Selangor · 22 June 2026

15th Assembly, special meeting · not final · 126 turns · 33,290 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas pada 22 Jun 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.

(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya.

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.

Speaker

Kita ada soalan kali ini ya. Selamat Pagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyatakan bahawa pada hari persidangan yang lalu kita mempunyai seramai 14 orang ADUN yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan dan untuk mana-mana ADUN yang telah bersiap-sedia dan belum lagi mengambil bahagian dalam perbahasan, bolehlah berdiri di atas tempat masing-masing dan saya akan memanggil ADUN yang pertama sekali dinampak untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Sebelum saya memanggil Ijok untuk menyambung perbahasan, masa perbahasan untuk ADUN selepas Ijok ialah 10 minit seorang. Ya, saya jemput Ijok habiskan perbahasan kamu.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Pagi ini Ijok akan sambung semula perbahasan berkenaan dengan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.

Tuan Speaker, Ijok menyambut baik pelaksanaan Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang telah membantu rakyat khususnya golongan B40 dan M40 dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Namun, hasil pertemuan Ijok dengan peniaga kecil dan pemilik kedai runcit terdapat sedikit kebimbangan bahawa penganjuran JER yang terlalu hampir dengan premis perniagaan mereka sedikit sebanyak memberi kesan kepada jualan peniaga tempatan. Sehubungan itu, Ijok ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang lebih seimbang iaitu memberi keutamaan kepada penglibatan peniaga tempatan dan kedai runcit setempat sebagai rakan strategik dalam pelaksanaan JER. Yang kedua, menyediakan insentif atau program pemerkasaan kepada peniaga kecil supaya mereka turut mendapat manfaat daripada inisiatif bantuan Kerajaan ini. Ijok juga berharap program ini bukan sahaja membantu rakyat mendapatkan barang dengan harga

yang berpatutan malah turut memastikan peniaga tempatan terus berdaya saing dan mampu menjana pendapatan yang mampan. Tuan Speaker, seterusnya Ijok ingin menyentuh berkenaan Teraju Ikhtisas dan Pembangunan TVET. Ijok mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan atas peruntukan RM20 juta melalui program Teraju Ikhtisas yang memberi fokus kepada Pembangunan TVET - Latihan Kemahiran dan Sijil Profesional. Ijok sering menyokong segala usaha yang dapat meningkatkan kemahiran anak-anak muda, golongan pekerja dan mereka yang ingin memperbaiki taraf hidup melalui peluang pekerjaan yang lebih baik. Dalam masa yang sama, Ijok turut menyokong pandangan Yang Berhormat Bukit Gasing agar proses pemilihan peserta program Sijil Kemahiran dan Sijil Profesional dilaksanakan secara lebih tersusun dan telus. Pada pandangan Ijok, Kerajaan Negeri wajar mewujudkan satu mekanisme saringan ataupun jawatankuasa khas bagi menilai kelayakan peserta supaya mereka yang dipilih benar-benar berminat, berpotensi dan mampu menamatkan latihan serta memasuki pasaran pekerjaan. Proses pemilihan tidak seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada pusat latihan ataupun pusat bertauliah semata-mata kerana ia boleh menimbulkan persepsi bahawa keutamaan diberikan memenuhi kuota berbanding keberkesanan program yang akan dilaksanakan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga perlu memberi perhatian kepada golongan pekerja, peniaga kecil dan usahawan yang berminat bagi meningkatkan kemahiran tetapi berdepan dengan kekangan masa serta komitmen pekerjaan. Oleh itu, lebih banyak kursus secara fleksibel ataupun modular perlu diperkenalkan bagi membolehkan mereka turut mendapat manfaat daripada program TVET ini. Tuan Speaker, Ijok juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Banting selaku EXCO Kerajaan Negeri di atas kelulusan peruntukan bagi Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang pernah Ijok bangkitkan dalam Dewan sebelum ini. Ijok dimaklumkan bahawa program PPT kaedah amali ini akan dilaksanakan di STDC. Ini merupakan satu langkah yang baik untuk mengiktiraf kemahiran pekerja berpengalaman dan anak-anak muda yang masih belum memiliki Sijil Kemahiran Malaysia secara rasmi. Ijok mencadangkan agar program ini diperluaskan dan ditambah peruntukannya supaya lebih ramai pekerja mahir dapat boleh memperolehi pengiktirafan ataupun pentauliahan SKM, sekaligus dapat meningkatkan kebolehpasaran dan taraf sosio ekonomi mereka. Di sini Ijok ingin melontarkan soalan, adakah peruntukan RM20 juta di bawah Teraju Ikhtisas ini merupakan peruntukan baharu yang berasingan daripada peruntukan TVET yang telah diumumkan dalam masa Belanjawan 2026 atau ia melibatkan peruntukan yang sama bagi membiayai program PPT.

Seterusnya, Ijok akan menyentuh berkenaan dengan EV dan tenaga solar. Tuan Speaker, merujuk kepada saranan sahabat saya Yang Berhormat Seri Serdang, berhubung penggunaan kenderaan elektrik EV dan tenaga solar. Ijok menyokong usaha peralihan kepada teknologi yang lebih mesra alam. Namun kita harus ingat, setiap manfaat daripada teknologi yang kita hadapi ini, dia mesti ada kekurangannya. Setiap teknologi turut mempunyai cabaran yang perlu ditangani. Dalam keghairahan kita menggalakkan penggunaan EV dan panel solar, aspek pengurusan sisa teknologi ini tidak boleh dipandang ringan. Justeru itu, Ijok ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah tahap kesiapsiagaan Kerajaan Negeri dalam menghadapi lambakan bateri EV dan panel solar yang tamat tempoh penggunaannya, khususnya dari aspek pengumpulan, pelupusan, kitar semula dan pengurusan bahan berbahaya bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar pada masa hadapan. Tuan Speaker, Ijok ingin membangkitkan beberapa perkara untuk perhatian Kerajaan Negeri. Pertama, pelaksanaan bantuan yang terlalu bergantung kepada aplikasi digital ini berisiko menyebabkan warga emas, penduduk luar bandar, OKU dan golongan kurang cerdik teknologi bakal tercicir daripada manfaat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri ini. Kedua, proses permohonan bagi sesetengah inisiatif masih melibatkan birokrasi yang boleh melambatkan penyaluran bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Ketiga, Ijok mempersoalkan sama ada skala bantuan yang diumumkan ini benar-benar mencukupi berbanding jumlah rakyat yang berdepan dengan tekanan kos sara hidup. Keempat, terdapat sektor yang kurang diberi perhatian dalam pakej ini, khususnya kepada pekerja sektor pembuatan, logistik, pembinaan, pekerja kontrak dan golongan kolar putih yang turut terkesan oleh ketidaktentuan ekonomi. Justeru itu, Kerajaan Negeri perlu memastikan bantuan yang diberikan ini lebih inklusif, mudah diakses, tepat sasaran dan memberi impak yang berkekalan kepada rakyat. Tuan Speaker, sebagai penutup, Ijok menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bagi membantu rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Namun, perlu melangkah lebih jauh daripada bantuan jangka pendek kepada peningkatan pendapatan rakyat, penciptaan pekerjaan yang berkualiti, pembangunan modal insan, keterjaminan makanan dan pengukuhan ekonomi tempatan. Bagi memastikan setiap peruntukan yang diumumkan benar-benar mencapai matlamat, Ijok ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan dashboard pemantauan pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang boleh diakses oleh rakyat bagi memantau prestasi pelaksanaan, pencapaian, integriti dan ketelusan setiap inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai negeri penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, Selangor bukan sahaja perlu membantu rakyat menghadapi cabaran semasa tetapi juga membina kekuatan ekonomi yang mampu bertahan dalam jangka masa yang

panjang. Dengan semangat semak dan imbang yang konstruktif, Ijok berharap pakej ini dapat dilaksanakan secara telus, berkesan dan memberi manfaat sebenar kepada rakyat Selangor dan memandangkan antara faktor pelaksanaan pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor adalah bagi mengurangkan kesan peningkatan kos akibat kenaikan harga diesel, Ijok juga ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan, menstruktur semula atau menamatkan pakej tersebut susulan penurunan harga diesel bermula Julai 2026 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Pada asas pertimbangan keputusan tersebut dan berapakah implikasi kewangan atau penjimatan yang akan diperoleh oleh Kerajaan Negeri. Akhir sekali, sekali lagi Ijok menyokong apa sahaja kebaikan pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini dengan mengambil kira cadangan dan penambahbaikan yang telah dikemukakan untuk manfaat rakyat negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker, Peraturan Mesyuarat.

Speaker

Ya.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya ingin mendapatkan Petua Speaker (87) tentang Aturan Mesyuarat yang berkait dengan Perkara 13 di mana dalam Aturan Mesyuarat ini menyebut tentang Doa, Proklamasi dan Pakej Pengukuhan Daya Tahan. Saya nak bertanya sama ada bila kita berbahas tentang pakej ini akan diluluskan atau tidak. Sudah pasti akan diluluskan, akan diminta untuk kelulusan dan ia berkait dengan kewangan lebih-lebih lagi dengan jumlah RM345 juta yang dicadangkan oleh Kerajaan, yang disokong oleh Kerajaan dan juga Pembangkang. Sokong. Isunya ialah kalau kita berhasrat untuk menyokong, meluluskan penggunaan kewangan negeri, pada hemat saya mesti melalui peraturan. Dan peraturan yang dianjurkan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Selangor ialah melalui Fasal 87, 88, 89 iaitu ketiga-tiganya itu. Yang pertama 87 - Undang-undang Tubuh Belanjawan Tahunan, yang kedua Undang-undang Tubuh 88 – dengan tambahan. Yang ketiga 89 - Membelanjakan Wang Yang Disatukan. Ketiga-tiga ini Tuan Speaker mesti melalui Rang Undang-undang. Itu pembacaan saya, sedangkan dalam Aturan Mesyuarat kita ini tidak melalui Rang Undang-undang. Rang Undang-undang adalah punca kuasa bagi kerajaan untuk membelanjakan wang negeri. Kita bukan bercakap tentang membelanjakan duit Menteri Besar, tidak, tapi membelanjakan wang negeri dan ikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 87, 88, 89 muka surat 56 ketiga-tiganya mesti melalui Rang Undang-undang yang tak dibuat dalam sesi kali ini. Saya memohon penjelasan sama ada kita boleh meluluskan atau tidak? Dan kalau kita meluluskan pun, apakah kerajaan ada punca kuasa untuk membelanjakan wang itu? Pada hemat saya, tidak boleh. Dan kita tak boleh rugi kita berbahas panjang-panjang dalam dewan ini kerana Kerajaan tak ada punca kuasa untuk membelanjakan kerana tidak melalui rang undang-undang. Mohon penjelasan Speaker. Terima kasih.

Speaker

Sebenarnya Yang Berhormat boleh memasukkan bahagian ini dalam ucapan Yang Berhormat pada hari Jumaat yang lepas. Untuk maklumat semua Ahli Yang Berhormat, apa yang kita bincangkan di bawah pakej ini adalah berasal daripada peruntukan perkara 10(3), di mana apabila Dewan telah pun ditangguhkan, Menteri Besar boleh mengemukakan kepada Tuan Speaker tentang satu perkara berkepentingan awam yang hendakkan mesyuarat lebih awal diadakan sebelum kita dapat bersidang pada sidang dewan yang akan datang. Oleh itu, apa yang dibentangkan di bawah peraturan ini bukanlah sesuatu yang bersifat Usul ataupun Rang Undang-undang. Jadi ianya tidak akan dibentangkan untuk keputusan, untuk kelulusan. Oleh sebab itu, ianya akan dibahaskan dan akan digulung oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Majlis Masyarakat Kerajaan Negeri Selangor mungkin pada petang ini ataupun esok.

Berkenan dengan kenyataan ataupun cadangan ataupun pencerahan daripada Yang Berhormat Sungai Ramal, sekiranya perlu, saya rasa memandangkan ia melibatkan kewangan, saya pasti Kerajaan mungkin akan mengemukakan dan perlu mengemukakan Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan pada masa-masa yang bersesuaian. Tapi intipati perbahasan hari ini adalah tentang pakej ini, yang mana kita semua tahu bahawa keadaan di Teluk, di Timur Tengah sekarang ini kembali berada dalam keadaan yang kritikal dan justeru itu kita perlu bersiap sedia untuk mendapat input daripada Wakil Rakyat tentang apakah yang perlu dilaksanakan, boleh dilaksanakan dan mesti dilaksanakan oleh Kerajaan melalui perbahasan Pakej Pengukuhan Daya Tahan ini. Dan bagi saya ini adalah satu amalan yang baik walaupun ia melipatkan peningkatan dari segi, pertambahan dari segi perbelanjaan tetapi baik kalau Kerajaan dan pihak eksekutif sudi hadir ke Dewan ini untuk membentangkannya kepada orang ramai melalui Wakil Rakyat, dan Wakil Rakyat ada peluang untuk memberi pandangan, perbahasan, cadangan dan lain-lain kepada Kerajaan untuk dipertimbangkan dalam pelaksanaannya. Mana tahu kita mungkin perlu melaksanakan pakej ketiga nanti, kita pun tidak tahu. Jadi kerana pakej ini hanya bertahan selama 6 bulan sahaja. Oleh sebab itu, saya berharap penjelasan saya ini di bawah Peraturan Tetap 87, iaitu Petua Tuan Speaker dapat memberi penjelasan yang secukup-cukupnya bukan sahaja untuk Yang Berhormat Sungai Ramal tetapi untuk orang ramai. Itu sahaja daripada saya. Jadi kita sambung perbahasan.

Hulu Bernam.

Speaker

Ya, Hulu Bernam.

Boleh?. Terima kasih Tuan Speaker di atas peluang yang diberikan untuk Hulu Bernam berbahas bagi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada pagi ini. Hulu Bernam ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas usaha mengemukakan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 Dan Fasa 2 sebagai langkah responsif dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi

global yang berpunca daripada konflik geopolitik di Asia Barat. Meskipun dunia menyambut baik pengumuman gencatan sejata yang dicapai baru-baru ini, kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Krisis ekonomi tidak berakhir sebaik sahaja senjata berhenti melepaskan tembakan. Infrastruktur minyak, gas dan tenaga yang rosak atau musnah memerlukan masa bertahun-tahun untuk dipulihkan. Manakala gangguan terhadap rantaian bekalan global lazimnya berterusan jauh lebih lama daripada konflik itu sendiri. Sebab itu, kesan terhadap harga tenaga, kos logistik, harga makanan dan aktiviti perdagangan dunia masih akan dirasai walaupun peperangan semakin reda. Ancaman sebenar yang sedang kita hadapi hari ini bukan lagi peperangan semata-mata, tetapi kesan ekonomi pasca konflik yang berpotensi meningkatkan kos sara hidup rakyat, menjejaskan daya saing industri, mengurangkan kuasa beli pengguna dan memberi tekanan kepada pasaran pekerjaan. Dalam konteks Selangor, cabaran ini menjadi lebih penting kerana Selangor bukan sekadar sebuah negeri, Selangor merupakan enjin utama ekonomi negara yang menyumbang lebih 1/4 daripada KDNK Malaysia, menjadi hab utama sektor pembuatan, logistik, perdagangan, ekonomi digital dan pelaburan negara. Sebarang gangguan kepada ekonomi Selangor akan memberi kesan langsung kepada prestasi ekonomi Malaysia secara keseluruhannya. Justeru sebelum kita membahaskan satu demi satu inisiatif yang diumumkan, Hulu Bernam ingin mengajak Dewan Yang Mulia ini meneliti terlebih dahulu persoalan yang paling asas, apakah sebenarnya masalah utama yang ingin diselesaikan oleh Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini? Adakah objektif utamanya untuk mengawal kos sara hidup, melindungi pekerjaan, menjamin bekalan makanan, membantu aliran tunai perniagaan atau membina ketahanan ekonomi negeri dalam jangka panjang? Kerana hanya apabila kita jelas tentang masalah yang ingin diselesaikan barulah kita dapat menilai sama ada pakej bernilai RM355.06 juta ini benar-benar merupakan penyelesaian kepada masalah tersebut atau sekadar langkah mitigasi sementara terhadap kesan krisis yang sedang berlaku. Pada hemat saya, ukuran sebenar Kerajaan bukanlah pada jumlah program yang diumumkan, tetapi pada hasil yang berjaya dicapai. Tuan Speaker, sebelum menyentuh perbahasan mengenai isi kandungan bagi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bagi Fasa 1 dan 2, Hulu Bernam ingin membangkitkan satu perkara yang sangat penting dari sudut tadbir urus ketulusan dan akauntabiliti. Kita semua maklum bahawa Kerajaan Negeri telah mengumumkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa 1 pada 16 April 2026 dengan nilai RM145.8 juta. Kini kira-kira dua bulan kemudian, Kerajaan Negeri tampil dengan Fasa 2 yang melibatkan tambahan RM209.26 juta menjadikan keseluruhan pakej berjumlah RM355.06 juta. Hulu Bernam tidak mempertikaikan keperluan Kerajaan Negeri bertindak pantas membantu rakyat dalam suasana ekonomi yang tidak menentu namun apabila sejumlah besar wang awam diperuntukkan Dewan ini juga berhak mengetahui sejauh mana keberkesanan pelaksanaannya nanti. Dalam hal ini, Hulu Bernam merasakan agak janggal apabila sidang khas DUN pada hari ini terus dibawa untuk membincangkan Fasa 2 sedangkan Dewan tidak

diberikan laporan yang komprehensif mengenai pencapaian Fasa 1 terlebih dahulu. Apakah status pelaksanaan setiap inisiatif yang diumumkan dalam Fasa 1? Berapa peratus peruntukan telah disalurkan? Berapa ramai penerima sebenar telah menerima manfaat? Dan yang lebih penting, apakah impak yang telah berjaya dicapai hasil daripada pelaksanaan pakej tersebut? Kita sering mendengar jumlah peruntukan yang diumumkan dan jumlah penerima yang disasarkan namun yang lebih penting ialah sejauh mana objektif asal pakej berjaya dicapai? Jika objektifnya mengurangkan tekanan kos hari hidup apakah indikator yang menunjukkan kos sara hidup rakyat benar-benar berjaya diringankan? Jika objektifnya memperkukuhkan keterjaminan makanan, apakah tahap kesiapsiagaan makanan negeri telah meningkat? Jika objektifnya melindungi pekerjaan berapa banyak pekerjaan yang berjaya dikekalkan? Persoalan yang sama juga perlu dijelaskan bagi Fasa 2. Apakah KPI yang telah ditetapkan? Apakah sasaran yang ingin dicapai dalam 6 bulan atau setahun yang akan datang? Dan bagaimanakah kejayaan setiap program akan diukur? Pada pandangan Hulu Bernam, tanpa KPI yang jelas kita akan berdepan kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu program itu benar-benar berjaya ataupun sekadar berjaya dibelanjakan. Justeru, Hulu Bernam ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan dashboard pemantauan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang boleh diakses oleh Ahli Dewan Negeri dan juga rakyat seperti mana yang dicadangkan oleh Ijok sebentar tadi. Dashboard ini boleh memaparkan status perlaksanaan program, jumlah peruntukan yang telah disalurkan, bilangan penerima manfaat, kadar pencapaian KPI serta impak yang direkodkan. Ini akan meningkatkan ketelusan dan membolehkan semua pihak menilai keberkesanan pakej secara lebih objektif. Tuan Speaker. Pertama, Hulu Bernam ingin menyentuh mengenai inisiatif gudang makanan Selangor yang menerima peruntukan RM50 juta. Pada prinsipnya, saya menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan stok penimbal makanan negeri dalam suasana ketidaktentuan global langkah menyediakan simpanan strategik makanan merupakan pendekatan yang wajar dan bertanggungjawab. Namun pada pandangan saya persoalan yang lebih penting bukan sekadar sama ada kita mempunyai gudang makanan ataupun tidak. Persoalan yang lebih besar ialah sejauh mana makanan yang disimpan itu boleh sampai kepada rakyat apabila krisis benar-benar berlaku. Dalam keadaan krisis cabaran sebenar bukan terletak pada penyimpanan makanan semata-mata, cabaran sebenar ialah rantaian pengedaran. Siapa pembekalnya? Siapa yang menguruskan penghantaran? Apakah rangkaian logistik yang telah dikenal pasti? Bagaimanakah bekalan akan dihantar ke seluruh 56 DUN sekiranya berlaku gangguan bekalan bahan api atau peningkatan mendadak kos pengangkutan? Kita perlu belajar daripada pengalaman Pandemik COVID-19, apa yang sering menjadi cabaran bukan sekadar kekurangan bekalan tetapi gangguan kepada sistem penghantaran dan pengagihan bekalan. Sebab itu saya berpandangan bahawa keterjaminan makanan perlu dilihat dalam 3 dimensi. Pertama, adakah bekalan makanan mencukupi? Kedua, adakah bekalan tersebut mampu dimiliki rakyat? Dan ketiga, adakah bekalan tersebut boleh sampai kepada rakyat pada masa yang

diperlukan. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri perlu lihat gudang makanan Selangor bukan sekadar tempat penyimpanan stok tetapi sebagai sebahagian daripada satu sistem keterjaminan makanan yang lengkap. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan kerjasama strategik dengan pemborong tempatan.

Hulu Bernam. Hulu Bernam.

Speaker

Hulu Bernam. Seri Serdang berdiri untuk minta penjelasan.

Ya.

Terima kasih, Hulu Bernam. Saya tertarik dengan penghujahan daripada Hulu Bernam berkenaan dengan apa yang berlaku ketika COVID-19 selepas pandemik dan ketika itu pandemik ini diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional yang menjadi Perdana Menteri ketika itu setuju atau pun tidak Hulu Bernam, apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini, Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini adalah untuk mengelakkan peristiwa mengangkat bendera putih di atas kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional ketika menguruskan Pandemik COVID-19 yang lepas, tidak terjadi dalam negeri Selangor sedang ketika kita berhadapan dengan krisis ekonomi global pada hari ini

Terima kasih Seri Serdang. Yang bertanya berkenaan dengan pandangan beliau ketika mana krisis COVID-19 berlaku pada beberapa tahun yang lepas. Dan pada pandangan saya, apa yang saya masukan di dalam perbahasan saya ini adalah kebimbangan saya berkenaan dengan apabila krisis tenaga itu berlaku, apabila semua pihak memerlukan minyak untuk bergerak. Siapakah yang menjadi keutamaan. Adakah ini Kerajaan Negeri telah melihat, siapakah pihak yang akan diberi keutamaan untuk menggunakan minyak supaya barangan-barangan ini sampai kepada rakyat di negeri Selangor seperti mana yang Seri Serdang sebut, ketika itu mengangkat bendera putih cabaran ketika itu cukup berbeza berbanding cabaran pada hari ini kerana cabaran pada hari ini adalah cabaran tenaga, cabaran pada masa yang lalu adalah tertutupnya semua industri-industri di negara ini.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Hulu Bernam.

Silakan Sungai Panjang

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang ingin bertanya adakah setuju Hulu Bernam, semasa COVID-19 itu permasalahannya adalah supply and demand tapi pada masa ini kita melihat bukan pada masalah demand tapi masalah supply yang supply chain yang Kerajaan Negeri tidak jelaskan pun problem statement pada pakej ini.

Terima kasih Sungai Panjang. Pada COVID-19 yang lepas berlaku ada masalah supply dan juga demand. Pada krisis kali ini adalah berlaku masalah dari sudut supply chain iaitu bekalan tenaga yang terlalu terhad dan Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan perlu menentukan pihak manakah yang perlu mendapat kegunaan tenaga yang lebih sebagai contoh dalam perbahasan saya, saya sebut bahawa sekiranya berlaku pada masa krisis untuk membawa makanan ini sampai kepada masyarakat dan ini perlu dipertimbangkan dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk makanan ini sampai kepada masyarakat

Hulu Bernam. Soalan saya tadi adakah Hulu Bernam bersetuju dengan kaedah yang digunakan dan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini adalah satu kaedah supaya rakyat tidak terjadi lagi peristiwa seperti mana COVID-19 dulu dan faedah yang rakyat akan dapat disebabkan oleh program yang nak dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor ini dimanfaatkan ke seluruh rakyat negeri Selangor berbanding ketiga pengurusan COVID-19. Yes, kita faham tentang supply chain dan everything tetapi ada masa yang sama juga apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor inilah untuk memastikan dalam keadaan krisis walaupun dalam keadaan tak kisahlah apa supply demand dia jatuh dan sebagainya tetapi rakyat negeri Selangor dapat mendapat bekalan makanan dan juga bekalan-bekalan yang lain di saat kita menghadapi krisis adakah Hulu Bernam setuju dengan saya?

Ok, Seri Serdang dalam perbahasan saya, saya bersetuju Kerajaan Negeri menyediakan gudang makanan negeri Selangor. Tetapi apa yang saya bawa dalam perbahasan saya adalah kebimbangan saya berkenaan dengan penghantaran barangan makanan tersebut kerana ketika krisis berlaku penggunaan tenaga adalah sangat terhad jadi perlu ada satu perbincangan yang bersama dengan pihak-pihak yang membawa makanan ini nanti supaya boleh sampai kepada pihak-pihak yang boleh menyampaikan makanan ini kepada masyarakat. Saya ingin meneruskan perbahasan saya dengan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mewujudkan kerjasama strategik dengan pemborong tempatan, koperasi, pengusaha pasar borong, syarikat logistik tempatan serta pembekal makanan di setiap daerah, dengan pendekatan ini Selangor bukan sahaja mempunyai stok makanan tetapi juga mempunyai rangkaian pengedaran yang boleh diaktifkan dengan segera apabila berlaku krisis. Saya rasa saya menjawab soalan daripada Seri Serdang sebentar tadi. Tuan Speaker, kedua, Hulu Bernam ingin menyentuh mengenai Program Kerjaya Selangor yang diperuntukkan RM1.5 juta yang disasarkan memberi manfaat kepada 30,000 pencari kerja. Saya menyambut baik usaha membantu rakyat mendapatkan pekerjaan namun saya berpandangan bahawa kita perlu memahami sifat sebenar masalah yang sedang berlaku. Dalam keadaan ekonomi berkembang masalah utama biasanya terdapat peluang pekerjaan tetapi pencari kerja tidak mempunyai maklumat, kemahiran atau akses kepada peluang tersebut. Oleh itu, Program

Karnival Kerjaya dan sesi padanan pekerjaan boleh menjadi penyelesaian yang berkesan dalam keadaan krisis ekonomi keadaan berbeza ketika ekonomi tidak menentu syarikat mengurangkan pengambilan pekerjaan, membekukan pengambilan pekerjaan baru dan dalam keadaan tertentu terpaksa memberhentikan pekerja sedia ada. Maka persoalan yang perlu saya tanyakan ialah pendekatan yang sesuai ketika ekonomi berkembang masih mencukupi ketika ekonomi sedang berhadapan tekanan. Jika strategi utama Program Kerjaya Selangor hanyalah melalui penganjuran Job Fair atau sesi padanan pekerjaan saya bimbang keberkesanannya terhad. Dalam keadaan krisis masalah utama bukan kekurangan pencari kerja, masalah utama ialah kekurangan majikan yang bersedia mengambil pekerja. Justeru saya berpandangan situasi luar biasa memerlukan pendekatan yang luar biasa. Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan insentif kepada syarikat yang mengambil pekerja dan kilangan pekerjaan akibat krisis, bantuan sementara kepada syarikat yang mengekalkan pekerja sedia ada, galakan kepada industri yang berkembang untuk menyerap tenaga kerja daripada sektor yang terjejas serta program latihan sambil bekerja yang membolehkan kos latihan di kongsi bersama antara Kerajaan dengan majikan. Pendekatan seperti ini bukan sahaja membantu pencari kerja mendapat pekerjaan tetapi membantu mewujudkan permintaan terhadap tenaga kerja ketika permintaan tersebut sedang menurun.

Tuan Speaker, saya teruskan perbahasan saya lagi Hulu Bernam ingin menyentuh mengenai Selangor Advance atau SA500 yang menerima peruntukan RM100 juta iaitu peruntukan tunggal terbesar dalam keseluruhan pakej ini. Saya memahami rasional membantu syarikat dan kontraktor memperkukuhkan aliran tunai dalam ekonomi dalam keadaan ekonomi yang mencabar, namun saya ingin membangkitkan satu persoalan yang lebih asas apakah sebenarnya masalah khusus yang ingin di selesaikan oleh SA500 sehingga memerlukan peruntukan baharu sebanyak RM100 juta. Jika kita melihat kepada ekosistem pembayaran pembiayaan sedia ada pelbagai institusi seperti MARA, UMB, SME Bank, AGRO Bank dan juga BSN telah lama menawarkan pembiayaan modal kerja, pembiayaan kontrak dan pembiayaan invois kepada syarikat yang layak. Justeru apakah nilai tambah yang membezakan SA500 daripada kemudahan-kemudahan yang telah lama wujud ini. Adakah terdapat jurang pembiayaan tertentu yang gagal di penuhi oleh institusi sedia ada, adakah proses kelulusannya lebih pantas atau adakah kumpulan sasaran yang berbeza. Semua persoalan ini penting kerana kita perlu memastikan wang awam digunakan untuk menyelesaikan masalah yang benar-benar belum diselesaikan bukannya mewujudkan satu lagi instrumen yang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan apa yang telah ada di pasaran. Pada pandangan Hulu Bernam, jika SA500 ini menjadi instrumen yang benar-benar strategik maka ia perlu mengisi jurang yang belum dipenuhi oleh pasaran, mempercepatkan akses kepada pembiayaan dan membantu syarikat yang benar-benar yang berdepan dengan kesukaran mendapatkan modal kerja ketika krisis. Tuan Speaker.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Hulu Bernam.

