Selangor · 4 August 2026

15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · not final · 247 turns · 33,990 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 4 Ogos 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.

(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya mengendalikan sesi pertanyaan dan jawapan, saya ada dua makluman penting mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan di Wisma Dewan Negeri Selangor pada hari ini. Yang pertama mengenai program saringan kesihatan. Satu program saringan kesihatan sedang dijalankan dan bertempat di bilik rawatan bersebelahan dengan ruang media. Program ini dikendalikan oleh Dr. Aidil Fariza bersama pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam. Saringan ini dibuka kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kakitangan, sukarelawan serta anggota polis yang sedang bertugas.

Kedua mengenai kaunter bayaran cukai, bagi memudahkan urusan Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua petugas, kaunter semak dan bayaran cukai tanah dan cukai petak negeri Selangor telah dibuka bermula pagi ini di lobi Wisma Dewan Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu saya amat menggalakkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengambil kesempatan ini untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan membuat semakan dan bayaran kaunter-kaunter yang telah disediakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk kesejahteraan dan kelancaran urusan bersama. Seterusnya saya akan memulakan dengan urusan sesi soal jawab. Dengan ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Seri Serdang.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 10.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Status Pusat Akuatik Darul EhsanQuestions

10. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah Pusat Akuatik Darul Ehsan dibuka pada awam dan bagaimana PADE ini dimanfaatkan bagi pembangunan sukan renang?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Seri Serdang. Soalan nombor 10 berkenaan dengan Pusat Akuatik Darul Ehsan ataupun Akuatik Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat Pusat Akuatik Darul Ehsan, PADE ataupun Akuatik Selangor telah ditutup bermula pada bulan Oktober tahun lepas sehingga bulan Jun tahun ini bagi memberi laluan pada kerja-kerja naik taraf bersempena dengan persiapan SUKMA dan untuk makluman Yang Berhormat, bulan Jun 2026 pada tahun ini, Pusat Akuatik Darul Ehsan telah selesai dinaiktaraf dan ketika ini sedang dalam proses untuk diguna pakai oleh atlet kita bagi tujuan latihan. Dan Insya Allah selepas selesai penganjuran SUKMA dan PARA SUKMA pada tahun ini, pembukaan Pusat Akuatik Darul Ehsan pada orang ramai akan bermula dijangkakan pada bulan Oktober 2026 selepas proses persediaan operasi dan pengurusan fasiliti selesai dilaksanakan bagi memastikan kemudahan berada dalam keadaan terbaik demi keselesaan orang awam. Akuatik Selangor ini telah memberi manfaat kepada atlet renang sejak sekian lama bagi tujuan program pembangunan sukan akuatik iaitu renang, terjun, renang berirama dan polo air. Akuatik Selangor juga menempatkan atlet-atlet dengan program bakat, pelapis dan elit dengan jumlah keseluruhan menghampiri 2,000 orang atlet. Dengan program ini dan kemudahan yang disediakan telah memberikan ruang untuk negeri Selangor melahirkan atlet-atlet renang bertaraf Olimpik.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Seri Serdang.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kita tahu dalam Negeri Selangor kita ini, sukan renang adalah satu sukan yang sangat popular dan dalam kita nak ke SUKMA ini, saya difahamkan oleh Persatuan Renang kita ada satu pool atlet yang ramai 1,800 orang. Dan di Pusat Akuatik ini jugalah orang awam boleh datang berkunjung untuk belajar renang dan sebagainya. Cuma saya nak tanya pandangan daripada pejabat, daripada Pejabat Yang Berhormat EXCO, apakah PADE ini juga akan digunakan secara khusus untuk pembentukan atlet-atlet negeri Selangor secara high performance untuk pada hari ini

juga pada masa akan datang. Sebab kita tengok kalau negeri-negeri yang lain contoh Sarawak, dia ada Pusat Renang Pandelela dan saya kira dalam negeri Selangor kita negeri yang maju dengan ramainya anak-anak muda kita yang terlibat dengan sukan renang ini, sudah sampai masanya kita beri pengkhususan untuk kita pastikan atlet-atlet renang dalam Negeri Selangor ini berkesinambungan dan mereka turut mendapat perhatian khusus daripada Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat. Memang sejak tahun 1988, Pusat Renang, Pusat Akuatik Darul Ehsan ini telah digunakan sebagai platform ataupun venue untuk melatih atau pun memberi ruang kepada atlet-atlet kita untuk dibangunkan. Dan sehingga hari ini Alhamdulillah, proses tersebut berjalan dengan baik. Dan untuk makluman Yang Berhormat, proses untuk kita membangunkan atlet-atlet renang dan akuatik ini bukan mengambil masa setahun dua tetapi bermula sejak peringkat tunas lagi di mana mereka ini bermula sejak kanak-kanak sejak zaman persekolahan rendah dan digarap seterusnya diberikan ruang untuk menyertai pelbagai kejohanan dan seterusnya nanti di peringkat sekolah menengah pun mereka turut diberikan kemudahan yang sama. Jadi memang PADE ini ataupun Akuatik Selangor ini merupakan home ground ataupun pusat pembangunan atlet kepada mereka yang terlibat dalam sukan renang dan akuatik, dan Insya Allah selepas daripada SUKMA ini nanti kita akan turut menyasarkan penggunaan Akuatik Selangor ini sebagai lokasi atau venue bagi kejohanan-kejohanan renang akuatik bertaraf antarabangsa kerana selepas daripada proses naik taraf baru-baru ini, standard atau pun piawaian yang telah dilaksanakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan ini mencapai standard Antarabangsa dan bahkan jauh lebih ke depan berbanding dengan Pusat Akuatik di Bukit Jalil. Terima kasih.

Speaker

Seterusnya Gombak Setia. Tidak hadir. Sijangkang.

Tuan Speaker, soalan nombor 12.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Prestasi Program TawasQuestions

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah prestasi penyerahan sumbangan program TAWAS kepada kumpulan pertama yang lahir pada tahun 2008?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih sahabat saya Sijangkang, terima kasih Speaker atas soalan yang dikemukakan. Merujuk tentang jumlah atau berprestasi penyerahan sumbangan TAWAS ataupun penyerahan program TAWAS sebagaimana yang dijanjikan pada tahun 2008. Untuk makluman semua, kalau saya boleh memberikan sedikit imbasan, program ini telah diilhamkan semenjak daripada tahun 2008 di mana kelahiran-kelahiran yang bermula tahun 2008 sampailah ke tahun tertentu akan menerima sumbangan RM1,500 dari pihak Kerajaan Negeri apabila usia mereka mencecah tahun, mencecah usia 18 tahun. Tahun 2026 merupakan tahun pertama kita perlu melaksanakan pembayaran ahli-ahli TAWAS ini, justeru secara keseluruhannya data sehingga 20 Julai 2026, sebanyak 40.63% daripada 12,628, 26 peserta telah menerima sumbangan. Kalau saya boleh cerakinkan sedemikian berikut, ahli-ahli TAWAS yang lahir daripada bulan Januari sehingga Mac 2008, secara keseluruhannya yang belum membuat tuntutan adalah sebanyak 1,288, maafkan saya. 1288, saya nak bagi tahu.

Yang kedua, yang telah membayar atau pun telah membuat tuntutan dan menerima bayaran adalah sebanyak 3,386. Ahli TAWAS yang lahir daripada bulan April sehingga Jun yang belum menerima ataupun membuat tuntutan ialah sebanyak 2,014 orang, yang telah menerima dan membuat tuntutan adalah sebanyak 3,054 orang. Ahli TAWAS yang lahir daripada bulan Julai sehingga September sebanyak 4,521 belum membuat tuntutan, 1,387 telah membuat tuntutan. Daripada, yang lahir daripada Oktober hingga Disember sebanyak 4,803 belum membuat tuntutan dan 815 orang telah membuat tuntutan. Jadi secara keseluruhannya 12,626 layak atau pun belum membuat tuntutan daripada tarikh lahir daripada Januari sehingga Disember dan 8,642 telah membuat tuntutan dan telah diluluskan. Dan suka saya mengingatkan bahawa ketika anggota ataupun ahli berumur 18 tahun sahaja dan melengkapkan dokumen dan semakan pembayaran akan dilaksanakan oleh pihak YAWAS. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Kalau disebutkan tadi lebih kurang tidak sampai 50% prestasi yang membuat tuntutan dan juga telah mendapat bayaran RM1,500 tersebut. Apakah mungkin perkara-perkara yang dapat dikenal pasti tidak membuat tuntutan, kalau disyaratkan kalau setiap bulan, setiap fasa itu juga ada lagi yang masih belum membuat tuntutan dan apakah mungkin usaha di peringkat Kerajaan Negeri supaya akhirnya mereka-mereka ini mendapat jumlah RM1,500 itu, dapat membantu untuk penggunaan masuk ke dalam universiti atau pun IPT yang sebahagiannya sudah masuk dan sebahagiannya akan masuk pada IPT. Dan kita juga maklum bahawa program TAWAS ini dihentikan ataupun dimansuhkan

pada 2018 dan kemudian disambung dengan program Iltizam Anak Selangor pada tahun 2022 dan ada kelompongan kelahiran negeri Selangor daripada 2018 sehingga 2022 yang mungkin tercicir daripada mendapat manfaat program seperti ini. Dan saya juga ingin mendapatkan maklumat daripada Kerajaan Negeri program Iltizam yang baru ini diberikan sumbangan sebanyak 500 untuk dilaburkan dalam institusi tertentu atau pun dalam akaun simpanan dan apakah jangkaan mungkin apabila mereka berusia 18 tahun nanti, jumlah yang mereka boleh terima yang dijangkakan untuk membantu dalam program pengajian mereka ataupun urusan-urusan selepas itu. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Antara perkara-perkara yang telah dikenal pasti oleh YAWAS adalah kesukaran untuk kita menghubungi penama-penama berikut kerana sebahagian daripada mereka mungkin telah berpindah daripada luar negeri Selangor atau pun belajar atau pun menuntut di luar negara dan sebagainya. Yang kedua ada pertukaran nombor telefon dan juga ada isu-isu seperti kekeluargaan yang perlu ditangani. Jadi kita ada alamat dan juga nombor telefon keluarga, pasangan ataupun ibu bapa dan kadang-kadang kita tidak dapat menghubungi kerana maklumat-maklumat itu tidak di verifikasi atau pun tidak dikemas kini. Daripada masa ke semasa sebenarnya pihak Kerajaan Negeri cuba untuk berhubung dengan mereka malahan daripada awal apabila kita laksanakan Program Back To School atau pun kembali ke sekolah kepada peserta-peserta YAWAS supaya kita boleh mengemas kini maklumat-maklumat calon-calon atau pun peserta-peserta yang telah terbabit. Jadi apa langkah seterusnya adalah menguar-uarkan dengan lebih lanjut, menghubungi pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung, Ahli Majlis dan sebagainya supaya boleh mengesan nama-nama ini dan Insya Allah di keluk terakhir tahun 2026 ini kita akan cuba memperkemaskan lagi hubungan dan mencari mereka di pelbagai pelosok dan termasuk menguar-uarkan nama dan juga hubungan mereka supaya mereka boleh menuntut tawaran yang telah dikemukakan.

Untuk soalan kedua, Yang Berhormat merujuk kepada daripada 2019 sehingga 2022 setelah kita tamatkan program TAWAS kerana pada ketika itu kita kena menyusun semula perlaksanaan program ini. Sebelum ini perjanjian kita untuk RM1,500 telah menyebabkan Kerajaan Negeri perlu menyimpan wang di antara RM50 sehingga RM60 juta setiap tahun supaya kita boleh melunaskan janji yang telah kita kemukakan sejak 2008. Lalu kita kemukakan program baru yang namanya Program Iltizam Anak Selangor dan dalam program itu kita sediakan RM500 sebaik mereka lahir, 100, 100, 100 sampai 5 tahun disimpan dalam wang SSPN itu. Dan tujuan SSPN itu adalah untuk menggalakkan simpanan dan pelaburan kepada anak-anak ini supaya ibu bapa juga boleh menyimpan dengan membuka akaun SSPN berbanding dengan memulakan dengan membuka di akaun AMBank pada permulaan program ini. Antara masalah juga Yang Berhormat kalau saya kembali tadi ialah ada kesukaran untuk kita verify sebab ada sebahagian akaun-akaun itu tidak dilupuskan lagi atau pun tidak ditutup setelah kita menukar dan menggantikan program tersebut.

Soalan yang paling akhir tadi, berapakah gambaran yang kita boleh berikan? Maknanya kalau paling kurang pun Yang Berhormat, dengan hadiah pengajian IPT yang kalau kita kekalkan RM1,000, di campur dengan RM500, minimum kita anggarkan pada usia 18 tahun, apabila mereka masuk ke pendidikan ketiga nanti, mereka akan ada RM1,500. Tapi kalau ibu bapa menambah program-program itu atau menambah peruntukan itu, jadi kemungkinan jumlah itu akan bertambah sebagaimana kita minta untuk budaya tabungan kepada anak-anak ini dengan membuka wang SSPN. Kerana pada satu ketika, ketika kita memulakan program ini Yang Berhormat, SSPN ada menawarkan satu insentif, kalau ibu bapa meletakkan RM1,000 dalam akaun anak mereka, SSPN juga akan menambah RM1,000 lagi pada ketika itu. Tapi program itu telah berakhir dan kita sedang lihat, dan kemungkinan pihak Kerajaan Negeri bersedia untuk menambah jumlah tersebut pada masa-masa tertentu, pada waktu-waktu tertentu, sesuai dengan kedudukan dan keadaan kerajaan negeri. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang.

Speaker

Batu Tiga.

Yang Amat Berhormat. Program ini kita mulakan pada tahun 2008 dan kita berakhir pada 2018, mana ada 10 tahun. Berapa unjuran sebenarnya, bilangan kesemuanya? Dan saya ingin bertanya apakah kita bersedia? Kita dah mula pada tahun ini, kita perlu peruntukkan RM50-60 juta setiap tahun dan apakah unjuran kita dan kesediaan kita untuk menghadapi tahun-tahun, 10 tahun akan datang? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau saya boleh imbas kembali soalan Sijangkang semasa sesi yang lepas, ini adalah kesimpulan daripada pihak Kerajaan Negeri kenapa kita mengubah pendekatan program ini daripada menjanjikan pada satu tempoh waktu tertentu dan meletakkan terus RM100 setiap tahun kepada peserta-peserta anak Selangor sebagaimana yang kita telah mulakan di tahun 2022. Kerana jumlahnya, nilainya sangat tinggi Yang Berhormat. Di tahun pertama sahaja, di tahun 2026 ini, kita perlu berbelanja hampir RM50-60 juta untuk melunaskan semua pendaftaran-pendaftaran yang berlaku. Dan sebenarnya daripada tahun 2008, sebagaimana jawapan saya kepada Sijangkang yang lepas, kita tidak membuat mana-mana investment ataupun pelaburan yang dilakukan pada ketika itu ialah simpanan tiap-tiap tahun yang diusahakan oleh Pegawai Kewangan Negeri. Hanyalah pada tahun 2021 apabila kita lancarkan program Selangor Advance, satu program factoring yang memberikan ruangan kepada vendor-vendor ataupun syarikat-syarikat meminjam daripada kita dan kita mendapat unjuran pelaburan atau faedah lebih kurang 8% secara konsisten daripada tahun 2022, 2023 dan 2024. Tapi di tahun 2025 kerana ada persaingan daripada institusi perbankan dan ada Kerajaan turut menawarkan program seperti Selangor Advance, percentage yang kita dapat di antara 6-7% berbanding konsisten 8%

daripada tahun 2022 sampai 2024. Jadi apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri selain tabungan yang kita buat RM30-50-60 juta setiap tahun, kita juga menggunakan tabungan tersebut ataupun modal asas itu untuk dilaburkan di dalam program Selangor Advance dan dalam program Selangor Advance itu kita mendapat pulangan di antara 6-8% pada ketika ini. Saya tak ada angka jumlah keseluruhannya sebagaimana soalan asas Yang Berhormat tapi di tahun pertama minimum kita perlu berbelanja di antara RM50-60 juta untuk melunaskan dan wang itu telah ada berkat daripada simpanan yang telah dilaksanakan oleh Perbendaharaan Negeri dan juga Pegawai Kewangan Negeri ataupun Pejabat Kewangan Negeri Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang.

Speaker, ada soalan tambahan saya tadi yang tidak disentuh.

Speaker

Soalan daripada Kajang. Kajang, Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker. Salam Kajang, Salam Kajang di hatiku. Soalan nombor 13.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Skim CeriaQuestions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Sila senaraikan rumah pangsa di Daerah Hulu Langat yg telah menerima bantuan Skim Ceria bermula dari tahun 2023 hingga kini.

b) Sila senaraikan peruntukan yg diberi utk skim ini bermula dari tahun 2020 hingga kini dengan mengikut tahun.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Kajang, terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker izinkan saya untuk menjawab bersekali iaitu soalan nombor 13 dan juga soalan 65 daripada Lembah Jaya, kerana kedua-dua soalan ini berkaitan dengan penyelenggaraan dan juga naik taraf bagi bangunan perumahan strata melalui Skim Ceria. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, bahawa Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah (LPHS) melaksanakan Skim Ceria di bawah inisiatif membantu bandar pengurusan bersama itu JMB dan juga pengurusan MC melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf memudah bagi bersama di bangunan berstrata yang layak. Skim ini memberi

tumpuan ya kepada pembaikan praktikal yang melibatkan antara aspek keselamatan, keboleh fungsian dan juga kesejahteraan penghuni. Di samping memperkukuhkan tadbir urus JNB dan juga MC bagi memastikan penyelenggaraan pembangunan berstrata dilaksanakan secara mampan. Sehingga pertengahan tahun 2026, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM30,667,557.39 bagi melaksanakan 80 projek Skim Ceria di seluruh negeri Selangor yang peruntukkan tersebut meliputi kerja-kerja pembaikan praktikal seperti penggantian atau pembaikan lif, pembaikan bumbung, kerja-kerja mengecat bangunan serta penyelenggaraan bagi kemudahan bersama.

Bagi Daerah Hulu Langat, seperti yang disoalkan oleh Yang Berhormat Kajang, skim perumahan yang telah menerima di bawah skim ceria semenjak tahun 2023 sehingga 2025, sebanyak 5 projek iaitu 100% telah siap keseluruhannya sebanyak RM2,239,00.82 melibatkan kerja-kerja mengecat, menyediakan tong sampah, penggantian bumbung dan lif. Antara pangsapuri yang terlibat iaitu Pangsapuri Seri Dahlia iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Flat Kos Rendah Taman Cahaya Ampang, Flat C Damai Court, Taman Indah Cheras iaitu Pangsapuri Cemara 1 dan 2, Taman Bukit Segar Jaya Ampang dan juga Apartmen Blok E Taman, Impian Ehsan Kajang. Selain itu berdasarkan rekod LPHS, terdapat 1,635 Skim Perumahan Kos Rendah Sederhana yang telah melepasi 30 tahun melibatkan 332,448 unit kediaman di seluruh Negeri Selangor. Jadi Kerajaan Negeri berpandangan bahawa penyelenggaraan harta bersama merupakan tanggungjawab pemilik petak JMB dan MC yang dibiayai melalui kutipan caj penyelenggaraan bagi wang penjelas, bagaimana peruntukan di bawah Akta Strata 2013 iaitu Akta 757. Sehubungan dengan itu, pada masa ini Kerajaan Negeri menguruskan pendekatan dengan membantu pembangunan berstrata melalui iaitu Skim Ceria di peringkat persekutuan iaitu Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia ataupun TPPM tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang diperuntukkan dan yang diluluskan berbanding mewujudkan satu dana khas yang bersaing. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Boleh saya tanya lebih kurang berapa permohonan Skim Ceria terutamanya untuk benda besar seperti lif dan bumbung bocor yang masih belum dapat ditunaikan?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Setakat ini saya tak ada rekod di sini tetapi walau bagaimanapun memang ada permohonannya kita dalam proses sekarang ini berfasa di mana beri keutamaan kepada kawasan-kawasan perumahan yang agak serius dari segi tangki air, lif dan juga longkang dan sebagainya. Dari segi pengecatan ini kita Alhamdulillah, kita dapat di bawah skim PSP, di bawah bantuan Kerajaan Negeri iaitu projek

Selangor Penyayang dan setakat ini kita telah membelanjakan sebanyak lebih RM30 juta sepanjang 4 tahun perjalanan. Jadi Insya-Allah kita akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan bajet yang lebih untuk memastikan beberapa skim-skim atau projek-projek perumahan ini dapat kita bantu dengan kadar segera. Terima kasih.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Speaker

Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya. Apakah kerajaan juga boleh mempertimbangkan kerja pelebaran jalan dimasukkan dalam skop Skim Ceria ini?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih, setakat ini memang ada kita bantu ya walaupun terikat dengan JMB dan MC dan permohonan-permohonan walaupun boleh dapat bantuan daripada PBT sendiri, tapi Skim Ceria juga mempertimbangkan kawasan-kawasan yang sangat memerlukan dari segi pembaikan infra, kita akan masukkan juga dalam pertimbangan Skim Ceria. Terima kasih.

Speaker

Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Jumlah Kdnk Selangor Tahun 2025Questions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Nyatakan jumlah keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negeri tahun 2025 berbanding negeri lain.

b) Nyatakan sasaran negeri bagi tahun 2026.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Pandamaran atas soalan yang dikemukakan, merujuk kepada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri Selangor tahun 2025 dan berbanding dengan negeri-negeri lain. Yang Berhormat sekalian, pada tahun 2025 Selangor sekali lagi mencatatkan sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia iaitu kadar yang telah dicatatkan ialah sumbangan kita meningkat kepada 26.5% berbanding 26.2% daripada keseluruhan KDNK negara.

Dan nilaian ekonomi di negeri Selangor telah meningkat sebanyak RM28 bilion daripada RM432.1 bilion pada tahun 2024 kepada RM460.1 bilion pada tahun 2025. Untuk maklumat Yang Berhormat, selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan KDNK berjumlah RM277.4 bilion bersamaan dengan 16%, Johor RM171.0 bilion bersamaan dengan 9.9%, Sarawak RM170.2 bilion bersamaan dengan 9.8%, Pulau Pinang RM127.6 bilion bersamaan dengan 7.4%. Lima negeri yang saya sebutkan tadi adalah lima negeri teratas dan sebahagian daripada negeri-negeri ini mencatatkan kadar pertumbuhan tahun ke tahun yang melebihi daripada kadar nasional. Pada tahun lepas, pertumbuhan kita adalah pada kadar 6.3% melebihi daripada sasaran yang kita letakkan sekitar 5.8% hingga 2% dan kadar itu melampaui atau melepasi daripada kadar pertumbuhan nasional. Ini menunjukkan bahawa kepesatan ekonomi negeri Selangor kekal menjauhi, mendahului negeri-negeri lain dengan saiz ekonomi 1.7 kali ganda lebih besar berbanding Kuala Lumpur, 2.5 kali ganda berbanding dengan Johor dan Sarawak, serta 3.6 kali ganda berbanding dengan negeri seperti negeri Pulau Pinang. Pencapaian ini membuktikan bahawa Selangor terus menjadi enjin utama pertumbuhan ekonomi negara, di samping usaha-usaha berterusan dalam memperkukuhkan struktur ekonomi meliputi sektor perkhidmatan pembuatan berteknologi tinggi, perdagangan, pelaburan, logistik, serta ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Kedudukan ini juga mencerminkan keberkesanan beberapa langkah pihak Kerajaan Negeri, sebagai contoh pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS1) dan juga program-program besar pelaburan seperti Program SPEED Selangor dan pengupayaan Pihak Berkuasa Tempatan kita dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh semua pihak termasuk anak-anak syarikat kerajaan negeri, syarikat-syarikat persendirian dan swasta dan secara keseluruhannya mampu untuk meneruskan rentak Selangor sebagai The Heartbeat of Malaysia ataupun penyumbang ekonomi terbesar kepada negara.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk soalan (b), kita telah mensasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar yang berkembang sebanyak 6.3% juga pada tahun 2026. Sasaran ini selaras dengan unjuran pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2026 yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa melalui laporan World Economic Outlook edisi Julai 2026, IMF mengunjurkan ekonomi global berkembang kepada 3.4% manakala ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 4.7% pada tahun yang sama. Oleh itu, sasaran pertumbuhan KDNK Selangor adalah 6.3% berasaskan kepada asas ekonomi negeri yang kukuh disokong oleh momentum pelaburan dan aktiviti ekonomi yang berterusan. Kerajaan Negeri mensasarkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing dalam tempoh Rancangan Selangor ke-2 2026-2030. Sehubungan dengan itu, KDNK Selangor diunjurkan berkembang menjadi RM612.5 bilion pada tahun 2030 selepas kita selesai melengkapkan Rancangan Selangor ke-2 dan kita menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempunyai nilaian ekonomi half cordelion ataupun RM500 bilion dalam tempoh 2 hingga 3 tahun kerana kadar pertumbuhan yang diunjurkan bagi setiap tahun adalah di sekitar RM20 bilion hingga RM25 bilion dan kalau kadar itu kita tetapkan dalam

tempoh 2 tahun daripada sekarang Insya-Allah kita akan mempunyai nilaian ekonomi bernilai RM500 bilion. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Batu Tiga.

Soalan nombor 15.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Selangor Dan Malaysia : Gateway To AseanQuestions

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah strategi Selangor menarik syarikat antarabangsa menjadikan negeri ini sebagai ibu pejabat serantau?

b) Apakah ekosistem bakat dan perkhidmatan yang diperlukan?

c) Berapakah nilai minima pelaburan FDI yang disasarkan bagi setiap pelaburan yang bakal masuk?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Batu Tiga bertanyakan mengenai strategi kerajaan untuk membawa masuk lebih banyak ibu pejabat serantau ataupun Regional Head Office daripada syarikat MNC serta ekosistem yang menyokong pertumbuhan ini. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Selangor berada di dalam kedudukan yang sangat baik untuk menarik pelaburan syarikat gergasi luar negara untuk membuka ibu pejabat serantau. Ibu pejabat serantau berperanan sebagai pusat pentadbiran utama bagi sebuah syarikat MNC untuk mengurus, menyelaras dan menyokong cawangan serta operasi perniagaan di rantau Asia Tenggara atau Asia Pasifik. Pengoperasian ini mampu memberi kelebihan kepada sesuatu syarikat untuk membuat keputusan yang tepat dan pantas apabila syarikat mempunyai wakil tempatan dan memahami undang-undang dan cara kerja di Malaysia. Sekali gus dapat menguruskan kos dengan lebih cermat dan teratur. Majoriti MNC yang telah pun menempatkan ibu pejabat serantau mereka di sekitar Lembah Klang seperti di Cyberjaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur selain di Pulau Pinang. Cyberjaya merupakan antara lokasi strategik dan tumpuan syarikat teknologi dan data kerana infrastruktur digital bertaraf global dan berstatus Malaysia Digital dan merupakan Zon Pembangunan Terancang di bawah pentadbiran di bawah Majlis Perbandaran Sepang. Walaupun Selangor perlu bersaing dengan negara jiran iaitu Singapura, yang menawarkan ekosistem, pasaran moden dan kecairan kewangan, Selangor masih berpotensi untuk mengembangkan lagi kedudukan

sebagai hab ibu pejabat serantau. Melalui ketersediaan ekosistem syarikat MNC sedia ada, di mana syarikat-syarikat Antarabangsa telah pun membuka syarikat-syarikat Global Business Services. Atau pun GBS di Selangor. Menurut GBS Malaysia Strategy 2022 hingga 2027, 87% daripada keseluruhan syarikat GBS terletak di Selangor dan Kuala Lumpur. Contohnya seperti Shaw Business Operation yg baru berpindah ke Sunway. Di Petaling Jaya, kita mempunyai Slumberjay, AstraZeneca dan Nestle. Manakala DHL Asia Pasific IT Services dan AIA Shed Services telah bertapak di Cyberjaya dan Daythree Digital di Shah Alam. Berdasarkan index lokasi perkhidmatan global 2025, Malaysia terus berada di kedudukan utama sebagai lokasi GBS paling kompetitif di dunia. Iaitu ketiga selepas India dan China. Dengan anggaran pendapatan direkodkan mencecah RM28.1 bilion daripada 749 aktif GBS dan 36,000 pekerjaan profesional diwujudkan. Kerajaan Negeri berpandangan GBS akan membuka peluang pekerjaan yang bernilai tinggi kerana ianya akan menyokong nilai rantaian ekonomi yang memfokuskan automasi AI, perkhidmatan profesional dan penganalisa perniagaan berbanding ibu pejabat serantau yang memberi pendekatan kepada kawalan keputusan kewangan. GBS juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan mid year dan teknikal berskala besar seperti data analysis, IT dan perakaunan bagi graduan-graduan di koridor universiti di Lembah Klang. Serta berupaya untuk beroperasi dalam kadar lebih pantas kerana tidak melibatkan kos penstrukturan korporat global yang rumit.

Tuan Speaker, realiti industri global menunjukkan bahawa majoriti syarikat MNC akan bermula dengan membuka cawangan GBS untuk menguji kestabilan bakat dan infrastruktur. Apabila keyakinan operasi telah dibina, operasi GBS tersebut sangat berpotensi untuk menjadi ibu pejabat serantau khususnya di Selangor yang mempunyai infrastruktur yg baik dan mempunyai kos to value advantage, dengan izin, berbanding Singapura. Sebagai salah satu teras utama di Invest Selangor, kita akan terus agresif membina dan menawarkan ekosistem GBS yang kondusif dan kompetitif di ASEAN dan berpandangan GBS Late Rejenerate Head Quarters Strategy mampu mendorong syarikat MNC membawa masuk ibu pejabat serantau ke negeri ini. Terima kasih.

Speaker

Ya, Batu Tiga.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Bila kita sebut tentang sasaran kita untuk menambah lagi pelaburan daripada luar khususnya daripada Asia Tenggara, saya ingin bertanya, apakah kita ada negara yang kita fokuskan? Sebab saya percaya apa yang dilaksanakan oleh SIBS tempoh hari di Jakarta, Bandung, itu juga mungkin setelah kita membuat kajian-kajian tertentu yang mana kita anggap bahawa mereka ini akan ada potensi pelaburan. Maknanya untuk soalan saya yang pertama, negara mana yang kita sasaran dan, berapa nilai ekonomi minima yang kita juga letakkan. Sebab kalau kita pergi dan buat engagement pastinya sudah pun kita laksanakan sedikit

kajian untuk perkara itu. Keduanya, Yang Berhormat, selain daripada Cyberjaya sebagai hab untuk data dan juga teknologi, saya kira bagus juga kalau saya boleh cadangkan kepada Yang Berhormat untuk melihat juga potensi-potensi pelaburan di Majlis Perbandaran yang lain yang memerlukan juga perhatian Kerajaan Negeri sebab selain daripada kita membangunkan kawasan-kawasan tertentu yang sudah pun memberikan nilai ekonomi yang baik kepada kawasan tersebut kita juga mungkin boleh melihat kawasan seperti Hulu Selangor, Kuala Selangor dan sebagainya sebagai juga berpotensi untuk dinaikkan sebagai hub ekonomi. “So”, mungkin akan ada juga industri-industri baru yang boleh kita cari berpotensi daripada “South East Asia Region” yang kita sedang sasarkan dan kita bawa ke PBT-PBT lain juga memerlukan sedikit “injection” supaya mereka juga boleh menaikkan nilai pendapatan mereka. Mohon pandangan. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Batu 3, yang bertanyakan beberapa soalan yang saya nampak sangat penting bagi pertumbuhan ekonomi di negeri Selangor. Yang pertamanya, berkenaan sasaran negara mana kah yang kita akan memberi tumpuan supaya mereka dapat memindahkan MNC atau pun pejabat serantau mereka ke Selangor. Sebenarnya, banyak pilihan selain daripada Singapura. Singapura walau pun merupakan pesaing kita, tetapi Singapura merupakan satu destinasi pelaburan yang penting di mana kita percaya banyak syarikat yang telah bertapak di Singapura. Dia boleh juga mengembangkan perniagaan atau pun operasi mereka ke negeri Selangor. Jadi Singapore sudah tentu menjadi satu sasaran utama bagi Kerajaan Negeri Selangor. Selain daripada itu, syarikat-syarikat daripada China daripada Eropah, daripada Amerika Syarikat dan Jepun juga merupakan sasaran kita untuk mempromosikan Selangor sebagai satu destinasi untuk menjadikan, apa tu, pejabat mereka atau pun Global Busness Services. Iaitu merupakan satu pasaran yang sangat besar. Jadi, tadi, Yang Berhormat Batu 3 juga sentuh berkenaan Cyberjaya merupakan satu hab bagi data dan juga teknologi, ya. Selain daripada Cyberjaya, sebenarnya banyak kawasan lagi yang kita memberi tumpuan yang berbeza mengikut ketersediaan kawasan masing-masing seperti infrastruktur dan juga bakat yang sedia ada di kawasan yang tertentu. Bagi Hulu Selangor, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menjadikan kawasan Hulu Selangor, daripada Serendah sehingga ke Lembah Beringin sebagai satu Automotive Valley di mana sektor industri automotif kita akan menarik sektor automotif industri ke kawasan itu untuk menjadikan kawasan itu sebagai satu lembah automotif atau Automotive Valley. Dan bagi Global Business Services, saya rasa di kawasan bandar kita ada kekuatannya seperti di PJ, Subang Jaya, Sunway, Shah Alam dan sebagainya. Kita ada kekuatannya kerana kita ada infrastruktur yang lebih lengkap bagi perkhidmatan Global Business Services. Kita harus ingat. Selama ini kita dan banyak katakan kita nak mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan tetapi banyak sektor yang kita promosikan itu seperti sektor automotif, sektor aeroangkasa, sektor rel, sektor semi konduktor. Ini kebanyakan adalah untuk graduan daripada latar belakang kejuruteraan. Bagaimana dengan graduan daripada latar belakang bukan

kejuruteraan? Jadi, dengan adanya Global Business Services kita dapat menawarkan peluang pekerjaan yang berimpak tinggi kepada graduan seperti law, accounting, finances and HR dan juga data sains dan sebagainya. Jadi ini akan melengkapkan peluang pekerjaan yang kita ingin wujudkan untuk anak-anak muda kita. Terima kasih.

