Adakah Selangor bersedia sebagai sebuah negeri dengan pelaburan baharu AI? Di kawasan PBT mana menjadi tumpuan?

(b) Setakat ini adakah persiapan infra dan tenaga buruh mencukupi?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, negeri Selangor, sememangnya, bersedia untuk menerima pelaburan baru, dalam bidang kecerdasan buatan ataupun AI. Khususnya melalui pembangunan pusat data, serta pengukuhan infrastruktur yang dicipta menyeluruh. Kerajaan negeri telah memastikan, ketersediaan keperluan asas, seperti bekalan tenaga elektrik yang stabil, rangkaian telekomunikasi berkapasiti tinggi, serta bekalan air yang mencukupi dan berdaya tahan, bagi menyokong keperluan industri berteknologi tingi. Ini termasuk usaha berterusan meningkatkan kapasiti loji rawatan air dan memperkukuh pengurusan sumber air bagi menjamin kesinambungan bekalan. Langkah-langkah ini sekali gus meletakkan Selangor sebagai peneraju dalam pembangunan ekonomi digital di Malaysia. Dari segi tumpuan kawasan PBT, pembangunan serta pelaburan AI dan pusat data, kini tertumpu di beberapa lokasi strategik seperti Sepang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang. Yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi infrastruktur dan kedudukan yang strategik. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus memperkukuh dasar, mempercepatkan kelulusan serta memastikan pembangunan yang mampan, bagi mengekalkan daya saing Selangor sebagai destinasi utama pelaburan AI di rantau ini. Negeri Selangor telah membuat persiapan menyeluruh dari segi infrastruktur dan tenaga buruh. Bagi menyokong pelaburan baru dalam bidang kecerdasan buatan. Termasuk bekalan tenaga elektrik stabil, rangkaian telekomunikasi berkelajuan tinggi dan ekosistem sokongan kondusif. Kerajaan Negeri juga menekankan jaminan bekalan air yang mencukupi dan berdaya tahan melalui peningkatan kapasiti loji rawatan. Pengurusan sumber air secara mampan, dan pelaksanaan langkah mitigasi, bagi memastikan bekalan berterusan. Contohnya, melalui Loji Rawatan Air Langat 2, yang baru dilancarkan bagi Zon Selatan Selangor, dan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Rasau, yang akan memperkukuh bekalan di Zon tengah dan utara Selangor. Bagi menilai kesediaan infrastruktur mengikut keperluan projek, Invest Selangor turut mengadakan mesyuarat pra pelaburan yang melibatkan pelabur, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi dan pihak berkaitan.

Dari segi pembangunan bakat, program Selangor Carrier Out Reach, (SCOUT), bersama platform seperti Selangor International Business Summit, dapat merapatkan hubungan antara industri institusi pendidikan dan graduan. Menyediakan peluang latihan dan pekerjaan relevan dalam sektor AI, digital dan teknologi tinggi. Tambahan lagi, kerjasama Invest Selangor dengan teknologi global, membuka peluang pembangunan kemahiran tempatan dan memastikan tenaga kerja Selangor selari dengan keperluan industri menjadikan negeri ini destinasi utama pelaburan AI dan ekonomi digital.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat. Kebetulan ada pelajar-pelajar mahasiswa kita kat sini, mungkin Yang Berhormat boleh memberikan maklumat tambahan, berapa ramaikah peserta daripada program SCOUT, yang telah kita buat itu, yang telah mendapat pekerjaan dalam bidang teknologi AI, yang kita sediakan. Itu, pertama, dan mungkin gaji yang ditawarkan, apakah mereka memiliki, mendapat gaji yang selayaknya, dengan kemahiran yang mereka ada. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

SCOUT ini, merupakan satu program yang baru. Dalam dua tiga bulan ini, kita telah mengadakan beberapa siri penjumpaan ataupun road show, di platform berbeza seperti sekolah, dan juga mengadakan carrier outreach program bersama yang berhormat batu tiga di kawasan batu tiga. Jadi, ini merupakan satu program baru, saya masih belum ada statistik berapakah anak dah mula kursus, telah mendapat pekerjaan baik melalui program SCOUT ini. Walau bagaimanapun, bagi semi konduktor yang berkaitan dengan AI, kita mempunyai sebuah institusi yang di namakan Advanced Semi Conductor Academy Malaysia. Dan selama, bagi ASCAM, kita telah melatih lebih daripada 600 graduan, daripada ASCAM. Dan semuanya, dapat kerja, 100% employed daripada di ASCAM. Jadi merupakan satu tanda bahawa dalam pasaran digital ekonomi ini mempunyai peluang pekerjaan yang baik dan banyak peluang pekerjaan masih menanti anak-anak muda kita. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Timbalan Speaker, satu soalan tambahan, Subang Jaya ingin tanyakan sama ada Kerajaan Negeri ada pelan untuk mengalihkan data center kepada sistem yang lebih lestari. Contohnya dalam penggunaan elektrik dan juga air. Ini disebabkan, contohnya untuk menjana satu jawapan, melalui chat meter atau chat GPT, dia menggunakan 8 botol air. Jadi boleh bayangkan untuk satu Selangor ini, kegunaan airnya juga tinggi. Dan difahamkan juga, bahawa kualiti air yang digunakan untuk data center lain daripada keperluan manusia, jadi dengan keadaan di mana contohnya, air di Selangor ini, pada saya tidak sepatutnya untuk data center tidak sepatutnya bersaing dengan keperluan kegunaan manusia. Jadi, adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan sebegitu. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Memang betul, keperluan air, air diperlukan di pusat data itu, memang betul. Ada keperluan air sangat tinggi. Tetapi kita juga harus bezakan, air yang diperlukan untuk data center dan air yang diperlukan untuk minuman. Untuk data center, tidak semestinya memerlukan portable water, ataupun air yang berkualiti untuk minuman. Jadi untuk data center baru, selain daripada menekankan di seperti power usage effects water usage effectiveness, kita juga

menggalakkan, data center tersebut untuk kitar semula, air yang digunakan dan juga, menggunakan kaedah yang lain seperti menggunakan, mengambil air mentah untuk proses menjadi kan air yang diperlukan untuk data center. Tidak semestinya kualiti yang begitu tinggi sehingga kualiti yang boleh dijadikan air minuman. Jadi itu, sebagai langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kelestarian air di negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Jeram.

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Soalan saya, 83.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 83. Selenggara Lampu JalanQuestions

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

83. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah cadangan dan usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pelan penyelenggaraan jangka masa panjang bagi lampu-lampu jalan baik di kawasan perbandaran mahupun di kawasan kampung?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Jeram dan Timbalan Speaker. Jeram bertanyakan perkara berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pelan Penyelenggaraan Jangka Panjang bagi lampu-lampu di kawasan bandaran juga kawasan kampung. Untuk maklumat Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya JKR dan juga semua Pihak Berkuasa Tempatan, sentiasa komited dalam memastikan penyelenggaraan lampu jalan dilaksanakan secara berterusan dan sistematik di kawasan bandaran mahupun di kawasan kampung demi kesejahteraan rakyat. Bagi jalan-jalan negeri di bawah seliaan JKR, kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan menggunakan peruntukan MARRIS. Antara pelan pelaksanaan adalah melalui Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri (Tahun 2026–2030). Skop utama merangkumi tindakan respons terhadap aduan, pemeriksaan kerosakan serta kerja pembaikan dan penggantian komponen lampu jalan. Di samping itu, kaedah perolehan secara sebut harga dan undi turut dilaksanakan bagi memberi peluang kepada kontraktor tempatan Gred G1 hingga G3 untuk terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan, sekali gus memastikan pelaksanaan kerja yang lebih cepat dan menyeluruh. JKR Selangor juga telah menetapkan bagi pemasangan lampu jalan jenis LED dan Solar LED, jaminan kefungsian warranty adalah selama lima tahun. Justeru,

penyelenggaraan dan kefungsian lampu adalah terjamin dan di bawah tanggungan pembekal selama tempoh lima tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, PBT melaksanakan penyelenggaraan lampu-lampu jalan seperti berikut. Pertama ialah Pelaksanaan Pelan Penyelenggaraan Berjadual. Di mana lampu jalan dibuat secara berkala dan berjadual merangkumi pemeriksaan, pembaikan serta penggantian komponen secara sistematik bagi mengelakkan kerosakan berulang. Kedua, penggunaan Teknologi Jimat Tenaga dan Tahan Lama. Penggantian lampu jalan konvensional kepada lampu LED yang lebih tahan lama, termasuk solat LED dan sekarang terbaharu dipanggil Integrated Solar LED (ISL) menjimatkan tenaga dan memerlukan penyelenggaraan minimum terus diperluaskan termasuk di kawasan kampung dan jalan perhubungan luar bandar. Yang ketiga. Penyelarasan Tadbir Urus dan Tanggungjawab. Penyelarasan peranan antara Kerajaan Negeri, PBT, agensi pelaksana serta syarikat utiliti diperkukuh bagi memastikan isu berkaitan aset, penyelenggaraan dan aduan dapat ditangani dengan lebih cekap dan bersepadu. Yang keempat. Penggunaan Sistem Aduan dan Pemantauan. Sistem aduan awam seperti sistem dalam talian dan aplikasi PBT digalakkan bagi membolehkan kerosakan lampu jalan dilaporkan dengan cepat seterusnya mempercepatkan tindakan pembaikan di lapangan. Yang kelima. Pendekatan Inklusif Kawasan Kampung dan Luar Bandar. Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus kepada kawasan kampung luar bandar dengan memastikan liputan lampu jalan diperluaskan serta di selenggara secara berterusan. Secara keseluruhannya, melalui perancangan yang sistematik, penggunaan teknologi moden yang saya sebutkan tadi dan juga menggalakkan banyak penggantian lampu-lampu kepada lampu LED, solar LED dan Integrated Solar LED serta penyelarasan yang baik dan antara agensi berkaitan. Kerajaan Negeri yakin pelan penyelenggaraan lampu jalan dapat dilaksanakan secara berkesan dan mampan demi keselamatan penduduk Negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Jeram.

Dato' Harrison bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya akur dengan apa yang diperjelaskan. Cuma apa banyak kawasan-kawasan lain di kawasan Jeram juga lebih 50% daripada lampu-lampu jalan ini belum di tukarkan ke sistem LED. Jadi lampu-lampu yang konvensional ini selalunya banyak aduan diterima mengatakan bahawa pihak berkuasa hanya akan memperbetulkan atau pun repair dengan izin. Lampu itu setelah aduan diberikan. Itu pun kebanyakan kes aduan diberikan kepada PBT khususnya, masih lagi belum diperbetulkan ataupun di repair lampu-lampu ini. Jadi soalan saya adakah satu sistem mekanisme untuk kita atau pun Pihak PBT mahupun JKR dan Pejabat Daerah untuk

memantau validity setiap lampu-lampu itu? Jadi tidaklah kita tunggu aduan baru kita nak pergi buat. Terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ada beberapa kaedah yang kita laksanakan untuk selesaikan isu-isu yang kita faham ialah memang lampu ini banyak dulu menggunakan lampu sodium ya, yang didapati banyak masalahnya. Dan masalah utama kita ialah kecurian kabel. Kecurian lampu jalan ini merupakan fenomena yang sangat-sangat membimbangkan. Sebenarnya saya sendiri telah berbincang Ketua Polis Selangor isu ini supaya diadakan satu pasukan khas untuk menyiasat. Sebab siang-siang pun dia tarik kabel. Dia tarik kabel, kita yang baru ini JKR di Sepang berapa kilometer dia tarik dengan menggunakan Hilux ini tarik keluar dan menyebabkan banyak gangguan. Jadi kecurian ini cerita isu besar dan kita telah pun mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan isu ini dengan menggantikan dengan lampu LED. Ini lampu LED kelebihan ya, ialah dia tidak ada kabel yang sebegini. Cuma proses lampu solar, cuma nak ganti ini penggantian ini makan masa. Kalau pihak PBT biasanya dia memang lampu yang pembangunan-pembangunan yang baharu memang dan di syarat menggunakan lampu solar LED untuk lampu-lampu jalan dan sebaginya. Cuma penggantian pada jalan-jalan yang lama. Ini makan masa dan kewangan kita buat secara berperingkat-peringat mengikut keperluan dan juga mengikut prioriti keutamaan yang mana. Di samping itu kita,saya telah mintak supaya pihak berkuasa dan juga pihak JKR supaya kita dapat tingkatkan peruntukan untuk kita cepatkan lagi proses penggantian lampu-lampu kepada, sekarang banyak ISLLED Integrated, kalau dulu lampu solar dengan, apa nama ini komponen tu dia asing. Jadi kononnya, kononnyalah ya pada masa itu teknologi lama ini dia nak ganti bateri sahaja. Tapi sekarang dia Integrated makna dia solar, panel itu sekali dengan lampu dengan bateri sekali. Jadi bila tukar, tukar semua sekali. Itu lebih kita dapati kosnya lebih murah dan makin lama dia makin murah yang Integrated ini. Makna buka lagi proses ganti bateri sahaja. Ganti bateri ini kalau kita kira balik, lapan lima tahun mungkin lebih mahal daripada ganti keseluruhan komponen itu dan bila kita ganti keseluruhan komponen warranty itu lebih lengkap. Jadi ini antara perkara yang kita galakkan untuk dibawa pencahayaan Selangor pun kita memang letak dua ke tiga juta ringgit setiap tahun untuk membantu lampu tiang merah itu antara usaha-usaha sokongan tapi selain dari itu pun ada di bawah JKR pun mereka mempunyai peruntukan yang sendiri untuk lampu Integrated ISLED ini yang banyak telah mula digunakan. Jadi pihak PBT juga kita galakkan untuk membanyakkan penggunaan integrated solar LED ini dan saya juga ada menerima beberapa cadangan-cadangan dibuat secara besar-besaran oleh syarikat-syarikat tertentu dan pulangan akan dapat saving energy saving ini. Saya tengah meneliti untuk melihat sama ada kewajaran itu ada supaya boleh dipercepatkan penggantian lampu-lampu jalan ini dengan lampu-lampu solar ataupun ISLED itu. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya bagi Pelabuhan Klang dulu, lepas itu Paya Jaras. Selepas ini soalan tambahan saya hanya bagi pada pemilik soalan sahaja.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Pelabuhan Klang ingin bertanya berkenaan dengan lampu solar. Apakah kriteria atau pun spesifikasi yang diletakkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya bagi memasang lampu solar LED. Sebab sebagai contoh di kawasan Pelabuhan Klang merupakan kawasan yang paling banyak dipasang lampu solar LED ini kecurian lampu kecurian wayar lampu-lampu konvensional. Kenapa saya tanya soalan ini sebagai contoh di Pelabuhan Klang kita ada pasang yang lampunya terang dan tahan bateri sampai siang tepi kemudian datang pula model lain, lampunya kurang terang, kurang cerah, lepas tu bateri pun tak tahan. Jadi dia macam terbalik sepatutnya teknologi ini semakin lama semakin baik, tapi apa yang berlaku di Pelabuhan Klang sebab hampir 1,900 tiang lampu solar LED telah dipasang di kawasan Pelabuhan Klang. Tapi kenapa pasang model yang lain, yang lebih kurang baik daripada model yang sebelumnya? Itu sahaja soalan daripada Pelabuhan Klang.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Pelabuhan Klang yang begitu berminat dengan solar LED ini daripada dulu lagi ya. Dan saya akui memang sebenarnya dalam spesifikasi memang yang terutama yang projek pencahayaan Selangor itu memang kita letak spesifikasi yang tinggi. Dari segi lumened kita letakkan dan syarat-syarat contohnya warranty lima tahun, ketahanan bateri semua ada spesifikasi yang tertentu tapi kadang-kadang bila kita buat, apa nama ni tender ini kadang-kadang pembekal itu dia bila pada zahirnya pada dokumentasinya lengkap tapi bila dilaksanakan kita, makna dia bertanggungjawab kita akan pastikan mereka menggantikan kalau tidak memenuhi kriteria. Dan kita tidak pernah meletakkan kriteria yang lebih rendah sebab yang projek yang kita buat di bawah pencahayaan Selangor ini berspesifikasi tinggi. Dan kalau dia segi pencahayaan itu kurang dan tinggi memang kita boleh setting sebenarnya. Memang kita buat setting terutama yang melibatkan jalan-jalan yang di kawasan perumahan ini yang letak itu memang set supaya dia berubah-ubah dia punya pencahayaan itu. Tujuannya untuk membantu ketahanan bateri satu, lagi satu untuk bantu dari segi aduan daripada penduduk ada yang kata terlalu terang tak boleh tidur, macam-macamlah. Jadi kita letak, memang kita letak daripada pukul 7.00 hingga pukul 12.00 tu memang terang hampai 100%. Kemudian dia akan automatically turun ke 50% daripada pukul 7.00 daripada pukul 12.00 sehingga pukul 5.00. Kemudian dia akan terang balik untuk orang dah keluar pergi kerja dan sekolah. Itu memang kita ada setting ya. Tapi kalau betul aduan Yang Berhormat Pelabuhan Klang itu kita akan teliti dan pastikan itu tidak akan penggantian itu akan dibuat supaya kita dapat buat dia high hand punya produk berkualiti tinggi untuk kita gunakan terutama di jalan-jalan utama jalan raya kita. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Paya Jaras.

Terima kasih. Saya nak sambung sikit fasal lampu. Tapi ini berkaitan dengan lampu SG. Saya nak buat apakah perancangan Kerajaan Negeri supaya lampu-lampu jalan di kawasan ST54 lompat ini jalan yang sibuk setiap malam dan sebagainya. Tapi banyak kawasan-kawasan lama khususnya di simpang

Saujana Utama dia off dia on, dia off lepas tu dia galak. Lepas tu dua bulan ini tak ada lah gelap balik. Yang kedua jalan di simpang utama dia jalan Persekutuan yang berkait dengan jalan negeri. Kedua tentang traffic light, aduan ini saya dah buat dekat 2 tahun, tapi sampai sekarang traffic light tiga kawasan ini masih lagi tak berfungsi. Kadang-kadang tinggal satu. Tinggal satu sahaja. Kalau masuk ke kiri ini yang atas orang kat belakang tak nampak dah. Jadi saya mohon tindakan pandangan apakah tindakan supaya mendesak pihak JKR Persekutuan ini menyegerakan lampu-lampu simpang utama di kawasan SD 54 yang kerap sangat terbakar, rosak, petir dan sebagainya akhirnya menyusahkan banyak kemalangan berlaku akibat daripada lampu-lampu jalan yang tak ada. Yang kedua traffic light yang tak berfungsi. Mohon jawapan pihak EXCO terima kasih.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Paya Jaras. Saya pun tak perlu saya sebut. Kita akan usahakan yang terbaik jalan-jalan Persekutuan ini. Jalan Persekutuan ini memang ada dia masalahnya tersendiri. Yang dari segi peruntukan dan bukan sahaja lampu jalan dengan traffic light juga isu-isu lain seperti parit, jalannya dan kualiti jalannya pun memang menghadapi masalah. Saya telah banyak kali membangkit perkara ini dalam di peringkat JKR Malaysia supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan kaedah yang terbaik. Sebab apa jalan-jalan ini rakyat ini dia tengok jalan di Selangor dia tak kira siapa punya. Jalan Persekutuan ke jalan negeri ke, jalan mana pun perlu diuruskan dengan baik. Jadi saya berkeyakinan usaha ini saya akan teruskan untuk mendapatkan satu bentuk penyelesaian kepada semua jalan Persekutuan yang ada Selangor termasuk yang dibangkit oleh Yang Berhormat Paya Jaras tadi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan daripada Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker soalan nombor 84.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Indeks Kebahagiaan SelangorQuestions

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

84. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah pelan jangka pendek, sederhana dan panjang kerajaan untuk meningkatkan Indeks Kebahagiaan di Selangor?

b)

Sub-soalan telah ditolak.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Ramal atas soalan beliau yang meminta bagaimana perancangan Kerajaan Negeri secara jangka pendek, jangka

sederhana dan jangka panjang. Untuk memastikan meningkatkan indeks kebahagiaan di dalam negeri Selangor. Untuk maklumat Yang Berhormat ada 13 indikator yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang mengukur aspek-aspek kebahagiaan. Antara skor mata yang tertinggi adalah skor kekeluargaan dengan skor 8.53. Skor Keagamaan 8.53 dan seterusnya Skor Pendidikan 7.80 dan seterusnya adalah Skor Perumahan dan Alam Sekitar. Ini adalah empat skor tertinggi yang menentukan sesuatu aspek-aspek kebahagiaan bagi satu negeri. Data yang telah dikeluarkan oleh DOSEM dan juga oleh DOSM menunjukkan bahawa, Selangor menduduki tangga ke 14 daripada 16 bandar-bandar negeri-negeri kerana dimasukkan Labuan, Putrajaya dan sebagainya. Dan selepas negeri Selangor adalah negeri Pulau Pinang diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dan kebetulan tiga negeri yang dimasukkan dalam katakan kurang bahagian itu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang adalah negeri-negeri yang dianggap negeri berpendapatan tinggi atau pun negeri pendapatan tinggi selain daripada Sarawak. Justeru memberikan ingatan kepada kita, pendapatan tinggi belum tentu memberikan indeks kebahagiaan kalau diukur daripada segi aspek-aspek tersebut. Justeru di pihak pentadbiran Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa langkah-langkah berikut sebagai langkah jangka pendek. Antara langkah-langkah jangka pendek adalah memastikan kehidupan rakyat dapat dikawal dan diberikan perhatian yang sepenuhnya dengan program-program pembasmian kemiskinan. Pada angka terkini pembasmian kemiskinan kita dalam tempoh 3@4 tahun kita menurunkan angka kemiskinan relatif kepada single digit. Sebelum ini pada kadar 14 hingga 13. Sekarang telah turun dalam kadar 8,9 hingga 8 %. Dan itulah antara langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan dengan melakukan program penambahan peluang pekerjaan diikuti program-program sokongan seperti BINGKAS. Dan tahun ini kita ada BINGKAS tambahan untuk memberikan ataupun mengurangkan tekanan kepada kelompok-kelompok yang miskin dan sebagainya. Kedua nya kita turut meluncurkan projek-projek perumahan. Sebanyak 174 ribu telah kita luluskan. 40 ribu di antaranya sedang dibangunkan ataupun akan dibangunkan, sedang dilaksanakan oleh anak syarikat kita PNSB Construction. Dan saya ingat lebih daripada 10-15 ribu sebenarnya Idaman telah kita berikan kepada penduduk-penduduk saya rasa datanya telah diberikan. Dan daripada program perumahan itu kita bukan hanya buat perumahan, kita buat Smart Sewa kerana dengan Smart Sewa itu kita akan bagi ruang kepada penduduk rumah yang lain. Isu lain yang saya kira merujuk kepada keselesaan ialah tentang pengangkutan awam. Program Bas Smart Selangor memberikan kelegaan tetapi ia tidak mampu menangani isu 1st mile dan last mile sebagai contoh. Lalu kita explore kebolehsanaan VRT walaupun jawapannya ataupun result nya tidak lah begitu memberangsangkan. Kita perlu memperkemaskan lagi sebab itu semalam saya sebut We have take this opportunity and advantage daripada situasi sekarang untuk mempertingkatkan pelaksanaan kenderaan awam oleh pengendali-pengendali dan juga dasar-dasar negeri seperti subsidi dan sebagainya. Yang seterusnya yang kita lakukan adalah dengan juga mempertingkatkan dan membugarkan program-program keagamaan. Dengan Akademi Literasi Al-Quran sebagai

contoh dan Festival Turath yang kita anjurkan tiap-tiap tahun. Insya Allah tahun ni kita akan anjurkan dengan memberi penumpuan kepada Kitab Hikam yang turut dibacakan ataupun turut di bentangkan kepada rakyat negeri Selangor di masjid-masjid. Selepas kita bentangkan kitab Jalalain, dan sebelum itu Riadus Solihin dan sebelum itu kitab Al-Ghazali iaitu Tataman Hati ya. Kitab apa lupa? Lupa nama kitab. Apa? Ihya Ulumuddin. Allahuakbar lupa banyak-banyak kitab. So Ihya Ulumuddin, Riadus Solihin, Arbain, Jalalain dan ini adalah Kitab Hikam Ibn Atha'illah as-Sakandari. Jadi sebab itu kita galakkan program-program ini dengan menggalakkan agar aktiviti keagamaan dibubarkan, dihidupkan sama ada pengajian di masjid dan ditumpukan juga program-program seperti itu kerana skor keagamaan juga memberikan aspek-aspek yang meningkat. Tetapi kerana mungkin jumlah populasi kita yang tinggi dan beberapa lagi demand juga tinggi. Demand nya tinggi kadang-kadang di negeri lain demand nya tak setinggi itu. Tapi di negeri ini kerana persaingan nya tinggi demand permintaan juga tinggi yang menyebabkan skor-skor itu mungkin tidak begitu tinggi kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Kalau saya bandingkan pula dengan satu lagi data yang dikeluarkan oleh KPKT yang merujuk tentang 20 bandar paling bahaya. Kita juga ingin merekodkan di sini bahawa bandar-bandar di dalam negeri Selangor dicatatkan sebagai bandar yang paling bahagia. Antaranya adalah Bandar Ampang. Yang kedua adalah Bandaraya Petaling Jaya. Yang ketiga adalah Bandaraya Diraja Klang. Walaupun Klang ada macam-macam isu lah. Kata Colombia lah. Dalam pada murni net dan juga KPKT, 20 bandar yang paling bahagia di Malaysia. PJ, Ampang dan juga Klang dianggap sebagai bandar yang paling bahagia. Kalau diukur dengan murni net. Jadi saya tak tahu lah apa Pelabuhan Klang buat walaupun Tiktok nya menjerit-jerit selalu tapi sebahagian daripada bandar-bandar tu adalah bandar paling bahaya yang dicatatkan di sana.

Timbalan Speaker

Kampung Bahagia.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ampang tu sebab saya rasa Timbalan Speaker kena cari pasangan tak lama lagi. Jadi itu yang kita ukur, kita ambil maklum. Bukan saya nak, nak in denial tentang kedudukan. Tetapi kita kena kerja keras untuk melaksanakan, memastikan keseimbangan. Sebab itu saya bentang tentang Rancangan Selangor Pertama, kita bukan hanya sebut tentang makmur, pendapatan tinggi. Tetapi daya huni. Daya huni tu adalah respons kita terhadap kebahagiaan dan juga kebolehan penduduk untuk duduk dan juga selesa untuk duduk di dalam negeri itu. Terima kasih Sg. Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan. Silakan.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat yang memberikan penjelasan yang mengangkat data-data yang dikemukakan oleh DOSM. Saya fikir kita semua fikir bahawa kita memerlukan indeks yang lebih baik daripada apa yang ada

pada hari ini. Sebab kita melihat pun ramai di antara kita yang terlibat langsung dengan status kebahagiaan di negeri Selangor ini. Masuk dewan pun dengan asal masuk rambut hitam dah jadi putih. Daripada rambut lebat jadi kurang. Saya pun hairan Pelabuhan Klang saya ingat dia macam rambut palsu rambut dia ni. Yang Berhormat ada dua perkara yang mungkin boleh kita jadikan sebagai kata kunci bagi menentukan kebahagiaan ini. Yang pertama ialah masa. Masa kita bersama keluarga dan masa bersama komuniti. Sebab itu antara perkara penting bagi menaikkan semangat komuniti kita hidup dalam diri kita. Menjadikan kita tak dihambat oleh hambatan bekerja sepanjang hari. Keluar dengan bulan balik dengan bulan. Semua bulan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, soalan.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Maksudnya pergi waktu gelap, balik waktu gelap.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, soalannya Yang Berhormat.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ini soalan lah ni. Yang kedua ialah adapt nak adopt. Iaitu kita boleh adaptasi suasana itu bilamana kita dah season. Macam di Petaling Jaya, di Klang. Mungkin sebab bangunan begitu dah lama dah berlaku di sini dan mereka boleh terima keadaan ini. Lalu mereka sesuaikan diri. Tapi bagi kawasan-kawasan baharu, Shah Alam, Bangi sebagai contoh. Mungkin akan Semenyih mereka memerlukan suasana ini berubah dalam keadaan mereka bersedia. Isu nya ialah apakah kita menyediakan kesediaan itu untuk rakyat Selangor untuk diterima lalu mereka terus bahagian dan keadaan Selangor yang terus maju ini. Terima kasih.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Sudah pasti saya menerima pandangan tersebut dengan sangat terbuka kerana memang daripada beberapa teguran kita ketika Jawatankuasa Perancang Negeri sebagai contoh. Bukan penggal ini, dua penggal ataupun satu penggal yang lepas. Dua penggal yang lepas, kita melihat perancangan-perancangan kadangkala masuk itu dengan menyerbu tanpa memikirkan secara konteks keseluruhan. Mungkin ada dalam perancangan-perancangan pembangunan itu yang dinamakan kawasan lapang yang dinamakan sekolah, yang dinamakan sebagai rumah ibadat. Yang digazetkan sebagai kawasan riadah. Tetapi kadang-kadang ia tidak dibangunkan sealiran dan setanding dengan kemasukan yang dimasukkan. Saya masih ingat dalam Jawatankuasa Perancang Negeri pada penggal yang lepas. Bila kita lihat di Semenyih, Semenyih daripada jumlah rumah yang kita dah luluskan daripada jawatankuasa-jawatankuasa perancang dalam tempoh enam tahun ke belakang. Kita tak mampu dan tidak fikirkan tentang jalan. Akhirnya jalan masuk ke Semenyih itu menjadi tempat yang mungkin akan jadi Ampang suatu ketika dahulu. Dulu Ampang itu tempat yang paling jammed. Akhirnya semua highway connected dari DUKE, SUKE lalu masuk ke dalam Ampang. Jadi

Semenyih juga sudah menjadi penyakit yang sama dalam pada waktu tu. Dan kita cadangkan sepatutnya pembangunan dicampurkan sekali dengan kawasan perkilangan dan industri ataupun komersial supaya orang yang bekerja di kawasan komersial itu dapat duduk dan dapat tinggal di kawasan perumahan yang dibuat. Atau jangan sampai bekerja di Kuala Lumpur ataupun bekerja di Shah Alam tinggal di Semenyih. Ramai yang saya jumpa macam tu dan terpaksa habiskan 2 jam setengah masa perjalanan mereka untuk sampai. Ini melibatkan banyak perkara Yang Berhormat bukan saja kemudahan sekolah, kemudahan apa. Dan kadang-kadang di luar kemampuan kita. Bab Sekolah saya baru mendapat laporan. Itu 3 tahun lepas di Elmina. Penduduk telah 50 ribu, tapak sekolah telah ada 50 tetapi satu sekolah pun tak dibuat lagi. Sebab mereka kena bergerak ke Subang Perdana ataupun di Lembah Subang di seberang highway. Dan ini adalah contoh-contoh yang real yang kita kena hadapi dan perlu dinyatakan bahawa kerana demand tadi tinggi. Permintaan ada, buat saja laku. Kalau Rumah Selangorku kita itu ataupun Idaman kita seminggu habis dah di booking. Maknanya demand tinggi dan ada permintaan. Tetapi ia tidak dituruti dengan elemen-elemen yang menyuntik kepada elemen kebahagiaan seperti ada nya Rumah Ibadat, adanya Sekolah adanya kemudahan-kemudahan lain yang seimbang. Di pihak PBT kita biasanya ikut kepada standard ataupun piawaian biasa. Kawasan lapang, riadah dah ada apa semua. Tapi bila masuk sekolah kita ada sekatan tertentu sebab ia adalah kelolaan daripada pihak Kementerian dan sebagainya. Masalah-masalah yang timbul selepas itu tak apa lagi itu boleh ditangani tetapi asasnya itu kadang-kadang jadi sedikit cabaran kadang-kadang kawasan perumahan dibuat. Sekolah ditambah hanya mampu menampung sebahagian daripada kawasan-kawasan tersebut. Ini banyak berlaku. Semalam saya jawab soalan Bukit Antarabangsa pun berkenaan dengan Sekolah. Itu dah lama dah Bukit Antarabangsa tu belum ada kawasan baru. Tapi kalau Semenyih saya tengok hari tu pertambahan rumah dia dekat 10 ribu. Tapi kawasan penduduk, sekolah yang ditambah penduduk, kapasiti sekolah yang ditambah mungkin dalam sekitar 2 ribu hingga 3 ribu. Tapi itu memang di luar kawalan kita. Kita cuba menawarkan kaedah supaya pemaju membangunkan pula kawasan sekolah. Tapi ada halangan juga kerana ada beberapa projek yang dibangunkan oleh pemaju, spec nya tidak ikut sebagaimana kelolaan Kementerian Pendidikan dan menjadikan sekolah itu terbengkalai. Ini cabaran-cabaran real yang kita hadapi. Rungutan ataupun kebimbangan itu menyebabkan anak-anak bukan saja mak bapak keluar gelap, balik pulang pagi balik pagi tetapi anak-anak pulang pagi balik malam dan akhirnya itulah saya rasa tadi dua perkara tadi, kekeluargaan dan juga komuniti. Dan juga komuniti itu mungkin menjurus kepada aktiviti keagamaan dan aktiviti sosial tidak dapat berjalan sebagaimana lazim kita pulang ke rumah letih dan tidur. Esok pagi kita pergi kerja lagi. Itu realiti yang kita akui dan kita kena tangani bersama-sama. Terima kasih.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Satu lagi Speaker. Saya gembira bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar bercakap tentang sekolah ini. Sikit saja saya nak mungkin dapatkan jawapan mudah daripada kerajaan negeri tentang rungutan kumpulan yang berada

di Kajang, di Bangi, Semenyih tentang kekurangan sekolah yang amat sangat. Apakah solusi segera yang dapat dibantu oleh Yang Amat Berhormat.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya harap Sungai Ramal bagikan detail nya. Pada masa ini yang ada solusi di peringkat Kementerian sebagaimana sebutan saya ialah dengan menambah kelas. Dengan kelas-kelas yang dibina dengan IBS. Dia bukan lagi kontena tetapi IBS. Dia segera dibuat kalau tempoh tengok dia buat tu tak sampai setahun dah siap dah. Dan boleh ditambah dalam empat set. Empat kelas tu dalam satu set kos dia dalam sekitar 250 hingga 300 ribu dan kita akan masukkan setiap masa. Saya ingat ia banyak membantu. Saya datang di Sijangkang, kita tengok di Meru. Kita tengok di beberapa tempat dia banyak bantu. Sekolah kurang jadi kita tambah kelas-kelas di sekolah yang sedia ada yang dapat membantu untuk mengurangkan tekanan kepada sekolah-sekolah tertentu. Dan mengurangkan kesesakan di sekolah-sekolah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan daripada Yang Berhormat Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 85.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 85. Penggerak Belia Selangor (PEBS)Questions

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

85. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah isu yang dihadapi oleh kerajaan menyebabkan kelewatan pelantikan PeBS penggal 2026/27?

b)

PeBS adalah jawatan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri, apakah sebabnya pelantikan jawatan ini perlu dapatkan sokongan/ pengesahan daripada Ahli Majlis PBT?

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya mewakili Yang Berhormat Kota Anggerik yang kini berada di Kem Askar Wataniah untuk perbarisan pemakaian pangkat di Rejimen 502 Sungai Buloh. Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan ada bertanya apakah isu yang dihadapi oleh kerajaan menyebabkan kelewatan pelantikan PBS penggal 2026-2027. Dan kedua PBS adalah jawatan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri. Apakah sebab pelantikan jawatan ini perlu dapat sokongan pengesahan daripada Ahli Majlis PBT. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pencalonan

PBS kini berada dalam proses terakhir dan telah diteliti di peringkat MSNS. Setiap calon PBS harus melepasi syarat kelayakan sebelum dilantik sebagai Penggerak Belia Selangor (PBS). Hal ini adalah bagi memastikan setiap calon yang bakal dilantik adalah benar-benar berkelayakan, berintegriti serta mampu melaksanakan tanggungjawab dan juga dengan berkesan. Kedua, proses pelantikan PBS adalah diselaraskan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) mengikut 24 zon kawasan di peringkat setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di peringkat Kerajaan Negeri. Setiap borang pencalonan akan dibawa kepada jawatankuasa belia negeri Selangor untuk dimuktamadkan. Terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO takde ni. Boleh?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Okay.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Taman Medan, tak ada. Sabak.

Negeri Sembilan sudah hampir runtuh, soalan saya nombor 87.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Status Muzium Timah / Gedung Raja Abdullah Di KlangQuestions

87. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini Muzium Timah / Gedung Raja Abdullah di Klang yang telah ditutup melebihi 10 tahun?

b)

Bilakah pihak PADAT merancang untuk membuka semula muzium tersebut?

c)

Langkah dan perancangan pemulihan bagi memastikan pengoperasian semula dan manfaat kepada pelancongan?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sabak, saya ingat pantun itu tak berapa kena tu. Yang Berhormat Sabak ada bertanyakan tiga soalan, yang pertama (a), apakah status terkini Muzium Timah ataupun Gedung Raja Abdullah di Klang yang telah ditutup lebih 10 tahun? Yang kedua (b), bilakah PADAT akan membuka semula muzium tersebut dan (c), langkah perancangan pemulihan bagi memastikan pengoperasian semula dan manfaat kepada para pelancong.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Gedung Raja Abdullah merupakan sebuah bangunan bersejarah yang dibina oleh Raja Abdullah Ibni Almarhum Raja Jaafar iaitu pada tahun 1856. Berusia lebih kurang 200 tahun dan bangunan ini memainkan peranan penting dalam sejarah awal, perdagangan timah dan juga pentadbiran awal Klang satu ketika dulu dan dalam sejarah MMKN, Mesyuarat yang pertama adalah dibuat dalam gedung Raja Abdullah.

Oleh yang berkenaan, bangunan itu dibina menggunakan struktur kayu. Ia memerlukan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan yang teliti bagi memastikan terus terpelihara sebagai objek warisan di bawah akta warisan kebangsaan. Terkini, bangunan gedung Raja Abdullah telah di Titah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk di pindah ke suatu tapak baru yang lebih sesuai iaitu di Taman Bandar Diraja Klang iaitu bersebelahan dengan Tugu Keris Klang atas beberapa fakta seperti berikut, kedudukan bersebelahan dengan jambatan Tengku Kelana dan mempunyai aliran trafik yang telah menghasilkan getaran dan berskala serta risiko tinggi atas bangunan kayu yang berusia 200 tahun, ia menyebabkan getaran dan risiko sebagainya. Selain daripada itu, berterusan ini juga menjejaskan sistem sambungan kayu bangunan tidak yang tidak direka bentuk untuk menampung beban dan seterusnya meningkatkan risiko ketidakstabilan struktur dalam jangka masa panjang. Dari sudut teknikal, bangunan ini mempunyai paras air tanah atau water level yang berada di dalam lingkungan satu meter yang menyebabkan kelembapan di bangunan tersebut dan menjejaskan kestabilan tapak. Yang kedua, yang ketiga iaitu kedudukan yang bersebelahan dengan ibu pejabat polis Klang Selatan menyebabkan ia tidak menarik perhatian pengunjung di kawasan sekitar kerana tidak mempunyai kemudahan iaitu tempat letak kereta yang terhad dan trafik yang sekitarnya sesak dengan orang awam yang mempunyai urusan dengan pihak polis. Sehubungan itu, pemindahannya ke lokasi baru ini lebih strategik dan adalah wajar bagi memastikan nilai warisan bangunan ini terus dipelihara dan terus serta mendapat manfaat sebagai produk pelancongan dan pendidikan kepada masyarakat.

Bagi jawapan (b) dan (c), Bangunan Raja Abdullah ini dijangka akan dibuka semula iaitu pada sebagai Muzium Timah pada penghujung Disember 2026, ini pun tertakluk kepada keadaan semasa dari segi kerja baik pulih. Bagi memastikan pemulihan semula yang berkesan, Kerajaan melalui PADAT melaksanakan pendekatan menyeluruh bagi merangkumi pemulihan fizikal, menyediakan bangunan pameran yang berkualiti dan strategik, promosi bersepadu dengan agensi yang berkaitan. Selain daripada itu, muzium ini juga akan

diintegrasikan dalam laluan pelancongan warisan yang dapat tarikan lain seperti Masjid Diraja Sultan Sulaiman dan juga Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz bagi memperkukuhkan ekosistem pelancongan warisan setempat. Pendekatan ini di yakini, bukan sahaja dapat menghidupkan semula fungsi bangunan bersejarah tersebut, malah berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan dan warisan yang ikonik dan berdaya saing di negeri Selangor, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kuang, tak ada. Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker, jalan-jalan ke Negeri Sembilan, soalan saya 89.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 89. Pencerobohan Tanah Warta Pjs 4 Dan Kelemahan Negeri Melindungi Rizab Perkuburan Islam Di SelangorQuestions

89. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan melibatkan penguatkuasaan terhadap kawasan warta bagi memastikan isu ini tidak berulang kembali?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Burong atas soalan beliau. Pejabat Tanah dan Daerah Petaling memandang serius isu pencerobohan tanah kerajaan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan komited untuk mengukuhkan langkah penguatkuasaan serta kawalan bagi memastikan sebarang perlanggaran yang menjejaskan kepentingan awam tidak berlaku. Sehubungan itu, berapa penambahbaikan akan dilaksanakan seperti maklumat berikut, yang pertama, pemantauan berkala oleh pegawai penyelenggara dilantik. Yang kedua, peningkatan aspek keselamatan fizikal kawasan iaitu penyelenggaraan, penambahbaikan infrastruktur seperti pemasangan serta pembaikan pagar di kawasan terbabit, pemantauan bersepadu oleh agensi berkaitan, kerjasama strategik diperlukan dengan agensi-agensi berkaitan seperti polis dan sebagainya bagi melaksanakan pemantauan yang lebih ketat dan bersepadu termasuk perkongsian maklumat serta tindakan penguatkuasaan bersama. Yang keempat, rondaan oleh penguat kuasa berterusan, rondaan berkala oleh anggota penguat kuasa dipertingkatkan di kawasan-kawasan berisiko sebagai langkah pencegahan serta tindakan segera terhadap sebarang perlanggaran selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Merujuk kepada tanah warta PJS ini, kita melihat sebab claim nya mereka telah 30 tahun di kawasan terbabit, claim nya mereka masuk mungkin 10 15 tahun, tetapi harta tersebut tidak ada persefahaman sebab itu saya selalu menasihatkan supaya Pejabat Tanah dan Galian juga ataupun Pejabat Tanah Daerah juga menggerakkan apa yang dikatakan pimpinan akar umbi, ketua kampung dan sebagai memberitahu tanah-tanah lokasi kerajaan, warta-warta tertentu yang sensitif, kawasan perkuburan, kawasan rumah ibadat, supaya hal ini berlaku pencerobohan selain daripada mereka menegur, mereka juga melaporkan kepada pihak pejabat tanah dan sebagainya untuk kita boleh mengambil tindakan-tindakan selanjutnya.

Tetapi urusan di PJS 4 ini saya rasa dah lengkap sepenuhnya, Alhamdulillah, kita dah berjaya berbincang, kita dah berjaya mengaturkan dan tidak ada lagi isu untuk kawasan perkuburan tersebut yang saya kira telah selesaikan masalah berkurun dengan pendekatan yang inklusif, dengan pendekatan yang harmoni dan akhirnya pembangunan kawasan perkuburan tersebut telah diselesaikan, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan seterusnya Bukit Lanjan dah dijawab bersama dengan soalan nombor 40, Teratai tidak ada, teruskan dengan Yang Berhormat Dengkil.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan 92.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 92. Kesesakan Jalan Raya Di CybersouthQuestions

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

92. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Peningkatan penduduk di Bandar CyberSouth menyebabkan kesesakan jalan raya terlalu tinggi di waktu kemuncak. Apakah tindakan PBT dan kerajaan untuk menangani isu kesesakan yang terlalu teruk akibat hanya satu lorong disediakan untuk keluar ke jalan FT29?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak ada Negeri Sembilan ya. Bismillah, terima kasih pada Yang Berhormat Dengkil dan Tuan Timbalan Speaker dan Dengkil bertanyakan soalan berhubung dengan isu kesesakan jalan raya di CyberSouth.

Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Perbandaran Sepang telah menyediakan pelan infrastruktur bagi pembangunan CyberSouth dengan kerjasama semua pemunya tanah dan pemaju yang terlibat sejak tahun 2016. Di bawah pelan tersebut, rangkaian jalan dari CyberSouth akan mempunyai sambungan terus ke Cyberjaya melalui Bukit Damar sebagai salah satu langkah utama bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Walau bagaimanapun, pembinaan jalan sambungan tersebut masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana ada lagi pemunya tanah yang belum membangunkan kawasan masing-masing, jadi perlukan bangunkan semua untuk buat serahan. Keadaan ini menyebabkan pada masa ini hanya terdapat dua akses keluar masuk utama ke CyberSouth sekali gus menyebabkan kepada kesesakan trafik terutamanya pada waktu puncak.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Sepang sentiasa menyelaras pelaksanaan pembangunan infrastruktur jalan dengan pihak pemaju dan pemunya tanah terlibat. Dijangka apabila keseluruhan pembangunan dilaksanakan, sebanyak tiga akses baru akan dibina yang akan membantu menyuraikan aliran trafik dan mengurangkan sesakan di kawasan CyberSouth. Lokasi tiga akses baru itu yang pertama ialah dari pembangunan Ketapang Bumi Sdn Bhd ke bulatan Selangor CyberValley, kedua dari pembangunan Compugated Sdn Bhd ke persiaran Apex dan yang ketiga dari pembangunan Siger Tunas Sdn Bhd ke jalan B18, terima kasih.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan tambahan. Berkaitan dengan kesesakan di jalan di CyberSouth tadi, sementara nak menunggukan projek ini siap yang jalan di Bukit Damar siap daripada apa itu CyberSouth, daripada apa itu Bukit Damar ke CyberSouth ke apa itu Cyberjaya, saya rasa perlu ada tindakan sementara, atleast dalam tempoh dua tahun ini perlu ada tindakan daripada pihak Majlis Perbandaran ataupun pihak pemaju untuk mengadakan jalan lencongan supaya isu kesesakan yang melebihi daripada satu jam kadang-kadang, daripada dalam kawasan taman ke luar dan ini menjadikan apa tu aduan yang kekerapan aduan yang saya rasa perlu ditanganilah, sekian.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil, itu pandangan yang baik. Itu saya rasa kita, saya akan berbincang lagi dengan pihak ini Majlis Perbandaran untuk melihat apa lagi tindakan susulan yang kita boleh buat dan kadang-kadang kita pun faham kalau pemaju terlalu ramai, kalau satu sahaja tak buat serahan makna jalan itu akan terputus. Jadi yang antara perkara yang kita akan teliti, perkara yang sama berlaku di banyak tempat sebenarnya, baru ini kita tahun lepas saya ingat saya dah selesaikan satu di Persiaran Mokhtar Dahari itu, jadi terpaksa kita keluar duit dulu, sebab pemaju ada yang belum bangunkan lagi, jadi kita keluar duit dulu untuk tambah lorong, itu antara yang kita buat di Persiaran Mokhtar Dahari di bawah JKR la tu.

Jadi saya akan tengok bersama dengan Majlis Perbandaran dan tengok apa lagi kaedah yang kita boleh buat untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di waktu puncak ini, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Semenyih.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Semenyih 93.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 93. Kutipan Zakat Di SelangorQuestions

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

93. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berdasarkan kenyataan akhbar oleh pihak MAIS, adakah Kerajaan Negeri menjalankan audit keselamatan teknologi '(IT security audit)' dan audit pematuhan syariah ke atas sistem ZPay sebelum ia dilaksanakan bagi memastikan integriti pengurusan zakat tidak terjejas?

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Soalan mengenai audit keselamatan teknologi dan audit pematuhan syariah ke atas sistem ZPay Lembaga Zakat Selangor. Zpay merupakan aplikasi rasmi Zakat Selangor yang dibangunkan sebagai platform pembayaran zakat tanpa tunai cashless, bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab dengan lebih pantas, selamat dan teratur. Pembangunannya melibatkan pengurusan menyeluruh oleh pembekal meliputi reka bentuk pembangunan, pengujian dan penyelenggaraan sistem dengan penekanan khusus terhadap pematuhan piawaian keselamatan bagi memastikan integriti dan perlindungan data pengguna. Inisiatif ini menyokong usaha berterusan zakat Selangor dalam memperkukuhkan sistem kutipan yang cekap, telus dan mesra pembayar. Ujian penembusan ataupun penetration test merupakan salah satu skop pembangunan telah dilaksanakan dan dua laporan bertarikh 22 Disember 2025 iaitu ZPay pent test overview version 3 dan ZPay pent test version 3 telah dikemukakan kepada division teknologi maklumat zakat Selangor bagi memastikan ZPay selamat digunakan. Berdasarkan kepada laporan yang diberikan, tidak ada isu-isu kritikal atau perkara yang boleh mendedahkan keselamatan terhadap aplikasi ZPay kepada ancaman siber dan juga ancaman dari luar.

Dari sudut tadbir urus, zakat Selangor mempunyai unit khusus keselamatan siber yang melaksanakan pemantauan berterusan termasuk ujian penembusan, audit operasi dan pematuhan serta pematuhan SOP keselamatan. Audit dalaman IT turut dilaksanakan bagi memastikan kawalan operasi dan keselamatan sistem sentiasa terpelihara. Manakala dari aspek pematuhan syariah, pelaksanaan ZPay adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali Ke-5 2019 bertarikh 30 Oktober 2019 yang memutuskan bahawa pembayaran zakat melalui saluran pembayaran digital seperti e-dompet dan kod QR adalah diharuskan menurut hukum syarak.

Pelaksanaan kemudahan pembayaran digital oleh zakat Selangor sentiasa melalui penelitian syariah serta pematuhan kepada ketetapan hukum yang berkuat kuasa. Setiap inovasi perkhidmatan dilaksanakan dalam kerangka hukum syarak serta tadbir urus syariah yang ketat, terima kasih.

Timbalan Speaker

Ada soalan tambahan? Ada penerangan lagi ke daripada Yang Berhormat EXCO. Seminit, tak ada soalan. Hebat. Akan saya terus pergi soalan Lembah Jaya, ada. Seterusnya Yang Berhormat Sungai Pelek, tak ada. Dah habis, tapi masa pun dah tinggal beberapa saat lagi, rasa tak perlu kita naikkan soalan dari Lembah Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul nombor 3 Tahun 2026, Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Bukit MelawatiMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan seterusnya, sambungan Usul nombor 3 Tahun 2026, Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Bukit Melawati.

Timbalan Speaker

Saya menjemput Yang Berhormat Bukit Melawati untuk menyambung pembentangan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Peraturan Tetap, Peraturan Tetap. Tuan Speaker, Peraturan Tetap.

Timbalan Speaker

Peraturan Tetap.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

24(8).

Timbalan Speaker

Berapa?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

24(8).

Timbalan Speaker

24(8)? Saya kena refer juga.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tak apa, Sungai Panjang bacakan. Semua pertanyaan bagi jawapan bertulis hendaklah dijawab dan jawapan bertulis diedarkan kepada ahli yang bertanyakan soalan tersebut pada minggu pertama persidangan dewan. Ini hampir tamat (persidangan), mohon petua dan polisi (jika ada) sebab berkali-kali sidang dewan dibangkitkan seperti dicurahkan air di daun keladi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya dimaklumkan sebahagiannya telah mendapat jawapan daripada soalan-soalan bertulis tersebut dan sebahagiannya masih dalam proses untuk dihantar.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Untuk makluman Tuan Speaker, Sungai Panjang tidak sebahagian. Hanya satu daripada sepuluh. Ini tak tahu sebahagian ke suku atau berapa.

Timbalan Speaker

Okay, saya akan minta urus setia untuk memastikan soalan-soalan dari Sungai Panjang dan juga dan soalan-soalan lain kalau boleh diberi dengan kadar segera ya.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Bukan apa, minta petua supaya tidak berulang pada sesi-sesi Dewan akan datang.

Timbalan Speaker

Ini saya rasa ini pesanan kita kepada semua mereka (agensi-agensi yang terlibat) kita tertakluk dengan Peraturan Dewan. Jadi saya minta kerjasama agensi-agensi yang sepatutnya memberi soalan kepada Ahli-ahli Dewan untuk memproses atau menjawab soalan itu dengan kadar segera supaya tidak berlaku kekeliruan di dalam dewan ini. Teruskan Bukit Melawati.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker.

Saya meneruskan Usul No.3 semalam. Penemuan jawatankuasa. Jawatankuasa mendapati bahawa berlaku penstrukturan semula kepada Yayasan Hijrah Selangor yang kini beroperasi secara berorientasikan komersial. Sekiranya Yayasan Hijrah Selangor mengenakan 10% kadar faedah pinjaman, Yayasan Hijrah Selangor dilihat sebagai satu entiti komersial. Sekiranya peranan Yayasan Hijrah Selangor sebagai satu entiti komersial, Yayasan Hijrah Selangor seharusnya menjana keuntungan yang setara dengan pulangan tetap dan membayar dividen kepada Kerajaan Negeri. Jawatankuasa mendapati Program Zero to Hero telah dihentikan kerana kutipan bayaran balik pinjaman bagi program tersebut adalah sangat rendah menyebabkan Yayasan Hijrah Selangor menanggung kerugian. Walau bagaimanapun, jawatankuasa berpandangan program ini patut diteruskan supaya kerajaan negeri dapat membantu golongan yang memerlukan supaya mereka dapat menjana pendapatan sendiri.

Saranan jawatankuasa, kerajaan negeri disarankan untuk meneliti semula peranan Yayasan Hijrah Selangor sekiranya Yayasan Hijrah Selangor berperanan sebagai entiti kewangan. Yayasan Hijrah Selangor seharusnya menjana pulangan yang setara dengan pulangan tetap dan membayar dividen kepada kerajaan negeri. Sebaliknya jika Yayasan Hijrah Selangor tidak dikehendaki menjana pulangan yang setara dengan pulangan tetap, maka peranan Yayasan Hijrah Selangor sebagai entiti sosial perlu menjalankan program yang lebih mesra rakyat seperti memberi pinjaman kepada peniaga baru tanpa mengenakan syarat minimum satu tahun track record perniagaan dan kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar pasaran terbuka. Jawatankuasa menyarankan agar geran bantuan bagi Program Dana Sosial dapat diperuntukkan semula supaya di samping Yayasan Hijrah Selangor beroperasi sebagai entiti berasaskan kewangan. Maka juga dapat membantu kerajaan dalam Program Dana Sosial. Yayasan Hijrah Selangor dicadangkan supaya meneliti semula kaedah bayaran balik pinjaman agar masalah kegagalan kutipan dapat diatasi. Kerajaan negeri dan Yayasan Hijrah Selangor disarankan memperkenalkan semula program-program kepada peniaga baru seperti Zero to Hero yang pernah dijalankan sebelum ini dan pinjaman kepada peniaga kali pertama demi membantu agenda kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Tuan Speaker, saya mohon mencadang. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Penyokong.

Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Seri Serdang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Seri Serdang bangun untuk membahaskan berkenaan dengan Yayasan Hijrah Selangor kita. Pertama sekali Seri Serdang nak menarik perhatian Dewan berkenaan dengan matlamat ataupun objektif penubuhan Yayasan Hijrah Selangor ni dulu. Apa matlamat dia? Matlamat dia adalah untuk memberi/menyediakan pembiayaan makro di antara RM1,000 hingga RM50,000 kepada usahawan kecil di dalam Negeri Selangor. Yang ini kena pegang betul-betul. Maksudnya kita tubuhkan yayasan ini adalah untuk bantu pada usahawan-usahawan kecil kita. Bermodalkan RM1,000 hingga RM50,000 sudah pasti ia boleh menjana pendapatan seterusnya menjana ekonomi dalam negeri dan juga masyarakat kita dalam Negeri Selangor ini.

Dan Kerajaan Negeri pula dah salurkan hampir RM900juta di mana difahamkan 75% penerima kepada Yayasan Hijrah ini adalah kepada sasaran kumpulan masyarakat B40. Tetapi dalam masa yang sama juga Seri Serdang melihat satu perkara iaitu tentang bagi mereka yang nak mendapatkan pinjaman Hijrah ini seperti Niaga Plus pembiayaan individu

pada usahawan yang telah menjalankan sekurang-kurangnya satu tahun. Saya kira kalau dalam tempoh satu tahun dah mula meniaga, contohnyalah dia nak pinjam (nak gunakan) kemudahan dalam amaun yang kecil di bawah RM5,000 tetapi terpaksa menyediakan akaun, statement dia dan sebagainya untuk satu tahun. Saya kira yang ini perlu diberi perhatian semulalah ya. Dia nak pinjam bawah RM5,000 saja (pinjamannya kecil sahaja) apatah lagi kalau RM1,000/RM1,002 tetapi dia terpaksa menyediakan laporan audit yang lengkap dan sebagainya. Perniagaan, perniagaan kecil sahaja. Saya kira ini perlu dipermudahkan lagi pada masa hadapan. Begitu jugalah dengan dia punya caj perkhidmatan. Kita faham caj perkhidmatan inilah untuk membantu pengurusan Yayasan Hijrah tapi masa yang sama saya kira 10% bayaran yang dikenakan kepada pembiayaan umum ini sangat tinggi dan juga dalam pada hari ini kita berhadapan dengan krisis ekonomi. Rakyat kita sekarang ini akan berhadapan dengan satu situasi yang tak pernah kita alami sebelum ini. Jadi kita nak pastikan peniaga-peniaga kecil kita dapat terus berniaga, survive dalam keadaan ekonomi pada hari ini. Saya kira 10% bagi kadar caj perkhidmatan ini sangat tinggi dan perlu difikirkan semula melainkanlah kalau dalam 10% ini ada bahagian untuk Kerajaan Negeri (sumbangan balik kepada kerajaan negeri). Saya kira yang itu boleh difikirkan juga tetapi dalam keadaan sekarang, kita difahamkan 10% ini adalah untuk caj perkhidmatan semata-mata dan saya kira ia adalah agak tinggi pada keadaan sekarang dan perlu difikirkan balik supaya kita dapat memudahkan penghutang-penghutang ini untuk membayar balik hutang mereka. Macam mana pun kena bayar hutanglah walau pinjam RM1,000 ke pinjam RM2,000 ke pinjam RM50,000 ke hutang tetap hutang. Tetapi bagaimana kaedah untuk memastikan mereka ini membayar hutang ini. Di saat kita akan berhadapan dengan krisis ekonomi, ia memerlukan satu idea baru, pendekatan baru supaya peminjam-peminjam yang terlibat dengan Yayasan Hijrah ini dapat membayar balik pinjaman mereka.

Begitu juga dengan Program Zero to Hero ni. Saya kira perlu diadakan semulalah. Kita nak memberi semangat (suntikan semangat) dan juga sebagai satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan perniagaan makro ini di kalangan masyarakat kita dan Insya-Allah saya yakin kalau kita dapat buat beberapa perubahan ini, kita dapat memastikan peminjam-peminjam Yayasan Hijrah ini dapat membayar semula dan yang paling penting bagi saya ialah kita dapat menggerakkan ekonomi dalam masyarakat dalam Negeri Selangor ini walaupun mereka ini meniaga secara mikro tetapi mereka inilah yang orang kata meniaga ala-ala kampung ataupun itulah perniagaan masyarakat kita daripada hari ini. Jadinya saya menyokong penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi-agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor walaupun nama dia sama macam saya tapi saya menyokong content dia itulah (kandungan JP-ABAS) kerana dia sangat baik untuk memastikan kelangsungan survival peniaga-peniaga kecil yang ada dalam negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sentosa ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Syarikat Negeri Selangor iaitu berhubung dengan Yayasan Hijrah. Tuan Speaker, isu utama Yayasan Hijrah hari ini bukan pada jumlah pembiayaan besar tetapi pada keupayaan mengutip semula pinjaman tersebut. Data yang dibentangkan tadi menunjukkan hampir RM900juta telah disalurkan dan 75% daripada penerima adalah daripada kumpulan golongan B40. Namun program seperti Zero to Hero terpaksa dihentikan kerana kadar kutipan terlalu rendah sehingga menyebabkan kerugian. Ini bukan isu kecil tetapi ini adalah signal kegagalan sistem atau tiada kepakaran. Sentosa ingin menyarankan iaitu model mikro kredit hanya berfungsi jika kutipan dana there is a revolving fund ada kutipan itu dilabur semula dan bantu lebih ramai. Jika kutipan gagal ertinya dana akan terkunci dan Yayasan Hijrah perlu bergantung kepada suntikan baru Kerajaan. Tuan Speaker, persoalannya ialah kenapa satu program boleh mencapai 100% macam suri rumah (Suri Plus) mencatat 100% atau 100% bayaran balik, Niaga Plus pula sekitar 75% tetapi program-program lain gagal? Tuan Speaker, kita tidak perlu. Silakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon mencelah. Just nak bagi sedikit pencerahan. Apabila program yang disebutkan Zero to Hero itu mempunyai kadar bayar balik yang lebih rendah daripada program lain, ini adalah kerana participant dia adalah orang yang belum pernah niaga. Itu yang kita panggil Zero To Hero. Kita memberi peluang kepada mereka yang dulu bekerja ataupun dulu membawa Grab yang tak pernah berniaga perniagaan sendiri dan kebarangkalian untuk gagal adalah jauh lebih tinggi berbanding peniaga yang sudah berniaga bertahun-tahun. So, apabila program pinjaman biasa kita meminjamkan RM5,000-RM10,000 kepada peniaga yang sudah berniaga lima atau sepuluh tahun kebarangkalian untuk mereka bayar balik tentulah lebih tinggi. So I think secara amnya memang jika kita nak perkenalkan Zero to Hero (ya saya sokong kita perkenalkan semula), kita kena realistik bahawa hakikatnya kadar bayar baliknya akan lebih rendah daripada peminjam biasa disebabkan golongan ini mencuba perniagaan buat kali pertama.

Terima kasih Bukit Gasing. Memang saya setuju dengan pandangan Bukit Gasing. Tuan Speaker, kita tidak perlu mencipta model baru. Malaysia sebenarnya ada sistem yang telah terbukti iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia dan juga TEKUN Nasional. Amanah Ikhtiar Nasional kadar bayaran balik mereka ialah 95% dan antara yang terbaik di dunia dalam mikro kredit dan berjaya dalam kalangan/golongan B40. Macam apa yang Bukit Gasing bagi tahu peniaga-peniaga ataupun yang baru menceburi perniagaan menerima bantuan ini dan kunci kejayaan mereka bergantung kepada pembayaran berkumpulan, bayaran mingguan dan disiplin melalui tekanan sosial dan pemantauan ketat. Tuan Speaker, TEKUN Nasional pula kadar bayaran balik mereka di antara 90% ke 95%, pembiayaan melebihi RM8billion, ratusan ribu usahawan berjaya dibantu. Kesimpulan perbandingan ini, ini menunjukkan Tuan Speaker jika Amanah Ikhtiar

Malaysia boleh capai 95% dalam golongan/kalangan B40 dan TEKUN boleh kekalkan di antara 90% to 95% pada skala besar maka kegagalan kutipan Yayasan Hijrah Selangor bukan kerana rakyat tidak mampu bayar tetapi kerana sistem yang tidak cukup kukuh.

Punca kelemahan mungkin kita boleh ada berkenaan dengan pendekatan lulusan pinjaman, kelulusan pinjaman, ketiadaan sistem disiplin, pemantauan lapangan, tidak ada mekanisme yang boleh membantu mereka ataupun dari segi memberi mereka latihan perniagaan dan dari segi kewangan dan sebagainya. Cadangan Sentosa Tuan Speaker ialah ini bukan teori, ini langkah yang terbukti. Laksanakan model berkumpulan Amanah Ikhtiar Malaysia punya style. Iaitu setiap pinjaman ataupun setiap peminjam bertanggungjawab dalam kumpulan kecil. Wujudkan tekanan social positive. Kadar gagal bayar akan turun secara signifikan. Tuan Speaker, akhir kata, akhir kata memberi pinjaman tanpa sistem kutipan yang kuat adalah seperti mengisi akhir ke dalam bekas bocor. Yayasan Hijrah telah menyalurkan RM900 juta. Soalannya sekarang ialah bukan berapa banyak yang diberi, tetapi berapa banyak yang boleh dikitar semula untuk membantu peniaga-peniaga baru. Jika tiada pembaharuan segera, kita bukan sahaja gagal membantu rakyat, kita juga membazirkan dana awam. Reformasi kutipan bukan pilihan, ia satu keperluan desak, mendesak. Sentosa menyokong. Terima kasih.

Pengerusi

Sekiranya tidak ada lagi Ahli Dewan Yang Berhormat yang hendak berbahas, saya menjemput sesiapa di EXCO untuk menggulung. Ya, Yang Berhormat Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ingin merujuk kepada Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor berhubung Yayasan Hijrah Selangor serta memberikan beberapa penjelasan dan ulasan bagi pihak Agensi. Pertama berhubung saranan untuk meneliti semula peranan Yayasan Hijrah Selangor sama ada sebagai entiti kewangan ataupun entiti sosial. Untuk makluman dewan, sejak tahun 2025 melalui Transformasi Strategik MBI (TRIVE28). Yayasan Hijrah Selangor telah diklasifikasikan oleh Menteri Besar Selangor Incorporation (MBI Selangor) sebagai sebuah syarikat di bawah kluster komersial. Maka sebarang perubahan terhadap klasifikasi ini adalah di luar bidang kuasa Yayasan Hijrah Selangor dan tertakluk sepenuhnya kepada pertimbangan pihak MBI Selangor. Kedua, berkaitan cadangan peruntukan geran bantuan bagi program Dana Sosial. Ingin saya tegaskan bahawa sejak tahun 2016, Yayasan Hijrah Selangor tidak lagi menerima sebarang peruntukan geran daripada Kerajaan Negeri Selangor mahupun MBI Selangor. Justeru, operasi dan kesinambungan program pembiayaan Yayasan Hijrah Selangor adalah bergantung kepada model kewangan dalaman yang mampan. Ketiga, berhubung penambahbaikan kaedah bayaran balik pinjaman. Sejak tahun 2023, Yayasan Hijrah Selangor telah melaksanakan transformasi menyeluruh dalam sistem pembayaran balik pembiayaan. Antaranya termasuk penghapusan sepenuhnya kutipan tunai dan pelaksanaan

pembayaran terus ke akaun bank usahawan. Bermula tahun 2025 pula, semua permohonan pembiayaan baru diproses melalui platform Digital Dana Plus. Ia itu Sistem Digital Loan Management System ataupun (DLMS) yang turut mengintegrasikan kaedah auto debit bagi memastikan bayaran balik dibuat secara konsisten. Hasil daripada penambahbaikan ini, Yayasan Hijrah Selangor berjaya mencapai kadar bayaran balik pembiayaan sebanyak 97% bagi tahun 2025. Satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Seterusnya, berkaitan cadangan untuk memperkenalkan semula program kepada peniaga baharu seperti Zero To Hero. Untuk makluman, Skim Zero To Hero telah diberhentikan sepenuhnya sejak Disember 2023. Bermula tahun 2024, Yayasan Hijrah Selangor memfokuskan kepada dua produk utama iaitu Niaga Plus yang terbuka kepada individu yang berkelayakan serta Suri Plus yang memberikan tumpuan khusus kepada usahawan wanita. Namun begitu, usaha menyokong usahawan baru tetap diteruskan melalui pendekatan kolaboratif bersama pelbagai agensi di bawah Kerajaan Negeri. Antaranya termasuk Program PLATS Biaya. Di mana sejak 2024 sehingga Mac 2026. Sebanyak 190 pembiayaan bernilai RM570,000.00 telah disalurkan kepada usahawan mikro. Selain itu melalui Program iTEKAD yang melibatkan kerjasama Yayasan Hijrah Selangor, Bank Muamalat dan AKPK, seramai 80 orang usahawan Yayasan Hijrah telah menerima manfaat geran berjumlah RM400,000.00 setakat suku pertama 2026. Bagi tahun ini sasaran adalah seramai 250 usahawan dengan nilai geran sebanyak RM1.25 juta. Di samping itu, melalui Geran Digital Madani bersama Telekom Malaysia seramai 20 usahawan Yayasan Hijrah Selangor telah menerima manfaat berjumlah RM85,000.00 dalam bentuk sokongan pemasaran digital dan peranti. Akhir sekali, melalui kerjasama strategik dengan TERAJU di bawah aspirasi outreach 2026. Seramai 50 usahawan Yayasan Hijrah Selangor telah menyertai program ini dengan dua daripadanya berjaya meningkatkan pembiayaan melebihi RM50,000.00 untuk mengembangkan perniagaan. Tuan Speaker, secara keseluruhannya pendekatan Yayasan Hijrah Selangor pada hari ini bukan sahaja tertumpu kepada pembiayaan semata-mata, tetapi juga kepada pembinaan ekosistem keusahawanan yang lebih holistik melalui kolaborasi strategik, intervensi bersasar dan pendigitalan sistem. Ini selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk memastikan usahawan mikro, khususnya dalam kalangan B40 dan wanita terus di perkasa secara mampan. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon mencelah.

Pengerusi

Ya.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Dah habis gulung. Dah habis gulung, boleh celah lagi?

Pengerusi

Yang Berhormat boleh mencelah kalau diberi keizinan oleh Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Boleh.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Kalau mengikut saranan daripada jawatankuasa. Untuk meneliti semula peranan, jadi mungkin itu isu pokoknya yang saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat. Nak kekal pada landasan yang ada pada hari ini atau pun ada tak rasa nya saranan yang diberi dalam 5.1 dan 5.2 hendak dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri supaya dia bukan jadi macam bank semata-matanya tetapi ia lebih mempunyai objektif sosial. Sekarang kalau dia hanya, memang kadar bayar balik dia itu 97% itu cemerlang. Tetapi ia adalah kerana kita hanya pinjam kepada mereka yang cemerlang. Tetapi objektif sosial, objektif asal Yayasan Hijrah adalah pinjam kepada mereka yang tak ada pilihan lain, yang hendak mula dan tak ada modal untuk mula dan golongan ini sekarang tak dapat pinjaman sebab kita fokus kepada mereka yang confirm berjaya. Itu sebabnya dapat 97%. Walaupun 97% itu bagus, hakikatnya mereka yang nak bermula sekarang tak dapat mula. Jadi nak tanya pandangan Kota Anggerik macam mana hala tuju itu nak kembali tak kepada yang asal di mana orang yang nak mula itu kita bantu mereka untuk mula.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik. Baik, terima kasih Bukit Gasing. Untuk makluman Bukit Gasing, Yayasan Hijrah ini macam saya sebut tadilah dia telah diangkat sebagai entiti komersial. Maknanya kita bukanlah kata tidak ada langsung tanggungjawab sosial. Walaupun dari segi business model dengan izin. Dia nampak macam bank. Pembiayaan mikro kredit, tetapi pada masa sama kita juga turut menyediakan program-program latihan atau pemberdayaan usahawan kepada para peminjam dan juga yang bukan peminjam pun. Maknanya kita tidaklah memberikan satu apa orang kata pendekatan yang keraslah. Kalau kata kita nak layan, layan peminjam sahaja, tidak. Maksudnya kita terbuka kepada semua, usahawan-usahawan yang bukan penerima pembiayaan pun turut kita ambil bertanggungjawab untuk bantu dari segi latihan, dari segi guidance dengan izin. Maknanya mereka ini daripada masa ke semasa pihak Yayasan Hijrah dan dengan kerjasama daripada agensi lain, kita melakukan program-program bimbingan. Misalnya program promosi, program latihan untuk mereka ini adapt ataupun menyesuaikan diri dengan kaedah business pada masa hari ini yang mana ketika ini kalau kita lihat perniagaan bukan hanya tertumpu kepada proses jual beli yang secara konvensional, tetapi juga menumpukan kepada pendigitalan. Jadi ini antara tanggungjawab sosial pihak Yayasan Hijrah walaupun mungkin kita nampak hanya sekadar beri pinjaman mikro kredit, tetapi secara tanggungjawab sosialnya ada peranan untuk kita bantu usahawan-usahawan kita.

Tuan Speaker.

Pengerusi

Ya.

Saya ingin tanya berkenaan dengan cadangan saya dalam perbahasan tadi berkenaan dengan macam mana kita boleh kerjasama dengan TEKUN Nasional ataupun Amanah Ikhtiar kerana mereka memang berjaya. Kutipan mereka lebih daripada 95%. Mungkin Yayasan Selangor ataupun Yayasan Hijrah Selangor boleh menggunakan kepakaran mereka dari segi pengutipan dan tengok macam mana ada satu kerjasama yang kita boleh menggunakan network pejabat mereka di seluruh Selangor untuk membantu apa ini peniaga-peniaga kita. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Sentosa, pada masa ke semasa memang kita ada kolaborasi juga dengan pihak TEKUN dan juga Amanah Ikhtiar Malaysia. Cuma dari segi program itu belum secara keseluruhan, tetapi memang kita menjalinkan kerjasama dan selepas ini saya akan membawa kepada pihak pengurusan Yayasan Hijrah untuk kita mempertimbangkan agar diluaskan lagi jaringan kerjasama bersama pihak TEKUn dan Amanah Ikhtiar Malaysia yang ternyata nampak modelnya berjaya. Walau bagaimanapun kita kena ambil kira beberapa aspek juga macam Yayasan TEKUN ini TEKUN Nasional ini dia dapa geran daripada Kerajaan Persekutuan, cuma di peringkat Yayasan Hijrah buat masa ini bergerak secara mandiri. Maknanya tidak ada lagi suntikan dana daripada Kerajaan Negeri jadi, tetapi walau bagaimanapun saya menyambut baik cadangan daripada pihak Yang Berhormat untuk kita gerakkan dan luaskan lagi jaringan kerjasama dengan agensi di peringkat persekutuan dan kita akan kemukakan kepada pihak pengurusan HIJRAH. Terima kasih.

Speaker, soalan tambahan.

Pengerusi

Ya, Seri Serdang.

Yang Berhormat EXCO, berkenaan dengan 10% flat rate kadar caj perkhidmatan. Apakah pihak Yang Berhormat dan Kerajaan boleh untuk mempertimbangkan. Mungkin ada kaedah-kaedah lain, tak semestinya turun, menurunkan kadar flat rate itu tetapi mungkin kita boleh buat tahun pertama berapa caj nya, tahun kedua berapa. Tetapi sebenarnya dia akan menghala kadar 10% juga. Sebab saya kira kalau kita flat rate 10% ini, kita berhadapan dengan krisis ekonomi nanti, dia akan menghadapi masalah dan akhirnya peminjam-peminjam ini susah untuk membuat bayaran balik pada Yayasan Hijrah.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Berkenaan dengan kadar pembayaran balik sebanyak 10% itu. Kita memang kalau ikut daripada masa ke semasa kita melihat kepada suasanalah. Kalau misalnya sebagai contoh selepas daripada pandemik COVID-19, kita lihat ramai usahawan kita yang terjejas dan mengambil masa dan juga berusaha untuk membuat pembayaran. Ketika tempoh-tempoh tertentu ini kita beri sedikit fleksibiliti misalnya kalau mereka contohlah ada

kes hutangnya balance RM30,000.00 katakan. Tetapi bila kita tengok dia ada willingness dia kata boleh tak kalau saya ada RM20,000.00 katakan ataupun RM25,000.00 kalau saya bayar lumsump ok tak? Kita ambil kira juga faktor tersebut. Asalkan mereka ini ada tanggungjawab untuk membayar dan di peringkat Hijrah kita akan semak dari segi kadar itu maksudnya tak semua usahawan ini yang kena bayar 10% pun. Tetapi bergantung kepada situasilah, macam sekarang ini saya pun telah cadang kepada pihak Yayasan Hijrah kaji semula, mungkin dalam tempoh kita berdepan dengan krisis ketidaktentuan global ini untuk mengkaji semula sekiranya yang melibatkan usahawan kita, kadar tersebut boleh dinilai ataupun direndahkan. Bergantung kepada keadaan, mungkin ketika itu kadar ekonomi mendesak dan sebagainya, tetapi kita bukan mengambil pendekatan keraslah, maksudnya kita tidak terus menghukum, mereka tak nak bayar kita hantar surat dan sebagainya, tak, kita ada cara secara apa orang kata secara berhemah dan pada masa yang sama kita juga ada budi bicara dalam kita nak mempertimbangkan proses pembayaran dan ada ketikanya ada usahawan-usahawan yang kita berikan penstrukturan dari segi pembayaran. Asalkan tidak membebankan mereka dan pada masa sama memberikan mereka sedikit kelegaan untuk terus berniaga dan juga pada masa yang sama mendapatkan pembiayaan daripada pihak Yayasan Hijrah.

Pengerusi

Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan dewan ini adalah suatu usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya menurut Peraturan Tetap 76(5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung Yayasan Hijrah Selangor yang dibentangkan di dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2026. Ahli- Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya (Ya). Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.

Usul nombor 4 Tahun 2026, usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit GasingMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan seterusnya, Usul nombor 4 Tahun 2026, usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit Gasing.

Pengerusi

Ya, Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker, Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap, Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung Hala Tuju Universiti Selangor (UNISEL) yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2026. Rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, saya tak bercadang untuk membaca kandungan penyata ini. Penyata ini ada di atas setiap meja rakan-rakan Yang Berhormat. Saya just cuma ingin menarik perhatian kepada satu gambar besar, di mana UNISEL mempunyai satu kampus yang luas, bangunan yang cukup banyak, bilangan kelas yang cukup banyak, bilangan kakitangan dan staf untuk menampung dan

mendidik 10,000 pelajar dan menjadi hasrat UNISEL untuk ada 10,000 pelajar dan dengan 10,000 pelajar UNISEL akan menjana pendapatan yang mencukupi untuk membiayai segala kos operasi UNISEL, malangnya UNISEL hanya ada 4,000 pelajar pada masa ini dan ini bukan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor semata-mata. Ini adalah hakikat universiti-universiti di luar sana. Banyak kolej dan banyak universiti sejak COVID menghadapi kesusahan untuk menarik pelajar untuk masuk dan ini adalah satu cabaran yang kita tidak boleh pandang rendah. Kita perlu memikirkan cara penyelesaian dan Jawatankuasa JP-ABAS bersama Jawatankuasa Sejahtera pernah buat lawatan ke UNISEL pernah buat beberapa sesi untuk mendengar daripada pengurusan UNISEL dan pernah berbincang pelbagai cadangan dan hari ini ingin memberi kepada Dewan yang mulia ini beberapa cadangan untuk UNISEL menjenama semula supaya UNISEL boleh bergerak ke hadapan. Jika UNISEL menjadi universiti untuk menarik pelajar yang paling miskin yang tak berjaya masuk IPTA, Kerajaan Negeri PWN kena masukkan duit yang cukup banyak seperti mana Kerajaan Persekutuan memasukkan duit yang cukup banyak kepada UKM kepada USM kepada UTM dan sebagainya. Ini adalah tanggungan Kerajaan. Jika kami nak mendidik mereka yang paling miskin jika kami nak mendidik mereka yang tidak mempunyai cukup keputusan SPM dan STPM untuk masuk kepada IPTA pilihan seperti UPM UKM dan kita nak target group ini belanja dia besar. Tak salah tetapi Kerajaan Negeri kena sediakan belanja dan kita tak mengharapkan yuran untuk menampung kos operasi UNISEL. Jika UNISEL nak menarik pelajar cemerlang seperti Taylor’s University, Sunway University, UTAR, UNISEL perlu mempunyai prestasi yang lebih tinggi supaya pasaran kerja nak graduan dari UNISEL. Tetapi jika UNISEL nak meningkatkan prestasi dan imej dia UNISEL kena menarik pelajar yang paling cemerlang. Hari ini berapa ramai pelajar yang straigth A, 10A SPM nak masuk UNISEL hampir tiada. Semua lari nak masuk matrikulasi. Semua nak pegi Taylor’s. Semua nak pergi Sunway. Kenapa mereka tak nak pergi UNISEL. Dan ini adalah satu persoalan yang mesti dijawab, adakah kita nak tambah modal dapat pensyarah-pensyarah yang lebih baik, kita nak bagi scholarship supaya kita menarik pelajar 10A itu yang UTAR buat. UTAR tarik semua pelajar 10A masuk, prestasi universiti naik dan pelajar secara amnya nak masuk. Nak pusing kiri ke nak pusing kanan Kerajaan Negeri kena buat sesuatu. Kalau dibiarkan seperti ini UNISEL tak cukup pelajar dan income kepada UNISEL tak akan dapat tampung kos operasinya hari ini. Dan ini adalah tidak sihat kepada kewangan UNISEL dalam jangka masa panjang. Saya harap penyata ini menjadi satu wake up call kepada Kerajaan Negeri Selangor sebab hakikat dunia pendidikan tinggi sudah berubah . Ini tidak seperti 10 15 tahun yang lepas di mana bilangan pelajar sangat banyak dan tak susah untuk kita dapat enrolmen. Kalau nak target 10,000 dapat la 10,000. Sekarang semua universiti swasta dia susah nak dapat student. Bilangan student tak cukup. Student tak memilih untuk study 4 tahun selepas SPM. Dia ada bawa Grab la, dia terus masuk TVET la dan sebagainya. Jadi saya harap penyata ini menjadi pemangkin kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memikirkan hala tuju membuat keputusan yang jelas terhadap hala tuju supaya UNISEL berjaya di masa dekat dan di masa depan. Sekian terima kasih. Saya mohon mencadang.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker.

Speaker

Balakong

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Saya ingin mengemukakan satu cadangan untuk menyokong usul Bukit Gasing. Satu cadangan sahaja iaitu..

Speaker

Balakong sokong dulu kemudian boleh menyampaikan ucapan atau cadangan.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Baik. Balakong menyokong.

Speaker

Menyokong, ya boleh kalau ada ucapan. Ada, tiada? Ya silakan.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Jadi satu cadangan yang ingin saya kemukakan iaitu UNISEL seharusnya juga meneliti program pengajian yang lebih relevan dengan keperluan pasaran semasa termasuk kursus fleksibel atau atas talian dengan kos yang lebih berpatutan bagi menarik pelajar yang ingin meningkatkan kemahiran walaupun telah bekerja. Itu sahaja Balakong yang cadangkan.

Speaker

Ya Ijok.

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Tuan Speaker Ijok ingin mengambil bahagian dalam membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor JP-ABAS berhubung Hala Tuju Universiti Selangor UNISEL. Tuan Speaker Universiti Selangor ataupun UNISEL sudah pun melepasi umur matang iaitu lebih 20 tahun penubuhannya. Ia bermula dengan nama Universiti Industri Selangor yang merupakan universiti milik negeri yang pertama di Malaysia juga merupakan negeri yang pertama yang memiliki sebuah universiti. Pada awal penubuhan dahulu UNISEL pernah menjadi sebuah universiti menjadi pilihan pelajar dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta memandangkan tidak banyak IPTS yang wujud pada ketika itu. Namun setelah banyak IPTS tumbuh seperti cendawan, UNISEL terpaksa bersaing dengan ratusan institusi yang lain dalam mencapai bilangan pelajar yang mencukupi untuk meneruskan operasi. Pada tahun 2009, UNISEL telah melaksanakan proses dengan izin rebranding nama UNISEL di ubah daripada Universiti Industri Selangor kepada Universiti Selangor. Dengan menggugurkan perkataan industri. Mungkin apabila melihat terdapat keperluan agar UNISEL menubuhkan lebih fokus kepada industri, Kerajaan Negeri Selangor dalam Pembentangan Bajet 2024 telah menyatakan hasrat untuk memasukkan kembali perkataan industri kepada nama UNISEL. Namun sehingga saat ini UNISEL masih apa nama UNISEL dibahaskan hari ini hasrat tersebut dilihat tidak disambung baik oleh pengurusan UNISEL sendiri. Sehingga kini nama UNISEL masih kekal tanpa industri. Adakah ini menunjukkan bahawa pengurusan UNISEL tidak mahu bergerak seiring dengan hasrat Negeri Selangor. Jika ia benar sebenarnya merupakan perkembangan yang tidak sihat memandangkan UNISEL adalah entiti pendidikan negeri yang bertanggungjawab membawa

misi dan visi Kerajaan Negeri. Selaku sebuah negeri yang mempunyai paling ramai remaja dan golongan muda yang memerlukan pendidikan UNISEL seharusnya perlu dilihat bersama-sama menggembleng tenaga secara dekat dengan Kerajaan Negeri dalam mencorakkan pendidikan golongan muda hari ini. Ini belum lagi menyentuh keinginan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu memperkasakan TVET di UNISEL yang merupakan satu lagi hasrat besar Kerajaan Negeri seperti mana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025. Sehingga kini belum ada kelibat pelaksanaannya. Oleh itu Ijok ingin mencadangkan agar mereka yang bakal menerajui UNISEL perlu dilantik dalam kalangan mereka yang boleh memberikan kerjasama penuh dengan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya mengambil kira perancangan UNISEL. Untuk mencapai keuntungan bersih RM8 juta pada tahun 2028, Ijok melihat ia merupakan satu sasaran yang agak lemah dan tidak bermaya. Ijok ingin mencadangkan agar sasaran ini dilihat semula memandangkan hutang UNISEL kepada Kerajaan Negeri telah pun menghampiri RM200 juta. Seolah-olah gambaran bahawa UNISEL tidak menunjukkan kesungguhan untuk membayar balik hutang dalam tempoh masa yang terdekat. Sekurang-kurangnya sasaran keuntungan perlulah lebih agresif dan lebih realistik. Sebagai bukti bahawa UNISEL bersedia untuk berubah lebih-lebih lagi dengan pengurusan baru yang dilantik. Di sini Ijok ingin melontarkan persoalan kepada pihak UNISEL berapa lama kah yang diperlukan oleh UNISEL untuk membayar balik hutang tersebut. Persoalan ini bagi Ijok amat penting memandangkan ia melibatkan dana awam yang digunakan untuk menyelamatkan operasi UNISEL. Ijok ingin bertanya apakah status Laporan Audit Negara UNISEL untuk tahun 2023 yang sehingga kini masih belum dibentangkan. Jika ada mohon dikongsikan. Tuan Speaker, Ijok juga ingin menyentuh perkara berkaitan isu mahkamah yang dihadapi oleh pihak UNISEL dilihat secara terperinci dalam laporan ini. Namun umum tahu bahawa sebarang kes yang melibatkan mahkamah bukan sahaja akan memerlukan kos guaman yang tinggi. UNISEL juga terdedah kepada kemungkinan perlu membayar nilai pampasan yang amat tinggi yang perlu dibuat jika kalah dalam perbicaraan tersebut. Ijok ingin merujuk kepada kes yang melibatkan saman mantan staf UNISEL iaitu Dr. Mohd Fuad dan Dr. Mohamad Nasir yang masing-masing telah memenangi kes saman mereka dengan nilai pampasan yang perlu dibayar oleh pihak UNISEL sekitar RM300,000.00 seorang. Ijok dimaklumkan masih lagi terdapat lebih 20 orang staf lagi yang sedang menunggu kes mereka dibicarakan. Secara asasnya imej UNISEL pasti tercalar dengan apa yang berlaku sekarang ini. Sedikit sebanyak reputasi UNISEL sudah tentu terjejas dan kepercayaan ibu bapa juga akan terhakis dengan kes-kes saman mahkamah terhadap UNISEL yang berlaku pada masa ini. Di sini Ijok ingin juga bertanya berapakah jumlah kos guaman yang telah dihabiskan oleh pihak UNISEL sepanjang tahun 2024 dan 2025 serta nyatakan firma guaman yang telah dilantik bagi mewakili UNISEL dalam semua kes yang dibicarakan sepanjang tahun 2024 dan 2025. Ijok juga berminat untuk mendapatkan penjelasan mengenai kes-kes mahkamah yang melibatkan UNISEL seperti berapakah jumlah kes yang mana UNISEL adalah pihak yang kena dakwa yakni iaitu defendan dari tahun 2017 hingga kini. Kedua, apakah perkara yang menjadi fakta dakwaan berkenaan? Ketiga, siapakah peguam-peguam yang mewakili UNISEL? Keempat,

berapakah kos guaman yang sudah dibelanjakan? Kelima berapakah kes yang diselesaikan tanpa perbicaraan? Akhirnya Ijok ingin mencadangkan agar sasaran pemasaran UNISEL perlu mengutamakan calon pelajar daripada dalam Negeri Selangor sendiri. Harus diingat Negeri Selangor memiliki sebanyak 278 buah Sekolah Menengah milik kerajaan . Jika setiap sekolah disasarkan menyumbang 10 pelajar kepada UNISEL ini dengan sendirinya akan meningkatkan bilangan pelajar UNISEL sekurang-kurangnya 2000 orang. Jika dilihat pula daripada jumlah calon yang menduduki SPM dalam Negeri Selangor pada tahun 2025 seramai 66,611 orang UNISEL hanya perlu meletakkan sasaran 10% sahaja untuk mendapatkan lebih kurang 6,000 pelajar. Apa pun sekurang ataupun sekurang-kurangnya 5 percent untuk memperoleh 3,000 pelajar setiap tahun. Ini belum ditambah lagi dengan pelajar daripada negeri-negeri lain di seluruh negara. Dengan ini bajet pemasaran akan dapat dioptimumkan sebaik mungkin dan sasaran untuk meningkatkan bilangan pelajar UNISEL dapat direalisasikan dengan lebih fokus lagi. Tuan Speaker, Ijok mohon mencadang. Terima kasih.

Speaker.

Speaker

Ya Paya Jaras.

Terima kasih kepada Tuan Speaker, seluruh jawatankuasa, saya diberi peluang terima kasih kerana memberi peluang untuk membahaskan tentang atau memberi pandangan tentang UNISEL dibentangkan. Tuan Speaker dalam sesebuah universiti kita kena ada polisi yang jelas dan kita faham bahawa UNISEL ni sebuah universiti yang telah lama ditubuhkan. Yang dulu memang orang kenal UNISEL ni kenal. UNISEL ni kita sebagai sebuah universiti yang memang hebat. Namun semenjak 10 tahun tu dia merudum dan hasil daripada jawatankuasa punya kajian kita dapati ada beberapa perkara yang perlu diberi tindakan segera oleh pihak Kerajaan Negeri kerana ini adalah syarikat atau pun universiti milik Kerajaan Negeri. Tuan Speaker kita balik kepada soal falsafah penubuhan universiti. Pertama nak kena clear. Universiti ni nak jadi universiti private macam Taylor’s University atau macam Sunway University atau nak jadi macam universiti yang memang boleh secara bebasnya dia business. Maknanya fokus dia orientasi kepada business. Ini kita boleh buat macam Sunway ni antara universiti yang top dia dapat ranking bagus, universiti-universiti lain boleh ke depan. Ini kena jelas. Yang kedua adakah UNISEL ni nak jadi universiti kebajikan, jadi IPTA, kalau IPTA nature that sama dengan business kalau kita nak bagi business pada pandangan saya kita kena bagi betul-betul business macam berniaga betul. Macam universiti Sunway sebagainya ada backup kat belakang, tapi nature business memang secara business. Tapi kalau kita nak jadi kan UNISEL universiti kebajikan maknanya menolong orang ada before this, boleh buat tak ada masalah tetapi macam yang Bukit Gasing sebutkan tadi kena ada injection yang banyak dari kerajaan negeri sebab nak bagi sustain sebab sebuah universiti memerlukan kos yang tinggi untuk kita nak operasinya. Pelajar ni kalau 4,000 ni sangat minimal memang takkan untung, istilah untung itu tak akan dapat. Sebab 4,000 tu paling teruk sangatlah. Dia kena dapat

sekurang-kurangnya 6,000 hingga 7,000 tapi dianjakkan 10,000 ni hakikatnya satu yang pada saya Bukit Gasing, macam imposible tak boleh dapat dalam keadaan sekarang ni, kek yang kecil tu kita nak kongsi berapa ramai imposible. Pada saya UNISEL kena praktikal dari sudut jumlah pelajar dan ratio kakitangan sebab itu saya syorkan supaya UNISEL buat audit secara menyeluruh kepada soal human resource yang dianggar kat situ. Adakah jumlah staf yang ada tu sebenarnya tu terlalu ramai saya rasa mungkin masa staf itu diambil mungkin untuk 8ribu tetapi dengan hakikat 4,000 sekarang ni maknanya kena semak balik melalui dari human resource. Dengan izin, maknanya kena tengok adakah jumlah pelajar dan jumlah ratio staff itu memadai. Sebab ini akan menimbulkan kos pengurusan yang lebih tinggi, gaji pensyarah sebagainya. Yang kedua, ia perkara branding, orang masuk universiti sebab brand, yang dikenali Oxford contohla mana universiti Oxford orang kata wow nak pegi sana ataupun nak pergi ke Harvard sebab nama Harvard terkenal. Kalau kat Malaysia orang akan berebut nak masuk UM, universiti pertama kat Malaysia, UKM universiti Nasional Malaysia. Brand, so pada saya apa yang saya risau adalah brand UNISEL ni agak tenggelam, malah kalau kita tengok dia tak naik macam universiti lain, kalau tengok Sunway universiti lain, UTP sebagainya, sebab UNISEL naik sama zaman UTP, zaman-zaman MMU sepatutnya dia lebih ke depan. Tapi apa yang berlaku dia tenggelam dengan marketing tu mungkin pada saya perlu ditingkatkan lagi,makna kita invest some money dan jumlah mencukupi dan cara marketing dengan lebih baik lagi. Sebab pada saya brand ni penting pada kita. Kalau takde brand tak datang. Sebab tu brand UNISEL ni satu mungkin dia branding asyik koporat je imej je sebagainya macam mana dia nak market dia banyak faktor, pertama rangking, mesti ada rank, bila orang tanya universiti sekarang nak masuk mana universiti A, berapa ranking dia, cuba cek ranking UNISEL, saya minta daripada dulu lagi tak da jawapan. Takde ranking. Bila takde ranking universiti dia kena tengok balik macam mana dia nak operasi ranking walaupun ada myzab kata tak suka ranking, tapi hakikatnya USA perlukan ranking setiap ranking orang akan tanya, kenapa must UM, ranking satu Malaysia, ranking UKM ranking kedua Malaysia. UTP ranking yang ke11 Malaysia, contoh, Sunway masuk ranking so pada saya isu ranking ini perlu diberikan keutamaan dan akan melibatkan penerbitan research dan juga secara menyeluruh. Yang kedua yang kita nak tengok soal, nak kenal orang, saya perhati saya ni orang akademik mantan akademi saya akan perhatikan, apa yang berlaku dekat UNISEL ni dia punya program-program akademik ni orang tak kenal konvensyen, seminar tak buat, sebab nak cerita kat orang ni nak tahu universiti hebat tak hebat ialah nama brand tu dari conference seminar yang di buat orang akan datang, dari situ akan berkembang, orang nak brand, so brand ni datang daripada ranking dan dikenali akademik. Yang ketiga, nak tahu orang brand nya bagus ialah mestilah orang itu dikenali. Tuan-tuan sekalian boleh tak sebut seorang nama pakar daripada UNISEL yang dikenali dunia atau Malaysia sebagai pakar something. Penting tu. Sebab orang akan tanya siapa ni. Dia akan guna. Oh..Saya profesor di UNISEL. So, Nama itu akan menyebabkan branding itu akan kembang. Kalau nama tak ada lepas itu nak kena ke depan kan tokoh-tokoh akademi UNISEL ke depan supaya dia dapat brand, so brand ini akan menyebabkan pelajar akan berminat nak masuk ini akan menjadikan nama UNISEL gah dan saya rasa untuk mencapai apa yang disebutkan laporan

ini nak dapat untung RM8 juta ni pun saya bimbang, takut-takut defisit juga. Saya rasa setuju keadaan defisit sebab jumlah belajar 4,000 nak dapat seribu pun susah. Dengan keadaan market reality yang ada pada ini menyebabkan ini perkara-perkara yang perlu dilihat oleh di UNISEL. Saya bercakap atas pengalaman sedikit kepada saya dan juga semasa dalam IPTA dan IPTS. Sebab itu lah hakikat sebenarnya akademik yang perlu ditengok. Jadi pada saya nak balik pada rumusan.

Paya Jaras.

Speaker

Seri Serdang, berdiri, Seri Serdang.

Sikit-sikit.

Speaker

Sila-sila.

Saya memang tertarik dengan penghujahan daripada Paya Jaras. Berkenaan dengan branding ni tadi. Saya nak tanya pandangan pada paya jaras. Tadi Ijok bagi tahu kita nak pastikan pelajar kita hanya dari negeri Selangor sahaja. So tadi, Saya sangat setuju paya jaras kita perlu ada ikon di UNISEL tu sebagai tarikan pada orang hari ni brand sangat lemah , anak saya sendiri pun baru lepas SPM tak nak masuk UNISEL ke? 3 hari muncung. Jadi saya kira apa pandangan daripada Paya Jaras kalau UNISEL ini kita buka selain dari branding kita kuatkan branding, dan ikon-ikon bukan datang dari Selangor sahaja, datang dari negeri lain pun takpe. Tapi yang paling penting kita nak memperkuatkan branding. Supaya anak-anak kita tertarik untuk masuk ke UNISEL. Apa pandangan Paya Jaras?

Terima kasih daripada Seri Serdang. Saya setuju dengan pandangan ini sebab itu nak cipta ikon kena ada saya nak tengok UNISEL ni ada ikon, katalah dalam industri apa yang paling top dalam UNISEL bidang pengajian nya kena ada ikon ke depan ada orang datang. Saya rasa nursing ada di UNISEL. Nursing sebahagian program yang saya rasa memang kuat UNISEL tapi ke mana. Ini persoalan branding tu, saya tak nampak lagi, saya bimbang, kalau anak Selangor tak tahu UNISEL, ini akan bimbang, eh apa ni UNISEL kat mana apa beza dengan UIS. Itu pun juga kena fikir juga. So pada saya kita tak boleh duduk dalam konteks yang complesent untuk marketing, saya setuju dengan ikon tadi kerana ikon pelajar-pelajar apa yang dipanggil mantan ataupun alumni-alumni UNISEL ni di mana. Kena buat program supaya sebab marketing ni dari sudut pengalaman sedikit jika marketing paling kuat dari mouth to mouth. Kalau setakat keluar iklan je dia nak convince parents je, parents ok pergi UNISEL tapi anak tak tentu lagi. So gabungan di antara keluarga dan juga apa namanya kawan-kawan penting untuk bina reputasi, saya bimbang orang tak berapa kenal UNISEL tak macam dulu. Ini satu perkara yang cukup bimbang kepada kita dan of course saya nak setuju dengan pandangan

daripada Ijok tadi tentang isu-isu mahkamah ni saya minta sangat selesaikan segera. Kerana ia mencalarkan reputasi. Once ada kes mahkamah keluar, eh apa ni, parents tak tahu, orang tak tahu, eh apa ni gaduh-gaduh, So akademi gaduh-gaduh ke. Itu point penting kepada kita, isu tentang dalaman ini kena urus. Jangan sampai keluar. Sampai saman 20 ke 30 orang. Kalau Satu dua saman tu kita rasa consider biasa, tapi 20 saman ke 30 saman tu maknanya pada saya melambangkan kelemahan pengurusan sebab tak boleh handle, ini perlu diperbaiki segera, supaya imej yang ada pada UNISEL ini dapat di bina dengan baik. Pilihan kita cukup banyak, kita tak boleh cerita pasal legasilah, UNISEL kena perlu keluar daripada legasi dulu hebat, now you’re ada cabaran-cabaran cukup besar. Pergi Sunway lagi dahsyat scholarship dia ada, pergi dekat Universiti UTP, UTP Petronas pun ada sebab ni zaman yang sama dia boleh kembang jadi pada saya apa yang penting nak bagi faktor wow. Wow faktor pada UNISEL kena di brand, kalau perlu buat satu brand marketing logo baru ke sebagainya buat some investment buat kajian barulah kita boleh pergi ke depan saya Insya Allah UNISEL kalau diuruskan dengan baik dengan cara baik,saya yakin dia ada brand, dia ada bidang-bidang kepakaran yang tersendiri dan bidang-bidang ini perlu ditonjolkan secara maksima dalam media sosial dan perlu dijadikan sebagai contoh yang terbaik supaya Universiti Selangor ini dapat kembali ke zaman kegemilangan dahulu dan akhirnya dia akan menjadi sebuah universiti yang berjaya.

Speaker

Sungai Ramal mohon mencelah.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Speaker, terima kasih Paya Jaras. Tentang branding kepada sebuah Universiti melalui wacana ataupun seminar. Di tangan saya ada satu buku namanya adalah Raja Ali Haji, buku ini adalah terbitan kompilasi kertas-kertas kerja dan seminar kebangsaan Kementerian Raja Ali Haji yang berlangsung pada 10 Mac 2015 di Kolej Universiti Islam Selangor KUIS. Apakah ini contoh yang mungkin paya jaras boleh kongsikan cara untuk mempromosi sebuah institusi yang ketika ini 2015 saya fikir paya jaras adalah rektor di universiti ini dan seorang profesor di UKM. Mohon penjelasan.

Terima kasih Sungai Ramal, saya setuju sebab itu saya syorkan ada program-program kerajaan negeri ni yang boleh bawa ke UNISEL bawalah supaya jadi brand, sayang UNISEL ni dah lama kampus besar cantik saya pergi kebetulan nak buat Auditing MQA. Kampus cantik tetapi dia tak attract orang supaya dia nak datang. Jadi Saya bimbang dia akan merugikan hasil negeri yang sebelumnya yang banyak kita buat industri yang bagus tetapi hilang disebabkan marketing. Sebab itu program-program wacana dan program-program ilmu mestilah ada JV di antara agensi-agensi kerajaan bersama UNISEL dan juga saya tak nafikan dengan UIS. Dua universiti ini tuan sahabat-sahabat YB perlu diberikan sebagai suatu contoh terbaik. Yang terakhir tuan speaker sebelum saya tentang mesti buat kajian motivasi, kajian motivasi kepada staf-staf UNISEL sebab mereka sebenarnya nak keluar marketing, mereka sebenarnya yang nak

belajar yang nak pergi ke depan, kita ada pakar-pakar buat kajian bebas, apakah tahap motivasi staff UNISEL ini ke tahap yang cukup baik sebab staf ni dah low motivation dengan berbagai-bagai yang berlaku dia akan menghilangkan rasa nak bekerja dengan baik. Ini penting,dia tak tahu kat mana nak pergi ni. Aku ni stay kat UNISEL camner eh , nak jadi apa tak tahu, boleh naik pangkat ke tak naik pangkat ke? Boleh profesor ke tak profesor ke so kajian tentang motivasi staf UNISEL perlu dijalankan segera dan secara holistik supaya kita dapat pastikan apa isu yang menyebabkan UNISEL tak ke depan. Sahabat-sahabat semua, YB Sekalian yang penting bukan gaji, gaji benda kedua. Dia suasana kerja itu adalah faktor utama untuk orang kekal dalam tempat itu. Gaji faktor yang kedua, gaji mana-mana bukan gaji utama macam mana nak wujudkan suasana environment kerja yang positif. Ini kajian kena bebas jangan lantik orang dalaman dia akan buyers. Ambil mana-mana universiti yang bagus-bagus hantar buat kajian, bentang laporan kepada Board Of Directors daripada UNISEL. Buat satu reform, kalau boleh buat reform betul-betul all out dia kan satu yang bagus. Jadi ini perkara yang perlu diberi perhatian dengan cadangan ini supaya branding UNISEL ni menjadi besar wacana-wacana, seminar-seminar antarabangsa kena buat di UNISEL. Ini satu benda yang cukup baik yang boleh kita lakukan insyaAllah akan berkembang. Akhir sekali sebelum saya tutup yang penting kepada kita membina keyakinan masyarakat dan rakyat kepada UNISEL. The trust dengan izin keyakinan itu perlu dibangunkan dengan baik saya yakin dengan Board Of Directors yang hebat-hebat dan juga visi yang baru ada sekarang ini kena keluar dari cerita lama, bad story tu dah kes mahkamah dijadikan satu keadaan yang lepas so belajar lesson apa yang berlaku saya nak sebutkan universiti mesti bebas dari pada faktor-faktor politik dia kena lihat bebas dan mesti bebas dan tidak boleh ada elemen-elemen politik dalam universiti, kalau ada elemen politik Universiti maknanya orang tidak akan masuk disebabkan faktor-faktor ini. Jadi tuan speaker ini pandangan dari saya, saya mohon pihak UNISEL ambil perhatian apa yang saya tegur sedikit pengalaman yang saya kongsikan. Kita nak bina Universiti Selangor ni universiti yang hebat. Saya yakin YAB Menteri Besar Selangor pun setuju nak UNISEL jadi universiti terbaik di Selangor ini di samping kita UIS yang telah bangun sebagai Universiti dan dua universiti ni universiti ikon. Tidak ada negeri yang ada dua universiti seperti UNISEL dan UIS. Ini adalah kekuatan Selangor yang telah kita bina lama ni, jadi kita harap Kerajaan Selangor ambil perhatian kalau perlu macam guest nak invest boleh invest tapi kena ada ROI lah, kena gambar duit tu hilang. Hutang kena settle ni RM200 juta ni hutang banyak so bayar sikit-sikit, supaya nampak komitmen dan bila orang bayar hutang, kerajaan negeri pun okay bayar hutang nampak boleh bagi lebih sikit dan ini akan memberikan keyakinan BOD dan negeri Selangor untuk menjadikan UNISEL menjadi sebuah universiti yang hebat pada masa hadapan. Terima kasih Tuan Speaker.

Yang ni patutnya jadi Ketua Pembangkang.

Speaker

Yang Berhormat Batu Tiga saya bagi 5 minit sahaja.

Okay.

Dua perkara, Yang Berhormat Speaker, yang saya nak sentuh dalam perbahasan kali ini. Pertamanya ialah tentang bagaimana kita boleh meningkatkan jumlah bilangan pelajar daripada 4,000 ke 10,000? Yang Berhormat Speaker, sebenarnya apa yang kita hadapi masalah ni dan termasuk dengan Anak Seri Serdang pun tengah muncung tiga hari tu ialah tiada tarikan. Tiada tarikan dalam bidang yang ditawarkan oleh pihak UNISEL. Saya mungkin boleh bersetuju dengan sebahagiannya daripada Paya Jaras tadi. Tapi perbahasan Paya Jaras tadi nampak terlalu akademik. Nak balik ke akademik balik ke? Tak kan? Yang Berhormat Speaker, bila kita sebut tentang UNISEL, tidak ada tarikan jurusan ataupun bidang yang tertentu yang boleh dijual. Saya mengambil sebahagian daripada yang disebut oleh EXCO Pelaburan tadi. Bila sebut tentang ASAM, Advanced Semiconductor Academy of Malaysia, bila telah melahirkan 600 graduan dan 100% dapat pekerjaan yang selayaknya dengan pendapatan yang tinggi, kenapa kita tidak ambil peluang itu? Maknanya di UNISEL bila kita owned by state sendiri, syarikat ataupun universiti milik pemilikan negeri, kita juga melihat potensi AI, semikonduktor dan juga peluang-peluang lain dalam industri yang sedang kita bangunkan. Kenapa tidak kita UNISEL ini mengambil peluang itu? Instead of kita menggunakan Advanced Semiconductor Academy of Malaysia ini sebagai pusat janaan tenaga kerja untuk negeri Selangor sendiri, gunakan Selangor, gunakan Universiti Selangor yang kita ada. So, ini mungkin boleh jadi tarikan sebab anak-anak muda hari ini mereka nak lihat jurusan yang menarik dan mereka nak lihat apa prospek pekerjaan yang boleh mereka dapatkan selepas mereka habis pelajaran. So, daripada menghabiskan 3 tahun dengan jurusan yang sama, tidak ada bezanya dengan universiti-universiti yang lain, biarlah Universiti Selangor ada tarikan yang tersendiri dan apa yang kita boleh jual, selling point yang kita boleh jual ialah peluang pekerjaan yang bermaruah. Insya-Allah. Yang itu yang pertama. Yang kedua, bila saya tengok dalam penyata ini disebut tentang hutang tertunggak sebanyak 200 juta dan juga item 3.3 juga menyebut tentang geran yang diberikan oleh pihak kerajaan. Hutang sedang bertambah. Dalam masa yang sama kerajaan negeri juga memberi bantuan dalam bentuk geran ataupun pinjaman dan sebagainya. So, dia tidak akan habis. 200 juta itu pada ketika ini, inilah jumlah yang UNISEL berhutang tetapi dalam masa yang sama kerajaan negeri tetap bagi tambahan kepada pihak UNISEL. Ini mungkin kita kena bincangkan sebab tanpa satu solusi yang nyata, kita akan terus membebankan pihak UNISEL dengan jumlah itu. Dan memanglah kita punya sasaran kalau disebut oleh Bukit Gasing, 4,000 kepada 10,000 itu baru capai break even. Belum pun dapat lebihan untuk kita cadangkan kepada pihak UNISEL membuat bayaran balik kepada pihak kerajaan negeri. Saya ingat dua perkara ini yang mungkin boleh saya sentuh tapi perkara yang paling penting ialah bagaimana kita boleh menjadikan UNISEL sebagai sebuah tarikan utama kepada anak-anak muda di Negeri Selangor ini graduan-graduan pelajar-pelajar SPM kita, biarlah mereka melihat UNISEL sebagai first choice tetapi bukan atas sebab kita menawarkan kebajikan. Kita bukan tawarkan UNISEL ni sebab mereka ada BAYU, Bantuan Bayaran Yuran Asas. Kita bagi pendidikan percuma, kita nak jual nilai dalam UNISEL itu kualiti pendidikan itu yang

paling penting. So, Saya harap pihak UNISEL ataupun kita sendiri pihak kerajaan boleh fikirkan sesuatu untuk kita bangunkan universiti milik penuh kerajaan negeri. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Saya seterusnya menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk memberi penggulungan.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Laporan Jawatankuasa ABAS berkenaan dengan Universiti Selangor dan saya ingin menjelaskan beberapa perkara. Pertama, berkenaan dengan hala tuju UNISEL. Tadi saya rasa Ijok telah menghuraikan beberapa kronologi dan sebab itu pada tahun 2024 dan tahun 2025 Kerajaan Negeri membuat beberapa shift yang penting ini demi memenuhi keperluan dan juga kehendak pasaran yang ada pada waktu ini. Dan yang kedua, memastikan imej dan fokus UNISEL itu tidak berkecamuk ataupun hilang tujuan. Saya boleh katakan sebenarnya apabila satu ketika UNISEL cuba bergerak menjadi sebuah universiti yang lebih seperti universiti awam ataupun public universiti. Dulu pada waktu ketika universiti industri ditubuhkan fokusnya adalah untuk memenuhi keperluan industri dan sebab itu pihak Kerajaan Negeri melihat keperluan industri itu masih lagi tinggi, kita pun berdepan dengan cabaran untuk memenuhi keperluan tersebut. Saya tak masukkan nama industri balik. Kita minta UNISEL menjadi sebuah universiti TVET. Mana di tahun 2006 dia tak ada namanya Proteen Universiti dan sekarang UNISEL sebenarnya telah dimasukkan di dalam kategori Universiti Proton. Jadi langkah seterusnya adalah untuk memastikan kepala ataupun yang mengetuai UNISEL itu terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang teknikal dan vokasional dan dalam bidang Engineering. Sebab itu kerajaan negeri melantik Dato' Prof. Emeritus Ir. Hassan Basri yang pernah terlibat dengan industri dan juga pernah terlibat dalam bidang pendidikan yang sekali gus memang rapat dalam bidang teknikal dan vokasional untuk menarik sokongan-sokongan dan juga membentuk ekosistem teknikal dan vokasional di dalam kawasan dan juga di dalam negeri Selangor. Jadi itu hala tujunya. Kita pun dah dapat pengiktirafan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Sekarangnya adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan membina balik ekosistem Engineering ataupun Fakulti Kejuruteraan yang berdepan dengan cabaran yang besar. Cabaran itu bukan hanya datang disebabkan oleh tarikan yang biasa tetapi kita tidak mempunyai kekuatan yang disokong ataupun sokongan yang cukup. Kalau saya setuju Dr. Halim sebut tadi, universiti awam biasanya mendapat sokongan puluhan juta, malahan ratusan juta untuk dana bagi infrastruktur, dana untuk kajian, dana untuk sokongan. Negeri Selangor sendiri letakkan 5 juta untuk revolving fund di Universiti Putra Malaysia untuk Kerusi Menteri Besar dan kerusi MBI dalam kajian ekonomi. Itu contohnya. Sebab itu UNISEL kena membina karakter dan juga pengaruh tersebut, membangunkan semula Fakulti Kejuruteraannya, membangunkan networkingnya dan juga hubungan-hubungan yang lain dan juga memperkukuhkan sektor teknikal dan vokasional supaya hala tujunya lebih jelas dan dimulakan dengan pelantikan Prof. Emeritus Dr. Hassan Basri yang saya percaya mengetuai dan mempunyai latar belakang dalam bidang dan juga hala tuju tersebut.

Sokongan Kerajaan, kita masukkan BAYU. BAYU juga kita buat di UIS. Sebenarnya ia cadangan daripada mahasiswa UIS pada waktu itu. Dan BAYU membantu meringankan pelajar-pelajar tersebut. Tahun ini, di bulan 8, UIS dan juga UNISEL. Tapi saya nak cerita UNISEL. Kita mulakan sokongan 50% pembiayaan pembelajaran untuk anak Selangor. Kita ada 3,000 lebih kurang sasaran kita di UNISEL. Jadi kalau sasaran sebelum ini 4,000, 3,000 itu kita boleh tambah lagi dengan sokongan yang diberikan ini kerana mana-mana anak Selangor yang belajar di UNISEL, kos ataupun 50% kos pembelajaran mereka akan ditanggung oleh negeri. Hanya ada dua negeri yang ada skim seperti ini, iaitu Sarawak 100%, tetapi kita 50% pembiayaan. Bila saya berbincang ataupun bertemu dengan Premier Sarawak, beliau sebutkan rupanya ada masalah yang sama di Sarawak. Dia ada lima institusi di bawah kerajaan negeri yang mempunyai permintaan geran tahunan yang sama. Begitu juga di UIS, permintaan geran tahunannya tinggi untuk membayar hutang, untuk membayar tuntutan dan kita tukarkan benda itu kepada bentuk yang lebih agresif atau bentuk yang lebih progresif. Kalau dia dapat cari pelajar, jumlah yang tertentu ini 50% akan dibiayai oleh pihak Kerajaan Negeri, BAYU. Dan yang kedua, pembiayaan yuran, bukan yuran asas, yuran keseluruhan pembelajaran. Jadi, itu yang kita bantu dan kita sokong. Moga ia akan menambah peluang supaya UNISEL boleh tambah pelajar.

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Boleh tak tadi cadangan tentang hutang. Hutang ada 200 juta. Boleh tak kita buat satu macam perjanjianlah, hutang ni kalau you dapat certain amount, hutang you akan kurang. Maknanya dia tak bayar pakai cash tapi dia berjaya mendapatkan nilai pelajar dengan jumlah tersebut, dengan sendirinya hutang tu akan berkurang. Sebab hutang ni akan menjadi tak cantik liabiliti dalam akaun penerima akaun. Jadi kalau boleh disyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya kita mulakan, tak banyak dulu mungkin jumlah pelajar di samping dia dapat BAYU tu tapi berapa yuran kata pelajar luar negara sebahagian masuk kan supaya hutang yang ada ni akan dapat dikurangkan supaya stabil. Sebab bila hutang ni sebenarnya dia nampak ok kerajaan boleh halalkan tapi tak cantik dari sudut pengurusan. Jadi boleh tak saya syorkan supaya hutang-hutang ini dibayar 200 juta ni melalui kaedah tersebut dengan jumlah pelajar so trade-in tu akan menjawab, akhirnya akan mengurangkan hutang-hutang di UNISEL. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan berikut. Hutang UNISEL 200 juta itu sebenarnya adalah permulaan terhadap hutang atau terhadap pembukaan UNISEL pada waktu tersebut. Jadi ia berkumpul dan juga menambah jumlahnya malahan dia running at loss sekarang dalam sekitar 15 hingga 20 juta satu tahun dan dengan sokongan pertambahan pelajar tersebut atau mahasiswa tersebut saya percaya mereka akan mampu untuk menambah ataupun mampu untuk menambah pelajar-pelajar sebagaimana yang disasarkan. Tentang kes-kes mahkamah, itu memang kita melihat dengan detail dan teliti. UIS sebagai contoh ada tuntutan mahkamah atas bangunan tersebut. Pihak Kerajaan Negeri pun membantu. Kita memberikan pinjaman 200 juta secara keseluruhan kepada

MAIS dan juga UIS dan kita selesaikan masalah tentang pembangunan asrama yang ada pada waktu itu dan sekarang kita dah selesaikan sebahagiannya. 150 juta kita dah bantu. Kita akan tambah lagi 50 juta tahun ini supaya kes-kes mahkamah itu tidak lagi berlarutan. Untuk kes mahkamah yang berkaitan dalaman ialah berkenaan dengan polisi. Polisi yang ada pada waktu dulu. Inilah yang menjadi cabarannya sebab polisi dahulu bukan sahaja memberikan pelindungan kepada pekerja-pekerja yang tidak dipraktikkan di mana-mana tempat pun. Termasuk di universiti awam dan universiti swasta yang mana burden dan bebannya itu bukan sahaja gratuity kalau mereka bersara tetapi ada juga beberapa tambahan-tambahan bayaran. Dan pihak UNISEL membandingkan dengan, pada ketika itu saya masih ingat, bandingkan dengan universiti-universiti lain private universiti ke public universiti ke tak ada kaedah yang sebegitu. Jadi kita ubah. Bila kita ubah, tuntutan dibuat oleh pihak yang menandatangani kontrak sebelum itu dan itulah yang menjadi pertikaian dengan pekerja-pekerja yang ada. Sudah pasti perubahan ini penting tetapi kos-kosnya juga perlu kita lihat dengan lebih teliti supaya kita tidak terperangkap dengan kontrak yang telah ditandatangani ataupun yang telah disokong pada waktu itu dan pada sebelum ini. Itu tentang kes mahkamah. Nanti detailnya itu saya tak ada di sini. Saya perlu berikan secara bertulis kepada Ijok berapa banyak yang dituntut, apa yang telah dimenangi, apa yang kita telah tewas. Yang tewas ni saya belum dapat report lagi. Yang sebelum ini banyak juga kes saman, menyaman dan sebagainya itu. Banyak asasnya itu ada kerana ia diputuskan melalui keputusan Board dan keputusan MBI dan kita bandingkan dengan cara-cara yang lain tetapi ikatannya adalah kontrak. Tapi bila kontrak dia tamat, nak disambung kontrak baru, dia nak sambung dengan kaedah lama. Itu tak bolehlah. Itu yang telah mungkin berlaku dan menjadi pertikaian dalam kes-kes kontrak. Cadangan kepada Paya Jaras berkenaan dengan brand ataupun imej yang ingin ditawarkan sama ada mahasiswa, sama ada pensyarah ataupun tokoh yang boleh diberikan contoh untuk menarik perhatian market dan pasaran. Kita menumpukan kepada kewujudan di jurnal-jurnal ataupun penulisan di jurnal-jurnal. Jadi pernah dalam 2-3 tahun yang lepas, kita menyediakan peruntukan untuk pensyarah-pensyarah menulis di jurnal. Pensyarah-pensyarah menulis di kajian-kajian tertentu dan dengan jurnal-jurnal itu termasuk Internasional Jurnal sebenarnya, ia akan membantu pihak UNISEL untuk dikenali dalam bidang-bidang tertentu. Sebab itu sebenarnya kalau kita lihat di pasaran, terutama di sekitar Selangor dan di Shah Alam dan di Klang, kalau ditanyakan graduan UNISEL dalam bidang Business Admin sebenarnya sangat, sangat, sangat, sangat, sangat laku. Hampir saya rasa 90% kalau tak 100% pun, 90% daripada mahasiswa-mahasiswa dalam bidang Business Administration di dalam UNISEL menjadi tawaran dan juga permintaan pihak. Sebab itu kita dihubungi juga tadi disebut tentang nursing ya. Itu adalah cabaran kepada hospital-hospital swasta di dalam negara kita. Kita sebenarnya berdepan dengan kekurangan jururawat. Jururawat-jururawat kita lepas 5 tahun akan bergerak ke negara jiran, daripada negara jiran dia akan bergerak ke timur tengah. Itu trendnya. Di mana-mana, saya ketika umrah bulan Ramadhan yang lepas pun berjumpa dekat 6-7 orang bekerja di Saudi kerana tawaran gaji

yang sangat tinggi. Jadi kita dapat pembiayaan hampir 10 juta sebenarnya daripada hospital-hospital sekitar Selangor dan sekitar Shah Alam terutamanya untuk mencari nurse ataupun membiayai nurse. Dan di samping pembiayaan 50% tersebut pada tahun ini, tahun 2026, kita bersama dengan SELGATE juga menyediakan pembiayaan untuk melatih jururawat-jururawat yang akan dihantar ke hospital-hospital SELGATE. Dan jururawat-jururawat ini kosnya lebih kurang 4 juta dan ketika belajar lagi mereka sudah diberikan allowance. Sebab di kolej-kolej jururawat yang lain, semuanya diberikan allowance yang lebih tinggi berbanding dengan tawaran yang kita bagi. Tapi itulah nilai yang kita bagi, 1,000. Di tempat lain sampai 1,500 kerana mereka nak pastikan dikepung ataupun dipastikan jururawat ini bekerja di tempat-tempat tersebut. Jadi hala tujunya apa tadi? Hala tujunya jelas bahawa kita nak jadikan UNISEL sebuah universiti swasta tetapi mempunyai nilai-nilai attractive dalam bidang teknikal dan vokasional memperkasakan fakulti kejuruteraan yang sedikit malap ataupun hampir tutup sebenarnya saya tak benarkan tutup saya cakap kena terus, ini masalah kita seluruh negara sebenarnya kita berdepan dengan masalah kekurangan mereka yang minat dalam bidang kejuruteraan kita ceburi ataupun kita explore elektrik dan elektronik dengan bidang semikonduktor sebagai contoh kita minta kerjasama dengan UNISEL dan universiti-universiti lain sebenarnya ada 22 universiti termasuk UNIMAP, UTM kerjasama dengan ARSEM tapi UNISEL berdepan dengan cabaran itu kerana sebelum ini selama 5, 6 tahun kita kehilangan ataupun kekurangan fokus terhadap bidang sains, teknologi dan matematik walaupun menyertai pertandingan dapat pingat emas saya tengok rekodnya tahun 2021, 2022 kita menang pingat emas dan sebagainya dan sekarang kita ubah dengan melantik satu ketua ataupun presiden naib canselor yang mempunyai latar belakang engineering.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker saya nak tanya tentang tadi saya dah dengar ucapan menarik ada nampak fokus yang jelas lah makna saya dengar tadi peringkat engineering kemudian itu isu utama dan mungkin nak ambil sebahagian business dan dari sudut konteks ialah apa nama tadi nursing baik saya nak isu kan sikit yang berhormat supaya bila kita lantik buat jurnal, lantik dipanggil ikon-ikon dan conference-conference ini dia kena tunjukkan satu jangan banyak-banyak dua tiga bidang kita nak kenali UNISEL ni sebenarnya universiti dia apa? Sebagai universiti kejuruteraan something lah yang something baru lah orang akan nampak ke situ so bila ia ada ikon di atas, maka luar akan ikut kita tak boleh nak semua contoh macam setengah universiti ni pada universiti fokus kepada Universiti Keusahawanan macam UMK ni UMK ni dia fokus keusahawanan jadi apa jua bidang terbaru ia menarik di UMK ni bahasa arab dengan pelancongan, so ada nilai komersial pelancongan supaya dia belajar tentang keusahawanan tapi bidang dia masalah tapi nak cater kepada timur tengah. Saya harap UNISEL juga ikut tak perlu banyak-banyak mungkin board of directors boleh tentukan satu bidang yang khusus supaya YES this our nish yang lain tu kena ke belakang sikitlah supaya dia akan ikut jadi dia akan bawa payung itu tarik semua jadi semua akan ikut jadi ini pandangan saya Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, kita memang sedang membina karakter itu di dalam Universiti, maklumlah sebelum ini latar belakang ketuanya adalah Bidang Sosial Sains, sejarah. Jadi fokusnya mungkin berkurang selama bertahun-tahun, dan sekarang kita nak kembali pada fokus itu, tetapi fakulti sosial sains juga menarik Yang Berhormat pengajian TESL sebagai contoh pengajian business admin yang saya sebut tadi pengurusan perniagaan juga mendapat tarikan, kita tak nak bidang tu pun tenggelam, kita nak bidang tu yang selama ini menjadi tarikan terutama fakulti kampusnya di Shah Alam tu ramai yang ingin datang di kampus Shah Alam ni dan dapat berjalan dengan terus dan berkembang tetapi dalam masa perlahan-lahan kita membina kekuatan sains dan teknologi dan matematik di Fakulti Kejuruteraan dan Engineering itu akan memberikan sokongan dan dokongan yang lebih kuat kepada kekuatan UNISEL pada hari ini dan pada masa depan. Untuk makluman Yang Berhormat, tahun lepas kita belikan bantuan sebenarnya. Saya sebutkan kalau Kerajaan Negeri tak mampu pun bagi puluhan juta tapi kita masih lagi menyokong UNISEL kita bagi sokongan 4 juta tahun lepas, tahun ini pun mungkin jumlah yang sama mengikut kepada inisiatif yang diberikan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat sama ada nak jadi private Universiti yang hala tujunya adalah keuntungan semata-mata ataupun menjadi Universiti Awam, ha ini jadi ini memang menjadi delima lah. Kalau UNISEL semata-mata orentasinya adalah keuntungan semata-mata kita akan perkasakan lah TESL apa semua, pelajar-pelajar TESL kita dapat pelajar dari China sangat ramai 2, 3 tahun yang lepas. Dan ini adalah contoh bagaimana pengajian itu mendapat tarikan antarabangsa. Tetapi akibat COVID yang sangat besar sebenarnya kita dah dapat hampir daripada beberapa buah negara Afrika, Negara China dan negara Timur Tengah. Itu semua terhenti dalam 2, 3 tahun menyebabkan kitaran itu sedikit terganggu itu pun sebenarnya UNISEL masih lagi survive dengan sokongan dan dokongan Kerajaan Negeri kalau Kerajaan Pusat sebenarnya dia bagi pada Universiti-universiti Awam ini puluhan juta ringgit Malaysia. Jadi cadangan Yang Berhormat supaya mencari tokoh mencari yang lantik Naib Canselor itu Naib Canselor itu networking nya saya percaya sangat besar dalam bidang teknikal dan vokasional dan juga dalam Bidang Kejuruteraan dan berkembang nanti untuk memperkukuhkan sebab kita perlukan masa untuk itu tetapi jish ataupun nish ada dalam bidang sosial sains sebelum ini iaitu sebagai pengajian tessel dan business administration juga mendapat sokongan dan juga diteruskan tarikan yang sedia ada.

YB TUAN JEFRI BIN MEJAN

: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar atas jawapan yang cukup jelas, Ijok juga ingin mengucapkan terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar masih mempertahankan kejuruteraan Fakulti Kejuruteraan daripada ditutup dan memperjuangkan TVET. Jadi Ijok ingin bertanya teknologi AI yang berkembang masa ini apakah langkah UNISEL dari segi pelaburan jangka panjang dalam membangunkan dan menggunakan teknologi AI dalam masa 5 tahun yang ke hadapan jika boleh dikongsikan terima kasih.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih penerokaan dalam bidang AI sebenarnya diketuai oleh STDC baru-baru ini STDC pergi ke Amerika Syarikat bekerjasama dan bersedia untuk berkolaborasi dengan Berkeley Universiti Yang Berhormat Kinrara mewakili saya sebab waktu tu saya di Sumud Fortila yang harus saya laksanakan tanggungjawab itu dan kita telah menangani. STDC adalah pemangkin kepada UNISEL pada masa depan, sebab STDC sikapnya ataupun naturenya adalah dalam jangka pendek ataupun jangka sederhana dia tak sampai dapat Diploma pun. Bila dia nak lanjutkan di bidang pengajian sampai Ijazah atau PHD atau Masters atau Ijazah kedua barulah kita nak sambung UNISEL. Sekarang ni connection itu belum lagi lengkap tetapi kita sedang uruskan connectivity itu sebab STDC dah bina networking yang kukuh untuk kepada industri dengan Apple , dengan Zimman, source sistem sekarang dengan BMW sebenarnya kita dah hampir selesai dah negotiation kita dan kalau dengan Berkerley nanti kita akan dapat bekerjasama dengan Berkerley University one of the best University di Amerika Syarikat dalam bidang artificial intelligent itu semua akan dirangkumkan dengan kerjasama dengan UNISEL kerana kekuatan UNISEL ni dia dah tidak ada urusan tidak ada halangan dengan kelulusan ataupun pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Itu kelebihannya jadi kita kena gunakan untuk lanjutan daripada apa yang telah dicapai dalam bidang yang lain. Berkenaan dengan kelestarian kewangan, sebenarnya UNISEL juga seperti UIS berdepan dengan cabaran hutang institusi kewangan dan sebagainya Affin Bank dan sebagainya. Hari tu telah kita selesaikan pada tahun 2020, dengan sebab itu sebenarnya UNISEL mempunyai potensi membangunkan aset kita ada hampir seribu ekar di kampus bestari jaya. Di kampus Bestari Jaya yang boleh dibangunkan kita ada pertikaian sebenarnya di tanah kita di Dengkil dan juga di kawasan bersebelahan di kawasan Bestari Jaya itu ada tanah ada boleh unlock selepas Kerajaan Negeri menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh UNISEL tahun 2020 ataupun 2021 tapi maknanya dah selesailah hutang di pihak UNISEL kita minta pihak UNISEL ataupun MBI serahkan pada anak syarikat yang lain supaya boleh dibangunkan dan boleh menyambung ataupun memastikan kelestarian kedudukan kewangan UNISEL pada masa ini dan juga pada masa depan. Jadi itu kesimpulan yang ataupun jawapan yang boleh saya berikan terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Tua, bila melihat kepada pengurusan terutamanya kewangan di UNISEL ini kita tak gusar kerana tengok pada kerugian bersih tahun 2024, 300 Juta soal berkenaan bantuan kerajaan itu dah wajib infrastrukturnya dan selaginya perlu dibantu kerajaan. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Tua kita gabungkan antara pengurusan sebagai sebuah universiti ataupun kolej swasta sepenuhnya macam UNIKL, Sunway kolej tapi pada masa yang sama dalam Negeri Selangor, bantuan Kerajaan tu terutama tentang anak-anak kecil yang belajar ni subsidi dan sebagainya diteruskan juga supaya kita dapat naikkan rating UNISEL itu dan korporat practise dapat dijalankan dan governance dalam UNISEL itu dapat diselaraskan dengan baik dapat mengurangkan hutang piutang saman menyaman dan sebagainya apa pandangan Yang Berhormat?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih sudah pasti Kerajaan akan bantu apa yang kita mampu. Kalau kita tengok dalam belanjawan 2026, caranya adalah cara kreatif supaya mereka cari pelajar bukan hanya kita top up dia kurang 4 Juta kita tambah 4 Juta dia kurang 10 Juta kita tambah 10 Juta sampai bila-bila dia tak akan selesai. Cari pelajar dengan tambah pelajar kita akan tambah lagi bantuan untuk 50% tersebut. Itu kita mulakan 17 Juta tahun ini. 17 Juta untuk 2 universiti UIS dan juga UNISEL, jadi tahun depan kalau mereka dapat tambah lagi mereka boleh tambah lagi ataupun cari. Jadi pelajar ataupun mahasiswa mahasiswi itu adalah nilai yang kita nak nilai itu kerana mereka akan dapat pinjaman nilai itu mereka akan bawa bayaran yuran itu akan menambah keuntungan keupayaan UNISEL untuk meneruskan operasi mereka. Tapi di sini kita ada tanggungjawab sosial tanggungjawab sosial itu permintaan rakyat Selangor, sebenarnya UNISEL apa juga yang dikenali UNISEL, UNISEL adalah yuran paling rendah di kalangan universiti-universiti swasta di seluruh Malaysia paling rendah, dan kalau kita compare kita dengan kolej insaniah ataupun dengan kolej milik yang lain saya rasa UNISEL masih lagi berada di tahap yang lebih baik waktu ini, ataupun tahap yang lebih baik bukan sahaja kerana sokongan Kerajaan Negeri kerana brand kita dalam beberapa fakulti itu masih lagi kuat dan boleh menarik seperti contoh tessel tadi ataupun business administration kita ataupun pendidikan awal, sebenarnya Pendidikan Awal juga agak bagus tarikannya, di kalangan market ataupun di kalangan pasaran tapi nak compare dengan Universiti Awam itu jadi masalah, sebab tu saya merasa apa yang diberikan pandangan tadi kita kena clear, nak jadi public universiti boleh maknanya government spend 40-50 Juta uruskan lah. Nak jadi private universiti boleh jadi kita kena fokus market nak apa, buat branding buat apa-apa semua jalan tetapi private universiti tidak ada jaminan survival itu. So bila tidak ada jaminan camana? Kerajaan Negeri kena datang top up lah itu cadangan Yang Berhormat tapi kita tak boleh business modal tak boleh nak kekal begitu, sebab itu kita minta beberapa kreativiti yang kita nak. Silakan Bukit Gasing...

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Okay itu yang saya risau, kalau nak pergi round untuk jadi private universiti, macam mana nak panggil student kalau kita nak tarik semata-matanya kita yang termurah ini akan membelanja duit yang sangat besar dalam jangka masa yang panjang setiap tahun kena belanja duit yang sangat besar kalau bersedia tak pe if not kita kena tarik student yang terbaik, this 50% scholarship yang kita bagi pada student kalau kita redirect kalau kita bagi student cemerlang, dia akan meningkatkan prestij we need to tarik student dari segi this is the best place to study.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ada 2 perkara sama ada student yang datang harus dilatih oleh pensyarah dan juga tenaga pengajar yang baik. So kalau tenaga pengajar yang baik dia juga akan dapat menarik mahasiswa mahasiswi yang terbaik itu yang nak ditonjolkan ataupun perkara yang nak dikembangkan. Jadi Kerajaan Negeri cuba memantau sama ada memastikan permintaan rakyat Selangor untuk masuk kita

benarkan memang majoriti rakyat Selangor membantu B40 dan sebagainya, tetapi mencipta best itu kita kena bina nise ataupum tumpuan dan sekarang tumpuannya dalam bidang teknikal dan vokasional yang pentingnya kita agak beruntung di negeri Selangor kerana kita telah membina jaringan dengan industri Kerajaan Negeri sendiri contoh membuat program latihan lanjutan ataupun program-program lanjutan dengan G and G kita dah berlanjutan hampir 3,4 kohort dah itu diurus oleh MBI itu adalah graduate assume all that graduate bukan mereka yang belajar there are fresh graduate daripada Universiti Awam, Universiti Swasta. STDC sebahagian daripadanya adalah bekas-bekas graduan yang bekerja memantapkan upskilled dan reskilling, kemahiran dan talent mereka. Jadi ini adalah perkara yang besar yang kita nak buat tetapi hala tujunya jelas. Tetapi model perniagaan business modelnya ataupun bentuk hala tujunya akan sedikit hybrid ini yang sebenarnya cabaran kita. Walaupun saya katakan we are not best lagi tetapi we are survival tu dalam erti kata pendamik UNISEL tak sebagaimana – mana kolej tertentu ada 100 pelajar. Kita dapat tarik 700 pelajar masa itu still survival sekarang masa untuk kita escalate guide dengan lebih pantas ke depan, fokus jelas, hala tujunya jelas, sokongan Kerajaan juga bertambah. Tak cukup dengan bantuan 50% ataupun 5% ni kita tambah lagi dengan program nursing yang ada sokongan dan bantuan dan ini semua akan jadi program-program baru yang akan memperkasakan UNISEL. Pukul 1.00.

TUAN SPEAKER

: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di Dewan adalah satu usul yang berbunyi bahawasanya mengikut peraturan 7.6(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JP-ABAS) berhubung hala tuju Universiti Selangor (UNISEL) yang telah dibentangkan di dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2026. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya (Ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Usul ini dipersetujui. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan waktu menunjukkan pukul 1:00 petang dengan ini saya menangguhkan Sidang Dewan ke pukul 2:30 petang. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 petang)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Ya Dewan bersambung semula. Saya minta Setiausaha Dewan untuk menyebut aturan urusan seterusnya.

Usul nombor 5 tahun 2026, Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat MeruMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan seterusnya Usul nombor 5 tahun 2026, Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Meru.

Speaker

Ya, Yang berhormat Meru, silakan. Meru panjangkah? Ucapan panjang?

YB PUAN MARIAM BINTI ABDUL RASHID – Tak, sebab saya bercadang, saya akan baca sahaja, penemuan sahaja.

Speaker

5 minit boleh? 5 minit.

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita, serta kesejahteraan hidup, JPK Sejahtera, berhubung pencemaran udara di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 11/2026. Beberapa Mesyuarat Jawatankuasa telah diadakan dengan memanggil beberapa agensi seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam dan MPKJ. Setelah mendengar keterangan-keterangan daripada agensi-agensi tersebut, jawatankuasa telah, penemuan-penemuan jawatankuasa adalah seperti berikut. Susulan daripada taklimat tertutup JPK Sejahtera Bilangan 7/2025 yang bertarikh 14 Ogos 2025 oleh pihak JAS, Jabatan Pertanian Negeri Selangor serta PBT MBSA dan MPKJ, JAS telah pun mengeluarkan surat pemakluman kepada semua agensi Kerajaan Negeri yang diwakilkan kuasa di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling. Perwakilan kuasa kepada Jabatan Kerajaan PBT dan Perbadanan 2025 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bertarikh 14 November 2025 yang bertujuan untuk memaklumkan secara rasmi mengenai Pelaksanaan Perintah Perwakilan Kuasa di bawah Seksyen 49 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Akta 127 yang berkuat kuasa mulai 8 Julai 2025.

Jawatankuasa mendapati bahawa kekangan dari segi sumber tenaga kerja yang dihadapi oleh JAS membataskan keupayaan mereka dan keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan

keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh terhadap tapak-tapak yang menjadi tempat kegiatan pembakaran secara terbuka yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Jawatankuasa mendapati bahawa hebahan mengenai kadar denda dan tindakan terhadap aktiviti pembakaran terbuka semata-mata adalah tidak mencukupi untuk memberi kesedaran yang menyeluruh kepada rakyat mengenai kesalahan tersebut. Seterusnya, Jawatankuasa mendapati wujud keperluan mendesak untuk JAS mengadakan sesi libat urus dengan semua PBT di Selangor bagi menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang agar isu pembakaran terbuka dapat ditangani secara kolektif tanpa pertindihan ataupun kekosongan bidang kuasa.

Saranan Jawatankuasa. Jawatankuasa menyarankan EXCO Pertanian, EXCO Kerajaan Tempatan, EXCO Alam Sekitar untuk mengesahkan sama ada agensi-agensi di bawah mereka bersedia untuk mengambil tanggungjawab penguatkuasaan terhadap pencemaran udara seperti yang dinyatakan di dalam Surat Pemakluman JAS bertarikh 14 November 2025. Jawatankuasa menggesa Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Kerajaan Pusat agar peruntukan kewangan dan sumber manusia yang mencukupi disediakan bagi JAS bagi membolehkan JAS mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan efisien.

Seterusnya, point tiga, Jawatankuasa menyarankan supaya JAS meningkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pencemaran udara dan membuat hebahan berterusan secara meluas mengenai denda berhubung aktiviti pembakaran terbuka. Seterusnya, Jawatankuasa menyarankan agar Jabatan Pertanian serta agensi-agensi berkaitan menggunakan pendekatan alternatif dalam mendidik petani mengenai kaedah pertanian yang betul, khususnya berkaitan penggunaan racun pasaran gelap yang merbahaya memandangkan ramai petani masih tidak mengetahui bahawa denda atau kompaun yang tinggi boleh dikenakan sekiranya didapati melanggar peraturan tersebut. Sekian, Meru mohon mencadang.

Speaker

Penyokong, Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ya.

Hulu Bernam

Speaker

Morib. Saya beri 5 minit?

Tak sampai. Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Tuan Speaker, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jangan kacau, tak habis nanti. Tuan Speaker, pencemaran udara di Selangor bukan saja menjadi kerisauan, malah membahayakan kesihatan rakyat. Pencemaran ini juga bukan sahaja pembakaran kilang, kilang, sungai, malah tempat pembuangan sampah. Isu ini kita perlu ambil perhatian adalah kerana beberapa faktor dan banyak risiko kepada rakyat Selangor. Kalau kita pergi ke kawasan industri seperti di Shah Alam juga, pagi-pagi bila kita pergi bekerja, kita buka tingkap, kita dah rasa bau. Itu yang merisaukan kita, bukan kerana pasal bau saja, sebenarnya itu adalah risiko kesihatan kepada rakyat Negeri Selangor.

Tuan Speaker, contoh seperti tempat saya di Morib, di Sungai Buaya, pencemaran berlaku adalah disebabkan kilang-kilang sawit. Kilang sawit ini kalau kita tengok, dia akan melepaskan asap pada waktu malam untuk mengelak dikesan. Tetapi mereka tidak boleh sorok perkara ini kerana pencemaran bau itu berlaku dan saya rasa pihak Kerajaan perlu bertindak tegas dalam perkara ini. Dan sudah bertahun masalah ini berlaku dan mereka mengabaikan dan saya tidak tahu di pihak jabatan JAS ini mengambil tindakan atau tidak. Saya berharap agar Kerajaan Negeri mengambil langkah yang cepat dan bertanggungjawab dalam memastikan saranan jawatankuasa melaksanakan dengan kadar segera.

Pencemaran udara ini bukan sahaja di kilang-kilang tetapi juga di bawah penternakan. Penternakan juga seperti ladang ayam dan ladang babi. Tapi ladang babi, Insya Allah kita dah tak ada masalah. Ladang-ladang ayam juga mengeluarkan pencemaran bau dan ini juga saya ada relate dengan veterinar. Jadi bagi saya pencemaran udara ini juga dia melibatkan pencemaran bau juga ianya berlaku di ladang-ladang pertanian juga yang menggunakan baja-baja kompas. Bila mereka membuat ladang-ladang ataupun pertanian mereka menggunakan baja kompas seperti tahi ayam. Ini juga boleh menyebabkan pencemaran udara dan bau yang boleh menarik serangga seperti lalat. Jadi ini juga kita kena ambil perhatian. Dan selebihnya penambahbaikan pengurusan dan penambahbaikan akta perlu dilakukan supaya masalah pencemaran udara ini dapat ditangani dengan segera.

Dengan adanya teknologi yang semakin canggih, dengan ini Morib mencadangkan agar sudah sampai masanya disarankan ataupun diwajibkan kepada semua kilang-kilang di Selangor khususnya menggunakan alat pengesan pencemaran udara di setiap kilang-kilang seperti ESG monitoring system untuk dapat kita mengesan dan mengawal pencemaran udara yang lebih berkesan. Dan saya juga dimaklumkan perkara ini juga telah berlaku di Johor dan di Sarawak. Jadi saya rasa sudah masanya untuk Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor untuk kita mewajibkan atau menyarankan setiap kilang memerlukan satu alat pengesan pencemaran udara. Jadi dengan itu Tuan Speaker, saya memendekkan ucapan saya, bahas saya, jadi Morib mohon mencadang.

2 minit. Hulu Bernam.

Speaker

Hulu Bernam.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak rakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa Sejahtera yang telah membawa satu Usul berhubung pencemaran udara di Negeri Selangor ini. Jadi kita sedia maklum bahawa penjagaan alam sekitar ini merupakan tanggungjawab bersama, tanggungjawab sosial, tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam menjaga kelestarian alam sekitar kita. Dan juga kita meletakkan satu kepentingan untuk memiliki udara yang bersih untuk kesihatan awam dan juga kelestarian alam sekitar kita. Tetapi saya melihat di dalam penyata yang dibentangkan ini, saya tidak nampak ada satu pembentangan yang menyeluruh berkenaan dengan sasaran kualiti udara yang kita nak capai di dalam penyata ini. Mungkin nanti Yang Berhormat EXCO akan menggulungkan. Sebab apa, sebab saya lihat ada enam buah stesen sahaja di seluruh Negeri Selangor yang diletakkan untuk memantau kualiti udara di negeri kita. Sedangkan kawasan kita yang begitu luas, kita ada sembilan buah PBT jadi jumlah stesen pemantauan udara yang perlu ditambah akan memberikan satu bacaan yang lebih tepat di manakah lokasi-lokasi yang menyumbang kepada pencemaran udara dan membawa kepada pencemaran bau juga.

Selain daripada yang disebutkan di dalam jawatankuasa ini, jawatankuasa menulis di dalam penyata ini berkenaan dengan yang menyumbang kepada pencemaran adalah daripada pertanian, daripada pembakaran kecil. Yang saya lihat antara penyumbang-penyumbang yang menyumbang kepada pencemaran udara ini adalah daripada industri-industri yang berada di luar sana. Saya faham ada industri yang telah menghantar laporan kepada JAS berkenaan dengan kualiti udara yang dilepaskan dan ada kilang-kilang yang tanpa kebenaran mungkin turut menyumbang kepada pencemaran udara ini. Selain daripada kawasan trafik yang begitu sesak di seluruh negeri Selangor yang turut menyumbang kepada pencemaran kualiti udara dan juga bau ini.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan pandangan saya terhadap saranan daripada jawatankuasa yang kita lihat ada beberapa cadangan yang dicadangkan. Saya rasa saya terima, cuma kita perlu tambah sedikit cadangan iaitu berkenaan dengan meneroka teknologi-teknologi baru nak mengurangkan pembakaran di kawasan pertanian dengan menukarkan sisa buangan pertanian itu kepada produk yang kalau kita lihat pada minggu lalu daripada UM, student ataupun student-student dari UM, dia ada membawa satu teknologi yang boleh buat produk diesel ataupun produk petrol menggunakan bahan-bahan buangan daripada pertanian. Mungkin ini adalah satu ruang yang kita perlu teroka untuk mengehadkan pembakaran di kawasan pertanian supaya sisa buangan itu dapat di convert menjadi satu produk yang boleh diguna pakai di pertanian itu sendiri.

Dan yang paling saya ingin tekankan juga adalah berkenaan dengan pencemaran udara ini membawa kepada pencemaran bau di kawasan-kawasan sekitar. Bau pelepasan daripada industri ini cukup tengik jadi penduduk yang duduk di kawasan sekitar mudah terjejas. Jadi,

perlunya Kerajaan Negeri memikirkan untuk menambah stesen pemantauan kualiti udara sebagai contoh di Hulu Selangor belum ada stesen pemantauan kualiti udara. Jadi melalui stesen yang ada ini kita dapat fokuskan kawasan mana yang menyumbang kepada pencemaran udara, jadi intervensi-intervensi dapat dilakukan khusus kepada kawasan-kawasan yang menyumbang kepada pencemaran kualiti udara ini. Jadi, sekadar itu dahulu saya rasa perbahasan saya pada petang ini terima kasih Tuan Speaker kerana beri ruang kepada saya untuk menambah sedikit sebanyak daripada perbahasan Usul ini. Terima kasih.

Speaker

Kuala Kubu Baharu

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada JPK Sejahtera atas pembentangan penyata ini. Saya setuju bahawa di Selangor memang kita mengalami masalah kekurangan jentera bagi pihak JAS di negeri Selangor sebagai contoh bagi cawangan JAS di Gombak sebenarnya mereka di bertanggungjawab untuk menjaga daerah Gombak, Selayang dan juga Hulu Selangor. Jelasnya kekurangan jentera ini memberi kesan kepada keberkesanan penguatkuasaan, pertama.

Yang kedua, dalam laporan ini berkenaan hanya enam stesen pemantauan kualiti udara di Selangor jelas tidak cukup dan juga berkenaan dengan jawapan daripada Yang Berhormat EXCO bahawa pemantauan kualiti udara yang paling dekat KKB iaitu terletak di Kuala Selangor dan Tanjung Malim di bawah sistem APIMS yang dipaparkan di portal secara real time dengan izin dan cadangan kita adalah supaya mewujudkan cawangan khas JAS bagi Hulu Selangor supaya kita boleh memantau kualiti udara di kawasan Hulu Selangor dengan cara memakai pemantauan kualiti udara mudah alih di kawasan sekitar Hulu Selangor. Jadi kita tidak bergantung kepada sistem pemantauan yang besar tetapi melalui penguatkuasaan yang lebih kerap, pemantauan yang lebih kerap dengan alat-alat mudah alih. Dan saya harap juga, saya juga menyeru Kerajaan Persekutuan, Jabatan Alam Sekitar Persekutuan supaya memberi fokus kepada Negeri Selangor dari segi meningkatkan jentera kita di Selangor dan juga memberi lebih banyak bajet kepada Negeri Selangor supaya kita boleh meningkat kapasiti jentera-jentera JAS supaya pegawai-pegawai yang menunaikan tanggungjawab mereka dapat kekuatan daripada turun dan naik ini. Terima kasih tuan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Speaker.

Speaker

Pelabuhan Klang.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang ingin mengambil bahagian untuk berbahas tentang penyakit jawatankuasa yang telah dibentangkan oleh JPK Sejahtera berkenaan dengan isu pencemaran udara di Negeri Selangor. Pelabuhan Klang ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor supaya memantau kebanyakan pelepasan-pelepasan asap kilang-

kilang dibuat pada waktu malam dan rondaan penguat kuasa ini sepatutnya perlulah dijalankan pada waktu malam. Dan pada waktu malam lah selalunya pencemaran udara ini berlaku seperti di kawasan Pelabuhan Klang. Boleh tengok, selepas pukul 12:00 malam di kawasan Pelabuhan Klang banyak kilang-kilang melepaskan asap yang kita tidak pasti sama ada asap tersebut boleh dilepaskan ataupun tidak yang kita tidak tahu apa kandungan yang ada di dalam asap tersebut. Tapi segalanya berlaku pada waktu malam. Dan saya harap pihak Kerajaan Negeri peka tentang isu pencemaran udara ini dan ambil perhatian serius dan harap perkara ini akan dapat diselesaikan pada masa hadapan. Itu sahaja pandangan daripada Pelabuhan Klang. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Kota Damansara.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kota Damansara ingin mengambil bahagian dalam penyata Jawatankuasa Pilihan Khas, Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan atau JPK Sejahtera berhubung dengan pencemaran udara Negeri Selangor. Yang berhormat Speaker, antara pertemuan penemuan yang telah direkodkan di sini tapi Kota Damansara mungkin untuk mencadangkan sebab bila kita bercerita penguatkuasaan kadang-kadang apa yang dilihatkan adalah berkenaan kekurangan enforsement atau kekurangan anggota tapi walau bagaimanapun dengan dalam keadaan kekurangan anggota, saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan untuk mempertimbangkan sebab kadang-kadang enforsement kita ni kita terpaksa pergi ke kawasan-kawasan yang berisiko tinggi sebab kita tahu contoh kawasan tapak sampah haram yang mana dijaga oleh gangster-gangster. Jadi kadang-kadang bila enforsement-enforsement kita pergi ni, dia kena halau balik macam tu sahaja.

Jadi, saya minta kalau andai kata enforsement-enforsement kita juga mempunyai senjata api yang boleh membantu enforsement-enforsement kita bila pergi ke kawasan-kawasan tertentu untuk kita lihat membuat ambush di kawasan-kawasan sini. Ini menjadikan masalah sebab kadang-kadang kita punya enforsement kita ni dah la tak ramai, lepas itu tidak dibekalkan dengan keselamatan yang mencukupi. Jadi akhirnya mereka dan keluarga mereka pula yang menjadi sasaran kepada mereka-mereka. Kadang-kadang kita kejar yang kepada yang pembakaran-pembakaran kecil sebenarnya jumlahnya tidak begitu signifikan berbanding dengan kawasan-kawasan yang seperti pembakaran kawasan sampah haram ataupun kilang-kilang tanpa izin. Ini yang sebenarnya yang memberikan satu sumbangan dinilai yang sangat besar kepada jumlah pencemaran udara. Jadi, mungkin Yang Berhormat EXCO atau Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan atau membuat ada satu jawatankuasa khas yang mana setiap kali kalau andai kata kita punya enforsement turun ke bawah diikuti oleh polis atau pegawai-pegawai yang mempunyai senjata api. Terima kasih. Saya ingat itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Speaker

Ijok. Ijok 2 minit la.

2 minit. Baik. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Ijok juga nak menyatakan berkenaan dengan jawatankuasa ingin menyentuh pada penemuan kepada JAS iaitu 3.16 dan 3.18 yang mana masalah-masalah pembakaran yang dihadapi oleh PBT adalah di mana, kes-kes ini dilakukan oleh warga asing. Jadi, sebagai contoh di Kampung Bukit Badong semalam satu bengkel atau pun satu kedai half cut, satu kedai half cut yang membuat kerja-kerja pemotongan kereta melakukan pembakaran tayar dan sebahagian part-part kereta. Jadi, melepaskan apa nama asap yang hitam lah jadi menyebabkan pencemaran udara. Jadi, penguatkuasaan perlu ditegakkan seperti mana yang dimaklumkan oleh sahabat-sahabat saya daripada Pelabuhan Klang dan Kota Damansara. Jadi, Tuan Speaker, Ijok juga ingin berkongsi berkenaan dengan sebagai contoh lah di Batu 23, Jalan Ijok pernah berlaku kebakaran besar melibatkan longgokan sampah termasuk bahan kimia bahaya seperti asid hidroklorik, kepulan asap hitam boleh dilihat dari jarak jauh yang memaksa pasukan HAZMAT digerakkan bagi mengawal keadaan. Sebenarnya isu ni bukan isu bau sahaja, dia adalah isu keselamatan dan kesihatan. Dari sudut lain, kawasan sekitar Kampung Harmoni Ijok juga dikenal pasti sebagai kawasan hotspot, apa ni kawasan buang sampah. Maknanya, ini bukannya satu isu yang terpencil. Ia berulang dan berakar.

Tuan speaker, kalau kita lihat perkara-perkara ini berlaku sampah-sampah haram ni, pada musim panas, kemarau sampah terbakar. Udara tercemar, bau busuk dan menjejaskan kehidupan seharian. Bila musim hujan, sampah ini pula yang akan menyebabkan banjir. Jadi, saya setuju dengan Pelabuhan Klang kena tingkatkan penguatkuasaan dan kita maklum kalau kita baca dari sini JAS memaklumkan kekurangan anggota. Jadi, saya mohon Kerajaan memandang saranan-saranan yang telah dibangkitkan dan dikongsikan dalam jawatankuasa ini. Terima kasih Speaker.

Speaker

Sekarang ni saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Bandar Utama untuk memberi penjelasan sekiranya ada.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Jawatankuasa Khas Sejahtera atas pembentangan dan juga perbahasan oleh Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian. Jadi mengenai penyata yang telah dibahaskan ini sebenarnya daripada pejabat saya salah satu pejabat EXCO lah mengetahui isu dan keadaan di mana Jabatan Alam Sekitar terutamanya di Negeri Selangor akan sering mempunyai isu berkaitan dengan sumber manusia atau pun sumber peruntukan. Jadi, cuma sekadar makluman terlebih dahulu, sebenarnya pada tahun lepas sekitar Mac pejabat saya pun pernah memaklumkan perkara ini ketika mesyuarat bersama dengan menteri dan juga telah menghantar surat rasmi bahawa kita inginkan peruntukan yang lebih banyak atau pun sumber yang lebih banyak untuk membantu Jabatan Alam Sekitar Selangor di mana Selangor ini memang satu negeri yang mempunyai masalah-masalah yang lebih serius lah dan juga

mungkin isu yang lebih banyak kerana kita mempunyai populasi dan kepadatan yang lebih tinggi.

Jadi, berhubung dengan perkara ini, kita sedang menunggu maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan tapi apa yang nyata seperti yang telah dilaporkan di dalam pembentangan tersebut di mana selepas itu, pada 8 Julai 2025 telah menguatkuasakan penurunan atau perwakilan kuasa kepada agensi-agensi lain yang berkaitan seperti disebutkan berkaitan dengan EXCO Pertanian atau pun EXCO PPT dan sebagainya. Jadi kita pun, melihat ini merupakan satu medium ataupun platform yang baik di mana kita sekali lagi ingin mengingatkan bahawa sekiranya ada isu berkaitan dengan pencemaran udara atau pun pencemaran lain bukan sahaja hanya boleh diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar malah juga jabatan atau pun agensi yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, kita akan melihat lah kepada saranan-saranan dan akan disampaikan saranan lain kepada agensi atau pun Kerajaan Persekutuan. Dan saya juga sangat bersetuju kerana sebelum ini bila saya pergi ke tempat-tempat lain ada negara atau pun negeri di luar negara di mana biasanya kalau permit atau pun apa tu cukai yang dibayar lebih kepada kelulusan adalah di federal level (dengan izin) tapi kompaun biasanya seharusnya dikembalikan lah kepada negeri. Tapi, di Malaysia biasanya segala jenis kompaun, permit dan sebagainya akan disalurkan terus kepada Kerajaan Persekutuan dan selepas itu akan dialihkan semula sumber, tak boleh cakap pendapatan lah, sumber yang dikutip tu. Jadi, kita pun berharap bahawa kita mempunyai lebihan sumber daripada Kerajaan Persekutuan. Namun, saya pun ingin ingatkan termasuk tadi ada juga Yang Berhormat telah membangkitkan kita patut mengubah akta supaya akta menjadi lebih tegas dan mempunyai hukuman atau pun penalti yang lebih serius, perkara itu pun lebih kepada tanggungjawab atau pun peranan yang boleh dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan, kerana di bawah Kerajaan Negeri kita lebih tertakluk kepada enakmen.

Walau bagaimanapun, seperti yang dikatakan tadi perkara ini akan dibangkitkan lah ketika mesyuarat bersama dengan MASCO atau pun melalui saranan daripada jawatankuasa boleh kita sampaikan. Sedikit penambahan maklumat juga, selain daripada stesen udara sebenarnya melalui Jabatan Alam Sekitar terdapat juga jenis-jenis pemantauan lain termasuk sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar sebenarnya juga ada mensyaratkan kilang-kilang dalam beberapa sektor atau pun industri tertentu untuk mempunyai pelepasan udara hasil aktiviti industri untuk memasang satu pemantauan atau pun sistem sebagai contoh Continuous Emissions Monitoring System. Jadi, pada kilang-kilang yang diwajibkan itu memang Jabatan Alam Sekitar ada juga orang kata pemantauan lah daripada masa ke semasa. Namun saya ketahui banyak cabaran yang masih wujud di bawah Negeri Selangor dan untuk perkara itu sekiranya saya mempunyai atau pejabat saya mempunyai dapatan cadangan atau pun maklum balas lanjut berkaitan dengan semua cadangan yang

dikemukakan kita akan maklumkan secara lebih terperinci dalam masa yang terdekat melalui jawapan bertulis. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah, Ahli-ahli Yang Berhormat yang sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu Usul yang berbunyi bahawasanya menurut peraturan tetap 76 (5) peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita serta kesejahteraan hidup atau JPK Sejahtera berhubung pencemaran udara di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 11 tahun 2026. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya

AHLI DEWAN : Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak. Usul ini, dipersetujui.

Usul No. 6 tahun 2026Motion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya, Usul No. 6 tahun 2026. Usul di bawah peraturan tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Speaker

Ya, Bukit Lanjan. Silakan.

Yang Berhormat Speaker, peraturan tetap Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ya.

Yang Berhormat Speaker, peraturan tetap 24 (8)

Speaker

Ya, apa dia? Apakah yang perlu disebutkan Yang Berhormat?

Yang Berhormat Speaker, kalau tengok Yang Berhormat Speaker peraturan tetap 28 semua pertanyaan bagi jawapan bertulis hendaklah dijawab dan jawapan yang bertulis diedarkan kepada ahli yang bertanyakan soalan tersebut pada minggu pertama sidang dewan. Yang Berhormat Speaker di atas meja saya Alhamdulillah saya telah menerima beberapa soalan bertulis saya. Tapi, walau bagaimanapun soalan saya, saya hanya dapat 7 sahaja. Maksudnya kalau saya dimaklumkan bahawa hari ini kita akan habis dewan. Jadi, saya memerlukan lagi 3 soalan dan yang mungkin ADUN-ADUN lain masih belum lagi dapat. Jadi, saya harap boleh dapatkan pada hari ini.

Speaker

Ya, sepatunya perlu dibekalkan pada minggu pertamalah kalau ada apa-apa, sesiapa yang belum lagi menerima boleh mengutarakannya secara bertulis kepada urus setia untuk kami disiasat dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Bukit Lanjan, teruskan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita serta kesejahteraan hidup, JPK Sejahtera berhubung pencemaran air di negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 12 Tahun 2026.

Tuan Speaker, pembentangan penyata ini hadir pada waktu yang amat tepat dan baru-baru ini dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Baginda telah menzahirkan satu kegusaran yang amat mendalam dan menitipkan pesanan yang sangat-sangat tegas mengenai isu pencemaran sungai. Dan baginda dengan jelasnya turut menegaskan agar Kerajaan Negeri harus peka terhadap kilang-kilang yang tidak menguruskan sisa secara berhemah serta menitahkan agar tindakan yang keras harus diambil terutamanya kepada kilang yang beroperasi tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan. Tambahan pula, saya baru-baru sahaja pagi ini terbaca satu berita yang di mana kita sedang bincang isu pencemaran air atau pun sungai, dalam Dewan yang mulia ini. Tetapi ia berlaku satu kejadian satu pencemaran sungai di luar sana, iaitu di Teluk Panglima Garang. Dan saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan mereka dah ambil tindakan yang pantas, seperti Jabatan Alam Sekitar, MPKL, LUAS dan juga JPS. Oleh itu, penyata ini, Tuan Speaker, adalah satu hasil collective antara ahli jawatankuasa yang telah mengenetepikan perbezaan politik demi satu matlamat sahaja, iaitu Selangor bebas daripada pencemaran air. Tuan Speaker, untuk meneliti tentang status pencemaran yang sedang berlaku di Negeri Selangor, JPK Sejahtera telah menjemput pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, untuk memberikan satu taklimat kepada pihak jawatankuasa mengenai status pencemaran air yang berlaku di Negeri Selangor pada 06 Ogos tahun 2025, melalui sesi libat urus bersama Dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa jurang yang besar yang perlu kita rapatkan. Iaitu, penemuan jawatankuasa, adalah seperti berikut :

Pihak jabatan alam sekitar memaklumkan bahawa mereka menjalankan aktiviti pemantauan dan pengesahan terhadap premis-premis yang tidak berdaftar bagi pelepasan effluent, di bawah seliaan mereka. Tindakan ini dilaksanakan melalui rondaan berkala, maklum balas yang diterima daripada aduan orang awam, serta pengesahan pencemaran yang dikesan berpunca daripada sungai-sungai telah dikenal pasti tercemar. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Alam Sekitar turut menjelaskan bahawa terdapat kekangan dari segi sumber tenaga

kerja yang membatas keupayaan mereka untuk mengenal pasti semua premis yang terlibat. Keadaan ini, sedikit sebanyak menjejaskan keberkesanan pemantauan secara menyeluruh terhadap premis-premis yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sungai. Jawatankuasa juga berpendapat, meskipun setiap premis mematuhi peraturan pelepasan sisa ke dalam sungai, dan pelepasan tersebut berada dalam had kapasiti, untuk menjadi proses, menjalani proses pembersihan kendiri, self-verification capacity, dengan izin. Jumlah premis yang tinggi di sesuatu kawasan, tetap boleh menyebabkan pencemaran dilakukan di sebabkan oleh beban pencemaran yang terkumpul. Jabatan Alam Sekitar didapati hanya mengawal selia rapi, pelepasan effluent daripada premis berdaftar seperti kilang sahaja. Namun banyak sumber pencemaran air juga datang daripada premis kediaman, pasar dan lot kedai, yang juga perlu diambil kira, jika Selangor mempunyai cita-cita sungai yang bersih.

Untuk saranan Jawatankuasa, kita ada empat , Jawatankuasa menggesa Kerajaan Negeri untuk berunding dengan kerajaan pusat, agar peruntukan kewangan dan sumber manusia yang mencukupi disediakan bagi jabatan alam sekitar bagi membolehkan Jabatan Alam Sekitar mempunyai kapasiti yang mencukupi, untuk memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan efisien.

Kerajaan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar disarankan untuk mengenal pasti muatan pencemaran, caring capacity, dengan izin, setiap sungai, bagi menambah baik peraturan pelepasan effluent, supaya jumlah pelepasan tidak mencemari sungai.

Bagi menangani masalah pencemaran yang disebabkan oleh beban sisa pelepasan kilang yang terkumpul, Kerajaan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar perlu mengimbangi di antara memperketatkan kadar pelepasan sisa ke dalam sungai ataupun mengurangkan pengezonan bagi kawasan perindustrian, supaya pelepasan tersebut tak ada dalam had kapasiti sungai untuk menjalani proses pembersihan kendiri.

Jawatankuasa juga menyarankan supaya bidang penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar ini diperluaskan kepada premis kediaman, pasar dan lot kedai serta premis-premis yang lain, yang juga membuat pelepasan sisa buangan ke dalam longkang, untuk memastikan semua sungai di Selangor bersih. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

TUAN SPEAKER

: Penyokong.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

TUAN SPEAKER

: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Pelabuhan Kelang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya membaca dan mendengar dengan teliti pembentangan penyata yang dibentangkan oleh Jawatankuasa JPK Sejahtera. Berhubung dengan pencemaran air di Negeri Selangor. Dan apabila saya tengok saranan-saranan jawatankuasa ini, ia sangat bergantung pada Jabatan Alam Sekitar. Tetapi apa yang mengejutkan kita, ialah pada 29 Januari 2026, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan timbalannya ditahan oleh SPRM, berkaitan dengan isu salah guna kuasa dalam pengurusan sisa elektronik e-waste. Ini yang ditahan. So, kita sangat mengharapkan penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar tetapi bagaimana dengan integriti anggota-anggota, penjawat awam yang bertugas di dalam Jabatan Alam Sekitar. Jadi, saya berharap, integriti penguat kuasa di Dalam Jabatan Alam Sekitar ini perlu ditingkatkan. Kalau ketua pengarah dan timbalannya pun ditahan oleh SPRM, bagaimana dengan rangkaian organisasi di bawah ketua pengarah dan timbalan ketua pengarah. Ini di peringkat persekutuan, jadi bayangkan di peringkat-peringkat negeri. Jadi, saya harap perlulah dilihat dan dinilai semula, integriti penguatkuasa-penguatkuasa yang ada di dalam Jabatan Alam Sekitar ini. Sebab, mustahil lah, saya tengok banyak pencemaran, pencemaran sungai berlaku, pencemaran-pencemaran air berlaku, contoh di kawasan Pelabuhan Kelang, di Kampung Telok Gong, di Kampung Pulau Indah, yang berdekatan kawasan-kawasan industri, kawasan-kawasan perkilangan. Di mana pencemaran itu kerap kali berlaku. Sisa-sisa buangan kilang, sisa toksik, daripada kilang ini, dibuang ke dalam sungai, macam kita ini, sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang. Jadi, saya sangatlah berharap, pihak Jabatan Alam Sekitar, bukanlah isu kekurangan anggota, tetapi yang paling penting sekali adalah isu integriti. Sebenarnya, sebelum kilang-kilang ini melepaskan sisa, kita boleh melaksanakan operasi pencegahan. Maknanya pemeriksaan perlu dibuat terhadap kilang-kilang yang beroperasi, terhadap premis-premis perniagaan, ataupun premis-premis perumahan, ataupun apa jua aktiviti-aktiviti yang berdekatan dengan sungai, berdekatan dengan sumber air, untuk kita cegah supaya tidak berlaku pembuangan sisa toksik ataupun apa jua sisa buangan, dibuang ke dalam sistem sungai ataupun sistem perparitan ataupun sistem longkang yang sedia ada. Dia bukan hanya mencemarkan sungai sahaja, apabila dah masuk sisa buangan ini ke dalam sungai, ia akan hanyut ke laut. Dan ia akan memberi kesan negatif yang lain pula, kepada kehidupan laut, seperti sumber makanan, sumber protein kita, ikan-ikan kita akan keracunan, lepas itu ikan itu kita tangkap dan kita makan pula. Ini, berlaku di kawasan Pelabuhan Klang.

Dan di samping itu, kita tidaklah boleh bergantung semata-mata kepada pihak Jabatan Alam Sekitar sahaja. Sebab kerja-kerja penguatkuasaan, seperti kilang, premis, aktiviti in, perlulah dilesenkan oleh pihak PBT, pihak berkuasa tempatan. Dan pihak berkuasa tempatan juga memainkan peranan dalam operasi pencegahan, supaya tidak ada sisa buangan dibuang ke dalam sungai. Dan juga, perlukan dapat, kerjasama daripada pihak-pihak syarikat-syarikat utiliti. Sebab sekarang ini, susah sangat nak ambil tindakan. Dan saya selalu cakap dalam Dewan yang mulia ni, antara penguatkuasaan yang paling mudah nak dibuat, dan lepas itu kita boleh menghentikan operasi mana-mana aktiviti yang boleh mencemarkan sungai

ataupun sumber air kita di Negeri Selangor ini, ialah dengan memutuskan bekalan utiliti dengan memotong bekalan elektrik, memotong bekalan air dan juga memotong telekomunikasi seperti WIFI, UNIFI ini semua. Dan kalau ini, dapat kita laksanakan, saya rasa ramai, ataupun banyak kilang-kilang yang tidak berani untuk melepaskan sisa toksik mereka ke dalam sungai. Kita kena buat satu ataupun dua ataupun tiga, terhadap kilang-kilang, ataupun premis ataupun aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran air sungai. Kita mulakan, dapat buat contoh satu, dua tiga, pasti yang lain-lain tidak akan buat dan takut untuk melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang yang boleh menyebabkan pencemaran air di Negeri Selangor. Pelabuhan Kelang, menyokong Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita, Serta Kesejahteraan Hidup, JPK Sejahtera, berhubung pencemaran air di Selangor. Pelabuhan Kelang menyokong. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Terima kasih, Tuan Speaker.

TUAN SPEAKER

: Sijangkang. Dua minit sahajalah.

Terima kasih, pada jawatankuasa. Saya kira ini perkara yang realistik, yang berulang-ulang kalau di kawasan saya lah. Sama ada tadi pencemaran udara, ataupun pencemaran sistem saliran yang kita ada ini. Dan saya melihat juga, seperti mana Pelabuhan Kelang sebutkan, penguatkuasaan satu yang sangat penting. Dan perlu dibuat secara bersepadu, seboleh-bolehnya. Dan kecukupan penguat kuasa itu harus dilihat oleh Kerajaan Negeri. Dan, saya melihat, bahawa isu pencemaran ini, bukan sahaja, mungkin sahaja influent, daripada kilang-kilang sahaja, menyebabkan akhirnya ke alam sekitar, ke sungai dan juga ke laut. Tetapi juga harus dilihat kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan melibatkan saliran kita. Termasuklah, hari ini, kandungan mikro plastik di dalam ikan-ikan ataupun sumber laut kita, yang begitu tinggi. Akhirnya kita makan. Dia menjadi mikro plastik yang tinggi dalam sistem darah kita. Begitu juga dengan pembuangan sisa daripada kolam-kolam ikan ini, yang mempunyai kandungan antibiotik yang agak besar. Dan kita mengalami masalah antimicrobial resistance, di dalam negara kita. Dan juga akan menyebabkan sistem kesihatan yang terganggu dalam kehidupan kita pada hari ini. Dan saya ingin menyebutkan, saya sebutkan isu pencemaran di kawasan saya. Pencemaran sungai daripada sistem perparitan. Daripada kilang susu yang saya sebutkan tempo hari, F&N Nutrition. Alhamdulillah, saya tak tahu, sama ada bertepatan ataupun tidak, selepas saya membuat aduan in, ada tindakan yang dilakukan, dan ada sitaan di premis-premis dalam kilang tersebut. Dan saya dimaklumkan, adalah selepas mungkin kita, saya bawa dalam sidang ini, saya harapkan tidak perlulah sehingga rakyat berulang-ulang kali memberikan maklumat yang sentiasa berulang-ulang kejadian ini. Dan saya kira, sudah tentunya ada premis-premis yang harus diperhatikan dengan lebih dekat lagi. Dan, ini perlu diambil secara serius. Dan tadi, disebut juga keterlibatan gangster-gangster di dalam isu-isu

pencemaran. Saya tak nafikan, berlaku juga. Dan, Alhamdulillah, tempoh hari pun, akhirnya, kumpulan-kumpulan ini dapat dibanteras, penglibatan daripada pihak berkuasa polis, yang juga membuat pemantauan dan penguatkuasaan bersama-sama. Jadi, saya menyokong, penyata jawatankuasa ini dan saya mengharapkan tindakan yang lebih mantap lagi akan datang oleh pihak kerajaan dan bersama-sama dengan, mungkin keterlibatan Ahli Dewan Negeri dan juga rakyat di Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker.

TUAN SPEAKER

: Saya jemput Yang Berhormat Bandar Utama. Mungkin ringkaskan, sebab lebih kurang sama dengan apa yang saya sebut, Usul yang sebelum ini.

YB PUAN JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN

: Terima kasih, kepada pembentangan dan juga perbahasan oleh semua ahli Dewan Negeri. Dan seperti dikatakan tadi lah, untuk isu yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan akan kita cuba sampaikan dan sarankan kepada kerajaan persekutuan. Di mana Kerajaan Negeri juga sebenarnya mempunyai usaha, di mana sekiranya di bawah kawalan Kerajaan Negeri, boleh mempunyai apa-apa penambahbaikan kita akan terus memperbaiki, daripada polisi dan perundangan. Sebagai contoh di mana LUAS telah melaksanakan pendekatan zero discharge policy, yang sebelum ini, tidak pernah dilaksanakan di mana-mana negeri ataupun di seluruh negara Malaysia, tapi kerana LUAS ini merupakan punca kuasa di bawah Kerajaan Negeri, oleh sebab itu, kita telah wujudkan ZDP, dan premis diwajibkan mengitarkan semula effluent dan mengelakkan pelepasan ke sungai ataupun mereka perlu memberikan maklumat dan data yang berkaitan, di mana kita sebenarnya salah satu perkara penting selain daripada menyokong ataupun menggalakkan mereka menjalankan aktiviti kitar semula. Pada masa yang sama, untuk kita menyimpan rekod tentang data yang ada pada setiap kilang, supaya kita boleh memantaulah dari masa ke semasa. Dan perkara yang lain juga, lebih berkaitan dengan EXCO-EXCO yang menjaga agensi yang lain daripada Jabatan Alam Sekitar, contoh Kerajaan Tempatan dan sebagainya. Di mana saya akan sampaikan ataupun saya berhasrat untuk mengingat EXCO-EXCO yang berkaitan untuk kemukakan maklum balas lanjut berkaitan dengan penyata ini pada masa yang terdekat. Terima kasih.

TUAN SPEAKER

: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi, bahawasanya menurut Peraturan Tetap 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita Serta Kesejahteraan Hidup, JPK Sejahtera, berhubung pencemaran air di Negeri Selangor yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini, sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 12 Tahun 2026.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA.

Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.

USUL DIPERSETUJUI.

Usul No. 7 Tahun 2026, Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit GasingMotion

Setiausaha Dewan

Aturan yang seterusnya, Usul No. 7 Tahun 2026, Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit Gasing.

TUAN SPEAKER

: Ya Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli Berhormat sekalian saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini menerima penyata JPK SEJAHTERA berhubung lawatan kerja ke Singapura yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 10 Tahun 2026. Saya ingin membawa satu penyata yang mungkin memerlukan respons daripada ramai Ahli MMKN sebab kita menyentuh banyak topik di dalam penyata ini. Tema besar lawatan oleh JPK SEJAHTERA ke Singapura sepanjang tiga hari dua malam, adalah untuk melihat macam mana negara dan kerajaan Singapura membantu rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Di setiap masyarakat pasti ada mereka yang miskin. Macam mana kita bantu mereka untuk meningkatkan pendapatan adalah satu perkara yang perlu dibuat oleh mana-mana Kerajaan. Tetapi macam mana kita mentadbir polisi-polisi di sekeliling rakyat yang miskin ini juga cukup penting.

Saranan jawatankuasa menyentuh pelbagai isu. Yang pertama, perumahan. Kami melihat macam mana perumahan diurus bagi golongan yang termiskin di Singapura. Daripada lawatan kami ke HDB kami melihat polisi mereka tidak jauh berbeza daripada di Selangor di mana Skim Rumah Sewa adalah seperti mana kita pun ada Skim Rumah Sewa PPR. Jadi, penyewaan unit dalam satu harga yang sangat murah diberikan kepada rakyat Singapura tetapi apa yang mengagumkan, yang impresif kepada kami ialah stok perumahan untuk menyewa kepada mereka yang miskin adalah mencukupi. Mereka tidak ada waiting list seperti yang dimaklumkan kepada kami. Kalau nak audit itu kami tak ada kuasalah untuk tengok betul atau tidak, tetapi apa yang dimaklumkan bilangan unit yang sentiasa disediakan adalah mencukupi. Yang berbeza daripada sini, di sana HDB adalah tempat di mana 80% rakyat Singapura tinggal. Jadi integrasi masyarakat mungkin lebih harmoni dan lebih berintegrasi. Di sini PPR dalam blok-blok tertentu di bandar-badar tertentu. Macam saya di kawasan DUN Bukit Gasing tidak ada satu pun blok PPR. Jadi integrasi masyarakat miskin ditumpukan di sebahagian tempat. Macam di Lembah Subang, ramai, di Bukit Gasing, tiada. So kalau kita lihat di Singapura dia lebih berintegrasi. So perkara ini boleh kita belajar, kita juga melihat dari segi cara bantuan diberi kami melawat bukan sahaja Timbalan Menteri yang menjaga Kebajikan, kami dapat berdialog dengan dia, tetapi kami juga melihat macam mana pejabat Kebajikan mereka yang beroperasi di lapangan and kita dapat mendengar cerita daripada pegawai-pegawai, bukan sahaja pengurusan tetapi pegawai macam mana mereka

mengendalikan pelbagai jenis kes. Kami lontarkanlah semua masalah yang kami pernah hadapi dan kami melihat macam mana mereka membantu.

Antara benda mungkin saya pick up satu sahaja lah. Di mana bantuan kecemasan jika dipohon pegawai di pejabat Kebajikan mereka berkuasa untuk meluluskan bantuan tunai tersebut dalam hari yang sama. Di sini kalau rakyat nak bantuan kecemasan kena jumpa ADUN atau Ahli Parlimen untuk bantuan RM500 serta-merta. Di Singapura bantuan serta-merta ini dapat diluluskan oleh pegawai kebajikan di pejabat-pejabat kebajikan dan oleh itu Ahli-ahli Parlimen di Singapura tidak diberi peruntukkan untuk memberi sumbangan kebajikan kepada rakyat. Dia dan ini mungkinlah satu transformasi yang boleh dipertimbangkan di Negeri Selangor di mana pegawai kita boleh proses duit kecemasan. Tetapi yang bukan kecemasan dia tidak buat serta-merta. Tetapi yang kecemasan dia buat serta-merta.

Satu lagi perkara lagi yang mungkin saya pick up ialah meraka kerap melawat keluarga yang menerima bantuan. Dia bukan sahaja bagi apabila diluluskan dah lepas tu tiap-tiap bulan automatik dapat. Tetapi dia kerap setiap bulan, pegawai akan lawat perkembangan keluarga. Kita mungkin tak dapat buat sekali sebulan, bilangan penerima dan bilangan pegawai tapi ok, kita start dua kali setahun. Atau pun tiga kali setahun dan mungkin yang ini boleh diperkembangkan.

Satu lagi perkara sambil kita di Singapura, kita lihat dua perkara di luar kemiskinan. Yang pertama ialah pusat setempat untuk perkhidmatan kerajaan. Kami melawat one hub Our Tampines di mana di dalam kaunter kerajaan kesemua agensi dan jabatan kerajaan perkhidmatan dia disediakan di satu kaunter, di satu kompleks. Dia tidak perlu pergi ke pelbagai jenis pejabat. Kalau kita nak replicate perkara yang sama di Selangor, boleh pergi PBT, boleh settle semua urusan pejabat daerah, semua urusan SUK semua urusan PBT di kaunter PBT. Perkara itu kami dapat melihat sendiri di mana peratus jenis perkhidmatan dapat diuruskan daripada satu kaunter bersepadu. Speaker nak? Ok tak apa. Sudah berhenti.

Speaker

Dan kepada kesemua Ahli Dewan untuk melenyapkan telefon bimbit masing-masing semasa persidangan sedang berlangsung. Sekiranya didapati saya rasa perlu ambil tindakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Speaker rampas telefon kalau berbunyi lagi.

Speaker

Rampas telefon.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Akhir sekali, kami juga because we were there, melawat NEA Singapura untuk melihat pengurusan sisa pepejal dan antara pelbagai

jenis, pelbagai perkara yang kami belajar antara perkara yang kami, mungkin yang saya pick up untuk sekarang ialah bila sampai ke e-waste mereka bukannya ada sedikit tong e-waste tetapi ada 800 tong e-waste di seluruh bandar Singapura menjadikan dia agak senang bagi rakyat Singapura untuk mencapai satu tong e-waste dan juga lokasi-lokasi tersebut boleh dipaparkan di google map. Jadi senang nak cari tak payah nak cari website tertentu untuk mencari maklumat di mana tong e-waste yang berdekatan. Mungkin perkara itu boleh kita pelajari, tak mahal untuk kami copy paste idea tersebut. Tapi yang paling penting, kami pergi untuk lihat macam mana mereka menguruskan bantuan kepada rakyat miskin dan bantu rakyat miskin dan saya harap apa yang kami belajar boleh di jadi teladan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Sekian, saya mohon mencadangkan.

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ya, saya buka untuk bahas.

Speaker sikit sahaja.

Speaker

Kota Damansara.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya sebab ini pengalaman sendirilah. Mak mentua saya memang kebetulan duduk dekat Singapore, and tempat yang dilawati ni pun kat How Gang juga memang kawasannya. Cuma yang saya tengok kat sini yang saya lihat ialah berkenaan di sentuhnya berkenaan rumah HDB. Bila kita bercerita berkenaan HDB je Kerajaan Pusat ada mencadangkan untuk bekerjasama dengan Singapore semestinya dia menjadi satu isu yang sensitif kononnya Malaysia ni cuba nak jadi di Singapura kan lah. Jadi, tapi tanpa kita sedari sebenarnya ini ialah sistem yang sesuai untuk kita lihat sebab dekat sini Singapore, perumahan yang dia orang sediakan ini dia akan melihat daripada jumlah pendapatan masing-masing. Jadi dia tengok juga jumlah keluarga atau anak-anak yang perlu ditanggung.

Jadi bila kita lihat kawasan PPR di Kota Damansara, kadang-kadang yang duduk ni dah hampir dekat 20 tahun ada yang 15 tahun duduk. Ada pula yang duduk dekat 5 tahun tak bayar sewa. Tapi masih lagi dibenarkan untuk duduk di PPR Kota Damansara. Jadi kadang-kadang saya faham situasi yang mana Kerajaan perlu menjaga kebajikan masyarakat juga, tapi pada masa sama, keadilan perlu diberikan juga kepada mereka yang menunggu. Kalau kita tengok dekat sini bagaimana waiting list perlu dipendekkan sekurang-kurangnya 3 bulan. Tapi kalau di situasi sebenar di lapangan ini, kadang-kadang orang yang isi ini perlukan menunggu sehingga 6 ke satu tahun untuk menunggu mereka benar-benar dapat. Sebab itu saya selalu yakinkan kepada pihak Kerajaan untuk buat pemutihan. Saya maklum pemutihan

dilakukan dan pejabat saya selalu orang datang bila mereka dapat surat notis untuk keluar ini mereka datang. Bila kita buat semakan mereka duduk atas nama orang. Kadang pendapatan yang tinggi tapi mereka duduk di kawasan tersebut. Jadi ini memberikan masalah kepada mereka yang menunggu untuk dapat rumah.

Lepas tu one stop centre yang Berhormat Speaker kalau kita tengok memang di kawasan HDB bagaimana di bawah dia akan tengok kawasan-kawasan tertentu. Dia mapping. Kalau contoh di kawasan situ dia orang akan centralise mereka yang ada masalah buah pinggang. Jadi bila ada masalah buah pinggang ini dia orang akan tempatkan satu tempat semua itu bawah tu adalah dialisis center. Jadi mereka tak perlu jalan jauh atau bergerak perlukan kos untuk kenderaan untuk pergi ke satu tempat. Dia orang hanya perlu turun ke bawah untuk buat dialisis center. So kadang-kadang kita tengok dialisis center pun dibuat oleh Pusat Zakat. Pusat Zakat pun ada kawasan rumah-rumah transit, cuma kita tengok rumah-rumah transit ini dekat atas rumah, tapi dekat dialisis center nya tempat lain. Jadi saya cadangkan kita buat one stop center sebegini supaya apabila kita centerlise kan masyarakat ini dia boleh membantu juga. Jadi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Saya menyokong Penyata Jawatankuasa Pemilihan.

Speaker

Saya menjemput kepada Kerajaan kalau ada apa-apa yang hendak mengulas, menggulung. Bandar Utama, dia banyak, dia ada.

Puan Jamaliah BintiDAP · PHBandar Utama

Tuan Speaker. Kerajaan Negeri akan mengambil maklum terhadap semua dapatan, cadangan dan isu dan akan memberi maklum balas lanjutlah sebab ada beberapa EXCO yang terlibat. Daripada Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri mengambil maklum saranan jawatankuasa tentang tong e-wastelah. Yang itu adalah the main point untuk Alam Sekitar. Alam Sekitar. Alam Sekitar. Yang lain itu saya mungkin minta.

Speaker

Saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung keseluruhannyalah.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih.

Speaker

Seluruhnya.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sebab banyak portfolio EXCO jadi saya rasa baik untuk saya memberikan maklum balas. Pertamanya, saya cukup maklum dengan apa yang telah dilihat di Singapura ataupun kalau pergi di beberapa negara Scandinavia, saya rasa approachnya juga lebih kurang sama tapi dalam kaedah yang berbeza. Kalau kita ambil negara atau pun kaedah berkebajikan yang tinggi ia akan dituruti dengan jumlah tax yang tinggi. Tetapi Singapura konsepnya juga hampir sama dengan kita sebuah negara yang

percaya kepada pasaran bebas sebagai contoh. Dan mengamalkan juga program-program sosial safety net yang komprehensif. Yang mungkin sedikit berbeza adalah daripada segi saiz, saiz dan keadaan. Kalau kita melihat Petaling di bandingkan dengan Singapura saya rasa Petaling, daerah Petaling itu saiznya lebih besar, malahan tadi saya lihat Carey Island. Carey Island tu the size is bigger then Singapura. Saiz Carey Island tu lebih besar daripada Singapura. Dan sudah pasti itu mempunyai kekangan kita untuk mengawal.

Kalau Yang Berhormat sebut tentang kedudukan rumah, tadi Kota Damansara sebut tadi tentang Dialisis center orang yang sakit, kalau kita ambil konsep begitu saiz itu mungkin sebesar separuh daripada daerah Kajang ataupun daerah Hulu Langat akan dibuat konsep yang concentrated begitu.

Dan yang keduanya adalah aspek pembangunan dan perancangan. Sebab daripada awal apabila selepas berpisah ataupun bersama dengan Malaysia perancangannya sudah bermula begitu bahawa dengan saiz yang kecil mereka harus merancang konsep pembangunan perumahan yang lebih komprehensif apabila disebutkan 80% duduk di rumah-rumah HDB. Dan ini jauh berbeza dengan kita. Jauh berbeza dia apa sebab perumahan mampu milik kita juga kita mengharapkan pihak swasta untuk membangunkan dengan polisi yang kita tetapkan. Hanyalah beberapa solusi-solusi yang kita buat contohnya rumah PPR ataupun rumah rakyat termiskin atau rumah rakyat perumahan rakyat yang dipanggil. Itu pun kita berdepan dengan cabaran-cabaran tertentu, kerana akhirnya pengurusan PPR itu tidak dapat diuruskan selengkap ataupun semaksimum sebagai mana HDB. Kenapa ia terjadi, kerana ia tidak diuruskan secara komprehensif sebagai satu ekosistem. Ia hanya menangani secara runcit. Ini rumah orang miskin, ini rumah orang yang sikit berada, belilah kan dan sebagainya.

Jadi sebab itu sebenarnya kita perlahan-perlahan bergerak ke arah itu dengan pelaksanaan Smart Sewa sebagai contoh. Walaupun belum mampu buat, tapi sekarang kita beli, rumah-rumah mampu milik yang dibuat kita beli dan kita uruskan. Dan apa yang dibuat oleh PHSSB menunjukkan bahawa kutipan sewa kita yang selalu bermasalah dalam PPR sebelum ini. PPR sebelum ini kutipannya 60%, 50% tapi di bawah program Smart Sewa, PHSSB, kutipan kita sampai 99%. Pernah ketika pandemik kita tawarkan moratorium. Pemilik-pemilik rumah tak nak menerima kelebihan moratorium itu. Sebab mereka rasakan pemilikan rumah itu cukup dijaga dengan baik dan teratur dan mereka rasa tidak rugi untuk mengeluarkan wang saku mereka untuk membayar sewa-sewa dan perumahan tersebut. PHSSB bukan hanya menguruskan Smart Sewa sebenarnya kita turut menguruskan rumah PPR. PPR Kota Damansara, kalau tidak silap saya. Sekarang kita sudah mula masuk di Lembah Subang. Walaupun cabarannya tidak semudah itu, kerana kita perlu menguruskan hal infrastruktur dan sebagainya. Jadi saya nak sebutkan bukan hanya alasan tetapi realitinya menguruskan kawasan perumahan yang tidak dirancang daripada awal. Singapura mungkin perancangannya daripada awal dan dituruti daripada pemerintah A, B, C, D, E diikuti semua

dan sebab itu mereka rasa gembira kerana pengurusan itu telah mampu. Saya melihat, saya mengadakan lawatan ke Ontario di Kanada, itu adalah satu contoh macam mana perumahan rakyat yang dilihat sangat berkesan. Tapi bila saya lihat dia punya data nya lagi sukar sebab 80% daripada penduduk-penduduk di Kanada ataupun di Ontario telah memiliki aset.

Jadi perumahan mampu milik ataupun rumah-rumah sewaan yang diberikan itu adalah rumah-rumah yang diduduki oleh homeless sebahagian daripada homeless itu adalah imigrant yang datang untuk mencari rezeki di Kanada ataupun di daerah ataupun di Province Ontario pada ketika itu. Jadi ini situasi-situasi yang tidak semudah nya kita buat kerana kita ada, ada kaedah hibrid ada yang sewa, ada yang kita push untuk memiliki rumah. Sebab itu Kerajaan Negeri meletakkan syarat kita jangan push orang untuk membeli rumah di peringkat awal kerana mereka tak mampu pun untuk membiayai membayar maintenance fees, mereka tak mampu pun akhirnya membayar installment every month dan tempat itu akhirnya menjadi satu kawasan dengan kualiti kehidupan yang sama dengan kawasan peneroka bandar ataupun istilahnya mungkin secateurs. Kalau orang tak setuju secateurs tapi itu situasi yang berlaku.

Jadi apa yang disebutkan oleh pembentangan yang merujuk kepada social engineering yang besar-besaran ia agak sukar untuk sebuah negeri yang bernama Selangor. Tetapi sebenarnya kita boleh pergi dengan lebih mikro dengan setiap PBT sebenarnya mungkin boleh diwujudkan portfolio perumahan ini dengan EXCO Perumahan kena berkerjasama supaya social engineering itu boleh dilaksanakan di setiap PBT dengan lebih teratur. Itu pun pihak Kerajaan Negeri juga dah belanja ratusan juta. Kalau dulu wang simpanan itu dibiarkan saja daripada 700 juta saya dah berjaya kurangkan menjadi 400 hingga 300 juta kerana kita beli rumah-rumah tersebut. Daripada saya ingat lagi kali pertama apabila saya jadi Menteri Besar, rumah-rumah Smart Sewa kita baru 400. Insya Allah by 2, 3 tahun lagi ataupun sekarang dah cecah lebih 1000 unit. Dan mungkin sampai hujung tahun ini kalau IDAMAN dan HARAPAN berjaya, kita akan ada 3000 unit. Permintaan nya banyak tak? Banyak. Permintaannya tak cukup tapi kita sedang bergerak ke arah itu dengan menyesuaikan beberapa lompong-lompong yang ada dalam ekosistem sebelum ini. Sebab ekosistem sebelum ni Kerajaan bina rumah, ya Kerajaan ada yang bina rumah tetapi kemudian rumah itu tidak mampu menjadi satu kitaran yang sempurna kerana ia tidak teratur. Ia tidak teratur sebagaimana yang disebutkan tadi sama ada pengurusan dialisis atau pun pengurusan yang lain.

Tentang One Stop Center ini mungkin juga boleh dilihat cuma konsep pentadbiran kita itu, kita kena kurangkan centralize in Shah Alam. Kita kena turun di peringkat daerah ataupun turun di peringkat PBT. Tapi masih lagi dipandu oleh EXCO ataupun arahan daripada negeri. Sebab kita ada struktur. Struktur kita dua yang paling penting, PBT ataupun Pejabat Tanah dan Daerah. Kuasa dan juga tanggungjawab DO dan Pejabat Tanah dan Daerah. Wang dan juga dasar PBT, PBT ada pula mengundang Akta Kerajaan Tempatan yang harus mereka

patuhi dan mereka turuti. Jadi itu sebenarnya kekangan-kekangan tertentu tapi macam mana kita nak hilangkan gab di antara kedua-dua part ini dan boleh lah kita akan laksanakan satu pengurusan yang sistematis, yang teratur, dan juga pengurusan data yang kemas.

Sekarang kalau kita lihat data kemiskinan, data kemiskinan semua mempertikai. Ada pertikaian, pertikaian itu sebab data yang ada macam kemiskinan mutlak contoh. Kita dah sampai data zero. Kalau ikut data yang daftar dengan E kasih pula kita sangkut begitu. Realitinya depan mata di Pusat Khidmat kita bertemu ramai lagi yang minta sokongan. Betul ke mereka ni dah keluar? Ataupun adakah mereka mengambil kesempatan daripada kewujudan peruntukan-peruntukan sumbangan yang ada di Pusat-pusat Khidmat semua. Jadi ini adalah satu dilema keresahan data dan sebenarnya ini juga kadang-kadang sebenarnya daripada sikap Kerajaan. Sebenarnya sikap Kerajaan kita sama ada di pusat, di negeri dan juga di banyak-banyak tempat. Kerajaan kita ni memang sebenarnya, Kerajaan siapa pun mana-mana saya tak rujuk. Ini adalah konsep Malaysia. Konsep Malaysia ini Kerajaan nya agak lembut, agak fleksibel. Kalau kita tengok ucapan Kuan Yew dulu. “The goverment have an iron use hand” dia kata. Saya tak kan lah jadi kuku besi macam tu. Tak kan lah boleh jadi macam tu. Habis lah kita. Jadi ini adalah konsep, kaedah, budaya yang juga kena diselaraskan ataupun diselarikan dengan apa yang kita nak ada. Ya, kita boleh cakap biar sempurna sebagainya. Ada pula tuduh kiasu pula dah tak boleh dah. Dia jadi sempurna sangat sampai tak boleh nak salah. Saya tengok sampai tak ada, sampai tak ada aspek kreativiti ataupun sebagainya. Tapi ini adalah cabaran-cabaran kita.

Pertama tadi saiz, yang kedua, pelan perancangan. Yang ketiga adalah budaya yang boleh diubah. Tapi untuk bergerak ke arah itu pasti ada jalan-jalannya cuma kita akan perlu ambil masa kedudukan dan situasi termasuk cadangan untuk Dialysis Center. Macam mana kita nak buat macam Dialysis Center yang di sebut tadi. Satu tempat bawah tu Dialysis Center yang sakit buah pinggang semua duduk situ. Anak-anak dia yang duduk yang ada tanah tu semua mengamuk. Jadi susah, dia tidak semudah untuk kita aturkan dan uruskan begitu. Cuma sekarang mungkin sedikit sebanyak ada peluang bisnes balik berapa cabaran. Cabarannya contoh adalah K-Ekonomi. Cabaran itu terletak dalam K-Ekonomi. Kita berdepan dengan live spent manusia yang lebih tinggi di negeri Selangor, sampai 80. Kita berdepan dengan kelompok warga emas yang perlu diaturkan. Saya agak terperanjat bila saya tengok kita buka (PAWE) Pusat Warga Emas di kawasan saya ada satu yang dibina oleh MPS. Aktivitinya rancak setiap hari so thats mean kehidupan rakyat kita sudah mula bergerak ke arah tu. Dan Kerajaan kena adressed hal ini daripada penempatan mereka, daripada kadar macam mana nak jaga kesihatan mereka sampailah kepada proses-proses untuk memastikan kelestarian kehidupan mereka supaya mereka tidak tenggelam duduk sebagai kelompok rentan dalam pembangunan dan perancangan negeri secara keseluruhan. So itu sedikit sebanyak respons nya. Kita mengambil maklum di atas apa yang dimaklumkan ataupun yang dicatatkan. Tetapi saya sebutkan ada tiga cabaran tadi. Cabaran saiz, cabaran

perancangan awal yang perlu kita buat dan yang ketiga cabaran budaya dan cabaran kehidupan dan juga cabaran-cabaran baru yang kita terima. Terima kasih Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi, bahawasanya menurut peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini menerima penyata jawatankuasa pilihan khas mengenai perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita serta kesejahteraan hidup JPK Sejahtera berhubung lawatan kerja ke Singapura yang telah dibentangkan di dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat bilangan 10 tahun 2026. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak. Usul ini dipersetujui.

Usul untuk menangguhkan DewanMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul untuk menangguhkan Dewan.

Tuan Speaker, Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan tanggungjawab kita untuk berbahas dalam pembukaan dewan kali ini. Selain daripada ucapan ataupun perbahasan menjunjung kasih di atas titah ucapan baginda. Kita turut dibentangkan 10 kertas dan beberapa Usul yang dibentangkan dengan secara tuntas dan juga dengan secara matang. Insya Allah dalam keadaan kita berdepan dengan krisis Kerajaan Negeri menjanjikan satu sidang khas yang kita akan tawarkan tarikhnya kemudian hari untuk kita teliti bagaimana langkah-langkah susulan. Bagaimana kita akan berhadapan dengan situasi ini di samping Kerajaan akan cuba meneliti cadangan-cadangan dan kita bersedia untuk menerima cadangan daripada semua pihak.

Dan yang kedua, kita juga akan membentangkan Rancangan Selangor Ke-2 dalam sesi khas tersebut supaya kita boleh melihat bagaimanakah pelan jangka masa sederhana Kerajaan dalam berdepan dengan cabaran dan juga situasi tersebut. Saya nak maklumkan perkara lain, saya berbesar hati dipilih oleh pihak Kerajaan untuk mengetuai Delegasi Malaysia ke Sumud Flotilla. Saya juga telah menerima cadangan daripada beberapa rakan sama ada daripada PH dan juga daripada PAS ataupun Perikatan Nasional. Alhamdulillah saya dah berbincang dengan pihak organizer, mereka setuju dan sangat terbuka untuk membawa bersama-sama delegasi daripada negeri Selangor untuk bersama-sama ke sana dengan delegasi tersebut. Namun begitu saya kena merujuk kepada pihak keselamatan dan juga pihak berkuasa negeri dan juga pihak pentadbiran negeri dan pemerintah negeri Selangor untuk kita melihat. Sebab risiko nya ada untuk sesi ini dan kita kena menilai bersama-sama. Kesediaan semua untuk bersama-sama itu sangat baik. Saya pun memendekkan masa ke sana untuk ke sini sebab kita tahu tanggungjawab di dalam negeri kita besar di saat kita berdepan dengan krisis.

Saya harus merujuk juga dengan Duli Yang Maha Mulia baginda kerana baginda amat prihatin tentang keselamatan, keamanan dan kelangsungan pentadbiran negeri dan juga keadaan seluruh ahli dewan Kerajaan dan pembangkang yang perlu saya kemukakan situasi dan protokolnya. Insya Allah kalau bersedia boleh tapi saya ingin maklumkan agak berisiko walaupun kita akan kurangkan risiko itu. Jadi Insya Allah saya bersedia membawa dan pihak organizer ataupun pihak MAPIM juga bersetuju untuk hal tersebut. Jadi bersedialah Insya Allah semuanya selamat kita minta doakan semua dan ini menjadi satu pergerakan perpaduan ummah yang sebenar. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persidangan kita telah tamat dengan ini saya mencadangkan supaya dewan ini ditangguhkan sehingga suatu masa yang ditetapkan kelak.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker. Saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan ini, saya mengambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan di atas kerjasama yang diberikan bagi melicinkan perjalanan mesyuarat pertama persidangan penggal keempat kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, Urus setia, Pelapor-pelapor serta semua petugas yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar.

Sepanjang persidangan kali ini, Dewan Negeri Selangor telah pun menerima kunjungan seramai daripada 23 kumpulan pelawat dengan jumlah keseluruhan seramai 500 orang. Dan untuk sidang selama 7 hari bermula 21 April hingga 29 April iaitu hari ini sebanyak 97 soalan lisan telah dijawab dan soalan tambahan oleh ADUN adalah sebanyak 99. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 196 soalan yang telah dijawab. Dan selain itu masa persidangan bermula 21 April 2026 hingga sekarang ialah 38 jam 43 minit. Ya.

Kepada semua Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya memohon supaya semak draf penyata yang telah pun diedarkan berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikan semula ke Pentadbiran Dewan sekiranya terdapat sebarang pembetulan supaya penyata rasmi dapat disediakan dan diedarkan dengan kadar yang tersegera kepada Yang Berhormat sekalian. Dengan ini saya menangguhkan persidangan pada hari ini ke satu masa yang dimaklumkan kelak. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 3.45 petang)