Sila Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang melihat ini setuju atau tidak sekiranya Kerajaan Negeri perlu memperhalus SA500, Selangor Advance ini melihat pembiayaan itu meneliti sama ada kepada OPEX, Perbelanjaan Operasi ataupun CAPEX, Perbelanjaan Modal sebab kalau Kerajaan Negeri semata-mata mengeluarkan memberikan pinjaman kepada OPEX, Perbelanjaan Operasi seolah-olah pinjaman itu tidak memberikan kesan sebab dia menerima pinjaman itu untuk membayar utiliti, bayar gaji dan sebagainya bukan untuk mengembangkan perniagaan, itu yang pertama. Yang kedua berkenaan dengan invois financing dengan izin yang disebut oleh Hulu Bernam tadi. Sungai Panjang melihat bahawa pada waktu ini tidak sesuai dilaksanakan kerana bukan menguntungkan para kontraktor ataupun usahawan tetapi menguntungkan orang tengah konsep invois financing ini.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang atas pandangan yang diberikan berkenaan dengan SA500 ini. Seperti mana yang saya sebutkan dalam perbahasan saya sebentar tadi ia Kerajaan Negeri perlu melihat semula berkenaan dengan instrumen SA500 yang disediakan ini dan pandangan Sungai Panjang itu saya masukkan di dalam perbahasan saya supaya di jawab juga oleh pihak Kerajaan berkenaan dengan pandangan terhadap menyediakan SA500 ini dalam Pelan Pengukuhan Daya tahan ini. Tuan Speaker, saya ingin menguruskan perbahasan saya, saya ingin menyentuh berkenaan Projek Selangor Penyayang yang diperuntukkan RM14 juta bagi tujuan menaik taraf taman awam dan mengecat semula pangsapuri berusia lebih 15 tahun. Hulu Bernam tidak menolak kepentingan penyelenggaraan kemudahan awam taman yang baik meningkatkan kualiti hidup masyarakat manakala pangsapuri yang diselenggarakan dengan baik memberikan persekitaran yang lebih selesa kepada penduduk. Namun persoalan yang saya ingin bangkitkan bukan mengenai projek tersebut. Persoalannya ialah mengenai keutamaan perbelanjaan dalam keadaan krisis. Keseluruhan justifikasi pakej ini di bina atas kebimbangan terhadap gangguan bekalan global peningkatan kos tenaga, risiko kehilangan pekerjaan, tekanan terhadap sektor pembuatan dan logistik serta peningkatan kos sara hidup rakyat. Maka dalam konteks tersebut apakah hubungan langsung antara projek pengecatan pangsapuri dan menaik taraf taman awam dengan objektif utama Pakej Pengukuhan Daya Tahan ekonomi negeri ini. Saya percaya dengan keadaan ekonomi berada dalam situasi yang stabil projek seperti ini boleh dilaksanakan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan komuniti dan kesejahteraan bandar. Namun apabila Kerajaan Negeri sendiri menggambarkan keadaan semasa sebagai satu krisis yang memerlukan tindakan luar biasa maka rakyat juga berhak bertanya sama ada setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar tertumpu pada perkara yang paling terdesak. Pada hemat Hulu Bernam jika peruntukan tambahan tersedia dalam

keadaan krisis keutamaan sewajarnya diberi terlebih dahulu kepada program yang mempunyai hubungan langsung dengan objektif pakej seperti perlindungan pekerjaan, keterjaminan makanan, daya tahan perusahaan kecil dan sederhana serta pengurangan tekanan kos sara hidup rakyat. Sebagai penutup Hulu Bernam ingin menegaskan bahawa kami menyokong hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan akibat ketidaktentuan ekonomi global. Dalam keadaan mencabar seperti hari ini tindakan Kerajaan untuk bertindak pantas untuk menyediakan bantuan kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan perlu diberikan pengiktirafan. Namun pada masa yang sama saya berpandangan bahawa sebuah negeri yang menjadi enjin utama ekonomi Negara tidak boleh hanya berfikir tentang bagaimana untuk mengurangkan krisis dalam jangka masa pendek, kita juga memikirkan bagaimana membina ketahanan ekonomi yang lebih kukuh supaya Selangor lebih bersedia menghadapi krisis yang akan datang. Sebab itu Hulu Bernam membangkitkan persoalan mengenai penilaian Fasa Satu, KPI bagi Fasa Dua, sistem pengedaran gudang makanan Selangor, pendekatan pasaran yang lebih sesuai ketika krisis nilai tambah sebenar SA500 serta keutamaan fiskal dalam keadaan sumber kewangan yang terhad. Justeru Hulu Bernam menyokong pelaksanaan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini dengan beberapa teguran dan penambahbaikan yang telah dibahaskan. Kita mahu melihat pakej ini bukan sahaja berjaya di laksanakan tetapi benar-benar mencapai matlamatnya. Kita mahu melihat bukan sekadar peruntukan sekadar di belanjakan tetapi hasil yang dapat diukur dan yang paling penting kita mahu memastikan bahawa setiap keputusan yang dibuat hari ini benar- benar menjadikan Selangor sebuah negeri yang lebih daya tahan, lebih berdaya saing dan lebih bersedia menghadapi cabaran di masa hadapan. Sekadar itu dahulu, terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan kerana telah memberikan saya ruang, peluang dan kepercayaan kepada saya Wakil Rakyat bagi DUN Teratai untuk bangun bersama-sama membahaskan satu agenda yang amat kritikal bagi masa depan dan kelangsungan hidup rakyat Selangor yang kita cintai iaitu Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Ini adalah satu manifestasi moral dan tanggungjawab kemanusiaan yang amat tinggi di mana kita sebagai sebuah Kerajaan tidak boleh sekali-kali berlaku zalim mengabaikan golongan miskin mahupun membiarkan kelompok yang lemah terus terpinggir atas kesedaran nilai kemanusiaan dan keadilan sosial inilah Kerajaan Negeri Selangor bangkit meluncurkan pakej tindakan inklusif ini. Tuan Speaker, sebelum saya mengupaskan lebih dalam kesan instrumen ekonomi ini terhadap komuniti di DUN Teratai izinkan saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, syabas juga kepada seluruh warga Kerajaan Negeri Selangor dan barisan pakar ekonomi, geopolitik serta industri tenaga yang telah

menggembleng idea merangka pelan kesiapsiagaan ini. Kerajaan Negeri telah bertindak proaktif, tegas dan berpanduan data yang empirikal bukannya sekadar menabur janji kosong atau pun bersifat populis. Sinergi yang utuh ini tidak akan mampu berdiri teguh tanpa sokongan makro daripada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim. Di kala badai krisis ekonomi mencengkam pasaran dunia kolaborasi erat antara agensi persekutuan seperti PERKESO dengan agensi Negeri terbukti menjadi benteng utama pertahanan ekonomi harian rakyat di peringkat akar umbi. Sinergi Negeri Maju Negara Makmur inilah yang menyelamatkan ribuan keluarga di luar sana termasuklah para penduduk di kawasan Teratai. Tuan Speaker, di sebalik angka-angka besar yang kita bentangkan hari ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu sub kelompok rakyat yang sering kali menjadi golongan halimunan iaitu mereka yang diberhentikan kerja pada usia antara 40 hingga 60 tahun. Ketika krisis geopolitik di Asia Barat mencetuskan kejutan rantaian bekalan dunia, sektor pembuatan dan peruncitan domestik kita terus menerima tamparan hebat. Berdasarkan statistik rasmi daripada PERKESO yang dipetik oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, seramai 10,869 warga Selangor telah kehilangan mata pencarian sejak Januari sehingga Mei tahun ini. Mari kita teliti bedah siasat data PERKESO ini dengan lebih mendalam. Sebanyak 23.45% ataupun 2,549 orang yang hilang pekerjaan adalah pekerja daripada industri peruncitan. Sebanyak 21.3% datangnya daripada sektor pembuatan, apa yang lebih membimbangkan 40% daripada keseluruhan angka tersebut merupakan pekerja di peringkat pengurusan dan profesional. Tuan Speaker, siapakah golongan 40% profesional dan teknikal yang terpaksa melangkah keluar daripada pejabat mereka dengan kotak di tangan ini? Mereka sebahagian besar adalah golongan pertengahan umur, bapa dan ibu yang berusia 40 tahun hingga 60 tahun. Pada usia sebegini kehilangan pekerjaan bukan sekadar hilangnya slip gaji bulanan tetapi ia adalah satu tragedi psikologi dan kewangan yang amat dahsyat. Di usia ini, komitmen mereka berada di kemuncak tertinggi mereka masih perlu membayar baki pinjaman perumahan, mereka perlu membayar baki kereta menanggung yuran pengajian anak-anak di institusi pengajian tinggi dan menampung kos perubatan ibu bapa yang kian uzur. Lebih menyedihkan apabila mereka cuba memasuki semula pasaran pekerjaan dan memohon pekerjaan baharu mereka sering berdepan dengan diskriminasi umur. Syarikat-syarikat swasta lebih gemar memilih graduan muda kerana kos pengajian yang lebih rendah dan tanggapan bahawa golongan berusia 40 tahun hingga 60 tahun ini sukar untuk dilatih semula dengan teknologi baharu. Akhirnya, kelompok ini dipinggirkan, diabaikan, terumbang ambing dan jika tidak dibantu, mereka akan terjatuh daripada kelas menengah terus ke dalam perangkap kemiskinan bandar. Namun begitu, Tuan Speaker, saya menarik nafas lega kerana Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 Dan 2 ini tidak membiarkan golongan 40 hingga 60 tahun ini terus tenggelam dalam kesukaran hidup mereka. Kerajaan Negeri telah merangka instrumen besar bersasar khusus untuk membina semula maruah kelompok ini.

Yang pertama, Kerajaan Negeri peruntukkan RM4 juta untuk menyediakan 5,000 slot, iaitu separuh daripada jumlah warga yang kehilangan pekerjaan tahun ini, untuk menyertai Program Transisi Kejayaan (PLATS). Golongan profesional dan pekerja berusia 40 hingga 60 tahun yang diberhentikan ini akan diberi latihan semula mengenai strategi asas keusahawanan digital. Ini adalah peluang kedua untuk mereka bangkit menjadi pemilik kepada perniagaan sendiri, manfaatkan kemahiran pengurusan sedia ada mereka ke dalam bidang komersial. Yang kedua, bagi menyokong transisi tersebut, kombinasi usaha Yayasan Hijrah dan PLATS menawarkan pembiayaan tanpa faedah sehingga RM10,000 seorang dengan tempoh bayaran balik yang anjal sehingga 3 tahun. Penilaian pantas dalam masa 48 jam melalui aplikasi digital dana PLATS memastikan mereka yang berusia 40 hingga 60 tahun ini mendapat akses model yang bermartabat untuk memulakan perniagaan kecil-kecil demi menyara keluarga. Yang ketiga, bagi kelompok berusia yang masih mahu kekal dalam sektor korporat, Program Kerjaya Selangor bernilai RM1.5 juta digerakkan secara komprehensif bagi memadankan semula kemahiran bekas pekerja profesional ini dengan industri-industri perbuatan, peruncitan dan logistik yang memerlukan kepakaran mendalam. Program ini menyasarkan penglibatan 30,000 orang warga Selangor yang mencari peluang pekerjaan baru. Yang keempat, bagi mereka yang menyewa di bawah Skim Smart Sewa ataupun mempunyai pinjaman perumahan Kerajaan Negeri Selangor dan terkesan akibat kehilangan pekerjaan, tawaran moratorium selama 3 bulan, Oktober hingga Disember 2026 merupakan satu bentuk jaringan keselamatan fizikal yang menyelamatkan bumbung tempat tinggal keluarga mereka daripada terjejas. Tuan Speaker, secara keseluruhannya, Pakej Intervensi Ekonomi yang bernilai RM355.06 juta gabungan Fasa 1 dan 2 ini membuktikan bahawa Selangor di bawah acuan Kita Selangor adalah sebuah negeri yang mempunyai keprihatinan sosial yang amat mendalam. Melalui inisiatif fasa 1 yang menyentuhi jaminan makanan, pembangunan gudang makanan Selangor sebanyak RM50 juta dengan simpanan stok penimbal 3,750 tan metrik beras, ayam, daging, ikan dan minyak masak kita berjaya menegak spekulasi harga pasaran. Begitu juga dengan Jelajah Ehsan Rahmah, RM10 juta di 779 lokasi serta baucar Kita Selangor yang bernilai RM30 juta yang memanfaatkan 50,000 keluarga. Kesemuanya berfungsi sebagai penampan inflasi yang tegar buat rakyat Selangor. Tambahan pula dengan dasar kebajikan di dalam Fasa 2 seperti pengurangan kadar sewa premis PBT sebanyak 30% secara automatik yang membantu 21,234 peniaga kecil, Program Mama Kerja yang bernilai RM10 juta yang memberikan subsidi RM1,000 kepada ibu bekerja serta biasiswa pendidikan kita Selangor yang bernilai RM17 juta. Kita sebenarnya sedang memulihkan seluruh ekosistem kehidupan rakyat. Tuan Speaker, sebagai wakil rakyat Adun Teratai, saya berdiri teguh menyokong usaha ini kerana ia dirangka berpandukan data yang

telus, analisa yang mendalam dan struktur ekonomi yang sebenar, bukan sekadar gimik populis murahan. Program-program bersasar ini, khususnya yang menyentuh pemulihan modal insan dan penempatan semula pekerja pertengahan umur yang dibuang kerja adalah bukti kebertanggungjawaban kita sebagai sebuah Kerajaan. Kerajaan Negeri Selangor bertindak seperti nakhoda bijaksana yang memandu bahtera mengharungi badai global “The Coming Storm” dengan izin. Melalui gandingan utuh kestabilan politik di bumi Darul Ehsan serta tekad murni Kerajaan Madani di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, kita sedang membuktikan kepada rakyat bahawa fakta dan realiti pembelaan kebajikan jauh lebih bernilai daripada retorik politik. Saya menyeru agar tiada seorang pun pekerja berusia 40 hingga 60 tahun yang kehilangan pekerjaan ini di Selangor terutamanya di DUN Teratai akan tercicir daripada menerima manfaat Program Transisi Kejayaan PLATS dan Program Kejayaan Selangor ini. Mari kita pulangkan semula sinar harapan dan masa depan yang cerah kepada mereka. Tuan Speaker, saya menyokong penuh Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Terima kasih.

Speaker

Dusun Tua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, Dusun Tua menyokong usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor mengenai Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 merangkumi Fasa 1 dan Fasa 2. Tuan Speaker, dalam suasana dunia yang semakin mencabar ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat dan kejutan bekalan tenaga global dan bayang inflasi yang mengancam kesejahteraan rakyat Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi kelegaan kepada rakyat dengan gagasan yang bijaksana, berhati-hati dan berpaksikan data suatu pakej yang bukan sekadar bantuan tetapi merupakan perisai daya tahan ekonomi dan sosial rakyat Selangor. Sebagai negeri penyumbang terbesar KDNK Malaysia dengan kadar 26.2%, tidak terkecuali daripada impak ini, sektor pembuatan logistik dan peruncitan negeri mula merasai tekanan menurut data PERKESO seramai 10,869 warga Selangor kehilangan mata pencarian dari Januari hingga Mei 2026. Dusun Tua memahami kepayahan ini kerana ia bukan sekadar angka statistik, ia adalah wajah-wajah penduduk kawasan Dusun Tua yang saya wakil. Petani, peniaga kecil, ibu bapa yang menanggung anak-anak bersekolah dan pekerja yang turut berperang dengan pendapatan dan ekonomi khuatir tentang masa depan mereka. Tuan Speaker, saya menyokong tujuh inisiatif utama dalam Fasa Satu ini secara langsung menyentuh kehidupan seharian rakyat. Pertamanya, Gudang Makanan Selangor (RM50 juta). Inisiatif mewujudkan stok penimbal makanan sebanyak 3,750 tan metrik merangkumi beras, ayam, daging, ikan dan minyak masak adalah satu langkah bijak dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan warga Dusun Tua termasuk masyarakat luar bandar yang bergantung kepada harga pasaran akan mendapat manfaat besar daripada kewujudan gudang ini sebagai perisai inflasi bekalan makanan.

Seterusnya, Jelajah Ehsan Rahmah, Jualan Ehsan Rahmah (RM10 juta). Program Jelajah Ehsan Rahmah yang akan diadakan di 779 lokasi dan memberikan manfaat kepada 3.1 juta rakyat amat bermakna. Harga barangan seperti ayam RM10, ikan pada RM6.50 dan beras pada RM12 adalah penyelamat bagi keluarga berpendapatan rendah khususnya di kawasan saya. Seterusnya, voucher bulanan sebanyak RM100 kepada 50 ribu keluarga selama 6 bulan melalui e-wallet SELangkah bermula 30 Jun 2026 adalah satu pendekatan bersasar yang tepat. Saya menggesa agar penerimaan di kawasan khususnya dalam Dusun Tua dikenal pasti dengan segera dan penyaluran dilaksanakan tanpa kelewatan dan seterusnya, makanan percuma pelajar sekolah RM14.4 juta. Saya menyambut baik keputusan Keluarga Negeri untuk memfokuskan bantuan makanan percuma kepada 120,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah di 962 sekolah. Ini adalah pendekatan yang adil, bersasar dan berkesan. Kanak-kanak yang hadir ke sekolah dalam keadaan kenyang adalah kanak-kanak yang dapat belajar dengan lebih baik. Seterusnya, subsidi tambang pengangkutan awam (RM10.4 juta). Subsidi RM30 sebulan kepada 50 warga Selangor selama 6 bulan melalui Aplikasi NINE untuk penggunaan pengangkutan awam adalah satu insentif yang bertepatan dengan keperluan semasa. Saya menggalakkan lebih ramai warga Dusun Tua untuk memanfaatkan subsidi ini. Seterusnya, bantuan sektor pertanian. Sebagai wakil rakyat bagi kawasan yang masih memiliki komuniti pertanian yang aktif, saya amat menghargai peruntukan RM25 juta ini. Bantuan kepada 7,387 pesawah, 2,296 petani, 2,000 penternak, 270 pengusaha algaculture dan 2,178 nelayan adalah pengiktirafan bahawa mereka adalah nadi kepada keterjaminan makanan negeri. Seterusnya, memperkasakan koperasi RM6 juta. Pembukaan 84 lokasi pasaran koperasi selama 6 bulan akan memberi nafas baru kepada usahawan kecil dan komuniti koperasi yang bergelut dengan cabaran semasa. Tuan Speaker, Pakej Fasa 2 mencerminkan visi jangka sederhana Kerajaan Negeri yang bukan saja memberi bantuan segera kepada tetapi turut memperkukuhkan struktur ekonomi dan sosial rakyat Selangor. Saya menyokong ke-14 insentif Fasa II ini yang antara lain adalah pengurangan kadar sewa premis PBT sebanyak 30%, 21,234 peniaga. Satu keputusan proaktif yang membantu barisan hadapan ekonomi harian rakyat. Projek Selangor Penyayang (RM14 juta) yang menaik taraf fasiliti awam demi meningkatkan kualiti hidup komuniti. Saya menyokong program PSP ini kerana ia dapat memberi keselesaan kepada komuniti yang sebelum ini memerlukan kerja naik taraf kemudahan fasiliti mereka. Saya pohon projek PSP ini ditangguhkan kalau boleh dipercepatkan. Seterusnya, Transisi Kerjaya PLATS RM4 juta untuk pekerja yang hilang, mata pencarian beralih kepada keusahawanan. Saya ingin membagi cadangan kalau boleh agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri juga harus peka sama bangkit membantu Kerajaan Negeri untuk membuka peluang-peluang seperti

tapak-tapak peniagaan. Saya masih ingat lagi waktu saya menjadi ADUN di kawasan Semenyih, tanah PPK, Pertubuhan Peladang Kawasan di Beranang, kita buka gerai-gerai di hadapannya kawasan industri Beranang sehingga ke hari ini ia menjadi satu tempat pusat gerai-gerai makanan yang popular di Beranang. Jadi, maknanya Pertubuhan Peladang di bawah PPK ambil inisiatif sama dan saya juga dah pun mengajukan permohonan untuk Dusun tua, khususnya tanah yang terbiar bukanlah terbiar, ada penghuninya. Terima kasih EXCO yang membantu. Pertanian dah pun membaik pulih, menaik taraf di Batu 18. Saya harapkan jika boleh, tapak yang ada lebih kurang 1 ekar lebih tepi jalan dekat bandar dijadikanlah pusat pengumpulan petani-petani. Kalau tak boleh setiap minggu, dapat seminggu sekali macam pasar pagi ke. Jadi, itulah harapan saya kepada penduduk khususnya dalam kawasan Dusun tua. Bantuan Agropreneur Selangor RM6 juta kepada tambahan 2,469 penerima daripada kalangan petani dan nelayan. Seterusnya, Pembiayaan Daya Tahan Usahawan Tani Selangor RM7 juta melalui pinjaman tanpa faedah kepada 500 usahawan tani. Biasiswa Pendidikan Kita Selangor RM17 juta bagi anak-anak cemerlang dalam bidang strategik. Mama Kerja RM10 juta sebagai bantuan kos penjagaan anak bagi ibu bekerja, satu pengiktirafan mulia kepada wanita Selangor. Saya ingin merakamkan bahawa pakej ini mempunyai kesan langsung yang boleh dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat di kawasan saya. Golongan peladang dan petani di kawasan Dusun Tua yang sering kali terlepas pandang kini mendapat pengiktirafan melalui bantuan tunai. Baja, baucar bahan api, ini bukan sekadar sahaja wang, ini adalah maruah dan kelangsungan hidup mereka. Ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak perlu lagi bimbang anak-anak mereka pergi ke sekolah tanpa bersarapan atau makan tengah hari yang tak cukup. Makanan percuma 2 kali seminggu selama 3 bulan adalah satu beban yang diangkat dari bahu mereka. Usahawan kecil dam peniaga kedai yang menyewa premis PBT kini mendapat ruang bernafas melalui pengurangan sewa 30%, membolehkan mereka mengekalkan harga jualan berpatutan kepada rakyat. Ibu-ibu di Dusun Tua yang bekerja keras sambil membesarkan anak-anak akan merasai sentuhan program Mama Kerja yang memperuntukkan RM1,000.00 bagi menampung kos penjagaan anak. Ini adalah penghargaan yang nyata kepada mereka. Tuan Speaker Yang Dihormati, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 dengan peruntukan keseluruhan RM355.6 juta merangkumi RM145.8 juta bagi Fasa Pertama, dan RM209.26 juta bagi Fasa Kedua, adalah satu respons komprehensif berstrategi dan berpaksikan belas kasihan kepada rakyat. Ini bukan populis, ini adalah tadbir urus yang bertanggungjawab. Setiap peruntukan mempunyai penerima yang jelas, sasaran yang terukur dan tempoh pelaksanaan yang ditetapkan. Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah membuktikan bahawa kepimpinan yang peka, data yang sahih dan tindakan yang tangkas adalah formula kejayaan dalam menghadapi sebarang ribut, walaupun sehebat mana pun gelora di luar sana. Maka, Tuan

Speaker saya menyokong usul Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan semoga Pakej Pengukuhan dan Daya Tahan Selangor ini menjadi perlindungan nyata kepada seluruh rakyat Selangor terutama kepada penduduk kawasan Dusun Tua yang saya kasihi. Terima kasih, saya menyokong.

Speaker

Saya bagi kepada Meru. Meru.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullhiwabarakatuh Terima kasih, Salam Malaysia Madani, Salam Kita Selangor. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, telah mengizinkan Meru untuk membahaskan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Sebagai satu langkah responsif dan strategik dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda dunia dan tentulah saya mengambil kesempatan ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan juga para EXCO Kerajaan Selangor bersama pasukan kerja Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor terdiri daripada penjawat awam juga yang telah berusaha bertungkus-lumus menyediakan dokumen Pakej Pengukuhan Negeri Selangor ini. Sudah tentu pakej ini dilihat mengambil kira pelbagai latar belakang dan segmen masyarakat yang dilihat secara menyeluruh dan secara holistik. Tuan Speaker, kita tidak boleh menafikan bahawa dunia hari ini sedang berhadapan dengan landskap ekonomi yang semakin kompleks dan tidak menentu. Konflik geopolitik yang berpanjangan, ketegangan perdagangan antara kuasa-kuasa besar dunia, gangguan rangkaian bekalan global, turun naik harga minyak mentah serta tekanan inflasi yang masih belum pulih sepenuhnya. Fasa pandemik telah memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan negeri. Walaupun Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar, kita tidak kebal daripada tempias krisis global ini. Kenaikan kos, makanan, peningkatan kos logistik, ketidaktentuan harga komoditi serta tekanan terhadap perniagaan kecil dan sederhana akhirnya memberi kesan langsung kepada rakyat biasa, atas sebab itulah saya melihat pengumuman Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bukan sekadar pakej bantuan semata-mata, tetapi merupakan satu pelan intervensi ekonomi yang menunjukkan Kerajaan Negeri mempunyai keupayaan membaca risiko lebih awal dan bertindak sebelum menjadi lebih buruk. Tuan Speaker, sering kali apabila berlaku krisis antarabangsa, terdapat tanggapan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai ruang yang terhad untuk bertindak. Namun, apa yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sebaiknya, sebaliknya. Kerajaan Negeri tidak mampu mengawal harga minyak dunia. Kerajaan Negeri tidak mampu menghentikan peperangan di Timur Tengah. Kerajaan Negeri juga tidak mampu menentukan dasar perdagangan antarabangsa. Tetapi Kerajaan Negeri mempunyai

tanggungjawab untuk mengurangkan impak krisis tersebut kepada rakyat Selangor. Di sinilah pentingnya Konsep Daya Tahan yang menjadi teras kepada pakej ini. Daya tahan bukan sekadar memberi bantuan apabila rakyat susah. Daya tahan bermaksud memastikan rakyat mempunyai kemampuan untuk menghadapi kejutan ekonomi. Memastikan perusahaan terus beroperasi, memastikan bekalan makanan tidak terganggu dan memastikan aktiviti ekonomi terus bergerak, walaupun dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan. Bantuan bersasar kepada rakyat. Tuan Speaker, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai keluarga berdepan, berpendapatan rendah dan sederhana berdepan dengan tekanan kewangan yang serius. Apabila harga makanan meningkat, apabila kos pengangkutan meningkat dan apabila perbelanjaan harian bertambah, golongan yang paling terkesan ialah B40 dan sebahagian besar M40. Oleh sebab itu, bantuan berbentuk baucar RM100 kepada 50,000 penduduk menerima iaitu bantuan baucar makanan. Bantuan kebajikan dan insentif ini merupakan langkah yang tepat. Cuma Meru ingin bertanyakan adakah premis-premis kedai runcit di kampung-kampung, di pendalaman dilibatkan sama untuk penerima baucar menebus barangan keperluan mereka. Sekiranya ada, sekurang-kurangnya ini dapat membantu peniaga kecil dan dapat membangun perniagaan mereka. Kita boleh bersetuju bahawa bantuan semata-mata tidak boleh menjadi jangka penyelesaian jangka panjang. Namun ketika rakyat sedang berhadapan tekanan ekonomi yang mendesak, Kerajaan tidak boleh berdiam diri menunggu penyelesaian jangka panjang semata-mata, rakyat memerlukan bantuan hari ini. Mereka memerlukan makanan hari ini. Mereka perlu membayar tambang hari ini. Mereka perlu keperluan sekolah anak-anak hari ini. Maka bantuan bersasar yang diumumkan melalui pakej ini merupakan satu bentuk perlindungan sosial yang amat-amat diperlukan oleh rakyat. Meru menyambut baik juga pengurangan kadar sewa premis PBT sebanyak RM4.5 juta. Namun, Meru mencadangkan supaya peniaga kecil di tepi jalan perlu juga dibantu, bancian menyeluruh oleh PBT perlu dilaksanakan supaya mereka dapat kita bantu dan dapat kita santuni. Kemungkinan ada di kalangan mereka ini juga yang terkesan dan terlibat dengan pemberhentian kerja. Jadi untuk menyambung sara hidup mereka, mereka terpaksa berniaga di tepi jalan. Dalam masa yang sama Meru mencadangkan supaya pihak PBT, Kerajaan dapat membanteras peniaga asing, saya ulangi membanteras peniaga asing yang sekarang ini berniaga secara berleluasa. Dengan penguatkuasaan PBT yang lebih agresif dan kita tidak boleh benarkan mereka berkembang, sebab mereka menutup peluang rakyat tempatan berniaga. Meru mencadangkan bayaran permit dan lesen juga dapat dikurangkan tanpa birokrasi, banyak birokrasi dan sebenarnya ini dapat membantu peniaga kecil di tepi jalan yang perlu kita ambil perhatian. Tuan Speaker, saya berpandangan bahawa aspek paling penting dalam pakej ini ialah penekanan terhadap keterjaminan makanan. Kita telah menyaksikan bagaimana gangguan global boleh menyebabkan harga makanan meningkat secara mendadak. Apabila berlaku

konflik Antarabangsa, kos baja meningkat, harga barang, harga barang api naik, kos pengangkutan juga turut meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, pengguna akhirnya menanggung harga yang lebih mahal. Oleh itu, usaha Kerajaan Negeri memperkukuhkan sektor pertanian, penternakan, akuakultur dan industri makanan tempatan merupakan satu langkah yang strategik. Selangor tidak boleh terlalu bergantung kepada bekalan luar, kita perlu meningkatkan keupayaan pengeluaran makanan tempatan, kita perlu memperkukuh ekosistem agro makanan, membantu petani dan penternak, meningkatkan produktiviti adalah usaha yang dipuji dan tindakan yang tepat. Kita perlu menarik lebih ramai anak-anak muda menyertai sektor pertanian moden. Peruntukan RM50 juta juga untuk Gudang Makanan Selangor adalah langkah yang tepat bagi menjamin bekalan makanan mencukupi untuk rakyat Selangor. Meru juga menyokong pelaksanaan Jualan Ehsan Rahmah dilaksanakan secara meluas. Maklum balas yang kita dapat daripada lapangan, Jualan Ehsan Rahmah singkatannya JER amatlah membantu dan memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan bagi meringankan kos sara hidup. Biasanya pelaksanaan kita, jualan ini, Jualan Ehsan Rahmah ini kita tak laksanakan di sebelah kedai runcit ya ataupun di premis-premis perniagaan. Biasanya kita laksanakan di kawasan-kawasan perumahan B40 iaitu di pangsapuri-pangsapuri kos rendah dan rumah-rumah kos rendah. Inilah pilihan kita ya, saya yakin tak terjejas peniaga-peniaga kecil. Tuan Speaker, satu lagi perkara perlu diberi pujian ialah usaha mengurangkan kos pengangkutan rakyat. Dalam keadaan harga bahan api yang tidak menentu, kos perjalanan menjadi antara komponen perbelanjaan terbesar bagi sebuah keluarga. Bagi pekerja yang berulang-alik setiap hari ke pusat bandar kos perjalanan boleh mencecah ratusan ringgit sebulan. Oleh itu, Bantuan Subsidi Pengangkutan Awam sebanyak RM10.4 juta bukan sahaja mengurangkan beban rakyat, malah membantu mencapai agenda pembangunan mampan. Kita mahu lebih rakyat menggunakan pengangkutan awam, kita mahu mengurangkan kesesakan jalan raya. Terutama mengurangkan pelepasan karbon, maka inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri ini mempunyai impak ekonomi dan alam sekitar secara serentak. Tuan Speaker, krisis ekonomi tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengabaikan Pembangunan Modal Insan. Sejarah membuktikan bahawa negeri dan negara yang terus melabur dalam pendidikan ketika berdepan krisis akan bangkit lebih cepat berbanding yang mengurangkan pelaburan dalam pendidikan. Sebab itu saya menyambut baik inisiatif yang melibatkan kebajikan pelajar, mahasiswa dan keluarga berpendapatan rendah. Program pemakanan, bantuan persekolahan dan sokongan kepada anak-anak daripada keluarga yang terkesan adalah sangat penting. Kita tidak mahu ada anak-anak Selangor yang tercicir hanya kerana ibu bapanya sedang berhadapan dengan kesukaran ekonomi. Kita tidak mahu jurang pendidikan semakin lebar akibat tekanan kos sara hidup. Wanita berkerjaya, Alhamdulillah, dalam merangka pakej ini wanita berkerjaya tidak ditinggalkan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberikan insentif RM1,000

kepada 5,000 wanita bekerja dan ditambah lagi 5,000 yang telah diberikan awal. Bermakna Kerajaan memberikan insentif Mama Kerja kepada seramai 10,000 orang wanita berkerjaya. Pelaksanaan ini bagi memastikan mereka terus bekerja walau dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global yang melanda negara dan mereka terus menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan negeri dan negara. Keupayaan fiskal Negeri Selangor. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan pelbagai inisiatif ini? Jawapannya, pertama, Selangor mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan pengurusan kewangan yang berhemah. Kedua, Selangor menyumbang lebih satu per empat pada ekonomi negara. Ketiga, Selangor mempunyai ekosistem pelaburan yang kukuh. Keempat, Selangor mempunyai kapasiti hasil yang baik. Namun begitu, apa yang lebih penting ialah hasil tersebut dikembalikan semula kepada rakyat. Inilah yang membezakan perbelanjaan biasa dan perbelanjaan strategik. Apabila Kerajaan membelanjakan wang untuk membantu rakyat melalui krisis ia bukan sekadar kos, ia adalah pelaburan sosial membantu mengekalkan kuasa beli rakyat, membantu memastikan perniagaan terus beroperasi serta membantu mengekalkan momentum ekonomi negeri. Cadangan penambahbaikan, walaupun Meru menyokong penuh pakej ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Pertama, mewujudkan mekanisme pemantauan berkala supaya setiap inisiatif ini dapat dinilai keberkesanannya berdasarkan data-data dan impak sebenar kepada rakyat. Kedua, memperkasakan pendigitalan perusahaan mikro dan kecil supaya mereka lebih berdaya tahan menghadapi ketidaktentuan ekonomi. Ketiga memperluaskan latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan khususnya kepada golongan belia dan pekerja yang terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan. Langkah-langkah ini akan memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi pulangan maksimum kepada rakyat Selangor dan ekonomi negeri. Tuan Speaker, sebagai penutup, dalam keadaan dunia semakin tidak menentu, rakyat mengharapkan kepimpinan yang berani membuat keputusan, rakyat mengharapkan Kerajaan yang bukan sahaja memahami masalah mereka, tetapi sanggup bertindak menyelesaikannya. Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak memilih untuk menunggu krisis menjadi lebih buruk sebelum bertindak. Sebaliknya Kerajaan mengambil langkah awal untuk melindungi rakyat memperkukuh ekonomi negeri dan membina daya tahan jangka panjang. Saya percaya pakej ini bukan sekadar respons kepada krisis semasa tetapi merupakan asas kepada sebuah Selangor, negeri Selangor yang lebih berdaya tahan, lebih inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. Dengan ini Tuan Speaker, saya menyatakan sokongan penuh terhadap Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor serta berharap pelaksanaannya dapat diteruskan dengan cekap, telus, berkesan demi kesejahteraan seluruh rakyat Selangor. Sekian, terima kasih.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Tuan Speaker.