Speaker

Seterusnya Jeram. Tidak hadir. Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker, soalan nombor 17.

Speaker

Ya.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Kes Jenayah Seksual Kanak-KanakQuestions

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

17. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah kes jenayah seksual kanak-kanak di Selangor bagi tahun 2021-2025?

b)

Apakah jenis-jenis jenayah berkenaan?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sungai Ramal. Saya mohon menjawab soalan (a) dan( b) secara bersekali. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Ramal, Akta 792 Akta Kesalahan Kanak-kanak, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 digunakan untuk kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak kecuali kesalahan rogol yang berada di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan. Malang sekali, kesalahan yang paling banyak direkodkan dalam tempoh 5 tahun ini ialah kesalahan yang paling serius sekali iaitu kes rogol kanak-kanak iaitu sebanyak 1,845 kes dalam tempoh 2021 hingga 2025. Diikuti dengan kes amang seksual fizikal iaitu sebanyak 1,654 kes dalam tempoh yang sama. Seterusnya kes amang seksual bukan fizikal sebanyak 156 kes. Memiliki bahan lucah kanak-kanak iaitu sebanyak 42 kes. Menghasilkan atau mengedarkan bahan lucah kanak-kanak sebanyak 24 kes. Bilangan kes yang meningkat secara ketara ialah kes amang seksual fizikal. Iaitu peningkatan sebanyak 70% sejak tahun 2021. Peningkatan ini juga meningkat secara konsisten saban tahun. Perkara ini membimbangkan. Pun begitu, peningkatan

bilangan kes ini turut menggambarkan peningkatan kesedaran untuk melapor kes-kes sebegini.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan tambahan.

Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat EXCO yang menggambarkan betapa seriusnya jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak ini. Satu lagi perkara yang menambahkan seriusnya perkara ini adalah berlaku dalam kawasan persekolahan. Saya difahamkan melalui akhbar yang dikeluarkan bertarikh 13 November 2025, yang menyatakan bahawa hampir 20% kejadian jenayah seksual ini, khususnya kanak-kanak ini, berlaku dalam kawasan sekolah. Ini menambah lagi keperitan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah hari ini. Jenayah-jenayah telah berlaku, yang terakhir ialah guru yang membunuh diri akibat, mungkin stress because of sekolah. Dan dengan jumlah hampir 20% ini sangat-sangat menakutkan kerana berlaku dalam kawasan sekolah. Kawasan yang sepatutnya selamat. Soalan saya ialah, apakah rancangan dan tindakan Kerajaan dalam program intervensi untuk memastikan tahap keselamatan seksual kanak-kanak itu terjamin di sekolah-sekolah kita.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan sebagai advokasi dan intervensi. Pertama di bawah Lembaga Kependudukan LPPKN iaitu Program PEKERTI atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah-sekolah. Yang kedua adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana Kerajaan negeri juga menyalurkan geran untuk meneruskan advokasi di sekolah. Iaitu kita memberikan pengetahuan ataupun pendidikan kepada pembimbing Rakan Sebaya. Kita tidak mungkin boleh memberikan advokasi kepada keseluruhan pelajar-pelajar tetapi kita melihat kerjasama dengan pihak JAIS, sekolah-sekolah agama dan yang terbaru ada dengan PITAS. Persatuan Tahfiz Selangor dan sekolah-sekolah di dalam daerah-daerah di negeri Selangor. Di mana, antara kandungan advokasi Lindung Kasih atau Keselamatan Kanak-kanak adalah tentang sentuhan selamat dan Talian Kasih 1599. Di mana, kanak-kanak iaitu pelajar-pelajar ini boleh out reach dan mengadu sama ada kepada pihak kaunselor atau pun melalui Talian Kasih tersebut supaya aduan dapat dilaporkan. Dan kita juga melaksanakan di bawah Kerajaan Negeri agensi wanita berdaya Selangor iaitu kempen menentang keganasan terhadap Wanita dan Kanak-kanak. Sebenarnya inisiatif ini perlu diteruskan bukan hanya dalam tempoh tertentu, tapi sepanjang tahun dan saya kira pengamatan Yang Berhormat Sungai Ramal berkaitan 20% jenayah seksual kanak-kanak ini berlaku dalam kawasan sekolah adalah satu yang sangat-sangat merisaukan. Dan saya kira ia perlu collective approached, whole government approched, whole social approached, di mana kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab hanya kepada

Pendidik semata-mata. Tetapi komuniti dan juga Pempengaruh yang menghasilkan kandungan-kandungan yang sepatutnya lebih kepada mendidik daripada menggunakan dan memanipulasikan kanak-kanak sebagai objek ataupun bahan tarikan. Jadi pada saya ini adalah satu call alert atau pun panggilan kecemasan kepada kita semua. Baik daripada wakil-wakil rakyat untuk menggalakkan komuniti secara keseluruhan melainkan peranan bersama.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan.

Speaker

Ya, Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Satu lagi perkara ialah kejadian berulang oleh pelaku yang sama. Saya fikir, juga perlu menjadi sasaran kepada kita untuk difokuskan kerana mereka ini akan, mereka ada tendency untuk mengulang kesalahan. Jadi penglibatan awam. Kesedaran awam untuk memastikan mereka terlibat dalam program-program kemasyarakatan mengekang jenayah ini harus dipergiatkan. Saya mohon satu tindakan yang lebih serius pihak Kerajaan untuk meuar-uarkan kepada umum dan melibatkan orang awam termasuk persatuan penduduk untuk aktiviti intervensi seumpama ini. Terima kasih.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Kira, kita ambil maklum cadangan tersebut dan paling merisaukan daripada kes-kes laporan ini adalah kes amang seksual fizikal atau kesalahan di bawah Seksyen 14. Iaitu sebanyak 1654 berbanding dengan kes-kes yang lain. Jadi saya kira, kita akan lakukan intervensi yang lebih serius berkaitan perkara ini.

Speaker

Ya, Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Ya. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 18.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Hospital SelgateQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

18. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah garis masa Kerajaan Negeri bagi pembangunan rangkaian hospital SELGATE termasuk pembukaan Hospital Sepang dan Setia Alam serta sasaran perkhidmatan yang akan disediakan?

b)

Bagaimanakah pembangunan hospital SELGATE akan memastikan rakyat Selangor khususnya di kawasan pertumbuhan pesat mendapat akses kepada rawatan?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Dan terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan 18 adalah berkenaan dengan informasi berkaitan dengan pembangunan Hospital SELGATE. Kerajaan Negeri melalui SELGATE Health Care merancang untuk terus memperkukuh rangkaian hospital pakar di Selangor bagi mempertingkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan swasta yang berkualiti dengan pembukaan Hospital SELGATE yang dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini dan juga Hospital SELGATE Setia Alam pula dijangka dibuka pada suku pertama pada tahun hadapan iaitu tahun 2027. Penetapan lesen hospital bergantung kepada kelangsungan pemeriksaan lesen hospital oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta ataupun dikenali sebagai CKAPS, Kementerian Kesihatan Malaysia dan berdasarkan pengalaman pembangunan dan operasi SELGATE Specialist Hospital Rawang, kedua-dua hospital akan dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan perkhidmatan dapat dimulakan lebih awal sebelum diperluaskan mengikut keperluan setempat. Jadi fasa awal pembangunan akan memberi tumpuan lebih kepada perkhidmatan kecemasan 24 jam, klinik pakar pelbagai disiplin utama dan subkepakaran, wad pesakit dalam, dewan bedah dan endoskopi, perkhidmatan diagnostik ataupun makmal dan pengimejan, perkhidmatan kesihatan bersekutu seperti fisioterapi dan dietetik, perkhidmatan saringan kesihatan. Dan untuk soalan B, pembangunan rangkaian Hospital SELGATE dirancang bagi memastikan akses kepada perkhidmatan Kesihatan lebih menyeluruh dan mudah dicapai, khususnya di kawasan yang sedang berkembang besar. Jadi antara pendekatan yang dilaksanakan ialah pertamanya adalah bagi menyokong program kesihatan Kerajaan Negeri seperti Selangor Saring, Sel Vaksin, Iltizam Selangor Sihat, serta inisiatif kesihatan Negeri yang lain melalui ekosistem integrasi SELGATE yang sedia ada.

Dan keduanya adalah membangunkan hospital di kawasan strategik dan berhampiran komuniti yang sedang berkembang bagi mengurangkan kebergantungan kepada hospital di pusat bandar seperti di Rawang. Jadi seterusnya adalah melaksanakan pendekatan komuniti based healthcare iaitu pembangunan perkhidmatan berdasarkan demografi dan keperluan kesihatan penduduk tempat dan juga menjalinkan kerjasama strategik dengan hospital universiti dan institusi akademik seperti Hospital Pengajar Universiti bagi memperluaskan akses kepada perkhidmatan subkepakaran tanpa perlu pesakit mendapatkan rawatan di luar Selangor.

Dan akhirnya adalah bagaimana memperkukuh jaringan rujukan bersama klinik kesihatan, klinik swasta, GP dan agensi berkaitan bagi mempercepatkan akses pesakit kepada rawatan pakar.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan tambahan?

Speaker

Ya, silakan Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Saya nak tanya mengenai harga. Ada tak Hospital SELGATE ini menawarkan harga yang mesra rakyat seperti apa yang Hospital SELGATE Rawang ini? Saya dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah mengikut harga pasaran di mana harga pasaran sama standard dengan harga di hospital swasta dan saya nak tanya ada tak Kerajaan ada perancangan untuk kita menawarkan harga mesra rakyat untuk Hospital SELGATE?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih atas pertanyaan soalan Yang Berhormat. Hospital SELGATE ini memang dikategorikan sebagai hospital swasta dia sama macam KPJ walaupun dia merupakan GLC di bawah kerajaan Negeri Selangor. Namun begitu, saya memang pernah berbincang dengan SELGATE berkenaan bagaimana ini boleh membawa lebih manfaat kepada penduduk-penduduk di Selangor di mana pelbagai jenis program yang boleh kita lakukan secara kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan juga promosi-promosi Kerajaan Negeri yang mungkin akan melibatkan Hospital SELGATE selepas ini sekiranya lokasi tersebut memang sesuai untuk penduduk-penduduk di kawasan berkenaan. Jadi sebelum ini pun kita pernah jalankan Saringan Selangor iaitu saringan secara percuma di SELGATE Rawang kerana SELGATE mempunyai fasiliti yang baik untuk mengambil para peserta untuk program tersebut. Jadi saya pun galakkan sekiranya ada Ahli Dewan Negeri yang berdekatan dengan Hospital SELGATE boleh juga menjalankan kerjasama melalui pusat khidmat dan sebagainya dan SELGATE boleh menawarkan harga yang mungkin lebih berpatutan demi membantu dan menjalankan program CSR.

Speaker

Baik, seterusnya Kampung Tunku? Tidak hadir.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tuan Speaker, mohon di bawah Peraturan 24.2 untuk mengambil soalan Kampung Tunku.

Speaker

Saya tidak benarkan. Seterusnya Taman Medan? Tidak hadir. Sabak?

Tuan Speaker, soalan saya nombor 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Pengangguran Tenaga Buruh Mahir Dan Separa MahirQuestions

21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Berapakah jumlah tenaga buruh mahir dan separa mahir yang kehilangan pekerjaan di Selangor? b) Apakah faktor utama menyebabkan kehilangan pekerjaan tenaga buruh tersebut?

c) Apakah tindakan kerajaan membantu mereka mendapatkan pekerjaan semula?

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat dan Sabak kerana membawakan isu pengangguran tenaga buruh mahir dan tenaga separa mahir. Ada tiga soalan. Pertamanya adalah tentang berapakah jumlah tenaga buruh mahir dan separa mahir yang kehilangan pekerjaan di negeri Selangor? Kedua, apakah faktor utama menyebabkan kehilangan pekerjaan tenaga buruh tersebut? Dan ketiga, apakah tindakan Kerajaan membantu mereka mendapatkan pekerjaan semula.

Yang berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Julai 2026 seramai 14,768 orang di negeri Selangor direkodkan sedang dalam transisi kerjaya. Daripada jumlah tersebut, 8,336 orang atau 56.4% terdiri daripada tenaga buruh mahir. Kedua, 3,733 orang terdiri daripada tenaga buruh separa mahir dan 2,699 orang lagi terdiri daripada tenaga buruh yang kurang mahir. Berdasarkan statistik PERKESO bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Julai 2026 faktor-faktor utama yang menyebabkan pekerja berada dalam transisi kerjaya adalah seperti berikut, pertama pengecilan tenaga kerja lebih kurang 3,113 orang. VSS, MSS ataupun pakej persaraan awal seramai 2,667 orang dan penutupan perniagaan ataupun bahagian, dia mengecilkan bahagian ataupun downsize, dengan izin, 2,566 orang. Prestasi kurang memuaskan seramai 1,777 orang. Berhenti secara sukarela mungkin mereka ada peluang lain dan sebagainya dan mereka berhenti dan jumlahnya adalah seramai 1,032 orang. Masalah prestasi kewangan syarikat, dia adalah masalah kewangan dan bilangannya adalah 532 orang. Lain-lain membawa sebanyak 3,031 orang. Dan jumlahnya adalah 14,768 orang. Kerajaan Negeri melalui kerjasama strategik bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terus mengoptimumkan pelaksanaan pelbagai intervensi pasaran buruh bagi membantu

pekerja yang sedang dalam transisi kerjaya mendapatkan pekerjaan semula. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Menyediakan faedah di bawah Skim Lindung Kerja - Akta 800 seperti elaun mencari kerja, elaun mendapatkan pendapatan berkurangan, pembiayaan yuran latihan dan latihan kepada Orang Berinsurans (OB) yang layak lagi yang membantu mereka sepanjang tempoh mendapatkan pekerjaan baru.

ii. Melaksanakan sesi profiling dan padanan pekerjaan melalui portal My Future Jobs bagi mengenal pasti kesesuaian pekerjaan berdasarkan kelayakan, pengalaman dan kemahiran individu, seterusnya mempercepatkan proses penempatan semula ke sektor yang mempunyai permintaan tenaga kerja yang tinggi.

iii. Menawarkan program peningkatan kemahiran upskilling dan latihan semula reskilling bagi membantu pekerja memboleh kemahiran baru serta meningkatkan keboleh pasaran selaras dengan keperluan pasaran buruh semasa.

iv. Memperkukuhkan pelaksanaan Jelajah JobCare Selangor, JobCare Istimewa serta Program Kerjaya Selangor sebagai platform strategi bagi mempertemukan majikan dengan pencari kerja secara terus melalui pelaksanaan program padanan pekerjaan job matching temu duga terbuka dan penawaran peluang pekerjaan melalui pelbagai sektor ekonomi. Di samping itu, program ini turut menjadikan perkhidmatan pembimbingan kerjaya semakan resume, khidmat nasihat keboleh pasaran serta peluang peningkatan kemahiran bagi membantu pencari kerja meningkatkan daya saing dan mempercepatkan penempatan semula ke dalam pasaran pekerjaan.

Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan PERKESO, majikan serta agensi berkaitan bagi memastikan setiap individu yang tertekan akibat kehilangan pekerjaan mendapat akses kepada peluang pekerjaan, latihan dan intervensi yang bersesuaian. Pendekatan ini bukan sahaja membantu mempercepatkan penempatan semula pekerja malah meningkatkan keboleh pasaran tenaga kerja, tempatan serta menolong, menyokong pertubuhan ekonomi Negeri Selangor secara mampan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya benarkan Sentosa?

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan saya ialah apakah perancangan program ataupun

ada program khas di bawah Kerajaan Negeri untuk membantu membekalkan tenaga kerja untuk industri pemakanan seperti restoran yang bergantung kepada tenaga asing adakah Kerajaan Negeri ada program ataupun insentif ataupun latihan diberikan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Setakat ini kita memang melihat atau bergantung kepada pekerja warga asing dalam sektor industri makanan atau restoran dan sebagainya. Tetapi kini trend dah berubah. Ramai yang datang ke interview ataupun JobCare ini, mereka terlalu minat untuk mengambil bahagian dalam sektor-sektor makanan. Cuma mereka itu ke tahap kafe dan sebagainya. Jadi restoran biasa ataupun, sorry to say, restoran mamak dengan izin ya, mereka itu kurang minat. Sebab mungkin tekanan kerja dan sebagainya. Saya rasa tibalah masanya untuk kita melihat balik bagaimana kita boleh menyediakan tenaga kerja kepada restoran yang working for 24 jam supaya industri itu dapat dikawal oleh anak tempatan kita. Dari sektor dia dalam kitchen dengan izin, masakan ataupun serve dan sebagainya. Jadi saya rasa kalau kita membuka peluang kepada anak muda kita mereka boleh menceburi bidang ini dan saya rasa STDC sedang mengamalkan pelbagai program juga kepada anak muda kita yang sanggup mengambil bahagian dan mempelajari tentang industri makanan ini supaya industri itu dapat dikawal oleh anak tempatan kita sendiri. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ijok?

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Ijok ingin mendengar jawapan daripada Yang Berhormat EXCO mungkin tadi jawapan itu ada tertinggal sedikit. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana inisiatif yang lepas memberi peluang kepada tenaga-tenaga mahir diberikan sijil yang saya difahamkan seramai 40 orang daripada pelbagai kemahiran daripada pelbagai sektor untuk membantu meningkatkan kemahiran dan mengiktiraf pekerja-pekerja mahir untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Ijok ingin bertanya adakah program ini akan dijalankan lagi dan ditambahkan kuotanya dan peruntukannya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Memang satu inisiatif yang sangat berjaya bagi saya lah, personally ya. Sebab mereka-mereka yang ada pengalaman dalam bidang mekanikal ataupun makanan, whatever, tapi mereka tidak ada sijil. Jadi pejabat saya bekerjasama dengan STDC dan juga Yang Berhormat Ijok sendiri telah memberi cadangan kepada saya, personally. Terima kasih juga. Sebab itu kita memberi peluang kepada anak muda itu yang tidak mempunyai sijil dan hari ini mereka dapat sijil itu di tangan mereka supaya mereka boleh meningkatkan taraf atau level mereka dalam tempat kerja sendiri ataupun peluang-peluang yang baru mereka untuk menceburi bidang syarikat yang lain supaya pendapatan mereka lebih stabil dan sebagainya.

Kembali kepada soalan Yang Berhormat Ijok pula, saya rasa saya akan teruskan usaha ini. Mungkin kita akan juga bekerjasama dengan semua pihak untuk menambahkan kuota dan juga sektor-sektor yang lain. Bukan sahaja mekanikal dan sebagainya tapi kita boleh cari balik bidang mana yang lebih sesuai untuk kita menambahkan kuota dan memberi sijil kepada semua yang mengambil bahagian dalam program kita supaya kita melebarkan lagi apa itu sayap kita. Sekian terima kasih.

Speaker

Lembah Jaya? Tidak hadir. Seri Kembangan?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 23.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Jalan Akses Baru Seri KembanganQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Seri kembangan hanya mempunyai tiga jalan akses untuk seluruh kawasan, trafik bertambah teruk terutamanya projek pembangunan baru dimulakan. Apakah rancangan Kerajaan untuk menambah sekurang-kurangnya 2 jalan akses utama dalam masa tersingkat ini?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Seri Kembangan bertanyakan berhubung dengan isu akses jalan masuk ke kawasan di Seri Kembangan. Yang Berhormat, Majlis Bandaraya Subang Jaya sedang merancang pembinaan beberapa jalan baharu di kawasan Seri Kembangan dan sekitarnya selaras dengan perkembangan pembangunan yang sedang dilaksanakan serta pembangunan baharu yang masih dalam peringkat perancangan. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan pembinaan dan penyambungan jalan telah dikenal pasti bagi membantu meningkatkan tahap keter sambungan jalan serta mengurangkan kesesakan melalui penyuraian aliran trafik. Cadangan tersebut adalah seperti berikut: i. Cadangan pembinaan jalan sambungan dari Taman Universiti Indah ke Taman Bukit Serdang. Cadangan ini kini berada pada peringkat kajian kebolehlaksanaan dan kajian berkenaan sedang dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

ii. Cadangan penyambungan Jalan Cemara ke Jalan Inovasi 8 dalam kawasan Malaysia Research Accelarator For Technology and Innovation (MRANTI)

kajian dan perancangan sedang dilaksanakan bagi cadangan penyambungan Jalan Cemara terus ke Jalan Inovasi 8 dalam kawasan MRANTI yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Teknologi Malaysia (TPM). Cadangan ini melibatkan kerjasama antara dua (2) Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Sekiranya cadangan ini dipersetujui satu kajian kebolehlaksanaan akan disediakan secara bersama dengan pihak DBKL. Masih dalam peringkat persetujuan bersama.

iii. Cadangan penyambungan jalan dari Bukit Serdang Seksyen 11 ke Taman Puncak Jalil. Kajian dan perancangan turut melibatkan cadangan pembinaan jalan yang menghubungkan Bukit Serdang Seksyen 11 dengan Taman Puncak Jalil merentasi Lebuhraya Maju atau pun Maju Express Way (MEX). Cadangan ini masih di peringkat perbincangan. Sekiranya dipersetujui, kajian kebolehlaksanaan akan disediakan bagi menilai kesesuaian serta keupayaan pelaksanaan projek tersebut.

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kita juga telah meluluskan sebelum ini yang saya telah pernah sebut di Dewan ini berhubung dengan pelaksanaan jalur iaitu Pelan Strategik Pembangunan Jalan dan Lebuhraya Negeri Selangor 2035 dan melihat secara keseluruhan jalan-jalan yang perlu kita naik taraf dan perlu kita tambah dan missing link. Jadi semua ini dilihat secara bersekali dengan apa yang dicadangkan di bawah MBSJ ini untuk kita melaksanakan mengikut peringkat-peringkat dengan dimulakan dengan kajian kebolehlaksanaan sebelum dilaksanakan. Terima kasih.

Speaker

Seterusnya, saya menjemput Kuang.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 24.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Dewan Orang Ramai Bandar Tasik Puteri (BTP)Questions

24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Merujuk jawapan soalan dewan 2026/Sesi1/#88(a), tarikh siap baharu Dewan BTP adalah Disember 2026. Apakah status terkini projek tersebut?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuang yang bertanyakan soalan tentang Bandar Tasik Puteri Dewan Orang

Ramai. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan mesyuarat dan lawatan tapak bilangan 38 yang telah diadakan pada 1 Julai 2026. Kemajuan fizikal terkini bagi projek pembinaan dewan orang ramai Bandar Tasik Puteri adalah sebanyak 72%. Pihak kontraktor telah memberikan komitmen bahawa baki kerja akan disiapkan mengikut tarikh siap baharu yang telah diluluskan iaitu pada 11 Disember 2026, jadual pelaksanaan kerja juga telah disemak semula bagi memastikan aktiviti pembinaan yang masih berbaki dapat di laksanakan mengikut susunan dan tempoh yang ditetapkan iaitu 11 Disember 2026. Majlis Perbandaran Selayang akan terus melaksanakan pemantauan secara berkala melalui mesyuarat tapak, pemeriksaan kemajuan fizikal dan semakan terhadap jadual kerja kontraktor. Pemantauan ini penting untuk memastikan sebarang isu teknikal kelewatan bekalan bahan, kekurangan tenaga kerja atau pun perkara lain yang boleh menjejaskan kemajuan projek dapat dikenal pasti dan ditangani dengan segera.

Tuan Speaker, pihak kontraktor turut diminta memastikan tahap kemajuan sebenar di tapak sentiasa selaras dengan jadual kerja terkini di samping mengekalkan kualiti pembinaan serta mematuhi semua spesifikasi teknikal dan keperluan keselamatan yang ditetapkan. Berdasarkan kemajuan semasa dan komitmen yang telah diberikan oleh pihak kontraktor, projek tersebut masih disasarkan untuk disiapkan 11 Disember 2026. Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Selayang akan terus memantau pelaksanaan projek dengan rapat dan mengambil tindakan sewajarnya sekira berlaku kelewatan atau ketidakpatuhan terhadap jadual yang telah dipersetujui. Sekian terima kasih.

Speaker

Seterusnya, Sungai Burong.

Soalan saya nombor 25.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 25. Pencemaran, Sumber Asli Dan Kelestarian AlamQuestions

25. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Mohon kerajaan jelaskan status semasa kesiapsiagaan negeri menghadapi fenomena El Nino dan Monsun Barat Daya, termasuk unjuran impak terhadap bekalan air mentah dan sektor-sektor kritikal seperti pertanian serta kesihatan awam.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong, Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Burong bertanyakan mengenai status

semasa kesiapsiagaan negeri dalam menghadapi fenomena El Nino dan Monsun Barat Daya yang boleh memberi impak kepada bekalan air. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana yang kita telah dapat kepastian berhubung dengan fenomena El Nino yang akan mencapai puncaknya mulai bulan Oktober sehingga Mac tahun depan dan ini merupakan dan tahun ini untuk julung kalinya kita mendapat maklum gelaran baharu yang diberi iaitu yang agak serius iaitu dipanggil Super El Nino yang sedang berlaku sekarang tetapi puncaknya ialah antara Oktober tahun ini hingga Mac tahun hadapan. Sehingga 29 Julai 2026 kapasiti ketujuh-tujuh empangan di negeri Selangor adalah baik dan melebihi 75%. Yang rendah 75% ialah di Sungai Langat di Empangan Langat yang lain itu agak tinggi 80% lebih ada yang melebihi 90% dengan jangka hayat kapasiti pengeluaran keseluruhan empangan ini iaitu tujuh (7 ) empangan ini ialah di sekitar tiga (3) hingga enam (6) bulan yang boleh digunakan kalau tidak ada hujan. Jadi status kapasiti di empangan ini boleh dilayari setiap hari di sesawang http://irims.luas.gov.my kita pantau setiap hari tentang tahap atau pun kapasiti empangan-empangan ini.

Dalam masa yang sama lebih daripada 140 buah kolam tambahan ya, sumber air alternatif dan beberapa bekas lombong telah dikenal pasti oleh kerajaan Negeri Selangor oleh LUAS yang dijenamakan sebagai Selangor Off River Storage Scheme (SORSS) yang saya sebut dalam Dewan ini yang merupakan sumber baharu air kita. Yang kita kenal pasti ada 140 buah kolam yang boleh dan sedia digunakan dengan kaedah pengepaman air kolam ke sungai menggunakan pam mudah alih buat peringkat awal ini, pam mudah alih sebelum kita buat pemasangan piping dengan keupayaan bekalan semasa sehingga tiga (3) bulan. Secara keseluruhannya, kesediaan sumber air negeri ini maka enam (6) bulan campur tiga (3) bulan, sembilan (9) bulan kita boleh bertahan jika tidak ada hujan yang turun di kawasan-kawasan yang sumber air ini. Bagi keperluan sektor-sektor kritikal seperti selain bekalan air minuman adalah untuk pertanian dan juga kesihatan awam sepanjang musim Monsun Barat Daya dan fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga awal tahun hadapan yang saya sebutkan tadi.

Selain itu, kesiapsiagaan Kerajaan Ngeri Selangor melalui LUAS dan agensi berkaitan bagi menghadapi monsun barat daya dan fenomena El Nino ini juga merangkumi perkara-perkara seperti berikut, pertama ini langkah-langkah yang kita ambil ya :

1. Kawalan pelepasan air empangan oleh LUAS dan Pihak Pengurusan Air Selangor berdasarkan keperluan muka sauk lori rawatan air dan selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pengurusan Musim Kering Negeri Selangor. Kita dah laksanakan kawalan untuk pelepasan air menggunakan kaedah bagi musim kering bagi negeri Selangor. Makna kurang daripada yang kita lepaskan air tu.

2. Pembangunan SORSS yang melibatkan infrastruktur bekalan air setiap, pengepaman air kolam ke sungai menggunakan pam mudah alih. Yang tadi kolam 140 tadi kita ada sedia ada untuk digunakan.

3. Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) selaras dengan pembangunan SORSS yang telah beroperasi di Bestari Jaya dan Semenyih. Ini pun merupakan siri kolam yang kita boleh activate kan / hidupkan jika ada keperluan.

4. Mengoptimumkan penggunaan air bumi sebagai sumber alternatif kepada air terawat bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat terutamanya ketika musim kering. Kita mempunyai simpanan air dalam bumi di Selangor di sekitar 630 juta liter sehingga 960 juta liter sehari yang boleh digunakan (berada di banyak tempat bukan di satu tempat). Sekarang ini ada kegunaannya sedikit digunakan oleh tempat-tempat tertentu kilang-kilang tetapi masih mempunyai sumber yang banyak untuk air bawah tanah.

5. Operasi Pembenihan Awan jika diperlukan akan dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia. Ini bukanlah perkara baru memang kita laksanakan apabila kita dapati musim kering memerlukan pembenihan awan.

6. Pemantauan dan penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan berisiko untuk mencegah peningkatan kepekatan efluen daripada pelepasan di dalam sumber air di musim kering di kawasan berisiko. Biasanya kalau air dah surut dan ditambah pula dengan pelepasan efluen yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan ammonia yang tinggi. Ini juga satu fenomena yang berbahaya kepada bekalan air. Itu pun kita pantau bila berlaku musim kering.

7. Pemantauan 24 jam tanpa henti di kawasan sumber air yang sensitif.

8. Penyelarasan bersama agensi seperti Pengurusan Air Selangor dan IADA Barat laut yang perlukan banyak air untuk sawah bagi memastikan keperluan bekalan sumber air mencukupi untuk sektor pertanian terutamanya penanam padi yang melibatkan sumber daripada Sungai Bernam.

Sekian terima kasih.

Speaker

Ya Sungai Burong.

