Selangor · 3 August 2026
15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · not final · 174 turns · 34,469 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas pada 3 Ogos 2026 dimulakan dimulakan dengan: (i) Bacaan Doa (ii) Proklamasi
(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)
(PROKLAMASI) OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA. BAHAWASANYA Fasal (1) Perkara LXX Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, memperuntukkan bahawa DULI YANG MAHA MULIA SULTAN hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri: MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara LXX Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, DENGAN INI MEMANGGIL Dewan Negeri bermesyuarat dan menetapkan 3 Ogos 2026 hingga 7 Ogos 2026 dan 10 Ogos 2026 hingga 14 Ogos 2026 dan pukul 10.00 pagi kecuali hari Jumaat pukul 9.30 pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan yang Kelima Belas yang akan diadakan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. DIPERBUAT di Istana Alam Shah, Klang pada 18 Jun 2026. Dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi dan Selamat Datang kepada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan dan para pemerhati sekalian. Bertemu lagi kita dalam Mesyuarat Kedua Dewan Yang Mulia ini bagi Penggal Yang Keempat Dewan Negeri
Selangor Yang Kelima Belas. Jadi tanpa melengahkan masa saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada pagi ini. Dipersilakan.
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan urusan mesyuarat seterusnya membentangkan Kertas-kertas Mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bil. 19, Tahun 2026 : Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor pindaan 2026. Kertas Mesyuarat Bil. 20 Tahun 2026 : Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Kertas Mesyuarat Bil. 21 Tahun 2026 : Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026. Kertas Mesyuarat Bil. 22 Tahun 2026 : Laporan Badan Maklumat Negeri Tahun 2025 Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011. Kertas Mesyuarat Bil. 23 Tahun 2026 : Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024. Kertas Mesyuarat Bil. 24 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti, JPK-Infragro Berhubung Pemerkasaan Tatacara Pengendalian Piawai Dan Penyelarasan Pelaksanaan Peruntukan MARRIS oleh Infrasel Sdn. Bhd. Kertas Mesyuarat Bil. 25 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti, JPK-Infragro Berhubung Pengurusan Dan Kesiapsiagaan Bekalan Air Semasa Musim Kemarau di Negeri Selangor Oleh Pihak Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Kertas Mesyuarat Bil. 26 Tahun 2026 : Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita Serta Kesejahteraan Hidup JPK-Sejahtera Berhubung Operasi Loji, Waste To Energy (WTE1) dalam Selangor. Kertas Mesyuarat Bil. 27 Tahun 2026 : Resolusi Dewan Negeri Selangor Bagi Penutupan Akaun Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Untuk Pelaburan Dalam Amanah Saham Selangor (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Bawah Sub Seksyen 10(2) Akta Tatacara Kewangan 1957. Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Selamat Pagi diucapkan kepada semua. Dengan ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Pendatang Asing Dan RohingyaQuestions
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah pendekatan bersepadu yang sedang dilaksanakan bagi menangani penempatan pendatang asing tanpa izin termasuk etnik Rohingya di Hulu Langat?
b) Bagaimanakah kerjasama bersama agensi berkaitan diperkukuhkan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat terus terpelihara?
Terima kasih Speaker. Dusun Tua yang bertanyakan soalan dan saya minta izin untuk menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan 156 daripada Hulu Bernam dan soalan 269 daripada Kota Damansara. Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kebimbangan awam berkenaan dengan penempatan pendatang asing tanpa izin termasuk penempatan pelarian etnik Rohingya yang dikenal pasti di beberapa kawasan di daerah Hulu Langat. Setelah membuat beberapa semakan dan juga kajian yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan agensi-agensi berkaitan. Kita dapati di daerah Hulu Langat ada sekitar ataupun sejumlah 9,515 orang etnik Rohingya yang boleh dikategorikan di beberapa lokasi. Ada lokasi-lokasi yang menempatkan sekitar 20.. 30 orang. Seperti di Hulu Langat, Beranang. Jumlah nya tidak begitu besar tetapi bila masuk di kawasan Urban seperti Kajang, jumlahnya meningkat sehingga ratusan orang seperti di kampung Sungai Sekamat ada 400 orang. Tapi di kawasan-kawasan tertentu seperti di Taman Kantan Permai hanya sekitar 50 orang. Jumlah itu bertambah lagi apabila kita melihat di kawasan bandar-bandar yang lain seperti di Cheras. Kehadiran di satu-satu lokal itu di antara 200 hingga 300. Dan apabila sampai di Ampang jumlahnya berlipat kali ganda mencecah ribuan orang seperti di Tasik Tambahan hampir 2,000 orang, di Pandan Mewah hampir 1,500 orang dan tempat seperti di Taman Bandar Baru Ampang Kosas dan sebagainya ada sekitar 300 orang. So dalam rekod yang kita ada di peringkat daerah setelah mendapatkan maklumat daripada jabatan berkaitan ada 9,515 orang secara keseluruhannya. Ahli Yang Berhormat sekalian, di daerah Hulu Langat pelarasan tindakan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Keselamatan Daerah Hulu Langat yang melibatkan pelbagai agensi termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Pihak Berkuasa Tempatan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen dan agensi-agensi yang berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing. Antara tindakan itu ialah pemantauan dan pengemaskinian maklumat penempatan sebagaimana yang saya rekodkan as sekitar Julai sebentar tadi. Yang kedua pelaksanaan penguatkuasaan bersepadu. Ini sudah pasti dilaksanakan bersama dengan pihak Jabatan Imigresen, Polis dan pihak PBT. Saya turut terlibat dalam beberapa operasi yang melibatkan operasi
di Seri Muda dan operasi di Selayang pada awal tahun ini dan akhir tahun lepas. Yang ketiga, pelarasan tindakan melalui Jawatankuasa Keselamatan Daerah. Jawatankuasa Keselamatan Daerah berperanan sebagai platform penyelaras antara agensi dan perkongsian maklumat untuk tindakan-tindakan operasi. Yang keempat, tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang berkuat kuasa. Sebarang tindakan terhadap penempatan ataupun pihak yang melanggar peraturan dilaksanakan oleh agensi yang mempunyai bidang kuasa berdasarkan undang-undang kerajaan negeri. Menyedari isu PATI termasuk komuniti pelarian merupakan isu yang kompleks melibatkan pelbagai bidang kuasa. Oleh itu kerjasama erat antara negeri, agensi persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi penguatkuasaan di peringkat daerah harus terus diperkukuhkan. Kerajaan negeri akan terus memastikan pendekatan yang dilaksanakan mengambil aspek penguatkuasaan, keselamatan, ketenteraman awam dan penempatan PATI di Hulu Langat akan ditangani secara teratur dan berkesan. Bagaimana kerajaan kerjasama bersama agensi berkaitan diperkukuhkan? Antara langkah-langkah yang dilaksanakan ialah memperkukuhkan pelarasan antara agensi melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Daerah serta platform pelarasan yang melibatkan Pejabat Tanah, Polis, Jabatan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak PBT. Yang kedua, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana ataupun risiko-risiko yang timbul akibat kehadiran warga pendatang tanpa izin ataupun pelarian ini. Yang ketiga, memperkukuh aspek keselamatan awam melalui Operasi Bersepadu yang melibatkan jabatan-jabatan. Yang keempat, melibatkan pasukan-pasukan rakyat ataupun organisasi tempatan seperti KRT, Skim Rondaan Sukarela, Pembangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung dan Badan-badan Bukan Kerajaan. Yang kelima, manfaatkan teknologi, bagaimana keterhubungan kita dalam berkongsi maklumat dan juga info-info berkaitan dengan kehadiran warga asing. Isunya Yang Berhormat di sini sebahagian besar daripada kerangka undang-undang yang melibatkan pendatang tanpa izin mahupun pelarian ini adalah di bawah kerangka di peringkat Persekutuan. Di pihak negeri kebanyakannya kita menyelenggara, menyusun supaya langkah-langkah dapat diambil tindakan kecuali di bidang-bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan sendiri sememangnya tidak membenarkan sebarang aktiviti perniagaan yang dipunyai oleh warga asing. Itu sangat jelas cuma isunya adalah penjualan lesen ataupun penggunaan Ali baba yang harus diambil tindakan sewajarnya ataupun tindakan tuan punya tanah yang menyewakan sebagaimana yang berlaku di daerah Hulu Langat yang kemudian timbul isu itu setelah berlaku perbalahan di kalangan ahli keluarga sebenarnya. Antara isu yang timbul serta ahli keluarga berbalah dan akhirnya mereka menimbulkan pergaduhan yang kita tangani dengan mengambil tindakan mengikut Akta Tanah ataupun Kanun Tanah Negara mahupun di ambil tindakan oleh tuan punya yang berkenaan. Dilema ini adalah dilema di antara isu kemanusiaan dan kedua isunya adalah undang-undang dan ketiga tanggapan dari persepsi rakyat. Hari ini secara meluas saya boleh katakan ditimbulkan sama ada di laman-laman sosial dan sebagainya. Kempen Anti Pendatang Tanpa Izin mahupun pelarian-pelarian ini berada dalam sangat meluas. Walaupun dalam keadaan tertentu agak ekstrem pandangan mereka termasuk mengambil tindakan fizikal ataupun
mengambil tindakan-tindakan yang tidak penuh kemanusiaan. Dan di pihak negeri atau pihak Kerajaan harus mengambil langkah dan mengambil tindakan supaya ketenteraman awam dapat dijamin ataupun keselesaan awam dapat dijamin terutamanya warga tempatan dan yang kedua nilai kemanusiaan juga dikawal. Cuma kekangan kita, di mana mereka hendak ditempatkan adakah kita mempunyai tempat untuk melonggokkan ataupun menempatkan mereka? Ataupun kita ingin menghalau pulang mereka. Jika kita hendak pulangkan balik, negara tersebut pun ada tidak mahu menerima. Inilah dilema yang bukan satu hari sebenarnya telah berlarutan sekian lama dan menempatkan mereka di beberapa komuniti dan lokaliti yang bukan hanya di Hulu Langat, Yang Berhormat tetapi di banyak tempat. Kerajaan Negeri cukup sedar tentang ketidakselesaan yang dibangkitkan tetapi kita juga kena strike the balance di antara nilai kemanusiaan, tindakan undang-undang mahupun keselesaan dan rasa selamat rakyat terhadap kehadiran dan lambakan pendatang tanpa izin ataupun pelarian-pelarian terbabit. Terima kasih Yang Berhormat.
Dusun Tua.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya tindakan selepas roboh sistem perparitan dan longkang saya dapat lihat JPS punya tu batu konkrit mungkin tak berapa kemas. Yang seterusnya, kita dapat merasakan kad UNCHR ini ramai yang kata palsu. Ya atau tidak saya tak tahu apa jabatan yang boleh mengesahkan dan ianya berleluasa. Satu kampung contohnya motor roda tiga dia boleh berniaga berleluasa sangat. Jadi tentang kad UNCHR palsu ini bagaimana tindakan Kerajaan harus mengatasinya. Lepas tu yang terakhir, kompaun ini. Saya difahamkan yang dah mengaku yang dah merobohkan telah dikemukakan kompaun sebanyak tiga kali dan dia boleh pay dia bayar RM 250,000.00 bukan sikit. Jadi harus kajilah nilai kompaun ini pada tuan-tuan tanah ini yang memberi keizinan. Itu pendapat sayalah. Terima kasih.
Terima kasih atas aduan Yang Berhormat berkenaan dengan kekemasan tindakan yang diambil. Saya minta untuk jabatan berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran untuk ambil tindakan selanjutnya. Isu yang kedua yang dibangkitkan Yang Berhormat ialah tentang status UNCHR ataupun kad UNCHR. Status UNCHR ini bukan dikeluarkan oleh Kerajaan. Ia dikeluarkan oleh UNICEFF untuk mengesahkan kedudukan mereka ini sebagai pelarian. Dan ia bukan lah lesen untuk mereka sewenang-wenangnya berniaga, tinggal, memiliki aset dan sebagainya. Itu diperakui oleh pihak Kementerian. Di peringkat persekutuan dan mahupun peringkat negeri. Yang ketiga, adalah masalahnya sebahagian daripada komuniti kita juga bekerjasama dengan mereka. Di kawasan saya Yang Berhormat, sebahagian daripada kawasan ini berapa kali kita buat operasi sebenarnya, penjualan-penjualan barangan di kawasan pasar, peniaga-peniaga tempatan bising, bila kita ambil tindakan dan sebagainya, adanya lokal elemen yang mempertahankan dan melindungi mereka dan inilah cabaran yang besar, jadi penguatkuasaan harus juga dilibatkan bukan hanya kepada pihak yang terbabit, tetapi mereka yang terlibat bersetongkol mengambil
kesempatan daripada keterdesakan mereka untuk tinggal, survive dan keterdesakan itu telah menggerakkan mereka untuk terlibat dengan 3D, kerja-kerja yang kotor, kerja-kerja yang bahaya yang kebanyakannya berliku di kawasan pasar dan kawasan-kawasan sebagainya. Ini antara realiti yang harus kita akui, bagaimana ada kewujudan persengtongkolan yang tidak wajar di antara lokal tempatan dengan pihak-pihak terbabit. Jadi laporan yang di kemukakan harus dirujuk juga siapakah mereka ini, supaya kita boleh ambil tindakan, macam Yang Berhormat sebutlah, saman-saman itu mereka boleh bayar, tak mungkin mereka yang melarikan diri menjadi pelarian di sini mampu membayar dengan jumlah yang besar dan saya anggarkan mungkin ada rangkaian yang tidak wajar dekat belakang itu yang telah menyokong mereka, kalau tidak mereka tidak akan boleh kekal. Pendirian negeri memang sangat jelas, kita tak pernah benarkan sebarang lesen, pemilikan aset, tetapi kadang-kadang dia dah duduk menyewa, jadi bila kita nak ambil tindakan kepada tuan punya tanah, tuan punya tanah kena memulihkan tanah tersebut sebagaimana status tanah. Kadang-kadang diambil tindakan, kita dah robohkan, esok dia bangunkan balik dan sebagainya. Ini antara kekangan-kekangan kita walaupun mendapat kritikan dan sebagainya, sebagaimana saya sebut, kadang-kadang kita terpaksa titik keseimbangan di antara undang-undang, di antara keselesaan dan kebimbangan rakyat yang sangat jelas sekarang ini mutakhir ini, dan ketiga adalah isu kemanusiaan supaya kita juga tidak dilihat cruel kepada manusia yang terpaksa melarikan diri akibat daripada masalah-masalah di negara-negara terbabit. So, ini cabaran besar kepada kerajaan sekarang pada hari ini, bagaimana mencapai titik keseimbangan itu untuk memuaskan hati semua pihak demi untuk menjaga dan juga hak kemanusiaan sama. Cumanya masih ada mereka yang bersimpati, mereka yang membeli barangan yang dijual oleh mereka. Mereka yang menjual lesen perniagaan, saya minta pihak PBT supaya ambil tindakan siapa yang menjual ini, supaya diambil tindakan ataupun disenarai hitamkan terus kerana ia telah menimbulkan kebimbangan serta masalah awam yang besar dalam negara dan negeri kita, terima kasih.
Soalan tambahan, Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Kalau mengikut data daripada UNHCR Malaysia, dianggarkan lebih kurang dalam 125,000 hingga 193,000 Rohingya di Malaysia dan baru-baru ini disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, kesediaan Myanmar untuk mengambil balik lebih kurang dalam 5,000 daripada mereka ini dan kita sedia untuk hantar, siapakah mungkin di bawah maklumat daripada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar sendiri, yang terpilih untuk dihantar ke sana kalau ada maklumatnya, yang kedua mungkin adakah mungkin satu-satu inisiatif yang boleh difikirkan oleh kerajaan negeri atas dasar pertimbangan kemanusiaan yang mereka ini perlu hidup, perlu makan, mungkin beranak pinak dan perlu pendidikan yang akhirnya tidak akan menjadi masalah kepada negeri Selangor sendiri, kerana keterbatasan-keterbatasan mereka ini yang boleh difikirkan oleh kerajaan negeri, julah yang begitu besar sebagainya, memang sudah ada di lokasi-
lokasi tertentu di negeri Selangor ini, seperti di Sungai Pinang, Klang dan sebagainya, terima kasih.
Pemilihan siapa yang dihantar itu sudah pasti di bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri mahupun pihak jabatan perdana menteri supaya mereka boleh dihantar pulang dan sebahagian daripada isu juga, kita kena pilih soal kemanusiaan dia Yang Berhormat, sebab ada sebahagian mereka itu memang tidak dimahukan oleh negara terbabit, mereka bila mereka pulang, mereka mungkin diambil tindakan yang keras dan kejam dan apabila mereka di sini, dia juga diambil ataupun dianggap sebagai pengacau kepada ketenteraman awam, ini dah lama dan realiti yang kita hadapi pada waktu ini.
Untuk soalan kedua Yang Berhormat tadi, ada usaha-usaha yang sebenarnya dijalankan oleh pihak NGO di dalam negara kita. Ini NGO, Kerajaan tak terlibat secara langsung tapi NGO terlibat, mereka pastikan anak-anak pelarian ini disantuni supaya mereka tidak terbiar, kalau mereka terbiar di jalanan, mereka akan wujudkan gelandangan dan mungkin akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti jenayah jalanan ataupun perkara-perkara yang merisaukan dan menimbulkan kebimbangan. Isu dia sekarang Yang Berhormat, kempen yang sedang berlitar di luar sana ataupun gerakan fahaman faraid yang menyerap dalam negara kita, sampai ke tahap nak singkir mereka, ada post yang dalam thread saya sebut, kita kena kumpulkan mereka di kilang dan dikumpulkan di sana dan dibakar. Saya rasa ini tindakan yang alannazi yang sudah menyerap dalam fikiran rakyat yang patut kita align betulkan sebagainya. Rasa tak selesa, ya saya rasa semua kat sini pun tak selesa, tetapi bagaimana kita tangani supaya tidak sampai kepada level itu. Saya pandang Yang Berhormat sebut kena sediakan pendidikan, memang sudah ada orang buat Yang Berhormat, tapi secara NGO. Banyak yang saya kenal, satu persatu dia buat, ada sediakan sekolah, ada peruntukan daripada Qatar pada tahun 2020 untuk buat sekolah dan sebagainya, cumanya isunya sekarang suasananya ialah itu pun dibantah dan ditentang, bukan hanya pendatang haram, bukan hanya aktiviti perniagaan, itu definately, saya rasa mana-mana kerajaan pun akan tentang, tapi sekarang ini yang lebih membimbangkan saya, ada pandangan itu pun tak boleh, kita kena hantar mereka pulang kerana ia merencatkan peluang rakyat dalam negara kita ataupun peluang warga dalam negara kita. Ini situasi yang harus ada kematangan pimpinan kita bersama-sama untuk align sikap kita dan pendirian kita supaya kita jangan jadi kejam, hilang nilai kemanusiaan dan dalam pada masa sama kita jamin ketenteraman awam dalam negeri dan negara kita, terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan, Dusun Tua.
Yang Berhormat, di Kampung Batu 10, Cheras ada isu dan jadi kes polis, sebelum saya cakap tentang perniagaan bawah motor roda tiga ini sudah pasti dia berniaga barang lusuh, sekarang ini aduan cukup banyak boleh katakan saban hari setiap minggu ada kes kecurian kabel elektrik, kabel telekom, adakah etnik Rohingya ini terlibat bersama dalam kes Batu 10 isunya pembakaran wayar
kabel ini, dia nak buang yang getahnya nak ambil kopernya dan satu kampung berbau busuk bila nak masuk dia tutupnya pintu pagarnya dan bergaduh dan mereka pindah ke dalam Dusun Tua pula. Jadi isu kita, isu kita yang sekarang ini berleluasa mencuri kabel lepas itu dia boleh menjual, itu yang penempatan mereka ini di dalam kawasan kampung, bakar kabel ini, jadi ini harus diatasi kerana kerugian pada agensi kita, Telekom, TNB boleh katakan saban hari ada aduan kecurian dan potong kabel telefon dan kabel TNB.
Kita tidak akan pernah kompromi dengan siapa-siapa pun yang melakukan tindakan criminal atau penjenayah Yang Berhormat. Maknanya mereka yang melakukan tindakan jenayah, warga asing atau warga tempatan harus diambil tindakan, daripada curi tabung masjid, mengganggu ketenteraman awam, membuat bising sampailah curi kabel, saya rasa Yang Berhormat Pandan Indah melaporkan kerugian fasal hilang kabel ini sangat tinggi nilai dia kepada peruntukan negara, kedudukan orang awam dan juga GLC kita seperti Telekom dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi. Justeru, saya percaya apa tindakan criminal termasuk pencurian kabel harus diambil tindakan termasuk tuduhan kita kalau ada bukti dan sebagainya, dan kita ada penguatkuasaan yang lebih tegas dapat dilaksanakan dengan lebih lancar untuk elakkan hal tersebut daripada berleluasa. Tentang kebimbangan awam, memang saya sebut daripada awal, saya pun ikutkan tak semua orang selesa dengan perbezaan kebudayaan, perbezaan cara makan, perbezaan cara hidup, mereka mungkin disebut sebagai dengan tanda kutip agak kurang bersih dalam kawasan-kawasan itu, memang kurang selesa. Tapi solusinya macam mana, adakah kita nak hantar mereka semua balik ataupun kita minta untuk pihak kerajaan federal cakap there’s no pelarian ataupun no refigue nanti kita akan ditimbulkan juga serangan tentang macam mana kedudukan refigue daripada Syria, refigue daripada Palestin, refigue daripada lain. Inilah isu besar yang harus dibetulkan daripada segi alignment pandangan ataupun jajaran kita bersama-sama kerana finally saya percaya imej negara, keselesaan juga akan menjadi keutamaan kepada negara.
Yang Berhormat apa tindakan kesilapan mereka kalau ada kajian, buat, dia bukan semuanya bil dilakukan ia dibuat oleh satu-satu etnik ataupun satu-satu keturunan oleh pelarian ataupun warga asing. Kalau jenayah, jenayahlah, jadi jenayah itu kalau warga asing terlibat dia ambil tindakan, yang tak terlibat janganlah dilibatkan sekali mereka buat tindakan jenayah. Kedudukan mereka di sini harus ada dasar di peringkat persekutuan, macam mana, adakah kita nak jadi macam Bangladesh, Bangladesh letakkan di satu lokasi, pandai-pandai kamulah hidup dekat situ, finally dekat kawasan tepi sungai dan bila banjir, dia akan banjir, ada mati dan sebagainya, ataupun kita sediakan tempatan yang baik yang tersusun dan duit negara akan digunakan, saya tak percaya, saya percaya ramai orang tidak akan setuju apa tah lagi ramai orang miskin yang perlu dibantu.
Yang ketiga, kita tak setuju untuk jadi transit biar dia jadi transit di negeri lain atau negara lain sebelum mereka cari penempatan di dunia pertama ataupun di negara maju. Itu tujuan refigue sebenarnya Yang Berhormat, bila dia sampai di Malaysia, sebenarnya
tugas adalah transit before dia orang bergerak ke negara lain seperti Amerika, UK dan sebagainya. Dengan pandangan-pandangan seperti Donald Trump yang ada sekarang, saya tak rasa Amerika akan menerima refigue daripada negara lain termasuk daripada Myanmar ataupun negara-negara lain, ini benda yang benda yang menjadi dilema dan kita kena sekali lagi saya sebut aspek kemanusiaan kita tidak boleh hilang dengan sebab rasa perbezaan kita dengan pihak-pihak terbabit, terima kasih.
Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 2.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Dan Pembangunan Tanah Tidak TerancangQuestions
2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Berapakah jumlah kes KTK yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan sejak Januari 2026? b) Berapa kilang yang telah dirobohkan? c) Apakah kesan tindakan ini terhadap pekerja dan pemilik perniagaan kecil yang terlibat?
Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gasing atas soalan mengenai KTK. Susulan daripada tindakan penguatkuasaan yang telah dimulakan melalui penyampaian Notis 7 (a) mulai Januari 2025, sebanyak 11 Notis 7 (b) telah dikeluarkan sejak Januari 2026 oleh Pentadbir Daerah kepada pihak-pihak yang terlibat melibatkan lima hak milik tanah. Notis 7(b) tersebut dikeluarkan bagi memberi peluang kepada pemilik atau pihak berkepentingan untuk mengemukakan sebab mengapa tanah berkenaan tidak sepatutnya dirampas. Tindakan ini merupakan sebahagian daripada proses penguatkuasaan berperingkat terhadap penggunaan tanah yang tidak mematuhi syarat nyata pencerobohan tanah kerajaan atau pengoperasian Kilang Tanpa Kebenaran (KTK).
Tuan Speaker, kerajaan negeri melalui pejabat tanah dan daerah serta pihak berkuasa tempatan akan terus menjalankan semakan status tanah, pematuhan syarat guna tanah, lesen operasi dan kelulusan pembangunan sebelum tindakan lanjut diambil mengikut
peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. (B), sebanyak 72 buah kilang yang beroperasi di atas tanah kerajaan, telah dirobohkan melalui pelaksanaan operasi penguatkuasaan yang berkaitan, pecahan tindakan mengikut kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah dan tanah adalah seperti berikut:
i) MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) PBT MBSA, PDT Petaling bilangan operasi 2, jumlah kilang yang dirobohkan 53.
ii) Majlis Bandaraya Diraja Klang, PBT, Pejabat Daerah Klang, bilangan operasi 1, kilang yang terlibat, jumlah kilang yang dirobohkan 19, Pelabuhan pun.
Jumlah 3 operasi kita laksanakan melibatkan 72 buah kilang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 buah kilang telah dirobohkan dalam kawasan pentadbiran MBSA melalui dua operasi manakala 19 buah kilang telah dirobohkan di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang, melalui satu operasi. Tindakan perobohan dilaksanakan selepas proses notis, semakan status tanah dan penyelarasan antara agensi berkaitan diselesaikan. Operasi turut mengambil kira aspek keselamatan, pemindahan aset, kawalan lalu lintas serta pengurusan sisa hasil perobohan.
(C), Kerajaan Negeri mengakui bahawa perlaksanaan off data bagi merobohkan kilang tanpa kebenaran sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pemilik premis, pengusaha kecil dan pekerja yang bergantung pada aktiviti perniagaan tersebut sebagai sumber pendapatan. Antara kesan langsung yang mungkin berlaku ialah :
i) Gangguan sementara terhadap operasi perniagaan; ii) Kehilangan atau pengurangan pendapatan; iii) Keperluan memindahkan operasi ke premis yang sah; dan iv) Kemungkinan pekerja terjejas sekiranya perniagaan tidak dapat diteruskan dalam tempoh terdekat.
Itu antara kesan-kesan yang mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, kesan tersebut perlu dilihat secara seimbang, secara seluruhnya dengan implikasi yang ditanggung oleh kerajaan negeri dan masyarakat akibat pencerobohan serta penggunaan tanah tanpa kebenaran. Sepanjang tempoh tanah kerajaan digunakan secara tidak sah, kerajaan negeri berdepan ketirisan hasil dalam bentuk premium tanah, cukai tanah, fee pembangunan, lesen dan bayaran berkaitan yang sepatutnya dipungut, dikutip oleh PBT dan pihak kerajaan. Selain isu hasil operasi kilang tanpa kebenaran juga boleh menimbulkan masalah dari sudut :
i) Keselamatan struktur dan kebakaran ii) Pencemaran alam sekitar iii) Kesesakan lalu lintas iv) Gangguan kepada kawasan perumahan v) Penggunaan utiliti secara tidak teratur dan
vi) Pembangunan tanah yang tidak selaras dengan perancangan PBT
Melalui pelaksanaan off data, pelaksanaan yang terlibat dapat disusun secara terancang, pembangunan semula boleh dirancang berdasarkan kesesuaian guna tanah, keperluan infrastruktur, akses tanah, keselamatan alam sekitar dan potensi ekonomi kawasan. Tuan Speaker, perancangan semula oleh PBT yang membolehkan tanah berkenaan digunakan untuk pembangunan yang lebih berdaya maju sah dan mampan. Pendekatan berupaya mewujudkan agihan sosial ekonomi yang menyeluruh melalui peluang pekerjaan formal, peningkatan hasil kerajaan, penyediaan premis perniagaan yang teratur serta pembangunan industri yang mematuhi undang-undang. Pada masa yang sama, kerajaan negeri berpandangan bahawa pemilik perniagaan kecil yang terjejas wajar digalakkan untuk memindah operasi ke kawasan perindustrian atau premis yang mempunyai kelulusan yang sah iaitu kita ada kawasan-kawasan industri supaya mereka boleh pergi ke kawasan industri yang lengkap dengan utiliti, infrastruktur yang sah. Pendekatan ini penting supaya aktiviti ekonomi dapat diteruskan tanpa mengabaikan aspek keselamatan, perancangan bandar dan kepentingan awam dan usaha Kerajaan ini berterusan supaya penguatkuasaan untuk operasi KTK ini dapat di optimumkan dan mendapatkan hasil iaitu dengan matlamat Kerajaan iaitu carrot and steak, di mana yang diputihkan kita akan putihkan melalui program pemutihan dan yang tidak dapat diputihkan mereka perlu berpindah ke kawasan yang sah, inilah dasar kerajaan, terima kasih.
Soalan tambahan.
Kota Damansara.
Terima kasih pada Yang Berhormat Exco atas jawapan-jawapan tadi, kalau kita tengok, saya perhatikan jawapan Yang Berhormat EXCO di bawah pentadbiran MBSA nya majoritinya berada di DUN Kota Damansara. Cuma Yang Berhormat EXCO, antara consent Kota Damansara adalah selepas tindakan dibuat terhadap KTK khususnya di tanah-tanah kerajaan, tapi kawasan itu tidak diletakkan sebagai tidak ada penghadang dan menyebabkan selepasnya perobohan itu berlaku, tempat itu menjadi tempat peletakan sampah haram pula. Jadi dalam keadaan kita menyelesaikan satu masalah, kita juga membawa satu lagi masalah yang baru bila tempat itu tidak diletak holding dan menyebabkan sampah haram dan sekarang ini di kawasan Kota Damansara tempat yang telah dijadikan perobohan itu, sekarang ini dilambakkan dengan sampah-sampah binaan dan sampah-sampah haram di situ, jadi saya minta mungkin saya minta komen daripada Yang Berhormat EXCO, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara, kerana operasi sebelum ini memang kita libatkan kawasan Yang Berhormat dan sebagainya. Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana prihatin dan memberi kerjasama yang padu membuat engagement dan akhirnya kita lancar selesai sukses
untuk pengoperasian di kawasan tersebut dan saya ucapkan tahniah juga kepada semua majlis, agensi yang terlibat MBSA, PDT Petaling, PTGS, KTK dan sebagainya semua yang terlibat. Namun kesannya ialah apabila kita bersihkan, kita robohkan semua kawasan itu pun kita dah bersihkan. Jadi keperluan untuk pasang holding dan sebagainya, itu saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Damansara supaya kawasan itu tidak dijadikan kawasan penempatan sampah haram dan sebagainya, kerana di kawasan tersebut kita roboh, antara punca ialah rintis TNB dan juga rizab sungai dan sebagainya. Oleh sebab itu saya akan arahkan minta semua MBSA dan juga PDT Petaling dan PTGS untuk pantau supaya kawasan itu kalau boleh dipasang holding dan sebagainya, ada pemantauan, tidak dijadikan tempat sampah haram, itu saya ambil maklum, terima kasih.
Soalan tambahan, Sijangkang
Terima kasih Tuan Speaker. Saya lihat daripada sudut prestasi untuk kita memutihkan Kilang Tanpa Kebenaran ini nampak belum seperti mana kita harapkanlah. Sebab saya lihat dah tadi kalau cadangan untuk kita adakan holding dan sebagainya, saya khuatir ini juga memungkinkan daripada sudut pemantauan yang tidak dapat di pantau dengan sebaiknya. Saya mengambil contoh di Kuala Langat sendiri, Teluk Panglima Garang tempoh hari apabila kilang tanpa izin diadakan spot-check dapati menguruskan e-waste dan hasil daripada pemantauan tersebut mendapati ada satu lagi kilang tanpa izin yang ada di menguruskan kelongsong-kelongsong peluru ini yang jumlahnya cukup besar, sejauh manakah mungkin pemantau-pemantauan secara bersepadu yang dilakukan berterusan dan akhirnya kilang-kilang tanpa izin ini bukan sahaja kita nak putihkan tetapi aktiviti-aktiviti yang membahayakan ini dapat dibanteras, terima kasih.
Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang menimbulkan kerisauan tentang KTK kilang tanpa kebenaran apabila kita buat operasi kemungkinan di lapangan ada juga yang tidak terkawal dan tidak ditemui dan ada juga kilang yang sebelum ini mungkin kita terlepas pandang tapi walau bagaimanapun, saya ambil maklum tentang perkara tersebut khususnya di Majlis Perbandaran Kuala Langat, di mana ada aktiviti e-waste dan juga peluru dan sebagainya, saya akan minta lagi penguatkuasa dan juga pihak PBT masuk semula, siasat sebetul-betulnya. Kita sedia maklum penguatkuasaan kita bilangannya terhad, anggota dia terhad, kita tidak boleh pusing seluruhnya dalam masa yang singkat tapi dia boleh buat secara berkala tetapi kalau ada aduan yang khusus, Yang Berhormat boleh sampaikan, kita akan terjah satu persatu, kerana e-waste ini wujud di mana-mana, mereka akan curi keemasan ini dengan masuk di kawasan di kawasan pertanian di kampung dan sebagai, sorok kerana dengan kerjasama penduduk tempatan, kerana mereka sewa dengan harga yang tinggi, kilang ataupun bengkel mereka sewa dengan harga yang tinggi tiga kali ganda, empat kali ganda, bayar sekali gus setahun akhirnya penduduk sanggup bekerjasama dengan mereka dan e-waste boleh beroperasi di kampung-kampung di ceruk-ceruk, kawasan pertanian, ini berlaku, saya faham, saya
tidak menafikan tapi penguatkuasaan harus kita terus pantau, saya minta semua PBT termasuk Majlis Perbandaran Kuala Langat, Kuala Selangor, Kuala Selangor pun banyak, saya tahu, saya minta Kuala Selangor MPKS, seluruhnya kita pantau, terjah adakan operasi bersepadu untuk menterjah dan adakan tindakan yang sepatutnya supaya dia tidak menjejaskan alam sekitar kita dan dia mendatangkan banyak masalah kepada kawasan penempatan persekitaran kampung-kampung dan sebagai, sekian terima kasih.
Meru.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Kehilangan Pekerjaan Akibat KrisisQuestions
3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Berapa ramai yang hilang pekerjaan di Selangor sejak krisis bermula? b) Apakah pelan kontingensi Kerajaan Negeri sekiranya krisis geopolitik menyebabkan syarikat mengurangkan operasi atau memberhentikan pekerja di Selangor? c) Berapa sasaran pekerjaan baharu yang ingin diwujudkan hasil pelaburan yang dibawa masuk?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Meru kerana tanyakan kehilangan pekerja akibat krisis. Ada tiga soalan iaitu berapa ramai yang hilang pekerjaan di negeri Selangor sejak krisis bermula, kedua apakah pelan kontigensi kerajaan negeri sekiranya krisis geopolitik menyebabkan syarikat mengurangkan operasi atau menghentikan pekerja di negeri Selangor dan ketiga berapakah sasaran pekerjaan baru yang ingin diwujudkan hasil pelaburan yang dibawa masuk.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan data pertubuhan keselamatan sosial PERKESO, seramai 12,950 rakyat negeri Selangor telah kehilangan pekerjaan bagi tempoh 1 Januari hingga 19 Jun 2026. Kerajaan Negeri sentiasa memantau perkembangan pasaran buruh, melalui kerjasama strategik bersama PERKESO bagi memastikan individu yang terkesan dapat dipadankan semula dengan peluang pekerjaan serta mengikut program peningkatan kemahiran yang bersesuaian. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa kesan geopolitik khususnya konflik Asia barat
berpotensi memberi kesan langsung kepada pelaburan, perdagangan dan seterusnya pasaran buruh di negeri Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa memantau perkembangan semasa dan bersedia melaksanakan langkah-langkah intervensi yang bersasar bagi memastikan ekonomi negeri kekal berdaya saing.
Antara langkah-langkah yang telah di cadang untuk melaksanakan oleh kerajaan negeri bagi mengurangkan impak kehilangan pekerjaan serta memastikan pasaran buruh negeri Selangor kekal berdaya tahan adalah seperti berikut. Satu, melaksanakan pakej pengukuhan daya tanah Selangor 2026 Fasa 1 dan 2 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM355.06 sebagai langkah proaktif bagi melindungi kesejahteraan rakyat, melaksanakan aktiviti ekonomi serta mengekalkan keyakinan pelabur. Pakej ini merangkumi pelbagai inisiatif termasuk bantuan bersasar bagi mengurangkan kos sara hidup, sokongan kepada pusat mikro kecil dan sederhana, pemerkasaan sektor strategi serta langkah, memastikan kesinambungan aktiviti ekonomi dan pelaburan di negeri Selangor. Kedua, menubuhkan Pasukan Petugas Khas Krisis Tenaga Selangor yang dianggotai oleh pakar daripada pelbagai bidang termasuk sosial ekonomi, industri, tenaga, sekuriti makanan, kewangan, pembangunan dan akademi bagi memantau perkembangan semasa, menilai impak krisis geopolitik terhadap ekonomi negeri serta mengesyorkan langkah-langkah yang intervensi bersifat segera, menyeluruh dan berasaskan data. Ketiga, mengukuhkan kerjasama strategi bersama PERKESO melalui pelaksanaan program padanan pekerjaan (job matching), meningkatkan kemahiran sekeliling dengan izin, latihan semula serta perkhidmatan kaunseling kerjaya bagi mempercepatkan penempatan semula pekerja yang terkesan ke dalam sektor-sektor yang masih mempunyai permintaan tenaga kerja. Pendekatan ini selaras dengan usaha memperkukuh perlindungan sosial, memperluaskan peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehan pasaran tenaga kerja di negeri Selangor. Keempat, memperluaskan pelaksanaan program Job Care Selangor di seluruh daerah serta menganjurkan Mega Job Care Selangor yang menyediakan platform, padanan pekerjaan secara terus antara majikan dan pekerja pencari pekerja. Di samping itu, menawarkan khidmat semakan resume, bimbingan kerjaya serta peluang peningkatan kemahiran bagi membantu rakyat kembali memperoleh pekerjaan yang lebih cepat dan tepat. Kelima, melaksanakan pembangunan modal insan melalui pelbagai program peningkatan kemahiran dan pensijilan profesional termasuk program pengiktirafan, sijil kemahiran Malaysia (SKM), bantuan sijil profesional serta bekerjasama dengan institusi latihan dan industri bagi memastikan tenaga kerja Selangor sentiasa mematuhi memenuhi keperluan pasaran pekerja semasa dan masa depan, ini ialah yang kelima.
Untuk soalan terakhir adalah buat masa ini kerajaan negeri tidak menetapkan sasaran khusus bagi mewujudkan pekerjaan baru hasil daripada pelaburan yang dibawa masuk berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang dipengaruhi oleh krisis geopolitik semasa. Peluang pekerja yang diwujudkan bergantung pada keperluan sebenar industri, permintaan pasaran dan keperluan pelaburan yang direalisasikan. Walau bagaimana pun, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan PERKESO bagi memastikan setiap peluang pekerja dapat dipadankan secara berkesan kepada pencari kerja.
Sehingga 22 Julai 2026, terdapat 148,924 kekosongan jawatan dan 20,882 pencari kerja yang direkodkan di negeri Selangor melalui Sistem PERKESO. Di samping itu, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pelaksanaan pelbagai program keboleh pasaran dan pembangunan tenaga kerja seperti JobCare Daerah, Mega JobCare Selangor, Scout Talent Expo serta Program Pembangunan Kerjaya yang dirancang bagi memastikan peluang pekerjaan berkualiti terus diwujudkan untuk rakyat Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker, maklumat tambahan adalah sehingga tahun 2026, prestasi ekonomi dan pasaran pekerjaan Selangor terus menunjukkan perkembangan yang kukuh. Ekonomi Selangor berkembang sektor sekitar 6.3% pada tahun 2025, mengatasi kadar pertubuhan banyak negeri lain dan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia. Selangor terus menjadi destinasi utama pelabur negara. Pada suku pertama 2026, Selangor mencatat 33.5 bilion pelaburan yang diluluskan tertinggi di Malaysia. Ini sebab, saya perlu menyatakan perkara ini sebab kita adalah sebuah negeri yang paling termaju dan setiap projek-projek yang diluluskan dijangka menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan baru sebagai sebahagian daripada lebih 50,226 pekerjaan yang dijangka diwujudkan melalui pelaburan yang diluluskan di seluruh Malaysia pada suku tahun 2026. Setakat ini, tiada angka rasmi pertubuhan KDNK Selangor bagi khusus keseluruhan tahun 2026 kerana tahun kewangan masih belum berakhir. Data yang tersedia adalah prestasi pelaburan dan penciptaan pekerja sehingga suku pertama. Selangor berjaya mewujudkan kira-kira 61,311 peluang pekerjaan berkualiti pada tahun 2025, khususnya dalam sektor pusat data, data centre dengan izin, perkhidmatan perniagaan global, logistik, pembuatan berteknologi tinggi, ekonomi digital dan AI. Peluang pekerjaan ini bukan sahaja melibatkan graduan kejuruteraan, malah turut membuka ruang kepada graduan perakaunan, undang-undang, pengurusan perniagaan dan bidang profesional yang lain. Menurut data PERKESO, kadar pengangguran Selangor terus menurun kepada sekitar 2.0% antara terendah di negara ini. Kadar penyertaan tenaga buruh kekal tinggi sekitar 78.5% mencerminkan pasaran pekerjaan masih aktif. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, secara keseluruhan Selangor kekal sebagai enjin ekonomi Malaysia dengan pertubuhan yang mampan. Kemasukan pelaburan bernilai tinggi dan mencipta puluhan ribu pekerjaan berkualiti. Fokus Kerajaan Negeri tetap sektor teknologi tinggi, ekonomi digital, TVET dan pembangunan bakat tempatan dijangka terus mengukuhkan pertubuhan ekonomi serta meningkatkan peluang pekerjaan pada tahun-tahun yang akan datang. Kejayaan ini merupakan hasil daripada kepimpinan yang berwawasan serta dasar Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Dato’ Menteri Besar kita dengan sokongan yang usaha Yang Berhormat Kinrara sebagai EXCO Pelaburan Dan Memperkukuh Ekosistem Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Negeri. Komitmen Kerajaan Negeri dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi, memperkasa pembangunan bakat tempatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang membolehkan Selangor terus mengekalkan kedudukannya sebagai enjin pertubuhan ekonomi negara. Semoga segala usaha ini dapat diteruskan demi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negeri serta memastikan Selangor kekal sebagai negeri yang berdaya saing, maju dan mapan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan
Meru
Dari jumlah 12,950 orang Yang Berhormat sebutkan tadi yang kehilangan pekerjaan akibat daripada krisis global ini. Apakah ada perancangan daripada Kerajaan Negeri sendiri untuk membantu mereka untuk mendapatkan semua pekerjaan? Sekiranya ada, berapakah jumlah yang telah kita bantu untuk mereka mendapatkan pekerjaan?. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru kerana tanyakan soalan tambahan. Saya memang angka yang saya telah beritahu tadi adalah satu angka yang memang kita apa tu lebih kurang 61,311 peluang pekerjaan dan ini menunjukkan di mana Kerajaan Negeri dan ekonomi kita begitu mantap ya. Peluang yang kita menyediakan adalah dengan mengadakan Job Care di setiap daerah dan pada bulan ini kita akan mengadakan 8 dan 9 hari bulan Mega Job Care di mana kita menjemput satu kumpulan majikan yang besar di negeri Selangor dan menjemput orang ramai untuk menghadiri program-program itu supaya mereka dapat maklumat terperinci tentang kekosongan kerja ataupun boleh joint matching dan sebagainya supaya negeri Selangor ini kekal menerajui dalam semua bidang yang itu dan satu lagi adalah saya jemput kepada ibu bapa ataupun parents dengan izin turut mengambil bahagian dalam peluang ini ataupun pameran ini supaya mereka dapat tahu ataupun menilai apakah pasaran job care, pekerjaan yang ada dalam pasaran ini supaya mereka boleh memilih bidang-bidang yang tertentu supaya masa depan anak-anak mereka lebih cerah dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Sijangkang
Terima kasih Tuan Speaker. Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa Panasonic AVC Network Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd di Shah Alam akan ditutup secara berperingkat sehingga akhir Mac 2027 yang akan melibatkan lebih kurang dalam 400 pekerja akan terkesan dan dimaklumkan juga bahawa akan ada satu bentuk kerjasama dengan Pihak Berkuasa dan juga agensi Kerajaan untuk membantu mereka ini dalam menyediakan Program Peralihan Kerjaya dan Penempatan Semula. Adakah Kerajaan Negeri mungkin juga turut terlibat memandangkan sektor E&E ini adalah satu sektor yang utama juga di Negeri Selangor ini dan kita tidak mahu mungkin kalau ada sektor-sektor yang bersamaan juga akan secara berperingkat ditutup yang akhirnya akan memberikan kesan kepada pekerja-pekerja di Negeri Selangor ini terutamanya Profesional-profesional, Engineer dan sebagainya yang boleh dilihat bagaimana kita boleh menstrukturkan ataupun ada perancangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk membantu mereka ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, memang benar kita pun akui di mana syarikat tersebut mengalami apa, ingin menamatkan
perkhidmatan mereka di negeri Selangor cuma apa yang saya dapat rasakan melalui agensi rasmi kita iaitu PERKESO, kita akan membuat satu temu duga dalam masa terdekat ini supaya dapat memadankan pekerjaan-pekerjaan yang mereka boleh apa tu masuk dalam syarikat-syarikat lain sebab memang di Selangor ini memang kita ada banyak lagi peluang seumpama syarikat itu menawarkan pekerjaan yang sama dan gaji yang lebih kurang sama juga. Mungkin ada beberapa pekerja itu mereka bekerja terlalu lama dan mungkin peluang gaji mereka itu tinggi sangat dan mungkin kita boleh bantu untuk mereka yang ingin menyambung dalam bidang sama tetapi kilang lain. Saya memang bekerja rapat dengan PERKESO untuk mendapatkan detail itu cuma apa yang saya ingin menyatakan di sini adalah tentang mereka yang telah ditamatkan perkhidmatan, kita juga membagi wang sagu hati di peringkat PERKESO dan juga di peringkat Negeri dalam Mega Job Fair itu. Kita akan beri allowance untuk mereka hadir ke program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang pada 8 dan 9 bulan Ogos ini. Supaya ada sedikit bantuan kewangan untuk mereka mengambil bahagian dari program itu. Tetapi saya percaya PERKESO telah memainkan peranan yang sangat penting dan membantu menyelesaikan perkara ini dengan lebih profesional dan tepat sekali. Sekian terima kasih.
Pelabuhan Klang
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Skim Smart Sewa Pelabuhan KlangQuestions
4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Berapakah jumlah unit Skim Smart Sewa yang tersedia, berpenghuni dan kosong di DUN Pelabuhan Klang? b) Berapakah jumlah permohonan, kelulusan dan penolakan sejak tahun 2022 sehingga kini?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang bertanyakan dua perkara iaitu yang pertama, berapakah jumlah Skim Smart Sewa yang tersedia dan berpenghuni dan kosong di DUN Pelabuhan Klang? Yang kedua, berapakah jumlah permohonan dan kelulusan dan penolakan sejak tahun 2022 sehingga kini? Bagi DUN Pelabuhan Klang,
sehingga Julai 2026, terdapat 4 Skim Smart Sewa yang melibatkan 161 unit keseluruhannya. Daripada jumlah tersebut, 111 telah berpenghuni dan 12 unit telah ditawarkan kepada pemohon dalam senarai menunggu dan akan diduduki secara berperingkat. Manakala, 38 unit masih kosong dan sedang dibuka untuk permohonan. Lokasi iaitu Pangsapuri Arista sebanyak 11 unit yang telah disewakan sebanyak 6 unit dan masih kosong ada 5 unit. Pangsapuri Aronia iaitu 50 unit yang telah tawaran dan 28 telah diisi dan 19 masih ada kekosongan. Pangsapuri Azaria iaitu 50 unit, 46 unit telah diisi dan kekosongan ada 2 unit. Pangsapuri Asteria 50 unit, 31 telah disewakan dan 12 unit masih lagi kosong jadi jumlah keseluruhan 161 dan telah disewakan 111 dan masih kosong ada 38 unit. Dari tahun 2022 sehingga Julai 2026, Skim Smart Sewa di DUN Pelabuhan Klang telah menerima sebanyak 330 permohonan. Daripada jumlah tersebut, 248 permohonan telah ditawarkan dan berdasarkan syarat dan kelayakan untuk disewakan. Bagi permohonan, baki 82 unit tidak berjaya, tidak diteruskan ini adalah disebabkan permohonan tidak memenuhi syarat, kelayakan dan menarik diri serta menolak tawaran yang telah diberikan. Kerajaan Negeri melalui IPSS bersama dengan PSSSP akan terus memperkukuhkan dan melaksanakan Skim Smart Sewa khususnya di Pelabuhan Klang agar manfaat ini dapat diperluaskan kepada semua orang ramai dan khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Terima kasih.
Hulu Kelang
Nombor 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Ekonomi Penjagaan (CARE Economy)Questions
5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah kadar menua di Negeri Selangor dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memperkenalkan ekonomi penjagaan (care economy) termasuk peluang penjagaan sosial dan perkhidmatan penjagaan kesihatan?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Hulu Kelang. Soalan berkaitan kadar menua di Negeri Selangor dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memperkenalkan ekonomi penjagaan ataupun care economy termasuk peluang penjagaan sosial dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Untuk maklumat Yang Berhormat, bilangan populasi warga emas ialah mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas adalah telah meningkat secara drastik dalam dua dekad mutakhir ini. Pada tahun 2004, populasi warga emas Selangor ialah seramai 3.17% dan meningkat kepada 4.22% pada tahun 2014, itu peningkatan
sebanyak 33.1% dalam tempoh 10 tahun. Seterusnya, peratusan populasi warga emas telah mencatat lonjakan drastik kepada 8.06% pada tahun 2024, itu peningkatan sebanyak 91% dalam tempoh yang sama. Perubahan demografi dua dekad ini membawa Selangor kepada status Negeri menua menjelang 2030 menunjukkan bahawa Negeri ini memerlukan intervensi segera secara proaktif untuk memperkukuhkan ekosistem penjagaan. Maka, Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2023 mendahului semua negeri-negeri lain dengan memperkenalkan portfolio ekonomi penjagaan dan kita membangunkan portfolio ini dengan perspektif baharu bahawa Kerajaan bukan sahaja perlu memastikan keperluan penjagaan rakyat dapat dipenuhi tetapi memartabatkan penjagaan sebagai salah satu sektor ekonomi dengan potensi pelaburan yang cerah. Pada tahun 2024, Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2024-2030 diperkenalkan dengan matlamat untuk menjadikan Selangor sebagai hab ekonomi penjagaan dirantau ini dan dasar ini kini memandu polisi dan inisiatif oleh semua pemegang taruh dengan kesedaran bahawa tanggungjawab penjagaan bukanlah terletak pada keluarga mahupun Kerajaan semata-mata tetapi juga perlu dikongsi bersama oleh syarikat swasta dan komuniti. Alhamdulillah, dasar ini juga terus menjadi rujukan komuniti antarabangsa dalam sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Wanita atau UN Women di Bangkok dan Korea Selatan. Pada tahun 2025, inisiatif-inisiatif rintis diperkenalkan seperti Selangor Care Accelerator ataupun X-Care 2025 untuk memajukan syarikat-syarikat pemula ataupun the startups dalam industri penjagaan dan Selangor juga buat julung kalinya memperkenalkan Selangor International Care Summit (SICS) pada tahun 2025 yang membawa pulang pelaburan bernilai anggaran RM2.25 juta hasil daripada jalinan kerjasama G2G kerajaan kepada kerajaan dan B2B peniagaan kepada peniagaan. Syarikat-syarikat dalam dan luar negara mula memberi perhatian serta mula berhasrat untuk melabur dalam sektor penjagaan negeri Selangor termasuk syarikat-syarikat dari Korea Selatan, dari Jepun dan Indonesia dan tahun ini juga InsyaAllah Selangor akan melaksanakan Selangor International Care Expo 2026 bagi meneruskan momentum SICS yang lepas. Bagi menggalakkan dan memudahkan perusahaan penjagaan bertapak di Selangor, Kerajaan Negeri Selangor juga memperkenalkan geran pusat jagaan pada tahun 2025 untuk menampung sebahagian kos pengubahsuaian pusat-pusat jagaan di Selangor bagi memenuhi syarat-syarat agensi teknikal. Awal tahun ini juga Jawatankuasa Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan (JKPPP) yang diketuai oleh Yang Berhormat Subang Jaya telah menghasilkan garis panduan Pusat Jagaan dan Taman Asuhan Warga Emas, Kanak-Kanak dan Orang Kurang Upaya Negeri Selangor bagi meringkaskan proses pendaftaran pusat jagaan dengan memperkenalkan polisi satu pintu ataupun One Door Policy. Hal ini akan memudahkan bagi pengusaha-pengusaha pusat jagaan berdaftar secara sah dengan Pihak Berkuasa. Seterusnya, Selangor juga akan melaksanakan inisiatif latihan penjagaan negeri Selangor bagi melahirkan lebih ramai penjaga terlatih dan berkemahiran di mana modul latihan ini dibangunkan bersama dengan pihak di Asia Foundation manakala pensijilan profesional akan dijalankan bersama Universiti Selangor UNISEL bagi meningkatkan keboleh pasaran para penjaga serta menjamin piawaian dan kualiti berkhidmatan penjagaan di negeri Selangor. Manakala bagi meringankan beban tanggungan bagi keluarga untuk menghantar anak-anak ke taska mahupun pengasuh terlatih kerajaan Negeri Selangor
juga mengembalikan insentif MamaKerja 2.0 dengan pemberian RM1,000 kepada ibu-ibu yang bekerja yang mempunyai tanggungan anak 6 tahun ke bawah akan dilancarkan pada 15 Ogos ini dan akan memberi manfaat kepada 10,000 ibu-ibu bekerja di Selangor. Khusus untuk penjagaan warga emas pula, Kerajaan Negeri akan merintis inisiatif respide care wellness dengan memberikan sistem sokongan penjagaan warga emas yang berkualiti, selamat dan mampu milik bagi memastikan akses yang menyeluruh di peringkat komuniti dengan mewujudkan penyediaan perkhidmatan peralatan penjagaan rehabilitasi serta modul intervensi penjagaan warga emas. Inisiatif ini dirintis sebagai nilai tambah the added value dengan izin bagi pusat aktiviti warga emas di samping menyokong usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan menggalakkan penubuhan lebih banyak PAWE oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti yang telah dijalankan oleh Majlis Perbandaran Selayang di dalam DUN Sungai Tua. Selain itu Kerajaan Negeri Selangor juga akan menjalankan bantuan peralatan penjagaan sehingga RM2,000 bagi menyokong kesejahteraan penjaga yang menjaga di mana peralatan penjagaan ini akan meringankan beban penjagaan harian di samping menggalakkan industri peralatan teknologi dan inovasi berkaitan penjagaan yang bertapak di Selangor. Dan untuk memastikan segala inisiatif - inisiatif ini sampai ke akar umbi Kerajaan Selangor akan memperkenalkan Selangor Care Navigator di setiap daerah untuk mereka ini turun padang menziarahi rakyat negeri Selangor yang memerlukan penjagaan dan memadankan dengan inisiatif-inisiatif yang berkaitan di samping mengangkat suara penjaga dan yang dijaga di peringkat pembuat dasar. Kesemua inisiatif-inisiatif ini difokuskan untuk memastikan ekosistem penjagaan di negeri Selangor dapat dibina untuk memenuhi sebanyak mungkin keperluan rakyat Selangor dalam menghadapi cabaran populasi dan Alhamdulillah hasil usaha sama pelbagai pihak Selangor kini diiktiraf Model Bandar Penyayang atau Caring City oleh UN Women. Sekian dimaklumkan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, kita menerima hakikat bahawa negeri Selangor ini merupakan negeri yang pesat membangun dan sudah tentulah negeri Selangor juga berhadapan dengan pertambahan jumlah penduduk yang berumur 60 tahun ke atas dan yang Berhormat EXCO telah mengakui bahawa menjelang 2030, Selangor akan menjadi sebuah negeri menua. Dengan populasi yang berumur 65 tahun ke atas melonjak dengan peratusan yang agak tinggi dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Dan Yang Berhormat EXCO telah pun mencerakinkan beberapa inisiatif untuk menyediakan peluang-peluang penjagaan sosial dan juga insentif bagi ibu-ibu yang bekerja dan juga penjagaan warga emas. Namun saya ingin mengambil daripada sosok yang agak berbeza dalam konteks untuk mengesan awal risiko kesihatan dan juga penuaan sihat dalam kalangan penduduk yang berusia. Apakah Yang Berhormat dapat melihat dasar kesihatan tidak boleh hanya tertumpu pada rawatan episodic sahaja iaitu rawatan perubatan jangka pendek yang diberikan semasa berlakunya sesuatu serangan penyakit tetapi Kerajaan Negeri perlu
bergerak secara agresif ke arah pengurusan penyakit yang kronik termasuk rehabilitasi, sokongan komuniti-komuniti, pencegahan jatuh, penjagaan jangka panjang dan kesihatan mental warga emas kerana pendekatan saringan awal ini amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit kronik yang pastinya lebih mahal dan lebih sukar untuk dirawat pada peringkat yang lanjut ataupun di tahap yang kemudian. Jadi apakah pendirian Kerajaan selain daripada insentif dan peluang-peluang yang disediakan apakah tidak Kerajaan Negeri melihat satu keperluan yang mendesak untuk bergerak ke arah pengurusan penyakit kronik bagi mengurangkan kos rawatan dan perubatan di peringkat awal ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat soalan berkaitan mengesan awal risiko-risiko penyakit yang lebih agresif saya kira saya bersetuju malah dalam program yang di anjurkan oleh EXCO kesihatan akan saya Bandar Utama program saringan untuk warga emas yang telah dimulakan tahun lalu adalah salah satu inisiatif untuk kita mengesan dan melakukan saringan warga emas. Pun begitu saya memahami bahawa mungkin dari segi stigma bahawa pada warga emas ini mungkin asalnya sihat apabila dilakukan saringan dapat mengesan sebagai mempunyai penyakit, itu menjadi satu ketakutan atau pun kerisauan. Dan dalam lawatan saya ke Klinik Kesihatan Pandamaran, salah satu klinik kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang melakukan satu ekosistem untuk pengurusan geatrik di mana kita perlu meminimumkan famili cara ataupun penjagaan primer di mana beban untuk dari segi rawatan khususnya pengurusan penyakit-penyakit agresif boleh di minimumkan pada saya bukan sahaja aspek penjagaan di bahagian terminal stage atau paliatif atau peringkat awal lagi itu dalam ekosistem untuk mewujudkan pusat aktiviti warga emas dalam sokongan jabatan kebajikan masyarakat yang mana inisiatif tersebut adalah satu PAWE, satu parlimen tetapi kita mendapati bahawa dengan jarak dan sebagainya adalah penting untuk PBT di 12 PBT di Selangor ini perlu juga mengambil kira dengan mewujudkan PAWE dan salah satu modul adalah berkaitan kesihatan itu yang pertama. Yang kedua, InsyaAllah pada sekitar September ataupun Oktober di mana BINGKAS atau Bantuan Kesejahteraan Selangor yang telah dilaksanakan sejak tahun 2017 asalnya KISS kemudian berubah bantuan untuk keluarga kita berevolusi berdasarkan permintaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan warga emas di kalangan ibu bapa yang uzur dan saya kira kita akan padankan penerima-penerima yang kita letakkan kuota sebahagian kuotanya untuk mereka ini mendapatkan rawatan. Jadi pada saya kerjasama yang erat, mewujudkan ekosistem dan pencegahan awal supaya kita tidak membebankan primary care dengan itu saya kira satu intersection atau pun satu kesepaduan antara Care Economy dan juga kesihatan adalah sangat penting bagi memastikan warga-warga emas yang akan menua di Selangor ini akan terjaga dan terbela.
Soalan tambahan. Sijangkang.
Terima Kasih Tuan Speaker, saya kira penting untuk kita melihat ataupun bertindak daripada sekarang berkaitan negara menua yang saya kira ia akan signifikan terutamanya negeri Selangor itu sendiri
cuma saya melihat antara perkara daripada sudut screening kesihatan ni yang dilakukan di Jepun yang saya mungkin kita boleh ambil itu sebagai usaha kita juga oral screening yang saya kira ia nya satu perkara yang sangat penting untuk melihat bagaimana kesihatan terutamanya melibatkan faktor usia dan penuaan itu sendiri dan tahniah kalau kita di peringkat negeri Selangor ini kita ada inisiatif untuk memperkasakan ataupun memperhebatkan lagi PAWE yang kita ada untuk tujuan day care kepada warga emas ini tetapi saya juga melihat bagaimana pusat-pusat penjagaan warga emas ini yang ada di negeri Selangor yang saya lihat sebahagian besar yang saya pernah lawat dan sebagainya ia dalam keadaan yang saya ingat dalam jauh daripada apa yang kita harapkanlah. Kadang-kadang terlantar dan disebabkan oleh ketidakcukupan tenaga dan kekuatan kemahiran untuk mereka menguruskan ini adalah terlalu jauh mungkin ada satu bentuk latihan yang boleh diberikan kepada mereka saya melihat ada satu pengusaha yang bekerjasama dengan kerajaan di Jepun membentuk pusat penjagaan yang menggunakan sistem AI itu sendiri walaupun mungkin jauh daripada kemajuan di negeri Selangor tetapi mereka personally ini melihat ruangan-ruangan yang boleh mereka dia memberikan khidmat juga pada negara kita. Saya ingat Selangor sangat signifikan untuk kita lihat bahawa satu pusat penjagaan yang bersifat dan kontemporari dengan kemudahan-kemudahan AI dan akhirnya perkhidmatan yang diberikan kepada warga emas ini akan memberikan satu perkhidmatan yang terbaiklah. Terima kasih.
Terima kasih saya juga pada tahun 2024 kita melakukan penandaarasan bench marking visit ke Jepun untuk melihat pusat rehabilitasi dan saya kira untuk kita naik taraf pusat-pusat penjagaan sama ada di dalam institusi di bawah tanggungan JKM ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun yang dikelolakan oleh NGO - NGO adalah penting untuk kita naik taraf kualiti perkhidmatan penjaga. Itu dengan kita memberikan latihan-latihan dan itu adalah sebahagian daripada rencana kami untuk melaksanakan latihan penjagaan negeri Selangor dengan kerjasama di Asia Foundation dan UNISEL. Dan saya kira dari masa ke semasa untuk menaik taraf adalah penting untuk melakukan pemantauan kepada penjaga-penjaga ataupun orang yang dijaga pusat-pusat jagaan. Dan saya kira yang lebih penting sebelum semua kos-kos itu timbul adalah aktif ageing penuaan aktif yang mana pewujudan PAWE-PAWE ini di mana mereka ini adalah masih lagi independent tidak separa dependent, ataupun dependent dengan mereka yang menjaga supaya boleh mencegah kesakitan itu lebih melarat.
Saya menjemput Yang Berhormat Paya Jaras. Soalan seterusnya.
Soalan nombor 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Status Pembinaan Masjid Kampung Melayu Sungai BulohQuestions
6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah perkembangan terkini pembinaan masjid ini? b) Adakah isu pengambilan atau pembelian tanah bagi laluan masuk telah diselesaikan? c) Bilakah projek tersebut dijangka dimulakan dan siap?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Soalan berkenaan dengan status pembinaan Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh. Untuk bahagian (A), berdasarkan perancangan Jabatan Agama Islam Selangor, cadangan pembinaan Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh, akan dipertimbangkan untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-14, walau bagaimanapun perkara ini masih tertakluk penyelesaian isu pengambilan tanah bagi laluan masuk serta merit keutamaan pembinaan masjid berkenaan. Untuk bahagian (B), proses pengambilan tanah bagi penyediaan laluan masuk ke tapak masjid masih di dalam tindakan. Semakan bagi keluasan tanah sedang dijalankan berikutan siri pengambilan tanah yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Sehubungan itu, JAIS telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak bagi mendapatkan maklumat pengesahan baki keluasan sebenar bagi lot tanah HSD 30662 PT35378 Mukim Batu Daerah Gombak. Maklumat ini amat diperlukan bagi tujuan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk menentukan nilai pasaran tanah milik syarikat swasta yang terbabit penilaian tersebut merupakan langkah penting sebelum cadangan pertukaran sebahagian tanah tapak Masjid dengan tanah persendirian berkenaan dilaksanakan bagi membolehkan laluan masuk dibina. Untuk bahagian (C), sekiranya isu pengambilan tanah bagi laluan masuk ini selesai, dan mempunyai merit keutamaan pembinaan masjid berkenaan JAIS akan memasukkan perancangan pembinaan tersebut ke dalam RMK-14. Terima kasih.
Soalan tambahan Paya Jaras
Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah memberikan penjelasan tentang Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh. Satu masjid yang lama tertangguh saya ingat penjelasan ini boleh memaklumkan rakan-rakan pada ahli kariah. Namun ada satu masjid yang baharu yang sedang dalam pembinaan, apa yang dipanggil Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh yang berhampiran lebih kurang 1.5 kilometer daripada tersebut yang masih lagi perancangan dan pembinaan. Kalau nak tengok yang Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh nampak gaya lama lagi tu mungkin dalam lima, enam, sepuluh tahun, nampak tak ada range lagi tu kan tak ada tempoh, jadi apakah kajian Selangor membantu masjid pekan Sungai Buloh ni dah dapat permit dah dapat kelulusan daripada PWN atau MAIS tapi masih lagi
terbengkalai tak cukup tanah. Adakah boleh pihak Kerajaan Negeri Selangor membantu pembinaan Masjid Jamek, pekan Sungai Buloh ini sebagai tempat awal sebab masyarakat semakin meningkat jumlah penduduk meningkat. Kalau boleh saya mohon kepada masjid, pihak JAIS dan juga Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pembinaan Masjid Jamek, pekan Sungai Buloh yang telah dapat kelulusan tapi tak cukup dana supaya dapat menampung keperluan solat Jumaat khususnya di kawasan sebut. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras, sebab itu masjid yang lain maka saya ambil maklum dan kita akan cuba usahakan sekiranya ada keperluan tersebut. Ada juga dana-dana lain boleh dimohon contohnya dana daripada pihak ICU sebagai contoh. Kita akan cuba semak dan lihat dan bantu insya-Allah. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Selat Klang tidak hadir. Rawang.
Soalan saya soalan 8.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Saringan Kesihatan SelangorQuestions
8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah rakyat Selangor yang telah menggunakan program saringan kesihatan?
b) Berapakah peratusan yang dikesan mempunyai penyakit?
c) Apakah bentuk bantuan susulan Kerajaan Negeri terhadap pesakit tersebut?
Terima kasih soalan yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Rawang. Untuk maklumat Yang Berhormat bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Julai 2026, sebanyak 20 Program Selangor Saring telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 5,093 orang peserta yang telah menjalani saringan kesihatan dan daripada keseluruhan sampel yang diambil sehingga 30 Jun 2026, analisis menunjukkan kadar pengesanan penyakit adalah tinggi, khususnya melalui ujian darah. Jadi daripada 2,466 sampel darah, sebanyak 2,254 sampel ataupun 91% direkodkan sebagai abnormal, menjadikan ujian ini sebagai komponen saringan dengan kadar abnormal tertinggi. Dan seterusnya bagi ujian air
kencing, daripada 2,075 sampel sebanyak 183 sampel ataupun 9% menunjukkan keputusan abnormal. Saringan lain turut merekodkan dapatan abnormal antaranya ujian serviks yang melibatkan 625 peserta dengan 22 kes iaitu 3.5% dikesan abnormal. Ujian prostat pula melibatkan 857 peserta dengan 43 kes iaitu 5% abnormal. Manakala ujian kolorektal melibatkan 357 peserta dengan hanya 4 kes iaitu 1% dikesan abnormal. Jadi ujian yang didapati abnormal bermaksud keputusan saringan menunjukkan bacaan di luar julat normal, sekali gus menandakan adanya risiko atau petunjuk awal kepada penyakit yang memerlukan perhatian lanjut. Dan secara purata hampir 88% peserta saringan mempunyai sekurang-kurangnya satu keputusan abnormal dengan ujian darah mencatatkan peratusan tertinggi berbanding dengan ujian yang lain. Jadi dapatan ini membuktikan keberkesanan Program Selangor Saring dalam mengesan penyakit tidak berjangkit dan juga risikolah terhadap penyakit terutamanya di peringkat awal dan sekali gus membolehkan intervensi rawatan dan pencegahan dilaksanakan dengan lebih cepat.
Tuan Speaker bagi soalan (C) pula, peserta yang didapati mempunyai keputusan abnormal, Kerajaan Negeri akan menyediakan bantuan susulan melalui beberapa inisiatif lain di bawah portfolio kesihatan awam yang telah dilaksanakan. Jadi antaranya adalah Program Iltizam Sihat Selangor yang menawarkan rawatan asas percuma di klinik panel serta manfaat tambahan seperti hospitalisasi dan dialisis sehingga RM10,000 setahun dan juga untuk dialisis one off lah untuk setiap 2 tahun. Jadi program ini turut diperluas kepada penjawat awam negeri melalui ISS, khusus untuk penjawat awam bagi memastikan kesejahteraan kakitangan kerajaan. Dan selain daripada itu juga pesakit yang memerlukan rawatan kritikal boleh memohon bantuan BSS ataupun Bantuan Sihat Selangor yang menyediakan sokongan kewangan untuk rawatan seperti pembedahan, kanser dan dialisis. Dan selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga melaksanakan program khusus seperti bantuan pesakit Tuberculosis ataupun TB bagi memastikan pesakit berisiko tinggi mendapat rawatan berterusan tanpa menanggung kos yang membebankan. Dengan rangkaian sokongan ini, peserta yang dikesan mempunyai keputusan abnormal melalui Selangor Saring tidak dibiarkan tanpa intervensi. Sebaliknya, mereka disalurkan kepada Program Bantuan Kesihatan Negeri yang bersesuaian dan mampu ditampung oleh kerajaan negeri sekali gus memastikan rakyat negeri Selangor mendapat perlindungan kesihatan tambahan dan menyeluruh dan akses rawatan yang lebih terjamin dan juga dengan kerjasama melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Soalan tambahan?
Ya silakan, Kampung Tunku.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan tadi. Cuma Kampung Tunku tertarik dengan figure yang rendahlah berkenaan dengan saringan untuk kanser kolon ataupun colorectal screening dengan izin kerana pada bulan lepas ada laporan di mana presiden daripada National Cancer Society Malaysia dengan izin telah menyatakan bahawa sekarang sebanyak 11% daripada kes kanser
kolon di negara melibatkan rakyat di bawah umur 40, dan di mana kebanyakan daripada mereka hanya di diagnos semasa di stage 3 atau stage 4 dengan izin. Apa usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih ramai orang muda ataupun mereka di bawah golongan umur 40 tahun supaya lebih banyak buat saringan kolorektal?. Terima kasih.
Pertama sekali saya ingin jawab sedikit tentang Program Selangor Saring yang telah dijalankan oleh kerana orang kata sampel saiz ataupun nombor yang telah dijalankan itu mungkin akan sedikit ke condong ataupun skew kerana ianya dijalankan berdasarkan DUN-DUN yang telah menjalankan saringan tersebut dan sebagai contoh di Bandar Utama memang kita mempunyai banyak peserta dan kebanyakannya mungkin adalah mereka daripada golongan yang berusia ini juga mempunyai faktor bergantung kepada para pengundi ataupun para penduduk yang ada di persekitaran DUN dan kawasan tersebut. Dan saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kampung Tunku bahawa kita perlu menggalakkan ataupun membawa lebih banyak kesedaran kepada komuniti dan juga para penduduk terutamanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Oleh kerana itu di Kerajaan Negeri Selangor juga kita telah mewujudkan SUKA ataupun sukarelawan di setiap kawasan DUN bagi membantu Ahli Dewan Negeri dan juga penyelaras supaya lebih banyak program berkenaan dengan kesedaran kesihatan awam tidak kiralah daripada sudut kesihatan mental, kesihatan warga emas ataupun saringan dapat diperkembangkan. Jadi saya juga ingin mengambil ruang ini untuk meminta bantuan dan juga jasa baik daripada Ahli Dewan Negeri yang ada dan juga penyelaras supaya kita dapat lebih banyak mempromosikan Program Selangor Saring ini supaya setiap kawasan DUN dapat mencapai nombor yang memuaskan dan lebih banyak saringan dapat dijalankan supaya kita dapat menggalakkan penduduk dan pengundi menjadikan saringan kesihatan ini sebagai satu, orang katakan norm ataupun kebiasaan pada masa yang akan datang supaya mereka dapat menjalankan sekurang-kurangnya satu saringan untuk setiap tahun.
Tuan Speaker boleh soalan tambahan?
Ya, Sijangkang.
Terima kasih. TB antara penyakit yang saya kira sangat signifikan pada hari ini. Hotspot dan juga bilangan pesakit-pesakit TB yang semakin meningkat dan satu masa dulu kita sudah eradicate penyakit TB ini. Mungkin di dalam bentuk saringan yang boleh dilakukan secara lebih serius lagi supaya kita dapat mengekang dan juga perebakan dan juga jangkitan itu sendiri walaupun ada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk program rawatan dan biasanya rawatan TB ini diberikan secara percuma oleh Kerajaan dan saya melihat adalah sejauh mana ini kita dapat lakukan dalam saringan-saringan yang kita telah lakukan mungkin pengesahan-pengesahan BCG Scar sebagai contoh perlu diadakan begitu juga dengan sputum, pemeriksaan screening sputum kahak ini harus terus diperhebatkan dan apakah
status pada hari ini di Selangor terutamanya daripada program-program saringan yang kita lakukan ini jumlah pesakit-pesakit TB yang dapat kita kesan dan juga hotspot yang berlaku. Terima kasih.
Terima kasih soalan yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat, saya tidak mempunyai data ataupun statistik secara terperinci berkenaan TB di sini ataupun data yang khusus pada Selangor buat ketika ini tapi ingin saya maklumkan antara pejabat saya dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memang kita sentiasa bekerjasama dan meneliti semua isu berkaitan dengan kesihatan awam di negeri Selangor dan ini juga termasuk isu TB dan setakat ini atas usaha Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan juga Kerajaan Negeri Selangor memang keadaan TB masih dalam keadaan yang terkawal dan dari semasa ke semasa memang kita akan bincangkanlah jenis program-program yang bersesuaian untuk dijalankan selain daripada saringan kesihatan. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri sebelum ini juga ada memberi bantuan supaya mereka yang mempunyai isu ataupun penyakit TB ini boleh menjalankan rawatan dengan orang kata peruntukan tambahan yang diberikan untuk transportasi dan sebagainya supaya mereka tidak akan ada kekangan daripada sudut transportasi dan isu-isu lain. Jadi perihal ini saya menyambut baik atas cadangan Yang Berhormat Sijangkang dan kita akan memantau dari semasa ke semasa.
Subang Jaya.
Tuan Speaker soalan Subang Jaya nombor 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Perpustakaan Usj 1Questions
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Sila nyatakan progres pewartaan Perpustakaan USJ 1.
b) Sila nyatakan progres reka bentuk Perpustakaan USJ 1.
c) Bilakah Perpustakaan USJ 1 dijangka akan mula pembinaan?
Terima kasih Subang Jaya atas soalan yang telah dikemukakan. Bagi soalan yang pertama, pewartaan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 Akta 828 bagi tujuan perpustakaan telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan pada 11 Pihak Berkuasa Negeri pada 11 Jun 2026. Selanjutnya pihak Pejabat Tanah dan Daerah Petaling sedang menyediakan permohonan
permintaan ukur kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di Negeri Selangor bagi tujuan pengeluaran pelan akui ataupun pelan kawasan yang telah diwartakan tersebut. Sebelum kita kepada soalan 1 ataupun soalan B, saya pergi kepada soalan C kerana dia akan ada sequent Yang Berhormat. Maknanya selepas proses pewartaan itu selesai maknanya kita sedang menunggu maklum balas PTGS berhubung proses siar warta pula. Pewartaan dah selesai dan siar warta akan dikeluarkan. Proses siar warta itu biasanya Menteri Besar kena sign lah atau tanda tangan. Dokumen pewartaan telah selesai di tanda tangani, dah selesailah saya dah tanda tangan pada 11 Jun 2026 dan seterusnya diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling pada 16 Jun 2026 bagi tindakan selanjutnya. Proses siar warta yang diselesaikan seperti yang dirancang. Proses tersebut dan harga ataupun projek ini akan dilaksanakan mulai September 2026. Jadi bila dia akan bermula proses pembinaan siar warta urus tanah ini semua selesai September, dan September nanti barulah proses untuk KM dan proses lainnya akan dimulakan.
Untuk soalan baru kita pergi pada soalan B iaitu berkenaan dengan proses reka bentuk perpustakaan awam. Proses penyediaan reka bentuk dan sebagainya masih lagi dalam proses sebut harga dan anggaran sebuah harga itu akan mula dikeluarkan pada September 2026. Maknanya kalau saya mudahkan tentang perpustakaan di USJ1 ini Yang Berhormat, proses pewartaan Kerajaan Negeri dah luluskan. Tangan-tangan Menteri Besar telah diselesaikan. Sekarang kita sedang ukur halus supaya ukuran itu dimuktamadkan dan ukuran itu bila diselesaikan dan diberikan diserahkan kepada perpustakaan dan September nantilah dan maknanya dalam jangkaan kerja kita September, September akan dimulakan kerja-kerja ataupun proses-proses untuk sebut harga ataupun reka bentuk dan pembinaannya mungkin akan berlangsung selepas KM diperolehi. Bila KM diperolehi ikut tempoh biasa sebulan sampailah ketiga bulan maknanya suka atau tidak mungkin akhir tahun ini dan awal tahun depan akan bermula pembinaan bangunan perpustakaan USJ1 di Subang Jaya. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Ya. Kajang?
Yang Amat Berhormat. Kajang nak tanya Status Pembinaan Perpustakaan di Bandar Mahkota, Cheras.
soalan ini tidak ada kaitan dengan soalan induk daripada Subang Jaya. Ianya adalah soalan berkaitan dengan perpustakaan di USJ1. Melainkan kalau Yang Berhormat merupakan penduduk di USJ boleh tanya soalan yang sama tentang ini USJ.
Cloud System saya pun tak dapat cari lagi. Cloud, modem agak perlahan sikit Yang Berhormat, saya faham tentang itu. Yang Berhormat pun telah bangkitkan. Cuma detail nya saya akan maklumkan secara bertulis
kepada Yang Berhormat terhadap Bandar Mahkota, Cheras. Bandar Mahkota, Cheras nanti terhadap perpustakaan-perpustakaan ini. Sebab saya nak maklumkan perpustakaan ini ada beberapa kekangan tertentu. Pewartaan satu. Kadang-kadang adalah proses kebenaran merancang kebenaran bangunan. Dan di dalam proses pembangunan itu sebenarnya kadang-kadang kita berdepan cabaran. Kalau kegagalan kontraktor dan sebagainya. Dan sekarang ini sebenarnya streamline itu dah banyak. Sebab itu banyak di kawasan-kawasan tertentu kita dapati dah 11.30, jadi saya boleh berhenti. Terima kasih.
Ahli -ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2026Bill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2026. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen Untuk Meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan Pembuka Doa Dibaca) Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh , Salam Sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor (Pindaan 2026) (RUU-UUTKS) dibacakan kali yang kedua. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang ini bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan institusi Agama Islam dan Sistem Kehakiman Syariah di Negeri Selangor melalui pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Cadangan pindaan ini akan melibatkan dua perkara utama iaitu pertama, memperuntukkan dengan jelas bahawa Agama Islam di Negeri Selangor ialah Agama Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan di negara ini dan mengikut definisi dan tafsiran khusus seperti dalam subseksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan 2025) yang memperincikan pegangan ini dari sudut akidah dan tauhid dari sudut fiqh dan juga akhlak serta tasawuf. Bahagian kedua adalah mewujudkan satu bab baharu berhubung kehakiman syariah bagi memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai institusi kehakiman negeri.
Pindaan ini bukan bertujuan untuk mengubah kedudukan Agama Islam di Negeri Selangor. Sebaliknya memperjelaskan dan memperkukuhkan kedudukan yang telah sekian lama diamalkan berdasarkan sejarah, undang-undang dan pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan kepada Perkara 47 adalah bagi memperjelaskan bahawa Agama Islam yang menjadi agama negeri ialah Agama Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang telah lama dianuti dan diamalkan di negeri Selangor. Cadangan ini bukanlah suatu dasar baru. Ia merupakan pengiktirafan
terhadap pegangan yang telah lama menjadi asas pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor sejak sekian lama. Pindaan ini juga selaras dengan Perkara 3 (Perlembagaan Persekutuan), keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah diwartakan.
Selain itu, pindaan ini merupakan kesinambungan kepada Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang telah diwartakan pada tahun 2025 bagi memperkukuhkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai asas pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor. Berdasarkan pindaan tersebut, diperuntukkan bahawa pelantikan anggota Majlis Agama Islam Selangor, Mufti, Timbalan Mufti, anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, anggota Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor dan anggota Jawatankuasa Rayuan Tauliah Majlis Agama Islam Selangor hendaklah dibuat dalam kalangan individu yang beragama Islam dan berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sehubungan dengan itu, cadangan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 ini merupakan langkah lanjutan untuk menyelaraskan kedudukan tersebut pada peringkat undang-undang tertinggi negeri. Penyelarasan ini penting bagi memastikan dasar pentadbiran dan pelaksanaan hal ehwal agama Islam di negeri Selangor dilaksanakan secara konsisten berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh fatwa yang diwartakan dan Pindaan Enakmen Agama Islam Negeri Selangor 2003.
Bagi cadangan pindaan berkaitan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai Agama Islam yang dianuti dan diamalkan di negeri Selangor, proses penelitian telah bermula sejak tahun 2020. Cadangan tersebut telah dibentangkan dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang MAIS Bilangan 3/2020 pada 22 Disember 2020. Hasil mesyuarat tersebut dipersetujui bahawa suatu kajian yang lebih mendalam perlu dilaksanakan melalui perbincangan meja bulat yang melibatkan pakar-pakar khususnya dalam bidang perundangan bagi meneliti kesesuaian pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta implikasi perundangannya.
Susulan keputusan tersebut, pihak MAIS telah melaksanakan sesi libat urus yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan yang mempunyai kepakaran dan tanggungjawab secara langsung dalam pentadbiran Agama Islam dan perundangan syariah. Antara pihak yang terlibat ialah Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Peguam Negara, ahli-ahli akademik serta wakil daripada agensi-agensi yang berkaitan. Proses ini memastikan bahawa setiap cadangan pindaan mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam hal ehwal Agama Islam dan perundangan syariah. Antara sesi libat
urus yang signifikan ialah Perbincangan Meja Bulat yang diadakan pada 25 Mei 2022 bertajuk ‘Keperluan Mengadakan Peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri yang Menjelaskan Kedudukan, Fahaman, Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebagai Agama Islam yang Diamalkan dan Dianuti dalam Negeri Selangor’. Perbincangan tersebut menghimpunkan pakar-pakar perundangan pentadbiran Agama Islam dan pihak berkepentingan bagi meneliti secara khusus keperluan memasukkan peruntukan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor. Hasil daripada perbincangan tersebut kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS Bilangan 4/2022 pada 21 Julai 2022. Mesyuarat telah bersetuju bahawa istilah Agama Islam dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sememangnya boleh ditafsirkan sebagai Agama Islam yang diamalkan di negeri Selangor mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan sejarah dan amalan pentadbiran negeri ini. Mesyuarat turut bersetuju supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor perlu mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan maksud dan tafsiran Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali gus menyediakan asas yang kukuh kepada cadangan pindaan ini.
Memandangkan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor memerlukan proses yang lebih panjang dan melibatkan prosedur perlembagaan yang lebih ketat, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan untuk terlebih dahulu memperkukuhkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui pindaan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 pada tahun 2025. Setelah asas tersebut diwujudkan barulah cadangan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dimuktamadkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang MAIS Bilangan 3/2025 pada 18 Disember 2025.
Seterusnya, cadangan pindaan UUTKS berkaitan penubuhan mahkamah syariah pula telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat MAIS Bilangan 1/2026 yang bersidang pada 20 Januari 2026. Selanjutnya RUU-UUTKS 2026 tersebut juga telah di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 19 Mac 2026. Pendekatan berperingkat ini membuktikan bahawa cadangan pindaan ini bukanlah digubal secara tergesa-gesa sebaliknya merupakan hasil penelitian, semakan dan libat urus yang dilaksanakan secara berterusan selama beberapa tahun bagi memastikan setiap pindaan yang dicadangkan adalah komprehensif, penuh ketelitian dan memenuhi keperluan semasa. Hasil daripada pendekatan yang tersusun dan menyeluruh tersebut, Negeri Selangor kini menjadi negeri kedua yang meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi memperuntukkan secara khusus mengenai penubuhan mahkamah syariah serta menggubal suatu enakmen mahkamah syariah yang berasingan bagi memperkukuhkan institusi kehakiman syariah di peringkat negeri.
Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pindaan terhadap UUTKS bagi menetapkan bahawa Agama Islam di Negeri Selangor adalah berdasarkan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dibuat berdasarkan beberapa asas pertimbangan utama. Pindaan ini bertujuan memberikan penjelasan yang lebih jelas mengenai pegangan dan fahaman Islam yang menjadi asas
rujukan dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Negeri Selangor di samping memastikan segala urusan berkaitan Agama Islam dilaksanakan berdasarkan pegangan yang telah diamalkan sejak dahulu sehingga kini oleh para sultan, ulama’ dan masyarakat Islam di negeri ini. Pertama, pindaan ini untuk menetapkan secara jelas dalam UUTKS bahawa Agama Islam di Selangor adalah berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW, para sahabat R.A. serta diwarisi oleh para ulama’ muktabar daripada generasi salaf dan khalaf sehingga kini. Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan dan fahaman Islam yang berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta menjadi pegangan majoriti umat Islam sepanjang sejarah perkembangan Islam. Pegangan ini merujuk kepada golongan yang berpegang teguh kepada Sunnah Rasulullah SAW dan mengikuti jalan yang dipersetujui oleh para ulama’ yang muktabar. Pegangan dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini juga adalah berasaskan kepada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyentuh mengenai kepentingan berpegang kepada Al-Jamaah dan Al-Sawad Al-A’zam apabila berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Muawiyah R.A. yang menjelaskan bahawa umat Islam akan berpecah kepada beberapa golongan dan golongan yang terselamat ialah golongan yang berpegang kepada Sunnah Rasulullah SAW dan Al-Jamaah. Selain itu, hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Abbas R.A., Sayidina Umar bin Al-Khatab R.A. Sayidina Abdullah bin Umar R.A. serta Sayidina Anas bin Malik R.A. turut menjelaskan kepentingan untuk bersama-sama dengan Al-Jamaah dan tidak memisahkan diri daripada pegangan majoriti umat Islam. Berdasarkan penjelasan para ulama’ termasuk Imam Ibnu Manzur dalam Kitab Lisan Al-Arab, perkataan Al-Jamaah yang bermaksud golongan yang ramai atau majoriti. Oleh itu apabila dikaitkan dengan umat Rasulullah SAW ia merujuk kepada golongan terbesar dalam kalangan umat Islam yang berpegang kepada ajaran yang diwarisi daripada Rasulullah SAW.
Kedua, pindaan ini dibuat kerana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam di negeri Selangor sejak dahulu sehingga kini. Sejarah perkembangan Islam di Negeri Selangor menunjukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan Selangor, para ulama’, kadi dan masyarakat Islam telah berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Pegangan ini telah menjadi asas dalam pembentukan syiar Islam di negeri ini termasuk aspek akidah, syariah dan akhlak masyarakat Islam. Para ulama’ dan umara’ yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah turut memainkan peranan besar dalam memastikan kefahaman serta amalan Islam yang berkembang di negeri Selangor kekal selaras dengan ajaran Islam yang diterima oleh jumhur ulama’. Justeru, pindaan ini bukanlah bertujuan memperkenalkan suatu pegangan baru tetapi memberikan pengiktirafan secara jelas terhadap pegangan Islam yang telah diamalkan dan menjadi asas pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor sejak sekian lama.
Ketiga, pindaan ini bertujuan untuk menyelaraskan rujukan pegangan dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Negeri Selangor. Pada masa ini, UUTKS memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Negeri Selangor. Namun
tidak memperincikan secara khusus pegangan atau fahaman Islam yang menjadi rujukan dalam pentadbiran Agama Islam negeri. Ketiadaan penjelasan tersebut boleh menyebabkan wujudnya perbezaan pendekatan dalam pentadbiran hal ehwal Islam termasuk dalam aspek pengeluaran fatwa, pengurusan tauliah mengajar Agama Islam, penyediaan dasar agama serta pelaksanaan program dan urusan berkaitan Islam. Sekiranya tiada asas rujukan yang jelas, keadaan ini berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta cabaran kepada institusi agama negeri dalam memastikan setiap keputusan dan tindakan pentadbiran Agama Islam dibuat secara seragam dan konsisten. Justeru, penetapan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam UUTKS ini akan menyediakan asas rujukan yang jelas kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor serta agensi-agensi berkaitan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Dengan adanya penetapan tersebut, segala keputusan berkaitan Agama Islam termasuk fatwa, dasar dan tindakan pentadbiran dapat dilaksanakan berdasarkan prinsip akidah, syariah dan akhlak yang selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Keempat, pindaan ini juga mengambil kira bidang kuasa negeri dalam perkara Agama Islam sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Perkara 74 (Jadual Kesembilan) Senarai Dua Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan, Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan hal ehwal Agama Islam termasuk pentadbiran hukum syarak, pengeluaran fatwa, pengawalan ajaran Agama Islam serta perkara-perkara lain berkaitan Agama Islam di peringkat negeri. Selain itu, Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan raja sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing mengikut cara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri. Dalam konteks Negeri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Negeri mempunyai kedudukan dan kuasa dalam perkara berkaitan hal ehwal Islam sebagaimana diperuntukkan dalam UUTKS dan undang-undang yang berkuat kuasa. Oleh itu, cadangan pindaan UUTKS menetap bahawa agama Islam di negeri Selangor, adalah berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah selaras dengan bidang kuasa negeri dan tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan.
Kelima, Pindaan ini bertujuan mengukuhkan pemakaian pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai rujukan dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang syariah di negeri Selangor. Penetapan ini akan memberikan asas yang lebih kukuh bahawa setiap undang-undang negeri, termasuk undang-undang berkaitan pentadbiran agama Islam, keluarga Islam, mahkamah syariah serta perkara-perkara lain yang berkaitan, hendaklah mengambil kira pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai rujukan. Selain itu, pindaan ini juga, akan membantu memastikan sebarang penggubalan undang-undang baharu atau pindaan undang-undang pada masa hadapan, dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, konsisten dan selaras dengan pegangan Islam yang telah diamalkan di negeri Selangor. Dengan adanya peruntukan ini di dalam UUTKS, sebagai undang-undang utama negeri, kedudukan agama Islam di negeri Selangor akan
diperkukuhkan melalui asas rujukan yang jelas dari sudut perundangan, pentadbiran dan pelaksanaan dasar agama Islam.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dari sudut implikasi perundangan, pindaan terhadap perkara 47, Undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor ini, melibatkan pindaan terhadap peruntukan dalam undang-undang tertinggi negeri Selangor. Sehubungan itu, pindaan ini, hendaklah dilaksanakan selaras dengan tatacara pindaan UUTKS, sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal 98(3) UUTKS. Berdasarkan peruntukan tersebut, sesuatu pindaan terhadap UUTKS, hanya boleh dibuat melalui proses perundangan yang khusus iaitu Rang Undang-undang Pindaan berkenaan, hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dan persetujuan Dewan Negeri. Bagi tujuan tersebut, Rang Undang-undang berkenaan hendaklah diluluskan pada bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga dengan sokongan undi tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah Ahli Dewan Negeri. Selepas mendapat kelulusan Dewan Negeri, Rang Undang-undang tersebut hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan persetujuan Dewan Diraja sebagaimana yang dikehendaki oleh UUTKS. Setelah semua proses tersebut dipenuhi, Rang Undang-undang pindaan berkenaan hendaklah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, sebelum ia berkuat kuasa sebagai sebahagian daripada UUTKS.
Oleh yang demikian, cadangan pindaan ini tertakluk kepada proses pindaan perlembagaan negeri yang ketat dan memerlukan sokongan serta persetujuan daripada pihak-pihak berautoriti sebagaimana diperuntukkan dalam UUTKS.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bahagian kedua pindaan ini, adalah bagi memasukkan bab baharu mengenai kehakiman syariah. Pada masa ini, penubuhan mahkamah syariah hanya diperuntukkan di bawah enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor 2003. Berbeza dengan Mahkamah Sivil, yang mendapat pengiktirafan secara langsung melalui perlembagaan persekutuan. Mahkamah syariah tidak diperuntukkan secara jelas dalam undang-undang tubuh kerajaan Selangor. Oleh itu, pindaan ini bertujuan memberikan pengiktirafan pada peringkat perlembagaan negeri terhadap institusi mahkamah syariah. Pindaan ini juga, memperuntukkan, penubuhan mahkamah utama syariah, mahkamah rayuan syariah, mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rendah syariah, serta menjelaskan kuasa kehakiman syariah. Pelantikan hakim-hakim syarie, kuasa menghukum kerana penghinaan kepada mahkamah, sumpah jawatan dan perlindungan terhadap kebebasan institusi kehakiman syariah.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bagi cadangan pindaan berkaitan penubuhan Mahkamah Syariah, proses libat urus sebenarnya telah bermula lebih awal di peringkat Kebangsaan. Pada tahun 2009, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, telah mengemukakan cadangan penubuhan satu lagi peringkat mahkamah dalam hierarki kehakiman syariah. Cadangan tersebut telah mendapat persetujuan Jamaah Menteri pada 23 Disember 2009, tertakluk kepada perbincangan
lanjut bersama Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, JAKIM dan perkenan Majlis Raja-raja. Susulan itu, beberapa mesyuarat khas telah di adakan pada 7 Januari 2010 dan 22 Mac 2010, yang melibatkan wakil JKSM, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, JAKIM, Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Persatuan Peguam Syarie, serta ahli akademik. Kesemua pihak yang hadir telah menyokong usaha memperkukuhkan struktur mahkamah syariah, melalui pewujudan mahkamah tertinggi dalam Sistem Kehakiman Syariah Negeri. Di peringkat negeri Selangor, usaha tersebut diteruskan apabila cadangan penstrukturan semula mahkamah syariah telah dibentangkan dalam mesyuarat khas MAIS Bil 2/2015. Mesyuarat telah bersetuju supaya cadangan tersebut diperhalusi oleh Jawatankuasa Undang-undang MAIS, sebelum dibentangkan semula kepada MAIS untuk pertimbangan lanjut.
Selanjutnya pada 01 Oktober 2021, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menganjurkan satu persidangan meja bulat yang melibatkan anggota MAIS, KAMAR Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Hakim-hakim Syarie, Ketua Pendaftar Mahkamah Selangor, Ahli Akademik serta wakil daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan Kedah. Berdasarkan hasil persidangan tersebut, semua pihak bersetuju, bahawa negeri Selangor perlu mewujudkan struktur Mahkamah Syariah empat peringkat, serta menggubal enakmen mahkamah syariah yang khusus. Dengan mengambil kira pengalaman negeri Perak, yang telah lebih awal melaksanakan struktur tersebut. Cadangan tersebut, kemudiannya mendapat sokongan dasar melalui Mesyuarat MAIS Bil. 1/2023, pada 31 Januari 2023, yang meluluskan cadangan memasukkan peruntukkan berkaitan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor serta penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Jelaslah bahawa kedua-dua cadangan pindaan yang dibentangkan pada hari ini, bukanlah hasil penelitian dalam tempoh yang singkat, sebaliknya ia merupakan proses, hasil daripada proses libat urus, kajian, perbincangan teknikal, penelitian dasar dan semakan perundangan yang dilaksanakan secara berperingkat, selama beberapa tahun, melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri, agensi persekutuan, institusi kehakiman, pakar akademik dan pihak berkepentingan. Proses yang menyeluruh ini, memberikan keyakinan bahawa rang undang-undang ini, telah dirangka dengan teliti. Mengambil kira semua pandangan yang relevan, serta memenuhi keperluan untuk memperkukuhkan pentadbiran agama Islam dan Institusi Kehakiman Syariah di negeri Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pindaan terhadap UUTKS berhubung dengan mahkamah syariah ini dibuat berdasarkan beberapa asas pertimbangan utama, yang bertujuan memperkukuhkan kedudukan institusi kehakiman syariah di negeri Selangor. Memperkemaskan struktur dan hierarki mahkamah syariah, serta memastikan sistem keadilan syariah dapat dilaksanakan lebih menyeluruh, berkesan dan selaras dengan perkembangan semasa. Pertama, pindaan ini bertujuan mewujudkan mekanisme rayuan yang lebih komprehensif serta
menyediakan ruang yang sewajarnya kepada pihak-pihak yang berkepentingan, untuk mengemukakan rayuan ataupun permohonan semakan terhadap keputusan mahkamah. Pada masa ini, struktur kehakiman syariah di negeri Selangor terdiri daripada tiga peringkat mahkamah sahaja, iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Walau bagaimanapun, mekanisme rayuan sedia ada menunjukkan terdapat perbezaan dari segi peluang mendapatkan penelitian kehakiman. Bergantung pada peringkat mahkamah, tempat sesuatu kes itu dimulakan. Bagi kes yang dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah, pihak-pihak mempunyai dua peringkat rayuan, iaitu rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dan seterusnya ke Mahkamah Rayuan Syariah. Sebaliknya, bagi kes yang dimulakan di Mahkamah Tinggi Syariah, pihak-pihak hanya mempunyai satu peringkat rayuan sahaja iaitu ke Mahkamah Rayuan Syariah. Keadaan ini menimbulkan ketidakseimbangan dari sudut hak pihak-pihak untuk mendapatkan penelitian kehakiman yang lebih menyeluruh, khususnya apabila mengambil kira bahawa kes-kes yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, lazim melibatkan isu-isu yang lebih kompleks. Persoalan undang-undang yang rumit serta jumlah atau nilai tuntutan yang lebih tinggi. Selain itu, terdapat juga keadaan di mana pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah, cuba mendapatkan ruang penelitian lanjut melalui permohonan semakan. Namun begitu, berdasarkan peruntukan yang sedia ada, Mahkamah Rayuan Syariah, tidak mempunyai kuasa untuk menyemak semula keputusannya sendiri. Sehubungan itu, pewujudan satu lagi peringkat kehakiman selepas Mahkamah Rayuan Syariah adalah dilihat wajar bagi menyediakan suatu ruang rayuan atau semakan yang lebih tersusun, khususnya bagi kes-kes yang melibatkan isu hukum syarak, kepentingan awam, konflik bidang kuasa serta persoalan undang-undang yang kompleks.
Kedua, pindaan ini juga bertujuan memberikan pengiktirafan perlembagaan negeri terhadap, kewujudan dan kedudukan mahkamah syariah, sebagai sebuah institusi kehakiman negeri. Pada masa ini, penubuhan dan bidang kuasa mahkamah syariah diperuntukkan melalui EPAINS 2003. Walau bagaimanapun, memandangkan mahkamah syariah menjalankan fungsi kehakiman yang melibatkan penentuan hak, tanggungjawab, status dan kepentingan pihak-pihak, adalah wajar institusi tersebut diberikan pengiktirafan secara langsung dalam UUTKS, yang merupakan undang-undang tertinggi negeri Selangor. Pengiktirafan ini penting bagi memastikan mahkamah syariah tidak hanya dilihat sebagai sebuah institusi yang diwujudkan melalui undang-undang pentadbiran agama semata-mata, tetapi sebagai sebuah institusi kehakiman yang mempunyai kedudukan tersendiri dalam struktur pemerintahan negeri. Pindaan ini juga mengambil kira perkembangan undang-undang semasa berkaitan prinsip kebebasan kehakiman. Dalam kes Indira Ghandi A/P Motho Vs Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan lain-lain, 2018, 3CLJ145. Mahkamah Persekutuan telah menyentuh bahawa, perlindungan berkaitan kebebasan kehakiman yang diperuntukkan kepada badan kehakiman Persekutuan, tidak terpakai secara langsung kepada Mahkamah Syariah. Oleh itu, pengiktirafan mahkamah syariah dalam UUTKS, merupakan satu langkah pengukuhan, bagi memastikan kedudukan institusi kehakiman syariah, mempunyai asas yang lebih jelas, dalam kerangka perundangan negeri.
Ketiga, pindaan ini, bertujuan memperkemaskan struktur dan hierarki Mahkamah Syariah dalam kerangka perundangan negeri Selangor. Sesebuah sistem kehakiman yang berfungsi memerlukan struktur dan hierarki yang jelas. Supaya fungsi, peranan dan bidang kuasa setiap mahkamah dapat difahami dengan baik. Berdasarkan bidaan ini, struktur asas mahkamah syariah akan diberikan pengiktirafan dalam UUTKS, manakala perkara berkaitan bidang kuasa terperinci, prosedur dan tatacara mahkamah syariah akan terus diperuntukkan melalui undang-undang bertulis negeri. Pendekatan ini mewujudkan keseimbangan antara keperluan memberikan asas perlembagaan yang kukuh kepada mahkamah syariah, dengan keperluan mengekalkan fleksibiliti dalam pengurusan dan pentadbiran kehakiman.
Keempat, pindaan ini, mengambil kira peningkatan pendaftaran kes dan keperluan penstrukturan Institusi Kehakiman Syariah bagi menghadapi perkembangan semasa. Statistik pendaftaran kes di Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah, menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun, selaras dengan pertambahan masyarakat Islam di negeri Selangor. Serta peningkatan kesedaran masyarakat untuk mendapatkan penyelesaian melalui saluran perundangan syariah. Peningkatan ini, bukan sahaja melibatkan pertambahan jumlah kes, malah turut melibatkan kes-kes yang lebih kompleks dari sudut fakta dan persoalan undang-undang, seperti status agama, konflik bidang kuasa, hak penjagaan anak, tuntutan harta bernilai tinggi serta isu-isu yang mempunyai kepentingan awam. Oleh itu, terdapat keperluan untuk memastikan struktur kehakiman syariah sentiasa diperkasakan supaya mampu menangani cabaran semasa dan menyediakan pentadbiran keadilan yang lebih berkesan.
Pindaan UUTKS berhubung penubuhan mahkamah syariah tidak menimbulkan sebarang implikasi kewangan ke atas Kerajaan Negeri. Pindaan ini bersifat perlembagaan, bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan dan struktur mahkamah syariah. Pindaan UUTKS ini akan memberi kesan langsung terhadap keperluan pindaan EPAINS, di mana bahagian 4, berkaitan mahkamah syariah, akan dimansuhkan daripada EPAINS, selaras dengan penstrukturan semula. Dan pengasingan kuasa dan bagi memastikan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai badan kehakiman bebas dan tidak tertakluk kepada sebarang bentuk pengaruh pentadbiran atau eksekutif.
Selanjutnya, dengan pemansuhan bahagian 4, berkaitan mahkamah syariah dalam EPAINS, ia akan menyebabkan keperluan penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 yang akan membawa implikasi terhadap pembahagian kuasa di antara agensi pentadbiran dan kehakiman. Enakmen ini akan memperuntukkan secara khusus bidang kuasa kehakiman kepada JAKESS termasuk kuasa untuk menggubal undang-undang subsidiari berkaitan prosiding atau tatacara mahkamah syariah. Semakan semula terhadap mana-mana undang-undang sedia ada juga turut perlu dilaksanakan selaras dengan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 yang dicadangkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya menjelaskan secara terperinci kandungan RUU UUTKS ini yang mengandungi 3 fasal iaitu satu peruntukan pindaan dan satu peruntukan baharu sebagaimana berikut: Fasal 1 : Memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa enakmen yang dicadangkan.
Fasal 2 : Bertujuan untuk menggantikan perkara 47 dengan perkara baharu 47 bagi menetapkan secara jelas bahawa agama Islam di Negeri Selangor adalah mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Peruntukan ini juga bertujuan untuk menjelaskan asas pegangan dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi rujukan utama dalam hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor sebagaimana yang telah diamalkan oleh Masyarakat Islam di Negeri Selangor.
Fasal 3 : Bertujuan untuk memasukkan bab baharu 5(a) dalam bahagian Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1999 berkaitan kehakiman syariah yang merangkumi Fasal 1 perkara 83(a) yang diwujudkan bagi menjelaskan kuasa kehakiman syariah hendaklah terletak kepada mahkamah-mahkamah syariah yang ditubuhkan dan mempunyai bidang kuasa di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Undang-undang Bertulis lain yang berkuat kuasa. Peruntukan ini juga menjelaskan bahawa fungsi kehakiman bagi urusan kehakiman agama di negeri adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah mempunyai kuasa kehakiman tersendiri sebagaimana diperuntukkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Undang-undang Negeri yang berkuat kuasa.
Fasal 2 Perkara 83(a) yang diwujudkan bagi menjelaskan peruntukan berhubungan dengan penubuhan Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Peruntukan ini diwujudkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi memperkasakan penubuhan Mahkamah Syariah melalui Undang-undang Tertinggi Negeri Selangor. Fasal Ketiga perkara 83(a) yang diwujudkan bagi menjelaskan Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa untuk mendengar serta memutuskan apa-apa perkara yang diberikan atau di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Bertulis lain yang berkuat kuasa . Peruntukan ini juga menjelaskan bahawa setiap Mahkamah Syariah di negeri Selangor hanya boleh melaksanakan kuasa dan bidang-bidang kuasa yang diperuntukkan secara sah oleh undang-undang dan tidak melebihi had kuasa yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 83(b) berhubung dengan Keanggotaan Mahkamah Utama Syariah Dan Mahkamah Rayuan Syariah Yang Mengandungi Fasal 1 perkara 83(b) menjelaskan berkaitan Pelantikan Seorang Ketua Hakim Syarie Dan Bilangan Hakim Mahkamah Utama Syariah. Fasal 2 Perkara 83(b) diwujudkan bagi membolehkan Ketua Hakim Syarie menamakan Hakim Syarie Mahkamah Rayuan Syariah untuk bersidang sebagai Hakim Syarie di Mahkamah Utama Syariah apabila keadaan memerlukan atas alasan kepentingan keadilan. Fasal ketiga perkara 83(b) diwujudkan bagi menjelaskan berkenaan Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah. Fasal 4 perkara 83(b) diwujudkan bagi membolehkan Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah menamakan Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Syariah untuk bersidang sebagai Hakim Syarie di Mahkamah Rayuan Syariah apabila keadaan memerlukan atas alasan kepentingan keadilan.
Perkara 83(c) menjelaskan kuasa Duli Yang Maha Mulia di dalam Pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie bagi semua peringkat Mahkamah Syariah di Negeri Selangor berdasarkan tatacara pelantikan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Undang-undang Negeri.
Perkara 83(d) menjelaskan berkenaan kuasa mahkamah utama syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah untuk menghukum kerana penghinaan kepada mahkamah syariah. Peruntukan ini juga bertujuan untuk Menetapkan Kuasa Kehakiman Syariah di mana setiap Mahkamah Syariah berhak menghukum apa-apa perbuatan yang menghina mahkamah untuk memelihara integriti kehakiman syariah.
Perkara 83(e) diwujudkan bagi menetapkan keperluan sumpah jawatan oleh Ketua Hakim Syarie. Hakim Syarie Mahkamah Utama Syariah, Hakim Syarie Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah. Dalam hal ini, tatacara angkat sumpah mengikut hierarki jawatan kehakiman syariah iaitu Ketua Hakim Syarie mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan manakala Hakim Syarie Mahkamah Utama Syariah, Hakim Syarie Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah mengangkat sumpah hanya di hadapan Ketua Hakim Syarie.
Perkara 83(f) memperuntukkan berhubung dengan sekatan mengenai perbincangan dalam dewan negeri tentang kelakuan Hakim Syarie bagi melindungi kebebasan kehakiman syariah yang menghalang campur tangan atau kritikan terbuka terhadap Hakim Syarie dalam Dewan Negeri kecuali atas suatu Usul Khas yang notis mengenainya telah diberikan oleh tidak kurang daripada 1/3 jumlah bilangan Ahli Dewan Negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Berhormat sekalian. Sebelum saya mengakhiri penjelasan berhubung Rang Undang-undang Kerajaan, undang-undang ini, izinkan saya memberikan beberapa penegasan dasar kerajaan negeri berhubung cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ini. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa cadangan pindaan ini bukan lah suatu perubahan terhadap
asas pentadbiran agama Islam atau struktur kehakiman yang sedia ada tetapi merupakan satu langkah pengukuhan terhadap kedudukan yang telah diamalkan sejak sekian lama melalui pendekatan perundangan yang lebih jelas, tersusun dan selaras dengan perkembangan semasa. Berhubung pindaan berkaitan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa cadangan ini bukan bertujuan memperkenalkan suatu pegangan Islam yang baru di negeri Selangor sebaliknya pindaan ini bertujuan memperjelaskan kedudukan pegangan Islam yang telah pun menjadi asas kepada pentadbiran agama Islam di negeri ini sejak dahulu sehingga kini. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjadi pegangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, para ulama, kadi serta masyarakat Islam di negeri Selangor dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Oleh itu, pindaan ini bersifat memperakui dan memperkukuhkan amalan yang telah wujud, bukannya mewujudkan satu dasar baharu.
Kerajaan Negeri juga ingin menjelaskan bahawa penetapan pegangan Ahli Wal Jamaah dalam UUTKS tidak menjejaskan hak atau kedudukan mana-mana penganut agama lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan. Peruntukan tersebut hanya berkaitan dengan pentadbiran agama Islam bagi orang Islam dalam lingkungan bidang kuasa negeri. Selain itu, penetapan ini tidak bertujuan menyekat perkembangan ilmu Islam, kajian akademik atau perbincangan ilmiah yang dilaksanakan. Sebaliknya ia bertujuan memastikan bahawa pentadbiran agama Islam di negeri Selangor mempunyai satu asas rujukan yang jelas dan konsisten dalam mana-mana perkara berkaitan fatwa, dasar agama, pengurusan tauliah serta pelaksanaan undang-undang syariah. Dari sudut bidang kuasa, kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa pindaan berkaitan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah selaras dengan perkara 74 dan Jadual Ke-9 Senarai 2, senarai negeri, perlembagaan persekutuan yang memberikan kuasa kepada negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan hal ehwal agama Islam. Berhubung pindaan berkaitan Kehakiman Syariah pula, Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa cadangan penubuhan Mahkamah Syariah bukan lah bertujuan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah melebihi had yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebaliknya cadangan tersebut bertujuan memperkemaskan struktur dan hierarki mahkamah syariah supaya Sistem Kehakiman Syariah Negeri Selangor mempunyai susunan yang lebih jelas khususnya bagi menyediakan ruang penelitian kehakiman yang lebih menyeluruh terhadap kes-kes yang melibatkan persoalan hukum syarak kepentingan awam dan isu undang-undang yang kompleks.
Kerajaan Negeri juga ingin menegaskan bahawa perwujudan Mahkamah Utama Syariah bukan bertujuan mewujudkan persaingan atau pertindihan. Bukan bertujuan mewujudkan persaingan atau pun pertindihan dengan Mahkamah Sivil. Kedua-kedua sistem kehakiman mempunyai bidang kuasa masing-masing seperti mana yang telah ditetapkan oleh perlembagaan persekutuan. Pindaan ini juga tidak bertujuan untuk memberikan campur tangan baharu kepada pihak eksekutif terhadap institusi kehakiman syariah sebaliknya cadangan memasukkan peruntukkan kehakiman syariah dalam
UUTKS adalah untuk memperkukuhkan kedudukan institusi tersebut melalui pengiktirafan pada undang-undang tertinggi negeri. Peruntukan berkaitan pelantikan Hakim Syarie, Sumpah Jawatan, Kuasa Menghukum kerana penghinaan pada mahkamah serta perlindungan terhadap fungsi kehakiman menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan prinsip kebebasan, integriti dan kewibawaan Institusi Kehakiman Syariah.
Kerajaan Negeri juga ingin menegaskan bahawa cadangan pindaan ini telah melalui proses penelitian dan libat urus yang panjang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Institusi Agama Islam Negeri, Institusi Kehakiman Syariah, Pihak Berkuasa Undang-undang, Ahli Akademik serta agensi-agensi yang berkaitan. Justeru, cadangan pindaan ini bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya ianya merupakan hasil penelitian yang menyeluruh bagi memastikan setiap pindaan yang dibuat mempunyai asas perundangan yang kukuh serta mengambil kira kepentingan masyarakat Islam di negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai penutup izinkan saya menegaskan bahawa Rang Undang-undang, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Pindaan 2026 ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan asas pentadbiran agama Islam dan Sistem Kehakiman Syariah di negeri Selangor. Pindaan berkaitan kedudukan agama Islam di negeri Selangor mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan memberikan kejelasan dari sudut perundangan terhadap asas pegangan yang telah diamalkan sejak sekian lama. Manakala pindaan berkaitan kehakiman syariah akan memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai sebuah Institusi Kehakiman Syariah Negeri yang lebih tersusun dan berwibawa.
Kerajaan Negeri percaya bahawa pengukuhan Institusi Agama Islam dan Kehakiman Syariah adalah penting bagi memastikan pentadbiran agama Islam dapat dilaksanakan secara teratur, konsisten dan memenuhi tuntutan semasa. Pindaan ini juga mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan Sistem Perundangan dan Institusi Islam di Negeri Selangor sentiasa diperkasakan berdasarkan prinsip keadilan, integriti, tadbir urus yang baik serta selaras dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh Kerajaan Selangor. Dengan adanya pindaan ini kedudukan agama Islam dan Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Selangor akan mempunyai asas perundangan yang lebih kukuh bagi menghadapi cabaran semasa serta memastikan kepentingan umat Islam terus dipelihara. Oleh yang demikian saya memohon sokongan dan persetujuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian supaya Rang Undang-undang Bernama Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2026 ini diluluskan. Yang Berhormat Tuan Speaker saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Ada yang apa.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Pelabuhan Klang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Kita Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker terlebih dahulu Pelabuhan Klang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada Pelabuhan Klang untuk turut sama dalam mengambilkan bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Pindaan 2026 yang dibentangkan pada persidangan Dewan yang mulia ini. Pelabuhan Klang juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO Seri Setia atas pembentangan Rang Undang-undang ini. Pada hemat Pelabuhan Klang, pindaan yang dibawa pada hari ini bukanlah satu pindaan yang bersifat rutin atau sekadar perubahan teknikal kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor semata-mata sebaliknya pindaan ini, merupakan satu langkah yang amat penting dalam usaha kerajaan negeri Selangor memperkukuhkan institusi kehakiman syariah, memperjelaskan kedudukan agama Islam di Negeri Selangor serta memastikan struktur perundangan negeri terus diperkemaskan agar selari dengan keperluan semasa tanpa menjejaskan kerangka perlembagaan persekutuan Malaysia. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor merupakan undang-undang tertinggi di negeri. Justeru itu setiap pindaan yang dibawa ke Dewan ini perlu dilihat dengan penuh tanggungjawab kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri pada hari ini, malah akan menjadi asas kepada kekukuhan institusi-institusi negeri pada masa akan datang. Atas sebab itulah Pelabuhan Klang berdiri pada hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor pindaan 2026 serta ingin mengemukakan beberapa pandangan berhubung kepentingan dan rasional pindaan ini demi memperkukuhkan institusi Islam, memperkasakan sistem Kehakiman Syariah serta memelihara kedaulatan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh pindaan yang dibuat terhadap peruntukan berkaitan agama Islam di Negeri Selangor. Melalui pindaan ini diperuntukkan bahawa agama Negeri Selangor adalah agama Islam, mengikut pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah, sebagaimana yang dianuti dan diamalkan di seluruh Negeri Selangor. Pada masa yang sama peruntukan ini juga bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman, damai dan harmoni di mana-mana bahagian negeri Selangor terus dikekalkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada pandangan Pelabuhan Klang pindaan ini memberikan asas perundangan yang lebih jelas mengenai perundangan agama Islam yang menjadi teras kepada pentadbiran Hal Ehwal Islam di Negeri Selangor. Peruntukan ini bukanlah memperkenalkan suatu pegangan yang
baharu sebaliknya ia memperkukuhkan pegangan yang sekian lama diamalkan dengan meletakkannya secara nyata dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Dengan itu Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bukan sahaja menjadi asas kepada sistem pemerintahan negeri, malah turut menjadi rujukan yang jelas terhadap prinsip asas yang mendasari pentadbiran agama Islam di Negeri Selangor. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa langkah ini amat significant kerana Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri merupakan undang-undang tertinggi di peringkat negeri. Apabila sesuatu prinsip diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri ia mencerminkan kepentingan prinsip tersebut kepada pentadbiran dan pemerintahan negeri. Dalam konteks ini penegasan mengenai pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah memperkukuhkan kedudukannya sebagai asas yang menjadi paduan kepada Pentadbiran Hal Ehwal Islam di Negeri Selangor. Dalam masa yang sama pindaan ini juga mengekalkan prinsip bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman, damai dan harmoni. Pelabuhan Klang melihat pendekatan ini mencerminkan keseimbangan yang sentiasa menjadi kekuatan Negeri Selangor. Ia memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama negeri, tanpa mengabaikan hak masyarakat berbilangan kaum dan agama untuk terus hidup dalam suasana yang aman dan saling menghormati. Pindaan ini memperlihatkan bahawa pemerkasaan kedudukan agama Islam dan pemeliharaan, keharmonian masyarakat bukanlah dua perkara yang bercanggah sebaliknya saling melengkapi dalam membentuk sebuah negeri yang stabil, harmoni dan menghormati prinsip yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang berhormat sekalian, Pelabuhan Klang seterunya ingin menyentuh beberapa pindaan yang amat significant dalam Rang Undang-undang ini iaitu Pengiktirafan Penubuhan Mahkamah Syariah di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Pada hemat Pelabuhan Klang, pindaan ini merupakan satu langkah yang penting kerana buat pertama kalinya kedudukan Mahkamah syariah diperuntukkan secara jelas dalam undang-undang tertinggi di Negeri Selangor. Perkara ini bukan sekadar melibatkan soal penyusunan peruntukan undang-undang tetapi mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan Mahkamah Syariah sebagai sebuah institusi yang mempunyai fungsi penting dalam sistem pentadbiran Negeri Selangor. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa setiap institusi yang memainkan peranan penting, di dalam pentadbiran negeri sewajarnya mempunyai asas perundangan yang jelas. Apabila kedudukan sesuatu institusi dinyatakan secara nyata dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri ia memberikan kepastian mengenai kedudukan institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan negeri serta mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memelihara dan memperkukuhkan institusi berkenaan mengikut lunas undang-undang. Pelabuhan Klang melihat bahawa pindaan ini juga memperlihatkan pendekatan Kerajaan Negeri yang sentiasa menitik beratkan pengukuhan institusi melalui saluran perundangan. Pendekatan sedemikian amat penting kerana institusi yang mempunyai asas perundangan yang jelas akan lebih teratur dari sudut pentadbiran. Lebih diyakini oleh masyarakat dan mempunyai hala tuju yang lebih tersusun yang jelas pada masa hadapan. Justeru itu pengiktirafan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja memberikan penjelasan terhadap
kedudukannya sebagai sebuah Institusi Kehakiman Negeri malah memperkukuhkan lagi asas perundangan yang menjadi sandaran kepada kewujudannya. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh perkara penting yang diperuntukkan dalam Rang Undang-undang ini, iaitu penjelasan bahawa kuasa Kehakiman Syariah Negeri Selangor adalah terletak kepada Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Pada pandangan Pelabuhan Klang peruntukan ini amat penting kerana ia memberikan kejelasan mengenai institusi yang bertanggungjawab melaksanakan fungsian Kehakiman Syariah di Negeri Selangor. Sesebuah sistem perundangan yang baik memerlukan pembahagian fungsi yang jelas. Begitu juga dalam konteks pentadbiran keadilan syariah dengan adanya peruntukan yang jelas dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak akan timbul lagi sebarang kekeliruan mengenai institusi yang diberikan tanggungjawab untuk menjalankan kuasa Kehakiman Syariah. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa penjelasan ini juga memperkukuhkan prinsip kedaulatan undang-undang dalam pentadbiran negeri Selangor. Kuasa sesuatu institusi hendaklah berpunca daripada undang-undang apabila kuasa Kehakiman Syariah diperuntukkan secara jelas melalui Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri ia memberikan asas perundangan yang lebih kukuh kepada pelaksanaan fungsi tersebut mengikut peruntukkan yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama peruntukan ini turut memperlihatkan bahawa setiap institusi dalam pentadbiran negeri mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tersendiri sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Pelabuhan Klang juga melihat bahawa pindaan ini memberikan kepastian dari sudut pentadbiran. Kepastian dalam undang-undang merupakan satu elemen penting bagi memastikan sesuatu institusi dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan teratur, konsisten dan berpandukan kepada peruntukan undang-undang yang jelas. Justeru itu, penjelasan mengenai kedudukan kuasa Kehakiman Syariah melalui pindaan ini bukan sekadar memperkemaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Neger Selangor bahkan memperkukuhkan lagi asas-asas perundangan yang menjadi sandaran kepada pelaksanaan fungsi Kehakiman Syariah di Negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh pindaan yang memperkukuhkan penubuhan Mahkamah Syariah 4 peringkat di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Pada pandangan Pelabuhan Klang peruntukan merupakan satu langkah significant kerana buat pertama kalinya struktur Mahkamah Syariah diperuntukkan secara nyata dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Melalui pindaan ini, kewujudan Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah diberikan pengiktirafan dalam Undang-undang Tertinggi Negeri Selangor. Pelabuhan Klang berpandangan bahawa sesuatu institusi akan dapat berfungsi dengan lebih tersusun apabila struktur
asasnya diperuntukkan secara jelas di dalam undang-undang. Penjelasan terhadap struktur institusi bukan sekadar memberi paduan kepada pentadbiran malah mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan institusi dilaksanakan berasaskan peruntukan undang-undang yang jelas dan teratur. Dalam konteks ini pindaan yang dibawa bukanlah mengubah fungsian asas mahkamah syariah sebaliknya memperuntukkan struktur institusi tersebut secara lebih jelas dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Pelabuhan Klang juga melihat bahawa pendekatan ini yang sejajar dengan prinsip tadbir urus yang baik. Di mana institusi utama negeri mempunyai kedudukan yang jelas yang kerangka perundangan negeri. Ini penting bagi memastikan pembangunan institusi dilaksanakan secara terancang, tersusun dan mempunyai asas perundangan yang kukuh. Justeru itu, peruntukan mengenai struktur Mahkamah Syariah dalam Rang Undang-undang ini memperlihatkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memperkemaskan institusi Kehakiman Syariah melalui pendekatan yang berasaskan undang-undang serta menghormati kedudukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor sebagai undang-undang yang tertinggi di peringkat negeri. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh satu lagi pindaan yang diperuntukkan dalam Rang Undang-undang ini. Iaitu berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pindaan ini diperjelaskan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa perkara yang diberikan oleh atau di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang bertulis yang lain. Pada pandangan Pelabuhan Klang penjelasan ini merupakan satu peruntukan yang amat penting kerana ini memberikan kepastian mengenai ruang lingkup bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dalam mana-mana sistem perundangan kejelasan mengenai bidang kuasa, merupakan antara perkara yang paling asas. Ia memastikan setiap institusi melaksanakan fungsi yang telah diperuntukkan oleh undang-undang dan pada masa yang sama mengelakkan sebarang kekeliruan berhubung skop tanggungjawab institusi itu sendiri. Pindaan ini memperlihatkan bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah di Negeri Selangor adalah berlandaskan kerangka Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sekali gus menegaskan bahawa pelaksanaan kuasa tersebut sentiasa berpaksikan lunas perundangan negara. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa penjelasan ini penting dari sudut tadbir urus perundangan. Apabila asas bidang kuasa dinyatakan secara jelas dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan secara tersusun kepada institusi Kehakiman Syariah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diperuntukkan oleh undang-undang. Pada masa yang sama peruntukan ini memperlihatkan bahawa segala perlaksanaan kuasa oleh Mahkamah Syariah hendaklah sentiasa berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi asas sistem perundangan negara. Justeru itu Pelabuhan Klang melihat bahawa pindaan ini memberikan penjelasan mengenai kedudukan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Penjelasan tersebut memperlihatkan bahawa pelaksanaan bidang kuasa Mahkamah Syariah hendaklah sentiasa berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis yang berkuat kuasa.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh satu lagi pindaan yang amat penting dan Rang Undang-undang ini iaitu peruntukan berkaitan kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk melantik Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie. Pada pandangan Pelabuhan Klang peruntukan ini bukan sekadar menyentuh soal pelantikan jawatan malah memperlihatkan kedudukan institusi Raja yang begitu penting dalam pentadbiran agama Islam di Negeri Selangor. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri Selangor. Justeru itu, peranan Baginda dalam perkara yang menyentuh Institusi Kehakiman Syariah merupakan sebahagian daripada kedudukan yang telah diperuntukkan di bawah sistem pemerintahan negeri. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa peruntukan ini memberikan penjelasan mengenai badan yang bertanggungjawab dalam pelantikan kepimpinan Institusi Kehakiman Syariah di negeri Selangor. Penjelasan seperti ini amat penting dalam sesuatu sistem pentadbiran kerana ia memastikan setiap kuasa dan tanggungjawab diperuntukkan cara nyata melalui undang-undang. Apabila perkara tersebut dimasukkan ke dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri ia akan mengukuhkan lagi kedudukan institusi terbabit dalam kerangka perundangan negeri serta memberikan kepastian terhadap pelaksanaan kuasa yang diperuntukkan. Pelabuhan Klang juga melihat bahawa pindaan ini mencerminkan penghormatan Kerajaan Negeri terhadap Institusi Diraja Selangor sebagai salah satu tonggak utama dalam sistem pemerintahan di negeri Selangor.
Institusi Diraja Selangor bukan sahaja mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri malah memainkan peranan yang agak penting dalam memelihara kesucian agama Islam di negeri Selangor. Oleh yang demikian, peruntukan yang memperjelaskan kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie adalah selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa pindaan ini melengkapkan keseluruhan cadangan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Bermula dengan penegasan mengenai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah diikuti pengiktirafan Mahkamah Syariah, penjelasan kuasa Mahkamah Syariah, struktur Mahkamah Syariah serta bidang kuasanya. Dan akhirnya, peruntukan berkaitan kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie. Kesemuanya memperlihatkan satu pendekatan yang tersusun untuk memperkemaskan kedudukan Institusi Kehakiman Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang berhormat sekalian, sebagai mengakhiri perbahasan saya pada tengah hari ini Pelabuhan Klang berpandangan bahawa Rang Undang-undang, Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri
Selangor pindaan 2026 merupakan satu pindaan yang bersifat konduktif dan berketepatan dengan usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkemaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor sebagai undang-undang tertinggi di peringkat negeri. Pelabuhan Klang percaya bahawa setiap pindaan yang dibawa melalui Rang Undang-undang ini telah rangka dengan mengambil kira kepentingan institusi agama Islam ,Institusi Kehakiman Syariah serta kedudukan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam Negeri Selangor selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa. Justeru itu, adalah menjadi harapan Pelabuhan Klang agar undang-undang ini akan mendapat sokongan sebulat suara daripada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Ahli Selangor. Sebagai satu usaha untuk Kerajaan Negeri memperkukuhkan institusi-institusi Negeri Selangor demi kepentingan rakyat di negeri Selangor.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Pelabuhan Klang menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-undang, Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor pindaan 2026. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Yang Berhormat Sungai Ramal.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tuan Speaker, rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, pegawai-pegawai kerajaan dan semua yang mengikuti siaran langsung Sidang Dewan Negeri Selangor pada hari ini. Sungai Ramal mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi laluan kepada Sungai Ramal untuk turut membahas dalam Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor pindaan 2026. Pertamanya, Sungai Ramal ingin mengucapkan tahniah atas kesungguhan dan tindakan Kerajaan Negeri memasukkan pindaan ini. Sebagai komitmen Sungai Ramal menyokong. Namun dalam masa yang sama perbahasan yang akan saya mengemukakan dan mungkin memberikan beberapa pertanyaan dan nilai tambah untuk maksud memperkukuhkan pindaan yang dicadangkan ini.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Undang-undang Syariah di Negeri Selangor bukan sesuatu yang baru. Semenjak tahun 1959 telah wujud undang-undang syariah, namun sifatnya adalah kecil dan sedikit. Lalu dari semasa ke semasa dibangunkan pelbagai undang-undang di negeri ini. Dari Undang-undang Keluarga Islam pergi kepada Undang-undang Pentadbiran Agama Islam, dan pergi pula kepada Undang-undang Jenayah Syariah Islam dan juga prosedur-prosedur / undang-undang Islam. Saya sebahagian daripada mereka yang terlibat aktif dengan Undang-undang Syariah ini merasa gembira apabila satu lagi pindaan dibuat untuk memperkukuhkan lagi pentadbiran Undang-undang Islam di negeri Selangor ini melalui Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor (pindaan) 2026. Ada dua perkara penting yang boleh dicapai secara selintas lalu untuk maksud pindaan ini. Yang pertama, pindaan ini mempunyai
hasrat mengukuhkan proaktif, kuasa dan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan Negeri ini. Yang secara jelas menulis satu per satu tentang bidang kuasa Mahkamah, tentang pelantikan Hakim dan semua yang di ruang lingkup kehakiman Syariah memperjelaskan satu persatu dalam Undang-undang Tubuh ini. Tahniah Kerajaan Negeri.
Yang kedua, adalah memberi ruang rayuan kepada pihak-pihak yang terbabit dengan sistem kehakiman untuk merayu. Dulu ketika kami aktif dalam Mahkamah Syariah ini, kita merasa kurang gembira kerana bila mereka selesai kes di Mahkamah Tinggi mereka hanya ada satu ruang rayuan iaitu terus ke Mahkamah Rayuan. Selepas itu tidak ada. Maka telah ada satu step lagi iaitu Mahkamah Utama, maka peluang pihak-pihak pertikai, merayu ditambah, mungkin di sana ada peluang lain untuk mengubah ataupun mengurangkan apa yang mereka mohon itu atau pun ditambah dari kelulusan Mahkamah yang di bawah. Maka Sungai Ramal menyokong usul ini atas 2 perkara utama ini sebagai asas. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, meneliti secara halus Rang undang-undang ini Sungai Ramal ingin mengemukakan beberapa pertanyaan dan pandangan. Yang pertama, pindaan perkara 47 iaitu Agama Islam yang ditafsirkan sebagai agama Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini hingga kini, hendaklah menjadi agama negeri. Tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian negeri ini. Pertanyaan saya adalah, 2 perkataan iaitu ‘hingga kini’. Dengan saya ulang balik ayatnya adalah Agama Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini hingga kini. Perkataan ini memerlukan penjelasan sebab ada berbagai tafsiran mungkin pemahaman orang awam. Apakah ‘hingga kini’ ini sangat significant dalam Enakmen ini. Kalau berlaku perubahan kepada fahaman agama Islam apakah ia boleh berubah sebab ‘hingga kini’ setakat itu sahaja. Selepas itu diubah kepada fahaman yang lain. Berbanding jika digugurkan dua perkataan ini. Bagi saya, pada hemat Sungai Ramal jika digugurkan terus ‘hingga kini’ ini tiada dakwa- dakwi lagi. Tiada tafsiran lain lagi. Hanya ada satu tafsir sahaja iaitu Agama Islam adalah agama yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah fullstop. So, saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri mengapa dan apakah significant dua perkataan ini, tinggal kekal dalam Enakmen ini seperti asal dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor terdahulu.
Yang kedua, pindaan kuasa kehakiman Mahkamah Syariah dalam Fasal 83 (b) iaitu Keanggotaan Mahkamah Utama dan keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah yang menempatkan lebih satu daripada hakim. Bahkan ada yang sampai tujuh, sembilan. Soalan saya, apakah Selangor sudah cukup hakim untuk ditempatkan di situ sebab level nya adakah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Utama yang memerlukan hakim-hakim yang senior atau yang arif, yang mahir. Dan, saya percaya bahawa ada kemungkinan hakim-hakim dibawa daripada luar Selangor yang berkaliber. Daripada Perak misalnya. Daripada Johor misalnya atau negeri-negeri lain. Cuma persoalannya, di manakah ditentukan kaedah itu untuk membawa masuk hakim-hakim dari luar berstatus untuk menduduki kes itu sahaja. Bukan salah. Sebab ia berkait dengan tauliah yang
dikeluarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Jadi kaedahnya bagaimana? Apakah bentuk, cara pelantikan itu dibuat yang tidak disebut dalam Enakmen ini. Dan saya percaya ada jawapan daripada pihak EXCO tapi apa yang penting kita rekodkan di sini, apakah penjelasannya?
Yang ketiga, ialah mengenai sekatan mengadakan perbincangan dalam Dewan Negeri terhadap kelakuan hakim. Nyatakan tentang halangan untuk dia orang ini berbincang ataupun membincangkan kelakuan Hakim Mahkamah Syariah melainkan dengan saranan 1/3 jumlah Ahli Dewan. Pada fasal pertama, Sungai Ramal merasa gembira sebab tidak boleh bincang walaupun hakim di sini. Ada medium nya. Ada platformnya. Untuk bincang kelakuan hakim. Tapi fasal kedua, menyebut ‘boleh’ dengan syarat diusulkan oleh 1/3 Ahli Dewan. Jadi apakah significant? membenarkan Dewan ini membincang dan membahaskan kelakuan hakim. Walaupun agak ketat dengan syarat jumlah 1/3 Ahli Dewan. Mengapa tidak diputuskan bahawa tidak boleh mereka ini membincangkan kelakuan hakim fullstop kerana biarlah kelakuan hakim dibincangkan di medium-medium yang khusus atau sekiranya dibenarkan juga apakah pilihan lain untuk pihak-pihak lain yang akan mengendalikan usul berkenaan kelakuan hakim?
Mahkamah sivil menggunakan tribunal. Adakah Mahkamah Syariah juga boleh menubuhkan tribunal untuk membicarakan kelakuan hakim, yang negatif lah! Kalau hakim yang positif tidak ada yang hendak dibincangkan, orang gembira. Cuma jika ada kelakuan hakim yang negatif. Dalam kes-kes yang terdahulu di Perak sebagai contoh atau negeri-negeri lain tidak mahu saya sebutkan, ada kelakuan hakim yang disebut sebagai salah guna kuasa ataupun rasuah sehingga dibicarakan ke Mahkamah Sivil dan disabitkan kesalahan. Ada dua perspektif orang awam. Pertama oh! Jahatnya mereka lepas itu koma. Ataupun yang kedua, tidak adakah medium lain / platform lain yang digunakan oleh sistem kehakiman untuk membicarakan kelakuan mereka? Sebab mereka adalah golongan pentadbir yang mempunyai perspektif yang baik daripada orang awam. Tapi orang awam terlibat sama membincangkan dan membahaskan kelakuan hakim. Dia bukan setakat mencemarkan nama individu itu tapi dia boleh juga mencemar sistem yang kita bina, dan yang kita bangunkan ini. Tapi sepatutnya, kalau pandangan saya Sungai Ramal tidak perlu kepada membenarkan dewan ini membincangkan kelakuan hakim walaupun dengan syarat jumlah 1/3 Ahli Dewan.
Yang keempat, Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian mengenai kawalan atau safeguard kepada kompetensi undang-undang Islam di negeri ini. Saya mendengar sepintas lalu daripada pencerahan Yang Berhormat Seri Setia tadi mengenai kemahuan negeri untuk menjamin tidak ada gangguan terhadap mana-mana pihak terhadap keampuhan, kekuatan dan kompetensi undang-undang syariah di negeri ini. Yang telah kita bahaskan beberapa topik pada Sidang-sidang yang lepas. Betapa kita risau undang-undang syariah ini boleh diganggu oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan. Akhirnya, dia mencemarkan kedaulatan undang-undang ini atau mencemarkan DYMM yang punya kuasa untuk mengukuhkan sistem ini. Seperti kes Iki Putra dan kes Nik Elin. Jadi apakah
cerminan bagi kawalan itu wujud dalam Enakmen ini? Saya bimbang, kita bercakap tentang keampuhannya, kekuatannya tapi tidak ada kekuatan yang boleh mengawal daripada gangguan daripada pihak-pihak luar yang esok lusa akan berlaku lagi kes-kes seperti kes Nik Elin.
Yang terakhir, Yang Berhormat Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian ialah bidang kuasa kehakiman syariah ini adalah untuk orang Islam sahaja. Tidak tertakluk kepada orang bukan Islam. Jadi dalam Enakmen ini saya mencari-cari di manakah klausa-klausa yang relevan untuk menyatakan atau stated tentang ianya hanya terpakai untuk orang-orang Islam sahaja dan saya menanti jawapan daripada pihak kerajaan nak gunakan klausa yang mana, peruntukan yang mana atau Enakmen yang mana, yang nak menjelaskan ketegasan bahawa mahkamah ini, undang-undang ini adalah untuk orang-orang Islam sahaja. Yang Berhormat Speaker, saya secara dasarnya menyokong usul ini dan terima kasih. Assalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal, saya persilakan Yang Berhormat Meru.
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Salam Malaysia Madani, Salam Kita Selangor, salam rahmat untuk semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker yang telah memberi ruang untuk saya berbahas untuk menyokong rang undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Pindaan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO dan pasukan kerja beliau yang bertungkus lumus juga di atas komitmen dan kesungguhan menyediakan untuk menyediakan kertas pindaan RUU Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang dibentangkan sebentar tadi di Dewan yang mulia ini. Meru melihat, pindaan ini bukan sekadar perubahan kepada teks perundangan sahaja, tapi merupakan satu usaha memperkukuh institusi agama Islam dan sistem kehakiman syariah di negeri Selangor selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kuasa negeri dalam hal ehwal Islam menurut Perlembagaan Persekutuan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang Meru dapat fahami di atas pembentangan Yang Berhormat EXCO tadi bahawa objektifnya ialah pindaan ini adalah memperjelaskan bahawa agama Islam di negeri Selangor adalah menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebagaimana yang diamalkan dan dianuti di negeri ini. Peruntukan ini memberikan kejelasan dari sudut undang-undang serta menjadi panduan kepada pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor dan amalan umat Islam di negeri Selangor amnya. Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa pindaan ini tidak menjejaskan hak penganut agama-agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan harmoni. Sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan, malah frasa ini yang dicadangkan turut mengekalkan semangat keharmonian antara agama yang telah menjadi kekuatan negeri Selangor.
Tuan Speaker, objektif kedua pindaan ini ialah memberi pengiktirafan yang lebih jelas terhadap penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Langkah ini amat signifikan kerana institusi Mahkamah Syariah merupakan tonggak utama dalam pentadbiran keadilan bagi umat Islam di negeri Selangor ini. Melalui pindaan Bab Baharu 5A, bidang kuasa Mahkamah Syariah diperincikan dengan lebih jelas termasuk struktur empat peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Syariah dan Mahkamah Utama Syariah. Struktur ini mewujudkan mekanisme semakan dan rayuan yang lebih komprehensif sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian keadilan syariah kepada umat Islam di negeri Selangor. Selain itu, pindaan ini turut memperincikan keanggotaan Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan serta memperjelaskan kuasa DYMM Sultan Selangor dalam pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan DYMM Tuanku juga selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor yang bertanggungjawab memelihara dan mengurus hal ehwal agama Islam di negeri Selangor yang tercinta ini.
Tuan Speaker, saya melihat pindaan ini juga selaras dengan keperluan semasa apabila institusi kehakiman syariah diperkukuhkan melalui peruntukan tertinggi negeri. Keyakinan masyarakat terhadap pentadbiran keadilan akan terus dipertingkatkan. Pada masa yang sama, ia memperkukuhkan tadbir urus institusi agama Islam secara lebih tersusun, sistematik dan berwibawa. Apa yang lebih penting, ialah pindaan ini tidak mengubah prinsip Raja Berperlembagaan ataupun Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Sebaliknya, memperkemaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor agar selari dengan perkembangan institusi kehakiman syariah yang telah berkembang sejak sekian lama. Sebarang pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sendiri tertakluk kepada prosedur khas yang ditetapkan di bawah undang-undang tersebut.
Tuan Speaker, dengan ringkasnya perbahasan saya tadi sebagai penutup. Saya berpandangan bahawa Rang Undang-undang ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan institusi agama Islam di negeri Selangor tanpa menjelaskan prinsip keharmonian masyarakat majmuk yang telah puluhan tahun kita bersama-sama membangun negeri Selangor ini. Ia memberikan kepastian undang-undang memperkukuh institusi mahkamah syariah serta memastikan pentadbiran keadilan syariah terus relevan, cekap dan diyakini oleh umat Islam, rakyat dan rakyat negeri Selangor. Dengan ini saya menyokong penuh Rang Undang-undang Enakmen Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 2026 yang dibentangkan sebentar tadi oleh Yang Berhormat EXCO. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirahmanirahim. Permatang menyokong hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan agama Islam di negeri Selangor melalui pindaan yang dicadangkan tadi. Khususnya dengan memasukkan secara jelas bahawa agama Islam di negeri ini adalah menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi Permatang melihat langkah ini sebagai satu pengiktirafan terhadap pegangan yang sekian lama menjadi asas kepada pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor. Dalam keadaan wujudnya pelbagai aliran pemikiran yang semakin mencabar, terutama sekali mencabar akidah umat Islam pada hari ini, penegasan mengenai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri merupakan satu langkah yang tepat dan wajar dipuji. Namun begitu, oleh kerana pindaan ini adalah satu pindaan yang besar, ianya melibatkan Undang-undang Tubuh Negeri yang merupakan dokumen perlembagaan tertinggi bagi negeri yang kita sama-sama cintai ini. Maka setiap perkataan, setiap frasa dan setiap pindaan haruslah digubal dengan cukup teliti agar tidak menimbulkan kekaburan atau implikasi yang tidak diingini pada masa hadapan. Atas sebab itu, Permatang ingin mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan untuk memperkukuhkan Enakmen yang bakal digubal ini.
Pertama sekali Tuan Speaker, Permatang ingin menarik perhatian kepada pindaan Fasal 1 Rang Undang-undang ini yang Permatang lihat telah menggugurkan ayat asal dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang memperuntukkan bahawa Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor hendaklah dibaca tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Benar, kalau kita lihat dari sudut undang-undang, semua undang-undang negeri sememangnya tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan berdasarkan prinsip keluhuran perlembagaan. Permatang berpandangan bahawa kewujudan frasa tersebut iaitu frasa asalnya yang menyebut hendaklah dibaca tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan itu amatlah penting dan mempunyai nilai yang jauh lebih besar daripada sekadar mengulangi prinsip undang-undang. Frasa tersebut memberikan panduan yang jelas kepada mahkamah, kepada penggubal undang-undang, kepada pentadbir dan kepada seluruh rakyat bahawa segala tafsiran terhadap Undang-undang Tubuh Negeri hendaklah sentiasa dibuat dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Ia juga menunjukkan bahawa hubungan antara Persekutuan dan Negeri bukanlah bersifat bertentangan, sebaliknya saling melengkapi mengikut pembahagian kuasa yang ditetapkan oleh Perlembagaan seperti yang diterangkan sendiri sebentar tadi oleh Yang Berhormat EXCO. Atas sebab itu Permatang berpandangan frasa tersebut wajarlah dikekalkan sebagaimana teks asal dan tidaklah digugurkan.
Yang kedua Tuan Speaker, Permatang menyokong sepenuhnya kemasukan frasa bahawa agama Islam di negeri Selangor adalah menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun, saya ingin menyentuh sedikit penggunaan frasa seperti mana yang tadi telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal. Frasa yang menyebut, sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini hingga kini. Jadi, pandangan
saya penggunaan perkataan hingga kini kurang sesuai untuk dimasukkan ke dalam sebuah dokumen Perlembagaan Negeri kerana frasa tersebut seolah-olah menggambarkan bahawa pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah hanyalah berdasarkan amalan semasa ataupun keadaan pada waktu ini sahaja. Sedangkan saya faham tujuan sebenar pindaan ini adalah untuk menetapkan satu prinsip yang kekal dan menjadi asas kepada pentadbiran agama Islam di negeri Selangor. Jadi, jika frasa hingga kini dikekalkan, Permatang bimbang ia boleh membuka ruang kepada tafsiran bahawa pegangan tersebut mungkin berubah mengikut masa atau keadaan. Jadi, Permatang faham dan percaya itu bukanlah niat kerajaan ketika ingin membawa pindaan ini. Jadi Tuan Speaker, dalam sesuatu dokumen perlembagaan, setiap perkataan kalau kita lihat mempunyai implikasi tafsiran. Perkataan yang kelihatan kecil pada hari ini boleh menjadi asas kepada litigasi ataupun pertikaian perundangan pada masa hadapan. Justeru, Bahasa yang digunakan haruslah bersifat tepat, jelas dan memberikan kepastian undang-undang.
Tuan Speaker, dalam sesuatu dokumen perlembagaan, tiada satu pun kalau kita lihat perkataan yang digunakan boleh dianggap remeh. Setiap frasa mempunyai implikasi tafsiran dan menjadi asas terutama sekali kepada semakan kehakiman serta perkembangan jurisprundence pada masa hadapan. Oleh sebab itu, bahasa kita haruslah bersifat pasti, tidak kabur dan tidak boleh membuka mana-mana ruang kepada tafsiran yang bercanggah dengan niat asal perlembagaan ini dibuat dan juga hasrat kita bersama-sama dengan Dewan yang mulia ini dalam menggubal undang-undang yang penting ini. Oleh itu, Permatang ingin mencadangkan supaya peruntukan tersebut diperkemas kepada agama Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah menjadi agama bagi negeri ini, noktah.
Yang Berhormat Permatang, kita sambung sebelah petang.
Oh noktah, ini belum lagi noktah.
Belum noktah lagi? Tidak apa. Kita sambung semula.
Baik. Terima kasih Tuan Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari, dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat petang. Kita sambung semula pembahasan Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor pindaan 2026. Saya mempersilakan Yang Berhormat Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker, kerana membenarkan Permatang untuk menyambung semula perbahasan kita pada hari ini. Jadi Permatang ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya peruntukan perkara 87 yang disebut tadi agar diperkemaskan berbunyi seperti “Agama Islam menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah hendaklah menjadi agama bagi negeri ini” setakat itu sahaja. Menjadi agama bagi negeri ini maksudnya kita tak perlu menggunakan perkataan hingga kini itu lagi. Jadi dengan cara ini pegangan Ahli Sunah Waljamaah tidak hanya bergantung kepada amalan semasa tetapi disandarkan kepada sumber hukum Islam serta fatwa yang mempunyai autoriti di negeri Selangor.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Seri Setia tadi sebentar tadi dalam pembentangan juga ada menyentuh tentang keputusan kes Indera Ghandi. Yang mana saya juga pada hari ini ingin membawa perhatian Dewan di dalam kes yang sama. Kerana dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan telah mengingatkan bahawa tafsiran perlembagaan hendaklah dibuat secara berhati-hati kerana setiap peruntukan mempunyai implikasi yang besar terhadap struktur perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Oleh itu, penggunaan frasa seperti hingga kini dalam Undang-undang Tubuh Negeri ini tidak lah boleh kita pandang sebagai perkara yang kecil.
Tuan Speaker, Permatang juga ingin memastikan pindaan pada hari ini mempunyai kesan yang praktikal kerana Permatang berpandangan bahawa sekiranya objektif pindaan ini adalah benar-benar untuk kita sama-sama memperkukuhkan kedudukan Ahli Sunah Waljamaah maka ia tidak seharusnya berhenti sebagai satu deklarasi ataupun pengisytiharan semata-mata.
Speaker. Permatang.
Permatang, dia bangun. Bagi laluan?
Saya nak minta penjelasan tadi Permatang ada bahaskan berkenaan dengan Agama Islam mengikut
pegangan Ahli Sunah Waljamaah dan hanya terhenti di dalam menjadi Agama Negeri saja. Betul? Saya nak minta penjelasan kenapa Yang Berhormat Permatang berfikiran begitu sebab kalau ikutkan di sini ialah kita tetapi kita agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana negeri. Di pelbagai negeri-negeri ini. Minta penjelasan.
Ok, baik. Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Tadi saya kira sebelum saya sambung mungkin Seri Serdang tidak berada di dalam Dewan. Sebelum kita keluar berehat sebentar tadi.
Sebab tu saya minta penjelasan.\
Ok. Jadi saya terpaksa Tuan Speaker. Saya terpaksa terangkan kepada Seri Serdang semula kerana dia tiada di dalam Dewan sebentar tadi.
Terserah kepada Permatang nak terangkan lagi ataupun nak teruskan.
Ok. Takpe saya terang sikit.
Boleh.
Ala gulung tu lain. Ok saya terangkan sikit. Sebenarnya saya tadi ingin menegaskan saya. Tadi saya ada menyebut tentang peruntukan agama di dalam perkara 87 di mana agama-agama Islam mengikut pegangan Ahli Sunah Waljamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini hingga kini hendaklah menjadi agama negeri. Sampai itu saja. Maksudnya, tidaklah saya menidakkan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan. Tapi saya cakap, perkataan hingga kini itu tadi, jadi cadangan sekadar cadangan kepada Permatang. Jadi Permatang mencadangkan agar kita tidak perlu lah mengguna hingga kini tu. Maksudnya agama Islam mengikut pegangan Ahli Sunah Waljamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini hendaklah menjadi agama negeri dan disambung. Tetapi agama-agama lain boleh lah diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian negeri ini. Ok. Boleh saya teruskan? Terima kasih.
Teruskan. Boleh teruskan.
Tuan Speaker. Jadi Permatang juga berpandangan, bahawa sekiranya objektif pindaan kita ini adalah benar-benar untuk memperkukuhkan kedudukan Ahli Sunah Waljamaah. Maka ia tidak seharusnya berhenti sebagai satu deklarasi ataupun pengisytiharan semata-mata. Sebaliknya pindaan ini perlu diterjemahkan kepada aspek pentadbiran juga. Kerana Permatang mencadangkan
supaya dipertimbangkan satu peruntukan tambahan yang menyatakan bahawa segala urusan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor hendaklah dilaksanakan selaras dengan pegangan Ahli Sunah Waljamaah sebagaimana yang ditentukan oleh hukum syarak dan fatwa yang berkuat kuasa. Ini termasuklah dalam urusan yang berkaitan institusi agama, dasar-dasar agama, pendidikan Islam, Pentadbiran Masjid, Pengurusan Zakat, Wakaf, Fatwa serta semua perkara yang berada di bawah bidang kuasa agama Islam di negeri ini. Kerana dengan ada nya peruntukan sedemikian, pindaan ini tidaklah hanya bersifat simbolik tetapi mempunyai kesan sebenar dalam pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang.
Juga Permatang juga sangat bersetuju seperti yang dibentangkan sebentar tadi oleh Yang Berhormat EXCO untuk memastikan judiciary Selangor dan kepimpinan dan kehakiman Selangor terdiri daripada Ahli Sunah Waljamaah dan juga Permatang juga ingin mencadangkan ini juga adalah amat baik kalau kita dapat juga kembangkan dan juga masukkan sekali Badan Eksekutif juga. Jadi Permatang ingin membawa perhatian kepada perkara 51 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menyentuh perkara pelantikan Menteri Besar yang menyebut tertakluk kepada peruntukan Fasal 4 Perkara 53. Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi Menteri Besar melainkan jika beliau berbangsa Melayu dan menganut agama Islam. Jadi sekadar pertanyaan Permatang ingin bertanya adakah Kerajaan bercadang juga untuk memasukkan apa perkataan Ahli Sunah Waljamaah ini dan memastikan seorang Menteri Besar haruslah Ahli Sunah Waljamaah juga. Jadi Permatang perlukan penerangan, penjelasan daripada pihak EXCO.
Kemudian, Tuan Speaker kalau kita lihat Undang-undang Tubuh bukan digubal untuk tempoh yang dekat. Kita menggubal Undang-undang Tubuh ni bukanlah untuk 5 atau 10 tahun saja. Kerana Undang-undang Tubuh merupakan dokumen asas yang akan menjadi rujukan kepada Kerajaan, mahkamah dan juga rakyat untuk tempoh yang panjang. Jadi kalau kita lihat Tuan Speaker dalam kes Mahkamah Persekutuan sejak daripada kes Semenyih Jaya, Indera Gandhi dan Al-manudhu telah berkali-kali menegaskan bahawa perlembagaan ini merupakan dokumen undang-undang yang hidup. Oleh itu, setiap pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri hendaklah digubal dengan ketelitian yang sama supaya mampu bertahan agar menghadapi cabaran tafsiran dan semakan kehakiman pada masa hadapan.
Oleh itu, kita kena sama-sama pastikan di dalam Dewan yang mulia ini agar setiap perkataan yang digunakan hendaklah mempunyai kepastian undang-undang agar nanti kita dapat mengelakkan kekaburan tafsiran dan agar undang-undang ini mampu bertahan dan menghadapi cabaran perundangan pada masa akan datang. Kerana kita tidak mahu pindaan yang bertujuan memperkukuhkan kedudukan Islam akhirnya membuka ruang kepada litigasi yang tidak perlu hanya kerana penggunaan frasa yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara.
Tuan Speaker, rang undang-undang ini turut membentangkan.
Permatang. Sikit lagi Permatang. Saya tertarik dengan cadangan Permatang tadi untuk menjadi seorang Menteri Besar, Melayu dan juga Islam dan memegang akidah Ahli Sunah Waljamaah. Jadi pada pandangan Permatang lah macam mana kita nak justifikasikan ataupun kita nak kenal pasti yang Menteri Besar ni adalah berpegang kepada Ahli Sunah Waljamaah dan kalau lah dia bukan Ahli Sunah Waljamaah tapi tindakan dia macam khawarij ghuluw so bagaimana kita nak buat. Sedangkan tidak ada borang pun, borang yang menyatakan kita masuk ataupun seorang individu itu jadi Ahli Sunah Waljamaah dengan mengisi borang. Tak ada. So bagaimana nak di identify seorang Menteri Besar itu berpegang kepada Ahli Sunah Waljamaah bagi pandangan Permatang. Saya tidak ada masalah, saya setuju. Cuma nak bagi pandangan Permatang lah bagaimana kita nak identify ataupun kita kenal pasti yang bakal Menteri Besar atau Menteri Besar kita ni berpegang pada Ahli Sunah Waljamaah dan betul-betul mengamalkan Ahli Sunah Waljamaah dan tidak melibatkan dan terlibat dengan mana-mana pemikiran termasuk khawarij dan juga ghuluw-ghuluw yang lain ini. Terima kasih.
Terima kasih Seri Serdang kerana Seri Serdang dan juga perhatian Dewan Yang Mulia ini kerana hari ini kita membincangkan berkenaan dengan usul Rang Undang-undang ni Tubuh Kerajaan Negeri untuk memasukkan pindaan perkara 87 yang mana berkenaan Ahli Sunah Waljamaah. Dan juga tadi pun Yang Berhormat EXCO juga ada menerangkan tentang bagaimana apa untuk memastikan apa Hakim dan sebagainya adalah terdiri daripada golongan Ahli Sunah Waljamaah. Jadi saya pasti, jadi saya menyokong perkara tersebut. Dan kalau kita untuk mentakrifkan bagaimana seseorang Ahli Sunah Waljamaah saya rasa itu, apa kepada pihak bagaimana dalam pelantikan. Bagaimana pelantikan itu sendiri kat situ pun kita boleh, betapa pentingnya Ahli Sunah Waljamaah ni kita kena pastikan untuk selain itu Ahli Sunah Waljamaah. Untuk kita memastikan di Selangor ini mereka yang memegang tampuk kepimpinan di dalam pentadbiran Islam di Selangor ni.
Permatang. Boleh Speaker? Terima kasih Permatang. Adakah Permatang setuju bahawa kuasa melantik Menteri Besar ini adalah kuasa prerogatif Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kita pulangkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menentukan kalau lantikan itu kita meletakkan Ahli Sunah Waljamaah masih di bidang kuasa Tuanku lah untuk melantik Menteri Besar tu. Adakah Permatang setuju? Terima kasih.
Memang itu, itu memang kalau mengikut Undang-undang Tubuh memang kuasa melantik Menteri Besar adalah di bawah kuasa Tuanku sendiri. Tu memang saya setuju dan saya minta kita masukkanlah di dalam bahas saya.
So, maksudnya Permatang kalau tak ada yang masukkan dalam Rang Undang-undang ini pun di bawah
prerogatif Ke Bawah Duli Tuanku. Maksud Tuanku sudah pasti akan mengenal pasti sejujur-jujurnya Menteri Besar ni. Jadi apa keperluan untuk masukkan terms itu di dalam Rang Undang-undang ini.
Itu sebaik-baiklah kata sekadar cadangan. Kalau kiranya sekiranya tidak perlu jadinya mungkin ini sebagai cadangan Permatang. Kerana kita kena memastikan tadi kita membincangkan judiciary kita mestilah mengamalkan Ahli Sunah Waljamaah. Jadi bagaimana pula saya tanya. Bagaimana pula dengan eksekutif adakah lebih bagus sekiranya terms yang sama kita gunakan juga kepada badan eksekutif. Itu cadangan saya tadi. Jadi Tuan Speaker kalau kita ingat lihat Rang Undang-undang ini turut membawa satu reformasi institusi yang sangat besar. Iaitu penubuhan Mahkamah Utama Syariah melalui bab baharu 5A. Jadi pada pandangan saya aspek ini juga wajar kita berikan perhatian yang khusus kerana ia akan membentuk landskap kehakiman syariah negeri Selangor untuk tempoh yang panjang.
Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan ialah fungsi Mahkamah Utama Syariah itu sendiri. Dalam Rang Undang-undang ini mewujudkan Mahkamah Utama Syariah itu adalah sangat bagus dan sangat baik tetapi bagaimana pula dan juga memohon agar penjelasan secara khusus apakah bidang kuasa eksklusif mahkamah tersebut. Adakah ia menjadi mahkamah rayuan terakhir? Apakah jenis kes yang di bawa yang boleh kita bawa ke mahkamah itu? Dan adakah semua rayuan boleh di bawa atau hanya kes yang melibatkan persoalan undang-undang yang penting?
Jadi saya berpandangan perkara ini juga perlu penjelasan kerana Mahkamah Utama Syariah seharusnya menjadi mahkamah tertinggi di dalam hierarki kehakiman Syariah Negeri yang berperanan menyelaraskan tafsiran undang-undang dan memutuskan persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan awam. Jadi mahkamah utama syariah tidak lah seharusnya menjadi satu lagi lapisan rayuan semata-mata tetapi ia perlulah menjadi mahkamah yang membentuk prinsip undang-undang syariah negeri dan menyelaraskan tafsiran hukum dan menjadi rujukan kepada mahkamah-mahkamah yang lebih rendah.
Jadi Tuan Speaker saya juga ingin menyentuh mengenai perkara 83B yang membenarkan hakim daripada Mahkamah Rayuan Syariah bersidang di Mahkamah Utama Syariah. Dan Mahkamah Tinggi Syariah bersidang di Mahkamah Rayuan Syariah. Saya memahami dan mendukung baik tujuan peruntukan ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran mahkamah namun begitu saya mencadangkan supaya dimasukkan satu peruntukan yang jelas bahawa seseorang hakim tidak boleh mendengar rayuan terhadap kes yang pernah diputuskan olehnya. Di dalam mahkamah yang lebih rendah sebelumnya. Jadi supaya ini adalah penting bagi mengelakkan konflik kepentingan dan memastikan agar prinsip keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi ialah mesti dilihat benar-benar dilaksanakan.
Jadi Tuan Speaker, akhir sekali saya ingin menyentuh perkara 83F mengenai larangan membincangkan kelakuan hakim di dalam Dewan Negeri. Saya bersetuju hakim perlu dilindungi daripada serangan politik yang tidak berasas. Namun saya berharap peruntukan ini tidaklah ditafsirkan terlalu luas sehingga mengehadkan Ahli Dewan Negeri daripada membincangkan isu dasar, pentadbiran, kekurangan hakim, kelewatan penyelesaian kes ataupun keperluan peruntukan kewangan dalam usaha kita sama-sama menambah baik Institusi Kehakiman Syariah. Jadi apa yang perlu dilindungi ialah kelakuan individu hakim bukanlah menutup ruang supaya kita dapat menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap pentadbiran Institusi Kehakiman. Dan saya juga amat bersetuju dengan Yang Berhormat EXCO tentang keperluan menambah baik Mahkamah Syariah tambah lagi dengan keperluan kes yang kita dengar dan kita lihat yang semakin kompleks dan juga bilangan kes yang meningkat. Jadi soalan saya, adakah Kerajaan telah membuat unjuran beban kerja ataupun workload analysis bagi menentukan bilangan hakim dan kakitangan yang diperlukan.
Tuan Speaker, saya percaya hasrat Kerajaan melalui pindaan ini adalah baik. Namun apabila kita meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri kita bukan sekadar membina struktur tapi kita sedang membina asas kepada sebuah Institusi yang akan menjadi rujukan untuk puluhan tahun akan datang. Justeru, biarlah Mahkamah Utama Syariah yang kita tubuhkan ini benar-benar mempunyai bidang kuasa yang jelas, mekanisme semak dan imbang yang kukuh serta mendapat keyakinan yang penuh daripada rakyat. Dengan itu Tuan Speaker saya menyokong Rang Undang-undang ini. Dan akhir sekali saya tutup dengan pantun ya.
Kalau roboh Kota Melaka, papan di Jawa saya dirikan, Kalau kukuh undang-undang yang kita bina, Adil terpelihara rakyat pasti kita yakinkan.
Sekian wabillahhitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Dewan mengalu-alukan lawatan Mahasiswa Brickfields Asia College (BAC), Carrier Club dan Persatuan Pendemokrasian Sosial (SocDem) Malaysia yang diatur oleh Yang Berhormat Bukit Gasing. Selamat Datang ke Dewan Negeri Selangor. Saya mempersilakan Yang Berhormat Lembah Jaya untuk teruskan perbahasan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya merafakkan sembah junjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri atas perkenan Tuanku terhadap dasar penambahbaikan Institusi Islam di negeri ini. Saya bangun untuk menyokong Pindaan Perkara XLVII Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan bahawa Agama Islam menjadi agama negeri dan ia
mengikut pegangan Ahli Sunah Waljamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri hingga kini.
Tuan Speaker perlu ditegaskan dari awal pindaan ini tidak memperkenalkan pegangan baharu kepada rakyat Selangor. Ahli Sunah Waljamaah telah menjadi pegangan arus perdana umat Islam di Selangor sejak berkurun lamanya. Diwarisi turun temurun melalui institusi pondok, institusi masjid, madrasah dan kemudiannya melalui JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor. Apa yang dilakukan oleh pindaan ini ialah mengangkat realiti sejarah dan amalan itu ke dalam undang-undang tertinggi negeri supaya ia memperolehi kepastian dan kedudukan perundangan yang jelas bukan sekadar bergantung kepada fatwa dan amalan pentadbiran semata-mata. Penetapan satu pegangan yang jelas bagi umat Islam bukanlah rekaan pentadbiran moden ia adalah tuntutan wahyu itu sendiri.
Dan Allah SWT berfirman dalam surah Al-Imran ayat 103 terjemahannya dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai. Ayat ini adalah asas kepada seluruh hujah saya pada hari ini perintahnya ada dua, pertama berpegang teguh dan kedua jangan bercerai berai. Kedua-duanya tidak dapat dicapai jika umat Islam di sesebuah negeri tidak mempunyai kerangka pegangan yang jelas dan diiktiraf. Allah SWT memperingatkan dalam surah Al-An’am ayat 153 tentang bahaya mengikut jalan-jalan yang berselerak hingga mencerai-beraikan umat daripada jalan yang lurus. Dan dalam surah An-Nisa ayat 59, Allah memerintahkan orang beriman supaya taat kepada Allah, taat kepada rasul dan kepada ulul amri pemerintah di kalangan mereka.
Dalam konteks ini ulul amri dan urusan agama terzahir melalui kedudukan Duli Yang Maha Mulia sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tarmizi ketika menerangkan golongan yang terselamat baginda menyebutkan mereka berpegang kepada apa yang baginda dan para sahabat baginda dan berada di atasnya. Inilah takrifan paling asas Ahli Sunah Waljamaah. Dalam riwayat yang lain yang masyhur baginda memerintahkan umatnya berpegang kepada sunahnya dan sunah para Khulafa Al-Rasyidin serta berpegang teguh baginda juga bersabda bahawa pertolongan Allah bersama jemaah yakni yadullahi ma’al jamaah insya-Allah.
Tuan Speaker pindaan yang kita bahaskan pada hari ini adalah usaha memelihara jemaah itu dalam bentuk perundangan negeri. Tuan Speaker izinkan saya menyentuh soal asabiah dalam maksud positif sebagaimana yang dibahaskan oleh Ibnu Khaldun dalam mukadimah iaitu semangat perpaduan. Keberadaan kesetiaan bersama dan kekuatan sosial yang mengikat sebuah masyarakat menjadi satu entiti yang berdaya tahan. Ibnu Khaldun mengajar kita bahawa sesebuah masyarakat runtuh bukan semata kerana serangan daripada luar tetapi kerana lemahnya ikatan dalaman. Apabila asabiah kita rapuh masyarakat berpecah belah kepada kelompok-kelompok kecil yang sering bercakaran. Dan ketika itulah menjadi mudah untuk dipengaruhi dan dipermainkan. Pindaan ini menyumbang kepada asabiah rakyat Selangor dalam beberapa cara.
Pertama ia menyatukan rujukan apabila satu pegangan diiktiraf secara rasmi umat Islam di Selangor mempunyai titik rujukan yang sama. Perbezaan pandangan dalam perkara furuk tetap diraikan sebagaimana dalam tradisi ilmu Islam. Tetapi asas akidah tidak lagi menjadi medan pertikaian terbuka yang boleh memecahbelahkan kita. Kedua ia mengukuhkan kedudukan Tuanku sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Perlembagaan Persekutuan meletakkan Raja sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Dengan pindaan ini kedudukan Tuanku bukan sekadar simbolik dalam soal akidah ia mempunyai isi perundangan yang jelas. Segala fatwa, arahan dan penguatkuasaan agama di Selangor berdiri di atas isu ini. Ketiga ia mengukuhkan institusi Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Jawatankuasa Fatwa Negeri dan juga Mahkamah Syariah. Semuanya beroperasi dengan lebih berwibawa apabila ada kerangka ini dan termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Bukan sekadar Enakmen biasa yang lebih mudah dipertikaikan. Keempat ia memberi keyakinan kepada rakyat, ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah agama, jemaah yang bersolat di masjid dan di surau, keluarga yang berurusan dengan Mahkamah Syariah semuanya boleh yakin bahawa apa yang diajar dan dilaksanakan adalah selaras dengan pegangan yang sama. Inilah asabiah dalam erti kata yang paling sihat. Bersatu bukan kerana taksub tetapi kerana berkongsi asas yang jelas di bawah satu kepimpinan yang sah.
Tuan Speaker kita hidup di dalam zaman di mana ajaran menyeleweng tidak lagi datang melalui kuliah di surau kampung atau di bandar. Ia datang melalui telefon pintar melalui video-video pendek serta kumpulan sembang yang tertutup. Melalui pendakwah maya yang tidak kita tahu sanat ilmunya. Ancaman ini nyata dan berbentuk pelbagai. Ajaran menyeleweng ini mampu mengelirukan akidah asas umat kita di Selangor. Kelompok-kelompok ekstrem dan takfiri yang mudah mengkafirkan sesama Islam membuka pintu kepada permusuhan dan keganasan. Fahaman yang sekular juga cuba menanggalkan hukum syarak daripada kehidupan harian umat Islam. Agenda ini boleh memecahbelahkan dan sengaja membangkitkan pertikaian mazhab dan aliran untuk melemahkan perpaduan umat Negeri Selangor. Tanpa asas perundangan yang ikhlas yang jelas tindakan pihak berkuasa agama terhadap ajaran sesat sering terdedah kepada cabaran teknikal atas dasar apa anda menentukan yang ini sesat? Jadi pindaan ini memberikan jawapan yang kemas atas dasar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menetapkan bahawa Islam yang diamalkan di negeri ini adalah Islam yang berpegang kepada Ahli Sunah Waljamaah.
Ini memberi beberapa kesan praktikal, pertama kepastian kepada Penguat Kuasa, Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIS ada asas rujukan tertinggi negeri dalam tindakan mereka. Fatwa dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berdiri di atas asas Perlembagaan Negeri kita bukan sekadar kuasa Enakmen. Perlindungan awal sebagai benteng pencegahan contoh ajaran menyeleweng berakar dan menjadi masalah sosial yang lebih besar. Ada keseragaman dan kokurikulum agama kita. Sekolah agama, kelas fardu ain, program dakwah dan program-program di masjid. Rasulullah SAW memberi amaran tentang perpecahan umat menjadi berpuak-puak. Amaran itu bukan sekadar
ramalan, ialah panggilan untuk berwaspada dan mengambil langkah pencegahan. Pindaan ini adalah salah satu bentuk langkah tersebut.
Tuan Speaker walaupun saya menyokong sepenuhnya pindaan ini adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat Lembah Jaya untuk memohon penjelasan sedikit bagi pihak rakyat. Saya mohon Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berkenaan menjawab empat soalan. Soalan pertama adakah pindaan ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kita perlu jelaskan dan saya mohon Kerajaan Negeri menjelaskan kedudukan pindaan ini berdasarkan Perkara 3, Perkara 74, Perenggan 1, Senarai 2 Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan. Perundangan negeri dan hal ehwal agama Islam ini kita perlu takrifkan dengan lebih ini. Saya juga memohon penjelasan sama ada Jabatan Peguam Negara telah memberi pandangan mengenai perkara ini dan bagaimana pindaan ini berdiri berbanding peruntukan serupa yang telah wujud di negeri-negeri lain. Soalan kedua, adakah pindaan ini mengganggu hak orang bukan Islam di Selangor. Saya mohon Kerajaan Negeri memberi jaminan yang jelas di Dewan ini bahawa jaminan kebebasan mengamalkan agama lain dengan aman damai dan harmoni di mana-mana bahagian negeri ini kekal terpelihara sepenuhnya dan bahawa pindaan ini tidak sama sekali meluaskan bidang kuasa mana-mana pihak berkuasa agama Islam ke atas rakyat yang bukan Islam. Penjelasan ini di peringkat Dewan penting untuk menghilangkan sebarang kekeliruan di kalangan masyarakat majmuk seperti di Lembah Jaya.
Soalan ketiga, adakah pindaan ini akan menjejaskan aktiviti pengagihan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor. Lembaga Zakat Selangor mengagihkan zakat kepada asnaf tanpa mengira latar belakang aliran penerimanya selagi mereka layak sebagai asnaf. Saya mohon kepastian bahawa kelayakan asnaf terus dinilai berdasarkan kriteria syarak dan keperluan sebenar bukan tapisan aliran. Tiada gangguan kepada operasi kutipan dan agihan zakat yang sedia ada dan tiada beban pentadbiran tambahan yang boleh melambatkan bantuan kepada asnaf yang memerlukan. Soalan keempat, boleh kah Kerajaan Negeri memberi perincian bagaimana pindaan ini akan memberi kesan ke atas tugas dan tanggungjawab Jabatan Agama Islam Selangor secara khususnya saya mohon penjelasan mengenai sama ada JAIS memerlukan tenaga kerja atau peruntukan tambahan untuk melaksanakan tanggungjawab di bawah kerangka baharu ini dan bagaimana kerangka ini akan diterjemahkan kepada garis panduan operasi bagi Pegawai Penguat Kuasa, Pendakwah dan Pegawai kelulusan kuliah agama sama ada terdapat perubahan kepada proses permohonan tauliah mengajar di Selangor ini. Sama ada latihan dan pembangunan kapasiti yang dirancang bagi Pegawai JAIS supaya pelaksanaan dilakukan dengan hikmah bukan secara kaku dan akan menyusahkan rakyat. Jaminan bahawa pelaksanaan tidak akan menyempitkan ruang perbincangan ilmiah yang sihat dalam kalangan ulama dan ahli akademik.
Tuan Speaker, pindaan ini adalah tentang memelihara akidah, memelihara perpaduan dan memelihara institusi Islam di Selangor di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Ia bukan sahaja menyempitkan bukan tentang mengancam sesiapa dan bukan
tentang mengurangkan hak mana-mana warganegara, ia tentang memberikan kepastian kepada apa yang telah lama kita amalkan supaya generasi akan datang mewarisi satu asas yang kukuh dan bukan kekeliruan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran sekali lagi ayat 104 mengingatkan kita tentang kewajipan adanya golongan mengajak kepada kebaikan yakni amal makruf nahi mungkar dan merekalah golongan yang berjaya. Semoga usaha kita di dalam Dewan yang mulia ini tergolong dalam usaha demikian. Oleh itu Tuan Speaker Lembah Jaya memohon untuk menyokong.
Lembah Jaya, mohon laluan sikit aje. Saya ada pertanyaan adakah Lembah Jaya bersetuju dengan pindaan RUU ini ianya akan menyatu padukan umat Islam dan menolak asabiah yakni sifat taksub kepada puak sendiri dan menolak yang tidak sefahaman dengan puak mereka. Sebenarnya ia dilarang oleh rasulullah SAW dalam satu hadis nabi SAW bermaksud bukan dari kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada asabiah bukan daripada kalangan kami yang berperang kerana asabiah dan bukan dari kalangan kami yang mati atas asabiah. Maksud asabiah ini ia menunjukkan kepada satu puak sahaja dalam kehidupan seharian. Adakah Lembah Jaya setuju dengan saya.
Nak jawab pendek ke jawab panjang? Jawapan pendek Wallahualam bissawab tuhan aje tahu.
Tak kisahlah kalau Tuan Timbalan Speaker bagi masa panjang atau pendek.
Ok jawapan panjangnya ialah saya tak pasti kerana yang menentukan sudah tentu Allah SWT. Yang pasti ialah tanggungjawab kita semua dalam Dewan ini mengeluarkan usaha untuk memastikan ia tidak menghalang. Ia memupuk asabiah. Itu berada dalam tangan kita itu dalam kawalan kita. Sama ada objektif itu tercapai atau tidak, itu Allah yang tentukan. Itu jawapan saya. Jadi dengan ini, Lembah Jaya menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Jaya. Yang Berhormat Batu 3.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan selamat petang. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Setia atas pembentangan Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah kita bentangkan pada pagi tadi. Khususnya berkaitan dengan penubuhan bahagian baru yang menyebut secara jelas tentang Mahkamah Syariah serta kuasa pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie. Saya mengambil pendekatan dan pendirian menyokong usaha pindaan ini bagi kita menggalakkan ataupun memperkuatkan, memperkemaskan agama Islam di Negeri Selangor.
Pertama, pindaan ini memperkukuhkan kedudukan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie sebagai sebuah institusi kehakiman yang berwibawa. Tuan Speaker, perwujudan perkara 83B menjelaskan keanggotaan Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah termasuk pelantikan Ketua Hakim Syarie serta bilangan Hakim Mahkamah Utama Syariah dan perwujudan perkara 83C pula memperjelas kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie bagi semua peringkat di Mahkamah Syariah berdasarkan tata cara yang ditetapkan di bawah Undang-undang Tubuh Negeri. Ini merupakan suatu pengiktirafan yang sangat penting dalam pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Ketua Hakim Syarie kini ataupun selepas pindaan ini dilaksanakan bukan semata-mata mengetuai pentadbiran sebuah jabatan tetapi memimpin sebuah institusi kehakiman yang bertanggungjawab menegakkan keadilan mengikut hukum syarak dan undang-undang. Apabila kuasa pelantikan ini dinyatakan dengan jelas dalam Undang-undang Tubuh, kedudukan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie diberikan asas perlembagaan negeri yang lebih kukuh. Namun demikian pengiktirafan kedudukan ini hendaklah disertai dengan proses pelantikan yang memberikan keutamaan kepada kelayakan, pengalaman kehakiman, integriti dan kefahaman hukum syarak serta kemahiran mentafsir undang-undang. Hakim Syariah hari ini berhadapan dengan kes yang semakin kompleks termasuk harta sepencarian bernilai tinggi contohnya kewangan dan aset digital, hak penjagaan anak, isu rentas sempadan serta pertindihan antara Undang-undang Syariah dengan Undang-undang Sivil.
Dan kedua fleksibiliti yang saya juga tertarik apa yang kita laksanakan pada pindaan kali ini ialah fleksibiliti keanggotaan mahkamah hendaklah kita gunakan untuk kepentingan keadilan dan bukanlah menjadi amalan biasa. Saya akan bahaskan sebentar lagi. Fasal yang dicadangkan juga membolehkan Ketua Hakim Syarie menamakan seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk bersidang sebagai Hakim Mahkamah Utama Syariah apabila keadaan memerlukan atas alasan kepentingan keadilan. Dan Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah juga boleh menamakan seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk bersidang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atas alasan yang sama. Saya memahami konteks keperluan peruntukan ini. Ada keadaan apabila Hakim mempunyai konflik kepentingan, tidak dapat bersidang atau apabila jumlah Hakim tidak mencukupi untuk membentuk panel maka fleksibiliti ini boleh dijadikan satu kaedah supaya perjalanan mahkamah boleh kita teruskan dan mengelakkan suatu kes tertangguh hanya kerana kekurangan anggota panel. Namun penggunaan kuasa ini perlu ada garis panduan yang jelas.
Yang Berhormat Speaker, ia perlu menjelaskan keadaan yang dianggap sebagai kepentingan keadilan. Bagaimana kita mentafsirkan keadaan itu dan apa mekanisme yang kita akan guna pakai. Dan ia juga akan tertakluk kepada tata cara penamaan Hakim, pengurusan pentadbiran ketika urusan itu dibuat, mungkin juga mengambil kira kekananan ataupun kelayakan seseorang itu. Pada masa yang sama, peruntukan fleksibiliti ini juga tidak boleh dijadikan jalan mudah untuk menampung kekurangan
Hakim secara berpanjangan. Mungkin ini pihak kerajaan kena ambil juga inisiatif tambahan untuk menambahkan lagi waran di pihak Mahkamah Syariah sebabkan kita sudah menambah daripada mungkin sebelum ini ada tiga peringkat sahaja hierarki Mahkamah Syariah kepada empat hierarki, maka kita kena tambahkan lagi waran perjawatan untuk agensi-agensi yang kita sebutkan tadi. Dan ini kerajaan masih perlu memastikan setiap peringkat mahkamah mempunyai bilangan Hakim tetap yang mencukupi.
Yang Berhormat Speaker, matlamat akhir pindaan ini bukan hanya untuk menaikkan institusi ataupun menyusun hierarki jawatan. Matlamat sebenarnya ialah kita nak memastikan rakyat mempunyai keadilan yang lebih cepat, telus dan juga berkesan. Hakim mesti mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan fakta, hukum syarak dan undang-undang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Oleh itu, selain daripada pelantikan, undang-undang pelaksana juga perlu memperincikan tempoh perkhidmatan, tata cara, kenaikan pangkat, saraan, penggantungan ataupun pemecatan Hakim. Rakyat hari ini kalau kita laksanakan pindaan ini, Alhamdulillah kebanyakan kita, Ahli-ahli Dewan pun kita menyokong. Tapi rakyat tidak mengukur kejayaan ini daripada sudut pindaan. Dia nak ukur dari sudut bagaimana servis yang mereka terima itu mendapat faedah kepada mereka. Maknanya kes itu tidak ditangguhkan, proses itu akan jadi semakin cepat. Maka perkara itu juga mungkin boleh kita sama-sama perhalusi. Jadi saya menganggap bahawa satu segmen yang saya sebutkan tadi tentang fleksibiliti itu, ia tidaklah menjadikan satu perkara yang mudah untuk kita ambil. Tetapi ia sebenarnya adalah keperluan untuk kita membantu menguruskan proses-proses di Mahkamah Syariah.
Maka pertamanya saya menyokong untuk kita memperkukuhkan kedudukan perlembagaan ataupun memperkukuhkan kedudukan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie. Dan kedua saya juga menyokong usaha untuk kita laksanakan fleksibiliti untuk melengkapkan panel-panel pada waktu-waktu tertentu. Harapan saya selepas pindaan ini diluluskan, perlaksanaannya diberikan perhatian yang sangat serius. Jangan hanya kita meninggikan kedudukan Mahkamah Syariah dalam undang-undang, tapi kita juga perlu meningkatkan mutu perkhidmatannya. Dan kita kena berikan kebebasan kepada pihak mereka. Dan saya akhirkan, sedikit saja perbahasan saya, dengan menyokong usul ataupun pindaan yang dilaksanakan yang dibentangkan oleh pihak kerajaan.
Sekian dahulu.
Wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam. Sungai Panjang dulu. Yang Berhormat.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Bacaan doa dibaca). Tuan Speaker, saya mulakan dengan kalamullah Firman Allah Jalla Jalaluhu. (Bacaan suci ayat Al-Quran) mafhumnya, dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka, menurut apa yang telah diturunkan oleh
Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka. Suratul Ma'idah, surah kelima ayat 49, juzuk 6 halaman 116).
Bunga melati mekar di taman, Harum mewangi di waktu pagi, Perkasa syariah demi keadilan, Selangor maju Agama dihormati.
Pertamanya Sungai Panjang merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya kita dapat bersama-sama di Dewan yang mulia ini untuk membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2026 yang dikira amat bersejarah. Alhamdulillah dengan izinnya jua kita diberi kesempatan dan kekuatan untuk menyumbang kepada usaha memartabatkan institusi kehakiman syariah di negeri Selangor. Terima kasih diucapkan kepada Yang Di Pertua kerana memberikan kesempatan untuk berbahas pada petang ini. Sungai Panjang mohon agar mencatatkan sokongan penuh terhadap Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor ini yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. RUU ini bukan sekadar satu pindaan teknikal kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 UUTKS, tetapi adalah langkah yang bersejarah untuk memperkukuhkan kedudukan agama, memperkukuhkan sistem kehakiman syariah di negeri Selangor selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah cetusan iltizam di bawah Kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan kerajaan Selangor bagi memastikan keadilan syariah dapat ditegakkan.
Kita mendengarkan bagaimana disebut bahawa liku-liku yang dilalui tempoh yang cukup lama yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO tadi, melibatkan libat urus yang teliti selama hampir lebih kurang 17 tahun daripada kelulusan Jemaah Menteri sehinggalah kepada draf undang-undang yang diluluskan oleh Mesyuarat Khas JKUU Bilangan 02/2025 dalam mesyuarat MAIS Bilangan 01/2026. Proses yang panjang ini dan proses yang sangat berhati-hati ini membuktikan bahawa RUU ini adalah hasil kajian yang sangat teliti kajian yang mendalam bahkan bukan suatu tindakan yang terburu-buru bukan dibuat pada masa ini dan wajar mendapat sokongan penuh Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat ianya menepati prinsip syura dan perundingan yang amat dituntut dalam agama Islam selaras dengan firman Allah Jalla Jalaluhu (Bacaan suci ayat Al-Quran) dalam Surah Ashura 42 Ayat 38 Juzuk 25 halaman 487.
Ini membuktikan betapa Islam menganjurkan perbincangan Islam menganjurkan musyawarah yang teliti dalam setiap keputusan-keputusan yang mahu dilakukan apatah lagi yang melibatkan kepentingan ummah dan juga institusi kehakiman ini. Maka kita melihat bahawa antara objektifnya sebagaimana dipinda perkara 47 pada matan asalnya dalam perkara 47 agama Islam sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini hingga kini hendaklah menjadi Agama Negeri dengan syarat bahawa semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang yang menganutinya di mana-mana bahagian negeri. Dan dipindah kepada agama Islam ditambah mengikuti
pegangan ahli sunnah wal jamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini hingga kini hendaklah menjadi Agama Negeri dan dibuangkan perkataan dengan syarat tadi diganti tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman, damai dan harmoni di mana-mana bahagian negeri ini.
Sungai Panjang bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Ramal dan juga Yang Berhormat Permatang supaya diteliti perkataan hingga kini itu, perlukah atau tidak dan pada hemat Sungai Panjang juga pada waktu ini kerana Islam adalah Agama Persekutuan dan Islam tidak sama tingginya berdiri dengan yang lain tidak sama duduk rendah dengan agama yang lain maka hemat Sungai Panjang supaya ditambahkan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman, damai dan harmoni dan tidak boleh disebarkan di mana-mana bahagian negeri ini. Ini kerana kita melihat ada aktiviti-aktiviti penyebaran agama-agama lain penyebaran selain Islam, kerana Islam adalah agama persekutuan dan Islam adalah agama negeri. (bacaan suci ayat Al-Quran). Langkah ini bertepatan dengan firman Allah Jalla Jalaluhu, dalam surah Ali Imran, surah yang ketiga, ayat 103, juzuk 4, halaman 63 sebagaimana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat tak ada dah, Ampang Jaya, Lembah Jaya, tersasul. Tersasul.
Yang keduanya, objektif keduanya, Pengiktirafan Perlembagaan Mahkamah Syariah. Pindaan bab baharu 5A, memperuntukkan pengiktirafan penubuhan Mahkamah Syariah Dalam Undang-undang Tertinggi Negeri Selangor iaitu UUTKS itu sendiri bagi memperkukuh fungsi dan struktur kehakiman syariah. Ini termasuk kuasa kehakiman syariah terletak kepada Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah UUTKS. Penubuhan Mahkamah Syariah daripada tiga peringkat sebelum ini kepada empat peringkat. Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan yang tertinggi Mahkamah Utama Syariah dan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan apa-apa perkara yang diberikan atau oleh atau di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang bertulis lain.
Maka pembentukan struktur mahkamah yang lebih kukuh ini mempunyai empat peringkat adalah tuntutan daripada perintah Allah dalam surah An-Nisaa’ surah keempat ayat 58 juzuk 5 halaman 87 (bacaan suci ayat Al-Quran), Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memerintah kamu supaya menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah kamu menghukum dengan adil. Imam Ibn Kasir dalam taksirnya menyatakan bahawa ayat ini merupakan perintah universal yang mencakupi semua aspek urusan kehakiman dalam kehidupan manusia, maka menubuhkan Mahkamah Syariah yang lebih tersusun lebih terancang memberi ruang rayuan yang lebih luas kita sebenarnya sedang melaksanakan perintah Allah untuk menegakkan keadilan yang seadilnya.
Ketiga, sebagai hujah sokongan Tuan Speaker, Sungai Panjang menggariskan beberapa hujah utama mengapa Dewan ini wajar meluluskan RUU ini. Pertama kerana selaras dengan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf pengasingan
bidang kuasa Mahkamah Syariah daripada Mahkamah Sivil. Ini memberikan kepastian undang-undang dengan izin legal sentence kepada rakyat Selangor yang beragama Islam. Sungai Panjang ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini dengan firman Allah dalam surah Ma'idah surah kelima ayat 49 juzuk enam halaman 116 sebagaimana yang dibacakan di awal tadi. Ayat itu dengan tegas memerintahkan agar hukum Allah dilaksanakan dalam setiap urusan kehakiman apabila Perlembagaan Persekutuan sendiri mengiktiraf bidang kuasa Mahkamah Syariah, maka adalah menjadi kewajipan kita bersama untuk memperkukuhkan institusi tersebut.
Yang kedua mekanisme rayuan yang lebih adil. Struktur Mahkamah 4 peringkat ini yang baharu membolehkan rayuan atau membolehkan semakan dibuat sekurang-kurangnya dua kali terhadap keputusan Mahkamah Syariah, berbanding sebelum ini hanya satu kali sahaja. Ini bermakna keadilan prosedur rakyat lebih terjamin, kesilapan Penghakiman dapat dibetulkan pada peringkat yang lebih tinggi dan keyakinan awam terhadap Institusi Kehakiman Syariah akan lebih tinggi dan lebih meningkat. Rasul S.A.W mengingatkan kepada para hukam, kepada para hakim (bacaan suci ayat Al-Quran), Ingatlah wahai Hakim, apabila seorang Hakim berijtihad dan benar dia dapat dua pahala tetapi apabila ia berijtihad lalu salah ia mendapat satu pahala (bahasa arab).
Ketiga, pemerkasaan Institusi Kehakiman Syariah secara bersepadu. Pindaan ini turut disokong oleh dua RUU sampingan lain yang dibentangkan serentak iaitu RUU Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 mengandungi 8 bahagian 67 seksyen dan 2 jadual dan juga RUU Pentakbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026 yang mengukuhkan pengasingan pentakbiran agama Islam daripada pentakbiran keadilan syariah yang mengukuhkan kuasa negeri dalam pembuatan fatwa yang tidak boleh dicabar dah selepas ini termasuk fatwa berkaitan isu peringkat kebangsaan melalui jawatan kuasa muzakarah (MKI) ianya juga memperkasa pengurusan harta pusaka orang Islam melalui bahagian baharu XB selaras dengan Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian Pindaan 2022 Akta 98 dan menjelaskan wakil yang boleh hadir wakil yang boleh berhujah bagi pihak MAIS di Mahkamah Syariah ataupun Sivil. Pendekatan bersepadu 3 RUU ini menunjukkan usaha reformasi undang-undang yang menyeluruh bukan tampalan sementara dan wajar disokong sebagai satu pakej pembaharuan institusi kehakiman di Negeri Selangor.
Sungai Panjang ingin mengingatkan Dewan bahawa Rasul S.A.W pernah mengingatkan tentang golongan yang berkuasa dan bertanggungjawab terhadap keadilan (bacaan suci ayat Al-Quran), Hakim itu ada tiga macam dua mereka berada di dalam neraka dan satu berada di syurga. Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi. Dan yang terakhirnya sebagai cadangan pemerkasaan dan penguatkuasaan Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan sambil menyokong RUU ini, Sungai Panjang ingin mengemukakan beberapa cadangan supaya semangat pindaan ini benar-benar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pertama, latihan dan peningkatan kapasiti Hakim Syarie, Kerajaan Negeri melalui MAIS dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor perlu segera merangkap program latihan khusus bagi Hakim Syarie dan Hakim
Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Utama Syariah yang baru ditubuhkan bagi memastikan kualiti penghakiman setanding Mahkamah Sivil.
Kedua, peruntukan kewangan dan infrastruktur yang mencukupi struktur empat peringkat mahkamah perlu tambahan bangunan mahkamah, perlu kaki tangan sokongan, perlu sistem pengurusan kes ICT yang bersepadu maka peruntukan belanjawan Negeri perlu disegerakan supaya penubuhan Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah tidak terkendala akibat kekangan kewangan dan juga kekangan sumber.
Ketiga, penubuhan segera jawatan kuasa pelantikan Hakim Syarie bagi memastikan ketelusan dan integriti pelantikan jawatan kuasa pelantikan Hakim Syarie yang diperuntukkan dalam RUU Mahkamah Syariah perlu ditubuhkan dan beroperasi dalam tempoh munasabah selepas RUU diluluskan dengan garis panduan kriteria kelayakan yang jelas.
Keempat, penggubalan kaedah-kaedah dan undang-undang subsidiari secara menyeluruh kuasa jawatan kuasa, kaedah di bawah Mahkamah Syariah untuk mewujudkan undang-undang subsidiari perlu digunakan segera bagi menyediakan peraturan prosedur dengan izin Rule of Courts yang jelas untuk setiap peringkat mahkamah keempat-empat tadi khususnya berkaitan tatacara rayuan dua peringkat yang baharu kerana sebelum ini hanya satu tatacara rayuan sahaja.
Kelima, kempen kesedaran pendidikan dan pendidikan awam MAIS dan jabatan yang berkaitan perlu menjalankan kempen kesedaran kepada orang awam. Kempen kesedaran kepada peguam syarie, kempen kesedaran kepada graduan syariah seperti saya dan juga sahabat-sahabat. Kempen kesedaran kepada pegawai penguat kuasa mengenai struktur mahkamah baru bidang kuasa yang dipertingkatkan serta hak rayuan dua peringkat ini supaya rakyat dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem keadilan yang diperkukuhkan ini.
Keenam, dengan penyelarasan dengan peringkat persekutuan memandangkan pindaan Seksyen 51 dan 52 melibatkan penyelarasan tatacara pembuatan fatwa dengan jawatan kuasa muzakarah (MKI) di peringkat kebangsaan. Kerajaan Negeri perlu memastikan mekanisme rujukan dan kerjasama dua hala dengan JAKIM atau MKI berjalan lancar agar tiada percanggahan fatwa antara Negeri dan Persekutuan.
Ketujuh, mekanisme pemantauan dan semakan berkala dicadangkan satu jawatan kuasa pemantauan pelaksanaan ditubuhkan di peringkat MAIS atau Kerajaan Negeri untuk menilai keberkesanan struktur baharu ini dalam tempoh dua ke tiga tahun pertama pelaksanaan dan membuat penambahbaikan sekiranya perlu dibuat penambahbaikan.
Kelapan, perlindungan hak-hak golongan rentan dalam pelaksanaan bidang kuasa Mal, Al-Mal iaitu harta yang diperluaskan termasuklah Hadhanah termasuklah nafkah dan
termasuklah harta-harta sepencarian dan sebagainya termasuklah penjagaan orang-orang tidak berkeupayaan penekanan khusus perlu diberikan kepada kebajikan kanak-kanak dan golongan rentan selaras dengan semangat keadilan syariah itu sendiri. Allah Jalla Jalaluhu mengingatkan dalam suratun Nisa surah keempat ayat 135 Juzuk 5 halaman 100 (bacaan suci ayat Al-Quran) Hei orang-orang yang telah beriman, jadilah kamu orang yang sentiasa menegakkan keadilan menjadi saksi kerana Allah sekalipun terhadap diri sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabat. Ayat ini menggariskan prinsip keadilan tidak mengenal pilih kasih dan ia wajib ditegakkan walaupun terhadap diri sendiri atau keluarga terdekat, justeru dalam melaksanakan pindaan ini kita sama-sama harus memastikan keadilan sampai kepada semua lapisan dan peringkat masyarakat termasuk golongan-golongan lemah dan juga golongan-golongan yang terpinggir.
Akhirnya, Tuan Speaker sebagai penutup, Sungai Panjang ingin menegaskan bahawa pindaan ini adalah satu langkah yang amat mulia dan perlu disokong oleh semua Ahli Yang Berhormat tanpa mengira fahaman politik. Ini kerana ia bukan soal politik dan ia juga bukan soal pemikiran mungkin ada pegangan Syiah. Mungkin ada pegangan Khawarij mungkin ada pegangan-pegangan yang lain tapi perlu disokong kerana soal kewajipan kita sebagai umat Islam dan sebagai pemimpin yang memikul amanah, ingatlah pesan Allah dalam surahtul baqarah, surah yang kedua ayat 143 juzuk 2 halaman 22 (bacaan suci ayat al-quran) dan yang demikian itu kami jadikan kamu umat Islam yang sederhana, adil dan juga saksama. RUU Enakmen Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor pindaan 2026 bersama dua RUU sampingannya adalah satu usaha bersepadu, matang, dan wajar disokong sepenuhnya oleh Dewan yang mulia ini. Ia bukan sahaja mengukuhkan asas keagamaan dan institusi kehakiman syariah negeri Selangor selaras dengan perlembagaan persekutuan, malah turut memperkasa sistem penyampaian keadilan kepada rakyat melalui mekanisme rayuan yang lebih adil dan struktur mahkamah yang lebih tersusun.
Justeru, Sungai Panjang menyeru semua Ahli Yang Berhormat di Dewan ini untuk memberi sokongan penuh kepada RUU ini sambil memastikan pelaksanaannya kekal disertai dengan komitmen kewangan, komitmen latihan, komitmen penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh demi kesejahteraan umat Islam dan kecemerlangan sistem kehakiman syariah di negeri Selangor. Sungai Panjang akhiri dengan firman Allah dalam surah al-a’raaf, surah yang ke-7 ayat 199 juzuk ke 9 halaman 176 (bacaan suci ayat Al-Quran) jadilah engkau seorang seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang baik-baik serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. Semoga Allah Jalla Jalaluhu memberkati usaha kita bersama ini dan menjadikan sebagai amal jariah yang berterusan bagi seluruh umat Islam di negeri Selangor. Sesungguhnya Allah yang maha dengar, Allah yang maha mendengar, Allah jugalah yang maha mengetahui.
Layar dikembang menuju muara, Singgah sebentar mengikat tali, Mahkamah syariah di perkasa segera,
Menjunjung hukum membela yang lagi suci.
Benang bergalas dielit-elit, Gasan talinya kalayangan, Wayah mendengar bang di masjid, Nitu wayahnya sembahyangan.
Terima kasih, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh.
Kota Damansara.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker atas memberi ruang kepada Kota Damansara untuk sama-sama perbahaskan bagi Enakmen Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih banyak, tahniah Yang Berhormat EXCO atas membawa Rang Undang-undang ini ke Dewan undangan negeri Selangor. Pertama sekali Kota Damansara ingin mengingatkan bahawa antara perubahan yang di dalam pindaan dalam perkara 2 undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu agama Islam mengikuti pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah, sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini sehingga kini hendaklah menjadi agama negeri tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian negeri ini.
Kota Damansara ada mendengarkan juga ada beberapa antara perkara-perkara yang dibangkitkan ialah berkenaan perkataan hingga kini, dia undang-undang ini dia perkataannya kalau hari ini dibaca hingga kini, esok pun dibaca hingga kini, sepuluh tahun lagi akan datang dia akan baca dalam hingga kini. Jadi perkataan hingga kini ini ialah bukan perkataan yang sesuatu yang mengejutkan atau pada esok harinya berubah. Jadi perkataan itu dia statik sampai bila-bila, saya tak mahu start panjang fasal benda ini, saya serahkan pada pihak EXCO, tapi sekurang-kurangnya ada perubahan dan yang mana agama-agama lain boleh diamalkan, dan ini menunjukkan bahawa negeri Selangor ini ialah negeri yang mana menerima keterbukaan dalam keadaan kita mengamalkan agama Islam yang mana kita juga menjamin bahawa agama-agama lain juga boleh mengamalkan mengikut amalan masing-masing.
Yang kedua Yang Berhormat Speaker, antara perkara yang saya ingin bangkitkan berkenaan perkara 5(a) iaitu memperkasakan mahkamah syariah iaitu penubuhan mahkamah utama syariah. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih dan ini merupakan satu perkara yang baik untuk rakyat negeri Selangor khususnya mereka yang beragama Islam kerana saat kira sebelum ini kita hanya tinggal kita hanya ada kedudukan mahkamah sehingga paling tinggi mahkamah rayuan syariah. Jadi apabila tertubuhnya mahkamah utama syariah, secara tak langsung ini juga akan memberikan ruang dan keadilan kepada mereka yang ingin membawa kes iaitu ada yang disebutkan oleh Yang Berhormat di sini, bahawa kemungkinan kesilapan daripada hakim-hakim.
Cuma saya nak betulkan bukan kesilapan tapi kekhilafan, sebab yang hakim-hakim ini dia kalau words nak untuk merayu, jadi kita bukan kes kita melakukan kesilapan, jadi kadang-kadang words kita nak betulkan words orang jadi kita kena betulkan words kita juga, sebab hakim-hakim ini dia ada satu taraf yang berbeza dengan kita yang berada di bawah ini, jadi dia orang ini ada words-words yang tertentu untuk dia, ada golongannya, ada perkataan-perkataan bahasa yang digunakan, begitu juga dengan para hakim.
Kalau kita tengok sebenarnya, hal yang dibangkitkan bahawa kalau, saya menyambut baik apabila kita membuat pindaan terhadap perlembagaan negeri Selangor undang-undang tubuh negeri Selangor, jadi secara tak langsung ini secara tak langsung memperkemaskan ruang undang-undang kita apabila dibangkitkan bahawa ada gangguan-gangguan pihak luar sebagai contoh pihak kes Nik Alin dan sebagainya yang dijadikan contoh. Sebenarnya Yang Berhormat, undang-undang ini ialah undang-undang buatan manusia, jadi undang-undang ini dia berevolusi dari masa ke semasa, jadi apabila ada berlakunya semakan undang-undang ini, dia kita tak boleh menganggap itu ialah satu cabaran terhadap undang-undang Islam atau agama Islam.
Bahawa apabila sesuatu orang yang berada Malaysia ini atau di Selangor, apabila dia membuat semakan undang-undang ini, ini adalah salah satu daripada hak-hak mereka yang dijamin dalam perlembagaan Malaysia. Apabila mereka membuat semakan, dia menjadikan satu peluang untuk kita menyemak balik undang-undang mana yang kita rasa selama ini adil rupanya tidak. Jadi sebab itu apabila saya menyambut baik dengan kita menambah dalam undang-undang tubuh Kerajaan Negeri, ini juga memberikan ruang kepada pihak Kerajaan Negeri, pihak kepada kehakiman, mahkamah syariah, secara tak langsung kita mengangkat mahkamah syariah ini dengan memperbetulkan apa yang kita menganggap sebelum ini betul, rupanya satu kesilapan. Jadi ini yang menyebabkan antara ruang-ruang yang kita tutup selama ini, kita tak boleh menganggap kalau andai kata orang-orang luar ini ia menganggap satu gangguan luar, tapi sebenarnya dia ialah memberi ruang kepada pihak kita untuk membantu dan memperkemaskan.
Yang seterusnya Yang Berhormat EXCO, saya nak bahaskan berkenaan keanggotaan mahkamah utama syariah yang berjumlah hakimnya hampir 7 orang maksimum. Jadi kalau ada saya nak tanya kepada pihak Kerajaan, bahawa hakim-hakim yang sedia ada ini adakah mencukupi dan jika andai kata tidak mencukupi, bagaimana dengan hakim-hakim negeri luar, negeri luar daripada Selangor yang akan mungkin ditawarkan untuk menjadi hakim, bagaimanakah proses, saya bersetuju dengan Sungai Ramal, bagaimana proses melibatkan watikahnya dan sebagai, yang ini mungkin kita akan boleh lihat, mungkin ada kita beranggap, kita nak letak pegangan Ahli Sunah Waljamaah, tapi bagaimana kalau hakim-hakim di luar daripada negeri Selangor yang akan ditapis, yang ini saya kira mungkin Kerajaan perlu menjawab bagaiman persoalan-persoalan ini dan pada yang sama waran-waran hakim juga perlu ditambah dan mungkin hakim-hakim yang sedia ada ini perlu diberikan ruang dan peluang untuk mereka memberikan kursus atau pelajaran agar mereka boleh naik lagi grednya bukan hanya sampai sekadar
tertutup sehingga hakim-hakim sedia ada, kita perlu menambah jumlah-jumlah hakim yang ada.
Sebab kadang-kadang kita tengok rekod yang ada di negeri Selangor ini, jumlah kesnya terlampau tinggi, jumlahnya kes yang terlalu banyak yang mungkin menyebabkan ada setengah-setengah kes ini pendingnya terlalu lama, dengan izin Tuan Speaker. Sebab ada setengah-setengah kes yang datang kepada saya, yang mana kesnya boleh kesnya dah selesai tapi untuk dapatkan wrinting of judgement ini hampir makan sampai lima tahun. Yang ini sebenarnya yang kita perlu lihat dalam keadaan, dalam kita nak memperkasakan, memperelokkan keadaan syariah ini, kita juga perlu melihatkan tatacaranya, bagaimana mereka yang bawah ini rasa benar-benar keadilan itu milik mereka dan mereka benar-benar dapat keadilan kepada mereka. Jadi yang ini pihak Kerajaan boleh mempertimbangkan dan boleh memberikan penerangan di dalam Dewan ini bagaimana proses-proses itu boleh memberikan jaminan kepada mereka yang akan cuba mencari keadilan bagi pihak mereka.
Seterusnya ialah kuasa menghukum kerana menghina kerana penghinaan. Saya mengucapkan terima kasih, ini antara yang dimasukkan didalam undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Sebab apa Yang Berhormat, bukan apa kadang-kadang hakim-hakim syariah kita ini apabila telah membuat judgement khususnya berkenaan-berkenaan keluarga dan sebagainya, ada sebahagian pihak-pihak ini tidak melakukan apa yang telah diarahkan oleh mahkamah. Yang ini merupakan satu menunjukkan bahawa kadang-kadang bila kita sebut oh bila mahkamah sivil ini bila keluar judgement dia, jadi semua orang akan ikut, mahkamah syariah ini kalau keluar judgement ada yang ikut, ada yang tak ikut.
Yang ini kita perlu perbetulkan persepsi di bawah, mungkin ada mungkin tak ada tapi mungkin yang ada beberapa kes sampai ada yang menjadi kes yang mereka rasakan walaupun mereka telah bertahun-tahun melawan di dalam mahkamah, akhirnya mereka dah dapat dah judgement memihak kepada mereka, tapi bila sampai untuk melaksanakan perintah hakim, mereka tidak dapat judgement yang seperti yang diarahkan oleh hakim kerana ada pihak-pihak yang tidak ingin untuk melakukan judgement yang telah diarahkan oleh mahkamah syariah. Yang ini secara tak langsung dia akan berikan satu cerminan bahawa mahkamah syariah ini tidak dihormati berbanding mahkamah sivil. Yang ini saya perlu minta jaminan dan jawapan daripada Kerajaan Negeri.
Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit berkenaan kuasa hakim dan kebajikan hakim. Kalau kita tengok, saya tidak mahu berbahas berkenaan Rang Undang-undang yang seterusnya, ini nanti saya akan masukkan, tapi saya juga sempat membelek dan menyemak bahawa Rang Undang-undang yang ada ketika ini di atas meja ini, dia tidak memasukkan berkenaan kuasa hakim dan kebajikan hakim. Saya bagi contoh kalau kita tengok federal constuition dengan izin, bahawa kalau kita buka di seksyen 125, iaitu dia ada tulis dekat sini tenure of office and remunaration of judge of federal court,
dimasukkan dalam federal constuition yang mana berapa lama satu-satu hakim ini boleh jadi, berapakah tempoh umur satu-satu hakim ini yang boleh berada, bagaimana hakim ini tidak, gajinya tidak boleh dikurangkan dan pelbagai lagi. Yang mana saya kira ini merupakan satu langkah yang kita kira ke hadapan.
Sebagai contoh macam peruntukan menjamin kebebasan hakim-hakim kalau di federal constution 125 kebebasan hakim sivil, tempoh jawatan, gaji, prosedur pemecatan, peruntukan yang ada di dalam federal constution seksyen 125 ini lebih detail melindungi para hakim-hakim sivil, tapi untuk pindaan bagi Rang Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2026 pindaan ini dia hanya menyatakan secara overview atau secara surface, yang ini tidak memberikan ruang dan peluang kepada hakim-hakim bagaimana mereka ini dilindungi yang termaktub dalam perlembagaan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri.
Jadi saya minta mungkin kali ini saya kira kita mungkin meluluskan, pihak mungkin undang-undang mungkin boleh semak dengan MAIS dengan EXCO dan sebagainya untuk kita masukkan juga seperti mana dalam perlembagaan federal constution fasal 125, bagaimana detail disebut satu persatu daripada satu sehingga sepuluh, bagaimana hakim itu dilindungi dan di protect oleh perlembagaan Malaysia. Begitu juga kita mengharapkan bagaimana kita mengangkat dan mengangkat tinggi institusi hakim syariah dalam Kerajaan Negeri Selangor dan kita perlu terjemahkan juga dalam undang-undang tubuh Kerajaan Negeri.
Dan yang akhir sekali saya ingin menyatakan berkenaan sekatan mengenai perbincangan di dalam Dewan tentang kelakuan hakim syarie. Saya menyambut baik bahawa pemindaan ini untuk dimasukkan dalam undang-undang tubuh kerana dalam keadaan begini, saya kira Dewan yang mulia ini ialah Dewan yang mana kita boleh berbahas dalam apa jua cara tanpa rasa takut dan gusar. Sebab dalam keadaan ini, ini ialah sebahagian daripada Dewan yang utama menjadikan semak dan imbang, ya saya akui sebahagian daripada hakim ini perlu dibawa kan di dalam satu-satu tubuh, tapi ini secara dalaman, tapi bagaiman kalau andai kata kita yang mewakili rakyat juga boleh berbahas berkenaan kelakuan para hakim, jadi sebab itu saya kira biar dikekalkan sehingga ini, mungkin kalau nak diubah pun kelakuan hakim ini julah ahli Dewan yang mungkin memberikan surat atau notis untuk di bincang di dalam Dewan tertentu, tapi belum pernah ada kes lagi, tapi saya kira ini perlu ada dan dikekalkan di dalam Dewan. Cuma jumlah ahli itu mungkin dipertingkatkan sedikit supaya dia memberikan satu ruang kepada hakim-hakim dan juga ruang kepada Ahli-ahli Dewan yang dipilih oleh masyarakat untuk berbahas dan bertanya di dalam Dewan.
Yang akhir sekali Yang Berhormat Speaker, saya menyambut baik dan saya menyokong, Kota Damansara menyokong pindaan ini yang kita tahu pindaan ini memerlukan 2/3 daripada Ahli Dewan di Dewan Negeri Selangor. Saya rasa undang-undang ini akan lepas pada petang ini dan In sha Allah saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat EXCO, ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan konsisten
dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Kita tidak hanya sekadar bercakap ketika pilihan raya tetapi kita juga menterjemahkan di dalam Dewan ini. Kita bawa undang-undang ini ke dalam Dewan, kita akan luluskan ini juga akan memberikan bukti bahawa rakan-rakan yang daripada DAP dalam ini juga akan turut menyokong Rang Undang-Undang ini yang selalu disebut-sebut di luar sana bahawa DAP menentang Islam. Kalau andai kata lulus hari ini dan disokong oleh DAP, ini membuktikan bahawa bukan DAP yang menentang Islam, asal keputusan itu memberikan kebaikan untuk agama, In sha Allah kita akan bawa dan itulah komitmen daripada Pakatan Harapan. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak, Kota Damansara menyokong usul bagi Enakmen Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Pindaan Tahun 2026.
Sijangkang.
Assalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh dan selamat petang, selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker yang memberikan kesempatan untuk saya turut berbahas dalam Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2026 pada petang ini. Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan juga EXCO Seri Setia dan semua agensi-agensi, entiti-entiti yang telah memainkan peranan yang cukup besar, yang mana kita sedia maklum bahawa hasrat untuk memperkasakan terutamanya Undang-undang Syariah di negeri Selangor ini bukan satu jangka masa yang pendek tetapi satu jangka masa yang panjang dengan pelbagai perjalanan-perjalanan yang telah dilakukan sehingga dapat di bawa pada hari ini, Rang Undang-undang terutamanya yang kita bahaskan adalah Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Pindaan 2026.
Sedia maklum bahawa Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor ini adalah satu dokumen undang-undang yang tertinggi di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang juga sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor. Saya tidak mungkin menyentuh sebahagian besar daripada apa yang telah dibahaskan oleh rakan-rakan semua, cuma mungkin ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh secara khusus pada petang ini. Secara khususnya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan fasal dua, bertujuan untuk menggantikan Perkara 47 dengan Perkara Baharu 47 bagi menetapkan secara jelas bahawa agama Islam di negeri Selangor adalah mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Peruntukkan ini juga bertujuan untuk menjelaskan asas pegangan dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi rujukan utama dalam hal ehwal agama Islam Negeri Selangor sebagaimana yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam di Negeri Selangor. Kalau kita lihat Perlembagaan Malaysia, saya kita berkaitan dengan agama, agama bagi Persekutuan, Perkara 3 (1), Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Saya kira ini frasa yang ringkas kalau kita nak bandingkan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dalam Bab 1, Agama Negeri, Perkara 47, Agama Islam sebagaimana yang dianuti dan diamalkan di dalam negeri ini sehingga kini hendaklah menjadi agama negeri dengan syarat bahawa semua
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang yang menganutinya di mana-mana bahagian negeri ini. Dan saya kira ini cukup jelas kalau kita melihat kepada pindaan yang akan kita luluskan pada hari ini.
Secara dasarnya, asasnya saya menyokong 100% Rang Undang-undang berkaitan dengan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2026 ini. Seperti mana yang disebutkan juga oleh rakan-rakan tadi perkataan sehingga kini tadi yang juga penaksiran daripada Kota Damansara, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri, kalaulah pentaksiran itu membawa erti bahawa ianya boleh juga diubah apabila di bawa dalam mungkin pindaan-pindaan yang akan datang. Maka tidak mungkin ada ertinya kita mengubah daripada keadaan yang ada pada hari ini kepada agama Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mana yang kita rancang kan untuk kita bina frasa ini. Dan saya juga ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri yang mana kalau kita lihat pindaan itu, agama Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini sehingga kini hendaklah menjadi agama negeri, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian negeri ini. Dan saya lihat, kalau kita lihat dalam frasa yang asal.
Agama Islam sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini sehingga kini hendaklah menjadi agama negeri dengan syarat semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang menganutinya di mana-mana bahagian negeri dan saya lihat oleh orang-orang yang menganutinya juga telah digugurkan dalam frasa ini. Kekhuatiran saya, sebab menjadi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri untuk jaga agama Islam dan kita juga sebagai orang-orang Islam terutamanya melalui Maqasid Syariah untuk kita jaga agama. Maka kita jaga juga orang-orang Islam yang sekarang menjadi penganut agama Islam. Sekiranya frasa ini yang telah mana digugurkan, orang-orang yang menganutinya, kekhuatiran saya apabila dalam frasa yang ada itu, agama Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini sehingga kini hendaklah menjadi agama negeri, tetapi tidak, yang menganutinya tadi yang bukan agama Islam itu telah digugurkan.
Kekhuatiran saya kalau ada tafsiran-tafsiran dan Undang-undang Tubuh yang akan kita pinda ini menjadi rujukan kepada Undang-undang Syariah yang akan kita luluskan, pemerkasaan Undang-undang Syariah itu nanti, kekhuatiran saya ada mungkin kumpulan-kumpulan ataupun individu-individu tertentu yang memohon untuk keluar daripada Islam ataupun murtad dan secara pentadbirannya mereka ini belum sah lagi keluar daripada agama Islam, dalam IC nya masih tertera agama Islam dan mereka ini sudah mengamalkan agama-agama yang mereka nak anuti selepas itu. Adakah ini mungkin sekiranya menjadi kes undang-undang, ia juga akan menjadi bahan rujukan yang akhirnya juga akan menjadi konflik keputusan sama ada kalau dia belum lagi secara sah menganuti agama itu, tetapi dia sudah mengamalkan agama yang akan dianuti itu dan saya harapkan juga kalau dapat ada statistik yang boleh pihak EXCO memaklumkan berapa ramai di Negeri Selangor ini orang-orang Islam yang telah
memohon kepada untuk menjadi, untuk menganuti agama lain dan saya kira bagaimanakah kejayaan 36 bulan secara pentadbiran kaunseling kepada mereka-mereka ini dapat dilakukan sebaik mungkin.
Itu kekhuatiran saya. Bermakna kalau ia dijadikan rujukan kepada mereka-mereka yang belum menganuti agama yang baru tetapi telah mengamalkan agama itu, sebab saya melihat bahawa dalam Undang-undang Tubuh sebelum ini, saya kira cukup jelas kerana dia meletakkan dengan syarat bahawa semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang yang menganutinya. Makna kalau dia Buddha dia amalkan agama Buddha. Kalau dia Kristian dia mengamalkan Kristian dia. Tetapi kalau dia orang Islam sebagai contoh dia belum sah daripada sudut pertukaran agamanya tetapi dia telah mengamalkan. Sedangkan dalam secara pentadbiran IC nya pun masih lagi Islam, begitu. Mungkin ada penjelasannya.
Itu satu perkara, yang kedua saya nak menyentuh juga, nak minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri ataupun EXCO tadi menyebutkan bahawa pindaan RUU ini tidak ada implikasi peruntukan kewangan kerana saya melihat apa pun pindaan-pindaan yang kita akan lakukan sehinggalah mungkin ia nya akan diwartakan sudah tentu ada proses-proses sebelum pelaksanaan, maka adalah persediaan untuk pelaksanaan dan sebagainya. Termasuklah juga yang disebutkan oleh Sungai Panjang tadi ya. Sudah tentu ada peruntukan-peruntukan kewangan yang diperlukan pada pandangan ataupun hikmat saya.
Sebab itu saya ingin penjelasan kalau betul apa yang saya dengar tadi Yang Berhormat EXCO menyebutkan bahawa tidak ada implikasi peruntukan kewangan daripada sudut pindaan ini sedangkan kalau kita lihat antaranya adalah untuk menaik taraf memperkasakan Institusi Kehakiman Rayuan kepada Mahkamah Utama itu. Saya ingat itu juga memerlukan sudut kewangan, bukan sahaja apabila dilaksanakan tetapi sebagai persiapan dalam bentuk apa pun, latihan dan sebagainya ia sudah tentu melibatkan implikasi kewangan. Jadi, sekadar itu Yang Berhormat Tuan Speaker, tetapi apa yang saya nak sebutkan, semoga Rang Undang-undang yang dicadangkan ini dapat kita terima pada hari ini dan dapat majoriti 2/3. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullhi warakatuh.
Sekiranya tidak ada mana-mana ADUN yang mengambil bahagian dalam perbahasan, maka dengan ini saya mempersilakan pihak kerajaan untuk menggulung. Memberikan apa-apa penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan.
Baik.
Ya, silakan Yang Berhormat Seri Setia.
Baik, terima kasih Tuan Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Pelabuhan Klang, Sungai Ramal, Yang Berhormat Meru, Permatang, Lembah Jaya, Batu Tiga, Sungai Panjang, Kota Damansara dan Sijangkang yang telah turut serta berbahas menyokong dan memberikan cadangan dalam pembentangan Rang Undang-Undang, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Pindaan 2026. Berkaitan Peruntukan Agama Negeri dan Penubuhan Mahkamah Syariah. Saya mulakan dengan kebimbangan yang dizahirkan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal, perkara yang sama juga dizahirkan oleh Permatang tentang soal dan juga Kota Damansara rasanya, soal penggunaan hingga kini.
Frasa hingga kini. Merujuk kepada fasal yang asal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dalam versi Bahasa Melayu berbunyi ‘Agama Negeri adalah Agama Islam sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini hingga kini hendaklah menjadi Agama Negeri dengan syarat bahawa semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang yang menganutinya di mana-mana bahagian negeri ini. Perkataan frasa hingga kini adalah versi Bahasa Melayu diambil daripada perkataan here to for dalam Bahasa Inggeris dan perkataan itu masih dikekalkan sebagai hingga kini dalam UUTKS.
Justeru, perkataan dianuti dan diamalkan hingga kini mempunyai maksud yang sama dengan here to for yang bermaksud dengan izin existing practice remains unaffected despite the legislation change. Ia juga pernah disebut dalam satu kes di Amerika Syarikat pada tahun 2012 yang ditafsirkan sebagai dengan izin previously or before this and the same manner and subject the same legal position, rights, powers, duties or procedure as existed before Sanders versus Ahmed, 2012. Jadi adalah difahami bahawa perkataan here to for atau hingga kini tersebut membawa maksud mengekalkan status quo dari dulu sehingga kini walaupun tempoh itu berubah.
Oleh itu, frasa perkataan hingga kini atau here to for dalam UUTKS memberi maksud bahawa ia adalah satu jaminan bahawa amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah kekal diamalkan dan diterima sebagaimana terdahulu iaitu sebelum UUTKS ini digubal hingga kini dan sehingga ke hadapan dan jika kalau dibaca dalam konteks undang-undang itu dibaca pada masa hadapan juga akan disebut hingga kini pada ketika itu. Jadi the future is the presence waktu kita bacakan undang-undang ini. Jadi, tidak ada masalah di situ.
Lanjut juga dalam isu itu juga saya nak sentuh satu soalan juga daripada Permatang yang menyebut bahawa Undang-Undang Tubuh ini tertakluk adalah dibaca, tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dikekalkan. Jadi tidak perlu pindaan dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri menyentuh Perkara 1, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1999 kerana fasa itu ketika dibaca tertakluk kepada perlembagaan Persekutuan yang kekal tanpa cadangan pindaan fasal 1 Rang Undang-undang ini peruntukkan tajuk ringkas permulaan kuat kuasa Tubuh Kerajaan Negeri Selangor pindaan 2026, saya Kembali pada soalan kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal, ada
juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang, Batu Tiga dan Kota Damansara. Apakah tatacara untuk pelantikan hakim syarie dan adakah bilangan hakim yang cukup untuk mendengar kes dan kalau ada bagaimana tatacaranya?
Dalam Rang Undang-Undang Tubuh ini hanya menggariskan dasar utama berkaitan dengan pelantikan ketua hakim syarie hakim syarie mahkamah utama syariah hakim syarie mahkamah rayuan syariah dan hakim syarie yang lain. Untuk peruntukkan ini diperkukuhkan lagi dengan peruntukan dalam Rang Undang-Undang enakmen mahkamah syariah negeri Selangor seperti yang dicadangkan penggubalan dalam Dewan Negeri ini selepas ini, InsyaAllah esok. Dan dalam enakmen mahkamah syariah yang dicadangkan telah menjelaskan pelantikan hakim syarie mahkamah utama syariah tidak melebihi 8 orang termasuk ketua hakim syarie yang memenuhi kelayakan-kelayakan khusus di antaranya pernah memegang jawatan hakim syarie di mahkamah rayuan syariah di mana-mana negeri atau mempunyai 20 tahun pengalaman berterusan dalam perundangan yang dinyatakan dalam seksyen 20 RUU enakmen mahkamah syariah.
Terusnya seksyen 21 RUU enakmen mahkamah syariah juga memperuntukkan pelantikan tidak lebih daripada 9 orang hakim syarie yang memenuhi kelayakan-kelayakan khusus di antaranya pernah memegang jawatan hakim syarie di mahkamah tinggi syariah di mana-mana negeri atau mempunyai 15 tahun pengalaman berterusan dalam perundangan. Dalam hal ini pelantikan hakim mahkamah rayuan syariah dan hakim mahkamah utama syariah adalah pelantikan berbentuk pelantikan panel hakim yang terdiri daripada hakim-hakim syarie iaitu daripada 13 negeri selain Selangor atau hakim-hakim mahkamah sivil peringkat tinggi sama ada mahkamah tinggi, mahkamah rayuan atau mahkamah Persekutuan atau pesara-pesara hakim-hakim syarie atau hakim-hakim sivil bagi mahkamah-mahkamah tersebut yang telah memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan seksyen 20 dan 21 RUU enakmen mahkamah syariah. Ini adalah untuk menjamin kes di peringkat mahkamah utama dan mahkamah rayuan dihakimi oleh hakim syarie yang mempunyai pengalaman yang luas dan ilmuwan perundangan Undang-Undang syariah yang tinggi.
Konsep yang sama juga telah digunakan di semua negeri di negara ini iaitu bagi pelantikan panel hakim mahkamah rayuan syariah dan hakim mahkamah utama syariah bagi negeri-negeri yang telah menubuhkan mahkamah syariah 4 peringkat. Pada masa ini, kes rayuan di mahkamah syariah tidak bersidang setiap hari dan hanya akan bersidang apabila sesuatu keputusan kes di mahkamah tinggi dirayu. Berdasarkan rekod sebelum ini lazimnya mahkamah rayuan syariah hanya akan bersidang lebih kurang 3 kali sebulan dan lazimnya untuk mendengar di antara 6 hingga 10 fail bagi setiap sesi rayuan untuk perkara ini.
Seterusnya bagi penentuan hakim syarie untuk menjadi panel dalam sesuatu kes rayuan di mahkamah rayuan syariah dalam keadaan biasa ia akan ditentukan oleh pengerusi mahkamah rayuan syariah kecuali kes rayuan itu melibatkan kes yang pernah
diputuskan oleh pengerusi mahkamah rayuan syariah itu atau apa-apa sebab lain untuk kepentingan keadilan. Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas dalam seksyen 40 RUU enakmen mahkamah syariah yang akan dicadangkan esok hari Insya Allah. Manakala bagi penentuan panel hakim syarie mahkamah utama hakim syariah akan ditentukan ketua hakim syarie sendiri berdasarkan seksyen 48 RUU enakmen mahkamah syariah.
Justeru dengan syarat kelayakan yang ditetapkan dan kaedah penentuan panel hakim bagi mahkamah utama syariah dan mahkamah rayuan syariah adalah diyakini jumlah panel hakim syarie yang dicadangkan iaitu tidak lebih 8 orang bagi mahkamah utama syariah dan 9 orang bagi mahkamah rayuan syariah adalah mencukupi untuk memutuskan kes-kes rayuan di mahkamah syariah di Selangor pada masa ini mengambil kira jumlah kes yang mungkin dirayu.
Soalan Sungai Ramal yang ketiga adalah kelakuan hakim yang negative sama ada wajar dibincangkan dan perlu kenapa perlu pada satu pertiga daripada Dewan tidak bolehkah kita melihat kepada satu mekanisme lain seperti tribunal. Berkaitan sekatan mengenai perbincangan mengenai hakim syarie di Dewan negeri dalam seksyen 83f enakmen Undang-undang Tubuh yang dicadangkan adalah diambil daripada perkara 127 perlembagaan Persekutuan. Kelakuan seorang hakim mahkamah Persekutuan, mahkamah rayuan atau mahkamah tinggi tidak boleh dibincangkan di dalam mana-mana satu majlis parlimen kecuali atas suatu usul khusus yang notis mengenainya telah diberikan dan oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Parlimen itu dan tidaklah boleh dibincangkan di Dewan negeri.
Walau bagaimanapun oleh kerana pelantikan hakim syarie negeri Selangor ini ditetapkan di peringkat negeri maaf tadi Dewan rakyat bukan negeri maka ada keperluan isu berkaitan kelakuan hakim syarie dibincangkan di Dewan negeri dengan syarat ia mendapat usul daripada lebih satu pertiga Dewan negeri. Tanpa kuota minimum usul satu pertiga Dewan negeri usul untuk membincangkan kelakuan hakim syarie ini akan ditolak. Perkara ini adalah untuk memastikan perkara berkaitan kelakuan hakim syarie ini tidak dibincangkan secara sewenang-wenangnya secara terbuka di Dewan negeri.
Namun begitu ruang agar isu berkaitan hakim syarie ini disediakan dalam RUU ini dengan syarat-syarat yang ketat sebagai suatu mekanisme semak dan imbang dalam keadaan terdapat salah laku serius dan keperluan menubuhkan tribunal khusus untuk menentukan apa-apa isu berkaitan hakim syarie dalam hal ini, perbincangan berkaitan hakim syarie bukanlah bermaksud hakim syarie tersebut akan diadili oleh ahli politik dalam Dewan negeri, tetapi memberi kuasa kepada Dewan negeri untuk mewujudkan penubuhan sebuah tribunal khusus yang dianggotai oleh pihak yang bebas untuk menentukan isu yang dikemukakan sebelum dapatan tribunal ini dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam untuk menentukan tindakan sewajarnya terhadap mana-mana hakim syarie yang terlibat. Mekanisme ini juga adalah satu mekanisme alternatif selain daripada penubuhan jawatankuasa pelantikan hakim syarie yang telah dinyatakan dalam seksyen 8 RUU enakmen
mahkamah syariah yang turut memberi kuasa kepada jawatankuasa tersebut untuk mengesyorkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkaitan dengan pembatalan pelantikan Ketua Hakim syarie, hakim syarie bagi mahkamah utama syariah mahkamah rayuan syariah dan mahkamah tinggi syariah.
Soalan Sungai Ramal yang keempat konsep yang agak penting untuk disebut di sini didapati bahawa jika berlaku keadaan di mana mahkamah syariah boleh diganggu oleh pihak luar dan apakah jaminan supaya ataupun pindaan UTK ini dan jaminan Kerajaan supaya mahkamah ini diganggu termasuk juga kawalan terhadap kompetensi undang-undang syariah negeri Selangor. Cadangan pindaan RUU ini adalah bertepatan dan bidang kuasa badan perundangan negeri di bawah perkara 74 jadual ke 9 senarai 2, senarai negeri perlembagaan Persekutuan. Di mana badan perundangan negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan hal ehwal Islam termasuk pentadbiran hukum syarak, pengeluaran fatwa pengawalan ajaran agama Islam serta perkara-perkara lain berkaitan agama Islam di peringkat negeri.
Justeru cadangan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 2026 adalah berada dalam kuasa Dewan negeri yang ditetapkan oleh perlembagaan Persekutuan untuk menggubal atau meminda undang-undang yang berkaitan hal ehwal agama Islam termasuk peruntukkan mengenai agama Islam mengikut pegangan ahli sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang dianuti dan diamalkan di negeri Selangor dan peruntukan mengenai kehakiman syariah bagi memperkukuhkan kedudukan mahkamah syariah sebagai institusi kehakiman negeri Selangor daripada dicabar oleh mana-mana pihak. Pindaan dalam UUTKS menerusi 5a memberikan kuasa kehakiman syariah dan kuasa-kuasa mendengar dan memutuskan apa-apa perkara yang diberikan oleh atau di bawah perlembagaan Persekutuan UUTKS dan undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa. Oleh itu ia boleh memberi bidang kuasa yang besar kepada mahkamah syariah untuk mendengar apa-apa perkara di bawah perlembagaan Persekutuan walaupun tidak dinyatakan secara khusus dalam bidang kuasa negeri.
Namun pindaan ini tidak boleh menjawab atau menyelesaikan sebahagian isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan kes-kes Nik Alin Putra dan Iki Putra yang melibatkan undang-undang jenayah yang berada dalam jadual 9 senarai 1 senarai Persekutuan, senarai perlembagaan Persekutuan. Yang mana untuk membolehkan membuat undang-undang jenayah syariah yang mempunyai kesalahan yang sama dengan undang-undang Persekutuan masih memerlukan penelitian lanjut dan pindaan kepada perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini kita masih menunggu hasil kajian daripada jawatankuasa khas kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam di peringkat Persekutuan di bawah Majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam MKI pembentangan kajian ini kepada Majlis Raja-raja.
Yang Berhormat Speaker. Terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat EXCO. Saya kira bila melihat kepada Rang Undang-Undang yang nak kita gubal ini, dia mempunyai banyak persoalan
tentang teknikal dan juga beberapa pertikaian yang saya kira boleh membawa kepada perbahasan yang lebih Panjang dalam Dewan ini. Apakah pandangan daripada Yang Berhormat EXCO kalau diadakan satu jawatankuasa select komuniti khas untuk membincangkan apa-apa isu yang melibatkan kepada Rang Undang-Undang yang berkaitan dengan mahkamah syariah ini supaya apabila kita masuk dalam Dewan perkara itu telah dibincangkan secara maklumat dalam jawatankuasa dan di bentang dalam Dewan untuk kita bahaskan juga dan luluskan pada masa yang akan datang. Kalau kita nak bahaskan semua dalam Dewan saya kira akan mengambil masa yang panjang dan melibatkan soal teknikal. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat EXCO kalau adanya selepas kita luluskan nanti adanya jawatankuasa select komuniti khas untuk membincangkan berkenaan dengan RUU melibatkan enakmen mahkamah syariah kita ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Pada pandangan saya perkara ini dah habis bahas dah lama dah pun sebenarnya. Jadi, kita teruskan sahaja maksudnya kalau setelah di luluskan nanti kalau perlu sebarang pindaan-pindaan tertentu kita boleh wujudkan struktur yang sebegitu. Tapi, tidak perlulah kita tangguhkan kerana perkara ini memang telah lama dan ada masalah di bawah yang meluluskan.
Yang Berhormat Speaker, bukan kita tangguhkan maksud saya selepas ini selepas kita luluskan saya kira pembentangan Yang Berhormat EXCO sudah sangat sempurna kita semua faham cuma pada masa akan datang kalau pandangan saya nak tanya pandangan Yang Berhormat EXCO kalau diadakan satu jawatankuasa set komuniti yang khas untuk membincangkan tentang berkenaan dengan mahkamah syariah ini.
saya rasa tidak ada masalah kalau kita nak buat begitu selepas kelulusan dia..
Saya setuju boleh saya celah Yang Berhormat Seri Setia. Saya setuju dengan yang dicadangkan oleh Seri Serdang tadi sebab apabila kita dah apa ni wartakan nanti selepas kita luluskan Rang Undang-Undang ini di dalam Dewan ini lagi banyak perkara-perkara yang boleh dibincangkan seperti tadi yang dibangkitkan berkenaan dengan kos yang akan melibatkan kewangan negeri apa semua mungkin akan dibincangkan lebih secara terperinci supaya kita nak selepas kita luluskan ni ia kan dapat berjalan dengan lancar jangan esok tak cukup bajet pula la nak dengan bayar duit hakimnya berapa nak guna perjawatannya dan semua tu kena buat dengan lebih terperinci sebab kita nak tunjukkan bahawa kita bukan semata-mata luluskan Rang Undang-Undang ini tapi kita nak melaksanakannya sebaik mungkin dan mencapai tahap yang kita nak kan supaya kita boleh memperkasakan mahkamah syariah ini.
Saya mengambil maklum pandangan itu semua sebenarnya kita macam jump the guns sikit dengan izin sebab esok kita akan bahas yang mahkamah syariah dan strukturnya dengan penuh dan situ ada sedikit anggaran kos yang saya akan maklumkan tapi untuk hari ini kalau setakat kita nak ambil Undang-Undang ini dan masukkan dalam Undang-Undang Tubuh maka tidak ada sebarang keperluan kos di situ untuk tujuan ini yang ini. tak pun jadi tak apa saya ambil maklum seperti mana Undang-Undang lain sebarang cadangan yang baru itu boleh mengambil proses Cadangan yang biasa. Baik, seterusnya saya nak terus kepada penggunaan frasa bidang kuasa mahkamah syariah yang hanya terpakai untuk orang Islam
Batu Tiga berdiri.
Saya ada benda nak tanya.
Biar saya habiskan kejap. Definisi yang diberikan dalam pindaan Rang Undang-Undang ni adalah definisi agama Islam tapi soal orang Islam mana tiada soalan tanya MB macam mana pegawai JAIS macam mana untuk soalan sebegitu saya rasa definisi orang Islam itu masih lagi kekal seperti yang disebut dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor ada syarat-syaratnya ada 8 dan sebagainya itu masih terpakai dan berdasarkan juga subseksyen 30(2) enakmen mahkamah syariah menyatakan bidang kuasa jenayah adalah untuk bicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam. Manakala subseksyen 32(2)(b) menyebut dalam bidang kuasa menyebutkan memutuskan Tindakan dalam prosiding berhubung dengan orang Islam itu definisi orang Islam secara umumnya masih lagi terpakai seperti yang dinyatakan dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor. Silakan Batu Tiga.
Yang Berhormat EXCO terima kasih. Saya sebenarnya nak pergi pada perenggan sebelum Yang Berhormat EXCO bercakap tentang poin yang baharu tadi. Yang Berhormat EXCO sentuh tentang ada satu kajian yang nak dilaksanakan peringkat Persekutuan apakah sebenarnya kita melangkaui akta di Persekutuan dan kita menggubal kita punya Rang Undang-Undang ini. So itu soalan saya lah sebab bila Yang Berhormat sebut kita masih menanti nak bentuk jawatankuasa nak buat kajian apakah itu sebenarnya kita tidak mengikut aliran yang sebenarnya. Saya mohon penjelasan.
Mungkin itulah yang saya sebut tadi. Sebuah jawatankuasa khas kompetensi DUN untuk menggubal warisan di peringkat Persekutuan di bawah MKI la telah pun membuat kajian tersebut dan kajian itu akan di bentang Majlis Raja-raja sebab ini melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang di peringkat Persekutuan. Jadi kita kena tunggu yang itu clear dahululah, sebelum kita boleh buat sebarang pindaan di peringkat negeri untuk masa ini, sekiranya
ada pertindanan, maka undang-undang tersebut, peringkat negeri ditangguhkan, dan tidak terpakailah, buat masa ini.
Tapi itu, poin yang tadi.
Sebab dia memang bidang kuasa persekutuan.
Ya, maksudnya, kita masih lagi menunggu ataupun kita boleh endors dulu. Sebab, kalau kita
Tak. Dia kena dibentangkan kepada majlis raja-raja dulu. Kajian itu telah dibuat
maksudnya kena selesai pada bahagian kita dulu
dibawa MKI, MKI adalah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia. Telah dibuat kajian di situ dan kena di bentang ke Majlis Raja-raja. Sehingga keputusan itu keluar, kita, di luar bidang kuasa kitalah.
Baik, saya nak terus saja, kepada soalan dan RUU daripada Permatang, yang bertanya, apakah kuasa eksklusif Mahkamah Utama Syariah dan kes-kes apa yang boleh didengari oleh Mahkamah Utama Syariah.
Kes-kes yang boleh didengari, oleh Mahkamah Utama Syariah adalah semua kes-kes yang dirayu, dan disemak daripada keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah. Selain itu, Mahkamah Utama Syariah juga mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan kebenaran daripada Mahkamah Utama Syariah bagi kes yang dimulakan di Mahkamah Tinggi Syariah. Kuasa eksklusif Mahkamah Utama Syariah antaranya seperti diperuntukkan dalam Subseksyen 44(3) RUU Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026, yang menyebut; Mahkamah dalam menjalankan kuasanya boleh dengan kuasa budi bicara sepenuhnya untuk menerima keterangan tambahan melalui pemeriksaan lisan dalam mahkamah syariah, melalui penyataan bertulis atau melalui afidavit sama ada atas kehendak mahkamah sendiri atau permohonan pihak-pihak.
Kuasa ini memberikan hak, kepada mahkamah utama syariah untuk mengambil keterangan tambahan di mana kuasa sedemikian tidak diperuntukkan dalam bidang kuasa rayuan yang sedia ada dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, sebelum ini. Kuasa ini terpakai bagi semua kes yang berada di dalam bidang kuasa mahkamah syariah, sebagaimana yang diterangkan dalam Seksyen 30, Rang Undang-udang Enakmen Mahkamah Syariah 2026, yang menjelaskan bidang
kuasa asal kes-kes yang didengar di Mahkamah Syariah. Jadi 30 (1), menyebut, tanpa menjejaskan keluasan Seksyen 4, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dalam bidang kuasa jenayah, ia membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap ajaran-ajaran agama Islam. Dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Dan dalam bidang kuasa Mal-nya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu, adalah berhubung dengan, pertama, pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan, pengesahan lafaz zihar, ila’, li’an, nusyuz. Kedua, pemisahan kehakiman farak atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri. Ketiga, apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Sub Perenggan 1 dan 2. Keempat, nafkah anak dan orang tanggungan. Kelima, kesahtarafan anak dan nasab. Keenam, jagaan hadanah kanak-kanak atau penjagaan ibu bapa dan kaum kerabat. Ketujuh, pelantikan, pemecatan atau pengawalan penjaga diri atau harta bagi kanak-kanak dan orang tak berkeupayaan atau apa-apa perkara yang berhubung dengannya. Kelapan, pembahagian atau tuntutan harta sepencarian.
Kesembilan, wasiat atau hibah semasa marat al maut. Kesepuluh, hibah semasa hidup atau penyelesainya dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang orang Islam. Sebelas, wakaf atau nazar. Dua belas, pembahagian harta berwasiat atau tak berwasiat. Tiga belas, penentuan harta pusaka orang Islam. Empat belas, penentuan orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seorang simati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak. Seterusnya pengisytiharan bahawa seorang Islam telah hilang dan dianggap mati bagi maksud Perenggan 13 dan pernikahan ataupun penceraian, penentuan bahawa seorang itu beragama Islam, pengisytiharan bahawa orang itu bukan lagi orang Islam, pengisytiharan bahawa seorang yang mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya. Masjid, surau atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam dan sekolah agama Islam. Pengangkatan anak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Amanah khairat dan agama, zakat fitrah, sumber am baitulmal dan hasil agama Islam yang seumpamanya dan perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Boleh nak tanya soalan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tadi saya mengambil maklum dengan penerangan yang saya kira cukup jelas berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Cuma saya ada soalan. Adakah Mahkamah Utama Syariah ini nanti boleh mendengar kes-kes seperti contoh semakan kehakiman. Sebagai contoh baru-baru ini yang kita dengar, tentang kes dalam SIS Forum. Berkenaan semakan kehakiman dan juga soalan saya, adakah mahkamah utama syariah ini nanti boleh dapat dengan izin Tuan Speaker, dapat memprotect kita punya undang-undang. Sebagai contoh, Seksyen 60.. Melindungi, melindungi undang-undang Islam, sebagai contoh Seksyen 66 A, yang telah dibatalkan dalam kes tersebut. Terima kasih.
Jawapan pada itu, saya dimaklumkan oleh pegawai undang-undang negeri kita, ada perlembagaan persekutuan yang menghalang kita daripada mahkamah syariah ini kepada masuk dalam bidang-bidang sebegitu. Jadi tidak dibenarkan.
Jadi akhir, saya nak menjawab beberapa soalan daripada Yang Berhormat Lembah Jaya, sama ada pindaan UUTKS melanggar perlembagaan persekutuan. Jawapannya tidak, kerana Kerajaan Negeri telah memastikan bahawa keseluruhan cadangan pindaan ini digubal selaras dengan kehendak dan kerangka perlembagaan persekutuan, khususnya Perkara 74, Jadual ke 9, Senarai 2, Senarai Negeri serta peruntukkan-peruntukan lain yang berkaitan dengan pentadbiran agama Islam dan mahkamah syariah.
Adakah UUTKS ini mengganggu hak untuk orang yang bukan Islam. Berdasarkan seksyen 4, RUU Enakmen Mahkamah Syariah, bidang kuasa mahkamah syariah untuk mendengar dan memutuskan pertikaian yang berhubung dengan apa-apa perkara jenayah dan Mal yang dinyatakan dalam Butiran 1, Senarai 2, adalah hanya melibatkan bidang kuasa negeri dan di dalam itu, ia difahami dengan jelas bahawa mahkamah syariah hanya terpakai kepada orang Islam. Jadi tidak ada kena mengena dengan orang-orang yang bukan Islam.
Ada juga soalan di tanya oleh Yang Berhormat Lembah Jaya, adakah pindaan ini mengganggu agihan zakat kepada para asnaf. Jawapannya bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang tiada kaitan dengan asnaf, kita masih lagi menggunakan definisi orang Islam, jadi tidak ada sebarang perubahan di situ. Jadi tidak ada sebarang gangguan.
Dan akhirnya, adakah pindaan ini memberikan kesan kepada JAIS, sama ada JAIS memerlukan peruntukan tambahan termasuk kakitangan tambahan. Berkenaan cadangan pindaan undang-undang ini, yang kita tengah angkat ini, tiada implikasi kewangan secara langsung berkaitan dengan JAIS. Saya rasa, saya dah jawab kesemuanya.
Jadi sebagai negeri yang meraikan kemajmukan dan kerencaman, tentunya ada cabaran-cabaran perundangan yang kita hadapi. Pindaan ini penting untuk pengukuhan pentadbiran ataupun pengurusan agama dengan menetapkan
Yang Berhormat Seri Setia, Sijangkang berdiri, nak bagi laluan.
Silakan Sijangkang.
Boleh.
Sijangkang ada soalan.
Terima kasih Speaker. Dalam perbahasan tadi, secara ringkasnya, saya nak sebutkan bahawa, apakah rasional menggugurkan orang menganuti, orang yang menganuti kepada agama-agama yang lain, selain Islam. Kalau kita baca ini, dalam Frasa yang asal, agama Islam sebagai yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini, hingga kini hendaklah menjadi agama negeri, dengan syarat bahawa semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang yang menganuti. Kalau kita lihat dalam pindaan kita, agama ini, ada penganutnya dan juga mengamalkan. Tetapi dalam yang kita pinda ini tidak disebutkan, orang yang menganuti. Kekhuatiran saya, mungkin orang yang bukan beragama yang selain daripada Islam itu, dia belum menganuti tetapi dia mengamalkan kerana ada permohonan untuk menukar agama.
Baik, saya rasa dalam isu ini, penting digunakan kata diamalkan, bukan dianuti. Sebab kalau dari segi perundangannya, seorang yang Islam itu kekal Islam melainkan jika mahkamah syariah sendiri mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa dia bukan Islam. Jadi itu dia, soal, nak sebut tadi sama ada dia menganut atau tidak. Tapi yang disebut dalam ini adalah diamalkanlah, diamalkan. Jadi saya harap itu memberikan sedikit pencerahan kepada isu yang dibangkitkan sebab soal nya kalau anut ini, benda dalam hati. Secara perundangannya, keluar daripada agama Islam, kita memerlukan pengesahan daripada mahkamah syariah sendiri.
Sebab saya melihat, ada baiknya kalau kita kekalkan, bermakna penganut agama itu, dan mengamalkan agama itu. Dalam dikekalkan dalam pindaan itulah. Ini pada pandangan saya.
Saya maklumlah. Saya tidak ada sebarang komen di situ. Sebab pakar perundangan telah bahas habis dah bab itu. Baik. Jadi saya terus saja kepada penutupnya. Pindaan ini penting.
Yang Berhormat EXCO, tadi saya ada bangkitkan berkenaan cadangan kerajaan untuk mungkin membawa rang undang-undang baru, seperti mana yang sekarang ini yang kita masukkan sedia ada,
tapi Rang Udang-undang baru penambahan seperti mana yang saya sebut Seksyen 125, dalam Federal Concussion, yang berkenaan perlindungan terhadap hakim. Kalau tengok 125 ini, dia sebut, hakim mahkamah persekutuan ini tidak boleh, dia pencennya hingga umur 66 tahun. Kalau Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor ini, dia tak mention, sehingga, secara detail nya. Lepas itu, berkenaan kita tengok pulak, Seksyen 6 atau Seksyen 5, Perkara 5, iaitu berkenaan bagaimana gaji, emulation, dilindungi dalam Dewan Parlimen. Bagaimana increase, atau penaikkan atau pengurangan, mereka tidak boleh mengurangkan, dan juga Seksyen 6A, yang mana provision, Parliament, made be the law, provide the term of office judge and for the concussion more than humanism, dan juga bagaimana satu hakim ini dilindungi. Macam saya sebut, institusi kehakiman ini, institusi yang mulia, jadi adakah kerajaan serius untuk membawa, masukkan dalam Rang Undang-undang ini untuk dibawa pada masa akan datang untuk buat penambahan bagi Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan di Selangor. Yang sedia ada ini lebih kepada sangat terbuka dan tiada secara detail nya. Terima kasih.
Sungai Panjang.
Baik, kejap, saya jawab yang ini dulu, boleh, Sungai Panjang, ya. So, isu tadi itu, adalah dia buat perbandingan dengan perlembagaan Persekutuan, isu-isu di Persekutuan. Jadi yang ini, kita perlukan sikit panduan daripada MKI itu balik. Dan kedua, seperti yang saya sebut tadi, isu-isu penggajian dan sebagainya, kekurangan hakim yang kita ada, setakat ini adalah di peringkat Mahkamah Tinggi sahaja. Dan di situ pun telah dirujukkan satu kaedah tanpa waran idealy, kalau boleh kita hire Mahkamah ataupun kita gunakan hakim-hakim syarie di Mahkamah Tinggi ini dengan kaedah kontrak ataupun per case, case by case, basic.. maksudnya itu lebih mudah. Melihat kepada kapasiti di mana-mana hakim mahkamah tinggi yang ada. Jadi itu sahaja kaedah yang kita gunakan setakat ini. Ini mungkin, esok, saya akan berikan perincian lebih jelas, akan implikasi-implikasi kewangannya, akan ada daripada Kerajaan Negeri, akibat daripada keputusan-keputusan sebegitu.
Sila Sungai Panjang.
Terima kasih Speaker, Yang Berhormat. Sungai Panjang hanya ingin, pandangan daripada Yang Berhormat EXCO, sebab antara mengamalkan dan menyebarkan itu, satu benda yang lain. Jadi, tadi Sungai Panjang ada membangkitkan alangkah baiknya supaya negeri Selangor menjadi negeri yang pertama meletakkan bahawa dan tidak boleh disebarkan. Apa pandangan Yang Berhormat EXCO.
Betul Yang Berhormat Sungai Panjang. Terima kasih banyak-banyak untuk point yang, untuk butiran tersebut. Baik, kebimbangan mengenai penyebaran agama lain kepada orang Islam ini adalah satu perkara yang telah pun ada larangnya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan, bahawa Undang-undang negeri
yang berkaitan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, dan mana-mana Persekutuan, boleh mengawal atau menyekat penyebaran apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Saya rasa perkara ini, kita boleh guna pakai untuk tujuan-tujuan penguatkuasaan tersebut jika ada. Tapi, Saya rasa di Sungai Panjang kurang kes seperti ini. Mungkin di sebelah bandar, mungkin adalah. Insya-Allah itu kaedah yang telah ada. Jadi tak boleh nak masukkan dalam definisi-definisi negeri yang lain. Ada sebarang, siapa lagi yang tertinggal, kalau ada silakan. Sila Batu Tiga.
terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya tak pasti ataupun saya terlepas pandang tentang berkaitan hal pentadbiran, bila kita wujudkan daripada tiga peringkat kepada empat peringkat, apakah kita sepatutnya bincang juga hal pentadbiran tentang perjawatan dan waran. Adakah telah disentuh oleh Yang Berhormat EXCO tadi saya tak perasan. Tapi kalau belum, mohon diberikan sedikit penjelasan.
Sebenarnya, perincian tersebut, esok jangan tanya baliklah, sebab saya jawab hari ini. Sebab dia dalam Enakmen dalam mahkamah syariah, telah dikenal pasti di situ, berapa makin bertambah, di peringkat mana dan sebagainya. Dan tidak, setakat ini, kita tidak merasakan anggaran yang diberikan itu, satu bebanan besar pada Kerajaan Negeri. Saya rasa itu satu angka yang kita mampu dan mampu melaksanakan. Termasuk juga dalam itu ada juga keperluan kepada para-para pengkaji, yang pastinya, saya tidak di maklumkan bahawa akan ada satu bangunan mahkamah baru, yang bukan dekat tepi Shah Alam, yang macam White House, itu bukan mahkamah utama syariah lah. Kita akan menggunakan infrastruktur sedia ada. Isu di situ, kita perlu mendapatkan khidmat hakim-hakim syarie di perbagai peringkat, yang boleh kita laksanakan dengan kaedah yang saya sebut seperti CFS ataupun per contract basic untuk menyelesaikan kes-kes yang ada. Jadi tadi, saya rasa saya setuju juga dengan cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Panjang, ada disebut isu-isu, bahawa pertama dia kata kempen kesedaran, Yang Berhormat, ya. Kempen kesedaran tentang mahkamah banyak peringkat ini, dan yang kedua adalah, keberkesanan struktur yang baru ini, harus dinilailah, dua tahun dan sebagainya. Dan saya rasa kalau kita dapat mengurangkan kes-kes tertangguh, maka itu adalah satu petanda baik, kalau apa yang kita sedang kita cuba laksanakan.
Baik, saya cuba nak tutup ini.
Yang Berhormat, masa telah pun sampai ke 4.30 petang, saya mohon sambung esok.
Saya tutup esok Tuan Speaker. Terima kasih.
Sambung esoklah. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan waktu telah pun menunjukkan pukul 4.31 petang, dengan ini saya menangguhkan sidang Dewan ke 4 hari bulan Ogos 2026, pukul 10.00 pagi hari Selasa, esok. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 4.31 petang)