Speaker

Kuala Kubu Baru.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker. Walaupun pada bulan Februari baru-baru ini tercetusnya krisis di Asia Barat yang menyebabkan bekalan tenaga ke negara-negara Asia Tenggara terganggu, harga minyak naik mendadak, bekalan petrol berkurangan dan rantaian pengeluaran terjejas, ekonomi Malaysia dan Selangor masih kekal kukuh dan stabil. Buktinya pada 9 April dan 15 April yang lalu, World Bank dan International Monetary Fund, dengan izin bukan sahaja tidak menurunkan unjuran ekonomi Malaysia malah menaikkan lagi ramalan pertumbuhan negara kita. Ia menunjukkan Malaysia ada daya tahan dan potensi yang kuat walaupun dunia berdepan pelbagai cabaran. Malah nilai ringgit kita juga meningkat dan kekal kukuh berbanding Dollar Amerika, Yen Jepun, Yuan China, Dollar Hong Kong, Rupiah Indonesia dan Dollar Singapura. Ini petanda keyakinan terhadap ekonomi Malaysia semakin meningkat. Walaupun keadaan geopolitik dunia masih tidak menentu, kita menyaksi Malaysia tetap berjaya menarik pelaburan langsung asing FDI sebanyak RM92.8 bilion untuk suku pertama tahun ini. Ini satu angka yang besar dan jelas menunjukkan pelaburan Antarabangsa masih yakin dengan negara kita. Jepun menjadi penyumbang pelaburan terbesar dengan pelaburan RM21.5 bilion diikuti China, Amerika Syarikat dan Singapura. Apa yang paling membanggakan Selangor mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi iaitu RM33.5 bilion mengatasi negeri-negeri lain seperti Johor, Kuala Lumpur dan Penang. Ini membuktikan Selangor terus menjadi enjin utama ekonomi negara dan pusat teknologi digital Malaysia. Kejayaan Selangor bukan sahaja penting untuk negeri tetapi juga memainkan peranan besar telah memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hasil kekukuhan ekonomi negeri kini diterjemahkan kepada tindakan yang nyata untuk melindungi rakyat dan industri dalam menghadapi serta mengharungi krisis semasa. Melalui 15 inisiatif baru yang bernilai RM209 juta di bawah Fasa 2 Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor, Kerajaan Negeri memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai, dinampak terus oleh rakyat dan sektor perniagaan khususnya dalam mendepani cabaran ekonomi yang semakin mencabar. Antara langkah yang sangat membantu ialah pengurangan kadar sewa premis PBT sebanyak 30% selama enam bulan bermula Julai sehingga Disember dan yang paling penting ia dilaksanakan secara automatik tanpa perlu sebarang permohonan. Ini memberi kelegaan terus kepada peniaga kecil dan sederhana. Dan dalam usaha menuju negeri yang lebih hijau dan mampan, Kuala Kubu Baru menyambut baik rebat cukai taksiran sebanyak 100% turut ditawar kepada pemilik rumah yang memasang teknologi hijau seperti panel solar, sistem penuai air hujan, sistem kitar semula dan unit pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan peruntukan RM5.5 juta.

Bagi golongan wanita bekerja, Kuala Kubu Baru menyambut baik Inisiatif Mama Kerja menerima tambahan RM5 juta dengan bantuan RM1,000.00 diberi kepada ibu yang mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah dan ditempatkan di taska atau pusat jagaan. Ini bukan sahaja meringankan beban keluarga tetapi juga menggalakkan golongan

ibu lebih ramai wanita terus kekal dalam tenaga kerja. Kepada mereka yang kehilangan pekerjaan pula, peluang baharu dibuka untuk menceburi bidang keusahawanan melalui latihan pendedahan strategi asas perniagaan, bantuan data Internet selama 12 bulan, elaun perjalanan dan akses kepada ekosistem perniagaan PLATS. Dalam masa yang sama, menerusi Program Kerjaya Selangor, Kerajaan Negeri terus berusaha dalam memadankan kemahiran mencari kerja dengan keperluan sebenar industri supaya lebih ramai rakyat dapat kembali bekerja. Baru-baru ini di kawasan Hulu Selangor, di Dewan Komuniti Serendah kita menyaksikan kerjasama yang sangat rapat di antara Invest Selangor dan juga PERKESO dalam menyambungkan pekerja-pekerja ataupun pemain-pemain industri untuk menawarkan pekerjaan kepada penduduk setempat di Hulu Selangor. Kuala Kubu Baru menyambut inisiatif yang baru untuk membantu rakyat dari segi kebajikan dan untuk meneruskan pekerjaan tetapi juga ingin mengingatkan supaya program-program ataupun promosi program boleh dipertingkatkan supaya keberkesanan program ini dapat terus terjamin.

Seterusnya Tuan Speaker, apabila kita berbicara tentang pelepasan karbon sifar ia bukan lagi sekadar retorik alam sekitar yang abstrak. Hari ini di tengah-tengah krisis bahan api global dan tekanan rasionalisasi subsidi diesel domestik projek ini adalah tentang kelangsungan ekonomi, kepelbagaian dan kedaulatan tenaga. Negeri Selangor tidak sekadar memasang panel solar ataupun menanam pokok, Negeri Selangor sedang membina rantaian nilai lengkap yang menukar sumber alam semula jadi secara langsung menjadi tenaga mobiliti bersih. Satu ekosistem from waters to wealth dengan izin. Selaras dengan agenda Tenaga Hijau Negeri Selangor dan hasrat untuk memperkukuhkan ekosistem mobiliti rendah karbon, Kuala Kubu Baru ingin bertanya apa status pelaksanaan projek penghasilan hidrogen berasaskan tenaga mini hidro di Hulu Selangor yang difahamkan akan menyokong inisiatif Smart Bus Hydrogen? Dalam hubungan ini, adakah kajian keselamatan telah atau sedang dilaksanakan oleh pihak pelaksana projek khususnya berkaitan aspek penghasilan, penyimpanan, pengangkutan dan pengurangan hidrogen termasuk kajian seperti hazard dan operability study, quantitative risk assessment, pelan tindak balas kecemasan dan penilaian risiko pengangkutan? Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu kerangka ataupun prosedur keselamatan khususnya bagi projek hidrogen di Selangor supaya setiap projek yang berkaitan hidrogen pada masa depan mempunyai satu standard seluruh bagi negeri Selangor. Kuala Kubu Baru ingin mencadang supaya taklimat dianjur bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor, agensi kecemasan supaya kita memastikan tahap kesiapsiagaan dan keyakin awam terus dapat diperkukuh. Secara keseluruhan, Kuala Kubu Baru berpendapat bahawa pakej daya tahan ini merupakan satu pakej yang sangat seimbang dari segi menjaga kebajikan rakyat dan juga merangsang ekonomi negeri. Inilah makna sebenarnya sebuah Kerajaan yang berwibawa bukan hanya mengurus angka dan pertubuhan tetapi memastikan hasil kemajuan itu sampai kepada rakyat terutamanya ketika waktu yang sangat sukar kerana pada akhirnya sebuah negeri kekuatannya bukan diukur

pada kekayaan yang dimiliki tetapi pada sejauh mana ia mampu melindungi rakyat ketika waktu yang sangat mencabar. Seperti kata Winston Churchill, ‘the price of greatness is responsibility’, dengan izin dan hari ini Selangor membuktikan bahawa tanggungjawab itu bukan sekadar janji tetapi diterjemahkan melalui tindakan yang nyata. Dengan ini, Kuala Kubu Baru menyokong Pakej Daya Tahan Fasa Ke-2. Terima kasih.

Speaker

Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sentosa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas keprihatinan dan tindakan pantas dalam memperkenalkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM203.76 juta. Pakej ini memang membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi dan cabaran ekonomi semasa sama ada akibat ketidaktentuan ekonomi global, kenaikan kos sara hidup mahupun cabaran pasca pandemik. Pendekatan yang diambil menunjukkan pengalaman pentadbiran yang matang dan serta berkemampuan kerajaan membuat keputusan cepat dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Tuan Speaker, Sentosa juga amat menghargai usaha kerajaan dalam membantu sektor pertanian dan keusahawanan. Peruntukan sebanyak RM6 juta bagi bantuan agropreneur dan RM7 juta bagi pembiayaan Daya Tahan Keusahawanan Tani Selangor akan membantu meningkatkan produktiviti petani serta menjamin bekalan makanan negeri. Bantuan ini amat penting dalam memastikan golongan petani terus berdaya saing dan mampu meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, Sentosa juga ingin menyentuh mengenai usaha kerajaan dalam mengurangkan beban pendidikan rakyat iaitu Bantuan Yuran Pengajian IPT Selangor sebanyak RM17 juta dan Program Sijil Kemahiran Malaysia Selangor sebanyak RM20 juta membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan anak-anak Selangor mendapat akses pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan ibu bapa malah memberi peluang kepada lebih ramai anak muda melanjutkan pelajaran dan meningkatkan kemahiran mereka. Hasilnya, prestasi pendidikan negeri terus menunjukkan peningkatan dan melahirkan modal insan yang lebih berkualiti.

Tuan Speaker, Sentosa juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas pelaksanaan Program Sarapan Percuma di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 pelajar di 965 sekolah di seluruh Selangor. Inisiatif ini amat penting kerana ia membantu pelajar yang tidak sempat atau tidak mampu bersarapan mengurangkan beban kos sara hidup keluarga, meningkatkan tumpuan dalam kelas serta mengurangkan masalah ponteng dan lewat hadir ke sekolah. Pengalaman di India khususnya makanan Program Sarapan Percuma Tamil

Nadu yang diperkenalkan pada tahun 2022 telah membuktikan bahawa penyediaan makanan di sekolah mampu meningkatkan kehadiran, mengurangkan keciciran dan memperbaiki prestasi pembelajaran pelajar. Negara-negara maju seperti Finland, United Kingdom dan Amerika Syarikat juga telah lama melaksanakan program pemakanan sekolah kerana mereka memahami bahawa pelaburan dalam pemakanan pelajar adalah pelaburan dalam pendidikan. Saya percaya Program Sarapan Percuma Selangor bukan sekadar menyediakan makanan tetapi merupakan pelaburan strategik dalam pembangunan modal insan, kesejahteraan keluarga dan juga masa depan anak-anak sekolah.

Tuan Speaker, Sentosa juga ingin atau membawa isu-isu rumah ibadat selain Islam. Sentosa ingin menarik perhatian bahawa masih terdapat banyak permohonan rumah ibadat selain Islam yang belum mendapat kelulusan dan masih menunggu keputusan untuk tempoh yang agak panjang. Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan keperluan agama dan kebajikan masyarakat. Sentosa berharap proses kelulusan dapat dipercepatkan serta birokrasi yang masih wujud dapat dikurangkan. Selain itu, pemaju perlu juga pihak pemaju juga perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menyelesaikan isu penempatan semula rumah ibadat sebelum ataupun semasa pembangunan projek perumahan dilaksanakan kerana banyak pemaju pindahkan rumah-rumah ibadat untuk mereka mulakan projek perumahan tetapi mereka tidak menyelesaikan isu penempatan semula rumah ibadat sebelum mereka meninggalkan ataupun menghabiskan projek-projek perumahan mereka. Sentosa yakin dengan kerjasama semua pihak, isu ini dapat diselesaikan secara adil, tersusun dan harmoni demi kepentingan seluruh rakyat Selangor. Banyak rumah ibadat telah dipindahkan. Masa itu mungkin ADUN atau Ahli Parlimen telah memberi kerjasama untuk memindahkannya selepas beberapa tahun 20-30 tahun. Hari ini kuil atau pun rumah ibadat diklasifikasikan sebagai rumah ibadat tidak sah. Oleh itu, saya juga ingin Sentosa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas usaha berterusan Kerajaan Negeri mencari jalan penyelesaian terhadap isu rumah ibadat selain Islam di Selangor. Walau bagaimanapun, Sentosa berpandangan bahawa statistik berkaitan rumah ibadat yang masih belum dimuktamadkan tidak sepatutnya didedahkan kepada umum kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Lindungi rumah ibadat, kukuhkan keharmonian Selangor.

Sentosa juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan lawatan beliau ke Rusia dan Turkmenistan yang telah membuka peluang baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kerjasama tenaga untuk negara. Tahniah juga kepada PETRONAS atas kejayaan memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor tenaga yang telah membuktikan bahawa keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia serta kepimpinan PMX dalam membawa negara ke hadapan walau pun berdepan cabaran ekonomi global.

Sentosa juga ingin menyambut baik bahawa berita harga diesel terus menunjukkan tren penurunan berikutan Langkah Penyasaran Subsidi yang dilaksanakan Kerajaan. Ini membuktikan bahawa dasar yang dibuat berasaskan data dan keperluan negara mampu memberi kesan positif kepada ekonomi serta mengurangkan ketirisan. Dalam keadaan dunia yang penuh ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi, Kerajaan Madani telah berjaya mengemudi negara dengan baik. Memastikan kestabilan ekonomi dan keyakinan pelabur terus kukuh. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kepimpinan yang berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat Antarabangsa dan terus menjaga kebajikan rakyat.

Akhir sekali Tuan Speaker, apa yang lebih penting dan hasil dan pendapatan yang berjaya dikumpulkan oleh negeri dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung. Inilah tujuan sebenar sesebuah Kerajaan yang bertanggungjawab memastikan kejayaan negeri dikongsi bersama rakyat terutamanya ketika mereka memerlukan bantuan. Langkah ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja mengurus kewangan dengan baik malah sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Semoga usaha ini terus memperkukuhkan daya tahan ekonomi rakyat dan memastikan tiada golongan yang tercicir. Selangor maju apabila rakyatnya terus dibela dan diperkasakan. Sentosa menyokong. Terima kasih.

Speaker

Kota Kemuning. Ya silakan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Kita Selangor. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan ruang dan peluang kepada Kota Kemuning untuk turut serta dalam perbahasan berkenaan dengan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 Fasa Kedua yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. I try to be (dengan izin) concise and precise Tuan Speaker. Ramai yang telah pun membicarakan dan telah pun bahas perkara yang sama. Saya ingin merakam penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dan seluruh barisan EXCO kerana bertindak secara proaktif dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang semakin mencabar. Ketika ketidaktentuan ekonomi dunia, konflik geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan tenaga, tekanan kos sara hidup yang terus kesan kepada rakyat, negeri Selangor tampil dengan langkah yang berani dan tanggungjawab melalui pakej bantuan yang menyeluruh.

Dengan peruntukan tambahan sebanyak RM209.26 juta menjadikan keseluruhan pakej Fasa 1 dan Fasa 2 sebanyak RM355.06 juta. Sekali lagi Selangor telah membuktikan bahawa negeri ini sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. Pakej ini adalah merangkumi bantuan kepada rakyat, usahawan, pekerja sektor pendidikan, perumahan, pertanian serta teknologi hijau serta sektor-sektor yang penting memastikan daya tahan ekonomi terus kukuh.

Tuan Speaker, apa yang lebih membanggakan, apa yang kita lakukan di sini adalah berbeza yang mana pendekatan Kerajaan Negeri berpandukan data. Banyak yang telah berhujah bahawa apakah yang perlu dilakukan atau tidak. Masa masa sekarang, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan lebih kepada data, kajian ekonomi dan pandangan pakar. Dasar yang berasaskan bukti dan Evidence-Base Policy Making (EBPM) merupakan amalan yang terbaik yang disarankan oleh organization antarabangsa seperti OECD dan Bank Dunia bagi memastikan setiap ringgit every dollar yang telah dibelanjakan memberikan impak maksimum kepada rakyat.

Pakej ini juga hadir pada masa yang tepat. Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM 2.10 sen seliter yang dijangkakan akan membantu mengurangkan kos pengangkutan serta operasi perniagaan. Langkah Kerajaan Negeri melalui pakej ini akan melengkapkan usaha Kerajaan Persekutuan dalam mengurangkan tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat. Nowadays Tuan Speaker, kalau buat pun masalah, tak buat pun masalah. Tetapi Kerajaan Negeri mengambil pendekatan, kita adalah negeri yang pedulikan rakyat dan membantu rakyat pada setiap masa. Pada masa yang sama, Malaysia telah berjaya mengukuhkan perhubungan perdagangan dan ekonomi Antarabangsa yang mana baru-baru ini kita ada pengumuman dari pihak PMX bagaimana mereka telah berjaya mendapatkan tenaga atau pun petrol dari Rusia dan Turkmenistan. Ini menunjukkan apa? Kita kerja kita tidak berpolitik. Ini adalah penting untuk kita memastikan bahawa ia dimanfaatkan oleh negeri Selangor sebagai negeri penyumbang besar dalam ekonomi negara menarik lebih banyak pelaburan dan membuka peluang pekerjaan berkualiti untuk mengembangkan pasaran bagi usahawan tempatan.

Tuan speaker, saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap pakej ini. Namun demikian ada dua perkara atau pun dua cadangan. Pertama, untuk tambah baik pakej ini saya harap Kerajaan Negeri memastikan proses permohonan dan penyaluran bantuan di laksanakan secara cekap, pantas serta mesra rakyat. Kita perlu mengurangkan kerenah birokrasi red tape dan mewujudkan proses yang lebih lancar supaya bantuan dapat disalurkan kepada golongan yang sasar dalam tempoh yang singkat. Kejayaan sesuatu pakej bukan bergantung kepada jumlah peruntukan tetapi keberkesanan penyampaiannya. Kita ramai yang telah di lapangan sana memang syukur dengan apa yang kita beri tetapi kadang-kadang mereka terlepas atau tidak dapat bantuan tersebut akibat daripada red tape ini. Ini adalah satu yang kita perlu lebih tambah baikkan prosesnya.

Kedua, berkenaan dengan Program TVET dan pembangunan Modal Insan. Saya menyambut baik pelbagai inisiatif yang telah diumumkan namun cadangan saya agar Program TVET tersebut diperluaskan kepada golongan profesional dan pengurusan pertengahan kerana baru-baru ini satu data menunjukkan bahawa lebih kurang 10,000

pekerja telah kehilangan pekerjaan di dalam golongan profesional. Kalau boleh kita mengubah atau pun membantu mereka akibat daripada perubahan ekonomi dan teknologi dengan menggunakan kecerdasan AI. Ini juga menunjukkan bahawa transformasi digital bukan sahaja memberi kesan kepada pekerjaan berkemahiran rendah, malah turut memberi impak kepada golongan profesional dan pengurusan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengumpul data, we have to collect data pekerja-pekerja yang kehilangan atau kehilangan kerja akibat perubahan ekonomi ini. Dengan data tersebut kita boleh menggunakan atau membawa data ini kepada pelaburan baharu yang datang ke Malaysia yang mana khususnya di Selangor. Dengan ini kita dapat menyelesaikan isu-isu berkenaan dengan peluang-peluang pekerjaan di negeri Selangor. Langkah ini bukan sahaja membantu mendapat pekerjaan baharu tetapi memastikan pelaburan yang masuk ke negeri ini benar-benar memberi manfaat kepada anak Selangor.

Tuan speaker, sebelum saya akhirkan sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Penjawat Awam, Pakar Ekonomi dan semua pihak yang bekerja keras dalam merangka pakej yang komprehensif ini. Saya juga menyambut baik Ketua Pembangkang Hulu Kelang yang telah menyokong usul ini pada masa ini tetapi saya tidak pasti lagi Yang Berhormat, sama ada Yang Berhormat masih Ketua Pembangkang atau tidak di luar sana. Kita lihat ada pula suara yang mengatakan minta Yang Berhormat untuk meletakkan jawatan. Apa pun ini adalah masalah rumah tangga mereka. I wish all the best kepada Parti Warisan Negara yang dapat sokongan padu dari pada parti PAS dan berjaya merampas Perikatan Nasional. Dalam suasana ekonomi yang mencabar, rakyat memerlukan Kerajaan yang memahami masalah bukan kerajaan yang sibuk rebut kuasa dan tebuk atap. Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 Fasa 2 membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja mendengar denyut nadi rakyat, malah bersedia mengambil langkah konkrit untuk melindungi kebajikan mereka. Dengan ini saya menyokong penuh Usul ini. Sekian terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ahli Dewan Negeri

Speaker

Taman Medan. Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih. Tuan Speaker, apabila kita membincangkan soal ekonomi kita sering bercakap tentang pelaburan berbilion ringgit, pertumbuhan KDNK dan angka-angka besar tetapi setiap hari tatkala saya melalui kawasan-kawasan perniagaan di Taman Medan, saya disajikan dengan realiti bahawa real ekonomi bukan hanya berada di pusat data, kilang semi konduktor atau pun menara korporat. Ekonomi sebenar juga berada di gerai nasi lemak di tepi jalan yang dibuka seawal jam 5.00 pagi. Ia berada di kedai runcit kecil Pasar Besar PJ Oldtown yang bergelut menampung kos operasi. Ia berada di gerai makan di Medan Selera Jalan SS223 yang

terpaksa memilih sama ada untuk menaikkan harga makanan atau mengurangkan keuntungan yang sudah sedia nipis. Bagi mereka setiap kenaikan harga minyak, setiap kenaikan kos bahan mentah dan setiap bil yang perlu dibayar bukan sekadar statistik. Ia menentukan sama ada perniagaan mereka mampu bertahan sebulan lagi atau tidak. Sebab itu saya menyambut baik dan menyokong Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri. Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global, gangguan rantaian bekalan dan peningkatan sara hidup, Kerajaan tidak boleh berpeluk tubuh. Langkah menyediakan bantuan kepada rakyat, sektor pertanian usahawan dan golongan rentan adalah tindakan yang wajar dan bertanggungjawab.

Namun Tuan Speaker jika bantuan kepada rakyat penting, membantu peniaga untuk terus bertahan juga tidak kurang pentingnya. Saya menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri untuk memberikan pengurangan sewa premis PBT sebanyak 30% kepada lebih 21, 000 peniaga di negeri Selangor. Tetapi saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri melangkah setapak lagi ke hadapan. Saya memohon supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan pengecualian Fi Lesen Perniagaan dan Permit Penjaja serta meneliti pengurangan atau pengecualian sewa premis milik Kerajaan Negeri, PBT dan agensi berkaitan Kerajaan Negeri bagi tempoh tertentu sehingga hujung tahun. Total moratorium kepada peniaga-peniaga kita. Cadangan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa malah Kerajaan Persekutuan sendiri telah mengumumkan langkah membantu peniaga melalui pengecualian dan pengurangan sewa premis di bawah agensi kerajaan. Logiknya mudah, setiap ringgit yang tidak dibayar kepada Kerajaan dalam bentuk lesen atau sewa, tidak hilang. Wang itu kekal dalam poket peniaga untuk membeli stok, untuk membayar gaji pekerja, menambah modal dan menjana aktiviti ekonomi daripada menunggu bantuan turun dari atas, kita memberi ruang ekonomi berkembang dari bawah. Dengan lebih daripada 21,000 peniaga yang menyewa premis PBT di negeri Selangor pengecualian tambahan ini berpotensi meninggalkan puluhan juta ringgit dalam ekonomi tempatan sepanjang tahun ini. Wang tersebut akan berputar semula dalam komuniti membatu peniaga kecil, pekerja dan pembekal tempatan. Ini lah rangsangan ekonomi yang paling cepat akan dirasai oleh rakyat.

Tuan Speaker, dalam keadaan mencabar seperti hari ini, Kerajaan tidak seharusnya melihat peniaga kecil sekadar sebagai pembayar lesen dan penyewa premis. Mereka adalah pencipta pekerjaan, penggerak ekonomi setempat dan tulang belakang kepada ekonomi rakyat. Apabila peniaga bertahan, pekerjaan dapat dikekalkan. Apabila pekerjaan terpelihara, kuasa beli rakyat meningkat. Apabila kuasa beli meningkat, ekonomi negeri akan terus berkembang. Atas sebab itu, saya menyokong pakej ini tetapi saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan penambahbaikan ini agar pakej yang baik menjadi lebih berkesan kerana kadangkala cara terbaik membantu rakyat bukan dengan memberi lebih banyak bantuan tetapi dengan mengurangkan lebih banyak beban.

Tuan Speaker, hari ini saya ingin bercakap tentang satu perkara.

Taman Medan, Taman Medan. Berkenaan yang sewa 30%. Saya nak tambah sikit.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sila Kota Damansara.

Baik, Yang berhormat. Tadi Yang Berhormat ada mengatakan berkenaan untuk ditambah SELangkah. Cuma saya nak minta pendapat daripada Yang Berhormat Taman Medan. Kalau andai kata pengecualian pengurangan 30% ini kalau diberikan secara blanket ni satu hal, kedua ada juga setengah-setengah daripada mereka menyewa gerai-gerai majlis ni bukan untuk meniaga tetapi dijadikan stor. Sepatutnya pihak-pihak majlis ni kena lihat balik sebenarnya 30% ni jangan bagi pada blanket kepada semua secara menyeluruhnya tetapi di semak satu per satu mana yang dijadikan stor ni sepatutnya disuruh buka. Kedua, kalau tak boleh jangan bagi langsung atau tutup, bagi pada orang yang betul-betul benar untuk berniaga.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Kalau hari ini baru kita nak bincang premis majlis jadi stor, patut tu kita bincang daripada dua penggal lepas. Masalah itu adalah masalah pengurusan di peringkat PBT. Saya juga bersetuju dengan pandangan Kota Damansara, kalau premis-premis perniagaan ini dijadikan stor dan tidak buka beroperasi, maka tindakan perlu diambil. Bahkan saya telah mencadangkan dalam dewan ini sebelum ini supaya satu audit dibuat di semua PBT kerana masalah antara besar yang kita hadapi adalah penjaja di tepi jalan yang tidak ada lesen. Mereka ini sepatutnya diberikan ruang untuk masuk premis-premis tapi mereka mohon kata premis ini semua dah penuh, dah ada orang isi. Pihak Majlis, Pihak PBT kena buat kerja rajin sikit. Bagi notis sebab kita ada perjanjian dengan peniaga. Kalau jadi stor, kena keluar. Nak stor, pergi sewa stor. Premis makanan adalah tempat untuk meniaga makanan. Premis gerai runcit adalah untuk meniaga gerai runcit. Saya setuju dengan pandangan Kota Damansara, cuma kalau kita nak buat exercise tu sekarang, susahlah. Saya setuju pandangan Kerajaan Negeri bagi blanket. Cuma saya minta bagi terus moratorium seperti yang pernah dijanjikan dalam manifesto Perikatan Nasional sebelum ini untuk kita kecualikan sewa dan juga Fi lesen peniaga kecil. Pernah, dalam Perikatan Nasional sebelum ini.

Tuan Speaker, hari ini saya ingin bercakap tentang satu perkara yang menjadi asas kepada negara-negara yang mengaku dirinya demokratik iaitu peranan semak dan imbang dalam memastikan kuasa tidak disalah gunakan. Saya memuji usaha Menteri Besar untuk membentangkan Pakej Rangsangan ini ke Dewan Negeri Selangor bagi mendapatkan pandangan semua Ahli Dewan Negeri baik daripada Kerajaan mahupun Pembangkang. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kerana Kerajaan Negeri mengangkat suara

Taman Medan dan sebahagian Ahli Dewan dalam ini dan juga warga Petaling Jaya akan keperluan pembinaan sebuah hospital baru awam di Petaling Jaya. Taman Medan berikrar untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri dalam memastikan perancangan hospital awam baru di Petaling Jaya ini menjadi satu realiti.

Taman medan setuju juga cadangan di Taman Medan tetapi kalaulah usaha itu ada cabarannya kalau kos terlampau tinggi, PMX tak mampu nak umumkan dalam belanjawan, ada cadangan-cadangan alternatif lain yang mana Bukit Gasing, Kampung Tunku dan banyak lagi ADUN-ADUN di Kota Damansara saya rasa tak boleh buat dekat Kota Damansara, di kena buat belah sini sahaja. Banyak hospital dah Kota Damansara. Dan kita nak supaya hospital ini menjadi realiti kerana akses kesihatan kepada penduduk-penduduk warga Petaling Jaya menjadi satu masalah besar. Orang Petaling Jaya, orang Taman Medan kalau nak pergi hospital awam paling dekat sekarang ini adalah Hospital Shah Alam atau Hospital Kuala Lumpur atau Hospital Sungai Buloh. Dulu PPUM tetapi bila PPUM mengubah polisi bahawa kena bayar deposit RM1,500 sebelum masuk wad maka itu menjadi beban kepada warga Petaling Jaya.

Tuan Speaker, dalam politik kita sering mendengar orang bercakap tentang kemenangan, kita bercakap tentang mandat, kita bercakap tentang sokongan rakyat tetapi sejarah mengajar kita bahawa kejayaan sebenar sesebuah Kerajaan bukan diukur pada berapa besar majoriti yang dimiliki tetapi sejauh mana Kerajaan itu bersedia menerima teguran. Sebab itu, sebuah kerajaan penting untuk ada pembangkang bila kerajaan tidak ada pembangkang dia jadi masalah. Bila Menteri Besar tak ada pembangkang tak ada ketua pembangkang dia jadi masalah tidak boleh nak ditegur. Kerana hakikatnya kerajaan yang baik tidak takut pada kritikan. Yang takut pada kritikan hanyalah mereka yang mula percaya bahawa mereka tidak mungkin melakukan kesilapan.

Tuan Speaker, ada satu ungkapan terkenal daripada Lord Acton, “power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”. Kuasa cenderung merosakkan dan kuasa mutlak merosakkan secara mutlak sebab itu demokrasi tidak dibina atas kepercayaan bahawa pemimpin sentiasa betul. Demokrasi dibina atas kesedaran bahawa manusia boleh tersilap. Maka perlu ada pihak yang menegur, perlu ada pihak yang mempersoalkan, perlu ada pihak yang mengingatkan dan pihak itu ialah Pembangkang. Pembangkang bukan musuh negara, pembangkang bukan musuh negeri Selangor, pembangkang adalah salah satu mekanisme yang memastikan negara dan negeri tidak tersasar daripada landasannya.

Tuan Speaker, bahaya terbesar kepada sesebuah organisasi bukan lah musuh dari luar, bahaya terbesar ialah apabila tiada lagi orang di dalam yang berani berkata benar. Saya teringat ada satu kisah yang sangat masyhur. Kisah The Emperor’s New Clothes, seorang Maharaja Tua diperdaya bahawa baginda sedang memakai pakaian paling indah di dunia. Oleh kerana takut dianggap tidak bijak dan takut melawan titah Sang Maharaja Tua, semua

pembesar dan penasihat berpura-pura melihat pakaian tersebut. Mereka memuji, mereka mengampu, mereka mengiyakan walaupun hakikatnya Maharaja Tua tidak memakai apa-apa. Tidak siapa yang berani berkata benar, hanya seorang kanak-kanak yang akhirnya bersuara dan menyebut apa yang semua tahu tetapi takut untuk katakan.

Tuan Speaker, bukankah itu gambaran yang paling tepat tentang apa yang berlaku apabila budaya tegur-menegur mati, apabila semua orang hanya mengangguk, apabila semua orang hanya memuji. Apabila semua kesetiaan kepada individu mengatasi kesetiaan kepada prinsip, apabila jawatan menjadi lebih penting daripada kebenaran. Sebab itulah, saya ingin mengingatkan dewan ini...

Speaker

Taman Medan, Bukit Gasing mencelah.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tuan Speaker...