Terima kasih jawapan EXCO sebentar tadi. Ada soalan tambahan dari saya mengenai empangan, begitu juga dengan kolam-kolam tadi, bilakah masanya atau pun berapa peratusan yang pelan kontingensi rasionalisasi air itu akan diaktifkan. Sampai tahap berapa baru diaktifkan

atau tahap kesiapsiagaan? Kedua adakah kos dan maintainance yang dibuat untuk El Nino ini atau pun berapakah kos yang dibuat untuk persediaan El Nino ini? Adakah ia bertambah berbanding tahun yang lalu dan ada atau tidak di kampung-kampung yang susah kepada akses air ini ada kontingensi pelan seperti tangki mudah alih, telaga tiub dan seumpamanya? Mohon pencerahan.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat soalan tambahan tadi. Untuk makluman, sebagaimana kita sebutkan kita membuat persediaan menghadapi fenomena El Nino ini tetapi kita masih dalam peringkat tidak memerlukan tindakan yang tambahan ini. Kita hanya membuat persiapan kerana kita dapati kemampuan empangan kita dan sungai kita masih berada di tahap yang mencukupi. Ini kita cerita ni kalau berlaku ke hadapan ni fenomena yang sedemikian baharulah kita activate kan jadi tidak ada kos tambahan yang terlibat. Masih lagi kekal dengan kaedah yang sama yang kita amalkan cuma kita ubah sikit kepada SOP Musim Kering itu sahaja. Makna dia pelepasan air dari empangan ini dikurangkan. Biasanya kita lepas air yang banyak, kita kurangkan dengan menggunakan kaedah musim kering supaya memastikan empangan kita berada pada tahan yang ini dan saya perhatikan setiap hari pun saya tengok sejak daripada awal tahun hingga sekarang pun tiada lagi empangan kita yang jatuh pada bawah 70%. Ada sampai 72% – 73% tetapi naik balik. Kadang-kadang kita rasa macam hujan lebat tetapi hujan lebat kalau turut kat tengah-tengah atau di hilir tak guna juga, dia kena di hulu itu sebab kadang-kadang di hulu tidak turun menyebabkan empangan kita kekurangan air. Makna itu pun kita pantau dan kaedah yang kita setakat ini belum activate kan lagi pada peringkat yang serius dan kita bersedia macam saya sebut tadi keperluan bukan sahaja untuk air minum tetapi juga untuk keperluan pertanian sebagai sekuriti makanan kita dan juga keperluan lain yang. Cuma kerisauan kita ni bila berlaku kering ini air sungai akan turun dia punya paras dia dan menyebabkan kepekatan. Kepekatan ini air kita sebenarnya kita masih bergantung pada sumber sungai untuk bekalan air jadi rawatan kita itu akan menghadapi masalah kerana ammonia peningkatan ammonia itu yang kita terpaksa lepaskan air di bawah program OPAK kita atau pun proses pengepaman air kita lepaskan air ke sungai untuk naik kan balik, untuk dilute semula air ini supaya naik balik level dia supaya ammonia ini akan dapat dicairkan. Itu yang kita terpaksa laksanakan dari semasa ke semasa jadi tidak ada langah-langkah yang sangat serius kerana isu kemarau yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Soalan tambahan Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Yang Berhormat EXCO, dari segi penguatkuasaan tentang pencemaran air sungai, kenapa masih ada kilang

berulang kali mencemar sungai tetapi lesen operasi tidak ditarik. Apakah kriteria minimum untuk di blacklist sesebuah syarikat tersebut?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis yang bertanyakan berhubung dengan isu. Pertama, kita kena sedia maklum. Nak kenal pasti punca pencemaran ini pun satu masalah yang besar juga. Kadang-kadang kita perlu trace ataupun kesan daripada mana sebenarnya punca ini? Kadang-kadang kilang tu kita dapati bukan duduk tepi sungai. Dia jauh tapi sebabkan sistem perparitan longkang kita ini bersambung sampai ke sungai, jadi sampai juga akhirnya ke sungai dan mencemarkan. Jadi, jangan beranggapan kalau kilang tu sebelah sungai dia yang mencemar. Tidak semesti. Jadi, itu yang satu. Nak cari punca tu kadang-kadang memakan masa. Yang terbaru di Semenyih kita memerlukan kadang-kadang satu hari untuk mengesan sebenarnya punca. Lepas tu kita kena dapatkan yang punca air yang keluar itu adalah bukti pembuktian bahawa betul air daripada tempat itu, daripada kilang itu. Dan, bila ada makna kita akan dapatkan sumber dan kita sita tempat itu untuk kita laksanakan pembersihan dan kenakan kompaun kepada kilang-kilang. Itu memang kita buat dan selepas itu kita serahkan pembuktian itu kepada pihak AG office, Attorney General office untuk tindakan susulan dan kebiasaannya kita dapati mereka lebih suka menggunakan Akta Alam Sekeliling bukan untuk mengambil tindakan. Tidak menggunakan enakmen. Ini pun satu lagi perkara yang kita rasa agak dan proses mahkamah tentulah memakan masa dan kompaun ini biasa kita kenakan memang kita kenakan ke tahap yang sangat tinggi. Itu memang kita telah laksanakan banyak dan saya rasa program perkara ini berterusan. Yang menjadi masalah satu lagi ialah yang dibuang bukan dari kilang, yang datang lori dan sebagainya. Itu yang satu kita tak dapat tangkap. Ini pun berlaku yang kita telah cuba kesan tapi kita tidak dapat siapa yang sebenarnya yang buang tapi kalau kilang tu kita dapat kesan dan kita ambil tindakan bersih, sita dan kompaun dan sebagainya. Terima kasih.

Speaker

Ya, Kota Damansara.

Terima kasih Speaker. Soalan Kota Damansara soalan nombor 26.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Pekerjaan Di Negeri SelangorQuestions

26. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Berdasarkan data PERKESO berapa ramai mereka yang telah diberhentikan kerja telah mendapatkan kerja semula? b) Apakah tindakan Kerajaan bagi mereka yang masih belum menerima kerja? c) Apakah insentif Kerajaan bagi mereka untuk kembali bekerja semula?

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Kota Damansara bertanyakan tentang pekerjaan di Negeri Selangor. Ada tiga soalan. Berdasarkan data PERKESO berapa ramai mereka yang telah diberhentikan kerja telah mendapatkan kerja semula? Kedua, apakah tindakan kerajaan bagi mereka yang masih belum menerima kerja? Dan ketiga, apakah insentif Kerajaan Negeri bagi mereka untuk kembali bekerja semula?

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik terkini Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Julai 2026, seramai 14,768 orang pekerja di negeri Selangor direkodkan berada dalam transisi kerjaya berikutan kehilangan pekerjaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 4,263 orang telah berjaya memperoleh pekerjaan semula melalui pelbagai inisiatif padanan pekerjaan dan intervensi pasaran buruh yang dilaksanakan oleh PERKESO bersama agensi-agensi berkaitan. Kerajaan Negeri melalui kerjasama strategi bersama PERKESO terus memperkukuhkan pelbagai intervensi bagi membantu pencari kerja yang masih belum memperoleh pekerjaan antaranya melaksanakan sesi profiling dan padanan pekerjaan melalui portal MYFutureJobs bagi mengenal pasti pekerjaan yang bersesuaian mengikut kelayakan, pengalaman dan kemahiran pencari kerja ini. Ini penting sebab dia adalah satu portal di mana kita upload semua data-data tentang permintaan jawatan atau pengalaman dan sebagainya supaya kita dapat matching dengan pekerjaan yang kita hendak cari. Kedua, menawarkan program peningkatan kemahiran upskilling dengan izin, dan latihan semula di sekeliling bagi meningkatkan keboleh pasaran kerja selaras dengan keperluan industri semasa. Ini pun satu langkah yang sangat penting di mana pekerja ini yang kita reskilling ataupun upskilling ini supaya mereka dapat menemui pasaran semasa ataupun permintaan semasa. Ketiga, penganjuran Karnival Kerjaya Jobcare Selangor dan Mega Jobcare Selangor sebagai platform yang menghimpunkan majikan dan pencari kerja melalui temu duga terbuka, padanan pekerjaan serta khidmat bimbingan kerjaya. Sepanjang tahun 2026, Kerajaan Negeri telah dan akan terus melaksanakan siri Karnival Jobcare di pelbagai daerah termasuk Kuala Langat, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Sepang dan Sabak Bernam di samping menganjurkan Mega Jobcare pada 8 dan 9 Ogos yang akan datang.

Kerajaan Negeri melalui PERKESO menyediakan pelbagai inisiatif kepada individu yang kehilangan pekerjaan bagi membantu mereka kembali memasuki pasaran buruh antaranya faedah bagi skim lindung kerja Akta 800 seperti mana saya cakap sebentar

tadi seperti elaun mencari pekerja, elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan dan pembiayaan yuran latihan kepada individu yang layak. Kedua, kemudahan latihan dan pensijilan profesional melalui program peningkatan kemahiran bagi meningkatkan daya saing pencari kerja dan terakhir khidmat bimbingan kerjaya, semakan resume, latihan temu duga serta padanan pekerja secara berterusan melalui MYFutureJobs dan program-program Jobcare Selangor. Kerajaan Negeri Selangor akan terus memperkukuh kerjasama dengan PERKESO, pihak industri dan agensi berkaitan bagi memastikan lebih ramai pencari kerja berjaya didepankan semula dalam pekerjaan yang berkualiti seterusnya menyokong pembangunan pasaran buruh yang mampan di negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Kota Damansara.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang telah diberikan berdasarkan soalan-soalan yang telah ditanya oleh saya. Memandangkan jawapan yang Berhormat EXCO sebanyak rekodnya 14,000 yang telah hilang pekerjaan manakala daripada 14,000 itu, 4,000 telah dapat pekerjaan semula. Selebihnya sebanyak jumlah 10,000. Jadi, apakah Kerajaan bercadang untuk memastikan jumlah 10,000 ini dapat dikurangkan dalam tempoh beberapa bulan sehingga hujung tahun ini? Ini sebab apa kalau kita tengok antara yang diberikan inisiatif-inisiatif dan usaha yang dibuat oleh pihak Kerajaan ialah untuk pastikan yang mana mereka telah hilang kerja akan masuk secara online dan dipadankan tapi Yang Berhormat ada sebahagian besar mereka yang kehilangan kerja ini yang mereka ialah low skilled. Low skilled ini kebanyakannya mereka mencari kerja melalui interview. Mereka tak mampu untuk masukkan secara online. Jadi, saya ingat jumlah 10,000 ini sebahagian besarnya ialah golongan yang ini. Kalau golongan yang high skilled ini kebanyakannya mereka tahu melalui kenalan, melalui MYFutureJobs dan sebagainya. Dan yang kedua, Karnival Jobcare dan Mega Karnival Jobcare ini adakah portion yang ada ini mereka juga turut menerima pekerja-pekerja daripada OKU? Bukan apa Yang Berhormat sebab apabila kita iklankan ini ramai OKU tanya syarikat mana yang mencadangkan OKU seperti mereka sebab golongan OKU ini ialah golongan yang paling awal yang dibuang kerja ketika bila ada masalah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat bertanyakan soalan tambahan. Saya sebagai EXCO yang bertanggungjawab bagi pekerjaan di Negeri Selangor memang setuju dengan angka yang telah dikemukakan tadi iaitu lebih kurang 10,000 orang masih mencari kerja. Oleh itu, saya di sini mengambil ingin mengucap terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar kita kerana memperuntukkan sebanyak satu wang yang besar kepada saya di mana pada 8 dan 9 Ogos ini kita akan buat satu JobCare, Mega Jobcare di SACC Mall di mana kita menawarkan lebih kurang 10,000 pekerjaan daripada 100 majikan yang ini sangat

penting. Kita ambil inisiatif untuk mendapatkan semula kerja-kerja yang mereka hilang, itu satu. Kemudian, bagi kepada OKU ataupun kurang rentan ini kita mengalu-alukan mereka juga datang untuk karnival ini supaya mengambil bahagian dalam interview ataupun kita dinamakan sebagai on the spot. Kebanyakan syarikat-syarikat saya telah bertemu duga juga mereka apakah peluang-peluang yang boleh offer kepada mereka datang kepada karnival ini? Saya rasa kebanyakan syarikat itu offer untuk on the spot pun ada khususnya kepada warga OKU. Jadi, saya sekali lagi meminta semua Ahli Yang Berhormat untuk menguar-uarkan perkara ini bahawa kita ada buat Jobcare Karnival kerjaya yang besar iaitu mega pada 8 dan 9 Ogos, bulan ini dan pada di SACC Mall supaya ramai boleh datang mengambil bahagian dan dalam program itu juga kita ada beberapa inisiatif. Ada dua inisiatif yang pertamanya ialah kita menawarkan cash RM50.00 melalui kad Touch ‘n Go kepada 10,000 orang. Sorry 1,000 orang pekerja pertama. RM50.00 yang mereka kehilangan pekerjaan. Itu inisiatif Kerajaan Negeri.

Yang kedua adalah RM10.00 kepada mereka juga melalui eWallet kepada 2,200 orang yang awal mengambil bahagian dan dia ada certain kriteria. Dia bukan macam on the spot mereka dapat tapi mereka kena pergi tiga ke empat kaunter untuk interview mengambil bahagian dan sebagainya. Ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan mereka-mereka yang ada kehilangan pekerjaan dan apa mencari kerja tolong datang untuk mengambil bahagian dalam Karnival Mega Jobcare ini. Dan, satu lagi kepada parents ataupun ibu bapa tolong ambil bahagian juga dalam program ini ataupun karnival ini supaya mereka dapat tahu apakah pasaran kerja yang ada pada ini untuk boleh menawarkan kepada anak mereka, kursus dan sebagainya pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Speaker

Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker. Soalan 27.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Program Peerz Di Bawah Inisiatif Selangor Mental Sihat (SEHAT)Questions

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar :-a) Apakah pencapaian Program Kesedaran Kesihatan Mental Remaja (PeerZ) yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dari segi keterlibatan bilangan sekolah, guru dan murid?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Yang Berhormat Balakong dan juga Tuan Speaker. Saya ingin jawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Kampung Tunku, 104. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, soalan ini akan dijawab bersekali dan untuk makluman Yang Berhormat projek rintis Program Kesedaran Mental Remaja ataupun PeerZ telah berjaya dilaksanakan di dua buah sekolah menengah di Petaling Jaya iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama, Damansara 3 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama, Damansara 4. Jadi, seramai 47 murid Pembimbing Rakan Sebaya ataupun PRS yang telah menerima latihan berstruktur melalui dua modul utama iaitu Modul Kesedaran Kesihatan Mental ataupun Mental Health Awareness dan Modul Helping Skill. Jadi, pelaksanaan program ini turut mendapat sokongan daripada guru kaunseling, guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya ataupun PRS, pentadbir sekolah serta rakan strategik daripada institusi pengajian tinggi dan badan profesional yang sama-sama memperkukuh keberkesanan pendekatan yang dilaksanakan. Karnival Kesedaran Kesihatan Mental Remaja telah dianjurkan di sekolah tersebut dengan penglibatan menyeluruh warga sekolah yang bertujuan meningkatkan kefahaman, kesedaran serta penerimaan positif terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan remaja. Jadi, pada masa yang sama pihak Persatuan Kaunseling Malaysia ataupun PERKAMA sedang menyediakan laporan keberkesanan projek rintis program PeerZ yang dijangka siap pada September tahun ini. Laporan tersebut akan menjadi asas kepada penilaian menyeluruh keberkesanan modul rintis seterusnya digunakan untuk mengenal pasti aspek penambahbaikan sebelum program diperluas ke peringkat negeri. Jadi, pendekatan ini memastikan sebarang penambahbaikan dibuat berlandaskan data serta pengalaman sebenar pelaksanaan di sekolah sekali gus menjamin keberkesanan modul apabila dilaksanakan secara lebih meluas. Indikator keberkesanan yang digunakan dalam penilaian modul rintis ini merangkumi tahap pengetahuan dan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan para peserta melalui penilaian pra dan pasca modul. Tahap kemahiran serta keyakinan murid PRS ataupun Pembimbing Rakan Sebaya dalam memberi sokongan awal kepada rakan sebaya serta maklum balas komuniti sekolah terhadap kesesuaian pendekatan PeerZ. Jadi, ini merupakan antara inisiatif utama dalam projek rintis yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan anak muda ataupun pelajar-pelajar di sekolah supaya mereka dapat menghadapi isu sekiranya mempunyai isu buli, isu kesihatan mental dan sebagainya dan mereka boleh mendapatkan bantuan bukan sahaja daripada guru kaunseling malah kita mahu memperkasakan pelajar Pembimbing Rakan Sebaya di dalam sekolah.

Speaker

Yang Berhormat, waktu telah pun sebenarnya menghampiri pukul 11.30 pagi. Jadi, dengan ini saya kira kita berhenti di soalan yang ke 27 ini dan kemudiannya kita sambung ke urusan mesyuarat yang seterusnya.

Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2026Bill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2026.

Speaker

Dengan ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Seri Setia untuk meneruskan penggulungan.

Bismillahhirrahmannirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan, izinkan saya sekali lagi untuk menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih saya kepada kesemua Ahli Dewan telah mengambil bahagian di dalam perbahasan sesi perbahasan semalam dan juga untuk saya menutup ucapan penggulungan saya dengan ringkas. Sebagai negeri yang meraikan kemajmukan dan kerencaman, tentunya ada cabaran-cabaran perundangan yang kita hadapi. Pindaan ini penting untuk pengukuhan pentadbiran atau pengurusan agama dengan menetapkan takrifan yang jelas bahawa Agama Islam yang rasmi di Selangor ini adalah mengikuti Man Haj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pindaan ini juga mengangkat kedudukan Mahkamah Syariah di Selangor di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor berasaskan fasal-fasal seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kita semua dalam dewan yang mulia ini bakal menjadi sebahagian daripada sejarah negeri Selangor kerana pindaan ini. Semoga Allah menerima usaha-usaha baik kita dan semoga usaha kerdil inilah yang menjadi pemberat amalan kita pada hari akhirat nanti, sebagaimana Hadis Nabi diriwayatkan oleh Muslim, ‘Hadis’. Yang Bermaksud ‘Sesiapa Yang Menunjukkan Kepada Suatu Kebaikan, Maka Baginya Pahala Seperti Pahala Orang Yang Melakukannya’.

Kuih Bahulu Tepung Pelita, Rasanya Enak Dikongsi Semua, Detik Bersejarah Di hadapan Kita, Semarakkan Islam Tanggungjawab Bersama.

Saya amat berharap agar Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini dapat memberikan sokongan yang penuh kepada Rang Undang-undang, Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Pindaan 2026 demi memperkukuhkan asas perundangan syariah di dalam negeri Selangor yang kita cintai ini. Sekian penggulungan saya, Wabillahitaufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih, ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan bagi kali yang kedua. Ada pun Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, Bahagian Kedua, Perkara 98, Fasal 5 Memperuntukkan Sesuatu Rang Undang-undang Bagi Membuat Sesuatu Pindaan Terhadap Perlembagaan Tidak Boleh Diluluskan Oleh Dewan Negeri, Melainkan Jika Ianya Disokong pada bacaan kali kedua dan ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan Ahli Dewan Negeri. Oleh yang demikian, bagi mematuhi kehendak tersebut undian sebelah pagi akan dijalankan dan

saya minta Setiausaha Dewan untuk membuat persediaan, dengan itu saya melantik 3 orang penghitung bagi 3 blok yang ada di depan saya. Blok sebelah kanan saya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kinrara. Blok kedua, saya mempersilakan Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan blok ketiga Yang Berhormat Sungai Burong. Sila ke depan, sila bacakan kawasan, panggil nama dan tandakan satu-satu Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan mengundi ya. Sungai Burong, Pelabuhan Klang dan Kinrara. Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, keputusan daripada undian yang telah dibuat sebentar tadi, yang bersetuju dengan Rang Undang-undang ini adalah 52 orang. Tidak ada yang tidak bersetuju pada Rang Undang-undang ini. Jadi, oleh itu lebih suara setuju. Ya, setuju. 52, setuju.

Setiausaha Dewan

Ok. Bacaan kali yang kedua, Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Tuan Speaker saya mohon mencadangkan supaya dewan ini bersidang sebagai jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini, fasal demi fasal.

Speaker

Penyokong?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Speaker, saya menyokong.

Pengerusi

Bentara menurunkan cokmar. Ya. Fasal satu menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Pengerusi

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 3.

Pengerusi

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada dewan sekarang.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Speaker, saya menyokong.

Pengerusi

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi ya.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Speaker

Jadi, dewan bersidang semula. Ya, pencadang?

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca untuk kali yang ketiga. Adapun Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, Bahagian Kedua, Perkara 98, Fasal 5 Memperuntukkan Sesuatu Rang Undang-undang Bagi Membuat Sesuatu Pindaan Kepada Perlembagaan Tidak Boleh Diluluskan Oleh Dewan Negeri, Melainkan Jika Ianya Telah Disokong pada bacaan kali kedua dan kali yang ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan Ahli Dewan Negeri. Oleh yang demikian, bagi mematuhi kehendak tersebut undian sebelah bahagian akan dijalankan dan saya minta Setiausaha Dewan untuk membuat undian, membuat persediaan dan saya terus melantik 3 orang penghitung bagi 3 blok sekali lagi untuk membuat pengundian. Di blok sebelah kanan saya, Yang Berhormat Kinrara. Di Blok kedua, iaitu Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan yang ketiga di sebelah kiri saya Yang Berhormat Sungai Burong. Sila ke depan dan bacakan kawasan, panggil nama dan tandakan satu-satu. (Proses Undi Belah Bahagian Dijalankan)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian berikut adalah keputusan kepada undian yang telah dibuat sebentar tadi. Yang bersetuju pada Rang Undang-undang ini ialah 52, tiada yang tidak bersetuju. Oleh yang demikian lebih suara bersetuju.

Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ketiga, Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2026. Aturan urusan mesyuarat seterusnya Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Rang Undang-undang ini bernama Suatu Enakmen Bagi Mengadakan Peruntukan Mengenai Pentadbiran Kehakiman Syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Speaker

Pencadang.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Ahli-ahli Dewan yang telah menyokong Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor pindaan 2026. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang

Undang-undang bernama Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 atau pun RUU EMS dibacakan kali yang kedua. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang ini dibentangkan bagi mewujudkan suatu kerangka perundangan yang khusus berhubung dengan penubuhan pentadbiran dan pelaksanaan fungsi Kehakiman Syariah di Negeri Selangor. Penggubalan Enakmen yang khusus ini merupakan suatu langkah penting ke arah memperkukuhkan Institusi Kehakiman Syariah selaras dengan perkembangan sistem perundangan semasa serta aspirasi Kerajaan Negeri untuk memastikan Mahkamah Syariah terus berfungsi sebagai sebuah institusi kehakiman yang bebas, berwibawa dan diyakini. Pada masa ini peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah diperuntukkan di bawah bahagian empat Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang merangkumi aspek penubuhan mahkamah bidang kuasa serta pentadbiran Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun, kedudukan Mahkamah Syariah di bawah suatu enakmen yang pada asasnya bersifat pentadbiran agama tidak lagi mencerminkan peranan sebenar Mahkamah Syariah sebagai sebuah institusi kehakiman yang melaksanakan fungsi pengadilan secara bebas dan berasingan daripada fungsi pentadbiran Agama Islam. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa sudah tiba masanya suatu enakmen yang khusus diwujudkan bagi mengasingkan secara jelas fungsi kehakiman daripada fungsi pentadbiran Agama Islam. Pendekatan ini bukan saja selaras dengan prinsip pengasingan kuasanya menjadi asas kepada sistem keadilan moden, malah memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai sebuah badan kehakiman yang mempunyai identiti, fungsi dan bidang kuasa tersendiri. Penggubalan RUU EMS 2026 ini juga merupakan susulan langsung kepada cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang memperuntukkan secara khusus mengenai penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tertinggi Negeri Selangor. Selaras dengan pendekatan tersebut, adalah wajar supaya keseluruhan peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah dipindahkan daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kepada Suatu Enakmen yang khusus bagi mengawal selia organisasi, struktur, bidang kuasa serta pentadbiran institusi Kehakiman Syariah secara lebih komprehensif. Berdasarkan penggubalan enakmen ini, keseluruhan bahagian empat Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu Seksyen 55 hingga Seksyen 77 di cadangkan dimansuhkan dan diperuntukkan semula di bawah Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 dengan pelbagai penambahbaikan yang mengambil kira perkembangan semasa sistem Kehakiman Syariah serta amalan terbaik di beberapa negeri lain. Langkah ini akan memastikan segala peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah dihimpunkan di bawah satu enakmen yang lebih tersusun, komprehensif dan mudah dirujuk. Selain itu, penggubalan RUU ini turut bertujuan memperkasakan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) sebagai institusi yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran keadilan syariah melalui pemberian kuasa

yang lebih jelas berhubung pelaksanaan fungsi kehakiman termasuk kuasa bagi menggubal undang-undang subsidiari berkaitan tatacara dan prosiding Mahkamah Syariah. Pendekatan ini adalah selaras dengan perkembangan sistem Kehakiman Negara yang memberi penekanan kepada kebebasan institusi kehakiman dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. Dari sudut dasar penggubalan RUU EMS 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan Institusi Kehakiman Syariah agar sentiasa kekal, relevan, berkesan dan mampu memenuhi keperluan masyarakat Islam. Pada masa yang sama, ia akan meletakkan sistem Kehakiman Syariah Negeri Selangor pada kedudukan yang lebih mantap, berwibawa dan setanding dengan perkembangan institusi kehakiman moden tanpa menjejaskan prinsip-prinsip hukum syarak yang menjadi asas kepada pentadbiran keadilan syariah. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 ini bukanlah disediakan dalam tempoh yang singkat atau berdasarkan keperluan semasa semata-mata. Sebaliknya ia merupakan hasil penelitian yang dilaksanakan secara berperingkat selama lebih satu dekad melalui pelbagai siri perbincangan, dasar persidangan, teknikal, bengkel penyediaan, draf serta sesi libat urus secara melibatkan agensi-agensi berkaitan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Di peringkat Kebangsaan usaha memperkukuhkan struktur institusi Kehakiman Syariah telah bermula apabila JKSM mengemukakan cadangan kewujudan satu lagi peringkat mahkamah dalam hierarki Mahkamah Syariah Negeri-negeri. Cadangan tersebut telah mendapat persetujuan jemaah menteri pada tahun 2009 dan seterusnya dibincangkan dalam beberapa mesyuarat khas yang melibatkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, wakil Persatuan Peguam Syarie Malaysia serta ahli-ahli Akademik dalam bidang perundangan. Hasil daripada siri perbincangan tersebut terdapat persetujuan bahawa struktur kehakiman Syariah Negeri-negeri perlu diperkasakan melalui penambahbaikan hierarki mahkamah dan pengukuhan kerangka perundangan yang mengawal selia institusi Kehakiman Syariah. Di peringkat Negeri Selangor pula, cadangan memperkukuhkan struktur Mahkamah Syariah telah dibincangkan oleh pihak MAIS dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) sejak tahun 2015 melalui pembentangan cadangan penstrukturan semula Mahkamah Syariah. Susulan itu, beberapa siri perbincangan dan libat urus telah diteruskan oleh pihak JAKESS antaranya Persidangan meja bulat pada 1 Oktober 2021 yang melibatkan anggota MAIS, Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Hakim-hakim Syarie, Pegawai-pegawai Kanan JAKESS, wakil Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan Kedah, Ahli Akademik serta Pegawai-pegawai Syariah. Persidangan tersebut telah mencapai persetujuan bahawa terdapat keperluan untuk menubuhkan Mahkamah Syariah Empat Peringkat di Negeri Selangor melalui penggubalan suatu

Enakmen Mahkamah Syariah yang khusus. Selanjutnya cadangan tersebut telah dipertimbangkan oleh pihak MAIS yang telah memberikan kelulusan dasar terhadap penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 serta cadangan memasukkan peruntukkan berkaitan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Cadangan ini kemudiannya turut diperkenankan secara dasar oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tahun 2023 sebagai asas kepada pelaksanaan reformasi struktur institusi Kehakiman Syariah di Negeri Selangor. Bagi memastikan setiap cadangan diperhalus dengan sewajarnya, beberapa siri bengkel penyediaan dan pengharmonian telah diadakan sepanjang tahun 2025 yang melibatkan pihak JAKESS dan MAIS. Draf Rang Undang-undang ini kemudiannya telah dimuktamadkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Undang-undang MAIS sebelum dibentangkan dan diluluskan oleh Mesyuarat MAIS pada 20 Januari 2026. Cadangan penggubalan EMS ini juga telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 19 Mac 2026. Proses penelitian yang menyeluruh ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap cadangan yang dikemukakan adalah berasaskan penelitian perundangan yang komprehensif dan mengambil kira amalan terbaik negeri-negeri lain serta memenuhi keperluan sebenar sistem kehakiman di Negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penggubalan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 ini adalah berasaskan beberapa pertimbangan dasar dan keperluan perundangan yang telah dikenal pasti melalui penelitian yang menyeluruh terhadap kedudukan struktur dan keperluan semasa institusi Kehakiman Syariah di Negeri Selangor. Rang Undang-undang ini bukan sekadar melibatkan pemindahan atau penyusunan semula peruntukan undang-undang sedia ada sebaliknya penggubalan ini merupakan suatu reformasi institusi yang paling penting dalam mengusahakan sistem syariah yang lebih jelas kedudukannya, lebih tersusun kerangkanya, lebih kukuh tadbir urusnya dan lebih berupaya memenuhi tuntutan pentadbiran keadilan pada masa kini serta pada masa hadapan. Secara khususnya Rang Undang-undang ini digubal bagi mencapai dan memberikan impak secara strategik seperti yang berikut. Pertama Rang Undang-undang ini bertujuan menjelaskan pengasingan fungsi kehakiman daripada fungsi pentadbiran Agama Islam. Pada masa ini diperuntukkan berkaitan Mahkamah Syariah masih diperuntukkan di bawah Enakmen Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu suatu enakmen yang pada asasnya mengawal selia pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Selangor. Keadaan ini menyebabkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai sebuah institusi kehakiman tidak dizahirkan secara jelas dan tersendiri dari sudut perundangan. Justeru melalui penggubalan suatu enakmen yang khusus fungsi kehakiman syariah dapat dipisahkan dengan lebih jelas daripada fungsi pentadbiran Agama Islam. Pengasingan ini bukan sekadar bersifat pentadbiran atau teknikal tetapi mencerminkan pengiktirafan terhadap Mahkamah Syariah sebagai sebuah institusi

kehakiman yang mempunyai identiti, fungsi dan kerangka perundangannya yang tersendiri. Langkah ini akan memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai sebuah institusi kehakiman yang mandiri, berwibawa dan dihormati. Dalam jangka panjang pengasingan fungsi yang lebih jelas ini akan meningkatkan integriti institusi, mengelakkan kekeliruan antara fungsi pentadbiran dengan fungsi penghakiman serta memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap kebebasan dan kewibawaan sistem kehakiman syariah. Kedua, Rang Undang-undang ini bertujuan mewujudkan suatu enakmen yang khusus bagi mengawal selia penubuhan struktur bidang kuasa dan pentadbiran Mahkamah Syariah di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, keseluruhan Bahagian Empat Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang mengandungi peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah dicadangkan untuk dimansuhkan dan diperuntukkan semula di bawah Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 dengan beberapa penambahbaikan yang bersesuaian. Langkah ini akan memastikan segala peruntukan berkaitan institusi Kehakiman Syariah dihimpunkan dalam satu kerangka perundangan yang lebih komprehensif tersusun dan mudah dirujuk. Penyelarasan ini juga akan mengelakkan pertindihan atau percanggahan antara peruntukan undang-undang serta memberikan kejelasan yang lebih baik kepada hakim, pegawai mahkamah, pengamal undang-undang dan masyarakat. Lebih penting kewujudan enakmen yang khusus ini akan menyediakan suatu akses perundangan yang lebih kukuh dan mampan bagi pembangunan institusi kehakiman syariah. Ia membolehkan sebarang penambahbaikan terhadap struktur dan pentadbiran Mahkamah Syariah pada masa hadapan dilaksanakan secara lebih terancang tanpa bercampur dengan peruntukan yang berkaitan pentadbiran Agama Islam secara umum. Ketiga, Rang Undang-undang ini bertujuan memperkukuhkan struktur institusi Kehakiman Syariah melalui perwujudan Mahkamah Utama Syariah sebagai Mahkamah Tertinggi dalam hierarki Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Pewujudan Mahkamah Utama Syariah akan melengkapkan struktur Empat Peringkat Mahkamah Syariah yang terdiri dari Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah. Penambahbaikan ini akan melengkapkan mekanisme rayuan sedia ada di samping membolehkan isu-isu yang melibatkan prinsip undang-undang persoalan perundangan yang penting serta ketidakselarasan dalam keputusan mahkamah diputuskan secara muktamad melalui suatu sistem rayuan yang lebih teratur dan komprehensif. Keperluan untuk memperkukuhkan struktur Mahkamah Syariah ini turut disokong oleh pengendalian kes-kes di Negeri Selangor. Bagi tempoh 2022 sehingga Jun 2026 sebanyak 134,458 kes telah didaftarkan di semua peringkat Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut 116,141 kes didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah. 17,635 kes di Mahkamah Tinggi Syariah dan 682 kes di Mahkamah Rayuan Syariah. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah Negeri Selangor mengendalikan jumlah pendaftaran kes syariah yang tinggi dan semakin bertambah.

Seiring dengan perkembangan tersebut, struktur institusi kehakiman dan rayuan juga perlu diperkasakan bagi memastikan penyampaian keadilan terus dilaksanakan secara cekap, konsisten dan berkesan. Penubuhan Mahkamah Syariah bukan sekadar menambah satu lagi peringkat mahkamah sebaliknya ia merupakan suatu keperluan institusi bagi melengkapkan hierarki Kehakiman Syariah Negeri Selangor agar setanding dengan perkembangan sistem kehakiman moden. Mahkamah ini akan memberikan ruang semakan dan rayuan yang lebih menyeluruh terhadap isu-isu yang melibatkan prinsip undang-undang sekali gus memperkukuhkan jaminan keadilan kepada pihak-pihak dalam sesuatu kes. Mekanisme rayuan yang lebih mantap akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat bahawa setiap keputusan kehakiman tertakluk kepada proses penelitian yang teratur, telus dan adil. Pada masa yang sama Mahkamah Utama Syariah akan mengurangkan risiko ketidakselarasan dalam keputusan mahkamah serta memastikan prinsip-prinsip undang-undang syariah berkembang secara lebih konsisten dan autoritatif. Keempat, Rang Undang-undang ini bertujuan memperkukuhkan kebebasan institusi kehakiman syariah melalui peruntukan perundangan yang lebih jelas berkaitan pelantikan Hakim-hakim Syarie, keselamatan jawatan, perlindungan undang-undang dan pelaksanaan fungsi kehakiman. Penambahbaikan ini penting bagi memastikan Mahkamah Syariah dapat melaksanakan tanggungjawabnya secara bebas, profesional tanpa sebarang campur tangan yang tidak sewajarnya. Kebebasan kehakiman bukanlah suatu keistimewaan kepada Hakim, sebaliknya merupakan suatu jaminan kepada rakyat bahawa setiap pertikaian akan diputuskan berdasarkan undang-undang, fakta dan prinsip keadilan. Rang Undang-undang ini juga turut menyediakan mekanisme yang lebih tersusun berhubung pelantikan Hakim-hakim Syarie. Pematuhan kepada kod etika, perlindungan dalam pelaksanaan fungsi kehakiman serta pengurusan pentadbiran institusi kehakiman. Impaknya institusi Kehakiman Syariah akan diperkukuhkan melalui tadbir urus yang lebih telus, berintegriti dan berakauntabiliti. Pada masa yang sama profesionalism hakim-hakim syarie dan pegawai kehakiman dapat terus dipertingkatkan sekali gus menjamin penyampaian keadilan yang lebih konsisten, adil dan diyakini. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kelima Rang Undang-undang Enakmen ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan keseragaman dan perkembangan undang-undang syariah. Kewujudan Mahkamah Utama Syariah bukan sahaja melengkapkan struktur institusi kehakiman syariah malah dijangka menjadi pemangkin kepada keseragaman dan perkembangan undang-undang syariah di Negeri Selangor. Sebagai Mahkamah Tertinggi dalam haraiki Mahkamah Syariah Negeri, keputusan-keputusan Mahkamah Utama Syariah akan menjadi panduan penting dalam membentuk memperjelaskan dan menyeragamkan prinsip-prinsip undang-undang syariah. Dalam jangka panjang, perkembangan ini akan

meningkatkan kepastian undang-undang atau pun legal certainty dengan izin mengurangkan percanggahan dalam keputusan mahkamah serta menyediakan panduan yang lebih jelas kepada hakim-hakim syarie, pengamal undang-undang dan semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran keadilan syariah. Lebih penting lagi keputusan-keputusan mahkamah utama syariah akan menyumbang kepada pembentukan prinsip undang-undang yang lebih konsisten, meningkatkan kualiti alasan penghakiman serta memperkukuhkan kewibawaan mahkamah syariah sebagai institusi kehakiman tertinggi di negeri Selangor. Keenam, Rang Undang-undang Enakmen ini bertujuan memperkukuhkan pelaksanaan perkara 121(2A) Perlembagaan Persekutuan dengan memperjelaskan kedudukan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui suatu kerangka perundangan yang lebih tersusun dan komprehensif. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan Mahkamah Syariah dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya oleh Undang-undang. Sehubungan dengan itu, adalah penting supaya Undang-undang Negeri memperuntukkan dengan jelas struktur, fungsi dan bidang kuasa institusi kehakiman syariah. Saya perluaskan lagi asas perundangan ini dengan memetik jadual ke-9 senarai 2, 5 ke 6 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dan saya minta izin Dewan yang mulia ini dengan membacanya dalam Bahasa Inggeris kerana saya rasa Bahasa Inggeris memberikan makna yang lebih jelas. The constitution organization and presidial of syariah cods which shall have jurist diction only over person profession the religion of Islam and every respect only of any of the method included in paragraphs but shall not have jurist diction in respect of dispenses except in so far as Confed by the federal law. Terjemahannya keanggotaan susunan dan tatacara mahkamah syariah yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan. Kejelasan ini akan membantu mengurangkan kekeliruan dan pertikaian berkaitan sempadan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil. Pada masa yang sama ia akan memperkukuhkan keharmonian antara kedua-dua sistem kehakiman dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan tanpa memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah melampaui batas yang telah ditetapkan. Impaknya Mahkamah Syariah akan dapat melaksanakan fungsi kehakimannya dengan lebih berkesan dalam meluang lingkup bidang kuasa yang sah, jelas dan diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan serta Undang-undang Negeri. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada akhirnya kekuatan sesebuah institusi kehakiman bukan sahaja diukur melalui struktur dan peruntukan undang-undangnya tetapi juga melalui tahap keyakinan masyarakat terhadap keadilan yang disampaikannya. Melalui sistem perundangan dan kehakiman syariah yang lebih jelas, proses pelantikan hakim syarie yang lebih

tersusun, perlindungan kebebasan kehakiman, hierarki rayuan syariah yang lebih lengkap serta tadbir urus yang lebih berintegriti, rang undang-undang ini dijangka dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keupayaan mahkamah syariah untuk melaksanakan keadilan secara adil, mandiri, profesional dan berkesan. Penggubalan ini juga merupakan suatu pelaburan institusi untuk jangka panjang. Ia bukan hanya disediakan bagi memenuhi keperluan semasa tetapi bagi mewariskan kepada generasi akan datang sebuah institusi kehakiman syariah yang lebih kukuh, tersusun, dihormati dan berdaya tahan dalam menghadapi perkembangan undang-undang serta perubahan keperluan masyarakat. Justeru Kerajaan Negeri berpandangan bahawa Penggubalan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 merupakan suatu pembaharuan institusi yang signifikan dan bersejarah dalam usaha memperkukuhkan sistem kehakiman syariah di Negeri Selangor. Rang Undang-undang Enakmen ini bukan sekadar memindahkan peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah daripada suatu enakmen kepada enakmen yang lain. Sebaliknya ia membentuk suatu landskap baharu institusi kehakiman syariah yang lebih jelas kedudukannya, lebih kukuh asas perundangannya, lebih mantap struktur rayuannya dan lebih tinggi tahap tadbir urusnya. Kerajaan Negeri yakin bahawa reformasi ini akan memperkukuhkan kewibawaan Mahkamah Syariah, meningkatkan keyakinan rakyat terhadap penyampaian keadilan serta meletakkan Negeri Selangor sebagai antara negeri yang menerajui pemodenan dan pembangunan institusi kehakiman syariah di Malaysia. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya menjelaskan secara terperinci kandungan RUU EMS ini yang mengandungi 66 Fasal dan 2 Jadual seperti mana berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa enakmen yang dicadangkan. Fasal 2 menemui tafsiran bagi perkataan-perkataan yang tertentu yang digunakan dalam enakmen yang dicadangkan. Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kecualian prerogatif iaitu tiada apa-apa jua yang terkandung dalam enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa prerogatif Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di dalam Negeri Selangor. Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai bidang kuasa mahkamah syariah, Fasal 5 bertujuan untuk menjelaskan penetapan Ibu Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Syariah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan menetapkan hak bidang kuasa tempatan atau pun Bahasa Inggerisnya dengan izin, local limits of jourist dictions bagi Mahkamah Syariah. Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai materai bagi setiap mahkamah syariah daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Syarie dan diwartakan bagi tujuan penggunaan dalam dokumen-dokumen kehakiman tertentu mengikut arahan Ketua Hakim Syarie. Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kedudukan atau pun hairaki setiap Hakim Syarie mengikut keutamaan. Fasal 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan dan keanggotaan jawatankuasa pelantikan hakim syarie. Fasal

8 juga memperuntukkan peruntukan sementara bagi membolehkan jawatankuasa pelantikan hakim syarie menjalankan mesyuarat pada peringkat permulaan pelaksanaan enakmen yang dicadangkan untuk mempertimbangkan pelantikan hakim syarie mahkamah utama syariah. Fasal 9 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai fungsi dan kuasa jawatankuasa pelantikan hakim syarie. Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai perjalanan sementara fungsi pengerusi jawatankuasa pelantikan hakim syarie. Fasal 11 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk membatalkan pelantikan dan peletakan jawatan anggota Jawatankuasa Pelantikan Hakim Syarie yang dilantik di bawah perenggan 8(1C dan E) atas budi bicaranya sendiri. Fasal 12 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai menetapkan keadaan-keadaan yang menyebabkan berlakunya pengosongan anggota jawatankuasa pelantikan hakim syarie yang dilantik di bawah perenggan 8(1C dan E). Fasal 13 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai mesyuarat jawatankuasa pelantikan hakim syarie. Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kehilangan kelayakan daripada menghadiri atau mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan Hakim Syarie. Fasal 15 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai jawatankuasa pelantikan Hakim Syarie yang diberi kuasa untuk membuat kaedah-kaedah bagi maksud melaksanakan atau menguatkuasakan fungsi peruntukan bahagian ini. Fasal 16 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi membolehkan majlis untuk menetapkan kadar kemudahan dan elaun yang sewajarnya kepada anggota jawatankuasa pelantikan hakim syarie yang dilantik di bawah enakmen ini. Fasal 17 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk menetapkan suatu kod etika yang terpakai kepada semua hakim syarie atas syor jawatankuasa pelantikan hakim syarie. Fasal 18 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kelayakan umum sebagai hakim syarie yang perlu berpegang kepada pegangan dan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah. Fasal 19 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pelantikan ketua hakim syarie. Fasal 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai syarat kelayakan pelantikan seseorang sebagai hakim syarie mahkamah utama syariah. Fasal 21 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai syarat kelayakan pelantikan seseorang sebagai pengerusi mahkamah rayuan syariah dan hakim syarie mahkamah rayuan syariah. Fasal 22 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai syarat kelayakan pelantikan seseorang sebagai hakim syarie mahkamah tinggi syariah. Fasal 23 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan keperluan sumpah jawatan bagi hakim syarie mahkamah utama syariah, hakim syarie mahkamah rayuan syariah dan hakim syarie mahkamah tinggi syariah sebelum menjalankan fungsi rasmi. Fasal 24 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pembatalan pelantikan Ketua Hakim Syarie, Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Syarie Mahkamah Utama Syariah, Hakim Syarie Mahkamah Rayuan

Syariah atau Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah. Fasal 25 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai syarat kelayakan pelantikan seseorang sebagai Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah. Fasal 26 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pembatalan pelantikan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah. Fasal 27 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai hak pendengaran yang hendaklah diberikan kepada Hakim Syarie sebelum apa-apa pembatalan pelantikan dibuat selaras dengan prinsip tadbir urus yang adil. Fasal 28 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pendaftar-pendaftar Mahkamah Syariah. Fasal 29 bertujuan untuk menjelaskan kuasa Ketua Hakim Syarie dalam melantik pegawai yang sesuai bagi melaksanakan fungsi believe demi memastikan penguatkuasaan perintah dan kelancaran pentadbiran Mahkamah Syariah. Fasal 30 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam perkara jenayah dan mild yang melibatkan orang Islam di Negeri Selangor. Fasal 31 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah yang merangkumi kuasa Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendengar rayuan terhadap keputusan kes jenayah dan mild yang diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah dalam bidang kuasanya. Fasal 32 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah. Fasal 33 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pewarisan. Fasal 34 bertujuan untuk memberi kuasa pengawasan dan penyemakan kepada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap perjalanan proses keadilan di Mahkamah Rendah Syariah apabila wujud keperluan dan demi kepentingan keadilan tertakluk kepada tatacara yang ditetapkan. Fasal 35 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah dalam pendengaran kes-kes jenayah dan mild di negeri Selangor. Fasal 36 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah dan menetapkan bahawa tiada rayuan boleh dibuat bagi kes-kes yang diputuskan dengan persetujuan bersama. Fasal 37 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai keterangan tambahan. Fasal 38 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah. Fasal 39, bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah. Fasal 40 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah. Fasal 41 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah dibuat berdasarkan pendapat majoriti hakim yang terlibat dalam prosiding bagi mengukuhkan prinsip keadilan secara kolektif. Fasal 42 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai persidangan Mahkamah Rayuan Syariah. Fasal 43 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai penerusan prosiding di Mahkamah Syariah walaupun Hakim Syarie tiada. Fasal 44, bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai bidang kuasa Mahkamah Utama Syariah. Fasal 45 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai keterangan tambahan. Fasal 46 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai permohonan kebenaran

merayu ke Mahkamah Utama Syariah. Fasal 47 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Utama Syariah. Fasal 48 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan Mahkamah Utama Syariah. Fasal 49 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai keputusan Mahkamah Utama Syariah hendaklah dibuat berdasarkan pendapat majoriti Hakim Syarie yang mendengar dan menimbang sesuatu rayuan. Fasal 50 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai persidangan Mahkamah Utama Syariah. Fasal 51 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai penerusan prosiding di Mahkamah Utama Syariah walaupun Hakim Syarie tiada. Fasal 52 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kuasa sedia ada Mahkamah Syariah untuk mendengar apa-apa permohonan atau membuat apa-apa perintah sebagai mana yang perlu. Fasal 53 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai perjalanan kuasa oleh Hakim Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Fasal 54 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai perjalanan kuasa semasa ketidakupayaan atau ketiadaan Ketua Hakim Syarie. Fasal 55 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai tiada penyemakan atas kehendak pihak yang boleh membuat rayuan. Fasal 56 bertujuan untuk menjelaskan prinsip keterbukaan prosiding Mahkamah Syariah sebagai amalan umum tertakluk kepada kuasa mahkamah untuk mengadakan perbicaraan tertutup apabila perlu demi kepentingan keadilan keselamatan kesejahteraan awam atau kesusilaan. Fasal 57 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pendengaran melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Fasal 58 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai perjalanan prosiding di tempat lain. Fasal 59 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai penggunaan perkhidmatan elektronik dalam pengendalian urusan mahkamah termasuk penerimaan, pemfailan, penyampaian, penyimpanan dokumen dan pembayaran tertentu. Fasal 60 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai penggunaan bahasa dalam Mahkamah Syariah. Fasal 61 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai tindakan bersaling. Fasal 62 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai perlindungan Hakim Syarie dan Pegawai Mahkamah yang lain. Fasal 63 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah. Fasal 64 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kemudahan dan elaun Hakim Syarie. Fasal 65 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai arahan Ketua Hakim Syarie dan Fasal ke 66 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kecualian dan peralihan.

Manakala jadual pertama pula memperuntukkan bentuk skrip Bahasa Arab bagi perkataan dan ungkapan tertentu di dalam enakmen yang dicadangkan dan jadual kedua pula memperuntukkan bentuk Sumpah Jawatan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 ini akan memberi kesan langsung terhadap keperluan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 khususnya melalui pemansuhan Bahagian 4 berkaitan Mahkamah Syariah. Pindaan ini adalah

selaras dengan penstrukturan semula Institusi Kehakiman Syariah dan pengasingan fungsi kehakiman daripada pentadbiran agama Islam bagi memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai sebuah institusi kehakiman yang mandiri, berwibawa dan berintegriti. Penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 ini memerlukan semakan dan penyelarasan terhadap enakmen-enakmen lain yang mempunyai rujukan secara langsung atau tidak langsung kepada Mahkamah Syariah termasuk Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor 2003 serta enakmen-enakmen lain yang berkaitan. Penyelarasan ini penting bagi memastikan rujukan pada struktur Mahkamah Syariah, hierarki mahkamah, bidang kuasa, Jawatankuasa Kehakiman dan Tatacara Pelantikan adalah konsisten serta selaras dengan peruntukan baharu yang diperuntukkan di bawah Enakmen baharu ini.

Di samping itu, penggubalan Enakmen ini turut mengujudkan suatu kerangka perundangan yang khusus bagi institusi kehakiman syariah di Negeri Selangor. Dengan adanya enakmen yang berdiri sendiri sebarang penambahbaikan terhadap struktur organisasi pentadbiran kehakiman pelantikan Hakim Syarie dan tatacara pengurusan Mahkamah Syariah pada masa hadapan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur tanpa menjejaskan kerangka pentadbiran agama Islam di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Pelaksanaan Undang-undang Negeri Selangor 2026 ini akan memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri. Berikutan penubuhan Mahkamah Utama Syariah sebagai satu lagi peringkat dalam hierarki di Mahkamah Syariah Negeri Selangor serta penstrukturan semula organisasi JAKESS bagi menyokong pelaksanaan fungsi kehakiman yang dicadangkan.

Antara implikasi kewangan yang telah dikenal pasti termasuklah keperluan kewujudan jawatan baru bagi Hakim Mahkamah Utama Syariah, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Pegawai Penyelidik serta kakitangan sokongan, pemberian elaun kepada Panel-panel Hakim Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik secara berelaun, penyediaan kemudahan fizikal termasuk sebuah dewan khas bagi Persidangan Mahkamah Rayuan Syariah, serta keperluan menaik taraf beberapa skim perjawatan sedia ada selaras dengan peningkatan fungsi dan tanggungjawab institusi kehakiman syariah. Walau bagaimanapun, implikasi kewangan tersebut tidak akan berkuat kuasa secara automatik penggubalan enakmen ini. Sebarang pewujudan jawatan baru, menaiktarafkan gred jawatan penyediaan kemudahan fizikal atau pembayaran elaun akan dilaksanakan secara berperingkat dan tertakluk kepada pertimbangan kelulusan serta penyediaan peruntukan oleh Kerajaan Negeri mengikut keutamaan pentadbiran dan tatacara kewangan yang berkuat kuasa.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini izinkan saya menegaskan bahawa penggubalan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah 2026 merupakan satu pembaharuan institusi yang

signifikan dalam usaha memperkukuhkan Sistem Kehakiman Syariah di Negeri Selangor. Rang Undang-undang ini merupakan sebahagian daripada agenda berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan Institusi Kehakiman Syariah mempunyai kerangka perundangan yang lebih tersusun, komprehensif serta selaras dengan perkembangan semasa. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Rang Undang-undang ini bukan bertujuan mewujudkan suatu sistem kehakiman baharu atau pun memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah melebihi had yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa sebaliknya Rang Undang-undang ini memperkemaskan struktur perundangan sedia ada dengan menghimpunkan keseluruhan peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah di bawah suatu enakmen yang khusus serta memperkukuhkan organisasi Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Selangor. Penggubalan Enakmen ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan kebebasan institusi kehakiman syariah melalui penyediaan suatu kerangka undang-undang yang jelas berhubung dengan struktur mahkamah, pelantikan Hakim-hakim Syarie, pentadbiran mahkamah, sistem rayuan serta pelaksanaan fungsi kehakiman secara bebas, profesional dan berintegriti. Penubuhan Mahkamah Utama Syariah sebagai mahkamah tertinggi dalam hierarki Mahkamah Syariah Selangor pula akan memperkukuhkan mekanisme rayuan dan mewujudkan keseragaman dalam perkembangan prinsip-prinsip Undang-undang Syariah.

Langkah ini dijangka dapat meningkatkan kualiti penghakiman, memperkukuhkan kepastian undang-undang serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem kehakiman syariah. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri berpandangan bahawa sebuah institusi kehakiman yang kukuh hendaklah disokong oleh struktur organisasi tadbir urus dan kerangka perundangan yang mantap. Justeru, Rang Undang-undang ini merupakan pelengkap kepada usaha untuk memperkasakan institusi kehakiman secara menyeluruh tanpa menjejaskan prinsip-prinsip hukum syarak, kedaulatan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri yakin bahawa penggubalan Enakmen ini akan meletakkan negeri Selangor sebagai antara negeri yang mempunyai kerangka institusi kehakiman syariah yang lengkap, moden dan progresif di Malaysia serta menjadi asas kepada pembangunan sistem kehakiman syariah yang lebih berkesan, berwibawa dan yakini pada masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sejarah membuktikan bahawa institusi kehakiman yang kukuh tidak hanya dibina hanya melalui penambahan bilangan mahkamah atau jawatan tetapi melalui keberanian untuk melaksanakan reformasi institusi apabila keperluannya telah dikenal pasti. Rang Undang-undang ini merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan Mahkamah Syariah negeri Selangor terus berkembang sebagai sebuah institusi kehakiman yang bebas, berintegriti, diyakini dan mampu memenuhi tuntutan keadilan pada masa kini serta pada masa hadapan.

Sebagai penutup Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 ini bukan sekadar melibatkan penyusunan semula peruntukan undang-undang sedia ada ataupun penstrukturan semula organisasi Mahkamah Syariah sebaliknya Rang undang-undang ini merupakan suatu pembaharuan institusi yang signifikan bagi memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai sebuah institusi kehakiman yang bebas, berwibawa, berintegriti dan diyakini. Melalui penggubalan Enakmen ini Kerajaan Negeri menyediakan satu kerangka perundangan yang lebih jelas, tersusun dan mampan bagi memastikan sistem kehakiman syariah di Negeri Selangor terus berkembang secara profesional, responsif dan berdaya tahan dalam menghadapi keperluan semasa serta cabaran masa hadapan.

Kerajaan Negeri berpandangan bahawa institusi kehakiman yang kukuh merupakan asas utama kepada pentadbiran agama Islam yang berkesan serta kedaulatan undang-undang. Oleh yang demikian, pengukuhan Mahkamah Syariah melalui Rang Undang-udang ini tidak seharusnya dilihat sebagai suatu perubahan struktur semata-mata tetapi sebagai suatu pelaburan strategik terhadap pembangunan institusi kehakiman syariah yang akan memberi manfaat kepada generasi masa kini dan akan datang. Institusi yang mantap akan melahirkan sistem penyampaian keadilan yang berlebih berkualiti, konsisten dan diyakini memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap Mahkamah Syariah serta terus memartabatkan kedaulatan Undang-undang Syariah di Negeri Selangor ini. Besarlah harapan Kerajaan Negeri agar Rang Undang-undang ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sokongan tersebut bukan sahaja akan memperkukuhkan Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Selangor, malah mencerminkan iltizam bersama kita untuk membina sebuah sistem penyampaian keadilan syariah yang lebih mantap, moden dan berwibawa demi kepentingan umat Islam serta kemajuan Negeri Selangor yang kita sama-sama kasihi dan cintai ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik Wal Hidayah, Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih yang Berhormat EXCO Agama Islam. Ada yang menyokong?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang berhormat. Cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Pelabuhan Kelang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Bismillahirahmannirahim dan Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Kita Selangor Maju Bersama. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu Pelabuhan Kelang ingin merakam setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana memberikan ruang dan peluang kepada Pelabuhan Klang untuk

mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor Tahun 2026. Pelabuhan Kelang sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO Seri Setia atas pembentangan Rang Undang-undang ini yang pada hemat Pelabuhan Klang satu langkah yang penting dalam usaha untuk memperkukuhkan Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Selangor melalui pewujudan satu enakmen yang khusus berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah merupakan institusi yang memainkan peranan yang penting dalam Sistem Perundangan Negeri Selangor khususnya dalam mengadili perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasanya menurut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negeri Selangor. Justeru itu seiring dengan perkembangan keperluan semasa institusi ini amat memerlukan satu kerangka perundangan yang tersusun, komprehensif dan mampu menjadi asas kepada Pentadbiran Kehakiman Syariah yang lebih teratur. Pada pandangan Pelabuhan Klang saya yakin inilah tujuan utama Rang Undang-undang yang dibentangkan pada hari ini iaitu mewujudkan satu enakmen yang khusus bagi Mahkamah Syariah di Negeri Selangor sekali gus memperkukuhkan struktur, fungsi dan pentadbiran institusi tersebut. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa usaha memperkukuhkan Institusi Kehakiman Syariah ini perlu sentiasa dilaksanakan secara berperingkat dan berlandaskan lunas undang-undang. Hal ini penting bagi memastikan Mahkamah Syariah akan terus berfungsi sebagai sebuah institusi kehakiman yang diyakini, berwibawa serta mampu memenuhi tuntutan keadilan kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor. Atas sebab itu Pelabuhan Klang mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengemukakan beberapa pandangan terhadap Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 berdasarkan objektif dan peruntukan-peruntukan utama seperti yang telah dicadangkan melalui Rang Undang-undang ini seperti yang dibentangkan oleh Yang Berhormat EXCO Seri Setia. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa perkembangan sesebuah institusi kehakiman perlu disokong oleh suatu kerangka perundangan yang lengkap jelas dan tersusun seiring dengan perkembangan perundangan serta keperluan semasa adalah wajar Mahkamah Syariah mempunyai sebuah enakmen yang akan memberi tumpuan secara khusus kepada struktur pentadbiran dan pelaksanaan fungsinya sebagai sebuah institusi kehakiman. Pada pandangan Pelabuhan Klang pendekatan yang diambil melalui Rang Undang-undang ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan Institusi Mahkamah Syariah melalui satu instrumen perundangan yang lebih tersusun dengan adanya sebuah enakmen yang khusus perkara-perkara berkaitan Mahkamah Syariah akan dapat disusun di bawah satu kerangka perundangan yang lebih sistematik sekali gus memudahkan pelaksanaan fungsi serta pentadbiran institusi tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang melihat bahawa pewujudan enakmen ini juga mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan Institusi Kehakiman Syariah dilaksanakan secara terancang dan berlandaskan undang-undang. Sesebuah institusi yang mempunyai peranan penting dalam sistem keadilan memerlukan asas perundangan yang mampu menjadi rujukan

kepada pentadbiran serta pelaksanaan tanggungjawabnya. Justeru itu pewujudan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 merupakan satu langkah yang tepat ke arah memperkukuhkan lagi Institusi Mahkamah Syariah melalui sebuah enakmen yang telah dirangka khusus bagi memenuhi keperluan dan perkembangan institusi tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh satu lagi perkara penting yang diberikan perhatian melalui Rang Undang-undang ini iaitu berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Rang Undang-undang ini memperuntukkan bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah hendaklah dilaksanakan selaras dengan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan serta Peruntukan Undang-undang Yang Berkuat kuasa. Pada pandangan Pelabuhan Klang bidang kuasa merupakan tunjang kepada sesebuah institusi kehakiman, sesebuah mahkamah hanya dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan apabila bidang kuasanya diperuntukkan secara jelas melalui undang-undang. Oleh itu penjelasan mengenai bidang kuasa mahkamah syariah dalam Rang Undang-undang ini merupakan satu langkah yang penting bagi memastikan setiap fungsi kehakiman dilaksanakan mengikut had dan kuasa yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa penetapan bidang kuasa yang jelas akan membantu mengukuhkan kelancaran pentadbiran keadilan. Apabila sempadan bidang kuasa diperuntukkan dengan nyata setiap prosiding dapat dikendalikan dengan lebih teratur sekali gus meningkatkan keyakinan pihak-pihak yang berurusan dengan Mahkamah Syariah terhadap proses kehakiman yang akan dilaksanakan. Perkara ini amat penting kerana keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan malah hendaklah dilihat, dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang jelas dan konsisten. Justeru itu Pelabuhan Klang melihat bahawa pendekatan yang diambil melalui Rang Undang-undang ini bukan sekadar memperincikan bidang kuasa Mahkamah Syariah bahkan turut memperkukuhkan pelaksanaan fungsi kehakiman syariah supaya sentiasa berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang bertulis yang berkuat kuasa. Pendekatan ini akan menyumbang kepada pentadbiran keadilan yang lebih teratur, berwibawa dan diyakini oleh masyarakat. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh satu lagi aspek penting yang diberikan perhatian melalui Rang Undang-undang ini iaitu usaha untuk memperkasakan Institusi Kehakiman Syariah melalui pengasingan pentadbiran kehakiman daripada pentadbiran Agama Islam. Pada pandangan Pelabuhan Klang pendekatan ini merupakan satu langkah yang progresif dalam memperkukuhkan Sistem Kehakiman Syariah di Negeri Selangor. Setiap institusi kehakiman mempunyai tanggungjawab yang berbeza daripada institusi yang melaksanakan fungsi pentadbiran. Mahkamah bertanggungjawab mendengar, menilai dan memutuskan sesuatu kes berdasarkan undang-undang dang dan fakta yang dikemukakan di hadapannya. Oleh itu, Pentadbiran Institusi Kehakiman memerlukan satu sistem yang memberi tumpuan khusus sepenuhnya kepada keperluan pelaksanaan fungsi kehakiman. Pelabuhan Klang berpandangan bahawa pendekatan yang dicadangkan melalui Rang Undang-undang ini akan membolehkan Pentadbiran Mahkamah Syariah dilaksanakan dengan lebih teratur serta akan

memberi fokus kepada keperluan sistem kehakiman itu sendiri. Pelabuhan Klang juga melihat bahawa pengasingan ini bukan bertujuan memisahkan hubungan antara Institusi Kehakiman dan Pentadbiran Agama Islam sebaliknya memperjelaskan fungsi serta tanggungjawab masing-masing. Apabila setiap institusi dapat menumpukan kepada bidang tugas masing-masing, yang telah diamanahkan urusan pentadbiran akan menjadi lebih tersusun. Manakala proses kehakiman pula, dapat berjalan dengan lebih lancar dan berkesan malah mungkin akan lebih adil. Pendekatan ini selaras dengan hasrat untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Mahkamah Syariah kepada masyarakat yang memerlukan. Justeru itu, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa cadangan ini merupakan satu penambahbaikan yang akan menyumbang kepada pengukuhan Institusi Kehakiman Syariah itu sendiri di Negeri Selangor dengan pembahagian fungsi yang lebih jelas Mahkamah Syariah akan dapat terus melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional, teratur dan berteraskan prinsip serta nilai-nilai keadilan sebagaimana yang dihasratkan melalui Rang Undang-undang ini. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh Cadangan Penyusunan Struktur Mahkamah Syariah yang diperuntukkan melalui Rang Undang-undang ini. Rang Undang-undang ini memperuntukkan empat peringkat Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah. Pada pandangan Pelabuhan Klang penyusunan ini memberikan satu struktur yang lebih jelas kepada Sistem Mahkamah Syariah di Negeri Selangor. Dalam mana-mana sistem kehakiman struktur yang tersusun merupakan antara faktor penting yang menyokong kelancaran pentadbiran mahkamah. Setiap peringkat mahkamah mempunyai peranan yang tersendiri, sekali gus membentuk satu sistem yang lebih teratur dalam pengendalian sesuatu kes. Pelabuhan Klang juga melihat bahawa penyusunan ini akan membantu memperkemaskan urusan pentadbiran mahkamah syariah apabila struktur organisasi sesuatu mahkamah diperuntukkan dengan jelas melalui undang-undang ia bukan sahaja memudahkan pelaksanaan fungsi di setiap peringkat, malah memberikan gambaran yang lebih tersusun mengenai hierarki Mahkamah Syariah di Negeri Selangor. Justeru itu Pelabuhan Klang berpandangan bahawa cadangan Penyusunan Struktur Mahkamah Syariah ini merupakan satu langkah yang positif dalam memperkemaskan Sistem Kehakiman Syariah di Negeri Selangor. Penyusunan yang lebih sistematik akan menjadi asas kepada pentadbiran mahkamah yang lebih teratur serta menyokong penyampaian keadilan yang lebih berkesan kepada masyarakat. Cuma Pelabuhan Klang ingin bertanya mungkin Yang Berhormat EXCO akan menjawab dalam sesi penggulungan nanti iaitu apakah jaminan bahawa banyaknya level mahkamah ini tidak akan menjadi satu lagi lapisan birokrasi yang boleh melambatkan penyelesaian setiap kes yang dibentangkan ataupun dikemukakan di setiap peringkat mahkamah tersebut. Harap ianya tidak akan menjadikan birokrasi yang menyusahkan kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan pihak mahkamah. Saya harap pihak Yang Berhormat EXCO akan dapat memberikan jawapan dalam sesi penggulungan kelak dan seterusnya yang saya hendak tengok ialah selepas banyak sangat peringkat dia, apakah manfaat

sebenarnya kepada rakyat dan adakah rakyat akan dapat merasai apa-apa perubahan. Jangan sebelum kita tukar prosesnya cepat tapi bila kita dah ubah kita dah ada Rang Undang-undang ini tengok prosesnya lagi lambat lagi menyusahkan lagi ada banyak pula pendaftaran yang perlu dibuat lagi ada banyak pula proses-proses yang akan menyusahkan mana-mana pihak yang hendak berurusan dengan mahkamah kerana setiap kali kita hendak gubal Rang Undang-undang ini kena pastikan ianya ada penambahbaikan bukannya ke belakang. Jadi saya harap sekali lagi pihak Yang Berhormat EXCO akan dapat menjawabnya dengan lebih jelas supaya Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam dewan yang mulia ini akan lebih faham untuk kita sampaikan kepada masyarakat di luar sana kenapa perlu kita gubal ataupun kita pinda Rang Undang-undang yang sedia ada dan kita perlu ada Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor Tahun 2026. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh satu lagi pembaharuan yang dicadangkan melalui Rang Undang-Undang ini iaitu penyediaan mekanisme rayuan yang lebih menyeluruh dalam Sistem Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Pada pandangan Pelabuhan Klang mekanisme rayuan merupakan satu elemen penting dalam mana-mana sistem kehakiman kerana ia memberi ruang kepada sesuatu keputusan untuk disemak mengikut saluran yang diperuntukkan dan dibenarkan oleh undang-undang. Pelabuhan Klang berpandangan bahawa kewujudan proses rayuan bukan sekadar memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mendapatkan semakan terhadap sesuatu keputusan malah menjadi sebahagian dalam proses yang boleh membantu memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap sistem kehakiman seterusnya mendapatkan keadilan yang sebenar-benarnya apabila sesuatu keputusan itu dibuat sebab melalui proses rayuan ini mungkin ada keputusan-keputusan yang terkhilaf sebelum itu dan apabila dalam proses rayuan ini ianya akan dapat dibentangkan beri peluang sekali lagi pada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, penghakiman yang seadil-adilnya. Jadi apabila sesuatu keputusan boleh melalui proses semakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan ia memperlihatkan bahawa sistem kehakiman sentiasa memberikan ruang kepada penelitian yang sewajarnya sebelum sesuatu keputusan menjadi muktamad. Semua pihak perlu diberikan ruang dan peluang bagi menilai semula setiap keputusan-keputusan yang telah dibuat sebelum dimuktamadkan melalui mahkamah rayuan ini dan Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang juga melihat bahawa cadangan yang dibawa melalui Rang undang-undang ini akan menjadikan proses rayuan di Mahkamah Syariah ini akan lebih tersusun dan lebih teratur. Penyusunan ini penting bagi memastikan setiap permohonan rayuan dikendalikan melalui saluran yang telah diperuntukkan melalui atau oleh undang-undang. Sekali gus menyokong kelancaran Pentadbiran Kehakiman Syariah dalam membuat sesuatu keputusan. Justeru itu Pelabuhan Klang berpandangan bahawa penambahbaikan mekanisme rayuan ini akan menyumbang kepada sistem kehakiman syariah yang lebih mantap dan lebih adil di samping memperkukuhkan proses semakan kehakiman pendekatan ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan penyampaian keadilan terus diperkasakan melalui proses yang tersusun, telus dan berlandaskan

Undang-undang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh satu lagi cadangan penting yang terkandung dalam Rang Undang-undang ini iaitu penambahbaikan terhadap Tatacara Pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie. Pada pandangan Pelabuhan Klang aspek pelantikan merupakan antara elemen yang penting dalam memastikan kesinambungan serta kelancaran pentadbiran sesebuah institusi Kehakiman. Pelantikan anggota kehakiman bukan sekadar bertujuan mengisi sesuatu jawatan, malah merupakan satu proses yang mempunyai implikasi yang besar terhadap perjalanan institusi kehakiman itu sendiri. Oleh yang demikian, Rang Undang-Undang ini mengambil pendekatan untuk memperkemaskan tatacara pelantikan supaya ia dilaksanakan mengikut proses yang diperuntukkan oleh undang-undang. Pelabuhan Klang berpandangan bahawa tatacara pelantikan yang jelas akan membantu memastikan proses pelantikan dilaksanakan secara lebih teratur, konsisten dan mengikut peruntukan undang-undang. Pendekatan ini juga, akan menyokong usaha, memperkukuhkan tadbir urus institusi kehakiman syariah melalui proses yang mempunyai garis panduan serta asas perundangan yang jelas. Cuma Pelabuhan Klang juga ingin bertanya melalui tatacara pelantikan hakim ini, dan juga hakim-hakim syarie ini ialah kenapa perlu diwujudkan Jawatankuasa Pelantikan mungkinlah saya tengok mungkin kita nak menilai sebelum sesuatu pelantikan itu dibuat sebab pelantikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor itu pada saya sudah mencukupi tapi mungkin kalau ada penjelasan yang lebih jelas sebab ianya akan melibatkan implikasi kewangan sebab melantik pun kita akan tambah lagi Jawatankuasa, kita akan ada lagi terlibat dengan implikasi kewangan sedangkan kita telah pun memberi kuasa kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk membuat pelantikan hakim-hakim ini.

Jadi perlukah ada lagi Jawatankuasa Pelantikan? Atau pun tengok macam mana lagi mekanisme yang lebih baik dan mungkin Yang Berhormat EXCO Seri Setia sebab tadi melalui pembentangannya juga menyatakan tentang akan ada Jawatankuasa yang akan melantik, akan memilih panel-panel yang akan menilai apa semua dan kemudian mungkin selepas itu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan membuat keputusan berdasarkan, tapi apakah orang kata relevannya Jawatankuasa Pelantikan ini? Sebab dia dah tau mungkin proses temu duga sahaja tapi sebab kita dah bagi kuasa kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, mungkin di sini mungkin akan ada penjelasan yang boleh diberikan oleh Yang Berhormat EXCO terhadap cadangan tentang mewujudkan Jawatankuasa Pelantikan Hakim ini sebab takut nanti proses lobi melobi itu banyak sangatkan untuk menjadi hakim itulah kita pernah dengarkan bagaimana pelantikan hakim-hakim ini sebelum ini selalu menjadi kontroversi ‘owh kenapa hakim ini dilantik, tengok rupanya ada proses lobi sana dan sini’. So, saya harap kalau kita dah bagi kuasa dekat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor itu kita bagilah kuasa kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Ok, Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Minta maaf ya Yang Berhormat EXCO saya tanya itu bukan apa saya tidak ada dalam bidang

undang-undang, saya bukanlah dalam bidang undang-undang tapi secara logiknya itu saya nak tanya kenapa perlu ada jawatankuasa. Yang Berhormat Kota Damansara ada yang nak tanya? Tak adakan? Tak ada kejap lagi ya. Yang Berhormat Tuan Speaker dan lain-lain Yang Berhormat sebagai mengakhiri perbahasan Pelabuhan Klang berpandangan bahawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 merupakan satu langkah yang amat tepat dalam usaha memperkemaskan serta memperkasakan sistem kehakiman syariah di Negeri Selangor melalui sebuah enakmen yang Pelabuhan Klang lihat kali ini lebih tersusun, lebih komprehensif dan amat memenuhi keperluan semasa. Pada hemat Pelabuhan Klang Rang Undang-undang ini bukan sahaja memberi penambahbaikan kepada aspek-aspek pentadbiran mahkamah syariah itu sendiri malah turut menyediakan akses yang lebih mantap bagi memastikan sistem kehakiman syariah di negeri Selangor akan terus berkembang secara teratur, cekap dan berkesan serta boleh bertindak dengan lebih adil kepada pihak-pihak yang berurusannya dan akan terus berkembang secara teratur selaras dengan kehendak undang-undang.

Pelabuhan Klang percaya bahawa institusi kehakiman yang kukuh merupakan antara tonggak penting dalam menegakkan keadilan. Justeru itu, segala usaha yang menjurus ke arah memperkemaskan pentadbiran mahkamah syariah hendaklah sentiasa diberikan perhatian agar institusi ini akan terus berupaya memenuhi amanah serta tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepadanya serta akan menimbulkan keyakinan dan kepercayaan di kalangan masyarakat yang berurusan dengan Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Pelabuhan Klang juga berharap agar Rang Undang-Undang ini, akan dapat dipertimbangkan sebaik-baiknya dan seterusnya disokong oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor ini demi untuk memperkukuhkan lagi sistem kehakiman syariah di negeri Selangor. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Pelabuhan Klang dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 dan memohon supaya Rang Undang-Undang ini akan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.

Timbalan Speaker

Waalaikumsalam, terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Yang Berhormat Paya Jaras silakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Speaker yang beri ruang kepada saya untuk membahaskan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Enakmen Mahkamah Syariah ini suatu yang cukup penting kepada kita kerana telah lama kita menunggu bagaimana sistem kehakiman syariah ini dapat dipertingkatkan. Semenjak saya belajar di Universiti dulu ini adalah perbahasan yang sering dibahaskan oleh para akademia dan juga para pensyarah dan juga pengamal undang-undang supaya suatu enakmen khas mahkamah syariah

bukan dan akhirnya dia berasingan kukuh. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah membentangkan laporan ini dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan juga Penasihat Undang-undang yang telah meneliti perbahasan atau pun meneliti perbincangan ini dengan begitu lama dan saya yakin benda ini bukan sekejap benda yang dah lama terlalu lama dan saya rasa telah melalui banyak proses di kalangan pengamal undang-undang dan juga para akademia dan juga para orang yang telah melihat dalam bidang perundangan ini betapa perlunya kita melihat suatu peningkatan kualiti dari sudut mahkamah syariah.

i. Usaha yang murni ini perlulah kita sokong dan saya juga sebagai Ahli Dewan Negeri menyokong penuh Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 ini supaya ia menjadi suatu benchmarking yang terbaik dan dapat meningkatkan lagi kualiti Mahkamah Syariah yang kita ada di negeri ini. Dan ini akan menjadikan suatu panduan kepada semua negeri lain, mungkin kalau negeri yang belum menggubal dia akan gubal lagi dan ia menjadi satu perkara yang perlu kita teliti dan kita memantapkan kerana keperluan Mahkamah Syariah cukup mendesak. Dengan kes-kes yang tertangguh, dengan kes-kes yang begitu banyak dengan jumlah peningkatan kes akibat daripada jumlah penduduk yang semakin ramai, maka isu-isu ini perlu ditangani dengan segera. Jadi saya tanpa ragu-ragu menyokong penuh Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026.

ii. Namun saya ingin memberi pandangan yang boleh ditimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga rakan-rakan lain ada perkara-perkara yang perlu kita beri tumpuan:

iii. Berkaitan tentang latihan ini tuan-tuan, sahabat-sahabat semua Ahli Dewan Negeri tentang bagaimana kita perlu melihat latihan dalam bidang perundangan ini perlu dikembangkan lagi. Ia berkait tentang soal bagaimanakah pegawai-pegawai dan juga hakim-hakim atau pun pendaftar atau pun siapa pun dia akan terlibat mendapat latihan secukupnya. Jumlah pengamal undang-undang perlu ditingkatkan. Sebab itu saya mengesyorkan supaya beberapa pendidikan tinggi khususnya di UIS yang ada program Sarjana Muda Syariah Undang-undang ini perlu diperkembangkan lagi dan diberi sokongan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan graduan-graduan daripada UIS ini dapat menjadi hakim pada peringkat awal atau pun menjadi peguam di bidang syariah yang sesuai dengan keperluan mahkamah yang begitu banyak pada masa ini. Dan kes-kes juga banyak mungkin sebabkan faktor-faktor kurangnya peguam, atau pun kurangnya latihan dalam kalangan hakim, bagaimana untuk membuat dipanggil retire judgment kehakiman itu menyebabkan lambat. Jadi pada saya latihan perlu diberikan tumpuan kepada beberapa peringkat, start daripada peringkat diploma naik ke peringkat sarjana muda dan latihan pasca universiti kepada pengamal undang-undang dan juga pada pegawai-pegawai yang terlibat dalam kehakiman ini. Ini perkara yang

saya rasa perlu diberi tumpuan dalam kita melangkau undang-undang pasti ada keperluan-keperluan lain dalam menyokong undang-undang itu. Kalau tidak ada, maknanya akan menyebabkan kekurangan sokongan, akhirnya sistem yang kita buat bina ini akhirnya akan menjadi pincang dan roh untuk kita maqasid nak buat benda ini akan tak sampai.

iv. Saya nak menyentuh tentang sistem penyampaian tadi disebut oleh rakan-rakan kita yang bahaskan pembentang dan juga ketua BBC juga menyebutkan tadi tentang Pelabuhan Klang bagaimana nak delivery, nak sampaikan ini yang dipersoalkan kepada kita. Saya juga ingin pertikaikan bagaimana dia sebutkan oleh Pelabuhan Klang bagaimana nak pastikan supaya apa yang kita buat ini dapat disampaikan? Kita tak nak bila kita buat satu pembaharuan akhirnya terjadi failed, ada tak bersedia sebab itu nak pastikan adakah ia mempercepatkan atau dia semakin melambatkan? Saya ingat pihak EXCO boleh huraikan apakah langkah-langkah yang dilakukan dalam memastikan bahawa penyampai ini dapat dilakukan dengan baik kalau kita tak dapat sampaikan, menyebabkan apa yang kita buat itu tak ada makna. Makna perubahan kita buat itu tak menjadi makna.

v. Soal fizikal. Pembangunan fizikal yang penting kepada sebuah makkamah. Kita ada empat (4) kita ada Mahkamah Syariah Rendah, Tinggi, Rayuan dan juga Utama. Fizikalnya maksud saya keperluan bangunan dan keperluan fizikal bagaimanakah tak sama antara Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi tak sama dengan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Utama jadi mungkin jangka panjang kena plan dari sekarang mungkin ada perancangan kalau ada perancangan tolong jelaskan. Apakah ada persediaan dalam soal ini sebab apabila mahkamah diwujudkan dia akan datang dengan orang dan datang dengan fizikal. Kalau Mahkamah Syariah level dia Mahkamah Syariah tidak boleh samakan Mahkamah Utama sebab level itu menyebabkan gah nya suatu perundangan itu berdasarkan pada fizikal atau pun penampilan yang perlu ada dalam yang dilaksanakan oleh sistem tersebut.

vi. Skim perkhidmatan. Saya yakin bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah menyiapkan skim perkhidmatan yang sesuai dan saya mengharapkan skim perkhidmatan para hakim, para pengamal undang-undang yang terlibat dalam melaksanakan sistem baru ini sesuai. Kita tak nak ada sistem baru tapi skim lama so kita nak upgrade semua start dari fizikal daripada sistem latihan dan juga skim perkhidmatan supaya sesuai dengan level dia sebagai sebuah Mahkamah Syariah yang sesuai dengan perkembangan semasa dan saya yakin bahawa dengan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 ini semua empat(4) perkara ini telah diberikan perhatian.

Akhir sekali, kita perlu sama-sama menyokong dan memperkukuhkan Mahkamah Syariah ini dan kita memastikan semua langkah supaya kita dapat memantapkan

kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam aspek perundangan Syariah ini. Saya yakin dengan sokongan daripada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri dan pihak Majlis Islam Negeri Selangor matlamat untuk kita melaksanakan dalam konteks Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semoga ia menjadi suatu sokongan di dokong oleh semua ahli-ahli Dewan Negeri pada hari ini semoga kita memastikan bahawa sistem kehakiman yang ada pada hari ini dapat ditingkatkan dan ini menjadi suatu impian kepada semua orang agar Mahkamah Syariah ini dapat ditingkatkan dari sudut kualiti dan juga perkhidmatannya supaya dapat menampung keperluan semasa yang cukup tinggi dan suasana yang cukup mencabar. Kes-kes penceraian, kes-kes agama, kes-kes yang berkaitan mild yang semakin meningkat dan sedar masyarakat yang perlu tangani. Terima kasih saya rasa ucapan saya pada hari ini semoga dapat sokongan daripada pihak Ahli-ahli Dewan dalam terima kasih.

Timbalan Speaker

Ada yang nak mencelah ke? Nak mencelah tak cukup masa dah. Dah habis ya. Saya ingat nak sambung selepas rehat ya? Tak ada.

Ahli-ahli Yang Berhormat masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahitaalahiwabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang, selamat kembali ke atur cara perbahasan kita pada hari ini iaitu mengenai Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Peraturan Mesyuarat 12(2), Yang Berhormat Speaker, Peraturan Mesyuarat 12(2).

Timbalan Speaker

Peraturan mesyuarat?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

12(2).

Timbalan Speaker

Peraturan mesyuarat mana?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

12(2), jika mana-mana ahli menarik perhatian Pengerusi mengatakan tidak cukup kuorum, maka hendaklah dipanggil ahli di luar Dewan seolah-olah memanggil ahli kerana hendak diadakan belah bahagi.

Timbalan Speaker

Okay, terima kasih Sungai Panjang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan Yang Berhormat dari Sungai Panjang telah membangkitkan Peraturan Tetap 12(1), maka menurut Peraturan Tetap 12(2), dengan ini saya ingin memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di luar Dewan untuk masuk semula ke dalam Dewan. Bentara minta bunyikan loceng. 2 minit.

Timbalan Speaker

Minta Setiausaha untuk mengira jumlah kuorum di dalam Dewan. Cukup, ada berapa? 19, okey. Memandangkan jumlah kuorum dalam Dewan ini telah mencukupi, kita teruskan urusan kita pada hari ini iaitu perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026, saya minta mana-mana pembahas untuk bangun. Lembah Jaya, silakan. Yang Berhormat Lembah Jaya, silakan.

Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Speaker terima kasih kerana memberi Lembah Jaya, memberi Lembah Jaya membahas perkara yang saya percaya memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian rakyat Selangor yang beragama Islam. Tuan Speaker, sebelum saya masuk kepada butiran struktur, izinkan saya meletakkan asasnya terlebih dahulu. Allah S.W.T berfirman dalam surah An-nisa ayat 58 dan saya baca terjemahannya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu

menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil’. Ayat ini Tuan Speaker, adalah satu ayat asas pentadbiran keadilan dalam Islam. Perhatikan susunannya, amanah dahulu kemudian keadilan. Institusi kehakiman dalam amanah dan keadilan adalah cara amanah itu ditunaikan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan at-Tirmizi, Baginda Rasullullah S.A.W memberi pesanan yang sangat penting kepada Saidina Ali R.A, ketika memutuskan beliau menjadi hakim ke Yaman, ’jangan menghukum sehingga awak mendengar kedua-dua belah pihak’. Baginda S.A.W mengingatkan bahawa apabila kedua-dua pihak didengar, barulah jelas kepada hakim bagaimana hendak memutuskannya.

Tuan Speaker, hadis ini adalah teras falsafah kepada apa yang kita bahaskan pada hari ini. Sistem mendengar dengan sempurna sebelum memutuskan adalah prinsip yang sama mendasari mekanisme rayuan. Rayuan bukan tanda kelemahan sesebuah sistem, ia adalah pengakuan jujur bahawa hakim itu merupakan manusia biasa dan bahawa keadilan memerlukan lebih daripada satu peluang untuk diperiksa. Ia meletakkan tanggungjawab yang berat ke atas bahu Hakim Syariah kita. Maka menjadi tanggungjawab kita di Dewan ini untuk memberikan mereka struktur kelayakan dan mekanisme semakan yang mencukupi supaya beban amanah itu dapat ditunaikan. Dewan ini dan ahli-ahlinya serta kakitangan mahkamah dan Hakim Syariah, masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap semua rakyat di Selangor.

Tuan Speaker, struktur yang sedia ada di Mahkamah Syariah Selangor mempunyai 3 peringkat. Mahkamah Rendah Syariah untuk perbicaraan asal bagi kes-kes yang lebih ringan, Mahkamah Tinggi Syariah bagi perbicaraan asal kes yang berat dan Rayuan daripada Mahkamah Rendah dan Mahkamah Rayuan Syariah pada peringkat rayuan terakhir. Struktur yang kita cadangkan untuk luluskan hari ini menambah satu peringkat di puncak ataupun di apex, dengan izin, iaitu Mahkamah Utama Syariah yang akan membincangkan atau membicarakan hal-hal rayuan atau semakan tertinggi. Perbezaannya mungkin lihat kecil di atas kertas, tambah satu tingkat je. Tapi kesannya pada rakyat adalah besar saya yakin. Di bawah struktur yang sedia ada seorang rakyat yang kesnya bermula di Mahkamah Tinggi Syariah dan ini termasuk kes-kes besar seperti pertikaian harta pusaka, hadanah anak dan pengesahan status agama hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk rayuan. Sekali keputusan Mahkamah Rayuan Syariah dibuat itulah penghujungnya. Di bawah struktur baru yang dicadangkan pada hari ini, rakyat akan mempunyai sekurang-kurangnya dua peringkat rayuan terhadap keputusan yang menyentuh hak harta dan keluarga mereka.

Tuan speaker, saya ingin Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini memikirkan perkara ini dari sudut seorang rakyat biasa. Kita bayangkan seorang ibu yang bertikai tentang hak jagaan anaknya, kita bayangkan seorang waris yang harta pusaka

keluarganya dibekukan bertahun-tahun, kita bayangkan seorang isteri yang menuntut nafkahnya yang tertunggak. Bagi mereka peluang rayuan kedua bukan soal teknikal perundangan, ia soal keadilan yang boleh dirasai dan boleh melapangkan dada mereka. Dan bandingkan pula dengan sistem Mahkamah Sivil di mana rakyat mempunyai laluan hingga ke Mahkamah Persekutuan. Mungkin tidak adil jika umat Islam di Negeri Selangor mempunyai laluan keadilan yang lebih pendek berbanding rakan senegara mereka dalam perkara yang sama beratnya. Ia boleh menimbulkan persepsi wujud kepincangan dalam sistem Mahkamah Syariah Selangor.

Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini bukan sekadar menambah peringkat Mahkamah, ia juga memperincikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan lebih jelas berbanding sebelum ini. Mahkamah Syariah akan mendengar dan memutuskan tindakan di mana semua pihak dalam prosiding adalah orang beragama Islam. Berhubung dengan perkara-perkara yang boleh saya kelompokkan seperti berikut, dalam hal kekeluargaan dan perkahwinan, perkara-perkara seperti pertunangan, perkahwinan, rujuk, pembubaran perkahwinan seperti fasakh, pengesahan lafaz zihar dan juga nafkah anak dan orang-orang tanggungan. Di dalam hal-hal anak dan penjagaan, kesahtarafan anak dan nasab, hal-hal jagaan atau hadanah kanak-kanak dan pengangkatan anak serta perkara yang berkaitan. Di dalam perkara-perkara harta pusaka dan wasiat, pelupusan harta tuntutan harta yang berbangkit di antara keluarga, wasiat atau hibah, pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau pun tidak berwasiat dan juga penentuan harta pusaka orang Islam. Dalam hal status keagamaan pula, perkara-perkara seperti pengisytiharan seorang Islam telah hilang atau dianggap mati, penentuan bahawa seseorang itu beragama Islam atau tidak dan juga pengisytiharan status agama seseorang pada masa kematiannya.

Di dalam institusi dan dana agama, hal-hal masjid, surau, tempat sembahyang awam untuk orang Islam dan sekolah agama Islam kita. Amanah khairat dan agama, hal-hal zakat fitrah, sumber am Baitulmal dan hasil agama Islam dan yang seumpamanya. Mahkamah Syariah membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan ia tertakluk kepada hak hukuman di bawah Akta 355, Akta Mahkamah Syariah didalam bidang kuasa jenayah 1995. Saya tegaskan di sini ia tertakluk kepada Akta 355 dan rang undang-undang ini tidak cuba melampaui had yang ditetapkan oleh Undang-undang Persekutuan. Kuasa tafsiran pula, Mahkamah Syariah diberi kuasa eksklusif untuk membuat tafsiran tentang undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasanya. Ini penting, kenapa? Kerana selama ini kekaburan tentang siapa yang berhak mentafsir telah menyebabkan pertindihan dan kekeliruan.

Tuan Speaker, saya ingin menerangkan mengapa perkara dalam perbahasan ini adalah satu penambahbaikan yang bermakna bukan sekadar latihan menyusun semula perkataan. Pertama, ia mengurangkan pertikaian bidang kuasa. Selama ini terdapat kes-kes di mana pihak bertikai, bukan tentang merit kes tetapi tentang mahkamah mana yang sepatutnya mendengar. Bertahun-tahun boleh hilang dan kos

guaman boleh menimpa rakyat yang agak tinggi sebelum kes sebenar pun bermula. Kedua, ia memberi kepastian dan ketenangan kepada rakyat. Seorang rakyat yang ingin memfailkan tuntutan tahu ke mana hendak pergi. Ketiga, ia dapat mengurangkan Insya-Allah konflik dengan Mahkamah Sivil. Semakin jelas garis pemisah ini, semakin kurang ruang untuk pertindihan dan perselisihan faham. Keempat, ia juga berpaksikan Perlembagaan Persekutuan kita. Setiap perkara dalam senarai ini berpandukan Perenggan 1, Senarai 2, Jadual ke 9, Perlembagaan Persekutuan. Rang undang-undang ini tidak mencipta bidang kuasa baru di luar apa yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan kepada negeri kita Selangor Darul Ehsan. Ia menyatakan dengan jelas apa yang memang telah menjadi hak negeri kita.

Tuan Speaker, ingin saya, izinkan saya menghubungkan kedua-dua perkara ini. Struktur yang kemas tanpa bidang kuasa yang jelas menghasilkan Mahkamah yang tersusun rapi tetapi tidak pasti apa yang boleh dibicarakan. Manakala bidang kuasa yang jelas tanpa struktur yang kemas menghasilkan Mahkamah yang tahu tugasnya tetapi tiada mekanisme lengkap untuk membetulkan kesilapan. Digabungkan kedua-duanya menghasilkan beberapa manfaat yang konkrit. Pertama, pembentukan duluan atau pun president, dengan izin Tuan Speaker, yang lebih mantap dengan adanya Mahkamah Tertinggi yang tetap, keputusan Mahkamah Utama Syariah menjadi panduan mengikat kepada seluruh Mahkamah di bawahnya. Ia mengurangkan keadaan di mana kes yang serupa mendapat keputusan yang berbeza di daerah yang berbeza. Pengagihan beban kes yang lebih baik, kes yang lebih ringan diselesaikan di peringkat rendah dan ini membebaskan Mahkamah atasan untuk memberi tumpuan kepada persoalan undang-undang yang lebih kompleks. Ketiga, pembangunan kepakaran hakim, struktur berperingkat mewujudkan laluan kerjaya yang jelas bagi Hakim Syarie dan jawatankuasa pelantikan Hakim Syarie yang dicadangkan memberikan proses pelantikan yang lebih terus dan berasaskan merit. Keempat, kebebasan kehakiman dengan mewujudkan Enakmen Mahkamah Syariah yang berasingan daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam, kita mengiktiraf secara perundangan bahawa fungsi kehakiman berbeza daripada fungsi pentadbiran agama. Ini adalah prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan dalam mana-mana sistem kehakiman yang matang dan ia bukan asing kepada Islam kerana tradisi qada’ dalam sejarah Islam sememangnya mempunyai kedudukan yang tersendiri.

Tuan Speaker, apabila rakyat melihat sistem yang tersusun, sistem yang telus dan mempunyai mekanisme semakan yang mencukupi, keyakinan mereka terhadap institusi Kehakiman Syariah meningkat dan keyakinan awam inilah Tuan Speaker adalah modal terpenting bagi mana-mana Mahkamah atau pun sistem keadilan.

Tuan Speaker, saya kini beralih kepada beberapa perkara yang saya percaya perlu dijawab dengan penuh ketelusan oleh Kerajaan Negeri, saya yakin Kerajaan Negeri melalui EXCO nya Yang Berhormat Seri Setia dapat menjawab soalan-soalan tersebut. Apakah implikasi kewangan sebenar bagi penubuhan Mahkamah Utama

Syariah dan penstrukturan semula yang di rancang ini? Saya faham bahawa dokumen berkaitan menyatakan tiada implikasi kewangan yang ketara. Atas alasan ini adalah penstrukturan semula sistem sedia ada dan bukan pembinaan sistem baru daripada kosong. It is not build from the ground up, dengan izin Tuan Speaker. Saya menerima logik itu tapi saya mohon Kerajaan Negeri memberikan perincian bukan sekadar penyataan umum.

Soalan seterusnya, berapa jawatan Hakim Syarie baru diperlukan bagi Mahkamah Utama Syariah ini? Adakah ia akan diisi melalui pengambilan baharu atau melalui pelantikan Hakim sedia ada secara rangkap tugas? Soalan seterusnya, bagaimana atau berapa pegawai pendaftaran, kerani mahkamah dan pegawai sokongan tambahan yang diperlukan? Adakah Mahkamah Utama Syariah akan beroperasi di premis yang sedia ada, di pejabat Jabatan Kehakiman Syariah di Selangor ataupun kemudahan baru tambahan yang diperlukan? Jika ada, kos ubah suai itu berapa anggarannya? Adakah peruntukan untuk latihan hakim, pegawai pendaftaran, peguam syarie mengenai tatacara baru diperlukan? Jika ia diperlukan, saya rasa Kerajaan Negeri perlu menyatakan kos tersebut dan mungkin juga Kerajaan Negeri boleh berkongsi anggaran kos sebenar yang dialami oleh negeri-negeri lain dalam persekutuan kita seperti Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang selepas melaksanakan struktur yang sama. Ini akan memberikan Dewan satu gambaran yang lebih realistik tentang apa yang akan berlaku ke hadapan. Soalan terakhir saya ialah, adakah perlaksanaan akan dibuat secara berperingkat dan bilakah Mahkamah Utama Syariah dijangka mula beroperasi dengan sepenuhnya?

Tuan Speaker, saya mengemukakan soalan-soalan ini bukan untuk membangkang tapi kerana saya percaya sokongan yang paling kukuh adalah sokongan yang bermaklumat, maaf. Rakyat berhak untuk tahu apa yang mereka sokong dan Dewan ini pula berhak mendapatkan gambaran yang selengkapnya. Oleh itu, Lembah Jaya menyokong pindaan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Jaya. Yang Berhormat Pematang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali, Pematang ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat EXCO di atas pembentangan Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah 2026 pada hari ini. Pematang ingin menyentuh tiga perkara yang pada hemat Pematang amat penting sekiranya hasrat Kerajaan adalah untuk benar-benar memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah di negeri Selangor. Kita sering memberi tumpuan kepada soal penambahan bidang kuasa, penambahan hakim dan penambahan struktur pentadbiran. Namun, Pematang berpandangan bahawa reformasi institusi kehakiman bukanlah sekadar soal memperluaskan kuasa tetapi turut melibatkan persoalan bagaimana sesuatu keputusan mahkamah itu dapat

dilaksanakan. Bagaimana kesilapan dapat kita betulkan dan bagaimana keseluruhan sistem boleh berfungsi dengan lebih cekap.

Tuan Speaker, sebelum Pematang menyentuh beberapa cadangan penambahbaikan terhadap Rang Undang-undang ini Pematang ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu perkara yang sangat penting. Pada hemat Pematang, Rang Undang-undang yang kita bentangkan pada hari ini, Enakmen Mahkamah Syariah yang sedang kita bahaskan bersama, sebenarnya mempunyai banyak persamaan dari sudut struktur dengan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 ataupun dikenali dengan Courts of Judicature Act iaitu undang-undang utama yang menjadi asas kepada sistem kehakiman sivil di Malaysia. Akta tersebut membentuk keseluruhan kerangka institusi kehakiman dengan memperuntukkan bidang kuasa asal, bidang kuasa rayuan, bidang kuasa penyeliaan dan penyemakan, kuasa mengeluarkan pelbagai jenis perintah pelaksanaan kehakiman serta pembahagian fungsi setiap peringkat mahkamah dan kehakiman.

Ringkasnya Tuan Speaker, Courts of Judicature Act ini membina sebuah sistem kehakiman yang lengkap bukan sekadar menubuhkan sebuah mahkamah. Jadi saya, Pematang melihat pendekatan yang sama kita cuba terapkan melalui Rang Undang-undang pada hari ini. Jadi Kerajaan bukan sekadar mahu menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah malah telah sama-sama membentuk satu struktur kehakiman yang lebih menyeluruh dalam mewujudkan bidang kuasa penyemakan pengukuhan pelaksanaan, penghakiman serta beberapa mekanisme pentadbiran yang baru dalam Mahkamah Syariah. Jadi Pematang menyambut baik pendekatan ini.

Namun, jika kita mengambil inspirasi daripada struktur Courts of Judicature Act ini tadi, maka kita juga perlu mengambil iktibar daripada falsafah penggubalannya. Akta tersebut tidak pernah memberikan sesuatu kuasa secara mutlak. Setiap kuasa diberikan bersama had penggunaannya. Oleh sebab itu, Pematang berpandangan bahawa setiap kuasa baru yang diperkenalkan melalui Rang Undang-undang pada hari ini juga hendaklah kita bina berasaskan prinsip yang sama. Kita bukan sekadar mahu memberikan lebih banyak kuasa kepada Mahkamah Syariah. Kita mahu membina sebuah institusi kehakiman syariah yang lebih kukuh, yang lebih tersusun yang lebih di yakini dan mampu bertahan dalam menghadapi cabaran perundangan pada masa hadapan. Atas sebab itu, Pematang ingin mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan.

Pertama, Pematang ingin menyentuh mengenai Institusi Bailif dalam Mahkamah Syariah. Pematang menyokong sepenuhnya cadangan memperkukuhkan fungsi bailif, kerana kalau kita lihat, tanpa mekanisme pelaksanaan yang berkesan sesuatu penghakiman mahkamah hanyalah kemenangan di atas kertas. Jadi keputusan mengenai nafkah, mutaah, hadanah, harta sepencarian atau apa-apa perintah Mahkamah Syariah tidaklah akan membawa makna sekiranya ia gagal dilaksanakan. Hal yang diiktiraf oleh mahkamah akhirnya hanya akan tinggal sebagai dokumen

penghakiman tanpa memberi manfaat yang sebenar kepada pihak yang berjaya. Atas sebab itu, Institusi Bailif ini merupakan nadi kepada keberkesanan sesuatu sistem. Namun begitu, Pematang ingin mengingatkan bahawa kuasa yang besar hendaklah sentiasa diseimbangkan dengan akauntabiliti yang jelas. Rang Undang-undang ini di bawah Fasal 29 telah memberi kuasa kepada bailif untuk memasuki premis, menyita harta malah menggunakan kekerasan yang munasabah bagi melaksanakan sesuatu perintah mahkamah.

Persoalannya, apakah yang kita maksudkan dengan kekerasan yang munasabah? Apakah terdapat garis panduan yang seragam supaya kuasa tersebut digunakan secara profesional dan tidak menimbulkan pertikaian pada masa hadapan? Oleh itu, Pematang ini mencadangkan supaya Kerajaan menyediakan dengan izin Tuan Speaker, Standard Operating Procedure, SOP yang komprehensif dalam meliputi tata cara memasuki premis, penggunaan kekerasan, penyediaan inventori barang yang disita, rakaman bergambar atau video sepanjang pelaksanaan serta bagaimana kaedah penyimpanan harta yang disita tadi. SOP ini bukanlah bertujuan untuk menyukarkan tugas bailif. Sebaliknya, ia melindungi bailif sendiri daripada dakwaan salah laku serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Mahkamah Syariah. Pematang juga mencadangkan supaya pelaksanaan yang melibatkan kemasukan secara paksa atau berisiko tinggi akan dilaksanakan dengan bantuan Polis di Raja Malaysia. Kehadiran polis bukan mengambil alih fungsi bailif tetapi memastikan keselamatan semua pihak dan mengelakkan sebarang kekecohan semasa pelaksanaan RID tadi.

Selain itu, pelindungan terhadap hak pihak ketiga juga perlu diperkukuhkan. Dalam pelaksanaan penyitaan, tidak mustahil ada barang yang disita sebenarnya milik ahli keluarga, penyewa atau pihak lain yang tiada kaitan dengan penghutang. Jadi, Permatang juga ingin mencadangkan supaya pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan penubuhan Unit Bailif Syariah yang khusus dan profesional dalam tindakan ini nanti. Kerana Selangor merupakan negeri yang mencatatkan antara jumlah kes syariah yang tertinggi di negeri ini. Jadi, sebarang pelaksanaan penghakiman memerlukan pegawai yang benar-benar terlatih, mahir dan memberi tumpuan sepenuh masa kepada fungsi tersebut.

Tuan Speaker, apabila kita bercakap mengenai pelaksanaan penghakiman kita juga perlu bertanya satu persoalan yang lebih besar. Jadi, pematang melihat betapa kepentingan cadangan dalam memperkenalkan bidang kuasa penyemakan tadi yang diterangkan oleh Yang Berhormat EXCO. Bidang kuasa penyemakan ataupun kita panggil sebagai dengan izin Tuan Speaker, Revisionary Jurisdiction kepada Mahkamah Tinggi Syariah. Saya menyokong cadangan ini kerana kalau kita lihat dalam mana-mana sistem kehakiman yang matang, Mahkamah Atasan bukan sahaja mempunyai bidang kuasa asal dalam bidang kuasa rayuan, bahkan mahkamah yang lebih tinggi sudah pasti mempunyai kuasa penyeliaan terhadap mahkamah bawahan. Fungsi penyeliaan inilah yang menjadi benteng terakhir bagi memastikan keadilan

sentiasa ditegakkan. Namun begitu, Permatang berpandangan bahawa kuasa ini hendaklah kita gubal secara lebih berhati-hati. Kerana peruntukan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk membuat apa-apa arahan atau apa-apa perintah yang difikirkan perlulah demi kepentingan keadilan adalah dilihat terlalu umum. Kalau kita lihat nanti fasal itu ada menyebut apa-apa arahan atau apa-apa perintah yang difikirkan hanyalah elemen yang dimaksudkan ialah perlu demi kepentingan keadilan. Jadi frasa ini adalah kita lihat, Permatang lihat adalah seperti terlalu umum.

Jadi kuasa kehakiman hendaklah mempunyai sempadan yang jelas supaya tidak menimbulkan ketidakpastian undang-undang. Kerana kalau kita rujuk kembali ataupun kita melihat kepada Seksyen 31 Courts of Judicature Act menyebut Mahkamah Tinggi sememangnya diberikan bidang kuasa penyemakan terhadap prosiding Mahkamah Rendah, namun akta tersebut hanya memperuntukkan bidang kuasa secara umum. Jadi tatacara, syarat dan had penggunaan pula diperincikan di bawah Criminal Presidial Code. Jadi pendekatan sebegini yang Permatang ingin jelaskan pendekatan sebegini memberikan kepastian undang-undang serta mengelakkan tafsiran yang terlalu luas ini tadi. Jadi oleh itu Permatang ingin mencadangkan supaya enakmen ini turut mengambil pendekatan yang sama. Enakmen induk hanya memperuntukkan bidang kuasa penyemakan tadi. Manakala syarat, tatacara dan had penggunaan haruslah diperincikan di bawah enakmen tatacara mal syariah dan enakmen tata cara jenayah syariah.

Jadi Permatang ingin menegaskan bahawa revision ini tadi bukanlah satu bentuk rayuan kedua, kerana ianya hanya bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan bidang kuasa, kesilapan undang-undang, ketidakteraturan prosedur atau ketidakadilan yang nyata. Ini kalau kita lihat revisionary power ini tadi dengan izin Tuan Speaker, bukanlah satu saluran bagi pihak yang kalah untuk mengemukakan semula keseluruhan kes, tapi hanya kerana tidak berpuas hati dengan dapatan fakta mahkamah rendah sebelum ini. Jadi saya harap, Permatang berharap jika sepadan ini tidak diperjelaskan, Permatang agak bimbang Mahkamah Tinggi Syariah akhirnya akan dibanjiri permohonan revisionary ini tadi sehingga menjejaskan prinsip finality of litigation dengan izin Tuan Speaker.

Tuan Speaker, akhir sekali Permatang ingin menyentuh satu isu yang pada hemat Permatang merupakan punca sebenar kepada beban kerja Mahkamah Syariah. Kita sama-sama sering membincangkan keperluan untuk menambah hakim. Kita bercakap tentang bagaimana untuk menambah pegawai. Kita bercakap tentang peruntukan kewangan. Namun Permatang ingin membawa Dewan ini melihat kepada satu persoalan yang lebih asas. Adakah struktur tatacara Mahkamah Syariah pada hari ini benar-benar disusun dengan cara yang paling cekap? Hakikatnya, sebahagian besar kalau kita lihat beban kerja Mahkamah Syariah pada hari ini adalah berkaitan tentang kes-kes kekeluargaan. Kes-kes penceraian, nafkah, hadanah, hak lawatan anak, mutaah, harta sepencarian. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini ialah setiap

tuntutan tersebut difailkan sebagai prosiding yang berasingan. Kalau kita lihat penceraian, untuk penceraian haruslah mempunyai satu nombor kes. Kemudian nafkah pula satu nombor kes lain. Hadanah pula kes yang lain. Dan kemudian apabila mahu memohon untuk mutaah pun kena juga fail lagi satu lagi kes yang lain. Begitu juga dengan harta sepencarian pula satu lagi nombor kes.

Jadi inilah sebenarnya masalah sebenar dan mendapat rungutan daripada pemohon-pemohon yang ingin mendapatkan keadilan di Mahkamah Syariah. Sedangkan kalau kita lihat semua kes ini lahirnya daripada satu hubungan perkahwinan yang sama, pihak-pihaknya sama, fakta asas sama, dokumen pun sama, saksi-saksi pun sama. Namun sistem kita hari ini memerlukan lima ataupun enam fail yang berbeza. Akibatnya bukan sahaja litigasi yang menjadi lebih mahal dan mengambil masa yang panjang. Apa yang lebih membimbangkan adalah Mahkamah Syariah sendiri terpaksa menanggung beban pentadbiran yang jauh lebih besar. Setiap fail perlu didaftarkan dan setiap fail juga memerlukan pengurusan kes tarikh sebutan dan juga rekod. Jadi persoalannya, adakah ini penggunaan sumber yang paling optimum? Kalau kita lihat dalam sistem Mahkamah Sivil kes penceraian sangat berbeza daripada kes penceraian di Mahkamah Syariah.

Dan dalam sistem Mahkamah Sivil juga prinsip dengan izin Tuan Speaker joinder of causes of action, membenarkan beberapa tuntutan yang berkait rapat digabungkan dalam satu tindakan. Manakala Mahkamah diberi kuasa untuk mengasingkan mana-mana isu sekiranya perlu demi kepentingan keadilan. Jadi Permatang tidak mencadangkan untuk Mahkamah Syariah meniru Mahkamah Sivil, cuma hukum substantifnya berbeza, bidang kuasanya juga berbeza. Tetapi Tuan Speaker, kecekapan prosedur bukanlah milik eksklusif mana-mana sistem perundangan. Apa yang baik, dari sudut pengurusan kes, wajar kita pertimbangkan selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Oleh itu, Permatang ingin mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini juga memasukkan satu mekanisme Prosiding Keluarga Bersepadu. Supaya prinsipnya lebih mudah. Supaya semua tuntutan yang timbul daripada pembubaran sesuatu perkahwinan hendaklah boleh kita failkan di bawah satu prosiding induk. Mahkamah pula diberi kuasa menentukan sama ada isu didengar bersama atau pun dipisahkan, sekiranya terdapat alasan yang munasabah. Dengan kata lain prinsip asal ialah penyatuan prosiding. Manakala pemisahan menjadi pengecualian berdasarkan budi bicara Mahkamah. Jadi, kalau Permatang lihat, inilah reformasi yang benar-benar sebenarnya diinginkan atau diharapkan oleh ramai di luar sana terutama sekali ibu-ibu tunggal yang masih lagi tercari-cari dan juga berharap untuk mendapatkan keadilan yang sebenar. Jadi inilah reformasi yang benar-benar mampu mengubah wajah pentadbiran Mahkamah Syariah. Kerana kita tidak mengubah hukum. Kita bukanlah mengubah bidang kuasa. Dan kita tidak mahu mengurangkan hak mana-mana pihak. Yang kita mahu, hanyalah memperkemaskan tatacara supaya sistem menjadi lebih pantas. Lebih cekap dan lebih mesra kepada rakyat.

Tuan Speaker. Jika matlamat Kerajaan adalah untuk mengurangkan tunggakan kes. Mempercepatkan pelupusan kes dan meningkatkan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Mahkamah Syariah, maka reformasi tidak boleh hanya tertumpu pada penambahan struktur semata-mata. Kita perlulah membina satu sistem yang lengkap. Keputusan Mahkamah mesti boleh kita, dikuatkuasakan melalui institusi Bailif yang profesional. Pelaksanaan penyeliaan Mahkamah Tinggi Syariah melalui bidang kuasa menyemakkan yang jelas dan terhad. Dan yang paling penting, keseluruhan tatacara kekeluargaan perlulah di struktur semula supaya lebih cekap melalui mekanisme yang sesuai.

Menambah bilangan Hakim dan juga bangunan Mahkamah semata-mata hanya boleh meningkatkan kapasiti tetapi bagaimana kita ingin memperbaiki tatacara dalam meningkatkan produktiviti seluruh sistem kehakiman. Jadi pada hemat Permatang , inilah reformasi sebenar yang perlu kita berikan keutamaan. Sekiranya kira benar-benar mahu sebuah Mahkamah Syariah yang bukan sahaja mempunyai bidang kuasa yang lebih jelas, lebih luas tetapi juga sebuah institusi yang cekap, berintegriti dan benar-benar mampu menyampaikan keadilan kepada seluruh rakyat.

Patah galah dalam perahu, Perahu dikayuh menuju muara, Besar harapan kepada Yang Berhormat semua, Binalah sistem bukanlah kita hanya sekadar bicara.’

Dengan itu, Permatang ingin menyokong Rang Undang-undang ini dengan cadangan-cadangan penambahbaikan yang telah Permatang kemukakan. Semoga penggubalan Enakmen ini benar-benar menjadi titik tolak kepada pembinaan sebuah institusi Mahkamah Syariah yang lebih cekap, berwibawa dan diyakini rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Permatang.

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Pembahas seterusnya Kota Damansara.

Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker atas ruang yang diberikan kepada Kota Damansara untuk bersama-sama dalam membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Seperti yang telah dibincangkan dan telah diluluskan, hari ini dalam sejarah kita telah berjaya menambah atau membuat

penambahan dalam Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi memasukkan element penubuhan Mahkamah Utama Syariah. Jadi hari ini Kota Damansara ingin juga membangkitkan beberapa isu apabila mana, Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah yang telah dibentangkan dan Insya-Allah diluluskan pada petang ini. Antara perkara-perkara yang mungkin dibangkitkan ialah, kita lihat bagaimana kita tadi bicara tentang bagaimana sesebuah Mahkamah yang dulunya hanya mempunyai satu peluang untuk rayuan.

Tapi, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri Selangor mula menambah satu lagi peluang iaitu Mahkamah Utama Syarie. Iaitu, kalau kita tengok antara perkara yang kita lihat ialah, kita tengok Seksyen 18. Kelayakan seorang. Seksyen 19 iaitu pelantikan Ketua Hakim Syarie. Antara, word yang disua adalah Duli Yang Maha Mulia, atas nasihat jawatankuasa melantik seorang Ketua Hakim Syarie memenuhi kelayakan yang berikut. Begitu juga dengan Seksyen 20 dan juga 21. Atas nasihat jawatankuasa. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, bahawa, adakah benda ini mem binding Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selaku ketua kepada agama Islam iaitu harus mendengar atau mengikat Duli Yang Maha Mulia untuk melantik sesebuah, seseorang Hakim Syarie, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim bagi Mahkamah Utama Syarie. Sebab itu, kalau kita lihat juga, kita nak, kalau kita faham, ada sesetengah Federal Constitution, iaitu kita berbalik kepada Raja Berperlembagaan. Jadi, soalan ini dibangkitkan supaya boleh dapat pencerahan di dalam dewan yang mulia ini adakah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan terikat atau binding atas Seksyen 19, 20 dan 21?

Antara perkara kedua, yang saya ingin ingatkan dan mohon pencerahan daripada Kerajaan Negeri bahawa, kalau kita lihat Seksyen yang sama juga berkenaan antara syarat-syarat lantikan iaitu pernah memegang jawatan Hakim Syarie Mahkamah Rayuan atau Mahkamah mana-mana negeri atau selama tempoh berterusan bagi tempoh 20 tahun sebelum pelantikannya berkhidmat dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Perkhidmatan Negeri. Yang in kalau kita lihat juga, kalau dibandingkan, saya nak, soalan yang ditanya, boleh tak Yang Berhormat EXCO untuk menerangkan apa yang dimaksudkan serve definisi serve in the legal service. Sebab kalau kita lihat provision yang lama, bahawa kalau tengok seorang itu kalau dilantik menjadi Peguam, Ketua atau Hakim bagi Mahkamah Syarie yang dulunya provision yang lama, Seseorang itu tidak kurang daripada 10 tahun sebelum pelantikannya atau telah menjadi Peguam Syarie sesuatu negeri.

Pada suatu masa sebelum atau di mana-mana negeri. Tapi dalam provision baru ini, tidak dinyatakan bahawa, adakah Hakim-hakim yang akan dilantik ini semestinya datang serve legal ni datangnya dari perkhidmatan awam. Atau adakah seorang yang pernah menjadi Peguam Syarie dalam tempoh tempoh-tempoh yang tertentu juga mempunyai peluang yang sama. Kalau provisi yang lama dinyatakan secara jelas, dalam provisi yang lama. Tapi walau bagaimanapun dalam provisi yang baru ini tidak

kelihatan. Tidak kelihatan dia punya, tidak dinyatakan dalam mana-mana. Kalau kita lihat juga dia ada sebut perkataan serve as syariah officer. Jadi adakah hanya sekadar Pegawai dan bagaimanakah dia punya tingkat pelajarannya. Kalau kita tahu, di negeri Selangor ni, kalau seorang ingin jadi Peguam Syarie, sekurang-kurangnya dia perlu ada Undang-undang Syarie dalam belajar atau Degree atau Diploma Lepasan Ijazah. Saya juga ada Diploma Lepasan Ijazah dari UiTM.

Jadi sebab tu menjadikan sedikit kegusaran daripada saya untuk bertanya bagi wakil kepada rakan-rakan Peguam Syarie yang lain. Adakah mereka juga tidak mempunyai peluang yang sama. Sebab kita pun tak tahu. Sebab mungkin dia dah berkhidmat 20, 25 tahun. Dia dah tahu selok-belok dan mungkin boleh menyumbang dan mempunyai peluang yang sama untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syarie. Sebab kita pun tahu Kerajaan Negeri Selangor iaitu sekarang ni kita kekurangan Hakim Mahkamah Syarie dan ada juga kita lantik base case basis” Kes tu kes basis. Jadi dengan adanya peluang ini dan dikeluarkan daripada provisi yang baru ini, kita akan ada masalah yang mana kekurangan hakim-hakim ni. Jadi sebab tu saya ingin bertanyakan kepada pihak Kerajaan dan mungkin dalam penggulungan nanti boleh bagikan sedikit pencerahan kepada kami yang di dalam Dewan ini dan juga mungkin para Peguam Syarie yang berada di luar sana.

Baik, seterusnya saya ingin beralih kepada Seksyen 29. Saya sama juga, bersama dengan, senada dengan Yang Berhormat Permatang, bila mana dalam Seksyen 23. Eh! 29(3) iaitu

“Bailif dalam melaksanakan apa-apa perintah penyitaan dan penjualan atau apa-apa perintah perlaksanaan yang boleh memasuki mana-mana bangunan dan bagi maksud itu jika boleh memecahkan / buka mana-mana pintu atau tingkap di bahagian luar dan dalaman atau apa-apa bekas di dalamnya dengan menggunakan kekerasan yang munasabah bagi perlu memasukinya”.

Jadi kekerasan munasabah ini secara tak langsung dia hanya, dia dalam sifat yang terbuka. Apakah yang dimaksudkan dengan kekerasan munasabah? Saya percaya dia tidak dinyatakan secara detail dan ini ialah sebahagian daripada undang-udang. Dia memang tak akan menyatakan secara detail tapi saya perlukan jaminan daripada Kerajaan Negeri sebab kita lihat ada setengah-setengah kes yang sebelum ini. Bila mana Pegawai-pegawai Bailif kita melakukan penguatkuasaan dan kita dicabar dalam mahkamah-mahkamah contohnya sebagai mahkamah-mahkamah yang lain. Mahkamah Sivil. Penggunaan kekerasan yang munasabah itu menjadi satu tajuk utama. Bila mana ini menyebabkan suatu-suatu kes ini gagal atau gugur. Menyebabkan yang akan ada stand tanggapan di peringkat luar yang mana Pegawai-pegawai kita melakukan sesuatu yang di luar daripada yang dianggap sebagai munasabah.

Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, perkara yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak baru. Iaitu Seksyen 57. Saya menyambut baik, apabila dalam keadaan dunia berubah. Iaitu kita masukkan dalam Rang undang-undang ini yang mana bila kita maklum dalam keadaan bukan semua tempat dalam keadaan kita mana, bersedia iaitu, bangunannya bersedia, tempatnya bersedia. Bila keadaan kita tengah menambah satu lagi Mahkamah. Jadi perlu ada mana prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Sebab dalam keadaan jarak dekat pun ada juga kes-kes yang mana orang-orang yang di saman ini, tidak hadir. Khususnya para bapa atau para lelaki lah. Yang mana di saman atau dituntut oleh bekas isteri atau wanita yang mana kes ini menjadi panjang. Antara utamanya ialah pihak lelakinya tidak hadir ke Mahkamah. Jadi bila sebagai alasan kerja jarak jauh atau kerja di luar daripada negara atau daripada negeri. Ini juga akan menyebabkan yang mana penuntut-penuntut kepada mereka yang terkesan atau tertindas atau menuntut hak keadilan ini tidak dapat merasakan keadilan kepada pihak mereka. Jadi saya kira, dengan adanya prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh ini adalah satu pembaharuan dan saya ucapkan terima kasih dan saya memuji. Yang ini diletakkan dalam prosiding ini.

Yang mungkin terakhir sekalilah, yang saya nak bangkitkan sebab lebih kepada technicality ini. Iaitu kemudahan dan elaun syarie. Iaitu kalau kita tengok Seksyen 64, Pihak Berkuasa Negeri boleh atas syor jawatankuasa menetapkan apa-apa kemudahan dan elaun yang sesuai kepada Hakim Syarie, setara dengan pangkat dan kedudukannya. Antara yang saya sebut sebelum ini seperti dilihat dalam “Federal Constituation yang bagaimana seorang Hakim ini dilindungi dan dinyatakan perlindungan yang mereka perolehi. Jadi, sebab tu bila saya nak tanya, kalau andai kata sekarang ini, adakah, Hakim-hakim ini perlindungannya, pembayarannya, elaunnya, hanya ditentukan dan ditetapkan melalui jawatankuasa ini semata-mata? Maksudnya jawatankuasa ini boleh menetapkan naik dan turun? Bagaimanakah proses pembayarannya? Bagaimanakah jumlah elaunnya? Jadi, ini di antara, jadi bila melalui jawatankuasa kita tak bertanya dan kita tidak menafikan atau dalam Bahasa Inggeris question kuasa kepada jawatankuasa ini sebab dia dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Tapi dia tidak menyatakan secara jelas bagaimana perlindungan terhadap Hakim-hakim ini.

Seperti yang saya sebut semalam bahawa Hakim-hakim ini ialah orang-orang yang perlu kita lindungi. Dalam keadaan, walaupun dia dalam keadaan dia mempunyai kuasa atau wowenang untuk melakukan tugasnya. Dia juga perlu, perlu juga dilindungi oleh kita. Jadi biarlah dinyatakan secara jelas dan bukan hanya dinyatakan hanya sekadar semata-mata dalam senarai jawatankuasa, Tapi dijelaskan dan diterjemahkan dalam Rang Undang-undang. Jadi sesiapa pun yang dilantik dan menjadi Hakim di Mahkamah Syarie adalah, bukanlah saya nak kata Hakim Mahkamah Syarie di negeri lain tak sama level dengan Selangor, tapi kita nak cakap berkenaan yang bagaimana proses kes nya yang terlalu banyak. Kes yang begitu

rumit dan banyak juga kes-kes yang di negeri Selangor ini menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Jadi, semestinya bukan mudah menjadi Hakim Syarie di negeri Selangor. Sebab itu saya berulang-ulang kali daripada semalam sehingga hari ini bertanyakan berkenaan imuniti atau kemudahan sebagai seorang Hakim mahkamah Syarie. Jadi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Negeri kerana membukukan sebuah Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 yang mana dia mempunyai

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Kota Damansara.

Ya, saya. Boleh. Boleh.

Timbalan Speaker

Bangun.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Apa pandangan tentang isu-isu perkahwinan yang ada masalah macam saya di Klang ni, saya banyak dapat aduan tentang masalah perkahwinan dengan warga asing. Lepas itu nak buat tuntutan, nak buat apa ini yang warga asing dah tak ada. Dah balik. Ini banyak dengan Bangladesh lah ni, Indonesia. So apa pandangan Yang Berhormat Kota Damansara? Ada tak idea?

Saya nak jawab pun susah sebenarnya. Saya ni, cinta ni tak mengenal rupa dan negara. Jadi kalau dia memilih berkahwin dengan orang daripada, iyalah. Saya tak tahu kalau andai kata Pelabuhan Klang. Mungkin Pelabuhan Klang sepanjang itu mungkin ada bercinta dengan orang luar daripada negara. Saya tak tahu. Itu saya tak boleh. Saya tak tahu kan. Tapi adakah ni tanya untuk pengalaman sendiri ke atau orang lain? Orang lain? Orang lain ni saya cadangkan mungkin nanti biarlah pihak EXCO jawab atau masukkan kes ke dalam mahkamah lah. Saya ingat biar hakim lah jawab. Saya tak boleh. Saya tak boleh nak jawab.

Walaupun saya ada DSLA, tapi saya tak mampu nak menjawab lah. Tapi yang paling mustahak, kita faham dan keberadaan Negeri Selangor mempunyai umat Islam yang tinggi yang jumlahnya meningkat saban tahun. Berbagai kes yang dibawa dan perlukan pembelaan. Ada setengah-setengah kes yang begitu lama dan terlalu lama dan juga yang saya harapkan. Sekarang ni saya faham kalau di Negeri Selangor ni kita ada beberapa kes-kes ni yang boleh fast track. Tapi walau bagaimanapun ada juga dalam keadaan fast track ni juga, dia tidak terlalu fast atau tidak terlalu laju. Jadi kadang-kadang kita tengok kesian kepada mereka-mereka. Khususnya kepada bukan kepada ibu tunggal ni, kepada ibu tinggal. Ibu tinggal ni dia maknanya dia biarkan gantung tanpa bertali. Jadi mereka ni perlukan pembelaan. Dia nak mohon JKM tak boleh. Dia nak mohon zakat tak boleh. Dia nak kahwin lain pun tak boleh. Sebab dia punya status sebagai seorang wanita yang belum bercerai. Atau status seorang wanita yang masih lagi berseorang bersuami. Yang ni kadang-kadang ada setengah-

setengah kes ni sampai lima tahun, enam tahun. Kalau yang laki dia boleh kahwin lain. Dia masuk fast track dia terus kahwin lain. Kita ada yang fast track ke? Tak ada kan? Tapi maksudnya dia boleh kahwin lain tanpa menunggu pengesahan daripada mahkamah. Tapi bagaimana seorang ibu tunggal? Jadi yang ibu tunggal dan ibu tinggal ni. Bagaimana dengan yang ibu tinggal ni? Yang ini yang kita ada masalah yang sangat banyak. Saya selalu kadang-kadang dalam Malam Bertemu Rakyat yang datang mengadu. Dalam saya berkenaan isu-isu begini. Saya ada Malam Bertemu Rakyat saya betulkan balik biar benda ni masuk dalam handset. Bukan bertemu saya di waktu malam. Tapi saya ada Malam Bertemu Rakyat hari Rabu. Jadi kadang-kadang ada yang datang ni dia bawa. Tapi dalam keadaan kita berjenaka ni. Tapi ada mereka yang mengharapkan sesuatu.

Jadi saya mengharapkan dengan adanya mahkamah kita perkukuhkan mahkamah Syariah dan kita pastikan sebenarnya bahawa ini benar-benar dirasai. Sebab itu saya sebut kita bukan hanya sekadar membina satu bangunan Syariah menunjukkan bahawa inilah sebenarnya lambang Islam. Atau lambangnya kedudukan Syariah di Negeri Selangor. Bukan. Tapi sebenarnya kedudukan atau lambang sebuah Syariah atau kedudukan Islam di Negeri Selangor ni sebagaimana orang yang benar-benar ni merasai keadilannya. Sebab itu saya mengharapkan bahawa dari segi teknikal mal dan sebagainya boleh dipercepatkan dan boleh diperbantu dan dipermudahkan. Saya tengok ada banyak kes. Tadi pun sama juga Yang Berhormat Permatang ada bangkitkan berkenaan setiap kes ni ada satu nombor kes yang mut'ah, hadanah, harta sepencarian, nafkah dan sebagainya.Yang ini saya tahu ini ialah tatacara mal yang mana ada technicality-technicality ini tapi dia walau banyak mana pun nombor kes yang dibuka ni kalau perjalanannya mudah dan proceed dia lebih mudah. Saya tahu dia perlukan pihak daripada pihak yang menuntut dan pihak yang dituntut. Selalunya kadang-kadang masalah utamanya ialah pihak yang dituntut ni. Asyik tak datang, melewat-lewatkan dan sebagainya. Ini yang kadang-kadang menyebabkan orang-orang tidak dapat.

Orang yang menuntut ni seolah-olahnya dizalimi. Jadi saya harap kalau andai kata pihak-pihak Kerajaan Negeri iaitu hakim-hakim Mahkamah Syarie yang akan dilantik ni untuk tegas dan keluarkan. Kalau andai kata dah sampai 3 kali panggil pun tak datang, keluarkanlah waran kepada mereka yang dituntut ini untuk hadir. Jadi masalah. Sebab kita tengok kalau andai kata di Singapura, kalau di Singapura ni kalau andai kata mereka gagal bayar duit nafkah, mereka dipenjara. Tapi kalau di Malaysia ni tak ada. Dia boleh kahwin lain je. Dia dah gagal bayar nafkah, dia pula boleh kahwin lain. Saya tak nak sebuah nama lah kalau kita tengok di sini. Ada juga yang saya tengok dia kat Selangor lah berlaku. Dia dengan bekas isteri dia artis lah. Still masih lagi menuntut sama ada dia ni status isteri atau tidak. Yang bekas suami dah kahwin lain dah. Siap pergi berbulan madu lagi. Yang ini boleh tengok lah dekat sosial media. Saya tak perlu sebut nama kat sini. Walaupun saya ada immunity tapi saya ingat ini ialah menjadi satu, ini menjadi satu pengajaran kepada masyarakat. Sebab orang tengok sebenarnya. Baik orang Islam, juga orang bukan Islam. Dia

tengok. Orang bukan Islam tengok. Adakah ini sebenarnya benar-benar undang-undang Islam yang dikatakan adil kepada mereka. Baik, nak kahwin lain kah? Oh, tak?

Nak kahwin lain, tambah lagi. Pada pandangan Kota Damansara lah. Apa yang berlaku pada hari ni di mahkamah Syariah kita berkenaan dengan sistem ataupun budaya kerja ataupun kita memerlukan pertambahan pegawai-pegawai hakim dan sebagainya. Sebab kalau tengok daripada apa yang Pematang bahaskan dan juga daripada Kota Damansara saya lihat agak kritikal juga lah. Bagaimana kes-kes tertangguh dan sebagainya. Bukan kes bercerai sahaja. Kes poligami pun banyak yang tangguh. Untuk pendaftaran poligami. Saya nak tanya pandangan pada Kota Damansara. Sama ada sistem itu perlu diubah ataupun budaya kerja ataupun perlukan penambahan kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat di mahkamah Syariah.

Terima kasih. Saya tak pasti kalau andai kata antara isu yang tertangguh di mahkamah Syariah ni ialah permohonan poligami. Saya tak pasti benda tu sebab belum sampai ke saya lagi. Dia datang YB, saya mohon poligami tapi dah 2 tahun tak dapat diluluskan. Cuma selalunya isu, jadi, ini kalau ditanya saya, untuk isu-isu kes yang berlainan ni mungkin sama ada kekurangan pekerja atau kekurangan staff.

Antara isu utama dia ialah bagaimana kes-kes yang tertunggak daripada zaman Covid lagi.Maksudnya ketika Covid waktu tu mahkamah tak boleh bersidang jadi dia ada compounding yang banyak. Tapi kalau andai kata isu permohonan poligami ni saya tak pasti sebab dia selalunya bukan apa. Dia kena mohon kebenaran mahkamah. Jadi mahkamah kena tengok satu persatu dulu. Dia jangan tengok hanya semata-mata seseorang tu dia mohon je. Sebab dia ada istilah kita panggil mampu tu. Mampu di Selangor dan mampu di Kelantan lain. Kalau gaji RM2,000 di Selangor tak mampu. Tapi kalau mungkin di Kelantan dia ada tanah sendiri, bela ayam sendiri, bela kambing sendiri, ada daging sendiri dan sebagainya. RM2,000 sebulan dia consider sebagai mampu. Jadi istilah mampu tu berbezalah. Tapi kepada semua yang di luar sana kalaupun nak poligami daftarlah secara proper. Sebab saya tak maulah ada kes-kes yang mana kahwin secara tak betul. Lepas tu nak bawa ke mahkamah tak ada dokumentasi dan sebagainya. Ini akan menyusahkan dan kita bertindak zalim. Saya tahu membina masjid ni satu tuntutan. Berkahwin ni juga satu tuntutan. Tapi menzalimi tu juga bukan satu tuntutan dalam Islam. Jadi saya minta kita cerminkanlah diri kita dulu. Kalau tak berani tak payahlah sibuk-sibuk nak pergi kahwin. Kalau tak berani, saya cakap. Kalau yang berani sebab yang cakap.

Panjang pula bab poligami ni ya.

Baik, akhir sekali saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Tadi saya dengar satu persatu perbahasan daripada Permatang yang daripada Bersatu alhamdulillah saya dengar berulang-ulang dia sebut reformasi, reformasi, reformasi ni. Dia macam seolah-olah Bersatu ni tahu betul dengan reformasi ni. Menyambut reformasi ni. Adakah ada jajaran baru saya tak pasti. Tapi saya bersama-sama dengan Permatang kita nak menyusunlah bahawa perkara yang baik sebegini perlu kita bawakan dan perlu kita ikuti dan perlu kita sokong bersama-sama. Semoga apa yang kita lakukan pada hari ini mendapat rahmat Allah SWT dan membantu kepada golongan-golongan yang memerlukan dan Kota Damansara menyokong penuh Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor Tahun 2026. Terima kasih. Assalamualaikum wrt wbt.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Ada perbahasan seterusnya? Bukit Melawati? Ha, Hulu Bernam. Sorry.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana beri peluang dan juga ruang kepada Hulu Benam untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor bagi Tahun 2026 ini. Jadi Hulu Benam berdiri pada petang ini untuk menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. Pada hemat Hulu Benam, rang undang-undang ini merupakan antara reformasi institusi yang paling signifikan dalam sistem kehakiman Syariah Negeri Selangor sejak beberapa dekad yang lalu. Ia bukan sekadar menyusun semula struktur organisasi Mahkamah Syariah, malah memperkenalkan hierarki baharu mahkamah, memperincikan bidang kuasa setiap peringkat mahkamah, menambah baik mekanisme pelantikan hakim serta membuka ruang kepada transformasi digital dalam tadbiran kehakiman Syariah. Kita perlu melihat rang undang-undang ini daripada perspektif yang lebih besar. Matlamat utama sesebuah institusi kehakiman bukan sekadar menghukum atau memutuskan pertikaian tetapi memastikan keadilan dapat disampaikan secara cepat, telus, konsisten dan diyakini oleh masyarakat. Dalam Islam sendiri, institusi kehakiman mempunyai kedudukan yang amat tinggi kerana ia menjadi benteng kepada hak maruah dan kemaslahatan ummah. Justeru apabila kerajaan membawa rang undang-undang ini, saya berpandangan bahawa kejayaan tidak boleh diukur hanya dengan jumlah fasal yang diluluskan nanti. Sebaliknya ia perlu dinilai berdasarkan sejauh mana institusi mahkamah Syariah selepas ini benar-benar menjadi lebih cekap, lebih profesional, lebih diyakini oleh rakyat. Atas sebab itu, Hulu Benam akan memfokuskan perbahasan kepada empat perkara utama:

i. Penubuhan mahkamah utama syariah; Ii. Memperkukuhkan tadbir urus pelantikan hakim syarie; Iii. Pelantikan hakim mahkamah utama syariah; dan Iv. Transformasi digital mahkamah Syariah.

Tuan Timbalan Speaker, Hulu Benam ingin memulakan perbahasan dengan merujuk kepada bahagian 8 Rang Undang-undang ini yang mengandungi Fasal 44 hingga Fasal 51, iaitu bahagian merupakan perubahan paling besar dalam keseluruhan enakmen ini. Bahagian ini memperuntukkan penubuhan mahkamah utama Syariah sebagai mahkamah tertinggi dalam hierarki mahkamah Syariah Negeri Selangor. Mahkamah ini diberikan bidang kuasa untuk mendengar rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi Syariah, di samping mempunyai kuasa penyemakan dalam keadaan tertentu. Dengan kata lain, Selangor sedang membentuk satu struktur kehakiman Syariah yang lebih lengkap, lebih tersusun dan setanding dengan perkembangan institusi kehakiman Syariah di beberapa negeri lain. Langkah ini saya sambut kerana sebuah sistem kehakiman yang matang memerlukan mekanisme rayuan yang kukuh bagi memastikan keseragaman prinsip undang-undang serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi kehakiman. Mahkamah yang lebih tinggi bukan bertujuan mencari kesilapan mahkamah yang lebih rendah. Sebaliknya berfungsi sebagai institusi yang memperhalusi tafsiran undang-undang dan membentuk prinsip kehakiman yang konsisten. Tuan Timbalan Speaker, jika kita meneliti perkembangan di negeri-negeri lain, Perak telah menjadi antara negeri terawal melaksanakan reformasi ini apabila meluluskan pindaan bagi mewujudkan Mahkamah Utama Syariah pada tahun 2018 sebelum ia mula beroperasi sekitar tahun 2020. Penubuhan tersebut bertujuan memperkukuh sistem rayuan dan mempertingkat kewibawaan institusi kehakiman Syariah negeri. Lebih menarik, Sarawak turut mengambil pendekatan yang hampir sama apabila tahun 2026 menubuhkan Mahkamah Utama Syariah sebagai sebahagian daripada reformasi institusi Syariah negeri yang turut disokong dengan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah yang berasingan. Ini menunjukkan bahawa pemerkasaan Mahkamah Utama Syariah bukan lagi satu idea yang bersifat eksperimen sebaliknya sedang menjadi amalan terbaik dalam usaha meningkatkan tadbir urus kehakiman Syariah di Malaysia.

Namun demikian, saya ingin mengingatkan bahawa kejayaan sesuatu reformasi tidak diukur pada berapa banyak institusi baru diwujudkan. Yang lebih penting ialah sama ada perubahan tersebut benar-benar meningkatkan penyampaian keadilan kepada rakyat. Sehubungan itu, saya ingin bertanya pihak mana yang akan menetapkan indikator prestasi yang jelas selepas Mahkamah Utama Syariah ini beroperasi. Antaranya ialah sasaran tempoh penyelesaian rayuan, pengurangan tunggakan kes, kadar penyelesaian kes mengikut kategori serta penerbitan laporan prestasi Mahkamah Syariah secara tahunan. Prinsip yang sering menjadi pegangan institusi kehakiman ialah justice delayed is justice denied dengan izin. Keadilan yang lambat diberikan akhirnya boleh menghakis keyakinan masyarakat terhadap institusi tersebut. Maka, penubuhan Mahkamah Utama Syariah ini mestilah diterjemahkan kepada sistem keadilan yang lebih menyeluruh, lebih cekap dan lebih berwibawa. Tuan Timbalan Speaker, menyambung perbahasan Hulu Bernam seterusnya beralih kepada perkara dalam bahagian 3, Fasal 8 hingga Fasal 17 yang

memperuntukkan penubuhan jawatankuasa pelantikan hakim Syarie. Bahagian ini merupakan satu pembaharuan yang amat positif kerana proses pelantikan hakim kini disokong oleh satu mekanisme institusi yang lebih tersusun dan sistematik. Ia dapat mengurangkan persepsi bahawa pelantikan hakim dibuat secara ad-hoc atau sekadar berdasarkan pertimbangan pentadbiran semata-mata.

Namun begitu, saya berharap Kerajaan Negeri dapat menjelaskan dengan lebih lanjut apakah kriteria yang akan digunakan oleh jawatankuasa ini dalam membuat syor pelantikan? Adakah penilaian hanya tertumpu kepada kelayakan akademik dan tempoh perkhidmatan? Atau turut mengambil kira aspek integriti, kualiti kehakiman, kebolehan menulis alasan penghakiman, kecekapan mengurus perbicaraan serta rekod profesional seseorang hakim. Ini penting kerana badan kehakiman tidak boleh diisi oleh individu yang memenuhi syarat minimum tetapi perlu dianggotai oleh mereka yang benar-benar mempunyai kewibawaan untuk memimpin perkembangan undang-undang syariah di negeri ini. Jika kita melihat amalan di beberapa negeri lain seperti Sabah dan juga Perak, usaha memperkukuh institusi kehakiman bukan sekadar melibatkan pindaan enakmen malah turut memberi penekanan kepada pembangunan profesional hakim secara berterusan. Dan saya berharap Selangor turut bergerak ke arah standard tersebut.

Tuan Speaker, Hulu Bernam juga ingin menarik perhatian Dewan kepada bahagian empat khususnya mengenai Syarat Kelayakan Pelantikan Hakim Mahkamah Syariah Utama. Saya menyambut baik usaha Kerajaan menetapkan syarat pengalaman perkhidmatan yang tinggi bagi memastikan hanya hakim yang benar-benar berpengalaman diberikan amanah untuk menduduki Mahkamah Tertinggi dalam hierarki Mahkamah Syariah. Namun di sini lah saya ingin mengemukakan beberapa persoalan dasar kepada Kerajaan Negeri.

Pertama, berdasarkan syarat pengalaman perkhidmatan selama 20 tahun yang dicadangkan bagi jawatan tertentu di Mahkamah Utama Syariah, adakah pada masa ini Selangor mempunyai bilangan Hakim Syarie yang mencukupi untuk memenuhi syarat tersebut? Sekiranya bilangan masih terhad, apakah perancangan Kerajaan Negeri?

Tuan Speaker, mewujudkan Mahkamah Utama Syariah merupakan langkah yang terbaik tetapi ia tidak secara automatik menyelesaikan masalah penyampaian keadilan. Dalam perbahasan Dewan Negeri Perak pada tahun lepas, isu yang dibangkitkan ialah berkenaan kekurangan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah walaupun struktur empat peringkat telah diwujudkan. Ertinya reformasi struktur perlu bergerak seiring dengan reformasi kapasiti. Saya sebut reformasi, reformasi ini jangan Kota Damansara petik pula nanti. Jika tidak kita reform, jika kita tidak reform kapasiti ini, jika tidak kita mungkin mempunyai hierarki yang lebih lengkap tetapi masa hadapan dengan kelewatan penyelesaian kes itu kita tidak dapat nak selesaikan.

Kedua, saya juga ingin bertanya sama ada ukuran kelayakan hanya bergantung kepada tempoh perkhidmatan atau pun turut mengambil kira pengalaman substantif seseorang hakim. Pada pandangan saya tempoh perkhidmatan semata-mata tidak semestinya menggambarkan tahap kompetensi seseorang. Sebagai contoh, seorang hakim yang telah berkhidmat selama 20 tahun tetapi hanya mengendalikan jumlah kes yang terhad. Mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza berbanding seorang hakim yang lebih aktif mengendalikan pelbagai kategori kes termasuk rayuan, semakan kehakiman dan kes-kes kompleks yang melibatkan isu-isu baharu. Oleh itu saya berpandangan bahawa selain senioriti, Kerajaan juga wajar melihat beberapa indikator profesional yang lain seperti jumlah kes yang telah diputuskan, pengalaman mengendalikan kes rayuan dan kes yang kompleks, kualiti alasan penghakiman, kadar keputusan yang dikekalkan atau dipinda di peringkat rayuan, penglibatan dalam latihan kehakiman dan penyelidikan dan penulisan akademik berkaitan. Pendekatan ini lebih selaras dengan amalan badan kehakiman moden yang melihat hakim berdasarkan gabungan pengalaman, kompetensi dan prestasi bukan nya usia perkhidmatan semata-mata.

Tuan Speaker, Hulu Bernam ingin beralih kepada bahagian kesembilan khususnya Fasal 57 hingga Fasal 61 yang pada hemat saya merupakan antara perkara penting serta progresif dalam berdasarkan keseluruhan Rang Undang-undang ini. Bahagian ini memberikan pengiktirafan yang lebih jelas kepada penggunaan teknologi dalam pentadbiran Mahkamah Syariah antaranya termasuk prosiding melalui komunikasi jarak jauh, penyampaian dokumen secara elektronik serta penggunaan sistem digital dalam pengurusan kes. Saya juga melihat langkah ini sebagai satu keperluan bukan lagi satu pilihan. Hari ini Selangor sedang bercakap mengenai kecerdasan buatan AI, pusat data, ekonomi digital dan transformasi perkhidmatan awam. Justeru institusi kehakiman juga perlu bergerak seiring dengan perubahan tersebut. Mahkamah Syariah tidak boleh terus bergantung kepada kaedah kerja tradisional jika kita mahu meningkatkan kecekapan penyampaian keadilan. Ini yang dibangkitkan oleh Seri Serdang tadi. Ada tiga perkara yang ditanyakan, apa banyak isu sangat ni? Kenapa tak selesai? Berkenaan dengan penggunaan teknologi dalam Mahkamah Syariah ini.

Tuan Speaker pengalaman ketika pandemik COVID-19 telah membuktikan bahawa penggunaan prosiding secara dalam talian mampu memastikan sistem kehakiman terus berfungsi walaupun dalam keadaan yang mencabar. Selangor mencatat sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang berjaya melaksanakan prosiding perbicaraan penuh secara atas talian menggunakan aplikasi seperti Google Meet bagi kes Mahkamah Rayuan Syariah pada tahun 2021. Justeru RUU ini memberikan kuasa mutlak kepada hakim untuk mengarahkan kehadiran prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang semestinya lebih memudahkan urusan pelbagai pihak.

Namun begitu, saya ingin mengingatkan bahawa pendigitalan tidak boleh hanya terhenti pada pindaan undang-undang. Undang-undang hanya membuka ruang, yang

menentukan kejayaan nya ialah pelaksanaan. Sebagai contoh, yang pertama adakah semua Mahkamah Syariah di Selangor mempunyai infrastruktur ICT yang mencukupi? Kedua, adakah capaian internet di semua lokasi mahkamah benar-benar stabil untuk membolehkan prosiding secara komunikasi jarak jauh dilaksanakan tanpa gangguan? Yang ketiga, adakah semua Hakim, Pegawai Mahkamah dan Peguam Syarie telah diberikan latihan yang secukupnya untuk mengendalikan sistem digital yang baharu? Ini merupakan antara persoalan yang sama penting dengan pindaan undang-undang itu sendiri.

Tuan Speaker, dalam masa yang sama Hulu Bernam ingin menzahirkan kebimbangan berkenaan aspek keselamatan apabila kita terus memperkasa aspek penggunaan teknologi ini. Apabila semakin banyak urusan mahkamah dijalankan secara digital maka risiko keselamatan siber juga meningkat. Dokumen mahkamah mengandungi maklumat yang sangat sensitif termasuk butiran keluarga, harta, nafkah, hak penjagaan anak serta pelbagai maklumat peribadi yang perlu dilindungi. Justeru saya berharap Kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada aspek keselamatan data, pematuhan kepada piawaian keselamatan maklumat kawalan akses pengguna serta pelan pemulihan bencana sekiranya berlaku gangguan terhadap sistem digital Mahkamah Syariah.

Tuan Speaker, sebagai penutup Hulu Bernam sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya menyokong Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syarikat Negeri Selangor 2026 ini kerana saya melihat ia sebagai satu pengukuhan institusi yang penting dalam sistem Kehakiman Syariah di negeri Selangor. Namun sebagaimana yang telah saya huraikan, kejayaan sesuatu reformasi tidak boleh diukur hanya melalui pindaan undang-undang tetapi melalui keberkesanan pelaksanaannya selepas ia berkuat kuasa. Saya percaya bahawa RUU ini bukan sahaja menyusun semula Mahkamah Syariah ia merupakan peluang untuk membina sebuah Institusi Kehakiman Syariah yang lebih moden, lebih profesional dan lebih diyakini oleh masyarakat. Jika usaha ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh saya yakin Selangor bukan sahaja mampu mencontohi kejayaan negeri-negeri seperti Perak, Sabah dan Sarawak dalam memperkukuh Institusi Kehakiman Syariah malah berpotensi menjadi penanda aras nasional dalam aspek tadbir urus, profesionalisme, kehakiman, dan pendigitalan Mahkamah Syariah.

Akhirnya harapan Hulu Bernam agar setiap pindaan yang diluluskan pada hari ini benar-benar membawa manfaat kepada rakyat, memperkukuh pentadbiran keadilan Islam dan mengangkat martabat Institusi Mahkamah Syariah di Negeri Selangor untuk generasi yang akan datang. Sekian itu, Hulu Bernam menyokong. Terima Kasih.

Timbalan Speaker

Ya, Sungai Ramal

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Speaker, Yang

Berhormat Seri Setia, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dan semua kakitangan Kerajaan yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut berbahas dalam Enakmen Mahkamah Syariah Selangor 2026. Yang kedua, saya ingin menyatakan penghargaan yang tinggi kepada pihak Kerajaan, Seri Setia dan khususnya kepada kakitangan-kakitangan MAIS, lebih khusus kepada Jabatan Undang-undang MAIS yang berikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan hasrat Kerajaan untuk membentangkan draf RUU ini di dalam Dewan pada hari ini. Kalau saya boleh minta tepukan, berikan tepukan yang gemuruh utk mereka.

Yang kedua, kita mungkin boleh mendengar berbagai perkara tentang kelemahan-kelemahan yang berlaku di Mahkamah Syariah termasuk kes-kes yang tertunggak lama ada yang sampai 20 tahun, 30 tahun tetapi tidak semua perkara yang dibincangkan di luar itu adalah benar. Kalau dulu kita mungkin boleh terima ada kes yang lama tertangguh. Itu mungkin 10 tahun dulu, 15 tahun dahulu tapi tak berlaku dalam lima tahun belakangan ini. Saya percaya Mahkamah Syariah Selangor tidak ketinggalan sebegitu jauh sebagaimana yang digambarkan oleh pihak-pihak luar bahkan kalau dibandingkan dengan Mahkamah Syariah lain, saya berani mengatakan bahawa Mahkamah Syariah Selangor masih berada depan berbanding Mahkamah-mahkamah Syariah yang lain. Kita bagi pujian dulu.

Speaker, saya dapat nota kecil dari kawan saya dari dalam Dewan ini juga, tiada dalam Dewan ini, meminta saya, dalam perbahasan saya memohon Kerajaan untuk memudahkan urusan poligami ini. Tapi saya ketepikan nota inilah saya tak nak baca. Saya biarkan dia berurusan dengan mahkamah. Bukan Sungai Ramal punya, Sungai Ramal ikut mahkamah aje. Kalau ada keberanianlah. Bukan tak berani speaker, kasihan kepada mereka.

Saya ambil kesempatan ini Yang Berhormat Speaker dan Seri Setia untuk menyebut tiga perkara penting yang bagi saya perlu diambil perhatian oleh pihak Kerajaan. Yang pertama tentang sumber hukum. Sumber hukum, saya membelek dalam Enakmen ini dan Enakmen sebelum ini, dalam Undang-undang Tubuh pun tidak ada bahkan dalam Pentadbiran Undang-undang Islam pun tiada sumber hukum. Mengapa tidak kita menyebut bahawa sumber hukum mahkamah ini adalah Quran, Sunah, Ijmak, Qias. Itu adalah Sumber Utama sebelum pergi kepada Ahli Sunah Wal Jamaah yang sewajarnya, sepatutnya diletakkan secara hitam putih dalam undang-undang ini. Kalau kita merujuk kepada Civil Law, dengan izin Speaker, dalam Civil Law diletakkan dua seksyen penting untuk merujuk kan undang-undang sivil kepada Undang-undang Common Law atau English Law, Seksyen 3 contohnya. Saya memohon izin Speaker membacanya. Allow the Application of English Common Law an Equity. Seksyen 5 menyebut, Provides for the reception of english Commercial Law regarding mercantile matters and so on. Ini adalah sumber yang disebut oleh English Law atau Civil Law, dalam menetapkan pemakaian Civil Law hendaklah terpakai untuk mengguna pakai English Law. Tapi Syariah Law tak berlaku sedemikian yang sewajar diletakkan

sumber hukum kita. Sumber mahkamah kita mestilah merujuk kepada Al-Quran, As-Sunah, Ijmak dan Qias.

Yang kedua, mengenai keterlibatan Peguam Syarie dalam Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah. Dalam Rang Undang-undang ini menyebut ada ramai pihak yang disebut untuk menjadi Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah. Antaranya ialah keterlibatan dua orang Peguam Syarie. Namun, dalam kaedah-kaedah Peguam Syarie tak menyatakan mereka mesti bermazhab Ahli Sunah Wal Jamaah. Ini bagi memastikan pelantikan Hakim hendaklah Ahli Sunah Wal Jamaah dan tidak berlaku dalam pelantikan Peguam Civil, Peguam Syarie, minta maaf. Dan saya percaya untuk menambah baik penglibatan Peguam Syarie dalam Jawatankuasa ini perlulah meletakkan mereka juga hendaklah berpegang kepada Ahli Sunah Wal Jamaah dan kaedah-kaedah ini tak perlu dibawa ke Dewan ini untuk diluluskan. Pindaan dibuat di luar dan masukkan Ahli Sunah Wal Jamaah sebagai asas kepada pelantikan mana-mana Peguam Syarie. Maksudnya nak interviu, nak temu bual, nak lantik, nak bagi tauliah kepada Peguam Syarie, mereka mestilah berpegang kepada Ahli Sunah Wal Jamaah.

Yang ketiga, jumlah kes. Jumlah kes yang ada di mahkamah ini sebenarnya banyak mana sehingga ada keperluan untuk kita menambah mahkamah-mahkamah, jumlah mahkamah. Apakah benar-benar mendesak sehingga kita memerlukan jumlah mahkamah yang banyak dan kalau betul-betul terdesak bagaimana pengurusannya bagi menyelesaikan semua keterdesakan itu dan kalau boleh saya minta Yang Berhormat Seri Setia menyatakan kepada kami jumlah kes di Mahkamah Tinggi Syariah bagi tahun 2024 hingga 2025 untuk kami pegang sebagai bahan perbahasan nanti dan kalau tak boleh secara lisan boleh saya mohon dibuat secara bertulis.

Yang terakhir mengenai kuasa Hakim. Kuasa Hakim diperincikan tentang peruntukan mahkamah yang diberikan kuasa kepadanya mengikut ranking mahkamah. Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Utama. Namun kadang-kadang ada Hakim yang terlajak yang menggunakan budi bicara pengetahuannya untuk menghukum pihak-pihak yang terbabit yang disebut dalam kaedah Fiqh sebagai Ilmu Qadhi, pengetahuannya sendiri yang tiada rule dalam undang-undang kita, Hakim tak patut menggunakan Ilmu Qadhi, pengetahuannya sendiri untuk membuat keputusan dan wajib Hakim-hakim kita membuat keputusan kita berdasarkan writen law dan juga dokumen dan bahan-bahan bukti yang dipaparkan depannya bukan boleh bergantung juga kepada ilmu Qadhi. Itu yang pertama.

Yang kedua, ada hakim yang terlampau, terlajak melaksanakan bidang kuasanya. Saya ambil contoh ada satu kes. Bila hakim marah dengan peguam yang sedang berguaman di hadapannya. Dia mengarahkan peguam pecat robe kamu sekarang. Robe, pakaian peguam. Pecat robe kamu sekarang dan sekarang saya bacakan kepada kamu pertuduhan saya. Satu, dua, tiga, empat dan ia berlaku depan mata

saya. Hakim bukan tugasnya mendakwa orang. Tapi hakim tersebut bertindak di luar bidang kuasanya mengarahkan peguam itu menanggalkan robenya, pakaian rasmi peguamnya dan membaca pertuduhan terhadapnya. Harus diberikan perhatian supaya pihak JAKESS bila dapat aduan ambil tindakan serius kepada hakim yang bersifat demikian untuk menjaga kredibiliti mahkamah. Bila bercakap tentang kredibiliti mahkamah yang bukan berdasarkan rungutan pihak-pihak luar tapi yang berdasarkan etika hakim yang patut dilaksanakan oleh hakim-hakim yang arif, yang arif ini. Yang lain saya menyokong apa yang dibentangkan oleh Kerajaan dan menyokong sistem Mahkamah Syariah dan menyokong ketinggian Mahkamah Syariah Malaysia khususnya di Selangor ini terbaik setakat ini. Terima kasih Speaker. Saya menyokong.

Speaker

Ya, Batu Tiga.

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan ruang kepada Batu Tiga untuk mengambil bahagian.

Speaker

Sekejap Batu Tiga, sekejap Batu Tiga. Duduk ya. Saya hendak memberi peringatan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Semasa membahas Rang Undang-undang ini dan Rang Undang-undang yang akan datang itu, ambil perhatian terhadap perkara 36 (8) iaitu kelakuan atau sifat mana-mana hakim yang menjalankan keadilan mahkamah. Jadi, saya berharap kita kalau kita harus diperingatkanlah bahawa terdapat peruntukan ini dan harus jaga batas perbahasan supaya tidak melanggar peraturan tetap ini. Ya, silakan Batu Tiga.

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan ruang kepada Batu Tiga untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang kita akan sama-sama tubuhkan. Batu Tiga bangun untuk menyokong dan menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-undang ini dan melalui beberapa perbahasan.

Pertama Tuan Speaker, pembentangan Rang Undang-undang ini sekali lagi memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor dalam memartabatkan agama Islam serta memperkukuhkan institusi-institusi yang menjaga kepentingan umat Islam di negeri ini. Usaha memartabatkan Islam tidak hanya dinilai melalui penganjuran program keagamaan ataupun pembinaan infrastruktur semata-mata. Ia juga mesti diterjemahkan melalui usaha untuk memperkukuhkan institusi. Dengan undang-undang yang jelas, pentadbiran yang berkesan dan juga sistem kehakiman yang mampu memberikan keadilan kepada rakyat. Dalam hal ini penubuhan Enakmen Mahkamah Syariah yang khusus merupakan satu langkah yang sangat penting. Ia memperlihatkan bahawa Kerajaan Negeri memandang serius keadaan

kedudukan institusi kehakiman syariah dan mahu meletakkannya dalam kerangka perundangan yang lebih tersusun, berwibawa serta sesuai dengan perkembangan semasa.

Pengasingan peruntukan berkaitan dengan Mahkamah Syariah daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam bukan hanya penyusunan semula undang-undang tetapi saya percaya langkah ini adalah membawa mesej yang sangat besar bahawa institusi kehakiman syariah mempunyai fungsi, tanggungjawab dan kedudukan yang perlu diperkasakan dengan keadaannya sendiri. Kita mahu Mahkamah Syariah dihormati bukan sahaja kerana bidang kuasanya tetapi kita juga mahu mutu pentadbirannya, kebebasan proses kehakimannya, kecekapan pengurusan kes dan keyakinan masyarakat terhadap keputusan-keputusan yang akan dibuat. Oleh itu, Batu Tiga merakamkan penghargaan serta menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta Kerajaan Negeri atas usaha yang dilaksanakan dengan kerjasama MAIS, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan semua pihak yang terlibat dalam merangka Rang Undang-undang ini.

Namun saya ingin bertanya, selepas enakmen ini diluluskan apa pelan pelaksanaan menyeluruh Kerajaan Negeri untuk memastikan penstrukturan ini benar-benar meningkatkan kewibawaan dan kebebasan serta kecekapan Kehakiman Syariah? Kita perlu berbicara tentang beberapa aspek penting. Tuan Speaker, keperluan terhadap Rang Undang-undang ini perlu kita lihat berdasarkan realiti Negeri Selangor. Selangor kita antara negeri yang mempunyai populasi yang sangat tinggi melebihi 7 juta orang dan merupakan negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang juga pastinya akan ada pelbagai ragam dan kerenah. Pertambahan penduduk sudah tentu membawa kepada peningkatan jumlah perkahwinan yang kalau berkahwin satu pun ramai juga, yang berkahwin lebih pada satu pun ramai juga. So, inilah suasananya di Selangor ini sekali gus juga memberi kesan kepada kes penceraian, tuntutan nafkah, hadanah, harta sepencarian, pusaka dan sebagainya dalam sebagai urusan syariah.

Di sebalik setiap kes yang dibawa dalam Mahkamah Syariah terdapat manusia yang sedang menunggu penyelesaian. Sebab itu soal kecekapan Mahkamah Syariah ini bukan hanya sekadar isu teknikal ataupun pentadbiran dalaman. Ia berkait secara langsung dengan kehidupan, kebajikan dan masa depan rakyat Negeri Selangor. Apabila satu kes berlarutan terlalu lama, terlalu lama ialah subjektif Tuan Speaker. Mungkin ada yang lama tu kalau kita anggap sebulan tu lama, ada orang menganggap enam bulan tu lama. Ada orang menganggap setahun tu lama. So, sangat subjektif. Kesannya ialah pada institusi keluarga itu. Mungkin ada kes yang terlalu tanggung, terlalu lama kesannya tidak berhenti dalam kamar mahkamah sahaja. Ia juga boleh menjejaskan kewangan keluarga sekiranya berlaku penceraian, emosi anak-anak yang juga mungkin akan memberikan kesan-kesan langsung, hubungan kekeluargaan dan keyakinan masyarakat terhadap institusi keadilan.

Keadilan bukan hanya sekadar keputusan yang betul, keadilan juga perlu disampaikan dan diberikan dengan tempoh yang munasabah. Persoalannya apakah unjuran Kerajaan Negeri terhadap pertambahan jumlah kes Mahkamah Syariah dalam tempoh mungkin lima tahun yang kita sasarkan? Bukan sasarkan sebab kita meminta tapi kita kena bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan itu supaya kita juga bersedia dengan kelengkapan dan keperluan kita. Dan adakah struktur bilangan hakim seperti disebutkan Ahli-ahli Dewan yang lain juga dibincangkan secara khusus untuk masa depan dan persiapan akan datang?

Tuan Speaker, antara pembaharuan yang paling penting dalam Rang Undang-undang ini ialah penstrukturan Mahkamah Syariah kepada empat peringkat. Iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama ataupun Mahkamah Syariah. Struktur ini kita berpotensi memperjelas hierarki kehakiman ataupun kita boleh sentuh kepada setiap satunya ada bidang mahkamah tertentu. Saya menyambut baik alhamdulillah. Pewujudan sekurang-kurangnya dua peringkat untuk membuat rayuan ataupun semakan. Dalam apa-apa sistem kehakiman keputusan sebenarnya berikan kesan besar kepada hak dan keperluan jawapan kepada seseorang itu.

Hakim ialah manusia dan sesuatu keputusan boleh melibatkan persoalannya undang-undang dan juga penafsiran yang memerlukan penelitian semula dan saya puji ataupun usaha yang kita laksanakan ini, ruang rayuan yang kita berikan tambahan itu mungkin akan memberikan ruang keadilan kepada mereka. Ini bukan maksud kita mempertikaikan kewibawaan hakim pada peringkat terdahulu, bukan. Tapi sebaliknya mekanisme rayuan ini adalah untuk kita memperkukuhkan institusi kehakiman kerana ia membolehkan keputusan itu mungkin disemak ataupun ada kesilapan yang dibetulkan ataupun ada prinsip yang perlu kita tegakkan. Dengan dua rayuan ataupun dua ruang untuk buat rayuan, saya berharap rakyat akan memperolehi keadilan ataupun peluang yang lebih untuk memperjuangkan hak mereka dan mendapatkan keadilan yang seadilnya. Walau bagaimanapun, penambahan ruang rayuan ini mestilah disertai dengan pengurusan yang cekap.

Oleh itu, saya ingin bertanya apakah tempoh sasaran kita bagi penyelesaian satu peringkat rayuan? Berapa juga jumlah hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Utama yang kita nak bentuk nanti? So, persoalan-persoalan pentadbiran itu saya percaya telah pun dicatat oleh Yang Berhormat EXCO Seri Setia. Saya mahu melihat enakmen ini bukan sahaja untuk kita melihat kepada penubuhan institusi ataupun perubahan infrastruktur. Tapi juga kita nak lihat kesannya kepada masalah yang berlaku yang dekat dengan rakyat iaitu lambakan dan kelewatan penyelesaian kes. Penstrukturan kepada empat peringkat berpotensi membantu mengagihkan kes-kes yang lebih teratur, Insya-Allah dan kita harapkan itu juga akan berlaku dan pembahagian bidang kuasa yang jelas juga boleh memberikan satu fleksibiliti kepada Ketua Hakim ataupun hakim untuk menyelesaikan kes-kes yang mungkin lebih kompleks pada peringkat-peringkat tertentu.

Namun, kita akui bahawa perubahan struktur undang-undang sahaja mungkin tidak akan mampu menyelesaikan kes tertunggak secara automatik. Pastinya semua kes yang sedang tertunggak ini masih lagi perlu mengikuti prosesnya walaupun kita ada perubahan daripada tiga peringkat kepada empat peringkat. Kalau struktur mahkamah ini ditambah tetapi bilangan hakim mungkin pendaftarnya berkurang, saya percaya itu juga akan jadi cabaran. So, saya mungkin akan lontarkan perkara yang sama juga kepada Yang Berhormat EXCO untuk kita melihat semua perkara ini.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Batu Tiga, boleh? Yang Berhormat Batu Tiga, setuju tak kalau kita tengok kita bincangkan tentang masalah kes-kes tertunggak, banyak kes dilewatkan apa semua, mungkin perlu kalau pihak Yang Berhormat EXCO Seri Setia bekalkan juga kita dengan maklumat berapa sebenarnya kes-kes yang sedang dijalankan di mahkamah? Berapa kes yang tertunggak dan apa jenis kes-kes yang selalu dibicarakan di Mahkamah Syariah dan apa kebuntuan yang selalu dihadapi oleh pihak Mahkamah Syariah yang sekarang inilah? Dan, mungkin ini boleh membantu kita sama-sama merangka, orang kata Rang Undang-undang yang lebih baik lagi pada masa hadapan. Apa pandangan Batu Tiga?

Terima kasih Pelabuhan Klang. Ya, saya setuju sebab saya juga mencari rujukan itu tak jumpa satu nilai jumlah yang meyakinkan. Masa kita nak sentuh fasal situasi semasa 2026 pastinya kita akan ambil maklumat yang latest. Tadi juga disebut oleh Sungai Ramal kita tidak dibekalkan. Mungkin itu juga kalau kita dapat lebih awal mungkin akan menguatkan hujah kita. Tapi saya percaya maklumatnya ada bersama dengan Yang Berhormat EXCO. Saya harap itu juga mungkin boleh dibekalkan sebelum mungkin kita bahaskan pada Rang Undang-undang yang berikutnya hal berkaitan dengan pentadbiran. Saya sambung perbahasan saya. So, jadi kalau struktur itu dibuat perubahan saya harap proses peralihan daripada tiga peringkat kepada empat peringkat itu tidak mengambil waktu yang lama sebab kita sedang berhadapan dengan lambakan kes yang sedang berlaku.

Tuan Speaker, bagi memastikan Rang Undang-undang ini berikan kesan yang mungkin boleh dirasai oleh rakyat saya ingin mencadangkan beberapa perkara kepada pihak Kerajaan. Yang pertama, saya ingin mencadangkan sebuah mungkin jawatankuasa ataupun pelan pengurangan kes tertunggak di Mahkamah Syariah yang mana mungkin ini mungkin kita boleh lihat secara overall, secara universal. Kita kena table out semua dulu apa kes yang berlaku seperti disebut oleh Pelabuhan Klang tadi. Tengok case by case, kategorinya bagaimana. Mungkin daripada situ akan ada rancangan bagaimana untuk menyelesaikannya. Kita juga perlu mengetahui berapa banyak kes yang tidak selesai itu perlu mengambil tindakan yang bagaimana? Apakah puncanya disebabkan kita kekurangan petugas ataupun hakim, ataupun pendaftar dan sebagainya? Itu juga kita perlu perhalusi satu persatu dan mungkin

juga ada kekurangan infra disebut oleh Yang Berhormat EXCO kita tidak membuat penambahan infra sebabnya kita menggunakan bangunan sedia ada. Saya rasa kalau kita nak buat sesuatu perkara yang besar pastinya kita kena lihat secara keseluruhan.

Kita tambah institusi kita daripada tiga kepada empat peringkat tapi macam tak berapa logik kalau kita gunakan bangunan sedia ada. Saya bila melihat bangunan-bangunan awam ini, bangunan-bangunan Kerajaan dia dah full occupied. Dia dah dengan izin, maksud dia dah digunakan sepenuhnya. Makna kalau kita tambahkan lagi pastinya akan fungsi, tambah jabatan, tambah institusi yang lain. So, dia juga akan memberikan kesan. Mungkin dalam tempoh berapa tahun akan datang, perlu juga diletakkan sasaran oleh pihak Jabatan Kehakiman ataupun pihak undang-undang sendiri untuk mempersiapkan infrastruktur bangunan mereka tersendiri. Soalan kedua, boleh atau tidak kalau kita tetapkan sasaran dalam pelan penyelesaian kes tertunggak itu, kita tetapkan sasaran. Ada mungkin kes-kes yang mungkin kita boleh bantu untuk selesaikan dengan lebih cepat seperti yang disebutkan oleh Hulu Bernam tadi. Mungkin guna kaedah online dan sebagainya sebab kita pernah laksanakan ketika satu masa dahulu dan apakah salahnya kalau kita gunakan semula kaedah itu dan mungkin kalau dia membantu, kita harap itu jugalah kaedah-kaedah yang mungkin kita boleh guna pakai dan persoalan digital tadi telah disentuh, saya ingat saya tidak berhasrat untuk mengupas yang lebih panjang.

Tuan Speaker, satu lagi perkara penting ialah pengurusan tempoh peralihan. Tadi saya sentuh secara umum. Apabila struktur baru kita laksanakan, ia memerlukan komitmen yang sangat besar. Baik daripada pihak Penasihat Undang-undang, even daripada pihak MAIS ataupun Jabatan Kehakiman, minta maaf, juga Yang Berhormat EXCO. Saya ingat ini semua perlu diteliti dengan sebaiknya supaya proses peralihan itu akan mengurangkan ataupun proses peralihan itu tidak mengambil waktu yang sangat panjang. Dan terakhir Yang Berhormat Speaker, saya menyokong Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah 2026 ini kerana ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agama Islam. Kita memperkukuhkan Institusi Kehakiman Syariah serta kita menyediakan mekanisme yang baharu mungkin untuk mewujudkan keadilan yang lebih tersusun kepada rakyat negeri Selangor.

Struktur empat peringkat dan pewujudan dua ruang rayuan, ini semua saya puji usaha ini ya, moga-moga kita boleh menyelesaikan banyak kes tertunggak ataupun kes-kes yang akan datang yang baharu yang masuk kita boleh pendekkan tempoh, itu semua adalah hasrat dan ataupun harapan kita semua dalam membentuk Rang Undang-undang pada kali ini dan saya berharap Kerajaan Negeri menerima ataupun seluruh Ahli Dewan juga dapat menyusun ataupun menyokong Rang Undang-undang yang kita bentangkan ini dan kita mahu Mahkamah Syariah bukan sahaja lebih tinggi kedudukannya, tetapi lebih lengkap strukturnya juga serta memberikan kemudahan kepada seluruh masyarakat, dengan harapan tersebut Batu Tiga menyokong Rang

Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah 2026 pada ucapan kali ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Saya beri kepada Meru dulu, kemudian Sungai Panjang ya.

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker, kerana memberi ruang kepada Meru untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang, Pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Yang Berhormat EXCO, khususnya jabatan dan juga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor serta semua pihak yang terlibat dalam menyediakan Rang Undang-undang yang amat baik dan penting ini. Tuan Speaker, apabila kita membincangkan pindaan berkaitan Mahkamah Syariah kita sebenarnya sedang membincangkan satu institusi yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat Islam di negeri ini. Mahkamah Syariah bukan hanya berkaitan dengan undang-undang semata-mata, ia berkaitan dengan kehidupan keluarga, maruah manusia, kebajikan anak-anak, pengurusan harta, hubungan kekeluargaan serta penyelesaian pertikaian yang memerlukan keadilan.

Oleh sebab itu, sebarang usaha untuk memperkukuhkan Mahkamah Syariah hendaklah dilihat sebagai satu usaha memperkukuhkan sistem keadilan negeri. Saya melihat Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 ini membawa beberapa objektif utama. Pertama, mewujudkan satu undang-undang khusus berkaitan Mahkamah Syariah. Kedua, memperkukuh bidang kuasa Mahkamah Syariah selaras dengan kedudukan perundangan negara. Ketiga, mewujudkan mekanisme rayuan yang lebih tersusun, adil dan menyeluruh. Ketiga-tiga perkara ini merupakan asas penting dalam memastikan Institusi Kehakiman Syariah terus berkembang sesuai dengan keperluan semasa.

Keperluan undang-undang khusus Mahkamah Syariah, Tuan Speaker, Meru menyambut baik langkah untuk mewujudkan satu undang-undang khusus berkaitan Mahkamah Syariah. Selama ini pentadbiran Mahkamah Syariah berkait rapat dengan beberapa peruntukan dalam undang-undang pentadbiran agama Islam negeri. Namun dengan perkembangan semasa, peningkatan jumlah kes dan keperluan masyarakat yang semakin kompleks, sudah tiba masanya Institusi Mahkamah Syariah mempunyai satu rangka perundangan yang lebih tersusun dan sistematik. Sebuah Institusi Kehakiman yang kukuh memulakan tiga perkara utama. Pertama, struktur yang jelas. Kedua, bidang kuasa yang terang. Ketiga, prosedur yang diyakini oleh masyarakat. Melalui Rang Undang-undang ini, perkara-perkara tersebut dapat diperincikan dengan lebih baik.

Seterusnya, memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah. Tuan Speaker, Perkara 121(1a), Perlembagaan Persekutuan telah memberikan pengiktirafan terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam perkara-perkara yang di bawah undang-undang Islam negeri. Namun, pengiktirafan sahaja tidak mencukupi, Institusi Kehakiman perlu sentiasa diperkasakan dari segi struktur sumber manusia, proses kerja dan keyakinan masyarakat. Kita perlu memastikan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan. Apabila rakyat datang ke Mahkamah Syariah, mereka datang membawa masalah kehidupan. Ya, ada yang datang kerana konflik rumah tangga, ada yang datang kerana isu nafkah, ada yang datang kerana pertikaian hak penjagaan anak, ada yang datang kerana isu harta dan pusaka. Mereka bukan sekadar membawa fail kes, tetapi mereka membawa harapan untuk mendapatkan keadilan.

Struktur ke empat Mahkamah Syariah antara perkara penting dalam pindaan ini ialah Pengukuhan Struktur Mahkamah Syariah empat peringkat. Struktur yang lebih jelas akan membantu memastikan setiap kes didengar oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang bersesuaian. Ia juga memberi laluan rayuan yang lebih teratur dalam masa, dalam mana-mana Sistem Kehakiman moden, peluang untuk mendapatkan semakan terhadap sesuatu keputusan adalah elemen penting. Ini bukan bermaksud keputusan Hakim dipersoalkan, sebaliknya ia adalah satu mekanisme semak dan imbang bagi memastikan keadilan dapat dicapai pada tahap terbaik.

Mekanisme rayuan yang lebih berkesan, saya ingin memberikan perhatian khusus kepada aspek rayuan. Sistem rayuan yang baik perlu mencapai keseimbangan. Di suatu pihak kita mahu memastikan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai ruang mencabar keputusan. Namun, di pihak yang lain kita tidak mahu proses rayuan menjadi terlalu panjang sehingga melambatkan penyelesaian sesuatu kes. Sebagai contoh, dalam kes keluarga, kelewatan keputusan boleh memberikan kesan besar kepada emosi pasangan. Kebajikan anak-anak, kestabilan keluarga. Oleh itu, saya mencadangkan agar pelaksanaan pindaan ini turut memberikan perhatian kepada tempoh penyelesaian kes rayuan. Keadilan yang lambat juga boleh menjejaskan maksud keadilan itu sendiri.

Soalan saya, adakah seiring dengan pindaan ini adanya KPI ataupun kaedah penyelesaian kes-kes tertentu bersama garis masa penyelesaian, seperti kes perceraian, nafkah, hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya. Jadi isu ini yang telah menjadi rungutan kebanyakan masyarakat yang menghadapi masalah ini atau mereka yang menuntut untuk mendapatkan keadilan sebaiknya. Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana isu kekeluargaan yang tertunggak boleh memberi kesan kepada isu sosial masyarakat ataupun kadang-kadang boleh menyebabkan berleluasa ataupun kesan mental kepada mereka yang terlibat.

Meru ingin menyentuh berkaitan tuntutan nafkah yang tertunda dan tertunggak akibat pihak dituntut tidak memberi kerjasama dan tidak mengambil perhatian yang serius. Seperti tuntutan nafkah isteri kepada suami yang tidak memberi nafkah. Jadi pihak suami yang tidak mengambil serius memberi perhatian. Jadi, Meru mencadangkan supaya pihak suami yang gagal memberi tuntutan nafkah diambil tindakan penguatkuasaan undang-undang. Mungkin selepas ini kita boleh bincangkan ya, mungkin ada lagi peraturan-peraturan yang kita boleh tambah supaya pihak yang menuntut tidak dizalimi dan hidup terumbang-ambing dan ini memberi kesan kepada tanggungan yakni anak-anak, daripada masa depan anak-anak.

Bidang kuasa mal Mahkamah Syariah. Tuan Speaker, saya ingin menyentuh mengenai bidang kuasa mal Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah mempunyai tanggungjawab besar dalam mengendalikan pelbagai perkara, seperti perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan anak, harta sepencarian, wakaf, nazar, pusaka dan pengesahan status agama. Perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap kehidupan rakyat. Oleh itu, pengendalian kes-kes tersebut perlu dilakukan dengan pendekatan yang bukan sahaja mengikut hukum dan undang-undang tetapi juga mengambil kira aspek kemanusiaan. Khususnya dalam kes keluarga, pendekatan penyelesaian konflik perlu diberi perhatian. Mahkamah bukan hanya tempat membuat keputusan tetapi juga tempat mencari jalan penyelesaian terbaik.

Tuan Speaker, undang-undang yang baik tidak akan mencapai matlamat tanpa pelaksanaan yang berkualiti. Justeru, saya ingin mencadangkan agar pindaan disokong dengan pengukuhan, kapasiti warga kehakiman syariah. Antara perkara yang perlu diberi perhatian, pertama, latihan berterusan dan ada juga rakan-rakan daripada ahli Dewan juga telah mencadangkan. Kedua, pengkhususan dalam bidang undang-undang tertentu seperti keluarga, kewangan, Islam dan harta pusaka. Maknanya setiap Hakim, Peguam itu mereka mempunyai pengkhususan di bidang-bidang yang tertentu yang seperti yang saya sebutkan tadi. Ketiga, penggunaan teknologi dalam pengurusan kes dan juga ada disebutkan oleh Ahli-ahli Dewan. Keempat peningkatan kemudahan kepada pihak yang hadir ke mahkamah. Kita mahu melihat Mahkamah Syariah Selangor menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dalam aspek profesionalisme dan kecekapan.

Seterusnya ialah digitalisasi dan akses rakyat. Ada juga disentuh, dunia hari ini bergerak pantas dengan teknologi. Sistem Kehakiman juga tidak boleh ketinggalan. Saya mencadangkan agar pelaksanaan Rang Undang-undang ini disertai dengan usaha memperluaskan pendigitalan. Contohnya, semakan status secara atas talian, pengurusan dokumen digital, notifikasi pencarian kes, kemudian kemudahan komunikasi dengan pihak mahkamah. Ini akan membantu mengurangkan beban rakyat dan mempercepatkan proses. Keadilan bukan sahaja perlu diberikan, tetapi perlu mudah dicapai.

Bantuan guaman syariah. Saya ingin menyentuh aspek bantuan guaman. Dalam sistem keadilan, kemampuan seseorang mendapatkan pembelaan tidak sepatutnya bergantung hanya kemampuan kewangan semata-mata. Golongan berpendapatan rendah juga mempunyai hak untuk memahami proses undang-undang dan mendapatkan nasihat sewajarnya. Jadi Meru berharap Kerajaan Negeri terus memperkukuhkan kerjasama dengan pihak berkaitan supaya akses kepada keadilan syariah dapat diperluaskan, seterusnya nak habis dah, penutup dah ya.

Akhirnya, sudah tentu membina kejayaan masyarakat. Kejayaan sesuatu undang-undang bukan hanya diukur melalui jumlah seksyen atau struktur yang diwujudkan. Ia diukur melalui keyakinan masyarakat perlu melihat Mahkamah Syariah sebagai institusi yang adil, institusi yang profesional, institusi yang cekap, institusi yang menjaga kepentingan rakyat. Kita mahu setiap individu yang masuk ke Mahkamah Syariah merasakan bahawa mereka didengari, mereka dihormati, mereka disantuni sebaiknya.

Jadi, penutupnya sebagai penutup Meru ingin menegaskan bahawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah ini adalah satu langkah penting, langkah ke hadapan dalam sejarah perkembangan Kehakiman Syariah di negeri ini. Pindaan ini mencerminkan usaha berterusan untuk memastikan syariah bergerak seiring dengan perubahan zaman. Keperluan masyarakat dan prinsip keadilan, namun pelaksanaan selepas kelulusan Rang Undang-undang ini adalah sama penting. Bukan sekadar kita luluskan di Dewan yang mulia ini, tetapi pelaksanaan itulah yang paling penting. Kita perlu memastikan reformasi ini diterjemahkan kepada pengalaman sebenar rakyat. Kes lebih cepat diselesaikan, proses lebih mudah difahami, hak semua pihak dilindungi dengan mengambil kira kepentingan rakyat Selangor serta usaha memperkukuhkan Kehakiman Syariah, dengan ini Meru menyokong dan mengajak semua ahli Dewan, kita menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah di Selangor 2026 untuk kita luluskan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan seluruh ahli Dewan sekalian. Sungai Panjang mulakan dengan kalam junjungan besar Baginda Nabi S.A.W. (bacaan suci ayat Al-Quran) Mafhumnya bila seorang hakim membuat keputusan dengan berijtihad dan ijtihad itu benar, maka baginya ajaran dua pahala. Dan bila seorang hakim berijtihad lalu salah atau silap maka baginya hanya satu pahala sahaja. Riwayat Sheikh Khan dan Bukhari dan Muslim. Imam An-Nawawi dalam syarah sains Muslim menjelaskan hadis ini menunjukkan betapa besarnya penghargaan Islam terhadap usaha seorang hakim. Namun ia juga mengiktiraf bahawa hakim boleh tersilap. Sungai Panjang tetap berpegang dengan pandangan bahawa hakim silap, salah bukan sebagaimana yang dikatakan Kota Damansara, khilaf kerana Sungai Panjang tidak mahu bercanggah dengan hadis nabi.

Hadis nabi tidak mengatakan khilaf tetapi hadis nabi kata hakim itu auta silap atau pun salah. Maka dengan adanya mekanisme, rayuan dua peringkat kita memberi peluang kepada hakim yang lebih arif untuk membetulkan sebarang kesilapan sekali gus menjaga keadilan dan maruah pihak yang terlibat.

Pohon selasih di tepi telaga, Tumbuh melata di tepi laman, Mahkamah Syariah lambang pendorah, Menegak keadilan sepanjang zaman.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Panjang merasakan agak kecewa sedikit di awal-awal tadi apabila di pihak Kerajaan mengatakan bersungguh-sungguh untuk membawa RUU Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Dan Dewan ini tertangguh hampir 3 minit kerana menanti dan menunggu wakil rakyat-wakil rakyat daripada pihak Kerajaan yang tidak masuk-masuk khususnya daripada kalangan Muslim sehingga menyebabkan tidak cukup kuorum untuk kita memulakan persidangan Dewan. Nasihat ini pada diri saya dan kita semua supaya tidak berulang pada masa akan datang. Ini menunjukkan ketidakseriusan wakil rakyat daripada pihak Pembangkang untuk

Speaker

Pelabuhan Klang minta penjelasan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sikit lagi.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker, Peraturan Tetap.

(DEWAN RIUH)

Speaker

Seri Serdang, Seri Serdang apa dia, Seri Serdang Peraturan Tetap, Seri Serdang, Seri Serdang, saya panggil Seri Serdang apa dia Peraturan Tetap.

Peraturan Tetap 36(6), seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa yang lain. Tadi Sungai Panjang mengatakan bahawa Ahli Dewan Negeri pihak Kerajaan masuk lambat dan tidak serius pada Enakmen ini. Saya kira itu satu tuduhan, sangkaan jahat kepada Ahli Dewan Negeri pihak Kerajaan sedangkan komitmen kita sama-sama kita luluskan Enakmen ini. Tidak kira Kerajaan atau pun Pembangkang, kita sama-sama tetapi bila tuduhan macam itu, itu saya kata PAS ini kadang-kadang perangai dia memang suka tuduh orang, pilihan raya pun tuduh orang, dalam Dewan pun tuduh orang, inilah yang mencemarkan imej Islam. Tarik balik Sungai Panjang, tarik balik.

Speaker

Ya tak apa, ya Sungai Panjang

Kalau setakat hendak content Tik Tok dengan fitnah macam ini, rosak imej Islam, tarik balik.

Speaker

Sungai Panjang saya telah pun mendengar hujah daripada Seri Serdang, saya kira dalam perbahasan ini kita mengambil bahagian dalam perbahasan dan kadangkala bukan pun ia ada kaitan dengan enakmen atau pun Rang Undang-undang ini kalau ada ADUN yang lewat atau pun tidak masuk dan dalam sidang-sidang Dewan sebelum ini pun pernah berlaku. Ya, pun pernah berlaku juga Pembangkang yang tak masuk, Kerajaan pun tak ada, di mana kita dalam keadaan yang tidak cukup, kuorum tidak mencukupi. Jadi saya berharap isu ini sebenarnya tidak ada kaitan Yang Berhormat Sungai Panjang dengan perbahasan ini, jadi saya kira bolehlah ditarik balik dan sambunglah perbahasan ya.

Tadi aman damai saja Tuan Speaker, cuba hendak buat provokasi. Tarik balik, tarik balik, depan ini pun tak ada ramai ini. Ini depan ini ramai tak ada tak cakap apa pun, tarik balik, tarik balik.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya menghormati Tuan Speaker. Sungai Panjang menegur.

Speaker

Saya menasihati Sungai Panjang untuk tarik balik.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang menegur, menegur, Sungai Panjang sebut..

Tarik balik, tarik balik, tarik balik sajalah.

(DEWAN RIUH)

Speaker

Sungai Panjang tidak perlu, saya mohon Yang Berhormat Sungai Panjang untuk akur dan tarik balik kerana tidak perlu kita mengaitkan perbahasan ini dengan sifat-sifat dan kelakuan mana-mana ADUN khususnya yang termasuk mereka yang beragama Islam. Jadi saya rasa tiada kaitan, jadi saya kira Yang Berhormat tarik balik sajalah. Sebabnya ia bukan sesuatu yang susah sebab memang tidak ada kaitan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sesuatu yang boleh terasa, Sungai Panjang menegur juga untuk diri sendiri.

(DEWAN RIUH)

Speaker

Ia pernah berlaku. Yang Berhormat, pernah berlaku. Yang Berhormat, Yang Berhormat tarik balik kerana keadaan kuorum tidak mencukupi, pernah berlaku tetapi Yang Berhormat tidak boleh menggunakan tidak pernah pun menggunakan itu untuk menegur atau pun menyatakan sangkaan yang tidak baik terhadap ADUN yang lain.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Itu bukan sangkaan, memang betul.

(DEWAN RIUH)

Speaker

Jadi saya rasa, Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Panjang, saya minta Yang Berhormat Sungai Panjang tarik balik, saya minta Yang Berhormat Sungai Panjang tarik balik. Yang Berhormat Sungai Panjang, sila tarik balik. Yang Berhormat Sungai Panjang.

(DEWAN RIUH)

Speaker

Sila duduk, duduk, duduk, Sungai Panjang, Batu Tiga, Seri Serdang, Pelabuhan Klang duduk, Sekinchan pun duduk. Ya saya tahu, saya ada Peraturan Tetap daripada Kota Damansara.

(DEWAN RIUH)

Speaker

Ok, Kota Damansara apa dia, apa dia Peraturan Tetap.

Saya nak bangkitkan Peraturan Tetap 87. Pertua Speaker.

Speaker

Petua Speaker.

Tuan Speaker, saya nak minta Petua Speaker, maksud serius sesuatu ADUN sebab kalau nak tengok pada serius ini, sebab dia kata tengok pada berapa banyak yang ada, adakah serius ini dengan 6 Ahli Dewan Pembangkang sahaja yang ada, atau serius ini bersamaan dengan 16 Ahli Dewan Negeri yang ada dekat Dewan saja. Kalau Speaker masuk beritahu yang serius ini 6, kalau itulah maksudnya oleh daripada Sungai Panjang, kita ada masalah yang serius.

Speaker

Kalau seelok-eloknya Yang Berhormat Sungai Panjang, kalau serius ini maksudnya kesemua 56 orang ADUN itu mesti ada di dalam Dewan semasa sidang Dewan berlangsung tetapi kita pun harus tahu bahawa kadangkala ada urusan tertentu, kita benarkan. Jadi tidak perlu orang kata imply atau pun menterjemahkan satu perasaan syak wasangka yang tidak baik terhadap ADUN lain jika mereka tidak hadir atau pun tidak berada di Dewan semasa perbahasan

berlangsung. Yang pasti ialah kita tidak boleh menggunakan sifat seseorang ADUN itu khususnya seseorang ADUN beragama Islam itu untuk digunakan dalam perbahasan kita sebagai satu peralatan untuk menyerang atau pun mencapai apa-apa motif politik. Yang Berhormat saya rasa, saya nasihatkan Yang Berhormat tarik balik juga sebab di kalangan Pembangkang pun ramai yang tak hadir termasuk yang beragama Islam dan daripada Parti Islam juga, parti yang sama dengan Yang Berhormat. Oleh sebab itu saya nasihatkan tarik balik dan teruskan dengan perbahasan. Yang penting ialah kita nak dengar perbahasan daripada Yang Berhormat, point daripada Yang Berhormat

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Point sambung esok, ini dah petang.

Speaker

Bukannya perkara-perkara yang menyentuh tentang 366 ini, Yang Berhormat silakan, tarik baliklah.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang Berhormat Speaker, bersikap terbuka.

Speaker

Tak apalah, tak apalah tarik balik, tarik balik, tak, saya nasihat.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya minta dan hormat Tuan Speaker...

Tuan Speaker, saya minta buat rolling Tuan Speaker, tarik balik saja bukan susah, dah buat salah tarik baliklah.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima sajalah dengan hati terbuka.

Ini bukan masalah terima tak terima, masalah sekarang ini satu tuduhan yang ....

(DEWAN RIUH)

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya mohon Yang Berhormat Sungai Panjang akur dan tarik balik dan kita teruskan dengan cadangan Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Panjang tarik balik sajalah. Seri Serdang, tak apa, tenang Seri Serdang, saya hendak dengar dulu, Seri Serdang tenang dulu, sila duduk dulu. Saya hendak minta Sungai Panjang tarik balik.

Macam mana hendak tenang kamu memanglah boleh tenang, kami yang kamu tuduh macam itu macam mana?

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tenang dulu, jangan bertarkhiyah, tenang, tenang.

Tarkhiyah apa tarkhiyah, tarik balik.

Speaker

Sungai Panjang tarik baliklah ya. Tak mengapa Seri Serdang, sila duduk, saya hendak dengar Sungai Panjang ini ya.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Bertenang, Yang Berhormat Speaker, saya nak tarik perkataan yang mana, kena tengok Hansard dulu. Hendak tarik yang tak datang ke, nak tarik yang masuk lambat ke, nak tarik bahagian yang serius ke, nak tarik, sebab tidak ada kata tuduhan, tak ada kata yang sentuh menyakitkan hati, bila orang kata saya masuk lambat, saya tak sampai hati sebab saya tahu kesalahan saya.

Speaker

Yang Berhormat Sungai Panjang cukup di situ. Tarik balik.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ya hendak tarik balik yang mana?

Speaker

Tarik balik bahagian yang menyatakan bahawa permulaan sidang Dewan tadi kuorum tidak mencukupi kerana ketidakhadiran ADUN termasuk yang beragama Islam.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya tidak sebut ketidakhadiran.

Speaker

Kuorum tidak mencukupi, bahagian itu sajalah, keseluruhan bahagian itu.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tak sebut, tak sebut, kena tengok lah, kena tengok balik Handsardlah, yang mana saya hendak tarik balik sebab saya tidak sebut ketidakhadiran, saya sebut mana yang saya tahu, Sungai Panjang yang sebut jadi Sungai Panjang tahu.

Speaker

Bahagian dengan kuorum, cukup. Yang Berhormat Sungai Panjang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Panjang tadi mengatakan bahawa ADUN Kerajaan tidak serius sebab tidak ada dalam Dewan ini, kita bawa Undang-undang ini dalam Dewan ...

(DEWAN RIUH)

Speaker

Tarik baliklah bahawa perkataannya ADUN Kerajaan tidak serius khususnya beragama Islam ya yang tidak serius, saya rasa itu tarik baliklah Yang Berhormat Sungai Panjang. Ya, silakan tarik balik.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ok yang itu ya.

Speaker

Yang menyifatkan ADUN Kerajaan yang beragama Islam tidak serius, ya itu.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ya ok, tak ada sangkaan jahat, tengok EXCO tak ada apa. Yang Berhormat Tuan Speaker kena bagi Pertua dulu, EXCO ini macam mana?

Speaker

Cukup, Yang Berhormat Sungai Panjang tarik balik, tak perlu tolak balik Yang Berhormat Sungai Panjang tarik balik, tarik balik Yang Berhormat Sungai Panjang tarik balik kenyataan Yang Berhormat yang menyatakan. Yang Berhormat duduk, dengar saya, Sungai Panjang dengar, dengar. Tarik balik bahagian ucapan Yang Berhormat yang menyatakan bahawa ADUN Kerajaan khususnya yang beragama Islam yang tidak serius dalam perbahasan ini, tarik saja, tarik balik frasa itu. Sila nyatakan tarik balik atau tidak.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tak ada perkataan saya tidak serius.

Tak bolehlah Tuan Speaker macam ini, dia kata ada lepas itu dia kata tak ada sebut, tak boleh macam itu Tuan Speaker.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tuan Speaker sikit sahaja, sikit sahaja.

Speaker

Apa dia? Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak, saya dengar tadi daripada luar, saya tengok Speaker pun tak berapa jelas tadi dekat mana, saya rasa lebih baik kita move on, esok Speaker buat rolling.

Speaker

Tak apa, saya rasa kita teruskan dengan ini sahaja.

(DEWAN RIUH)

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tuan Speaker pun tak jelas yang mana perlu tarik balik jadi saya cuba bantu Speaker untuk selesaikan urusan dia.

(DEWAN RIUH)

Speaker

Baik Yang Berhormat, ya saya akan buat rolling untuk esok. Baik baik Yang Berhormat semua sila duduk, Yang Berhormat, duduk, duduk, duduk, saya akan buat rolling.

Saya cadangkan Sungai Burong ini dibawakan ke hak kebebasan.

Eh Sungai Burong tak terlibat, Sungai Panjang, Sungai Panjang.

Ya Sungai Panjang, betul Sungai Panjang.

(DEWAN RIUH)

Speaker

Baik Yang Berhormat, Yang Berhormat semua tenang, tenang, tenang, tenang, tenang, tenang, tenang.

Ya tarik balik, tarik balik, kita salah kita akui, kita tarik balik. Kita gentle.

Speaker

Baik, baik saya hendak minta semua ADUN bertenang seperti apa yang kita dapat lihat, jam telah pun menunjukkan pukul 4:30 petang, dengan ini saya akan semak dan sementara waktu saya tangguhkan persidangan ini ke pukul 10:00 pada 5 hari bulan Ogos pukul 10:00 pagi. Ya, Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang)