Selangor · 19 June 2026

15th Assembly, special meeting · not final · 69 turns · 34,143 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas pada 19 Jun 2026 dimulakan dimulakan dengan: (i) Bacaan Doa (ii) Proklamasi

(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA DAN PROKLAMASI)

(PROKLAMASI) OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA. BAHAWASANYA Fasal (1) Perkara LXX Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, memperuntukkan bahawa DULI YANG MAHA MULIA SULTAN hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri: MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara LXX Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, DENGAN INI MEMANGGIL Dewan Negeri untuk bermesyuarat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor 1965 pada 19 Jun 2026, 22 Jun 2026 dan 23 Jun 2026 dan pukul 10.00 pagi kecuali hari Jumaat pukul 9.30 pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat yang akan diadakan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. Diperbuat di Istana Alam Shah, Klang pada 6 Jun 2026. Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Salam Sejahtera dan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli EXCO, Yang Berhormat Ahli-ahli

Dewan Negeri, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan para pemerhati sekalian. Ahli Yang Berhormat, dengan segala hormatnya saya ingin memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah memaklumkan kepada saya pada 18 Mei 2026 supaya diadakan satu mesyuarat khas bermula hari ini iaitu 19 Jun 2026, 22 dan 23 Jun 2026 selaras dengan Peraturan Tetap 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Urusan hari ini adalah pembentangan daripada Dato’ Menteri Besar berkenaan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Saya akan membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas selepas pembentangan daripada Dato’ Menteri Besar. Untuk peringatan kepada semua Ahli-ahli yang Berhormat, khususnya tadi saya nampak Bukit Gasing, dia asyik masuk, saya mohon sekiranya ada apa-apa perbincangan, sila berbincang di luar, jangan berdiri terlalu lama semasa Proklamasi masih dibaca, dan seterusnya ingin mohon Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat nanti selepas perbahasan. Saya jemput Yang Berbahagia Setiausaha Dewan.

Pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kita Selangor, Salam Malaysia Madani. (Bacaan Doa).

Tuan Speaker, Almarhum Shahnon Ahmad seorang tokoh sasterawan besar negara yang boleh dianggap sebagai novelis terunggul yang mewakili kaum mustad’afin. Beliau telah mengarang dan menggambarkan dengan jelas kepada kita bertapa sukarnya hidup kaum petani, pesawah, nelayan. Dalam novel besar beliau berjudul Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon melakarkan kesusahan tersebut:

“Padi ini mesti ditanam, mesti dijaga, anak-anak kita perlu makan siang malam, tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati, makan bergantung pada sawah, sakit bergantung kepada sawah, mati hidup bergantung pada sawah, sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Dia mesti dipupuk dan dijaga, biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan, biar datang seribu musuh, kita mesti lawan, itulah hidup kita, itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu hingga sekarang”.

Shahnon menggambarkan simpatinya kepada kaum petani dengan penuh keikhlasan, mendalam dan membekas. Sebagi pembaca, kita menginsafi bahawa manusia harus terus berjuang menghadapi tentangan, rintangan, cabaran kehidupan, kita tidak boleh menyerah, kita mesti cekal sebagaimana cekalnya watak-watak dalam karya Shahnon, keluarga Lahuma dan penduduk Banggol Derdap.

Membaca karya-karya Shahnon, bagaikan marak api yang menyala-nyala, ianya mencanai tekad dan keazaman kita untuk menyantuni serta membantu kaum mustad’afin. Ini mengingatkan saya kepada karya pemikir terkenal kelahiran Vienna, Karl Popper, yang berjudul The Open Society and Its Enemies. Dalam karya tersebut, tatkala Popper mengkritik Karl Marx sebagai musuh kepada masyarakat terbuka, beliau mengiktiraf pemikir Jerman itu memiliki, dengan izin Tuan Speaker, “the burning desire to help the oppressed.”. Semangat membara untuk membantu mereka yang terpinggir dan terbeban, terutamanya tatkala berlaku krisis seumpama Pandemik COVID-19 dan mutakhir ini peperangan di Asia Barat menjadi pendorong kepada keazaman Kerajaan Negeri untuk meluncurkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.

Sayugia juga kita menginsafi Surah al-Maun yang mengingatkan kita untuk tidak berlaku zalim dan mengabaikan orang miskin. Justeru kerana itulah juga kita meluncurkan Pakej ini. Bismillahirrahmanirrahim,

(Petikan Surah al-Maun, Ayat 1 - 3)

Tuan Speaker, sejak meledak perang di Asia Barat dan pada akhir bulan Februari lalu, dunia berdepan dengan krisis bekalan tenaga. Krisis ini seterusnya memberi kesan terhadap harga makanan dan barang keperluan. Bahan bakar api seperti diesel dan petrol, minyak kapal terbang, gas, semuanya telah menerima kesan dari segi sumber dan permintaan. Kita sedang menyaksikan pengalaman negara-negara jiran terutamanya daripada segi kesannya terhadap rakyat dan pemerintahan. Alhamdulillah, disebabkan kedudukan Malaysia dan persediaan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, kita mempunyai ruang bernafas dengan lebih baik berbanding negara-negara jiran kita untuk memperjuangkan tempoh bertahan sumber dalam negara, terutamanya sumber bahan api. Krisis mutakhir ini saya gelar seumpama “The Coming Storm,” meminjam judul buku terkini Odd Arne Westad, “The Coming Storm: Power, Conflict, and Warnings from History”, yang membandingkan konflik menjelang Perang Dunia Pertama dan konflik mutakhir serta kemungkinan besar melaratnya perang di Asia Barat sehingga mencetuskan perang yang lebih besar di antara China dan Amerika Syarikat. Waima, Amerika Syarikat dan Iran akan mengumumkan satu gencatan senjata namun kita tidak boleh naif, untuk membiarkan ribut di luar merosakkan kestabilan kemakmuran dalam negara dan berada dalam keadaan selesa. Kita bersyukur tatkala ketidakstabilan di peringkat global ataupun serantau, masih berterusan Kerajaan Madani telah berjaya mengekal dampak tersebut dari menular ke dalam negara.

Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan dan rakyat negeri Selangor yang saya kasihi sekalian. Kita pernah mengharungi beberapa cabaran dan krisis besar seperti Pandemik COVID-19 pada tahun 2020, banjir besar pada tahun 2021, peperangan Ukraine dan Rusia pada tahun 2022 dan letupan paip gas pada tahun 2025. Pada setiap detik kejadian ini, Kerajaan Negeri

sentiasa bertindak tangkas menggembleng seluruh jentera kerajaan dan kekuatan rakyat Selangor. Kita bangkit bersama mendepani segala cabaran ini, memulihkan kedudukan ekonomi dan rakyat Selangor seperti mana yang kita hajatkan. Seawal 1 April 2026, saya telah memanggil Sidang Meja Bulat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membincangkan krisis Asia Barat serta implikasinya terhadap ekonomi dan rakyat negeri Selangor.

Sidang Khas ini disertai oleh Ahli MMKN, Pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua-ketua Anak Syarikat milik Kerajaan Negeri yang terlibat secara langsung untuk berdepan dengan krisis yang berlaku. Sidang Khas ini telah menghimpunkan beberapa pakar ekonomi, geopolitik dan industri tenaga untuk membentangkan saranan dan analisa awal berkenaan kesan perang ini terhadap daya tahan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Tan Sri Dato’ Seri Muhammad bin Ibrahim, Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Prof Dr. Phar Kim Beng, Tuan Akbar Md. Thayoob, dan Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan bin Ghazali yang telah memberikan perspektif yang berharga untuk Kerajaan Negeri dan pasukannya. Sebagai peyumbang utama kepada KDNK Nasional, iaitu sebanyak 26.2% pada tahun 2024, Kerajaan Negeri perlu mempersiapkan gerak kerja dan kerangka utama sebagai langkah kesiapsiagaan negeri dalam menghadapi ketidaktentuan global, lantaran sebarang implikasi terhadap Selangor pasti memberi kesan langsung kepada seluruh ekonomi Malaysia.. Susulan daripada sidang khas tersebut, 6 April, enam hari selepas itu, saya telah mengumumkan pelantikan Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Muhammad bin Ibrahim, mantan Gabenor Bank Negara; Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan bin Ghazali, ahli ekonomi merangkap Pengarah MINDA-UKM, Dato’ Mohamed Rafique Merican, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, dan En. Aizal Baharuddin, Ketua Kajian Strategik Petronas selepas Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri. Pada 16 April 2026 pula, Kerajaan Negeri melancarkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 sebagai langkah segera bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global dan gangguan bekalan susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Pakej ini memberi tumpuan kepada beberapa sektor utama yang terkait rapat dengan kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negeri termasuk keterjaminan bekalan makanan, sokongan kepada sektor pertanian dan agro makanan, kawalan kos sara hidup melalui program jualan barangan keperluan dengan harga berpatutan, bantuan pengangkutan awam, serta inisiatif pemakanan dan kebajikan pelajar. Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuh daya tahan ekonomi domestik, memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan melindungi rakyat daripada tekanan inflasi serta kenaikan kos sara hidup.

Kita memasuki tahun 2026 dengan harapan dan optimisme yang tinggi, bahawa ekonomi dunia akan meningkat ke tahap yang lebih baik selepas konflik Rusia-Ukraine yang bermula tahun 2022 mereda. Peperangan yang masih berlarutan itu telah merencatkan pertumbuhan ekonomi global pasca Pandemik COVID-19 apabila gangguan terhadap rantaian bekalan dunia menyebabkan peningkatan kos pengeluaran tekanan inflasi dan ketidaktentuan perdagangan Antarabangsa. Menjelang tahun 2024 dan 2025, ekonomi global mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang lebih kukuh, penyesuaian struktur dalam rantaian bekalan global berjaya mengurangkan sebahagian besar gangguan yang berlaku, manakala lonjakkan pelaburan dalam teknologi digital, pusat data, kecerdasan buatan, pengkomputeran awan dan industri semi konduktor menjadi pemacu utama pertumbuhan baru dunia.

Malaysia turut mendapat manfaat daripada gelombang pelaburan ini, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) pusat data serta ekonomi digital. Namun ketika dunia mula melihat sinar pemulihan, konflik geopolitik baru di Asia Barat sekali lagi mengubah landskap ekonomi global. Serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran pada Februari 2026 serta tindak balas ketenteraan yang menyusul dalam mencetuskan ketidak ketentuan bukan hanya melibatkan negara-negara yang terlibat tetapi negara-negara sekitar rantau Asia Barat dan yang paling penting ketegangan di Selat Hormuz yang mengendalikan hampir seperlima perdagangan minyak dunia telah mengganggu bekalan tenaga global dan menyebabkan harga minyak brand melonjak melepasi paras 140USD satu tong.

Bagi Malaysia pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2026 kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, pasaran buruh yang stabil pelaburan swasta yang berterusan serta prestasi yang memberangsangkan sektor E&E dan ICT. Walau bagaimanapun, konflik di Asia Barat berpotensi memberikan kesan tidak langsung yang signifikan terhadap ekonomi negara melalui peningkatan kos tenaga, kos logistik, kadar tambang perkapalan, premium insurans perdagangan dan harga bahan mentah import. Sebagai negeri yang menyumbang lebih ¼ daripada pengeluaran dalam negara kasar Malaysia, Selangor mempunyai tahap keterbukaan ekonomi yang tinggi serta hubungan yang mendalam dengan rantaian bekalan global. Selangor juga merupakan hab utama pembuatan logistik perdagangan, penerbangan ekonomi digital dan perkhidmatan moden negara. Oleh itu, sebarang gangguan terhadap perdagangan antarabangsa atau peningkatan kos operasi global akan memberikan kesan langsung kepada sebahagian besar aktiviti ekonomi negeri.

Sektor pembuatan Selangor yang menyumbang hampir satu pertiga daripada ekonomi negeri berdepan risiko peningkatan kos pengeluaran akibat kenaikan harga tenaga dan bahan import. Pada masa yang sama sektor logistik dan pengangkutan yang tertumpu di Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang

Antarabangsa Subang berdepan cabaran peningkatan kos operasi dan kelewatan penghantaran sekiranya gangguan perdagangan dan keamanan global berpanjangan. Namun demikian, di sebalik risiko yang wujud, Selangor juga berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan perubahan semula susunan ekonomi global. Trend kepelbagaian rantaian bekalan dunia, pertumbuhan pesat ekonomi digital serta permintaan yang semakin meningkat terhadap semi konduktor dan infrastruktur Teknologi AI terus membuka peluang pelaburan baharu kepada negeri ini. Selangor kekal sebagai destinasi utama pelaburan Malaysia dengan kekuatan ekosistem industrinya, bakat tenaga kerja yang berkualiti dan infrastruktur yang matang. Malaysia mencatatkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM92.8 bilion pada suku pertama 2026, melibatkan 1,249 projek dengan lebih 50,000 peluang pekerjaan baru dijangka diwujudkan. Walaupun nilai pelaburan keseluruhan sedikit menurun berbanding tahun lalu keyakinan pelabur kekal kukuh apabila pelaburan domestik meningkat 30% kepada RM36.6 bilion, manakala pelaburan asing menyumbang RM56.2 bilion. Jepun muncul sebagai pelabur terbesar dengan RM21.5 bilion diikuti China dan Amerika Syarikat.

Sektor Perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama khususnya subsektor maklumat dan komunikasi yang menerima RM38.9 bilion pelaburan. Kekuatan ekonomi Selangor terserlah apabila negeri ini mencatat nilai pelaburan yang diluluskan tertinggi di Malaysia sebanyak 33.5 bilion hampir dua kali ganda berbanding Johor dan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 16.9 bilion. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai enjin ekonomi negara dan hab teknologi digital utama Malaysia disokong oleh ekosistem matang di Cyberjaya, infrastruktur bertahap dunia, rangkaian logistik yang lengkap serta keupayaan menarik syarikat teknologi global. Kejayaan Selangor menunjukkan negeri ini bukan sahaja menjadi destinasi pelaburan pilihan, malah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia serta mengangkat negara sebagai hab teknologi dan inovasi serantau. Oleh itu, cabaran utama pada tahun pertama 2026 bukan sahaja untuk mengurus risiko ketidaktentuan geopolitik tetapi juga memastikan Selangor terus kukuh daya tahan ekonominya melalui pelaburan strategi pemerkasaan industri bernilai tinggi, pembangunan bakat tempatan serta mengukuhkan jaringan perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Dalam suasana dunia yang semakin tidak menentu keupayaan untuk menyesuaikan diri dan bergerak pantas akan menjadi faktor penentu kepada daya saing dan kemakmuran ekonomi negeri pada masa hadapan. Dengan mengambil kira situasi mendesak ini sebagai latar belakang yang membawa kepada krisis bekalan di peringkat dunia, Kerajaan Negeri telah berikhtiar membantu golongan rentan di peringkat awal melalui tujuh inisiatif dalam fasa satu serta 14 inisiatif lagi dalam fasa yang kedua.

Fasa pertama, Gudang Makanan Selangor RM50 juta Malaysia. Pertama, keterjaminan bekalan krisis tenaga global ini. Pertama, keterjaminan bekalan makanan. Krisis tenaga global ini telah mencetuskan serangkaian masalah terhadap keterjaminan bekalan

makanan di banyak negara, khususnya barangan makanan asas ini lantaran sesetengah negara telah memberi tumpuan kepada beberapa jenis bidang tanaman dan mengimport sumber makanan lain. Menyedari keadaan ini, Kerajaan Negeri telah membangunkan Gudang Makanan Selangor yang bertujuan mewujudkan stok penimbal bagi 5 jenis makanan asas iaitu beras, ayam, daging, ikan dan minyak masak. Sehingga kini, Gudang Makanan Selangor telah mewujudkan stok penimbal makanan sebanyak 3,750 tan metrik yang bersamaan dengan 7.93% daripada keperluan bulanan 30% rakyat negeri Selangor. Dengan sasaran untuk menambah sebanyak 3,500 tan lagi metrik beras melalui Gudang Makanan Selangor stok penimbal beras akan dapat ditingkatkan kepada 15.34% daripada keperluan 30% rakyat negeri Selangor pada akhir tahun 2026. Begitu juga dengan ayam, daging, ikan dan minyak masak, menjelang Disember 2026, Gudang Makanan Selangor bakal berupaya menyediakan stok penimbal menerusi pembelian 1,000 tan metrik ayam, 100 tan metrik daging, 800 tan metrik ikan, dan 150 tan metrik minyak masak. Sebagai langkah mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan di negeri Selangor sebanyak 50 juta diperuntukkan untuk Gudang Makanan Selangor dan mula dibelanjakan dalam tempoh beberapa bulan yang lepas. Kedua, jualan Ehsan Rahmah menjadi 10 juta daripada keperluan 5 juta, maknanya ada tambahan 5 juta. Sejujurnya Kerajaan Negeri berikhtiar untuk menyediakan sejenis bantuan yang berfungsi sebagai penampan inflasi bagi golongan berpendapatan rendah agar keperluan makanan asas rakyat tidak terjejas. Sejak pengenalan pada zaman Pandemik COVID-19, jelajah Ehsan Rahmah sudah sangat terkenal dalam segenap lapisan masyarakat kerana menawarkan barangan makanan asas pada harga rendah. Misalnya, seekor ayam dijual pada harga RM10, ikan RM6.50, beras RM12, daging beku RM10 satu pek dan minyak masak 2 kilo berharga RM10. Ini mampu mengawal kesan inflasi terhadap rakyat negeri Selangor tidak seperti apa yang kita perhatikan berlaku di kebanyakan negara-negara lain dan negara jiran. Jika kita perhatikan pengalaman negara jiran seperti Filipina, misalnya, kadar inflasi Filipina pada April 2026 telah melonjak 7.2%, berikutan peningkatan inflasi bagi kos pengangkutan sebanyak 21.4%. Dan peningkatan inflasi bagi harga makanan dan minuman sebanyak 6%. Jelajah Ehsan Rahmah ataupun JER sebagai sebuah program sudah menjadi sinonim dengan tekad KERAJAAN NEGERI untuk membantu rakyat yang benar-benar memerlukan tanpa menjejaskan pendapatan golongan peniaga kecil, runcit di negeri ini. Itulah sebabnya JER dilaksanakan dua kali sebulan bagi setiap kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri seluruh negeri Selangor dengan peruntukan 10 juta penambahan 5juta daripada peruntukan sebelum ini, dan Jelajah Ehsan Rahmah akan diadakan di 779 lokasi dan bakal memanfaatkan 3.1 juta rakyat yang sudah pun bermula sejak bulan Mei dan berlangsung sehingga bulan Disember 2026. Direkodkan daripada Mei sehingga sekarang lebih kurang 120 program jualan Ehsan Rahmah telah menjelajah seluruh negeri Selangor. Selain daripada memberikan barangan keperluan rakyat negeri Selangor, ia menampan kesan inflasi dan terbukti dengan kadar inflasi yang sangat berdaya saing di dalam negara dan negeri kita.

Kedua, Baucar Kita Selangor 30 juta. Selain daripada barangan makanan, Kerajaan Negeri turut merangka strategi lain demi melindungi rakyat daripada kesan peningkatan harga barang dan mengukuhkan kedudukan kewangan isi rumah. Sebelum ini, kita telah melaksanakan BINGKAS yakni Bantuan Kehidupan Sejahtera Rakyat Selangor yang menyumbang RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun kepada 30,000 keluarga di seluruh negeri Selangor. BINGKAS membolehkan rakyat Selangor membeli keperluan-keperluan asas serta peralatan pendidikan di kedai dan pasar raya berdaftar di negeri Selangor. Sebagai langkah pengukuhan, kita turut memperkenalkan BINGKASAN untuk inisiatif tersasar untuk 1,300 ketua isi rumah yang tidak menepati kriteria BINGKAS tetapi jikalau tidak dibantu dan dibiarkan mereka akan terjerumus dalam kelompok miskin tegar. Sebagai suatu langkah baru, jangka pendek bagi menangani krisis bekalan, kerajaan negeri telah mengumumkan Baucar Kita Selangor yang bakal menyumbang RM100 sebulan kepada 50,000 keluarga dan akan berlangsung selama 6 bulan dengan peruntukan RM30 juta. Berpandukan data daripada agensi negeri dan persekutuan, ketua isi rumah tersebut akan dihubungi dalam masa terdekat setelah lengkap proses pengemaskinian maklumat dan bantuan kewangan dan mula disalurkan dengan e-wallet SELANGKAH dan InsyaAllah, 30hb Jun, bantuan Baucar Kita Selangor ini akan sampai kepada penerima-penerima. Siapakah penerima-penerima ini? Penerima-penerima ini adalah lebihan mereka yang memohon daripada lebihan kuota ataupun mereka yang berdaftar dengan Program E-Kasih yang belum layak menerima BINGKAS dan beberapa penerima-penerima baru berdasarkan pangkalan-pangkalan data yang kita miliki di pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Tuan Speaker, tatkala menghadapi risiko krisis sebegini kerajaan negeri tidak ingin melihat ada keluarga yang terpaksa mengikat perut sehingga menyebabkan anak-anak mereka yang masih bersekolah tidak mendapat makanan yang secukupnya. Sebelum ini, kita telah mengumumkan bantuan makanan kepada semua pelajar di seluruh negeri Selangor. Susulan daripada itu pelbagai jenis maklum balas telah kita terima berhubung kaedah pelaksanaan dan ini termasuklah cadangan agar bantuan ini diberikan secara bersasar. Justeru, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk membaiki kaedah pelaksanaan makanan percuma sekolah dengan memberikan penekanan kepada anak-anak yang berasal daripada keluarga berpendapatan RM2,000 dan ke bawah. Berdasarkan siling pendapatan ini maka seramai 120,000 pelajar-pelajar daripada 962 sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama Integrasi, Sekolah Agama Menengah, Sekolah Agama Menengah Tinggi, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Kebangsaan Cina, Kolej Vokasional, Tingkatan 6 dan Sekolah Berasrama Penuh seperti MRSM, SBP dan Mahat Integrasi Tahfiz Sains akan diberikan makanan percuma sebanyak dua kali seminggu dalam tempoh tiga bulan bermula Ogos 2026 sehingga akhirnya pada bulan Oktober. Pelajar sesi pagi akan menerima sarapan sementara pelajar sesi petang akan menerima pakej makanan tengah hari dan makanan akan disediakan oleh pihak kantin sekolah bagi memudahkan pelajar menerima bantuan makanan dan menjamin tahap kebersihan serta khasiat

makanan yang bergizi. Bagi melaksanakan program ini sebanyak 14.4juta diperuntukkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri akan membantu Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak berkemampuan.

Subsidi tambang pengangkutan awam 10.4 juta. Sebahagian besar krisis bekalan ini berpunca daripada kejutan bekalan bahan api akibat penutupan Selat Hormuz pada Februari lalu. Kebanyakan kenderaan di semenanjung Malaysia termasuk Selangor menggunakan bahan api petrol manakala kenderaan industri pula bergantung kepada diesel. Di peringkat Persekutuan, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim telah berpegang teguh kepada mekanisme Budi95 yang menawarkan harga petrol bersubsidi dijual dengan harga RM1.99 sen satu liter. Setiap individu diberikan kuota RM200 liter sebulan untuk minyak RON95 manakala minyak Diesel dijual pada harga pasaran dengan subsidi sebanyak RM400 sebulan kepada mereka yang layak. Waima demikian, ketika kita berdepan dengan apa yang disebut sebagai supply side shock yang mengganggu bekalan sumber bahan api Kerajaan perlu bertindak proaktif untuk menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam dan beralih daripada kebergantungan kepada kenderaan peribadi. Pada dasarnya sungguhpun sistem pengangkutan awam dikelola oleh kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan namun kerajaan negeri mengambil pendekatan proaktif untuk menggerakkan perkhidmatan demand responsif transit dengan menggunakan kenderaan seperti bas mini dan juga van. Kini pengendali pengangkutan awam seperti Prasarana sudah terlibat aktif dalam ekosistem DRT sebagai salah satu strategi untuk mengatasi cabaran keterhubungan first mile dan juga last mile. Sebagai langkah menggalakkan lebih ramai rakyat Selangor menggunakan sistem pengangkutan awam, kerajaan negeri menawarkan subsidi RM30 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada 50,000 warga Selangor dengan peruntukan RM10.4juta. Sehingga hari ini, sebanyak RM140,520 telah disalurkan kepada 4,684 warga yang telah memohon. Kerajaan Negeri menggesa rakyat lebih ramai untuk memohon subsidi pengangkutan awam ini yang akan disalurkan melalui aplikasi Nine yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri demi manfaat dan juga kejayaan kita bersama.

Bantuan sektor pertanian RM31 juta. Tuan Speaker, meskipun Selangor menikmati kedudukan sebagai negeri yang memiliki sistem ekonomi paling maju di Malaysia, namun kita mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh pengusaha-pengusaha dalam sektor pertanian ini. Baik pesawah, nelayan, petani, penternak mahupun pengusaha aquaculture, merekalah nadi negeri ini yang berperanan memastikan tidak bergantung sepenuhnya kepada barang makanan import dari negeri ataupun negara lain. Di peringkat awal, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membantu seramai 14,131 pesawah, petani, penternak, pengusaha aquaculture dan nelayan. Seramai 7,387 pesawah bakal menerima bantuan tunai pada akhir bulan ini. Majlisnya telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor baru-baru ini. Sementara 2,296 petani akan diberikan baja yang

sepadan dengan keluasan tanah selewat-lewatnya 15 Julai kerana Selat Hormuz ditutup dan juga krisis Asia Barat turut sebenarnya memberikan kesan kepada bekalan urea ataupun baja-baja kimia yang digunakan secara merata di dalam sektor pertanian pada hari ini. Justeru, selain itu seramai 2,000 penternak dan 270 pengusaha aquaculture bakal menerima baucar makanan ternakan dan baja tanaman masing-masing. Sementara seramai 2,178 nelayan bakal menerima baucar bahan api petrol ataupun diesel bermula 15 Julai 2026 dengan nilai RM300 sebulan selama 6 bulan. Secara keseluruhannya, RM25 juta diperuntukkan dengan bantuan sektor pertanian. Pemerkasaan Koperasi RM6 juta, satu lagi aspek yang turut diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri adalah pengusaha koperasi. Usaha ini sudah pun dilaksanakan sebanyak enam kali bermula di Kuala Selangor, Kota Kemuning, Sabak Benam telah menawarkan ruang pasaran kepada golongan pengusaha koperasi dan menawarkan hasil jualan sebanyak RM429,594.50. Peruntukan sebanyak RM6 juta daripada Kerajaan Negeri bakal menawarkan ruang pasaran dan penjualan di 84 lokasi sepanjang enam bulan bermula Jun dan akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan. Bukan saja kita akan membantu rakyat memiliki harga yang berpatutan melalui jualan ini, tetapi juga mampu mengukuhkan koperasi-koperasi yang ada di Negeri Selangor untuk terus berdaya tahan di saat krisis dan suasana yang tidak baik.

Tuan Speaker, kita masuk pada fasa yang kedua. Selain daripada beberapa program yang diumumkan pada 16 April sebagai langkah awal ataupun fasa pertama dalam Kerajaan Negeri mendepani krisis bekalan, pentadbiran ini turut meneliti dampak krisis ini dan langkah yang perlu diambil dalam jangka masa sederhana. Sudah pasti, sektor yang paling teruk terkesan adalah industri logistik, pembuatan dan pembinaan. Selain itu, menurut data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), daripada 10,869 warga negeri Selangor yang kehilangan mata pencarian sejak Januari sehingga Mei 2026, sebanyak 23.45% atau 2,549 adalah pekerja dalam industri peruncitan. Manakala 21.3% atau 2,316 yang kehilangan pekerjaan adalah dalam sektor pembuatan. Jika kita teliti lebih mendalam, daripada angka 10,869 yang saya sebut tadi, 40% adalah pekerja peringkat pengurusan dan profesional. Sementara selebihnya adalah pekerja peringkat juruteknik, jurujual dan pengendali jentera. Keadaan ini mendorong Kerajaan Negeri untuk melindungi sektor peruncitan dan menawarkan pilihan peralihan kepada pekerja yang telah kehilangan mata pencarian untuk menceburi bidang keusahawanan serta peluang untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran. Pengurangan kadar sewa premis PBT - RM4.5 juta. Komuniti penjaja yang menyewa kedai dan gerai di premis Pihak Berkuasa Tempatan merupakan usahawan barisan hadapan yang mewakili ekonomi harian rakyat. Demi menggalakkan mereka terus berdaya tahan dan berniaga tanpa meningkatkan harga makanan kepada rakyat, Kerajaan Negeri akan menawarkan pengurangan kadar sewa di premis-premis PBT dan penjaja sebanyak 30% di semua Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 6 bulan, mulai Julai sehingga Disember 2026. Bantuan ini akan memanfaatkan 21,234 peniaga

dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta daripada Kerajaan Negeri. Pengurangan ini akan diberikan secara automatik tanpa memerlukan permohonan daripada para peniaga. Projek Selangor Penyayang RM14 juta. Selain daripada pemberian bantuan secara tunai ataupun barangan keperluan asas, Kerajaan Negeri turut memberikan penekanan kepada kualiti fasiliti awam sebagai tambahan kepada pembinaan prasarana baharu. Antara usaha yang memberi manfaat kepada rakyat adalah fasiliti taman awam, pengecatan pangsapuri yang melebihi 15 tahun. Bagi mengukuhkan lagi fasiliti awam, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM14 juta yang akan dimanfaatkan di kawasan-kawasan seluruh Negeri Selangor dan Insya Allah juga akan menggerakkan sektor pembinaan yang mungkin terkesan akibat daripada krisis bekalan yang berlaku. Ahli Yang Berhormat sekalian, Program Selangor Advance (SA500), bantuan ataupun injection ataupun lonjakan RM100 juta antara kekangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dalam sektor logistik dan pembuatan serta berdepan dengan krisis bekalan adalah peningkatan harga barang akibat gangguan bekalan dan sumber barangan yang terhad. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan memperluas program Selangor Advance dengan tambahan dan suntikan RM100 juta bagi membantu aliran tunai syarikat-syarikat yang berurusan dengan projek infrastruktur di negeri ataupun di peringkat daerah termasuk di Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan. Sejak pelaksanaannya pada Pandemik COVID-19 tahun 2021, sebanyak 1,398 syarikat telah bermanfaat atau memanfaatkan Selangor Advance dengan membantu mempercepatkan urusan bayaran invois serta melancarkan urusan sesama syarikat dan melancarkan dan mempositifkan aliran tunai syarikat masing-masing. Peruntukan RM100 juta ini dijangka dapat manfaatkan 500 syarikat serta kontraktor yang berurusan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan di peringkat PBT. Pembiayaan Dana Pantas Usahawan RM20 juta, Tuan Speaker, sebahagian besar daripada ekonomi Selangor terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana dan kebanyakan syarikat ini bermula di peringkat usahawan-usahawan kecil ataupun mikro. Dengan kombinasi usaha HIJRAH dan PLATS, Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan pembiayaan tanpa faedah sebanyak RM10,000 kepada setiap usahawan dengan tempoh bayaran selama 3 tahun agar lebih ramai warga Selangor boleh menceburi bidang keusahawanan. Melalui aplikasi DANA PLUS oleh HIJRAH, bantuan ini bakal manfaatkan 2,000 usahawan berdaftar sama ada untuk memulakan ataupun meluaskan perniagaan mereka. Seterusnya, Inisiatif Pemulihan Usahawan Selangor, bagi usahawan yang sedang menghadapi kesan bekalan global dan mungkin mengalami penurunan prestasi perniagaan, Kerajaan Negeri turut mewujudkan pilihan untuk para usahawan menstruktur semula pinjaman melalui Yayasan HIJRAH. Seramai 6,000 usahawan yang sudah pun mempunyai pinjaman dengan HIJRAH boleh memohon untuk menstruktur semula tanpa faedah tambahan ataupun charge penalty bagi menjamin keterlangsungan perniagaan

mereka pada waktu yang mencabar ini. Ahli Yang Berhormat sekalian, transisi kerjaya PLATS kosnya lebih kurang RM4 juta. Selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri berpendirian bahawa warga Selangor perlu diberikan peluang untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai jalan untuk meningkatkan kualiti hidup. Melalui usaha transisi kerjaya PLATS, Kerajaan Negeri akan menawarkan laluan untuk golongan pekerja yang hilang mata pencarian atau mereka yang ingin menjadi usahawan untuk diberikan pendedahan sebagaimana strategi asas keusahawanan. Separuh atau sebahagian daripada 10,000 warga Selangor yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini iaitu dalam 5,000 slot akan disediakan untuk mereka menyertai program ini dan ditawarkan bantuan data internet selama 12 bulan supaya dapat akses platform digital melalui modul latihan memohon pembiayaan untuk memulakan perniagaan di saat mereka kehilangan pekerjaan, Kerajaan Negeri bantu tampil untuk mendorong mereka terlibat dalam bidang keusahawanan yang turut akan dapat dibantu melalui program HIJRAH dan beberapa program yang lain. Selepas proses ini, mereka akan diberikan bimbingan strategi perniagaan dengan dipantau oleh pengurusan PLATS dan kemudian diberikan pendedahan serta akses kepada ekosistem perniagaan PLATS. Mereka yang menyertai program akan diberikan elaun perjalanan sepanjang perjalanan atau program ini sebagai bantuan meringankan kos sara hidup mereka. Untuk menjayakan program ini, RM4 juta diperuntukkan untuk mengubah nasib mereka yang dibuang kerja ke arah bidang keusahawanan. Seterusnya, Program Kerjaya Selangor RM1.5 juta. Selain daripada program transisi kerja PLATS, Kerajaan Negeri menganjurkan program Kerjaya Selangor yang lebih komprehensif dan bersasar, memberikan keutamaan kepada pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan dalam tahun ini. Dengan kerjasama agensi seperti PERKESO dan syarikat peruncitan pembuatan dan logistik Kerajaan Negeri melibatkan pihak berkepentingan serta pekerja yang hilang pekerjaan supaya kemahiran pekerja dapat dipadankan dengan keperluan industri yang memerlukan kepakaran-kepakaran baharu. Seramai 30 ribu warga Selangor yang mencari peluang pekerjaan akan dilibatkan dalam program kerjaya Selangor tahun ini sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan dan kita akan menghubungi PERKESO dan mereka-mereka yang dibuang kerja dijemput khas untuk dipadankan dengan kerja-kerja baharu yang bersesuaian dengan kemahiran ikhtisas mereka. Bantuan Agropreneur Selangor RM6 juta. Sebagai tambahan kepada bantuan dalam fasa pertama, bantuan pertanian tadi Kerajaan Negeri umumkan dalam fasa pertama atas permintaan dan keperluan tambahan Kerajaan Negeri bersetuju menambah bantuan kepada golongan petani dan nelayan seramai 2,469 orang. Kelompok ini menerima bantuan seperti baucar makanan, ternakan, baucar bahan api, baja atau wang tunai sebanyak RM300 hingga RM600 mengikut musim penuaian atau secara bulanan. Selain itu, untuk itu RM6 juta diperuntukkan untuk tambahan kepada sektor pertanian.

Ahli Yang Berhormat sekalian, melalui Program Smart Sewa, seramai 1,012 warga Selangor menyewa unit-unit rumah di negeri Selangor. Kadar sewa bulanan adalah antara RM450 hingga RM1,300. Kerajaan Negeri berusaha memastikan supaya kadar sewa ini kekal dan tidak meningkat, terutamanya pada waktu-waktu kritikal seperti ini. Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri memahami keadaan yang kemungkinan dihadapi oleh para penyewa sekiranya kos sara hidup meningkat dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Oleh itu, kesemua 1,012 penyewa ini akan ditawarkan moratorium sewaan rumah bermula Oktober 2026 dalam tempoh 3 bulan iaitu sehingga Disember 2026. Moratorium ini akan diselaraskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mengikut permohonan daripada para penyewa dan untuk itu RM2.22 juta diperuntukkan untuk Program Moratorium Sewa. Moratorium pinjaman perumahan Kerajaan Negeri RM2.54 juta bagi membantu penjawat awam yang sedang menjelaskan bayaran hutang pinjaman rumah di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri. Pentadbiran turut akan menawarkan peluang moratorium bayaran semula pinjaman rumah untuk tempoh 3 bulan Oktober 2026 sehingga Disember 2026. Bantuan ini bakal memanfaatkan 2,333 penjawat awam di Negeri Selangor mengikut permohonan. Pembiayaan Daya Tahan Usahawan Tani Selangor RM7 juta. Selain bantuan tunai bersasar yang ditawarkan kepada golongan pesawah, petani, nelayan, Kerajaan Negeri turut memberikan perhatian kepada kemapanan dan kelangsungan keusahawanan tani agar industri ini berupaya menawarkan peluang pekerjaan dan kerjaya yang mampan untuk jangka masa panjang. Dengan bantuan oleh Yayasan HIJRAH, seramai 500 usahawan tani akan ditawarkan pembiayaan sebanyak RM10,000 seorang oleh Kerajaan Negeri dengan menampung kos faedah, maknanya tanpa faedah supaya bantuan pinjaman ini ditawarkan mampu untuk membantu usahawan-usahawan tani ini bertahan di saat krisis yang sedang berlaku. Untuk tujuan ini, RM7 juta lagi diperuntukkan untuk usahawan-usahawan tani, satu program khas bantuan membangunkan usahawan tani oleh HIJRAH Selangor di saat krisis yang sedang berdepan. Ahli Yang Berhormat sekalian, dampak krisis ini telah mendedahkan peri pentingnya pendidikan dalam meningkatkan peluang daya tahan seorang individu supaya cekal menghadapi sebarang cabaran atau ketidaktentuan global. Kerajaan Negeri tidak ingin melihat anak Selangor terutamanya mereka yang berpotensi untuk mempunyai kesungguhan melanjutkan pelajaran terhalang akibat faktor kewangan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri mewujudkan biasiswa pendidikan kita Selangor kepada mahasiswa dan mahasiswi cemerlang dan mempunyai minat dalam bidang menjadi kepentingan negeri. Sebagai contoh, sektor E&E atau elektrik-elektronik, sains hayat, kecerdasan buatan, kejuruteraan serta automasi. Bagi memberikan sinar baharu kepada para pelajar di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri mewujudkan Biasiswa Pendidikan Kita Selangor dengan peruntukan RM17 juta. Ini bermakna dengan RM17 juta yang kita laksanakan 50% untuk pelajar-pelajar Unisel dan juga pelajar-pelajar UIS serta STDC yang

akan bermula pada bulan 8 ini yang akan memanfaatkan hampir RM4,000 kita menambah RM17 juta lagi untuk mahasiswa-mahasiswa Negeri Selangor di universiti-universiti lain dan ditawarkan biasiswa supaya pelajar-pelajar ini dapat melanjutkan pelajaran di saat mungkin ibu bapa dan keluarga mereka berdepan dengan rintangan kewangan ketika krisis dan keadaan yang melanda. RM17 juta tambahan menjadikan keseluruhan RM34 juta disiapkan untuk bantuan mahasiswa-mahasiswi di dalam Negeri Selangor. Tuan Speaker, Teraju Ikhtisas RM20 juta. Salah satu jalan untuk mengatasi ketidakpadanan antara pekerjaan yang ditawarkan dan kemahiran para graduan adalah dengan meningkatkan kualiti dan tahap pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). Di negeri Selangor, Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) telah menjadi pusat utama menggerakkan tawaran program TVET dengan beberapa program khusus yang turut melibatkan para mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Selangor (UIS). Dengan mengambil kira kepentingan para guru untuk lebih celik memanfaatkan kemampuan kecerdasan buatan AI, Kerajaan Negeri akan menawarkan Kursus Pensijilan AI di bawah Google untuk 500 guru-guru di Negeri Selangor dalam peruntukan RM20 juta ini. Di samping itu, Pensijilan Profesional Industri turut ditawarkan kepada 500 orang, manakala Pensijilan Kemahiran Malaysia akan diberikan kepada 1,000 orang. Usaha ini saya percaya akan dihasratkan untuk meramaikan golongan profesional di negeri Selangor dan industri di negeri Selangor. Untuk itu, di saat menyerap kesan mereka yang mungkin dibuang kerja, peluang-peluang kerja baru daripada mereka yang baru graduasi dan peluang-peluang untuk mereka menyusun dan memperkukuhkan kemahiran mereka, kita menambah RM20 juta lagi dana IKTISASS. Dengan ini, kita akan membina pekerja-pekerja yang berkemahiran dan mampu mengisi pekerjaan-pekerjaan baru kalau memerlukan pekerjaan baru. Tuan Speaker, antara usaha yang digerakkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2026 adalah Mama Kerja. Bantuan kepada wanita, ibu yang bukan sahaja mendirikan keluarga tetapi memainkan peranan penting sebagai wanita berkerjaya. Inisiatif ini dihasratkan untuk membantu 5,000 wanita dengan peruntukan RM5 juta agar meringankan beban kos penjagaan anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah, khususnya kepada wanita yang ingin terus bekerja selepas melahirkan anak. Dengan mengambil kira keadaan sedia ada, apabila kita berdepan dengan krisis yang mampu memberikan kesan ekonomi, Kerajaan Negeri menambah RM5 juta lagi menjadikan peruntukan Mama Kerja berjumlah RM10 juta dengan peruntukan RM1,000 kepada setiap orang bermakna kita akan dapat membiayai 10,000 wanita-wanita berkerjaya di dalam negeri Selangor pada tahun 2020. Bantuan ini akan disalurkan melalui aplikasi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri, tanda penghargaan kita kepada kelompok wanita yang berbakti, bukan hanya kepada keluarga dan kelangsungan generasi masa depan tetapi juga kepada pembangunan negara dan negeri. Ahli Yang Berhormat sekalian, kita akan memperuntukkan RM5.5 juta untuk apa? Untuk rebat cukai taksiran 100%. Krisis bekalan global ini telah memperlihatkan kepentingan

untuk Selangor segera beralih kepada industri tenaga bersih dan mampan. Contohnya di peringkat kejiranan, perumahan, pemasangan bumbung panel solar, sistem penuaian air hujan, proses kitar semula, sistem pengkomposan sisa makanan, unit pengecasan kenderaan elektrik dan membantu Selangor ke arah negeri neutral karbon di masa hadapan. Waima demikian, Kerajaan Negeri turut memahami bahawa faktor kos boleh menjadi kekangan kepada rakyat Selangor untuk memasang fasiliti ini di rumah masing-masing. Sebagai langkah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Selangor memanfaatkan teknologi hijau dan mampan, Kerajaan Negeri menawarkan rebat cukai taksiran 100% bagi tahun 2026 sekiranya mereka memasang satu daripada teknologi-teknologi di asas. Solar, kitar semula, pengkomposan sisa-sisa bahan bekalan ataupun sisa-sisa dan termasuk penuaian air hujan yang pastinya akan membantu kita secara keseluruhan. Setiap PBT menyediakan dana RM100 ribu hingga RM200 ribu dan RM1.5 juta masing-masing untuk Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya untuk manfaat rakyat mengikut proses permohonan yang akan diselaraskan oleh pihak PBT. Secara keseluruhannya, sebanyak RM203.26 juta diperuntukkan bagi fasa kedua. Manakala program fasa pertama yang sedang berjalan telah diperuntukkan lebih kurang RM141 juta dan ini membawa keseluruhan pakej ini daripada fasa 1 dan fasa 2 adalah berjumlah RM345.06 juta. Demikianlah, di tengah gelora konflik Perang Asia Barat yang mengakibatkan kejutan rantaian bekalan tenaga global, Kerajaan Negeri tampil bukan untuk menjadi Santa Claus ataupun mereka yang ingin memberikan wang dengan sesuka hati. Tapi Kerajaan Negeri bertindak dengan data maklumat serta pandangan pakar dan ia dimulakan dengan perbincangan ilmiah dengan para pakar agar kita memperolehi maklumat-maklumat dan juga data-data yang asas. Di saat krisis, kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kita memerlukan kolaborasi bukan hanya dengan pentadbiran dan juga wakil-wakil seperti Wakil Rakyat, Ahli Majlis dan juga sebagainya. Tapi kita memerlukan kerjasama rakyat secara keseluruhannya. Justeru saya menyeru di sini kepada rakyat negeri Selangor dan sebab itu kita adakan sidang ini secara terbuka agar semua dapat berbahas secara teratur dan matang dan mampu untuk mencadangkan beberapa langkah-langkah yang wajar dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada masa depan. Ataupun menilai apa yang telah dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri supaya kita mampu berdepan dengan krisis ini bersama-sama dan mampu untuk menguraikan setiap permasalahan-permasalahan yang berlaku. Sudah pasti daripada sidang focus group yang telah dilakukan oleh pihak pasukan-pasukan khas selama ini, kita menerima banyak permohonan-permohonan. Tapi dengan limitasi tertentu dan keadaan tertentu, sudah pasti ini kemampuan yang kita ada selain memikirkan bukan hanya sokongan yang diberikan pada hari ini, mampu untuk memberikan wang tunai ataupun mengurangkan kelelahan mereka dalam menguruskan faktor kewangan, tetapi juga menjamin sektor runcitan, sektor-sektor pertanian dan rangkaian-rangkaiannya bagi memastikan ekonomi negeri terus berdaya saing dan mampu untuk menggerakkan ekonomi

Malaysia ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah beberapa langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan seperti BUDI dan juga langkah-langkah untuk Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan sebagainya, sudah sedikit sebanyak memberikan peluang yang baik kepada masyarakat. Namun begitu, kita memerlukan kolaborasi dan perpaduan rakyat secara keseluruhan dan kita perlu membuang semangat perbalahan ataupun perseteruan yang tidak mengena di saat krisis dan keadaan yang tidak menentu ini. Ini masanya untuk kita berpadu dan bersatu-padu. Ini masanya untuk kita berganding tangan, melihat dengan jelas bagaimana penyelesaian ini dilakukan. Bukan hanya untuk kerajaan, bukan hanya untuk Menteri Besar tetapi untuk memastikan negeri ini kekal sebagai sebuah negeri yang berdaya tahan. Dengan itu saya bentangkan fasa kedua Pakej Rangsangan ataupun Pakej Daya Tahan Negeri Selangor fasa kedua. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, YAB Dato’ Menteri Besar telah pun membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Negeri Selangor. Sebelum saya kemukakan perkara ini untuk dibahaskan saya ingin menarik perhatian kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa, saya akan mengikut Peraturan Tetap 35 (1) dan (2) dalam menjalankan perbahasan ini dan tidak akan mengikut apa-apa giliran dan keutamaan akan diberi kepada Ketua BBC dan juga Yang Berhormat Ketua Pembangkang dalam perbahasan ini. Jadi saya kemukakan perkara ini untuk dibahaskan. Bukit Gasing. Saya beri masa mungkin 30 minit.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Eh. Berapa ? 5 minit?

Speaker

30 minit.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Jangan 5 minit la. Kalau 5 minit, hari ini satu hari cukup.

Speaker

Ya. Silakan Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Salam kita Selangor, Salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam membahas kenyataan Dato’ Menteri Besar berkenaan Pakej Daya Tahan Negeri Selangor. Saya pertama sekali ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Menteri Besar. Ini merupakan satu sidang Dewan yang bersejarah bagi diri saya kerana satu kenyataan yang cukup besar ini bukan dibuat di dalam satu sidang media ataupun daripada pejabat Dato’ Menteri Besar tetapi dibuat dalam satu Sidang Khas Dewan, dan ini memberi ruang kepada kami sebagai ADUN-ADUN untuk mendengar live dan juga mengambil bahagian dalam membahas kenyataan yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar. Saya harap apa yang kita buat hari ini akan menjadi teladan kepada pengumuman-pengumuman besar pada masa yang akan datang.

Malangnya pada awal tahun ini peperangan Amerika Syarikat dan Iran telah menjejaskan ekonomi global. Walaupun terdapat satu ceasefire selama beberapa bulan ini dan walaupun mungkin peperangan ini akan berakhir tidak lama lagi tetapi impak sekatan Selat Hormuz ini dirasai di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Saya rasa ramai rakyat Malaysia masih belum merasai impak sebenar kerana subsidi minyak yang dilakukan oleh Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan masih berterusan dan dapat membantu meringankan kos sara hidup semua rakyat di Malaysia. Kalau kita lihat di negara jiran kita, di Philippines, di Thailand, di India dan sebagainya ramai hidup dalam kesusahan apabila harga minyak naik dan ini memberi impak kepada semua kos sara hidup, semua kos perniagaan. Tetapi walaupun kita dapat menampung dan kita dapat kawal harga petrol tetapi ia juga menyebabkan banyak lagi masalah dari segi bekalan supply chain dunia ini dan impak ini mungkin akan dirasai ke arah hujung tahun ini seperti yang diramal oleh pakar-pakar ekonomi. Dan ke arah tersebut, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor kerana merancang satu Pakej Daya Tahan, merancang satu Pakej Stimulus untuk mengurangkan impak negatif daripada kesan perang di antara Iran dan Amerika Syarikat. Saya mengambil maklum ramalan-ramalan ekonomi di mana pertumbuhan GDP di negeri Selangor dan Malaysia akan terjejas dan saya harap dan saya berterima kasih, Pakej Fasa 1 sebanyak RM141 juta dan Pakej Fasa 2 sebanyak RM203 juta akan mengurangkan impak tersebut. Saya mungkin ingin mengambil kesempatan pada pagi ini untuk melihat bagaimana pakej ini dapat membantu mungkin dari segi golongan rentan, daripada segi golongan yang berpendapatan rendah. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana bantuan RM100 setiap bulan memang akan memberi manfaat yang besar untuk menampung kos sarah hidup keluarga tersebut. Saya mengucapkan terima kasih ke atas sarapan pagi percuma yang bakal dibekalkan kepada murid daripada keluarga miskin di sekolah, yang ini juga akan banyak membantu pelajar-pelajar ini. Ramai pelajar tidak dapat makanan yang sepenuhnya di rumah, mungkin makan maggi beberapa kali seminggu ataupun mungkin hampir setiap hari makan maggi, ini tidak sihat dan ini perlu ditambah baik dan saya mengucapkan terima kasih kerana makanan berkhasiat, makanan segar yang disediakan di kantin sekolah yang dibiayai oleh Kerajaan Selangor akan membantu pelajar-pelajar ini. Saya mengucapkan terima kasih juga ke atas semua pengurangan kadar sewa, moratorium yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana duit-duit bayaran sewa dan moratorium ini akan kitar semula dalam ekonomi tempatan dan akan membantu ekonomi tempatan, membantu SME. Saya ucapkan terima kasih kepada semua program untuk membangunkan usahawan yang diperkenalkan demi membantu SME-SME kita resilient terhadap cabaran-cabaran ekonomi yang bakal timbul. Tapi izinkan saya mungkin sentuh atas tiga topik besar di dalam pakej rangsangan ini. Yang pertama, kebergantungan kita terhadap minyak di negeri Selangor dan di Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat, kita

banyak bergantung kepada minyak. Kita bergantung kepada minyak untuk tujuan pengangkutan. Hampir semua kenderaan kita menggunakan diesel dan petrol. Ada sekarang sedikit kenderaan yang menggunakan elektrik tetapi majoriti kebanyakan kenderaan terutamanya kenderaan berat kita bergantung kepada diesel dan petrol. Bilangan minyak mentah yang dihasilkan di Malaysia hanya sebanyak 535 ribu barrel setiap hari. Ramai daripada kami menganggap Malaysia adalah pengeluar yang besar. Dan betul pada satu masa dahulu apabila kami di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an, tanggapan itu adalah betul. Masa itu pengeluaran kita mungkin dua kali ganda daripada minyak yang digunakan di tempatan. Tetapi pada hari ini pengeluaran kita adalah sebanyak 535 ribu barrel sehari tetapi kegunaan minyak di pasaran domestik untuk kenderaan, untuk menjana elektrik, untuk kapal terbang, untuk kapal laut dan sebagainya adalah sebanyak 700,000 barrel sehari. Kita sudah menjadi negara yang bergantung pada import minyak, kita bukan lagi negara yang surplus minyak seperti dahulu walaupun kita mengeluarkan minyak, kita pakai lebih pada hari ini. Mungkin dulu setiap keluarga satu kereta tapi sekarang setiap individu satu kereta. Satu rumah dah sudah jadi tiga, empat, lima biji kereta. Kita boleh lihat kesesakan di jalan raya, kita boleh lihat kesesakan parking di mana-mana taman perumahan sebagai bukti bahawa bilangan kenderaan sudah bertambah banyak. Apabila kita terpaksa bergantung pada mengimport minyak dan kita akan terjejas apabila sekatan Selat Hormuz ini berlaku dan kita juga rasa terjejas apabila harga minyak melambung tinggi. Saya harap peluang daripada insiden peperangan kali ini akan memberi kita satu spirit untuk mengurangkan ...

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ada beberapa minit?

Speaker

Seri Serdang.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada minyak, yes Seri Serdang.

Speaker

Ya Seri Serdang.

Ya terima kasih Bukit Gasing. Saya hendak memohon pandangan sementara Bukit gasing menyebut tentang masalah di Selat Hormuz. Saya melihat satu portal Berita Harian Online pada tarikh 9 April 2026. Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dia kata kita tidak sepatutnya menaikkan harga minyak kerana kapal Malaysia tidak disekat di Selat Hormuz, minta pandangan Bukit Gasing, apakah pandangan Presiden PAS ini berpijak di bumi yang nyata atau pun dia berada di dalam ilusi hidup dia.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tak apalah kalau dia dalam satu illusi apa kita hendak buat. Walaupun kapal kita dibenarkan lalu sebab PMX kita cukup baik

hubungan dia dengan seluruh pemimpin di dunia ini tetapi hakikatnya harga minyak juga naik. Bekalan minyak di Malaysia terjamin kalau kita pergi mana-mana stesen minyak, masih dapat minyak bukan macam di sesetengah negara, tidak ada minyak. Hendak bayar pun tidak ada minyak, hendak isi dalam kereta tetapi di sini bekalan cukup, betul Seri Serdang? Presiden PAS ini separuh betul kapal kita boleh lalu, minyak kita sampai tapi malangnya harga minyak itu sudah naik. Kalau dulu hanya separuh harga yang kita terpaksa bayar sekarang dan peningkatan harga ini menyebabkan subsidi yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan meningkat tetapi Kerajaan telanlah beban ini supaya rakyat tidak menderita, terima kasih kepada PMX, tahniah kepada PMX yang melakukan usaha ini. Jadi apabila kegunaan minyak kita ini sangat tinggi, saya harap kita dapat melihat beberapa inisiatif yang boleh mengurangkan betapa banyak minyak yang kita pakai setiap hari 700,000 barrel per day yang kita pakai pada hari ini harap-harap kita boleh kurangkan ke bawah 5,035 ribu barrel per day dan tidak lagi menjadi negara yang bergantung pada import minyak. Yang pertama kereta EV, kita lihat pelbagai inisiatif daripada MITI untuk menggalakkan rakyat pakai kereta EV untuk menggalakkan kereta EV dijual di Malaysia. Saya menyambut inisiatif-inisiatif ini dengan baik. Kereta EV juga pun sudah menjadi murah kalau 5 tahun yang lepas hanya yang kaya raya boleh beli kereta EV tetapi sekarang Proton e.Mas 5 dah boleh dijual dengan harga di bawah RM60 ribu. Kereta EV dah jadi mampu milik macam kereta Myvi bukan seperti dahulu hanya mereka yang mampu beli Mercedez Benz saja yang boleh beli kereta EV. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tempat cas kereta EV ini perlu diperluaskan. Sekarang ini menjadi cabaran kepada ramai rakyat Selangor terutamanya yang tinggal di flat, di pangsapuri, di apartmen, di kondominium kalau tidak ada tempat yang cukup untuk cas kereta EV, maka mereka rasa risau untuk beli kereta EV. Betul kita ada tempat untuk cas tetapi kalau jika kita hendak melipat kali gandakan bilangan kereta EV di masyarakat kalau kita hendak penjualan EV kita, 50% daripada semua kereta baru, kita mesti ada infra yang mencukupi supaya hendak cas kereta itu adalah mudah dan senang. Saya rasa mungkin antara langkah yang pertama ialah semua tempat kerja mesti ada tempat cas EV yang mencukupi. Jika susah hendak pasang tempat cas EV di pangsapuri kerana bekalan elektrik dia mungkin uzur, mungkin susah hendak upgrade atau penduduk tidak mampu tanggung kos untuk upgrade bekalan elektrik dalam pangsapuri, paling kurang tempat kerja harus ada tempat cas yang mencukupi. Saya ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri mungkin Yang Berhormat Sekinchan boleh bantu sedikit PBT-PBT kita ini kena lebih luas pasang tempat cas EV di petak parking awam. Di Petaling Jaya, saya harap dapat melihat di parking awam di kawasan-kawasan terutama di PJ Old Town, PJ New Town, di SS2 dan sebagainya mempunyai tempat cas EV di parking awam. Bukan sahaja di shopping mall yang ada, bukan saja di pejabat bertingkat office grade A yang ada tempat cas EV tetapi harap-harap di tempat public, hadapan rumah kedai kita dapat pasang lebih cas EV. Jadi dengan itu, kita boleh

menggalakkan lebih ramai rakyat Selangor bila hendak beli kereta baru itu, considered beli EV, jangan beli kereta petrol kalau yang tetap dengan kereta sedia ada tak mengapa, kita kena bagi masa untuk beralih. Tetapi kepada mereka yang hendak beli kereta baru tahun ini, kepada mereka yang hendak beli kereta baru tahun hadapan, kita bagilah satu kemudahan yang mencukupi bagi mereka. Inisiatif-inisiatif lain kereta EV seperti yang pernah dilakukan oleh MBPJ untuk bagi pengurangan cas bayaran parking, memberi pengurangan bayar cukai pintu, Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Selangor untuk beli kereta EV apabila mereka membeli satu kereta baru pada masa depan. Yang kedua, saya juga sangat gembira mendengar inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan ramai lagi pengguna Demand Respond Transit (DRT). Saya ingin menarik perhatian kita terhadap satu gambar yang besar. Jika kita ada azam untuk meningkatkan bilangan penggunaan kenderaan awam yang lebih tinggi, we want to encourage more public transport usage, dengan izin kita hendak mengurangkan bilangan kereta yang keluar untuk ke tempat kerja pada puncak awal pagi dan puncak petang. Kita memerlukan lebih banyak infrastruktur pengangkutan awam. We need more public transport infrastructure and more usage public transport, dengan izin. Saya melihat DRT sebagai satu komponen yang penting bukan satu komponen yang semata-matanya jangan salah faham. Train itu adalah penting, LRT, MRT itu sangat penting, bas pun penting untuk menghubungkan masyarakat tetapi selain daripada MRT dan selain daripada LRT dan selain daripada bas, DRT juga menjadi satu komponen yang sangat penting. Banyak kawasan perumahan di negeri Selangor adalah jenis kepadatan rendah. Banyak rumah teres, banyak rumah kampung dan juga rumah-rumah teres kawasan taman perumahan ini susah dihubungkan dengan menggunakan bas dan MRT dan LRT. Memang ada had berapa banyak laluan MRT yang boleh dibina, memang ada had berapa banyak laluan bas yang boleh diletakkan kalau kita adalah negara seperti Singapura, semua tinggal dalam bangunan bertingkat. Lebih senang kita buat sambungan bas kepada seluruh kawasan perumahan tetapi bila kita berselerak, kita mempunyai satu taman perumahan landed, rumah teres yang begitu banyak. Susah hendak kita letak laluan bas di setiap taman perumahan dan jika kita letak laluan bas di setiap taman perumahan, bas itu semua kosong kerana bilangan penduduk yang tinggal itu adalah sangat berkepadatan rendah. Jadi DRT ini penting untuk kita buat last mile coverage kepada kawasan rumah teres untuk menghubungkan mereka kepada kawasan-kawasan komersial yang berdekatan dan juga kepada stesen-stesen MRT, LRT dan KTM yang berdekatan. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Kinrara, kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana memberi insentif untuk menggalakkan rakyat Selangor cuba perkhidmatan DRT. Ini adalah sangat penting, paling kurang cuba dua tiga kali, saya hendak galakkan semua penduduk Selangor ambil peluang, download aplikasi Nine, saya sendiri pun dah download aplikasi Nine, tebuslah baucar, saya tak tebus, saya bagi peluang

kepada rakyat tebus, saya bayar terus, RM2 untuk naik DRT, tetapi saya dah naik DRT, saya dah cuba, saya dah naik, saya hendak galakkan rakyat Selangor cuba pakai DRT dan rasai kemudahan-kemudahan DRT. Saya juga hendak menyeru kepada Kerajaan, kedua-dua Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri supaya kita tambah bilangan van. Saya berterima kasih kita dah berkembang daripada bila kita start dulu, bilangan van yang sangat sedikit, kita masa start dulu baru lima ke sepuluh van, tetapi sekarang sudah berkembang sehingga 300 van. Saya harap ia boleh kembang kepada 3,000 atau 10,000 van dalam masa yang akan datang. Jika kita hendak kurangkan 2 juta kenderaan di atas jalan raya, dia tak boleh buat dengan 300 van, dia mungkin kena buat dalam 5,000 atau 10,000 van. Kita perlu lebih banyak van untuk mengangkut lebih ramai orang untuk kita kurangkan kesesakan. Di kawasan macam saya, di Bukit Gasing kita ada stesen MRT di Philio Damansara, kita ada stesen LRT di Asia Jaya, Taman Jaya. Kita ada stesen KTM di Jalan Templer. Stesen-stesen ini adalah tak begitu jauh daripada semua kawasan perumahan landed tetapi malangnya sambungan itu pada masa ini tidak mungkin dapat disambung secara sepenuhnya oleh bas. Saya galakkan lebih banyak van ada jadi lebih ramai dapat ambil pakai DRT untuk keluar daripada rumah pergi kepada stesen dan naik train untuk pergi ke tempat kerja daripada mereka memandu kereta. Kereta itu boleh simpan, simpan di rumah pakai pada waktu malam, pakai waktu off peak, itu tak jadi masalah tapi waktu puncak bila pergi kerja saya harap lebih ramai rakyat Selangor tinggalkan kereta di rumah dan pakai pengangkutan awam. Jadi saya harap kita pakai peluang ini di masa kita ada satu krisis, krisis itu memberi kita peluang untuk kita mempromosikan pengangkutan awam. Saya harap semua rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini boleh juga masuk dengan saya untuk promosikan pengangkutan awam kepada penduduk di kawasan masing-masing. Mari kita bagi pengangkutan awam satu peluang untuk berkembang di saat ini. Yang kedua untuk kita mengurangkan ke bertanggungan kita terhadap minyak mentah ialah dengan tenaga elektrik hijau. Kita pakai banyak fossil fuel untuk tujuan menjana tenaga elektrik dan saya harap kita juga mengambil peluang ini untuk kita mengembangkan lebih pesat penggunaan kita terhadap tenaga hijau. Yang pertama mungkin tenaga solar, banyak lagi bangunan milik Kerajaan Negeri Selangor, milik anak-anak syarikat Negeri Selangor yang masih belum pasang tenaga solar di atas bumbung masing-masing. Saya harap sambungan daripada inisiatif-inisiatif Pakej Rangsangan ini, Kerajaan Selangor juga memberi arahan kepada semua anak syarikat, semua anak syarikat PKNS, PKPS, semua anak syarikat MBI, semua PBT, ke-12 PBT kita, ke semua Pejabat Daerah kita untuk beranjak lebih cepat untuk pasang tenaga solar di semua bangunan kerajaan. Tidak perlu lagi mana-mana Dewan Orang Ramai, mana-mana pasar, mana-mana Pejabat Cawangan yang pakai TNB secara konvensional. Sambungan TNB tetap ada tetapi pasanglah tenaga solar di setiap bangunan yang kita ada untuk kita ke arah 100%

renewable energy. Terdapat satu gerakan dunia ini dipanggil RE100, syarikat-syarikat besar di dunia ini yang telah memberi satu janji bahawa mereka akan ke arah pakai 100% renewable energy. Saya harap Kerajaan Negeri Selangor sendiri memberi satu jaminan bahawa kita satu janji bahawa kita juga bergerak ke arah RE100 sebagai satu Kerajaan biar setiap kilowatt elektrik yang kita pakai adalah daripada renewable energy. Saya harap juga Kerajaan Negeri mungkin Sekinchan boleh bincang dengan semua PBT, arah semua PBT bagi insentif kepada perniagaan-perniagaan tempatan kita daripada lesen perniagaan mungkin boleh bagi sedikit rebat, sedikit insentif untuk menggalakkan semua perniagaan di Negeri Selangor ke arah RE 100. Kemudahan yang ada, polisi yang ada, sudah diwujudkan. Peringat Persekutuan dah wujudkan polisi, sekarang kita perlu lebih ramai peniaga, pasang kelengkapan solar di premis mereka untuk ke arah RE 100 dan mungkin Kerajaan Negeri boleh bagi satu insentif sebagai pemangkin kepada peniaga-peniaga ini. Antara satu contoh yang mungkin saya nak pickup daripada semua anak syarikat di Negeri Selangor ialah Air Selangor. Air Selangor membelanjakan lebih kurang RM300 juta setahun untuk bayar bil elektrik. Cukup banyak loji rawatan air, cukup banyak stesen pam air dan bilangan bil elektrik yang kita tetap bayar setiap tahun, besar. RM300 juta, mungkin antara client TNB yang paling besar di negeri Selangor. Saya harap Air Selangor memberi satu tekanan yang cukup serius, yang cukup cepat untuk beralih kepada RE 100. Air Selangor boleh menjadi teladan kepada semua anak syarikat yang lain untuk menunjukkan bahawa kita boleh pasang ke renewable energy di premis-premis sendiri untuk kita menjana elektrik boleh baru. Yang kedua ialah Mini-hydro dengan izin. Stesen Janakuasa Hidro di Malaysia cukup banyak, yang paling terkenal ialah hidro besar. Temenggor, Kenyir, yang besar itu kita semua kenal. Tetapi sungai-sungai kecil di negeri Selangor ada potensi untuk dibangunkan tapak-tapak jana kuasa mini hidro. Saya ucapkan tahniah kepada Syarikat Worldwide, anak syarikat negeri Selangor yang telah mula inisiatif, pasang mini hidro di negeri Selangor. Saya harap Kerajaan Negeri boleh beri Worldwide seluas-luasnya bilangan sungai yang mereka mampu pasang mini hidro, supaya inisiatif pasang tenaga boleh baru ini boleh diperkembangkan di negeri Selangor. Tetapi jika Worldwide mempunyai kekangan untuk pasang banyak stesen mini hidro, saya harap Kerajaan Negeri Selangor akan mempelawa syarikat-syarikat tempatan yang lain untuk bagi mereka peluang untuk pasang mini hidro. Di tangan Kerajaan Negeri terpegangnya water rights dengan izin. Setiap negeri di Malaysia pegang water rights, lesen elektrik datang daripada Putrajaya tetapi lesen untuk ambil sungai datang daripada Kerajaan Negeri Selangor. Jadi saya harap Kerajaan Negeri Selangor mempercepatkan pemasangan semua stesen jana kuasa hidro secara skala kecil di sungai-sungai di negeri Selangor. That is not waste the potential dengan izin. Pakai peluang ini untuk kita menjadi pemangkin, bukan sahaja kepada tenaga hijau, tetapi sektor pembinaan. Sebab setiap stesen mini hidro mempunyai kontraktor yang perlu masuk untuk buat kerja-kerja civil dan kerja-kerja civil ini akan membantu menjana

circulation of economy kepada negeri Selangor. WTE saya ucapkan tahniah, dah maksimum Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk pasang WTE di Jeram, di Rawang, di Tanjong Dua Belas dan akhir sekali Stesen Jana kuasa Biogas di mana kita mempunyai peluang untuk jana elektrik dari segi biogas, dari semua sektor penternakan, pertanian, sisa dia boleh ditukar kepada tenaga elektrik biogas. Saya harap Yang Berhormat Pandan Indah boleh membantu memberi dorongan kepada semua petani-petani kita untuk mengumpulkan sisa pertanian untuk dijadikan tenaga elektrik melalui biogas. Seterusnya saya ingin pergi kepada isu kedua iaitu isu Program Sijil Kemahiran Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana memberi peruntukan sebanyak RM20 juta untuk membantu melatihkan tenaga kerja kami. Sebanyak 1,000 orang disasarkan untuk Sijil Kemahiran Malaysia, program-program Sijil Kemahiran Malaysia dan saya mengalu-alukan. Cadangan ini adalah cukup bagus. Bukan saya nak merendahkan kepentingan buat degree atau diploma. Memang kelulusan akademik juga sangat penting untuk masyarakat. Tetapi kelulusan-kelulusan SKM adalah khusus yang lebih pendek dan khusus yang mempunyai ROI (Return on Invesment) yang cukup besar. Dia belajar 6 bulan atau setahun mendapat sijil, mendapat latihan teknikal yang tepat untuk industri dan bila dia keluar industri boleh menyerap mereka serta-merta dan memberi mereka pekerjaan dan ini membantu syarikat-syarikat kecil kami. Saya mempunyai dua harapan dan saya harap mungkin Yang Amat Berhormat boleh beri sedikit penjelasan tentang cara kita memilih. Yang pertama, kursus. Kita mempunyai sasaran untuk melatih 1,000 orang. Jadi daripada 1,000 orang itu macam mana kita nak pilih kursus-kursus yang kita nak bagi penekanan. Jadi saya harap kursus yang kita pilih adalah kursus yang mempunyai permintaan industri yang paling tinggi. Yang kedua, calon yang bakal menerima biasiswa ini. Mereka tak perlu bayar, bila tak perlu bayar, kadang-kadang kolej cepat-cepat nak isikan semua pelajar supaya KPI itu dicapai. Ini adalah satu perkara amalan biasa. Saya tak salahkan mereka nak settle KPI mereka. Mereka nak isi 1,000 pelajar ini supaya KPI tercapai. Tetapi saya harap kita boleh lakukan sedikit saringan, sedikit proses interview untuk memastikan 1,000 orang yang masuk kursus ini kursus adalah bersesuaian untuk minat mereka. Kalau mereka diberi kursus percuma demi dapat kursus percuma, tetapi sebenarnya bidang kerja ini tidak sesuai dengan minit mereka akhirnya lepas dia habis belajar dia balik kepada jadi pemandu lalamove dan tidak bekerja dalam kursus yang dia belajar. Jadi sebelum kita start kursus tersebut, buatlah sedikit saringan, biar kita sedikit perlahan tetapi kita memilih 1,000 orang yang paling berminat dalam bidang tersebut. Supaya bila mereka habis belajar mereka pasti kerja dalam bidang tersebut dan ini akan menjana satu spillover effect economy yang besar bagi Negeri Selangor. Isu yang ketiga yang saya nak pickup ialah isu Gudang Makanan Selangor. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih. Krisis ini memberi satu pencetus kepada Kerajaan Negeri

Selangor untuk mulakan gudang dan gudang ini akan memberi satu jaminan makanan kepada rakyat Selangor pada bukan sahaja pada tahun ini di mana kita ada krisis tetapi tahun-tahun yang akan datang. Kalau tak ada krisis mungkin tak pernah tak akan mula, tetapi disebabkan ada krisis kita mulakan dan food security adalah sangat penting. Saya harap angka-angka yang diberi oleh Dato’ Menteri Besar ini akan kita kembangkan. Biar food security kita, bukan setakat 15%, 30% daripada masyarakat tetapi kita kembangkan biarlah negeri Selangor mempunyai satu gudang makanan yang dapat bertahan 2-3 bulan sebab dia penting. Satu kita tak tahu krisis-krisis yang akan datang. Kita tak sampai 5 tahun, selepas COVID kita dilanda lagi satu krisis. Selepas COVID, perang Ukraine - Rusia pun menjejaskan bekalan makanan. Lepas itu sekarang perang ini pun menjejaskan rantaian bekalan, kita tak tahu di dalam dunia yang tak menentu ini when the next crisis will come dengan izin. Jadi saya harap gudang makanan ini sebagai permulaan pada tahun ini akan terus berkembang pada tahun depan dan tahun akan datang supaya kita dapat memberi satu jaminan makanan asas kepada penduduk Selangor dan yang spillover effect dia ialah kita dapat stabilkan harga makanan di negeri Selangor. Kadang-kadang harga makanan ini naik turun, naik turun, saya harap dengan adanya satu gudang makanan, Selangor ini kita dapat memberi sedikit kestabilan harga kepada penduduk negeri Selangor. Akhir sekali, saya tengok lampu sudah jadi kuning, sebelum saya duduk saya nak ucapkan sekali lagi terima kasih dan syabas kepada Kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan yang telah membuat secara proaktif, satu Pakej Rangsangan ini. Mungkin kita tertanya, ada tak kita terfikir negeri-negeri SG4. Di mana inisiatif mereka untuk menghadapi krisis ini. Ilusi Presiden PAS yang dikatakan oleh rakan saya daripada Seri Serdang. Mungkin kawan-kawan saya dari sebelah kanan boleh menghuraikan apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka yang telah memang jawatan Kerajaan Negeri di empat negeri utara kita, apakah inisiatif? Kalau ada, sebab macam tak dengar apa-apa inisiatif dan juga mungkin satu persoalan dalam masa ini saya rasa kami semua rakyat menghargai kestabilan politik. Saya berterima kasih Pakatan Harapan ini masih teguh di Persekutuan di peringkat Kerajaan Negeri untuk mentadbir negeri Selangor tak ada goyang-goyang. Saya tak tahu sekarang, masih lihat Hulu Kelang duduk di kerusi Ketua Pembangkang tetapi bersama, oh Bersatu nak bersama. Oh, ok-ok mungkin Hulu Kelang boleh huraikan nanti. Tetapi setahu saya Presiden dah kata dah tak nak berkawan dengan Bersatu. Tetapi macam mana nak jadi di Selangor. Saya tahu di Parlimen itu mungkin masih Pembangkang tetapi kalau di Selangor nak jadi Kerajaan, siapa nak jadi Kerajaan? Minta penjelasan. Tetapi kalau tak tentu Perikatan Nasional ini nak jadi milik Bersatu, nak jadi milik PAS ke, nak dua-dua tak nak berkawan tetapi nak tinggal dalam Perikatan Nasional saya rasa yang pilihan yang paling baik untuk kita Rakyat Selangor kita kekallah dengan Pakatan Harapan yang cukup stabil...

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Mungkin-mungkin.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang bukan sahaja politik tetapi juga mempunyai masa untuk fikirkan Pakej Rangsangan. Yes. Ok, beri.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Sungai Kandis ingat mungkin Bukit Gasing masih berminat untuk jadi Menteri Besar di sebelah sini.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Oh, terima kasih kerana menjemput saya. Saya tahu Sungai Kandis tak hilang kepercayaan kepada Hulu Kelang. Tetapi tak apalah saya menolak tawaran untuk jadi Menteri Besar peringkat Perikatan, saya tetap hati saya bersama dengan Pakatan Harapan. Sekian, terima kasih Tuan Speaker. Saya menyokong Pakej Rangsangan ini.

Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullhitaala Hiwabarakatuh. Tuan Speaker, pagi tadi kita mendengar pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Saya senada dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bahawa konflik geopolitik yang berterusan akan menjadi risiko yang amat besar untuk pertumbuhan ekonomi, Justeru, usaha Kerajaan Negeri untuk meneruskan Dasar Peduli Rakyat melalui pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Insya Allah mendapat sokongan daripada saya pada pagi ini. Tuan Speaker, walaupun baru-baru ini kita mendengar telah termeterai satu perjanjian Pelan Perdamaian di antara Presiden Trump dengan Presiden Iran ketika Summit G7 di Perancis. Untuk menghentikan malapetaka ekonomi global. Tetapi seperti yang disebut oleh sahabat saya Bukit Gasing, kesan, impak dan pemulihan itu ataupun recovery plan itu akan mengambil masa yang agak panjang. Walaupun dalam perjanjian itu disebut pembukaan semula Selat Hormuz dan sejumlah 224 billion Euro Dollars untuk pembangunan semula Iran, tetapi bagi sebuah negeri seperti Selangor kita harus mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk memastikan krisis bekalan tenaga dan juga bahan asas akibat perang timur tengah ini, kita dapat pertahankan setakat yang kita mampu. Dalam pakej yang pertama seperti yang telah diumumkan sejumlah lebih kurang RM140 juta sebagai penampan untuk membantu rakyat dan pada hari ini kita mendengar sejumlah RM203 juta lagi menjadikan jumlah keseluruhan RM345 juta semata-mata untuk menjadi penampan dan membantu rakyat yang sedang berdepan dengan krisis yang amat berat ini. Tetapi pada peringkat awal ini, saya ingin menarik perhatian dewan seperti yang disebut oleh Dato’ Menteri Besar sebentar tadi. Walaupun Selangor ini merupakan negeri yang paling maju dan paling tinggi penyumbang kepada ekonomi negara Malaysia. Kalau kita melihat kepada data Rancangan Malaysia Yang Ke-13, KDNK Negeri Selangor telah mencapai RM432.1 bilion pada tahun 2024, mewakili 24% daripada KDNK negara dan dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-13 juga menyasarkan KDNK Selangor meningkat

kepada RM565.3 bilion menjelang tahun 2030 dan ini mencerminkan kadar pertumbuhan tahunan purata sekitar 5% iaitu selari dengan sasaran KDNK di peringkat Nasional sebanyak 4.5% hingga 5.5%. Namun kita juga harus akui bahawa Selangor menghadapi tekanan ekonomi yang serius dalam persekitaran global yang tidak menentu antaranya kesan konflik geopolitik, perang Asia Barat di mana ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat dan konflik geopolitik yang berterusan ini pastinya menjadi risiko utama bagi pertumbuhan ekonomi dalam separuh pertama Rancangan Malaysia Yang Ke-13 yang bermula pada tahun 2026 hingga 2028. Dan seperti yang dinyatakan pastinya perkara ini akan menjejaskan rantaian bekalan industri eksport di Negeri Selangor. Yang keduanya, banyak perbahasan di luar sana mengenai kenaikan harga minyak dan juga inflasi. Inflasi dunia mencatatkan 6.4% setahun daripada tahun 2021 hingga 2024 di picu kenaikan harga komoditi dan konflik geopolitik. Rancangan Malaysia Ketiga Belas menyasarkan inflasi domestik dikawal pada 2% hingga 3% dan ini bermakna sasaran ini merupakan satu cabaran memandangkan tekanan global yang berterusan.

Tuan Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Dewan ini bahawa realiti kos sara hidup di negeri Selangor berdasarkan data Rancangan Malaysia Yang Ke-13 di mana Rancangan Malaysia Ke-13 mengakui bahawa kos sara hidup kemiskinan dan juga kesenjangan pendapatan merupakan cabaran utama yang perlu kita tangani secara kolektif dan segera. Walaupun kita melihat pendapatan purata bulanan isi rumah di negeri Selangor ini telah meningkat kepada RM9,983.00 pada tahun 2024 tetapi tekanan sebenar yang ditanggung oleh isi rumah B40 dan M40 di negeri ini amat ketara terutamanya di kawasan metropolitan yang berkepadatan tinggi. Hakikatnya rakyat Selangor pada hari ini berdepan dengan tekanan kewangan yang semakin meningkat. Saya hanya memberikan beberapa contoh untuk kita pertimbangkan di dalam Dewan ini. Pertama, kenaikan harga makanan yang berterusan. Inflasi dunia yang saya nyatakan tadi telah mencecah 6.4% dalam tempoh 2021 hingga 2024 akibat harga komoditi dan juga konflik geopolitik yang pastinya juga menjejaskan harga barangan keperluan asas di negeri Selangor kerana kita sedia maklum banyak bahan-bahan makanan dan juga raw materials yang kita import daripada luar negara. Pada hari ini kita menyaksikan harga ayam, telur dan sayur-sayuran meningkat 20% hingga 40% sejak pasca pandemik. Perkara yang kedua yang harus kita berikan perhatian adalah beban pengangkutan di dalam kawasan bandar. Ada beberapa pertimbangan dan cadangan telah dikemukakan. Namun Rancangan Malaysia Ke-13 mensasarkan perkongsian mod pengangkutan awam di Lembah Klang meningkat kepada 40% menjelang tahun 2030. Rakyat kawasan pinggir bandar Selangor masih lagi bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian, meningkatkan perbelanjaan bulanan mereka secara signifikan. Saya menyambut baik beberapa saranan yang dibuat oleh Bukit Gasing untuk kita melihat secara serius bagaimana rakyat di negeri Selangor ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan pada masa yang sama dapat mengurangkan lepasan karbon bagi memenuhi kehendak ESV pada hari

ini. Yang ketiga yang harus diberikan perhatian oleh kerana negeri Selangor ini sebuah negeri yang maju ialah isu dan fenomena kemiskinan bandar. Rancangan Malaysia Ke-13 mengakui wujudnya kelompok kemiskinan yang masih bertahan dan perlindungan sosial yang dilakukan tidak menyeluruh dan kurang berkesan. Pada hari ini kita melihat puluhan ribu malahan ratusan ribu rakyat dan keluarga yang tinggal dalam flat kos rendah dan PPR di Shah Alam, Klang, Sepang masih hidup dalam kemiskinan bandar yang tidak kelihatan dalam statistik rasmi Kerajaan.

Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai jurang sosioekonomi. Sekali lagi berdasarkan data dan petunjuk Rancangan Malaysia Yang Ke-13 di mana Rancangan Malaysia Ketiga Belas merakamkan beberapa petunjuk sosioekonomi yang menggambarkan cabaran ketidaksamarataan di Malaysia yang berkait langsung dengan negeri Selangor. Sebagai contoh, pekali Gini mengecil daripada 0.4 kepada 0.3. Namun, insiden kemiskinan mutlak meningkat dari 5.6% kepada 5.8% dan hal ini menunjukkan pemulihan pasca pandemik masih belum dapat diselesaikan secara menyeluruh. Justeru itu saya menyambut baik pakej Rangsangan Ekonomi ataupun Pakej Pengukuhan Daya Tahan Negeri Selangor yang telah diperkenalkan bermula 15 Jun yang lalu. Antaranya Baucar RM100 kepada 50,000 keluarga, Subsidi Tambang, Sarapan Percuma, Jualan Ehsan Rahmah dan juga Pengusaha Agro Makanan. Namun apabila saya melihat perincian yang telah pun diumumkan dan dikupas sebentar tadi, saya lihat ada jumlah yang agak besar yang tidak dinyatakan tujuan perbelanjaannya. Daripada 140 juta, 30 juta untuk Baucar RM100 bagi 50 keluarga. Subsidi Tambang bagi tempoh enam bulan, 9 juta. Sarapan Percuma di sekolah baru 14.4 juta. Jualan Ehsan Rahmah dinaikkan daripada 5 kepada 10 juta dan 25 juta untuk 14,000 Pengusaha Agro Makanan menjadikan jumlahnya sekitar 78 juta. Maka, ada lagi sejumlah lebih kurang 60 juta yang tidak dapat dicerakinkan dan saya berharap Kerajaan Negeri dalam sesi penggulungan nanti dapat menyatakan di manakah 60 juta ini disalurkan untuk tujuan Pakej Pengukuhan Daya Tahan?

Yang keduanya persoalan yang ingin kita tanya dalam pakej pertama yang telah pun bermula 15 Jun ini, apakah ia benar-benar berkesan? Sebagai contoh, Baucar RM100 sebulan hanya untuk 50,000 ketua isi rumah di Negeri Selangor. Sedangkan di Negeri Selangor ini terdapat 160,000 ketua isi rumah. Kalau yang mendapat manfaat 50,000 ketua isi rumah, ia hanya mewakili 3% daripada 1.9 juta ketua isi rumah dan kalau kita lihat yang saya sebut tadi 160,000 ketua isi rumah ini adalah daripada kalangan yang rentan dan miskin. Ini bermakna 110,000 ketua isi rumah terkecuali daripada skim yang disebut sebagai Baucar RM100 sebulan. Walaupun diperjelaskan tadi ada program BINGKAS yang memberikan manfaat kepada 30,000 ketua isi rumah, saya percaya jumlah ini perlu diteliti semula supaya 160,000 ketua isi rumah di kalangan yang rentan dan miskin dapat diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor khususnya dalam keadaan yang amat tertekan pada hari ini. Program yang kedua ialah Sarapan Percuma di sekolah berjumlah 14.4 juta. Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah apakah makanan yang akan disajikan kepada

anak-anak kita? Dari segi keselamatannya, dari segi khasiat makanan tersebut dan siapakah yang mendapat kontrak untuk membekalkan makanan percuma kepada anak-anak kita di sekolah? Perkara ini dibangkitkan kerana saya tidak mahu berlaku seperti negara jiran kita yang menghadapi satu masalah yang begitu besar apabila dijanjikan bekalan makanan percuma kepada anak-anak sekolah tetapi negara tersebut berdepan dengan cemuhan dan kemarahan rakyat kerana makanan yang dibekalkan itu berkualiti rendah dan tidak berkhasiat dan berlaku keracunan makanan yang agak serius di kalangan anak-anak dan perkara ini saya harap dapat diberikan perhatian di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Yang ketiga yang saya sebut tadi ada baki sekitar RM60 juta. Di manakah RM60 juta ini disalurkan daripada RM140 juta? Apakah industri yang mendapat manfaat daripada dana yang disediakan ini sama ada dalam sektor pembuatan, sektor peruncitan ataupun industri-industri yang lain supaya mereka juga dapat manfaat daripada Pakej Rangsangan ini? Saya bangkitkan perkara ini kerana saya mendengar sebentar tadi Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa antara kumpulan yang mendapat manfaat dalam pakej yang kedua ini adalah golongan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur yang bernilai RM100 juta. Persoalannya yang harus kita bincangkan di sini ialah SME ataupun PMKS merupakan the back bone of our economy. Bagaimana mereka juga mendapat manfaat dari pakej ini supaya syarikat-syarikat kecil dan sederhana ini tidak gulung tikar dan dapat terus menyumbang kepada supply chain di kalangan syarikat-syarikat MNC yang dikatakan datang berlabuh di negeri Selangor dan sudah tentulah mereka memerlukan SME di dalam tier sekurang-kurangnya dalam tier 2 untuk memastikan kelayakan mereka masuk dalam supply chain syarikat-syarikat yang besar ini. Tanpa bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri saya bimbang SME di negeri Selangor tidak dapat bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain dan menyebabkan produktiviti negeri ini akan merosot dan juga jumlah eksport juga akan terkesan sekiranya perkara ini berterusan.

Tuan Speaker, saya ingin merumuskan perbahasan saya pada pagi ini dengan memberikan sedikit cadangan kepada beberapa perkara yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri. Saya ingin mencadangkan supaya pertama, diberikan juga perhatian kepada golongan SME yang menjadi tulang belakang pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negeri. Yang kedua, kalau boleh dipertimbangkan untuk mengurangkan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah, saya lihat tadi ada pengecualian ataupun pengurangan kadar sewa bagi mereka yang menyewa premis PBT. Tetapi saya kira boleh Kerajaan ini menimbangkan semula supaya Fi Lesen Perniagaan dapat dikecualikan bagi peniaga-peniaga kecil, peniaga-peniaga pasar tani, pasar malam dan juga peniaga-peniaga yang berusaha untuk mendapat sedikit pendapatan bagi keluarga mereka.

Yang ketiga, mungkin Kerajaan Negeri juga boleh menimbangkan pengecualian cukai pintu bagi rumah-rumah PPR, rumah-rumah kos rendah dan juga rumah-rumah kampung tradisi.

Sama ada Kampung Baru Cina atau pun kampung-kampung tradisi yang lain supaya kos sara hidup mereka dapat dibantu oleh Kerajaan Negeri dalam situasi yang amat sukar ini.

Dan akhirnya saya juga dapat mohon pertimbangan Kerajaan Negeri sekiranya boleh dipertimbangkan peruntukan yang telah diberikan kepada semua Ahli Dewan Negeri sama ada blok BBC atau pun pembangkang. Ada satu portion atau pun peratusan yang ditetapkan untuk projek-projek kecil. Kalau boleh dipertimbangkan projek-projek kecil ini biarlah di selenggara oleh Pejabat Daerah, PBT dan Kerajaan Negeri tetapi peruntukan yang diberikan itu dibenarkan untuk Wakil Rakyat memberikan sumbangan tunai atau pun Program Mesra Rakyat kepada rakyat di bawah sana sama ada dalam sektor pendidikan atau pun perubatan dan kesihatan yang semakin tinggi pada hari ini.

Saya percaya kalau usaha ini dapat diberikan perhatian, usaha Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan pakej yang kedua ini akan dapat..

Speaker

Hulu Kelang, Sijangkang berdiri. Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker, Ketua Pembangkang. Saya hendak mohon pandangan daripada pembangkang, kalau di bawah peruntukan yang diperuntukkan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri Pembangkang termasuklah peruntukan itu adalah Projek Kecil yang disebutkan oleh Hulu Kelang tadi, begitu juga dengan peruntukan Untuk Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau pun Iltizam Negeri Selangor yang saya kira kita telah tidak dilibatkan dalam program-program Iltizam Negeri Selangor ini. Saya kira kedua-duanya ini mungkin, kalau tadi cadangan daripada Hulu Kelang boleh dibenarkan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan bantuan-bantuan kepada rakyat yang sangat memerlukan pada hari ini termasuklah kalau kesihatan dan juga pendidikan itu sudah ada klausa yang kita boleh benarkan tetapi bagaimana pula dengan perkara-perkara yang lain yang sangat memberikan kekangan kepada rakyat pada ketika ini termasuklah berkaitan mungkin rumah sewa, electricity yang dipotong kerana tidak mampu untuk membayar, begitu juga air dan keperluan-keperluan lain termasuklah bencana-bencana yang berlaku yang kadang-kadang mereka ini tiada sumber dari mana? Walaupun mungkin ada sedikit sumber dari kerajaan, tetapi di peringkat Pembangkang ini yang kadang-kadang jumlahnya/ keperluannya agak besar dan saya juga berharap mungkin ada satu sistem yang bersepadu untuk melihat apa juga program-program yang direncanakan oleh Kerajaan ini dapat dilihat dan dikongsi bersama supaya akhirnya rakyat mendapat manfaat yang terbaik. Apa pandangan Hulu Kelang?. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya menyambut baik pandangan beliau dan teguran beliau. Saya kira ini pandangan yang cukup proaktif kerana masalah rakyat di bawah sana amat tertekan. Bukan sahaja golongan B40, tetapi kita lihat golongan M40 juga cukup terkesan dalam

suasana pada hari ini. Jadi yang dicadangkan oleh Sijangkang tadi yang saya juga bersetuju, yang saya harap Kerajaan Negeri dapat berikan perhatian ialah bagaimana Kerajaan Negeri termasuk wakil-wakil rakyat sama ada BBC atau pun di sebelah Pembangkang dapat memberi manfaat kepada rakyat di bawah. Kerana pada saat ini seperti yang disarankan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, kita harus berkolaborasi kita harus bekerjasama dan mengetepikan ideologi politik dan kepentingan kelompok tetapi memberikan tumpuan kepada masalah rakyat di bawah. Peruntukan itu sudah ada. Pada saat ini saya tidak mencadangkan untuk menambah peruntukan. Kalau hendak tambah, terima kasih Pegawai Kewangan Negeri tetapi kalau tidak tambah pun sekurang-kurangnya memberikan ruang kepada wakil-wakil rakyat untuk meneliti setiap permohonan.

Hari ini kalau ada masalah pendidikan pun dibataskan. Rawatan juga saya pernah berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri kalau boleh disemak semula. Sebagai contoh kalau ada di kalangan keluarga kita, jiran kita, rakyat di bawah sana yang perlu kan rawatan sebagai contoh, buat dialisis. Kosnya tinggi, seminggu tiga kali dan setiap rawatan itu memerlukan di antara RM600.00 hingga RM800.00. Jadi kalau dibataskan hanya RM1,000.00 khususnya bila hendak letak ‘tapak’ itu. ‘Tapak’ itu sahaja kos RM2,500.00. Mengapa kita hendak menyulitkan prosedur atau pun birokrasi ini at the expense of rakyat di bawah itu maksud kami. Jadi kalau boleh kita permudahkan. Yang penting jangan ada salah kuasa atau pun penyelewengan. Yang itu saya kira Pejabat Kewangan Negeri, Kerajaan Negeri boleh membuat audit. Sekarang ini pun setiap bulan setiap wakil rakyat perlu mengemukakan perincian perbelanjaan peruntukan di kalangan wakil rakyat. Jadi saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian.

Satu lagi yang saya kira boleh ...

Sebelum itu boleh minta izin diberi laluan. Sebelum itu Hulu kelang menyebut tentang kos perubatan yang dahulu kita mulakan dengan Selangor Sihat. Saya kira ini sangat bermanfaat kepada rakyat negeri Selangor terutama dalam keadaan kekangan kehidupan yang pada hari ini. Kalau kita lihat juga di peringkat Menteri Kesihatan ada menyebutkan apabila berlakunya Perang Asia Barat ini secara tidak langsung harga-harga ubat akan dijangkakan naik sehingga 30%-40%, peranti-peranti kesihatan akan naik 100%. Kalau tadi sebutkan secara spesifik berkaitan dengan rawatan dialisis sebagai contoh. Saya ingat RM2,500.00 buat tapak itu kos yang pada hari ini yang agak rendah lah sebagainya lebih daripada itu. Dan ini di luar dari kemampuan walaupun ada peruntukan-peruntukan itu tetapi saya lihat mungkin dengan keadaan status pada hari ini boleh dilihat dan kita jangkakan rawatan-rawatan ini akan meningkat. Adakah mungkin Hulu Kelang setuju kalau kos rawatan ini dapat dilihat semula. Program Selangor Sihat dahulu sekarang dikenali sebagai Peduli Sihat. Kos setiap rawatan itu dilihat mungkin ada kenaikan-kenaikan yang sejajar dengan keperluan perawatan pada hari ini untuk Kerajaan melihat dan juga jumlah kos yang mungkin perlu ditambah dan saya pun tidak

tahu hari ini berapa peratus penggunaan daripada peruntukkan yang ada yang telah benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya Yang Berhormat Sijangkang saya setuju dan saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya kerana situasi sekarang ini amat membebankan. Sekiranya dipersetujui, Kerajaan bolehlah menyemak semula Program Peduli Sihat. Tidak mengapa walaupun saya memperkenalkan pada satu ketika dahulu tetapi atas kepentingan rakyat, kita boleh sahaja melihat semula atau pun menambah baik dari segi kaedah dan juga pelaksanaan program-program yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat di bawah.

Akhirnya Tuan Speaker, saya hendak mencadangkan bagi peniaga-peniaga kecil diberikan sedikit ruang untuk Program HIJRAH ini dipertingkatkan. Ini adalah modal-modal perniagaan yang amat diperlukan walaupun dalam jumlah yang kecil mungkin RM20,000 – RM30,000 tetapi memberikan kesan yang cukup baik kepada peniaga-peniaga kecil kerana kaedah Program HIJRAH yang kita perkenalkan satu ketika dahulu dapat membantu mereka memperluaskan perniagaan dan juga tapak perniagaan dan ini dapat memberikan pulangan yang lebih baik kepada mereka. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker saya berdiri di sini untuk menyokong Pakej Rangsangan Daya Tahan Selangor yang dibentangkan pada pagi ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Ya Batu Tiga. Ya. Batu Tiga.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh dan terima kasih Tuan Speaker. Saya mengambil sedikit ruang untuk membahaskan bagi Pakej Khas Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang telah dibacakan dan disebutkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar sebentar tadi.

Pertamanya saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas langkah proaktif memperkenalkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa Pertama berjumlah RM141 juta yang diumumkan untuk membantu rakyat dan sektor ekonomi menghadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi global dan peningkatan kos sara hidup serta tekanan terhadap keterjaminan makanan. Batu Tiga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri khususnya YAB Dato’ Menteri Besar bersama seluruh pasukan pentadbiran dan penjawat awam yang telah menunjukkan sikap proaktif serta berpandangan jauh dalam membuat persediaan menghadapi cabaran ekonomi semasa ketika ramai pihak masih menilai krisis, masih menilai kesan krisis yang berlaku, Kerajaan telah pun mengambil langkah awal dengan merangka dan mengumumkan Pakej Bantuan Pertama semasa Sidang Dewan lalu pada bulan April. Lalu membuktikan bahawa Kerajaan

Negeri Selangor sentiasa mengutamakan kesiapsiagaan dan tidak mengambil langkah ke belakang malah mengambil tindakan lebih awal bagi melindungi kesejahteraan rakyat.

Hari ini ketika Kerajaan Negeri bersedia lebih awal juga kita mengumumkan Pakej Daya Tahan yang kedua berjumlah RM203.76 juta. Saya lihat ini adalah kesinambungan dari satu fasa ke fasa kedua memberikan satu isyarat yang jelas bahawa negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk terus memperkukuhkan daya tahan rakyat serta ekonomi negeri Selangor yang sudah pun dikira mencabar pada masa ini. Saya difahamkan bahawa penyediaan Pakej Pengukuhan Daya Tahan ini adalah hasil usaha dan perancangan rapi yang digerakkan oleh Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar bersama seluruh jentera perkhidmatan awam negeri. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan ketidaktentuan ini pendekatan yang proaktif inilah yang sebenarnya wajar diberikan penghargaan kepada seluruh petugas-petugas penjawat awam yang tidak hanya menunggu sehingga krisis ini memberikan kesan besar tetapi bertindak lebih awal dengan menyediakan ruang yang cukup baik untuk kita membuat persediaan.

Saya juga ingin mengambil maklum langkah Kerajaan Negeri yang juga peringkat awal walaupun sebahagian kami daripada Ahli-ahli Dewan tidak bersetuju dengan mengurangkan atau pun meletakkan sekejap Projek PSP (Selangor Penyayang) ke tepi dan mengutamakan perkara-perkara yang lain. Tetapi saya percaya apa pun tindakan yang kita laksanakan adalah untuk kita semata-mata merancang semula fiskal kewangan Negeri Selangor.

Yang pertama berkaitan dengan pekerjaan. Berhubung Program Kerjaya Selangor yang diumumkan sebentar tadi, saya menyambut baik usaha pihak Kerajaan bagi membantu rakyat mendapatkan pekerjaan bagi sebahagian mereka yang sudah pun kehilangan pekerjaan disebabkan retrenchment atau pun pengurangan pekerja di satu-satu tempat. Saya ingin mengambil sedikit data dari PERKESO pada suku tahun pertama pada tahun ini. Seramai 6,331 orang dilaporkan kehilangan pekerjaan dalam masa yang sama PERKESO merekodkan juga sebanyak 8,899 orang telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan yang baharu. Ini merupakan pencapaian yang sangat baik namun di sebalik ada juga yang kehilangan pekerjaan itu masih belum tentu lagi dapat peluang pekerjaan yang baharu.

Namun begitu, dalam Pakej Pelaksanaan Daya Tahan Fasa Kedua ini saya berharap perhatian khusus dapat diberikan kepada golongan yang kehilangan pekerjaan pada umur atau pun pada mereka yang kumpulan umurnya pada 45 tahun dan ke atas. Kenapa saya sebutkan begitu kerana kumpulan ini sebenarnya lebih mencabar untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang baharu berbanding dengan kumpulan orang-orang muda. Bagi kumpulan ini cabaran untuk mereka memasuki pasaran jauh lebih sukar walaupun mereka memiliki pengalaman kerja yang luas, realitinya banyak majikan cenderung untuk mengambil pekerja yang lebih muda untuk mengisi kekosongan jawatan disebabkan gaji

yang ditawarkan jauh lebih rendah. Saya percaya pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh golongan ini yang berumur 45 tahun dan ke atas merupakan aset yang tidak seharusnya kita sia-sia kan. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar juga lah kita juga harus bantu mereka. Membantu mereka kembali bekerja bukan sahaja untuk menjamin kelangsungan hidup dan mendapatkan pendapatan untuk keluarga malah membolehkan negeri terus memanfaatkan bakat dan pengalaman yang telah mereka bina selama puluhan tahun dalam pasaran pekerjaan.

Sebagai wakil rakyat di Batu Tiga kawasan perindustrian ekonomi yang sangat pesat, saya melihat sendiri, bagaimana kestabilan ekonomi dan kesinambungan pihak industri untuk terus kekal menjalankan aktiviti ekonomi memberikan kesan langsung kepada peluang pekerjaan dan kesejahteraan keluarga. Sebab itu, usaha untuk kita memperkukuhkan daya tahan ekonomi negeri bukan sahaja angka di atas kertas tetapi memberikan kesan langsung kepada ribuan pekerja peniaga kecil dan keluarga di kawasan Batu Tiga. Kita pernah menghadapi masalah dulunya Good Year sebuah kilang besar yang menghimpunkan ribuan pekerja ditutup di Seksyen 15, itu juga sudah memberikan cerminan kepada kita bahawa ruang ekonomi sekiranya ada mana-mana industri itu ditutup maka ia akan memberikan kesan langsung kepada ramai pendapatan atau pun kumpulan isi rumah yang berada di kawasan sekitar. Pada yang sama, saya juga ingin menyebut kepada anak-anak muda walaupun dalam keadaan yang agak getir ini peluang pekerjaan juga tetap berkembang di negeri Selangor. Di negeri Selangor kita masih lagi consistent menarik pelaburan-pelaburan baru malah kita juga menjemput dalam mana-mana program yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri baik daripada dalaman, dalam negara yang kita anjurkan ataupun kita pergi pitch atau pun kita pergi bertemu dengan pelabur-pelabur di luar negara. Kerajaan Negeri secara consistent nya menarik pelaburan-pelaburan baru masuk ke dalam negeri dan menyediakan peluang pekerjaan. Jadi jangan risau anak-anak muda, sehingga hari ini kita masih lagi yakin bahawa peluang pekerjaan masih disediakan kepada golongan-golongan muda di negeri Selangor.

Mama Kerja. Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai Program Mama Kerja yang pada pandangan saya merupakan inisiatif yang sangat baik, yang sangat significant bagi membantu golongan ibu bekerja dalam Negeri Selangor. Pada belanjawan tahun ini kerajaan telah memperuntukkan RM5 juta bagi program tersebut dan kini menambah RM5 juta lagi melalui Pakej Rangsangan Daya Tahan Fasa kedua menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM10 juta. Berdasarkan data 2023 sebanyak 7,596 permohonan telah diterima dan sebanyak 4,460 pemohon telah diluluskan melalui peruntukan tahun 2023. Manakala majoriti pemohon terdiri daripada golongan berusia 30 sehingga 49. Ini menunjukkan kumpulan sasar utama program ini adalah ibu-ibu yang berada dalam kemuncak fasa kerjaya mereka dan dalam pada masa yang sama mereka juga memikul tanggungjawab besar, membesarkan anak-anak. Mereka merupakan golongan yang sering berdepan dengan tekanan mengimbangi komitmen pekerjaan, kos penjagaan anak

serta keperluan keluarga yang makin meningkat. Justeru, tambahan peruntukan ini sangat tepat dan kena pada masanya kerana ianya bukan sahaja membantu mengurangkan kos atau pun beban kos bayaran taska tetapi juga untuk kita memastikan lebih ramai wanita terus kekal dalam pasaran pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan sebegini bukan lagi sebagai inisiatif kebajikan tetapi merupakan pelaburan ekonomi yang membolehkan lebih ramai wanita kekal produktif dalam pasaran kerja tanpa perlu mengorbankan tanggungjawab kepada keluarga.

Yang Berhormat Speaker, saya beralih sedikit kepada pelaburan, saya mendengar, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan Selangor International Business Summit. Saya cukup bersetuju, walau dalam keadaan kita menghadapi sedikit kekangan ekonomi tetapi program-program seumpama itu untuk menarik pelabur-pelabur baru datang ke negeri ini perlu tetap kita teruskan. Sektor yang paling teruk terkesan dalam krisis ekonomi global pada masa ini disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua sebentar tadi ialah industri logistik, pembuatan, dan juga pembinaan. Jika teliti secara keseluruhan, program-program yang telah saya bahaskan sebentar tadi ada program bantuan pekerjaan, ada program bantuan pendidikan anak muda, ada juga sokongan kepada ibu bekerja yang diumumkan dalam pakej ini tetapi cabaran hari ini ialah untuk kita pastikan semua pelabur atau pun industri ekonomi kekal berada dan beroperasi di negeri Selangor.

Saya juga ingin menegaskan dalam masa yang sama kita perlu juga terus membantu pelabur-pelabur baik dari sudut aspek bantuan secara kewangan atau pun sokongan-sokongan lain, yang paling penting ialah memastikan mereka terus kekal berada di negeri Selangor. Walaupun dalam keadaan ini, inisiatif yang kita umumkan tidak lah menjurus terus kepada semua pihak-pihak industri, saya percaya dalam masa yang terdekat lagi kalau boleh lagi dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan cuba bawa kan beberapa lagi inisiatif lain sebab mereka ini industri yang saya sebutkan tadi, industri logistik, pembuatan dan pembinaan. Mereka sedang menghadapi kekangan, mereka juga sedang menghadapi cabaran untuk menghadapi krisis global dengan kenaikan harga barang minyak dan juga harga barang supply kepada apa yang mereka laksanakan juga akan bagi kesan saya mohon ada sedikit ruang daripada pihak kerajaan untuk membantu pihak-pihak industri.

Sehubungan dengan itu, seperti yang saya sebutkan itu tadi program seumpamanya Selangor International Business Summit (SIBS) wajar kita teruskan dan perkukuhkan sebagai platform utama untuk kita promosikan potensi ekonomi di Negeri Selangor serta menarik pelaburan-pelaburan baru. Saya percaya setiap pelaburan yang berjaya di masuk berjaya di bawa masuk bukan sahaja memberikan pulangan kewangan atau pun ekonomi kepada negeri, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat negeri Selangor. Malah sekiranya terdapat usaha untuk menarik lebih banyak pelabur dari luar negara pada masa hadapan. Saya menyatakan kesediaan untuk turut

bersama membantu sebab Shah Alam saya percaya adalah sebuah platform tempat yang diminati oleh ramai pelabur-pelabur saya boleh bantu untuk matchmaking sebab di sini lah tempat untuk kita melihat potensi pelaburan yang sangat baik menghubungkan Pelabuhan Klang dan juga Airport di KLIA ini semua adalah satu ekosistem yang sangat baik untuk pelaburan di negeri Selangor dan saya percaya di Shah Alam mungkin adalah salah satu tempat dan lokasi yang boleh kita teroka peluang-peluang baharu untuk menambah nilai kepada ekosistem pelaburan dan juga ekonomi domestik Negeri Selangor. Mengambil pengalaman dan menguruskan daerah ekonomi pesat di Shah Alam sudah tentu saya memandang tinggi segala usaha untuk mengekalkan ekonomi yang baik dalam Negeri Selangor di samping menambahkan peluang-peluang pelaburan yang baru. Saya juga percaya kekuatan Selangor bukan sahaja terletak pada kemampuannya untuk membantu rakyat ketika berdepan dengan cabaran tetapi juga keupayaannya berkembang dan mencipta peluang baru ketika ketidaktentuan ekonomi global.

Sedikit sebelum saya menutup, ada sedikit bantuan yang disebutkan oleh pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang biasiswa. Saya menyambut baik usaha itu dengan peringkat awal dalam belanjawan dulu kita umumkan bahawa kita akan bantu sebanyak 50% yuran asas kepada mahasiswa di UNISEL dan juga di UIS. Saya menyambut usaha itu dengan baik dan daripada peruntukan awal daripada belanjawan itu kita telah pun bantu sebanyak seramai 4,000 orang dan diumumkan sekali lagi dalam Pakej Rangsangan ini, Pakej Daya Tahan ini ada penambahan dan akan meningkatkan daripada 4,000 kepada 8,000 orang. Dalam masa yang sama juga diumumkan sedikit lagi program bantuan iaitu Program TVET yang mana kita akan menaja sebanyak 2,500 orang pelajar-pelajar yang berada yang akan belajar di STDC dan juga pusat-pusat TVET di Negeri Selangor. Itu juga akan memberikan jumlah keseluruhan sebanyak 10,500 pelajar yang akan kita tanggung dalam aspek pendidikan.

Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak Kerajaan kerana memberikan sedikit sinar baharu kepada anak-anak muda. Mereka ini perlukan peluang pekerjaan, perlukan peluang pendidikan yang baik. Mereka juga perlukan sedikit suntikan daripada pihak Kerajaan membantu sebabkan mungkin kos yang ditanggung oleh para ibu bapa untuk mendaftar anak-anak masuk ke universiti mungkin sedikit meningkat tetapi dengan usaha yang kita tampilkan memberikan diskaun atau pun bayaran percuma yang kita tanggung itu sebanyak 50% sangat-sangat membantu. Sebab itu, dalam ramai-ramai ataupun puluhan ribu rakyat negeri Selangor anak-anak muda yang belajar di UNISEL dan di UIS kini mempunyai peluang ditanggung oleh pihak kerajaan gunakan sebaiknya, gunakan sebaiknya ruang ini untuk anda belajar dengan baik dan dapatkan sekeping ataupun segulung ijazah untuk anda bawa pulang tetapi yang paling penting yakinlah bahawa di negeri Selangor juga lah tempat untuk anda menyumbang semula peranan anda.

Anak-anak muda hari ini pada saya, mereka mempunyai potensi yang sangat luas tetapi apakah ruang itu disediakan oleh pihak kerajaan. Iya, saya boleh berikan jaminan bahawa kerajaan negeri sediakan ruang itu dalam Negeri Selangor bahawa kita sediakan juga peluang pekerjaan kepada mereka dan saya ingin juga menjemput puluhan ribu anak-anak muda yang sudah pun habis atau pun graduasi di Negeri Selangor ini kembali semula ke Negeri Selangor, berbakti semula kepada Negeri Selangor dan kembalikan potensi anda untuk bangunkan Negeri Selangor. Sebab itu, kita ingin satu collective responsibility sesama kita. Kerajaan menyediakan tanggungjawabnya, anak-anak muda juga menyediakan tanggungjawabnya dan akhirnya kita membangunkan ekonomi secara bersama.

Ada satu peribahasa cina yang menyebut, “Apabila angin perubahan bertiup, ada yang membina tembok dan ada yang membina kincir angin”. Cabaran ekonomi global adalah satu yang tidak dapat kita elakan. Cuma bagaimana kita untuk memilih untuk menghadapinya. Terima kasih banyak Tuan Speaker, saya menyokong pembentangan yang dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebentar tadi. Terima kasih.

Speaker

Ya, Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, kakitangan kerajaan serta hadirin sekalian. Salam Sejahtera, Salam Madani dan Salam Kita Selangor. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapannya penghargaan kepada pasukan petugas khas pakej pengukuhan daya tahan Selangor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Selangor yang telah merangka, menyelaras dan juga telah atau pun akan melaksanakan kedua-dua fasa pakej ini dalam tempoh yang amat singkat. Sejarah telah menyaksikan setiap kali rakyat Selangor dilanda krisis, Kerajaan Negeri sentiasa proaktif serta bersedia untuk mengambil langkah dan juga tindakan sewajarnya untuk membantu rakyat Selangor menghadapi cabaran demi cabaran dan kita semua, kita semua masih ingat semasa krisis pandemik Covid-19 dahulu Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan pakej kita Selangor dan juga pakej prihatin selangor dan kini sekali lagi apabila rakyat berdepan dengan tempias krisis geopolitikal global, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa 1 dan juga fasa 2 yang bernilai lebih daripada RM300 Juta telah dirangka dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Ini merupakan satu pencapaian yang wajar di puji dan saya harap dan cadang kepada kerajaan negeri untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada barisan pegawai dan juga kakitangan Kerajaan yang menjadi jentera senyap di sebalik kejayaan pelaksanaan pakej ini.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pakej Daya Tahan Fasa 2 ni, tidak hanya untuk memberikan bantuan kewangan secara one-off semata mata tetapi juga mengambil

pendekatan yang lebih holistik, iaitu menggabungkan semua bantuan kewangan langsung dengan sokongan struktur perniagaan dan keusahawanan. Dan ini dapat dilihat secara jelas dengan peruntukan sebanyak RM118.5 Juta ataupun 58% daripada keseluruhan pakej yang disalurkan khususnya kepada sektor industri dan juga perniagaan. Dan ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa faham untuk benar-benar membina daya tahan ekonomi rakyat kita perlu membantu perniagaan yang, perniagaan besar atau pun kecil sentiasa hidup dan berkembang bukan sekadar menampung kos sara hidup buat sementara waktu dan dalam masa yang sama golongan rentan wanita dan juga anak Selangor juga tidak ditinggalkan.

Tuan Speaker, saya amat menyambut baik peruntukan sebanyak RM20 juta untuk Program Sijil Kemahiran Malaysia Selangor ini sebagai satu inisiatif yang baharu di bawah Fasa 2 dalam ucapan saya semasa sidang dewan yang lepas, saya telah membangkitkan kebimbangan saya terhadap kadar pemberhentian kerja yang membimbangkan di mana Selangor telah menyumbangkan 29.3% daripada jumlah keseluruhan pemberhentian kerja yang membimbangkan di mana Selangor telah menyumbangkan 29.3% daripada jumlah keseluruhan pemberhentian kerja pada Mac tahun 2026 dan justeru peruntukan untuk Program Sijil Kemahiran Malaysia Selangor ini merupakan satu langkah ke arah yang betul dan dalam konteks ini program ini juga secara langsungnya dapat membantu untuk mengurangkan bebanan kos pendidikan dan latihan vokasional yang sering menjadi halangan kepada golongan B40 untuk meningkatkan kemahiran mereka. Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri mengambil pengajaran daripada modul Skills Future di Singapore yang telah terbukti berjayanya meningkatkan kadar penyertaan latihan tenaga kerja mereka daripada 30% pada tahun 2015 kepada 50% pada tahun 2021 dan antara elemen yang boleh di adaptasi adalah konsep kredit latihan individu ataupun lebih dikenali sebagai training credit dengan izin yang berkekalan dan boleh digunakan sepanjang kerjaya seseorang dan bukan hanya sekali sahaja serta elaun latihan bagi pekerja yang perlu mengambil cuti tanpa gaji untuk menjalani latihan sepenuh masa dan saya cadangkan program ini dapat di perkasa secara berperingkat ke arah modul seperti bukan sekadar untuk bantuan one-off tetapi merupakan satu ekosistem pembelajaran sepanjang hayat untuk rakyat Selangor.

Tuan Speaker peruntukan terbesar dalam Pakej Fasa 2 iaitu RM100 juta untuk Selangor Advance SA500 dan bukti nyata bahawa Kerajaan Negeri ini faham mengenai keperluan aliran tunai, cash flow bagi pengusaha kecil dan sederhana, kontraktor, pembekal, vendor yang mempunyai kontrak kerja dengan Kerajaan Negeri mahupun di peringkat daerah dan juga PBT. Ini merupakan satu contoh yang tepat untuk sokongan perniagaan yang saya sebutkan sebentar tadi bukan geran ataupun subsidi semata-mata tapi satu kemudahan pembiayaan alternatif yang cepat, mudah dan kompetitif membolehkan syarikat-syarikat ini untuk terus beroperasi tanpa terjejas oleh tempoh bayaran yang panjang daripada kontrak yang sedia ada. Tuan Speaker saya ingin cadangkan kepada Kerajaan Negeri juga untuk

mengkaji potensi memperluaskan Skop Selangor Advance ini melangkaui pembiayaan invois sahaja dengan merujuk kepada perkembangan terkini dalam industri fintech serantau seperti platform funding sociality dan violates di Singapore yang kini menawarkan pembiayaan rangkaian bekalan yang turut merangkumi pembiayaan pesanan belian purchase order financing sebelum kerja bermula dan bukan hanya selepas invois di keluarkan dan ini akan bantu usahawan-usahawan yang baru menerima kontrak besar tetapi belum mempunyai modal untuk memulakan kerja, satu jurang yang sering tidak dapat diisi oleh pembiayaan invois semata-mata.

Tuan Speaker saya ingin untuk memberi tumpuan khusus kepada satu lagi bukti kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa peka dan mengambil berat terhadap beban sara hidup rakyat, khususnya untuk golongan wanita yang bekerja. Inisiatif mama kerja ini bukanlah satu usaha yang berdiri sendiri Kerajaan Negeri telah lama menunjukkan komitmen yang konsisten dalam meringankan bebanan kehidupan menerusi pelbagai saluran seperti BINGKAS kita berikan RM300 setiap bulan dan juga Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dianjurkan dengan kita sediakan barangan keperluan seharian pada harga yang lebih murah kepada rakyat. Dalam hal ini saya ingin membawa perhatian Dewan kepada satu cadangan yang menarik yang sedang dikaji oleh Kementerian Tenaga Kerja Taiwan iaitu platform pemadanan penjagaan anak, Childcare Matching Platform seperti ambil konsep Uber ataupun Grab yang membolehkan ibu bapa bekerja mencari penjaga sementara secara pantas mengikut keperluan harian mereka. Ini secara langsung dapat membantu menangani masalah yang sebenarnya yang di hadapi para ibu bekerja di Selangor, bukan soal elaun tetapi kesukaran untuk mencari jagaan anak-anak yang boleh dipercayai pada waktu-waktu kritikal ataupun waktu kecemasan. Saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji potensi membangunkan satu platform serupa di bawa Mama Kerja, bekerjasama dengan PBT, JKM dan juga komuniti setempat yang menyenaraikan penjaga anak berdaftar dan disahkan di setiap kawasan supaya ibu-ibu yang bekerja di Selangor ini mempunyai satu akses yang sah dan pantas untuk dapatkan bantuan anak yang dipercayai tanpa perlu bergantung pada rangkaian peribadi semata-mata. Tuan Speaker, kebetulan pada hujung minggu ini merupakan hari bapa, Father Days dengan izin saya rasa wajar untuk saya ambil kesempatan ini untuk membawa satu lagi golongan dalam perhatian Dewan yang mulia pada pagi ini iaitu golongan bapa tunggal sama seperti ibu tunggal, bapa tunggal juga memikul tanggungjawab berganda sebagai penjana pendapatan dan juga sebagai penjaga utama kepada keluarga, malah sering kali kurang mendapat perhatian dalam dasar-dasar kebajikan kerana andaian umum bahawa tanggungjawab untuk menjaga anak terletak kepada golongan ibu sahaja dan justeru saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan agar memperluaskan skop galakan Mama Kerja ini supaya turut merangkumi bapa tunggal yang berdepan dengan situasi serupa iaitu perlu mengimbangkan tanggungjawab, kerjaya dan keluarga tanpa sokongan pasangan dan saya percaya dengan semangat asal Mama Kerja iaitu untuk meringankan beban ibu bapa bekerja yang menanggung keluarga secara persendirian akan menjadi lebih inklusif dan adil

sekiranya golongan bapa tunggal turut di sertakan sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Selangor yang sentiasa memastikan tiada sesiapa tercicir tanpa mengira jantina. Tuan Speaker dari bantuan segera seperti Jualan Ehsan Rahmah dan Baucar Kita Selangor di Fasa 1 kepada sokongan struktur perniagaan seperti Selangor Advance, Pemerkasaan Wanita melalui mama kerja serta pelaburan moden insan melalui Program Sijil Kemahiran Malaysia Selangor di Fasa 2 kita melihat satu kesinambungan strategi yang merangkul rakyat daripada semua peringkat daripada golongan rentan, wanita, belia, usahawan, pelajar dan juga penjawat awam. Tuan Speaker izinkan saya mengakhiri ucapan saya dengan sebuah pantun. Saya ada masa panjang lagi saya boleh baca pantun saya dengan lambat. Dua pantun boleh.

“Angin kencang dari rantau seberang, Selangor bersedia membakar dahan, Pakej Daya Tahan jadi perlindungan sepanjang jalan, Rakyat selamat ekonomi tetap berkembang.”

“Usahawan kecil di suluh harapan, Wanita dan belia turut di galas martabatnya, Bukan sekadar bantuan tetapi satu kesinambungan, Selangor maju rakyat sejahtera selamanya.”

Tuan Speaker saya menyokong. Sekian terima kasih.

Speaker

Seterusnya. Ahli-ahli Yang Berhormat siapa yang hendak membahas boleh bangun. Kalau tiada. Ya, Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Speaker.

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sungai Ramal juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai cadangan Pakej Daya Tahan Selangor 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Besar pagi tadi dan sebagai rasa tanggungjawab Wakil Rakyat yang diberikan mandat kepada kita yang pasti kita tidak akan menyanggah apa-apa cadangan untuk membantu rakyat dalam harapan dengan suasana ekonomi yang mencabar tempoh ini. Sudah pasti ada beberapa perkara yang menjadi keutamaan kepada Kerajaan yang mahu memastikan bahawa rakyat yang terkesan langsung daripada suasana ekonomi yang berat pada hari ini di bela dengan pembelaan yang sewajarnya supaya mereka tidak menjadi masyarakat yang rentan dan semakin rentan dari massa ke semasa. Speaker saya akan membuat pandangan umum dalam tempoh yang sebentar ini dan dapat di sambung nanti saya akan memberikan yang terperinci bagaimana untuk memberikan komentar dan penambahbaikan kepada Pakej Daya Tahan Selangor 2026 yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar pagi tadi. Untuk yang awal ini saya ingin menarik perhatian kepada tiga perkara supaya menjadi perhatian

penting pihak pelaksana. Yang pertama, sistem penyampaian yang berkesan, yang kedua pemantauan, yang ketiga pengauditan. Ini tiga elemen penting bagi mana-mana produk atau program yang dibuat oleh mana-mana pihak terutamanya Kerajaan untuk memastikan supaya cita-cita yang disemat dalam program ini tercapai di hujung usia tersebut atau tidak jadikan sebagai perkara yang terbengkalai di tengah jalan yang indah dan menarik ketika dilancarkan tetapi tidak seindah apa yang dicapai seperti menanam tebu di bibir mulut semata-mata. Jadi untuk maksud itu saya mengambil kesempatan ini memberikan satu pandangan yang pertama mengenai sistem penyampaian berkesan. Speaker, saya bercakap tentang tajuk ini lama dan beberapa sidang yang lepas terutama dalam melihat kepada produk kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan sejak tahun 2008 disambung dengan fasa-fasa atau penggal-penggal berikutnya, apakah pihak Kerajaan sudah melakukan kajian terhadap keberkesanan terhadap produk yang diwujudkan sampai kepada rakyat dan melata kepada rakyat. Saya pernah melakukan sedikit kajian rambang di bawah sama ada kebanyakan ke atas semua rakyat ini faham dan tahu dan mengambil peluang semua produk yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang pertama tahu, yang kedua faham, yang ketiga mengambil bahagian. Kalaulah peringkat awal mereka tidak tahu bagaimana mungkin mereka boleh faham dan tidak mungkin mereka mengambil bahagian saya melihat berdasarkan kajian saya masih terlalu ramai mereka tidak tahu produk Negeri Selangor mungkin masalah penggunaan telefon atau mungkin sebab jarak yang menjauhkan mereka daripada maklumat atau mungkin kerana kedudukan locality mereka yang tidak sampai menjadikan tidak sampai maklumat kepada mereka dan tidak ada jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam sidang-sidang yang lepas atas jagaan saya, saya tidak mengaku bahawa Kerajaan saya tepat dan betul kerana ia bersifat peribadi tetapi saya mohon dan mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil inisiatif besar untuk membuat kajian sama ada produk itu sampai ke telinga rakyat ataupun tidak. Namun tidak berlaku demikian dan saya bimbang sekiranya pakej yang di cadangkan oleh Kerajaan pada hari ini juga akan melalui fasa yang serupa. Kita bercakap tentang produk pakej yang besar dengan jumlah sasaran yang besar dengan jumlah angka yang besar namun tidak sampai ke rakyat yang sebenarnya menunggu-nunggu mereka dibantu oleh Kerajaan Negeri. Tidak mungkin kita hanya berharap kepada rakyat untuk mengambil inisiatif sendiri, memohon secara online melalui telefon pintar kerana tidak semua mereka mempunyai akses yang seumpama itu. Justeru menjadi tanggungjawab sebuah Kerajaan yang berkebajikan turun ke bawah menggunakan agensi-agensi yang ada supaya maklumat sampai ke bawah jika tidak kita hanya bercakap di Dewan ini tetapi tidak sampai ke akar umbi.

Speaker

Yang Berhormat, jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari jadi dengan ini saya tangguhkan Sidang Dewan ini ke pukul 3.00 petang nanti dan Yang Berhormat Sungai Ramal boleh sambung perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat jam telah menunjukkan sekali lagi pukul 12.00 tengah hari dengan ini saya tangguhkan Sidang Dewan sekarang dan kita akan sambung semula pada pukul 3.00 petang. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat petang. Kita sambung semula perbahasan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang telah dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar di sesi sebelah pagi tadi. Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Ramal. Tidak apa, ambil masa.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat sekalian, pegawai kerajaan dan hadirin hadirat. Menyambung perbahasan saya yang saya mulakan pagi tadi. Yang saya mulakan dengan keperluan kepada pihak kerajaan memastikan sistem penyampaian berkesan supaya produk yang dicadangkan ini sampai kepada sasaran. Untuk maksud itu, saya ingin bertanya beberapa soalan. Yang pertama, apakah sistem yang akan digunakan bagi memastikan semua isi kandungan Pakej Daya Tahan ini sampai ke bawah iaitu kepada mereka yang benar-benar memerlukan? Yang kedua, apakah wujud fasa-fasa pelaksanaan yang akan dilakukan bagi mencapai sasaran sebenar terutama kepada mereka yang memerlukan di bandar dan luar bandar? Ketiga, berapa ramaikah petugas yang akan terlibat dalam sistem penyampaian ini? Yang keempat, apakah agensi yang akan dimanfaatkan bagi menyempurnakan tugas penyampaian ini dan berapakah kos yang akan digunakan bagi maksud penyampaian berkesan ini?

Tuan Speaker, yang kedua, pemantauan. Cita-cita yang baik, teori yang bagus tidak bermakna akan bagus sampai ke hujungnya. Usaha pemantauan perlu dilakukan untuk memastikan penghujungnya bagus sebagus cita-cita dan teori. Soalan saya, satu, bagaimana program pemantauan akan dilakukan bagi Pakej Pengukuhan Daya Tahan ini? Dua, apakah agensi yang akan digunakan bagi maksud pemantauan ini? Dan tiga, bagaimanakah jadual kekerapan pemantauan ini akan dilaksanakan?

Yang ketiga Tuan Speaker, pengauditan audit. Audit adalah fasa akhir. Ia berfungsi untuk menilai keberkesanan sesuatu program. Tujuannya supaya program yang dijalankan benar-benar mencapai tujuan. Tidak akan terhenti di tengah jalan. Pada masa yang sama, pengauditan sangat perlu bagi maksud integriti serta memerangi rasuah dan salah guna kuasa. Soalan saya ialah, bagaimana audit ini akan dibuat? Dan yang kedua, apakah peranan unit audit dan integriti yang wujud di pejabat SUK dan pejabat-pejabat Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan auditing itu berjalan dan semua program itu akan punya daya tahan sampai ke penghujungnya?

Tuan Speaker, ada satu lagi yang ingin mendapat perhatian dari pihak kerajaan iaitu mengenai pengukuhan facility awam yang disebut oleh Menteri Besar dengan kos sebanyak RM14 juta sebagai tambahan kepada program Hijrah dan PLATS dengan maksud bahawa fasility-fasility awam harus diindahkan bagi menarik perhatian orang awam dan khususnya membangkitkan semangat para peniaga berniaga di situ. Saya ingin menarik perhatian kepada satu fasiliti awam iaitu Pusat Hentian Kajang di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan MPKj. Ia merupakan bangunan yang diurus oleh JMB dan saya telah melawat JMB ini untuk melihat kemampuannya untuk baik pulih dan naik taraf facility yang ada di Pusat Hentian Kajang kerana rungutan awam kepada kami ialah bangunan ini tersergam indah asalnya tetapi hari ini amat menakutkan seperti sebuah bangunan puaka. Dan saya bincang dengan JMB, mereka berhasrat untuk menaik taraf facility ini termasuk baiki tandas, pembersihan, gerai-gerai menaik taraf termasuk mengecat semula bangunan ini namun kemampuan mereka terhad dan sudah pasti, sudah pasti pihak kerajaan wajar mengambil tanggungjawab untuk membantu JMB menguruskan Pusat Hentian Kajang ini dan saya mengesyorkan dalam program mengukuhkan fasiliti awam ini Kerajaan Negeri ambil perhatian kepada bangunan ini supaya dicat semula untuk menjadi tarikan baru kepada awam kerana dia merupakan pusat transit penumpang ekspres, bas ekspres daripada utara ke selatan, selatan ke utara, ke pantai timur, ke Putrajaya dan transit ini sangat penting untuk diindahkan bagi menaikkan perhatian awam kepada keberkesanannya menampung kemahuan rakyat untuk diaktifkan sebagai pusat niaga setempat.

Yang terakhir Tuan Speaker, mengenai lanjutan kepada program Jelajah Ehsan Rahmah yang diperluaskan oleh program yang disebut sebagai Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 ini. Saya ingin bertanya apakah kerajaan boleh tersedar bahawa rakyat di sana bimbang bila mana kerajaan masuk campur dalam urusan perniagaan? Pada awalnya mungkin kita lihat bagus dibuat secara kecil-kecilan. Membantu mereka yang memerlukan tapi bila ditambah besarkan dia akan mengambil alih tempat peniaga-peniaga dan yang paling merunsingkan dalam teori ekonomi ialah bila kerajaan ambil bahagian dalam ekosistem peniagaan. Ia mengancam peniaga-peniaga khususnya peniaga runcit sebab itu disebut oleh Hulu Kelang pagi tadi antara kesan kepada masalah ekonomi hari ini ialah peniaga-peniaga runcit yang semakin hari semakin meningkat jumlah kegagalan mereka meneruskan perniagaan walaupun kerajaan Selangor mempunyai hasrat membantu mereka dengan program Bingkas dan sebagainya tapi saya bimbang kerajaan dilihat masuk campur urusan ekosistem perniagaan. Mohon perhatian, saya menyokong dasar kerajaan ataupun cadangan kerajaan dalam Pengukuhan Daya Tahan ini dengan penambahbaikan yang saya sarankan tadi. Mohon perhatian. Terima kasih Speaker. Assalamualaikum.

Timbalan Speaker

Waalaikumusalam. Seri Serdang silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Malaysia

Madani, salam Kita Selangor Maju Bersama. Pertamanya Seri Serdang ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor, terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang saya kira berjaya memahami nadi denyut rakyat pada hari ini. Begitu juga Seri Serdang ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan yang bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga barisan EXCOnya untuk lebih cakna dan peduli tentang nasib rakyat yang ada pada hari ini dalam negeri kita, negeri Selangor, negeri yang maju ini.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, walaupun seperti yang kita maklum, Donald Trump, Amerika Syarikat terpaksa untuk menandatangani MoU dengan kerajaan Iran oleh kerana desakan-desakan rakyat satu dunia termasuk rakyat di Amerika Syarikat sendiri dan kita lihat ini menandakan kuasa besar dunia ini sudah sampai ke titik lemahnya. Dan kita ucapkan tahniah kepada kerajaan Iran yang telah membuktikan bahawasanya dengan membina kekuatan sendiri dapat menjatuhkan kerajaan ataupun kekuatan negara besar seperti Amerika Syarikat. Seri Serdang melihat Pakej penggunaan Daya Tahan Selangor ini meliputi beberapa aspek yang sangat penting. Tiga elemen, yang pertama menghilangkan kelaparan. Yang kedua menghilangkan kedukaan. Yang ketiga menghilangkan kejahilan. Jualan Ehsan Rahmah misalnya dengan peruntukan RM10 juta dilihat sebagai satu usaha untuk kerajaan menghilangkan kelaparan rakyat. Program yang telah pun sekian lama berada dalam negeri Selangor, yang terkenal dalam seluruh negeri Selangor bahkan antara program yang popular dapat membantu sedikit sebanyak rakyat dalam menguruskan kehidupan mereka. Ya, seperti mana Sungai Ramal beritahu tadi, kemungkinan akan mengganggu ekosistem perniagaan, tapi saya lihat ia tidak langsung mengganggu sistem ataupun ekosistem perniagaan disebabkan jualan Rahmah ini bukanlah hari-hari. Tidak ada ganggu Seri Serdang setiap minggu pun, sebulan dua kali sahaja. Sekurang-kurangnya mengurangkan beban rakyat kita untuk mendapatkan bahan makanan asas yang dijual di Jualan Ehsan Rahmah.

Begitu juga dengan baucar Kita Selangor RM30 juta. Diperuntukkan RM30 juta. Ini adalah untuk membantu bukan sekadar kepada rakyat kita mendapatkan bekalan makanan tetapi di masa yang sama juga dapat membantu peniaga-peniaga kecil, peniaga-peniaga runcit kita untuk meneruskan lagi perniagaan mereka. Saya ucap tahniah. Begitu jugalah dengan makanan percuma pelajar berjumlah RM14.4 juta ini. Ya, anak-anak adalah aset penting bagi negeri Selangor. Sudah pasti kita nak memastikan aset-aset penting ini dijaga dengan baik, tidak lapar, tidak mempunyai masalah kekosongan perut mereka untuk mereka belajar di sekolah-sekolah dan saya berkeyakinan apabila dijalankan program ini, anak-anak kita lebih bersemangat untuk bersekolah, menuntut ilmu di sekolah-sekolah mereka walaupun dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda negara kita. Begitu juga dengan gudang makanan, bantuan pertanian dan juga agropreneur, Pembiayaan Usahawan Tani dan sebagainya dilihat dapat mengurangkan kegusaran dan juga kegelisahan rakyat

berhadapan dengan krisis ekonomi yang berlaku pada hari ini. Menghilangkan kedukaan, pekerjaan dan perniagaan, Selangor Advance 100 juta, Dana Pantas Usahawan, Program Kerjaya Selangor, transisi kerjaya PLATS ini semua adalah untuk menghilangkan kedukaan yang ada di dalam masyarakat kita. Begitu juga dengan moratorium Smart Sewa, moratorium pinjaman perumahan dan juga Mama Kerja dilihat dapat menghilangkan dan mengurangkan kegusaran dan kedukaan rakyat dalam negeri Selangor yang ada pada hari ini.

Seterusnya menghilangkan kejahilan. Pendidikan dan kemahiran, Biasiswa Kita Selangor 17 juta, Teraju Ikhtisas, TVET, AI dan sebagainya dilihat dapat membantu anak-anak kita untuk meneruskan pendidikan sama ada di akademik mahupun dari segi sudut kemahiran. Saya ucap sekali lagi tahniah kepada kerajaan Selangor di atas keprihatinan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 ini. Teknologi hijau untuk mereka-mereka ataupun kepada hari ini, setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya. Sudah sampai masanya untuk kita beralih daripada sumber tenaga seperti sekarang ini kepada sumber tenaga yang baharu. Sistem solar misalnya, bukan setakat pada pejabat-pejabat kerajaan, di rumah-rumah ibadah, masjid, surau, kita juga harus dilibatkan dengan program untuk kita menggunakan solar di masjid dan surau kita sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban bil elektrik yang ada pada hari ini. Begitu jugalah dengan penggunaan kenderaan EV. Seperti pada Sidang yang lepas, telah pun saya bawakan cadangan terutamanya ketika kita akan menghadapi SUKMA 2026 ini, kenderaan-kenderaan SUKMA ini kalau boleh gunakanlah kenderaan EV. Selain dapat mengurangkan kos bahan api itu, kita juga dapat mengurangkan pencemaran udara daripada penggunaan kenderaan yang akan banyak berjalan dalam negeri Selangor kita ini. Begitu jugalah dengan pejabat-pejabat kerajaan kita, pegawai-pegawai kerajaan kita. Saya kira sudah sampai masanya untuk kita beralih daripada menggunakan kenderaan bersumberkan petrol dan diesel kepada kenderaan bersumberkan elektrik (EV), banyak sekarang teknologi yang menggunakan EV bukan setakat kenderaan kereta sahaja, bukan setakat motor sahaja, tetapi lori pun bahkan komp aktor pun dah ada yang menggunakan teknologi EV ini dan saya kira boleh dipertimbangkan cadangan saya ini agar penggunaan kereta EV ini diperluaskan bermula daripada kenderaan-kenderaan rasmi kerajaan yang ada pada hari ini.

Kos juga makin menurun sekarang ini, Yang Berhormat Speaker, harga EV tidaklah seperti dulu, bahkan semakin murah, dan kalau kita katakan macam contohnya proton E-mas, harganya sangat berpatutan dan boleh digunakan oleh kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan kita dalam negeri Selangor. Begitu jugalah dengan rumah-rumah ibadah, masjid, surau, kuil, temple dan sebagainya, harus dilibatkan dalam program untuk menggunakan solar supaya mereka juga faham kepentingan untuk kita menjaga dunia kita, menjaga cuaca kita, dan saya yakin kalau kita boleh praktikkan perkara ini, kita akan menjadi negeri yang pertama bersesuaian dengan negeri Selangor, negeri yang maju, negeri yang pertama

menggunakan sepenuhnya teknologi selain daripada elektrik dan juga sumber-sumber yang dah dahulunya dan kini kita beralih kepada sumber yang terkini.

Tuan Speaker, semua ini, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini saya kira adalah satu perkara yang sangat special bagi negeri Selangor, istimewa bagi negeri Selangor, bertuah rakyat negeri Selangor ada kerajaan yang prihatin sebegini. Kalau kita nak bandingkan negeri lain, ya saya maklum, Seri Serdang maklum ada negeri-negeri juga yang membuat program-program sebegini, tetapi negeri Selangor lebih detail program-programnya meliputi kesemua rakyat tak kira apa bangsa, tak kira apa agama, semuanya akan dimanfaatkan dan inilah apabila kita bercakap tentang soal tata kelola yang baik, mengelakkan ketirisan, melawan rasuah, akhirnya rakyat yang mendapat faedah dengan apa yang ada dalam negeri Selangor kita.

Begitu jugalah dengan kestabilan politik, Yang Berhormat Speaker, kalau tidak ada kestabilan politik seperti ini, tidak ada kestabilan politik dalam negeri kita, mustahil program sebegini baik mampu dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor. Sebab itu jangan kita lupa juga, dalam kita nak meneruskan kemajuan pembangunan yang ada negeri Selangor, kestabilan politik adalah tunjang utama untuk memastikan segala program yang hendak dilaksanakan dapat kita buat dengan baik dan disampaikan kepada rakyat secara total. Kalau politik tidak stabil, kejap kawan dengan kawan ini, kejap kawan dengan kawan ini, kejap bercerai dengan kawan ini, mana mungkin kerajaan dapat berjalan dengan baik dan akhirnya rakyat jugalah yang akan sengsara dengan permainan politik oleh parti-parti politik yang ada pada hari ini.

Justeru, marilah kita sama-sama mendukung usaha kerajaan ini, tadi saya dengar juga daripada kawan-kawan Pembangkang, yang mengatakan ada program antara program yang terbaik dan mahu bersama-sama untuk buat pendaftaran dan sebagainya, ya kita sambut dengan tangan-tangan yang terbuka. Tetapi di masa yang sama, berilah sokongan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita, kalau kita tak nak sokong bajet dan sebagainya, tiba-tiba kita nak minta itu dan ini, bagaimana? Saya kira janganlah kita hanya pandai bercakap, pandai meminta, tetapi di masa yang sama, kita juga ada pisau di belakang yang mahu menikam kerajaan negeri Selangor yang ada pada hari ini. Sudah-sudahlah berpolitik, hari ini rakyat berdepan dengan kesusahan, rakyat berdepan dengan kesukaran, marilah kita sama-sama pihak kerajaan dan pihak pembangkang, kita sokong seratus peratus usaha yang dibuat kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita. Kalau nak kan pendaftaran, nak kan itu ini, boleh. Sokong la Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Sokonglah kerajaan. Janganlah kita buat perkara menghentam Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, menghentam kerajaan, tetapi di masa yang sama kita minta pelbagai permintaan kita.

Ya, kita orang Melayu, orang Islam kita ada adab dan adat, sudah pasti kita perlu menjaga adab dan adat ini, terpelihara dengan baik dan InshaAllah, kalau kita boleh bersatu padu, saya yakin negeri Selangor akan terus maju dan terus maju pada masa yang akan datang, dengan syarat politik kestabilan politik harus kita jaga. Macam mana pada hari ini, kita ada orang Melayu, kita ada orang Tiong Hua, kita ada orang India, masing-masing kita sebagai sebuah keluarga yang besar, kita meraikan perbezaan pandangan, kita meraikan segala buah idea dan akhirnya rakyat juga melihat kestabilan politik Pakatan Harapan inilah yang membantu mereka, dalam ketika mereka dalam keadaan kesusahan.

Justeru, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Seri Serdang menyokong Pakej Daya Tahan, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026. Sekian, Assalamualaikum.

Timbalan Speaker

Waalaikumsalam. Yang Berhormat Paya Jaras

Assalamualaikum warahmatullahitaalawabaraktu dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker, izinkan saya memberi pandangan dan cadangan untuk kita sama-sama melaksanakan apa yang di sebut Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pagi tadi. Suasana ekonomi pada masa sekarang dan suasana yang begitu kritikal, kawasan-kawasan pinggir bandar, kawasan-kawasan luar bandar, terasa bahawa kos sara hidup kita semakin lama semakin sukar dan semakin meningkat. Kerana itu pihak kerajaan perlu memikirkan dan melaksanakan sebaik-baik, sebaik program bagi memastikan rakyat Selangor ini mendapat yang terbaik.

Dalam pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini, saya ingin memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan kepada beberapa perkara yang boleh kita tingkatkan dalam usaha kita menyokong dan melaksanakan program-program untuk rakyat. Pertama, saya ingin menyentuh tentang subsidi tambang awam yang diberikan kepada public atau rakyat untuk melaksanakan atau menggunakan pengangkutan awam. Namun saya ingin memberi cadangan kepada kerajaan negeri Selangor untuk melihat kepada satu sektor yang perlu diberikan perhatian. Kalau anak-anak di sekolah, mereka mendapat bantuan makanan, tetapi ada satu yang pada saya yang perlu kita tengok iaitu kemudahan van sekolah atau bas sekolah pada anak-anak.

ERT mungkin berada di setengah kawasan, mungkin tak ada di setengah kawasan lagi. Saya ingin mengesyorkan supaya pengusaha-pengusaha bas sekolah atau van sekolah diberikan insentif untuk memberikan kemudahan kepada mereka sebab kos yang cukup tinggi, satu. Itu kepada pengusaha-pengusaha bas tetapi bagaimana pula kepada anak-anak yang sekolah yang satu family mungkin ada tiga empat orang anak menghantar anak ke sekolah. Jadi kena cari mekanisme yang terbaik supaya ibu-ibu dan ayah-ayah yang mempunyai anak-anak yang menggunakan van sekolah, bas sekolah, juga diberikan

bantuan supaya mereka juga merasakan nikmat yang diberikan oleh pengangkutan awam lain. Jadi saya ingin mengesyorkan supaya ada satu kajian dan mekanisme yang terbaik, bagaimana kita boleh membantu anak-anak kita, ibu bapa yang menggunakan van sekolah, bas sekolah, yang berada di kawasan-kawasan pinggir bandar dan juga bandar. Khususnya kepada golongan B40 yang memerlukan bantuan ini. Itu yang berkaitan tentang bagaimana kita nak membantu anak-anak yang memerlukan.

Yang kedua, saya ingin menyentuh kepada soal diskaun yang diberikan kepada PBT, 30% kepada peniaga-peniaga yang berada di premis-premis PBT, saya menyokong penuh cadangan ini kerana satu langkah yang baik. Namun saya ingin memetik juga pandangan daripada Hulu Kelang tentang bagaimana perlunya kita memberi bantuan kepada penjaja-penjaja kecil, peniaga-peniaga pasar malam, peniaga-peniaga pasar tani, peniaga-peniaga kecil yang berada di sekeliling kawasan kita yang duduk buat meniaga keropok lekor, meniaga nasi ayam, meniaga kelapa dan sebagainya, sebab mereka ini kebanyakannya terpaksa buat dua kerja, tiga kerja untuk menampung kehidupan yang semakin meningkat.

Saya ingin mengesyorkan sekali lagi kepada kerajaan negeri supaya diberikan pengecualian permit ataupun lesen kepada mereka dalam tempoh enam bulan, dan mungkin sedikit bantuan kepada mereka untuk mereka mengembangkan perniagaan melalui program-program kerajaan negeri, Yayasan Hijrah sebagainya supaya mereka ini diberikan bantuan yang secukupnya. Sebab kalau tengok orang yang meniaga di tepi jalan, pada saya cukup kritikal, mereka ini kadang-kadang memang tak ada permit, jadi terpaksa meniaga secara tak ada permit, maka kena saman, lepas kena saman lepas itu kena sita, kena sita kena bayar, jual dapat dua ratus tiga ratus, kena bayar penalti. Pada saya mereka ini perlu diberikan bantuan ataupun sokongan permit supaya mereka dapat meniaga dalam suasana keadaan yang cukup susah pada masa ini.

Kalau tanya pasar malam, mengeluh kalau di kawasan Paya Jaras sebagainya, mereka mengeluh, sebab apa, sebab orang tak berani nak pergi tempat itu sebab harga itu kadang tak mampu nak beli sebab harga yang didapati daripada pembekal juga tinggi, lepas itu kena bayar pula caj tapak kalau kita tengok empat ringgit, enam ringgit, ini pada saya boleh diberikan tumpuan supaya peniaga-peniaga kecil, penjaja-penjaja diberikan pengecualian dari sudut permit, yuran ataupun lesen supaya mereka dapat bergerak dengan lebih baik pada masa depan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tertarik tentang satu pakej rangsangan yang berjumlah tujuh belas juta yang diberikan biasiswa kepada anak-anak. Ini satu pakej yang pada saya kalau kita laksanakan dengan sebaik mungkin, ini akan memberi manfaat yang besar kepada anak negeri Selangor. Namun saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri Selangor, bagaimanakah pelajar-pelajar ini dipilih? Sebab jumlah berjuta ini sebenarnya kalau kita bahagikan, kalau konsep kalau di IPT atau IPT, kalau IPTA mungkin banyak, tapi

kalau IPTS dia tak banyak pun, kalau yuran lima puluh ribu, maka jumlahnya tidak banyak maknanya lebih kurang less than one thousand, kalau IPTA mungkin banyak lagi.

Persoalannya bagaimana kita nak memilih pelajar-pelajar ini. Adakah mereka yang datang daripada golongan B40 atau below M40 ataupun pelajar-pelajar yang cemerlang yang datang dari latar belakang yang berbeza? Tetapi mereka mempunyai kemampuan akademik yang cukup baik. So, bagaimana pelajar ini dipilih? Ada dibaca dalam senarai beberapa program yang ditawarkan dalam senarai apa namanya, program-program ditawarkan, kursus-kursus ditawarkan. So, berapa persen pembahagian itu? Sebab ini akan membawa kepada suatu langkah yang jauh di mana bagaimana nak merangka kepada masa depan. Bila kita hantar pelajar-pelajar ini, saya pasti yang masuk ini mesti program-program pelajar yang cemerlang, pelajar yang dapat biasiswa. Bila biasiswa, dia maknanya orang the best yang terbaik yang dipilih. So, bila dia dapat terpilih pastinya kita hantar kepada program-program yang terbaik di IPTA atau IPTS. Itu terpulang pada kerajaan negeri, kalau boleh hantar dekat UNISEL, hantar dekat KUIS lagi bagus, itu anak syarikat kerajaan negeri.

Persoalannya ialah, apabila mereka dipilih mendapat tawaran pengajian tiga tahun, so ke mana mereka nak pergi? Kita telah invest 17 juta dengan orang yang bagus-bagus, ke mana mereka nak pergi? Adakah mereka ini akan diserapkan di dalam GLC-GLC atau agensi-agensi kerajaan supaya mereka dapat membayar balik hasil-hasil yang diberikan ataupun bantuan diberikan kepada kerajaan negeri. Sebab itu pada pandangan saya, ROI itu kena jelas. Ke mana hasil diberikan, mungkin bukan dari sudut kewangan tetapi kesan dari sudut bagaimana anak-anak ini dapat memberi sumbangan sepenuh kepada negeri Selangor yang kita sayangi ini.

Jadi ini perkara-perkara yang pada saya perlu diberikan perhatian, tambah pula ada beberapa persen ini satu projek yang bagi saya kita menyokong. Benda-benda yang baik untuk anak negeri Selangor, 5% diskaun kepada pelajar UIS, UNISEL, yang tadi mula pada bulan 8, kalau boleh cepatkan sikit sebab pelajar-pelajar dah daftar. Saya dapat maklumat pelajar UIS ni bulan 6 dah masuk, UNISEL pun dah masuk. So kalau boleh dicepatkan proses ini supaya jangan terlalu lambat, supaya anak-anak Selangor yang belajar di UIS ini dapat diberikan sokongan dan juga kemampuan, yang sokongan sebaiknya, supaya mereka dapat belajar dengan baik pada masa depan.

Saudara sekalian, saya ingin menyentuh perkara yang keempat berkaitan program yang cukup kita semak, kita bincangkan tadi, yang orang akan suka tanya tentang apa yang ada dalam baucar Kita Selangor, iaitu Baucar Bantuan sebanyak RM100 selama 6 bulan kepada 50,000 orang penduduk. Tuan Speaker, ini perkara yang Sungai Ramal pun telah sebutkan tadi. Soal pemilihan, soal pelaksanaan dan soal pemantauan. Ada yang datang ke pejabat tanya fasal BINGKAS tak dapat, kenapa kata rotation tapi dah tiga tahun tak dapat, saya pun kata tak apa, kita majukan kepada pihak negeri Selangor lah.

Saya nak cerita semua kaedah yang terbaik, mekanisme bagaimana kita nak deliver. Dia pada saya ni soal deliver program-program kita. Saya jumpa kalau pergi round ini tanya program, tak tahulah, ada online. Ya, saya faham semua ada orang ada handphone online, tetapi tak semua orang mahir menggunakan secara online khususnya dalam kalangan warga emas dan mereka kadang-kadang ada line tapi boleh call sebab tak ada top up. Jadi, kadang-kadang dia nak pergi keluar dan sebagainya. Jadi pada saya, saya setuju dengan pandangan Sungai Ramal tadi, supaya agensi-agensi kerajaan dengan tenaga yang ada supaya dapat turun ke kawasan-kawasan luar bandar khususnya di kawasan kampung-kampung, kawasan saya ini, cukup ramai kawasan padat dan penduduk, kawasan kecil tapi penduduk, kalau pengundi sekarang dekat 82,000, itu penduduk, tak masuk lagi orang yang tinggal di kawasan itu, jadi jumlah cukup ramai. Jadi bagaimana kita nak address atau kita mengendalikan soal deliver ini. Yang ini pada saya cukup kritikal, kalau kita ada program yang bagus tetapi ramai yang tak tahu, maka program kita tak capai.

Saya setuju dengan program-program apa yang dipanggil Jualan Rahmah. Silakan. Tak ada masalah. Dia memang.. tetapi kena ingat juga bagaimana kesan kepada peniaga-peniaga kena fikirkan juga sebab mereka adalah sebahagian daripada rakyat negeri Selangor. Jadi pada saya program-program begini kita boleh laksanakan tetapi kena fikir juga bagaimana nak deliver tentang apa yang pemilihan 50,000 orang ini, data ada mohon zakat tapi kena pastikan betul-betul. Supaya rakyat yang selama ini mungkin tak dapat, pada kali ini mereka mendapat bantuan. RM100 x 6 bulan ada RM600. Jadi jumlah ini penting pada mereka untuk mereka boleh survive, untuk mereka boleh beli barang-barang asas. Ini pada saya kalau kita boleh laksanakan dengan baik ia akan beri manfaat kepada rakyat negeri Selangor. Jadi saya ingin syorkan supaya aspek pelaksanaan, aspek pemantauan dan laporan program itu kena ada jelas. Supaya kita dapat melaksanakan program itu pada masa depan dengan lebih baik. Ini untuk kepentingan rakyat. Kami boleh bantu, InsyaAllah tapi secara data, bagaimana orang susah dan sebagainya. Jadi kita boleh bantu supaya rakyat yang terkesan akibat daripada keadaan ekonomi yang berlaku pada masa ini, kita dapat bantu dengan sebaiknya.

Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang moratorium yang diberikan kepada beberapa yang dipanggil seksyen ataupun kelompok-kelompok yang sewa rumah dan sebagainya. Pada saya ini satu yang cukup baik. Cuma kita nak tahu mekanisme-mekanisme dan kaedah-kaedah yang terbaik supaya mereka itu dapat melaksanakan, dilaksanakan dan memberi impak kepada mereka yang, yang benar-benar layak dalam melaksanakan program Pakej Pengukuhan Daya Tahan Negeri Selangor yang dibentangkan oleh Yang Berhormat. Tuan Speaker, secara keseluruhannya kita mendapati kalau kita dapat melaksanakan program ini dengan lebih baik dengan cadangan-cadangan yang diberikan, saya ingat ramai kawan-kawan Yang Berhormat akan berikan cadangan-cadangan lain, diambil perhatian dan ini dapat membantu melaksanakan yang penting pada kita dalam keadaan sekarang ialah rakyat negeri Selangor. Mereka perlu mendapat sebaik mungkin

supaya mereka dapat kebaikan daripada simpanan rizab kita, kewangan kita dan rakyat Selangor ini berhak mendapat yang terbaik dalam masa depan.

Tuan Speaker, sebagai rumusannya saya ingin menekankan kepada bagaimana kita boleh meningkatkan lagi kualiti deliver. Saya menekankan soal deliver sistem sebab kadang-kadang bila kita buat ni penduduk akan tanya tak tahu, lambat, sistem sangkut, ini pada saya kalau boleh kita tingkatkan maka Pakej Pengukuhan Daya Tahan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. Saya menyokong pelaksanaan Program Pakej Pengukuhan Daya Tahan ini dengan cadangan-cadangan penambahan khususnya berkaitan yang disebutkan tadi dengan sokongan kepada apa yang saya sebutkan peniaga-peniaga kecil yang saya rasa perlu diberi bantuan dan mungkin perlu ada satu team yang mengkaji bagaimana mereka ini dapat diberikan peluang sebaik mungkin untuk mereka meningkatkan kualiti perniagaan mereka dan akhirnya mereka dapat menghidupkan business mereka dalam membantu masyarakat. Dan saya juga menyokong pandangan daripada Sijangkang tentang bagaimana kita nak membantu suasana masyarakat hari ini yang kritikal. Saya mohon pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor supaya bantuan kewangan secara tunai ini boleh dikembangkan. Kadang-kadang mereka ini memerlukan cash yang urgent, yang memerlukan bantuan segera yang pada saya kita tak perlu tambah bajet lagi bagus, bajet sedia ada ini buka ruang sedikit supaya kita boleh bantu mereka sebab pada saya keadaan rakyat hari ini memerlukan benda yang segera. Dan satu lagi saya juga mendapat baru tiga bulan ini, kita tengok bagaimana rakyat negeri Selangor ini ramai yang mempunyai tunggakan-tunggakan air, tak banyak sangat tapi yang banyak baru ni datang pejabat nak minta bayar RM2,000 tunai, hutang TNB. RM2,000 kalau seorang, kalau lima orang dah RM10,000 nak duit korek kat mana kan? Jadi saya kena fikirkan beberapa mekanisme yang pada saya kita tengok bahawa hutang-hutang inilah yang sebenarnya yang membelenggu mereka. Yang ini pada saya kita boleh pertimbangkan supaya mereka ini tidak terbelenggu hutang-hutang yang mengganggu mereka. Sebab hutang TNB ni kalau bayaran elektrik kalau banyak lama-lama kena potong rumah tak ada nak hidupkan balik ataupun nak sambung balik kena bayar charge balik. Jadi ini antara perkara-perkara yang pada saya kalau boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Selangor semoga rakyat negeri Selangor mendapat yang terbaik. Saya dengan ini menyokong Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan cadangan-cadangan yang diberikan supaya dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi kebaikan rakyat negeri Selangor. Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam. Yang Berhormat Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Kita Selangor dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang

kepada saya sebagai wakil kepada kawasan Lembah Jaya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2. Kekuatan sebuah ekonomi, kekuatan minta maaf kekuatan sesebuah Kerajaan jika tidak diuji ketika ekonomi sedang berkembang. Ia tidak diuji ketika pelaburan sedang meningkat atau hasil negeri sedang bertambah sebaliknya kekuatan sebuah ekonomi atau Kerajaan diuji apabila rakyat mula berasa bimbang tentang masa depan mereka. Apabila seorang ibu mula memikirkan sama ada pendapatannya masih mampu menampung perbelanjaan keluarganya, apabila seorang peniaga kecil mula bertanya sama ada perniagaannya mampu bertahan sekiranya kos terus meningkat dan apabila anak-anak muda kita mula tertanya-tanya adakah masa depan mereka akan menjadi lebih baik daripada hari ini. Saya percaya inilah persoalan yang sedang bermain di fikiran ramai rakyat di Selangor. Tuan Speaker, rakyat Selangor tidak takut untuk bekerja keras, orang Selangor tidak takut untuk bersaing, anak Selangor juga tidak takut menghadapi cabaran tetapi apa yang meresahkan mereka ialah ketidakpastian. Ketidakpastian akibat ketegangan geopolitik yang jauh daripada rumah mereka. Kenaikan kos tenaga dan perubahan ekonomi dunia yang berlaku begitu pantas sejak kebelakangan ini dan kita seharusnya bersikap jujur. Sebahagian besar daripada tekanan yang sedang dihadapi oleh rakyat hari ini datang daripada faktor yang berada di luar kawalan kita semua. Kita tidak mampu menentukan harga minyak dunia. Kita tidak mampu mengawal ekonomi global. Kita juga tidak mampu menghentikan badai ekonomi dunia. Tetapi Kerajaan yang ihsan, yang baik diukur pada keupayaannya melindungi rakyat ketika badai-badai seperti ini melanda. Dan atas sebab itulah saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar kita kerana dalam keadaan ramai yang memilih untuk menunggu, Kerajaan Negeri Selangor memilih untuk bertindak. Melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa Satu, kerajaan memperkukuh jaringan keselamatan rakyat melalui inisiatif-inisiatif seperti Jualan Ehsan Rahmah, Baucar Kita Selangor, Subsidi Pengangkutan Awam, Sarapan Pagi Anak Selangor dan Gudang Makanan Selangor. Kemudian Kerajaan melangkah lagi lebih jauh melalui Fasa Dua yang baru dibentangkan dengan peruntukkan 203.76 juta yang memberi fokus kepada industri dan perniagaan, usahawan dan belia golongan rentan serta anak Selangor dan penjawat awam. Bagi saya Tuan Speaker, ini bukan sekadar pakej bantuan. Ini bukan sekadar himpunan angka, ini adalah satu falsafah Pentadbiran Darul Ehsan. Falsafah yang meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama dasar kerajaan ini. Dalam tradisi agama Islam, para ilmuan besar seperti Imam Al-Shatibi menjelaskan bahawa tujuan syariah atau maqasid syariah adalah untuk memelihara lima perkara asas dalam kehidupan insan. Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Malah beliau menyebut dan saya terjemahkan di sini sesungguhnya syariah itu ditetapkan demi menjamin kemaslahatan manusia. Maka apabila Kerajaan Darul Ehsan membantu rakyat yang sedang berdepan dengan kesukaran ekonomi, melindungi pekerjaan, memastikan akses kepada makanan yang mencukupi, pendidikan dan juga peluang ekonomi, usaha itu bukan sahaja dasar awam ia adalah usaha untuk memenuhi maqasid. Usaha untuk memelihara maruah manusia, usaha untuk mengangkat kesusahan daripada rakyat dan usaha ini

memastikan kemajuan yang kita bina tidak ditinggalkan atau tidak meninggalkan sesiapa di belakang. Dalam sejarah Islam juga Khalifah Umar Ibnu Al-Khatab pernah mengingatkan bahawa sekiranya seekor haiwan terbiar kebuluran di tebing Sungai Furat beliau bimbang dia akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T. Bayangkan, seekor haiwan pun dia rasakan sebagai amanah pemerintah ataupun tadbir apatah lagi rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi dan juga kebimbangan mereka tentang masa depan anak-anak mereka. Atas sebab itulah saya melihat Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini bukan sekadar satu pakej ekonomi ia manifestasi tanggungjawab sebuah Kerajaan yang memilih untuk berdiri bersama rakyatnya. Kerana Kerajaan mungkin tidak mampu menghentikan badai ekonomi dunia. Sudah tentu tidak. Tetapi kerajaan yang berprinsip yang akan memastikan rakyatnya tidak menghadapi badai itu bersendirian.

Tuan Speaker, Selangor bukan satu negeri biasa di dalam Persekutuan kita. Bukan satu negeri kaleng-kaleng di dalam keluarga Malaysia. Selangor ialah enjin ekonomi Malaysia. Negara, negeri ini menjadi pusat kepada perdagangan, perkhidmatan, pembuatan dan pelaburan yang menggerakkan ekonomi negara. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor terus mengekalkan kedudukannya sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dengan nilai KDNK RM432.1bilion pada tahun 2024 dan kadar pertumbuhannya 6.3% dalam masa yang sama ekonomi Malaysia secara keseluruhannya berkembang sebanyak 5.2% pada tahun 2025 dengan nilai KDNK melebihi 2 trilion. Angka-angka ini bukan sekadar statistik Tuan Speaker, ini adalah amanah. Apabila Selangor berkembang, sudah jelas dilihat Malaysia berkembang. Apabila Selangor bergerak ke hadapan, Malaysia turut mara dan memacu ke hadapan dan apabila Selangor berdepan dengan cabaran nescaya seluruh negara kita akan merasai kesannya. Sebab itu saya lihat, saya fikir Pakej Daya Tahan ini bukan sekadar dasar kebajikan sahaja ia adalah pelaburan untuk mempertahankan kekuatan ekonomi negeri Selangor dan secara tidak langsung kekuatan ekonomi Persekutuan kita. Kerana mempertahankan Selangor bermaksud mempertahankan enjin ekonomi Malaysia. Namun apabila kita bercerita tentang ekonomi, jangan kita hanya membayangkan bangunan pencakar langit atau syarikat-syarikat besar kerana ekonomi Selangor sebenarnya dibina oleh manusia atau rakyat Selangor. Ia dibina oleh peniaga-peniaga kecil. Ia dibina oleh perusahaan keluarga, ia dibina oleh kontraktor yang merupakan secara majoritinya kontraktor Bumiputera. Ia dibina oleh bengkel dan kedai yang membuka pintu setiap pagi dengan harapan bahawa hari esok akan menjadi ahli, akan menjadi maaf, akan menjadi hari lebih baik daripada hari yang sebelumnya. Inilah SME dengan izin Tuan Speaker, Small Medium Enterprise, Perusahaan Sederhana Kecil. Mereka ini merupakan komponen-komponen atau boleh diibaratkan sebagai enjin-enjin kecil kepada ekonomi negeri kita. Dengan izin Tuan Speaker, they are the little engine of Selangor’s economy. Mereka mungkin kecil jika dilihat dari segi individu atau dari segi angka atau dari segi revenue dengan izin, tetapi apabila ratusan ribu perusahaan ini bergerak bersama dimana hala tuju serentak mereka menjadi kuasa yang menggerakkan ekonomi negara. Menurut DOSM, sektor SME menyumbang hampir 40% kepada KDNK

Malaysia dan hampir separuh daripada peluang pekerjaan di negara ini datang daripada sektor ini. Ini membuktikan bahawa masa depan ekonomi negara dibina oleh mereka yang bekerja keras setiap hari. Sering kali tanpa mendapat perhatian. Sebab itu saya menyambut baik inisiatif seperti Selangor Advance atau SA50 serta pelbagai skim pembiayaan yang diperkenalkan Kerajaan Negeri. Kerana apabila kita membantu SME, kita bukan sekadar membantu perniagaan, kita sedang melindungi pekerjaan, kita sedang melindungi keluarga dan kita sedang melindungi masa depan negeri ini. Namun Tuan Speaker, Pakej Daya Tahan ini tidak boleh menjadi destinasi akhir kita. Ia mesti menjadi satu jambatan sementara ke depan. Jambatan daripada ketidakpastian hari ini kepada jambatan yang membina keyakinan untuk masa hadapan. Daripada bantuan kepada pemerkasaan. Daripada bertahan kepada membina masa depan. Kerana rakyat Selangor tidak mahu bergantung pada kerajaannya selama-lamanya. Rakyat Selangor memerlukan peluang. Rakyat Selangor mahukan peluang dan mereka mahu pekerjaan yang berkualiti dan bermaruah. Mereka mahu perniagaan yang mampu berkembang. Mereka mahu anak-anak mereka mempunyai masa depan yang lebih baik daripada hari ini. Dan saya percaya itulah cabaran sebenar yang kita hadapi bersama-sama. Ia bukannya satu isu inflasi semata-mata, ia bukannya isu kos sara hidup semata-mata tetapi bagaimana kita memastikan Selangor terus menjadi negeri yang relevan dalam ekonomi di masa depan.

Tuan Speaker, dunia sedang berubah dengan begitu pantas sekali. Kecerdasan buatan sedang mengubah cara kita bekerja dan cara kita berfikir. Automasi sedang mengubah proses pengeluaran. Teknologi hijau sedang mengubah landskap industri-industri kita. Pekerjaan yang wujud pada hari ini mungkin tidak lagi sama 10 tahun yang akan datang dan pekerjaan yang diwujudkan 10 tahun akan datang, mungkin belum tentu lagi wujud pada hari ini. Dalam keadaan seperti ini tugas kerajaan bukan sekadar menyediakan pekerjaan tetapi menyediakan rakyatnya untuk pekerjaan atau peluang di masa hadapan. Sebab itu saya percaya TVET mesti menjadi antara agenda utama negeri kita. TVET bukannya pilihan kedua. TVET bukannya jalan untuk mereka yang gagal atau kurang pandai. TVET ialah satu pelaburan strategik untuk masa depan Selangor Darul Ehsan. Pelaburan kepada bakat anak-anak Selangor Darul Ehsan. Pelaburan kepada kemahiran anak-anak Selangor Darul Ehsan dan pelaburan kepada daya saing negeri dan juga rakyat Selangor Darul Ehsan. Saya mahu melihat Selangor menjadi negeri yang memimpin dengan kecerdasan buatan, dengan automasi dan dengan teknologi hijau. Saya mahu melihat anak muda dari Lembah Jaya di seluruh Selangor membesar dengan keyakinan bahawa mereka bukan sahaja mampu mencari pekerjaan tapi mencipta pekerjaan, mampu mencipta perusahaan dan perniagaan dan mampu memimpin ekonomi negara di masa hadapan kerana kalau Selangor mahu kekal sebagai enjin utama ekonomi Malaysia kita tidak hanya boleh membina struktur-struktur yang mencakar langit, kita mesti membina rakyat yang berdaya tahan.

Berbincang tentang anak-anak muda, saya mahu memberi sedikit cadangan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberi sokongan kepada industri-industri sukan. Kita mahu melihat kita mahu melahirkan lebih banyak, lebih ramai Faisal Halim, lebih ramai orang-orang seperti beliau dan lebih ramai profesional sukan jadi kalau boleh, untuk fasiliti-fasiliti sukan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan saya ingin mencadangkan diskaun mungkin, sebanyak 50% untuk anak-anak Selangor menggunakannya untuk membangunkan dan membangkitkan kemahiran mereka dalam bersukan.

Tuan Speaker, saya datang dari Lembah Jaya saya mohon jadi wakil suara rakyat di Lembah Jaya. Sebuah kawasan yang saya fikir cukup menggambarkan wajah sebenar Negeri Selangor. Di sini kita ada penjawat awam, kita ada pekerja swasta, kita ada peniaga kecil, kita ada usahawati, kita ada kontraktor dan anak muda yang sedang membina kerjaya mereka masing-masing. Kita ada ibu bapa yang bekerja keras setiap hari demi memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak mereka. Mereka semua tidak meminta jalan yang mudah, tapi mereka mahu tahu satu perkara. Apabila keadaan menjadi sukar, adakah kerajaan Selangor akan berdiri bersama mereka? Dan saya percaya dan saya akan menjawab apabila saya turun ke kawasan tempat saya ini melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 dan juga Fasa 2. Kerajaan Negeri telah menjawab pun soalan ini dan jawapannya sudah tentu ya. Kerajaan Negeri akan bersama rakyat. We are here for you, we are here with you, dengan izin Tuan Speaker tetapi lebih penting daripada itu Kerajaan Negeri mahu rakyat bangkit dengan kekuatan mereka sendiri kerana akhirnya daya tahan bukan sekadar kemampuan untuk bertahan, tidak, daya tahan ialah kemampuan untuk terus mempunyai harapan untuk terus mara apabila keadaan yang tidak stabil ini berubah. Harapan bahawa usaha kecil rakyat marhaen masih lagi berbaloi. Masih lagi membuahkan hasil. Harapan bahawa anak-anak kita akan hidup lebih baik daripada kita. Harapan bahawa walaupun dunia sedang tidak menentu masa depan masih boleh kita bina bersama dan kita rancang untuk merealisasikan bersama. Terima kasih Tuan Speaker, Lembah Jaya dengan ini menyokong dan menyambut baik Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2. Terima kasih.

TUAN SPEAKER

: Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Sijangkang?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. A’uzubillahi minasyaitonirrajim bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker ini memberikan ruang kepada saya untuk turut berbahas dalam pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026. Alhamdulillah saya kira Negeri Selangor ni sebuah negeri yang maju di dalam negara kita, kita mempunyai kekuatan kewangan yang baik yang mana dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa pembukaan sidang yang lalu dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri kita mempunyai jumlah kutipan pada tahun 2025 sejumlah lebih daripada RM3 bilion ringgit dan kita jugak mempunyai kekuatan daripada sudut reserve

negeri lebih daripada RM4.7 bilion sehingga penghujung tahun yang lalu. Jadi saya kira dengan kekuatan ini sebenarnya Selangor adalah sebuah negeri yang telah lengkap dengan infrastruktur dengan pembangunan-pembangunan kawasan-kawasan perindustrian yang memudahkan lagi pelabur-pelabur sama ada di dalam daripada dalam tempatan ataupun daripada luar untuk terus melabur dan menjana pendapatan kepada Negeri Selangor. Saya nak bawak bahawa ini adalah satu tanda nikmat yang cukup besar kepada Negeri Selangor yang sudah seharusnyalah kita syukuri dan alhamdulillah pada hari ini walaupun kita telah Negeri Selangor telah melalui beberapa rintangan-rintangan yang saya kira cukup mencabar kepada jumlah lebih daripada 7 juta rakyat di Negeri Selangor ini, Kerajaan Negeri dapat menangani dengan sebaik mungkin. Pun begitu saya melihat bahawa dalam keadaan kekuatan ini kita tidak perlu untuk melihat negeri-negeri luar yang mungkin mempunyai serba serbi kekurangan yang mungkin mereka tidak mampu untuk menyediakan pakej-pakej rangsangan seperti ini atau pun pakej pengukuhan daya tahan seperti ini dan saya kira kita harus bersyukur dengan adanya pakej-pakej seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri. Saya akan menyentuh beberapa perkara yang saya kira agak penting untuk saya utarakan dalam perbahasan ini. Yang pertamanya adalah berkaitan Gudang Makanan Selangor

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon mencelah

TUAN SPEAKER

: Ada, bangun. Izin ya? Okay, silakan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih bagi saya ruang. Saya ambil maklum la komen Yang Berhormat tentang negeri-negeri IC 4 ini yang mungkin tidak mempunyai kemampuan kewangan sedemikian. Bukan saya mintak perbandingan yang sama rata, mungkin dari segi bilangan juta ringgit kalau tak dapat, tetapi apa usaha untuk menampung sebab negeri-negeri ini mempunyai banyak petani jika bantuan tak diberi ataupun tidak ada pengurusan untuk membantu macam mana dengan bekalan baja yang mungkin terjejas? Jadi keproaktifan kerajaan penting. Tak belanja pun tak apa, tapi apa proaktifnya untuk menangani cabaran yang bakal dihadapi oleh penduduk dan perlu diingatkan Negeri Terengganu yang bilangan penduduknya hanya 20% bilangan penduduk Selangor mempunyai bajet yang sama dengan Selangor. Jadi nak kata duit takde tu, susah nak percaya.

Terima kasih Bukit Gasing. Saya kira saya tak sebutkan pun IC 4 dan sebagainya tadi, saya sebutkan secara menyeluruh. Mesej yang saya nak bawak ini adalah kita harus bersyukur dengan nikmat kekuatan, kewangan, fizikal yang ada di dalam Negeri Selangor itu sendiri dan saya ingat mereka ada projek-projek dan program-program yang tertentu yang dibahaskan di peringkat dewan negeri mereka, dan saya kira mempunyai kebijaksanaan di negeri mereka itu sendiri. Cuma saya melihat dan secara umumnya kalau kita nak sebutkan bagi saya melihat, kalau diberikan

pilihan untuk hidup dalam keadaan yang senang, atau hidup dalam keadaan kaya, saya ingat saya lebih memilih kepada kehidupan yang senanglah. Kalau kita kaya pun kita banyak hutang dan sebagainya hidup tak senang, saya ingat ini satu kerugian di dalam kehidupan kita itu. Benar, kita perlukan sumber kewangan dan sebagainya tetapi itu bukan matlamat kita. Sebab itu saya melihat kalau kita lihat indeks kebahagiaan kehidupan ini jugak adalah faktor yang sangat penting dalam kehidupan sebenarnya. Bukan sahaja kekayaan yang kita ada, tetapi indeks kebahagiaan, keharmonian, toleransi antara kaum, ini adalah perkara yang sangat penting di dalam negara kita.

Berbalik kepada perkara yang saya nak bincangkan walaupun saya menjangkakan sebelum ni kita ada pembentangan berkaitan dengan Pakej Pengukuhan Daya Tahan ni kerana taklimat jugak diberikan untuk Pengukuhan Daya Tahan Selangor 1 tempoh hari, kemudian hari ini alhamdulillah, itu dapat dibentangkan sama ada Fasa 1, Fasa 2 sekali pada hari ini, ia sesuatu yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat. Tapi saya nak menyentuh berkaitan dengan Gudang Makanan Selangor RM50 juta yang diperuntukkan yang saya kira pada hari ini disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar jaminan makanan 30% jaminan makanan yang akan disediakan dalam Gudang Makanan Selangor itu saya kira ini adalah jugak perkara yang penting walaupun hanya 5 jenis ataupun 5 item iaitu beras, ayam, daging, ikan dan minyak masak tapi ini adalah satu perkara yang sangat penting. Saya mengharapkan RM50 juta peruntukan itu dia bukan hanya sekadar mungkin, memang ada keperluannya bagaimana kita nak bangunkan bangunan untuk menempatkan sumber-sumber makanan ini. Tetapi yang lebih penting adalah pengisian daripada sumber makanan, bagaimana sistem yang kita ada ni? Tidak mungkin kita akan menyediakan makanan dan kita stokkan untuk sebagai keperluan apabila kita berlaku menangani masalah berhadapan dengan krisis tetapi macam mana ia mungkin dijanakan? Adakah bekalan-bekalan makanan ini yang ada di gedung makanan kita ini akan hanya digunakan untuk sebagai contoh Jualan Ehsan Rahmah ataupun mungkin dalam program-program pemberian bantuan-bantuan dan bersifat kebajikan kepada rakyat ataupun kita jugak membekalkan kepada peruncit-peruncit yang ada di luar sana yang perlukan bantuan dengan harga yang mungkin agak boleh bersaing dengan sumber atau sumber-sumber kepada projek-projek ini peruncit kita ini untuk mereka meneruskan usaha mereka dalam bidang peruncitan.

Yang keduanya yang saya nak sebutkan ialah hari ini mungkin kalau kita lihat walaupun kita Selangor kita mempunyai jelapang padi di Negeri Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam tapi saya kira kita kena jugak melihat bukan sahaja daripada sudut keterjaminan makanan yang kita perlu bekalkan di dalam gedung makanan itu tetapi bagaimana kita mendapat melihat sumber ini dapat dihasilkan daripada Negeri Selangor dengan jumlah sawah yang ada, dengan keadaan pesawah kita yang ada pada hari ini, dengan keadaan ekosistem pesawah-pesawah kita untuk menjana pendapatan yang kadang-kadang sebahagian daripada mereka ini bekerja sebagai pesawah untuk mengeluarkan padi kepentingan untuk

makanan ruji kepada Negeri Selangor tetapi mereka jugak tergolong dalam kumpulan asnaf ataupun fakir miskin. Saya melihat bahawa ini menjadi satu perkara yang harus diberikan jugak tumpuan oleh kerajaan bagaimana ekosistem akhirnya pada hari ini dapat menjana keperluan SSL ataupun SSR kepada Negeri Selangor ini kecukupan bahan makanan yang hadir daripada ataupun dapat dijana daripada Negeri Selangor itu sendiri bukan hanya sekadar kita import daripada luar, betul kita mempunyai kekuatan itu kita khuatir jugak kalau daripada luar nanti tidak dapat mengeksport sumber makanan mereka yang perlu untuk kita beli. Apa jadi kepada kita?

Begitu jugak kalau saya nak sebutkan daripada sudut sumber protein, ayam, daging yang saya kira ini jugak kita masih mempunyai keterbatasan daripada SSL nya. Hari ini ayam walaupun alhamdulillah PKPS dapat mengadakan ladang ayam sendiri untuk Negeri Selangor tetapi ini masih lagi tidak berada dalam keadaan kecukupan yang baik. Cuma saya nak sebutkan jugak, dalam kita membentuk mungkin menghasilkan sumber protein terutamanya ayam kepada Negeri Selangor yang menjadi makanan secara umumnya tanpa had sama ada apakah agama dan jugak kaumnya saya kira kita jugak melihat bagaimana produk ini dapat dihasilkan dengan lebih banyak lagi dengan ladang-ladang yang kita sedia ada ni. Bagaimana mungkin kerajaan boleh melihat bantuan kepada pengusaha-pengusaha ladang secara tradisi ni secara tradisional untuk membangunkan bidang penternakan ternakan ayam ini kepada yang bentuk lebih moden perladangan secara moden kerana saya lihat kalau di kawasan saya di Kuala Langat ini penternakan ayam pun masih banyak lagi yang menggunakan sistem secara tradisi walaupun di peringkat Jabatan Pertanian sendiri ada menyebutkan bahawa ada kebaikan dan ada, ada pro dan kontra dia sama ada ladang tradisi ataupun ladang moden itu sendiri tetapi masalah yang kita lihat kita tidak mahu pembangunan ladang seperti ini akhirnya dia menyebabkan ketidaklestarian kepada rakyat. Saya ambil sebagai contoh tadi kalau ladang ayam, secara tradisi di Kuala Langat kita menghadapi masalah dengan lalat yang begitu banyak, yang saya kira menjadi isu di kawasan Kuala Langat terutamanya di kawasan-kawasan seperti Morib, Klanang di sana yang menjadi bahan-bahan bualan dan bahan-bahan bicara kepada mereka harini saya ingat tempoh hari isu ladang di Klanang yang menyebabkan lalat begitu banyak dan saya ingat dalam satu program yang dihadiri oleh EXCO Kerajaan Negeri Yang Berhormat Puan Jamaliah semasa merasmikan Hari Air Selangor yang mana kita lihat lalat terlalu banyak. Kita bukan sahaja menghidangkan makanan tengah hari tapi kita menghidangkan lalat yang saya kira tidak sepatutnya berlakulah. Saya tak tahu, saya tengok saya jeling-jeling Yang Berhormat hanya makan sayur saja sama ada beliau diet ataupun beliau pun tak sanggup nak makan tengah hari dengan jumlah lalat yang begitu banyak. Saya harap ini dapat kita lihat supaya akhirnya kita dapat membangunkan pembangunan Negeri Selangor ini dengan lebih lestari dan tidak membebankan kepada rakyat. Saya ingat dia tular juga dalam media yang mana masyarakat kawasan itu yang juga pengusaha-pengusaha restoran ada yang menampalkan signs atau pun tanda restoran ditutup sebab terlalu banyak lalat. Saya ingat ini satu kerugianlah kepada kita apabila ia membebankan kepada rakyat. Sebab itu Yang

Berhormat sekalian, saya kira berkaitan gedung makanan ini harus dilihat dengan sebaik mungkin dan peruntukan RM50 juta itu akan memberikan betul-betul manfaat kepada rakyat dapat kita sediakan bukan hanya sekadar satu gedung yang kita boleh menempatkan keperluan lebih kurang 30% tetapi juga kita mempunyai satu gedung yang hasilnya, sumbernya adalah daripada Negeri Selangor itu sendiri.

Kemudian saya nak menyebutkan berkaitan dengan perkara berkaitan makanan percuma pelajar sekolah RM14.4 juta yang saya kira perancangannya untuk memberikan makanan sarapan pagi bagi pelajar-pelajar sesi pagi dan juga makanan tengah hari bagi pelajar-pelajar sesi petang dengan jumlah RM120,000 kalau kita kira-kira bermakna lebih kurang dalam ataupun RM5 setiap kali hidangan yang saya kira pada hari ini mungkin saya tak pasti sama ada ia mencukupi ataupun tidak kadang-kadang makan tengah hari anak kita pun lebih daripada itu, cuma yang penting adalah bagaimana makanan ini juga menepati soal keperluan gizi makanan itu sendiri. Kalau dulu kita kekurangan makanan hari ini kita sudah ada kita ada dasar separuh suku-suku, separuh sayur atau buah-buahan, suku karbohidrat, suku protein dan saya harapkan ini akan menempati keperluan kepada anak untuk sumber makanan kepada mereka yang mempunyai gizi makanan yang baik. Cuma saya melihat yang ini akan diberikan kepada semua sekolah-sekolah rendah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama, sekolah menengah agama dan termasuk beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil dan sebagainya. Cuma saya melihat kalau diberikan dua kali seminggu, dua kali seminggu walaupun itu mungkin kekuatan yang diuntukkan daripada peruntukan ini tetapi saya kira kalau boleh kita berikan tumpukan yang lebih baik. Sebagai contoh kita berikan sarapan pagi kepada semua pelajar-pelajar kita, hari ini kita tak nafikan ada rancangan makanan tambahan kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan oleh kerajaan persekutuan tetapi mungkin kerajaan negeri boleh melihat bahawa kerana saya ingat yang agak kritikal ini adalah sarapan pagi. Anak-anak kita tergesa-gesa untuk masuk kelas 7.30 pagi dan sebahagian mungkin tak sempat sarapan mungkin sebahagiannya keluarga yang tidak mampu untuk menyediakan sarapan kepada mereka dan ini kita tumpukan dan saya ingat ini lebih banyak manfaat kepada anak-anak kita selain daripada mungkin peruntukan-peruntukan yang lebih besar selepas itu bila kita peruntukan. Sebab saya lihat kalau RM140 juta dana untuk Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor jumlahnya terlalu kecillah kalau kita nak bandingkan dengan pendapatan tahunan dan juga reserve kita yang saya kira selepas ini mungkin boleh ditambahkan dengan jumlah bilangan yang lebih besar lagi.

Dan saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan bantuan sektor pertanian RM25 juta dan saya harapkan bantuan ini terutamanya kepada pesawah-pesawah kita yang dijangkakan 7,387 pesawah bakal menerima bantuan tunai ini dan bantuan tunai ini betul sebab kita ini adalah pakej pengukuhan daya tahan yang saya kira bersifat sementara dan saya mengharapkan ia bukan hanya sebahagian daripada keperluan untuk keperluan kehidupan ataupun harian mereka tapi benar-benar dia memberikan keperluan kepada ekosistem

kehidupan mereka dan juga kerjaya ataupun sawah-sawah yang mereka kerjakan. Walaupun mungkin dimaklumkan bahawa akan diadakan kalau kepada penternak-penternak makanan ternakan dan baja tanaman dan sebagainya itu, tetapi saya masih mengharapkan bahawa kita pada hari ini kena berfikir bahawa bukan hanya sekadar untuk kita bantu keperluan mereka pada hari ini dan mungkin keperluan untuk terus membangunkan usaha mereka, sawah dan sebagainya tetapi kita mula memikir bagaimana jangka masa panjangnya mereka akan terus menjadi seorang petani dan memberikan manfaat dan kebaikan kepada negara kita.

Kemudian saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan Biasiswa Selangor RM17 juta, saya kira ini adalah suatu perkara yang sangat penting dan hari ini pun anak-anak kita yang pasca SPM ini adalah kohot yang pertama yang tidak ada peperiksaan UPSR, tidak ada peperiksaan yang sebelum itu, hanya peperiksaan SPM, saya kira di negeri Selangor pun kita dapat melihat anak-anak kita yang baik daripada segi keputusan ini, cuma saya melihat daripada sudut pendidikan anak-anak negeri Selangor bagaimana kita nak terus menjana. Kita ada sistem pendidikan kita yang saya kira ampuh daripada peringkat sekolah rendah sekolah menengah, kita ada Universiti, UNISEL dan juga Universiti Islam Selangor (UIS), saya kira kita perlu gunakan ini di samping untuk kita membangunkan terus universiti-universiti yang kita ada ini yang mana prestasinya pun tidaklah sehebat yang kita harapkan tetapi dengan bagaimana kita nak bangunkan daripada sudut pendidikan daripada anak-anak kita yang berada peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan semuanya seterusnya berada di universiti itu harus kita fikirkan. Terima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan 50% yuran subsidi kemudian ada hadiah masuk universiti yang telah kita amalkan bertahun-tahun sebelum ini dan ada bantuan-bantuan yang lain dan hatta biasiswa yang kepada anak-anak kita yang berjaya ini akan juga akan diberikan. Cuma saya melihat bagaimana pembangunan kita mungkin kalau kita lihat tempoh hari saya ada sebutkan berkaitan dengan sekolah satu sesi seperti serai yang kita adakan pada hari ini dan Yang Amat Berhormat menyebutkan kita tidak mempunyai masalah daripada sudut guru-guru mungkin daripada kecukupan guru-guru yang mempunyai pendidikan agama tetapi kita mempunyai masalah guru-guru yang ada kemampuan untuk mengajar sains dan matematik. Kenapa tidak pada pandangan saya mungkin kita hari ini memberikan peluang kepada anak-anak lepasan SPM ini untuk kita galakan mereka akan menjadi guru sains, matematik dan juga agama yang lebih ramai lagi kerana saya kira dengan ada kekuatan dua universiti ini kita mampu untuk melakukan bagaimana mungkin satu masa nanti kita boleh adakan satu sesi di negeri Selangor ini sebagai alternatif kepada sistem pendidikan perdana yang saya kira pada hari ini pun dia sangat membebankan. Kalau kita lihat ibu bapa ataupun penjaga yang mempunyai anak-anak yang perlu hantar pagi sekolah rendah kemudian petang sekolah agama dan ini memerlukan kos yang mungkin lebih besar daripada yang sepatutnya. Kenapa tidak mungkin kita boleh melihat satu sistem yang kita boleh kurangkan kos. Tidak perlu untuk ambil anak tengah hari hantar kemudian petang lagi dan tidak perlu menyewa kenderaan dan sebagainya untuk urusan mereka itu. Saya

ingat ini antara perkara yang boleh difikirkan yang akhirnya akan meningkatkan lagi sistem pendidikan yang ada di dalam negara kita.

Tuan Speaker, saya kira itu antara beberapa perkara yang saya nak sentuh di dalam perbahasan saya ini dan saya mengharapkan yang penting adalah soal pelaksanaannya. Saya ingat kita berjaya merintangi beberapa halangan-halangan yang besar termasuklah COVID, termasuklah banjir dan hari ini isu perang di Asia Barat sana juga memberikan kesan kepada negara kita dan juga kepada negeri Selangor. Cuma saya melihat dengan pelbagai program kalau dulu Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor, kemudian ada Inisiatif Peduli Negeri Selangor, kemudian ada Iltizam Negeri Selangor saya berasakan bahawa negeri Selangor sudah sepatutnya ada satu data raya yang bersepadu yang lengkap. Yang boleh menjadi rujukan-rujukan kita. Hari ini, saya ingat tadi Paya Jaras ada menyebutkan, ada lagi yang datang ke pusat-pusat khidmat kita mendakwa mereka dijanjikan untuk mendapatkan insentif-insentif secara pusingan dan pada hari ini tak dapat lagi ada pula yang mengatakan si polan itu dapat sehingga dua tiga kali tetapi mereka tidak. Jadi yang ini pun kita tak dapat buktikan sama ada itu benar ataupun tidak. Sekurang-kurangnya apabila kita sudah ada satu data raya yang kita boleh kongsi bersama untuk melihat sama ada boleh daripada sudut sejarah penerimaan program-program Merakyat Ekonomi Negeri Selangor ataupun insentif ataupun Iltizam ini, tetapi kita boleh merencanakan bagaimana dengan peruntukan yang diberikan sama ada kepada kerajaan ataupun juga pada pihak pembangkang kita boleh memantau kepada penerima-penerima ini supaya yang kita berikan itu adalah genuine dan sampai kepada rakyat kita sendiri.

Jadi Tuan Speaker, sekarang itu perbahasan saya pada hari ini. Saya ucapkan terima kasih dan semoga apa yang direncanakan oleh kerajaan ini akan berjalan dengan baik. Yang penting adalah nilaian wang yang kita belanjakan dan ROI ataupun Return of Investment yang kita untukkan peruntukan untuk Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bagi kali ini. Terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.

Tuan Speaker.

Speaker

Kota Damansara.

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Kita Selangor Maju Bersama. Terima kasih kepada Tuan Speaker, Kota Damansara ingin turut mengambil bahagian dalam perbahasan Pakej Pengukuhan Daya tahan Selangor bagi Fasa yang kedua. Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah selesai membentangkan Pakej Daya Tahan Selangor bagi fasa yang kedua. Fasa yang pertama bernilai RM141 juta, manakala fasa yang kedua bernilai RM209 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM355 juta. Saya menyambut baik dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri

Besar kerana memanggil sidang dewan khas sebegini untuk dibentangkan sejumlah pakej yang bernilai RM209 juta kerana ia juga memberi peluang kepada kami sebagai Wakil Rakyat untuk memberikan maklum balas atau nilai tambah kepada pakej-pakej yang ditawarkan semoga pada masa akan datang. Mungkin ada beberapa pakej yang mungkin boleh kita terlepas pandang atau golongan-golongan rentan yang mungkin kita boleh ambil untuk membantu juga dapat diambil kira.

Pada 1 April 2026, saya kira Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah memanggilkan sidang meja bulat khas Mesyuarat MMKN bagi membincangkan krisis Asia Barat serta implikasinya terhadap ekonomi dan rakyat negeri Selangor. Sidang khas ini juga disertai oleh ahli MMKN, pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga ketua-ketua Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor terlibat langsung untuk berdepan dengan krisis yang berlaku. Siapa sangka pada tahun ini, sebelum Raya kita dapat berita bahawa peperangan antara US dan Israel melawan dengan Iran menyebabkan dunia dalam keadaan kekeliruan menyebabkan Selat Hormuz tertutup dan kita ada masalah minyak yang mana tiada siapa boleh sangka pada tahun 2026 ini yang mana semua unjuran ekonomi menunjukkan ekonomi yang baik tapi perkara ini menjadikan sebaliknya.

Dalam tempoh 6 hari pada 6 April, Dato’ Menteri Besar juga telah memanggil, melantik pasukan khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato' Seri Muhammad bin Ibrahim selaku mantan Gabenor Bank Negara. Saya mewakili ADUN Kota Damansara, ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan khas yang diketuai oleh Tan Sri Dato' Seri Muhammad bin Ibrahim selaku mantan Gabenor Bank Negara, Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan bin Ghazali ahli ekonomi merangkap Pengarah Minda UKM, Dato' Mohamed Rafique Merican selaku mantan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamik Berhad dan Encik Aizal Baharudin selaku Ketua Pengarah Strategik Petronas. Ini merupakan golongan cerdik pandai atau golongan cendekiawan dalam bidang ekonomi yang mana kerajaan negeri melihat jika berlakunya suatu krisis kita tidak mengambil satu masa yang lama, kita buat satu meja bulat, kemudian kita tubuhkan satu pasukan khas dan dalam tempoh 10 hari selepas itu, kerajaan negeri telah melancarkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa yang pertama. Dalam tempoh 16 hari sahaja, Kerajaan Negeri telah menunjukkan bagaimana sesebuah kerajaan ini menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Dalam tempoh 16 hari sahaja, kita tidak menjadi kerajaan yang menunggu apakah sepatutnya yang kita buat apakah esok atau lusa Amerika akan berhenti berperang. Tidak. Dalam tempoh 16 hari sahaja, kerajaan negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Sungai Tua, telah melancarkan dasar pakej daya tahan fasa yang pertama. Ketika itu kita lihat bagaimana golongan-golongan, beberapa golongan rentan, kita nak pastikan dalam keadaan ekonomi yang tidak ketentuan kita bawa untuk pastikan mereka ini boleh survive atau boleh hidup dalam kelangsungan ekonomi ini.

Yang kedua, saya tengok dalam fasa yang pertama iaitu saya sentuh berkenaan Gudang Makanan. Kita tengok tadi Yang Berhormat ada membentangkan bahawa Gudang Makanan Asas Selangor telah mewujudkan stok pengimbas sebanyak 5 jenis makanan asas, beras, ayam, ikan, daging dan juga minyak masak. Ini kalau kita boleh lihat menjelang tahun targetnya kita melihat unjuran pada Disember 2026, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menyediakan stok pengimbal sebanyak 1 ribu tan metrik ayam, 100 ribu tan metrik daging, 800 tan metrik ikan dan 150 tan metrik minyak masak. Yang kita lihat ini sebenarnya, ini ialah salah satu inisiatif yang telah dilakukan, kita belajar ketika berlakunya pandemik COVID. Kita lihat juga apa yang berlaku dalam ketidak ketentuan peperangan geo politik luar negara, kita tak berperang, tetapi orang luar yang berperang, kita yang terkesan. Orang luar yang berperang, kita yang tak makan. Jadi sebab itu Kerajaan melihat ada satu keperluan dan dipelopori oleh PKPS, saya ucapkan tahniah juga kepada PKPS kerana berani ke hadapan bukan hanya sebagai anak syarikat, hanya menguruskan pertanian tapi juga memastikan keterjaminan makanan itu ada untuk rakyat Selangor.

Saya lihat ada satu dua juga daripada Yang Berhormat menyentuh berkenaan Jualan Ehsan Rahmah. Pertama sekali kita kena lihat Kerajaan, bagaimana ekonomi Malaysia ini terbentuk. Malaysia ini terbentuknya dengan ekonomi campuran, maksudnya kita melakukan pasaran bebas tapi juga mempunyai campur tangan daripada Kerajaan mahupun Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat. Ini ialah sebahagian daripada fundamental economy in Malaysia. Jadi kalau kita lihat sebenarnya apabila Kerajaan Negeri membuat Jualan Ehsan Rahmah, ya saya tahu ada kemungkinan juga yang akan memberikan kesan kepada peniaga-peniaga luar, tapi jumlah kesannya sedikit. Kita tengok sebenarnya jumlah ekonomi Negeri Selangor, RM400 bilion, jadi sebenarnya jumlah Juala Ehsan Rahmah yang kita bagi injection atau intervensi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri hanya jumlah RM10 juta kalau dibandingkan jumlah yang RM400 bilion ekonomi itu dengan berapa sebenarnya jumlah yang Kerajaan Negeri intervensi untuk membantu rakyat. Saya ingat jumlahnya tidak sampai 0.01%, jadi sebenarnya jumlah yang kita sebenarnya kalau hendak membantu ini kita bantu yang lebih banyak yang kita fokus kepada jumlah yang makin sikit. Kalau kita bandingkanlah di kawasan DUN masing-masing pun, kalau setiap kali Jualan Ehsan ini dibuat pun, cuma 200 beg beras, lebih kurang 400 ekor ayam atau 600 ekor ayam. Jadi kalau dibandingkan dengan yang luar jumlah penggunaan, pemakanan oleh rakyat Selangor ini lebih banyak. Rakyat Selangor ini ada 7 juta orang yang kaya, memang tak akan pergilah Jualan Ehsan tapi kita hendak tolong golongan Ehsan, sebab apa kita memberi pilihan, ini yang dimaksudkan dengan ekonomi campuran. Kita lihat ada masalah pada ekonomi Selangor, jadi Kerajaan masukkan untuk memberikan campur tangan untuk membantu rakyat. Kita bukan masuk campur tangan untuk mendapatkan keuntungan tapi kita masuk untuk membantu rakyat. Jadi saya kira kalau andai kata desas desus mengatakan hanya untuk memikirkan juga golongan-golongan ini, sebab kena faham, kalau di Kerajaan Pusat, STR ini terus kepada kedai-kedai yang terpilih. Mana yang kedai-kedai

tak terpilih boleh berdaftar untuk menjadi salah satu panel STR, jadi Kerajaan Negeri Selangor melalui PKPS kita masuk membantu rakyat secara terus.

Kota Damansara.

Ya.

Saya hendak sedikit pandangan Yang Berhormat berkenaan gudang makanan tadi ada yang mengatakan bahawa kita kena tumpukan kepada supplier-supplier atau pun pembekal-pembekal tempatan di Negeri Selangor sahaja. Apa pandangan daripada Kota Damansara, Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan mempunyai kepelbagaian rakyat yang datang di Negeri Selangor ini. Apakah kita hanya boleh tumpu hanya kepada pembekal-pembekal tempatan atau pun pada masa yang sama kita juga membuka peluang rakyat di negeri-negeri lain untuk membekalkan makanan ke gedung makanan kita dan saya kira itu sudah dapat menjana pendapatan bukan sahaja dalam Negeri Selangor tetapi juga di seluruh negara kita.

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Seri Serdang. Saya setuju sebenarnya Yang Berhormat Seri Serdang sebab kita kena tahu priority kita keutamaan kita sebagai Kerajaan sebagai apa. Kalau keutamaan kita hendak membantu masyarakat, kalaupun ada pembekal-pembekal yang dapat kita beli, dapat kita secured, dapat kita kawal, dapat kita control lebih awal atau lebih murah, inilah tanggungjawab Kerajaan. Kita bukan hendak jadi Kerajaan hendak beli harga mahal hanya untuk lokal lepas itu kita jual dengan harga murah, sebab itu program seperti ini mempunyai sustainability walaupun dibuat dalam tempoh 3 tahun, 4 tahun, sustainability sebab apa kita pun dalam kita beli dengan harga yang murah, pembekal yang benar-benar boleh membekalkan memberikan stok kepada kita dan akhirnya kita kumpulkan dan kita simpan dan kita keluarkan secara perlahan-lahan. Sebab itu kita kena tengok dulu sebenarnya, priority kita sebagai Kerajaan apa. Kalau priority hanya kepada sesuatu pembekal semata-mata atau kita priority kita hanya fokuskan kepada mereka masyarakat atau pun golongan miskin. Kalaupun priority kita ialah untuk golongan miskin, jadi itulah priority utama kita untuk kita fokuskan kepada mereka.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya hendak sentuh kepada Baucar Kita Selangor. Kalau kita tengok Baucar Kita Selangor, RM300 sebulan bersamaan dengan 2 tahun lebih 30 ribu keluarga seluruh Negeri Selangor kita bantu. Kita lihat juga sekarang langkah pengukuhan juga Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memperkenalkan BINGKASAN iaitu inisiatif tersasar lebih kurang kepada 1,300 ketua isi rumah yang tidak menepati kriteria BINGKAS. Apa kriteria BINGKAS ini, contohnya kalau andai kata dia ada sebelum ini BINGKAS kena minimum kena anak dua orang kerja, tapi dia ini dia hanya ada satu orang anak yang

sekolah, maaf, anak yang masih bersekolah. Jadi dia tidak layak tapi dia miskin, dia perlu untuk dapatkan jadi kita keluarkan BINGKASAN ini, kita buat. Maksudnya satu program itu berjalan, kita lihat bagaimana proses dan penerimaan, bagaimana masyarakat keperluan masyarakat dan dibentuk sesuatu secara perlahan-perlahan, penambahbaikan dibuat. Saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana sudi membuat suatu sedikit perubahan sebab ada kawasan-kawasan saya di Kota Damansara, dia mempunyai anak, anaknya masih sekolah lagi tapi satu orang sahaja. Ada juga situasi di mana anaknya OKU tapi satu orang, jadi kalau ikutkan syarat BINGKAS ini tak boleh tapi ditambah dengan syarat BINGKASAN ini yang dimaksudkan tiada orang yang tertinggal. Sebanyak mungkin kita cuba bantu sebab itu kalau andai kata menjadi Kerajaan Negeri ini, dia bukan hanya Kerajaan Negeri hanya melihat kepada suatu sudut tapi dia melihat rangka yang besar, iaitu dalam sudut makro.

Selepas ini Baucar Kita Selangor ini Kerajaan Negeri telah akan menyumbangkan RM100 sebulan selama 6 bulan yang terdiri kepada 50 ribu orang keluarga yang diperuntukkan sebanyak RM30 juta. Saya mengambil maklum proses ini akan dipilih melalui bagaimana mereka yang termasuk dalam kumpulan-kumpulan e-Kasih. Yang ini saya serahkan sebab pemilihan e-Kasih ini diserahkan oleh pihak Kerajaan. Pegawai-pegawai Kerajaan yang melihat, pegawai-pegawai Kerajaan yang menilai, bukan kami ADUN-ADUN yang menilai, semestinya saya tidak menolak kalau andai kata yang mana mereka kata dia orang ini sudah dapat dua tiga kali sebab bila sampai ke Pejabat DUN, dia kata dia tak pernah dapat. Jadi bila kita lihat, rupanya bila kita tengok sistem, sebab sebelum ini sistem ini dia tak ada sejarah. Bila dulu mula-mula ada, kemudian tak ada. Jadi bila tak ada ini, kita percayalah, bila orang cakap tak akanlah orang hendak menipu kita, kita beranggapan semua orang yang berjumpa kita ini tidak menipu kitalah. Jadi sebab atas dasar itu dia boleh dapat masuk kali kedua dan saya menyambut baik juga yang mana cadangan Kerajaan untuk memberikan way out atau jalan keluar kepada mereka yang telah mendapatkan BINGKAS RM300 apabila mereka sambung lagi, mereka tidak dapat jumlah 2 tahun. Maksudnya mereka dapat setahun, maksudnya mereka maklum bahawa BINGKAS ini bukan selama-lamanya untuk mereka sebab ada golongan lain juga yang turut memerlukan.

Saya juga senada dengan pihak Pembangkang kali ini yang mana pihak-pihak pegawai-pegawai Kerajaan kita juga perlu turun ke bawah tidak boleh hanya menunggu di Pejabat Daerah untuk mereka berdaftar di bawah e-Kasih. Saya faham kalau e-Kasih ini memang ada pegawai-pegawai yang kena pergi ke Daerah, kadang-kadang pegawai kita ini mengikut program-program tertentu, maksudnya kalau ada karnival, baru dia turun untuk pendaftaran e-Kasih dan sebagainya. Saya kira mungkin pendaftaran e-Kasih ini boleh belajar bagaimana Zakat Selangor, Zakat Selangor turun ke bawah, program-program ke bawah bagaimana kita menyantuni. Saya tak kata tak ada langsung, tapi saya kata mungkin kurang, mungkin perlu diperbanyakkan lagi kawasan bandar mungkin kawasan ini kepadatannya ada tapi ada masalah yang mana yang kita kena pam orang-orang

berpendapatan rendah ini kehidupan mereka ini dia kerja dia balik, dia kerja dia balik sebab apa, dia hendak cari makanan untuk rumah. Dia hendak letakkan makanan atas meja makan pastikan anak-anaknya makan, pastikan keluarganya terjaga, terjamin, terbela. Jadi mereka tak berkesempatan untuk melihat atau mempunyai peluang masa lebih malang lagi mereka ini dibayar gaji hari. Kalau kerja dapat gaji kalau tidak kerja, tak dapat gaji. Jadi mereka pergi ke satu tempat untuk daftar sesuatu urusan, ini belum tahu dapat atau tidak, mereka terpaksa berkorban satu hari jumlah makan sebab itu saya minta kepada pegawai-pegawai Kerajaan mungkin boleh perbanyakan program-program di kawasan-kawasan bawahan. Seterusnya ...

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya mohon mencelah.

Baik silakan.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Kota Damansara, terima kasih Tuan Speaker. Saya tertarik dengan pendaftaran yang disebut sebagai e-Kasih dan yang lain-lainlah kerana ada rungutan yang di sampaikan oleh warga emas termasuk juga mereka yang tidak punyai telefon pintar untuk mendaftar atau pun memasuki gerbang-gerbang itu. Dan mereka ini tercicir daripada mendapat bantuan, apakah cadangan yang boleh diberikan oleh Kota Damansara untuk mencakupi mereka sekali, terima kasih.

Terima kasih kepada Seri Serdang, eh maaf, Sungai Ramal, Sungai Ramal. Selalu Seri Serdang selalu yang tanyakan, kali ini Sungai Ramal, maaf, maaf, tiba jadi Pembangkang. Baik, untuk soalan itu tadi, kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi perubahan teknologi itu berlaku, itu yang pertama. Kedua juga tidak boleh menafikan bahawa ada golongan warga emas yang tidak mempunyai telefon atau golongan yang miskin yang tidak mempunyai smartphone, mereka terpaksa. Yang ini sebab itu saya minta kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang ada program-program, kerjasama dengan Pejabat DUN, kerjasama surau dan masjid mahupun kuil atau pun temple. Kerjasama dengan RA dan sebagainya, PPR dan sebagainya untuk make sure orang-orang warga emas kita faham dalam keadaan kita perlahan-perlahan masuk ke dunia teknologi, kita hendak semuanya melalui telefon pintar tapi kadang-kadang kita kena faham juga, bukan semua pintar. Bukan semua orang bernasib baik jadi kita perlukan sebab dulu kalau ikutkan dulu, sebab itu kalau dalam pihak pendaftaran SMUE dululah, ketika pendaftaran SMUE dia masih melalui dua, satu pertama kena daftar online, kedua ada lagi masih isi borang. Jadi kalau sekarang ini, kalau siapa yang hendak isi borang kena pergi Pejabat DUN, Pejabat DUN lah tolong daftar dan sebagainya. Tapi cuma saya masih mengharapkan bahawa pegawai-pegawai Kerajaan kita turun ke bawah untuk bantu golongan-golongan yang warga emas ini, kita tahu ada golongan yang warga emas. Kita mungkin kita boleh expect dalam tempoh 30 ke 40 tahun lagi mungkin golongan-golongan

yang tidak langsung mempunyai telefon pintar atau langsung tak tahu IT ini mungkin akan jumlahnya terlalu kecil. Tapi untuk dalam tempoh yang sekarang ini kita masih lagi ada golongan-golongan yang tergolong seperti apa yang disebutkan oleh Sungai Ramal.

Baik, Tuan Speaker, saya hendak beralih kepada bantuan sektor pertanian yang bernilai RM25 juta. Kalau kita tengok seramai 2,000 penternak dan 270 pengusaha akuakultur akan menerima baucar makanan ternakan baja tanaman masing-masing. Sementara seramai 2,178 nelayan bakal menerima baucar bahan api petrol dan diesel bermula 15 Julai 2026 bernilai lebih kurang RM300 selama tempoh 6 bulan. Yang ini saya tengok ada keperluan yang mana mereka ini ialah golongan yang terkesan apabila kenaikan petrol, kenaikan diesel yang mana walaupun dalam keadaan kita Kerajaan Negeri kita maklum bahawa Kerajaan Persekutuan juga telah memberikan bantuan kepada golongan ini. Tapi ada juga yang menyatakan bahawa bantuan yang diberikan tidak mencukupi sebab itu Kerajaan menilai, melihat ada keperluan Kerajaan Negeri membantu dan menambah. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya melihat bahawa golongan-golongan ini sebab mereka inilah golongan utama yang memastikan keterjaminan makanan kita. Kita mungkin ada gudang tapi kalau tak ada orang yang menangkap, tak ada orang yang menanam, jadi kita akan ada masalah yang besar, dia bukannya esok-esok, tiba-tiba ikan itu datang depan rumah kita saja atas meja, dia mesti ada orang yang menangkap. Jadi golongan-golongan inilah golongan yang perlu kita bantu, golongan yang perlu hadapan. Kalau COVID kita ada golongan polis, nurse dan sebagainya kalau kita isu perang, keterjaminan makanan ini ialah golongan-golongan yang paling utama perlu kita bantu. Kita tak nak mereka menukar kerjaya, kita tak nak juga mereka memilih untuk tidak melakukan tangkapan, atau tidak melakukan penanaman dan akhirnya kita terpaksa import semuanya. Ya betul, saya lihat banyak program-program Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan melihat untuk bagaimana kita memastikan, kita menambah produk-produk tanaman supaya kita kurang kebergantungan daripada import daripada negara luar. Tapi kita kena maklum juga import negara kita masih lagi besar, jadi kalau kita hendak tengok ini ialah projek jangka masa panjang tapi kita pastikan dalam projek jangka masa pendek ini, golongan-golongan ini dibantu dengan selayaknya.

Tuan Speaker, saya beralih kepada pengurangan kadar sewa premis PBT yang bernilai RM45 juta. Kita lihat golongan-golongan yang berniaga di premis-premis PBT ini diberikan 30% kadar sewa pengurangan, kadar sewa dalam tempoh 6 bulan hingga Julai, hingga Disember. Jadi ini ialah orang-orang yang kita tahu sewa-sewa gerai PBT ini jumlahnya tidak terlalu tinggi sebab gerai PBT ini kebanyakannya dia subsidi. Dia tidak sama dengan penyewaan gerai-gerai dekat lain, kalau gerai lain mahal, gerai PBT dia murah lagi sebab itu kalau proses pemilihan untuk mereka yang berniaga di gerai-gerai PBT Ini ialah orang-orang yang melalui proses yang ketat. Dia ada setengah PBT ini dia ada 2 kali interview, dia hendak tengok sama ada mereka ini benar-benar layak untuk berniaga di situ. Saya menyambut baik khususnya di Kota Damansara ada beberapa gerai-gerai yang di bawah

PBT baik MBPJ mahupun MBSA, kita lihat ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka.

Cuma saya mohon juga kepada peniaga-peniaga, kita dah bagi diskaun 30% 6 bulan, juga ditambah dengan bantuan HIJRAH dan sebagainya, tak campur lagi bantuan-bantuan lain, janganlah diambil peluang ini untuk naikkan harga pula kan. Dia orang ini masalah juga, ada sebahagian, saya tak cakap semua, ada sebahagian itu. Jadi dia ambil peluang ini dia kata dia ambil inilah peluang mereka untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda. Tanpa mereka sedar sebenarnya kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu mereka untuk mereka boleh survive, sebab kita tak nak nanti karang dia orang ini antara golongan yang awal tutup kedai. Sebab kita tahu ada juga orang kata, ada pandangan walaupun ini semua bukan pandangan ekonomi yang secara tuntas yang orang kata kalau meniaga banyak tepi jalan ini maksudnya ekonomi buruk. Itu bukannya cara tengok ekonomi yang betul.

Dia lihat data dan fakta yang betul. Cuma ini adalah persepsi yang mana dilihat oleh masyarakat di bawah. Jadi saya harap, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri memperuntukkan sehingga RM4.5 juta kepada mereka. Saya nak beralih kepada Projek Selangor Penyayang yang bernilai RM14 juta. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, walaupun kita masa mula-mula hari itu saya pun sedikit gusar apabila Projek Selangor Penyayang ini ditangguhkan sementara. Jadi saya kira bila projek ini berjalan semula ini semestinya telah memberikan kelegaan kepada kami untuk membantu masyarakat di bawah. Cuma saya juga nak minta kepada pihak kerajaan kerana Projek Selangor Penyayang ini kita akan tengok juga ada beberapa keperluan yang mendesak sebagai contoh kalau sekarang ini Projek Selangor Penyayang ini dia tak boleh bagi lampu solar. Jadi kalau ada setengah-setengah kawasan ini kalau kita faham Projek Selangor Bercahaya kita mungkin akan satu DUN mungkin akan dapat 5 ke 10 lampu solar. Tetapi juga kalau dengan bajet Projek Selangor Penyayang ini kita boleh menambah lagi lampu-lampu solar yang kita beli, kalau lampu solar ini lebih mudah, pasang lepas itu dia menyala. Tak perlu lagi ada masalah yang sangat besar. Jadi sebab itu saya mengharapkan mungkin pihak kerajaan atau pihak UPEN melihat juga keperluan ini. Ada satu keperluan yang mendesak dekat bawah sebab kita tak boleh nak harapkan, ada sesetengah PBT, JKR dan sebagainya nak pasang wayar dan sebagainya dia makan proses yang sangat lama. Sebab itu saya harapkan agar Projek Selangor Penyayang ini mungkin boleh disemak balik bagaimana keperluan atau syarat-syaratnya.

Tuan Speaker, saya ingin menyentuh sedikit Pembiayaan Dana Pantas Usahawan sebanyak RM20 juta. Kalau kita boleh tengok sebahagian besar ekonomi Selangor ini terdiri daripada usahawan kecil dan sederhana. Kebanyakan syarikat ini bermula dari peringkat usahawan. Kita banyak, kita ada rekod dalam Program Hijrah, PLATS dan sebagainya bagaimana orang tak kira ibu tunggal ke, bapa tinggal ke, bapa tunggal ke dan sebagainya anak muda dan sebagainya mereka mula meniaga dengan program-program yang telah

diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri dan sebahagian mereka juga ada yang berjaya dan malah menjadi jutawan. Ini ialah program yang mana kita telah bantu yang saya kira kerajaan menyediakan dana usahawan sehingga RM20 juta untuk membantu usahawan yang kita memberikan lebih kurang pembiayaan sehingga RM10,000.00 tanpa faedah dan usahawan ini boleh membayar tempoh pembayaran semula dalam tempoh 3 tahun. Yang ini saya kira kita membantu dalam keadaan kita tahu mereka perlukan sedikit dana. Mereka dah ada customer, cuma mereka perlukan sedikit dana untuk menambah stok dan sebagainya, mungkin boleh membantu mereka untuk mengembangkan business mereka. Jadi saya kira dana pembiayaan yang tanpa faedah ini adalah satu cara yang bagus yang kita boleh bantu masyarakat di bawah.

Tuan Speaker, saya nak menyentuh seterusnya ialah berkenaan Program Kerjaya Selangor. Saya ingin menarik perhatian dewan khususnya berkenaan Program Kerjaya Selangor. Kita lihat data PERKESO yang mana hampir 30,000 orang telah diberhentikan dalam tempoh beberapa bulan selepasnya berlakunya daripada awal tahun sehingga sekarang dan kita lihat dengan program sebegini dan kerjasama agensi daripada pihak PERKESO, peruncitan, pembuatan, logistik dan kerajaan Negeri untuk kita bantu, kita buat matchmaking dengan mereka. Cuma saya nak berikan sedikit cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat balik sebenarnya, sebab saya tahu Kerajaan Negeri dia akan ambil ikut daerah-daerah, dari satu daerah ke satu daerah. Jadi kalau contoh macam daerah Petaling ini akan dibuat satu tempat semuanya dikumpul di satu tempat.

Kalau contoh di luar bandar, jadi bila di buat satu tempat itu terlalu jauh kadang-kadang. Jadi mungkin kita dah boleh kecilkan instead kita buat ikut daerah, kita mungkin boleh mulakan mengikut PBT. Jadi kalau PBT ini jumlahnya tak terlalu besar, daerahnya tak terlalu besar. Jadi kalau kita ada 12 PBT, kalau daerah kita ambil 9 daerah. Kalau PBT ada 12, jadi jumlahnya makin kecil. Jadi banyak lagi sebenarnya orang mempunyai peluang untuk melihat dan saya mohon juga kalau program-program seperti ini jangan dibuat hari bekerja, buat hari cuti. Kadang kalau hari bekerja ini kadang orang itu dia kerja. Kita expect hal a job making ini untuk orang tak bekerja. Tetapi juga kita lupa ada golongan yang nak juga jump kerja nak cari kerja yang lebih baik daripada yang sedia ada. Macam saya sebut kita lupa golongan yang kerja bayar ikut hari, tak pergi kerja tak dapat duit. Dia orang ini kalau hari kerja dia kena kerjalah. Kalau tak kerja dia tak dapat duit. Jadi kita, saya nak minta pihak kerajaan negeri mungkin boleh menambahbaik.

Seterusnya, ialah Bantuan Agro Selangor sebanyak RM6 juta. Iaitu bantuan pertanian kerajaan negeri fasa pertama kita dah selesai 2,469 penerima. Kita lihat juga kelompok ini fasa yang kedua, mereka juga akan menerima baucar yang sama, sama ada bantuan makanan ternakan, baja, baucar bahan api dan wang tunai sebanyak RM300.00 sehingga RM600.00 mengikut musim penuaian secara bulanan. Jadi, itu yang saya sebut tadi. Tadi fasa pertama kita telah serahkan satu jumlah, fasa yang kedua juga kita melihat ada

keperluan untuk menambah seperti saya sebut Kerajaan Negeri ini kerajaan yang melihat kepada semua, melihat daripada semua sudut untuk membantu.

Yang seterusnya Yang Berhormat Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan moratorium sewa Smart Sewa Selangor yang bernilai RM2.22 juta. Program Smart Sewa yang seramai 1,012 orang warga Selangor yang menyewa unit-unit rumah di Selangor yang ini kadar sewaan sebanyak RM450.00 hingga ke RM1,300.00 yang mana mereka juga akan mendapat monotorium sewaan rumah daripada bulan Oktober sehinggalah bulan Disember dalam tempoh 3 bulan. Yang ini akan diuruskan oleh LPHS. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri sebab kita memberikan peluang kepada masyarakat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, harga pasaran dan sebagainya. Kemungkinan besar juga ada sebahagian daripada penyewa-penyewa tersebut juga telah kehilangan kerja. Jadi ini mungkin boleh kita bantu kepada mereka, memberikan kelegaan kalau kita lihat dekat sini jumlah kadar sewa yang paling murah pun RM450.00. RM450.00 ini kalau ada setengah keluarga ini ibarat sebulan makan.

Sebab itu saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Cuma kepada Kerajaan Negeri boleh melihat juga, jangan cari, jangan diberikan secara blanket tetapi dilihat juga ada keperluan untuk diberikan supaya kita dalam keadaan membantu juga kita membantu kepada golongan-golongan yang memerlukan. Kalau kita bagi kepada blanket ini orang yang semua akan dapat. Jadi, sebab itu juga kalau andai kata ini yang sebab kita sebut subsidi secara bersasar atau bantuan secara bersasar.

Seterusnya yang terakhir sekali yang mungkin saya nak menyentuh khususnya berkenaan Mama Kerja. Alhamdulillah, Mama Kerja yang pertama sebanyak RM5 juta telah selesai, jadi Kerajaan Negeri melihat ini merupakan satu bantuan yang penting untuk golongan ibu khususnya mereka untuk kembali bekerja. Kita tak boleh nak harapkan golongan lelaki sahaja, kalau ikut jumlah penduduk lelaki dan wanita di Selangor ini hampir sama, hampir sama. Jadi ada keperluan untuk kita empower the womens khususnya golongan-golongan perempuan yang lepas melahirkan anak dan menjadi masalah untuk mereka mulakan balik pekerjaan. Jadi kita tambah, kerajaan telah menambah RM5 juta untuk menambah seramai 5,000 orang lagi, saya kira ini ialah suatu yang sangat baik sebab kita tak nak golongan-golongan wanita yang mempunyai kredibiliti yang boleh bekerja membantu ekonomi, menaikkan ekonomi keluarga, bukan hanya keluarga, negeri dan negara. Kita nak mereka juga cepat kembali ke alam pekerjaan supaya mereka boleh terlibat sama membantu ekonomi negara dan ini kita akan beri bantuan RM1,000.00 kepada mereka yang berdaftar dan Alhamdulillah ini ialah satu perkara yang saya kira kita tolong. Kalau kita lihat pakej rangsangan yang pertama, pakej yang kedua, semua Kerajaan Negeri melihat golongan-golongan yang dibantu. Kita bantu Ketua Keluarga, kita bantu mahasiswa, kita bantu petani, kita bantu nelayan, kita bantu juga wanita, kita bantu anak yang bersekolah, kita bantu peniaga dan usahawan, juga kita bantu perumahan. Saya kira ini ialah satu perkara yang

sangat bagus, sebab itu bila kita lihat dengan tengok golongan yang dibantu oleh Kerajaan Negeri Selangor ini jadi saya kira tak peliklah kalau andai kata di sosial media di luar sana ada gerakan-gerakan yang untuk menukar mengundi di Selangor, pindah ke Selangor. Saya menerima baik, saya sangat suka sebenarnya kalau orang-orang luar daripada Selangor duduk di Selangor.

Mengundi dekat luar Selangor, balik mengundi di Selangor, daftar mengundi Selangor, sebab kalau lihat dengan apa yang Kerajaan Negeri atau khususnya kerajaan Pakatan Harapan yang buat ini atau Kerajaan Perpaduan ini kita lihat memang sepatutnya mereka untuk pindah ke sini dan mereka nak niat dekat situ. Jangan risau dah ada usaha-usaha kata kita kena selamatkan Selangor ini. Kalau tidak Selangor ini akan rosak oleh DAP. Tetapi kalau kita tengok golongan-golongan yang dibantu, orang-orang yang dibantu ini, DAP pun sama dalam kerajaan membantu mereka tanpa mengira sama ada parti mereka. Ini sebenarnya yang kita nak tunjuk Selangor ini negeri contoh kepada semua negeri-negeri yang ada dekat Malaysia. Kita lihat unjuran KDNK 2026, kerajaan buat unjuran KDNK pada tahun lepas, kita unjurkan pada ekonomi tahun ini lebih kurang 4 – 4.5%. Itu sebelum perang.

Tetapi selepas perang kita lihat IMF telah membuat unjuran asalnya 4.5 tetapi bila tengok cara ekonomi Malaysia buat. Macam mana Malaysia menguruskan ekonomi dengan menguruskan dengan baik. Unjuran IMF meningkat kepada 4.7%. Worldbank daripada asal 4.1%, lepas perang orang lain semua turun. Malaysia naik 4.4%. Ya orang cakap tak guna, orang selalu guna sebut dekat luar KDNK tak guna sebut besar-besar ini tetapi rakyat dekat bawah tak selesa. Ini ialah sektor ekonomi makro. Kalau ekonomi KDNK, pergerakan ekonomi, perkembangan ekonomi tidak baik jadi yang dekat bawah akan jadi lagi teruk. Sebab itu kita nak harapkan yang atas ini lebih baik. Sebab itu kita boleh bantu yang bawah.

Kalau yang atas dah tak baik, bawah ini habis. Tak ada apa yang boleh dibantu lagi. Sebab saya ucapkan tahniah banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan seluruh pasukannya kerana memikirkan dan membantu benar-benar membantu, bukan hanya sekadar bercakap, kita kalau tengok di bawah dan di luar sana bagaimana EXCO di Kedah, dia kata telefon sahaja ini bukan kerja dia dan sebagainya. Saya sebut terus terang, dia dulu bekas Naib Canselor kalau andai kata di dalam itu, dia cakap ini bukan kerja dia, jangan tak payah tunjuklah ini semua orang tahu kalau dulu tak payah tunjuk pun orang akan kerja jalan. Yang Berhormat kita kena tunjukkan kerja kita. Kita hanya bukan sekadar cakap berdegar-degar, cakap dalam dewan berdegar-degar tetapi akhirnya apa yang untuk rakyat. Akhirnya apa yang untuk dibuat di negeri Kedah? Ialah kerajaan akan membuat penjimatan dan work from home. Lebih daripada itu tak ada. Apa yang diberikan kepada masyarakat sana. Jadi sebab itu kalau lihat di Terengganu pula. Yang ini Hulu Kelang tak ada, kalau andai kata Menteri Besar Terengganu yang baru pecat Hulu Kelang, kalau kita tengok meeting jumpa dengan pakar-pakar ekonomi pun dibuat sebulan lepas. Dato’

Menteri Besar, jumpa 1 April, 6 April, mesyuarat tubuh, 16 dah buat fasa. Sekarang dah pakej rangsangan, pakej daya tahan yang kedua, fasa yang kedua dah. Itu saya sebut daripada tadi. Mungkin Kerajaan Perpaduan ataupun Kerajaan Negeri Selangor atau kerajaan Pakatan Harapan, Perpaduan bersama-sama bukanlah kerajaan yang paling utama atau kerajaan yang sempurna.

Yang mana semuanya dalam keadaan yang top notch, tak, tetapi kita sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk masyarakat, apa yang penting untuk rakyat Selangor. Sebab itu kita tak cakap berdegar-degar, tetapi kita tunjukkan cara kerja kita bagaimana. Jadi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri Selangor. In Sha Allah saya doa-doakan segala apa yang telah kita rancang kan dapat benar-benar membantu masyarakat di rakyat di Negeri Selangor dan kepada rakyat Negeri Selangor lihatlah nilailah kami bukan hanya sekadar semata-mata dengan percakapan kami tetapi nilaikan lah kami dengan kerja kami. Saya Kota Damansara menyokong.

Speaker

Kajang

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker, Tuan Speaker sebelum Kajang mengupas usul perbahasan pada hari ini, izinkan Kajang merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari. Pengumuman 15 inisiatif baharu bernilai RM209 juta menerusi fasa 2 Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa responsif dan prihatin dalam menangani cabaran kos sara hidup rakyat.

Kajang melihat pakej ini sebagai pendekatan yang menyeluruh dalam memberi bantuan segera kepada rakyat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup malah turut memperkukuh ekosistem keusahawanan, peluang pekerjaan, pendidikan, perumahan dan jaminan sosial yang menjadi asas kepada daya tahan ekonomi negeri. Namun bagi memastikan pakej ini memberi impak yang lebih menyeluruh, pelaksanaannya perlu terus diperkukuh dan ditambah baik mengikut keperluan semasa. Konflik di Timur Tengah yang berpanjangan telah memberi kesan kepada rantaian bekalan global dan meningkatkan tekanan kos sara hidup. Oleh itu, Kajang ingin mengemukakan beberapa cadangan tambahan bagi memperkukuh daya tahan ekonomi rakyat Selangor.

Tuan Speaker, PKS dan usahawan mikro merupakan pemaju utama ekonomi tempatan. Apabila kos bahan mentah meningkat, golongan ini adalah antara yang paling terkesan. Pertama, Kajang mencadangkan agar lebih banyak ruang niaga strategik dan berpatutan diwujudkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ini dapat membantu peniaga kecil menjana pendapatan serta mengembangkan perniagaan mereka.

Kedua, proses permohonan lesen, permit dan bantuan perniagaan perlu dipermudahkan. Pengurangan birokrasi akan mempercepatkan pertumbuhan perusahaan kecil dan mengurangkan kos pematuhan. Ketiga, kerajaan perlu memberi perhatian kepada keadaan infrastruktur kawasan perindustrian PKS, jalan yang rosak, sistem saliran yang tidak baik serta pengurusan kebersihan yang lemah meningkatkan kos operasi dan menjejaskan produktiviti perniagaan. Keempat, akses kepada pembiayaan perlu diperkukuh melalui dana khas atau pinjaman berkadar rendah bagi membantu aliran tunai syarikat yang terjejas akibat ketidak tentuan ekonomi global. Kelima, Kajang mencadangkan moratorium kepada sebarang kenaikan cukai atau caj baharu yang melibatkan sektor PKS sehingga keadaan ekonomi lebih stabil. Keenam, Kajang memohon semakan semula terhadap pelaksanaan Centralised Labour Quarters (CLQ). Walaupun pekerja asing tidak dibenarkan tinggal di premis perniagaan alternatif yang praktikal dan mampu milik masih terhad. Kajang mencadangkan supaya kerajaan menilai potensi penggunaan atau naik taraf perumahan kos rendah tentu sebagai asrama pekerja berpusat yang lebih kos efektif dan selamat. Sebuah Jawatankuasa Khas juga wajar ditubuhkan bagi menyemak garis panduan CLQ supaya lebih realistik, praktikal dan tidak membebankan majikan khususnya PKS. Selain itu, kenaikan mendadak yuran lesen daripada RM50.00 kepada RM1,000.00 perlu diteliti semula kerana memberi tekanan tambahan kepada perusahaan kecil yang sedang berusaha untuk terus bertahan.

Pendidikan mobiliti dan pemerkasaan digital AI. Tuan Speaker, dalam mendepani perubahan ekonomi global pelaburan dalam pendidikan dan kemahiran masa depan perlu menjadi keutamaan. Ketika berucap di Universiti Tokyo, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menekankan konsep Humanity In A Human-Machine Civilisation iaitu pembangunan teknologi yang berpaksikan nilai kemanusiaan, etika dan keterangkuman. Kajang percaya kecerdasan buatan atau AI perlu dilihat sebagai alat memperkasa rakyat bukannya ancaman. Oleh itu, Kajang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memperluaskan program latihan AI dan kemahiran digital kepada masyarakat umum. Program ini bukan sahaja untuk pelajar universiti tetapi juga terbuka kepada suri rumah, pekerja kilang, peniaga kecil, golongan belia dan mereka yang ingin meningkatkan kemahiran. Kursus jangka pendek secara intensif boleh ditawarkan dalam bentuk kelas malam, hujung minggu atau kursus dua minggu yang mudah diakses oleh rakyat. Pelaksanaannya boleh dibuat melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri, universiti, industri teknologi, perpustakaan, pusat komuniti dan pusat internet. Antara modul yang boleh diperkenalkan ialah penggunaan AI untuk produktiviti kerja, asas analisis data, kemahiran digital untuk usahawan, pemasaran digital, asas keselamatan siber, teknologi bagi meningkatkan pendapatan, etika penggunaan AI dan keselamatan maklumat. Kajang percaya bahawa rakyat yang memahami AI akan lebih bersedia menghadapi perubahan pasaran kerja dan ekonomi masa hadapan. Di peringkat DUN Kajang, Kajang menyasarkan pelaksanaan khusus AI pertama seawal Julai 2026 sebagai langkah awal memperkasa komuniti dengan kemahiran masa depan.

Mobiliti dan pengetahuan awam. Tuan Speaker, kos perjalanan harian turut menjadi antara faktor utama peningkatan kos sara hidup rakyat. Kajang mencadangkan pemberian elaun atau insentif pengangkutan awam secara tersasar kepada pekerja dan pelajar yang menggunakan MRT serta perkhidmatan bas sebagai mod perjalanan utama. Langkah ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan penggunaan bahan api dan menggalakkan peralihan kepada pengangkutan awam. Kajang juga memohon supaya perkhidmatan bas sekolah, bas Selangor dikaji semula mengikut keperluan kawasan bagi laluan yang mempunyai jumlah penumpang rendah, penggunaan bas mini lebih sesuai kerana kos operasinya lebih rendah dan lebih fleksibel.

Penutup Tuan Speaker, Kajang percaya bahawa Selangor mampu menjadi peneraju dalam memperkukuh ekonomi rakyat melalui gabungan sokongan kepada PKS. Pelaburan dalam modal insan serta peluasan akses kepada teknologi dan kemahiran digital. Pelaburan paling bernilai bagi sesebuah kerajaan ialah pelaburan terhadap rakyatnya. Apabila rakyat mempunyai ilmu kemahiran dan peluang ekonomi yang lebih baik, mereka akan lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan. Program Cerdik Digital dan Pemerkasaan AI bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan untuk memastikan rakyat Selangor terus berdaya saing dalam ekonomi yang semakin di pacu teknologi. Kita bersyukur kerana Malaysia dipimpin oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa turun padang bertemu pelbagai pihak dan membawa suara serta kepentingan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Di Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari terus memacu pembangunan negeri, menarik pelaburan dan memperkukuh kebajikan rakyat demi pertumbuhan ekonomi yang mampan. Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri mewujudkan pentadbiran yang dinamik sekali gus mempercepatkan pelaksanaan dasar dan pembangunan untuk manfaat rakyat. Apabila kepimpinan mempunyai hala tuju yang jelas dan sentiasa mendengar suara rakyat, Malaysia dan Selangor akan terus maju, stabil dan makmur untuk semua. Terima kasih Tuan Speaker, Kajang menyokong Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Subang Jaya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini bagi mengulas dan menyatakan sokongan terhadap Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Sebagai sebuah negeri yang menyumbang 26.2% kepada KDNK negara, Selangor sememangnya memikul tanggungjawab besar. Sebarang gangguan luaran pasti memberi kesan langsung kepada seluruh ekonomi Malaysia. Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas pembentangan pakej yang inklusif ini.

Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada menyebut mengenai pengumuman gencatan senjata antara pihak Amerika Syarikat dan Iran. Namun, seperti yang ditegaskan oleh beliau, kita tidak boleh naif. Krisis tenaga di Selat Hormuz yang melonjakkan harga minyak brand melepasi USD140 setong sebelum ini telah mencetuskan supply shock, dengan izin yang parah. Walaupun gencatan senjata dicadangkan, sejarah ekonomi membuktikan bahawa impak peperangan tidak luput serta-merta. Mengikut unjuran institusi kewangan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, sesebuah ekonomi memerlukan tempoh sekurang-kurangnya enam sehingga 12 bulan untuk memulihkan rantaian bekalan dan menstabilkan semula harga komoditi biarpun selepas konflik bersenjata tamat.

Oleh itu, pakej rangsangan ini adalah satu langkah yang bersejarah dan tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, usaha ini tidak boleh bersifat one-off, dengan izin. Kita mesti memandang ke hadapan dengan mempercepat transisi negara tenaga kepada kebergantungan bahan api fosil ataupun fossil fuel reliance selagi kita terikat dengan pasaran minyak global selagi itulah ekonomi domestik kita akan terus terdedah kepada badai geopolitik luaran. Transisi tenaga hijau adalah kunci mutlak untuk membina sebuah negeri yang benar-benar berdaya tahan. Dan oleh itu Tuan Speaker, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas komitmen berani menubuhkan loji sisa tenaga (WTE). Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kita kepada tapak pelupusan sampah, malah ia menerapkan prinsip ekonomi kitaran yang menuntut rantaian kitaran dengan menukar sisa domestik menjadi sumber tenaga bersih. Ini memberikan impak alam sekitar yang amat positif dengan mengurangkan kesan perubahan iklim dengan mengurangkan pelepasan gas methane daripada tapak-tapak pelupusan sampah.

Sejajar dengan langkah-langkah rebat cukai taksiran 100% yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk pemasangan panel solar dan teknologi hijau di peringkat rumah, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperluaskan lagi inisiatif tenaga hijau ini dalam bidang kuasa negeri dengan pemberian insentif struktur komersial hijau melalui PBT. Kita boleh memberi rebat cukai pintu ataupun mempercepatkan proses kelulusan Pelan Bangunan bagi pembangunan komersial dan industri baru ataupun perumahan juga yang menyepadukan sistem solar bumbung berskala besar serta pengurusan sistem pintar.

Tuan Speaker, dalam kita merancang strategi mikro terdapat satu sektor domestik yang memerlukan intervensi segera yang kritikal iaitu perkhidmatan kutipan sampah oleh KDEB Waste Management. Aspek pengurusan sisa di Selangor sebenarnya jauh lebih cekap daripada negara lain seperti Melbourne, Australia. Baru-baru ini krisis rantaian bekalan diesel global telah menyaksikan Melbourne mengalami gangguan besar dalam jadual kutipan sisa mereka akibat kenaikan kos operasi yang mendadak sehingga menjejaskan

perkhidmatan bandar raya tersebut. Di Selangor walaupun kita selamat daripada lumpuh total, namun sistem kita mula menunjukkan retakan yang memerlukan perhatian serius akibat isu subsidi bahan api.

Fakta di lapangan Tuan Speaker, adalah begini. Lori komp aktor KDEB mempunyai subsidi diesel, subsidi diesel daripada persekutuan. Walau bagaimanapun, lori roro (roll-on roll-off) yang digunakan secara meluas untuk kutipan sisa pukal, sisa pembersihan awam, sampah pokok di kawasan-kawasan tertentu tidak menikmati subsidi tersebut. Akibat sisa rantaian kesan perang yang melonjakkan kos bahan api di pasaran, kontraktor lori roro ini kini menanggungkan kos operasi yang sangat parah. Dan saya difahamkan bahawa kontraktor perlu pilih antara membayar gaji ataupun menanggung kos diesel. Perkara ini telah menjejaskan kekerapan dan kualiti perkhidmatan di lapangan sehinggakan kita melihat peningkatan aduan rakyat mengenai kelewatan kutipan sampah. Untuk memastikan impak perang ini tidak menjejaskan kebersihan dan kesihatan awam di Negeri Selangor, Subang Jaya berpandangan bahawa Kerajaan Negeri perlu masuk campur untuk mengurangkan beban kos ini. Sektor ini memerlukan dana tambahan sebanyak RM4 juta sebulan dan saya amat berharap agar dana kecemasan ini dapat disalurkan oleh Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya untuk baki bulan-bulan yang ada pada tahun ini demi memastikan kelangsungan dan kelancaran perkhidmatan KDEB di lapangan.

Tuan Speaker, sebagai seorang wakil rakyat wanita saya amat menyambut baik dan tersentuh dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk menambah peruntukan Inisiatif Mama Kerja menjadi RM10 juta. Langkah menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000.00 bagi kos penjagaan anak-anak berumur 6 tahun dan ke bawah membawa makna yang sangat mendalam buat golongan ibu bekerja. Di kala krisis ekonomi dan inflasi akibat perang menekan perbelanjaan dapur, kos pengasuhan sering kali menjadi faktor penentu utama yang memaksa wanita berhenti kerja. Apabila Kerajaan Negeri mengurangkan beban kos taska ataupun pusat penjagaan ini, kita sebenarnya sedang membantu isi rumah mengekalkan pendapatan berganda (double income). Apabila seorang ibu kekal dalam pasaran kerja, daya tahan ekonomi sesebuah keluarga melonjak dua kali ganda. Isteri daripada membantu suami berkongsi komitmen kewangan untuk mengemudi keluarga keluar daripada badai inflasi. Anak-anak mendapat jaminan perlindungan dan akses pendidikan yang lebih baik. Inisiatif Mama Kerja adalah pelindung maruah ekonomi keluarga yang membolehkan ribuan ibu berkerjaya di Selangor terus menyumbang kepada produktiviti negeri tanpa perlu mengorbankan masa hadapan anak-anak mereka.

Tuan Speaker, untuk menggalakkan peralihan rakyat daripada kenderaan peribadi kepada pengangkutan awam melalui subsidi RM30.00 sebulan adalah sangat proaktif dan sangat baik. Pada masa yang sama untuk meningkatkan kadar penggunaan ini secara drastik kita wajib menyelesaikan isu pokok iaitu first mile and last mile atau pun ke saling hubungan

awal dan akhir perjalanan. Rakyat bukan tidak mahu menaiki LRT atau pun Bas Pintar tetapi kekangan fizikal untuk sampai ke stesen tersebut perlu penambahbaikan. Oleh itu, saya ingin menyarankan agar Kerajaan Negeri mengarahkan semua PBT untuk memfokuskan naik taraf dan memperluaskan infrastruktur pejalan kaki serta laluan basikal supaya kita boleh mencapai KPI-KPI tertentu ataupun petunjuk prestasi utama.

Subang Jaya mencadangkan begini supaya KPI kepada setiap PBT adalah untuk menyediakan jaringan laluan pejalan kaki yang selamat, inklusif, mesra OKU dan juga laluan basikal yang lengkap dalam radius 400m dari setiap stesen LRT, MRT dan hab-hab pengangkutan utama di bawah kawasan pentadbiran masing-masing. Dengan adanya infrastruktur fizikal sebegini di peringkat tempatan digabungkan pula dengan ekosistem Demand Responsive Transit (DRT) yang sedang digerakkan oleh Kerajaan Negeri barulah kita dapat membina satu rantaian mobiliti hijau yang praktikal. Ini sekali gus membawa pelaburan berjuta ringgit dalam subsidi pengangkutan awam benar-benar mencapai impak yang maksimum. Dengan itu Tuan Speaker, Subang Jaya menyokong penuh Pakej Pengukuhan Daya Tahan Negeri Selangor ini. Sekian terima kasih.

Speaker

Silakan Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Bismillah. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Buah rambutan di hujung dahan, Dipetik bersama buah mangga, Nelayan dan petani dibantu kerajaan, Modal perniagaan diberi tanpa riba.

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih. Sungai Panjang mulakan dengan kalamullah.

Bacaan ayat suci Al-Quran.

"Hei orang-orang yang telah beriman apabila diseru, dipanggil untuk melaksanakan solat Jumaat, maka bersegeralah mengingati Tuhanmu dan tinggalkan urusan jual beli, urusan muamalah, urusan ekonomi, urusan dunia, itulah yang terbaik sekiranya engkau mengetahui. Dan bila kamu selesai melaksanakan ibadah solat, maka bertebaranlah di muka bumi ini mencari rezeki yang kamu hajati dari limpah kurnia yang diberikan oleh Allah Jalla Jalaluhu, dan ingatlah bahawa Allah adalah tempat segala-galanya kamu bersandar, dan supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat." Surah Al-Jumu’ah, surah 62, ayat 9 hingga 10, juzuk 28, halaman 554.

Ahli Dewan sekalian, menurut Imam Al-Qurtubi ayat tadi menjadi hujah dan juga dalil bahawa Islam tidak menganjurkan kehidupan kependetaan atau pun meninggalkan urusan dunia hanya semata-mata mengabdikan diri di atas tikar sejadah. Sebagai mana kita lihat dalam ayat itu selepas selesai daripada ibadah, umat Islam diperintahkan supaya kembali berusaha mencari rezeki di muka bumi ini, bertebaran di mana sahaja. Jadi menurut beliau, ini merujuk kepada berbagai-bagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan, pertanian, perindustrian, perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti yang lain. Ini menunjukkan bahawa rezeki dan juga bekerja merupakan sebahagian daripada ibadah sekiranya dilaksanakan secara betul, secara beretika dan mengambil yang halal. Ayat ini menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi bukan lah matlamat tertinggi dalam kehidupan manusia sebaliknya ekonomi merupakan alat bagi mencapai keredaan Allah dan kesejahteraan hidup.

Tuan Speaker, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor atau saya ringkaskan selepas ini PPDTS yang diumumkan dengan peruntukan, digabungkan fasa 1 dan fasa 2 berjumlah RM355.06 juta adalah satu respons proaktif terhadap situasi ribut ekonomi yang melanda akibat konflik Asia Barat pada hari ini. Oleh itu Kerajaan wajar dipuji kerana tindakan yang diambil dan bukan sekadar ataupun setakat tunggu dan lihat. Sungai Panjang juga mengucapkan tahniah dan syabas dengan tindakan-tindakan yang diambil.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Panjang ingin menyentuh beberapa aspek yang perlu diperhalusi bagi memastikan keberkesanan dan kemampanan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini.

Pertama, Subsidi dan Baucar. Subsidi dan baucar ini kita boleh melihat daripada jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Seperti Bantuan Kita Selangor RM30 juta, subsidi Pengangkutan Awam RM10.4 juta adalah langkah inflasi yang baik untuk jangka masa pendek. Ia membantu golongan sasar yang dikenal pasti melalui data-data yang ada di agensi-agensi. Namun, bantuan berbentuk tunai ini berisiko menjadi dengan izin band aid yang tidak merawat punca jika krisis di Asia Barat ini berterusan atau berlanjutan seperti yang diramal kos fiskal boleh membebankan kerajaan negeri sendiri. Maka Sungai Panjang mencadangkan supaya Pengukuhan Sistem Data iaitu proses pengemaskinian data untuk baucar dan perlu dipercepat dan diperhalusi untuk mengelakkan ketirisan-ketirisan. Pastikan keluarga sasar benar-benar layak dan mereka ini dapat dijejaki atau dihubungi.

Dan Sungai Panjang juga mencadangkan pemantauan yang berkesan, ada list pemantauan menurut kajian pakar seperti Profesor Dr. Mohd Rizal Palil dari UKM menekankan pentingnya subsidi bersasar. Kerajaan perlu membangunkan penanda aras untuk mengukur kesan bantuan ini terhadap indeks kemiskinan dan inflasi sebenar.

Hal yang kedua, keterjaminan makanan, iaitu kebergantungan kepada stok penimbal. Pelaburan sebanyak RM50 juta untuk Gudang Makanan Selangor (GMS) dan RM25 juta

untuk bantuan sektor pertanian adalah satu strategi yang Sungai Panjang anggap strategi yang bijak untuk mengurangkan kebergantungan kepada import. Walau bagaimanapun, sasaran stok penimbal 15.34% untuk beras masih lagi dilihat terlalu rendah mengikut kepadatan penduduk yang ada di Negeri Selangor. Kajian menunjukkan konflik bekalan tenaga juga menjejaskan pengeluaran baja yang boleh menjejaskan hasil tanaman-tanaman tempatan, bukan sahaja beras, padi itu, bahkan tanaman-tanaman kontan yang lain. Maka Sungai Panjang suka mencadangkan sebagai satu solusi Kerajaan perlu melihat kepada kerjasama dengan negeri lain atau import dari sumber yang tidak terkesan untuk mempelbagaikan rantaian bekalan. Contoh, padi, beras boleh kerjasama dengan sebelah Perak kerana kawasan sebelah Utara Selangor, Sabak ini berhampiran juga dengan kawasan penanaman padi di sebelah Perak. Sebelah Perak ada dua kawasan. Satu, berdekatan dengan Kedah dan satu lagi berdekatan dengan Selangor.

Begitu juga pertanian yang mampan yang mana peruntukan RM7 juta untuk Pembiayaan Usahawan Tani di fasa 2 dan RM6 juta tambahan bantuan Agropeneur Selangor wajar dilanjutkan dengan program-program latihan pertanian moden dan teknologi hijau bagi mengurangkan kos pengeluaran jangka masa panjang kerana apabila mereka ini mempunyai latihan kemahiran dan juga kepakaran, mereka ada usaha sendiri. Ibaratnya, kita memberikan pancing bukan kita memberikan ikan. Bagi ikan habis terus makan, tapi bila kita memberikan pancing, mereka akan berusaha-berusaha untuk mendapatkan ikan yang seterusnya.

Ketiga, sokongan perniagaan dan pekerjaan. Fokus kepada industri berimpak tinggi. Data PERKESO menunjukkan sektor peruncitan 23.45% dan pembuatan 21.3% adalah sektor yang sangat-sangat terkesan. Maka program seperti Selangor Advance RM100 juta yang diperuntukkan dan pembiayaan Dana Pantas Usahawan RM20 juta yang diperuntukkan, Sungai Panjang berpandangan juga adalah tepat pada sasaran. Tetapi pelaksanaan Geran Selangor Advance yang lepas mungkin perlu diperhalusi dari segi tempoh kelulusan agar lebih cepat supaya modal yang dikeluarkan awal oleh peniaga-peniaga ini tidak tertindan ataupun tidak terperap begitu sahaja.

Maka Sungai Panjang juga mencadangkan supaya peruntukan ini yang dijangka memberikan manfaat kepada 500 syarikat. Jadi, perlu diberi keutamaan kepada subsektor pembuatan dan logistik yang dilihat begitu kritikal. Kita perlu melihat tempoh kelulusan perlu dipendekkan untuk membantu aliran tunai kontraktor yang terkesan. Kalau jika sebelum ini kelulusan itu bermula daripada BQ sampailah kelulusan, sampailah untuk claim semula memakan masa berbulan-bulan, maka dipendekkan tempoh tersebut agar para kontraktor ini tidak terkesan dengan aliran tunai.

Yang keempat, Insentif Hijau dan Moratorium. Realiti pelaksanaannya, pengumuman rebat cukai taksiran 100% untuk Teknologi Hijau dan Moratorium Sewa atau pinjaman

menunjukkan Iltizam untuk masa hadapan yang mampan. Akan tetapi kita lihat rebat ini hanya bersifat reaktif. Kajian pakar jaya politik seperti Andy West mengingatkan bahawa ribut ekonomi ini tidak akan reda secara segera. Maka kos pemasangan panel solar sebagai contoh mungkin masih terlalu tinggi walaupun ada rebat yang disediakan. Sungai Panjang mencadangkan bagi golongan yang mampu tumpuan rebat ini perlu kepada isi rumah berpendapatan sederhana dan juga berpendapatan rendah. PBT khususnya perlu memudahkan proses permohonan dan menyediakan pakej hijau yang berpatutan melalui kerjasama dengan agensi-agensi kewangan yang boleh memberikan pinjaman untuk pemasangan atau pun syarikat-syarikat tenaga.

Dan yang terakhirnya Sungai Panjang melihat kepada bantuan pada sektor pertanian. Sungai Panjang ingin bertanya di peringkat awal yang dikeluarkan dari laman web iaitu seramai 16, 395 penerima daripada pengumuman awal dan dibentangkan sebentar tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, penerima sebanyak 14,131 dari kalangan pesawah, petani, penternak, pengusaha aquakultur, nelayan. Di sini Sungai Panjang ingin bertanya, apakah jumlah petani-petani yang berdaftar seramai 16,000 lebih tadi atau pun 14,131? Ini kerana, kalau jumlah awal yang digunakan 16, 395, maka, di situ kita lihat ada lebihan sebanyak 2,264 petani atau pun pesawah dan seluruhnya tadi penternak yang tidak akan dapat menerima hasil daripada bantuan pertanian ini. Jadi soalan daripada Sungai Panjang kerana bila kita lihat petani ini ia nya mempunyai beberapa kelompok atau pun golongan.

Pertama, petani sahaja yang betul-betul mengusahakan pertanian mungkin tanah itu daripada warisan iaitu tanah keturunan, satu ekar dua ekar dan sebagainya atau tanah yang dipajak atau disewa. Yang kedua, yang terlibat dalam pertanian ini juga mungkin dia adalah petani dan pengusaha sekali. Maksud pengusaha ini mereka mempunyai jentera-jentera. Ada kabota, ada traktor, ada dron dan sebagainya. Yang ketiga, yang terlibat dalam golongan petani ini juga iaitu mungkin mereka ini hanya pengusaha sahaja, tidak ada bendang, tidak ada kebun, dan tidak ada tanaman tetapi mereka memiliki jentera, traktor, dron dan sebagainya. Jadi Sungai Panjang bertanya, apakah sasaran bantuan pertanian ini? Apakah hanya kepada petani sahaja atau kepada petani dan pengusaha atau kepada pengusaha sahaja? Kerana masalah yang mereka hadapi berbeza-beza. Jika pengusaha, mereka tidak dapat rebat atau pun mereka tidak dapat pengurangan diesel. Isu bagi pengusaha nak isi minyak traktor, nak isi minyak dron. Dron sekarang ada yang guna minyak, ada yang guna bateri dan ada yang guna minyak, nak isi jentera-jentera. Diesel tidak dapat pengurangan seperti nelayan, yang kita lihat nelayan sahaja yang dapat apa nama pengurangan diesel tadi. Atau apakah kepada petani sahaja bantuan pertanian ini? sebab kita lihat petani ini mereka terpaksa bersungguh-sungguh dalam kehidupannya seperti kalau dibaca ranjau sepanjang jalan karangan Almarhum Shahnon Ahmad tadi menggambarkan kehidupan petani, itu lah gambaran petani sebenar. Pertanian itu adalah kehidupan dia, jika mati pertanian itu, tak jadi padi yang dibuat tak jadi tanaman yang dibuat dia tanam cili ke, tanam sawit ke, tanam apa dan sebagainya kerana tanah itu adalah tanah

warisan maka itu lah kehidupannya. Maka persoalan Sungai Panjang bantuan ini diperhalusi atau diperincikan kepada siapa? Berapa ramai data yang petani sahaja? berapa ramai data petani dan pengusaha? Dia ada jentera dan sebagainya dan berapa ramai data pengusaha yang mereka juga terperangkap sebagaimana yang disebutkan sebelum ini para petani ini apabila membajak sawah dan sebagainya tidak akan membayar cash, tidak akan bayar tunai, bayar musim depan tunggu tiga empat bulan baru dapat balik. Dengan situasinya minyak yang masih lagi tidak menentu juga membebankan para pengusaha-pengusaha. Jadi di situ la persoalan bantuan pertanian ini sebenarnya kepada siapa? Atau terus kepada ketiga-tiga golongan ini atau pun sebahagian daripada tiga golongan ini? Jika sebahagian daripada tiga golongan ini maknanya masih lagi ramai petani-petani yang akan tercicir dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Sebagai kesimpulan, PPDTS bagi Sungai Panjang adalah sebuah pakej yang komprehensif dan menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri. Namun, kejayaannya bergantung pada kelajuan pelaksanaan. Kejayaannya juga bergantung kepada ketetapan data sebagaimana Sungai Panjang sebutkan tadi berapa ramai petani sahaja, berapa ramai petani dan pengusaha, berapa ramai pengusaha baru lah sampai kepada sasaran-sasarannya. Dan keberjayaannya juga bergantung kepada keberkesanan agensi pelaksana. Pertanian ada agensi pertanian, ada IADA Barat Laut, ada JPS, ada PPK yang semuanya ini perlu duduk semeja bagi menyelesaikan isu-isu pertanian yang menjadi sumber utama makanan bagi rakyat di negeri Selangor. Kerajaan juga perlu memantau dengan teliti keadaan fiskal negara terutamanya berkaitan subsidi BUDI 95 dan bersedia untuk menyesuaikan bantuan-bantuan tersebut. Kita tidak mahu terutamanya golongan-golongan Mustad'afin yang disebut oleh Shanon Ahmad terus terhimpit, terus tertekan dengan keadaan dan situasi yang ada apabila bantuan-bantuan tidak sampai kepada sasaran yang sebenarnya. Mudah-mudahan dengan kesepaduan dan perancangan yang teliti Sungai Panjang mendoakan Selangor terus tabah mengharungi dengan izin The Coming Storm dan Sungai Panjang akhiri dengan pantun:

“Pohon Jati Ditiup Angin, Masih Teguh Walau Ribut Melanda, Pakej Daya Tahan Di Bentang Dengan Yakin, Semoga Selangor Maju Seiring Masa.”

Pantun yang kedua:

(Bahasa Banjar)

Sungai Panjang menyokong Pakej Daya Tahan Selangor dengan diambil kira cadangan-cadangan dan solusi yang Sungai Panjang sebutkan. Terima kasih.

Speaker

Hanya pembangkang cukup menyokong ya. Jadi saya minta silakan Ijok untuk memulakan perbahasan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirraḥmanirraḥim, Assalamualaikum Waraḥmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Petang. Ijok menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk membantu rakyat melalui pakej pengukuhan daya tahan Selangor 2026 yang diumumkan dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan peningkatan kos sara hidup, sebarang usaha membantu rakyat sememangnya wajar dihargai dan disokong. Namun begitu, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan benar-benar memberi impak yang berkesan, menyeluruh dan berkekalan kepada rakyat.

Tuan Speaker, pertama, saya ingin menyentuh mengenai tempoh bantuan yang agak singkat. Sebahagian besar bantuan yang diumumkan hanya berlangsung antara tiga hingga enam bulan. Persoalannya adakah kita yakin krisis ekonomi dan kenaikan kos sara hidup akan selesai dalam tempoh enam bulan? Jika konflik geopolitik yang menjadi alasan utama pakej ini berlarutan, rakyat akan kembali berdepan tekanan yang sama apabila bantuan dihentikan. Kita tidak mahu rakyat sekadar diberi ubat tahan sakit sedangkan penyakit sebenarnya masih belum lagi dirawat. Jika konflik berlarutan harga minyak, kos logistik dan tekanan inflasi boleh berterusan berlebih-lebih enam bulan. Oleh itu, persoalan yang lebih besar, adakah kita sekadar menyediakan bantuan sementara atau sedang membina ketahanan ekonomi jangka panjang?

Tuan Speaker, yang kedua, Ijok ingin menyentuh berkenaan dengan makanan percuma pelajar sekolah. Ini adalah salah satu program yang baik. Cuma, saya ingin membangkitkan mengenai syarat kelayakan bantuan makanan percuma kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan RM2,000 ke bawah. Di negeri Selangor yang mempunyai kos sara hidup antara yang tertinggi di Malaysia. Angka RM2,000 ini dilihat terlalu rendah. Ramai keluarga berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 juga sedang bergelut untuk menampung perbelanjaan harian terutamanya mereka yang mempunyai ramai anak. Antara mereka mempunyai ramai angka yang masih bersekolah. Ada yang antara mereka menjaga anak-anak yang kurang upaya dan ada antara mereka yang sedang menjaga ibu dan ayah yang uzur. Jadi, golongan ini berisiko tercicir walaupun hakikatnya mereka ini juga memerlukan bantuan.

Speaker

Ya Yang Berhormat, sambung pada hari Isnin.

Terima kasih Tuan Speaker

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa pun telah menunjukkan jam 5:30 petang. Dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan Pakej Pengukuhan

Daya Tahan Selangor sehingga hari Isnin, 22 Jun 2026 bermula jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 5.30 petang)