Speaker

Kejap ya.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Dah nak habis dah. Tuan Speaker, kita boleh memakai pelbagai label. Kita boleh bercakap tentang perjuangan, kita boleh bercakap tentang agama, kita boleh bercakap tentang syurah walaupun kita sendiri yang menolak bermusyawarah tetapi jika akhirnya tidak ada sesiapa yang berani menegur pemimpin, tidak ada sesiapa mempersoalkan keputusan dan setiap pandangan berbeza dianggap penderhakaan maka kita perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah sedang membina organisasi yang sihat atau kita sedang membina budaya pemujaan terhadap individu. Kerana dalam sejarah manusia keruntuhan tidak bermula dengan kelemahan. Keruntuhan biasanya bermula dengan kesombongan, kesombongan yang membuatkan seseorang merasakan dirinya sentiasa betul. Kesombongan yang membuatkan seseorang tidak lagi mahu mendengar pandangan berbeza. Kesombongan yang membuatkan seseorang percaya bahawa dirinya sahaja memiliki kebenaran. Al-Quran sentiasa mengingatkan kita tentang kisah Firaun. Bukan kerana kekayaannya Firaun binasa bukan kerana kekuasaannya Firaun hancur tetapi kerana kesombongannya Firaun kerana dia merasakan dirinya terlalu hebat untuk menerima kebenaran. Begitu jugalah dalam politik, apabila seorang pemimpin atau organisasi mula merasakan mereka tidak lagi memerlukan pandangan lain itu lah saat benih-benih kejatuhan mula ditanam.

Tuan Speaker, akhirnya, demokrasi bukan sistem yang sempurna tetapi demokrasi memberikan ruang untuk kesilapan diperbetulkan. Dan proses pembetulan itu hanya berlaku apabila wujud semak dan imbang yang berfungsi. Kerajaan yang kuat memerlukan Pembangkang yang kuat. Pemimpin yang baik memerlukan penasihat yang berani berkata tidak dan organisasi yang sihat memerlukan ahli yang bercakap benar bukan sekadar menjadi tukang sorak, bukan sekadar menjadi pengampu, bukan sekadar menjadi mereka

yang sentiasa berkata ya walaupun perkara itu salah. Kerana akhirnya sejarah tidak pernah mengingati mereka yang kuat mengampu. Sejarah mengingati mereka yang berani mempertahankan kebenaran. Maka, marilah kita mempertahankan budaya semak dan imbang Tuan Speaker. Mempertahankan kebebasan untuk menegur, mempertahankan keberanian untuk berkata benar kerana negara ini tidak akan rosak, Selangor ini tidak akan rosak akibat terlalu banyak teguran tetapi Selangor dan negara ini boleh rosak apabila tiada lagi sesiapa yang berani menegur. Dengan ini saya ingin mohon menyokong.

Speaker

Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum waraḥmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa saya tidak menolak sebarang bantuan kepada rakyat jika ada bantuan yang sampai kepada rakyat sudah pasti kita semua menyokong. Jika ada usaha yang boleh mengurangkan beban rakyat yang sedang dihimpit kos sara hidup sudah pasti kita semua alu-alukan. Malah, Permatang ingin turut sama membantu Kerajaan untuk menyampaikan atau mengedarkan bantuan yang sepatutnya kepada rakyat. Sebagai Pembangkang yang bertanggungjawab, tugas kami bukan hanya sekadar memuji apa yang baik dan mengkritik apa yang kurang. Tugas kami adalah memastikan setiap ringgit wang rakyat dibelanjakan secara berkesan. Setiap dasar yang diumumkan benar-benar menyelesaikan masalah dan setiap program yang dilaksanakan haruslah memberi impak berkekalan kepada rakyat.

Tuan Speaker, Kerajaan hari ini mengumumkan pakej pengukuhan daya tahan Selangor bernilai RM355 Juta. Jumlah ini bukan lah kecil, namun persoalan yang besar ialah adakah pakej ini benar-benar membina daya tahan rakyat atau sekadar membantu rakyat bertahan untuk beberapa bulan sahaja kerana daya tahan sebenar bukan sekadar kemampuan menghadapi krisis pada hari ini tetapi daya tahan sebenar ialah kemampuan untuk terus berdiri apabila krisis seterusnya datang.

Tuan Speaker, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan satu persoalan yang mungkin kelihatan kecil tetapi sebenarnya mencerminkan cara Kerajaan melihat rakyat, cara daripada kerajaan melihat rakyat kerana kerajaan hari ini sering bercakap mengenai dengan Smart State. Tetapi saya ingin bertanya adakah Smart State itu diukur melalui jumlah aplikasi yang dibangunkan atau sejauh mana rakyat dipermudahkan. Hari ini Baucar Kita Selangor menggunakan SELangkah, Mama Kerja pula menggunakan NINE dan Subsidi Pengangkutan juga menggunakan NINE. Program-program lain pula menggunakan platform yang berbeza. Akhirnya rakyat mula keliru mungkin mereka bukan bertanya bantuan apa yang mereka layak terima tetapi mereka bertanya mahu guna aplikasi yang mana pula. Bukan kah data rakyat, data yang kita dapat ini adalah data yang sama. Data ini datang daripada data Kerajaan Negeri yang sama. Jadi, jika rakyat perlu mengingati

pelbagai aplikasi atau pun memahami pelbagai aplikasi untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan maka ini bukan lah Smart State. Ini saya risau menjadi seperti Smart Confussion

Tuan Speaker, matlamat pendigitalan bukan untuk menunjukkan berapa banyak aplikasi yang kita bangunkan namun matlamat pendigitalan ini ialah untuk memudahkan urusan rakyat. Kalau kita lihat sebagai contoh, hari ini, seorang ibu yang mahu memohon bantuan perlu mengetahui aplikasi yang berbeza. Bayangkan pula bagaimana warga emas pula perlu mempelajari sistem aplikasi yang berlainan pula. Jadi, sebab itu saya ingin mencadangkan supaya Selangor menjadi negeri pertama yang benar-benar melaksanakan konsep Single Window Governemnt Service di mana kita sepatutnya mempunyai satu identiti digital, satu aplikasi satu pangkalan data dan kalau boleh satu akaun untuk semua rakyat kerana tujuan ini ialah untuk memudahkan bukan sahaja rakyat tetapi juga kerajaan dalam pengurusan sistem. Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Yang pertama, apakah justifikasi kerajaan negeri menggunakan dua platform yang berbeza bagi menyalurkan bantuan yang datang daripada kerajaan yang sama. Kedua, berapakah pula jumlah kos pembangunan, penyelenggaraan dan operasi aplikasi NINE serta SELangkah setakat ini dan adakah kerajaan mempunyai plan untuk mewujudkan Single Window Governemnt Service dan himpunkan semua bantuan dan perkhidmatan Kerajaan Negeri di bawah satu platform dan yang paling penting adakah kajian pengalaman pengguna telah dijalankan bagi menilai tahap kefahaman rakyat terhadap aplikasi Kerajaan pada hari ini. Yang keduanya Tuan Speaker, Permatang datang daripada kawasan yang menjadi antara nadi pengeluaran makanan Negara apabila saya bercakap mengenai pesawah dan petani saya tidak bercakap berdasarkan laporan di atas meja saya bercakap berdasarkan suara rakyat yang saya sendiri turun di lapangan dan mendengar di sawah, di warung dan juga di kampung. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM25 juta untuk membantu lebih 14,000 pesawah, petani, nelayan, penternak dan pengusaha agrokultur termasuk 7,387 pesawah yang saya kita akan menerima bantuan tunai. Saya amat menghargai usaha tersebut namun persoalannya wajar kita renungkan bersama pada hari ini, adakah bantuan ini mampu mengubah masa depan sektor Agro Makanan Selangor atau sekadar membantu hanya bertahan untuk satu musim sahaja. Tuan Speaker, hari ini kita Malaysia masih bergantung pada import bagi sebahagian bekalan makanan. Kita lihat bagaimana apabila Negara pengeksport beras boleh mengehadkan eksport apabila berlaku gangguan bekalan dunia. Jadi apabila itu berlaku Negara yang bergantung pada import akan menjadi mangsa pertama. Jadi sebab itulah Tuan Speaker saya merayu isu padi bukan sekadar isu pertanian. Isu ini juga adalah isu keselamatan Negara dan juga kedaulatan makanan dan juga yang paling penting ini adalah isu masa depan rakyat Malaysia. Tanjung Karang merupakan antara jelapang padi terpenting Negara. Jika sektor ini lemah bukan sahaja pesawah yang rugi namun Negara juga akan menanggung akibatnya. Masalah sebenar pesawah pada hari ini Tuan Speaker, bukan semata-mata kekurangan bantuan, masalah sebenar mereka adalah keuntungan

yang di lihat semakin mengecil sebab itu lah pada hari ini kita lihat ramai pesawah sudah makin kurang pesawah-pesawah muda untuk meneruskan aktiviti pesawah ini kerana kos mengusahakan 1 hektar sawah pada satu musim boleh mencecah antara RM3,000.00 hingga RM5,000.00. Dengan hasil purata kalau kita kira rata- ratanya menghasilkan sekitar 5 tan. Jadi keuntungan bersih yang tinggal kadang-kadang hanyalah RM1,500.00 hingga RM3,000.00 sahaja bagi satu tempoh hampir ini untuk 4 bulan. Jadi kalau kita congak bermakna pesawah ini hanya memperoleh pendapatan bersih sekitar RM400.00 hingga RM800.00 bagi setiap hektar yang diusahakan. Jadi persoalan yang lebih besar ialah sama ada pesawah ini masih mampu memperoleh pendapatan yang munasabah daripada hasil sawah mereka. Jadi saya ingin bertanya, apakah mekanisme permohonan bagi tujuan 7,387 pesawah yang di sebut di dalam pakej ini? Adakah bantuan akan diberikan ataupun di salurkan secara automatik berdasarkan rekod sedia ada ataupun sawah perlu pula membuat permohonan jika perlu membuat permohonan? Di manakah permohonan ini? Adakah melalui aplikasi ataupun ada cara yang akan Kerajaan Negeri akan sampaikan kepada mereka kemudian dan juga yang paling penting Tuan Speaker memandangkan Negeri Selangor ini adalah negeri yang maju jadi saya ingin bertanya, adakah Kerajaan mempunyai Pelan Pemodenan Jentera dan Teknologi bagi mengurangkan kebergantungan pesawah kepada diesel dan bagaimana pula ukuran kejayaan yang digunakan untuk menilai keberkesanan bantuan pakej ini nanti? Adakah sekadar jumlah penerima ataupun peningkatan sebenar pesawah? Tuan Speaker, saya juga tidak menolak keperluan stok penimbal, tetapi kalau kita lihat Tuan Speaker gudang tidak menghasilkan makanan, gudang adalah satu tempat untuk menyimpan makanan, persoalan saya mudah apabila berlaku krisis global dan eksport makanan di hentikan apakah jaminan gudang ini boleh terus diisi dengan saya kira kalau tidak silap saya dengan pakej yang diberikan sekitar RM50 juta untuk gudang makanan. Jadi keterjaminan makanan sebenar bukanlah terletak pada saiz gudang tetapi kepada keupayaan kita menghasilkan makanan sendiri tapi Tuan Speaker kalau kita lihat dalam pakej ini pakej belanja untuk gudang ini adalah lebih besar daripada bantuan kepada pertanian itu sendiri kerana kita tidak boleh bercakap tentang gudang makanan tanpa kita bercakap tentang petani ataupun pesawah. Kita juga tidak boleh menyebut, bercerita tentang stok penimbal tanpa kita bercerita tentang pengeluar makanan pada akhirnya makanan di simpan dalam gudang perlulah datang daripada seseorang yang menanam, menternak atau menangkapnya dan jika pengeluar makanan kita makin berkurangan maka sebesar mana pun gudang yang kita bina saya risau ia akan menjadi gudang yang kosong Tuan Speaker.

Tuan Speaker saya juga menyambut baik tambahan RM5 juta kepada Program Mama Kerja kerana ini adalah satu program yang sangat baik untuk terutama sekali untuk golongan wanita yang bekerja namun saya ingin melihat isu ini dari perspektif yang lebih besar. Kerajaan menawarkan RM1,000 kepada wanita bekerja yang mempunyai anak berusia 6 tahun ke bawah persoalan saya adakah RM1,000 itu mencukupi kerana kos taska di Selangor boleh mencecah antara RM300 hingga RM1,500 sebulan. Ini bermakna RM1,000

mungkin hanya mampu satu hingga tiga bulan kos penjagaan anak maka apa yang terjadi selepas itu cabaran yang sama tetap wujud. Jadi sebagai seorang wanita dan sebagai seorang ibu saya amat memahami realiti ini wanita tidak hanya memerlukan bantuan sekali beri tetapi kita memerlukan ekosistem yang membolehkan para wanita untuk bekerja dengan tanang. Wanita memerlukan taska yang mampu milik, mereka juga memerlukan tempat kerja yang mesra keluarga ini yang paling penting kerana mereka memerlukan sokongan yang berterusan bukan bantuan yang berakhir selepas satu transaksi. Justeru saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah Kerajaan Bercadang memperluaskan bantuan kepada subsidi taska bulanan atau insentif kepada majikan yang boleh menyediakan pusat jagaan anak dan apakah pelan jangka panjang Kerajaan untuk membina ekosistem mesra keluarga yang membolehkan wanita tetap kekal dalam pasaran kerja? Tuan Speaker saya ingin mengakhiri perbahasan ini dengan membangkitkan semula persoalan yang di bawa oleh Sungai Ramal tadi.

Timbalan Speaker

Saya benarkan, tidak apa ambil masa.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Pakej Daya Tahan Selangor diumumkan dengan nilai RM355 juta jadi angka ini sangat besar Tuan Speaker sudah tentu rakyat menyambut baik setiap bantuan yang kita umumkan tetapi sebagai Wakil Rakyat tugas kita bukan sekadar bertepuk tangan apabila angka besar diumumkan tugas kita adalah memastikan agar setiap ringgit wang rakyat dibelanjakan dengan penuh akauntabiliti sebab itu saya berharap Kerajaan dapat menjelaskan dengan telus daripada mana sumber kewangan pakej ini akan diperoleh adakah ia peruntukan baru lebihan hasil Negeri, penjimatan daripada peruntukan sedia ada ataupun sumber-sumber lain yang telah dikenal pasti kerana mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor setiap perbelanjaan tambahan perlu mempunyai punca kuasa yang jelas dan melalui proses yang sewajarnya di Dewan yang mulia ini. Akhirnya, rakyat bukan sahaja mahu mendengar berapa banyak yang di umumkan rakyat juga mahu tahu bagaimana wang itu di peroleh, ke mana ia di belanjakan dan sejauh mana ia benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan mereka. Bagi saya pengukuran kejayaan sesebuah Kerajaan bukanlah pada banyaknya pengumuman yang dibuat tetapi kepada ketelusan, kebertanggungjawaban dan keberkesanan setiap ringgit yang di belanjakan kerana amanah yang paling besar Tuan Speaker bukanlah mengumumkan peruntukan tetapi menguruskan wang rakyat dengan penuh integriti. Sekian daripada Permatang.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Permatang, sila Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Speaker saya berdiri di depan Dewan yang mulia ini hari ini untuk membahaskan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada minggu yang

lepas. Pertama sekali saya amat mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM10 juta yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk meneruskan Jualan Ehsan Rahmah (JER). Program ini sememangnya menjadi memampan inflasi yang amat popular kerana menawarkan barangan makanan asas seperti ayam, ikan dan beras pada harga yang sangat rendah. Saya juga amat tertarik dan menyokong penuh langkah bijak Kerajaan yang membenarkan kredit di bawah Bantuan BINGKAS dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) digunakan secara langsung untuk membeli belah di JER. Ini satu tindakan yang sangat memuliakan kehidupan rakyat, sebagai langkah pelengkap saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan agar kredit di bawah baucar Kita Selangor yang baru ini turut dibenarkan untuk digunakan di Jualan Ehsan Rahmah. Ini akan memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada golongan sasar untuk memaksimumkan kuasa membeli mereka di platform harga murah milik negeri kita sendiri. Tuan Speaker, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Selangor atas pengumuman inisiatif baucar Kita Selangor. Peruntukan sebanyak RM30 juta untuk menyumbangkan RM100 sebulan selama 6 bulan kepada 50,000 keluarga adalah satu bukti nyata bahawa kita serius dalam melindungi kedudukan kewangan isi rumah rakyat. Apa yang paling saya puji mengenai inisiatif ini ialah cara pelaksanaannya Kerajaan tidak menunggu rakyat datang mendaftar kerana inilah yang sering kali menyusahkan dan tercicir, sebaliknya Kerajaan bertindak pro-aktif dengan menggunakan pangkalan data sedia ada daripada agensi Negeri dan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan ini terus ke dalam e-Wallet SELangkah penerima yang layak. Ini ialah contoh urus takbir pindah bertaraf bandar raya yang kita mahukan. Seterusnya mengenai mobiliti, saya menyambut baik tawaran subsidi tambang pengangkutan awam sebanyak RM30 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada 50,000 warga Selangor bagi menggalakkan penggunaan Perkhidmatan Transit Responsif Permintaan (DRT) di Seri Kembangan kenderaan pengangkutan awam mikro seperti bas mini dan Van DRT ini sangat penting untuk menyelesaikan isu keter sambungan first mile dan last mile dengan izin. Walau bagaimanapun dalam teks pengumuman disebut bahawa subsidi ini akan disalurkan melalui Aplikasi NINE. Tuan Speaker, warga emas dan penduduk yang kurang celik digital di kawasan saya sering merungut kerana terlalu banyak aplikasi yang perlu dimuat turun dalam telefon pintar mereka, kejap Aplikasi PBT, kejap Aplikasi Negeri saya mencadangkan agar subsidi pengangkutan awam ini diintegrasikan dan boleh digunakan terus di dalam Aplikasi SELangkah memandangkan baucar Kita Selangor juga dimasukkan ke dalam SELangkah menyatukan subsidi tambang di bawah satu aplikasi yang sama akan mengurangkan kekeliruan dan memudahkan penduduk terutamanya golongan veteran kita. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas keprihatinan mengurangkan kadar sewa premis Pihak Berkuasa Tempatan, PBT sebanyak 30% bermula bulan Julai sehingga Disember 2026. Bantuan automatik bernilai RM4.5 juta ini pastinya meringankan beban para penjaja dan peniaga kecil kita namun Tuan Speaker jangan sampai niat murni Kerajaan ini di manipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, saya mendesak agar PBT menjalankan tinjauan dan operasi penguatkuasaan yang lebih kerap di semua premis PBT. Kita mahu memastikan aset

Kerajaan ini digunakan sepenuhnya oleh peniaga tempatan yang sah dan bukannya di salah gunakan sebagai stor atau disewa pula kepada pihak ketiga dengan mengaut keuntungan atas angin.

Tuan Speaker peruntukan RM17 juta untuk mewujudkan biasiswa pendidikan Kita Selangor demi membantu pelajar-pelajar daripada keluarga B40 melanjutkan pelajaran ialah satu pelaburan masa depan yang sangat murni. Bagi memperkasakan lagi usaha ini saya mempunyai dua cadangan tambahan pertama saya ingin mencadangkan agar Kerajaan membekalkan komputer riba, laptop dengan izin dengan kuota tertentu terus ke Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri. Pusat Khidmat kami ialah barisan hadapan yang kerap menerima pelajar miskin yang menangis kerana tidak mampu membeli peranti untuk kuliah. Dengan adanya kuota ini kami boleh menyerahkannya terus kepada pelajar yang benar-benar memenuhi syarat. Kedua, seperti mana pendirian saya sebelum ini saya mengesyorkan agar pelajar-pelajar yang menerima biasiswa negeri ini diberikan keutamaan untuk bekerja dengan agensi Kerajaan Negeri atau anak-anak syarikat GLC Selangor selepas mereka graduasi nanti. Ini adalah situasi menang-menang. Kita bantu pendidikan mereka dan mereka membalas budi dengan menyumbang bakat cemerlang mereka kembali untuk membangunkan ekonomi Selangor. Akhir sekali, mengenai kelestarian alam sekitar. Langkah Kerajaan menawarkan rebat cukai taksiran 100% bagi tahun 2026 kepada warga yang memasang panel solar sistem penuai air hujan atau alat kompos di kediaman mereka adalah satu inisiatif hijau yang sangat progresif. Namun, sekiranya kita mahu Selangor bergerak lebih pantas ke arah negeri neutral carbon, Kerajaan sendiri perlu mengetuai usaha ini secara besar-besaran. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperuntukkan dana bagi memasang bumbung berpanel solar di tapak-tapak kemudahan awam. Ini termasuklah di gelanggang bola keranjang awam, pasar awam, taman-taman permainan dan laluan pejalan kaki berbumbung di seluruh Selangor. Langkah ini mempunyai fungsi dwi manfaat yang hebat. Tuan Speaker, di satu pihak kita menjana tenaga bersih untuk negeri. Di satu pihak lagi, struktur bumbung solar ini akan berfungsi sebagai pelindung fizikal yang membolehkan warga Selangor, anak-anak dan warga emas menjalankan aktiviti rekreasi serta harian mereka dengan selesa, bebas daripada rintangan hujan dan terik matahari.

Tuan Speaker, Pakej Pengukuhan dan Daya Tahan Selangor ini membuktikan bahawa Selangor bukan sahaja sebuah gergasi ekonomi tetapi sebuah negeri yang mempunyai jiwa dan hati yang besar untuk rakyatnya. Dengan harapan agar cadangan-cadangan daripada Seri Kembangan ini diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak Kerajaan. Dengan ini, Tuan Speaker, saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Seri Kembangan. Yang Berhormat Kuang.

Terima kasih Tuan Speaker beri peluang kepada Kuang untuk mengambil bahagian juga dalam perbahasan. Pertama-tamanya saya nak ucap tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri sebab akhirnya Kerajaan Negeri mendengar titah ucapan Tuanku dalam Sidang DUN 2025 apabila Tuanku sebut Beta mengambil maklum prestasi baik kewangan Kerajaan Negeri Selangor, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri dalam merancang pembangunan negeri Selangor mestilah mengutamakan kesejahteraan rakyat. Jadi hari ini Kerajaan Negeri tampil setelah Kerajaan Negeri sedar bahawa kita ada masalah dan masalah kita bukan kecil, masalah kita besar. Kita dah dengar macam-macam dah, beribu orang dibuang kerja melalui laporan oleh PERKESO ke SOCSO tadi saya dengar yang melibatkan ribuan rakyat Selangor dibuang kerja dan pelbagai masalah-masalah yang memerlukan Kerajaan Negeri untuk step in, step in dengar dan ambil tindakan untuk mengatasi masalah ini kerana Kerajaan Pusat gagal. Kalau tidak ada kegagalan maka tidak perlu kita tampil dengan satu inisiatif baru berjumlah ratusan juta untuk membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan. Jadi saya ucap tahniah. Cuma saya agak keliru pagi ini, saya mohon maaf tidak hadir pada hari Jumaat kerana masalah kesihatan. Walau bagaimanapun saya mendengar pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mengenai pakej rangsangan RM355 juta. Cuma saya juga sepakat dengan Sungai Ramal, kita hadir pagi ini ramai-ramai nak dengar, nak bahas kepada satu cadangan perbelanjaan wang negeri berjumlah RM355 juta yang kalau punca kuasanya dah ada Alhamdulillah boleh dilaksanakan terus kerana cadangan ini adalah cadangan bersasar. Maksudnya telah ada cadangan dan telah ada tarikh pelaksanaannya, cuma when we are doing the right thing dengan izin i hope we are doing it the right way. Boleh Kota Kemuning? So kita ada cadangan untuk membelanjakan sekian wang, saya minta Kerajaan Negeri nanti perjelaskan punca kuasa duit itu daripada mana? Adakah duit ini sebahagian daripada belanjawan yang kita bentangkan tahun lepas untuk 2026? Atau adakah duit ini adalah sepatutnya menjadi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026? Supaya kita dapat buat ia dengan betul dan dapat dilaksanakan segera tanpa ada mana-mana kekangan dan sekatan. Saya ucap tahniah kepada Kota Kemuning, sebab tadi Kota Kemuning menyokong cadangan ini bersama cadangan penambahbaikan maknanya yang telah dibuat itu di bincang bersama pakar-pakar ekonomi, pakar macam-macam, come out with a cadangan yang dijangkakan sudah terbaik, Kota Kemuning boleh bagi sedikit lagi penambahan supaya dia jadi lebih baik. Seri Kembangan juga bangun tadi bawa satu cadangan yang saya amat setuju, pemberian laptop kepada pusat-pusat khidmat, bukan masalah Seri Kembangan sahaja, saya rasa ini masalah semua Ahli-ahli dalam Dewan. Orang-orang miskin datang, anak masuk universiti minta laptop kepada Yang Berhormat ADUN-ADUN. Alang-alang nak belanja duit berbilion-bilion, kepada belanja RM355 juta sahaja? Saya cadang hari ini saya minta semua ADUN sokong. Double kan jumlah yang kita nak belanjakan untuk bantu rakyat. Eh tak tepuk pun. Takut ke? Kenapa takut nak belanja? Duit ada. Rakyat tengah susah. Kita setuju, kita semua setuju hari ini dalam Dewan, rakyat tengah susah. Sebab itu Kerajaan Negeri bangkit, Kerajaan Negeri tampil to save the rakyat with a package of RM355 juta. Daripada mungkin reserve kita yang

berbilion dalam simpanan Kerajaan. Saya harap cadangan ini, pembentangan ini bolehlah selesaikan masalah rakyat, bukan sekadar gula-gula. Sila.

Terima kasih Kuang. Sebab Kuang pandang saya banyak kali, so saya kena bangun juga akhirnya. Bila sebut tentang tak tepuk dengan menyokong itu, saya ingat belah sana pun tak tepuk tadi. Jadi saya pun terfikir, Kuang ni bersama-sama ke tidak dengan kalangan bersama-sama ini? Okay itu yang pertama. Yang kedua, yang kedua, bila sebut tentang peruntukan tambahan, kalau kita nak bincangkan saya ingat bukan dalam Sidang kali ini. Kita boleh bawa mungkin daripada Sidang bulan Ogos nanti, kalau dibawa peruntukan tambahan, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan, saya pun akan turut sama menyokong. Cuma Yang Berhormat, dalam kita membentang belanjawan yang lepas itu pun Yang Berhormat semua pun tidak menyokong. Sebab bila kita buat belanjawan, itu juga untuk rakyat. Itu juga untuk keperluan rakyat walaupun tanpa krisis ataupun dengan krisis. So ketika itu pun Yang Berhormat tidak menyokong, apatah lagi kalau kita bawa RUU perbekalan tambahan. Adakah Yang Berhormat akan menyokong dan seterusnya mendapatkan sokongan keseluruhan daripada rakan-rakan Perikatan Nasional ataupun nama-nama lainlah yang akan diwujudkan selepas daripada ini? Terima kasih. Apa pandangan Yang Berhormat?

Baik, terima kasih. Sekarang Yang Berhormat tahu kenapa kita tidak sokong hari itu kan? Kenapa kita tidak sokong hari itu sebab kita tahu tidak cukup. Kita tahu pembentangan belanjawan itu hari bukan kita tidak sokong, Yang Berhormat daripada Kerajaan pun semua minta tambah. Sokong, kemudian tidak cukup. Kawasan saya, saya terpaksa pasang lampu guna duit poket saya sendiri, Kota Kemuning sebut. Tapi sokong. Kita tidak sokong sebab kita tahu pembentangan belanjawan lepas tidak cukup. Hari ini kita kena buat penambahan kepada perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk mencukupkan masalah yang kita dah tahu dahulu akan kita hadapi hari ini.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat.

Boleh saya jawab dahulu?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Sedikit.

Silakan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Beberapa kali tu telah mengumum Kota Kemuning. Yang Berhormat, Yang Berhormat kena faham. Hari ini kita bicarakan berkenaan Pakej Daya Tahan untuk membantu semasa krisis. Ya, bukan menambah-tambah untuk bekalan untuk setahun. Ia adalah berbeza. Konteks dia berbeza hari ini. So

Yang Berhormat, Yang Berhormat bersetuju kerana daya tahan ini akan membantu pada masa krisis? Yang kita perlu tumpukan sekarang, adakah pakej-pakej yang disediakan ini memberi bantuan kepada rakyat secara pakar ekonomi telah pun mengatakan dia orang telah pun menyatakan bahawa ini adalah cara-cara yang kita boleh membuat intervensi, setuju?

Terima kasih Kota Kemuning, tadi kita dah bincang dekat luar, masuk Dewan kita akan sama-sama sebut nama. Betul? Jadi saya ikut je, kan? Saya nak beritahu tuan-tuan, krisis ini kita dah jangka dah. Lama dah kita jangka. Rakyat tunggu lebuh raya percuma dah 3 tahun. Rakyat tunggu harga minyak turun dah 3 tahun. Rakyat tunggu tidak perlu bayar PTPTN dah 3 tahun. Krisis ini bukan krisis mengejut. Krisis ini..

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat, harga minyak turun, baru turun.

Ya baru umum, terima kasih. Tetapi saya nak beritahu kalau sebagai Kerajaan kita tidak boleh foresee, kita tidak boleh nampak apa yang akan berlaku dua tiga bulan ke depan, empat lima bulan ke depan, maka kita gagal. Kita akan gagal. Kita dah boleh menjangkakan hari ini berapa banyak pelaburan yang akan masuk. Berapa banyak pelaburan yang kita nak. Berapa banyak perbelanjaan kita. Semua kita foresee ke depan. Kita buat perbelanjaan bukan untuk hari krisis. Kita buat pembentangan belanjawan kita untuk setahun ke depan. Bukan untuk krisis, bukan untuk cerita tentang masalah kita hari ini tetapi kita cerita masalah kita setahun 2026 apa yang akan kita hadapi. Yes in the middle, di pertengahan akan berlaku satu dua perkara akan berlaku satu dua masalah itu kita boleh tangani semasa ke semasa. Saya tanya kita duduk dalam Dewan ini hari ini kenapa? Untuk dengar satu cadangan, bahas balik, tidak ada perbekalan undang-undang apa-apa. What are we doing here today? Saja datang dengar lah. Semua datang dengar, semua orang bercakap, sana bercakap, siapa nak bercakap boleh bercakap. Bak kata Speaker, siapa bangun nak berbahas, hujah, silakan. Lepas itu apa? EXCO pun berhujah sikit. Ini tidak ada apa-apa yang melibatkan undi atau kelulusan daripada mana-mana pihak pun, Kerajaan umum akan belanja sekian-sekian. Saya cadang jangan buang masa Ahli Dewan 3 hari, Jumaat, Isnin dan Selasa. Bentang sahaja buat PC. Kerajaan Negeri akan berbelanja sebanyak ini sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor or whatever name you want to use it dan belanjakan dan saya cadang kalau boleh double up dan bantu semua ADUN-ADUN dalam negeri Selangor.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

So Yang Berhormat, kalau boleh. Adakah itu pandangan Pembangkang bahawa selepas ini mereka tidak perlu tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan kami hanya perlu menyatakan melalui PC? Pembangkang tidak perlu, tidak mahu mengambil bahagian dalam mana-mana

perbahasan selepas ini memandangkan ia membuang masa. Itu adakah pendirian Pembangkang sekarang?

Terima kasih Yang Berhormat. Inilah yang saya nak sebut. Inilah yang saya nak sebut dekat Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat masuk daripada Sidang DUN yang lepas menyokong dan memberi cadangan. My question to you adakah cadangan baik Yang Berhormat kepada Kerajaan Negeri diambil pertimbangan oleh Kerajaan Negeri di dalam memperbaiki belanjawan yang telah diluluskan dan dibuat daripada peringkat awal? Is there any amendment kepada semua ulasan tuan-tuan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan Kewangan kita atau ia tetap diluluskan mengikut apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri? Tak ubah. You may ask another RM300,000 untuk JKR. Did it change? Adakah dia berubah?

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Ramal bangun. Bagi ruang?

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Kuang, terima kasih Speaker. Saya berpandangan, apabila kita bercakap tentang membantu rakyat, tiada siapa yang membantah. Sokong. Malah ada kalangan kita yang meminta ditambah. It’s okay. Tapi saya juga ingin menambah bahawa Kerajaan perlu melaksanakan tata kelola yang betul kerana tata kelola menjamin kerajaan itu bertindak betul dalam aspek membelanjakan duit, mesti ikut peraturan. Tapi malang sekali kita dipanggil datang ke Sidang kali ini untuk mendengar, bercakap dan tidak ada keputusan. Tuan Speaker menjelaskan tadi. Speaker tidak akan ambil keputusan menyokong atau tidak atas kepentingan ini. Jadi Kerajaan bentang dengan RM355 juta ini untuk minta duit ke tak nak minta duit. Saya ingat Ex-Officio kena bantu Kerajaan lah, Pegawai Undang-undang ada. Kita datang untuk membantu Kerajaan meluluskan peruntukan bagi membelanjakan wang kerajaan, kalau itu tak dibuat oleh Kerajaan, tata kelola Kerajaan hari ini meleset daripada jalan yang betul, mohon pandangan, terima kasih.

Terima kasih Sungai Ramal, betullah tu. Saya nak jelaskan, saya berdiri pagi ini dalam Dewan untuk menyatakan sokongan padu kepada cadangan kerajaan negeri untuk membelanjakan sejumlah wang untuk membantu rakyat dalam masa krisis. Saya minta Kerajaan Negeri pertamanya, janganlah dengar cakap pakar-pakar sahaja, dengarlah juga cakap Wakil Rakyat-Wakil Rakyat yang ada dalam Dewan ini yang hari-hari berdepan dengan rakyat yang susah di bawah. Ambillah juga pandangan-pandangan daripada kami wakil-wakil rakyat ini, yang menjadi barisan hadapan dalam mendengar masalah-masalah rakyat. Saya sokong cadangan dan inisiatif baik daripada Kerajaan, saya minta ditambah lagi untuk kita sama-sama dapat bantu rakyat. Saya ucap terima kasih kepada Speaker bagi laluan kepada saya dan saya mohon menyokong dengan beberapa cadangan baru daripada semua rakan-

rakan supaya ianya juga dimasukkan di dalam cadangan inisiatif Kerajaan kali ini, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kuang, saya persilakan Yang Berhormat Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Balakong berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas langkah proaktif ini dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar, ketidaktentuan geopolitik yang berpanjangan, perubahan teknologi yang berlaku dengan begitu pantas, serta cabaran kos sara hidup yang masih dirasai oleh rakyat, pakej ini hadir pada waktu yang amat tepat.

Tuan Speaker, apabila kita bincang tentang ekonomi hari ini, persoalannya bukan lagi semata-mata siapa yang berkembang paling pantas, persoalan yang lebih penting ialah sejauh manakah sesebuah negeri mempunyai daya tahan untuk berhadapan dengan cabaran, menyesuaikan diri dengan perubahan dan terus mencipta peluang untuk rakyat walaupun berdepan ketidaktentuan. Dalam konteks ini, Selangor mempunyai asas yang kukuh, kita melihat bagaimana Selangor terus mencatatkan prestasi yang memberangsangkan apabila merekodkan sejumlah 33.5 bilion pelaburan diluluskan pada suku pertama pada tahun 2026 iaitu tertinggi di Malaysia. Pencapaian ini bukan berlaku secara kebetulan, ia adalah hasil daripada dasar yang konsisten, pentadbiran yang stabil, ekosistem pelaburan yang matang, serta kerjasama erat antara Kerajaan, Penjawat Awam dan Agensi-agensi seperti ILDAS Selangor. Namun demikian, ada yang cuba menilai prestasi sesebuah negeri hanya berdasarkan satu atau dua angka tertentu, ada yang membandingkan kadar pertumbuhan negeri secara tak asing lalu membuat kesimpulan bahawa negeri tertentu telah mengatasi Selangor. Saya berpandangan bahawa perbandingan seperti ini perlu dibuat secara lebih adil dan menyeluruh. Kita harus memahami bahawa Selangor telah lama menjadi enjin ekonomi negara, saiz ekonomi Selangor adalah antara terbesar di Malaysia. Apabila sesebuah ekon9mi telah berada pada tahap yang besar, maka kadar pertumbuhannya secara semula jadi akan kelihatan lebih sederhana berbanding ekonomi yang sedang berkembang daripada asas yang lebih rendah.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh melihat kadar pertumbuhan semata-mata tanpa mengambil saiz ekonomi keseluruhannya, jumlah pelaburan yang berjaya ditarik, produktiviti, peluang pekerjaan yang diwujudkan serta impak sebenar kepada rakyat. Apa yang lebih penting ialah kualiti pertumbuhan tersebut. Jadi Tuan Speaker, saya melihat kekuatan sebenar ekonomi bukan hanya diukur melalui jumlah pelaburan yang masuk, tetapi sejauh manakah

manfaat daripada pelaburan tersebut dapat dirasai oleh rakyat. Kita tidak mahu pertumbuhan itu yang hanya kelihatan cantik di atas kertas, kita mahu pertumbuhan yang mewujudkan pekerjaan yang lebih berkualiti, membantu perusahaan tempatan berkembang, meningkatkan pendapatan rakyat dan membuka ruang kepada generasi muda untuk membina masa depan mereka.

Atas sebab itu, saya menyambut baik pendekatan Kerajaan Negeri yang telah memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan. Usaha memperkukuh pembangunan ekonomi tempatan melalui pendekatan local economy development merupakan langkah yang sangat penting, kita mahu memastikan bahawa setiap pelaburan yang masuk bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat besar, tetapi turut mencipta peluang kepada vendor tempatan, usahawan kecil dan juga pembekal tempatan serta tenaga kerja tempatan. Ini kerana apabila ekonomi tempatan diperkukuhkan, maka daya tahan negeri juga akan menjadi lebih kuat.

Tuan Speaker, selain menarik pelaburan, saya ingin menyentuh satu perkara yang penting dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri iaitu mewujudkan persekitaran yang lebih mesra niaga. Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, pelabur mempunyai banyak pilihan, mereka boleh memilih untuk melabur di mana-mana sahaja. Oleh itu, kelebihan sesebuah negeri bukan ...

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Balakong, ada soalan boleh. Saya nak tanya berkenaan dengan pakej yang disediakan oleh KUSKOP iaitu sebanyak 5 bilion untuk membantu SME khususnya kepada yang melibatkan dalam pasar malam, SME-SME kecil. Bagaimanakah SME ini boleh mengguna pakai sumbangan ataupun jumlah ini untuk membantu mereka pada masa yang krisis mereka hadapi, tambahan daripada kerajaan negeri membantu mereka dari segi usahawan pakej tersebut, boleh kamu jawab.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Saya melihat setiap ringgit yang disuntik baik dari Kerajaan Pusat ataupun Kerajaan Negeri Selangor, boleh berpotensi untuk membawa lagi banyak pulangan kepada peniaga sendiri, malah kepada ekonomi tempatan dan juga ekonomi negara juga. Jadi saya menyambut baiklah kedua-dua dana ataupun insentif yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri Selangor dan izinkan saya menyambung ucapan saya.

Tadi saya telah menyentuh tentang kompetitif, jadi saya nak sambung di mana kelebihan sebenar yang ada pada sesebuah ekonomi adalah sejauh manakah Kerajaan tersebut mampu menyediakan ekosistem yang cekap, responsif dan juga mesra kepada aktiviti perniagaan atas sebab itu saya berpandangan bahawa usaha mengurangkan birokrasi perlu terus diperkasakan. Kita perlu sentiasa menilai semula prosedur-prosedur yang sedia ada, jika terdapat proses yang boleh dipermudahkan, maka ia perlu dipercepatkan. Jika

terdapat syarat yang bertindih dan tidak lagi relevan, maka ia perlu dikaji semula. Ini bukan bermakna kita mengabaikan aspek takbir urus atau integriti, sebaliknya kita mahu memastikan bahawa peraturan yang wujud benar-benar berfungsi untuk melindungi kepentingan awam tanpa menjadi beban yang tidak perlu kepada rakyat dan pelabur.

Pelabur tidak akan bimbang adanya peraturan, tetapi pelabur bimbang akan ketidakpastian dan kelewatan kerana setiap kelewatan tersebut akan membawa kos setiap proses yang terlalu rumit boleh menyebabkan pelaburan terlepas ke tempat lain. Sebab itu saya menyambut baik usaha seperti Speed Selangor yang bertujuan mempercepatkan proses kelulusan pembangunan dan permit perniagaan di seluruh negeri. Inisiatif seperti mungkin tidak begitu menonjol di mata masyarakat berbanding projek-projek fizikal yang besar, namun hakikatnya, kesan kepada ekonomi adalah sangat significant dan dasar yang baik mampu menarik pelaburan tetapi birokrasi yang cekap akan memastikan pelaburan tersebut terus dan berkembang.

Tuan Speaker, dalam membincangkan daya tahan ekonomi, kita juga perlu memberi perhatian kepada perubahan ekonomi global yang sedang berlaku. Dunia sedang memasuki era yang didorong oleh kecerdasan buatan ekonomi digital, semi konduktor dan teknologi hijau dan automasi. Persaingan pada masa hadapan bukan lagi hanya antara negara atau negeri tetapi juga antara ekosistem yang berjaya melahirkan bakat dan inovasi. Atas sebab itu usaha Selangor untuk terus menjadi peneraju dalam sektor-sektor berteknologi tinggi perlu diteruskan. Pelaburan dalam industri semi konduktor, pusat data, teknologi digital dan sektor masa depan bukan sekadar soal angka pelaburan, ia adalah soal memastikan anak-anak muda tidak mempunyai peluang pekerjaan lebih baik, pendapatan yang lebih tinggi dan masa depan yang lebih cerah.

Pada masa yang sama, kita perlu memastikan pembangunan ini berlaku secara seimbang, kemajuan ekonomi mesti berjalan seiring dengan pembangunan modal insan, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana. Jika tidak, kita mungkin berjaya menarik pelaburan tetapi gagal memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat. Tuan Speaker, akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa kejayaan sesebuah negeri tidak seharusnya dilihat sebagai pertandingan antara negeri-negeri. Apabila Selangor berjaya menarik pelaburan, manfaatnya tidak terhad kepada Selangor sahaja, apabila industri berkembang, peluang pekerjaan diwujudkan, rantaian bekalan diperluaskan dan ekonomi negara turut mendapat manfaat. Begitu juga apabila negeri-negeri lain berjaya, kejayaan mereka juga menyumbang kepada kekuatan Malaysia secara keseluruhannya. Oleh itu, fokus kita bukanlah untuk membuktikan siapa yang lebih hebat daripada siapa, fokus kita adalah untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuh daya tahan ekonomi dan menyediakan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang dan melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang telah dibentangkan, saya percaya Selangor sedang melakukan

persediaan tersebut dengan sebaik-baiknya. Dengan itu Balakong menyokong usaha kerajaan negeri dalam memperkukuhkan daya tahan ekonomi Selangor demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Silakan Yang Berhormat Bukit Melawati.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Bismillahhirahmanirrahim, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa usaha Kerajaan Negeri memperuntukkan RM355 juta bagi membantu rakyat menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, peningkatan kos sara hidup serta kesan konflik geopolitik dunia adalah satu langkah yang wajar dan perlu diberikan perhatian serius sebagai rakyat kawasan luar bandar dan separa bandar seperti Bukit Melawati, saya melihat kesan kenaikan harga barang, kos pengangkutan dan tekanan ekonomi dirasai secara langsung oleh rakyat di peringkat akar umbi.

Yang Berhormat Speaker, saya menyokong matlamat pakej ini, namun terdapat beberapa perkara yang saya ingin usulkan bagi memastikan manfaat benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan. Memperluaskan sektor penyimpan makanan ke kawasan luar bandar. Saya menyambut baik penubuhan gudang makanan Selangor yang diperuntukkan sebanyak RM50 juta sebagai langkah menjamin bekalan makanan ini di Selangor. Namun, saya mencadangkan supaya diwujudkan pusat agihan satelit di kawasan luar bandar seperti Kuala Selangor, Sabak Bernam, dan Hulu Selangor supaya bekalan makanan dapat di salurkan dengan lebih cermat.

Sekiranya berlaku gangguan bekalan atau bencana, pendekatan amat penting memandangkan faktor jarak dan kekangan logistik boleh melambatkan proses penghantaran bantuan kepada penduduk yang memerlukan. Kita tidak mahu situasi di mana stok sedia ada di pusat simpanan tetapi penduduk di kawasan luar bandar atau kawasan terjejas akibat bencana menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya apabila berlaku kecemasan. Penyediaan pusat agihan yang strategik perlu disokong dengan pelan pengagihan yang jelas, penjelasan bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana serta pemantauan berkala bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Saya percaya langkah ini bukan sahaja memperkukuhkan ketahanan bekalan makanan negeri, malah memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan ketika berdepan saat-saat kecemasan. Menambah kekerapan Jualan Ehsan Rahmah Yang Berhormat Speaker, saya tidak menafikan bahawa program Jelajah Ehsan Rahman telah mendapat sambutan yang baik daripada rakyat dan memberi kelegaan kepada sebahagian pengguna melalui penawaran barangan asas pada harga yang lebih rendah. Berdasarkan sambutan yang diterima baik di kawasan Bukit Melawati, jelas menunjukkan bahawa program Jualan Ehsan Rahmah ini

mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk. Namun begitu, saya mencadangkan agar kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi serta bilangan warga B40 yang ramai diberikan kekerapan tambahan jualan secara mingguan untuk menambah lokasi jualan ini kawasan yang dikenal pasti mempunyai keperluan tinggi, perlu dipertimbangkan agar lebih ramai rakyat menikmati manfaat yang disediakan.

Isu pengangkutan awam di Bukit Melawati, Yang Berhormat Speaker, saya mengalu-alukan pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar melalui Pakej Mengukuhkan Daya Tahan Selangor yang diperuntukkan sebanyak RM10.4 juta bagi subsidi tambang pengangkatan awam sebagai usaha mengurangkan beban kos perjalanan rakyat. Namun manfaat subsidi ini hanya akan benar-benar dirasai sekiranya kemudahan pengangkutan awam di kawasan luar bandar dapat turut di perkasa seperti di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Penduduk di Kuala Selangor mempunyai pilihan pengangkutan awam yang amat terhad. Dan kebanyakan bergantung kepada Bas Smart Selangor dan atau Selangor Mobiliti. Walaupun terdapat dua laluan utama KL01 Terminal Bas Bandar Melawati dan Sekinchan dan KS02, Kuala Selangor – Sungai Buloh, melalui Ijok, Punck Alam dan Saujana Utama namun tiada perkhidmatan terus Bas Smart Selangor yang menghubungkan Terminal Bas Bandar Melawati dengan Hab Transit KTM dan MRT, Sungai Buloh. Di samping Selangor Mobiliti terdapat perkhidmatan bas komersial iaitu Bas Laluan 100 bagi penduduk Bukit Melawati untuk ke Kuala Lumpur melalui Hab Lebuh Padu walau bagaimanapun ketidaktentuan jadual dan operasi perkhidmatan ini menyebabkan ramai penduduk berdepan dengan kesukaran untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja atau pengajian di kawasan bandar. Justeru, saya berharap Kerajaan Negeri dapat memperkukuhkan Selangor Mobiliti dengan meningkatkan kekerapan perjalanan menambah baik liputan laluan dari di Bukit Melawati ke Hab Transit Sungai Buloh serta merancang integrasi dengan rangkaian LRT 3, Shah Alam agar manfaat subsidi pengangkutan dapat dinikmati secara lebih adil oleh penduduk luar bandar.

Bantuan Khas Nelayan dan Pengusaha Kecil, Yang Berhormat Speaker, kawasan Bukit Melawati mempunyai ramai nelayan tradisional yang bergantung pada hasil tangkapan harian sebagai sumber pendapatan keluarga. Namun peningkatan kos bahan api, kos penyelenggaraan bot dan peralatan, menangkap ikan serta keadaan cuaca yang tidak menentu telah memberi tekanan besar kepada kelangsungan kehidupan mereka. Dalam masa yang sama masih terdapat sebahagian nelayan khususnya pemilik sampan kecil yang tidak menikmati bantuan sedia ada kerana tidak berdaftar dengan agensi tertentu walaupun mereka bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan dan pelancongan. Justeru, saya mencadangkan agar bantuan bahan api nelayan darat ini dipertingkatkan dan diperluaskan supaya tiada golongan yang benar-benar memerlukan tercicir daripada menerima bantuan sokongan kerajaan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga wajar mempertimbangkan bantuan khas kepada pengusaha kecil dalam sektor pelancongan seperti pengusaha bot pelancong, pengusaha homestay, peniaga makanan dan penjaja kecil. Golongan ini bergantung

sepenuhnya kepada kehadiran pelancong sebagai sumber pendapatan utama. Justeru, sokongan yang besar bersasar amat diperlukan bagi membantu mereka untuk terus berdaya saing mengekalkan semua pendapatan keluarga.

Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, meningkatkan peluang pekerjaan belia. Saya menghargai komitmen Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan Program Berdaya Selangor yang memberi keutamaan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan. Pada tahun ini, langkah ini amat bertepatan dalam membantu mereka yang terkesan akibat ketidaktentuan ekonomi semasa. Untuk kembali memperolehi sumber pendapatan yang stabil namun begitu saya berpandangan bahawa skop program ini wajar diperluaskan agar turut memberikan penekanan khusus kepada golongan belia dan graduan terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar. Realitinya ramai anak muda di kawasan luar bandar berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan yang setara dengan kelayakan mereka disebabkan kekurangan akses kepada peluang kerjaya. Maklumat pasaran pekerjaan serta program peningkatan kemahiran justeru saya mencadangkan agar Program Kerjaya Selangor turut dilaksanakan secara lebih bersasar kepada para graduan yang masih belum memperoleh pekerjaan khususnya graduan baru dan mereka yang berada di kawasan luar bandar. Mereka merupakan aset penting negeri dan tidak seharusnya dibiarkan berhadapan dengan tempoh pengangguran yang berpanjangan sehingga menjejaskan motivasi serta potensi mereka untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri Selangor.

Keenam, ketulusan dengan pematuhan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026, Yang Berhormat Speaker, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri membentangkan laporan berkala kepada Dewan Selangor mengenai pelaksanaan setiap insentif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 ini. Laporan ini perlu merangkumi status pelaksanaan, perbelanjaan yang telah digunakan serta pencapaian yang telah dicapai. Langkah ini penting bagi memastikan setiap penstrukturan dibelanjakan secara berhemah, telus dan berkesan. Di samping menjamin bantuan yang disediakan benar-benar sampai kepada kumpulan sasar yang ditetapkan. Rakyat bukan sahaja mendengar pengumuman tentang pelbagai insentif yang diperkenalkan tetapi juga mahu melihat hasil impak dan keberkesanan pelaksanaannya. Justeru, ketelusan dalam melaporkan akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan Negeri. Memaksimumkan peranan agensi dalam syarikat berkaitan kerajaan GLC, Yang Berhormat Speaker bagi memastikan Pakej Pengukuhan Daya Tahan ini tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada kantung kewangan Kerajaan Negeri, saya menasihatkan agar peranan agensi badan berkanun dan syarikat berkaitan GLC negeri, dioptimumkan sepenuhnya kepada syarikat-syarikat GLC yang merekodkan keuntungan wajar diselaraskan untuk menggerakkan program tanggungjawab sosial korporat CSR yang wajib sejajar dengan teras utama pakej ini. Pemantauan tadbir urus yang ketat ke atas agensi dan badan berkanun juga amat ketika pada waktu ini bagi mengelakkan sebarang ketirisan atau pertindihan projek. Kesepaduan

langkah antara Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat sepatutnya setiap syarikatnya akan memastikan sumber agihan secara lebih efisien dan impak yang terus ke tahap akar umbi. Daya tahan iklim dan insentif ekonomi hijau Yang Berhormat Speaker, membina daya tahan negeri bukan sahaja tertumpu kepada angka ekonomi tetapi juga menuntut kesiapsiagaan kita menghadapi kesan perubahan iklim yang semakin membimbangkan. Saya menggesa kerajaan negeri untuk tidak menyediakan peruntukkan bagi menguruskan teknologi lestari khususnya insentif sisa ke tenaga waste energy.

Yang Berhormat Speaker, yang terakhir saya, Bantuan Langsung Daya Tahan Rakyat boleh dibina dengan merancakkan rantaian ekonomi mikro ke peringkat daerah. Saya menyarankan agar Kerajaan Negeri memperuntukkan dana khas untuk mempertabatkan aset pelancongan berasaskan warisan dan kebudayaan tempatan seperti pembangunan, penyelenggaraan muzium sejarah daerah atau pengindahan ruang komersial awam dengan elemen seni tapak dalam masa yang sama Kerajaan Negeri perlu lebih terbuka dan menyokong inovasi sosial yang praktikal untuk rakyat seperti bangunan, pembangunan, perumahan insentif berkonsepkan rumah mikro di kawasan luar bandar. Akhir sekali, saya percaya bahawa ketika rakyat berhadapan cabaran ekonomi yang semakin mencabar pendekatan terbaik ialah memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi impak maksimum kepada rakyat. Kita menyokong segala usaha yang membantu rakyat tetapi pada masa yang sama menjadi tanggungjawab kita sebagai Ahli Dewan Negeri untuk memastikan pelaksanaan yang cekap, telus dan adil. Semoga segala insentif yang diumumkan benar-benar dapat meringankan beban rakyat Selangor dan memperkukuhkan daya tahan ekonomi negeri dalam menghadapi cabaran global yang tidak menentu. Sekian, daripada Bukit Melawati. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Saya minta Yang Berhormat Semenyih, silakan.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Tuan Speaker, terima kasih di atas ruang yang diberikan kepada Semenyih untuk turut membahaskan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 dalam semangat menyokong hasrat Kerajaan Negeri untuk melindungi rakyat daripada kesan pergolakan geopolitik di Timur Tengah. Walaupun punca tekanan ini datang daripada pergolakan luar negara. Kesannya tidak terhenti di medan Antarabangsa. Ia turut memberi kesan kepada harga barang, kos, tenaga, kestabilan bekalan, tekanan kepada perniagaan dan akhirnya kepada pekerjaan serta kehidupan rakyat biasa di negeri Selangor. Sebab itu, Semenyih berpandangan perbahasan kita tidak boleh terhenti pada angka-angka peruntukkan semata-mata. Daya tahan sebenar bukan sekadar berapa banyak bantuan yang dapat disalurkan ketika krisis tetapi sejauh mana Selangor sebagai negeri maju mampu melindungi pekerjaan, menstabilkan bekalan dan membina kekuatan ekonomi tempatan apabila krisis luar berpanjangan. Dengan kata lain, daya tahan yang kita

bicarakan dalam konteks negeri Selangor tidak diukur semasa krisis berlaku semata-mata. Tetapi seharusnya diukur melalui keupayaan negeri untuk bangkit dan berdiri teguh selepas krisis berlaku. Bantuan tunai subsidi sementara dan pakej rangsangan sememangnya penting bagi meredakan tekanan jangka pendek. Namun secara ekonomi dunia menunjukkan bahawa masyarakat yang benar-benar berdaya tahan ialah masyarakat yang memiliki pekerjaan yang stabil, institusi ekonomi yang kukuh, modal insan yang berkualiti dan sistem pentadbiran yang berasaskan hasil. Atas semangat tersebut Semenyih menyokong Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 yang diumumkan oleh kerajaan negeri. Namun sudah tentu terdapat beberapa perkara yang wajar diberi perhatian agar pakej bernilai RM355 juta ini bukan sahaja menjadi mekanisme bantuan sementara tetapi mudah-mudahan mampu membina ketahanan ekonomi dan sosial yang lebih kebal dan berkekalan. Semenyih akan cuba berbahas secara ringkas dalam lima inti pati utama.

Yang pertama, Kehilangan pekerjaan. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada memaklumkan bahawa sejumlah 10,869 warga Selangor kehilangan pekerjaan antara Januari hingga Mei 2026. Angka ini bukan sekadar angka statistik. Angka ini menuntut perhatian serius kita semua. Di sebalik angka tersebut, Semenyih merasai terdapat ribuan ketua keluarga yang kehilangan punca pendapatan. Terdapat ibu bapa yang sedang bergelut membayar sewa dan hutang rumah, pinjaman kenderaan, yuran persekolahan anak-anak dan kos kehidupan yang ternyata semakin meningkat. Kajian yang dilakukan oleh International Labor Organization (ILO) menunjukkan bahawa kehilangan pekerjaan bukan sahaja memberi kesan kepada pendapatan isi rumah, bahkan meningkatkan risiko tekanan psikologi, hutang isi rumah dan kemiskinan antara generasi. Semenyih mengalu-alukan pelbagai inisiatif seperti dana Pantas Usahawan, Pembiayaan Yayasan HIJRAH dan Program Transisi Kerjaya PLATS. Namun ukuran kejayaan bukan sekadar berapa banyak program berjaya diwujudkan tetapi sejauh mana program itu benar-benar padan dengan realiti rakyat yang kehilangan pekerjaan. Benar, mungkin ada di kalangan mereka yang sesuai dibimbing untuk menjadi usahawan ketika keadaan terdesak sebegini tetapi ramai juga yang sebenarnya lebih memerlukan penempatan semula kerja. Reskilling yang bersasar atau laluan ke sektor pekerjaan yang lebih stabil dengan kata lain kita perlu jujur mengakui bahawa tidak semua individu yang kehilangan pekerjaan sesuai dan mampu untuk menjadi usahawan segera. Seorang juruteknik yang diberhentikan kerja tidak semestinya mempunyai modal atau kemahiran menjalankan perniagaan.

Timbalan Speaker

Panjang lagi Yang Berhormat?

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Baru sikit sangat.

Timbalan Speaker

Kita sambung lagi selepas sesi sebelah petang nanti.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Insya Allah.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari dengan ini saya menangguhkan dulu Perbahasan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini. Kita akan bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 petang)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahitaalahi Wabarakatuh. Salam sejahtera selamat petang. Kita sambung semula sesi perbahasan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Saya mempersilakan Yang Berhormat Semenyih untuk menyambung perbahasan.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tadi saya menyentuh point yang pertama daripada 5 perkara inti pati yang cuba saya sampaikan dalam perbahasan petang ini iaitu pertama berkaitan dengan kehilangan pekerjaan. Ringkasnya Semenyih mengalu-alukan pelbagai inisiatif seperti Dana Pantas Usahawan, Pembiayaan Yayasan Hijrah dan program Transisi Kerjaya PLATS. Namun, apa yang lebih merisaukan adalah tidak semua mereka yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan mampu untuk menjadi usahawan segera dalam keadaan terdesak sebegini bahkan mereka semua ini sangat terdedah kepada risiko kerugian yang berlipat kali ganda dalam perniagaan. Ramai sebenarnya hanya memerlukan peluang pekerjaan baharu yang setara dengan kemahiran mereka. Oleh itu Semenyih ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada Kerajaan Negeri apakah KPI atau sasaran konkrit Program Kerjaya Selangor yang diperuntukkan sejumlah RM1.5 juta dengan kerjasama PERKESO? Berapakah ramai individu yang disasarkan untuk ditempatkan semula ke dalam pasaran pekerjaan? Dalam konteks ekonomi moden kejayaan program pekerjaan tidak diukur berdasarkan jumlah kursus yang dianjurkan semata-mata tetapi berdasarkan jumlah rakyat yang kembali memperoleh pekerjaan dan berpendapatan stabil.

Perkara kedua, Pemerkasaan Koperasi. Tuan Timbalan Speaker, daripada keseluruhan pakej RM355 juta ini hanya RM6 juta diperuntukkan kepada pembangunan koperasi. Jumlah ini sekitar 1.7% daripada keseluruhan pakej. Ironinya sektor inilah sebenarnya yang berpotensi menjadi antara institusi ekonomi rakyat yang paling mampan. Dalam pembentangan koperasi banyak dilihat sebagai penyedia ruang niaga dan jualan. Tetapi di peringkat global koperasi berfungsi jauh lebih besar daripada itu. Di Korea Selatan contohnya, gerakan Koperasi Pertanian Nonghyup menyatukan lebih 2 juta petani melalui sistem pembelian input, pemprosesan hasil, pemasaran dan pembiayaan yang dimiliki oleh petani sendiri. Di Singapura pula, Koperasi NTUC FairPrice berfungsi sebagai instrumen strategik negara bagi membantu menstabilkan harga makanan dan mengawal inflasi pengguna. Menurut International Cooperative Alliance lebih 1 bilion manusia di seluruh dunia terlibat secara langsung dalam gerakan koperasi yang menyumbang secara signifikan

kepada ekonomi negara masing-masing. Justeru, Semenyih ingin mencadangkan agar koperasi tempatan dijadikan sebahagian daripada rantaian bekalan strategik Negeri Selangor. Koperasi mungkin boleh berfungsi sebagai pembeli hasil petani tempatan. Pengendali Gudang Makanan Selangor, pengedar Jualan Ehsan Rahmah, pusat logistik komuniti dan pencipta peluang pekerjaan tempatan. Dengan cara ini, kita bukan sekadar memberi bantuan makanan kepada rakyat tetapi memberi ekosistem makanan yang dimiliki oleh rakyat sendiri. Inilah sebahagian daripada maksud (dibacakan dalam bahasa Arab Surah Al-Maidah Ayat Ke-2) “bertolong bantu dan bekerjasamalah pada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan ketakwaan”.

Perkara ketiga, Pembangunan AI. Tuan Timbalan Speaker, Semenyih menyambut baik peruntukan RM20 juta di bawah Teraju Ikhtisas termasuk usaha menawarkan pensijilan AI kepada 500 orang guru. Ini merupakan langkah yang progresif kerana kecerdasan buatan akan menjadi antara pemacu utama ekonomi masa hadapan. Menurut laporan World Economic Forum Future Of Jobs kemahiran AI dan analytic data merupakan antara kemahiran yang paling pantas berkembang menjelang 2030. Namun terdapat 2 perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama, pembangunan AI tidak boleh terlalu bergantung kepada satu penyedia teknologi sahaja. Kemahiran AI perlu bersifat terbuka, merentas platform dan tidak mengikat negeri kepada mana-mana syarikat korporat tertentu. Kedua, skala pelaksanaannya masih kecil. Selangor mempunyai puluhan ribu guru latihan kepada 500 orang guru sahaja mungkin tidak mencukupi untuk menghasilkan perubahan sistemik. Finland sebagai contohnya telah membuktikan kejayaan pendekatan ini melalui program Elements of AI yang dibangunkan oleh Universiti of Helsinki dan berjaya melatih ratusan ribu rakyat mengenai asas kecerdasan buatan dengan kos yang rendah. Maka Semenyih mencadangkan pendekatan Train of Trainers (TOT). Setiap guru yang menerima pensijilan AI hendaklah diberikan sasaran yang jelas untuk melatih guru-guru lain dan murid-murid di sekolah masing-masing. Dengan cara ini impak RM20 juta tersebut akan berkembang secara exponent dan bukan sekadar menghasilkan sijil yang mungkin bakal tersimpan di dalam fail. Point yang keempat, Penyelenggaraan Awam.

Tuan Timbalan Speaker, Semenyih juga menghargai peruntukan RM14 juta bagi program Selangor Penyayang yang melibatkan penaiktarafan taman awam dan penyelenggaraan semula pangsapuri berusia lebih 15 tahun. Namun kita perlu melihat isu ini dalam kerangka yang lebih besar. Penyelenggaraan awam bukan sekadar soal kecantikan fizikal. Ia berkait secara langsung dengan keselamatan, kesihatan awam dan ketahanan bandar. Bagi kawasan seperti Semenyih yang sedang berkembang, isu saliran, banjir kilat dan penyelenggaraan infrastruktur awam jauh lebih mendesak berbanding aspek kosmetik semata-mata sama ada di blok-blok pangsapuri ataupun taman-taman perumahan. Singapura sebagai contohnya, melalui Home Improvement Programme melaksanakan pendekatan penyelenggaraan berkala dan berjadual bukan hanya bertindak apabila

kerosakan berlaku. Semenyih mencadangkan supaya Kerajaan Negeri membangunkan satu kerangka Preventive Maintenance Framework yang menyeluruh bagi aset Kerajaan Negeri. Semenyih percaya pendekatan pencegahan sentiasa lebih murah berbanding kos pembaikan selepas bencana kerosakan berlaku.

Dan terakhir yang kelima, KPI dan Tadbir Urus Berasaskan Hasil. Tuan Timbalan Speaker, perkara paling penting dalam keseluruhan pakej ini adalah soal pengukuran keberkesanan. RM350 juta bukan jumlah yang kecil, ia melibatkan wang rakyat. Maka rakyat berhak mengetahui apakah hasil bakal dicapai. Sebagai contoh bagi program baucar Kita Selangor yang melibatkan RM30 juta dan 50 ribu keluarga penerima, apakah indikator kejayaannya dan keberkesanannya? Kedua, berapakah peratus keluarga yang disasar keluar daripada kategori rentan selepas tempoh bantuan tamat? Ketiga, bagi program pembiayaan perusahaan mikro pula berapakah kadar kelangsungan perniagaan yang disasarkan selepas setahun contohnya.

Dan yang keempat, berapakah sasaran peningkatan pendapatan penerima? Dalam era pentadbiran moden, ukuran kejayaan bukan lagi berapa banyak wang yang dibelanjakan tetapi berapa banyak masalah rakyat berjaya kita usaha untuk diselesaikan. Sebagai penutup Tuan Timbalan Speaker, kelima-lima perkara yang dibangkitkan oleh Semenyih bukan bertujuan untuk menolak pakej yang dibentangkan, sebaliknya ia bertujuan untuk memperkukuh dan menambah nilai kepada usaha Kerajaan Negeri. Kerana akhirnya daya tahan sebenar tidak lahir daripada bantuan yang bersifat sementara semata-mata, ia lahir antaranya daripada pekerjaan yang lebih stabil, koperasi yang lebih berdaya maju, modal insan yang lebih menguasai teknologi masa hadapan, infrastruktur yang diselenggara dengan baik dan budaya pentadbiran yang berasaskan prestasi serta hasil serta hasil yang optimum. Apabila ribut ekonomi reda, apabila ketidaktentuan global berakhir, apabila bantuan sementara telah tamat, maka 5 perkara inilah yang terus mudah-mudahan dapat berdiri menjadi tiang kekuatan Negeri Selangor. Dengan semangat tersebut, Semenyih menyokong Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 berserta cadangan-cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Yang Berhormat Kampung Tunku.

YB PUAN LIM YI WEI

: Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Pertamanya, Kampung Tunku ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang membumikan dan dengan izin, address the immediate concerns of Selangorians, contohnya seperti Gudang Makanan Selangor, Jualan Ehsan Rahmah yang cukup popular dengan rakyat, bantuan kepada sektor pertanian dan juga moratorium untuk melindungi SME. Tetapi di sini Kampung Tunku dengan masa yang terhad ingin mencadangkan beberapa

penambahbaikan dan juga meminta pencerahan supaya bantuan-bantuan ini boleh disalurkan dengan lebih tersasar.

Pertamanya, berkenaan dengan data daripada PERKESO. Kampung Tunku rasa ia agak membimbangkan daripada 10,867 warga Selangor yang hilang pekerjaan, 40% adalah dari peringkat pengurusan dan profesional. Saya mohon mungkin Kerajaan Negeri untuk membekalkan pecahan umur yang paling terkesan serta jantina sama ada ramai pekerja lelaki atau wanita yang terkesan kerana dalam pengalaman Kampung Tunku, golongan pengurusan dan profesional mereka sangat terkesan apabila mereka kehilangan kerja kerana apabila seseorang pekerja itu dia dah sampai ke tahap management, susah untuk dia mencari kerja yang setaraf dengan kerja yang lepas, terutamanya untuk golongan yang berumur antara 40 tahun ke 50 ataupun sebelum 60 tahun. Contohnya di kawasan Kampung Tunku ada profesional yang dulu gajinya RM6,000 ataupun RM10,000 tetapi pekerjaan yang terbuka kepadanya dalam masa yang singkat adalah kerja di 99 Speedmart. Oleh itu, saya berharap dalam semua usaha Kerajaan Negeri untuk menjaga tahap pekerjaan rakyat Negeri Selangor melalui platform kerjaya dan sebagainya akan mengambil kira perkara ini, perkara ageism, dengan izin yang mungkin berlaku juga dalam proses penggajian pekerja kerana ada juga majikan yang akan fikir kenapa saya perlu menggaji seorang pekerja 50 tahun dengan gaji yang tinggi berbanding seorang fresh grad yang boleh diberi gaji yang lebih rendah, itu yang pertama.

Keduanya, mengenai BINGKAS. Saya ucapkan terima kasih atas kewujudan BINGKASAN yang meliputi golongan yang tidak diliputi di bawah BINGKAS kerana dalam masa ini kita sedar dengan izin, poverty comes in all shapes and sizes. Tapi saya minta supaya Kerajaan Negeri mungkin kena tetapkan supaya tarikh buka dan tutup BINGKAS lebih tersusun kerana pada masa ini dia buka seketika, lepas itu tutup seketika dan rakyat apabila mereka menyemak aplikasi SELangkah ada kalanya buka, ada kalanya tutup dan mereka tidak tahu tiba-tiba dah tutup. Dah cukup kuota. So, kalau kita boleh tetapkan supaya pembukaan dan penutupan BINGKAS contohnya berlaku setiap kuota, saya rasa itu akan melegakan rakyat dan kedua kita harus bantu keluarga secara menyeluruh di mana apabila mereka menerima BINGKASAN, kita juga berusaha untuk mendaftarkan mereka untuk skim Kerajaan Negeri yang lain contohnya Iltizam Sihat Selangor. Kalau perlukan bantuan daripada Lembaga Zakat, daftarkan. Kalau perlukan bantuan daripada JKM, kita juga permudahkan kerana saya rasa misi kita dalam menawarkan BINGKAS atau BINGKASAN ini, kita tak mahu keluarga-keluarga ini kekal selama-lamanya menerima BINGKAS atau BINGKASAN.Kita kena membawa mereka naik ataupun keluar daripada kongkongan kemiskinan tegar.

So, itu yang kedua dan ketiga, berkenaan dengan future proofing, dengan izin. Pertamanya Kampung Tunku ingin bertanya apakah penjimatan tenaga ataupun kewangan hasil daripada dasar bekerja dari rumah (work from home) dengan izin, Kerajaan Negeri Selangor dan juga kayu ukur produktiviti. Saya rasa ini penting kerana kita perlu melihat apa model

yang bagus semasa berlaku apa-apa krisis dan saya sedar bahawa pakej ini adalah untuk absorb, dengan izin impak daripada krisis Asia Barat.

Namun soalan yang lebih besar adalah keberdayatahanan negeri dan di sini saya ingin mengambil contoh ataupun idea iaitu daripada negara jiran di mana negara Singapura, mereka mempunyai satu Exercise Singapore Day dan ia merupakan satu latihan tahunan di bawah Kementerian Pertahanan Singapura. Namun saya lihat terdapat mungkin isi padu yang berguna kepada Negeri Selangor. Contohnya, setiap tahun dalam Exercise Singapura Day yang dilaksanakan secara berfasa dan dalam lokasi-lokasi yang berbeza. Mereka menguji ada simulasi gangguan bekalan elektrik dan simulasi gangguan bekalan elektrik dan simulasi gangguan perkhidmatan internet atau telekomunikasi di mana business dan juga institusi-institusi yang lain termasuk juga masyarakat, mereka diajar dan dilatih supaya mereka mempunyai rancangan ketersambungan peniagaan dan perkhidmatan. Mereka dilatih supaya ada protokol penyaluran maklumat di pejabat, sorry, di peringkat akar umbi untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang sahih dan memperkasakan hubungan masyarakat. Saya rasa mungkin Selangor boleh adopt, dengan izin serba sedikit daripada Exercise Singapore Day ini dan juga kita boleh memanfaatkan data daripada Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (Selangor Climate Action Centre) kerana sekarang kita berada di peringkat Super El Nino dan kita pun tak tahulah bagaimana nak menjangka krisis-krisis yang lain. Tetapi kita lihat dalam krisis Asia Barat ini kita kembali kepada keperluan basic electricity, elektrik, air, minyak dan sebagainya. Dan oleh itu saya rasa Kerajaan Negeri Selangor bolehlah melihat Exercise Singapore Day sebagai salah satu cara untuk memastikan Selangor betul-betul berdaya tahan apabila benda basic gagal dan supaya Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor boleh maju ke hadapan. Kampung Tunku mohon menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih Kampung Tunku. Dipersilakan Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya Pandamaran ingin pendek saja. Pandamaran ingin mengucapkan terima kasih lah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua, yang berjaya memperuntukkan RM203.76 juta untuk Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026. Negeri yang satu-satunya, ia membuat pakej merangkumi semua sektor. Pandamaran ingin berterima kasih kepada Kampung Tunku dan juga Teratai kerana mereka telah menyentuh umur-umur yang lingkungan 40 hingga 60 bahawa mereka perlu ada kerja sebab ada yang juga kehilangan kerja dan inilah peluang untuk Kerajaan untuk mencari satu kaedah untuk membantu mereka. Selain dari 40 hingga 60, Pandamaran ingin menyentuh untuk warga emas. Menurut kajian DOSM dan The National Health and Morbidity Survey, dengan izin (NHMS) populasi 60 dan ke atas dalam kira-kira di Malaysia telah mencapai kira-kira 11.6% dan umur 65 dan ke atas adalah 8% pada tahun lepas 2025

berbanding 7.6% pada 2024. Garis masa negara tua Malaysia mengalami kadar penuaan yang sangat pantas. Anggaran 1.5 kali ganda lebih cepat berbanding dengan negara Jepun.

Menjelang 2036, Malaysia dijangka mencapai status negara tua dengan izin, Ageing Country secara rasmi dengan lebih 15% penduduk kira-kira 41 juta berusia 60 dan ke atas. Dan Pandamaran telah menerima ramai warga emas yang 60 ke atas mereka datang ke pejabat saya, jumpa saya, mereka tidak nak bantuan daripada Kerajaan mahupun dari kewangan ataupun bantuan kebajikan. Tapi mereka perlukan satu pekerjaan kerana mereka telah mencapai umur 60 dan terpaksa bersara. Menurut Singapura, umur untuk bersara adalah 63 dan sebenarnya mereka boleh bekerja sampai 70. Kerajaan Negeri Selangor perlu mengkaji dan mencipta peluang pekerjaan untuk warga-warga emas ini, supaya mereka boleh berdikari dengan mencari kerja-kerja untuk mendapatkan pendapatan demi menyarakan sendiri. Mereka tidak nak bantuan dengan kosong. Ada yang juga yang ramai tiada anak, dan juga ada anak yang tak nak bagi mereka. Jadi inilah peluang Kerajaan perlu cari cara atau kaedah untuk membantu warga-warga emas ini untuk mendapatkan pekerjaan. Yang ini adalah sangat penting sebab ramai yang telah datang ke pejabat saya untuk meminta bantuan. Jadi dengan saya, Pandamaran ingin memohon Kerajaan Negeri dapat mengkaji.

Satu lagi yang ingin saya menyentuh adalah pendaftaran SMUE. SMUE, Skim Mesra Usia Emas ini adalah satu skim yang begitu bermanfaat kepada warga emas. Kali ini saya, Pandamaran ingin menyentuh lebih kepada warga emas. Tapi Kerajaan Negeri telah menutup pendaftaran baru pada tahun lepas dan berjanji akan berbuka untuk pendaftaran baru tahun ini. Tapi sekarang sudah bulan 6, Pandamaran ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya dapat menunaikan janji supaya dapat membenarkan warga-warga emas ini untuk mendaftarkan dalam skim Mesra Usia Emas dalam tahun ini dan mereka boleh ambil birthday voucher dengan izin pada tahun depan. Jadi inilah satu kaedah ataupun kebajikan untuk rakyat di Selangor yang telah membantu Kerajaan Pakatan Harapan untuk menjadi Kerajaan. Jadi saya harap ini dapat dipertunaikan dengan secepat mungkin. Saya harap, Pandamaran harap, EXCO dapat membantu sebab ramai yang datang pejabat tanya bila buka mereka tengah menunggu berita baik daripada Kerajaan Negeri. Jadi Pandamaran tak nak ambil masa yang panjang. Akhir kata Pandamaran menyokong penuh Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Pandamaran. Yang Berhormat Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera kepada seluruh Ahli Dewan, Pegawai-pegawai Kerajaan dan rakyat Selangor yang berhak mendapat lebih baik kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi Selangor, yang menyumbang KDNK yang

tertinggi kepada tanah air Malaysia. Tuan Speaker, elemen penting dalam menghadapi krisis tenaga global ini adalah problem statement dan bertindak balas atas problem statement tersebut dengan izin. Walaupun krisis ini seakan menyerupai krisis COVID-19 tampaknya, tetapi ia berbeza pada pendetailannya, iaitu kita mengalami krisis supply chain atau rantaian perbekalan bukan demand semata-mata, maka ia perlu ditangani bukan sekadar bersifat panadol atau window dressing atau gula-gula menjelang pilihan raya, tetapi perlu ditangani sehingga ke punca dan permasalahan sebenar. Itu sebab Parlimen Malaysia sendiri tiada membuat pakej rangsangan atau daya tahan. Baik negeri Pulau Pinang, Johor dan lain-lain. Bahkan kalaulah krisis tenaga adalah problem statementnya seharusnya semua sektor perlu dibantu dalam krisis rantaian tenaga ini.

Sungai Burong juga menekankan tiga elemen utama dalam krisis ini, yang pertama menahan inflasi, yang kedua menjamin bekalan makanan dan tenaga dan yang ketiga pelaburan yang tidak lari keluar. Tuan Speaker, kadar inflasi terkini yang mencecah 1.9% yang tertinggi dalam 18 bulan ini, boleh dijangkakan meningkat sehingga 6% apabila krisis ini berterusan. Walaupun nilaian eksport direkodkan meningkat, khususnya sebelum tarif Trump dikuatkuasakan dengan apa yang dinamakan sebagai front loading. Keseluruhan 21 inisiatif yang diumumkan adalah bersifat plektif, pendek dan sederhana semata. Walaupun ia perlu dalam menangani simptom dan bantuan segera, tetapi ia tidak bersifat tahan lama jika krisis ini berterusan. Justeru Sungai Burong mencadangkan dalam menahan inflasi daripada naik, program penampan inflasi bersasar atau apa saja nama yang lain adalah wajar. Sebagai contoh Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang sesiapa boleh hadir bahkan bertindan dengan jualan rahmah daripada Kerajaan Persekutuan boleh mengganggu golongan sasar atau rentan yang benar-benar memerlukan. Seharusnya baucar digital automatik kepada B40 yang disahkan melalui integrasi data yang tepat sangat wajar diwujudkan. Ia boleh memberikan impak penjimatan sehingga 40% dan meningkatkan indeks kepuasan penerima. Soalan yang Sungai Burong ingin juga utarakan, bagaimanakah pengurangan sewa PBT 30% diterjemahkan kepada harga makanan yang lebih rendah. Sedangkan matlamat pengurangan sewa adalah untuk meringankan beban peniaga dan menstabilkan harga pasaran di musim inflasi yang tinggi. Justeru pengurangan sewa ini perlu bersekali dengan syarat tiada kenaikan harga.

Tuan Speaker, niat membuat keterjaminan stok makanan sempena krisis adalah sesuatu yang terpuji. Bahkan bertepatan dengan konsep Nabi Yusuf a.s. dalam menghadapi krisis. Cuma peruntukan RM50 juta gedung makanan Selangor GMS sangat kabur pada pelaksanaannya. Adakah untuk pembinaan struktur? Adakah untuk subsidi penghantaran barang? Adakah untuk bantuan pada penyimpanan stok barang yang dikenal pasti dalam tempoh yang lama? Sepatutnya keterjaminan pengeluaran makanan yang berterusan dan penyimpanan daya tahan yang lama sehingga boleh menjadi pusat sumber bantuan makanan pula yang perlu diwujudkan. Ia seperti yang dirakamkan Al-Quran, ketika Nabi Yusof a.s. menangani krisis di Mesir dahulu, Sungai Burong mencadangkan senarai

makanan yang akan memasuki gudang nanti seperti beras, ayam, daging, ikan dan minyak masak dijamin pengeluarannya yang cukup dengan memberi geran teknologi, IOT untuk usahawan tani muda atau bukan muda bagi yang mampu melaksanakannya. Bahkan Sungai Burong memandang RM50 juta pakej rangsangan bagi GMS ini tidak boleh berjaya melainkan dengan kerjasama dengan banyak pihak, bukan bersifat one man show yang boleh menjadikan projek ini gagal dan sebuah lagi projek gajah putih.

Tuan Speaker, jangka panjang fiskal yang sihat dalam menghadapi krisis mesti diambil kira. Kalau jangka sederhana membahaskan ketidak bergantungan pada tenaga petrol dan diesel, jangka panjang pula adalah mengenai pengurangan hutang, peluasan cukai yang relevan dan signifikan dan mengurangkan ketirisan. Sungai Burong melihat Projek Selangor Penyayang sebanyak RM14 juta, program Kerjaya Selangor RM1.5 juta, Biasiswa Selangor RM17 juta, walaupun baik pada niat dan namanya tetapi boleh menjejaskan fiskal Kerajaan Negeri pada jangka panjang. RM6 juta peruntukan untuk koperasi kemudian Kerajaan dapat kembali RM6 juta semula di akhirnya adalah sesuatu yang tidak mengembangkan ekonomi. Tumpuan kepada OPEX ekonomi perlu ditukar kepada CapEx ekonomi. Ini kerana ROI bagi pakej-pakej sangat penting diambil pertimbangan, sedangkan apa yang tertera masih lagi kabur dan tidak jelas. Walaupun ia bersifat bantuan kebajikan, ROI tetap perlu diambil kira bagi impak fiskal jangka masa panjang. Ia perlu jelas dan boleh diukur supaya tidak berlaku pembaziran sumber kewangan Kerajaan Negeri. Ini kerana pembaziran khazanah Kerajaan Negeri bererti pembaziran kepada cukai yang dibayar oleh rakyat negeri Selangor.

Tuan Speaker dan sidang hadirin, akhir sekali pelaksanaan pakej yang sedang ada ini dibimbangi tidak sampai kepada golongan sasar, bahkan boleh saja meninggalkan golongan rentan sempena krisis ini. Sehingga ada petani dan pekebun bertanya kepada saya, ya bantuan diumumkan tapi nak tahu macam mana ia boleh sampai kepada kami? Adakah kami pekebun kontan yang menggunakan tanah sendiri atau tanah sawah yang tak subur layak mendapat bantuan? Ini sebenarnya keluhan rakyat Sungai Burong, Tanjung Karang, yang merupakan manifestasi krisis ketidakyakinan kepada delivery sistem dan ketelusan dalam pakej-pakej ini. Adakah pegawai Kerajaan yang sedia ada sudah terbeban dengan tugasan mereka akan ditambah kerja untuk merealisasikan pakej ini, yang akhirnya membuahkan ketidakberkesanan program atau pakej.

Seterusnya, Sungai Burung mencadangkan dashboard terbuka yang boleh diakses awam bagi mencapai KPI penyampaian keberkesanan pakej PPDTS ini. Bahkan audit keberkesanan bebas bagi program ini sangat wajar diwujudkan yang terdiri juga daripada wakil pembangkang, universiti dan masyarakat sivil. Di hujungnya, Sungai Burong menegaskan kesemua yang dikongsikan ini adalah prinsipnya ada dalam surah Yusuf ayat yang ke-47. (Bacaan ayat suci Al Quran) Maksudnya, “kamu hendaklah bercucuk tanam selama tujuh tahun berturut-turut. Apa yang kamu tuai, hendaklah kamu biarkan pada

tangkainya sebahagian, yakni simpanan, terkecuali sedikit untuk dimakan.” Sungai Burong menyokong pakej Pengukuhan Daya Tahan Negeri Selangor ini dengan sedikit penambahbaikan dan point-point yang dinyatakan tadi. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Burong. Yang Berhormat Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Bandar Baru Klang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berhubung pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2. Pertama sekali, Bandar Baru Klang ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri atas keberanian memperkenalkan pakej bernilai lebih RM200 juta dalam keadaan ekonomi yang masih berdepan dengan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan perdagangan global serta perubahan landskap pekerjaan. Pakej ini memberi tumpuan kepada 4 kumpulan utama iaitu industri dan perniagaan, usahawan dan belia, golongan rentan serta anak Selangor dan penjawat awam. Namun Tuan Timbalan Speaker, pada pandangan Bandar Baru Klang, kerajaan pakej ini tidak diukur pada jumlah peruntukan semata-mata. Kerajaannya adalah apabila rakyat benar-benar merasakan kehidupan mereka menjadi lebih stabil, lebih sihat dan mempunyai peluang ekonomi yang lebih baik.

Sebagai Wakil Rakyat, Bandar Baru Klang ingin membawa perspektif lapangan. Bandar Baru Klang hari ini bukanlah sekadar kawasan kediaman. Kami mempunyai kawasan perindustrian yang berkembang pesat. Kawasan perumahan matang, perusahaan kecil dan sederhana, golongan pekerja bandar, keluarga dan warga emas. Apabila kita bercakap mengenai daya tahan, kita sebenarnya bercakap tentang pekerjaan kos sara hidup, banjir dan kesihatan.

Pertama, daya tahan ekonomi bermula dengan memastikan industri terus hidup. Bandar Baru Klang menyambut baik inisiatif Selangor Advance yang bernilai RM100 juta. Ramai kontraktor kerja vendor dan PKS di kawasan Klang mempunyai projek dan pelanggan tetapi menghadapi masalah aliran tunai. Pembayaran alternatif seperti ini boleh membantu mereka mengekalkan operasi dan pekerjaan. Namun Bandar Baru Klang ingin mencadangkan supaya pelaksanaan diberi keutamaan kepada syarikat yang mengekalkan pekerja tempatan, melatih belia Selangor, mempercepatkan transformasi digital dan automasi. Kita mahu ekonomi berkembang tetapi dalam masa yang sama menghasilkan pekerjaan yang berkualiti. Kedua, projek Selangor Penyayang mesti menyelesaikan masalah rakyat. Bandar Baru Klang menyokong peruntukan kepada 56 DUN untuk menambah baik kemudahan asas. Tetapi bagi Bandar Baru Klang, rakyat sudah menyatakan keutamaan mereka dengan sangat jelas. Mereka mahu banjir dikurangkan, saliran dipercepatkan, kemudahan awam ditambah baik. Kawasan seperti Bandar Bukit Raja, Klang Utama dan serta kawasan yang terkesan dengan aliran hilir Sungai Puloh memerlukan tindakan lebih agresif. Bandar Baru Klang berharap pelaksanaan projek ini di

bawah pakej ini memberi ruang kepada kerja-kerja kecil tetapi berimpak tinggi yang boleh disiap segera dan memberi kesan terus kepada rakyat.

Ketiga, kita perlu membina lebih ramai pencipta pekerjaan. Bandar Baru Klang menyokong pembiayaan Daya Tahan Usahawan Selangor dan inisiatif pemulihan usahawan. Bandar Baru Klang mempunyai ramai peniaga kecil, usahawan keluarga dan perniagaan baharu. Bandar Baru Klang mencadangkan supaya program ini diperkukuhkan dengan latihan AI dan pasaran digital, pembangunan e-dagang, pensijilan produk dan akses pembiayaan mikro. Kita perlu mengubah budaya daripada mencari kerja kepada mencipta peluang pekerjaan.

Keempat, daya tahan keluarga bermula daripada kesihatan. Bandar Baru Klang menyambut baik program Impian Selangor tetapi Bandar Baru Klang ingin mencadangkan supaya kita melangkah lebih jauh. Bandar Baru Klang supaya program Impian Selangor diintegrasi dengan program Iltizam Selangor Sihat (ISS). Kerana realitinya di pusat kami, ramai keluarga bukan saja menanggung kos pendidikan anak tetapi mereka juga menanggung kos rawatan. Hari ini, manfaat rawatan asas keluarga di bawah ISS telah membantu ramai rakyat. Namun untuk kawasan bandar seperti Bandar Baru Klang, had masa semakin mencabar.

Justeru, Bandar Baru Klang mencadangkan, yang pertama, meningkatkan manfaat keluarga di bawah ISS secara berperingkat dari kadar semasa kepada kadar sekitar 800 hingga 1,000 setahun. Kedua, mempertimbangkan tambahan manfaat berdasarkan bilangan tanggungan keluarga supaya doktor Bandar Baru Klang percaya setiap ringgit yang dilaburkan kepada pencegahan akan mengurangkan kos rawatan yang jauh lebih tinggi pada masa depan. Jika program Impian Selangor membantu anak ke sekolah, maka Iltizam Selangor Sihat memastikan anak tersebut kekal sihat untuk berjaya.

Tuan Timbalan Speaker, daya tahan bukan dibina ketika krisis berlaku. Daya tahan dibina lebih awal. Melalui ekonomi yang kukuh, bandar yang lebih selamat, keluarga yang sihat dan peluang yang lebih adil kepada rakyat, Bandar Baru Klang mahu melihat Selangor bukan saja menjadi negeri yang paling maju, tetapi negeri yang paling berdaya tahan dan paling prihatin kepada rakyat. Dengan semangat itu, Bandar Baru Klang menyokong pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2. Sekian, terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Yang Berhormat Morib.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

“Pokok kelapa tegak berdiri, tempat berteduh si burung tempua,

bantuan dihulur setulus hati, meringankan beban rakyat semua.”

“Busut dipusing tempat merpati, Terbang berkawan di tepi perigi, Pakej pengukuhan dipantau rapi, Biar saksama agihan diberi.”

Tuan Timbalan Speaker, pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada Jumaat lepas adalah satu inisiatif bantuan khas bernilai keseluruhannya RM355.6 juta. Satu pakej ekonomi yang dibahagikan kepada dua fasa ini berfungsi sebagai pemampan kebajikan untuk membantu rakyat, usahawan dan industri tempatan mendepani inflasi serta rangkaian krisis bekalan global. Banyak pakej dan bantuan diberikan kepada rakyat Negeri Selangor, khususnya apa pun Morib ingin memberi pandangan dan cadangan dengan beberapa perkara yang dibentangkan.

Tuan Timbalan Speaker, daripada sebahagian yang dibentangkan, saya ingin menyentuh 3 perkara. Antaranya adalah berkenaan pengurangan kadar sewa premis PBT berjumlah RM4.5 juta, bantuan sektor pertanian berjumlah RM25 juta, moratorium pinjaman perumahan kerajaan Negeri berjumlah RM2.54 juta. Tuan Timbalan Speaker, dalam pengurangan kadar sewa premis PBT 30% selama 6 bulan ini, mungkin ramai yang gembira, tetapi lebih ramai yang rasa berduka dan sedih. Morib melihat perkara ini hanya tertumpu kepada peniaga yang menyewa premis PBT, tetapi kerajaan harus melihat kepada peniaga-peniaga swasta yang menyewa premis yang lagi mahal, tidak ketinggalan juga kepada peniaga-peniaga pasar dan pasar malam, serta lot-lot persendirian. Mereka ini juga wajib diambil perhatian. Mereka ini tidak mendapat manfaat walaupun menghadapi kos yang sama ataupun yang lebih tinggi. Adakah ada jaminan harga barang atau makanan di premis PBT ini akan menurunkan harga makanan? Morib rasa mungkin tidak, sebab masih terlalu rendah bantuan yang diberi dan tidak akan mengurangi masalah mereka yang sebenar. Isu bekalan bahan mentah dan pengangkutan itu yang lebih diberi perhatian. Saranan Morib, luaskanlah skop bantuan kepada peniaga yang menyewa premis swasta dan penjaja berlesen, bukan hanya penyewa premis PBT sahaja dan panjangkanlah tempoh bantuan sehingga keadaan ekonomi yang lebih stabil. Bantuan seharusnya lebih menyeluruh kepada semua peniaga di Negeri Selangor.

Tuan Timbalan Speaker, yang kedua bantuan sektor pertanian yang berjumlah RM25 juta. Morib menyambut baik bila pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membantu seramai 14,131 pesawah, petani, penternak, pengusaha dan nelayan walaupun jumlah sebenar ada lebih ramai lagi yang tidak dapat ataupun tersenarai. Ada pesawah, petani, 7,387 pesawah, 2,296 petani, 2,000 penternak, 2,178 nelayan semua ini diberi perhatian dan sememangnya kita rasa ini sepatutnya diberikan bantuan. Cuma Morib ingin menyatakan beberapa perkara berkenaan penternak. Disebut ada 2,000 penternak dan sebahagiannya mestilah mungkin

penternak ayam. Di kawasan Kuala Langat, khususnya di DUN Morib ini banyak penternak-penternak ayam dan saya lihat Kerajaan Negeri hanya memberikan makanan ternakan sahaja dan saya ingin memberikan pandangan dan cadangan agar pihak Kerajaan Negeri meneliti berkenaan penternakan ayam ini dengan memberi bantuan seperti untuk membaik pulih reban-reban ayam yang telah usang dan sistem saliran yang tidak sempurna. Perkara ini menyebabkan pencemaran saliran dan bau yang busuk dan menyebabkan pembiakan lalat yang menyebabkan gangguan orang ramai dan peniaga yang berniaga. Di kawasan saya, di Kampung Klanang sehingga ke Pantai Klanang hingga ke Pantai Morib juga penuh dengan lalat akibat penternakan ayam ini. Lalat juga menyebabkan ramai peniaga makanan tutup dan juga adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan jika reban ini tidak ditutup. Maka wajiblah Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada penternak-penternak ini bukan hanya bantuan makanan ternakan tetapi pada bantuan baik-pulih tempat penternakan ayam ini. Pihak kerajaan juga seharusnya sudah memikirkan satu penyelesaian berkenaan reban penternakan ayam ini supaya lebih teratur dan bersih serta lebih moden.

Tuan Timbalan Speaker, yang ketiga moratorium pinjaman perumahan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.54 juta. Walaupun kita tahu dalam kes moratorium pinjaman perumahan Kerajaan Negeri Selangor penjawat awam yang layak boleh menangguhkan bayaran ansuran pinjaman rumah selama 3 bulan. Morib juga berharap agar Kerajaan Negeri wajar mempertimbangkan tempoh moratorium yang lebih fleksibel bantuan bersasar kepada penjawat awam yang berpendapatan rendah serta kaedah penstrukturan semula pinjaman bagi membantu meringankan beban kewangan secara lebih mampan. Morib juga berharap agar Kerajaan Negeri dapat memberikan bantuan kepada rakyat dan penjawat awam di Negeri Selangor yang membeli rumah melalui bank komersial kerana mereka juga berdepan kos sara hidup dan komitmen kewangan yang sama.

Tuan Timbalan Speaker, walaupun kita tahu kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan bank komersial untuk memberikan moratorium kerana bank-bank tertakluk kepada peraturan tetapi Morib mencadangkan agar Kerajaan Negeri boleh memberi bantuan tunai bersasar kepada penjawat awam yang mempunyai pinjaman perumahan bank. Bantuan khas berdasarkan pendapatan dan bebanan kewangan pinjaman serta menjadi orang tengah untuk rundingan dengan bank untuk menawarkan program penjadualan semula pinjaman secara sukarela. Ini semua adalah untuk manfaat bantuan dapat dinikmati secara lebih adil dan menyuruh kepada seluruh rakyat negeri Selangor. Sebagai contoh, projek perumahan Selangorku di Morib yang kini masih belum selesai tetapi mereka dibebani dengan membayar pinjaman bank dan sebahagian mereka juga adalah penjawat awam di Negeri Selangor. Terakhir sekali, Tuan Speaker yang terakhir sekali, saya ingin memohon juga bantuan kewangan yang perlu untuk infrastruktur seperti jalan-jalan raya dan sistem saliran juga perlu untuk diberi perhatian.

Buah rambutan merah berseri, Dipetik anak di tepi laman,

Pakej diumum nampak berisi, Moga bukan sekadar pengumuman.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Morib. Giliran Yang Berhormat Batang Kali.

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Tuan Speaker, rakyat perlu bersatu untuk sama-sama menjadikan Negeri Selangor berada di landasan reformasi yang tulen, yang sebenar. Batang Kali menyambut baik cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor untuk kepentingan dan kebajikan rakyat, selagi mana ia membantu rakyat mengurangkan bebanan kos sara hidup dan kemajuan negeri Selangor yang selari dan selaras dengan agenda Selangor Malaysia Abad 21. Rakyat yang susah semakin meningkat setiap tahun. Rakyat yang berusia 65 tahun semakin bertambah dan meningkat. Infrastruktur dan kemudahan awam juga perlu ditingkatkan dan dinaik taraf. Sistem perparitan dan jalan raya yang selamat perlu dititik beratkan. Ciri-ciri keselamatannya, terutama di kawasan jalan-jalan yang menghubungkan kawasan taman-taman dan kampung-kampung ke jalan-jalan utama dan jalan protokol. Khususnya di kawasan Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Serendah, Sungai Choh dan Batang Kali. Peningkatan kos sara hidup rakyat di Selangor juga perlu diutamakan dan diberi perhatian. Segala bentuk cukai yang dikenakan ke atas rakyat Negeri Selangor perlu diberikan perhatian penuh oleh Kerajaan Negeri untuk membantu mengurangkan kos bebanan hidup yang ditanggung oleh rakyat.

Tuan Speaker, masih ramai lagi rakyat yang di luar sana yang memerlukan bantuan rawatan perubatan berskala, khususnya rawatan dialisis, buah pinggang dan masalah kesihatan, tekanan mental yang dihadapi tanpa disedari oleh pemunya tubuh. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat menyediakan dan mengutamakan perkara ini dengan menyediakan dan meningkatkan bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang sangat terbeban dengan kos perubatan yang ditanggung oleh pesakit dan keluarga pesakit. Saya juga mencadangkan Kerajaan Negeri untuk mengkaji dan menyediakan pusat rawatan dialisis secara percuma di setiap daerah atau bekerjasama dengan pusat-pusat dialisis yang sedia ada untuk membantu rakyat yang memerlukan rawatan tersebut selain daripada yang ditanggung oleh Zakat Selangor.

Tuan Speaker, peruntukan sebanyak RM4.5 juta yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar sewa premis PBT sebanyak 30% selama 6 bulan di seluruh

Selangor disambut baik oleh Batang Kali. Mereka merupakan barisan hadapan perjalanan ekonomi rakyat Selangor. Saya juga menyokong dan sependapat dengan cadangan oleh Ketua Pembangkang supaya dikembalikan semula pengecualian lesen atau permit kepada peniaga-peniaga tempatan dan penjaja-penjaja kecil, khususnya penjaja di tepi-tepi jalan, pasar malam, pasar pagi dan lain-lain yang setara dengannya agar bebanan dan kos sehari hidup mereka dapat dikurangkan. Saya mencadangkan Kerajaan Negeri perlu mengkaji dan menyediakan kaedah yang sesuai untuk membantu peniaga-peniaga ini agar mereka dapat berniaga dan menampung kos sara hidup keluarga tanpa rasa takut dengan tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Tempatan. Satu garis panduan yang selari dan jelas untuk membantu peniaga dan penjaja kecil tempatan perlu dikemukakan kepada pihak PBT supaya undang-undang yang ada adalah mesra dan kepada rakyat sebagai satu didikan, bukan sebagai satu hukuman dan bukan dijadikan alat sebagai pendapatan kepada PBT melalui saman serta sitaan barang-barang perniagaan mereka. Persoalannya, mana perginya makanan-makanan yang disita oleh pihak PBT? Contohnya, nasi lemak, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain perkara yang tidak boleh tahan lama. Sedangkan makanan-makanan ini tidak boleh bertahan selepas disita dan dirampas oleh pihak PBT.

Tuan Speaker, melalui peruntukan RM14.4 juta khas untuk makanan percuma pelajar sekolah. Sekali lagi, Batang Kali menyambut baik cadangan Program Penyediaan Makanan Percuma kepada pelajar-pelajar sekolah, termasuklah sekolah agama yang ada di Selangor. Hanya jika dapat ditambahkan lagi atau diluaskan lagi program ini ke sekolah-sekolah tadika atau pra-swasta yang ada di Selangor, khususnya di kawasan luar bandar seperti Hulu Selangor. Pihak tadika swasta luar bandar juga amat penting untuk diberikan perhatian serta manfaat daripada Kerajaan Negeri untuk pembangunan masyarakat setempat melalui pendidikan awal kanak-kanak. Satu anjakan baru perlu diberikan perhatian kepada pengusaha-pengusaha tadika swasta luar bandar kerana mereka juga terlibat dalam pembangunan bangsa Malaysia abad 21 dengan mempersiapkan kanak-kanak pra-persekolahan untuk berhadapan dengan sistem pembelajaran berteknologi dan beradab untuk jangka masa persiapan Malaysia 50 tahun. Generasi inilah yang akan membentuk rancangan Malaysia selama 50 tahun yang akan datang untuk negara kita berhadapan situasi pembangunan, teknologi, pendidikan, sahsiah kendiri dan peradaban abad 21. Diharapkan Kerajaan Negeri dapat memperluaskan program ini ke pusat-pusat tadika swasta dan pra-persekolahan di Selangor. Mohon pencerahan dan maklum balas daripada Kerajaan Negeri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga perlu memberikan perhatian melalui peruntukan ini untuk guru-guru sekolah agama dan guru-guru sekolah tadika swasta. Saya mencadangkan supaya satu inisiatif atau peruntukan atau imbuhan khas diberikan kepada guru-guru sekolah agama, guru-guru tadika swasta atau sekolah pra sebagai satu tanda penghargaan kita untuk guru-guru tersebut. Mereka juga terlibat dalam pembangunan bangsa dan pendidikan rakyat.

Tuan Speaker, sebanyak RM14 juta diperuntukkan untuk projek Selangor Penyayang. Melalui projek ini, saya mohon untuk di kawasan DUN Batang Kali iaitu membina sebuah padang bola kecil di Taman Idaman Serendah untuk penduduk sekitarnya dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri menaik taraf fasiliti atau mengecat bangunan di Apartmen Sri Semarak, Bukit Sentosa, Apartmen Sri Cempaka, Bukit Sentosa.

Tuan Speaker, cadangan program untuk biasiswa pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka perlu disegerakan kerana ramai anak-anak muda yang memerlukan bantuan atau biasiswa tersebut. Jika boleh, jumlah peruntukan yang dicadangkan sebanyak RM17 juta ini untuk biasiswa anak Selangor dapat ditingkatkan lagi atau ditambah lagi peruntukan tersebut. Biasiswa Selangor ini sangat penting dan memberi manfaat besar untuk membantu golongan ibu bapa yang miskin dan golongan B40 yang ingin anaknya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bantulah mereka dengan sedaya upaya agar rakyat Selangor benar-benar dijulang kebajikan mereka.

Peruntukan RM5 juta untuk Mama Kerja adalah salah satu inisiatif yang baik namun perhatian khusus juga perlu kepada golongan ibu-ibu tunggal yang bekerja untuk menyara kehidupan mereka. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melihat mekanisme atau inisiatif yang boleh dilaksanakan khusus kepada golongan ibu tunggal yang terpaksa bekerja melalui Program Mama Kerja ini. Kerajaan Negeri juga perlu menitikberatkan kewujudan peluang pekerjaan yang signifikan atau sesuai untuk membantu golongan-golongan ibu tunggal ini bagi meneruskan kelangsungan hidup keluarga serta meletakkan kategori ibu tunggal yang berusia 35 tahun ke bawah, 36 tahun sehingga 50 tahun dan 51 tahun ke atas. Mohon pencerahan daripada Kerajaan Negeri akan perkara ini.

Sebelum mengakhiri perbahasan saya, diharapkan Kerajaan Negeri dapat memberikan penjelasan yang jelas dan tuntas setiap perkara yang dibangkitkan oleh Batang Kali dan rakan-rakan pembangkang yang lain. Akhir sekali, laungan rakyat perlu bersatu adalah laungan keramat Malaysia menuju abad 21 dalam sama-sama kita menghadapi krisis global yang sedang melanda negara, khususnya Negeri Selangor. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang cakna dan ambil tahu cadangan-cadangan yang dicadangkan di dalam Dewan ini, khususnya perkara-perkara yang dibawa oleh pihak pembangkang, walaupun tidak 100% tetapi tindakan diambil dengan sewajarnya. Ia dilihat sebagai kejayaan pembangkang dan Kerajaan Negeri dalam meletak sema dan imbang yang dimainkan oleh pembangkang sebagai satu aras utama kepentingan dan kebajikan rakyat diutamakan yang melibatkan sekolah-sekolah agama, isu dan masalah penduduk tempatan, kepentingan peniaga dan penjaja, usahawan-usahawan di Selangor, perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan pendidikan untuk generasi abad 21 dan anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan kepentingan keterjaminan makanan, termasuklah kos sara hidup rakyat Selangor yang

semakin hari semakin tertekan. Saya sebagai Ahli Dewan Negeri dan Wakil Rakyat untuk kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor menyokong Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, selagi ia untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali. Ada lagi Ahli-ahli Dewan yang nak bahas? Tak ada ya? Okey, sekarang saya memberi ruang kepada pihak Kerajaan untuk memberi penjelasan dan penerangan di atas isu-isu yang dibawa oleh Ahli Dewan Negeri. Dipersilakan Yang Berhormat, Sungai Air Tawar.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam kita Selangor maju bersama. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih di atas peluang kepada Sungai Tawar untuk turut mengambil bahagian di dalam sesi penggulungan Sidang Khas Dewan Negeri Selangor ini. Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Dato' Menteri Besar, di atas pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Negeri Selangor. Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan di dalam dua fasa dengan jumlah keseluruhan RM353.6 juta ini akan mendapat menyediakan sokongan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga sektor perniagaan dalam mendepani tekanan ekonomi yang timbul berikutan konflik yang berlarutan di Asia Barat. Pakej ini mampu diperkenal hasil daripada tindakan berani Kerajaan Negeri di dalam menyusun semula keutamaan perbelanjaan dan mengambil langkah penjimatan bagi memastikan rakyat dan ekonomi Negeri Selangor terus berdaya tahan. Mengamati perbahasan dalam tempoh dua hari ini saya dapati tidak banyak perkara yang dibangkitkan berkait secara langsung dengan portfolio saya walau bagaimanapun saya akan memberi maklum balas berhubung beberapa persoalan yang berkaitan.

Yang Berhormat Hulu Kelang ada mencadangkan mengenai pengecualian cukai pintu bagi rumah PPR, rumah-rumah kos rendah dan juga rumah-rumah kampung tradisi. Berhubung rumah-rumah kampung tradisi, sememangnya buat masa ini Kerajaan Negeri tidak menyediakan pengecualian cukai pintu secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyediakan pengecualian cukai pintu bersasar kepada golongan yang layak. Di bawah Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan pengecualian cukai taksiran kepada pemilik kediaman kampung dengan tujuan bagi meringankan beban golongan sasar tertakluk kepada syarat-syarat telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Syarat-syarat permohonan pengecualian cukai bagi kediaman kampung adalah seperti berikut. Pertama, warga negara Malaysia yang menetap di Selangor. Kedua, permohonan antara pemilik berdaftar. Ketiga, keluasan kediaman kurang dari 2,000 kaki persegi. Keempat, permohonan hanya layak untuk satu akaun atau satu rumah sahaja. Dan yang kelima pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah. Pada masa ini, pelaksanaan Dasar Pengecualian Cukai Pintu Secara Bersasar ini adalah langkah progresif

terbaik dalam membantu golongan yang memerlukan. Sesungguh pun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk meneliti perkara ini dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan juga situasi semasa.

Seterusnya Yang Berhormat Sungai Ramal dan Paya Jaras ada membangkitkan mengenai mekanisme penyampaian maklumat berhubung tawaran dan inisiatif yang ditawarkan di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini khususnya kepada masyarakat akar umbi dan desa di luar sana. Di bawah Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa Luar Bandar dan Kemampanan Kampung Tradisi Selangor, kesemua 373 orang Pengerusi JPKK atau Ketua Kampung Tradisi bersama Biro-Biro JPKK masing-masing telah diberikan mandat sebagai ejen penyampaian maklumat dan juga perkhidmatan Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi. Saya telah meminta agar JPKK-JPKK ini bergerak dan memainkan peranan efektif di dalam memastikan sebaran maklumat program-program dan inisiatif-inisiatif Kerajaan dapat dijalankan di kampung masing-masing. Misalnya di kawasan saya sendiri, beberapa Ketua Kampung Tradisi telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program penerangan inisiatif Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan kepada penduk kampung masing-masing. Yang terbaru ialah pada hari Sabtu lepas oleh Ketua Kampung Perenggan, Sabak Bernam. Justeru, saya menyeru agar segenap kepimpinan kampung dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri di semua peringkat termasuklah Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Penggerak Belia Selangor (PEBS) untuk membantu Kerajaan Negeri dalam menyebarkan perkara di luar perkara ini. Ya, Yang Berhormat.

Terima kasih kepada EXCO, saya minta mencadangkan juga, kalau bolehlah program-program Kerajaan Negeri Selangor ini buat di kawasan-kawasan Masjid dan Surau ataupun rumah-rumah ibadat lain, supaya maklumat ini boleh sampai terus kepada mereka. Sebab masih ada lagi tertinggal dan ini cadangan daripada saya kalau boleh dimasukkan juga bersama-sama dengan program itu serentak dengan rumah ibadat, Surau, Masjid dan sebagainya supaya lebih meluas. Ini cadangan daripada saya, terima kasih.

Datuk Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras atas pandangan dan cadangan yang baik. In Sha Allah kami akan mengambil kira pandangan Yang Berhormat Paya Jaras. Sebagai tambahan, saya yakin juga bahawa Pusat-pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di DUN masing-masing juga seharusnya perlu mengambil langkah proaktif di dalam menyantuni masyarakat, termasuklah melalui program seperti Roadshow, Hari Terbuka atau Hari Bertemu Rakyat dan penggunaan media sosial untuk memaksimumkan penyampaian maklumat.

Yang Berhormat Bukit Melawati juga ada menyentuh mengenai perluasan stok penimbal makanan di luar kawasan luar bandar, iaitu dengan mencadangkan pewujudan Pusat Agihan Satelit di kawasan luar bandar seperti Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu

Selangor supaya bekalan makanan dapat disalurkan dengan lebih cepat sekiranya berlaku gangguan bekalan atau bencana. Perkara berkaitan Gudang Makanan Selangor ini akan dijawab secara menyeluruh oleh Yang Berhormat Pandan Indah tetapi selaku EXCO Koperasi dan juga Pengerusi SABDA, saya ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Koperasi dan Pengguna Negeri Selangor bersama-sama Majlis Perundingan Sabak Bernam turut mendukung usaha ke arah meningkatkan keterjaminan makanan dan keselamatan bekalan makanan di negeri ini.

Melalui pembangunan Pusat Pengumpulan Hasil Tani, Koperasi Negeri Selangor di Air Manis, Sabak Bernam, ini akan menjadi usaha rintis untuk membangunkan Sistem Rangkaian Bekalan Produk Koperasi bagi mendukung ekosistem pasaran produk atau hasil petani, nelayan, usahawan di peringkat akar umbi. Projek rintis ini akan diintegrasikan dengan kelebihan Sabak Bernam dalam sektor pertanian dan perikanan. Kerajaan Negeri akan meneliti model pembangunan seperti ini untuk diperluaskan ke wilayah lain di seluruh negeri ini untuk membentuk satu ekosistem, pemasaran produk koperasi yang berdaya tahan dan juga kompetitif. Memandangkan kewujudan Pusat Pengumpulan Hasil ini akan mengurangkan manipulasi orang tengah di dalam pasaran, saya optimis bahawa harga produk yang dijual kepada petani dan nelayan di peringkat akar umbi agar lebih rendah berikutan akses terus kepada para pengguna ataupun pembeli. Benar, ini merupakan satu usaha jangka panjang, tetapi sekurang-kurangnya kita sudah bermula. Dan dengan sokongan dasar yang betul, kita mampu mengangkat projek rintis ini kepada satu Model Pembangunan Ekosistem Rantaian Bekalan Koperasi yang lebih komprehensif dan kompetitif demi meningkatkan tahap ekonomi rakyat di negeri ini.

Yang Berhormat Sungai Burong juga ada membangkitkan mengenai peruntukan RM6 juta yang disalurkan kepada koperasi dan mendakwa kemudian RM6 juta ini akan berbalik kepada Kerajaan. Untuk makluman Dewan, peruntukan RM6 juta ini adalah untuk memperkasa usahawan koperasi di negeri ini. Sebagai salah satu inisiatif ke arah memperkasa ekonomi rakyat, memandangkan koperasi ini adalah perniagaan pemilikan rakyat itu sendiri. Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri menyasarkan penglibatan 75 buah koperasi yang melibatkan 4 sektor iaitu pemborong, pengedaran, peruncitan dan pengguna, produk makanan dan minuman serta pertanian dan juga perladangan. Inisiatif yang dipacu koperasi warga Hijrah Selangor akan memanfaat 300,000 pengguna khususnya golongan rentan dan juga berpendapatan rendah. Setakat ini, sebanyak 10 program Jualan Rumpun Koperasi Selangor (JRS) yang telah dilaksanakan iaitu di DUN Sungai Air Tawar, Sabak, Kota Kemuning, Ijok, Jeram, Sungai Panjang, Sekinchan, Sijangkang, Sungai Panjang dan Banting. Program ini akan terus diperluas ke seluruh pelosok negeri selama 6 bulan, bermula bulan ini. Sehubungan dengan itu, suka untuk saya tegaskan bahawa peruntukan RM6 juta ini bukan sekadar perbelanjaan OpEx tetapi sebenarnya adalah perbelanjaan pembangunan yang merangsang ekonomi di peringkat akar umbi melalui sokongan perkongsian keuntungan koperasi kepada Ahli-ahli nya. Jadi yang mendapat keuntungan

itu adalah petani, nelayan, peladang, usahawan kecil di luar sana. Bahkan melalui peruntukan RM6 juta ini jugalah rakyat yang berpendapatan rendah mendapat sokongan di dalam meringankan beban kos sara hidup melalui pembelian barangan yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Seperti yang saya maklumkan awal tadi, ketiadaan elemen manipulasi orang tengah di dalam pasaran akan menyumbang harga produk yang dijual lebih rendah berikutan akses produk dan hasil petani dan nelayan akar umbi ini adalah terus kepada pengguna dan juga pembeli. Tuan Speaker, sesungguhnya krisis yang melanda menuntut kesatupaduan dan kebersamaan kita di dalam mendepani cabaran semasa ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar konflik geopolitik dan krisis ekonomi dunia ini pulih agar kita dapat keluar daripada cengkaman ke tidak ketentuan dan tekanan ekonomi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan. Segala cadangan yang baik akan diteliti dan dipertimbangkan untuk kepentingan kita bersama. Tuan Speaker, Sungai Air Tawar menyokong Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Terima kasih.

Speaker

Ya, seterusnya saya menjemput EXCO seterusnya, Bandar Utama. Bandar Utama, Sekinchan. Sekinchan dulu. Silakan Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih.

Speaker

Masa tidak.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Timbalan, eh Tuan Speaker. Selamat sore kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua pada pemerhati. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan dan cadangan berkaitan usaha memperkukuhkan kesejahteraan rakyat, membantu peniaga kecil serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Paya Jaras, Yang Berhormat Kota Damansara, Yang Berhormat Subang Jaya, Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Meru dan juga Yang Berhormat Ijok yang membangkitkan isu-isu yang ada terkait dengan PBT.

Ingin saya maklumkan Tuan Speaker, Fi Lesen Penjaja Usahawan Makro. Berkaitan cadangan pengurangan atau pengecualian Fi Lesen Perniagaan dan Permit kepada peniaga kecil, penjaja, peniaga pasar malam, pasar tani serta usahawan mikro. Kerajaan Negeri sebelum ini telah melaksanakan pengecualian Fi Lesen Penjaja di seluruh Negeri Selangor selama 8 tahun bermula tahun 2016 sehingga 2023 sebagai salah satu inisiatif membantu mengurangkan bebanan kos operasi dan menggalakkan penyertaan rakyat dalam aktiviti ekonomi kecil. Walau bagaimanapun, Fi Lesen Penjaja telah dikenakan

semula mulai tahun 2024 bagi memperkukuhkan kawal selia aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran masing-masing. Sehubungan itu, sebarang cadangan pengurangan, pengecualian Fi Lesen pada masa hadapan akan terus diberi pertimbangan, penelitian dengan mengambil kira keupayaan kewangan PBT dan keperluan membantu golongan peniaga-peniaga kecil. Kita sedia maklum dalam Dewan yang mulia, peniaga-peniaga kecil merupakan nadi ekonomi di lapangan dan mereka perlukan untuk menyara kos sara hidup mereka demi pendapatan keluarga mereka. Jadi rantaian tersebut kalau kita bantu, kita teliti, kita susun melalui PBT secara berkesan, secara teratur. Sesungguhnya dia akan memberi impak yang terbaik kepada komuniti setempat. Paya Jaras silakan.

Terima kasih atas penjelasan yang diberikan dan saya mengharapkan pengecualian bayaran kepada peniaga-peniaga kecil dan juga peniaga pasar malam ini dapat dipertimbangkan dengan keadaan suasana yang cukup kritikal. Di kawasan saya ini ada satu pasar malam yang lama. Dipanggil Pasar Malam Paya Jaras dan di situlah ramai orang duduk meniaga dari berbagai lapisan masyarakat, namun apa yang berlaku sekarang ialah soal kualiti pasar malam yang di perlu dibantu oleh pihak PBT. Saya bagi contoh, saya pun baru dapat mesej daripada rakan-rakan bahawa jualan pasar malam semakin merosot disebabkan pertama faktor, yang pertama faktor barangan yang semakin meningkat yang makin tinggi. Yang kedua suasana pasar malam itu dah suram disebabkan facilities di tempat itu merosot. Contohnya di kawasan Paya Jaras ini telah lama tidak diturap.

Dalam jawapan Dewan yang lepas, sesi lepas ada dibangkitkan untuk diturap semula. Jadi yuran yang dibayar oleh peniaga-peniaga ini sepatutnya boleh digunakan semula sebagai meningkatkan kualiti pasar malam. Di situlah dalam keadaan yang begitu kritikal pada masa ini saya mengharapkan supaya isu kualiti pasar malam ini termasuk fizikalnya diberi perhatian supaya dapat memberikan suatu peluang yang lebih baik. Orang nak masuk Pasar Malam Paya Jaras sekarang ini tak boleh masuk dah sebab apa, batu-batu dan menyebabkan kemalangan, ada yang luka, jatuh dan ini akan mengurangkan kualiti pasar malam itu sendiri dan ini saya rasa perlu diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga PBT supaya dengan tujuan bila kita nak membantu peniaga. Satu cara dia kualiti pasar malam itu baik dan orang ramai datang dan di situlah macam mana kita meningkatkan kualiti peniaga-peniaga dan akhirnya penduduk-penduduk dapat manfaat daripada Pakej Rangsangan yang diberikan dan akhirnya mereka juga dapat membelanjakan dalam kitaran ekonomi setempat. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras yang prihatin tentang isu peniaga-peniaga kecil khususnya pasar malam ataupun pasar pagi terutamanya di kawasan Yang Berhormat iaitu Pasar Malam Paya Jaras. Memang selain daripada kita nak pertimbangkan bagaimana kita nak kurangkan bebanan fi lesen, yuran

dan sebagainya. Peniaga-peniaga kecil dalam masa yang kritikal, kita akan pertimbangkan akan teliti kewajaran, kebolehlaksanaan itu satu perkara yang penting.

Kedua, kita juga harus mengambil kira tentang kemudahan infrastruktur di mana sesuatu pengurusan pasar malam itu hidup, meriah atau tidak dia bergantung kepada tarikan. Kemudahan setempat, kemudahan asas yang dikendalikan oleh PBT. Kalau kawasan itu cantik, terurus, teratur dan apa peniaga-peniaga yang ada di situ menjual makanan-makanan yang dengan harga-harga yang berpatutan yang terjangkau dan yang enak dan sebagainya. Layanan yang lebih mesra, sesungguhnya dia menjadi nilai tambah kepada pasar malam itu tersendiri.

Yang ketiga, tentang pemantauan. Pemantauan daripada pihak PBT, JPKK, Ahli Majlis itu juga sangat penting. Kerjasama sebagai satu pasukan untuk memastikan sentiasa keadaannya teratur, itu sangat penting, kalau keadaannya tidak teratur, nampak pun tak begitu menarik, itu juga akan mengurangkan tarikan terhadap pasar malam tersebut, itu yang dikatakan Yang Berhormat tadi iaitu kualiti, kualiti pasar malam tersebut dan juga akses bukan sahaja kemudahan infrastruktur, akses masuk dan sebagainya juga harus jalan kalau lama tak turap Ahli Majlis kena main peranan, kerjasama bersama ADN kawasan juga bersama PBT di mana kita boleh bantu cuba kita bantu supaya kawasan zon menjadi lebih vibrant, lebih ada tarikan, kemudahan dan juga tentang kebersihan itu paling penting. Sebab setiap pasar malam apabila lepas berniaga, perniagaan waktu perniagaan setiap pagi biasanya akan berlaku satu pandangan atau fenomena di mana sampah bertaburan di kawasan tersebut. Peniaga-peniaga kita kadang-kadang kita nak tegur juga sebab apa, mereka jarang mengambil tanggungjawab untuk membersihkan kawasan tersebut di tapak mereka yang mereka meniagakan. Mereka akan biarkan sampah bertaburan. Itu juga menjejaskan satu pandangan apabila lepas saja perniagaan kawasan tersebut penuh dengan sampah. Mereka berpandangan bahawa sampah ini pastinya akan dibersihkan oleh pekerja-pekerja KDEB Waste Management. Itu pandangan mereka. Pada hal kerjasama adalah dua pihak. Kita kena bersihkan sampah di tapak kita sendiri. Bersihkan apabila selesai sahaja perniagaan, kita bersihkan. Kutip balik masuk tong sampah. Kalau macam itu lebih teratur dan ia tidak mencemarkan pemandangan di kawasan tersebut kerana kos harus kita ingat, kos pengurusan sisa itu semakin hari semakin mahal. Oleh kerana kos itu terlalu mahal dan sebagainya maka kita nak bagi pengurangan yuran dan sebagainya pihak PBT agak keberatan. Oleh sebab itu, sekiranya kos pengurusan sampah itu dapat dikurangkan, kita akan dapat pertimbangkan lebih teliti ke arah itu.

Dan seterusnya Yang Berhormat, Tuan Speaker, saya akan terus berkaitan dengan pengurangan kadar sewa premis di PBT. Berkaitan cadangan pengurangan kadar sewa premis PBT Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif melalui Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 1 yang dengan kelulusan pengurangan kadar sewa gerai Medan Selera dan pasar awam milik PBT sebanyak 30%. Rata-rata Yang Berhormat yang berbahas ramai

yang membangkitkan perkara ini. Ini satu pendekatan untuk kurangkan bebanan. Bagi tempoh enam bulan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2026. Ini terbukti bahawa dalam pakej Daya Tahan Pengukuhan Negeri Selangor ini, kita mengambil berat tentang peniaga-peniaga kecil yang dalam konteks sewa ini. Dalam tempoh enam bulan ini kita nak kurangkan bebanan meraka. Tetapi harus kita ingat juga Tuan Speaker, apabila kita bagi pengurangan 30% untuk premis di PBT dan sebagainya untuk gerai-gerai, mereka juga jangan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan ini kononnya krisis global, global crisis kononnya bahan api mahal, kononnya ini naik harga itu naik harga, akhirnya mereka pun naik harga. Kalau begitu dia tidak mencerminkan satu tarikan dan kemudiannya bantuan yang kita berikan dalam bentuk potongan 30% ini tidak memberi manfaat yang sepenuhnya. Sepatutnya mereka harus kira dengan kos. Apabila kos mereka berkurang, kalau boleh kurangkan harga, kawal harga. Kalau tak naik jangan, kalau tak turun jangan naikkan harga. Itu satu. Kalau boleh turunkan sedikit supaya ramai orang lebih suka pergi ke gerai-gerai yang di bawah PBT. Saya ambil contoh, kalau di Singapura di bawah flat-flat medan selera di Singapura negara jiran kita, jualan-jualan medan selera itu harga mereka terkawal. Walaupun inflasi ini, kenaikan itu dan sebagainya, siapa yang sewa gerai PBT itu, medan selera itu, harganya mesti mengikut apa yang ditetapkan oleh Kerajaan. Tidak boleh jual dengan harga sewenang-wenangnya. Itu satu kelebihan. Jadi, benda ini boleh kita lakukan di Negeri Selangor. Kita galakkan. Kita tak ada paksaan buat masa ini tapi kita galakkan oleh kerana sewa kita tak mahal, tidak seperti setengah orang dia perlu sewa restoran yang besar dengan sewa beribu ringgit, cukai pintu dan sebagainya, pekerja ramai tapi pegerai yang kecil, gerai kecil mereka hanya dengan sewa yang murah mereka patut jual harga yang lebih bersaing, berdaya saing. Harga yang lebih murah supaya ramai orang datang. Perniagaan mereka lebih laris. Itu harapan Kerajaan Negeri. Win winlah dengan menang menang. Situasi menang menang ini dapat dizahirkan.

Tuan Speaker, seperti apa yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Sungai Tawar tadi berkaitan dengan pengecualian cukai taksiran, kita telah pernah lakukan termasuk bukan sahaja cukai taksiran di kampung-kampung, kampung tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan itu telah kita laksanakan satu ketika secara kesemuanya kemudian kita buat secara bersasar. Kita tukar balik secara bersasar kerana dia lebih membantu. Dan sekarang kita juga panjangkan kepada semua rumah, perumahan rakyat, rumah PPR, kos rendah juga kita bagi pengecualian cukai taksiran. Ini juga satu kaedah pakai mana kita nak ringankan bebanan yang dipikul oleh rakyat khususnya mereka yang pendapatan lebih rendah, B40 ke bawah dan sebagainya. Dan terbukti Kerajaan Negeri Selangor antara negeri yang paling banyak membantu B40 dari soal kebajikan, soal pengecualian cukai taksiran di kampung, di rumah kos rendah, rumah PPR dan juga di kampung-kampung. Ini telah kita zahirkan di Negeri Selangor.

Dan seterusnya Tuan Speaker, ingin saya tekankan juga berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang jaya berkaitan dengan operasi KDEB,

pengurusan sampah-sarap, sisa pepejal sejak berlakunya krisis global dan juga geopolitik perang yang tidak menentu ini telah menyebabkan bahan api naik secara mendadak dan di KDEB, pihak KDEB juga menghadapi masalah besar kerana kompaktornya mereka dapat subsidi daripada Kerajaan persekutuan untuk mengisi minyak diesel. Namun, sekarang juga kompaktor kadang-kadang kuotanya juga tidak begitu tepat pada masanya dan juga dikurangkan. Itu juga satu cabaran.

Yang kedua, paling terkesan adalah lori-lori roro (roll-on roll-off). Lori roro roll-off ini dia kecil mungkin dalam 7 tan, 5 tan dan sebagainya. Lori 5 tan ini mereka tidak ada subsidi daripada Kerajaan Persekutuan. Maka, diesel yang mereka isi ini berlipat ganda mahal. Oleh sebab itu dengan kontrak yang ada, mereka terpaksa menanggung kos tambahan dan sehingga mereka mengalami kerugian sejak bulan lima, bulan enam dan sehingga hari ini. Oleh sebab itu, pihak KDEB melalui Kerajaan Negeri dan sebagainya telah memohon kemudahan pengecualian roro sebab sampah ini adalah kerja-kerja essential yang perlu dilakukan setiap hari (bahasa jawa), dengan izin Tuan Speaker. Kalau kita tidak bersihkan sampah-sampah Yang Berhormat, sampah-sampah akan penuh di halaman rumah, di taman-taman dan sebagainya. Akhirnya bau busuk dan sebagainya. Rakyat akan bising dan suasana sekitarnya tidak bersih dan sebagainya. Oleh itu, tidak boleh dilengah-lengahkan soal pengutipan sampah, pembersihan, pengurusan sisa pepejal. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri harus kita akan panjangkan, minta selain daripada pertimbangan yang sewajarnya daripada kementerian khususnya Kementerian Kewangan tentang pembelian subsidi kepada lori-lori roro ini dan sementara menunggu berita baik daripada Kerajaan Pusat, kita juga minta Kerajaan Negeri seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Subang Jaya agar Kerajaan Negeri dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Negeri Selangor ini dapat dimasukkan supaya tambahan perbelanjaan kepada KDEB Waste Management setiap bulan RM4 juta ini dapat dilaksanakan. Kurang-kurang pun enam bulan supaya mereka dapat membayar kos tambahan kepada kontraktor-kontraktor di lapangan setiap orang mungkin RM5,000 dan sebagainya untuk sementara waktu dalam keadaan yang kritikal ini. Untuk mereka apa? Bukan untuk untung. Untuk mereka survive. Supaya jadual kerja-kerja boleh mengikut jadual kerja di lapangan supaya kebersihan di kawasan mana-mana pun di kampung halaman dan sebagainya tidak terjejas. Ini saya minta Yang Berhormat terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya yang prihatin yang memperjuangkan tentang nasib dan masalah yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor roro di KDEB Waste Management. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri kita akan cuba bantu sedaya upaya sampaikan daripada pakej kita dah bentangkan, kita akan cuba minta bantuan-bantuan supaya dapat meringankan bebanan kepada kontraktor-kontraktor di lapangan agar kerja-kerja pembersihan sampah itu dapat dilaksanakan dengan mengikut jadual dan teratur.

Tuan Speaker, tentang isu inisiatif teknologi hijau, pemasangan solar yang ramai Yang Berhormat telah bangkit mengenai cadangan pembelian insentif oleh PBT bagi

pembangunan dan kediaman yang mengaplikasikan teknologi hijau (green energy) termasuk pemasangan sistem solar, Kerajaan Negeri akan melaksanakan garis panduan. Kita tengah laksanakan garis panduan pengurangan cukai taksiran bagi permohonan Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar. Environment friendly yang mana mengikut garis panduan kita, kita akan bagi pengurangan dan dalam konteks cukai taksiran mulai 1 Julai 2026. Melalui inisiatif ini, pemilik kediaman yang melaksanakan pemasangan sistem solar, penggunaan peralatan cekap tenaga, sistem penuaian air hujan, pemilikan kenderaan elektrik (EV car), amalan kitar semula dan pengurangan sisa domestik melalui 1 Januari 2026 boleh dipertimbangkan untuk menerima pengurangan cukai taksiran tertakluk kepada syarat-syarat yang akan kita kemukakan nanti. Ini juga satu perkembangan baru, inisiatif baru Kerajaan Negeri di mana kita melalui pengurangan cukai taksiran itu untuk menggalakkan semua stake holder, penduduk-penduduk di Negeri Selangor ini dapat menyokong inisiatif untuk menggunakan tenaga hijau seperti solar panel di rumah-rumah boleh kita pasang supaya boleh jimat elektrik dan sebagainya. Itu juga akan diberi pertimbangan.

Kedua, EV car. EV car sekarang orang kat Negeri China Tuan Speaker, di Negeri China EV car, kereta elektrik sudah menguasai pasaran melebihi kereta konvensional iaitu kereta minyak dan diesel. Rata-rata teksi, Grab, Uber, Food Panda ataupun di sana bukan Food Panda dengan jenama TT dan sebagainya kalau kita order dan sebagainya semua menggunakan kereta EV. Tetapi di negara kita Malaysia memandangkan minyak kalau dibandingkan dengan negara-negara yang lain, harga minyak di negara kita ini masih di paras yang terkawal dan rendah. Lebih rendah daripada negara-negara yang lain. Oleh sebab itu, masih ramai yang tidak menggunakan EV car. Maka kita perlu ada galakan untuk tambahan insentif seperti pengurangan cukai taksiran. Yang Berhormat Sungai Panjang.

Sungai Burong. Mengenai teknologi hijau khususnya EV dan kereta, viral diperkatakan oleh masyarakat dan netizen antarabangsa bahawa ianya baik pada sesi ataupun pengguna. Tetapi di peringkat awal untuk produce nickel tersebut iaitu bahan bateri termasuklah pelupusannya mempunyai masalah yang sangat besar yang perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh EV pada enam tahun akan datang tiada lagi setakat ini pengusaha ataupun perusahaan untuk melupuskan bateri kereta yang menjadikan satu lambakan kalau ia digalakkan tanpa ada sebarang exit plan yang menarik. Begitu juga pencemaran yang berlaku daripada penghasilan bateri yang dilakukan. Ini yang diperbahaskan banyak di luar sana. Tetapi kita hanya menceritakan di tengah-tengah sahaja iaitu penggunaan EV dan solar yang mesra alam. Apa komen Sekinchan?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong yang prihatin terhadap cara-cara pelupusan. Memang Yang Berhormat bukan sahaja Yang Berhormat Sungai Burong, Yang Berhormat Ijok pagi tadi dalam perbahasan juga saya

dengar dengan tekun juga membangkitkan isu tentang tenaga hijau apabila EV car ini banyak dan sebagainya termasuk solar panel di rumah-rumah ada, di mana-mana. Apabila sampai hayatnya kita perlu lupuskan. Mana kita nak lupus? Kaedah pelupusan itu bagaimanana? Termasuk EV car. Kalau dulu kita gunakan petrol, diesel apabila kita hendak lupuskan kereta yang 20 tahun, 30 tahun agak mudah sebab banyak sparepart nya boleh kita guna pakai semula dan boleh jual kepada negara ketiga kepada mana-mana negara di Afrika di mana-manalah kita boleh jual, itu lebih mudah untuk kita lupuskan. Tetapi bateri yang EV Car gunakan itu, bateri itu bukan main besar dan banyak macam mana kita hendak lupuskan? Kalau silap lupus kita letak di mana-mana dia mungkin menyebabkan pencemaran alam sekitar. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Burung dan Ijok. Jadi alam sekitar kita akan tercemar dengan air bateri dan sebagainya, kimia yang akhirnya tanah-tanah juga akan terkesan. Longkang dan sebagainya. Oleh sebab itu, termasuk solar panel kita kena ada satu perancangan bagaimana kita hendak lupuskan.

Di negara China pun sekarang, walaupun mereka banyak dengan EV Car, banyak dengan bateri dan sebagainya mereka juga menghadapi cabaran macam mana hendak lupuskan supaya kurang pencemaran. Jadi, kita kena belajar. Pihak PBT, SPBT kita kena ada rombongan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang lebih matang dalam pengurusan ini. Kita hendak tahu, meneroka termasuk Yang Berhormat EXCO daripada Bandar Utama untuk kita bersama meneliti bagaimana hendak lupuskan sisa-sisa seperti ini. Sisa-sisa solar panel, bateri dan sebagainya untuk kita implement kan di negeri Selangor supaya kita juga mencapai standard piawaian antarabangsa. Tidak boleh kita lupuskan sewenang-wenangnya.

Sekarang ada satu (1) isu di mana banyak complain dari Yang Berhormat Ijok iaitu tentang e-waste. E-waste selalu Ijok bangkitkan. Penggal yang lepas Ijok pun bangkitkan tentang e-waste. E-waste itu juga adalah susulan daripada bateri. Bukan sahaja bateri kereta, bateri komputer, bateri handphone berbagai seluruh yang berkaitan dengan teknologi tentang alat elektronik kereta dan sebagainya. Itu semuanya ada apa? Ada bateri. Dan mereka masukkan ke Malaysia melalui jalan tikus, jalan belakang, jalan macam pintu belakang dan sebagainya dengan cara yang tidak begitu sah. Lepas dibuat pemantauan ada kartel yang cuba melindungi dan sebagainya dan akhirnya mereka buat kilang di kawasan pertanian. Curi-curi malam beroperasi. Kadang-kadang saya tahu, saya sebagai EXCO PBT kita pantau melalui Unit Penguatkuasaan kita. Kadang-kadang kita kena akui bahawa pasukan Penguatkuasaan kita tidak begitu ramai. Kadang-kadang kita kuat kuasa di sini mereka berada di tempat lain. Ini hebatnya mereka. Sebab apa? Sebab keuntungan itu berlipat ganda. Dengan e-waste ini dalam sekelip mata, 1 tahun, 1 tahun setengah mereka boleh untung berjuta-juta ringgit kemudian mereka cabut lari ke tempat yang lain akhirnya tinggalkan kilang dan sisa-sisa yang boleh menyebabkan pencemaran kepada generasi kita akan datang.

Itulah bahaya nya, mudarat nya e-waste ini. Oleh sebab itu kalau e-waste yang tidak boleh dilupuskan, yang tidak menepati piawaian DOE ini marilah kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat kita sama-sama jadi mata dan telinga untuk kawasan anda. Beritahu pihak DOE, beritahu pihak PBT untuk sama-sama kita turun terjah tangkap mereka di mana-mana supaya e-waste ini tidak boleh bermaharajalela dan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di mana-mana tempat. Saya tahu kita masih tidak terkawal tetapi kita tidak mahu negeri Selangor ini dijadikan tempat pelupusan sisa-sisa elektronik yang tidak mendatangkan kebaikan untuk generasi kita akan datang.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri juga akan terus meneliti peluang untuk memperluaskan insentif hijau ini pada masa hadapan. Selaras dengan agenda pembangunan rendah karbon low carbon city dan komitmen Kerajaan Negeri Selangor terhadap kelestarian alam sekitar.

Kerajaan Negeri juga mengambil maklum tentang isu-isu alam sekitar ini dan kita akan pastikan pencemaran itu kita kawal dengan baik dan sekarang ini kita antara negeri yang sangat fokus tentang pematuhan oleh Jabatan Alam Sekitar. Mana-mana kita kena ada EIA dan sebagainya. Kalau tidak pembangunan apa-apa pun kita tidak akan benarkan sewenang-wenangnya tanpa kelulusan.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri juga akan memastikan setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan dapat mencapai keseimbangan antara kebajikan rakyat, daya tahan ekonomi tempatan dan kemapanan kewangan PBT demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor. Oleh sebab itu, ini lah masa yang paling sesuai. Tiada satu negeri di Malaysia ini yang menerajui dalam konteks membuat pakej atau pun siap siaga awal, mencegah atau pun kita dah siap siaga peruntukan disediakan, untuk apa? Untuk Pakej Pengukuhan Daya Tahan Negeri Selangor terhadap krisis global geopolitik peperangan ini. Negeri Selangor sediakan lebih RM300 juta untuk menangani isu ini. Supaya semua industri yang kita bagi bantuan termasuk Mama Kerja dan sebagainya, mereka dapat dibantu untuk mereka dapat mengharungi cabaran seperti ini.

Silakan Ijok.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekinchan berkenaan dengan jawapan. Cuma Ijok ingin mencadangkan lah atau bertanya, adakah Kerajaan Negeri ada memperuntukkan geran pendidikan kepada universiti-universiti yang ada di negeri Selangor ini untuk mengkaji cara bagaimana untuk teknologi pelupusan EV, bateri, panel apa semua ini e-waste yang kita boleh fikirkan dan kita beri kepada pihak universiti untuk mengkaji teknologi yang terkini. Dan dalam masa yang sama, kemungkinan langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar dan negeri Selangor berpotensi untuk menjadi negeri pertama yang mengaplikasikan teknologinya sendiri. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Ya cadangan ini sangat baik. Kerajaan Negeri akan ambil pertimbangan sewajarnya di mana selain daripada kita meninjau teknologi-teknologi yang ada diguna pakai di negara-negara maju tentang kaedah-kaedah untuk melupuskan, kurangkan pencemaran dan sebagainya teknologi-teknologi yang terkini yang paling canggih juga kajian-kajian yang dilakukan oleh profesor-profesor universiti tempatan juga sagat penting. Oleh itu keperluan dana untuk bekerjasama dengan Universiti Islam Selangor atau pun UNISEL (Universiti Selangor) dan universiti yang lain. Kita boleh galakkan supaya menjadi satu platform lah ya. Satu pilot projek terhadap kaedah meneliti apakah teknologi yang paling sesuai, paling canggih untuk kita memelihara alam sekitar dan dapat melupuskan semua sisa-sisa pepejal e-waste dan sebagainya dengan begitu teratur dan tidak mencemarkan alam sekitar kita. Kita ambil maklum dan kita akan cuba lakukan yang terbaik. Kita nak pastikan seluruh rakyat negeri Selangor Melayu, Cina, India dan seluruhnya yang duduk di negeri Selangor berasa bangga dengan kualiti hidup yang ada di negeri Selangor ini sebagai negeri yang berdaya huni, berdaya tahan, majmuk, negeri yang harmoni, sejahtera dan pastikan kita menghayati semangat Kita Selangor Maju Bersama dengan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Negeri Selangor untuk Dewan kali ini saya menyokong dengan penuh. Ini adalah antara respons kepada semua Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Hulu Kelang yang juga berbahas dan menyokong Pakej Pengukusan Daya Tahan Negeri Selangor. Terima kasih kepada Ketua Pembangkang kita memberi sokongan kuat. Terima kasih. Thank you Tuan Speaker.

Speaker

Banting.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor atas penyediaan peruntukan berjumlah RM1.5juta bagi pelaksanaan Program Kerjaya Selangor di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa kedua.

Peruntukan ini mencerminkan commitment berterusan Kerajaan Negeri dalam melindungi kesejahteraan rakyat serta memperkukuhkan daya tahan pasaran buruh negeri Selangor dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global semasa. Program Kerjaya Selangor merupakan satu intervensi strategik yang dirangka bagi membantu rakyat Selangor yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan, mempercepatkan penempatan semula pekerjaan, meningkatkan ke boleh pasaran tenaga kerja melalui Program Peningkatan dan Latihan Semula Kemahiran (upskilling and reskilling) serta membuka akses kepada peluang pekerjaan yang lebih berkualiti, berkemahiran tinggi dan berpendapatan lebih baik.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Mulia, dalam masa yang sama Kerajaan Negeri menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung

penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter bermula Julai 2026. Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi negara dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. Kerajaan Negeri melihat pengumuman ni sebagai pelengkap kepada usaha dan sedang dilaksanakan melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Jika Kerajaan Persekutuan membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat seperti ini, Kerajaan Negeri pula memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat melalui peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan pembangunan tenaga kerja yang lebih berkesan. Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri, untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan ekonomi. Program ini turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh jaringan antara pencari kerja majikan dan penyelia latihan bagi mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih mampan dan inklusif di negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan data PERKESO sehingga 12 Jun 2026, Selangor merekodkan sebanyak 12,355 kes kehilangan pekerjaan. Ini adalah apabila kita buat siasatan lebih mendalam, sebanyak 11,347 orang telah mendapat kerja baharu. Maksudnya hanya 8% yang tidak mendapat kerja dan sebagainya. Sebab mereka mungkin ada aliran lain atau pun menunggu pekerjaan yang lebih yang mereka meminati lah. Itu yang melambatkan sedikit. Cuma apa yang saya maksudkan hari ini adalah terdapat sebanyak 160,566 kekosongan jawatan dan 29,136 pencari kerja aktif yang sedang mencari peluang pekerjaan yang baharu.

Ini adalah data-data yang saya terima daripada PERKESO memandangkan kerja kosong di Selangor sahaja lebih kurang 160,000 masih wujud. Jadi di bawah portfolio saya, saya pun adakan Job Care dan sebagainya. Kita pergi ke setiap pelosok kawasan di seluruh negeri Selangor untuk membantu untuk match making kepada pencari kerja supaya mereka manfaat kan daripada program saya ini. Data ini menunjukkan bahawa cabaran utama yang perlu ditangani bukan semata-mata kekurangan peluang pekerjaan tetapi bagaimana memastikan pencari kerja dapat dipadankan semula dengan peluang pekerjaan yang tersedia dengan lebih cepat dan berkesan. Justeru, Program Kerjaya Selangor memberi fokus kepada usaha mempercepatkan pemadanan pekerjaan, memperluaskan akses kepada peluang kerjaya, memperkukuhkan latihan peningkatan kemahiran serta membantu rakyat memperoleh pekerjaan yang lebih berkualiti dan berpendapatan lebih baik. Matlamat Kerajaan Negeri adalah jelas iaitu memastikan rakyat yang kehilangan pekerjaan tidak terbiar berdepan cabaran tersebut bersendirian. Sebaliknya dibantu untuk kembali bekerja dan menjana pendapatan.

Sungai Burung

Berhubung dengan ...... Ya silakan.

Berdasarkan jumlah pakej yang diletakkan untuk tujuan kehilangan pekerjaan ini, saya mengira kurang lebih satu (1) kepala adalah RM50. Adakah ia cukup bagi menangani perancangan-perancangan yang Yang Berhormat EXCO sebutkan tadi yang begitu banyak untuk isu ini.

Baik terima kasih Yang Berhormat. Okey, saya akan jawab balik ya. Sebenarnya kehilangan pekerjaan di negeri Selangor adalah 12,355 tetapi mereka yang telah mendapat kerja daripada kehilangan itu adalah seramai 11,347. Maksudnya bakinya adalah 1008 sahaja yang tidak dapat kerja baharu. Mereka sedang tunggu untuk peluang dan sebagainya. Bagi saya, 1.5 juta adalah cukup memadai sebab di dalam portfolio saya kita pun ada program dan bajet yang secukupnya. Saya rasa suntikan ini akan membantu sedikit sebanyak untuk memperluaskan lagi program-program saya ke semua tempat. Sekian.

Yang Berhormat.

Ya. Silakan.

Yang Berhormat saya suka untuk bertanya sedikit soalan tambahan. Adakah PERKESO dia ada program untuk bantu sekurang-kurangnya kalau kata lah dalam tempoh 3 ke 6 bulan, mereka ini tidak dapat mencari pekerjaan setelah retrenchment atau pun pengosongan kehilangan pekerja tu, adakah bantuan daripada PERKESO diberikan secara tunai untuk bantuan gaji ke sebagainya sementara untuk mendapat peluang pekerjaan yang baharu daripada apa yang Yang Berhormat sebutkan.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Mengikut apa yang saya dapatkan maklumat daripada PERKESO, memang benar mereka ada program sekiranya pencarum itu kehilangan pekerjaan dari aspek retrench dan sebagainya. Mereka ada program khas untuk mereka. Boleh memohon dan mereka boleh mempertimbangkan bantuan bulanan itu sehingga saya tak pasti berapa lama mungkin dalam 5 hingga 6 bulan dan sebagainya mereka akan bantu, bukan jumlah gaji yang mereka bayar tetapi ada sedikit insentif supaya at least dalam tempoh itu mereka boleh mencari kerja yang baru.

Kerajaan Negeri juga bersetuju bahawa usaha membantu rakyat mendapatkan pekerjaan yang tidak boleh bergantung kepada penganjuran karnival kerjaya atau job fair semata-mata. Justeru, Program Kerjaya Selangor dirangka sebagai satu ekosistem sokongan kerjaya yang lebih menyeluruh melibatkan padanan pekerjaan, kaunseling kerjaya, latihan

peningkatan kemahiran, program transisi kerjaya serta kerjasama strategik beberapa bersama industri. Cadangan berhubung insentif kepada majikan mengekalkan pekerja, penyerapan tenaga kerja serta program latihan sambil, program latihan sambil bekerja merupakan cadangan yang baik. Kerajaan Negeri mengambil maklum perkara tersebut dan akan meneliti bersama PERKESO serta agensi berkaitan.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, supaya promosi Program Kerjaya Selangor dipertingkatkan serta persoalan Yang Berhormat Semenyih mengenai KPI ini, Kerajaan Negeri mengambil maklum perkara tersebut. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, hebahan program akan dilaksanakan secara menyeluruh melalui platform MyFuture Jobs, media sosial rasmi Kerajaan Negeri dan PERKESO, Pihak Berkuasa Tempatan serta pejabat ahli Dewan negeri, institusi pengajian tinggi, institusi TVET, agensi pekerjaan serta rakan media strategik. Program ini disasarkan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 30,000 pencari kerja dan pencari peluang kerjaya di seluruh Negeri Selangor melalui penyertaan sehingga 100 majikan yang menawarkan lebih kurang 20,000 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor ekonomi. KPI utama program merangkumi jumlah penyertaan pencari kerja, pemadanan pekerjaan yang berjaya dilaksanakan, penempatan pekerjaan, penyertaan dalam program transisi kerjaya, latihan peningkatan kemahiran serta akses kepada peluang keusahawanan dan pembiayaan pekerjaan.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini juga, melalui pelaksanaan Job Care serta bersama lindung kerjaya di Kuala Langat, Petaling Jaya dan Gombak, seramai 417 pencari kerja telah berjaya memperoleh pekerjaan manakala 156 calon lagi telah dipanggil ke peringkat temuduga kedua. Biasanya dalam Job Care ni kita ada beberapa kerja apa tu company yang offer on the spot pun ada dengan izin Yang Berhormat dan tetapi ada juga bagi tahap yang lebih tinggi, manager post dan executive dan sebagainya, mereka ada beberapa layer interview kedua dan sebagainya. Jadi, seperti mana yang saya kata kan tadi yang 156 calon adalah menunggu untuk second interview dan sebagainya. Pencapaian ini membuktikan bahawa pendekatan pemadanan pekerjaan yang dilaksanakan bersama PERKESO mampu memberi impak yang nyata kepada rakyat.

Berhubung dengan soalan Yang Berhormat Kampung Tunku mengenai trend kehilangan pekerjaan yang turut melibatkan golongan profesional dan tenaga kerja kemahiran tinggi, Kerajaan Negeri mengambil maklum kebimbangan tersebut. Sehubungan itu, program kerjaya Selangor turut memberi penekanan kepada program Job Matching, transisi kerjaya, upskilling dan reskilling bagi membantu golongan yang terkesan diserap semula ke sektor-sektor yang mempunyai permintaan tinggi seperti pembuatan AI, ICT, ekonomi global, logistik, semi konduktor dan perkhidmatan profesional.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Pandamaran supaya peluang pekerjaan turut diberikan kepada golongan warga emas yang masih berupaya dan ingin terus bekerja sebagai bersara, Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan tersebut. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh golongan warga emas merupakan aset yang bernilai dan boleh terus dimanfaatkan dalam pasaran pekerjaan. Sehubungan itu, cadangan untuk mengkaji semula, penyediaan peluang pekerjaan yang lebih sesuai kepada golongan warga emas termasuk pekerjaan fleksibel, pekerjaan separuh masa, pekerjaan berasaskan kemahiran serta peluang dalam sektor ekonomi komuniti dan keusahawanan yang akan diteliti bersama agensi-agensi berkaitan.

Sesungguhnya, pembangunan modal insan dan penyediaan pekerjaan merupakan antara agenda utama Kerajaan Negeri Selangor dengan sokongan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, kerjasama PERKESO, pihak industri, institusi latihan dan semua Ahli Yang Berhormat, saya yakin program kerjaya Selangor akan menjadi pemangkin kepada usaha peningkatkan ke boleh pasaran tenaga kerja, memperkukuhkan pendapatan rakyat serta membantu mereka yang kehilangan pekerjaan kembali menyertai pasaran buruh. Sebanyak RM1.5 Juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri ini bukan sekadar peruntukan program tetapi merupakan pelaburan untuk membantu rakyat Selangor mendapatkan semula pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan membina masa depan yang lebih baik dan cerah.

Negeri Selangor bukan sekadar penyediaan bantuan tetapi membuka jalan kepada pekerjaan, pendapatan dan kesejahteraan yang lebih mampan untuk rakyat Negeri Selangor.

Di bumi Selangor yang pesat membangun, Langit harapan terbentang berkampung-kampung, Kilang, pejabat, teknologi dan dagang, Membuka pintu buat insan yang berjuang.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Taman Templer

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Yang Di Pertua. Alhamdulillah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Ekonomi Selangor Fasa kedua ini telah dilancarkan dan hangat Dewan hari ini dan Jumaat yang lalu, ada yang bertanya kenapa kita bersidang pada hari ini. Kita bersidang hari ini untuk mendapatkan maklum balas dari Ahli-ahli Yang Berhormat semua supaya penambahbaikan secara berterusan dapat dijalankan. Terima

kasih atas maklum balas-maklum balas Ahli-ahli Yang Berhormat untuk Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dalam Sidang Khas kali ini.

Ketika awal krisis ini berlaku, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar menyampaikan hasrat beliau bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kehidupan rakyat Selangor. Sejak itu, kita sudah lancarkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa Satu dan kini Fasa Dua sebagai manifestasi usaha sedaya upaya untuk mempertahankan kehidupan rakyat Selangor. Pakej ini bertindak sebagai pengukuh kepada jaringan pelindungan sosial agar tidak ada yang tercicir daripada bantuan disebabkan krisis atau pun bagi menampan impak krisis.

Sebuah pakej rangsangan sebagai persediaan menghadapi krisis ekonomi perlukan dua komponen utama, iaitu komponen penyelesaian segera atau dengan izin Quick Relief untuk membantu menangani tekanan kewangan secara segera serta komponen penyelesaian jangka panjang yang menyelesaikan masalah secara lestari. Kelegaan sementara yang ditawarkan melalui inisiatif-inisiatif begini diharapkan sedikit sebanyak membantu memberikan kecukupan untuk memenuhi keperluan asas termasuk makanan, ubat-ubatan dan pendidikan. Saya faham kerisauan Yang Berhormat Sungai Panjang dan Ijok berkenaan tempoh pendek pelaksanaan sebahagian insentif dan inisiatif dan ia tidak kelihatan seperti merawat punca permasalahan pun begitu bantuan seperti Baucar Kita Selangor dan Mama Kerja ini perlu dinilai bersama inisiatif-inisiatif lain dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor termasuk program kerjaya.

Di luar pakej pengukuhan ini juga kita ada pelbagai program lain seperti di bawah Jelajah Wanita Berdaya Tahan melalui agensi Wanita Berdaya Selangor yang telah berjalan pada awal bulan ini turut menawarkan program kembali bekerja dan membawa bersama majikan-majikan untuk padanan pekerjaan dengan mereka yang mencari pekerjaan. Jelajah ini turut menyaksikan kerjasama rentas jawatankuasa tetap iaitu antara saya dan YB Banting serta PERKESO sebuah agensi persekutuan. Kita juga ada Program Usahanita Digital untuk memberi pendedahan dan menggalakkan wanita-wanita menceburi bidang keusahawanan digital sebagai salah satu solusi yang bersifat pemberdayaan dan lestari untuk meningkatkan daya tahan warga Negeri Selangor bukan sekadar memberi penyelesaian yang segera dan kelegaan sementara. Dalam kesempatan ini saya ingin memaklumkan bahawa Program Usahanita Digital ini masih dibuka untuk penyertaan boleh la Ahli-ahli Yang Berhormat menyampaikan kepada penduduk sekitar.

Sama juga seperti kerisauan Yang Berhormat Hulu Kelang dan Ijok tentang kecukupan Baucar Kita Selangor untuk ketua isi rumah rentan. Menurut unit penyelarasan pelaksanaan atau pun ICU, Jabatan Perdana Menteri Selangor sehingga 15 April 2026 jumlah ketua isi rumah miskin atau pun KIR Miskin adalah sebanyak 18,146. Pun begitu, mengambil kira pendekatan atau mengambil kira kemiskinan relatif dan kerentanan yang lain-lain termasuk

golongan ibu tunggal dan kategori mereka yang hilang pekerjaan akibat krisis yang diperuntukkan dalam Baucar Kita Selangor, kita menawarkan 50,000 penerima untuk Baucar Kita Selangor melebihi bilangan KIR Miskin yang saya sebutkan tadi iaitu 18,146 yang berada dalam data ICU, JPM. Maka, saya ingin tekankan bahawa Pakej Pengukuhan ini merupakan respons pantas Kerajaan Negeri dalam menghadapi krisis yang dirancang dan diputuskan secara teliti. Selain daripada pakej pengukuhan ini, kita mempunyai inisiatif dan program yang telah kita rancang melalui peruntukan belanjawan negeri 2026.

Sektor sosial di bawah Jawatankuasa Tetap Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan kita menerima lebih RM160 Juta peruntukan meliputi program bantuan seperti Bingkas, Skim Mesra, Mama Kerja, Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor atau pun BRIS, bantuan peralatan penjagaan dan ini belum termasuk berpuluh-puluh program pembudayaan masyarakat.

Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Permatang, Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk mewujudkan taska inklusif di tempat kerja sebagai sokongan kepada kakitangan yang bekerja termasuk sokongan kepada kanak-kanak OKU sebagai salah satu solusi jangka panjang untuk mewujudkan ekosistem mesra keluarga di Selangor. Kita juga telah memperkenalkan garis panduan pusat jagaan untuk memudahkan perniagaan penjagaan bertumbuh dan slogan impak bagi melatih pengasuh-pengasuh...

Speaker

Yang Berhormat Taman Templer, Permatang berdiri. Bagi laluan.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya tertarik dengan Mama Kerja tadi, saya ingin bertanya bagaimana pula dengan sebagai contoh ibu-ibu yang bekerja sendiri. Adakah sebagai contoh yang macam ialah jual online atau pun yang bekerja sendiri, adakah mereka pun layak untuk menikmati inisiatif ini? Dan sekiranya ya apakah garis panduan untuk kita sama-sama untuk identify mereka yang layak ini?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Okay. Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Dalam mengambil kira mama-mama bekerja ini saya kira antara dokumen yang perlu di kepilkan ataupun dibuktikan adalah slip atau pun pendapatan. Jadi, sekiranya kita memasukkan ibu yang bekerja secara online atau pun di atas talian dan melalui usahawan digital dan sebagainya saya kira dia perlu membuktikan hasil daripada jualan tersebut di mana hasil isi rumah mestilah RM8,000 ke bawah. Itu antara syarat dan juga mereka perlu mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah kerana sokongan kita adalah kepada penjagaan anak tadi. Jadi, bukan sahaja tentang ibu yang bekerja tetapi dengan ibu bekerja yang diberikan sokongan penjagaan anak boleh memastikan mereka terus berkontribusi atau pun menyumbang kepada ekonomi negeri.

Saya teruskan, saya tertarik apabila Yang Berhormat Sungai Ramal membangkitkan isu kajian keberkesanan inisiatif-inisiatif Kerajaan. Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama pasukan penyelidik dari Universiti Malaya telah mengkaji Program Bingkas tahun lepas dan hasilnya kita laksanakan penambahbaikan program Bingkas iaitu dengan mewujudkan Bingkas Plus dan Bingkasan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Damansara. Program Bingkas juga melalui audit untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti. Yang Berhormat Batang Kali juga menyebut tentang bantuan untuk ibu tunggal. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam pelaksanaan Baucar Kita Selangor kita sediakan kategori khas untuk ibu tunggal dan bantuan Mama Kerja juga boleh dipohon oleh ibu-ibu tunggal yang memenuhi syarat Mama Kerja.

Selain itu, saya turut mendengar kerisauan Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Paya Jaras, Ijok dan Kota Damansara berkenaan aksesibiliti kepada bantuan yang bersifat digital, maka untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, di sini lah peranan Ahli-ahli Yang Berhormat melalui Pusat Khidmat Masyarakat membantu menyebarkan maklumat bantuan dan membantu mendaftar bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada teknologi. Cadangan untuk outreach dengan izin agar rakyat lebih mengetahui berkenaan inisiatif- inisiatif Kerajaan amat kami hargai dan Kerajaan Negeri sudah menjalankan program-program jelajah termasuk jelajah ceria Selangor tahun lepas dan Jelajah Wanita Berdaya Tahan tahun ini untuk memberikan maklumat berkenaan bantuan dan inisiatif pelbagai agensi Kerajaan. Sambung esok? (Dewan Riuh)

Speaker

Yang Berhormat, sebenarnya jam telah menunjukkan pukul 4:30 petang, jadi memandangkan sidang ini perlu bersambung esok, maka saya tangguhkan sidang ini pada pukul 4:31 petang lah dan kita akan berjumpa pada pukul 10:00 pagi esok, Yang Berhormat Taman Templer sambung. Itu sahaja, Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang)